url
stringlengths
50
235
headline
stringlengths
13
123
content
sequence
https://www.agendadaily.com/politik/lebih-baik-kamu-diam-puad-bidas-kit-siang-suka-najib-dipenjara/
Lebih baik kamu diam, Puad bidas Kit Siang suka Najib dipenjara
[ "Perang mulut antara UMNO dengan DAP tidak terhenti, terbaharu Datuk Mohd Puad Zarkashi pula membidas Lim Kit Siang kerana mempersoalkan usaha untuk membebaskan Datuk Seri Najib Razak daripada penjara.", "Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata lebih baik Kit Siang diam daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan akan mengeruhkan keadaan.", "Puad juga mendakwa Kit Siang sebenarnya bimbang jika Najib dibebaskan UMNO akan menjadi lebih kuat dan pastinya DAP tidak senang jika ia berlaku.", "“Semalam Lim Kit Siang ubah cerita. Dia yakin Najib tidak mampu kembalikan kegemilangan Umno. Sehari sebelum itu dia dakwa kerajaan perpaduan akan runtuh jika Najib diampunkan.", "“Sebenarnya dia suka Najib dipenjarakan. Dia eksploit isu kleptokrasi tetapi membisu kes rasuah banglo anaknya.", "“Dia gembira anaknya lepas kerana Tommy Thomas buang kes,” kata Puad merujuk kes rasuah membabitkan Lim Guan Eng yang digugurkan pada 2018.", "Kit Siang terdahulu mengulas isu pengampunan diraja untuk Najib dan tidak bersetuju sekiranya kerajaan campuran membebaskan bekas Presiden UMNO itu.", "Mengulas lanjut, Puad berkata, Kit Siang adalah seorang yang hipokrit apabila membisu mengenai kes mahkamah membabitkan anaknya.", "“Kerajaan perpaduan lebih mantap jika Lim Kit Siang tutup mulut dan bersara sepenuhnya.", "“Dia pembawa aliran lama DAP yang tidak disukai orang Melayu. Biar Anthony Loke buat kerja,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/jerman-benar-masjid-laung-azan-guna-pembesar-suara/
Jerman benar masjid laung azan guna pembesar suara
[ "Lebih 35 buah masjid di Cologne dan masjid terbesar di Jerman sudah diberi kebenaran untuk melaungkan azan menggunakan pembesar suara ketika solat Jumaat.", "Daily Mail melaporkan, kelulusan itu dibuat selepas satu persetujuan diperoleh antara majlis perbandaran Cologne dan komuniti Islam untuk melonggarkan sekatan.", "Datuk Bandar Cologne, Henriette Reker memaklumkan dib awah inisiatif dalam tempoh dua tahun, semua masjid di Cologne dibenarkan menyiarkan laungan azan sehingga lima minit pada solat Jumaat antara tengah hari hingga jam tiga petang.", "Jelasnya, kebenaran itu turut melibatkan Masjid Pusat Cologne yang dibuka pada 2018 selepas menjadi titik tolak sentimen anti-Islam dari parti haluan kanan berikutan kemasukan para pencari suaka sejak 2015 dan 2016.", "“Kebanyakkan penduduk Cologne beragama Islam, pada pendapat saya, ini adalah tanda hormat membenarkan laungan azan.", "“Ini menunjukkan kepelbagaian dihargai dan dihayati di Cologne,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter.", "Inisiatif bagi tempoh dua tahun itu akan membenarkan laungan azan ketika solat Jumaat.", "Selain itu, majlis perbandaran di kawasan itu memaklumkan bagi masjid yang berhasrat menyiarkan laungan azan perlu mematuhi had ketinggian pembesar suara dan harus memberitahu kepada kejiranan terlebih dahulu.", "Sehingga kini, lebih 4.5 juta penduduk Islam di Jerman dan Cologne iaitu bukan bandar pertama di negara itu yang meluluskan masjid untuk menyiarkan laungan azan.", "Dimaklumkan, semua masjid di Gelsenkirchen dan Duren sudah dibenarkan menyiarkan laungan azan sejak tahun 1990-an. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/3418-kes-baharu-hari-ini/
3,418 kes baharu hari ini
[ "Sebanyak 3,418 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, naik semula berbanding angka yang dicatatkan semalam sebanyak 2,881 kes.", "Pada Jumaat, negara merekodkan sebanyak 3,788 kes positif.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data hari ini menunjukkan Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 1,200 kes; diikuti Sarawak (587) dan Kelantan (400).", "Negeri-negeri lain yang mencatatkan kes Covid-19 ialah Sabah (115); Johor (213); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (198); Pulau Pinang (145); Negeri Sembilan (73); Perak (77); Kedah (101); Melaka (61); Pahang (45); Terengganu (184); WP Labuan (7); WP Putrajaya(8); dan Perlis (4)" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/selangor-benar-2000-jemaah-solat-jumaat-di-masjid-negeri/
Selangor benar 2,000 jemaah solat Jumaat di Masjid Negeri
[ "Selangor membenarkan hingga 2,000 jemaah untuk bersolat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) termasuk pentadbir dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 berkuat kuasa hari ini.", "Perkara itu dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni di Facebook hari ini.", "Mohd Zawawi berkata, pertambahan jemaah dibuat hanya untuk solat Jumaat manakala bagi solat lima waktu, ia sama seperti yang dimaklumkan pada September lalu.", "Selain masjid negeri, Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Raja Fi Sabilillah Cyberjaya masing-masing membenarkan 700 jemaah manakala Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang serta Masjid Daerah dibenarkan sehingga 600 jemaah.", "Seramai 500 jemaah dibenarkan di Masjid Institusi; 400 di Masjid Pengurusan; 350 di Masjid Kariah serta 250 di surau kebenaran solat Jumaat.", "Menurut perkongsian itu, mana-mana pegawai masjid, surau kebenaran solat Jumaat serta pentadbir musolla yang belum mengambil suntikan vaksin tidak dibenarkan untuk mengendalikan pelaksanaan solat Jumaat serta solat lima waktu.", "Pegawai serta pentadbir yang belum mengambil vaksin lengkap juga tidak dibenarkan mengendalikan aktiviti pengimarahan yang lain yang mana sekiranya terdapat dalam kalangan mereka yang masih enggan untuk mengambil suntikan vaksin hendaklah dilaporkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).", "Terdahulu, pada September lalu, Selangor membenarkan sehingga 1,000 jemaah bersolat Jumaat di Masjid Negeri manakala 500 jemaah bagi masjid lain dalam tempoh PPN Fasa 2." ]
https://www.agendadaily.com/politik/rm5-bilion-pelaburan-komited-diterima-kedah-suku-pertama-tahun-ini-sanusi/
RM5 bilion pelaburan komited diterima kedah suku pertama tahun ini: Sanusi
[ "Kedah telah menerima pelaburan komited berjumlah RM5 bilion bagi suku pertama tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.", "Beliau berkata, melalui keyakinan komuniti industri, negeri ini turut mencatatkan jumlah pelaburan melebihi sasaran RM10 bilion setahun untuk dua tahun sebelumnya berturut-turut, menurut laporan Bernama.", "“Hasil pelaburan puluhan bilion ringgit ini bakal menjana 19,568 peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat dan menjanjikan peningkatan hasil tambahan kepada kerajaan,” katanya.", "Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan tahniah mewakili kerajaan negeri dan rakyat Kedah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ke-81 di Istana Anak Bukit hari ini.", "Menurut Muhammad Sanusi, momentum pelaburan yang berkembang pesat ini akan diteruskan melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi seperti pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Delapan, Kedah Rubber City (KRC), pembangunan Kedah Aerotropolis, Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) dan pusat bekalan gas dan loji janakuasa Pulau Bunting di Yan.", "Sementara itu, beliau berkata Kedah juga telah mencapai prestasi ekonomi yang memberangsangkan dengan merekodkan pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 3.2 peratus pada 2021.", "Katanya pertumbuhan KDNK Kedah bagi 2022 pula dijangka terus kukuh, seiring dengan KDNK nasional yang telah mencatatkan lonjakan pertumbuhan sebanyak 8.7 peratus.", "Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri juga telah berusaha mempelbagaikan sumber hasil dengan meneroka sumber alam negeri ini yang kaya dengan khazanah bahan mineral.", "Jelasnya, penemuan bahan mineral baharu iaitu nadir bumi di negeri ini yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit, dijangka dapat meningkatkan hasil pendapatan negeri melalui bayaran royalti." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/russia-perhebat-serangan-bom-bandar-di-seluruh-ukraine/
Russia perhebat serangan, bom bandar di seluruh Ukraine
[ "Tentera Russia meneruskan pengeboman mereka ke atas bandar di seluruh Ukraine, dengan serangan sengit terhadap Sumy di utara, menggunakan bom berangkai menyasarkan Mykolaiv dan serangan peluru berpandu di Odesa di selatan, kata pihak berkuasa pada Selasa.", "Selepas gagal menawan ibu negara Kyiv pada awal pencerobohan bermula 24 Februari lalu, Russia beralih kepada kempen pengeboman besar-besaran bagi mengukuh dan memperluas kawalannya ke atas selatan dan timur Ukraine.", "Ukraine berkata tentera Russia telah meningkatkan serangan jarak jauh, membunuh sejumlah besar orang awam. Moscow berkata serangan itu hanya menyasarkan tentera.", "Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy berkata Russia telah menembak lebih daripada 3,000 peluru berpandu jelajah dan puluhan ribu peluru meriam sepanjang konflik lima bulan itu.", "Pada hujung minggu, Zelenskiy menggantung ketua keselamatan negara dan pendakwa raya tertinggi, dengan mengatakan mereka gagal membersihkan perisik Russia daripada Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU).", "Walaupun beliau mendedahkan penembusan Russia ke atas SBU, pegawai Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berkata Washington akan terus berkongsi risikan yang dikatakan oleh pegawai AS yang digunakan Kyiv untuk bertindak balas terhadap serangan Moscow.", "Minggu ini boleh menjadi penting bagi negara-negara Eropah yang bimbang tentang kesan perang dan sekatan ke atas bekalan gas.", "Russia dijangka membuka semula saluran paip gas asli utamanya ke Jerman, Nord Stream 1, dalam beberapa hari akan datang selepas penyelenggaraan tetap, tetapi warga Eropah bimbang Moscow boleh menutupnya bila-bila masa.", "Pengendali saluran gas Russia, Gazprom, memberitahu pelanggan di Eropah bahawa mereka tidak dapat menjamin bekalan gas kerana keadaan “luar biasa”. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/sudah-7-juta-lebih-rakyat-terima-vaksin-setakat-semalam/
Sudah 7 juta lebih rakyat terima vaksin setakat semalam
[ "Sebanyak 7,039,072 jumlah dos vaksin keseluruhan sudah diberikan kepada penduduk Malaysia setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.", "Jumlah itu merangkumi 5,072,714 penerima dos pertama dan 1,966,358 individu menerima suntikan dos kedua vaksin dibawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang diperkenalkan kerajaan.", "“Sebanyak 215,968 suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.", "Dr Adham berkata daripada jumlah suntikan vaksin yang diberikan semalam, 148, 380 merupakan dos pertama manakala 67,588 adalah suntikan dos kedua, pelengkap vaksinasi.", "Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan penerimaan dua dos vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 262,635, diikuti Sarawak (202,741), Johor (201,340), Perak (181,545) dan Kuala Lumpur (170,594)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-sembuh-meningkat-kematian-turun-kepada-174-pesakit/
Kes sembuh meningkat, kematian turun kepada 174 pesakit
[ "Jumlah pesakit Covid-19 yang sembuh daripada jangkitan Covid-19 melonjak lagi dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi kepada 19,053 kes, berbanding 18,200 pesakit semalam.", "Angka itu menjadikan keseluruhannya lebih 1.29 juta pesakit telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19, berbanding kumulatif kes positif lebih 1.57 juta, sejak wabak itu mula menular di negara ini awal tahun lalu.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu kes kematian juga turun kepada 174 pesakit, termasuk 16 membabitkan bukan warganegara Malaysia, berbanding 232 kes semalam.", "Selangor merekodkan penurunan mendadak kes kematian apabila merekodkan tujuh kes berbanding 94 kes semalam.", "Bagaimanapun, kes kematian di Pulau Pinang melonjak kepada 28 kes berbanding lapan yang dicatatkan semalam, manakala Johor kekal merekodkan angka kematian tertinggi sebanyak 53 kes berbanding 64 kes semalam.", "Pada masa sama beliau berkata sehingga kini terdapat 260,700 kes masih aktif, manakala 1,040 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 502 memerlukan bantuan alat pernafasan.", "Pada masa sama, katanya Kementerian Kesihatan (KKM) juga mengesan 30 lagi kluster baharu di seluruh negara dalam tempoh itu menjadikan keseluruhannya 4,472 kluster dengan 1,439 masih aktif.", "Menurutnya, sebanyak 18 daripada kluster baharu itu membabitkan tempat kerja, komuniti (10) dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi masing-masing di Seremban, Negeri Sembilan, dan Kampar, Perak.", "“Tujuh daripada kluster tempat kerja di kesan di Johor yang membabitkan 169 jangkitan; masing-masing dua di Selangor, Kedah dan Kelantan; dan masing-masing satu di Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Terengganu.", "“Sementara itu enam kluster komuniti dikesan di Kelantan; Pahang (dua); dan masing-masing satu di Perak dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Mengenai kadar kebolehjangkitan Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan data terkini pada 22 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.03.", "Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.29), diikuti oleh Perlis (nilai1.24), dan Sabah (nilai RT 1.21). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.", "Terdahulu beliau memaklumkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam itu turun mendadak dengan semua negeri, kecuali Perak, Perlis dan Labuan, merekodkan penurunan kes.", "Beliau berkata dalam tempoh itu 17,672 jangkitan baharu, termasuk membabitkan 2,372 warga asing, direkodkan di seluruh negara menjadikan kumulatif lebih 1.57 juta kes sejak Covid menular di Malaysia awal tahun lalu.", "“Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 436 kes atau 2.5 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 17,236 kes (97.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.", "“Secara keseluruhan, 14,337 kes atau 81.13 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya.", "Data kes kematian harian 23 Ogos 2021." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mkn-larang-ahli-parlimen-adun-anjur-majlis-rasmi-sepanjang-pkp-penuh/
MKN larang Ahli Parlimen, ADUN anjur majlis rasmi sepanjang PKP penuh
[ "Majlis Keselamatan Negara (MKN) melarang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada menganjurkan sebarang majlis rasmi sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa hari ini sehingga 14 Jun.", "MKN hanya membenarkan Ahli Parlimen dan ADUN boleh merentas negeri dan daerah untuk tujuan melawat kawasan masing-masing bagi memantau keperluan dan kebajikan rakyat.", "Mengikut SOP itu, untuk pelaksanaan PKP kali ini, MKN tidak membenarkan sebarang pergerakan rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri) untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19.", "Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata selaras dengan arahan itu semua majlis yang berkaitan dengan portfolionya ditangguhkan sementara.", "“Kami akur dan sokong dengan arahan yang diberikan itu kerana ia dilakukan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan penyakit ini. Bagaimanapun ini bukan penghalang untuk kami turun membantu rakyat yang terjejas PKP.", "“Contohnya di Parlimen Hulu Terengganu sendiri, kami mengambil inisiatif mewujudkan Gerobok Prihatin di setiap masjid yang menyediakan pelbagai barangan makanan keperluan harian seperti gula, beras, tepung dan barangan secara percuma untuk penduduk yang memerlukan.", "“Dengan cara itu, kami tidak perlu mengadakan majlis dan pada masa yang sama penduduk juga tidak perlu berkumpul untuk mendapatkan bantuan,” katanya lapor Bernama.", "Sementara itu ADUN Guai, Pahang, Datuk Seri Noroazali Sulaiman berkata walaupun tanpa majlis rasmi, kebenaran yang diberikan oleh MKN itu membolehkan wakil rakyat untuk turun padang bagi membantu rakyat yang terkesan dengan PKP.", "“Walaupun PKP, tetapi wakil rakyat masih perlu turun untuk menjenguk dan bertanya khabar rakyat untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan kerana kita tahu ramai yang kehilangan punca pendapatan dan sumber mata pencarian.", "“Sehubungan itu, kami berterima kasih dengan SOP yang digariskan itu kerana ia dapat mengelakkan persepsi negatif tentang pergerakan wakil rakyat sebelum ini.", "“Namun kita mengharapkan MKN dapat memberi sedikit penjelasan tentang bilangan individu yang dibenarkan turut serta setiap kali wakil rakyat turun ke kawasan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mangsa-banjir-dua-daerah-di-kedah-meningkat-73-dipindahkan-ke-pps/
Mangsa banjir dua daerah di Kedah meningkat, 73 dipindahkan ke PPS
[ "Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Kedah – Langkawi dan Kubang Pasu – dilaporkan meningkat kepada 73 orang sehingga jam 5 petang ini (Selasa, 18 Oktober 2022), lapor Angkatan Pertahanan Awam (APM).", "Di Langkawi, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 49 orang,erbanding 43 ditempatkan yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) sejak malam kelmarin.", "Pertambahan itu membabitkan enam sekeluarga dari Kampung Bukit Kemboja, Mukim Bohor, yang dipindahkan ke PPS Dewan Syifa, Padang Matsirat.", "Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus memaklumkan setakat ini, empat kampung terjejas akibat banjir di daerah ini.", "“Mangsa banjir dari Kampung Atas dan Limbung Putra dalam Mukim Padang Matsirat, serta Kampung Buluh Penyumpit, Mukim Kuah, ditempatkan di PPS sejak malam kelmarin.", "“Terbaharu, kita memindahkan enam sekeluarga dari Kampung Bukit Kemboja ke PPS sama,” katanya dalam satu kenyataan, petang ini.", "Dalam perkembangan sama, Ahmad Shahfikri berkata, seramai 15 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Langkawi melakukan kerja pembersihan pascabanjir di Pasar Awam Padang Matsirat, pagi tadi.", "“APM Langkawi sentiasa prihatin terhadap nasib penduduk yang terkesan akibat bencana ini, malah sedaya upaya berusaha membantu mereka.", "“Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) di talian 04-9611474 sentiasa beroperasi untuk menerima panggilan kecemasan berkaitan rumah dinaiki air, pokok tumbang dan tanah runtuh,” katanya.", "Sementara itu, jumlah mangsa banjir bagi daerah Kubang Pasu masih kekal dengan 24 orang yang kini ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun.", "Semua mangsa terdiri daripada penduduk Kampung Paya Lantau, Kampung Nangmi dan Kampung Nangmah di Changlun." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mpn-syor-kerajaan-bank-sediakan-moratorium-khas-bantu-iks-pulih/
MPN syor kerajaan, bank sediakan moratorium khas bantu IKS pulih
[ "Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan institusi perbankan di bawah Bank Negara menyediakan satu moratorium khas bagi membantu industri kecil dan sederhana (IKS) pulih daripada kesan pandemik Covid-19 sebelum ini.", "Beliau berpendapat walaupun menyediakan moratorium baharu kepada IKS terbabit, institusi kewangan tidak mengalami kerugian yang besar.", "Menurutnya dalam mesyuarat MPN yang lalu, pihak IKS telah meminta supaya insitusi perbankan meneliti semula kemungkinan memperkenalkan moratorium baharu supaya pihak industri mempunyai sedikit masa lagi untuk pulih.", "Sambil menyatakan peranan IKS melibatkan hampir 96 peratus daripada aktiviti ekonomi negara, beliau berharap Kabinet dapat memberi perhatian serius mengenai perkara itu.", "“Ada industri yang belum pulih lagi… tapi bila hendak buat pinjaman… bank kata dulu tak bayar. Tapi sekarang ini kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan lagi.", "“Dia (IKS) dah pinjam lagi. Habis nak pinjam… rekod prestasi setahun dua lepas, rugi. Kalau nak berdasarkan pada keadaan biasa, saya fikir (IKS) tak akan pulih.", "“Ini kebimbangan besar saya. Tapi MPN tak ada bidang kuasa. Kita badanyang memberi pandangan nasihat yang datang daripada pakar-pakar, sektor korporat, swasta, ada wakil daripada kerajaan,” katanya kepada media ketika hadir pada Program Jualan Prihatin Rakyat Parlimen Pagoh hari ini (10 September 2022) yang dihadiri lebih 1,000 pengguna.", "Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berharap Bajet 2023 yang akan dibentangkan kelak mampu menyediakan satu langkah tegas untuk membantu IKS dan rakyat.", "“Sebab itu bagi saya kalau tak ada satu langkah tegas dalam pembentangan belanjawan yang akan dibentangkan oleh perdana menteri… saya tak tahu apa kandungan dia. Tapi kalau di situ tak dinyatakan ataupun tak dilihat serius untuk menangani masalah-masalah sebegini, belanjawan itu mungkin tidak bawa kesan banyak.", "“Ya penting tapi tak boleh membantu dalam mempercepatkan dan meringankan beban rakyat,” katanya.", "Mengulas mengenai kenaikan OPR, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata MPN telah membincangkan perkara itu, tetapi menyedari ia adalah dasar yang ditetapkan oleh Bank Negara dengan sebab-sebab tertentu.", "Bagaimanapun, beliau mengakui kesan daripada kenaikan OPR itu akan membebankan rakyat kerana institusi kewangan terpaksa mengambil langkah tertentu bagi mematuhi kehendak Bank Negara.", "“Jadi ini (OPR) menokok lagi beban yang sedang dihadapi. Kejatuhan ringgit sebagai contoh melibatkan barangan import kita menjadi lebih mahal dan bahan makanan import kita, nilainya saya fikir berpuluh bilion ringgit.", "“Jadi bila buat begitu, bermakna yang dibawa masuk ke dalam negara itu adalah barang yang sudah naik harga. Sampai sini mungkin digandakan lagi dengan kos-kos lain. Ini sepatutnya menjadi agenda utama kerajaan bagaimana menguruskannya,” kata beliau lagi." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/omicron-as-catat-rekod-tertinggi-kemasukan-ke-hospital/
Omicron: AS catat rekod tertinggi kemasukan ke hospital
[ "Jumlah kemasukan ke hospital di Amerika Syarikat (AS) mencapai rekod tertinggi pada Isnin sebanyak 132,646 kes, melepasi catatan 132,051 pada Januari tahun lalu, di tengah-tengah lonjakan jangkitan varian Omicron yang pantas menjangkiti.", "Menurut pengiraan Reuters kemasukan ke hospital telah melonjak secara berterusan sejak akhir Disember, meningkat dua kali ganda dalam tiga minggu lalu, setelah Omicron dengan pantas mengatasi Delta sebagai varian dominan virus Covid-19 di AS.", "Delaware, Illinois, Maine, Maryland, Missouri, Ohio, Pennsylvania, Puerto Rico, Virgin Islands, Vermont, Virginia, Washington DC, dan Wisconsin melaporkan tahap rekod pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini, menurut analisis Reuters.", "Walaupun kemungkinan kurang teruk, pegawai kesihatan telah memberi amaran bahawa jumlah jangkitan yang disebabkan oleh varian Omicron boleh menjejaskan sistem hospital.", "Mengikut laporan, beberapa hospital telah menangguhkan prosedur pembedahan elektif kerana mereka bergelut untuk menangani lonjakan pesakit Covid-19, di tengah-tengah masalah kekurangan kakitangan.", "Ramai kakitangan hospital tidak hadir bertugas setelah menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19, dan menjalani kuarantin di rumah.", "Purata tujuh hari bagi kes baharu meningkat dua kali ganda dalam 10 hari terakhir kepada 704,000. AS pernah mempunyai purata lebih setengah juta kes selama enam hari berturut-turut, menurut pengiraan Reuters.", "Washington DC, mendahului negeri lain dalam jangkitan baharu pada minggu lalu berdasarkan populasi penduduk, diikuti oleh Rhode Island, New York, New Jersey, Massachusetts dan Vermont.", "Purata kematian adalah 1,700 sehari, meningkat daripada kira-kira 1,400 dalam beberapa hari kebelakangan ini. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-baharu-turun-bawah-paras-5000/
Kes baharu turun bawah paras 5,000
[ "Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah kes baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi adalah 4,611 kes.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor, walaupun menunjukkan penurunan sejak beberapa hari lalu, terus mencatat kes tertinggi dengan 1,346, diikuti Sarawak (682 kes), dan Perak (453 kes)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/akauntan-ditahan-tumbuk-bekas-isteri-minta-hutang-rm87-ribu/
Akauntan ditahan tumbuk bekas isteri, minta hutang RM87 ribu
[ "Gara-gara tidak berpuas hati bekas suaminya mengelak daripada membayar hutang sebanyak RM87,000, seorang wanita bertindak menumbuk dan menendang lelaki itu di sebuah rumah di Bukit Indah, Ampang, Selangor, petang semalam.", "Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata dalam kejadian pada 6.55 petang, wanita berusia 38 tahun yang bekerja sebagai akauntan itu telah pergi ke rumah bekas suaminya yang berusia 28 tahun dan bertindak memarahi mangsa berkaitan hutang berkenaan sebelum menumbuk mulut pengadu, lapor Bernama.", "“Suspek juga telah mengetuk kepala mangsa dengan hulu pengikis simen serta menendang pengadu di bahagian perut. Ketika kejadian mangsa sedang mengemas rumah sewa untuk diserahkan kembali kepada pemilik rumah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Berikutan kejadian itu, mangsa yang merupakan seorang peniaga telah membuat laporan polis dan wanita berkenaan ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, pada 9.45 malam, di Ampang.", "Katanya siasatan mendapati, pasangan yang mempunyai seorang anak berusia setahun lebih itu telah bercerai pada 11 Julai lalu.", "Menurutnya polis mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Ampang hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/polis-sahkan-lan-pet-pet-terbabit-pergaduhan/
Polis sahkan Lan Pet Pet terbabit ‘pergaduhan’
[ "Polis mengesahkan selebriti yang terbabit dalam pergaduhan dengan seorang penunggang motosikal kira-kira jam 6.30 petang, Sabtu lalu adalah Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet.", "Sehubungan itu, polis juga mengesahkan menerima laporan berkaitan kes berkenaan dan siasatan sedang dijalankan, kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah.", "Bagaimanapun katanya, sehingga kini penunggang motosikal terbabit masih belum membuat laporan polis.", "“Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah terkesan satu video yang tular di media sosial membabitkan kejadian pergaduhan seorang artis/pelawak. Video tersebut telah dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.", "“Dalam videoyang berdurasi lebih kurang 23 saat itu kelihatan artis tersebut sedang berselisih faham dengan seorang penunggang syarikat penghantar makanan.", "“Kejadian berlaku di hadapan Kedutaan Russia dan dikatakan tercetus akibat selisih faham di jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Terdahulu, satu rakaman video yang dipercayai selebriti pelawak, Lan Pet Pet sedang bergaduh dengan pengguna jalan raya lain tular di media sosial.", "Video berdurasi 24 saat tersebut telah dimuat naik oleh pengguna Facebook, dan mendakwa Lan melakukan kekerasaan terhadap seorang penghantar makanan.", "Dalam insiden itu, Lan memberi amaran kepada lelaki tersebut, dengan peringatan bahawa ‘dia bukan orang biasa’." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/5322-kes-cacar-monyet-setakat-ini/
5,322 kes cacar monyet setakat ini
[ "Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan sehingga semalam Selasa (5 Julai) sebanyak 5,322 kes cacar monyet yang disahkan oleh makmal telah dilaporkan kepadanya, dengan 85 peratus daripadanya menular di Eropah.", "Walaupun bilangan kes meningkat dengan cepat, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak menetapkan tarikh untuk jawatankuasa kecemasan mengenai cacar monyet bersidang untuk mesyuarat kali kedua.", "“Dari 1 Januari hingga 30 Jun tahun ini, WHO melaporkan 5,322 kes yang disahkan makmal dan satu kematian,” kata jurucakap WHO Fadela Chaib kepada pemberita di Geneva.", "Jumlah itu telah meningkat sebanyak 56 peratus dalam tempoh lapan hari.", "Angka sebelumnya yang diberikan oleh WHO, untuk tempoh sehingga 22 Jun, ialah 3,413 kes.", "Lonjakan kes cacar monyet telah dilaporkan di negara-negara Barat dan Afrika Tengah sejak awal Mei di mana penyakit itu telah lama menjadi endemik.", "Chaib berkata jangkitan kini telah dilaporkan di 53 negara.", "“Lapan puluh lima peratus daripada kes adalah di Eropah, diikuti oleh wilayah Afrika, Amerika, Mediterranean Timur dan Pasifik,” katanya.", "“WHO terus meminta negara anggota memberi perhatian khusus kepada kes cacar monyet untuk cuba menghentikan jangkitan selanjutnya.”", "Kebanyakan jangkitan cacar monyet setakat ini telah diperhatikan berlaku kepada lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, usia muda dan terutamanya di kawasan bandar, menurut WHO.", "Gejala awal biasa cacar monyet termasuk demam panas, nodus limfa bengkak dan ruam seperti cacar air yang melepuh.", "Pada 23 Jun, WHO mengadakan mesyuarat jawatankuasa kecemasan pakar untuk memutuskan sama ada cacar monyet merupakan apa yang dipanggil Kecemasan Kesihatan Awam bagi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC) – penggera tertinggi yang boleh dibunyikan oleh WHO.", "Tetapi majoriti mendapati keadaan masih belum melepasi ambang itu.", "Bagaimanapun, mereka mengakui sifat kecemasan wabak itu dan berkata mengawal penyebarannya memerlukan tindak balas yang pantas.", "Jawatankuasa boleh bersidang semula pada bila-bila masa, bergantung kepada keadaan yang berubah.", "Jawatankuasa kecemasan 16 ahli WHO mengenai cacar monyet dipengerusikan oleh Dr Jean-Marie Okwo-Bele dari Republik Demokratik Congo, yang merupakan bekas pengarah Jabatan Vaksin dan Imunisasi WHO. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/politik/dap-harapkan-kerjasama-berterusan-dengan-muda-sokong-sertai-ph/
DAP harapkan kerjasama berterusan dengan MUDA, sokong sertai PH
[ "Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata Pakatan Harapan (PH) sedang menyusun semula manifestonya seiring dengan perbincangan mengenai peruntukan kerusi dengan sekutunya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.", "Ahli Parlimen Seremban itu juga memberitahu kerjasama dengan Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) akan diteruskan tetapi DAP akan menyerahkan kepada parti baharu itu sama ada bersedia untuk menyertai PH sebagai ahli gabungan kelima selepas DAP, PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH), United Progressive People of Kinabalu (Upko).", "“Sudah tentu DAP mula berbincang dengan parti komponen gabungan mengenai peruntukan kerusi dan manifesto… dan adalah penting untuk memastikan kita menyelaraskan kempen sebelum PRU-15,” katanya di Bukit Jalil hari ini.", "Mengulas lanjut mengenai pakatan dengan MUDA, Loke berkata kedua-dua parti telah bekerjasama sebagai pembangkang di Dewan Rakyat dan semasa pilihan raya negeri Johor sebelum ini.", "Loke meramalkan PRU-15 akan diadakan tahun depan walaupun didesak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen secepat mungkin.", "Sebelum ini, DAP menyifatkan MUDA menawarkan satu pilihan kepada pengundi Melayu, terutama yang berada di atas pagar, kerana parti itu bersifat majmuk dan memberi ruang kepada wanita Melayu yang muda untuk menyertai politik.", "“MUDA akan memberi kesan tahap gempa bumi yang akan mewujudkan plat tektonik baharu dan memaksa parti sedia ada melihat kepentingan pengundi Melayu atas pagar serta mengubah peraturan politik,” kata Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.", "Chin Tong bagaimanapun percaya MUDA akan berdepan halangan tersendiri termasuk cabaran untuk “klon” pemimpin seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di lebih banyak kawasan pilihan raya.", "Katanya, MUDA juga berdepan cabaran untuk memenangi lebih banyak kerusi “separuh bandar separuh kampung” seperti Muar di Johor.", "“MUDA juga perlu menguruskan perbezaan pendapat dalaman dan membina hubungan ahli yang baik bagi menyatukan semua,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-covid-19-di-selangor-naik-4-hari-berturut-turut-12-kluster-dikesan/
Kes Covid-19 di Selangor naik 4 hari berturut-turut, 12 kluster dikesan
[ "Sembilan negeri hari ini merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, dengan Selangor mencatat kenaikan empat hari berturut-turut.", "Kes harian di Selangor mula naik pada Selasa lalu dengan merekodkan 888 kes, sebelum meningkat kepada 1,004 kes pada Rabu, 1,027 (Khamis) dan hari ini sebanyak 1,322 kes, menurut statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri.", "Berdasarkan data dikeluarkan hari ini, lapan lagi negeri dan Wilayah Persekutuan yang mencatat peningkatan kes ialah Sarawak, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Putrajaya, dan Perlis.", "Sarawak merekodkan 750 kes baharu hari ini berbanding 725 semalam, diikuti Kelantan (589 kes baharu, 540 semalam); Pulau Pinang (440 hari ini, 381 semalam); dan Kedah (432 baharu, 319 semalam).", "Pahang pula merekodkan 302 jangkitan baharu hari ini berbanding 294 semalam; Negeri Sembilan (192 baharu, 167 semalam); Putrajaya (44 baharu, 29 semalam); dan Perlis (43 baharu, 33 semalam).", "Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 12 kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan keseluruhannya 5,717 kluster dengan 5,137 telah ditamatkan.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 580 kes lagi masih aktif, kurang berbanding 591 yang direkodkan semalam, setelah 11 kluster ditamatkan.", "Menurutnya daripada jumlah kluster baharu itu, enam melibatkan jangkitan di tempat kerja, tiga berkaitan pendidikan, komuniti (dua) dan satu kluster keagamaan yang dikesan di Hulu Perak membabitkan 18 daripada 24 individu yang disaring.", "Enam kluster tempat kerja melibatkan dua di Johor iaitu di Batu Pahat membabitkan 17 individu daripada 54 yang disaring, dan Kulai (tujuh daripada 173 individu yang disaring).", "Dua kluster tempat kerja turut dikesan di Selangor melibatkan Hulu Langat dan Sepang seramai 47 individu daripada 155 yang disaring, serta Klang (12 individu daripada 26 yang disaring).", "Kluster tempat kerja di Melaka Tengah melibatkan 26 daripada 165 saringan dan kluster Jalan Stesen Sentral Tiga membabitkan Lembah Pantai, Cheras serta Titiwangsa di ibu negara dengan lima individu daripada 31 saringan.", "Sementara kluster berkaitan pendidikan di kesan di Segamat, Johor melibatkan 26 individu daripada 75 saringan; Sepang, Selangor (14 individu daripada 27 saringan); dan Titiwangsa, Kuala Lumpur (11 individu daripada 50 saringan).", "Kluster komuniti pula direkodkan di Tenom, Sabah melibatkan 50 individu daripada 88 yang disaring, dan Temerloh serta Maran di Terengganu (29 individu daripada 180 saringan).", "Pada masa sama, Dr Noor Hisham memaklumkan seramai 7,630 pesakit Covid-19 disahkan sembuh menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu meningkat kepada 2,311,213 kes atau 95.5 peratus daripada kumulatif positif sebanyak 2,420,222 kes.", "Mengenai jangkitan hari ini, beliau berkata daripada 6,630 kes baharu itu, 6,615 adalah kes tempatan yang turut melibatkan 285 pesakit bukan warganegara, dan 15 kes import termasuk empat bukan warganegara.", "“Seramai 653 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 322 memerlukan alat bantuan pernafasan.", "“Sebanyak 1.5 peratus atau 101 pesakit hari ini adalah dalam kategori 3, 4 dan 5, manakala 6,529 lagi kategori 1 dan 2,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/agong-tambah-pegangan-dalam-syarikat-citaglobal-bhd/
Agong tambah pegangan dalam syarikat Citaglobal Bhd
[ "Pegangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Citaglobal Bhd bertambah selepas menguasai kepentingan syarikat sebanyak 12.4 peratus.", "Menurut laporan BH, pegangan Sultan Abdullah naik daripada 9.0 peratus sebelum ini dalam syarikat senaraian awam itu yang menjalankan perniagaan dalam industri kejuruteraan sivil, pembinaan, minyak dan gas (O&G) serta pembuatan.", "Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Citaglobal berkata, Al-Sultan Abdullah memiliki kepentingan langsung sejumlah 132,118,593 unit saham dalam syarikat yang mula diperbadankan atas nama Weng Zheng Resources Bhd dan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2 Januari 2008.", "Syarikat turut memiliki unit operasi utama iaitu Citaglobal Land Sdn Bhd, Sinergi Dayang Sdn Bhd, Citaglobal Energy Sdn Bhd dan WZS Industries Sdn Bhd.", "Pada 7 Jun lalu, kumpulan itu menukar nama kepada Citaglobal Bhd sebagai memberi gambaran yang lebih baik mengenai skop perniagaan yang bergerak ke hadapan.", "Menurut laman web rasmi Citaglobal, syarikat itu berhasrat menjadi sebuah konglomerat yang terbabit dalam sektor pengurusan kemudahan, telekomunikasi, tenaga, infrastruktur dan teknologi.", "Citaglobal dipimpin oleh Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria sebagai Presiden dan Pengerusi Eksekutif bersama Naib Pengerusi Eksekutifnya, Tengku Datuk Seri Uzir Tengku Ubaidillah." ]
https://www.agendadaily.com/politik/bekas-pemain-kebangsaan-mula-berkempen-untuk-pn-di-kedah/
Bekas pemain kebangsaan mula berkempen untuk PN di Kedah
[ "Baddrol Bakhtiar sudah memulakan kempen secara tidak rasmi apabila dilihat turun bersama dalam program Perikatan Nasional (PN) di Kedah.", "Spekulasi mengatakan bekas kapten bola sepak pasukan Kedah dan Sabah FC itu akan diletak bertanding atas tiket PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.", "Menerusi Facebook miliknya, pemain berusia 35 tahun dilihat sudah mula ‘berkempen’ dan dikatakan bakal menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau", "Ini kerana walaupun nama bekas Sabah FC musim ini belum diumumkan namun gerak kerja sudah dilakukan oleh jentera Pas Bukit Selambau untuk memperkenalkan calonnya kepada masyarakat setempat.", "Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini memberi bayangan dua bekas pemain bola sepak Kedah dijangka menjadi pertaruhan PN pada PRN kali ini.", "Biar pun tidak mendedahkan nama kedua-dua pemain namun dua bekas ketua pasukan Kedah, Muhamad Radhi Mat Din dan Baddrol Bakhtiar disebut-sebut antara calon PN." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kertas-cadangan-eksport-daun-ketum-sedang-disiapkan-mb-kedah/
Kertas cadangan eksport daun ketum sedang disiapkan: MB Kedah
[ "Kertas cadangan berkaitan permohonan mengeksport daun ketum secara sah ke Thailand bagi tujuan perubatan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah telah siap dan akan diperhalusi dalam masa terdekat.", "Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kertas cadangan itu akan dibawa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang kemungkinan pada minggu hadapan untuk dibentangkan sebelum ia dihantar kepada Kerajaan Persekutuan.", "“BPEN maklum kertas cadangan itu sudah disiapkan tetapi saya sendiri masih belum lihat lagi. Mungkin minggu hadapan ia akan dibawa masuk dalam mesyuarat untuk dibincangkan sebelum pemohonan berkenaan dapat dihantar.", "“Kita mohon sahaja, kerajaan Persekutuan akan pertimbangkan kebenaran untuk eksport dengan dalil yang ada dalam kertas cadangan itu dan kalau kerajaan Persekutuan kata ‘tidak sama sekali’, memang ‘tidak sama sekalilah’. Tiada jalan juga, jadi kita kena tunggu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di Alor Setar. hari ini.", "Beliau mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung kertas cadangan dibuat oleh BPEN untuk mengeksport daun ketum ke negara luar yang akan dihantar kepada kerajaan Persekutuan.", "Pada Mac lepas, Muhammad Sanusi mencadangkan Kerajaan Persekutuan supaya dapat membenarkan kegiatan mengeksport daun ketum ke luar negara terutamanya ke Thailand untuk tujuan perubatan sebagai langkah mengekang kegiatan penyeludupan ketum.", "Beliau berkata apabila cadangan untuk mengeksport daun ketum itu dibangkitkan ia bukan bermakna beliau mahu menyuruh rakyat di negeri ini menanam ketum dengan lebih banyak sebaliknya hanya mahu menyelesaikan isu penyeludupan.", "“Ketum ini memang sudah sedia ada dan jumlahnya pun sedia banyak. Apabila bercakap mengenai mahu eskport ketum ini, bukan bermaksud saya suruh rakyat Kedah teroka tanah baharu dan tanam pokok itu, kita cuma mahu selesaikan isu penyeludupan sahaja.", "“Terdapat juga dakwaan berlaku penanaman ketum secara besar-besaran di kawasan tertentu tetapi ia bukan perkara baharu. Memang tidak salah hendak tanam ketum tetapi ia jadi kesalahan bila petik ketum itu, jadi nasihat saya kepada rakyat Kedah tidak perlulah tanam sebab sudah banyak,” katanya. – Bernama" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/menghendap-satu-jenayah/
Menghendap satu jenayah
[ "Kerajaan memberi komitmen untuk menjadikan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah di Malaysia, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.", "Beliau berkata kertas dasar dan cadangan pindaan undang-undang dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Disember depan sebelum dibawa ke Parlimen sekiranya diluluskan.", "“Usaha untuk menjadikan menghendap sebagai satu jenayah telah bermula sejak tahun 2019 di mana satu Jawatankuasa ‘Anti-Stalking’ telah ditubuhkan.", "“Sejak awal 2020, draf pindaan undang-undang (pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah) telahpun disediakan oleh Jawatankuasa Anti-Stalking, yang diterajui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan lain dan NGO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Kenyataan itu dikeluarkan selepas Ahli Parlimen Masjid Tanah itu mengadakan mesyuarat di Parlimen bagi membincangkan status mengenai usaha menjadikan menghendap ataupun ‘stalking’, sebagai satu jenayah, semalam.", "Mesyuarat ini dikendalikan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dan dihadiri agensi kerajaan termasuk Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia, wakil-wakil dari pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan ahli-ahli akademik.", "Dalam mesyuarat ini, tiga mangsa hendap telah berkongsi pengalaman mereka dan masih tidak diberikan perlindungan disebabkan jurang yang wujud dalam undang-undang sedia ada.", "Mas Ermieyati berkata, WAO juga telah menyerahkan memorandum yang telah ditandatangani oleh 52 kumpulan dan petisyen yang disokong lebih 8,500 orang setakat ini yang menggesa kerajaan menjadikan menghendap sebagai satu jenayah." ]
https://www.agendadaily.com/politik/pn-setuju-pertimbang-cadangan-penubuhan-kerajaan-perpaduan/
PN setuju pertimbang cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan
[ "Perikatan Nasional (PN) hari ini menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan seperti dicadangkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah demi kestabilan negara.", "Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata perbincangan itu melibatkan parti-parti yang sehaluan.", "“Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN pada hari ini, Khamis (24 November 2022) telah membincangkan mengenai cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.", "“Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” katanya dalam satu kenyataan.", "Cadangan Kerajaan Perpaduan itu muncul selepas kesemua gabungan gagal mendapatkan majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu lalu." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/indonesia-rekod-40427-kes-baharu-hari-ini-tertinggi-sejak-mac-2020/
Indonesia rekod 40,427 kes baharu hari ini, tertinggi sejak Mac 2020
[ "Indonesia hari ini melaporkan 40,427 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, kes harian tertinggi setakat ini sejak pesakit pertama dikesan pada Mac tahun lalu.", "Kementerian Kesihatan Republik Indonesia dalam kenyataan hari ini berkata 891 kematian lagi turut direkod dalam tempoh itu.", "“Keseluruhan kes jangkitan kini mencecah 2,567,630 manakala kematian pula meningkat kepada 67,355,” kata kementerian itu.", "Indonesia kini berdepan gelombang baharu Covid-19 yang membawa bencana kepada sistem kesihatan negara itu, terutama di beberapa hospital, khususnya di Jakarta.", "Kapasiti hospital juga sudah hampir penuh dan jumlah pesakit yang meninggal dunia di rumah ketika menjalani kuarantin kendiri sebelum menerima rawatan juga semakin meningkat.", "Tetapi keadaannya akan menjadi jauh lebih buruk, dengan pemerintah republik itu sendiri mengunjurkan dalam senario terburuk, jangkitan harian boleh mencecah lebih 40,000 hingga 70,000.", "Pengkritik menyalahkan Presiden Joko Widodo dan pemerintahnya kerana keengganan mereka untuk melakukan penutupan skala besar yang ketat atau ‘total lockdown’, sebaliknya memilih sekatan zon berskala kecil bagi melindungi sektor ekonomi penduduknya.", "Walaupun banyak kes dilaporkan sejak cuti Hari Raya Puasa pada Mei lalu – kebanyakannya disebabkan oleh pergerakan meluas ke seluruh kepulauan dan penularan varian Delta – republik itu hanya melaksanakan langkah-langkah darurat pada 3 Julai hingga 20 Julai, namun terhad kepada Pulau Jawa dan Bali.", "Namun, Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) kini diperluaskan lagi ke beberapa bandar utama dari Pulau Sumatera hingga ke Papua.", "Jika kes masih berterusan meningkat, pemerintah Indonesia akan melanjutkan lagi tempoh PPKM Darurat berkenaan.", "Antara peraturan PPKM Darurat adalah penutupan pusat belibelah, penerapan 100 peratus bekerja dari rumah bagi sektor bukan perlu, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan makan di restoren, kedai makan atau warung (dine in) dan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan rekreasi ditutup. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/politik/kit-siang-dapat-anugerah-tan-sri-laporan/
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
[ "Veteran DAP, Lim Kit Siang dilaporkan akan dikurniakan gelaran Tan Sri selepas beberapa laporan media mendedahkan.", "Gelaran tersebut dilaporkan diberi kepada bekas Ketua Pembangkang itu bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-64 esok.", "Menurut laporan, Kit Siang akan menjadi pemimpin DAP pertama yang dianugerahkan gelaran tersebut yang merupakan anugerah persekutuan kedua tertinggi selepas gelaran Tun.", "Foto Kit Siang menghadiri raptai majlis penganugerahan darjah kebesaran itu dikongsi oleh Jeff Ooi Chuan Aun di Facebook beliau.", "“Veterans of the Lim Clan. Tan Sri Lim Kit Siang (Rehearsal). Penganugerahan adalah pada hari Isnin 5 Jun. Masih ada masa untuk membeli songkok.", "“Songkok semasa raptai memang tak kena dengan kepala dia. Kelihatan songkok budak, hinggap di kepala ayah,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/polis-akan-panggil-penganjur-himpunan-30-individu-sudah-dikenal-pasti/
Polis akan panggil penganjur himpunan, 30 individu sudah dikenal pasti
[ "Penganjur Himpunan Turun Harga Barang berdepan tindakan kerana kedegilan meneruskan perhimpunan hari ini di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).", "Pihak polis akan membuka kertas siasatan terhadap penganjur dan seramai 30 individu sudah dikenal pasti sebagai dalang utama perhimpunan yang berlangsung hari ini.", "Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, perhimpunan yang diadakan selama satu jam bermula kira-kira jam 2 petang itu dikesan tidak mematuhi peruntukan undang-undang.", "“Hasil pemerhatian dilakukan kira-kira 100 individu termasuk mahasiswa dan ahli politik berhimpun sambil memegang plakad bertulis ‘potong gaji menteri’, ‘turun dan lawan’ serta lain-lain.", "“Setakat ini seramai 30 individu sudah dikenal pasti dan mereka akan dipanggil ke Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.", "Pada jam 2 petang tadi, sekitar 100 individu menyertai himpunan itu di Jalan TAR dan percubaan mereka untuk berarak ke Dataran Merdeka, gagal selepas disekat polis.", "Perhimpunan berkenaan dipercayai bagi menyatakan protes terhadap peningkatan harga barang sejak kebelakangan ini yang disifatkan sebagai menekan rakyat terutama golongan kurang berkemampuan.", "Antara pemimpin yang hadir Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli.", "Peserta mengulangi lima tuntutan mereka terhadap kerajaan iaitu menuntut pemotongan gaji menteri dan timbalan menteri, bantuan yang bermaruah dapat diberikan kepada semua lapisan masyarakat, mengekalkan subsidi serta tidak mengurangkan sebarang bentuk subsidi lain.", "Mereka juga menuntut agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengawal harga barangan, makanan di kafeteria termasuk vendor di dalam universiti kerana berlaku peningkatan harga mendadak." ]
https://www.agendadaily.com/politik/tiada-bukti-hitam-putih-4-ahli-parlimen-sabah-keluar-bersatu-sebelum-oktober/
Tiada bukti hitam putih 4 Ahli Parlimen Sabah keluar Bersatu sebelum Oktober
[ "Walaupun empat Ahli Parlimen (MP) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendakwa sudah keluar dari parti Bersatu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, namun tiada bukti hitam putih untuk menyokong hujah tersebut setakat ini.", "Jika benar empat MP GRS tersebut sudah meletak jawatan, sudah pasti sebelum PRU-15 lagi mereka mengadakan sidang media mengumumkan tindakan keluar Bersatu tetapi sehingga hari ini tiada bukti yang terang untuk menyokong dakwaan kononnya mereka keluar parti sebelum Oktober lalu.", "Malah, semasa sidang media baru-baru ini sahaja bekas Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan tindakan keluar parti tersebut dan tindakan itu secara tidak langsung mengesahkan empat MP tersebut pada awalnya masih ahli parti yang sah.", "Nampaknya, peguam dan pengamal undang-undang yang dibayar sedang memberi hujah perundangan kononnya empat MP itu sudah keluar Bersatu walhal realitinya tidak ada satu bukti jelas yang dikemukakan mereka untuk menyokong hujah tersebut, jika ada Hajiji atau empat MP tersebut boleh kemukakan kepada umum berhubung surat yang mengesahkan mereka sudah keluar parti sebelum PRU-15 lalu.", "Namun, semasa sidang media baru-baru ini yang diumumkan Hajiji dan bersama pengikutnya adalah mereka baharu sahaja keluar Bersatu.", "Empat Ahli Parlimen Bersatu Sabah yang bertanding atas tiket GRS ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang).", "Untuk rekod, GRS hanya sebuah gabungan parti politik yang tidak mempunyai keahlian dan semua empat MP yang bertanding pada PRU-15 adalah ahli parti Bersatu.", "Walaupun empat MP tersebut bertanding atas tiket GRS sekalipun, perlu difahami bahawa mereka adalah ahli Bersatu dan bukan ahli GRS, disinilah Hajiji tidak memahami peruntukan undang-undang baharu larangan lompat parti tersebut.", "Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata undang-undang antilompat parti akan dirujuk terhadap empat MP Bersatu yang membuat keputusan keluar parti mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/bekas-ketua-pengarang-the-edge-didakwa-fitnah-dalam-artikel-manipulasi-saham/
Bekas ketua pengarang The Edge didakwa fitnah dalam artikel manipulasi saham
[ "Bekas Ketua Pengarang The Edge Communications Sdn Bhd dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memfitnah seorang bergelar Datuk dan empat buah syarikat menerusi penyiaran dua artikel dalam The Edge Malaysia.", "Ahmad Azam Mohd Aris, 61, kini editor sambilan di portal berita The Edge mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah dan Nurshahira Abdul Salim, lapor Bernama.", "Di hadapan Zhafran, tertuduh didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, memfitnah Datuk Kua Khai Shyuan, 38, dan Syarikat DGB Asia Berhad dengan menyiarkan satu artikel dalam The Edge Malaysia Bilangan 1337 bertarikh 21 Sept hingga 27 Sept 2020, yang mana tuduhan tersebut akan merosakkan reputasi individu itu dan syarikat berkenaan.", "Sementara di hadapan Nurshahira dia juga dituduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, memfitnah Kua dan syarikat DGB Asia, Trive Property Group Berhad, Metronic Global Berhad dan MNC Wireless Berhad dengan menyiarkan satu artikel dalam The Edge Malaysia Bilangan 1365 bertarikh 12 April hingga 18 April 2021 yang mana tuduhan tersebut akan merosakkan reputasi individu itu dan keempat-empat syarikat berkenaan.", "Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di The Edge Communications Sdn Bhd, Level 3, Menara KLK, Mutiara Damansara, di sini pada 21 Sept 2020 dan 12 April 2021.", "Kedua-dua pertuduhan adalah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.", "Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal yang mengendalikan pendakwaan di hadapan Zhafran dan Farhanah Fuad Mohamad Faiz yang mewakili pendakwaan di hadapan Nurshahira masing-masing menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.", "Peguam Rajsurian Pillai yang mewakili Ahmad Azam memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis serta mempunyai tanggungan tiga anak yang masih belajar.", "“Anak guam saya telah memberi kerjasama sepanjang siasatan dijalankan dan dia sendiri hadir ke mahkamah hari ini,” katanya.", "Zhafran membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin sementara Nurshahira membenarkan ikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin dan kedua-dua mahkamah menetapkan 22 Nov depan untuk sebutan semula kes." ]
https://www.agendadaily.com/politik/walaupun-spr-umum-prn-ph-melaka-tetap-cabar-pembubaran-dun/
Walaupun SPR umum PRN, PH Melaka tetap cabar pembubaran DUN
[ "Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini tidak akan menghentikan Pakatan Harapan (PH) daripada mengambil tindakan mencabar keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di mahkamah.", "Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata tindakan untuk mencabar keputusan pembubaran DUN akan diteruskan atas alasan tidak berpuas hati dengan keabsahan pembentukan kerajaan sementara di Melaka.", "“Hari ini pewartaan pembubaran DUN dijangka dikeluarkan dan sebaik saja ia diperoleh, pasukan peguam kami akan segera memfailkan kes di Mahkamah Tinggi negeri pada minggu ini juga.", "“Jika pewartaan itu kami peroleh minggu lalu, sudah pasti usaha memfailkan kes dibuat minggu lalu juga,” katanya lapor sebuah portal.", "SPR hari ini mengumumkan penamaan calon PRN Melaka pada 8 November manakala undi awal pada 16 November dan hari mengundi 20 November.", "Jelasnya lagi, PH Melaka tetap dengan pendirian langkah mengadakan PRN hanya akan menyebabkan kewangan semua parti yang terbabit dalam kempen pilihan raya dibazirkan begitu saja sedangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya dalam lingkungan setahun setengah saja lagi.", "Katanya, sepatutnya DUN tidak perlu dibubarkan dan kuasa pentadbiran negeri diserahkan kepada pemimpin PH bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa tetapi dengan dasar berbeza berbanding Barisan Nasional (BN).", "Namun, Adly berkata mereka akan masih tetap akan membuat persiapan untuk menghadapi PRN yang bakal diadakan.", "“Bagaimanapun, PH tetap membuat pelbagai persiapan menjelang PRN berdasarkan pelbagai kemungkinan menjelang tarikh berkenaan.", "“Sambil memfailkan kes, kami tetap membuat persiapan dari aspek perbincangan dengan rakan dalam PH mengenai pembahagian kerusi,” katanya lagi.", "Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak PH Melaka menimbang untuk meletak semula calon empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan sebelum ini sehingga jatuh kerajaan negeri itu.", "“Kami juga mengambil kira pandangan pelbagai pihak mengenai parti yang bakal disertai empat ADUN yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang menyebabkan BN tumbang pada 4 Oktober lalu,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/logo-baharu-pn-akan-digunakan-semasa-pru-15-kata-muhyiddin/
Logo baharu PN akan digunakan semasa PRU-15, kata Muhyiddin
[ "Perikatan Nasional (PN) akan memperkenalkan logo baharu untuk digunakan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).", "Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia susulan terdapat cadangan untuk mengubah suai logo sedia ada semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu, kira-kira dua minggu lepas, lapor Bernama.", "“Logo sedia ada sudah baik tetapi kita akan buat penambahbaikan dan ada simbol-simbol yang digunakan.", "“Jadi logo yang sesuai akan diperkenalkan dan dimaklumkan kepada pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya),” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Kenduri Rakyat Aidiladha Perikatan Nasional Negeri Perak di Kampung Manjoi di sini hari ini.", "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai PAS yang membayangkan tidak menggunakan logo PN dan bulan purnama untuk calonnya pada PRU15.", "Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata parti itu akan menggunakan simbol baharu dan sesuai untuk semua calonnya bagi menghadapi PRU akan datang.", "Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata PAS telah memaklumkan mahu mencari logo yang bersesuaian dengan PN dan ia sedang diusahakan oleh Setiausaha Agung gabungan itu Datuk Seri Hamzah Zainudin.", "Pada 3 Julai lepas, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata keputusan untuk menggunakan logo PN pada PRU15 masih belum dimuktamadkan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/bns-sambung-semula-projek-lcs-selepas-kerajaan-tandatangan-perjanjian-baharu/
BNS sambung semula projek LCS selepas kerajaan tandatangan perjanjian baharu
[ "Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan menyambung semula projek kapal tempur pesisir (LCS) yang telah lama terhenti.", "Walaupun berdepan kontroversi kerana masih tiada kapal yang berjaya disiapkan namun kerajaan dilaporkan sudah menandatangani perjanjian baharu dengan BNS, menurut pengumuman syarikat induk Boustead Holding kepada Bursa Malaysia semalam.", "Menurut pengumuman itu, kontrak tambahan keenam yang ditandatangani memerlukan anak syarikatnya BNS untuk menghantar lima LCS dan bukannya enam kapal.", "Jumlah harga kontrak telah disemak kepada RM11.2 bilion, meningkat daripada RM9 bilion sebelum ini. Kerajaan telah pun mengeluarkan RM6 bilion.", "Pengerusi Boustead Holdings, Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman berkata perjanjian tersebut terhasil daripada semakan menyeluruh terhadap pelbagai pilihan dan semua aspek projek oleh syarikat dan kerajaan.", "“Di bawah perjanjian baru ini, pelbagai langkah pencegahan telah dilaksanakan bagi memastikan kapal-kapal itu dihantar tepat pada masanya dan mengikut bajet yang diperuntukkan.", "“Ini termasuk pembentukan jawatankuasa pemantauan projek yang dipengerusikan bersama oleh ketua setiausaha perbendaharaan dan ketua setiausaha Kementerian Pertahanan, bagi memantapkan pelaksanaan dan penyeliaan penyampaian projek sekaligus memastikan kegagalan masa lalu tidak berulang,” kata Nazim dipetik laporan Malaysiakini.", "Jelasnya, pengurusan baahar telah diletakkan di BNS, Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC), Boustead Holdings at Armed Forces Fund Board (LTAT) yang membolehkan syarikat dan pemegang sahamnya membuat penilaian objektif terhadap projek itu dan cara terbaik bergerak ke hadapan untuk menyelesaikan penghantaran kapal-kapal itu.", "Projek LCS bermula pada 2013 tetapi selepas RM6 bilion dibelanjakan, BNS telah terlepas tarikh akhir 2019 untuk menghantar kapal pertama.", "Sehingga tahun lepas, pembinaan kapal keenam masih belum dimulakan dan tiada satu pun kapal telah mencapai kemajuan melebihi tahap 50 peratus.", "Siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai perkara itu mendedahkan bahawa keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk projek tersebut telah diabaikan oleh kerajaan dan usaha wajar pula gagal mengesan masalah kewangan BNS." ]
https://www.agendadaily.com/politik/lantik-diri-sendiri-jadi-menteri-kewangan-rafizi-kata-boleh-pula-sekarang/
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Rafizi kata boleh pula sekarang
[ "Walaupun sebelum ini lantang menentang langkah seorang Perdana Menteri (PM) memegang jawatan Menteri Kewangan pada masa sama, sekarang Rafizi Ramli membuat pusingan-U dengan  menyokong pula langkah tersebut.", "Menteri Ekonomi kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) itu kini mempertahankan langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik dirinya menjadi Menteri Kewangan, mengikut jejak sama yang pernah dilakukan oleh bekas PM bergelar banduan, Datuk Seri Najib Razak.", "“Yang kedua saya tak rasa yang ada menteri yang yang boleh ‘sakau’ duit macam dulu. Saya tak rasa. Sebab apa ? Kerana duit sudah tidak ada,” katanya semasa di Padang Serai malam tadi.", "Rafizi berkata  yakin Anwar itu tidak akan menjadi seperti Najib kerana beliau mempunyai perwatakan dan didikan yang berbeza.", "“Yang tu yang saya bimbang dengan rambut atas kepala saya ni. Lepas ni lama-lama kena pakai kopiah tutup botak. Sebab duit sudah tidak ada.", "“Tanggungjawab menteri kewangan dan menteri ekonomi macam saya menggaru kepala macam mana kita nak kembangkan ekonomi supaya kita ada cukup (wang) untuk bantu rakyat.”", "Rafizi juga menggesa agar agensi kerajaan yang mempunyai rekod buruk dan boleh dipersoalkan, dapat dikaji semula, dan individu yang jujur, amanah dan berani dilantik untuk memimpin mereka.", "Anwar menerima kritikan banyak pihak kerana melantik dirinya sebagai menteri kewangan, yang bertentangan dengan manifesto PH pada Pilihan Raya Umum  ke-14, yang mengatakan bahawa seorang perdana menteri tidak sepatutnya memegang jawatan menteri kewangan berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berlaku ketika Najib memegang kedua-dua jawatan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/perbicaraan-kes-najib-ditangguh-perlu-dapatkan-rawatan-di-hospital/
Perbicaraan kes Najib ditangguh, perlu dapatkan rawatan di hospital
[ "Datuk Seri Najib Razak perlu mendapatkan rawatan di hospital selepas keadaan kesihatannya tidak mengizinkan untuk meneruskan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.", "Perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.28 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berakhir awal tengahari ini selepas bekas Perdana Menteri perlu menerima rawatan di hospital susulan kesan ubat darah tinggi yang diambilnya.", "Timbalan Pendakwa Raya Tan Sri Gopal Sri Ram memaklumkan kepada Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa perbicaraan penyelewengan dana RM2.28 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najibyang sepatutnya berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan awal.", "“Saya dimaklumkan oleh Jabatan Penjara bahawa ubat tekanan darah tinggi tertuduh ditukar dan ia menyebabkan kesan teruk kepadanya.", "“Dia perlu dihantar ke hospital. Bagaimanapun, dia boleh bertahan untuk berada di mahkamah dalam prosiding ini sehingga jam 12.30 tengah hari dan selepas itu perlu bersiap untuk dirujuk ke hospital pada jam 2 petang ini,” katanya dipetik laporan media hari ini.", "Pendakwa raya seterusnya memohon penangguhan awal perbicaraan jenayah berikutan Najib perlu dirujuk ke hospital hari ini.", "Sequerah kemudian membenarkan permohonan penangguhan awal prosiding hari ini, dan perbicaraan kemudian diteruskan dengan keterangan saksi pendakwaan ke-37, R Uma Devi, yang menguruskan cawangan AmBank di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.", "Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion daripada 1MDB.", "Terdahulu pada minggu lalu, media melaporkan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).", "Pegawai Khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, Ahli Parlimen Pekan itu dalam keadaan stabil dan melalui semua pemeriksaan kesihatan serta rawatan yang diperlukan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kerajaan-dap-p-pinang-tak-rancang-sekat-jual-arak-seperti-dbkl/
Kerajaan DAP P. Pinang tak rancang sekat jual arak seperti DBKL
[ "Penjualan arak di Pulau Pinang akan diteruskan seperti biasa dan tidak disekat seperti yang berlaku di Kuala Lumpur, kata Exco kerajaan negerinya Zairil Khir Johari.", "Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri itu berkata tiada sebarang rancangan atau langkah untuk mengenakan ekatan tambahan berhubung penjualan arak di kedai-kedai yang dibenarkan menjual minuman keras tersebut, ia berbeza dengan langkah yang diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).", "“Setakat pengetahuan saya, buat masa ini kerajaan negeri tidak ada membuat apa-apa rancangan baharu untuk sekatan tambahan (penjualan arak).", "“Untuk kes seperti mana di DBKL, buat masa ini juga kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan untuk menghalang kedai-kedai yang dibolehkan menjual arak,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.", "Zairil terdahulu menjawab soalan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.", "Berhubung isu kemalangan yang disebabkan pemandu mabuk jelasnya, sudah terdapat undang-undang jalan raya sedia ada bagi kes sebegitu iaitu Seksyen 44(1) dan 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.", "Zairil (DAP-Tanjung Bungah) menjawab soalan tambahan Mohd. Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) sama ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia mengambil langkah pencegahan dan kawalan penjualan arak seperti dilakukan DBKL.", "Terdahulu, Mohd. Yusni turut membangkitkan mengenai beberapa kejadian kemalangan melibatkan pemandu mabuk di negeri ini terutama yang menyebabkan kematian kepada pihak lain.", "Selain itu, beliau turut menarik perhatian yang mana Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor turut mengesyorkan semua negeri termasuk Pulau Pinang mencontohi langkah yang diambil DBKL.", "Bermula 1 November lalu, DBKL mula menguatkuasakan larangan penjualan arak (liquor) di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina selepas ditangguhkan selama sebulan.", "Bagaimanapun, penjualan bir oleh premis terbabit masih dibenarkan tetapi hanya bermula pukul 7 pagi hingga 9 malam seperti yang terkandung dalam syarat baharu untuk permohonan Lesen Minuman Keras (LMK)." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/rakus-yang-tak-habis-habis/
Rakus yang tak habis-habis
[ "Sikap rakus khususnya hendak segala-galanya terus diperlihat oleh ahli politik walaupun setelah berjaya dalam gangguan politik yang mereka lancarkan sehingga berhasil mencapai matlamatnya, antaranya menukar kerajaan. Meskipun berlaku perubahan dalam pemerintahan negara, ia tidak berjaya direbut kelompok ahli politik tertentu.", "Sebaliknya diraih kelompok lain.", "Tawaran politik dwipartisan oleh pemerintahan terdahulu bukan sahaja ditolak mentah-mentah tanpa mahu melihatnya langsung, ia juga diperlekeh dan dikeji. Ini kerana bukan ia tidak bagus tetapi mereka meyakini peluang baik mendapat kuasa untuk diri sendiri tanpa perlu berkongsi melalui politik damai yang dihulurkan itu.", "Setelah kecundang, mereka ini khususnya ahli politik Cina mahu menjilat ludah sendiri dengan memohon politik dwipartisan itu kembali diamalkan oleh pemerintahan baharu yang tidak pernah pun menawarkan pakej sebegitu.", "Setelah menyedari kejayaan menukar kerajaan itu ibarat terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau, mereka tanpa segan silu menuntut tawaran pemerintahan terdahulu daripada pemerintahan baharu yang tiada kena mengena dengan tawaran itu. Sikap ini bukan sahaja penuh dengan tahap lahap yang sangat menjijikkan, ia pemikiran dan tingkah laku amat terdesak sehingga sanggup menerima kembali sesuatu yang pernah dicemuh. Sesungguhnya ini sikap orang yang tidak tahu malu.", "Selain itu, mereka senantiasa hendak memperoleh keuntungan sepanjang jalan. Sehubungan itu, mahu menolakkannya sebab yakin dengan keuntungan lebih besar untuk merebut kuasa dan hendak menerimanya semula setelah kehilangan peluang kekuasaan yang diingini itu. Tidak dapat dinafikan, sikap ini gelojoh sekali kerana mahu memperoleh dua habuan sekali gus. Ini ibarat mahu memakan sesuatu kesemuanya dan juga mahu menyimpan kesemuanya pada masa sama. Untuk itu, hanya satu yang perlu dipilih, sama ada makan atau simpan.", "Begitu halnya dengan tawaran itu, sama ada diterima pada kesempatan pertama dihulurkan atau kehilangannya selama-lamanya. Namun, itulah sikap bangsat lagi bajingan yang ada pada ahli politik berkenaan walaupun masih terdapat yang tidak rakus.", "Syabas kepada yang memiliki integriti, sesetengahnya tinggi sekali kerana pada setiap masa mengamalkan politik formal yakni prinsip kekuasaan yang pertama-tamanya mengutamakan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Mereka ini mahu menerima tawaran oleh pemerintahan terdahulu walaupun masih berseteru dari segi politik. Ini mahu dilakukan semata-mata demi kepentingan negara tercinta dan bukan untuk kebaikan diri dan parti politik mereka. Sebetulnya negara amat memerlukan mereka ini yang tidak pun ramai pada jumlah lebih besar.", "Nasihat diraja agar wujud perdamaian politik pada masa genting ini didapati tidak pun diendahkan ahli politik rakus dalam mereka menggerakkan agenda politik sendiri dan parti. Ia hanya baru mahu diambil hirau apabila sesuai dengan agenda serakah mereka itu. Ini dapat dlihat dengan jelas setelah gagal merebut kuasa, mereka mencadangkan perdamaian yang persengketaannya dicetuskan mereka sendiri dengan tidak mahu menerima tawaran dwipartisan itu.", "Kini ia mahu diterima malah dituntut pula daripada pihak lain yang sama sekali tidak menawarkannya. Ini bukan sahaja sama sekali tidak betul dari segi moral, ia memperlihat kebebalan yang jahil.", "LUMAYAN", "Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka ini mengeksploitasi keadaan untuk kepentingan mereka sahaja termasuklah dengan memanipulasi nasihat diraja itu. Dalam hal ini, mereka menuntut agar politik dwipartisan diamalkan kini atas nama nasihat diraja setelah gagal merebut kuasa.", "Dengan menolak tawaran itu dalam bentuk yang ditawarkan pemerintahan terdahulu, ia sebenarnya bukan kesempatan yang terlepas, iaitu boleh ada lagi dalam waktu terdekat ini. Ia kesempatan yang hilang, yakni tidak ada lagi untuk jangka waktu lama atau mungkin selama-lamanya.", "Sebenarnya, ia tawaran lumayan untuk rakyat dan negara yang dijanjikan akan disempurnakan kesemuanya dalam waktu sesingkat dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Akan tetapi ia bukan sahaja disangsikan tanpa mahupun berbincang, ia dicemuh habis-habisan. Kini setelah ia barangkali hilang selama-lamanya, barulah terasa ia satu tawaran yang bukan sahaja baik lagi ikhlas tetapi dituntut diadakan semula daripada pihak lain yang mungkin tidak pun ada rancangan begitu untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.", "Hilangnya kesempatan ini adalah kerana kerakusan yang bukan sahaja memperlihat kepentingan diri sendiri dan parti politik mereka yang diutamakan, lebih dahsyat lagi ialah kepentingan rakus ini didapati berlebih-lebihan pula sehingga membawa kepada keadaan mudarat bagi pihak lain, iaitu rakyat dan negara.", "Kerakusan pada ahli politik sebenarnya adalah cerminan mereka langsung tidak ada empati terhadap kebajikan rakyat yang sepatutnya menjadi tanggungjawab utama mereka. Ia juga memperlihat mereka tiada perasaan ikhlas terhadap rakyat. Sehubungan itu, mereka tiada gagasan baik apatah lagi yang luhur untuk mensejahterakan rakyat dan memajukan negara.", "Sesungguhnya tiada yang lebih keji daripada adanya ahli politik rakus. Ini kerana mereka mengambil bagi diri sendiri lebih banyak daripada yang mereka berikan kepada rakyat dan negara.", "Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong\nFelow Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Majlis Profesor Negara.", "Artikel ini pertama kali disiarkan dalam Utusan Online 24 Ogos 2021", "Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri." ]
https://www.agendadaily.com/politik/ulasan-tindakan-kerajaan-ph-bn-terus-undang-kemarahan-rakyat/
Ulasan: Tindakan kerajaan PH-BN terus undang kemarahan rakyat
[ "Berikutan pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram terhadap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, suhu politik Malaysia semakin naik mencanak.", "Kebetulan pertuduhan ini dilakukan beberapa minggu setelah satu kajian sebuah badan bebas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia khasnya umat Melayu Islam majoriti masih sangsi dan tidak percaya pada Kerajaan Campuran pimpinan Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Ini bermakna dahlah dalam PRU Parlimen ke-15 baru-baru ini, parti-parti yang membentuk Kerajaan Campuran ini gagal menguasai sokongan pengundi Melayu, setelah lebih 100 hari memerintah peratusan sokongan orang-orang Melayu terhadap mereka masih di bawah 50 peratus.", "Jika trend ini dibiarkan berlarutan pasti PH dan BN akan menghadapi kesukaran dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 untuk enam buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.", "Lantas apa sahaja usaha yang boleh dilakukan untuk mencalar dan mencemar imej PERIKATAN NASIONAL khasnya PAS dan BERSATU akan segera diambil demi menjamin nasib dan survival politik parti-parti yang membentuk Kerajaan Campuran ini.", "Kerajaan Campuran ini terdiri dari parti-parti yang berbeza agenda dan keutamaan. Mereka mungkin terdesak terpaksa tidur berlandaskan bantal yang sama, namun realitinya mereka masing-masing punya mimpi yang berbeza-beza.", "Dalam keadaan perbezaan yang ketara itu Kerajaan Campuran ini terbentuk, menghimpunkan segala yang mereka masing-masing sebelum ini label dan serang sebagai kaki sakau, penyamun, perompak, ekstrimis, rasis dan pelbagai lagi yang buruk-buruk.", "Kerana itu Kerajaan Campuran ini dilihat lemah, dan seakan ketandusan arah-tuju untuk membawa rakyat dan negara ke arah kemakmuran dan kesejahteraan sebagaimana yang dijanjikan.", "Rakyat sedang berhadapan dengan pelbagai jenis tekanan hidup akibat keadaan ekonomi semasa, malangnya Kerajaan Campuran Perdana Menteri ke-10 dilihat gagal mengemukakan perancangan dan penyelesaian yang tuntas serta meyakinkan sehingga makin melonjakkan pula kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat jelata.", "Kos hidup rakyat semakin parah, harga barangan naik dan bekalannya menjadi semakin berkurangan. Rakyat mendesak agar dibenarkan pengeluaran simpanan KWSP secara tersasar, malang kerajaan tolak dan sebaliknya minta mereka yang terdesak agar membuat pinjaman dengan menyandarkan jumlah simpanan mereka dalam KWSP. Ini makin mengundang api kemarahan rakyat.", "Sementara itu janji-janji sebelumnya termasuklah menurunkan harga minyak, menghapuskan hutang PTPTN, gaji minima dan lain-lain langsung tidak diberi perhatian malah dilupakan. Hari ini indek Bursa Malaysia corot menjunam, harga tukaran Dolar Amerika memuncak naik berbanding Ringgit Malaysia yang semakin kurang nilainya.", "Segala suasana yang timpa-menimpa ini cukup tidak sihat buat masa depan PH dan BN. Hari ini pun ramai sudah menjangkakan jika beginilah keadaannya, PN bakal sapu bersih negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu dan tidak mustahil boleh bangkitkan kejutan khasnya di Selangor dan Negeri Sembilan serta Pulau Pinang.", "Lantaran itulah PN tidak boleh dibiarkan menguasai keadaan dan perkembangan politik. Sesuatu perlu dilakukan agar rakyat khasnya umat Melayu Islam boleh hilang keyakinan pada PN dan kembali menyokong PH dan BN.", "Justeru tindakan menyeret pimpinan PN ke mahkamah adalah salah satu langkah yang pada perhitungan mereka dapat memusnahkan kredibiliti dan kekuatan PN. Biar tumpuan PN teralih, biar kemarahan rakyat pada mereka beralih pula ke PN. Selain itu DAP pula memain peranan menghasut rakyat agar benci dan menolak PAS.", "PAS memenangi 43 kerusi Parlimen untuk PN, pencapaian PAS terbaik dalam sejarah 15 kali berpilihan raya. PAS membawa ke Parlimen bukan sahaja wakil-wakil ulamak yang berwibawa, malah tersenarai beberapa profesional yang kompeten termasuklah peguam, jurutera, bekas Menteri, bekas ahli-ahli Exco kerajaan negeri, doktor perubatan, lulusan ekonomi, pengurusan, perakaunan dan pentadbiran.", "DAP melihat PAS sebagai satu ancaman dan ia sedar bahawa kecenderungan umat Melayu Islam pada PN adalah lantaran kekuatan dan keupayaan PAS. PAS berjaya melahirkan imej kepimpinan yang bersih, berintegriti dan peduli rakyat, kualiti yang sangat diinginkan oleh orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya.", "Lalu usaha mengadu-domba dan menakut-nakutkan rakyat terhadap PAS perlu dilakukan demi melemahkan PN. Sebelum ini DAP berjaya mempengaruhi masyarakat bukan-Melayu untuk memusuhi dan menolak PAS dalam PRU Parlimen ke-15. Mereka menabur fitnah kononnya undi PN akan dapat negara Taliban ala Afghanistan, kononnya model negara yang PAS inginkan.", "Malangnya ramai masyarakat bukan-Melayu terpengaruh, sedangkan realitinya PAS tidak pernah begitu, apa yang berlaku di negeri-negeri bawah PAS khasnya Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah contoh hidup, tetapi lantaran kuat dan bertalu-talu serangan DAP, ramai telah terpedaya.", "Dalam PRN Negeri kali ini DAP juga dijangka akan dipersoalkan oleh para pengundi bukan-Melayu. Mereka mungkin berjaya menghitamkan imej PAS, tetapi tindak-tanduk mereka sendiri kini mula dipertikaikan.", "Langkah menerima pimpinan Umno dan BN sebagai rakan kongsi Kerajaan Campuran dilihat sebagai telah memperdaya para pengundi bukan-Melayu yang setia pada mereka.", "Dulu semasa berkempen Umno dituduh tempang, pincang, perompak dan kaki sakau, tiba-tiba selepas PRU kerana laparkan kuasa Umno dipeluk dan diterima serta diangkat pula menjadi Timbalan Perdana Menteri. Masyarakat bukan-Melayu telah tertipu.", "Demikianlah langkah-langkah drastik yang sedang dan bakal diambil oleh PH dan BN untuk memastikan mereka tidak kecundang dalam PRN ke-15 untuk enam buah negeri ini.", "Soalnya mudahkah rakyat Malaysia khasnya umat Melayu Islam yang cukup curiga dan sangsi dengan Kerajaan Campuran ini dipengaruhi dengan tindakan pendakwaan terpilih sebagaimana yang berlaku ke atas Muhyiddin dan rakan-rakan?", "Rakyat boleh melihat dan menilai jangan sesekali cuba merendah-rendahkan kewarasan mereka.", "Ini bukan kes sakau duit untuk belanja peribadi, untuk bayar cukai kenderaan milik sendiri, bil kad kredit peribadi, berjoli dan bersantai, beli barang berjenama dan barang kemas.", "Ini kes derma dana pilihan raya, yang bukan masuk ke poket sendiri atau anak-isteri dan saudara-mara tetapi sesuatu yang sebenarnya berlaku dan melibatkan hampir semua parti termasuk PH dan BN.", "Tidak mengapalah jika pada perkiraan mereka kezaliman seumpama ini boleh memberi keuntungan. Yang jelas Kerajaan Campuran PH-BN ini dilihat gagal dan tidak mampu membela nasib rakyat sebagaimana yang diuar-uarkan.", "PRN ke-15 ini adalah peluang terbaik buat rakyat untuk menuntut perubahan. Jika Kerajaan Persekutuan sudah dibolot mereka, kerajaan-kerajaan negeri khasnya yang enam ini perlulah diserahkan pada PN agar berlaku semak dan imbang.", "Para pengundi Melayu Islam dijangka cukup prihatin terutama dalam hal berkaitan nasib dan masa depan agama dan bangsa, lalu keluarlah beramai-ramai mengundi untuk perubahan, tolak yang zalim angkat yang mampu membela maruah dan harga diri kita.", "Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir,\nSetiausaha Perhubungan PAS Selangor.", "Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kalau-melayu-angkuh-kaum-lain-tiada-di-malaysia-ngo-beritahu-pmx/
Kalau Melayu angkuh, kaum lain tiada di Malaysia: NGO beritahu PMX
[ "Gagasan Bangsa – pertubuhan yang menghimpunkan badan bukan parti politik Malaysia – menempelak peringatan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya orang melayu Islam tidak terlalu selesa dan angkuh sehingga meminggirkan kaum lain.", "Jurucakapnya, Aminuddin Yahaya berkata pertubuhan itu menyifatkan kenyataan Anwar sangat mengejutkan dan tidak tidak menyangka sama sekali ia boleh terkeluar dari mulut seorang pemimpin Melayu, apatah lagi Perdana Menteri.", "Mengatakan bahawa kenyataan seperti itu menghina bangsa Melayu, beliau berkata Anwar memberi gambaran yang tidak tepat terhadap sikap orang Melayu Islam.", "“Kalaulah benar Melayu ini angkuh dan tidak melayan bangsa lain dengan baik, saya rasa sudah lama bangsa lain tidak wujud di negara ini.", "“Beliau yang baru sahaja melawat negara Kemboja menggesa agar orang Melayu Islam mencontohi rakyat negara itu yang majoriti beragama Buddha begitu menghormati minoriti muslim di sana.", "“Yang menyedihkan, beliau memberikan contoh kerajaan Kemboja mengadakan majlis iftar dan ada melantik menteri di kalangan bukan Islam.", "“Apakah beliau lupa bahawa negara telah melantik pemimpin bangsa lain didalam Kabinet semenjak merdeka lagi? Malah, sampai jawatan-jawatan kementerian tertentu sudah jadi ‘kuota’ atau ‘tradisi’ buat wakil parti bukan Melayu dan Islam tertentu sejak berpuluhan tahun lamanya.", "“Malah, di kawasan penduduk Melayu pun ramai bukan Islam menang sebagai wakil rakyat, dengan sokongan dan dukungan padu pemimpin-pemimpin politik Melayu… Dan walaupun individu tersebut sudah terbukti rasis dan anti-Melayu Islam,” katanya.", "Anwar ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama Warga Kementerian Kewangan pada 4 April lalu, mengingatkan orang Melayu Islam sebagai kaum majoriti di negara ini tidak berasa begitu selesa dan angkuh sehingga meminggirkan kumpulan minoriti lain.", "Menceritakan pengalamannya ketika berkunjung ke Kemboja baru-baru ini, Anwar berkata beliau melihat sendiri bagaimana umat Islam minoriti di negara berkenaan dilayan.", "“Saya iftar anjuran Perdana Menteri Kemboja bersama 6,000 umat Islam di sana. Umat islam di Kemboja hanya 10 peratus dan apabila diberi penghormatan, beri ucapan dan ke masjid di sana, saya sebut bahawa langkah ini menunjukkan negara majoriti (beragama) Buddha memberi dan meraikan kumpulan minoriti umat Islam dengan iftar dan beberapa ruang lain termasuk (melantik) menteri, seorang Muslim.", "“Itu sebagai pengajaran, kadang-kadang kita yang majoriti (ini) rasa terlalu selesa dan angkuh dengan menganggap tidak boleh meraikan kelompok (minoriti) lain dan ini bukan dianjurkan dalam pengajaran pedoman Nabi Muhammad SAW,” katanya.", "Berkaitan iftar yang dianjurkan oleh kerajaan Kemboja, Aminuddin berkata bukankah memang kerajaan Malaysia sudah lama turut merayakan perayaan agama dan kaum selain Islam dan Melayu?", "“Atau apakah tidak cukup sampaikan selepas ini kerajaan perlu mengadakannya di gereja, kuil dan tokong? Jadi di mana hujah yang memalitkan naratif ‘keangkuhan’ orang Melayu Islam? Apa motif sebenar PMX membuat kenyataan yang begitu menyinggungkan ini?", "“Jika beginilah sikap dan pemikiran kerajaan terhadap orang Melayu, saya boleh katakan masa depan Melayu sangat gelap malah mungkin akan terhapus secara hakiki walaupun mereka masih wujud secara fizikal.", "“Kita sudah terlalu, malah terlebih toleransi dah. Itu pun masih kena tohmah macam-macam. Aduhai, malangnya bangsaku,” katanya.", "Sejak bila pula Melayu Islam angkuh? MP PN tanya Anwar" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/rm1-juta-masuk-akaun-bank-shahrir-samad-isteri-saksi/
RM1 juta masuk akaun bank Shahrir Samad, isteri: Saksi
[ "Seorang pengurus bank mengesahkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, bahawa terdapat kemasukan wang berjumlah RM1 juta ke akaun Public Islamic Bank atas nama Tan Sri Shahrir Abd Samad dan isterinya, Puan Sri Shahrizan Abdullah.", "Pengurus Perkhidmatan Perbankan Public Islamic Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, Mohd Farid M Alnafiah, 40, berkata wang itu dimasukkan ke akaun pasangan itu bernombor 3810549101 menggunakan cek bernombor 000089, pada 28 November 2013.", "Menurut laporan BH, saksi pendakwaan ke-20 itu berkata, baki akaun berjumlah RM82,324.96 tiga hari sebelum itu, berdasarkan penyata bank berkenaan bertarikh 4 Disember 2013.", "“Transaksi pengeluaran wang akaun terbabit pula membabitkan RM200,000 dan nombor cek 503096 pada 2 Disember 2013.", "“Saya sahkan pengeluaran wang itu kepada Shahrizan kerana nombor cek itu dan butiran pada cek sama dengan penyata bank berkenaan.", "“Baki akhir bagi penyata ini adalah RM882,420.14,” katanya ketika membaca pernyataan bertulis di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi, Mohd ‘Afif Ali dan Natrah Fareha Rahmat, manakala Shahrir diwakili peguam, Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros serta Tan Sri Dzulkifli Ahmad.", "Shahrir, 72, didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.", "Bekas Pengerusi FELDA dan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu, tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM1 juta, melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.", "Kesalahan didakwa dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Duta di Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 25 April 2014 dan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.", "Mohd Farid ketika pemeriksaan balas oleh Syed Faisal Al-Edros pula berkata, beliau tidak mengetahui sama ada RM200,000 dikeluarkan Shahrizan adalah wang bayaran balik daripada Shahrir.", "Syed Faisal Al-Edros: Encik Farid tidak tahu wang itu dipinjam kepada Shahrir untuk aktiviti politik di Johor Bahru dan kerja membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin?", "Mohd Farid: Tidak tahu.", "Selain itu, pengurus bank berkenaan mengesahkan Shahrir melakukan 20 transaksi bank berjumlah RM1,223,680, dari 4 Jun hingga 17 Oktober 2013.", "Bagaimanapun, saksi itu sekali lagi menjawab ‘tidak tahu’, selepas peguam terbabit mencadangkan wang itu digunakan bagi aktiviti politik dan membaik pulih projek terbabit.", "Dalam pemeriksaan balas oleh Dzulkifli pula, Mohd Farid mengesahkan tidak direkod keterangan oleh LHDN bagi membantu siasatan.", "“Seingat saya, tiada rekod percakapan juga oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap saya, hanya kemuka dokumen,” katanya.", "Perbicaraan kes ini bersambung esok." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/indonesia-catat-57049-kes-baharu-tertinggi-sejak-awal-pandemik/
Indonesia catat 57,049 kes baharu, tertinggi sejak awal pandemik
[ "Republik Indonesia hari ini merekodkan jumlah jangkitan harian tertinggi sejak pandemik melanda negara itu apabila dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 57,049 kes dilaporkan.", "Lonjakan kes harian Covid-19 di negara itu dikatakan susulan penularan pantas varian Omicron.", "Kes harian itu adalah rekod baharu, lebih tinggi daripada kemuncak jangkitan pada Julai tahun lalu apabila gelombang Delta melanda Indonesia. Pada 15 Julai 2021, Indonesia merekodkan lebih 56,000 kes baharu.", "Sejak Mac 2020 hingga hingga hari ini, Indonesia mencatat kumulatif kes positif sebanyak 4,901,328, tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN.", "Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (Kemkes) turut melaporkan seramai 134 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh itu, menjadikan kumulatif kematian sebanyak 145,455 kes.", "Pihak berkuasa juga melaporkan seramai 26,747 pesakit telah sembuh hari ini menjadikan kumulatif pulih sebanyak 4,349,848 kes.", "Kadar kemasukan ke hospital menunjukkan tanda-tanda peningkatan pantas di ibu kota Jakarta, sementara di kawasan lain masih perlahan, ketika pihak berkuasa menambah lebih banyak katil.", "Terdahulu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan nasihat perjalanan ke Indonesia dengan menyenaraikannya pada Tahap 4: Jangan Melancong.", "Peningkatan jangkitan Covid-19 yang disebabkan oleh varian terbaharu, Omicron, menjadikan Indonesia antara penyumbang terbesar jumlah kes jangkitan di rantau Asia Tenggara.", "Data daripada Universiti Johns Hopkins petang semalam menunjukkan Indonesia melepasi Vietnam dan Filipina selepas beberapa hari sebelum itu juga melepasi Singapura, Malaysia dan Thailand. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/sop-tarawih-diumum-tak-lama-lagi/
SOP Tarawih diumum tak lama lagi
[ "Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua kegiatan ibadah, termasuk solat Tarawih di masjid dan surau sepanjang Ramadan yang dijangka bermula 13 April ini, akan diperinci dan diumumkan dalam masa terdekat.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (gambar) berkata, bagi Wilayah Persekutuan, SOP akan diselaraskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), manakala negeri lain ditentukan oleh majlis agama Islam negeri masing-masing.", "“Ibadah bulan Ramadan hampir sama dengan solat-solat lain, kecuali, mungkin ada sedikit perubahan kecil yang akan dilihat dari semasa ke semasa,” katanya.", "Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kebenaran mengadakan solat Tarawih di masjid sepanjang Ramadan yang akan bermula 13 April ini." ]
https://www.agendadaily.com/politik/bersatu-umum-calon-sehari-dua-lagi/
Bersatu umum calon sehari dua lagi
[ "Pengagihan kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) telah selesai dan parti komponen, Bersatu, akan mengumumkan senarai calonnya dalam “sehari dua lagi”, kata Ketua Penerangan PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.", "Menurut Azmin, rundingan pembahagian kerusi sesama parti komponen dalam PN berjalan dengan baik dan harmoni tanpa sebarang insiden tidak diingini, malah berjaya mencapai kata sepakat tanpa sebarang kontroversi seperti parti lain.", "“Pembahagian kerusi telah dibincangkan dengan baik dan masing-masing (parti komponen) juga gembira dengan pengagihan kerusi itu,” katanya dan menambah pengagihan kerusi itu dimuktamadkan dengan cukup harmoni.", "PN dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).", "Azmin yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata Bersatu telah memuktamadkan calon PRU15 parti itu yang akan diumumkan dalam tempoh satu dua hari.", "“Tumpuan kita untuk pilihan raya ini adalah mewujudkan gabungan kerajaan yang kuat, bersih serta dapat menjamin masa depan rakyat dan negara,’’ katanya yang juga merupakan Pengerusi PN Selangor.", "Azmin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Bicara Transformasi Pendidikan Bersama-sama Komuniti di Dewan Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa hari ini.", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRU15 pada Sabtu ini (5 Nov), hari pengundian pula pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/zahid-tak-faham-dari-formulalah-datang-penyelesaian/
Zahid tak faham, dari formulalah datang penyelesaian
[ "Pimpinan UMNO kelam-kabut mahu menutup kemaluan apabila idea paling hebat yang datang dari mereka hanyalah untuk menubuhkan Lembaga Unggas (Ayam) Negara bagi menangani krisis bekalan makanan yang menyebabkan harga barang naik melambung.", "Setiap kali saya bersuara, satu-satunya jawapan yang datang dari pimpinan UMNO ialah kononnya saya hanya tahu membentangkan formula-formula. Mereka memberi contoh bagaimana kononnya formula-formula ini tidak dapat dilaksanakan semasa PH memerintah selama 22 bulan.", "Inilah satu-satunya sudut jawapan yang dibawa oleh Presiden UMNO, Dato’ Seri Zahid Hamidi semalam dalam menjawab kritikan saya terhadap cadangan Lembaga Unggas (Ayam) Negara yang dibawa UMNO.", "Alasan pimpinan UMNO ini ada beberapa kelompangan.", "Apabila mereka cukup takut dengan “formula-formula” saya sehinggakan beberapa pimpinan mereka bersuara serentak setiap kali saya mengutarakan idea penyelesaian, itu maknanya mereka mengakui (dalam diam) bahawa mereka tandus idea untuk mentadbir negara.", "Mereka bimbang sekiranya politik Malaysia berkisar mengenai idea (bukannya sentimen kaum, agama atau siapa yang berkuasa), mereka akan ditolak rakyat seperti yang berlaku dalam PRU14.", "Hakikatnya, UMNO kalah dalam PRU14 atas dua sebab utama:", "(i) Skandal rasuah terbesar dunia 1MDB yang melibatkan Presiden UMNO, Najib Razak, dan", "(ii) Segala dasar UMNO yang menyusahkan rakyat seperti pemotongan subsidi, pengenalan cukai-cukai baru seperti GST, rasuah dan sebagainya, yang tidak dapat dipertahankan apabila berdepan dengan pelbagai lontaran idea dari kami ketika itu.", "Sebab itu, pimpinan UMNO akan cuba memperlekehkan sebarang idea penyelesaian dari pihak lawan kerana mereka tahu mereka sebenarnya tidak ada idea. Lebih banyak mereka cuba memperlekehkan idea saya, lebih jelas ketakutan mereka.", "Pimpinan UMNO juga lupa bahawa sedang mereka cuba memperlekehkan idea saya, rakyat sebenarnya tahu bahawa formula penetapan harga petrol dan diesel yang digunakan oleh tiga kerajaan berturut-turut (dari PH, PN dan sekarang Kerajaan Keluarga 69) diperjuangkan oleh saya sejak 2013 semasa Najib Razak gigih mahu menghapuskan subsidi.", "Dalam mereka mengatakan formula saya tidak dapat dilaksanakan, formula itu juga yang dipakai oleh Perdana Menteri dari UMNO sendiri. Kalau ada satu formula penyelesaian yang berjaya melindungi rakyat dari harga petrol yang naik mendadak (seperti di zaman Najib), formula itu dibawa oleh saya. Manfaatnya, rakyat menikmati harga petrol dan diesel pada kadar yang stabil sejak Mei 2018 hingga sekarang.", "Saya yakin rakyat menghargai pimpinan politik yang mengutarakan formula. Formula bermula dari idea dan formula yang dilaksanakan dengan baik akan menghasilkan penyelesaian. Tanpa idea dan formula, tidak akan ada penyelesaian.", "Sebab itu, kenyataan Zahid Hamidi tidak sedikit pun dapat menjawab asas bantahan saya kepada penubuhan lebih banyak lembaga yang menambah birokrasi serta membazirkan wang rakyat.", "Kenyataan itu juga bercanggah dengan kenyataan ahli MKT UMNO yang baru dilantik, Isham Jalil yang mengatakan bahawa kerajaan pimpinan UMNO sekarang sudah pun melaksanakan dasar stok penimbal dengan mengimport ayam sejak beberapa minggu lepas.", "Presiden UMNO mengatakan idea saya (agar kerajaan membina stok penimbal) hanyalah formula yang tidak boleh dilaksanakan, tetapi orang kanannya yang baru dilantik menjadi ahli MKT (yang konon terpaling pandai di dalam UMNO) pula menyebut idea itu telah pun dipakai oleh UMNO.", "Jadi yang mana satu: idea saya untuk membina stok penimbal tidak boleh dilaksanakan, atau UMNO lebih dahulu memikirkan idea stok penimbal ini (sebelum mengumumkan ingin menubuhkan Lembaga Ayam Negara)?", "Formula untuk membina stok penimbal bagi bahan-bahan keperluan asas negara (petrol, diesel, minyak masak, beras, tepung dan sumber protein) adalah penyelesaian jangka panjang yang memberi keupayaan kepada kerajaan untuk mengimbangi gangguan bekalan yang menyebabkan harga naik mendadak.", "Ia satu mekanisme yang berpeluang lebih berkesan berbanding dengan bergantung kepada pendekatan kawalan harga barang melalui harga siling semata-mata.", "Sementara ada keperluan dalam industri dan kes tertentu untuk diperkenalkan harga siling (terutamanya untuk mengelakkan kegiatan pencatutan dan mengambil keuntungan yang berlebihan), kaedah harga siling semata-mata tidak berjaya menyelesaikan masalah dalam keadaan gangguan bekalan yang mendadak.", "Melalui mekanisme stok penimbal, kerajaan berupaya meredakan gangguan bekalan dengan melepaskan stok penimbal untuk memenuhi permintaan, sementara usaha menyelesaikan gangguan bekalan dijalankan.", "Ia sama seperti mempunyai set penjana elektrik (“generator set”) untuk membekalkan elektrik ketika berlaku gangguan elektrik sementara menunggu bekalan dipulihkan.", "Saya akan terus mengutarakan formula-formula untuk dipertimbangkan rakyat setiap dua ke tiga hari untuk membawa kembali persaingan politik Malaysia kepada persaingan idea.", "Saya nasihatkan Zahid Hamidi dan UMNO mencari jawapan lain untuk berdepan dengan saya kerana jawapan “UMNO ada penyelesaian bukan formula” ini telah ditolak rakyat dalam PRU14 yang lepas.", "Rafizi Ramli\nTimbalan Presiden PKR", "Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/covid-19-1275-jangkitan-baharu-satu-kematian/
Covid-19: 1,275 jangkitan baharu, satu kematian
[ "Sebanyak 1,275 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes positif di Malaysia meningkat kepada 339,443, dengan Selangor kekal menjadi negeri tertinggi iaitu 478 kes.", "Kementerian Kesihatan turut memaklumkan seorang pesakit meninggal dunia, menjadikan jumlah korban Covid-19 di negara ini mencecah 1,249 kes." ]
https://www.agendadaily.com/politik/penyandang-kerusi-tak-dicalon-semula-dap-berdepan-kemelut-dalaman/
Penyandang kerusi tak dicalon semula, DAP berdepan kemelut dalaman?
[ "Dua penyandang kerusi Parlimen DAP yang menang semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu tetapi tidak dicalonkan semula meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan pucuk pimpinan parti itu.", "Bekas Ahli Parlimen Wong Tack dan Charles Santiago, masing-masing sebelum ini menang di Bentong dan Klang digugurkan daripada senarai calon yang diumumkan DAP untuk diletak pada PRU-15 yang berlangsung 19 November depan.", "Wong seorang aktivis alam sekitar diletak sebagai calon DAP semasa PRU-14 lalu mempersoalkan keputusan yang dibuat DAP untuk mencalonkannya semula, malah Charles juga mempertikaikan keputusan parti untuk tidak mencalonkannya semula.", "Masing-masing tidak mengetahui punca digugurkan pada PRU-15 kali ini, malah tiada sebab kukuh diberikan berhubung keputusan menggugurkan kedua-dua mereka oleh DAP.", "Ironinya, kedua-dua ahli politik ini datang daripada latar belakang yang sama, mereka berdua aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum terjun ke dalam arena politik negara atas peluang diberikan oleh DAP.", "Wong semasa PRU-14 lalu menang dengan majoriti tipis 2,032 undi sahaja dalam pertembungan tiga penjuru di Bentong, sementara Charles menang dengan majoriti besar 78,773 undi, juga dalam pertembungan tiga penjuru.", "Paling tidak masuk akal adalah pengguguran Charles kerana majoriti diperolehnya adalah sangat besar, jadi keputusan tidak mencalonkannya menjadi persoalan dikalangan penyokong parti sendiri.", "“Dia (Gobind Singh Deo, Pengerusi DAP Selangor) memberitahu saya belum ada keputusan lagi (mengenai pencalonan)) dan keadaan sedang berkembang.", "“Jadi, saya bertanya kepadanya, di mana silap saya, dan dia tidak mempunyai jawapan untuk saya,” kata Charles dipetik Malaysiakini berhubung keputusan parti tidak mencalonkannya semula.", "Sementara itu, Wong sudah membuat keputusan untuk tetap bertanding semula di Bentong pada PRU-15 dan menentang keputusan parti tidak mencalonkannya semula.", "Langkah tersebut dijangka memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) yang difahamkan sudah hampir pasti mencalonkan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Bentong semula.", "Dengan majoriti tipis yang dimenangi DAP sebelum ini, pertembungan banyak penjuru bakal menyebabkan mereka kehilangan undi sebelum ini yang akan menyokong Wong.", "Keberangkalian untuk DAP tewas di Bentong terlalu tinggi jika Wong membuat pendirian untuk bertanding atas tiket bebas nanti.", "Keputusan DAP yang menerima tentangan daripada bekas ahlinya selepas digugurkan daripada menjadi calon ini dijangka mencetuskan kemelut dalaman parti yang tidak mustahil akan memberi implikasi kepada keputusan PRU-15 nanti." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/palestin-pribumi-yang-mahu-dilenyapkan/
Palestin: Pribumi yang mahu dilenyapkan
[ "1) Keputusan mahkamah Zionis yang mahu mengusir 12 keluarga Palestin dari penempatan tradisi Arab di Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis merupakan baki dari keseluruhan 24 keluarga yang mahu diusir oleh puak Zionis sejak 1982. Alasan Zionis ialah, Arab ini bukan penduduk asal tanah tersebut, atau dalam erti kata lain warga Palestin dituduh bukan pribumi, benarkah begitu?", "2) Pertikaian mengenai siapa tuan tanah dalam konflik Palestin-Israel adalah sesuatu yang klasik dan seringkali dijadikan hujah puak Zionis kononnya nenek moyang mereka sejak dari zaman Nabi Daud (King David) telah membentuk negara monarki Israel silam di kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Kan’an (Canaan). Catatan dari Injil (Bible) menyebut tanah tersebut asalnya dihuni oleh sekelompok manusia gergasi yang digelar Filistin (Philistine).", "3) Fanatik Zionis menuduh Palestin adalah istilah ciptaan Maharaja Rom, Hadrian yang menjajah kawasan tersebut setelah kejatuhan kerajaan Israel silam akibat dari perpecahan bangsa mereka selepas kemangkatan Nabi Sulaiman (King Solomon). Walhal fakta yang disembunyikan ialah Palestin (asalnya dieja Palaistine) pertama kali disebut oleh sejarawan Yunani (Greek) bernama Herodotus yang merujuk kawasan tersebut dalam catatannya hampir 500 tahun sebelum Nabi Isa (Jesus) lahir.", "4) Perkaitan antara istilah Palestin dan Filistin turut diakui oleh banyak ensiklopedia Yahudi termasuklah oleh “Jewish Virtual Library” yang boleh diakses secara terbuka melalui internet. Namun pada tahun 2019, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menafikan perkaitan Arab Palestin moden hari ini dengan kaum Filistin silam setelah keputusan ujian DNA menunjukkan kaum Filistin berasal dari Eropah manakala Arab Palestin pula dikatakan berasal dari Semenanjung Arab.", "5) Sekali lagi masyarakat dunia dapat melihat penipuan serta putar-belit dari puak Zionis yang bermati-matian mahu menafikan sejarah Palestin di muka bumi ini. Keputusan ujian DNA (genetik) kaum Filistin tersebut tidak sesekali merupakan hujah untuk menafikan perkaitan kaum silam itu dengan Palestin. Bagaimana pula dengan ujian DNA terhadap Arab Palestin moden hari ini? Di sinilah konspirasi Zionis bakal “dibogelkan”.", "6) Beberapa kajian DNA telah dijalankan untuk mencari perkaitan antara Arab Palestin, Yahudi, warga Kristian di Timur Tengah serta lain-lain etnik minoriti seperti Druze dan Kurdish. Antara hasil kajian terkenal ialah dari seorang saintis genetik warga Jerman bernama Almut Nebel. Kertas kajian beliau bertajuk “High-resolution Y chromosome haplotypes of Israeli and Palestinian Arabs reveal geographic substructure and substantial overlap with haplotypes of Jews” diterbitkan pada November 2000 oleh University College London adalah bukti nyata bahawa Arab Palestin adalah pribumi di kawasan itu.", "7) Nebel menyimpulkan bahawa sebahagian atau mungkin majoriti Muslim Palestin adalah keturunan dari penduduk asal (tanah Palestin), terutama dari para penganut Kristian dan Yahudi yang telah memeluk Islam pada abad ke-7. Beberapa hasil kajian DNA yang lain juga menunjukkan bahawa Arab Palestin moden hari ini mempunyai pertalian genetik yang amat rapat dengan Yahudi berbanding sub-sub etnik Arab yang lain di Timur Tengah.", "8) Dalam ilmu forensik dan perubatan, ujian DNA dianggap “piawai emas” yang tidak boleh disangkal kerana ketepatan. Pendek kata DNA tidak menipu, tetapi Zionis ya. Maka secara tidak langsung Arab Palestin yang majoritinya beragama Islam hari ini boleh dianggap sebagai salah satu dari 10 kabilah Bani Israel silam yang dikatakan hilang setelah perpecahan bangsa tersebut. Pengaruh budaya dan bahasa Arab yang dibawa bersama ajaran Islam sesungguhnya tidak menghilangkan jejak genetik sesuatu kaum tersebut.", "9) Adalah tidak menghairankan kenapa Arab Palestin yang kita kenal hari ini cukup “degil”, lasak dan berani. Mereka bukan Arab tipikal biasa. Sepertimana nenek moyang mereka sejak zaman Nabi Musa (Moses), peperangan dan penindasan sudah menjadi darah daging mereka. Tidak seperti Yahudi Eropah (Askhenazi) yang kini membanjiri negara haram Israel, di mana keturunan mereka boleh dipertikaikan oleh fakta sejarah bangsa Khazar (etnik Eropah) yang memeluk agama Yahudi di zaman Pertengahan.", "10) Sepertimana juga teori asal-usul etnik Pashtun (etnik majoriti di Afghanistan tetapi minoriti di Pakistan seperti Perdana Menterinya Imran Khan) yang dikatakan berasal dari 10 kabilah Bani Israel yang hilang turut diakui oleh pengkaji Yahudi Shalva Weil dari Hebrew University of Jerusalem. Dan Zionis tahu bahawa dalam ajaran asal agama Yahudi, salah satu syarat kembalinya kerajaan keturunan Nabi Daud di tanah Palestin ialah apabila 10 kabilah Bani Israel yang hilang itu kembali bersatu di Baitulmaqdis.", "Dr. Muhammad Faiz Bin Na’aman\nTimbalan Pengerusi\nSektor Penyelidikan, Penerbitan & Antarabangsa\nYayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)\n15 Mei 2021" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pekerja-asing-indonesia-kata-malaysia-tak-patuh-butiran-mou/
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
[ "Indonesia menyalahkan Malaysia kerana tidak menghormati memorandum persefahaman (MoU) kedua-dua negara berhubung pengambilan dan perlindungan pekerja negara itu, termasuk Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI).", "Sehubungan itu, Indonesia menyerahkan kepada Malaysia sama ada mahu membatalkan MoU ditandatangani April lalu atau meneruskannya.", "Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata MoU terbabit tidak dihormati, berikutan butiran dalam perjanjiannya tidak dipatuhi Malaysia.", "“Perkaranya mudah sahaja, MoU yang ditandatangani wajar dihormati, lebih-lebih lagi membabitkan dua negara serumpun, malah segala maklumat dan butiran mengenai perjanjian dinyatakan dalam MoU berkenaan.", "“Kalau tidak bersetuju dari awal sepatutnya tidak perlu diadakan MoU itu, tidak perlu ada majlis tandatangan, kerana ia seolah tidak menghormati Presiden Indonesia, Joko Widodo yang hadir menyaksikannya begitu juga Perdana Menteri Malaysia, yang perlu terbang hingga ke Jakarta pada akhirnya penjanjian dilanggari, ia hanya membuang masa.", "“Kalau tidak bersetuju, terminate (batalkan) sahaja, boleh tulis surat untuk batalkan perjanjian itu, serah pada kedutaan dan kita akan sampaikan kepada pemerintah… itu tidak menjadi masalah,” katanya menurut BH hari ini.", "Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Indonesia mengenakan pembekuan sementara ke atas semua pekerja negara itu memasuki Malaysia sejak semalam berikutan Jabatan Imigresen terus menggunakan System Maid Online (SMO) biarpun kedua-dua negara bersetuju menggunakan satu saluran iaitu One Channel System (OCS) menerusi MoU.", "Mengulas lanjut, Hermono berkata, menerusi MoU dimeterai juga sudah dinyatakan secara terperinci penggunaan sistem tunggal terbabit dengan objektif utama bertujuan melindungi pekerja dari sebarang penganiayaan termasuk tidak dibayar gaji.", "“Sistem SMO yang terus digunakan yang mana membenarkan pekerja Indonesia memasuki negara ini menggunakan visa pelancong sebelum memohon permit kerja adalah satu amalan yang ingin dihentikan oleh Jakarta kerana terdedah kepada risiko kerja secara paksaan.", "“Jadi kerajaan Indonesia memutuskan pembekuan itu selepas sesi perundingan maya antara saya bersama pegawai kementerian luar dan kementerian tenaga kerja Indonesia kelmarin, semua negara pastinya mahu memastikan rakyat mereka yang bekerja di negara lain terjaga keberadaan dan kebajikan mereka,” katanya.", "Beliau berkata, sistem tunggal OCS seperti dipersetujui itu siap untuk dilaksanakan pihak Indonesia untuk diintegrasikan dengan sistem di Malaysia.", "“Mungkin ada perkara yang belum dapat diselesaikan atau dipersetujui antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri hinggakan sistem SMO masih terus digunakan.", "“Bagi pihak Indonesia, kami berpegang kepada MoU itu, patuh perjanjian, kami sedia hantar pekerja ke negara ini,” katanya.", "April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Kerajaan Malaysia dan Republik Indonesia berhubung pengambilan PDI.", "MOU PDI itu mengandungi empat elemen utama antaranya menggunakan hanya satu saluran tunggal kemasukan PDI atau OCS, menggunakan konsep One Maid One House dan kos ditetapkan pada kadar maksimum RM15,000.", "Selain itu, gaji permulaan PDI ditetapkan RM1,500 bersamaan dengan kadar gaji minimum semasa negara." ]
https://www.agendadaily.com/politik/17-rebut-naib-presiden-pkr-anwar-calon-tunggal-presiden/
17 rebut Naib Presiden PKR, Anwar calon tunggal Presiden
[ "Pencalonan bagi jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyaksikan 17 calon menawarkan diri bertanding pada pemilihan bagi penggal 2022/2025, setakat 7 malam ini.", "Naib Presiden yang memperuntukkan empat tempat, ditandingi Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri Datuk Seri Amirudin Shari, dan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri Datuk Seri Aminuddin Harun, lapor Bernama.", "Turut menawarkan diri bagi merebut jawatan berkenaan adalah penyandang Chang Lih Kang, Pengarah Komunikasi PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ketua Setiausaha Pengelola PKR yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, dan bekas Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.", "Turut bertanding adalah bekas Timbalan Pengerusi PKR Perak M.A Tinagaran, Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, Ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai, bekas Ahli Parlimen Kapar G Manivannan dan ADUN Sentosa Dr G Gunaraj.", "Lima lagi calon turut menghantar borang pencalonan naib presiden adalah Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail, bekas Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) S. Thiban, ADUN Chuah Datuk Michael Yek Diew Ching, serta ADUN Bukit Selambau Dr R. Summugam.", "Bagaimanapun, penyandang Tian Chua pada 27 Mac lepas, mengumumkan tidak mempertahankan jawatan itu, Rafizi Ramli pula menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden, manakala Nurul Izzah Anwar pula telah meletak jawatan pada 2018.", "Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa ketika ditemui pemberita di sini hari ini, bagaimanapun berkata jumlah calon berkenaan belum muktamad, memandangkan proses pencalonan bagi pimpinan utama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hanya akan ditutup pada 11.59 malam ini, sejak ia dibuka pada 9 pagi tadi.", "Bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, Zaliha berkata setakat ini hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menawarkan diri bertanding untuk jawatan nombor satu parti, manakala jawatan nombor dua parti menyaksikan dua calon menawarkan diri iaitu Rafizi dan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.", "Sementara itu, bagi jawatan Ketua Wanita PKR dan Ketua AMK Zaliha berkata masing-masing dua pencalonan telah diterima pihaknya.", "Bagi Ketua Wanita, ia ditandingi Ahli Dewan Negara Fadhlina Sidek dan Ketua Wanita PKR Selangor yang juga ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail, manakala jawatan untuk Ketua AMK, ia menyaksikan dua bekas aktivis mahasiswa menawarkan diri iaitu Adam Adli Abdul Halim dan Fahmi Faizol.", "Pencalonan bagi pemilihan PKR 2022 bermula pada 8 April dan berakhir semalam (Ahad) melibatkan jawatan di peringkat cabang di seluruh negara manakala bagi jawatan utama tertinggi parti pula berlangsung hari ini.", "Buat julung kalinya, pemilihan PKR diadakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan dalam talian melalui aplikasi ADIL yang diperkenal pada 28 Feb lepas.", "Proses pengundian bagi pemilih dalam talian ialah dari 18 hingga 20 Mei manakala secara fizikal pada 13 hingga 17 Mei.", "Zaliha juga berkata ahli yang bersetuju menjadi pemilih dalam talian tidak boleh mengundi secara fizikal.", "Pengumuman rasmi calon yang memenangi jawatan MPP meliputi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden akan diumumkan pada 26 Jun depan di Kongres Nasional Tahunan Keadilan, manakala bagi ketua wanita dan ketua AMK akan diumumkan pada 24 Jun, di kongres tahunan masing-masing." ]
https://www.agendadaily.com/politik/parti-pembangkang-dan-anwar-mungkin-terima-tawaran-pm-dari-umno/
Parti pembangkang dan Anwar mungkin terima tawaran PM dari UMNO
[ "Blok pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan akan menerima tujuh tawaran dibuat Perdana Menteri (PM) dari UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob walaupun sebelum ini menolaknya.", "Sumber dalaman PKR memberitahu Agenda Daily, Anwar dilihat teruja dan sudah geli-geli untuk menerima tawaran tersebut memandangkan pihak kerajaan memberi pengiiktirafan kepadanya setara dengan menteri kabinet walaupun hanya menjadi Ketua Pembangkang.", "“Anwar menyambut baik tawaran terbaharu Ismail Sabri kerana kali ini dibuat oleh PM dari UMNO… Berbeza dengan sebelum ini, tawaran dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dari parti Bersatu.", "“Lagipun anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO adalah rakan sehidup sematinya,” kata sumber itu.", "Berkemungkinan, parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) seperti Amanah dan DAP akan mengikut hala tuju Anwar yang akan menerima tawaran tersebut dengan terbuka hati.", "Bagaimanapun, setakat ini tidak ada sebarang reaksi diberikan daripada Anwar mahupun pemimpin pembangkang lain, ia berbeza semasa Muhyiddin membuat tawaran sama tetapi ditolak secara tergesa-gesa tanpa diadakan perbincangan terlebih dahulu.", "Namun, sumber memberitahu Anwar mungkin memanggil semua pemimpin parti untuk membincangkan tawaran Ismail Sabri dan meminta mereka untuk menerimanya.", "“Jika semasa Muhyiddin membuat tawaran, Anwar paling laju sekali menolaknya diikuti dengan pengikut fanatiknya.", "“Tetapi kini beliau berdiam diri dan seolah-olah memberi isyarat jelas akan mempertimbangkannya, kemungkinan besar akan menerima tawaran tersebut,” kata sumber lagi.", "Ismail Sabri hari ini mengumumkan tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.", "Enam daripada tujuh tawaran itu pernah dibuat Muhyiddin ketika penghujung pentadbirannya sebagai PM sebelum Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang susulan peletakan jawatan beliau pada 16 Ogos lalu, setelah tidak mendapat sokongan majoriti di Parlimen.", "Tawaran Muhyiddin tersebut pada mula menerima reaksi positif daripada beberapa pemimpin DAP seperti Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming namun pemimpin kanan PH tidak menerima tawaran itu." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-baharu-di-12-negeri-naik-semula/
Kes baharu di 12 negeri naik semula
[ "Dua belas negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, seiring pertambahan kes pada peringkat nasional.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 8,817 jangkitan baharu direkodkan berbanding 8,075 yang dicatatkan semalam.", "Beliau berkata Sarawak kembali merekodkan jangkitan tertinggi sebanyak 1,361 kes berbanding 1,189 kes semalam.", "Negeri-negeri lain yang mencatat peningkatan kes ialah Selangor, Kelantan, Johor, Sabah, Pahang, Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perlis, Putrajaya, dan Labuan.", "Selangor mencatat 1,348 kes baharu hari ini berbanding 686 semalam; Kelantan (1,063 kes baharu, 1,020 semalam); Johor (886 baharu, 781 semalam); Sabah (805 baharu, 677 semalam); dan Pahang (696 baharu, 522 semalam).", "Jangkitan baharu juga meningkat di Melaka membabitkan 246 kes berbanding 219 kes semalam; Kuala Lumpur (217 kes hari ini, 151 semalam); Negeri Sembilan (122 hari ini, 108 semalam); Perlis (47 hari ini, 36 semalam); Putrajaya (23 hari ini, 19 semalam); dan Labuan (tiga hari ini, dua semalam).", "Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhan jumlah kes positif Covid-19 yang dilaporkan sejak wabak itu menular di negara ini awal tahun lalu meningkat kepada 2,294,457 kes." ]
https://www.agendadaily.com/politik/bersatu-tidak-dominasi-pn-pas-tempelak-dakwaan-ismail-sabri/
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
[ "PAS menempelak kenyataan Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa gabungan Perikatan Nasional (PN) didominasi Bersatu.", "Walaupun segala keputusan Perikatan Nasional diumumkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi Bersatu tidak mendominasi gabungan itu, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.", "Menurutnya sudah menjadi amalan dan kelaziman bagi pengerusi atau pemimpin sesuatu pakatan parti mengumumkan hasil mesyuarat bersama anggota gabungan.", "Malah kata Menteri Alam Sekitar dan Air itu segala keputusan diumumkan Muhyiddin adalah keputusan bersama dibuat parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional, termasuk PAS dan Gerakan, menurut BH.", "“Perikatan Nasional mempunyai majlis tertinggi dan sering mengadakan perjumpaan antara Muhyiddin, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang serta parti komponen lain.", "“Sama dengan Barisan Nasional (BN). Orang melihat BN didominasi UMNO, padahal bersama-sama. Jadi, samalah kita pun apabila bermesyuarat, Muhyiddin akan mempengerusikan dan kenyataan dikeluarkan beliau,” katanya selepas Program Sepetang Bersamanya di Perkarangan Hadapan Pasar Batu Enam, di Kuala Nerus hari ini (16 November 2022).", "Hadir sama calon PAS di Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Alias Razak,", "Malam semalam, Ismail Sabri dilaporkan berkata PAS sebagai parti besar dan sudah lama ditubuhkan sepatutnya menjadi parti dominan dalam Perikatan Nasional.", "Justeru, Ismail Sabri berkata PAS patut mempunyai pandangan sendiri dan ada hak bersuara dalam gabungannya, termasuk menentukan kerjasama parti itu dengan parti atau gabungan lain selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).", "“Saya difahamkan Presiden Bersatu tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) yang menyatakan kesediaan bekerjasama dengan BN jika tidak mendapat majoriti mudah pada PRU-15.", "“PAS ini parti besar dan lebih awal daripada Bersatu, sepatutnya dominan dan ada ‘say’ dalam PN,” kata Ismail Sabri kepada pemberita selepas program ramah mesra bersama penduduk di Perumahan Awam Seri Perlis 2, Keramat di Kuala Lumpur, malam Selasa", "Terdahulu, Takiyuddin berkata kenyataan beliau berhubung kerjasama Perikatan Nasional dan BN telah disalah petik oleh media." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/penafian-berita-palsu-dakwa-3-mp-pembangkang-lompat-sertai-pn/
Penafian berita palsu dakwa 3 MP pembangkang lompat sertai PN
[ "Agenda Daily menafikan menyiarkan mahu pun menerbitkan sebuah artikel bertajuk ‘Siapa 3 Ahli Parlimen Pakatan Harapan lompat sokong Perikatan Nasional’ yang tular dalam media sosial yang didakwa ditulis penulis Zulkiflee Bakar.", "Artikel tersebut tidak pernah dimuatnaik dalam portal Agenda Daily seperti didakwa.", "Malah, Zulkiflee tidak ada kena mengena dengan sidang redaksi portal Agenda Daily seperti didakwa dalam artikel yang tular tersebut dan individu bernama Zulkiflee Bakar juga sudah membuat penjelasan berhubung laporan berita palsu tersebut.", "“Saya Zulkiflee Bakar tidak pernah menulis artikel bertajuk ‘Siapa 3 Ahli Parlimen Pakatan Harapan Lompat Sokong Perikatan Nasional? yang pautannya ke agendaily.com adalah tidak wujud.", "“Sehubungan itu, saya tidak ada kaitan sama sekali dengan penghasilan artikel berkenaan walaupun nama adalah sama,” kata Zulkiflee dalam satu kenyataan di portal, wartarakyat.com.", "Artikel yang mengatakan tiga MP Pembangkang kononnya sudah dibeli tersebut juga tidak sahih dan tidak tepat sama sekali.", "Sekali lagi, Agenda Daily menafikan berhubung penerbitan artikel tersebut dan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung penerbitan artikel tersebut yang mengaitkan portal kami.", "Sekian, terima kasih." ]
https://www.agendadaily.com/politik/resipi-pengundi-muda-dalam-prn/
Resipi pengundi muda dalam PRN
[ "Sejak dari dahulu lagi, istilah ketua sering dikaitkan dengan persona yang lebih tua dan berusia dengan anggapan mereka lebih berpengalaman dan berwibawa.", "Dalam masyarakat Melayu tradisi, pemilihan ketua adalah berdasarkan faktor umur dengan alasan orang tua terlebih dahulu ‘makan garam’.", "Dalam masyarakat hari ini, jawatan seperti ketua kampung, penghulu dan penggawa semakin terhakis peranannya kerana pengaruh sistem politik menggantikannya kepada Wakil Rakyat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mahupun Ahli Parlimen.", "Pun begitu, pola pemilihan pemimpin kini mungkin berubah apabila golongan muda diberi kepercayaan memilih dan menjadi calon pemimpin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).", "Berdasarkan rekod daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundi berusia 21 hingga 29 tahun menjadi kumpulan paling ramai di keenam-enam negeri dengan jumlah 2,169,120 pengundi, diikuti pe­ngundi berusia 30 hingga 39 tahun seramai 2,163,982 orang.", "Dalam pada itu, pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun yang kini merekodkan seramai 661,905 orang di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu terbahagi kepada beberapa ragam politik, sama seperti kumpulan pengundi lebih berusia.", "Sementara itu, Profesor Pengajian Tadbir Urus, Pusat Pembangunan Lestari Jeffrey Sachs (JSC), Sunway University, Prof. Wong Chin Huat berkata, terdapat sekurang-kurangnya empat jenis pe­ngundi termasuk golongan muda iaitu setia kepada parti atau pemimpin tertentu; mementingkan isu dan membuat keputusan mengundi dengan rasional dan teliti.", "“Ada juga jenis pengundi yang celik de­ngan politik dan membuat keputusan mengundi mengikut ‘gerak hati’ serta mereka yang tidak berminat langsung tentang politik atau dilabel sebagai ‘Parti Aku Malas Undi’ (PAMU).", "“Tetapi, kita boleh membuat unjuran munasabah iaitu, berbanding pengundi yang lebih berusia, pengundi muda yang kuat kepartian lebih rendah ke­rana mereka belum mengundi banyak kali untuk membentuk kesetiaan yang mendalam kepada parti,” jelas beliau.", "Tambah beliau, pendaftaran pengundi automatik membawa masuk hampir lima juta pe­ngundi baru yang kebanyakannya muda (di bawah 40) dan juga kurang berminat tentang politik, jadi, pengundi atas pagar dan PAMU akan tinggi yang mungkin mencecah 50 peratus daripada pengundi muda.", "Pun begitu, pengundi yang membuat keputusan secara rasional, mereka akan lebih peduli mengenai polisi dan isu-isu kritikal seperti peluang pekerjaan, inflasi, pendidikan, kos pengangkutan, keadilan sosial dan bencana alam.", "Dalam pada itu, Pensyarah kanan di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berpendapat, kumpulan pengundi muda terbabit lebih kritis dan peka dengan isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka.", "Beliau menyandarkan pandangan itu pada pemerhatiannya yang mendapati kebanyakan pengundi muda lebih cenderung menolak calon-calon daripada parti yang terpalit dengan pelbagai isu termasuk rasuah.", "Selain itu, beliau juga melihat strategi meletakkan calon muda yang dilaksanakan oleh Perikatan Nasional (PN) membantu gabungan berkenaan mencatat kemenangan yang tidak dijangka selain menerima sokongan pemilih muda.", "Menurutnya, pengundi muda melihat PN sebagai gabungan parti paling ‘selamat’ biarpun usianya baru menginjak dua tahun." ]
https://www.agendadaily.com/politik/prn-umno-buat-tak-tahu-kalau-bungkus-kata-kj/
PRN : UMNO buat tak tahu kalau ‘bungkus’, kata KJ
[ "“Saya rasa UMNO akan buat tak tahu (jika kalah)…kalau UMNO ‘bungkus’ mereka akan buat tak tahu,” demikian reaksi terkini Khairy Jamaluddin Abu Bakar.", "Beliau diminta mengulas kedudukan UMNO jika gagal menang sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 108 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya kali ini.", "Namun beliau memberi pengecualian terhadap sahabatnya, Datuk Seri Reezal Merican yang menjadi calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam di Kepala Batas.", "“…kecuali Reezal…mereka (UMNO) akan buat tak tahu,” katanya ketika hadir membantu kempen Reezal hari ini, lapor Sinar Harian.", "Bekas menteri kesihatan itu menegaskan beliau hanya hadir untuk membantu Reezal berkempen atas dasar persabahatan, tidak untuk calon lain dari BN mahupun PH.", "“Kalau di Bertam saya tahu ada yang enggan undi calon BN atas faktor tertentu tetapi ketepikanlah faktor itu dan bantu Reezal.", "“Satu undi adalah untuk Reezal dan bukan untuk (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi,” katanya.", "Sebelum ini, beliau juga membuat kemunculan di Puncak Alam, Shah Alam membantu berkempen untuk calon Perikatan Nasional (PN) DUN Jeram, Datuk Harisson Hassan, Isnin lalu." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/rm333-juta-penyelesaian-1mdb-akan-dibayar-kpmg/
RM333 juta penyelesaian 1MDB akan dibayar KPMG
[ "Persetujuan dicapai dengan KPMG yang bersetuju untuk membayar penyelesaian RM333 juta (AS$80 juta) berhubung semua tuntutan yang berkaitan dengan tanggungjawab fidusiari mereka dalam pengauditan akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tempoh 2010 hingga 2012.", "Kementerian Kewangan mengumumkan keputusan tersebut dengan KPMG, bernilai lebih daripada 800 kali ganda fi audit yang diperoleh KPMG, adalah salah satu penyelesaian berkaitan 1MDB yang terbesar oleh sebuah firma audit di Asia Tenggara.", "Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata: “Ini membuktikan tekad Kerajaan Malaysia untuk meneruskan segala usaha pemulihan terhadap semua pihak yang terlibat dalam 1MDB dan entiti yang berkaitan dengannya.", "“Kerajaan Malaysia akan memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap semua individu atau entiti yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, di dalam skim global 1MDB ini,” katanya lapor Bernama.", "Penyelesaian ini akan mengakhiri tuntutan sivil yang difailkan pada 6 Julai 2021 terhadap KPMG, ini akan mempercepatkan penyelesaian tersebut yang akan digunakan untuk memenuhi obligasi 1MDB yang tertunggak dan menjimatkan sumber awam daripada segi kewangan dan tempoh masa pengadilan.", "Penyelesaian ini tidak akan memberi kesan atau menjejaskan tuntutan Malaysia terhadap individu seperti Jho Low dan pihak lain yang berkaitan dengannya dan individu masih diburu oleh pihak berkuasa berhubung dengan skandal kewangan 1MDB.", "Kementerian Kewangan ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara, badan pengawal selia dan agensi penguatkuasa yang terlibat atas usaha mereka dalam mencapai penyelesaian itu." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kita-terus-guna-astrazeneca/
Kita terus guna AstraZeneca
[ "Kerajaan tidak bercadang untuk menangguhkan pemberian vaksin Covid-19 – AstraZeneca – walaupun ada laporan dari luar negara mengenai kesan sampingannya terhadap penerimanya.", "Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (gambar) berkata, kesan sampingan yang dilaporkan itu adalah alahan yang boleh dirawat selain tiada bukti ia menyebabkan kesan sampingan yang serius atau kematian.", "“Apabila berlaku kesan sampingan, doktor di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan memberi rawatan dengan segera dan setakat ini penerima vaksin jenis yang lain juga mengalaminya namun dapat dirawat dengan baik.", "“Jangan bimbang kerana kita mempunyai ubat yang dapat merawat alahan yang timbul seperti lenguh-lenguh, demam atau kegatalan pada badan,” katanya hari ini.", "Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) sebelum ini memaklumkan bahawa tiada bukti menunjukkan penggunaan vaksin AstraZeneca Covid-19 dihadkan di mana-mana populasi, selepas Jerman menangguhkan penggunaannya kerana bimbang pembekuan darah kepada penerima suntikan.", "Pakar vaksin bebas di Jerman mengatakan suntikan AstraZeneca tidak boleh diberikan secara rutin kepada individu di bawah usia 60 tahun kerana peningkatan kes pembekuan darah yang dilaporkan beberapa hari selepas divaksin." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/enam-serangan-terancang-gegar-tiga-wilayah-selatan-thai-malam-tadi/
Enam serangan terancang gegar tiga wilayah Selatan Thai malam tadi
[ "Satu siri serangan bom dan tembakan terancang berlaku hampir serentak di tiga wilayah Selatan Thailand, malam tadi (14 April 2023), tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.", "Sejumlah penyerang bersenjata yang tidak diketahui melakukan serangan di enam lokasi berbeza di wilayah Yala; Pattani; dan Narathiwat hampir serentak.", "Berikut adalah serangan yang berlaku kira-kira jam 8.30 hingga 10.30 malam tadi di beberapa tempat di ketiga-tiga wilayah itu:", "Sebuah bom meletup di atas jambatan landasan kereta api di tambon Sateng Nok di daerah Muang di Yala;", "Satu lagi serangan berlaku di pos luar unit operasi khas di daerah Rueso, Narathiwat. Ini menyebabkan berlakunya tembak menembak antara pasukan keselamatan dan kumpulan lelaki bersenjata;", "Dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke arah pos unit operasi khas di stesen kereta api Wat Chang di tambon Thung Phla daerah Khok Pho di Pattani;", "Penyerang melepaskan tembakan ke arah pegawai polis di stesen kereta api Khok Pho di Khok Pho;", "Bom paip telah dilemparkan ke dalam pos renjer separa tentera di tambon Yata daerah Raman di Yala; dan", "Satu lagi serangan berlaku di Chuap, di daerah Cho Airong, Narathiwat, menyebabkan pertempuran antara kumpulan bersenjata dan unit khas polis di stesen kereta api Cho Airong.", "Penyerang turut dilaporkan menggunakan pelancar bom tangan M79 dalam serangan itu.", "Polis turut menemui 13 kelongsong peluru M16 di tempat kejadian.", "Susulan serangan itu, semua perjalanan kereta api dari Bangkok, Pattalung dan Surat Thani dihentikan di stesen Yala." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/jangkitan-naik-kepada-4879-kes/
Jangkitan naik kepada 4,879 kes
[ "Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi naik 792 kes kepada 4,879 kes berbanding 4,087 kes semalam.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah baharu itu menjadikan kumulatif positif sebanyak 2,632,782 kes, berbanding 2,532,036 kumulatif pesakit sembuh.", "Jumlah kes harian tertinggi pernah dicatat sepanjang November ini ialah pada 12 haribulan lalu iaitu sebanyak 6,517 kes, manakala terendah ialah semalam.", "Semalam, walaupun jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara turun berbanding Ahad, separuh daripada negeri di Malaysia merekodkan peningkatan kes.", "Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt bagi seluruh negara pada jangkaan mengikut kes seharian semalam adalah 0.95.", "Berdasarkan perkongsian beliau menerusi laman Facebook, kadar kebolehjangkitan di Labuan kekal pada 1.12.", "Manakala tujuh negeri lagi merekodkan Rt melebihi 1.00 membabitkan Perlis (1.03); dan masing-masing Rt 1.00 di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang serta Perak. Sarawak pula mencatat Rt terendah iaitu sebanyak 0.78.", "Untuk rekod, nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.", "Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.0 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti wabak berkenaan.", "Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah kes aktif di seluruh negara turun 958 kes kepada 65,497 semalam, berbanding 66,455 kes pada Ahad.", "Daripada jumlah itu, 53,177 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 6,575 ditempatkan di PKRC; 5,238 dimasukkan ke hospital; dan 507 pesakit dirawat di ICU dengan 272 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/bukan-krisis-kata-menteri-berhubung-isu-bekalan-gula-di-terengganu/
Bukan krisis, kata Menteri berhubung isu bekalan gula di Terengganu
[ "Masalah kekurangan bekalan gula yang berlaku di Kelantan dan Terengganu disebabkan oleh cuti panjang pekerja syarikat pengilang dan pusat pengedaran, bukannya satu krisis yang berpunca daripada kekurangan bahan makanan itu di pasaran.", "Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata selepas penguatkuasaan operasi bersepadu Op Manis, isu berkenaan semakin pulih dan pemborong utama di kedua-dua negeri telah menerima bekalan daripada pengilang secara berperingkat untuk diedarkan kepada pemborong dan peruncit di seluruh kawasan, menurut laporan Bernama.", "”Secara purata penggunaan gula untuk seminggu bagi negeri di Pantai Timur ialah 400 tan metrik untuk tempoh seminggu.", "”Kita juga telah menambah bekalan gula sebanyak 36 peratus iaitu berjumlah 614.12 tan metrik bagi tempoh empat hari untuk menampung bekalan, jadi orang ramai jangan buat pembelian panik kerana bekalan mencukupi,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Rumah Terbuka Rahmah Aidilfitri anjuran Parti Amanah di Teluk Kumbar, di sini hari ini.", "Salahuddin berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Op Manis bermula 3 hingga 6 Mei lepas bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan gula di Pantai Timur sejak musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.", "Hasil daripada operasi berkenaan, pihaknya juga mendapati aduan yang diterima semakin berkurangan dan tiada kes diambil ke atas peniaga kerana tiada kesalahan sorok, enggan menjual barang kawalan atau lain-lain kesalahan ditemukan.", "”Sehingga 6 Mei lepas, sebanyak 132 pemeriksaan telah dilaksanakan di Kelantan dan 224 pemeriksaan telah dilaksanakan di negeri Terengganu,” katanya.", "Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata pihak kerajaan akan meneruskan Inisiatif Payung Rahmah dengan mengumumkan Skim Insurans Rahmah untuk kenderaan dan kediaman dalam tempoh dua minggu lagi.", "Beliau berkata pihaknya sedang meneliti beberapa perkara termasuk premium yang akan ditawarkan kepada pengguna.", "“Peringkat awal Skim Insurans Rahmah ini akan melibatkan perlindungan kepada kenderaan terpakai yang mempunyai kerosakan enjin atau gearbox serta perlindungan bagi kediaman yang sering dilanda bencana banjir,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pga-edar-gambar-sajat-di-sempadan/
Gerakan buru Sajat diperluas ke sempadan negara
[ "Polis tidak menolak kemungkinan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menyamar untuk melarikan diri dari Malaysia, termasuk melalui jalan darat, kata Timbalan Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Asisten Komisioner Mohd Noh Khamis.", "Tahun lalu, Sajat ketika melakukan umrah di Tanah Suci bertindak memakai pakaian seperti jemaah wanita ketika di Masjidil Haram, hingga menimbulkan kecaman umat Islam.", "Sehubungan itu, Batalion 3 PGA mengedarkan gambar usahawan kosmetik kontroversi itu di sepanjang pos kawalan keselamatan bagi memastikan dia tidak dapat bolos ke negara jiran.", "Beliau berkata, gambar Sajat mula diedarkan sejak bulan lalu, tetapi sehingga hari ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat membabitkan individu berkenaan.", "“Kita memang sentiasa melakukan kawalan ketat di sempadan. Setakat ini, pintu sempadan memang tidak dibuka kepada orang awam dan hanya kenderaan berat yang membawa barangan industri sahaja dibenarkan melepasinya.", "“Negara paling dekat untuk dia (Sajat) keluar ialah Thailand. Jadi kita akan teruskan pemerhatian. Mungkin juga akan berlaku penyamaran bagi mengelak daripada dikesan pihak penguat kuasa. Jadi kita akan teruskan kawalan ketat di semua pos kawalan,” katanya di Bukit Kayu Hitam, hari ini.", "Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Sajat kemungkinan telah berada di luar negara selepas dikatakan menghilangkan diri sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lepas." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/umno-sedang-jerat-pas/
UMNO sedang jerat PAS
[ "UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pahang bakal bertanding 32 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.", "Sementara PAS yang bergabung dalam Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO dan pada masa sama menyertai Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu, hanya akan bertanding 10 kerusi DUN.", "Perkiraan itu dibuat berdasarkan perjanjian antara PAS Pahang dengan UMNO dan BN yang dimeterai semalam (28/4/2021), serta kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perunding dan Persiapan Pilihanraya UMNO.", "Mohamad ketika merasmikan Majlis Penutup Program Bangkit 15 di Melaka pada 11 April lalu berkata, antara formula yang dipersetujui bersama PAS ialah kerusi yang dimenangi akan ditandingi oleh parti masing-masing.", "“…dan formula kedua kita setuju parti mana yang dapat undi terbanyak, kerusi berkenaan akan diberikan kepada parti berkenaan,” kata Mohamad.", "Pada PRU14 lalu, UMNO dan BN Pahang menang 25 kerusi iaitu Jelai; Padang Tengku; Cheka; Benta; Batu Talam; Dong; Pulau Tawar; Inderapura; Sungai Lembing; Lepar; Pulau Manis; Pramu Jaya; Bebar; Chini; Kuala Sentul; Jenderak; Kerdau; Lanchang; Kuala Semantan; Pelangai; Guai; Kemayan; Bukit Ibam; Muadzam Shah; dan Tioman.", "Tujuh kerusi DUN di mana UMNO dan BN tewas, tetapi jumlah undi terbanyak melebihi PAS ialah Tanah Rata; Tras; Teruntum; Bilut; Ketari; dan Sabai; dan Triang (PAS tidak bertanding di DUN Triang).", "Ini bermakna – jika mengikut perjanjian dengan PAS dan apa yang dikatakan oleh Mohamad – maka UMNO dan BN akan mendapat hak bertanding di tujuh kerusi tambahan itu.", "Perjanjian antara PAS Pahang dan UMNO Pahang dimeterai pada Rabu 28 April 2021.", "PAS Pahang pula hanya akan bertanding di kawasan yang mereka menangi iaitu di DUN Tahan, Damak, Beserah, Tanjung Lumpur, Panching, Luit, Chenor dan Jengka. Mengikut perjanjian, UMNO tidak akan bertanding di sini.", "Dua kerusi lagi di mana undi PAS lebih tinggi daripada UMNO dan BN ialah Semambu serta Mentakab, sekali gus bermakna PAS hanya layak bertanding di 10 kerusi DUN sahaja pada PRU15 nanti.", "Menurut perjanjian itu juga PAS dan UMNO tidak akan menyokong mana-mana calon daripada parti lain yang akan bertanding melawan calon mereka.", "Dalam hal ini, UMNO dan BN Pahang tidak mempunyai masalah kerana perjanjian itu dilihat lebih menguntungkan mereka, tetapi PAS negeri perlu mendapatkan kelulusan PAS Pusat terlebih dahulu sebagaimana dinyatakan di dalam Perkara 6 perjanjian berkenaan.", "Pada masa sama, PAS juga tidak dapat meletakkan calon mereka bertanding di sembilan kawasan Parlimen di negeri itu kerana mereka tewas sepenuhnya kepada UMNO, BN dan PKR pada PRU14.", "Justeru, bagaimana kedudukan Bersatu di dalam PN yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah yang turut dianggotai oleh PAS Pahang? Adakah PAS akan menyerahkan ‘sedikit’ kerusi mereka untuk ditandingi Bersatu?", "Kita perlu ingat bahawa dalam Perkara 5 perjanjian malam tadi menyebut UMNO Pahang tidak akan menyokong dan bekerjasama dengan mana-mana calon yang bertanding di lapan kerusi berkenaan, kecuali hanya calon daripada PAS. Noktah!", "Tok Akhi\nShah Alam" ]
https://www.agendadaily.com/politik/pn-jangka-selesai-pembahagian-kerusi-prn-menjelang-16-april/
PN jangka selesai pembahagian kerusi PRN menjelang 16 April
[ "Perikatan Nasional (PN) dijangka menyelesaikan pembahagian kerusi untuk pilihan raya yang akan datang di enam negeri Ahad ini (16 April), kata Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.", "Beliau berkata ketika ini rundingan melibatkan beberapa kerusi di Selangor dan Negeri Sembilan masih belum selesai.", "“Ada beberapa kerusi di Selangor dan Negeri Sembilan yang masih belum diputuskan. Bagi Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, semuanya sudah dimuktamadkan.", "“Sebelum ini kita beri tempoh seminggu kepada Selangor dan Negeri Sembilan (untuk memuktamadkan pembahagian kerusi)… jadi Ahad ini kita akan berjumpa semula dengan pimpinan Perikatan… Insya-Allah Ahad ini akan dimuktamadkan,” katanya hari ini (14 April 2023).", "Menurut Bernama, Muhammad Sanusi, yang juga Menteri Besar Kedah, berkata kerusi yang masih tertangguh bukanlah ‘kerusi panas’, tetapi masih belum diputuskan.", "Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen PN telah mencapai 80 peratus.", "Beliau juga berkata rundingan pusingan pertama berjalan lancar dan pembahagian kerusi telah dilakukan secara konsensus melibatkan semua parti komponen PN." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/komando-digerak-ke-pantai-timur-sabah-tangani-kumpulan-abu-sayyaf/
Komando digerak ke pantai timur Sabah tangani kumpulan Abu Sayyaf
[ "Pihak berkuasa Malaysia mempertingkatkan keselamatan, khususnya di pantai timur Sabah, dengan mengatur gerak satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menangani ancaman berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.", "Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata, tindakan itu bagi menunjukkan kehadiran anggota keselamatan di kawasan berkenaan termasuk di sempadan Sabah-Kalimantan, lapor Bernama.", "“Walaupun lebih dua tahun tidak berlakunya kes-kes penculikan, khususnya di pantai timur Sabah, tetapi kawalan keselamatan tetap dilaksanakan.", "“Hal ini juga berikutan maklumat mengenai sub ketua kumpulan Abu Sayyaf yang juga pakar pembuat bom iaitu Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan disahkan masih hidup.", "“Jadi kawalan akan diperketatkan dan pihak keselamatan akan sentiasa mendapatkan maklumat daripada Western Mindanao Command (J2 WESTMINCOM),” katanya kepada pemberita selepas Program ‘Tangan Bersalaman’ di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, hari ini.", "Mengulas lanjut, Hazani berkata status Mudzrimar yang dikehendaki di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), disahkan hasil perkongsian maklumat daripada pasukan keselamatan Filipina melibatkan Joint Task Force Sulu (JTFS) serta J2 WESTMINCOM kerana terbabit dalam beberapa siri pertempuran dan pertembungan dengan pasukan keselamatan Filipina sejak Julai 2021.", "Berdasarkan makkumat risikan, kali terakhir dia dilihat adalah pada 10 Januari lalu di satu kawasan di Sulu, ketika keluar mengambil makanan.", "Sementara itu, mengulas mengenai kawalan sempadan darat di sempadan Malaysia-Thailand, Hazani berkata Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditempatkan di Kelantan pada Mac nanti.", "“Ketika ini, proses tinjauan sedang dilakukan di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand bagi mengenal pasti bentuk muka bumi, kawasan rondaan serta kawasan sering berlakunya penyeludupan.", "“Kita juga sedang meninjau lokasi sesuai untuk menempatkan kuda-kuda ini sama ada di Pengkalan Kubor, Tumpat atau Rantau Panjang,” katanya.", "Beliau berkata dengan adanya bantuan daripada Unit Berkuda FRU itu ia mampu meningkatkan lagi kawalan di sepanjang Sungai Golok serta keberkesanan dalam menangani kes penyeludupan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/individu-terpalit-rasuah-patut-risau-kata-anwar-tanpa-rujuk-kes-zahid/
Individu terpalit rasuah patut risau, kata Anwar tanpa rujuk kes Zahid
[ "Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mempertahankan tindakannya memegang jawatan Menteri Kewangan dan pada masa sama sebagai Perdana Menteri, sambil mengatakan masalah timbul apabila individu berkenaan merompak harta rakyat.", "Tanpa menyebut siapa yang beliau maksudkan merompak harta rakyat, Anwar juga mengingatkan mereka yang terpalit dengan rasuah perlu berasa bimbang.", "Perkara itu (menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan) akan menjadi masalah jika seseorang pemimpin menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri, katanya menjawab soalan Ahli Parlimen (PN-Putrajaya) Datuk Dr Radzi Jidin di Dewan Rakyat, hari ini (14 Februari 2023).", "Menurutnya soal sama ada kedudukan perdana menteri dan menteri kewangan itu menjadi masalah, dalam sejarah negara sama ada digabungkan atau tidak, itu bukan masalah.", "“Yang masalahnya adalah guna kedudukan rompak harta rakyat dan ini terpakai di banyak kalangan yang bersih sama ada belah sini, sana, jangan bimbang.", "“Tetapi yang terpalit dengan rasuah, itu yang harus merasa tertekan dan bimbang, tetapi saya bertekad apa pun telahan dibuat saya akan tekad. Saya akan gunakan segala usaha mengelak dan menghalang dari segi rasuah yang berleluasa,” katanya lagi.", "Anwar menjawab soalan yang ditanya oleh Dr Radzi, sama ada keputusan untuk mengambil kedua-dua jawatan perdana menteri dan menteri kewangan akan mewujudkan lebih banyak ruang untuk insiden masa lalu, merujuk kepada skandal rasuah melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd, LembagaTabung Haji dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).", "Untuk rekod, sejak beberapa tahun lalu, malah ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar sering melontarkan kritikan terhadap bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu.", "Pemimpin PH kerap menyerang Najib dan kepimpinan Barisan Nasional (BN) serta UMNO yang dituduh merompak harta rakyat, susulan pendedahan skandal 1MDB, melibatkan berbilion-bilion ringgit.", "Sementara, rakan baik Anwar yang juga ‘anak muridnya’ Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula kini sedang berdepan puluhan tuduhan jenayah, termasuk rasuah.", "Zahid adalah Presiden UMNO yang kini dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri I dalam pentadbiran kerajaan PH-BN." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/jangkitan-harian-di-empat-negeri-naik-johor-catat-376-kes-baharu/
Jangkitan harian di empat negeri naik, Johor catat 376 kes baharu
[ "Empat negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat peningkatan jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menurut statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri malam ini.", "Johor hari ini kembali mencatat peningkatan jangkitan baharu apabila merekodkan 376 kes berbanding 299 kes semalam, setelah turun daripada 410 kes pada Khamis.", "Angka baharu itu menjadikan kumulatif positif di Johor sejak awal 2020 sebanyak 247,815 kes. Sehingga semalam seramai 237,682 pesakit telah sembuh dan 3,876 meninggal dunia.", "Setakat ini, Johor mencatat 5,881 kes aktif, termasuk 4,951 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 455 ditempatkan di PKRC; 460 dimasukkan ke hospital; dan 15 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 10 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu hingga semalam, seramai 3,043,809 atau 80.5 peratus populasi Johor telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing.", "Sebanyak 81.4 peratus atau 3,078,357 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, sementara 743,883 atau 19.7 peratus lagi menerima suntikan dos penggalak.", "Menurut laman sesawang Kementerian Kesihatan (KKM), Covidnow, sebanyak 30 daripada 1,155 kluster Covid-19 di Johor masih aktif, dengan 19 daripadanya melibatkan tempat kerja.", "Sementara itu, Kuala Lumpur turut mencatat peningkatan kes daripada 271 semalam kepada 301 hari ini – naik dua hari berturut-turut, manakala Melaka merekodkan 199 kes baharu (141 semalam), dan Perlis (20 kes baharu, 14 semalam).", "Selangor, walaupun mencatat penurunan jangkitan hari ini, kekal merekodkan angka tertinggi sebanyak 871 kes baharu berbanding 879 kes semalam.", "Kes berkaitan Covid-19 di negara-negara ASEAN pada 8 Januari 2022." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/peneroka-syukur-hutang-berkurangan-berterima-kasih-kepada-muhyiddin/
Peneroka syukur hutang berkurangan, berterima kasih kepada Muhyiddin
[ "Langkah penghapusan hutang peneroka yang diumumkan ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berjaya meringankan beban kewangan peneroka, rata-rata bersyukur dengan inisiatif yang diperkenalkan tersebut.", "Untuk rekod, mantan Perdana Menteri tersebut mengumumkan pada 7 Julai lalu persetujuan dengan cadangan pihak Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.", "Pelupusan hutang tersebut dilaksanakan melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal.", "Peneroka Felda Trolak Selatan, Perak menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan khususnya kepada Muhyiddin sebaik menandatangani perjanjian penghapusan pinjaman baru-baru ini.", "Ketua Peneroka Felda Trolak Selatan, Mohd Hassan Baharin gembira dan berbesar hati kerana buat pertama kalinya setelah 39 tahun, Felda telah melupuskan sebahagian besar pinjaman kebun beliau dan peneroka lain.", "“Saya amat berpuas hati apabila mendapat penyata pendapatan yang baharu, potongan bayaran kembali saya dikurangkan kepada RM167 sebulan berbanding RM300 yang sepatutnya dipotong.", "“Saya masih berhutang sebanyak RM12,000 tetapi selepas Felda mengambil langkah melupuskan pinjaman peneroka, baki pinjaman kebun saya ialah RM6,013 sahaja,” katanya dipetik dalam laporan sebuah portal.", "Mohd Hassan yang teruja selepas melihat baki hutang yang semakin berkurangan menyifatkan inisiatif tersebut mampu meningkatkan pendapatan bulanan mereka apabila potongan bayaran kembali dikurangkan dengan drastik.", "“Saya yakin Felda amat mengambil berat dan meneliti pelbagai aspek sebelum laksanakan inisiatif ini,” katanya.", "Sementara itu, seorang lagi peneroka Felda Trolak Selatan, Sulaiman Harun turut gembira apabila baki pinjamannya berkurang selepas menandatangani pinjaman tersebut, malah hanya perlu membayar RM250 sebulan berbanding RM300 sebulan sebelum ini.", "“Apabila menerima penyata pendapatan, saya amat gembira hanya perlu membayar RM250 sebulan selepas menandatangani perjanjian penghapusan pinjaman itu. Pinjaman saya juga berkurang daripada RM114,000 kepada RM45,000 sahaja.", "“Saya tahu jumlah sebenar pinjaman yang perlu dibayar apabila melihat slip bayaran ini. Sepatutnya perlu membayar RM300 tetapi kini ia telah dikurangkan, syukur Alhamdulillah,” katanya.", "Bagi Pengerusi GPW Felda Trolak Selatan, Hawaniah Korik, Felda telah melaksanakan apa yang dijanjikan dengan peneroka iaitu melupuskan sebahagian pinjaman mereka.", "“Keyakinan kami sentiasa bersama Felda. Kami berterima kasih kepada agensi ini kerana banyak membantu peneroka terutamanya dengan inisiatif yang begitu menguntungkan peneroka,” katanya.", "Muhyiddin membuat pengumuman penting tersebut pada 7 Julai lalu semasa sambutan Hari Peneroka Felda 2021.", "Pelupusan bersyarat itu merangkumi empat perkara:", "i) Pelarasan sebahagian baki pinjaman tanam semula sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM8.0 bilion, yang akan memberi manfaat kepada 92,441 orang peneroka (iaitu meliputi 82% dari keseluruhan 112,638 warga peneroka);", "ii) Pelarasan sebahagian baki tunggakan pinjaman baja sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM168 juta, melibatkan 52,180 peneroka (iaitu meliputi 46% warga peneroka);", "iii) Pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd sehingga 7 Julai 2021, bernilai RM78 juta, melibatkan 38,043 peneroka (iaitu meliputi 34% warga peneroka); dan", "iv) Pelarasan sepenuhnya baki pinjaman pembangunan asal sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM56 juta, yang akan dinikmati 6,711 orang peneroka (iaitu kira-kira 6% warga peneroka)." ]