url
stringlengths
50
235
headline
stringlengths
13
123
content
sequence
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/belia-penggerak-utama-era-digitalisasi-kata-muhyiddin/
Belia penggerak utama era digitalisasi, kata Muhyiddin
[ "Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata usaha menggilap potensi dan meningkatkan keupayaan belia perlu dilakukan kerana golongan itu mampu menjadi penggerak utama dalam era digitalisasi dengan memanfaatkan aplikasi digital bagi menjana sumber pendapatan.", "Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata belia juga memainkan peranan penting ke arah memacu pembangunan negara yang mampan dan inklusif pasca pandemik.", "Beliau berkata generasi muda perlu meneroka peluang untuk menceburi bidang-bidang baharu bagi memacu agenda pendigitalan selari dengan inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang telah dilancarkan kerajaan Februari tahun lepas.", "“Antara cabaran utama belia masa kini adalah perubahan kehendak pasaran yang semakin dinamik di seluruh dunia, khususnya pemadanan kemahiran.", "“Belia perlu dilengkapi dengan kemahiran berasaskan teknologi digital melalui penyesuaian norma baharu dalam mendepani Revolusi Perindustrian 4.0,” katanya menurut Bernama.", "Beliau yang juga merupakan Pengerusi Institut Masa Depan Malaysia (MASA) berkata demikian ketika berucap pada program #RUANGBELIA Bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin anjuran MASA di ibu negara hari ini.", "Beliau berkata menerusi kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, pembangunan Model Baharu Pembangunan Belia yang holistik sudah pasti dapat menepati aspirasi belia dalam melahirkan pemimpin yang berdaya saing dan kalis cabaran masa depan di peringkat global.", "Sementara itu Muhyiddin berkata kerajaan juga perlu terus mendengar dan memberi perhatian terhadap suara dan pandangan generasi muda di peringkat akar umbi agar mereka dapat terus menyumbang ke arah perancangan dasar kerajaan dan pembangunan negara.", "“Langkah ini penting untuk memastikan supaya segala dasar dan inisiatif kerajaan kekal relevan dengan mengambil kira aspirasi dan keperluan semasa belia yang menjadi antara golongan paling terkesan.", "“Saya sendiri berpeluang bertemu dengan ramai anak muda di lapangan dari Semenanjung sehinggalah ke Sabah dan Sarawak… Saya turut mengadakan perjumpaan bersama pucuk pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam memperkukuh landasan pembangunan golongan belia di negara kita,” katanya.", "Muhyiddin berkata sebagai kesinambungan Pelan Pemulihan Negara (PPN), MPN akan terus mengadakan siri libat urus untuk mengumpul pandangan dan input daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan belia ke arah pelaksanaan PPN 2.0 yang sedang dirangka.", "“Melalui platform seperti ini #RuangBelia, saya berharap saudari sekalian dapat bersama-sama merungkai isu semasa, especially those bread and butter issues affecting the rakyat, serta memberi pandangan konstruktif yang boleh menyumbang kepada usaha pemulihan negara secara menyeluruh,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/bismillah-ditemukan-pada-batu-marmar-berusia-195-juta-tahun/
‘Bismillah’ ditemukan pada batu marmar berusia 195 juta tahun
[ "Ukiran yang kelihatan membentuk ayat ‘Bismillah’, atau Dengan Nama Allah, pada kepingan marmar berusia 195 juta tahun, ditemukan di kuari batu marmar di wilayah Turki, Antalya.", "Penemuan itu berlaku di kawasan perniagaan marmar Antalya Marble Industry and Trade Company di kampung Taskesigi di daerah Antalya Korkuteli.", "Tulisan yang tertera pada batu itu menarik perhatian pelombong ketika marmar itu sedang diproses di kuari.", "Sambil mengeluarkan habuk daripada marmar itu, pekerja menyedari tanda itu kelihatan seperti ejaan “Bismillah” dalam huruf Arab.", "Kepingan marmar itu kemudiannya dihantar ke Universiti Suleyman Demirel di wilayah Isparta barat daya Turki untuk dianalisis.", "Tiga saintis Fuzuli Yagmurlu, Rasit Altindag dan Nazmi Sengun, akhirnya membuat penemuan menarik dalam analisis mereka.", "Walaupun ianya ditemui di dalam marmar berusia 195 juta tahun, tanda itu dipercayai berlaku secara semula jadi.", "Sebelum ini, sisa bioklastik fosil milik hidupan laut yang hidup 195 juta tahun dahulu ketika zaman dinosaur ditemui pada batu kapur dolomit yang membentuk plat.", "Laporan mengatakan tulisan Bismillah di atas kepingan marmar itu adalah formasi semulajadi sepenuhnya dan terbentuk hasil daripada pemecahan, ubah bentuk dan susunan sisa-sisa kerang berbentuk hati dari semasa ke semasa.", "Menurut laporan saintifik yang diberikan oleh Dekan Fakulti Teologi Universiti Akdeniz, Ahmet Ogke, tulisan Arab pada marmar itu sama dengan ejaan Bismillah yang tercatat di dalam al-Quran. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mayat-dua-pelajar-sekolah-agama-lemas-dijumpai-berpelukan/
Mayat dua pelajar sekolah agama lemas dijumpai berpelukan
[ "Dua pelajar sekolah agama yang dilaporkan hilang ketika berenang bersama rakan di Sungai Machang Limbat di Kota Bharu semalam, ditemukan lemas kira-kira 20 meter dari tempat kali terakhir mereka dilihat.", "Mayat Luqman Hakim Azman, 16, dan Muhammad Zulhafiz Azman, 18, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada jam 8.30 pagi tadi.", "Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata pasukan mencari yang terdiri daripada polis, bomba dan penyelamat serta penduduk kampung menyisir kawasan itu sejak semalam bagi mencari dua remaja terbabit.", "Rosdi berkata kedua-dua remaja itu didapati berpelukan antara satu sama lain", "“Kedua-dua mangsa ditemukan terapung kira-kira 10 minit selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan bermula pukul 8.30 pagi tadi,", "“Mayat telah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Kedua-duanya, pelajar sekolah agama di Terusan Limbat, dilaporkan pergi ke sungai bersama sembilan rakan lain kira-kira jam 6 petang semalam untuk berenang.", "Sungai itu terletak kira-kira 200 meter dari sekolah mereka.", "Difahamkan, remaja terbabit pergi ke sungai tanpa memaklumkan kepada warden sekolah.", "Semasa berenang, salah seorang rakan kemudian menyedari bahawa kedua-duanya hilang sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada polis. Kali terakhir mereka dilihat kira-kira jam 6.45 petang.", "Pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.15 malam. Enam anggota dari balai bomba dan penyelamat Pasir Tumboh serta lapan penyelam dari unit Penyelamat Air Pengkalan Chepa dikerahkan ke lokasi kejadian.", "Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dalam radius 200 meter dari lokasi kejadian dan dihentikan sementara akibat keadaan gelap sebelum disambung semula pagi tadi." ]
https://www.agendadaily.com/politik/anwar-makan-bersama-mb-perlis-daripada-umno-siapa-belanja/
Anwar makan bersama MB Perlis daripada UMNO, siapa belanja?
[ "Ketika angin bertiup kencang mendakwa bakal wujud jajaran baharu antara UMNO dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), tersebar pula satu klip video di media sosial yang menguatkan lagi dakwaan itu.", "Kali ini dalam video yang dirakam seorang wanita itu, jelas kelihatan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menikmati hidangan bersama beberapa individu lain, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Azlan Man.", "Turut kelihatan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sisi Anwar.", "Tahun lalu, Azlan pernah menafikan pembentukan jajaran baharu antara UMNO dengan PKR dan DAP malah beliau menyifatkan ia tidak akan berlaku.", "Menteri Besar kerajaan sementara Perlis itu menyifatkan polemik berkenaan hanya cubaan musuh untuk melemah dan memecahbelahkan parti.", "Penafian itu dibuat pada Jun tahun lalu selepas acap kali muncul khabar angin akan berlaku jajaran baharu atau khemah besar yang digerakkan PKR dan DAP bagi memancing parti Melayu termasuk UMNO.", "Namun menjelang PRU-15 yang akan berlangsung kurang 48 jam itu, tersebar pula video beliau menikmati makanan dengan penuh mesra bersama musuh politiknya itu.", "Sebelum ini, veteran UMNO yang kini menjadi calon Perikatan Nasional bagi Parlimen Arau dalam PRU-15 ini, Datuk Seri Shahidan Kassim berpendapat Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak sewajarnya mengadakan rundingan sulit dengan Anwar.", "Menurutnya perbuatan itu sudah pasti membelakangi pendirian dan keputusan yang telah dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini iaitu ‘No Anwar, No DAP’, sekiranya benar-benar berlaku.", "“Kalau ada rundingan sulit, itu tidak wajar berlaku sebab apa dalam Perhimpunan Agung UMNO, (pendirian) yang dibuat sebelum ini, kita telah buat keputusan No Anwar, No DAP,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/peluang-malaysia-ke-piala-asia-tipis-selepas-tewas-1-2/
Peluang Malaysia ke Piala Asia tipis selepas tewas 1-2
[ "Peluang Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2023 semakin tipis selepas tewas 1-2 kepada Vietnam di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal pagi ini.", "Kekalahan keempat skuad Harimau Malaya kepada pasukan bimbingan Park Hang-seo itu menyaksikan hilang peluang untuk menduduki dua tempat teratas dalam Kumpulan G apabila tewas kepada", "Daripada lapan kumpulan, hanya pasukan di tempat teratas dan empat pasukan terbaik di tempat kedua akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022, sekali gus layak secara automatik ke Piala Asia, manakala pasukan lain terpaksa menempuhi satu lagi pusingan kelayakan ke Piala Asia.", "Pada aksi hari ini, keputusan ketua jurulatih negara Tan Cheng Hoe yang meletakkan gandingan Brendan Gan dan Muhammad Syafiq Ahmad di tengah, dilihat mampu menguasai perlawanan pada babak pertama, namun gagal dalam mencabar gawang gol Vietnam,", "Vietnam berjaya membuka tirai jaringan menerusi tandukan Nguyen Tien Linh pada minit ke-27, yang gagal dihalang oleh benteng pertahanan negara yang sedikit hilang fokus setelah tidak dapat mengawal bola selepas sepakan sudut pasukan lawan.", "Tandukan deras Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-38, setelah menerima hantaran daripada Matthew Davies, berjaya dihalang oleh penjaga gol Vietnam Bui Tan Truong, manakala sepakan percuma Safawi Rasid juga berjaya ditampan keluar oleh penjaga gol veteran itu.", "Bersambung babak kedua, Cheng Hoe, yang kehilangan bapanya Tan Chooi Siak, 95, semalam, membuat keputusan untuk menggantikan Syafiq dan Safawi dengan membawa masuk Nazmi Faiz Mansor dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid.", "Penyerang naturalisai negara, Guilherme de Paula akhirnya membalas kepercayaan yang diletakkan ke atasnya, apabila menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti deras pada minit ke-72.", "Terdahulu, pengadil Ryuji Sato menghadiahkan sepakan penalti selepas de Paula dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan Vietnam.", "Namun, keriangan skuad negara tidak kekal lama apabila Que Ngoc Hai meletakkan skuad kendalian Hang-seo sekali lagi di hadapan dengan melengkapkan sepakan penalti pada minit ke-82, setelah Brendan mengasari Nguyen Van Toan.", "Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut skuad Harimau Malaysia dalam kempen kelayakan itu, selepas diaibkan 0-4 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu.", "Satu lagi aksi Kumpulan G menyaksikan UAE membelasah Indonesia 5-0.", "Keputusan hari ini menyaksikan Vietnam, yang mengekalkan rekod tanpa kalah terus kekal di tangga teratas kumpulan dengan 17 mata selepas tujuh perlawanan, diikuti UAE (15 mata), Thailand (9), Malaysia (9) dan Indonesia (1).", "Malaysia seterusnya akan beraksi menentang Thailand pada aksi terakhir kumpulan pada awal pagi Rabu, manakala Vietnam bakal berdepan cabaran UAE dalam penentuan juara kumpulan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/proklamasi-darurat-di-kerusi-parlimen-dun-ditamatkan/
Proklamasi darurat di kerusi Parlimen, DUN ditamatkan
[ "Proklamasi darurat ditamatkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya yang berkuat kuasa semalam.", "Penamatan proklamasi itu turut melibatkan enam ordinan, menurut warta Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 6 Okt yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara. ", "Menurut warta tersebut, pembatalan mendapat perkenan selepas Seri Paduka Baginda berpuas hati bahawa keperluan kesemua ordinan dan proklamasi darurat berkenaan yang diisytiharkan susulan wabak penyakit berjangkit Covid-19, telah berakhir.", "Perintah pembatalan itu melibatkan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (Pembatalan) 2022 bagi Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah; serta Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (No. 2) (Pembatalan) 2022 bagi Parlimen P.054 Gerik, Perak.", "Turut dibatalkan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 3) (Pembatalan) 2022) dan Proklamasi Darurat (No. 3) (Pembatalan) 2022 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah.", "Pembatalan semua ordinan dan proklamasi darurat berkenaan mengikut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dan Fasal (1) dan (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.", "Warta Kerajaan Persekutuan itu turut menyatakan perkara itu akan dibentangkan di Parlimen menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.", "Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong perkenan isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi berkuat kuasa 18 Nov 2020 serta Parlimen Gerik dan DUN Bugaya masing-masing berkuat kuasa 12 Dis 2020, untuk membendung penularan Covid-19." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/ayob-khan-pengarah-jsjn/
Ayob Khan Pengarah JSJN
[ "Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, berkuat kuasa esok, 25 Disember 2021.", "Beliau menggantikan Datuk Razaruddin Husain yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 26 Disember ini.", "Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Deputi Komisioner Ruslan Khalid berkata jawatan Ayob Khan diisi Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.", "Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata, Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Deputi Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad dilantik Ketua Polis Kedah memakai pangkat Komisioner.", "Rabu lalu, Razarudin silantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara menggantikan Datuk Seri Mazlan Lazim yang bersara wajib pada 24 Disember.", "Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas menerima nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP)." ]
https://www.agendadaily.com/politik/desak-buka-parlimen-tapi-pkr-tangguh-pemilihan-parti-takut-covid-19/
Desak buka Parlimen tapi PKR tangguh pemilihan parti takut Covid-19
[ "Walaupun mendesak agar sidang Parlimen segera dijalankan ketika pandemik Covid-19, PKR membuat keputusan sebaliknya melibatkan pemilihan parti apabila mengumumkan penangguhannya kerana bimbang ahlinya berisiko dijangkiti virus membunuh itu.", "Selari penangguhan pemilihan parti, PKR juga melanjutkan tempoh memegang jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan jawatan kuasa cabang bagi sesi 2018 hingga 2021.", "Keputusan itu dicapai selepas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan dua usul khas pada Kongres Nasional PKR Ke-15, ia kemudiannya diluluskan oleh kongres.", "“Paling akhir kita adakan pemilihan pada 18 November 2019 dan tempoh penggal pegang jawatan adalah tiga tahun iaitu berakhir pada November 2021.", "“Dalam perlembagaan parti, MPP boleh mengawal atau menangguhkan pemilihan tetapi tidak lebih daripada 18 bulan. Jadi kita buat keputusan menangguhkan pada satu tarikh yang akan diputuskan tetapi tidak melewati Mei 2023 iaitu 18 bulan selaras dengan perlembagaan parti,” katanya hari ini petik Utusan Malaysia.", "Justeru, beliau mengusulkan dua usul iaitu pemilihan parti akan diadakan pada satu tarikh ditetapkan tidak lewat dari Mei 2023 dan melanjutkan tempoh pegang jawatan sehingga pemilihan parti diadakan.", "Kedua-dua usul itu diterima sebulat suara oleh perwakilan.", "Pada masa sama, Saifuddin dalam kenyataan berkata, antara faktor lain juga adalah PKR tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengadakan pemilihan tahun ini.", "“Pemilihan parti lazimnya berlangsung hampir enam bulan membabitkan peringkat cabang, Angkatan Muda PKR (AMK), wanita dan MPP. Ketika tempoh darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berjalan, pemilihan dalam tempoh yang panjang terdedah kepada risiko Covid-19.", "“Pemilihan parti ialah sistem satu anggota satu undi yang berjalan secara himpunan fizikal. PKR sekarang mempunyai keanggotaan sebesar 1,033,000 ahli yang jika 30 peratus sekalipun keluar mengundi akan terdedah risiko Covid-19 yang amat membahayakan,” katanya.", "Dengan mengambil kira semua faktor tersebut, beliau memberi jaminan bahawa PKR terus komited memberi keutamaan kepada usaha mengatasi pandemik Covid-19, membela rakyat, pemulihan ekonomi negara dan pelaksanaan program vaksinasi yang lebih berkesan dan menyeluruh.", "Seramai kira-kira 2,000 perwakilan menyertai kongres itu secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom, bermula dari pukul 8.00 pagi ini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/wan-fayhsal-sahut-cadangan-potong-gaji-menteri-untuk-bantu-rakyat/
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
[ "Cadangan agar gaji Menteri dan Timbalan Menteri dipotong disambut baik Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi membantu rakyat yang tertekan susulan peningkatan kos sara hidup dan harga barang naik.", "Timbalan Menteri Perpaduan Negara berkata tidak menjadi masalah baginya sekiranya kerajaan memutuskan untuk memotong gajinya, malah bersetuju juga pemotongan gaji itu diperluaskan melibatkan pengerusi dan lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta badan berkanun.", "“Saya setuju jika Kabinet memutuskan untuk memotong gaji saya serta menteri menteri dan timbalan menteri yang lain.", "“Bukan kami saja, malah penotongan gaji juga perlu membabitkan pengerusi GLC dan badan berkanun untuk berkongsi keperitan rakyat. Demi rakyat kita sanggup.", "“Kadar potongan gaji juga terpulang, sama ada 10 atau 20 peratus,” katanya hari ini.", "Wan Fayhsal terdahulu mempengerusikan mesyuarat Armada Bersatu di ibu pejabat Perikatan Nasional (PN).", "Terdahulu, 20 kumpulan mahasiswa yang mendesak pelaksanaan pemotongan gaji menteri dan timbalan menteri bagi menangani situasi kenaikan harga barang yang berlaku secara mendadak ketika ini.", "Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada, turut berpandangan kerajaan wajar mengkaji keperluan memotong peruntukan bukan keutamaan kepada Menteri dan Timbalan Menteri, seperti elaun luar negara.", "“Saya setuju pemotongan mana-mana perkara yang tidak beri kepentingan secara umum, yang jika tiada pun tidak beri kesan pada perjalanan tadbir urus negara.", "“Kerajaan wajar pertimbangkan supaya peruntukan ini boleh disalurkan kepada perkara yang lebih mustahak, khususnya mengurangkan kesengsaraan rakyat berdepan cabaran inflasi yang cukup getir,” katanya lagi.", "Sebelum ini, cadangan pemotongan gaji disuarakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz, ia bertujuan menunjukkan empati kepada rakyat Malaysia yang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup." ]
https://www.agendadaily.com/politik/presiden-umno-kata-tidak-tahu-surat-ros-tular/
Presiden UMNO kata tidak tahu surat RoS tular
[ "Semalam, isu surat tular dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) kepada UMNO hangat diperkatakan dan perkara tersebut juga dibangkitkan semasa sidang Dewan Rakyat.", "Surat tersebut dikatakan memutuskan sememangnya keputusan dibuat semasa Perhimpunan Agung 2022 lalu untuk tidak mempertandingkan pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden adalah tidak sah, malah seorang Ahli Parlimen menuntut penjelasan berhubung surat tular tersebut di Dewwan Rakyat.", "Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata idak mengetahui perkara berkaitan surat tular tersebut.", "“Saya tidak mengetahui ada surat tular,” katanya ringkas dipetik laporan BH.", "Zahid semalam berucap semasa sesi pengenalan calon pemilihan UMNO di Kota Kinabalu, Sabah.", "Terdahulu, surat dengan kepala surat RoS itu didakwa diutuskan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 2 Mac lalu.", "Surat itu memaklumkan, RoS sudah meneliti secara terperinci permohonan pindaan Usul Tambahan (Usul Kelapan) ke atas Usul Ucapan Dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang menetapkan dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan dengan mengambil kira dasar UMNO yang berkuat kuasa.", "Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam dilaporkan berkata KDN memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.", "Saifuddin berkata pihaknya telah merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO mengenai usul tambahan itu dan memberi pengecualian berdasarkan Seksyen 70 Akta 832." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kalimah-allah-titah-sultan-selangor-bermakna-kerajaan-belum-rujuk-majlis-raja-raja/
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
[ "Persoalan timbul susulan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam adakah kerajaan campuran bercakap bohong dalam isu keputusan menarik rayuan penggunaan kalimah Allah, soal Datuk Seri Hamzah Zainudin.", "Ketua Pembangkang berkata selepas titah Sultan Selangor dalam satu kenyataan semalam, ia secara tidak langsung menimbulkan percanggahan dengan kenyataan kerajaan sebelum ini mengatakan keputusan itu sudah dirujuk dengan Majlis Raja-Raja.", "“Kes Jill Ireland dikeluarkan oleh (ahli Parlimen) Tambun sendiri apabila kata dah rujuk kepada Majlis Raja-Raja.", "“Semalam kita dapat tahu Sultan Selangor telah keluarkan kenyataan selaku pengerusi MKI (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam) bahawa baginda mahu isu ini dibawa ke Majlis Raja-raja.", "“Maknanya isu ini belum dirujuk lagi,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.", "Terdahulu, baginda bertitah supaya isu itu dirujuk kepada MKI sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja sebelum membuat keputusan muktamad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.", "Pada 15 Mei, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah “Allah” dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.", "Notis pemberhentian rayuan yang difailkan pada 18 April lepas itu menyatakan bahawa kedua-dua perayu tidak berniat meneruskan notis rayuan dikemukakan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan di Mahkamah Rayuan tanpa perintah terhadap kos.", "Seterusnya pada 23 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di Dewan Rakyat menafikan dakwaan bahawa keputusan menarik balik rayuan kes kalimah Allah di mahkamah tidak dirujuk kepada Majlis Raja-raja.", "Beliau yang juga ahli Parlimen Tambun berkata, keputusan perkara itu telah dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum memberi pandangan supaya semua keputusan harus terikat dengan keputusan Majlis Raja-raja." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/spr-terima-pemakluman-pembubaran-tiga-dun/
SPR terima pemakluman pembubaran tiga DUN
[ "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menerima surat pemakluman berhubung pembubaran tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14, iaitu bagi Pahang, Perlis dan Perak.", "Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata surat pemakluman berkenaan diterima daripada Speaker DUN negeri berkenaan, iaitu bagi Pahang dan Perlis yang bertarikh 14 Oktober 2022 serta Perak bertarikh 17 Oktober 2022.", "“Justeru, penetapan tarikh penting pilihan raya bagi ketiga-tiga negeri ini akan dibincangkan serentak dalam Mesyuarat Khas SPR yang akan diadakan pada 20 Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Perak adalah negeri terakhir yang memutuskan untuk membubarkan DUN, hari ini, selepas Pahang dan Perlis, sekali gus akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).", "Enam lagi negeri memutuskan untuk tidak membubarkan DUN, termasuk tiga negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.", "Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan persiapan dilakukan bagi menangani banjir yang dijangka berlaku di tiga negeri terbabit.", "Tiga lagi negeri adalah di bawah pentadbiran PAS iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, yang mana Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, turut menyatakan sebab untuk menumpukan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kenanga-jangka-kadar-pengangguran-akan-terus-menyusut/
Kenanga jangka kadar pengangguran akan terus menyusut
[ "Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjurannya ke atas kadar pengangguran yang dijangka berkurangan pada bulan-bulan akan datang, disokong pemulihan kukuh pasca pandemik berikutan negara dalam fasa peralihan ke endemik.", "Dalam nota penyelidikan hari ini, ia berkata ramalan kadar pengangguran itu akan diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang berterusan seperti program subsidi upah dan penambahbaikan selanjutnya dalam sektor perkhidmatan, terutamanya berkaitan aktiviti pelancongan, lapor Bernama.", "“Berikutan situasi pasaran buruh mencatatkan pemulihan kukuh dengan kadar pengangguran bertambah baik kepada 3.9 peratus pada suku kedua 2022, kami menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua akan berkembang kepada 7.7 peratus dalam keadaan penggunaan swasta yang dijangka stabil dan pengembangan dalam sektor perkhidmatan,” katanya.", "Firma penyelidikan itu turut mengekalkan ramalan pertumbuhan KDNK 2022 pada 5.0-5.5 peratus.", "Kadar pengangguran di Malaysia mencatatkan aliran penurunan pada 3.8 peratus untuk tempoh Jun 2022, paras terendah sejak negara dilanda pandemik Covid-19, dengan jumlah penganggur merosot kepada 630,600 orang pada Jun 2022 berbanding 637,700 orang pada bulan sebelumnya.", "Senada dengan Kenanga, Hong Leong Investment Bank Bhd menjangkakan pasaran buruh akan meneruskan momentum pemulihannya pada bulan-bulan akan datang berikutan ekonomi terus mencatatkan pemulihan daripada pandemik, terutamanya dalam sektor perkhidmatan.", "“Bagaimanapun, kekurangan pekerja asing terus memberi kesan kepada banyak sektor ekonomi,” katanya.", "Sehubungan itu, firma penyelidikan itu mengekalkan ramalan KDNK 2022 pada 5.9 peratus tahun ke tahun dan menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada September, menjadikan OPR kepada 2.5 peratus menjelang akhir 2022." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mpn-minta-kerajaan-pertimbang-isytihar-endemik-covid-19-muhyiddin/
MPN minta kerajaan pertimbang isytihar endemik Covid-19: Muhyiddin
[ "Majlis Pemulihan Negara (MPN) komited untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya mempertimbangkan peralihan negara ke fasa endemik Covid-19 sepenuhnya.", "Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu perlu difikirkan setelah pembukaan banyak sektor dan penganjuran himpunan besar sekali gus menjadi petanda negara sudah bersedia untuk beralih ke fasa endemik sepenuhnya.", "Bagaimanapun beliau berkata MPN menyerahkan kepada pihak yang lebih pakar untuk menentukan perkara itu, seterusnya menasihati kerajaan untuk mengumumkannya apabila negara sudah sampai masa untuk kembali pulih seperti sedia kala.", "“MPN komited memberi pandangan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan peralihan negara ke fasa endemik sepenuhnya, susulan banyak kelonggaran yang diberikan ketika ini.", "“Ini selaras dengan tanggungjawab MPN iaitu memberi pandangan dan nasihat berdasarkan fakta yang ada kepada kerajaan.", "“Mungkin dalam mesyuarat akan datang dan agenda utamanya adalah dengan membentang laporan Covid-19. Kita akan mengambil kira pelbagai sudut dan kemukakan cadangan kepada kerajaan, katanya selepas Program Ziarah Prihatin Komuniti Cina di Pekan Lenga, dekat Pagoh, hari ini.", "Bekas Perdana Menteri itu berkata MPN hanya boleh memberi pandangan dan nasihat, sebaliknya keputusan untuk negara beralih ke fasa endemik sepenuhnya adalah dalam bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) atau kerajaan.", "“Paling penting adalah kita pulih dari segi ekonomi. Itu perlu menjadi tumpuan utama kerajaan ketika ini,” katanya.", "Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, KKM harus bertindak atas data sains, fakta dan tidak boleh sesuka hati mengambil keputusan kerana perkara berkenaan membabitkan keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).", "“Sekarang sudah ada lebih kebebasan dan data yang ada menunjukkan kes Covid-19 semakin menurun.", "“KKM boleh beri pertimbangan tapi yang penting adalah sebahagian besar atau hampir semua sektor ekonomi, sosial, pendidikan sudah kembali seperti sedia kala,” katanya.", "Terdahulu, KKM memaklumkan sebanyak 2,226 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 8 September 2022), meningkat sedikit berbanding 2,428 yang direkodkan pada Rabu.", "Dua kluster baharu kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan turut dikesan di Kuala Lumpur serta Selangor, semalam.", "Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,799,663 kes, dengan 4,735,993 pesakit telah sembuh, termasuk 1,894 pesakit pulih semalam.", "Pada masa sama, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu hingga semalam, lebih 72.298 juta dos vaksin telah diverikan kepada peopulasi Malaysia, termasuk rakyat asing.", "Daripada jumlah itu, 28,095,933 melibatkan dos pertama; 27,498,608 (dos kedua); 16,223,650 (penggalak pertama); dan 480,081 (penggalak kedua)." ]
https://www.agendadaily.com/politik/tindakan-gugur-ketua-pendakwa-raya-akan-burukkan-reputasi-negara-bersatu/
Tindakan gugur ketua pendakwa raya akan burukkan reputasi negara: Bersatu
[ "Bersatu menggesa supaya kerajaan campuran menjelaskan berhubung isu pengguguran Pendakwa Raya Kanan, Datuk Raja Rozela Raja Toran dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.", "Timbalan Ketua Biro Perlembagaan dan Undang-undang Bersatu, Sasha Lyna Abdul Latif menyifatkan perkembangan terbaharu melibatkan pasukan pendakwaan dalam kes rasuah Presiden UMNO itu akan menjejaskan reputasi negara dan akan menyebabkan pelabur mempersoalkan usaha kerajaan dalam membanteras rasuah.", "“Reputasi negara kita, dalam bentuk pelaburan dan perniagaan, akan terjejas susulan cara pendakwaan ini dikendalikan.", "“Sebarang tanggapan bahawa terdapat campur tangan atau negara ini berlembut terhadap rasuah akan teruk menjejaskan reputasinya sebagai lokasi perniagaan.", "“Tiada siapa mahu berniaga dengan rejim korup,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.", "Awal hari ini, NST melaporkan Raja Rozela digugurkan sebagai ketua pendakwa raya, beberapa hari selepas spekulasi ketidakhadirannya di mahkamah ketika perbicaraan disambung minggu lalu.", "Raja Rozela bagaimanapun enggan mengulas ketika dihubungi akhbar itu.", "Zahid berdepan 47 pertuduhan – 12 pecah amanah (CBT), lapan rasuah, dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB.", "Antara pertuduhan CBT ialah beliau didakwa menjelaskan hutang kad kreditnya menggunakan YAB melalui 44 keping cek berjumlah kira-kira RM1.3 juta antara Januari 2013 dan Disember 2016." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/bekalan-pasport-cukup-kp-imigresen/
Bekalan pasport cukup: KP Imigresen
[ "Kesesakan yang dilaporkan berlaku di pejabat Imigresen, terutama di kawasan Lembah Klang bukan disebabkan kekurangan bekalan pasport, tetapi ekoran peningkatan mendadak permohonan dan memperbaharui Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).", "Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata permohonan dan pembaharuan PMA telah meningkat mendadak sebanyak 65 peratus ketika ini hingga berlaku kesesakan luar biasa di pejabat Imigresen terutama di Lembah Klang.", "Beliau bagaimanapun memberi jaminan Jabatan Imigresen mempunyai bekalan pasport lebih 1.2 juta yang mampu menampung peningkatan mendadak permohonan serta pembaharuan PMA.", "“Bekalan pasport mencukupi, kami ada lebih 1.2 juta (pasport) dalam stor dan kalau habis, pembekal akan tambah lagi,” katanya ketika dihubungi hari ini bagi mengulas situasi kesesakan di kaunter Imigresen.", "Khairul Dzaimee berkata antara faktor berlaku kesesakan di pejabat Imigresen adalah kerana orang ramai hadir serentak pada sebelah pagi untuk urusan membuat PMA.", "“Contohnya di pejabat Imigresen di Shah Alam, pejabat memang sempit dan ramai datang pada waktu pagi untuk urusan buat pasport… mereka boleh datang sebelah petang,” katanya.", "Waktu pengoperasian di enam pejabat pengeluar pasport dan kaunter Jabatan Imigresen dipanjangkan hingga 10 malam manakala enam lagi telah dilanjutkan hingga 6 petang sejak 11 Mei lepas.", "Enam premis yang dipanjangkan waktu operasi hingga 10 malam ialah Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Perlis dilanjutkan hingga 6 petang.", "Khairul Dzaimee menasihatkan orang ramai untuk mengambil peluang cuti persekolahan ketika ini bagi memohon dan memperbaharui PMA di pejabat Imigresen di luar kawasan Lembah Klang.", "“Kita ada pejabat Imigresen yang menguruskan pasport dan tidak sibuk seperti di Putrajaya atau Shah Alam. Negeri seperti Perlis, Kedah, Kuantan dan Terengganu ini antara pejabat yang tidak sibuk dan permohonan pasport kurang,” katanya.", "Khairul Dzaimee turut menasihati orang ramai agar memastikan mereka benar-benar mempunyai keperluan seperti urusan rasmi kerja dan melancong bagi memohon atau memperbaharui PMA.", "“Jika tidak ada keperluan, tidak perlu buat pasport lagi…kadang-kadang saya tanya 10 orang yang buat pasport, enam beri jawapan tidak tahu lagi,” katanya. – Bernama" ]
https://www.agendadaily.com/politik/anwar-beri-cadangan-dangkal-cagar-kwsp-ketua-penerangan-bersatu/
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
[ "Cadangan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) untuk membenarkan pencarum Kumpulan Wan Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan simpanan Akaun 2 mereka bagi menyokong permohonan pinjaman disifatkan sebagai “dangkal”.", "Ketua Penerangan Bersatu, Senator Datuk Razali Idris berkata, ia sekali gus membuktikan kerajaan PH-BN tidak kompeten kerana tidak memikirkan kesan negatif bakal berlaku kemudian hari.", "“Jika ramai yang membuat pinjaman menggunakan Akaun 2 sebagai sandaran dan tidak mampu membayar pinjaman itu, dan bank hanya boleh mengambil tindakan hanya selepas simpanan KWSP itu matang untuk dikeluarkan.", "“Ia bakal menyebabkan krisis perbankan yang sangat kritikal,” katanya menurut FMT.", "Razali berkata, rakyat yang berdepan masalah kewangan kini tidak mampu untuk membayar pertambahan hutang dan ramai yang mengadu Akaun 2 sudah digunakan untuk membayar pinjaman rumah.", "Menurut beliau, pembangkang bersedia untuk bersama kerajaan mencari “penyelesaian yang logik”.", "“Kita boleh turut menjemput individu dan NGO yang memperjuangkan pengeluaran KWSP bersasar ini untuk duduk bersama,” katanya.", "Semalam, Kementerian Kewangan menjelaskan simpanan KWSP boleh digunakan untuk menyokong permohonan pinjaman.", "Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan simpanan persaraan itu boleh digunakan sebagai cagaran pinjaman.", "Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, kerajaan sedang memuktamadkan inisiatif untuk membenarkan ahli KWSP menggunakan simpanan dalam Akaun 2 sebagai sandaran bagi mendapat pembiayaan institusi perbankan.", "Katanya, inisiatif itu tidak akan membebankan rakyat kerana kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (Islam) yang dikenakan bank yang terlibat dalam inisiatif ini dijangka antara 4% hingga 5%." ]
https://www.agendadaily.com/politik/umno-akan-tumbangkan-kerajaan-johor-buka-jalan-kepada-prn/
UMNO akan ‘tumbangkan’ kerajaan Johor, buka jalan kepada PRN
[ "Tidak berlaku sebagaimana pengkhianatan pada peringkat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Melaka tahun lalu, UMNO sendiri akan meminta Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan atas alasan kelebihan satu kerusi adalah kedudukan bahaya.", "Ini bermakna parti itu yang memimpin kerajaan negeri sekarang menerusi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar bersedia mendapatkan perkenan Sultan Johor bagi membubarkan DUN.", "Keadaan itu berbeza dengan tumbangnya Kerajaan Pusat susulan pengkhianatan 15 Ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Ia juga tidak sama dengan pengkhianatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan seorang ADUN Bersatu yang menarik sokongan terhadap kepemimpinan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, sehingga Kerajaan Melaka tumbang.", "Kini Kerajaan Johor akan ‘ditumbangkan’ pula oleh UMNO sendiri kerana berasa diri kuat, tetapi terancam disebabkan jumlah kerusi DUN yang dimiliki parti itu.", "Kerajaan Johor pimpinan UMNO yang disokong Bersatu dan PAS, kini memiliki kelebihan satu kerusi, susulan kematian ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian, 21 Disember lalu.", "Berdasarkan laman sesawang DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi, dengan UMNO menguasai 14 kerusi; Bersatu (11); MIC (dua); dan PAS (satu), sementara pembangkang dibarisi DAP dengan 14 kerusi; Amanah (sembilan) dan PKR (empat).", "Ini bermakna, kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dan PN kini memiliki 28 kerusi DUN, manakala pembangkang pula 27 kerusi.", "Beberapa hari lalu, khabar angin mendakwa ADUN Puteri Wangsa daripada Bersatu, Mazlan Bujang yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri akan keluar daripada parti itu dan menjadi ADUN Bebas, sekali gus akan menyebabkan kedudukan kerusi DUN terikat 27-27 antara kerajaan dan pembangkang.", "Bagaimanapun, Ketua Bahagian Bersatu Tebrau itu menafikan akan bertindak demikian kerana walaupun mempunyai kelebihan satu kerusi, pentadbiran kerajaan negeri adalah stabil.", "Khabar angin mengatakan Johor bakal menghadapi PRN dalam waktu terdekat semakin kedengaran selepas Hasni pada 25 Disember lalu berkata kerajaan yang ada sekarang bertambah tidak stabil susulan kematian Osman.", "Bagaimanapun, sumber Agenda Daily di Johor memberitahu tidak ada mana-mana ADUN daripada PN sekarang ini yang akan khianat kepada kerajaan negeri, sebaliknya berusaha memberi perkhidmatan terbaik menjaga kebajikan rakyat negeri itu dalam keadaan pandemik Covid-19 sekarang.", "Pada masa sama Pakatan Harapan (PH) juga turut memberi sokongan kepada Hasni dan menolak diadakan PRN.", "Ini terbukti apabila semua ADUN PH memberi sokongan kepada Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (Pindaan) 2021 untuk menurunkan had umur minimum calon pilihan raya bagi kerusi DUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun, pada 6 Januari lalu.", "Tatkala pandemik Covid-19 terus menular selain kemunculan varian yang paling pantas menjangkiti, Omicron, UMNO sahaja yang beria-ia untuk menyusahkan rakyat jelata dengan rancangan ‘PRN Johor’, tanpa melihat keadaan jangkitan virus itu.", "Sejak 1 Januari hingga semalam, Johor merekodkan 4,670 jangkitan baharu dengan purata kes harian antara 300 dan 400 kes, dan menjadi negeri kedua tertinggi selepas Selangor mencatat kes kematian akibat Covid-19 dengan 3,889 kes.", "Sehingga semalam, Johor merekodkan 249,610 kes positif terkumpul, dengan 239,162 pesakit telah sembuh, dan 6,559 lagi kes masih aktif.", "Daripada jumlah kes aktif itu seramai 5,838 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 203 ditempatkan di PKRC; 502 dimasukkan ke hospital; dan 16 dirawat di unit rawatan rapi dengan 11 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Jika benar UMNO sedang merancang menghadap Sultan Johor bagi memohon perkenan membubarkan DUN, ini sekali gus menunjukkan parti itu tidak mempedulikan nasib dan keselamatan rakyat, sebaliknya hanya mementingkan kuasa dan kedudukan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/fokus-pn-kini-pada-prn-bukan-guling-kerajaan/
Fokus PN kini pada PRN bukan guling kerajaan
[ "Perikatan Nasional (PN) menolak dakwaan ada menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menjatuhkan kerajaan perpaduan.", "Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan pihaknya sedar perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pembangkang berwibawa dengan 74 kerusi dimiliki.", "“PN tidak membuat SD, kita hanya ada 74 kerusi dan istiqamah. Kita sedar perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pembangkang yang berwibawa dan ia akan diteruskan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Silaturrahmi Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, di Taman Selaseh Fasa 2 pada Sabtu.", "Turut hadir pada majlis anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak, Muhammad Hilman Idham itu, Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar.", "Dalam pada itu ketika diminta mengulas soal khabar angin yang mengatakan PN memiliki 126 sokongan ahli Parlimen, Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata fokus gabungan itu kini tertumpu pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi bukannya mengguling kerajaan.", "“Fokus PN ke arah untuk kekalkan kerajaan di Terengganu, Kelantan dan Kedah serta cuba mencari jalan ambil alih Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.", "“Dalam semangat Syawal ini, kita tak perlu fikir berkenaan perkara itu (guling kerajaan). Biar fokus khidmat kepada rakyat dan eratkan silaturahim. Itu yang perlu dibuat,” katanya.", "Sementara itu, Mohamed Azmin berkata Perlembagaan membenarkan pertukaran kerajaan dilakukan dan itu bukan perkara luar biasa.", "“Pertukaran kerajaan bukan perkara luar biasa atau perkara tidak boleh dilakukan kerana perlembagaan membenarkan untuk sesebuah kerajaan dirombak apabila gagal memenuhi aspirasi rakyat.", "“Inilah keluhan rakyat ketika ini, apabila kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya umum tidak mampu menyelesaikan isu ekonomi, kos sara hidup dan lebih banyak bercakap daripada bertindak.", "“Selagi ia terikat dengan peruntukan perlembagaan dan peruntukan undang-undang, ia boleh dilakukan,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kanak-kanak-tertelan-dadah-semakin-stabil-sudah-bernafas-pdrm/
Kanak-kanak tertelan dadah semakin stabil, sudah bernafas: PDRM
[ "Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang sebelum ini kritikal selepas dipercayai terambil dadah, kini dilaporkan semakin pulih selepas mendapat rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.", "Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kanak-kanak tersebut kini sudah dapat bernafas secara normal dan tidak lagi menggunakan alat bantuan, lapor Bernama.", "Beliau berkata sekiranya keadaan terus menunjukkan perkembangan positif kemungkinan kanak-kanak tersebut akan dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai tidak lama lagi.", "“Alhamdulillah keadaan kanak-kanak ini semakin pulih dan kita semua mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.", "“Dia mungkin akan dipindahkan ke HSIP bagi memudahkan anggota keluarga melawat dan menjaganya,” katanya kepada pemberita selepas hadir bertemu ibu mangsa di HRPZ II di sini, hari ini.", "Terdahulu, Muhamad Zaki bersama rombongan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kelantan Datin Suzana Yashin menyampaikan kurniaan daripada Yang Amat Mulia Raja Perempuan Tengku Anis kepada ibu mangsa.", "Sementara itu, ibu mangsa yang berusia 36 tahun ketika ditemui berkata dia bersyukur keadaan anak bongsu daripada tiga beradik itu semakin pulih.", "Dia berkata semua sumbangan daripada orang ramai yang prihatin termasuk sumbangan daripada Yang Amat Mulia Raja Perempuan Tengku Anis akan digunakan sebaik mungkin untuk keperluan anaknya itu.", "“Anak saya kini sudah boleh makan melalui saluran tiub dan berharap dia terus menunjukkan perkembangan yang lebih baik selepas ini,” katanya yang turut mengagahkan diri menjaga anaknya walaupun menahan keperitan kerana turut menghidap kanser tahap empat.", "Dalam kejadian Ahad lepas, kanak-kanak terbabit kritikal dan terpaksa ditidurkan selepas dipercayai ‘terambil’ lebihan dadah jenis Methamphetamine selepas ditinggalkan di dalam kereta oleh suspek (bapa sepupunya) ketika dibawa keluar di kawasan Kampung Sri Bintang, Kuala Krai.", "Suspek berumur 30 tahun itu yang juga penagih tegar kini masih ditahan reman untuk siasatan lanjut oleh polis." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/hanya-dua-jam-dibenarkan-berada-dalam-kedai-runcit-pusat-beli-belah/
Hanya dua jam dibenarkan berada dalam kedai runcit, pusat beli-belah
[ "Orang ramai hanya boleh berada dalam premis kedai runcit termasuk pusat beli-belah selama dua jam sahaja dan tidak dibenarkan berada lebih daripada tempoh itu, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.", "Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata langkah tersebut bagi membendung penularan Covid-19 dan selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang lebih lebih ketat bermula Selasa ini.", "“Waktu operasi sektor perdagangan pengedaran termasuk semua premis peruncitan, pemborong, pengedaran dan restoran dihadkan antara pukul 8 pagi hingga 8 malam.", "“Namun bagi kedai farmasi dan penjagaan diri kecuali yang tersenarai di bawah aktiviti tidak dibenarkan seperti spa dan perkhidmatan penjagaan kuku dikekalkan di antara pukul 8 pagi hingga 10 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Had jumlah pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk kompleks beli-belah dalam satu-satu masa juga diwajibkan mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu orang bagi setiap empat meter persegi.", "Sementara itu, Alexander Nanta juga menjelaskan had kapasiti pekerja bagi semua premis peruncitan, pemborong, pengedaran dan kompleks beli-belah termasuk pengurusan, operasi dan sokongan ditetapkan sebanyak 60 peratus.", "“Bagi premis peruncitan termasuk pusat beli-belah yang tersenarai di bawah Sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) yang masih berisiko tinggi selepas penilaian dibuat oleh Kementerian Kesihatan akan ditutup serta-merta selama tiga hari bagi tujuan sanitasi,” katanya.", "Alexander berkata, kementerian akan menggerakkan seramai 2,262 pegawai penguat kuasa di seluruh negara untuk memastikan pematuhan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang diperketatkan itu.", "Katanya, penguat kuasa akan diperhebatkan di premis-premis perniagaan termasuk pada hujung minggu dan hari cuti.", "“Sebagai salah satu agensi yang diperturunkan kuasa untuk menguatkuasakan PKP di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), kementerian tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan kompaun.", "“Kementerian juga tidak teragak-agak mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menutup serta-merta premis yang didapati tidak mematuhi SOP PKP yang diperketatkan ini,” katanya lagi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/penjaga-perlu-peka-sebelum-bawa-anak-cucuk-vaksin-covid-19/
Penjaga perlu peka sebelum bawa anak cucuk vaksin Covid-19
[ "Bermula 20 September lalu, program pemberian vaksin kepada golongan remaja berumur 12 hingga 17 tahun (PICK-Remaja) sudah pun dilaksanakan melibatkan 156 pusat pemberian vaksin PPV diseluruh negara.", "Pemberian vaksin dilakukan secara kaedah ‘walk-in’ berjadual, iaitu mengikut lokasi sekolah berhampiran dengan pusat PPV dan ia melibatkan semua kategori remaja termasuk mereka yang sudah tidak bersekolah.", "Ibu bapa yang mempunyai anak-anak dalam kategori itu, perlu memastikan beberapa perkara sebelum dan selepas menghantar mereka untuk mengambil vaksin.", "Pertama, pastikan anak-anak mendapat tidur yang mencukupi sebelum divaksin. Ini kerana, tidur mencukupi dapat membuatkan tubuh badan berada dalam keadaan bersedia dan vaksin boleh diproses secara optimal oleh tubuh badan.", "Kedua, penjaga perlu menyalurkan maklumat mengenai vaksin kepada anak agar mereka tahu akan manfaat dan kesannya dalam melindungi diri daripada wabak ini.", "Seterusnya, penjaga perlu memeriksa keadaan anak sebelum mereka pergi mendapatkan vaksin dan pastikan mereka dalam keadaan sihat, jika anak tidak sihat, sebaik-baiknya di tunda dahulu tarikh ke hari lain.", "Penjaga juga perlu peka, bahawa vaksin tidak akan diberikan dalam keadaan tertentu sekiranya seseorang individu itu menghidap kanser, imunisasi tubuh tidak boleh melawan penyakit atau sedang menjalani kimoterapi dan sebagainya.\nSebarang pertanyaan lanjut boleh dilakukan di talian pertanyaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).", "Selain itu, penjaga perlu mengambil tahu kesan selepas menerima suntikan vaksin.", "Hasil kajian mendapati remaja dan kanak-kanak akan mendapat kesan sampingan di tahap ringan seperti sakit di bahagian suntikan atau ada sesetengah akan demam, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana ini merupakan tanda reaksi tubuh badan anak yang sihat dalam membentuk respons antibodi mereka.", "Namun begitu, sekiranya terdapat kesan yang berlarutan, penjaga perlu membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut di hospital berdekatan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/prn-sarawak-spr-mengadakan-mesyuarat-khas-pada-24-november/
PRN Sarawak, SPR mengadakan mesyuarat khas pada 24 November
[ "Satu mesyuarat khas akan diadakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 24 November berhubung Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak ke-12", "Perkara itu disahkan Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak yang berkata mesyuarat khas tersebut dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN berkenaan bermula pukul 9 pagi di Kuching, Sarawak.", "Katanya, mesyuarat juga membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.", "“Satu sidang akhbar akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Mesyuarat itu susulan penamatan rasmi Proklamasi Darurat negeri itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 November lalu.", "SPR sudah menerima pemakluman rasmi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Dr. Abang Johari Tun Openg berhubung persetujuan dari Seri Paduka Baginda melibatkan pembatalan Proklamasi Darurat (Sarawak) PU (A) 323 sebagai mana termaktub di bawah Seksyen 2(2) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 PU (A) 324.", "Berdasarkan Seksyen 3(3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, Dewan Undangan Negeri (DUN) hendaklah terbubar pada tarikh proklamasi tersebut dinyahwartakan.", "Justeru, di bawah Seksyen 3(4) ordinan itu, maka PRN hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh proklamasi tersebut telah dibatalkan atau diungkaikan" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/penceramah-disaman-khairy-minta-maaf-buang-semua-video-fitnah/
Penceramah disaman Khairy minta maaf, buang semua video fitnah
[ "Penceramah bebas Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau dikenali Abu Syafiq meminta maaf kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan berjanji untuk membuat semua video dan hantaran dalam media sosialnya yang dikatakan memfitnah Menteri Kesihatan itu.", "Awal hari ini, media melaporkan Khairy menyaman bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam dan juga Abu Syafiq ekoran fitnah yang dibuat kedua-dua individu tersebut melibatkan isu vaksin Covid-19.", "Dalam hantaran di laman sosialnya, Abu Syafiq berkata dia akan memadam segala posting dan video vaksin berkait dengan Khairy.", "“KJ (Khairy). Saya minta maaf banyak-banyak. Maafkan saya ye (ya). Saya akan buang semua video dan posting saya pasal abang KJ tu.", "“Usahlah abang KJ bersedih. Saya sayang abang KJ. Semua orang pun sayang. Allah sayang,” tulis Abu Syafiq di Instagramnya.", "Abu Syafiq bagaimanapun turut membuat kenyataan sinis dengan menulis “Jangan ‘sembah’ vaksin usah per’tuhan’kan WHO”.", "Dalam status lain, tanpa menyebut nama secara khusus, dia menulis “Haha” dengan tanda pagar #menteri koyak.", "Saman Khairy itu difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari lalu.", "Khairy menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah supaya status dipertikaikan dipadam serta permohonan maaf di media sosial dan beberapa portal berita.", "Pengurusan kes ditetapkan pada 28 Februari.", "Untuk rekod, Lokman juga sebelum ini disaman Ketua Hakim Syarie Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar bagi menuntut ganti rugi RM30 juta.", "Saman fitnah itu berhubung beberapa hantaran di laman sosial membabitkan gangguan seksual terhadap beberapa wanita termasuk seorang yang bergelar ‘Datin’.", "Mohd. Na’im, 55, yang juga Ketua Pengarah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 17 Januari lalu dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan tunggal di Mahkamah Tinggi di sini.", "Berdasarkan dokumen yang diperoleh, Mohd. Na’im mendakwa defendan telah memfitnahnya dengan membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 10 Januari dan 13 Januari lalu.", "Selain itu, Abu Syafiq juga sebelum ini membuat tuduhan fitnah terhadap Mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan delegasinya dalam mengerjakan ibadah umrah Mac lalu.", "Abu Syafiq dalam laman sosial Instagramnya mendakwa Muhyiddin dan delegasinya tidak mendapatkan vaksin ketika mengerjakan umrah di Arab Saudi.", "Bagaimanapun, tuduhan tersebut dinafikan pejabat Mantan PM Kelapan tersebut dalam satu kenyataan." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/covid-tersebar-melalui-udara-bukan-bermaksud-bergerak-dari-kampung-ke-kampung/
Covid tersebar melalui udara bukan bermaksud bergerak dari kampung ke kampung
[ "Kajian terkini mendapati virus Covid-19 merebak melalui udara? Namun perlu difahami, merebak melalui udara itu bukan seperti hawar bawaan angin.", "Adalah tidak benar dan tidak tepat jika terdapat sebaran menyatakan bahawa kes boleh berjangkit apabila ia berada di tempat jemuran luar rumah ataupun berkebun di luar rumah.", "Jika berlaku kematian seperti itu perlu disiasat apakah punca kematiannya. Di mana kes yang disebutkan beberapa hari lalu itu mati bukan akibat Covid-19, tetapi akibat daripada serangan Asma.", "Maknanya jika satu kampung dijangkiti oleh Covid-19, angin dari kampung A yang bergerak ke kampung B tidak boleh menyebabkan kampung B itu turut dijangkiti.", "Jangkitan Covid-19 masih lagi tertakluk kepada pertemuan fizikal manusia, duduk dekat-dekat, berkumpul ramai sama ada di kedai kopi, kedai makan, masjid atau tempat-tempat awam.", "Hasil daripada pergerakan manusia itulah yang menjadi penentu utama wabak berlaku. Sebagaimana kita tahu bahawa sekarang ini sudah hampir lebih 80 peratus kes adalah berbentuk sporadik, di mana tidak diketahui siapa indeks kes. Oleh itu semua daripada kita adalah berisiko untuk dijangkiti.", "WHO telah mengisytiharkan Covid-19 boleh berlaku melalui bawaan udara atau Airborne. Apa maksudnya?", "1. Pemahaman kita sebelum ini adalah jangkitan boleh berlaku apabila berada dengan jarak yang dekat kurang dari 1 meter dan pertemuan fizikal melebihi 15 minit mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti.", "Tetapi pengkaji menemui lebih daripada itu, di mana kebolehjangkitan bergantung kepada kepatuhan kita kepada prosedur operasi standard (SOP) di sesuatu lokaliti, ruang tertutup atau tidak di lokasi tersebut dan pengudaraan. Jika ianya tertutup dan pengudaraan yang secara berpusat di sinilah boleh berlaku jangkitan bawaan udara.", "2. Setakat ini pengkaji tidak menemui sebaran jarak jauh seperti bersebelahan bilik ataupun bersebelahan rumah atau bersebelahan kampung walaupun terdapat kes-kes terpencil yang dilaporkan pernah terjadi demikian. Jika ianya juga berlaku kemungkinan besar ia adalah berpunca daripada pergerakan manusia juga, cuma tidak diketahui secara jelas.", "3. Kefahaman kita sebelum daripada ini bahawa orang yang bekerja sahaja yang boleh menjangkiti seperti batuk dan bersin. Tetapi kajian mendapati, 59 peratus daripada kes tidak bergejala positif boleh merebak secara bawaan udara melalui percakapan dan pernafasan.", "4. Penggunaan PPE oleh frontliners didapati hanya mencegah daripada jangkitan secara droplet tetapi terdapat ruang-ruang udara yang boleh lagi dimasuki dan menjadi punca kepada jangkitan.", "Di sinilah memerlukan lagi penambahbaikan pemakaian PPE, pemakaian penutup muka secara dua lapis, sentiasa menjarakkan diri sebaik mungkin dari kes positif dan penggunaan sanitizer.", "5. Virus Covid-19 masih lagi berada di persekitaran udara setempat itu sekitar 3 jam dan jangka hayat separuh Covid-19 (t half) adalah sejam setengah.", "6. Vaksin adalah langkah terbaik untuk mencegah diri kita dan keluarga kita daripada terus dijangkiti oleh Covid-19.", "Dr Suhazeli Abdullah\nPakar Perubatan Keluarga" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/warga-asing-sumbang-peningkatan-jumlah-kes-baharu-kematian/
Warga asing sumbang peningkatan jumlah kes baharu, kematian
[ "Sebanyak 2,630 individu atau 14.8 peratus daripada 17,786 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini membabitkan bukan warganegara Malaysia.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turut membabitkan sembilan kes import yang melibatkan empat individu bukan warganegara Malaysia.", "Daripada jumlah jangkitan harian itu juga 260 kes atau 1.5 peratus membabitkan kategori 3, 4 dan 5, manakala 17,526 kes (98.5 peratus) lagi adalah daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19.", "Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes, sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.", "Sementara itu beliau memaklumkan dalam tempoh 24 jam, 165 pesakit Covid-19, termasuk 10 bukan warganegara, meninggal dunia menjadikan keseluruhannya 9,024 kes kumulatif.", "Selangor merekodkan jumlah kematian tertinggi iaitu sebanyak 35 pesakit, diikuti Johor (30), Negeri Sembilan (23) dan Kedah (18).", "“Dalam tempoh itu 11,718 pesakit disahkan sembuh menjadikan keseluruhannya 914,639 kes kumulatif atau 82.2 peratus daripada keseluruhan jangkitan sebanyak 1,113,272 kes.", "“Pada masa sama 189,609 kes masih aktif, manakala pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi berjumlah 1,062 individu dengan 534 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Dr Noor Hisham juga berkata dalam tempoh 24 jam sebanyak 28 kluster baharu direkodkan menjadikan keseluruhannya 3,679 kluster dengan 1,106 lagi masih aktif.", "Beliau berkata daripada jumlah kluster baharu itu, 13 membabitkan jangkitan di tempat kerja dengan Selangor merekodkan enam kluster; Johor (tiga), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (dua); dan masing-masing satu di Kedah dan Perak.", "Kelantan yang semalam merekodkan tujuh kluster komuniti hari ini turut mencatatkan enam lagi jangkitan di dalam kluster itu yang membabitkan daerah Bachok, Kota Bharu, Kuala Krai dan Pasir Puteh.", "Kluster komuniti turut direkodkan di Selangor, Sabah, Perak, Sarawak dan Kedah.", "Sementara itu kluster keagamaan, kumpulan berisiko tinggi dan pusat tahanan direkodkan di Sabah, Johor dan Selangor.", "Mengenai kadar kebolehjangkitan Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data terkini pada 30 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.12.", "“Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.29) dan Kelantan (nilai RT 1.29) diikuti oleh Sabah (nilai RT 1.25). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perlis,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/astrazeneca-coronavac-dilulus-sebagai-dos-penggalak/
AstraZeneca, CoronaVac dilulus sebagai dos penggalak
[ "Kementerian Kesihatan (KKM) memberi kelulusan bersyarat kegunaan vaksin AstraZeneca dan CoronaVac sebagai dos penggalak Covid-19 kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas yang telah menerima vaksin siri primer daripada jenis yang sama (homologous).", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata kelulusan itu diberi dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) semalam dengan dos penggalak bagi vaksin AstraZeneca akan diberikan selepas sela masa enam bulan daripada penerimaan dos kedua vaksin itu.", "Bagi vaksin CoronaVac, dos penggalak akan diberikan selepas tiga hingga enam bulan daripada dos kedua diterima, katanya.", "“Pemberian dos penggalak bagi kedua-dua produk vaksin ini kepada kumpulan sasar tertentu akan diperincikan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.", "Beliau berkata pada mesyuarat sama itu turut memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi vaksin ‘AstraZeneca Solution for Injection’ bagi pengilang ketiga iaitu SK Bioscience Co Ltd Korea Selatan di mana pemegang pendaftaran bagi vaksin ini adalah AstraZeneca Sdn Bhd.", "Beliau berkata PBKD sebelum ini telah memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi pengilang pertama iaitu AstraZeneca Nijmegen B.V. Netherlands manakala pengilang kedua adalah Siam Bioscience Co., Ltd. Thailand.", "Dr Noor Hisham berkata kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.", "“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif,” katanya.", "Katanya Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin Covid-19 di Malaysia dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD." ]
https://www.agendadaily.com/politik/bengang-tak-diterima-masuk-ph-syed-saddiq-umum-muda-bertanding-solo/
‘Bengang’ tak diterima masuk PH, Syed Saddiq umum MUDA bertanding solo
[ "Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan masuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri yang akan diadakan tak lama lagi.", "Ketetapan MUDA bertanding secara solo selepas permohonan parti tersebut masuk menyertai Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan, ia selepas mendapat rakan politik baharu UMNO-Barisan Nasional (BN) yang kini membentuk kerajaan campuran.", "Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semasa mengumumkan pendirian tersebut selepas keputusan itu dicapai secara konsensus dalam mesyuarat parti tersebut.", "“Selepas bincang, MUDA buat ketepatan berdasarkan pasa konsensus parti untuk bertanding di PRN atas kekuatan sendiri,” katanya dalam sidang media khas hari ini.", "Keputusan itu kata Syed Saddiq setelah lama mengadakan perbincangan dengan PH mengenai pengagihan kerusi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/fenomena-air-pasang-besar-62-kawasan-di-klang-berisiko-banjir/
Fenomena air pasang besar: 62 kawasan di Klang berisiko banjir
[ "Enam puluh dua lokaliti di daerah Klang berisiko dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar dan monsun timur laut yang berlaku mulai sekarang hingga Disember.", "Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang Shahman Jalaludin berkata lebih 10,000 penduduk di Kampung Telok Gong, Sungai Serdang, Kampung Tok Muda dan Pulau Indah akan terjejas dengan keadaan itu.", "“Terdapat 62 kawasan berisiko di daerah Klang yang kita kenal pasti terdedah kepada banjir, tetapi ia akan berlaku apabila air pasang besar ‘bertembung’ dengan hujan,” katanya menurut Bernama.", "“Macam kita tengok semalam, walaupun berlaku air pasang besar tetapi tidak hujan dan keadaan masih terkawal. Cuma kerisauan kita pada apabila bulan Oktober dan November kerana pada waktu itu hujan akan bertembung air pasang besar.", "“Potensi berlaku (banjir) itu lebih tinggi,” katanya kepada media selepas meninjau beberapa ban di Jeti Pengkalan Tok Muda, hari ini.", "Shahman berkata berdasarkan laporan tinjauan cuaca bagi tempoh September 2022 hingga Februari 2023 yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, Selangor dijangka akan menghadapi peralihan monsun barat daya kepada monsun timur laut.", "“Peralihan monsun ini dijangka akan membawa kepada peningkatan jumlah penerimaan hujan di antara 100 hingga 400 milimeter secara purata mulai pertengahan bulan ini dan berisiko terjadinya bencana banjir.", "“Pada tempoh sama, fenomena air pasang besar dijangka berlaku di kawasan persisir laut sepanjang Pelabuhan Klang. Berdasarkan ramalan dikeluarkan Pusat Hidrografi Nasional di Pulau Indah, paras air laut tertinggi dijangka mencapai paras 5.5 meter,” katanya.", "Beliau berkata kedua-dua fenomena tersebut boleh menyebabkan air laut melimpah masuk ke sekitar kawasan penempatan dan membawa kepada risiko bencana banjir di kawasan penempatan penduduk.", "Susulan itu, Shahman meminta mereka yang tinggal berdekatan atau terdedah dengan risiko banjir, untuk sentiasa peka dengan situasi serta cuaca dan mematuhi arahan sekiranya diarah berpindah oleh pihak berkuasa.", "Shahman berkata jawatankuasa itu turut merangka pelaksanaan program pemerkasaan komuniti seperti menubuhkan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti (CERT), yang melibatkan pelbagai peringkat komuniti setempat.", "“Pasukan CERT ini akan diberikan latihan dan kemahiran asas pengurusan bencana peringkat komuniti oleh agensi kerajaan, antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Diraja Malaysia, yang akan dilaksanakan pada 18 Sept ini di Taman Sri Muda manakala 24 dan 25 Sept di Pulau Ketam,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pr1ma-scid-guna-teknologi-ibs-bina-rumah-mampu-milik/
PR1MA, SCID guna teknologi IBS bina rumah mampu milik
[ "Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bekerjasama dengan SANY Construction Industry Development (M) Sdn Bhd (SCID) untuk membina rumah mampu milik menggunakan teknologi sistem binaan berindustri (IBS) dalam perkongsian yang akan mewujudkan lebih 12,000 pekerjaan.", "Dalam satu kenyataan bersama, PR1MA berkata perkongsian itu mempunyai potensi pelaburan sebanyak RM75 juta di mana SCID, anak syarikat SANY Group yang berpangkalan di China akan membina tiga kilang IBS di lokasi strategik.", "“Penggunaan teknologi IBS akan menyumbang kepada pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara dengan nilai pembangunan bernilai RM5 bilion,” kata kenyataan itu.", "Memetik Bernama, teknologi IBS ialah cara pembinaan moden dan boleh membantu meningkatkan produktiviti dengan mengurangkan masa pembinaan, katanya.", "Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa lawatannya ke Dubai telah menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara PR1MA dan SCIB di Pavilion Malaysia, Ekspo Dubai 2020.", "PR1MA dan SCID akan bekerjasama untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan membangunkan inisiatif Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di cawangan SCID di Malaysia dan luar negara.", "Pengerusi PR1MA Datuk Fathul Bari Mat Jahya berkata kerjasama itu penting bagi mencapai hasrat kerajaan membantu keluarga Malaysia berpendapatan sederhana (M40) memiliki rumah pertama mereka.", "Ia juga selaras dengan aspirasi kerajaan iaitu “Satu Keluarga, Satu Rumah” dan aspirasi Keluarga Malaysia yang dicetus oleh perdana menteri.", "PR1MA, sebuah agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dipertanggungjawabkan untuk membina rumah mampu milik dan meningkatkan pemilikan rumah sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12)." ]
https://www.agendadaily.com/politik/penjelasan-perkara-49a-perlembagaan-persekutuan/
Penjelasan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan
[ "Adakah Ahli Parlimen yang mengosongkan kerusinya kerana mengundi bertentangan dengan partinya di Parlimen:", "1. Ini merupakan isu hilang kelayakan keahlian di Dewan Rakyat. Peruntukan yang berkaitan ialah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang baharu.", "2. Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan adalah pindaan baharu kepada Perlembagaan Persekutuan yang digubal untuk menghalang ahli parlimen daripada bertukar parti. Ia tidak menghalang seseorang ahli parlimen daripada mengundi bertentangan dengan arahan partinya sendiri.", "3. Peruntukan tersebut digubal dalam dua bahagian. Perkara 49A (1) dan Perkara 49A (2).", "4. Fasal 1 Perkara 49A memperuntukkan bahawa seseorang ahli Dewan Rakyat hendaklah berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong jika ahli parlimen tersebut;", "a) setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik, dia melepaskan keanggotaan sebagai, atau tidak lagi menjadi anggota parti politik itu; atau\nb) setelah dipilih ke Dewan Rakyat bukan sebagai anggota sebuah parti politik (iaitu, calon bebas), dia menyertai parti politik sebagai ahli.", "5. Fasal 2 Perkara 49A menyatakan tiga pengecualian di mana keahlian seseorang ahli parlimen dalam Dewan Rakyat itu tidak terhenti hanya disebabkan oleh:", "a) pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya.\nb) pelepasan keanggotaan ahli parlimen itu daripada parti politiknya apabila dia dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan.\nc) pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya.", "6. Ini menjelaskan bahawa kehilangan kelayakan tidak terpakai melainkan jika seseorang ahli secara sukarela melepaskan keanggotaannya atau berhenti menjadi ahli parti politik tersebut. Sekiranya seorang ahli dipecat daripada parti politiknya, dia tidak mengosongkan kerusinya.", "7. Banyak parti politik menganggap ini sebagai satu kelemahan. Sesetengah parti politik telah cuba mengatasi apa yang mereka anggap sebagai kelemahan dengan meminda perlembagaan mereka di mana jika seseorang ahli tidak mematuhi arahan parti, dia akan secara automatik ‘berhenti’ menjadi ahli. Mereka tidak ‘dipecat’. Dengan cara ini beberapa parti politik telah cuba memastikan kesetiaan mengundi. Ini belum dicabar dan merupakan persoalan terbuka sama ada ia boleh dicabar di mahkamah.", "8. Sepanjang pengetahuan kami, hanya DAP dan AMANAH yang telah meminda perlembagaan mereka dengan cara sebegini.", "9. Oleh itu, jelas bahawa tiada risiko kehilangan kerusi jika ahli Dewan Rakyat mengundi bertentangan dengan partinya melainkan parti itu telah meminda perlembagaan mereka untuk menghalangnya.", "Pakar Perlembagaan" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/rosmah-tiada-fakta-mengatakan-hakim-berat-sebelah-pendakwaan/
Rosmah tiada fakta mengatakan hakim berat sebelah: Pendakwaan
[ "Pihak pendakwaan hari ini memaklumkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor tidak pernah membangkitkan sebarang aduan mengenai keadilan atau kewajaran hakim Mohamed Zaini Mazlan berhubung kes perbicaraan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta.", "Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yin Tinn berkata, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak mengemukakan sebarang fakta untuk menyokong hujahannya bahawa hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pengubahan wang haram itu akan bersikap berat sebelah.", "Memetik FMT, Poh dilaporkan berkata peguam Rosmah juga menerima Mohamed Zaini sebagai hakim perbicaraan bagi kes itu apabila mereka hadir untuk pengurusan kes yang dilakukan ketika beliau diperintahkan membela diri bagi kes rasuah.", "“Sebarang penemuan yang dibuat oleh hakim berhubung kredibiliti pemohon (Rosmah) sebagai saksi dalam kes (rasuah) solar atau pengubahan wang haram atau sebarang perkara keterangan dikawal oleh prinsip penilaian keterangan,” kata Poh yang mengesahkan afidavit bagi menolak permohonan Rosmah untuk Zaini menarik diri.", "Dalam afidavit yang dilihat FMT, Poh berkata, permohonan Rosmah tidak mendedahkan sebarang keadaan yang menunjukkan wujudnya bahaya berat sebelah di pihak hakim.", "“Permohonan oleh tertuduh tidak memberikan asas yang mencukupi dan boleh dipertikaikan berhubung penarikan diri terbabit.", "“Hujahan lanjut mengenai undang-undang akan dilakukan dalam pendengaran permohonan itu,” kata Poh yang memohon mahkamah menolak permohonan itu bagi membolehkan perbicaraan kes pengubahan wang haram berkenaan diteruskan.", "Permohonan penarikan diri itu akan didengar pada 14 Disember.", "Rosmah, 69, yang memfailkan permohonan itu pada 2 November lalu, memohon supaya kes itu didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain.", "Pada 18 Februari lalu, Mohamed Zaini membuat keputusan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Rosmah dan memerintahkannya membela diri dalam kes rasuah yang akan bersambung pada 8 Disember ini.", "Beliau mendakwa, kenyataan dan bukti yang dikemukakan di mahkamah dalam kes rasuah boleh mempengaruhi Zaini secara langsung atau tidak langsung sekiranya hakim itu turut mendengar kes pengubahan wang haram berkenaan.", "Rosmah berdepan 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalan Negeri (LHDN).", "Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.", "Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.", "Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.", "Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, Rosmah didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/angka-kematian-rakyat-palestin-akibat-serangan-israel-meningkat/
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel meningkat
[ "Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan rejim Zionis Israel ke atas penempatan awam di Semenanjung Gaza kelmarin dan semalam, meningkat kepada 32 orang, termasuk wanita dan 10 kanak-kanak.", "Kementerian Kesihatan Semenanjung Gaza – yang ditadbir Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) – berkata, jumlah mereka yang cedera juga meningkat kepada 220 orang.", "Pesawat rejim pengganas Israel mula menyerang Semenanjung Gaza lewat malam Isnin lalu secara besar-besaran menerusi operasi ‘Operation Guardians of the Wall’.", "Tiga rakyat Israel terbunuh, manakala lebih 31 lagi cedera selepas Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap tentera Hamas, melakukan serangan roket ke ibu negara Israel, Tel Aviv awal pagi tadi.", "Ketegangan pada mulanya meletus apabila 40 keluarga Palestin di penempatan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis cuba dihalau dari rumah mereka oleh pendatang haram Yahudi yang dibantu askar rejim Israel (IDF) minggu lalu.", "Rakyat Palestin mengadakan tunjuk perasaan di sekitar penempatan itu dan Baitulmaqdis sehingga ada laporan mengatakan pertubuhan Zionis akan menyerang Masjid Al-Aqsa.", "Ratusan rakyat Palestin kemudian berkumpul di dalam kompleks Haram Al Shariff bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada diceroboh.", "Kesempatan itu diambil IDF dan pendatang Yahudi untuk menceroboh kawasan kompleks berkenaan dengan bantuan IDF selain menyerang umat Islam yang beribadat di Masjid Al-Aqsa.", "Rejim pengganas Israel menduduki Baitulmaqdis Timur sejak perang Arab-Israel pada 1967, dan mula memperluas penempatan Yahudi secara merampasnya daripada penduduk Palestin pada 1980. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/lepas-jawatan-penasihat-pm-kini-ahli-penasihat-menteri-kewangan-pula/
Nurul tak jadi penasihat bapa, nasihat Menteri Kewangan pula
[ "Selepas dikritik dan dikecam hebat oleh rakyat Malaysia, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mengesahkan beliau bukan lagi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada bapanya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang menjadi tumpuan sebelum ini kerana kontroversi pelantikannya sebagai penasihat Perdana Menteri, berkata beliau kini menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.", "“Pengerusi Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan Tan Sri Mohd Hassan Marican, telah mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat. Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini.", "“Menerusi peranan baharu ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada YAB Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan media hari ini (12 Februari 2023).", "Menurutnya beliau amat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.", "“Saya mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan sepenuh penghargaan atas setiap sokongan dan dokongan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti kerajaan.", "“Rakyat Malaysia secara keseluruhannya mengharapkan masa depan yang cemerlang dan penyatuan yang utuh dipimpin oleh Perdana Menteri bersama Kerajaan Perpaduan.", "“Saya berharap khidmat membantu Tan Sri Mohd Hassan berserta anggota jawatankuasa lain mampu memberi manfaat kepada negara tercinta. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh jawatankuasa. Sama-samalah kita menyumbang dalam sebarang kapasiti demi negara kita,” katanya.", "Awal bulan lalu, Nurul Izzah dalam satu temu bual bersama sebuah media tempatan, memaklumkan beliau dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, berkuat kuasa 3 Januari 2023.", "Pelantikan itu bagaimanapun mengundang kritikan pelbagai pihak terutama pembangkang yang mempertikaikan keputusan berkenaan dan mengaitkannya dengan amalan nepotisme.", "Anwar kemudian menjelaskan, anaknya tidak akan menerima sebarang elaun dan beliau sendiri mempelawa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.", "Terdahulu sebelum pengumuman oleh Nurul Izzah, Hassan dalam satu kenyataan berasingan, memaklumlan bekas anak Perdana Menteri itu dijemput untuk mengetuai secara bersama sekretariat untuk menyokong operasi Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan.", "Sekretariat berkenaan terletak di Menara Berkembar PETRONAS dan berfungsi membantu jawatankuasa penasihat yang melapor terus kepada Menteri Kewangan dan akan bermesyuarat sekerap mungkin bergantung pada keperluan.", "Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan telah mengadakan mesyuarat sulungnya pada 10 Februari 2023, yang mana ia dipengerusikan oleh Hassan, yang juga Penasihat PETRONAS.", "Mesyuarat itu dihadiri ahli jawatankuasa yang lain, iaitu Pengerusi Sarawak Energy Bhd, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi; Pengerusi Eksekutif FPSO Ventures Sdn Bhd, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ulung Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah dan Profesor Ekonomi di Sunway University Business School, Dr Yeah Kim Leng.", "Jawatankuasa terbabit akan menasihati Menteri Kewangan mengenai cara untuk meningkatkan asas hasil negara dan mengurangkan perbelanjaan mengurus, berkaitan subsidi, termasuk menyemak dan menyusun semula subsidi sedia ada, selain penyediaan perlindungan sosial lebih holistik." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/bangsa-johor-mesti-sekat-kluster-mahkamah/
Bangsa Johor mesti sekat kluster mahkamah
[ "Setelah menganalisis senarai calon BN di PRN Johor, kesimpulan yang boleh dibuat ialah: ‘Kluster mahkamah semakin mengukuhkan cengkaman ke atas UMNO.’", "Tiada lagi orang Hishamuddin Hussein atau Khaled Nordin (dua warlord Johor), jauh sekali orang-orang PM, Ismail Sabri Yaakob. Sebaliknya, kesemua mereka loyalist Najib Razak dan Zahid Hamidi.", "Pembersihan dibuat sehingga 70 peratus calon yang diketengahkan adalah muka baharu. Zahid dakwa ia bukti bahawa UMNO sudah berubah.", "Padahal, muka baharu sebenarnya lebih mudah diikat kesetiaannya, cukup dengan bermodalkan watikah pelantikan calon ditandatangani Zahid selaku Pengerusi BN.", "Baki 30 peratus calon pula, terdiri daripada muka lama yang berada dalam senarai putih. Kesetiaan mereka tidak perlu disangsikan lagi.", "Sebagai ‘pengawas’ kepada pasukan yang ingin dibentuk ini, Puad Zakarshi, loyalist nombor satu Najib dan Zahid diturunkan buat kali pertama di kerusi DUN.", "Banyak suara mengatakan Puad yang juga ahli MT UMNO ada kualiti sebagai Menteri Besar Johor atau sekurang-kurangnya Exco Kanan (a.k.a Menteri Besar di sebalik tabir).", "Inilah projek ‘meNajib dan mengZahidkan’ UMNO di Johor. Untuk tunjuk mereka masih relevan, sambil menyusun kekuatan untuk berdepan sesiapa sahaja pada pemilihan parti akan datang, waima dari kem Ismail Sabri.", "Cengkaman total amat penting kerana kluster mahkamah cukup yakin UMNO akan kembali berkuasa melalui PRU-15 (benarkah begitu?).", "Sekiranya didapati bersalah di mahkamah sewaktu UMNO sudah kembali memerintah, masih ada cara sah boleh diusahakan untuk dapat pembebasan.", "Formula pembebasan Anwar Ibrahim (guru Zahid) oleh PM kerajaan PH, Dr Mahathir Mohamad boleh dikitar semula kerana politik itu adalah seni serba kemungkinan.", "Lebih-lebih lagi di tangan kluster mahkamah yang terdesak kerana sebelah kakinya sudah berada dalam penjara akibat mengkhianati rakyat dan negara.", "Sebagai rekod, Mahkamah Tinggi, menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International.", "Tiga hakim Mahkamah Rayuan juga mengekalkan sabit kesalahan dan hukuman penjara itu.", "Zahid pula, diperintahkan Mahkamah Tinggi supaya membela diri terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi – sebuah yayasan yang ditubuh untuk membantu orang miskin.", "Berdasarkan senario ini, kemaraan kluster mahkamah wajib disekat dan kuasa itu hanya ada pada tangan Bangsa Johor. Tidak mungkin Bangsa Johor yang ada class sanggup bersekongkol dengan kemungkaran.", "Malulah sikit BossKu!", "Saladin Hasan Salleh", "Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/azeez-rahim-akan-dapat-perbicaraan-adil-kata-pihak-pendakwaan/
Azeez Rahim akan dapat perbicaraan adil, kata pihak pendakwaan
[ "Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, tidak cacat.", "Selain itu, pihak pendakwaan juga memaklumkan bahawa tidak wujud ketidakadilan perbicaraan terhadap bekas Pengerusi Tabung Haji itu kerana pihak pendakwaan akan memastikan dia memperoleh mendapat perbicaraan yang adil.", "Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad berhujah pihak pendakwaan akan memanggil saksi dan akan membuktikan kes itu berdasarkan keterangan dan saksi pendakwaan juga akan tertakluk kepada pemeriksaan balas oleh peguam Abdul Azeez.", "Memetik Bernama, beliau berkata tidak wujud ketidakadilan atau prejudis terhadap Abdul Azeez di mana-mana peringkat kerana dia tidak dinafikan untuk mendapat perbicaraan yang adil.", "“Pendakwa raya akan pastikan satu perbicaraan yang adil akan dijalankan terhadap perayu,” katanya.", "Aslinda berhujah dalam rayuan yang dikemukakan oleh Azeez terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya pada 12 Mac lalu untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM5.2 juta yang mempunyai kaitan dengan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM13.9 juta yang didakwa diterimanya daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.", "Aslinda berkata tidak perlu dinyatakan dalam kertas pertuduhan apakah aktiviti haram yang dihadapi Azeez berhubung pertuduhan pengubahan wang haram.", "Beliau berkata pertuduhan pengubahan wang haram itu boleh bertahan sambil menambah pihak pendakwaan melalui keterangan saksi akan menjelaskan apakah aktiviti yang menyalahi undang-undang itu.", "Mengenai pertuduhan rasuah terhadap Abdul Azeez, Aslinda berkata dia menghadapi tuduhan rasuah dan pengubahan wang tunai untuk empat projek.", "Sementara itu, Abdul Azeez yang diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dalam jawapannya berkata anak guamnya adalah mangsa pendakwaan politik dan keseluruhan perbicaraan tidak boleh dibenarkan untuk diteruskan kerana ia adalah tidak adil baginya.", "Beliau berkata perincian pertuduhan tidak dipenuhi iaitu kekurangan butiran dan menambah bahawa mahkamah tidak boleh membenarkan pertuduhan itu bertahan.", "Bagi pertuduhan rasuah, Abdul Azeez, 55, didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 8 Dis 2010 dan Affin Bank, Puchong City Centre, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.", "Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.", "Di akhir pendengaran rayuan itu, Amer Hamzah berkata beliau menerima arahan daripada anak guamnya yang memohon kebenaran mahkamah secara peribadi untuk bercakap.", "Bagaimanapun, Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said berkata berdasarkan pertuduhan itu, Azeez adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, jadi tidak perlu memberi penjelasan sambil menambah adalah lebih baik untuk tidak bersuara pada ketika ini.", "Selepas pihak pembelaan dan pendakwaan selesai berhujah, Hakim Kamaludin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, menangguhkan keputusan ke tarikh yang ditetapkan kemudian." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/saksi-beritahu-klausa-117-ma-1mdb-memerlukan-arahan-pm-buat-kelulusan/
Saksi beritahu Klausa 117 M&A 1MDB memerlukan arahan PM buat kelulusan
[ "Klausa 117 Memorandum dan Artikel Pertubuhan (M&A) dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi kuasa kepada Perdana Menteri (PM) untuk meluluskan sebarang keputusan berkaitan syarikat pelaburan sarat hutang itu.", "Saksi perbicaraan kes 1MDB melibatkan Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebarang keputusan hanya akan berkuat kuasa dengan kelulusan bertulis PM dan menjelaskan Klausa 117 hanya terdapat dalam syarikat itu tapi tidak dalam syarikat lain bawah MKD.", "Timbalan Setiausaha Bahagian di Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) Datuk Siti Zauyah Mohd Desa berkata tidak mengetahui bagaimana Klausa 117 itu dimasukkan kerana ia disediakan lebih awal oleh setiausaha syarikat 1MDB sebelum dipindah milik kepada MKD.", "Jelasnya, klausa itu menyatakan sebarang pelantikan dan penyingkiran mana-mana pengarah termasuk pengarah urusan dan pengurusan kanan syarikat, tidak akan berkuat kuasa tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada PM.", "Ia juga menetapkan sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan) dan penstrukturan semula yang berkemungkinan menjejaskan jaminan oleh kerajaan bagi faedah syarikat dan kepentingan serta keselamatan negara, juga memerlukan kelulusan bertulis PM.", "“Sepanjang pengetahuan saya, artikel yang terkandung dalam dokumen M&A 1MDB seperti artikel 68, 93 dan 117 tidak pernah terkandung dalam mana-mana M&A syarikat MKD yang lain.", "“Artikel ini hanya diguna pakai dalam syarikat 1MDB sahaja. Saya ingin nyatakan bahawa penyediaan M&A bagi sesebuah syarikat MKD wajar dirujuk kepada Kementerian Kewangan selaras Akta Menteri Kewangan Diperbadankan 1989.", "“Namun begitu, pindaan dalam M&A 1MDB tidak dirujuk kepada Bahagian MKD,” katanya menurut laporan BH.", "Siti Zauyah memberikan keterangan terhadap Najib, 68, yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.", "Dalam perbicaraan sebelum ini, Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib mempunyai ‘ultimate power’ (kuasa mutlak) dalam membuat keputusan, terutama membabitkan pelaburan, keputusan kewangan dan kepentingan negara membabitkan hal ehwal 1MDB.", "Ia selari dengan Artikel 117 M&A 1MDB kerana setiap keputusan penting perlu di bawah arahan dan kelulusan PM.", "Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/rumah-terbuka-pm-menteri-diteruskan-hingga-selesai/
Rumah Terbuka PM, Menteri diteruskan hingga selesai
[ "Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang sepatutnya berakhir jam 4 petang tadi, dilanjutkan sehingga selesai berikutan sambutan luar biasa yang diterima.", "Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, keputusan itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan tidak sampai hati melihat masih ramai Keluarga Malaysia yang menunggu giliran berhari raya.", "Jurucakapnya berkata, ini kali pertama dalam sejarah apabila lebih 100,000 pengunjung menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri terutama selepas dua tahun tiada program sedemikian diadakan berikutan penularan Covid-19.", "“Keluarga Malaysia mula beratur seawal jam 8 pagi menyebabkan program yang dijadualkan bermula jam 10 pagi diawalkan pada jam 9 pagi tadi.", "“Perdana Menteri mengambil keputusan melanjutkan sehingga selesai meskipun majlis sepatutnya berakhir pada jam 4 petang tadi. Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri ini mendapat sambutan luar biasa yang tidak dijangka,” katanya.", "Terdahulu, Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di Laman Sari kira-kira jam 10 pagi tadi.", "Beliau turut meluangkan masa bersalam-salaman dengan orang ramai yang hadir dan memberi duit duit raya kepada kanak-kanak serta orang kurang upaya (OKU)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/sprm-tahan-suami-isteri-bocor-maklumat-tender/
SPRM tahan suami isteri bocor maklumat tender
[ "Seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan berkaitan infrastruktur dan suaminya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes pembocoran maklumat membabitkan tender agensi itu bernilai lebih RM1.2 juta.", "Menurut sumber SPRM, wanita berkenaan yang terbabit dalam pemilihan kontrak agensi itu dipercayai membocorkan maklumat tender bernilai RM1.2 juta dengan balasan syarikat milik suaminya dilantik sebagai subkontraktor kepada sebuah lagi syarikat yang berjaya mendapat projek berkaitan sistem elektronik pada 2020, menurut laporan Bernama.", "Menurut sumber SPRM itu, suami isteri yang masing-masing berumur 44 tahun dan 42 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di sini petang semalam.", "Pasangan itu kini ditahan reman sehingga 27 Mac ini setelah perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.", "Sumber SPRM itu berkata pasangan suami isteri itu ditahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009." ]
https://www.agendadaily.com/politik/ditolak-dap-wong-tack-pilih-tiket-bebas/
Ditolak DAP, Wong Tack pilih ‘tiket rakyat’
[ "Wong Tack yang ditolak DAP untuk dicalonkan sekali lagi di kerusi Parlimen Bentong memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.", "Penyandang Parlimen Bentong itu pada sidang media hari ini menegaskan beliau bakal bertanding di bawah tiket rakyat.", "“DAP memutuskan untuk tidak meletakkan saya di kerusi Parlimen Bentong pada PRU-15. Saya diberitahu saya tidak akan sesuai dengan strategi besar mereka pada pilihan raya umum.", "“Sejak empat tahun lalu, saya bersungguh-sungguh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat Bentong. Bentong adalah kampung halaman saya. Saya tetap komited untuk terus berkhidmat kepada rakyat.", "“Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Wong Tack akan bertanding di bawah ‘tiket rakyat’,” katanya lapor Malaysiakini.", "Hari ini Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengumumkan Young Syefura sebagai calon DAP di Bentong untuk menentang bekas presiden MCA, Tan Sri Liow Tiong Lai sementara Wong ditawarkan kerusi Cameron Highlands namun beliau tidak bersetuju." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/indonesia-tunda-tunaikan-ibadah-umrah-sehingga-2022/
Indonesia tunda tunaikan ibadah umrah sehingga 2022
[ "Kerajaan Indonesia hari ini mengesahkan penangguhan ibadah umrah republik itu ke Mekah sehingga tahun depan susulan ancaman jangkitan Covid-19.", "Pengumuman itu dilaksanakan susulan rayunan Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Menteri Agama, Yaqut Choilil Qoumas menggesa supaya rakyatnya tidak melancong ke luar negara.", "Ketua Pengarah Haji dan Umrah (PHU) di Kementerian Agama, Hilman Latief memaklumkan keputusan mengenai isu itu dibuat selepas ia dibincangkan ketika pertemuan dengan Persatuan Penganjur Kembara Umrah (PPIU).", "“Keputusan menangguhkan ibadah umrah ini dibuat dengan mengutamakan kesihatan jemaah ketika pandemik COVID-19 selepas kemunculan varian baharu Omicron.", "“Persatuan PPIU menyokong saranan pemerintah untuk menangguhkan pelepasan ke luar negara biarpun rancangan umrah tertangguh lagi, semua pihak perlu faham pandemik belum berakhir, malah varian baharu yang lebih berbahaya kini sudah dikesan.", "“Ada harapan pelepasan dilakukan walaupun jumlahnya berkurangan tetapi secara umumnya, persatuan PPIU memahami dan mematuhi rayuan untuk tidak ke luar negara,” jelasnya.", "Beliau berharap rayuan larangan perjalanan ke luar negara bukan saja terpakai kepada jemaah umrah tetapi juga kepada semua rancangan penerbangan ke luar negara.", "Tambahnya, sebagai pengawal selia dan penyelia pelaksanaan ibadah umrah, Kementerian Agama terus berhubung dengan semua pihak berkaitan untuk terus berusaha ke arah pelaksanaan umrah yang sihat lagi selamat.", "“Pelaksanaan umrah ketika pandemik juga menjadi titik tolak pelaksanaan ibadah haji pada tahun depan, dengan mengambil kira keadaan semasa pandemik Covid-19 ketika itu.", "“Penangguhan ini sememangnya satu keputusan yang pahit tetapi dilaksanakan untuk kebaikan bersama. Kami berharap semua dapat memahami dan semoga ada pengajaran daripada keputusan ini,” jelasnya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/ramai-balik-kampung-macam-sambut-hari-raya/
Ramai balik kampung macam sambut hari raya
[ "Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada Sabtu ini, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menunaikan hak demokrasi masing-masing.", "Menurut laporan, lebuh raya utama seluruh negara menyaksikan pertambahan kenderaan hampir sama seperti musim perayaan.", "Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran sesak dikesan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hala utara di beberapa kawasan terutamanya dari Slim River ke Sungkai sepanjang 7.4 kilometer (km) dan Tapah ke Gopeng sepanjang 6.4km.", "Kesesakan turut berlaku di Senai ke Kulai, Bukit Lanjan ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Rawang dan Bidor ke Tapah, katanya.", "“Sementara itu, di Senai ke Skudai pula sebuah kemalangan dilaporkan berlaku di KM20.6 menyebabkan kesesakan sepanjang 5.5km walaupun tiada lorong yang terhalang.", "“Kemalangan dari Bandar Ainsdale ke Nilai yang berlaku lewat petang tadi telah selesai dan trafik kembali lancar,” katanya menurut laporan Bernama.", "Menurutnya, trafik di PLUS arah selatan pula perlahan di beberapa kawasan antaranya di Sedenak ke Kulai dan Putra Mahkota ke Nilai ekoran kemalangan membabitkan tiga kenderaan.", "“Sedikit kesesakan turut dikesan di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) menghala masuk Malaysia iaitu di Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah,” katanya.", "Sementara itu, jurucakap Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ketika dihubungi berkata kesesakan trafik signifikan berlaku dari Gombak ke Bukit Tinggi sepanjang 14.6km, Kuantan ke Lentang (4.5km) dan Lentang ke Bentong (2.8km)", "Bilangan kenderaan masuk ke lebuh raya utama seluruh negara dijangka akan bertambah mulai tengah malam ini susulan tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya sempena PRU15 bermula 12.01 tengah malam 18 Nov sehingga jam 11.59 malam 19 Nov." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/dr-m-kata-pembelaan-zahid-dalam-saman-fitnah-isu-kutty-tak-logik/
Dr M kata pembelaan Zahid dalam saman fitnah isu ‘kutty’ tak logik
[ "Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan Presiden UMNO itu yang didakwa mempersoalkan keturunannya, menyifatkan pembelaan Zahid adalah tidak logik.", "Perdana menteri dua kali itu juga mengulangi bahawa Presiden UMNO itu bertindak dengan niat jahat kerana menimbulkan persoalan mengenai warisannya.", "Zahid dalam ucapannya merujuk Dr Mahathir sebagai “anak lelaki Iskandar Kutty” yang membayangkan bahawa beliau (Dr Mahathir) dilahirkan sebagai bukan Islam, katanya dalam jawapan kepada pembelaan yang difailkan pada 8 September.", "Walaupun Zahid, dalam pembelaannya, menafikan merujuk kepada Dr Mahathir, bekas perdana menteri itu berkata ucapan Zahid – di mana beliau menyebut seseorang yang menjadi Presiden UMNO selama 22 tahun dan memimpin negara selama 22 tahun – hanya boleh merujuk kepada Ahli Parlimen Langkawi itu.", "“Kata-kata fitnah itu jelas dan nyata merujuk kepada saya,” kata negarawan berusia 97 tahun itu sambil menambah Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, hanya cuba memutar belit fakta dalam pembelaannya, menurut TheEdge.", "Dr Mahathir juga berkata kenyataan lain yang diucapkan oleh Zahid merujuk kepada seorang pemimpin yang memimpin UMNO selama 22 tahun adalah sindiran yang dimaksudkan dan ditujukan kepadanya.", "“Mana-mana orang biasa yang membaca kenyataan itu akan memahami bahawa asas ia dibuat adalah untuk mengakibatkan kebencian, mala fide (dengan niat jahat) dan dendam yang ditujukan untuk menjejaskan reputasi saya sebagai seorang negarawan dan juga seorang pemimpin politik yang berpengaruh,” kata Dr Mahathir.", "Dr Mahathir, memfailkan saman fitnah itu pada 20 Julai lalu berdasarkan apa yang dikatakan Zahid pada 2017, yang diulangi sekali lagi pada Julai tahun lalu. Zahid, dalam pembelaannya yang difailkan pada 17 Ogos, menafikan orang dalam kenyataan yang diucapkannya merujuk kepada bekas perdana menteri itu.", "Dr Mahathir menambah, di sebalik penafian Zahid, saman itu berjaya menunjukkan kaitan dengan dakwaan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Presiden UMNO itu merujuk kepadanya (Mahathir), dan ini benar-benar menggambarkan bahawa pembelaan penafian Zahid sebagai tidak logik.", "Dr Mahathir menambah bahawa pembelaan Zahid hanyalah penafian kosong. Bekas perdana menteri itu menegaskan bahawa akibat daripada kenyataan itu, terdapat orang yang mempersoalkan keturunannya.", "Walaupun Zahid turut merayu pembelaan terhadap keistimewaan dan justifikasi yang layak, Dr Mahathir menegaskan bahawa kenyataan fitnah itu gagal menafikan fakta bahawa apa yang dilafazkan sememangnya memfitnah.", "“Jika seseorang menumpukan perhatian dan memahami dalam membaca perkataan fitnah, seseorang akan menyedari bahawa apa yang diperkatakan itu memfitnah saya,” kata Dr Mahathir, sambil menambah bahawa tiada merit dalam pembelaan Zahid terhadap keistimewaan dan justifikasi yang layak.", "Atas sebab-sebab di atas, Dr Mahathir, yang memfailkan jawapan melalui Tetuan Haidir & Co, berusaha untuk membatalkan pembelaan.", "Pengurusan kes saman itu telah dilakukan di hadapan Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris hari ini (13 September). Nor Afidah kemudiannya mengarahkan satu lagi pengurusan kes dibuat pada 7 November, di mana pihak berkenaan diarah memfailkan dokumen sebagai persediaan menghadapi perbicaraan.", "Peguam Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi memberitahu bahawa mereka tidak akan memfailkan sebarang permohonan interlokutori.", "Selain itu, Zahid juga telah memfailkan saman terhadap Dr Mahathir kerana memfitnah, selepas bekas PM itu berkata Zahid telah meminta bantuannya supaya tuduhan rasuah digugurkan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/zahid-kata-keputusan-pecat-dan-gantung-ahli-supaya-umno-harmoni/
Zahid kata keputusan pecat dan gantung ahli supaya UMNO harmoni
[ "Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan memecat dan menggantung ahli UMNO yang dibuat baru-baru ini adalah keputusan bersama dan bukan keputusan peribadinya.", "Presiden UMNO itu menafikan keputusan tindakan yang diambil oleh Majlis Tertinggi (MT) terhadap tiga ahlinya pada Jumaat lalu dibuat atas kehendaknya seperti didakwa dan menegaskan ia diambil bertujuan untuk mengelak parti daripada anasir yang akan memecah-belah mereka.", "“Sebarang anasir yang boleh memecah-belah atau mengganggu-gugat (perpaduan dalam parti) ditangani sebaik mungkin dengan respons sewajarnya.", "“Begitu juga terhadap anasir dalaman yang berusaha memburuk-burukkan institusi kepemimpinan parti yang menjadi benteng kepada perjuangan UMNO.", "“Jika institusi ini dilemahkan dengan anasir dalaman yang merekayasa dakyah dan tohmahan, tentunya akan merosakkan keharmonian,” katanya menerusi Facebook hari ini.", "Terdahulu, Ketua UMNO Cawangan Sri Labuan yang juga blogger, Datuk Zaharin Mohd Yasin dipecat daripada parti berkuat kuasa serta-merta, mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9.", "Tindakan itu mengundang kemarahan Zaharin yang membidas Zahid sebagai membuat keputusan tersebut kerana kepentingan peribadinya.", "Selain Zaharin, dua lagi pemimpin parti iaitu Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, digantung keahlian parti selama enam tahun.", "Dalam pada itu, Zahid berkata, bukan saja UMNO, badan politik lain juga melakukan tindakan sama bagi memastikan institusi kepemimpinannya dihormati.", "“Seperti saya katakan, kini bukan masa untuk menoleh. UMNO telah mengambil tindakan dan keputusan bersama demi kepentingan parti ini.", "“Apa yang telah berlaku suatu penegasan oleh parti bahawa UMNO tidak pernah tentang individu. UMNO adalah mengenai rakyat dan negara.", "“UMNO sebuah perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Kesilapan lalu tidak boleh berulang. Gunting dalam lipatan perlu dikekang,” katanya.", "Tambah beliau, gerak kerja pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) menjadi fokus utama dan sehingga tiba tarikh penting itu, UMNO akan terus mara demi rakyat Malaysia." ]
https://www.agendadaily.com/politik/pemimpin-amanah-kedah-keluar-parti-tak-puas-hati-tunduk-kepada-dap/
Pemimpin Amanah Kedah keluar parti, tak puas hati tunduk kepada DAP
[ "Tak berpuas hati kerana terlalu tunduk dengan DAP sehingga sanggup mengorbankan kerusi sendiri, pemimpin kanan parti Amanah bertindak keluar daripada parti sejak kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.", "Tindakan pemimpin Amanah itu bermula susulan penyingkiran Pengerusi negerinya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi sebelum bermula PRU-15 lalu kerana didakwa mensabotaj parti sendiri walaupun hanya mempertahankan suara akar umbi parti yang tidak mahu pemimpin atasan terlalu memberi muka kepada DAP.", "Phahrolrazi berkata langkah itu diambil setelah parti tersebut dilihat tidak memberi sebarang maklum balas terhadap surat dihantar 12 Ketua Kawasan Amanah di negeri itu kepada kepimpinan parti di peringkat Pusat pada awal November lalu yang meminta supaya beliau kembali diterima sebagai ahli dan dikembalikan jawatan Pengerusi Amanah Negeri. ", "Seramai 206 ahli  parti Amanah terdiri daripada pimpinan serta aktivis yang aktif di negeri Kedah, mengambil keputusan meninggalkan parti itu sejak 29 November lalu.", "Langkah itu antaranya turut disertai oleh Speaker Amanah Kedah, Kassim Mat Isa; Timbalan Speaker, Jamil Che Dan; Ketua Pemuda Negeri, Mohd Ridzwan Arshad Ahmad serta hampir seluruh kepimpinan Pemuda Amanah negeri.", "Jelasnya, sebelum ini beliau pernah menyatakan bahawa tindakan memecat beliau dari parti akan memberi kesan kerana kemasukan mereka ke dalam Amanah untuk menubuhkan parti ini satu ketika dulu adalah secara kabilah atau ‘en bloc’ melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa).", "Pengumuman keluar beramai-ramai itu diadakan di rumah Phahrolrazi Mohd Zawawi yang dipecat daripada parti itu pada 30 Oktober lalu.", "Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu berkata, dijangkakan selepas ini ada lagi ahli kawasan yang akan berhenti, namun, hasrat itu ditangguhkan dahulu sementara hari pengundian Parlimen Padang Serai pada 7 Disember ini.", "Pada 30 Oktober lalu, Amanah memecat Phahrolrazi daripada parti tersebut kerana didakwa melanggar Perlembagaan, mengingkari keputusan dan melakukan perbuatan bertentangan dengan kepentingan parti berikutan tindakannya membantah keputusan kepimpinan Amanah Pusat memberi laluan kepada DAP bertanding di Jerai.", "Menyifatkan dirinya sebagai ‘kambing hitam’, Phahrolrazi turut mempersoalkan mengapa hanya beliau seorang yang dipecat sedangkan keputusan untuk membantah pemberian kerusi Parlimen Jerai itu kepada DAP merupakan keputusan mesyuarat perhubungan Amanah negeri.", "Mengulas lanjut, Phahrolrazi berkata, selepas ini jejak langkah mereka itu dijangka akan dituruti ribuan ahli Amanah di negeri lain terutamanya di negeri-negeri yang memiliki ramai keahlian PasMa sebelum ini seperti di Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.", "“Selepas daripada ini saya akan berunding dengan beberapa parti tengok dulu dia punya keadaan dan sebab kita masuk secara ‘en block’ bila masuk secara ‘en block’, dia tidak boleh masuk macam individu perseorangan mestilah ada satu perundingan dibuat bagaimana memposisikan kumpulan kita.", "“Ini kerana supaya parti yang menerima kita tujuannya untuk memperkuatkan (parti), kalau masuk dengan keadaan menjadi ahli biasa saya fikir tidak ada apa apa makna sebab mereka yang ada ini pimpinan mereka.", "“Jadi perlu ada satu perundingan untuk mereka ini dapat membantu untuk memperkukuhkan parti itu terutamanya Pakatan Harapan (PH) dan yang penting untuk menghadapi pilihan raya negeri tak lama lagi,” ujar beliau lagi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/raja-raja-melayu-sokong-parlimen-bersidang-suhu-politik-perlu-diredakan/
Raja-Raja Melayu sokong Parlimen bersidang, suhu politik perlu diredakan
[ "Raja-raja Pemerintah Melayu menyokong pendirian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang.", "Dalam satu kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sementara di peringkat negeri, raja-raja berpendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) juga boleh bersidang secepat mungkin.", "“Kaedah dan prosuder persidangan seperti yang sedang diamalkan di beberapa buah negara yang terbukti dapat mengawal rangkaian jangkitan virus Covid-19 wajarlah diperkenalkan dan diterima pakai di negara ini,” titahnya.", "Dalam pada itu menurut kenyataan itu menjelaskan bahawa adalah menjadi kewajipan Agong dan Raja-Raja Pemerintah Melayu untuk mengimbangkan pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan menghindarkan kemungkinan sebenar ataupun tanggapan berlakunya sebarang penyalahgunaan kuasa.", "“Raja-Raja Melayu turut menegaskan pentingnya prinsip Raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen diterjemahkan melalui budaya pemerintahan yang pada setiap masa meluhurkan Perlembagaan Negara dan mendaulatkan undang-undang,” titahnya lagi.", "Dalam pada itu Raja-Raja Melayu turut menasihatkan pemimpin politik supaya menurunkan suhu politik yang semakin panas ketika ini.", "“Suhu politik yang semakin panas wajib diredakan,” titahnya.", "Sementara itu menurut titah itu lagi bahawa tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan Darurat selepas 1 Ogos 2021 nanti.", "Terdahulu, Tuanku bertitah agar sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli-ahli Dewan Rakyat.", "Malaysia ketika ini sedang melalui tempoh Darurat selepas Agong telah berkenan menggunakan kuasa Baginda berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk menguatkuasakan perintah tersebut.", "Baginda yakin bahawa Darurat ini merupakan langkah paling berkesan buat masa ini bagi menghadapi pandemik Covid-19 yang kini mencecah angka yang sangat membimbangkan dalam negara.", "Tempoh Darurat ini berkuatkuasa sehingga 1 Ogos 2021 atau satu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid- 19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/dia-dulu-ajar-turunkan-kerajaan-dengan-turun-jalan-raya-mp-alor-setar-bidas-pmx/
Dia dulu ajar turunkan kerajaan dengan turun jalan raya, MP Alor Setar bidas PMX
[ "Individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mengajar rakyat untuk menurunkan kerajaan menerusi berdemonstrasi di jalan raya, kata Afnan Hamimi Taib Azamudden.", "Ahli Parlimen Alor Setar itu membidas Perdana Menteri (PMX) yang lupa dengan tindakan pernah dilakukannya sebelum ini yang sering mendesak untuk menjatuhkan kerajaan tetapi kini bimbang pula apabila pembangkang berkempen untuk menukar kerajaan campuran dipimpinnya.", "“Dulu boleh lah orang terpegun dengan ceramah dia (Anwar), terpegun dengan kata-kata dia… Terpegun ni sampai turun ke Kuala Lumpur.", "“Kita sanggup turun ke jalan raya kerana kononnya nak membela manusia yang bernama Anwar Ibrahim, waktu itu… Dia juga yang mengajar pada kita kerajaan yang ada hari itu tak betul, turunkan kerajaan dengan cara turun jalan raya.", "“Dia juga yang ajar pada kita projek 16 September kononnya untuk tukar kerajaan. Dia buat langkah Kajang di Selangor untuk tukar menteri besar Selangor sehinggalah Tan Sri Muhyiddin (Yassin) naik jadi Perdana Menteri maka dibuat desakan Tan Sri Muhyiddin supaya letak jawatan ganti dengan UMNO,” katanya semasa berceramah di pelancaran Jentera pilihanraya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN Mengkebang malam tadi.", "Tegas Afnan lagi, selama ini Anwar yang mengajar rakyat untuk menukar kerajaan dengan pelbagai cara dan helah, jadi tidak wajar beliau mempersoalkan usaha pembangkang untuk menukar kerajaan sekarang yang dilihat gagal membela kepentingan rakyat.", "“Tiba-tiba hari ni apabila kita sebut kerajaan kena tukar, kena ubah kerajaan. Dia kata kita tak hormat prinsip demokrasi… Hoi, siapa ajar kita dulu?” bidas Afnan.", "Afnan berkata usaha untuk menukar kerajaan tidak akan dilakukan dengan cara berdemonstrasi di jalanan seperti dilakukan oleh Anwar sebaliknya Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan saluran demokrasi dan berperlembagaan.", "“Kita semua nak tukar kerajaan, kita tak turun jalan raya.", "“Tak biasa kita anjur demonstrasi turun Kuala Lumpur turun Sogo dan Dataran Merdeka. Kita nak tukar melalui proses demokrasi yang ada yang sah dalam undang-undang dalam negara melalui pilihan raya termasuk pilihan raya negeri,” ujarnya lagi.", "Afnan juga menggesa rakyat menggunakan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi sebagai mesej jelas kepada kerajaan campuran yang gagal menjalankan tanggungjawab dan menunaikan janji mereka." ]
https://www.agendadaily.com/politik/zahid-yang-suruh-dun-johor-bubar-demi-cita-cita-peribadi-muhyiddin/
Zahid yang suruh DUN Johor bubar demi cita-cita peribadi: Muhyiddin
[ "Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sangat berkuasa dalam parti, malah tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga berpunca daripadanya yang menyuruh Menteri Besar Datuk Seri Hasni Mohammad bertindak sedemikian.", "Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Zahid tidak memikirkan kesusahan dan kesempitan hidup rakyat pada ketika pandemik Covid-19 masih menular dan sebahagian tempat di negeri itu dilanda bencana banjir.", "Muhyiddin juga memberitahu ada membangkitkan isu pembubaran DUN terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, namun tidak memiliki keupayaan dan kuasa untuk menyekat langkah yang diputuskan Zahid itu.", "“Saya beritahu Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), kenapa nak bubar DUN Johor, dia pun kata tak setuju, dia beritahu Hasni jangan bubar, dia cakap dengan Tuanku Sultan Johor jangan bubar.", "“Tapi kenapa bubar tuan-tuan tahu? Kuasa siapa, dekat mana yang buat nak bubar, Ahmad Zahid komedi (Hamidi) yang suruh bubar.", "“Bubar sebab ada matlamat, lepas menang PRN Melaka, Johor nak menang, mungkin pergi Perak kemudian nak menang PRU,” katanya ketika berucap di ceramah Pentas PN DUN Tenggaroh hari ini.", "Berkemungkinan juga, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan jika UMNO kembali berkuasa di Putrajaya, cita-cita Zahid akan tercapai.", "Tambah Muhyiddin lagi, beliau juga tidak berpuas hati dengan sikap Hasni yang bertindak membubarkan DUN Johor tanpa berbincang dengan rakan komponen PN yang turut mengangkat beliau sebagai Menteri Besar.", "“Kami PN sokong (Husni sebagai Menteri Besar) tapi bila nak bubar ‘feel’ MB ini ,dia langsung tak beritahu (PN), pasal kami ada berapa belas kerusi, 13 kerusi DUN, mereka UMNO-BN (Barisan Nasional) 16 atau 15 kerusi tak banyak beza.", "“Kalau UMNO sahaja nak bentuk kerajaan negeri tak boleh, sebab mereka sudah kalah Pilihan Raya Umum Ke-14,”katanya.", "Muhyiddin turut mengulangi kenyataan bahawa beliau sedikit pun tidak ralat apabila tidak lagi bersama UMNO kerana menyifatkan parti itu telah rosak dan Zahid sebagai presiden tidak boleh dipercayai.", "Ujarnya lagi, UMNO kembali bangkit disebabkan bantuan parti-parti dalam PN yang menyokong wakil parti itu diangkat sebagai MB Johor selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang di Putrajaya", "“Kalau tak kerana kita bersama dia (UMNO/BN) bantu naikkan dia, dia kalah, pusat Umno kalah juga, kalau kata Johor kubu kuat UMNO-BN ‘poda’ (boleh berambus dalam bahasa Tamil) dia sudah kalah dulu, kalau dulu sudah kalah, PRN akan datang kita tentukan mereka kalah lebih teruk dari dulu,” katanya lagi." ]
https://www.agendadaily.com/politik/zahid-jangan-sombong-kerajaan-pusat-masih-tumpang-ehsan-lain/
Zahid jangan sombong, Kerajaan Pusat masih tumpang ehsan lain
[ "Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegur Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak sombong dengan kemenangan dicapai UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam.", "Dalam kenyataan di Twitter dengan disertai keratan rentas laporan berita kenyataan Zahid bertajuk ‘Tiada erti kerjasama dengan parti lain jika BN menang besar: Zahid’, beliau berkata kesombongan adalah ego tidak sihat yang perlu diperbaiki.", "Beliau mengingatkan bahawa walaupun UMNO dan BN menang dalam PRN Johor, bekerjasama dan ehsan adalah suatu langkah bijaksana dalam semua keadaan.", "“Meski kita berjaya dalam satu segmen (PRN Johor), berehsan dan bekerjasama tetap suatu langkah bijaksana dalam semua keadaan.", "“Apatah lagi tatkala kita masih menumpang ehsan dalam satu segmen yang lain (peringkat Kerajaan Pusat),” katanya dipercayai merujuk kepada sokongan majoriti diberikan Perikatan Nasional (PN) kepada Kerajaan Pusat diketuai Naib Presiden UMNO sekarang ini.", "“Arrogance is an unhealthy ego in need of repair.”", "Zahid sebelum ini berkata jika BN berjaya memperoleh kemenangan besar pada PRN Johor tidak ada erti lagi untuk mereka bekerjasama dengan parti politik lain.", "Pengerusi BN itu berkata kemenangan dua pertiga pada PRN Johor bermakna mereka tidak lagi perlu untuk bekerjasama dengan parti politik lain, ia memandangkan sudah selesa dengan kemenangan besar yang menjadi milik gabungan itu.", "Kenyataan itu dikeluarkan sebelum keputusan rasmi PRN Johor diumumkan. Berita berkaitan", "Pada PRN Johor yang berakhir semalam, UMNO/BN menang besar 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, setelah kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.", "Meski kita berjaya dalam satu segmen, berehsan dan bekerjasama tetap suatu langkah bijaksana dalam semua keadaan, apatah lagi tatkala kita masih menumpang ehsan dalam satu segmen yang lain.. “Arrogance is an unhealthy ego in need of repair”. pic.twitter.com/eTEQI47juM", "— Takiyuddin Hassan (@takiyuddin61) March 13, 2022" ]
https://www.agendadaily.com/politik/adakah-ngo-islam-sokong-anwar-lupa-tindakan-dap-sebelum-ini/
Adakah NGO Islam sokong Anwar, lupa tindakan DAP sebelum ini?
[ "Tinggal beberapa hari lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), beberapa kumpulan yang mendakwa mewakili masyarakat Melayu dan Islam secara terbuka menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Lebih menghairankan, kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan Melayu-Islam tersebut sebelum ini lantang menentang tindakan DAP, tetapi kini mereka pula menyokong gabungan parti pembangkang tersebut.", "Adakah Jaringan NGO Melayu Islam itu terlupa atau sudah buta mata mereka apabila pemimpin DAP menghina Islam dengan label Taliban,?", "Adakah kumpulan tersebut lupa siapa sebenarnya yang mahu mengheret kerajaan bersetuju dengan Statut Rom dan meratifikasi ICERD”", "Dan terlupakah mereka siapa yang sebelum ini mendesak pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik diusir dari Malaysia?", "Jurucakap kumpulan tersebut, Mohd Azmi Abdul Hamid sepatutnya berhati-hati dalam menyatakan sokongan kepada mana-mana gabungan parti politik dan tidak membuat tindakan yang hanya akan menyebabkan masalah lain pula timbul.", "Lupakah Mohd Azmi perkara yang berlaku sepanjang Pakatan Harapan (PH) memerintah negara selama 22 bulan sebelum ini?", "Gabungan parti yang disokong Mohd Azmi tersebut ditunjangi oleh DAP, malah sejarah sebelum ini sudah terbukti parti tersebut menguasai dan mendominasi keputusan yang dibuat dalam kerajaan sebelum ini.", "Mungkin Mohd Azmi mahu melihat cikgunya, Anwar dapat menjadi Perdana Menteri selepas kecewa berkali-kali apabila gagal mendapat sokongan majoriti.", "Tetapi sokongan yang diberikan tersebut bakal mengundang bahaya. Adakah Mohd Azmi bersama-sama dengan NGO Melayu-Islam yang lain itu mahu melihat maruah negara sekali lagi dirobek oleh DAP?", "Tidak sedarkah mereka apa yang dilakukan oleh DAP sepanjang mereka memerintah dalam kerajaan sebelum ini?", "Adakah NGO Islam ini mengajak pengundi menyokong calon DAP?", "Rakyat sudah insaf dan sedar, penangan RM30 sebelum ini ditinggalkan oleh kerajaan PH sudah cukup perit dan tidak perlu lagi lah menambah keperitan rakyat lagi." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/11-kematian-4684-kes-baru-semalam/
11 kematian, 4,684 kes baru semalam
[ "Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 11 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di tiga negeri dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 6 Ogos 2022), termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).", "Jumlah kematian akibat Covid-19 sejak wabak itu melanda negara pada Januari 2020 hingga semalam kini meningkat kepada 36,020 kes, termasuk 7,655 kes BID, lapor KKM menerusi laman sesawang CovidNOW.", "Lima daripada kes kematian terbaharu itu dicatat di Johor dan Selangor, manakala satu kes di Pulau Pinang.", "Sejak seminggu lalu, pesakit berusia 80 tahun dan ke atas adalah individu paling ramai meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 iaitu sebanyak 34.0 peratus, diikuti pesakit berusia 70 hingga 79 tahun (30.0 peratus).", "Sebanyak 12.0 peratus kematian akibat Covid-19 membabitkan pesakit berusia 40 hingga 49 tahun; 10.0 peratus (60-69 tahun); 8.0 peratus (50-59 tahun); 4.0 peratus (0-4 tahun); dan 2.0 peratus (30-39 tahun).", "Sementara itu, KKM juga memaklumkan sebanyak 4,684 jangkitan baharu harian Covid-19 dilaporkan semalam, meningkat berbanding 3,927 kes yang dicatat pada Jumaat.", "Daripada jumlah itu, 3,402 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 874 kes (individu lengkap dua dos); 375 (individu tidak divaksinasi); dan 33 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.", "Jumlah kumulatif positif Covid-19 kini meningkat kepada 4,705,824, dengan 4,622,900 pesakit telah sembuh, termasuk 4,275 pesakit yang pulih semalam.", "Sehingga semalam juga sebanyak 46,904 kes masih aktif, termasuk 45,264 pesakit menjalani kuarantin di rumah, dan 28 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).", "Pada masa sama seramai 1,556 pesakit dirawat di hospital, manakala 56 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 35 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:" ]
https://www.agendadaily.com/dunia/singapura-catat-2553-kes-baharu-covid-19-semalam-enam-kematian/
Singapura catat 2,553 kes baharu Covid-19 semalam, enam kematian
[ "Singapura merekodkan 2,553 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 150,731 kes.", "Menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH), 2,008 daripada jangkitan itu membabitkan komuniti, 544 di kawasan kediaman pekerja asing dan satu kes import.", "MOH dalam kenyataannya berkata daripada jumlah kes komuniti, 359 melibatkan individu berumur 60 tahun ke atas.", "Dalam tempoh sama enam pesakit Covid-19 berumur antara 78 dan 93 tahun meninggal dunia menjadikan keseluruhannya 239 kematian dilaporkan sehingga semalam, kata MOH.", "“Yang meninggal adalah empat lelaki dan dua wanita. Empat tidak divaksin, seorang lengkap divaksin, manakala seorang lagi menerima satu suntikan vaksin Covid-19,” kata MOH.", "Daripada keseluruhan yang meninggal dunia sejak 28 hari lalu, 25.5 peratus adalah individu lengkap divaksin, dan selebihnya sama ada belum lengkap divaksin atau tiada langsung vaksinasi.", "Sehingga semalam, seramai 15,132 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 3,209 di pusat komuniti dan 858 di pusat rawatan Covid-19.", "Terdapat 1,714 pesakit Covid-19 di hospital, meningkat berbanding 1,651 kes pada Ahad, dengan 337 memerlukan bantuan oksigen, sementara 67 pesakit dirawat di unit rawatan rapi. – ST" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/rekod-baharu-3788-kes-jangkitan-hari-ini/
Rekod baharu 3,788 kes jangkitan hari ini
[ "Sebanyak 3,788 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.", "Semalam, negara mencatatkan 3,332 kes baharu.", "Beliau berkata, Selangor mencatatkan kes harian baharu tertinggi hari ini iaitu sebanyak 1,265 kes diikuti Sarawak dengan 760 kes dan Kelantan 464 kes.", "Ia kemudian diikuti Kuala Lumpur yang merekodkan (255); Pulau Pinang (250); Johor (160); Negeri Sembilan (136); Kedah (136); Perak (118); Sabah (89); Melaka (55) ; Pahang (54); Terengganu (37); Perlis (5); Putrajaya (1) dan Labuan (1).", "Jumlah keseluruhan kes hari ini pula mencecah 408,713 kes." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kes-baharu-1877-dua-kematian/
Kes baharu 1,877, dua kematian
[ "Sebanyak 1,877 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara semalam (Jumaat 27 Mei 2022), meningkat sedikit berbanding 1,845 yang dicatat pada Khamis.", "Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,500,934 kes.", "Dalam tempoh sama, seramai 4,439,892 pesakit telah pulih, termasuk 1,680 yang sembuh semalam, manakala 25,384 kes masih aktif.", "Seramai 24,234 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 22 ditempatkan di PKRC; 1,098 dirawat di hospital; dan 30 dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 18 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.", "Daripada 1,877 jangkitan baharu semalam, 1,239 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 391 kes (penerima dua dos); 216 kes (individu tidak menerima vaksinasi); dan 31 (penerima belum lengkap vaksinasi).", "Berikut adalah kumulatif positif bagi setiap negeri sejak wabak Covid-19 melanda negara awal 2020 lalu:", "Sementara itu, dua pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).", "Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,658 kes, termasuk 7,552 kes BID.", "Dalam tempoh semalam juga tiada kluster baharu Covid-19 dilaporkan, namun hingga ini lima daripada 7,012 kluster masih aktif, manakala selebihnya telah ditamatkan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/konspirasi-zahid-anwar-sejak-1998-rancang-gulingkan-dr-m-dan-kini-mahu-singkir-muhyiddin/
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
[ "Memandangkan suhu politik negara kini kembali panas gara-gara tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mahu memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, Agenda Daily ingin membawa pembaca menelusuri kisah romantik cikgu dengan anak muridnya ini.", "Karier Zahid dalam politik bermula sekitar 1982 sebagai pemimpin peringkat akar umbi di Bagan Datok.", "Nama beliau dalam kancah politik tanahair mencanak naik selepas memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1996 dan bermula waktu ini kisah romantik Zahid dan Anwar bertaut.", "Sebelum Zahid memenangi pemilihan parti tahun itu, jawatan tersebut dipangku oleh Datuk Seri Nazri Aziz selepas Ketua Pemuda waktu itu, Tan Sri Rahim Tamby Chik dipaksa melepaskan jawatannya ekoran isu peribadi serta dakwaan yang dilemparkan ke atasnya.", "Nazri memangku jawatan tersebut selama 14 bulan dan kemudiaannya membuat kejutan dengan mengumumkan yang beliau berhasrat untuk menyerahkan kembali jawatan tersebut kepada Rahim selepas Jabatan Peguam Negara menegaskan tiada kes ke atas Rahim.", "Bagaimanapun, pemilihan UMNO diadakan tahun tersebut dan Zahid masuk gelanggang melawan Rahim sehingga berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO.", "Ketika itu era pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar adalah Timbalannya, Zahid waktu itu berkiblatkan Anwar dan menurut seorang rakan politiknya, Mohd Sayuti Omar mendedahkan Zahid adalah ‘khadam Pak Sheikh’ atau dalam erti kata lain macai Anwar.", "“Datuk, orang sudah tahu yang Datuk adalah budak kepada Pak Sheikh (Anwar). Datuk adalah khadam kepadanya. Dalam suasana hari ini, bagi saya terbaik Datuk lakukan, Datuk perlu tenggelam timbul bersama Pak Sheikh. Datuk tidak boleh melarikan diri.", "“Kalau Datuk lari meninggalkannya, Datuk akan dilihat pengecut dan seorang yang mementingkan diri. Sebaliknya kalau Datuk setia dan pertahankan Pak Sheikh, Datuk akan dilihat sebagai seorang pejuang dan sahabat yang setia, yang sanggup melakukan apa saja demi seorang sahabat, Datuk akan dihormati sepanjang masa,” tulis Sayuti dalam blognya.", "Ketika itu, Zahid hilang pertimbangan sama ada bersama Anwar yang dipecat atau bersama Dr Mahathir. Zahid meminta pandangan Sayuti berhubung hala tuju politiknya.", "Pada 2 September 1998, Anwar dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada hari berikutnya beliau turut disingkir daripada jawatan Timbalan Presiden dan ahli UMNO.", "Pemecatan Anwar telah membawa UMNO ke dalam krisis yang besar pada dekad 1990-an.", "Pemecatan Anwar telah mengubah lanskap politik negara dan kesannya tidak hanya diterima oleh UMNO tetapi melebar ke atas semua parti politik di Malaysia sehingga tertubuhnya parti PKR.", "Zahid hanya bersama Anwar pada awal gerakan reformasi sebelum ditangkap bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kota Kinabalu.", "Selepas ditahan ISA, Zahid tidak lagi bersama Anwar dalam meneruskan agenda reformasi dan kekal bersama UMNO sehingga lah hari ini.", "Senario politik ketika era reformasi dengan sekarang berbeza sama sekali, Anwar yang berkonspirasi dengan Zahid pada 1998 masih gagal untuk menjatuhkan Dr Mahathir daripada singgahsana takhta dan sehingga sekarang pun masih gagal.", "Bagaimanapun, sejarah sama berulang cuma bezanya Zahid kini sedang merancang pakatan sulit yang lebih jitu iaitu mengheret Ahli-ahli Parlimen UMNO bersama-sama dengan blok pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Jika pada 1998 Zahid berjuang separuh jalan, kali ini ia berbeza kerana beliau tiada lagi pilihan selain memastikan Anwar naik sebagai Perdana Menteri dan tidak berundur seperti yang dilakukannya selepas ditahan bawah ISA." ]
https://www.agendadaily.com/politik/nak-calon-pm-selain-anwar-kena-buat-mesyuarat-baharu-kata-dap/
Nak calon PM selain Anwar kena buat mesyuarat baharu, kata DAP
[ "Sekiranya mahu memilih calon Perdana Menteri selain nama Datuk Seri Anwar Ibrahim, blok pembangkang perlu mengadakan mesyuarat baharu untuk menukar keputusan tersebut, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.", "Guan Eng berkata Pakatan Harapan (PH) kekal dengan pendirian sebelum ini yang menamakan Anwar sebagai satu-satunya calon PM dan tidak akan mengundang calon lain daripada gabungan tersebut.", "Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, dalam mesyuarat sebelum ini, PH sudah menetapkan bahawa Anwar hanya satu-satunya calon bagi menjawat jawatan Perdana Menteri.", "“Sekarang bagi PH, calon Perdana Menteri kita buat masa ini ialah Anwar. Keputusan kita adalah Anwar dan kita tidak akan mengundang calon lain kecuali kita buat mesyuarat baharu, maka itu cerita lain pula,” katanya dipetik Utusan Malaysia.", "Spekulasi sebelum ini mengatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) bahawa UMNO akan diberi jawatan PM sekiranya membentuk kerajaan baharu selepas semua Ahli-Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional meletak jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional.", "Terbaharu, semasa pertemuan dengan MP BN di Wisma Perwira lewat malam semalam, Zahid dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak dikatakan mengulangi sekali lagi gesaan supaya keluar daripada kerajaan PN, menurut sumber.", "Pertemuan yang berakhir lewat malam semalam di Wisma Perwira adalah susulan daripada pertemuan awal pada tengahari semalam antara Zahid dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Zahid meminta Menteri UMNO dan MP BN meletakan jawatan mereka dalam kerajaan." ]
https://www.agendadaily.com/politik/anwar-tak-boleh-dicela-jaga-adab-saifuddin-tegur-kenyataan-rafizi/
Anwar tak boleh dicela, jaga adab: Saifuddin tegur kenyataan Rafizi
[ "Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang kalah kepada Rafizi Ramli dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden PKR, mengingatkan bekas Ahli Parlimen Pandan itu bahawa pemimpin dalaman parti tidak boleh mencela Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "“Ada sesetengah pihak mengatakan Anwar tidak boleh dikritik dan itu adalah pandangan yang sangat tidak tepat.", "“Sebarang kritikan mesti dibuat secara beradab. Boleh kecam cikgu, tapi adab mesti ada.", "“Anda boleh mengkritik ibu bapa atau pemimpin anda, tetapi adab mesti ada,” kata Saifuddin pada sesi penggulungan sebagai setiausaha agung parti pada Kongres Nasional Ke-16 PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam, hari ini (17 Julai).", "Saifuddin menjawab persoalan Rafizi yang juga timbalan presiden PKR yang memberitahu media semalam bahawa pemimpin di sekeliling Anwar harus berhenti daripada terus membodek presiden.", "Mengulas lanjut perkara itu, Saifuddin juga berkata adalah perkara biasa untuk menghormati pemimpin yang lebih tua dan berpengalaman.", "“Saya 59 dan Anwar 75. Kami menghormati pemimpin kerana mereka juga berkorban untuk parti,” kata Saifuddin yang kalah kepada Rafizi pada pemilihan PKR baru-baru ini.", "Rafizi meraih 68,992 undi berbanding Saifuddin (50,038 undi).", "Saifuddin kemudian mengimbas kembali pengalamannya bersama Anwar, apabila kedua-duanya menghadiri forum di Mesir dan presiden PKR itu dijemput untuk menyampaikan ucapan dalam kalangan orang kenamaan dan pemimpin dunia.", "“Saya melihat sendiri bagaimana Anwar dihormati. Pemimpin PKR juga menghormati Anwar, tetapi ia dilabel sebagai ‘bodek’. Ini sangat tidak benar,” katanya sambil mengingatkan akan ada pihak yang akan mencetuskan persaingan antara beliau dan Rafizi.", "“Jika ada sesiapa yang mahu mengadu saya dengan Rafizi, sila teruskan. Itu tidak akan menghilangkan rasa hormat saya terhadap Rafizi,” kata Saifuddin.", "“Pemilihan parti telah selesai dan kini Rafizi mempunyai tanggungjawab besar. Jika kita boleh bersatu, percayalah, pilihan raya negara akan menjadi milik kita,” tambah Saifuddin.", "Selepas kenyataan Rafizi pada Sabtu (16 Julai), Anwar mengatakan beliau tidak terganggu dengan kritikan itu, tetapi mengingatkan timbalan presiden yang baru dipilih itu untuk mengikuti peraturan parti.", "Pada Jumaat (15 Julai), Rafizi juga berkata tinjauan terbaru yang dijalankan oleh Invoke mendapati populariti Ahli Parlimen Port Dickson itu semakin berkurangan.", "Kongres nasional tiga hari PKR, yang bermula pada Jumaat (15 Julai), berakhir hari ini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/malaysia-dicadang-ikut-rusia-perkenal-undang-undang-anti-lgbtq/
Malaysia dicadang ikut Rusia, perkenal undang-undang anti-LGBTQ
[ "Malaysia dicadangkan mengikut langkah Rusia dalam memperkenalkan undang-undang propaganda anti-LGBTQ bagi melindungi kanak-kanak di negara ini.", "Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata undang-undang itu akan melindungi kanak-kanak daripada kandungan berkaitan LGBTQ di media sosial dan media arus perdana.", "“Tindakan kerajaan baru-baru ini yang merampas jam tangan Swatch adalah perkara yang baik sekiranya barangan itu mempromosi atau menjadi propaganda LGBTQ.", "“Sekiranya kita ada undang-undang seperti di Rusia, kerajaan tidak perlu takut atau meminta maaf dalam mengambil tindakan tegas bagi memastikan tradisi keluarga dan agama kita dipelihara dalam konteks hak asasi manusia negara,” katanya ketika membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2020 di Dewan Rakyat, hari ini.", "November lalu, Parlimen Rusia meluluskan undang-undang yang mengharamkan sebarang tindakan yang dianggap cubaan untuk mempromosikan homoseksualiti termasuk dalam talian, filem, buku, pengiklanan atau di khalayak ramai.", "Undang-undang itu kemudiannya diperluaskan untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.", "Di bawah undang-undang baharu itu, sebarang acara atau perbuatan yang dianggap sebagai percubaan untuk mempromosikan homoseksualiti boleh dikenakan denda yang berat." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/laut-china-selatan-muhyiddin-kecam-kenyataan-cuai-anwar/
Laut China Selatan: Muhyiddin kecam kenyataan cuai Anwar
[ "Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggapnya cuai dan dibuat oleh seorang Perdana Menteri, yang memberi kesan kepada tuntutan China terhadap Laut China Selatan.", "Presiden Bersatu itu berkata pada sidang Dewan Rakyat 4 April 2023, Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa terdapat tuntutan bertindih di Laut China Selatan “terutama kebimbangan negara China kerana Petronas telah menjalankan satu kegiatan besar-besaran di satu kawasan yang juga dituntut oleh negara China”.", "Muhyiddin berkata, Anwar menambah, “kalau negara China merasakan ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan.”", "Bekas Perdana Menteri kelapan itu berkata, kenyataan sedemikian adalah cuai dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri.", "“Implikasi kenyataan ini secara tidak langsung telah memperakui tuntutan negara China terhadap kawasan yang sudah sah merupakan wilayah Malaysia yang mesti dipertahankan.", "“Pada hakikatnya, kawasan cari gali Petronas yang dirujuk oleh Perdana Menteri adalah dalam wilayah Malaysia dan tidak boleh dirundingkan walaupun dituntut oleh negara China.", "“Malaysia mesti tegas mempertahankan kedaulatan wilayah dan keselamatan negara bagi melindungi hak dan tuntutan wilayah negara. Kenyataan Perdana Menteri tentang keterbukaan Malaysia untuk berunding ke atas hak wilayahnya telah mengundang risiko ancaman kedaulatan negara.", "“Kenyataan Perdana Menteri yang dibuat di Parlimen ini adalah amat lemah, amat tidak bertanggungjawab dan kelihatan seperti menggadai maruah dan kedaulatan negara kepada kuasa asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (6 April 2023).", "Yang kedua kata Muhyiddin, Perdana Menteri juga membuat kenyataan berikut di Dewan Rakyat:", "“…tentang kehadiran kapal dan sebagainya, itu diterangkan oleh negara China. Itu perairan antarabangsa. Akan tetapi pihak kementerian luar akan terus memantau dan sekiranya ada pelanggaran, akan mengeluarkan bantahan.”", "Muhyiddin berkata dalam soal kehadiran kapal tentera laut China di kawasan perairan yang turut dituntut oleh tujuh negara, termasuk Malaysia tetapi didakwa oleh China sebagai perairan antarabangsa, Anwar sepatutnya tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara seperti yang termaktub dalam peta Malaysia 1979.", "Sehingga kini, katanya kawasan pertikaian di Laut China Selatan masih belum diputuskan dan ASEAN juga tidak mencapai konsensus mengenai pertindihan tuntutan di Laut China Selatan.", "Sehubungan itu, Muhyiddin mengingatkan Anwar bahawa ASEAN menolak pengiktirafan ‘9 Dash Line’ yang dituntut oleh China, termasuk dalam wilayah perairan Malaysia.", "“Berkenaan pertindihan tuntutan, sebarang perbincangan mesti dibuat selaras dengan Konsensus ASEAN dan South China Sea Code of Conduct.\nSementara Malaysia mengiktiraf negara China sebagai kuasa ekonomi global, kedaulatan negara kita tidak boleh dikompromi sama sesekali.", "“Mengambil kira kedudukan ASEAN sebagai gabungan sepuluh buah negara, Malaysia mestilah menangani isu maritim antarabangsa secara lebih berwaspada berpandukan prinsip kedaulatan negara dan Gagasan ASEAN,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/satu-botol-tercemar-tapi-moderna-tarik-balik-764900-dos-vaksin-covid/
Satu botol tercemar tapi Moderna tarik balik 764,900 dos vaksin Covid
[ "Syarikat bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Moderna, menarik balik 764,900 dos vaksin Covid-19 keluarannya kerana benda asing ditemui dalam salah satu botol yang dibuat oleh pengeluar kontraknya Rovi.", "Moderna Inc dalam pengumuman pada Jumaat, April 8 berkata setakat ini tiada isu keselamatan telah dikenal pasti.", "Kebanyakan dos berkenaan diedarkan di Norway, Poland, Portugal, Sepanyol dan Sweden pada Januari lalu.", "Pengeluar ubat-ubatan itu berkata pencemaran itu ditemui hanya dalam satu botol, dan syarikat berkenaan menarik balik keseluruhannya kerana mengambil langkah berhati-hati.", "Bagaimanapun, Moderna tidak mendedahkan apa yang ditemui di dalam botol itu.", "Tahun lalu, pihak berkuasa Jepun menggantung penggunaan beberapa dos vaksin, yang mana Moderna kemudiannya menemui bahan cemar keluli tahan karat dalam beberapa botol.", "Lebih 900 juta dos vaksin Moderna Covid-19 telah diberikan di seluruh dunia sehingga kini. – Reuters" ]
https://www.agendadaily.com/politik/hanya-zahid-cakap-tiada-kerjasama-tapi-mt-tak-sebut-pun-idris/
Hanya Zahid cakap tiada kerjasama tapi MT tak sebut pun: Idris
[ "PAS masih menunggu keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung isu kerjasama politik dan tidak menerima pendirian Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai keputusan muktamad parti tersebut.", "Perkara itu dijelaskan Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad yang berkata setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada MT UMNO yang bermesyuarat baru-baru ini berhubung keputusan memutuskan kerjasama politik tetapi hanya Presiden UMNO secara bersendirian membuat kenyataan tersebut.", "“Setakat hari ini, keputusan daripada MT tak ada pun sebut begitu (tiada Muafakat Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka).", "“Jadi, kita pakai keputusan rasmi itu. Jangan memecah-belahkan kami,” katanya dipetik laporan portal Malaysiakini.", "Beliau terdahulu menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini.", "Untuk rekod, Zahid sebelum ini mengeluarkan kenyataan UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dan PAS dalam PRN Melaka mahu pun pilihan raya umum (PRU) nanti.", "“Oleh kerana MM ini tidak pernah didaftarkan maka saya tidak nampak ada cahaya terang untuk MN itu direalisasikan sebagaimana PRK-PRK (pilihan raya kecil) yang pernah diadakan,” kata Zahid dalam satu wawancara baru-baru ini.", "Jelas Zahid, keputusan memutuskan kerjasama dengan PAS juga sama dengan langkah yang diambil terhadap Bersatu sebelum ini dan berharap ahli-ahli UMNO akan menghormati pendirian tersebut.", "“Ketetapan telah dibuat dan saya sebagai presiden menghormati bahawa dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti kita tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.", "Zahid menegaskan UMNO akan bergerak secara solo dalam menghadapi kedua-dua pilihan raya tersebut tanpa sebarang kerjasama atas alasan dikhianati oleh PAS.", "Namun, pendirian Zahid tersebut seakan tidak mendapat restu pimpinan UMNO lain malah seorang Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyanggah keputusan tersebut dan berkata parti belum memuktamadkan sebarang keputusan untuk bergerak secara solo atau bersama dengan rakan parti lain." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/pilihan-raya-serbia-bermula-rakyat-mula-memilih-presiden-baharu/
Pilihan raya Serbia bermula, rakyat mula memilih Presiden baharu
[ "Rakyat Serbia pada Ahad bakal memilih presiden baharu, 250 ahli parlimen negara dan pihak berkuasa tempatan.", "Pusat mengundi dibuka seawal 7 pagi waktu tempatan dan ditutup pada 8 malam (0500 hingga 1800GMT), lapor Agensi Anadolu dipetik Bernama.", "Pilihan raya umum sepatutnya diadakan pada 2024 tetapi pada Oktober 2020, Presiden Aleksandar Vucic mengumumkan pilihan raya akan berlangsung pada atau sebelum April 2022.", "Selain itu pilihan raya tempatan juga akan diadakan di 12 majlis perbandaran dan dua bandar, termasuk Belgrade.", "Kira-kira 6.5 juta pengundi yang layak akan memilih 250 wakil Dewan Negara manakala sebanyak 126 kerusi diperlukan untuk membentuk majoriti dalam dewan.", "Lapan calon bertanding dalam pemilihan presiden menyaksikan Vucic dan tentera bersara Jeneral Zdravko Ponos menjadi dua pilihan utama.", "Vucic, 52, menjadi presiden sejak 2017 dan mula berkecimpung dalam arena politik sejak awal 1990-an.", "Beliau berkhidmat selama dua penggal, dari 2014 hingga 2016 dan 2016 hingga 2017.", "Ponos pula pernah menyandang jawatan jeneral dan Ketua Staf Am sebelum bersara." ]
https://www.agendadaily.com/politik/anwar-nafi-akan-tanding-ampang-tapi-tempat-anak-murid-bagaimana/
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
[ "Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya masih berteka-teki berhubung kerusi Parlimen yang akan ditandinginya dan masih belum memuktamadkan kawasan yang hendak dipilih.", "Presiden PKR itu menurut laporan berkata masih belum mengumumkan secara rasmi kerusi yang mana akan ditandingi dan terbaharu menafikan akan bertanding di Ampang walaupun terdapat khabar angin bakal mencabar penyandangnya yang juga bekas wakil PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin.", "“Saya tak umum pun akan bertanding di Ampang,” katanya dipetik laporan Bernama merasmikan Himpunan Wanita PKR di Batu Kawan, hari ini.", "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon yang mendakwa Ketua Pembangkang itu akan bertanding di Parlimen Ampang.", "Mohd Rashid, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, dilaporkan berkata Anwar kini menyasarkan Parlimen Ampang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) kerana ia kerusi pilihan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu yang tidak yakin akan mendapat sokongan pengundi Melayu.", "Namun, pemerhati politik berpendapat Anwar lebih sesuai melawan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk jika mahu menjadi Perdana Menteri selepas PRU-15.", "Memandangkan setakat ini Anwar masih belum memuktamadkan kerusi mana yang akan ditandinginya, lebih baik jika beliau mencabar Zahid kerana statusnya selaku Presiden UMNO.", "Malah, Zahid juga berkemungkinan besar bakal pencabar utama bagi jawatan nombor satu negara sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-15 nanti.", "Setakat ini, tidak pasti sama ada Anwar berani berhadapan anak muridnya atau tidak memandangkan difahamkan kedua-duanya mempunyai hubungan peribadi yang agak rapat." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/who-lulus-vaksin-covid-19-china-sinopharm/
WHO lulus vaksin Covid-19 China – Sinopharm
[ "Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 buatan China, Sinopharm sekali gus memberi kemungkinan vaksin itu dimasukkan ke dalam program COVAX yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).", "Keputusan oleh kumpulan penasihat teknikal WHO itu menandakan vaksin China yang pertama diterima dan akan diedarkan menerusi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan pejabat wilayah WHO.", "Selain menunjukkan angka keberkesanan yang tinggi, pengeluar vaksin itu hanya memberi sedikit sahaja data berkaitan dua vaksin yang dibangunkan Institut Produk Biologi Beijing dan Institut Produk Biologi Wuhan.", "“Hari ini, WHO memberikan senarai penggunaan kecemasan untuk vaksin Covid-19 Beijing, menjadikannya vaksin keenam yang menerima pengesahan WHO untuk keselamatan, keberkesanan dan kualiti,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhahom Ghebreyesus.", "Sinopharm akan menyertai Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson, Moderna, AstraZeneca dan versi AstraZeneca yang dikeluarkan oleh Institut Serum India, dalam menerima kebenaran daripada badan kesihatan PBB.", "“Ini menambah senarai vaksin COVAX yang boleh dibeli dan memberi keyakinan kepada pengawal perubatan mana-mana negara untuk mempercepat kelulusan serta mengimport dan menggunakan vaksin itu,” kata Tedros pada sidang media di Geneva.", "Sebelum ini, sekumpulan pakar menasihati WHO bahawa vaksin Sinopharm diyakini mempu melindungi individu berumur antara 18 dan 59 tahun.", "Bagaimanapun, kumpulan itu mempunyai ‘keyakinan yang sangat rendah” mengenai kesan sampingan yang serius kepada kumpulan usia tersebut selepas melihat data vaksin berkenaan.", "Sinopharm belum menerbitkan hasil ujian peringkat akhir dalam jurnal saintifik menyebabkan WHO meminta perincian kebanyakannya datanya dari Emiriah Arab Bersatu.", "Ringkasan yang disiarkan dalam laman WHO mencadangkan vaksin itu mempunyai tahap keberkesanan mencegah Covid-19 sebanyak 78 peratus dengan peringatan bahawa beberapa ratus kajian hanya dibuat kepada individu di bawah 60 tahun. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/politik/rafizi-dedah-kartel-baharu-dalam-pkr-libatkan-orang-kanan-anwar/
Rafizi dedah kartel baharu dalam PKR libatkan orang kanan Anwar
[ "Nama Rafizi Ramli kembali mencuri tumpuan selepas lama menyepi tatkala Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan semakin hampir menjadi Perdana Menteri dengan membuat pendedahan terbaharu melibatkan orang kanan Presiden PKR tersebut.", "Peringatan secara terbuka Rafizi kepada Anwar berhubung tindak-tanduk Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam media sosial mencuri perhatian ramai.", "“In Sha Allah saya akan saman budak Farhash ni, @anwaribrahim pls take note (sila ambil maklum). Will instruct my lawyer (akan arahkan peguam saya),” kata Rafizi dalam akaun Twitternya yang dipercayai merujuk kepada Farhash.", "Tidak pasti punca perbalahan antara Rafizi dengan Farhash yang mencetuskan amaran untuk saman terhadap orang kanan Anwar tersebut, bagaimanapun Rafizi membayangkan kewujudan satu lagi kumpulan kartel dalam PKR.", "“This is what the people in your office cultivate – another rotten culture in PKR to become #kartel2 (Ini sebenarnya orang dalam pejabat anda sedang semaikan, satu lagi budaya busuk dalam PKR yang akan menjadi kartel 2),” katanya lagi.", "Dalam balasan komennya di Twitter juga, Rafizi menyamakan Farhash dengan bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang didakwanya menggunakan strategi politik sama dengan membuat ugutan dan menggunakan duit untuk cepat naik.", "“Pada pandangan saya politiknya sama dengan Azmin – pakai duit, ugutan, jual nama Anwar untuk naik dalam politik,” katanya balas kepada pertanyaan seorang rakan Twitternya yang bertanya mengapa tidak bergandingan dengan Farhash.", "Pada 2019, Rafizi mengumumkan tidak akan kembali ke arena politik kerana mahu memberi tumpuan kepada usaha mendalami ilmu pengetahuan berkaitan teknologi terkini.", "Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sudah sampai masanya mempelajari kehidupan baharu kerana proses pembelajaran itu akan menjadikan dirinya seorang insan lebih baik.", "Nama Rafizi terkenal selepas mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan dihukum penjara 30 bulan tetapi dibebaskan kemudiaannya selepas kemenangan Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.", "Farhash menjadi orang kanan baharu kepada Anwar yang juga dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak yang dikaitkan dengan kumpulan baju hitam dalam parti tersebut." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/lockdown-yang-mengekalkan-enjin-ekonomi-dan-kelangsungan-hidup/
‘Lockdown’ yang mengekalkan enjin ekonomi dan kelangsungan hidup
[ "Ramai yang sinis dengan usaha “lockdown” yang sedang diusahakan. Macam-macam pendapat didengar. Ada yang kata ini usaha setengah masak. Ada juga yang kata usaha tak serius. Ada yang mahu “total lockdown”.", "Bila dilaporkan lebih 120 ribu syarikat yang dibenarkan beroperasi; dan melibatkan lebih 1.57 juta pekerja; ramai pula yang perli – lockdown ini tidak membawa makna.", "Malaysia antara negara yang paling ketat dalam penguatkuasaan langkah pergerakan.", "Kalau ikut “total lockdown” yang Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib Razak propa-kan, rasanya semua benda tak bergeraklah. Siaran TV pun agaknya tak ada.", "Eh, kalau boleh, kita semua nak duduk rumah, sepanjang PKP, tak payah bekerja dan gaji terus jalan seperti biasa. Selamat duduk rumah.", "Tapi, enjin ekonomi kita mesti terus berjalan. 1.57 juta pekerja ini penting untuk memastikan ekonomi tidak mati terus. 1.57 juta yang dibenarkan bekerja inilah yang memastikan kita selamat (safe), selesa (comfortable) dan mempunyai “bahan” untuk makan dan minum di rumah (put food on your table). Mereka kerja pun, untuk kita.", "Yang mohon nak beroperasi 10.2 juta, yang dibenarkan 1.57 juta sahaja, 15.4 peratus.", "Ekonomi kena berjalan; atau kita juga yang akan mengamuk marah jika tidak ada bantuan yang boleh diberikan kerana ketiadaan dana untuk menjaga rakyat yang terjejas.", "Kalau rajin sedikit, boleh cuba tengok data “stringency map” (peta ketegasan) lockdown Malaysia yang diberikan markah 80.56. Kalau banding dengan Australia (67.13), Jepun (49.07), Indonesia (68.98), UK (62.5).", "Janganlah kerana mereka kena pergi kerja; kita pula boleh keluar ikut suka dan mengenepikan segala peraturan dan undang-undang. Mereka ada tanggungjawab, kita ada tanggungjawab kita.", "Kita buat apa yang perlu untuk kita terus hidup. Rezeki kita untuk letakkan makanan di atas meja, mungkin berbeza dengan rezeki orang lain. Syukur, apa adanya.", "Alhamdulillah.", "*Rudi Hairi Aziz adalah pembaca Agenda Daily dan juga penganalisis isu semasa" ]
https://www.agendadaily.com/politik/konsep-keluarga-malaysia-lebih-baik-daripada-malaysian-malaysia-dap/
Konsep ‘Keluarga Malaysia’ lebih baik daripada ‘Malaysian Malaysia’ DAP
[ "PAS tetap tegas menolak konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuang DAP walaupun secara teorinya ia berasaskan perpaduan, sebaliknya konsep ‘Keluarga Malaysia’ lebih kepada penyatuan dengan semangat kekeluargaan.", "Pada masa sama, PAS juga menolak tindakan pihak tertentu yang mengundang bantuan kuasa asing bagi melakukan perubahan tergesa-gesa dan mendapatkan kuasa pemerintahan.", "Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu mengambi teladan daripada Rasulullah SAW dengan memulakan langkah menyatukan umat Islam melalui pembentukan Muafakat Nasional (MN).", "“MN menyatukan PAS bersama UMNO dan Bersatu di Semenanjung. Setelah itu, diikuti dengan gagasan yang lebih besar bersama parti-parti di Sarawak, Sabah dan parti bukan Islam yang tidak ekstrem atas nama Perikatan Nasional (PN).", "“Sehingga akhirnya berjaya mengambil alih kuasa secara demokrasi berparlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Menurutnya, PAS menolak teori perpaduan berasaskan konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang menghapuskan rupa bangsa yang diciptakan oleh Allah Pencipta alam, dan juga melupakan peristiwa jus soli yang telah ditelan zaman.", "‘Malaysian Malaysia,’ iaitu konsep yang memperjuangkan kesamarataan antara kaum secara liberal, yang pernah diperjuangkan oleh parti PAP (People’s Action Party) ketika Singapura berada dalam Malaysia, dan diteruskan oleh DAP.", "“Marilah kita bersatu pada titik persamaan dengan semangat Keluarga Malaysia. Janganlah bertindak melampau dalam perbezaan sesama kita, tetapi sentiasa berbincang dengan penuh kebijaksanaan mencari kebenaran dalam perkara yang berbeza dan bertelingkah antara satu sama lain.", "“Kita janganlah sekali-kali mengundang kuasa asing untuk membuat perubahan yang gopoh, semata-mata bagi mendapatkan kuasa. Laksana merawat masalah dengan racun yang membunuh,” katanya.", "Sebelum ini, bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd Salleh Ismail mendedahkan ada pemimpin politik Malaysia yang menerima bantuan dan sokongan moral individu dan pertubuhan di luar negara, terutama Amerika Syarikat (AS) dalam meneruskan karier politik mereka.", "Tanpa mendedahkan sama ada pemimpin politik terbabit menerima sokongan kewangan, beliau berkata intipan yang dilakukan mendapati pemimpin politik berkenaan turut melakukan pertemuan dengan individu berpengaruh di luar negara." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/keganasan-rumah-tangga-ambil-tahu-hak-kesihatan-mental-anda/
Keganasan rumah tangga: Ambil tahu hak, kesihatan mental anda
[ "‘Suami dari neraka’. Itulah perumpamaan apabila melibatkan isu keganasan rumah tangga. Tahukah anda, Pertubuhan Kesihatan Sedua (WHO) menganggarkan, lebih kurang 35 peratus wanita di seluruh dunia pernah mengalami keganasan rumah tangga, sama ada didera secara fizikal mahupun emosi?", "Organisasi wanita di Malaysia telah mengambil masa hampir satu dekad untuk memperjuangkan isu ini sebelum Akta Keganasan Rumah Tangga diluluskan pada tahun 1994.", "Dengan adanya Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, keganasan rumah tangga kini merupakan satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan.", "Sebanyak 2,287 kes keganasan rumah tangga dilaporkan pada 2020, kebanyakannya berlaku ketika pelbagai perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.", "Sejumlah 4,349 kes penderaan kanak-kanak, termasuk penderaan fizikal, seksual dan emosi, selain 1,263 kes penderaan seksual terhadap wanita turut dilaporkan.", "Statistik itu hanya melibatkan laporan secara langsung kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi Talian Kasih (15999) dan tidak mengambil kira laporan polis.", "Menurut Pegawai Psikologi Kanan S44, Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia Negeri Kedah, Maznah Hassan, keganasan rumah tangga bermaksud perlakuan ganas terhadap pasangan yang melibatkan penderaan secara fizikal, seksual, psikologi serta sosial.", "“Tingkah laku begini bertujuan untuk meraih kuasa dan mengekalkan kawalan terhadap pasangannya.", "Ini berpunca daripada rasa cemburu, rendah diri apabila pasangan lebih berpendidikan tinggi atau berpangkat serta kesukaran untuk mengawal emosi.", "“Ia biasannya berulang dan berterusan sehingga menjadi sesuatu yang lazim dalam rumah tangga tersebut. Kebanyakan pendera terdiri daripada golongan lelaki  dan mangsa ialah wanita dan kanak-kanak,” katanya.", "Tambah Maznah, menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ganas membawa maksud penggunaan kuasa sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan undang-undang. Keganasan juga menakutkan  atau paksaan. Ini bermakna si pendera sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan. Situasi ini juga bermaksud khianat atau merosakkan harta dengan niat menimbulkan kesedihan atau kegusaran.", "“Perlakuan keganasan terhadap pasangan atau bekas pasangan berlaku dalam bentuk fizikal, gangguan seksual, keganasan pertuturan seperti maki, hamun atau cacian. Berlaku juga ugutan yang  gangguan emosi,  psikologi dan kewangan. Keadaan ini menjadi faktor utama peningkatan kes sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "“Lebih parah, kes keganasan rumah tangga biasanya berulang-ulang walaupun selepas penceraian. Ini kerana pelaku ingin berkuasa atau mengawal mangsa,” jelasnya.", "Selain itu, Maznah memberitahu punca keganasan rumah tangga ialah pelaku terlalu cemburu, masalah mental, komunikasi, penagihan dadah, alkohol atau judi, sikap mangsa atau pelaku, masalah kewangan, kuasa dan kurang didikan agama.", "Tambah beliau, mereka yang mengalami penderaan dari segi   fizikal, psikologi dan emosi, seksual, sosial, kewangan perlu bertindak segera.", "“Mangsa perlu laporkan kepada pihak polis, pastikan anda mendapat rawatan doktor jika berlaku kecederaan di Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC), laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) atau Perintah Perlindungan (PO). Jika anda telah membuat keputusan untuk bercerai, failkan penceraian anda di mahkamah,” jelasnya.", "Dari segi kesihatan mental, Pakar Perunding, Psikiatri Konsultasi Liaison, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Dr. Ahmad Rostam Md Zin, selain mangsa, si pelaku juga perlu menguruskan emosi mereka. Mangsa juga perlu keluar daripada masalah tersebut dengan mengambil tindakan dan bukan hanya mendiamkan diri.", "Untuk pemulihan emosi, golongan ini perlu melalui beberapa proses seperti bertenang dengan pernafasan yang betul, memaafkan, sabar, berterima kasih dan bersyukur.", "“Berada dalam keganasan rumah tangga yang teruk boleh menjejaskan anda. Wanita yang menderita akibat penderaan rumah tangga biasanya menjadi tertekan. Penampilan mereka juga rosak. Mereka kehilangan harga diri dan bergantung kepada penderanya. Luka fizikal akan sembuh dari semasa ke semasa tetapi kerosakan psikologi adalah kekal.", "“Oleh itu, anda mesti bertindak secepat mungkin. Berhenti merahsiakannya. Beritahu seseorang yang anda percaya mengenai keadaan anda, sama ada rakan, ahli keluarga atau doktor anda. Bercakap adalah satu-satunya cara untuk anda mendapatkan bantuan,” jelasnya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/214-kes-baharu-kategori-3-4-dan-5/
214 kes baharu kategori 3, 4 dan 5
[ "Sebanyak 214 kes daripada 33,406 kes baharu Covid-19 yang dicatatkan semalam terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan baki 33,129 kes pula, terdiri daripada kategori satu dan dua, sekali gus menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 3,595,172.", "“Daripada 214 kes kategori tiga hingga lima itu, 60 kes melibatkan individu yang tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, manakala 101 kes lengkap vaksinasi namun belum menerima dos penggalak.", "“Selain itu, terdapat 53 kes telah menerima dos penggalak, 96 kes melibatkan individu berumur 60 tahun dan ke atas, 70 kes mempunyai komorbid dan satu kes ibu mengandung,” katanya lapor Bernama.", "Beliau memaklumkan sebanyak 2,019 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, melibatkan 772 kes kategori tiga hingga lima serta 1,247 kes kategori satu dan dua.", "Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 371 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 226 kes memerlukan bantuan pernafasan, manakala 27,143 kes sembuh dilapor semalam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,250,793 kes.", "Mengenai penggunaan katil kes kritikal atau ICU Covid-19 di hospital beliau berkata tujuh negeri menunjukkan pengisian 50 peratus atau lebih iaitu Putrajaya (83 peratus), Johor (65 peratus), Kuala Lumpur (65 peratus), Perlis (64 peratus), Kelantan (63 peratus), Selangor (62 peratus) dan Perak (55 peratus).", "Menurutnya nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 negara kini 1.05, dengan Sarawak mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.41, diikuti Perak (1.26), Kuala Lumpur (1.25) dan Terengganu (1.15).", "Dalam pada itu, beliau menyatakan sehingga 18 Feb lepas sebanyak 128 kit ujian kendiri di pasaran yang mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA), dengan penjualan kit ujian diperluaskan bukan sahaja di farmasi dan fasiliti kesihatan, malah di kedai-kedai terpilih.", "Katanya MDA memantau keselamatan dan prestasi kit ujian kendiri yang diluluskan, justeru orang ramai disaran melaporkan kepada pembekal kit ujian dan MDA sekiranya terdapat sebarang isu dengan kit yang digunakan.", "“Kementerian Kesihatan (KKM) amat menyarankan agar orang awam mengoptimumkan ujian RTK-Ag kendiri sebagai ujian saringan, bagi mengesan jangkitan Covid-19 dan membuat laporan kendiri bagi keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera.", "“Langkah ini penting bagi memastikan masyarakat boleh menjalankan aktiviti harian dengan selamat dan membantu negara meneruskan pemulihan serta pertumbuhan sosioekonomi negara dengan lebih mampan,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/selepas-kj-reezal-pula-nafi-terima-wang-uksb/
Selepas KJ, Reezal pula nafi terima wang UKSB
[ "Selepas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, kini giliran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula tampil menafikan menerima wang daripada syarikat yang terbabit dalam kes perbicaraan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).", "Malah, dalam penafiannya hari ini, Reezal Merican mengatakan beliau langsung tidak mengetahui mengenai syarikat terbabit.", "“Saya nak menyatakan dengan jelas saya tak pernah terima apa-apa dana politik daripada UKSB malahan saya pun tak kenal dan tak pernah tahu pun UKSB sebelum ini sehinggalah sekarang apabila disebut dalam kes.", "“Sebagai ahli politik dan sebagai rasa tanggungjawab saya bersedia untuk memberi kerjasama dan keterangan yang diperlukan dan juga terbuka untuk disiasat.", "“Saya nak ulangi, saya tak kenal UKSB saya tak pernah tahu, macam mana saya nak terima sumbangan daripada syarikat yang saya tak pernah kenal?” soalnya ditemui selepas Majlis Aspirasi Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara di Kepala Batas, hari ini.", "Sebelum ini, bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun memberitahu mahkamah dalam perbicaraan kes rasuah Zahid bahawa UKSB memberikan wang kepada beberapa pemimpin politik.", "Selain Reezal dan Khairy, David Tan mendakwa Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal; dan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, turut menerima wang daripada UKSB.", "Bagaimanapun, Muhyiddin dan Anifah lebih awal menafikan menerima wang daripada UKSB, sementara Shafie enggan mengulas dan Hishammuddin pula belum membuat penafian.", "Mengulas lanjut Reezal berkata sebagai pemimpin politik, beliau tidak menafikan ada menerima sumbangan daripada pelbagai pihak untuk melaksanakan program kemasyarakatan dan ianya disumbangkan melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen.", "Namun tegasnya, beliau tidak pernah menerima sumbangan mahupun dana daripada syarikat yang bernama UKSB." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kalau-umno-kalah-najib-jadi-ketua-bilik-darjah-sungai-buloh-rafizi/
Kalau UMNO kalah, Najib jadi ketua bilik darjah Sungai Buloh: Rafizi
[ "Datuk Seri Najib Razak sebenarnya sangat bimbang kerana kes mahkamah yang sedang dihadapinya dan ia tidak menghairankan bekas Perdana Menteri (PM) yang terpalit kes rasuah itu mahu pilihan raya umum (PRU) disegerakan.", "Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata satu-satunya harapan Najib untuk terlepas daripada hukuman penjara adalah dengan memastikan UMNO menang besar tetapi sekiranya gagal beliau akan jadi ketua bilik darjah di Sungai Buloh.", "“Sebilangan besar ahli UMNO termasuk kepimpinan tertinggi parti berkenaan juga tahu Ahli Parlimen Pekan itu bersalah khususnya melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lain-lain.", "“Najib juga sebenarnya tidaklah sepopular yang dirasakan dalam kalangan parti UMNO sendiri. Cuma dia rasa dia popular. Najib hanya akan mendapat sokongan kalau UMNO menang besar, kalau UMNO menang tipis dia dah susah, kalau UMNO kalah dia akan jadi ‘ketua bilik darjah’ di Sungai Buloh (Penjara Sungai Buloh),” katanya dipetik laporan media.", "Menurut Rafizi, isu penyelewengan 1MDB tidak boleh dilupakan kerana ia punca kepada semua permasalahan sehingga dilabel sebagai kemaluan kepada negara di mahkamah dan beliau akan berterusan menyentuh Najib memandangkan beliau adalah dalang utama skandal itu.", "“Ada orang UMNO, MIC dan MCA kata mengapa masih ‘sentuh’ isu Najib sedangkan dia bukan lagi Perdana Menteri, saya jawab sampai mati kita akan ‘sentuh’ dia kerana dia telah meninggalkan hutang sampai tiga, empat generasi belum tentu habis dibayar,” katanya.", "Menurutnya, hutang 1MDB sebanyak RM53 bilion dan kerajaan baharu selesai membayar sebanyak RM13 bilion, sementara wang yang sudah dikutip daripada kes skandal itu pula hanya sebanyak RM20 bilion.", "“Ini bermakna rakyat Malaysia masih perlu menanggung hutang 1MDB sebanyak RM20 bilion,” katanya.", "Untuk rekod, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Najib berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah dan kedua-duanya juga antara yang lantang mendesak supaya PRU-15 disegerakan.", "Tekanan demi tekanan diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya menuruti kehendak kedua-dua pemimpin UMNO itu." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kluster-tempat-kerja-kekal-tinggi-tapi-198-positif-di-pusat-tahanan/
Kluster tempat kerja kekal tinggi tapi 198 positif di pusat tahanan
[ "Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 72 kes membabitkan 64 warganegara dan lapan bukan warganegara, sekali gus menjadikan kumulatif kematian kepada 4,348 kes.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 6,918 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan kumulatif 622,244 kes, manakala 886 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 441 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.", "“Sebanyak 24 kluster baharu dikesan dengan kebanyakannya membabitkan tempat kerja dan komuniti, menjadikan jumlah kluster aktif adalah 824, manakala 1,780 kluster ditamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Daripada jumlah kluster yang dikesan itu empat membabitkan pusat tahanan di Mantin, Negeri Sembilan; Labuan; Kluang, Johor; dan Machang, Kelantan. Jumlah mereka yang dijangkiti di pusat tahanan berkenaan mencecah 198 individu.", "Selangor merekodkan lima kluster tempat kerja, diikuti Johor (lima – tempat kerja, komuniti dan pusat tahanan); Kelantan (empat – komuniti dan pusat tahanan); Sarawak (tiga – komuniti); Kedah (dua – tempat kerja dan kumpulan berisiko); dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Labuan, Melaka, Kuala Lumpur dan Pahang membabitkan kluster tempat kerja dan pusat tahanan.", "Jumlah keseluruhan mereka yang positif daripada 24 kluster baharu itu adalah seramai 984 individu.", "Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).", "“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/politik/mt-umno-setuju-bekerjasama-dengan-pas-hadapi-pru-15/
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
[ "Semua pemimpin tertinggi UMNO berpendapat bahawa kerjasama dengan PAS perlu diadakan demi kepentingan ummah, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT)UMNO Datuk Zahidi Zainul Abidin.", "Menurutnya semua ahli MT berharap hubungan itu dapat diteruskan menerusi rundingan yang dibuat oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.", "“Jadi, rundingan (UMNO-PAS) akan dibuat oleh Presiden parti dan jawatankuasa yang kita bentuk bagi melihat hasil perbincangan dengan parti berkenaan (PAS),” katanya kepada media selepas mesyuarat MT yang membincangkan mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), malam tadi.", "Bagaimanapun, mesyuarat MT malam ini masih berteka-teki berhubung tarikh PRU-15, sebaliknya bersetuju supaya pilihan raya diadakan tahun ini juga.", "Zahidi berkata mesyuarat pada malam ini mencadangkan agar Parlimen dibubarkan pada tahun ini, namun tiada sebarang tarikh yang ditetapkan.", "Beliau juga berkata UMNO kini berada berada di pecutan akhir bagi menghadapi PRU-15.", "“Kita rasa kita perlu meletakkan gear kita gear 5, presiden nak gear 5, kita bersedia bila-bila masa, kita takut Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa,” katanya.", "Sementara itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata UMNO menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menetapkan tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU-15 diadakan.", "“Mesyuarat ini adalah mesyuarat bulanan, dan kita berbincang secara mendalam mengenai soal pilihan raya, selain sedang mengukur persediaan serta kekuatan parti.", "“Kita mengaku ia (membubarkan Parlimen adalah) budi bicara Perdana Menteri dan UMNO menghormati perkara itu,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/lebih-4-2-juta-sudah-terima-vaksin-covid-19-kata-menteri-kesihatan/
Lebih 4.2 juta sudah terima vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan
[ "Seramai 1,297,818 individu telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.", "Katanya 2,929,736 individu pula telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 4,227,554 dos.", "Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 170,855 dos diikuti Sarawak (133,516), Kuala Lumpur (122,564), Perak (121,740) dan Johor (118,317).", "Sementara itu, berdasarkan maklumat laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin pula beliau berkata, sebanyak 13,757,093 pendaftaran direkodkan semalam dengan perkembangan nasional sebanyak 56.70 peratus.", "Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan jumlah pendaftaran iaitu sebanyak 3,503,976 pendaftaran diikuti Johor (1,716,130), Sarawak (1,318, 644) dan Kuala Lumpur (1,163,711)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/wanita-ditahan-bantu-siasatan-kes-kematian-bayi-lelaki/
Wanita ditahan bantu siasatan kes kematian bayi lelaki
[ "Seorang wanita warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kematian bayi lelaki berusia enam bulan di Kampung Klang Gate di sini, semalam.", "Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata wanita berusia 34 tahun yang juga ibu kepada bayi malang itu ditahan di lobi Hospital Tunku Azizah pada 8.40 malam tadi, lapor Bernama.", "Beliau berkata dalam kejadian Sabtu lepas, pegawai perubatan hospital telah menerima pesakit seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat muntah dan sawan namun telah disahkan meninggal dunia pada 4.30 petang semalam.", "Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kesan lebam di bahagian peha kanan dan kening mangsa disyaki terdapat unsur penderaan.", "“Suspek yang ditahan tidak mengaku membunuh mangsa namun mengakui mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi dan kening akibat terjatuh dari katil semasa dalam jagaannya beberapa hari sebelum dibawa ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Mohamad Farouk berkata suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak mempunyai sebarang rekod lampau manakala ujian saringan awal air kencing didapati bebas sebarang jenis dadah.", "Menurutnya, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.", "Sementara itu, Mohamad Farouk berkata polis sedang giat mengesan suami suspek iaitu lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun untuk membantu siasatan.", "Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-42897222." ]
https://www.agendadaily.com/politik/kami-sedang-berunding-perjanjian-csa-dengan-ismail-sabri-kata-pua/
Kami sedang berunding perjanjian CSA dengan Ismail Sabri, kata Pua
[ "Blok pembangkang sedang berunding dengan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) yang sama seperti ditawarkan Tan Sri Muhyiddin sebelum ini, dedah seorang Ahli Parlimen (MP) DAP, Tony Pua.", "Pua berkata rundingan tersebut sedang berjalan dan sekiranya persetujuan dapat dicapai blok pembangkang akan mengambil pendekatan melakukan gencatan politik untuk memberi kestabilan kepada kerajaan.", "“Sekiranya dia (Ismail) dapat melakukan itu, dan ini sedang dirundingkan sekarang, jika dia dapat menawarkan apa sahaja yang telah ditawarkan Muhyiddin (janji menggubal) undang-undang antilompat parti, mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri, dan reformasi parlimen, maka kami bersedia menawarkan gencatan politik untuk memberikan kestabilan bagi kerajaan.", "“(Gencatan politik) untuk melakukan reformasi ini sebelum pilihan raya umum berikutnya,” katanya semasa bercakap dalam sebuah forum.", "Forum tersebut dianjurkan oleh Oxford and Cambridge Society Malaysia dan disiar dalam Youtube.", "Pua berkata yakin keputusan positif akan dapat dicapai hasil perbincangan tersebut.", "Pada Rabu lepas, rombongan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri di Putrajaya.", "Sejurus pertemuan itu, Anwar berkata pembangkang tidak mahu sulitkan sekiranya usul tersebut dibawa ke Parlimen untuk mengabsahkan kedudukannya sebagai PM ke-9.", "“Kita beritahu, kalau suasana begini dan program-program adalah pro-rakyat, kita tidak mahu sulitkan (undi percaya),” katanya.", "Selain itu, Ismail Sabri juga mengeluarkan kenyataan bersama tiga pemimpin PH yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran sebelum ini.", "Kenyataan itu menegaskan Kerajaan bersama pembangkang mencapai persetujuan bersama untuk memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.", "“Saya bersama pemimpin-pemimpin pembangkang juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu itu.", "Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai PM ke-9 di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada 21 Ogos lalu selepas mendapat sokongan majoriti daripada 114 MP.", "Bagaimanapun dia akan berdepan undi percaya ketika Parlimen bersidang semula pada 6 September ini." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/dua-kluster-baharu-covid-19-dilaporkan-di-selangor-perak/
Dua kluster baharu Covid-19 dilaporkan di Selangor, Perak
[ "Dua kluster baharu Covid-19 dilaporkan, masing-masing di Selangor dan Perak, dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 28 Julai), yang melibatkan 22 pesakit, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).", "Kluster Jalan Padang Golf 4 di Hulu Selangor iaitu membabitkan 11 individu daripada Kumpulan Berisiko Tinggi, adalah kluster berulang kali keempat yang melibatkan penghuni dan kakitangan sebuah pusat jagaan di Kuala Kubu Baru.", "Kes indeks bagi kluster ini merupakan seorang lelaki, berumur 36 tahun, warganegara Malaysia yang dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Julai hasil saringan individu bergejala.", "Manakala satu lagi di Perak melibatkan pendidikan iaitu Kluster Jalan Raja Musa Mahadi di Kinta dan Perak Tengah melibatkan 11 pelajar dan kakitangan sebuah institusi yang terletak di Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh.", "Kes indeks bagi kluster ini merupakan seorang lelaki berumur 19 tahun warganegara Malaysia yang dilaporkan positif Covid-19 pada 22 Julai 2022 hasil saringan individu bergejala.", "Sementara itu, sebanyak 3,926 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara semalam, turun sedikit berbanding 4,503 kes yang direkodkan pada Rabu.", "Daripada jumlah kes baharu berkenaan, 2,766 kes melibatkan individu yang menerima dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 761 kes (penerima dos kedua); 375 kes (individu tidak divaksinasi); dan 24 kes (individu belum lengkap vaksinasi).", "Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam sebanyak 4,668,139 kes – ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara Asean selepas Vietnam dan Indonesia.", "Semalam juga seramai 3,542 pesakit telah sembuh menjadikan kumulatif pulih meningkat kepada 4,584,907 pesakit.", "Menurut KKM, kes aktif Covid-19 sehingga kini naik sedikit kepada 47,286 semalam, berbanding 46,902 pada Rabu, termasuk 45,657 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah (45,318 pada Rabu), dan 30 lagi ditempatkan di PKRC (24 pada Rabu).", "Selain itu, seramai 1,539 pesakit dirawat di hospital, meningkat berbanding 1,505 pada Rabu, sementara 60 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (59 pada Rabu), dengan 35 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (30 pada Rabu).", "Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:", "Sementara itu, KKM juga memaklumkan seramai empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).", "Dua daripada kes kematian itu dilaporkan di Selangor, dan masing-masing satu di Melaka (BID) dan Perak.", "Jumlah itu menjadikan seramai 35,946 pesakit meninggal dunia sejak Mac 2020 hingga semalam, dengan 7,636 daripadanya adalah kes BID." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/lelaki-cuba-tunai-umrah-bagi-pihak-ratu-elizabeth-ii-ditangkap/
Lelaki cuba tunai umrah bagi pihak Ratu Elizabeth II ditangkap
[ "Pihak berkuasa Arab Saudi menahan seorang lelaki yang mendakwa pergi ke kota suci umat Islam Makkah untuk menunaikan ibadah umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II.", "Lelaki itu, warga Yaman, pada Isnin menerbitkan klip video dirinya di media sosial di Masjidil Haram di Makkah, tapak paling suci Islam, di mana orang bukan Islam dilarang.", "Dalam klip itu, dia mengangkat sepanduk yang berkata: “Umrah untuk jiwa Ratu Elizabeth II, kami memohon Tuhan menerimanya di syurga dan di kalangan orang yang soleh.”", "Rakaman itu disebarkan secara meluas di media sosial Arab Saudi, dengan pengguna Twitter menggesa lelaki itu ditangkap.", "Arab Saudi melarang jemaah haji ke Makkah membawa sepanduk atau melaungkan slogan.", "Walaupun boleh diterima untuk menunaikan umrah bagi umat Islam yang meninggal dunia, ini tidak terpakai kepada orang bukan Islam seperti Ratu Elizabeth, yang merupakan ketua tertinggi Gereja England, gereja induk persekutuan Anglikan di seluruh dunia.", "“Dia telah ditangkap, tindakan undang-undang telah diambil terhadapnya dan dia dirujuk ke pendakwaan awam.”", "Televisyen Arab Saudi menyiarkan segmen mengenai insiden itu, termasuk klip video kontroversi dengan sepanduk yang telah dikaburkan.", "Umrah ialah ziarah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa – berbeza daripada haji, yang diadakan sekali setiap tahun dan biasanya menarik jutaan umat Islam dari seluruh dunia.", "Ratu Elizabeth II meninggal dunia pada Khamis dan pengebumiannya dirancang pada 19 September. – AFP" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kpm-sokong-pelajar-diberi-peluang-sertai-bidang-bukan-akademik-radzi/
KPM sokong pelajar diberi peluang sertai bidang bukan akademik: Radzi
[ "Kementerian Pendidikan terbuka dalam memberi peluang dan ruang kepada remaja berusia 13 hingga 19 tahun untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dalam bidang bukan akademik.", "Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin memberi contoh Karnival Genius Remaja 2022 yang diadakan di Shah Alam mulai 9 September hingga hari ini (11 September), memberi peluang mencungkil bakat melalui pelbagai aktiviti kemahiran.", "Katanya dalam pendidikan, selain bidang akademik, anak-anak juga wajar diberi pendedahan dalam bidang bukan akademik termasuk kemahiran.", "Malah menurutnya menerusi pendedahan aktiviti kemahiran itu, potensi diri remaja, terutama pelajar dapat dioptimumkan.", "“Karnival ini memberi ruang kepada anak-anak remaja berumur sekitar 13 hingga 19 tahun dalam kalangan komuniti di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) mencungkil bakat dan potensi melalui aktiviti kemahiran seperti pastri, kecantikan, fotografi, muzik dan juga button badge.", "“Bakat yang digilap dapat membuka ruang lebih luas kepada anak-anak untuk mengoptimumkan potensi diri dan seterusnya membuat perubahan yang lebih baik demi masa depan mereka kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Dr Radzi turut mendoakan mereka yang terbabit dalam karnival akan berjaya dalam apa juga bidang yang diteroki pada masa depan.", "Karnival anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini diadakan bagi membantu golongan remaja B40 untuk memenuhi keperluan mereka khususnya dalam aspek pendidikan dan dalam masa yang sama membantu mereka menggilap bakat dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang.", "Remaja yang terlibat dibawah program Genius Remaja itu berpeluang mempamerkan hasil kreatif dan bakat mereka dengan menyertai kelas-kelas kemahiran seperti fotografi, kek dan pastri, vokal dan muzik, kecantikan dan kelas kemahiran bagi menghasilkan button badge." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mangsa-banjir-di-sabah-perak-sehingga-tengah-hari-tadi-naik/
Mangsa banjir di Sabah, Perak sehingga tengah hari tadi naik
[ "Jumlah mangsa banjir dan tanah runtuh di lima negeri – Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Perak – yang ditempatkan di 107 pusat pemindahan sementara (PPS), semakin berkurangan sehingga jam 12 tengah hari tadi (25 Disember 2022), berbanding laporan pada 6 pagi tadi.", "Bagaimanapun, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam laman sesawangnya memaklumkan jumlah mangsa banjir di Sabah dan Perak dalam tempoh berkenaan, semakin meningkat.", "Menurut NADMA, sehingga jam 6 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Sabah ialah seramai 987 orang daripada 255 keluarga di tiga daerah – Pitas, Kota Belud dan Kota Kinabalu – yang ditempatkan di sembilan PPS.", "Bagaimanapun, sehingga tengah hari tadi, jumlah itu meningkat kepada 1,149 mangsa daripada 284 keluarga yang melibatkan empat daerah, termasuk terbaharu di Sandakan, yang ditempatkan di 18 PPS.", "Pitas kekal mencatat jumlah tertinggi dengan 721 mangsa daripada 163 keluarga dan enam PPS; diikuti Kota Belud (212 mangsa/77 keluarga/dua PPS); Sandakan (162 mangsa/29 keluarga/sembilan PPS); dan Kota Kinabalu (54 mangsa/15 keluarga/satu PPS).", "Di Perak pula, sehingga jam 6 pagi tadi jumlah mangsa yang terlibat ialah seramai 69 orang daripada 18 keluarga, melibatkan dua daerah dan dua PPS.", "Sehingga jam 12 tengah hari tadi, jumlah itu meningkat kepada 75 mangsa daripada 19 keluarga, membabitkan daerah Hilir Perak (62 mangsa/14 keluarga/satu PPS); dan Bagan Datuk (13 mangsa/lima keluarga/satu PPS).", "Sementara itu, sehingga tengah hari tadi jumlah mangsa banjir di dua daerah di Kelantan turun kepada 9,898 orang daripada 3,231 keluarga, berbanding 12,786 orang daripada 4,393 keluarga yang dicatat pada jam 6 pagi tadi.", "Sehingga kini, seramai 7,833 mangsa daripada 2,580 keluarga di Pasir Mas masih berlindung di 21 PPS, manakala di Tumpat melibatkan 2,065 mangsa/651 keluarga dan lapan PPS.", "Di Terengganu, seramai 4,387 mangsa daripada 1,307 keluarga di tujuh daerah, kini dipindahkan di 42 PPS, dengan Kuala Nerus kekal mencatat jumlah tertinggi seramai 1,578 mangsa daripada 438 keluarga dan 11 PPS.", "Ini diikuti, Hulu Terengganu (1,105 mangsa/418 keluarga/tujuh PPS); Kuala Terengganu (769 mangsa/215 keluarga/lima PPS); Dungun (575 mangsa/164 keluarga/sembilan PPS); Besut (233 mangsa/61 keluarga/tujuh PPS); Marang (76 mangsa/satu PPS); dan Setiu (51 mangsa/10 keluarga/dua PPS).", "Sementara itu, jumlah mangsa banjir dan tanah runtuh di Sarawak pula turun daripada 1,481 orang pada jam 6 pagi tadi kepada 1,097 pada tengah hari tadi.", "Daripada jumlah itu, Kuching mencatat 492 mangsa daripada 121 keluarga yang berlindung empat PPS; diikuti Serian (271 mangsa/79 keluarga/empat PPS); Samarahan (163 mangsa/44 keluarga/enam PPS); dan Betong (114 mangsa/37 keluarga/dua PPS).", "Seramai 57 mangsa daripada tujuh keluarga di Serian juga kini ditempatkan di sebuah PPS akibat tanah runtuh." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mcmc-arah-celcom-digi-umobile-pertingkat-kualiti-capaian-internet/
MCMC arah Celcom, Digi, UMobile pertingkat kualiti, capaian internet
[ "Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bertindak terhadap syarikat telekomunikasi sekiranya mereka gagal menyediakan perkhidmatan rangkaian yang berkualiti.", "Ketika audit teknikal di seluruh negara untuk menilai kualiti capaian internet di bawah Standard Mandatori untuk Kualiti Perkhidmatan (MSQoS), audit mendapati Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, dan U Mobile Sdn Bhd, gagal memenuhi piawaian perkhidmatan jalur lebar dan menambah baik perkhidmatan berkualiti.", "Semakan audit mendapati ketiga-tiga penyedia internet itu gagal memastikan perkhidmatan rangkaian berkualiti di Langkawi, termasuk Lebuhraya Langkawi dan kawasan pelancongan lain.", "MCMC dalam kenyataan hari ini berkata MSQoS dijalankan di 3,038 lokasi di 16 negeri dan Wilayah Persekutuan, dengan lokasi dipilih berdasarkan tempat aduan diterima.", "“Daripada 3,038 lokasi itu, 40 notis wajib kepatuhan yang melibatkan 449 lokasi terawal gagal telah dikeluarkan dari 1 Januari hingga 15 Jun 2022,” katanya.", "Menurutnya Arahan Suruhanjaya yang didaftarkan pada 19 Mei 2022 menuntut ketiga-tiga syarikat itu membuat penambahbaikan kualiti perkhidmatan dan kualiti pengalaman pengguna pada tahap yang baik dan memenuhi MSQoS.", "“Kegagalan syarikat telekomunikasi dalam mematuhi Arahan Suruhanjaya berkenaan piawaian kualiti ini boleh mengakibatkan syarikat telekomunikasi tersebut dikenakan penalti berat sehingga RM200,000 mengikut Seksyen 109 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.", "MCMC juga menjelaskan proses audit yang dijalankan itu adalah rutin yang sering dilakukan bagi memantau tahap prestasi kualiti perkhidmatan yang disediakan.", "Bermula pada 2021, MCMC telah menjalankan transformasi terhadap semua pejabat negeri di mana salah satu penambahbaikan yang dilakukan adalah dengan menambah peralatan dan pasukan audit.", "“Selain itu, MCMC turut memperketatkan penguatkuasaan MSQoS perkhidmatan capaian jalur lebar tanpa wayar. Jika dahulu audir dijalankan di beberapa wilayah, kini ia dilakukan di seluruh lokasi,” kata MCMC." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/sama-rata-liputan-diberikan-semasa-berkempen-annuar/
Sama rata liputan diberikan semasa berkempen: Annuar
[ "Parti-parti kerajaan lebih bersikap terbuka dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini dengan nemberi ruang sama rata kepada semua parti termasuk parti lawan dalam kempen, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.", "Annuar berkata pendekatan kempen parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kali ini juga banyak bergantung kepada kreativiti masing-masing.", "“Kali ini parti kerajaan juga cukup berdisiplin kerana tidak melibatkan jentera-jentera kerajaan, program-program rasmi kerajaan tidak diadakan dan ini memberikan ruang sama rata antara (calon) kerajaan, pembangkang dan bebas,” katanya lapor Bernama.", "Annuar diwawancara dalam siaran langsung ‘Santai FB Live bersama TSAM’ dikongsikan di akaun Facebook rasmi beliau malam ini.", "Mengulas lanjut, beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh berkempen juga dilaksanakan secara adil kepada semua pihak.", "Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada Sabtu ini ekoran pembubaran DUN Melaka pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/artis-grafik-hina-permaisuri-agong-ditangkap/
Artis grafik hina Permaisuri Agong ditangkap
[ "Artis grafik yang baru-baru ini mencetuskan kemarahan orang ramai, Fahmi Reza dikatakan sudah ditangkap polis susulan memuat naik tanda pagar ‘Dengki ke’.", "Dia ditangkap di rumahnya kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.", "Tangkapan itu dipercayai dilakukan berkaitan hantarannya dalam laman sosial berhubung Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.", "Dalam hantarannya Fahmi juga menyenaraikan lebih 100 lagu yang berkisar mengenai ‘dengki’ dan disiarkan dalam laman Spotify.", "Difahamkan Fahmi disiasat mengikut Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/jangkitan-dalam-kluster-karaoke-di-singapura-naik-kepada-149-kes/
Jangkitan dalam kluster karaoke di Singapura naik kepada 149 kes
[ "Singapura hari ini melaporkan sebanyak 60 jangkitan tempatan Covid-19 termasuk 29 yang dikaitkan dengan kluster KTV karaoke dan kelab malam, dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.", "Ini menjadikan jumlah kes membabitkan kluster karaoke kepada 149 individu.", "Daripada 60 jangkitan tempatan itu 33 dikaitkan dengan kes sebelum ini dan kuarantin, sementara 22 lagi dikesan menerusi pengawasan setempat.", "Terdapat lima jangkitan yang tidak dikaitkan dengan mana-mana kes.", "Kementerian Kesihatan negara itu juga memaklumkan terdapat lapan kes import yang diberi notis tinggal di rumah ketika tiba di Singapura.", "Satu daripada kes import itu dikesan sebaik tiba di Singapura, manakala lapan lagi menunjukkan tanda-tanda deman ketika menjalani pengasingan di rumah.", "Jumlah keseluruhan kes di republik itu adalah 62,981 kes. – Agensi" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kompaun-rm10000-sahaja-selepas-program-jentera-bn-langgar-sop/
Kompaun RM10,000 sahaja selepas program jentera BN langgar SOP
[ "Kompaun sebanyak RM10,000 sahaja dikenakan terhadap penganjuran majlis jentera Barisan Nasional (BN) kerana kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang berlangsung secara gilang gemilang malam tadi.", "BN mengadakan pelancaran jentera kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC malam tadi dengan dihadiri ribuan penyokong kuatnya dan dirasmikan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama dengan para pemimpin atasan parti komponen gabungan tersebut.", "Sepatutnya pelancaran tersebut diadakan di Melaka tetapi ditukar lokasi ke Kuala Lumpur susulan pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini yang melarang sebarang aktiviti perhimpunan berkaitan pilihan raya di negeri tersebut.", "Kompaun tersebut dikeluarkan pihak Pejabat Kesihatan Kepong dibawah Akta 342 yang melanggar SOP Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi penganjuran majlis sosial, surat kompaun tersebut juga dimuat naik dalam akaun rasmi Facebook KKM malam tadi.", "Turut hadir pada majlis tersebut, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan disamping barisan tertinggi parti tersebut.", "Calon Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka juga berada sepentas dengan barisan pemimpin tertinggi gabungan itu.", "Untuk rekod, Rauf selaku Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bertindak membubarkan kerajaan dan menyebabkan PRN terpaksa diadakan.", "Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berada dalam kem berbeza tidak berada dalam pelancaran jentera malam ini, mungkin sibuk dengan urusan lain tidak dapat bersama dalam perhimpunan.", "Dianggarkan kira-kira 5,000 lebih penyokong dan ahli parti memenuhi setiap penjuru dewan dengan baju rasmi gabungan itu, majoriti kelihatan bersemangat untuk berkempen semasa PRN nanti.", "PRN Melaka diadakan susulan tumbangnya kerajaan negeri pimpinan UMNO setelah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk dua daripada parti itu, menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.", "Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hasan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Teluk Mas).", "Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, UMNO hanya memenangi 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Bersatu yang ketika itu bersama Pakatan Harapan (PH) menang dua kerusi DUN, manakala PAS gagal merebut sebarang kerusi DUN.", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal, 16 November." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/jumlah-kematian-semakin-turun/
Jumlah kematian semakin turun
[ "Jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menunjukkan penurunan apabila merekodkan 57 kes, berbanding 60 kes semalam dan 81 pada Sabtu.", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian di Negeri Sembilan meningkat kepada 13 pesakit berbanding empat yang dilaporkan semalam, namun kes di Selangor kekal tinggi dengan 15 kematian.", "Beliau berkata dalam tempoh itu sebanyak 4,744 kes sembuh menjadikan kumulatif 672,453 kes, manakala 5,218 kes baharu dicatatkan yang turut membabitkan tujuh kes import.", "“Sebanyak 61,812 kes masih aktif. Jumlah pesakit dirawat di unit rawatan rapi ialah 899 orang dengan 451 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh itu 22 kluster baharu dikesan menjadikan kes aktif kepada 880 sementara 1,914 lagi sudah ditamatkan.", "Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, 16 daripada 22 kluster baharu itu membabitkan jangkitan di tempat kerja, manakala selebihnya dikesan di dalam komuniti.", "Selangor merekodkan empat kluster tempat kerja diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (tiga); Johor dan Sarawak masing-masing tiga kluster tempat kerja dan komuniti; Negeri embilan dan Melaka masing-masing dua kluster tempat kerja; Kedah (dua – tempat kerja dan komuniti); Kelantan (dua – tempat kerja dan komuniti); dan Terengganu (satu – komuniti).", "Data 27 Jun 2021", "Data 28 Jun 2021", " " ]
https://www.agendadaily.com/dunia/piala-dunia-croatia-tempat-ketiga/
Piala Dunia: Croatia tempat ketiga
[ "Buat kali ketiga dalam tujuh Piala Dunia terakhir, Croatia telah menamatkan saingan di podium. Ia mungkin satu langkah untuk finalis yang dikalahkan pada 2018 tetapi dalam perlawanan terakhirnya di pentas terbesar, Luka Modric, berpeluang menang.", "Croatia juga mendapat tempat ketiga dalam Piala Dunia 1998, menundukkan Belanda 2-1.", "Josko Gvardiol meletakkan Croatia di depan selepas Lovro Majer mengambil sepakan percuma kepada Ivan Perisic, yang melepaskan diri daripada kawalan pertahanan Maghribi untuk menanduk bola ke tengah kotak penalti.", "Gvardiol berada dalam kedudukan sempurna mengambil kesempatan menanduk bola ke dalam jaring Maghribi.", "Maghribi, kali pertama dalam sejarah bola sepaknya mampu layak ke separuh akhir Piala Dunia, menunjukkan hasrat mereka dengan persembahan bersemangat.", "Hanya mengambil masa dua minit selepas Croatia bergembira dengan jaringan pendahuluan, Maghribi mencari gol penyamaan, juga dari sepakan percuma.", "Ketika Majer dari Croatia cuba untuk menanduk bola keluar, tetapi salah kiraan dan tersasar, meletakkan pemain Maghribi Achraf Dari, yang bersendirian untuk melakukan tandukan yang menggegarkan gol lawan.", "Croatia menjaringkan gol kemenangan tiga minit sebelum rehat apabila Mislav Orsic melakukan rembatan melencong yang menerjah gawang Maghribi." ]
https://www.agendadaily.com/politik/manipulasi-saham-ahli-perniagaan-malaysia-dihukum-penjara-di-singapura/
Manipulasi saham: Ahli perniagaan Malaysia dihukum penjara di Singapura
[ "Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman penjara terhadap ahli perniagaan warganegara Malaysia John Soh Chee Wen dan bersama dalangnya, Quah Su-Ling.", "Chee Wen dan Su-Ling masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 20 tahun selepas didapati bersalah memanipulasi pasaran saham terbesar republik itu.", "Menurut laporan The Straits Times, mereka berdua didapati memanipulasi harga saham Kumpulan Blumont, Asiasons Capital dan Lion-Gold Corp atau BAL di antara tempoh Ogos 2012 dan Oktober 2013.", "Dalam proses itu, mereka menghapuskan hampir S$8 bilion (RM27 bilion) daripada permodalan pasaran.", "Kedua-duanya turut merayu hukuman berkenaan.", "Chee Wen, 63, turut disabitkan atas beberapa pertuduhan, termasuk manipulasi pasaran, perdagangan palsu, penipuan, penipuan dan gangguan.", "Hukuman yang dijatuhkan hari ini adalah penutup selepas hampir empat tahun serta merangkumi 349 pertuduhan yang berjaya dituduh dalam kira-kira 200 hari perbicaraan.", "Pendakwa raya memohon hukuman penjara 40 tahun untuk Chee Wen, yang disabitkan dengan 180 pertuduhan makalah Su-Ling pula 19 tahun setengah, yang disabitkan dengan 169 pertuduhan.", "Chee Wen direman sejak 2016 dan Su-Ling yang juga bekas ketua eksekutif Ipco (kini dinamakan semula sebagai Renaissance United), dibebaskan dengan jaminan S$4 juta (RM13 juta).", "The Straits Times sebelum ini melaporkan dengan memetik pihak pendakwaan sebagai berkata, skim Chee Wen membabitkan lebih 50 individu, termasuk CEO dan individu berprofil tinggi, dengan lebih setengah bilion dolar dalam pembiayaan yang digunakan untuk memanipulasi pasaran." ]
https://www.agendadaily.com/rencana/banjir-dosa-percuma-kepada-pihak-yang-memaki-hamun/
Banjir: Dosa percuma kepada pihak yang memaki hamun
[ "Riuh kedengaran suara-suara yang mengkritik kumpulan barisan hadapan dalam menangani bencana banjir yang melanda. Barangkali lebih ramai yang bercakap hanyalah sekadar berada di dalam bilik berdepan dengan meja, walaupun ramai juga yang mungkin boleh berenang untuk membantu mangsa pun tidak mampu melakukannya.", "Mereka hanya sekadar membuat kenyataan untuk melepaskan geram. Bagaimanapun, sikap sebahagian daripada mereka itu bagus kerana menunjukkan simpati terhadap mangsa banjir.", "Banjir yang berlaku ialah bencana yang tidak diduga besar dan kecilnya. Tambahan lagi, untuk melalui kawasan yang dilanda banjir tidak semudah memandu kereta di lebuh raya.", "Maka, perlulah dinilai terlebih dahulu kederasan arus yang berbahaya, pusaran air yang menakutkan, kedalaman air yang menggerunkan dan lain-lain. Termasuklah risiko yang boleh berlaku seperti kemungkinan dihempap tanah, bangunan runtuh dan tanah hanyut, kawasan yang sempit penuh bahaya, binatang berbisa dan berbahaya serta pelbagai lagi cabaran lain.", "Hanya mereka yang kuat, tabah, sabar dan gagah berani sahaja boleh melakukan usaha menyelamat dan membantu dengan cara menyabung nyawa sendiri, bukan nyawa mereka yang hendak diselamatkan itu sahaja.", "Oleh itu, bukan masanya isu banjir hendak dijadikan isu politik ataupun isu untuk mempopularkan diri. Bahkan, bukan juga isu sekadar untuk melariskan berita yang sedap dibaca, tanpa memahami beratnya bebanan mereka yang memikul tanggungjawab untuk menyelamatkan mangsa banjir dalam keadaan membahayakan diri sendiri.", "Bencana yang datang bukannya boleh diketahui lebih awal tahap bahaya dan peralatan yang diperlukan di sesuatu kawasan. Malah, ramalan kaji cuaca bukan semuanya berlaku sepertimana yang dibaca dan dijangka.", "Terdapat sebahagian kawasan yang mencukupi peralatannya dan ada juga kawasan yang berlebihan peralatannya. Dalam pada itu, ada juga yang menghadapi banyak kekurangan tanpa diketahui lebih awal peralatan yang mencukupi. Ada juga kawasan yang jauh dan jalan yang berliku-liku bagi meredah banjir dalam perjalanannya.", "Justeru, perlulah difahami untuk membahagi-bahagikan tugas, peralatan dan penghantarannya terpaksa mengejar masa dan jarak yang jauh. Sehinggakan perlu meredah bahaya dan lain-lain keadaan yang tidak memungkinkan misi bantuan dapat dipandu laju sepertimana biasa.", "Semua keadaan tersebut perlu diketahui oleh semua pihak supaya masing-masing tidak mudah hanya sekadar mengkritik dengan lidah yang tidak bertulang dan melalui dakwat cair yang mudah dialirkan.", "Kepada Allah SWT jualah kita semua berdoa supaya diberikan kekuatan jasad dan roh serta kesabaran kepada barisan hadapan.", "Termasuklah didoakan agar dikurniakan pahala amal pengorbanan dan pahala percuma kepada mereka akibat dimaki dan dikritik dengan mudah sehingga menyentuh perasaan. Begitu juga, dosa percuma kepada pihak yang memaki hamun.", "Fadilat besar kepada para sukarelawan serta penyumbang harta dan tenaga percuma yang mendapat kelebihan daripada janji Rasulullah SAW kepada sesiapa yang membantu bagi melepaskan kesusahan saudaranya. Nescaya Allah SWT akan menolongnya dalam menghadapi kesusahan pada Hari Kiamat kelak. Sabda Nabi SAW:", "مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ ‌يَوْمِ ‌الْقِيَامَةِ.", "“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada Hari Kiamat.” (Riwayat Muslim 2699)", "Buat mereka yang meninggal dunia, didoakan agar dikurniakan pahala syahid akhirat yang diselamatkan daripada menghadapi fitnah kubur. Kepada ahli keluarga dan semua mangsa banjir, semoga mendapat pahala bersabar dan pahala tenaga berikhtiar.", "Kepada semua ingatkan diri masing-masing dengan firman Allah SWT:", "وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ١٥٥ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ١٥٦ أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ١٥٧", "“Demi sesungguhnya Kami akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta buah-buahan (hasil tanaman). Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (155); (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali.’ (156); Mereka itulah orang-orang yang beroleh keberkatan yang sempurna daripada Tuhan mereka berserta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. (157)” (Surah al-Baqarah: 155-157)", "Abdul Hadi Awang\nPresiden PAS" ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/permohonan-irwan-serigar-arul-kanda-batal-saman-1mdb-didengar-pada-19-okt/
Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar pada 19 Okt
[ "Permohonan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy untuk membatalkan saman difailkan 1MDB terhadap mereka yang menuntut bayaran US$6.59 bilion, akan didengar oleh pesuruhjaya kehakiman (JC) yang baharu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.", "Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Lavinia Kumaraendran yang mewakili Mohd Irwan ketika dihubungi hari ini selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Azlinda Ahmad Sharif, lapor Bernama.", "Menurut peguam itu, permohonan berkenaan akan didengar di hadapan JC Roz Mawar Rozain bagi menggantikan Hakim Datuk Amarjeet Singh yang akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas di sini.", "“Tarikh pendengaran permohonan yang ditetapkan sebelum ini pada 19 Okt dikekalkan dan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 27 Sept,” kata Lavinia.", "Permohonan untuk membatalkan saman itu difailkan Arul Kanda pada Jun lepas manakala Mohd Irwan memfailkan permohonan pada 18 Feb.", "Dalam permohonan itu, Mohd Irwan antaranya mendakwa tuntutan saman terhadapnya adalah pramatang kerana pelaburan Brazen Sky serta pembayaran Aabar Investments PJS Limited adalah jelas tidak kukuh memandangkan mahkamah masih belum menentukan 1MDB mengalami kerugian sebanyak US$1.83 bilion dan US$3.5 bilion.", "Arul Kanda dan Mohd Irwan disaman 1MDB pada Mei tahun lepas berhubung dakwaan mereka telah melakukan pecah amanah dan konspirasi menyebabkan 1MDB mengalami kerugian berjumlah US$1.83 bilion berhubung pelaburan dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd yang ditukar kepada pelaburan Brazen Sky Limited (Brazen Sky), yang dikatakan terdapat dalam Bridge Global Fund.", "1MDB juga mendakwa kedua-dua defendan itu melakukan pecah amanah dan konspirasi dengan menyeleweng wang 1MDB berjumlah US$3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar Investments dan US$1.265 bilion dibayar kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 9 Mei 2017.", "Menurut 1MDB, Mohd Irwan juga berkonspirasi dengan Arul Kanda untuk menyebabkan syarikat itu melaksanakan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan dan membuat pembayaran berjumlah RM2,905,200 kepada Arul Kanda selaras dengan perjanjian tersebut tanpa menghiraukan kepentingan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat berkenaan mengalami kerugian.", "Sehubungan itu, 1MDB antaranya menuntut kedua-dua defendan membayar US$6.59 bilion berhubung pelanggaran tersebut dan tambahan RM2.9 juta daripada Mohd Irwan berkaitan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/hishammuddin-disahkan-positif-covid-19/
Hishammuddin disahkan positif Covid-19
[ "Seorang Menteri Kanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kini disahkan positif jangkitan Covid-19, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.", "Perkara itu disahkan dalam satu kenyataan Pejabat Menteri Pertahanan pagi ini yang memberitahu keputusan ujian dijalani Hishammuddin menunjukkan keputusan positif Covid-19.", "“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan Covid-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) melalui kaedah RTK Antigen. Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif Covid-19 ialah pada Jumaat, 18 Februari 2022.", "“Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi,” kata kenyataan itu.", "Dalam pada itu, pejabatnya juga memaklumkan keadaan semasa Hishammuddin akan diterus dipantau dan menjalani pengasingan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).", "“Sebagai individu yang telah menerima dos penggalak, beliau akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya lagi.", "Untuk rekod, Hishammuddin pada 13 Februari lalu dikompaun susulan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 semasa menghadiri pelancaran Briged MIC di Johor Bahru.", "Arahan kompaun dikeluarkan selepas KKM mendapati tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) yang hadir ke program tersebut melanggar SOP.", "Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, melalui Twitternya memaklumkan, beliau mengarahkan pegawai KKM Putrajaya mengeluarkan kompaun itu terhadap Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran; Hishammuddin yang juga Bendahari Agung BN dan Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/10-kluster-baharu-pendidikan-dikesan/
10 kluster baharu pendidikan dikesan
[ "Sepuluh lagi kluster pendidikan direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam membabitkan enam negeri dan Wilayah Persekutuan, menurut statistik laman sesawang Kementerian Kesihatan (KKM), Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi.", "Daripada jumlah kluster pendidikan itu, empat dilaporkan di Sabah melibatkan:", "Dua kluster pendidikan di Melaka melibatkan:", "Manakala kluster pendidikan di Negeri Sembilan melibatkan Kluster Taman Serting Jaya, Jempol dengan 25 kes; Kluster Kampung Demit Darat, Kota Bharu dan Bachok, Kelantan (11 kes); Kluster Aisyah Gambang, Kuantan (11 kes); dan Kluster Tiga Jalan Yaacob Latif, Cheras, Kuala Lumpur (lima kes).", "Sementara itu, tujuh kluster tempat kerja dan masing-masing satu kluster pusat tahanan, keagamaan, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi turut dilaporkan, semalam.", "Keseluruhannya sebanyak 6,478 kluster dikesan sejak awal 2020 lalu, dengan 6,132 telah ditamatkan manakala 346 lagi masih aktif." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kerjasama-asean-kunci-masa-depan-kemapanan-diri-tengku-zafrul/
Kerjasama Asean kunci masa depan kemapanan diri: Tengku Zafrul
[ "Walaupun setiap negara mempunyai agenda politik dan realiti domestiknya sendiri, Asean harus secara aktif mengenal pasti kawasan untuk kerjasama di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang memuncak dan pertumbuhan rapuh pasca pandemik, kata Menteri Kewangan kerajaan sementara Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.", "“Kami mahu melihat Asean sebagai rantau yang berdikari dan juga terlindung daripada ketidaktentuan global,” katanya pada forum Straits Times di Singapura pada Selasa (1 Oktober 2022).", "Salah satu cara blok 10 anggota berkenaan boleh berusaha ke arah itu adalah untuk “mengejar simpanan barangan penting di seluruh Asean”, termasuk makanan, ubat-ubatan dan bahan mentah penting lain, katanya.", "Ini akan membantu rantau ini melindung nilai daripada gangguan rantaian bekalan global dan mengurangkan tekanan inflasi sekiranya berlaku masalah bekalan, tambahnya.", "Datuk Seri Zafrul berucap kepada kira-kira 250 hadirin pada Sidang Kemuncak Masa Depan ST Asia yang julung kali diadakan hari ini melalui ucapan prarakaman dan wawancara dengan ketua biro Malaysia ST, Shannon Teoh, kerana beliau tidak dapat menghadirinya secara peribadi.", "Tengku Zafrul juga menggesa penggubal dasar Asean untuk melabur dalam projek strategik di semua negara-negara Asean.", "Memetik pengeluaran peranti perubatan sebagai contoh, beliau berkata semua negara anggota boleh memainkan peranan mengikut kekuatan mereka dan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan, dengan sesetengahnya menyumbang bahan mentah, manakala yang lain bertanggungjawab ke atas reka bentuk dan pemasangan.", "Jika visi ini menjadi kenyataan, “kita tidak perlu berebut peranti perubatan untuk melindungi penduduk kita” apabila krisis kesihatan awam seterusnya melanda dunia, katanya.", "“Keuntungan itu juga boleh dikongsi secara saksama,” tambahnya, sambil berkata bahawa projek strategik seperti itu “akan memberi manfaat bukan sahaja kepada ekonomi individu kita tetapi juga berfungsi sebagai lindung nilai dan pelekat yang mengikat kita bersama-sama menentang malapetaka seperti peperangan dan wabak”.", "Bekas pegawai bank itu juga menekankan keperluan untuk mewujudkan mekanisme kerjasama monetari antarabangsa yang berdaya maju – yang memastikan dasar monetari yang dibuat di dunia kaya tidak akan menjejaskan ekonomi negara membangun.", "“Saya tidak menyokong sesuatu yang revolusioner. Dunia telah melakukannya sebelum ini, dari Plaza Accord 1985, hingga baru-baru ini, Jaringan Keselamatan Kewangan Global yang dengan cepat menstabilkan pasaran kewangan global semasa pandemik,” katanya.", "Perjanjian itu ditandatangani dengan latar belakang kenaikan kadar yang agresif dan inflasi yang melambung tinggi. Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Perancis, Jerman Barat dan Jepun bersetuju untuk menjual dolar AS secara bersama kerana percaya bahawa melemahkan dolar akan membantu ekonomi global.", "“Kerjasama seperti ini adalah penting supaya ekonomi membangun dan pasaran baru muncul dapat berkembang dengan lebih saksama dan mampan,” kata Tengku Zafrul.", "Beliau, yang diangkat sebagai Menteri Kewangan pada Mac 2020 selepas dilantik sebagai senator dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, dilihat secara meluas sebagai calon utama UMNO berikutan pelantikannya sebagai bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor pada akhir Julai.", "Tetapi beliau tidak mengesahkan pencalonannya apabila ditanya sama ada akan membuat penampilan pertama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.", "Beliau dijangka bertanding di Parlimen Kuala Selangor menentang penyandangnya Datuk Dr Dzulkefly Ahmad daripada Parti Amanah Negara.", "BN akan mengumumkan barisan calonnya pada malam ini.", "Tengku Zafrul mengakui bahawa usaha menawan kubu kuat pembangkang itu adalah “cabaran besar”, tetapi UMNO “bersedia untuk berdepan cabaran”, dan beliau “secara peribadi tidak pernah mahu lari daripada cabaran”.", "Katanya, ia akan menjadi pembakar semangat yang besar kepada partinya jika berjaya memenangi kerusi bandar yang telah tewas kepada pembangkang." ]
https://www.agendadaily.com/politik/bersatu-mahu-mahkamah-putuskan-status-empat-mp-sabah-keluar-parti/
Bersatu mahu mahkamah putuskan status empat MP Sabah keluar parti
[ "Empat Ahli Parlimen (MP) Bersatu di Sabah yang keluar parti akan diheret ke mahkamah bagi memutuskan sama ada mereka tersebut masih kekal sebagai wakil rakyat atau perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.", "Keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang tersebut diambil susulan keputusan Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul yang mengekalkan status MP terhadap empat bekas MP Bersatu itu walaupun sudah melanggar akta lompat parti yang diluluskan sebelum ini.", "Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Johari membuat tafsiran khilaf berhubung kedudukan kerusi MP itu yang dimenangi pada PRU-15 tersebut.", "Menurut Muhyiddin, Johari memutuskan bahawa mereka telah menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 27 Oktober tahun lalu dan sekali gus menyaksikan keahlian mereka dalam Bersatu gugur serta-merta pada waktu itu selaras dengan Fasal 10.2.3 perlembagaan parti tersebut.", "Klausa itu menyebut bahawa keahlian seseorang dalam Bersatu ditamatkan serta-merta selepas pengumuman keluar parti atau tindakan menyertai “parti politik lain”.", "Muhyiddin berhujah bahawa Fasal 10.2.3 tidak terpakai kepada keempat-empat wakil rakyat itu kerana mereka adalah ahli Bersatu dan parti berkenaan adalah pengasas serta parti komponen GRS pada masa itu.", "“Justeru, GRS tidak boleh ditafsirkan sebagai ‘parti politik lain’ mengikut semangat dan intipati Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Dalam surat itu, ia jelas menyenaraikan empat ahli Dewan Rakyat tersebut adalah calon GRS dari parti Bersatu, kata Muhyiddin, sambil menambah surat-menyurat itu telah diserahkan kepada Johari sebagai bukti.", "“Memandangkan kuasa mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang terletak pada mahkamah, Bersatu akan merujuk perkara ini ke mahkamah supaya keluhuran undang-undang sentiasa terpelihara.", "“Saya percaya mahkamah tempat yang sesuai untuk mendapatkan keadilan dalam hal ini memandangkan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada parti Pakatan Harapan adalah pihak yang ", "berkepentingan,” katanya.", "Pada 28 Disember tahun lalu, MP Beluran yang juga Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menulis kepada Johari dan mendakwa empat MP itu – Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) – perlu mengosongkan kerusi masing-masing.", "Ini kerana keempat-empat mereka telah melanggar Perkara 49(A) Perlembagaan Persekutuan apabila membuat pengumuman untuk keluar daripada Bersatu pada 10 Disember tahun lalu.", "Sebagai sebahagian daripada siasatannya, Johari memohon penjelasan daripada keempat-empat mereka.", "Semalam, Johari menulis kepada semua pihak terlibat memaklumkan bahawa aduan Ronald tidak sah dan keempat-empat boleh mengekalkan kerusi masing-masing." ]
https://www.agendadaily.com/dunia/penularan-covid-19-jepun-ambil-langkah-perkenal-separa-darurat/
Penularan Covid-19, Jepun ambil langkah perkenal separa darurat
[ "Pelan separa darurat bakal diambil Jepun bagi mengekang penularan jangkitan baharu Covid-19 yang semakin meningkat di negara tersebut.", "Langkah tersebut akan meliputi separuh daripada populasi penduduknya susulan penularan Omicron, ia dijangka diumumkan Perdana Menterinya, Fumio Kishida selepas ia dimuktamadkan oleh panel pakar kesihatan.", "Pelan separa darurat dijangka membenarkan gabenor mengenakan sekatan ke atas pergerakan dan perniagaan, termasuk waktu operasi yang lebih pendek untuk bar dan restoran serta larangan ke atas penjualan alkohol.", "Langkah itu sudah dilaksanakan di tiga wilayah bermula Jumaat lalu hingga 13 Februari ini dan akan diperluaskan ke Tokyo serta 12 wilayah lain.", "Jepun merekodkan lebih 32,000 kes baharu Covid-19 semalam. Mengikut statistik oleh penyiar nasional NHK, ia melebihi paras tertinggi sebelumnya yang direkod pada Ogos lalu, sejurus selepas Tokyo menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas.", "Wilayah barat Osaka mencatatkan 5,396 kes baharu, manakala Tokyo merekodkan 5,185 kes iaitu tertinggi sejak Ogos lalu.", "Varian Omicron lebih mudah berjangkit tetapi ia dilihat tahap keseriusannya rendah.", "Bagaimanapun, pakar kesihatan awam bimbang gelombang kes Omicron boleh membebankan sistem penjagaan kesihatan negara itu.", "Jepun sudah memberi vaksin kepada kira-kira 80 peratus penduduknya terhadap Covid-19, tetapi program suntikan dos penggalak hampir tidak berjaya.", "Pada bulan ini, Jepun mengisytiharkan sekatan separa darurat di tiga wilayah yang menempatkan kemudahan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), selepas varian Omicron mula menular dalam komuniti.", "Kadar penggunaan katil hospital di Tokyo bagi pesakit Covid-19, meningkat kepada 23.4 peratus semalam.", "Menurut pihak berkuasa, sekiranya ia terus melonjak sehingga 50 peratus, kerajaan akan mengisytiharkan perintah darurat sepenuhnya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/67-kematian-dicatat-hari-ini/
67 kematian dicatat hari ini
[ "Sebanyak 67 kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, turun sedikit daripada yang dicatatkan semalam sebanyak 78 kes menjadikan kumulatif sebanyak 2,796 kes.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 15 kes kematian dicatatkan di Selangor, Johor (12), Sarawak (lapan), Kedah (enam).", "Masing-masing lima kes kematian dilaporkan Negeri Sembilan dan Kelantan, di Pahang (empat), masing-masing tiga kes di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Melaka, dua kes di Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (satu), katanya.", "Beliau berkata jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara bagi tempoh 24 jam lalu sehingga 12 tengah hari mencatatkan 6,824 berbanding pada Ahad sebanyak 6,999 kes.", "“Ini menjadikan kumulatif kes sebanyak 572,357 dengan 79,523 adalah kes aktif. Manakala kes sembuh pula adalah sebanyak 5,251.", "“Seramai 851 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 422 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media hari ini.", "Sementara itu, walaupun kes positif baharu menunjukkan penurunan, tetapi catatan di 10 negeri menunjukkan peningkatan iaitu di Sabah, Johor, Sarawak, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Kedah, Melaka, Labuan, Putrajaya dan Perlis.", "Sabah melaporkan 207 kes baharu hari ini berbanding 190 pada Ahad, sementara Johor sebanyak 489 kes (433); Sarawak 654 kes (513); Pulau Pinang 328 kes (248); Kelantan 695 kes (612); Perak 255 kes (212); Kedah 464 kes (422); Melaka 352 kes (202); Labuan 166 kes (133); Putrajaya 28 kes (13); dan Perlis 12 kes (7)." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/mpn-sentiasa-sokong-usaha-pulih-semula-ekonomi-negara-muhyiddin/
MPN sentiasa sokong usaha pulih semula ekonomi negara: Muhyiddin
[ "Majlis Pemulihan Negara (MPN) akan memberikan apa sahaja sokongan kepada semua pihak untuk merancakkan semula sektor ekonomi negara yang dibuka setelah negara kini melalui fasa peralihan endemik Covid-19.", "Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata segala syor, cadangan dan dapatan daripada pihak terlibat akan disampaikan kepada kerajaan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.", "“Majlis Pemulihan Negara akan sentiasa menyokong apa sahaja program pemulihan ekonomi terutama yang melibatkan sektor perusahaan kecil dan sederhana (IKS), peniaga dan penjaja kecil,” katanya dalam kenyataan malam tadi.", "Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke kilang memproses sarang burung walet di Bintulu, Sarawak, Jutawalet Services & Trading.", "Perusahaan ini dijalankan oleh Patrick Jenau anak Tindit sejak lima tahun lalu dengan jumlah keluaran kira-kira dua tan sebulan. Buat masa ini produk tersebut dikeluarkan untuk pasaran tempatan sekitar Sibu dan Kuching sahaja kerana kesukaran memperoleh permit eksport.", "“Saya dimaklumkan oleh Patrick Jenau, beliau bercadang untuk mengeksport terus ke negara Arab jika permohonan AP diluluskan memandangkan produk ini mendapat sambutan hangat daripada rakyat negara-negara Arab.", "“Buat masa sekarang bekalan sarang burung dibeli daripada 50 pengusaha rumah burung walet di seluruh Sarawak. Saya kagum dengan kegigihan Patrick sehingga mampu menjana pendapatan kira-kira RM30,000 sebulan atau RM300,000 lebih setahun.", "“Lebih membanggakan lagi kilang ini berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 20 orang yang terdiri daripada penduduk setempat,” katanya.", "Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa dapat mempertimbang dan memudahkan permohonan Patrick bagi membolehkan beliau mengembangkan lagi perusahaan produk sarang burung walet itu.", "Pada masa sama, Muhyiddin berkata beliau juga sempat meninjau operasi Kedai Prihatin Parlimen Bintulu yang ditubuhkan oleh Koperasi Bersatu Bintulu Berhad.", "Katanya, kedai ini menyediakan pelbagai pilihan barangan keperluan harian pengguna pada harga berpatutan.", "“Saya percaya pembukaan lebih banyak Kedai Prihatin seumpama ini akan dapat membantu rakyat berpendapatan rendah berhadapan dengan kos sara hidup yang meningkat sejak akhir-akhir ini,” katanya." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/banjir-tiga-negeri-sudah-dibuka-pps-bagi-tempatkan-mangsa-banjir/
Banjir: Tiga negeri sudah dibuka PPS bagi tempatkan mangsa banjir
[ "Pusat pemindahan sementara (PPS) yang sudah dibuka seluruh negara kini sebanyak lima pusat yang melibatkan tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Kelantan.", "Menurut laporan media, setakat pagi ini pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata jumlah keseluruhan mangsa terlibat sebanyak 113 orang dan 32 keluarga.", "Di Johor, tiga PPS yang dibuka terletak di daerah Segamat masing-masing di Balai Raya Kampung Batu Badak, Balai Raya Kampung Kuala Paya dan Dewan Komuniti Tasek.", "Satu PPS yang dibuka di Kelantan dan Pahang pula masing-masing terletak di Sekolah Kebangsaan Tok Deh di Pasir Mas dan Sekolah Menengah Agama Al Falah di Raub.", "Dalam pada itu, tinjauan stesen oleh Jabatan Pengairan dan Saliran pula mendapati terdapat lima sungai di dalam negara berada pada paras bahaya iaitu di Sungai Pulai di Johor Bahru, Johor; Sungai Melaka di Alor Gajah, Melaka; Sungai Perlis di Kangar, Perlis; Sungai Batang Trusan di Sundar, Limbang, Sarawak dan Sungai Klang, Selangor." ]
https://www.agendadaily.com/politik/bersatu-kekal-di-sabah-struktur-baharu-akan-dirangka-faizal-azumu/
Bersatu kekal di Sabah, struktur baharu akan dirangka: Faizal Azumu
[ "Walaupun pemimpin parti Bersatu Sabah meninggalkan parti, namun struktur baharu akan dirangka bagi memastikan parti kekal di bumi Sabah.", "Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata parti akan segera akan segera membentuk semula struktur parti dan tidak membiarkan penyokong akar umbi di Sabah bersendirian tanpa hala tuju selepas ini.", "“Pengurusan parti akan segera membentuk struktur yang runtuh di pelbagai peringkat untuk tujuan kembali memperkasakan parti.", "“Kita amat yakin dengan penerimaan dan sokongan rakyat kepada BERSATU di seluruh negara termasuk di Sabah. BERSATU akan kekal di Sabah dan akan bangkit daripada situasi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Kenyataan itu menyusul selepas pemimpin tertinggi Bersatu Sabah diketuai ketuanya, Datuk Hajiji Noor, hari ini mengumumkan keluar parti itu.", "Ia selepas mereka menyertai Kerajaan Perpaduan menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Parti Warisan (Warisan).", "Hajiji yang juga Ketua Menteri yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah dalam satu kenyataan pagi ini, berkata keputusan dibuat selepas menimbangkan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah.", "Beliau berkata, kerajaan negeri ditunjangi GRS – Barisan Nasional (BN) juga mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai pembentukan kerajaan pusat yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu, GRS menang di enam kerusi Parlimen, dua pemimpinnya, masing-masing menteri dan timbalan menteri juga dinamakan mewakili Kabinet yang dibentuk oleh Anwar." ]
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/47-mangsa-korban-banjir-setakat-ini-lima-masih-hilang-polis/
47 mangsa korban banjir setakat ini, lima masih hilang: Polis
[ "Polis Diraja Malaysia mengesahkan seramai 47 orang menjadi mangsa korban banjir seluruh negara sehingga kini dan lima lagi masih hilang.", "Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala Pahang seramai 19 mangsa dan di Kelantan tiga mangsa.", "“Mangsa di Selangor melibatkan 17 lelaki dan lapan wanita dan di Pahang melibatkan 13 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini lapor Bernama.", "Sementara itu, di Kelantan melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan." ]