url
stringlengths 50
235
| headline
stringlengths 13
123
| content
sequence |
---|---|---|
https://www.agendadaily.com/politik/kalimah-allah-kerajaan-campuran-didakwa-langgar-titah-sultan/ | Kalimah Allah: Kerajaan campuran didakwa langgar titah Sultan | [
"Keputusan menarik balik permohonan rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah oleh kerajaan didakwa melanggar titah Sultan Johor dan Sultan Selangor.",
"Bersatu menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan campuran itu bertentangan dengan titah yang pernah dikeluarkan Sultan Johor dan Selangor sebelum ini, malah dilihat sebagai campur tangan kerajaan dalam urusan kehakiman.",
"“KDN juga membelakangkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (Jawatankuasa Muzakarah MKI) pada 2008.",
"“Hasil perbincangan tersebut memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan lain-lain kepercayaan (agama),” kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris dalam satu kenyataan hari ini.",
"Terdahulu, media melaporkan melaporkan Kerajaan Malaysia dan KDN menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.",
"Sementara itu, Razali turut membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan laporan ‘Penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di Sarawak dibolehkan’.",
"Jelas beliau, kenyataan Ahli Parlimen Tambun itu agak dangkal kerana Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia yang mana Islam adalah agama Persekutuan berserta Majlis Agama Islam negeri berkenaan wujud di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong.",
"“Saya berpandangan keputusan KDN dan kenyataan Perdana Menteri adalah bercelaru ‘in desperate move’ untuk elak Sarawak dan Sabah tarik sokongan kepada kerajaan sehingga sanggup ‘bakul sampahkan’ tata kelola dengan membelakangkan Raja-Raja Melayu (Ketua Agama),” ujarnya.",
"Pada masa sama, beliau beranggapan Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan menarik balik rayuan tanpa merujuk kepada Raja-Raja, Majlis Agama Islam Negeri dan Muzakarah Malaysia.",
"Justeru, Razali mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar untuk menyatakan pendirian jelas dan tegas bagi mempertahankan segala usaha atas titah perintah Raja-Raja Melayu."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-baharu-kembali-turun/ | Kes baharu kembali turun | [
"Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun semula, tatkala kadar kebolehjangkitan bagi seluruh negara pada jangkaan mengikut kes semalam mencapai nilai Rt 1.0.",
"Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu, sebanyak 3,346 jangkitan baharu dikesan, berbanding 3,684 kes yang dicatat semalam.",
"Beliau berkata angka itu menjadikan jumlah terkumpul kes positif sebanyak 2,802,263, termasuk lebih 12,403 kes import.",
"Sehingga semalam, sebanyak 2,726,891 pesakit disahkan sembuh, dan 31,750 kematian, manakala kes aktif meningkat semula kepada 40,276 kes.",
"Daripada jumlah kes aktif itu seramai 33,075 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 3,660 ditempatkan di PKRC; 3,343 dimasukkan ke hospital; dan 198 pesakit dirawat di ICU dengan 93 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.",
"Dr Noor Hisham juga memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 Januari 2022 untuk seluruh negara adalah 1.0.",
"Enam negeri merekodkan nilai Rt melebihi 1.00 iaitu Kuala Lumpur dengan Rt 1.08, diikuti Sabah (1.07); Putrajaya (1.05); Melaka (1.02); Negeri Sembilan (1.01); dan Selangor (1.00).",
"Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.",
"Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-tembak-di-bukit-bintang-polis-buru-dua-lelaki/ | Kes tembak di Bukit Bintang, polis buru dua lelaki | [
"Polis sedang giat mengesan dua lelaki warga tempatan yang sudah dikenal pasti identiti mereka bagi membantu siasatan berhubung kejadian kes tembak di sebuah hotel di Bukit Bintang, petang semalam.",
"Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kedua-dua suspek terbabit berusia dalam lingkungan 40-an dan 50-an, manakala seorang lagi lelaki tempatan ditahan di lokasi kejadian semalam, menurut laporan Bernama.",
"“Lelaki yang ditahan semalam direman enam hari bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.",
"Beliau berkata motif dan hubungan antara mangsa dan kesemua suspek masih dalam siasatan.",
"Semalam, media melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Habibi Majinji berkata seorang lelaki tempatan ditemukan maut dengan kesan tembakan di dahi dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, sejam selepas mangsa mendaftar masuk.",
"Katanya perkara itu disedari seorang pekerja hotel berkenaan yang memasuki bilik tersebut dan kemudian menghubungi polis kira-kira 7 malam dan hasil pemeriksaan di dalam sebuah bilik di hotel berkenaan menemukan mayat mangsa berusia 49 tahun.",
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pac-panggil-4-kementerian-1-glc-minggu-depan/ | PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan | [
"Ketua Setiausaha (KSU) daripada empat kementerian dan pimpinan tertinggi dari beberapa agensi lain akan dipanggil untuk prosiding siasatan yang bakal dijalankan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), minggu depan.",
"Ia susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2 melibatkan kerugian jutaan ringgit.",
"Prosiding akan dijalankan antara 14 Jun hingga 27 Jun ini melibatkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Kementerian Kewangan; Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah; Kementerian Kesihatan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Felcra Berhad.",
"Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata perkara itu melibatkan isu terimaan dan bayaran obligasi sosial perjanjian konsesi pengurusan industri padi dan beras negara, pengurusan pandemik Covid-19 dan penyata kewangan beraudit Felcra Berhad.",
"“Prosiding ini bermula dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mendapatkan penjelasan berkaitan kelemahan dalam terimaan dana berbentuk kewangan dan aset serta bayaran Skim Subsidi Harga Padi.",
"“Ini membabitkan kerugian wang awam RM37 juta disebabkan dana obligasi 2021 belum diterima serta pembayaran tidak teratur berjumlah RM370,000 bagi bayaran Skim Subsidi Harga Padi kepada pesawah meninggal dunia.",
"“Selain itu, ia turut membabitkan pembekal jentera tidak menepati jadual yang menyebabkan kerugian RM3.12 juta dan pembaziran sebanyak RM870,000 juta bagi jentera belum digunakan dan rosak,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen.",
"Katanya, PAC akan memanggil KSU Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 15 Jun ini bagi memberi penjelasan mengenai isu pengurusan pandemik Covid-19 yang dibangkitkan dalam LKAN.",
"“Ini membabitkan isu 1.1 juta dos vaksin luput tempoh jangka hayat setakat 30 April 2022 yang mana 93 daripada 136 unit ventilator tidak dapat digunakan dan nisbah penggunaan kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang rendah,” katanya.",
"Dalam pada itu, PAC juga akan memanggil KSU Perbendaharaan Kementerian Kewangan, KSU Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad pada 27 Jun ini bagi menjawab isu kedudukan kewangan Felcra Berhad yang tidak dapat dirumuskan.",
"Jelasnya, ini susulan penyata kewangan beraudit 2019, 2020 dan 2021 yang belum dimuktamad.",
"“Selain itu, PAC juga akan mendapatkan taklimat berkenaan Program Jana Wibawa daripada Kementerian Kewangan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Masjid Tanah."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/perbahasan-mengungkai-ordinan-darurat-tumpuan-dewan-rakyat-hari-ini/ | Perbahasan mengungkai Ordinan Darurat tumpuan Dewan Rakyat hari ini | [
"Hari terakhir Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini dijadual membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Ordinan-ordinan darurat.",
"Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Perdana Menteri akan mencadangkan perkara itu dan antara ordinan terbabit ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021.",
"Sementara itu, sesi Waktu Pertanyaan Menteri pada permulaan persidangan Dewan Rakyat akan menyentuh isu berkaitan pakatan keselamatan tiga negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia (AUKUS) serta status dan hak jika penjawat awam tidak mahu mengambil vaksin, lapor Bernama.",
"Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) akan bertanya mengenai pendirian terkini kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan berkaitan AUKUS manakala Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Pejuang-Sri Gading) bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri sama ada kerajaan akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap penjawat awam yang tidak mahu mengambil vaksin.",
"Selain itu, soal persempadanan semula atau menambah kawasan pilihan raya akan dibangkitkan Cha Kee Chin (PH-Rasah) kepada Perdana Menteri.",
"Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 berakhir hari ini setelah 17 hari bersidang."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/usaha-pertingkat-hak-pengguna-syarikat-penerbangan-amat-kritikal/ | Usaha pertingkat hak pengguna syarikat penerbangan amat kritikal | [
"Keperluan untuk memastikan hak pengguna syarikat penerbangan dipertingkatkan, bagi memelihara kesejahteraan mereka dalam memastikan kepentingan rakyat sentiasa dilindungi, amat kritikal, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.",
"Beliau berkata usaha sedemikian di tengah-tengah cabaran yang dibawa oleh pandemik, memerlukan kerjasama dan penglibatan yang meluas untuk memajukan industri penerbangan di peringkat tempatan dan global.",
"“Untuk bersedia dalam menghadapi masa depan, kita mesti merenung iktibar yang dipelajari daripada wabak itu, dan terus berusaha untuk menambah baik,” katanya dalam ucapan beliau pada sesi webinar Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) bertajuk ‘Charting a New Frontier: Aviation Consumer Protection Needs Today and Beyond’.",
"Katanya Covid-19 mengesahkan betapa kepentingan pembangunan negara serta perjalanan udara amat kritikal, dan syarikat penerbangan serta lapangan terbang pula perlu cepat menyesuaikan diri dengan pengenalan peraturan baharu dalam menggerakkan perniagaan dan strategi operasi mereka semasa menghadapi wabak itu.",
"“Di pihak pemain industri dan penggubal dasar, adalah penting agar semakan dan kemas kini berterusan dibuat kepada aspek perundangan dan peraturan khusus lain yang mengawal hak pengguna, sambil mengekalkan daya saing dalam industri,” katanya.",
"Wee berkata jalan menuju pemulihan adalah panjang dan berliku tetapi sektor penerbangan sedang menuju pemulihan.",
"“Kita semua boleh memainkan peranan dalam menambah baik perjalanan udara untuk pengguna dalam pemulihan. Dengan melaksanakan strategi yang sesuai, amalan industri yang baik, dan tindakan proaktif, kita akan dapat mengatasi kesan wabak ini bersama-sama,” katanya.",
"Wee berkata Malaysia meramalkan bilangan trafik penumpang udara pada 2022 adalah antara 32.6 juta dan 49 juta.",
"Beliau berkata trafik penumpang tahunan Malaysia merosot mendadak daripada 109.2 juta pada 2019 kepada 26.7 juta pada 2020, dan terus menurun lagi kepada 11.0 juta pada 2021.",
"Beliau menambah semasa kemuncak wabak itu, syarikat penerbangan mencatatkan penurunan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam kapasiti tempat duduk sebanyak -92.3 peratus tahun ke tahun pada Mei 2020, penurunan terbesar pernah berlaku dalam industri penerbangan Malaysia.",
"Webinar ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, menampilkan 13 panel penceramah dan membawa lebih 200 pemimpin global industri berbincang dalam tiga topik berhubung penerbangan, yang berkaitan dengan perlindungan pengguna sebelum, semasa dan selepas wabak Covid-19.",
"Ia bertujuan mengukuhkan perlindungan pengguna penerbangan di samping terus memperkasa dan mendidik pengguna mengenai hak mereka.",
"Kelompok yang hadir termasuk kakitangan kerajaan dan pembuat dasar, pengawal selia dan badan perundangan, penyedia perkhidmatan penerbangan, syarikat penerbangan dan lapangan terbang yang mewakili pakar penerbangan, serta persatuan pengguna. – Bernama"
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/unjuran-ekonomi-negara-positif-dipacu-pemulihan-global-kata-penyelidik/ | Unjuran ekonomi negara positif dipacu pemulihan global, kata penyelidik | [
"Ekonomi Malaysia dijangka meneruskan momentum dan melantun semula dengan kukuh pada tahun ini dan 2022 berdasarkan pemulihan global yang dipacu vaksin walaupun wujud gangguan akibat peningkatan semula kes Covid-19 sejak akhir tahun lalu.",
"Menurut Laporan Perundingan Tahunan 2020 mengenai Malaysia yang dikeluarkan Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) hari ini, pertumbuhan itu akan disokong oleh dasar domestik yang positif, kepelbagaian ekonomi dan sistem perbankan yang berdaya tahan.",
"Bernama memetik Ketua Ahli Ekonomi AMRO, Dr Hoe Ee Khor sebagai berkata pada 2021, ekonomi Malaysia dijangka meningkat semula sebanyak 5.6 peratus berikutan asas rendah dan peningkatan kukuh permintaan global yang dipacu program vaksinasi.",
"“Aktiviti pelancongan dan perjalanan antarabangsa dijangka menerima tarikan pada 2022 memandangkan vaksinasi Covid-19 mencapai imuniti kelompok di Malaysia dan luar negara, meningkatkan pertumbuhan (ekonomi) Malaysia kepada 6.2 peratus,” katanya dalam taklimat media AMRO secara maya haari ini.",
"Bagaimanapun beliau berkata, unjuran itu diselubungi trajektori pandemik yang tidak pasti kerana kemajuan vaksin dan penyebaran vaksin bagi menentang mutasi virus.",
"Selain itu, Hoe berkata kemusnahan kepada perniagaan dan pasaran buruh menunjukkan ekonomi mungkin tidak kembali kepada trend output sebelum pandemik dalam masa terdekat ini.",
"Beliau berkata, langkah fiskal dan bukan fiskal yang dilanjutkan kerajaan sehingga 2021 – sebagai tambahan kepada pelaburan dalam pengangkutan dan infrastruktur digital dalam belanjawan tahun ini – amat penting bagi memastikan pemulihan ekonomi kekal berada di landasan yang tepat.",
"“Pada masa yang sama, kelonggaran keadaan monetari yang agresif telah melengkapkan rangsangan ekonomi dan membantu menstabilkan pasaran kewangan.",
"“Kadar dasar yang diturunkan sebanyak 125 mata asas pada 2020 kepada paras rendah 1.75 peratus, kekal akomodatif di sebalik momentum pertumbuhan yang lemah akhir-akhir ini.",
"Hoe berkata, pada masa depan, dasar monetari seharusnya berada dalam kecenderungan menurun memandangkan ketidakpastian yang terus menyelubungi unjuran ekonomi.",
"“Bagaimanapun, persekitaran kadar faedah yang rendah menyeru kepada kewaspadaan terhadap potensi kewangan yang tidak seimbang,” katanya.",
"Hoe berkata kedudukan luaran Malaysia adalah kukuh, disokong oleh lebihan yang berterusan dalam akaun semasa serta aliran masuk pelaburan langsung asing.",
"Penyambungan semula aliran masuk modal asing sejak tekanan pembiayaan dolar AS pada Mac 2020 telah memperkukuhkan penampan rizab Bank Negara Malaysia (BNM) dan kedudukan luaran secara keseluruhan.",
"“Adalah berhemat bagi BNM untuk mengumpul lebih banyak rizab semasa tempoh aliran masuk modal, di samping mengekalkan kadar pertukaran yang fleksibel sebagai penampan utama terhadap kejutan luaran,” katanya.",
"Hoe berkata pelarasan kepada dasar pertukaran asing menjelang akhir 2016 telah menyumbang kepada ketidaktentuan aliran modal yang lebih rendah semasa episod tekanan pada Mac 2020.",
"Penguatkuasaan yang diperketatkan terhadap urus niaga ringgit luar pesisir dan pembangunan pelindungan pasaran telah menyebabkan aliran masuk modal yang lebih stabil dan kurang bersifat spekulatif.",
"Sementara itu, beliau berkata sistem perbankan domestik berada dalam kedudukan yang kukuh untuk menguruskan peningkatan risiko kredit dan memudahkan pengembangan kredit yang berterusan.",
"“Langkah ujian tekanan oleh AMRO dan BNM menunjukkan bahawa bank mempunyai ruang yang cukup untuk menyerap kemerosotan pinjaman berikutan pengukuhan dalam penampan modal mereka.",
"“Memandangkan prospek ekonomi dan tahap kelemahan pinjaman selepas berakhirnya tempoh skim bantuan pembayaran balik hutang masih tidak menentu, simulasi tekanan yang kerap terhadap institusi kewangan amat disyorkan bagi menjaga risiko yang tidak diduga,” kata Hoe.",
"Beliau ketika mengulas mengenai prospek berkata, mengekalkan pembaharuan dasar untuk menjaga kebajikan rakyat dan meningkatkan produktiviti adalah kritikal bagi mencapai ekonomi pasca pandemik yang dinamik serta inklusif.",
"“Menggabungkan agenda yang luas, agenda kemampanan alam sekitar dalam pelan pembangunan akan meningkatkan daya tahan ekonomi apabila Malaysia maju ke arah negara berpendapatan tinggi,” katanya."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/ringgit-diniaga-rm4-38-ke-rm4-40-berbanding-dolar-as-minggu-depan/ | Ringgit diniaga RM4.38 ke RM4.40 berbanding dolar AS minggu depan | [
"Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran RM4.38 hingga RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu hadapan kerana pelabur mempertimbangkan untuk mengurangkan pendedahan dolar AS bagi tempoh lamam dalam mata wang negara-negara kumpulan G-10.",
"Ia berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan kemelesetan global, kata seorang penganalisis, lapor Bernama.",
"G10 adalah kumpulan negara maju, antara negara-negara anggotanya termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Perancis.",
"Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pengurangan pada kedudukan tempoh lama dolar AS mungkin akan memasuki ke pertukaran asing (FX) Asia dan mengukuhkan ringgit berbanding dolar AS.",
"Beliau berkata peniaga menjangkan akan berlaku kemelesetan, justeru pertumbuhan AS dan data ekonomi akan terus berada di bawah tumpuan pasaran.",
"“Memandangkan peniaga kini menetapkan harga dala kemelesetan, kadar faedah Rizab Persekutuan AS (US Fed) untuk akhir 2023 dan 2024, mula ditetapkan lebih rendah dan pasaran menjangkakan tiada kenaikan 75 mata asas kenaikan kadar AS pada Julai,” katanya kepada Bernama.",
"“Ini akan menjadi kurang menguntungkan untuk dolar AS. Saya rasa itu juga boleh menyebabkan dolar-ringgit AS bergerak lebih rendah berikutan kelemahan dolar AS. Justeru, ringgit boleh mengukuh.",
"“Selain itu, saya berpendapat bahawa pengurangan kadar faedah oleh China memberi isyarat bahawa negara itu akan membuka semula ekonomi, saya menjangkakan ringgit didagangkan pada paras lebih baik dan bergerak ke paras RM4.38, jadi saya mengunjurkan jajaran antara RM4.38 hingga RM4.40 (berbanding dolar AS) minggu depan.”",
"Bagaimanapun, Innes berkata jika data ekonomi AS kembali pulih, ia boleh menghentikan aliran menaik pertukaran asing Asia.",
"Bagi minggu baru berakhir, pergerakan ringgit berbanding dolar AS dipengaruhi oleh yuan China dan kebimbangan terhadap kemelesetan global. Komen Fed AS mengenai mengurangkan tekanan harga, jangkaan pembukaan semula ekonomi di Shanghai dan pengurangan kadar faedah oleh China turut memainkan peranan.",
"Bagi asas mingguan, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang AS pada 4.3870/3910 pada Jumaat berbanding 4.3980/3995 minggu sebelumnya.",
"Unit tempatan didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama pada asas Jumaat ke Jumaat.",
"Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1845/1879 daripada 3.1482/1497 minggu sebelumnya dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.4732/4782 daripada 5.3568/3586 minggu lepas.",
"Unit tempatan turun berbanding euro kepada 4.6445/6488 daripada 4.5625/5640 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.4236/4270 daripada 3.4127/4142 sebelumnya.",
"Pasaran akan ditutup pada Isnin sempena sambutan Hari Wesak."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/zahid-dah-tak-relevan-dalam-bn-razali/ | Zahid dah tak relevan dalam BN: Razali | [
"Bersatu mendakwa peranan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini tidak lagi relevan dalam parti berkenaan.",
"Ketua Penerangannya, Datuk Razali Idris berkata ini ia dibuktikan apabila di tengah-tengah pilihan raya negeri (PRN), rakan komponen BN, MIC menyatakan kekecewaannya terhadap Zahid.",
"“Pengerusi BN dilihat sudah tidak berfungsi dan relevan lagi. Apatah lagi di tengah-tengah kempen PRN, parti MIC secara terbuka melahirkan kekecewaan terhadap Zahid.",
"“Lebih memalukan, kemunculan Presiden UMNO ini dilihat seolah-olah tidak diundang dalam pertemuan eksklusif Presiden MIC, (Tan Sri SA Vigneswaran) dan partinya bersama Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).",
"“Ini adalah satu petanda sangat jelas, mesej sangat terus-terang malahan kehilangan kepercayaan dan keyakinan terhadap Presiden UMNO dan Pengerusi BN itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.",
"Semalam, Vigneswaran secara terbuka meminta Ahmad Zahid supaya tidak ‘menganaktirikan’ parti itu ketika berucap pada majlis perjumpaan Bersama MIC Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"“Saya tidak dapat baca ucapan teks hari ini secara umum lebih-lebih lagi dengan kehadiran media hari ini. Saya seperti tidak dapat bercakap kerana Zahid ada di sini hari ini (semalam). Kita juga hanya dapat tahu beliau akan hadir pada saat akhir.",
"“Bagaimanapun ingin saya cakap di hadapan semua tentang rasa kurang senang kami terhadap tindak tanduk khasnya dalam BN itu sendiri. Kami telah dianaktirikan dalam soal pembahagian kerusi dalam kerajaan perpaduan,” katanya.",
"Dalam pada itu, Razali berkata, penolakan mega terhadap UMNO semakin menyerlah dan pengundi di seluruh enam negeri yang terlibat dalam PRN akan menghantar mesej jelas penolakan rakyat kepada kerajaan, 12 Ogos ini.",
"“UMNO sudah tidak relevan, BN juga semakin lemah kerana masih ada Ahmad Zahid.",
"“Perikatan Nasional (PN) sentiasa terbuka hati menerima mana-mana parti yang hendak bersama dalam memperjuangkan demi rakyat dan kaum yang diwakilinya. Tiada unsur-unsur dianaktirikan atau disepikan di dalam PN.",
"“Kami di dalam PN saling menghormati antara satu sama lain,” katanya."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/tiada-lagi-saman-kerana-tak-pakai-pelitup-muka-kata-dr-noor-azmi/ | Tiada lagi saman kerana tak pakai pelitup muka, kata Dr Noor Azmi | [
"Tiada lagi saman dikeluarkan terhadap mana-mana individu yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam susulan pengumuman baru-baru ini.",
"Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu yang telah berkuat kuasa minggu lepas.",
"“Kerajaan tidak kenakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan tidak akan saman sesiapa lagi.",
"“Rakyat sudah biasa dan faham tentang kesihatan awam ini dan hampir kepada kehidupan seperti biasa malah sosial dan ekonomi juga telah dibuka dan perkumpulan sudah dibenarkan.",
"“Jadi kita perlu menjaga diri sendiri dan mengamalkan norma baharu termasuk memakai pelitup muka sekiranya mempunyai simptom Covid-19 dan mengasingkan diri sendiri selain membuat laporan dalam aplikasi MySejahtera,” katanya menurut Bernama.",
"Ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata demikian pada sidang media sempena Perbincangan Meja Bulat Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YPOUBM) yang turut dihadiri Ahli Pemegang Amanah yayasan itu Prof Emeritus Datuk Dr. Abdul Latif Mohamad di Bagan Serai, hari ini.",
"Dr Noor Azmi berkata orang ramai bagaimanapun digalakkan memakai pelitup muka di tempat sesak dan pemakaian diwajibkan ketika menaiki pengangkutan awam atau berada di fasiliti kesihatan.",
"Pada 7 September lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu namun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau sebaliknya.",
"Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia sedang menunggu perisytiharan untuk negara ini memasuki fasa endemik Covid-19 kerana sudah merekodkan jumlah jangkitan kes yang rendah dalam kalangan komuniti ketika ini.",
"Menurutnya, perisytiharan itu bergantung kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menentukan status fasa endemik sesebuah negara.",
"“Kita memasuki fasa peralihan ke endemik sebelum ini disebabkan masih ada kes Covid-19 yang dilaporkan dan ada perkara kita masih kena jaga dan kawal,” katanya."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/ali-biju-tarik-diri-sebagai-calon-hormati-perjanjian/ | Ali Biju tarik diri sebagai calon, hormati perjanjian | [
"Datuk Ali Biju mengumumkan menarik diri sebagai sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian demi menghormati perjanjian Bersatu untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.",
"Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli mengumumkan keputusan menarik diri itu dalam satu kenyataan hari ini bagi mengelak hubungan antara Bersatu dengan GPS terjejas, serta menghormati perjanjian awal sebelum ini.",
"“Walau bagaimanapun, saya menginsafi hakikat bahawa keputusan ini akan menjejaskan hubungan baik di antara BERSATU dan GPS. Saya telah mendapat nasihat dari pimpinan tertinggi parti serta jaminan daripada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional mengenai persefahaman kerangka besar politik nasional yang disepakati di antara Perikatan Nasional dan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg selaku Pengerusi GPS.",
"“Saya penuh yakin bahawa muafakat ini adalah untuk meneruskan dan memperkukuhkan hubungan yang utuh di antara Perikatan Nasional dan GPS.",
"“Justeru, saya dengan rendah hati dan niat yang tulus ikhlas menarik diri sebagai calon DUN N.39 Krian dan memberi dukungan penuh kepada calon GPS, Friday Belik,” katanya.",
"Beliau juga menggesa supaya pengundi Krian agar memilih calon GPS dalam PRN Sarawak kali ini.",
"“Saya menyeru kepada seluruh pengundi di DUN N.39 Krian, DUN N.38 Kalaka, dan DUN N.40 Kabong yang kesemuanya di bawah Parlimen P.205 Saratok untuk memberi dukungan yang padu kepada calon-calon GPS,” katanya lagi.",
"Pada 6 Disember lalu, Ali hadir menyerahkan borang penamaan calon bagi kerusi DUN Krian.",
"Tindakannya itu sekali gus menunjukkan beliau mahu mempertahankan kerusi itu dan bertanding atas tiket bebas.",
"Susulan itu, ketua penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataan berkata parti tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas terhadap ahlinya yang bertanding pada pilihan raya tanpa kebenaran.",
"Malah katanya ahli yang melanggar perlembagaan parti boleh berdepan dengan tindakan disiplin yang tegas, termasuk keahlian boleh terhenti serta merta.",
"Ahli Parlimen Saratok berusia 53 tahun itu memenangi DUN Krian ketika bersama PKR pada 2011 dan 2016"
] |
https://www.agendadaily.com/politik/annuar-cabar-zahid-adakan-pemilihan-parti-terlebih-dahulu/ | Annuar cabar Zahid adakan pemilihan parti terlebih dahulu | [
"Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicabar untuk mengadakan pemilihan parti itu secepat mungkin sebelum tergesa-gesa mendesak pilihan raya umum diadakan, kata Tan Sri Annuar Musa.",
"Bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) itu berkata lebih baik Zahid juga mendapat mandat daripada akar umbi UMNO terlebih dahulu sebelum mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini dengan mengatakan ia tidak mendapat mandat rakyat.",
"“Katakanlah sekarang (Ahmad) Zahid (Hamidi) mengemukakan satu gagasan untuk bertanding solo, untuk tidak bekerjasama dengan si anu, si anu, si anu.",
"“Cara terbaik bukan sahaja perwakilan kita yang terdiri daripada pengerusi perhubungan, buat endorsmeent, bagi pada ahli, serah mandat pada ahli. Kalau ahli suka kepada cara begitu, mungkin itu satu jalan (untuk) Zahid dipilih semula.",
"“Itulah jalan keluar kepada kemelut sok sek, sok sek yang berbunyi sekarang ini. Itu semua akan selesai,” katanya dalam temubual dalam talian hari ini.",
"Mandat sedia ada pimpinan tertinggi parti akan berakhir Jun ini dan Zahid digesa tidak memberikan alasan pula untuk menangguhkan pemilihan kali ini, ujar Annuar lagi.",
"“Kalau cawangan-cawangan nak menangguhkan kepada tempoh tertentu, cadangan itu mesti datang dari MKT (Majlis Kerja Tertinggi) dan cadangan MKT menangguhkan (pemilihan) mesti mempunyai sebab yang diterima dan diluluskan RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan).",
"“Pada fikiran saya setakat ini kita tidak ada satu sebab pun untuk menangguhkan (pemilihan),” katanya lagi."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/bapa-guan-eng-pula-merayu-bagi-anwar-jadi-pm-selepas-tiada-majoriti/ | Bapa Guan Eng pula merayu bagi Anwar jadi PM selepas tiada majoriti | [
"Pemimpin senior DAP, Lim Kit Siang yang juga bapa kepada Lim Guan Eng membuat rayuan terakhir bagi memastikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri (PM) baharu, ia selepas difahamkan blok pembangkang tidak memiliki majoriti yang mencukupi.",
"Kit Siang sama seperti anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP merayu agar Anwar dipilih sebagai PM baharu dan bukan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sudah memiliki majoriti tertinggi dikalangan calon PM lain yang ingin dipersembahkan nama kepada Yang di-Pertuan Agong.",
"“Malaysia memerlukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu untuk membawa masuk pasukan dan dasar-dasar baharu yang boleh menghentikan kemusnahan akibat Covid-19 dan juga menyalakan semangat untuk Impian Malaysia.",
"“Bukannya Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri, yang telah menjadi muka awam kerajaan yang gagal menguruskan wabak Covid-19 sehinggalah negara kita menyaksikan lebih daripada 12,500 kematian dan lebih daripada 1.4 juta kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.",
"Kenyataan Kit Siang tersebut sekaligus mengesahkan kebimbangan blok pembangkang selepas nama Ismail Sabri dipersetujui sebagai calon Perikatan Nasional (PN) untuk jawatan PM, ia disahkan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz semalam.",
"Kit Siang juga mendakwa pelantikan Ismail Sabri hanya akan menyebabkan Malaysia kekal menjadi sebuah negara gagal.",
"“Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri hanya akan meneruskan dasar kakistokrasi dan kleptokrasi sedia ada ini yang hanya akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara gagal,” katanya lagi.",
"Anwar kini terpaksa merayu sokongan daripada parti Pejuang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad dan Warisan yang dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan untuk tidak menyokongnya sebagai calon PM.",
"Zahid bersama beberapa MP lain yang berada dalam kemnya memilih Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon PM mereka, ia sekaligus mengurangkan jumlah sokongan yang dimiliki Anwar."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/sidang-dun-tangguh-speaker-timbalan-dan-23-petugas-positif-covid/ | Sidang DUN tangguh: Speaker, timbalan dan 23 petugas positif Covid | [
"Sidang pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang ke-14 ditangguhkan ke suatu tarikh baharu berikutan Yang Dipertua DUN Datuk Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan Datuk M Ravi disahkan positif Covid-19.",
"Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata beliau dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malik telah menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi memaklumkan perkara itu serta mendapatkan perkenan penangguhan persidangan kali ini, pagi tadi.",
"Beliau berkata persidangan DUN negeri itu sepatutnya dijadual bermula hari ini hingga Khamis dimulakan dengan acara perasmian pembukaan persidangan oleh Tuanku Muhriz, lapor Bernama.",
"“Selain kedua mereka (Zulkefly dan Ravi), terdapat 23 petugas termasuk ketua jabatan di negeri ini dijangkiti Covid-19.",
"“Penangguhan persidangan DUN ini pertama kali berlaku di negeri ini, disebabkan pandemik.",
"“Jika ikut peraturan, Yang Dipertua DUN sementara boleh dilantik tetapi memandangkan ramai petugas dewan dijangkiti Covid-19 jadi persidangan terpaksa ditangguhkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.",
"Aminuddin berkata selain itu terdapat Rang Undang-Undang (RUU) Pemegangan Tanah Adat 2022 dan Penggubalan RUU akan dibentangkan pada persidangan kali ini dan memerlukan kehadiran Yang Dipertua DUN dan Timbalannya itu.",
"Dalam pada itu, kerajaan negeri juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan bagi menyediakan perkhidmatan jurubahasa isyarat untuk memastikan golongan orang kurang upaya itu dapat mengikuti perkembangan persidangan DUN kali ini."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pemilihan-kj-jadi-naib-presiden-wha-pengiktirafan-buat-barisan-hadapan/ | Pemilihan KJ jadi Naib Presiden WHA pengiktirafan buat barisan hadapan | [
"Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di atas pelantikan sebagai Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 yang akan berlangsung di Geneva, Switzerland, tahun depan.",
"Menurutnya pemilihan itu sekali gus menjadi satu pengiktirafan dan penghormatan kepada Malaysia, khususnya Kementerian Kesihatan (KKM), serta petugas barisan hadapan negara yang bertungkus-lumus melawan pandemik Covid-19.",
"“Pemilihan YB Khairy secara sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat ke -72, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sesungguhnya satu penghomatan besar kepada Malaysia dan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia.",
"“Saya percaya pemilihan ini juga merupakan satu pengiktirafan kepada para petugas barisan hadapan kesihatan negara yang terus komited memikul dan melaksana tanggungjawab dalam melawan pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan petang tadi.",
"Bekas Perdana Menteri itu berharap dengan pengiktirafan yang diberikan, Malaysia akan meneruskan kelantangan dalam memperjuangkan isu-isu seperti kesaksamaan akses vaksinasi untuk negara-negara membangun dan berani menyuarakan isu kesihatan awam dunia bukan sahaja untuk negara tetapi juga untuk kepentingan serantau.",
"“Selaku Naib Presiden, saya yakin Menteri Kesihatan, YB Khairy akan menggunakan peluang ini untuk memastikan Malaysia akan dapat memainkan peranan lebih besar dalam program-program kesihatan dunia khususnya ketika negara berada dalam fasa pemulihan pasca pandemik.",
"“Syabas sekali lagi, keep up the good work dan semoga semua usaha kita bersama demi bangsa dan tanahair terus diberkati Allah swt, InsyaAllah!,” katanya.",
"Ahli Parlimen Rembau, itu kembali menganggotai Kabinet setelah Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri ke lapan. Beliau diberi tanggungjawab menjaga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada Mac 2020.",
"Ketika pandemik Covid-19 bermula awal tahun lalu, Khairy diberi tanggungjawab sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), sebelum bertukar kementerian setelah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri baharu pada Ogos lalu."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/imigresen-diarah-buat-persiapan-buka-sempadan-negara-hishammuddin/ | Imigresen diarah buat persiapan buka sempadan negara: Hishammuddin | [
"Sempadan negara hanya akan dibuka selepas diadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Jabatan Imigresen dan dibawa kepada jawatankuasa khas yang dipengerusikan perdana menteri, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.",
"Beliau berkata hasil perbincangan antara ketiga-tiga pihak itu akan dibawa ke mesyuarat kuartet untuk diperhalusi terlebih dahulu, sebelum dibawa ke peringkat jemaah menteri atau Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 yang dipengerusikan oleh perdana menteri.",
"Bagaimanapun katanya dua kementerian itu dan Jabatan Imigresen telah diarah untuk membuat persiapan bagi pembukaan sempadan negara, lapor Bernama.",
"“Pembukaan semula sempadan negara adalah satu keputusan yang besar terutamanya melibatkan negara yang mempunyai hubungan dua hala yang masih lagi menutup sempadan terhadap warga Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.",
"Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang mengesyorkan agar sempadan negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.",
"Menurut Muhyiddin syor yang dikemukakan dalam mesyuarat MPN itu adalah langkah penting bagi menyokong pemulihan negara khususnya dalam sektor ekonomi dan pelancongan, serta mampu menarik pelabur asing ke negara ini.",
"Mengulas sama ada sempadan negara boleh dibuka mengikut tarikh yang disyorkan oleh MPN, Hishammuddin berkata ia bergantung kepada perbincangan dengan dua kementerian dan Jabatan Imigresen.",
"“Tarikh berkenaan (1 Mac) hanyalah syor MPN, dan kaedah kita, apa juga syor dan cadangan daripada MPN akan dibawa semula ke kabinet (jemaah menteri) untuk mendapat keputusan yang muktamad,” katanya.",
"Sementara itu Hishammuddin berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia untuk kembali memainkan peranan penting dalam menangani Covid-19 seperti sebelum ini dengan pengaktifan semula National Covid-19 Rapid Response Task Force (RRTF).",
"Menurutnya penubuhan semula RRTF adalah tepat ketika negara sedang menghadapi peningkatan kes Covid-19 akibat varian Omicron, dan ATM bersedia untuk terus terlibat, bersedia pada bila-bila masa untuk mendirikan hospital medan di mana-mana lokasi di seluruh negara jika diperlukan.",
"“Ia hanya mengambil masa selama seminggu untuk kita dirikan hospital medan ini, tetapi untuk masa sekarang ia tidak perlu kerana hospital di seluruh negara tidak berada dalam keadaan tertekan dengan jumlah pesakit Covid-19, jadi orang ramai jangan bimbang, kita tidak berada dalam keadaan seperti dahulu,” katanya."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/fenomena-luruan-monsun-jadi-faktor-hujan-lebat-pada-hujung-tahun-metmalaysia/ | Fenomena luruan monsun jadi faktor hujan lebat pada hujung tahun: MetMalaysia | [
"Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memberi penerangan faktor yang akan menyumbang kepada taburan hujan lebat bakal dihadapi negara pada hujung tahun.",
"Fenomena luruan monsun terutama yang kuat bersekali dengan kewujudan sistem cuaca tekanan rendah antara punca hujan lebat berterusan dijangka melanda negara dalam tempoh beberapa hari di kebanyakan tempat menjelang hujung tahun ini.",
"Menurut Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah, ia bagaimanapun masih sukar untuk meramalkan sama ada fenomena itu akan membawa kepada musibah banjir besar atau sebaliknya, menurut laporan dipetik Utusan Malaysia.",
"“Secara amnya semasa Monsun Timur Laut, selalunya cuaca pada sebelah pagi adalah hujan di kawasan pantai timur semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah. Manakala pada sebelah petang pula, ribut petir atau hujan lebat di kawasan pantai barat dan pedalaman semenanjung, pedalaman Sarawak serta barat Sabah.",
"“Jika berlaku luruan monsun, hujan lebat berterusan akan berlaku dalam tempoh beberapa hari terutamanya di kawasan pantai timur semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah. Namun, sekiranya berlaku luruan monsun yang kuat bersekali dengan kewujudan sistem cuaca tekanan rendah, hujan berterusan berpotensi berlaku dalam kawasan yang lebih luas sehingga ke negeri-negeri pantai barat semenanjung.",
"“Taburan hujan pula adalah berbeza mengikut kawasan, namun taburan hujan di kebanyakan kawasan dijangka pada paras purata sahaja,” katanya.",
"Merujuk laman web Met Malaysia, cuaca di negara ini dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu Monsun Barat Daya yang bermula dari akhir bulan Mei hingga September, dan Monsun Timur Laut dari bulan November hingga Mac.",
"Mengulas lanjut, Muhammad Helmi bagaimanapun berkata, terlalu awal untuk meramal akan berlaku hujan yang sangat lebat yang boleh mengakibatkan banjir besar.",
"“Lazimnya Disember adalah tempoh di mana luruan monsun menjadi aktif, potensi untuk berlaku hujan lebat berterusan adalah tinggi ketika itu terutama di kawasan pantai timur semenanjung.",
"“Bagaimanapun, kejadian hujan lebat berterusan hanya dapat diramal dalam tempoh satu hingga tiga hari sebelum ia berlaku,” katanya."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/polis-kompaun-penganjur-drag-di-sepang-gagal-patuh-sop/ | Polis kompaun penganjur drag di Sepang gagal patuh SOP | [
"Penganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000 kerana didapati gagal memastikan penjarakan fizikal ketika menganjurkan perlumbaan drag di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang, semalam.",
"Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah KLIA ACP Imran Abd Rahman berkata, penganjur telah mendapatkan permit bagi melaksanakan acara itu di litar berkenaan namun gagal memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.",
"“Kami kompaun penganjur kerana gagal mengawal peserta, melaksanakan penjarakan fizikal dalam pematuhan SOP,” katanya ketika dihubungi susulan tular satu video memaparkan sebuah kenderaan polis hadir ke litar berkenaan bagi menyuraikan peserta yang hadir ke acara itu.",
"Mengulas video berkenaan, Imran berkata pihak polis telah diminta hadir menyuraikan peserta yang enggan bersurai meskipun acara telah selesai.",
"“Selepas polis sampai orang ramai memberikan kerjasama dan bersurai dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya yang menurutnya kenderaan polis tiba di litar pada kira-kira 9 malam.",
"Penganjur program berkenaan, MUSC Motorsports menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook turut mengesahkan yang mereka telah dikompaun kerana gagal melaksanakan acara tersebut dalam ketetapan norma baharu.",
"“Kegagalan kami mengawal penjarakan sosial mengakibatkan beberapa kali acara ini terhenti sehingga akhirnya kami terpaksa akur dikenakan kompaun.",
"“Justeru, kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat tanpa kami menyalahkan mana-mana pihak sama ada agensi penguat kuasa, penyedia litar iaitu SIC, rakan-rakan program, pasukan drag, pengunjung dan semua pengikut Musc Drag Racing,” katanya."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/20-lokasi-di-penampang-kota-kinabalu-dilanda-banjir-hari-ini/ | 20 lokasi di Penampang, Kota Kinabalu dilanda banjir hari ini | [
"Hujan lebat sejak jam 2 petang tadi di sekitar daerah Kota Kinabalu dan Penampang mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 lokasi dilanda banjir.",
"Antara lokasi dilaporkan banjir adalah Tebobon, Telipok, Indah Permai, Manggatal, Likas, Rugading, Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Rampayan dan Kolombong.",
"Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan sebahagian besar negeri di Semenanjung, serta Sabah dan Sarawak, dijangka hujan berterusan dan ribut petir bermula semalam sehingga esok (10 Oktober 2022).",
"Mengikut ramalan hari ini, cuaca sebelah pagi diramal hujan di kawasan pantai Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka, selain cuaca sama diramal berlaku di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.",
"Sebelah petang Ahad pula, ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.",
"MetMalaysia meramalkan ribut petir melanda beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan, pada sebelah malam, selain satu dua tempat di pedalaman Perlis dan Kedah, manakala di sesetengah kawasan di Sarawak serta Sabah dilanda hujan.",
"Untuk esok, sebelah pagi diramal hujan di sebahagian besar negeri seluruh negara membabitkan satu dua tempat di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak, manakala satu dua tempat di pedalaman Sabah dilanda ribut petir.",
"Pada sebelah petang pula, ribut petir kembali di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.",
"Ribut petir dijangka berlarutan sehingga malam membabitkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala satu dua tempat di pedalaman Kedah, selain Tawau dan Kudat di Sabah dilanda hujan.",
"Sementara itu memetik BH, bagi daerah Penampang pula, banjir kilat membabitkan lokasi bulatan Sigah, Kampung Kibabaig, Kampung Kolopis, Kinarut, Pavillion dan beberapa lagi kawasan sekitar.",
"Difahamkan, selain hujan lebat, keadaan air laut pasang dan kegagalan sistem saliran serta perparitan turut menyumbang kepada kejadian banjir di beberapa lokasi.",
"Sembilan individu membabitkan dua keluarga di Kampung Mansiang, Manggatal, di Kota Kinabalu, terpaksa dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air kira-kira jam 3 petang tadi.",
"Semua sembilan mangsa dilaporkan terperangkap di rumah masing-masing sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatkan bantuan.",
"Difahamkan, semua mangsa berjaya dibantu pasukan bomba untuk keluar ke tempat selamat",
"Timbalan Pengarah JBPM Sabah, Farhan Sufyan Borhan, berkata pihak bomba akan terus menjalankan pemantauan terutama di lokasi dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ banjir.",
"Katanya, hasil pemantauan petang tadi, beberapa kawasan di sekitar beberapa lokasi seperti Manggatal dan Penampang sudah dinaiki air yang menyebabkan beberapa jalan turut terjejas.",
"“Buat masa ini, selari dengan amaran waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), JBPM akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa.",
"“Selain itu, JBPM juga turut menumpukan kawasan banjir di daerah luar termasuk Kuala Penyu, Beaufort, Tambunan dan Keningau,” katanya ketika dihubungi, hari ini.",
"Sementara itu, Farhan berkata, daerah Penampang turut menjadi tumpuan jika air dari kawasan hulu sungai di Tambunan meningkat ke paras bahaya.",
"Bagaimanapun, katanya, setakat ini, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan orang ramai juga dinasihatkan berhati-hati serta tidak mengambil tindakan terburu-buru.",
"“Penduduk yang berada di kawasan kerap dilanda banjir juga dinasihatkan lebih peka dengan kenaikan paras air.",
"“Sekiranya berlaku kenaikan air secara mendadak, hubungi pasukan bomba dan bersedia untuk berpindah ke tempat lebih tinggi atau selamat terlebih dulu sebelum ketibaan pasukan penyelamat,” katanya."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/puak-politik-liberal-lindungi-lgbtq-acara-songsang-terbuka-di-malaysia/ | Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia | [
"Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata ada puak politik liberal yang kini melindungi acara tidak bermoral dan songsang secara terbuka dan bebas, termasuk ideologi lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ).",
"Tanpa menyatakan mana-mana parti politik, beliau menjelaskan perlindungan yang diberikan puak politik liberal itu menyebabkan acara dan program untuk dakyah agama tertentu dilakukan dengan bebas.",
"Beliau menegaskan hakikatnya golongan itulah yang melakukan provokasi berbaur sentimen menghasut perkauman dan agama melampau yang menggugat dan mengancam perpaduan rakyat Malaysia.",
"“Itu nilai politik kotor dan jahat mereka cuba doktrin tanamkan dalam minda dan kepercayaan serta perlakuan masyarakat negara kita. Dalam masa sama mereka runtuhkan nilai politik yang bersih dan sejahtera berasaskan iman dan takwa.",
"“Iaitu dengan menyekat dan menghalang politik di tempat-tempat yang baik dan soleh. Mereka mendesak politik mesti dipisahkan daripada agama. Larangan itu sebenarnya satu helah,” katanya menurut Harakah.",
"Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol berkata golongan tersebut menterbalik, merungkai dan memudaratkan segala perpaduan, penghormatan, martabat dan jaminan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.",
"Katanya mereka menggunakan kuasa jawatan dan kedudukan yang ada termasuk mempengaruhi pihak penguat kuasa untuk bertindak bagi memenuhi motif politik dan kepentingan tertentu.",
"“Sampaikan khutbah Jumaat di masjid untuk mendukung kemakmuran negeri menerusi pembangunan dirancang dan aktiviti ekonomi pun mereka bantah. Sedangkan usaha itu untuk kebaikan rakyat dan masa depan negeri.",
"“Tetapi himpunan awam yang dicemari promosi LGBTQ, termasuk terkini dalam Ramadan ini mahu dilangsungkan pesta ‘jantan dengan jantan’ songsang dan perasmian bar di Kuala Lumpur, mereka tidak bantah.",
"“Ini menunjukkan golongan tersebut semakin berani mempromosikan secara terbuka dan bebas, seolah-olah ada ‘pelindung’ terhadap kegiatan, aktiviti dan motif golongan tersebut.",
"“Kita tak tahu arah tuju politik mereka nak bawa ke mana? Tapi nampaknya macam ‘menjaga’ kepentingan golongan liberal, sebaliknya kepentingan agama disekat. Ini tindakan yang salah,” katanya.",
"Beliau yakin rakyat Malaysia terutama orang Melayu-Islam begitu sedar dan celik dengan perkembangan tersebut serta bertekad menyelamat negara ini daripada dirosakkan golongan tersebut."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/selepas-audit-forensik-undian-rafizi-disahkan-timbalan-presiden-pkr/ | Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR | [
"Bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli disahkan menduduki kerusi Timbalan Presiden PKR yang sebelum ini kosong setelah Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggalkan parti itu apabila menyertai Bersatu.",
"Pengumuman rasmi itu dibuat Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR hari ini, setelah semua audit forensik terhadap undi yang diberikan kepada Rafizi dan beberapa pemimpin lain, selesai dilakukan.",
"Kiraan rasmi terakhir menunjukkan Rafizi memenangi saingan dengan majoriti 16,668 undi mengatasi Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang juga Setiausaha Agung PKR.",
"Pengarah JPP Zaliha Mustafa berkata hanya sedikit perubahan dalam keputusan pemilihan selepas parti itu melaksanakan audit forensik terhadap keputusan pengundian.",
"Menurutnya laporan audit forensik mendapati terdapat percubaan menggodam keputusan pemilihan oleh pihak tidak bertanggunggjawab untuk mempengaruhi keputusan pemilihan.",
"Bagaimanapun, katanya firma audit telah mencadangkan supaya keputusan itu dibersihkan – yang dijalankan oleh jawatankuasa itu mengikut penemuan analisis digital.",
"“Bagaimanapun (pembersihan) tidak menjejaskan keputusan majoriti calon sama ada di peringkat pusat atau bahagian,” katanya.",
"Keputusan rasmi juga mengesahkan empat naib presiden yang dipilih ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; Ahli Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang; Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Aminuddin Harun.",
"Menurut laporan media sebelum ini, Chang, Nik Nazmi, and Aminuddin dikaitkan dengan kem Rafizi.",
"Di Gombak, Farhash Wafa Salvador, yang mengkritik keputusan undian, secara rasmi kalah dalam perebutan ketua bahagian menentang Amirudin.",
"Farhash yang juga bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum itu mengulangi rasa tidak puas hati terhadap cara pengendalian pemilihan parti yang berlangsung baru-baru ini dan menggesa bantahan yang dikemukakan dipandang serius.",
"“Saya amat berharap pihak JPP dan parti mengambil serius pandangan-pandangan ramai calon-calon yang telah mengemukakan bantahan secara rasmi dan mengambilkira cadangan-cadangan untuk penambahbaikan.",
"“Jika kita melaungkan ‘reformasi’, ia haruslah dipraktikkan dalam parti kita sendiri,” kata Farhash."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kurang-sikit-makan-telur-kata-pengarah-kpdnhep-melaka/ | Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka | [
"Orang ramai dinasihati mengurangkan pengambilan telur ekoran kenaikan harga barang tersebut, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar.",
"Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial dimuat naik saluran Youtubr Melaka TV semalam, Norena berkata sekiranya harga telur tinggi langkah yang boleh diambil pengguna adalah dengan mengurangkan daripada makan telur.",
"“Kita sebagai pengguna kalau dah tau kenaikan harga telur tu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur.",
"“Kalau satu minggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tak ada masalah.",
"“Itu adalah cara gaya hidup kita,” katanya dalam rakaman tersebut.",
"Bercakap kepada pemberita di Pasar Besar Majlis Bandar Raya Melaka, Norena berkata rakyat perlu memahami situasi kenaikan harga barang disebabkan inflasi di seluruh negara ketika ini.",
"“Kerajaan memutuskan untuk bagi lagi pelbagai subsidi untuk bagi kita tak terbeban dengan inflasi tapi kita mohon sangat terutama rakyat Melaka (faham), kita sekarang dalam inflasi yang tinggi.",
"“Bukan Malaysia sahaja tekanan barangan naik, bahkan satu dunia. Ini bukan isu baru,” katanya.",
"Rakaman video berkenaan tular sejak semalam dan menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat.",
"Bermula 1 Julai, harga runcit siling ayam bagi semenanjung ditetapkan pada harga RM9.40 sekilogram, naik 50sen daripada RM8.90.",
"Harga siling telur ayam pula naik antara 2sen bagi setiap gred iaitu 45 sen sebiji bagi Gred A, 43 sen sebiji bagi gred B; dan 41 sen sebiji bagi gred C."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/212-kes-baharu-satu-kematian/ | 212 kes baharu, satu kematian | [
"Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 18 Februari 2023) turun lagi kepada 212 kes berbanding 241 pada Jumaat, dan 281 (Khamis), setelah mengalami kenaikan empat hari berturut-turut sebelum itu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.",
"Menurut data laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi, jangkitan baharu itu, termasuk lima kes melibatkan kanak-kanak berusia 0 hingga 12 tahun, berbanding 16 kes pada Jumaat.",
"Satu daripada kes itu melibatkan kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan empat lagi kes (lima hingga 12 tahun).",
"Jumlah itu menjadikan kumulatif jangkitan sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan di Malaysia pada 25 Januari 2020 sebanyak 5,040,821 kes, dengan 4,994,560 pesakit telah pulih, termasuk 310 yang sembuh semalam.",
"Daripada jumlah jangkitan semalam juga, 163 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin penggalak; 28 kes (individu lengkap vaksinasi); satu kes (individu belum lengkap vaksinasi); dan 20 kes (individu tidak divaksinasi).",
"Menurut data laman sesawang KKMNow pula, sebanyak 9,306 kes masih aktif, turun berbanding 9,405 pada Jumaat.",
"Sehingga semalam juga seramai 8,968 pesakit Covid-19 masih menjalani kuarantin di rumah (9,080 pada Jumaat), sementara 332 pesakit mendapatkan rawatan di hospital, meningkat berbanding 316 pada Jumaat.",
"Jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi sehingga semalam adalah seramai enam orang, berbanding sembilan pada Jumaat, dengan tiga daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.",
"KKM juga melaporkan seorang pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, semalam di Kedah.",
"Ini menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam, sebanyak 36,955 kes, termasuk 7,872 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).",
"Berikut adalah jangkitan harian dan kumulatif kes bagi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan sejak 25 Januari 2020 hingga semalam."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/tuah-busana-7-puteri-ulek-mayang/ | Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang | [
"Pakaian seberat 50 kilogram memaparkan keunikan kisah di sebalik busana ritual berasal dari negeri Terengganu itu lengkap dengan tujuh puteri pada bahagian belakang, penampilan Lishalliny cukup unik berbanding peserta lain.",
"“Lagu ni saya selalu dengar semasa waktu sekolah dahulu kerana lagu ini selalunya digunakan sebagai persembahan pentas. Saya tahu bahawa ramai orang pernah mendengar lagu ini terutama di majlis keramaian. Jadi inilah peluang saya untuk kembalikan lagi memori zaman tersebut. Hasilnya, saya adaptasi dengan menghasilkan busana seorang pawang berwarna hitam dan emas dan tujuh puteri,” kata pereka busana tersebut, Aldrin Grame .",
"Tujuh puteri itu pula berpakaian berwarna biru dan emas, dilengkapi aksesori kepala yang mewah.",
"Kemenangan itu juga menyaksikan Lishalliny, 24 tahun, berjaya menempatkan diri di kedudukan top 20.",
"Tambah beliau, sebelum memilih material yang sesuai, saya bereksperimen dengan beberapa pilihan material dahulu sebelum melanjutkan proses pembuatan rekaan ini.",
"“Ia mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk dan tempoh menyiapkan badan patung ketujuh-tujuh puteri selama satu bulan. Selain itu, tempoh persiapan rangka besi lebih kurang satu bulan . Saya menyiapkan kostum ini sepenuhnya selama dua minggu terakhir dengan bantuan lima kakitangan.",
"“Cabaran saya yang pertama ialah kewangan. Kostum segah ini sudah tentu memakan perbelanjaan sangat besar jika mahukan hasil yang memukau. Saya sanggup berkorban demi negara untuk merealisasikan kostum ini. Terima kasih kepada anda yang sudah membantu saya di waktu yang mencabar. Sudah tentu saya menghargai sumbangan anda, dan hanya Tuhan sahaja dapat membalas kebaikan anda,” katanya.",
"Selain itu, Aldrin turut berhadapan dengan masalah dari segi berat dan size kostum tersebut. Ini kerana sistem pembungkusan kapal terbang mempunyai sukatan tertentu. Jadi Aldrin perlu menyiapkan kostum mengikut saiz yang diberi agar setiap bahagian mudah dipisah dan dipasang bagi mengelakkan kos berlebihan untuk bagasi bersaiz besar dan secara tidak langsung menjimatkan masa pemasangan kostum ketika di Bangkok.",
"“Sebanyak 50 peratus material kain, renda dan batu dan kaca permata, 20 peratus material dari foam, 20 peratus material gabus dan 10 peratus besi. Walaupun material besi sebanyak 10 peratus, tetapi sebenarnya material inilah yang penyumbang berat terbesar jika dibandingkan beratnya daripada yang lain.",
"“Secara keseluruhan, kos menyiapkan busana ini lebih daripada RM20 ribu termasuk material, penghantaran serta kerugian dan kos workmanship. Busana ini mengambil masa selama enam bulan untuk siap sepenuhnya."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/susah-rupanya-pemimpin-umno-mahu-berubah/ | ULASAN: Susah rupanya pemimpin UMNO mahu berubah | [
"Geli hati melihat beberapa pimpinan utama UMNO menelan bulat-bulat umpan yang dilempar Naib Presiden PAS kelmarin.",
"Dalam satu ceramah oleh Dato’ Mohd Amar Abdullah, beliau sinis menyebut Singapura lebih maju kerana tiada UMNO di sana. Ayat ini nampaknya tertusuk ke lubuk hati yang paling dalam bagi pimpinan UMNO.",
"Apa tidaknya, pimpinan Pemuda, calon Menteri Besar, Dato’ Seri Hasni Mohammad dan terbaru Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri. Mereka cukup beremosi apabila disebut ‘Singapura maju tanpa UMNO’.",
"Sedangkan sekian lama, mereka memperleceh Negeri Kelantan, menghina sosio-ekonomi Kelantan dengan pelbagai ejekan. Namun apabila terusik sedikit ego mereka, masing-masing mendada bangun menunjukkan amarah.",
"Pimpinan Pemudanya menyebut Singapura bernasib baik kerana tiada pembangkang seperti PAS. Ini sudahpun menjadi bahan lelucon warganet kerana Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan itu seakan-akan lupa siapa kerajaan dan siapa pembangkang di Malaysia ketika ini. Lucu dan tohor.",
"Selepas itu nampaknya Dato’ Seri Hasni sendiri pula menelan umpan ini. Oriental Daily melaporkan beliau menyebut, “If Singapore had UMNO, it would be more developed than it is now”. Ini juga menjadi bahan kepada kritikan dan hentaman kuat rakyat.",
"Kata-kata sombong beliau itu, dalam masa beberapa jam sahaja dimuat naik dalam laman berita media sosial, dikecam ribuan rakyat daripada latar belakang urban dan sub-urban. Masing-masing menempelak Hasni. Middle class citizen Johor kelihatan semakin muak dan jelak dengan perangai pimpinan UMNO ini.",
"Kemuncak kepada fenomena ‘koyak’ UMNO dalam isu ‘Singapura maju tanpa UMNO’ adalah Presiden mereka sendiri yang membalas sindiran Dato’ Amar.",
"Kata beliau, kononnya Singapura lebih maju berbanding Malaysia kerana negara itu tidak diperintah oleh UMNO, disifatkannya sebagai alasan tidak berintelektual untuk memperkecilkan pihak lawan.",
"“Kalau kita mahu memperkecilkan lawan atau rakan politik lain, saya fikir gunakanlah alasan yang lebih intelektual,” ucap Zahid di Tangkak.",
"Wah-wah Dato’ Seri, masa pimpinan UMNO segenap peringkat menghina Kelantan, tanpa asas fakta, apatah lagi nilai intelektual, Dato’ Seri senyum sahaja. Tetapi bila dicubit sedikit oleh kami, seluruh hulubalang parti dan Dato’ Seri sendiri melompat?",
"Itulah dia UMNO, yang hidupnya sentiasa mahu dipuja dan dipuji, yang terus merasa hebat walaupun pernah ditunjuk jalan keluar Putrajaya oleh pengundi pada PRU-14 lalu.",
"Susah rupanya mahu insaf ini. Kalau ada pun perasaan itu, ia hanya sebentar sewaktu poket kosong, tiada projek, ‘jalan sepak kertas’ dan kuasa politik negara berada di tangan orang.",
"Setelah beroleh kembali sedikit ruang kuasa, ada yang kembali gila. Rakyat dilupa. Apa pun hari ini, rakyat ketawa, umpan ‘UMNO tiada di Singapura’, nampaknya mengena.",
"UMNO sentiasa mahu dipuja dan dipuji, egonya koyak dek umpan sindiran.",
"Mohd Azreen Mustapha\nDarulnaim Research Centre",
"Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri."
] |
https://www.agendadaily.com/rencana/najib-patut-akui-sahaja-cash-is-king/ | Najib patut akui sahaja ‘Cash is King’ | [
"Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.",
"Saya nak betulkan penggunaan bahasa dan pemahaman salah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai ‘Cash is King’ melalui perspektif dan pemahaman saya.",
"Saya bukan nak membela Najib, sekadar membetulkan pemahaman salah beliau mengenai ‘Cash is King’.",
"Selebihnya kita cerita lain kali.",
"Dari segi makna frasa ‘Cash is King’, Najib sepatutnya tidak perlu nak ubah dengan menyebut ‘Wang (tunai) itu Rakyat.’",
"Satu dunia sudah faham maksud ‘Cash is King’, nak ubah buat apa lagi. Bila ubah jadi ‘Cash is People’, orang terkejut, keliru dan tak boleh dielakkan ia menjadi bahan jenaka popular mengalahkan Sepahtu.",
"Sebetulnya, ini bukan kali pertama Najib cakap benda yang sama ini. Cuma, sebelum ini tiada sesiapa pun orang Najib menasihati atau membetulkan pemahaman salahnya ini.",
"Saya rasa apa yang Najib patut buat ialah beliau perlu secara gentleman mengaku memang betul ‘Cash is King’ kerana hakikatnya dengan wang, apa juga boleh dilakukan dan bermacam-macam masalah boleh diselesaikan.",
"Dengan wang, yang dilambangkan sebagai raja itu, ia boleh digunakan untuk membantu apa juga masalah rakyat. Di sini lah baru ‘Rakyat’ timbul.",
"Tidak ada duit cakap kosong sahajalah. Jadi, ‘Cash is King’.",
"Ini yang patut Najib cakap, bukan nak ubah ‘Cash itu Rakyat’. Najib sebenarnya cuba jelaskan maksud ‘Rakyat’ itu tetapi mesej tak sampai dan sukar diterima sebab premis asasnya sudah salah.",
"Sekali lagi, saya hanya menulis dari segi bahasa dan pemahaman frasa ‘Cash is King’, tidak lebih daripada itu. Sama ada cakap diterjemah kepada tindakan, itu di luar skop tulisan ini.",
"Itu sahaja",
"Mior Kamarul Mior Shahid\nBekas Ketua Pengarang",
"Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/polis-siasat-mural-gadis-bogel/ | Polis siasat mural gadis bogel | [
"Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung lukisan mural tidak senonoh di dinding Balai Seni Sasaran Kuala Selangor yang tular di media sosial kerana memaparkan gambar tiga gadis berbogel.",
"Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh orang awam pada jam 10 malam semalam berhubung lukisan itu.",
"Katanya, siasatan awal mendapati projek seni lukis yang mendapat kelulusan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) pada 22 Mac lalu telah dimulakan oleh Persatuan Kesenian Sasaran Kuala Selangor pada 12 April.",
"“Bagaimanapun pihak MDKS tidak secara jelas diberitahu apakah bentuk atau jenis mural yang akan dilukis pada dinding tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Ramli berkata, soal siasat terhadap pelukis itu menyatakan bahawa mural berkenaan belum siap sepenuhnya dan perlu dilukis mengikut lapisan demi lapisan, serta tidak bertujuan menghina mana-mana pihak.",
"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat kepada harta benda dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana perbuatan berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah.",
"Pegawai Majlis Daerah Kuala Selangor berbincang dengan pelukis mural gadis bogel di Balai Seni Sasaran Kuala Selangor, hari ini. – Gambar FB",
"Sementara itu, MDKS dalam kenyataan di laman Facebook, memaklumkan pihaknya menerima maklumat awal pada 7 malam bahawa lukisan terbabit masih 20 peratus dalam proses lakaran dan lukisan terbabit telah tular di media sosial.",
"Sehubungan itu, MDKS mengarahkan pelukis menyiapkan lukisan bahagian yang sensitif tersebut dengan kadar segera dalam tempoh tiga jam.",
"“Lukisan tersebut disiapkan pada 10 malam iaitu 40 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada atau sebelum 26 April ini,” kata kenyataan itu."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/saya-masih-berpegang-dengan-keputusan-untuk-berehat-azmin/ | Saya masih berpegang dengan keputusan untuk berehat: Azmin | [
"Keputusan untuk berehat daripada pentas politik masih kekal lagi, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.",
"Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa memberi bayangan tidak akan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor nanti memandangkan sudah lama berkhidmat di kawasannya sebelum ini.",
"“Saya sudah maklumkan sebelum ini bahawa saya mahu berehat. Saya sudah berkhidmat selama tujuh penggal, satu penggal di Ulu Kelang, tiga penggal di Bukit Antarabangsa dan Gombak.",
"“Keputusan itu (berehat) saya buat enam bulan lalu sejurus selepas pilihan raya. Saya masih berpegang kepada keputusan tersebut,” katanya dipetik laporan media.",
"Azmin terdahulu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perikatan Nasional (PN) di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor malam tadi.",
"Menurutnya, beliau secara peribadi mahu memberi laluan kepada calon muda yang berpotensi dalam PN untuk bertanding.",
"“Maka saya rasa sudah sampai masanya untuk saya memberi laluan kepada tokoh muda yang ramai berpotensi, saya akan terus memberikan khidmat dan sumbangan kepada Perikatan Nasional.",
"“Dan inilah yang sedang saya lakukan, saya lihat sambutan kepada PN semakin mantap dan kukuh,” katanya lagi.",
"Pada masa sama, beliau turut mengulas mengenai dakwaan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita.",
"“Saya terima banyak permintaan bukan sahaja DUN Morib tetapi beberapa DUN di Selangor. (Sekiranya dicalonkan) saya serah kepada kepimpinan parti,” katanya lagi.",
"Pemimpin utama PN turut hadir memeriahkan majlis tersebut yang dihadiri ribuan warga Selangor, turut hadir Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/muhyiddin-sasaran-sebenar-ph-bn-untuk-bunuh-karakter-bersatu-pn/ | Muhyiddin sasaran sebenar PH-BN untuk bunuh karakter Bersatu, PN | [
"Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendedahkan sasaran sebenar kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) untuk dianiaya melalui pertuduhan di mahkamah adalah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.",
"Beliau yang juga Ketua Armada Bersatu Malaysia berkata tindakan ke atas pemimpin PN dan Bersatu sekarang ini merupakan politik balas dendam dan penganiayaan terhadap lawan yang tidak senada dengan kerajaan PH-BN.",
"Oleh itu, Timbalan Ketua Pemuda PN itu berkata, parti itu tidak terkejut sekiranya Muhyiddin juga turut sama diheret ke mahkamah seperti dilakukan terhadap Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.",
"“Sasaran sebenar ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kami tidak terkejut kalau Tan Sri Muhyiddin juga akan diheret sama seperti Datuk Wan Saiful selepas ini. Mereka mahu lumpuhkan Bersatu dalam apa jua cara sekali pun.",
"“Ini bukan pertama kali Bersatu berdepan dengan ancaman seperti ini dan kami tidak akan berganjak walau sedikit pun dalam berdepan dengan tekanan politik ini,” kata Wan Ahmad Fayhsal dalam satu kenyataan.",
"Semalam, ketikam mengulas pertuduhan terhadap Wan Saiful, Muhyiddin berkata kerajaan campuran PH-BN sedang melakukan pendakwaan terpilih secara terancang untuk melemahkan musuh politik mereka dengan menyasarkan parti lawan",
"Katanya wujud perancangan terang-terangan pihak kerajaan untuk memberi tekanan kepada parti pembangkang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi dan parti Bersatu antara sasaran utama kerana menyedari rakyat menolak kerajaan campuran.",
"Pendakwaan terpilih ini berlaku ketika kerajaan PH dan BN dilihat semakin gagal dalam menyelesaikan masalah rakyat dan bakal ditolak dalam pilihan raya di enam buah negeri yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi.",
"“Bersatu sebenarnya telah menjangkakan bahawa inilah yang akan dilakukan oleh kerajaan PH-BN untuk melumpuhkan Bersatu setelah melihat sokongan kepada Bersatu dan PN semakin kuat dalam PRU-15,” kata Muhyiddin.",
"Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata pertuduhan ke atas Wan Saiful jelas bersifat politik bertujuan menekan musuh politik kerajaan, khususnya pembangkang, untuk membunuh karakter Bersatu dan PN yang mendapat sokongan majoriti rakyat negara ini.",
"Pada masa sama, beliau berkata Armada kesal kerana Wan Saiful dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, namun setelah hadir beliau ditahan serta-merta dan diberitahu akan didakwa semalam.",
"“Beliau tidak dapat membuat persediaan sewajarnya dan ia bertujuan untuk memalukan beliau. Ini merupakan satu pendakwaan politik yang berlapis dendam dan berniat jahat untuk menekan pembangkang.",
"“Demi mengalih perhatian rakyat dan dunia kepada kes-kes yang lebih besar seperti kapal tempur LCS yang masih belum didakwa pelaku utamanya, kes mahkamah 47 pertuduhan melibatkan Timbalan Perdana Menteri – pendakwaan terpilih ini dicipta.",
"“Ianya jelas sekali satu tindakan bacul dan keanak-anakan serta satu taktik politik yang zalim,” katanya lagi."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/ph-enggan-ulas-pendedahan-bekas-ag-dap-kata-tommy-thomas-bukan-ahli/ | PH enggan ulas pendedahan bekas AG, DAP kata Tommy Thomas bukan ahli | [
"Pakatan Harapan (PH) enggan mengeluarkan sebarang ulasan berhubung pendedahan yang dibuat Pasukan Petugas Khas (STF) terhadap buku memoir Tan Sri Tommy Thomas.",
"Walaupun bekas Peguam Negara (AG) itu dilantik semasa kerajaan PH berkuasa sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata Thomas bukan ahli parti politik dan tidak ada keperluan untuk mereka mengulas berhubung hasil siasatan tersebut.",
"“Kami tidak perlu menjawab untuk Thomas. Dia adalah bekas AG (Peguam Negara) dan dia bukan pemimpin PH. Dia juga bukan ahli mana-mana parti politik,” katanya yang percaya Thomas akan dapat mempertahankan dirinya sendiri katanya dipetik laporan BH.",
"Terdahulu, STF mendedahkan hasil siasatan melibatkan buku kontroversi ditulis oleh Thomas tersebut.",
"Dalam pada itu, Loke berkata pihaknya tidak akan terperangkap dengan isu yang dimainkan berkaitan bekas AG itu yang diyakini bermotifkan politik.",
"“Kita tahu (Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri) menggunakan isu ini sebagai peluru. ",
"“Kita tahu mereka mahu mempolitikkan ini dan memanfaatkannya untuk pilihan raya, jadi kami tidak akan jatuh ke dalam perangkap itu,” katanya.",
"Hasil siasatan STF kini didedahkan kepada awam apabila Kabinet menyahklasifikasikan hasil siasatan itu pada 13 Oktober lalu.",
"STF turut mengesyorkan Tommy disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (membocorkan maklumat) dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1072."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/muhyiddin-umum-benar-kwsp-bersasar-jika-pn-kerajaan-pusat/ | Muhyiddin umum benar KWSP bersasar jika PN Kerajaan Pusat | [
"Perikatan Nasional memberi jaminan akan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) secara bersasar sekiranya dipilih membentuk Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu ini (19 November 2022).",
"Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan itu – walaupun ianya tiada dalam manifesto – ketika berucap pada Jelajah PN BEST Parlimen Tambun di Ipoh, Perak, malam tadi (13 November 2022).",
"Sebelum ini, pada 6 November lalu, ketika majlis menjawab soalan peserta pada dialog sempena pelancaran manifesto Perikatan Nasional di Shah Alam, Muhyiddin hanya berkata Perikatan Nasional akan mempertimbangkan pemberian KWSP bersasar itu jika menang PRU-15 ini.",
"“Antara perkara yang berbangkit ialah minta supaya abah ni benarkan lagi sekali pengeluaran KWSP.",
"“Tak ada dalam manifesto… tapi dulu pun kita buat pun tak ada dalam manifesto insya-Allah bila mana kita menang antara perkara yang kita akan lihat balik semula ialah tentang KWSP bersasar.",
"“Kalau kita lihat yang dahulu, kita dah benarkan berapa kali… I-Sinar, I-Lestari… walaupun awalnya agak sukar tapi lepas itu dipersetujukan,” katanya pada majlis dialog itu.",
"Bagaimanapun, malam tadi, Muhyiddin secara rasmi mengumumkan pengeluaran KWSP bersasar akan dibenarkan jika Perikatan Nasional menang dan membentuk Kerajaan Pusat.",
"“Kami (Perikatan Nasional) akan melaksanakan KWSP bersasar… maknanya kalau mereka memerlukan… ada lagi dana dalam KWSP… boleh dikeluarkan sebahagiannya kita akan benarkan ia dikeluarkan.",
"“Arahan daripada pihak kerajaan, Kabinet, maka KWSP perlu mengeluarkan. Insya-Allah mungkin dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama jika Perikatan Nasional menang dan menubuhkan Kerajaan Pusat isu KWSP dibenarkan,” katanya.",
"Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri kelapan berkata rakyat sudah tidak mahu menunggu lagi sekarang untuk membuat perubahan kehidupan mereka setelah melalui zaman gelap pandemik Covid-19.",
"Sehubungan itu, Muhyiddin meminta pengundi, khususnya anak muda, keluar beramai-ramai mengundi Perikatan Nasional bagi menubuhkan sebuah Kerajaan Persekutuan yang Prihatin, Bersih dan Stabil, pada 19 November ini."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/jangkitan-covid-19-naik-2605-positif-enam-kematian-semalam/ | Jangkitan Covid-19 naik: 2,605 positif, enam kematian semalam | [
"Penularan wabak Covid-19 di seluruh negara kembali menunjukkan trend peningkatan selepas sambutan Aidilfitri apabila sebanyak 2,605 jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 10 Mei 2022).",
"Ianya meningkat sebanyak 359 kes berbanding 2,246 yang direkodkan pada Isnin, menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) tengah malam tadi.",
"Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 meningkat kepada 4,463,740 kes, dengan 4,405,197 pesakit telah sembuh.",
"Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,734 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; 517 kes (penerima dua dos); 293 kes (individu tidak divaksinasi); dan 61 kes (individu belum lengkap divaksinasi).",
"Data laman sesawang CovidNOW kendalian KKM menunjukkan 13 daripada 16 negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan kes harian berbanding Isnin, namun nisbahnya masih kecil.",
"Sehingga semalam, sebanyak 22,953 kes masih aktif, meningkat 585 kes berbanding 22,368 pada Isnin.",
"Jumlah pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah juga meningkat daripada 21,230 pada Isnin kepada 21,612 semalam, manakala 24 pesakit ditempatkan di PKRC (empat pesakit pada Isnin).",
"Pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital semalam turut meningkat kepada 1,250 berbanding 1,065 pada Isnin, manakala 67 lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 38 daripadanya yang memerlukan alat bantuan pernafasan.",
"Sementara itu, KKM turut memaklumkan enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).",
"Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,590 kes, termasuk 7,536 kes BID.",
"Dua daripada kes kematian itu direkodkan di Kuala Lumpur, manakala masing-masing satu di Johor, Kedah, Perlis dan Selangor.",
"Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 10 Mei 2022."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/dua-pelakon-tak-sempat-sambut-aidilfitri-positif-covid-19/ | Dua pelakon tak sempat sambut Aidilfitri, positif Covid-19 | [
"Dua pelakon popular, Nora Danish dan Tiz Zaqyah tidak sempat menyambut Aidilfitri kali ini selepas mereka disahkan positif Covid-19 dan terpaksa diasingkan daripada orang awam.",
"Kedua-dua mereka membuat kenyataan yang dikongsi dalam akaun Instagram hari ini dan memberitahu diarahkan supaya menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.",
"“Dukacitanya nak maklumkan Nora didapati positif Covid-19 pada hari ini. Semalam, Nora ada buat ujian calitan kerana mempunyai kontak rapat kategori C.",
"“Keputusan pagi tadi mendapati saya positif walaupun tiada sebarang simptom.",
"“Sekarang Nora kuarantin sendiri dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka juga sudah melakukan ujian calitan,” kongsi Nora dalam laman Instagramnya.",
"Nora juga menggesa sesiapa yang ada kontak rapat dengannya 4 hingga 8 Mei lalu supaya melakukan ujian Covid-19.",
"“Bagi sesiapa yang ada jumpa saya antara 4 hingga 8 Mei lalu, tolong lakukan ujian calitan, jaga diri dan maafkan saya,” katanya.",
"Sementara itu, Tiz Zaqyah turut berkongsi dia mengalami simptom seperti batuk dan badan menggigil.",
"“Semuanya bermula ketika saya mengalami batuk dan badan menggigil. Saya dapat rasakan keadaan badan saya tidak seperti selalu,” katanya."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/zahid-guna-platform-pau-tuntut-keadilan-buat-najib-bukan-rakyat/ | Zahid guna platform PAU ‘tuntut keadilan’ buat Najib, bukan rakyat | [
"Belum habis lagi menggunakan platform parti untuk menyelamatkan ‘kluster mahkamah’, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 bagi ‘membebaskan’ Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun.",
"Zahid dalam ucapannya pada PAU hari ini (13 Januari 2023) menuntut “perbicaraan adil” untuk bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri yang kini menjadi banduan di Penjara Kajang.",
"Dalam ucapan dasar nya, Zahid, yang kini timbalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan Najib kekal sebagai mangsa penindasan politik dan pendakwaan terpilih.",
"“Apabila fenomena Bossku melanda negara, sekumpulan kecil pemimpin UMNO terus membantah Bossku.",
"“Isu mahkamahnya berulang, walaupun kita tahu ia adalah pendakwaan politik dan terpilih. Sekarang dia keseorangan di sana,” kata Zahid, merujuk kepada lokasi semasa Najib di Penjara Kajang.",
"“Kami menuntut agar dia diberi keadilan di mahkamah. Kami menuntut agar perbicaraan yang adil diberikan kepada Najib,” katanya kepada kira-kira 3,000 perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, menurut laporan MalayMail.",
"Tambahnya, Najib merupakan salah seorang juru kempen utama yang melonjakkan prestasi UMNO dalam beberapa pilihan raya negeri selepas parti itu dan Barisan Nasional mengalami kekalahan bersejarah pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.",
"Najib dihantar ke Penjara Kajang pada 23 Ogos tahun lepas selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan atas kesalahan menggelapkan RM42 juta daripada firma pelaburan milik kerajaan, SRC International Sdn Bhd dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.",
"Sebelum itu, Najib bebas berkeliaran di negara ini dan Singapura sementara menunggu rayuan terakhirnya. Dua Pilihan Raya Negeri (PRN) menyaksikan UMNO/BN merampas semula Johor dan Melaka pada 2022 dan 2021.",
"Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa, yang menjadi tumpuan pada PAU hari ini,mendakwa ketidakhadiran bapanya pada PRU-15 November lalu amat dirasai oleh akar umbi parti.",
"“Sepanjang PRU-15 ini, di peringkat akar umbi pun tidak semeriah dahulu. Datuk Najib kini hanya mahu satu perkara, mengembalikan semangat dalam UMNO dan rakyat.",
"“Dia tahu bahawa dia tidak bersalah, dan semangat juangnya masih kuat walaupun dalam penjara,” dakwanya.",
"Bagaimanapun, Najib masih mempunyai beberapa pertuduhan rasuah yang belum selesai di mahkamah yang berkaitan dengan skandal kewangan 1MDB berjuta-juta dolar.",
"Dia juga tidak berputus asa dalam usahanya untuk keluar dari penjara dan telah memfailkan aduan antarabangsa berhubung sabitan SRC dengan Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang di samping semakan keputusan Mahkamah Persekutuan yang dijadualkan untuk didengari pada 19 Januari ini."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/kebimbangan-kebebasan-bersuara-disekat-meningkat-bawah-kerajaan-anwar-media-singapura/ | Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura | [
"Kebimbangan semakin meningkat dalam kalangan kumpulan masyarakat sivil di Malaysia terhadap kebebasan bersuara sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri empat bulan lalu.",
"Walaupun menghabiskan beberapa dekad berkempen di platform reformasi, yang antara lain menjanjikan kebebasan awam yang lebih besar, beliau dan gabungan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya tidak banyak berbuat untuk mengubah undang-undang yang dianggap menindas yang telah lama digunakan oleh kerajaan terdahulu terhadap pengkritik mereka.",
"Anggota parti gabungan Anwar sendiri sebelum ini telah ditangkap atau dipenjarakan di bawah undang-undang keselamatan Malaysia dan Akta Hasutan ketika mereka berada di pihak pembangkang, lapor Straits Times (ST) Singapura.",
"Perhimpunan awam yang disiasat oleh polis, siasatan berhubung kritikan dalam talian dan gesaan oleh ahli politik kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) untuk menggunakan undang-undang hasutan era kolonial semuanya berterusan di bawah pentadbiran Anwar sejak beliau berkuasa pada November 2022.",
"Di tengah-tengah langkah ini adalah tindakan beliau sendiri terhadap pengkritik politik daripada pembangkang – Perikatan Nasional (PN).",
"Saman fitnah dan laporan fitnah jenayah telah difailkan terhadap mereka, termasuk terhadap Pengerusi PN yang juga bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.",
"Menurut laporan itu, Lawyers for Liberty (LFL), kumpulan peguam yang mendesak kebebasan sivil, berkata baru-baru ini bahawa menggunakan polis untuk melindungi Anwar daripada kritikan adalah “melanggar undang-undang dan zalim”.",
"“Adakah Anwar lupa bahawa semasa era Najib (Datuk Seri Najib Razak), PH pembangkang ketika itu berada di penghujung penyiasatan polis yang sama kerana kritikan terhadap Najib?",
"“Adakah Anwar dan gabungan politiknya tidak belajar apa-apa daripada penganiayaan yang mereka hadapi ketika itu?” kata Pengarah LFL, Zaid Malek dalam satu kenyataan.",
"Pihak berkuasa juga telah ‘mengejar’ individu yang berada di belakang kritikan dalam talian yang ditujukan kepada kerajaan, kerana mereka bercadang untuk mengukuhkan peruntukan kontroversi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia bagi mengawal selia media sosial.",
"Individu yang menyertai perarakan Wanita pada awal Mac dan perhimpunan menyokong Muhyiddin selepas beliau ditahan sebentar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, turut disiasat oleh pihak berkuasa, lapor ST lagi.",
"Walaupun, pemimpin kerajaan Anwar telah mengulangi komitmen mereka terhadap kebebasan awam, tetapi telah memilih untuk mengutamakan cabaran ekonomi dan kestabilan politik sebagai agenda utama mereka.",
"Ini sebahagiannya disebabkan oleh Anwar mengetuai kerajaan campuran, yang ahlinya termasuk bekas musuh – BN – yang dipimpin oleh UMNO. BN lah yang memperkenalkan dan menggunakan banyak peruntukan yang mengehadkan kebebasan awam.",
"Pengarah Eksekutif Kumpulan Hak Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Sevan Doraisamy, bagaimanapun berkata, memberi tumpuan kepada isu ekonomi tidak bermakna perkara hak asasi manusia harus diketepikan.",
"“Kami tidak menjangkakan perubahan dalam sekelip mata tetapi pada masa yang sama ia tidak harus ditangguhkan lagi,” katanya.",
"Timbalan Pengarah Urusan Bower Group Asia, Asrul Hadi Abdullah Sani berkata walaupun kumpulan masyarakat sivil perlu belajar untuk lebih bersabar dengan Anwar, penggunaan undang-undang semasa yang menindas lawan politik masih menghantar mesej yang salah dan “mencemarkan agenda reformis pentadbiran” .",
"Kerajaan Anwar menghadapi ujian penting terhadap prestasinya kerana ahli gabungannya yang kini disertai BN dan UMNO akan berdepan enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijadualkan Julai depan, sebagai rakan kongsi, selepas bertahun-tahun menjadi musuh politik."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/selepas-pecat-memecat-umno-umum-pemilihan-parti-bermula-1-februari-depan/ | Selepas pecat-memecat, UMNO umum pemilihan parti bermula 1 Februari depan | [
"Pemilihan parti UMNO akan bermula pada 1 Februari selepas tertangguh hampir setahun lebih atas alasan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lalu.",
"Pengumuman tarikh pemilihan parti itu dibuat sebaik sahaja UMNO menjalankan operasi pecat-memecat pemimpin dan ahli-ahli malam tadi dengan menyaksikan beberapa nama besar disingkirkan dan digantung keahlian.",
"Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ia membabitkan mesyuarat dan pemilihan bagi jawatankuasa cawangan, pemuda, wanita dan puteri cawangan yang berlangsung sehingga 26 Februari iaitu selama 26 hari.",
"Sementara mesyuarat perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli MKT UMNO akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan.",
"“Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, EXCO Pergerakan Pemuda dan EXCO Pergerakan Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac,” katanya dalam kenyataan.",
"Beliau berkata, Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Ab Samad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 (JPU 2023) dan Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub dilantik sebagai Setiausaha JPU 2023.",
"“Tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat adalah bermula pada 13 Februari 2023 dan ditutup pada 26 Februari 2023 jam 5 petang.",
"“Kenyataan terperinci mengenai hal ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya.",
"UMNO pertama kali menangguhkan pemilihannya yang sepatutnya diadakan pada 2021 sehingga tempoh 18 bulan, berakhir Disember 2022.",
"Namun pada akhir tahun lalu, UMNO meminda Fasal 10.16 perlembagaanya dan membenarkan penangguhan sekali lagi pemilihan iaitu enam bulan selepas pilihan raya peringkat Dewan Rakyat.",
"Tarikh akhir pemilihan UMNO terkini adalah pada 19 Mei 2023."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/lhdn-tunggu-najib-bayar-cukai-selama-8-bulan-sebelum-isytihar-bankrap/ | LHDN tunggu Najib bayar cukai selama 8 bulan sebelum isytihar bankrap | [
"Datuk Seri Najib Razak diberi peluang selama lapan bulan untuk membayar tunggakan cukainya sebelum langkah memfailkan notis kebankrapan pada 4 Februari lalu, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).",
"LHDN memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tindakan tersebut tidak melibatkan sebarang campur tangan politik seperti yang didakwa oleh bekas Perdana Menteri tersebut.",
"Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad berhujah, prosiding pembayaran tunggakan cukai yang difailkan terhadap bekas Perdana Menteri merupakan proses biasa yang dilaksanakan oleh LHDN.",
"Malah, LHDN memberitahu agensi itu mempunyai hak sejak dahulu lagi untuk menguatkuasakan perintah mahkamah dalam kes-kes yang melibatkan kegagalan pembayaran cukai.",
"“Kami bukannya memfailkan permohonan dalam keadaan tergesa-gesa melainkan LHDN telah menunggu selama hampir lapan bulan namun tiada perbincangan dilakukan bagi membolehkan tunggakan itu dijelaskan,” jelas Norhisham.",
"Hujah beliau, selepas Mahkamah Tinggi mengeluarkan penghakiman terus pada 22 Julai tahun lalu, pihaknya telah menunggu selama lapan bulan agar Najib membayar tunggakan cukai pendapatan.",
"Sementara itu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membantah pelaksanaan pembayaran tunggakan itu atas alasan pihaknya telah membuat rundingan semula mengenainya.",
"Bagaimanapun jelas beliau, rundingan itu tidak berjaya dan LHDN meneruskan dengan memfailkan notis kebankrapan terhadap anak guamnya dalam keadaan tergesa-gesa.",
"Hujah Shafee, tindakan itu akan menyebabkan Najib kehilangan segala-galanya termasuk pencen, kedudukan dalam politik manakala harta-hartanya akan dilelong.",
"Hakim Datuk Ahmad Bache menetapkan Isnin ini bagi keputusan permohonan Najib untuk menangguhkan pelaksanaan pembayaran tunggakan cukai iaitu sebelum rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan pada 16 Jun ini.",
"Najib merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Julai tahun lalu yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus bagi menuntut tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion.",
"Hakim Ahmad mengarahkan beliau membayar tunggakan cukai tambahan itu bagi tempoh 2011 hingga 2017 atas alasan tunggakan itu merupakan hutang kepada negara yang perlu dijelaskan.",
"Pada 31 Mei lalu, Najib itu memfailkan permohonan untuk membatalkan notis kebankrapan dan menggantung prosiding tersebut.",
"Berdasarkan notis berkenaan, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai tahun lalu (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari lalu iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000.",
"Setakat 4 Februari lalu, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/lawatan-menteri-agama-ditaja-liga-dunia-islam/ | Lawatan Menteri Agama ditaja Liga Dunia Islam | [
"Dakwaan mengatakan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyalahguna dana kerajaan dalam lawatan ke Arab Saudi tidak benar, sebaliknya Liga Dunia Islam (MWL) menaja penuh lawatan Menteri Hal Ehwal Agama tersebut.",
"Zulkifli menyangkal tohmahan yang dibuat dalam media sosial yang tular berhubung pesawat khas yang dinaiki delegasinya ketika lawatan tersebut.",
"“Saya menaiki penerbangan SAUDIA Airlines dari Kuala Lumpur ke Riyadh, sama seperti penumpang lain…penerbangan daripada Riyadh ke Madinah seperti dalam video itu diuruskan sepenuhnya oleh MWL,” katanya dipetik Bernama.",
"Mengulas lanjut, Zulkifli berkata beliau dijemput untuk ke Madinah dengan menaiki pesawat khas sejurus selepas Gabenor Madinah Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud mengetahui bahawa beliau seorang Menteri berkelulusan Universiti Islam Madinah.",
"“Ini berikutan jemputan Diraja oleh Gabenor Madinah, Yang Mulia Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud kepada saya untuk bertemu baginda di Madinah,” katanya.",
"“Baginda amat sukacita apabila mendapat tahu ada seorang Menteri daripada Malaysia, berkelulusan Universiti Islam Madinah, telah datang ke Arab Saudi atas urusan negara. Atas sebab itulah jemputan diraja dizahirkan berserta dengan pesawat berkenaan…begitulah sebagaimana yang saya dimaklumkan,” katanya.",
"Dalam pada itu Zulkifli berpandangan bahawa tajaan lawatan itu merupakan tanda penghormatan kerajaan Arab Saudi dan pihak MWL kepada kerajaan Malaysia.",
"MWL yang ditubuhkan pada 1962 merupakan sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berpangkalan di Makkah, dibiayai sepenuhnya kerajaan Arab Saudi.",
"Lawatan yang bermula Jumaat lepas hingga 18 April ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam hal ehwal Islam serta ibadah haji dan umrah sebagaimana yang dimeterai dalam memorandum persefahaman (MoU) hasil kunjungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lepas."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/trafik-lancar-di-lebuh-raya-utama-pada-hari-raya-ketiga/ | Trafik lancar di lebuh raya utama pada hari raya ketiga | [
"Aliran trafik di semua lebuh raya utama bergerak lancar dan terkawal berikutan jumlah kenderaan berkurangan pada hari ketiga sambutan Aidilfitri, hari ini.",
"Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitter melaporkan trafik masih lancar di kedua-dua arah di sepanjang lebuh raya bagi sektor utara, selatan dan timur termasuk lokasi-lokasi di sekitar plaza tol setakat 10 pagi, lapor Bernama.",
"Selain itu, trafik juga dilaporkan lancar di Tambak Johor di kedua-dua arah laluan Malaysia-Singapura.",
"LLM turut menasihati pengguna jalan raya terutama di bahagian timur agar mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena cuti perayaan ini.",
"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/nak-selesai-isu-logo-pun-anwar-gagal-tapi-bercita-cita-jadi-pm/ | Nak selesai isu logo pun Anwar gagal, tapi bercita-cita jadi PM | [
"Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim setinggi langit mahu menjadi Perdana Menteri (PM) bagaimanapun masalah kecil berhubung pemilihan logo yang akan digunakan blok pembangkang dalam pilihan raya umum (PRU) pun masih gagal diselesaikan.",
"Ketua Pembangkang itu sejak 1998 bercita-cita mahu menjadi PM tetapi sudah empat kali jawatan nombor satu negara itu bertukar tangan, tetapi masih dan ia sekadar menjadi angan-angan kosong.",
"Kini, parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) masih belum dapat mencapai kata putus sama ada mahu menggunakan logo rasmi PH atau logo PKR dalam PRU depan, ia satu isu yang kecil tapi Anwar masih tidak dapat menyakinkan rakan parti untuk memilih logo yang terbaik digunakan nanti.",
"Anwar seperti biasa lagaknya sebagai abang besar pasti mahu logo PKR digunakan dalam PRU nanti, tetapi DAP nampaknya tidak sependapat dengan Presiden PKR itu kerana mahu menggunakan logo PH yang sudah didaftarkan secara sah.",
"Secara logiknya, apabila sebuah gabungan parti politik ditubuhkan secara sah, logo rasmi yang menjadi simbol kepada gabungan tersebut akan digunakan dalam PRU, sama seperti logo Barisan Nasional (BN) yang digunakan oleh parti-parti komponen yang berada dalam gabungan tersebut.",
"Semasa PRU Ke-14 lalu, logo PKR digunakan oleh semua parti dalam PH yang bertanding kerana gabungan PH belum didaftarkan. Ia senario yang berbeza dengan sekarang kerana waktu itu pendaftaran gabungan tersebut disekat oleh kerajaan pemerintah BN.",
"Jadi, apabila sudah berjaya didaftarkan sepatutnya logo rasmi PH yang perlu digunakan oleh parti-parti yang akan bertanding nanti.",
"Anwar berkata isu berhubung pemilihan logo perlu dirunding terlebih dahulu, persoalannya mengapa tidak membuat keputusan terus untuk menggunakan logo rasmi PH.",
"Ia secara tidak langsung menunjukkan hasrat Anwar yang mahu rakan parti dalam PH menggunakan logo PKR sama seperti PRU14 lalu, tidak perlu berdolak-dalik dengan berkata perlu berunding terlebih dahulu.",
"“Kita perlu berunding secara baik kerana masing-masing ada hujah yang kuat,” katanya semasa sidang media semalam.",
"Itu lah calon PM blok pembangkang, jika dalam isu melibatkan pentadbiran dan kerajaan Anwar boleh membuat keputusan tanpa berdolak-dalik, malah tidak perlu dirunding dan akan terus menyerang sesiapa sahaja musuh politiknya.",
"Dalam isu yang remeh seperti logo ini beliau berkata perlu dirunding, sungguh kartun seorang pemimpin bernama Anwar ini.",
"Persoalannya kini, adakah Anwar sebelum menyerang kerajaan dan menjalinkan kerjasama sulit dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan rakan parti komponen dalam PH?",
"Atau adakah Anwar mengadakan perbincangan dengan Zahid secara senyap-senyap tanpa pengetahuan pemimpin DAP dan Amanah?",
"Jika sebelum ini Anwar tidak mengadakan rundingan dengan rakan parti dalam PH, mengapa dalam isu logo ini berkata perlu dirundingi terlebih dahulu?",
"Banyak persoalan dengan cara Anwar memimpin blok pembangkang kini, tetapi apakan daya apabila ramai fanatik dan pentaksubnya yang setia membabi buta.",
"Terdahulu, sebuah portal melaporkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan menggesa supaya logo dan bendera parti mereka digunakan calon PH yang bertanding pada PRU15.",
"Namun, cadangan tersebut mendapat bantahan daripada DAP yang secara terbuka menolaknya."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mas-ermieyati-calon-pengerusi-pac/ | Mas Ermieyati calon Pengerusi PAC | [
"Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin akan dilantik mengetuai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen ke-15, esok (4 April 2023).",
"Menurut Kertas Perintah untuk persidangan hari terakhir Parlimen, usul pertama ialah pencalonan Naib Ketua Srikandi Bersatu Malaysia itu sebagai Pengerusi PAC dengan Ahli Parlimen DAP, Kluang Wong Shu Qi dicalonkan sebagai Naib Pengerusi.",
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengumumkan perkara itu.",
"Jika diterima, Mas Ermieyati akan menjadi wanita kedua mengetuai PAC, dengan yang pertama ialah Datuk Noraini Ahmad.",
"Selain pengerusi dan naib pengerusi, badan pemantau Parlimen itu akan merangkumi antara enam hingga 12 ahli yang akan dicalonkan oleh jawatankuasa pemilihan yang akan ditubuhkan.",
"PAC ialah jawatankuasa Parlimen yang dibentuk untuk meneliti laporan daripada Ketua Audit Negara dan meneliti kewangan kerajaan serta wang yang diperuntukkan oleh Parlimen untuk perbelanjaan awam.",
"Ia adalah tradisi yang berpunca daripada sistem Parlimen Westminster untuk membuat susulan terhadap penemuan audit awam dan PAC mempunyai kuasa untuk memanggil menteri, orang awam, penjawat awam dan pegawai lain ke jawatankuasa itu untuk disoal siasat."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/perbicaraan-zahid-yang-dijadual-dua-hari-lagi-ditangguh-24-ogos/ | Perbicaraan Zahid yang dijadual dua hari lagi ditangguh 24 Ogos | [
"Perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sepatutnya dijadual berlangsung dua hari lagi ditangguh pada 24 Ogos.",
"Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengosongkan perbicaraan 5, 6, 9, 11 dan 13 Ogos ini yang sepatutnya berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.",
"Peguam utama Zahid, Hisyam Teh Poh Teik berkata penangguhan tersebut ekoran seorang peguam terkesan akibat jangkitan Covid-19.",
"“Penghujahan lisan (pada akhir kes pendakwaan) ditangguhkan ke 24 Ogos berdasarkan permohonan Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq semalam.",
"“Alasannya ialah pejabat (seorang peguam dalam pasukan peguam itu) terkesan akibat Covid-19 dan sudah ditutup untuk mengurangkan risiko pendedahan,” kata Hisyam lapor sebuah portal.",
"Beliau berkata, penghujahan lisan akan diteruskan bulan depan pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini.",
"Pada 19 Mac lalu, pihak pendakwaan menutup kes pada hari ke-53 perbicaraan selepas mengemukakan keterangan 99 saksi.",
"Saksi terakhir ialah pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Penolong Kanan Penguasa Khairudin Kilau, 44.",
"Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran ketika itu memaklumkan pihak pendakwaan menawarkan 37 saksi kepada pihak pembelaan.",
"Mereka termasuk ahli keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis dan anak perempuan mereka Datuk Nurulhidayah.",
"Saksi-saksi lain termasuk adik Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi, ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan beberapa pegawai di Kementerian Dalam Negeri (KDN).",
"Zahid, 68, dibicarakan terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.",
"Presiden UMNO itu didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/anwar-tanding-tambun-faizal-azumu-sindir-sebutan-ayor-bukan-ayaq/ | Anwar tanding Tambun, Faizal Azumu sindir sebutan ‘ayor’ bukan ‘ayaq’ | [
"Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menamatkan teka-teki berhubung kerusi Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas mengumumkan akan berhijrah ke Tambun.",
"Presiden PKR itu tidak memilih untuk melawan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk tapi sebaliknya ke Tambun, bagaimanapun penyandang kerusi tersebut, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengalu-alukan kedatangan Ketua Pembangkang itu dan sedia melawannya.",
"Dalam satu klip video dimuat naik dalam Facebook, Faizal secara sinis mengusik Anwar dengan berkata:",
"“Hai Assalamualaikum.",
"“Bagi mereka yang nak berhijrah daripada tempat lain, dari satu tempat ke satu tempat, dan nak datang ke Tambun, saya nak beritahu sikit.",
"“Di Tambun kita sebut ayor. Dengar betul-betul, ayor, bukan ayaq.",
"“OK terima kasih. Selamat datang,” katanya yang juga Timbalan Presiden Bersatu.",
"Untuk rekod, Anwar berasal dari Pulau Pinang dan sebelum ini bertanding di Permatang Pauh sebelum menukar kerusinya di Port Dickson.",
"Bagaimanapun pada PRU-15 kali ini, Anwar membuat keputusan untuk lari dari kerusi Port Dickson.",
"Ayor ialah loghat bagi perkataan air di beberapa tempat di Perak.",
"Tambun pernah menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi berjaya dirampas Faizal pada 2018. Bagaimapun kemenangan Bersatu ketika itu menggunakan tiket Pakatan Harapan (PH).",
"Pada 2013, BN menang kerusi itu dengan 42,093 undi(56.2 peratus), manakala PKR memperoleh 32,768 undi (43.8 peratus).",
"Pada 2018 terdapat tambahan 12,089 undi di Tambun. Sokongan BN merosot kepada 33,341 (38.3 peratus).",
"Sebagai perbandingan, Bersatu ketika bertanding atas tiket PH, memperoleh 38,661 undi (44.5 peratus).",
"Link video: https://www.facebook.com/pejaofperak/videos/2098837956984271/"
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/dilema-ibu-bapa-pengasuh-dan-keselamatan-bayi/ | Dilema ibu bapa, pengasuh dan keselamatan bayi | [
"Ibu bapa yang berkerjaya juga mahukan yang terbaik buat anak-anak sama seperti ibu bapa lain. Antara pilihan yang mereka ada hanyalah dengan menghantar anak-anak ke pusat jagaan atau taska selain daripada membayar pengasuh atau pembantu rumah. Kekangan kewangan keluarga juga mungkin menjadi dilema pada ibu bapa jika salah seorang perlu berhenti kerja demi menjaga anak kecil di rumah.",
"Menghantar anak ke pusat jagaan, taska mahupun pengasuh pastinya perlu diberi perhatian yang serius. Ini kerana mereka akan ditinggalkan hampir seharian di sana. Pelbagai faktor utama perlu dititikberatkan antaranya faktor keselamatan, penjagaan, asuhan serta kebersihan.",
"Pun begitu, tidak semua ibu atau bapa mampu untuk berhenti kerja dan menjaga anak sepenuhnya di rumah walaupun ianya mungkin pilihan terbaik. Ini kerana pekerjaan merupakan sumber rezeki mereka, ianya penting bagi menampung perbelanjaan keperluan keluarga.",
"Menurut Pakar Kanak-Kanak Hospital Pakar KPJ Johor Dr. Mohd Khaidir Mat Aris, perubahan anak sewaktu di hantar ke pusat jagaan atau pengasuh antara pengukur anak ditempatkan di tangan orang yang selamat atau tidak.",
"Katanya ibu bapa perlu peka mengesan perubahan fizikal dan emosi anak selepas menghantar mereka ke taska atau pengasuh.",
"“Bayi yang masih kecil belum mampu menceritakan apa-apa yang berlaku. Tetapi ia boleh dikesan menerusi perubahan emosi ditunjukkan oleh bayi atau anak kecil.",
"“Antaranya mungkin anak tidak menunjukkan rasa atau reaksi gembira, tidak senyum malahan menangis ketika disambut oleh pengasuhnya,” katanya.",
"Pada peringkat awal anak beremosi mungkin sebab tidak biasa dengan pengasuh tetapi kalau hampir setiap hari, pasti ada sebab tertentu yang menyebabkan si kecil kerap menangis.",
"“Kalau ia berlarutan, ibu bapa perlu bertindak segera dan cari puncanya agar tiada sebarang perkara buruk berlaku pada masa hadapan,” katanya.",
"Selain perubahan emosi, perubahan fizikal antaranya ketara yang boleh dikesan. Ia dapat dilihat oleh mata kasar seperti kesan lebam, benjolan mahupun luka di bahagian badan anak anda.",
"“Pengasuh dipilih haruslah yang menitikberatkan soal keselamatan kanak-kanak. Mereka perlu menyediakan persekitaran selamat daripada sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan,” ujarnya.",
"Jika anak-anak kelihatan seperti kotor dan tidak terurus, ini juga merupakan perubahan fizikal yang ketara bagi menunjukkan pengasuhnya mengabaikan perkara asas seperti aspek kebersihan.\n“Bayi yang menangis sebenarnya ingin memberikan mesej tertentu kepada ibu bapa atau orang yang menjaganya.",
"“Mereka tidak dapat melakukan apa-apa untuk diri mereka sendiri. Kerana itu mereka bergantung kepada orang lain dengan cara menangis. Antara punca yang menyebabkan bayi menangis ialah mereka lapar, tidak selesa, perlukan kehangatan, perlu dipeluk, perlu rehat, ataupun tidak sihat.",
"“Selain tangisan tidak sihat, bayi anda juga mungkin menangis kerana tidak selesa. Tangisan bayi yang tidak selesa adalah seperti jeritan,” katanya.",
"Tambah beliau, bayi juga mempunyai stranger anxiety apabila mereka takutkan individu yang mereka tidak kenali. Pun begitu, keadaan ini normal bagi anak kecil yang berusia antara tujuh bulan ke atas.",
"Mempunyai separation anxiety iaitu takut untuk berpisah dengan ibu bapa. Ia juga normal seperti stranger anxiety.",
"“Namun, sekiranya separation anxiety berlaku berpanjangan atau secara tiba-tiba setelah anak anda selesa di tempat itu, ada kemungkinan ada perkara lain atau di luar kebiasaan yang berlaku.\n“Penderaan atau pembulian juga boleh menyebabkan anak anda mengalami separation anxiety yang berterusan,” jelasnya.",
"Nasihat beliau, ibu bapa lebih mengenali bayi sendiri, jika merasakan ada sesuatu yang tidak kena, hubungilah doktor untuk pemeriksaan lanjut."
] |
https://www.agendadaily.com/dunia/china-tetapkan-garis-panduan-baharu-wajib-pakai-pelitup-muka/ | China tetapkan garis panduan baharu, wajib pakai pelitup muka | [
"Pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan baharu dengan mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka, termasuk ketika berada di luar kediaman, tatkala negara itu kini kembali bergelut dengan peningkatan jangkitan baharu Covid-19, setelah hampir setahun dapat mengawal penularan wabak itu.",
"Namun, varian Delta Covid-19 semakin tersebar di lebih daripada separuh wilayah di China walaupun pihak berkuasa telah melaksanakan kawalan ketat, termasuk melakukan ujian saringan kepada penduduk, dan sekatan perjalanan kepada puluhan juta rakyatnya.",
"Sebelum penularan varian baharu itu, kehidupan di China kembali normal dengan kes-kes yang dilaporkan adalah sedikit dan di kawasan terpencil.",
"Manakala di bandar besar, orang ramai menjalani kehidupan seharian seperti biasa hingga menjadi tajuk utama media antarabangsa apabila banyak gambar dirakam di tempat pelancongan manakala pengunjung festival muziknya pula tidak memakai pelitup muka.",
"Namun pada Jumaat, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China telah mengeluarkan garis panduan baharu dengan mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka bukan hanya di tempat tertutup dan ketika menggunakan pengangkutan awam, tetapi juga ketika berada di kawasan luar yang sesak.",
"“Kesedaran orang ramai semakin berkurang dan ada yang berpendapat bahawa mereka tidak perlu memakai pelitup muka setelah mendapat suntikan vaksin. Tanpa mereka sedari, pemakaian pelitup muka dapat memberikan pelindungan diri dan dapat mencegah penyebaran wabak ini,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataannya.",
"Garis panduan yang diumumkan itu mengarahkan orang ramai memakai pelitup muka di pusat beli-belah, pasar raya, pawagam, ruang pameran dan lapangan terbang serta semua pengangkutan awam dan di dalam lif.",
"Selain itu, pemakaian pelitup muka juga diwajibkan ketika berada di kawasan luar yang sesak seperti dataran dan taman awam.",
"Pada Mei tahun lalu, China mengeluarkan garis panduan yang tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di luar atau di ruang dalam yang tidak sesak sekiranya mempunyai sistem pengudaraan yang baik.",
"Pemakaian pelitup muka bagi kumpulan profesional yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti Covid-19, termasuk golongan yang berurusan dengan kakitangan dan barang di luar negara, pekerja perubatan serta pembersihan, pengawal keselamatan dan pemandu yang bekerja di pelabuhan, lapangan terbang, kastam dan hospital, telah diperketatkan.",
"Penyebaran varian Delta telah dikenal pasti bulan lalu di Nanjing, wilayah Jiangsu di timur China apabila sembilan pekerja pembersihan di lapangan terbang tersebut telah disahkan positif.",
"Pihak berkuasa memaklumkan pekerja terbabit dijangkiti kerana tidak mengikut garis panduan pencegahan yang telah ditetapkan semasa membersihkan pesawat dari Russia sebelum menyebarkan virus tersebut kepada pekerja lain.",
"Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China semalam melaporkan terdapat 47 jangkitan simptomatik yang telah menular secara tempatan di negara itu.",
"Sejak Covid-19 menular semula di China, terdapat lebih daripada 1,000 kes yang telah direkodkan setiap hari dan namun jangkitan harian menurun menjadi dua angka dalam beberapa hari terakhir ini.",
"Penyebaran varian Delta mula menular di seluruh China dan mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keberkesanan dan perlindungan vaksin yang dikeluarkan negara itu. – Agensi"
] |
https://www.agendadaily.com/dunia/selepas-kalah-pru-pm-thailand-janji-akan-berundur-secara-baik/ | Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik | [
"Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata beliau akan melakukan yang terbaik sebagai ketua kerajaan sehingga kerajaan baharu dibentuk.",
"Prayuth, calon perdana menteri parti United Thai Nation (UTN) membuat kenyataan sulung itu selepas pilihan raya pada Ahad yang menyaksikan partinya sekadar memenangi 36 daripada 500 kerusi, menurut laporan Bernama.",
"Beliau yang akan melepaskan jawatan perdana menteri membuat kenyataan itu kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan kabinet.",
"Prayuth turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana telah melaksanakan hak mereka dan mengucapkan tahniah kepada semua parti politik.",
"Beliau menyeru rakyat supaya bersatu dalam mempromosi perpaduan untuk pembangunan, kestabilan, kemakmuran dan kelestarian negara.",
"Bagaimanapun, Prayuth enggan memberikan sebarang komen apabila ditanya mengenai karier politiknya selepas partinya kecundang dalam pilihan raya itu.",
"Pada pilihan raya itu, dua parti pembangkang – Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai – memperoleh 292 daripada 500 kerusi.",
"Dengan 99 peratus undi dikira, parti prodemokrasi yang dipacu golongan muda Move Forward mendahului dengan 152 kerusi manakala Pheu Thai yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Thailand yang dibuang negeri Thaksin Shinawatra, memenangi 141 kerusi.",
"Parti Bhumjaithai yang diketuai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul (71 kerusi), Palang Pracharat yang merupakan parti utama gabungan pemerintah yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan (40 kerusi).",
"Parti-parti di barisan depan sedang berusaha membentuk gabungan untuk menubuhkan kerajaan baharu."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/88-peratus-pemberi-rasuah-bukan-melayu-kata-zuhdi-petik-kajian-phd/ | 88 peratus pemberi rasuah bukan Melayu, kata Zuhdi petik kajian PhD | [
"Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marsuki mendakwa satu kajian peringkat kedoktoran (PhD) sebuah universiti tempatan menunjukkan 88 peratus daripada pemberi rasuah yang didapati bersalah antara 2010 hingga 2014 adalah bukan-Melayu.",
"Menurutnya kajian tersebut mendedahkan 57.46 peratus daripada pemberi rasuah yang didapati bersalah adalah daripada kaum Cina; 30.51 peratus (India); dan 12.03 peratus (Melayu).",
"Katanya dapatan kajian tersebut telah diterbitkan di dalam sebuah jurnal antarabangsa yang berwibawa di sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat (AS).",
"“Perlu diakui, wabak rasuah ini melibatkan semua kaum sama ada Melayu, Cina atau India. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, majoriti yang terlibat sebagai penerima rasuah adalah dari kaum Melayu, manakala majoriti yang terlibat sebagai pemberi rasuah adalah dari kaum bukan-Melayu.",
"“Bagaimanapun, yang selalu dipersalahkan adalah penerima rasuah, sedangkan pemberi rasuah juga adalah sebahagian dari golongan bermasalah yang perlu dibenteras,” katanya mempertahankan kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, berhubung rasuah.",
"Baru-baru ini, Abdul Hadi membangkitkan perkara itu yang kemudian dijadikan isu oleh Pakatan Harapan (PH), terutama DAP, hingga ada yang membuat laporan polis dan Ahli Parlimen Marang itu dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan.",
"Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi berkata hakikat sebenar apa yang disebutkan oleh Presiden PAS itu selari dengan dapatan kajian yang dinyatakan, justeru, PH tidak perlu mengapi-apikan sentimen perkauman untuk kepentingan politik mereka.",
"Beliau berkata dapatan daripada kajian itu juga menyebut antara faktor utama pemberi rasuah melakukan penyogokan adalah kerana mahu melepaskan diri dari hukuman sama ada berupa denda atau penjara.",
"Faktor lain, katanya adalah kerana ingin mendapatkan keutamaan dalam sesuatu keputusan oleh agensi kerajaan seperti berkaitan tender perolehan dan sebagainya.",
"Mohd Zuhdi berpendapat PH memainkan sentimen perkauman melalui kenyataan Abdul Hadi setelah menyedari pengundi Cina dan India kini telah menolak gabungan itu.",
"“Dalam beberapa PRK dan PRU peringkat negeri baru-baru ini, memperlihatkan undi kedua-dua kaum sudah mula beralih dari PH. Menyedari peralihan tersebut, pimpinan PH kembali memainkan sentimen perkauman seperti yang mereka lakukan terhadap tulisan Presiden PAS,” katanya.",
"Beliau mengimbas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2019 yang menyatakan bahawa PH yang memerintah ketika itu sudah mula menunjukkan tanda-tanda amalan rasuah, apabila beberapa pemimpinnya mula kelihatan menikmati gaya hidup mewah setelah menjadi kerajaan.",
"“Oleh itu, PH tidak berhak mendakwa pemerintahan mereka selama 22 bulan bersih daripada salah guna kuasa dan rasuah. Nasib baik PH memerintah hanya 22 bulan, sekiranya lebih lama tidak mustahil lebih ramai pemimpin PH yang terjebak dengan salah guna kuasa dan rasuah.",
"“Perlu diingat, golongan pemberi rasuah sentiasa mengelilingi mana-mana parti politik dan pemimpin mereka yang mereka yakini boleh disogok,” katanya lagi."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/jangan-lupa-dap-pkr-lebih-banyak-derhaka-kepada-agong-raja-raja-melayu/ | Jangan lupa DAP, PKR lebih banyak derhaka kepada Agong, Raja-Raja Melayu | [
"Tuduhan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Howard Lee Chuan How bahawa parti politik bersandarkan nama Melayu dan Islam mengkhianati institusi raja, membuka pekung siapa sebenarnya parti rasis dan cauvinis DAP itu sendiri.",
"Malah dia menuduh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ‘biadab’ terhadap Yang di-Pertuan Agong, tanpa melihat DAP sendiri yang penuh dengan sejarah penderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu.",
"Bukan perkara baharu lagi kerana umum sudah mengetahui pemimpin-pemimpin DAP sama ada mereka sendiri atau orang suruhan mereka lebih kerap menghina institusi Raja-Raja Melayu sejak penubuhan parti itu lagi.",
"Untuk rekod berikut adalah beberapa tindakan DAP dan PKR yang menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.",
"2013: Dalam satu rakaman video, penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin menyatakan institusi beraja akan terkubur menjelang 2030 dan bahawa Malaysia akan menjadi negara repulik. Antara kandungan video terbabit adalah perancangan agar rakyat mula menyamakan panggilan ‘Sultan’ dengan ‘setan’.",
"2 September 2014: Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor terus berlanjutan berikutan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar sekurang-kurangnya dua nama dipersembahkan untuk jawatan itu tidak diendahkan oleh PKR dan DAP.",
"8 September 2014: Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita terhadap DAP dan PKR yang ingkar dan gagal mengemukakan lebih dua nama calon Menteri Besar seperti yang dititahkan. Setiausaha Sulit baginda menyifatkan tindakan dua parti itu sebagai biadab kepada Institusi Raja dan satu perbuatan derhaka terhadap titah baginda Tuanku.",
"10 September 2014: Wan Ji Wan Hussin dilaporkan ditahan mengikut Akta Hasutan kerana menghina institusi diraja. Penahanan beliau dikutuk Pemuda PKR.",
"28 September 2017: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melantik Wan Ji Wan Hussin sebagai pegawai penerangan dengan tanggungjawab menjelaskan dasar Islam negeri itu. Wan Ji sebelum ini dikenali dengan video yang memaparkannya menjelaskan rancangan menghapuskan sistem beraja di Malaysia.",
"6 Mac 2018: Lim Kit Siang memperlekeh dan menghina titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Beliau menyifatkan titah baginda sebagai ucapan dasar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.",
"19 Mei 2020: Pemimpin DAP dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar disifatkan menghina institusi diraja apabila melabelkan Sidang Parlimen sebagai ‘sampah’.",
"4 Ogos 2020: Pemimpin DAP dan ADUN Tras, Chow Yu Hui mencabar ketetapan kerajaan Pahang mewajibkan tulisan Jawi pada papan tanda perniagaan. Ketetapan tersebut dibuat selari dengan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah yang mahu memartabatkan penggunaan tulisan jawi dalam negeri ini.",
"21 Oktober 2020: Pemimpin DAP dan ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu menulis hantaran Facebook berbaur hasutan agar rakyat menentang sistem beraja seperti yang sedang berlaku di Thailand ketika itu.",
"24 April 2021: Pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Charles Santiago menulis hantaran Facebook bersolidariti dengan artis, Fahmi Reza yang ditahan kerana menghina Raja Permaisuri Agong.",
"Mei 2021: Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan dan penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam satu video secara langsung.",
"25 Mei 2021: Pemimpin PKR dan ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi menulis hantaran Twitter berbunyi, “Qu’ils mangent de la brioche” (biarkan mereka makan kek) untuk mempersenda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah. Ayat tersebut sinonim dengan Revolusi Perancis yang menggulingkan sistem beraja Perancis pada 1789."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/zainul-asri-beri-penjelasan-ucapannya-tak-dituju-kepada-individu-atau-parti-politik/ | Zainul Asri beri penjelasan ucapannya tak dituju kepada individu atau parti politik | [
"Ucapan semasa Himpunan Kedah Berselawat Sabtu lalu tidak ditujukan kepada individu mahu pun parti politik tertentu, kata Muhd Zainul Asri Mohd Romli.",
"Bekas timbalan ketua Dewan Ulama PAS Kedah itu menafikan dakwaan pihak yang menafsir ucapannya itu sebagai satu kenyataan politik, ia sebaliknya ditujukan kepada golongan seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran.",
"“Sesungguhnya saya tidak menyasarkan ucapan itu kepada mana-mana kumpulan dan tidak sebut mana-mana parti politik dan juga sesiapa sahaja.",
"“Yang dimaksudkan saya dalam ucapan itu adalah firman Allah yang bermaksud “Tidak akan meredai golongan Yahudi dan Nasrani sehingga lah kamu mengikut jejak langkah kehidupan mereka” (Surah al-Baqarah ayat 120),” katanya menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.",
"Zainul Asri turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dan tersentuh berikutan ucapannya itu.",
"Katanya, tujuan ucapan itu adalah kerana Islam adalah agama yang konsisten dengan akidah perjuangan serta menolak sebarang bentuk dakyah daripada musuh Islam.",
"“Mudah-mudahan pencerahan ini akan memberi seribu keharmonian kepada kita semua rakyat Islam di Malaysia. Bersama-sama kita bersatu untuk menjaga agama kita dengan sebaiknya,” ujarnya.",
"Semalam media melaporkan Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap Zainul Asri berikutan ucapannya ketika Himpunan Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman pada Sabtu lalu.",
"Laporan polis berkenaan dibuat Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH, Kapten (B) Muhammad Yahaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara.",
"Ia dibuat susulan ucapan Zainul Asri yang menyebut semoga Allah mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan musuh Allah.",
"Muhammad berkata, ungkapan berbaur propaganda berkenaan seolah-olah menggambarkan hanya Pas dan Perikatan Nasional (PN) sahaja bersama Allah manakala parti lain adalah musuh Allah.",
"Beliau turut mendakwa, ungkapan itu dibuat ketika negeri berkenaan sedang bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya negeri dan dilihat amat tidak sihat serta boleh menyemai perasaan benci dan ekstremisme kepada rakyat."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/gps-sokong-muhyiddin/ | GPS sokong Muhyiddin | [
"Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang membentuk kerajaan negeri hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus menerajui negara ini.",
"Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS berkata, gabungan itu yakin terhadap kepemimpinan Muhyiddin yang memberi penekanan kepada pentingnya menjaga kestabilan negara.",
"“Saya percaya kalau negara kita stabil, kita dapat menghadapi cabaran yang lebih besar selepas ini,” katanya berucap pada perjumpaan khas perdana menteri bersama penjawat awam Sarawak dan Persekutuan, di Kuching, hari ini.",
"Media melaporkan beliau turut memuji kebijaksanaan perdana menteri dalam menangani isu pandemik COVID-19.",
"“Kerjasama di antara kerajaan Sarawak dan Persekutuan begitu akrab, begitu juga dengan hubungan di antara penjawat awam di negeri ini,”\nkatanya.",
"GPS yang dipimpin Abang Johari dan dianggotai empat parti tempatan yang membentuk kerajaan negeri masih kekal sebagai sekutu Perikatan\nNasional (PN) yang dipengerusikan oleh Muhyiddin bagi membantu membentuk Kerajaan Persekutuan.",
"Selain Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti lain dalam gabungan itu ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP)."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/kritikan-tak-beri-kesan-kepada-saya-kata-rafizi/ | Kritikan tak beri kesan kepada saya, kata Rafizi | [
"Rafizi Ramli menyifatkan kritikan dan kecaman pihak lawan terhadap dirinya tidak akan memberi sebarang kesan, malah enggan melayaninya.",
"Rafizi yang juga Menteri Ekonomi itu membalas kritikan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan terhadapnya yang dilihat tidak kompeten dan angkuh dalam menguruskan isu kenaikan harga barang dihadapi rakyat ketika ini.",
"“Kenyataan begitu yang sedikit pun tidak memberi kesan kepada saya. ",
"“Orang politik yang tidak berhati-hati terutama mereka yang sebelum ini ada peluang untuk melakukan sesuatu tetapi dilihat gagal, lalu ghairah sangat untuk menghukum dengan terlalu cepat, mereka ini yang akan berdepan dengan pandangan rakyat,” katanya dipetik laporan BH.",
"Wan Saiful sebelum ini mendakwa Rafizi bersikap angkuh dan tidak kompeten, susulan kenyataannya terhadap Perikatan Nasional (PN), yang dikatakan didorong dendam politik.",
"Beliau menyatakan demikian merujuk kepada kenyataan Rafizi sebelum ini, bahawa dalam tempoh sebulan lagi, pemimpin dan penyokong PN yang mempertikaikan saranannya, termasuk supaya pengguna tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal, akan terduduk.",
"Jelas lagi, keutamaannya adalah komen daripada penduduk kawasan Parlimen diwakilinya, Pandan dan bukan hanya mahu menjawab komen politik daripada Wan Saiful.",
"“Cuma contohnya kalau komen dari penduduk di Parlimen Pandan, berbanding komen dari Wan Saiful Wan Jan, saya lebih beri perhatian kepada komen penduduk di Pandan. Kerana Wan Saiful Wan Jan ini dia pernah ada dalam kerajaan selama lima tahun.",
"“Dia juga menjaga PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) selama lima tahun. Dia juga menjadi sebahagian orang kanan mantan Perdana Menteri ke lapan dahulu,” katanya lagi.",
"Untuk rekod, Wan Saiful sebelum ini menjadi sasaran kritikan banyak pihak susulan kenyataannya menggesa orang ramai tidak membeli ayam sekiranya harga ayam mahal di pasaran."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pendakwaan-kemuka-rayuan-pembebasan-zahid-laporan/ | Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan | [
"Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap 40 pertuduhan rasuah berhubung projek pusat sehenti dan sistem visa asing (VLN) yang diberikan dan dilanjutkan kepada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).",
"Notis rayuan itu difailkan hari ini (26 September), kata sumber Jabatan Peguam Negara (AGC) memberitahu theedge dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.",
"Jumaat lalu, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Yazid Mustafa melepas dan membebaskan Zahid daripada kesemua 33 pertuduhan mengikut Seksyen 16 (A)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.",
"Mohd Yazid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaaan gagal membuktikan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadap Zahid yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).",
"Beliau memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan unsur rasuah di bawah Seksyen 16 AB Akta Pencegahan Rasuah Malaysia dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.",
"Hakim memutuskan tiga saksi utama iaitu bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) Harry Lee Vui Khiun dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dan bekas Pengurus Pentadbiran David Tan Siong Sun, bukan saksi yang boleh dipercayai.",
"Pada 26 Jun 2019, Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem VLN. Bagaimanapun pada 31 Julai 2019, mahkamah membenarkan permohonan Presiden UMNO itu untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi dibicarakan bersama-sama 33 lagi pertuduhan rasuah membabitkan VLN.",
"Kesemua kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan bersama.",
"Zahid, 69, didakwa terhadap 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada syarikat UKSB sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.",
"Dia didakwa melakukan kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.",
"Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.",
"Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, sebagai Menteri Dalam Negeri, menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta berhubung sistem VLN antara 2014 hingga 2017.",
"Bagi tujuh pertuduhan lagi, Zahid turut didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc; dan US$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.",
"Zahid dituduh melakukan perbuatan itu di Country Heights, antara Jun 2015 dan Oktober 2017.",
"Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/hak-pas-untuk-tawar-kerusi-kepada-tajuddin-kata-faizal/ | Hak PAS untuk tawar kerusi kepada Tajuddin, kata Faizal | [
"PAS berhak untuk menawarkan kerusi kepada Ahli Parlimen Pasir, Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang baharu disingkir daripada jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO baru-baru ini.",
"Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu berkata terpulang kepada PAS untuk memberi laluan kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu bertanding sekiranya tidak terpilih bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).",
"“Saya tak boleh komen perkara yang tidak melibatkan saya, itu hak pucuk pimpinan. Kami tak ada bincang perkara itu, tak terlibat dengan apa yang berlaku dalam parti orang lain.",
"“(PAS tawar Tajuddin kerusi bertanding) Itu terserah pada PAS, itu hak mereka untuk memberi pandangan, bagi Bersatu kami tak bincang pun tentang perkara itu,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.",
"Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, parti itu bersedia menawarkan Tajuddin bertanding mewakili PAS jika Pasir Salah menjadi milik parti dalam pembahagian kerusi bersama Perikatan Nasional (PN).",
"Razman berkata, tawaran itu tidak bermaksud PAS mahu mencampuri urusan atau kemelut dalaman mana -mana parti.",
"“Apabila digugurkan daripada MT UMNO, tentunya Tajuddin tidak akan diberi peluang dalam BN untuk bertanding pada PRU-15, jadi PAS Perak sedia untuk menawarkan kerusi Pasir Salak kepada beliau atas tiket PN bagi mewakili PAS,” kata Razman.",
"Tajuddin digugurkan daripada MT UMNO pada Khamis lalu.",
"Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pengguguran Tajuddin disebabkan tindak-tanduk beliau ketika mengkritik parti."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/dap-dan-pkr-dijemput-ke-perhimpunan-agung-umno-kata-asyraf-wajdi/ | DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi | [
"UMNO mengesahkan buat julung kalinya mereka akan menjemput DAP dan PKR ke Perhimpunan Agung (PAU) tahun ini, menurut Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.",
"Setiausaha Agung UMNO itu berkata PAU tahun ini akan ada sedikit kelainan berbanding tahun sebelum ini kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi tetamu istimewa yang dijemput bersama-sama pemimpin parti lain dalam kerajaan campuran.",
"“Kita pada tahun ini (ada) sedikit kelainan kerana PAU akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri, bersama 19 lagi presiden parti-parti yang bergabung bawah kerajaan perpaduan,” katanya pada sidang media.",
"Asyraf turut menafikan laporan bahawa Pemuda UMNO tidak mengundang rakan sayap parti lain dalam kerajaan campuran.",
"Terdahulu, UMNO juga menjadi tuan rumah kepada konvensyen kerajaan campuran yang menyaksikan pemimpin PKR dan DAP bersama penyokong buat kali pertamanya masuk ke dewan keramat yang menjadi lokasi utama perhimpunan parti Melayu itu.",
"Bagaimanapun, pelbagai pihak mengkritik penganjuran konvensyen tersebut, malah menyebabkan akar umbi UMNO terguris dengan tindakan tersebut.",
"Bekas Ketua UMNO Bahagian (KB) Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata PKR dan DAP yang paling mendapat untung politik selepas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan di Dewan Merdeka",
"Contohnya kata beliau, UMNO membawa dasar mempertahankan dan memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu dan Islam mengikut Perlembagaan perkara 153 manakala DAP membawa dasar kesamarataan kaum dan agama atau Malaysian Malaysia yang bercanggah dengan dasar UMNO.",
"“Dasar Malaysian Malaysia inilah yang menjadi penyebab konfrontasi dan penentangan UMNO selama ini terhadap dasar perjuangan DAP, bukannya penentangan terhadap kaum Cina seperti yang selalu digemburkan oleh DAP sebagai rasis.",
"“Selain itu kemarahan dan kebencian orang Melayu terhadap DAP selama ini disebabkan sikap cauvanis pemimpin DAP terhadap orang Melayu sehingga menimbulkan keretakan kaum pada 13 Mei 1969 dan sikap ini berterusan hingga kini,” katanya."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/tentera-siber-pembangkang-cetus-polemik-isu-arak-timah-pemuda-pas/ | Tentera siber pembangkang cetus polemik isu arak Timah: Pemuda PAS | [
"Kontroversi berhubung pertikaian arak jenama tempatan, Timah yang tular dalam media sosial sengaja dimainkan tentera siber pembangkang yang bertujuan untuk menyalahkan kerajaan sedia ada, kata Pemuda PAS.",
"Ketua Penerangannya, Nazir Helmi bagaimanapun mendesak supaya tindakan diambil terhadap pengeluar arak tersebut, ia termasuk menutup operasi kilang kerana kewujudan kilang arak terbabit yang giat mengeksport produk mereka, tidak mendatangkan sebarang manfaat, malah membawa mudarat besar.",
"Tegasnya, Pemuda PAS melahirkan rasa kesal dengan kewujudan arak jenama tempatan itu yang baru memenangi anugerah antarabangsa, baru-baru ini.",
"“Berdasarkan carian, arak jenama Timah ini bukanlah baru sahaja wujud seperti digembar-gemburkan ‘cybertrooper’ pembangkang, tetapi arak ini sudah wujud sejak bertahun lamanya.",
"“Pemuda PAS melahirkan persoalan bagaimana pengusaha arak ini beroperasi sejak sekian lama, tetapi digembar-gemburkan seolah ia baru wujud setahun dua ini. Walaupun begitu, Pemuda PAS tetap konsisten menentang kewujudan perusahaan arak ini,” katanya dalam satu kenyataan.",
"Nazir berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu mengambil tindakan menutup perusahaan kilang arak berkenaan daripada terus beroperasi.",
"Katanya, masih banyak sumber pendapatan yang boleh diperoleh oleh negara selain perusahaan arak.",
"“Arak ini bukan sahaja merosakkan umat Islam, malah kesannya turut dirasai semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.",
"“Berapa ramai rakyat Malaysia yang mati akibat kesan arak, sama ada disebabkan kemalangan jalan raya mahupun ketagihan arak? Berapa banyak institusi kekeluargaan yang runtuh akibat arak? Kesannya merosakkan seluruh institusi masyarakat dan negara,” katanya.",
"Beliau turut menasihatkan pembangkang supaya tidak menjadikan isu terbabit sebagai modal sentimen politik murahan kerana kilang berkenaan beroperasi ketika mereka menjadi kerajaan.",
"“Mereka sendiri berdiam diri walaupun mengetahuinya. Sebaiknya seluruh umat Islam, tanpa mengira agama dan latar belakang politik bersatu padu menggesa supaya perusahaan arak ini dihentikan segera,” katanya."
] |
https://www.agendadaily.com/rencana/hikmah-parlimen-bubar-umno-tak-bersyukur-pernah-tersungkur-di-kaki-rakyat/ | Hikmah Parlimen bubar: UMNO tak bersyukur pernah tersungkur di kaki rakyat | [
"PRU-15 bakal diadakan pada musim hujan lebat dan banjir tidak lama lagi.",
"Apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengumumkan pembubaran Parlimen pemimpin parti politik, kecuali Barisan Nasional (BN), bertalu-talu mengkritik keputusan tersebut. Manakala dalam media sosial pula, UMNO khususnya Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi sasaran serangan.",
"Majoriti rakyat tidak percaya bagaimana UMNO boleh memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen ketika Monsur Timur Laut sedangkan bencana banjir kini berada di ambang pintu.",
"Ketika pemimpin UMNO gembira, rakyat berdukacita. Mereka masih teringat apa yang berlaku pada 2021 apabila bencana itu melanda. Dilaporkan, lapan negeri terjejas, 54 maut dan 21 hilang, manakala lebih 71,000 hilang tempat tinggal.",
"Kita hanya mampu meramalkan bahawa banjir mungkin akan berlaku pertengahan November, tetapi bagaimana kalau ia berlaku lebih awal. Ketika ini beberapa negeri sudah terjejas dengan banjir kilat dan mangsa dipindahkan.",
"Biarpun penulis antara yang kecewa PRU-15 terpaksa diadakan pada musim tengkujuh, namun dari satu segi penulis berpendapat ia ada hikmahnya. Jangan lupa firman Allah SWT yang bermaksud:",
"“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).",
"Imbas kembali sejak merdeka pada 1957 hingga 2018, politik negara tidak habis-habis ‘dicaturkan’ oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN). Walaupun pada Mei 2018, rakyat yang menolak rasuah dan salah guna kuasa menamatkan pemerintahan 60 tahun BN.",
"UMNO dan BN ‘menjaja’ mengatakan mereka tumbang kerana pendakwaan terpilih dan fitnah parti lawan tetapi apa yang berlaku di mahkamah membuktikan sebaliknya.",
"Namun begitu UMNO kembali ‘berkuasa’ apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menjemput parti itu dan PAS membentuk kerajaan bagi menghalang DAP daripada berkuasa. Ia memandangkan ketika Kerajaan Pakatan Harapan, kerenah DAP dikatakan menjadi punca Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.",
"Apabila sudah berada dalam kerajaan sepatutnya pemimpin UMNO bersyukur, tetapi nafsu politik segelintir pemimpinnya khususnya yang berada di luar kerajaan dan mempunyai agenda politik peribadi, tidak terhenti.",
"Ketika Muhyiddin dengan dibantu oleh menteri kanan daripada UMNO bertungkus lumus menangani pandemik Covid-19 termasuk menghulurkan bantuan berbilion ringgit bagi memulihkan ekonomi serta kehidupan rakyat serta disusuli pula dengan pembentukan Pelan Pemulihan Negara (PPN) – (yang menjadi punca negara berada dalam pada keadaan hari ini), 15 ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.",
"Ringkas cerita, walaupun kehilangan kuasa Perdana Menteri, Muhyiddin bersama ahli-ahli Parlimen Bersatu lain tetapi menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.",
"Dan ketika beberapa pemimpin UMNO menyebar dakyah mereka kononnya kerajaan tidak stabil sebab diganggu oleh Bersatu dalam Kabinet. Ismail Sabri tampil menjelaskan, kerajaan stabil dan tiada pertembungan besar antara anggota Kabinet walaupun berbeza parti.",
"Tetapi pemimpin UMNO menekan dan mendesak, Perdana Menteri untuk memohon pembubaran Parlimen supaya PRU-15 diadakan atas alasan kerajaan tidak stabil, tetapi tersirat mereka mahu menyingkirkan Bersatu daripada kerajaan, walaupun Presiden Bersatu yang menjemput mereka menjadi kerajaan ketika mereka ‘tersungkur di kaki rakyat; dalam PRU-14.",
"Berdasarkan rentetan ini, ia membuktikan arena politik negara akan terus tidak stabil selagi ada segelintir pemimpin UMNO yang terus menjadi ‘dalang’ mencaturkan perjalanan politik negara demi kepentingan politik peribadi dan kemaruk untuk kembali berkuasa seperti mana pandangan banyak pihak.",
"Sampai bila negara ini harus melihat hanya satu parti sahaja yang kononnya mampu membawa kestabilan dan kemakmuran sedangkan akibat tindakan segelintir pemimpinnya maruah negara tercemar di mata dunia akibat perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.",
"Di negara-negara lain, parti-parti seumpama itu sudah lama ‘dibenamkan’ walaupun mereka pernah berpuluh-puluh tahun berada dalam tampuk kekuasaan.",
"Atas sebab itulah, penulis melihat pembubaran Parlimen ini ada rahmatnya. Inilah peluang untuk rakyat menggunakan kuasa keramat mereka untuk ‘membenamkan’ UMNO daripada menjadi watak utama dalam arena politik negara.",
"Selama ini segelintir pemimpin UMNO begitu yakin rakyat tetap bersama mereka kononnya kerana hanya mereka boleh mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran negara. Tetapi sejarah sudah membuktikan, UMNO yang mencetuskan ketidakstabilan apabila berada di dalam kerajaan, biarpun bertaraf ‘menumpang’.",
"UMNO lupa rakyat sekarang adalah generasi baru. Rakyat sekarang mahu politik baru. Mereka mahu pemimpin yang bebas dari rasuah dan kes mahkamah. Bukan terlibat dalam skandal kewangan yang menjatuhkan maruah negara dan melakukan rasuah serta salahguna kuasa apabila berkuasa.",
"Rakyat tidak boleh dibuai lagi dengan ‘mantera’ hanya satu parti sahaja boleh memimpin negara ini. Rakyat mahukan pemimpin profesional daripada pelbagai kaum, politik perkauman sudah lapuk.",
"Justeru, rakyat tidak perlu terlalu berdukacita dengan pembubaran Parlimen ini, sebaliknya anggap ia sebagai pembuka jalan untuk ‘merehatkan’ UMNO dan BN daripada menjadi ‘pecatur’ arena politik negara. Lagipun UMNO pun tidak habis-habis bercakap soal mahu mengembalikan mandat kepada rakyat dan sekarang mandat itu sudah dikembalikan, jadi terserahlah kepada rakyat membuat keputusan.",
"Walaupun UMNO yakin mereka boleh menang disebabkan mendakwa parti-parti lawan sedang berkeceramuk tetapi mereka jangan sesekali merendah-rendahkan pemikiran rakyat dalam menentukan kerajaan.",
"Kepada rakyat pula, inilah peluang mereka untuk membuat keputusan terbaik untuk negara bagi tempoh lima tahun akan datang. Tersilap pilih, mereka akan merana 5 tahun akan datang. Inilah masa untuk memberi pengajaran kepada pemimpin yang beria-ia mahu pilihan raya ketika rakyat berada dalam kesusahan.",
"Zulkiflee Bakar",
"Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/penumpang-lrt-terpelanting-akibat-impak-pelanggaran/ | Penumpang LRT terpelanting akibat impak pelanggaran | [
"Pertembungan kuat dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara malam tadi menyebabkan ramai penumpang yang duduk dan berdiri, terpelanting dari tempat masing-masing.",
"Menceritakan detik-detik mencemaskan ketika kejadian itu, Afiq Luqman Mohd Baharudin, 27, berkata tren dinaikinya berhenti selama 15 minit sebelum bergerak semula dan kemudian berlanggar.",
"Memetik laporan Bernama, beiau berkata, perlanggaran kuat itu mengakibatkan ramai penumpang terpelanting dan terjatuh.",
"“Sewaktu kejadian, tren menghampiri KLCC dan saya nak ke Ara Damansara.",
"“Kemalangan berlaku di laluan bawah tanah berhampiran KLCC dan impaknya sangat kuat, mengakibatkan ramai penumpang yang sedang duduk dan berdiri terpelanting,” katanya sambil menambah kejadian itu menyebabkan dia cedera di kepala, kaki kiri dan dada.",
"Katanya, tidak lama selepas kejadian, pasukan keselamatan tiba dan mengeluarkan kesemua penumpang termasuk dirinya yang kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.",
"Sementara itu, beberapa mangsa berkongsi detik cemas insiden berkenaan menerusi laman media sosial.",
"Antaranya pengguna Twitter Lim Mahfudz yang berkongsi video dan gambar kemalangan yang dirakamnya sendiri.",
"“Keseluruhan video ini saya rekod sendiri dan saya baik-baik saja, tidak mengalami sebarang kecederaan. Syukur kepada Tuhan kerana melindungi saya. Bagi saya, kejadian ini adalah satu tragedi dan satu mimpi ngeri yang benar-benar berlaku dalam hidup saya,” kongsi Lim Mahfudz.",
"Katanya ada penumpang cedera akibat terkena serpihan cermin tingkap tren yang pecah dan ada yang terpelanting selepas tren itu berhenti secara mengejut.",
" "
] |
https://www.agendadaily.com/dunia/al-qassam-serang-israel-tembak-130-roket/ | [VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket | [
"Briged Izuddin Al-Qassam (Al-Qassam) – sayap tentera Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) – mengotakan janji apabila melancarkan serangan roket bertali arus ke arah penempatan rejim Israel dan pendatang haram Yahudi di Tebing Barat dan ibu negara rejim Tel Aviv hari ini.",
"Pada masa sama pasukan Saraya Al-Quds, sayap tentera Jihad Islam turut melancarkan puluhan roket ke arah Israel.",
"Serangan kedua-dua kumpulan pejuang berani mati itu dibuat sejurus jurucakap Al-Qassam, Abu Ubaidah memberi amaran pejuang akan melepaskan roket ke ibu negara Israel, Tel Aviv, jika rejim itu terus menyasarkan penempatan awam di Semenanjung Gaza.",
"Amaran itu tidak dipedulikan rejim Israel yang kemudian menyerang penempatan awam di sekitar Semenanjung Gaza, menyebabkan Al-Qassam bertindak balas.",
"Serangan roket pejuang Palestin, Briged Al-Qassam mengenai penempatan Yahudi di Holon, malam tadi, memusnahkan beberapa kereta dan mencederakan enam individu. – Gambar AFP",
"Dalam perkembangan terbaharu, roket yang dilancarkan Al-Qassam jatuh di kawasan penempatan rejim Israel di Ashkelon yang diduduki secara haram sejak 1948.",
"Ashkelon terletak di wilayah pinggir pantai kira-kira 50 kilometer dari Tel Aviv dan 13 kilometer dari sempadan Semenanjung Gaza.",
"Serangan roket pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza ke wilayah Ashkelon berhampiran Tel Aviv menyebabkan dua individu terkorban. – Gambar Twitter",
"Israel melaporkan dua individu maut dalam serangan roket Al-Qassam di Ashkelon, dan enam lagi cedera apabila roket mengenai sebuah bas dan beberapa buah kereta di Holon, selatan Tel Aviv.",
"Pada masa sama, Briged Al-Quds mengesahkan tiga komandernya syahid dalam serangan udara rejim Tel Aviv ke atas sebuah apartment, hari ini.",
"Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan jumlah kematian akibat serangan rejim Zionis ke atas penempatan penduduk di Semenanjung Gaza meningat kepada 28 orang, manakala 152 lagi cedera.",
"Tentera rejim Zionis Israel berlindung ketika siren amaran dibunyikan ketika pejuang Palestin melepaskan roket di Ashkelon, hari ini. – Gambar Twitter",
"Lima kawasan penempatan penduduk di Semenanjung Gaza dibedil serentak tentera udara rejim Zionis Israel, petang tadi waktu Palestin. – Gambar Twitter"
] |
https://www.agendadaily.com/politik/rafizi-kata-keutamaan-pkr-menang-pru-15-bukan-populariti-anwar/ | Rafizi kata keutamaan PKR menang PRU-15, bukan populariti Anwar | [
"Kepimpinan baharu PKR mesti menumpukan usaha memenangi hati rakyat, dan berhenti menjadi “penggilap epal” kepada presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Presiden parti Rafizi Ramli.",
"“Apa yang penting kepada parti dan kepimpinan baharu ialah jangan cuba ‘bodek’ (menggilap epal) Anwar atau cuba mempertahankannya.",
"“Anwar adalah Anwar Ibrahim dan dia tidak perlu dibela.",
"“Apa yang perlu dilakukan ialah merayu kepada rakyat dan cuba untuk menang,” kata Rafizi ketika ditemui pemberita di luar Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam pada Sabtu (16 Julai).",
"Rafizi juga berkata kepimpinan baharu parti mesti mencari formula atau dasar baharu yang boleh menarik minat pengundi.",
"“Sebagai contoh, jika PKR tidak benar-benar berjaya dalam kalangan belia, maka kita perlu mencari jalan untuk mengatasinya.",
"“Peranan untuk mendapatkan undi orang muda tidak melibatkan Anwar dan saya rasa tiada isu. Kerana akhirnya, kita mesti menang,” kata Rafizi.",
"Tanpa menamakan sesiapa, Rafizi berkata antara isu utama yang sedang melanda parti itu ialah kehadiran segelintir individu di sekeliling Anwar yang sentiasa melindunginya.",
"“Mereka merasakan mereka mesti mempertahankan Anwar sehingga tiada apa yang boleh dilihat menyentuh Anwar. Tidak boleh begitu,” tambah Rafizi.",
"Sementara itu, Rafizi berkata kepimpinan baharu PKR dijangka dimuktamadkan dalam dua minggu akan datang, sambil menambah sudah tiba masanya untuk parti itu mencari jalan baharu bagi menggabungkan kekuatan semua parti pembangkang.",
"Bagaimanapun, Rafizi berkata kepimpinan PKR tidak boleh meminggirkan kebimbangan penyokong teras Pakatan Harapan (PH) berhubung kemungkinan kerjasama antara semua parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).",
"“Ada dua pertimbangan yang tidak boleh ditolak mengikut sentimen akar umbi PKR dan PH.",
"“Jika sentimen itu diterjemahkan kepada penolakan terbuka terhadap ‘khemah besar’, dan kita masih meneruskannya, bagaimana kita hendak meyakinkan penyokong?",
"“Kita juga mesti meneliti setiap usaha untuk membawa parti atau kumpulan lain ke dalam kumpulan kita. Tetapi, pada masa yang sama, kita mesti melihat jika terdapat kesan negatif.",
"“Kita mesti meneliti setiap usaha untuk membawa parti atau kumpulan lain ke dalam kapal, dan kita juga perlu melihat sama ada akan ada kesan negatif,” tambah Rafizi.",
"Terdapat perdebatan hangat dalam kalangan akar umbi parti mengenai sama ada pembangkang perlu bekerjasama dengan Perikatan Nasional untuk memastikan perjuangan menentang Barisan Nasional pada PRU-15.",
"Anwar sebelum ini berkata kerjasama antara parti politik yang berbeza semasa pilihan raya umum adalah sesuatu yang tidak boleh diketepikan walaupun akar umbi parti masih menentang idea itu."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/sanusi-sangkal-tak-dapat-dihubungi-pihak-polis-ada-tangkap-layar-perbualan/ | Sanusi sangkal tak dapat dihubungi pihak polis, ada tangkap layar perbualan | [
"Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyangkal tidak dapat dihubungi pihak berkuasa dan menyebabkan tangkapan dibuat terhadapnya pada 3 pagi semalam.",
"Menteri Besar Kedah itu memberi reaksi terhadap sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang menjelaskan tangkapan dibuat pihaknya selepas beberapa panggilan telefon kepada Sanusi ditolak.",
"“Saya nak betulkan sidang media oleh IGP (Ketua Polis) dengan penuh penghormatan saya kepada Tan Sri, sidang media dia semalam tak betul.",
"“Saya ada communication (berhubung) dengan pegawai pegawai Bukit Aman itu pada pukul 10 sampai jam 2 pagi, ada WhatsApp,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Perhimpunan Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah pagi tadi.",
"Sanusi berkata hanya mengetahui berhubung pertuduhan bakal dihadapinya di Mahkamah Selayang selepas 5 petang menerusi laporan berita dan mendakwa menyimpan tangkap layar perbualan dengan pegawai polis yang hendak mengambil keterangannya.",
"“Depa register (daftar) kes secara online di Mahkamah Sesyen pun jam 5 lebih, selepas waktu pejabat.",
"“Jadi tengah meeting (mesyuarat) tu, saya terima panggilan masuk saya tanya siapa dia bagi tau dia Bukit Aman. Saya ada semua tangkap layar, saya simpan semua tangkap layar itu.",
"“Dia perkenalkan diri dia, kata nak ambil keterangan nak sambung lagi keterangan,” kata Sanusi.",
"Sanusi berkata tidak perlu sehingga menangkapnya pada 3 pagi kerana sudah memberi komitmen untuk hadir ke mahkamah keesokkan harinya.",
"“Tak perlu tangkap saya, saya nak lari mana? Saya kan Menteri Besar. Dia tetap nak suruh saya hadir,” ujarnya lagi.",
"Razarudin semasa sidang medianya semalam berkata usaha menghubungi Sanusi bagi memaklumkan keperluan hadir di mahkamah telah dibuat melalui telefon tetapi ia gagal apabila semua panggilan berkenaan ditolak.",
"“Panggilan juga dibuat kepada setiausaha sulit kanan dan setiausaha politik beliau namun semua panggilan tersebut di-reject (ditolak),” katanya."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-roger-ng-tertangguh-hakim-tetap-10-jan-tarikh-urus-kes/ | Kes Roger Ng tertangguh, hakim tetap 10 Jan tarikh urus kes | [
"Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini meminta pihak pendakwaan mendapatkan arahan sewajarnya daripada Jabatan Peguam Negara berhubung kes bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa agar kes tersebut tidak tergantung terlalu lama, lapor Bernama.",
"Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin berkata demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Zaki Asyraf Zubir memaklumkan Ng yang turut dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diserahkan sementara ke Amerika Syarikat (AS) sehingga 28 Februari 2024 bagi menyelesaikan semua proses rayuan kes jenayah yang dihadapinya di mahkamah negara itu.",
"“Kalau kes ini ditangguhkan selepas Februari 2024 ia terlalu lama, mungkin pihak pendakwaan boleh mendapatkan arahan sewajarnya daripada pihak (Jabatan) Peguam Negara (AGC) atau pendakwaan,” kata Muhammad Jamil.",
"Beliau menetapkan pengurusan kes pada 10 Januari 2023 bagi pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah arahan yang sewajarnya berkenaan kes itu supaya ia tidak tergantung terlalu lama tanpa sebarang tindakan.",
"Terdahulu, Zaki berkata perbicaraan kes jenayah yang dihadapi Ng di mahkamah di AS telah selesai dan proses hukuman yang sepatutnya dijalankan pada 9 Nov ditangguhkan kepada 9 Disember ini.",
"Peguam Ng, Datuk Tan Hock Chuan berkata kedua-dua kerajaan (Malaysia dan AS) telah mencapai persetujuan untuk anak guamnya diserahkan ke negara itu (AS) sehingga 28 Februari 2024.",
"“Saya cadangkan pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada Januari atau Februari 2023 kerana proses hukuman telah ditetapkan oleh Mahkamah Eastern District of New York pada 9 Disember,” katanya.",
"8 April lepas, Ng didapati bersalah oleh mahkamah di AS kerana melakukan konspirasi menyeleweng ratusan juta dolar daripada syarikat pelaburan 1MDB bagaimanapun hukuman terhadapnya masih belum diputuskan.",
"Pada 19 Disember 2018, Ng mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.",
"Pada 4 September 2021, pertuduhan terhadap Goldman Sachs International Ltd dan dua entitinya di Asia iaitu Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapura) digugurkan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan pendakwaan untuk menarik balik pertuduhan berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion."
] |
https://www.agendadaily.com/dunia/majikan-singapura-boleh-pecat-pekerja-tak-divaksin-mulai-15-januari/ | Majikan Singapura boleh pecat pekerja tak divaksin mulai 15 Januari | [
"Mulai 15 Januari depan, semua pekerja di Singapura yang tidak divaksinasi boleh ditamatkan kontrak dan tindakan itu tidak dianggap sebagai ‘pemecatan yang salah’, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).",
"Dalam kenyataan hari ini, MOM berkata pemecatan itu adalah pilihan terakhir setelah dua langkah lain diambil iaitu membenarkan pekerja tidak divaksin bekerja dari rumah, dan memberi cuti tanpa gaji.",
"“Mulai 15 Januari, pekerja yang perlu berada di tempat kerja, tetapi tidak diberi vaksin, boleh diberi tugas sesuai yang boleh dilakukan dari rumah.",
"“Mereka juga boleh diberi cuti tanpa gaji berdasarkan syarat yang dipersetujui bersama.",
"“Sebagai pilihan terakhir, pekerjaan mereka boleh ditamatkan dengan notis mengikut kontrak mereka,” kata MOM sambil menjelaskan pemberhentian kerja tersebut tidak dianggap sebagai pemecatan yang salah kerana ia disebabkan oleh ketidakupayaan pekerja untuk berada di tempat kerja bagi menjalankan tugas mengikut kontrak mereka.",
"Tindakan itu dibuat susulan pengumuman Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) semalam bahawa pekerja yang tidak menerima vaksin tidak akan dibenarkan kembali ke tempat kerja mulai 15 Januari tahun depan.",
"Peraturan ini tetap dikenakan terhadap mereka walaupun ujian negatif Covid-19 bagi tempoh 24 jam sebelumnya. Mereka yang disahkan tidak layak dari segi perubatan atau telah pulih daripada Covid-19 dalam tempoh 180 hari dikecualikan.",
"MOM berkata sehingga kini, kira-kira 52,000 pekerja di Singapura belum mengambil sebarang vaksin Covid-19, termasuk lebih 6,700 berumur 60 tahun ke atas, dan berisiko tinggi mendapat penyakit teruk atau kematian akibat jangkitan virus itu.",
"Kementerian itu juga menyatakan bahawa hanya sebahagian kecil pekerja ini tidak layak secara perubatan untuk divaksinasi, manakala 98 peratus daripada tenaga kerja – tidak termasuk individu yang bekerja sendiri – telah divaksinasi.",
"Sehingga 19 Disember, 80 peratus firma telah mencapai perlindungan vaksin penuh untuk tenaga kerja mereka.",
"Ini adalah kemajuan yang besar, kata MOM, kerana ia menandakan penurunan daripada 75,000 pekerja yang tidak diberi vaksin setakat 5 Disember lalu.",
"“Pekerja yang tidak divaksinasi, terutamanya mereka yang lebih tua, akan memberi tekanan besar pada kapasiti penjagaan kesihatan kami dalam beberapa bulan akan datang, jika mereka dijangkiti Covid-19,” kata MOM. – Agensi"
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/22-kematian-di-johor-semalam/ | 22 kematian di Johor semalam | [
"Angka kematian akibat komplikasi Covid-19 di seluruh negara sejak awal 2020 hingga semalam (13 Mac 2022) meningkat kepada 33,807 kes, menurut laporan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.",
"Semalam sahaja sebanyak 87 kes kematian akibat komplikasi Covid-19 dilaporkan, termasuk 25 pesakit meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau kes ’brought in death’ (BID).",
"Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada jumlah kematian BID semalam turut melibatkan 309,214 individu yang menjalani kuarantin di rumah kerana sehingga kini tiada maklumat yang diberikan oleh KKM.",
"Sejak seminggu lalu sebanyak 524 kematian akibat komplikasi Covid-19 dilaporkan di seluruh negara.",
"Daripada jumlah itu, 141 kes melibatkan pesakit berusia 80 tahun dan ke atas, diikuti 132 kes (70-79 tahun); 100 (60-69 tahun); 76 kes (50-59 tahun); 41 kes (40-49 tahun); 16 kes (30-39 tahun); 10 kes (18-29 tahun); empat kes (5-11 tahun); tiga kes (0-4 tahun); dan satu kes (12-17 tahun).",
"Statistik laman sesawang CovidNOW kendalian KKM yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan Johor mencatat 22 kematian semalam, jumlah kedua tertinggi setelah merekodkan 25 kes pada 2 Mac lalu.",
"Sejak akhir Februari lalu jumlah kematian akibat Covid-19 di Johor terus meningkat dengan sehingga kini negeri itu mencatat jumlah terkumpul sebanyak 4,245 kes, kedua tertinggi selepas Selangor yang merekodkan 10,347 kes.",
"Sejak awal 2020 hingga semalam, Johor mencatat kumulatif positif sebanyak 348,798 kes dengan 322,320 pesakit telah sembuh, dan 22,233 kes masih aktif.",
"Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 21,077 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 129 ditempatkan di PKRC; 986 dimasukkan ke hospital; dan 41 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.",
"Bagi negeri-negeri lain, Selangor merekodkan 18 kes kematian semalam, diikuti Perak (10 kes); masing-masing enam kes di Pulau Pinang serta Kuala Lumpur; dan Pahang (lima kes).",
"Kedah dan Kelantan pula masing-masing mencatat empat kes kematian, masing-masing tiga di Melaka, Negeri Sembilan serta Terengganu; Sarawak (dua); dan satu kes di Sabah.",
"Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya, semalam.",
"Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 13 Mac 2022."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/mansor-nafi-akan-ikut-jejak-zuraida-sertai-pbm/ | Mansor nafi akan ikut jejak Zuraida sertai PBM | [
"Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Mansor Othman menafikan beliau akan mengikut jejak Datuk Zuraida Kamaruddin meletak jawatan dan keluar dari Bersatu.",
"Ahli Dewan Rakyat yang menang kerusi Parlimen Nibong Tebal atas tiket PKR itu menyertai Bersatu pada 2020 hingga sekarang, sebelum dilantik sebagai timbaan menteri.",
"Ditemui selepas merasmikan pelancaran Kelab Hijau (Alam Sekitar) di Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai di Bukit Mertajam hari ini, beliau menafikan khabar angin akan berbuat demikian.",
"Terdahulu, muncul khabar angin mengatakan beliau akan mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Ampang untuk keluar daripada Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).",
"Khamis lalu, Zuraida mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.",
"“Pendirian saya selaku Ahli Parlimen Ampang menyokong kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (government of the day) adalah selari dengan pendirian PBM,” kata Zuraida.",
"Mengulas lanjut, Mansor berkata beliau akan terus menggalas tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan selagi khidmatnya diperlukan kerajaan."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pesuruhjaya-kehakiman-tarik-diri-dengar-kes-saman-1mdb/ | Pesuruhjaya Kehakiman tarik diri dengar kes saman 1MDB | [
"Pesuruhjaya Kehakiman Adlin Abdul Majid menarik diri daripada mendengar kes saman 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terhadap 15 individu, termasuk Datuk Seri Najib Razak, kerana pernah menjadi ahli syarikat guaman yang menerima arahan bertindak daripada 1MDB.",
"Peguam Siva Kumar Kanagasabai dari Tetuan Skrine & Co yang mewakili 1MDB ketika dihubungi media, hari ini mengesahkan Adlin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan plaintif supaya beliau menarik diri daripada mendengar dan memutuskan prosiding berkenaan.",
"“Peguam Datuk DP Naban dan Rosli Dahlan adalah rakan kongsi Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill (LHAG) dari Januari 2005 hingga Februari 2020 manakala Adlin juga adalah ahli LHAG.",
"“Pada masa material, Naban, Rosli dan Adlin menerima arahan untuk bertindak bagi plaintif, walaupun Yang Arif tidak terbabit secara peribadi. Saya, DP Naban dan Rosli serta beberapa peguam lain daripada Skrine akan mengendalikan kes itu bersama,” katanya.",
"Memetik laporan BH Online, kes itu akan dikendalikan hakim lain.",
"Sementara itu dii Mahkamah Tinggi lain, Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol menetapkan 1 Julai ini untuk pengurusan kes saman SRC International Sdn Bhd di bawah pengurusan baharunya terhadap Najib dan enam lain.",
"Pada 10 Mei lalu, Kementerian Kewangan mengesahkan 1MDB dan SRC memfailkan 22 saman sivil bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.",
"SRC, anak syarikat 1MDB, memfailkan writ saman pada 7 Mei lalu menerusi sistem e-filing dengan menamakan Najib serta enam bekas Pengarah SRC iaitu Datuk Suboh Md Yassin, Nik Faisal Ariff Kamil, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Che Abdullah@Rashidi Che Omar sebagai defendan.",
"Najib adalah Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.",
"SRC yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD), mendakwa semua defendan berkomplot dan melakukan pecah amanah.",
"Bekas perdana menteri itu juga didakwa menyalahguna kuasa dan mendapat manfaat peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana berkenaan.",
"Oleh itu, plaintif menuntut deklarasi supaya semua defendan bertanggungjawab membayar kerugian dana pelaburan akibat penggunaan jumlah pinjaman berkenaan, selain ganti rugi am, teladan, tambahan dan faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-covid-19-di-empat-negeri-naik-63-kematian-hari-ini/ | [KEMAS KINI] Covid-19 di empat negeri naik, 64 kematian semalam | [
"Sarawak, Pulau Pinang, Putrajaya dan Labuan hari ini mencatatkan peningkatan jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam, sementara 64 kematian turut direkodkan.",
"Menurut laporan sebelum ini Malaysia merekodkan 7,373 kes baharu dalam tempoh 24 jam itu menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 2,339,594 ke, manakala kematian pula meningkat kepada 27,328 kes.",
"Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW yang dikemas kini tengah malam tadi memaklumkan Sarawak merekodkan peningkatan jangkitan daripada 1,126 kes yang dicatatkan pada Sabtu kepada 1,132 kes semalam, tertinggi berbanding negeri-negeri lain.",
"Dalam tempoh sama, Pulau Pinang turut merekodkan peningkatan jangkitan baharu apabila mencatatkan 542 kes berbanding 537 kes Sabtu, diikuti Putrajaya (31 kes baharu, 23 kes Sabtu); dan Labuan (dua kes baharu, satu kes Sabtu).",
"Sementara itu, Kelantan merekodkan jumlah tertinggi kes kematian apabila merekodkan 14 kes dalam tempoh 24 jam itu semalam diikuti, Selangor dengan 11 kematian; Johor (sembilan); masing-masing tujuh di Perak dan Sabah; Kedah (lima); dan masing-masing tiga kematian di Sarawak dan Terengganu.",
"Pahang pula merekodkan dua kematian dan masing-masing satu kes di Melaka, Perlis, dan Pulau Pinang. Tiada kes kematian direkodkan di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.",
"Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 7,240 pesakit adalah dalam kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan, manakala 133 kes (1.8 peratus) adalah pesakit dalam kategori tiga hingga lima.",
"“Secara keseluruhannya, terdapat 702 kes Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 293 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/perbicaraan-kes-terowong-guan-eng-ditangguh-12-julai/ | Perbicaraan kes terowong Guan Eng ditangguh 12 Julai | [
"Perbicaraan kes rasuah pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang melibatkan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng ditangguhkan ke 12 Julai.",
"Guan Eng yang berdepan empat pertuduhan sepatutnya bermula pada 8 Jun di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata penangguhan itu berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama di seluruh negara selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Jun ini.",
"“Perbicaraan kes itu berlangsung di hadapan Hakim Azura Alwi dan pada prosiding 12 Julai nanti, pihak pendakwaan akan memanggil lapan saksi untuk memberi keterangan,” katanya lapor Bernama hari ini.",
"Sebelum ini, Wan Shaharuddin memaklumkan bahawa seramai 125 orang saksi pendakwaan termasuk beberapa Exco kerajaan negeri Pulau Pinang dijangka dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu.",
"Mahkamah sebelum ini menetapkan 8 hingga 11 Jun; 12 hingga 16 Julai; 28 dan 29 Julai, 16 hingga 20 Ogos, 6 hingga 10 Sept, 20 hingga 24 Sept dan 13 hingga 17 Dis depan untuk perbicaraan kes.",
"Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan mengambil tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.",
"Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.",
"Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.",
"Lim dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011, antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi.",
"Ahli Parlimen Bagan itu juga dituduh atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, KOMTAR, pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/pas-sokong-pendekatan-politik-matang-pn-diteruskan-ismail-sabri/ | PAS sokong pendekatan politik matang PN diteruskan Ismail Sabri | [
"PAS menyokong pendekatan kerjasama politik rentas parti yang dipelopori Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak beberapa bulan lalu yang kini diteruskan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan parti itu berpendapat langkah diambil adalah selaras dengan realitik politik masa kini dalam konteks pentadbiran negara di seluruh dunia di mana tidak wujud dominasi satu-satu parti politik selepas sesuatu pilihan raya umum diadakan.",
"“PAS amat bersetuju dengan pendekatan kerjasama politik rentas parti yang telah dipelopori oleh Kerajaan Persekutuan sejak beberapa bulan yang lalu dan kini diteruskan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.",
"“Ini merupakan suatu pendekatan politik matang yang berpaksikan kepada keutamaan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat tanpa mengambil kira sebarang perbezaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Justeru, katanya PAS menyambut baik sokongan pimpinan parti-parti pembangkang utama di negara ini terhadap usaha pemulihan negara yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan yang turut memberikan ruang yang luas kepada semua pihak untuk sama-sama menyumbang idea dan buah fikiran dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 serta kesan-kesannya termasuk aspek ekonomi dan sosial.",
"Katanya, parti itu juga yakin dalam masa yang sama kerajaan akan terus berinteraksi dan mewujudkan kerjasama yang lebih konstruktif melibatkan semua pemegang taruh, termasuk pihak pembangkang, ke arah langkah-langkah reformasi merangkumi semua sektor, institusi dan segmen masyarakat.",
"“Dengan ini diharapkan akan menjadi suatu permulaan yang baik bagi pembentukan landskap baharu politik negara yang mementingkan kesejahteraan, keharmonian dan keadilan kepada semua rakyat yang terdiri dari masyarakat majmuk,” katanya.",
"Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri yang turut disertai Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Putrajaya.",
"Terdahulu, ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu dilaporkan menerima pelawaan Ismail Sabri untuk bertemu di PMO langkah bagi mematuhi titah Istana Negara supaya kerajaan baru bekerjasama dengan pembangkang dalam usaha melawan pandemik Covid-19."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/zahid-patut-malu-duduk-di-umno-hati-di-pkr-dap-annuar/ | Zahid patut malu duduk di UMNO, hati di PKR-DAP : Annuar | [
"Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi patut merasa malu kerana duduk di dalam parti Melayu itu namun hatinya berada di PKR dan DAP.",
"Demikian kenyataan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa pada Ceramah Umum DUN Hulu Kelang, malam ini.",
"“Saya cuma tegur tapi orang tuduh saya broker. Orang kata saya setiausaha agung tapi hati saya ditempat lain. Walaupun tuduhan Zahid itu sangat menyakitkan hati saya, saya mengaku sebagai pejuang UMNO (sebelum ini), saya tidak niat nak bermusuh dengan PAS atau Bersatu sebab kita adalah parti-parti yang berpegang kepada dasar serta ideologi yang sama",
"“Salahkah di sudut hati saya ada rasa sayang kepada perjuangan PAS dan Bersatu di mana kita diikat oleh tali Allah iaitu Islam?",
"“Zahid Hamidi patut malu…dia tuduh saya duduk dalam UMNO tapi hati saya dalam PAS dan Bersatu. Dia patut malu, dia duduk dalam UMNO tapi hatinya dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan DAP,” katanya.",
"Sebelum ini, Zahid menyifatkan Annuar umpama ‘kaduk naik junjung’ apabila menafikan wujud cubaan mengharamkan UMNO pada 2018.",
"Timbalan Perdana Menteri itu menganggap Annuar ‘tidak tahu’ mengenai usaha mengharamkan UMNO kerana hatinya sudah ‘ke sebelah sana’ pada ketika itu, dipercayai merujuk pada PAS yang kini dianggotai Annuar.",
"Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu juga mengimbau ketika bertemu Muhyiddin untuk menyampaikan hasrat Zahid untuk menjadi TPM dan Menteri Dalam Negeri, bekas Perdana Menteri itu berterus terang untuk tidak melantik Pengerusi BN itu.",
"“Muhyiddin cakap dengan saya terus-terang, maaflah Annuar aku tak ada masalah siapa-siapa pun dalam UMNO untuk jadi TPM tapi aku tak boleh lantik Zahid sebagai TPM.",
"“Kemudian Zahid tandatangan surat untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin sedangkan dalam kerajaan itu UMNO sendiri berada di dalamnya.",
"“Nak jatuhkan Tan Sri Muhyiddin itu tak apalah, orang parti lain. Tapi orang sendiri pegang (jawatan PM) masih juga merancang nak menjatuhkan PM dan menteri-menteri dari parti sendiri Hanya kerana kita tak dapat nak jadi TPM.",
"“Lalu runding dengan Anwar, dijanjikan untuk menjadi TPM, maka berlakulah apa yang berlaku. (Datuk Seri) Ismail Sabri sebagai PM kena godak kiri dan kanan, akhrinya dipujuk jadi poster boy dengan niat yang sudah dipasang, mahu Mail Sabri bubar Parlimen cepat-cepat. Dijanjikan Mail Sabri akan kekal sebagai PM. Sepatutnya bulan tiga (Mac) kita nak bubar tapi bulan 11 (November) Mail Sabri dah bubarkan Parlimen,” katanya.",
"Untuk rekod, Zahid dilantik sebagai TPM oleh Perdana Menteri kerajaan hari ini walaupun sedang berdepan dengan 47 kes di mahkamah."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/zahid-bn-kemaruk-kuasa-tiada-perikemanusiaan-pru-musim-banjir/ | Zahid, BN kemaruk kuasa, tiada perikemanusiaan PRU musim banjir | [
"Semakin ramai pemimpin parti politik, terutama pembangkang, melahirkan rasa tidak senang dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Barisan Nasional (BN) yang tidak mempedulikan nasib rakyat, terutama apabila merancang mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) walaupun pada musim tengkujuh dan banjir.",
"Seorang daripadanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman kesal dengan kenyataan Pengerusi BN itu yang menegaskan parti tersebut sanggup meredah banjir jika PRU-15 diadakan tahun ini.",
"“Ini menunjukkan betapa kemaruknya Zahid dan BN terhadap kuasa sehingga tidak kisah dan peduli mengenai kesusahan rakyat sewaktu bencana banjir.",
"“Mana perikemanusiaan beliau (Zahid) ketika mengeluarkan kata-kata ini? Bencana banjir bukan benda yang boleh dipandang ringan.",
"“Rakyat kehilangan harta benda dan orang tersayang akibat bencana banjir. Amat kejam apabila seorang presiden parti dan juga Ahli Parlimen yang sudah berpenggal-penggal menjadi wakil rakyat mengeluarkan kenyataan begini,” katanya.",
"Lebih mesra dengan panggilan Rara, beliau berkata di Bentong, ada lagi infrastruktur yang masih tidak dibaik pulih akibat bencana banjir yang melanda pada Disember 2021 lalu.",
"“Bahkan ada penduduk yang masih belum mampu hidup seperti dahulu lagi.",
"“Zahid perlu malu dengan diri sendiri dan bermuhasabah. Jangan terlalu kemaruk sehingga sanggup memperjudikan keselamatan dan kebajikan rakyat ketika bencana,” katanya lagi.",
"Sepatutnya Zahid mendesak menteri-menteri BN untuk membuat persiapan rapi bagi menghadapi banjir agar rakyat tidak terkesan dengan lebih teruk seperti tahun lepas.",
"Sabtu lalu (17 September), Zahid berkata BN sanggup meredah banjir dan hujan lebat, jika PRU-15 diadakan tahun ini, sambil menegaskan isyarat yang diberikan ahli parti supaya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat adalah jelas dan nyata.",
"Beliau berkata, ia adalah berdasarkan laungan ‘Bubar’ oleh lebih 10,000 pemuda BN yang bergema dalam Stadium Titiwangsa.",
"Katanya, susulan isyarat yang jelas itu pihaknya berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dapat menetapkan tarikh pembubaran Parlimen dalam masa terdekat ini.",
"“Kita tengah tunggu tarikh keramat, namun kita tahu ada kekangan akhir tahun ini iaitu banjir, hujan lebat dan angin monsun Timur Laut tetapi kalau Perdana Menteri bubar masa banjir pun, sanggup redah banjir untuk bertanding.",
"“Isyaratnya adalah jelas dan nyata…’top five’ diberikan mandat untuk berbincang tetapi tarikh belum ditetapkan.",
"“Jangan bincang sahaja…kena cepat jangan tunggu lama-lama kerana penghasut sedang bekerja keras…PRU15 tidak boleh ditunggu-tunggu lagi,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Jentera Pemuda BN, di Stadium Titiwangsa."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/jangan-berpecah-jika-tak-mahu-ph-berkuasa-naib-presiden-pas/ | Jangan berpecah jika tak mahu PH berkuasa: Naib Presiden PAS | [
"Sekiranya tiga parti Melayu yang membentuk kerajaan sedia ada sekarang berpecah ia akan memberi laluan kepada blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) untuk kembali memerintah, kata Naib Presiden PAS Senator Idris Ahmad.",
"Idris menggesa agar permuafakatan sesama parti politik yang sedia ada dikekalkan dan semua pihak digesa mempertahankan Perikatan Nasional (PN) di samping mengukuhkan Muafakat Nasional (MN).",
"“Pas mahu jadi penyatu kepada dua pihak kerana kalau berlaku perpecahan, PH akan memerintah semula.",
"“Oleh sebab itu Pas berharap UMNO-Bersatu dapat bersama kerana kita yakin dan percaya apabila sesebuah pakatan kuat maka keadilan dapat dinikmati oleh orang Melayu-Islam di samping bukan Islam,” katanya dipetik laporan media hari ini.",
"Gesaan sama juga disuarakan imbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketiga-tiga parti utama dalam kerajaan hari ini iaitu UMNO, Bersatu dan Pas perlu bersedia untuk melakukan pengorbanan termasuk dalam hal pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).",
"Untuk rekod, UMNO sebelum ini sudah membuat ketetapan semasa Perhimpunan Agung 2021 untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu yang kini mengetuai gabungan PN yang terdiri daripada PAS sebagai rakan komponen utamanya.",
"Bagaimanapun, kerajaan yang dibentuk ketika ini mendapat sokongan daripada PN walaupun pada awalnya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba membawa parti itu ke dalam jajaran baharu yang diwar-warkan sebelum ini.",
"Pembentukan jajaran baharu menemui kegagalan selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan sebelum ini.",
"Kemelut politik sebelum ini tercetus susulan tindakan beberapa Ahli Parlimen UMNO khususnya daripada kluster mahkamah yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin sehingga menjadi punca pertukaran PM."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pertambahan-pengundi-faktor-kos-pru-15-dijangka-meningkat-rm1-bilion-lebih-spr/ | Pertambahan pengundi faktor kos PRU-15 dijangka meningkat RM1 bilion lebih: SPR | [
"Peningkatan kos mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dijangka tidak dapat dielakkan memandangkan jumlah pengundi yang juga bertambah mendadak kali ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).",
"SPR menjangkakan kos mengadakan PRU-15 bakal mencecah RM1 bilion lebih berbanding PRU yang diadakan sebelum ini dan antara faktor peningkatan dua kali ganda itu kerana jumlah pengundi baharu yang didaftarkan secara automatik juga meningkat banyak, menurut laporan BH.",
"Untuk rekod, PRU-14 hanya menelan belanja RM500 juta manakala perbelanjaan bagi PRU-13 adalah sekitar RM400 juta.",
"Menurut Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dianggarkos bagi pelaksanaan PRU-15 adalah kira-kira RM1.01 bilion.",
"Beliau berkata, perbelanjaan besar itu termasuk bagi menampung peningkatan jumlah pengundi baharu melalui pelaksanaan had umur pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik yang dikuatkuasakan sejak Disember tahun lalu.",
"Ia sekali gus akan menyebabkan berlakunya pertambahan pusat mengundi, saluran mengundi, petugas pilihan raya dan pembelian peralatan untuk menjayakan PRU-15 yang boleh diadakan bila-bila masa.",
"“SPR mengambil tindakan yang perlu bagi membuat persiapan sewajarnya sekiranya PRU-15 dilaksanakan pada tahun ini.",
"“Namun SPR perlu mengambil kira dan memastikan keselamatan semua aspek dan individu sama ada petugas, calon serta pengundi.",
"“Dalam konteks PRU-15 nanti ada peningkatan jumlah pengundi baharu, maka akan berlaku pertambahan pusat mengundi, saluran mengundi, petugas pilihan raya dan pembelian peralatan,” katanya lagi.",
"Pembabitan pengundi berusia 18 tahun dan pendaftaran pemilih buat kali pertama kali dilaksanakan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada Mac lalu.",
"Namun daripada 54.92 peratus keseluruhan keluar mengundi yang direkodkan SPR, peratusan pengundi muda dianggarkan hanya di bawah lima peratus."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/seruan-undi-dap-cetus-kemarahan-akar-umbi-umno-kata-kj/ | UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ | [
"UMNO diramalkan akan hilang separuh sokongan undi Melayu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang jika tidak menghapuskan persepsi buruk terhadap DAP yang ‘didoktrin’ sekian lama.",
"Bekas pemimpinnya, Khairy Jamaluddin mendakwa, seruan dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan agar ahlinya mengundi DAP merupakan sesuatu yang sensitif sehingga mencetuskan kemarahan serta penolakan dalam kalangan akar umbi.",
"“Pandangan dan perasaan orang UMNO bukan terhadap satu kaum…soal Melayu dan Cina tetapi terhadap parti DAP itu sendiri, yang selamanya ‘didoktrin’ dalam UMNO sebagai musuh atas sebab-sebab tertentu.",
"“Kalau benda ini tidak dibendung, ramai penyokong UMNO akan memberi undi kepada Perikatan Nasional (PN) dalam PRN nanti. Sekurang-kurangnya 50% daripada mereka yang selama ini menyokong UMNO,” katanya dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap.",
"Ahmad dilaporkan berkata pengundi UMNO perlu memilih calon daripada kerajaan perpaduan pada PRN tanpa mengira calon tersebut daripada parti mana termasuk DAP.",
"Menurutnya, gesaan tersebut bukan atas nama parti tertentu sebaliknya atas nama kerajaan perpaduan serta titah Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga kestabilan politik negara.",
"Kenyataan itu menerima respons negatif di media sosial malah Ahmad juga dikritik atas ‘keberaniannya’ membuat seruan itu ke atas parti bekas musuh UMNO itu.",
"Beberapa pemimpin UMNO menyifatkan seruan itu tidak salah kerana kini mereka bersama DAP dalam kerajaan campuran.",
"Namun ahli MKT UMNO, Isham Jalil memberi amaran sokongan kepada UMNO akan terhakis jika pemimpinnya terus mendesak ahli mengundi calon DAP pada PRN.",
"Kemudian, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dikatakan sudah menerima penjelasan Ahmad berhubung gesaan menyokong DAP pada PRN nanti.",
"Dalam program sama, Khairy yang juga menteri kesihatan menyifatkan Pakatan Harapan (PH) dinilai lebih berguna kepada Barisan Nasional (BN) berbanding BN kepada PH.",
"“Maksudnya pengundi PH yang tidak akan sokong calon BN jumlahnya lebih kecil daripada pengundi UMNO yang tidak akan sokong calon daripada PH.",
"“Sebab PH tak akan buang undi kepada PN, kebanyakan penyokong mereka sudah tentu bukan Melayu dia tidak akan beri undi kepada PAS, Bersatu. Mereka akan campak kepada UMNO atau dia tak akan keluar mengundi,” katanya.",
"Namun, katanya ada kemungkinan penyokong UMNO memberi undi kepada PN daripada PH."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/ketua-pembangkang-ph-selangor-tak-iktiraf-umno-sebagai-rakan/ | Ketua Pembangkang: PH Selangor tak iktiraf UMNO sebagai rakan? | [
"PAS Selangor mempersoalkan kenapa Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) masih diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Air Tawar, Datuk Rizam Ismail.",
"Sedangkan UMNO, salah satu komponen Barisan Nasional (BN), telah bersekutu dengan Pakatan Harapan (PH) pada peringkat pusat, sementara PKR, parti dalam PH, mengetuai pentadbiran Selangor.",
"“Kenapa wakil UMNO masih Ketua Pembangkang di DUN Selangor? UMNO Selangor tak iktiraf kerajaan PH atau PH Selangor tak iktiraf UMNO. Campuran apa ni?, soal Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir.",
"Pada masa sama beliau juga menyindir Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim kerana berdolak-dalik berhubung pelantikan Ketua Pembangkang yang sepatutnya diserahkan kepada Perikatan Nasional (PN).",
"Untuk rekod, BN/UMNO kehilangan Selangor ke tangan pakatan parti-parti pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008 menerusi Pakatan Rakyat, sehinggalah gabungan itu berpecah dengan UMNO dan PAS menjadi pembangkang.",
"Selepas PRU-15 lalu, BN/UMNO bergabung dengan PH membentuk Kerajaan Pusat diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim. BN dan PH juga bersama-sama membentuk kerajaan negeri Perak dan Pahang, manakala PH menjadi penyokong di Johor dan Melaka.",
"Mengulas lanjut, Roslan berkata cadangan ADUN PN Bukit Antarabangsa Datuk Seri Azmin Ali di sidang DUN semalam, supaya ADUN PN Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik Ketua Pembangkang, adalah munasabah.",
"Ini kerana, Rizam sudah tidak lagi efektif dalam menjalankan tugas kerana kerajaan campuran PH-BN telah dibentuk pada peringkat Persekutuan.",
"“Jelas permohonan Azmin cukup munasabah memandangkan UMNO kini sudah menjalin kerjasama politik dengan PH, ADUN UMNO di Selangor bukan lagi pembangkang sepatutnya, mereka sudah menjadi ADUN kerajaan.",
"“Malangnya Speaker Dewan yang juga ADUN DAP dari Sekinchan, Ng Suee Lim menolak cadangan berkenaan atas alasan tidak menerima sebarang permohonan bertulis dari Rizam sendiri.",
"“Berpusing-pusing nampaknya Speaker DAP ini. Benda yang telah rasmi dan diketahui umum, bahawa PH dan BN kini rakan kerjasama politik, sudah cukup menjadi alasan menggantikan Ketua Pembangkang.",
"“Apa perlu tunggu surat lagi?,” katanya yang memetik kenyataan Suee Lim pada 29 November 2022, 10 hari selepas PRU-15 bahawa status Ketua Pembangkang Selangor akan diteliti selepas kabinet Persekutuan dibentuk.",
"Roslan berkata Suee Lim tidak mempunyai alasan menggantikan Ketua Pembangkang di DUN Selangor, atau mungkinkah Rizam lebih selesa dan mahu kekal serta enggan menyokong kerajaan negeri PH.",
"“UMNO Selangor mungkin tidak dapat menerima PKR dan DAP sebagaimana Presiden mereka boleh terima di pusat.",
"“Kalau hal sekecil ini pun tidak boleh urus dan masih berdolak-dalik, wajarlah kerajaan PH Selangor ditunjuk jalan keluar dalam Pilihan Raya Negeri tidak berapa lama lagi,” katanya."
] |
https://www.agendadaily.com/dunia/anak-elon-musk-mohon-tukar-nama-putuskan-hubungan-dengan-bapa/ | Anak Elon Musk mohon tukar nama, putuskan hubungan dengan bapa | [
"Anak perempuan transgender Elon Musk memfailkan permohonan untuk menukar namanya mengikut identiti jantina baharunya sambil menjelaskan dia tidak lagi tinggal atau tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan dengan bapa kandungnya itu.",
"“Saya tidak lagi tinggal bersama atau ingin mempunyai hubungan dengan bapa kandung saya dalam apa jua cara, bentuk atau rupa,” kata Xavier Alexander Musk yang memohon menggunakan nama Vivian Jenna Wilson.",
"Petisyen untuk pertukaran nama dan sijil kelahiran baharu yang mencerminkan identiti jantina baharunya telah difailkan di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles di Santa Monica, Amerika Syarikat (AS) pada April.",
"Ia terbongkar baru-baru ini dalam beberapa laporan media dalam talian.",
"Alexander, yang baru berusia 18 tahun – umur yang dibenarkan di California – telah meminta mahkamah menukar pengiktirafan jantinanya daripada lelaki kepada perempuan dan mendaftarkan nama baharunya, menurut dokumen mahkamah yang tersedia dalam talian melalui PlainSite.org.",
"Nama baharunya telah disunting dalam dokumen menerusi talian. Ibunya ialah Justine Wilson, yang bercerai dengan Musk pada 2008.",
"Tiada penjelasan lanjut mengenai keretakan hubungan antara Alexander dan bapanya, ketua Tesla dan SpaceX yang cuba mengambil alih platform media sosial, Twitter dengan nilai AS$44 bilion.",
"Baik peguam yang mewakili Alexander mahupun pejabat media Tesla tidak memberikan sebarang ulasan.",
"Pada Mei, kira-kira sebulan selepas dokumen perubahan nama dan jantina difailkan, Musk mengisytiharkan sokongannya kepada Parti Republikan, yang wakil rakyatnya menyokong mengehadkan hak transgender di AS. – Agensi"
] |
https://www.agendadaily.com/dunia/indonesia-catat-rekod-21095-kes-baharu-covid-19-358-kematian/ | Indonesia catat rekod 21,095 kes baharu Covid-19, 358 kematian | [
"Dua hari lalu Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan lonjakan kes positif baharu Covid-19 sebanyak 20,574 kes, tertinggi pernah direkodkan sejak kes pertama dikesan pada Mac tahun lalu.",
"Namun hari ini rekod itu pecah apabila 21,095 kes baharu dilaporkan, sekali gus menggusarkan pelbagai pihak terutama pakar kesihatan berhubung penularan ‘varian of concern’ (VOC) serta pergerakan orang ramai.",
"Jumlah jangkitan Covid-19 di negara keempat paling ramai penduduk di dunia itu sejak pandemik bermula Mac tahun lalu, kini mencecah 2,093,962 orang.",
"Kementerian Kesihatan negara itu turut melaporkan 358 lagi kematian akibat virus berkenaan dalam tempoh 24 jam lalu.",
"Pakar epidemiologi yang membantu membentuk pasukan pengurusan pandemik Kementerian Kesihatan Indonesia selama 20 tahun, Dr Dicky Budiman sebelum ini berkata sementara varian Delta lebih menular berbanding varian Alpha, varian itu menjadi pendorong kepada peningkatan penularan semasa.",
"“Ketika ini penyebaran varian Delta sangat kecil, sementara varian Alpha disebarkan oleh anggota masyarakat yang tidak mematuhi larangan perjalanan.",
"“Saya setuju varian Delta dijadikan kambing hitam. Kita sudah lebih daripada satu tahun menangani wabak ini, tetapi pemerintah telah membuktikan bahawa ia tidak dapat mengendalikan Covid-19,” katanya yang juga bertugas di Universiti Griffith Australia.",
"Sementara varian Alpha mungkin masih dominan, Budiman memberi amaran bahawa hanya beberapa saat sahaja sebelum varian Delta mengambil alih.",
"Beliau bimbang Indonesia tidak lama lagi akan menghadapi tsunami Covid-19 setara dengan apa yang berlaku di India.",
"Sementara itu, Presiden Joko Widodo berkata Indonesia menetapkan sasaran untuk memberi dua juta dos vaksin Covid-19 sehari pada Ogos ini dalam usaha mengekang penularan wabak itu susulan peningkatan kes sejak sambutan Aidilfitri Mei lalu.",
"Beliau berkata lonjakan kes di Indonesia semakin parah dengan kewujudan varian baharu Covid-19 seperti Delta, Alpha dan Beta. – Agensi"
] |
https://www.agendadaily.com/dunia/amerika-hantar-bantuan-100-juta-covid-19-ke-india/ | Amerika hantar bantuan $100 juta Covid-19 ke India | [
"Kerajaan Amerika Syarikat menyalurkan bantuan bernilai $100 juta kepada India bagi membantu rakan sejawatnya itu dalam membendung wabak Covid-19 yang sedang melanda teruk negara itu.",
"Dalam satu kenyataan dikeluarkan Rumah Putih, bantuan segera itu disalurkan dalam bentuk barangan bantuan bagi membantu kerajaan India dalam menghadapi gelombang baharu Covid-19 di negara itu dan dijangka tiba pada Khamis ini.",
"Antara bekalan yang diterbangkan ke India adalah bahan oksigen, peralatan pelindung diri, bekalan pembuatan vaksin dan kit ujian pantas (RTK) Covid-19.",
"Kerajaan Amerika juga menjanjikan bantuan kesihatan awam dan menghantar pakar mereka untuk “bekerjasama dengan pakar India dalam bidang berikut: makmal, pengawasan dan epidemiologi, bioinformatik, pencegahan dan kawalan jangkitan, pengagihan vaksin, dan risiko komunikasi.”",
"Gelombang kedua Covid-19 yang menular negara itu menyaksikan sekurang-kurangnya 300,000 orang positif setiap hari selama tujuh hari berturut-turut.",
"Pada Rabu sahaja, Kementerian Kesihatan India melaporkan 360,960 kes baharu dalam tempoh 24 jam – tertinggi di dunia dalam sehari – menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti menghampiri angka 18 juta.",
"Dalam tempoh semalam juga, 3,293 pesakit meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 201,187.",
"Sepuluh negeri di India mencatatkan 74 peratus daripada kes, termasuk dua negeri paling teruk iaitu Maharashtra dan New Delhi yang kini dikenakan perintah berkurung.",
"Di ibu negara, New Delhi, tempat letak kereta kini sudah ditukar menjadi tempat pembakaran mayat, dan peningkatan jumlah kematian menyebabkan kayu untuk membakar mayat juga semakin berkurangan.",
"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), India mencatatkan 38 peratus daripada 5.7 juta kes yang dilaporkan di seluruh dunia minggu lalu."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/pemimpin-pkr-sahkan-pendedahan-nazri-berhubung-pakatan-anwar-zahid/ | Pemimpin PKR sahkan pendedahan Nazri berhubung pakatan Anwar-Zahid | [
"Seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengesahkan secara tidak langsung pendedahan pemimpin senior UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz yang mendakwa wujud pakatan antara Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Pengakuan tersebut dibuat Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang berkata keputusan untuk menjayakan jajaran baharu bergantung kepada Zahid dan PKR sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO.",
"“Jadi selepas Ahmad Zahid membuat keputusan, maka tidak ada masalah jajaran baharu boleh dibentuk demi negara dan rakyat. Terpulang kepadaZahid untuk membuat keputusan, semua bergantung kepada beliau.",
"“Kita sentiasa bersedia bila-bila masa saja juga tidak sabar untuk bersama UMNO atau tidak kira siapa sahaja atau mana-mana parti sekali pun termasuk parti bebas,” katanya dalam satu kenyataan.",
"Pengakuan Abdullah Sani ini secara tidak langsung sudah wujud persefahaman awal antara kedua parti, namun Zahid perlu membuat keputusan dengan segera dan memuktamadkan kerjasama antara UMNO dengan PKR.",
"Jelasnya, PKR sangat mengharapkan Ahli-Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri atas tujuan untuk menyelamatkan negara dan mengelak kerosakan yang lebih teruk.",
"“Kalau sekiranya ahli-ahli Parlimen UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Alhamdulillah. Kita mengharapkan sedemikian. Apabila Ahmad Zahid menyebut jajaran baharu yang diperkenalkannya, tentulah langkah mengkiblatkan kepada negara ini dibina semua dan menyelamatkan negara.",
"“Jadi tidak ada masalah kerana dalam konteks menyokong itu bukan bermakna membeli orang dengan jawatan-jawatan dan sebagainya. Sudah memadai ia diberikan keinsafan kepad ahli Parlimen bahawa negara ini sudah berada dalam keadaan kerosakan luar biasa dan tidak boleh lagi diselamatkan kalau diteruskan PN memerintah,” katanya.",
"Nazri sebelum ini mendedahkan sudah mengumpul surat akuan (SD) untuk menyokong Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai jurucakap rasmi kepada 25 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), ia sekiranya Ahli Parlimen Sembrong itu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA).",
"Nazri berkata langkah itu sebagai tindakan balas terhadap Zahid yang memberikan maklumat mengelirukan kepada YDPA berhubung sokongan kepada Anwar sebagai calon Perdana Menteri.",
"Nazri juga mendakwa ditipu Zahid semasa menarik sokongan terhadap kerajaan pada Oktober tahun lalu apabila ketua perancang tersebut mendapat peruntukan untuk kawasan Parlimennya dan beliau pula tidak diberikan peruntukan kerana tindakan menarik sokongan itu."
] |
https://www.agendadaily.com/dunia/radang-jantung-finland-pula-hentikan-penggunaan-moderna/ | Radang jantung: Finland pula hentikan penggunaan Moderna | [
"Finland pula mengikut jejak jirannya Sweden dan Denmark, menghentikan pemberian vaksin Covid-19 Moderna untuk lelaki yang dilahirkan pada tahun 1991, susulan laporan mengenai kesan sampingan kardiovaskular yang jarang berlaku, kata lembaga kesihatan dan kebajikan negara itu, hari ini.",
"Semalam, pegawai kesihatan Sweden dan Denmark mengumumkan mereka menghentikan penggunaan vaksin Moderna untuk semua individu dewasa dan remaja dan belia.",
"Agensi kesihatan Sweden pada Rabu memaklumkan suntikan Moderna kepada individu yang lahir pada 1991 selepas data menunjukkan peningkatan kes miokarditis dan perikarditis dalam kalangan belia dan dewasa muda setelah divaksinasi.",
"Keadaan tersebut melibatkan keradangan jantung atau lapisannya.",
"“Kajian Nordic membabitkan Finland, Sweden, Norway dan Denmark mendapati lelaki di bawah usia 30 yang menerima Moderna Spikevax mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada yang lain untuk mengalami miokarditis,” kata Pengarah Insititu Kesihatan Finland, Profesor Mika Salminen.",
"Nordic merujuk kepada negara Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Iceland.",
"Menurutnya miokarditis, yang bermaksud keradangan otot jantung, biasanya sembuh sendiri dalam beberapa hari.",
"Beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga Finland hanya akan memberikan vaksin Pfizer kepada kanak-kanak dan belia lelaki.",
"Jurucakap Moderna semalam berkata syarikat itu mengambil berat tindakan Sweden dan Denmark yang menghentikan pemberian vaksin jenis itu kepada golongan berkenaan.",
"“Ini adalah kes ringan dan individu cenderung pulih dalam masa yang singkat setelah menjalani rawatan biasa dan rehat. Risiko miokarditis meningkat dengan ketara bagi mereka yang menghidap Covid-19, dan vaksinasi adalah cara terbaik untuk melindungi daripada ini,” kata jurucakap itu.",
"Semalam, Ketua Epidemiologi Sweden, Anders Tegnell, berkata agensi kesihatan akan terus memantau keadaan itu dengan teliti dan bertindak cepat untuk memastikan bahawa vaksinasi menentang Covid-19 akan sentiasa selamat digunakan dan pada masa sama memberikan perlindungan yang berkesan terhadap penyakit ini.",
"Di Denmark, individu di bawah usia 18 tahun tidak akan ditawarkan vaksin Moderna sebagai langkah berjaga-jaga, kata pihak berkuasa kesihatan negara ini pada Rabu. – Agensi"
] |
https://www.agendadaily.com/dunia/indonesia-anjur-tahlil-nasional-untuk-pesakit-covid-19-meninggal/ | Indonesia anjur Tahlil Nasional untuk pesakit Covid-19 meninggal | [
"Kementerian Agama Republik Indonesia malam ini menganjurkan majlis Tahlil Nasional secara besar-besaran bagi mendoakan kebaikan kepada mereka yang telah meninggal dunia kerana dijangkiti virus Covid-19.",
"Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas berkata majlis itu juga bertujuan berdoa supaya pandemik Covid-19 akan segera segera berakhir.",
"Tahlil Nasional itu dihadiri oleh kakitangan kementerian dan institusi daripada pendidik, pelajar sekolah berasrama, pemimpin organisasi massa, dan juga masyarakat di seluruh republik Indonesia.",
"Kementerian itu menyiapkan pautan webinar dengan keupayaan untuk menampung ribuan masyarakat umum agar mereka dapat turut sama menyertai Tahlil Nasional itu. Acara ini juga akan disiarkan secara langsung melalui akaun media sosialnya.",
"“Pihak kami ingin mengajak semua rakyat Indonesia untuk bersama-sama dalam mengingati Allah dengan berzikir melalui doa pada malam ini. Marilah kita berdoa agar wabak ini segera berakhir dan berdoa untuk para syuhada yang telah meninggal dunia mendahului kita,” katanya.",
"Sebelum ini, kementerian berkenaan juga mengambil inisiatif dengan mengadakan doa secara maya menggunakan tanda pagar #PrayFromHome.",
"Yaqut turut memaklumkan bahawa pelaksanaan peraturan dan vaksinasi nasional yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Indonesia adalah langkah penting untuk memberikan perlindungan kepada rakyatnya.",
"Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa doa merupakan salah satu senjata rohani yang sangat kuat bagi orang Islam terutamanya untuk menyokong kejayaan bagi sesuatu usaha dalam menangani penyebaran wabak Covid-19.",
"“#PrayFromHome for Indonesia adalah usaha dalaman yang dilakukan untuk menyempurnakan langkah kerajaan dalam melaksanakan pelbagai tindakan mengekang penularan Covid-19,” katanya. – Agensi",
"Antara yang mengambil bahagian dalam Tahlil Nasional Indonesia malam ini yang diadakan secara maya."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/adun-ph-sokong-tuntut-bayaran-air-daripada-kerajaan-dap-p-pinang/ | ADUN PH sokong tuntut bayaran air daripada kerajaan DAP P.Pinang | [
"Seorang wakil rakyat Pakatan Harapan (PH-AMANAH) menyuarakan sokongannya kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah yang menuntut bayaran daripada Pulau Pinang bagi mendapatkan air mentah dari Sungai Muda yang mengalir dari negeri itu.",
"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata tuntutan itu munasabah memandangkan Kedah terpaksa menanggung kos penyelenggaraan sungai.",
"“Adalah munasabah untuk Pulau Pinang membayar fi kepada Kedah. Kita perlu memelihara hutan (kawasan tadahan hujan) dan sungai perlu dijaga, jadi kita (Kedah) menanggung semua kos ini.",
"“Tetapi saya sedar tiada peruntukan dari segi undang-undang untuk mengambil tindakan,” katanya ketika membahaskan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada sidang DUN Kedah di Alor Setar, hari ini (14 Mac 2023).",
"Beliau turut membangkitkan persoalan mengenai status panel peguam yang dilantik kerajaan negeri tahun lepas untuk menangani tuntutan itu.",
"Phahrolrazi berkata bayaran air mentah yang dituntut daripada Pulau Pinang adalah wajar kerana rakyat Kedah perlu membayar bil air mereka untuk menikmati bekalan yang diperoleh dari Sungai Muda.",
"“Orang Kedah kena bayar caj air kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA)… tetapi tiba-tiba orang lain ambil air tanpa bayaran, jadi apa jadi dengan panel undang-undang?” soal beliau.",
"Kerajaan negeri sebelum ini mengemukakan tuntutan bertulis kepada Pulau Pinang lebih RM50 juta dalam caj air mentah tahunan selepas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memperoleh bekalan air dari Sungai Muda, yang mengalir dari Kedah.",
"Pulau Pinang, bagaimanapun, tidak melayan dakwaan itu, dengan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata bahawa penggunaan air oleh Pulau Pinang adalah dari sungai yang berada di sebelah sempadan negeri, selaras dengan undang-undang dan hak antarabangsa."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-baharu-covid-19-meningkat-lepasi-paras-3000/ | Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000 | [
"Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,270 kes positif baharu Covid-19 setakat tengah hari tadi.",
"Jumlah itu meningkat berbanding 2,842 kes baharu yang direkodkan semalam.",
"Kes baharu menyumbang kepada sejumlah 2,773,156 kes jangkitan Covid-19 di Malaysia."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/bergolok-bergadai-demi-menang-tapi-jangan-mencuri-kata-muhyiddin/ | Bergolok bergadai demi menang tapi jangan mencuri sudahlah, kata Muhyiddin | [
"Jentera Perikatan Nasional (PN) perlu sedia berkorban apa sahaja termasuk bergolok bergadai bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang",
"Namun Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan jentera PN agar tidak mencuri atau membangkitkan perbalahan.",
"“Soal kewangan mana-mana yang ada sajalah. Cari duit, kalau tiada duit bergadai bergoloklah…jangan mencuri saja sudahlah. Cari usaha ataupun berkorban apa yang ada. Nak jual tanah, kereta, gadai rumah (usaha), cari duit.",
"“Habis (nak buat) macam mana? Atau mungkin usaha yang ada sudah cukup kuat, dengan gelombang yang ada kita tak (perlu) buat apa-apa pun, orang yang nak mengundi tahu nak tuju mana, nak pangkah kita.",
"“Dia tak tengok nama siapa, dia (terus) pangkah PN. Nampak senang tapi itu sepatutnya cara kita urus jentera kita kerja bersama-sama. Jangan bangkitkan perbalahan, jangan bangkitkan soal tak jadi calon,” katanya lapor BH.",
"Beliau berkata demikian pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Pulau Pinang di Georgetown, hari ini.",
"Dalam pada itu, beliau mengakui ada sesetengah pihak tidak berpuas hati dalam pembahagian kerusi yang berpotensi boleh dimenangi sehingga menjadi rebutan parti komponen.",
"“Kalau nak tanya semua puas hati, semua jawab tak puas hati. PAS tak puas hati, Bersatu tak puas hati, Gerakan tak puas hati. Jadi siapa yang puas hati?",
"“Semua nak tuju kawasan yang boleh menang. Kalau di Pulau Pinang, kita dah tahu, dah dapat baca kawasan mana yang boleh menang. Semua nak pergi situ…yang boleh seorang saja jadi sudah tentu dua tiga orang tak puas hati,” katanya.",
"Namun, beliau yakin perkara itu dapat ditangani dengan semangat setia kawan dalam kalangan parti komponen yang mampu bertolak ansur antara satu sama lain demi kemenangan parti.",
"“Tidak kisah siapa nak bertanding, bertandinglah. Mungkin kali ini kita tiada rezeki, esok kita pula (rezeki bertanding). Dia kena sokong kita, tak kira siapa, itu yang penting.",
"“Pengalaman lepas Pilihan Raya ke-15 (PRU-15), ada keadaan orang kecewa, seminggu dia tak keluar. Tapi akhirnya mereka bekerja kuat balik,” katanya."
] |
https://www.agendadaily.com/dunia/ahli-parlimen-russia-syor-moscow-culik-menteri-pertahanan-nato/ | Ahli Parlimen Russia syor Moscow culik menteri pertahanan NATO | [
"Seorang Ahli Parlimen kanan Russia mencadangkan Menteri Pertahanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang berada di Ukraine di culik, dan dibawa ke Moscow untuk disoal siasat berhubung ‘arahan’ Barat kepada Kyiv.",
"Oleg Morozov, yang pertama kali dilantik ke Parlimen Russia pada 1993 dan anggota Parti Bersatu Russia berkata, bantuan bekalan senjata ke Ukraine mendatangkan ancaman terus kepada Russia, dan memerlukan Moscow menilai semula tindakan ketenteraannya.",
"“Anda tahu, mungkin ia adalah satu plot hebat yang saya buat… bahawa dalam masa terdekat, pada satu peringkat, seorang menteri perang di beberapa negara NATO akan pergi dengan kereta api ke Kyiv untuk bercakap dengan (Presiden Ukraine Volodymyr) Zelenskiy.",
"“Tetapi dia tidak akan sampai ke sana. Dan akan berada di suatu tempat di Moscow,” kata Morozov memberitahu rancangan bual bicara 60 Minit di TV negeri Rossiya-1.",
"“Maksud awak kita culik mereka?” Hos TV Olga Skabeyeva, salah seorang wartawan paling pro-Kremlin di televisyen, bertanya sambil tersenyum.",
"“Ya. Dan kemudian kami akan memutuskan siapa yang memberi perintah untuk apa, siapa yang bertanggungjawab untuk apa sebenarnya,” kata Morozov.",
"“Ia bukan gambaran mitos… Terdapat peraturan baharu di dunia sekarang. Biarkan semua menteri perang berhimpun di Kyiv berfikir sedikit tentang bagaimana rasanya apabila berada di Moscow.”",
"Morozov mahupun Skabeyeva tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.",
"Barisan ahli politik Barat telah melawat Kyiv untuk menunjukkan solidariti kepada Ukraine – termasuk Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Lloyd Austin, pada April bersama Setiausaha Negara Antony Blinken.",
"Presiden Russia Vladimir Putin menganggap perang ke atas Ukraine sebagai “operasi ketenteraan khas” untuk melucutkan senjata dan menghentikan apa yang dilihatnya sebagai penganiayaan terhadap penyokong Russia oleh ultra-nasionalis Ukraine.",
"Beliau juga menuduh AS menggunakan Ukraine untuk mengancam Russia melalui pembesaran keanggotaan NATO.",
"Ukraine dan penyokong Baratnya berkata Russia melancarkan perang tanpa provokasi terhadap negara berdaulat yang memperjuangkan kewujudannya.",
"Russia telah berulang kali memberi amaran kepada Barat bahawa bekalan senjata canggih ke Ukraine berisiko meningkatkan perang. Ukraine telah menyeru agar Barat menghantar lebih banyak senjata jarak jauh. – Reuters"
] |
https://www.agendadaily.com/politik/bersatu-masih-tunggu-jawapan-kj-tawar-jawatan-majlis-tertinggi/ | Bersatu masih tunggu jawapan KJ, tawar jawatan Majlis Tertinggi | [
"Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sudah ditawarkan untuk menyertai Bersatu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.",
"Presiden Bersatu itu mengesahkan ada membuat tawaran kepada Khairy untuk menyertai Bersatu serta menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi kepadanya sejak Januari lalu.",
"“Saya dan dia (Khairy) sudah berbincang hal ini agak lama, sejak dia dipecat. Ketika itu dia ajak saya berjumpa dan berbincang secara terbuka mengenai hala tuju dan ketokohan beliau sebagai ahli politik muda yang berkaliber.",
"“Sebenarnya, dia tak mohon untuk masuk (BERSATU) tetapi saya tawar dia menyertai. Tawaran masih ada dan saya ada bertanya lagi (perkembangan menyertai BERSATU) ketika dia menghadiri rumah terbuka saya tempoh hari.",
"“Khairy bagaimanapun belum memberi sebarang keputusan. Saya rasa tak mengapa, kita tak mahu menggesa dia tetapi harapan BERSATU adalah dia menyertai kita dan bantu membina kekuatan parti,” katanya dipetik laporan BH hari ini.",
"Jelasnya, tawaran itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan Khairy memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.",
"Terdahulu, Muhyiddin, yang juga Pengerusi Institut Masa Depan Malaysia (MASA) merasmikan Majlis Penganugerahan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 2.0.",
"Untuk rekod, Khairy sebelum ini dipecat UMNO sebelum berlangsung pemilihan parti kerana hasratnya untuk bertanding melawan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi."
] |
https://www.agendadaily.com/dunia/thailand-rekod-kes-tertinggi-dua-hari-berturut-turut/ | Thailand rekod kes tertinggi dua hari berturut-turut | [
"Kementerian Kesihatan Awam Thailand hari ini melaporkan jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara itu terus meningkat dua hari berturut-turut menjadikan jumlah terkumpul setakat ini sebanyak 863,189 kes.",
"Dalam tempoh 24 jam lalu sebanyak 23,418 jangkitan baharu dilaporkan berbanding 22,782 yang dicatatkan semalam.",
"Data kementerian itu juga menunjukkan kes kematian turut meningkat kepada 184 pesakit, berbanding 147 kes semalam, menjadikan keseluruhannya 7,126 pesakit Covid-19 meninggal dunia.",
"Sejak awal bulan ini, purata jumlah jangkitan harian Covid-19 di Thailand telah mencecah hampir 20,000 kes setiap hari.",
"Namun, seorang penasihat kanan Kementerian Kesihatan Awam Thailand memaklumkan jumlah jangkitan tersebut mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan secara rasmi.",
"“Saya yakin jumlah jangkitan yang anda lihat setiap hari adalah angka tertinggi yang dapat kami berikan berdasarkan kemampuan ujian saringan yang dijalankan,” kata penasihat yang meminta tidak disebutkan namanya.",
"Sebilangan besar dari jumlah kes harian tersebut adalah hasil daripada keputusan daripada orang yang datang untuk melakukan ujian saringan, ini kerana tiada program ujian saringan massa secara besar-besaran yang dilakukan kepada semua rakyat di negara itu, katanya.",
"“Sekiranya kita mengambil kira pesakit tanpa gejala yang mungkin tidak tahu bahawa mereka dijangkiti Covid-19, selain kekurangan kapasiti untuk ujian saringan yang sangat terhad, pasti jumlah kes jangkitan harian jauh lebih tinggi,” jelasnya.",
"Akibat 20,000 kes jangkitan sehari, sistem penjagaan kesihatan Thailand berada pada tahap kritikal di mana hospital dipenuhi pesakit dan kontena sejuk beku terpaksa disewa bagi menempatkan mayat.",
"“Salah satu cara yang dapat mengatasi krisis ini adalah dengan mempercepatkan proses suntikan vaksin kepada semua rakyat. Bagaimanapun, kita perlu hidup dalam norma baharu kerana wabak Covid-19 mungkin tidak akan hilang sepenuhnya, walaupun sudah diberikan vaksin,” katanya.",
"Isnin lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) meningkatkan peringkat ancaman Covid-19 di Thailand dari ‘risiko tinggi’ menjadi ‘sangat tinggi’. – Agensi"
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/tunggu-data-lengkap-baru-beri-vaksin-kepada-kanak-kanak-khairy/ | Tunggu data lengkap baru beri vaksin kepada kanak-kanak: Khairy | [
"Pemberian vaksin kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun hanya akan dibuat setelah kerajaan memperoleh data lengkap yang menyokong langkah itu adalah selamat.",
"Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Kementerian Kesihatan (KKM) belum memuktamadkan sebarang keputusan memberi vaksin kepada golongan berkenaan.",
"Menurutnya, agensi pengawal selia ubat-ubatan pelbagai negara, termasuk Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Agensi Perundangan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) United Kingdom, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (FDA), sedang melakukan kajian.",
"“KKM masih belum memuktamadkan keputusan untuk memberikan vaksin kepada kanak-kanak bawah usia 12 tahun.",
"“Ketika ini kajian sedang dijalankan Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal pelbagai negara termasuk di negara ini.",
"“Sebaik kita memperoleh data lengkap yang menyokong bahawa pemberian vaksin terhadap kanak-kanak adalah selamat, kita akan bawa ia kepada jawatankuasa kerja pakar vaksinasi untuk dipertimbangkan dan keputusan mengenainya dibuat,” katanya pada sidang media hari ini.",
"Pada masa sama, Khairy berkata, beliau dimaklumkan dalam rundingan bersama firma farmasuetikal Pfizer, syarikat itu berkemungkinan mengeluarkan vaksin yang dikhaskan untuk kanak-kanak.",
"Katanya, vaksin itu akan mempunyai kadar dos berbeza dengan vaksin yang digunakan ketika ini untuk golongan dewasa.",
"Selain itu, Khairy berkata, KKM berharap cadangan daripada jawatankuasa pakar mengenai vaksinasi Covid-19 penghujung bulan ini membabitkan pemberian dos penggalak."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/661752-kanak-kanak-terima-vaksin-covid-19/ | 661,752 kanak-kanak terima vaksin Covid-19 | [
"Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 661,752 atau 18.6 peratus kanak-kanak kini telah menerima vaksin Covid-19, dengan 34.7 peratus melibatkan Sarawak.",
"Menerusi kemas kini laman sesawang CovidNOW pagi tadi, 45,526 daripada kanak-kanak berusia lima hingga di bawah 12 tahun itu telah menerima dos pertama semalam.",
"Sementara itu, 95,380 individu dewasa menerima dos penggalak semalam, kata KKM.",
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan populasi dewasa yang menerima dos penggalak sebanyak 60.7 peratus atau 14,274,843 individu.",
"KKM juga memaklumkan sejak 24 Februari tahun lalu sehingga semalam, sebanyak 97.5 peratus atau 22,946,057 populasi dewasa telah lengkap divaksinasi, manakala 23,224,993 atau 98.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.",
"Sejak 8 September 2021 lalu hingga semalam, seramai 2,799,485 atau 90.0 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi.",
"Sementara, 2,889,543 atau 92.9 peratus remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, kata KKM.",
"Keseluruhannya lebih 66.58 juta dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.",
"Daripada jumlah itu, 78.8 peratus atau 25,745,542 individu telah lengkap divaksinasi, dan 26,776,288 atau 82.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/semua-orang-umno-tahu-speaker-orang-zahid-tak-berani-tegur/ | Semua orang UMNO tahu Speaker orang Zahid, tak berani tegur | [
"Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang dianggap sebagai ‘singa’ turut dilabel sebagai orang kuat ‘Zahid’ di kalangan pemimpin UMNO yang merujuk kepada kem Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.",
"Ab Rauf yang juga memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri bertindak membubarkan DUN selepas empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga kehilangan majoriti.",
"Beberapa sumber dalaman parti memberitahu Agenda Daily, Ab Rauf digeruni dan ditakuti pemimpin UMNO negeri itu kerana mempunyai hubungan rapat dengan Zahid, malah mempunyai pengaruh yang berkuasa kerana status orang ‘Zahid’ yang dipegangnya.",
"“Siapa berani dengan Rauf, semua orang UMNO tahu hubungan rapat dia dengan Zahid… Malah, di kalangan orang UMNO di Melaka sudah mengetahui perkara tersebut sejak sekian lama,” kata sumber UMNO itu.",
"Tindakan pembubaran DUN oleh Ab Rauf memberi implikasi besar kepada krisis politik di Melaka kerana ia mengakibatkan satu pilihan raya negeri (PRN) perlu dijalankan untuk memilih kerajaan baharu.",
"Tindakan tersebut amat berani kerana walaupun krisis politik negara melanda baru-baru ini di peringkat pusat, mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertindak sehingga ke tahap untuk membubarkan Dewan Rakyat kerana tidak mahu pilihan raya umum (PRU) diadakan.",
"Muhyiddin yang ditekan oleh kumpulan diketuai Zahid mengambil pendekatan untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mengambil kira situasi krisis kesihatan yang sedang melanda negara.",
"Bagaimanapun, tindakan Ab Rauf tersebut seolah-olah tidak memikirkan kesan kepada rakyat di Melaka yang terjejas punca pendapatan serta kehidupan seharian akibat Covid-19.",
"Reaksi orang ramai khususnya di Melaka amat kecewa dengan satu lagi krisis politik yang berlaku, malah ia dikecam hebat kerana tidak sensitif dengan kesusahan rakyat dihadapi ketika ini.",
"Beberapa pemerhati politik juga menyifatkan tindakan pembubaran DUN tersebut sebagai tidak wajar pada ketika penularan Covid-19 semakin reda dan jika diteruskan juga PRN, dibimbangi episod sama di Sabah bakal berulang.",
"Berhubung keputusan Ab Rauf membubarkan DUN, sumber memberitahu mustahil tindakan drastik tersebut tidak dikaji terlebih dahulu oleh pemimpin atasan UMNO tanpa memikirkan kesannya.",
"“Mustahil Rauf tidak merujuk dahulu kepada Zahid, beliau boleh menghubungi Presiden dahulu untuk bertanyakan pandangan sama ada wajar atau tidak membuat keputusan tersebut.",
"“Hubungan rapatnya dengan Zahid, tidak bolehkah beliau rujuk kepada Zahid… Ini yang menjadi persoalan, kini UMNO pula dalam dilema kerana sudah takut dengan tindak balas rakyat terhadap keputusan tersebut,” kata sumber lagi.",
"Untuk rekod, Zahid pada awalnya berkata tidak kisah sekiranya kerajaan UMNO di Melaka tumbang dan memberi laluan kepada PRN dijalankan untuk rakyat memilih kerajaan baharu.",
"Namun, nadanya bertukar dan seakan-akan memberi isyarat tidak merelakan PRN diadakan pada ketika rakyat masih bergelut dengan pandemik Covid-19.",
"Terdahulu, bekas KM Datuk Seri Idris Haron berkata, ada ‘dua singa di atas gunung’ yang menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Sulaiman menjadi kelam-kabut.",
"Idris mendakwa, Sulaiman tidak mampu membuat keputusan mengenai perkara penting dalam pentadbiran kerana terpaksa tunduk kepada kata putus Speaker DUN, Ab Rauf.",
"Melepaskan rasa tidak puas hatinya, Idris berkata tindakan Ab Rauf memegang jawatan Speaker DUN tidak sepatutnya berlaku kerana sesiapa yang mempunyai kepentingan politik tidak seharusnya mentadbir DUN.",
"Untuk rekod Ab Rauf adalah bekas Setiausaha Kerja UMNO Malaysia dan bukan wakil rakyat mewakili mana-mana kawasan Parlimen atau DUN di Melaka.",
"“Ini menyebabkan persidangan DUN Melaka tidak dapat dijalankan dengan baik kerana Speaker tidak dapat mentadbir dengan baik,” kata Idris mengkritik Ab Rauf baru-baru ini.",
"Idris yang juga ADUN Sungai Udang mengetuai kumpulan empat ADUN yang menjadi punca kepada kekalutan politik di Melaka sehingga tumbangnya kerajaan negeri dipimpin UMNO."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/ujian-covid-19-murid-sekolah-rendah-dibenarkan-di-rumah-radzi-jidin/ | Ujian Covid-19 murid sekolah rendah dibenarkan di rumah: Radzi Jidin | [
"Murid sekolah rendah akan dibenarkan melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 di rumah bermula minggu ini, menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.",
"Beliau berkata berdasarkan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM), para murid yang dipilih kemudiannya perlu mengemukakan hasil ujian saringan berkenaan kepada pihak sekolah, menurut laporan Bernama.",
"“Kit ujian akan disediakan oleh pihak sekolah. Pendekatan baharu ini akan mula dilaksanakan pada minggu ini dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan keluarkan kenyataan media untuk menjelaskan perkara itu,” katanya menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebooknya hari ini.",
"Beliau berkata berdasarkan Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan yang dikeluarkan KKM sebelum ini, 10 peratus murid sekolah rendah dipilih secara rawak setiap minggu untuk menjalani ujian kendiri Covid-19 yang dilaksanakan di sekolah mulai 1 Dis tahun lepas.",
"Pelaksanaan ujian kendiri itu hanya melibatkan penggunaan kit ujian air liur yang dibekalkan oleh KPM dan dibuat dengan pemantauan guru.",
"Mengulas lanjut, Radzi berkata pelaksanaan pendekatan baharu ini memerlukan ibu bapa berperanan memastikan ujian saringan Covid-19 dilaksana dengan teratur dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM supaya sesi persekolahan dapat berlangsung dengan selamat.",
"“Jika ia tidak dilaksana mengikut tatacara yang ditetapkan, yang akan terkesan bukan sahaja anak saudara-saudari tetapi kawan-kawan serta guru mereka di sekolah,” katanya dalam video berdurasi lebih dua minit itu."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/selepas-pengakuan-adik-sendiri-najib-cuba-lari-daripada-menjawab/ | Selepas pengakuan adik sendiri, Najib cuba lari daripada menjawab | [
"Tiada jawapan diberikan Datuk Seri Najib Razak selepas pengakuan adiknya sendiri berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didedahkan dalam buku memoir ‘What’s in a Name’ baru-baru ini.",
"Bekas Perdana Menteri (PM) itu tidak menjawab segala pendedahan dibuat oleh Datuk Seri Nazir Razak yang ditulis dalam beberapa bab buku tersebut khususnya berhubung isu 1MDB memandangkan kes mahkamahnya yang sedang berjalan ketika ini.",
"Diasak dalam satu program di Melaka hari ini, Najib sebaliknya mengalihkan isu dengan memberi jawapan selamat apabila menggunakan nasihat ibunya yang melarang perihal keluarga dihebahkan kepada pihak luar secara terbuka.",
"“Sebenarnya perkara seperti ini kalau melibatkan hal keluarga saya berpegang kepada apa bonda saya kata… Kita mesti kalau ada masalah selesaikan dalam keluarga kita…kita tak boleh barai pada luar tak elok nampaknya,” katanya dalam Program Gegau Melaka bertajuk PRN Melaka: Antara Mitos & Realiti Semasa.",
"Moderator program berkenaan Datuk Dr Noor Azizan mengajukan soalan berhubung serangan yang dibuat oleh Nazir ke abangnya itu selepas banyak pihak bertanyakan tentang perkara tersebut.",
"Terdahulu, Nazir dalam memoirnya pada bab bertajuk ‘Najib’s Rise’ memperincikan keraguan beliau terhadap penubuhan 1MDB, serta hubung kait dana itu dengan Najib.",
"Malah Nazir mengakui beliau antara yang bertemu bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbincang dan menceritakan kebimbangannya berhubung dana 1MDB.",
"Pertemuan itu turut disertai pemilik The Edge Group, Datuk Tong Kooi Ong di London, sekitar 2015.",
"“Mengapa saya juga perlu melakukan sesuatu? Saya sudah bersara.” Kata-kata itu keluar dari mulut Dr Mahathir, kata Nazir dalam buku berkenaan yang baharu dilancarkan.",
"Dalam memoir buku berkenaan beliau mendedahkan, pertemuan itu bukan sesuatu yang mudah untuk beliau dan Tong, tetapi ia harus dilakukan demi mencari kebenaran tentang skandal 1MDB.",
"Mengimbas kembali pertemuan itu, Nazir memulakan sesi itu dengan menyuarakan kebimbangan kepada Dr Mahathir bahawa beliau dan Tong percaya berbillion-bilion dolar telah diseleweng dari 1MDB.",
"“Tong sebenarnya yang banyak mendedahkan tentang apa yang kami ketahui berkaitan 1MDB. Dr Mahathir kelihatan mudah memahami situasi itu yang mana ia memeranjatkan mereka, selepas mengambil kira perincian dan penerangan Tong.",
"“Saya syak Dr Mahathir sebenarnya telah pun diberi taklimat mengenai 1MDB dan menggunakan pertemuan itu sebagai perbandingan terhadap apa yang beliau ketahui dan fahami,” katanya lagi.",
"Nazir berkata, semakin sesi perbincangan itu berlangsung semakin Dr Mahathir menunjukkan reaksi atau erti kata lainnya, kemarahan.",
"Sebagai rekod, Nazir berkata, hubungan antara keluarganya dengan Dr Mahathir telah berdekad lamanya di mana ayahandanya, Abdul Razak telah menyelamatkan karier politik Dr Mahathir dengan membawa kembali beliau ke dalam UMNO."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pharmaniaga-yakin-bekalkan-12-juta-dos-vaksin-sinovac-bulan-depan/ | Pharmaniaga yakin bekalkan 12 juta dos vaksin Sinovac bulan depan | [
"Pharmaniaga Bhd menjangkakan dapat membekalkan 12 juta dos vaksin Sinovac kepada kerajaan, bulan depan – mencukupi untuk diberikan kepada kira-kira 18 peratus penduduk Malaysia, kata Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Zulkarnain Md Eusope.",
"Beliau berkata vaksin itu diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pengiktirafan itu mendorong keyakinan dalam perjuangan untuk memerangi pandemik Covid-19 di negara ini.",
"“Kami optimis ke atas unjuran kumpulan pada tahun ini dan berharap prestasi tahun kewangan 2021 yang lebih baik dengan peningkatan berterusan bekalan vaksin Sinovac.",
"“Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan China baru-baru ini memberikan kelulusan segera kepada vaksin Covid-19 Sinovac untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia tiga hingga 17 tahun dan penghasilan dua dos untuk setiap botol sebelum menyerahkannya kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk proses variasi,” katanya.",
"Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersempena mesyuarat agung tahunan ke-23 dan mesyuarat agung luar biasa kumpulan itu yang dijalankan secara penstriman langsung hari ini.",
"Memetik laporan Bernama, Zulkarnain berkata Pharmaniaga akan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada NPRA untuk proses variasi kelak.",
"Katanya, selepas menerima kelulusan daripada agensi berkenaan, syarikat itu boleh meningkatkan kapasitinya daripada dua juta kepada empat juta dos sebulan.",
"Sebagai sebahagian daripada rancangan kemampanan jangka panjang syarikat, Zulkarnain berkata kumpulan itu berhasrat mempercepatkan pertumbuhan perniagaan pembuatan vaksin halalnya.",
"“Rancangan kami untuk mewujudkan kemudahan vaksin halal yang pertama di dunia mencatatkan perkembangan yang lancar dengan bekerjasama rapat bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Halal Development Corp Bhd.",
"“Projek vaksin halal telah dipilih sebagai inisiatif peneraju untuk dasar ini dan untuk tujuan pembangunan insentif,” katanya.",
"Kemudahan halal itu disasarkan mula beroperasi pada 2024 di samping mewujudkan aliran pendapatan baharu kepada kumpulan, kata Zulkarnain sambil memaklumkan bahawa inisiatif itu akan memberikan pelbagai faedah limpahan positif termasuk meningkatkan persediaan pandemik negara bagi membina rantaian bekalan vaksin yang mampan.",
"Selain itu, beliau berkata kumpulan itu menyasarkan untuk memberi peluang meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan dan menambah akses terhadap vaksin mampu milik di pasaran tempatan dan antarabangsa.",
"Langkah ini seterusnya akan menempatkan Malaysia sebagai pengeluar vaksin global, kata Zulkarnain.",
"Boustead Holdings Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera masing-masing memegang 55.93 peratus dan 11.23 peratus kepentingan dalam Pharmaniaga."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/pm-akan-buat-pengumuman-penting-hari-ini-kata-zahid/ | PM akan buat pengumuman penting hari ini, kata Zahid | [
"Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini (10 Oktober 2022) mengesahkan Naib Presiden partinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen kepada yang di-Pertuan Agong.",
"Presiden UMNO itu yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut memberi petunjuk akan ada pengumuman penting dibuat kerajaan hari ini, kemungkinan berkaitan pembubaran Parlimen.",
"“Saya pasti bahawa Perdana Menteri yang mempunyai kuasa menasihati Agong sudah melaksanakan tugasnya. Saya fikir bila pun pembubaran itu diumumkan, kami dalam BN sentiasa bersiap siaga.",
"“Bila pun tarikh yang akan diumumkan, jika pun ia dibubarkan pada hari ini, kami sedia untuk menangkan calon Barisan Nasional. Apa pun yang akan diumumkan personaliti yang berada di luar dari kami ini nanti, tidak akan menenggelamkan (berita) dari kami,” katanya pada sidang media di sini, hari ini menurut BH.",
"Terdahulu, media melaporkan Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, tengah hari semalam, kali kedua setelah berbuat demikian pada Khamis lalu (6 Oktober).",
"Media juga melaporkan Perdana Menteri menghadap Agong semalam untuk memohon perkenan baginda berhubung pembubaran Parlimen."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/sesi-persekolahan-akan-terus-dibuka/ | Sesi persekolahan akan terus dibuka | [
"Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kementeriannya komited untuk meneruskan sesi persekolahan kerana yakin prosedur operasi standard (SOP) dapat mengawal penularan Covid-19.",
"Katanya, daripada data yang diperolehi jelas menunjukkan sekolah adalah tempat selamat dan bukan tempat pencetus kluster Covid-19 seperti yang dikatakan pelbagai pihak.",
"Data terkini Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan daripada 99 kluster pendidikan, 52 daripadanya membabitkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dengan 2,274 kes.",
"“Ia adalah 4.8 peratus daripada keseluruhan kluster atau 2.07 peratus daripada kes kluster. Daripada kes itu 1.42 peratus atau 1,559 kes melibatkan sekolah berasrama dan hanya 0.53 peratus atau 585 kes melibatkan sekolah bukan asrama, tidak sampai satu peratus pun,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.",
"Sehubungan itu katanya, bagi memperketatkan pematuhan SOP di asrama, pihaknya akan menambah baik langkah tertentu melalui pasukan petugas khas yang ditubuhkan.",
"Bagaimanapun katanya, arahan penutupan sekolah akan dilaksanakan jika keadaan bertambah buruk dan mendapat arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).",
"Beliau turut berkongsi peratusan kehadiran ke sekolah sejak 1 Mac hingga 23 April iaitu 90.26 peratus yang disifatkan tinggi.",
"“Ini bermakna ketika murid telah masuk ke sekolah walaupun kes tinggi, keadaan pembelajaran berlangsung dengan baik dan dalam keadaan yang selamat.",
"“Apabila kita turun ke bawah dan tanya anak-anak, mereka ‘excited’ ke sekolah. Guru-guru juga boleh lihat tahap penguasaan murid-murid, mereka menggunakan masa yang ada ini untuk membawa murid-murid ke tahap penguasaan minima, ibu-bapa juga mahu anak-anak ke sekolah,” katanya."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-rasuah-guan-eng-saksi-beritahu-beli-jam-tangan-rm40000/ | Kes rasuah Guan Eng: Saksi beritahu beli jam tangan RM40,000 | [
"Saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli membeli seutas jam tangan mewah buatan Switzerland bernilai RM40,000, kata G Rajan, 66, hari ini.",
"Broker jam tangan itu memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dia membeli jam tangan berjenama Maurice Lacroix daripada seorang pengedar atas permintaan Zarul yang juga Pengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (Zenith).",
"Zenith merupadalah akan kontraktor utama projek terowong dasar laut Pulau Pinang.",
"Saksi pendakwaan kelima itu, bagaimanapun, berkata dia tidak ingat tarikh sebenar pembelian itu tetapi ia berlaku antara 2013 dan 2015.",
"Rajan berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu atas empat pertuduhan melibatkan pelaksanaan projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan-jalan utama bernilai RM6.3 bilion.",
"Memetik Bernama, ketika menjelaskan secara terperinci tugasnya sebagai broker jam tangan, Rajan berkata dia berjumpa dengan pembekal dan akan membeli jam tangan daripada mereka dan kemudian akan menunjukkan barangan tersebut kepada pelanggannya.",
"“Saya membeli Maurice Lacroix dengan harga RM20,000 dan kemudian menjual kepada Datuk Zarul Ahmad dengan harga RM40,000,” katanya.",
"Ditanya kenapa ada perbezaan harga yang begitu ketara, Rajan berkata harga pengedar adalah RM20,000 manakala harga runcit adalah RM40,000.",
"Sementara itu, ketika diperiksa balas oleh peguam Guan Eng, Gobind Singh Deo, saksi itu berkata dia telah mengambil tiga hingga 10 utas jam tangan untuk ditunjukkan kepada Zarul Ahmad di pejabatnya.",
"Gobind: Apa yang dia (Zarul Ahmad) melakukan dengan jam tangan tersebut?",
"Rajan: Kadang-kadang dia beli untuk kakitangannya dan kadang-kadang untuk diri sendiri.",
"Gobind: Jadi dia mengumpul jam tangan?",
"Rajan: Ya.",
"Gobind: Pernah bertemu dengan Lim Guan Eng?",
"Rajan: Tidak. Tidak pernah.",
"Gobind: Saya menyatakan bahawa anak guam saya tidak ada kaitan dengan jam tangan itu?",
"Rajan: Saya tidak tahu apa-apa. Saya tidak pernah ada urusan dengannya.",
"Prosiding hari ini ditangguhkan lebih awal daripada kebiasaan kerana Gobind dan Lim, masing-masing Ahli Parlimen Puchong dan Bagan, perlu menghadiri persidangan Parlimen.",
"Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, didakwa menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima wang rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.",
"Guan Eng dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town, antara Januari 2011 dan Ogos 2017.",
"Dalam pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh oleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut.",
"Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur, pada Mac 2011.",
"Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, juga berdepan dengan dua tuduhan menyebabkan dua plot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.",
"Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.",
"Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/ringgit-terus-turun-berbanding-dolar/ | Ringgit terus turun berbanding dolar | [
"Ringgit meneruskan penurunannya apabila dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh hari ini, susulan sentimen berhati-hati berikutan jangkaan AS menaikkan kadar faedahnya selain unjuran suku terkini oleh Rizab Persekutuan (Fed) negara itu, kata peniaga.",
"Pada jam 9 pagi, ringgit susut kepada 4.4220/4245 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4185 pada akhir urus niaga semalam, lapor Bernama.",
"Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks dolar AS (DXY) meningkat kepada 105.078 mata yang juga angka tertinggi sejak 2002.",
"Menurutnya, dolar AS kekal menjadi pilihan ramai sejak Jumaat lepas apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) mencecah paras lebih tinggi daripada dijangkakan.",
"“Unjuran ekonomi ketika mesyuarat Fed pada Mac lepas menyaksikan mereka menyemak semula unjuran Kadar Dana Fed bagi 2022 kepada 1.9 peratus daripada 0.9 peratus.",
"“Bagi 2023, unjuran kadar utama itu adalah pada 2.8 peratus daripada sebelumnya iaitu 1.6 peratus. Keadaan serupa bagi 2024 dengan unjuran Kadar Dana Fed pada 2.8 peratus daripada 2.1 peratus sebelum ini,” katanya kepada Bernama.",
"Beliau menjelaskan, berikutan itu kadar yang dilabelkan sebagai neutral — kadar yang sama ada menguncup mahu pun mengembang, terletak dalam lingkungan 2.5-3.0 peratus.",
"“Selain itu, kami juga percaya bahawa Fed tidak mahu mengurangkan aktiviti ekonomi dan sebaliknya akan memastikan ekonomi kekal stabil berikutan kesukaran menseimbangkan kadar inflasi yang mampan dan pertumbuhan.",
"“Mungkin juga pada tempoh tertentu tahun ini, Fed mahu menghentikan seketika kempen kenaikan kadar faedah kerana tindak balas dasar monetari (kenaikan kadar faedah) itu melibatkan tempoh sekitar 18 bulan sebelum kesannya terhadap ekonomi itu dapat dilihat,” katanya.",
"Anggota Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed akan membincangkan keputusannya dalam tempoh dua hari mulai 14 Jun, 2022.",
"Dalam pada itu ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.",
"Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3754/3784 daripada 5.3892/3910 pada Isnin, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1742/1765 daripada 3.1770/1783 serta meningkat berbanding euro kepada 4.6091/6117 daripada 4.6211/6226 sebelum ini.",
"Ringgit bagaimanapun susut berbanding yen Jepun kepada 3.2963/2984 daripada 3.2830/2844."
] |
https://www.agendadaily.com/politik/ambil-iktibar-kejatuhan-umno-bn-di-selangor-pada-2008-noh/ | Ambil iktibar kejatuhan UMNO-BN di Selangor pada 2008: Noh | [
"Kejatuhan UMNO-Barisan Nasional (BN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) boleh dijadikan iktibar ke arah usaha menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) walaupun sudah memerintah kerajaan negeri selama tiga penggal.",
"Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata tidak mustahil Perikatan Nasional (PN) boleh mencipta keajaiban pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti kerana pengundi di negeri tersebut bijak menilai dalam memilih parti yang dirasakan lebih layak untuk memerintah.",
"“Ambillah iktibar apa yang berlaku pada Barisan Nasional tuan-tuan, tahun 2004 semasa PRU-11 di Selangor, Barisan Nasional menang kerusi Parlimen seratus-peratus, 22 Parlimen sapu bersih.",
"“Di Dewan Undangan Negeri (DUN), BN hanya kalah dua (kerusi) sahaja dan 54 (kerusi) kita menang… Tetapi rakyat Selangor jangan main-main tuan-tuan, bila berlaku tsunami, bila rakyat Selangor nak berubah.",
"“Walaupun menang 2004 dengan luar biasa, datang tsunami dengan rakyat Selangor nak berubah, maka BN kalah pada 2008.",
"“Daripada (kerusi) Parlimen menang 22, hanya tinggal lima kalau tak silap saya… Daripada 54 kerusi DUN, kita hanya tinggal 20 (kerusi). Akhirnya terlepas lah Selangor daripada BN,” katanya semasa berceramah atas pentas Selangor Baharu PN di Kuala Langat malam tadi.",
"Noh yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata selepas kalah tiga penggal berturut-turut, UMNO-BN sukar untuk memenangi semula di Selangor dan menjadi pemerintah kerajaan negeri.",
"“Dan hari ini saya nampak, BN takkan dapat baliklah,” ujarnya lagi.",
"Mengambil iktibar daripada sejarah yang berlaku pada 2008, Noh yakin PN mampu mencipta sejarah pada PRN Selangor nanti.",
"“Jadi kerana itu tuan-tuan dan puan-puan, saya amat yakin insya-Allah dengan semangat Perikatan Nasional Kita akan mampu untuk memenangi pilihan raya negeri yang akan datang ini,” ujarnya lagi."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/isteri-pelakon-utama-filem-anwar-fail-nusyuz/ | Isteri pelakon utama filem Anwar fail nusyuz | [
"Isteri pelakon filem Anwar The Untold Story, Diana Danielle turut memfailkan tuntutan nusyuz terhadap suaminya, Farid Kamil yang melakukan perkara sama sebelum ini.",
"Peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Diana berkata tuntutan itu difailkan dalam tuntutan balas nusyuz difailkan Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari sebelum ini.",
"“Kita sudah memfailkan tuntutan pembelaan pada masa sama pihak kita turut memfailkan tuntutan balas dan dalam tuntutan balas pihak kami turut memfailkan nusyuz terhadap Farid hari ini,” kata peguam itu ketika ditemui selepas sebutan kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari, hari ini lapor Kosmo.",
"Azmi berkata, antara sebab Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan nusyuz terhadap Farid yang membawa watak Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem tersebut adalah melibatkan tanggungjawab sebagai suami.",
"Untuk info, seorang suami boleh disabitkan dengan nusyuz sekiranya mengabaikan nafkah zahir, batin, menyuruh isteri melakukan perkara yang bertentangan hukum syarak, memukul isteri dan tidak berlaku adil (bagi yang berpoligami).",
"Bagaimanapun, penalti atau hukuman yang boleh dikenakan kepada suami yang nusyuz adalah bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.",
"Terdahulu, Hakim Syarie Shukran Yusof menetapkan 23 Ogos ini bagi sebutan semula kes nusyuz yang difailkan Farid terhadap Diana dengan pihak-pihak perlu memfailkan tuntutan balas dan jawapan kepada pembelaan masing-masing.",
"Bagaimanapun dalam prosiding hari ini, peguam syarie yang mewakili Farid iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan kepada mahkamah anak guamnya positif Covid-19.",
"Sebelum ini, Farid menegaskan tuntutan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya Diana Danielle bukan berniat untuk memburukkan lagi situasi tegang yang melanda rumah tangganya.",
"Farid sebaliknya berkata, tuntutan tersebut dilakukan bagi menegakkan haknya sebagai seorang suami mengikut hukum Islam."
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/jangkitan-baharu-melepasi-2000-kes-semalam-satu-kematian-bid-dilapor/ | Jangkitan baharu melepasi 2,000 kes semalam, satu kematian BID dilapor | [
"Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 10 Jun 2022) naik lagi – kali ketiga berturut-turut – melepasi angka 2,000.",
"Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 2,166 jangkitan baharu, termasuk satu kes import, dilaporkan semalam, berbanding 1,887 kes pada Khamis.",
"Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif positif sejak Januari 2020 meningkat kepada 4,523,018 kes, dengan 4,464,558 pesakit telah sembuh, termasuk 1,488 yang pulih semalam.",
"Data laman sesawang Github KKM menunjukkan daripada jangkitan baharu semalam, 1,660 kes melibatkan individu yang telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, penerima dua dos (337 kes); individu tidak divaksinasi (151 kes); dan 18 kes (penerima belum lengkap vaksinasi).",
"Selain itu, jumlah kes aktif turut meningkat kepada 22,751 kes berbanding 22,074 pada Khamis.",
"Daripada jumlah kes aktif itu, 21,764 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 27 ditempatkan di PKRC; 946 dirawat di hospital; dan 24 dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 13 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.",
"Berikut adalah kes baharu setiap negeri semalam dan jumlah kumulatif positif sejak Januari 2020:",
"Sementara itu, KKM juga memaklumkan tiada pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di hospital, kecuali satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).",
"Kematian BID yang dilaporkan berlaku di Negeri Sembilan.",
"Sejak Mac 2020 hingga semalam, jumlah kematian akibat Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 35,709 kes, termasuk 7,573 kes BID.",
"Berikut pula adalah jumlah kes kematian mengikut negeri sejak 2020 hingga 10 Jun 2022:"
] |
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/ibu-hamil-perlu-divaksin-untuk-kurangkan-risiko-covid-19/ | Ibu hamil perlu divaksin untuk kurangkan risiko Covid-19 | [
"Sejak akhir-akhir ini terdapat desas-desus dalam kalangan ibu hamil yang terlalu takut untuk mendapatkan vaksin Covid-19.",
"Walaupun vaksin Pfizer telah diumumkan sebagai pilihan vaksin yang sesuai untuk golongan ibu hamil dan menyusukan, Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), Dr. Premitha Damodaran masih menerima pelbagai soalan daripada pesakitnya tentang keselamatan vaksin tersebut terhadap kandungan mereka.",
"Dengan pengalaman lebih daripada 25 tahun, beliau sendiri mengakui belum pernah melalui pandemik yang serius seperti Covid-19 dan menggesa supaya ibu hamil mendapatkan vaksin dalam tempoh antara Minggu 14 dan Minggu 33 kehamilan.",
"“Apabila seorang wanita hamil, tubuhnya mengalami perubahan drastik untuk disesuaikan dengan kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungannya. Tahap imuniti si ibu menurun dan si ibu mudah terdedah pada pelbagai jenis penyakit,” katanya.",
"Secara umumnya, golongan ibu sudah lama menerima vaksin sepanjang kandungan untuk menjamin kelahiran bayi yang sihat dan terlindung daripada penyakit.",
"“Buat masa ini, kita perlu memastikan ibu-ibu ini mendapatkan vaksin Covid-19 kerana penyakit tersebut telah terbukti lebih berbahaya berbanding penyakit lain,” kata Dr. Premitha.",
"Dalam kes positif Covid-19 yang melibatkan ibu hamil, kategori klinikal penyakit tersebut boleh bertambah serius dalam masa singkat berbanding individu lain.",
"Sekiranya mereka yang tidak hamil masih boleh dikuarantinkan di rumah bagi kategori satu atau dua, keadaan ibu hamil boleh melarat dengan cepat kerana rahim ibu yang mengembang mengikut tempoh kehamilannya khususnya selepas memasuki bulan keempat memberi impak terhadap paru-paru si ibu.",
"Sebab itu, ibu hamil yang disahkan positif sering kali ditahan di hospital untuk perhatian lanjut sehingga betul-betul sembuh.",
"Bercerita tentang kesan sampingan vaksin Covid-19 yang merisaukan, Dr. Premitha meyakinkan golongan ibu hamil bahawa kesan selepas vaksinasi seperti rasa lenguh, pening kepala, mual dan demam boleh dirawat dan tidak mendatangkan mudarat kepada ibu dan bayi kerana kesan tersebut akan hilang dalam masa terdekat.",
"“Sekiranya perlu, doktor akan memberikan ubat paracetamol untuk ibu hamil menangani kesan sampingan tersebut.",
"“Jangan keliru kesan ini dengan kesan alahan. Alahan boleh mengakibatkan serangan kejutan (anaphylactic shock) sehingga muka bengkak dan sukar bernafas. Kita perlu cuba bertahan dengan rasa kurang selesa selepas divaksinkan kerana dalam tempoh hamil, kesihatan ibu adalah yang paling mustahak. Tanpa ibu yang sihat dan bebas penyakit, bagaimana bayi yang sihat dapat dilahirkan?,” katanya.",
"Tambah beliau, terbaharu, kita sudah selesai Fasa Satu Program Imunisasi Kebangsaan yang melibatkan antara 80 hingga 90 peratus kakitangan kesihatan seluruh negara.",
"Kini, hospital adalah antara tempat paling selamat untuk anda. Oleh itu, jangan takut untuk datang ke hospital dan berbincang dengan doktor anda tentang sebarang isu melibatkan kehamilan dan vaksin Covid-19.",
"“Malah, kakitangan kesihatan yang hamil juga digalakkan untuk mengambil vaksin. Sehingga kini, mereka juga tidak mengalami apa-apa isu berkaitan COVID-19 sepanjang kehamilan mereka. Para ibu perlu mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber sahih dan tidak mudah terpedaya oleh sebaran dalam media sosial kerana setiap kehamilan adalah unik. Sebab itu ibu-ibu perlu mendapatkan nasihat daripada doktor tentang menghadapi kehamilan sepanjang tempoh pandemik,” jelasnya.",
"Antara lain, Dr. Premitha menasihatkan golongan suami untuk memainkan peranan lebih proaktif dalam menjaga keselamatan isteri mereka yang sedang hamil.",
"Para suami perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila keluar bekerja, membeli barang keperluan rumah dan melaksanakan tugas lain sebelum kembali ke rumah untuk bertemu keluarga mereka kerana penjagaan selepas kelahiran juga amat penting.",
"Walaupun kakitangan kesihatan boleh menawarkan suasana yang selamat untuk ibu dan bayi di hospital, cabaran sebenar adalah apabila si ibu dan bayi pulang ke rumah.",
"“Kami faham ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan amat teruja untuk menyambut ketibaan ‘orang baharu’ dalam keluarga, tetapi dalam tempoh pandemik ini sebaiknya elakkan kedatangan pelawat yang mahu menyentuh bayi anda. Walaupun mereka nampak sihat pada mata kasarnya, sukar untuk kita membezakan individu sihat dengan individu yang tidak menunjukkan sebarang simptom Covid-19,” katanya.",
"Dengan ribuan kes baharu yang dicatatkan dalam negara setiap hari, Dr. Premitha berharap ibu hamil dan menyusukan akan terus mengikut SOP yang digariskan dan memilih untuk divaksinkan.",
" "
] |