url
stringlengths
50
235
headline
stringlengths
13
123
content
sequence
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kematian-turun-kepada-30-kes/
Kematian turun kepada 30 kes
[ "Kematian akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (3 April 2022) turun kepada 30 kes berbanding 56 yang direkodkan pada Sabtu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.", "Jumlah itu termasuk 11 kes pesakit disahkan dijangkiti Covid-19 meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan sebelum mangsa dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID).", "Bagaimanapun, tiada maklumat diberikan sama ada 11 kes BID itu turut membabitkan kalangan 188,534 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah kerana positif Covid-19 pada tahap rendah atau tidak memerlukan rawatan intensif.", "Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 lalu sebanyak 35,099 kes, termasuk 7,408 kes BID.", "Data laman sesawang CovidNOW menunjukkan dua negeri, Kedah dan Perak, masing-masing mencatat tujuh kematian semalam, menjadikan kumulatif sebanyak 2,578 dan 1,852 kes.", "Sehingga Sabtu, Kedah merekodkan 293,237 kumulatif positif, dengan 283,675 pesakit telah sembuh, dan 6,984 kes masih aktif, termasuk 6,706 pesakit menjalani kuarantin di rumah.", "Selain itu, seramai 229 pesakit di Kedah dimasukkan ke hospital; 19 ditempatkan di PKRC; dan 30 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 14 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Sehingga semalam 1,581,525 atau 72.1 peratus populasi di Kedah telah menerima dua dos vaksin Covid-19, 1,663,119 atau 75.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 727,969 atau 46.8 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.", "Bagi negeri-negeri lain, Kelantan dan Selangor masing-masing mencatat tiga kematian, diikuti masing-masing dua di Pahang serta Pulau Pinang; dan masing-masing satu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu serta Kuala Lumpur.", "Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Perlis, Sabah, Labuan dan Putrajaya, semalam.", "Selangor kekal merekodkan jumlah tertinggi kematian akibat Covid-19 sejak awal 2020 lalu dengan mencatat 10,544 kes.", "Sehingga kini negeri itu merekodkan 1,220,016 kumulatif positif, dengan 1,108,464 pesakit telah sembuh, dan 101,008 kes masih aktif, termasuk 99,980 pesakit menjalani kuarantin di rumah.", "Seramai 845 pesakit di negeri itu dimasukkan ke hospital; 140 ditempatkan di PKRC; dan 43 dirawat di ICU, dengan 32 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 3 April 2022." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/skandal-kapal-tempur-malapetaka-kepada-keselamatan-negara-hatta/
Skandal kapal tempur malapetaka kepada keselamatan negara: Hatta
[ "Penemuan dan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kontrak pemerolehan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), bukan sahaja menjadi bencana kepada kewangan negara, tetapi juga malapetaka keselamatan Malaysia.", "Ahli Parlimen Lumut Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata apa yang mengejutkan ialah fakta bahawa reka bentuk LCS yang dipilih telah diubah oleh Menteri Pertahanan ketika itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tanpa persetujuan TLDM.", "Menurutnya perubahan reka bentuk itu juga telah dipersetujui oleh Menteri Kewangan ketika itu.", "“Perubahan itu berlaku tidak sampai dua bulan selepas Zahid sendiri bersetuju secara bertulis dengan cadangan TLDM iaitu menerima reka bentuk SIGMA, sejenis kapal tempur yang telah teruji prestasinya dan memenuhi keperluan perkembangan TLDM.", "“Zahid kemudian merubah memilih reka bentuk GOWIND yang dicadangkan oleh kontraktor projek iaitu Boustead Naval Shipyard (BNS).", "“Perbandingan dua reka bentuk ini jelas menunjukkan kelebihan SIGMA berbanding GOWIND, termasuk kos rekabentuk SIGMA lebih rendah berbanding GOWIND,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata apa yang menarik ialah pengakuan Zahid bahawa reka bentut GOWIND turut dicadangkan sama oleh syarikat DCNS dari Perancis (sekarang dikenali sebagai French Naval Group) yang telah membekalkan kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sebelum ini.", "Sehubungan itu, Mohd Hatta yang juga Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa Menteri Kewangan ketika itu memberi penjelasan atas keputusannya menyetujui perubahan reka bentuk tersebut yang dikemukakan oleh sebuah syarikat yang dikaitkan dengan perolehan kapal selam Scorpene.", "“Bagi saya, di sinilah kontrak bernilai lebih RM9 bilion ini mula terdedah kepada ketirisan. Siasatan yang rapi perlu dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia seperti yang disyorkan oleh PAC.", "“Bahkan saya sebagai Ahli Parlimen Lumut menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyelongkar dengan jelas skandal LCS TLDM ini,” katanya.", "Pada Khamis (4 Ogos lalu) Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan laporan setebal 247 muka surat berhubung LCS dan antaranya terma-terma kontrak adalah lemah dan tidak memihak kepada kerajaan apabila pembayaran projek LCS berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan item dan bukan berdasarkan kemajuan sebenar.", "Menurut laporan itu, pandangan TLDM selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS dalam pelaksanaan projek LCS.", "Untuk rekod, perolehan LCS itu telah diluluskan oleh Putrajaya pada awal 2011 ketika pemerintahan BN dan UMNO. Pada akhir 2011, kontrak RM9 bilion telah diberikan kepada BNS." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kampung-melayu-lenyap-apa-motif-dap-bawa-pakar-singapura-masuk-kpkt/
Kampung Melayu lenyap: Apa motif DAP bawa pakar Singapura masuk KPKT?
[ "Bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim membidas Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming kerana terlalu ‘ghairah’ dalam mendapatkan nasihat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura bagi melaksanakan projek perumahan mampu milik di Malaysia.", "Mengimbas kembali sejak kali pertama menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pada 2008, beliau mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang kerap meminta nasihat Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura bagi melaksanakan perancangan ‘pecah dan perintah’ di negeri itu.", "Menceritakan pengalamannya ketika menjadi ahli MPPP, Iszuree melihat bahawa “semua perkampungan Melayu telah terhapus sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013 dan digantikan dengan kondominium”.", "“Salah satu sebab saya dipecat sebagai Ahli MPPP 26 September 2014 adalah kerana saya menyuarakan bantahan, kebimbangan nasib kampung warisan makin ranap sebaik DAP mendapat kuasa selepas PRU-13. Saya sebutkan dalam ucapan saya di Muktamar PAS di Batu Pahat Johor 2014.", "“Kini Menteri DAP KPKT secara terang dan terancang menjemput HDB Singapura masuk. Apa akan jadi dengan Tanah Rizab Melayu di Tanah Melayu?” soal Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang itu.", "18 Januari lalu, Kor Ming mengumumkan kerajaan PH-BN akan menerima bantuan pakar HDB dari Singapura iuntuk berkongsi pengalaman mereka dalam pembangunan perumahan di negara republik itu dengan KPKT.", "“Pakar-pakar HDB akan masuk ke KPKT mungkin bulan depan untuk berkongsi pengalaman kejayaan mereka,” kata Kor Ming.", "Dalam pasa itu, Iszuree melahirkan kebimbangan sekiranya keadaan sekarang berterusan untuk 10 hingga 20 tahun lagi, Kampung Warisan Melayu di pinggir Pulau Pinang akan menjadi seperti di Geylang Serai (di Singapura).", "“Di Penang sebelah pulau, SPS (Seberang Perai Selatan) dan SPT (Seberang Perai Tengah) sudah ranap. Majoriti orang Melayu sudah lari dan kini jadi minoriti,” katanya menerusi Facebook beliau.", "Beliau mengingatkan bahawa agenda DAP adalah membina terowong atau jambatan ke tiga dengan menghala dari George Town terus ke Seberang Perai Utara di mana terletaknya kawasan Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugur.", "Beliau menjelaskan bahawa perkampungan Melayu di dua kawasan Parlimen itu bakal diranapkan, namun agak susah kerana kedua-duanya kini dikuasai Perikatan Nasional (PN).", "Sehubungan itu, beliau menasihatkan anak muda supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Singapura dan Pulau Pinang, sekiranya DAP terus memerintah.", "“Penyelamatnya adalah ‘gelombang tsunami hijau’ dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.", "“Gelombang hijau harus menjadi realiti dan menumbangkan kerajaan DAP Pulau Pinang,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/muhyiddin-pm-ucap-takziah-kepada-keluarga-lima-pelajar-maut-nahas/
Muhyiddin, PM ucap takziah kepada keluarga lima pelajar maut nahas
[ "Nahas jalan raya yang meragut nyawa lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar serta insiden tanah runtuh di Janda Baik, Bentong, Pahang mendapat perhatian Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Ismail Sabri yang kini dalama lawatan kerja di Washington DC, Amerika Syarikat dalam catatan di Facebooknya menzahirkan rasa sedih menerima berita memilukan berhubung kematian lima pelajar USAS dalam nahas di KM245.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Kuala Kangsar, tengah malam tadi.", "Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap agar mereka tabah mengharungi dugaan itu", "“Didoakan jua agar roh mangsa dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.", "Lima mangsa yang maut apabila kereta dinaiki terbakar selepas terlibat kemalangan bersama dua treler dikenali sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23.", "Ismail Sabri turut meluahkan rasa simpati terhadap Keluarga Malaysia yang terlibat dalam tanah runtuh disebabkan kejadian kepala air di Janda Baik, semalam.", "Beliau berkata kerajaan akan memberi bantuan kecemasan RM1,000 kepada setiap keluarga terlibat, yang akan disampaikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama-sama Setiausaha Politik beliau.", "Sementara itu, Muhyiddin juga menzahirkan rasa sedih mendengar berita lima pelajar USAS yang terkorban dalam nahas jalan raya itu.", "“Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, Allahyarham Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, Allahyarham Iqbal Hasnun Halimi, Allahyarham Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz dan Allahyarham Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis.", "“Saya berdoa moga ahli keluarga mangsa kemalangan tabah dan bersabar dengan tragedi menyayat hati ini. Marilah kita sama-sama berdoa moga roh kesemua mangsa nahas jalan raya ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya dalam kenyataan malam ini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/perlis-labuan-sifar-kes-baharu-covid-19-semalam/
Perlis, Labuan sifar kes baharu Covid-19 semalam
[ "Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan kembali merekodkan sifar kes baharu Covid-19 semalam (Isnin, 10 Oktober 2022), lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.", "Kali pertama Perlis merekodkan jangkitan Covid-19 ialah pada 13 Mac 2020 dengan satu kes, berbanding negeri-negeri lain yang mencatat kes pertama seawal 25 Januari 2020.", "Sehingga semalam jumlah kumulatif positif Covid-19 di Perlis mencecah 18,498 kes, dengan 18,260 pesakit telah sembuh, termasuk tujuh yang pulih semalam. Sehingga kini 192 pesakit Covid-19 meninggal dunia di negeri itu, termasuk 24 kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).", "Sebanyak 46 kes masih aktif di Perlis, dengan 34 daripadanya menjalani kuarantin di rumah, manakala 12 pesakit dirawat di hospital. Tiada pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) atau ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC).", "Labuan juga kali pertama merekodkan kes Covid-19 adalah pada 13 Mac 2020 iaitu sebanyak dua kes. Semalam adalah hari kedua berturut-turut Wilayah Persekutuan itu tidak merekodkan sebarang kes baharu.", "Sehingga semalam jumlah kumulatif positif Covid-19 di Labuan adalah sebanyak 22,283 kes, dengan 22,107 pesakit telah sembuh, termasuk dua yang pulih semalam.", "Sembilan belas kes masih aktif di Labuan dengan semuanya menjalani kuarantin di rumah. Dalam tempoh itu juga seramai 157 pesakit Covid-19 meninggal dunia, termasuk 43 kes BID.", "Sementara itu, KKM juga memaklumkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam turun lagi kepada 1,241 kes, termasuk satu kes import, berbanding 1,453 yang dicatat pada Ahad.", "Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,856,217 kes, dengan 4,797,647 pesakit telah sembuh, termasuk 1,843 yang pulih semalam.", "Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 906 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 234 kes (penerima dua dos); 96 kes (individu tidak divaksinasi); dan lima kes (individu belum lengkap divaksinasi).", "Sementara itu data laman sesawang KKMNOW pula menunjukkan sehingga kini 22,167 kes masih aktif, turun lagi berbanding 22,772 kes yang dilaporkan sehingga Ahad.", "Daripada jumlah itu, 21,200 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (21,768 pesakit pada Ahad); 929 dirawat di hospital (967 Ahad); dan 38 pesakit dimasukkan ke ICU (37 Ahad), dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (22 Ahad).", "Tiada pesakit yang kini ditempatkan untuk menerima rawatan di PKRC.", "Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:", "Selangor – 543 (1,482,226);\nKuala Lumpur – 184 (440,798);\nSabah – 101 (396,128);\nJohor – 37 (394,257);\nSarawak – 39 (316,188);\nKedah – 30 (310,372);\nPulau Pinang – 63 (298,184);\nKelantan – 14 (254,096);\nPerak – 82 (229,089);\nNegeri Sembilan – 80 (222,937);\nPahang – 21 (177,814);\nMelaka – 25 (135,856);\nTerengganu – 10 (129,810);\nPutrajaya – 12 (27,681);\nLabuan – 0 (22,283); dan\nPerlis – 0 (18,498).", "Sementara itu, KKM juga melaporkan tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Tiada kes kematian BID dilaporkan.", "Ketiga-tiga kes kematian itu dilaporkan di Kedah, Perak dan Pulau Pinang.", "Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,403 kes, termasuk 7,741 kes BID." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/polis-tahan-bapa-tiga-kanak-kanak-buat-aksi-bahaya-dalam-kereta/
Polis tahan bapa tiga kanak-kanak buat aksi bahaya dalam kereta
[ "Polis menahan bapa kepada tiga kanak-kanak yang membuat aksi berbahaya dengan mengeluarkan separuh badan dari dalam kereta yang sedang bergerak dipercayai dirakam di Jalan Tambun di Ipoh, seperti yang tular dalam media sosial semalam.", "Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Sunway City di sini, pada 9.30 malam tadi.", "“Tindakan lelaki itu pada saya memang tidak bertanggungjawab kerana membenarkan kanak-kanak berkenaan mengeluarkan separuh badan dari kereta.", "“Kami juga akan memanggil ketiga-tiga kanak-kanak berusia empat, tujuh dan lapan tahun itu untuk membantu siasatan dan selepas kertas siasatan siap sepenuhnya kami akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dicadang dituduh di mahkamah,” katanya memetik laporan Bernama.", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sambutan Majlis Peringatan Hari Polis Ke-215 Tahun 2022 Peringkat Negeri Perak yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad di pekarangan Briged Utara, Pasukan Gerakan Am di Ulu Kinta di sini, hari ini.", "Katanya hasil semakan mendapati lelaki berkenaan yang ditahan sehingga esok, mempunyai 32 rekod kesalahan trafik.", "Semalam, Mior Faridalathrash berkata pihaknya mengesan video berdurasi seminit dua saat itu di laman Facebook memaparkan tiga kanak-kanak melakukan aksi berbahaya tersebut dalam sebuah kereta yang sedang bergerak di jalan raya.", "Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal." ]
https://www.agendadaily.com/politik/manifesto-perikatan-nasional-boleh-dilaksana-bukan-janji-kosong/
Manifesto Perikatan Nasional boleh dilaksana, bukan janji kosong
[ "Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan segala tawaran yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) PN, boleh dilaksanakan dan bukannya janji kosong.", "Beliau turut memberi contoh ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini langkah yang diambil bagi membantu rakyat dan sektor ekonomi, yang tidak menjadi manifesto apabila kerajaan PN mengambil alih mentadbir negara.", "“Ada orang bertanya saya bolehkah kita buat? Saya jawab boleh kenapa… kerana kita ada pengalaman. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya mempengerusikan Majlis Pekerjaan Negara.", "“Berapa lama saya jadi perdana menteri? Tak lama. Kita tetapkan sasaran untuk mewujudkan sejumlah 500,000 peluang pekerjaan baharu untuk tahun 2021.", "“Alhamdulillah pada akhir tahun 2021 sebanyak 558,000 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan iaitu melebihi daripada sasaran asal.", "“Saya percaya jika Perikatan Nasional diberikan mandat oleh rakyat, kita boleh buat… dan kita akan buat dengan cara yang lebih. Baik lagi, insya-Allah,” katanya berucap melancarkan PN BEST bertemakan “Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang” atau ‘PN BEST’ yang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran, di Shah Alam, malam ini (6 November 2022).", "Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata ketika pandemik Covid-19 melanda seluruh negara ramai rakyat yang hilang pekerjaan dan pada ketika itu beliau berfikir bahawa perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku.", "Oleh itu, katanya Kerajaan Perikatan Nasional ketika itu menyediakan dana berjumlah RM20.2 bilion dalam bentuk subsidi upah dan dana itu disalurkan kepada majikan-majikan supaya mereka dapat terus membayar gaji pekerja dan mengekalkan pekerja walaupun perniagaan mereka terpaksa ditutup.", "“Dengan inisiatif ini, Kerajaan Perikatan telah berjaya menyelamatkan lebih 163,000 syarikat dan tiga juta pekerjaan.", "“Bayangkan jika tiga juta pekerja hilang pekerjaan? Apa jadi kepada mereka dan keluarga mereka? Bolehkah mereka menyara hidup keluarga jika kehilangan sumber pendapatan? Jawapannya tentu sekali sukar.", "“Jadi, dengan inisiatif subsidi upah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional, ratusan ribu syarikat mendapat manfaat, jutaan pekerjaan dapat diselamatkan, dan jutaan ahli keluarga ada makanan di atas meja,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/akaun-fb-rasmi-mat-sabu-didakwa-digodam/
Akaun FB rasmi Mat Sabu digodam : Pejabat menteri
[ "Akaun Facebook rasmi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan telah digodam kira-kira jam 4 petang tadi.", "Perkara itu dimaklumkan Pejabat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam satu kenyataan.", "“…dan tidak dapat diakses oleh kesemua pentadbir akaun.", "“Pejabat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan kini sedang berusaha mendapatkan kembali akses ke akaun Facebook tersebut,” kata kenyataan itu.", "Dalam pada itu, pejabat menteri itu juga mengingatkan bahawa sebarang status atau kenyataan yang dimuat naik selepas siaran kenyataan media itu bukan daripada Mohamad Sabu mahupun pentadbir yang sah.", "Semakan ke akaun rasmi Mohamad Sabu ketika artikel ini ditulis mendapati tiada sebarang status mahupun kenyataan pelik dimuat naik setakat ini.", "Hantaran terakhir yang dimuat naik ialah jam 3.10 petang tadi berkenaan lawatan kerja Mohamad Sabu ke Kelantan yang mengunjungi projek lembu sado." ]
https://www.agendadaily.com/politik/pmx-gelabah-selepas-disaman-dr-mahathir/
PMX gelabah selepas disaman Dr Mahathir?
[ "Pertembungan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya masih tidak reda dan dijangka berterusan.", "Kenyataan Perdana Menteri (PMX) dalam program semalam yang memetik dua nama Tun dalam ceramahnya secara tidak langsung menunjukkan perlawanan politik sesama mereka masih tidak berakhir.", "Dalam ucapannya semalam, Anwar memetik nama Dr Mahathir dan rakannya, Tun Daim Zainuddin berhubung isu mengkayakan kroni dan sanak saudara semasa memegang kuasa dalam negara sebelum ini.", "PMX sekali lagi menggunakan perkataan ‘sakau’ yang kerap kali digunakan semasa kempen pilihan raya lalu untuk menyerang UMNO, bagaimanapun kali ini mengarahkan serangannya kepada dua individu negarawan tersebut.", "Walaupun sudah menjadi ketua kerajaan, nampaknya sengketa antara Anwar dengan dua Tun tersebut masih tidak dapat dilupakan apabila kenyataan kerasnya itu dilihat cuba mencari gaduh.", "Lebih menarik lagi, Anwar mengkritik Dr Mahathir selepas disaman RM150 juta bekas perdana menteri itu beberapa hari lalu kerana didakwa memfitnahnya dalam isu sama.", "Apakah PMX gelabah dengan tindakan saman dibuat Dr Mahathir terhadapnya sehingga terpaksa menyerang lawan tradisinya itu sekarang?", "Persoalannya kini, perlukah PMX menyerang Dr Mahathir dan Daim walaupun sudah berada di tampuk kuasa, apakah beliau merasakan masih tergugat dengan ancaman politik bakal dihadapinya?", "Melihat kepada ucapannya semasa majlis terbuka di Pulau Pinang pada Sabtu, orang ramai sendiri keliru kerana Anwar dilihat bercakap seperti seorang yang masih berada di sebelah blok pembangkang.", "Rakyat mengharapkan Anwar dapat membawa polisi dan dasar yang dapat menjaga kepentingan serta kebajikan mereka, bukannya mencari gaduh dengan semua orang.", "Tiada keperluan sebenarnya untuk PMX bergaduh dan mengungkit cerita lampau dengan Dr Mahathir mahupun dengan sesiapa kerana apa yang lebih penting adalah beliau mentadbir negara dengan baik dan perlu melupakan sengketa politik.", "Beberapa isu kebelakangan ini gagal dijawab dan dikendalikan dengan baik kerajaan campuran dipimpin PMX, malah isu kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) juga tidak diberikan penjelasan dengan baik.", "Malah, kerajaan campuran Madani masih kelam kabut untuk memberi penjelasan dengan baik kepada rakyat mengapa OPR dinaikkan, tetapi klip video tular PMX sebelum ini dalam mengulas kenaikkan OPR pula yang menjadi bualan orang ramai.", "Dalam video tular itu, Anwar semasa berada di sebelah pembangkang membidas kerajaan dalam isu kenaikan OPR kerana mendakwa langkah itu akan membebankan rakyat yang sudah berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.", "Malah, orang ramai masih ingat bagaimana Anwar sebelum ini membidas kerajaan kerana hanya mementingkan dan mahu mengkayakan pihak bank apabila tidak menyekat kenaikan OPR.", "Bagaimanapun, selepas menjadi kerajaan dan dilantik PMX, nampaknya Anwar juga masih gagal dalam menyekat kenaikan OPR dan memperlahankan inflasi yang terpaksa ditanggung rakyat ketika ini.", "Sudahlah rakyat tidak dibenarkan membawa keluar wang mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), disuruh pula mereka mencagarkan akaun mereka untuk meminjam dengan bank.", "Apakah PMX yang juga merangkap Menteri Kewangan memahami dan mengetahui apa yang sedang berlaku dengan kehidupan rakyat dibawah ketika ini?", "Rakyat tidak mahu melihat sandiwara mahu pun wayang pergaduhan politik, mereka mahu kehidupan mereka dibela dan kos sara hidup diturunkan.", "Pergaduhan politik antara Anwar dan Dr Mahathir sudah sepatutnya dinoktahkan kerana masa depan rakyat adalah lebih penting." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/permohonan-injunksi-zahid-terhadap-muhyiddin-didengar-8-ogos/
Permohonan injunksi Zahid terhadap Muhyiddin didengar 8 Ogos
[ "Permohonan injunksi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menghalang Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada terus mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan dia meminta bantuan untuk menyelesaikan atau menangguhkan perbicaraan kes jenayah dihadapinya, akan didengar pada 8 Ogos.", "Pendengaran permohonan injunksi sementara itu sepatutnya didengar hari ini, berkaitan kes saman fitnah difailkan Zahid terhadap Muhyiddin berhubung kenyataan dibuat bekas perdana menteri itu di perkarangan Pusat Pembelajaran Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3 pada 16 Februari lalu ketika kempen Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 di Mersing.", "Memetik Bernama, Peguam Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Zahid selaku plaintif ketika dihubungi berkata pendengaran itu dijadualkan semula kerana defendan (Muhyiddin) baharu memfailkan afidavit tambahan pada 6 Julai lalu.", "Menurutnya mahkamah juga memerintahkan Zahid untuk memfailkan afidavit balasan sebelum atau pada 22 Julai ini.", "“Pendengaran permohonan akan didengar pada 8 Ogos ini melalui aplikasi Zoom di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rozana Ali Yusoff,” katanya.", "Menerusi saman yang difailkan pada 4 April lepas, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memohon perintah injunksi secara ex-parte (sebelah pihak) supaya Muhyiddin atau wakilnya menarik balik kenyataan fitnah tersebut atau kenyataan fitnah serupa terhadapnya.", "Plaintif juga memohon perintah injunksi sementara untuk menghalang defendan, pegawai dan pembantunya serta ejen dan wakilnya daripada mengeluarkan, menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan fitnah berkenaan atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana wadah media sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter dan WhatsApp.", "Turut diminta adalah perintah injunksi sementara bagi mengarahkan defendan memadam, menyunting dan menghentikan penerbitan sebahagian rakaman video majlis itu yang mengandungi kenyataan memfitnah di dalam portal-portal berita dalam talian dan sosial media antaranya di Facebook profil “Perikatan Nasional”, YouTube Astro AWANI dan KiniTV.", "Selain itu, plaintif memohon perintah injunksi sementara mengarahkan defendan menulis kepada mana-mana penerbit, penyunting, pengendali dan pemilik portal-portal berita dalam talian atau platform media sosial yang menerbitkan kenyataan fitnah itu supaya memadam dan menghentikan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan.", "Zahid mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau menggunakan jalan pintas untuk menyelesai dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan, meminta pertolongan Muhyiddin untuk mencampuri urusan perbicaraan kes terbabit, mencampuri sistem kehakiman, mengarahkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor dan bukan pemimpin yang patut dihormati, diteladani serta disegani.", "Beliau mendakwa kenyataan-kenyataan fitnah itu adalah palsu, bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan nama baiknya.", "Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, faedah, serta perintah mengarahkan defendan menerbitkan permohonan maaf tidak bersyarat secara bertulis di surat khabar yang akan ditentukan plaintif selain menuntut kos dan lain-lain perintah difikirkan sesuai oleh mahkamah." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kemelut-politik-sabah-bukti-umno-tak-pernah-berubah-kata-wan-saiful/
Kemelut politik Sabah bukti UMNO tak pernah berubah, kata Wan Saiful
[ "Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan kemelut politik yang berlaku di Sabah menunjukkan UMNO sebenarnya tidak pernah berubah dengan masih mahu berebut kuasa demi kepentingan peribadi.", "Ketua Penerangan Bersatu itu berkata tindakan menarik sokongan terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu mengulangi insiden sama yang dilakukan UMNO terhadap mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "“Saya rasa ini adalah realiti sikap UMNO (pemimpinnya). Kita kena ingat semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin dulu siapa yang buat kacau (tarik sokongan) kalau bukan UMNO.", "“Di Sabah ketika ini, siapa yang tarik sokongan kalau bukan UMNO. Inilah realiti UMNO yang tidak menghormati perjanjian, rakus dalam merebut kuasa, namun kita harap penyelesaian terbaik akan dicapai,” katanya dipetik laporan BH hari ini.", "Kemelut politik Sabah bergolak selepas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin membawa parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan GRS dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada Jumaat lalu.", "Bagaimanapun, Langkah Kinabalu itu dilihat pincang dn gagal apabila lima ADUN UMNO dan tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) kekal memberi sokongan kepada Hajiji.", "Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengadakan pertemuan dengan Hajiji dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.", "Selepas pertemuan tersebut, Anwar menyatakan sokongan merestui agar Hajiji terus memimpin kerajaan negeri Sabah.", "Sebelum ini juga, Zahid mengetuai beberapa Ahli Parlimen UMNO-Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Muhyiddin sehingga terpaksa meletak jawatan kemudiaannya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/rekod-lagi-dua-hari-berturut-turut/
Rekod lagi, dua hari berturut-turut
[ "Negara sekali lagi mencatat rekod baharu jumlah jangkitan harian Covid-19 pada Jumaat (4 Mac 2022), tertinggi sejak rakyat Malaysia pertama disahkan positif virus SARS-CoV-2 yang berasal dari Wuhan, China, pada Januari 2020.", "Tatkala kes aktif kembali melonjak melepasi 300,000, sebanyak 33,209 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk 441 kes import, menjadikan kumulatif positif sebanyak 3,561,766 kes, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM).", "Jangkitan harian tertinggi sebelum ini direkodkan pada Khamis, 24 Februari lalu iaitu sebanyak 32,070 kes, namun pecah apabila 32,467 kes baharu direkodkan pada Khamis lalu (3 Mac 2022).", "Walaupun, kes terus melonjak tinggi KKM menyatakan ia tidak seteruk ketika kemuncak penularan varian Delta pada Julai dan Ogos tahun lalu, berdasarkan jumlah kemasukan ke hospital, ICU dan kadar kematian harian.", "Berdasarkan statistik laman sesawang CovidNOW kendalian KKM yang dikemas kini pagi ini, seramai 26,352 pesakit telah sembuh semalam menjadikan kumulatif pulih sebanyak 3,223,650.", "Sehingga kini sebanyak 305,010 kes aktif dilaporkan, meningkat berbanding 298,231 pada Khamis, dengan 292,696 pesakit menjalani kuarantin di rumah (286,097 Khamis); dan 3,442 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC), turun sedikit berbanding 3,456 pada Khamis.", "Seramai 8,524 pesakit pula dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut, meningkat tiga hari berturut-turut berbanding 7,542 pada Selasa, 8,182 (Rabu), dan 8,322 (Khamis).", "Sementara itu seramai 348 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), turun lagi berbanding 355 pada Khamis dan 360 (Rabu). Jumlah ini termasuk 211 daripadanya yang memerlukan alat bantuan pernafasan, meningkat berbanding 208 pada Khamis dan 194 pada Rabu.", "Data CovidNOW juga menunjukkan enam negeri merekodkan peningkatan kes harian, dengan Lembah Klang – Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya – kembali menjadi titik panas penularan Covid-19 di Malaysia.", "Jangkitan Covid-19 di Selangor semalam melonjak kepada 8,897 kes berbanding 8,053 pada Khamis, naik tiga hari berturut-turut, setelah merekodkan 6,494 pada Rabu dan 5,969 (Selasa).", "Selangor kini merekodkan kumulatif positif sebanyak 979,047 kes dengan 888,379 pesakit telah sembuh, 10,230 kematian dan 80,438 kes aktif.", "Daripada jumlah kes aktif itu seramai 78,516 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 361 ditempatkan di PKRC; 1,511 dimasukkan ke hospital; dan 50 dirawat di ICU, dengan 34 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Sehingga Jumaat 4,799,005 atau 94.8 peratus populasi di Selangor telah lengkap menerima vaksin Covid-19, 5,042,691 atau 99.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 3,783,462 atau 89.4 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.", "Kuala Lumpur pula merekodkan 4,105 kes baharu berbanding 2,881 kes pada Khamis, diikuti Pulau Pinang (2,592 kes baharu, 2,488 Khamis); Johor (2,359 kes baharu, 1,979 Khamis); Sarawak (1,333 kes baharu, 1,206 Khamis); dan Putrajaya (187 kes baharu, 135 Khamis).", "Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 4 Mac 2022." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-terowong-guan-eng-pembelaan-dakwa-tiga-saksi-tak-cakap-benar/
Kes terowong Guan Eng: Pembelaan dakwa tiga saksi ‘tak cakap benar’
[ "Pihak pembelaan dalam kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut hari ini (17 Januari 2023) mendakwa tiga saksi pendakwaan memberikan keterangan “tidak benar” yang dikaitkan dengan perbicaraan yang sedang berjalan dengan satu lagi kes mahkamah yang keputusannya telah dibuat.", "Peguam bela Gobind Singh Deo memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagaimana ketiga-tiga saksi – iaitu Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan dua rakannya, Ibrahim Sahari dan Azli Adam – telah memberi keterangan mahkamah yang membebaskan Guan Eng daripada menerima RM2 juta dalam bentuk rasuah.", "Gobind berkata ketiga-tiga saksi itu telah dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung kes penipuan RM19 juta terhadap ahli perniagaan Datuk Seri G Gnanaraja.", "Gnanaraja dituduh atas dakwaan memperdaya Zarul Ahmad supaya mempercayai bahawa dia boleh membantunya menutup siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Zarul Ahmad, yang dikaitkan dengan projek dasar laut yang sama.", "Gobind sebelum ini meminta mahkamah sama ada dia boleh memainkan dua rakaman video keterangan saksi di Shah Alam, sambil menyatakan bahawa perbualan WhatsApp antara Gnanaraja dan Zarul Ahmad juga akan menunjukkan bukti jelas saksi berbohong di mahkamah.", "“Dalam kes di Shah Alam, mereka memberikan keterangan berbeza. Mereka mengatakan ‘coklat’ dalam kes ini (di Kuala Lumpur) ditujukan untuk Lim Guan Eng tetapi di Shah Alam mereka berkata ia bukan untuk Lim Guan Eng,” kata Gobind.", "Sebelum ini, Zarul Ahmad memberi keterangan bagaimana istilah seperti ‘coklat’ digunakan untuk merujuk kepada rasuah wang tunai yang didakwa diberikan kepada Lim dan bagaimana sejumlah RM2 juta diberikan kepada Gnanaraja untuk disimpan semasa mesyuarat di Hotel Eastin, Petaling Jaya pada Ogos 2017.", "Semakan di laman web SPRM mendapati Gnanaraja dikenakan denda RM230,000 atas pertuduhan mengikut Seksyen 218 (1)(A) Akta Syarikat 2016, pada 23 Disember 2020. Pertuduhan itu adalah alternatif pengakuan bersalahnya dan bukan pertuduhan menipu.", "Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bangun membantah permintaan Gobind, sambil berhujah pihak pembelaan cuba memburukkan tiga saksi yang disebutkan di atas kerana mereka tidak hadir di mahkamah.", "Wan Shaharuddin juga membantah percubaan pihak pembelaan untuk mendapatkan afidavit mahkamah yang disediakan untuk kes Shah Alam, yang mengandungi perbualan WhatsApp antara Zarul Ahmad dan Gnanaraja.", "Beliau menegaskan perbualan WhatsApp tidak relevan dengan kes semasa terhadap Lim, yang menyebabkan Gobind mengecam pihak pendakwaan kerana cuba menangguhkan perbicaraan berhubung keengganan mereka mengemukakan dokumen itu walaupun perintah mahkamah dikeluarkan pada September tahun lepas.", "“Tetapi Yang Arif, apa yang paling memeranjatkan ialah maklum balas untuk kami membuat permohonan. Tetapi mengapa kita perlu membuat permohonan?", "“Tidak perlu permohonan kerana ada perintah mahkamah. Saya meminta arahan daripada mahkamah tetapi mereka belum memberikannya kepada kami,” kata Gobind.", "Wan Shaharuddin menjawab bahawa permohonan rasmi masih perlu kerana dokumen yang dicari bukan sebahagian daripada perbicaraan yang sedang dijalankan dan bebanan terletak pada pihak pembelaan untuk menunjukkan kaitannya.", "Terdahulu, pegawai penyiasat jabatan forensik SPRM Wan Mohd Firdaus Wan Yusof, dipanggil semula untuk pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan berhubung kebenaran perbualan WhatsApp antara Zarul Ahmad dan Gnanaraja.", "Wan Mohd Firdaus, yang juga saksi pendakwaan kelapan, bagaimanapun berkata beliau tidak mengetahui kandungan perbualan WhatsApp antara Zarul Ahmad dan Gnanaraja yang didakwa membebaskan Lim kerana pertukaran perbualan itu tidak dihasilkan secara keseluruhan semasa perbicaraan sedang berjalan.", "Lim, 61, menghadapi pertuduhan pindaan menggunakan jawatannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk meminta rasuah RM3.3 juta sebagai dorongan untuk membantu pemilik Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG), Zarul Ahmad, mendapatkan projek bernilai RM6, 341,383,702.", "Dalam pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta rasuah sebanyak 10 peratus daripada keuntungan daripada syarikat itu sebagai suapan untuk mendapatkan projek itu.", "Lim, yang merupakan bekas Setiausaha Agung DAP, menghadapi dua lagi pertuduhan menyebabkan dua bidang tanah bernilai RM208.8 juta, milik kerajaan Pulau Pinang, dilupuskan kepada dua syarikat yang dikaitkan dengan projek terowong dasar laut negeri itu.", "Perbicaraan bersambung esok." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/akibat-pandemik-covid-19-55-hotel-terpaksa-ditutup/
Akibat pandemik Covid-19, 55 hotel terpaksa ditutup
[ "Sebanyak 55 hotel ditutup sepenuhnya manakala 86 hotel ditutup sementara dari Mac 2020 hingga kini akibat pandemik Covid-19, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.", "Menurut laporan Bernama, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata hotel-hotel itu adalah hotel yang berdaftar dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan diiktiraf oleh MOTAC.", "Beliau berkata berikutan penutupan sepenuhnya dan sementara hotel-hotel terlibat, dianggarkan lebih 8,000 pekerja sektor perhotelan dibuang kerja.", "“Bagi menghidupkan semula aktiviti pelancongan dan kelangsungan pekerjaan sektor ini, pelbagai bantuan telah disediakan secara langsung menerusi pakej rangsangan ekonomi antaranya Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) serta Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) contohnya bantuan kewangan secara one-off (sekali beri) kepada penggiat industri.", "“Bantuan-bantuan lain seperti pelanjutan diskaun bil elektrik kepada penggiat industri, pengusaha hotel, pengendali taman tema dan sebagainya sehingga 31 Dis ini, pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan serta penangguhan pembayaran ansuran cukai dan skim subsidi upah,” katanya di Dewan Negara.", "Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Jefridin Atan berhubung jumlah hotel di negara ini yang terpaksa menutup operasi atau gulung tikar akibat pandemik Covid-19 dan bantuan yang diberikan MOTAC kepada pengusaha-pengusaha terlibat.", "Dalam pada itu, Santhara berkata sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi tujuan penyelenggaraan kemudahan atau infrastruktur pelancongan dengan 89 projek sedang dilaksanakan di bawah peruntukan itu di seluruh negara sehingga kini.", "Selain itu, beliau berkata melalui Belanjawan 2021, MOTAC juga diperuntukkan RM20 juta bagi menambah baik infrastruktur dan mempergiat promosi Kampung-kampung Budaya di empat negeri iaitu Terengganu, Melaka, Sarawak dan Negeri Sembilan.", "“Secara umumnya, MOTAC sentiasa bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan pelancongan sentiasa ditambah baik. Ini bagi membolehkannya menjadi tarikan kepada pelancong sekali gus menyumbang kepada peningkatan ekonomi penduduk setempat.", "“Projek penyelenggaraan dan naik taraf juga telah dilaksanakan di kawasan tumpuan utama dan popular bagi memastikan ketersediaan infrastruktur pelancongan di tahap yang optimum serta selamat dikunjung menjelang pembukaan sektor pelancongan kelak,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kartel-tender-rm3-8b-sprm-tangkap-pegawai-kanan-kerajaan/
Kartel tender RM3.8b: SPRM tangkap pegawai kanan kerajaan
[ "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki terbabit dalam sindiket kartel tender projek kerajaan, lapor Bernama, hari ini.", "Laporan itu memetik sumber SPRM yang mengatakan lelaki berusia 38 tahun di kediamannya di Ampang tengah malam tadi.", "“Lelaki itu dipercayai menerima rasuah sebanyak RM1.2 juta membabitkan empat kali transaksi pembayaran bagi membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek-projek kepada ketua sindiket kartel bagi memudahkan penyediaan dokumen tender.", "“Hasil risikan juga mendapati beliau dipercayai terlibat dalam kerja-kerja penyediaan Bill of Quantity (BQ) bagi projek-projek yang ditawarkan,” kata sumber.", "Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan namun enggan mengulas lanjut.", "Semalam, SPRM berjaya melumpuhkan sindiket kartel tender projek kerajaan dengan penahanan tujuh individu termasuk ketuanya dalam operasi yang dijalankan.", "Kesemua mereka dilaporkan memonopoli sejumlah 354 tender beberapa kementerian serta agensi kerajaan di seluruh negara melibatkan projek berjumlah RM3.8 bilion sejak 2014 hingga kini dan modus operandi sindiket dipercayai menggunakan lebih 150 syarikat bagi memasuki tender atau sebut harga di kementerian serta agensi terlibat." ]
https://www.agendadaily.com/politik/umno-tak-dibatal-pendaftaran-menteri-kdn-guna-seksyen-13-buat-keputusan-ikut-budi-bicara/
UMNO tak dibatal pendaftaran, Menteri KDN guna Seksyen 13 buat keputusan ikut budi bicara
[ "Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan UMNO dikecualikan daripada dibatalkan pendaftarannya, mengikut Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.", "Untuk rekod, Seksyen 13 Akta Pertubuhan adalah berkaitan pembatalan sesebuah pertubuhan dan menteri boleh membuat keputusan mengikut budi bicaranya.", "Dalam satu kenyataan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan keputusan dibuatnya berhubung usul tambahan yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak dipertandingkan pada pemilihan parti.", "“Merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO, Kementerian berdasarkan Seksyen 70, Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] telah memutuskan untuk member pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1) (c)(iv) Akta 832 kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti UMNO akan datang,” kata kenyataan media itu.", "Saifuddin berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti ketetapan yang dibuat oleh perhimpunan itu daripada setiausaha Agung UMNO pada 3 Mac 2023.", "Isu berhubung usul tersebut hangat diperkatakan selepas Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan menerbitkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang meluluskan usul tambahan parti itu agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini.", "Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa Zahid mendedahkan surat itu kerana menurutnya terdapat laporan media yang bercanggah.", "Pada 20 Jan lalu, dua ahli UMNO memfailkan notis bantahan kepada RoS berhubung ketetapan untuk tidak mempertandingkan dua jawatan itu yang didakwa tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kadar-opr-kekal-pada-3-peratus-menjelang-prn-tak-lama-lagi/
Kadar OPR kekal pada 3 peratus menjelang PRN tak lama lagi
[ "Kadar dasar semalaman (OPR) kekal pada 3.00 peratus selepas diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.", "Keputusan luar jangka untuk mengekalkan kadar OPR tersebut dibuat menjelang enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada Ogos nanti.", "Menurut MPC, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.", "MPC katanya akan terus menilai bahawa risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan adalah terhad.", "“MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa dan akan terus memantau data baharu bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.", "“MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mapan dalam keadaan harga yang stabil,” katanya dalam satu kenyataan.", "BNM berkata, ekonomi global terus berkembang didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh.", "Walaubagaimanapun katanya, pertumbuhan global terus terjejas disebabkan oleh inflasi teras yang berlarutan dan kadar faedah yang lebih tinggi.", "Bank pusat berkata, pertumbuhan bagi bulan ke hadapan 2023 akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan.", "Perbelanjaan isi rumah katanya terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, terutamanya dalam sektor berorientasikan dalam negeri.", "Katanya, ketibaan pelancong bertambah dengan stabil dan dijangka terus meningkat lantas menggiatkan aktiviti berkaitan pelancongan.", "“Aktiviti pelaburan akan disokong oleh projek infrastruktur berbilang tahun yang terus dilaksanakan.", "“Keadaan kewangan domestik juga terus kondusif untuk pengantaraan kewangan berikutan pertumbuhan kredit yang berterusan,” katanya.", "Mengulas lanjut, BNM berkata, prospek pertumbuhan bergantung kepada risiko pertumbuhan menjadi perlahan yang berpunca daripada pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan.", "Risiko pertumbuhan katanya menjadi lebih tinggi pula berpunca terutamanya daripada faktor dalam negeri seperti aktiviti pelancongan yang lebih kukuh daripada jangkaan serta pelaksanaan projek yang lebih pantas.", "Inflasi keseluruhan juga katanya terus menurun berikutan faktor kos yang lebih rendah.", "Katanya, walaupun inflasi teras turut menjadi sederhana, inflasi tersebut kekal tinggi berbanding dengan purata jangka panjang berikutan faktor permintaan dan kos yang berlarutan.", "Inflasi keseluruhan dan inflasi teras bagi separuh kedua 2023 katanya diunjurkan lebih rendah namun pada amnya adalah mengikut jangkaan.", "“Risiko terhadap prospek inflasi terus sangat dipengaruhi oleh inflasi teras yang berlarutan, perubahan dasar dalam negeri mengenai subsidi dan kawalan harga serta perkembangan harga komoditi global dan pasaran kewangan,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/media-sosial-buka-peluang-curang/
Media sosial buka peluang curang
[ "Alasan kesunyian, bosan dengan pasangan, stres dan diabaikan pasangan menjadi alas an bagi pasangan yang curang tanpa mengira jantina dan status perkahwinan mereka.", "Dengan wujudnya pelbagai aplikasi media sosial pada hari ini memudahkan golongan ini mencari pasangan baharu.", "Akhirnya, rumah tangga yang dibina selama berpuluh-puluh tahun bagaikan retak menanti belah. Ada yang bertunang, boleh putus begitu sahaja.", "Pun begitu tidak dinafikan, ramai juga yang bertemu jodoh dalam laman sosial, malah ada yang berjaya sampai ke jinjang pelamin.", "Banyak aplikasi telah melancarkan serta menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk penggunanya menjalinkan hubungan kekasih dan tidak terkecuali yang menjadikan ia sebagai jodoh online yang ‘berstatus halal’.", "Ia direka dengan memanfaatkan status berjuta pengguna laman sosial yang belum berpunya dan semakin mendapat tempat juga dalam kalangan pengguna Muslim.", "Lebih 200 juta netizen yang berstatus masih ‘single’ menjadikan platform media sosial sebagai kaedah mencari pasangan di seluruh dunia.", "Pembekal aplikasi ‘online dating’ pula berkeyakinan bahawa perkhidmatan ini dicipta bagi melahirkan hubungan kekasih untuk jangka masa panjang dan bukannya untuk berseronok.", "Kalau digunakan ke jalan yang betul dan selamat serta mempunyai adab serta sikap bertanggungjawab, rasanya mereka yang betul-betul bujang, bapa tunggal, ibu", "Dalam pada itu, Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh berkata, biasanya perbuatan suami terdedah apabila isteri masing-masing memeriksa telefon bimbit mereka. Walaupun segala perbualan telah dipadam, pasangan mereka mampu lagi mengesan bukti di dalamnya (telefon bimbit).", "“Apabila mereka hadir me­nemui saya, antara alasan yang biasa diterima adalah isteri tidak melayan mereka lagi seperti biasa, menyebabkan dia berasa kesunyian. Jadi menerusi media soal, suami ini akan mula mencari wanita lain,” katanya.", "Hushim berkata, kira-kira tiga pasangan warga emas me­nemuinya dalam seminggu bagi mendapatkan kaunseling dan daripada jumlah yang hadir berkenaan, kira-kira 80 peratus berjaya disedarkan dan menyelamatkan rumah tangga masing-masing.", "“Ada dalam kalangan warga emas ini hadir kerana diminta oleh anak-anak. Sudah tentulah mereka tidak mahu menanggung malu akibat daripada perbuatan bapa yang curang dengan ibu.", "“Suami yang curang ini pula kebanyakannya berduit. Jadi pangkat dan harta turut memainkan peranan dalam masalah tersebut, selain usia wanita ditemui mereka yang lebih muda,” katanya.", "Tambah Hushim, ada dalam kalangan isteri yang memilih untuk tinggal di rumah orang tua kerana merajuk dengan tindakan suami berkenaan.", "“Golongan isteri ini akan meminta untuk dimasukkan ke rumah orang tua kerana baginya, di sana dia mampu mendapatkan ketenangan diri. Di sana ada rakan-rakan yang boleh meluangkan masa dengannya,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/39-mp-lompat-parti-sejak-2018/
39 MP lompat parti sejak 2018
[ "Seramai 39 Ahli Parlimen di negara ini telah melompat parti sejak 2018 sehingga kini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.", "Katanya tindakan melompat parti juga telah membawa kepada ketidakstabilan politik negara malah negara telah menyaksikan pertukaran tiga orang Perdana Menteri dalam satu penggal Parlimen, lapor Bernama.", "“Ini tidak mendatangkan kestabilan politik di negara kita, apabila politik tidak stabil maka ekonomi juga sukar dijaga dan semasa kita berhadapan dengan COVID-19 ini (ketidakstabilan) jadi masalah besar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Projek Benteng Muara Tebas di Dewan Kampung Muara Tebas, di sini, hari ini.", "Oleh sebab itu Wan Junaidi menjelaskan kerajaan telah merangka Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti 2022 yang mengambil masa selama lima bulan.", "“Pada peringkat ini ada tidak bersetuju dan ada yang bersetuju (dengan RUU terbabit) tapi jika Jemaah Menteri bersetuju pada 6 (April) nanti, satu persidangan khas telah ditetapkan pada 11 April (ini) bagi kita bahaskan RUU itu,” katanya.", "Pada 24 Mac lalu, Wan Junaidi memaklumkan keputusan Perdana Menteri supaya satu Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membentangkan rang undang-undang itu yang akan diadakan pada 11 April ini.", "Namun, ia tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan pada 6 April ini, katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/hina-nabi-dragonforce-malaysia-godam-serang-70-laman-web-india/
Hina Nabi: Dragonforce Malaysia godam, serang 70 laman web India
[ "Kumpulan penggodam Malaysia, dikenali sebagai Dragonforce Malaysia, melancarkan serangan siber ke atas hampir 70 laman web kerajaan dan portal swasta di India pada Ahad.", "Kumpulan itu, menurut Times of India, menggodam laman web rasmi kedutaan India di Israel dan Institut Pengurusan Pelanjutan Pertanian Nasional dan Institut Sains, Nagpur serta portal Sekolah Awam Delhi.", "Di negeri Maharashtra sahaja, kumpulan itu merosakkan lebih daripada 50 laman web.", "Serangan itu dipercayai sebagai tindakan balas terhadap kenyataan menyinggung yang dibuat oleh jurucakap Parti Bharatiya Janata (BJP), Nupur Sharma, terhadap Nabi Muhammad SAW.", "Komen Nupur itu mencetuskan gelombang bantahan diplomatik beberapa negara dan institusi Islam termasuk Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Malaysia, Indonesia dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).", "BJP telah menggantungnya dan memecat jurucakap parti lain, Naveen Jindal, berikutan ketegangan diplomatik itu.", "Times of India melaporkan bahawa kumpulan penggodam itu juga menghantar mesej teks dan audio yang berbunyi “Untuk kamu adalah agama kamu dan untuk saya adalah agama saya.”", "Ini, bagaimanapun bukan kali pertama Dragonforce Malaysia melancarkan penggodaman besar-besaran ke atas laman web asing.", "Penggodam yang terkenal itu, pada Mei 2021, menggodam pelbagai rangkaian CCTV Israel, milik agensi kerajaan dan rumah peribadi.", "Sebulan kemudian, kumpulan itu menggodam pangkalan data sebuah syarikat pengambilan pekerja Israel, Academe, dan membocorkan butiran peribadi ratusan ribu pelajar Israel dalam talian.", "Berikutan serangan siber mereka baru-baru ini ke atas India, kumpulan itu menyiarkan mesej di laman utamanya yang berbunyi: “ia adalah operasi khas terhadap penghinaan Nabi kita Muhammad”." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/khairuddin-menang-kes-penahanan-tak-sah-dibayar-ganti-rugi-rm300000/
Khairuddin menang kes penahanan tak sah, dibayar ganti rugi RM300,000
[ "Bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berjaya memenangi kesnya berhubung penahanan tidak sah mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) pada 2015.", "Khairuddin akan dibayar ganti rugi sebanyak RM300,000 selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan penahanannya di Penjara Sungai Buloh selama 60 hari itu dibuat menyalahi undang-undang.", "Perintah tersebut dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi, Quay Chew Soon hari ini kepada Khairuddin yang juga Pengerusi Parti Pejuang Wilayah Persekutuan.", "Bagaimanapun, Chew Soon menolak dakwaan Khairuddin bahawa kerajaan membuat pendakwaan berniat jahat terhadapnya.", "Pada Mei 2018, Khairuddin selaku plaintif memfailkan saman terhadap lapan defendan susulan penahanan dan pendakwaannya mengikut SOSMA.", "Defendan pertama hingga keempat adalah dua pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman iaitu Asisten Superintenden Wan Aeidil Wan Abdullah, Asisten Superintenden C Muniandy, Superintenden Habibi Majinji selaku Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan juga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.", "Turut dinamakan adalah Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud; Peguam Kanan Persekutuan, Awang Armadajaya Awang Mahmud; bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan kerajaan Malaysia, selaku defendan kelima hingga kelapan.", "Khairuddin mendakwa ditahan pihak berkuasa pada 18 September 2015 mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan sebelum dibebaskan pada 23 September, tetapi ditahan semula mengikut SOSMA.", "Dia kemudian dituduh di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 124L SOSMA atas dakwaan cuba sabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.", "Secara keseluruhan, plaintif ditahan selama 60 hari di Penjara Sungai Buloh dan pada 12 Mei 2017, mahkamah dimaklumkan pihak pendakwaan tidak akan meneruskan kes itu terhadap plaintif sebelum Khairuddin dilepas serta dibebaskan daripada pertuduhan." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/servis-rohani-perkasa-jasmani-perkukuh-perpaduan/
Servis rohani, perkasa jasmani, perkukuh perpaduan!
[ "Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kita masih berpeluang untuk melalui bulan Ramadhan al-Mubarak 1442H pada tahun ini.", "Seruan Allah untuk berpuasa di bulan Ramadhan adalah khusus untuk orang yang beriman bagi mencapai darjat yang lebih tinggi sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini iaitu daripada seorang muslim yang beriman kepada seorang mukmin yang bertaqwa.", "Seruan kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan ini meliputi semua umat manusia yang beriman merentasi batas kaum, warna kulit, kaya, miskin atau ideologi politik. Apabila kita beriman dan menyahut kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan ini, kita dapat lihat kebersamaan umat Islam di seluruh negara dan seluruh dunia.", "Kita menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa pada waktu yang sama dan berbuka puasa pada waktu yang sama.", "Inilah diantara hikmah berpuasa ke atas orang-orang yang beriman. Kita dapat lihat umat Islam itu lebih ramai dah lebih luas merentasi batas negara, mazhab dan parti politik semata-mata.", "Inilah semangat Penyatuan Ummah yang diperjuangkan oleh PAS. Usaha perpaduan dalam kalangan umat Islam di atas aqidah yang satu, dan cara hidup Islam yang satu.", "Penyatuan ke arah melaksanakan syariat secara sepenuhnya sehingga ke peringkat bernegara dan menolak gerakan yang anti Syariat Islam, melampau di dalam perkauman sempit dan khianat amanah kuasa politik demi kepentingan kelompok serta individu-individu tertentu.", "Bulan Ramadhan juga adalah bulan madrasah tarbiah untuk umat Islam ‘reset’ iman dan akhlak. Di bulan Ramadhan ini, pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka, syaitan dirantai dan pahala bagi setiap amalan dilipat gandakan.", "Bulan Ramadhan telah mempersiapkan kepada kita semua umat Islam satu suasana yang kondusif (Bia’h Solehah) ibarat sebuah inkubator untuk umat Islam muhasabah kembali dan ‘reset’ cara hidup yang telah rosak selama 11 bulan sebelum ini kepada cara hidup Islam yang lebih berdisiplin bermula daripada kita bangun tidur sehingga kita melelapkan mata kembali.", "Selain itu, bulan Ramadhan juga memupuk semangat bermuafakat dalam kalangan umat Islam iaitu dengan saling mengenali, memahami serta bantu membantu dalam sesama kita umat Islam.", "Dengan berpuasa kita dapat merasai keresahan serta kesusahan umat Islam lain yang tidak berkemampuan untuk makan setiap waktu sepertimana kita pada hari kebiasaan.", "Di bulan inilah kita dapat hayati keperitan hidup mereka yang dibuang kerja kerana Covid-19, terpaksa gulung tikar kerana Covid-19, terpaksa mencatu makanan demi anak-anak, dan terpaksa buat 3 kerja demi menyara keluarga.", "Alhamdulillah di bulan Ramadhan ini kita digalakkan untuk bersedeqah dan diwajibkan membayar zakat agar kita semua dapat merasai keperitan hidup mereka (dengan berpuasa) serta berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.", "Inilah hikmah disebalik Ramadhan yang mesti difahami oleh kita semua. Ramadhan bukan semata-semata bulan kita tidak boleh makan dan tidak boleh minum. Ia lebih luas daripada itu dan bersifat ‘upgrade’ yang holistik kepada setiap muslim yang beriman dari sudut zahir dan batin.", "Bulan Ramadhan adalah bulan taqwa, bulan keampunan, bulan ibadah, dan bulan perjuangan.", "Akhir kata, saya berharap agar kita dapat menghayati dan menghargai setiap detik madrasah tarbiah Ramadhan yang kita lalui bermula daripada hari ini sehingga ke akhirnya.", "Semoga Allah menerima segala amalan kita dan berjaya beroleh martabat taqwa di sisi Allah SWT.", "Senator Ir Khairil Nizam Khirudin\nAhli Dewan Negara" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/hamzah-tidak-tahu-ros-hantar-surat-kepada-pkr/
Hamzah tidak tahu RoS hantar surat kepada PKR
[ "Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini berkata beliau tidak mengetahui bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah memanggil PKR berhubung aduan yang diterima berkaitan pemilihan dalaman parti itu.", "Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) beroperasi secara bebas.", "“Adakah mereka? Jika ia benar maka ia adalah berita kepada saya,” katanya kepada pemberita di sini", "“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami di KDN hanyalah pengawas. Apa yang mereka putuskan itu adalah kuasa mereka,” tambahnya.", "Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu menerima surat daripada RoS meminta penjelasan berhubung pemilihan parti itu baru-baru ini yang mengalami pelbagai krisis, termasuk pengundian.", "Surat daripada RoS itu sedang diuruskan oleh peguam parti, katanya.", "Menurut Saifuddin beliau bimbang PKR mungkin menghadapi masalah dengan RoS – sama seperti yang berlaku kepada DAP pada 2013 dan MIC pada 2015 – dan beliau akan memastikan tugas terakhirnya sebagai setiausaha agung adalah untuk mempertahankan parti.", "Hamzah sebelum ini menafikan dakwaan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri boleh mempengaruhi RoS untuk memaksa UMNO mengadakan pemilihan parti.", "Mei lalu, Perhimpunan Agung Khas UMNO meminda perlembagaannya supayapemilihan parti itu mesti diadakan hanya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) selesai. Pindaan itu masih menunggu kelulusan RoS.", "Terdapat spekulasi bahawa pengawal selia akan mengisytiharkan pindaan itu tidak sah dan memaksa UMNO mengadakan pemilihannya tahun ini. Sekiranya itu berlaku, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mungkin berdepan cabaran untuk jawatan itu.", "Rabu lalu, Hamzah berkata RoS berhak membuat keputusan secara bebas berhubung permohonan UMNO untuk meminda perlembagaan parti." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/omicron-indonesia-catat-kes-pertama-penularan-tempatan/
Omicron: Indonesia catat kes pertama penularan tempatan
[ "Indonesia hari ini melaporkan kes pertama penularan tempatan varian Omicron, selepas seorang lelaki berusia 37 tahun, penduduk Medan, Sumatera Utara, diuji positif ketika melakukan perjalanan ke Jakarta bersama isterinya.", "Lelaki itu, yang setakat ini tidak menunjukkan sebarang gejala, kini dirawat di Hospital Penyakit Berjangkit Sulianto Saroso di Jakarta Utara untuk penilaian dan pemerhatian lanjut, kata jurucakap Kementerian Kesihatan (Covid-19), Dr Siti Nadia Tarmizi menerusi taklimat media dalam talian pada Selasa, 28 Disember 2021.", "Menurutnya, lelaki itu, yang diuji positif pada 20 Disember selepas ujian polymerase chain reaction (PCR), disahkan dijangkiti varian Omicron pada 27 Disember setelah ujian penjujukan genom penuh dilakukan.", "Dia telah melawat pusat beli-belah popular di daerah pusat perniagaan Jakarta dan tinggal di sebuah apartmen di Jakarta Utara.", "“Dia melakukan banyak aktiviti sebelum diuji positif. Kami sedang menjalankan pengesanan kontak rapat, 14 hari terkebelakang iaitu sebelum 20 Disember lalu. Kami akan menguji individu di restoran yang dia lawati, dan apartmen yang dia tinggal,” kata Dr Siti Nadia.", "Indonesia setakat ini melaporkan 47 kes Omicron, dan yang terbaharu itu adalah kes pertama penularan dalam komuniti.", "Lelaki itu tidak mempunyai rekod perjalanan ke luar negara atau menjadi kontak rapat kepada individu yang pulang dari luar negara.", "Dia sebelum ini menolak untuk dipindahkan dari apartmen yang didiaminya, menurut Dr Siti Nadia.", "Katanya, lelaki itu sering ke Jakarta bersama isterinya, yang didapati negatif dan kedua-duanya tiba di Jakarta pada 6 Disember lalu.", "“Kes pertama penularan dalam komuniti ini mendorong kami untuk memperketatkan protokol kepada pengembara domestik, kerana mobiliti berpotensi membawa kepada lonjakan kes, terutamanya menjelang cuti akhir tahun,” kata Dr Siti Nadia.", "“Kami perlu memastikan pengembara yang menggunakan semua mod pengangkutan telah divaksin sepenuhnya dan telah (sekurang-kurangnya) menguji antigen negatif sebelum berlepas,” tambahnya. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/spr-terima-notis-bubar-dun-bincang-tarikh-prn-melaka/
SPR terima notis bubar DUN, bincang tarikh PRN Melaka
[ "Notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dihantar Speaker, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sudah diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.", "Perkara itu disahkan Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dan pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan berhubung notis tersebut serta menjelaskan berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, Pilihan Raya Negeri akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.", "“SPR akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya itu. Tarikh mesyuarat akan dimaklumkan kemudian,” katanya hari ini.", "Awal hari ini, Ab Rauf berkata Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam berkenan membubarkan DUN berkuat kuasa semalam.", "Semalam, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO, Bersatu dan seorang Bebas mengumumkan hilang kepercayaan, sekali gus menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.", "ADUN tersebut adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/isu-kalimah-allah-umno-akan-bangkitkan-dalam-mesyuarat-kabinet-azalina/
Isu kalimah Allah, UMNO akan bangkitkan dalam mesyuarat Kabinet: Azalina
[ "UMNO mahu membangkitkan isu penggunaan kalimah Allah pada mesyuarat Kabinet esok.", "Ketua Penerangannya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata UMNO akan terus berjuang untuk mempertahankan Islam walaupun sudah berada dalam kerajaan campuran yang terdapat DAP, selari dengan Perlembagaan Persekutuan.", "“UMNO akan kekal terus berjuang menegak dan mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.", "“Menteri UMNO akan membangkitkan perkara ini untuk dibincangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada esok hari,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.", "Tegasnya, semua menteri UMNO akan membangkitkan perkara ini supaya dapat dibincang pada peringkat Jemaah Menteri.", "Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, isu penggunaan kalimah Allah perlu dikendalikan dengan cermat, memandangkan ia menyentuh sensitiviti agama, kebebasan beragama serta keharmonian rakyat pelbagai kaum.", "“Dalam hal ini, penelitian yang lebih mendalam diperlukan untuk menangani isu ini secara adil dan saksama kepada semua pihak terbabit.", "“Penyelesaian yang menyeluruh perlu dibincang dan dicapai, termasuk pendekatan perundangan yang kukuh, merangkumi rujukan perkara ini ke Mahkamah Persekutuan, selain pendekatan bukan perundangan,” katanya.", "Semalam dan hari ini, pelbagai pihak terus mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.", "Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.", "Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/robert-kuok-terkaya-di-malaysia-laporan-forbes/
Robert Kuok terkaya di Malaysia: Laporan Forbes
[ "Taikun gula, Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai individu paling kaya di Malaysia.", "Menurut laporan media, Kuok tersenarai dalam Hartawan Dunia Forbes 2023 dengan jumlah kekayaan berjumlah AS$11.8 bilion (RM51.88 bilion).", "Tokoh korporat itu menduduki tempat ke-146 sebagai antara individu paling kaya di dunia.", "Kekayaan anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu diperoleh hasil daripada perniagaan berasaskan gula seperti penanaman tebu di Perlis, kilang penapisan gula dan pengilangan tepung serta turut melibatkan diri dalam perniagaan dalam sektor kewangan, perhotelan serta pengangkutan.", "Pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan pula menjadi individu kedua terkaya di negara ini apabila berada pada kedudukan ke-179, dengan nilai kekayaan AS$10.1 bilion (RM44.41 bilion).", "Bilionair dan tokoh korporat terkenal, Ananda Krishnan pula menjadi individu ketiga terkaya di Malaysia dan berada dalam kedudukan ke-511 terkaya dunia dengan kekayaan bernilai AS$5.2 bilion (RM22.86 bilion).", "Sementara itu, Pengasas LVMH yang juga warga Perancis, Bernard Arnault menjadi orang terkaya di dunia berdasarkan senarai berkenaan dengan nilai kekayaan bernilai AS$211 bilion (RM927.77 bilion).", "Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan Twitter, Elon Musk pula menduduki tempat kedua dengan kekayaan bernilai AS$180 bilion (RM791.46 bilion).", "Jeff Bezos pula menempatkan diri sebagai individu ketiga paling kaya di dunia, dengan kekayaan bernilai AS$114 bilion (RM501.26 bilion)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mustapa-nafi-seleweng-dana-umno-tak-terima-tekanan-sertai-bersatu/
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
[ "Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan beliau menyeleweng peruntukan Badan Perhubungan UMNO Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018 lalu.", "Serentak itu, beliau juga menafikan bahawa penyertaannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertujuan mengelak siasatan oleh pihak berkuasa, sebagaimana didakwa oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika perbicaraan kesnya semalam.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu berkata semua dana parti diuruskan mengikut garis panduan termasuk dana untuk pilihan raya.", "Malah, beliau berkata, dana itu diuruskan jawatankuasa berkenaan di peringkat Badan Perhubungan.", "“Saya merujuk kepada laporan media mengenai perbicaraan di Mahkamah Tinggi membabitkan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuat kenyataan saya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada masa itu, menyeleweng peruntukan kepada Badan Perhubungan UMNO Kelantan sebelum PRU-14.", "“Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan Zahid bahawa saya telah menyeleweng peruntukan yang disalurkan kepada UMNO Kelantan, ” katanya dalam kenyataan petang ini.", "Mustapa berkata selepas PRU-14, beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa sebanyak dua kali, iaitu pada akhir tahun 2018 dan pada awal tahun 2019.", "Katanya beliau dipanggil memberi keterangan mengenai perkaraperkara berikut:", "i) Sebagai bekas Ahli Jemaah Menteri, saya diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan minit Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai projek Trans Sabah Gas Pipeline; dan", "ii) Sebagai bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, saya telah memberi keterangan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan dana yang dimasukkan ke dalam akaun Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang didakwa diperolehi daripada sumber 1MDB.", "Mustapa berkata kenyataan Zahid pernah dibangkitkan oleh beberapa pihak sebelum ini, namun SPRM telah menafikan perkara itu pada 20 September 2018 manakala Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada masa itu telah memberi penjelasan mengenai pengurusan dana PRU-14 pada 16 Januari 2019.", "“Tuduhan-tuduhan seumpama ini berniat untuk mencemarkan reputasi saya sebagai Ahli Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen.", "“Saya tidak pernah menerima tekanan daripada mana-mana pihak untuk menyertai Bersatu dan tidak pernah menyeleweng dana Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan bagi PRU-14.", "“Saya bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/bakal-jemaah-haji-akan-diberi-dos-pfizer-astrazeneca-khairy/
Bakal jemaah haji akan diberi dos Pfizer, AstraZeneca: Khairy
[ "Bakal jemaah haji yang belum menerima suntikan vaksin Sinovac akan diberi dos Pfizer atau AstraZenica sebagaimana dikehendaki Kerajaan Arab Saudi bagi mana-mana individu yang mahu masuk ke negara itu.", "Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata beliau juga sudah meminta nasihat pakar sama ada boleh atau tidak individu yang menerima dos pertama Sinovac menerima suntikan Pfizer bagi dos kedua.", "“Kalau untuk jemaah haji yang belum menerima vaksin… untuk Tabung Haji kita akan beri Pfizer. Kita akan berbincang dengan Arab Saudi untuk memberi kelonggaran kepada penerima Sinovac.", "“Saya juga telah minta nasihat daripada jawatankuasa pakar kita sekiranya seseorang disuntik dengan Sinovac boleh disuntik lagi dengan Pfizer, itu pun belum terima jawapan,” katanya.", "Beliau berkata, kerajaan juga akan berbincang dengan Riyadh untuk membenarkan rakyat Malaysia yang menerima vaksin Sinovac untuk mengerjakan haji dan umrah.", "Sesetengah negara katanya hanya meluluskan vaksin tertentu seperti China hanya menerima Sinovac, negara-negara di bawah Kesatuan Eropah pula hanya menerima Pfizer, sementara Arab Saudi menerima Pfizer dan AstraZeneca.", "“Bagaimana kita hendak melakukannya jika hendak mengembara nanti? Apakah kita harus menyuntikkan semuanya vaksin itu? Adakah itu selamat?,” soal beliau.", "Mengenai Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Khairy berkata kerajaan menyasarkan untuk menjadikan 1,000 klinik dan hospital swasta sebagai sebelum akhir bulan depan.", "Katanya, langkah itu akan membolehkan kerajaan mencapai sasaran pemberian kira-kira 40,000 dos sehari, tertakluk kepada bekalan vaksin.", "“Ini sasaran kita untuk klinik (dan hospital) swasta, tertakluk kepada bekalan vaksin. Sebelum ini klinik dan hospital swasta tidak perlu terlibat dengan PICK sebab bekalan vaksin tidak banyak.", "“Sehingga kini 1,800 klinik swasta daripada 2,500 hospital swasta telah menjalani latihan bersama ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sebelum membuka PPV masing-masing,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/prn-enam-negeri-dijangka-julai/
PRN enam negeri dijangka Julai
[ "Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menjangkakan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri yang tidak menyertai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November tahun lalu, akan diadakan pada Julai depan.", "Enam negeri terbabit ialah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.", "Media sebelum ini melaporkan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri berkenaan akan mengadakan perbincangan minggu depan, yang dijangka menjurus kepada penetapan tarikh untuk diadakan PRN secara serentak di enam negeri.", "Aminuddin berkata, itu adalah ramalannya dengan mengambil kira pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, pada 1 Jun depan.", "“Ramalan saya PRN akan diadakan pada Julai. Itu ramalan saya seorang. Namun saya akan bincangkan perkara ini minggu depan bersama dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri membabitkan enam negeri bagi menentukan tarikh (PRN), insya-Allah.", "“Kita berharap dapat menentukan tarikh pilihan raya ini bersama,” katanya ketika menyampaikan ucapan khas sempena Konvensyen Tahunan DAP Negeri Sembilan Kali Ke-21 di Seremban, hari ini (19 Februari 2023), menurut BH.", "Sebelum ini, Aminuddin memaklumkan DUN Negeri Sembilan akan dibubarkan pada 1 Jun tahun ini.", "Pada sidang media selepas majlis perasmian konvensyen berkenaan, Aminuddin berkata, beliau akan beri pandangan supaya tiada berlaku pertindihan tarikh PRN antara negeri terbabit.", "Mengenai rundingan dengan rakan kerjasama Barisan Nasional (BN) negeri bagi menghadapi PRN, Aminuddin berkata, pihaknya akan mengatur pertemuan dengan kepemimpinan BN/UMNO agar perundingan itu dapat dijalankan.", "Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, berkata perundingan itu penting sebelum perkara berkenaan dapat dibawa ke peringkat Majlis Presiden PH." ]
https://www.agendadaily.com/politik/tak-jawab-tuduhan-nazri-zahid-bersimpati-dengan-nasib-jurujual-kereta/
Tak jawab tuduhan Nazri, Zahid bersimpati dengan nasib jurujual kereta
[ "Selepas dikecam hebat dengan dilabel ‘balaci’ oleh rakan senior parti, Datuk Seri Nazri Aziz, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih tidak menjawab berhubung kritikan yang mendakwanya dalang dalam usaha menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.", "Sebaliknya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menggunakan platform media sosialnya, Facebook untuk mengulas berhubung isu melibatkan jualan kenderaan dan nasib jurujual kereta yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama yang sedang berjalan.", "“Apa khabar sahabat alam maya saya terutama ‘salesman’ (jurujual) kereta?", "“Betulkah laporan berita ini? Jualan kereta di seluruh Malaysia hampir sifar disebabkan PKP 3.0. Jika betul bagaimana agaknya keadaan abang-abang, adik-adik, kakak-kakak ‘salesman’ kereta kita?” katanya dalam kenyataan terkini di ruang status komennya.", "Jelas Zahid, beliau bersimpati dengan nasib jurujual kereta memandangkan gaji asas mereka tidak lah tinggi dan bergantung kepada komisen jualan kereta yang mereka jual.", "“Kita tahu ‘salesman’ kereta walau ada ‘gaji basic’, tetapi rata-ratanya di paras gaji minimum.", "“Pendapatan mereka sebahagian besar pada komisyen setiap kereta dijual,” ujarnya lagi.", "Menurut Zahid lagi, kritikan dan pandangan berhubung isu rakyat akan tetap disuarakannya walaupun terdapat pihak yang tidak senang dengan tindakan dan kritikannya terhadap kerajaan.", "“Saya pula akan terus menulis apa yang patut saya tulis walau ada yang kurang senang,” katanya.", "Nazri sebelum ini mendedahkan sudah mengumpul surat akuan (SD) untuk menyokong Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai jurucakap rasmi kepada 25 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), ia sekiranya Ahli Parlimen Sembrong itu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA).", "Nazri berkata langkah itu sebagai tindakan balas terhadap Zahid yang memberikan maklumat mengelirukan kepada YDPA berhubung sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.", "Nazri juga mendakwa ditipu Zahid semasa menarik sokongan terhadap kerajaan pada Oktober tahun lalu apabila ketua perancang tersebut mendapat peruntukan untuk kawasan Parlimennya dan beliau pula tidak diberikan peruntukan kerana tindakan menarik sokongan itu." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/45-maut-di-timur-as-akibat-ida/
45 maut di timur AS akibat Ida
[ "Angka kematian akibat banjir, setelah sisa-sisa Taufan Ida membadai bandar di timur Amerika Syarikat (AS), meningkat menjadi 45 orang pada Khamis setelah New Jersey mengumumkan sekurang-kurangnya 23 individu terkorban.", "Gabenor Phil Murphy berkata kebanyakan yang terbunuh kerana terperangkap di dalam kenderaan kerana cuba meredah banjir.", "Ramai yang terbunuh di enam negeri di barat – Connecticut, Maryland, New Jersey, New York, Pennsylvania dan Virginia – setelah ribut membawa hujan lebat yang tidak dijangkakan ke kawasan terbabit.", "Taufan Ida juga menyebabkan lapangan terbang terpaksa ditutup dan darurat diisytiharkan di New York.", "Gabenor New York, Kathy Hochul, mengisytiharkan darurat setelah taufan itu mengakibatkan banjir teruk yang turut menjejaskan Brooklyn dan Queens.", "“Berlindung sekarang. Serpihan yang berterbangan sangat berbahaya kepada mereka yang tidak berlindung. Pindah ke tingkat bawah dan jauhi tingkap,” kata badan amaran kecemasan New York City.", "Ratusan penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Newark, LaGuardia dan JFK, manakala jalan raya utama di metropolis termasuk Manhattan, The Bronx dan Queens pula terpaksa ditutup akibat banjir.", "Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (USNWS) mencatatkan 3.15 inci hujan di Central Park New York dalam tempoh satu jam, jauh melebihi 1.94 inci hujan dalam satu jam ketika Ribut Tropika Henri pada malam 21 Ogos lalu, yang ketika itu dipercayai paling tinggi pernah dirakam di taman berkenaan.", "USNWS juga mengisytiharkan darurat banjir di beberapa bahagian Long Island, dan mengeluarkan amaran tornado untuk Massachusetts dan Rhode Island.", "Darurat banjir, berbanding amaran, dikeluarkan dalam situasi yang sangat jarang berlaku ketika ancaman teruk terhadap kehidupan manusia dan bencana daripada banjir kilat yang sedang atau akan berlaku, kata USNWS." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kerajaan-perkenal-harga-siling-barangan-ikut-turun-naik-pasaran-pm/
Kerajaan perkenal harga siling barangan ikut turun naik pasaran: PM
[ "Kerajaan akan melancarkan mekanisme baharu untuk menguruskan harga siling barangan berdasarkan turun naik pasaran bagi mengukuhkan keselamatan makanan negara.", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikannya hari ini.", "“Mesyuarat hari ini bersetuju memperkenalkan harga siling fleksibel yang akan berubah mengikut faktor input harga.", "“Ini selaras dengan rancangan kerajaan untuk memperkenalkan bantuan secara bersasar kepada golongan memerlukan seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Beliau berkata langkah itu seiring dengan perancangan bantuan terus bersasar kepada golongan yang memerlukan seperti yang diumumkan sebelum ini, lapor Bernama.", "Katanya kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri juga akan dipertingkatkan dalam usaha meningkatkan keluasan tanah bagi kegunaan pertanian.", "“Ini untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam mesyuarat dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam masa terdekat,” katanya.", "Perdana Menteri berkata mesyuarat itu membincangkan tiga perkara utama yang berhubung kait dengan sekuriti makanan, memudahkan urusan perniagaan di Malaysia, serta menangani tenaga mahir dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E).", "Sementara itu Ismail Sabri berkata keputusan lain yang dipersetujui ialah usaha memperluaskan ekosistem agromakanan dengan rantaian bekalan diterajui oleh Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan agensi kerajaan.", "Koordinasi ini katanya bagi memastikan kualiti, kuantiti dan pengeluaran hasil ke tahap optimum selain bekalan terjamin.", "“Sebagai contoh bekalan dan harga ayam dapat dikawal sekiranya agensi kerajaan berkenaan terlibat dalam ekosistem industri penternakan bermula daripada membekal anak ayam, makanan ternakan, pengangkutan, pemasaran dan sebagainya,” katanya.", "Selain itu katanya kerajaan juga akan meningkatkan kerjasama awam dan swasta dengan memberi fokus terhadap usaha modenisasi dan mengalakkan pertanian pintar dalam meningkatkan hasil pertanian.", "“Inisiatif ini akan disokong melalui usaha menyatukan tanah ladang, tanah terbiar dan tanah wakaf,” katanya.", "Tambahnya bagi memastikan hasil pertanian mempunyai pasaran, program ladang kontrak akan terus digalakkan di mana peladang dan petani tidak mempunyai masalah memadankan pengeluaran hasil pertanian dengan permintaan pasaran.", "Ismail Sabri berkata kerajaan komited terhadap kajian yang berdaya maju dan berpotensi untuk dimanfaatkan secara strategik bagi mendepani cabaran global untuk menjamin ekosistem sekuriti makanan lebih inklusif dan menyeluruh demi kesejahteraan Keluarga Malaysia." ]
https://www.agendadaily.com/politik/barisan-masa-depan-umno-khairy-aset-penting-politik-kata-reezal/
Barisan masa depan UMNO: Khairy ‘aset’ penting politik, kata Reezal
[ "Seorang lagi pemimpin barisan masa depan UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mempertahankan Khairy Jamaluddin, setelah muncul desakan supaya Menteri Kesihatan itu mengosongkan kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.", "Reezal Merican yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bapa mentua Khairy, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan Ahli Parlimen Rembau itu sebagai ‘aset politik’ UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang cukup penting bagi menyumbang kemenangan pada PRU-15 nanti.", "Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu juga berpendapat jika Khairy tidak bertanding pada PRU-15, ia bakal mewujudkan ‘senario terburuk’ atau ‘worst-case scenario’ terhadap parti.", "Ini kerana katanya, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, memiliki aura tersendiri yang boleh membantu mengekalkan momentum kemenangan UMNO dan BN.", "“Selain itu, KJ (Khairy) juga dilihat sebagai personaliti yang boleh memberi keseimbangan untuk menarik pengundi, terutama kumpulan belia 18 tahun dan pengundi kali pertama.", "“Perubahan demografi pengundi pasca Undi 18 juga dilihat cukup dinamik, dan KJ mempunyai aura tersendiri yang boleh mengekalkan momentum kemenangan buat UMNO serta BN,” kata Ahli Parlimen Kepala Batas itu dalam kenyataan melalui Facebook beliau, malam tadi.", "Terdahulu, Agenda Daily memetik sumber yang rapat dengan Khairy sebagai berkata Khairy dilihat tergolong dalam barisan baharu yang berpotensi untuk mengambil alih kepemimpinan tertinggi UMNO dan langkah beliau harus dicantas terlebih dahulu.", "Individu yang rapat dengan Khairy tetapi tidak membenarkan nama disiarkan, memberitahu Agenda Daily bahawa populariti bekas Ketua Pemuda UMNO itu semakin meningkat setelah dilantik semula menjadi menteri ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan kemudiannya dikekalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Sumber itu mengimbas sejarah Khairy bertanding Presiden UMNO pada 2018 dan memperoleh 51 undi di belakang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (93 undi), tetapi mendahului veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah (23 undi).", "“Dia adalah antara barisan baharu yang masih berusia di bawah 50 tahun dalam UMNO, tetapi telah menunjukkan potensi untuk memimpin negara. Menjadi menteri pada 2013 hingga Barisan Nasional (BN) kalah PRU-14 pada 2018.", "“Kerjaya menteri tertenti sekejap apabila Pakatan Harapan (PH) memerintah Kerajaan Pusat selama 22 bulan. Tetapi sebaik Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran negara, dia diangkat semula menjadi menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "“Potensi kepemimpinannya dipercayai oleh parti lain, dan apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri, Khairy diberi tanggungjawab besar sebagai Menteri Kesihatan untuk menangani wabak Covid-19 yang melanda negara,” kata sumber itu kepada Agenda Daily.", "Semalam, Khairy mengesahkan tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15, dengan menjelaskan beliau diminta ‘memberi laluan dan mencari tempat lain’ oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahu bertanding di kerusi terbabit.", "Khairy dipetik sebagai berkata, beliau tidak mengetahui kerusi mana bakal ditandinginya pada PRU-15 kerana tiada pernah menjangka perlu keluar dari Parlimen Rembau.", "“Saya tidak pernah membuat persiapan untuk pergi ke kawasan lain. Buat apa saya kacau tempat orang lain? Saya sudah tiga penggal di Rembau,” kata Khairy.", "Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu bagaimanapun akur untuk memberi laluan kepada Mohamad bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.", "Mengulas lanjut, Reezal Merican yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata beliau mengenali Khairy secara peribadi sejak mereka sama-sama bergiat aktif dalam Pemuda UMNO.", "“Kita semua dapat melihat beliau mempunyai kebolehan tersendiri untuk ‘deliver’ (menyampaikan) serta melunaskan tanggungjawab dengan baik.", "“Ya, adakala beliau agak lantang memberikan sudut pandang atau perspektif yang agak berbeza. Namun, ia tidak bermakna pandangan beliau betul semuanya atau salah semuanya,” katanya.", "Malah, Reezal Merican berkata, Khairy dilihat sebagai seorang rakan menteri yang sering memberi hujah bernas dalam mesyuarat Kabinet.", "“Kepimpinan beliau juga diiktiraf pada peringkat antarabangsa sehingga membolehkan beliau dipilih sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) Ke-75 pada Mei lalu.", "“Seperti manusia lain juga, KJ tidak sempurna tetapi saya yakin keupayaan dan kebolehan KJ sebagai seorang pemimpin akan terus menjadi aset politik yang cukup penting untuk kemenangan parti pada PRU-15,” katanya.", "Semalam, Pemuda UMNO Bahagian Seremban mencadangkan Khairy bertanding di Parlimen Seremban yang sejak tiga penggal lalu dikuasai oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/ringgit-dibuka-rendah-menjelang-prn-enam-negeri/
Ringgit dibuka rendah menjelang PRN enam negeri
[ "Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan kebanyakan pelabur mengelak daripada membuat keputusan besar menjelang hari pengundian pilihan raya di enam negeri di Malaysia minggu ini.", "Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.5860/5905 berbanding dolar AS daripada 4.5815/5845 ketika ditutup pada Selasa, menurut laporan Bernama.", "Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS naik berbanding ringgit memandangkan peralihan meningkat itu dianggap sebagai tindak balas semula jadi dalam pasaran yang sebelum ini susut sebanyak 4.06 peratus bagi tempoh 26 Jun, 2023 hingga 31 Julai, 2023.", "“Paras semasa 4.5800 adalah penting dalam konteks carta harian kerana ia menandakan titik rintangan utama. Paras ini bertepatan dengan titik pelepasan daripada garis aliran kenaikan berterusan pada carta yang sama.", "“Daripada perspektif teknikal, jika pasangan mata wang USD/MYR berjaya melepasi nilai terendah yang dicatatkan dalam pergerakan lilin semalam, iaitu pada 4.5550, kemungkinan ada potensi untuk ia susut lagi, mungkin mencecah serendah 4.5050,” katanya.", "Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia mencatatkan penurunan yang lebih ketara berbanding jangkaan iaitu menguncup 2.2 peratus pada Jun.", "“Penurunan ini menunjukkan permintaan luar yang semakin lemah untuk negara, memberi kesan kepada industri yang berorientasikan eksport.", "“Oleh itu, ringgit Malaysia dijangka terus menunjukkan kelemahan berbanding dolar AS, memandangkan sentimen mengelak risiko boleh menguasai pasaran, membawa kepada peningkatan permintaan terhadap dolar AS,” katanya kepada Bernama.", "Ringgit juga diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama.", "Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1998/2032 daripada 3.2027/2050 ketika ditutup pada Selasa, serta tinggi berbanding euro kepada 5.0263/0312 daripada 5.0264/0297.", "Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.8458/8515 daripada 5.8332/8370 semalam.", "Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean lain.", "Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4016/4054 daripada 3.4030/4055 semasa ditutup pada Selasa, dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.12/8.14 daripada 8.14/8.15.", "Ringgit juga naik berbanding baht Thailand kepada 13.0808/0992 daripada 13.1050/1184 namun susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.3/301.7 daripada 301.0/301.3 pada penutupan dagangan semalam." ]
https://www.agendadaily.com/politik/terima-mou-dengan-kerajaan-tapi-anwar-masih-desak-undi-percaya/
Terima MoU dengan kerajaan, tapi Anwar masih desak undi percaya
[ "Walaupun blok pembangkang, Pakatan Harapan sudah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan semalam, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mendesak agar undi percaya dijalankan di Dewan Rakyat.", "Desakan Ketua Pembangkang itu menimbulkan persoalan berhubung keikhlasan Pakatan Harapan (PH) yang bersetuju menerima MoU dicadangkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetapi masih cuba mempolemikkan isu undi percaya.", "“Penegasannya adalah perlu adanya undi percaya dan Raja Nazrin (Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah) menyebut harus menjadi tajuk pertama persidangan Parlimen kali ini.", "“Sebab itu bagi kita, kena bermula dengan asas ini, harus ada undi percaya,” kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini.", "Namun, Anwar berkata isu undi percaya tidak akan menjadi penghalang untuk pembangkang meneruskan kerjasama dengan kerajaan khususnya dalam isu menangani Covid-19.", "“(Namun) kita tidak mahu isu keabsahan perdana menteri, membatalkan usaha kerjasama dalam bidang-bidang utama termasuk Covid-19 dan ekonomi. Sebab itulah saya sebut kepada Perdana Menteri, walaupun kita tak setuju dengan keputusan untuk tidak meneruskan undi tidak percaya, kita akan tetap beri kerjasama berbincang mengenai soal MoU,” katanya lagi.", "Pembangkang dan kerajaan semalam menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang berlangsung di Parlimen.", "MoU berkenaan yang membentuk satu kerjasama ‘dwipartisan’ dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.", "Untuk rekod, tawaran kerjasama tersebut sebelum ini pernah dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum meletak jawatan tetapi ditolak mentah-mentah pembangkang.", "Hanya dengan kerajaan baharu diterajui UMNO sahaja Anwar tunduk dan menerima tawaran MoU tersebut, begitu takut beliau kepada UMNO sehingga mengadaikan prinsip perjuangannya sebelum ini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/368-mangsa-banjir-ditempatkan-di-empat-pps-di-dua-negeri/
368 mangsa banjir ditempatkan di empat PPS di dua negeri
[ "Seramai 368 mangsa banjir daripada 105 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di Perak dan Selangor sehingga jam 8 pagi tadi (30 November 2022).", "Menurut data Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) PPS terbabit ialah Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak di Hilir Perak yang dibuka pada 28 November dan menempatkan 82 mangsa dengan status meningkat.", "PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di daerah Manjung pula menempatkan 182 mangsa dibuka pada 15 November lalu dengan status tidak berubah.", "Di Selangor, PPS Dewan Orang Ramai Dengkil, Sepang dibuka semalam menempatkan 42 mangsa daripada 13 keluarga, manakala PPS Dewan Taman Gemilang juga dibuka semalam menempatkan 62 mangsa daripada 16 keluarga.", "Sementara itu, skim empangan hidroelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) melibatkan Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim Hidroelektrik Sungai Perak dan Skim Hidroelektrik Cameron Hinghlands, bersedia menakung kapasiti air dari hulu sungai yang dijangka meningkat pada musim tengkujuh sekarang.", "Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco), Datuk Nor Azman Mufti berkata, paras air di ketiga-tiga skim empangan hidroelektrik itu telah diturunkan sejak Julai, sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut kali ini.", "Kata beliau, persediaan yang dilakukan termasuk pengurusan paras air empangan melalui pelepasan terkawal dan pemeriksaan menyeluruh di stesen-stesen janakuasa.", "Katanya, dengan mengoptimumkan penggunaan air secara sasaran ‘draw-down’, paras air tasik telah diturunkan secara terancang ke paras minimum sebelum bermulanya musim tengkujuh dengan mengambil kira keperluan operasi supaya keupayaan penjanaan elektrik masih boleh dilakukan.", "“Pelan persediaan banjir secara menyeluruh telah dilaksanakan selaras dengan pendekatan Syarikat dalam mempertingkatkan komitmen dalam usaha berkaitan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam memacu perjalanan peralihan tenaga bertanggungjawab.", "“Kami juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenai ramalan kaji cuaca dan taburan hujan sebenar, menjalankan latihan pengungsian dan melaksanakan ujian tahap ketersediaan bersama agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan pengurusan bencana seperti NADMA,” katanya dalam kenyataan.", "Nor Azman berkata, TNB Genco turut memberi jaminan kesemua empangan hidroelektrik milik syarikat utiliti itu berada dalam keadaan baik dan selamat.", "Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454 atau Facebook TNB Careline." ]
https://www.agendadaily.com/politik/dap-kecewa-selepas-umno-rampas-kerusi-dun-dusun-tua-loke/
DAP kecewa selepas UMNO rampas kerusi DUN Dusun Tua: Loke
[ "Tindakan UMNO merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua mengecewakan DAP, kata Anthony Loke.", "Setiausaha Agung DAP itu mempertikaikan UMNO merampas kerusi yang disandang wakil rakyatnya sebelum ini tetapi mereka terpaksa akur dengan keputusan dibuat oleh pemimpin atasan Pakatan Harapan (PH) itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "“Ya sudah tentu akar umbi kita rasa tidak puas hati, pimpinan parti juga rasa terkilan dengan keputusan itu tapi keputusan muktamad telah pun dibuat.", "“Kita akan bincangkan perkara ini dalam Majlis Presiden PH pada Isnin ini, mungkin ada syarat pertukaran yang akan diletakkan dan sebagainya,” katanya dipetik laporan MG.", "Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) hari ini.", "Tambah Loke, DUN Dusun Tua adalah antara kerusi dalam rundingan PH dan UMNO untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor namun pihaknya tidak memberi sebarang keputusan bagi menyerahkan kerusi tersebut.", "“Itu antara kerusi yang deadlocked maksudnya kita tiada keputusan tapi memang kita tidak berikan tapi akhirnya keputusan muktamad diserahkan oleh kepada Pengerusi PH dan Pengerusi BN untuk diputuskan.", "“Datuk Seri Anwar telahpun menyerahkan dua kerusi di Selangor kepada pihak BN menjadikan jumlah kerusi BN bertanding di negeri itu adalah 12 kerusi iaitu DUN Dusun Tua yang disandang DAP dan Gombak Setia, disandang PKR,” ujarnya lagi.", "Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu hanya bertanding di 12 kerusi DUN Selangor bagi menghadapi PRN pada 12 Ogos depan.", "Untuk calon DUN Dusun Tua, BN mempertaruhkan Datuk Johan Abd Aziz manakala DUN Gombak Setia pula, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.", "Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kerusi DUN Dusun Tua dimenangi oleh Edry Faizal Eddy Yusof dari DAP memperoleh majoriti undi sebanyak 10,422 ketika menentang Mohd Zin (BN) dan Razaly Hassan (PAS)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/amaran-hujan-lebat-di-sembilan-negeri-pagi-ini-metmalaysia/
Amaran hujan lebat di sembilan negeri pagi ini: Metmalaysia
[ "Sembilan negeri diberi amaran amaran ribut petir dan hujan lebat bermula 9 pagi ini, menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)", "Antara negeri yang termasuk dalam amaran cuaca buruk pagi ini dikeluarkan MetMalaysia adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.", "Di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.", "Selain itu, di Kedah, ia melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu. Beberapa kawasan di Perak termasuk Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak turut menerima amaran sama.", "“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.", "“Negeri Sembilan pula membabitkan beberapa kawasan iaitu Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin,” menurut agensi itu.", "Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/nasib-banduan-dijatuhi-hukuman-mati-mungkin-berubah-wan-junaidi/
Nasib banduan dijatuhi hukuman mati mungkin berubah: Wan Junaidi
[ "Hukuman mati yang telah dijatuhkan kepada banduan akan terus dikekalkan sehingga diberitahu kelak, walaupun kerajaan baru-baru ini mengambil pendirian memansuhkan hukuman mati mandatori.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bagaimanapun, nasib banduan terbabit mungkin berubah susulan cadangan penubuhan tribunal bagi menyemak semula hukuman ke atas mereka.", "Beliau mendedahkan ketika ini terdapat 1,342 banduan hukuman mati di negara ini sejak perbincangan bermula untuk memansuhkan hukuman mati mandatori ini pada 2012.", "“Selain membincangkan bentuk hukuman alternatif, kami memutuskan hukuman mati terhadap 1,342 individu terbabit dikekalkan sementara pemansuhan hukuman itu dibincangkan.", "“Ini akan kekal seperti sedia ada sehingga pindaan kepada undang-undang atau kita memansuhkan semua hukuman mati mandatori,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.", "Memetik laporan media hari ini, Wan Junaidi berkata cadangan untuk menubuhkan tribunal bagi membincangkan 1,342 banduan hukuman mati itu dibuat Jabatan Peguam Negara.", "Tambahnya, anggota tribunal ini akan terdiri daripada hakim-hakim daripada dua mahkamah tertinggi memandangkan isu itu melibatkan Perlembagaan Persekutuan.", "“Kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori melibatkan 11 kesalahan di mana sembilan daripadanya adalah di bawah Kanun Keseksaan dan dua di bawah Akta Senjata Berbahaya 1971,” tambahnya.", "Menteri itu juga berkata terdapat 22 pindaan kepada undang-undang sedia ada.", "Antara yang akan dikenakan hukuman alternatif ialah Seksyen 574 Kanun Keseksaan, Seksyen 206 Akta Senjata 1960, Akta Angkatan Tentera 1972, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta Perdagangan Strategik 2010, dan Akta Penculikan 1961.", "“Saya juga ingin menambah bahawa hukuman mati mandatori bagi pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak lagi membawa hukuman mati mandatori.", "“Ia akan digantikan dengan hukuman alternatif mengikut budi bicara mahkamah. Ini supaya mereka boleh menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada 15 sebatan,” kata Wan Junaidi.", "Beliau mengulangi pendirian kerajaan telah yang bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori, dan menyerahkan hukuman alternatif kepada budi bicara hakim.", "Selain itu, Wan Junaidi berkata kerajaan akan mengadakan satu pungutan suara dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan orang awam berhubung pemansuhan hukuman mati mandatori.", "Beliau berkata langkah itu akan diambil sebelum usul pindaan berkait pemansuhan hukuman berkenaan dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan.", "“Kita akan membuat tinjauan awam sebelum pindaan itu dibentangkan di Parlimen. Kita akan menerima maklum balas sebagaimana kita lakukan berhubung undang-undang antilompat parti yang mendapat maklum balas sekitar 7,600 responden.", "“Kalau berlaku tentangan (bilangan yang menolak lebih tinggi), kita akan membawa kembali pindaan kepada Jemaah Menteri untuk dibuat keputusan selanjutnya,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/jawapan-mudah-beza-kompaun-budak-sekolah-dan-saman-neelofa/
Jawapan mudah beza kompaun budak sekolah dan saman Neelofa
[ "Kes langgar SOP. Kenapa ada orang, kena saman direct. Tapi ada orang, kena tunggu kertas siasatan dibuka?", "Mufarwa Farid" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/zahid-tegur-kerajaan-keluarga-malaysia-turun-20-sen-harga-ayam/
Zahid tegur kerajaan Keluarga Malaysia turun 20 sen harga ayam
[ "Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegur kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ dalam memastikan harga barangan dapat dikurangkan selain membantu rakyat berdepan kenaikan kos sara hidup.", "Menurutnya pengumuman harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen belum cukup signifikan untuk membantu rakyat berdepan kenaikan kos sara hidup.", "“Keputusan dibuat pada Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) itu malah berdepan sindiran sinis sebilangan rakyat Malaysia.", "“Sepatutnya ada solusi yang jauh lebih konkrit oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk mengurangkan harga barangan.", "“Begitu juga peranan lebih cemerlang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam menangani isu yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Sebelum ini, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara dipengerusikan Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada 31 Januari lalu, menetapkan harga runcit maksimum bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen kepada RM8.90 daripada harga siling RM9.10 yang ditetapkan.", "Ketika mengumumkannya Ismail Sabri juga memberitahu harga telur ayam untuk semua gred adalah kekal seperti harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa.", "Mengulas lanjut, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata sehingga hari ini belum dilihat ada penurunan ketara harga barangan, selain telur, harga ayam bersih standard masih antara RM8 hingga RM9 sekilogram, termasuk harga ikan, daging, dan sayur masih tinggi.", "Menurut Zahid hasil daripada pelbagai inisiatif yang diumumkan untuk mengurangkan harga barangan sebelum ini, termasuk mengimport ayam, belum dilihat.", "“Justeru, harga telur dikurangkan 20 sen bukan suatu perkhabaran yang melegakan. Rakyat perlukan sebuah ketetapan yang menyeluruh untuk membantu kehidupan mereka.", "“Isu berhubung peningkatan kos pengeluaran barang keperluan yang sering dijadikan alasan harus diperhalusi bagaimana untuk menanganinya,” katanya.", "Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata selepas sambutan Tahun Baharu Cina, tidak lama lagi negara akan menyambut ketibaan Ramadan dan seterusnya meraikan sambutan Aidilfitri.", "“Jika isu harga barang keperluan ini tidak ditangani dari sekarang, kita khuatir ia akan berlarutan untuk tempoh yang lebih lama sekali gus terus menekan rakyat.", "“Kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa mentadbir negara telah merangka pelbagai akta, peraturan, undang-undang untuk berdepan permasalahan tersebut. Gunakan sebaik mungkin,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/rishi-sunak-tanding-kerusi-pm-britain-ganti-boris-johnson/
Rishi Sunak tanding kerusi PM Britain ganti Boris Johnson
[ "Bekas Menteri Kewangan Britain, Rishi Sunak berkata beliau berhasrat bertanding untuk jawatan Perdana Menteri (PM), tiga hari selepas membantu melancarkan rangkaian peletakan jawatan yang menjatuhkan Boris Johnson.", "Johnson mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan berundur sebagai perdana menteri selepas pemberontakan besar-besaran dalam Parti Konservatifnya, tercetus oleh siri terbaharu skandal yang telah menjejaskan kepercayaan orang ramai.", "Pengumuman Johnson itu menambahkan lagi ketidakpastian politik Britain, tatkala negara itu menghadapi inflasi yang melambung tinggi, pertumbuhan yang perlahan dan pergolakan perindustrian, selain usaha untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas Brexit.", "“Seseorang perlu memahami detik ini dan membuat keputusan yang betul. Itulah sebabnya saya berdiri untuk menjadi pemimpin seterusnya Parti Konservatif dan perdana menteri anda,” kata Sunak dalam video kempen yang dikeluarkan di Twitter.", "Sunak dan Setiausaha Kesihatan Sajid Javid meletak jawatan Kabinet pada Selasa dalam masa selang beberapa minit antara satu sama lain, menggerakkan rangkaian kejadian yang membawa kepada keputusan Johnson untuk berundur.", "Tinjauan pendapat ahli Parti Konservatif – yang biasanya boleh memilih antara dua calon terakhir – meletakkan Sunak di hadapan dengan 25 peratus, mendahului setiausaha luar Liz Truss dengan 21 peratus. Tinjauan pendapat Opinium untuk Berita Saluran 4 merujuk kepada 493 ahli parti.", "Peraturan dan jadual untuk pertandingan menggantikan Johnson akan ditetapkan minggu depan oleh jawatankuasa parti.", "Ketika pandemik Covid-19, Sunak mengawasi kira-kira £400 bilion (RM2.13 trilion) bantuan dan sokongan ekonomi, mengelak lonjakan besar dalam pengangguran tetapi membiarkan pinjaman awam meningkat kepada rekod tinggi dalam menghadapi kemerosotan bersejarah dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).", "Populariti Sunak dengan penggubal undang-undang Konservatif kemudiannya terjejas selepas dia menaikkan cukai pada April untuk membiayai perbelanjaan kesihatan dan penjagaan sosial yang lebih tinggi, dan mengumumkan rancangan untuk menaikkan cukai syarikat secara mendadak pada 2023.", "Sunak berkata dalam surat peletakan jawatannya beliau menjelaskan berhubung perbezaan pendapat antaranya dan Johnson berhubung langkah menyusun ekonomi negara.", "“Keputusan yang dibuat hari ini akan menentukan sama ada generasi akan datang rakyat British juga akan mempunyai peluang untuk masa depan yang lebih baik,” katanya.", "“Adakah kita menghadapi detik ini dengan kejujuran, kesungguhan dan keazaman? Atau adakah kita memberitahu diri kita sendiri cerita dongeng yang boleh membuatkan kita berasa lebih baik pada masa ini, tetapi akan menyebabkan anak-anak kita lebih teruk esok?”.", "Bilangan sokongan yang diperlukan untuk menyertai perlumbaan jawatan PM belum diumumkan tetapi seorang ahli Parlimen kanan, Mark Spencer, yang mempunyai peranan menteri yang bertanggungjawab dalam urusan Parlimen, mengumumkan sokongannya kepada Rishi.", "“Dalam masa yang serius kita memerlukan seseorang yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti. Rishi mendapat sokongan penuh saya,” katanya di Twitter.", "Sunak mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah pada 2016. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/prn-johor-polis-buka-13-kertas-siasatan/
PRN Johor: Polis buka 13 kertas siasatan
[ "Polis telah membuka 13 kertas siasatan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sejak 26 Februari 2022 hingga semalam (1 Mac 2022), kata Ketua Polis Negeri Datuk Kamarul Zaman Mamat.", "Menurutnya semua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dan Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.", "Selain siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan, katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan terkini PRN Johor Ke-15, hari ini.", "Katanya, semalam sahaja empat kertas siasatan telah dibuka dan disiasat mengikut undang-undang berkenaan.", "Beliau berkata dalam tempoh itu juga polis meluluskan 369 permit ceramah di seluruh negeri, termasuk 81 permit yang dikeluarkan semalam.", "“PDRM Johor menasihatkan semua parti politik serta kumpulan penyokong sentiasa mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 dan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan dalam tempoh masa berkempen.", "“Polis Johor juga menasihatkan supaya semua parti politik serta kumpulan penyokong hendaklah memastikan kempen yang dijalankan tidak mengganggu atau menghalang laluan lorong orang rama dan laluan pengguna jalan raya serta menghormati antara satu sama lain.", "“Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/tiada-kartel-kawal-harga-sayur-di-melaka/
Tiada kartel kawal harga sayur di Melaka
[ "Tiada kartel yang mengawal harga sayur-sayuran sehingga menyebabkan berlaku peningkatan harga bahan keperluan itu, kata Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka.", "Sebaliknya, harga sayur-sayuran bergantung kepada kuantiti yang diperoleh peniaga kebanyakannya daripada pembekal di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang selain Cameron Highlands dan petani tempatan.", "Pengarah KPDNHEP Melaka Norena Jaafar berkata setakat ini pihaknya tidak mengesan mana-mana kartel yang mengawal harga sayur-sayuran di pasar di negeri itu.", "“Setakat ini di Melaka memang tiada pembabitan kartel seperti yang didakwa berlaku di pasar lain di luar negeri ini dan kenaikan harga sayur-sayuran adalah disebabkan faktor lain seperti kekurangan bekalan serta cuaca.", "“Harga jualan sayur-sayuran di Melaka bergantung kepada berapa banyak bekalan yang dibeli peniaga dan kos pengangkutan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau sebuah pasar raya di sini, hari ini.", "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini berkaitan dakwaan Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid bahawa semua pasar di seluruh negara mempunyai harga kartel sendiri yang telah ditetapkan mengikut kawasan tersebut.", "Norena berkata bekalan sayur-sayuran di Melaka dijangka akan mengalami gangguan dalam tempoh beberapa hari ini kerana terputus bekalan daripada pembekal di Cameron Highlands ekoran kejadian tanah runtuh Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.", "Beliau berkata situasi itu juga dikhuatiri akan menyebabkan berlaku peningkatan harga jualan sayur-sayuran di negeri itu.", "“Bagaimanapun berdasarkan pemantauan yang dijalankan di pasar, pasar raya dan kedai runcit mendapati harga sayur-sayuran yang dijual masih berpatutan dan rendah berbanding negeri lain seperti di Kuala Lumpur dan ia turut dipengaruhi oleh kos sara hidup yang rendah,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/anwar-pertahan-pelantikan-anak-bidas-individu-beri-kroni-kontrak/
Anwar pertahan pelantikan anak, bidas individu beri kroni kontrak
[ "Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mempertahankan pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, walaupun menerima kritikan hebat, termasuk daripada ahli Parlimen parti gabungan Pakatan Harapan (PH) diterajuinya.", "Beliau berkata Nurul Izzah tidak akan menggunakan jawatan itu untuk memperkayakan dirinya dan keluarganya, tidak seperti mereka yang sebelum ini yang dakwanya telah memberikan kontrak kepada kroni dan ahli keluarga mereka sehingga mencecah berbilion ringgit.", "Bercakap ketika sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini (6 Februari), Anwar yang juga Perdana Menteri bagaimanapun tidak menyatakan siapa pemimpin yang memberi kontrak terbabit.", "Presiden PKR yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengulangi kenyataannya bahawa Nurul Izzah tidak dibayar gaji untuk memberi perkhidmatannya, dan peranannya tidak membolehkan beliau memberikan kontrak kerajaan sesuka hati.", "“Tiada imbuhan dan tidak ada kemungkinan menggunakan kedudukan itu untuk mengumpul kekayaan, untuk mempengaruhi keputusan mengenai tender atau kontrak atau projek.", "“Saya memerlukan kepakaran beliau untuk membantu saya tetapi walau apa pun itu, izinkan saya menekankan dengan pasti bahawa beliau berada di sana untuk melindungi dan meneruskan agenda tadbir urus dalam sistem.", "“Saya sudah tentu mengambil pendirian yang kuat terhadap mereka yang mengkritik, khususnya mereka yang telah memberikan kontrak berbilion atau ratusan juta kepada anak, menantu atau kroni mereka semasa mereka berkuasa.", "“Dan kini mereka mahu bercakap tentang tadbir urus yang baik,” katanya.", "“Saya menghormati pandangan yang prihatin yang seolah-olah menyatakan kebimbangan mereka sekiranya kedudukan digunakan atau disalahgunakan untuk memberi manfaat kepada ahli keluarga, saya boleh memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku di bawah pentadbiran saya,” tambahnya.", "Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangannya berkuat kuasa 3 Januari lalu.", "Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli Parlimen pembangkang serta PKR menyatakan kebimbangan mereka terhadap pelantikannya, menunjukkan ia sama dengan nepotisme.", "Tuduhan-tuduhan ini mendorong Anwar mempertahankan pelantikannya dan berkata Nurul Izzah tidak perlu mempunyai kelayakan rasmi dalam kewangan dan ekonomi untuk menasihatinya mengenai perkara tersebut." ]
https://www.agendadaily.com/politik/fitnah-kad-pengenalan-2017-dr-mahathir-mahu-zahid-minta-maaf-atau-disaman/
Fitnah kad pengenalan 2017, Dr Mahathir mahu Zahid minta maaf atau disaman
[ "Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kata dua kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya meminta maaf berhubung fitnah kad pengenalannya yang dibuat pada 2017 atau berdepan tindakan saman.", "Mantan Perdana Menteri itu jarang mengancam musuh politiknya dengan tindakan saman meskipun dikecam atau dikritik, bagaimanapun kali ini Dr Mahathir mengungkit kembali fitnah dibuat Zahid semasa menjadi Menteri Dalam Negeri berhubung status kewarganegaraannya.", "“Saya cabar Zahid untuk tunjuk bukti tentang identiti saya yang pertikai diri status bangsa saya sebagai orang Melayu.", "“Jika dia tidak meminta maaf dan menarik balik fitnah itu, saya akan ambil tindakan mahkamah,” katanya dalam kenyataan.", "Dr Mahathir juga menyifatkan kenyataan Zahid semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri itu sebagai “memualkan”.", "Zahid pada Julai 2017, menunjukkan gambar didakwa salinan kad pengenalan Dr Mahathir, yang menurutnya memaparkan namanya sebagai “Mahathir a/l Iskandar Kutty“.", "A/L adalah singkatan kepada “anak lelaki” yang biasa diguna pakai sesetengah kaum, termasuk India. ", "Kutty ialah nama dalam bahasa Tamil.", "Nama Melayu menggunakan gelaran ‘bin’ atau ‘binti’, istilah Arab yang merujuk kepada anak lelaki atau anak perempuan.", "Namun, Dr Mahathir mengaku mempunyai darah India tetapi menegaskan namanya dalam kad pengenalan menggunakan bin, bukan anak lelaki.", "“Mengikut takrifan perlembagaan Malaysia (Perkara 160) saya Melayu dan perjuangan saya adalah untuk pertahan kepentingan bangsa saya.", "“Ibu dan bapa saya dilahirkan di Tanah Melayu sebelum merdeka dan kami semua beragama Islam. ", "“Sejak kecil, pertuturan keluarga saya di rumah adalah Bahasa Melayu serta adat yang kami amal adalah adat Melayu,” katanya lagi.", "Menyifatkan Zahid sebagai seorang pembohong tegar, Dr Mahathir mendakwa Zahid mempunyai niat untuk memburukkan dirinya semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.", "“Sebelum ini saya tidak gemar mengguna mahkamah walau ramai yang memfitnah saya kerana saya sedar di dalam kempen politik akan ada yang bertindak di luar batas dan had.", "“Tetapi kali ini saya merasa perlu bertindak kerana sikap pembohong Zahid ini amat memualkan dan tidak boleh dibiar begitu sahaja. ", "“Ia bukan saja kerana ia merosakkan reputasi saya tetapi penipuannya kepada penyokong UMNO dan orang Melayu lain demi untuk dia mahu kekal berkuasa amat merbahaya,” katanya. " ]
https://www.agendadaily.com/dunia/aktiviti-beli-belah-di-kedai-lebih-terdedah-dijangkiti-covid-19/
Aktiviti beli-belah di kedai lebih terdedah dijangkiti Covid-19
[ "Satu kajian di London mendapati individu yang melakukan aktiviti membeli-belah di kedai pada setiap minggu adalah dua kali ganda lebih terdedah untuk dijangkiti virus Covid-19, berbanding individu membeli bekalan barangan menerusi dalam talian.", "Daily Mail melaporkan, hasil Kajian Pemantauan Virus di bawah Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Kecemasan (SAGE) mengkaji aktiviti seharian hampir 10,000 penduduk di England dan Wales bagi tempoh pada September dan November 2021.", "Kajian menunjukkan individu yang berkunjung ke kedai seminggu sekali lebih terdedah dijangkiti virus itu dengan lonjakan risiko sebanyak hampir 2.2 peratus.", "Ia diikuti dengan individu yang bersukan luar iaitu dengan lebih 1.36 kali terdedah untuk diuji positif Covid-19.", "Bagaimanapun, penyelidik tetap mengakui golongan yang melakukan aktiviti itu mungkin disebabkan sebahagian aktiviti sosial dilampirkan dalam acara tersebut dan bukannya bermain sukan atas kerelaan sendiri.", "Melalui kajian itu, risiko dijangkiti virus Covid-19 selepas mengunjungi pub beberapa kali dalam tempoh seminggu adalah sama dengan individu yang kerap menaiki pengangkutan awam.", "Namun, tempoh masa yang dianalisis bermaksud ia tidak akan mengambil kira sebarang data daripada penularan kes dari varian Omicron yang hanya melonjak pada pertengahan Disember lalu.", "Sementara itu, aktiviti lain yang berisiko tinggi dijangkiti virus itu termasuk ketika makan di restoran atau kafe, hadir secara fizikal ke tempat kerja dan melakukan senaman di gim.", "Kajian itu juga turut menyenaraikan beberapa aktiviti lain yang membawa risiko sangat rendah untuk dijangkiti Covid-19 seperti individu yang mengunjungi teater, pawagam, konsert, acara sukan atau pergi ke salon kecantikan dan kedai gunting rambut." ]
https://www.agendadaily.com/politik/takut-hilang-sokongan-asyraf-kata-umno-tak-pecat-ahli-sertai-mn-pas/
Takut hilang sokongan, Asyraf kata UMNO tak pecat ahli sertai MN, PAS
[ "UMNO tidak akan memecat mana-mana ahlinya yang disenaraikan bersama Muafakat Nasional (MN) dan PAS.", "Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana ada antara mereka menafikan terlibat.", "“Semalam kononnya disenaraikan ahli-ahli UMNO yang keluar parti. Hari ini seorang demi seorang buat penafian dan tidak tahu menahu nama mereka dimasukkan dalam senarai.", "“Sebab itulah selaku Setiausaha Agong UMNO, saya telah mengarahkan ibu pejabat untuk tidak sewenangnya mengeluarkan nama mereka yang tersenarai dalam kenyataan media semalam daripada senarai keahlian UMNO sehinggalah disiasat dan diteliti agar tidak menzalimi mana-mana pihak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.", "Malam tadi, kepimpinan jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh mengumumkan peletakan jawatan beramai-ramai dan keluar daripada UMNO berkuatkuasa serta merta.", "Mereka juga menyatakan sokongan kepada PAS dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan.", "Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa berkata kepimpinan itu terdiri daripada Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Ketereh, Kamaruddin Said bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian Ketereh, Sabariah Hamzah dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Afiq Amani Annuar.", "Menurutnya, 18 lagi kepimpinan melibatkan setiausaha, ahli jawatankuasa (AJK) Wanita, ketua penerangan, AJK Pemuda dan pelbagai peringkat UMNO Bahagian Ketereh turut berbuat tindakan sama hari ini.", "Dalam kenyataan sama, Asyraf berkata sudah menjadi lumrah ‘politik cara lama’ setiap kali menjelang pilihan raya maka akan ada pengisytiharan keluar parti atau masuk parti sebagai salah satu kaedah perang psikologi." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/uk-catat-rekod-jangkitan-harian-tertinggi-122186-kes-baharu/
UK catat rekod jangkitan harian tertinggi 122,186 kes baharu
[ "United Kingdom (UK) mencatat rekod baharu jangkitan harian Covid-19 pada Jumaat dengan anggaran baharu Pejabat Perangkaan Kebangsaan menunjukkan kira-kira satu daripada 10 penduduk London mungkin dijangkiti virus itu.", "Penularan pantas Omicron turut mendorong lonjakan kes sejak tujuh hari lalu, terutamanya di kota itu.", "Data kerajaan menunjukkan 122,186 kes baharu, meningkat daripada 119,789 pada Khamis sekali gus menandakan hari ketiga kes melebihi 100,000.", "Banyak industri dan rangkaian pengangkutan bergelut dengan kekurangan kakitangan apabila pekerja yang sakit menjalani kuarantin, manakala hospital di Britain telah memberi amaran berhubung risiko kesan terhadap keselamatan pesakit.", "Bagaimanapun, Perdana Menteri Boris Johnson, menolak untuk melaksanakan sekatan baharu sebelum hari itu sendiri, dengan mengatakan bahawa terdapat ketidakpastian berhubung tahap keterukan jangkitan Omicron dan kadar kemasukan ke hospital.", "Walaupun penyelidikan terkini mengenai Omicron mencadangkan ia mempunyai kadar kemasukan ke hospital yang lebih rendah daripada varian Covid-19 sebelumnya, pegawai kesihatan mengekalkan notis berhati-hati berhubung prospek kemasukan ke hospital.", "“Ada sinar bagi menyambut Krismas, tetapi ia pastinya belum pada tahap di mana kita boleh menurunkan taraf ancaman serius itu,” kata Ketua Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA), Jenny Harries.", "“Apa yang kita dapat sekarang ialah keseimbangan yang sangat baik antara sesuatu yang kelihatan seperti risiko kemasukan ke hospital yang lebih rendah – yang merupakan berita baik – tetapi bersamaan pula dengan varian yang sangat mudah menular,” katanya.", "Pada Jumaat, UK melaporkan 137 kematian baharu dalam tempoh 28 hari selepas ujian positif Covid-19, turun daripada 147 kes pada Khamis, dan menjadikan jumlah keseluruhan semasa wabak itu kepada 147,857 kes – yang tertinggi di Eropah. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/politik/pemuda-pn-kecam-kerajaan-ph-bn-sekat-kebebasan-suara-anak-muda/
Pemuda PN kecam kerajaan PH-BN sekat kebebasan, suara anak muda
[ "Pemuda Perikatan Nasional (PN) mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang menyekat kebebasan bersuara anak muda menyatakan kritikan mereka, khususnya melalui media sosial.", "Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata ini susulan tindakan intimidasi dan provokasi oleh kerajaan kepada pegamal media, terutama pengguna Tik Tok dalam kalangan anak muda, khususnya penyokong PN, yang didakwa menyebarkan fitnah terhadap kerajaan.", "Sedangkan menurut beliau, kandungan bahan tersebut hanyalah salah satu elemen kebebasan bersuara dalam dunia demokrasi.", "“Justeru, atas nama kebebasan dan menuntut keadilan anak muda ini saya ingin ingatkan kepada kerajaan, manifesto PH (Pakatan Harapan) pada Perkara 17, PH telah mengemukakan janji akan menjamin kebebasan bersuara anak muda dan tidak akan mengenakan undang-undang untuk menyekat kebebasan bersuara.", "“Apa yang berlaku hari ini kritikan dan juga sedikit sebanyak perkara yang diutarakan anak muda yang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan sudah dianggap sebagai fitnah,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini (14 Februari 2023).", "Menurut Ahmad Fadhli, tindakan terhadap anak muda semakin berleluasa dan terbaharu, satu notis telah dikeluarkan kepada Mohd Haniff Abdul Rahim yang diminta hadir oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini untuk memberi keterangan di Balai Polis Bandar Hilir.", "“Ini merupakan satu tindakan yang saya kira satu usaha untuk menyekat kebebasan bersuara untuk anak-anak muda. Jadi saya ingin tanya, adakah kerajaan hari ini ingin menyekat kebebasan bersuara anak muda yang telah diucapkan PH sendiri dalam manifesto mereka?", "“Jika ini tindakan yang diambil kerajaan, kita menyeru anak muda di seluruh Malaysia supaya jangan menghentikan usaha untuk terus mengkritik, menyuarakan suara yang dijamin hak-hak demokrasi negara kita hari ini,” katanya menjelas Mohd Haniff bukan pengamal media tetapi aktivis media sosial." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/dakwaan-penstrukturan-tol-dibuat-semasa-era-kerajaan-ph-tak-benar-fadillah/
Dakwaan penstrukturan tol dibuat semasa era kerajaan PH tak benar: Fadillah
[ "Datuk Seri Fadillah Yusof menyangkal dakwaan mengatakan langkah penstrukturan tol bermula semasa era kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambi alih pentadbiran negara pada 2018 lalu.", "Menteri Kerja Raya itu menafikan blok pembangkang yang mendakwa inisiatif tersebut bermula ketika mereka menjadi kerajaan, sebaliknya menjelaskan ia dimulakan sejak 2002 dalam usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.", "“KKR (Kementerian Kerja Raya) telah memulakan inisiatif berhubung isu berkaitan tol sejak 2002, manakala PH menjadi kerajaan pada 2018, iaitu 16 tahun selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Jelasnya, ketika negara di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada 2002, kerajaan ketika itu membuat keputusan supaya KKR bersama agensi berkaitan berunding dengan syarikat konsesi lebuh raya bagi penstrukturan semula kadar tol lebuh raya utama di negara ini.", "Apabila rundingan dilaksanakan bersama syarikat konsesi, ia berdasarkan unjuran trafik dan apabila sesebuah lebuh raya berkenaan telah siap dan digunakan, maka jumlah trafik sebenar akan diperoleh dan digunakan untuk rundingan penstrukturan, kata Fadillah lagi.", "“Penstrukturan suatu inisiatif berterusan bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kadar tol yang tinggi,” katanya.", "Isnin lalu, Fadillah mengumumkan sebuah syarikat swasta akan mengambil alih konsesi empat lebuh raya, iaitu Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP).", "Syarikat terbabit, Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) yang semua pemegang sahamnya bukan berasaskan keuntungan, dipengerusikan Tan Sri Azlan Mohd Zainol. Penstrukturan semula menerusi kaedah itu menyaksikan tiada lagi pemegang saham dalam apa juga bentuk seperti dividen.", "Mengulas lanjut, Fadillah berkata, strategi penstrukturan bertujuan mengurangkan kadar tol lebuh raya antara bandar secara berperingkat, mengambil kira kenaikan kos sara hidup, komitmen syarikat konsesi (pinjaman), kesan kepada tanggungan kerajaan (pampasan) dan kadar tol lebuh raya.", "Berdasarkan aspirasi kerajaan itu, katanya, kesemua lebuh raya yang beroperasi ketika ini sudah melalui beberapa penstrukturan bagi memastikan kadar tol yang dikutip daripada pengguna lebuh raya adalah berpatutan, contohnya kadar tol Lebuhraya Damansara Puchong distruktur semula kepada kadar sekarang pada 2007.", "Selain itu, beberapa plaza tol dimansuhkan, antaranya Slim River, Perak pada 1993; Senai, Johor Bahru (2004); Plaza Tol Salak Jaya, Lebuhraya Sungai Besi (2009);Plaza Tol satu hala Kampung Medan, Lebuhraya Baru Pantai (2011), Plaza Tol satu hala Lebuhraya Cheras-Kajang (2012); Lebuhraya Persekutuan, Bukit Kayu Hitam, Kedah, dan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) di Johor (2018).", "Katanya, kerajaan juga melaksanakan satu makmal subsidi pada 2009 bagi mengkaji alternatif terbaik bagi menyelesaikan kenaikan kadar tol, namun keputusan ketika itu adalah mengekalkan kadar sedia ada memandangkan implikasi negatif yang akan dialami kerajaan dan negara di mata pelabur.", "“Namun, kerajaan tidak pernah berhenti untuk mencari alternatif terbaik demi kesejahteraan pengguna lebuh raya serta memastikan kepentingan pelabur terjaga dengan membuat beberapa lagi kajian,” katanya.", "Beliau menjelaskan, mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Oktober 2018 bersetuju supaya KKR dan Kementerian Kewangan membentangkan hasil kajian dan analisis kos-faedah jangka panjang kepada kerajaan lanjutan cadangan penjualan lebuh raya milik kerajaan kepada pihak swasta tempatan.", "“Ini termasuk mengambil kira pelbagai aspek seperti pengurangan kadar kutipan tol, kesan politik terhadap kerajaan dan sebagainya. Lanjutan itu, KKR melantik perunding audit bebas bertauliah, KPMG PLT pada Januari 2019 bagi membantu kerajaan meneliti dan mengkaji secara holistik hala tuju industri tol di negara ini.", "“Ini termasuk mengemukakan cadangan mengurangkan beban tol secara jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.", "“Seterusnya pada 2019 selaras manifesto kerajaan PH, KKR mengkaji semula industri lebuh raya dengan penekanan kepada kesan tol terhadap kos sara hidup serta mengemukakan cadangan penyelesaian terbaik berhubung perkara ini.", "“Namun demikian, mengambil kira bebanan perlu ditanggung kerajaan untuk melaksanakan pengambilalihan itu, kerajaan mengubahsuai cadangan manifesto berkenaan,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/biden-umum-bantuan-senjata-terbesar-ke-ukraine/
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
[ "Pentadbiran Presiden Joe Biden pada Isnin mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan menyediakan bantuan keselamatan tambahan bernilai US$1 bilion kepada Ukraine, pakej senjata terbesar sejak konflik Russia-Ukraine tercetus.", "Menurut kenyataan Jabatan Pertahanan, pakej itu – pembekalan kali ke-18 mengikut arahan presiden sejak Ogos 2021 – termasuk bekalan senjata tambahan untuk Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS), 75,000 butir peluru artileri 155 mm, 20 sistem mortar 120 mm dan 20,000 butir peluru mortar 120 mm, serta bekalan senjata untuk Sistem Peluru Berpandu Permukaan Ke Udara Termaju Kebangsaan (NASAMS), lapor Xinhua.", "Washington juga akan menghantar 1,000 Javelin, ratusan sistem anti-perisai AT4, 50 kenderaan rawatan perubatan berperisai, bahan letupan, peluru pemusnah dan peralatan pemusnah ke Kyiv, menurut kenyataan itu.", "Bekalan senjata baharu diumumkan itu menjadikan jumlah komitmen bantuan keselamatan AS kepada Ukraine bernilai US$9.8 bilion sejak Biden memegang jawatan sebagai Presiden, menurut Pentagon." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/cendawan-tahi-lembu-jadi-dadah-untuk-kepuasan-berhibur-polis/
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
[ "Pelik tetapi benar! Itulah yang didedahkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman mengenai kegilaan sesetengah pihak yang mahu berpesta sepuas-puasnya dalam parti liar, dengan menghasilkan dadah daripada cendawan tahi lembu.", "Perbuatan menghasilkan dadah dengan cara kotor dan jijik daripada cendawan yang tumbuh pada najis lembu bagaimanapun dapat dikesan pihak polis yang melakukan beberapa serbuan.", "Cendawan jenis ini dikenali dalam kalangan spesies panaeolus cyanescens, yang antara lain bukan sahaja boleh menyebabkan halusinasi, tetapi juga merosakkan kesihatan, membawa kepada gangguan mental, dan kesan negatif lain.", "Memetik laporan Bernama, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Deputi Komisioner Zainudin Ahmad, mendedahkan kebanyakan dadah itu adalah dalam bentuk cecair.", "Katanya, dadah yang dihasilkan daripada cendawan najis lembu itu dicampurkan ke dalam minuman ketika penganjuran pesta liar atau di pusat hiburan.", "“Najis lembu akan mengeluarkan cendawan dan akan diproses…dadah jenis ini akan membuat mereka yang mengambilnya berhalusinasi.", "“Mereka yang mengambil dadah jenis ini akan positif ujian air kencing,” katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di Kuala Lumpur, malam tadi.", "Zainudin berkata, walaupun penggunaan dadah itu masih sedikit dan kurang popular di pasaran tempatan namun pihaknya sentiasa berwaspada dengan permintaan dadah masa kini.", "Beliau berkata, dadah jenis ganja, syabu dan heroin masih mendapat permintaan tinggi." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/omicron-sumbang-95-peratus-jangkitan-baharu-covid-19-di-as/
Omicron sumbang 95 peratus jangkitan baharu Covid-19 di AS
[ "Varian Omicron kini menyumbang kepada bahagian terbesar kes baharu Covid-19 apabila rakyat Amerika Syarikat (AS) kembali bekerja dan bersekolah selepas musim cuti, menurut anggaran daripada pegawai kesihatan Persekutuan.", "Omicron membentuk 95 peratus daripada semua kes Covid-19 yang dijujukan di AS pada minggu yang berakhir pada 1 Januari 2022, meningkat daripada 77 peratus yang disemak pada minggu sebelumnya, menurut model oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).", "Sebelum ini, CDC menganggarkan varian itu menyumbang 58.6 peratus daripada kes pada minggu yang berakhir pada 25 Disember 2021.", "CDC menganggarkan tahap kelaziman varian berdasarkan data penjujukan genomik.", "Ia boleh menjadi tidak menentu, dengan semakan semula angka mingguan, kerana agensi itu mengumpul lebih banyak sampel dari seluruh negeri di AS.", "Dengan Omicron mengetatkan cengkamannya, varian Delta yang pernah menjadi dominan sehingga mendorong lonjakan kes di seluruh negara tahun lalu, kini menyumbang hanya 4.6 peratus daripada keseluruhan kes baharu, menurut CDC.", "Omicron pertama kali dikenal pasti di Afrika Selatan dan diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian membimbangkan (VOC) pada November lalu. Ia telah melanda AS sejak dikesan di California pada 1 Disember.", "Kakitangan kesihatan AS bekerja keras untuk mencegah penyebarannya dan menggalakkan semua individu dewasa untuk mendapatkan dos penggalak.", "Lewat tahun lalu, Presiden Joe Biden menyeru penyedia penjagaan kesihatan untuk memperluaskan suntikan vaksin dan dos penggalak Covid-19 dalam usaha untuk menghalang Omicron dan memerangi lonjakan jangkitan musim sejuk. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kerajaan-ph-bn-batal-pelepasan-cukai-individu-pencarum-sspn/
Kerajaan PH-BN batal pelepasan cukai individu pencarum SSPN
[ "Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membatal pelepasan cukai individu sehingga RM8,000 terhadap pencarum dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mulai tahun taksiran 2023.", "Perkara itu selaras keputusan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN disebabkan pelbagai alasan.", "“Kerajaan sebelum ini, memang beri potongan cukai kepada pencarum SSPN sebagai galakan, terutama kepada ibu bapa untuk mencarum bagi pendidikan anak mereka dengan kemudahan ini disambung beberapa kali hingga 2022.", "“Namun, ia dihentikan tahun ini. Kalau simpan (SSPN) tahun ini, tiada potongan cukai atau ‘relief’ pada tahun hadapan.", "“Keputusan ini dibuat kerajaan atas dasar dan keadaan bersesuaian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, menurut laporan BH hari ini (27 Mac 2023).", "Ditanya kemungkinan pencarum berhenti mencarum susulan perkembangan itu, beliau berkata, pihaknya akan menyampaikan pandangan orang ramai kepada kerajaan bagi memastikan dasar berkenaan selari dengan keperluan rakyat.", "“Ini (cadangan untuk mengkaji semula keputusan menghentikan insentif berkenaan) adalah di pihak rakyat. Kalau mahu lihat semula (pemotongan cukai) dan sebagainya, ia perlu datang daripada rakyat.", "“Di peringkat LHDN, kita adalah pihak pelaksana bagi setiap dasar diputuskan kerajaan. Namun, kita juga akan sampaikan pandangan orang ramai supaya setiap dasar selari dengan nadi rakyat,” katanya.", "Mengulas syor mewujudkan analisis kekayaan bagi golongan ‘maha kaya’, beliau bagaimanapun berkata, model sedia ada sudah memadai bagi mengesan pihak yang culas membayar cukai.", "“Sebenarnya setiap individu perlu menyimpan dokumen berkaitan kewangan kerana apabila ditanya atau perlu menjelaskannya kepada LHDN, mereka ada maklumat.", "“Dia (tanggungjawab semua pembayar cukai) sama, cuma jumlah (pendapatan) kita mungkin kurang jika dibandingkan dengan golongan ‘maha kaya’,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/ramasamys-departure-lays-bare-daps-true-colours/
Ramasamy’s departure lays bare DAP’s true colours
[ "Former Penang Deputy Chief Minister Prof Dr P. Ramasamy’s departure from the DAP did not surprise many. But I am deeply saddened over DAP’s treatment towards the man who had sacrificed more than 20 years of his life to public service.", "Party secretary-general Anthony Loke did not even have the courtesy to personally convey the decision that Ramasamy has been dropped as a candidate for the Perai seat in this Saturday’s election. This is despite Ramasamy having been Loke’s teacher in the past.", "As a Penangite, I have been following Ramasamy’s political career for some time now and I admire his tenacity and profound insights into issues that concern the public.", "As many of us know, Ramasamy was an accomplished academician before diving into the murky world of politics. But he still retained his touch as an incisive thinker throughout his political career.", "Ramasamy is a prolific writer and has quite a following among the non-Bumiputeras, especially the Indians. He’s also one who would call a spade a spade. But his frankness often touches on raw nerves and leaders, including those from within Pakatan Harapan, including the DAP, are often uncomfortable with his views.", "One example was his controversial view that the public service was being dominated by only one race. He had also been a fierce critic of racially-biased views from ex-PM Tun Dr Mahathir Mohamad.", "But it would seem that with the Chinese-dominated DAP being in power at the Federal level now, it preferred to gloss over some of the touchy subjects to preserve the so-called “unity” in the Unity government. Doesn’t this show that the DAP is only becoming another MIC or MCA?", "Anyway, it’s an open secret that a “cartel” in the DAP, led by someone Ramasamy described as an “emperor” had wanted to oust Ramasamy and his supporters. This is because Ramasamy refused to “play ball” and is not aligned to the “emperor”.", "So much for DAP being an open, democratic party that allows dissent.", "Ramasamy’s departure is also a reminder of the party’s Chinese-centricity. The only non-Chinese who could survive long in the party are those who are pliant and do not rock the boat.", "Outspoken non-Chinese leaders like Ramasany, ex-DAP vice-president Tunku Abdul Aziz and Zaid Ibrahim are not tolerated in the party, which is being run like a mob family.", "Let’s be frank: Ramasamy’s departure is a huge loss to the DAP and PH. He has also contributed immensely when he was heading the Penang Hindu Endowment Board. Penang Indian voters are grateful to the board for its contributions, such as allocations for Hindu temples.", "Penang voters, especially from the Indian community, will remember Ramasamy fondly although he’s not standing on Saturday. In fact, they may just vote against PH just to spite the DAP government for showing its true colours by mistreating Ramasamy.", "Michael Chelliah\nButterworth, Penang", "* This is the opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of Agenda Daily." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/sudah-positif-pun-masih-minta-pulang-kuarantin-di-rumah/
Sudah positif pun masih minta pulang kuarantin di rumah
[ "Pesakit positif Covid-19 yang sedang dirawat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Kelantan masih meminta untuk pulang bagi menjalani kuarantin di rumah kerana ingin menyambut Aidilfitri bersama keluarga.", "Bagaimanapun, rayuan dan alasan pesakit-pesakit tersebut dibimbangi akan menjadi punca kepada penularan yang lebih besar sekiranya mereka dibenarkan pulang, kata Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Azman Yacob.", "“Mereka menggunakan alasan untuk menjalani perintah kuarantin di rumah (HIO) ketika Aidilfitiri.", "“Namun, kita sudah membuat keputusan untuk tidak membenarkan pesakit yang berada di PKRC pulang ke rumah sehingga mereka benar-benar tamat tempoh kuarantin.", "“Kita bimbang sekiranya mereka menyambung kuarantin di rumah, mereka tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang betul dan dikhuatiri menjangkiti ahli keluarga yang lain,” katanya dipetik portal Harian Metro.", "Terdahulu, Dr Mohd Azmin melawat PKRC Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa.", "Majoriti pesakit yang meminta pulang itu sudah seminggu menjalani kuarantin di PKRC.", "PKRC Putik, Pengkalan Chepa mula beroperasi pada 6 Januari kini menempatkan 196 pesakit Covid-19 termasuk kanak-kanak.", "Mengulas lanjut, Dr Azman berkata, PKRC kelapan iaitu PKRC Gelanggang Seni akan mula beroperasi Isnin ini.", "Katanya, ia berikutan 30 katil perubatan sudah dibawa masuk semalam dan PKRC berkenaan boleh memuatkan 140 pesakit.", "Keadaan penularan Covid-19 di dalam negara berada pada paras kritikal dan sistem kesihatan negara dijangka lumpuh sekiranya jangkitan harian berterusan meningkat.", "Malah, kerajaan juga sudah mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 bagi membendung penularan virus membunuh itu daripada menjadi lebih serius." ]
https://www.agendadaily.com/politik/dr-mahathir-sedia-beri-separuh-wang-rm1-bilion-jika-terbukti-dakwaan-pmx/
Dr Mahathir sedia beri separuh wang RM1 bilion jika terbukti dakwaan PMX
[ "Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa membuktikan dakwaannya berhubung kekayaan luar biasa dan tidak hanya pandai membuat tuduhan sahaja.", "Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Anwar tidak sekadar membuat kenyataan politik terhadap musuhnya, malah beliau sedia memberi separuh wang yang didakwa dimilikinya kepada Ahli Parlimen Tambun itu jika terbukti benar.", "“(Atas) sebab (tuduhan) itu, saya cabar Anwar, kalau (dia dapat) jumpa RM1 bilion (yang dikatakan) duit (yang ada kepada) saya, saya (akan) bagi dia separuh (daripada amaun itu).", "“(Berkaitan) bekas pemimpin (yang didakwa kaut keuntungan), dia cabar buat apa, dulu dia ‘ex-Malay leader’ juga, (saya rasa) dia patut isytihar dia punya harta dahulu… bagi contoh dan dia bagi (cabaran itu) kepada semua orang.", "“(Paling utama ketika ini) beliau tidak payah suruh orang lain, jawab (dan buktikan dahulu) tuduhan kononnya saya ada berbilion (ringgit), (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) ada berbilion, ada jet dan sebagainya, tunjuk (kepada umum),” kata Dr Mahathir membidas Anwar menurut laporan Astro Awani.", "Dr Mahathir ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Kampung Naga malam tadi.", "Pada 6 Mei lalu, Anwar mencabar bekas pemimpin dan pembesar yang mendapat keuntungan ketika era pemerintahan mereka untuk berkongsi kekayaan dengan orang Melayu yang lain.", "Jelas Anwar, ini kerana pemimpin-pemimpin berkenaan dilihat hanya mengaut keuntungan untuk diri sendiri dan keluarga ketika pentadbiran masing-masing.", "Namun, apabila mereka tidak lagi berkuasa, isu membabitkan penyatuan serta kekuatan orang Melayu baru dibangkitkan dan diperjuangkan individu berkenaan.", "Untuk rekod, Dr Mahathir juga sudah menyaman Anwar sebanyak RM150 juta selepas difitnah mengkayakan kroni dan sanak saudara semasa menjadi Perdana Menteri sebelum ini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/selepas-dua-malam-di-penjara-najib-bakal-muncul-di-mahkamah-kl-esok/
Selepas dua malam di penjara Najib bakal muncul di mahkamah KL esok
[ "Selepas dua hari daripada 12 tahun bermalam di Penjara Kajang, Datuk Seri Najib Razak dijangka membuat kemunculan pertama di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur esok (Khamis, 25 Ogos 2022).", "Bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang dipenjara itu dijangka menghadiri perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.", "Sequerah sebelum ini, menetapkan esok bagi pengurusan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB, di mana Najib menghadapi empat pertuduhan.", "Ahli Parlimen Pekan berusia 68 tahun itu, dituduh menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.", "Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib dilapor mengesahkan perkara tersebut.", "‘Raja Media Sosial’ UMNO itu sekali lagi akan muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat (26 Ogos) bagi menghadiri perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB, bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.", "Bagi kes itu, mahkamah menetapkan 26 Ogos dan beberapa tarikh lain pada 2 September serta 21, 25 dan 28 Oktober untuk meneruskan perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.", "Pada 12 Disember 2018, Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB sebelum dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelak tindakan diambil terhadapnya.", "Najib juga berdepan enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC)." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/who-jangka-korban-covid-di-eropah-bakal-cecah-2-2-juta-pada-mac/
WHO jangka korban Covid di Eropah bakal cecah 2.2 juta pada Mac
[ "Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran lebih 700,000 lagi kematian bakal direkodkan di Eropah akibat jangkitan Covid-19 pada Mac tahun depan, menjadikan angka kumulatif yang terkorban akan mencecah 2.2 juta.", "Sehubungan itu, WHO menggesa penduduk di Eropah untuk mendapatkan suntikan vaksin dan dos penggalak dengan kadar segera.", "Angka korban secara keseluruhan di 53 negara di wilayah WHO Eropah kini sudah mencecah lebih 1.5 juta, susulan kenaikan kes harian sebanyak dua kali ganda sejak September lalu, kepada 4,200 sehari.", "Wilayah WHO Eropah yang terlibat adalah Russia dan bekas Republik Soviet yang lain, serta Turki.", "Selain itu, WHO menyatakan korban terkumpul yang direkodkan diunjurkan mencecah lebih 2.2 juta menjelang musim bunga tahun depan berdasarkan keadaan semasa.", "Manakala, penggunaan unit rawatan rapi (ICU) di hospital bakal berdepan dengan tekanan tinggi atau berlebihan di 49 daripada 53 negara menjelang 1 Mac nanti.", "Menurut WHO Eropah, pada awal 2022 pula, Perancis, Sepanyol dan Hungary adalah negara yang dijangka mengalami tekanan melampau dalam penggunaan ICU.", "Semalam, Belanda sudah mula memindahkan pesakit Covid-19 merentasi sempadan ke Jerman apabila tekanan memuncak ke atas penggunaan hospital dan kadar jangkitan terus melonjak ke paras tertinggi.", "Isnin lalu, Austria juga sudah melaksanakan perintah berkurung kepada semua penduduknya bagi mencegah penularan gelombang baharu Covid-19 ini.", "Sementara itu, WHO memaklumkan bilangan individu tidak divaksin adalah tinggi dan perlindungan vaksin yang semakin berkurangan adalah sebab utama terjadinya penularan baharu di Eropah, di samping jangkitan varian Delta serta kelonggaran penjagaan kebersihan.", "Pengarah WHO Eropah, Hans Kluge menyeru orang ramai untuk segera mendapatkan suntikan vaksin dan juga mendapatkan dos penggalak ‘jika ditawarkan’. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/politik/perbuatan-rasuah-penyumbang-inflasi-tinggi/
Perbuatan rasuah penyumbang inflasi tinggi?
[ "Harga barang dan makanan bakal melonjak sehingga lebih 10 peratus pada 2023 berdasarkan kepada unjuran kadar inflasi yang dijangka meningkat kepada enam hingga tujuh peratus.", "Ini kerana harga makanan dan minuman pada November meningkat pada kadar 7.3 peratus berbanding 7.1 peratus bulan sebelumnya, dengan kadar inflasi pada empat peratus disebabkan kenaikan harga makanan terutama berasaskan ayam dan tepung mengikut data Jabatan Perangkaan.", "Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, inflasi dijangka kekal tinggi 2023 berikutan tekanan permintaan dan kos, harga komoditi global akibat konflik di Ukraine dan gangguan bekalan berlarutan yang ketika ini ditangani oleh kawalan harga dan subsidi.", "Kementerian Ekonomi berjanji untuk membangunkan ekosistem berasaskan data-data harga dari seluruh negara untuk menyuntik keanjalan harga dan bekalan sebagai salah satu usaha mengawal inflasi di masa akan datang.", "Namun, jika harga barang dan inflasi terus meningkat, ia akan memberi kesan besar kepada pengguna terutama golongan B40 yang mempunyai pendapatan kurang RM2,000 sebulan.", "Dalam pada itu, satu siasatan mendedahkan bahawa gejala rasuah berlaku dalam beberapa pentadbiran awam bagi memudahkan urus niaga perkhidmatan, yang menjadi kos tambahan yang membebankan rakyat yang terlibat.", "Salah satu hasil ‘fenomena’ ini adalah pelaksanaan projek yang kurang berkualiti, kerana kadang-kadang ia tertakluk kepada kaedah ‘sorok-sorok’ dari bawah meja, dan harga untuk itu dibayar terlalu tinggi melalui rancangan sesebuah kesepakatan.", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Dr Tricia Yeoh, perkara itu dibuktikan menerusi satu kertas kerja oleh Coalition for Business Integrity (CBI) yang mengenal pasti bahawa proses pembekalan barangan dan perkhidmatan yang mempunyai unsur rasuah akan menyebabkan peningkatan kos.", "“Ekoran kos pengurusan perniagaan yang semakin meningkat, kesannya terpaksa ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna akhir.”", "Menurut beliau, hasil dapatan daripada kertas kerja itu juga mendedahkan bagaimana rasuah memberi kesan kepada kos sara hidup pengguna melalui penciptaan tekanan menaik ke atas harga barangan dan perkhidmatan pengguna.", "“Penyelidikan kolaboratif ini mendapati bagaimana rasuah sistemik bukan suatu yang hanya memberi kesan kepada peringkat tertinggi masyarakat, malah sebenarnya ia turut memberi kesan negatif kepada kehidupan seharian rakyat melalui inflasi buatan sehingga meningkatkan kos sara hidup.”", "Tambahnya lagi, dengan tumpuan pada sektor pembinaan, pendidikan dan penjagaan kesihatan, penyelidikan dilakukan oleh IDEAS dan CBI ini juga mendapati bahawa pemberian habuan adalah satu bentuk rasuah yang paling biasa dalam sektor swasta dan awam.", "Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CBI, Mark Chay memneritahu, perbuatan rasuah juga menyumbang kepada tahap inflasi harga yang lebih tinggi serta menekan pendapatan orang ramai, sekali gus menggalakkan lebih banyak rasuah yang membawa kepada kitaran ganas penindasan terhadap rakyat.", "Menurutnya lagi, salah satu sebab punca kos sara hidup naik adalah disebabkan oleh rasuah apabila perkara itu berkait rapat dengan isu kos melaksanakan perniagaan.", "“Ini berlaku apabila urusan perniagaan diselitkan dengan keperluan untuk merasuah, malah perbuatan jijik rasuah ini dikira sebagai kos pengurusan perniagaan.”", "Oleh itu, amalan rasuah dan salah guna kuasa telah mengganggu persaingan sihat, menyekat pembangunan sektor swasta, menyebabkan halangan kemasukan para pelabur asing, menjejaskan penyampaian perkhidmatan awam yang efisien serta menghasilkan perbelanjaan kerajaan yang tidak cekap.", "Ini jelas menunjukkan bahawa rasuah adalah fenomena yang merosakkan, bukan sahaja kepada diri tetapi juga generasi dan negara." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kontroversi-konsert-adegan-tak-senonoh-timbalan-menteri-pertahan-fahmi-tak-perlu-letak-jawatan/
Kontroversi konsert adegan tak senonoh, Timbalan Menteri pertahan Fahmi tak perlu letak jawatan
[ "Teo Nie Ching hari ini membidas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendesak Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil melepaskan jawatan susulan aksi biadab kumpulan The 1975 di hadapan peminat di Festival Good Vibes 2023.", "Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital itu, yang menyifatkan desakan Wan Saiful sebagai tindakan tidak berfikiran panjang, berkata kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor tersebut adalah tidak logik.", "“Kumpulan The 1975 dengan jelas telah melanggar perjanjian mereka dengan penganjur dan melanggar undang-undang negara.", "“Kalau disebabkan itu Menteri perlu letak jawatan, adakah Wan Saiful akan suruh Menteri Pengangkutan letak jawatan jika orang melanggar peraturan had laju, lalu lintas?” katanya dalam catatan di laman Facebook.", "Semalam, Fahmi mengarahkan penganjuran Festival Good Vibes 2023, yang dijadual berlangsung sehingga hari ini, dibatalkan serta-merta dan berkata pendirian Kerajaan Perpaduan adalah jelas serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh dan melanggar undang-undang Malaysia.", "Kementerian Komunikasi dan Digital, melalui Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL), telah membuat keputusan untuk menyenarai hitam kumpulan muzik dari British itu daripada membuat persembahan di negara ini." ]
https://www.agendadaily.com/politik/portal-dakwa-anwar-akan-pilih-zahid-sebagai-tpm-balas-jasa-anak-murid/
Portal dakwa Anwar akan pilih Zahid sebagai TPM, balas jasa anak murid
[ "Laporan sebuah portal mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal menjadi pilihan cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim  untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam kerajaan baharu.", "Memetik laporan The Malaysia Insight, Perdana Menteri (PM) Ke-10 itu lebih cenderung untuk memilih Zahid sebagai timbalannya kerana jasanya membantu menjadi PM selepas mengidam untuk sekian lama dan hanya dengan sokongan UMNO-Barisan Nasional (BN) baharu ia dapat menjadi kenyataan kini.", "Memetik sumber, portal tersebut berkata Anwar perlu bergantung kepada Zahid untuk kekal berkuasa dan kerajaan hanya akan stabil dengan sokongan Ahli Parlimen UMNO-BN.", "Realitinya Zahid membantu Anwar untuk menjadi PM dan ia perlu diperakui. Beliau juga satu-satunya individu yang boleh membantu mengekalkan 30 kerusi BN,” kata satu sumber rapat dipetik laporan tersebut.", "“Apa yang kita mahu lihat, beri Anwar kebebasan untuk memilih timbalan dan Kabinetnya. Jika ia tidak berfungsi, buang saja mereka,” katanya.", "Jika jangkaan laporan tersebut menjadi kenyataan, ia adalah isyarat Anwar mengabaikan prinsipnya hanya kerana mahu mengekalkan kuasa semata-mata walaupun menyedari anak muridnya itu masih berdepan pendakwaan di mahkamah.", "Mungkin Anwar tidak mahu melihat insiden yang berlaku terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dihadapinya juga, apabila beberapa Ahli Parlimen UMNO sebelum ini menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).", "Kabinet baharu mungkin dinamakan pada masa terdekat, malah Anwar juga sudah mengemukakan senarai kepada Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah semasa sesi menghadapi semalam.", "Anwar mengangkat sumpah sebagai PM Ke-10 Khamis lalu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang meyaksikan Zahid mengheret UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP walaupun kedua-duanya merupakan seteru utama.", "Terdahulu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Anwar tidak membawa masuk pemimpin kluster mahkamah dalam kerajaan bakal dibentuknya.", "Bersih membuat pendirian ahli politik yang berdepan pendakwaan di mahkamah perlu diketepikan daripada barisan pentadbiran kerajaan yang akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "“Bersih berpandangan bahawa sehingga dan melainkan kedua-dua pihak pendakwaan dan kehakiman benar-benar bebas daripada pengaruh politik, ahli politik yang masih mempunyai kes mahkamah mengambil jawatan eksekutif adalah langsung tidak boleh diterima.", "“Ini kerana sebarang pembebasan akan dilihat sebagai pemberian pengampunan kepada mereka yang di pihak Eksekutif, sekalipun jika kes mereka secara meritnya layak dibebaskan.", "“Hal ini akan melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua AGC dan kehakiman,” kata Bersih.", "Bersih juga mengingatkan bahawa gerakan politik sedemikian boleh menimbulkan keraguan terhadap integriti kerajaan Anwar dan mencemarkan reputasi negara.", "Bersih juga meluahkan kebimbangan dengan cadangan pihak tertentu dan individu supaya Zahid dipertimbangkan untuk jawatan TPM dalam pembentukan kabinet baru nanti.", "“Zahid masih dalam perbicaraan untuk 47 pendakwaan jenayah pecah amanah dalam kes Yayasan Akalbudi.", "“Walaupun beliau telah dibebaskan daripada 40 tuduhan rasuah skim visa VLN oleh Mahkamah Tinggi pada 22 September lalu, pasukan pendakwaan juga telah mengemukakan rayuan untuk kes tersebut,” kata Bersih.", "Bersih juga menggesa semua parti dalam kerajaan campuran supaya mengelak daripada menamakan individu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah untuk pertimbangan Anwar.", "“Wakil rakyat yang sedang menjalani kes rasuah seperti (Pengerusi DAP) Lim Guan Eng, Presiden Muda) Syed Saddiq dan (Pengerusi BN Sabah) Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, tidak boleh dilantik ke dalam kabinet sehingga kes mereka selesai sepenuhnya oleh mahkamah tanpa sebarang ", "campur tangan Eksekutif melalui Jabatan Peguam Negara,” katanya lagi.", "Terdahulu, spekulasi tercetus selepas Anwar memberi bayangan tidak menolak pemimpin kluster mahkamah bakal dibawa masuk dalam Kabinet memandangkan seseorang itu masih tidak didapati bersalah selagi hukuman belum dijatuhkan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pru-15-banjir-dijangka-pertengahan-november/
PRU-15: Banjir dijangka pertengahan November
[ "Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak sesuai diadakan pada tahun ini disebabkan taburan hujan tinggi dan risiko bencana banjir yang dijangka berlaku pada pertengahan November ini.", "Beliau berkata berdasarkan ramalan keadaan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini, negara akan menerima taburan hujan yang lebih pada pertengahan November ini berbanding bulan-bulan lain, menurut Bernama.", "“Kalau buat PRU masa ini memang tidak sesuai…", "“Kalau buat PRU, anggota polis kena jaga peti undi, mana hendak jaga keselamatan rakyat yang terjejas akibat bencana banjir lagi.", "“Tambahan pula, jumlah anggota polis tidak cukup untuk tampung semua ini,” katanya.", "Timbalan Presiden PAS itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 dan Sambutan 90 Tahun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Lembangan Sungai Muda, di Sungai Petani, Kedah, hari ini.", "Tuan Ibrahim berkata selain situasi kini tidak mendesak untuk diadakan pilihan raya, PRU-15 juga perlu dibuat dan dirancang dengan berhati-hati supaya tidak menimbulkan sebarang mudarat dan masalah kepada semua pihak terutamanya rakyat." ]
https://www.agendadaily.com/politik/minta-maaf-kor-ming-pun-minta-umno-move-on/
Minta maaf : Kor Ming pun seru UMNO ‘move on’
[ "Selepas Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke meminta Pemuda UMNO ‘move on’, hari ini Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming turut menyuarakan perkara sama.", "Kor Ming mahu UMNO melupakan kisah silam serta persengketaan politik antara mereka dan fokus untuk memperkukuh kedudukan kerajaan campuran.", "“Oleh kerana itu, saya dengan rendah hati memohon semua pengundi supaya mengundi parti yang sehaluan dengan kerajaan persekutuan supaya kita jangan mematahkan momentum yang kita susah payah hendak bina ini.", "“Jangan patahkan momentum yang sudah pun ada ini, biarkan kita ada kestabilan politik dalam tempoh lima tahun. Bagi masa kepada kerajaan yang ada pada hari ini, selain kepada agensi kerajaan untuk mempamer dan melaksanakan apa yang kita mampu lakukan bersama.", "“Kita sudah ‘move on’, Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) pun sudah ‘move on’ dan sekarang fokus utama kita adalah bagaimana untuk membantu UMNO dan UMNO membantu DAP untuk memperkukuhkan kerajaan Malaysia Madani demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara,” katanya ketika diminta mengulas soal gesaan Ketua Pemuda UMNO yang mahu DAP meminta maaf kepada ahlinya.", "Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menyeru agar DAP memohon maaf kepada UMNO atas tohmahan terhadap parti itu yang mengguris hati semua ahlinya sehingga kini.", "Kata Akmal, ada ahli yang datang berjumpa, mengadu dan meluahkan perasaan risau apabila bersama DAP, ‘keris’ UMNO akan terperosok ke bumi.", "Namun Zahid ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada PAU 2023 lalu meminta agar tiada lagi kenyataan yang mengguris hati antara mereka malah beliau menyeru agar rakan-rakan baharunya dalam kerajaan campuran itu juga tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati orang Melayu." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/malaysia-microsoft-umum-kerjasama-mydigital-govtech-innovation/
Malaysia, Microsoft umum kerjasama MyDigital GovTech Innovation
[ "Kerajaan Malaysia dan Microsoft mengumumkan kerjasama MyDIGITAL GovTech Innovation, sebagai komitmen terhadap inovasi, kemahiran digital dan membina daya tahan ekonomi untuk Malaysia.", "Pengumuman ini adalah susulan daripada Surat Hasrat (LoI) yang ditandatangani antara Microsoft dan MyDIGITAL Corporation sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Amerika Syarikat pada Mei 2022.", "Dalam kenyataan semalam, Microsoft berkata LoI mengenal pasti bidang kerjasama yang berkenaan termasuk membangunkan keupayaan keselamatan siber, menggalakkan penggunaan teknologi digital oleh sektor awam dan memupuk bakat mahir untuk mengembangkan ekonomi digital.", "Bagi meneruskan usaha memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, Microsoft dan agensi-agensi utama kerajaan seperti MyDIGITAL Corporation dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan menyediakan latihan untuk kakitangan sektor awam untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran digital, lantas menyokong aspirasi negara untuk mencapai pembangunan yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengumumkan inisiatif itu bagi pihak kerajaan, berkata peranan perkhidmatan awam Malaysia penting untuk membina daya tahan ekonomi negara dalam suasana yang mencabar ini.", "“Kerjasama jangka panjang kami dengan Microsoft akan membolehkan perkhidmatan awam beroperasi secara lebih inovatif, berpandukan data dan bertumpukan rakyat untuk mencari penyelesaian dan merangka dasar-dasar berkesan.", "“Inisiatif seperti ini adalah satu langkah penting untuk melengkapkan Malaysia dengan keupayaan untuk membangunkan ekonomi yang mendahulukan digital.", "“Kami mengalu-alukan sumbangtara berterusan Microsoft sebagai rakan teknologi dan ilmu pengetahuan kepada Malaysia, termasuk komitmen mereka untuk melatih 300,000 orang menjelang 2024 dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp),” katanya.", "Mustapa berkongsi bahawa inisiatif yang diumumkan hari ini menandakan satu lagi mercu jaya dalam kerjasama kerajaan Malaysia dengan Microsoft, dalam usaha mencapai sasaran yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.", "Katanya sasarannya termasuk 80 peratus penggunaan storan pengkomputeran awan merentas sektor awam pada 2022 dan mencapai tahap celik digital 100 peratus dalam kalangan penjawat awam dan menyediakan perkhidmatan kerajaan dalam talian serba lengkap pada tahap 80 peratus menjelang 2025.", "Menurut Microsoft, pengumuman hari ini turut menyokong Rangka Kerja Teknologi Awan (CFA) yang ditandatangani antara syarikat dan MAMPU baru-baru ini, untuk membina rangkaian awan yang boleh dipercayai dan memperkasakan sektor awam di Malaysia untuk mencapai transformasi digital.", "Naib Presiden Eksekutif dan Presiden, Kerjasama Transformasi Negara, Microsoft Jean-Philippe Courtois berkata misi syarikat ialah memperkasakan setiap orang dan setiap organisasi di muka bumi untuk mencapai lebih lagi.", "“Semua orang mesti menikmati manfaat teknologi. Usaha ini jelas dilihat daripada komitmen kami kepada Malaysia. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 Microsoft bertapak di Malaysia dan kami berbesar hati untuk meraikannya bersama rakan-rakan kerjasama kami dari kerajaan Malaysia.", "“Microsoft bertekad meneruskan kerjasama kami untuk membolehkan Malaysia memanfaatkan kepakaran dan keupayaan kami dalam bidang teknologi bagi memacu pertumbuhan terangkum dan membina daya tahan dalam era digital,” katanya. – Bernama" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/7-februari-rayuan-akhir-kes-lucut-hak-dana-1mdb-diberi-najib/
7 Februari rayuan akhir kes lucut hak dana 1MDB diberi Najib
[ "Mahkamah Persekutuan hari ini (Selasa, 18 Oktober 2022) menetapkan 7 Februari tahun depan untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan berhubung kegagalan permohonan pelucuthakan terhadap beberapa syarikat dan entiti, termasuk parti politik seperti UMNO dan MCA, berhubung dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.", "Perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Siti Hajar Mustaffa, yang menetapkan tarikh perbicaraan.", "Rayuan pendakwaan dibuat selepas gagal dalam pelucuthakan terhadap Habib Jewels Sdn Bhd; Hattatex Trading; Wanita MCA; UMNO Pusat; Badan Perhubungan UMNO Pahang; Badan Perhubungan UMNO Kedah; penyandang Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim; dan tiga yang lain; K&Z Enterprise Sdn Bhd; dan Perano Sdn Bhd.", "Habib Jewels diwakili oleh Gooi Yang Shuh dan Syazwani Mohd Zawawi mewakili UMNO Pusat, manakala pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim.", "Ini adalah rayuan terakhir oleh pihak pendakwaan dalam permohonan pelucuthakan mereka.", "Pada 2 September lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan pihak pendakwaan, di mana ia memutuskan bahawa tindakan pelucuthakan terhadap parti politik dan lain-lain tidak memenuhi keperluan di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram Akta 2001 berkenaan dengan pelucuthakan harta apabila tiada pendakwaan.", "Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang juga sebahagian daripada panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, berkata “tidak ada sebab kukuh untuk mengganggu penemuan fakta bahawa rampasan (dana) yang diminta oleh pihak pendakwaan bukan daripada hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang”.", "“Wang itu semua telah digunakan, dan entiti perniagaan tidak tahu bahawa wang itu datang daripada aktiviti menyalahi undang-undang Najib. Adalah sangat tidak adil bagi mahkamah membenarkan rayuan untuk perkhidmatan atau barangan yang dijual.", "“Kami mendapati hakim Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kesilapan dalam undang-undang. Kami mengesahkan perintah Mahkamah Tinggi,” katanya.", "Pada 13 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, menolak permohonan melucut hak harta oleh Pendakwa Raya selepas mendapati wang dalam akaun UMNO Kedah bukan hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram manakala pembayaran diterima Habib Jewels dibuat melalui pembelian yang dilakukan dengan niat baik.", "Bagi permohonan kerajaan melucut hak harta terhadap UMNO Kedah, Mohd Nazlan berkata wang RM1.05 juta diterima daripada parti itu tidak boleh dikatakan sebahagian daripada wang RM15 juta yang diberikan Najib pada tahun 2012 dan 2013.", "Bagi kes membabitkan Habib Jewels yang menerima wang RM100,000 pula, hakim mendapati wang yang diterima daripada entiti itu bagi pembelian barangan kemas dilakukan dengan niat baik dalam maksud perniagaan biasa pihak responden.", "Hakim berkata, pihak pendakwaan tidak mempertikaikan pembelian itu selepas responden mengemukakan bukti dokumen seperti resit pembelian.", "SPRM memulakan rampasan pada 2019, kerana mereka didakwa menerima dana daripada Najib, dan jejak wang itu berasal daripada bekas presiden UMNO itu.", "Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram dalam kes SRC International Sdn Bhd. SRC adalah bekas anak syarikat 1MDB." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/new-zealand-izin-pelancong-kuarantin-di-rumah/
New Zealand izin pelancong kuarantin di rumah
[ "New Zealand akan membenarkan individu lengkap divaksinasi menjalani kuarantin kendiri di rumah sejajar pendekatan bertahap untuk membuka semula negara itu kepada kemasukan pelancong asing.", "Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata projek perintis bermula Oktober ini bakal membabitkan 150 individu yang akan menjadi warganegara atau penduduk tetap dan perlu lengkap divaksinasi.", "“Pihak kami dalam usaha untuk memudahkan pelancong yang masuk ke negara ini untuk memendekkan masa untuk melakukan pengasingan kendiri pada masa akan datang,” jelasnya.", "Sehingga kini, pelancong atau penduduk tetap New Zealand yang baru pulang atau ingin masuk ke negara itu perlu menjalani kuarantin di pusat yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 14 hari, tetapi kemudahan di fasiliti itu adalah sangat terhad.", "Sejak Mac tahun lalu, New Zealand mampu melawan Covid-19, namun pada Ogos lalu negara itu mengambil langkah mengenakan sekatan dan penutupan penuh susulan penularan meluas varian Delta.", "Manakala, bandar terbesarnya, Auckland kekal melaksanakan sekatan penuh kerana masih mencatatkan kes baharu setiap hari.", "Ardern mengingatkan sekurang-kurangnya 90 peratus dari penduduknya perlu divaksin untuk mencegah penularan yang lebih teruk dan sebelum wabak ini merebak dengan lebih meluas ke seluruh negara itu.", "Sehingga kini, hampir 43 peratus daripada lebih 4.87 juta populasinya sudah lengkap divaksin.", "Pihak berkuasa New Zealand hari ini melaporkan 12 kes baharu Covid-19 dan semuanya tertumpu di Auckland, menjadikan angka kes melibatkan jangkitan varian Delta mencecah 1,177 kes. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/politik/pru-15-pas-tak-terdesak-hingga-mahu-tumpang-tuah-umno-bn/
PRU-15: PAS tak terdesak hingga mahu tumpang tuah UMNO, BN
[ "PAS tidak terdesak atau mahu menumpang tuah UMNO apabila ia tetap mahu bekerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).", "Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata keputusan PAS itu bertepatan dengan pendirian parti itu untuk bekerjasama dengan semua parti Melayu, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), demi penyatuan ummah dan mengelakkan perpecahan bangsa.", "Memetik Utusan, beliau bagaimanapun berkata ada pihak yang cuba mencetuskan perpecahan dan melaga-lagakan usaha murni PAS dengan memberi gambaran parti itu terdesak dan hanya ingin menumpang tuah Barisan Nasional (BN) atau UMNO.", "“UMNO marahkan Bersatu, sebab itu mereka tidak mahu untuk bekerjasama dalam MN. Kita faham UMNO marah Bersatu kerana sebab-sebab tertentu tetapi mereka sepatutnya berbincang terlebih dahulu dan meletakkan penyatuan ummah sebagai keutamaan.", "“Kena fikirkan kenapa PAS sanggup membuat penyatuan ummah melalui MN dengan UMNO. Ini kerana PAS pentingkan penyatuan ummah berbanding mengingati perkara-perkara yang telah lepas.", "“Dahulunya, sebelum wujud MN, di setiap pentas politik, apa yang saya tak kata terhadap UMNO? Begitu juga UMNO mengata PAS.", "“Namun semua perkara itu kita ketepikan kerana kita semua sedar sekiranya berpanjangan akan menyebabkan perpecahan, sebab itu kita melakukan penyatuan ummah melalui MN,” katanya kepada pemberita pada Program Jualan Amal di Markas Pas Sungai Tinggi Trong di Bukit Gantang, hari ini.", "Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata ada juga yang bertanya jika PAS benar-benar mahukan penyatuan ummah kenapa tidak jempat juga parti AMANAH.", "“Kita telah berulang kali beritahu, kita boleh terima AMANAH untuk penyatuan ummah namun AMANAH perlu meninggalkan DAP terlebih dahulu dan kita akan terima dengan hati yang terbuka,” katanya.", "Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa PAS terdesak untuk mengadakan kerjasama dengan BN atas alasan penyatuan ummah agar parti itu terus relevan pada PRU-15.", "Isham berkata, alasan PAS itu hanyalah untuk ‘menumpang tuah’ BN setelah parti itu merasakan kerjasama dengan Bersatu tidak ada harapan lagi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mangsa-banjir-meningkat-di-sabah-johor-kekal/
Mangsa banjir meningkat di Sabah, Johor kekal
[ "Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah menunjukkan sedikit peningkatan manakala jumlah mangsa di Johor kekal pagi ini.", "Kemaskini perkembangan bencana banjir di Sabah dan Johor.", "Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir setakat 8 pagi ini meningkat kepada 535 orang daripada 165 keluarga dan ditempatkan di sembilan PPS, berbanding 478 orang daripada 151 keluarga malam tadi, menurut laporan Bernama.", "“Mangsa teramai dipindahkan adalah di Telupid iaitu 208 orang daripada 65 keluarga dipindahkan ke empat PPS manakala di Beaufort, 200 orang daripada 55 keluarga dan dipindahkan ke satu PPS.", "“Seramai 79 orang daripada 36 keluarga dipindahkan ke dua PPS di Paitan dan di Beluran 48 orang daripada sembilan keluarga di dua PPS. Mangsa banjir di Beaufort dijangka meningkat manakala daerah lain kekal,” menurut kenyataan itu.", "Di JOHOR, jumlah mangsa yang ditempatkan di lapan PPS kekal 925 orang daripada 264 keluarga setakat 8 pagi ini.", "Menurut kenyataan JBPN Johor, 877 orang daripada 249 keluarga berada di Batu Pahat manakala di Segamat pula 48 orang daripada 15 keluarga.", "Sementara itu, keadaan cuaca di dua daerah tersebut cerah setakat 8 pagi, namun data pula menunjukkan paras air Sungai Bekok di Batu Pahat masih merekodkan bacaan melepasi tahap bahaya dengan bacaan 18.80 meter." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/sprm-tahan-tajuddin-lapor-portal/
SPRM tahan Tajuddin, lapor portal
[ "Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan oleh portal berita The Vibes hari ini, telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.", "Tanpa memetik mana-mana sumber, portal berkenaan melaporkan Pengarah Pilihan Raya UMNO itu ditahan atas dua tuduhan salah guna kuasa.", "Menurut portal itu, Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan ditahan selepas hadir untuk sesi soal siasat di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya tengah hari semalam, tetapi dibebaskan dengan jaminan mulut pada sebelah petang.", "Portal berkenaan berkata, Tajuddin sepatutnya dituduh di mahkamah semalam, tetapi SPRM masih menunggu arahan lanjut dari Pejabat Peguam Negara.", "“Maklumat lanjut berkaitan tuduhan itu tidak diperoleh tetapi Tajuddin sudah beberapa kali dituduh campur tangan dalam operasi dan urusan perniagaan Prasarana, di mana munculnya konflik kepentingan,” lapor portal itu.", "Agenda Daily tidak dapat memastikan kesahihan berita berkenaan, namun sedang mendapatkan pengesahan daripada SPRM.", "Kelmarin Kementerian Kewangan memecat Ahli Parlimen Pasir Salak daripada jawatan Pengerusi Prasarana selepas tular tingkah laku tidak bersesuaian beliau dalam mengendalikan sidang media nahas dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara pada Selasa.", "Selain tidak memakai pelitup muka, Tajuddin juga dituduh gagal dan tidak mempunyai perasaan sensitif atau empati terhadap mangsa tragedi LRT, sekali gus membuktikan beliau sama sekali tidak layak menduduki kerusi Pengerusi Prasarana.", "Tajuddin juga didakwa membuat kenyataan kasar terhadap seorang wartawan asing dari China. Dengan reaksi air muka yang ditunjukkannya ketika memberi jawapan lucu yang menyakitkan terhadap soalan serius yang diajukan oleh wartawan itu." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/satu-lagi-portal-kritik-kerajaan-disekat-laporan/
Satu lagi portal kritik kerajaan disekat : laporan
[ "Satu lagi portal berita yang lantang mengkritik kerajaan campuran, Malaysia Today dilaporkan disekat dakwa pengendalinya, Raja Petra Kamarudin.", "Memetik laporan MalaysiaNow, Raja Petra yang mengendalikan portal itu lebih sedekad  mengkritik Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil susulan perkara itu.", "“Bila jadi pembangkang, menjerit tentang kebebasan bersuara. Bila jadi kerajaan, sekat Malaysia Today,” katanya.", "Pengulas politik terkenal itu memberitahu MalaysiaNow, perkara tersebut disedari sebahagian besar pembaca portalnya, pertengahan bulan lalu.", "Ujian di laman sesawang Open Observatory of Network Interference (Ooni) mengesahkan Malaysia Today disekat akses kepada pengguna sekurang-kurangnya dua penyedia perkhidmatan internet (ISP) utama di Malaysia – Maxis dan Celcom.", "Sejak akses laman tersebut disekat, Raja Petra memaklumkan pembacanya supaya memasang alat atau tetapan yang boleh memintas sekatan itu.", "Dakwanya lagi, tiada sebarang maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), agensi pengawal selia di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital yang diberi kuasa untuk menyekat laman sesawang ‘tidak diingini’.", "“Kami tidak dapat memastikan kesahihannya 100% kerana sekatan itu tidak pernah diumumkan secara rasmi oleh SKMM,” katanya sambil menambah sekatan tersebut mengurangkan jumlah pembaca sebanyak 70%.", "Minggu lalu, akses portal berita MalaysiaNow disekat beberapa penyedia perkhidmatan Internet utama sebelum ia ditarik balik kira-kira 48 jam kemudian berikutan kecaman daripada aktivis, wartawan dan ahli politik.", "Sekatan terhadap MalaysiaNow dipercayai pertama kali dilakukan sejak 2016 membabitkan portal berita yang mempunyai akreditasi media dari Jabatan Penerangan.", "Pada Februari 2016, portal berita The Malaysian Insider disekat SKMM beberapa minggu sebelum akhirnya ditutup.", "Raja Petra berkata laman sesawang Malaysia Today disekat di bawah pentadbiran beberapa perdana menteri seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Katanya, tiada sebarang sekatan akses kepada portalnya semasa zaman pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad dari 2018 hingga 2020 walaupun lantang mengkritik pemimpin veteran tersebut.", "“Nampaknya kerajaan sekarang lebih-lebih lagi tidak menghormati kebebasan, terutama sekali kebebasan bersuara.", "“Orang yang bermusuh sangat dengan kebebasan bersuara ialah Fahmi,” katanya sambil menambah kebebasan media sudah mati di Malaysia." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/kes-covid-19-di-singapura-melonjak-semula/
Kes Covid-19 di Singapura melonjak semula
[ "Jangkitan baharu Covid-19 di Singapura dalam tempoh 24 jam semalam naik semula daripada 2,470 kes yang dilaporkan pada Isnin, kepada 3,397 kes semalam.", "Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam laporan harian Covid-19 bagaimanapun memaklumkan kadar jangkitan mingguan turun kepada 0.82 berbanding 0.84 pada Isnin.", "Kadar jangkitan merujuk kepada nisbah kes komuniti pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.", "Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang melebihi satu menunjukkan bahawa jumlah kes mingguan baharu Covid-19 masih meningkat.", "Jumlah jangkitan terbaharu itu melibatkan 3,222 kes dalam komuniti, 169 melibatkan pekerja asing dan enam kes import.", "Kes dalam komuniti turut melibatkan 513 pesakit berusia 60 tahun dan ke atas, kata MOH sambil menjelaskan kumulatif kini mencecah 224,200 kes.", "MOH juga memaklumkan dalam tempoh 24 jam itu 12 pesakit berusia 58 hingga 95 tahun meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.", "Jumlah terbaharu itu menjadikan keseluruhannya 523 kes kematian dilaporkan di Singapura, kata MOH.", "Sementara itu, jumlah penggunaan kemudahan di unit rawatan rapi meningkat kepada 72.4 peratus berbanding 68.5 peratus pada Isnin. – ST" ]
https://www.agendadaily.com/dunia/individu-tak-divaksin-diharam-guna-pengangkutan-awam-di-metro-manila/
Individu tak divaksin diharam guna pengangkutan awam di Metro Manila
[ "Filipina mengharamkan individu yang tidak divaksin daripada menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam mulai minggu depan, tatkala pakar yakin jangkitan harian Covid-19 di negara itu boleh mencecah 40,000 kes dalam beberapa hari lagi.", "Negara itu yang berada pada kedudukan kedua selepas Indonesia dalam kalangan negara-negara ASEAN dari segi jumlah kes positif Covid-19, semalam merekodkan 37,207 kes baharu, tertinggi sejak wabak itu menular di Filipina awal 2020 lalu.", "Walaupun, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina mengecam tindakan itu dan menyifatkannya sebagai satu diskriminasi, kerajaan Rodrigo Duterte yang terkenal dengan ketegasannya, kekal akan melaksanakan peraturan baharu itu di Manila yang mempunyai kira-kira 13 juta populasi.", "Kementerian Pengangkutan negara itu berkata langkah berkenaan perlu dilakukan bagi membendung penularan Covid-19, terutama varian Omicron yang boleh menjejaskan sistem kesihatan negara.", "Sehingga kini, kira-kira separuh daripada 110 juta penduduk negara itu telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing, tetapi kadar vaksinasi lebih tinggi di ibu negara Manila dan kawasan sekitarnya, di mana larangan itu akan berkuat kuasa.", "Bagaimanapun, ada kalangan kanak-kanak, pendatang asing tidak berdaftar dan warga emas yang tinggal di wilayah Manila belum menerima dos mereka, menurut pihak berkuasa.", "Menjelang pelaksanaan larangan pengangkutan itu, Kementerian Dalam Negeri mengarahkan pemimpin masyarakat untuk menyusun senarai mereka yang tidak divaksinasi.", "Permintaan ini boleh membawa kepada pelanggaran hak asasi manusia yang lain, kata senator yang ditahan Leila De Lima sambil membandingkannya dengan senarai yang dibuat semasa ‘perang maut’ presiden terhadap dadah.", "Awal bulan ini, Duterte mengancam individu yang tidak divaksinasi untuk ditangkap, sambil menggalakkan pegawai tempatan mengurung mereka yang belum diimunisasi Covid-19 di rumah.", "“Jika enggan (menerima vaksin), keluar rumah dan berlegar dalam kalangan masyarakat, boleh ditahan. Kalau enggan, kapten sekarang diberi kuasa untuk tangkap orang yang degil,” kata Dutarte Khamis lalu.", "“Saya bertanggungjawab untuk keselamatan dan kesejahteraan setiap warga Filipina,” katanya. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kelantan-catat-kes-harian-tertinggi-405-pesakit-covid-19-mangsa-banjir/
Kelantan catat kes harian tertinggi, 405 pesakit Covid-19 mangsa banjir
[ "Hanya enam sahaja negeri hari ini mencatat peningkatan jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menurut statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri malam ini.", "Daripada enam negeri itu, Kelantan mencatat 370 kes baharu berbanding 345 semalam menjadikan kumulatif kes di negeri itu sebanyak 166,064 kes, dengan 161,771 pesakit telah sembuh dan 1,230 kes kematian.", "Sehingga semalam, negeri itu merekodkan 3,026 kes aktif dengan 2,209 pesakit kini menjalani kuarantin di rumah; 470 ditempatkan di PKRC; 318 dimasukkan ke hospital; dan 29 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 14 daripadanya yang memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Sebanyak 25 daripada 772 kluster Covid-19 yang dikesan di negeri itu masih aktif. Daripada jumlah itu 11 melibatkan kluster tempat kerja, pendidikan (10), keagamaan (tiga), dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.", "Kelantan juga adalah negeri kedua terendah dari segi peratusan jumlah individu keseluruhan yang belum lengkap divaksinasi, selepas Sabah.", "Keseluruhannya, sebanyak 61.5 peratus atau 1,172,253 individu di Kelantan telah lengkap divaksinasi, manakala 62.8 peratus atau 1,196,097 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 137,394 lagi menerima dos penggalak.", "Dalam tempoh 24 Februari hingga semalam belum sampai sejuta individu dewasa di Kelantan yang lengkap divaksinasi atau lebih tepat berjumlah 999,549 atau 80.9 peratus, manakala 82.2 peratus atau 1,016,154 populasi dewasa yang menerima sekurang-kurangnya satu dos.", "Bagi negeri-negeri lain pula, Terengganu mencatat 270 kes baharu berbanding 213 semalam; diikuti Kedah (269 kes baharu, 207 semalam); Pulau Pinang (263 kes baharu, 222 semalam); Pahang (225 kes baharu, 194 semalam); dan Sabah (168 kes baharu, 161 semalam).", "Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 3,528 kes baharu hari ini, 66 atau 1.9 peratus membabitkan pesakit kategori 3, 4 dan 5, manakala 3,462 lagi pesakit kategori 1 dan 2.", "Kategori 1 adalah pesakit tidak bergejala; bergejala ringan (kategori 2); bergejala dan mengalami radang paru-paru (kategori 3); bergejala dan mengalami radang paru-paru serta memerlukan bantuan oksigen (kategori empat); dan bergejala kritikal dan memerlukan alat bantuan pernafasan dan perlu dirawat di ICU (kategori 5).", "Menurutnya dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi juga seramai 4,489 pesakit telah sembuh menjadikan kumulatif sebanyak 2,657,074 kes pulih atau 97.1 peratus daripada 2,735,241 kumulatif kes positif.", "Katanya sebanyak 103 kes import yang turut melibatkan 13 rakyat asing turut dikesan dalam tempoh itu, manakala selebihnya adalah penularan tempatan yang juga membabitkan 178 warganegara asing.", "Sehingga kini, katanya seramai 339 pesakit dirawat di ICU dengan 180 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Dr Noor Hisham juga memaklumkan sebanyak empat lagi kluster baharu dikesan dalam tempoh itu menjadikan keseluruhannya 6,098 kluster dengan 5,869 telah ditamatkan dan 229 lagi masih aktif.", "Beliau berkata sehingga jam 3 petang tadi jumlah pesakit Covid-19 dalam kalangan 53,696 mangsa banjir adalah seramai 405 individu, namun tiada kes positif dilaporkan di pusat penempatan sementara (PPS).", "Pada 24 Disember 2021, sebanyak 324 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Ia membabitkan jangkitan saluran pernafasan akut sebanyak 148 kes; penyakit kulit (93 kes); Acute Gastroenteritis (75 kes); dan konjunktivitis (lapan kes), katanya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/muhyiddin-umum-rina-harun-calon-pn-parlimen-sepang/
Muhyiddin umum Rina Harun calon PN Parlimen Sepang
[ "Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi (31 Oktober 2022) mengumumkan Ketua Srikandi Bersatu Malaysia Datuk Seri Rina Harun sebagai calon parti itu yang akan bertanding di kerusi Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.", "Beliau berkata pengumuman dibuatnya itu menjawab pelbagai khabar angin mengenai perkara berkenaan sebelum ini.", "“Siapa calon (PN) kat Sepang? YB Rina Harun calon kita. Ini presiden yang cakap. Datuk Seri Rina Harun yang jadi menteri mungkin dah diterima baik di sini (Sepang.", "“Wajarlah pada malam ini saya umumkan inilah calon kita. Kita minta supaya semua sekali akan bekerja kuat untuk menyokong supaya Datuk Rina menang insya-Allah.", "“Tapi saya tahu akan ada pencabar yang nak mengganggu-gugat calon kita ni. Yang datang daripada parti-parti yang lain,” katanya pada program Jelajah Prihatin PN Sepang di Dataran Sadiman, Bukit Changgang, di Sepang, malam tadi.", "Hadir sama Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah; Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari; dan Ketua Bersatu Bahagian Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali.", "Muhyiddin sekali gus meminta pengundi di Sepang untuk menyokong calon PN demi pembaharuan dan kesejahteraan negara.", "Beliau berkata, kini sudah tiba masanya untuk pengundi membuat perubahan bersama Rina yang juga Ketua Srikandi Bersatu Sepang.", "Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah calon ketiga diumumkan PN sebagai untuk bertanding kerusi Parlimen pada PRU-15.", "Selain Rina, dua calon sudah diumumkan parti masing-masing untuk berebut kerusi Parlimen itu ialah Ketua Pejuanita PEJUANG, Che Asmah Ibrahim; dan Ketua Wanita PH, Raj Munni Aiman Athirah.", "Pada PRU14 lalu, Rina bertanding atas tiket PKR di Parlimen Titiwangsa dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Ghani dan calon PAS Mohamad Noor Mohamad." ]
https://www.agendadaily.com/politik/umno-sabah-laung-kesediaan-hadapi-pru15/
UMNO Sabah laung kesediaan hadapi PRU15
[ "UMNO Sabah sudah bersedia bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sekiranya ia diadakan tahun ini.", "Menurut Ketua Bahagian UMNO Kimanis Datuk Mohamad Alamin, jentera parti di peringkat akar umbi telah memulakan gerak kerja mereka di bahagian masing-masing sejurus selepas UMNO tewas dalam PRU14.", "Beliau turut menzahirkan keyakinan episod kekalahan UMNO di Sabah, salah sebuah deposit tetap Barisan Nasional (BN) sebelum ini, tidak akan berulang lagi dalam pilihan raya akan datang.", "“Menjelang pilihan raya kecil, kita kerja lebih kuat kemudian menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kita kerja lebih kuat lagi.", "“Kita akan terus buat kerja di semua peringkat pusat daerah mengundi (PDM), malah kita telah menggerakkan jentera pilihan raya di semua peringkat.", "“InsyaAllah kita cukup yakin pada kali ini rakyat akan dapat buat penilaian yang tepat,” katanya.", "Terdahulu, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menjangkakan bahawa PRU15 akan diadakan sebelum hujung tahun ini.", "Ia ekoran pengumuman UMNO yang enggan menyambung Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang akan berakhir 31 Julai ini.", "Sementara itu, Mohamad menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti  sama ada beliau akan dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis yang disandangnya itu dalam PRU15 nanti.", "“Saya tiada hak untuk bercakap, kita hanya tunggu dan lihat, kita tunggu keputusan parti.", "“Sudah tentu (keputusan pucuk pimpinan), jadi kita lihat apa juga keputusan parti nanti, biar parti putuskan dan biar rakyat buat keputusan,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pelajar-ipt-boleh-pulang-kampung-mulai-isnin-kecuali-di-lokaliti-pkpd/
Pelajar IPT boleh pulang kampung mulai Isnin kecuali di lokaliti PKPD
[ "Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sempena cuti semester 2020/2021 mulai Isnin kecuali mereka yang terbabit dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).", "Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini berkata mekanisme kawalan pergerakan pelajar dilaksanakan secara berfasa iaitu bagi fasa permulaan hanya pergerakan pelajar yang tidak tertakluk kepada PKPD dibenarkan.", "“Pergerakan pelajar dalam kawasan PKPD hanya dibenarkan selepas tempoh PKPD tamat,” menurut kenyataan itu.", "Bagi pelajar yang pulang ke Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak, kos ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan manakala kos kuarantin ditanggung kerajaan negeri masing-masing.", "KPT memaklumkan kaedah pergerakan sehala ditetapkan iaitu menggunakan pengangkutan bas yang diselaraskan IPT masing-masing dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.", "KPT berkata penggunaan kenderaan sendiri oleh pelajar dibenarkan tetapi ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan merentas negeri untuk membawa pelajar pulang.", "Kebenaran untuk pelajar IPT pulang ke rumah sempena cuti semester itu dipersetujui dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam, kata kenyataan itu.", "Cuti semester bermula Julai hingga Oktober depan.", "Perincian mengenai pergerakan pelajar boleh dirujuk pada SOP Pelan Pemulihan Negara dan Soalan Lazim Pergerakan Pelajar Pulang bagi mendapatkan maklumat lanjut.", "Pihak berkenaan juga boleh menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT yang beroperasi 24 jam sehari di talian 03-88706777/6949/6623/6628, menerusi laman web IPT atau berurusan dengan Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/peningkatan-perdagangan-negara-rm1-4-trilion-setakat-ogos/
Peningkatan perdagangan negara RM1.4 trilion setakat Ogos
[ "Pemulihan global antara faktor penyumbang perdagangan negara dari Januari hingga Ogos tahun ini meningkat sebanyak 22.9 peratus kepada RM1.4 trilion berbanding tempoh sama pada tahun lepas.", "Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pemulihan tersebut didorong pemulihan ekonomi global dan permintaan luar yang semakin melonjak khususnya melibatkan sektor industri-industri utama.", "“Peningkatan eksport didorong pemulihan ekonomi global dan permintaan luar yang semakin meningkat di mana terdapat kenaikan hampir kesemua eksport barangan terutamanya elektrik dan elektronik (E&E), keluaran getah dan petroleum, barangan perkilangan, logam serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.", "“Prestasi perdagangan negara turut merekodkan pencapaian yang signifikan antaranya jumlah perdagangan Malaysia melepasi nilai RM1 trilion hanya dalam tempoh enam bulan pertama 2021. Ini merupakan tempoh terpantas yang pernah direkodkan negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini lapor Bernama.", "Ujarnya, eksport berkembang 24.9 peratus kepada RM778.49 bilion manakala import meningkat 20.4 peratus kepada RM628.29 bilion dengan lebihan dagangan melonjak 48.2 peratus kepada RM150.2 bilion.", "Mohamed Azmin menjawab soalan Senator Datuk Othman Aziz yang ingin tahu impak keseluruhan perdagangan negara kesan daripada pandemik Covid-19 dan langkah jangka pendek untuk merancakkan semula aktiviti perdagangan antarabangsa dan seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.", "Memperincikan perkara itu, Mohamed Azmin berkata jumlah eksport pada April 2021 mencatatkan nilai tertinggi iaitu sebanyak RM105.59 bilion manakala pada Mac dan Jun, eksport merekodkan nilai melebihi RM100 bilion dengan masing-masing RM105 bilion dan RM105.49 bilion.", "“Keadaan ekonomi dunia yang semakin pulih memberi impak positif kepada prestasi perdagangan negara,” katanya.", "Justeru, Mohamed Azmin berkata langkah meningkatkan aktiviti perdagangan antarabangsa antaranya melalui Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan di mana dalam tempoh separuh pertama tahun ini telah berjaya mencatatkan jumlah transaksi berkaitan eksport bernilai RM3.45 bilion.", "“Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meningkatkan had bantuan bagi mengekalkan banyak syarikat Malaysia menggunakan platform e-dagang.", "“MATRADE juga buat julung kalinya menganjurkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) secara maya dari 9 Sept hingga 31 Dis tahun ini dan rekod jualan terkumpul untuk empat hari pertama bagi pameran MIHAS dan Program Penyumberan Antarabangsa dari 1 April hingga 1 Sept adalah RM1.68 bilion,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/permohonan-najib-cacat-pentingkan-diri-sendiri-kata-pendakwaan/
Permohonan Najib ‘cacat, pentingkan diri sendiri’, kata pendakwaan
[ "Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mengemukakan bukti baharu terhadap hakim perbicaraan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali adalah “cacat dan mementingkan diri sendiri”, kata pihak pendakwaan pada hari pertama rayuan bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Persekutuan, hari ini (15 Ogos 2022).", "Ketua Pendakwa Raya Ad Hoc Datuk V Sithambaram, dalam hujahannya berkata permohonan Najib adalah semata-mata kerana ia dibuat dan difailkan, namun tiada seorang pun daripada lima saksi yang kononnya akan menyokong keterangan itu dengan menandatangani afidavit.", "“Tuduhan terhadap konflik kepentingan Hakim Mohd Nazlan adalah berdasarkan alasan tipis pinjaman 1MDB daripada Maybank.", "“Permohonan ini tidak disokong oleh afidavit yang betul untuk mahkamah bertindak,” kata Sithambaram dalam bantahannya pada rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu bersabit hukuman penjara dan denda berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.", "Dalam hujahan bertulis itu, pihak pendakwaan berhujah bahawa dakwaan Hakim Mohd Nazlan  berat sebelah dan mempunyai konflik kepentingan berikutan pekerjaannya sebelum ini sebagai peguam dan setiausaha syarikat kepada Maybank, hanyalah sangkaan dan palsu.", "“Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa SRC tidak pernah menjadi pelanggan Maybank mahupun SRC mengambil sebarang pinjaman daripada Maybank untuk mencadangkan sebarang kemungkinan konflik kepentingan terhadap Hakim Mohd Nazlan,” kata pihak pendakwaan.", "Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa pelantikan Hakim Mohd Nazlan di Maybank sebelum ini adalah bukan rahsia kerana maklumat itu tersedia dalam domain awam.", "Justeru, adalah tidak masuk akal untuk mendakwa bahawa ia adalah fakta yang “ditemui baru-baru ini” atau “sengaja ditekan”.", "“Agensi berita seperti Malaysiakini, The News Straits Times (NST) dan The Star telah menyatakan latar belakang kerjaya Hakim Mohd Nazlan termasuk pekerjaannya di Maybank kepada perhatian orang ramai sebelum perbicaraan SRC bermula,” kata Sithambaram.", "“Mereka (perayu) tahu peranan Mohd Nazlan dalam Maybank dan peranan Bina Fikir Sdn Bhd (bahagian penasihat kewangan Maybank) dalam memberikan khidmat nasihat bagi penubuhan SRC.", "“Ketika itu, mereka boleh saja membangkitkan perkara ini tetapi mereka memilih untuk tidak berbuat demikian. Mereka mengemukakannya sekarang dengan cara sebegini kerana kes tidak berpihak kepada mereka.", "“Adalah jelas Mohd Nazlan tidak ada peranan dan konflik kepentingan dalam kes ini,” katanya.", "Sithambaram turut mempersoalkan mengapa perayu (Najib) tidak memohon untuk memasukkan keterangan viva voce (lisan) tiga pegawai Maybank yang dinyatakan dalam permohonan notis usulnya, sebaliknya hanya menamakan keterangan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbabit dalam siasatan kes.", "Sementara itu, katanya, lapan dokumen yang dikatakan dihantar ke kediaman Najib di Langgak Duta di ibu negara dalam dua sampul surat tidak bernama, adalah bukti dengar cakap dan tidak boleh diterima memandangkan sumbernya tidak diketahui.", "Katanya, afidavit Najib berdasarkan perkara yang tidak diketahui olehnya, sekali gus tidak boleh diambil kira oleh mahkamah.", "Sehubungan itu, katanya, pendakwaan memohon permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu ditolak kerana ia tidak relevan dan tidak memenuhi peruntukan undang-undang.", "Prosiding bersambung esok dengan peguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik akan membalas hujahan responden sebelum panel lima hakim Mahkamah Persekutuan memberikan keputusan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/saya-ada-masalah-dengan-manusia-berlagak-besar-kata-ketua-pemuda-pas/
Saya ada masalah dengan manusia berlagak besar, kata Ketua Pemuda PAS
[ "Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari menjelaskan mempunyai masalah dengan individu yang berlagak besar dan suka memesongkan fakta tetapi menegaskan tidak memusuhi UMNO mahupun kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN).", "Kenyataan terbaharu Ahmad Fadhli itu hadir ketika ditengah-tengah kontroversi perang mulut dengan Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang berbalas kritikan antara satu sama lain selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu lalu.", "“Manusia seperti ini hanyalah dedalu politik, datangnya langsung tiada faedah, bahkan menambah toksik untuk memastikan dirinya besar dan segar.", "“Saya bukan anti kepada parti tertentu, namun ya, saya sangat anti kepada manusia seperti ini,” katanya dalam kenyataan menerusi hantaran Facebook hari ini.", "Ahli Parlimen Pasir Mas itu menyifatkan kenyataan yang agak keras dilempar terhadap Asyraf itu tidak bermakna beliau seorang yang anti kepada UMNO.", "“Ada yang menyebut bahawa saya anti-MN, anti-Umno, saya fikir ini kenyataan yang agak tersasar. Saya tidak anti-Umno, jauh sekali anti-Muafakat Nasional.", "“Hubungan saya dengan pemimpin-pemimpin Umno khususnya di parlimen sangat baik, tiada masalah.", "“Bahkan dalam perbahasan di parlimen, saya memberikan sokongan kepada sahabat-sahabat dari Umno,” katanya lagi.", "Terdahulu, Ahmad Fadhli menasihatkan Asyraf supaya menjaga taraf dengan melakukan sedikit kajian sebelum memberi sebarang ulasan, kerana beliau tidak pernah menyebut perkataan ‘gugat’ dalam kenyataannya semalam.", "“Buat kerja rumah sikit ye, jaga taraf kita tu. Ops maaf, dua kali bertanding pilihanraya dua kali kalah, what do you expect.", "“Tidak ada pun dalam kenyataan saya yang PAS mahu gugat kubu BN. Bacalah betul-betuk sebelum buat komen tu, anda kan Ketua Pergerakan Pemuda,” kata Ahmad Fadhli.", "Asyraf pula menyifatkan Ahmad Fadhli seorang yang angkuh kerana mengeluarkan kenyataan mengatakan PAS mahu menggugat kubu Barisan Nasional (BN) dalam satu kenyataan berhubung keputusan PRN Melaka.", "Sementara itu, Ahmad Fadhli menjelaskan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang sering berpesan supaya tidak memutuskan hubungan dengan MN dan berusaha agar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti tiada pertembungan tiga penjuru." ]
https://www.agendadaily.com/politik/pn-adalah-kuasa-ketiga-yang-rakyat-boleh-pilih-muhyiddin/
PN adalah kuasa ketiga yang rakyat boleh pilih: Muhyiddin
[ "Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Perikatan Nasional (PN) merupakan kuasa ketiga dalam pentas politik negara yang boleh dijadikan pilihan rakyat sekiranya mereka tidak mahu menyokong parti pembangkang dan UMNO-Barisan Nasional (BN).", "Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata gabungan tersebut adalah kuasa ketiga yang mampu menjadi pilihan terbaik buat rakyat jika mereka tidak mempunyai pilihan, ia memandangkan terdapat pengundi yang kecewa dengan parti pembangkang kerana gagal menunaikan sementara UMNO pula terpalit dengan rasuah.", "“Baru-baru ini sudah ada berlaku satu perubahan politik senario yang baru, dahulu kalau nak pilih hanya ada UMNO ataupun DAP ataupun mana-mana parti sebelah sana.", "“Sebab itu orang-orang yang sudah jadi orang UMNO tak suka-suka muka macam mana pun sokong UMNO juga. Nak buat macam mana? Takkan nak sokong DAP. Sekarang ini Perikatan Nasional sudah ada di sini sebagai kuasa ketiga, third force dan pilihlah Perikatan Nasional,” katanya semasa ceramah di Endau, Mersing semalam.", "Muhyiddin berharap pengundi Johor agar memberi kepercayaan PN sebagai pilihan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini bagi membawa perubahan yang lebih baik kepada pembangunan negeri tersebut.", "“Takkan tuan-tuan tak percaya saya, lahir di Johor, karier politik saya juga kerana sokongan orang-orang Johor.", "“Sekarang ini saya nak minta orang Johor sokong saya supaya Perikatan Nasional menang supaya dapat bentuk kerajaan negeri,” katanya lagi.", "PRN Johor menyaksikan sebanyak 15 parti politik bertanding melibatkan tiga gabungan besar iaitu BN, Perikatan Nasional (PN) dan PH selain penyertaan kali pertama parti baharu seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Warisan dan Parti Bangsa Malaysia (PBM).", "Turut bertanding PSM dan Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) dengan masing-masing hanya satu kerusi selain terdapat 16 calon Bebas.", "Esok, pengundi Johor akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih pada PRN Johor kali ini.", " " ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/segerakan-bantuan-kepada-mangsa-banjir-kurangkan-birokrasi-muhyiddin/
Segerakan bantuan kepada mangsa banjir, kurangkan birokrasi: Muhyiddin
[ "Kerajaan perlu segera memberi bantuan kepada mangsa bencana banjir yang terjejas teruk baru-baru ini dan mempermudahkan proses permohonan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata kerajaan perlu memastikan maklumat berhubung bentuk bantuan yang akan diberikan sampai kepada mangsa banjir kerana masih ramai yang tidak mengetahuinya dan ia perlu dilaksanakan secara sistematik.", "Saya juga dimaklumkan yang tidak semua mangsa banjir mengetahui tentang bantuan-bantuan yang disediakan Kerajaan Persekutuan.", "“Saya harap maklumat ini dapat disebarluaskan dengan lebih sistematik dan terus kepada golongan sasar agar tidak ada mangsa yang tertinggal atau terlepas daripada menerima bantuan ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.", "Muhyiddin terdahulu meninjau keadaan banjir di kawasan Parlimen Pagoh meliputi Bukit Gambir dan Bukit Kepong yang sudah dinaiki air selepas sungai melimpah.", "Berhubung bantuan yang akan diberikan, Muhyiddin menggesa agar proses tersebut dipermudahkan dan tidak terlalu banyak birokrasi sehingga menyusahkan orang ramai yang sudah berdepan kesusahan akibat bencana banjir.", "“Saya berharap agensi-agensi terlibat juga dapat memudahkan birokrasi agar bantuan dapat dipercepatkan kepada mereka yang terkesan dengan banjir,” katanya lagi.", "Dalam pada itu, Muhyiddin juga mengucapkan terima kasih kepada para petugas hadapan yang bekerja keras memastikan keselamatan dan keselesaan mangsa banjir terjaga sepanjang bencana itu melanda.", "“Dari aspek kebajikan mangsa banjir, saya dapati penduduk yang dipindahkan ke PPS (pusat penempatan sementara) dibekalkan dengan bekalan makanan dan keperluan asas mencukupi. Alhamdulillah, kemudahan kesihatan turut disediakan.", "“Penduduk berkongsi bahawa tindakan pantas pasukan keselamatan dan agensi terlibat memindahkan mereka ke PPS sejurus kawasan kediaman dinaiki air menghindarkan mereka dari bahaya bencana tersebut.", "“Terima kasih saya ucapkan atas kecekapan dan kesiapsiagaan jabatan, agensi kerajaan serta NGO yang terlibat dalam pemindahan penduduk. Terima kasih sekali lagi buat frontliners, para sukarelawan, orang perseorangan serta semua pihak yang terus istiqamah membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan ini,” katanya lagi.", "Dalam tinjauan hari ini, Muhyiddin dibawa bertemu dengan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Felda Maokil, Bukit Kepong, Kampung Jawa, Lenga dan Sekolah Kebangsaan Lenga.", "Setiap satu PPS menempatkan antara 10 hingga 20 keluarga mangsa banjir." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kdn-siasat-majikan-minta-imigresen-tangkap-pekerja-elak-bayar-gaji/
KDN siasat majikan minta imigresen tangkap pekerja elak bayar gaji
[ "Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat dakwaan kononnya ada majikan melaporkan sendiri kepada Jabatan Imigresen supaya membuat serbuan ke atas pekerja asing mereka bagi mengelak membayar gaji.", "Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin (gambar) bagaimanapun berkata, orang ramai tidak boleh menuduh majikan yang membuat laporan kerana sebelum serbuan dan operasi, pihak berkuasa melakukan siasatan dan strategi tertentu bagi memastikan majikan mengikut undang-undang.", "“Begitu juga kepada pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dibayar levi tertentu. Sekiranya berlaku sesuatu, kita akan siasat dengan pekerja-pekerja termasuk jika belum dibayar gaji, siasat di mana dan dengan siapa mereka bekerja,” katanya di Ipoh, hari ini.", "Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya terdapat serbuan Jabatan Imigresen terhadap pekerja asing di tapak binaan yang dilaporkan majikan sendiri untuk mengelak daripada membayar gaji selepas projek bermula atau telah disiapkan.", "Semalam, Jabatan Imigresen menahan sejumlah pendatang tanpa izin yang bekerja di tapak binaan kondominium di Setapak, Kuala Lumpur dan ada pihak termasuk netizen mendakwa serbuan itu dibuat hasil laporan majikan sendiri." ]
https://www.agendadaily.com/politik/jangan-lantik-15-pengkhianat-jadi-menteri-ahli-glc-kerajaan-baharu/
Jangan lantik 15 pengkhianat jadi menteri, ahli GLC kerajaan baharu
[ "Pemimpin akar umbi UMNO di beberapa cawangan sekali lagi mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak melantik 15 Ahli Parlimen (MP) yang mengkhianati sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN), jika mahu selamat.", "Sumber UMNO cawangan yang menganggotai jawatankuasa bahagian memberitahu sudah tiba masanya Ismail Sabri melihat secara mendalam pengkhianatan seperti itu yang boleh berulang lagi pada masa depan jika kumpulan itu diberi peluang di dalam kerajaan.", "“Mereka ini menjadi duri dalam daging jika diletakkan di dalam kerajaan. Bahaya jika orang sedemikian diberi kepercayaan menerajui mana-mana kementerian atau GLC (syarikat berkaitan kerajaan) kerana akan patuh kepada ketua mereka bukan kerajaan,” katanya kepada Agenda Daily, tatkala Perdana Menteri mengadakan lawatan ke Kedah, semalam.", "Dalam lawatan kerja pertama selepas mengangkat sumpah Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu lalu, Ismail Sabri meluangkan masa hampir sejam meninjau tempat tragedi kepala air dan banjir lumpur, di Tupah, Kuala Muda.", "Sejurus tiba, Ismai Sabri meninjau Jambatan Tupah yang rosak akibat dihentam balak hanyut Rabu lalu, dan diberi penerangan berkaitan bencana kepala air di kawasan Kuala Muda.", "Mengulas lanjut sumber itu berkata, Naib Presiden UMNO yang juga MP Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid pernah menjadi Menteri Besar dan Menteri Pelajaran sebelum ini, sewajarnya antara individu yang layak dipilih.", "“Kami di peringkat bawahan pun sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Malah, kami pun dengar ada di kalangan kumpulan 15 dan penyokong mereka yang meletakkan harapan menjadi menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC.", "“Mencadangkan nama orang lain sedangkan sebenarnya diri sendiri mahu jawatan tertentu adalah taktik lama,” katanya.", "Katanya Ismail Sabri lebih mengetahui sikap sesetengah pemimpin UMNO sekarang ini yang memburu jawatan berbanding berkhidmat kepada rakyat.", "“Ismail Sabri pernah berada di dalam Kerajaan PN (Perikatan Nasional) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini. Beliau sudah melihat bagaimana pemimpin UMNO bermain politik.", "“Apa lagi kumpulan pengkhianat itu yang berusaha keras untuk menjatuhkan kerajaan. Mereka tidak peduli masalah rakyat dan negara berdepan Covid-19, asal kerajaan dapat ditumbangkan,” katanya yang menjelaskan majoriti ahli UMNO tidak menolak Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.", "Menurutnya hanya sebilangan kecil sahaja mereka yang menolak Kerajaan PN, itupun pada peringkat Majlis Tertinggi (MT) yang mempunyai orang mereka tersendiri.", "“Kononnya rakyat menolak Kerajaan PN adalah tidak betul. Kumpulan itu (15 MP UMNO) hanya mewakili diri sendiri, bukannya rakyat keseluruhannya.", "“Mereka menggunakan rakyat sebagai alasan saja untuk merestukan pejuangan menumbangkan Kerajaan PN. Kami pemimpin di bawah ini sudah benci dengan permainan kumpulan itu. Harap Ismail Sabri bertanding jawatan presiden parti nanti,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/anak-najib-gesa-pru-awal-pembangkang-sukar-bersatu-dan-umno-berkelebihan/
Anak Najib gesa PRU awal, pembangkang sukar bersatu dan UMNO berkelebihan
[ "UMNO mempunyai kelebihan dan berpeluang cerah untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika diadakan dalam masa terdekat, kata Datuk Mohd Nizar Najib.", "Anak Datuk Seri Najib Razak yang juga Ketua Pemuda Bahagian Pekan itu berkata, UMNO sekarang sudah lebih bersiap-sedia untuk menghadapi PRU-15 dan ia terbukti dengan kemenangan di Melaka dan Johor, sementara pembangkang kini sudah berpecah dan sukar untuk mereka bersatu sebagai sebuah gabungan yang mantap.", "“Saya fikir, Insha-Allah kita ada peluang yang cerah sebab saya lihat kita sebagai satu parti ini sudah bersiap sedia dan sudah menghadapi PRN di Melaka dan Johor.", "“Saya juga fikir bukan mudah untuk pembangkang menyatukan diri mereka sebab masih ada syak wasangka dan kecewa disebabkan episod Langkah Sheraton,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.", "Mengambil kira faktor tersebut, UMNO perlu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 dijalankan kerana penting untuk meneruskan momentum kemenangan.", "“Jadi, dalam masa yang terdekat ini, sukar mereka bergabung, tapi bukan mustahil, sebab itu kita berada di tahap ada kelebihan ini, kita patut melaksanakan PRU secepat mungkin.", "“Lagi cepat lagi bagus, tak payah tunggu lama-lama. Momentum semangat ada dengan kita, buat apa nak tunggu lama-lama kan?” katanya lagi.", "Untuk rekod, Nizar bersama bapanya, Najib juga sedang berdepan tindakan mahkamah berhubung tunggakan cukai yang sedang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).", "Bapanya, Najib pula sudah disabitkan hukuman berhubung perbicaraan kes rasuah dana SRC International Sdn Bhd dan beberapa puluhan pertuduhan yang masih sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini.", "Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasarnya semalam menyentuh mengenai keperluan mengadakan PRU-15 dengan segera tetapi berkata perkara itu diserah kepada Ismail Sabri untuk memutuskannya.", "Dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU), Zahid berkata parti bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk menentukan arah tuju sendiri.", "“Apabila mood di bawah. Dalam PRK (Pilihan Raya Kecil), dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) ke arah pada kita. Nak tunggu apa lagi? (bubar Parlimen),” tegas Zahid.", "Semasa persidangan sayap yang berlangsung semalam juga, para perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO juga menimbulkan desakan supaya PRU-15 disegerakan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/muhyiddin-reda-yakin-kuasa-allah-mengatasi-fitnah-jahat-musuh-politik/
Muhyiddin reda, yakin kuasa Allah mengatasi fitnah jahat musuh politik
[ "Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin reda dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau di mahkamah, sambil menganggapnya sebagai ujian Allah SWT dalam mengharungi cabaran dunia politik yang ramai musuh.", "Menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai harga yang perlu beliau bayar, bekas Perdana Menteri itu kekal untuk tidak bersekongkol dengan desakan musuh politik yang batil, sambil tegak berdiri atas prinsip sendiri.", "“Saya terima pertuduhan ke atas saya ini dengan sabar. Saya tahu dalam dunia politik, ramai musuh yang ingin menghancurkan saya, keluarga saya dan parti saya. Lebih-lebih lagi apabila saya berhadapan dengan musuh politik yang rakus.", "“Bagi saya tidak mengapa. Ini jalan perjuangan yang saya pilih. Saya tidak memilih untuk bersekongkol atau tunduk dengan desakan mereka yang batil. Saya pilih untuk tegak berdiri di atas prinsip yang saya pegang. This is the price that I have to pay.", "“Saya yakin dengan kuasa Allah. Saya berdoa semoga Allah SWT mengurniakan rahmah dan inayah-Nya ke atas saya dan melindungi saya dan sahabat-sahabat seperjuangan saya daripada fitnah jahat dan musibah buruk,” katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini (Jumaat, 10 Mac 2023).", "Terdahulu, Presiden Bersatu itu mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan terhadap enam pertuduhan bermotifkan politik serta dendam, kononnya beliau menerima rasuah bagi pihak parti Bersatu dan pengubahan wang haram.", "Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata beliau dan pasukan peguamnya akan berusaha membuktikan kebenaran bagi mendapatka keadilan mahkamah, selain menyerahkan kepada Allah dan hakim yang adil.", "Beliau turut meminta rakyat, khususnya ahli dan penyokong PN, supaya kekal bertenang dan memberi peluang kepadanya untuk membela diri melalui proses undang-undang.", "“Saya tidak akan mengajak saudara dan saudari turun ke jalanan untuk mempertahankan diri saya. Ini zaman kegawatan ekonomi akibat Covid19.", "“Rakyat sedang mengalami kesusahan hidup. Saya tidak mahu membebankan rakyat untuk membela diri saya. Kita semua mesti patuh kepada undang-undang dan pelihara keamanan negara.", "“Apa yang saya harapkan hanyalah titipan doa daripada saudara dan saudari sekalian supaya saya diberikan keadilan dan kita semua dilindungi oleh Allah SWT,” katanya.", "Menurutnya, beliau akan sekali lagi dihadapkan ke mahkamah di Shah Alam, Isnin depan.", "Mengenai pertuduhan dikenakan hari ini, Muhyiddin berkata ia dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 iaitu berkenaan tohmahan salah guna kuasa, tetapi bukan atas kesalahan menerima rasuah bagi diri sendiri.", "Ini kerana katanya, setelah siasatan dibuat, didapati tidak ada satu sen pun wang rakyat masuk ke poket beliau sendiri sepanjang menjadi Perdana Menteri.", "“Ini berbeza sekali dengan fitnah yang dilemparkan ke atas saya kononnya saya menyeleweng RM600 bilion wang pakej rangsangan ekonomi semasa pandemik Covid-19.", "“Kini terbukti tuduhan itu adalah satu fitnah jahat yang direka semata-mata untuk mencemarkan imej saya, keluarga saya dan parti saya.", "“Oleh kerana saya tidak menerima rasuah, mereka mencipta kesalahan lain untuk mengesahkan dakwaan Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) bahawa akan wujud Kluster Mahkamah baharu dalam kalangan pemimpin Perikatan Nasional.", "“Dia (zahid) ingin menyamakan saya dengan dirinya.", "“Tentu sekali berbeza. Dia (Zahid) dituduh menggunakan wang yayasan untuk kegunaan diri sendiri. Sedangkan saya, tidak ada satu sen pun wang yang masuk ke poket saya sendiri,” katanya lagi.", "Muhyiddin berkata beliau dituduh menyalahgunakan kuasa Perdana Menteri untuk melantik kontraktor-kontraktor Bumiputera bagi Projek Jana Wibawa, sedangkan beliau tidak mempunyai sebarang kuasa untuk meluluskan semua projek itu.", "“Kesemua projek ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan mengikut peraturan dan tatacara perolehan yang sah.", "“Saya juga dituduh menyalahgunakan kuasa untuk meluluskan Rayuan Pembatalan Pengecualian Cukai oleh Yayasan Al-Bukhary yang dinaungi oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Saya nafikan dakwaan ini.", "“Kelulusan rayuan pengecualian cukai ini dibuat oleh Kementerian Kewangan dan saya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk meluluskannya. Inilah dua dakwaaan yang mengakibatkan 7 pertuduhan yang dibuat ke atas saya,” katanya.", "Bekas Perdana Menteri kelapan itu berkata, semalam, sebelum keterangan beliau diambil berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa meluluskan rayuan pengecualian cukai oleh Yayasan Al-Bukhary, beliau diberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan untuk mendakwa beliau.", "“Bagaimana keputusan untuk mendakwa telah dibuat sedangkan keterangan saya mengenainya belum diambil? Saya dapati keputusan untuk mendakwa saya sebenarnya telah dibuat lebih awal oleh pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara sebelum sisatan dilengkapkan.", "“Mereka hanya menggunakan agensi penguat kuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik mereka. Jelas, pendakwaan ke atas saya adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang. It is an organized political persecution,” katanya.", "Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata beliau telah berkecimpung dalam politik selama 50 tahun, dan sepanjang tempoh itu, tidak ada apa-apa kesalahan yang beliau lakukan.", "“Malah saya sentiasa akur kepada peraturan dan undang-undang. Saya tidak melanggar peraturan dan undang-undang dengan sewenang-wenangnya.", "“Pegawai-pegawai kerajaan yang pernah berkhidmat dengan saya pasti tahu sikap dan pendirian saya mengenai pematuhan kepada peraturan dan undang-undang,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/polis-akan-siasat-jika-ada-laporan-terhadap-azam-baki-hamzah/
Polis akan siasat jika ada laporan terhadap Azam Baki: Hamzah
[ "Siasatan akan dijalankan mengikut proses undang-undang jika terdapat laporan yang dibuat terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.", "Menteri Dalam Negeri itu berkata sudah dimaklumkan pihak Suruhanjaya Sekurti (SC) sedang menyiasat Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung isu kontroversi sejumlah pemegangan saham miliknya dan mengesahkan pihak polis juga sudah menerima laporan berhubung isu melibatkan pegawai tertinggi agensi tersebut.", "“Kita (KDN) baru dapat laporan dan jika kesalahan dilakukan mengikut Akta Sekuriti Malaysia, mereka akan siasat.", "“Kita juga terima laporan polis dibuat. Kalau ada kesalahan lain polis akan mulakan siasatan,” katanya dipetik Harian Metro.", "Hamzah ditemui media selepas mengadakan lawatan dan penyerahan dokumen diri kepada mangsa banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, hari ini.", "Azam dikaitkan dengan sejumlah pemegangan saham dan juga mengaku membenarkan adiknya, Nasir, menggunakan akaun bagi membeli saham syarikat senaraian awam beberapa tahun lalu.", "Menurut Azam, tiada sebarang kesalahan dengan tindakan tersebut dan menjanjikan kerjasama penuh dalam siasatan dibuat SC.", "Sejak pengakuan itu dibuat beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen sudah membuat aduan kepada polis bagi mendesak Azam disiasat." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/nazri-akui-dipilih-jadi-duta-semasa-pentadbiran-ismail-sabri-ada-jumpa-anwar-bincang/
Nazri akui dipilih jadi duta semasa pentadbiran Ismail Sabri, ada jumpa Anwar bincang
[ "Lantikan sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dibuat semasa pentadbiran Perdana Menteri terdahulu, kata Datuk Seri Nazri Aziz.", "Nazri yang baru-baru ini dilantik sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) memberitahu dipilih semasa pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri sejak Februari tahun lepas lagi dan hanya diluluskan pada September.", "“Tapi penjelasan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengatakan saya dipi­lih bukan waktu beliau (menjadi PM, saya di­pilih oleh Jemaah Menteri pada Februari tahun lepas, betullah Perdana Menteri kata (pemilihan) setahun lepas.", "“Jemaah Menteri pilih saya, setahun lalu kemudian nama saya dihantar April tahun lepas dan pada September tahun le­pas baru dilulus. Penjelasan PM bermakna pelantikan ini bukan berdasarkan favouritisme, bukan beliau yang pilih saya, bukan beliau yang memulakan proses pelantikan ini tapi zaman Datuk Seri Ismail Sabri, jadi jelaslah, tiada pilih kasih, terima kasih Perdana Menteri,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.", "Nazri juga mendedahkan beliau ada mengadakan pertemuan dengan Anwar mengenai pelantikan sebagai duta ke AS, Disember lalu.", "“Dalam pertemuan itu, saya ada beritahu sebagai sahabat dan sebagai kawan, saya kata kalau beliau merasakan pelantikan saya ini mendatangkan beban kepada beliau, jangan lantik saya. Ini memang saya beritahu dia.", "“Ya, saya teruja, seronok, gembira apatah lagi beliau PM tapi saya beritahu kalau pelantikan saya ini menjejaskan kredibiliti beliau, menjejaskan kerja beliau, jangan lantik saya, itu saya ada beritahu dia,” katanya lagi.", "Nazri berkata, dia akan ke AS sebaik sahaja mendapat arahan.", "Kementerian Luar Negeri mengumumkan bahawa Nazri telah dilantik sebagai duta Malaysia ke AS.", "Bagaimanapun, pelantikan itu mendapat kritikan daripada orang ramai dan sesetengah pemimpin yang berpandangan jawatan duta perlu dikhaskan kepada diplomat yang mahir dalam hal ehwal antarabangsa." ]
https://www.agendadaily.com/politik/laporan-tangguh-kabinet-buat-anwar-rimas-janji-selesai-sehari-dua-lagi/
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
[ "Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya rimas susulan artikel penangguhan pengumuman barisan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) yang diterbikan akhbar berpengkalan di Singapura.", "Perdana Menteri seakan bergelut untuk memuaskan hati semua parti politik dalam kerajaan campurannya itu, khususnya parti dipimpin anak muridnya yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.", "Bagi tidak mahu dilihat lemah dalam mengendalikan kerajaan PH-BN, Anwar memberi jaminan isu pembentukan Kabinet akan diselesaikan pada masa terdekat dan mungkin diumumkan sehari dua lagi.", "“Kita terpaksa gegas menyelesaikan masalah dengan semua parti komponen kerana harus segerakan untuk bentuk barisan Jemaah Menteri supaya diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan dapat umum dalam masa dua atau tiga hari ini.", "“Buat masa ini keseluruhan hampir beres dan saya akan perkemas kini. Lepas itu akan meneliti dan menelaahnya,” katanya dipetik laporan FMT hari ini.", "Dalam pada itu, Anwar berkata perlu bekerja lebih dan memikul tanggungjawab yang berat selepas dilantik menjadi PM Ke-10 baru-baru ini.", "“Sudah minta jadi Perdana Menteri, kena kerja lebih.", "“Jadi, perdana menteri kerja lebih kurang orang lain, tidak boleh. Sebab itu kena kerja lebih sikit,” katanya lagi.", "Terdahulu, akhbar The Straits Times berpengkalan di Singapura mendedahkan Anwar terpaksa menangguhkan pengumuman senarai menteri dalam pentadbirannya selepas terdapat pertikaian isu melibatkan lantikan Zahid yang memeningkan kepalanya.", "Malah, laporan itu juga berkata setakat ini tiada majlis angkat sumpah barisan menteri kerajaan PH-BN dijadualkan berlangsung pada minggu ini dan mungkin diadakan pada minggu depan.", "Anwar juga dilaporkan masih belum menyerahkan senarai penuh barisan Kabinetnya kepada Yang di-Pertuan Agong, kata The Straits Times lagi yang memetik sumber dalaman parti itu.", "Setiausaha akhbar Anwar dalam laporan sama juga dipetik memberitahu bosnya hanya dijadualkan berada di pejabatnya sepanjang Khamis, tanpa maklumat tersedia mengenai pengumuman Kabinet.", "“Keadaan sekarang tidak berubah kerana begitu banyak kumpulan yang berbeza melobi,” kata seorang pegawai PKR dalam laporan itu." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/negara-islam-kecam-india-atas-kenyataan-hina-nabi-muhammad/
Negara Islam kecam India atas kenyataan hina Nabi Muhammad
[ "India berdepan kemarahan diplomatik besar daripada negara majoriti Muslim selepas pegawai tertinggi dalam parti nasionalis Hindu yang memerintah membuat rujukan menghina Islam dan Nabi Muhammad.", "Tindakan India itu menimbulkan tuduhan menghina Islam oleh beberapa negara Arab yang menyebabkan New Delhi bergelut untuk membendung kerosakan diplomatik.", "Sekurang-kurangnya lima negara Arab telah membuat bantahan rasmi terhadap India, manakala Pakistan serta Afghanistan juga bertindak balas keras terhadap komen yang dibuat oleh dua jurucakap terkemuka dari Parti Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi.", "Kemarahan telah mencurah-curah di media sosial, dan gesaan untuk memboikot barangan India telah muncul di beberapa negara Arab. Di dalam negara, penghinaan itu telah membawa kepada protes terhadap parti Modi.", "Kenyataan kontroversi itu berikutan peningkatan keganasan yang menyasarkan minoriti Muslim India yang dilakukan oleh nasionalis Hindu yang telah dikuatkan dengan sikap berdiam diri Modi mengenai serangan sedemikian sejak pertama kali dipilih pada 2014.", "Selama bertahun-tahun, penduduk India Muslim sering menjadi sasaran dalam semua hal, daripada gaya makanan dan pakaian mereka kepada perkahwinan antara agama.", "Kumpulan hak asasi manusia seperti Human Rights Watch dan Amnesty International telah memberi amaran bahawa serangan boleh meningkat.", "Mereka juga menuduh parti pemerintah Modi memandang sebaliknya dan kadangkala membolehkan ucapan kebencian terhadap umat Islam, yang terdiri daripada 14 peratus daripada 1.4 bilion penduduk India, tetapi masih cukup ramai untuk menjadi penduduk Islam kedua terbesar di mana-mana negara.", "Parti Modi menafikan tuduhan itu, tetapi umat Islam India berkata serangan terhadap mereka dan kepercayaan mereka meningkat dengan mendadak.", "Kemarahan semakin memuncak sejak minggu lalu selepas dua jurucakap, Nupur Sharma dan Naveen Jindal, membuat kenyataan spekulatif yang dilihat sebagai menghina Nabi Muhammad SAW dan isterinya Aishah.", "Parti Modi tidak mengambil tindakan terhadap kedua-duanya sehingga Ahad, apabila kemarahan diplomatik tiba-tiba bermula dengan Qatar dan Kuwait memanggil duta India mereka untuk menyatakan bantahan.", "BJP kemudian menggantung tugas Sharma dan mengusir Jindal dan mengeluarkan kenyataan jarang mengatakan ia “mengecam sekeras-kerasnya penghinaan terhadap mana-mana personaliti agama,” satu langkah yang disambut baik oleh Qatar dan Kuwait.", "Arab Saudi dan Iran turut membuat bantahan kepada India, dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berpangkalan di Jeddah berkata kenyataan kedua-dua jurucakap itu datang dalam “konteks meningkatkan kebencian dan penyalahgunaan terhadap Islam di India dan amalan sistematik terhadap umat Islam.”", "Kementerian Luar India pada Isnin menolak menyataan OIC sebagai “tidak wajar” dan “berfikiran sempit.”", "Pada Ahad, kedutaan India di Qatar dan Kuwait mengeluarkan kenyataan mengatakan pandangan yang diutarakan tentang Nabi Muhammad SAW dan Islam bukanlah pendirian kerajaan India dan dibuat oleh “unsur pinggiran”.", "Kenyataan itu berkata bahawa tindakan tegas telah pun diambil terhadap mereka yang membuat kenyataan yang menghina itu.", "Kritikan dari negara-negara Islam, bagaimanapun, menunjukkan bahawa menghina Nabi Muhammad berada pada garis merah.", "Kementerian Luar Qatar berkata ia mengharapkan permohonan maaf secara terbuka daripada kerajaan India, dan Kuwait memberi amaran bahawa jika dua jurucakap itu tidak dihukum, India akan melihat “peningkatan ekstremisme dan kebencian.”", "Mufti Besar Oman menyifatkan ‘pencabulan yang kasar’ oleh parti Modi terhadap Islam sebagai satu bentuk “peperangan.”", "Riyadh berkata kenyataan itu menghina dan menyeru India “menghormati kepercayaan dan agama.”", "Masjid Al-Azhar Mesir, institusi pengajian agama Islam yang terkemuka di dunia, menyifatkan kenyataan itu sebagai “keganasan sebenar (yang) boleh menjerumuskan seluruh dunia ke dalam krisis teruk dan peperangan yang akan memakan banyak korban.”", "Kenyataan yang dibuat oleh Sharma semasa program TV di India dan Jindal dalam tweet berisiko merosakkan hubungan India dengan negara Arab.", "India mengekalkan hubungan kukuh dengan negara-negara Teluk, yang bergantung kepada berjuta-juta pekerja asing dari India dan tempat lain di Asia Selatan untuk berkhidmat kepada penduduk tempatan mereka yang kecil dan memacu jentera kehidupan seharian.", "India juga bergantung kepada negara Teluk Arab yang kaya dengan minyak, seperti Arab Saudi, untuk menjana ekonomi yang memerlukan sumber tenaga.", "Kenyataan itu juga membawa kepada kemarahan di pihak musuh dan jiran India, Pakistan, serta Afghanistan.", "Pada Isnin, Kementerian Luar Pakistan memanggil seorang diplomat India dan menyampaikan “bantahan keras” Islamabad, sehari selepas Perdana Menteri Shahbaz Sharif berkata komen itu “menyakitkan hati” dan “India di bawah Modi menginjak-injak kebebasan beragama dan menganiaya umat Islam.”", "Kementerian Luar India bertindak balas dengan menggelar Pakistan sebagai “pelanggar bersiri hak minoriti” dan berkata ia tidak seharusnya terlibat “dalam propaganda mencemaskan dan cuba mencetuskan ketidakharmonian kaum di India.”", "Kritikan juga datang dari Kabul. Emiriah Islam Afghanistan berkata kerajaan India tidak sepatutnya membenarkan “fanatik seperti itu menghina … Islam dan mengapi-apikan perasaan umat Islam.”", "Parti Modi juga menghadapi kemarahan daripada beberapa penyokongnya sendiri, tetapi ia adalah untuk alasan yang berbeza. Ramai nasionalis Hindu menyiarkan komen di media sosial yang mengatakan kerajaan tertekan di bawah tekanan antarabangsa.", "Sentimen dan serangan anti-Muslim telah meningkat di seluruh India di bawah Modi. Minggu lepas, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berkata India sedang melihat “serangan yang semakin meningkat ke atas orang ramai dan tempat ibadat,” menimbulkan tindak balas daripada New Delhi, yang menggelar komen itu sebagai “tidak bermaklumat.”", "Baru-baru ini, ketegangan agama semakin memuncak selepas beberapa kumpulan Hindu pergi ke mahkamah tempatan di utara bandar Varanasi untuk mendapatkan kebenaran untuk bersembahyang di masjid abad ke-17, mendakwa ia dibina dengan merobohkan sebuah kuil.", "Pengkritik berkata, ketegangan ini telah diburukkan lagi oleh penyampai televisyen India semasa perdebatan sengit. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/politik/kerajaan-umno-dap-pahang-teruskan-agenda-dendam-politik/
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
[ "Kerajaan UMNO-DAP Pahang dibidas kerana menolak permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang (Perikatan Nasional – PN) untuk menggunakan premis awam bagi program melibatkan rakyat negeri itu.", "Tindakan itu menunjukkan kerajaan negeri diterajui UMNO dan DAP sebagai tidak matang, selain disifatkan memiliki dendam politik.", "Terbaharu, Majlis Daerah Maran di bawah kerajaan UMNO-DAP menolak permohonan ADUN Jengka, Shahril Azman Abd Halim Al-Hafiz untuk menggunakan Dataran Jam Bandar Tun Abdul Razak, Jengka pada 18 Februari bagi mengadakan majlis Walimah Perdana 5.0.", "Shahril Azman memohon menggunakan dataran itu pada 15 Disember 2022 dan menerima jawapan pada 31 Januari lalu yang memaklumkan Majlis Daerah Maran menolak permohonan berkenaan.", "Surat ditandatangani Setiausaha Majlis Daerah Maran, Mazaitun Hani Zainon, bagaimanapun tidak menyatakan sebarang sebab penolakan itu, menurut laporan akhbar rasmi PAS, Harakah.", "“Saya berasa amat dukacita dengan apa yang berlaku, kerana pasangan pengantin yang akan melangsungkan Majlis Walimah tersebut telah dinafikan hak mereka untuk menggunakan kemudahan premis awam.", "“Saya kecewa dengan Kerajaan Umno-DAP Negeri Pahang yang telah bertindak tanpa mengambil kira kepentingan awam melebihi dendam politik yang tidak matang.", "“Kita membantu pasangan untuk berkahwin dengan perbelanjaan yang minima dan ini kerja kebajikan yang patut disokong, bukannya menyusahkan rakyat,” bidas beliau.", "Kerajaan UMNO-DAP Pahang pasca PRU-15 sebelum ini juga telah bertindak membatalkan tempahan Dewan Tun Razak Temerloh bagi majlis kesyukuran anjuran PAS kawasan Temerloh.", "Notis pembatalan saat akhir kurang 24 jam sebelum majlis pada 14 Disember tahun lalu itu, memaksa PAS Temerloh memindahkan majlis berkenaan ke lokasi lain iaitu ke pekarangan Surau Al-Khairiah, Seberang Temerloh.", "Nasib seumpama turut dialami PAS kawasan Maran apabila tempahan Dewan Jubli Perak dan Dewan Arena Chenor bagi majlis khatan dan tayangan skrin besar perlawanan akhir Piala Dunia, turut dibatalkan.", "Majlis sepatutnya berlangsung pada 18 Disember 2022 itu bagaimanapun tetap diteruskan dengan berpindah lokasi ke pekarangan kediaman Ahli Parlimen Maran pada tarikh sama." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/thailand-kesan-penularan-tempatan-pertama-varian-omicron/
Thailand kesan penularan tempatan pertama varian Omicron
[ "Thailand mengesan penularan tempatan pertama jangkitan Covid-19 varian Omicron di wilayah Kalasin di timur laut Thailand.", "Jurucakap pasukan petugas Covid-19 negara itu, Apisamai Srirangsan memaklumkan daripada kluster tersebut, terdapat lebih 21 jangkitan baharu yang dikesan.", "“Jangkitan tersebut berpunca daripada pasangan yang melakukan perjalanan dari Belgium melalui program ‘Test & Go’ negara itu, yang mengecualikan kuarantin kepada ketibaan pelancong lengkap divaksin.", "“Sebelum ini, kedua-dua individu tersebut diuji negatif Covid-19 sebelum melakukan perjalanan dan selepas tiba di Thailand pada awal Disember lalu.", "“Namun, pada 15 Disember lalu, mereka mula mengalami simptom dan disahkan positif serta kemudiannya dikesan memiliki varian Omicron,” jelasnya.", "Pengumuman tersebut dibuat ketika ibu kota Thailand, Bangkok membatalkan semua sambutan sempena Tahun Baharu tajaan kerajaan.", "Tetapi, acara bunga api yang dianjurkan oleh pusat beli-belah masih diteruskan dan pengunjung perlu menunjukkan bukti vaksinasi dan keputusan negatif ujian antigen untuk menghadiri acara tersebut.", "Selain itu, kementerian kesihatan sebelum ini juga ada memaklumkan bakal mengenakan suntikan dos penggalak keempat untuk kakitangan perubatan.", "Sehingga kini, Thailand berjaya mengesan 205 jangkitan melibatkan Omicron, yang kebanyakannya dikesan dalam kalangan ketibaan asing dan daripada angka itu, 25 lain dijangkiti varian itu daripada mereka yang tiba dari luar negara.", "Pegawai Kanan Kesihatan, Supakit Sirilak memakluman dalam satu taklimat berita, kelompok penularan melibatkan rakyat tempatan di selatan negara itu masih dalam siasatan.", "“Isnin lalu, Thailand melaporkan penularan tempatan pertama varian Omicron dan kemudian melaksanakan semula perintah kuarantin untuk ketibaan asing termasuk pelancong lengkap divaksin.", "“Manakala, bagi program ‘Sand-Box’ turut akan mengkehendaki pelancong untuk kuarantin di pulau peranginan Phuket selama tujuh hari kekal dilaksanakan.", "“Kita perlu melaksanakan kembali tindakan perlindungan dengan teliti bagi memperlahankan penularan ini sebanyak mungkin,” jelas Supakit.", "Semalam, Thailand merekodkan lebih 2,532 kes baharu dan 22 kematian akibat jangkitan Covid-19, menjadikan angka kumulatif di negara itu mencecah 2.2 juta dengan 21,580 korban sejak tahun lalu.", "Setakat ini, sekitar 62 peratus daripada 72 juta populasi yang menetap di negara itu sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/dine-in-bahaya-jika-dibenarkan-juga-semasa-pkp-kata-annuar/
‘Dine in’ bahaya jika dibenarkan juga semasa PKP, kata Annuar
[ "Kementerian Wilayah Persekutuan memutuskan tidak membenarkan sebarang aktiviti ‘dine-in’ (makan dalam restoran) di Kuala Lumpur sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan memandangkan ia berisiko tinggi dan boleh menjadi punca kepada penularan Covid-19.", "Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah.", "“Kita dapat banyak permohonan untuk mengekalkan ‘dine in’ tetapi setelah berbincang panjang lebar dengan laporan termasuk yang dibentangkan oleh ketua pengarah kesihatan, di mana antara insiden jangkitan paling banyak berlaku adalah di restoran melalui amalan dine in jadi untuk tujuan PKP selama dua minggu ini tidak dibenarkan bermula esok sehingga 20 Mei,” katanya dalam satu sidang media hari ini.", "Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah dan mukim di Terengganu, Johor dan Perak akan diletakkan di bawah PKP bermula esok hingga 20 Mei.", "Katanya lagi, perniagaan restoran, kedai, gerai makan , peniaga kendera saji (food truck), penjaja di tepi jalan, penjaja yang beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai-gerai makan di tepi jalan serta kiosk dibenarkan untuk terus beroperasi di Kuala Lumpur.", "“Mereka ini boleh berniaga dalam tempoh antara jam 6 pagi sehingga 12 malam dalam tempoh bulan Ramadan ini,” jelasnya.", "Dalam pada itu bazar Ramadan katanya, dibenarkan untuk terus beroperasi cuma hanya dalam tempoh lima jam iaitu dari pukul 3 petang sehingga 8 malam.", "“Sementara bazar Aidilfitri boleh dibuka selama 12 jam bermula jam 10 pagi sampai 10 malam,” katanya.", "Selain Kuala Lumpur dine in juga tidak dibenarkan di Selangor.", "Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata dine in tidak dibenarkan kerana pemantauan mendapati lokasi-lokasi itu menjadi punca perkumpulan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/ngo-lapor-sprm-berhubung-dakwaan-rasuah-seks-libatkan-exco-melaka/
NGO lapor SPRM berhubung dakwaan rasuah seks libatkan Exco Melaka
[ "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan rasuah seks melibatkan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka dengan seorang wanita yang tular baru-baru ini.", "Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan kepada SPRM Melaka berhubung pendedahan yang tular dalam media sosial yang didakwa melibatkan tawaran seks bagi mendapatkan projek di negeri tersebut.", "Wakilnya, Mohd Zamri Abu Bakar dalam laporan kepada SPRM meminta supaya siasatan dibuka dengan segera terhadap Exco Melaka tersebut.", "“Hari ini saya bagi pihak warga negeri Melaka tampil ke SPRM membuat laporan dan mendesak SPRM bertindak segera memulakan siasatan.", "“Untuk makluman semua bermula 25 April 2023 di media sosial facebook akaun bernama Zaharin Mohd Yassin (https://www.facebook.com/amir.malaya.796 ) dan che’GuBard Original (https://www.facebook.com/ChegubardOriginal ) telah memuat naik banyak maklumat berupa bukti gambar, cetakan skrin telefon dan video yang mengaitkan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dengan skandal rasuah seks.", "“Dari bukti bukti yang dimuat menunjukkan Exco terbabit punya hubungan dengan seorang perempuan yang menawarkan khidmat seks bagi mendapat bayaran. Di mana Exco itu dikehendaki membayar sehingga RM15,000 sebulan kerana khidmat seks yang diberikan. Ini jelas boleh disabitkan kesalahan yang boleh dituduh mengikut Seksyen 372(1) (f) Kanun Keseksaan.", "“Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga tempoh 15 tahun, sebatan dan denda. Manakala lelaki terbabit boleh disabit kesalahan Seksyen 372 (B) Kanun keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau denda, atau dengan kedua- duanya,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan di SPRM Melaka hari ini.", "Mohd Zamri mendakwa terdapat elemen rasuah dalam pendedahan skandal seks yang tular di media sosial baru-baru ini.", "“Namun dalam pendedahan itu jelas wujud elemen rasuah yang sangat besar di mana perempuan itu telah pun memberikan khidmat seks bagi tujuan mendapatkan projek untuk ‘uncle’ nya dan watak yang dikatakan Exco Kerajaan Negeri itu turut berjanji memberikan projek demi mendapatkan layanan seks,” katanya lagi.", "Mohd Zamri berkata perkara tersebut perlu disiasat pihak SPRM bagi mendapatkan cerita sebenar dan menyatakan kekecewaan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh kerana membela seorang Exco tersebut.", "“Kenyataan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh yang disiarkan beberapa media semalam turut sangat mengecewakan apabila dia menyebut dia tidak mahu menafikan (peduli) perkara itu terjadi atau tidak namun dia menyifatkan ia sebagai fitnah yang boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja.", "“Maka timbul persoalan adakah Kerajaan Melaka hari ini tidak kisah mengenai integrity termasuk wujud rasuah seks tetapi akan terus membela dan melindungi pelaku?", "“Semua sangat jelas dan jika SPRM pun gagal bertindak maka sesuatu sangat tidak kena sedang berlaku,” katanya lagi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/tudm-perlu-berkembang-ikut-zaman-titah-yang-di-pertuan-agong/
TUDM perlu berkembang ikut zaman, titah Yang di-Pertuan Agong
[ "Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pembangunan kapasiti warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan transformasi keupayaan perlu bergerak seiringan dalam membentuk sebuah angkatan udara masa hadapan berwibawa.", "Seri Paduka bertitah peranan TUDM sebagai tonggak utama dalam mempertahankan ruang angkasa negara diibaratkan sebagai sebuah perisai yang melindungi rakyat dan segenap kemakmuran negara.", "Titah Al-Sultan Abdullah, bagi membangunkan keupayaan kuasa udara sebagai sebuah perisai yang terus gagah di angkasa raya menangkis dan melindungi tanah air pada sebilang masa, ia memerlukan pembentukan warga udara berkapasiti tinggi.", "“Ia turut menuntut pembangunan keupayaan peralatan seiring dengan arus kemodenan teknologi semasa. Warga TUDM hendaklah diterap dengan kemahiran yang mampan sejajar dengan evolusi pembangunan kapasiti.", "“Pada hemat beta, peningkatan keupayaan warga udara berasaskan teknologi akan dapat memacu ke arah pembentukan modal insan berimpak tinggi dan pada masa sama, pemantapan jasmani dan rohani. Di samping itu, memperkasa jati diri setiap warga udara sewajarnya terus diberikan tumpuan,” titah baginda menurut Bernama.", "Seri Paduka bertitah demikian ketika mencemar duli berangkat ke Istiadat Perbarisan Hari Ulangtahun TUDM Ke-64 di Pangkalan Udara Subang, dekat sini hari ini.", "Titah Seri Paduka perkara ini adalah penting agar warga udara sentiasa berpegang teguh kepada disiplin dan etika ketenteraan serta memiliki sifat terpuji yang unggul.", "Al-Sultan Abdullah bertitah bagi memastikan TUDM sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman, keupayaan pertahanan udara perlu juga melalui transformasi secara menyeluruh dan holistik selari dengan perkembangan teknologi ketenteraan semasa.", "“Aplikasi teknologi terkini bukan sahaja terhad kepada peningkatan keupayaan pesawat terbang malahan ia juga perlu meliputi peningkatan keupayaan kejuruteraan, logistik, latihan dan pengurusan ruang udara.", "“Semua ini adalah demi mendukung pertahanan komprehensif negara dan memperkukuh perkongsian berwibawa di peringkat serantau dan antarabangsa,” titah baginda.", "Yang di-Pertuan Agong juga menzahirkan keyakinan menerusi pembangunan kapasiti warga udara dan transformasi keupayaan sejajar dengan teknologi terkini, TUDM sebagai sebahagian daripada elemen pertahanan negara akan dapat menjamin kesejahteraan, kestabilan, keamanan dan kelangsungan ekonomi negara tercinta.", "“TUDM kini semakin megah berperanan sebagai sebuah perisai kedaulatan negara serta turut cemerlang dalam pelbagai inisiatif kerjasama serantau dan antarabangsa terutamanya dalam mendepani krisis kemanusiaan,” titah baginda.", "Titah Al-Sultan Abdullah, TUDM kini berada di atas landasan tepat menuju ke arah pembentukan sebuah angkatan udara masa hadapan yang berspektrum penuh.", "Seri Paduka Baginda turut mengingatkan bahawa semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa pelbagai usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para panglima, barisan kepimpinan, perwira dan perajurit TUDM sepanjang 64 tahun lepas.", "Yang di-Pertuan Agong juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas barisan kepimpinan dan veteran TUDM yang telah berkorban jiwa dan raga demi negara tercinta." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/siasatan-sprm-terhadap-hakim-nazlan-tak-berniat-baik-ketua-hakim-negara/
Siasatan SPRM terhadap hakim Nazlan tak berniat baik: Ketua Hakim Negara
[ "Mahkamah Persekutuan hari ini (Jumaat, 24 Februari 2023) mendapati siasatan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan), adalah tidak berniat baik.", "Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya berkata, siasatan pihak berkuasa mesti dilakukan mengikut protokol tertentu bagi memelihara kebebasan institusi kehakiman.", "Sambil memutuskan bahawa hakim tidak mempunyai kekebalan daripada disiasat dan mereka boleh didakwa mengikut peruntukan undang-undang, beliau menjelaskan ianya mesti dilakukan dengan niat baik dan hanya dalam kes benar,", "Walaupun SPRM dan badan siasatan lain berhak secara Perlembagaan untuk menjalankan siasatan dan pendakwa raya mempunyai kuasa memulakan prosiding jenayah terhadap hakim mahkamah atasan, Tengku Maimun berkata ia perlu mematuhi protokol yang antara lain ialah:", "Ketua Hakim Negara berkata demikian dalam penghakiman melalui permohonan dua peguam dan seorang aktivis untuk merujuk dua persoalan Perlembagaan berkaitan siasatan SPRM terhadap Mohd Nazlan.", "Menurut laporan BH, dalam kes Mohd Nazlan, Tengku Maimun berkata, ketua hakim negara tidak dimaklumkan berhubung perkara itu, sekali gus menunjukkan tiada niat baik dalam siasatan terbabit.", "Beliau kemudian memerintahkan kes saman pemula berkenaan dipulangkan kembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan berdasarkan persoalan perlembagaan yang dijawab Mahkamah Persekutuan hari ini.", "Mohd Nazlan ialah hakim yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Datuk Seri Najib Razak, selepas beliau yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, mendapati bekas perdana menteri itu bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.", "Dua persoalan Perlembagaan yang dibangkitkan dalam saman pemula berkenaan adalah, sama ada badan siasatan jenayah, termasuk SPRM, hanya dibenarkan secara sah untuk menyiasat hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang sudah digantung mengikut Perkara 125 (5) Perlembagaan Persekutuan.", "Persoalan kedua, sama ada pendakwa raya diberi kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang prosiding bagi kesalahan terhadap hakim yang sedang berkhidmat mengikut Artikel 145 (3) Perlembagaan.", "Persoalan itu susulan peguam dan aktivis, Haris Ibrahim, Nur Ain Mustapa dan Sreekant Pillai, memfailkan saman pemula terhadap Kerajaan Malaysia dan dua yang lain, bagi menuntut perisytiharan bahawa siasatan yang dijalankan SPRM ke atas Mohd Nazlan adalah tidak berperlembagaan.", "Selain kerajaan, ketiga-tiga plaintif turut menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan SPRM sebagai defendan.", "Melalui saman pemula itu, mereka memohon perisytiharan badan siasatan jenayah termasuk defendan kedua (SPRM), tidak berhak atau dihalang daripada menjalankan siasatan terhadap hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang sedang berkhidmat, kecuali mereka digantung mengikut Perkara 125(5) atau dibuang menurut Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan.", "Mereka juga memohon perisytiharan pendakwa raya tidak diberi kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang prosiding bagi kesalahan terhadap hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang sedang berkhidmat.", "Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata satu laporan SPRM terhadap Mohd Nazlan sudah dikemukakan kepada Tengku Maimun berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009.", "Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh SPRM melalui surat bertarikh 21 Februari 2023.", "SPRM sebelum ini dilapor membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan, susulan laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaan ada sejumlah wang yang tidak dapat ditentukan punca dalam akaunnya.", "Pada 29 September tahun lalu, SPRM mengesahkan sudah menyelesaikan kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan dan hanya menunggu arahan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/najwan-dicalonkan-semula-gerakan-kata-pkr-cakap-tak-serupa-bikin/
Najwan dicalonkan semula, Gerakan kata PKR cakap tak serupa bikin
[ "Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik dinasihatkan agar tidak terkejut dengan pencalonan semula Najwan Halimi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Ketua Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen berkata ini kerana kerajaan Madani memang bercakap tidak serupa bikin hingga tetap memilih Najwan meski beliau telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap seorang calon PRN parti lain baru-baru ini.", "“Baru-baru ini timbul kontroversi di mana Najwan mengeluarkan komen berbaur perkauman. Isunya tercetus apabila beliau komen ‘parti india estet’ berserta dengan berita pengumuman calon India dari parti PSM. Ucapan itu menyinggung perasan dalam kalangan rakyat terutamanya kaum India.", "“Ketika rakyat sedang menunggu keputusan Lembaga Disiplin PKR untuk memutuskan tindakan disiplin, PKR mengumumkan pencalonan penggal kedua beliau (Najwan) sebagai calon di Kota Anggerik.", "“Kepada pengundi di luar sana, jangan terkejut. Ini memang sikap kerajaan Madani, cakap tak serupa bikin. Inilah kerajaan Madani yang bersikap angkuh tidak kira apa keluhan rakyat, kepentingan politik diutamakan dulu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Pada 15 Julai lalu, tular di media sosial tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan kenyataan kurang sopan bersifat perkauman Najwan terhadap calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), M Sivaranjani yang mewakili DUN Meru.", "Najwan yang juga ADUN Kota Anggerik itu melabel PSM sebagai ‘parti India estet’ yang mengundang kemarahan di media sosial namun dia kemudiannya meminta maaf atas perkara itu.", "Dalam pada itu, Wong berkata Perikatan Nasional (PN) tidak akan membenarkan perkara seumpama itu berlaku apatah lagi menaikkan individu seperti Najwab sebagai calon.", "“Ini terang-terang prejudis dan rasis terhadap kaum India,” katanya yang juga Pengerusi Perhubungan Gerakan Kedah.", "Tambahnya, Anwar dalam satu Kongres PKR pernah berjanji akan mempertahankan keadilan ke atas sesiapa yang ditindas sambil menekankan negara ini tempat untuk semua rakyat.", "“Inilah masanya untuk membuktikan tekad tersebut, bukan sekadar gimik di atas pentas sahaja.", "“Memandangkan kepimpinan parti PKR ambil sikap tidak endah, sekarang keputusan itu ada di tangan pengundi.", "“Kepada pengundi Kota Anggerik, pastikan anda mengundi dengan wajar. Inilah peluang terbaik untuk memberi pengajaran kepada mereka,” katanya.", "Sebelum ini, ketika Anwar mengumumkan nama Najwan, beliau terus dibantah penyokong-penyokongnya ketika itu namun menurut Pengerusi PH itu, kuasa menentukan calon terletak di tangannya.", "Pemuda PKR turut menyatakan bantahan terhadap pencalonan itu sambil menegaskan keputusan Anwar itu mengecewakan ramai pihak serta memberi gambaran buruk kepada parti." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kammi-indonesia-kunjungi-muhyiddin/
KAMMI Indonesia kunjungi Muhyiddin
[ "Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (10 Februari 2023) menerima kunjungan delegasi Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia atau KAMMI, diketuai Setiausaha Agungnya, Muhammad Rijal Muharram.", "Banyak perkara yang disentuh dalam pertemuan satu jam itu antaranya peranan mahasiswa dan belia Malaysia-Indonesia dalam pembangunan sosial dan ekonomi, kata Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional.", "Menurutnya antara cadangan yang dibuat dalam pertemuan itu ialah pembentukan kerjasama di antara persatuan-persatuan mahasiswa dan belia dalam menghadapi keadaan ekonomi global dan serantau yang mencabar, serta hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia.", "Pertemuan ini bersempena kunjungan rasmi KAMMI di Malaysia selama tiga hari." ]