url
stringlengths
50
235
headline
stringlengths
13
123
content
sequence
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/71-4-peratus-populasi-dewasa-sudah-terima-dos-pertama-vaksin-covid-19/
71.4 peratus populasi dewasa sudah terima dos pertama vaksin Covid-19
[ "Lebih 10.1 juta atau 43.3 peratus daripada populasi dewasa Malaysia kini melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, semalam, menurut data dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini.", "Data merangkumi keseluruhan dos suntikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu juga menunjukkan lebih 16.7 juta atau 71.4 peratus populasi dewasa Malaysia menerima suntikan pertama vaksin itu.", "Secara keseluruhan 26,851,765 dos suntikan vaksin telah diberikan dengan Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 10,251,275 dos.", "Tiga negeri lain turut merekodkan pemberian vaksin tertinggi iaitu Sarawak sebanyak 3,388,952 dos membabitkan 1,795,633 dos pertama dan 1,593,319 dos kedua; Johor dengan 2,255,996 dos (1,564,691 dos pertama dan 691,305 dos kedua); dan Sabah dengan 1,803,399 dos (1,230,396 dos pertama dan 573,003 dos kedua).", "Semalam sahaja sebanyak 462,860 dos suntikan diberikan membabitkan 162,182 dos pertama dan 300,678 dos kedua." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/hampir-7-6-juta-dos-vaksin-sudah-diberi/
Hampir 7.6 juta dos vaksin sudah diberi
[ "Sebanyak 7,593,179 dos vaksin diberikan kepada penduduk di negara ini melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), sehingga malam tadi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.", "Melalui ciapan di Twitter beliau berkata daripada jumlah itu, 16.7 peratus membabitkan 5,463,28 penerima vaksin dos pertama dan 2,130,051 atau 6.5 peratus penerima vaksin dos kedua.", "“Sebanyak 197,274 dos vaksin diberikan semalam dengan 154,279 membabitkan penerima dos pertama manakala bakinya, 42,995 penerima dos kedua,” katanya.", "Tiga negeri mencatat lebih sejuta penerima dos vaksin semalam, didahului Sarawak dengan 1,232,275, Selangor (1,156,052) dan Kuala Lumpur (1,137,626)." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/keling-dalam-kamus-dbp-menjawab-p-ramasamy-dap-melalui-fakta-sejarah-nusantara/
Keling dalam kamus DBP: Menjawab P. Ramasamy DAP melalui fakta sejarah nusantara
[ "Nusantara telah menjadi medan turun naiknya pengaruh sesuatu agama yang dianuti oleh penduduk dunia. Ada yang bertanya kenapa Rumpun Melayu Nusantara ramai menganuti agama Islam yang berasal dari “padang pasir” tempat unta membiak tersebut?", "Untuk memahaminya perlulah kita meneliti sejarah secara berlapang dada. Nenek moyang Rumpun Melayu di zaman pra Srivijaya rata-ratanya menganuti kepercayaan Hinduisme di mana majoritinya menjadi pengikut Dewa Shiva dan Vishnu.", "Ia bercampur aduk dengan kepercayaan memuja elemen-elemen alam semulajadi di sesuatu tempat tersebut menjadikan Rumpun Melayu ketika itu antara komuniti manusia yang cukup kuat perasaan kerohaniannya.", "Antara kerajaan-kerajaan Hindu Rumpun Melayu di zaman pra empayar Srivijaya ialah Tambralinga yang berpusat di Ligor (kini dalam Thailand), kerajaan Kalingga di Jawa Tengah, kerajaan Kutai di Timur Kalimantan, kerajaan Zamin Turan di Kedah oleh Merong Mahawangsa, kerajaan Gangga Nagara di Beruas, Perak dan kerajaan Chih Tu (Tanah Merah) di Kelantan.", "Raja Melayu ketika itu dianggap sebagai wakil dewa di bumi. Ajaran Hindu dipercayai dibawa oleh para pedagang dari Benua Kecil India, secara spesifiknya oleh etnik Kalinga dari Odisha bersama tulisan Pallava dan bahasa Sanskrit yang kelak memperkayakan perkembangan Bahasa Melayu Kuno.", "Mereka inilah yang digelar sebagai “Keling” oleh nenek moyang Rumpun Melayu. Hingga ke hari ini, masyarakat Hindu di wilayah Odisha, pantai timur India menyambut perayaan Bali Yatra sempena pelayaran nenek moyang mereka ke Pulau Bali membawa agama Hindu dalam misi perdagangan mereka ke Nusantara.", "Lalu tibalah era di mana empayar Srivijaya terbentuk di Nusantara dalam abad ke-7 oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa selaku Maharaja Srivijaya yang pertama.", "Pada awalnya para pemerintah empayar ini menganuti agama Hindu. Kemudiannya apabila mereka berhubungan dengan keluarga Diraja Sailendra di Jawa Tengah yang dipercayai berasal dari keturunan empayar Funan di IndoChina mengikut pendapat pengkaji sejarah dari Perancis bernama Coedes (1934), maka sedikit demi sedikit pengaruh agama Buddha aliran Mahayana menyerap ke dalam empayar Srivijaya sehingga ia dikembangkan lagi menjadi agama Buddha aliran Vajrayana anutan empayar tersebut.", "Pada abad ke-9, candi Borobudur telah dibina oleh Dinasti Sailendra yang ketika itu berkuasa dalam empayar Srivijaya di Jawa Tengah. Ia merupakan infrastruktur keagamaan (Buddha Mahayana) yang terbesar di dunia.", "Jauh lebih besar dari candi Lembah Bujang di Kedah atau dibandingkan dengan kompleks Kuil Hindu Prambanan zaman Dinasti Sanjaya di kota Jogjakarta. Malah kawasannya lebih luas dari Kota Angkor Wat Empayar Khmer di Kemboja. Begitu hebatnya binaan Rumpun Melayu Dinasti Sailendra zaman Srivijaya ketika itu.", "Namun kehebatan Srivajaya mengundang pencerobohan kuasa asing apabila armada Empayar Tamil Chola dari Selatan India menyerang pusat-pusat Empayar Srivijaya tersebut terutamanya Kedah. Lantas melumpuhkan kekuasaan Srivijaya serta pengaruh agama Buddha di Nusantara secara beransur-ansur seiringan dengan hadirnya agama Islam ke rantau ini pada zaman Khilafah Umayyah di Timur Tengah.", "Pencerobohan Empayar Tamil Chola terhadap Dunia Melayu Nusantara pada tahun 1025 merupakan detik sejarah apabila kerajaan yang terkenal dengan agama Hindu dari Benua Kecil India telah memusuhi Srivijaya yang merupakan empayar maritim berasaskan agama Buddha yang turut tergolong dalam kategori agama jenis “Dharma” sama seperti Hindu kerana mempunyai asal-usul yang saling berkait.", "Sungguhpun perseteruan itu mungkin bersifat politik atau persaingan kuasa semata-mata namun konflik berdarah tersebut telah menyebabkan Rumpun Melayu Nusantara tidak lagi mempunyai hubungan rapat dengan mana-mana kerajaan dari Benua Kecil India seperti sebelumnya kecuali beberapa proksi Chola di Kedah dan utara persisiran Sumatera.", "Pengaruh kebudayaan dan kepercayaan yang berasal dari Benua Kecil India terhadap Rumpun Melayu terutamanya di Semenanjung Tanah Melayu makin terhakis apabila Empayar Langkasuka di zaman Dinasti Chermin yang ketika itu berpusat di Kelantan-Patani yang muncul setelah keruntuhan Empayar Srivijaya telah menghadapi serangan demi serangan dari arah utara Segenting Kra oleh satu lagi kuasa asing yang berpaksikan agama jenis Dharma iaitu Empayar Sukothai.", "Ia merupakan kerajaan dari etnik Thai yang beragama Buddha aliran Theravada dari kawasan yang dikenali sebagai Siam. Ligor merupakan antara kota kerajaan Melayu yang terawal jatuh ke tangan etnik Thai dalam misi penjajahan bangsa tersebut untuk menakluki Dunia Melayu Nusantara di zaman pasca Srivijaya.", "Tatkala melihatkan pertalian agama jenis Dharma tidak lagi boleh memberikan keselamatan atau perlindungan dalam hubungan diplomatik antara Rumpun Melayu dengan bangsa-bangsa asing di perbatasan Nusantara, diperhebatkan lagi dengan ketelusan akhlak para pedagang Muslim yang hadir berniaga secara adil dan usaha dakwah yang bijaksana, maka Islam menjadi agama pilihan yang makin popular terutama di zaman Empayar Melayu Melaka. Tamadun Islam dari Timur Tengah dilihat maju dari segi pencapaian teknologi malah penerimaan Islam oleh Raja-Raja Rumpun Melayu ketika itu menjadi faktor kaum pribumi memeluk Islam beramai-ramai. Majapahit merupakan empayar Rumpun Melayu (Jawa) di Nusantara yang terakhir berakidah agama jenis Dharma iaitu Hindu.", "Satu persatu kerajaan Rumpun Melayu di rantau Asia Tenggara menjadi kerajaan Islam sehingga ke Kepulauan Sulu di Filipina dan Makassar di selatan Pulau Sulawesi.", "Hanya sebilangan kecil sahaja kerajaan Rumpun Melayu yang kekal menganuti agama jenis Dharma seperti Hindu contohnya di Pulau Bali atau masih mengamalkan kepercayaan animisme di kawasan pedalaman jauh dari persisiran pantai sekitar Nusantara menjelang abad ke-16.", "Kedatangan penjajah Barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris tidak berjaya memurtadkan majoriti Rumpun Melayu Nusantara kepada agama Kristian kerana kehadiran “orang putih” secara biadab serta kelicikan bangsa itu memanipulasi persengketaan dalaman kerajaan-kerajaan Nusantara akhirnya memberi imej buruk terhadap kepercayaan yang dianuti oleh penjajah Barat tersebut.", "Kristian hanya berjaya dikembangkan secara berleluasa di Filipina di zaman penjajahan Empayar Sepanyol yang ketika itu cukup agresif dengan polisi “Inquisition” terhadap para pribumi koloni jajahannya.", "Dr. Muhammad Faiz Bin Na’aman\nAhli Majlis Pimpinan Tertinggi\nParti Pribumi Bersatu Malaysia\n22 Mac 2021" ]
https://www.agendadaily.com/politik/umno-sudah-ada-calon-pm-sekarang-waktu-terbaik-pru-15-diadakan-mat-hasan/
UMNO sudah ada calon PM, sekarang waktu terbaik PRU-15 diadakan: Mat Hasan
[ "Keputusan UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), menunjukkan kesepakatan dan kestabilan parti itu.", "Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan atau Mat Hasan itu berkata pengumuman calon PM tersebut adalah tepat pada masanya memandangkan pembangkang semakin lemah dan perlu disegerakan PRU-15 bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN).", "“Mood ‘feeling good’ itu masih ada, ketika ini juga kita lihat parti pembangkang dalam keadaan bercempera (pecah-belah), jadi sebagai perancang kepada parti, ini waktu terbaik diadakan PRU15.", "“Kita ikut ‘window’ fasa berfasa, masanya dari sekarang hingga Jun, kalau lebih (dari tempoh itu) kita tengok ‘window’ lain sebab dinamik politik berubah-ubah, kita tak boleh kata keadaan ini berpanjangan sehingga akhir tahun atau tahun hadapan…perlu kaji dengan teliti,” katanya dipetik laporan Bernama.", "Mohamad terdahulu menghadiri Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-14 hari ini.", "Dalam pada itu, Mohamad juga berkata pengumuman pencalonan Ismail Sabri juga menutup dakwaan kononnya parti itu berkecamuk dalam menentukan ‘poster boy’, lapor Bernama.", "“Bagi saya menghadapi pilihan raya, kita mesti uruskan ‘rumah tangga’ kita dulu, kita perlu pastikan dalam rumah tangga kita teratur, kalau rumah tangga berkecamuk, siapa yang nak kita tonjolkan, ia menjadi tanda tanya dan jadi berebut-rebut itu tidak baik bagi parti, jadi bila pucuk pimpinan dah memutuskan ini maka dalam parti lega.", "“Orang kata UMNO berkecamuk, tak dapat pilih siapa ‘poster boy’, jadi kita jelas bahawa kita bersepakat perdana menteri sekarang adalah calon terbaik…UMNO kini bersatu, tenang dan bersiap sedia hadapi pilihan raya,” katanya.", "Mengulas mengenai persiapan PRU-15, Mohamad berkata beliau akan ke setiap negeri selepas Ramadan, bagi memantau dan meneliti kerusi mana yang perlu difokuskan dan berpotensi untuk peroleh kemenangan.", "“Ada kawasan yang kita nak kekalkan, ada kawasan yang kita nak dapatkan dan ada kawasan yang kita nak kurangkan kekalahan, itu strategi saya…kita perlu berpijak di atas realiti, bukan semua kita mahu bertanding,” jelasnya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kematian-turun-bawah-100-kes-sembuh-meningkat/
[KEMAS KINI] Kematian turun bawah 100, kes sembuh meningkat
[ "Jumlah kes sembuh harian pesakit Covid-19 semakin meningkat apabila dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi seramai 9,683 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif 844,541, berbanding jumlah keseluruhan 1,013,438 kes.", "Jumlah kematian juga turun kepada 92 pesakit, berbanding angka yang dicatatkan semalam sebanyak 184 kes, menjadikan keseluruhan jumlah kes kematian kepada 7,994.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga kini 160,903 kes masih aktif dengan 970 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi, dan 501 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.", "Terdahulu beliau memaklumkan keseluruhan jangkitan Covid-19 sejak kes pertama mula dikesan di negara ini pada Februari tahun lalu, kini melangkau lebih satu juta kepada 1,013,438 kes.", "Angka ini muncul setelah 17,045 jangkitan baharu direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, sekali gus menjadi yang tertinggi setakat ini pernah dicatatkan.", "Beliau berkata dalam tempoh itu Selangor merekodkan jumlah kes positif Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 8,500 kes.", "Daripada jumlah itu, 4,884 kes atau 57.46 adalah daripada saringan kontak rapat; 3,440 kes (40.47 peratus) saringan lain-lain; 175 kes (2.06 peratus) dari saringan kluster dan satu kes (0.01 peratus) merupakan kes import A (penularan dari luar negara).", "Di negeri Selangor, didapati 72 peratus kes positif Covid-19 yang dilaporkan telah menjalani ujian pengesahan virus itu sama ada di klinik atau makmal swasta. Senario yang sama juga dapat dilihat di beberapa negeri lain. Ini menunjukkan tahap kesedaran telah meningkat untuk tampil mendapatkan ujian Covid-19 terutama jika bergejala.", "Daripada 17,045 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 187 kes (1.1 peratus) adalah daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan); 124 kes (0.7 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen); dan 122 kes (0.7 peratus) kategori 3 (radang paru-paru).", "Sebanyak 7,489 kes (43.9 peratus) dalam kategori 2 (bergejala ringan); dan 9,123 kes (53.5 peratus) kategori 1 (tidak bergejala), iaitu semasa kes-kes ini baharu didiagnosa.", "Keseluruhannya, 2.5 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4 dan 5 semasa baru didiagnosa, di mana ianya berjumlah sebanyak 433 kes yang perlu ditempatkan di hospital merawat Covid-19 yang semakin penuh dan sesak.", "Sehubungan itu beliau menyeru masyarakat untuk terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), elakkan perhimpunan terutama di tempat yang sempit dan kurang pengudaraan, serta segera dapatkan temu janji vaksin Covid-19 agar dilindungi bahaya Covid-19.", "Data 25 Julai 2021", "Pada masa sama Dr Noor Hisham juga memaklumkan 34 kluster baharu dikesan dengan jangkitan di tempat kerja menjadi penyumbang kes tertinggi iatu 18 kluster diikuti kluster komuniti sebanyak 15 dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.", "Sehingga kini, 3,452 kluster dikesan dengan 2,460 sudah ditamatkan manakala 992 lagi masih aktif.", "Enam daripada kluster tempat kerja itu dikesan di Johor, diikuti empat di Selangor, masing-masing dua di Sabah dan Kedah, dan masing-masing satu di Pahang, Negeri Sembilan, dan Terengganu.", "Kedah, Sabah, Pahang, Kelantan, Perak, Selangor, dan Kuala Lumpur turut mencatatkan kluster komuniti, manakala kluster kumpulan berisiko tinggi dikesan di Sabah.", "Mengenai kadar kebolehjangkitan, Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data terkini 24 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.11.", "Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.36) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.29) dan Kedah (nilai RT 1.23). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis." ]
https://www.agendadaily.com/politik/pengundi-ph-dalam-dilema-jika-najib-diampun-reputasi-anwar-terjejas/
Pengundi PH dalam dilema jika Najib diampun, reputasi Anwar terjejas
[ "Pemerhati politik memberi amaran pengampunan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal meletakkan penyokong dan pengundi Pakatan Harapan (PH) dalam keadaan dilema moral.", "Ini kerana PH yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah, selama ini menggunakan alasan moral melawan rasuah dan kleptokrasi untuk mendapatkan kuasa.", "Sejak 2014, Najib terheret dalam skandal membabitkan syarikat berdaulat kerajaan – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) – yang mana PH ketika itu diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad, menggunakan isu itu sebagai senjata untuk menjatuhkan pentadbiran beliau pada 2018.", "Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Azmil Tayeb berkata, langkah memberi pengampunan dan seterusnya membebaskan Najib akan menjadi kekecewaan terbesar buat pengundi PH, selain impak besar kepada reputasi Anwar sebagai “pejuang reformasi”.", "“Pembebasan ini juga akan memberikan ‘peluru’ kepada Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya akan datang ini.", "“Saya rasa sangat sulit untuk PH mengelak dari isu ini dan ada kemungkinan juga ramai pengundi PH tidak akan keluar mengundi masa Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak,” katanya menurut MalaysiaNow.", "Pertengahan tahun ini, Kedah, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijadualkan mengadakan PRN.", "Sekiranya pengampunan itu berlaku, PH bakal berdepan kesukaran mempertahankan tiga negeri yang ditadbir mereka sekarang – Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.", "UMNO baru-baru ini menyatakan mahu bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon ihsan baginda untuk mengampunkan bekas presiden mereka itu.", "Najib sebelum ini tewas dalam semakan kehakiman kes SRC International dengan keputusan majoriti 4-1 yang memusnahkan harapan beliau untuk lepas daripada jeriji besi.", "Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 2020 menjatuhi hukuman bersalah kepada bekas ahli Parlimen Pekan itu dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RN200 juta selepas beliau didapati bersalah atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.", "Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu pada 2021 dan Najib memulakan hukuman penjara beliau setelah rayuannya gagal.", "Hubungan PH dan BN mungkin retak akibat kegagalan Najib dalam semakan kehakimannya.", "Najib masih mempunyai pendukung yang kuat dari kalangan akar umbi dan Majlis Tertinggi UMNO dan mereka lantang menyuarakan nasib bekas perdana menteri itu.", "Sementara itu, penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mazlan Ali berkata, permohonan pengampunan untuk Najib dilihat sukar dan mencabar.", "“Najib berdepan banyak kes yang sedang dan akan dibicarakan. Bagaimana Lembaga Pengampunan boleh mempertimbangkan perkara itu kerana Najib belum menghabiskan sebahagian hukuman.", "“Bagaimana jika beliau dihukum lagi (dalam kes lain), keadaan akan menjadi tidak begitu harmoni,” katanya.", "Justeru, Mazlan berkata kemungkinan Najib tidak diampunkan sangat tinggi dan memerlukan keajaiban.", "Menurut Mazlan, perkara 42(8) menyatakan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh membuat keputusan secara peribadi.", "Selain kes SRC, Najib yang mula disiasat selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada 2018 itu masih berdepan kes 1MDB yang sedang dalam perbicaraan.", "Mazlan mengakui sokongan kepada PH bakal terkesan namun situasi itu tidak muktamad.", "“Politik ini ada tambah tolaknya. Kajian terbaru saya di lima Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan menunjukkan sokongan kepada PH dan BN masih padu,” katanya.", "Bagaimanapun, Najib bukan satu-satunya pemimpin yang cuba mencari kebebasan.", "Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga baru-baru ini mengemukakan representasi memohon agar semua pendakwaan ke atasnya berhubung kes Yayasan Akalbudi digugurkan.", "Kes tersebut membabitkan 47 pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah.", "Zahid sebelum ini berjaya mendapatkan semula pasportnya bagi menjalankan tugas sebagai timbalan perdana menteri.", "Zahid yang mengekalkan kerusi Bagan Datuk dengan majoriti lebih 300 undi pada pilihan raya umum lalu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada September lalu atas p40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kita-tengok-nanti-kata-bung-moktar-berhubung-kerjasama-dengan-warisan/
Kita tengok nanti, kata Bung Moktar berhubung kerjasama dengan Warisan
[ "UMNO Sabah tidak menafikan sebarang bentuk kerjasama dengan Parti Warisan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.", "Tiada pendirian ditetapkan berhubung kerjasama dengan Warisan pada PRN nanti, namun Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan keperluan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti tertentu nanti.", "Kita akan mengadakan mesyuarat Biro Politik untuk mengkaji siapa rakan pada PRN nanti, ini perlu dibincangkan.", "“Kita perlu ada rakan parti yang boleh membantu kita menang dan akan dimaklumkan nanti,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah malam tadi menurut laporan BH.", "Ditanya kecenderungan UMNO Sabah untuk bekerjasama pada PRN ke-17 yang dijangka pada 2025, Bung Moktar enggan menyebut mana-mana parti.", "Bagaimanapun, beliau memberi bayangan ia bukan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) seperti diketahui sebelum ini yang mana UMNO Sabah menarik sokongan terhadap gabungan itu dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.", "Sebaliknya, UMNO Sabah seolah-olah cenderung bekerjasama dengan Warisan apabila Bung Moktar menyebut akan melihat sama ada parti yang dimaksudkan adalah Warisan.", "“Kita tengok nanti,” katanya.", "Sementara itu, Bung Moktar yakin kombinasi kepemimpinan baharu UMNO Sabah termasuk beliau dan Abdul Rahman akan menjadi pemangkin ke arah pengukuhan parti itu bagi menjadikan UMNO kembali menjadi parti teras memerintah kerajaan negeri.", "Katanya, pengalaman beliau dan Abdul Rahman yang luas di peringkat negeri dan nasional adalah gabungan yang saling melengkapi untuk kebaikan UMNO Sabah.", "“Kita akan guna pakai kepakaran masing-masing untuk mengukuhkan UMNO Sabah,” katanya.", "Dalam pada itu, Abdul Rahman menegaskan tidak menghadapi masalah dengan kepemimpinan UMNO Sabah demi menguatkan semula parti berkenaan.", "“Saya secara peribadi tiada masalah dengan kepemimpinan yang ada. Jika kita mahu maju, kita perlukan kekuatan. Bung Moktar sudah lama dalam Parlimen dan sekarang UMNO Sabah.", "“Tiada masalah antara kami semua. Kami mahu mencurahkan kepada parti dengan satu harapan untuk menjadikan UMNO Sabah sebagai teras kerajaan negeri,” katanya.", "Terdahulu, Bung Moktar mengumumkan barisan kepemimpinan baharu UMNO Sabah yang mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari ini.", "Selain beliau dan Abdul Rahman, antara pemimpin yang dilantik dalam barisan baharu itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Bendahari; ADUN Sukau, Datuk Jafry Ariffin (Setiausaha Perhubungan) dan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir (Ketua Penerangan)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kerajaan-fail-permohonan-batal-tuntutan-waris-sultan-sulu/
Kerajaan fail permohonan batal tuntutan waris Sultan Sulu
[ "Kerajaan telah memfailkan permohonan untuk membatalkan Final Award berhubung isu tuntutan pihak mengaku sebagai waris Sultan Sulu pada 3 Mac lepas di Mahkamah Arbitari Paris, Perancis bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan Malaysia terpelihara.", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan itu dibuat bagi memastikan keputusan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan selain memastikan Malaysia tidak perlu membayar wang pampasan sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) seperti yang dituntut, lapor Bernama.", "Beliau turut menegaskan bahawa tuntutan oleh pihak yang mengaku sebagai waris kepada Sultan Sulu terhadap Kerajaan Malaysia melalui prosiding timbang tara antarabangsa itu adalah tidak sah dan melanggari undang-undang.", "“Ini kerana pelantikan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Madrid pada 29 Jun 2021 yang mengakibatkan semua keputusan dikeluarkan beliau tidak sah, termasuk Final Award yang dikeluarkan pada 28 Feb 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Jelasnya lagi, Dr Stampa bagaimanapun tidak mengendahkan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid dengan memindahkan tempat timbang tara ke Paris dan telah meneruskan prosiding timbang tara sehinggalah beliau mengeluarkan Final Award tersebut.", "Ismail Sabri berkata kerajaan tegas dengan pendirian bahawa Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia sejak 16 Sept 1963 dan tidak akan melayan sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak berkenaan negeri Sabah.", "“Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia tetap komited untuk menyelesaikan isu ini secara tuntas dan muktamad.", "“Adalah ditekankan bahawa Kerajaan Malaysia tidak akan berganjak walau seinci pun dalam menjaga dan mempertahankan kedaulatan negara dan kedudukan Sabah dalam Malaysia akan dipertahankan untuk selama-lamanya,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/vaksinasi-kepada-remaja-12-hingga-17-tahun-bermula-hari-ini/
Vaksinasi kepada remaja 12 hingga 17 tahun bermula hari ini
[ "Remaja di Lembah Klang – Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya – dan Labuan, berusia 12 hingga 17 tahun yang berisiko tinggi dan mempunyai penyakit kronik, akan mula menerima vaksin Covid-19 selepas Sarawak selesai melaksanakan vaksinasi kepada golongan itu.", "Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah memberi kebenaran pelaksanaan vaksinasi terhadap remaja terbabit.", "“Vaksinasi remaja di Sarawak bermula hari ini. Ia bermula dengan remaja berumur 16 dan 17 tahun dan berumur 12 hingga 15 tahun yang berisiko tinggi atau mempunyai penyakit kronik.", "“Ia akan diikuti oleh Labuan dan Lembah Klang tidak lama lagi. Kita akan memberikan vaksin jenis Pfizer,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.", "Hari ini, kumpulan pertama daripada 76,400 remaja di Sarawak menerima suntikan vaksin mereka dalam usaha melengkapkan vaksinasi sebelum sesi persekolahan bermula 3 Oktober depan.", "Pelancaran program vaksinasi kepada remaja di Sarawak dilakukan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.", "“Pada peringkat awal, program imunisasi untuk remaja akan menyasarkan dua kumpulan sasar iaitu semua remaja berusia 12 hingga 15 tahun yang berkomorbid dan remaja berusia 16 hingga 17 tahun.", "“Kita menyasarkan remaja 16 hingga 17 tahun akan lengkap divaksinasi dua dos sebelum sesi sekolah bermula pada 3 Oktober… ini adalah sasaran kita dan dijangka lengkap pada minggu keempat Oktober,” kata Abang Johari di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Klinik Kesihatan Telaga Air di Kuching.", "Beliau berkata, selain itu klinik kesihatan juga pada masa sama akan memberikan perkhidmatan imunisasi kepada pelajar asrama yang masih berada di kampung termasuk remaja tidak lagi bersekolah.", "Sementara itu katanya bagi bahagian Kuching, sebanyak 69 buah sekolah terlibat dengan 20,990 pelajar berusia 16-17 tahun akan menerima vaksin Covid-19 mulai 8 September.", "“Bagi kawasan luar bandar, Program Outreach Imunisasi Covid-19 Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak melalui Pejabat Kesihatan Bahagian akan ke sekolah yang terlibat untuk memberikan imunisasi kepada murid dan pelajar berusia 12 hingga 17 tahun.", "“Ia terutama di bahagian Kapit melibatkan 16 buah sekolah dengan 9,334 pelajar dan bahagian Miri melibatkan dua buah sekolah meliputi 207 pelajar, ini adalah untuk program outreach sahaja,” katanya.", "Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Tahun 2021, jumlah populasi remaja berusia di antara 12 hingga 17 tahun di Sarawak adalah seramai 289,200 orang merangkumi 10.3 peratus dari keseluruhan populasi Sarawak.", "Daripada jumlah itu kumpulan remaja berusia 16-17 tahun adalah seramai 96,400 meliputi 3.4 peratus populasi penduduk Sarawak manakala kumpulan remaja berusia 12 hingga 15 tahun seramai 192,800 atau 6.9 peratus." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/fokus-dewan-rakyat-isu-kestabilan-rantaian-makanan-antara-tumpuan/
Fokus Dewan Rakyat, isu kestabilan rantaian makanan antara tumpuan
[ "Persoalan mengenai cabaran yang dihadapi sektor agromakanan dalam memastikan rantaian bekalan makanan negara kekal stabil dan lancar antara topik yang dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.", "Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, soalan itu diajukan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, lapor Bernama.", "Charles Anthony Santiago (PH-Klang) pula bertanyakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekiranya kementerian itu mempunyai rancangan memperkenalkan cuti haid dan subsidi tuala wanita sebagai sebahagian daripada perlindungan sosial untuk wanita dari keluarga B40.", "Tumpuan juga dijangka diberikan kepada soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) yang bertanya kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai sejauh mana konsep Pelancongan Islamik diketengahkan dalam memajukan sektor pelancongan di Malaysia.", "Isu mengenai masalah bank scam yang kerap berlaku melibatkan wang dalam akaun pendeposit bank dipindah tanpa pengetahuan pula disentuh Chong Chieng Jen (PH-Stampin) melalui soalan yang diajukan kepada Menteri Kewangan.", "Beliau bertanyakan mengenai dasar dan langkah yang akan diambil oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia bagi mengatasi perkara itu, selain langkah untuk memulihkan keyakinan rakyat ke atas keselamatan wang mereka di bank.", "Turut dijangka menjadi tumpuan adalah sesi pembentangan untuk bacaan kali pertama bagi 10 Rang Undang-Undang, antaranya Rang Undang-Undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2022.", "Selesai sesi tersebut, persidangan akan diteruskan dengan menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021.", "Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari hingga 4 Ogos." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mysejahtera-kuning-tapi-najib-boleh-duduk-dalam-kandang-tertuduh/
MySejahtera kuning tapi Najib boleh duduk dalam kandang tertuduh
[ "Datuk Seri Najib Razak dibenar duduk di kandang tertuduh bagi meneruskan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini walaupun status MySejahteranya masih berwarna kuning.", "Bekas Perdana Menteri (PM) keenam itu dibenarkan hadir pada sambungan kes perbicaraannya berkaitan rasuah menggunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion, walaupun masih diklasifikasikan sebagai kontak kasual dalam aplikasi MySejahtera.", "Najib, 68, didakwa dengan empat tuduhan sebagai pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi 1MDB, menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah bagi dirinya sendiri.", "Bagi tuduhan pertama, beliau didakwa menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM60,629,839.43 di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur antara 24 Februari 2011 hingga 14 Jun 2011.", "Bagi tuduhan kedua, Najib didakwa menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan RM90,899,927.28 di tempat sama antara 31 Oktober 2012 hingga 20 November 2012, manakala tuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan RM2,081,476,926 dan RM49,930,985.70.", "Ahli Parlimen Pekan itu turut berdepan 21 tuduhan pengubahan wang haram mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.", "Memetik laporan MalaysiaKini, Najib dilihat berada di kandang tertuduh ketika perbicaraan di depan hakim Collin Lawrence Sequerah, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.", "Laporan itu menyebut peguam Najib, Hariharan Tara Singh memberitahu Sequerah bahawa kehadiran bekas PM itu hari ini tidak melanggar peraturan yang digariskan pihak berkuasa dan mahkamah.", "“Kami ingin menyatakan yang dia (Najib) tidak menyalahi peraturan kerajaan dan arahan mahkamah,” katanya.", "Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Mustaffa P Kunyalam yang dihubungi Malaysiakini mengesahkan status Najib dalam MySejahtera masih berwarna kuning, setakat pag ini.", "Prosiding diteruskan dengan Hariharan memeriksa balas saksi pendakwaan, Ismee Ismail, yang merupakan bekas ahli lembaga pengarah 1MDB.", "Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mahkamah yang dikeluarkan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan yang berkuat kuasa 7 Januari lalu, tidak menyatakan secara khusus individu yang diklasifikasikan sebagai kontak kasual dilarang masuk ke kawasan mahkamah.", "SOP itu hanya menyatakan larangan masuk terhadap mereka yang menunjukkan gejala Covid-19 seperti demam, batuk dan sukar bernafas, menjadi kontak rapat kes positif, serta dikategorikan sebagai Individu Dalam Siasatan (PUI)/Individu Dalam Pemantauan (PUS), serta mereka yang sedang menunggu keputusan ujian saringan.", "Pada Isnin dan Selasa lalu, Najib dilarang masuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran status jingga dalam MySejahtera, menyebabkan perbicaraan kes tersebut ditangguhkan." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/rakyat-perlu-diberi-kesedaran-kegunaan-ganja-dalam-perubatan-buang-stigma/
Rakyat perlu diberi kesedaran kegunaan ganja dalam perubatan, buang stigma
[ "Persatuan Penyelidikan Industri Hemp Malaysia (MHIRA) berhasrat untuk membentuk inisiatif kesedaran pendidikan bagi membantu rakyat Malaysia memahami dan membezakan kegunaan bagi tujuan perubatan dan kegunaan industri bagi tumbuhan kontroversi itu.", "Menurut MHIRA ini akan membantu kerajaan menghentikan salah faham mengenai ganja dan mula membenarkan produk hemp industri di mana penyelidikan ganja untuk kegunaan perubatan harus bermula pada kajian penanaman dan ujian klinikal terhadap manusia.", "Penggunaan kanabinoid organik di Malaysia harus dipertimbangkan untuk dimajukan kerana ia boleh diperolehi melalui internet dan pasaran gelap. Namun perkara yang paling utama ialah pembezaan di antara bahan bukan ubat dan bahan terkawal (resin ganja) yang diekstrak daripada bahagian bunga terdapat pada tumbuhan itu.", "Dengan itu, pendidikan dan maklumat yang tepat adalah penting dalam proses memperkenalkan ganja perubatan ataupun hemp industri yang berbeza dari aspek pengawalan terutamanya dalam sektor perubatan.", "“Kami mencadangkan agar semua YB selaku ahli parlimen dalam kaukus untuk mengemukakan satu rang undang-undang yang pertama berkaitan kanabis hemp kepada jawatankuasa kabinet. Sejak penubuhan persatuan pada 2016-2017, langkah pertama MHIRA ialah membentangkan cadangan kepada Tun Dr. Mahathir. Ketika era pentadbiran PH pada 2018, ini adalah antara perbincangan untuk membangunkan Hemp industri di Malaysia.", "MHIRA bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk melaksanakan akses yang lebih bertanggungjawab dan lebih selamat berkaitan dengan tumbuhan kanabis serta orang awam tidak perlu lagi dihantar ke penjara selagi ianya bertujuan untuk perubatan.", "NGO itu turut menyeru Perdana Menteri untuk menubuhkan pihak berkuasa kawal selia bebas untuk Hemp, dan pembaharuan polisi ganja akan berlaku melalui persefahaman agensi terlibat yang dipertanggungjawab untuk mengawal selia bagi mempercepatkan proses perubahan polisi dan undang-undang.", "“Terdapat lebih ramai lagi Capt. Amiruddin (Dr. Ganja) mahupun artis Yasin di luar sana yang sedang dihukum dan tidak mendapat rawatan sebaiknya,” katanya lagi.", "Tambahnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengecualikan ganja daripada senarai narkotik dan undang-undang untuk mengharamkan dan melarang kegunaan kanabis untuk orang dewasa\nadalah satu pendekatan lapuk, di saat sistem aturan tubuh endokanabinoid manusia memerlukan imunisasi yang optimum.", "Kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk menggubal undang-undang Akta Dadah Berbahaya 1952 berkaitan ganja, pihak berkuasa pada ketika ini harus merangka dasar dan peraturan baharu untuk produk pengguna hemp industri (bukan dadah) yang sudah tersedia di pasaran, menurut MHIRA.", "Semasa proses perubahan akta, Ganja Perubatan akan menjalani kajian percubaan selama 2 tahun dengan melibatkan 100,000 pesakit (7-9 jenis penyakit kronik) bagi tempoh tertentu dengan melibatkan universiti tempatan yang mempunyai fasiliti kajian kesihatan bersepadu.", "Tumbuhan hemp dan tumbuhan ganja adalah kedua-dua Keluarga Kanabis berlainan spesis. Dari segi terma undang-undang antarabangsa, hemp ditakrifkan sebagai tumbuhan spesis C.Sativa L yang mengandungi 0.3 peratus atau kurang kadar sebatian THC. Manakala ganja tergolong spesis kanabis yang mengandungi sebatian THC lebih daripada 0.3 peratus.", "Sementara itu, CBD banyak diperolehi daripada tumbuhan Hemp dengan peratusan tinggi tanpa efek psikoaktif.", "Sejak 2017, Cannabidiol, yang juga dikenali sebagai CBD yang kebanyakannya terdapat dalam tumbuhan hemp bukan sahaja mengandungi pelbagai sifat terapeutik untuk menangani beberapa penyakit, tetapi ia tidak mempunyai kandungan psikoaktif yang berpotensi untuk pelbagai kegunaan di samping memulihara alam sekitar.", "Pengenalan hemp industri sebagai program perintis boleh menyediakan pelbagai potensi untuk tanaman dengan permintaan pasaran yang tinggi serta meningkatkan industri pasaran baru mengikut akta sedia ada.", "Hemp industri, tanaman yang ditanam secara secara asas untuk tujuan industri seperti serat, biji, minyak, dan kini minyak cannabidiol (CBD), ialah spesies C. sativa L. yang mengandungi sebatian delta-9 tetrahydrocannabinol (THC) yang amat rendah, iaitu bahan psikoaktif terkait ganja.", "Perbezaan yang ketara di antara hemp industri dengan industri perubatan kanabis atau ganja perubatan merupakan langkah perubahan yang kritikal dalam membenarkan pengeluaran penanaman dan aplikasi penggunaan hemp dalam negara.", "Tahap pengeluaran akan berkembang pesat dengan kemasukan pengeluar baharu bermula di peringkat tempatan dalam memenuhi keperluan industri.", "NGO yang disertai penyelidik di universiti awam tempatan turut menyeru agar stigma dan tanggapan prejudis terhadap pengguna ganja dihentikan serta merta, “sambil mengulas maklumat salah dan tanggapan yang menakutkan tentang tumbuhan itu di media sosial”.", "“Hipotesis bahawa ganja adalah titik permulaan ke arah kecenderungan ke bahan lain yang lebih berat telah disangkal melalui banyak kajian saintifik. Sebarang maklumat salah, bersama-sama dengan pemahaman yang kabur tentang kesan penggunaan ganja, langkah pengurangan kemudaratan membawa kepada stigma berterusan terhadap pengguna.”.", "Menurut Johan, MHIRA menyokong draf undang-undang baharu untuk industri hemp dan berfungsi sebagai penyambung maklumat dari pelbagai sudut. Ini juga akan membolehkan negara memberi tumpuan kepada Hemp dan Ganja Perubatan sebagai industri yang berasingan serta kondusif.", "MHIRA mengalu-alukan kementerian dan agensi berkaitan untuk mengadakan sesi rundingan berhubung perkara ini dengan kadar segera. “Kami menyokong sepenuhnya perkara ini tetapi pada masa yang sama kita perlu mengambil berat tentang pelan pelaksanaan perubatan yang lebih tepat berkaitan dengan ganja yang terkandung beratus-ratus jenis cannabinoid,” kata Johan.", "Pada Oktober tahun lalu, YB Syed Saddiq memulakan kaukus parlimen berbilang parti untuk mengkaji dan berdialog tentang perkara itu.", "Sementara pada November 2021, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa produk yang mengandungi ganja yang digunakan untuk tujuan perubatan boleh diimport dan digunakan di Malaysia jika produk itu mematuhi undang-undang sedia ada.", "MENGENAI MHIRA", "Persatuan Penyelidikan Industri Hemptech Malaysia telah ditubuhkan untuk membolehkan masyarakat mempelajari Teknologi Hijau dan Industri berkaitan Hemp di Malaysia. Kami adalah organisasi penyelidikan NGO yang berdedikasi untuk menerajui Industrial Hemp di Malaysia sebagai sumber industri yang mampan melalui perkongsian ilmu, dokumentasi data dan membawa pendekatan ke arah pembangunan hemp.", "*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/judi-raya-polis-tahan-dua-lelaki-pembayar-upah/
Judi raya: Polis tahan dua lelaki ‘pembayar upah’
[ "Dua lelaki yang berperanan sebagai ‘pembayar upah’ kepada pelakon klip video raya mempromosi judi dalam talian, ditangkap dalam operasi di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi.", "Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kedua-duanya berumur 31 dan 34 tahun itu ditahan di Puchong dan Cheras dalam operasi bermula 12 tengah malam dan 3.30 pagi tadi.", "Kedua-dua lelaki itu, katanya, bertindak sebagai pembayar upah kepada pelakon video yang mempromosikan judi atas talian sempena sambutan hari raya.", "Beliau berkata, permohonan reman terhadap mereka akan dibuat hari ini.", "“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti produksi terbabit susulan kedua-dua video berkenaan dihasilkan oleh dua produksi berbeza,” katanya.", "Mohamad Zainal berkata, semalam telah menahan tiga individu termasuk dua wanita yang berperanan sebagai pelakon dan direman tiga hari hingga esok untuk siasatan lanjut.", "Beliau berkata, siasatan mendapati tiga individu yang ditahan berperanan sebagai pelakon dan menerima bayaran RM200.", "Sehingga kini katanya, polis sudah menahan 25 individu termasuk penerbit, pelakon dan kru produksi bagi membantu siasatan pembikinan empat video mempromosikan judi dalam talian yang tular menerusi laman sosial sejak minggu lepas.", "Mohamad Zainal berkata, daripada jumlah itu, 12 individu masih direman dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala selebihnya dibebaskan dengan jaminan polis." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/2465-kes-baharu-covid-19-semalam-lima-kematian/
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
[ "Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 28 November 2022) meningkat sedikit kepada 2,465 kes berbanding 2,022 yang dicatat pada Ahad, menurut rekod Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.", "Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,988,759 kes, dengan 4,924,464 pesakit telah sembuh, termasuk 2,029 yang pulih semalam.", "Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,758 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 519 kes (penerima dua dos); 174 kes (individu tidak divaksinasi); dan 14 kes (individu belum lengkap divaksinasi).", "Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini 27,638 kes masih aktif, naik sedikit berbanding 27,207 yang dilaporkan sehingga Ahad.", "Daripada jumlah itu, 25,614 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (25,117 pesakit pada Ahad); dan 1,932 dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 1,989 pada Ahad.", "KKM juga memaklumkan tiada pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).", "Seramai 92 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (101 pada Ahad), dengan 51 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (53 pada Ahad).", "Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:", "Sementara itu, lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).", "Dua daripada kematian itu masing-masing direkodkan di Perak (termasuk satu BID) serta Selangor, dan satu kes BID lagi di Kedah.", "Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,657 kes, termasuk 7,800 kes BID." ]
https://www.agendadaily.com/politik/nur-jazlan-biadab-kritik-ismail-sabri-pm-paling-lemah/
Nur Jazlan biadab, kritik Ismail Sabri PM paling lemah
[ "Tindakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed melabelkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri (PM) UMNO paling lemah dalam sejarah, adalah kenyataan biadab.", "Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata Nur Jazlan tidak layak mengkritik keputusan PM berhubung kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Jemaah Menteri, sedangkan beliau sendiri tidak diterima oleh pengundi Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.", "“Lewat atau tidak (menggugurkan Zuraida daripada Jemaah Menteri) adalah budi bicara yang bergantung kepada keperluan dan kewajaran, yang mana perdana menteri saja memahaminya.", "“Kenyataan dia (Nur Jazlan) langsung tidak wajar, malah biadab. Nur Jazlan tidak layak buat kenyataan sebegitu sedangnya dirinya kalah pada PRU lepas,” katanya menurut laporan FMT.", "Sebelum ini, Nur Jazlan dipetik melabel Ismail Sabri sebagai PM daripada UMNO paling lemah dalam sejarah negara kerana didakwa tidak boleh membuat keputusan atau menegaskan kuasanya.", "“Tidak pernah seorang Perdana Menteri UMNO selemah ini dalam sejarah negara. Senario yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan ketika ini dilihat bercelaru dan mencerminkan kedudukannya yang lemah,” kata Nur Jazlan.", "Pada PRU-14, Nur Jazlan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pulai apabila tewas kepada Datuk Salahuddin Ayub mewakili Pakatan Harapan dengan perbezaan undi besar sebanyak 28,924.", "Mengulas lanjut, Tajuddin berkata tindakan Nur Jazlan membuat kenyataan terbuka mengkiritik kepimpinan Ismail Sabri hanya akan mengeruhkan keadaan, malah memperlihatkan UMNO sebagai parti tidak bermaruah.", "“Perdana Menteri mempunyai budi bicara penuh terhadap apa jua keputusan yang perlu dibuat dan di sini, UMNO juga mempunyai Majlis Tertinggi (MKT) yang bertanggungjawab bersama Perdana Menteri memutuskan sebarang perkara penting.", "“Membuat kenyataan terbuka seperti ini hanya mengeruhkan keadaan dan tidak sedikit pun membantu agar parti dilihat bermaruah,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/indonesia-bebas-fasa-kritikal-pandemik-covid-19/
Indonesia bebas ‘fasa kritikal’ pandemik Covid-19
[ "Ikatan Doktor Indonesia (IDI) menilai republik itu sudah hampir bebas dari ‘fasa kritikal’ pandemik Covid-19 kerana angka kes jangkitan merekodkan trend penurunan secara ketara sejak beberapa bulan lalu.", "Ketua Pengurus Besar IDI, Adib Khumaidi memaklumkan keadaan pandemik di republik itu ketika ini sangat berbeza berbanding sebelum ini yang pernah merekodkan kes jangkitan lebih dari 56,757 sehari.", "“Kita sudah bebas dari kemelut itu, mudah-mudahan kita dapat kembali kepada keadaan seperti sedia kala.", "“Apa yang harus kita lakukan pada masa ini adalah dengan memastikan keadaan tetap terkawal dan kembali memulihkan sistem kesihatan Indonesia,” jelasnya.", "Adib turut meramalkan pandemik Covid-19 di republik itu akan memasuki fasa endemik menjelang Tahun Baharu 2022 sekiranya kes jangkitan terus menunjukkan penurunan.", "Dengan itu, semua penduduk di Indonesia diingatkan supaya tidak terlalu selesa dengan keadaan ini kerana gelombang jangkitan baharu boleh melonjak pada bila-bila masa jika mereka leka.", "“Sekiranya Januari depan negara kita tidak menunjukkan lonjakan kes yang tinggi, maka kita akan beralih masuk ke fasa endemik,” jelasnya.", "Namun begitu, Adib turut mengingatkan pihak kerajaan agar terus bersiap sedia akan sebarang kemungkinan, termasuk menyediakan sistem sokongan kesihatan yang lengkap bagi menghadapi gelombang jangkitan baharu.", "Indonesia semalam melaporkan 163 kes jangkitan baharu dan 7 kematian akibat Covid-19.", "Sehingga kini, Indonesia masih mendominasi tangga teratas untuk kes jangkitan dan kematian tertinggi di Asia Tenggara dengan merekodkan 4,259,143 kes jangkitan dan 143,929 korban akibat Covid-19." ]
https://www.agendadaily.com/politik/umno-ghairah-mahu-pilihan-raya-jangan-sampai-rakyat-berhari-raya-dalam-pkp/
UMNO ghairah mahu pilihan raya, jangan sampai rakyat berhari raya dalam PKP
[ "Baru-baru ini spekulasi UMNO mahu merancang satu lagi pilihan raya timbul, selepas Melaka dan Sarawak kini Johor pula dikatakan bakal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan pilihan raya negeri diadakan (PRN).", "Alasan diberikan pemimpin UMNO untuk mengadakan pilihan raya kononnya mahukan kestabilan politik, walhal realitinya ia bagi memenuhi nafsu ghairah penganggur politik di Johor.", "Pemimpin UMNO Johor seperti Datuk Seri Khaled Nordin secara terbuka mengeluarkan kenyataan menyokong supaya PRN diadakan di negeri tersebut, malah ia disambut pula pemimpin lain seperti Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang senada dengan Khaled.", "Untuk rekod, kedua-dua mereka ini adalah penganggur politik selepas ditewaskan dalam pilihan raya lalu ditolak pengundi.", "Ia sangat memalukan bagi Khaled selaku mantan Menteri Besar (MB) Johor ditolak sendiri pengundi kawasan ditandinginya, bagaimanapun seakan tidak tahu malu dengan kekalahan lalu beliau masih menuntut pula satu lagi PRN diadakan.", "“Malah, inilah sebenarnya tanggungjawab. Kita mesti mengembalikan mandat kepada rakyat apabila kerajaan berada dalam kedudukan yang terlalu rapuh dan tidak stabil.", "“Bukannya terus menerus berkeras bahawa kita mempunyai kuasa apalagi bila terpaksa meminta sokongan pembangkang,” kata Khaled sebelum ini dipetik laporan media.", "Bagi Khaled, kerajaan negeri sekarang tidak stabil namun faktanya jika tidak stabil bagaimana pula pembentangan Belanjawan Johor 2022 berjumlah RM1.958 bilion pada November tahun lepas boleh diluluskan secara majoriti.", "Jika tidak ada kestabilan, mustahil pentadbiran MB Datuk Hasni Mohammad yang juga wakil dari parti UMNO itu mendapat sokongan untuk meluluskan belanjawan bagi tahun 2022.", "Sebenarnya, alasan kestabilan politik adalah naratif dangkal untuk membodohkan rakyat kononnya terdapat satu keperluan mendesak untuk mengadakan PRN, namun realitinya penganggur politik pemimpin UMNO di Johor terlalu ghairah tamak dengan kuasa.", "Bukan rakyat tidak tahu, satu demi satu kemelut politik sengaja dicetuskan pemimpin UMNO yang semakin ketandusan idea, lihat bagaimana PRN Melaka terpaksa diadakan apabila wakil mereka sendiri menarik sokongan terhadap kerajaan negeri yang dipimpin juga wakil dari UMNO.", "Jadi, ia juga tidak mustahil apabila terdapat rancangan untuk mengikut jejak yang sama berlaku di Melaka, bakal terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang sanggup menjadi keldai menarik sokongan terhadap Hasni bagi menjatuhkan kerajaan negeri sehingga terpaksa membubarkan DUN.", "Bagaimanapun, langkah untuk mengadakan PRN secara tergesa-gesa tanpa menghiraukan kepentingan serta kebajikan rakyat bakal mengundang kemarahan majoriti orang ramai yang sudah muak dengan drama politik yang tidak berkesudahan.", "Rakyat baharu sahaja berdepan bencana banjir besar, ramai yang kehilangan tempat berteduh dan tinggal sehelai sepinggang, pandemik Covid-19 masih lagi berlarutan sehingga setiap hari ada sahaja kluster baharu dikesan Kementerian Kesihatan (KKM).", "Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, peningkatan mendadak jumlah kluster Covid-19 menunjukkan wabak itu mempunyai kemungkinan untuk mewujudkan gelombang keempat.", "“Kita baru sahaja dikejutkan dengan pendedahan tentang sijil vaksin palsu yang dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab dan sekarang secara tiba-tiba muncul kluster-kluster baharu yang menjadi indikasi bahawa masih ramai boleh menjadi pembawa wabak ini,” katanya dipetik laporan media.", "Menurut Dr Sharifa, walaupun majoriti rakyat sudah menerima vaksin ia bukan jaminan penularan Covid-19 akan terhenti serta-merta, malah dengan kemunculan varian baharu yang sudah masuk ke Malaysia sudah mengakibatkan banyak kluster baharu dikesan baru-baru ini.", "Kebimbangan Dr Sharifa adalah melibatkan penularan di sekolah yang semakin meningkat, ia berisiko bakal menyebabkan muncul satu lagi gelombang baharu Covid-19 selepas ini.", "“Kita perlu pastikan mereka yang betul-betul layak divaksin menerima suntikan dan bukan sekadar mendapat sijil vaksin. Kakitangan sekolah juga perlu amanah kerana bukan semua kanak-kanak di sekolah boleh menerima vaksin, jadi kita yang berkelayakan haruslah bertanggungjawab memastikan keselamatan semua pihak terjamin.", "“Sudah tentu kita semua maklum, walaupun dengan vaksin, kita bukanlah kebal daripada Covid-19. Jika tiada yang menjadi pembawa virus iaitu dengan mendapatkan suntikan maka persekitaran kita akan menjadi lebih selamat,” katanya lagi.", "Tahun ini, penganut agama Islam yang majoriti di Malaysia bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan pada awal April dan bakal menyambut hari raya pada Mei nanti.", "Penganut Muslim sangat berharap sambutan tahun ini berbeza dengan sambutan dua tahun lalu apabila terpaksa berhari raya dalam dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "Ramai yang tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut bersama sanak saudara kerana PKP disebabkan penularan Covid-19 yang masih berleluasa, pastinya tahun ini orang ramai sangat berharap dapat menyambut hari raya di kampung selepas dua kali tidak dapat pulang sebelum ini.", "Namun, kebimbangan orang ramai kini jika PRN diadakan dalam masa terdekat, ia bakal menyebabkan negara terpaksa berdepan satu lagi gelombang baharu penularan Covid-19 dan akhirnya terpaksa dikurung sekali lagi dalam rumah.", "Rakyat sudah muak dengan percaturan dan permainan orang politik yang gilakan kuasa sehingga tidak memikirkan kesan selepas itu yang bakal berlaku.", "Jangan dijadikan alasan dua PRN di Melaka dan Sarawak sebagai kayu pengukur untuk mengadakan satu lagi PRN, banyak negara dunia kini sedang bergelut dengan gelombang baharu penularan Covid-19 dan Malaysia juga tidak mustahil bakal tercetusnya satu lagi gelombang penularan yang besar.", "Dalam keadaan kes jangkitan baharu masih angka beribu-ribu setiap hari, kluster baharu pula tumbuh bagai cendawan dan kehadiran beberapa varian baharu oleh pakar, ia bukan satu petanda yang baik untuk mengadakan satu lagi PRN kerana bakal mengundang musibah yang besar kepada negara.", "Jangan kerana ahli politik kemaruk mahu mengadakan pilihan raya, rakyat pula nanti tidak boleh berhari raya. Cukup-cukuplah rakyat berhari raya di rumah tanpa dapat bertemu sanak saudara, sampai bila rakyat mahu didera oleh ahli politik yang mabuk kuasa." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/tol-empat-lebuh-raya-lembah-klang-tak-naik-kata-ismail-sabri/
Tol empat lebuh raya Lembah Klang tak naik, kata Ismail Sabri
[ "Kadar tol melibatkan empat syarikat konsesi lebuh raya sekitar Lembah Klang tidak akan dinaikkan dan kekal sehingga tamat tempoh konsesi melalui langkah penstrukturan semula syarikat berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Beliau berkata penstrukturan itu dilaksanakan sejajar dengan prinsip serta objektif utama kerajaan iaitu untuk mengurangkan beban Keluarga Malaysia serta tidak melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan.", "“Ini merupakan usaha berterusan kerajaan untuk memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban khususnya dengan kenaikan kadar tol sepertimana yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.", "“Penjimatan ini boleh dimanfaatkan bagi program pembangunan infrastruktur negara dan kemudahan-kemudahan lain yang perlu diutamakan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Perdana menteri berkata keputusan itu dibuat setelah penelitian terperinci dilakukan meliputi semua aspek iaitu bebanan kepada pengguna, obligasi kerajaan selaras dengan Perjanjian Konsesi serta beban kewangan kerajaan, lapor Bernama.", "Ismail Sabri memaklumkan kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula melibatkan Kesas Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd yang menguruskan Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART).", "Selain itu, ia juga melibatkan syarikat Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP).", "Ismail Sabri berkata penstrukturan itu juga dapat menjimatkan bayaran pampasan dari 1 Jan 2022 sehingga tamat tempoh konsesi serta penjimatan bersih bagi pembayaran subsidi tol yang dianggarkan berjumlah sekurang-kurangnya RM4.3 bilion.", "Katanya perincian lanjut berhubung kelulusan kerajaan mengenai penstrukturan semula itu akan dimaklumkan oleh Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof." ]
https://www.agendadaily.com/politik/polis-sahkan-dr-mahathir-disiasat-lagi-isu-hina-institusi-diraja/
Polis sahkan Dr Mahathir disiasat lagi, isu hina institusi diraja
[ "Polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi diraja.", "Bekas perdana menteri dua kali itu hari ini dirakam kenyataan hari ini, menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.", "“Siasatan dijalankan ke atas Dr Mahathir berhubung kenyataan beliau yang berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap institusi diraja, yang disiarkan sebuah portal berita pada 6 Jun lalu.", "“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman, mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Mohd Shuhaily berkata, USJT turut mengambil keterangan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Marzuki Yahya bagi membantu siasatan.", "Beliau berkata, kes masih pada peringkat siasatan, justeru orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga mengganggu proses siasatan.", "“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah.", "“Elak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan, terutama membabitkan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja),” katanya.", "Terdahulu, Bukit Aman dilaporkan sekali lagi merakam percakapan Dr Mahathir berhubung kenyataan beliau sebelum ini mengenai proklamasi orang Melayu.", "Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dalam satu rakaman video, hari ini, memaklumkan proses itu dijalankan di Yayasan Albukhary selama kira-kira jam 30 minit bermula jam 3 petang tadi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pm-harap-semua-pihak-hormati-mou-untuk-perubahan-inklusif/
PM harap semua pihak hormati MOU demi perubahan inklusif
[ "Bagi memastikan usaha memerangi pandemik berjaya, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap agar semua pihak dapat menghormati Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politi yang telah dipersetujui pada 13 September lalu.", "Menurut Ismail, dengan MOU yang telah ditandatangani, ia membolehkan kerajaan terus memberi sepenuh tumpuan dalam memerangi pandemik Covid-19 dan melakukan perubahan secara inklusif.", "“Sesungguhnya krisis ini telah menyatukan kita semua dan memberi peluang untuk kita membuat perubahan secara inklusif. Saya berharap Memorandum Persefahaman (MOU) untuk Transformasi dan Kestabilan Politik yang telah dipersetujui pada 13 September yang lalu akan terus dihormati oleh kedua-dua belah pihak selaras dengan pendekatan Keluarga Malaysia.", "“Persefahaman ini akan membolehkan kita memberikan sepenuh tumpuan kepada usaha memerangi pandemik dan meletakkan negara pada asas pertumbuhan yang lebih kukuh,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara, hari ini.", "Selain itu, Ahli Parlimen (MP) Bera itu juga yakin dengan kerjasama yang dilakukan serta sokongan dari seluruh rakyat, konsep Keluarga Malaysia akan berjaya termasuk memulihkan kembali ekonomi negara.", "“Marilah kita bersama-sama berganding bahu merealisasikan matlamat RMK-12 dengan mendakap erat prinsip bekerja bersama rakyat, demi masa hadapan Keluarga Malaysia yang lebih baik.", "“Yakinlah bahawa hanya melalui kerjasama seluruh Keluarga Malaysia, perjuangan melawan pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi, insya-Allah akan beroleh kemenangan,” ujarnya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/enam-kluster-baharu-pendidikan-dikesan-di-lima-negeri-semalam/
Enam kluster baharu pendidikan dikesan di lima negeri semalam
[ "Enam daripada 10 kluster baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam semalam melibatkan kluster pendidikan, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini", "Menerusi laman sesawang Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi, KKM memaklumkan semua kluster pendidikan itu dikesan di Kedah, Kuala Lumpur, Sabah, Negeri Sembilan, dan Pahang.", "Kedah mencatat dua kluster baharu pendidikan, masing-masing Kluster Dah Lebuh Taman yang melibatkan tiga daerah iaitu Kulim, Baling dan Kuala Muda, membabitkan 39 kes positif; dan Kluster Dah Jalan Pegawai di Kulim dengan 41 jangkitan.", "Sehingga semalam, sebanyak 27 kluster pendidikan yang dikesan sejak 11 Januari 2022 lalu, masih aktif.", "Kluster pendidikan di Kuala Lumpur ialah Kluster Taman Koperasi 2, di Kepong melibatkan 10 jangkitan, manakala di Negeri Sembilan, Kluster Jalan Dato Kelana Maamor membabitkan Seremban dan Port Dickson dengan 13 kes.", "Di Sabah pula melibatkan Kluster Jalan Pintas Sembulan di Kota Kinabalu dengan 18 kes positif, dan Kluster Chatin di Temerloh, Pahang membabitkan 12 jangkitan.", "Tiga kluster tempat kerja turut dikesan di Kunak, Sabah melibatkan 20 kes; Kota Bharu, Kelantan (30 kes); dan Johor Bahru, Johor (10 kes).", "Satu kluster komuniti turut dilaporkan di Machang, Kelantan melibatkan 10 kes positif Covid-19.", "Sehingga semalam sebanyak 366 daripada 6,509 kluster Covid-19 yang dikesan di negara ini, masih aktif, manakala selebihnya telah ditamatkan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/rm11-6-bilion-wang-tidak-dituntut-pemilik-laporan/
RM11.6 bilion wang tidak dituntut pemilik: Laporan
[ "Jumlah wang tidak dituntut oleh pemilik sah dilaporkan telah meningkat kepada RM11.6 bilion, naik sebanyak RM4.13 bilion, berbanding pada 2019 sebanyak RM6.93 bilion.", "Pada 2017, bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz memberitahu Dewan Rakyat bahawa wang tidak dituntut berjumlah RM5.96 bilion pada tahun itu, manakala pada 2019, Timbalan Menteri Kewangan ketika itu Amiruddin Hamzah memberitahu angka itu meningkat kepada RM6.93 bilion.", "Bagaimanapun, dana itu masih boleh dituntut daripada Pendaftar Wang Tak Dituntut Kementerian Kewangan, menurut TheSun.", "Wang tidak dituntut ditakrifkan sebagai dana yang dimiliki secara sah oleh orang ramai tetapi kekal tidak dituntut, atau wang yang telah tidak aktif dalam pelbagai akaun selama bertahun-tahun.", "TheSun memetik jurucakap Jabatan Akauntan Negara (JAN) sebagai berkata terdapat tiga kategori wang tidak dituntut.", "Yang pertama adalah yang tidak dibayar sekurang-kurangnya setahun, seperti gaji, bonus, dividen dan tuntutan insurans; dan kedua ialah dana yang telah terbiar sekurang-kurangnya tujuh tahun dalam akaun simpanan, semasa dan simpanan tetap.", "Kategori ketiga melibatkan wang yang dibayar untuk mengkreditkan akaun perdagangan yang telah tidak aktif selama sekurang-kurangnya dua tahun, seperti akaun pemiutang perdagangan dan akaun penghutang perdagangan dengan baki kredit.", "“Masih terdapat sebilangan besar individu dan syarikat yang tidak mengetahui kewujudan dana tidak dituntut yang di bawah Akta Wang Tidak Dituntut 1965.", "JAN juga dilaporkan telah terlibat dalam kesemua 100 program Aspirasi Keluarga Malaysia di seluruh negara untuk mendidik individu dan syarikat berkenaan cara menyemak dan membuat tuntutan mereka.", "“Selain itu, kami juga menerima komen daripada individu yang tidak mahu menuntut wang mereka berikutan jumlah terbabit yang kecil. Apapun, kami telah memproses pembayaran sekecil RM0.01 untuk pemohon melalui eGUMIS, iaitu portal dalam talian kami di https://egumis.anm.gov.my/,” kata jurucakap itu.", "Mengikut Seksyen 13(1) Akta tersebut, pembayaran hendaklah dibuat kepada mana-mana penerima yang boleh membuktikan dan memuaskan hati pegawai JAN bahawa dia mempunyai hak undang-undang terhadap wang tersebut seperti yang dituntut.", "Jurucakap itu menggesa orang ramai menyemak wang tidak dituntut melalui eGUMIS, kaunter JAN di seluruh negara, atau melalui rekod yang diwartakan di Perpustakaan Negara. Orang ramai boleh memohon untuk menuntut wang mereka melalui dalam talian, kaunter atau pos berdaftar.", "Orang ramai juga dinasihatkan merujuk kepada portal dalam taliannya untuk prosedur mendapatkan wang yang tidak dituntut. Brosur juga boleh dimuat turun melalui portal yang sama." ]
https://www.agendadaily.com/politik/zahid-intai-kerjasama-azmin-kata-pn-hanya-fokus-kempen-untuk-menang/
Zahid intai kerjasama, Azmin kata PN hanya fokus kempen untuk menang
[ "Perikatan Nasional (PN) hanya memfokus kepada strategi untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan tidak membincangkan soal pembentukan kerajaan campuran.", "Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya memanfaatkan sepenuhnya tempoh berkempen 14 hari untuk meyakinkan pengundi.", "Katanya, tiada sebarang perbincangan rasmi berkait soal bergabung dengan mana-mana parti bagi membentuk kerajaan buat masa ini.", "“Fokus kita adalah untuk menang di setiap kawasan PN wakili dan kita gunakan ruang (kempen) ini untuk yakinkan rakyat.", "“Kita jelaskan kepada mereka tentang dasar-dasar yang dibawa PN yang pro perniagaan, mencipta pekerjaan serta menjamin kepedulian kepada rakyat,” katanya ditemui pada program di Kampung Kemensah di Gombak, lapor Sinar Harian.", "Ia susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti sekiranya BN gagal mendapat majoriti mudah seperti dilapor sebuah akhbar Inggeris pada Jumaat.", "Menerusi laporan itu, Zahid dikatakan bersedia dengan apa sahaja cara asalkan dapat membentuk kerajaan Persekutuan yang stabil dari segi politik.", "Pada program itu, Azmin meminta rakyat memberi peluang kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan PN untuk mentadbir negara semula.", "Menurut Azmin, Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai perdana menteri pada pada 16 Ogos 2021 susulan tindakan 15 ahli Parlimen UMNO menarik sokongan.", "“Muhyiddin letak jawatan bukan disebabkan gagal tetapi kerana 15 anggota Parlimen UMNO yang menyokong kleptokrat dan menarik sokongan kepada PM.", "“Walaupun Muhyiddin masih ada sokongan sebanyak 100 undi tetapi beliau tidak lagi mahu bekerjasama dengan golongan kleptokrat dan bersekongkol dengan perasuah. Itu adalah prinsip beliau,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/anwar-pening-pilih-kawasan-nak-bertanding-yakin-jadi-pm/
Anwar pening pilih kawasan nak bertanding, yakin jadi PM
[ "Yakin akan menjadi Perdana Menteri baharu sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pening dalam memilih kawasan Parlimen yang ingin ditandinginya nanti.", "Ketua Pembangkang itu masih percaya dirinya sangat hebat dan disayangi rakyat walaupun tewas teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini, malah terlalu perasan dirinya adalah faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) semasa PRU-14 lalu walaupun ketika itu tidak langsung berkempen kerana sedang berada disebalik tirai besi.", "Untuk rekod, Presiden PKR itu sebelum ini berkata PH akan bangkit semula daripada kekalahan PRN Melaka selepas didesak berundur daripada mengetuai blok pembangkang itu dan menunjukkan kedegilannya untuk terus berkuasa kerana sudah dinaiktaraf setara dengan menteri.", "Terbaharu, spekulasi mengatakan Anwar mungkin akan bertanding di Johor pada PRU-15 nanti.", "Anwar yang juga Ahli Parlimen (MP) Port Dickson bagaimanapun berkata, perkara itu masih terlalu awal untuk diputuskan.", "“Perkara ini masih terlalu awal, mungkin dakwaan ini timbul kerana saya datang ke Kluang dan Simpang Renggam. Saya tidak kata ‘tidak’ tapi saya tidak tahu,” katanya.", "Sebelum itu, terdapat laporan menyatakan Anwar bakal bertanding di kerusi Tebrau, Segamat dan Batu Pahat yang menjadi milik parti itu pada PRU-14 lalu namun kini penyandangnya tidak lagi bersama parti itu.", "Terdahulu, PKR Perak menawarkan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi negeri tersebut pada PRU-15 dengan harapan dapat menjadi Perdana Menteri (PM) Ke-10.", "Tawaran untuk bertanding di Perak itu dibuat oleh Pengerusi PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang berharap idolanya itu dapat menerima tawaran tersebut bagi mencapai cita-citanya.", "“Presiden sangat responsif dan positif dengan pelawaan itu. Insya-Allah kita tengok nanti,” katanya.", "Jelasnya, kedudukan PKR di Negeri Sembilan sudah kukuh dan kehadiran Anwar di Perak dilihat mampu mengukuhkan lagi penguasaan parti itu sekaligus memenangi pilihan raya nanti.", "Anwar baru-baru ini gagal dalam cubaannya sekali lagi untuk menjadi PM selepas ditipu anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pada mulanya menyokongnya sebagai calon.", "Sebaliknya, Presiden UMNO itu menukar sokongan apabila memberi sokongan kepada Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi PM Kesembilan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/undi-orang-muda-penentu-kemenangan-besar-perikatan-nasional/
Undi orang muda penentu kemenangan besar Perikatan Nasional
[ "Undi golongan muda akan menjadi penentu kemenangan besar Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini, kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.", "Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional berkata, beliau sudah melawat seluruh negara dan sambutan diberikan golongan itu terhadap Perikatan Nasional amat memberangsangkan.", "“Saya telah melawat seluruh negara di Semenanjung dari Perlis sehingga Johor dan terakhir di Kemaman. Menarik perhatian saya, sambutan orang muda dan himpunan dianjurkan, di mana pengundi muda adalah undi penentu yang sangat besar dalam pilihan raya ini,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media Jelajah PN Best Grand Finale PRU15 di Padang Astaka, di Kemaman, malam tadi (17 November 2022).", "Ditanya adakah pengundi muda bersama Perikatan Nasional pada PRU kali ini, Abdul Hadi berkata, sambutan diberikan pengundi muda kepada Perikatan Nasional melebihi parti lain.", "“Sama ada majlis waktu pagi, makan pagi, petang mahupun malam, semuanya meriah,” katanya.", "Terengganu dan Kelantan mendahului dengan jumlah tertinggi pengundi muda pada PRU-15, dengan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan 10.6 juta pengundi berusia 18 hingga 39 tahun di seluruh negara layak untuk mengundi Sabtu ini.", "Melalui statistik sama, sejumlah 1,393,549 juta pengundi berusia antara 18 hingga 20 tahun, manakala 4,614,429 berusia antara 21 hingga 29 tahun.", "Sementara itu, dalam ucapannya Abdul Hadi berkata mana-mana pemimpin dan penceramah PAS yang mengeluarkan kenyataan ekstrem sehingga mencemarkan imej parti itu ketika berkempen sempena PRU-15 akan ‘digam’ daripada berceramah.", "Beliau berkata tindakan itu diambil berdasarkan konsep dan dasar yang diamalkan parti itu, di mana PAS tidak mengamalkan cara yang kasar, sebaliknya menggunakan pendekatan demokrasi aman sejak dahulu lagi.", "“Kita pantau mereka kerana PAS ada dasar iaitu menerang bukan menyerang… itu konsep yang kita bawa. (Jadi apabila ada) mana-mana kalangan kita yang mengambil pendekatan menyerang kita ‘gam’ (dan) hentikan daripada ceramah,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/timbalan-speaker-pahang-akui-telah-disaman-dalam-gambar-tular/
Timbalan Speaker Pahang akui telah disaman dalam gambar tular
[ "Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Lee Chin Chen hari ini mengesahkan beliau telah disaman atas kesalahan trafik melibatkan gambar kenderaan peribadinya melanggar peraturan lalu lintas, yang tular di media sosial pada Ahad lepas.", "Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut berkata beliau telah memberi keterangan kepada polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong hari ini, berhubung kejadian itu, menurut laporan Bernama.", "“Saya telah memberikan kerjasama kepada mereka dan satu saman telah dikeluarkan. Saya akan menjelaskan saman ini seperti mana rakyat Malaysia yang lain dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.", "Lee juga mengucapkan terima kasih kepada polis kerana telus dalam menjalankan tanggungjawab mereka.", "Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar menerusi kenyataan ringkas juga memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan saman di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/macam-macam-saya-dengar/
Macam-macam saya dengar…
[ "DAH lama saya tak mencuit.", "Semalam saya mendapat berita sahabat lama saya, rakan wartawan, Datuk Norzila Rahman atau lebih dikenali sebagai Wan N meletak jawatan sebagai ketua media pejabat Perdana Menteri.", "Kononnya beliau memberi notis 24 jam. Kononnya Wan N tak tahan dengan fitnah yang dilemparkan ke atas beliau.", "Saya hantar nota ringkas kepada beliau “Baguslah. Takyah pening kepala.” Beliau menjawab, alhamdulillah.", "“Banyak sangat fitnah. Saya tak biasalah kerja gitu…”", "Saya faham. Banyak sangat kecelaruan dalam team PMX. Team media yang turut dicelarukan dengan team komunikasi yang diketuai oleh seorang mantan profesor UKM.", "Saya mendapat tahu, betul atau tidak, Wan juga menghadapi tekanan daripada team soldadu cyber PMX, yang melihat Wan seperti “tidak begitu setia” dengan team PH.", "Itu saya tak taulah. Tapi tekanan yang dihadapi oleh Wan cukup kuat. Beliau terpaksa menangani semua sekali, seolah-olah semuanya di bawah tengkuk beliau.", "Takpalah Wan. Berehatlah. Umur kita pun bukan panjang.", "Sepanjang seminggu ini saya sempat bertemu dengan beberapa pihak. ", "Antaranya yang berada di tempat yang “tertinggi” negara dan sebagainya.", "Nada mereka sama. PMX tidak boleh buat kerja. Cakap sahaja pandai. Retorik beliau nombor satu.", "“Saya kenal beliau sangat. Dia pandai cakap sahaja, kerja tak boleh.” Kata tokoh itu, yang tak perlu saya sebut siapa di sini.", "Dengar kata akhbar Singapura pun sudah mula kritik PMX. Hairan ya? Juga dikatakan Indonesia pun (sudah) tak berapa selesa dengan beliau. Entahlah?", "Namun itulah juga kata-kata secara umum. PMX banyak cakap. Banyak juga beliau buat salah. Menyebabkan team media dan komunikasinya pun pening kepala. ", "Dalam satu segi team medianya nak perkasakan slogan Madani, yang entah ke mana; dan satu segi lagi nak mematahkan janji-janji yang ", "diperkatakan oleh PMX sebelum pilihan raya dulu.", "Dalam ucapan-ucapan PMX yang dimuat-naik semula, PMX berjanji segala-galanya; selagi ada bulan dan bintang.", "Antara janji yang saya difahamkan dia sendiri berang apabila ada pihak yang menaikkan semula video itu adalah “jika esok saya jadi Perdana Menteri, maka harga minyak akan turun…”", "Kata-kata itu menjadi gelak-ketawa lawak umum, sehinggakan direka emoji mukanya dengan kata-kata “esok minyak turun.”", "Itulah retorik Anwar. Orator terhebat sejak zaman ubi kayu Baling 1974.", "Kelmarin juga beberapa jam sebelum Wan meletakkan jawatan tersebar desas-desus, khabar angin, spekulasi mengatakan PMX mungkin akan hilang majoriti.", "Sesungguhnya arus politiking bawah laut cukup kuat. Lebih kuat berbanding badai di atas permukaan.", "Tokoh yang saya temui itu berkata lagi “riwayat beliau sebagai PMX tak lama.” Kita tunggu, katanya.", "Ramai yang rimas perut dengan pak syeikh itu. Benarkah pihak keselamatan pun “pening” dengan beliau?", "Team komunikasi PMX jangan bimbang. Sejak mutakhir ini PM Malaysia asyik bersilih-ganti. Ia bukan sesuatu yang pelik. ", "PMX bakal hilang jawatan, juga bukan pelik. Itulah akibatnya jika parti-parti politik kita mendapat undi “cukup-cukup makan saja”.", "Macam-macam saya dengar. Biarlah saya stop sini dulu. Saya tengah sakit kepala sekarang. Mungkin cuaca panas di luar, sepanas politik negara kita. Tapi ada masakah saya untuk pening kepala?", "Datuk Zaini Hassan", "Pemegang anugerah prestij Kewartawanan Kajai 2005 Institut Akhbar Malaysia (MPI); Wartawan Terbaik Negara 2008 Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (PWM); Best Journalist of the Year 2009 National Press Club (NPC); Tokoh Wartawan Politik 2011.", "Bekas Penolong Ketua Pengarang Utusan; bekas kolumnis Cuit Utusan Malaysia (2008-2017) yang kontroversial.", "*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.", "Artikel ini disiarkan kali pertama dalam portal BebasNews." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/deraf-kenyataan-media-untuk-menteri-ekonomi-daripada-pakar/
Deraf kenyataan media untuk Menteri Ekonomi daripada pakar
[ "Cadangan YB Rafizi untuk meredakan kenaikan harga makanan bersandarkan kepada keanjalan permintaan rakyat telah mendapat pelbagai reaksi. Kecoh satu negara.", "Secara ringkas, hipotesis YB Menteri ialah dengan keanjalan permintaan yang lebih tinggi, kenaikan harga akan mendorong kepada pengurangan permintaan dan tindakan ini akan menyebabkan penurunan harga berlaku atau setidaknya meredakan kenaikan harga makanan.", "Setidaknya ada dua (2) persoalan perlu dijelaskan, permintaan apa dan permintaan siapa? YB Menteri jelas merujuk kepada pemintaan untuk makanan dan minuman bukan alkohol yang menyumbang sebanyak 29.5% dalam raga penggunaan yang digunakan untuk pengiraan Indeks Harga Pengguna oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Jumlah ini terdiri dari 3 komponen utama iaitu makanan dirumah (16.9%), makanan diluar rumah (11.5%) dan minuman (1.1%).", "Berdasarkan laporan terkini yang diumumkan, sebanyak 671 (80%) dari 841 items yang dipantau telah mencatat kenaikan harga. Kadar inflasi untuk makanan dirumah mencecah 7.3% dan kadar inflasi makan diluar rumah meningkat lebih tinggi pada kadar 9.6%, berbanding kadar inflasi keseluruhan yang merangkumi semua kategori perbelanjaan iaitu 4%.", "Dengan ‘andaian’ semuanya kekal sama, penurunan dalam permintaan yang berpunca dari kenaikan harga (tertakluk kepada keanjalan) akan menyebabkan harga yang lebih rendah DAN jumlah permintaan yang dapat dipenuhi juga akan menjadi lebih rendah.", "Ini membawa kepada persoalan kedua-permintaan siapa? Siapakah yang akan menanggung beban mengurangkan permintaan ini? Siapakah yang perlu mengorbankan permintaan sedia ada? Si Kaya atau Si Miskin? Saranan ini menjadi polemik.", "Ramai yang hilang punca, keluar dari ehwal ekonomi negara, terus berpolitik pula.", "Saya cuba menyelami hujah YB Rafizi dengan meneliti beberapa pandangan beliau yang menyusul beberapa harinyang lepas. Saya yakin YB Rafizi cenderung melihat kepada manfaat perkongsian data bersifat analitik. Disini ada ketepatan ekonominya. Saya ‘cuba’ mentakrif apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh beliau.", "Saya draf semula kenyataan media untuk YB Rafizi, seperti berikut:", "“Kerajaan menyedari bahawa kita kini berhadapan dengan tekanan keatas harga, khususnya harga makanan dan juga kos makan diluar rumah. Walaupun kadar inflasi keseluruhan negara berada ditahap 4%, kadar inflasi untuk kedua-dua kategori perbelanjaan ini meningkat dengan lebih tinggi iaitu 7.3% dan 9.6%.", "Selain dari menangani aspek pengeluaran dan penawaran, membenteras tindakan monopolistik serta kartel yang menekan pengguna dan meningkatkan produktiviti pengeluaran makanan negara, pengguna juga mempunyai peranan untuk mempengaruhi dan memastikan harga dipasaran agar menjadi harga yang adil-untuk pengguna dan pengeluar.", "‘Kebijaksanaan Pengguna’ adalah kuasa pengguna yang dapat meredakan kenaikan harga, khususnya peningkatan harga yang tidak berpatutan. Pengguna berupaya mempengaruhi harga dipasaran dan mendispilinkan peniaga untuk menawarkan harga yang adil bersandarkan faktor penawaran dan permintaan yang asli.", "Kerajaan akan meningkatkan perkongsian data dan maklumat kepada rakyat berkaitan harga barangan dan perkhidmatan dengan lebih kerap dan terperinci bagi membolehkan pengguna membuat keputusan yang terbaik dalam keputusan kepenggunaan masing-masing.", "Satu pengkalan data dan info analitik yang bersifat ‘real time’ dan khusus-lokasi serta mudah dicapai dan difahami oleh rakyat akan dibangunkan. Dengan maklumat yang terkini, lengkap dan mudah, rakyat akan boleh membuat perbandingan harga ke atas sesuatu barangan dan perkhidmatan di lokasi masing-masing.", "Perkongsian maklumat dan data ini akan meningkatkan kebijaksanaan pengguna dalam membuat keputusan kepenggunaan serta juga mampu mendisiplinkan pengeluar/peniaga untuk menawarkan produk dan perkhidmatan pada harga yang adil dan kompetitif.", "Di samping itu, kesediaan pengguna untuk membuat peralihan gaya hidup yang bersesuaian tanpa menjejaskan kualiti kehidupan juga akan ditingkatkan. Usaha yang khusus akan digerakkan bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang diet dan tatacara pemakanan sihat yang mampu dilaksanakan oleh rakyat. Kebijakkan kepenggunaan seharusnya juga mewujudkan masyarakat yang sihat tubuh badan melalui pemakanan yang seimbang.", "Dengan ini rakyat akan lebih bersedia membuat perubahan dalam raga perbelanjaan makanan mereka yang juga akan meredakan peningkatan harga yang berlebihan.", "Kita harus menerima kenyataan dan bersedia untuk mengubah gaya hidup bersesuaian dengan anjakan negara ke status negara maju dan berpendapatan tinggi. Kerajaan akan memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat akan dapat menikmati pendapatan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih berkualiti dengan anjakan status negara ini. Gaya hidup negara maju perlu diterapkan sebagai budaya hidup baharu.", "Kerajaan menggalakkan pembudayaan memenuhi keperluan hidup secara kendiri atau D.I.Y. – ‘Do it Yourself’. Kebiasaan untuk makan diluar yang kini agak tinggi boleh dikurangkan dengan penyediaan makanan secara kendiri tanpa menjejaskan kualiti.", "Penghasilan produk-produk berkaitan oleh pengusaha IKS mampu memenuhi anjakan gaya hidup ini. Pengusaha kedai makan juga boleh memperkenalkan model perniagaan yang baharu agar dapat memenuhi keperluan makan diluar rumah pada kos yang berpatutan.", "Kerajaan menyeru rakyat untuk tampil bersama, membantu kerajaan membendung kenaikan harga yang tidak berpatutan. Kerajaan menyanjung kebijaksanaan kepenggunaan rakyat. Kerajaan berazam untuk mewujudkan pasaran yang disihat dan adil untuk semua. Usaha meningkatkan produktiviti pengeluaran makanan bagi memenuhi keperluan rakyat akan terus dipertingkatkan.", "Dengan persaingan sihat dan produktiviti yang tinggi, harga yang adil akan tercapai, menang-menang untuk kedua belah pihak, pengeluar dan pengguna. Kerajaan akan terus berusaha mencari jalan yang terbaik bagi membendung kenaikan harga makanan. Sokongan rakyat amat dialu-alukan dan dihargai.\nTerima kasih dan wassalam.”", "MINDA UKM: Ada ketepatan ekonomi, ada perubahan tingkah laku dan menang-menang untuk semua.", "Tan Sri Prof Dr Noor Azlan Ghazali\nBekas Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (EAC)", "Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/belanda-laksana-semula-lockdown/
Belanda laksana semula ‘lockdown’
[ "Belanda menguatkuasakan semula perintah berkurung dan ‘lockdown’ separuh dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 yang kini mengancam negara-negara Eropah.", "Kerajaan negara itu mengarahkan restoran dan kedai ditutup lebih awal dan melarang penonton hadir dalam acara sukan utama mulai hari ini.", "Perdana Menteri sementara Belanda, Mark Rutte berkata, langkah drastik perlu diambil selama beberapa minggu bagi menangani krisis itu kerana Covid-19 mula menular semula di seluruh negara, membabitkan semua sektor tanpa mengira usia.", "Katanya sejak beberapa kawalan pergerakan dimansuhkan dua bulan lalu, sebanyak 16,000 kes positif direkodkan pada Khamis dan Jumaat.", "“Kita amat beruntung kerana majoriti rakyat sudah divaksinasi. Jika tidak, kesan terhadap sistem kesihatan tidak dapat digambarkan,” katanya.", "Berdasarkan perintah itu, bar, restoran, kafe dan pasar raya diarahkan menghentikan operasinya bermula jam 8 malam sepanjang tempoh tiga minggu itu manakala kedai bukan keperluan penting pada jam 6 petang.", "Pelawat di rumah pula dihadkan kepada empat orang manakala rakyat dinasihatkan supaya bekerja dari rumah kecuali ada keperluan mendesak.", "Acara awam turut dibatalkan manakala perlawanan bola sepak antara Belanda dan Norway bagi kelayakan Piala Dunia terpaksa diadakan secara tertutup tetapi sekolah dibenarkan beroperasi.", "Di Austria, kerajaannya berhasrat melaksanakan perintah berkurung terhadap rakyat yang belum menerima vaksin atau mereka yang sedang pulih daripada jangkitan terbabit.", "Bagaimanapun beberapa negeri termasuk Salzburg yang merekodkan kadar kes terburuk sudah melaksanakan perintah berkurung terhadap mereka yang belum divaksin mulai Isnin lalu.", "Pusat Kawalan Penyakit Eropah menerusi penilaian risiko mingguannya menyenaraikan Belgium, Bulgaria, Croatia, Republik Czech, Estonia, Greece, Hungary, Belanda, Poland dan Slovenia sebagai negara dalam kategori membimbangkan akibat penularan Covid-19. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/dunia/korea-selatan-catat-kes-tertinggi-dalam-24-jam-lalu/
Korea Selatan catat kes tertinggi dalam 24 jam lalu
[ "Korea Selatan melaporkan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 3,292 kes dalam tempoh 24 jam lalu, tatkala negara itu melangkah ke fasa pertama untuk ‘hidup bersama Covid-19’ dengan melonggarkan beberapa sekatan.", "Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan (KDCA) hari ini berkata, peningkatan jangkitan telah diramal oleh pegawai dan pakar perubatan susulan sekatan penjarakan sosial ditarik balik awal bulan ini, setelah negara itu merekodkan lebih 70 peratus daripada 52 juta penduduknya menerima vaksin Covid-19.", "Lebih 78.5 peratus daripada penduduk Korea Selatan telah lengkap divaksinasi, termasuk 90 peratus daripadanya adalah individu dewasa.", "KDCA berkata peningkatan kes serius juga didorong oleh pengurangan keberkesanan vaksin Covid-19 yang diberikan kepada kumpulan yang terdedah seperti warga tua, yang membawa kepada peningkatan jangkitan mendadak.", "Sehingga hari ini, terdapat 506 kes serius Covid-19, turun daripada 522 kes yang dilaporkan semalam.", "Bagi meredakan lonjakan itu, KDCA berkata pihaknya telah memutuskan untuk memendekkan sela masa dos untuk suntikan penggalak kepada empat bulan untuk individu berumur 60 tahun ke atas dan mereka yang tinggal atau bekerja di rumah jagaan serta kemudahan lain yang mudah terdedah kepada Covid-19.", "Susulan peningkatan jangitan itu, kegunaan katil hospital semakin meningkat, khususnya di hospital sekitar kawasan Seoul ,, dengan hanya kira-kira 30 peratus unit rawatan rapi (ICU) yang masih tersedia. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/politik/dr-mahathir-beri-masa-lanjutan-kepada-anwar-jawab-surat-tuntutan/
Dr Mahathir beri masa lanjutan kepada Anwar jawab surat tuntutan
[ "Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta lanjutan untuk menjawab notis tuntutan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tuduhan mengumpul kekayaan peribadi semasa berkuasa sebelum ini.", "Perdana Menteri (PMX) itu diberi tempoh tujuh hari untuk menjawab surat tuntutan dibuat Dr Mahathir yang berakhir semalam dan peguamnya meminta masa lanjutan sehingga Isnin minggu depan.", "Dalam satu kenyataan, peguam Mahathir menerusi Tetuan Rafique berkata bekas PM itu tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan untuk lanjutan masa daripada peguam Anwar, iaitu Tetuan Thomas Phillip yang memohon hingga 17 April untuk menjawab.", "“Anak guam kami tiada halangan kepada permintaan itu… anak guam kami juga merizabkan segala haknya dalam tuntutan ini,” kata firma guaman itu.", "Sebelum ini, surat tuntutan Mahathir, yang bertarikh 27 Mac, memberi Anwar sehingga semalam untuk menjawab.", "Mahathir merujuk kepada kenyataan Anwar pada Kongres Nasional Khas PKR 2023, pada 18 Mac lalu yang didakwa memfitnahnya.", "Dr Mahathir berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya iaitu dia mempunyai berbilion ringgit dan mengagihkan untuk keluarga, anak dan sebagainya serta dia seorang penyangak.", "Mahathir berkata, ini memberi gambaran yang amat buruk terhadapnya dan adalah satu fitnah, melainkan Anwar boleh menunjukkan bukti bahawa dia (Mahathir) sudah mendapat berbilion ringgit dan melarikan duit itu ke luar negara serta tidak membayar cukai.", "Jelasnya, walaupun pernah melemparkan tuduhan hampir sama sebelum ini (sebelum menjadi PM) tetapi Anwar kini adalah PM yang mesti bertanggungjawab dan tidak boleh membuat tuduhan dengan begitu saja tanpa bukti jelas.", "Dr Mahathir berkata, dia mahu Anwar menarik balik fitnah yang dilemparkan itu atau menunjukkan bukti dan jika tidak dijawab maka tindakan undang-undang akan diambil." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/keadilan-tanpa-pilih-kasih-akan-angkat-martabat-islam-agong/
Keadilan tanpa pilih kasih akan angkat martabat Islam: Agong
[ "Pelaksanaan undang-undang perlu dilaksanakan tanpa pilih kasih memilih darjat seseorang individu, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.", "Baginda berkata prinsip keadilan tanpa memilih status seseorang penting kerana ia berjaya mengangkat martabat Islam semasa zaman Rasulullah, malah dapat menaikkan nilai sesebuah masyarakat itu.", "“Keadilan yang diamalkan tanpa memilih kasih berjaya mengangkat martabat Islam pada zaman Rasulullah.", "“Prinsip keadilan yang telus dan terbuka turut berjaya membangunkan masyarakat yang adil, saksama, makmur dan sejahtera,”titahnya.", "Tuanku bertitah demikian dalam titah diraja sempena Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Kuantan yang dimasyhur dengan nama Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah di sini pada Isnin.", "Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang,Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.", "Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.", "Menurut Sultan Abdullah lagi, mahkamah syariah juga perlu berfungsi untuk melaksanakan keadilan berasaskan bidang kuasa yang diberikan undang-undang dan perlembagaan selaras dengan hukum syarak.", "“Berpandukan prinsip keadilan dalam Islam, mahkamah ini juga perlu bijak menggunakan kuasa budi bicara dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak dalam menjatuhkan hukuman terutama yang melibatkan kes-kes kekeluargaan.", "“Ia termasuk mengkaji hukuman berbentuk kerja sosial bagi kes-kes tertentu supaya tidak berlaku penindasan dan diselesaikan secara budi bicara.", "“Ia kerana prinsip keadilan menurut Islam ialah menjunjung amanah tuhan dan bukannya mewakili kuasa tuhan,”titahnya.", "Al-Sultan Abdullah bertitah, kuasa menghukum dan memberikan pengampunan juga tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ia bakal dipertanggungjawabkan kelak.", "“Jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil pasti keadilan tidak akan tercapai kerana falsafah disebalik penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda.", "“Jika perkara itu berlaku, pihak yang lemah akan menjadi mangsa kepada pihak memiliki kuasa dan menjadi titik permulaan menghalalkan penindasan dan kezaliman dalam sistem pemerintahan.", "“Justeru, mahkamah syariah perlu mempunyai kecekapan dalam mengendalikan kes agar keadilan dapat dicapai,” titah Seri Paduka Baginda.", "Dalam titahnya itu, Al-Sultan Abdullah meminta Hakim Syarie memastikan kes-kes yang dikendalikan dihakimi seadil-adilnya dan penghakiman dapat dilaksanakan dengan segera.", "“Pada masa sama, pegawai mahkamah dan peguam syarie turut bertanggungjawab secara kolektif dalam menentukan prosiding mahkamah berjalan lancar,”ujarnya.", "Titah Seri Paduka Baginda lagi, hakim syarie, pegawai mahkamah dan peguam syarie mempunyai tanggungjawab kepada pihak yang dibicarakan, tanggungjawab sosial kepada negara dalam mempertahankan integriti mahkamah dan melindungi kesucian Islam.", "Sementara Al-Sultan Abdullah berkata, perasmian dan pemasyhuran bangunan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang menjadi simbolik dan mercu tanda ketinggian institusi mahkamah syariah di negara ini.", "“Saya telah disembah maklum bahawa kompleks mahkamah ini telah siap sepenuhnya 23 September tahun lalu dengan kos RM44.75 juta.", "“Ketika ini hampir semua negeri memiliki kompleks perundangan syariah yang lengkap dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” titahnya.", "Menurut Seri Paduka Baginda, kompleks mahkamah syariah yang sempurna terbina itu mampu memainkan peranan besar dalam menyampai dan mengembangkan syiar Islam.", "“Diharapkan lebih banyak lagi usaha dilaksanakan untuk meningkatkan institusi Mahkamah Syariah di negara ini,” titahnya.", "Tambah Seri Paduka Baginda lagi, sebarang usaha memperkasakan mahkamah syariah di negara ini sentiasa disokong tanpa berlaku diskriminasi kepada mana-mana pihak kerana prinsip utama undang-undang syariah adalah keadilan kepada semua.", "Sementara itu dalam titahnya, Al-Sultan Abdullah meminta pihak berkaitan meneliti kembali cadangan hukuman diyat supaya ia dapat dilaksanakan dalam sistem keadilan di negara ini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/berdepan-bantahan-pkb-benarkan-penduduk-flat-diami-rumah-hingga-31-julai/
Berdepan bantahan, PKB benarkan penduduk flat diami rumah hingga 31 Julai
[ "Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) selaku pemegang hak kepada pangsapuri yang terlibat dalam pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru, tidak mempunyai halangan untuk membenarkan bekas pemilik unit kediaman itu untuk terus mendiami rumah berkenaan sehingga 31 Julai ini.", "Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dalam kenyataan hari ini memaklumkan PKB akan mengeluarkan surat kebenaran kepada bekas pemilik yang terlibat selepas Borang K (notis pengosongan rumah) dikeluarkan oleh JKPTG, lapor Bernama.", "JKPTG mengeluarkan kenyataan itu susulan berita tular di sebuah portal tempatan mengenai penduduk kecewa selepas menerima notis pengosongan rumah pada bulan Ramadan.", "Sementara itu, kenyataan itu turut memaklumkan pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru itu membabitkan 72 unit pangsapuri, 37 unit rumah teres dan satu lot pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad.", "“Bayaran pampasan pangsapuri mula dibayar secara berperingkat pada Februari 2022. Pampasan dibayar dalam lingkungan RM198,000 hingga RM350,000 mengikut prinsip Jadual Pertama, APT 1960 (Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960).", "“Mana-mana pemilik rumah yang tidak berpuas hati dengan award Pentadbir Tanah bolehlah mengemukakan bantahan melalui Borang N APT 1960 (permohonan supaya bantahan dirujukkan kepada mahkamah) dalam tempoh 42 hari dari tarikh award,” menurut kenyataan itu.", "JKPTG telah mengeluarkan Borang K diiringi dengan surat iringan setelah bayaran pampasan dibayar kepada pihak berkepentingan, katanya.", "Surat tersebut dikeluarkan secara pentadbiran untuk menerangkan maksud Borang K dan pengeluaran surat iringan itui adalah satu prosedur standard dalam proses pengambilan tanah bagi memaklumkan bahawa pangsapuri itu diletakhakkan kepada badan berkanun yang berkenaan iaitu PKB." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/perkongsian-facebook-kematian-dr-nur-ditahan-israel-tak-benar/
Perkongsian Facebook kematian ‘Dr Nur’ ditahan Israel tak benar
[ "Pengendali laman sosial Facebook Info Runner Semalaya sudah memadam maklumat disebarkannya yang mendakwa ‘Dr. Nur’ – yang kononnya ditahan pihak berkuasa rejim Israel – terbunuh.", "Sambil memohon maaf kepada keluarga seorang wanita Nurul Nadia Azhar yang meninggal dunia Jumaat lalu, pengendali laman Facebook itu juga sudah memadam video bersurasi 1 minit 10 saat mengenai wanita disangka ‘Dr.Nur’.", "Sebaliknya wanita dalam klip video itu adalah Nurul Nadia yang bertugas sebagai jurutatarias di sebuah stesen penyiaran dan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru, Jumaat lalu.", "“Saya admin meminta maaf pasal post Nurul Nadia itu, kerana tidak melihat kesahihannya terlebih dahulu.", "“Pada keluarga Nurul dan yang terlibat saya memohon maaf atas kesilapan saya lakukan sebentar tadi. Berkaitan hantaran itu saya telah padamkan,” kata admin Info Runner Semalaya, hari ini.", "Sebelum ini, tular dakwaan mengatakan seorang doktor wanita Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan di Palestin ditangkap polis rejim Zionis Israel di Tebing Barat.", "Dakwaan itu dibuat dua individu, termasuk pengacara dan pelakon Pengacara, Iesya Toh yang mengatakan kononnya beberapa minggu lalu beliau telah dihubungi seorang doktor yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menyatakan rakan setugas yang menjalankan misi bantuan di Palestin, ditahan pihak Israel.", "Bagaimanapun, Wisma Putra cuba menghubungi dua individu bernama ‘Dr Aida’ dan ‘Dr Shafiq’, yang didakwa berkhidmat di HKL bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ‘Dr. Nur’ namun kedua-dua mereka gagal dihubungi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/meninggal-dunia-di-kaunter-menunggu-jpj/
Meninggal dunia di kaunter menunggu JPJ
[ "Seorang lelaki warga emas keturunan India meninggal dunia di kerusi ruang menunggu kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Bangi, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi dekat sini, pagi tadi.", "Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima satu laporan pada jam 10.21 pagi berkenaan seorang lelaki tempatan tidak sedarkan diri di kerusi tempat menunggu jabatan berkenaan.", "Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata susulan itu, sebuah ambulans bersama petugas perubatan bergegas ke tempat kejadian untuk memeriksa keadaan mangsa.", "“Bagaimanapun, mangsa yang berusia 76 tahun disahkan sudah meninggal dunia dan mayatnya kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk tindakan lanjut.", "“Buat masa ini kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.", "Katanya lagi, orang orang yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Ariffin ditalian03-89114222 atau mana-mana balai polis berhampiran.", "Sementara itu, tular di media sosial hari ini beberapa gambar dan video berhubung kejadian itu." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/penggunaan-gajet-kanak-kanak-terdedah-kepada-risiko-rabun-jauh/
Penggunaan gajet: Kanak-kanak terdedah kepada risiko rabun jauh
[ "Telefon pintar, tablet, komputer serta pelbagai lagi gajet yang wujud pada masa kini menjadi alat yang paling kerap digunakan oleh segenap lapisan masyarakat saban hari.", "Selalunya, telefon pintar merupakan gajet wajib untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil untuk mengelakkan mereka mengganggu ibu bapa yang sedang sibuk atau sebagai hiburan harian untuk si kecil sehinggakan kita merasakan ia adalah benda paling wajib untuk membantu mententeramkan anak-anak kecil.", "Ini berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mendapati satu bagi setiap 10 kanak-kanak di negara ini mengalami gangguan kesihatan mata yang gagal didiagnosis lebih awal.", "WHO melaporkan kira-kira 1.89 bilion atau 23 peratus penduduk dunia (4.95 bilion), menghidap rabun jauh (myopia) dan rabun jauh teruk (high myopia) menjelang 2050. Kesannya buruk menyebabkan pesakit terdedah kepada risiko hilang penglihatan jika tidak dirawat segera.", "Sindrom penglihatan komputer merupakan antara masalah kesihatan yang terjadi akibat terdedah kepada penggunaan telefon pintar untuk tempoh yang kerap dan berpanjangan. Kajian menunjukkan penggunaan alat teknologi ini melebih dua jam sehari akan membawa risiko 90 peratus kepada sindrom tersebut. Malah, ia akan memberikan pelbagai kesan sampingan terhadap mata dan bukan sahaja bagi orang dewasa yang menggunakan komputer untuk tempoh masa yang lama malah pada anak-anak kecil kita.", "Sebagai kesimpulan, adakah penggunaan telefon pintar dan gajet elektronik boleh dipersalahkan? Jawapan ringkasnya adalah “ya.  Menurut Pakar Bedah Mata, Dr Tan Jin Poi dari Pantai Hospital Penang, kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan yang berlebihan alat boleh menyebabkan kesan negatif fizikal dan mental contohnya. kelewatan pertuturan, terjejas sosial dan komunikasi kemahiran, kurang interaksi antara ibu bapa dan kanak-kanak, kebimbangan, kemurungan, pendedahan awal kepada kandungan negatif, ketagihan dan lain-lain", "“Kanak-kanak menggunakan alat biasanya memberi tumpuan sangat pada kandungan yang mereka biasanya tidak memberi perhatian kepada postur mereka, jarak mata mereka dari skrin. Ia adalah perkara biasa untuk pemalas, sengetkan belakang kepala dengan dagu jutted ke hadapan dan mereka ini akan memberi kesan kepada badan dan mata,” ujarnya.", "Tambah Dr. Jin Poi, skrin berkilat pada kebanyakan gajet boleh menyebabkan ‘glare’ atau silau yang boleh menyebabkan ketepatan (clear) penglihatan menurun dengan ketara dan dengan itu menyebabkan penglihatan kabur.", "Katanya, kanak-kanak yang menggunakan gajet lebih daripada empat jam sehari mempunyai lebih buruk sindrom penglihatan komputer daripada orang lain yang kurang fokus pada gajet.", "“Risiko untuk mendapat masalah myopia juga boleh meningkatkan pada kanak-kanak apabila mereka sering menghabiskan masa kira-kira lapan jam setiap hari pada gajet.", "“Jika boleh, hadkan jumlah masa kanak-kanak menghabiskan pada alat dan tidak membenarkan mereka untuk menggunakan selepas masa mereka selesai. Juga menghadkan masa menonton TV. Kanak-kanak kecil boleh menggunakan alat satu jam sehari dan dua jam sehari untuk kanak-kanak sekolah akan. pelajar tidak perlu menggunakan komputer atau lebih mudah alih daripada  empat jam secara berterusan dalam satu hari,” jelasnya.", "Oleh itu, Dr. Jin Poi menasihatkan, supaya ibu bapa tidak perlu sentiasa menggunakan gajet sebagai pengganti pengasuh. Kebiasaannya, gajet diberi untuk memastikan anak yang sibuk manakala ibu bapa cenderung melakukan kerja-kerja mereka atau aktiviti-aktiviti lain.", "“Selain itu, laraskan kecerahan cahaya pada skrin peranti supaya ia selesa untuk kanak-kanak untuk melihat. lapisan anti-reflektif pada cermin mata atau atas skrin boleh membantu mengurangkan amat nyata dan ketegangan.", "“Justeru, penting untuk ibu bapa dan penjaga untuk mewujudkan gaya hidup yang seimbang yang sihat untuk anak-anak mereka terutama sejak usia muda. Ini boleh menjadi penting dalam membesarkan anak-anak yang dapat menjaga diri mereka sendiri semasa dewasa,” ujarnya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kj-gesa-menteri-buat-kecoh-di-klia-lepaskan-jawatan/
KJ gesa menteri buat kecoh di KLIA lepaskan jawatan
[ "Menteri yang didakwa membuat kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) perlu melepaskan jawatan.", "Bekas menteri Kabinet Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata jika tidak dibuang, menteri itu akan mengakibatkan imej kerajaan untuk berpegang pada tata kelola yang baik akan dilihat gagal.", "Khariy turut memuji Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menteri terbabit dilucutkan jawatan.", "“Rancangan ‘mengarut’ apa ini? Menteri hadir dan membebaskan seseorang yang ditahan oleh Imigresen? Saya yakin tiada ada apa-apa tindakan selepas siasatan.", "“Syabas Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh. Jika benar menteri yang terlibat mesti disingkirkan.", "“Ia akan dilihat sebagai kegagalan kepada kerajaan ini yang melaungkan tata kelola yang baik,” kata Khairy melalui Instagram Story, hari ini.", "Hari ini, BebasNews melaporkan seorang seorang menteri bertindak menceroboh masuk balai ketibaan antarabangsa di KLIA, petang semalam gara-gara ingin ‘menyelamatkan’ wanita warga China yang dinafikan daripada memasuki negara ini.", "Dalam gesaannya, Akmal berkata tindakan menteri itu tidak wajar malah tiada siapa boleh mengatasi undang-undang negara ini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/harga-telur-ayam-naik-gantikan-sumber-protein-lain/
Harga telur ayam naik, gantikan sumber protein lain
[ "Secara purata, isi rumah di Malaysia memakan 48 kilogram (kg) daging ayam setiap tahun atau empat kilogram sebulan (dua ekor).", "Jika kita belah ayam menjadi 12 bahagian seekor, setiap kita memakan satu per lima belah bahagian ayam setiap hari (ini agak rendah).", "Sebenarnya, isi rumah di Malaysia memakan 50kg ikan, 19kg babi, tujuh kg lembu dan 1.15kg kambing selain 330 telur ayam (hampir sebiji setiap hari) bagi setahun.", "Isi rumah kita masih lebih suka makan ikan daripada ayam.", "Mengapa protein penting kepada isi rumah di Malaysia? Ini kerana protein membantu sel untuk pertumbuhan badan.", "Menurut Pakar Ekonomi Prof Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, pengurangan harga ayam sebenarnya menekan kedudukan penternak ayam.", "“Kerana terhimpit antara kos yang meningkat dan harga yang menurun, mereka tiada pilihan selain terpaksa mengurangkan pengeluaran bagi menurunkan kerugian keseluruhan operasi.", "“Masalah penternak ialah, walaupun mereka cekap daripada segi operasi namun mereka sangat bergantung kepada pengimportan bahan makanan menyebabkan industri ini mempunyai nilai tambah yang sangat kecil,” katanya", "Dalam pada itu, peniaga runcit di pasaran juga tertekan kerana pengguna menuduh mereka mengambil keuntungan lebih, walhal mereka menerima bekalan pada harga yang meningkat.", "Menurut Dr. Barjoyai, ada peruncit yang lebih rela tidak menjual ayam daripada dituduh mengambil untung berlebihan.", "“Cara yang mudah untuk pengguna bertindak ialah untuk berhenti memakan ayam buat sementara.", "“Pengguna boleh mencari sumber protein lain seperti ikan dan sayuran, tauhu dan tempe. Pengurangan tekanan di pasaran akan mewaraskan lagi tindakan pengimport dan pemborong bagi menurunkan harga,” jelasnya.", "Sementara itu, Dekan Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Nur Azura Adam berkata, berdasarkan data diperoleh menunjukkan keperluan rakyat negara ini terhadap telur ayam sekitar 21 kilogram atau 361 biji setahun untuk setiap individu.", "“Untuk menampung keperluan semasa, dianggarkan 672,000 tan metrik telur diperlukan setahun.", "“Ketika ini, jumlah ditawar tidak mampu memenuhi permintaan pasaran.", "“Saya menjangka harga telur dan ayam akan naik memandangkan kos penghasilan bahan makanan ayam sekitar 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kos pengeluaran,” katanya.", "Dr Nur Azura berkata, realiti permasalahan kenaikan harga ayam dan telur banyak dipengaruhi bahan makanan ayam seperti jagung dan kacang soya diimport.", "“Kita import bahan mentah ini dari negara seperti China, Brazil dan Argentina, sekali gus menjadikan harga pasaran antarabangsa di luar kawalan kita.", "“Pada masa sama, perlu lihat kos logistik yang meningkat bukan hanya dalam negara, malah di peringkat antarabangsa terutama kos kargo.", "“Ada pengusaha atau penternak mengeluh faktor kenaikan disebabkan harga tidak terkawal bahan penternakan seperti dedak, vitamin dan beberapa faktor luaran lain hingga mengakibatkan mereka terpaksa menaikkan harga telur serta ayam,” katanya.", "Menurut beliau, keluhan ini relevan kerana bahan itu tidak dihasilkan dalam negara dan semuanya bergantung kepada kos import.", "“Jika ada cadangan berhubung kawalan harga bahan makanan ayam, sebenarnya ia di luar kuasa kita. Bagaimanapun, mungkin kerajaan boleh memperkenalkan subsidi khas apabila berdepan dengan krisis sebegini untuk mengurangkan harga dedak,” katanya.", "Tidak ketinggalan, Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) Datuk Jeffrey Ng berkata, penternak serta pengeluar telur ayam terpaksa beroperasi dalam kerugian apabila harga dedak serta kos bahan mentah makanan ayam meningkat.", "“Saya tidak nampak permintaan ayam akan meningkat dengan mendadak selepas kerajaan mengumumkan harga ayam turun 20 sen.", "“Sebagai penternak, kita tetap akur dengan arahan kerajaan namun saya sendiri tidak tahu sampai bila. Kita sudah beroperasi dalam kerugian sejak sebulan lalu dan jika keadaan ini berterusan, kita gulung tikar.", "“Harga dedak naik RM2 minggu ini dan sejak 2020 sampai sekarang, harga dedak naik RM34 satu beg 50 kilogram, ini kos bahan mentah untuk makanan ayam yang terpaksa kita tanggung,” katanya.", "Beliau turut berharap kerajaan dapat memberikan garis panduan yang jelas berhubung masalah ini, sekali gus melihat kepayahan golongan penternak." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/jangkitan-varian-delta-bermula-di-sekolah-semakin-merebak-di-fujian/
Jangkitan varian Delta bermula di sekolah semakin merebak di Fujian
[ "Penularan varian Delta Covid-19 yang dikatakan bermula di sebuah sekolah rendah di Putian di tenggara China terus meluas, mendorong pihak berkuasa negara itu mengenakan tindakan, termasuk larangan perjalanan dan penutupan sekolah, bagi mengekang penyebaran virus itu.", "Pihak berkuasa Putian, bandar dihuni kira-kira 3.2 juta penduduk di wilayah pesisir pantai dan bertentangan dengan Taiwan, Fujian, mengarahkan ujian saringan terhadap semua penduduknya pada Selasa, setelah kes dikaitkan dengan seorang lelaki yang pulang dari Singapura, menyebabkan 100 individu lain dijangkiti.", "Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China berkata 59 jangkitan tempatan baharu dilaporkan pada 13 September, meningkat daripada 22 kes sehari sebelumnya dengan kesemua mereka adalah di Fujian.", "Dalam tempoh empat hari sahaja, keseluruhannya 102 jangkitan berlaku dalam komuniti di tiga bandar utama di Fujian, termasuk Xiamen, yang dihuni kira-kira lima juta penduduk.", "Sumber penularan dipercayai bapa seorang murid di sebuah sekolah rendah di Putou. Dia pulang dari Singapura pada Ogos lalu dan telah melengkapkan tempoh kuarantin, termasuk beberapa ujian Covid-19, sebelum disahkan positif bulan ini setelah mula menunjukkan simptom Covid-19.", "Anak lelaki itu berusian 12 tahun dan rakan sekelasnya antara pesakit pertama yang dikesan dalam kluster itu minggu lalu, sejurus selepas penggal sekolah baharu bermula.", "Varian Delta itu kemudian mula merebak di dalam kelas berkenaan, menjangkiti lebih 36 murid lain, kata pihak berkuasa sambil menambah kes itu adalah yang terbesar membabitkan penularan wabak Covid-19 di sekolah sejak pandemik itu bermula.", "Penularan dalam kalangan murid sekolah berkenaan mencetuskan gesaan supaya kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas diberi suntikan vaksin Covid-19, selain tempoh kuarantin 14 hari turut dipertikaikan, lapor akhbar Global Times.", "Kes baharu Covid-19 meletus semula menjelang Hari Kebangsaan China pada 1 Oktober, dengan cuti seminggu yang menjadi masa paling popular dalam kalangan penduduk negara itu untuk melakukan perjalanan.", "Penularan turut merebak ke Xiamen, di mana 32 kes baharu dilaporkan dalam komuniti pada 13 September berbanding hanya satu kes sehari sebelumnya.", "Pesakit pertama dikesan adalah kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19 di Putian, kata pihak berkuasa kesihatan.", "Pihak berkuasa Xiamen juga melaksanakan perintah penutupan di beberapa kawasan mencatatkan kes yang tinggi dan mengarahkan sekolah melaksanakan pembelajaran secara dalam talian.", "China kini dilanda varian Delta yang sangat menular setelah berjaya mengekang gelombang pertama Covid-19 yang muncul dari Wuhan pada akhir 2019. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/rizab-antarabangsa-bnm-berjumlah-as11-2-bilion-setakat-ogos-2023/
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$11.2 bilion setakat Ogos 2023
[ "Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$112.2 bilion (US$1=RM4.647)) pada 15 Ogos 2023 berbanding US$112.9 bilion pada 31 Julai, 2023.", "Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, menurut laporan Bernama.", "Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$99.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.4 bilion), dan aset-aset rizab lain (US$3 bilion).", "Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM624.28 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM525.53 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.84 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.71 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM58.05 bilion).", "BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM179.22 bilion), mata wang dalam edaran (RM158.30 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM167.47 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.93 bilion), deposit-deposit lain (RM37.36 bilion), kertas Bank Negara (RM32.78 bllion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.17bilion)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/najib-akui-main-golf-di-singapura-selain-melawat-cucu/
Najib akui main golf di Singapura selain melawat cucu
[ "Selain melawat cucu, Datuk Seri Najib Razak mengakui turut bermain golf ketika berada di Singapura setelah mendapat pelepasan sementara pasportnya baru-baru ini, sebelum Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman bersabit kes SRC International Sdn Bhd pada 8 Disember lalu.", "Najib yang dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi, mengakui bermain golf bersama seorang jutawan Singapura yang dikenalinya ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.", "Susulan tular gambar beliau bersama jutawan Sam Goi Seng Hu – pemilik projek Sutera Harbour di Sabah – Najib membidas pihak-pihak tertentu yang mempersoalkan masa peribadinya yang terluang ketika berada di Singapura.", "“Itu pun jadi isu?", "“Tak kan saya bersama cucu 24 jam setiap hari selama tempoh 6 hari saya berada di Singapura?,” tulis Najib di Facebook beliau hari ini.", "Oktober lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober hingga 22 November untuk menemani anaknya, Nooryana Najwa di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua.", "Pada 3 November pula Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib meminda tarikh bagi pelepasan dan pemulangan pasportnya untuk ke Singapura, mulai 25 Oktober hingga 6 Disember.", "8 Disember lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Najib bersabit kes pertuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd selepas rayuannya ditolak.", "Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan – Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera – membuat keputusan menolak rayuan bekas Perdana Menteri itu selepas mendapati permohonan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.", "Mengulas lanjut mengenai gambar beliau bersama jutawan itu di padang golf di Singapura, Najib berkata Sam Goi kini berada di tempat ke-23 dalam senarai Forbes paling kaya di Singapura dengan kekayaan AS$1.7 bilion.", "“Ya, kereta Rolls-Royce itu adalah milik dia.", "“Dia juga telah melabur di Malaysia dan kini memiliki projek Resort Sutera Harbour di Sabah,” kata Najib.", "Katanya, jutawan itu memberitahu bahawa beliau (Sam Goi) adalah peminat dasar-dasar ekonomi dan pembangunan ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan telah meminta untuk diperkenalkan kepadanya.", "“Masa kita bertemu, dia banyak meminta pandangan saya tentang hala tuju pembangunan dan ekonomi negara sebab dia ingin lebih melabur di Malaysia.", "“Adakah ianya salah bagi saya untuk gunakan masa peribadi saya untuk beri pandangan saya kepada pelabur asing yang ingin melabur ke Malaysia biarpun saya bukan PM lagi dan bukan Menteri?,” soal Najib." ]
https://www.agendadaily.com/politik/hina-anak-muda-pn-yakin-lebih-ramai-tolak-ph-bn-dalam-prn/
Hina anak muda: PN yakin lebih ramai tolak PH, BN dalam PRN
[ "Perikatan Nasional (PN) yakin keangkuhan sikap pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan penghinaan terhadap anak muda, bakal menerima jawapan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, menjelang Julai depan.", "Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata penghinaan PH terhadap pengundi muda menunjukkan gabungan yang membentuk kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) itu, amat terkesan dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.", "Beliau berkata kenyataan yang mengatakan pengundi muda tidak berpelajaran mengundi Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15 lalu juga dilihat amat angkuh.", "Menurutnya anak muda dari semua latar belakang, termasuk yang berpendidikan tinggi yang menolak PH dan BN adalah jelas.", "“Kami mengambil serius ucapan Ketua Setiausaha PH, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semasa Konvensyen PH Kedah pada 25 Februari yang dilihat amat angkuh.", "“Beliau menghina pengundi muda serta menuduh mereka tidak berpelajaran kerana telah mengundi PN pada PRU-15.", "“Ucapan Saifuddin dalam video yang tular di media sosial: “Kecenderungan orang muda yang tinggi pelajaran dan stabil pendapatan mereka akan undi PH. Tetapi makna pelajaran yang tidak tinggi naik motor pi sana sini ini mereka bagi kepada Perikatan lah.”", "“Ini bukan kali pertama pemimpin PH menghina pengundi muda. Jelas sekali mereka amat terkesan dengan penolakan pengundi muda kepada PH pada PRU-15.", "“Kebangkitan anak-anak muda dari semua latar belakang menolak PH dan BN amat jelas, malah ramai dalam kalangan mereka ini adalah terpelajar dan berkerjaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (28 Februari 2023).", "Sehubungan itu, Khairil Nizam yang juga ahli Parlimen Jerantut berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada semua anak muda bandar dan luar bandar serta yang berada di luar negara yang memberikan sokongan kepada PN pada PRU-15.", "“Kami yakin dengan keangkuhan sikap pemimpin PH ini bakal diterjemah dengan penolakan lebih ramai anak muda pelbagai latar belakang terhadap PH dalam Pilihan Raya Negeri di Selangor, Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang nanti,” katanya.", "Rakyat, anak muda kurang pelajaran undi PN, kata Ketua Setiausaha PH" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/muhyiddin-ucap-takziah-kepada-keluarga-tun-arshad-ayub/
Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga Tun Arshad Ayub
[ "Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga turut menzahirkan rasa dukacita menerima berita kematian ikon pendidikan negara Tun Dr Arshad Ayub, hari ini.", "Dalam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, bekas Perdana Menteri itu berkata beliau secara peribadi mengenali Allahyarham yang pernah berkhidmat di beberapa kementerian sebagai Ketua Setiausaha dan seorang yang amat tegas, komited serta berdedikasi.", "Menurutnya Allahyarham adalah nama besar yang cukup dikenali dan banyak berjasa dalam bidang pendidikan dan pembangunan ekonomi negara.", "“Sumbangan Allahyarham dalam merintis penubuhan dan pembangunan Institut Teknologi Mara ( kini UiTM) sehingga melahirkan jutaan modal insan berkualiti tidak ada tolok banding sehingga menjadikan Allahyarham antara individu yang berjaya mencapai dan merealisasikan sasaran pendidikan bagi Dasar Ekonomi Baru (DEB),” katanya.", "Muhyiddin berkata pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada sektor pendidikan dan ekonomi negara.", "“Api kecintaannya kepada pembangunan pendidikan anak bangsa tidak pernah padam sehingga ke akhir hayatnya. Marilah kita sama-sama berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.", "“Saya juga berdoa moga ahli keluarga Allahyarham tabah dan sabar menghadapi saat-saat yang menyedihkan ini,” katanya.", "Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah ITM menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi, pada usia 93 tahun.", "Anak kelahiran Muar, Johor itu juga dilantik sebagai Canselor Universiti Antarabangsa INTI yang pertama pada 2013 dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya.", "Ketika berusia 23 tahun, Allahyarham mula berkhidmat dengan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) pada September 1951 sebagai Penolong Pegawai Kadet Pembangunan Kampung.", "Allahyarham juga aktif berkecimpung dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat awam dan badan berkanun.", "Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963, Arshad yang pernah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya Gaji Harun berada di luar negara untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom (1954-1958) dan IMD Business School, Lausanne, Switzerland (1963).", "Allahyarham meninggalkan seorang isteri Toh Puan Zaleha Mohd Arshad dan tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/nahas-maut-remaja-tiada-lesen-pandu-mpv-tanpa-pengetahuan-bapa/
Nahas maut: Remaja tiada lesen pandu MPV tanpa pengetahuan bapa
[ "Remaja 16 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum terbabas dan merempuh dua pemotong rumput menyebabkan seorang daripadanya maut di Jalan Pintasan Semeling, Sungai Petani semalam, dikatakan memandu kenderaan itu tanpa pengetahuan bapanya.", "Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata polis sudah mengambil keterangan daripada remaja terbabit yang juga sudah dibebaskan.", "“Kertas siasatan kes sedang dilengkapkan dan kita akan merujuknya ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut. Setakat ini, ujian air kencing terhadap remaja berkenaan mendapati dia bebas pengaruh dadah,” katanya seperti dilapor BH hari ini.", "Zaidy berkata, hasil pemeriksaan mendapati remaja yang juga pelajar di sebuah sekolah menengah itu menggunakan MPV berkenaan tanpa pengetahuan bapanya.", "“Siasatan awal mendapati bapa remaja terbabit tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan. Kita difahamkan kunci kenderaan ditinggalkan di rumah dan kesempatan itu diambil remaja itu untuk memandu MPV terbabit tanpa pengetahuan bapanya,” katanya.", "Setakat ini, katanya, siasatan mendapati remaja itu memandu laju sehingga hilang kawalan serta terbabas dan merempuh dua pokok sebelum merempuh pula dua pekerja pemotong rumput yang ketika itu sedang berehat di bahu jalan.", "Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, seorang pekerja pemotong rumput warga Myanmar, Cinglowpa, 20, meninggal dunia akibat parah di kepala, manakala rakan senegara berusia 33 tahun patah bahu kanan selepas dirempuh MPV ketika sedang berehat di bahu jalan.", "Ketika kejadian, mangsa yang meninggal dunia sedang duduk atas rumput, manakala rakannya yang parah pula berada atas motosikal yang diletakkan di bahu jalan.", "Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/jangan-sedih-dhabitah-layak-ke-final-juga-satu-kejayaan-pm/
Jangan sedih Dhabitah , layak ke final juga satu kejayaan: PM
[ "Penerjun negara Nur Dhabitah Sabri menerima pujian dan kata-kata semangat daripada Perdana Menteri yang telah mempamerkan aksi dan tentangan yang amat mengagumkan pada saingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.", "Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata biar pun tanpa pingat, kelibat dan aksi Nur Dhabitah nyata menghiburkan bersama semangat yang tidak mudah mengalah.", "“Layak ke final dan berada di tempat keempat daripada 12 peserta dalam temasya sukan tersohor, Sukan Olimpik Tokyo 2020, juga adalah satu kejayaan yang perlu anda banggakan.", "“Jangan sedih. Perjalanan anda masih jauh. Masih banyak kejayaan yang boleh dilakar termasuk pada edisi Sukan Olimpik akan datang. Senyumlah Nur Dhabitah!” katanya dalam kenyataan di Facebook malam ini.", "Nur Dhabitah menamatkan saingan dalam acara itu di kedudukan keempat di Pusat Akuatik Tokyo.", "Penerjun berusia 22 tahun itu menampilkan aksi konsisten bagi setiap terjunan dalam lima pusingan acara tersebut namun pungutan mata yang diperoleh tidak mencukupi untuk menaiki podium.", "Penerjun yang berasal dari Kuala Lumpur itu terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat setelah mengumpul 326.15 mata." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/13-daripada-23-kluster-baharu-covid-19-hari-ini-babitkan-tempat-kerja/
13 daripada 23 kluster baharu Covid-19 hari ini babitkan tempat kerja
[ "Jumlah kluster Covid-19 yang dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat kembali kepada 23 kluster berbanding 19 yang dilaporkan dalam tempoh sama semalam.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah terbaharu itu menjadikan keseluruhannya 5,305 kluster dengan 3,970 telah ditamatkan, manakala 1,335 lagi masih aktif.", "Beliau berkata 13 daripada kluster itu membabitkan tempat kerja, komuniti (lapan), dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan import, kedua-duanya dikesan di Johor.", "Johor juga merekodkan lima kluster tempat kerja, Perak (tiga), Kelantan (dua) dan masing-masing satu di Sabah, Selangor, dan Melaka.", "Sementara itu, Sarawak yang mencatat lonjakan jangkitan positif sebanyak 3,611 kes hari ini, merekodkan empat kluster komuniti, diikuti tiga di Kelantan, dan satu di Pahang.", "Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, dalam tempoh 24 jam itu juga sebanyak 16,814 lagi pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 1.88 juta kes, berbanding jumlah keseluruhan jangkitan positif sebanyak lebih 2.11 juta kes.", "Daripada 14,345 kes baharu hari ini 1,246 membabitkan rakyat asing. Daripada jumlah itu, 43 adakah kes import yang turut melibatkan 16 bukan warganegara.", "Sebanyak 212 kes atau 1.5 peratus daripada kes hari ini adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 14,133 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.", "Menurutnya, dalam tempoh itu juga 1,167 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 906 daripadanya disahkan positif Covid-19, dan 261 pesakit lagi disyaki dan dalam siasatan.", "Katanya, 636 pesakit lagi memerlukan alat bantuan pernafasan dengan 407 daripadanya disahkan positif, dan 229 lagi disyaki atau kes dalam siasatan." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/betul-kah-ptptn-jadi-alat-politik-apa-asyraf-johan-tahu/
Betul kah PTPTN jadi alat politik? Apa Asyraf, Johan tahu?
[ "Kita semua tahu dan kenal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) . Kita juga kenal bekas orang-orang kuat PTPTN yang nampak tergugat benar dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Wan Saiful Wan Jan, bekas Pengerusi PTPTN baru-baru ini.", "Bermula dengan Ketua Pemuda UMNO (15 Julai 2022) dan kemudian bekas ahli lembaga pengarahnya, Tan Sri Johan Jaaffar (15 Julai 2022).", "Kenapa bersungguh benar gaya mereka menyerang Wan Saiful.? Kenapa suka benar ‘mengusik’ PTPTN?", "Rupanya tidak lain dan tidak bukan kerana kerusi Pengerusi PTPTN kosong sejak 17 Jun 2022 dan telah genap sebulan. Selesai persoalan pertama.", "Persoalan kedua, adakah berbaloi UMNO nak rebut jawatan Pengerusi PTPTN yang sepatutnya disandang oleh Bersatu?", "Berbaloi tuan-tuan. Ini cerita dia.", "Sejak kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran negara pada Mac 2020 dan implementasi polisi baharu oleh Wan Saiful bersama ‘political will’ kerajaan pada masa itu, PTPTN mencatatkan 433,722 peminjam membayar balik pinjaman mereka dengan nilai RM 1.9 billion.", "Hanya pada tempoh singkat 1 November 2021 hingga 30 April 2022. Mereka ini tidak perlu diugut untuk disenarai hitam oleh Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan imigresen pun macam zaman UMNO dulu.", "RM1.9 bilion hanya dalam enam bulan. Berbaloi tak nak berebut kerusi tu tuan-tuan?", "Cuma persoalan wajar untuk tuan-tuan tanya kepada Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki dan Johan. Betul ke PTPTN zaman UMNO dulu model operasinya adalah pinjam daripada pasaran modal atau pasaran kewangan (bank dan sebagainya) dengan ‘interest rate’ tertentu dan dipinjamkan pula kepada mahasiswa/peminjam dengan ‘interest rate’ lebih tinggi?", "Adakah Asyraf dan Johan setuju dengan model operasi ini nak dekat sama dengan Ah Long – untung atas angin.", "Kalau orang tak mampu bayar akibat tekanan ekonomi teruk masa itu, mereka disenaraihitamkan dan dikenakan sekatan perjalanan ‘travel ban’ .", "Soalan kedua untuk Asyraf dan Johan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak share ke dengan korang berdua pasal kuota seat Pengerusi PTPTN tu untuk Bersatu macam apa dimaktubkan dalam perjanjian hari itu?", "Benda sepenting ini takkan lah korang tak bincang dulu dalam group whatsapp?", "Atau Pemuda UMNO a.k.a whistleblower PWTC ni gigih serang Wan Saiful dan PTPTN sebab nak alih isu perjanjian tu?", "Atau isu Presiden UMNO yang masih tak selesai kes mahkamah? Atau pergolakan dalaman UMNO menjelang pemilihan tak lama lagi dah?", "Apa pun, macam Datuk Dr Marzuki Mohamad sebut, orang Bersatu ini tawaduk sifatnya. Takda jawatan pun takda masalah. Kerja kita tetap buat.", "Rakyat tetap kita jaga. Kita tak bising bila tak ada jawatan dan tak jadi whistleblower hanya untuk dapat perhatian dan jawatan.", "Ts. Shahmi Shamsuddin\nKetua Armada Bersatu Sepang", "Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri." ]
https://www.agendadaily.com/politik/ramasamy-keluar-dap/
Ramasamy keluar DAP?
[ "Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy dijangka akan mengumumkan keputusannya untuk keluar dari parti, esok.", "Menurut laporan FMT yang memetik sumber dalam parti mendakwa veteran DAP itu akan meletak jawatan kerana tidak berpuas hati tidak dicalonkan pada PRN.", "Awal hari ini, Ramasamy yang telah bersama parti itu selama hampir dua dekad Ramasamy memaklumkan akan mengadakan sidang media dan menurutnya beliau mempunyai pengumuman ‘penting’ untuk dibuat.", "Sidang media itu akan diadakan di pejabat David Marshel yang kini bertanding bebas di DUN Perai selepas mengumumkan keluar DAP, baru-baru ini.", "Ramasamy antara 8 ADUN yang digugurkan daripada pencalonan DAP di Pulau Pinng.", "Tindakan DAP itu sekali gus menamatkan khidmat Ramasany sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai selama tiga penggal selepas mula menyandang kerusi itu sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).", "Bulan lepas, Ramasamy mempertikai sama ada DAP masih parti yang sama disertainya pada 2005 selepas digugurkan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/ringgit-susut-bursa-pula-rendah/
Ringgit susut, bursa pula rendah
[ "Ringgit terus susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan hari ini (13 September 2022) berikutan peningkatan permintaan terhadap dolar AS apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) mengesahkan komitmennya untuk mengekalkan inflasi terkawal.", "Fed juga mengekalkan jangkaan kenaikan kadar faedah yang besar oleh bank pusat AS.", "Pada jam 9.10 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.5030/5055 berbanding dolar AS daripada 4.5010/5045 pada penutup Isnin, lapor Bernama.", "Pedagang ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, dolar AS terus meningkat berbanding ringgit, yang kini didagangkan di atas paras RM4.50 bagi satu dolar.", "Pengerusi Fed Jerome Powell mengakui bahawa pengetatan ekonomi akan membawa sedikit kesan sosial kepada golongan yang kurang berkemampuan.", "“Secara keseluruhannya, kenyataan ini mengulangi kedudukan semasa Fed mengenai dasar monetari yang lebih ketat. Kedudukan ini harus dikekalkan untuk beberapa waktu kerana data menunjukkan pasaran pekerjaan yang kukuh dan inflasi kekal tinggi,” kata Diniz.", "Beliau berkata kesan utama peningkatan sistematik dalam kadar faedah di AS, ialah ia menjadikan sekuriti hutang awam semakin menarik minat pelabur.", "“Jika anda menambah fakta bahawa bon AS dianggap paling selamat di dunia, ini cenderung mewujudkan aliran modal yang berterusan dari negara lain ke AS, modal yang ditukar daripada mata wang lain kepada dolar AS, mendorong mata wang AS lebih tinggi berbanding rakan niaganya,” tambahnya.", "Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan lebih rendah.", "Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2263/2286 daripada penutup Isnin pada 3.2224/2251 dan jatuh berbanding pound Britain pada 5.2658/2687 daripada 5.2549/2590 sebelumnya.", "Ia susut berbanding euro kepada 4.5638/5663 daripada 4.5636/5671 dan susut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1596/1615 daripada 3.1526/1553.", "Sementara itu, Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, walaupun sentimen pasaran serantau bertambah baik selepas rali di Wall Street semalaman, kata seorang penganalisis.", "Pada jam 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.86 mata kepada 1,497.1 daripada 1,497.96 penutup Isnin.", "Indeks penanda aras dibuka 0.56 mata lebih rendah kepada 1,497.4.", "Bagaimanapun, di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu 192 berbanding 113, manakala 233 kaunter tidak berubah, 1,803 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.", "Jumlah dagangan berjumlah 290.1 juta unit bernilai RM87.81 juta.", "Wall Street melanjutkan rentak menarik pada Isnin, rali kepada penutupan yang lebih tinggi secara mendadak dengan saham tenaga dan teknologi membantu tiga indeks utama AS mencecah paras tertinggi dua minggu." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/lebih-51-13-juta-dos-vaksin-covid-19-telah-diberikan-sehingga-semalam/
Lebih 51.13 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sehingga semalam
[ "Lebih 22.28 juta atau 95.2 peratus daripada populasi dewasa Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing sehingga semalam, sama ada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal, kata Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.", "Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu hingga semalam juga lebih 22.85 juta individu dewasa atau 97.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.", "Selain itu, sejak 13 Oktober lalu hingga semalam seramai 938,437 individu yang layak, khususnya warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta petugas barisan hadapan telah menerima suntikan dos penggalak.", "Keseluruhannya sebanyak 45,899,740 dos diberikan kepada individu dewasa sehingga semalam.", "Untuk rekod, sehingga semalam, 65.2 peratus daripada keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia melibatkan pesakit yang tidak divaksinasi, 22.1 peratus belum lengkap divaksin, dan 12.6 peratus adalah individu yang lengkap divaksinasi.", "Sementara itu, KKM memaklumkan sejak 20 September lalu hingga semalam seramai 2,505,157 atau 79.6 peratus daripada remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi.", "Seramai 2,734,057 lagi remaja menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 13.1 peratus lagi belum divaksin.", "Secara keseluruhannya, sebanyak 51,138,954 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi di negara ini, dengan 24,791,677 atau 75.9 peratus individu telah lengkap divaksinasi.", "Seramai 25,593,015 atau 78.4 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 21.6 peratus lagi belum divaksin.", "Daripada keseluruhan dos yang diberikan itu, 53.1 peratus membabitkan vaksin jenama Pfizer; Sinovac (38.7 peratus); AstraZeneca (7.9 peratus); dan vaksin dos tunggal Cansino (0.4 peratus)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-sembuh-melebihi-6000-kematian-kekal-di-atas-100/
Kes sembuh melebihi 6,000, kematian kekal di atas 100
[ "Jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi kekal pada paras melebihi 100 pesakit, sementara 26 lagi kluster baharu direkodkan.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 110 kematian, termasuk 15 membabitkan bukan warganegara, dilaporkan menjadikan keseluruhan kes kematian sebanyak 6,613 kes.", "“Sebanyak 6,095 kes sembuh menjadikan keseluruhannya 765,800 pesakit telah disahkan sembuh. Seramai 885 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dan 432 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.", "“108,369 kes daripada 880,782 jumlah keseluruhan kes masih aktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Terdahulu beliau memaklumkan jumlah kes baharu meningkat kepada 13,215, termasuk 13 kes import yang juga membabitkan enam bukan warganegara.", "“Daripada 13,215 jumlah kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 8,047 kes atau 60.9 peratus adalah daripada kategori 1 iaitu yang tidak bergejala;, 4,637 kes (35.1 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), manakala selebihnya iaitu sebanyak 531 kes (4.0 peratus) adalah kategori 3 hingga kategori 5.", "“Ini menunjukkan sebahagian besar daripada kes positif Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini adalah daripada kumpulan tidak bergejala dan bergejala ringan,” katanya.", "Dr Noor Hisham berkata 873 kluster daripada keseluruhan sebanyak 3,168 kluster masih aktif manakala selebihnya sudah ditamatkan.", "Daripada 26 kluster yang direkodkan hari ini, jangkitan di tempat kerja mencatatkan 15 kes, komiuniti (enam), pusat tahanan (tiga) dan dua kluster membabitkan pendidikan tinggi.", "Selangor dan Johor masing-masing mencatatkan lima jangkitan di tempat kerja, diikuti tiga kluster di Kuala Lumpur, dan masing-masing satu di Sarawak dan Melaka.", "Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Johor dan Kelantan juga masing-masing merekodkan satu kluster komuniti, manakala Kelantan Melaka dan Johor turut mencatat masing-masing satu kluster pusat tahanan.", "Selangor dan Kuala Lumpur juga merekodkan kluster pendidikan tinggi.", "Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data terkini pada 14 Julai 2021 nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.19 dengan Terengganu merekodkan RT tertinggi iaitu sebanyak 1.40.", "“Negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (RT 1.31), Kedah (RT 1.19), Selangor (RT 1.18), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RT 1.17), Pahang (RT 1.16), Melaka (RT 1.15), Negeri Sembilan (RT 1.13), Pulau Pinang (RT 1.10), Sabah (RT 1.06), Johor (RT 1.05), dan Perak (RT 1.04),” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/waspada-iklan-sewa-akaun-bank/
Waspada iklan sewa akaun bank
[ "Polis mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan iklan di media sosial bertujuan menyewa akaun bank dengan bayaran tertentu, untuk tujuan jenayah.", "Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan Superintendan Aibee Ab Ghani berkata sindiket penipuan kewangan kini semakin berani mencari mangsa melalui media sosial untuk menyewa akaun bagi digunakan sebagai transit.", "“Kebiasaannya golongan yang berusia dari 20 hingga 40-an yang terjebak dengan sindiket ini kerana tiada kerja tetap selepas dijanjikan wang dengan cara mudah. Malay ramai yang terpedaya,” katanya menurut laporan HM.", "Aibee berkata, pihaknya sukar untuk membuktikan pemilik akaun media sosial berkenaan terbabit dengan sindiket penipuan hanya berdasarkan iklan dibuat dan tindakan yang boleh dibuat adalah membuat laporan kepada pengurusan media sosial.", "“Dari Januari sehingga Mei lalu, JSJK Negeri Sembilan menahan seramai 565 suspek yang terbabit dengan jenayah komersial dan 343 atau 60 peratus daripadanya membabitkan keldai akaun.", "“Keldai akaun juga boleh ditahan serta dituduh kerana terbabit dengan sindiket penipuan dan hukumannya mungkin dianggap ringan namun selepas mereka keluar dari penjara, rekod itu tetap ada.", "“Ini akan menyusahkan golongan ini untuk mendapatkan pekerjaan. Saya difahamkan akaun bank mereka akan dibekukan dan tidak dibenarkan untuk membuka akaun baru yang mana ia akan menyusahkan urusan mereka kelak.", "“Malangnya, sebahagian besar daripada mereka tidak sedar dijadikan keldai akaun. Ada juga kes akaun digunakan selepas menyerahkannya kepada along ketika membuat pinjaman daripada pemberi pinjaman tidak berlesen itu,” katanya.", "Menurutnya hukuman terhadap keldai akaun mungkin dianggap ringan, namun kesan jangka panjang akan dirasai selepas golongan itu selesai menjalani hukuman.", "Justeru beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terjebak dengan iklan menarik yang ditawarkan kerana kesannya akan membinasakan diri dan keluarga." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-cukai-rm9-41-juta-lhdn-dakwa-peguam-najib-berniat-lengahkan-tuntutan-saman/
Kes cukai RM9.41 juta, LHDN dakwa peguam Najib berniat lengahkan tuntutan saman
[ "Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memohon Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menggantung prosiding kes saman berhubung tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta, atas alasan peguam itu sememangnya berniat untuk melengah-lengahkan tuntutan saman berkenaan.", "Perkara itu dinyatakan di dalam afidavit jawapan yang diikrarkan oleh Ketua Penolong Pengarah di Unit Kawalan, LHDN Shamsul Effendi Khamis, yang diperoleh pihak media menerusi carian sistem mahkamah, menurut laporan Bernama.", "LHDN yang memfailkan afidavit itu pada 26 Jan lepas bagi pihak kerajaan Malaysia selaku plaintif mendakwa Muhammad Shafee juga telah menyalahgunakan proses mahkamah.", "“Sekiranya perkara ini berlaku (penggantungan prosiding dibenarkan) hak plaintif dan rakyat Malaysia akan dinafikan serta diprejudiskan secara serius.", "“Ini adalah kerana kerajaan memerlukan hasil yang secukupnya untuk pembangunan dan kelancaran pentadbiran negara selain untuk menjaga kebajikan rakyat serta menangani impak pandemik COVID-19 yang menyebabkan krisis kesihatan dan ketidaktentuan ekonomi kepada negara,” menurut Shamsul Effendi dalam afidavit berkenaan.", "Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Noordura Mohamed Din secara dalam talian pada 16 Feb ini.", "Pada 3 Nov tahun lepas, Muhammad Shafee memfailkan permohonan untuk menggantung prosiding kes saman itu sementara menunggu pelupusan rayuannya di Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan Malaysia, antara lain atas alasan wujud keadaan istimewa untuk menggantung prosiding berkenaan.", "Peguam itu berkata permohonan itu juga difailkan sementara menunggu permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin untuk mendapatkan kebenaran merayu berhubung pembayaran cukai pendapatan masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN didengar di Mahkamah Persekutuan pada 16 Feb ini.", "Pada 27 Sept 2021, LHDN memohon supaya kes saman terhadap Muhammad Shafee diputuskan melalui penghakiman terus iaitu mahkamah memutuskan kes melalui afidavit dan hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan. Permohonan itu masih belum didengar mahkamah.", "LHDN memfailkan saman itu pada 6 Mei 2021 mendakwa sehingga kini, peguam tersebut masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 termasuk kenaikan yang dikenakan.", "Muhammad Shafee yang merupakan peguam Najib dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib serta dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada LHDN." ]
https://www.agendadaily.com/politik/umno-berpeluang-jadi-kerajaan-bersama-ph-mungkin-diberi-jawatan-exco-mat-maslan/
UMNO berpeluang jadi kerajaan bersama PH, mungkin diberi jawatan Exco: Mat Maslan
[ "Kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan menyaksikan UMNO berpeluang membentuk kerajaan bersama dengan gabungan tersebut, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.", "Ahmad atau dikenali Mat Maslan itu berkata selepas beberapa penggal menjadi pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang, UMNO kini berpeluang cerah untuk berada dalam kerajaan negeri semula dan mungkin diberi jawatan apabila menang kelak.", "“(UMNO)-BN boleh jadi sebahagian daripada kerajaan negeri bersama PH, mungkin kita boleh jadi Exco kerajaan negeri sebab BN sudah tidak mengusai Dewan DUN di Selangor bermula tahun 2008.", "“Sama seperti di Pulau Pinang, BN sudah lama tidak menjadi kerajaan negeri di sana. Sudah tentu jika BN menang, kita boleh jadi sebahagian daripada kerajaan negeri di sana,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.", "Beliau juga mempertahankan parti itu masih dominan dengan mendapat 45 peratus daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN kali ini.", "Jelasnya, pembahagian dibuat mengambil kira jumlah kerusi yang dimenangi oleh BN pada pilihan raya lalu.", "“Ada yang memberi pandangan mengapa BN cuma tanding 12 kerusi di Selangor. Sebelum ini, BN cuma menang lima kerusi sahaja. Tetapi sekarang BN dapat tanding 12 kerusi dengan tambahan kerusi berdasarkan kepada peluang untuk menang pada kali ini.", "“Begitu juga di Pulau Pinang, BN tanding enam kerusi, kerana sebelum ini BN cuma menang dua kerusi. Sebelum ini, sokongan diberikan kepada PH tetapi sekarang apabila BN bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan, maka sokongan juga akan diberikan kepada BN.", "“Oleh itu, BN ada harapan untuk menang kesemua 12 kerusi di Selangor dan meraih kejayaan di Pulau Pinang,” katanya lagi.", "Pada Jumaat, BN mengumumkan senarai calon bagi 107 kerusi bakal ditandingi pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu 12 Ogos nanti." ]
https://www.agendadaily.com/politik/tajuddin-boleh-tumpu-sebagai-duta/
Tajuddin boleh tumpu sebagai duta
[ "Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) parti susulan pelantikannya sebagai duta Malaysia ke Indonesia.", "Ahmad berkata Ahli Parlimen Pasir Salak itu kini boleh menumpukan tanggungjawabnya sebagai duta.", "“Bagi saya, apa yang telah diputuskan oleh parti adalah untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menumpukan tugasnya sebagai duta negara ke Indonesia.", "“Datuk Seri Tajuddin diberi peluang untuk menumpukan sepenuhnya tanggungjawab sebagai duta kerana tugas sebagai ahli MT menjelang pilihan raya umum juga menuntut tumpuan sepenuhnya.", "““Jadi, Datuk Seri Tajuddin tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada duta (tugas) semasa menjadi ahli MT pada masa yang sama kerana itu akan menjadi sukar baginya.", "“Jadi kami memutuskan untuk berlaku adil kepadanya, kerana berkhidmat untuk negara adalah sentiasa menjadi keutamaan,” katanya ditemui media pada pelancaran Pameran Kerja Belia Barisan Nasional (BN) 2022 hari ini.", "Terdahulu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan menggugurkan Tajuddin adalah keputusan yang wajar.", "Zahid bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci alasan penyingkirkan tersebut sebaliknya meminta media bertanya sendiri kepada Tajuddin.", "“Dalam hal ini, saya sangat berlapang dada, jika secara peribadi (keputusan) saya tidak dipersetujui, secara peribadinya. Tetapi apabila keputusan parti tentukan, maka kita harus menerima apa saja keputusan yang dibuat oleh parti.", "“Saya fikir, tanyalah diri beliau sendiri. Tidak adil kalau saya memberi tahu secara umum kenapa, tetapi tentunya beliau tahu apa yang beliau lakukan kepada parti.", "“Itu sebabnya (Tajuddin digugurkan). Kena tanya beliau sendiri apa kenyataan yang beliau sudah buat. Apakah bahan ucapan beliau atau ceramah atau bahan yang sudah dinyatakan dalam mesyuarat tertutup. Tanya beliau sendiri,” kata Zahid dipetik laporan media." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/nilai-ringgit-paling-rendah-sejak-6-bulan/
Nilai ringgit paling rendah sejak 6 bulan
[ "Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah sedikit berbanding dolar AS selepas beberapa data makroekonomi Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan membantu melonjakkan permintaan untuk mata wang AS.", "Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5445/5480 berbanding dolar AS daripada kadar penutupan semalam 4.5365/5395, menurut laporan Bernama.", "Nilai tersebut adalah paras terendah sejak 21 November lalu.", "Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz yang dipetik Bernama berkata data Tuntutan Pengangguran Permulaan AS, yang mengukur bilangan pemohon yang memohon insurans pengangguran minggu lalu, lebih rendah pada 242,000 berbanding unjuran an 254,000.", "“Satu lagi penunjuk makroekonomi yang menyokong dolar AS ialah Indeks Pembuatan Persekutuan Philadelphia AS dengan bacaan hari ini pada -10.4 berbanding unjuran -19.8, yang juga positif untuk dolar,” katanya.", "Selain itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Rizab Persekutuan AS (Fed) telah membayangkan kebarangkalian penghentian sementara dalam kenaikan kadar faedah pada mesyuarat akan datang agak tipis kerana Fed masih terikat dengan ancaman inflasi.", "“Walaupun berada dalam mod risiko, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.64 peratus kepada 103.544 mata kerana Rizab Persekutuan masih cenderung untuk menaikkan kadar faedah,” katanya.", "Justeru, ringgit dijangka kekal lemah dengan paras semasa RM4.5380 agak hampir dengan paras rintangannya iaitu RM4.5491.", "Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.", "Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6411/6454 daripada 5.6452/6490 pada penutup Khamis, meningkat berbanding euro menjadi 4.8958/8996 daripada 4.9076/9108 semalam dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.2831/2861 daripada 3.2926/2950 sebelumnya.", "Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.", "Ia susut berbanding rupiah Indonesia kepada 305.6/306.0 daripada 305.0/305.4 pada penutup Khamis, merosot kepada 3.3728/3756 berbanding dolar Singapura daripada 3.3724/3748 semalam dan lemah berbanding peso Filipina pada 8.14/8.15 daripada 8.11/8.13 sebelumnya.", "Namun begitu, ringgit menambah nilai berbanding baht Thailand kepada 13.1839/2002 daripada 13.2105/2247 semalam." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/dr-mahathir-dimasukkan-ke-ijn-jalani-pemeriksaan-menyeluruh/
Dr Mahathir dimasukkan ke IJN jalani pemeriksaan menyeluruh
[ "Institut Jantung Negara (IJN) mengesahkan bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke pusat rawatan tersebut pada malam ini.", "Kenyataan IJN memaklumkan Dr Mahathir tiba sekitar 7 malam tadi dan akan menjalani pemeriksaan menyeluruh bagi melihat tahap kesihatannya.", "“Beliau akan menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dan pemerhatian lanjut,” kata kenyataan ringkas dua perenggan tersebut.", "IJN juga berkata beliau bakal menjalani rawatan untuk beberapa hari di pusat tersebut.", "Dr Mahathir kali pertama berjaya menjalani pembedahan koronari pertamanya pada 24 Januari 1989.", "Ia disusuli dua lagi pembedahan pada 2006.", "Beliau mendapatkan rawatan bagi semua serangan jantung itu di IJN." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pereka-grafik-buat-hantaran-jelik-kemuka-represtasi-kepada-jabatan-ag/
Pereka grafik buat hantaran jelik kemuka represtasi kepada Jabatan AG
[ "Pereka grafik dan aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin atau dikenali sebagai Fahmi Reza mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung dua pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik yang dimuat naik menerusi laman media sosial Twitter dan Facebook miliknya, tahun lepas.", "Perkara itu dimaklumkan peguam N.Yohendra yang mewakili Mohd Fahmi Reza, 45, semasa sebutan kes itu hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen M.M Edwin Paramjothy, lapor Bernama.", "Yohendra berkata surat representasi itu dihantar kepada Jabatan Peguam Negara semalam (28 April) dan salinan asal representasi itu telah diserahkan kepada pihak pendakwaan hari ini.", "Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang.", "Dua pertuduhan komunikasi jelik itu adalah berhubung isu peraturan kuarantin terhadap menteri yang pulang dari lawatan rasmi di luar negara dan pengharaman penjualan minuman keras di negara ini.", "Dalam prosiding itu, mahkamah telah menetapkan tarikh-tarikh bicara iaitu pada 7 dan 20 Julai bagi pertuduhan komunikasi jelik isu kuarantin menteri manakala 8 dan 9 Ogos ini untuk komunikasi jelik berhubung isu minuman keras.", "Mahkamah turut menetapkan 8 Jun depan untuk sebutan bagi perkembangan representasi tersebut.", "Pada 10 Feb lepas, Mohd Fahmi Reza mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik menerusi aplikasi Twitter miliknya membabitkan isu kuarantin terhadap menteri pulang dari lawatan rasmi di luar negara.", "Mohd Fahmi Reza didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Twitter menggunakan laman profil Twitter “Fahmi Reza” atau “@kuasasiswa” pada 3.02 petang, 10 Feb 2021. Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Ketua Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia, Presint 1, Putrajaya pada 4 petang, 11 Feb tahun sama.", "Pada 17 Feb lepas, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen dan mengaku tidak bersalah atas kesalahan sama berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini.", "Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui laman Facebook miliknya menggunakan profil “Fahmi Reza” pada 11.45 pagi, 1 Jun 2021. Hantaran itu kemudian dibaca di sebuah unit Pangsapuri Melur, Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul di sini, pada 9 pagi, 2 Jun 2021.", "Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/raya-disambut-sabtu/
Raya disambut Sabtu
[ "Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri, pada Sabtu, 22 April 2023), kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu dalam pengumuman, malam ini.", "Pengumuman itu dibuat sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan di 29 tempat di seluruh Malaysia, setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu.", "Sebelum ini, ahli falak menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanur Rukyah untuk mengesahkan penampakan anak bulan Syawal.", "Anak bulan tersebut hendaklah dihitung kedudukannya ketika matahari terbenam dan hendaklah berada di atas ufuk.", "Ada dua syarat iaitu jarak lengkung yang mana jarak antara matahari dan bulan hendaklah tidak kurang 6.4 darjah manakala tinggi bulan pula tidak kurang dari tiga darjah." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/polis-pantau-ajaran-sesat-mimpi-terakhir-kenal-pasti-individu/
Polis pantau ajaran sesat mimpi terakhir, kenal pasti individu
[ "Polis akan memanggil individu yang terbabit dengan ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) bagi membantu siasatan lanjut, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.", "Menurutnya pihak polis telah mengenal pasti individu terbabit dan sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap ajaran itu.", "Katanya polis juga memantau rapi ajaran berkenaan selain memastikan perkara itu tidak akan menyebabkan kegusaran awam dan keadaan adalah terkawal.", "“PDRM tidak boleh terburu-buru dalam melakukan siasatan kerana perlu mengumpul maklumat lengkap serta siasatan juga melibatkan jabatan lain antaranya jabatan berkaitan agama Islam.", "“Kita ada cara, teknik dan kaedah tertentu untuk menghadapi perkara ini, dahulu kita pun hadapi perkara sama seperti ini dan kita dapat selesaikan dengan baik…polis tidak pernah leka dan sentiasa memantau perkara ini.", "“Kalau kita lihat sejarahnya ini bukan perkara baharu, sebelum ini kita juga pernah berdepan dengan perkara seperti ini dan kita atasi daripada semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.", "Pada majlis itu Datuk Hazani Ghazali, yang dilantik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman berkuat kuasa Isnin ini, menyerahkan tugas kepada Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu, Datuk Idris Abdullah.", "Majlis sama turut menyaksikan Acryl Sani memakaikan pangkat Komisioner Polis (CP) kepada Idris yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.", "Beberapa hari lalu tular di media sosial seorang wanita dengan gelaran Sittah Annur dikaitkan dengan ajaran sesat PMYT mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari imam Mahdi untuk melawan musuh.", "Wanita itu turut membuat beberapa dakwaan pelik termasuk menceritakan mimpinya yang terakhir ditunjukkan suasana di Makkah. Dia juga mendakwa bertemu dengan Malaikat dan Rasulullah SAW.", "Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata KDN tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu dan pengikut ajaran terbabit jika dakwaan itu mencetuskan rasa takut dalam masyarakat.", "Pada masa sama, Hazani pula mengesahkan tiada pengikut ajaran sesat PMYT dikesan di Sabah dan gerakan itu menurutnya banyak bertumpu di Semenanjung.", "“Kena fahamkan dakwaan terdapat 3,000 pengikut ajaran ini, (jumlah) ini merupakan mereka yang mengikuti atau ‘follower’ individu itu di media sosial seperti Facebook juga WhatsApp, ada beza dengan mereka yang betul-betul terlibat dengan ajaran itu,” katanya.", "Ajaran Perjalanan Mimpi Terakhir boleh kena SOSMA: Menteri" ]
https://www.agendadaily.com/politik/selesaikan-juga-siasatan-video-azmin-di-sabah/
“Selesaikan juga siasatan video Azmin di Sabah”
[ "Kerajaan digesa menyelesaikan kes siasatan berhubung video seks mirip seorang Menteri Kanan yang tular pada 2019 dan menamatkan tanda tanya orang ramai berhubung isu tersebut, kata Ahli Parlimen PKR Hassan Abdul Karim.", "Hassan mengulas kenyataan Menteri Kanan Datuk Seri Azmin Ali semalam yang mengakui klip audio perbualan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tular baru-baru ini adalah tulen.", "“Alang-alang hendak lakukan siasatan, maka sebagai seorang Ahli Parlimen, saya meminta kerajaan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Azmin selaku menteri kanannya – supaya menyiasat sekali isu klip video salah laku dua individu di dalam sebuah bilik hotel di Sabah yang jelas melakukan kesalahan jenayah seks songsang sama ada mengiku Kanun Keseksaan atau undang-undang syarie,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.", "Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu lagi, salah seorang pelaku dalam video sudah mengakui perbuatan tersebut dan siasatan sepatutnya dihantar ke forensik untuk pemeriksaan ketulenannya.", "“Seorang daripada pelakunya mengakui kesahihan video berkenaan, pihak berkuasa juga pernah mengakui video itu adalah sah, tulen dan benar namun gambarnya tidak jelas.", "“Kes itu hendaklah disemak dan dihantar ke pihak forensik. Mungkin telah ada sekarang pihak yang boleh memeriksa dengan sejelas-jelasnya gambar dalam video itu,” katanya.", "Hassan menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin supaya menggalas tanggungjawab tersebut dan menyelesaikan juga siasatan kes video itu.", "“Hamzah selaku menteri dalam negeri memikul tanggungjawab menyelesaikan siasatan kes video berkenaan.", "“Tuntutan saya ini penting, selaras dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kesamarataan setiap warganegara Malaysia sama ada rakyat itu bernama Ahmad Zahid, Anwar ataupun individu-individu dalam video atas ranjang dalam bilik hotel di Sabah itu,” ujarnya lagi.", "Pada 12 Jun 2019, bekas ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz mengaku terbabit dalam video seks tular, sekali gus menamakan Azmin sebagai pasangannya.", "Ia bagaimanapun dinafikan oleh bekas timbalan presiden PKR itu yang menyifatkannya sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.", "Pada Jan tahun lepas, Jabatan Peguam Negara memutuskan tidak akan membuat pendakwaan berhubung kes tersebut kerana gagal mengenal pasti individu terbabit dalam video berkenaan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/indonesia-sambung-cari-penyelam-keempat-malaysia-henti-sementara/
Indonesia sambung cari penyelam keempat, Malaysia henti sementara
[ "Op Carilamat bagi mengesan seorang lagi penyelam remaja warga Belanda yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditamatkan sementara pada jam 1.30 tengah hari ini.", "Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan Cyril Edward Nuing berkata ia berikutan hasil maklumat dan siasatan mendapati kedua-dua penyelam warga Britain dan Perancis yang terselamat ditemui di kedudukan 16 batu nautika dari utara Pulau Bintan, Indonesia.", "Beliau berkata kedudukan kedua-dua penyelam itu ditemui adalah kira-kira 70 batu nautika atau 100 kilometer daripada lokasi terakhir mereka dilaporkan hilang, lapor Bernama.", "“Daripada maklumat ini kami berpendapat usaha pencarian (kini) di kawasan (perairan) Indonesia dan operasi dihentikan sementara di perairan Malaysia.", "“Rakan setugas kita di Indonesia telah maklum dan mereka akan sambung (operasi) cari di perairan Indonesia. Bagaimanapun aset-aset kita di laut sentiasa berada dalam keadaan siap siaga,” katanya pada sidang media di Pangkalan Hadapan Carilamat Jeti Awam Majlis Daerah Mersing di sini hari ini.", "Cyril berkata remaja berkenaan, Nathen Renze Chesters, 14, berkemungkinan besar tidak berada di perairan Malaysia berdasarkan arus dan lokasi dua penyelam yang ditemui awal pagi tadi.", "“Buat masa ini, kita tidak dapat memastikan secara rasmi keadaan Nathen Renze, namun kita meletakkannya sebagai masih hidup berikutan tidak nampak mayatnya dan diklasifikasikan sebagai orang hilang,” jelasnya.", "Beliau berkata jurulatih selam warga Norway, Kristine Grodem, 35, yang ditemukan selamat Khamis lepas juga berada dalam keadaan stabil, namun masih belum bersedia untuk memberi keterangan.", "“Begitu juga keadaan dua penyelam (Adrian Peter Chesters, 46, dan Alexia Alexandra Molina, 18) berada dalam keadaan stabil dan bersemangat,” katanya.", "Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata meskipun Op Carilamat tersebut ditamatkan, aset daripada pelbagai agensi yang berada di perairan negara sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan bersedia untuk membantu pihak berkuasa Indonesia sekiranya diperlukan.", "Adrian Peter dan Alexia Alexandra Molina dijumpai selamat kira-kira pukul 1 pagi tadi.", "Grodem pula ditemukan selamat dalam keadaan terapung, dilengkapi pakaian dan peralatan menyelam, oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand pada 8.15 pagi, Khamis lepas.", "Dalam kejadian pada tengah hari Rabu lepas (6 April), empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman di sini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/dua-juta-belia-pelajar-ipt-boleh-tuntut-kredit-e-tunai-1-jun/
Dua juta belia, pelajar IPT boleh tuntut kredit e-tunai 1 Jun
[ "Dua juta belia dan pelajar sepenuh masa rakyat Malaysia yang layak, dipelawa menuntut kredit e-tunai yang akan dibuka mulai 1 Jun nanti, kata Kementerian Kewangan.", "Setiap belia dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang layak akan mendapat RM150 e-kredit daripada penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, Shopee atau Touch ‘n Go eWallet, yang turut menyediakan insentif tambahan mengikut kempen masing-masing.", "“Sukacita diumumkan Program eBelia, iaitu sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021, dengan peruntukan RM300 juta untuk 2 juta belia warganegara Malaysia yang layak akan dibuka bermula 1 jun 2021.", "“Tujuan utama program ini adalah untuk meringankan beban kewangan mereka dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai,” kata Kementerian Kewangan.⠀\n⠀\nSebelum ini, RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM100 kredit e-tunai kepada belia yang layak.", "“Menerusi #PEMERKASA, Kerajaan telah menambah baik program ini dengan meningkatkan peruntukan kepada RM300 juta.", "“Ini bermakna setiap belia/pelajar IPT yang layak akan mendapat RM150 e-kredit dari penyedia perkhidmatan e-tunai,” katanya.", "Maklumat lanjut boleh rujuk di sini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/covid-19-1767-kes-baharu-12-kematian/
Covid-19: 1,767 kes baharu, 12 kematian
[ "Sebanyak 1,767 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan 12 kematian dicatatkan.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 1,758 adalah penularan tempatan, manakala sembilan lagi kes import.", "“Kes sembuh pula adalah 1,290 menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 16,300.", "“Pada masa ini, terdapat 199 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 82 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.", "Beliau berkata, tiga negeri mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu Sarawak dengan 607 kes, diikuti Selangor (483) dan Kuala Lumpur (133)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/indonesia-sahkan-tak-buat-kenyataan-tuntut-tubir-selatan-wisma-putra/
Indonesia sahkan tak buat kenyataan tuntut Tubir Selatan: Wisma Putra
[ "Kementerian Luar mengesahkan Indonesia tidak membuat sebarang kenyataan menuntut kedaulatan Tubir Selatan (South Ledge) seperti didakwa sebuah artikel terbitan Defence Security Asia (DSA).", "“Indonesia Dakwa Tubir Selatan (South Ledge), Karang Singa Miliknya. M’sia Bagaimana?”. Demikian tajuk laporan DSA yang memaklumkan mereka memetik laporan portal berita Indonesia Detik.com.", "Mengikut laporan Detiknews Menteri Dalam Negeri Indonesia Muhammad Tito Karnavian telah meninjau kawasan Pulau Karang Singa di Kabupaten Bintan.", "Detiknews memetik menteri itu sebagai berkata:", "“Kami ke Kepri (Kepulauan Riau) tujuan nomor satu adalah untuk melihat dua karang penting yaitu Karang Singa. Mengapa? Karena letaknya di Selat Malaka dan masuk wilayah teritorial kita,” kata Tito dalam keterangan tertulis, Minggu (16/1/2022).", "Bagaimanapun, Bernama melaporkan Wisma Putra semalam telah menghubungi pihak Indonesia berhubung perkara itu.", "“Kementerian Luar telah mengesahkan perkara itu dengan pihak Indonesia. Kementerian dimaklumkan bahawa Menteri Dalam Negeri Indonesia tidak membuat sebarang kenyataan menuntut kedaulatan terhadap Tubir Selatan seperti yang dilaporkan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.", "Kementerian turut memetik penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) 2008 mengenai Kes Berkenaan Kedaulatan ke atas Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge), lapor Bernama.", "“Mengenai isu kedaulatan ke atas Tubir Selatan, penghakiman berbunyi “… Tubir Selatan terletak di dalam perairan wilayah yang bertindih yang dijana tanah besar Malaysia, Pedra Branca/Pulau Batu Puteh dan Middle Rocks…” dan “.…kedaulatan terhadap Tubir Selatan, permukaan yang muncul ketika air surut, kepunyaan negara di perairan wilayah di mana ia berada.”", "Berikutan Penghakiman ICJ, Malaysia dan Singapura telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Antara Malaysia-Singapura bagi melaksanakan Penghakiman ICJ ke atas Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (MSJTC).", "“Di bawah MSJTC, Malaysia kekal komited menyelesaikan isu sempadan maritim yang tertunggak antara kedua-dua negara dan akan memastikan kedaulatan dan kepentingan Malaysia dilindungi,” kata kenyataan itu." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/peguam-najib-fail-enam-notis-kepada-mahkamah-persekutuan/
Peguam Najib fail enam notis kepada Mahkamah Persekutuan
[ "Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SCR) sudah memfailkan enam notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.", "Ketua Pasukan Pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, notis rayuan yang dikemukakan pada 8 dan 15 Disember lalu, termasuk isu penolakan bukti serta keterangan baharu oleh Mahkamah Rayuan dalam kes berkenaan.", "“Untuk maklumat, kita memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan hukuman dan sabitan atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC.", "“Dalam rayuan ini, kita akan memasukkan bukti baharu yang belum didedahkan selama ini.", "“Selain itu, kita merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan anak guam kami untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu bagi dipertimbangkan dalam rayuan kes SRC ini,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.", "Keterangan baharu yang ingin dimasukkan Najib dalam rayuannya membabitkan dakwaan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya bersekongkol dalam rancangan jahat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low terhadap dirinya.", "Pada 7 Disember lalu, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara menolak permohonan itu selepas mendapati Najib gagal menunjukkan wujud keadaan luar biasa yang melampau bagi membolehkan mahkamah menerima bukti berkenaan.", "Mengulas lanjut, Shafee pada sidang media itu berkata beliau tidak boleh memperincikan satu lagi bukti baharu memandangkan masih terlalu awal untuk berbuat demikian.", "Pada 8 Disember lalu Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC, selepas mendapati rayuan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.", "Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini atas alasan hukuman yang dikenakan adalah wajar dan bersesuaian." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-libat-syed-saddiq-lebih-berat-daripada-rosmah-src-pendakwaan/
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
[ "Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang didakwa atas empat pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan penyelewengan wang berjumlah lebih RM1 juta daripada dana milik Bersatu, akan tahu pada 28 Oktober jika dia perlu membela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.", "Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid mengumumkan tarikh untuk menyampaikan keputusannya selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan hari ini (6 Oktober 2022).", "Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Syed Saddiq, berhujah bahawa kes pendakwaan dibina berdasarkan Seksyen 24(8) perlembagaan Bersatu, yang menyatakan bahawa perbelanjaan melebihi RM500,000 mesti diluluskan oleh majlis tertinggi parti, dan jika penarikan balik dibuat, mereka mesti direkodkan untuk menyemak baki dalam akaun.", "Gobind, yang juga Ahli Parlimen Puchong, berkata dalam kes Syed Saddiq, wang yang digunakan adalah semata-mata untuk tujuan membantu Bersatu dan ahli sayap Pemudanya – Armada. Sehubungan itu, beliau mendakwa tiada perlanggaran undang-undang yang dilakukan.", "Syed Saddiq ketika itu adalah Ketua Armada tetapi sejak itu telah keluar dan menubuhkan partinya sendiri, Malaysian United Democratic Alliance (MUDA).", "Dia dibicarakan kerana bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali yang ketika itu penolong bendahari Armada, melibatkan dana RM1 juta milik Bersatu.", "Gobind berhujah bahawa keseluruhan kes pendakwaan adalah bermotifkan politik, dengan Rafiq memberikan keterangan yang bercanggah di mahkamah.", "Gobind telah cuba untuk mendakwa Rafiq tetapi dinafikan di mahkamah.", "Merumuskan hujahnya, Gobind berkata memandangkan Syed Saddiq tidak menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadinya, dan tiada kesalahan dilakukan.", "“Pertuduhan mesti dibuat dengan bukti yang tidak dipetik dari langit. Jika pihak pendakwaan mahu menuduh anak guam saya cuba mendapatkan kepentingan politik dengan menggunakan dana Bersatu maka di manakah buktinya? Tiada bukti dia membantu dan bersubahat dengan Rafiq.", "“Kami dengan hormatnya berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal menimbulkan syak wasangka dalam pertuduhan pertama dan ini adalah kes yang sangat jelas dan mahkamah harus memutuskan tiada prima facie dan mengarahkannya dibebaskan tanpa memanggil pembelaannya,” katanya menurut MalayMail.", "Tambahnya, kebanyakan keterangan yang dikemukakan di mahkamah terhadap anak guamnya adalah berdasarkan khabar angin.", "Tetapi Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin berhujah bahawa hasrat Syed Saddiq mesti dipersoalkan.", "Beliau mendakwa Ahli Parlimen Muar itu berniat buruk apabila mengarahkan Rafiq mengeluarkan wang daripada akaun Armada untuk disimpan.", "Beliau juga mendakwa Syed Saddiq tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada penyiasat.", "Beliau berhujah bahawa bukti menunjukkan Syed Saddiq dengan jelas mengarahkan pasukannya, khususnya Rafiq, untuk mengambil wang dari akaun bank Armada dan memasukkannya ke dalam akaun peribadinya.", "Wan Shaharudin berhujah bahawa Syed Saddiq mendakwa dia mempunyai hak untuk wang itu kerana dia telah bekerja keras untuk mendapatkannya semasa pengumpulan dana Bersatu untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 untuk kawasan Muar di Johor.", "“Jika anda melihat tindakannya, jelas dia telah membuat pertahanannya dari awal. Ia adalah satu rancangan bijak untuk menutup siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Jika dia ikhlas dari awal, perkara ini akan dibangkitkan lebih awal bukan hanya apabila dia membela diri.", "“Lihatlah berapa lama pemeriksaan silang mereka. Tidak di sini mahupun di sana. Jadi ke mana kita hendak pergi dari sini? Malah saya amat yakin untuk menyatakan di sini bahawa kita percaya kes terhadap tertuduh ini lebih kuat daripada kes SRC, lebih kuat daripada kes Rosmah (Mansor), malah lebih kuat daripada kes Isa Samad,” kata Wan Shaharudin kepada mahkamah dalam hujahnya.", "Beliau merujuk kepada kes jenayah lain yang dilakukan oleh pendakwa raya terhadap beberapa orang awam berprofil tinggi yang berkaitan dengan UMNO.", "Kes SRC merujuk kepada SRC International Sdn Bhd yang mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah dan dia kini menjalani hukuman penjara. Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor juga baru-baru ini didapati bersalah atas beberapa tuduhan rasuah berkaitan projek tenaga solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/rejim-israel-serang-pejabat-media-antarabangsa-di-gaza/
Rejim Israel serang pejabat media antarabangsa di Gaza
[ "Pesawat rejim Zionis Israel mengebom bangunan tinggi yang menempatkan pejabat beberapa kumpulan media, termasuk Al Jazeera dan Associated Press (AP) di bandar Gaza, pada Sabtu.", "Wakil agensi berita Turki, Anadolu, melaporkan beberapa peluru berpandu mengenai dan meruntuhkan Menara Al-Jala tengah hari tadi.", "Menara 13 tingkat, salah satu daripada bangunan tertua di Gaza, mempunyai 60 unit, termasuk pejabat media asing, firma guaman dan pejabat doktor.", "Syarikat perkhidmatan media – Mayadeen – stesen radio dan Pusat Media Doha adalah antara pejabat media yang musnah dalam serangan itu.", "Rejim Israel telah memusnahkan sekurang-kurangnya empat bangunan tinggi sejak melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Isnin lalu.", "Sekurang-kurangnya 139 orang terkorban, termasuk 39 kanak-kanak dan 22 wanita terbunuh, manakala 950 lagi cedera dalam pengeboman rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza.", "Serangan ke atas pejabat media berlaku sejurus pemilik bangunan berkenaan menerima panggilan telefon dari tentera Israel yang memberi amaran menara berkenaan menjadi sasaran.", "Semua kakitangan media dan orang ramai yang berada di dalam bangunan itu keluar sebelum menara berkenaan dibom.", "“Ini adalah perkembangan yang sangat menganggu. Dunia akan tahu lebih mengenai apa yang berlaku di Gaza susulan kejadian hari ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AP, Gary Pruitt. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/tiada-pergaduhan-kaum-di-sungai-petani-kata-polis/
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
[ "Polis menafikan dakwaan berlaku kejadian pergaduhan antara kaum di Sungai Petani, Kedah seperti yang tular menerusi Facebook baru-baru ini.", "Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan perkara itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat.", "“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan kejadian seperti yang tular berlaku di Sungai Petani. Orang ramai diminta menghentikan serta-merta penyebaran perkara yang tidak benar kerana ia boleh mengguris sentimen masyarakat.", "“”Kita harap orang ramai menghentikan serta-merta menyebarkan perkara tidak benar sehingga boleh mengguris sentimen masyarakat. Kita juga memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini,” katanya dalam kenyataan semalam.", "Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.", "Zaidy berkata kes berkenaan juga disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.", "Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di talian 04-4299 222 sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.", "Baru-baru ini, tular berita di media sosial dan melalui kiriman mesej mendakwa berlaku pergaduhan teruk antara dua kaum, membabitkan kumpulan kongsi gelap, puak pelampau serta anggota polis sehingga perintah darurat terpaksa dikeluarkan.", "Difahamkan, penyebaran berita palsu terbabit tercetus rentetan kejadian seorang pengawal keselamatan dilibas pedang oleh seorang lelaki di sebuah tapak projek perumahan di Bukit Banyan, Khamis lalu." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/tak-tunda-sidang-parlimen-walaupun-ada-kes-covid-19-dikesan-khairy/
Tak tunda sidang Parlimen walaupun ada kes Covid-19 dikesan: Khairy
[ "Walaupun terdapat kes positif dan kematian akibat jangkitan Covid-19 melibatkan staf di bangunan Parlimen, sidang dewan yang sedang berjalan tidak akan ditunda, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.", "Menteri Kesihatan itu berkata ia adalah langkah terakhir yang akan diambil oleh Kementerian Kesihatan (KKM) jika mahu menunda sidang Parlimen, namun langkah untuk menangguhkan sidang tidak akan dilaksanakan memandangkan pihaknya sudah mempunyai pengalaman dalam menangani kes positif Covid-19 atau kluster baharu yang wujud di negara ini.", "“Kita kini sudah mempunyai kerangka bagaimana untuk menangani kes positif atau wujudnya kluster baharu, selain juga mempunyai pengalaman bagi situasi berkenaan.", "“Jadi langkah untuk menutup Parlimen itu adalah yang terakhir akan diambil. Ini kerana, individu yang memasuki kawasan berkenaan perlu menjalani ujian saringan setiap dua hari.", "“Dengan cara itu, kita dapat mengesan penularan kes dengan cepat serta boleh mengasingkan individu yang positif Covid-19, jadi tiada keperluan untuk menutup perjalanan Parlimen itu,” katanya pada sidang media hari ini.", "Terdahulu, media melaporkan terdapat banyak kes jangkitan Covid-19 yang sudah dikesan melibatkan staf di Parlimen sejak Isnin lalu.", "Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata sehingga kini terdapat 25 kes positif Covid-19 yang dikesan melalui saringan berkala pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14.", "Katanya, kes positif Covid-19 yang dikesan di bangunan berkenaan berkemungkinan besar mempunyai varian membimbangkan (VOC) Delta.", "Dalam pada itu, Khairy berkata, dengan mengamalkan penilaian kendiri Ujian, Lapor, Maklum, Kuarantin dan Dapatkan Rawatan (TRIIS), diharapkan apabila berlakunya penularan kes ia tidak perlu sehingga melaksanakan tindakan drastik seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sekatan pergerakan penuh di negara ini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/radzi-tiga-yang-lain-angkat-sumpah-senator/
Radzi, tiga yang lain angkat sumpah Senator
[ "Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara setelah khidmatnya sebagai Senator dilanjutkan tiga tahun lagi sehingga 16 Julai 2024.", "Turut mengangkat sumpah adalah dua pemimpin Bersatu, Datuk John Ambrose dan Datuk Bobbey Suan Ah Fang. Seorang lagi adalah wakil Gerakan Datuk Teo Eng Tee.", "Bobbey adalah lantikan baharu setelah dicadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.", "Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yan Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.", "Radzi yang juga Menteri Pendidikan, pertama kali dilantik sebagai Senator pada 17 Julai 2018 dan khidmatnya tamat pada Jumaat lalu.", "Naib Presiden Bersatu itu pernah bertanding merebut kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 mewakili Pakatan Harapan (PH), namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) dari UMNO, Tan Sri Annuar Musa.", "Susulan kemenangan PH dalam PRU-14, Radzi dilantik sebagai Senator untuk diangkat sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, sebelum dilantik sebagai Menteri Kanan Pendidikan di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).", "Sementara itu, pelantikan John berkuat kuasa pada 16 Januari lalu, manakala lantikan Eng Tee bermula hari ini dan lantikan Bobbey pula berkuat kuasa 5 Januari lalu.", "Rais dalam ucapannya berkata, pelantikan itu yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, memberi peluang baharu untuk mereka menabur bakti dan sumbangan kepada bangsa serta negara." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pihak-ketiga-tuntut-lot-kedai-milik-keluarga-azeez-rahim/
Pihak ketiga tuntut lot kedai milik keluarga Azeez Rahim
[ "Maybank Islamic Berhad menjadi pihak ketiga yang menuntut satu lot kedai di Bandar Sunway milik Azeera Management Consultants (M) Sdn Bhd dalam permohonan kerajaan untuk melucut hak harta berkenaan.", "Kerajaan memohon untuk melucut hak wang hampir RM16 juta daripada akaun peribadi Tabung Haji (TH) milik isteri bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan empat anak mereka termasuk satu lot kedai berkenaan yang merupakan satu unit pejabat milik Azeera Management Consultants.", "Memetik laporan Bernama, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nik Haslinie Hashim memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak ketiga iaitu Maybank Islamic Berhad yang diwakili peguam Poh Choo Hoe hadir ke mahkamah hari ini.", "“Mohon mahkamah merekodkan bahawa terdapat penuntut dalam permohonan ini. Penuntut (Maybank) hari ini menuntut harta di item keenam pada senarai warta kerajaan (satu lot kedai),” katanya yang turut mengendalikan kes itu bersama TPR Aslinda Ahad dalam prosiding pewartaaan pihak ketiga kes lucut hak itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin.", "Muhammad Jamil kemudian menetapkan 29 Jun ini bagi pendengaran permohonan kerajaan untuk melucut hak wang dan lot kedai berkenaan.", "“Pihak-pihak perlu memfailkan afidavit sekiranya perlu dan memasukkan hujahan bertulis seminggu sebelum tarikh pendengaran itu (29 Jun),” katanya.", "Prosiding itu turut dihadiri peguam Datin Marina Mohamed yang mewakili responden iaitu isteri Abdul Azeez, Khadijah Mohd Noor dan empat anak mereka iaitu Mohamed Khairul Anwar, Mohamed Khairul Azman, Khaleeda Azwa, Khaleeda Azeera serta Azeera Management Consultants.", "Sementara itu, Aslinda ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata item keenam yang dituntut oleh pihak ketiga adalah satu lot kedai yang terletak di Bandar Sunway.", "Permohonan melucut hak itu difailkan pihak pendakwaan terhadap ahli keluarga Abdul Azeez pada September 2019." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/berapa-besar-letusan-gunung-berapi-dasar-laut-tonga/
Berapa besar letusan gunung berapi dasar laut Tonga?
[ "Letusan gunung berapi dasar laut Hunga Tonga-Hunga Ha’apai di Tonga mungkin salah satu yang terbesar direkodkan dengan terperinci.", "Letupan itu boleh dilihat dari angkasa, dengan imej kepulan abu yang besar menjadi tular pada hari-hari berikutnya. Tetapi betapa besarkah ianya?", "Gunung berapi itu meletus dengan bunyi ledakan yang memekakkan telinga pada 15 Januari 2022, mencetuskan tsunami maut, dengan abunya menyelubungi pulau-pulau, dan memutuskan hubungan komunikasi 105,000 penduduk Tonga.", "Peristiwa itu telah dirakam dengan terperinci dan menakjubkan oleh satelit termasuk satelit NOAA GOES-West.", "Memecahkan peringkat letusan kepada selang masa membolehkan kita merancang pengembangan bahan yang sangat besar yang dipanggil oleh ahli gunung berapi sebagai “awan payung”.", "Sekitar masa letusan awal, awan berukuran 38 km (24 batu) lebar ditujah ke atmosfera. Diameternya sudah berukuran hampir dua kali ganda panjang Manhattan, New York. Sejam kemudian, ia kelihatan berukuran sekitar 650 km lebar, termasuk gelombang kejutan di sekeliling tepianya.", "Skala awan payung adalah setanding dengan letusan Pinatubo di Filipina pada 1991 dan merupakan salah satu yang terbesar dalam era satelit, menurut ahli gunung berapi Michigan Tech, Simon Carn dalam catatan blog NASA.", "Menurut agensi berita Reuters, imej satelit kejadian itu menunjukkan kebanyakannya lautan dengan pulau-pulau Tonga dan Fiji hampir tidak dapat dilihat. Mengukur saiz sebenar letusan adalah sukar apabila berada di bahagian terpencil di Pasifik Selatan.", "Bagaimanapun, agensi berita itu mengambil awan payung gunung berapi itu dan meletakkannya di atas daratan dan pantai yang terkenal untuk mengetahui betapa besarnya letusan itu.", "Reuters membuat perbandingan pada diameter 650 km, awan itu akan mengaburi sebahagian besar Britain dan pantai timur Ireland. Saiznya hampir sama dengan tanah besar Sepanyol.", "Jika dibandingkan dengan bahagian Amerika Syarikat (AS), ia akan meliputi sebahagian besar Florida atau sebahagian California dari San Francisco ke Los Angeles.", "Jika kita membandingkan skala letusan dengan Asia Tenggara, ia akan meliputi Kemboja dan sebahagian daripada Laos, Vietnam, serta Thailand, atau meliputi hampir seluruh Korea Utara dan Selatan.", "Jika kita meletakkan skala letusan di atas kawasan Gunung Sinai di Mesir, ia akan meliputi Israel, melimpah ke Jordan dan Laut Mediterranean. Ia juga cukup besar untuk mengaburkan Horn of Africa.", "Saintis masih menentukan Indeks Letusan Gunung Berapi (VEI), ukuran dari 1 hingga 8 yang meneliti ledakan letusan. Pinatubo, yang dianggap serupa dengan letusan Hunga Tonga-Hunga Haʻapai, mendapat 6 pada indeks VEI.", "Pinatubo menghasilkan gumpalan letusan gas dan abu yang naik 40 km ke atmosfera, manakala data awal letusan Tonga ialah sekurang-kurangnya 20 km tinggi, kata Raymod Cas, ahli gunung berapi di Universiti Monash di Australia." ]
https://www.agendadaily.com/politik/pas-bincang-pru-15-hala-tuju-prn-di-tiga-negeri-hari-ini/
PAS bincang PRU-15, hala tuju PRN di tiga negeri hari ini
[ "Pemimpin tertinggi PAS – parti komponen Perikatan Nasional (PN) – hari ini mengadakan mesyuarat tertutup Jawatankuasa Kerja Pusat di ibu pejabat parti di Jalan Raja Laut berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan hala tuju pilihan raya di tiga negeri dikuasainya.", "Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Datuk Seri Idris Ahmad dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.", "Turut serta ialah Menteri Besar Kedah yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.", "Mesyuarat itu juga dijangka memberi maklumat terkini sama ada PAS akan mengubah fikiran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Persekutuan diadakan serentak.", "Pada 8 Oktober lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan tiga negeri ditadbir parti itu tidak akan membubarkan DUN masing-masing sehingga tahun depan kerana negara bakal berdepan musim tengkujuh.", "Langkah sama dikatakan diambil oleh Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir tiga negeri – Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.", "Mesyuarat itu juga mungkin menyaksikan PAS akan memberi maklumat terkini mengenai parti mana yang akan menjadi rakan kongsinya untuk berdepan PRU-15.", "Setakat ini, PAS masih menjadi parti komponen PN dan telah menyertai beberapa acara di peringkat negeri selain telah menyelesaikan pembahagian kerusi untuk dipertandingkan dalam kalangan anggota PN.", "Beberapa hari lalu, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang mengadakan mesyuaratnya tidak menyatakan menerima syarat ditetapkan UMNO untuk bekerjasama, sekali gun mengekalkan mereka sebagai parti komponen PN bersama Bersatu, Gerakan, SAPP dan STAR.", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 bagi memberi laluan kepada pilihan raya awal, tanpa mempedulikan rayuan rakyat supaya tidak mengadakan PRU-15 tahun ini kerana negara bakal berdepan musim banjir.", "Terdahulu hari ini, penganalisis politik memberi amaran bahawa rancangan PH untuk tidak membubarkan DUN masing-masing bagi membolehkan PRN dijalankan serentak dengan Parlimen, boleh menyebabkan mereka terdedah kepada kehilangan pentadbiran Negeri Sembilan dan Selangor.", "Penganalisis juga memberi amaran, kawalan PH ke atas Pulau Pinang – yang kini menjadi kubu kuat – mungkin terhakis jika PRN diadakan secara berasingan daripada PRU-15 yang ditetapkan bulan depan.", "Mereka berkata pakatan pembangkang akan menentang jentera pilihan raya PN dan Barisan Nasional (BN) secara sama rata pada PRU-15, tetapi tidak demikian jika PRN hanya diadakan tahun depan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/cuai-ketika-khatan-mahkamah-tolak-rayuan-tangguh-bayar-rm3-1-juta/
Cuai ketika khatan: Mahkamah tolak rayuan tangguh bayar RM3.1 juta
[ "Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Kerajaan Malaysia dan empat pihak lain untuk menangguhkan pelaksanaan penghakiman berhubung pembayaran ganti rugi berjumlah RM3.1 juta kepada seorang pemuda yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lepas.", "Selain kerajaan, empat pihak yang merupakan defendan ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor.", "Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati tiada keadaan istimewa membolehkan mahkamah memberi penangguhan pelaksanaan penghakiman dipohon kesemua defendan.", "“Alasan rayuan telah difailkan (oleh kelima-lima defendan) di Mahkamah Rayuan dan kesukaran prosedur untuk pengeluaran wang daripada Perbendaharaan bukanlah suatu keadaan yang khas dan istimewa,” katanya.", "Hakim itu berkata kerisauan berhubung wang yang diberikan kepada pemuda itu tidak dapat dikembalikan jika kelima-lima defendan menang dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan bukan merupakan keadaan istimewa yang mewajarkan mahkamah memberi penangguhan pelaksanaan penghakiman.", "“Rayuan di Mahkamah Rayuan tidak akan mengambil masa yang lama untuk didengar. Jadi, tidak mungkin wang sebanyak itu (RM3.1 juta) dapat dibelanjakan dalam masa yang singkat. Oleh itu, permohonan tersebut ditolak dengan kos RM3,000,” katanya.", "Kelima-lima defendan itu merayu terhadap keputusan Hakim Akhtar pada 7 April lepas, yang memberikan ganti rugi berjumlah RM3.1 juta kepada pemuda berusia 22 tahun, yang menang dalam kes saman itu.", "Dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan pada 27 Mei lepas, hakim itu berkata kelewatan kakitangan perubatan merawat kecederaan lelaki itu telah melenyapkan harapan untuk menyelamatkan alat sulitnya.", "Lelaki itu, yang memfailkan saman pada 19 Julai 2018 melalui ibunya, mendakwa proses bersunat pada 13 Dis 2010 ke atasnya tidak dilakukan mengikut prosedur ditetapkan sehingga menyebabkan seluruh kepala zakar terpotong.", "Akibat kecacatan kekal itu, ibu mangsa mendakwa anaknya yang ketika kejadian berusia 10 tahun telah berubah sikap menjadi amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya. – Bernama" ]
https://www.agendadaily.com/politik/ramasamy-pertikai-senarai-calon-dap-hampir-sama-dengan-yang-didakwa-palsu/
Ramasamy pertikai senarai calon DAP hampir sama dengan yang didakwa palsu
[ "Pemimpin lantang DAP, P Ramasamy mula mempersoalkan berhubung senarai nama calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang diumumkan baru-baru ini hampir sama dengan yang didakwa palsu sebelum ini.", "Ramasamy meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas digugurkan daripada menjadi calon DAP atas alasan meremajakan parti, bagaimanapun Lim Guan Eng yang juga Pengerusi DAP itu tidak pula digugurkan sebagai calon.", "“Semalam, pengumuman rasmi mengenai calon dibuat. Sebilangan penyandang digugurkan, atas alasan untuk meremajakan parti tetapi hakikatnya ramai calon yang lebih muda digugurkan dan digantikan dengan calon yang lebih tua.", "“Bulan lepas, parti itu menolak senarai calon DAP untuk pilihan raya negeri yang dikatakan tular sebagai palsu, tetapi senarai semalam ternyata hampir sama.", "“Mengapa percanggahan dan ketidak-konsisten ini berlaku?” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu dipetik laporan Malaysiakini.", "Tambahan pula, Ramasamy berkata senarai calon yang diumumkan itu memberi gambaran bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dalam DAP Pulau Pinang dengan kumpulan yang menyokong pemimpin tertentu mempunyai lebih pengaruh dalam barisan.", "Bagaimanapun, beliau  tidak menjelaskan perkara ini secara terperinci.", "Menurut Ramasamy, alasan kepimpinan DAP untuk menggugurkan beberapa penyandang adalah tidak wajar.", "“Sekurang-kurangnya mereka (DAP) boleh lebih telus, dan berjumpa kami (penyandang yang digugurkan) sebelum memuktamadkan (senarai).", "“Saya telah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama tiga penggal sejak 2008, dan kini DAP adalah sebahagian daripada gabungan pemerintah (di peringkat persekutuan). Perlu ada kematangan dan ketelusan,” katanya lagi.", "DAP terdahulu mengumumkan seramai 19 calon DAP yang akan bertanding pada PRN negeri itu dan mereka terdiri daripada 12 penyandang manakala tujuh calon muka baharu.", "Bagi memberi laluan kepada muka baharu tujuh penyandang kerusi DUN Pulau Pinang telah digugurkan iaitu Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II (Perai); M. Satees (Bagan Dalam); Phee Boon Poh (Sungai Puyu); Soon Lip Chee (Bagan Jermal); Lee Chun Kit (Pulau Tikus); Chong Eng (Pangkalan Kota) dan Yeoh Soon Hin (Paya Terubong).", "Manakala Guan Eng kekal mempertahankan kerusinya di DUN Air Putih." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/tak-boleh-makan-durian-selepas-cucuk-vaksin-covid-19/
Tak boleh makan durian selepas cucuk vaksin Covid-19?
[ "Penerima vaksin Covid-19 ‘gelisah’ selepas dimaklumkan oleh petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bahawa mereka tidak boleh memakan durian selama empat hingga lima hari selepas menerima suntikan dos pertama atau kedua.", "Apa yang menyebabkan mereka gelisah adalah kerana harga durian di Utara Semenanjung, khususnya di Kedah dan Perlis sekarang ini jauh lebih rendah daripada biasa.", "Di Kubang Pasu, khususnya, ada peniaga yang menjualnya dengan harga jauh lebih murah daripada sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan bergantung kepada jenis durian.", "Bagi durian kampung dengan isi gred A, harga sekilogram sekitar RM6 hingga RM10. Kebanyakan durian ini dibawa masuk dari Balik Pulau, Pulau Pinang dan Batu Kurau, Perak.", "Namun bagi durian jenis lain seperti D24 dan Musang King, harga sekilogram bermula dengan RM20 dan ke atas yang masih dianggap murah.", "Malah ada sesetengah peniaga yang membeli terus ‘raja buah’ itu daripada pemilik dusun menyebabkan mereka boleh menjualnya dengan harga murah.", "“Tuan-tuan dan puan-puan… lepas cucuk jangan makan durian empat hingga lima hari,” kata seorang petugas yang membuat pengumuman melalui pembesar suara kepada penerima vaksin di PPV Polimas di Jitra, Kedah, hari ini.", "Pengumuman itu dibuat ketika wartawan Agenda Daily dan beberapa penerima lain diletakkan dalam perhatian 15 minit selepas menerima suntikan dos pertama Pfizer.", "Bagaimanapun, sebelum ini Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memaklumkan memakan durian sama ada sebelum atau selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 tidak memberi kesan sampingan kepada seseorang individu.", "“Tidak termaktub dalam buku perubatan tidak boleh makan durian selepas cucuk (vaksin). Ini tidak betul, yang betulnya kita tidak boleh makan benda (makanan) terlalu manis. Itu yang (boleh membawa) masalah kepada kesihatan,” katanya", "Mengulas dakwaan di media sosial mengatakan seorang lelaki meninggal dunia kerana memakan durian selepas menerima vaksin Covid-19, bulan lalu, Dr Noor Azmi sebaliknya beliau menjelaskan kematian lelaki berkenaan adalah disebabkan serangan jantung.", "“Sekarang pula musim durian. Orang sudah takut nak makan durian, mana yang sepatutnya cucuk (vaksin) dia takut nak pergi sebab dia nak makan durian.", "“Kita nasihat orang ramai supaya semak dahulu, pastikan kebenarannya. Jangan teruja mahu menularkan kepada semua dan perkara kontroversi yang kita sendiri tidak pasti.", "“Jangan hantar (sebar), biarlah kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang menjawabnya dan menjelaskan secara saintifik dan data,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/isham-jalil-tempelak-hanipa-maidin-tidur/
Isham Jalil tempelak Hanipa Maidin ‘tidur’
[ "Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menempelak Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin kerana tidak berada bersama penduduk yang diwakilinya.", "Malah katanya, Hanipa langsung tidak menunjukkan prestasi memuaskan sebagai wakil rakyat di Parlimen Sepang.", "“Kita tak nak jadi macam tu. Hanipa tak perform di Sepang. Dia bukan datang sini. Dia tidur juga,” katanya pada pertemuan dengan UMNO Bahagian Sepang.", "Beliau membayangkan bahawa UMNO mesti bertanding di Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk berdepan Pakatan Harapan (PH) dan mengelak Hanipa menang lagi.", "Isham juga mengajak UMNO Bahagian Sepang supaya menolak calon Bersatu, jika parti itu meletakkan ‘orang’ mereka bertanding di Parlimen Sepang.", "“Ini (Sepang) kawasan kita (UMNO). Jika Bersatu meletakkan calon mereka di Sepang, ia akan memecahkan undi kita dan PH akan menang semula. Saya dengar macam-macam.", "“Contohnya Bersatu hendak letak Rina Harun (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) bertanding di Sepang. Kita (UMNO) tidak setuju… kita akan lawan,” katanya.", "Isham turut menempelak tindakan Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melantik 18 penyelaras Parlimen di seluruh Selangor.", "Beliau berpendapat langkah Azmin itu bertujuan menempatkan calon Bersatu bertanding di 18 kawasan itu pada PRU15 nanti." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kempen-prn-jais-bagi-amaran-lagi-kepada-ahli-politik/
Kempen PRN : JAIS bagi amaran lagi kepada ahli politik
[ "Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekali lagi memberi amaran kepada semua ahli politik supaya tidak menggunakan masjid untuk berkempen sepanjang pilihan raya negeri (PRN).", "Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melarang penggunaan masjid dan surau sebagai medan politik kepartian serta propaganda politik malah larangan itu telah banyak kali dikeluarkan.", "“Ahli politik yang didapati menggunakan masjid dan surau di Selangor dengan tujuan tidak dibenarkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan MAIS dianggap menghina, mengingkari serta melanggar titah Sultan Selangor serta ketetapan MAIS yang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12 (a) atau (b), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Katanya, pentadbir masjid dan surau di seluruh Selangor sentiasa diingatkan untuk mematuhi dan menguatkuasakan larangan yang ditetapkan itu bagi menjadikan masjid dan surau sebagai zon aman serta bebas pengaruh politik kepartian.", "Tegasnya, pelantikan mana-mana pegawai masjid boleh dibatalkan oleh MAIS jika gagal atau sebarang kecuaian mematuhi ketetapan MAIS berdasarkan Peraturan 7 (f) Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.", "“Semua edaran titah DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Sultan Selangor dan arahan MAIS yang dikeluarkan oleh JAIS berkaitan perkara ini kepada seluruh pentadbir masjid atau surau di negeri Selangor hendaklah dirujuk,” katanya lagi.", "Sebelum ini kecoh di media sosial seorang ahli politik didakwa sedang berkempen dalam sebuah masjid." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/3129-kes-baharu-2-kematian/
3,129 kes baharu, 2 kematian
[ "Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 30 Oktober 2022) masih kekal melepasi angka 3,000 buat hari ketiga berturut-turut, walaupun turun sedikit berbanding pada Sabtu.", "Dalam tempoh semalam sebanyak 3,129 jangkitan baharu direkodkan, berbanding 3,189 kes pada Sabtu, termasuk enam kes import, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.", "Jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,900,051 kes, dengan 4,832,220 pesakit telah sembuh, termasuk 2,464 yang pulih semalam.", "Selangor masih kekal mencatat kes tertinggi sebanyak 1,389 menjadikan kumulatif positif meningkat kepada 1,498,200 kes.", "Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 2,411 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak, berbanding 2,386 pada Sabtu.", "Sebanyak 518 kes (penerima dua dos – 560 Sabtu); 192 kes (individu tidak divaksinasi – 230 Sabtu); dan lapan kes (individu belum lengkap divaksinasi – 13 Sabtu).", "Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 31,365 kes masih aktif, meningkat lagi berbanding 30,702 kes yang dilaporkan sehingga Sabtu.", "Daripada jumlah itu, 29,855 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (29,330 pesakit pada Sabtu); 1,444 dirawat di hospital, naik berbanding 1,312 pada Sabtu.", "Seramai 66 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (60 pada Sabtu), dengan 39 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (34 Sabtu).", "Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:", "Sementara itu, KKM juga memaklumkan dua meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’.", "Dua kes kematian itu dilaporkan di Pulau Pinang dan Sarawak.", "Rekod itu menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac 2020 lalu hingga semalam meningkat kepada 36,466 kes.", "Jumlah itu, termasuk 7,761 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/jangkitan-baharu-naik-lagi-kumulatif-positif-lebih-2-75-juta/
Jangkitan baharu naik lagi, kumulatif positif lebih 2.75 juta
[ "Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat semula berbanding semalam, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 3,683 kes baharu dikesan, berbanding 2,897 kes yang direkod semalam.", "Menurutnya angka itu menjadikan kumulatif kes positif sejak awal tahun lalu hingga hari ini sebanyak 2,750,516 kes, dengan sehingga semalam 2,673,084 pesakit disahkan sembuh, dan 31,392 kes kematian.", "Mengikut laman sesawang KKM, Covidnow, sehingga semalam sebanyak 42,357 kes masih aktif, dengan 35,247 pesakit kini menjalani kuarantin di rumah.", "Manakala, 3,303 pesakit ditempatkan di PKRC; 3,505 dimasukkan ke hospital; dan 302 lagi pesakit dirawat di ICU, termasuk 169 daripadanya yang memerlukan alat bantuan pernafasan.", "KKM juga berkata 226 kluster lagi masih aktif, termasuk empat kluster baharu yang dikesan semalam yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi, pendidikan, komuniti dan satu kluster import.", "Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara kekal pada nilai 0.93.", "Hanya Terengganu yang merekodkan nilai Rt 1.00, sementara negeri-negeri lain mencatat 0.71 hingga 0.95." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mysejahtera-perkenal-tujuh-kod-qr-baharu-risiko-covid-19/
MySejahtera perkenal tujuh kod QR baharu risiko Covid-19
[ "Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengemas kini panduan aplikasi MySejahtera bagi memastikan tidak ada individu yang berstatus tertentu memasuki Pusat Pemberian Vaksin (PPV).", "Menurut kenyataan JKJAV hari ini orang ramai boleh merujuk status risiko masing-masing di aplikasi MySejahtera setiap kali mahu meninggalkan rumah.", "“Ini adalah panduan terkini yang telah dikemaskini. Anda harus rujuk status risiko di aplikasi MySejahtera anda setiap kali ingin meninggalkan rumah, termasuk juga ketika bersiap-sedia untuk ke PPV untuk vaksinasi.", "JKJAV berkata individu yang mempunyai status tinggi tidak akan dibenar masuk ke PPV.", "“Ini adalah untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain. Harap anda bersabar, janji temu vaksinasi anda akan dijadualkan ke tarikh lain,” kata JKJAV.", "Terdahulu, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menutup sementara Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, hari ini, susulan kes positif Covid-19 membabitkan petugasnya.", "Pada masa sama, CITF menggesa individu yang hadir untuk menerima vaksin di IDCC antara 29 Jun hingga 12 Julai 2021 membuat penilaian kendiri dan melakukan ujian saringan jika ada tanda-tanda gejala Covid-19.", "Semua janji temu yang telah diberikan pada hari ini akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan secepat mungkin.", "Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mengarahkan semua PPV melakukan pemeriksaan rapi di pintu masuk bagi mengelak individu berstatus tertentu seperti mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19, memasuki pusat berkenaan.", "Beliau berkata selain itu beberapa langkah segera termasuk sanitasi, pengasingan kontak rapat dan melakukan ujian ke atas petugas PPV turut dilakukan apabila individu positif dikesan memasuki PPV berkenaan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/usul-ungkai-ordinan-darurat-ditangguh-ke-sidang-depan/
Usul ungkai Ordinan Darurat ditangguh ke sidang depan
[ "Usul bagi membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Ordinan-ordinan Darurat akan dibawa ke persidangan akan datang.", "Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.", "“Saya memohon usul Perdana Menteri berkenaan pengungkaian Ordinan-ordinan darurat nombor 13 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini dibawa ke mesyuarat akan datang juga,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.", "Usul penangguhan tersebut diterima Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.", "Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, antara ordinan terlibat ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021.", "Selain itu, Wan Junaidi berkata mengikut Peraturan Mesyuarat 62, lapan rang undang-undang untuk bacaan kali kedua dan ketiga yang tersenarai di nombor 5 hingga 12 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini turut akan dibawa ke mesyuarat akan datang.", "Ia melibatkan Rang Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020; Rang Undang-Undang Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2020; Rang Undang-Undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020; Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 dan Rang Undang-Undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2021.", "Turut dibawa ke persidangan akan datang ialah Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021; Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 serta Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021." ]
https://www.agendadaily.com/politik/sayap-sayap-umno-sedang-permainkan-ismail-sabri/
Sayap-sayap UMNO sedang ‘permainkan’ Ismail Sabri
[ "Beberapa jam setelah ‘abang-abang’ mereka mengeluarkan kenyataan membawa usul supaya pemilihan UMNO diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sayap Puteri pula berkata mereka mahukan hal yang sama.", "Setiausaha Puteri UMNO Asuma Beevi Mohamed Sali berkata 171 bahagian bertegas mahu pemilihan parti diadakan selepas PRU15 bagi memastikan seluruh jentera dan kepimpinan parti memberi fokus 100 peratus kepada agenda membela rakyat dan menjadi suara rakyat.", "Puteri turut memberi alasan ketidakstabilan parti menuju ke PRU15 selepas pemilihan akan memberi impak negatif jangka panjang kepada parti dan rakyat.", "Terdahulu, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hasmuni Hassan berkata 176 Pemuda UMNO Bahagian mengusulkan PRU15 diadakan sebelum pemilihan parti.", "Kenyataan dua sayap UMNO itu yang saling menyusul, ibarat suatu ‘permainan’ untuk menguji keupayaan politik Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menolak diadakan PRU15 awal sebelum mandat Dewan Rakyat berakhir pada 2023.", "Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata PRU-15 wajar diadakan dalam masa terdekat dengan mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada BN.", "Mohamad dilaporkan menyuarakan pandangan itu kepada Ismail Sabri selepas BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.", "Namun kemudian, pada 11 Disember lalu Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan beliau tidak bersetuju PRU15 diadakan lebih awal – tidak sehingga menjelang penggal Parlimen ke-14 berakhir pada 2023.", "Naib Presiden UMNO itu menegaskan beliau tidak akan tergesa-gesa untuk mengadakan PRU15 kerana masih terdapat banyak ‘urusan yang belum selesai’, termasuk mengemudi negara keluar daripada krisis pandemik Covid-19 dan menjamin kestabilan politik.", "Ismail Sabri juga berkata, kemenangan BN pada PRN Melaka baru-baru ini tidak boleh dijadikan tanda aras bagi kemenangan BN di seluruh negara dalam PRU15.", "Bagaimanapun semalam, kedua-dua sayap parti itu menyanggah kehendak Ismail Sabri.", "Walaupun kemudian ada Pemuda bahagian mempertikaikan angka yang disebut dalam kenyataan Hasmuni, hakikatnya terbukti bahawa pengaruh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tetap kukuh, sebagaimana dilaporkan Agenda Daily. Berita berkaitan", "Ini bermakna populariti Ismail Sabri di dalam parti hanya setakat sebagai Naib Presiden yang telah diberi peranan mengelak pertembungan calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka baru-baru ini, tetapi masih gagal.", "Dari satu sudut, populariti Ismail Sabri dalam kalangan penduduk Malaysia sememangnya meningkat, kerana sikap beliau yang lemah lembut tetapi tegas dengan pendirian, selain lebih menjurus kepada usaha menyatupadukan tiga parti utama di dalam BN dan PN – Bersatu, UMNO dan PAS.", "Ketiga-tiga parti ini jika bergabung dalam PRU15 pasti menyebabkan Pakatan Harapan (PH) kalah teruk, tetapi keangkuhan kepimpinan tertinggi UMNO yang ada sekarang, tidak menjanjikan kerjasama itu, kecuali ‘siapa yang ada di atas sekarang ini diturunkan’.", "Itulah sebab utama dua sayap UMNO mendesak pemilihan parti diadakan selepas PRU15 – mereka tidak mahu Ismail Sabri bertanding jawatan Presiden, sekali gus penyokong Naib Presiden itu juga turut bertanding kerus-kerusi lain di dalam Majlis Tertinggi (MT).", "Rakyat mahukan keamanan dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang belum menunjukkan tanda-tanda berakhir. Puluhan juta rakyat Malaysia tidak mahu mendedahkan diri kepada risiko Covid-19, sedang pemimpin UMNO pula gila untuk berebut jawatan demi kepentingan diri.", "Penggal Parlimen ke-14 akan tamat pada 2023. Biarpun Perhimpunan Agung UMNO mendesak PRU15 dipercepatkan, hanya dua individu yang berhak memutuskan bila Parlimen ke-14 wajar dibubarkan – Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.", "Oleh itu bolehlah dibuat perkiraan bila tarikh akhir pemilihan UMNO bagi sesi 2021-2024 perlu diadakan setelah ditangguh selama 18 bulan bermula 30 Jun, dan tarikh berakhirnya penggal Parlimen ke-14 pada pertengahan 2023.", "Kecuali ada kejutan tertentu sepanjang tahun depan, usul Pemuda dan Puteri itu tidak akan menjadi kenyataan.", "Berita berkaitan " ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/cuepacs-tegur-ramasamy-isu-ramai-melayu-dalam-perkhidmatan-awam/
CUEPACS tegur Ramasamy isu ramai Melayu dalam perkhidmatan awam
[ "Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) menjelaskan bahawa pelantikan kakitangan awam selama ini tidak pernah menetapkan faktor bangsa, kaum, etnik atau negeri tertentu sebagai penentu dalam mengambil atau menaikkan pangkat penjawat awam.", "Sebaliknya, Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat berkata pengambilan dan pelantikan kakitangan dalam sektor perkhidmatan awam dilakukan berasaskan merit dan kompetensi calon tanpa membabitkan sebarang kuota seperti ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).", "Menurutnya kebanyakan yang menyertai perkhidmatan awam bergantung kepada kehendak, minat dan kecenderungan individu itu sendiri.", "“Permohonan pula adalah terbuka kepada semua bangsa dan agama. Tanpa membuat permohonan melalui SPA, bagaimana seseorang individu itu boleh menyertai perkhidmatan awam atau dilihat berminat untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat.", "“Ketika ini sambutan daripada kaum bukan Bumiputera untuk menyertai perkhidmatan awam dilihat kurang kerana mereka berpandangan gaji rendah berbanding jika bekerja di sektor swasta, bidang lain atau berniaga,” katanya dalam kenyataan, hari ini menurut BH.", "Semalam, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dilaporkan mendesak kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) memecahkan dominasi bangsa Melayu dalam perkhidmatan awam.", "Adnan berkata, CUEPACS memandang serius kenyataan itu dan pihaknya cukup terkilan apabila wakil rakyat terbabit membuat kenyataan terbuka tanpa mendapatkan sebarang maklumat yang tepat daripada kerajaan mengenai situasi sebenar dalam perkhidmatan awam.", "“Beliau adalah seorang daripada wakil rakyat daripada parti politik yang membentuk kerajaan ketika ini. Kenyataannya mengenai dasar berasaskan kaum dalam pengambilan dan kenaikan pangkat penjawat awam adalah satu tuduhan yang berat dan tidak berasas.", "“Sebagai seorang wakil rakyat, beliau sepatutnya memberi kesedaran kepada rakyat mengenai peluang kerjaya dalam sektor perkhidmatan awam supaya pelbagai kaum berminat atau mengetahui peluang kerjaya yang tersedia.", "“Tidak wajar untuk menuduh perkhidmatan awam sebagai milik kaum tertentu jika anda sendiri sebagai wakil rakyat tidak bersama-sama dengan perkhidmatan awam untuk meningkatkan lagi pembangunan kerjaya dalam sektor awam ini,” katanya.", "Dalam pada itu, beliau berkata, kebanyakan mereka yang menyertai perkhidmatan awam terutama di sektor keselamatan dan pertahanan adalah disebabkan faktor patriotik dan cintakan negara.", "“Disebabkan faktor ini jugalah penjawat awam sentiasa neutral dan tidak apolitikal dalam mencurahkan bakti kepada negara dan rakyat tanpa mengambil kira bangsa seseorang itu.", "“Kita tidak pernah melihat penjawat awam mengabaikan sesuatu bangsa dalam memberikan perkhidmatan bahkan penjawat awam jugalah kumpulan pertama yang berada di barisan hadapan bagi membantu rakyat sekiranya berlaku bencana atau darurat,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pru-15-polis-cari-lima-marshal-berlagak-polis-trafik/
PRU-15: Polis cari lima ‘marshal’ berlagak polis trafik
[ "Polis sedang mengesan lima individu bertindak sebagai pengiring (marshal) konvoi motosikal yang berlagak seperti polis trafik di lampu isyarat Taman Desa Dahlia, Senawang, kelmarin (7 November 2022).", "Individu terbabit dirakam dalam satu video yang tular menunjukkan mereka memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan kepada lapan kenderaan sebuah parti politik.", "Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Yusoff berkata rakaman video yang tular itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal membawa bendera parti politik yang sama menghalang laluan di lokasi berkenaan.", "“Pada jam 6.47 petang Isnin lalu, tular satu rakaman berdurasi 33 saat berkaitan sekumpulan penunggang motosikal yang menghalang dan mengganggu kelancaran lalu lintas serta pengguna jalan raya lain.", "“Dalam video itu aksi lima penunggang motosikal dengan membawa bendera parti politik menahan kenderaan di simpang empat lampu isyarat di lokasi berkenaan.", "“Ia bagi memberikan laluan kepada lapan kenderaan yang dipercayai daripada parti politik yang sama. Kejadian itu mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya, lapor BH.", "Beliau berkata, pihak polis kini sedang mengesan semua pemandu dan penunggang yang terbabit dalam kejadian tersebut.", "“Tindakan mereka sebagai marshal dengan menahan dan mengawal kenderaan melalui lampu isyarat adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 21(1) Akta Polis 1967.", "“Tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Seksyen 94 Akta Polis 1967. Individu yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” katanya.", "Mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas, hukuman individu yang melakukan kesalahan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih RM2,000.", "Ahmad Dzaffir turut menasihatkan semua parti politik supaya tidak melanggar undang-undang jalan raya ketika dalam tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15." ]
https://www.agendadaily.com/politik/laman-facebook-asyraf-wajdi-pun-penyumbang-umat-islam-buat-dosa/
Laman Facebook Asyraf Wajdi pun ‘penyumbang’ umat Islam buat dosa
[ "Masih diam terkaku susulan kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam yang menyokong skim pengeluaran i-Citra ditamatkan, Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki, sebaliknya hanya meminta pihak berkuasa tempatan memastikan sampah daripada harta benda mangsa banjir yang musnah dibersihkan segera.", "Menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini, Asyraf Wajdi berkata sampah sarap yang bertimbun perlu segera dibersih bagi mengelak mudarat lain yang boleh terhasil, seperti wabak penyakit.", "Semakan Agenda Daily di Facebook beliau bagaimanapun mendapati netizen lebih banyak mengulas berkaitan pengeluaran one-off i-Citra KWSP yang diperjuangkan Pemuda dan Asyraf Wajdi, tetapi tidak dipedulikan kerajaan pimpinan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Sehingga satu tahap Ketua Pemuda UMNO itu dilihat terikut-ikut dengan rentak netizen yang mengulas isu i-Citra, sehingga menasihatkan pengguna media sosial tidak membuat poster memfitnahnya.", "“Buat poster fitnah macam ni mudah je, letak gambar dan caption kenyataan palsu. Apa2pun terima kasih atas pahala yang disumbangkan. Alhamdulillah", "“Baca status sebelum ni. Ikuti semua kenyataan saya di FB untuk dapat pendirian saya yang betul dan tepat,” katanya menjawab ulasan seorang pengguna media sosial di Facebook beliau.", "Namun, Agenda Daily mendapati laman Facebook Asyraf Wajdi turut menjadi penyambung kepada ‘pergaduhan’ sesama Islam dan Melayu setelah masing-masing ‘kata mengata’ hingga mengaitkan pihak-pihak lain.", "Sehingga berita ini ditulis Asyraf Wajdi belum mengulas kenyataan dibuat KWSP semalam, sedangkan isu one-off RM10,000 skim i-Citra KWSP itu menjadi perjuangan utama beliau dan Pemuda UMNO.", "Dengan harapan Perdana Menteri Malaysia baharu daripada UMNO boleh mengikut telunjuknya, Asyraf Wajdi meletakkan harapan tinggi kepada orang ramai bahawa pengeluaran one-off itu akan dilaksanakan.", "Namun, bukan sahaja one-off itu ditolak oleh Ismail Sabri, malah skim i-Citra juga tidak disambung.", "Semalam, satu lagi tamparan hinggap di pipi Asyraf Wajdi apabila KWSP memberi sokongan supaya pengeluaran khas i-Citra tidak dilanjutkan sehingga tahun depan. Berita berkaitan ", "Tiga hari lalu, Perdana Menteri berkata kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang KWSP berjumlah RM10,000 biarpun ada permintaan agar ia dipertimbangkan bagi tujuan meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.", "Ismail Sabri berkata kerajaan juga tidak berhasrat meluluskan pengeluaran i-Citra bagi kali kedua setelah skim berkenaan berakhir bulan ini.", "Namun, semalam Asyraf Wajdi yang mahu menjadi ‘hero’ one-off i-Citra RM10,000, seperti menyindir Perdana Menteri dengan menganggap kemudahan pinjaman yang disediakan menerusi beberapa agensi, termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tekun, terutama kepada mangsa banjir, akan menambah beban hutang orang ramai.", "Menerusi kenyataan ‘Alternatif kepada i-Citra KWSP: Tambahan bantuan atau galakkan berhutang’, Asyraf Wajdi menyifatkan kemudahan pinjaman yang diumumkan Ismail Sabri sebagai inisiatif berhutang yang tidak menyelesaikan masalah. Berita berkaitan", "Apapun, penyokong Asyraf Wajdi terus menuduh Perdana Menteri mengikut telunjuk Kementerian Kewangan, tanpa mempersoalkan tugas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Suffian Hamdan yang kini dilantik sebagai Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/lelaki-kl-cari-calon-isteri-tawar-ganjaran-rm10000-hadiah/
Lelaki KL cari calon isteri tawar ganjaran RM10,000, hadiah
[ "Seorang lelaki dari Kuala Lumpur memasang sepanduk di tepi jalan dan menawarkan ganjaran wang tunai kepada gadis yang mahu dijadikan rakan kongsi hidupnya, nampaknya membuahkan hasil.", "Ariff Luqman mula menyiarkan pencariannya di Facebook pada akhir Jun, mengatakan bahawa dia menawarkan RM10,000 kepada sesiapa sahaja yang dapat mencarikannya seorang isteri.", "Risalah maya Ariff menyatakan bahawa mereka yang berminat boleh terus menghantar “resume” kepadanya melalui e-mel.", "Calon yang ideal adalah wanita Islam yang boleh memasak dan ingin mempunyai “banyak anak”.", "Sebagai balasan, calon yang menang boleh mengharapkan “elaun dan hadiah yang besar”.", "Ariff memberitahu portal MalayMail bahawa setakat ini dia telah menerima 1,000 permohonan daripada mereka yang berminat.", "“Saya mempunyai idea untuk ini kerana saya telah ditolak banyak kali pada masa lalu,” katanya.", "“Saya terkejut dengan tindak balas daripada rakyat Malaysia… ramai yang mencadangkan kakak, kawan, ibu saudara, dan juga ibu mereka!”", "Dia akan mula menapis calon yang berpotensi melalui beberapa tarikh untuk mengadakan pertemuan ‘blind dates’ mulai Ogos sehingga Disember.", "Selain menyebarkan mesej itu melalui media sosial, Ariff juga telah merakamkan dirinya memasang sepanduk serta mengedarkan risalah yang memperincikan tawarannya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/cabar-di-mahkamah-tapi-ph-bertanding-atau-tidak-soal-sulaiman/
Cabar di mahkamah, tapi PH bertanding atau tidak? soal Sulaiman
[ "Datuk Seri Sulaiman Md Ali hari ini secara sinis mempersoalkan Pakatan Harapan (PH) sama ada turut serta bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka atau tidak.", "Ini kerana, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari semalam telah mengemukakan permohonan kebenaran semakan kehakiman mencabar keabsahan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.", "“Kata hendak cabar di mahkamah, (tetapi mereka) bertanding (PRN) atau tidak? Parti lawan (PH) bertanding? Sudah cabar di mahkamah, lepas itu akan bertanding? Tidak tahulah,” katanya lapor Berita Harian. ", "Semalam Adly memohon perintah untuk membatalkan writ dan notis pilihan raya yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 18 Oktober lalu bagi mengadakan PRN Melaka pada 20 November depan dan turut memohon perintah supaya notis mengadakan PRN digantung sementara permohonan kebenaran semakan kehakiman didengar dan diputuskan mahkamah.", "Sehubungan itu, Sulaiman yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka menegaskan sesiapa saja berhak memfailkan kes di mahkamah, termasuk berhubung isu keabsahan kerajaan sementara bawah kepemimpinannya.", "“Itu hak dia (membawa kes ke mahkamah). DUN bubar pun dia (PH) tidak mahu, apapun (perkara) mereka tidak akan pernah bersetuju. Jadi, saya tidak ada komen kerana perkara itu sudah difailkan.", "“Teruskan sahajalah dan tunggu (keputusan) mahkamah. PRN juga sudah diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kalau kata mereka (tetap) mahu mencabar di mahkamah, cabarlah… itu hak dia,” katanya lagi. " ]
https://www.agendadaily.com/politik/bn-berwibawa-perintah-negara-kata-zahid-yang-berdepan-puluhan-kes-jenayah/
BN berwibawa perintah negara, kata Zahid yang berdepan puluhan kes jenayah
[ "Hanya dengan menjadikan alasan Barisan Nasional (BN) tidak memerintah negara selama tiga tahun ini, Malaysia sudah kucar-kacir dalam banyak segi, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kerajaan BN adalah yang paling berwibawa.", "Dalam rayuannya supaya rakyat kembali kepada BN apabila Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan nanti, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa Malaysia mempunyai sebab munasabah untuk meyakini BN.", "“Jika mahu disentuh secara terperinci segala fakta tentang 22 bulan dan 17 bulan pasti panjang untuk disenaraikan, namun ia sebuah hakikat yang nyata.", "“Rumusan terpenting mengenai segala-galanya adalah perjalanan negara sejak merdeka telah membuktikan kerajaan BN adalah kerajaan paling berkaliber,” kata Zahid yang mengetuai 15 Ahli Parlimen (MP) UMNO yang menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini.", "Zahid yang kini berdepan puluhan tuduhan jenayah di dua Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan Shah Alam berkata kerajaan BN adalah kerajaan paling berwibawa, berkemampuan dan berpengalaman untuk mentadbir dan membawa kemakmuran.", "Mengambil contoh pengundi Melaka telah menjayakan misi kembali kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 20 November lalu, beliau berkata harapan kini diletakkan kepada rakyat di negeri-negeri lain pula untuk memastikan kejayaan BN.", "“Seruan mengembalikan kemakmuran bersama kerajaan BN bukan retorik sebaliknya berdasarkan kebenaran yang disaksikan rakyat Malaysia sejak 9 Mei 2018,” katanya yang berdepan 40 tuduhan menerima suapan daripada Ultra Kirana Sdn Bhd berhubung VLN kerajaan.", "Sebanyak 33 pertuduhan adalah berkaitan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN), melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.", "Tujuh pertuduhan lagi, Presiden UMNO itu didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.", "Kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan masih berjalan.", "Mengulas lanjut, Zahid berkata BN paling berkaliber dalam memastikan pentadbiran ekonomi yang cemerlang, kestabilan yang terbilang dan kesejahteraan rakyat yang gemilang.", "“Justeru jangan segan dan usah berasa malu untuk kembali menyokong BN kerana itu juga suatu jasa dan pengorbanan demi masa depan.", "“Maka apabila tiba masanya kita bersama memastikan sejarah hitam PRU-14 tidak berulang dan mengembalikan sebuah kerajaan rakyat iaitu kerajaan Barisan Nasional,” katanya yang mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan Yayasan Akalbudi.", "Dua belas daripada pertuduhan itu membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan wang berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.", "Pada 19 Mac lepas, pendakwaan telah menutup kesnya selepas memanggil 99 saksi.", "Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah telah mengarahkan pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan bertulis masing-masing pada 28 Mei dan menetapkan 28 hingga 30 Jun serta 1 hingga 2 Julai sebagai tarikh pendengaran bagi hujahan lisan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kali-pertama-dalam-sejarah-presiden-umno-bukan-calon-pm/
Kali pertama dalam sejarah Presiden UMNO bukan calon PM
[ "Kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang mengatakan belum masanya parti itu dan Barisan Nasional (BN) menamakan calon Perdana Menteri (PM), jelas terbukti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukanlah calon yang akan mewakili gabungan tersebut dalam perlumbaan jawatan nombor satu negara pada pilihan raya umum nanti.", "Biarpun Zahid adalah Presiden UMNO dan Pengerusi BN, namanya tidak langsung disebut sebagai calon oleh Shahril ketika membalas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.", "Malah, dalam membidas kenyataan Wan Saiful itu, diam-diam Shahril membuka pekung partinya yang masih tercari-cari siapakah individu bakal diketengahkan untuk menjadi PM Malaysia.", "“UMNO belum menamakan. Bila hendak menamakan, itu keputusan UMNO-lah… UMNO ada ramai pemimpin berkaliber yang boleh diketengahkan bukan hanya sebagai calon suatu jawatan Perdana Menteri tetapi membarisi kepimpinan secara umumnya.” Itu yang dinyatakan Shahril.", "Jika bukan Zahid, siapa yang layak? Jika bukan Zahid, ini bermakna buat kali pertama dalam sejarah Presiden UMNO dan Pengerusi BN tidak menjadi calon PM.", "Mungkin selepas tular klip audio Zahid dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pertimbangan kewajaran untuk UMNO meletaknya sebagai calon PM diambilkira, nyata UMNO kini melihat Zahid tidak lebih sekadar menjadi liabiliti kepada parti.", "Siapa tahu. UMNO mungkin sudah melihat Zahid tidak dapat melepaskan dirinya daripada tuduhan jenayah. Zahid mungkin tidak dapat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Maka calon baharu mesti dicari untuk diketengahkan.", "Pastinya, UMNO tidak mahu calon PM mereka daripada individu yang terpalit dengan skandal. Adakah UMNO mahu mengangkat individu yang terbukti menyeleweng, menggelapkan wang negara, dan dijatuhkan hukuman penjara sebagai ‘Malaysian Official 1’?", "Adakah UMNO mahukan individu yang terpalit dengan skandal, berdozen-dozen kes mahkamah kerana salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram, sebagai calon PM?", "Amanah yang tidak sanggup dipikul oleh langit, bumi dan gunung-gunung, lalu manusialah yang sanggup hingga akhirnya dituduh di mahkamah kerana pecah amanah.", "UMNO memerlukan seorang individu yang bersih daripada segala tuduhan, jujur, apa lagi amanah untuk menjadi calon PM. Tapi Zahid nampaknya masih memerlukan partinya untuk melindungi diri daripada 47 pertuduhan di mahkamah.", "Benar! PRU15 belum kelihatan bayangnya, malah tempoh matang Parlimen ke-14 hanya akan menutup tirai pada 2023. Hanya yang gila kuasa dan mementingkan diri terlonjak-lonjak bersorak meminta Parlimen dibubarkan.", "Bersatu dan Pakatan Harapan sudah menyatakan pilihan masing-masing. Rakyat sedang menilai mana yang baik. Mana yang gila kuasa, mana yang berjuang menyatupadukan kaum, melawan pandemik Covid-19 dan menggerakkan jentera ekonomi demi rakyat.", "Tidak perlu memberi alasan PRU15 belum diketahui bila. Apa yang akar umbi dan rakyat mahu melihat sekarang ialah calon PM daripada UMNO. Atau UMNO masih takut dengan Zahid?" ]
https://www.agendadaily.com/politik/tukar-pm-pun-gagal-turun-suhu-politik-umno-juga-punca-krisis-melaka/
Tukar PM pun gagal turun suhu politik, UMNO juga punca krisis Melaka
[ "Walaupun sudah tukar Perdana Menteri baharu sekalipun, nampaknya suhu politik negara masih tidak turun dan kali ini UMNO juga menjadi punca sekali lagi krisis politik dalam negara. Kali ini tercetus di Melaka pula.", "Sebelum ini, 15 Ahli Parlimen (MP) UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga jatuh dan kali ini dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Melaka menarik sokongan sehingga jatuh kerajaan Melaka pula.", "Walaupun mantan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh mengambil langkah dengan membubarkan Parlimen selepas tindakan 15 MP UMNO diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan tetapi sebaliknya mengambil keputusan yang terbaik bagi mengelakkan berlakunya pilihan raya umum (PRU) dilaksanakan.", "Keputusan Muhyiddin tersebut ekoran penularan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara dan tidak mahu kemelut politik berpanjangan sehingga rakyat yang merana.", "Berbeza dengan tindakan diambil Muhyiddin, nampaknya krisis politik di Melaka lebih parah apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dan Pilihan Raya Negeri terpaksa diadakan hanya kerana kerakusan kuasa segelintir pemimpin UMNO.", "Lebih memeningkan kepala, kekecohan politik di Melaka dicetuskan oleh pemimpin UMNO sendiri yang tidak berpuas hati dengan Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali.", "Ketua kepada kumpulan yang menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka adalah Datuk Seri Idris Haron ( ADUN Sungai Udang) yang juga bekas KM sebelum ini semasa era pentadbiran Barisan Nasional (BN).", "Keputusan membubarkan DUN Melaka dilihat terlalu drastik pada ketika negara masih berdepan cabaran pandemik Covid-19, malah Muhyiddin walaupun memiliki pilihan untuk mengambil langkah sama di peringkat kerajaan Persekutuan sanggup melepaskan jawatannya supaya rakyat tidak menjadi mangsa.", "Krisis sebelum ini dicetuskan oleh Zahid yang bersekongkol dengan cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awalnya dan juga mengetuai kumpulan 15 MP UMNO yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin.", "UMNO ketika itu tidak memiliki sokongan majoriti dan memerlukan sokongan parti komponen PN bagi melengkapkan majoriti, akhirnya Muhyiddin berlapang dada dengan melepaskan jawatannya serta mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO sebagai penggantinya.", "Jika waktu itu Muhyiddin tidak memberi sokongan kepada Ismail Sabri sudah pasti kemelut politik tidak selesai dan berkemungkinan PRU akan dijalankan kerana blok pembangkang juga tidak memiliki majoriti yang diperlukan untuk meletak Anwar sebagai PM Kesembilan.", "Tindakan pembubaran DUN yang dibuat oleh UMNO ini secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan penularan sama yang berlaku di Sabah selepas PRN berlangsung September tahun lepas.", "Rakyat pasti tidak melupakan insiden pembubaran DUN Sabah yang juga berpunca daripada UMNO sebagai pencatur utama.", "Selepas PRN Sabah, kes jangkitan Covid-19 mencatat peningkatan mendadak dan hampir seluruh negara berada dalam zon merah. Orang ramai marah dan tidak berpuas hati dengan langkah PRN Sabah tersebut diadakan dan kini episod sama kembali berulang.", "Nampaknya, UMNO masih tidak puas walaupun kini PM baharu juga adalah dari parti mereka sendiri, kini Melaka pula menjadi contoh satu lagi kerakusan kuasa pemimpin UMNO sendiri.", "Perkara yang berlaku di pusat nampaknya sudah merebak ke negeri, Zahid sudah memberi contoh tidak baik di peringkat atasan dan pemimpin bawahan kini mengikut langkah sama yang pernah dilakukan Presiden UMNO itu terhadap Muhyiddin.", "Kini, tunggu Suruhanjaya Pilihan Raya yang akan memutuskan sama ada PRN Melaka boleh dijalankan atau pun tidak ketika negara masih berdepan cabaran pandemik.", "Nampaknya Titah Yang di-Pertuan Agong kepada semua parti politik supaya meredakan suhu politik juga tidak diendahkan, adakah ini satu lagi penderhakaan UMNO kepada Institusi Raja-Raja sehingga sanggup mementingkan diri sendiri daripada rakyat.", "Jika PRN Melaka bakal diadakan dalam masa terdekat, ia terpulang kepada pengundi di Melaka bagi membuat keputusan terbaik untuk terus kekal dengan UMNO atau menendang parti itu secara total nanti." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/sila-laksanakan-tulis-zahid-dalam-surat-berkaitan-skandal-kapal-lcs/
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
[ "Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung perolehan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS), mendedahkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlibat secara langsung dalam projek kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu.", "Perkara ini dibuktikan menerusi surat niat (LOI) yang ditandatangani Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor bertarikh 8 Julai 2010 kepada Zahid yang menjadi Menteri Pertahanan ketika itu.", "Zahid merujuk surat itu kepada bahagian perolehan Kementerian Pertahanan menerusi tulisan tangan di bahagian atas dengan menyatakan ‘sub perolehan sila laksanakan’.", "Surat itu terkandung dalam laporan JKSTUPKK yang didedahkan kepada orang ramai hari ini.", "LOI diperlukan oleh BNS untuk meyakinkan pengeluar peralatan asal bahawa projek itu mendapat mandat dan restu dari kerajaan.", "Presiden UMNO itu sebelum ini dilaporkan berkata, beliau bukan Menteri Pertahanan ketika projek itu diberikan, sebaliknya memegang portfolio berkenaan dalam tempoh April 2009 hingga Mei 2013.", "Beliau menggesa kerajaan menangani isu tersebut dengan bijaksana bagi mengelakkan kekeliruan kepada orang ramai.", "Katanya adalah tidak wajar untuk menyandarkan kegagalan perolehan LCS kepadanya kerana mendakwa dia bukan menteri pertahanan ketika projek itu diberikan.", "Menerusi surat itu, Ahmad Ramli yang juga bekas panglima TLDM, berkata bahawa BNS telah merancang projek LCS selama dua tahun.", "Sehubungan itu, Kementerian Kewangan dalam memorandum kepada Zahid pada 2 Ogos tahun itu menyatakan kos perolehan LCS adalah tinggi, oleh itu perlu pertimbangan mengenai keutamaan negara dan kapasiti sumber, dan kos projek perlu ditentukan sebelum LOI dikeluarkan.", "Kemudian pada 11 Oktober, Unit Perancang Ekonomi (EPU) menulis kepada Kementerian Pertahanan meminta menangguhkan pengeluaran LOI, hingga harga siling bagi projek bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dapat diatur semula.", "Bagaimanapun, EPU kemudiannya bersetuju kepada rayuan oleh Kementerian Pertahanan untuk mengeluarkan LOI kepada BNS.", "Pada 15 Oktober, Kementerian Pertahanan mengeluarkan LOI kepada BNS, yang menyatakan bahawa perbincangan lanjut antara menteri dan syarikat perlu diadakan mengenai beberapa perkara termasuk terma teknikal dan harga.", "Kemudian pada 11 Februari 2011, Kementerian Pertahanan meminta kebenaran daripada Kementerian Kewangan supaya perolehan dilakukan secara rundingan terus dengan BNS.", "Menurut JKSTUPKK, BNS sebenarnya telah cuba mendapatkan LOI daripada kerajaan sejak 2007 selepas mengadakan perbincangan dengan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.", "Sama seperti Zahid, Kementerian Pertahanan di bawah teraju Najib juga pada 15 Januari 2008 meminta Kementerian Kewangan mengeluarkan LOI kepada BNS.", "Tidak jelas mengapa permintaan LOI tidak diluluskan, tetapi laporan itu menyatakan bahawa BNS terus membabitkan Najib, walaupun dia kemudian bertukar portfolio kepada Kementerian Kewangan dan selepas itu menjadi perdana menteri hingga Jun 2009.", "Minggu lalu, Zahid berkata adalah ‘tidak wajar’ untuk menyalahkannya atas kegagalan perolehan LCS kerana projek itu diberikan selepas tempohnya sebagai menteri pertahanan berakhir pada 2013.", "Bagaimanapun, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan JKSTUPKK jelas menunjukkan Zahid terbabit pada peringkat awal projek itu." ]
https://www.agendadaily.com/politik/dap-dakwa-kerajaan-pn-akan-mohon-lanjut-darurat/
DAP dakwa kerajaan PN akan mohon lanjut darurat
[ "Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijangka akan memohon untuk melanjutkan tempoh darurat walaupun ia sepatutnya akan berakhir pada Ogos nanti, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.", "Guan Eng berkata pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasssin kini berdepan saat sukar ekoran tiada sokongan daripada UMNO dan langkah melanjutkan tempoh darurat hanya satu-satunya jalan yang ada sekiranya tidak mahu melihat kerajaan PN tumbang.", "“Itu sekiranya darurat tidak dilanjutkan, kerana ada ura-ura bahawa berikutan kenaikan kes Covid-19, permohonan akan dibuat untuk melanjutkan darurat. Ini terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong.", "“Ada kemungkinan besar tidak dilanjutkan kerana tidak berkesan untuk mengurangkan kes Covid-19. Bila darurat tamat kena buka Parlimen dan kita semua tahu Muhyiddin tidak ada majoriti,” katanya dipetik dalam portal Utusan Malaysia.", "Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Januari lalu memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.", "Selepas pengisytiharan tersebut, pelbagai pihak mengritik kerajaan PN termasuk rakan komponennya UMNO yang mendesak supaya tempoh tersebut segera ditamatkan.", "Mac lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan tiga wakil rakyat pembangkang, Ahli Parlimen Pulai, Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub (Amanah); Ahli Parlimen Sungai Petani, Kedah, Johari Abdul (PKR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Perak, Abdul Aziz Bari (DAP) bagi memulakan semakan kehakiman terhadap peranan Perdana Menteri dalam perisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.", "Mahkamah memutuskan bahawa keputusan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 (1) dan 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan berhubung pengisytiharan darurat tidak boleh dicabar menerusi semakan kehakiman kerana Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan adalah sah dan berperlembagaan." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/radang-jantung-sweden-denmark-henti-beri-moderna-kepada-remaja/
Radang jantung: Sweden, Denmark henti beri Moderna kepada remaja
[ "Sweden dan Denmark menghentikan pemberian vaksin Covid-19, Moderna, kepada individu lebih muda susulan kemungkinan berlaku kesan sampingan yang jarang terjadi, seperti miokarditis.", "Agensi kesihatan Sweden pada Rabu memaklumkan suntikan Moderna kepada individu yang lahir pada 1991 selepas data menunjukkan peningkatan kes miokarditis dan perikarditis dalam kalangan belia dan dewasa muda setelah divaksinasi.", "Keadaan tersebut melibatkan keradangan jantung atau lapisannya.", "Hubung kait itu berlaku dengan jelas membabitkan vaksin Moderna Spikevax, terutama setelah suntikan dos kedua,” kata agensi kesihatan itu dalam satu kenyataan, sambil menambahkan bahawa risikonya sangat kecil.", "Ketua Epidemiologi Sweden, Anders Tegnell, berkata agensi kesihatan akan terus memantau keadaan itu dengan teliti dan bertindak cepat untuk memastikan bahawa vaksinasi menentang Covid-19 akan sentiasa selamat digunakan dan pada masa sama memberikan perlindungan yang berkesan terhadap penyakit ini.", "Di Denmark, individu di bawah usia 18 tahun tidak akan ditawarkan vaksin Moderna sebagai langkah berjaga-jaga, kata pihak berkuasa kesihatan negara ini pada Rabu.", "Katanya data dikumpul daripada negara-negara Nordic – Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Iceland – menunjukkan terdapat kecurigaan peningkatan risiko keradangan jantung ketika divaksinasi dengan suntikan Moderna, walaupun jumlah kesnya tetap rendah.", "Data awal daripada kajian negara-negara Nordik itu telah dihantar kepada Agensi Perubatan Eropah (EMA) dan kini akan dinilai.", "Kedua-dua negara itu kini bercadang menggunakan vaksin Comirnaty keluar Pfizer/BioNTech.", "Norway sudah mencadangkan vaksin Cominarty kepada anak di bawah umur.", "Negara itu menekankan bahawa kesan sampingan yang jarang berlaku mungkin lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak lelaki dan belia terutama setelah suntikan kedua.", "“Lelaki berusia di bawah 30 tahun juga sepatutnya diberi Cominarty,” kata Ketua Kawalan Jangkitan Institut Kesihatan Awam Norway, Geir Bukholm dalam satu kenyataan.", "Pihak berkuasa Finland pula memaklumkan negara itu akan menyatakan keputusan mereka pada Khamis.", "EMA meluluskan penggunaan Comirnaty pada Mei, sementara Spikevax diberi kelulusan untuk kanak-kanak berusia lebih daripada 12 tahun pada Julai. – Reuters" ]
https://www.agendadaily.com/dunia/thailand-sedia-terima-pelancong-mulai-isnin-kes-covid-19-lebih-9000/
Thailand sedia terima pelancong mulai Isnin, kes Covid-19 lebih 9,000
[ "Enam Lapangan Terbang Thailand (AoT) sedang melakukan persiapan terakhir untuk menerima kehadiran pelancong asing apabila negara itu bakal dibuka semula mulai Isnin ini.", "Menurut Bangkok Post, sebanyak 30,000 penumpang dijangka bakal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi.", "Lima lagi lapangan terbang antarabangsa yang terlibat ialah Don Mueang, Phuket, Chiang Mai, Mae Fah Luang–Chiang Rai dan Hat Yai.", "Presiden AoT, Nitinai Sirismatthakarn memaklumkan penyediaan teknologi baharu sudah ditempatkan di enam lapangan terbang tersebut sebagai penyesuaian dengan keadaan norma baharu.", "Sementara itu, semua kakitangan lapangan terbang juga sudah diberikan suntikan dos penggalak untuk meningkatkan tahap imuniti bagi mencegah jangkitan Covid-19.", "Jelasnya, semua agensi terlibat seperti pejabat kuarantin lapangan terbang, imigresen dan kastam sudah menjalankan latihan khas untuk mencegah penularan virus di pusat pemeriksaan.", "Beliau memberitahu, data trafik udara turut menunjukkan lapangan terbang Suvarnabhumi sudah melakukan persediaan laluan untuk menerima kira-kira 440 penerbangan, membabitkan 230 domestik, 110 antarabangsa dan 100 kargo bermula Isnin ini.", "“Semua penerbangan itu dianggarkan akan menggunakan hampir 30 peratus kapasiti lapangan terbang itu, dengan kira-kira 30,000 penumpang termasuk 7,000 daripadanya melibatkan penerbangan antarabangsa,” jelasnya.", "Katanya, AoT sudah menyediakan lebih 196 kiosk layan diri (CUSS) untuk membantu penumpang mendaftar masuk di lapangan terbang dan 42 kiosk penurunan beg guna biasa (CUBD).", "Penumpang boleh mendaftar masuk dalam tempoh enam ke 12 jam sebelum berlepas menggunakan aplikasi syarikat penerbangan itu, serta di kiosk itu juga akan memaparkan kedudukan tempat duduk secara maya bagi memudahkan penumpang memilih tempat duduk dalam pesawat lebih awal dan penumpang boleh menggunakan CUBD untuk pengurusan bagasi mereka.", "“Selain itu, AoT turut merancang untuk memindahkan penumpang dari bangunan terminal utama ke bangunan SAT-1 yang baharu dibuka agar sasaran bagi menampung lebih 30 juta penumpang setahun dapat direalisasikan.”", "Dalam tempoh 24 jam hari ini Thailand melaporkan 9,224 kes baharu dengan 88 kematian akibat jangkitan Covid-19, menjadikan angka kumulatif di negara itu terus meningkat ke 1.9 juta kes dengan lebih 19,158 orang korban. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/politik/ramai-pelapis-boleh-ambil-tempat-zuraida-kata-srikandi-bersatu/
Ramai pelapis boleh ambil tempat Zuraida, kata Srikandi Bersatu
[ "Langkah Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamarudin yang keluar parti dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) sama sekali tidak menjejaskan Bersatu terutama sayapnya, Srikandi.", "Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, ini kerana parti terutama sayap berkenaan mempunyai ramai calon pelapis kepimpinan yang layak untuk diketengahkan.", "Malah kata beliau, pihaknya sudah lama bersedia kerana sudah mengetahui keputusan itu lebih awal sebelum Zuraida mengumumkannya secara rasmi menerusi sidang akhbar pada bulan lalu.", "“Ini tidak merisaukan kita kerana Bersatu dan Srikandi mempunyai ramai calon pelapis kepimpinan yang layak untuk diketengahkan.", "“Daripada sudut parti mahupun Srikandi khususnya, tindakan itu tidak menjejaskan sebarang urusan pentadbiran, itu perkara biasa dalam politik dimana pemimpin datang dan pergi,” katanya.", "Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram, di Johor Bahru, hari ini.", "Pada 26 Mei lalu, Zuraida mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar Bersatu untuk sertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).", "Mengulas lanjut, Rina berkata, tindakan Zuraida meninggalkan Bersatu hanya diikuti sekumpulan kecil ahli lain.", "“Semasa beliau (Zuraida) keluar Bersatu, saya kira mungkin ada beberapa yang ikut dan mereka itu memang sudah bersama dengan beliau ketika dia menyertai Bersatu dahulu.", "“Jumlahnya tidak besar tetapi adalah beberapa orang yang kita tahu,” ujar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu. – Artikel Kredit SatuBerita" ]
https://www.agendadaily.com/politik/muda-bukan-sebahagian-dalam-kerajaan-campuran-puad/
MUDA bukan sebahagian dalam kerajaan campuran: Puad
[ "Parti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bukanlah sebahagian dalam kerajaan campuran ketika ini, kata Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.", "Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata ia bukan isu yang perlu diperbesarkan kerana MUDA mempertikaikan isu pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak, ia memandangkan parti dipimpin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan sebahagian dalam kerajaan campuran.", "Justeru, Puad berkata tiada keperluan untuk mendesak MUDA meminta maaf seperti yang digesa terhadap Parti Amanah sebelum ini yang turut membangkitkan isu sama.", "Mohd Puad berkata, ini kerana, MUDA bukan rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.", "“Tidak perlu minta maaf macam parti AMANAH. UMNO tidak akan tersinggung dengan MUDA.", "“Parti MUDA turut bantah pengampunan Najib. MUDA siang-siang lagi cakap tidak akan minta maaf pada UMNO,” kata dalam hantaran di Facebook.", "MUDA dalam kenyataan hari ini menyatakan pendirian supaya Lembaga Pengampunan menolak permohonan pengampunan dikemukakan ke atas Najib.", "Kenyataan menerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA memberitahu parti itu akan menentang sebarang usaha ke arah pengampunan Najib.", "Jawatankuasa itu menyifatkan Najib sebagai “kleptokrat” kerana membawa kesusahan kepada negara, dan pengampunan terhadapnya akan memberi mesej salah kepada rakyat Malaysia.", "Terdahulu dalam isu pengampunan Najib, UMNO mendesak Amanah supaya meminta maaf kerana mempertikaikan isu permohonan pengampunan UMNO yang dibuat bagi membebaskan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/lelaki-bunuh-6-sedang-berpesta-hari-jadi-sebelum-tembak-diri-sendiri/
Lelaki bunuh 6 sedang berpesta hari jadi sebelum tembak diri sendiri
[ "Seorang lelaki membunuh enam individu, termasuk teman wanitanya, sebelum menembak diri sendiri ketika sambutan parti hari jadi di Colorado Springs, Amerika Syarikat (AS) pada pagi Ahad waktu tempatan.", "Polis yang tiba sejurus menerima maklumat mengenai bunyi tembakan menemukan mayat enam individu dan seorang lagi yang cedera parah tetapi meninggal dunia selepas tiba di hospital.", "Bagaimanapun, kanak-kanak yang berada di dalam kenderaan di taman yang disediakan khusus untuk karavan, tidak dicederakan.", "“Suspek, teman lelaki salah seorang mangsa memandu ke penempatan itu, berjalan dan masuk ke dalam karavan sebelum melepaskan tembakan ke arah individu yang berpesta hari jadi sebelum menembak dirinya.", "“Rakan, keluarga dan kanak-kanak berada di luar karavan untuk meraikan hari jadi ketika kejadian tembakan itu berlaku,” kata kenyataan Jabatan Polis Colorado Spring.", "Freedi Marques, 33, yang meninggalkan parti itu lebih kurang jam 10,30 malam berkata ibu mertuanya adalah salah seorang daripada mangsa.", "Selepas tengah malam, dia menerima panggilan telefon daripada anak salah seorang mangsa yang menangis sambil memberitahu sesuatu yang buruk telah berlaku. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/politik/skandal-lcs-anwar-sokong-cadangan-bersatu-tubuh-rci/
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
[ "Cadangan Bersatu agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat skandal perolehan kapal tempur pesisir (LCS) turut disokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Ketua Pembangkang itu berpendirian cadangan yang dibawa Bersatu agar RCI dibentuk adalah langkah terbaik bagi merungkai kepincangan dalam skandal perolehan kapal tidak siap tersebut, ia juga memastikan agar pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.", "“Saya tidak cenderung membahas lagi kerana saya mahu tindakan diambil. Fakta sudah terlalu jelas, bukan masanya untuk bahas.", "“Kalau BERSATU cadangkan RCI, ia patut RCI yang membabitkan semua kerana mengapa nak pilih satu dua projek.", "“Pilih semua projek. Pilih semua pimpinan termasuk Anwar pun tidak mengapa.", "“Kalau yang mana melakukan kecurangan dari segi rasuah, orang ini patut ditolak dan tidak harus dijadikan calon pada pilihan raya akan datang,” katanya dipetik laporan BH semasa sidang media di Pulau Pinang malam tadi.", "Terdahulu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan pada Rabu menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi menyatakan pendirian parti tersebut agar satu RCI dibentuk menyiasat skandal LCS.", "Wan Saiful menyifatkan ia satu lagi skandal terbesar yang menyebabkan duit rakyat hangus begitu sahaja tanpa ada satu kapal siap lagi, malah beliau memberitahu Menteri dari Bersatu akan menyokong usaha tersebut.", "“Kes ini adalah kes besar yang telah mengambil sejumlah besar dana rakyat.", "“Kami juga akan mencadangkan menteri dari Bersatu menyokong idea daripada parti lain untuk memulakan RCI mengenai perkara ini,” katanya.", "Minggu lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) membentangkan laporannya mengenai perolehan LCS kepada Dewan Rakyat, yang menonjolkan banyak kelemahan dalam projek itu.", "Projek itu telah diluluskan pada 2011 semasa era pentadbiran Barisan Nasional-UMNO, ketika itu Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula memegang jawatan Menteri Pertahanan.", "PAC dalam laporannya baru-baru ini mendedahkan projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) secara rundingan terus, dan kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan.", "Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.", "Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan." ]