url
stringlengths
50
235
headline
stringlengths
13
123
content
sequence
https://www.agendadaily.com/politik/rafizi-kata-sabah-sarawak-lebih-baik-jadi-wilayah-diisytihar-pn/
Rafizi kata Sabah, Sarawak lebih baik, jadi wilayah diisytihar PN
[ "Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa kemiskinan di Sabah dan Sarawak berpunca daripada pemimpin di dua negeri itu yang bersekongkol dengan pemimpin di Semenanjung Malaysia dalam soal pengagihan kekayaan negara.", "“Selama beberapa dekad, demi pakatan bersama untuk terus berkuasa, ahli politik di Semenanjung menutup mata terhadap penyelewengan dan kegagalan atau ketidakcekapan rakan politik mereka di Sabah dan Sarawak daripada gabungan yang sama,” katanya tanya menyebut rakan gabungan itu. Tetapi sejak enam dekad lalu negara diperintah Barisan Nasional diketuai UMNO.", "Hanya setelah BN dan UMNO kalah teruk ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018 lalu, negara kemudian ditadbir Pakatan Harapan (PH) dan kemudian Perikatan Nasional (PN).", "“Akibatnya rasuah dan penyelewengan menjadi darah daging. Ramai yang berebut-rebut untuk menjadi ahli politik kerana itulah jalan menuju kekayaan. Yang kaya semakin kaya manakala yang miskin semakin miskin,” kata Rafizi dalam perutusan Hari Malaysia hari ini (16 September 2022).", "Rafizi berkata di Sabah dan Sarawak, orang yang mengaut kekayaan daripada kuasa itu juga mengambil peluang untuk menuding jari kepada “Semenanjung” sebagai punca kepada semua masalah di kedua-dua negeri itu.", "Katanya, itu cara mudah untuk menutup kesalahan dan pecah amanah mereka dengan berselindung di sebalik sentimen serantau yang memecahbelahkan perpaduan rakyat di negara ini.", "“Saya percaya kedudukan Sabah dan Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia adalah sebagai wilayah – bukannya negeri – seperti semangat asal penubuhan Malaysia dahulu.", "“Saya percaya penduduk Sabah dan Sarawak berhak mendapat hasil yang adil dan setimpal daripada kekayaan wilayah mereka,” katanya lagi.", "Sabah dan Sarawak kini diiktiraf sebagai wilayah dan bukan lagi negeri selepas Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 [Akta A1642] berkuat kuasa pada 11 Februari 2022.", "Untuk rekod pindaan akta itu diluluskan ketika negara berada di bawah pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal Mac 2021 mengumumkan panggilan untuk Sabah dan Sarawak yang sebelumnya disebut sebagai negeri ditukar kepada wilayah, serta-merta.", "Muhyiddin berkata, panggilan wilayah itu akan digunakan kerana Sabah dan Sarawak adalah kawasan hebat, malah tidak boleh dianggap negeri kerana besar walaupun penduduknya tidak ramai.", "Beliau juga berkata PN komited untuk meneruskan agenda bagi memastikan pembangunan dan kemajuan Sabah dan Sarawak berterusan.", "Penggunaan istilah wilayah Sabah dan Sarawak itu sekali gus meletakkan kedudukan kedua-dua wilayah berkenaan setaraf dengan Semenanjung Malaysia.", "Istilah ini selaras dengan konteks penubuhan Malaysia yang menggabungkan tiga wilayah iaitu Semenanjung (Tanah Melayu), Sabah dan Sarawak.", "Pengiktirafan itu juga meletakkan kedudukan Sabah, Sarawak lebih tinggi berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.", "Wilayah bukan sekadar satu istilah untuk membezakan Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Ianya tentang perkongsian sama taraf antara tiga entiti iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung.", "Mengulas lanjut, Rafizi berkata penduduk Sabah dan Sarawak perlu memilih pemerintah yang bukan sahaja jujur tetapi cerdik, berwawasan dan cekap mentadbir kerana kedua-dua negeri itu wajar membangun pada kadar yang lebih pantas berbanding Semenanjung untuk berada pada tahap pembangunan yang sama.", "“Kalau saudara-saudara berpuas hati dengan sang penguasa yang mendabik dada mengenai hak Sabah dan Sarawak sahaja tetapi tidak cerdik dan cekap membangunkan wilayah, kalau pun hasil yang banyak disalurkan kepada Sabah dan Sarawak, hasil itu akan dibazirkan kerana kegagalan mengurus dan mentadbir,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mayat-dua-beranak-mangsa-baharu-banjir-taman-sri-muda-ditemui/
Mayat dua beranak mangsa baharu banjir Taman Sri Muda ditemui
[ "Dua lagi mayat mangsa banjir – anak beranak – di Seksyen 25 Taman Sri Muda, ditemui tengah hari tadi, menjadikan setakat ini 14 mangsa di Shah Alam iaitu lapan lelaki dan enam wanita.", "Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata dua mangsa berkenaan adalah bapa dan anak yang ditemui di dalam sebuah rumah teres setingkat.", "“Mangsa adalah seorang lelaki berusia 76 tahun dan anak perempuannya yang berusia 48 tahun. Kita mendapat makluman daripada keluarga terdekat yang tidak dapat menghubungi dua beranak itu sejak banjir melanda kawasan ini.", "“Susulan itu, pasukan membuat pemeriksaan di rumah mangsa berdasarkan alamat yang diberikan dan menemui mayat dua beranak itu sekitar jam 1.40 tengah hari tadi di dalam rumah mereka,” katanya hari ini.", "Mengulas lanjut, Baharudin berkata sehingga kini tiada laporan mengenai orang hilang diterima susulan banjir yang melanda sejak Sabtu lalu.", "Katanya, polis akan terus melakukan pemeriksaan dari kawasan ke kawasan berdasarkan maklumat orang awam termasuk jiran atau keluarga terdekat mangsa banjir.", "Sementara itu, Baharudin memaklumkan sejumlah 4,276 mangsa banjir direkodkan di Shah Alam dan 4,080 dihantar ke pusat pemindahan sementara (PPS) manakala selebihnya memilih lokasi sendiri seperti berpindah ke rumah saudara atau keluarga terdekat.", "Katanya, mangsa banjir yang enggan berpindah akan dibawa keluar sekiranya keadaan cuaca kembali bertambah buruk.", "“Kita benarkan mereka berada di rumah dalam keadaan berjaga-jaga disebabkan cuaca tidak menentu.", "“Kalau cuaca bertambah buruk kita akan keluarkan semua penduduk untuk dihantar ke PPS.", "Beliau berkata paras air di beberapa kawasan tertentu masih berada pada paras pinggang selain kenderaan juga sukar memasuki kawasan berkenaan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/shahrizat-bakal-berentap-rebut-kerusi-wanita-disandang-noraini/
Shahrizat bakal berentap rebut kerusi Wanita disandang Noraini
[ "Setelah mendapat dukungan majoriti Wanita UMNO bahagian, bekas ketuanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dilaporkan akan kembali ke arena politik apabila bakal mencabar Datuk Noraini Ahmad bagi kerusi ketua sayap itu.", "Mkini memetik beberapa sumber ynag mengesahkan Shahrizat akan bertanding kerusi Ketua Wanita UMNO dan borong penamaan akan diserahkan di ibu pejabat parti esok.", "Sebelum ini, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong dan bekas Menteri Pengajian Tinggi dilaporkan bersedia mempertahankan jawatannya dalam pemilihan yang bakal diadakan bulan depan.", "“Setakat ini beliau (Noraini) kekal untuk mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan akan datang,” kata sumber.", "Ura-ura kemasukan semula Shahrizat bagaimanapun dilihat agak janggal dan ramai pemerhati menyifatkannya sebagai tidak wajar terutama ketika parti itu sedang bergelut memulihkan kembali keyakinan rakyat.", "Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zaireeni Azmi, kemuculan semula Shahrizat adalah tidak perlu, sebaliknya Wanita UMNO harus menampilkan lebih ramai pemimpin muka baru yang berkaliber serta calon lebih muda, bagi mengimbangi kehendak serta persekitaran politik masa kini.", "“Saya lebih tak perlu, elok Shahrizat menyokong saja pemimpin yang ada atau mereka yang akan dilantik nanti, itu lebih baik. Sekiranya Wanita UMNO mengadakan program kepimpinan, Shahrizat boleh dijemput untuk berkongsi pengalaman dan ilmu kepada golongan baru.", "“Tetapi membawa balik pemimpin lama wanita ini, saya agak tidak bersetuju. Sama juga membawa masuk pemimpin lama lelaki, ia hanya akan jadi ‘warlord’ dan sebagainya. Rangkaian pemimpin baru tidak akan berkembang. Elok kalau mereka menyokong saja dari belakang dan tak terbabit dalam posisi kepimpinan,” katanya.", "Zaireeni berkata, Wanita UMNO juga perlu menampilkan lebih ramai pemimpin dan tokoh baru yang disenangi akar umbinya serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.", "“Kerana UMNO agak goyah dari segi penerimaan masyarakat waktu ini. Jadi penting untuk Wanita UMNO mengeluarkan pemimpin yang ada di bawah ke atas. Pada masa sama, parti ini perlu memenuhi keperluan untuk menambat baik hati golongan muda. Jadi penting juga untuk menampilkan tokoh muda,” katanya.", "Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, EXCO Pergerakan Pemuda dan EXCO Pergerakan Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac depan.", "Sementara itu, bekas EXCO Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang sebelum ini dinamakan antara pencabar Noraini mengesahkan tidak bertanding dalam sayap itu sebaliknya merebut jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO.", "Ahli MT UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said pula hampir pasti akan bersaing merebut jawatan Naib Presiden UMNO, sementara bekas EXCO Kedah, Datuk Suraya Yaakob juga akan merebut jawatan MT UMNO." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kpt-larang-ipt-naikkan-yuran-pengajian/
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
[ "Institut pengajian tinggi (IPT) tidak dibenarkan menaikkan yuran pengajian berdasarkan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menetapkan moratorium ke atas kenaikan yuran sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020 susulan pandemik Covid-19.", "Kementerian itu dalam kenyataan hari ini menjelaskan bagi universiti awam (UA) ketika ini kerajaan masih menanggung sepenuhnya kos operasi mereka, lapor Bernama.", "“Sumber kewangan yang disediakan oleh kerajaan masih mampu untuk membolehkan UA melaksanakan tanggungjawab dalam memberikan pendidikan kepada warganegara,” menurut kenyataan itu.", "Kenyataan itu memaklumkan KPT menetapkan moratorium ke atas yuran pengajian bagi IPT atas dasar keprihatinan dan cakna kebajikan rakyat khususnya para pelajar ketika negara baru sahaja memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/rasuah-pegawai-bahagian-perolehan-ditahan-reman-tiga-hari/
Rasuah: Pegawai bahagian perolehan ditahan reman tiga hari
[ "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh perintah menahan reman seorang lagi kakitangan sebuah kementerian hari ini selama tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah RM150,000 untuk mendapatkan projek bernilai RM2.6 juta.", "Perintah tahanan reman ke atas pegawai itu sehingga 28 Jun dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi selepas menerima permohonan pegawai penyiasat SPRM.", "Memetik laporan FMT sumber berkata, suspek lelaki berusia 39 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, kira-kira jam 8 malam tadi.", "“Suspek ditahan susulan siasatan yang dilakukan terhadap penolong setiausaha bahagian kementerian itu dan pemilik-pemilik serta pengurus syarikat yang telah ditahan sejak 21 Jun lalu.", "“Hasil siasatan ini telah berjaya membongkar kegiatan sindiket ini yang dipercayai membolot 22 projek bernilai RM135 juta di kementerian tersebut sejak 2017 hingga kini. Ini termasuk projek berkaitan penahanan suspek hari ini,” katanya ketika dihubungi.", "Mengulas lanjut, sumber berkata sindiket ini juga dipercayai mengupah pihak lain pula untuk mengendalikan projek-projek tersebut.", "Sumber berkata suspek dikatakan menerima RM150,000 sebagai rasuah bagi membolehkan sindiket terbabit memperoleh projek pembekalan kelengkapan menyelam bernilai RM2.6 juta bagi sebuah agensi penguatkuasa.", "Pada 21 Jun lalu, empat pemilik syarikat kejuruteraan marin telah direman SPRM kerana disyaki memberi rasuah bagi tujuan mendapatkan projek pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan marin di agensi penguat kuasa sama yang dianggarkan berjumlah RM10 juta.", "Pada 23 Jun pula, SPRM menahan seorang penolong setiausaha bahagian di kementerian berkaitan dipercayai menerima rasuah lebih RM1 juta sejak 2016.", "Penolong setiausaha itu dipercayai menerima suapan berbentuk wang tunai kira-kira RM300,000, barang kemas, tanah lot berkeluasan dua ekar, rumah kedai dua tingkat dan sebuah motosikal sejak 2016 hingga kini, dengan nilai keseluruhan dianggar lebih RM1 juta." ]
https://www.agendadaily.com/politik/gps-ulangi-pendirian-sokong-kerajaan-pn-muhyiddin/
GPS ulangi pendirian sokong kerajaan PN, Muhyiddin
[ "Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengulangi pendirian memberi sokongan penuh kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,", "Pendirian itu diputuskan pada perjumpaan khas Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, bersama Ahli-Ahli Parlimen GPS di Kuching, petang ini.", "Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas perjumpaan itu, Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata gabungan itu menyifatkan keputusan Muhyiddin untuk mengusulkan undi percaya terhadap beliau pada sidang Parlimen bulan depan, sebagai satu tindakan berani dan bijak, serta pendekatan terbaik berlandaskan Perlembagaan.", "“GPS juga menjunjung titah ke bawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya pentadbiran kerajaan hari ini diteruskan sehinggalah keabsahannya ditentukan pada sidang Parlimen bulan depan,” katanya.", "Alexander berkata GPS juga menyifatkan tidakan mengheret rakyat dalam krisis politik dan cubaan menumbangkan kerajaan dalam keadaan rakyat dan negara sedang berdepan ancaman pandemik Covid-19, hanya akan menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat.", "Beliau berkata, keutamaan GPS ketika ini adalah rakyat dan menangani masalah pandemik, mempercepatkan proses vaksinasi serta memulihkan ekonomi negeri dan negara.", "Sehubungan itu, katanya, GPS berharap semua pihak menghentikan dahulu politiking dan semua Ahli Parlimen boleh menentukan pendirian masing-masing sama ada mahu menyokong atau tidak usul percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat bulan depan.", "GPS adalah gabungan empat parti utama di Sarawak iaitu Parti Demokratik Progresif (PDP); Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP); dan Parti Rakyat Sarawak (PRS)., yang memiliki 18 Ahli Parlimen." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/terpegun-lihat-zuhrah-bulan-bersatu/
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
[ "Kehadiran planet Zuhrah (Venus) yang menyentuh titik hujung tanduk bulan sabit dan sempat dirakam orang ramai selepas Maghrib semalam (24 Mac 2023) tular di media sosial.", "Gambar-gambar di media sosial telah disebarkan, dengan ramai yang terpegun melihat pemandangan itu.", "“Selepas matahari terbenam, lihat ke barat. Anak bulan akan melintas di hadapan Zuhrah.", "“Seluruh Malaysia boleh melihat planet masuk dari belakang bulan tetapi tidak semua lokasi di Malaysia akan dapat melihat planet keluar semula,” menurut kumpulan astronomi, Dark Sky Malaysia, di laman Facebook mereka.", "Gambar fenomena itu yang dirakam oleh pengguna media sosial turut dikongsi di ruangan komen mereka, dengan banyak menyiarkan gambar dari pelbagai negeri.", "Ahli Parlimen Perikatan Nasional Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan turut berkesempatan merakam fenomena itu dan menyiarkannya dalam Facebook beliau semalam.", "“Subhanallah, kedudukan bulan dan planet Kejora (planet Venus) malam ini sangat cantik dan indah.", "“Gambar dirakam jam 8 malam, 3 Ramadan 1444H di Masjid Jamek Kampung Banggol,” tulis Wan Saiful.", "Menurut Agensi Angkasa Lepas Malaysia (MYSA), Zuhrah adalah salah satu planet yang paling menarik untuk dicerap kerana peredarannya mengelilingi matahari menyebabkan ia kelihatan mengalami fasa-fasa seperti bulan.", "Planet Zuhrah boleh menjadi objek yang tercerah di langit selepas matahari dan bulan ketika ia berada paling hampir dengan bumi semasa beredar di dalam orbitnya.\n.\nPlanet Zuhrah (Venus) merupakan planet kedua terdekat dengan matahari selepas Utarid (Mercury) dan juga planet yang paling dekat dengan bumi. Jarak purata Zuhrah dengan matahari adalah 108.2 juta kilometer.", "Zuhrah juga dikenali sebagai “bintang kejora”; “bintang timur” atau “bintang barat” oleh masyarakat Melayu kerana Zuhrah hanya dapat dilihat seketika sebelum matahari terbit (bintang timur) atau selepas matahari terbenam (bintang barat). Kedudukan Zuhrah yang berdekatan dengan matahari menyebabkan pergerakannya di langit juga sentiasa seiring dengan pergerakan matahari.", "Zuhrah dianggap “kembar” kepada bumi kerana saiz dan strukturnya yang hampir sama. Zuhrah berputar sangat perlahan pada paksinya, iaitu satu hari di Zuhrah mengambil masa selama 243 hari bumi.", "Planet ini mengorbit matahari lebih laju berbanding bumi, iaitu satu tahun di Zuhrah hanya mengambil masa kira-kira 225 hari di bumi. Ia juga terkenal sebagai planet ‘rumah hijau’ kerana mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosferanya yang dapat memerangkap haba dengan sangat baik dan menyebabkan Zuhrah menjadi sebuah planet yang paling panas dalam sistem suria.", "Keistimewaan Zuhrah ialah putaran di atas paksinya adalah dari timur ke barat, berbeza dengan bumi dan planet-planet lain yang berputar dari barat ke timur. Hal ini bermakna, di Zuhrah, matahari akan terbit dari arah barat dan terbenam di arah timur." ]
https://www.agendadaily.com/politik/deepak-digesa-buat-laporan-polis-atau-wee-akan-buat-laporan-sendiri/
Deepak digesa buat laporan polis atau Wee akan buat laporan sendiri
[ "Ahli perniagaan Deepak Jaikishan perlu membuat laporan polis bagi membuktikan dirinya tidak ada menghubungi Presiden MCA seperti didakwanya baru-baru ini.", "Ahli Parlimen Ayer Hitam (MCA) Datuk Seri Wee Ka Siong yang membuat pendedahan dihubungi Deepak bagi menyelesaikan isu berkenaan import telur tidak berpuas hati apabila dikatakan bercakap tidak benar dan mahu mendapatkan kesahihan individu sebenar yang menghubunginya baru-baru ini.", "“Demi menjaga nama baik PMO (Pejabat Perdana Menteri) serta membersihkan namanya sendiri, saya sekali lagi meminta Deepak jangan berdiam diri lagi, buat laporan polis segera.", "“Jika tidak, dalam masa tiga hari saya sendiri akan membuat laporan agar polis dapat menyiasat kes ini,” katanya dalam kenyataan.", "Wee berkata, beliau berasa lucu kerana J&E Advance Tech Sdn Bhd dalam kenyataan media mengakui pernah menghubunginya.", "“Jadi, siapa sebenarnya yang membuat panggilan telefon kepada saya memandangkan Deepak menafikan sebarang kaitan dengan syarikat itu?", "“Adakah ini membuktikan J&E Advanced Tech Sdn Bhd membuat panggilan kepada saya dan menggelar dirinya sebagai ‘Deepak’?", "“Segala-galanya akan terjawab jika Deepak membuat laporan polis,” katanya lagi.", "Wee berkata, segala persoalan akan terjawab jika Deepak membuat laporan polis, termasuk identiti pemilik nombor telefon bimbit yang menghubunginya dan individu menyamar sebagai ahli perniagaan berkenaan.", "Wee, Deepak dan syarikat pengimport telur, J&E Advance Tech Sdn Bhd berperang mulut sejak beberapa hari lalu berhubung kontroversi telur import." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/duti-eksais-produk-minuman-bergula-cecair-vape-akan-diperkenal/
Duti eksais produk minuman bergula, cecair vape akan diperkenal
[ "Kerajaan bercadang untuk memperluaskan duti eksais terhadap produk minuman bergula dan juga ke atas produk cecair vape yang mengandungi nikotin, kata Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.", "Pengumuman tersebut dibuat Zafrul semasa pembentangan Bajet 2022 hari ini dan langkah tersebut diambil bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dikalangan rakyat.", "“Selain itu, ke arah gaya hidup sihat juga, Kerajaan bercadang untuk meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh.", "“Kerajaan juga bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.", "Zafrul membentangkan Bajet 2022 terbesar dalam sejarah negara yang bernilai RM332.1 bilion.", "Jelasnya lagi, kerajaan juga menumpukan bagi aspek kesihatan awam dan bersetuju untuk meneruskan Agenda Nasional Malaysia Sihat.", "“Aspek kesihatan awam juga akan diberi perhatian. Dalam memupuk budaya sihat serta menangani masalah penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Agenda Nasional Malaysia Sihat.", "“Dalam sesi sembang santai bersama anak muda, Dr Shantesh Kumar telah membangkit isu berkenaan penyakit jarang jumpa. Oleh itu, Kerajaan akan memantapkan pengurusan Klinikal Penyakit Jarang Jumpa di Malaysia seperti lisosomal,” katanya lagi.", "Dalam pada itu, Zafrul juga mengumumkan Bajet 2022 menyediakan RM32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/diari-covid-2-0-ujian-ramadan-1442h/
Diari Covid 2.0: Ujian Ramadan 1442H
[ "Kali ini ujian yang cukup getir bagi kami petugas kesihatan di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan.", "Kami petugas Covid di Kelantan khususnya diuji dengan peningkatan kes yang mendadak seminggu selepas berakhirnya cuti sekolah yang ‘happening’ dengan kenduri, orang ramai ke sana ke sini, majlis itu ini dan sebagainya.", "‘The aftermath??’ Kluster baharu muncul setiap hari. Kes meningkat mendadak. Dah beberapa hari melebihi 300 setiap hari dan semalam >600.", "Ada yang menganggap ini sebagai satu bahan gurauan? Kelantan juara? Tapi hakikatnya hanya petugas kesihatan yang terlibat tahu, 300 , 400 , 600 bukan satu joke bagi kami.", "Di hospital, wad demi wad dibuka, katil-katil ICU (unit rawatan rapi) terpaksa ditambah ke bilangan maksimum untuk menampung pesakit Covid kategori 3, 4 dan 5 serta pesakit yang berisiko.", "Tolak katil ke sana, tolak katil ke sini untuk transfer pesakit. Tiap-tiap malam ‘sleepless’ fikirkan strategi untuk ‘optimize ward’ yang ada, strategi kemasukan pesakit ke wad, bagi memastikan pesakit selamat dan diberi rawatan awal dan juga memastikan keselamatan petugas-petugas kesihatan semasa mengendalikan pesakit.", "Pusat kuarantin Covid risiko rendah (PKRC) semuanya berfungsi pada kapasiti penuh dan PKRC baharu diwujudkan bagi menampung pesakit-pesakit kategori 1 dan 2.", "Rakan-rakan kami di kesihatan awam mengeluh keletihan terpaksa mengesan satu persatu kes-kes yang disahkan Covid-19 untuk dibuat penilaian sama ada perlu dimasukkan ke wad, PKRC atau sekiranya sesuai dibuat isolasi di rumah di bawah pemantauan harian.", "Ambulans bergerak mengambil dan menghantar pesakit ‘non stop’. Yang bertugas di lapangan juga membuat pengesanan kes berskala besar di khemah pusat saringan, di bawah panas terik mentari Ramadhan dalam PPE yang berlapis-lapis.", "Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.", "Makmal menerima beribu-ribu sampel untuk diproses dan memastikan keputusan dikeluarkan seberapa segera yang mungkin.", "Petugas-petugas di bahagian analisa juga bertugas siang dan malam bagi memastikan data dapat dilaporkan setiap hari. Dan dari maklumat ini kami merangka strategi setiap hari bagi memastikan rangkaian jangkitan dapat diputuskan dan kes dikawal dan memastikan rawatan terbaik diberi.", "Dalam pada itu, sayu hati melihat keadaan dalam wad dan ICU. Pesakit yang bergantung kepada oksigen serta alat bantuan pernafasan tanpa dapat ditemani ahli keluarga.", "Doktor dan jururawat masuk memberi rawatan secara berkala dan pada masa yang lain memerhati dari ruang pemerhatian luar yang dipisahkan dengan dinding kaca dan tingkap.", "Dan, beberapa pesakit berisiko yang mendapat komplikasi teruk Covid-19 meninggal dunia… ada anak yang tidak dapat mengiringi ayahnya ke liang lahad, ada isteri yang menangisi pemergian suaminya di rumah sahaja, tanpa dapat melihat wajah yang tersayang buat kali terakhir.", "Dan, masih ada yang mengatakan data-data pesakit yang dipaparkan setiap hari direka-reka, diada-adakan, sedangkan kami ini saban hari pening memikirkan mana lagi nak letak pesakit-pesakit yang positif untuk rawatan terutama yang memerlukan rawatan hospital.", "Hanya Allah yang tahu… setiap tuduhan, tohmahan, kami hadap sahaja… semoga Allah beri petunjuk kepada mereka yang mencemuh….life goes on…", "Syukurlah, berbanding dengan gelombang pandemik tahun lepas di mana ramai kakitangan KKM turut dijangkiti dan dimasukkan ke hospital, tahun ini hampir semua ‘frontliners’ telah lengkap mendapat vaksin dan insya-Allah ada perlindungan dari jangkitan dan kami boleh terus menjalankan tugas dengan selamat.", "Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran pada semua petugas kesihatan KKM, ‘frontliners’, ‘backliners’ atau ‘sideliners’ dan mendapat pahala berganda-ganda terutama di 10 akhir Ramadhan nanti.", "ا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ", "“Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata”.", "Roger and out", "Anila Jelani" ]
https://www.agendadaily.com/politik/buka-sidang-parlimen-umno-junjung-titah-agong/
Buka sidang Parlimen, UMNO junjung titah Agong
[ "UMNO menjunjung titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, yang telah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.", "Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, titah Tuanku itu jelas menzahirkan kebijaksanaan dan keprihatinan Tuanku dan Raja-Raja Melayu terhadap segala keresahan dan kegelisahan rakyat terhadap pelbagai krisis yang sedang melanda negara ketika ini.", "“Saya amat menghargai kecaknaan Seri Paduka Baginda yang mengambil kira segala isu dan pendirian parti yang dipersembahkan ketika sesi mengadap pada 11 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Jelasnya lagi, dalam sesi menghadap tersebut, beliau turut menjelaskan bahawa Parlimen harus dibenarkan berperanan sebagai platform rasmi menyuarakan pelbagai suara hati rakyat.", "“UMNO juga turut mempersembahkan pendirian berkenaan dengan keperluan untuk Darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021 kerana kemudaratannya lebih besar kepada negara, sedangkan tanpa Darurat Kerajaan masih boleh menguruskan isu-isu berkaitan pandemik Covid-19,” katanya.", "Jelasnya lagi, UMNO juga mendukung dan memandang serius saranan Tuanku akan keperluan mewujudkan sebuah Kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.", "Tuanku hari ini bertitah agar sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli-ahli Dewan Rakyat.", "Dalam satu kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata keputusan yang diperkenan oleh Baginda selepas memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi kerajaan.", "Terdahulu hari ini berlangsungnya Persidangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.", "Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan proses demokrasi akan tetap didukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan mengumumkan sidang Parlimen akan dibuka semula pada September atau Oktober nanti." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/awas-scammer-tidak-pernah-tidur/
Awas! Scammer tidak pernah tidur!
[ "Sedar atau tidak, perkongsian dalam media sosial menjadi penyumbang besar risiko terdedah dengan scammer.", "Pengguna media sosial biasanya berkongsi kandungan atau content di pelbagai saluran berbeza. Sebagai contoh apa yang pengguna kongsikan di Instagram berbeza dengan Facebook, juga mungkin berbeza dengan Twitter dan TikTok, atau rangkaian sosial lain.", "Perkongsian dalam media sosial adalah satu fenomena yang menarik kerana perkara yang mendorong seseorang untuk berbuat demikian umumnya mempunyai kaitan dengan mereka sebagai individu.", "Kata orang, jerat tak pernah lupakan pelanduk, hanya pelanduk yang selalu lupakan jerat. Mungkin ada benarnya perumpamaan ini yang sedikit sebanyak menyentuh aktiviti harian kita.", "Ini termasuklah perhatian kita kepada sindiket yang suka mengambil kesempatan dengan pelbagai tipu helah atau scammer untuk menipu duit orang ramai jika tidak berhati-hati.", "Jika sebelum ini, sindiket penipuan kewangan berkenaan melakukan penipuan dengan modus operandi menyamar sebagai pegawai kastam, polis, hospital, pegawai mahkamah dah sebagainya.", "Jadi kebanyakan orang yang terbiasa dengan taktik lama itu mungkin terpedaya dengan strategi baharu yang dilakukan scammer terbabit seolah-olah ia adalah tulen.", "Tidak seperti scammer terdahulu yang menyamar dari mahkamah, kastam atau balai polis yang meminta kita menunggu di talian untuk disambung, kini wujudkan juga scammer iklan tawaran kerja dan pinjaman tidak wujud yang hanya berurusan melalui WhatsApp atau laman sesawang sahaja.", "Scammer ini seolah-olah tidak pernah tidur dan bekerja 24 jam tanpa henti.", "Lebih parah lagi, mangsa yang terjerat itu bukan sahaja calang-calang orang dan jumlah kerugian pula bukan sedikit apabila ada yang mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.", "Awal tahun ini, seorang pegawai bank mengalami kerugian sehingga RM243,000 akibat ditipu sindiket pinjaman tidak wujud dalam talian.", "Menurut Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Superintendan Mohamad Musa Marsidi, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 54 tahun.", "Menurutnya, mangsa telah berurusan untuk membuat pinjaman sebanyak RM80,000 dengan mengisi borang di laman sesawang.", "Secara logiknya, mungkin ada yang menganggap sesuatu yang mustahil seorang pegawai bank yang sememangnya telah fasih dengan selok-belok dunia kewangan turut terjerat dengan penipuan sedemikian.", "Namun, apa yang berlaku jelas memperlihatkan sindiket ini bukan sahaja licik malah terlalu hebat sehingga mampu memperdayakan individu yang bukan calang-calang tersebut.", "Persoalannya bukan hanya mengenai ilmu atau teknik rahsia yang digunakan penjenayah terbabit untuk memperdayakan mangsa, malah persoalan juga dibangkitkan bagaimana sesebuah institusi bank atau kewangan boleh meluluskan pengeluaran secara dalam talian dengan jumlah yang begitu banyak dalam satu-satu mangsa oleh sindiket penipuan tersebut.", "Sedangkan, bagi pemilik akaun yang sah apabila ingin melakukan sesuatu pengeluaran atau pemindahan wang, ia mempunyai limit atau had jumlah yang boleh dikeluarkan.", "Sekiranya pengeluaran itu melebihi had, sebarang urusan perlu dilakukan di kaunter bank atau institusi kewangan terlibat.", "Justeru, pihak yang berkaitan perlu melihat jenayah ini dalam aspek yang lebih menyeluruh dan serius serta perlu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk membanteras ‘scammer’ ini." ]
https://www.agendadaily.com/politik/umno-sabah-tarik-sokongan-tak-beri-kesan-kepada-kedudukan-hajiji-grs/
UMNO Sabah tarik sokongan tak beri kesan kepada kedudukan Hajiji: GRS
[ "Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor masih Ketua Menteri Sabah walaupun Barisan Nasional (BN) Sabah menerusi parti komponennya UMNO mengumumkan menarik sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri, tegas GRS hari ini.", "Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan empat kepimpinan tertinggi parti komponen dalam GRS hari ini, mereka sepakat pengumuman itu tidak memberi kesan terhadap kedudukan semasa Hajiji kerana keabsahan ketua menteri ditentukan melalui sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berpandukan kepada Perlembagaan Negeri.", "“Hajiji kekal sebagai Ketua Menteri Sabah dan sebarang kenyataan media parti-parti politik tidak memberikan kesan dari sudut perundangan,” menurut kenyataan itu.", "Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Presiden Sabah Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia.", "Semalam, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Ketua Badan Perhubungan UMNO negeri dalam sidang media mengumumkan pendirian UMNO dan BN Sabah untuk menarik sokongan terhadap Hajiji susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukannya sebagai Ketua Menteri, selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) telah dilanggar.", "Bung Moktar berkata BN dan PN melaksanakan perjanjian membentuk kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2020, namun Hajiji serta pemimpin Bersatu Sabah yang juga komponen PN, keluar parti menyebabkan kerajaan negeri sekarang tiada keabsahan.", "Beliau turut mengakui ada lima daripada 18 ADUN BN tidak menyokong keputusan tersebut, tanpa menyatakan nama ADUN yang terlibat.", "Keempat-empat presiden parti komponen dalam GRS itu mengesahkan bahawa ADUN Sabah daripada GRS tetap berdiri teguh menyokong penuh kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri.", "Kenyataan bersama itu berkata GRS adalah sebuah parti politik dengan jumlah ADUN paling banyak dalam Dewan Undangan Negeri Sabah serta menyatakan penghargaan terhadap sokongan ADUN lain terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri termasuk sokongan kolektif ADUN Pakatan Harapan (PH), ADUN BN, Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) dan ADUN Dilantik.", "“Komitmen padu ini berpaksikan kepada kesedaran bahawa kepentingan rakyat dan negeri seharusnya diutamakan berbanding kepentingan sempit kepartian dan individu,” kata mereka serta menambah adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menghormati mandat rakyat pada PRN Sabah ke-16.", "Dalam kenyataan bersama itu juga, empat pemimpin parti komponen GRS itu berpendapat tindakan BN menarik sokongan terhadap Hajiji adalah susulan daripada kegagalan perancangan awal mereka pada 5 Jan lepas.", "“Sebarang gerakan membentuk kerajaan dari pintu belakang dan tidak melalui proses pilihan raya adalah tindakan mengkhianati mandat rakyat dan seharusnya ditolak,” kata mereka dalam kenyataan itu." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/taiwan-catat-kes-harian-covid-19-tertinggi-lebih-500000/
Taiwan catat kes harian Covid-19 tertinggi lebih 50,0000
[ "Kes harian Covid-19 di Taiwan pada Selasa melebihi angka 50,000 buat pertama kali dengan 50,828 kes baharu dan 12 kematian dicatatkan, menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Epidemik (CECC).", "Kes baharu itu terdiri 50,780 jangkitan tempatan dan 48 kes import, lapor Agensi Berita Pusat (CNA),  menurut laporan Bernama.", "Sementara itu, menurut CECC kes kematian melibatkan lapan lelaki dan empat wanita berusia 20-an hingga 90-an.", "Sehingga kini Taiwan telah mencatatkan 448,323 kes Covid-19 manakala kes kematian adalah sebanyak 943 sejak pandemik bermula pada awal tahun 2020.", " " ]
https://www.agendadaily.com/rencana/kit-siang-patut-berdiam-dan-bukan-komen-tentang-orang-lain/
Kit Siang patut berdiam dan bukan komen tentang orang lain
[ "Saya tergelak apabila saya membaca tentang Lim Kit Siang dari DAP menyindir speaker Dewan Rakyat kita, Tan Sri Azhar Azizan Harun.", "Ini selepas Azhar menggelar bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai “reformis yang terlepas pandang”.", "Sebagai seorang warga emas sendiri, saya memerhati dengan teliti perkembangan politik negara dari zaman Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri sehinggalah Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih.", "Saya juga mengikuti perkembangan DAP dengan teliti memandangkan saya berasal dari Pulau Pinang dan bekas konstituen mendiang Karpal Singh.", "Ketika itu, DAP adalah parti politik yang dihormati, tetapi malangnya, perkara yang sama tidak berlaku pada hari ini, dan satu sebab utama ialah penguasaan dinasti Lim.", "Kit Siang jelas telah melewatkan masanya dan ramai pemimpin yang baik telah terlepas pandang malah meninggalkan parti kerana cara dia dan anaknya mendominasi parti.", "Kit Siang sepatutnya tidak layak sama sekali pun membuat sebarang komen terhadap Azhar Azizan atau Muhyiddin Yassin kerana dia juga mempunyai almari penuh dengan rangka (closet full of skeletons)yang masih belum dibersihkan.", "Hakikatnya ialah apabila Muhyiddin mengambil alih sebagai Perdana Menteri, ia adalah masa ketika negara bergolak dan Covid-19 telah melanda kebanyakan bahagian di Malaysia.", "Mengimbas kembali, ketika Covid-19 merebak dengan cepat dan kebanyakan negara menutup sempadan mereka, pemimpin kita, pada masa itu, di bawah Tun Mahathir terlalu sibuk merancang Sheraton Move.", "Ramai yang percaya sekiranya Tun Mahathir membuat keputusan untuk menutup sempadan kita dan bukannya merancang Sheraton Move, lebih banyak nyawa boleh diselamatkan.", "Muhyiddin melakukan yang terbaik untuk mengatur segala-galanya dan terima kasih kepada pentadbirannya, banyak keluarga yang kurang bernasib baik berjaya melalui masa yang paling sukar.", "Jadi, di manakah DAP, PKR dan seluruh Pembangkang ketika itu? Apakah yang dicapai Pakatan Harapan dalam tempoh singkat mereka berkuasa?", "Mereka terlalu sibuk bertengkar sesama sendiri.", "Bagi ramai di antara kita Muhyiddin masih dihormati kerana di bawah pentadbirannyalah negara menghadapi dan pulih daripada masa yang paling sukar.", "Kit Siang sepatutnya diam sahaja dan bersama anaknya berundur dan memberi peluang kepada pemimpin muda dalam DAP mengambil alih.", "Jacqueline Tan\nJalan Yeap Chor Ee\n11700 Pulau Pinang", "Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kerajaan-sudah-beri-komitmen-buka-parlimen-secepat-mungkin-kata-takiyuddin/
Kerajaan sudah beri komitmen buka Parlimen secepat mungkin, kata Takiyuddin
[ "Titah Yang di-Pertuan Agong adalah selari dengan komitmen yang diberikan kerajaan untuk membuka sidang Parlimen dengan secepat mungkin sebelum ini, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan semalam sudah pun bercadang untuk membuka sidang Parlimen pada September depan dan isu tersebut tidak wajar dipolemikkan.", "“Yang di-Pertuan Agong tidak menitahkan perlu diadakan pada bulan berapa (sidang Parlimen) tapi secepat mungkin, Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) juga berkata bulan September akan diadakan sidang Parlimen.", "“Sekarang kita sidah hampir penghujung Jun, ada Julai dan Ogos dan September sudah hampir dan kita pasti akan ada sidang Parlimen,” katanya dalam satu program khas anjuran HarakahDaily malam ini.", "Menurutnya, kerajaan sentiasa memandang serius isu berhubung menangani penularan Covid-19 dan komitmen untuk membuka sidang Parlimen adalah cerminan keterbukaan kerajaan untuk mendengar pandangan semua pihak tanpa mengira parti politik.", "“Yang di-Pertuan Agong tidak titah dengan perkara lain, Tuanku titahkan mengenai Covid-19, kita akan fokus dengan pandemik Covid-19,” kata Takiyuddin lagi.", "Semalam, Muhyiddin dalam perutusan Pelan Pemulihan Negara berkata sidang Parlimen boleh diadakan sekitar September atau Oktober dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.", "Terdahulu hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli-ahli Dewan Rakyat.", "Dalam satu kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata keputusan yang diperkenan oleh Baginda selepas memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi kerajaan.", "“Seri Paduka Baginda amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.", "“Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara,” titahnya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/7947-pesakit-covid-19-di-wad-827-di-icu/
7,947 pesakit Covid-19 di wad, 827 di ICU
[ "Jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital sehingga semalam turun kepada 7,947 individu berbanding 8,097 kelmarin, dengan Selangor kekal mencatat jumlah tertinggi membabitkan 1,178 pesakit di wad dan 140 lagi dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).", "Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW memaklumkan jumlah kes aktif juga turun kepada 129,049 semalam berbanding 132,175 kes yang dilaporkan kelmarin.", "Daripada jumlah itu, 16,558 masih dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,947 (hospital), dan 827 pesakit, termasuk 445 yang memerlukan alat bantuan pernafasan, dirawat di ICU.", "Dalam tempoh 24 jam semalam juga, 132 pesakit meninggal dunia menjadikan keseluruhan sejak Covid-19 menular di Malaysia awal tahun lalu kepada 27,113 kematian.", "Jumlah itu termasuk 26 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital (BID), menjadikan keseluruhan kes BID mencecah 5,450 kes.", "Pulau Pinang merekodkan jumlah kematian tertinggi melibatkan seramai 33 pesakit, termasuk tujuh kes meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital (BID), diikuti Sarawak (19); masing-masing 15 kes di Johor dan Sabah; Perak (14); dan Selangor (13 kes kematian).", "Kelantan dan Terengganu pula masing-masing merekodkan enam kematian, diikuti Pahang (empat); Kedah (tiga); Perlis (dua); dan masing-masing satu di Melaka dan Kuala Lumpur. Tiada kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/indonesia-bersedia-hadapi-lonjakan-jangkitan-covid-19-musim-cuti/
Indonesia bersedia hadapi lonjakan jangkitan Covid-19 musim cuti
[ "Indonesia sedang melakukan persediaan bagi menghadapi kebarangkalian lonjakan jangkitan Covid-19 apabila dijangka lebih 20 juta orang akan melakukan pergerakan pada musim cuti hujung tahun, khususnya di Pulau Jawa dan Bali.", "Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Panjaitan berkata ujian saringan akan diwajibkan kepada pengembara bagi semua pengangkutan awam.", "Sebelum ini hanya pengembara yang menggunakan pesawat diwajib mengemukakan keputusan ujian saringan PCR negatif sebelum memulakan perjalanan ke Indonesia.", "Restoran juga harus mematuhi protokol kesihatan untuk membantu meminimumkan penyebaran virus, katanya.", "Ini berikutan laporan bahawa beberapa restoran telah membenarkan orang ramai masuk tanpa log masuk ke aplikasi pengesanan kerajaan, sambil melarang gambar atau video dirakam bagi mengelak pemeriksaan awam, kata Panjaitan.", "Ini selaras dengan beberapa laporan yang diterima terdapat orang awam yang masuk ke premis tersebut tanpa mendaftar di aplikasi pengesanan kerajaan.", "“Kita tidak boleh berasa selesa hari ini kerana kes jangkitan semakin rendah dan perlu sentiasa berjaga-jaga,” katanya sambil menjelaskan kadar vaksinasi di republik itu masih rendah berbanding negara jiran lain seperti Singapura dan Malaysia.", "Indonesia katanya perlu dalam keadaan berjaga-jaga kerana peningkatan kes Covid-19 sebelum ini tersebar melalui musim cuti panjang.", "Pada pertengahan tahun ini, ia menyaksikan gelombang jangkitan paling teruk selepas berjuta-juta orang bercuti dan berkumpul bersama keluarga untuk menyambut Aidilfitri pada Mei lalu, mendorong penularan varian Delta ke seluruh republik itu.", "Sebelum ini, jangkitan Covid-19 di negara itu sudah menurun dengan ketara selepas kerajaan memperluaskan ujian saringan dan melaksanakan semula penutupan yang ketat di seluruh wilayah.", "Semalam, Indonesia merekodkan 460 kes baharu, dimana jangkitan terendah sejak 26 Mei tahun lalu dan kematian harian juga sudah menunjukkan penurunan ke paras terendah dalam tempoh setahun.", "“Pihak kami boleh melawan gelombang baharu ini dengan mengawal angka kes dan mampu mengekalkannya di bawah 2,700 kes sehari,” jelas Pandjaitan.", "Indonesia juga akan memberi lebih tumpuan kepada program vaksinasi warga emas, kerana golongan ini lebih terdedah kepada gejala teruk atau meninggal dunia sekiranya dijangkiti.", "Menjelang akhir tahun ini, republik itu sudah menetapkan sasaran untuk memberikan lebih 168 juta dos pertama vaksin, manakala lebihan 123 juta penduduk bakal divaksin sepenuhnya.", "Menurut Bloomberg Vaccine Tracker, sehingga kini, hanya satu perempat daripada 270 juta populasi di Indonesia sudah divaksin sepenuhnya, berbanding negara jiran lain seperti Malaysia, hampir 73 peratus dari rakyatnya sudah divaksin sepenuhnya dan 82 peratus rakyat Singapura pula sudah lengkap divaksin. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/dunia/sejuta-maut-akibat-covid-tahun-ini/
Sejuta maut akibat Covid tahun ini
[ "Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 di seluruh dunia sepanjang tahun ini sehingga semalam (25 Ogos) kini mencecah sejuta orang, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).", "Memetik Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis (25 Ogos), the Associated Press (AP) berkata ia adalah “pencapaian tragis” apabila semua usaha dan peralatan telah ada untuk mencegah kematian.", "Menurutnya hampir 6.45 juta kematian telah dilaporkan kepada WHO sejak virus itu mula dikesan di China pada akhir 2019.", "“Minggu ini, kita melepasi peristiwa tragis satu juta kematian yang dilaporkan setakat tahun ini.", "“Kita tidak boleh mengatakan bahawa kita sedang belajar untuk hidup dengan Covid-19 apabila satu juta orang telah meninggal dunia dengan pada tahun ini sahaja, apabila kita sudah dua setengah tahun dalam pandemik dan mempunyai semua alat yang diperlukan untuk mencegah kematian.", "“WHO meminta semua kerajaan untuk memperkukuh usaha mereka memberi vaksin kepada semua pekerja kesihatan, warga emas dan orang lain yang berisiko tinggi, bagi mencapai 70 peratus perlindungan vaksin untuk seluruh penduduk,” Ghebreyesus dipetik sebagai berkata.", "WHO mahu semua negara telah memberi vaksin kepada 70 peratus daripada populasi mereka menjelang akhir Jun lalu.", "Tetapi katanya, hanya 10 negara mempunyai liputan pemberian vaksin kurang daripada 10 peratus, yang kebanyakannya menghadapi kecemasan kemanusiaan.", "“Bagaimanapun, banyak lagi yang perlu dilakukan,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/sosma-sah-kerajaan-ismail-sabri-sedang-disabotaj-dari-dalam/
SOSMA: Sah kerajaan Ismail Sabri sedang disabotaj dari dalam
[ "Pendedahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin, bahawa ada Ahli Parlimen (MP) blok kerajaan yang keluar dewan ketika undian hendak dilakukan, bagi meluluskan usul melanjutkan penguatkuasaan SOSMA, pada Rabu lalu, jelas menunjukkan ianya adalah tindakan sabotaj.", "Tindakan MP terbabit menyebabkan undian belah bahagian yang dijalankan itu memihak kepada pembangkang dengan 86 undi menentang, manakala kerajaan hanya memperoleh 84 undi menyokong.", "Hamzah ketika mendedahkan tindakan MP blok kerajaan itu hari ini kecewa hanya kerana MP terbabit tidak suka kepadanya maka mereka bertindak keluar dewan ketika undian hendak dijalankan.", "Kita tidak terkejut jika MP UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertindak demikian kerana Hamzah yang membentangkan usul SOSMA adalah daripada Bersatu – parti yang dibenci UMNO.", "Berita berkaitan: SOSMA: MP kerajaan ada dalam dewan tetapi keluar ketika undian", "Ianya boleh dilihat, sebaik sahaja usul yang dianggap penting demi menjamin keselamatan dan keamanan negara itu ditolak, bertalu-talu serangan dilakukan terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, khususnya daripada UMNO.", "Malah MP Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat itu, tiba-tiba bingkas mengecam.", "Beliau menuduh memorandum persefahaman (MoU) itu ditandatangani Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan, sedangkan umum mengetahui ianya ditandatangani Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Ismail Sabri.", "Agenda Daily semalam melaporkan ada kemungkinan perbuatan MP blok kerajaan, khususnya daripada UMNO dan BN, adalah satu usaha untuk mensabotaj kerajaan Ismail Sabri yang mendapat dukungan majoriti MP PN dan Bebas.", "Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA dikuatkuasakan bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.", "Akta ini digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Dewan Rakyat meluluskan akta itu pada 17 April 2012, mendapat perkenan Diraja pada 18 Jun dan diwartakan pada 22 Jun 2012, serta berkuat kuasa sehingga 31 Julai ini.", "Berita berkaitan: SOSMA: MP UMNO sabotaj sidang Parlimen untuk tekan Ismail Sabri? ", "Pendedahan Hamzah hari ini sekali gus mengiakan rancangan mensabotaj kerajaan. Tindakan sabotaj itu bertujuan menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sekarang yang dianggotai BN dan PN adalah kerajaan yang lemah.", "Sebab itu, Zahid sendiri dalam kenyataannya berkata:", "“Saya harap, masyarakat di luar sana dapat melihat betapa rapuh dan berisikonya bentuk kerajaan yang ada.”", "Pada masa sama, UMNO juga menyasarkan pembangkang yang menolak usul itu dengan mendakwa PH telah melanggar MoU yang dimeterai dengan kerajaan.", "Kita perlu bersikap adil. Pembangkang sebenarnya bukan baru-baru ini sahaja menolak SOSMA, sebaliknya mereka konsisten berbuat demikian sejak akta itu mula-mula diusulkan di Dewan Rakyat bagi menggantikan ISA.", "Pengarah Institut Asia di Universiti Tasmania, Profesor James Chin ketika mengulas perkara itu dilaporkan berkata: “Ini mengenai UMNO mencari alasan untuk membatalkan CSA (MoU).”", "Beliau berkata undian PH terhadap peruntukan akta itu lebih berkaitan dengan pendirian gabungan berkenaan menentang akta tersebut.", "Dan, jika benar seperti dakwaan Hamzah bahawa terdapat MP blok kerajaan yang awalnya berada di dalam dewan, tetapi keluar ketika undian hendak dijalankan, maka siasatan perlu dijalankan, selain nama mereka perlu didedah kepada umum.", "Kita percaya ada undang-undang yang membolehkan pihak berkuasa menyiasat perbuatan mensabotaj kerajaan dari dalam, yang seharusnya digunakan supaya kejadian itu tidak berulang, hanya kerana berbeza fahaman politik.", "Tok Akhi\nPemerhati politik kampung", "Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/malaysia-sedia-hantar-tentera-ke-palestin-bawah-payung-pbb/
Malaysia sedia hantar tentera ke Palestin bawah payung PBB
[ "Kerajaan sedia menghantar anggota tentera Malaysia sebagai pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin jika diminta badan dunia itu, kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "“Malaysia tidak boleh menghantar sewenang-wenangnya anggota tentera ke sana (Palestin). Jika kita ‘dijemput’ PBB barulah kita akan hantar,” katanya diminta mengulas sama ada Kementerian Pertahanan bersedia berbuat demikian.", "Beliau berkata, keputusan untuk menghantar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Palestin adalah berlandaskan keputusan PBB.", "“Ini kerana untuk menghantar anggota ATM ke Palestin ia melibatkan undang-undang antarabangsa bersama PBB,” katanya.", "Katanya, ATM sebelum ini terbabit dengan banyak misi pengaman bersama PBB antaranya di Lubnan, Sudan, Filipina dan Sierra Leone.", "Pada 15 Mei lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya mengenai isu Palestin, menyatakan Malaysia berasa dukacita serta kesal dengan ketidakmampuan Majlis Keselamatan PBB menghentikan serta-merta kekejaman Israel ke atas Palestin iaitu satu jenayah perang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949.", "Jumlah kematian akibat serangan rejim Israel sejak 10 Mei lalu meningkat sehingga lebih 200 orang, termasuk 55 kanak-kanak dan 33 wanita, lapor Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza.", "Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, kementerian itu berkata lebih 1,200 lagi rakyat Palestin cedera dalam tindakan kejam rejim Israel di Semananjung Gaza dan Tebing Barat." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/saksi-kes-zahid-sahkan-khairy-umno-rembau-terima-sumbangan-uksb/
Saksi kes Zahid sahkan Khairy, UMNO Rembau terima sumbangan UKSB
[ "Seorang bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO, adalah penerima tidak langsung sumbangan kewangan untuk UMNO bahagian Rembau.", "Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, yang juga saksi ke-16 pihak pendakwaan, mendedahkan perkara itu semasa pemeriksaan balas, dalam perbicaraan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung sistem visa luar negara (VLN).", "Ketika pemeriksaan utama, Wan Quoris, juga seorang ahli UMNO, memberitahu bahawa jumlah antara RM50,000 dan RM200,000 telah diberikan kepada Khairy untuk bahagian UMNO Rembau bagi tujuan rasmi politik, kemanusiaan dan sosial yang diuruskan parti itu.", "Khairy kini merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau tetapi pernah mengetuainya sebelum ini.", "Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Wan Quoris mengesahkan kepada mahkamah hubungan rapatnya dengan Khairy dan menjelaskan sumbangan kewangan itu bukan untuk tujuan peribadi, tidak teratur dan mengikut keadaan.", "“KJ adalah pemimpin negara dan jika berlaku bencana, saya akan membantu dari segi program bantuan bencana negara dan juga pilihan raya kecil,” katanya, menggunakan huruf awal Khairy.", "Ketika diminta menjelaskan perbezaan sumbangan yang dibuat kepada bahagian Khairy dan Zahid, Wan Quoris menjelaskan bahawa yang pertama (Khairy) tidak mempunyai hubungan dengan kontrak VLN sedangkan yang kedua (Zahid) terlibat secara langsung dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).", "“Yang pasti Khairy tiada kaitan dengan VLN… jadi tidak perlu peruntukan besar, kedua VLN berkaitan KDN di mana Zahid adalah menteri yang bertanggungjawab dan juga Timbalan Presiden UMNO pada masa itu… jadi tanggungjawabnya lebih besar,” katanya.", "Menjawab soalan berikutnya, Wan Quoris juga memberitahu bahawa adalah “jarang” Zahid menolak daripada memberi sebarang bentuk bantuan kepada UKSB berhubung kontrak VLN.", "Beliau juga berkata UKSB tidak akan pernah memberikan sebarang sumbangan kewangan sekiranya Zahid tidak memberikan sokongan penuh berhubung pelanjutan kontrak VLN.", "Sebelum ini, huruf awalan “KJ” terdapat dalam lejar milik UKSB untuk bayaran tunai berjumlah ribuan ringgit yang dibuat kepada beberapa individu berprofil tinggi.", "Bagaimanapun, seorang saksi pendakwaan terdahulu dan seorang lagi pengarah UKSB Harry Lee Vui Khiun memberitahu mahkamah dia tidak pasti siapa yang dirujuk dengan huruf “KJ”.", "Lee juga memberitahu mahkamah dia mengetahui hubungan rapat antara Wan Quoris dan Khairy, sambil mengesahkan bekas pengarah itu akan meminta dana disediakan, mungkin untuk derma politik.", "Dalam kenyataan saksinya, Lee sebelum ini memberi keterangan bahawa bayaran tunai bulanan dalam dolar Singapura yang dibuat kepada Zahid untuk tujuan sumbangan politik telah dilog masuk dalam lejar milik bekas pengurus pentadbiran UKSB, David Tan.", "Lee juga sebelum ini memberi keterangan bahawa dia membawa Wan Quoris sebagai pengarah UKSB, kerana mengetahui dia adalah orang UMNO dan memerlukan hubungan dalam UMNo untuk memudahkan komunikasi dengan Zahid yang merupakan Menteri Dalam Negeri antara 2014 dan 2018.", "Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.", "Bagi tujuh lagi pertuduhan, beliau didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.", "Beliau didakwa melakukan semua perbuatan itu di Seri Satria di Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.", "Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa." ]
https://www.agendadaily.com/politik/riuh-rendah-di-parlimen-tak-halang-pm-pengerusikan-sidang-khas-mkn/
Riuh-rendah di Parlimen tak halang PM pengerusikan Sidang Khas MKN
[ "Walaupun Sidang Khas Parlimen riuh-rendah dengan suara menjerit-jerit Ahli-Ahli Parlimen khususnya daripada blok pembangkang, ia tidak menghalang Tan Sri Muhyiddin untuk terus menjalankan tugasnya bagi memastikan negara keluar daripada krisis Covid-19 dengan segera.", "Perdana Menteri menjalankan tanggungjawabnya mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menangani pandemik Covid-19 bermula jam 3 petang tadi dan berakhir 6.20 petang.", "Perkara tersebut dikongsi Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam akaun Facebooknya dan turut memuat naik gambar mesyuarat yang berlangsung secara maya tersebut.", "“Dari jam 3:00 pm sehingga jam 6:20 pm petang tadi YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menangani pandemik Covid-19.", "“Saya turut hadir secara atas talian,” katanya dalam status tersebut.", "Sidang Khas Parlimen lima hari bermula hari ini yang menyaksikan kekecohan tercetus sejak awal pagi dengan sikap pemimpin pembangkang yang biadab sehingga mengeluarkan kata-kata kesat di dalam Dewan Rakyat.", "Kekecohan tercetus semasa Muhyiddin mengucapkan takziah kepada semua mangsa Covid-19 dan meminta izin kepada Yang di-Pertua Dewan, Datuk Azhar Harun untuk bertafakur serta membaca doa sebagai menghormati mangsa yang terkorban.", "Bagaimanapun, beberapa MP DAP bangun antaranya Lim Guan Eng dan Gobind Singh Deo dan Nga Kor Ming dan terus menjerit-jerit tanpa menghiraukan Muhyiddin yang sedang membacakan surah Al-Fatihah.", "Dalam pada itu, seorang lagi Ahli Parlimen DAP, Ram Karpal Singh pula mengeluarkan kenyataan memaki Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun dengan menggelar beliau “government lapdog” (anjing suruhan kerajaan).", "Semasa sesi petang pula, pemimpin pembangkang meneruskan kekecohan dalam dewan apabila bertikam lidah dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika sesi soal jawab mengenai Program Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/aliran-trafik-sesak-orang-ramai-ambil-peluang-balik-beraya-lagi/
Aliran trafik sesak, orang ramai ambil peluang balik ‘beraya’ lagi?
[ "Aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan dan sesak di beberapa lebuh raya utama pagi ini, berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung susulan pengumuman ‘total lockdown’ menjelang 1 Jun ini.", "Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya memaklumkan setakat jam 10 pagi tadi Trafik mulai sesak sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah Timur.", "LLM memaklumkan setakat jam 10 pagi tadi Trafik mulai sesak sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah Timur.", "“Sementara itu setakat jam 11.07am PLUS@E2 : Trafik mulai sesak sekitar 1 km sebelum masuk Plaza Tol Sg.Besi arah Selatan,” katanya.", "Sementara itu di lebuh raya utara setakat jam 10 pagi tadi trafik mulai perlahan sebelum keluar Plaza Tol Juru arah Utara.", "Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 13 Jun 2021, susulan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.", "29 Mei 2021 – Suasana sekitar Plaza Tol Gombak pada jam 11.30 pagi tadi yang sesak teruk. Suasana ini dirakam selepas pengumuman PKP secara “lockdown” oleh kerajaan pada Jumaat.", "Kenyataan Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.", "Keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam." ]
https://www.agendadaily.com/politik/sila-keluar-jika-tak-puas-hati-kata-presiden-parti-bangsa-malaysia/
Sila keluar jika tak puas hati, kata Presiden Parti Bangsa Malaysia
[ "Selepas memecat 11 pemimpin utama Parti Bangsa Malaysia (PBM), Presidennya Datuk Larry Sng mencabar mana-mana ahli yang tidak berpuas hati terhadap kepemimpinannya, supaya keluar daripada parti itu.", "Dalam kenyataan terbaharunya selepas mengambil tindakan drastik membersihkan parti itu, termasuk memecat bekas ‘presiden pengganti’ yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin, Larry Sng juga memberi amaran supaya ahlinya tidak menyertai Muafakat Nasional (MN).", "Untuk rekod, MN adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipengerusikan bekas Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa bertujuan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum, khususnya dalam kalangan ahli politik.", "“Saya percaya ini adalah permulaan yang baru. Kita memerlukan pemimpin yang bersih dan berpengalaman yang ikhlas dalam membawa perubahan positif kepada landskap politik negara ini.", "“Kami tidak akan membawa masuk pemimpin kontroversi dari parti lain untuk menyertai kepimpinan kami dan sebaliknya akan memupuk pemimpin baru dari dalam barisan kami.", "“Mereka yang tidak berpuas hati untuk tinggal dialu-alukan untuk pergi,” kata Larry Sng yang juga Ahli Parlimen Julau.", "Katanya ahli parti yang yang diketahui telah menyertai MN hendaklah digantung keahlian parti dan akhirnya dibatalkan.", "Menurutnya lagi beliau akan menjelajah ke seluruh negara bermula Januari depan untuk bertemu dengan pemimpin PBM bagi membincangkan dan menerangkan hala tuju parti itu pada masa depan serta melantik Pengerusi negeri baharu jika perlu.", "Beberapa kedudukan penting penting yang perlu dijelaskan, katanya termasuk PBM kini menyokong kerajaan PH-BN yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim:", "“PH, BN, GRS, GPS, Warisan dan KDN adalah sekutu baharu kami dan kedudukan kerajaan adalah hala tuju parti kami.", "“Kami adalah parti berasaskan kebangsaan, dengan akar yang kuat di Sarawak dan Sabah. Jadi tumpuan akan diberikan kepada membangunkan Malaysia Timur dan mengetengahkan isu dasar di semenanjung,” katanya.", "Larry Sng berkata ketika ini PBM mempunyai satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu dua di Selangor serta satu di Sabah.", "Pada 27 Disember lalu, Setiausaha Agung PBM Nor Hizwan Ahmad, adalah antara individu yang dipecat daripada PBM setelah mereka gagal menjawab surat tunjuk sebab yang diberikan Jawatankuasa Disiplin parti dalam tempoh tujuh hari.", "PBM turut memecat Naib Presiden 1, Rahimah Majid; Naib Presiden, Dr Sathiskumar; Naib Presiden 3, Muhammad Saiful Bahari Sahari; Ketua Pemuda, Na’im Brundage dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid. Turut dipecat empat Ahli Majlis Tertinggi PBM, Abd Aziz Ab Kadir, Zakaria Abdul Rahim, Roger Tan Seng Huat dan Albakri Salim.", "Bagaimanapun, PBM tidak memecat keahlian Timbalan Presiden 1, Haniza Mohamed Talha dan Ketua Wanita, Dr Daroyah Alwi, dipercayai kerana kedudukan mereka sebagai ADUN. Haniza adalah ADUN Lembah Jaya, manakala Dr Daroyah (ADUN Sementa).", "Kedua-duanya bagaimanapun dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden 1 dan Ketua Wanita." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/jumlah-kenderaan-meningkat-atas-jalan-raya-sejak-isnin/
Jumlah kenderaan meningkat atas jalan raya sejak Isnin
[ "Selepas kebenaran rentas negeri dibenarkan, aliran trafik seluruh negara mencatatkan peningkatan dengan dilaporkan sebanyak 3.8 juta kenderaan dikesan merentas sempadan negeri sejak Isnin lepas.", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan kerajaan membenarkan orang ramai merentas negeri pada 10 Oktober lalu selepas kadar vaksin lengkap populasi dewasa mencecah 90 peratus.", "Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, mengikut data yang direkodkan kelmarin (Rabu), tiga lebuh raya utama iaitu Lebuh raya Utara Selatan merekodkan 1,075,408 kenderaan, Lebuh raya KL-Karak (97,758) serta Lebuh raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) (34,041).", "Katanya, tinjauan trafik di tujuh plaza tol utama pada hari berkenaan juga mendapati berlaku peningkatan ketara jumlah kenderaan berbanding Rabu lalu.", "Beliau berkata, Plaza Tol Gombak menunjukkan peningkatan kenderaan paling mendadak sebanyak 108 peratus iaitu 57,719 berbanding 27,204 kenderaan pada Rabu minggu lalu (6 Oktober).", "“Plaza Tol Jalan Duta menunjukkan peningkatan 27 peratus iaitu 54,733 kelmarin berbanding 43,138 kenderaan pada 6 Oktober lalu, manakala Plaza Tol Sungai Besi meningkat 30 peratus iaitu 35,881 berbanding 27,501 kenderaan.", "“Plaza Tol Skudai meningkat 13 peratus iaitu 18,336 berbanding 16,213 kenderaan dan Plaza Tol Juru meningkat 27 peratus dengan 39,068 berbanding 30,668 kenderaan.", "“Plaza Tol Bentong turut menunjukkan peningkatan 52 peratus dengan 40,039 berbanding 26,415 kenderaan, manakala Plaza Tol Karak merekod peningkatan 31 peratus iaitu 9,561 berbanding 7,278 kenderaan sebelum ini,” katanya lapor sebuah portal.", "Mohd Nadzri berkata, Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) dan syarikat pengendali lebuh raya sentiasa memantau status pergerakan trafik dan memastikan pengguna mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di kemudahan disediakan sepanjang lebuh raya.", "“JSPT juga bekerjasama dengan syarikat konsesi lebuh raya bagi tujuan itu.", "“Tindakan advokasi dan penguatkuasaan akan dilaksanakan kepada masyarakat serta pengguna jalan raya,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kj-suruh-anwar-lebih-peka-perkembangan-imunisasi-pick/
KJ suruh Anwar lebih peka perkembangan imunisasi PICK
[ "Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menyindir ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal mengikuti perkembangan mengenai imunisasi Covid-19 di negara sendiri.", "Beliau mengingatkan Anwar bahawa kontrak pembelian vaksin telah dibentangkan sepenuhnya, termasuk jadual penghantaran dan harga yang dibayar kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 5 Januari 2021.", "Katanya, antara ahli PAC yang hadir dan memperhalusi kontrak perolehan vaksin pada hari tersebut adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga anak Anwar, Nurul Izzah.", "“Saya juga telah mengadakan sesi libat urus bersama Ahli-ahli Dewan Rakyat daripada pembangkang pada 19 Mac 2021 yang mana saya telah bentangkan secara panjang lebar pelaksanaan PICK termasuk menjawab pelbagai soalan secara terperinci.", "“Ketua Pembangkang tidak hadir pada sesi tersebut. Harapan saya, YB Ketua Pembangkang akan terus mengikuti pelaksaan PICK dan memberi kritikan bernas untuk saya menjawab,” kata dalam kenyataan hari ini.", "Kairy yang juga Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi berkata, PICK sedang dilaksanakan mengikut fasa yang telah diumumkan sejak 14 Februari 2021 dengan mengambil kira jadual penghantaran vaksin yang diberi oleh syarikat pembekal.", "“Saya juga telah jelaskan bahawa mengikut unjuran kerajaan, bekalan vaksin kita akan mula ampuh bermula bulan Jun. Ini juga mengikut perancangan PICK yang mana vaksinasi massa fasa tiga dijadualkan bermula pada bulan Jun,” katanya.", "Mengenai rancangan Selangor untuk membeli sendiri vaksin, Khairy berkata, pihaknya belum menerima permohonan rasmi daripada kerajaan negeri." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/gabenor-texas-batal-arahan-vaksinasi/
Gabenor Texas batal arahan vaksinasi
[ "Pakar penyakit berjangkit terkenal Amerika Syarikat (AS), Dr. Anthony Fauci terkilan dengan tindakan Gabenor Texas, Greg Abbott yang membatalkan arahan vaksinasi kepada penduduk di wilayah itu Isnin lalu.", "Fauci menggambarkan tindakan tersebut akan melumpuhkan sistem kesihatan awam kerana vaksinasi adalah keutamaan seluruh penduduk dunia ketika ini.", "Fox News melaporkan, Fauci turut menyangkal keputusan gabenor parti Republikan itu, yang menghapuskan keperluan vaksinasi akan mengalami kenaikan kes jangkitan dan kematian harian yang tinggi.", "“Ia sangat mendukacitakan kerana kita tahu akan keberkesanan vaksin untuk mencegah penularan penyakit bukan sahaja pada individu, namun mampu mengurangkan dinamik jangkitan dalam kalangan masyarakat.", "“Datanya amat jelas. Hakikatnya, kita dapat lihat melalui data dan perbezaan antara mereka yang sudah divaksin dan tidak divaksin, dari segi gejala, rawatan hospital dan kematian.", "“Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) baru-baru ini sudah mengeluarkan data dan ianya sangat jelas, mengenai risiko kepada mereka yang tidak divaksin berbanding perlindungan bagi mereka yang divaksin,” jelas Fauci di Washington semalam.", "Isnin lalu Abbott berkata tidak ada entiti di Texas yang dapat memaksa orang ramai mengambil vaksin Covid-19 dengan alasan kepercayaan agama atau perubatan.", "Pada masa sama, Fauci menjelaskan data baharu yang dikeluarkan itu menunjukkan trend penurunan ketara yang membolehkan penduduk di negara itu melalui musim cuti seperti biasa sekiranya lengkap divaksin.", "Namun begitu, Fauci turut mengingatkan orang ramai yang masih belum divaksin supaya tidak menghadiri perhimpunan awam dan wajib menggunakan pelitup muka.", "Fauci juga turut mengesyorkan, kepada mereka yang sudah menerima dos lengkap vaksin tunggal seperti Johnson&Johnson perlu menerima dos penggalak dari jenis Moderna atau Pfizer. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pelantikan-tajuddin-dapat-kelulusan-indonesia-kata-pm/
Pelantikan Tajuddin dapat kelulusan Indonesia, kata PM
[ "Pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu telah mendapat persetujuan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Ismail Sabri berkata beliau difahamkan Tajuddin telah mendapat surat daripada Presiden Indonesia yang bersetuju dengan pelantikan itu, lapor Bernama.", "“Kita telah setuju lantik (Tajuddin sebagai duta) dan Indonesia juga setuju,” katanya mengulas reaksi beberapa pihak berhubung pelantikan Tajuddin itu ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri di Putrajaya, hari ini.", "“Dia (Tajuddin) orang politik yang lama serta berpengalaman,” tambah Ismail Sabri.", "Semalam, Tajuddin dilaporkan mengesahkan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.", "Jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia kini kosong dengan yang terakhir disandang diplomat Datuk Zainal Abidin Bakar.", "Ketika ini, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq mengetuai anggota kedutaan di negara berkenaan.", "Ahli politik berusia 74 tahun itu sebelum ini dipecat daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana berikutan kenyataan yang dianggap tidak sensitif selepas insiden perlanggaran LRT di Kuala Lumpur yang menyebabkan berpuluh-puluh penumpang cedera.", "Awal bulan lepas, bekas diplomat Dennis Ignatius menyatakan bahawa kekosongan jawatan yang tidak diisi untuk jawatan tertinggi dalam perwakilan Malaysia di luar negara telah menimbulkan persoalan mengenai hal ehwal domestik di Kementerian Luar." ]
https://www.agendadaily.com/politik/khairy-boleh-tanding-prn-negeri-sembilan-selangor-atas-tiket-pn/
Khairy boleh tanding PRN Negeri Sembilan, Selangor atas tiket PN
[ "Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan diletak bertanding di Negeri Sembilan atau Selangor atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada Ogos depan, sekiranya bersetuju menyertai Bersatu.", "Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris bagaimanapun berkata, Khairy atau mesra disapa KJ masih belum memberikan jawapan sama ada untuk menyertai Bersatu atau tidak.", "Menurutnya, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat tawaran menyertai parti itu dalam pertemuan dengan Khairy selepas bekas Ketua Pemuda UMNO itu dipecat.", "“Khairy ada berkunjung ke rumah Muhyiddin selepas dipecat daripada UMNO untuk membincangkan masa depannya dalam dunia politik tanah air.", "“Dalam pertemuan itu, Tan Sri Muhyiddin menawarkan kepada Khairy untuk bertanding atas tiket Bersatu dalam PRN jika beliau masih berminat dalam politik.", "“Bagaimanapun, terdapat beberapa syarat ditetapkan antaranya beliau perlu menghantar borang sebagai ahli Bersatu terlebih dahulu dan kerusi yang ditandinginya akan ditentukan oleh pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN),” katanya menurut Utusan.", "Bagaimanapun, menurutnya, Khairy belum memberikan sebarang keputusan berhubung tawaran tersebut sehingga kini.", "“Beliau meminta sedikit masa untuk membuat keputusan,” katanya.", "Mengulas lanjut, Razali berkata, beliau sendiri secara peribadi mengalu-alukan dan terbuka menerima Khairy menjadi sebahagian daripada ahli Bersatu berdasarkan reputasi bekas Ketua Pemuda UMNO tersebut dalam politik tanah air.", "“Bagaimanapun, KJ perlu akur dengan keputusan parti untuk meletakkan beliau di mana, sama ada di Selangor atau Negeri Sembilan,” katanya.", "Pada Januari lalu, Khairy dan beberapa pemimpin UMNO termasuk bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat keahlian daripada parti tersebut pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.", "Khairy kemudian mengejutkan banyak pihak apabila tampil sebagai penyampai radio di sebuah stesen radio tempatan.", "Sementara itu, Razali berkata, Bersatu juga sedia membuka ‘pintu’ parti kepada mana-mana bekas pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan jika individu tersebut boleh memantapkan lagi parti tersebut.", "“Seperti kita sedia maklum, ramai pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan dipecat keahlian daripada parti berkenaan. Jika mereka mampu memantapkan lagi Bersatu tiada salahnya untuk mereka sertai,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/beratus-juta-tender-diluluskan-secara-rundingan-terus-dalam-kempen-keluarga-malaysia/
Beratus juta tender diluluskan secara rundingan terus dalam kempen Keluarga Malaysia?
[ "Kempen Keluarga Malaysia yang dilaksanakan semasa kerajaan terdahulu dibawah Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menelan belanja ratusan juta ringgit sepanjang 17 bulan pentadbirannya.", "Bagaimanapun, semua perolehan melibatkan sebaran dan komunikasi bagi menjayakan promosi kempen Keluarga Malaysia diluluskan secara rundingan terus dengan beberapa syarikat tertentu memonopoli perolehan tersebut.", "Sumber memaklumkan, syarikat yang terbabit dalam mendapatkan projek melibatkan Keluarga Malaysia juga diragui memandangkan tidak memiliki penyata kewangan yang lengkap disamping mempunyai kaitan dengan individu tertentu yang rapat dengan Ismail Sabri.", "Selain itu, tiada tender terbuka pernah dibuka atau diiklankan kepada umum melibatkan kempen Keluarga Malaysia, kata sumber.", "Lebih meragukan, pembayaran penuh dibuat kepada vendor dan syarikat yang terlibat dalam kempen Keluarga Malaysia beberapa hari sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lalu.", "“Semua vendor dan syarikat yang terlibat dalam peroleh bernilai ratusan juta ringgit dalam kempen Keluarga Malaysia dibayar penuh sebelum berlangsung pilihan raya lalu.", "“Pembayaran dibuat secara tergesa-gesa tanpa diketahui status sama ada peroleh tersebut sudah dilengkapkan atau masih belum,” kata sumber Agenda Daily.", "Menurut sumber dalaman, pembayaran perolehan kempen Keluarga Malaysia itu juga dibuat kepada beberapa syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pegawai atasan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) tersebut.", "Agenda Daily masih cuba mendapatkan dan menghubungi beberapa pegawai di pejabat bekas PMO tersebut bagi mengesahkan beberapa butiran berhubung pembayaran melibatkan kempen Keluarga Malaysia tersebut.", "Untuk rekod, pada Julai tahun lalu semasa di Dewan Rakyat, kerajaan memberitahu sudah membelanjakan sebanyak RM5 juta bagi melaksanakan kempen Keluarga Malaysia yang bermula sejak pentadbiran kerajaan Ismail Sabri.", "Peruntukan RM5 juta yang dibelanjakan oleh kerajaan itu diletakkan di bawah sektor pembangunan Pelan Komunikasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030/Keluarga Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abd Latiff Ahmad di Dewan Rakyat ketika itu.", "Menurut Abd Latiff ia juga sedang dalam proses perolehan merangkumi pelbagai aspek termasuk pengiklanan dan promosi.", "Kempen tersebut dijalankan melalui pelan komunikasi, brosur, video pendek, rakaman audio, slot televisyen, medium percetakan dan media sosial.", "Bagaimanapun, sumber dalaman mendedahkan kepada Agenda Daily jumlah kos yang dibelanjakan melibatkan kempen Keluarga Malaysia jauh lebih besar daripada nilai yang diumumkan di Dewan Rakyat.", "Malah, sumber juga menggesa supaya audit dalaman dilakukan melibatkan kempen Keluarga Malaysia dan ia pasti akan mengejutkan banyak pihak bagaimana wang rakyat dibelanjakan semata-mata untuk menjayakan program tersebut.", "Untuk rekod konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan Ismail Sabri selepas dilantik secara rasmi menjadi Perdana Menteri." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/isu-sulu-sabah-tetap-dalam-malaysia/
Isu Sulu: Sabah tetap dalam Malaysia
[ "‘Final award’ berhubung isu tuntutan waris Sultan Sulu yang dikeluarkan dalam prosiding timbang tara di Mahkamah Arbitari Paris, Perancis tidak akan menjejaskan kedudukan Sabah sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.", "Beliau berkata Malaysia telah banyak kali menegaskan tidak mengiktraf dan melayan sebarang tuntutan ke atas Sabah, yang telah diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai antara yang menubuhkan Persekutuan Malaysia pada 16 Sept 1963, lapor Bernama.", "“Ingin ditegaskan kerajaan Malaysia tidak berdiam diri, sebaliknya telah mengambil beberapa langkah perlu untuk menghentikan prosiding tuntutan itu,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.", "Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Parlimen dan Undang-undang) berkata kerajaan tidak mengiktiraf tuntutan dan prosiding timbang tara berkaitan arahan pembayaran pampasan berjumlah RM62.59 bilion ($14.92 bilion) kepada waris Sultan Sulu itu.", "Ini memandangkan lantikan penimbang tara yang dilantik, Dr Gonzalo Stampa telah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang.", "Berhubung isu Pulau Pisang di Johor, beliau menjelaskan kedaulatan pulau itu tidak dipertikaikan Singapura, dan ia adalah hak milik Malaysia, malah Singapura juga mengiktiraf hak kedaulatan itu berdasarkan perjanjian dimeterai antara Almarhum Sultan Ibrahim dan Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir James Alexander Sweethenham pada 6 Okt 1900.", "“Hanya pengurusan rumah api di sana berada di bawah pengurusan dan pentadbiran Maritime and Port Authority of Singapore,” katanya.", "Saifuddin berkata Malaysia mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap Pulau Pisang dan pekerja di rumah api itu perlu mendapat kebenaran negara serta perlu melalui laluan imigresen Malaysia di Kukup, Johor untuk keluar dan masuk ke kawasan rumah api itu.", "Berkaitan keselamatan pejabat dan kakitangan kedutaan yang berada di luar negara, beliau berkata kerajaan sama sekali tidak berkompromi terhadap keselamatan mereka misalnya dengan melakukan proses evakuasi jika perlu.", "“Pada waktu sama dari semasa ke semasa kita juga menaik taraf sistem keselamatan pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di luar negera contohnya seperti kamera litar tertutup, kad akses dan pendaftaran pelawat,” katanya.", "Menyentuh konflik Rusia-Ukraine, Saifuddin berkata Malaysia telah menyatakan pendirian di pelbagai peringkat untuk sentiasa berkecuali, namun sentiasa menghormati hak kemerdekaan sesebuah negara dan integriti sempadan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/ph-bn-bergabung-hadapi-prn/
PH, BN bergabung hadapi PRN
[ "Semua parti yang bergabung di bawah kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) akan bekerjasama menghadapi pilihan raya di enam negeri – Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan – dalam beberapa bulan lagi.", "Gabungan PH-BN itu melibatkan PKR, UMNO, DAP, AMANAH, MCA, MIC serta parti gabungan dari Sabah serta Sarawak. Bagaimanapun, Sabah dan Sarawak tidak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana masing-masing telah mengadakannya lebih awal.", "Kerjasama itu diumumkan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat pertama Majlis Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur, malam tadi (7 Februari).", "Bercakap pada sidang media kemudian, Anwar yang pertama kali memijak kaki ke Ibu Pejabat UMNO dalam tempoh 25 tahun selepas dipecat daripada parti itu pada 1998, turut mengumumkan penubuhan tiga jawatankuasa bagi menghadapi PRN itu.", "“Satu hal yang disepakati yang sangat positif bagi saya adalah kerana kesepakatan dan komitmen semua parti termasuk rakan-rakan dari Sabah, Sarawak untuk terus membantu sebagai satu pasukan,” katanya.", "Dalam kenyataan di Facebook beliau, Anwar berkata tiga jawatankuasa itu merupakan Jawatankuasa Perundingan Kerusi; Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik; dan Jawatankuasa Komunikasi Strategik.", "Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, Jawatankuasa Perundingan Kerusi akan menumpukan perancangan PRN yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja.", "“…ia merencanakan hal PRN terutamanya dalam pembahagian kerusi dan menumpukan kegiatan mereka untuk memastikan kita punya tapak kukuh dalam PRN,” katanya.", "Mengulas lanjut, Anwar berkata Jawatankuasa Komunikasi Strategik pula ditubuhkan bagi memberi penjelasan mengenai salah faham dan fitnah melampau terhadap kerajaan.", "“Contohnya isu pembakaran al-Quran… beberapa orang kononnya tokoh-tokoh agama menggunakan kenyataan dalam kenyataan mereka seolah-olah kita belum berbuat apa-apa (mengenai itu).", "“Padahal, masa itu kita telah mengeluarkan kenyataan keras mengecam, (di mana) Kementerian Luar panggil Kedutaan Sweden dan berikutnya saya umumkan pengedaran satu juta Quran,” katanya.", "Manakala Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik bertujuan mengambil kira pandangan dan manifesto yang dikemukakan dan juga keutamaan yang melibatkan kos sara hidup dan kerjasama di antara semua kaum dan negeri.", "Jawatankuasa berkenaan akan dikendalikan oleh Sekretariat Majlis Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada Anwar sebagai pengerusi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadhillah Yusof sebagai setiausaha agung; Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi sebagai ketua sekretariat dan ketua-ketua parti gabungan sebagai timbalan pengerusi.", "Mesyuarat sekretariat itu akan diadakan pada setiap bulan.", "Sementara itu, ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi bagi persediaan PRN, Anwar hanya berkata jawatankuasa PRN akan segera berbincang mengenai perkara itu.", "Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/uk-bakal-bebaskan-pesakit-covid/
UK bakal ‘bebaskan’ pesakit Covid
[ "Perdana Menteri Britain Boris Johnson berhasrat membebaskan pesakit Covid-19 memasuki premis perniagaan, menggunakan pengangkutan awam dan bekerja di pejabat, sekali gus menghapuskan semua keperluan kuarantin kendiri.", "Jika dilaksanakan, Britain akan menjadi negara pertama di Eropah yang akan membenarkan pesakit Covid-19 berbuat demikian – langkah yang kebanyakan penasihat kesihatan Johnson berpendapat akan mendatangkan risiko tinggi.", "“Covid-19 tidak akan hilang secara tiba-tiba, dan kita perlu belajar untuk hidup dengan virus ini dan terus melindungi diri kita tanpa menyekat kebebasan kita,” kata Johnson dalam satu kenyataan.", "Johnson juga akan memberikan lebih banyak perincian berhubung bagaimana Britain akan mengawal varian Covid-19 pada masa depan melalui pengawasan berterusan, di tengah-tengah laporan bahawa kerajaan mahu menamatkan ujian percuma dan mengurangkan kajian kesihatan awam.", "Pada masa ini penduduk England diwajibkan mengasingkan diri selama sekurang-kurangnya lima hari jika diarahkan oleh pegawai kesihatan awam, dan dinasihatkan untuk menjalani kuarantin walaupun tanpa perintah khusus jika mereka mempunyai simptom Covid-19 atau diuji positif.", "Mengeluarkan keperluan undang-undang pengasingan diri Covid-19 dan menggantikannya dengan bimbingan sukarela, akan menjadikan penyakit itu sejajar dengan cara Britain merawat kebanyakan jangkitan lain.", "Kira-kira 85 peratus penduduk Britain berumur 12 tahun ke atas telah mendapat sekurang-kurangnya dua dos vaksin Covid-19, dan dua pertiga daripada populasi – termasuk sebahagian besar daripada mereka yang paling berisiko – telah menerima dos penggalak.", "Britain kini mencatat lebih 160,000 kematian akibat Covid-19, kedua tertinggi di Eropah selepas Russia.", "Berbanding dengan saiz penduduk Britain, ia adalah enam peratus lebih tinggi daripada purata bagi negara Kesatuan Eropah.", "Sekatan Covid-19 dilihat tindakan tidak popular dengan ramai ahli Parti Konservatif Johnson, yang menganggapnya sebagai tidak seimbang memandangkan penggunaan vaksin yang meluas.", "“Campur tangan farmaseutikal, yang diketuai oleh program vaksinasi, akan terus menjadi barisan pertahanan pertama kami,” kata kerajaan.", "“Kesedaran tentang panduan kesihatan awam harus kekal, seperti semua penyakit berjangkit seperti selesema.” – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-harian-terus-turun/
Kes harian terus turun
[ "Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun lagi, berbanding semalam, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu seramai 3,010 individu dijangkiti Covid-19, berbanding 3,074 kes semalam.", "Angka itu menjadikan kumulatif positif sejak awal 2020 lalu meningkat kepada 2,808,347 kes, dengan sehingga semalam 2,732,771 pesakit telah sembuh, dan 31,781 lagi meninggal dunia.", "Semalam beliau memaklumkan kadar jangkitan Covid-19 dan kemasukan ke hospital berkurangan dengan amat ketara susulan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, sekali gus membolehkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan dalam norma baharu.", "Beliau berkata hasil daripada usaha jitu semua pihak, selain pelaksanaan PICK sejak 24 Februari 2021 lalu, garis lengkung atau keluk pandemik Covid-19 di negara ini juga telah berjaya dilandaikan.", "Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan atau Ro/Rt bagi seluruh negara mengikut jangkaan kes harian semalam, turun kepada 0.99 berbanding 1.00 semalam.", "Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.", "Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.", "Lima negeri mencatat nilai Rt melebihi 1.00 di mana Kuala Lumpur merekodkan Rt 1.08, diikuti Sabah (1.04); Negeri Sembilan (1.02); Selangor (1.01); dan Melaka (1.00).", "Sementara itu, daripada 10 kluster baharu yang dilaporkan semalam, tujuh melibatkan pendidikan, komuniti (dua) dan satu kluster import, membabitkan 150 kes positif Covid-19.", "Tiga daripada kluster pendidikan itu dilaporkan di Selangor melibatkan daerah Sepang (Kluster Persiaran Universiti serta Kluster Persiaran Jalan Hospital) dan Kuala Langat (Kluster Lenang).", "Pahang pula mencatat tiga kluster iaitu dua berkaitan pendidikan (Temerloh dan Rompin) dan satu kluster komuniti (Raub); manakala Pulau Pinang (dua kluster – pendidikan dan import); dan masing-masing satu kluster di Melaka (pendidikan) serta Sabah (komuniti)." ]
https://www.agendadaily.com/politik/langgar-sop-menteri-kanan-pertahanan-patut-mohon-maaf-kepada-rakyat/
Langgar SOP: Menteri Kanan Pertahanan patut mohon maaf kepada rakyat
[ "Alasan diberikan ialah susah untuk dikawal apabila membenarkan program politik diadakan. Itu jawapan Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Hishammuddin Hussein apabila beliau sendiri melanggar prosedur operasi standard (SOP).", "Beliau reda dikompaun dan mengakui kesalahannya apabila melanggar SOP ketika program pelancaran Briged MIC Johor, semalam.", "Susulan pelanggaran SOP itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengarahkan pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) supaya mengeluarkan kompaun kepada Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, Hishammuddin dan Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran.", "Namun adakah beliau sebagai Menteri yang turut mempengerusikan Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 Malaysia, terlupa kepada nasihat yang sering dilemparkan kepada rakyat, dan apa yang pernah dikatakan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini?", "Janganlah dek kerana program itu ada kaitan dengan gerak kerja Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, maka begitu mudah menggadai nilai kerusi menteri kanan.", "Apa lagi yang rakyat boleh harapkan kepada seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan negara – Kementerian Pertahanan – tetapi turut melanggar disiplin atau protokol yang ditetapkan?", "Bagi dirinya, memang mudah untuk mengaku kesilapan. Denda yang tidak seberapa ibarat ‘kacang’ sahaja, bila-bila masa boleh dibayar.", "Tetapi yang jelas, rakyat melihat bagaimana sikap seorang menteri dalam Kabinet Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ‘membawa lumpur hingga semuanya terpalit’.", "Sebelum memasuki dewan tempat majlis itu diadakan, Hishammuddin sepatutnya menunjukkan ketegasan menegur penganjur berhubung perhimpunan melanggar SOP itu – sesuai dengan peranannya sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, sebuah kementerian dipenuhi individu yang berpegang kukuh kepada disiplin.", "Malah, dari segi moral beliau boleh saja tidak masuk ke dalam dewan selagi SOP tidak dipatuhi.", "Dalam mengakui kesalahannya, Hishammuddin yang juga Bendahari BN berkata beliau sedia berhadapan dan bertanggungjawab atas kesalahannya itu.", "Tapi perlu juga diingat bahawa Malaysia bukan seperti di Britain, Jepun atau Korea Selatan di mana menteri akan meletak jawatan jika melakukan kesalahan sama ada jenayah atau kesalahan moral.", "Teringat dahulu UMNO menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan kerana didakwa gagal menangani Covid-19, sedangkan hingga sekarang belum ada negara di dunia lagi yang sifar virus yang mula menular sejak akhir 2019.", "Di Malaysia lain, walaupun Islam agama Persekutuan, kesalahan moral sering kali diketepikan. Pemimpin yang melakukan kesalahan moral sudah tidak ada sifat malu pada diri, keluarga dan masyarakat.", "Tetapi dalam hal ini, bukan Hishammuddin sahaja yang patut dipersalahkan.", "Hasni juga bersalah dari segi moral kerana melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).", "Keghairahan untuk menang PRN Johor tidak menghalalkan untuk undang-undang dilanggar apa lagi jika membabitkan nyawa rakyat, dan dilakukan pula oleh individu bertaraf menteri kanan dan menteri besar.", "Tetapi demikianlah UMNO yang mempertaruhkan nyawa rakyat untuk mengadakan PRN demi mengejar kuasa dan kedudukan.", "Untuk rekod, jangkitan harian Covid-19 di Johor kerap kali lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain, kecuali Selangor.", "Sepanjang bulan lalu, kes tertinggi pernah dicatat ialah pada 27 Januari iaitu sebanyak 805 kes, sedangkan negeri-negeri lain hanya mencatat di bawah 400 kes, kecuali Selangor yang merekodkan 1,355 kes.", "Sejak awal bulan ini pula kes harian tertinggi direkodkan ialah pada 12 Februari lalu iaitu sebanyak 3,238 kes, dan sehingga semalam Johor merekodkan 3,943, kedua tertinggi berbanding negeri-negeri lain selepas Selangor, serta 282,427 kumulatif kes positif.", "Daripada jumlah kes aktif itu seramai 19,634 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 512 ditempatkan di PKRC; 1,039 dimasukkan ke hospital; dan 28 dirawat di ICU, dengan 21 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Sebanyak 63 kluster Covid-19 masih aktif di negeri itu dengan 25 daripadanya melibatkan kluster pendidikan; tempat kerja (24); kumpulan berisiko tinggi (sembilan); masing-masing dua kluster komuniti dan keagamaan; serta satu kluster import." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/msia-brunei-ambil-langkah-bersama-cegah-dan-kawal-covid-19/
M’sia-Brunei ambil langkah bersama cegah dan kawal Covid-19
[ "Putrajaya dan Bandar Seri Begawan bersetuju untuk mengambil langkah bersama ke arah pencegahan dan mengawal Covid-19 disamping meneruskan kerjasama rapat antara kedua-dua negara berjiran dalam pemulihan ekonomi pasca pandemik.", "Hasil kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, kedua-dua pemimpin sepakat memastikan akses kepada bekalan vaksin bagi kedua-dua negara serta pengiktirafan bersama timbal balas sijil vaksinasi antara Malaysia dan Brunei bertujuan memudahkan pergerakan rakyat kedua-dua negara.", "Persetujuan tersebut dicapai dalam kenyataan bersama di akhir Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 Malaysia-Brunei Darussalam.", "Muhyiddin dan Sultan Hassanal yang juga merupakan Perdana Menteri Brunei, bersetuju pada dasarnya untuk mewujudkan Aturan Laluan Hijau Timbal Balas (RGL), dengan langkah pencegahan dan kawalan COVID-19 yang berkesan, untuk memudahkan perjalanan perniagaan dan rasmi antara kedua-dua negara.", "Kedua-dua pemimpin juga menekankan mengenai pentingnya untuk mencergaskan kembali dan melindungi kestabilan sosioekonomi kedua-dua negara dan masyarakat.", "Mengenai hubungan dua hala, kedua-dua pemimpin itu juga mengulangi komitmen mereka untuk memelihara hubungan istimewa ini dengan memperluas dan memperkukuh kolaborasi dalam pelbagai bidang yang saling menguntungkan.", "Kedua-dua pemimpin itu menzahirkan penghargaan berhubung kerjasama antara kedua-dua kerajaan terutama dalam mengatur penghantaran balik warganegara masing-masing yang terkandas di kedua-dua negara serta negara lain semasa pandemik tersebut.", "“Ini membuktikan hubungan erat dan berkekalan antara kedua-dua negara dan rakyat mereka,” kata kedua-dua pemimpin itu dalam satu kenyataan.", "Kedua-dua pemimpin itu juga berhasrat untuk meningkatkan lagi kerjasama ekonomi termasuk dalam bidang pertanian, perikanan, pendidikan serta hubungan, perdagangan dan pelancongan.", "Isu mengenai hubungan pertahanan yang erat serta belia dan sukan selain meningkatkan hubungan dan kerjasama dalam sektor pengangkutan juga disentuh dalam rundingan tersebut.", "“Kedua-dua pemimpin mengulangi komitmen mereka untuk melaksanakan kerjasama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi termasuk multimedia dan keselamatan siber,” menurut kenyataan bersama itu.", "Kedua-dua pemimpin itu menyambut baik kemajuan yang dicapai dalam memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Info-Media-Komunikasi.", "Mengenai MoU antara kedua-dua kerajaan berkaitan kerjasama dalam pengurusan bencana yang ditandatangani pada akhir rundingan, kedua-dua pemimpin itu menyatakan usaha itu akan memperkukuhkan hubungan dalam bidang tersebut.", "Ini terutamanya melalui latihan, latihan bersama, operasi dan pertukaran kepakaran dan maklumat yang berkaitan dengan pencegahan bencana dan pengurangan risiko.", "Perjanjian Penyatuan antara Petronas dengan Sekretariat Penyatuan Nasional Brunei (BNUS) yang ditandatangani pada Isnin juga, akan memberikan momentum positif kepada kerjasama minyak dan gas antara kedua-dua negara.", "Hari ini merupakan hari terakhir Muhyiddin dalam lawatan rasmi dua hari ke negara ini sempena rundingan tahunan itu." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/ringgit-bursa-malaysia-rendah/
Ringgit, Bursa Malaysia rendah
[ "Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini (Khamis, 1 September 2022), dibebani oleh penurunan harga minyak, manakala dolar AS terus mengukuh di tengah-tengah kecenderungan umum mengenai ekonomi global, kata seorang penganalisis.", "Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.4830/4860 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.4745/4780, menurut Bernama.", "Pasaran ditutup pada Rabu untuk sambutan Hari Kebangsaan.", "Penganalisis kanan pasaran OANDA, Edward Moya berkata, harga minyak mentah jatuh kerana peniaga menjangkakan tempoh untuk pertumbuhan global, sebahagiannya kerana aktiviti kilang China kekal tertekan.", "“Harga minyak mentah telah berada dalam aliran rendah kerana pasaran minyak tidak kelihatan seketat itu lagi, tetapi gelombang terakhir kelemahan ini berkemungkinan akan diikuti dengan pengurangan dalam pengeluaran Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum,” katanya.", "Terkini, penanda aras harga minyak mentah Brent turun 2.84 peratus kepada AS$96.49 setong.", "Dalam pada itu, Moya menyatakan bahawa pelabur juga menantikan data Gaji Bukan Ladang AS yang akan dikeluarkan pada Jumaat.", "“Kadar pengambilan pekerja yang lebih perlahan masih memberikan Rizab Persekutuan lampu hijau untuk kenaikan kadar yang lebih agresif sepanjang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan yang akan datang,” tambahnya.", "Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.", "Unit tempatan menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2033/2059 daripada penutup Selasa 3.2073/2103, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.1931/1966 daripada 5.2472/2514 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2150/2173 daripada 3.2235 sebelumnya.", "Bagaimanapun, ia menyusut berbanding euro kepada 4.4942/4972 daripada 4.4884/4919 pada hari Selasa.", "Sementara itu, Bursa Malaysia juga dibuka rendah hari ini berikutan pengambilan untung selepas penutupan kukuhnya pada Selasa, menjejaki kemerosotan pasaran saham global semalaman selepas data pekerjaan AS yang kukuh mencetuskan kebimbangan terhadap pengetatan dasar monetari yang agresif, kata peniaga.", "Pada jam 9.08 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 15.14 mata kepada 1,496.91 daripada 1,512.05 penutup Selasa.", "Indeks penanda aras dibuka 14.04 mata lebih rendah kepada 1,498.01.", "Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup semalam sempena cuti Hari Kebangsaan.", "Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 286 berbanding 96, manakala 216 kaunter tidak berubah, 1,690 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.", "Jumlah dagangan sebanyak 232.37 juta unit bernilai RM134.28 juta.", "Dalam satu nota, Malacca Securities Sdn Bhd berkata walaupun indeks utama Bursa Malaysia berjaya didagangkan secara positif pada Selasa, pelabur harus terus berhati-hati memandangkan ketidaktentuan yang berterusan dalam pasaran saham global." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/4000-siswazah-diambil-secara-one-off-isi-penempatan-guru-2023-radzi/
4,000 siswazah diambil secara ‘one-off’ isi penempatan guru 2023: Radzi
[ "Kementerian Pendidikan (KPM) akan meningkatkan pengambilan guru secara ‘one-off’ atau sekali pengambilan untuk penempatan tahun depan melalui kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang diperkenalkan.", "Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pihaknya menganggarkan jumlah pengambilan tersebut melebihi 4,000 siswazah yang biasanya diambil sepanjang tahun mengikut amalan biasa kementerian.", "“Sebelum Covid-19, biasanya dalam tempoh setahun antara 4,000 hingga 5,000 siswazah diambil mengisi kekosongan. Apabila diperkenalkan sistem kluster, ia memberi kita (KPM) peluang untuk meningkatkan pengambilan.", "“Jadi sekarang kita sedang berusaha menambah jumlah siswazah berbanding jumlah biasa dengan ia sedang diikhtiarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP),” katanya kepada pemberita selepas program wacana bersama komuniti Orang Asli di Sungai Siput, Perak, hari ini.", "Dilapor, sejak KMP diperkenalkan, seramai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara ‘one-off’ telah dilantik dalam pengambilan khas bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM di bawah bidang kuasa SPP.", "Memetik Bernama, Radzi dilaporkan berkata antara masalah dikesan pihaknya berkaitan pengambilan guru ialah isu tunggakan dan tidak sepadan kelulusan yang dilihat telah berjaya diatasi sejak KMP diwujudkan.", "“Tunggakan (pengambilan) sudah bertahun-tahun kerana isu dikatakan pada waktu itu adalah kekurangan bekalan guru manakala tidak sepadan pula diatasi dengan siswazah yang memiliki bidang pengkhususan utama tertentu boleh memohon untuk mengisi kekosongan mata pelajaran lain yang dikategorikan dalam kluster yang sama.", "“Jadi melalui pendekatan ini kita akan dapat jumlah pengambilan yang lebih besar sebab itu kita dapat selesaikan dengan lebih tinggi peratusan pengambilan dan jumlah pengambilan itu sendiri,” katanya.", "Dalam pada itu, Radzi berkata setakat ini terdapat 69 aduan berkaitan buli diterima sejak portal Aduan Buli dilancarkan Khamis lepas dan kesemua aduan itu sedang diteliti sebelum diambil tindakan.", "“Menerusi portal ini, kita ada tiga platform untuk membuat aduan iaitu menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) kita terima sebanyak 28 aduan, dua diterima menerusi e-mel, 17 melalui panggilan telefon manakala 22 melalui aplikasi WhatsApp.", "“Apa yang paling penting, sistem pelaporan ini kerahsiaan maklumat itu kita pegang, kita tidak mahu maklumat sulit ini terkeluar (bocor), nanti anak-anak pula diberikan tekanan. Oleh sebab itu, jika kita lihat kita mula mendapat aduan-aduan, ada aduan yang telah kita ambil tindakan dan aduan yang masih dalam siasatan,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/ph-bn-belum-selesai-bahagi-kerusi-selangor-dijangka-selepas-aidiladha/
PH-BN belum selesai bahagi kerusi Selangor, dijangka selepas Aidiladha
[ "Rundingan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dijangka selesai selepas sambutan perayaan Aidiladha.", "Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata masih berbaki satu atau dua kerusi lagi yang belum diputuskan, menurut laporan Bernama.", "“Saya percaya (Pengerusi PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ada sesi dengan Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan sudah ada peningkatan yang baik daripada jumlah kerusi keseluruhan.", "“Saya harap sebaik lepas Raya Haji (Aidiladha) ini, kita dah selesaikan (pembahagian) kerusi,” katanya selepas melancarkan Jentera Perpaduan Harapan dan BN PRN Selangor Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Tapak Rakan Muda Sri Andalas, malam tadi.", "Sementara itu, ketika ditanya mengenai kriteria bakal calon PH-BN yang akan dipertaruhkan pada PRN Selangor tidak lama lagi, Amirudin berkata gabungan itu akan mengetengahkan calon yang berkredibiliti dan ‘boleh menang’.", "“Formula kami kemenangan, maknanya semua parti harus menampilkan calon (yang mempunyai) kredibiliti dan asas sokongan terhadap parti-parti yang bergabung bawah Kerajaan Perpaduan.", "“Sudah pasti kami akan cuba letakkan (calon boleh menang), sebab pilihan raya kami nak menang. Kami datang sebagai penyandang dan ada rekod pencapaian tadbir negeri,” katanya.", "Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga berkata beliau percaya kerjasama PH-BN adalah gabungan yang baik bagi memastikan kestabilan dalam penggal ini yang sangat getir untuk pulihkan ekonomi negara.", "“Kami datang dengan rekod prestasi negeri dan juga corak pentadbiran Pakatan Harapan selama 15 tahun. Insya-Allah, rasional rakyat dengan kami, lagi pula sekarang ada sebahagian rakan dari BN yang juga berpengalaman dalam pentadbiran,” katanya.", "Pada 23 Jun lepas, DUN Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan sekali gus membuka laluan kepada PRN untuk diadakan.", "Di Selangor mempunyai 56 kerusi DUN dan untuk mendapat majoriti mudah, parti bertanding perlu memenangi 29 kerusi bagi membentuk kerajaan.", "Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), PH yang bertanding menggunakan logo PKR ketika itu mendominasi negeri merah kuning apabila menang 51 daripada 56 kerusi DUN, diikuti BN dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/79-5-peratus-mangsa-banjir-sudah-terima-bantuan-wang-ihsan/
79.5 peratus mangsa banjir sudah terima Bantuan Wang Ihsan
[ "Seramai 39,255 atau 79.5 peratus daripada 49,394 ketua isi rumah terlibat banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 setakat pukul 1 tengah hari tadi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Dalam ciapan di Twitternya, Ismail Sabri berkata mereka yang masih belum mendaftar boleh segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pegawai Daerah untuk bantuan segera kerajaan Persekutuan, menurut laporan Bernama.", "Kerajaan sebelum ini mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia antaranya meliputi BWI sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah berbanding RM500 sebelum ini.", "Bayaran bantuan berkenaan disalurkan sejak 27 Dis tahun lepas, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir agak luar biasa yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/pejuang-sedia-bekerjasama-dengan-parti-lain-selepas-prn-johor/
PEJUANG sedia bekerjasama dengan parti lain selepas PRN Johor
[ "Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sedia bekerjasama dengan parti lain selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.", "Beliau berkata dalam membentuk kerajaan di Malaysia, langkah itu perlu demi perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama serta budaya dan parti tersebut ‘hanya mempunyai satu bangsa iaitu Melayu’.", "“Pejuang bertanding di 42 kerusi, mahu tak mahu sesebuah kerajaan yang ditubuh mestilah ada campuran wakil semua kaum dan itu tak datang daripada kami, jadi kita kena cari satu kesepakatan dengan pihak lain,” katanya kepada pemberita selepas Program Presiden Pejuang bersama calon di Rengit hari ini.", "Bagaimanapun, beliau berkata Pejuang belum menetapkan parti yang bakal dipilih untuk bekerjasama, lapor Bernama.", "Ditanya mengenai keyakinan Pejuang yang pertama kali bertanding dan menampilkan calon muka baharu, Mukhriz berkata PRN Johor merupakan platform untuk memperkenal parti itu kepada pengundi.", "“Apa yang penting, kita nak kenalkan parti dan calon kepada pengundi. Pengundi muda perlu didedahkan kepada proses kematangan dalam politik, kalau tak dedahkan, sampai bila mereka nak berpengalaman,” katanya.", "Sebelum ini, Muhkriz berkata parti itu tidak berhasrat berunding dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), susulan pertembungan kedua-dua parti itu di tujuh kerusi DUN PRN Johor 12 Mac ini.", "Menurutnya parti itu tidak menjangka MUDA akan bertanding di kawasan pengundi Melayu, sekali gus menyaksikan pertembungan antara dua parti baharu itu.", "“Kita sebenarnya tiada apa-apa masalah dengan MUDA, tetapi daripada awal lagi kami berpendirian kami mahu bertanding di kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.", "“Kita tidak sangka yang MUDA juga minat kerusi-kerusi seperti itu (pengundi Melayu), kerana kita ingatkan fokus MUDA lebih kepada kawasan bandar dan pinggir bandar,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/menteri-sahkan-pegawai-ditahan-sprm-sedia-beri-kerjasama/
Menteri sahkan pegawai ditahan SPRM, sedia beri kerjasama
[ "Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar mengesahkan laporan media berhubung seorang pegawai di kementeriannya yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).", "Dalam kenyataan pendek malam tadi, Sivakumar dan kementerian berkata akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung penahanan pegawainya tetapi enggan mengulas pada masa ini kerana kes masih dalam siasatan.", "“Justeru itu, saya berharap pihak media tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi yang boleh menjejaskan mana-mana pihak sehingga agensi siasatan yang berkenaan selesai,” katanya dalam kenyataan dipetik Berita Harian.", "Terdahulu, media melaporkan SPRM menahan seorang pegawai kanan pejabat Sivakumar berhubung urusan pengambilan pekerja asing.", "Seorang lagi suspek yang dipercayai ejen pengambilan pekerja asing turut ditahan SPRM untuk membantu siasatan.", "SPRM juga dikatakan sudah menyerbu pejabat kementerian terbabit yang didakwa mengadakan proses pengambilan pekerja asing yang dikaitkan dengan KSM." ]
https://www.agendadaily.com/politik/ph-bn-usah-balas-dendam-terhadap-penjawat-awam-kata-hadi-awang/
PH, BN jangan balas dendam terhadap penjawat awam: Hadi Awang
[ "Timbalan Ketua Ahli Parlimen (MP) Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) tidak berdendam terhadap penjawat awam yang mengundi PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.", "Pada masa sama, beliau yang juga ahli Parlimen Marang, turut mengingatkan perlunya ada pemisahan kuasa yang tidak diganggu oleh secarang campur tangan politik salah, sebaliknya ahli politik perlulah berwibawa dan berintegriti.", "“Perlu ada pemisahan kuasa yang tidak diganggu oleh sebarang campur tangan politik yang salah. Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam undi penjawat awam, jangan jadikan dendam yang salah dan merosakkan.", "“Kalangan ahli politik yang berwibawa pemikirannya dan berintegriti, diwajibkan agar melaksanakan keadilan kepada semua pihak daripada kalangan rakyat, tanpa mengira agama, bangsa dan penyokong atau pembangkang mahupun kalangan atas pagar yang tidak berpendirian, bahkan juga terhadap musuh.", "“Mereka yang mentadbir dengan kuasa politik (legislatif) yang kuat dan beramanah, wajib menjaga perhubungan baik dengan pentadbiran (eksekutif).", "“Jangan sekali-kali mengacau pegawai yang berwibawa dengan alasan politik,” katanya sambil memetik firman Allah SWT dalam ayat 26 surah Al-Qasas yang bermaksud “Sesungguhnya, sebaik-baik orang yang kamu ambil untuk bekerja (dengan kita) ialah orang yang kuat, lagi dapat dipercayai.”", "Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini (28 Februari 2023).", "Terdahulu, wakil rakyat PN mendakwa beberapa tindakan dilakukan kerajaan PH-BN terhadap parti lawan dan rakyat, menjurus kepada membalas dendam politik setelah PRU-15 lalu.", "Malah, ketika mengulas pertuduhan yang dikenakan terhadap MP PN Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan di mahkamah baru-baru ini, wakil rakyat PN menyifatkannya ia adalah pendakwaan terpilih bermotifkan politik balas dendam.", "Selain itu beberapa pemimpin PN, termasuk bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).", "Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Presiden PAS dan Timbalan Pengerusi PN berkata pembangkang dalam sebuah negara demokrasi dianggap sebagai penasihat bagi melakukan muhasabah terhadap kerajaan supaya jangan syok sendiri dengan tidak menyedari kelemahan yang berlaku dan mestilah bertindak memperbetulkannya.", "Beliau turut mengingatkan bahawa tindakan melengahkan peruntukan di kawasan pembangkang dan kerajaan negeri yang dikuasainya adalah tidak tepat dengan prinsip Islam dan demokrasi.", "“Bahkan, ia terlalu jauh daripada ajaran Islam yang menjadi agama negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan sangat mencalarkan imej Islam.", "“Selepas pilihan raya, semua pihak menjadi rakyat kepada mana-mana kerajaan yang memerintah, inilah konsep demokrasi yang betul.", "“Janganlah dalam bab cukai diambil daripada semua, bab hasil bumi pula dikebas daripada semua negeri termasuklah negeri pembangkang dan rakyat pembangkang, tetapi dalam urusan mentadbir dan membahagikan peruntukan, dibeza-bezakan,” katanya terkait keengganan kerajaan PH-BN menyediakan peruntukan kepada MP PN, sedangkan MP kerajaan diberi peruntukan.", "Abdul Hadi juga berkata kerajaan PH-BN perlu sedar bahawa berlaku banyak ketinggalan terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang banyak berada di kawasan pedalaman, luar bandar, di Pantai Timur, Utara Semenanjung dan Malaysia Timur (Sarawak dan Sabah).", "Perkara itu, katanya berlaku sejak zaman penjajah lagi mengikut penyusunan masyarakat yang telah dibentuk oleh mereka bagi mewujudkan ketegangan pada masa hadapan, melalui kesempatan memeras semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.", "Kini, katanya kebanyakan penduduk di luar bandar daripada orang Melayu dan bumiputera memberikan sokongan kepada PN, serta parti Sarawak dan Sabah, manakala PH mendapat sokongan penduduk bandar dan kawasan campuran yang didukung bukan Melayu dan bukan Bumiputera.", "“Justeru, tindakan kerajaan PH yang membelakangi kawasan PN, Sabah dan Sarawak tidak mampu mengubah keadaan. PN yang mengambil alih kerajaan dalam masa yang singkat ketika bencana wabak dapat menunjukkan sedikit perubahan,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pengerusi-pac-sebelum-ini-dari-dap-sahkan-perolehan-vaksin-teratur-nak-spin-apa-lagi/
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
[ "Portal pro-DAP cuba memutar-belit isu berhubung peroleh vaksin yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini kononnya songlap RM10 bilion.", "Fakta yang dikemukakan juga tidak tepat dengan memainkan isu kononnya RM10 bilion disonglap walhal peruntukan siling yang diluluskan hanyalah RM5 bilion sahaja, jadi celah mana RM10 bilion hilang pula?", "Malah, portal pro-DAP juga terlupa Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong kah Woh adalah wakil DAP yang dilantik untuk menyemak dan menjalankan tanggungjawab dalam meneliti setiap aspek peroleh vaksin Covid-19 oleh kerajaan sebelum ini.", "“Spin yang terbaharu ialah kononnya kerajaan PN (Perikatan Nasional) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah songlap duit perolehan vaksin sebanyak RM10 bilion semasa tempoh darurat. ", "“Saya terkejut kerana saya tahu peruntukan siling yang diluluskan oleh kerajaan (kemudiannya oleh Parlimen) untuk perolehan vaksin menggunakan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) hanyalah RM5 bilion sahaja. ", "“Macamana kerajaan boleh songlap RM10 bilion kalau peruntukannya hanya RM5 bilion? Ini tak masuk akal.", "“Kalau spin atau putar belit ini tak dirungkai, ramai yang akan terpengaruh dengan perkara yang tak betul,” kata mantan Ketua Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad dalam satu kenyataan di Facebook.", "Marzuki mengulas mengenai dakwaan dua portal pro-DAP, Finance Twitter dan The Coverage yang kelihatan pro-DAP dan anti PN baru-baru ini.", "Marzuki juga menjelaskan sehingga 21 Julai 2021, iaitu tarikh darurat 2021 berakhir, kerajaan telah membuat pesanan bekalan vaksin yang mencukupi untuk 120 peratus penduduk (rujuk muka surat 32 Laporan PAC).", "Bagi tempoh tersebut, sebanyak RM1.027 bilion daripada peruntukan siling RM5 bilion telah dibelanjakan (rujuk muka surat 35 Laporan PAC).", "“Ini faktanya. Jadi, dari mana portal Finance Twitter dan The Coverage yang pro-DAP dapat angka RM10 bilion tu?” soalnya lagi.", "Untuk rekod, Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021.", "Jelasnya lagi, pesanan bekalan 120 peratus sebelum ini adalah atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).", "“Adakah perolehan vaksin yang mencukupi untuk 120 peratus penduduk ini suatu pembaziran? Jawapannya bukan membazir.", "“Kenapa? Kerana Tan Sri Muhyiddin atas nasihat KKM pada masa itu tahu bahawa rakyat memerlukan ‘booster shot’ atau dos penggalak. Jadi kerajaan perlu sediakan vaksin bukan untuk 100 peratus penduduk, tetapi lebih daripada itu,” ujarnya lagi.", "Berhubung perolehan bekalan vaksin, Marzuki juga berkata laporan PAC yang disediakan oleh wakil DAP itu sendiri mengesahkan semua proses berjalan secara teratur dan dibeli dengan munasabah.", "“Apa rumusan PAC mengenai perolehan vaksin semasa tempoh darurat?", "“Secara ringkasnya PAC merumuskan bahawa urusan perolehan vaksin telah dilaksanakan secara teratur mengikut tatacara kewangan yang dibenarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. ", "“PAC juga berpuas hati dengan harga perolehan vaksin daripada pelbagai portfolio oleh Kerajaan yang didapati adalah munasabah. PAC juga mengakui proses perolehan vaksin bertambah proaktif dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) pada bulan Oktober 2020. ", "“Selain itu, PAC juga berpandangan penggunaan dana KWAN bagi tujuan perolehan vaksin adalah selaras dengan objektif penubuhan KWAN tertakluk kepada perbelanjaan yang berhemah. PAC juga membuat beberapa pemerhatian lain untuk tujuan penambahbaikan (sila rujuk mukasurat 68-71 Laporan PAC),” katanya lagi.", "Menurut Marzuki lagi, putar beli media pro-DAP akan berterusan kerana mereka kini sudah menjadi rakan strategik kepada UMNO-Barisan Nasional (BN).", "“Media pro-DAP akan terus melakukan spin terhadap PN. Ini kerana apabila BN telah berkawan dengan PH, maka PN menjadi pencabar tunggal yang utama kepada DAP,” katanya lagi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pemangku-raja-pahang-perintah-masjid-solat-hajat-untuk-palestin/
Pemangku Raja Pahang perintah masjid solat hajat untuk Palestin
[ "Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di negeri itu mengadakan solat hajat dan doa memohon Allah SWT melindungi serta memberi kesejahteraan kepada rakyat Palestin.", "Memetik laporan Bernama, Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman menerusi kenyataan di sini hari ini berkata, baginda menitahkan supaya solat sunat dan doa selamat itu diadakan esok, selepas selesai solat Maghrib.", "“Baginda juga menyeru pelaksanaan solat hajat dan doa selamat diadakan di kediaman masing-masing bagi rakyat yang tidak berkesempatan ke masjid atau surau ekoran had jemaah yang terhad dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "“Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama juga diseru untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin. Baginda juga menzahirkan harapan supaya isu pencerobohan dan peperangan ini dapat dihentikan segera,” katanya.", "Beliau berkata, Tengku Hassanal turut menzahirkan rasa kesal dengan tindakan rejim Zionis Israel yang melakukan pencerobohan dan menyerang Masjid Al-Aqsa serta Semenanjung Gaza sehingga mengorbankan dan mencederakan ratusan rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/abdallah-berjihad-lawan-rejim-zionis-guna-media-sosial-cakap-kelantan/
Abdallah berjihad lawan rejim Zionis guna media sosial, cakap Kelantan
[ "Biarpun berada ribuan batu jauh dari tempat asalnya di Gaza, Palestin, Abdallah Ismail tetap meneruskan perjuangan serta jihadnya melawan rejim Zionis hanya ‘bersenjatakan’ media sosial.", "Lelaki berusia 35 tahun itu, yang menetapkan di Kampung Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini sejak 2014 selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan di sini, berkata adalah menjadi tugasnya ‘berperang’ dengan menyampaikan maklumat sebenar serta situasi semasa di bumi Palestin.", "Agensi berita Bernama melaporkan kelibat Abdallah mula tular dalam Facebook sejak Sabtu lalu, apabila beliau bersiaran langsung menceritakan perkembangan mengenai Gaza dalam loghat Kelantan.", "Videonya itu telah dikongsi lebih 21,000 serta ditonton lebih 134,000 pengguna akaun media sosial tersebut, setakat 1.30 tengah hari tadi.", "“Ini menjadi tanggungjawab saya untuk menyebarkan berita sahih. Memang ramai yang sokong (Palestin) tetapi masalahnya bukan semua orang tahu keadaan sebenarnya,” katanya ketika ditemui pemberita, di Kota Bharu, hari ini.", "Mengulas lanjut, Abdallah, yang juga fasih bertutur dalam bahasa Melayu berkata media sosial menjadi platform kepadanya untuk berkongsi pengetahuannya mengenai fakta, sejarah serta berita terkini terutamanya apa yang berlaku di Masjid Al-Aqsa dan kawasan kejiranan Syeikh Jarrah kepada orang ramai.", "“Tambahan pula, sejak kebelakangan ini, saya merasakan ada banyak berita palsu malah ada segelintir pihak cuba membuat fitnah terhadap Palestin.", "“Oleh itu memerangi berita palsu ini amat penting. Sumber maklumat saya adalah media Arab, media tempatan di sana, berita radio Gaza dan juga media antarabangsa,” katanya yang mengusahakan perniagaan makanan bersama isterinya.", "“Saya akan pasti fakta dan yakin 100 peratus sebelum berkongsi maklumat dengan warga media sosial. Malah, saya juga berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan di Gaza untuk mendapatkan perkembangan situasi dari semasa ke semasa,” katanya.", "Beliau turut menegaskan apa yang dilakukan itu bukan berniat untuk mengutip derma tetapi hanya untuk menceritakan perkembangan semasa di bumi Gaza supaya lebih ramai orang memahami dan mengetahui perkara sebenar perjuangan rakyat Palestin dan kekejaman rejim Zionis.", "Abdallah menjelaskan selain sumbangan kewangan, pakaian dan makanan daripada orang ramai, apa yang paling diperlukan penduduk Gaza ketika ini adalah doa daripada seluruh saudara Islam.", "“Sebagai umat Islam, kita percaya dan yakin bahawa doa orang ramai paling bermanfaat,” katanya sambil memberitahu bahawa bekalan ubat dan fasiliti hospital di Gaza juga tidak mencukupi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/khairy-dilantik-naib-pengerusi-eksekutif-who-rantau-pasifik-barat/
Khairy dilantik Naib Pengerusi Eksekutif WHO rantau Pasifik Barat
[ "Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mewakili rantau Pasifik Barat bagi 2022-2023.", "Khairy dilantik bersama dengan calon-calon yang mewakili tiga lagi negara yakni Colombia, Yaman dan Timor Leste.", "Pengumuman dibuat hari ini di Geneva pada pukul 10 pagi waktu Geneva.", "Menurut Bernama pelantikan adalah berdasarkan prinsip penggiliran antara rantau geografi, dengan Malaysia pada ketika ini merupakan ahli Lembaga Eksekutif WHO dari 2021 hingga 2024.", "Rakaman video pengumuman itu dikongsi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dengan media tempatan.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengucapkan tanhian atas pelantikan itu berkata ia merupakan satu penghormatan besar kepada negara.", "Beliau berkata Malaysia berhasrat memperjuangkan isu-isu yang menjadi keutamaan dan kepentingan bersama masyarakat serantau serta global, dengan menjadi suara utama sebagai naib presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia, dan kini naib pengerusi Lembaga Eksekutif WHO.", "“Di tengah-tengah setiap krisis, terdapat peluang besar untuk melakukan apa yang betul untuk rakyat dan masyarakat, di peringkat tempatan mahupun global. Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan untuk memajukan kesihatan awam global,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.", "Katanya Malaysia akan menyumbang ke arah kejayaan usaha WHO dalam memimpin masyarakat antarabangsa terhadap pelbagai bidang, termasuk tindak balas COVID-19, inovasi kesihatan digital, penuaan yang sihat dan aktif, kesihatan mental, penyakit tidak berjangkit (NCD) dan perubahan iklim." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/daripada-penembak-tepat-taliban-kepada-datuk-bandar-afghanistan/
Daripada penembak tepat Taliban kepada datuk bandar Afghanistan
[ "Bersiar-siar di bandar Maymana, ibu negeri bagi wilayah Faryab di barat laut Afghanistan, datuk bandar baharu dilihat memberi inspirasi kepada orang ramai yang sudah keletihan terbabit dalam perang berpanjangan di negara itu.", "Tetapi Damullah Mohibullah Mowaffaq mempunyai reputasi sebagai salah seorang penembak tepat terkenal dalam barisan pejuang Taliban, sehingga pada musim panas lalu beliau terus melancarkan perang untuk menguasai Afghanistan.", "Mowaffaq dilantik sebagai datuk bandar Maymana ada November, tiga bulan setelah Taliban merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan yang disokong Barat.", "Beliau menjadi terkenal sebagai seorang pejuang, tetapi kini jadualnya padat dengan tugas harian kerajaan tempatan – membuka sekatan pembetung, merancang pembinaan dan pembaikan jalan raya serta meredakan ketegangan dalam kalangan kejiranan.", "Perubahan perwatakan dan perjuangannya mencerminkan transformasi yang lebih luas yang sedang dialami Taliban, ketika pemberontak bergelut untuk mentadbir sendiri beberapa wilayah di negara itu.", "“Ketika saya berjuang, objektif saya sangat spesifik – untuk menamatkan pendudukan asing, diskriminasi dan ketidakadilan,” kata lelaki berusia 25 tahun itu kepada AFP.", "“Kini matlamat saya juga jelas – untuk memerangi rasuah dan menjadikan negara ini makmur,” katanya lagi, sambil berbual dengan pekerja perbandaran membersihkan longkang di tepi jalan.", "Senarai tugas dan tanggungjawabnya semakin bertambah setelah penduduk di bandar dengan 100,000 populasi itu memberikan pelbagai cadangan penambahbaikan.", "“Datuk bandar baharu itu muda, berpendidikan tinggi dan, yang paling penting, dari bandar,” kata timbalannya yang bukan anggota Taliban, Sayed Ahmad Shah Gheyasi.", "“Dia tahu bagaimana untuk berurusan dengan orang.”", "Tidak seperti individu susah lain, Mowaffaq berasal daripada keluarga peniaga yang kaya dan dibesarkan di Maymana, di mana beliau cemerlang di sekolah dan dalam sukan.", "Kenangan semasa mudanya menghiasi pejabatnya termasuk sijil pertandingan seni mempertahankan diri serta diploma.", "Selepas menyertai pemberontakan pada usia 19 tahun, beliau dinaikkan pangkat untuk memerintah sebuah unit kecil yang ditempatkan di wilayah Faryab.", "Sesetengah pihak menyifatkan beliau sebagai salah seorang penembak tepat Taliban yang paling berbakat, walaupun dia kelihatan enggan untuk menceritakan kisah perang.", "Mowaffaq memantau pekerja bandaran ketika mereka membersihkan jalan di Maymana, ibu kota wilayah Faryab barat laut Afghanistan. Gambar AFP", "Tetapi semasa berjalan-jalan dengan wartawan AFP dia berhenti seketika di hadapan sebuah rumah yang penuh kesan peluru berhampiran kampung Doraye Khoija Qoshre, di mana unitnya pernah berkuasa.", "“Dia membunuh seorang askar Amerika dengan senapangnya dari rumah ini, kemudian sebuah pesawat datang dan mengebomnya,” kata Saifaddin, seorang petani tempatan.", "Walaupun tidak dapat disahkan Mowaffaq bertanggungjawab, pada pertengahan 2019 Amerika Syarikat mengumumkan seorang anggota pasukan khas mereka telah terbunuh dalam pertempuran di Faryab.", "Setahun sebelumnya, Rangkaian Penganalisis Afghanistan berkata Maymana “secara praktikal berada di bawah pengepungan” kerana “kehadiran Taliban yang sangat meluas.”", "Mowaffaq menyaksikan beberapa rakan seperjuangan terbunuh dalam pertempuran tetapi tetap mengelak daripada menyentuh mengenai kengerian yang dilakukan dan dialaminya.", "“Saya mengalami masa naik dan turun,” katanya.", "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia menuduh Taliban melakukan pencabulan hak asasi manusia yang teruk sejak mereka merampas kuasa pada Ogos tahun lalu.", "Kematian lebih 100 bekas kerajaan atau pasukan keselamatan telah dipersalahkan kepada pemerintah baharu negara itu, manakala aktivis wanita ditahan dan wartawan dipukul kerana membuat liputan protes mereka.", "Di seluruh Afghanistan, golongan Islamis kerap mengusir wanita dari kawasan awam, menghalang gadis daripada mendapat pendidikan dan sebahagian besarnya menghalang jantina yang berlainan di tempat kerja.", "Tetapi di pejabat Mowaffaq, kakitangan wanita dibenarkan terus bekerja, dan taman awam di bandar itu dikhaskan untuk mereka. Di bawah rejim Taliban yang pertama dari 1996 hingga 2001, burqa yang meliputi wajah diwajibkan kepada wanita, tetapi dalam pemerintahan sekarang tindakan itu tidak lagi dikuatkuasakan.", "“Di pejabat Datuk Bandar Maymana, tiada siapa yang memberitahu kami cara berpakaian,” kata Qahera, pengarah sumber manusia berusia 26 tahun, yang memakai tudung selaras dengan keperluan pakaian semasa. – AFP" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/notis-writ-saman-kakak-jho-low-melalui-akhbar-singapura/
Notis writ saman kakak Jho Low melalui akhbar Singapura
[ "Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan rayuan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapatkan perintah penyampaian ganti untuk menyerahkan notis writ saman kepada May Lin, kakak ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.", "Peguam 1MDB, K Siva Kumar berkata Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz bersetuju penyampaian ganti menerusi iklan pada akhbar The Straits Times di Singapura kerana May Lin dipercayai berada di negara itu.", "“(Dua kali) Kami hantar surat janji temu tetapi gagal kerana diberitahu oleh pemastautin bahawa May Lin tidak tinggal di sana (alamat dalam rekod).", "“Oleh itu penyampaian secara peribadi tidak praktikal maka kami memohon untuk penyampaian ganti selaras kuasa mahkamah mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.", "“Rayuan kami terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar, Haslinda A Raof sebelum ini yang menolak permohonan untuk membuat penyampaian ganti itu. Keputusan pendaftar itu diketepikan dan rayuan penyampaian ganti dibenarkan,” katanya lapor Berita Harian, hari ini.", "Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho masih gagal dikesan pihak berkuasa sehingga hari ini.", "Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya, iaitu Global Diversified, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited, memfailkan saman AS$3.7837 bilion (RM15.9 bilion) terhadap May Lin, Jho Low; bapa, Tan Sri Larry Low Hock Peng; ibu, Puan Sri Goh Gaik Ewe; adik lelaki, Taek Szen serta rakan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.", "Berdasarkan writ saman itu, 1MDB menuntut AS$661 juta (RM2.8 bilion) daripada Jho Low; masing-masing AS$41 juta (RM172 juta), AS$397 juta (RM1.7 bilion), AS$608 juta (RM2.5 bilion) dan AS$1.9 bilion (RM8 bilion) daripada Jho Low dan Kim Loong; serta AS$325 juta (RM1.4 bilion) daripada Jho Low dan bapanya.", "1MDB Global Investments Limited pula menuntut AS$630 juta (RM2.6 bilion) daripada Hock Peng, Jho Low dan Kim Loong, serta AS$2 juta (RM8.4 juta) daripada Taek Szen, Jho Low dan Kim Loong.", "Plaintif turut menuntut AS$3.5 juta (RM14.7 juta) daripada May Lin and Jho Low serta AS$1.695 juta (RM7.1 juta) daripada Gaik Ewe, Jho Low dan Kim Loong berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia, selain AS$25.5 juta (RM107.1 juta) daripada Jho Low, Kim Loong, Hock Peng dan Taek Szen." ]
https://www.agendadaily.com/politik/tengku-zafrul-bakal-jadi-calon-umno-bn-pada-pru-15/
Tengku Zafrul bakal jadi calon UMNO, BN pada PRU-15
[ "Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bakal menjadi calon UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, setelah dilantik sebagai Bendahari BN Selangor.", "Walaupun sebelum ini, pernah menafikan sekarang bukan masa sesuai untuk menceburi bidang politik kerana berusaha memulihkan ekonomi negara, beliau bagaimanapun berterima kasih di atas pelantikan itu.", "Menurutnya sama ada tercalon atau tidak pada PRU-15 akan datang, keutamaan yang diberikan adalah untuk memastikan BN dapat menawan semula Selangor daripada Pakatan Harapan (PH).", "“Kita satu pasukan di Selangor. Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar dan saya akan bekerjasama dengan semua pucuk kepimpinan BN di Selangor… untuk menawan kembali Selangor,” kata Tengku Zafrul.", "Sebelum ini, jawatan Bendahari BN Selangor disandang Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos yang bersedia menyerahkan kerusi itu kepada Tengku Zafrul.", "Jamal menyatakan kesediaannya untuk memberi laluan kepada Zafrul bagi memastikan UMNO-BN dapat memenangi semula Selangor pada PRU-15 akan datang.", "“BN Selangor sangat memerlukan seorang individu berkarisma ‘heavyweight’ seperti beliau untuk menghadapi PRU yang sangat mencabar.”", "“Saya ingin menggesa kepimpinan BN Selangor mempertimbangkan cadangan ini untuk segera melantik Tengku Zafrul sebagai bendahari sejurus selepas saya meletak jawatan,” kata Jamal.", "Sebelum ini juga spekulasi mengatakan Tengku Zafrul berkemungkinan bertanding di Parlimen Kuala Selangor pada PRU-15. Sebahagian besar pengundi seakan sudah ambil maklum kemungkinan tokoh korporat itu mempertaruhkan nasib pada pilihan raya pertamanya di sana.", "Melihat demografi Parlimen Kuala Selangor, kerusi itu diwakili majoriti 66 peratus pengundi Melayu; India (22 peratus); Cina (13 peratus); Bumiputera Sabah dan Sarawak (0.2 peratus) serta 0.5 peratus Orang Asli dan lain-lain.", "Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mewakili Parti Amanah Negara adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor yang menang majoriti besar 8,498 undi pada PRU-14.", "Biarpun rekod cemerlang Dr Dzulkefly mewakili PH, terutama ketika tsunami menolak BN membengkak pada 2018, terlalu awal untuk menganggap Parlimen Kuala Selangor adalah kubu kuat PH.", "Terdahulu ketika berucap pada Majlis Penutup Konvensyen BN Selangor di Shah Alam, malam tadi, Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pelantikan Tengku Zafrul adalah sebagai langkah permulaan untuknya ‘terjun’ ke bidang politik.", "“Peluang itu adalah yang terbaik kerana bukan sahaja beliau telah dikenali, tentu beliau mempunyai hasrat terlibat secara langsung dalam politik kerana beliau juga telah menjadi ahli UMNO Cawangan Jalan Travers (Bahagian Lembah Pantai),” katanya b", "Menurutnya yang juga Presiden UMNO, gabungan itu Selangor harus memberi peluang kepada muka baharu terutama golongan profesional yang berpotensi dalam usaha merampas kembali Selangor pada PRU-15.", "Katanya golongan ‘warlord’ BN sebagai orang politik harus berjiwa besar untuk menerima kelompok profesional selain memulakan pencarian calon lain yang dapat membantu kemenangan gabungan itu.", "Beliau berkata kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri di Sabah, Melaka dan Johor tidak seharusnya dijadikan acuan bagi menghadapi PRU akan datang sebaliknya BN Selangor harus melakukan perubahan dengan mencari tokoh profesional dalam kalangan anak Selangor untuk dinamakan sebagai calon." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pm-syor-pangkalan-data-berpusat-semak-selaras-penerima-bantuan/
PM syor pangkalan data berpusat semak, selaras penerima bantuan
[ "Pangkalan data berpusat dicadangkan bagi menyelaras semakan kelayakan serta rekod penerima bantuan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Beliau berkata, cadangan itu adalah antara Hala Tuju Baharu Bantuan Sosial yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang dipengerusikannya pada 22 Februari lalu.", "Berucap pada majlis apresiasi ulang tahun ke-75 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Putrajaya hari ini, Muhyiddin berkata pangkalan data tersebut perlu memandangkan terdapat 192 jenis bantuan yang disalurkan kepada rakyat merentasi pelbagai agensi kerajaan.", "“Sesiapapun yang memenuhi kriteria kelayakan penerima bantuan perlu dilayan secara adil dan saksama. Ini memenuhi prinsip prihatin yang menjadi teras pendekatan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada hari ini,” katanya dipetik Bernama.", "Muhyiddin juga mahu semua agensi yang terlibat dalam pemberian bantuan sosial dapat menyelaraskan mekanisme penyampaian bantuan supaya bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan dengan kadar segera.", "Katanya, beliau sedar dan insaf bahawa ramai rakyat khususnya dalam kalangan penerima bantuan JKM yang terkesan akibat pandemik COVID-19.", "Justeru, beliau berkata kerajaan telah mengambil pendekatan yang proaktif dan menyeluruh sejak dari awal dengan memperkenalkan pelbagai pakej rangsangan ekonomi seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Kita Prihatin, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan yang terbaru pelan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).", "Beliau berkata inisiatif tersebut adalah penting bagi memastikan supaya segala bantuan dapat disalurkan kepada golongan sasaran untuk membantu rakyat dalam fasa pemulihan ekonomi negara." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/18-termasuk-14-pemancing-hilang-bot-karam-dipukul-ribut-di-langkawi/
18 termasuk 14 pemancing hilang, bot karam dipukul ribut di Langkawi
[ "Seramai 18 individu, termasuk empat kru dan 14 pemancing dilapor hilang apabila bot yang dinaiki dipercayai karam pada kedudukan sekitar 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi sekitar jam dua petang tadi.", "Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat setelah menerima maklumat.", "Dalam kejadian jam 2 petang itu, bot terbabit dilaporkan membawa sekumpulan pemancing yang dikatakan berasal dari Banting, Selangor dan Kuala Lumpur, sebelum dipukul ribut.", "Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, pihaknya sudah menghantar tiga aset ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).", "“Aset Maritim Malaysia KM Tenggol, Bot Perkasa 1225 dan Bot Penyelamat 5 diatur gerak bagi operasi SAR sebaik menerima laporan kecemasan daripada Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi.", "“Maklumat kejadian turut disalurkan kepada agensi penyelamat lain termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta komuniti nelayan setempat,” katanya dalam kenyataan petang ini.", "Mohd Zawawi berkata, sektor operasi diperluaskan dari lima hingga 10 batu nautika berikutan penemuan beberapa objek terapung termasuk tong ikan, tin biskut dan gabus dipercayai milik bot berkenaan.", "“Penemuan barangan itu adalah pada jarak 4.8 batu nautika, di Barat Daya dari posisi akhir bot terbabit dilaporkan hilang.", "“Sehingga kini operasi SAR dibantu pelbagai agensi penyelamat masih diteruskan dijangka sehingga pagi esok bagi mengesan bot terbabit,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/rakyat-singapura-boleh-masuk-malaysia-tak-lama-lagi-nancy/
Rakyat Singapura boleh masuk Malaysia tak lama lagi: Nancy
[ "Malaysia akan membuka pintu sempadan kepada rakyat Singapura tidak lama lagi, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.", "Beliau dijadual bertemu pegawai Singapura minggu depan bagi berbincang pelaksanaan rentas sempadan antara kedua-dua negara, yang beliau jangka akan bermula paling cepat November ini.", "Menurutnya, Putrajaya berhasrat membuka kembali sempadannya kepada pelancong antarabangsa mulai bulan depan dan pengunjung dari Singapura adalah antara yang pertama akan dibenar memasuki Malaysia.", "“Kami terbuka (kepada) rakyat Singapura selagi Singapura juga terbuka kepada kami,” kata dalam rancangan CNBC Street Signs Asia.", "Ditanya bila perjanjian dengan Singapura dapat diselesaikan, Nancy berkata beliau yakin ia akan dibuat pada November.", "Sebelum pandemik melanda kedua-dua negara pada awal tahun lalu, ribuan penduduk Singapura dan Malaysia berulang-alik menyeberangi Tambak Johor dan Link Kedua di Tuas untuk melawat keluarga atau bekerja.", "Sebelum sempadan kedua-dua negara di tutup pada Mac tahun lalu, dianggarkan setengah juta orang melakukan perjalanan antara Singapura dan Johor.", "Dianggarkan lebih 100,000 rakyat Malaysia terperangkap di Singapura sejak sempadan ditutup dan berharap mereka dapat kembali kepada keluarga masing-masing.", "Sementara itu, Singapura menyenaraikan Malaysia di bawah Kategori III berbanding Kategori IV sebelum ini, selepas republik itu mengadakan semakan berkala mengenai pandemik Covid-19.", "Ini bermakna semua pengembara dari Malaysia perlu menjalani kuarantin 10 hari di rumah atau kediaman yang diisytiharkan dalam Notis Tinggal di Rumah (SHN) di Singapura bermula 27 Oktober 2021.", "Peraturan ke atas pengunjung dari Malaysia itu serta ahli keluarga mereka dibuat secara menyeluruh tidak mengira status vaksin dan sejarah perjalanan mereka, menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) mengenai Covid-19 Singapura, hari ini.", "Selain Malaysia, negara lain yang bakal dimasukkan dalam kategori III adalah Kemboja, Mesir, Hungary, Indonesia, Israel, Mongolia, Qatar, Rwanda, Samoa, Seychelles, Afrika Selatan, Tonga, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam.", "Dalam satu kenyataan media, MTF menyatakan, berdasarkan syarat dalam kategori berkenaan, mereka tidak akan ditempatkan di kemudahan khas SHN." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/aidiladha-indonesia-kenakan-sekatan-mudik-mulai-hari-ini/
Aidiladha: Indonesia kenakan sekatan ‘mudik’ mulai hari ini
[ "Pemerintah Indonesia menguatkuasakan perintah larangan pergerakan atau ‘mudik’ tidak penting selama seminggu mulai hari ini bagi mencegah gelombang baharu Covid-19 menular ketika umat Islam bakal menyambut Aidiladha 20 Julai ini.", "Pengumuman dibuat oleh Pasukan Petugas Covid-19 Kebangsaan tatkala jumlah kematian akibat pandemik itu melepasi angka 1,000 pada Sabtu, selain jumlah mereka yang dijangkiti wabak itu semakin meningkat susulan penularan meluas varian Delta.", "Negara itu semalam melaporkan 51,952 jangkitan baharu Covid-19 dan 1,092 kematian. Kes baharu itu turun sedikit daripada 54,517 jangkitan yang dilapor pada Jumaat sehingga republik itu diletakkan sebagai negara pertama mencatat jumlah jangkitan harian tertinggi di dunia oleh laman sesawang https://www.worldometers.info/coronavirus/.", "Pemerintah Indonesia juga belum pasti sama ada akan melanjutkan atau tidak perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) atau ‘lockdown’, khusus di wilayah Pulau Jawa yang paling padat penduduk, yang akan berakhir 20 Julai ini.", "Antara peraturan PPKM Darurat adalah penutupan pusat-pusat beli-belah, penerapan 100 peratus bekerja dari rumah bagi sektor tidak penting, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan makan di restauran, kedai makan atau warung (dine in) dan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan reakrasi ditutup.", "Jurucakap pasukan petugas itu, Wiku Adisasmito berkata pengalaman lalu telah mengajar bahawa cuti panjang boleh menyebabkan kes baharu meningkat lima kali ganda.", "Pada sambutan Aidilfitri lalu pemerintah Indonesia turut mengenakan larangan ‘mudik’ namun penguatkuasaannya tidak terlalu ketat.", "Bagaimanapun pada pertengahan Jun lalu, negara keempat di dunia paling padat penduduk itu menyaksikan peningkatan kes Covid-19 dengan pemerintah menyalahkan pergerakan orang ramai pada musim perayaan Aidilfitri, serta penularan varian Delta.", "Pekerja sektor penting dan orang ramai yang ada urusan kecemasan bagaimanapun tidak terbabit dengan larangan baharu itu.", "Umat Islam diberitahu untuk menghindari solat Aidiladha secara berjemaah. Mereka boleh melakukannya di rumah, kata Wiku.", "Setakat ini virus Covid-19 telah membunuh 72,489 penduduk dengan lebih 2.4 juga telah dijangkiti. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/politik/lima-kawasan-di-perak-jadi-sasaran-untuk-ditandingi-warisan-pada-pru-15/
Lima kawasan di Perak jadi sasaran untuk ditandingi Warisan pada PRU-15
[ "Parti Warisan dijangka bertanding di lima kawasan di Perak pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), kata pengerusi negerinya Datuk Seri S.Sunther.", "Beliau berkata bagaimanapun, kawasan yang akan ditandingi sama ada di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum diputuskan dan tertakluk kepada perbincangan akhir bersama peringkat negeri dan pusat dalam masa terdekat, lapor Bernama.", "“Penting untuk kita buat analisis kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi. Kita tidak mahu apa yang terjadi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berulang. Kita perlu ada pelan strategik dan buat pemilihan atau keputusan yang betul,” katanya ketika dihubungi Bernama.", "Pada 18 Jun lepas, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika menerima borang keahlian parti di sini memaklumkan parti itu hanya akan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN Perak yang diyakini mampu mencapai kemenangan.", "Mohd Shafie berkata Warisan tidak akan bertanding di semua kerusi yang ada dan perlu selektif untuk kerusi yang diyakini boleh dimenangi selain kepimpinan negeri perlu giat memperkuat parti yang setakat ini lima bahagian telah digerakkan sejak tahun lepas iaitu Tambun, Ipoh Barat, Ipoh Timur, Parit serta Padang Rengas.", "Dalam perkembangan lain, Sunther menafikan dakwaan kononnya terdapat kira-kira 600 ahli daripada lapan bahagian di negeri ini mengisytiharkan keluar parti berkenaan hari ini selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.", "“Kebanyakan mereka bukan ahli, hanya segelintir. Kita pernah bertemu beberapa orang yang dipercayai ketua kumpulan tersebut yang membantu parti mencari ahli baharu tetapi kita tidak pernah memberi jawatan, atau melantik mereka (sebagai ketua cawangan atau bahagian),” katanya.", "Sementara itu, di Pulau Pinang, Ketua Penyelaras Warisan di Semenanjung Dr Rajiv Bhanot berkata Warisan perlu mengambil pendekatan realistik jika parti itu mengambil keputusan bertanding pada PRU15 di Semenanjung.", "“Kami mahu bertanding di kerusi strategik yang kami rasa parti mempunyai peluang besar untuk menang. PRU15 juga merupakan detik permulaan parti Warisan di Semenanjung Malaysia,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mas-tawar-harga-serendah-rm89-ke-langkawi-16-september/
MAS tawar harga serendah RM89 ke Langkawi 16 September
[ "Malaysia Airlines (MAS) bersedia menawarkan penerbangan kepada penumpang lengkap dua dos vaksin Covid-19 susulan keputusan kerajaan membenarkan Pulau Langkawi dibuka kepada pelancong mulai 16 September ini di bawah program gelembung perjalanan.", "Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham Ismail berkata, MAS ketika ini beroperasi empat kali sehari ke Langkawi dan akan menyesuaikan kapasitinya untuk memenuhi permintaan pelanggan.", "“Ini memang titik permulaan untuk mengaktifkan semula pelancongan domestik, membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Bersempena dengan Hari Malaysia, Malaysia Airlines menawarkan tiket penerbangan pada harga serendah RM89 semua dalam satu manakala cabang operasi pelancongan MAS, MHholidays menawarkan pakej perjalanan (tiket penerbangan dan penginapan hotel) dengan diskaun sehingga 50 peratus.", "MAG baru-baru mencapai kadar vaksinasi 100 peratus untuk semua juruterbang dan kru kabinnya, ia memberi jaminan dan ketenangan kepada para penumpangnya.", "Menurut kenyataan itu, MAS telah meningkatkan protokol keselamatan dan kesihatannya di kawasan lapangan terbang dan di dalam pesawat seperti yang disarankan oleh Majlis Pasukan Petugas Pemulihan Penerbangan (CART) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja dilindungi .", "Antara langkah-langkah diambil ialah pemakaian pelitup muka, melakukan kerja-kerja nyahkuman secara kerap dan penggantian awal penapis Udara Partikulat Berkecekapan Tinggi (HEPA) pesawat untuk memastikan sistem pengudaraan yang berkesan yang mampu menapis sebanyak 99.97 peratus mikroorganisma di dalam pesawat.", "Maklumat mengenai promosi Malaysia Airlines ini boleh diperoleh di https://www.malaysiaairlines.com/my/en.html." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/polis-sahkan-dua-anggota-lakukan-kekerasan-dalam-video-tular/
Polis sahkan dua anggota lakukan kekerasan dalam video tular
[ "Polis Selangor mengesahkan dua individu dalam sebuah video yang tular mendakwa pihaknya melakukan kekerasan semasa proses tangkapan ke atas seorang lelaki adalah anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) itu.", "Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Baharudin Taib dalam kenyataan ringkas berkata anggotanya itu dalam proses membuat tangkapan ke atas seorang subjek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan, lapor Bernama.", "Susulan itu, Baharudin meminta orang ramai atau saksi bebas yang melihat kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan.", "Baharudin mengulas perkara berkenaan susulan pihaknya mengesan satu klip video klip berdurasi 1.25 minit yang tular di media sosial Twitter mendakwa pihak polis melakukan kekerasan semasa proses tangkapan dilaksanakan.", "Katanya, pihaknya juga telah menjalankan siasatan terhadap kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/integriti-antara-sebab-bersatu-tolak-ahmad-maslan-jadi-timbalan-speaker/
Integriti antara sebab Bersatu tolak Ahmad Maslan jadi Timbalan Speaker
[ "Keraguan terhadap integritinya antara punca pencalonan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bagi mengisi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, ditolak.", "Ketua Penerangan Bersatu Johor, Solihan Badri berkata penolakan Bersatu negeri itu terhadap pencalonan Ahli Parlimen (MP) Pontian berkenaan dibuat kerana mempertahankan prinsip parti yang tidak mendukung pemimpin yang integritinya diragui.", "Solihan yang juga Ahli Exco Keranaan Negeri berkata Bersatu bagaimanapun memberi peluang kepada UMNO untuk memilih semula seorang calon lain.", "“UMNO perlu memilih semula seorang calon yang tidak berdepan kes pendakwaan di mahkamah dan terbukti integritinya.", "“Dalam konteks calon Timbalan Speaker, kami sependapat dengan Bersatu pusat bahawa kita tidak bersetuju menyokong mereka yang masih terlibat dalam perbicaraan kes-kes mahkamah menjadi calon menteri, timbalan menteri atau pun timbalan speaker.", "“Ia sejajar dengan kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Bersatu mesti mencari pemimpin yang berintegriti, amanah dan bebas rasuah,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Baru-baru ini, UMNO mengesahkan Ahmad merupakan satu-satunya calon daripada blok kerajaan untuk dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.", "Blok pembangkang pula mencalonkan MP Teluk Intan yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming untuk mewakili Pakatan Harapan (PH).", "Agenda Daily sebelum ini melaporkan pencalonan Ahmad sebagai Timbalan Speaker turut tidak mendapat sokongan beberapa MP UMNO bukan ‘kluster mahkamah’ yang terdiri daripada 15 orang yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.", "Baki MP UMNO yang tidak bersama dalam kem Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menyatakan kesetiaan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum menukar sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri baharu.", "Sumber Agenda Daily memberitahu, keputusan mencalonkan MP Pontian tersebut diputuskan oleh Zahid yang cuba melanggar syarat diletakkan Muhyiddin tidak akan menerima pemimpin daripada ‘kluster mahkamah’.", "“Zahid cuba uji Muhyiddin yang berpendirian menolak ‘kluster mahkamah’, nampaknya ia memakan diri dan bakal mengundang padah sekiranya Ahmad Maslan kalah dalam pengundian nanti.", "“Bukan sahaja MP Bersatu tidak menyokong, beberapa MP UMNO yang tidak sebulu dengan Zahid kerana dianggap sebagai punca kejatuhan kerajaan PN sebelum ini juga menolak pencalonan tersebut,” kata sumber dalaman parti.", "Untuk rekod, satu daripada dua jawatan Timbalan Speaker kosong selepas peletakan jawatan yang disandang Datuk Seri Azalina Othman Said.", "Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, tindakan tersebut dilakukan bagi memberi ruang kepada kerajaan dan pembangkang untuk menetapkan kembali fungsi Parlimen.", "Tetapi, pencalonan Ahmad sebagai Timbalan Speaker menimbulkan kontroversi memandangkan beliau adalah wakil rakyat dari UMNO.", "Ahmad sudah didakwa di mahkamah kerana memberikan maklumat palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selain turut didakwa bersabit tuduhan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) selepas menerima sebanyak RM2 juta daripada bekas PM Datuk Seri Najib Razak." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/adun-johor-tampil-menafikan-tuduhan-gangguan-seksual/
ADUN Johor tampil menafikan tuduhan gangguan seksual
[ "Susulan pengesahan polis Johor sedang menyiasat satu laporan berhubung seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dituduh melakukan gangguan seksual, akhirnya individu yang didakwa itu tampil membuat penafian.", "ADUN Sediri, Rasman Ithnain menafikan berhubung tuduhan membuat gangguan tersebut selepas tular laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita terhadapnya dalam media sosial, sambil mendakwa ia satu konspirasi untuk menjatuhkannya sebagai wakil rakyat.", "“Saya dengan ini menafikan dengan sekeras-kerasnya tuduhan di dalam laporan dan menyatakan ini adalah satu konspirasi politik, fitnah dan merupakan satu cubaan untuk menjatuhkan maruah serta mencalar reputasi saya selaku seorang wakil rakyat.", "“Saya juga bersedia memberi kerjasama penuh sepanjang proses siasatan berjalan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan,” katanya dalam kenyataan mengulas laporan polis dibuat wanita terbabit.", "Rasman berkata, beliau telah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencemarkan imejnya sebagai wakil rakyat.", "“Saya dengan ini menegaskan bahawa konspirasi politik seperti ini tidak akan sesekali melemahkan semangat saya untuk berjuang dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya melalui mandat rakyat,” katanya.", "Terdahulu polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita berusia 26 tahun yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang ADUN Johor.", "Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan itu daripada wanita terbabit di Balai Polis Kota Tinggi pada 11.30 pagi Isnin.", "Laporan polis mengenai gangguan seksual itu tular di media sosial.", "Wanita itu, yang dipercayai ahli sebuah parti politik di Johor, mendakwa beberapa kali diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/279-kes-baharu-sifar-kematian/
279 kes baharu, sifar kematian
[ "Jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 9 Mac 2023) meningkat kepada 279 kes, berbanding 235 yang dicatat pada Rabu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.", "Enam daripada jangkitan baharu semalam melibatkan kes import.", "Data laman sesawang Github KKM yang dikemas kini tengah malam tadi pula menunjukkan jangkitan baharu itu turut melibatkan 10 kes kanak-kanak berusia antara 0 hingga 12 tahun.", "Enam daripada kes itu melibatkan kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan empat lagi (kanak-kanak lima hingga 12 tahun).", "Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif jangkitan sejak kes pertama Covid-19 dikesan di Malaysia pada 25 Januari 2020 sebanyak5,044,718 kes, dengan 4,998,455 pesakit telah pulih, termasuk 236 yang sembuh semalam.", "Daripada jumlah jangkitan semalam juga, 203 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin penggalak; 46 kes (individu lengkap vaksinasi); satu kes (individu belum lengkap vaksinasi); dan 29 kes (individu tidak divaksinasi).", "Menurut data laman sesawang KKMNow pula, sehingga semalam sebanyak 9,296 kes masih aktif, meningkat berbanding 9,253 kes pada Rabu.", "Sehingga semalam juga seramai 8,964 pesakit Covid-19 masih menjalani kuarantin di rumah (8,916 pada Rabu), sementara 327 pesakit mendapatkan rawatan di hospital (330 pada Rabu).", "Jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi sehingga semalam turun kepada lima orang, berbanding tujuh pada Rabu, dengan seorang daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "KKM juga melaporkan tiada pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Ini menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam, kekal 36,967 kes, termasuk 7,877 kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).", "Berikut adalah jangkitan harian dan kumulatif kes bagi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan sejak 25 Januari 2020 hingga semalam." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/norma-baharu-hakikat-hidup-bersama-covid-19-kata-kj/
Norma baharu hakikat hidup bersama Covid-19, kata KJ
[ "Menerima Covid-19 dalam kehidupan seharian sebagaimana amalan beberapa negara sejak akhir-akhir mungkin perlu dipraktikkan rakyat Malaysia bagi membolehkan lebih banyak sektor, terutama ekonomi, dapat dibuka.", "Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata biarpun langkah baharu itu bakal diumumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan melonggarkan pemakaian pelitup muka.", "“Kerajaan dan rakyat perlu menerima hakikat bahawa norma baharu menjadi sebahagian kehidupan baharu semua rakyat di negara ini.", "“Walaupun semua sudah divaksin, namun rutin kehidupan semua perlu berubah dalam membolehkan lebih banyak sektor dapat dibuka manakala kehidupan kembali sedia kala.", "“Biarpun langkah baharu akan diumumkan tetapi Kementerian Kesihatan tiada perancangan melonggarkan pemakaian pelitup muka kerana berdasarkan pengalaman negara lain yang melonggarkannya terpaksa menguatkuasakannya semula susulan kemunculan varian baharu,” katanya pada sidang media hari ini.", "Menurut Menteri Kesihatan baharu itu, kerajaan akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 baharu supaya ia mudah difahami dan tidak merumitkan dalam mempraktikkannya apabila fasa endamik dilaksanakan tidak lama lagi.", "“Selain itu, kerajaan akan menggandakan usaha imunisasi dalam kalangan penduduk di negara ini bagi memastikan seramai mungkin mendapat vaksin dalam usaha mengurangkan risiko yang lebih teruk,” katanya.", "Khairy berkata, pihak kementerian akan mempertingkatkan ketelusan dengan mempamerkan maklumat data penuh kepada orang ramai dalam membolehkan semua pihak dapat mengaksesnya.", "“Bermula minggu hadapan, semua data akan dipamerkan dan kali ini, data yang diberikan adalah melebih data yang sedia ada seperti yang dipamerkan selama ini.", "“Ini bagi memastikan tiada tuduhan bahawa kementerian menyembunyikan fakta dan melimndungi kerahsiaan melibatkan Covid-19,” katanya.", "Sementara itu beliau berkata, KKM akan memberi tumpuan segera dalam proses vaksinasi dan aspek pengukuhan kesihatan awam terhadap lima negeri yang sedang berdepan penularan kes Covid-19 yang tinggi.", "Lima negeri terbabit ialah Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.", "“Negeri ini bukan hanya akan menerima bekalan vaksin yang lebih tinggi tetapi juga sudah memulakan proses pemindahan tenaga kerja dan set perubatan daripada negeri yang tidak lagi memerlukan set dan tenaga kerja berlebihan.", "“Ini adalah usaha untuk memastikan kes harian dan bilangan mereka yang terpaksa dimasukkan ke hospital atau mengalami gejala serius serta kes kematian dapat dikurangkan di negeri itu dan untuk seluruh negara,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/usaha-kerajaan-pn-meriahkan-semula-ramadan-muhyiddin/
Usaha Kerajaan PN meriahkan semula Ramadan: Muhyiddin
[ "Umat Islam patut bersyukur kerana tahun ini aktiviti sempena Ramadan kembali pulih seperti sedia kala, walaupun masih terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara memasuki fasa peralihan ke endemik.", "Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keadaan negara kini, dengan beberapa kelonggaran yang diberikan adalah hasil kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).", "Menurutnya Kerajaan PN mengambil langkah pantas dan berani dengan menempah lebih 87 juta dos vaksin membabitkan perbelanjaan kira-kira RM4.36 bilion untuk melaksanakan PICK.", "“Saya sendiri merupakan antara individu pertama yang menerima dos vaksin pada 24 Februari 2021.", "“PICK kini telah menyaksikan lebih 98 peratus populasi dewasa di negara ini sudah menerima dos vaksinasi lengkap manakala lebih 67 peratus populasi dewasa sudah menerima dos penggalak.", "“Keadaan ini juga membolehkan hampir kesemua sektor kehidupan termasuk sektor ekonomi dibuka seperti biasa temasuk aktiviti-aktiviti di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat lain,” kata beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).", "Muhyiddin berkata menerusi cadangan MPN juga Malaysia sudah berpindah daripada pandemik memasuki fasa endemik dan pintu sempadan negara juga telah dibuka sejak 1 April lalu.", "“Inilah nikmat besar yang kita perolehi daripada program imunisasi tersebut.", "“Peluang untuk berbuka puasa, menunaikan solat sunat tarawih dan menyertai aktiviti-aktiviti ihya Ramadan di masjid atau di surau pada tahun ini adalah satu nikmat yang tidak dapat kita rasakan pada Ramadan tahun lepas,” katanya sambil mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Karim kepada seluruh umat Islam di negara ini.", "Pada masa sama, Muhyiddin mengingatkan rakyat negara ini tidak lalai dan terus mematuhi SOP yang ditetapkan, seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal, tidak bersalaman serta kerap menggunakan cecair pembasmi kuman ketika berada di masjid atau surau.", "“Marilah kita gunakan peluang ini untuk berlumba-lumba meningkatkan amalan seperti bersedekah, solat sunat, membaca al-Quran dan qiamullail sepanjang Ramadan ini bagi mendapatkan keredaan Allah SWT. Semoga setiap amalan kita di bulan penuh berkat ini diterima Allah hendaknya,” katanya.", "Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di negara ini." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/russia-gempur-ukraine-guna-peluru-berpandu-jelajah-berketepatan-tinggi/
Russia gempur Ukraine guna peluru berpandu jelajah berketepatan tinggi
[ "Russia menyerang sasaran tentera di bandar Lviv, barat Ukraine menggunakan peluru berpandu jelajah berketepatan tinggi, kata Kementerian Pertahanan Russia pada Ahad (27 Mac).", "Serangan itu yang menggunakan peluru berpandu jarak jauh dan peluru berpandu jelajah, dilakukan terhadap depot simpanan bahan api yang digunakan tentera Ukraine berhampiran Lviv untuk membaiki sistem anti-pesawat, stesen radar dan kereta kebal, kata kementerian itu.", "“Angkatan tentera Persekutuan Russia meneruskan tindakan ofensif sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraan khas,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.", "Kementerian menunjukkan video serangan peluru berpandu di Lviv.", "Pegawai di Lviv, hanya 60 kilometer dari sempadan dengan anggota NATO Poland, berkata beberapa individu cedera dalam serangan peluru berpandu itu.", "Russia menggunakan peluru berpandu jarak jauh yang ditembak dari laut untuk memusnahkan peluru berpandu S-300 dan sistem peluru berpandu antipesawat BUK berhampiran Kyiv, kata kementerian itu.", "Tentera Russia juga memusnahkan beberapa dron, katanya.", "Penasihat Kementerian Dalam Negeri Ukraine Vadym Denysenko berkata Russia sedang membawa pasukan ke sempadan Ukraine secara bergilir-gilir, dan akan membuat percubaan baharu menceroboh Ukraine.", "Sementara itu, pemerintah Republik Rakyat Lugansk di timur Ukraine yang disokong Russia akan mengadakan referendum tidak lama lagi untuk menyertai Persekutuan Russia, media republik itu memetik pemimpin pemisah tempatan Leonid Pasechnik sebagai berkata pada Ahad.", "“Saya fikir dalam masa terdekat satu referendum akan diadakan di wilayah republik itu. Rakyat akan menggunakan hak perlembagaan muktamad mereka dan menyatakan pendapat untuk menyertai Persekutuan Russia,” kata Pasechnik.", "Russia bulan lalu mengiktiraf Lugansk dan Donetsk sebagai republik bebas dan mengarahkan apa yang dipanggil operasi pengaman di wilayah itu tidak lama kemudian.", "Menurut ketua perisikan tentera Ukraine, Russia cuba memecahkan Ukraine kepada dua untuk mewujudkan wilayah yang dikuasai Moscow selepas gagal mengambil alih seluruh negara. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/politik/pn-akan-bentuk-kerajaan-persekutuan-terima-surat-istana-negara/
PN akan bentuk Kerajaan Persekutuan, terima surat Istana Negara
[ "Perikatan Nasional yang sehingga jam 3.30 pagi ini (Ahad, 20 November 2022) telah memenangi 73 kerusi Parlimen akan berbincang dengan parti gabungan di Sarawak dan Sabah bagi membentuk Kerajaan Persekutuan dalam masa terdekat, tetapi bukan dengan Pakatan Harapan (PH).", "Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pencapaian Perikatan Nasional dalam PRU-15 jam 3.30 pagi ini juga berkata terdapat enam lagi kerusi Parlimen yang belum habis dikira oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.", "Untuk rekod,GPS memenangi 21 kerusi dengan dua lagi kerusi Parlimen Limbang dan Baram, dijangka akan turut menjadi milik gabungan tersebut, manakala gabungan GRS-BN Sabah menang 13 kerusi Parlimen.", "Manakala, BN pula setakat ini menang 30 kerusi.", "“Kita (Perikatan Nasional) juga ada terima surat daripada pihak Istana Negara. Kandungannya saya tak payah nak sebutkan yang telah pun memberi kepada kita perkara-perkara yang perlu kita sempurnakan mengikut kehendak Kebawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong.", "“Jadi tak payah kita jelaskan. Perkara ini memerlukan kita mengambil langkah secepat mungkin… bermakna sebahagian daripada perbincangan akan kita lakukan pada esok hari. Dan harap dapat dimuktamadkan sebelum petang esok,” katanya.", "Sehubungan itu, beliau juga mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti politik lain yang memenangi kerusi Parlimen dalam PRU-15 ini yang bersedia menerima prinsip perjuangan Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil.", "“Mesyuarat khas Perikatan Nasional telah diadakan sebentar tadi. Pertama saya bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan dengan memenangi 73 kerusi Parlimen setakat.", "“Ini termasuk 22 calon Perikatan Nasional yang menggunakan logo PAS di Kelantan dan di Terengganu. Masih terdapat enam kerusi lagi yang belum selesai dikira oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.", "” Saya ingin pertamanya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua para pengundi di seluruh negara yang telah pun memberikan sokongan yang padu kepada Perikatan Nasional. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional keutamaan daripada pengundi-pengundi muda telah membolehkan Perikatan Nasional mencapai kejayaan luar jangka.", "“Saya mengucapkan tahniah kepada semua calon-calon Perikatan Nasional yang telah memerangi kerusi masing-masing dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada seluruh jentera parti yang telah pun bekerja keras dengan penuh komitmen dan semangat juang yang tinggi sehingga memungkinkan Perikatan Nasional memperolehi kejayaan di luar jangkaan ini.", "“Bagi tujuan pembentukan Kerajaan Persekutuan saya akan berbincang dengan pimpinan parti-parti Sabah dan Sarawak dalam masa yang terdekat demi menjamin kestabilan negara.", "“Perikatan Nasional juga mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti yang bersedia menerima prinsip perjuangan Perikatan Nasional untuk membentuk sebuah kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya pada sidang media itu yang turut dihadiri Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.", "Beberapa pemimpin tertinggi Majlis Pimpinan Perikatan Nasional, turut hadir pada sidang media khas di Pusat Media Utama Perikatan Nasional di Glenmarie Hotel & Golf Resort di Shah Alam.", "“Andai kata Perikatan Nasional berjaya membentuk kerajaan bersama parti-parti lain yang sehaluan tumpuan Perikatan Nasional adalah untuk melaksanakan semua tawaran yang dikemukakan kepada rakyat semasa tempoh berkempen,” katanya.", "Menjawab soalan, beliau berkata Perikatan Nasional bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti, tidak semestinya UMNO sahaja yang sedia menerima prinsip perjuangan Perikatan Nasional.", "“Saya tak sebut yang particular UMNO… yang bersedia ya kita dengan parti-parti di Sabah dan Sarawak juga… tak apalah saya dah buat kenyataan tadi kita bersedia… tetapi kita tak payah nak sebutkan. Jika terima dasar yang akan diketuai oleh Perikatan Nasional, kita akan menimbangkan dengan teliti dan mendalam. Setakat hari ini kita dapati adalah amat menggalakkan.", "“Jadi serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan tinggi Perikatan Nasional dengan mengambil kira situasi dan keadaan-keadaan tertentu apa lagi pandangan yang telah pun disuarakan oleh ramai di kalangan pimpinan-pimpinan tertinggi kita… jadi akan mengambil kira semua perkara.", "“Yang penting kita harap dengan Perikatan Nasional mengetuai kerajaan ini maka kita akan dapat melahirkan suasana politik negara yang paling stabil", "Muhyiddin juga mengumumkan Perikatan Nasional telah mempunyai kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Perlis.", "Video" ]
https://www.agendadaily.com/politik/selepas-gagal-jadi-pm-pkr-perak-buat-tawaran-kepada-anwar/
Selepas gagal jadi PM, PKR Perak buat tawaran kepada Anwar
[ "PKR Perak menawarkan kepada Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi negeri tersebut pada pilihan raya umum depan dengan harapan dapat menjadi Perdana Menteri (PM) Ke-10.", "Ketua Pembangkang tersebut yang juga Ahli Parlimen (MP) Port Dickson gagal dalam cubaan menjadi PM Kesembilan diharapkan dengan menukar kerusi bertanding di Perak akan dapat mencapai cita-citanya itu selepas gagal berkali-kali.", "Tawaran untuk bertanding di Perak itu dibuat oleh Pengerusi PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang berharap idolanya itu dapat menerima tawaran tersebut bagi mencapai cita-citanya.", "“Presiden sangat responsif dan positif dengan pelawaan itu. Insya-Allah kita tengok nanti,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.", "Jelasnya, kedudukan PKR di Negeri Sembila sudah kukuh dan kehadiran Anwar di Perak dilihat mampu mengukuhkan lagi penguasaan parti itu sekaligus memenangi pilihan raya nanti.", "Anwar baru-baru ini gagal dalam cubaannya sekali lagi untuk menjadi PM selepas ditipu anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pada mulanya menyokongnya sebagai calon.", "Sebaliknya, Presiden UMNO itu menukar sokongan apabila memberi sokongan kepada Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi PM Kesembilan.", "Anwar kempunan lagi apabila rancangan dan komplotnya dengan Zahid gagal susulan keputusan UMNO yang mengekalkan pendirian ‘No Anwar’ dan ‘No DAP’.", "Selain itu, Anwar juga dikatakan punca utama UMNO kembali berkuasa di Putrajaya walaupun mereka menolak kumpulan kleptokrat sebelum ini etapi kini sanggup menjalinkan kerjasama dengan mereka.", "Malah, Anwar mengetuai blok pembangkang dalam memerterai memorandum persefahaman (MOU) dengan kerajaan Ismail Sabri dengan beberapa syarat yang diletak." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/penduduk-flat-sungai-baru-dijamin-akan-diberi-keadilan-kata-shahidan/
Penduduk flat Sungai Baru dijamin akan diberi keadilan, kata Shahidan
[ "Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, memberi jaminan isu pengambilan tanah di Sungai Baru, Kampung Baru di sini akan dilaksanakan secara adil dan mementingkan kepentingan pemilik lot/ flat PKNS Sungai Baru.", "Malah, beliau sendiri akan berunding dengan pemilik dan pemaju terbabit bagi memastikan persetujuan yang adil dapat dicapai, katanya lapor Bernama.", "“Semua akan diberi keadilan sebaiknya. Kalau tidak pun saya akan kurangkan masalah di tahap yang minimum.", "“Saya ingat pada Januari, saya kira akan selesaikan dan selepas itu kita akan lihat pembangunan Kuala Lumpur secara keseluruhan,” katanya dalam sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat, hari ini.", "Beliau berkata demikian bagi menjawab usul yang dibawa Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) berkaitan isu Sungai Baru, Kampung Baru.", "Bagi menyelesaikan isu itu, Shahidan mencadangkan pemaju membayar dahulu nilai hartanah kepada pemilik dan membenarkan mereka membeli unit rumah gantian apabila ia siap dibina.", "Langkah itu, katanya, bagi memastikan pemilik tidak menjadi mangsa rumah terbengkalai sekiranya pemaju tidak dapat melunaskan tanggungjawab mereka.", "“Kita nak pastikan pemaju ada kekuatan kewangan dan bukan guna tanah untuk cari duit. Banyak pemaju kini boleh membayar dahulu,” katanya.", "Terdahulu, ketika membahaskan usul itu, Khalid mempersoalkan tindakan kerajaan menggunakan peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah di kawasan itu bagi tujuan pembangunan semula oleh pemaju swasta.", "Usul berkenaan turut dibahas tiga lagi Ahli Parlimen iaitu Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (PEJUANG-Sri Gading), Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) dan Teresa Kok (PH-Seputeh)." ]
https://www.agendadaily.com/politik/shafie-bidas-anwar-bodoh-heret-ph-dalam-mou-keluarga-umno/
Shafie bidas Anwar bodoh heret PH dalam MoU ‘Keluarga UMNO’
[ "Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membidas kebodohan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengheret Pakatan Harapan (PH) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan sebagai punca wujudnya ‘Keluarga UMNO’ yang semakin berkuasa.", "Presiden Warisan itu walaupun tidak secara langsung membidas Anwar, bagaimanapun menyalahkan tindakan Presiden PKR itu yang bersetuju menandatangani MoU dengan kerajaan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai punca parti pembangkang lain yang dipinggirkan dalam pembahagian dana bagi kawasan mereka.", "“Pada laungan kita Keluarga Malaysia, tapi kalau tidak tandatangani MoU tak ada peruntukan kepada rakyat yang diwakili (parti yang tidak memeterai MoU).", "“Sebenarnya Keluarga UMNO, nama saja Keluarga Malaysia,” katanya dipetik portal Malaysiakini semasa Perhimpunan Agung parti itu di Kota Kinabalu, hari ini.", "Shafie juga mengkritik keputusan PH yang tidak menggesa Ismail Sabri membuktikan majoritinya di Dewan Rakyat.", "“Tapi tidak pernah bawa (ke Parlimen). Sebab Apa? Sebab sudah tandatangani MoU,” katanya lagi.", "Untuk rekod, Warisan bersama parti diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Pejuang tidak menandatangani MoU bersama kerajaan tetapi PH dipimpin Anwar memilih untuk tunduk kepada kerajaan dipimpin PM UMNO.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu kerajaan hanya akan memberi peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen (MP) pembangkang yang menandatangani MoU bersama pada 13 September lalu.", "Putrajaya dan blok pembangkang, PH menandatangani MOU pada 13 September lalu yang menyaksikan kedua-dua pihak mencapai persefahaman dalam beberapa aspek bagi mencapai kestabilan politik dalam negara.", "Melalui MOU itu kerajaan menjanjikan beberapa pembaharuan termasuk reformasi Parlimen, Undi18, had jawatan seseorang PM dan kebebasan badan kehakiman.", "Sebagai balasan, PH yang menjadi blok pembangkang terbesar di Dewan Rakyat akan menyokong atau berkecuali dalam undian Bajet 2022 dan undang-undang perbekalan atau kewangan berkaitan dengannya.", "Ia dengan syarat penggubalan belanjawan dan rang undang-undang (RUU) yang berkaitan dengannya dirunding dan dipersetujui secara bersama antara kerajaan dan PH.", "PH juga akan menyokong atau berkecuali dalam sebarang RUU yang boleh ditafsirkan sebagai undi percaya, dengan syarat perangkaannya turut dirunding dan dipersetujui secara bersama.", "MoU dengan kerajaan Ismail Sabri ditandatangani PH yang mengikut cakap Anwar menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan memberi laluan UMNO kembali berkuasa, ia juga adalah MoU sama yang ditawarkan Muhyiddin.", "Bagaimanapun, Anwar lebih sayang dan percaya kepada UMNO apabila sanggup bekerjasama dengan menandatangani MoU dengan kerajaan Ismail Sabri berbanding dipimpin Muhyiddin.", "Hasilnya, beberapa keistimewaan mula dinikmati kumpulan Kluster Mahkamah, ia termasuk beberapa kelonggaran dan sudah beberapa kali perbicaraan ditangguhkan atas alasan yang tidak munasabah." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/hormat-maruah-cinta-kebaikan-kunci-malaysia-bersatu-harmoni-muhyiddin/
Hormat, maruah, cinta kebaikan kunci Malaysia bersatu, harmoni: Muhyiddin
[ "Negara Malaysia bersatu dan harmoni yang tidak dipisahkan oleh perbezaan agama serta bangsa boleh diwujudkan jika semua rakyat berbilang kaum melayan kaum-kaum lain dengan rasa hormat, bermaruah dan penuh kebaikan.", "Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, apa yang diperlukan adalah hati yang bersih, yang disusuli dengan kejujuran dan rasa belas kasihan.", "“Apabila kita memiliki semua kualiti ini dalam hati kita, kita tidak akan melihat mereka yang duduk atau berdiri di sebelah kita sebagai ‘orang lain’, tetapi sebagai insan yang sama, yang berhak mendapat penghormatan dan belas kasihan tertinggi.", "“Ini adalah Malaysia yang kita ingin lihat berkembang di masa kita dan juga di masa generasi akan datang,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan buku biografi Tan Sri Datuk Dr. Ampikaipakan Kandiah – “The Doctor Will See You Now” di Kuala Lumpur pada Rabu.", "Tan Sri Ampikaipakan merupakan kawan dan doktor peribadi Muhyiddin selama hampir 30 tahun dan turut bertanggungjawab menjaga dan mengurus kesihatan bekas perdana menteri itu ketika disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat beberapa tahun lalu.", "Mengambil contoh persahabatan antara dia dengan Ampi, Muhyiddin berkata, rakyat Malaysia boleh bertemu rakan baik tidak kita apa latar belakang bangsa dan agamanya.", "“Saya perlu kongsikan rasa belas kasihan mereka (Tan Sri Ampi dan isteri) kepada saya sehingga mereka mendoakan kesihatan dan kejayaan saya dalam sembahyang mereka.", "“Seperti mana saya menghormati tanggujawab mereka kepada agama mereka, mereka juga menghormati cara dan dedikasi saya kepada Allah dan Islam.", "“Kunci kepada ini bukan toleransi tetapi dedikasi dan hormat. Ini bentuk hubungan yang kita berharap akan subur di negara tercinta ini,” katanya. – Artikel kredit SatuBerita " ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-zahid-uksb-minta-najib-sokong-projek-osc-di-china-kata-saksi/
Kes Zahid: UKSB minta Najib sokong projek OSC di China, kata saksi
[ "Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ada menghantar beberapa surat kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan sokongan selepas terdapat saingan daripada syarikat lain yang berminat mengendali pusat sehenti (OSC) di China dan beberapa negara lain.", "Pengarah UKSB Datuk Fadzil Ahmad berkata pihaknya telah menghantar tiga pucuk surat kepada Najib antara 23 Mei 2013 dan 27 Oktober 2015, lapor Bernama.", "“Surat bertarikh 23 Mei 2013 bertujuan memaklumkan kepada Perdana Menteri berhubung kemajuan dan pencapaian syarikat UKSB serta memohon pertimbangan dan sokongan berterusan.", "“Surat bertarikh 20 Januari 2014 pula bertujuan melahirkan harapan agar kerajaan dapat mengekalkan UKSB sebagai operator tunggal Pengurusan Visa ke Malaysia di China, menyokong usaha strategik berterusan UKSB bagi menjadikan sistem Visa Luar Negara (VLN) sebagai sistem tunggal untuk pengurusan visa ke Malaysia di peringkat global dan memberi keutamaan kepada UKSB dalam pelantikan OSC di luar negara.", "“Surat bertarikh 27 Oktober 2015 pula bertujuan memaklumkan Perdana Menteri tentang kejayaan dan perjalanan kontrak VLN dan OSC China antara UKSB dan KDN serta memohon agar kerajaan Malaysia dan KDN menyokong mempercepat pelaksanaan eVISA sebagai lanjutan kontrak yang disebutkan demi mempertingkat tahap perkhidmatan serta kemudahan menepati zaman dan era teknologi global terkini,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Zander Lim Wai Keong.", "Sebelum ini, saksi pendakwaan kedua Azman Azra Abdul Rahman @ Md Salleh, iaitu bekas Ketua Penolong Setiausaha di Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN, memberitahu mahkamah bahawa Najib telah meminta bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meneruskan kontrak UKSB sebagai pengendali tunggal sistem VLN ke Malaysia di China.", "Semalam, saksi pendakwaan ke-12 Datuk Seri Abdul Rahim Mohamed Radzi, yang merupakan bekas Ketua Setiausaha KDN, memaklumkan mahkamah bahawa pada 2012 terdapat cadangan daripada beberapa syarikat untuk pelantikan sebagai pengendali OSC di beberapa negara.", "Fadzil, yang merupakan saksi pendakwaan ke-14, berkata pihaknya turut menghantar surat kepada Zahid pada 17 Okt 2016 bagi mendapatkan sokongan berhubung sistem VLN dan eVISA agar menjadi sistem ‘de facto’ kepada proses pengeluaran visa di semua pejabat pengeluar visa.", "“Ini kerana UKSB berpandangan adalah amat kritikal sistem VLN dan eVISA menjadi satu-satunya sistem yang digunakan di setiap Pejabat Pengeluar visa ke Malaysia bagi memastikan keseragaman sistem serta prosedur operasi standard selain memperkukuh aspek keselamatan negara,” katanya sambil menambah UKSB ada menghantar surat lain kepada Zahid seperti memohon pertimbangan dan kelulusan antara 2016 dan 2017.", "Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.", "Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.", "Dia didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.", "Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/10-negeri-catat-peningkatan-kes-baharu-lima-kluster-dikesan/
10 negeri catat peningkatan kes baharu, lima kluster dikesan
[ "Sekurang-kurangnya 10 negeri merekodkan peningkatan jangkitan baharu Covid-19 hari ini, dengan Selangor kembali mencatat jumlah kes melebihi 1,000.", "Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi Selangor merekodkan 1,080 jangkitan baharu berbanding 809 kes semalam, menjadikan keseluruhan kes positif di negeri itu naik kepada 722,508 kes.", "Berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga semalam 699,117 pesakit di negeri itu disahkan sembuh.", "Sehingga semalam juga, Selangor merekodkan 14,139 kes aktif dengan 11,880 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,224 ditempatkan di PKRC; 949 dimasukkan ke hospital; dan 86 dirawat di unit rawatan rapi (ICU).", "Sementara itu, sembilan lagi negeri mencatat peningkatan kes membabitkan Sabah sebanyak 545 kes baharu berbanding 364 semalam; diikuti Sarawak (416 kes baharu, 385 semalam); dan Kuala Lumpur (413 kes baharu, 174 semalam).", "Kedah pula merekodkan 412 kes baharu berbanding 325 semalam; Johor (385 kes baharu, 302 semalam); Terengganu (246 kes baharu, 210 semalam); dan Perlis (35 kes baharu, 25 semalam).", "Melaka yang menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan pada 20 November ini turut merekodkan peningkatan kes daripada 168 semalam, kepada 200 kes hari ini.", "Sehingga semalam, Melaka merekodkan 2,914 kes aktif dengan 2,438 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 330 ditempatkan di PKRC; 131 dimasukkan ke hospital; dan 15 dirawat di ICU. Melaka mencatat kumulatif kes positif sebanyak 66,688 kes, manakala 63,005 daripadanya telah sembuh.", "Jumlah kes harian di Kelantan dan Labuan akan dikemas kini di dalam laman sesawang COVIDNOW selepas tengah malam ini.", "Sementara itu, lima lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di lima negeri dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.", "Menurutnya, jumlah itu menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu sebanyak 5,817 kluster dengan 5,510 telah ditamatkan, manakala 307 lagi masih aktif.", "Katanya, daripada lima kluster baharu itu, empat membabitkan tempat kerja dan satu kluster pendidikan tinggi yang dikesan di Segamat, Johor melibatkan 46 individu positif Covid-19, daripada 97 yang disaring.", "Satu kluster tempat kerja dikesan di Seremban, Negeri Sembilan membabitkan 16 individu daripada 48 yang disaring; Melaka Tengah (26 positif daripada 78 saringan); Lembah Pantai, Kuala Lumpur (12 kes positif daripada 12 saringan); dan di Kinta, Perak (16 kes positif daripada 35 saringan).", "Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh sama seramai 5,311 pesakit sembuh menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu hingga hari ini sebanyak 2,425,054 kes atau 96.38 peratus daripada 2,516,255 kes kumulatif positif.", "Seramai 545 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 270 memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Beliau berkata daripada 5,403 kes baharu, 102 atau 1.9 peratus melibatkan pesakit kategori 3, 4 dan 5, manakala 98.1 peratus atau 5,301 adalah kategori 1 dan 2." ]
https://www.agendadaily.com/politik/nak-tolong-tak-ambil-satu-sen-pun-bukan-macam-anwar-potong-gaji/
‘Nak tolong tak ambil satu sen pun, bukan macam Anwar potong gaji’
[ "Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tanggungjawab beliau antara lain adalah untuk membantu kerajaan memulihkan kedudukan negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.", "Menurutnya keadaan ekonomi negara sejak hampir dua tahun telah terkesan akibat pandemik itu dan masih belum pulih sebagai mana 2018 dan 2019 lalu.", "“Sekarang ini kita berhadapan dengan masalah itu. Kerana apa? Kerana negara kita sudah terkesan dengan begitu serius dari segi kesihatan yang belum selesai… tetapi yang lebih besar ialah soal ekonomi, sosial dan pendidikan.", "“Ini kesan besarnya, saya tak tahu sama ada orang di Masjid Tanah ni rasa atau tidak…. ok atau tidak? Situasi sekarang yang kita hadapi, kita tidak ok. Ekonomi kita yang sudah agak hampir dua tahun terkesan dah mula buka… tetapi ekonomi kita belum pulih kembali sebagaimana tahun 2018 dan 2019. Belum lagi balik ke situ.", "“Saya cakap sebagai pengerusi majlis pemulihan negara. Nak tolong kerajaan. Memang tak ambil duit satu sen pun. Bukan nak potong gaji macam Anwar Ibrahim, ni tak ambil satu sen pun,” kata Muhyiddin ketika berucap pada Program Jelajah Prihatin PN Masjid Tanah, malam tadi (Sabtu, 22 Oktober 2022).", "Untuk rekod, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri (PM) kelapan Malaysia dilantik sebagai Pengerusi MPN bertaraf menteri, pada 4 September 2021, dan tidak pernah mengambil gaji, walaupun berhak berbuat demikian.", "Pada Jumaat (21 Oktober), Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, berjanji perkara pertama yang akan dilakukannya jika diberikan mandat sebagai PM selepas PRU-15 adalah memotong kadar gaji dan elaun Perdana Menteri.", "Ketua Pembangkang itu berkata, beliau sedia untuk gaji dan elaunnya dipotong yang akan menjadi tindakan pertama dilakukan sebaik sah bergelar sebagai Perdana Menteri ke-10.", "Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata apa yang dilakukannya bersama anggota MPN adalah untuk menolong negara yang berhadapan dengan masalah pemulihan dalam pelbagai bidang, terutama ekonomi.", "“Ada banyak isu masalah tak selesai lagi. Antara tuntutan daripada pihak industri kecil dan sederhana ialah supaya kerajaan berikan moratorium.", "“Moratorium supaya pihak bank tak akan mengejar peminjam-peminjam yang berniaga yang belum bayar pinjaman kerana mereka berada dalam keadaan yang terdesak.", "“Mula berniaga tapi perniagaan tak sampai ke mana. Sebahagian besar pun masih belum lagi boleh membuka perniagaan sepenuhnya kerana situasi tidak seperti dahulu lagi. Ini kita cuba nak tangani,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-baharu-naik-lagi-498-import/
Kes baharu naik lagi, 498 import
[ "Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi naik 70 kes berbanding semalam, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).", "Dalam tempoh itu sebanyak 4,116 jangkitan baharu dikesan berbanding 4,046 kes semalam, menjadikan kumulatif positif meningkat kepada 2,829,089 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.", "Beliau juga memaklumkan sebanyak 498 kes import yang melibatkan 406 rakyat tempatan serta 92 warganegara asing dikesan dalam tempoh itu, menjadikan kumulatif kes import setakat ini sebanyak 15,454 kes.", "Daripada jumlah jangkitan baharu yang dikesan hari ini, 3,618 kes melibatkan penularan tempatan yang membabitkan 3,504 warganegara dan 114 bukan warganegara.", "Dalam tempoh 24 jam itu juga seramai 2,858 pesakit Covid-19 telah sembuh menjadikan kumulatif pulih sebanyak 2,753,119 kes atau 97.3 peratus daripada kumulatif positif.", "Sehingga semalam, seramai 31,869 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 sejak wabak itu mula melanda negara pada awal 2020 lalu.", "Sebanyak 42,843 kes masih aktif, meningkat 1,226 berbanding kelmarin, dengan 35,554 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 4,278 kes ditempatkan di PKRC; 2,862 dimasukkan ke hospital; dan 149 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 71 daripadanya yang memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Sepanjang minggu ini, sebanyak 26.2 peratus individu berusia 18 hingga 29 tahun dijangkiti Covid-19, diikuti 19.5 peratus (30-39 tahun); 11.1 peratus (40-49 tahun); dan 10.7 peratus (12-17 tahun).", "Sebanyak 9.1 peratus lagi jangkitan melibatkan individu berusia 50 hingga 59 tahun; 8.8 peratus (5-11 tahun); 6.1 peratus (60-69 tahun); 5.2 peratus (0-4 tahun); 2.4 peratus (70-79 tahun); dan 0.8 peratus (80 tahun ke atas).", "Dr Noor Hisham juga memaklumkan sebanyak sembilan kluster baharu dikesan hari ini menjadikan keseluruhannya 6,293 kluster dengan 6,068 telah ditamatkan dan 225 lagi masih aktif.", "“Seramai 141 pesakit masih dirawat di ICU dengan 62 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "“Daripada 4,116 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 39 kes atau 0.9 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 4,077 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam kenyataan hari ini." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/serangan-israel-ke-atas-gaza-mungkin-jenayah-perang-pbb/
Serangan Israel ke atas Gaza mungkin ‘jenayah perang’: PBB
[ "Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet menyifatkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza baru-baru ini yang mengorbankan lebih 200 rakyat Palestin mungkin merupakan ‘jenayah perang’ jika terbukti ianya tidak setimpal.", "Kenyataan Bachelet pada Khamis dibuat ketika beliau membuka sesi khusus sidang Majlis Hak Asasi Manusia PBB, yang diadakan atas permintaan Pakistan – bagi puhak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) – dan Palestin.", "Katanya, beliau tidak melihat bukti bangunan awam yang diserang pesawat tentera rejim Israel itu digunakan untuk tujuan ketenteraan.", "“Sekiranya didapati tidak setimpal, serangan tersebut mungkin merupakan jenayah perang,” katanya kepada 47 wakil negara anggota pada forum di Geneva.", "Dalam serangan berterusan selama 11 hari di Semenanjung Gaza bermula 10 Mei lalu sekurang-kurangnya 253 rakyat Palestin, termasuk 66 kanak-kanak terbunuh, manakala lebih 1,900 lagi cedera, lapor Kementerian Kesihatan di Gaza.", "Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk tiga warga asing, dan dua kanak-kanak terbunuh di Israel susulan serangan balas pejuang hamas.", "“Walaupun dilaporkan Israel menyasarkan anggota kumpulan bersenjata dan infrastruktur ketenteraan mereka, serangan itu mengakibatkan kematian dan kecederaan orang awam, kerosakan besar-besaran kepada kemudahan awam,” kata Bachelet, yang menyoroti skala kemusnahan di Gaza, yang berada di bawah sekatan Israel sejak 14 tahun.", "Beliau membangkitkan bahawa bangunan kerajaan, kediaman, pertubuhan bantuan antarabangsa, kemudahan kesihatan dan pejabat media menjadi sasaran serangan rejim Israel.", "“Walaupun terdapat tuduhan oleh Israel bahawa banyak bangunan itu melindungi kumpulan bersenjata atau digunakan untuk tujuan ketenteraan, kami belum melihatnya,” kata Bachelet. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/amaran-hujan-berterusan/
Amaran hujan berterusan
[ "Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada yang dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga esok.", "MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan tahap buruk iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Rompin (Pahang) dan Mersing (Johor), lapor Bernama.", "Sementara itu hujan tahap waspada iaitu hujan berterusan dijangka berlaku di Pekan (Pahang), Segamat, Kluang dan Kota Tinggi yang ketiga-tiganya di Johor." ]
https://www.agendadaily.com/politik/prn-umno-ada-senjata-tekan-parti-komponen-ph-beri-kerusi-sama-rata/
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
[ "Dengan pilihan raya di enam negeri dijangka diadakan serentak pada Julai depan, ramai yang melihat Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, tidak akan diberi kerusi sama rata, berbanding rakan komponen Pakatan Harapan (PH).", "Beberapa laporan sebelum ini mengatakan pemimpin PKR, AMANAH dan DAP di peringkat bahagian enggan berkompromi menyerahkan kerusi yang mereka sandang sekarang untuk ditandingi calon BN dan UMNO.", "Malah, sekarang ini perbincangan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang, dilakukan sesama parti komponen PH terlebih dahulu.", "Difahamkan, selepas pembahagian kerusi dalam kalangan ketiga-tiga parti itu selesai, baharu kerusi lain ditawarkan untuk ditandingi BN dan UMNO.", "Sumber yang rapat dengan Majlis Tertinggi (MT) memberitahu Agenda Daily, UMNO meminta pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diberi sama rata atau setidak-tidaknya dalam nisbah 40:60 (UMNO 40 peratus, komponen PH 60 peratus).", "Menurutnya nisbah 40:60 itu akan melibatkan tiga parti iaitu UMNO, PKR dan AMANAH, manakala usaha juga dilakukan untuk meletak calon MCA serta MIC di kerusi tertentu, tetapi memerlukan kerjasama DAP.", "Ditanya jika komponen PH menolak pembahagian kerusi seperti diminta, sumber itu berkata ianya tidak menjadi masalah besar kerana pemimpin atasan tahu apa yang perlu dilakukan.", "“UMNO ada senjata yang boleh digunakan untuk memastikan pembahagian kerusi diberi sama rata atau dalam nisbah 40:60.", "“Senjata rahsia ini semua orang tahu boleh digunakan untuk menekan PH supaya menerima cadangan UMNO.", "“Lagi pula UMNO telah berkorban segala-galanya bagi memastikan PH dapat memerintah,” katanya merujuk kepada kerjasama UMNO dan PH, termasuk DAP, untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan kerajaan Perak serta Pahang.", "Menjawab soalan, sumber itu mengakui UMNO telah memberikan amaran secara halus kepada parti komponen PH mengenai pembahagian kerusi dalam menghadapi PRN itu.", "“Itupun jika mereka (PKR, AMANAH dan DAP) memahami istilah kerjasama dalam kerajaan perpaduan. Atau kerjasama itu boleh bermasalah pada masa depan jika UMNO tidak dilayan sama rata,” katanya.", "Sumber itu turut mengesahkan UMNO peringkat bahagian dan negeri telah menyediakan senarai tidak rasmi kawasan DUN yang akan ditanding di enam negeri berkenaan.", "Sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan dalam PRN itu iaitu 56 kerusi di Selangor; Kelantan (45); Pulau Pinang (40); Negeri Sembilan serta Kedah masing-masing 36 kerusi; dan Terengganu (32).", "Berapa kerusi UMNO dapat dalam PRN tiga negeri pimpinan PH?" ]
https://www.agendadaily.com/politik/prn-dr-m-bakal-jumpa-muhyiddin/
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
[ "Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertemu dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan tentang kerjasama pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.", "Menurutnya, pertemuan itu juga bagi membincangkan soal kemungkinan pihaknya bertanding bersama PN pada PRN ini.", "“Muhyiddin hari ini tidak dapat hadir tetapi beliau memberi sokong penuh terhadap Proklamasi Orang Melayu malah beliau turut menghantar wakil.", "“Kita juga akan mengadakan pertemuan pada satu masa nanti. Kita akan berbincang, mengenai kemungkinan untuk (pihaknya) bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN), jika itu adalah kehendak semua,” katanya selepas Mesyuarat Tertutup Rundingan Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu, hari ini.", "Namun Dr Mahathir memaklumkan beliau tidak akan bertanding kerana sudah berusia.", "“Saya sudah tua, sudah nyanyuk, tetapi saya tidak faham, orang Jepun, orang Korea panggil saya tetapi di sini (Malaysia) orang suruh bersara,” katanya.", "Antara pemimpin yang menyokong proklamasi tersebut termasuk Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.", "Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali; Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris, bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah dan bekas Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan.", "Menyentuh soal gerakan proklamasi itu, bekas ahli Parlimen Langkawi itu berkata ia bertujuan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan yang membelenggu orang Melayu.", "“Kita mahu mereka sedar mengenai kedudukan mereka yang lemah dan semakin menjadi lemah. Ekonomi negara kini dikuasai orang bukan Melayu malah ketika ini juga kuasa politik mereka juga sudah terjejas.", "“Oleh itu, kita berpandangan bahawa untuk menyelamatkan orang Melayu, satu gerakan mesti diadakan merangkumi semua pihak dan ia akan menumpukan penyelesaian masalah ini,” katanya.", "Namun beliau menegaskan Proklamasi Orang Melayu bukan untuk menolak hak bukan Melayu atau cuba menghapuskan orang Cina.", "“Jangan anggap gerakan ini sebagai anti bukan Melayu kerana apa yang kita lakukan, kita tahu hak bukan Melayu. Mereka akan terus berniaga dan mencapai kekayaan.", "“Tetapi kita juga mahukan keadilan dalam pengagihan kekayaan. Adil bukan sama rata kerana kita tidak boleh mendapat kekayaan yang sama rata kerana kekayaan orang Cina sudah begitu jauh,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/75000-penduduk-cari-perlindungan-rumah-dibom-rejim-zionis-israel/
75,000 penduduk cari perlindungan, rumah dibom rejim Zionis Israel
[ "Sekurang-kurangnya 75,000 rakyat Palestin hilang tempat tinggal susulan serangan berterusan rejim pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini,", "“Secara keseluruhan keadaan tetap membimbangkan,” kata jurucakap PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).", "Katanya, pertempuran antara rejim Israel dan kumpulan pejuang bersenjata Palestin di Semenanjung Gaza masuk hari ke sembilan, tetapi dalam keadaan yang lebih rendah.", "“Sebaliknya, pertempuran antara Palestin dan pasukan Israel di Tebing Barat, termasuk di Baitulmaqdis Timur, semakin meningkat.", "“Semua pihak dalam pertempuran mesti bersetuju dengan gencatan demi kemanusiaan, bagi membuka laluan masuk dan keluar dari Semenanjung Gaza untuk penghantaran bantuan bekalan makanan dan perubatan,” katanya.", "Setakat ini sekurang-kurangnya 227 rakyat Palestin, termasuk 64 kanak-kanak, dan 38 wanita terbunuh, manakala 1,620 lagi cedera susulan serangan rejim Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 10 Mei lalu, kata Kementerian Kesihatan di Gaza.", "OCHA berkata, jumlah kematian di Tebing Barat sehingga Rabu mencecah 25 kes, termasuk empat kanak-kanak dam 6,309 lagi cedera.", "Jumlah kematian di pihak rejim Israel bagi tempoh yang sama pula ialah 12, termasuk dua kanak-kanak, manakala 796 lagi cedera.", "“Jumlah kumulatif individu yang berpindah sejak 10 Mei lalu mencecah 75,000, termasuk 47,000 yang mendapat perlindungan di 58 sekolah di bawah kendalian Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).", "“Manakala selebihnya tinggal bersama sanak-saudara mereka,” kata OCHA sambil menegaskan jana kuasa elektrik di Gaza hanya beroperasi dua jam sehari berikutan kekurangan bahan bakar. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kabinet-setuju-gubal-ruu-sumbangan-politik-wan-junaidi/
Kabinet setuju gubal RUU sumbangan politik: Wan Junaidi
[ "Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Berkaitan Sumbangan Politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.", "Wan Junaidi berkata beliau juga akan menyusul pandangan Jemaah Menteri agar kerangka perundangan yang dicadangkan bagi RUU berkenaan dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik untuk diperhalusi sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Parlimen kelak.", "“Justeru, RUU ini akan cuba dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini (11 September 2022), memetik laporan Bernama.", "Wan Junaidi berkata beliau telah membentangkan skop dasar bagi RUU Sumbangan Politik dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 September lepas iaitu Pengawal Sumbangan Politik dijadikan sebuah entiti bebas bagi mengawal selia sumbangan politik di negara ini.", "Beliau berkata penggubalan RUU itu akan mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan termasuk parti politik melalui sesi libat urus yang diadakan.", "Sebelum ini, Wan Junaidi berkata beliau sudah mengadakan perbincangan dengan enam entiti termasuk Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung RUU berkenaan.", "Perbincangan itu turut membabitkan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM).", "“Antara perkara dasar penting yang telah dibincangkan adalah berhubung penubuhan entiti pengawalseliaan sumbangan politik, penyumbang yang dibenarkan dan penetapan penalti ke atas kesalahan di bawah undang-undang ini,” katanya lagi.", "Beliau mengarahkan GIACC memperhalusi perkara-perkara dasar berkenaan, manakala BHEUU dan AGC pula menyediakan draf pentadbiran dengan mengambil kira pandangan serta contoh-contoh dikemukakan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan badan bukan kerajaan (NGO).", "“Selain itu, analisis perbandingan pemakaian undang-undang ini dari negara-negara lain perlu dilaksanakan bagi tujuan penanda aras undang-undang ini,” katanya turut mengesyorkan undang-undang itu diselaraskan dengan undang-undang sedia ada di bawah RoS dan SSM.", "Wan Junaidi berkata, beliau juga menyarankan agar draf pentadbiran disediakan secepat mungkin bagi membolehkan sesi libat urus diadakan dengan semua pemegang taruh mengikut garis masa yang akan disediakan oleh GIACC.", "“Bagi menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus politik, adalah wajar undang-undang ini dilaksanakan dengan segera,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/shafee-dilepas-bebas-pendakwaan-fail-rayuan/
Shafee dilepas bebas, pendakwaan fail rayuan
[ "Pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah atas dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Datuk Seri Najib Razak dan dua pertuduhan membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).", "Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz semasa dihubungi mengesahkan notis rayuan difailkan hari ini, lapor Bernama.", "Pada 28 Oktober, Mahkamah Tinggi di Putrajaya melepas dan membebaskan Muhammad Shafee Abdullah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap peguam itu di akhir kes pendakwaan.", "Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin berkata berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, tidak ada langsung keterangan menunjukkan wujudnya perlakuan predikat (aktiviti haram) dan daripada mana wang tersebut diperoleh.", "Pada 13 September 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan membabitkan diri dengan pengubahan wang haram iaitu dengan menerima hasil daripada aktiviti haram masing-masing berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad dikeluarkan Najib yang telah dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh.", "Muhammad Shafee dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Taman Tunku, Bukit Tunku dekat sini pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014.", "Peguam itu juga didakwa terhadap dua pertuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi yang hasil daripada akitiviti haram iaitu dengan membuat suatu penyata tidak betul yang bertentangan dengan Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.", "Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015.", " " ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pm-beri-jaminan-sidang-parlimen-akan-dibuka-pada-september-oktober/
PM beri jaminan sidang Parlimen akan dibuka pada September-Oktober
[ "Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan proses demokrasi akan tetap didukung kerajaan Perikatan Nasional dengan mengumumkan sidang Parlimen akan dibuka semula pada September atau Oktober depan nanti.", "Muhyiddin bagaimanapun menegaskan sidang Parlimen tersebut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan kerajaan terlebih dahulu perlu memastikan usaha memerangi penularan Covid-19 dapat ditangani dengan segera.", "“Saya ingin memberikan komitmen bahawa sidang parlimen boleh diadakan dalam fasa ini sekitar bulan September atau Oktober dengan mengikut SOP yang ketat.", "“Ini adalah pendirian saya dari awal bahawa sistem demokrasi berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, iaitu seletelah kes-kes Covid-19 terkawal dan kita hampir mencapai imuniti kelompok,” katanya semasa Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung hari ini.", "Justeru itu, beliau mengingatkan supaya pihak tertentu tidak mengganggu usaha kerajaan dalam memerangi Covid-19 dengan membuat ‘cerita dogeng’ dan tuduhan tidak berasas berhubung isu pembukaan Parlimen.", "“Jangan ada kekacauan hingga ganggu tugas kita tangani Covid-19,” katanya.", "Terdahulu, meskipun negara masih berhadapan dengan peningkatan kes Covid-19 yang saban hari menunjukkan angka yang menakutkan, pemimpin blok pembangkang seolah-olah kebal dengan pandemik itu malah mendesak Parlimen agar segera dibuka.", "Malaysia ketika ini sedang melalui tempoh Darurat selepas Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menggunakan kuasa Baginda berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk menguatkuasakan perintah tersebut.", "Baginda yakin bahawa Darurat ini merupakan langkah paling berkesan buat masa ini bagi menghadapi pandemik Covid-19 yang kini mencecah angka yang sangat membimbangkan dalam negara.", "Tempoh Darurat ini berkuatkuasa sehingga 1 Ogos 2021 atau satu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid- 19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.", "Bagaimanapun, sepanjang tempoh tersebut juga pemimpin pembangkang mendesak supaya Darurat dibatalkan, malah sanggup berhimpun depan Istana Negara semata-mata untuk mendesak Agong mendengar cakap mereka." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kod-etika-baharu-konsert-artis-antarabangsa-akan-diperkenal/
Kod etika baharu konsert artis antarabangsa akan diperkenal
[ "Kerajaan bakal memperkenalkan garis panduan baharu konsert membabitkan selebriti antarabangsa yang mahu mengambil bahagian di pentas Malaysia.", "Garis panduan yang dikemas kini itu akan mengambil kira semua sensitiviti masyarakat Malaysia, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek.", "Ia kini sedang dimuktamadkan oleh jawatankuasa di Pusat Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal), yang terletak di bawah kementerian itu.", "“Kami sebenarnya telah menyediakan garis panduan baharu itu sejak 2019 untuk menjadikannya lebih relevan dengan keperluan industri semasa untuk mengikuti perkembangan situasi dan trend terkini,” kata Mohammad memetik laporan Sunday Star.", "Pada masa ini, semua konsert di Malaysia oleh artis asing mesti mengikut garis panduan Puspal. Ini termasuk syarat untuk penganjur dan kod etika untuk penghibur, khususnya cara mereka berpakaian dan berkelakuan di atas pentas.", "Isu konsert oleh selebriti luar menjadi tumpuan bulan lalu apabila Pemuda PAS menggesa kerajaan membatalkan semua konsert akan datang yang menampilkan artis antarabangsa atau mereka akan mengadakan bantahan, dengan mendakwa acara sebegitu menggalakkan hedonisme.", "Susulan itu Persatuan Seni, Perayaan dan Acara Antarabangsa (Alife) dan penganjur acara lain menyeru ahli politik berhenti menggunakan konsert untuk pengaruh politik dan mengorbankan perniagaan.", "Bagi memudahkan permohonan, Mohammad turut mendedahkan bahawa sistem baharu sedang disediakan untuk mengendalikan proses permohonan permit bagi persembahan artis asing dan penggambaran krew filem asing.", "Sistem yang sedang dibangunkan oleh Puspal itu dijangka siap pada penghujung 2023.", "“Sistem ini akan dapat mengendalikan keseluruhan proses permohonan untuk penggambaran dan persembahan luar negara dari peringkat awal perancangan sehingga tamat.”", "Mohammad berkata kementerian juga sedang membantu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan penggambaran dan konsert dengan menghasilkan buku panduan aplikasi untuk diedarkan ke seluruh dunia.", "Mengenai garis panduan konsert yang akan dikemas kini tidak lama lagi, pengerusi Alife, R Para berharap ia akan dinyatakan dengan jelas dan mesra industri.", "“Industri acara langsung di Malaysia semakin pulih, tetapi untuk tahun ini, jumlah hasil hanya dijangka mencecah 50 peratus daripada masa pra-pandemik.", "“Sebelum pandemik Covid-19, gabungan acara perniagaan dan hiburan menyumbang hampir RM1.2 bilion kepada ekonomi pada 2019.", "“Kami mengunjurkan bahawa ia akan sekurang-kurangnya mencecah separuh daripada jumlah ini tahun ini (RM600 juta) dan melepasi RM1.2 bilion pada 2023,” katanya sambil menambah usaha bersama semua pihak diperlukan untuk mencapai angka tersebut.", "Contoh acara muzik antarabangsa yang berjaya di Malaysia ialah Festival Muzik Dunia Hutan Hujan di Sarawak.", "Sekembalinya selepas dua tahun sejak wabak itu, lebih 7,000 tiket telah dijual, manakala lebih banyak lagi menonton persembahan secara langsung dalam talian acara itu pada Jun tahun ini.", "Festival itu menampilkan 60 aksi tempatan dan antarabangsa, termasuk dari China, Australia, India, Singapura, Indonesia, Kanada, Estonia, Itali, Jepun, Madagascar, dan Amerika Syarikat.", "Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez menggesa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan menghapuskan cukai hiburan yang dikenakan ke atas penganjur konsert dan industri seni secara kekal.", "Pada masa ini, beberapa pihak berkuasa tempatan telah mengetepikan cukai buat sementara waktu untuk membantu industri pulih semula.", "“Langkah sedemikian akan diterjemahkan kepada harga tiket yang lebih rendah, menjadikan pertunjukan lebih berpatutan, dan membantu kebangkitan industri selepas dua tahun wabak itu,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/prn-bersatu-negeri-sembilan-tawar-kerusi-mb-jika-kj-tanding-tiket-pn/
PRN: Bersatu Negeri Sembilan tawar kerusi MB jika KJ tanding tiket PN
[ "Walaupun belum mengadakan pertemuan dan perbincangan rasmi dengan bekas pemimpin UMNO yang dipecat, Khairy Jamaluddin, Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sedia menawarkan kerusi Menteri Besar kepadanya jika bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.", "Pengerusi PN Negeri, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata soal menteri besar adalah persoalan kecil kerana paling penting adalah memastikan kemenangan kepada Bersatu dan PN.", "Menurutnya Bersatu Negeri Sembilan sedia menawarkan jawatan Menteri Besar kepada bekas Ahli Parlimen Rembau itu sekiranya beliau mahu bertanding PRN di negeri itu di bawah tiket PN.", "“Kalau KJ (Khairy) sertai Bersatu dan bertanding di Negeri Sembilan, kita tiada masalah untuk tawarkan dia kerusi menteri besar,” katanya menjelaskan isu Menteri Besar adalah persoalan kecil kerana apa yang penting PN mahu memastikan kemenangan.", "“Semestinya siapa saja yang dirasakan ada nilai dan difikirkan sesuai oleh Presiden, jadi dia boleh jadi menteri besar. Itu kita serah pada pucuk pimpinan,” katanya menurut Sinar hari ini.", "Beliau turut mengakui sekiranya bekas Ketua Pemuda UMNO itu menyertai Bersatu, akan dapat memberi nilai tambah kepada parti kerana semua pihak sedia maklum kekuatan yang ada pada Khairy sebagai seorang pemimpin.", "“Tapi sehingga kini kita tak tahu status sebenar KJ (selepas dipecat dari UMNO),” katanya.", "Bagaimanapun beliau menjelaskan sehingga kini PN atau Bersatu negeri masih belum mengadakan sebarang pertemuan rasmi dengan Khairy.", "Beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk berbincang dengan Khairy.", "“Kita tak mahu terlalu ramai pergi jumpa, takut nanti ada perkara yang tak selari. Jadi kita serah pada pucuk pimpinan saja dan jika ada arahan susulan kita akan ikut,” katanya.", "Sebelum ini media melaporkan Khairy menyatakan berminat untuk bertanding dalam PRN Selangor dan mendakwa beberapa tawaran telah dibuat kepadanya, termasuklah jawatan Menteri Besar sekiranya menang.", "Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan parti politik mana yang menawarkan jawatan itu." ]
https://www.agendadaily.com/politik/zahid-sanggup-redah-banjir-juga-mahu-pru-15-diadakan-tahun-ini/
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
[ "Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera iaitu sebelum hujung tahun ini yang masih berbaki kira-kira tiga bulan lagi, walaupun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan musim tengkujuh akan tiba.", "Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang sebelum ini sanggup meredah banjir untuk berkempen jika PRU-15 diadakan pada musim hujan lebat, menjadikan penafian MetMalaysia bahawa banjir besar akan berlaku pada hujung November, sebagai alasannya.", "“Kemungkinan banjir besar tiada siapa dapat meramalkan dengan tepat, malah Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini juga menafikan pasti banjir besar pada hujung November 2022.", "“Sekali lagi saya menegaskan kemungkinan banjir besar hujung tahun lebih menuntut PRU-15 diadakan sekarang agar kebajikan rakyat diuruskan oleh sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh.", "“Kita tidak mahu insiden percanggahan dalam urusan membantu mangsa banjir berulang akibat daripada sebahagian pimpinan kerajaan parti lawan terlalu merancang agenda politik,” katanya dalam kenyataan hari ini (28 September 2022).", "Untuk rekod, MetMalaysia meramalkan Malaysia bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November depan, yang sekali gus akan menyebabkan banjir besar pada penghujung bulan itu.", "Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif dalam tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.", "Pada 2 September 2022, BH memetik Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata jabatan itu meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.", "Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.", "Tetapi, pada 15 September Muhammad Helmi menafikan pula dakwaan berlaku banjir besar pada hujung November tahun ini.", "Kata beliau pihaknya tidak mempunyai kaedah tepat untuk meramalkan banjir lebih awal seperti yang hangat diperkatakan.", "“Ramalan tersebut hanya dapat diketahui tiga hari sebelum banjir berlaku. Untuk ramalan dua bulan lebih awal banjir besar berlaku (November) memang tak ada kaedah tepat.", "“Tidak dinafikan kemungkinan tu ada, cuma di mana kawasan paling terjejas atau bila, kita tak tahu,” kata Muhammad Helmi.", "Bagaimanapun, jika Parlimen dibubarkan awal Oktober depan, bermakna PRU-15 akan diadakan sama ada pada hujung Oktober, November atau awal Disember, iaitu ketika musim tengkujuh.", "Ini kerana, menurut Artikel 55(4) Perlembagaan Persekutuan, PRU wajib dijalankan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen dan sidang Dewan Rakyat yang seterusnya wajib dilaksanakan dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen tersebut.", "Berdasarkan kepada pengalaman dua pilihan raya yang lalu, PRU akan berlangsung dalam tempoh sebulan selepas Parlimen dibubarkan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/perutusan-terakhir-muhyiddin-petang-ini/
Perutusan terakhir Muhyiddin petang ini
[ "Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menyampaikan perutusan terakhir sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelapan kira-kira jam 3.30 petang ini.", "Beliau dimaklumkan telah meletak jawatan dan diterima oleh Yang di-Pertuan Agong selepas menghadap baginda di Istana Negara tengah hari tadi.", "Pada masa sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin turut mengesahkan semua menteri dan timbalan menteri telah meletak jawatan.", "Muhyiddin mengambil keputusan meletak jawatan setelah dikatakan tidak mempunyai majoriti sokongan Ahli Parlimen (MP) di Dewan Rakyat susulan tindakan 15 MP UMNO diketuai Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap beliau dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).", "Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan PM pada 1 Mac tahun lalu, menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ketika itu dipimpin Dr Mahathir Mohamad." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kerajaan-selangor-buat-hal-lagi-kehijauan-bukit-tabur-terancam/
Kerajaan Selangor buat hal lagi, kehijauan Bukit Tabur terancam?
[ "Belum reda isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) secara diam-diam, kini satu lagi kehijauan di bumi Selangor diancam selepas tular gambar aktiviti pembersihan hutan dijalankan di pinggir Bukit Tabur yang terletak di Taman Melawati.", "Sebelum ini, kecoh isu HSKLU selepas Kerajaan PKR Selangor memutuskan untuk menyahwartakan separuh daripada HSKLU bagi tujuan pembangunan dan ia menerima kecaman daripada banyak pihak.", "Terbaharu, sebuah pertubuhan alam sekitar, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKAMalaysia) Malaysia berkongsi dalam hantaran di Facebook beberapa gambar yang menunjukkan sedang berlaku aktiviti pembersihan hutan di pinggir Bukit Tabur berhampiran Permatang Kuartza Genting Klang.", "“Kenal tempat ni? Macam mana boleh kontraktor halimunan dengan jentera halimunan dia boleh sampai keatas dan menjalankan kerja-kerja perbersihan hutan dikawasan lereng bukit nie yea?", "“Syaratnya hikers tak boleh naik, tetapi jengkaut dan kontraktor ‘invisible’ boleh bersihkan hutan ke apa? Satu lagi contoh penguatkuasaan yang boleh diberikan markah ‘F’,” kata pertubuhan tersebut dalam hantarannya.", "Bukit Tabur setinggi 396 meter (1,300 kaki) merupakan lokasi  terletaknya Permatang Kuartza Genting Klang.", "Permatang Kuartza Genting Klang merupakan sebuah daik kuartza yang melalui sepanjang kawasan timur laut Kuala Lumpur dalam kawasan Bukit Lagong-Kanching-Klang Gates. Berukuran lebih 16 km panjang dan 200m lebar, ia adalah yang terpanjang seumpamanya di dunia.", "Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan dan sangat sinonim dengan para pendaki, ia terletaknya Hutan Simpanan Gombak dan Empangan Klang Gates di sisi bukit.", "Puncaknya memberikan pemandangan empangan yang mengagumkan. Bukit ini mempunyai beberapa puncak yang boleh disusuri.", "Walaupun Permatang Kuartza Genting Klang merupakan antara formasi geologi paling unik di Malaysia, ia kurang dilindungi dan kini berdepan dengan ancaman pembangunan perbandaran.", "Terbaharu, rancangan Lebuhraya Lembah Klang Timur menjadi ancaman terkini terhadap Permatang Kuartza Genting Klang, memandangkan jajaran lebuh raya itu bakal melalui jalur kuartza tersebut." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pihak-berkuasa-diarah-siasat-kumpulan-percaya-kemunculan-imam-mahdi/
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
[ "Pihak berkuasa telah diarahkan supaya menyiasat status dan keberadaan kumpulan dianggotai rakyat tempatan yang berkumpul di Tanah Suci Mekah, kerana mendakwa kemunculan Imam Mahdi pada Hari Arafah sebelum ini.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, telah diarahkan memulakan siasatan terhadap kumpulan itu termasuk pemimpinnya Habib Shah Firdaus Habib Ahmad, yang dipercayai masih berada di sana, lapor Bernama.", "“Kita harap selepas ditangkap, mereka akan dikenakan tindakan dan seterusnya dihantar pulang kerana ini semua mengarut,” katanya selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) negeri, di Bukit Merah Laketown Resort hari ini.", "Menurutnya orang awam dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dan melakukan semakan dahulu, sebelum menyertai apa-apa Tarekat (pengamalan).", "“Kalau mahu menyertai Tarekat, saya harap orang awam selidik dahulu guru tersebut. Jika ingin mengaji, syaratnya perlu mencari guru yang ‘Mursyid’, iaitu mempunyai ilmu dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya,” tambahnya.", "Dilapor, beberapa kepercayaan yang terpesong termasuk mendakwa kemunculan Imam Mahdi pada hari Arafah lepas, antara pusat pengamalan Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah di Labu, Negeri Sembilan yang telah ditutup selama enam bulan.", "Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad dilapor berkata berdasarkan maklumat, pemimpin pusat itu iaitu Habib Shah Firdaus Habib Ahmad bersama kira-kira 300 pengikutnya, telah ke Arab Saudi bagi mengerjakan umrah selain menantikan kemunculan Imam Mahdi pada Hari Arafah dan kini Awal Muharram." ]
https://www.agendadaily.com/politik/mb-johor-akur-tsunami-orang-melayu-mahu-zahid-berundur-atau-dipecat/
MB Johor akur tsunami orang Melayu, mahu Zahid berundur atau dipecat
[ "Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu meletak jawatan pada kadar segera susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).", "Onn Hafiz mengakui tsunami orang Melayu menyebabkan UMNO tewas teruk pada PRU-15 kali ini dan meminta Zahid mengambil tanggungjawab sama ada berundur atau dipecat serta-merta daripada parti.", "Beliau yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor berkata Zahid perlu mengundurkan diri daripada terus memegang jawatan Presiden UMNO demi kepentingan dan masa depan parti.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu berkata perubahan perlu dilakukan kerana ramai pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang berkaliber dan berpotensi, terkorban kerana tindakan tidak mahu mendengar denyut nadi akar umbi.", "“Kita semua sedia maklum bahawa satu tsunami politik orang Melayu telah berlaku, iaitu orang Melayu telah menolak UMNO. UMNO telah rebah.", "“UMNO dan BN hanya menang sembilan kerusi Parlimen di Johor, sementara itu, kita tidak memenangi satupun kerusi Parlimen di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan mahupun Terengganu.", "“Walaupun pahit untuk ditelan, pemimpin UMNO termasuk saya sendiri perlu kembali mendengar suara rakyat yang telah diterjemahkan melalui undi mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-15 semalam,” kata Onn Hafiz menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya, hari ini.", "Beliau berkata usaha untuk memulih dan memperbaiki parti perlu bermula dari sekarang dan sekiranya perubahan tidak dilakukan segera, UMNO dan BN tidak akan memenangi walaupun satu kerusi pada masa akan datang.", "Sehubungan itu katanya, Zahid perlu berjiwa besar untuk meletak jawatan sebagai presiden pada kadar yang segera, sebagaimana Datuk Seri Najib Razak telah berbuat demikian pada 2018.", "“Insya-Allah tindakan berjiwa besar ini akan membantu kita mengambil langkah pertama untuk memulihkan dan menguatkan kembali parti UMNO yang kita semua cintai ini.", "“Segala pengorbanan mereka akan dihargai dan insya-Allah, perjuangan ini akan diteruskan. Semoga Allah SWT merestui dan merahmati perjuangan serta pengorbanan kita semua,” katanya.", "Pada PRU-15, BN hanya meraih sembilan kerusi daripada 26 kerusi yang ditandingi di Johor iaitu Simpang Renggam, Parit Sulong, Ayer Hitam, Pontian, Kota Tinggi, Tenggara, Pengerang, Sembrong dan Tanjung Piai.", "Pakatan Harapan memenangi 14 kerusi, Perikatan Nasional (PN) dua kerusi dan Parti Ikatan Demokratik (MUDA) satu kerusi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kekurangan-tepung-gandum-bukan-sebab-sekatan-eksport-india/
Kekurangan tepung gandum bukan sebab sekatan eksport India
[ "Kekurangan bekalan tepung gandum di pasaran seperti yang dilaporkan media ketika ini adalah disebabkan jenama tertentu mendapat permintaan tinggi dan bukan disebabkan tindakan India menyekat eksport gandum ke pasaran global.", "Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata negara hanya mengimport 15 peratus bekalan gandum dari India, Amerika Syarikat dan Ukraine manakala selebihnya adalah dari Australia, lapor Bernama.", "“Kalau ada gangguan bekalan mungkin sebab permintaan tinggi bagi sesuatu jenama dan disebabkan itu ia cepat habis. Buat masa ini kita tidak kesan lagi kekurangan gandum di pasaran, kita tidak terima aduan secara langsung kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).", "Kita dapat maklumat dari media dan kita siasat seperti di Melaka terdapat kes terpencil sahaja dan bukannya menyeluruh (seluruh negara),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Salam Aidilfitri 2022 Suruhanjaya Syarikat Malaysia di sini hari ini.", "Beliau turut menjelaskan setakat ini kekurangan bekalan tepung gandum tidak dilihat sebagai kritikal namun pihaknya terus membuat pemantauan berterusan.", "Dalam pada itu, Nanta menjelaskan sekiranya terdapat peningkatan harga tepung gandum ia bukan daripada bekalan yang bersubsidi kerana tepung gandum bersubsidi kekal pada kadar RM1.35 sen bagi satu kilogram.", "Katanya negara mencatatkan penggunaan tepung gandum bersubsidi sebanyak 100,000 tan metrik setahun manakala yang tidak bersubsidi sekitar 192,959 tan metrik.", "Nanta juga berkata peniaga yang didapati mencatu bekalan tepung berdepan dengan tindakan undang-undang berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.", "Katanya KPDNHEP akan memperkenalkan satu inisiatif bagi memudahkan pengguna mengenal pasti produk bersubsidi di pasaran, sekali gus mengelakkan peniaga menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/samenta-komited-untuk-bantu-pks-dalam-digitalisasi-penuhi-piawaian-esg/
SAMENTA komited untuk bantu PKS dalam digitalisasi, penuhi piawaian ESG
[ "Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, atau SAMENTA, persatuan PKS tertua dan terbesar di Malaysia, komited untuk membantu PKS mendigitalkan mengautomasikan dan memenuhi piawaian ESG.", "Datuk William Ng, Presiden SAMENTA, berkata bahawa cabaran utama bagi PKS ialah kekurangan buruh, produktiviti rendah, peningkatan kos dan isu pematuhan berkaitan piawaian ESG baharu.", "“Untuk mengatasi isu utama ini, kami perlu menggalakkan lebih banyak PKS untuk mendigitalkan dan mengautomasikan untuk mengurangkan pergantungan kami kepada pekerja dan mengurangkan kos. Ramai PKS sudah sedar tentang kepentingan pendigitalan, tetapi kekurangan pengetahuan dan sumber untuk mendigitalkan dengan berkesan.", "“Kami telah bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan untuk membantu PKS mendigitalkan dan mengautomasikan dengan berkesan, dan pada tahun ini, kami akan terus memberi tumpuan untuk berbuat demikian,” tambah Ng.", "“Dengan pengenalan piawaian ESG yang lebih ketat, dan dasar berkaitan karbon seperti CBAM (Mekanisme Penyesuaian Sempadan Karbon), PKS kita perlu dapat mengukur pengeluaran karbon mereka serta melaporkan tentang dasar alam sekitar, sosial dan tadbir urus mereka dan penambahbaikan, untuk kekal berdaya saing.", "“Kami sudah menerima laporan mengenai PKS ditutup daripada rantaian bekalan disebabkan hal ini, jadi ini sangat kritikal. SAMENTA membantu PKS untuk lebih memahami keperluan yang sentiasa berubah ini dan melakukan yang terbaik untuk memenuhinya,” kata Ng.", "Ng berkata demikian pada penghujung mesyuarat agung tahunan persatuan itu, yang menyaksikan pasukan baharu mengangkat sumpah untuk penggal 2023–2026 untuk menerajui persatuan PKS terbesar Malaysia.", "Selain Ng, pemegang jawatan lain termasuk Calvin Kwan yang merupakan Timbalan Presiden baharu, Yeoh Seng Hooi dan Fan Kah Seong yang masing-masing dikekalkan sebagai Setiausaha Agung dan Bendahari. Terdapat pertukaran pengawal di peringkat wilayah, dengan Ryan Lee dan Edwin Ng masing-masing mengambil alih sebagai pengerusi wilayah Selatan dan Tengah.", "“Pasukan ini terdiri daripada muka baharu dan lama, dan komited untuk meneruskan misi SAMENTA untuk menjadi suara PKS di negara ini,” kata Ng.", "Small & Medium Enterprises Association (SAMENTA) Malaysia", "Tentang SAMENTA", "Ditubuhkan pada 1986, SAMENTA ialah persatuan PKS tertua dan terbesar di Malaysia, dengan lebih 3,000 ahli di seluruh negara.", "Persatuan berbilang kaum, pelbagai sektor, SAMENTA telah berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan persekitaran perniagaan yang mesra PKS dan menghubungkan PKS kepada peluang serantau dan global." ]
https://www.agendadaily.com/politik/zahid-masuk-jerat-anwar-pkr-masih-belum-nafi/
Zahid masuk jerat Anwar, PKR masih belum nafi
[ "Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berdiam diri berhubung klip audio perbualan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tular di media sosial awal pagi hari ini.", "Samaada laman sosial PKR atau Anwar sendiri, masih belum ada sebarang kenyataan mahu pun penafian yang diberikan berhubung klip audio berkenaan.", "Tindakan Anwar dan PKR berdiam diri menimbulkan tanya di kalangan ahli parti itu dan UMNO.", "Berbeza dengan Zahid, beliau sudah mengeluarkan kenyataan penafian mengenai klip audio berdurasi lebih empat minit itu yang mula tular sejak malam tadi.", "Presiden UMNO itu dalam kenyataannya berkata telah mengarahkan pegawainya membuat laporan polis untuk mencari dalang penyebaran klip audio tersebut.", "Menafikan sekeras-kerasnya ada perbualan beliau dengan Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini, Zahid mendakwa penyebaran klip video itu bertujuan menghancurkan UMNO.", "“Saya percaya lebih banyak lagi permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan UMNO.", "“Sebagai Presiden UMNO, saya tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU),” katanya.", "Agenda Daily hari ini mendedahkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik ketika PAU baru-baru ini.", "Perbualan antara Presiden PKR dengan Presiden UMNO itu sangat mesra dengan kedua-dua mereka saling bertukar-tukar pandangan berhubung ucapan para perwakilan UMNO semasa PAU berlangsung.", "Tular klip audio Anwar, Zahid bincang strategi semasa PAU" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/varian-baharu-rakyat-malaysia-dilarang-melawat-7-negara-afrika/
Varian baharu: Rakyat Malaysia dilarang melawat 7 negara Afrika
[ "Kerajaan tidak membenarkan rakyat Malaysia melawat beberapa negara termasuk Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe, berkuat kuasa esok, 27 November 2021.", "Langkah berjaga-jaga itu diambil sebagai tindakan pencegahan dan kawalan susulan penemuan varian baharu Covid-19 yang dilaporkan lebih berbahaya daripada Delta.", "Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan juga mengenakan sekatan sementara kepada semua rakyat asing yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari ke negara-negara terbabit.", "Katanya, rakyat Malaysia dan pemegang pas penduduk tetap yang pulang ke Malaysia dari negara-negara berkenaan dibenar masuk, tetapi dikehendaki menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin tanpa mengira stauts vaksinasi serta tidak dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.", "“Selain itu sample akan diambil dari individu yang tiba dari negara-negara tersebut untuk survelan genomik,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan mengenai varian baharu Covid-19 iaitu B.1.1.529 yang menyatakan varian itu menular di Afrika Selatan membabitkan 77 kes; Botswana (empat); dan Hong Kong (dua).", "Kes pertama dilaporkan di Botswana pada 11 November, manakala 14 November di Afrika Selatan, dan Hong Kong (25 November). Kes di Hong Kong mempunyai sejarah melawat Afrika Selatan.", "Menurut laporan itu, varian baharu berkenaan mempunyai 32 mutasi spike protein iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta. Sehingga kini belum ada maklumat lanjut bagi tempoh inkubasi, gejala dan kadar kebolehjangkitan bagi varian berkenaan.", "Untuk rekod, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekarang ini masih lagi melakukan pemantauan yang rapi mengenai perkembangan berkaitan laporan varian baharu itu. WHO mengkategorikan varian baharu itu sebagai ‘variant under monitoring (VUM)’.", "Mengulas lanjut Khairy berkata KKM memandang serius kewujudan varian baharu itu dan akan mempertingkatkan survelan genomik termasuk ke atas individu yang tiba dari negara yang melaporkan varian berkenaan.", "“Pemantauan berterusan bagi survelan genomik dijalankan oleh konsortium yang terdiri daripada KKM, melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Kementerian Pendidikan Tinggi.", "“Berdasarkan survelan genomik yang dijalankan sehingga 26 November 2021, tiada virus Covid-19 varian baharu B.1.1.529 yang dilaporkan di Malaysia,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/tempat-duduk-ku-li-dalam-dewan-rakyat-bersama-blok-pembangkang/
Tempat duduk Ku Li dalam Dewan Rakyat bersama blok pembangkang
[ "Ahli Parlimen (MP) Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berpindah tempat duduk ke blok pembangkang atau blok E dalam pelan kedudukan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang mula bersidang hari ini.", "Tempat duduk beliau adalah di sebelah MP Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bersama MP Bebas, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan DAP.", "Julai lalu, Tengku Razaleigh atau mesra dengan panggilan Ku Li memohon supaya tempat duduk beliau dalam Dewan Rakyat diletakkan berhampiran blok Bebas.", "Dalam surat bertarikh 26 Julai kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun, Ku Li memberi alasan memohon pertukaran tempat duduk kerana beliau tidak menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu.", "Sebelum memohon berpindah tempat, kedudukan Ku Li diletakkan bersama MP UMNO lain di blok Kerajaan PN.", "Bagaimanapun, tidak pasti sama ada Ku Li juga tidak menyokong kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana tempat duduk baharunya mulai hari ini adalah bersama dengan blok pembangkang.", "Tempat duduk dalam Parlimen kali ini turut menyaksikan perubahan susulan pembentukan kerajaan dengan menyaksikan beberapa MP dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.", "Turut berpindah tempat duduk, beberapa Ahli Parlimen yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, antaranya Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar; Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.", "Kedudukan blok menteri juga menyaksikan penyertaan seorang wakil senator iaitu Senator Idris Ahmad yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggantikan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.", "Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Ahli Parlimen Pagoh duduk bersebelahan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan sebaris dengan kerusi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.", "Ahmad Zahid adalah Ahli Parlimen Bagan Datuk sementara Najib adalah Ahli Parlimen Pekan." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/moderna-yakin-dos-penggalak-mampu-halang-jangkitan-omicron/
Moderna yakin dos penggalak mampu halang jangkitan Omicron
[ "Syarikat farmaseutikal dan bioteknologi Amerika Syarikat yang berpangkalan di Cambridge, Massachusetts, Moderna Inc, mendakwa hasil ujian makmal mendapati dos penggalaknya memberi perlindungan daripada varian Omicron.", "Pada masa sama syarikat itu merancang membangunkan vaksin khusus bagi melindungi daripada varian Covid-19 Omicron, tahun depan, kata Presiden Moderna, Stephen Hoge.", "Bagaimanapun katanya, keputusan untuk memberi tumpuan kepada vaksin semasa, mRNA-1273, sebahagiannya didorong oleh seberapa cepat Omicron boleh merebak.", "“Apa yang kami miliki sekarang ialah 1273. Ia sangat berkesan, dan selamat. Saya fikir ia akan melindungi orang ramai melalui tempoh cuti yang akan datang dan melalui bulan-bulan musim sejuk ini, apabila kita akan menyaksikan penularan teruk Omicron,” kata Ketua Pegawai Perubatan Moderna, Dr Paul Burton.", "Ketika ini mereka yang menerima vaksin Moderna diberikan 100 mikrogram dos bagi suntikan pertama dan kedua untuk perlindungan daripada Covid-19, diikuti dengan dos penggalak sebanyak 50 mikrogram.", "Antibodi diukur 29 hari selepas penerima suntikan penggalak mendapat dos ketiga, dengan separuh mendapat dos 50 mikrogram dan separuh mendapat 100 mikrogram.", "Moderna berkata, data awal menunjukkan tindak balas antibodi terhadap Omicron pada dos 50 mikrogram meningkat 37 kali ganda – tetapi apabila dos digandakan, tahap antibodi meningkat 83 kali ganda.", "Dr Burton berkata terpulang kepada kerajaan dan pengawal selia ubat-ubatan untuk mengukur sama ada mereka mahukan tahap perlindungan yang dipertingkatkan melalui dos 100 mikrogram.", "Syarikat itu berkata dos 100 mikrogram secara amnya selamat dan diterima dengan baik, walaupun terdapat trend ke arah tindak balas buruk yang lebih kerap.", "Minggu lalu, kajian dunia nyata di Afrika Selatan menunjukkan dua suntikan dos menyerupai mRNA daripada Pfizer/BioNTech menawarkan perlindungan sekitar 70 peratus terhadap penyakit teruk yang disebabkan oleh Omicron.", "Dalam temu bual yang diterbitkan dalam akhbar harian Perancis Le Monde, Ketua Pegawai Eksekutif BioNTech, Ugur Sahin berkata selepas suntikan ketiga ia seolah-olah memberikan perlindungan antara 70 dan 75 peratus terhadap sebarang bentuk penyakit. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/politik/strategi-pertembungan-tiga-penjuru-menjadi-umno-intai-kemenangan-besar-pru/
Strategi pertembungan tiga penjuru menjadi, UMNO intai kemenangan besar PRU
[ "Selepas melakukan uji kaji sejauh mana pertembungan tiga penjuru bakal memberi kesan dalam keputusan pilihan raya umum (PRU), UMNO kini mengintai kemenangan yang lebih besar untuk menguasai kerajaan pusat secara dominan.", "Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanyalah platform umpama sebuah ‘makmal’ untuk melihat sejauh mana pertaruhan UMNO akan membuahkan hasil atau sebaliknya, ia ternyata senario pertembungan tiga penjuru memberi mereka kelebihan.", "Strategi UMNO menjadi, penubuhan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS sebenarnya adalah langkah awal sebelum kemudiaannya memerangkap blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) untuk bersetuju menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Kemudiaan, UMNO menggunakan alasan penyatuan ummah khususnya dikalangan orang Melayu dengan menarik Bersatu untuk keluar daripada gabungan PH dan membentuk sebuah kerajaan yang majoritinya kaum bumiputera bersama-sama rakan parti di Sabah dan Sarawak.", "Muhyiddin kemudiaan membentuk Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai PAS, Gerakan, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).", "Bagaimanapun, langkah penubuhan PN tidak disenangi UMNO yang dilihat sebagai saingan kepada Barisan Nasional (BN), jadi tidak hairanlah serangan demi serangan dihalakan kepada PN khususnya Muhyiddin sehingga menyebabkan didesak meletak jawatannya.", "Klimaks kepada serangan tersebut adalah apabila Anwar diperalat dan dipergunakan anak muridnya dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakannya, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pakatan bersama menjatuhkan kerajaan PN dipimpin Muhyiddin.", "Zahid menipu cikgunya dan Ismail Sabri diangkat menjadi PM kesembilan, Anwar sekali lagi kempunan untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.", "Lebih tidak masuk akal lagi apabila PH sebelum ini kuat menentang salah guna dan penyelewengan kuasa pula sanggup melihat UMNO kembali berkuasa, seakan merelakan seorang PM daripada UMNO menjadi PM berbanding Muhyiddin yang tidak terpalit dengan sebarang kontroversi.", "Langkah memberi UMNO kuasa dominan di Putrajaya adalah kesilapan besar PH dan Anwar yang beranggapan parti lawannya itu sudah berubah tetapi sangkaan mereka itu meleset, lihat kini apa yang berlaku kepada senario politik negara.", "Satu persatu kumpulan kluster mahkamah diberikan keistimewaan dan terbaharu isu hadiah tanah RM100 juta diberikan kepada Najib. Jadi adakah UMNO sudah berubah apabila mendapat kuasa seperti yang disangkakan oleh Anwar dan PH?", "Dalam krisis politik Melaka, walaupun UMNO dilihat menjadi punca tetapi pengundi masih memberikan mereka satu kemenangan besar, malah memperoleh majoriti dua pertiga.", "UMNO sengaja mencipta krisis di Melaka, kerjasama diperingkat kerajaan pusat tidak dihiraukan apabila UMNO enggan berunding pembahagian kerusi dengan PAS dan Bersatu walhal Kabinet dipimpin Ismail Sabri ketika ini adalah hasil sokongan kedua-dua parti tersebut.", "Hasilnya, UMNO berjaya mewujudkan situasi pertembungan tiga penjuru dan keengganan bertolak-ansur dalam pembahagian kerusi adalah cerminan sebenar sikap angkuh dan sombong parti tersebut yang tidak pernah berubah.", "Pertembungan tiga penjuru adalah perjudian besar UMNO dan strategi itu ternyata berkesan kerana pengundi yang tidak menyokong mereka sudah terpecah kepada dua kumpulan.", "Apabila undi terpecah, UMNO dan BN berjaya memperoleh kemenangan walaupun majoriti di setiap kawasan ditandingi rendah tetapi yang penting adalah meraih kemenangan, itu yang lebih utama dan bukan berapa banyak undi yang peroleh.", "Bahkan sekiranya dicampur dengan jumlah undi yang diperoleh PN dengan PH, sudah pastinya BN tidak akan mendapat kemenangan sama sekali.", "Namun, akibat pertembungan tiga penjuru kelebihan memihak kepada BN kerana mempunyai pengundi yang totok dan setia kepada mereka yang tidak berganjak.", "Mengambilkira sampel kejayaan dalam PRN Melaka, UMNO dan BN kini mengintai strategi sama dengan memastikan pertembungan tiga penjuru di setiap kerusi Parlimen yang ditandingi dengan harapan ia akan membawa hasil yang sama seperti di Melaka.", "UMNO dan BN begitu yakin dengan strategi mengheret semua parti yang ada di Malaysia masuk bertanding sehingga mewujudkan pertembungan banyak penjuru bakal memberi mereka kelebihan.", "Jika dalam PRN Melaka, UMNO dan BN berjaya memperoleh majoriti dua pertiga maka tidak mustahil untuk mereka mengulangi kejayaan sama tetapi mereka perlu memastikan wujud pertembungan tiga penjuru dalam setiap kerusi Parlimen ditandingi.", "Hanya dengan strategi pertembungan tiga penjuru, UMNO dan BN akan mampu meraih kemenangan besar." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/lelaki-lembut-mati-selepas-ambil-suntikan-besarkan-punggung/
‘Lelaki lembut’ mati selepas ambil suntikan besarkan punggung
[ "Seorang lelaki dikatakan berperwatakan lembut yang baru mendapatkan suntikan membesarkan otot punggung daripada peniaga kosmetik ditemukan meninggal dunia dalam bilik hotel di Teluk Intan kelmarin.", "Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata lelaki berusia 31 tahun itu datang ke hotel berkenaan bersama rakannya pada jam 9 pagi bagi mendapatkan suntikan daripada seorang wanita dari Melaka dengan kos sebanyak RM500.", "“Si mati meminta izin untuk berehat di dalam bilik kerana merasa penat selepas selesai suntikan pada kira-kira pukul 12 tengah hari sambil ditemani rakannya manakala wanita itu keluar dari hotel untuk pulang ke Melaka,” katanya dalam kenyataan semalam.", "Beliau berkata si mati kemudian disedari tidak bernafas ketika terbaring pada kira-kira 3 petang sebelum rakannya menghubungi wanita itu yang datang semula ke hotel dan mendapati lelaki itu sudah tidak bergerak, lapor Bernama.", "Menurutnya pihak polis segera ke hotel terbabit sebaik dimaklumkan kejadian itu dan menemukan si mati terbaring di atas katil dengan memakai baju dan tuala serta bertutup dengan selimut.", "Ahmad Adnan berkata lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang hadir bersama ambulans dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.", "Katanya hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah disebabkan paru-paru bengkak dan berair namun setakat ini doktor tidak dapat mengaitkan punca kematian akibat suntikan yang diambil si mati.", "Beliau berkata tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu dan kes disiasat di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/rm-kekal-susut-berbanding-dolar-as/
RM kekal susut berbanding dolar AS
[ "Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan sentimen terhadap mata wang negara maju itu mengukuh menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) pada Khamis, kata penganalisis.", "Pada jam 9.01 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.3925/3960 berbanding dolar AS daripada 4.3870/3915 ketika ditutup pada Isnin.", "Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks-indeks ekuiti penanda aras di AS mengalami peningkatan semula manakala hasil Perbendaharaan AS sama ada sekuriti berjangka pendek atau panjang adalah tinggi.", "“Ini menunjukkan terdapat peralihan daripada kelas aset bebas risiko kepada sekuriti berisiko, iaitu ekuiti,” katanya lapor Bernama.", "Beliau berkata selain itu, sentimen dalam pasaran pertukaran asing kekal terkawal kerana Rizab Persekutuan (Fed) sebagai bank pusat AS akan terus cenderung kepada kadar faedah tinggi dalam pendirian monetarinya.", "“Kami percaya sentimen dalam pasaran pertukaran asing kekal dikawal oleh Fed, dinamik yang akan dihuraikan lebih teliti dalam minit mesyuarat FOMC yang akan diterbitkan pada Khamis,” katanya.", "Mohd Afzanizam berkata justeru, ringgit dijangka kekal dalam julat di antara RM4.38 dengan RM4.39 hari ini.", "Ringgit bagaimanapun didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.", "Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1925/1955 daripada 3.1933/1968 ketika ditutup pada Isnin dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.4367/4397 daripada 3.4408/4446.", "Ringgit juga tinggi berbanding pound British kepada 5.5157/5201 daripada 5.5167/5223 namun rendah berbanding euro kepada 4.6864/6901 daripada 4.6840/6888 semalam.", "Semalam, dolar Singapura mencecah paras tertinggi sepanjang masa berbanding ringgit, lapor Channel News Asia (CNA).", "Dolar Singapura mencapai rekod tertinggi RM3.1964 pada 1.48 tengah hari Isnin, sebahagian besarnya disebabkan oleh pengukuhan dalam dolar Singapura kemudiaan susut kepada RM3.1950 pada akhir dagangan, menurut laporan berita itu yang memetik ketua analisis FX di MonFX, Simon Harvey ." ]
https://www.agendadaily.com/politik/dana-disita-dipulangkan-kedudukan-anwar-zahid-semakin-selesa-wan-saiful/
Dana disita dipulangkan, kedudukan Anwar-Zahid semakin selesa: Wan Saiful
[ "Kedudukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam UMNO nampaknya semakin kukuh dan kuat susulan keputusan dana yang disita berkait dengan syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah dipulangkan.", "Keputusan pendakwaan menarik balik rayuan membabitkan wang UMNO yang disita baru-baru ini dan memulangkannya semula kepada UMNO menyebabkan kantung dana parti tersebut semakin banyak dan memberi kelebihan kepada anak murid kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengukuhkan kedudukannya, kata Datuk Wan Saiful Wan Jan.", "“Dalam era Anwar-Zahid ini, kantung UMNO dipenuhkan dengan dana yang sebelum ini dituduh datang dari 1MDB.", "“Dengan dana hampir RM200 juta, cengkaman Zahid dalam UMNO akan lebih kuat,” kata Ketua Penerangan Bersatu itu dalam satu kenyataan ringkas di Facebook.", "Jelasnya lagi, kedua-dua anak murid dan cikgu juga akan menyaksikan cengkaman Zahid dalam UMNO semakin berkuasa disamping Anwar semakin selesa menjadi Perdana Menteri (PM).", "“Kedudukan Anwar sebagai PM akan lebih selesa dengan kukuhnya Zahid dalam UMNO. Bergembiralah Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim,” ujarnya lagi.", "Terdahulu, media melaporkan pendakwaan telah menarik balik rayuannya untuk melucut hak wang milik sembilan entiti termasuk UMNO dan Wanita MCA yang dikaitkan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB.", "Pendakwaan telah gagal di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bagi melucut hak wang daripada Habib Jewels Sdn Bhd, Hattatex Trading, Wanita MCA, UMNO, Badan Perhubungan UMNO Kedah serta empat individu, Perano Sdn Bhd, Binsabi Sdn Bhd dan K&Z Enterprise Sdn Bhd, menurut laporan Bernama.", "Permohonan untuk melucut hak itu melibatkan sejumlah RM192,965,413.61 milik UMNO, RM300,000 daripada Wanita MCA, RM337,634.78 dan RM827,250 masing-masing daripada Perano, sebuah syarikat yang menjual hijab serta Binsabi yang membekalkan khemah, RM100,000 daripada Habib Jewels, RM138,359.60 daripada K&Z Enterprise, RM827,250 daripada Badan Perhubungan UMNO Kedah dan RM111,590 daripada Hattatex Trading.", "Pendakwaan mendakwa wang yang disita adalah perkara atau bukti daripada hasil aktiviti haram yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.", "Minggu lepas, kerajaan turut menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan untuk melucut hak wang berjumlah RM21.7 juta milik 11 individu, entiti perniagaan dan parti politik termasuk UMNO Pekan serta Badan Perhubungan UMNO Johor yang didakwa mempunyai kaitan dengan dana 1MDB." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/10-negeri-catat-peningkatan-kes-baharu-semalam-johor-tertinggi/
10 negeri catat peningkatan kes baharu semalam, Johor tertinggi
[ "Sepuluh negeri mencatat peningkatan jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang COVIDNOW hari ini.", "Johor merekodkan jumlah jangkitan tertinggi sebanyak 649 kes berbanding 485 yang dicatatkan pada Rabu, menjadikan keseluruhan kes positif di negeri itu sejak awal tahun lalu sehingga semalam meningkat kepada 222,338 kes dengan 212,952 pesakit telah sembuh.", "Sehingga semalam, Johor mencatat 6,175 kes aktif, naik 207 berbanding Rabu, dengan 5,019 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 635 dimasukkan ke PKRC; 491 ditempatkan di hospital; dan 30 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 22 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Sejak awal tahun lalu hingga semalam, negeri itu juga merekodkan 3,709 kematian, termasuk 469 pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau kes ‘brought in death’ (BID).", "Negeri lain yang mencatat peningkatan kes semalam membabitkan Sabah sebanyak 579 kes berbanding 573 pada Rabu; Pahang (403 kes baharu, 367 Rabu); Kuala Lumpur (339 kes baharu, 323 Rabu); dan Negeri Sembilan (275 kes baharu, 199 Rabu).", "Perak pula merekodkan 246 kes baharu semalam berbanding 200 pada Rabu; diikuti Melaka (158 kes baharu, 125 Rabu); Putrajaya (84 kes baharu, 19 Rabu); Perlis (60 kes baharu, 33 Rabu); dan Labuan (25 kes baharu, tujuh pada Rabu).", "Selangor walaupun mencatat penurunan kes daripada 1,597 pada Rabu kepada 1,568 semalam, kekal menjadi negeri tertinggi merekodkan kes baharu.", "Sehingga semalam negeri itu mencatat 725,661 kes positif dengan 702,534 daripadanya telah sembuh. Sebanyak 9,667 kes kematian turut dilaporkan dalam tempoh itu.", "Selangor juga sehingga semalam merekodkan 14,945 kes aktif, dengan 12,402 pesakit menjalani kuarantin kendiri di rumah; 1,453 ditempatkan di PKRC; 1,001 pesakit dimasukkan ke hospital; dan 89 pesakit dirawat di ICU termasuk 51 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Keseluruhannya sebanyak 2,523,290 kes positif dilaporkan sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu hingga semalam, dengan 2,435,459 pesakit disahkan sembuh." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/majlis-raja-raja-patut-bertindak-terhadap-kenyataan-kit-siang-hina-allah/
Majlis Raja-Raja patut bertindak terhadap kenyataan Kit Siang hina Allah
[ "Majlis Raja-Raja Melayu yang menjaga kesucian Islam di Malaysia diminta bertindak terhadap Penasihat DAP Lim Kit Siang yang secara terbuka membuat tafsiran mempersenda Islam dan menghina Allah.", "Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membuat gesaan itu susulan kenyataan Kit Siang berkaitan ‘Kerajaan Allah’ yang dianggap secara terbuka telah menghina Islam.", "“UMMAH juga menyeru pihak berkuasa, mufti dan Majlis Raja-Raja Melayu mengambil tindakan yang keras terhadap kenyataan yang menghina, dengan membuat tafsiran mempersenda Islam secara terbuka yang boleh membawa natijah memesongkan agama Islam di negara ini.", "“Islam adalah agama Persekutuan di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Menjaga kesucian agama Islam adalah tanggungjawab mufti dan Raja-Raja Melayu,” kata Pengerusinya Mohd Zai Mustafa.", "Dalam kenyataan di Facebooknya hari ini beliau berkata UMMAH telah meneliti kenyataan yang dikeluarkan ‘De Facto’ DAP itu yang secara jelas dan terang-terangan telah menghina pengertian ‘Kerajaan Allah’ sebagaimana ditulisnya.", "Agenda Daily semalam melaporkan bapa kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu menulis di dalam Facebooknya:", "“If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be “Allah’s government”.", "Kiriman Kit Siang itu mendapat lebih 182 perkongsian dan lebih 602 komen yang menyokong dan membantah kenyataannya. Tetapi kira-kira 10 minit kemudian dia telah memadam kiriman itu.", "Mengulas lanjut, Mohd Zai menyifatkan perbuatan Kit Siang itu sudah terlalu melampau dan keterlaluan kerana sanggup menyentuh sensitiviti agama demi politik.", "“Inilah tindakan mempolitikkan agama, cuba mengelirukan dan membuat provokasi agama Islam dengan tulisan yang mempersenda dan yang melampaui batas. Perbuatan ini tidak dapat diterima oleh umat Islam di negara ini.", "“Jelas, kenyataan Lim Kit Siang cuba mewujudkan kesangsian, mempersenda, memperlekehkan, memfitnah dan menyeleweng pernyataan ‘ Kerajaan Allah’ kerana berbeza fahaman politik.", "“Ini adalah bukti betapa biadabnya kepimpinan DAP seperti Lim Kit Siang dan betapa halusnya permainan politik DAP untuk menanamkan kebencian dan membawa idealisme liberal dan kebebasan pemikiran dari keimanan umat Islam,” katanya.", "Terdahulu, UMMAH menerusi Setiausaha Agungnya Khalil Idham Lim membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, Perak jam 10.12 pagi tadi selepas menganggap kenyataan Kit Siang jelas mempersenda dan menghina Allah serta agama Islam.", "15 Jun lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyediakan kertas kerja berhubung isu penghinaan terhadap Islam, sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.", "Kenyataan Zulkilfli dibuat susulan insiden beberapa penghantar makanan ditangkap selepas terbabit dalam pergaduhan dengan pelanggan yang didakwa menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama." ]