url
stringlengths
33
227
headline
stringlengths
6
157
content
sequence
https://www.thepatriots.asia/satelit-malaysia-di-hujung-nyawa/
Satelit-Satelit Malaysia Di Hujung Nyawa
[ "Ketika ini, terdapat sembilan buah satelit Malaysia yang berada di orbit dengan yang terbaru ialah Innosat yang dilancarkan pada 2018. Tetapi tidak ramai sedar, tujuh daripadanya kini berada dalam fasa terakhir perkhidmatan mereka. Atau bahasa mudahnya, tujuh satelit ini akan mati!", "Menurut Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MySA) Azlikamil Napiah, hanya dua satelit negara yang masih direkodkan aktif oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Hal Ehwal Ruang Angkasa (UNOOSA). Dua satelit tersebut ialah Measat-3B dan Measat-3A.", "Sementara satelit lain termasuk satelit pertama negara, Measat 1 yang dilancarkan pada 1996 sudah tidak aktif. Hanya satu iaitu Measat 2 yang kini dilaporkan berada pada orbit perkuburan satelit. Manakala satelit-satelit lain masih berada pada kedudukan orbitnya sejak dilancarkan ke angkasa lepas.", "Mungkin ada menganggap hal sebegini sebagai remeh-temeh dan tiada kena-mengena dengan kita. Tetapi sekiranya hal ini tidak dikendalikan dengan segera, ia bukan sekadar menjejaskan usaha melancarkan satelit baru negara ke angkasa lepas. Jika itu berlaku, ia boleh menjejaskan banyak aspek seperti komunikasi dan teknologi maklumat yang menjadi teras kepada revolusi teknologi dunia hari ini.", "Malah, ia akan menambah lagi sampah angkasa lepas dan berpotensi mengancam stesen-stesen angkasa lepas yang berada di orbit seperti Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dan Tiangong (China). Pada November tahun lepas, orbit ISS turun sebanyak 310 meter dalam tempoh beberapa minit. Ini bagi mengelakkan stesen itu bertembung dengan sampah angkasa berupa fragmen kenderaan pelancar Amerika Syarikat yang dialncarkan pada 1994.", "Malaysia mempunyai beberapa pilihan untuk menangani isu satelit ‘mati’ ini. Pilihan pengurusan sisa angkasa terbaik ketika ini ialah melalui kaedah ‘pusat pengumpulan satelit’. Kaedah ini dianggap yang paling praktikal dan mampu mengurangkan risiko kepada operasi satelit-satelit aktif yang lain terutama yang berada di orbit geosegerak (GEO).", "Tambah Azlikamil lagi, terdapat beberapa kaedah lain yang turut dipertimbangkan. Antara cadangan tersebut ialah melancarkan misi satelit untuk mengutip semula satelit yang tidak aktif  dan melancarkan roket isian semula bahan api bagi satelit yang tidak aktif yang berada di orbit GEO. Tetapi pada akhirnya, semua ini ditentukan oleh faktor teknologi, kewangan dan perundangan antarabangsa.", "Hal ini dilihat menjadi pendorong kepada perancangan jangka panjang penerokaan angkasa lepas negara iaitu Malaysia Space-X 2030. Pelan ini yang dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan MySA menggariskan strategi pelan selama 10 tahun. Ini merangkumi Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PJPJN) dan peningkatan kapasiti penyelidikan serta infrastruktur Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS).", "Pelan ini turut diperkukuhkan menerusi kelulusan Akta Lembaga Angkasa Malaysia di Parlimen pada penghujung tahun lepas. Menerusi akta ini, semua aktiviti berkaitan dengan angkasa lepas negara termasuk membina, mengilang dan melancarkan satelit ke orbit bumi dikawalselia oleh kerajaan. Ini mendorong pemilik satelit untuk lebih bertanggungjawab terhadap aset mereka termasuk apabila ia menghampiri fasa terakhir kehidupannya.", "RUJUKAN", "Yap, M. (2022, 10 Januari). 7 Malaysian satellites still in GEO orbit are no longer active. TechNave.", "Hassan, M. S. (2022, 8 Januari). Sudah hujung nyawa. Harian Metro.", "Reuters. (2021, 3 Disember). International Space Station forced to swerve to avoid US space junk. The Guardian." ]
https://www.thepatriots.asia/kenapa-rakyat-indonesia-mencuri-mayat-covid/
Kenapa Rakyat Indonesia Mencuri Mayat Covid?
[ "Antara perubahan kerana koronavirus mempunyai perkaitan rapat dengan sistem. Koronavirus tidak merosakkan sebarang sistem.", "Sebaliknya ia mendedahkan kerosakan dalam sebuah sistem. Dan banyak sistem didedahkan kepincangannya yang perlu dibaiki.", "Dalam dunia ini ada banyak sistem, melibatkan agama, bangsa, budaya, ekonomi, politik dan sebagainya. Dan Indonesia sedang menunjukkan kepincangan besar yang barangkali boleh membawa padah.", "M4ngsa-m4ngsa yang m4ti kerana koronavirus perlu dikebvmikan dengan cara yang terperinci.", "Senang kata, hanya kubur saja yang boleh dilihat keluarga selepas semua selesai.", "Dan bukan semua orang boleh terima protokol rumit ini. Kerana pada 3 Jun 2020, ratusan orang meny3rbu Hospital Dadi di Makassar untuk membawa balik m4yat yang dibawah pemantauan.", "Individu terbabit telah meningg4l dunia dua hari selepas dikejarkan ke hospital. Pihak hospital pun tidak berani berbuat apa-apa kerana gerombolan ini membawa senj4ta tajam.", "Juga di Makassar, 150 orang meny3rbu Hospital Stella Maris untuk mengeluarkan m4yat wanita dalam pemantauan yang menunjukkan simtom koronavirus.", "Beberapa kes di daerah Semampir – juga satu kes di Hospital Dr Soetomo turut melaporkan kejadian sama. Setakat ini sekurang-kurangnya 33 orang telah diberk4s polis untuk berdepan dengan hvkuman tujuh tahun (AFP, 2020).", "Jika berterusan beberapa kejadian tidak diingini semestinya berlaku. Hospital mungkin tidak akan membenarkan sesiapa pun berada di perkarangan – cukup hanya untuk menghantar pes4kit dan pulang.", "Dan pihak keselamatan pun akan bertindak dengan lebih tegas lagi, yang hanya akan mengeruhkan keadaan bagi sebuah republik padat dengan penduduk dan peny4kit.", "Maka keruntuhan sistem di Indonesia ini telah menunjukkan taring dan rahangnya melalui budaya sendiri. Ramai berpegang bahawa kem4tian itu sangatlah suci dan protokol koronavirus yang terlalu pantas tidak menghormati m4yat itu sendiri (NST, 2020).", "Sehingga 18 Jun 2020, seramai  42,762 orang disahkan positif dengan kem4tian melebihi  2,339 orang.", "Virus Wuhan yang bermula di Indonesia dari Kemang telah menular di 34 wilayah. Dan kes masih aktif berlegar melebihi 21,553 – dengan suspek mencecah 56,000.", "Amatlah mengejutkan kerana kr1sis sebesar ini asalnya diperlekehkan kerajaan Indonesia.", "Joko Wdodo sendiri mengakui bahawa kerajaan enggan berkongsi maklumat tertentu kepada orang awam kerana ingin elakkan panik (Pangestika, 2020).", "Semasa mengendalikan koronavirus pun, Indonesia juga ialah negara paling sedikit membuat ujian.", "Bagi setiap sejuta rakyat, hanya 1,000 orang sahaja mendapat saringan. Jauh berbeza dengan Malaysia dan Amerika Syarikat iaitu masing-masing 19,000/1 juta dan 63,000/1 juta.", "Bererti dalam populasi keseluruhan, hanya 267,700 orang sahaja diuji.", "Dalam situasi ini, Jakarta telah melonggarkan syarat pergerakan yang seperti biasa dianggap terlalu cepat.", "Indonesia ditenggelami koronavirus pun kerana sindrom Itali iaitu ramai orang lari daripada Jakarta ke tempat-tempat lain (Tarigan, 2020).", "Indonesia tidak mampu tahan jika koronavirus berulangan. Setakat ini pun negara tersebut telah menguncup dengan jutaan kehilangan kerja (Akhlas, 2020).", "Melihat negara-negara Asia Tenggara semakin pulih, Indonesia berdepan dengan status mencabar untuk mencontohi perkara sama.", "Bagi negara yang kadar saringannya masih rendah, perkara ini sukar dicapai yang mana statistik rendah boleh bererti kekurangan dari segi pengetahuan sektor kesihatan.", "Risiko sangatlah besar jika kerajaan tidak dapat tahu seramai mana yang terdedah dengan koronavirus. Hanya masa saja boleh menunjukkan hasil kerja Indonesia sekarang ini.", "RUJUKAN:", "AFP. (2020, Jun 12). Covid-19: Indonesia battles wave of ‘body snatching’ by grieving relatives. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/world/world/2020/06/600085/covid-19-indonesia-battles-wave-body-snatching-grieving-relatives", "Akhlas, A.W. (2020, April 15). Millions to lose jobs, fall into poverty as Indonesia braces for recession. The Jakarta Post. Retrieved from https://www.thejakartapost.com/news/2020/04/14/millions-to-lose-jobs-fall-into-poverty-as-indonesia-braces-for-recession.html", "NST. (2020, Jun 11). Mobs start to snatch c0rpses in Indonesia. Retrieved from https://www.nst.com.my/world/region/2020/06/599764/mobs-start-snatch-corpses-indonesia", "Pangestika, D. (2020, Mac 14). ‘We don’t want people to panic’: Jokowi says on lack of transparency about COVID cases. The Jakarta Post. Retrieved from https://www.thejakartapost.com/news/2020/03/13/we-dont-want-people-to-panic-jokowi-says-on-lack-of-transparency-about-covid-cases.html", "Tarigan, E. (2020, Jun 10). Easing restrictions in Indonesia’s capital triggers concerns. ABC News. Retrieved from https://abcnews.go.com/Health/wireStory/indonesian-capitals-reopening-triggers-concerns-2nd-wave-71167785" ]
https://www.thepatriots.asia/laungan-merdeka-yang-betul-gambar/
Laungan “Merdeka!” Yang Betul (Gambar)
[ "Genggaman tangan dari paras pinggang, dibuka bila hampir ke paras telinga dan dilepaskan ke udara melepasi kepala. Ulang 7x dengan tapak tangan terbuka.", "Ini cara oleh Tunku Abdul Rahman.", "Bersama kita biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.", "Penumbuk paras kepala atau clenched (closed) fist adalah cara hormat komunis.", "Manakala genggaman terbuka ke hadapan adalah cara hormat fasis. Asalnya Roman Salute, diperkenalkan oleh Empayar Rom, Adolf Hitler menjenamakannya semula sebagai Nazi Salute.", "Jadi, perbetulkan cara kita melaungkan kemerdekaan agar kita tidak menyerupai simbol yang dibawa oleh ekstremis dari Kiri (Komunis) dan ektremis dari kanan (Fasis). Selamat menyambut kemerdekaan!" ]
https://www.thepatriots.asia/jebat-tidak-layak-diangkat-sebagai-hero-menentang-kezaliman/
Jebat Tidak Layak Diangkat Sebagai Hero Menentang Kezaliman
[ "Baru-baru ini aku lihat ada suara-suara mengutuk institusi Raja dengan menunggang kisah Hang Jebat mentang kezaliman Sultan Melaka yang termakan fitnah terhadap sahabat karibnya Hang Tuah. Maka mereka banyak meluangkan kisah perjuangan Hang Jebat ini sebagai symbol dalam menetang kezaliman kerajaan akan rakyat marhen.", "Pertama, sekali tujuan aku menulis berkaitan Hang Jebat bukan bertujuan membela mana-mana pihak yang dituduh melakukan kesalahan ini. Namun aku menulis kupasan untuk kita menilai layakkan seorang Hang Jebat ini diangkat sebagai symbol perjuangan rakyat marhean. Untuk mendapat jawapan akan isu ini perlulah kita membuka atau membaca Kembali hikayat-hkayat Melayu lama yang merakamkan akan peristiwa ini. Maka terdapat dua yang menceritakan kisah Hang Jebat ini:", "Pertama sekali tiada sumber kukuh yang menunjukkan perjuangan Hang Jebat ini adalah demi membala rakyat marhean kononnya dizalimi oleh Sultan Melaka. Bahkan orang yang mengangkat Hang Jebat ini sebagai Hero adalah  Kassim Ahmad Ketika menyelenggara Hikayat Hang Tuah. Beliau cuba menafsiri watak Hang Jebat ini dengan idea sosialisnya.", "Begitu juga wujudnya filem-filem Melayu yang cuba menggambarkan Hang Jebat sebagai wira yang membela rakyat tertindas seperti Hang Jebat (1961) lakonan Nordin Ahmad. Kehebatan Nordin Ahmad membawakan watak Hang Jebat sebagai wira yang membela sahabat dan rakyat jelas menyebabkan lakonannya melekat di minda orang Melayu apabila membayangkan Hang Jebat.", "Antara babak yang benar-benar menggambarkan perjuangan marhen Hang Jebat adalah:", "‘’Hang Jebat menjemput rakyat jelata masuk ke istana dan menjamu mereka semuanya makan. Hang Jebat juga mengarahkan pegawai menyembelih dua ekor lembu, sepuluh ekor kambing dan seratus ekor ayam untuk dijamu pada rakyat jelata. Tidak cukup dengan itu, Hang Jebat memecahkan bilik Perbendaharaan Negara dan mengambil semua harta-harta seperti intan, berlian dan emas yang tersimpan di dalam bilik tersebut untuk diberikan pada rakyat. Kata Hang Jebat, “Ini hak rakyat, aku akan kembalikan kepada rakyat!” Maka diberikannya harta-harta tersebut kepada rakyat yang hadir di istana tersebut, “Haa..ambil ini semua, ini semua hak kamu, ambil semua..ambil!!” laung Hang Jebat sambil mencampakkan permata kepada mereka semua. Kemudian ketika rakyat jelata memberi sembah kepadanya sebagai ucapan terima kasih, segera Hang Jebat menolak seraya berkata: “Jangan, jangan sembah aku! Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat…rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk memberi jasa kepada rakyat. Dan aku rela mati untuk rakyat. Kerana aku mahukan keadilan, keadilan, keadilan…! ‘’(Saufy Jauhary, 2020).", "Persoalannya siapakah Hang Jebat sebenar yang diceritakan dalam Hikayat Melayu lama? Hang Jebat yang tertulis di dalam hikayat bukanlah Hang Jebat yang anda harapkan. Pertama sekali tiada satu patah perkataan pun menceritakan bahawa Hang Jebat ingin memperjuangkan nasib rakyat.", "Tujuan Hang Jebat hanyalah demi membela rakannya Hang Tuah yang disangka telah dihukum bnvuh akibat fitnah pembesar. Hal ini terbukti dengan perkataan Hang Jebat di dalam Hikayat Hang Tuah:", "“Hai Orang Kaya Laksamana, keranamulah (Hang Tuah) maka aku berbuat pekerjaan ini. Pada bicaraku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan yang demikian ini.”  (hlm 315)", "Bahkan jika di dalam Hikayat Hang Jebat tidak pernah menghalau Sultan bahkan beliau terus menduduki istana tanpa ada tanda-tanda ingin menjatuhkan Raja, Sultan sendiri  pergi ke rumah bendahara setelah dinasihati oleh isteri baginda.", "Maka apabila Sultan tiada di istana Hang Jebat mula berlagak seperti seorang Raja, Hikayat menceritakan:", "“Maka Hari pun sianglah, Maka dilihat oleh Hang Jebat raja anak-beranak sudah berundur dari Istana. Maka Ia pun terlalu sukacita lalu ia duduk di atas peterana yang keemas an tempat raja duduk itu. Maka biduan empat itu pun bernyanyilah, terlalu ramai makan minum dengan segala bunyi-bunyian. Maka Hang Jebat pun mandi pada pasu emas tempat raja mandi. Maka ia memakai bau-bauan, makai a menyuruh mengambil peti pakaian Raja. ", "Maka diambil pakaian raja yang berpakakan emas itu dipakainya dan baju raja daripada rambuti itupun dipakainya. Maka Dastar daripada emas berpermata itu dipakainya. Setelah Sudah maka si Jebat duduk di atas peterana yang keemasan. Maka Nasi diangkat oranglah. Maka Hang Jebat pun makanlah seperti kelakuan Raja santap, demikianlah kelakuannya itu. Setelah sudah makan maka Hang Jebat pun tidurlah pada tempat Raja itu Tidur.’ (hlm 298)’", "Bukan sekakat itu, Hang Jebat juga bermukah (berzina) dengan dayang-dayang dan gundik Raja di dalam istana. Teks-teks Hikayat juga menunjukkan bahawa pembesar-pembesar meilhat betapa lagaknya Hang Jebat hidup seperti seorang Raja. Tun Teja berkata kepada Sultan Melaka:", "“Jika ada Laksamana itu masakah Si jebat berani berbuat demikian seperti anak-anak raja’’  (hlm 292)", "Nah perhatikan teks ini sungguh Jebat yang sebenar bukanlah Jebat versi Nordin Ahmad itu bahkan Jebat ini mula hidup dan bersuka ria seperti orang Raja. Dimana nilai marhean Jebat di dalam Hikayat ini? Tiada diceritakan Jebat membantu atau memberikan harta sedikitpun kepada orang yang susah.", "Sudahla amukan Jebat ini tiada kaitan dengan orang susah bahkan dia telah membnvuh orang-orang tidak berdosa. Hikayat Hang Tuah menceritakan:", "Maka Hang Jebat pun lalu keluar mengamuk di tengah pasar itu. Maka orang Melaka pun beribu-ribu mati dan luka daripada laki-laki dan perempuan. Maka negeri Melaka pun huru-haralah. Maka Hang Jebat pun masuk mengamuk daripada suatu kampung kepada suatu kampung, daripada satu lorong kepada suatu lorong, daripada suatu tempat kepada suatu tempat itu; banyak mati dan luka; keluar masuk membnvuh seperti orang gila. Maka bangkai pun bertimbun-timbun, pada segenap lorong dan segenap kampung dan pintu dan jambatan penuh dengan bangkai. Maka hari pun hampir malam. ", "Maka Hang Jebat pun keluar dari dalam negeri. Ia membnvuh orang luar negeri seperti sewah menyambar ke sana ke mari. Maka rakyat isi negeri itu pun keluar dari negeri membawa anak bininya; setengah mendapatkan raja. Setelah baginda melihat demikian itu , maka baginda pun terlalu dukacita melihat rakyatnya demikian itu, seperti alah oleh musuh lakunya, masing-masing membawa dirinya ke sana ke mari. (hlm 324)", "Arkian setelah genap tiga malam Laksamana khalwat itu, maka Laksamana pun hendak ke sungai. Maka dilihat oleh Laksamana Si Jebat mengusir orang di pasar itu, seperti helang menyambar ke sana ke mari. Maka Laksamana pun berseru-seru sambil berdiri melihatkan kelakuan Hang Jebat membnvuh. Maka Laksamana pun berseru-seru dengan nyaring suaranya, katanya, “Hai Jebat, padalah engkau membnvuh orang beribu-ribu ini, kerana engkau pun akan mati juga; sudahlah. Sekarang segala nyawa orang berpuluh-puluh ribu tiadakah tertanggung atas kepalamu?!” Arkian maka suara Laksamana itu pun terdengarlah kepada Hang Jebat; Hang Jebat pun segera datang mendapatkan Laksamana. Maka dilihatnya Laksaman ada terdiri. Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat, padalah engkau membnvuh orang yang berpuluh ribu ini, kerana engkau pun akan mati juga!” Setelah Hang Jebat menengar kata Laksamana demikian itu, maka Hang Jebat pun segeralah menyembah kaki Laksamana, serta katanya, “Hai orang kaya, segeralah buangkan diperhamba. Daripada orang lain membnvuh hamba, baiklah orang kaya mendapatkan tangan kepada diperhamba.”” (hlm 324-326).", "Lihat inikah Hang Jebat yang kalian agongkan? Bahkan rakyat biasa lari sehingga ada yang berlindung dengan Raja kerana takut dengan amukan Jebat. Persoalan saya dimana nilai marheanya, dimana nilai sosialisnya dan dimana jiwa rakyatnya Jebat? Jebat sedikitpun tidak memikirkan rakyat dibawah, dia hanya bersuka ria dengan kemewahan istana sahaja. Saya bukanla hendak membela golongan double standard namun bagi saya sudah-sudahla romantismekan Hang Jebat itu.", "RUJUKAN:", "Hikayat Hang Tuah diselenggara oleh Kassim Ahmad cetakan DBP (1966)", "Hikayat Sulalatus Salatin Salinan Krusenterns dikaji dan diperkenalkan oleh Prof Emiratus Ahmat Adam  cetakan Yayasan Karyawan (2016)", "Concept Of A Hero In Malay Society karya Shaharuddin Maaruf cetakan Strategik Information and Research Development Centre" ]
https://www.thepatriots.asia/tekaan-kesempurnaan-punca-pembvnuhan-diri-selebriti-jepun/
Tekanan Kesempurnaan Punca Pembvnuhan Diri Selebriti Jepun
[ "Bagi peminat Miss Sherlock yang pernah ditayangkan di HBO Asia, pasti ramai mengagumi watak Sara Shelly Futaba yang dibawa oleh Yuko Takeuchi. Tetapi tiada siapa pun menyangka pada akhir bulan lepas, pelakon drama Asuka itu memilih mengambil ny4w4nya sendiri.", "Tahun ini saja, Jepun menyaksikan empat selebriti terkenal mengambil ny4w4 mereka sendiri iaitu Takeuchi, pelakon Sei Ashina dan Haruma Miura serta bintang realiti Hana Kimura.", "Selain Kimura, ketiga-tiga bintang ini tidak pernah menunjukkan mereka mengalami tekanan emosi. Malah, bagi sesiapa yang mengenali Takeuchi, mereka mengenalinya sebagai seorang yang profesional, mempunyai hubungan baik dengan semua orang termasuk krew penggambaran dan gembira dengan perkahwinan keduanya bersama pelakon Taiki Nakabayashi, 35.", "Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang dilahirkan pada Januari lepas selain seorang anak lelaki daripada perkahwinan pertama Takeuchi. Tetapi bagi pemerhati statistik kes bvnvh diri Jepun, kes sebegini memperlihatkan pertambahan kes yang ketara dengan peningkatan kes sebanyak 16% pada Ogos tahun ini berbanding Ogos tahun lepas.", "Dan bila dipecahkan statistik kes mengikut julat umur dan kumpulan jantina, kumpulan remaja wanita dan wanita muda berusia 20-an hingga 30-an mencatat pertambahan sebanyak 74%. Bagi pengarah Pusat Promosi Tindak Balas Bvnvh Diri Jepun, Yasuyuki Shimizu, situasi ini dianggap menyedihkan. “Sebagai masyarakat, kami tidak boleh menunjukkan kelemahan, kami perlu menahan daripada mendedahkannya,” ujarnya.", "“Ini bukan sebab mereka tidak boleh berjumpa pakar terapi atau kaunselor tetapi mereka merasakan mereka tidak boleh sama sekali menunjukkan kelemahan mereka kepada orang yang mereka sayang,” tambahnya. Bagi ramai warga Jepun, kes-kes sebegini dikaitkan dengan nilai gaman yang bermaksud ketabahan atau menafikan apa yang berlaku kepada diri.", "Penulis pernah menyentuh secara panjang lebar perihal gaman dalam buku Dasar Pandang ke Jepun. Bagi mereka, mereka bergelut menyembunyikan kelemahan diri atau masalah peribadi daripada diketahui orang lain. Bagi para selebriti, tekanannya berlipat kali ganda kerana mereka perlu menunjukkan imej sempurna di depan khalayak awam.", "Perkara ini tidak dibantu dengan kehadiran laman media sosial. Bohonglah jika ada selebriti tidak tertekan dengan kemahuan para peminat sentiasa kepinginkan berita figura pujaan mereka menonjolkan naratif kejayaan dan kegembiraan yang berterusan.", "Dan apa saja perasaan bersifat negatif, walaupun ia jelas memerlukan bantuan pakar, ia perlu disembunyikan atau dianggap perkara peribadi.", "Bagi orang awam, perkara sebegini dianggap lumrah dan memberi tekanan. Tetapi untuk para selebriti Jepun, tekanan yang dialami mereka amat tinggi lebih-lebih lagi bila ia turut dipengaruhi oleh jangkaan ratusan ribu atau jutaan peminat.", "Dan mereka cuba berbicara hal sebegini secara terbuka, maka label pesakit mental akan melekat pada diri mereka sekaligus menjejaskan karier mereka sebagai selebriti.", "Penerbit televisyen Tamaki Tsuda berkata, “Sekiranya anda seorang figura terkenal dan media mendapat tahu anda mendapatkan bantuan kesihatan mental, mereka akan memberi publisiti buruk sekaligus menjejaskan karier anda.", "Jika anda pernah mendedahkan anda berdepan isu kesihatan mental, imej itu akan melekat pada jenama anda selama-lamanya. Dan bila itu berlaku, tawaran kerja yang diterima akan berkurangan.”", "Isu pandemik Covid-19 secara tidak langsung turut memberi kesan kepada industri hiburan terutama di Jepun. Banyak urusan penggambaran membabitkan produksi filem dan televisyen terpaksa ditangguhkan atau diubah disebabkan protokol perlindungan Covid-19 yang dikeluarkan kerajaan.", "Tsuda menambah, “Ramai penggiat industri hiburan kehilangan kerja mereka selepas pandemik Covid-19, jadi ia merupakan satu tamparan yang hebat. Kebanyakan pelakon diberi jadual kosong oleh agensi-agensi pengurusan mereka sejak beberapa bulan lepas.”", "Bagi Perdana Menteri baru Yoshihide Suga, isu selebriti mengambil nyawa mereka sendiri merupakan sesuatu yang serius. Mereka bimbang ia boleh memberi inspirasi kepada peminat-peminat mereka terutama yang mempunyai isu kesihatan mental melakukan perkara sama.", "Justeru, tidak hairanlah mengapa ketua setiausaha kabinet Suga, Katsunobu Kato mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas kem4t1an Takeuchi, “Bagi memastikan masyarakat merasa tidak terasing dengan kebimbangan mereka, kita harus bekerjasama untuk membina masyarakat yang menyokong dan membantu antara satu sama lain.”", "Tetapi bagi ramai pakar psikologi dan aktivis anti-bvnvh diri, janji sebegini bersifat kabur. Atau lebih tepat, sekadar menanam tebu di bibir. Profesor Michiko Ueda, pakar sains politik dari Universiti Waseda berkata, “Mereka kata kita patut mewujudkan masyarakat di mana tiada siapa pun patut merasa kesunyian. Tetapi tipikal dengan kerja perancangan kerajaan Jepun, tiada sebarang rancangan. Kita tidak boleh mengubah masyarakat dalam satu hari.”", "RUJUKAN:", "Hida, Hikari dan Rich, Motoko. (2020). The Pressure to Be Perfect Turns Deadly for Celebrities in Japan. New York Times. https://www.nytimes.com/2020/10/05/world/asia/japan-suicide-celebrities.html" ]
https://www.thepatriots.asia/ecrl-dulu-vs-kini/
ECRL – Dulu VS Kini
[ "1. JarakSebelum ini 688 KM laluan utama (Fasa 1+2) + 6 spurline 68.7KM. Kini 640 KM laluan utama +spurline.", "2. StesenSebelum ini 23 Stesen Pengkalan Kubor -> Port Klang merentasi 4 negeri, kini 20 Stesen merentasi 5 negeri dan Putrajaya.*Digugurkan – Pengkalan Kubor, Jelawat, Telaga Papan, Kerteh, Kuantan Sentral, Bentong, ITT Gombak, Gombak Utara*Ditambah Putrajaya Sentral, Di antara Putrajaya dan Port Klang(Cadangan Stesen), Bangi Kajang, Jelebu (Cadangan Stesen)", "3. InterchangeDulu,*LRT Interchange dengan ECRL di ITT Gombak*KTM interchange dengan ECRL di stesen Mentakab*KTM Interchange dengan ECRL di Kota Bharu", "Kini,*KTM interchange dengan ECRL di stesen Mentakab*KTM, ETS interchange ECRL Stesen Bangi-Kajang*ERL, MRT Interchange – Stesen Putrajya Sentral", "4. KosDikurangkan dariapda RM65.5 Bilion kepada RM44 Billion iaitu pada kos RM68.7 juta/KM berbanding dengan RM95.5 juta/KM.", "5. Terowong dan laluanDulu, 19 terowong dibina, Terowong Genting bakal menjadi Terowong terpanjang di Asia Tenggara – 18KM. Kini laluan terowong Genting dielakkan untuk menjimatkan kos.", "ECRL juga akan mengelakkan daripada laluan Klang Gates Quartz Ridge di Gombak Selangor demi menjaga tapak bernilai tersebut.", "6. Kontraktor tempatanPartipasi kontraktor tempatan akan dinaikkan daripada 40% daripada 30% perjanjian awal.", "7. Tarikh siapTarikh siap ECRL ditolak kepada 31/12/2026 daripada 30/6/2024", "8. Struktur PinjamanKekal – 85% EximBank 15% Dana Tempatan", "9. Kadar FaedahKekal – 3.25% ", "10. MoratoriumDalam perbincangan kerana tempoh pembinaan telah bertambah dan tarikh akhir siap dipanjangkan.", "11. Perkongsian keuntunganSebelum ini 100% milik Malaysia melalui MRL milik MOF. Kini 80% milik MRL 20% milik CCCC", "12. Perkongsian Risiko Sebelum ini 100% milik Malaysia melalui MRL milik MOF. Kini 50% ditanggung MRL dan 50% ditanggung CCCC.", "13. Operasi dan PenyelengaraanSebelum ini 100% milik Malaysia melalui MRL milik MOF. Kini 50% ditanggung MRL dan 50% ditanggung CCCC.", "14. Keselamatan RelSebelum China tiada akses kepada sistem ECRL pasca pembinaan. Kini China ada akses rel ECRL dari KB ke Port Klang.", "15. PemilikanSebelum ini 100% milik Malaysia melalui MRL. Kini belum dapat dipastikan. Mungkin ya mungkin tidak bergantung kepada perjanjian.", "16. MalaysiaKekal belum kena jual." ]
https://www.thepatriots.asia/fahreddin-omer-pasha-benteng-terakhir-uthmaniyyah-di-semenanjung-arab/
Fahreddin Omer Pasha: Benteng Terakhir Uthmaniyyah Di Semenanjung Arab
[ "“Askar! Aku merayu padamu atas nama Rasulullah, Saksi Aku. Aku mengarahkan kamu untuk mempertahankan Baginda dan kota Baginda hingga ke peluru terakhir dan hembusan nafas terakhir tanpa mengira kekuatan musuh. Semoga Allah bersama kita dan semoga rahmat Muhammad bersama kita.”", "“Wahai pegawai-pegawai tentera Turki yang berani. Wahai Muhammad-Muhammad kecil. Majulah dan berjanji kepadaku dihadapan Tuhan kita dan Nabi kita untuk memartabatkan iman dengan pengorbanan jiwa.”", "Itulah kata-kata semangat yang dilantun oleh Fahreddin Omer Pasha selepas solat jumaat pada tahun 1918, tahun terakhir P3rang Dunia Pertama, menurut memoir seorang saksi.", "Siapa Fahreddin Pasha", "Fahreddin Omer (Turkkan) Pasha, dilahirkan di Ruse, Bulgaria (ketika itu dibawah kekuasaan Empayar Uthmaniyah) pada 1868.", "Beliau berkhidmat dalam empat p3rang besar iaitu", "P3rang Itali-Turki (Italo-Turkish W4r)", "P3rang Balkan", "P3rang Dunia Pertama", "P3rang Kemerdekaan Turki", "Ketika P3rang Dunia Pertama, beliau mengetuai Hejaz Expeditionary Force untuk mempertahankan Hejaz sebelum kejadian Arab-Revolt.", "Selepas pengisytiharkan Turki sebagai republik, beliau mengambil nama Turkkan sebagai nama keluarga selepas Surname Law 1934.", "Selepas beliau bebas dari penjara, beliau berkhidmat dalam tentera turki dalam P3rang Kemerdekaan Turki di bawah pimpinan Mustafa Kemal Pasha untuk mengambil semula Anatolia daripada pengaruh Greece dan Perancis.", "Beliau dilantik sebagai Duta Turki ke Kabul selepas pep3rangan", "Beliau meninggal pada 22 November 1948 akibat strok", "Benteng Terakhir Madinah", "Tidak lama selepas ketibaan Hejaz Expeditonary di Madinah, pemberontakan yang diketuai oleh Sharif Hussein (Sharif Mekkah) meletus. Pertahanan di Madinah lebih kukuh berbanding di Mekkah menyebabkan pemberontak gagal menguasai Madinah.", "Pemberontakan yang menyebabkan kota Madinah dikepung mengakibatkan masalah bekalan makanan dan pakaian. Ramai penduduk Madinah mati kelaparan. Anggota tentera pula dikatakan makan rumput di pergunungan dan ramai mati akibat keracunan.", "Keadaan diburukkan dengan ser4ngan belalang yang mengakibatkan sumber makanan berkurang secara mendadak. Dalam keadaan terdesak askar-askar sanggup memakan belalang. Fakhreddin Pasha telah mengarahkan penanaman gandum dan ladang kurma di Madinah.", "Dalam kekalutan akibat pengepungan Madinah, Fahreddin Pasha mengarahkan khazanah-khazanah di Madinah termasuk barangan-barangan milik Rasulullah untuk dihantar ke Istanbul bagi mengelakkan daripada jatuh ke tangan orang Arab yang berada dibawah pengaruh British.", "Pada 30 October 1918, Gencatan Senjata Mudros (Mudros Armistice) ditandatangani oleh pihak Uthmaniyyah. Perjanjian ini menamatkan kedaulatan Uthmaniyyah di Hejaz dan mengarahkan semua tentera menyerah diri dan senjata.", "Meskipun telah diarah menyerahkan pedang oleh Kementerian P3rang sebagai tanda menyerah kalah dan akur pada Mudros Armistice, beliau tidak berbuat demikian. Hal ini menyebabkan kekecewaan pihak kerajaan dan menyebabkan Sultan Mehmed VI memecat beliau. Walaupun begitu, beliau tetap membiarkan bendera Turki berkibar dan mengetuai pertahanan di Madinah selama 72 hari selepas pep3rangan tamat.", "Akhirnya pada January 1919, pegawai-pegawai tenteranya menahan, menangkap serta menyerahkan Fahreddin Pasha kepada Raja Abdullah I di dan akhirnya menyerah kalah serta menyerahkan kedaulatan Madinah kepada Sharif Hussein bin Ali. Maka, kota Madinah adalah satu-satunya tanah kekuasaan Uthmaniyyah di Semenanjung Tanah Arab yang tidak jatuh ke tangan pihak bersekutu ketika P3rang Dunia Pertama.", "Sebagai rumusan, meskipun memiliki tentera yang kecil bilangannya berbanding musuh iaitu orang Arab dan British, meskipun keadaan Madinah yang terputus hubungan dengan dunia luar selama 9 bulan, meskipun masalah penularan w4bak, kebuluran, sabotaj dan siri ser4ngan oleh musuh, meskipun perjanjian penyerahan kalah telah ditandatangani, beliau tidak menyerah kalah dan tidak memberi peluang kepada musuh untuk menduduki Madinah.", "Artikel dikirimkan oleh H.A Rahman untuk The Patriots. ", "RUJUKAN:", "Çabuk, Mustafa. (2018). İngiliz Belgelerine Göre Fahreddin Paşa Ve Medine Savunmasi Fakhri Pasha And Defense Of Medina According To British Documents.", "Tucker, S. (Ed.). (2014). World W4r I: The Definitive Encyclopedia and Document Collection (2nd ed., Vol. 1, pp. 1065). Santa Barbara: Abc-Clio.", "Maurice, F. (1943). The Armistices of 1918. In The Armistices of 1918. London: Oxford University Press." ]
https://www.thepatriots.asia/betulkan-akidah-untuk-bebaskan-masjid-al-aqsa/
Betulkan Akidah Untuk Bebaskan Masjid Al-Aqsa!
[ "Isra Mikraj disambut umat Islam dengan bermacam-macam cara. Ada yang buat perarakan siap berpedang dan ada yang memeriahkan ceramah perdana. Ia termasuk sebagian mukjizat Rasulullah yang wajib dipercayai serta tersebut dalam Al-Quran.Isra Mikraj sangat monumental dengan ayat suci yang mengabadikan peristiwa tersebut:بسُبْحَٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُMaha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Isra’ ayat 1)Sebenarnya, kalimat “Maha Suci Allah” dan “Masjid Al-Aqsa” cukup signifikan bagi ulama’ Tafsir. Lebih-lebih bila terdapat dalam satu ayat yang sama. Mengucapkan “subhanallah” tidak sebatas zikir sahaja, bahkan makna yang lebih jitu ialah ketulenan tauhid. Apatah lagi pembuktian daripada garis sejarah menunjukkan, Masjid Al-Aqsa tak pernah merdeka daripada cengkaman Kaum Yahudi atau Tentera Salib kecuali dibebaskan oleh Kerajaan yang berakidah Ahlul Sunnah wal Jamaah. Ya, yang saya maksudkan ialah Saidina Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayubi yang tidak lari daripada aliran Asyairah wal Maturidiah.Kerajaan berakidah Wahabi, Syiah, Muktazilah atau Khawarij juga tak pernah membebaskan Baitulmaqdis. Apatah lagi Ayah Pin atau Ismail Kassim. Bahkan salah sebuah akidah sesat pernah mengkhianati Umat Islam. Misalnya tindakan Arab Saudi yang menjunjung Wahabi, telah menikam dari belakang Khilafah Turki Uthmaniah yang mempertahankan Palestin bermati-matian.Akidah Ahlul Sunnah wal Jamaah telah wujud seawal Rasulullah menyampaikan wahyu kepada ummah. Sahabat Nabi, Ibnu Abbas menafsirkan sepotong ayat Al-Quran: يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌۭ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌۭ ۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ٱسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَٰنِكُمْ فَذُوقُوا۟ ٱلْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): “Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu”.Ibnu Abbas mentakwil, “muka (orang-orang) menjadi putih berseri” sebagai golongan Ahlul Sunnah wal Jamaah. Imam Zahabi pula merujuk Ahlul Sunnah wal Jamaah sebagai aliran Asyairah wal Maturidiah.", "Masjid Al-Aqsa dibebaskan oleh Khulafa’ Rashidun, Saidina Umar Al-Khattab pada 638 M. Khilafah Ayyubiah, Sultan Salahuddin Al-Ayubi membebaskannya sekali lagi pada 1171 M setelah ditawan musuh dalam Perang Salib. Jikalau kita amati ijtihad dan tindakan dua pemimpin agung ini, pasti mencerminkan feqh, akidah dan tasawuf Ahlul Sunnah wal Jamaah. Ahlul Sunnah wal Jamaah alirah Asyairah wal Maturidiah, tidak mudah menyesat-nyesatkan semua perkara yang baharu. Sebagai contoh, kebanyakan ulama’ Asyairah bartaklid kepada mazhab Syafie atau Maliki. Dalam kaedah fiqh Imam Muhammad bin Idris al-Syafie, dia membahagikan makna bidaah kepada dua: Bidaah hasanah dan Bidaah dholalah. Bidaah hasanah sebenarnya sunnah yang baik untuk dipelopori manakala perkataan bidaah di situ hanya pada lafaz sahaja. Ia seerti dengan hadis Nabi: “Barang siapa melakukan Sunnah yang baik dalam Islam, maka selain memperoleh pahala bagi dirinya, juga mendapat tambahan pahala dari orang yang mengamalkan sesudahnya, dengan tanpa mengurangi sedikitpun pahala mereka.” (HR Muslim). Bidaah dholalah pula adalah perkara baru yang menyesatkan sebagaimana sabda Rasulullah dalam hadis: “Setiap yang baharu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu ke neraka” (HR Abu Daud). Lafaz “setiap” di situ tidaklah bermaksud semua, tetapi “kebanyakan”. Gaya bahasa sebegini turut terdapat dalam Al-Quran.Saidina Umar Al-Khattab adalah di antara orang yang memujuk Saidina Abu Bakar Al-Siddiq agar membukukan Al-Quran. Menariknya, dialog mereka berdua boleh dijadikan iktibar. Abu Bakar siap tanya, “Macam mana aku nak buat sesuatu yang Rasulullah tak pernah buat?” Umar lantas berhujah agar Kitab Suci tersebut tidak lenyap bersama syuhada’ huffaz. Setelah diyakinkan, bermulalah projek penyusunan mushaf Al-Quran sehinggalah sampai ke tangan kita. Kalaulah sahabat anggap semua yang Nabi tak buat itu sesat, mungkin kita pun tak dapat pegang mushaf sekarang.", "Umar Al-Khattab juga pernah memuji sebuah bidaah. Zaman Rasulullah, solat taraweh didirikan sendiri-sendiri. Sehinggalah tiba zaman Umar, dia mengumpulkan orang Islam di Masjid untuk Solat Taraweh berjemaah dengan diimamkan oleh Ubai bin Ka‘ab. Apabila melihat Solat Taraweh berjemaah yang tak pernah dilakukan Nabi namun dilaksanakan di zamannya ini, Umar gembira: “Sebaik-baik bid‘ah adalah perkara ini, sedangkan yang mereka tidur (solat pada akhir malam) lebih dari apa yang mereka bangun (awal malam).”Sultan Salahuddin Al-Ayubi pula berjasa dalam mengukuhkan akidah Asyairah dalam kerajaannya. Sebelum ini, Khilafah Fatimiah mendominasi Afrika Utara, Mesir dan Syam dengan berakidah Syiah Ismailiah. Dia membersihkan Universiti Al-Azhar Syarif daripada pengaruh selain Ahlul Sunnah wal Jamaah. Tidak seperti di Malaysia yang membiarkan penganut akidah sesat menjadi pensyarah, Salahuddin Al-Ayubi menyaring tenaga pengajar dan penuntut ilmu agar berakidah Asyaari. Dia mewajibkan anak-anak yang menjadi pelapis bangsa, agar mengaji risalah Hadaiq al-Fusul wa Jawahir al-Usul yang berisi prinsip akidah Asyairah. Risalah ini begitu popular di zamannya sampai dipanggil “Akidah Salahiyyah” iaitu Akidah Salahuddin Al-Ayyubi. Bahkan ia turut disebarkan dari menara masjid-masjid menjelang waktu subuh. Imam Quthbuddin Mas`ud al-Naisaburi menyusun kitab akidah untuk Salahuddin Al-Ayubi. Imam Fakhruddin al-Razi pula menyusun Asas al-Taqdis untuk adinda Sultan tersebut.Ummah tidak akan menang, kecuali dengan iktikad Ahlul Sunnah wal Jamaah aliran Asyairah wal Maturidiah. Saladin yang berakidah Asyairah membuka Palestin manakala Mehmet Al-Fateh yang berakidah Maturidiah membuka Constantinople. Jika kita benar-benar menghayati pesanan pertama daripada Surah Al-Isra’, insyaallah kesatuan Umat Islam daripada Sawadul A’zam yang dijanjikan Nabi, akan terpenuhi lantas membebaskan Masjid Al-Aqsa tidak lama lagi!" ]
https://www.thepatriots.asia/haiwan-haiwan-yang-digunakan-sebagai-senjata-biologi/
Haiwan-Haiwan Yang Digunakan Sebagai Senjata Biologi
[ "Sekitar tahun 1914, terdapat bukti tentera Jerman menggunakan antraks sebagai senj4ta biologi semasa per4ng dunia pertama. Era per4ng dunia kedua juga menyaksikan US dan Jepun menggunakan bakteria Francisella tularensis sebagai senj4ta biologi.", "Pada tahun 2001, Antraks pernah disebarkan melalui sampul surat ke dua buah pejabat Senator Amerika Syarikat. 22 orang yang mengendalikan surat itu dijangk1ti Antraks dan 5 darinya meninggal dunia.", "Haiwan juga pernah digunakan untuk membawa surat untuk tujuan komunikasi, atau untuk tujuan lebih teruk untuk membawa bom. Keldai, burung merpati malah ikan lumba-lumba pernah digunakan untuk tujuan ini.", "Tapi binatang yang atas ni semua besaq-besaq. Mana nak lepas masuk dalam sampul surat. Kalau pos harimau sekoq mestilah berteraboq lari orang dekat pejabat pos tu.", "Namun, bagaimana sekiranya ada haiwan yang sangat berb4haya dan boleh dimuatkan ke dalam bungkusan.", "Sejenis reptilia yang hidup di kawasan barat daya Amerika Syarikat dan utara Mexico. Panjang haiwan ini sekitar 20 inci (50cm).", "Rahang kuat yang dimiliki haiwan ini membolehkan ia menyuntik racvn ven0m ke dalam tubuh m4ngsa. Kem4tian disebabkan haiwan ini sangat jarang berlaku namun g1gitannya sangat menyakitkan.", "Gejala gigitan termasuk rasa s4kit yang luar biasa, edema, dan kelemahan yang berkaitan dengan penurunan tekanan d4rah yang pantas.", "Jangan salah faham, nama haiwan ini diambil daripada nama sungai iaitu Gila River, Arizona.", "Lalat penghisap d4rah dari Afrika ini hanya bersaiz satu inci. Sambil dia menghisap d4rah, haiwan ini juga menyebarkan satu jenis parasit iaitu Trypanosoma brucei.", "Ianya menyebabkan penyak1t iaitu trypanosomiasis (penyak1t tidur Afrika). Kemungkinan untuk penyakit ini menyebabkan kem4tian ialah hampir 100% sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.", "Penyak1t ini juga boleh tersebar melalui ibu kepada anak dalam kandungan, pemindahan d4rah dan juga hubungan seksual. Kalau sekalipun orang yang dijangk1ti sembuh dari penyakit ini, dia ber1siko untuk menjadi pembawa parasit seterusnya menyebarkan jangk1tan kepada orang lain.", "Pelbagai aneka warna boleh dijumpai. Haiwan ini hanya bersaiz sekitar satu-dua inci.", "Awas, jangan terperdaya dengan warna ceria yang ada pada kulit haiwan ini.  Racvn pada kulit haiwan ini sangat berb4haya.", "Satu puak asli di kawasan Amerika Selatan menggunakan racvn yang ada pada kulit ular ini untuk pan4h dan lemblng sebagai senj4ta. Racvn pada haiwan ini cukup untuk membvnuh 10 orang dewasa.", "Nyamuk diketahui boleh menyebarkan pelbagai jenis penyak1t berjangkit seperti Malaria, Denggi, Demam Kuning, Zika dan vlrus West Nile. Saban tahun, ada sahaja kem4tian berpunca daripada penyak1t sebaran nyamuk.", "Terdapat pelbagai spesis ular yang memiliki saiz kecil namun berb1sa. Sebagai contoh, ular karang biru hanya sekitar 30cm panjang sahaja namun boleh menyebabkan kem4tian dalam tempoh 1-3 jam.", "Selain itu, spesis ular kapak juga mempunyai kemampuan untuk membvnuh. Terdapat lebih 200 spesis ular kapak di dalam dunia ini.", "Banyak lagi jenis haiwan yang boleh dimuatkan ke dalam sebuah kotak. Ianya boleh dijadikan senj4ta untuk memporak-perandakan musvh. Dalam senarai saya juga terdapat haiwan laut seperti obor-obor, stonefish dan cone shell. Semua haiwan ini mempunyai bisa dan racvn tersendiri.", "Namun jangan risau, tak mudah untuk kita hantar binatang sebegini melalui sistem pos. Kehadiran haiwan ini dalam bungkusan boleh dikesan melalui pengesan haba. Selain itu, bungkusan juga memerlukan lubang udara untuk membolehkan haiwan ini bernafas di dalam kotak.", "Banyak kes cubaan menghantar haiwan peliharaan melalui sistem pos gagal kerana haiwan di dalam parcel bergerak-gerak. Namun dari sudut senj4ta biologi, ancaman sebegini harus diambil perhatian." ]
https://www.thepatriots.asia/maulidul-rasul-dalam-pelbagai-bahasa/
Maulidul Rasul Dalam Pelbagai Bahasa
[ "Maulidur Rasul adalah hari memperingati keputeraan Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa salaam (SAW). Nabi Muhammad SAW adalah putera tunggal kepada Abdullah Bin Abdul Mutallib (546-571) dan Aminah Binti Wahab (557-578).", "Baginda telah diputerakan pada tarikh 22hb April 571 di Mekah. Baginda wafat pada tarikh 8hb Jun 632 di Madinah. Baginda dimakamkan di Masjid Nabawi, Madinah. Untuk pengetahuan, baginda hidup di dunia selama 61 tahun 01 bulan 17 hari.", "Tanpa mengira mazhab dan aliran dalam agama Islam, Maulidur Rasul disambut oleh banyak negara di seluruh dunia khususnya negara Islam. Negara seperti Malaysia, Brunei dan sebagainya juga telah menjadikan hari tersebut sebagai cuti umum.", "Sebenarnya, banyak istilah berbeza yang merujuk kepada sambutan tersebut. Persoalannya, apakah nama tersebut? Adalah diharapkan artikel ini dapat menjawab sedikit persoalan kita.", "MAULIDUR RASUL", "Antara istilah yang merujuk kepada Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW adalah “Maulidur Rasul”. Malaysia adalah antara negara di dunia yang menggunakan istilah tersebut.", "Perkataan “maulidur” berasal daripada akar “w-l-d”. Perkataan “maulidur” membawa maksud “Hari Lahir”. Akar “w-l-d” membawa konsep yang berkaitan dengan perbuatan beranak.", "Perkataan “rasul” berasal daripada akar “r-s-l”. Perkataan “rasul” memnawa maksud “utusan”. Akar “r-s-l” pula membawa konsep yang berkaitan dengan perbuatan menghantar.", "MAULID AN-NABAWI", "Antara istilah yang merujuk kepada Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW adalah “Maulid An-Nabawi”. Maghribi adalah antara negara di dunia yang menggunakan istilah tersebut.\nPerkataan “Maulid” berasal daripada akar “w-l-d”. Perkataan “Maulid” membawa maksud “Hari Lahir”. Akar “w-l-d” membawa konsep yang berkaitan dengan perbutan beranak.\nPerkataan “Nabawi” berasal daripada akar “n-b-w”. Perkataan “Nabawi” membawa maksud “Nabi”. Akar “n-b-w” berasal daripada Bahasa Aramaik iaitu n’ḇiyyā (נביא) yang membawa maksud yang sama.", "EID-E-MILAD UN-NABI", "Antara istilah yang merujuk kepada Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW adalah “Eid-E-Milad Un-Nabi”. India adalah antara negara di dunia yang menggunakan istilah tersebut.\nPerkataan “Eid” berasal daripada Bahasa Arab, “id (عيد)”. Perkataan “id” berasal daripada Bahasa Suryani, “ʿīḏā”. Perkataan dalam Bahasa Suryani membawa maksud “pesta”.\nPerkataan “Milad” berasal daripada Bahasa Arab, “milad (ميلاد)”. Perkataan “milad” berasal daripada akar “w-l-d”. Akar “w-l-d” membawa konsep yang berkaitan dengan perbutan beranak.", "Perkataan “Nabi” berasal daripada akar “n-b-w”. Perkataan “Nabi” membawa maksud “Nabi”. Akar “n-b-w” berasal daripada Bahasa Aramaik iaitu n’ḇiyyā (נביא) yang membawa maksud yang sama.", "PERANANGAN KIJENG", "Dalam Beka Melayu, perayaan tersebut dikenali selaku “Peranangan Kijeng”. Beka Melayu itu Lidah Melayu sekiranya tidak dipengaruhi butir-butir luar. Butir-butir luar digantikan sepenuhnya dengan lidah sanaknya seperti Terengganu, Minangkabau, Iban dan selainnya.", "Pertuturan “Peranangan Kijeng” berakar dari tutur dasar “anang”, “kiai” dan “ajengan”. Pertuturan “ranang” dan “ajengan” masing-masing memberi isi “anak” dan “orang terkenal”. Pertuturan “Kiai” memberi isi “orang yang tahu tentang anutan”.", "Sebenarnya terdapat pilihan lain iaitu “Peranakan Utusan”. Pertuturan “peranakan” memberi isi “urusan yang berkaitan dengan baka yang diturunkan oleh emak dan abah”. Pertuturan “utusan” memberi isi “orang suruhan”.", "MEVLUD KANDILI", "Antara istilah yang merujuk kepada Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW adalah “Mevlud Kandili”. Turki adalah antara negara di dunia yang menggunakan istilah tersebut.\nPerkataan “mevlud” berasal daripada Bahasa Arab, “maulid (مولد)”. Perkataan “Maulid” berasal daripada akar “w-l-d”. Akar “w-l-d” membawa konsep yang berkaitan dengan perbutan beranak.", "Perkataan “Kandili” bermaksud “lilin” dalam Bahasa Turki. Perkataan tersebut berasal daripada Bahasa Latin, “CANDELA”. Perkataan Latin tersebut membawa maksud yang sama iaitu “lilin”.", "NEGARA-NEGARA AFRIKA", "Nama yang merujuk kepada Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW boleh dikatakan berbeza di setiap negara di benua tersebut. Sambutan tersebut masing-masing dikenali sebagai “hevliye”, “donba” dan “Gani-gani-rite de passages” di Sudan, Mali dan Nigeria.\nTogo mengenal hari tersebut sebagai “fête des couteaux”. Nama tersebut secara harfiahnya membawa maksud “Pesta Pisau”. Perkataan “fête” dan “couteaux” masing-masing berasal daripada Bahasa Latin, “FESTA” dan “CVLTELLVS”.", "AKHIR KATA", "Kesimpulannya, itu adalah antara nama sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW yang terdapat di seluruh dunia. Banyak negara yang mempunyai sebutan yang berbeza.\nApakah yang kami terlupa tentang nama-nama tersebut? Harap berikan ulasan anda di dalam ruang ulasan di bawah. Semoga bermanfaat.", "Tamat.", "RUJUKAN", "Tahukah anda? Apakah itu Maulidur Rasul? Dicapai pada 28hb Oktober 2020 dari https://m.facebook.com/blackoutjusticatimur/posts/813768231995510", "Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Dicapai pada 28hb Oktober 2020 dari http://www.islam.gov.my/component/finder/search…", "Eid Al-Mawlid An-Nabawi: Religious Festival In Marrakech. Dicapai pada 28hb Oktober dari https://www.google.com/…/eid-al-mawlid-an-nabawi…/", "The Indian Express. Dicapai pada 28hb Oktober 2020 dari https://www.google.com/…/eid-e-milad-un-nabi-2020…/lite/", "Mübarek Mevlid Kandili önemi ve kandil günü yapılması gerekenler! Mevlid Kandili nedir, önemi ve anlamı nelerdir? Dicapai pada 28hb Oktober 2020 dari https://www.google.com/…/mevlid-kandilinin-onemi…/amp", "Mawlid in Africa. Dicapai pada 28hb Oktober 2020 dari https://www.lastprophet.info/mawlid-in-africa" ]
https://www.thepatriots.asia/obses-seorang-reverse-flash/
Obses Seorang Reverse Flash
[ "Reverse Flash atau alter egonya Eobard Thawne menghidap penyakit obses. Kenapa begitu? Dia mengagungkan The Flash sebagai wira keadilan bagi dirinya. Eobard Thawne juga telah menduplikasikan insiden yang memberi The Flash kuasa yang digelar Speed Force. Malah, dia juga memakai sut yang sama seperti The Flash.", "Sehingga kini, punca kepada penyakit obses tidak dapat diketahui. Dari sudut psikologi, obses merujuk kepada pemikiran atau dorongan yang membuatkan seseorang itu menumpukan perhatian terhadap sesuatu secara berlebihan.", "Secara tidak langsung, penyakit obses juga meletakkan seseorang itu harapan yang tinggi. Jika apa yang diharapkan tidak tercapai, maka seseorang itu akan kecewa dan melakukan tindakan di luar kotak pemikiran dan juga perasaan membalas dendam yang mendalam. Misalnya, membunuh, ataupun menyeksa diri sendiri. Boleh jadi juga dia sanggup menyakitkan orang lain semata-mata untuk membalas dendam.", "Obses terhadap sesuatu perkara juga membuatkan seseorang itu mencari perkara yang diingininya dengan lebih mendalam. Bahkan jika lebih teruk lagi, seseorang itu tidak boleh membezakan perkara yang baik ataupun buruk jika obses ini tidak dikawal.", "Dalam kes Eobard Thawne, dia mengalami kekecewaan yang melampau akibat The Flash yang diagungkannya itu tidak memilih dirinya sebagai protege. The Flash memilih Kid Flash sebagai protegenya. Akibat cemburu dan tidak dapat mengawal emosi, Eobard Thawne merasakan dirinya dikhianati oleh The Flash.", "Ini kerana cara yang digunakan oleh Eobard Thawne untuk menjadi seorang superhero adalah salah. Eobard Thawne mencipta masalah dan dia menjadi penyelesai kepada masalah tersebut. Seolah-olah dialah superhero kepada masyarakat abad ke-25. The Flash tidak setuju dengan cara Eobard Thawne.", "Setelah mengalami kekecewaan yang melampau, Eobard Thawne berdendam dengan The Flash, mentor yang disanjungnya itu. Dia membunuh ibu kepada mentornya itu agar The Flash dapat merasa kesakitan yang sama sepertinya.", "Sut yang dipilih oleh Eobard Thawne sebenarnya berwarna merah. Tapi, akhirnya dia memilih warna kuning kerana kesemua ‘sidekick’ The Flash memakai sut berwarna kuning. Apabila Eobard Thawne memilih untuk menyakiti The Flash seumur hidupnya, simbol petir di dadanya bertentang dengan The Flash sebagai tanda dia protes terhadap mentornya itu.", "Akhirnya, alter ego Eobard Thawne digelar sebagai Reverse Flash kerana semua pendiriannya adalah bertentangan (reverse) dengan apa yang The Flash tegakkan selaku sebagai seorang superhero.", "Sejarah Eobard Thawne berbeza dengan siri komik DC yang lain. Ini kerana di dalam DC Comics terdapat pelbagai versi sejarah Eobard Thawne. Namun, faktor yang sama juga dia menjadi seorang supervillain, terlampau obses terhadap The Flash." ]
https://www.thepatriots.asia/bertani-akibatkan-manusia-pra-sejarah-pendek/
Bertani Akibatkan Manusia Pra-Sejarah Pendek?
[ "Dahulu, jika manusia mahu mendapatkan makanan, mereka perlu memburu atau mengutip hasil di hutan atau lautan. Tetapi semua itu berubah apabila manusia belajar bertani belasan ribu tahun yang lalu. Tiada siapa menyangka dengan belajar bertani, ia membuatkan manusia pra-sejarah menjadi pendek!", "Ini berdasarkan keputusan DNA dan ukuran 167 rangka manusia pra-sejarah yang ditemui sekitar Eropah dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Proceedings of the National Academy of Sciences. . Kebanyakan rangka ini bertarikh sebelum, selepas atau sekitar masa aktiviti pertanian muncul di benua berkenaan kira-kira 12,000 tahun lalu.", "Pertukaran gaya hidup daripada memburu-mengutip hasil hutan/lautan kepada bertani mengakibatkan ketinggian manusia ketika itu mengalami pengurangan purata 1.5 inci. Ketinggian rendah merupakan petanda masalah kesihatan oleh kajian ini disebabkan mereka tidak mendapat nutrisi mencukupi daripada tanaman makanan yang diusahakan.", "Pertanian mula diamalkan di Eropah tetapi ia tidak berjalan serentak seperti disangka ramai orang. Ia dikatakan bermula di Greece 9,000 tahun lalu. Tetapi di kawasan sebelah barat seperti Britain, ia mengambil masa lebih 2,000 tahun lagi sebelum ia dimulakan. Tempat paling lewat menyaksikan pertanian di Eropah pada tempoh itu ialah rantau Scandinavia.", "Untuk kajian ini, 167 rangka iaitu 67 rangka wanita dan 100 rangka lelaki dari era Neolitik hingga Zaman Besi diukur. Inidividu dari Zaman Neolitik mempunyai purata 1.5 inci lebih pendek daripada individu-individu sebelumnya dan 0.87 lebih pendek daripada individu-individu selepasnya.", "Ketinggian manusia kemudiannya bertambah secara berkala mengikut setiap zaman iaitu Zaman Tembaga (0.77 inci), Gangsa (1.06 inci) dan Zaman Besi (1.29 inci). Keputusan ini turut mengambil kira faktor genetik di mana sesetengah rangka tinggi disebabkan faktor berkenaan dan bukan faktor persekitaran. 80% ketinggian rangka disumbang oleh faktor genetik dengan 20% lagi disumbang oleh faktor persekitaran.", "Disebabkan ini hanya membabitkan 167 rangka individu, penulis kajian Profesor Stephanie Marciniak berpandangan untuk kajian seterusnya, ia harus melibatkan set data yang lebih besar. Ini dapat membantu komuniti saintifik mengenalpasti punca manusia menjadi pendek dan ramalan ketinggian mereka semasa beralih daripada memburu-mengutip hasil kepada bertani.", "RUJUKAN", "Chadwick, J. (2022, 8 April). Farming made our ancestors SHORTER! Switch from hunter-gatherer lifestyles to crops 12,000 years ago took an average 1.5 inches off their height, study finds. Daily Mail.", "Sumber gambar: Heritage of Japan" ]
https://www.thepatriots.asia/lyrebird-burung-yang-suka-buat-bunyi-bayi-menangis/
Burung Ini Pandai Buat Bunyi Bayi Menangis
[ "Pernah tak ketika keseorangan di rumah pada malam hari, anda terdengar sayup-sayup bunyi bayi menangis? Pasti anda beranggapan itu adalah gangguan makhluk halus kerana di sekitar kawasan rumah tiada jiran yang ada bayi. Apabila sudah terdengar, anda pun terus masuk tidur dan berharap agar suara itu hilang dengan sendirinya.", "Betul ke apa yang anda dengar itu bunyi suara menangis hasil permainan makhluk halus?", "Sebenarnya bunyi itu berasal daripada burung lyrebird. Burung berhabitat di Australia ini sangat dikenali sebagai haiwan yang mampu meniru hampir kesemua bunyi disekelilingnya. Bermakna jika lyrebird menghasilkan bunyi bayi menangis di atas atap bumbung rumah anda, burung itu telah meniru suara yang berdekatan.", "Persoalannya macam mana burung lyrebird boleh tiru suara bayi menangis?", "Ceritanya begini, burung lyrebird secara turun temurun akan mempelajari cara meniru bunyian lain daripada yang lebih tua. Melalui pembelajaran tersebut, burung lyrebird dapat memantapkan lagi latihan meniru pelbagai jenis bunyian sambil membaiki aspek vokal. Selain itu, lyrebird juga dikurniakan syrinx yang lebih istimewa berbanding burung-burung lain.", "Kebiasaannya, terdapat 4 pasang otot di dalam syrinx kebanyakan spesies burung. Tapi bagi lyrebird pula, burung itu hanya memiliki 3 pasang otot sahaja dalam syrinx lantas menjadikannya mampu meniru beribu-ribu bunyian. Malah burung lyrebird ini dikatakan mampu melontarkan dua bunyian berbeza dalam masa yang sama. Mungkin ini juga adalah jawapan mengapa selepas bunyi bayi menangis, anda terdengar suara akak cantik mengilai.", "Selain itu, tujuan utama burung lyrebird terutama jantan meniru bunyian di sekeliling adalah untuk menarik perhatian pasangan yang berlainan jantina. Jadi untuk memastikan burung betina tertarik, burung jantan akan bikin satu siulan khas yang dicampur dengan bunyian hujan dan pokok bergoncang. Samalah macam orang sedang baca artikel ini yang gemar buat bunyi tikus ketika awek sedang jalan tapi bezanya anda dianggap pervert.", "Bunyian yang dtiru ini juga amat penting bagi lyrebird jantan bagi memastikan tiada burung lain cuba mengacau atau mendekati sarang mereka. Mungkin lyrebird akan tiru suara pemangsa untuk takut-takutkan burung lain.", "Bagi burung lyrebird betina pula, mereka meniru bunyian lain adalah untuk melindungi anak-anak daripada menjadi santapan lazat sang pemangsa. Bagi memastikan anak-anak selamat, burung lyrebird betina akan buat bunyian orang bersiul yang dicampur dengan jeritan helang. Jadi pemangsa tidak akan berani dekat kerana terpedaya dengan bunyi itu.", "Walau bagaimanapun suatu ketika dahulu, ramai yang meragui kemampuan lyrebird meniru bunyian asing dan mengajarkannya kepada yang lain. Keraguan ini berjaya dipadamkan apabila burung lyrebird miliki seorang lelaki telah dilepaskan kembali ke habitat asal pada era 1930-an. Disebabkan oleh lyrebird sering terdengar bekas pemiliknya memainkan seruling, burung itu telah meniru dan mengalunkannya di hutan.", "Secara tidak langsung burung-burung lyrebird yang lain terdengar bunyi itu lantas terus meniru sehingga kekal ke hari ini. Mungkin nampak agak tidak logik tetapi beberapa orang penyelidik telah meneliti sendiri bunyi asli yang dihasilkan oleh lyrebird. Mereka dapati bunyi burung lyrebird berasal daripada alunan lagu Mosquito’s Dance dan The Keel Row yang popular pada era 1930-an. Jadi berkemungkinan besar, benarlah bunyi asli burung lyrebird hari ini terhasil daripada bunyian seruling.", "Kesimpulannya, setiap persoalan yang kita rasakan kurang logik itu pasti ada jawapannya. Seperti mana suara bayi menangis dan disusuli akan cantik mengilai, berkemungkinan besar itu adalah bunyi burung lyrebird. Tapi masalahnya burung ini hanya terdapat di Australia saja. Apa-apapun, jangan tegur kalau ada bayi menangis.", " RUJUKAN:", "Lee, N. (n.d). The lyrebird can perfectly mimic almost any sound including human voices, chainsaws, and car alarms. Ned Hardy. Dipetik daripada https://nedhardy.com/2020/07/09/lyrebird-chainsaw/", "The Conversation. (2014, Febuari 3). Lyrebirds mimicking chainsaws: fact or lie? Dipetik daripada https://theconversation.com/lyrebirds-mimicking-chainsaws-fact-or-lie-22529" ]
https://www.thepatriots.asia/kisah-pemb%c2%b5n%c2%b5han-keluarga-monarki-russia-oleh-komunis/
Kisah Pembµnµhan Keluarga Monarki Russia Oleh Komunis
[ "Empayar Rusia menyertai Pe-rang Dunia Pertama bersama Blok Entente (sekutu). Selama empat tahun, semua peserta bertembung.", "Kemasukan Amerika Syarikat mengubahkan segalanya, mengakhiri pεpe-rangan bagi pihak Entente.", "Perjanjian Versailles menutup tirai untuk Jerman, kemudian membu-nuh monarki empayar tersebut. Perjanjian Sevres pula membubarkan Empayar Uthmaniyah.", "Tetapi Pe-rang Dunia Pertama sebenarnya menjadi pentas di empat zon.", "Entente menang di Afrika, Asia Pasifik, Eropah dan Timur Tengah. Zon Eropah pula mempunyai empat medan pεpe-rangan.", "Entente menang di Barat, termasuk Itali. Perjanjian Neuilly-sur-Seine menamatkan pεpe-rangan di Balkan dengan kemenangan Entente.", "Tetapi Entente sebenarnya tewas di Medan Timur.", "Empayar yang mewakili Entente di sini ialah Rusia, yang berada dibawah Maharaja Nicholas II Romanov.", "Jika Rusia tidak menyertai Pe-rang Dunia Pertama, mungkin monarkinya boleh membaiki keadaan dan kekal memerintah hingga hari ini. Sistem perikatan Rusia tiada beza dengan Bismarckisme, yang mewajibkan sokongan kεtεηtεraaη jika negara lain dalam perikatan dιsεraηg mµsµh.", "Apabila Austria-Hungary mεηcεrσbσh masuk dalam Serbia, memang Rusia tiada pilihan lain. Austria-Hungary pula mempunyai perikatan dengan Jerman, yang juga mengikut metodologi Bismarckisme.", "Jadi perisytiharan pe-rang terhadap Austria-Hungary dibalas Wilhelm II. Kσηflιk antara Austria-Hungary dan Serbia telah mengheret kuasa besar, yakni Jerman dan Rusia.", "Faktor Kekalahan", "Pe-rang Dunia Pertama menjadi pelampung untuk sistem monarki Rusia. Selama ini imej Nicholas II teruk terjejas di seluruh negara.", "Tetapi pεpe-rangan ini menghidupkan arus nasionalisme, kerana lebih mudah untuk semua benci mµsµh luar daripada raja sendiri.", "Nicholas pula lebih fokus pada pεpe-rangan, sekali gus mengabaikan negaranya.", "Di pentas dunia pula, Rusia memerlukan pεpe-rangan ini. Kerana Rusia menanggung malu besar kerana tewas pada tahun 1905 pada Jepun yang dipimpin Maharaja Meiji.", "Penglibatan Rusia ialah satu tindakan salah. Angkatan tεηtεranya tidak mempunyai kelengkapan mencukupi.", "Rusia memerlukan 100,000 sε-ηjata baharu setiap bulan. Pengeluaran tempatan hanya mampu menyiapkan 42,000 sebulan sahaja (Woods, 2019).", "Anggota-anggota Rusia pergi berpe-rang lengkap hanya dengan doa sahaja kadangkala. Tidak cukup, pucuk kepimpinan pula tiada matlamat jelas untuk menewaskan Jerman.", "Kedua-dua perkara ini menjadi faktor utama yang menewaskan Rusia.", "Situasi Rusia", "Pe-rang Dunia Pertama mεηghaηcµrkaη ekonomi Rusia. 15 juta petani telah menjadi anggota pεpe-rangan.", "Tanpa orang mencukupi, pengeluaran ladang menurun. Jadi harga makanan melambung tinggi.", "Sebutir telur mahal empat kali ganda dalam masa tiga tahun. Infrastruktur tempatan berada dalam ambang kehaηcµraη. Musim memainkan peranan. Rakyat terlalu terdesak dan mula mεmbε-rσntak kerana berasa disisih raja sendiri.", "Nicholas mahu melepaskan takhta untuk diwarisi anaknya Aleksei. Tetapi puteranya terlalu muda dan sentiasa tidak sihat.", "Realiti ketika itu pula, keluarga diraja Romanov barangkali akan hidup dalam buangan. Jadi Nicholas melepaskan takhta untuk diri sendiri dan anaknya, menamakan adiknya Michael sebagai Maharaja Rusia.", "Tetapi Michael enggan menerima takhta sehingga rakyat membuat undi sama ada untuk meneruskan monarki atau mewujudkan republik.", "Monarki Rusia berakhir pada 15 Mac 1917, dengan perasaan rakyat bercampuran gembira, bersyukur, takut, marah dan keliru (Tames, 1972).", "Lima hari kemudian, Kerajaan Sementara Rusia mengeluarkan perintah berkurung untuk Keluarga Romanov di Istana Alexander.", "Bangsawan Yang Direndahkan", "Rusia menjadi sebuah republik bermula 14 September 1917. Dua bulan kemudian, arus komunisme menguasai seluruh negara.", "Vladimir Lenin menjadi penguasa seluruh Rusia yang berpecah-belah kerana pe-rang saudara.", "Kerajaan Lenin mengurangkan manfaat dinikmati keluarga Romanov yang menyimpan harapan bahawa ada pihak akan menyelamatkan mereka.", "Tetapi tiada siapa datang membantu mereka. Berpindah-randah ke merata tempat, keluarga Romanov pada 1 Mac 1918 perlu makan mengikut catuan tanpa seorang pembantu.", "Anak-anak perempuan Nicholas – Olga, Tatiyana, Mariya dan Anastasiya – siap diganggu secara sεκsµal (Massie, 2013). Keluarga Romanov dibawa kemudian ke Rumah Ipatiev, masih lagi dalam perintah berkurung.", "Di sini mereka perlu bekerja dan menyara diri tanpa sebarang faedah yang diperoleh laksana seorang bangsawan. Raja telah menjadi rakyat, dengan puteri-puterinya sekali.", "Rumah Ipatiev mempunyai nama lain iaitu “Tujuan Khas”. Tanpa diketahui mereka, Tujuan Khas ini menerima pengesahan daripada Moscow pada 3 Julai 1918, bahawa Keluarga Romanov perlu dibu-nuh.", "Pada malam 17 Julai, keluarga Romanov dikejutkan dari tidur untuk dibawa ke tempat selamat kerana Yekaterinburg sedang bergolak. Mereka dibawa ke bilik bawah tanah terlebih dahulu.", "Beberapa anggota polis masuk dalam bilik, yang disangka pengawal keselamatan.", "Kemudian barulah pegawai komunis Yakov Yurovsky membaca perintah daripada Jawatankuasa Eksekutif Ural: “Nicholas, memandangkan keluarga anda sedang mεηyε-raηg Soviet Rusia, kami membuat keputuan untuk menjatuhkan hµkµman mα-tι pada kalian.”", "Hari Pengakhiran", "Tiga das tem-bakan pada dada membu-nuh Nicholas. Isterinya mα-tι selepas dιtεm-bak di kepala.", "Mariya gagal melarikan diri selepas dιtεm-bak di bahagian paha. Siri tembakan ini berterusan sehingga bilik ini penuh dengan asap. Sementara tunggu asap hilang, mereka terdengar bunyi rengekan dan tangisan daripada anak-anak Nicholas.", "Hanya Mariya sahaja yang tεrcε-dεra. Yang lain rupanya tidak terkesan dek peluru walau sedikit, kerana berlian pada baju mereka bertindak sebagai baju kebal yang yang sebilah pιsaµ pun tidak mampu tembus.", "Yurovsky menem-bak Aleksei di bahagian kepala. Kemudian giliran Olga juga di kepala, sebelum Yurovsky beralih kepada Tatiyana, Anastasiya dan Mariya.", "Katanya Mariya dan Anastasiya dalam ketakutan duduk berjongkok pada dinding menangis dengan tangan pada kepala. Tangisan mereka tidak diendahkan Yurovsky. Tatiyana dιtεm-bak di belakang kepala. Dan Anastasiya mαtι di situ juga.", "70 tεm-bakaη membu-nuh Keluarga Romanov dalam masa 20 minit. Siri kεmα-tιαη ini mεlµkakaη hati Raja George V di United Kingdom yang tidak mampu menyelamatkan Keluarga Romanov.", "Sesungguhnya George V merupakan sepupu pada Nicholas (dan juga Wilhelm II). Ketiga-tiga maharaja ini berkongsi nenek yang sama, yakni Ratu Victoria.", "RUJUKAN:", "Massie, R.K. (2013). The Romanovs – Box Set: Peter the Great, Catherine the great, Nicholas and Alexandra – the story of the Romanovs. Head of Zeus.", "Tames, R. (1972). Last of the Tsars. Pan Books. Halaman 55.", "Woods, A. (2019). The First World (ditapiskan) – A Marxist Analysis of the Great (ditapiskan). Wellred Books: The Russian (ditapiskan)." ]
https://www.thepatriots.asia/potterwatch-apabila-media-arus-perdana-hilang-kredibiliti-2/
Potterwatch – Apabila Media Arus Perdana Hilang Kredibiliti
[ "“Buat para pendengar, yang menghubungkan kita di antara Potterwatch, kami tidak tahu bila waktunya kami dapat bersiaran semula, tetapi kami pasti akan kembali. Teruskan melayari saluran kami, kata kunci seterusnya adalah “Mad-Eye”. Salinglah melindungi di antara satu sama lain, dan tetaplah percaya. Selamat Malam.” ", "– Siaran Potterwatch 1998.", "Semasa era Perang Ahli Sihir Ke-2, Lord Voldemort, Death-Eaters dan pengikut-pengikut mereka yang lain telah berjaya menyerap masuk ke dalam Ministry of Magic dan mengawalnya dari dalam. Semua media dunia ahli sihir telah ditapis secara tegas. Media-media arus perdana seperti The Daily Prophet dan Wizarding Wireless Network News, kini berperanan memfitnah Harry Potter sebagai “Undesirable No. 1,” yang membangkitkan prasangka terhadap Muggles, dan menyampaikan propaganda Voldemort. ", "Tetapi di dalam kekalutan dan kebenaran yang bermaharajalela, satu program rangkaian tanpa wayar ahli sihir dilancarkan oleh sekumpulan pemuda dan berjaya menyiarkan kebenaran tentang usaha heroik Harry dan tentang apa yang sebenarnya berlaku di dunia ahli sihir dan dunia Muggle. Siaran itu adalah Potterwatch.", "Potterwatch adalah program radio rahsia yang dihoskan oleh beberapa pelajar Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry yang menyertai pemberontakan. Fred Weasley, Remus Lupine dan Kingsley Shacklebolt adalah antara hos yang pernah bersiaran di Potterwatch. Potterwatch telah menjadi satu agen penyampai maklumat yang penting semasa era peperangan ahli sihir memandangkan media arus perdana kini telah menjadi berat sebelah dan tidak telus.", "Melayari Siaran", "Untuk mengelakkan siaran dikesan oleh Voldemort, Death-Eaters, atau Ministry of Magic, Potterwatch tidak bersiaran pada setiap malam dan disiarkan dari lokasi yang berbeza setiap kali penyiaran. Kata laluan diperlukan untuk melayari setiap siaran.", "Hanya dengan mengetuk tongkat dan menyebut kata laluan, ahli sihir boleh mengakses siaran Potterwatch dari mana-mana lokasi di dalam dunia ahli sihir. Kata laluan baru akan diumumkan pada akhir setiap siaran. ", "Semua kata laluan yang diketahui adalah nama ahli Order of Phoenix. Setiap penyiar menggunakan nama kod semasa di udara untuk melindungi identiti mereka, tetapi mereka yang mengetahui individu secara individu semestinya mengenali siapa yang bercakap.", "Setiap nama kod yang diketahui bermula dengan huruf ‘R’, iaitu River (Lee Jordan) Royal (Kingsley Shacklebolt) Romulus (Remus Lupin) dan Rodent (Fred Weasley). Manakala di dalam Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2, apabila Harry tiba di Hogwarts, Nigel telah melaporkan di Potterwatch dengan menyiarkan “Lightning has struck” yang menjelaskan bahawa Harry telah diberi nama kod “Lightning”, yang melambangkan bentuk parut pada dahinya.", "Intisari Siaran ", "“Ini adalah masa-masa yang kejam, sememangnya. Dan bukan hanya Hogwarts yang menderita. Gerakan ahli sihir terbaharu ini juga menjejaskan dunia Muggle.. dengan teruk.”", "– Siaran Potterwatch", "Kandungan program penyiaran Potterwatch pada Mac, 1998 yang disiarkan sebelum Harry, Ron, dan Hermione ditawan dan ditahan di ruang bawah tanah rumah Malfoy adalah seperti berikut:", "Pemangkin Semangat", "“Kita terus-menerus mendengar cerita yang benar-benar inspiratif tentang bagaimana para ahli sihir yang mempertaruhkan nyawa mereka sendiri untuk melindungi rakan-rakan dan jiran Muggle, seringkali tanpa pengetahuan Muggles tersebut. Saya menyeru kepada semua pendengar kami untuk menjadikan mereka sebagai contoh, mungkin dengan memberikan sihir perlindungan ke atas mana-mana tempat tinggal Muggle di kawasan anda. Banyak nyawa yang dapat diselamatkan jika langkah-langkah sederhana seperti itu diambil. “", "– Royal di dalam siaran Potterwatch.", "Potterwatch juga berperanan membekalkan maklumat kepada komuniti ahli sihir tentang peristiwa-peristiwa terbaharu yang tidak dilaporkan oleh media arus perdana dunia sihir, iaitu Wizard Wireless Network dan Daily Prophet kerana keduanya telah jatuh di bawah pengaruh Ministry of Magic yang kini berada di bawah pengaruh Lord Voldemort. ", "Siaran-siaran di Potterwatch bertindak sebagai pemangkin semangat para pejuang dalam pergerakan anti-Voldemort dengan menyiarkan mesej sokongan kepada Harry Potter juga kepada semua orang yang menentang Death-Eaters – para kultus Lord Voldemort. ", "Potterwatch telah mencontohi siaran radio ‘underground’ yang telah digunakan secara meluas ketika Perang Dunia ke-2 di dunia Muggle. Siaran-siaran ini telah memberikan inspirasi dan semangat kepada para pejuang yang tidak bersetuju dengan agenda Lord Voldemort yang melakukan penghapusan berdasarkan jalur keturunan darah seseorang.", "Propaganda Arus Perdana", "“Para pendengar kita akan tahu, kecuali jika mereka sedang berlindung di dasar kolam. Bahawa strategi Anda-Tahu-Siapa yang berada di sebalik tabir adalah mewujudkan keadaan panik yang teruk! Saya ingatkan, jika semua penangkapan yang dikatakan (oleh media) adalah benar, sepatutnya ada sembilan belas Anda-Tahu-Siapa yang sedang berkeliaran!”", "– Rapier", "Para penyiar Potterwatch juga cuba untuk menghalang suasana panik yang cuba dimainkan oleh kerajaan dengan menyebarkan kebenaran dan menjelaskan setiap khabar angin serta propaganda-propaganda yang bersifat half-truth dan cuba untuk menakut-nakutkan rakyat. Seperti khabar angin bahawa Voldemort mampu membunuh orang dengan hanya merenung sebetulnya terjadi kerana basilisk – ular belaan Voldemort.", "Mereka mendedahkan bahawa kes-kes yang melibatkan kematian ahli sihir adalah dilakukan oleh pengikut-pengikut Voldemort iaitu Death-Eaters dan juga para penjenayah yang turut membantu dalam menjayakan agenda hitam Lord Voldemort. Potterwatch turut menggalakkan para ahli sihir berjuang membantu mempertahankan kejiranan Muggle yang tidak berkuasa dari serangan Death Eater.", "Media Massa Sebagai Senjata", "“Perlu diketahui bahawa Kementerian, yang bermaksud Anda-Tahu-Siapa- telah menggunakan Dementors untuk melakukan kerja kotor mereka. Setakat ini, Dementors telah dilihat membawa kesengsaraan kepada Kementerian sendiri, Kesedihan kepada Godric’s Hollow – Dan seram kepada Hogsmeade!”", "Dalam marcapada yang penuh dengan tipu daya kini, media massa arus perdana telah menjadi satu senjata yang sangat berkuasa. Kita tidak boleh menafikan peranan dan kesan media massa terhadap proses sosialisasi politik di sesebuah negara. Media massa telah menjadi agen kepada prosessosialisasi politik.  Sejarah telah membuktikan bagaimana media mempunyai kuasa menaikkan dan menjatuhkan sesebuah kepimpinan yang ada, sebagai contoh pada tahun 1924 di United Kingdom, empat hari sebelum pilihan raya umum, akhbar tempatan Daily Mail telah menerbitkan surat Zinoviev yang telah dipalsukan, suatu arahan yang sepatutnya dari Moscow kepada komunis British untuk menggerakkan “sympathetic forces” dalam parti Buruh; akibatnya Parti Buruh tewas teruk dalam pilihan raya.", "Di dalam keadaan yang terdesak dan memaksa, peranan media diperlukan untuk menyampaikan maklumat dan memberikan penjelasan tentang keaadan sebenar sesuatu perkara. Filem ini telah menitik-beratkan bagaimana para cendekiawan dan celik pandai telah jatuh di bawah pengaruh politik yang dikawal oleh pihak-pihak tertentu, termasuk kuasa untuk mengawal media-media dalam dunia ahli sihir. Dan bagaimana anak-anak muda, berbekalkan ilmu, kepakaran dan kemudahan yang terhad menggunakannya sebaik mungkin untuk berjuang di atas nama kebenaran.", "Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “mata pena lebih tajam daripada mata pedang”.", "Perjuangan membebaskan minda masyarakat daripada fitnah dan propaganda bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kerana hati di dada-dada manusia kini bagaikan telah dilanda suatu penyakit, mencintai satu keburukan walau dihidang seribu kebaikan. Namun di setiap zaman, perlunya ada para pejuang yang berjuang menegakkan kebenaran melalui media-media yang ada. Pada zaman sebelum merdeka, kelompok wartawan telah memainkan peranan yang penting dalam usaha membebaskan tanah air daripada penjajah, mereka mendukung dan menyebar luas aspirasi nasionalisme kepada seluruh masyarakat menerusi penulisan, bukan sahaja melalui laporan berita malah karya-karya fiksyen seperti novel, cerpen dan puisi.", "Justeru, tidak hairanlah, apabila ramai tokoh wartawan pada zaman itu turut menempa nama dalam bidang kesusasteraan negara. Pada masa inilah lahir tokoh-tokoh wartawan seperti Abdul Rahim Kajai, Melan Abdullah (Pak Melan), Ishak Muhammad (Pak Sako) dan A. Samad Ismail (Pak Samad) juga  pendita Za’ba yang merupakan seorang pejuang tanah air yang berani mengetengahkan aspek kemunduran masyarakat Melayu pada zaman pemerintahan British melalui hasil karyanya. Tindakannya itu pernah mengundang kesangsian pihak British yang pernah mengehadkan hasil karyanya. Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi yang menjadi rujukan dalam penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu merupakan antara karya yang pernah dihasilkan oleh beliau.", "RUJUKAN:", "– Chapter 22: (The Deathly Hallows)", "– Chapter 20 (Xenophilius Lovegood)" ]
https://www.thepatriots.asia/hikayat-hubungan-malaysia-amerika/
Hikayat Hubungan Malaysia-Amerika
[ "Saya tak minat politik. Langsunggg tak minat. Tapi sebagai graduan Hubungan Antarabangsa (IR), saya mudah “triggered” dengan komen dan pendapat di media sosial yang jahil politik antarabangsa tapi perasan bagus.", "Ada yang memetik New York Times, Washington Post dan Wall Street Journal untuk mengejek lawatan PM ke Rumah Putih. Siap suruh batalkan perjumpaan. Ingat temu janji dengan pakwe makwe kamu orang ke main batal-batal.", "Dulu semasa Krisis Kwangan Asia tahun 1997-98, orang US banyak mengutuk cara Malaysia menangani krisis. Naib Presiden US iaitu Albert Gore menyatakan sokongan terhadap Reformasi semasa menghadiri Persidangan APEC di KL. Tapi 4 tahun kemudian Tun M tetap melawat US pada Mei 2002. Tun M mempunyai agenda yang lebih besar iaitu anti-terorisme.", "Tapi apa yang media US buat ketika itu ialah mengutuk Bush dan Tun M seperti mana mereka mengutuk Trump dan DSN hari ini. Mereka berdendam dengan Bush kerana Bush (Republican) menewaskan Gore, calon Democrat kesayangan mereka semasa pilihanraya presiden tahun 2000. Tun M dilabel sebagai “autocrat” dan “opportunist” yang guna anti-terorisme sebagai alasan untuk tujuan “political survival”. Mereka sindir Bush dan mempolitikkan perjumpaan Bush-Tun M dengan mengajukan soalan-soalan tentang “human rights”.", "Pastu ada tak habis-habis dengan teori lapuk “Malaysia jadi bidak catur US”. Kalau pergi China jadi bidak catur China pula. Tak faham betul bagaimana kita boleh boleh jadi bidak catur bagi dua kuasa besar serentak.", "Lagi ada yang ingat Trump nak jumpa PM pasal isu domestik Malaysia. Come on, adakah kamu orang rasa isu itu lebih penting daripada meningkatkan kerjasama ketenteraan (sebagai “deterrent” kepada China), memelihara imbangan kuasa (“maintaining balance of power”) di Asia Timur, mencegah Daesh dan memastikan pelaburan US di Malaysia berterusan? Seriously?", "Saya bagi contoh bagaimana perjumpaan ini boleh “deter” China dan memelihara imbangan kuasa.", "Orang selalu bising negara kita dah dijual dekat China, asal ada kerjasama ekonomi je dikatakan jual negara. Memanglah pergantungan ekonomi kepada China bukan sesuatu yang bagus, tapi pembuat dasar negara kita pun bukannya tiada “backup plan”.", "Dalam menghadapi ancaman kuasa besar seperti China, negara kecil seperti kita ni ada 3 pilihan: “balancing”, “bandwagoning” atau “hedging”. “Balancing” ialah menubuhkan pakatan dengan negara seterunya, berdasarkan prinsip “the enemy of my enemy is my friend”. “Bandwagoning” ialah bertunduk kepada negara tersebut, berdasarkan prinsip “if you can’t beat the enemy, join the enemy”.", "Di kalangan negara ASEAN, Thailand adalah pakar “bandwagoning”. Daripada British, Jepun, US hingga ke China, Thailand pantas menawarkan diri sebagai macai kuasa besar. Tapi kita tak mahu jadi macam itu. Kita tak nak jadi lalang yang “bandwagoning” kepada China.", "Tapi pada masa yang sama, Malaysia juga tidak terus “balancing” China. Malaysia tidak menubuhkan pakatan anti-China bersama US atau sekutunya. Apa yang Malaysia buat ialah bekerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, tapi pada masa yang sama mengambil langkah berjaga-jaga.", "Itulah strategi “hedging”. Kalau guna istilah kewangan, ia umpama hubungan kita dengan China ini satu “long-term investment”: di samping mengharapkan pulangan untung jangka masa panjang, kita juga membeli “option” untuk “offset” sebarang kerugian yang mungkin berlaku.", "“Option” tersebut ialah mewujudkan kerjasama ketenteraan tidak rasmi dengan US dan sekutunya. Kerjasama sebegini tidak akan “alienate” China kerana ia bersifat “informal”, tapi pada masa yang sama ia boleh memberi “countervailing effect” kepada China.\nPerjumpaan US-Malaysia bertujuan memberi “signal” kepada China. US nak menunjukkan ia tidak meninggalkan Asia Tenggara seperti yang disangkakan, dan Malaysia juga ingin memberitahu China bahawa Malaysia masih berhubungan dengan US. “Signal” ini sebagai peringatan kepada China agar tidak melampaui batasan.\n“Hedging” sudah lama diamalkan, boleh dikatakan bermula sejak zaman Tun M lagi. Selepas berlakunya Perang China-Vietnam tahun 1979, pembuat dasar luar Malaysia termasuk Tun M mula melihat China bakal menjadi ancaman.", "Jadi, walaupun Tun M anti-Barat, Tun M tetap pergi ke US pada tahun 1984, berjumpa dengan Ronald Reagan dan menandatangani perjanjian “Bilateral Training and Consultative Group” (BITAC) yang bertujuan untuk mewujudkan “military presence” US di Malaysia.", "Tahun 1994, Tun M melawat US sekali lagi, berjumpa dengan Bill Clinton dan memeterai perjanjian “Acquisition and Cross-Servicing Agreement” (ACSA). Bermula tahun 1995, US dan Malaysia mengadakan latihan ketenteraan tahunan yang bernama CARAT (“Cooperation Afloat Readiness and Training”).", "Untuk apa? Untuk “deter” China yang mula menjadi agresif di Laut China Selatan semasa 1990-an. Biar China fikir 99 kali sebelum serang Malaysia dan negara-negara ASEAN. Tapi pada masa yang sama Tun M tak mahu berseteru dengan China, kerana Malaysia boleh memanfaatkan potensi ekonomi China untuk membebaskan Malaysia daripada pergantungan terhadap ekonomi US dan Jepun.", "Tun M buat semua itu berdasarkan prinsip “balance of power”, bukan berdasarkan ideologi. Tun M seorang yang pragmatik dan berpandangan jauh dalam hal-hal hubungan antarabangsa, cuma sebilangan besar penyokong beliau sekarang berpandangan sempit dan suka mempolitikkan dasar luar negara.", "Di zaman DSN, kerjasama keselamatan US-Malaysia diperketatkan lagi. Bermula tahun 2011, Malaysia menyertai latihan ketenteraan “Cobra Gold” yang melibatkan US, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Thailand dan Singapura. Pada tahun 2014 hubungan US-Malaysia dinaik taraf menjadi “Comprehensive Partnership”. Semua ini perlu kerana China menjadi semakin agresif, dan ASEAN tidak mampu untuk melawan China.\nTPPA pada asalnya pun untuk mengimbangi hegemoni ekonomi China di Asia Pasifik. Sekarang TPPA tak jadi, Malaysia perlu memastikan Trump tidak mencabut pelaburan US keluar daripada Malaysia gara-gara nak “Make America Great Again”, kerana ia akan memberi peluang kepada China untuk mengukuhkan lagi dominasi ekonominya ke atas Malaysia.", "Mampukah zombie politik yang berfikiran hitam/putih menghadam semua ini? Atau zombie lebih suka membaca dan memetik New York Times? Ingat, media US ni bukan saja tak cerdik politik antarabangsa, malah pentaksub Parti Democrat. New York Times menyatakan sokongan terhadap calon Democrat sejak tahun 1960, dan Washington Post buat yang sama sejak tahun 1992.", "Dengan dendam mereka terhadap Trump (menewaskan Clinton), what do you expect? Sejak bila media US boleh dijadikan sebagai kayu ukur reputasi kita? Sejak bila kita perlu jadi apologetik dalam mempertahankan kepentingan negara?", "Zombie politik Malaysia dan zombie orang putih ini sama je. Bagi mereka, dunia ini hanya pasal parti A lawan parti B. Hanya “human rights” dan “rule of law” sekian sekian saja yang penting. Bagi mereka, “balance of power” tak penting. Bagi mereka, anti-terorisme tak penting. Bagi mereka, “maritime security” tak penting.", "Mereka sempitkan dunia dengan kemelut politik yang tak berhabisan. Berpolitik lah sampai armada China mencerobohi zon laut kita. Berpolitiklah sampai Daesh datang ketuk pintu kita. Berpolitiklah sampai kelam kabut dasar luar kita dan keselamatan kita tergadai.", "Isu dalaman, biar tinggal di dalam negara. “International politics transcends local politics”. Utamakan kepentingan negara. Belajar untuk memahami rasional dasar luar negara.", "———-", "*kalau rajin membaca, bolehlah rujuk artikel di bawah untuk memahami hedging:", "(1) Kuik Cheng Chwee & Gilbert Rozman (2015). “Light Hedging or Heavy Hedging: Positioning between China and the United States”. Joint Korea-US Academic Studies 2015.", "(2) Kuik Cheng Chwee (2008). “The Essence of Hedging: Malaysia and Singapore’s Response to a Rising China. ” Contemporary Southeast Asia.", "(3) Cai Dexian (2013). “Hedging for Maximum Flexibility: Singapore’s Pragmatic Approach to Security Relations with the US and China”. Journal of the Singapore Armed Forces.\nKalau malas membaca dan rela menjadi jahil, sila tinggalkan komen “macai kuat menjilat” di bawah.", "(sambung makan dedak nom nom)" ]
https://www.thepatriots.asia/adat-perpatih-negeri-sembilan-vs-adat-perpatih-minangkabau/
Adat Perpatih Negeri Sembilan vs Adat Perpatih Minangkabau
[ "1. Masyarakat luar, malah masyarakat Negeri Sembilan (NS) sendiri mutakhir ini seringkali beranggapan secara tidak tepat tentang Adat Perpatih. Misalnya, dengan tanggapan bahawa “Adat Perpatih berasal dari Minangkabau”", "2. Sebenarnya, Adat Perpatih di Negeri Sembilan adalah unik untuk amalan seumpamanya di Negeri Sembilan dan hanya di Negeri Sembilan sahaja.", "3. Amalan Adat Perpatih di Minangkabau pula adalah sebenarnya merupakan Adat Luak 50. Nombor 50 adalah bilangan ‘jurai’ di Minangkabau, sesuatu yang tiada kedapatan tentangnya di Negeri Sembilan.", "4. Walaupun terdapat persamaan tentang amalan kedua adat ini tadi, tetapi perbezaannya amat jelas. Nama keduanya secara am adalah sama, ada persamaan, namun keduanya ada banyak perbezaan yang ketara.", "5. Antaranya, amalan pembahagian tanah pusaka misalnya adalah sama dan masih bersifat matrilineal sama seperti Adat Perpatih di NS.", "6. Namun Adat Perpatih di Minangkabau atau Adat Luak 50 tidak pula memiliki sistem Lembaga, tidak wujudnya Buapak, malah sistem pentadbiran ketua negeri di mana Undang melantik Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan bersandarkan undi mutlak oleh Undang Yang Empat tidak pernah wujud di Minangkabau.", "7. Dari Minangkabau, ada 11 kumpulan dari sebelas kampung asalnya, datang membina hidup dan meneroka, membuka penempatan bermula dari wilayah yang kini digelar Negeri Sembilan.", "8. Dahulu sebelum Negeri Sembilan wujud, jajahan sama merupakan sebahagian dari Melaka dan kemudiannya dikuasai Johor. Setelah pemutusan kuasa dari Johor, NS ditadbir sepenuhnya secara autonomi kepada lima Luak Tanah Mengandung yang diketuai Penghulu Luak dan Luak yang diketuai Undang Yang Empat. Ini sekaligus menjadikan negeri ini bebas dan mengangkat sistem rajanya yang memiliki kedaulatan sendiri.", "9. Suku mendatang iaitu 11 kumpulan dari 11 kampung inilah yang membentuk 11 suku, mempersetujui pula ke atas mereka untuk digubal satu bentuk undang-undang atau adat di dalam ruang lingkup adat mereka yang kini digelar Adat Perpatih setelah mereka membuka penempatan di sini.", "10. Untuk rekod, terdapat dua gelombang kehadiran suku mendatang dari Minangkabau membuka penempatan di Negeri Sembilan, menganjur dari Kelang, Melaka sehingga ke Johor.", "11. Gelombang pertama adalah sebelum 1773, iaitu sebelum ketibaan Raja Melewar, mungkin sejak seawal munculnya Melaka, manakala gelombang kedua adalah selepas Raja Melewar dijemput mentadbir Luak Tanah Mengandung sehinggalah pemutusan kuasa Negeri Sembilan untuk bebas dari Johor sehinggalah mungkin lewat 1900an.", "12. Resam Melayu yang berkelana, usai berpetualang menetaplah mereka membuka kawasan buat berteduh, dan menyusur air buat mereka mencari rezeki. Semakin luas dan besar keluarga, ia membentuk masyarakat.", "13. Dengan msyarakat yang besar perlu ada pula undang-undang yang menjadi aturan hidup dan sosial mereka supaya mereka kekal bertamadun, maka muncullah Adat Perpatih.", "14. Kecuali Suku Selemak Pahang yang memegang tampuk pentadbiran selaku Penghulu Luak Terachi (ini ada cerita menarik yang lain) Suku ke-12 iaitu Biduanda adalah satu-satunya suku yang diberikan mandat untuk memegang tampuk kuasa mentadbir semua ‘sembilan negeri’ di dalam NS (empat Luak dan lima Luak Tanah Mengandung).", "15. Suku Biduanda ini diberikan keistimewaan kerana suku mendatang tadi telah bercampur, bersosial dan berkeluarga pula dengan pribumi suku orang asal Sakai, Jakun, Semang, Temuan dan Semelai yang memang telah lama menetap di atas wilayah yang kini dipanggil NS. Percampuran antara keduanya inilah mewujudkan Suku Biduanda.", "16. Yang diketahui, lelakinya adalah dari suku mendatang, manakala wanita pula dari kalangan suku orang asal.", "17. Ini kerana resamnya di dalam Adat Perpatih, yang berkelana adalah lelaki, dan yang mengembangbiak zuriat adalah dari nasab wanita. Salah satu sebab mengapa Adat Perpatih bercirikan matrilineal.", "18. Ringkasnya, sekalipun asasnya dari Minangkabau, Adat Perpatih di Negeri Sembilan berasal dari undang-undang adat tempatan di NS setibanya masyarakat ini berkembang biak dan berzuriat di dalam wilayah adat Negeri Sembilan.", "19. Tatacara dan susunan tertib bersuku ini tidak wujud di Minangkabau atau di dalam Adat Luak 50 mereka, satu lagi perbezaan ketara adat tersebut dengan Adat Perpatih di NS.", "20. Jadi sekalipun ada persamaan, perbezaan keduanya amat jelas dan besar, hinggakan tidaklah boleh dikatakan sepenuhnya bahawa Adat Perpatih berasal dari Minangkabau, walaupun ada perkaitan antara duanya.", "21. Malah, perkaitan Adat Perpatih di Negeri Sembilan dengan Minangkabau sebenarnya adalah sepertiga dari keseluruhan sistem Adat Perpatih itu sendiri. Selebihnya ia turut berkait dengan kerajaan Siak dan kerajaan Johor Lama.", "22. Ini jelas dalam perbilangan Adat Perpatih yang berbunyi; “Bertali ke Siak, beraja ke Johor, bertuan ke Minangkabau”", "*Gambar dari Tropen Museum, masyarakat Minangkabau dengan pakaian tradisi asli mereka." ]
https://www.thepatriots.asia/krisis-anjing-liar-di-malaysia/
Krisis Anjing Liar Di Malaysia
[ "Serangan\nanjing liar bukanlah suatu perkara yang baharu. Setiap masa berlaku keceder4an,\nseseorang itu ialah mangsa kepada suatu krisis yang sangat serius tetapi kurang\nditekankan. Pengaruh Islam di Malaysia juga membuat sedikit stigma\nkemasyarakatan, yang mana salahfaham mengenai status anjing diperkudakan\nsebagai isu. Itulah nasib yang menimpa dua agensi kerajaan Negeri Sembilan yang\nterpaksa memohon maaf selepas mengakui membvnvh lapan anjing liar.", "Bagi\nsesetengah organisasi, perbuatan tersebut ialah suatu kez4liman. The Star juga\nmemberikan sebuah paparan khas kepada seorang lelaki dari Muar bernama Anthony\nJoseph yang menempelak Negeri Sembilan. Permohonan maaf kerajaan negeri ditolak\nkerana amalan pemb4smian anjing-anjing liar tetap akan diteruskan “tanpa malu\natau rasa bersalah”. Situasinya begini: ancaman\nterhadap masyarakat tidak sepenting nyaw4 anjing-anjing liar. Dan perkara ini ialah suatu hipokrasi yang nyata. ", "Apabila\nberbicara tentang hipokrasi ini, kes Brianna perlu dipetik semula. Sekitar\ntahun 2014, seekor anjing Rottweiler dipanah oleh seorang lelaki berbaju Melayu\ndan berkopiah. Maka bertebaranlah suara-suara yang mengecam lelaki tersebut.\nSegala tohmahan dan carutan dilemparkan tetapi seberapa ramai yang menyentuh\ntentang isu pokok tentang anjing liar itu sendiri.", "Umumnya\nmembvnvh anjing secara sewenang-wenangnya ialah suatu kesalahan, tiada bantahan. Namun hipokrasi yang meletakkan\nkepentingan kepada nyaw4 anjing itu sendiri suatu kejutan. Dalam suatu nafas\nseharusnya diakui bahawa anjing-anjing\nliar ialah ancaman. Ramai dalam kalangan penunggang motosikal terutamanya\npenghantar makanan mempunyai pengalaman dikejar anjing tanpa sebab pun.", "Salah\nsatu contoh dimuatnaikkan dalam bentuk video oleh seorang pengguna bernama Omar\nHanif Ismail: https://www.facebook.com/omar.hanif.52/videos/2859389514072171/", "Sudahlah\ndikejar, terlanggar pula kereta. Setelah berlaku kemalangan, anjing liar\ntersebut pun berakal untuk meloloskan diri. Dan menariknya, ini bukan kes pertama bagi bulan ini. Seorang\nkanak-kanak di Port Dickson telah terceder4 dik0yakkan seekor anjing liar.\nMangsa juga terceder4 di bahagian leher, dimana urat nadi jika terputus boleh\nmenyebabkan kehilangan nyaw4 pun. ", "Dan betapa senyapnya para netizen yang begitu gah mengecam dalam kes Brianna. Kes yang sama juga berlaku di luar negara. Seorang kanak-kanak India berusia sama dalam keadaan kr!tikal selepas mukanya dik0yak r4bak beberapa ekor anjing. Dalam negeri  tersebut, tempoh 10 bulan ini menyaksikan laporan s3rangan anjing sebanyak 92,000 kes.", "Tujuh\norang di Thiruvananthapuram terceder4 pada 30 Oktober 2019 selepas diserang\nseekor anjing. Begitu juga di kampung Pandigaon, Odisha, yang mana 11 orang\ndigegaskan ke hospital dalam keadaan serius. Senang kata, seluruh dunia berdepan krisis yang sama. Secara tiba-tiba, tindakan\ndaripada pihak berkuasa boleh pula dikecam atas platform moral seolah-olah nyaw4\nanjing-anjing liar ini lebih penting daripada fungsi masyarakat itu sendiri.", "Najis\nanjing liar boleh menyebabkan jangkitan leptospirosis dan toxocariasis kepada\nmanusia. Jangkitan boleh bermula jika najis ini disentuh yang bakteria memasuki\nrongga hidung, kulit, mata dan mulut. Dan setiap tahun, dijangka sekurang-kurangnya\n60,000 orang m4ti kerana jangkitan anjing liar, belum lagi dikira dengan\npenyakit anjing gila.", "Namun\ngolongan liberal lebih rela berkhayal dalam falasi moral bahawa anjing\nseharusnya dilayan dengan penuh kasih sayang. Krisis anjing liar ini berlaku kerana pembuangan. Secara\nkebiasaannya, anjing yang dibuang kemudian beranak-pinak\ndan meneruskan legasi keliarannya dalam buangan. Disebabkan itulah anjing\npeliharaan perlu dimandulkan terlebih\ndahulu, supaya kem4tiannya dalam buangan tidak akan mencetuskan isu kronik.\nBegitu juga dengan kucing sebagai contohnya, tetapi isunya tidak hangat sebab\njarang sekali kucing mencetuskan masalah seperti anjing.", "Pihak\nberkuasa tidak seharusnya dianiayai dengan penghapusan hak dalam menguruskan\npopulasi anjing. Jika begitu sayangkan anjing, disarankan seluruh masyarakat\nyang boleh memelihara anjing mengambil seekor. Namun keengganan untuk menyertai\nsuatu perjuangan bersifatkan empati ini hanya meninggalkan satu solusi sahaja.\nDan kebenaran ialah pahit. Jika pihak berkuasa tidak boleh menghapuskan,\npercayalah – rakyat sendiri akan mengambil tanggungjawab tersebut.", "Dan pada masa itu, bukan anak panah yang akan dipilih. Sebaliknya, r4cun merupakan langkah mudah yang merupakan perkara biasa di luar sana. Kalau tidak percaya, sila buat temubual di kedai-kedai makan dan kenalpasti betapa traumanya pemilik kerana terlalu masak melihat kucing dan anjing liar dir4cunkan sampai m4ti dalam keadaan ng3ri. Sekurang-kurangnya pengurusan populasi dibawah pihak berkuasa lebih berempati.", "RUJUKAN:", "Bernama. (2019, Ogos 12). Polis bvru individu p4nah anjing sampai m4ti. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/595549/polis-bvru-individu-p4nah-anjing-sampai-m4ti", "Hedgpeth,\nD. (2019, November 15). Woman critically injur*d in Maryland pit bull att*ck.\nRetrieved from https://www.washingtonpost.com/local/public-safety/dog-sh*t-d*ad-after-attack-on-woman-in-maryland/2019/11/14/8499f0a6-06da-11ea-ac12-3325d49eacaa_story.html", "Joseph,\nA. (2018, September 10). K*lling will not solve the problem of str*ys.\nRetrieved from https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2018/09/10/k*lling-will-not-solve-the-problem-of-strays", "Larik,\nN.  (2019, September 15). Six-year-old\ncr*tical after dog attack in Larkana. Retrieved from https://www.samaa.tv/news/2019/11/six-year-old-cr*tical-after-dog-attack-in-larkana/", "The Star Online. (2018, September 8). Negri govt apologises for public 3uth4nasia of 8 stray dogs. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/09/08/negri-govt-apologises-for-3uth4nasia-of-stray-dogs/ Zakaria, M.K. (2019, November 15). Kanak-kanak c*der* dig*git anjing luar. Retrieved from https://www.hmetro.com.my/utama/2019/11/517587/kanak-kanak-ceder4-digigit-anjing-liar?" ]
https://www.thepatriots.asia/1-feb-world-hijab-day-hak-wanita-untuk-menutup-aurat/
1 Feb World Hijab Day: Hak Wanita Untuk Menutup Aurat
[ "Tahukah anda ?", "Sejak tahun 2013, sambutan terhadap kempen mempromosikan pakaian patuh syariah diadakan di seluruh dunia setiap 1 Februari. Kempen “World Hijab Day” ini bukan sahaja menyasarkan wanita Muslim sahaja untuk berhijab menutup aurat, tetapi turut memberi peluang kepada wanita belum Muslim untuk merasai nikmat berpakaian sopan ini sehingga akan tersebar melalui trend.", "Bagi sekelompok manusia, berpakaian adalah suatu bentuk kebebasan pilihan manusia tanpa boleh dipaksa-paksa oleh pihak yang lain. Mereka mendakwa pakaian menutup aurat ini adalah suatu penindasan terhadap wanita. Maka mereka menentang usaha pemakaian berhijab ini.", "Namun ironinya, golongan yang memperjuangkan “hak dan kebebasan berpakaian” ini turut memaksa golongan wanita yang ingin memakai pakaian berhijab untuk membuka aurat mereka. Hipokrasi ini menyebabkan perlunya ada suatu gerakan, usaha dan kempen untuk mempertahankan golongan yang memilih untuk berhijab pula.", "Memakai pakaian menutup aurat juga merupakan hak wanita Muslim untuk mereka pertahankan. Hak wanita Muslim untuk mengamalkan tuntutan agama mereka juga perlu diperjuangkan.", "Di Malaysia, kempen berhijab ini perlu diperluaskan kerana kita merupakan negara majoriti Muslim. Adalah suatu perkara yang dikesali apabila wanita Muslim di Malaysia terpaksa menanggalkan hijab yang menutup aurat mereka atas apa-apa desakan atau permintaan dari mana-mana pihak.", "Sebagai contoh baru-baru ini, pihak YADIM bersama NurflixTV telah memandang serius terhadap luahan hati pelakon cilik, Mia Sara Nasuha yang menyatakan ada syarikat produksi meminta beliau menanggalkan hijab bagi menjayakan sesebuah karya.", "Permintaan sebegini merupakan satu perkara yang biadap kerana tidak menghormati hak pelakon tersebut untuk menutup aurat. Bahkan menurut beliau, 90% syarikat produksi yang memintanya untuk membuka aurat adalah dari syarikat produksi Muslim.", "Pihak YADIM dan NurflixTV telah mengadakan forum bagi membincangkan perkara ini dan ingin dibawa ke peringkat yang lebih tinggi agar masyarakat sedar akan hal ini. Forum bertajuk, “CABARAN ARTIS BERTUDUNG : ANTARA AGAMA DAN KERJAYA” ini dihoskan oleh Diana Amir dan dibarisi ahli panel seperti Lisa Surihani, Ustazah Asni Mansur, Ustaz Raja Mukhlis al-Azhari, Ustaz Gunawan Abdul Aziz dan Ustaz Nasruddin Hassan selaku YDP YADIM.", "Bagi umat Islam, isu sebegini merupakan isu yang amat sensitif. Jika di zaman Khalifah Abbasiyah dahulu, seorang wanita yang teriak menyeru nama khalifah di hujung kota kerana maruahnya ditindas oleh musuh menyebabkan berlakunya pepe-rangan. Pepe-rangan itu semata-mata untuk mempertahankan hak serta maruah seorang wanita Islam dan ketertinggian agama Islam.", "Oleh itu, isu ini dibahas lanjut oleh pihak TVAlhijrah menerusi rancangan Analisis sebagai kesinambungan terhadap usaha YADIM dan NurflixTV. Rancangan yang dihoskan oleh Finaz Yunus itu menampilkan Mia Sara Nasuha sendiri serta barisan panel lain seperti Fauziah Nawi (pelakon senior), Zed Zaidi (Presiden Seniman) dan Ustaz Azhar Yahya (wakil YADIM).", "Sebenarnya, ramai artis wanita kini memilih untuk memakai pakaian yang menutup aurat sebagai imej mereka yang perlu dihormati oleh semua pihak. Namun, banyak juga cabaran yang harus mereka tempuhi demi mempertahankan hak dan prinsip ini.", "Sekumpulan artis Muslimah yang dikenali sebagai The Khadijahs akan turut menggerakkan Kempen Hari Hijab Sedunia ini bermula 1 hingga 14 Februari ini bagi memartabatkan wanita berhijab dalam pelbagai bidang. Semoga usaha murni mereka ini difahami masyarakat, dipandang serius dan disambut baik agar pelaksanaan pemakaian yang mengikut syariat menyebabkan negara kita menjadi barakah.", "#WorldHijabDay #WomenEmpowerment #Muslimah #Nurflix #SopanStream #AdabAkhlak #Turath #Usrah #Dakwah #Hijrah #Hijab #Covid19", "RUJUKAN", "– https://nurfeed.com/lisa-surihani-kagum-dengan-pendirian…/", "– https://nurfeed.com/cabaran-artis-bertudung-respon-raja…/" ]
https://www.thepatriots.asia/senoi-praaq-tentera-elit-malaysia-dari-skuad-orang-asli/
Senoi Praaq: Polis Elit Malaysia Dari Skuad Orang Asli
[ "Semua sedia maklum baru-baru ini, negara dikejutkan dengan pemergian Sarjan Baharuddin Ramli, 54, yang terk0rb4n dan rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, c3d3ra parah, selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar pada Selasa lepas. Tetapi tidak ramai tahu dua pahlawan negara itu sebenarnya sebahagian daripada Batalion 3 PGA atau Senoi Praaq.", "Sebelum Senoi Praaq, mengikut rancangan asal Jeneral Gerald Templer, beliau mahukan satu lagi skuadron Perkhidmatan Udara Khas (SAS) dihantar ke Semenanjung Tanah Melayu untuk membantu skuadron SAS sedia ada melawan 4nc4man k0mvnis. Tetapi hasrat beliau ditolak oleh pengarah perkhidmatan berkemungkinan tidak mahu insiden memalukan membabitkan unit SAS di Tanah Melayu terutama membabitkan Mejar ‘Mad’ Mike Calvert berulang.", "Dalam kalangan pegawai dan operator SAS, Calvert amat dihormati mereka kerana sentiasa berfikir di luar kotak, mempunyai keazaman yang kuat dan bijak menilai situasi di medan pert3mpvran. Bagaimanapun, beliau juga dikenali kerana sikap panas barannya dan kaki botol. Perkara sebegini bukan sekadar mencetuskan rasa kurang senang dalam pegawai SAS tetapi juga dalam kalangan anak buahnya sendiri termasuk John Woodhouse.", "Bukan sekali Woodhouse bertegang urat dengan Calvert kerana bimbang pengaruh buruknya menjejaskan disiplin skuadron SAS. Akhirnya, beliau dipanggil pulang atas alasan kesihatan pada tahun 1951. Tempatnya digantikan oleh John Sloane sambil dibantu oleh Woodhouse dan kedua-duanya berjaya memulihkan semula moral dan disiplin dalam kalangan pegawai dan operator SAS.", "Justeru, Templer kemudiannya beralih kepada penubuhan sebuah unit eksperimen kecil terdiri daripada Orang Asli yang dikenali sebagai Senoi Praaq atau Orang P3r4ng dalam Bahasa Semai. Menurut penganalisis hal ehwal politik Asia Tenggara Roy Jumper, unit ini merupakan unit perisikan dan ket3nt3raan yang cekap menyerupai SAS sebelum menggantikan mereka selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.", "Pada awalnya, Senoi Praaq merupakan sebahagian daripada projek perisikan t3nt3ra dengan tujuan memenangi hati Orang Asli dan mengelakkan mereka daripada menyertai atau menyokong gerakan k0mvnis. Kebanyakan latihan mereka diatur oleh SAS bagi membentuk unit tersebut sebagai unit separa t3nt3ra yang digeruni.", "Menjelang tahun 1958, unit ini mempunyai rekod pembvnvhan tertinggi dalam kalangan pasukan keselamatan yang beroperasi di Tanah Melayu. Dengan rekod sebegini, ia mengundang rasa gerun dalam kalangan anggota Bintang Tiga. Sehinggakan satu arahan dikeluarkan sekiranya mereka bertembung dengan unit Senoi Praaq, mereka diarah berundur serta-merta daripada berlawan seperti kebiasaan.", "Selepas tamat tempoh darurat pada tahun 1960, sekumpulan kecil unit ini dihantar ke Vietnam Selatan bagi membentuk Peninjau Montagnard pada tahun 1964. Ini merupakan sebahagian daripada permintaan Presiden Vietnam Selatan ketika itu, Ngo Dinh Diem pada awal tahun 60-an. Dinh Diem melihat keupayaan mereka sebagai komando dan perisik dapat membantu jentera pertahanan negara itu daripada 4nc4man Vietnam Utara.", "Selain ditugaskan melatih pasukan t3nt3ra Vietnam Selatan, Senoi Praaq turut bertanggungjawab mewujudkan rangkaian perisikan yang dikenali sebagai Montagnard. Montagnard sebenarnya dibentuk di bawah Program Peninjau Gunung (MSP) yang dikendalikan oleh CIA dengan sokongan Misi Penasihat British (BRIAM). Semasa di Vietnamlah, mereka diberi gelaran Pembvnvh Senyap/Silent K1ll3r oleh agensi berkenaan.", "Aktiviti mereka bagaimanapun dirahsiakan atas faktor keselamatan dan mengelak implikasi politik serta diplomatik. Ini berikutan sesetengah misi mereka ada kaitan dengan CIA terutama di Laos. Senoi Praaq kemudiannya berundur dari wilayah Pleiku berikutan situasi di Vietnam semakin buruk dan situasi k0nfr0nt4si membabitkan Malaysia-Indonesia. Kisah mereka di situ diabadikan dalam D34th Waits in the Dark: the Senoi Praaq, Malaysia’s K1ll3r Elite.", "Senoi Praaq terus menjadi unit keselamatan yang berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air daripada 4nc4man k0mvnis apabila mereka kembali mengg4n4s pada tahun 1968. Dari situ, Senoi Praaq diserap sebagai sebahagian daripada unit Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dinamakan sebagai Batalion 3 PGA hari ini.", "Rekrut terawal Senoi Praaq dari suku Temiar mula dilatih oleh Kolonel R.O.D Noone pada tahun 1955. Pada awalnya, mereka menjadi sebahagian daripada Skuadron D SAS untuk latihan asas selama tiga bulan. Dalam tempoh tersebut, rekrut dilatih menggunakan s3nj4ta dan pelbagai kaedah pembvnvhan. Bagi rekrut-rekrut ini, kaedah-kaedah sebegini tidaklah asing bagi mereka kerana hampir sama dengan kehidupan asal mereka di hutan.", "Gabungan kemahiran mereka sebagai pemburu dan penjejak dengan latihan asas yang diberi SAS membolehkan mereka menjadi mimpi ng3ri kepada kumpulan Bintang Tiga yang beroperasi di belantara Thailand hingga Johor. Di samping itu, mereka juga berupaya beroperasi lebih lama dalam hutan berbanding 4sk4r British.", "Misalnya, dari segi bekalan makanan, mereka boleh memastikan bekalan yang selalunya bertahan selama tiga minggu kepada sebulan. Bagi mana-mana 4sk4r yang beroperasi di belantara tebal, perkara ini amat penting kepada mereka. Bagi memudahkan mereka berbuat demikian, pek makanan khas direka bagi membolehkan rondaan dibuat lebih lama.", "Selain s3nj4ta konvensional seperti r4if4l atau s3n4pang, Senoi Praaq turut memanfaatkan s3nj4ta tradisional Orang Asli seperti penyumpit dan damak ber4cvn semasa memburu pengg4n4s k0mvnis. Mereka boleh menghendap dan memburu pihak musuh selama berhari-hari di sebalik semak-samun yang tebal. Dan sekiranya kumpulan musuh terlalu ramai, ia boleh digunakan sebagai samaran untuk melepaskan diri.", "Dari segi pengambilan ahli, pada peringkat awal, wujud rasa curiga dalam kalangan pegawai British sama ada ahli-ahli Senoi Praaq ini boleh dipercayai atau tidak. Tambah Jumper, mereka dipandang sedemikian berikutan pembabitan mereka dengan pihak k0mvnis atau dianggap pengecut. Disebabkan persepsi salah ini, sebarang usaha mengembangkan Senoi Praaq sebagai unit separa t3nt3ra cuba dihalang pada peringkat awal.", "Begitupun, usaha lobi Noone berhasil kerana beliau merasakan dengan lebih ramai ahli Senoi Praaq direkrut, ia bakal memudahkan usaha menjauhkan Orang Asli daripada dipengaruhi Bintang Tiga. Atas sebab inilah, kekuatan unit tersebut diperkasakan dan digunakan untuk memujuk Orang Asli menolak fahaman k0mvnisme.", "Ini dapat dilihat pada tahun 1960 apabila Senoi Praaq dihantar ke Selatan Thailand untuk memburu seorang pemimpin k0mvnis bernama Soo Ah Chye. Bagi membantu usaha pemburuan, unit ini mendampingi lebih 3,000 Orang Asli di kawasan berkenaan. Selain memburu Ah Chye, mereka juga memujuk pengg4n4s k0mvnis yang bersembunyi di hutan ketika itu agar meletak s3nj4ta dan menyerah diri.", "Seperti mana-mana ahli unit keselamatan khas yang beroperasi di Tanah Melayu ketika itu, anggota Senoi Praaq perlu menjalani tapisan ketat dari segi keselamatan dan melepasi keperluan fizikal. Syarat penyertaan juga bersifat asas seperti berupaya mengangkat berat seberat 60 paun melepasi kawasan bukit-bukau.", "Tidak ramai orang tahu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sebelumnya berperanan sebagai program perisikan t3nt3ra British di kawasan pedalaman Tanah Melayu dengan tujuan memenangi hati dan minda Orang Asli. Senoi Praaq pada dasarnya merupakan sayap ket3nt3raan JHEOA yang bertindak mendapatkan maklumat penduduk sebagai tukaran kepada bantuan perubatan dan makanan.", "Selepas eksperimen ini dianggap berjaya, SAS melatih lagi 160 orang rekrut untuk membentuk dua skuadron terbaru Senoi Praaq. Senoi Praaq disusun mengikut organisasi pasukan SAS – empat skuadron terdiri daripada empat unit peronda atau satu seksyen dengan kekuatan 25 orang. Skuadron sebegini diberi maklumat peta sesebuah kawasan dalam tempoh beberapa hari tanpa diberi tekanan minimum.", "Berikutan peranan mereka semakin penting, tidak hairanlah mengapa misi bersama pasukan Cawangan Khas (SB) juga semakin bertambah. Bagi memenuhi tuntutan tugas yang semakin bertambah, 80 orang ahli ditambah sekaligus membolehkan Senoi Praaq mempunyai tiga skuadron dan beroperasi dengan bebas pada tahun 1956. Selepas diserap ke dalam PDRM pada 8 Februari 1968, kekuatan Senoi Praaq ditambah lagi kepada dua batalion dengan kekuatan seramai seribu orang.", "Lantaran mereka mendapat latihan daripada SAS, tidak hairanlah taktik dan doktrin pasukan khas itu menjadi ikutan Senoi Praaq. Tidak seperti unit-unit khas lain, Senoi Praaq beroperasi secara eksklusif di kawasan belantara. Pada peringkat awal, unit ini mengikut unit infantri biasa yang beroperasi di kawasan Ops Bamboo yang dikenali sebagai Bamboo Ops Area (kawasan bukit-bukau dan gunung-ganang Tanah Melayu).", "Jumper menambah, berikutan kecekapan mereka beroperasi dalam hutan, kadang-kadang wujud rasa kecewa dalam kalangan mereka kerana diberi had semasa mengadakan operasi bersama. Untuk mengelak perkara ini bertukar menjadi isu serius dan lobi daripada Noone sendiri, Senoi Praaq diberi lampu hijau untuk beroperasi secara bersendirian.", "Ada ketikanya, unit ini bekerjasama dengan SB dalam membentuk rangkaian perisikan yang panjang. Dua t3nt3ra akan mengiringi seorang pegawai ke lokasi di mana kawasan petempatan Orang Asli wujud dan berada berhampiran dengan kawasan itu dengan harapan mengumpul maklumat tentang pergerakan k0mvnis.", "Untuk mengelak identiti mereka diketahui penduduk, ahli Senoi Praaq menyamar sebagai penduduk kawasan berhampiran. Hasil percampuran mereka menyaksikan lebih banyak maklumat diraih sebelum dihantar kembali kepada markas untuk tindakan seterusnya. Kerjasama ini juga yang menjadi pemangkin kepada kewujudan skuadron ketiga Senoi Praaq.", "Yang pasti, terdapat dua figura yang memberi impak besar kepada Senoi Praaq. Pertama, Noone yang mempunyai latar belakang Perisikan Ket3nt3raan (MI) tidak henti-henti melobi unitnya sama ada dalam kalangan ahli politik atau pegawai t3nt3ra.", "Selain itu, beliau juga merangka strategi memenangi hati dan minda Orang Asli, membina hubungan baik dengan mereka dan gigih berusaha memastikan mereka mencapai matlamat. Sementara Mohamed Ruslan Iskandar Abdullah pula merupakan komander terakhir British yang mengetuai Senoi Praaq.", "Sebelum menyertai unit itu, beliau merupakan pemimpin Pasukan Sukarelawan Operasi Khas (SOVF) dan ingin melihat lebih banyak aksi bersama unit barunya itu. Di samping itu, Ruslan juga seorang yang bermotivasi tinggi, sukakan cabaran dan berinovatif. Sisi ini membolehkan beliau membawa lebih banyak penambahbaikan kepada unit tersebut.", "Hari ini, walaupun 4nc4man k0mvnis sudah tiada, khidmat Senoi Praaq terus dikekalkan demi menjaga keselamatan negara terutama di kawasan sempadan selain menyertai misi mencari dan menyelamat orang yang hilang dalam hutan. Salah satu daripadanya ialah misi pencarian remaja Ireland-Perancis yang hilang, Nora Anne Quoirin di Negeri Sembilan pada Ogos tahun lepas.", "RUJUKAN:", "Bernama. (2020). CIA gelar Senoi Praaq ‘Silent K1ll3r’. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/758691/cia-gelar-senoi-praaq-silent-k1ll3r", "Abd Rahman, Shamsul Afkar. (2013). HISTORY OF SPECIAL OPERATIONS FORCES IN MALAYSIA. NAVAL POSTGRADUATE SCHOOL MONTEREY, CALIFORNIA." ]
https://www.thepatriots.asia/manusia-manusia-ketika-wabak-dalam-drama-zombie-korea-kingdom/
Manusia-Manusia Ketika Wabak Dalam Drama Zombie Korea, Kingdom
[ "Dalam drama The Kingdom ni, punca bagi penularan satu-satu pandemik ni macam-macam dan kompleks.", "Ada pihak berkepentingan menaja pembuatan dan penyebarannya tapi bukan niat dia senjata biologi tu capai tahap pandemik macam Cho Hak Ju, bila dah luar kawalan dia terpaksa berpatah arang menyeluk pekasam.", "Ada pihak tak berkepentingan tapi terdesak dan didesak untuk bersubahat macam An Hyeon taegam dia terpaksa bersetuju dengan Cho taegam sebab nak mematahkan se-rangan Jepun. Dia ni orang ingat dia hero Pe-rang Jepun.", "Ada pihak dia tak sengaja menjadi pencetus kepada rantaian pandemik macam Yeong Shin, niat dia hanya nak bagi makan rakyat yang kebuluran tanpa tahu keadaan makanan yang diberi tercemar.", "Ada pihak dia tak tahu menahu terus jadi mangsa rantaian sebab kebuluran memaksa mereka makan apa saja iaitu rakyat kebanyakan. Depa ni yang paling terjejas sebab jahil tak tahu nak buat apa, akhirnya depa jadi macam ya’juj (yang memamah) dan ma’juj (yang dimamah).", "Dalam pada itu kita ingat Cho taegam tu dah habis jahat dah, kuku besi, rupanya jahat dia ada prinsip iaitu buat apa saja untuk kekal berkuasa tapi demi keselamatan negara. Yang bapak segala jahat adalah Permaisuri yang menggunakan pandemik untuk menjadi orang paling berkuasa demi nafsu peribadi.", "Dia akhirnya sanggup bu-nuh Cho taegam bapak dia sendiri bila bapak dia tahu komplot sebenar dia. Dia inilah jadi punca pandemik tersebut sampai ke Hanyang (Seoul) dan menyusun rancangan untuk ditularkan kembali setelah ia dihapuskan.", "Apa yang paling penting pada waktu genting sedemikian bukan lagi percaturan politik dan kesilapan lampau, tapi kebijaksanaan dan iltizam bagaimana untuk menamatkan pandemik tersebut, ini nilai yang kita dapat daripada watak Raja Muda Lee Chang dan patriot yang lain termasuk peranan para sarjana negara yang menjadi tonggak kerajaan berpandukan ajaran sebenar Guru Meng Tse, Confucius.", "Ramai yang dibelenggu kesilapan lampau menolak ketepi perasaan ego dan apologetik dan tampil untuk membetulkan keadaan sehingga sanggup mengorbankan nyawa mereka. Semua orang akan mati, dan ramai orang mati dalam keadaan tersebut, tapi kita boleh memilih keadaan yang bagaimana kita hendak mati sama ada kematian yang penuh bermakna ataupun mati katak.", "Kisah ini juga memberikan kepada kita satu kepercayaan bahawa hanya orang orang yang lurus dan sedia berkorban tadi itu akan berjaya mewarisi pemerintahan tanah air mereka manakala yang berkomplot akhirnya akan musnah dimakan hasil kerja tangan mereka sendiri, ibarat senjata makan tuan." ]
https://www.thepatriots.asia/kisah-anjing-yang-menjadi-datuk-bandar/
Kisah Anjing Yang Menjadi Datuk Bandar
[ "Kadangkala orang ramai memang sudah bosan dengan politik. Calon parti mencanangkan sesuatu. Selepas menang, lain pula dibuatnya. Sebab itulah ada parti mencalonkan seekor babi untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat, sampai meminta akses taklimat keselamatan lagi.", "Ketika itu rakyat membenci Parti Democratic kerana penglibatan Amerika Syarikat di Vietnam, yang ironinya disambung Richard Nixon daripada Republicans.", "Dalam sejarah Amerika Syarikat, bukan babi sahaja yang dicalonkan parti politik. Suhu geopolitik pada masa Nixon mungkin terlalu panas, untuk dibandingkan dengan sekarang.", "Zaman yang lebih tenang ini tidak menghalang segelinti rakyat untuk mencalonkan anjing ke tampuk pentadbiran.", "Memperkenalkan Maximus Mueller II", "California ialah negeri yang sangat kaya di Amerika Syarikat. KDNK negeri ini mencecah AS$3.2 trilion. Jika keluar daripada Amerika Syarikat, tentu sekali California ialah ekonomi kelima terbesar dunia.", "Di bahagian selatan, terdapat sebuah komuniti bebas iaitu Idyllwind, Pine Cove dan Fern Valley. Ketiga-tiga komuniti ini tidak mempunyai pihak berkuasa tempatan. Penduduk Idyllwind ingin mengubahkan realiti ini.", "Mereka mahukan seorang Datuk Bandar, sekalipun belum cukup syarat kelayakan.", "Pada tahun 2012, Idyllwind mendapat idea menarik. Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kebajikan haiwan, mereka mendapatkan perhatian calon Datuk Bandar paling layak bernama Max.", "Beliau merupakan seekor anjing baka Golden Retriever yang sangat berkaliber dalam bidang kepimpinan, cuma kaki ras.uah saja sebab terima semua hadiah diberikan.", "Idyllwind masih menjalankan proses demokrasi, mencalonkan 14 ekor anjing dan dua ekor kucing. Akhirnya Max menang pilihan raya tersebut tetapi meninggal dunia setahun kemudian.", "Tempoh pemerintahan Max digantikan seekor anjing bernama Maximus Mueller II pula.", "Sama seperti pendahulunya, Mueller juga asyik menerima ras.uah seperti manisan dan apa-apa makanan. Cuma ahli politik ini sangat murni, kerana takkan menerima wang. Mungkin khuatir dihidu pihak pemantau seperti IRS.", "Setiap hari Maximus Mueller II akan mengunjungi orang ramai di Idyllwind. Seperti biasa, beliau akan menghadiri majlis pembukaan penting dan menyertai perarakan tahunan kota. Apabila Mueller sibuk, tugasan rasmi akan diambil alih sepupunya sama ada Mitzi atau Mikey… jelas sekali nepotisme.", "Minnesota Tidak Mengaku Kalah", "Pelantikan seekor anjing sudah bukan keanehan di Amerika Syarikat. Minnesota yang terletak berhampiran dengan sempadan Canada ada sebuah bandar yang pernah memilih seekor anjing baka Great Pyrenees sebagai Datuk Bandar, kali ini menewaskan Richard Sherbrook dengan majoriti besar.", "Kemenangan Duke membuka jendela baharu dalam politik kota Cormorant. Sekalipun tewas, Sherbrook membuat ucapan penting dalam kariernya – “tidak pelik yang dia (Duke) akan menjalankan amanah mewakili komuniti. Saya akan menyokong beliau 100 peratus. Dia suka sukan. (Jadi) dia akan memelihara kota ini.”", "Masalahnya Sherbrook sendiri mengundi Duke semasa pilihan raya. Dan Duke mengangkat sumpah buat tempoh satu tahun di hadapan penyokong kental, pada bulan Ogos 2014.", "Beliau memenangi tiga pilihan raya berturut-turut, sekali gus mempertahankan kedudukannya sebagai Datuk Bandar Cormorant… yang mempunyai populasi 12 orang sahaja.", "Pemerintahan Duke berakhir pada tahun 2018, apabila beliau bersara daripada medan politik untuk menumpukan perhatian pada kehidupan peribadinya pula.", "Setahun kemudian, Duke meninggal dunia akibat penyakit yang tidak diumumkan.", "Sehingga hari ini Cormorant mengenang pengalaman indah apabila dipimpin oleh jiwa lembut yang menyayangi semua orang.", "Sama seperti Maximus Mueller, Duke juga menerima sog.okan berbentuk manisan dan makanan – jangan sesekali wang kerana itu ialah huluran yang kotor.", "Walaupun nampak bodoh dan janggal, pelantikan Max dan Duke sebenarnya membuka mata orang ramai tentang pemuliharaan spesis.", "Benar, anjing jauh sekali sebuah spesis yang mengalami kepµpµsan secara menyeluruh.", "Tetapi ini juga tidak mengubahkan realiti bahawa anjing selamba dibuang terutamanya pada zaman COVID-19 ini.", "Apa-apa jua haiwan peliharaan ialah amanah yang mesti digalas seperti keluarga sendiri. Max dan Duke membuktikan bahawa anjing pun boleh menjadi Datuk Bandar.", "Persoalannya, apa yang menghalang kita sebagai manusia untuk berjaya dalam hidup?" ]
https://www.thepatriots.asia/sejarah-the-wall-dalam-game-of-thrones/
Sejarah The Wall Dalam Game Of Thrones
[ "Benteng pertahanan yang dibangunkan daripada paduan ais ini dibina sekitar tahun 8000 SM oleh Brandon the Builder setelah Perang ‘War of the Dawn’ yang bertujuan untuk melindungi tujuh empayar bersekutu daripada serangan puak gasar (Wildlings) dan tentera mitos White Walker.", "Mengikut catatan George RR Martin di dalam bukunya ‘A Song of Ice and Fire’, benteng ini berketinggian hampir 213 meter, selebar 91 meter dan berkepanjangan hampir 482 kilometer ini mampu menahan pelbagai serangan daripada musuh yang datang dari luar benteng. Ketinggian benteng ini tidak mampu dicapai oleh sesiapa sahaja, bahkan panahan anak-anak panah musuh tidak mampu untuk melukakan pengawal yang berkawal di atas benteng tersebut.", "Benteng ini dilengkapi dengan menara pengawal utama sebanyak tiga buah iaitu:", "1. Shadow Tower (benteng barat).2. Eastwatch-by-the-Sea Tower (benteng utara).3. Castle Black (benteng tengah).", "Menara/pos yang lain adalah, Westwatch-by-the-By-the-Bridge, Sentinel Stand, Greyguard, Stonedoor, Hoarfrost Hill, Icemark, The Nightfort, Deep Lake, Queensgate, Oakenshield, Woodswatch-by-the-Pool, Sable Hall, Rimegate, The Long, Barrow, The Torches dan Greenguard.", "Antara ketiga-tiga menara ini, menara Castle Black adalah pusat kekuatan pertahan dan menara ini juga sering diincar oleh pasukan musuh kerana kedudukannya yang terlalu terbuka dalam medan peperangan.", "Pasukan pengawal atau tentera yang menjaga benteng ini dikenali sebagai The Nightwatch yang bersumpah untuk taat setia berjuang bermati-matian mempertahankan benteng tersebut. Pemimpinnya pula dikenali sebagai Lord Commander of the Watch.", "Benteng ini pernah diserang oleh pasukan bersekutu Wildlings pimpinan King-Beyond-the-Wall iaitu Raja Mance Rayder dalam perang ‘Battle of Castle Black’ pada tahun 301 M. Pasukan bersekutu Wildlings dikalahkan oleh pengawal Nightwatch dengan bantuan angkatan pasukan tentera dari Raja Stannis Baratheon. Tetapi Raja Stannis meninggal dunia dalam pertempuran ini akibat luka yang parah dan dibunuh secara langsung oleh bekas pengawal diraja, Raja Renly Baratheon iaitu Brienne of Tarth.", "Benteng ais yang megah ini akhirnya hancur diserang oleh pasukan White Walkers pimpinan Night King dalam pra-perang ‘Winter Is Coming’.", "Jadi, begitulah berakhirnya sejarah fiksyen Benteng Ais Utara yang terdapat di dalam drama bersiri ‘Game of Thrones’. Ya, fiksyen sahaja, bukan wujud betul pun benteng ais ini melainkan hanya wujud di dalam imaginasi pengikut fanatik Flat-Earth yang dikatakan Antartika adalah benteng ais mengelilingi Bumi." ]
https://www.thepatriots.asia/herod-agrippa-raja-judah-terakhir-yang-memiliki-seluruh-wilayah-palestin/
Herod Agrippa: Raja Judah Terakhir Yang Memiliki Seluruh Wilayah Palestin
[ "Herod Agrippa yang dilahirkan sebagai Marcus Julius Agrippa merupakan anak kepada Aristobulus IV dengan isterinya Berenice, serta cucu kepada Raja Herod Yang Agung. Baginda dinamakan sempena nama Marcus Vipsanius Agrippa, negarawan Rom yang terkenal. Baginda adalah Raja Judah yang terakhir memerintah wilayah yang hampir sama besarnya dengan Wilayah Herod Yang Agung dan dapat menggunakan gelaran Raja setelah pakcik-pakciknya yang mentadbir sebelumnya tidak dapat menggunakan gelaran tersebut.", "Pada Tahun 11 SM, Herod Agrippa dilahirkan. Namun begitu, ibubapa Herod Agrippa dihukum bunuh pada Tahun 7 SM. Herod Agrippa yang berusia 3 tahun ketika itu dihantar ke istana Rom oleh Datuknya, Raja Herod Yang Agung. Kaisar Tiberius sangat menyayangi Herod Agrippa dan menempatkan Agrippa bersama anaknya, Drusus. Herod Agrippa seorang lelaki yang suka bermewah-mewahan dan boros dalam perbelanjaan. Semasa perkahwinannya dengan Cyprus, Herod Agrippa telah menghabiskan semua duitnya dalam majlis yang gilang-gemilang dan dikurniakan 5 orang anak. Setelah Drusus meninggal dunia, Agrippa yang dibelenggu hutang terpaksa meninggalkan Rom dan belayar ke Kubu Istana Malatha yang terletak di Selatan Judah. Herod Agrippa hampir membunuh diri kerana tidak dapat menangung hutang keliling pinggang dan bankrupsi.", "Tidak lama kemudian, Herod Agrippa kembali ke Tiberias setelah kakaknya, Herodias berkahwin dengan Herod Antipas. Agrippa dikurniakan pangkat sebagai aedile (penyelenggara bangunan) dan mendapat sedikit bayaran. Tidak lama kemudian, Herod Agrippa berselisih faham dengan pakciknya, Herod Antipas dan akhirnya beliau terpaksa bergerak ke Syria. Gabenor Rom di Syria ketika itu ialah Flaccus. Abangnya, Aristobulus juga tinggal di Syria dan sangat kenal dengan masalah kewangan Agrippa. Herod Agrippa cuba mendapatkan kepercayaan Flaccus, namun abangnya membongkarkan perancangan Herod Agrippa dalam permainan duit dengan orang-orang Damaskus untuk kedudukan dalam penjawatan kehakiman, serta membocorkan kegiatan Herod Agrippa kepada Flaccus, Flaccus terus memutuskan sebarang hubungan dengan Herod Agrippa.", "Pada Musim Bunga dalam Tahun 36 M, Herod Agrippa tiba di Kota Pelabuhan di Galilee dan bercadang untuk kembali ke ibukota Rom dan bertemu dengan Kaisar Tiberius. Herod Agrippa yang kehabisan duit telah mengarahkan seorang hambanya untuk berhutang sebanyak 20,000 drachma daripada pengusaha ladang mendiang ibunya. Apabila pemberi pinjam itu mengetahui Agrippa yang mahu meminjam, 2,500 drachma dipotong untuk bayaran hutang lamanya. Sebelum Herod Agrippa berjaya mendapatkan kapal untuknya ke Alexandria (Mesir), dia ditahan oleh tentera Rom dari Jamnia kerana hutang sebanyak 300,000 daripada perbendaharaan diraja Rom. Agrippa berjanji akan membayarnya pada keesokan hari. Namun, pada malam hari, Agrippa mencuri kapal dan belayar senyap-senhyap ke Alexandria. Di Alexandria, Herod Agrippa merayu kepada aristokrat Yahudi, Alexander sebanyak 200,000 drachma. Alexander yang bertugas sebagai Alabarch (Pegawai Hal Ehwal Kastam) tidak mahu meminjamkan wang kepada Agrippa, tetapi dia memberikan pinjaman kepada isteri Agrippa, Cyprus. Dia memberikan pendahuluan sedikit untuk pelayaran sahaja ke Petuoli, Itali dan memberikan semua pinjaman tersebut apabila sampai di sana kelak, supaya Agrippa tidak membazirkan wang tersebut sebelum sampai ke destinasinya. Setelah tiba di Petuoli, isteri dan anak-anaknya pulang semula ke Judah.", "Setelah tiba di Itali, Agrippa aturkan pertemuannya dengan Kaisar Tiberius di Pulau Capri. Namun begitu, pertemuan ini dibatalkan oleh Kaisar Tiberius setelah berita Herod Agrippa lari dari membayar hutang diraja. Dia dihalang daripada berjumpa maharaja selagi hutang tidak diselesaikan. Agrippa berjumpa dengan Antonia, ibu kepada Claudius dan berjaya mendapatkan pinjaman melebihi hutangnya. Herod Agrippa berjaya membayar hutang diraja Rom dan situasi ini membolehkan Herod Agrippa berjumpa dan berkhidmat semula di bawah Kerajaan Rom. Tiberius memberikan Herod Agrippa tanggungjawab menjaga dan mengajarkan cucunya, Tiberius Gemellus yang berusia 16 tahun ketika itu. Setelah itu, Agrippa berjaya mendapatkan pinjaman sejumlah 1 juta drachma daripada hamba Kaisar Tiberius dan menyelesaikan hutangnya terhadap Antonia. Baki wang tersebut digunakan untuk merapatkan diri dengan Caligula yang berusia 23 tahun pada ketika itu.", "Herod Agrippa memohon Caligula untuk membantu kewangannya yang teruk dibelenggu hutang. Namun begitu, Caligula hanya dapat membantu jika dia menjadi Kaisar Rom. Agrippa menyokong penuh Caligula merampas kuasa dan menaiki takhta Rom. Kata-kata Agrippa ini didengari oleh pembantu Tiberius, lalu dia dipenjarakan.", "Pada Tahun 37M, Kaisar Tiberius mangkat, lalu Caligula menaiki takhta Rom. Herod Agrippa dibebaskan dan dikurniakan wilayah pakciknya, Herod Philip yang meninggal dunia pada Tahun 34M. Wilayah Batanea, Gaulanitis, Trachonitis, Paneas dan Lysanias menjadi sebahagian daripada wilayahnya. Agrippa masih menetap di ibukota Rom sehingga tahun 38M. Pada awal musim panas, Caligula menghantar Agrippa ke Alexandria dalam misi diplomasi kerana Gabenor Flaccus tidak dapat menghentikan protes anti-semitik di Mesir. Agrippa mengahwinkan anaknya, Berenice dengan Marcus, anak kepada Alexander yang membantu kewangannya sebelum ini dan protes dapat dihentikan.", "Seterusnya, Herod Agrippa pulang ke kerajaannya di Batanea dengan gelaran Raja Herod Agrippa. Ketika itu, sebahagian wilayahnya telah dikuasai oleh penjahat. Pekerjaan pertama Agrippa ialah memerangi golongan penjahat ini dan menguasai semula wilayahnya. Herodias yang mengetahui adiknya telah menaiki takhta sebagai “Raja Yahudi” telah menghasut suaminya, Herod Antipas untuk berjumpa dengan Caligula bagi mendapatkan gelaran tersebut daripada Agrippa. Pada Tahun 39M, Herod Antipas telah belayar ke Rom untuk menuntut takhta tersebut daripada Caligula. Namun begitu, Herod Agrippa telah mengetahui niat jahat pakciknya (merangkap abang iparnya) telah pergi ke Rom dan membongkarkan hubungan Antipas dengan Sejanus, pengkhianat yang telah membunuh abangnya Nero dan Drusus sebelum dihukum mati pada Tahun 31M dan Antipas juga mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Parthia, musuh tradisi Rom. Mendengarkan perkhabaran tersebut, Caligula menjadi berang dan melucutkan jawatan Tetrarch daripada Herod Antipas, semua harta bendanya dirampas dan dibuang le Lyon, Perancis. Isterinya Herodias diberi pilihan untuk bercerai atau menerima nasib yang sama seperti Antipas. Namun Herodias setia dengan Antipas dan memilih hidup dalam buangan bersama suaminya. Caligula memberikan wilayah Herod Antipas iaitu Galilee dan Perea kepada Herod Agrippa dan wilayahnya bertambah besar.", "Pada Tahun 40M, orang-orang Rom tidak berpuas hati dengan penduduk yahudi yang tidak menghormati kekaisaran Rom dan menghantarkan bantahan kepada Kaisar Caligula kerana orang Yahudi tidak mendirikan patung emas Caligula sebagai Tuhan seperti di wilayah Rom yang lain. Caligula melantik Petronius sebagai Legate Syria dan diberikan tugas untuk mendirikan patung emas Caligula di Baitul Maqdis. Sesiapa yang menghalang akan dibunuh atau dijual sebagai hamba. Semasa Petronius sampai ke Kota Ptolemais dengan tiga ketumbukan (legion) tentera Rom dan tentera Syria yang sangat ramai, berpuluh ribu orang Yahudi berhimpun di Ptolemais untuk memohon Petronius membatalkan hasrat mereka mendirikan patung pagan Rom. Protes yahudi dengan bilangan yang sangat ramai juga berlangsung sepanjang Petronius bergerak dari Ptolemais ke Galilee dan Tiberias selama 40 hari. Petronius terpaksa menangguhkan pembinaan berhala Caligula di Jerusalem.", "Dalam masa yang sama, Herod Agrippa mengadakan jamuan yang gilang gemilang di Rom serta menjemput Caligula ke jamuan tersebut. Dalam jamuan itu, Herod Agrippa memohon Caligula tidak mendirikan berhala dirinya di Baitul Maqdis. Kagum dengan keberanian Herod Agrippa, Caligula menghantar surat kepada Petronius untuk tidak mendirikan patung dirinya jika belum berbuat demikian jika Petronius belum mendirikannya. Petronius membalas surat tersebut dengan mengatakan bahawa mereka belum mendirikan patung tersebut. Caligula menjadi berang dan menyuruh Petronius bunuh diri di atas kelewatannya menyelesaikan tugasan.", "Namun begitu, pada awal Tahun 41M, Caligula mangkat dibunuh dan Claudius ditabalkan menjadi kaisar yang baharu. Herod Agrippa memainkan peranan yang sangat besar dalam pertabalan tersebut dan Claudius mengurniakan Wilayah Judah dan Samaria kepada Herod Agrippa menjadikan Wilayahnya hampir sama dengan wilayah datuknya, Herod Yang Agung. Oleh kerana ribut yang melanda, surat terakhir Caligula kepada Petronius sampai selepas kemangkatannya dan Petronius terselamat daripada hukuman membunuh diri. Claudius mengeluarkan dua peraturan khas; mengutuk tindakan Caligula dan mengesahkan perlindungan Rom terhadap Hak Beragama orang Yahudi.", "Herod Agrippa kembali ke Baitul Maqdis sebagai Raja Yahudi. Baginda sangat berhati-hati dalam mendalami adat istiadat agama yahudi serta mengeluarkan duit untuk membayar nazar kaum Yahudi. Di samping itu, baginda sangat menggemari kepercayaan Yahudi Ortodoks serta membaca Kitab Taurat bagi menunjukkan kealimannya. Baginda cuba mengambil hati orang yahudi dengan sebaiknya. Baginda membuat pengecualian cukai perumahan dan dengan kerjasama Petronius, baginda membersihkan sinagog-sinagog daripada patung atau gambar Caligula yang dipasang oleh orang-orang Rom di Palestin. Baginda juga membina tembok baharu di Baitul Maqdis namun pembinaan kubu dihentikan untuk menjaga hati Claudius. Herod Agrippa juga perlu menjaga hati kekaisaran Rom. Baginda membangunkan Kota Berytus (Beirut di Lubnan) sebagai Kota Yunani yang hebat dan menyiapkan jaringan aqueduk di Palestin.", "Tindakan Herod Agrippa menjadikannya seorang Raja yang disayangi oleh masyarakat Yahudi. Namun begitu, sekta keagamaan Yahudi telah bergelumang dengan penyelewengan demi penyelewengan. Keadaan ini menyebabkan golongan Hawari yang terdiri daripada 12 orang pendakwah (dipanggil apostles) yang bermula di Galilee semakin meluas pengaruh mereka dalam membersihkan Palestin daripada penyelewengan orang yahudi. Tindakan ini tidak disenangi oleh para Rabbi Yahudi (Pharisee) dan menyebabkan Raja Herod Agrippa menekan golongan Hawari dan penganut ajaran baharu iaitu Agama Kristian (Nasrani). Pada Tahun 44 M, Herod Agrippa telah menghukum bunuh seorang golongan Hawari iaitu Ya’kob (Apostle James, anak Zebedee) dan memenjarakan ketua Hawari yang bernama Sim’on Bar Yona (Apostle Simon Peter). Herod Agrippa adalah musuh kepada agama Kristian.", "Pada tahun yang sama, Herod Agrippa menyediakan keraian di Caesarea Maritima untuk meraikan Kaisar Claudius yang hadir ke sana. Dalam keraian itu, Agrippa yang berusia 54 tahun meninggal dunia dengan kesakitan yang sangat dahsyat selepas dia mengakui dirinya disamakan dengan Tuhan apabila diseru oleh kaumnya. Dalam Kitab Perjanjian Baharu (New Testament), Herod Agrippa mati dimakan oleh cacing selepas malaikat menghentamnya kerana tidak memuji Tuhan selepas disembah oleh kaumnya.", "Selepas kemangkatan Herod Agrippa, anaknya Herod Agrippa II yang berusia 17 Tahun menjadi Raja Yahudi terakhir dalam dinasti Herod. Namun begitu, Claudius membawanya ke Rom kerana baginda masih mentah dalam pentadbiran dan melantik Cuspius Fadus sebagai Procurator Judah.", "Rujukan:", "Josephus, F. (Kemaskini 2017), Antiquities of The Jews, Translated by William Whiston, Project Gutenberg (kemaskini terakhir pada 9 Ogos 2017), Utah, Project Gutenberg Literary Archive Foundation", "http://www.jewishencyclopedia.com, The unedited full-text of the 1906 Jewish Encyclopedia, dilayari pada 13 November 2018.", "Herod Agrippa I (Kemaskini 2016), http://www.livius.org/articles/person/herod-agrippa-i/, dilayari pada 14 November 2018.", "Michael K. Olmsted (2017), Herod Agrippa I: A Zealous King, Formation, Smyth & Helwys Publishing inc.\nA.J.M. Kropp (2013), Crowning the Emperor an unorthodox image of Claudius, Agrippa I and Herod of Chalkis, Syria Archaelogy, Open Edition Journal" ]
https://www.thepatriots.asia/pe-rang-nuklear-hampir-berlaku-di-cuba/
Pεrang Nuklear Hampir Berlaku Di Cuba
[ "Dunia pernah digemparkan dengan peristiwa yang berlaku pada Oktober 1962 yang boleh dianggap hampir-hampir dapat mencetus p3-rang nuklear antara Amerika Syarikat, Soviet dan Cuba semasa P3-rang Dingin.", "Hal ini kerana Soviet telah membangunkan dan menempatkan peluru berpandu berkuasa Nuklear di Cuba. Kegusaran Amerika Syarikat semakin tinggi terhadap rancangan blok Komunis ini kerana faktor jarak dan lokasi antara negara Cuba dengan Amerika Syarikat hanya 144KM saja.", "turut didorong permusuhan Amerika Syarikat-Rusia sejak tamat p3-rang Dunia ke-2 pada tahun 1945 menghangatkan kembali perseteruan antara dua buah negara.", "Maka tak hairan kenapa Amerika Syarikat sangat ‘panik’ sehingga selama 13 hari juga politik dan ketenteraan antara negara terbabit berada dalam kancah konflik.", "Krisis ini berlaku semasa era Presiden John F. Kennedy(1917-1963) apabila A.S mengesan kehadiran peluru berpandu berkuasa nuklear itu di sebuah Pulau yang terletak di Cuba, dan bertindak membuat sekatan di laut bagi menghentikan kemasukan kapal-kapal Soviet yang membawa lebih banyak bekalan ket3nteraan.", "Kehadiran peluru berpandu berkuasa nuklear berpotensi mengancam keselamatan negara, justeru ramai orang bimbang dunia berada di ambang p3rang nuklear.", "Kebimbangan Cuba terhadap ancaman menjadi kenyataan apabila sekumpulan pemberontak yang dilatih oleh CIA mendarat di Pigs Bay/Teluk Babi. Namun s3rangan itu berjaya ditumpaskan oleh angkatan bers3njata Cuba.", "Walau bagaimanapun, krisis sudah dapat dielakkan ketika A.S bersetuju dengan tawaran pemimpin Soviet, Nikita Khrushchev (1894-1971) untuk mengalih keluar peluru berpandu dari Cuba. sebagai ganti  Amerika Syarikat turut berjanji untuk tidak meny3-rang Cuba. Kennedy juga secara senyap bersetuju untuk menarik keluar peluru berpandu A.S dari Turki", "Nikita Khrushchev – Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet", "Amerika Syarikat Mengesan Peluru Berpandu Di Cuba", "Setelah pemberontak Kiri Sosialis-Marxism berjaya menggulingkan diktator dan merebut kekuasaan di negara kepulauan Caribbean itu, pada tahun 1959  pemimpin revolusi kiri, Fidel Castro (1926-2016) menjalinkan hubungan dengan Soviet Union.", "Di bawah pimpinan Fidel Castro, Cuba secara ekonomi dan ket3n-teraan bergantung pada bantuan Soviet. Selama ini, A.S. dan Soviet dan sekutu masing-masing terlibat dalam P3-rang Dingin (1945-91).", "Tambahan pula, dua buah negara yang selama ini masih berada dalam zon ‘konfrontasi’ menyaksikan selepas Amerika Syarikat melakukan penerbangan pengintipan, kapal terbang U-2 diterbangkan oleh Mejar Richard Heyser sehingga melewati kawasan Cuba pada tanggal 14 Oktober 1962.", "Lanjutan daripada itu A.S mendapati bahawa peluru berpandu balistik jarak jauh SS-4 Soviet/R-12 Dvina sedang dibangunkan di pulau tersebut.", "Ancaman Baru kepada A.S.", "Kegelisahan Amerika Syarikat terhadap rancangan Kesatuan Soviet itu mendesak tindakan mereka oleh  kerana peluru berpandu yang dipasang begitu dekat dengan daratan A.S. –  cuma 90 batu/144km dari Selatan Florida.", "Dari titik pelancaran itu, mereka mampu mencapai sasaran jika dibenarkan beroperasi. peluru berpandu secara asasnya akan mengubah corak persaingan nuklear antara AS dan Kesatuan Soviet, di mana ia telah pun didominasi oleh A.S.", "Lantaran itu Nikita Khrushchev mempertaruhkan niat sebenar untuk menghantar peluru berpandu nuklear ke Cuba dengan tujuan untuk meningkatkan kemampuan serangan nuklear negaranya.", "Dalam keadaan genting ini Soviet telah lama berasa tidak senang dengan ancaman dari Amerika Syarikat yang mensasarkan senjata nuklear kepada mereka melalui sekutu Amerika di Eropah Barat dan Turki.", "Faktor utama lain dalam skim peluru berpandu Soviet ialah hubungan permusuhan antara A.S. dan Cuba kerana Amerika gusar terhadap penerimaan fahaman Komunis oleh mana-mana negara.", "Castro dan Khrushchev melihat peluru berpandu itu sebagai kaedah untuk mencegah pencerobohan A.S.", "Boleh juga dikatakan bahawa Krisis Peluru Berpandu Cuba ini setaraf dengan Pengepungan Berlin sebagai salah satu konfrontansi besar semasa p3-rang Dingin.", " Krisis Tamat", "Secara rasmi, pentadbiran Kennedy memutuskan untuk menerima syarat-syarat mesej pertama dan mengabaikan surat Khrushchev kedua sepenuhnya(peluru berpandu di Turki). Namun  pegawai Amerika juga bersetuju untuk menarik peluru berpandu negara mereka dari Turki. Peguam Negara A.S. Robert Kennedy (1925-68) secara peribadi menyampaikan pesanan itu kepada duta besar Soviet di Washington, dan pada 28 Oktober, krisis tersebut akan berakhir." ]
https://www.thepatriots.asia/perbahasan-asal-usul-empayar-melayu-terhebat-sejarah-srivijaya/
Perbahasan Asal Usul Empayar Melayu Terhebat Sejarah – Srivijaya
[ "Srivijaya merupakan sebuah Empayar Talassokrasi terbesar yang pernah wujud di alam Melayu. Empayar ini wujud sebagai hegemoni kuasa yang mempunyai seorang maharaja dengan konsep devaraja di antara negara-negara Kedatuan Srivijaya.", "Srivijaya wujud selama lebih kurang 600 tahun, sejak permulaan Empayar ini menghantar ufti ke Negara Cina sekitar Tahun 670 M sehinggalah kemundurannya sekitar tahun 1380-an M, setelah Kerajaan China menukar polisi perdagangannya daripada berpusat kepada satu entiti, kepada perdagangan terus dengan negara-negara lain.", "Srivijaya telah dilupakan terus dari kamus kerajaan-kerajaan dalam tamadun Melayu, sebelum ditemukan kembali oleh George Coedes pada Tahun 1918. Seorang maharaja Melayu Srivijaya pernah mengutuskan surat kepada Maharaja Sung pada Tahun 1017 dengan menggelarkan dirinya sebagai “Maharaja Kawasan Kelautan.”", "Coedes mengemukakan teori mula asal Srivijaya ialah di Palembang, Tenggara Pulau Sumatra. Pada Tahun 1913, Prof. Kern menerbitkan Piagam Kota Kapur dan menganggap Srivijaya pada piaga tersebut ialah nama seorang raja.", "Namun begitu, Takakusu yang menterjemahkan karya I-Ching iaitu Nan-hai-chi-kuei-nai fa-ch’uan (Rekod Agama Buddha yang dipraktikkan di India dan Kepulauan Melayu) menyebutkan Srivijaya (Shih-lih-fo-shih) atau Sribhoga menunjukkan Srivijaya ialah nama sebuah kerajaan, bukan seorang maharaja.", "Coedes meneruskan pencariannnya dan beliau mencuba menetapkan ibukota Srivijaya di Palembang melalui penulisan Groeneveldt (1876) yang menyatakan bahawa San-fo-ts’i ialah Palembang. Beal (1886) pula menetapkan bahawa Negara Shih-lih-fo-shih terletak di pinggir Sungai Musi berhampiran Kota Palembang.", "Penemuan Coedes di atas nama Srivijaya itu menarik perhatian ramai sarjana-sarjana Sejarah terutamanya Sarjana Sejarah dari Belanda yang sebelum ini lebih menumpukan pencarian mereka terhadap sejarah di Pulau Jawa.", "Setahun selepas penemuan Coedes, iaitu pada Tahun 1919, Prof. Krom yang dilantik menjadi Dekan di Universiti Leiden menegaskan bahawa Sejarah Jawa juga termasuk di dalam sejarah Raja-raja Sumatra (Srivijaya). Beliau berhujah berdasarkan dapatannya terhadap Prasasti Gandasuli (Tahun 832) di Jawa Tengah.", "Sepanjang masa itu, selama 10 tahun, para sarjana sejarah mengikuti sahaja teori Coedes tersebut tanpa sebarang bantahan. Namun begitu, pada Tahun 1929, teori Coedes mula mendapat bantahan daripada Stutterheim yang membantah dengan mengatakan bahawa Srivijaya yang menjadi negara bawahan Jawa, bukan sebaliknya (Srivijaya adalah negara yang mendominasi Pulau Jawa mengikut dapatan Coedes dan Krom).", "Krom mengkritik pendapat Stutterheim dan dalam buku Hindoe-Javaansche, Krom menegaskan dapatannya pada Tahun 1913 lebih tepat dan autentik berbanding dapatan Stutterheim.", "Pada Tahun 1930, George Coedes menerbitkan karya terbaharu berkaitan dengan Srivijaya iaitu Les Inscriptions Malaises de Crivijaya yang mengkompilasikan semua prasasti-prasasti Srivijaya berbahasa Melayu seperti Prasasti Kedukan Bukit (683), Talang Tuwo (684), Kota Kapur dan Karang Brahi (686).", "Namun begitu, Pada Tahun 1933, Dekan Sejarah India iaitu R.C. Majumdar merasa ragu dengan dapatan ibukota Srivijaya bermula di Palembang. Beliau mengemukakan teori bahawa Ibukota Srivijaya ialah di Semenanjung Tanah Melayu semasa kunjungan I-Ching.", "Selain itu, terdapat penemuan cincin emas pada Tahun 1932 di Tanjung Rawa, Selinsing, Perak yang bercacahkan nama Cri Visnuvarmasya, yang menjadi pertikaian antara sarjana sama ada nama itu ialah nama Raja Srivijaya (seperti yang ditemui dalam prasasti Ligor) ataupun nama seorang pedagang sahaja. Cincin itu diperkirakan wujud pada kurun ke-5 hingga kurun ke-7M dan kewujudannya menjelaskan lagi teori Srivijaya bermula di Semenanjung Tanah Melayu.", "Prof. Nilakanta Sastri pula meragui nama di cincin emas Selinsing itu sebagai nama yang sama dengan Raja Visnuvarman pada Prasasti Ligor. Beliau mendakwa tulisan pada cincin itu mirip dengan tulisan di India Tengah dan mendakwa Sri Visnuvarmasya ialah seorang pedagang dari sana.", "Dr. Ch. Chhabra pula menulis pada Tahun 1935 dengan membuat hipotesis cincin emas Selinsing itu mempunyai corak tulisan pada kurun ke-8M dan nama Visnuwarmasya pada cincin itu sama seperti nama Visnuwarman di prasasti Ligor B. Justeru itu, Dr. Ch. Chhabra menganggap bahawa prasasti Ligor A dan Ligor B adalah satu prasasti sahaja, tetapi telah hilang penulisannya (akibat luluhawa atau faktor cuaca).", "Ir. L. Moens dalam karyanya, Crivijaya, Yava en Kataha yang ditulis pada Tahun 1937 mengkritik teruk dapatan Prof. Coedes pada Tahun 1918 dan menjelaskan bahawa faktor geografi yang ditulis oleh I-ching dan penulis-penulis Arab menjadikan ibukota Srivijaya mustahil di Palembang, malahan beliau beranggapan bahawa Srivijaya bermula di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu, kemudian berpindah ke Sumatra Tengah, iaitu di Muara Takus.", "Kronik Song menjelaskan bahawa perjalanan selama 4 hari dari Cho-p’o untuk sampai ke Laut, dan belayar selama 15 hari ke arah Barat Laut , seseorang itu akan sampai ke Po-ni, dan 15 hari lagi selepas itu, seseorang akan sampai ke San-fot-si. Moens menegaskan bahawa khabar dari Song ini menjelaskan teori Srivijaya ialah di Pantai Timur Semenanjung.", "Selain itu, Abu Zaid pula mengatakan bahawa Ibukota Yawaka menghadap ke arah Negara China. Yawaka atau Zabaq ialah San-fot-si menurut Moens, dan beliau menegaskan San-fot-si ialah Kadaram, yang berbeza daripada Palembang. Setelah San-fot-si mengalahkan Palembang, mereka mengubah kedudukan ibukota mereka ke Muara Takus.", "Alasan Moens ialah berikutan rekod daripada I-ching iaitu;", "1) Bayang-bayang jam matahari (diwelacakra) tidak menjadi panjang atau pendek pada pertengahan bulan lapan. Jika berdiri pada waktu tengahari, tiada bayang-bayang yang muncul kerana matahari berada tepat pada garis khatulistiwa (Garisan 0 darjah). Kedudukan ini sangat sesuai dengan geografi di Muara Takus.", "2) Rekod Chia Tan yang mengatakan sebelah Utara Cih-cih (Selat Melaka), terletaknya Kerajaan Lo-yueh dan di Selatannya terletak Kerajaan Shih-li-fo-shih. Moens beranggapan ia sangat sesuai dengan kedudukan Muara Takus.", "3. Ibn Said dan Abdul Fida mengatakan bahawa ibukota Sribuza terletak di muara sungai. Moens mengatakan bahawa muara sungai itu ialah Muara Sungai Kampar yang terletak lebih ke arah barat berbanding muara sungai moden.", "Moens juga berhujah dengan kisah rakyat tentang kewujudan Raja Bicau yang namanya adalah gubahan daripada perkataan Srivijaya dan dongeng berkaitan dengan wujudnya Datu Sriwijaya di Kotabaru. Peninggalan kerajaan Srivijaya berupa candi-candi, artifak-artifak dan ekofak masih wujud di Sungai Kampar Kanan dan Batang Mahat.", "Prof. R.C. Majumdar juga meragui dapatan Coedes dengan mengatakan bahawa Srivijaya yang berkembang di Sumatra pada kurun ke-8M memperluaskan kekuasaannya ke Ligor. Namun, Srivijaya dikalahkan oleh Kerajaan Jawaka (San-fot-si), dengan San-fot-si ialah Ligor, sebuah kerajaan yang dikuasai oleh Rajakula Sailendra dari India.", "Pendapat Prof. Majumdar ini pula dipertikaikan oleh Prof. Nilakanta Sastri dengan asal-usul Rajakula Sailendra yang tidak dapat dipastikan di manakah asal-usul mereka.", "Dr Quaritch Wales pada Tahun 1935 mengkritik dapatan Coedes dalam makalahnya, Indian Art and Letters vol. IX no.1 dan menegaskan bahawa ibukota Srivijaya ialah di Chaiya, Pantai Timur Selatan Thailand iaitu di Utara Semenanjung Tanah Melayu. Keadaan ini berikutan daripada penemuan Prasasti Ligor A dan Ligor B yang jelas menerangkan berkenaan dengan nama raja Srivijaya.", "Dr. Quaritch Wales menegaskan bahawa Chaiya adalah ibukota Srivijaya dengan penemuan arkeologi yang lebih banyak daripada Palembang dan terdapat Bukit yang bernama Sivicai, yang mirip dengan nama Srivijaya.", "Coedes membalas kritikan tersebut dalam jurnal MBRAS Vol. XIV part III. Coedes menggunakan sumber Dinasti Song yang mengatakan bahawa San-fot-si terletak di Palembang. Chao-ju-kua turut mengatakan bahawa San-fot-si terletak di pinggir laut besar dan menguasai perdagangan dari China ke Barat dan sebaliknya.", "Dato’ Sir Roland Braddel pula menegaskan kepentingan Funan dalam kajian berkaitan Srivijaya. Roland Braddel menulis berkaitan dengan menempatkan kedudukan sebenar kota-kota yang disebut dalam kronik-kronik Cina seperti Shih-lih-fo-shih, Mo-lo-yu dan Ho-ling. Beliau menempatkan Yavadvipa, Iabadou, Tou-po, Tchou-po, Ye-po-ti di Pantai Barat Borneo, iaitu di Sabah.", "Po-li disamakan dengan Brunei, Langkasuka pula diletakkan di Patani. Kedah pula disebut sebagai Chieh-cha, Kia-Tcha, Ko-lo, Ki-To dan Chi-ta. Ho-lo-tan diletakkan di Patani dan Tan-ma-ling disamakan dengan Tambralingga di Tembeling, Pahang. Beliau turut meletakkan Shih-lih-fo-shih di Palembang, Moloyu di Jambi dan Ho-ling di Pantai Barat Kalimantan.", "Pendek kata, daripada kajian Coedes pada Tahun 1918 dan Wales pada Tahun 1935 (serta pendapat Moens pada Tahun 1937), terdapat dua pendapat berkenaan dengan asal-usul Srivijaya. Satu di Palembang dan satu lagi di Chaiya atau Ligor.", "Perdebatan berkenaan dengan asal-usul Srivijaya ini diteruskan selepas P3rang Dunia Kedua tamat pada Tahun 1945 dengan kritikan Prof. Nilakanta Santri terhadap penemuan Prof. Krom yang menyamakan Minanga Tanvan (dalam prasasti Kedukan Bukit) dengan Malayu. Hubungan Srivijaya-Sailendra turut dipertikaikannnya dan bagaimana sejarawan sebelumnya mengaitkan Balaputradewa sebagai Raja Srivijaya turut menjadi pertikaiannya kerana kekurangan bukti.", "Pandangan Sarjana Kontemporari Berkaitan dengan Asal-Usul Srivijaya", "Secara umumnya, sarjana masa kini mengikuti teori Coedes dengan menetapkan Palembang merupakan ibukota dan mula asal Srivijaya.", "Namun begitu, terdapat beberapa sarjana yang mempertikaikan dapatan Coedes atas faktor rekod-rekod China yang tidak konsisten dan keadaan Palembang yang tidak menjadi kawasan yang strategi dalam trafik lautan dari China ke Barat.", "Bahkan, kajian lanjut mendapati Funan merupakan watak penting sebelum wujudnya Srivijaya dengan perkembangan kerajaan-kerajaan di Segenting Kra dan wujudnya laluan Trans-Semenanjung di sana sebelum Selat Melaka menjadi popular.", "Kajian lanjut tentang arkeologi di Ban don Tha Phet, Songhkla, Takuapa dan pelbagai tempat lain mendapati wujudnya kawasan yang menjadi laluan di zaman purba melalui sungai-sungai dan ditarik dengan gajah.", "Pengkaji Thailand seperti Chand Chirayu Rajani yang mengambil dapatan kajian daripada Sri Lanka yang dikemukakan oleh S. Paranavitana berkenaan dengan Srivijaya. Beliau turut melokalisasikan Srivijaya di Chaiya.", "Selain itu. pengkaji lain seperti Prajit P. Prasad menempatkan ibukota Srivijaya di Songkhla, atau lebih tepat lagi di Satingpra.", "Selain itu, Dr. Suzuki Takashi juga menulis dalam karyanya berkaitan dengan Srivijaya dengan menempatkan Srivijaya di Chaiya, berdasarkan dapatan kajiannya dalam nama-nama kota yang disalahtafsirkan. Nama kota seperti Ho-lo-tan sebenarnya ialah Kha-la-tan dan Ho-ling sebagai Kha-ling.", "Pandangan Penulis", "Penulis secara umumnya bersetuju dengan dapatan kajian yang dikemukakan oleh Quaritch Wales. Namun, penulis lebih cenderung untuk bersetuju dengan pandangan Dr. Suzuki yang menegaskan I-Ching tidak pernah mengunjungi Pulau Sumatra dalam perjalanannya. Beliau menempatkan Mo-lo-yu di Selatan Semenanjung iaitu di Kepulauan Riau-Lingga atau Bintan.", "Penulis juga cenderung untuk membuat anggapan bahawa Satingpra ialah lokasi yang lebih tepat untuk menggambarkan Kota Fo-she dengan wujudnya tasik yang sangat besar di sana. Ia bertepatan dengan Sejarah Melayu yang mengatakan bahawa Raja Suran membuka Kota yang bernama Bija Negara, yang terdapat tasik yang sangat besar dan bergunung-ganang.", "Perdebatan ini masih berterusan hingga ke hari ini. Apa pendapat kalian dalam hal ini?", "RUJUKAN:", "Slamet Mulyana (2006), Sriwijaya, Yogyakarta, Pertjetakan Arnoldus Ende-Flores.", "George Coedes (1964), Asia Tenggara Masa Hindu-Buddha (diterjemahkan ke Bahasa Indonesia oleh Winarsih Partaningrat Ariffin, Jakarta, Kepustakaan Populer Gramedia.", "D.G.E. Hall (1955), A History of South-east Asia, London, The Macmillan Press Ltd.", "Takashi Suzuki (2019), The History of Srivijaya, Angkor and Champa, Tokyo, Mekong Publishing Co., Ltd.", "Prajit P. Prasad (2017), Srivijaya Empire, The Centre was in Songkhla, Thailand, dilayari daripada http://srivijaya2017.blogspot.com pada 10 Mac 2020." ]
https://www.thepatriots.asia/status-wanita-di-arab-saudi-hari-ini/
Status Wanita Di Arab Saudi Hari Ini
[ "Tangan yang menghayunkan buaian boleh menggoncangkan dunia. Dalam lebaran sejarah wanita memainkan peranan yang begitu dahsyat sehingga boleh menaikkan sebuah empayar dan ilham.", "Siti Khadijah membantu Nabi Muhammad (SAW) sebarkan Islam.", "Anna Dalassene berganding bahu bersama Alexius I Comnenus untuk mempertahankan imperialisme Byzantium.", "Peranan seberapa kecil mahupun besar Tunku Azizah Aminah pun turut memberikan sedikit sebanyak pengaruh sosial kepada Sultan Abdullah.", "Itu kalau berdasarkan konsep makro. Peranan wanita di dunia ini sebenarnya jauh lebih besar.", "Ibu-ibu di rumah pun golongan yang hebat juga. Bayangkanlah dalam masa 100 tahun, nama mereka mungkin sudah dilupakan.", "Tetapi itu tidak langsung jadi penghalang untuk berk0rb4n demi keluarga.", "Arab Saudi mempunyai populasi 33 juta. Dianggarkan 42.45% daripada mereka ialah wanita, golongan yang menghadapi status berlainan berbanding lelaki. Selama 40 tahun institusi Saudi merencanakan mitos-mitos bahawa:", "1. Otak wanita tidak mampu memproses maklumat rumit.\n2. Amat memalukan bagi seorang perempuan untuk bersembang dengan lelaki di tempat umum.\n3. Memandu boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan fizikal bagi janin.", "Mitos-mitos ini bukanlah propaganda Barat terhadap Saudi. Realitinya memang berlaku.", "Sheikh Salih al-Luhaidan ialah seorang agamawan yang pernah menyatakan bahawa pemanduan kereta boleh menyebabkan kerosakan kepada ovary dan pelvis seorang perempuan (Jamjoom, 2013).", "Jadi kerosakan ini menyumbangkan masalah fizikal bagi janin.", "Seperti yang boleh dibayangkan, Salih dibahan habis-habisan di media sosial dengan tanda pagar #WomensDrivingAffectsOvariesAndPelvises.", "Dan Salih bukannya satu-satunya agamawan yang begitu rakus menghina. Saad al-Hijri berpendapat bahawa wanita tidak berhak memandu kerana mempunyai otak yang sentiasa mengecut.", "Punca pengecutan otak bagi Saad pun lucu juga. Katanya wanita cukup suka membeli-belah, maka otak pun mengecil dan mengecut (Khomami, 2017). Saad bukanlah seorang agamawan calang-calangan.", "Beliau mengetuai barisan fatwa di wilayah Assir. Salih al-Luhaidan pula pernah menjadi Presiden bagi Majlis Kehakiman Negara.", "Maka jika orang-orang atasan sebegini melontarkan pendapat berbisa dan tidak tepat, struktur dibawah mereka pun boleh dirungkaikan juga.", "Namun Arab Saudi dibawah Raja Salman as-Saud dan Putera Muhammad bin Salman walaupun bergelumangan dengan kontroversi semakin membvru keterbukaan.", "Pucuk kepimpinan yang mewarisi kerajaan pasca-Abdullah melancarkan beberapa program untuk mengharumkan nama Saudi di mata dunia.", "Melalui Visi Saudi 2030, World Wrestling Entertainment telah mengadakan lima pay-per-view serta house show yang terlalu banyak untuk dikira.", "Putera Muhammad juga telah membenarkan kaum wanita memandu (Specia, 2019). Keputusan ini mempunyai kesan yang sangat besar. Wanita sudah tidak lagi perlu mengupah pemandu semata-mata bagi tujuan pengangkutan.", "Duit yang lebih boleh digunakan untuk perbelanjaan lain. Membenarkan wanita memandu juga boleh membangunkan sebuah negara, kerana pengangkutan ialah asas kepada segala kejayaan.", "Tetapi wanita masih lagi terikat dengan undang-undang guardianship bahawasanya mereka perlu izin keluarga lelaki untuk urusan harian (Coker, 2018).", "Permohonan pendidikan dan pekerjaan antaranya memerlukan tandatangan waris lelaki bagi tujuan pengesahan kekeluargaan. Namun status wanita di Arab Saudi bukannya memerlukan keputusan perundangan semata-mata.", "Seperti masalah ekonomi di Mesir, pokoknya sudah bergoyang selama 40 tahun. Wanita sudah tidak lagi perlu berkurung di rumah. Bagi yang besar di Saudi, mungkin ia tidak menyusahkan kerana itulah acuan hidup.", "Tetapi keluarga-keluarga berpendapatan tengah dan tinggi telah menghantar anak-anak perempuan mereka belajar di luar negara. Maka bila kembali ke tanahair, ia ialah satu kejutan yang sangat mengganggu psikologi.", "Perubahan ini tidak pasti bertahan selama mana. Ataupun sejauh mana revolusi perubahan akan menguntungkan wanita – tetapi akhirnya dengan jelas Saudi bersedia untuk dipimpin secara abad ke-21.", "RUJUKAN:", "Coker, M. (2018, June 22). How guardianship laws still control Saudi women. New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2018/06/22/world/middleeast/saudi-women-guardianship.html?module=inline", "Jamjoom, M. (2013, September 30). Saudi cleric warns driving could damage women’s ovaries. CNN. Retrieved from https://edition.cnn.com/2013/09/29/world/meast/saudi-arabia-women-driving-cleric/index.html", "Khomami, N. (2017, September 23). Saudi cleric banned for saying women’s brains ‘a quarter the size’ of men’s. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/world/2017/sep/23/saudi-cleric-saad-al-hijri-banned-woman-driving-cars-quarter-brain", "Specia, M. (2019, June 24). Saudi Arabia granted women the right to drive. A year on, it’s still complicated. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2019/06/24/world/middleeast/saudi-driving-ban-anniversary.html" ]
https://www.thepatriots.asia/pembantaian-yang-mendedahkan-kebaculan-penjajah-belanda/
Pembantaian Yang Mendedahkan Kebaculan Penjajah Belanda
[ "Umum mengetahui bahawa rempah merupakan antara bahan asli yang begitu besar perananya dalam mempengaruhi perjalanan sejarah dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahan asli tersebut mempunyai kegunaan yang amat meluas, antaranya adalah untuk menyedapkan masakan, menyembuhkan penyakit serta bermacam lagi kegunaan lain. Sejak abad ke-17, Kepulauan Nusantara telah menjadi wilayah tumpuan oleh penjajah-penjajah barat bagi mendapatkan bahan ini.", "Hal ini menyebabkan, penjajah-penjajah barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris sanggup berkorban berbulan-bulan berlumba dengan berlayar meredah gelora lautan semata-mata ingin merebut bahan yang berharga lagi eksotik itu. Impaknya, perebutan bagi mendapatkan rempah ini telah mengakibatkan tercetusnya siri-siri perbalahan dan konflik sesama mereka.", "Catatan sejarah telah menukilkan bahawa juara kepada perlumbaan rempah ini tidak lain tidak bukan ialah Belanda (ada juga pendapat lain mengatakan Portugis dan Inggeris). Hal ini dibuktikan menerusi kejayaan mereka dalam mencengkam sebahagian besar Kepulauan Nusantara yang merupakan pengeluar terbesar rempah pada ketika itu.", "Seterusnya, antara peristiwa yang tercetus ekoran kerakusan kuasa-kuasa Eropah sewaktu berebut untuk menguasai perdagangan rempah adalah peristiwa pembantaian Amboyna. Amboyna merupakan sebutan dalam bahasa Inggeris lama yang merujuk kepada Pulau Ambon yang merupakan antara pulau yang membentuk gugusan pulau yang dikenali sebagai Kepulauan Maluku (Indonesia).", "Pembantaian Amboyna pula merupakan terma yang merujuk kepada sebuah peristiwa bersejarah yang berlaku pada tahun 1623 di Pulau Amboyna. Peristiwa ini secara ringkasnya merupakan tragedi penyeksaan dan pembunuhan sekitar 20 orang mangsa yang didalangi oleh Belanda. Antara 20 orang yang terbunuh itu termasuklah warga Inggeris, warga Jepun serta seorang Portugis. Tragedi pembantaian ini dipercayai tercetus ekoran paranoid Belanda ke atas Inggeris pada waktu itu.", "Latar Belakang", "Menurut catatan sejarah, Portugis merupakan penjajah Eropah yang pertama tiba di Pulau Amboyna iaitu pada tahun 1512, setahun selepas mereka menakluk Kota Melaka. Malangnya, Portugis gagal mengawal dan menguasai serta menegakkan kekuasaan mereka ke atas pulau tersebut. Lalu pada tahun 1605, Portugis kemudiaannya telah dihalau keluar oleh Belanda. Bermula saat itulah Belanda mula meletakkan Pulau Amboyna kemas dalam cengkamannya sehinggalah dirampas oleh Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.", "Tidak dapat dinafikan bahawa penjajah dan sifat ketamakan seolah-olah merupakan gabungan dua unsur yang tidak dapat dipisahkan. Hal ini juga terpakai ke atas Belanda, perkara ini tampak jelas berikutan usaha mereka yang sedaya upaya berbuat apa sahaja untuk mengekalkan monopoli Belanda dalam perdagangan rempah di Pulau Amboyna serta Kepulauan Nusantara pada waktu itu.", "Hal ini dapat dibuktikan apabila Belanda melarang penanaman pokok cengkih di semua pulau-pulau lain yang berada di bawah kekuasaan mereka. Menurut Belanda, hanya Pulau Amboyna sahaja yang boleh keluarkan cengkih, pulau lain tak boleh. Selain itu, Belanda juga melaksanakan dasar perhambaan ke atas penduduk pulau Amboyna sebagai salah satu langkah untuk memaksimukan hasil pengeluaran Belanda, sesiapa yang enggan tunduk dengan Belanda akan dihukum. Disamping itu, Belanda juga dikatakan tidak mahu berkompromi dengan mana-mana kuasa Eropah yang berhajat untuk menduduki pulau berkenaan.", "Walaubagaimanapun, usaha mereka untuk mengekalkan monopoli itu tadi sekan-akan tercabar dengan kehadiran orang Inggeris yang dilihat turut berminat untuk merompak kekayaan pulau itu. Sebelum ini, Inggeris pernah menyerang Belanda ketika di Pulau Jawa, namun serangan tersebut berjaya dipatahkan. Oleh yang demikian, jelaslah kehadiran Inggeris di Pulau Amboyna sedikit sebanyak telah melemahkan lutut Belanda.", "Pada awalnya, Inggeris dan Belanda bersetuju untuk mengelak daripada terjebak dalam sebarang konflik antara mereka. Persetujuan itu telah diterjemahkan melalui sebuah perjanjian yang dimeterai bersama pada tahun 1619. Di dalam perjanjian tersebut, terdapat isi yang menyebut bahawa Inggeris dan Belanda akan berkongsi hasil pengeluaran rempah di Pulau Amboyna dan pulau-pulau lain disekitarnya. Walaubagaimanapun, perjanjian tersebut dilihat seolah-olah gagal meredakan api ketegangan di antara dua kuasa Eropah ini malah mereka dikatakan saling mencurigai antara satu sama lain.", "Paranoid", "Pada Februari 1623, seorang pengawal berbangsa Jepun telah ditangkap di atas dakwaan menjalankan pengintipan di salah sebuah kubu pihak Belanda di Pulau Amboyna. Kisahnya dikatakan bermula apabila, pengawal itu bertanyakan kepada pihak Belanda berkenaan soal bagaimana pengawalan dilakukan di kubu tersebut dilaksanakan. Lantas tidak semena-mena dia ditahan akibat bertanyakan soalan itu tadi.", "Barangkali soalan itu diajukan kerana dia merupakan seorang pengawal di kubu itu, jadi dia berhak untuk mengambil tahu tentang tempat kerja dia. Namun, disebabkan paranoid yang sedang mengaburi Belanda pada waktu itu, mereka terus menangkap pengawal itu.", "Kemudian, pengawal itu disoal siasat dengan kaedah penyeksaan. Pihak Belanda dikatakan telah menyeksa pengawal berbangsa Jepun itu dengan mengikatnya pada bingkai pintu dengan posisi terbuka lalu dinyalakan lilin dibawah kedua-dua belah ketiaknya. Selain itu, Belanda juga menggunakan kaedah penyeksaan ‘waterboard’ sehingga melemaskan tahanan mereka itu.", "Akhirnya, selepas diseksa dengan kejam, barangkali pengawal itu sudah tidak bertahan, lalu dia pun buatlah satu pengakuan palsu seperti yang diharapkan oleh pihak Belanda. Pengakuan palsu itu mendedahkan kononnya pengawal berbangsa Jepun itu sedang berkomplot dengan beberapa pengawal Jepun yang lain bersama-sama dengan Inggeris ingin melancarkan sebuah rampasan kuasa bagi menggulingkan pentadbiran Belanda di Pulau Amboyat.", "Tidak lama selepas itu, pihak Belanda terus menahan beberapa orang Inggeris yang dipercayai turut terlibat dalam konspirasi rekaan Belanda itu. Orang-orang Inggeris yang ditahan itu dikatakan turut menerima seksaan yang serupa sepertimana pengawal berbangsa Jepun itu tadi. Adapun selepas selesai menyoal siasat, Pihak Belanda telah bertindak membebaskan sebahagian daripada mereka. Namun bagi yang masih ditahan, nasib yang amat buruk bakal menimpa mereka.", "Akhirnya pada Pada 9 Mac 1623 baki-baki tahanan yang tidak dibebaskan itu tadi telah didakwa bersalah kerana terlibat dalam konspirasi karut yang dicipta Belanda. Mereka terdiri daripada sepuluh warga Inggeris, Sembilan warga Jepun dan seorang daripada mereka ialah berbangsa portugis. Kesemua mereka telah dijatuhi hukuman pancung.", "Pada 1623, iaitu setelah setahun lebih kes ini berlalu, berita mengenai pembantaian ini telah sampai ke England. Hal ini susulan aduan yang dibuat oleh bekas tahanan yang dibebaskan tadi, mereka mendakwa bahawa Belanda menghukum orang-orang yang tidak bersalah. Belanda menghukum mereka dengan bersandarkan pengakuan palsu yang diperoleh hasil daripada seksaan yang dikenakan sewaktu menyoal siasat mereka.", "Bahkan kes-kes yang didakwa itu pun merupakan sekadar fantasi yang lahir daripada paranoid mereka terhadap Inggeris. Impaknya, Tragedi pembantaian ini kemudiannya dijadikan antara asbab kepada Inggeris untuk melancarkan perang ke atas Belanda antara 1652 sehingga 1654. Dalam peperangan ini, Inggeris seolah-olah dapat membalas kematian warganya dipancung di Amboyat puluhan tahun yang lalu dengan berjaya mengalahkan Belanda.", "Ada banyak buku-buku menarik yang menanti anda di https://shopee.com.my/thepatriotsasia", "RUJUKAN:", "Barrow, I. J. (2017). The East India Company, 1600/1858 A short history with documents. Hackett Publishing Company, Inc.", "Britannica, T. Editors of Encyclopaedia (2016, January 6). Amboina Massacre. Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/event/Amboina-Massacre", "By: Fakhry Harraz" ]
https://www.thepatriots.asia/kenapa-sultan-sultan-uthmaniyyah-mengahwini-wanita-asing/
Kenapa Sultan-Sultan Uthmaniyyah Mengahwini Wanita Asing?
[ "Jika anda sering menonton siri televisyen The Magnificient Century yang mengisahkan hubungan cinta dan politik Uthmaniyyah pada zaman Sultan Suleyman Qanuni dengan Hurrem Sultan, anda pasti percaya semua itu dibina atas dasar cinta kan? Hingga ada di kalangan kalian yang menggelar Sultan Suleyman sebagai raja yang tunduk kepada kaum wanita. (kerana zaman Kesultanan Wanita membina pengaruh pada zaman dia)", "Sebenarnya ia kurang tepat, benar, Sultan Suleyman terlalu memberi kelebihan kepada wanita hingga dia pernah dikatakan telah disihir oleh Hurrem, tetapi pada sudut yang lain, salah, kerana Sultan Suleyman mungkin satu-satunya Sultan yang memecahkan tradisi Uthmaniyyah dengan mengahwini seorang hamba wanita atau gundik. (Sultan tidak pernah menikahi seorang gundik, peranan gundik hanyalah untuk melahirkan pewaris takhta kepada Sultan).", "Tetapi konteks perkahwinan politik tidak semestinya hanya dikawal oleh institusi harem semata-mata, bahkan ia lebih luas daripada itu. Baiklah, sistem perkahwinan politik dikalangan pemerintah Uthmaniyyah boleh dipecahkan kepada tiga kaedah mengikut kesesuaian keperluan waktu itu:", "Semasa pembentukan Empayar Uthmaniyyah, pemerintah Uthmaniyyah, sama seperti pemerintah Eropah akan melaksanakan dasar kontrak perkahwinan ketika menjalin hubungan melalui perkahwinan politik dengan anak perempuan pemerintah Kristian.", "Isteri Sultan yang beragana Kristian tidak akan dipaksa memeluk Islam. Status mereka ditentukan dengan jelas oleh pengesahan perkahwinan yang ditandatangani oleh ibu bapa atau saudara lelaki bakal suami. Kontrak ini memberikan hak kepada wanita untuk mempertahankan agama mereka, hak mereka untuk menjaga rumah dan aset mereka, dan juga kelebihan pada kedudukan status yang tinggi.", "Pada mulanya, budaya perkahwinan sebegini dan hubungan keluarga yang berkaitan diamalkan dengan sangat serius, seseorang tidak boleh menganggapnya hanya sekadar satu manifestasi penghinaan, kerana kedua-dua pihak dinasti atau keluarga yang terlibat biasanya akan memperoleh keuntungan politik bersama, bahkan para hamba wanita yang melahirkan zuriat untuk Sultan juga diberi keistimewaan tertinggi di harem.", "Seiring dengan perubahan zaman, dengan meningkatnya ketidakseimbangan dalam kemampuan ketenteraan Empayar Uthmaniyyah dan negara-negara Kristian di Balkan, mereka menjadi sebahagian dari tekanan politik. Namun, ini tidak bermaksud mereka akan meninggalkan prinsip-prinsip kontrak perkahwinan politik.", "Keruntuhan Empayar Byzantium pada 1453 dan negara-negara Balkan menyebabkan mereka menarik diri dari polisi kontrak perkahwinan politik antara Sultan dengan wanita Kristian, dan kemudian, pengunduran diri sepenuhnya dari pengesahan perkawinan. Selepas penakl*kan Balkan dan Asia Kecil, Uthmaniyyah seolah-olah telah kehilangan arah tuju mereka.", "PERKAHWINAN MENGIKUT KESESUAIAN SEMASA", "Budaya perkahwinan politik dikalangan empayar monarki silam di mana seorang raja atau putera akan mengahwini puteri-puteri kerajaan asing kebanyakannya sinonim dengan pada awal penubuhan Empayar Uthmaniyah.", "Perkahwinan diraja pula biasanya diatur melalui rundingan diplomatik, elemen-elemen cinta atau agama tidak banyak memberi perbezaan. Uthmaniyyah hanya memperluaskan dan memperkuatkan pengaruh kuasa mereka melalui apa yang disebut perkahwinan sekutu politik.", "Raja Akbar Agung, maharaja Empayar Mughal di India telah menikahi wanita Hindu, Muslim, dan Kristian, dia bahkan membina rumah-rumah ibadat mengikut kesesuaian dan kepercayaan isteri masing-masing di kota yang baru dibinanya, Fatehpur Sikri.", "Uthmaniyyah menggunakan perkahwinan sebegini sebagai alat politik dalam mengukuhkan pengaruh kekuasaan mereka melalui jalinan hubungan politik dengan kerajaan serantau.", "Ikatan perkahwinan politik sebegitu bermula pada tahun-tahun terawal ketika Uthmaniyyah (sebelum menjadi Kesultanan) baru ditubuhkan sehingga pasca Zaman Pertengahan.", "Sementara itu, berdasarkan hikayat-hikayat dari cerita rakyat Uthmaniyyah menyatakan bahawa pengasas Uthmaniyyah, Osman Bey mendapat anak lelaki yang mewarisi takhtanya kemudian, iaitu Orhan Bey, dikatakan Osman dikurniakan cahaya mata melalui perkahwinannya dengan anak perempuan mentornya sendiri iaitu Sheikh Edebali.", "Dokumen ikatan amanah yang bertarikh pada 1324 menunjukkan bahawa ibu Orhan adalah Mal Hatun, anak perempuan kepada Omer Beg. Gelaran “Beg”  menunjukkan bahawa Omer adalah seorang bangsawan atau mungkin seorang gabenor, dan Osman telah menikahi Mal mungkin demi mengukuhkan hubungan sebagai kerajaan yang bersekutu dengan Omer Beg.", "Perkahwinan politik dengan ahli keluarga bangsawan atau raja-raja Kristian Eropah bermula semasa pemerintahan Orhan Bey. Pada tahun 1346, Orhan mengahwini Theodora, puteri kepada John Kantakouzenos.", "Perkahwinan itu mengesahkan hubungan sebagai sekutu yang dibentuk antara John dengan Uthmaniyyah demi usaha menentang pesaingnya, permaisuri-bupati Anna of Savoy.", "KEDAULATAN DITENTUKAN MELALUI PERKAHWINAN", "Ketika Uthmaniyyah sedang berkembang sebagai sebuah kerajaan yang semakin kuat, perkahwinan dengan puteri diraja asing menjadi satu kaedah untuk mengesahkan pengiktirafan kerajaan asing terhadap kedaulatan kuasa Uthmaniyyah.", "Ini penting, kerana para pengasas terawal Empayar Uthmaniyyah sendiri, kebanyakannya terdiri dari orang-orang bawahan dan para pembesar baik di Eropah maupun di Anatolia. Pada waktu itu, tiada sebarang jaminan sah bahawa kedudukan mereka tidak diancam oleh kuasa-kuasa besar yang lain.", "Perkara ini berlaku terutamanya pada akhir abad ke-14 dan awal abad ke-15. Untuk mengesahkan pengiktirafan Bulgaria terhadap Uthmaniyyah pada tahun 1371, Murad I mengahwini adik perempuan Tsar Ivan Shishman, Thamar.", "Dia juga menikahkan puteranya iaitu Bayezid, dengan anak perempuan seorang Bey dari Beylik Germiyanid, sehingga sebahagian besar tanah milik Beylik Germiyanid berada di bawah kawalan sepenuhnya pemerintah Uthmaniyyah.", "Perkahwinan politik kemudiannya akan menjadi sebahagian daripada dasar Uthmaniyyah terhadap Serbia. Selepas Pertemp*ran Kosovo pada tahun 1389, Putera Serbia Moravia yang baru, Stefan Lazarevic, bersetuju untuk menjadi vassal kepada Sultan Bayezid I.", "Sebahagian daripada terma perjanjian itu adalah adik perempuan Stefan, Olivera, akan mengahwini Bayezid.  Kemudian, Sultan Murad II akan menikahi puteri George Brankovic untuk mengesahkan penakl*kannya terhadap Serbia.", "Stefan telah menunaikan janjinya dengan membantu Sultan Bayezid I menentang Empayar Mongol Timurid namun Uthmaniyyah kalah teruk dalam Per*ng Ankara yang menandakan bermulanya zaman Interregnum.", "RISIKO MENGAHWINI AHLI KERABAT DINASTI", "Uthmaniyyah hanya boleh menggunakan perkahwinan politik sebagai alat penakl*kan ketika berada dalam posisi berkuasa. Ketika mereka lemah, sekali lagi mereka terpaksa menjalin hubungan diplomatik dan bersekutu.", "Semasa tempoh Interregnum (Per*ng Saudara Uthmaniyyah 1402–1413), di mana empayar itu jatuh ke dalam konflik per*ng saudara antara putera-putera Bayezid, para putera yang saling bersaing ini digelar sebagai Çelebi.", "Para Çelebi masing-masing akan mengahwini puteri-puteri kerajaan asing bukanlah demi untuk mendapatkan pengiktirafan kedaulatan kerajaan asing terhadap empayar Uthmaniyyah, tetapi ia digunakan untuk menjalin hubungan sebagai sekutu supaya mereka boleh membantu dalam kempennya untuk menghapuskan adik beradik kandungnya sendiri.", "Dinasti Osman mula menghentikan budaya berkahwin dengan puteri kerajaan asing pada pertengahan abad ke-15, ketika itu empayar sudah mula berpusat. Oleh kerana Sultan sudah tidak terlalu bergantung pada kerajaan-kerajaan naungannya, maka adalah sedikit keperluan untuk mengamalkan perkahwinan sesama dinasti.", "Ikatan perkahwinan politik Uthmaniyyah yang terakhir adalah perkahwinan di antara putera-gabenor Bayezid (kemudian menjadi Sultan Bayezid II dengan puteri Dulkadirid, Ayshe Hatun.", "Idea bahawa kebanyakan perkahwinan ini dilakukan dengan puteri Kristian sahaja tidak semuanya benar seperti yang kita jangka dan lihat. Uthmaniyyah juga pernah membentuk perkahwinan dinasti dengan mempertimbangkan kepentingan politik kontemporari.", "Oleh kerana mereka berurusan dengan pentadbir dari beylik-beylik Anatolia, maka  perkahwinan sebegini adalah diantara lelaki Islam dan wanita Islam sahaja.", "Namun, seiring dengan peredaran zaman, sultan-sultan Uthmaniyyah tidak akan membiarkan seseorang membina pengaruh sendiri dengan menjadi bapa mertua kepada Sultan, jadi mereka lebih rela tidak menikahi wanita-wanita dari anggota kerabat diraja sendiri tetapi mereka melahirkan pewaris takhta dengan menggauli hamba wanita yang menjadi gundik di harem.", "HAMBA YANG MENJADI GUNDIK", "Semua gundik-gundik Sultan datang dari golongan hamba wanita (jariyah) yang berasal dari tanah asing dan beragama Kristian. Seorang gundik tidak sama dengan seorang isteri, lebih-lebih lagi dalam budaya Islamik masyarakat Uthmaniyyah.", "Menurut Undang-undang terakhir Dinasti yang diluluskan pada tahun 1920, “mereka (gundik dan wanita asing yang menikahi Sultan) tidak diterima sebagai anggota dinasti tetapi sebagai anggota kedaulatan-dinasti.”", "Boleh dikatakan, para Sultan Uthmaniyyah hampir tidak pernah berkahwin dengan semua gundik yang digauli mereka;  malahan, apabila Sultan Suleyman bernikah dengan hamba wanita berdar*h Ruthenian yang bernama Hurrem, ia telah mengejutkan orang-orang Istanbul dan orang asing.", "Ini bermakna, kita hanya boleh berbicara mengenai Sultan memilih isteri dari negara asing pada sebelum abad ke-16 sahaja. Dan kita perlu tahu bahawa peranan seorang isteri tidak akan sama seperti gundik kerana melahirkan zuriat dan memberikan pewaris takhta kepada Sultan tidak lagi menjadi tujuan utama untuk seorang isteri atau Sultanah. Namun ia tidak sebegitu rupa pada awal kebangkitan Uthmaniyyah.", "Theodora melahirkan anak lelaki untuk Orhan iaitu Halil manakala Ayshe Hatun melahirkan anak lelaki yang menjadi calon Sultan, Selim I, kebanyakan perkahwinan ini bebas dari sebarang penyakit-penyakit keturunan.", "Tujuan asal pemerintah Uthmaniyyah menikahi puteri asing adalah untuk mengukuhkan hubungan dengan sekutu atau mengesahkan kedaulatan mereka, bukan untuk melahirkan pewaris Sultan, semua itu hanya berubah selepas era Interregnum.", "Bermula dari zaman Sultan Mehmet Fatih, setelah Penakl*kan Konstantinopel, kerajaan menjadi lebih kuat dan stabil, maka kuasa dan pengaruh mereka perlu dipastikan tidak dirampas oleh ahli kerabat diraja yang lain. Maka dengan itu, dinasti Uthmaniyyah mula ‘menikahi’ para hamba wanita.", "Dalam tradisi klasik Uthmaniyyah, seorang Sultan tidak memilih isteri mereka sendiri, mereka mengahwini hamba wanita yang telah dipilih oleh ibu mereka (Valide Sultan) dan yang telah datang dan membesar di istana sejak dari kanak-kanak lagi.", "Ia konsep yang sama seperti Sekolah Enderun di mana para negarawan dan pejuang Janissari terkemuka dibesarkan, institusi harem di istana berperanan membesarkan kaum wanita berpendidikan yang berasal dari golongan hamba untuk pelbagai tujuan.", "Dan hanya satu saja tujuan yang sesuai, iaitu untuk melahirkan bakal pewaris takhta Sultan pada masa hadapan. Tidakkah ini namanya satu percaturan politik? Satu lagi fakta perlu diperhatikan dalam siri televisyen Turki yang mengisahkan mengenai hubungan Sultan Suleyman dan Hurrem Sultan itu, ia banyak kesalahan maklumat dan penyampaian sejarahnya tidak tepat berdasarkan fakta tertentu.", "Kerana Hurrem Sultan sebenarnya telah tiba di istana ketika dia berusia lebih muda iaitu sekitar lapan tahun. Dan dia telah dipilih oleh ibu Suleyman, bukan dipilih oleh Suleyman sendiri atas dasar jatuh cinta. Dan dia dari awal lagi telah dibesarkan sebagai seorang muslim, dia ibarat seorang ‘askar Janissari’ tetapi versi wanita. Pada saat dia berkahwin, dia tidak lagi ada sebarang kaitan dengan asal usul Kristiannya.", "Dan mereka tidak semestinya berasal dari agama Kristian sepanjang masa. Pada penghujung era Uthmaniyyah, mereka kebanyakannya adalah gadis-gadis Circassian Muslim, bukannya Kristian.", "Salah satu contoh yang luar biasa adalah Osman II semasa masih muda. Dia tidak berkahwin dengan wanita yang tinggal di dalam istana tetapi dari luar istana. Dia mengahwini anak perempuan seorang mufti besar (Sheikh-ul Islam). Seorang gadis Turk beragama Islam untuk dekat dengan bangsanya dan untuk mematahkan pengaruh Istana (Harem) terhadap politik. Sekali lagi ia masih tetap salah satu jenis perkahwinan politik.", "Kesimpulannya, Sultan tidak pernah mengahwini seorang hamba wanita yang menjadi gundik, hanya Sultan Suleyman yang berani memecahkan tradisi tersebut.", "RUJUKAN:", "Ilona Czamańska. (2013). Christian Wives Of The Turkish Sultans. Political Marriages In The Ottoman Empire 14th and 15th", "Süleyman İnan. (2014). Political Marriage: The Sons-in-Law of the Ottoman Dynasty in the Late Ottoman State, Middle Eastern Studies." ]
https://www.thepatriots.asia/7-kebiasaan-orang-yang-berjaya/
7 Kebiasaan Orang Yang Berjaya
[ "Stephen Richards Covey atau Stephen Covey merupakan seorang penulis, ahli perniagaan dan ahli akademik yang terkenal. Menurut bibliografi dalam bukunya “ The 3rd Alternative”, beliau dikatakan “One of the world’s foremost leaderships authorities, organizational experts and thought leaders”. Salah satu buku yang paling terkenal ialah “ The 7 Habits of Highly Effective People. Mengikut rekod, buku tersebut sudah dijual lebih daripada 20 milion buah. Buku tersebut juga dikatakan sebagai buku pengurusan paling berpengaruh menurut Time and Forbes magazines.", "Kesukaran memperkembangkan keberkesanan diri dan menjaga hubungan sihat dengan orang sekelilingi. Ini merupakan masalah yang dihadapi oleh mereka yang berjaya menurut Stephen di dalam bukunya itu. Menurut beliau, seseorang itu lihat dunia bergantung sepenuhnya kepada persepsi kita sendiri.“ The way we see the problem is the problem” Stephen Covey. Oleh itu, bagi mengubah sesuatu, kita perlu mengubah diri sendiri dan untuk buat demikian, kita perlu ubah persepsi kita.", "Dalam bukunya itu “The 7 Habits of Highly Effective People”, beliau telah menyenaraikan 7 kebiasaaan yang dilakukan oleh orang yang efektif. Sebelum kita berganjak kepada 7 habis tersebut, perlulah kita tahu bahawa Stephen menulis buku tersebut dengan membahagikannya kepada 3 paradigma. Iaitu;", "Setiap paradigma tersebut menunjukkan sebuah proses di mana seseorang itu perlu hadapi dan meliputi ketujuh-tujuh habits tersebut.", "7 kebiasaan tersebut ialah:", "Seseorang yang proaktif tahu memilh bagaimana ia perlu bertindak dalam menghadapi sesuatu situasi. Perlu sentiasa yakin dan optimis kepada keyakinan diri. Dan paling penting, dia perlu jelas akan tanggungjawabnya. Menurut covey, kita perlu buat perkara yang kita tahu kita mampu lakukan.", "Orang yang efektif sentiasa mempunyai matlamat yang jelas dalam segala tindakannya. Dia tahu maksud perbuatannya dan tahu apa yang dia ingini disebalik segala kejayaan yang dia hadapi. Dalam erti kata lain, kesedaran diri atau “self-awareness” itu yang memberi kekuatan untuk kita membentuk kehidupan kita sendiri, menurut Covey.", "Pasti ramai yang tahu akan tip ini. Tetapi berapa ramai yang cuba amalkan? Kata covey, “The Challenge is not to manage time, but to manage ourselves”. Ramai di antara kita yang saya pasti mempunyai perancangan yang rapi atau jadual kerja, tetapi bagaimana disiplin kita dalam mengikut jadual tersebut. Dalam hal ini, covey amat menggalakkan kita melakukan pengurusan masa yang berkesan di samping memastikan disiplin yang jitu.", "Menurut covey, orang yang berjaya akan membuat sesuatu keputusan yang boleh memberi kebaikan dan manfaat kepada semua pihak. Berfikir menang-menang penting dalam mengawal tingkah laku kita. Hal ini bagi memastikan kita tidak nampak terlalu terburu-buru atau “Desperate”. Namun, bagi mengamalkan kebiasaan ini, seseorang itu perlulah bersikap baik dan juga berani. Bak kata Covey, “To go win-win, you not only have to be nice, you have to be courageous”. Mereka yang sentiasa berfikir menang-menang akan mudah dipercayai dan disenangi oleh orang lain.", "Ini merupakan strategi yang biasa dilakukan oleh kaunseling. Bagi kita menyelesaikan sesuatu masalah, kita mesti terlebih dahulu memahami masalah tersebut. Di dalam bukunya itu, covey amat menitik beratkan kemahiran komunikasi dalam aspek ini. Menurut beliau, kemahiran mendengar ialah aspek terpenting dalam cuba memahami sesuatu itu. Dalam hal ini, covey mengkhususkan kepada sikap empati. Seseorang itu perlulah mempunyai sikap empati iaitu mendengar bagi memahami dan meletakkan diri pada tempat orang lain. Apabila kita mempraktik kebiasaan ini, orang lain akan lebih terbuka dan mempercayai kita. Bak kata Covey, “You have to build the skills of empathic listening on a base of character that inspires openness and trust”.", "Sinergi ialah kerjasama antara manusia atau organisasi untuk menghasilkan sesuatu tindakan atau penyelesaian yang lebih kreatif dan bagus berbanding berseorangan. Dalam hal ini, kita perlu memahami dan menghormati perbezaan yang terdapat pada orang lain. Kita perlu mengerti bahawa setiap manusia mempunyai pendapat dan perspektif yang tersendiri. Melalui itu, sebuah perhubungan dan kerjasama yang jitu dapat dibentuk.", "Bagi orang yang efektif, keperluan untuk sentiasa bersedia memperkembang dan melakukan pembaharuan dalam diri sendiri amatlah penting. Covey menyenaraikan 4 dimensi untuk difokuskan dalam perkembangan diri iaitu Jasmani, Rohani, Mental dan Emosi.", "Jasmani penting dalam meningkatkan keupayaan fizikal. Rohani pula penting dalam meningkatkan keyakinan diri. Mental penting dalam meningkatkan keupayaan intelektual. Dan akhirnya, emosi penting dalam meningkatkan keupayaan bersosial.", "Rujukan:" ]
https://www.thepatriots.asia/1-februari-juga-adalah-tarikh-penubuhan-persekutuan-tanah-melayu/
1 Februari Juga Adalah Tarikh Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
[ "Ramai antara kita tahu bahawa 1 Februari setiap tahun adalah cuti umum bagi meraikan penubuhan Wilayah Persekutuan pertama Kuala Lumpur iaitu pada 1 Februari 1974. Tetapi ketahuilah bahawa tarikh 1 Februari hari ini juga sebelumnya menandakan satu peristiwa sejarah yang lebih penting lagi dalam sejarah kita bernegara seperti hari ini dengan nama Malaysia.", "Pada hari ini, 1 Februari 2018 sebenarnya turut membawa maksud 70 tahun penubuhan Persekutuan Tanah Melayu iaitu pada 1 Februari 1948.", "Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu memeterai beberapa ketetapan penting antaranya;", "1. ‎Pengenalan konsep Raja Berpelembagaan\n2. Majlis Raja-Raja Melau bagi menggantikan menggantikan Majlis Melayu\n3. ‎Pemberian hak istimewa kepada orang Melayu yang dijamin perlembagaan\n4. Memperketatkan Syarat Kerakyatan dan pengenalan konsep Jus Soli\n5. Pembentukan sebuah persekutuandengan gabungan 11 buah negeri-negeri Melayu kecuali Singapura\n6. ‎Pesuruhjaya Tinggi British menjadi Ketua Persekutuan dibantu Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan.", "Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sekaligus menggagalkan Malayan Union dan mengurangkan ancaman Komunis yang ketika itu sedang giat dan agresif mempengaruhi orang Melayu. Pentadbiran British sendiri bersetuju dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu kerana tidak mahu orang Melayu bangkit menentang mereka secara kekerasan demi sebuah negara merdeka. Pengalaman British di banyak jajahan mereka telah memberi pengajaran berharga agar lebih berhati-hati dengan api nasionalisme rakyat tempatan.", "Selain daripada itu, British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu, sesuatu yang amat ditakuti mereka. Sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British juga ikap pemimpin Melayu ketika itu yang lebih menggemari pendekatan rundingan secara berunding dalam mencari penyelesaian masalah sedikit sebanyak menyedarkan British.", "Hasilnya, British kemudian telah mengubah dasarnya dan melaksanakan dasar dekolonisasi (proses membebaskan negeri yang dijajah) seperti yang disyorkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.", "Rundingan ini berakhir dengan termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948, menyaksikan pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu dibentuk secara rasmi dalam satu majlis menandatangani perjanjian ini yang diadakan di King’s House (Carcosa Seri Negara) Kuala Lumpur.", "Lebih penting lagi, penubuhan Persekutuan Tanah Melayu adalah jalan rintis ke arah membuka jalan untuk kemerdekaan Tanah Melayu sembilan tahun selepas itu.", "Kuasa Raja-Raja Melayu diangkat semula selayaknya, dengan kedaulatan dan hak mereka diletakkan kembali atas singgahsana kerajaan dengan jaminan di dalam perlembagaan.", "Jadi jika sebelum ini anda mengingati 1 Februari sebagai Hari Wilayah Persekutuan, ingatlah juga lama sebelum itu, pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan.", "RUJUKAN:\n1. Kumpulan Kertas Kerja Seminar 60 Tahun Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu; Perjanjian Persekutuan 1948 dan Perlembagaan Persekutuan 1957: Satu Kajian Komparatif, Prof. Madya Joseph M. Fernando, 2008, Arkib Negara\n2. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1 Februari 1948, Abdul Kadir Mohd Ayub, 2011" ]
https://www.thepatriots.asia/kisah-hannibal-dan-tentera-bergajahnya-merentasi-banjaran-alps/
Kisah Hannibal Dan Tentera Bergajahnya Merentasi Banjaran Alps
[ "Sepanjang lipatan sejarah, terdapat ramai ketua tent3ra hebat yang kepemimpinannya berjaya menulis skrip yang tersendiri dalam tamadun manusia. Antaranya termasuklah Hannibal Barca. Hannibal merupakan panglima Carthage yang berperanan mem3rangi Rom semasa P3rang Punic Kedua. Namanya disinonimkan dengan kegerunan pihak musuh, dan sehingga ke hari ini beliau dianggap sebagai salah seorang komander p3rang terhebat.", "Hannibal dilahirkan di Carthage (kini Tunisia) pada tahun 247 Sebelum Masihi, sebagai anak kepada pemimpin Carthage yang bernama Hamilcar Barca. Hannibal mempunyai dua orang saudara lelaki, iaitu Hasdrubal dan Mago serta beberapa orang saudara perempuan. Ketika masih kanak-kanak, Hannibal pernah meminta ayahnya agar membawanya bersama ke dalam kempen ketent3raan merentas laut.", "Hamilcar membawa Hannibal ke Sepanyol, dan di sana, Hannibal mengangkat sumpah agar sama sekali tidak berbaik-baik dengan Rom. Beberapa tahun kemudian, Hamilcar terkorban dalam sebuah pert3mpuran. Lantas, salah seorang ipar Hannibal diangkat sebagai ketua dan Hannibal sendiri bertugas sebagai seorang pegawai.", "Kemudian, ipar Hannibal ini dibvnuh dan Hannibal dilantik menjadi ketua komander menerusi kesepakatan tent3ra dan lantikan pihak pentadbiran Carthage. Perlantikan ini berlaku ketika Hannibal berusia sekitar 26 tahun dan sudah berkahwin dengan seorang puteri Iberia yang bernama Imilce.", "Salah satu pencapaian Hannibal yang paling gemilang adalah kejayaannya merentasi Banjaran Alps ketika dalam perjalanan menuju ke Itali demi bergabung dengan sekutu-sekutu anti-Rom di rantau berkenaan. Walaupun ilmuwan berdebat tentang laluan tepat yang dilalui oleh Hannibal ketika merentasi Alpas, masing-masing senada dalam menyatakan bahawa perjalanan tersebut sangat mencabar.", "Pada musim bunga tahun 218SM, Hannibal membawa lebih 100 000 orang tent3ra dan kira-kira 40 ekor gajah bagi merentasi Banjaran Alps. Beliau menyedari bahawa perjalanan tersebut sukar, justeru beliau terlebih dahulu menghantar beberapa orang peninjau untuk melihat kawasan sekeliling dan memberikan laporan.", "Pasukan ini terpaksa mengharungi cuaca yang mencengkam di Alps, di samping s3rangan-s3rangan gerila yang dilakukan oleh suku-suku asli di sana. Mereka menggolekkan batu-batu berat demi menghalang perjalanan pasukan Hannibal. Lantaran itu, Hannibal terpaksa mencari jalan lain bagi melalui kawasan yang dikawal oleh Allobroges, suatu suku Galia (Gallic). Beliau menghantar beberapa orang perisik, yang mendapati Allobroges hanya berkawal pada waktu siang dan meninggalkan kedudukan masing-masing pada waktu malam.", "Lantas, Hannibal pun mengatur rancangan untuk memperdaya Allobroges bahawa kononnya pasukan tent3ranya tidak akan melakukan s3rangan pada waktu malam. Untuk tujuan itu, tent3ra-tent3ra Hannibal mendirikan kem dan menyalakan banyak unggun api, seolah-olah mereka mahu bermalam terus di situ. Sebaik sahaja Allobroges meninggalkan kedudukan mereka di penghujung malam, pasukan tent3ra Hannibal pun melakukan gempuran dan menumpaskan segala tentangan yang diberikan.", "Ketika pasukannya hampir selesai mendaki Banjaran Alps, Hannibal meletakkan tent3ra-tent3ranya di suatu kawasan, kira-kira 100 kaki di atas pasukan tent3ra yang sedang melakukan kemaraan, dengan harapan dapat meny3rang mana-mana suku tempatan yang menghampiri. Namun apabila s3rangan benar-benar terjadi, Hannibal kehilangan ramai tent3ranya yang terjatuh dari cenuram. Pun begitu, mereka berjaya juga menyelesaikan pendakian tersebut.", "Sepanjang lebih lima bulan perjalanan, ribuan tent3ra dan haiwan terkorban baik di tangan suku-suku tempatan yang meny3rang, mahupun cuaca yang mencengkam ataupun cenuram. Mereka berehat di sebuah lembah selama dua hari, sebelum melanjutkan perjalanan menuruni gunung. Moral tent3ra Hannibal berada di tahap yang rendah ketika itu, lantaran masing-masing menyedari cabaran yang terbentang di hadapan.", "Semasa menuruni gunung dan tiba di suatu laluan, pasukannya dihalangi oleh tanah runtuh. Hannibal mengarahkan agar mereka membuat lencongan, namun mendapati laluan yang diambil itu mustahil untuk dilalui. Justeru, mereka pun berpatah balik ke laluan yang dihalangi tanah runtuh itu. Hannibal kemudian mengarahkan agar tent3ranya saling berganding bahu demi membersihkan laluan tersebut.", "Setelah sehari berusaha, haiwan-haiwan yang dibawa berjaya melepasi laluan tersebut dan Hannibal mengarahkan agar tent3ranya membawa haiwan-haiwan tersebut turun ke sebuah padang ragut. Namun, gajah-gajah p3rang yang dibawa hanya dapat melepasi laluan itu setelah lebih tiga hari tent3ra-tent3ra Hannibal membersihkan laluan tersebut.", "Sebaik tiba di Itali, pasukan tent3ra Hannibal segera bergabung dengan pakatan anti-Rom yang berada di bahagian utara Itali bagi memulakan s3rangan ke atas wilayah Rom. Walaupun beliau berjaya menggempur dan mengalahkan wilayah-wilayah kecil di Itali selama beberapa tahun dan meraih banyak kemenangan, Hannibal pada akhirnya ditewaskan oleh taktik p3rang atrisi dan gerila yang dilakukan oleh Quintus Fabius Maximus.", "Maximus menyedari bahawa beliau boleh menewaskan Hannibal dengan melakukan s3rangan-s3rangan berskala kecil yang secara bertahap tetapi pasti menyusutkan bilangan tent3ra Hannibal sekaligus memaksanya berundur.", "Peristiwa Hannibal merentasi Banjaran Alps pada hari ini dikenang sebagai salah satu pencapaian yang paling diraikan dalam sejarah pep3rangan. Ia juga dianggap sebagai salah satu pencapaian terhebat Hannibal. Walaupun ramai tent3ra dan haiwan terkorban, perjalanan tersebut membuktikan kepemimpinan Hannibal yang cemerlang dan tekadnya demi mengalahkan Rom.", "Peristiwa merentasi Banjaran Alps ini adalah salah satu contoh kegemilangan Hannibal, yang sehingga kini dikenang sebagai antara komander p3rang terulung sepanjang zaman.", "TERJEMAHAN:", "M R Reese. (23 Oktober 2014). Hannibal of Carthage: Military Commander and Greatest Enemy of Rome. Ancient Origins.\nhttps://www.ancient-origins.net/ancient-places-europe/hannibal-carthage-military-commander-and-greatest-enemy-rome-002245" ]
https://www.thepatriots.asia/double-burden-malnutrition-impak-bebanan-berganda/
Double Burden Malnutrition: Impak Bebanan Berganda
[ "Satu resolusi yang dinamakan sebagai United\nNations Decade of Action on Nutrition yang bermula dari tahun 2016 hingga\n2025 telah dilancarkan sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa\nBersatu pada 1 April 2016. Resolusi ini mempunyai beberapa agenda dan objektif\nutama dalam melaksanakan pelbagai tindakan proaktif bagi memerangi masalah\nkebuluran serta menghapuskan segala jenis masalah nutrisi (malnutrition)\ndi seluruh dunia. Polisi ini secara asasnya telah menerangkan mengenai\nkewujudan masalah double burden malnutrition serta impak yang berlaku\nakibat daripadanya. ", "Apa itu double burden malnutrition? Masalah\nini secara umumnya boleh dihuraikan sebagai kehadiran masalah kekurangan zat\nmakanan (undernutrition) yang wujud bersama-sama dengan masalah obesiti\ndan berlebihan berat badan (overweight) dalam sesuatu populasi masyarakat\nsesebuah negara yang merentasi pelbagai taraf sosioekonomi. Dalam hal ini, ia\nbermaksud, kedua-dua keadaan malnutrisi ini iaitu kekurangan nutrien atau\nkekurangan zat makanan serta obesiti atau berlebihan berat badan yang wujud\nserentak dalam sebuah populasi yang sama. ", "Pada masa kini, masalah double burden\nmalnutrition ini telah dianggap sebagai suatu cabaran dunia, di mana ia\nsebenarnya boleh berlaku dalam tiga peringkat utama. Pertamanya, keadaan ini\nboleh berlaku dalam individu, di mana individu tersebut boleh mengalami beberapa\nkeadaan malnutrisi sepanjang hidupnya, sebagai contoh, pada usia kanak-kanak,\nindividu ini menghadapi masalah kekurangan zat makanan, namun, setelah dewasa,\ndia mengalami masalah berlebihan berat badan. Keadaan ini adalah tidak mustahil\nkerana perubahan yang berlaku dalam keadaan sekeliling memungkinkan terjadinya\ndua keadaan malnutrisi yang berbeza sepanjang fasa kehidupan. ", "Keduanya, masalah double burden\nmalnutrition juga boleh berlaku pada dalam sesebuah isi rumah (household).\nIni menerangkan keadaan di mana beberapa orang ahli dalam sesebuah isi rumah\nyang sama, yang mengalami pelbagai masalah malnutrisi, contohnya obesiti dalam\nkalangan ibu bapa, dan anak-anak yang mengalami keadaan kekurangan zat makanan.\nPeringkat yang ketiga ialah masalah double burden manutrition yang berlaku\ndalam sesebuah komuniti, daerah atau populasi yang sama dalam sesebuah negara. Situasi\nyang berlaku pada peringkat komuniti dan populasi ini sebenarnya adalah lebih\nserius kerana ia melibatkan jumlah individu yang ramai dan memerlukan kepada\nsuatu tindakan yang lebih menyeluruh.  ", "Penyebab kepada keadaan double burden\nmalnutrition", "Persoalannya, apakah penyebab dan faktor yang\nmembawa kepada masalah double burden malnutrition ini? Para penyelidik\ndalam bidang pemakanan telah sependapat bahawa masalah ini sebenarnya berkait\nrapat dengan turutan perubahan epidemiologi, di mana ia terdiri daripada peralihan\npemakanan, peralihan epidemiologi dan peralihan demografi. ", "Peralihan pemakanan ini meliputi perubahan yang berlaku dalam corak\npemakanan, pengambilan makanan serta penggunaan tenaga daripada makanan yang berkaitan\ndengan perkembangan ekonomi semasa, iaitu berkisar dalam konteks globalisasi\ndan urbanisasi. Apa yang dimaksudkan di sini, ialah bagaimana berlakunya\nperalihan dalam aspek pemakanan (yang merangkumi corak dan gaya pemakanan)\nhasil daripada peningkatan atau penurunan dalam bidang ekonomi dalam sesebuah\npopulasi. ", "Peralihan dalam epidemiologi ini melibatkan perubahan yang berlaku dalam\naspek epidemiologi, iaitu perubahan penyakit-penyakit yang berlaku dalam\nsesebuah populasi akibat daripada kemakmuran dan peningkatan yang dicapai dalam\naspek ekonomi. Dalam keadaan double burden malnutrition ini, perubahan\npenyakit yang berlaku ialah daripada penyakit-penyakit berjangkit yang\nberkaitan dengan kekurangan zat makanan kepada penyakit tidak berjangkit (non\ncommunicable diseases) seperti diabetes dan penyakit jantung.  ", "Dalam aspek peralihan demografi ini, ia melibatkan perubahan yang berlaku\ndalam struktur sesebuah populasi serta tempoh jangka hayat populasi yang\nsemakin bertambah. Keadaan ini menerangkan situasi di mana perubahan yang\nberlaku dalam aspek kadar kelahiran serta kadar kematian sewaktu lahir yang\nmelibatkan populasi yang lebih muda serta peningkatan kadar penyakit-penyakit\ntidak berjangkit (diabetes, hipertensi, kanser) dalam kalangan populasi yang\nlebih tua. ", "Sejak dua dekad yang lalu, ketiga-tiga faktor\npenyebab secara perlahan-lahan telah  membentuk suatu faktor risiko yang membawa\nkepada masalah double burden malnutrition di seluruh dunia. Perubahan\nekonomi global, perkembangan dalam industri makanan dan pertanian, peningkatan\npopulasi dunia serta perubahan iklim dan cuaca merupakan antara komponen yang\nterbentuk hasil daripada ketiga-tiga faktor penyebab berkenaan. Secara asasnya,\ndouble burden malnutrition ini sebenarnya suatu keadaan yang banyak\ndipengaruhi oleh gaya pemakanan akibat daripada perubahan-perubahan seperti yang\ndinyatakan di atas. ", "Dalam situasi ini, bagi negara-negara yang\nberpendapatan rendah dan sederhana, tiga faktor ini sebenarnya berkembang\ndengan lebih cepat dan kesannya telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam\nkuantiti serta kualiti diet yang diambil dalam kalangan individu dan populasi\ndi negara-negara tersebut. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pertindihan dalam\nkes-kes yang melibatkan kekurangan zat makanan serta masalah obesiti akibat\ndaripada perubahan diet yang diambil oleh populasi. Contoh dalam kes ini ialah\nseseorang individu yang mengalami masalah kekurangan zat makanan pada waktu\nkanak-kanaknya akibat kesempitan hidup (kesukaran untuk mendapatkan bekalan\nmakanan yang berkualiti dan mencukupi). Perubahan ekonomi dan taraf hidup yang\ndialaminya apabila dewasa telah memberikan individu berkenaan akses yang\nsecukupnya kepada bekalan makanan dan terdedah kepada gaya pemakanan yang tidak\nsihat yang seterusnya membawa kepada masalah lain seperti penyakit diabetes,\ndan obesiti. ", "Keadaan inilah yang banyak terjadi di\nkebanyakan negara di Afrika di mana kadar kewujudan double burden\nmalnutrition di negara-negara berkenaan berada pada tahap yang\nmembimbangkan. Keadaan jaminan makanan (food security) yang tidak stabil\ndi negara-negara tersebut menjadi punca utama yang memburukkan lagi situasi double\nburden malnutrition. Dalam kebanyakan hospital di Afrika, sebagai contoh di\nGambia, ia adalah suatu pemandangan biasa dengan melihat satu wad yang dipenuhi\ndengan kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan zat makanan, manakala di\nwad yang lainnya terdapat ramai individu dewasa yang mempunyai masalah obesiti\nserta menghadapi pelbagai komplikasi akibat diabetes dan hipertensi. ", "Double burden\nmalnutrition di Asia Tenggara ", "Meskipun kes-kes yang melibatkan keadaan double\nburden malnutrition ini banyak ditemui di negara-negara Afrika yang\nmempunyai pendapatan yang rendah, namun kini ia juga merupakan suatu masalah\nyang agak runcing dalam kalangan negara-negara membangun di Asia Tenggara. Berdasarkan\nkajian-kajian yang telah dijalankan di seluruh negara di Asia Tenggara, hasil\ntelah menunjukkan bahawa peningkatan dalam banyak kes obesiti dan berlebihan\nberat badan dalam kalangan kanak-kanak terutamanya bagi kawasan bandar (urban)\ndi negara-negara berkenaan. ", "Namun begitu, WHO dan UNICEF juga turut\nmelaporkan bahawa sehingga tahun 2016, peratusan tertinggi bagi kanak-kanak\nyang mengalami pertumbuhan terbantut (stunting) adalah di Asia Tenggara\nberbanding negara-negara lain. Laporan juga menunjukkan bahawa prevalens\ntertinggi bagi kes pertumbuhan kanak-kanak yang terbantut ini adalah di\nMyanmar, Cambodia, Laos dan juga beberapa bahagian di Indonesia dan Filipina. Terbaru,\nhasil kajian yang dijalankan oleh Rachmi, Li, & Baur (2018) telah menunjukkan bahawa prevalens bagi masalah double burden\nmalnutrition ini adalah di antara 5% bagi Myanmar, dan mencapai prevalens\ntertinggi, iaitu sebanyak 29.8% bagi kes yang berlaku di Indonesia. ", "Dalam kalangan orang dewasa pula, prevalens\nadalah lebih tinggi bagi kes berlebihan berat badan dan obesiti dalam\nkebanyakan negara di Asia Tenggara. Ini menerangkan keadaan di mana kombinasi double\nburden malnutrition yang paling banyak ditemui di Asia Tenggara ialah\nkanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan zat makanan dengan pertumbuhan\nterbantut, manakala ibu bapa mereka mengalami masalah obesiti dan berlebihan\nberat badan. Malah, kajian di Malaysia sendiri turut menunjukkan prevalens\nsebanyak 12.5% adalah bagi kombinasi kes double burden malnutrition yang\nmelibatkan kanak-kanak yang kekurangan berat badan dengan ibu mereka yang\nmengalami masalah obesiti dan berlebihan berat badan.  ", "Penyelesaian bagi double burden\nmalnutrition", "Persoalannya kini, apakah kaedah dan cara\nterbaik dalam menangani masalah double burden malnutrition ini? Dalam\nsituasi kini, banyak polisi serta tindakan yang dilakukan sama ada di peringkat\nantarabangsa mahupun di peringkat setiap negara adalah melibatkan kaedah bagi\nmengatasi masalah kebuluran, kekurangan zat makanan serta pertumbuhan yang\nterbantut terutamanya bagi golongan kanak-kanak. Pihak WHO sendiri pada tahun\n2017 telah meletakkan garis panduan dan kerangka strategi yang dinamakan\nsebagai double-duty actions yang khusus bagi menangani masalah double\nburden malnutrition ini. ", "Double-duty actions ini merangkumi pelbagai program intervensi dan polisi yang mempunyai\npotensi bagi mengurangkan risiko atau beban akibat kedua-dua keadaan, iaitu kekurangan\nzat makanan (penyebab kepada pertumbuhan terbantut, kekurangan berat badan)\nserta obesiti dan berlebihan berat badan (penyebab kepada diabetes, penyakit\nkardiovaskular dan kanser). Perlaksanaan kepada double-duty actions ini\nmelibatkan negara-negara yang mempunyai risiko tinggi terhadap masalah double\nburden malnutrition. Antara tindakan dan polisi yang termasuk di dalam\nkerangka strategi bagi double-duty actions ini ialah:", "Secara asasnya, bukan semua negara mempunyai\nkemampuan dan akses bagi melaksanakan kesemua polisi dan tindakan seperti yang\ndinyatakan di atas. Malah, ada sesetengah negara hanya mampu untuk mengemukakan\nbeberapa polisi yang bersesuaian dengan keadaan di negara mereka. Namun, apa\nyang paling penting adalah bagaimana proses perlaksanaan yang dijalankan bagi\nsetiap polisi serta strategi berkenaan untuk menangani masalah double burden\nmalnutrition. ", "Ramai penyelidik dalam bidang pemakanan\nmenyatakan bahawa masalah double burden malnutrition ini merupakan suatu\nisu yang kompleks dan memerlukan kepada suatu integrasi polisi yang bukan\nsahaja melibatkan pemakanan sihat, malah turut melibatkan kawalan terhadap\nperkembangan ekonomi, perubahan iklim serta proses urbanisasi. Ini adalah\nkerana kesemuanya boleh mencetuskan pengaruh dalam sistem makanan yang\nseterusnya membawa kepada perubahan dalam jaminan dan keselamatan makanan. Apa\nyang pastinya, para penyelidik kini lebih memberi keutamaan untuk melihat\nmasalah ini secara bersama, yang mana masalah kekurangan zat makanan (undernutrition)\ndan berlebihan berat badan (overnutrition) tidak harus dipandang sebagai\ndua masalah yang berbeza. ", "Bagi langkah penyelesaian yang efektif,\nsemuanya harus bermula daripada peringkat awal kelahiran seseorang individu\nlagi. Disebabkan itulah, tiga strategi pertama yang digariskan dalam double-duty\nactions ialah dengan memberi fokus kepada aktiviti penyusuan susu ibu bagi\nbayi, perlaksanaan pemakanan sihat di awal usia serta kesihatan ibu itu\nsendiri. Kajian sendiri turut menunjukkan bahawa bayi yang tidak mendapat\npemakanan yang sebaiknya bermula dari tempoh kelahiran hingga seawal usia dua\ntahun mempunyai risiko untuk menghadapi masalah berlebihan berat badan pada\nperingkat umur yang lebih tua nanti. ", "Selain itu, fokus juga diberikan kepada penyelesaian\nuntuk akses bagi sumber makanan yang sihat dan berkhasiat. Dalam hal ini, ia\nsebenarnya melibatkan banyak aspek seperti perubahan ekonomi serta keadaan\niklim bagi sesebuah kawasan. Penyelesaian kepada akses makanan sihat ini\nmemerlukan kepada tindakan proaktif serta kerjasama yang diberikan oleh pasaran\nmakanan bagi menawarkan produk dan bahan-bahan makanan yang lebih terjamin dari\nsegi khasiat, keselamatan serta kemampuan untuk dibeli oleh para pengguna. ", "Apa yang paling penting dalam mencari langkah\npencegahan dan penyelesaian bagi masalah double burden malnutrition ini\nialah bagi semua pihak memahami keadaan yang berlaku bermula dari peringkat isi\nrumah (household) sehinggalah ke peringkat populasi yang lebih besar.\nPelan tindakan haruslah diintegrasikan agar bersesuaian dengan setiap peringkat\ndan kerjasama antara semua pihak harus diambilkira bagi memastikan keberkesanan\nsetiap tindakan dan strategi yang bakal dilaksanakan. ", "Kesimpulan ", "Double burden malnutrition merupakan suatu masalah global yang melibatkan banyak peringkat. Dalam hal\nini, penyelesaian harus bermula dengan proses pengenalpastian kepada punca\nmasalah dan seterusnya kepada perancangan bagi polisi tindakan yang sewajarnya\nbersesuaian dengan keadaan masalah yang berlaku bagi sesebuah populasi. Pendekatan\nbijak yang melibatkan kerjasama semua pihak harus mampu untuk mengurangkan\nrisiko bagi masalah ini dan seterusnya secara perlahan-lahan menanganinya. ", "Rujukan ", "Delisle, H., &\nBatal, M. (2016). The double burden of malnutrition associated with poverty. The\nLancet, 387(10037), 2504–2505.\nhttps://doi.org/10.1016/S0140-6736(16)30795-4", "Dietz, W. H. (2017).\nDouble-duty solutions for the double burden of malnutrition. The Lancet,\n390(10113), 2607–2608. https://doi.org/10.1016/S0140-6736(17)32479-0", "Haddad, L., Cameron,\nL., & Barnett, I. (2014). The double burden of malnutrition in SE Asia and\nthe Pacific : priorities , policies and politics. Health Policy and Planning,\n1–14. https://doi.org/10.1093/heapol/czu110", "Prentice, A. . (2018).\nThe Double Burden of Malnutrition in Countries Passing through the Economic\nTransition. Annals of Nutrition & Metabolism, 72(suppl 3),\n47–54. https://doi.org/10.1159/000487383", "Rachmi, C. N., Li, M.,\n& Baur, L. A. (2018). The double burden of malnutrition in Association of\nSouth East Asian Nations (ASEAN) countries: A comprehensive review of the\nliterature. Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition, 27(4),\n736–755. https://doi.org/10.6133/apjcn.062018.02" ]
https://www.thepatriots.asia/internet-dalam-satu-titik-peralihan/
Internet: Dalam Satu Titik Peralihan
[ " Saya ada sebuah kisah yang ingin diceritakan di sini. Ia sebuah kisah yang diceritakan kepada saya oleh rakan sekerja, sewaktu beliau berada di China, mengikuti rombongan tabligh ke sana. Aktiviti tersebut merupakan sesuatu  yang beliau sering lakukan (mengikut rombongan tabligh) sebagai salah satu cara bagi beliau untuk berbakti kepada agama.", "Apa yang menarik perhatian saya adalah kisahnya\nketika beliau sedang menetap di sebuah masjid di China. Ketika itu seliparnya\nrosak, dan beliau sangat terdesak memerlukan pengganti, jika tidak beliau sukar\nhendak ke mana-mana. Masalahnya beliau tidak tahu dan tidak mahir tentang selok\nbelok di China, jadi membeli selipar yang baru sangatlah sukar untuk\ndilakukannya seorang diri. ", "Jadi beliau meminta pertolongan orang setempat,\norang masjid yang selalu membantu rombongan tabligh di sana. Beliau inginkan\nbantuan ke pasar ataupun bazar terdekat bagi mencari selipar ganti. Simpati\ndengan nasib rakan sekerja saya itu, orang setempat itu bersetuju untuk\nmembantu.", "Sangka rakan saya orang setempat ini akan membawanya ke pasar, menjadi peneman dan juga membantu dalam komunikasi.Tapi orang setempat itu tidak pula membawanya ke pasar, sebaliknya hanya membawa rakan sekerja saya ini menelusuri ruang maya. ", "Ya, dengan berbekalkan telefon bimbit sahaja,\nselipar yang dipesan dihantar ke depan pintu masjid usai sahaja mereka\nmenunaikan solat asar. Rakan saya itu terkejut melihat kecekapan dan\nkecanggihan sistem pembelian atas talian di China. Selipar pun boleh dibeli\nmenggunakan telefon pintar. ", "Jika rakan sekerja saya itu kagum pada kecanggihan\nteknologi di China, saya pula nampak kisah ini sebagai satu petanda. Yang garis\npemisah di antara dunia maya dan dunia sebenar sudah semakin menghilang. Yang\ninternet kini merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan seharian\nmanusia.", "Cuba anda fikirkan, segala aktiviti seharian anda\nkini sudahpun dibantu dan diperkemaskan lagi oleh internet. Kalau hendak\nmemesan makanan, tidak lagi perlu beratur dan menunggu makanan dimasak, hanya\nperlu menggunakan applikasi pilihan (seperti Food Panda, ataupun GrabFood) dan\nmakanan tersebut akan dihantar ke pintu rumah. ", "Kalau hendak kemana-mana, tak perlu lagi pening\nkepala, hanya buka sahaja applikasi Grab dan ada pemandu yang akan menghantar\nanda ke mana sahaja destinasi yang anda inginkan. Kalau hendak menempah bilik\nhotel, tak perlu gusar lagi, hanya perlu membuka Trivago untuk membandingkan\nharga yang terbaik dari beratus laman sesawang yang ada (dah macam iklan pula\nbunyinya).", "Kalau hendak membayar bil, membayar hutang pinjaman,\ntidak perlu lagi beratur panjang. Anda hanya perlu membuka dan menggunakan\naplikasi pilihan yang ada, lantas memudahkan urusan sehaian anda. Kesemua ini\nmembuktikan yang internet kini sudah sebati dalam kehidupan kita, sehinggakan\nbenda asas seperti makan, tempat tinggal, dan pengangkutan juga sudah boleh\nbergantung harap pada internet.", "Siapa sangka projek eksperimen ini yang pada mulanya\nhanya digabungkan dengan 4 buah komputer, kini menghubungkan lebih dari 3.2\nbillion pengguna[1] di seluruh dunia. Setiap\nsaat[2],\nada lebih daripada 6,000 kicauan tweet berterbangan,\nlebih daripada 40,000 pertanyaan di Google berlaku dan lebih daripada 2 juta\ne-mel di hantar ke seluruh dunia.", "Kesemua data ini menunjukkan betapa besarnya saiz\ninternet. Betapa besarnya pengaruh ia dalam kehidupan kita. Dan betapa susahnya\nhidup kit ajika tiada internet.", "Kini amatlah mustahil untuk menggambarkan hidup kita\ntanpa internet. Yelah, setengah jam je Facebook mengalami masalah kita sudah\nmula mengomel. Kalau pergi rumah kawan, takda WiFi, kita sudah mula mengata.", "Kesemua ini memberikan kita satu gambaran bahawa\ninternet kini merupakan pelengkap kepada hidup kita. Tapi sebelum kita\nmenunjukkan kekaguman kita pada medium telekomunikasi unggul ini, perlulah kita\nlihat segala masalah yang pernah ditimbulkannya.", "Ingatkah lagi anda tentang Arab Spring yang berlaku pada tahun 2010? [3] Walaupun belum ada kepastian, tapi kebanyakan orang beranggapan yang ia bermula di platform media sosial yang popular, Facebook. Kisahnya bermula di Tunisia pada Disember 2010, apabila seorang penjual buah bernama Mohamed Bouazizi[4] membakar dirinya sendiri akibat gerainya dirampas oleh pihak berkuasa.", "Jika peristiwa ini berlaku pada tahun 1998, ataupun mungkin tahun 2001, mungkin tiada apa-apa yang akan berlaku. Tapi peristiwa ini berlaku pada tahun 2010, tahun di mana internet ketika itu adalah media yang dimiliki oleh orang ramai. ", "Kisah penjual buah ini disebarkan sendiri oleh Ali Bouazizi, sepupu beliau melalui ruang maya terutama sekali melalui platform media sosial pada ketika itu, Facebook. Melalui Facebook kisah Mohamed Bouazizi tersebar meluas sehingga dikongsikan beribu-ribu orang. ", "Dan ia mencetuskan protes di seluruh Tunisia. Beribu-ribu video protes dan kekejaman polis dimuat naik dan ia sekaligus menyemarakkan lagi protes di negara itu sehingga mengakibatkan Presiden-nya, Ben Ali melarikan diri keluar negara. ", "Perkara yang sama juga turut berlaku di beberapa negara Timur Tengah lain, contohnya Mesir. Di mana apabila video kekejaman polis[5] di muat naik sehingga mencetuskan rusuhan dan kejatuhan Presiden Hosni Mubarak. Kesemua ini disebabkan oleh platform media sosial.", "Internet juga kini menjadi sebagai satu alat dan senjata propaganda, sama ada dari kerajaan, pengganas, golongan ekstermis dan ramai lagi. Ini diperkuatkan lagi jika kita melihat dengan lebih teliti tragedi keganasan terhadap orang Islam yang berlaku di Christchurch. Di mana pengganas tersebut bukan sahaja mengumumkan rancangannya di ruang maya, malah turut menyiarkan secara lansung kekejaman yang dia lakukan kepada penonton di internet.[6]", "Tapi kita juga perlulah berlaku adil, disebalik sisi buruknya internet juga mempunyai sisi baiknya yang tersendiri. Pada tahun 2016, seorang warga emas berumur 89 tahun yang menyara dirinya sendiri dengan menjual aiskrim meruntun hati seorang pengguna internet.", "Pengguna internet tersebut yang kasihan melihat orang tua itu yang masih gigih menjual aiskrim selepas kematian anak tunggalnya memulakan satu kempen pembiayaan bagi membantu warga emas tersebut. Sangkanya dapat $ 3000 pun cukuplah, asalkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban. Tapi terkejut beliau apabila mendapati yang beliau dapat mengumpul sehingga $300,000 (bersamaan lebih dari 1 juta ringgit) dan sekaligus memastikan warga emas itu dapat terus bersara dan berehat dalam kesenangan.[7]", "Internet juga boleh diibaratkan sebagai satu platform kerjasama global. Di mana usaha-usaha kemanusiaan boleh dikoordinasikan pada skala yang tidak pernah kita lihat sebelum ini. Ingat lagi kah anda, apabila gereja Notre Dame di Paris terbakar, kempen pembiayaan yang dilancarkan di ruang maya berjaya mengumpul lebih dari $ 900 juta dalam masa beberapa hari sahaja[8]. ", "Kalaulah peristiwa kebakaran Notre Dame berlaku 10 tahun dahulu, pasti anda tidak akan dapat melihat jumlah yang sama dapat dikumpulkan, kerana capaian maklumat yang terhad dan tidak menjangkaui sempadan.", "Kesemua ini sudah tentulah menimbulkan perdebatan dan persoalan tentang kesan dan impak teknologi internet kepada kita semua. Dilema yang terhasil daripada membincangkan kesan baik dan buruk daripada internet. Dan akhirnya membawa internet ke satu titik peralihan.", "Mengapa saya berkata begitu? Jika kita melihat pada isu yang terkini, kebanyakan pemilik platform internet yang popular seperti Facebook dan juga YouTube sudah mula bersuara inginkan tindakan dari kerajaan untuk mengawalselia platform milik mereka.[9][10]Sentimen ini juga disokong oleh beberapa pengkritik dan pengamal media.[11]", "Ini berikutan usaha mereka sendiri yang gagal dalam mengawal kandungan yang dinaikkan dalam platform yang mereka sediakan justeru menjadikan platform itu penuh dengan kandungan yang negatif dan merbahaya buat tatapan umum.[12] ", "Facebook yang sudah beberapa kali menjadi mangsa keadaan apabila mereka dipersalahkan dalam pelbagai skandal seperti Cambridge Analytica dan juga Russia memburukkan nama platform itu yang kini sering dikatikan dengan penjualan data pengguna.[13] YouTube pula terpaksa berhempas pulas mengawal selia kandungan video yang dinaikkan di platform video itu, yang kadangkala menjadi tempat di mana video-video yang tidak sihat (keganasan, pedofilia, teori konspirasi) bersarang.[14]", "Ramai pakar mula berpendapat yang kita bakal melihat masa depan di mana internet bakal dikawal selia dan dipantau secara ketat oleh kerajaan. Cuma bagaimana ia dikawal selia itu tanpa menggangu prinsip kebebasan bersuara masih lagi didebatkan dengan hebat dalam kalangan pemain industri dan pengamal undang-undang. [15] Tidak menghairankan apabila sesetengah negara seperti China sudahpun mengamalkan konsep tersebut.[16]", "Walaupun kita ada sudah sedikit sebanyak gambaran tentang rupa bentuk internet yang dikawal selia, ia tidak memberikan kita jawapan yang jelas, sebaliknya lebih banyak persoalan dan juga kerisauan pula timbul. Pada awalnya tadi kita sudahpun bersetuju bahawa internet kini sudahpun menjadi sebati dengan kehidupan seharian kita.", "Cuba anda fikirkan apakah impak dan kesan buruknya jika internet mula dikawal selia oleh kerajaan. Tidakkah itu bermakna yang segala aspek kehidupan kita nanti akan turut dikawal selia oleh kerajaan? Ia tak terlalu melampau untuk difikirkan, apabila China sekali lagi memberi kita petunjuk awal tentang bentuk kawal selia yang sudah ataupun akan mereka jalankan. ", "Lihatlah sendiri bagaimana China memasang CCTV dan\njuga kamera atas talian bagi mengawal selia penduduknya (terutama golongan\nminoriti) dan mengawal kadar jenayah.[17]\nDisamping itu China juga tidak ketinggalan dalam menggunakan kapasiti internet\nsehingga ke maksima apabila mereka menggunakan teknologi pengecaman wajah bagi\nmengenalpasti penjenayah dalam kalangan rakyatnya sendiri.[18]\nPersis seperti yang digambarkan dalam novel 1984 karya George Orwell, China\nsudah menghampiri visi kerajaan totalitarian. ", "Ini sekaligus memberikan kita, satu gambaran yang\ngelap tentang masa depan internet. Yang walaupun ia memudahkan aktiviti\nseharian kita, meningkatkan kualiti kehidupan kita, ianya juga mempunyai sisi\ngelap yang sukar untuk kita jangkakan. Kesimpulannya, soal mengawal selia\ninternet ini merupakan sesuatu yang kita hampiri dengan penuh teliti dan\nberhati-hati.", "Persoalan yang timbul di sini adalah bagaimana.\nBagaimana kita hendak selesaikan masalah kesan buruk yang datang daripada\ninternet, dan pada masa yang sama tidak mewujudkan keadaan sepertimana yang\nkini dan akan berlaku di China? Bagaiman kita hendak mencari imbangan di antara\nkawal selia dan hak kebebasan bersuara?", "Saya rasa jawapannya ada dalam lipatan sejarah.\nGeorge Santayana, seorang penulis tersohor pernah berkata, “Mereka yang tidak\nmempelari sejarah, sudah tentu akan mengulangi kesilapan yang lalu”. [19]\nDan saya kira untuk memahami dan mendalami masalah yang kita kini hadapi\nperlulah kita singkap masa yang lalu, menelusuri lembaran sejarah.", "Kerana apabila kita memahami masa yang lalu, ia akan\nmembantu kita dalam mencorakkan masa hadapan kita. ", " RUJUKAN:", "Bardaro, A. (2019, April 15). The future of free speech: The panic button and social media regulation. Retrieved from Medium: https://medium.com/adventures-in-consumer-technology/regulating-social-media-a-policy-proposal-a2a25627c210", "Clairmont, N. (2013, July 31). “Those Who\n Do Not Learn History Are Doomed To Repeat It.”. Retrieved from Big\n Think: https://bigthink.com/the-proverbial-skeptic/those-who-do-not-learn-history-doomed-to-repeat-it-really", "Cohen, N. (2019, 4 23). Like Guns, Social Media\n is A Weapon That Should be Regulated. Retrieved from Wired:\n https://www.wired.com/story/like-guns-social-media-is-weapon-should-be-regulated/", "Connor, J. (2016, September 14). The Internet\n Donated Over $300K to This 89-Year-Old Ice Cream Vendor. Retrieved from\n First We Feast:\n https://firstwefeast.com/eat/2016/09/internet-donated-300k-to-ice-cream-vendor", "Economy, E. C. (2018, Jun 28). The great\n firewall of China: Xi Jinping’s internet shutdown. Retrieved from The\n Guardian:\n https://www.theguardian.com/news/2018/jun/29/the-great-firewall-of-china-xi-jinpings-internet-shutdown", "International Telecommunication Unions. (2015, May\n -). ICT Facts and Figures. Retrieved from International\n Telecommunication Unions:\n https://www.itu.int/en/ITU-D/Statistics/Documents/facts/ICTFactsFigures2015.pdf", "J.Rosen, R. (2011, September 3). So, Was\n Facebook Responsible for the Arab Spring After All? Retrieved from The\n Atlantic:\n https://www.theatlantic.com/technology/archive/2011/09/so-was-facebook-responsible-for-the-arab-spring-after-all/244314/", "Jenkins, A. (2018, April 6). We’re Keeping\n Track of All of Facebook’s Scandals So You Don’t Have To. Retrieved\n from Fortune:\n http://fortune.com/2018/04/06/facebook-scandals-mark-zuckerberg/", "Jenni Marsh, T. M. (2019, March 16). How the\n Christchurch terrorist attack was made for social media. Retrieved from\n CNN: https://edition.cnn.com/2019/03/15/tech/christchurch-internet-radicalization-intl/index.html", "Jiaquan, Z. (2018, August 4). Drones, facial\n recognition and a social credit system: 10 ways China watches its citizens.\n Retrieved from South China Morning Post:\n https://www.scmp.com/news/china/society/article/2157883/drones-facial-recognition-and-social-credit-system-10-ways-china", "Kuo, L. (2019, Feb 18). Chinese surveillance\n company tracking 2.5m Xinjiang residents. Retrieved from The Guardian:\n https://www.theguardian.com/world/2019/feb/18/chinese-surveillance-company-tracking-25m-xinjiang-residents", "Lageman, T. (2016, January 3). Mohamed\n Bouazizi: Was the Arab Spring worth dying for? Retrieved from\n Al-Jazeera:\n https://www.aljazeera.com/news/2015/12/mohamed-bouazizi-arab-spring-worth-dying-151228093743375.html", "Luke Baker, P. D. (2019, April 18). As\n Notre-Dame money rolls in, some eyebrows raised over rush of funds.\n Retrieved from Reuters:\n https://www.reuters.com/article/us-france-notredame-donations/as-notre-dame-money-rolls-in-some-eyebrows-raised-over-rush-of-funds-idUSKCN1RT28Q", "Pappas, S. (2016, March 18). How Big Is the\n Internet, Really? Retrieved from Live Science:\n https://www.livescience.com/54094-how-big-is-the-internet.html", "Poletti, T. (2019, April 24). Opinion: Mark\n Zuckerberg is begging for governments to regulate Facebook. Retrieved\n from Market Watch:\n https://www.marketwatch.com/story/mark-zuckerberg-is-begging-for-governments-to-regulate-facebook-2019-04-24", "Shedden, D. (2014, Oktober 29). Today in Media\n History: The Internet began with a crash on October 29, 1969. Retrieved\n from Poynter.org:\n https://www.poynter.org/reporting-editing/2014/today-in-media-history-the-internet-began-with-a-crash-on-october-29-1969/", "Standage, T. (2013). Writing on the Wall:\n Social Media, The First 2000 Years. Great Britain: Bloomsbury\n Publishing Plc.", "Wakabayashi, D. (2019, April 17). The Most Measured Person in Tech Is Running the Most Chaotic Place on the Internet. Retrieved from The New York Times: https://www.nytimes.com/2019/04/17/business/youtube-ceo-susan-wojcicki.html?rref=collection%2Ftimestopic%2FYouTube&action=click&contentCollection=business&region=stream&module=stream_unit&version=latest&contentPlacement=7&pgtype=collection", "NOTA KAKI:", "[1] (International Telecommunication Unions, 2015)", "[2] (Pappas, 2016)", "[3] (J.Rosen, 2011)", "[4] (Lageman, 2016)", "[5] (J.Rosen, 2011)", "[6] (Jenni Marsh, 2019)", "[7] (Connor, 2016)", "[8] (Luke Baker, 2019)", "[9] (Poletti, 2019)", "[10] (Wakabayashi, 2019)", "[11] (Cohen, 2019)", "[12] (Wakabayashi, 2019)", "[13] (Jenkins, 2018)", "[14] (Wakabayashi, 2019)", "[15] (Bardaro, 2019)", "[16] (Economy, 2018)", "[17] (Kuo, 2019)", "[18] (Jiaquan, 2018)", "[19] (Clairmont, 2013)" ]
https://www.thepatriots.asia/benarkah-dakwaan-madu-mampu-sembuhkan-covid-19/
Benarkah Dakwaan Madu Mampu Sembuhkan Covid-19?
[ "Apabila COVID-19 melanda Brazil, banyak petua mengarut tersebar melalui WhatsApp. Katanya daun pokok kapas boleh dicampur dengan wormseed (dysphania anthelmintica) dan madu boleh membvnvh COVID-19 dalam badan.", "Campuran ini siap dijual lagi, perlu diminum setengah cawan sehari (Slattery, 2020). Hakikatnya COVID-19 merebak dengan laju, sampai Brazil mencecah tujuh juta kes.", "Terdapat juga sangkaan yang kurma, madu dan minyak zaitun mempunyai zat pencegahan daripada COVID-19. Dari segi khasiat, memang makanan sunnah tidak boleh dipersoalkan.", "100 gram kurma kaya dengan karbohidrat, protein dan serat, juga antioksidan flavonoid dan karotenoid yang boleh mencegah k4ns3r (Elliot, 2018).", "Flavonoid juga ditemui dalam madu (Gunnars, 2018). Manakala minyak zaitun pula kaya dengan Vitamin E dan K (Leech, 2018).", "Namun pengguna harus faham yang bukan semua makanan sunnah dalam pasaran dijual secara asli dan tulen. Khasiat dalam makanan berproses mungkin sudah terjejas dan berkurangan (Raman, 2018).", "Walau bagaimanapun, asli atau proses, belum ada bukti disokong bahawa kurma, madu dan minyak zaitun boleh mencegah COVID-19.", "Kalau fikir secara logik, ketiga-tiga makanan ini memang ruji di Timur Tengah. Sehingga Julai, COVID-19 telah membvnvh 20,000 orang di rantau ini dengan 907,736 j4ngk1tan (AFP, 2020).", "Hari ini Iran sahaja mempunyai 1.13 juta kes dengan angka kem4t1an mencecah 53,000 orang. Maka memang peliklah jika negara pengeluar kurma dan minyak zaitun asli ditenggelami kes COVID-19.", "China, Turki dan Argentina ialah tiga negara pengeluar terbesar madu, pun tenggelam angkara COVID-19.", "Madu walau bagaimanapun bukanlah suatu makanan yang tidak berguna. Memandangkan COVID-19 ialah suatu krisis kesihatan yang baru, penyelidikan saintifik masih belum cukup untuk menokhtahkan kesimpulan mudah. Hospital Awam Massachussets berpakat dengan Universiti Perubatan Harvard untuk menjalankan sebuah penyelidikan (yang masih belum ada semakan saintifik).", "Dr Sohaib Ashraf membuat dua kumpulan pes4k1t yang menjalankan rawatan. Perbezaannya, salah satu mengamalkan campuran madu dalam air 250 ml dan kapsul habbatus sauda mengikut kemampuan pes4k1t.", "Manakala kumpulan kedua pula diberi placebo. Dalam kalangan 313 pes4k1t ini, 210 mengalami kes biasa dan 103 pula agak serius. Kedua-dua kumpulan ini menjalani rawatan perubatan seperti biasa.", "Tetapi kumpulan yang menerima madu dan habbatus sauda didapati lebih cepat sembuh untuk dibandingkan dengan placebo (Lim, 2020).", "Kemampuan makanan sunnah sememangnya tidak boleh diperlekehkan. Amatlah wajar jika makanan sunnah diambil untuk bermanfaat sahaja. Dan setakat ini belum terbukti ia mampu mencegah COVID-19.", "Namun tidak boleh sama sekali jika makanan sunnah diambil dengan prasangka badan pun kebal COVID-19… dan boleh keluar rumah tanpa pelitup muka dan tidak lagi mengamalkan penjarakan sosial.", "Lebih mengeruhkan keadaan jika perubatan moden diboikot terus, hanya mengambil makanan sunnah secara mentah-mentah.", "COVID-19 bukan sesuatu untuk dieksperimenkan secara semberono. Kerana ia boleh terj4ngk1t sehingga membvnvh satu keluarga. Pada bulan Mac 2020, seorang nenek berusia 73 men1ngg4l dunia tanpa mengetahui pun dua orang anaknya sudah menjadi m4ngs4 COVID-19.", "Dalam zaman apabila keluarga terb3l4h angkara peny4k1t, sains harus diutamakan dengan sunnah menjadi sokongan.", "Banyak sangat sunnah Nabi Muhammad SAW boleh diambil untuk menewaskan COVID-19. Bukan setakat makanan semata-mata. Tingkah-laku dan kegiatan harian harus mencerminkan perwatakan baginda, yang boleh mencegah diri daripada j4ngk1tan COVID-19.", "RUJUKAN:", "AFP. (2020, Julai 13). Middle East Covid-19 (ditapiskan) toll exceeds 20,000. The New Straits Times.", "Elliot, B. (2018, Mac 21). 8 Proven Health Benefis of Dates. Healthline.", "Gunnars, K. (2018, September 5). 10 Surprising Health Benefits of Honey. Heathline.", "Leech, J. (2018, September 14). 11 proven benefits of olive oil. Healthline.", "Lim, G.Y. (2020, November 25). Covid-19 RCT: Honey and black cumin seed help speed up recovery in Covid-19 (ditapiskan). Nutra Ingredients.", "Raman, R. (2018, Januari 20). All about raw honey: how it is different than regular honey? Healthline.", "Slattery, G. (2020, Jun 18). Aspirin in honey: dubious COVID-19 ‘cures’ spread in Brazil. Reuters." ]
https://www.thepatriots.asia/valkyrie-bidadari-bidadari-yang-menanti-pahlawan-viking-norse/
Valkyrie: Bidadari-Bidadari Yang Menanti Pahlawan Viking-Norse
[ "Sebut saja Valkyrie, ramai membayangkan plot 21 Julai 1944 untuk membvnvh 4d0lf H1tl3r oleh Kolonel Claus von Stauffenberg. Plot ini kemudiannya diadaptasi ke layar perak menerusi filem Valkyrie (2008) dengan Tom Cruise memegang peranan sebagai Stauffenberg. Hakikatnya, terdapat satu lagi Valkyrie yang jarang disentuh iaitu Valkyrie versi mitologi Norse.", "Dari segi bahasa, Valkyrie bermaksud pemilih orang yang telah dibvnvh. Kalau mengikut cerita-cerita tradisi awal Norse, mereka merupakan makhluk halus yang terbang dalam setiap medan pert3mpvran yang disertai oleh orang Norse/Viking dan mencari mana-mana pahlawan/t3nt3ra yang gugur. Ini sekaligus menentukan nasib mereka untuk Odin.", "Bersesuaian dengan maksud namanya iaitu pemilih orang yang telah dibvnvh, pahlawan/t3nt3ra yang dipilih akan dibawa oleh Valkyrie merentasi Bifrost (jambatan pelangi) dan menuju ke Valhalla. Valhalla ialah syurga bagi t3nt3ra/pahlawan Norse yang terbvnvh di medan pert3mpvran dan merupakan tempat mereka bersedia membantu Odin menghadapi Ragnarok.", "Menariknya, cara mereka menarik ‘mangsa’ mereka sungguh licik termasuk menggunakan sihir terhadap sasaran mereka. Ini bermakna mana-mana pahlawan/t3nt3ra yang memikat hati mereka, maka Valkyrie akan melakukan apa saja bagi memastikan mereka menjadi Einherjar (t3nt3ra Odin untuk Ragnarok) dan m4t1 di medan pep3r4ngan.", "Contoh perangai mereka dapat dilihat dalam sajak Darraðarljóð yang dicatat dalam Njal’s Saga. Dalam sajak tersebut, 12 Valkyrie dilihat berada di medan pert3mpvran sebelum Pert3mpvran Clontarf tercetus. Mereka menggunakan mesin tenunan dan menenun nasib tragis sesiapa saja yang dipilih mereka (perihal mereka hampir sama dengan Norn yang bertanggungjawab menenun takdir manusia dan dewa-dewi Norse).", "Benang tenunan Valkyrie ialah usus-usus, kepala-kepala manusia yang dip4ncvng sebagai pemberat dengan p3d4ng dan anak p4n4h sebagai pemvkvl mereka. The Saga of the Volsungs menggambarkan memegang Valkyrie seperti merenung api. Kisah sama turut didapati banyak kisah lama membabitkan orang Germania dan Celt.", "Dalam cerita tradisi Norse seterusnya, elemen ng3r1 yang membelenggu Valkyrie dibuang dan digantikan dengan elemen-elemen berbaur romantis. Dalam cerita sebegini, Valkyrie ialah isteri kepada setiap t3nt3ra Einherjar dan melayan mereka dengan jamuan makanan semasa di Valhalla. Mungkin ramai menganggap mereka ini sebagai pelayan tetapi dalam tradisi Norse, ratu/permaisuri melayan orang kehormat sebagai tanda penghormatan mereka.", "Bila mereka di medan p3r4ng pula, Valkyrie akan bertukar menjadi puteri angsa. Tanpa jubah mereka, mereka boleh terperangkap di dunia nyata tanpa berpeluang kembali ke alam ghaib.", "Terdapat beberapa versi puteri angsa yang ada kaitan dengan Valkyrie. Dalam kisah pertama, seorang lelaki menjumpai seorang Valkyrie yang sedang enak bersiram dalam bentuk puteri angsanya. Selepas mengambil jubah wanita tersebut, dia mengahwininya dan rumahtangga mereka bahagia selama bertahun-tahun.", "Selepas bertahun-tahun, si Valkyrie menemui semula kain yang diambil suaminya lalu dia kembali semula ke alam ghaib. Sang lelaki yang merasa sedih dengan pemergian cinta pertamanya itu buntu bagaimana hendak mendapatkan semula wanita yang dicintainya itu. Lalu dalam perjalanannya, si lelaki berjumpa dengan seorang tua yang merupakan raja dunia haiwan.", "Sang raja memberitahunya bagaimana hendak menyeberang ke alam sebelah sana dan bagaimana memenangi semula isterinya itu. Sebaik tiba, dia berjaya menemui sang Valkyrie yang menakluk hatinya itu. Tetapi si isteri memberitahu untuk memenanginya semula, dia harus menyelesaikan satu daripada tiga tugasan sukar.", "Ujian-ujian ini selalunya diberi sama ada oleh si isteri, kakak-kakaknya atau mana-mana saudara mara Valkyrie. Selepas si lelaki berjaya menyelesaikan semua ujian yang dilemparkan terhadapnya, si isteri kembali bersamanya dan hidup bahagia pada akhirnya.", "Dalam versi kedua, kisahnya hampir serupa dengan versi kisah pertama. Bezanya ialah kebahagiaan mereka dirobek apabila si isteri dibvnvh oleh seorang wanita yang gila bayang terhadap suaminya itu. Semasa di alam barzakh, dia berupaya mengenali siapa yang bertanggungjawab membvnvhnya. Sebelum si suami dan pembvnvhnya disatukan, Valkyrie kembali dan membvnvh pesaingnya itu.", "Jika bukan sebagai wanita yang mencintai Einherjar, kadang-kadang Valkyrie muncul sebagai mentor kepada t3nt3ra yang ditakdirkan kembali ke negeri cacing. Selain bertanggungjawab melatih mereka dengan seni pep3r4ngan dan etika pertarungan, kadang-kadang Valkyrie muncul sebagai pelindung mereka atau sebagai pemberi amaran secara langsung atau dalam alam mimpi.", "Misalnya, seorang lelaki bermimpi melihat si Valkyrie menukar organ dalamannya dengan jerami bagi membolehkan dia kelihatan kebal di medan pert3mpvran. Melalui alam mimpi juga, mereka bukan sekadar meramalkan kem4t1an seseorang tetapi juga pengakhiran sesebuah pert3mpvran. Contohnya, cahaya Aurora yang dilihat pada waktu malam merupakan refleksi p3d4ng mereka pada perisai.", "Dalam sesetengah kes, ada Valkyrie yang jatuh hati dengan t3nt3ra/pahlawan yang dilatih mereka seperti yang dinyatakan dalam mitologi Norse. Mereka mengajarkan cara pertarungan yang diamalkan Odin, memberi nasihat dan menginspirasikan mereka semasa di medan p3r4ng. Apabila tiba masanya, Valkyrie ini akan menunggu kekasih mereka dan membawa mereka ke Valhalla.", "Dan siapa sangka kisah Valkyrie ini ada kaitan dengan cerita dongeng Sleeping Beauty menerusi Saga Volsung. Dalam saga tersebut dan kebanyakan adaptasi, Brynhildr sebenarnya seorang Valkyrie tetapi dihukum tidur sepanjang hayat oleh Odin sebagai kerana enggan mematuhi perintahnya. Satu-satunya cara menyelamatkan Brynhildr ialah menciumnya selepas melepasi dinding api yang mengelilinginya.", "Seorang pahlawan bernama Sigurd berjaya menyeberangi halangan tersebut dan menciumnya. Dari situ, kedua-duanya jatuh cinta pandang pertama dan sudah mula membuat persiapan perkahwinan mereka. Tetapi kerana didorong oleh keinginannya yang suka mengembara, Sigurd meneruskan pengembaraannya ke dunia luar sementara Brynhildr setia menunggu kepulangannya.", "Tetapi dalam perjalanan, pahlawan itu termakan ubat pengasih yang menyaksikan Sigurd jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Gudrun dan menolak cinta tunangnya itu. Ini sebenarnya plot yang diatur oleh Gudrun dan abangnya, Gunnar yang gila bayang terhadap Brynhildr. Sigurd turut dipujuk menyamar sebagai Gunnar dan mengejar cinta tunangnya itu.", "Sebaik mengetahui apa yang berlaku dan lelaki yang dikahwininya bukan Sigurd, Brynhildr mengaturkan agar bekas tunangnya itu dibvnvh. Tetapi selepas mengetahui berita kem4t1an bekas kekasihnya itu, dia terus patah hati dan mengambil keputusan untuk dib4k4r bersama m4y4t bekas kekasihnya itu.", "Dengan sedikit pengubahsuaian, inilah permulaan kisah Sleeping Beauty yang kita ketahui hari ini. Ia sudah banyak diadaptasi ke layar perak dan kaca televisyen termasuk filem Sleeping Beauty (1959), filem Maleficent (2014) dan Once Upon A Time (siri televisyen terbitan ABC).", "RUJUKAN:", "McCoy, D. VALKYRIES. Norse Mythology for Smart People.", "Parkes, V. (2020). The Bold and Beautiful Valkyries and Their Mortal Lovers. Ancient-Origins." ]
https://www.thepatriots.asia/kisah-dinasti-ming-bersungguh-sungguh-belajar-bahasa-melayu-2/
Kisah Dinasti Ming Bersungguh-Sungguh Belajar Bahasa Melayu
[ "Hari ini, bersepah di Twitter, kita dapat lihat anak-anak Melayu merendahkan Bahasa Melayu. Pelbagai tuduhan yang sangat menyedihkan dilumurkan pada bahasa yang pernah jadi Lingua Franca dunia ini!", "Hubungan diplomatik Kesultanan Melaka dengan Dinasti Ming bermula apabila Maharaja Yongle mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka 1405. 2 tahun kemudian, Maharaja Yongle menitahkan sebuah Balai Bahasa-Bahasa Asing bernama Siyi Guan (四夷馆).", "Di antara jawatankuasa-jawatankuasa dalam Siyi Guan, tertubuhnya Balai Melaka (满剌加馆), yakni balai untuk menterjermah Bahasa Melaka yang kita faham sekarang sebagai Bahasa Melayu. Biau benau, Raja Cina nak orangnya fasih Bahasa Melayu?", "TETAPI sebelum itu, kalau korang berminat nak baca fakta-fakta menarik macam thread ni tentang Tamadun Cina, bolehlah beli buku terbaru kami, KITAB TAMADUN CINA tulisan saudara Ayman Rashdan Wong. Beli di: http://bit.ly/3csqauf", "Nak tambah kejutan, Siyi Guan siap terbitkan lagi sebuah kamus Bahasa Melayu untuk mengukuhkan pembelajaran mereka. Diberikan nama Manlajia Guo Yiyu 满剌加国译语 (Kamus Terjermahan Bahasa Melaka). Kamus ini merupakan warisan tinggalan Siyi Guan yang sungguh bernilai bagi rakyat Malaysia. Malah, Profesor Kong Yuanzhi 孔远志 daripada Universiti Peking (北京大学) juga mengiktiraf hakikat ini.", "“《满剌加国译语》不仅是第一部马来语汉语词典,也是世界上第一部马来语词典。”", "(Kamus Bahasa Melaka bukan sahaja adalah kamus Bahasa Melayu-Cina pertama, bahkan adalah kamus Bahasa Melayu yang pertama di dunia)", "Keseluruhan kandungan isinya ditulis dalam huruf Cina. Ya, bukan huruf Latin ABC kerana orang Eropah tak sampai-sampai lagi. Menariknya, setiap istilah Melayu ditransliterasikan dengan sebutan Cina, besertakan maksudnya dalam Bahasa Cina. Sebagai contoh, kitab terbitan tahun ke-19 Wanli 万历 (1591) yang bertajuk Xian Bing Lu 咸宾录 (Rekod Segala Tetamu) diselitkan beberapa contoh istilah Melayu besertakan penerangannya. Memetik ayatnya:", "其译语呼天为安剌,地为布迷,日为哈利,月为补蓝。", "(Antara terjermahannya, langit disebut ‘an-la’ 安剌, bumi disebut ‘bu-mi’ 布迷, bulan disebut ‘bu-lan’ 补蓝.)³", "Sayangnya, manuskrip asalnya telah hilang ditelan zaman. Namun salinan kamus ini kini dalam simpanan NGO Centre for Malaysian Chinese Studies (马来西亚华社研究中心). Sesalinan ini juga disimpan oleh En. Yang Quee Yee 杨贵谊, penerbit Kamus Singkatan Bahasa Melayu [Melayu-Cina] 1969.", "Pernahkah ada orang Melayu zaman Melaka yang menguasai Bahasa Cina? Ya, ada. Ditemui dalam Rekidai Hōan (歴代宝案), yakni “Dokumen Bernilai Turun Temurun”, yang mana beberapa watikah kepada Raja Ryukyu dikarang oleh Laksamana atas arahan titah Sultan Melaka. Watikah-watikah ini semuanya dalam tulisan Cina, bertarikh tahun ke-16 Chenghua 成化 (1480) dan diakhiri dengan nama darjat penukilnya iaitu Laksamana yang dieja Lè-zuò-má-ná 乐作麻拿, dan watikah lain pula dieja Lè-xì-má-ná 乐系麻拿.⁴", "Sama ada Laksamana itu merujuk kepada Hang Tuah ataupun sebaliknya, itu perbahasan lain ya. Memandangkan kita baru membincangkannya, admin teringat pula dalam Hikayat Hang Tuah, dikatakan bahawa beliau secara peribadi fasih bertutur banyak bahasa asing. Kata Profesor Arndt Graf, mahaguru pengajian Melayu dari Universiti Goethe, German, “Hang Tuah menguasai 12 bahasa asing. Namun, beliau masih berbahasa ibundanya, Melayu.”", "Mesti anda semua terfikir betapa mencabarnya bagi mempelajari Bahasa Cina. Namun kita seharusnya beringat-ingat. Tiada apa di dunia ini yang terlalu mencabar jika kita curahkan kesungguhan kita sepenuh jiwa raga. Begitu juga dalam kefasihan bahasa kebangsaan kita, Bahasa Melayu. Kita kata tiada gunanya mempelajari Bahasa Melayu hanya kerana ia tiada nilai di dunia ekonomi mahupun sains dan teknologi.", "Ya, Bahasa Melayu tiada nilai kerana kamu sendiri enggan memberikannya nilai, bukan bahasa itu sendiri. Siapa lagi yang boleh memartabatkan lagi Bahasa Melayu jika bukan rakyat Malaysia sendiri? Lebih 600 tahun lalu, Dinasti Ming sebagai kuasa besar dunia, gigih mempelajari Bahasa Melayu semata-mata ingin mengukuhkan hubungannya dengan Melaka yang masih lagi baru dalam kebangkitan sebagai pusat perdagangan terkemuka.", "Hari ini, kita pula disarankan untuk belajar Bahasa Mandarin kerana Republik Rakyat China semakin pesat berkembang sebagai kuasa besar ekonomi kedua terbesar selepas Amerika Syarikat. Tak salah. Laksamana Melaka sendiri pun kuasainya. Namun demikian, mengapakah jarang kita dengar saranan berbanggalah bertutur dalam Bahasa Melayu DAN juga fasih dalam Bahasa Mandarin? Boleh baca artikel ni di portal kami terus, tulisan Zhang Faris.", "Dan akhir kata, kalau anda berminat dengan sejarah Tamadun Melaka, boleh beli buku kami, Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Melaka. Boleh beli di: http://bit.ly/3IXlf0G" ]
https://www.thepatriots.asia/bila-para-protester-hong-kong-julang-bendera-uk-dan-us/
Bila Para Protester Hong Kong Julang Bendera UK dan US
[ "Ramai mintak aku tulis pasal Hong Kong. Pasal “root cause” aku dah lama tulis dah. Boleh baca: https://www.thepatriots.asia/demonstrasi-1-juta-rakyat-hong-kong/", "Sejak aku tulis tu, ada beberapa perkembangan yang telah mengubah wajah protes yang pada asalnya bertujuan membantah RUU ekstradisi yang dianggap boleh menjejaskan autonomi Hong Kong (“one country, two systems”). Media pro-China pula berusaha menyifatkan protes tersebut sebagai perancangan jahat anasir separatis yang bersekongkol dengan musuh China (secara tersirat: US). ", "Pada 9 Julai, sebulan selepas siri protes oleh jutaan penduduk Hong Kong, Carrie Lam (Ketua Eksekutif Hong Kong) tunduk kepada desakan ramai dan mengumumkan bahawa RUU tersebut telah “mati”. Tapi sebilangan protester masih tak puas hati (tiada jaminan bahawa RUU tersebut betul-betul “mati”) dan menuntut supaya Carrie Lam turun dari jawatannya. Maka mulalah nampak kerajaan Hong Kong jadi “desperate” untuk menamatkan protes. ", "Selain melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah, kerajaan Hong Kong juga disyaki mengupah gengster untuk menyerang protester di MTR Yuen Long pada 21 Julai. Sampai berdarah-darah kena pukul. Itu menyebabkan pendapat umum antarabangsa (international public opinion) mula bersimpati dengan protester dan mengecam keganasan pihak berkuasa. ", "Tapi lama-kelamaan, protester pulak nampak desperate dan bertindak di luar batasan. Apabila pada hujung minggu dan Isnin lepas, operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong terganggu akibat protes, international public opinion mula berubah secara 180 darjah, dari simpati bertukar jadi menyampah. ", "Aku tak pro atau anti demonstrasi. Pro China tak, anti China pun tak. Kita kalau nak menganalisis kejadian politik dunia secara objektif, kena buang “value judgment” dan emosi kita, dan fokus kepada analisis tingkah laku (behavioral analysis) dan kuasa (power analysis).", "Dalam apa-apa protes di dunia ni, mesti ada dua pihak atau “pelaku” (actor) utama. Satu ialah protester mahu tuntutan mereka didengar, satu lagi ialah kerajaan mahu mempertahankan status quo. Dua pihak ni macam bertarik tali. Pihak yang lebih kuat akan mampu buat pihak satu lagi menyerah.", "Of couse lah kerajaan punya power lebih kuat, ada polis dan tentera bagai. Kalau tembakan dilepaskan, kereta kebal bergolek, 10 minit terus semua protester surai. Itu namanya “hard power”. ", "Tapi hard power pun ada hadnya. Had kepada hard power ialah international public opinion. Kalau di zaman dulu had tu kurang, tapi zaman sekarang ialah zaman media sosial, jadi China tak boleh layan protester Hong Kong macam dia layan protester di Dataran Tiananmen pada tahun 1989. Tambahan pula China sekarang menekankan “peaceful rise”, lagi kena berjaga-jaga.", "Negara yang autokratik macam mana pun, ia memerlukan keabsahan atau “legitimacy” untuk memerintah. Bila bantai rakyat sendiri, hilang legitimacy. Legitimacy ialah “soft power”. Kerajaan pun tak boleh memerintah tanpa kedua-dua hard dan soft power.", "Jadi, untuk melumpuhkan hard power kerajaan, demonstrasi kena diadakan dalam bentuk macam “Days of Rage”. Sekali berjuta-juta orang membanjiri kawasan kritikal seperti pusat ibu negara. Macam Revolusi Iran (1979), Yugwol Hangjaeng di Korea Selatan (1987), Revolusi Velvet di Czechoslovakia (1989) dan Dataran Tahrir di Mesir (2011). ", "Berjuta-juta orang, tak mungkin polis dan tentera nak bantai semua. Kejam macam Hitler pun tak berani bantai sejuta orang sekali gus, sebab nak jaga legitimacy. Kalau demonstrasi berskala kecil macam di Sudan tu memang berisiko kena bantai. Sebab mati 100 tak sama dengan mati 100,000 dari segi impaknya kepada legitimacy rejim pemerintah di mata antarabangsa.", "Mula-mula, protester Hong Kong memang berjaya menundukkan kerajaan Hong Kong dengan model “rage” mereka: 1 juta penduduk turun pada 9 Jun, diikuti oleh 2 juta pada 16 Jun. Sepatutnya waktu tu protester dah boleh isytiharkan kemenangan dah berhenti sebab objektif bantah RUU dah capai. Kalau nanti kerajaan nak perkenalkan semula RUU tu, baru bantah pun tak apa. ", "Tapi apabila terdapat segelintir yang tergesa-gesa untuk mendesak Carrie Lam letak jawatan, maka jadi lain lah outcome dia. Perang ke, demonstrasi ke, rebut kuasa ke, kena ada “limited goal”. Bila kau letak “unlimited goal”, mula-mula bantah RUU, dah berjaya nak orang letak jawatan pulak, itu hanya akan prolong the struggle. Kau mengancam periuk nasi penguasa, kau nak expect dia tak fight back?", "Bila struggle dah prolonged, maka momentum pun berubah, memberi lebih banyak masa kepada kerajaan untuk melancarkan “counter-attack”. Dan Carrie Lam guna taktik “war of attrition” untuk buat protester “exhausted”. ", "Orang awam dah mula rasa “fatigue” dengan protes yang tak habis-abis. Semakin lama semakin sikit turnout. Protes perlu di-sustain oleh “passion”, kalau dah hilang unsur passion, tak ke mana. ", "Dan orang mula risau tentang kesan protes kepada ekonomi. Kalau ekonomi Hong Kong self-sufficient tak apa, sambil cucuk tanam sambil lawan kerajaan 10 tahun 20 tahun pun tak apa. Tapi Hong Kong ialah sebuah “city-state” yang bergantung kepada ekonomi perkhidmatan seperti kewangan, pelancongan dan logistik. Sampai bila mampu Hong Kong survive kalau terus huru hara? ", "Situasi bertambah buruk apabila terdapat kumpulan yang cuba menangguk di air keruh dengan membuat tuntutan merepek seperti “Hong Kong merdeka” dan mengibar bendera UK dan US. Tu bukan tanda ada sokongan CIA atau MI6: kalau CIA-MI6 mereka diam-diam je. Tu lebih kepada taraf kebangangan macam orang kita yang terbalikkan bendera atau tukar warna bendera. Mereka konon “rindu zaman British” atau mengagumi demokrasi US, tapi tak sedar tindakan mereka memang kena dengan naratif Beijing bahawa protes ni sebenarnya dirancang oleh “kuasa-kuasa imperialis Barat”.", "Tapi mungkin juga tu operasi “false flag”: mereka sebenarnya dihantar oleh Beijing untuk sabotaj kempen protes. Bendera UK boleh terima lagi, bendera US gila try hard.", "Kesudahan koflik Hong Kong kali ini pasti akan berpihak kepada China. Paling-paling pun Carrie Lam dilucut jawatan kerana gagal memelihara law and order. Dan seperti yang aku katakan tadi, Peristiwa Tiananmen tak akan berulang sebab Beijing mahu memperolehi “moral high ground” dan legitimacy dalam isu ini. ", "UK walaupun ada bising-bising sikit, tapi dia bukan nak Hong Kong balik. Dia bising sebab ada kepentingan komersil: dia punya Swire dan Jardine Matheson semua berpangkalan kat Hong Kong. Trump sekadar menyibuk, nak tunggang isu Hong Kong untuk tekan China dalam rundingan perdagangan, tapi bukannya ada strategi pun. Guaido yang dia sokong jadi presiden Venezuela sampai sekarang tak ada cerita pun. ", "Tapi apa-apa pun, sentimen anti-China memang dah lama wujud di kalangan penduduk Hong Kong. Identiti punya pasal. Jadi, ini bukan kali pertama Hong Kong memprotes pemerintahan Beijing, dan juga tidak akan jadi kali yang terakhir.\n\n" ]
https://www.thepatriots.asia/ada-apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-the-exchange-106-dan-tun-razak-exchange-trx/
Ada Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang The Exchange 106 dan Tun Razak Exchange (TRX)?
[ "Tahun 2018 sudah pun tiba. Tahun ini, kita akan menyaksikan Malaysia bakal melakar sebuah pencapaian yang baharu dengan terbinanya sebuah menara tertinggi di Malaysia mengatasi Menara Berkembar Petronas (KLCC) setelah 20 tahun memegang ‘title’ sebagai menara tertinggi di Malaysia.", "The Exchange 106 (atau dikenali juga sebagai TRX Signature Tower), dengan ketinggiannya 492 meter, mempunyai 106 tingkat, terletak di tapak TRX berdekatan Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail dan Maju Expressway (MEX) dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini. The Exchange 106 bakal mengatasi ketinggian KLCC, 451.2 meter sekaligus meletakkan KLCC sebagai menara kedua tertinggi di Malaysia nanti. Walaubagaimanapun, KLCC tetap menjadi menara berkembar tertinggi di Malaysia dan di dunia.", "The Exchange 106 dibina dengan kaedah pembinaan dan penggunaan peralatan yang canggih sekaligus dapat mengurangkan tempoh pembinaan sebanyak 3 tahun lebih awal daripada jangkaan tempoh siapnya. Pada asalnya, ketinggiannya hanya mencecah 439 meter sebelum diubah sehingga mencapai ketinggian 492 meter. Ianya dibina dengan konsep ‘column-free’ supaya dapat memaksimumkan pengunaan ruang. ‘Core’ pula dibina pada tengah-tengah bangunan. Menggunakan ‘laminated glass wall’ pada seluruh ‘facade’ membenarkan cahaya matahari dan dalam masa yang sama menghalang haba menembusi ke dalam bangunan dapat mengurangkan pengunaan ‘artificial lighting’ serta penghawa dingin sekaligus dapat mengurangkan pengunaan tenaga elektrik. Ia mempunyai 106 tingkat yang terbahagi kepada 7 zon utama ( Low Zone, Mid Zone, Low High Zone, Sky Lobby, High Zone, Super High Zone dan Sky Floor) dan 6 tingkat parking bawah tanah.", "Konsep seni bina The Exchange 106 ini adalah simbolik kepada peningkatan pembangunan kewangan Islam global daripada asal satu biji benih yang berkembang ke seluruh dunia. The Exchange 106 dijadikan sebagai satu mercu tanda buat TRX untuk menunjukkan bahawa Malaysia bakal memacu sistem kewangan Islam ke peringkat global.", "Tun Razak Exchange (TRX) bakal menjadi hub kewangan antarabangsa (international financial hub) untuk memacu ekonomi negara dengan menyediakan kemudahan-kemudahan yang berteknologi tinggi dan rekaan yang moden. Komponen TRX termasuklah 3,800+ unit residensi, hotel-hotel mewah, 10 juta kaki persegi ruang pejabat dan 2 juta kaki persegi ruang perniagaan. Keluasan TRX dengan 70 ekar tanah bakal mengandungi 26 menara termasuk The Exchange 106 dan 24% daripada keluasan tanah adalah untuk elemen hijau dan ruang terbuka. TRX dibangunkan oleh Mulia Group Developer (syarikat Indonesia) manakala Master Plan TRX direka hasil kolaboratif antara firma antarabangsa, Machado and Silvetti Associates dan firma tempatan, Arkitek Jururancang Malaysia. TRX bakal menjadi asas kepada kelestarian perniagaan dengan pembangunan yang menitik beratkan kepentingan alam sekitar. TRX merupakan projek yang pertama di Malaysia di dalam mencapai LEED for Neighboring Development (LEED ND) Gold Conditional Approval dan Green Building Index (GBI) Township Provisional Platinum.", "Pembinaan TRX ini adalah selari dengan peranan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempelopori pembangunan kewangan Islam. Malaysia merupakan negara yang berada pada tangga teratas dunia dalam dana-dana Islam (54%) dan terbitan ‘sukuk’ (69%) serta berada tangga teratas Asia dalam aset perbankan Islam. Dijangka dengan pembinaan TRX ini, dapat melonjakkan lagi pembangunan dan kemajuan Malaysia dalam sistem kewangan Islam.", "Pembangunan projek berskala mega ini bakal memberikan impak yang positif kepada ekonomi negara terutama dalam sektor kewangan Islam. Isu TRX ini pernah menjadi hangat disebabkan skandal 1MDB (kerana asalnya ia dimiliki oleh 1MDB) dan telah mencetuskan kesangsian di dalam kalangan masyarakat Malaysia, namun pembangunan projek ini tetap dilaksanakan. Timbul sebahagian masyarakat yang agak skeptikal dan berpandangan negatif terhadap projek ini kerana dianggap membazir bahkan dicadangkan supaya elok disumbangkan perbelanjaan projek ini kepada yang lebih memerlukan. Perlu diingatkan bahawa projek berskala mega ini juga telah membuka banyak peluang pekerjaan terutama di dalam sektor pembinaan. Tak semua kita kena guna perbelanjaan kepada bentuk kebajikan sahaja tetapi perlu juga kepada pembangunan untuk meningkatkan lagi dapatan negara.", "TRX merupakan salah satu projek berskala mega yang sedang giat dibangunkan di Malaysia. Antara projek berskala mega yang lain yang sedang dan akan dilaksanakan ialah Menara Warisan Merdeka (KL118), Tradewinds Tower, Bukit Bintang City Square, HSR, ECRL, Melaka Gateway, Bandar Malaysia, MRT2 dan MRT3, AeroCity dan banyak lagi yang bakal melonjakkan lagi kemajuan pembangunan di Malaysia. Wallahu’alam." ]
https://www.thepatriots.asia/janji-kekayaan-menghubungkan-iran-azerbaijan-yang-bersengketa/
Janji Kekayaan Menghubungkan Iran-Azerbaijan
[ "Pada ulang tahun pertama Perang Nagorno-Karabakh 2020, selalunya perang mulut tercetus antara Azerbaijan dengan Armenia. Tetapi yang anehnya, ia membabitkan Baku dan negara jirannya di Caucasus, Iran.", "Tehran menuduh Baku menawarkan wilayahnya sebagai pusat pengumpulan maklumat perisikan untuk rejim Israel dan merekrut tentera upahan dari Syria semasa perang selama 44 hari itu. Sementara Azerbaijan pula menuduh Iran menceroboh selatan negara itu untuk tempoh seketika dan mengatur penyeludupan dadah ke Eropah dengan kerjasama Yerevan.", "Perang mulut dua negara ini kemudiannya disusuli dengan pertunjukan aset ketenteraan kedua-dua negara di sempadan masing-masing. Pada pertengahan September, Azerbaijan mengadakan latihan ketenteraan bersama Turki dan Pakistan. Dua minggu kemudian, Iran pula mengadakan simulasi perang di kawasan sempadan Iran-Azerbaijan. Beberapa hari selepas itu, giliran Baku melakukan perkara sama bersama Turki di Georgia.", "Tetapi apabila semua itu berakhir, kedua-dua negara tiba-tiba berbaik semula yang diterjemah dalam bentuk pertemuan di ibu kota Turkmenistan, Ashgabat penghujung November lalu. Pertemuan Ebrahim Raisi-Ilham Aliyev itu disusuli dengan pemeteraian perjanjian pertukaran gas jangka panjang Iran-Azerbaijan-Turkmenistan. Bagi penyokong Raisi, ia merupakan tamparan hebat kepada tekanan sekatan ekonomi Amerika Syarikat pada 2018 selepas Presiden Donald Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015.", "Menerusi perjanjian tersebut, satu hingga dua bilion meter3 gas akan dihantar dari Turkmenistan ke pos sempadan Sarakhs sebelum jumlah sama dihantar ke wilayah autonomi Nakhchivan, Azerbaijan di pintu sempadan Astara. Bagaimanapun, seorang pakar tenaga yang enggan dikenali melihat terdapat beberapa isu yang perlu dijawab oleh pentadbiran Raisi.", "Pertama, kontrak perjanjian ini bersifat jangka panjang dan ia tidak semestinya perjanjian yang baik kepada Tehran. Kedua, berapa peratus jumlah gas Turkmenistan yang diterima Iran. Mengikut beberapa agensi berita, ia berlegar antara lima hingga 25%. Tetapi pakar tersebut percaya peratusan agihan untuk Iran kurang daripada 5%.", "Anggapannya itu dibuat atas dua faktor. Pertama, Iran yang terlebih dahulu mengatur perjanjian dengan Turkmenistan dan bukan sebaliknya. Kedua, disebabkan sekatan ekonomi AS, Tehran hanya boleh berurusan dengan pasaran global dengan harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Beliau percaya perjanjian ini dibuat untuk mengukuhkan kedudukan Raisi secara domestik walaupun terpaksa memeterai perjanjian dengan negara yang dahulunya dilabel mereka sebagai tali barut Israel.", "Tetapi ada juga berpandangan ia dibuat sebagai mendapatkan pengaruh sebelum rundingan nuklear di Vienna disambung. Ini diakui oleh seorang diplomat yang pernah bekerja di kementerian luar Iran dari 2005 hingga 2013. Sementara delegasi Iran sibuk berunding dengan kuasa-kuasa dunia yang membentuk perjanjian nuklear 2015, diplomat-diplomat di Tehran sibuk membina hubungan politik dengan negara-negara jiran dan kuasa serantau. Polisi ini dijangka berkuatkuasa sekurang-kurangnya untuk tempoh empat tahun.", "Tambah si diplomat lagi, disebabkan terlalu fokus kepada rundingan nuklear, Iran dilihat terlalu pasif di rantau Caucasus. Dan itu menjejaskan keupayaan kementerian luar menggubal polisi rantau Caucasus yang dinamik. Tetapi satu perkara yang kekal konsisten diperjuangkan mereka sejak 1990-an ialah menghalang pembukaan koridor pengangkutan Zangezur yang menghubungkan Azerbaijan dengan Nakhchivan.", "Tehran mempunyai sebab kukuh membantah pembukaan koridor Zangezur. Sekiranya koridor berukuran 21 km panjang itu dibuka, ia akan memutuskan akses mereka ke Caucasus dari Armenia. Tetapi pengaruh Iran yang lemah tidak akan dapat mengatasi kata putus yang dimiliki oleh Turki dan Rusia. Sekiranya kedua-dua negara merasakan ia perlu dibuka, maka Yerevan dan Tehran perlu akur.", "Bagi seorang bekas diplomat Iran yang berkhidmat semasa Perang Nagorno-Karabakh Pertama (1988-1994), beliau merasakan bantahan Tehran akan ditolak. Pertama, Azerbaijan mendapat sokongan politik dan ketenteraan daripada Israel dan Turki. Kedua, Armenia hanya mengikut apa yang diperintahkan oleh Moscow.", "Sekiranya Rusia mahukan tentera Armenia dikeluarkan dari Zangezur dengan kawalan keselamatan diserahkan kepada pasukan pengaman mereka, Yerevan terpaksa akur. Senario ini hampir sama di Karabakh pada akhir perang di mana pasukan pengaman Rusia bertanggungjawab mengawal keselamatan wilayah itu.", "Malah, bekas diplomat itu mengakui semasa perang Nagorno-Karabakh pertama, pengaruh Iran di Caucasus lemah. Tetapi sekurang-kurangnya pada ketika itu, mereka menjadi tuan rumah rundingan damai antara kedua-dua negara. Tetapi hari ini, fokus Tehran ialah meluaskan pengaruhnya di Syria, Lubnan, Yaman dan Iraq sehingga terlupa rantau Caucasus.", "Akibatnya, mengikut hemat si bekas diplomat, Tehran tidak dapat menutup kelemahannya sendiri dalam kalangan negara jiran Caucasus. Dan ia diambil kesempatan sepenuhnya oleh Azerbaijan menerusi perjanjian pertukaran gas yang dimeterai baru-baru ini.", "RUJUKAN", "Middle East Eye. (2021, 26 Disember). The promise of wealth brings Iran and Azerbaijan together after Armenia tensions." ]
https://www.thepatriots.asia/krakatau-antara-gunung-berapi-paling-membinasakan-dalam-sejarah/
Krakatau: Antara Gunung Berapi Paling Membinasakan Dalam Sejarah
[ "Krakatau, satu nama yang  tidak perlu diperkenalkan lagi. Gunung berapi ini pernah menggemparkan dunia dek letusannya yang maha dahsyat. Sekiranya dibuka lembaran sejarah, sudah pasti letusan Krakatau adalah salah satu bencana alam yang paling menakutkan manusia moden pernah alami.", "Krakatau yang dahulu sudah musnah akibat letusannya lalu digantikan dengan ‘anaknya’. Tanggal 10 April 2020, ketika mana dunia masih dibelenggu dengan penularan wabak COVID-19, Anak Krakatau kembali aktif, mengeluarkan debu dan asap kelabu, dipercayai wap air dan gas. Mujur, letusan kali ini tidak begitu besar sehingga mampu menjana tsunami seperti letusan pada tahun 2018. Merujuk pada tajuk, artikel ini akan mengupas  dengan lebih lanjut  tentang dinamik gunung berapi ini.", "Kefahaman tentang gunung berapi sewajarnya dimulakan dengan pengenalan terhadap ‘Tectonic Plates’ atau Plat Tektonik. Plat tektonik utama ada tujuh. Ketujuh-tujuh plat tektonik ini bersama dengan plat tektonik kecil yang lain membentuk lapisan permukaan bumi. Kesemua plat ini merupakan lapisan teratas selepas mantel Bumi.", "Gambaran berkenaan plat tektonik dapat dilihat pada rajah di bawah. Sekiranya diperhatikan, lokasi kedudukan Malaysia berada di Plat Eurasia, manakala Kepulauan Indonesia  terletak berhampiran sempadan antara dua plat , Eurasia dan Australia. Sempadan ini juga terkenal dengan nama julukan “Ring of Fire” atau Lingkaran Api Pasifik.", "Anak Krakatau merupakan salah satu gunung berapi paling aktif di Indonesia. Anak Krakatau terletak di sempadan Plat Eurasia dan Plat Indo-Australia. Plat Australia mempunyai purata pergerakan 6-7 cm setahun ke arah yang bertembung dengan plat Eurasia ini. Pergerakan ini menyebabkan hujung plat(slab) terperosok di bawah plat Eurasia.", "Suhu yang panas pada mantel Bumi bertindak mencairkan sebahagian daripada plat yang terperosok tadi lalu membentuk magma. Isipadu magma yang bertambah hasil daripada cairan ini bergerak menuju ke kebuk magma(magma chamber). Kebuk magma ini kemudian, dengan tekanan tinggi dari bawah permukaan , menghambur keluar lava dan gas. Ini adalah prinsip asas bagi kejadian letusan gunung berapi, sama juga seperti Gunung Berapi Anak Krakatau.", "Gunung Berapi Krakatau mempunyai tiga fasa kehidupan. Tiga fasa ini dinamakan Krakatau Purba, Krakatau Muda dan Anak Krakatau. Krakatau Purba meletus pada 416 s.m. Letusan ini mengalirkan lava dan hamburan debu ke udara. Letusan ini menghancurkan Krakatau Purba dan meninggalkan sisa-sisa gunung berapi lalu membentuk tiga pulau iaitu Pulau Sertung, Pulau Panjang dan Pulau Rakata. Setelah itu , pada sekitar tahun 1200, letusan demi letusan yang sumber magmanya sama dari Krakatau Purba melahirkan dua gunung berapi baru iaitu Danan dan Parbuwatan.", "Lava dari dua gunung berapi ini berterusan mengalir akibat daripada siri letusan yang panjang, lalu membeku dan membentuk daratan baru . Daratan baru ini mencantumkan Pulau Rakata, Danan dan Parbuwatan. Perlu diingat bahawa Pulau Rakata itu sendiri adalah gunung berapi. Ketiga-tiga gunung berapi ini membentuk kompleks Pulau Gunung Berapi Krakatau, atau Krakatau Muda, atau Krakata Pra Letusan 1883. Sumber magma ini adalah sumber yang sama datang dari kebuk magma yang dahulunya mengakibatkan letusan 416 S.M.", "LETUSAN KRAKATAU 1883", "Letusan Krakatau Muda tidak berlaku dengan sekaligus. Ianya berlaku berturut-turut daripada gunung berapi yang berlainan. Namun begitu, sela masa letusan ini begitu dekat sehinggakan impaknya begitu besar. Menurut Verbeek (1885) , Krakatau Muda mula menunjukkan aktiviti letusan pada Mei 1883. Ia seakan-akan memberi amaran bahawa satu bencana bakal tiba.", "Tiga bulan kemudian, iatu Ogos 1883, Selat Sunda telah menyaksikan satu letusan mega yang berlaku selama  tiga hari berturut-turut! 26, 27 dan 28 Ogos 1883. Krakatau Muda mengalami letusan jenis plinian, iaitu tahap letusan paling ganas dan besar dalam hierarki jenis letusan gunung berapi. Antara contoh gunung berapi lain yang pernah meletus pada jenis atau tahap ini termasuklah Gunung Berapi St. Helen , Washington USA (1980) ; Gunung Berapi Pinatubo, Filipina(1991) ; dan Gunung Berapi Spur, Alaska (1992).", "Letusan plinian kebiasaannya mengeluarkan isipadu magma yang begitu signifikan sehingga menyebabkan sebahagian daripada gunung berapi itu ranap, dan membentuk kawah yang disebut kaldera. Ini yang terjadi pada Krakatau Muda. Danan dan Perbuatan hancur musnah , meninggalkan hanya sisa-sisa Rakata.", "Runtuhan Danan dan Perbuatan menghempas  permukaan lautan lalu menjana ombak besar tsunami setinggi kira-kira 30m dan membadai pulau-pulau sekitar Selat Sunda, persisiran pantai Lampung Selatan dan Jawa Barat. Pernyataan ini disokong oleh penemuan Yokoyama (1981).  Berdasarkan kajian survei gravimetri di kawasan Krakatau yang dilakukan oleh beliau, tsunami itu dijana akibat daripada hamburan bahan volkanik  berisipadu 18km3 yang menghempas permukaan lautan.", "Letusan ini bukan sahaja mengakibatkan tsunami, ia juga mengganggu kandungan atmosfera bumi. Sejumlah 18 km3 bahan piroklastik yang bersaiz debu halus berterbangan di udara mencapai ketinggian 50 hingga 90 km. Abu halus ini kemudian bertiup ke arah barat , mengambil masa 14 hari untuk tersebar di kawasan Khatulistiwa dan pada November 1883, ianya telah tiba di Kanada.", "Debu gunung berapi ini mengakibatkan langit di sebahagian wilayah Kanada menjadi warna-warni. Hal ini demikian kerana kesan daripada pantulan cahaya matahari terhadap zarah debu tersebut. Keadaan ini mengambil tempoh yang agak lama untuk kembali kepada asal, sehingga 1886 barulah warna langit tersebut bertukar seperti biasa.", "Selain itu, dari aspek biologi, letusan Krakatau 1883 memberi kesan yang buruk kepada kehidupan terumbu karang di sekitar Selat Sunda. Kebanyakannya telah musnah dan tidak kurang juga ada yang tercampak ke daratan! Salah satu bongkah terumbu karang yang tercampak ke darat telah dijadikan monumen sejarah sebagai memperingati peristiwa ini. Ianya terletak di Anyer. Pengkaji menyatakan bongkah tersebut berukuran 300 m3 dan mempunyai berat yang melebihi 300 tan.", "ANAK KRAKATAU ", "Pasca letusan 1883, keadaan di kompleks Gunung Berapi Krakatau masih belum tenteram. . Bermula tahun 1884 sehingga 1927, dalam tempoh masa 43 tahun, aktiviti gunung berapi di kawasan Krakatau begitu aktif terutama sekali letusan di dasar laut. Pada 27 Januari 1929, akibat daripada letusan demi letusan di kedalaman 180 meter, ianya telah membentuk tompokan yang boleh dilihat di permukaan laut, lalu saat inilah digelar oleh pengkaji sebagai saat kelahiran Anak Krakatau. Anak Krakatau ini muncul di kawasan kaldera Krakatau iaitu Krakatau Muda yang telah musnah pada 1883. Anak Krakatau ini mempunyai kadar pertumbuhan yang begitu pesat kerana letusan hampir terjadi saban tahun.", "Kerja pemetaan yang dijalankan pada tahun 2000 menyaksikan Pulau Anak Krakatau telah mencapai ketinggian 315 meter dari aras laut dan isipadunya mencapai 5.52 km3. Secara purata, kadar pertumbuhan Anak Krakatau boleh mencapai 4 meter setiap tahun dan perkara ini begitu menggusarkan para pengkaji.", "Anak Krakatau dikhuatiri bakal mencapai saiz terdahulu yang berdaya mencetuskan letusan mega seperti tahun 1883. Aktiviti letusan Anak Krakatau setakat ini masih belum memberi ancaman besar kepada penduduk berdekatan khususnya di sekitar Selat Sunda. Jangkauan batu yang terlontar hanya terbatas dalam kompleks Gunung Berapi Krakatau sahaja atau bersamaan dengan lingkungan 3km radius daripada pusat letusan.", "22 Disember 2018 ,menyaksikan peristiwa runtuhan satu sektor Anak Krakatau iaitu di bahagian selatan gunung tersebut. Berpandukan data anjakan yang dikesan dari jauh melalui satelit dan analisis tenaga haba, Anak Krakatau menunjukkan isyarat jelas pergerakan sebahagian daripada jasadnya sebelum runtuh pada 22 Disember 2018. Tsunami sudah dapat diramalkan sekiranya jasad Anak Krakatau runtuh kerana isipadunya begitu jelas dapat menjana ombak besar apabila menghempas laut.", "Pergerakan bahagian jasad Anak Krakatau juga seiring dengan letusan, yang boleh dikaitkan dengan perubahan tekanan dalam perut gunung berapi. Melihat pada komposisi magma, tiada perubahan besar kandungan bahan kimianya dengan letusan tahun sebelum ini, justeru, menyimpulkan bahawa komposisi magma bukan pencetus utama kepada runtuhan yang berlaku.", "Jadi persoalannya, adakah runtuhan Anak Krakatau dicetuskan oleh aktiviti gunung berapi, atau aktiviti seismik? Kemuncak pada fasa letusan telah direkod pada September 2018, 3 bulan sebelum runtuhan jasad Anak Krakatau. Pada September hingga Disember isipadu bahan yang keluar ketika letusan menunjukkan trend yang menurun.", "Tambahan pula, pelepasan gas silicon dioxida agak rendah , beberapa minggu sebelum runtuhan. Kajian lain juga mendapati aktiviti gunung berapi tidak begitu memberi kesan terhadap kestabilan cerun di gunung berapi tersebut, kerana kestabilan cerun banyak berubah bergantung pada aktiviti hydrothermal  , tekanan liang, hakisan laut dan lain lain lagi. Maka , aktiviti gunung berapi  bukan faktor utama runtuhan pada 22 September 2018.", "Ha, komposisi magma pun bukan, aktiviti gunung berapi pun bukan, habis apa pencetusnya? Menurut —, mereka berhipotesis bahawa aktiviti seismiklah yang bertindak sebagai pencetus luaran kepada runtuhan Anak Krakatau, agak munasabah namun kajian lanjut masih perlu dibuat.Tsunami daripada runtuhan gunung berapi dianggap sebagai jarang berlaku dan sistem amaran awal tsunami susah untuk mengesan tsunami jenis ini. Namun begitu, Asia Tenggara merekodkan tsunami daripada runtuhan gunung berapi kerap berlaku iaitu kira kira 17 peristiwa pada abad 20 dan 14 peristiwa pada abad 19.", "Runtuhan Anak Krakatau ini mengakibatkan tsunami yang dahsyat.  Ianya telah mengambil lebih kurang 400 nyawa penduduk Banten dan Lampung. Sisa runtuhan gunung berapi itu tersebar sehingga 2000 meter daripada lokasi ia runtuh. Rekod seismik menunjukkan aktiviti gegaran berlanjutan untuk beberapa jam, menyerupai gegaran gunung berapi dengan letusan yang didorong oleh wap.", "Gaya letusan pada pasca runtuhan berbeza dengan gaya letusan pra runtuhan. Data infrabunyi dan data seismik menyokong peryataan ini, dengan menunjukkan perbezaan kandungan frekuensi. Produk gunung berapi yang keluar akibat daripada letusan ini bertambah setelah runtuhan berlaku, melihat pada keluasan kawasan pulau yang semakin bertambah (lava beku menambah luas pulau tersebut).", "POTENSI LETUSAN PADA MASA AKAN DATANG", "Pemerhatian terhadap aktiviti letusan Anak Krakatau mendatangkan pelbagai reaksi dari kalangan pengkaji , tidak kurang juga ada yang menyuarakan kebimbangan akan kemungkinan letusan dahsyat tahun 1883 bakal berulang. Tetapi ada juga yang membantah seperti Bemmelen (1949), berpendapat letusan mega tidak mungkin berlaku selagi mana jumlah kandungan kimia batuan yang terhasil daripada magma belum mencapai kadar peratusan yang sama ketika letusan 1883. Beliau juga menyatakan letusan 1883 memerlukan tempoh pendam yang lama untuk mengumpul sejumlah tenaga, berbeza dengan Anak Krakatau yang letusannya berulang dan kerap.", "Mengulas tentang komposisi kimia batuan yang terhasil daripada letusan Anak Krakatau, De Neve (1981) telah merekodkan perubahan kandungan kimia yang konsisten. Bahan kimia iaitu silika yang terkandung dalam batu dari setiap siri letusan pada tahun 1992 sehingga tahun 2001 mencatatkan peningkatan.", "Melihat pada corak peningkatan ini, beliau menganggarkan setiap 10 tahun , jumlah silika dalam batu dari letusan akan meningkat 1%. Sampel batuan daripada letusan tahun 1883 turut dianalisis komposisi kimianya, mengandungi 68% silika. Merujuk kepada perkiraan ini, Anak Krakatau memerlukan tempoh  140 tahun untuk mencapai kandungan 68% silika. Mungkinkah tahun 2040 , 19 tahun dari sekarang, malapetaka ini berulang? Bagi menjawab persoalan ini,penelitian serta kajian mendalam perlu dilakukan untuk letusan- letusan seterusnya.", "Kesimpulannya, sejarah Krakatau dalam siri letusannya memberi igauan kepada penduduk di Selat Sunda malah di seluruh dunia. Demikianlah aktiviti gunung berapi yang sememangnya menjadi bukti bahawa Bumi itu ‘hidup’dan dinamik. Jadi , kita sebagai manusia penghuni di planet ini sewajarnya bersiap siaga untuk sebarang tindak balas Bumi yang senantiasa mempunyai potensi melenyapkan spesis. Siapa tahu, masa akan datang, spesis manusia bakal mengalami nasib yang sama seperti dinosaur, pupus secara akibat daripada bencana yang tercetus.", "Artikel kiriman Ahmad Hanif untuk The Patriots. ", "RUJUKAN", "Anna, S. (n.d.). Volcanoes: How often do they erupt and what happens when they do? Retrieved December 21, 2020, from https://www.abc.net.au/news/science/2017-11-22/volcanoes-heres-what-happens-when-they-erupt/8997014", "Letusan Krakatau yang menewaskan puluhan ribu orang dan mengguncangkan dunia. (n.d.). BBC NEWS INDONESIA. Retrieved from https://ichef.bbci.co.uk/news/640/cpsprodpb/10E55/production/_104950296_gettyimages-164077927.jpg", "SUTAWIDJAJA, I. S. (2006). Pertumbuhan Gunung Api Anak Krakatau setelah letusan katastrofi s 1883. Indonesian Journal on Geoscience, 1(3), 143–153.", "Walter, T. R., Haghshenas Haghighi, M., Schneider, F. M., Coppola, D., Motagh, M., Saul, J., … Gaebler, P. (2019). Complex hazard cascade culminating in the Anak Krakatau sector collapse. Nature Communications, 10(1). https://doi.org/10.1038/s41467-019-12284-5" ]
https://www.thepatriots.asia/chang-chien-zhang-qian-164-113-sm-tokoh-pencetus-jalan-sutera/
Chang Ch’ien/Zhang Qian (164 – 113 SM): Tokoh Pencetus Jalan Sutera
[ "Tamadun China bermula pada kira-kira tahun 1700 SM yang bermula di Sungai Huang He. Kedudukan geografi tamadun yang terasing dari Dunia Barat seperti Eropah dan AsiaTengah seperti tamadun Mesopotamia menjadikan tamadun China sebagai tamadun yang berdiri sendiri dan mampu membangunkan dan mengekalkan budaya unik mereka. Kemudian menjadi sebuah kerajaan dengan jajahan paling besar dan masyarakat paling maju di dunia.", "Tidak bermaksud tamadun China sendiri mengamalkan dasar tutup pintu kepada dunia luar. China mengambil masa lebih 1000 tahun untuk menjalin hubungan tetap dengan tamadun Asia barat dan selatan. Keupayaan China dapat berhubung dengan dunia luar adalah berkat usaha seorang tokoh penjelajah awal termasyhur China yang sanggup mengembara keluar dari tempat kelahiran. Tokoh itu adalah Chang Ch’ien, tokoh yang menjadi pencetus kepada pembukaan Jalan Sutera.", "Chang Ch’ien adalah pegawai rasmi dinasti Han yang berperanan sebagai pengutus diraja ke luar China pada abad ke-2 SM. Beliau adalah pegawai pertama yang membawa informasi penting tentang Asia Tengah kepada Maharaja Wu dan menjadi watak penting dalam kolonisasi kaum China di kawasan Xinjiang. Pembukaan Jalan Sutera sekitar 114 SM adalah hasil penjelajahan Chang Ch’ien, seterusnya menjadi tokoh yang disegani, penyebab kepada kekayaan ekonomi empayar China.", "Chang Ch’ien adalah anak jati kawasan Hanzhong, utara daerah Shaanxi, China. Di kota Chang’an (Xi’an), dahulunya ibu kota empayar China, Chang Ch’ien berkhidmat sebagai pegawai diraja (140 – 134 SM) di bawah perintah Maharaja Wu. Ketika itu, kaum gasar Xiongnu (Hun) menguasai tanah Mongolia dan kawasan barat yang berjiran dengan empayar China, Xiyu. Maharaja dinasti Han teringin untuk mengadakan hubungan dagangan dengan kerajaan luar China namun penempatan kaum Xiongnu mengelilingi China membantutkan impian maharaja.", "Dinasti Han mengarahkan Chang Ch’ien yang familiar dengan kaum Xiongnu, ke Xiyu untuk berhubung dan berpakat kepada kerajaan Yuezhi (bertempat di Tajikistan sekarang) bagi menentang kaum Xiongnu. Ekspedisi Chang Ch’ien ke Xiyu bersama 99 orang tentera bersama seorang pembimbing jalan bernama Ganfu, orang tahanan berbangsa Xiongnu. Malang tidak berbau, hampir tiba ke Yuezhi ekspedisi Chang Ch’ien tergendala kerana ditahan oleh kaum Xiongnu dan beliau dijadikan sebagai hamba selama 10 tahun.", "Beliau bersama Ganfu berjaya melepaskan diri dari cengkaman Xiongnu dan melalui kawasan Tanim Basin dan Pergunungan Kunlun bagi mencari jalan pulang. Mereka kemudian tiba di walayah jajahan kerajaan Yuezhi. Sebelum meneruskan perjalanan pulang, Chang Ch’ien menetap di wilayah Yuezhi selama setahun bagi memahami dan mencatat ekonomi, gaya hidup dan kebudayaan mereka. Dalam perjalanan balik melalui selatan Tarim Basin, beliau sekali lagi ditangkap Xiongnu dan dijadikan hamba sekali lagi. Dua tahun berlalu, Chang Ch’ien bersama Ganfu berjaya sekali lagi, melepaskan diri dari Xiongnu dan berjaya kembali ke China.", "Chang Ch’ien membawa informasi penting kepada maharaja akan peluang hubungan dagangan dengan kerajaan luar China walaupun gagal melaksanakan misi pertamanya. Beliau merekodkan wujudnya kerajaan Dayuan bertempat di Tarim Basin, Yuezhi di Tajikistan kini, Bactria, Shendu iaitu India, Parsi, empayar Seleucid di Mesopotamia, Kangju dan Yancai. Dengan usaha keras Chang Ch’ien, beliau dinobatkan sebagai penasihat diraja dan dengan informasinya empayar China berjaya membuka Jalan Sutera dan menjalankan hubungan perdagangan dengan Parsi.", "RUJUKAN" ]
https://www.thepatriots.asia/echidna-mamalia-yang-bertelur/
Echidna: Mamalia Yang Bertelur
[ "Seperti “biasa”, alam semulajadi mempunyai pelbagai haiwan yang aneh. Setiap haiwan itu boleh dikatakan mempunyai kebolehan serta ciri-ciri yang unik dari satu sama lain.", "Artikel dibawah mengisahkan tentang sejenis haiwan yang bernama Echidna.", "Echidna atau nama saintifiknya Tachyglossus acelatus adalah sejenis haiwan yang didapati di Australia, Pulau Tasmania, dan juga terdapat di New Guinea. Echidna mempunyai nama lain iaitu “Spiky Anteater” yang bermaksud “pemakan semut berduri”. Selain semut, anai-anai juga turut berada didalam diet Echidna.", "Secara kasar, Echidna boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri berduri seperti landak atau hedgehog.", "Echidna adalah haiwan yang sememangnya aneh kerana ia tergolong di dalam kumpulan mamalia yang bertelur atau terma dalam sains ‘monotreme’. Salah satu contoh haiwan lain dari kumpulan monotreme adalah Platipus. Walaupun begitu, kebolehan untuk mamalia bertelur boleh dikatakan “normal” jika dibandingkan dengan “keanehan” lain haiwan bernama Echidna ini.", "Ini kerana, Echidna jantan mempunyai zakar “berkepala 4”. Ya.. anda tak salah baca.. Echidna mempunyai 1 badan zakar yang mempunyai empat “kepala”. Setiap satu daripada kepala zakar tersebut juga mampu untuk ejakulasi atau bahasa mudahnya ‘pancut’. Walaubagaimanapun, cuma 2 sahaja kepala zakar tersebut berfungsi pada satu-satu masa ketika mengawan, manakala 2 lagi tidak aktif atau mengecut.", "Mengapa 2 lagi itu tidak aktif?", "Ini kerana.. Echidna betina “cuma” ada 2 faraj atau vagina sahaja.", "Semasa proses mengawan, hanya 2 kepala zakar yang digunakan. Selepas ejakulasi, 2 kepala zakar yang telah digunakan akan disimpan, dan “backup” 2 kepala zakar, akan kembali aktif dan Echidna meneruskan proses mengawan. Kesuluruhan proses mengawan Echidna dikhabarkan mengambil masa 23 hari !", "Echidna betina semasa musim mengawan dilaporkan diikuti oleh 10-11 ekor jantan dan Echidna jantan akan bergilir-gilir mengawan dengan Echidna betina.", "*Ibarat memindahkan baton di dalam acara larian berganti-ganti.", "Mengapa Echidna mempunyai kepala zakar yang banyak?", "Perkara ini tidak dapat dipastikan sepenuhnya. Bagaimanapun pakar membuat hipotesis bahawa ini kerana persaingan semasa proses mengawan tersebut disebabkan oleh Echidna betina akan mengawan lebih daripada 10 ekor Echidna jantan semasa musim mengawan.", "Maka dengan mempunyai lebihan “kepala” zakar meningkatkan kebolehan untuk Echidna jantan mewariskan genetiknya dengan lebih berkesan.", "Rujukan:", "https://www.environment.nsw.gov.au/topics/animals-and-plants/native-animals/native-animal-facts/echidnas", "https://amp.livescience.com/57267-echidna-facts.html", "https://www.journals.uchicago.edu/doi/10.1086/522847", "_________________________________________", "Sejak kebelakangan ini, kos operasi untuk menguruskan laman page dan portal The Patriots semakin meningkat. BANTU KAMI KEKAL MENULIS DI ATAS TALIAN dengan membeli buku-buku kami. Untuk keluaran Ogos, kami mempertaruhkan NAZI DI HUJUNG JARI dan DISEBALIK TIRAI LAYAR. Untuk pembelian, bolehlah ke pautan di bawah.", "http://bit.ly/pratempah", "ataupun", "Nazi Di Hujung Jari – http://bit.ly/nazidihujungjari\nDi Sebalik Layar – http://bit.ly/disebaliktirailayar" ]
https://www.thepatriots.asia/love-locks-tragis-di-sebalik-romantis-2/
Love Locks: Tragis Di Sebalik Romantis
[ "Sukarnya untukku berpisah denganmuKau kunci cintaku didalam hatimuMeronta hatiku menangis kernamuKau kunci cintaku didalam hatimu", "Begitulah bait-bait lirik lagu Ramlah Ram yang menjadi siulan ramai di era 80-an dan 90-an. Cinta yang dikunci menjadi satu metafora yang menggambarkan cinta yang kekal tersemat di dalam hati seseorang. Tetapi siapa sangka bahawa nyanyian lagu Ramlah Ram itu kini menjadi satu ritual yang sohor kini (trending) dikalangan anak-anak muda dan remaja di seluruh dunia. Tapi mereka tidak mengunci cinta di dalam hati. Sebaliknya mereka mengunci cinta di sisi jambatan sebagai satu tanda keabadian cinta.", "Ritual yang diberi nama sebagai Love Locks ini, sangat popular di kalangan pelancong terutamanya pasangan kekasih muda yang sedang hangat bercinta. Ritual ini dilakukan di Paris, German, Amerika Syarikat, Itali, Republik Czech dan banyak lagi. Jambatan-jambatan yang ada tempat tersebut penuh dengan manga-mangga yang dikuncikan oleh pasangan yang terpengaruh dengan tradisi/ritual ini.", "Ritual ini senang sahaja untuk difahami, dua pasangan yang bercinta akan menulis nama mereka pada sebuah mangga, dan mangga tersebut akan dikunci pada sisi jambatan. Kunci mangga tersebut akan dibuang ke dalam laut/gaung menandakan yang cinta mereka akan kekal sehingga hari Kiamat. Seterusnya mereka akan bercium (haram ye, saudara se-Islam ku semua), dan berlalu pergi meninggalkan jambatan dan juga mangga tersebut. Nampak seperti satu adegan dalam filem kan?", "Ya, tradisi ini banyak dilakonkan di dalam filem dan juga drama televisyen seperti Now You See Me, Parks and Recreation dan juga (seperti namanya) Love Locks. Dan itulah sebabnya mengapa ritual ini menjadi sangat popular dan banyak ditiru oleh pasangan yang sedang bercinta.  Ditambah pula ianya nampak romantis dan mempunyai mesej yang mendalam. Namun begitu, saya pasti ramai di kalangan pasangan ini (termasuk anda) yang tidak tahu kisah tragis yang menjadi asal-usul ritual ini.", "Sejarah Di Sebalik", "Ritual ini bukannya berasal dari Perancis ataupun mana-mana lokasi yang romantik. Sebaliknya ritual ini berasal dari Serbia, dari sebuah bandar Spa yang dinamakan sebagai Vrnjačka Banja. Dikatakan mengikut cerita orang tempatan, ketika perang dunia pertama, terdapat satu pasangan kekasih yang sedang dilamun cinta. Sang lelaki, Relja merupakan seorang tentera manakala yang perempuan pula, Nada adalah seorang cikgu sekolah.", "Ketika bercinta, kedua-dua mereka ini selalu bertemu di sebuah jambatan di bandar itu. Hari demi hari mereka bertemu meluahkan perasaan yang terbuku dan berjanji akan sehidup semati. Di jambatan inilah mereka berjanji yang kisah cinta mereka akan kekal berterusan sehingga ke akhirnya. Namun,malang sekali, apabila perang meletus, Relja dipanggil untuk berkhidmat mempertahankan negaranya.", "Nada takut perkara malang menimpa teman lelakinya itu dan meminta agar Relja bertunang dengannya bagi mengikat hubungan mereka dengan lebih erat. Nada berharap dengan pertunangan itu, Tuhan akan ketemukan jodoh mereka dan memakbulkan doanya agar Relja selamat pulang dari medan perang. Tapi, Nada terlupa akan sifat lelaki yang pada hakikatnya sukar untuk setia.", "Diceritakan pula, apabila perang berakhir, Relja jatuh hati pula dengan seorang wanita di sana dan beliau memutuskan pertunangannya dengan Nada dan berkahwin dengan wanita itu. Patahlah hati Nada menerima perkhabaran tersebut. Tidak disangka lelaki yang disangka sebagai cinta hatinya berani mengkhianati cinta yang diberikan demi seorang wanita yang baru sahaja dikenali. Dan akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir kerana terlalu sedih hatinya dirobek sebegitu rupa.", "Ramai gadis muda dari bandar itu yang mengetahui tentang kisah Nada dan Relja mula mengunci mangga di jambatan tempat Nada dan Relja selalu bertemu sebagai satu ritual supaya nasib malang yang menimpa Nada tidak menimpa mereka semua. Jambatan itu diberikan nama sebagai Most Ljubavi (ataupun Jambatan Cinta) bagi mengabadikan kisah cinta yang tragis itu.", "Ritual ini diteruskan generasi demi generasi sehingga menjadi satu tradisi tapi malangnya dilupakan apabila kurun ke-21 menjelma. Ia mula mendapat perhatian semula apabila seorang penyajak Serbia, Desanka Maksimović mengadaptasi kisah tersebut dalam sajaknya, Prayer for Love. Sehingga kini, jika anda berkesempatan pergi ke bandar Vrnjačka Banja, anda masih dapat melihat mangga yang banyak dikunci di sisi jambatan.", "Bukan itu sahaja tragisnya…", "Ya, kisah Nada dan Relja sangat tragis, dan kisah yang tragis inilah menjadi asal usul kepada satu ritual/tradisi yang membawa tragis pula kepada Majlis Perbandaran di seluruh dunia. Berbagai masalah timbul dari ritual yang terlalu popular ini sehingga kebanyakan kerajaan tempatan mengharamkan ritual yang merosakkan ini.", "Kisah tragis yang ini pula bermula di Paris. Di sana jambatan Pont des Arts menjadi mangsa kerakusan beribu-ribu pasangan kekasih yang menguncikan mangga mereka di sisi jambatan ini. Pada mulanya, ia nampak romantis dan menarik,sebagai satu lagi tempat tumpuan pelancong. Namun apabila tahun demi tahun ritual itu diteruskan, pada tahun 2014, sebahagian dari jambatan itu runtuh kerana tidak mampu menanggung berat mangga yang dikuncikan di sisi jambatan.", "Dianggarkan terdapat lebih kurang 1 juta mangga pada ketika itu dengan berat lebih daripada 45 tan. Bayangkanlah betapa banyaknya mangga yang jambatan itu terpaksa tampung bagaikan menampung seekor gajah bergayut di sisi jambatan. Akhirnya pihak berkuasa tempatan Paris mengharamkan ritual ini daripada semua jambatan yang ada di Paris dan melabelkannya sebagai aktiviti vandalisme.", "Pun begitu, ritual ini masih lagi diteruskan. Di Malaysia, ritual ini juga boleh dilakukan di Bukit Bendera. Dan ia aktiviti terkawal dengan mangga disediakan dan boleh dibeli dari pihak pengurusan. Love Locks adalah ritual romantis yang menarik minat ramai anak-anak muda untuk melakukan perkara yang sama kerana tarikan yang ada. Tetapi, saya harap dengan mengetahui serba sedikit latar belakang di sebalik tradisi/ritual ini, anda boleh melupakan ritual yang bukan sahaja asalnya tragis,tapi membawa tragis kepada yang lain.", "RUJUKAN:", "Bills, John (Februari 2018), “The Heartbreaking Origin of ‘Love Locks’” Culture Trip", "Grinberg, Emanuelle (Jun, 2015), “Paris ends relationship with ‘love locks’” CNN Travel", "Norwoord,Lisa (Februari, 2017), “The lock of love: how leaving padlocks became a modern-day romantic ritual” The Conversation", "10MostToday (Jun, 2014), “10 Awesome Love Locks Locations Around The World” 10MostToday.com" ]
https://www.thepatriots.asia/bagaimana-sejarah-membentuk-sifat-sebuah-bangsa/
Bagaimana Sejarah Membentuk Sifat Sebuah Bangsa?
[ "Ini adalah rentetan daripada status aku mengenai bagaimana sejarah membentuk sifat bangsa. Adapun ini ialah pandangan peribadi aku, tidaklah bermaksud pendapat ini adalah sebuah ultimatum yang muktamad, tidak boleh dibantah.", "Dengan rendah hati, mohonku pada setiap berkira-kira untuk membaca buah fikirku ini, bacalah dengan tenang kerana sesungguhnya artikel ini mungkin disalahfaham sebagai percubaan berlaku perkauman atau seumpama dengannya.", "Dengan tegas, artikel ini cuba dibentuk seboleh mungkin dengan bersifat ilmiah, tidak bersifat perkauman atau menghukum mana-mana bangsa, tetapi cuba untuk mengulas dengan seadil mungkin bagaimana sejarah setiap sejarah bangsa membentuk sifat bangsanya pada hari ini.", "1.) Melayu", "Orang Melayu dapat dilihat merupakan sebuah bangsa yang membina peradaban mereka pada laluan sutera laut antara Timur dan Barat. Sejak 600 SM, mereka sudah biasa membina pelabuhan lalu mengendalikan interaksi dan orang tengah pada jual beli antara dua bangsa. 2600 tahun mengendalikan pelabuhan-pelabuhan agung dalam dunia, dan antaranya menjadi yang terkaya di dunia telah membentuk dua sifat yang kau orang akan nampak pada orang Melayu.", "i. Toleransi dan tolak ansur yang sangat mengagumkan", "Kau letak orang putih di bumi Malaysia, dengan bangsa-bangsa lain seringkali mempersoalkan tentang hak mereka, sejarah, agama, budaya dan segala perkara yang berkaitan dengan bangsa mereka, mungkin kau akan melihat negara kita ini terbakar. Tetapi konflik itu berlaku pada orang Melayu. Orang Melayu tetap setiap cuba bertolak ansur dan mengamalkan toleransi untuk menyelesaikan masalah ini.", "Sifat inilah yang membuatkan bangsa asing tidak ada masalah berlabuh pada setiap pelabuhan Melayu. Mereka perlukan satu bangsa yang punya sifat toleransi yang sangat tinggi untuk mengendalikan apa-apa konflik dari pelbagai bangsa berbeza, atau juga melayan karenah para pedagang yang berbeza yang membawa perangai dari setiap ceruk dunia.", "ii. Diplomasi yang tinggi", "Trait diplomasi ini diperlukan pada setiap penguasa yang menguasai pelabuhan-pelabuhan agung ini. Mereka tidak perlu menjadi seorang yang impulsive. Mereka perlu pandai mencarik rambut dalam tepung, tepung tidak berselerak. Ribuan tahun mengendalikan pelabuhan ini meninggalkan trait unik ini dalam diri bangsa Melayu.", "Sebab itu kau dapat melihat bagaimana hebatnya Najib Razak dahulu mengendalikan konflik di Selatan Filipina sehingga dapat mendamaikan pihak yang bertelagah, atau hebatnya permainan diplomasi Wisma Putra dengan Korea Utara sewaktu konflik berlaku bersama mereka, atau ketika bagaimana Najib Razak dengan kuasa diplomasi, mampu untuk mendapatkan kotak hitam pada sebuah pesawat kita yang jadi mangsa pada perang saudara di Ukraine dari puak pemberontak.", "iii. Keterbukaan yang mengagumkan", "Melaka pada zaman kemuncaknya mencatatkan 88 bahasa dituturkan. Hang Tuah dikatakan mahir bertutur 12 bahasa. Ini menunjukkan betapa pada zaman silam lagi, orang Melayu sudah terbiasa berdepan dengan pelbagai bangsa dalam hidup mereka.", "Hari ini, keterbukaan itu aku kira diwarisi oleh bangsa Melayu juga. Aku bagi contoh yang paling dekat dengan kita. Orang Melayu kita tidak ada masalah untuk menonton pelbagai filem dari pelbagai bangsa. Tamil, Hindustan, Korea, Iran, dan sebagainya. Mereka juga sangat tidak bermasalah untuk mendengar lagu yang turut didendangkan dalam pelbagai bangsa.", "Aku tidak nampak ciri-ciri ini pada rakan Cina kita yang lebih memilih hiburan dalam bahasa ibunda mereka atau rakan India kita yang turut senada dengan rakan cina kita.", "Aku kira keterbukaan ini datang daripada sifat yang dibentuk selama ribuan tahun.", "2.) Arab", "Sebelum kedatangan Rasulullah S.A.W, sifat kebanyakan peradaban bangsa Arab adalah bersifat nomad. Mereka adalah pengembara di padang pasir. Adapun hanya beberapa kelompok yang mampu membina kota-kota hebat seperti Quraisy kerana mereka bernasib baik menemui sumber air seperti air zam zam. Kebanyakan bangsa Arab terpaksa mengembara dari sebuah tempat ke tempat yang lain mencari sumber air. Ini telah membentuk beberapa sifat pada diri bangsa Arab itu sendiri.", "i.) Sifat kuat berkabilah yang sangat tinggi", "Untuk hidup di padang pasir sebagai sebuah nomad, orang Arab perlu sedar mereka sangat bergantung pada antara satu sama lain dalam kelompok kabilah mereka. Hidup di padang pasir tidak membolehkan kau menjadi seorang lone wolf, atau saling berprasangka antara kabilah yang lainnya.", "Makanya, ini telah membina perikatan yang sangat kuat antara kabilah. Sebab itu, apabila berlaku perseteruan antara kabilah A dan kabilah B, ia biasanya akan melibatkan perang. Walaupun sebabnya ialah terdapat seorang daripada kabilah A mencuri makanan dari kabilah B, maka kabilah A akan mempertahankan kabilah A bermati-matian walau hakikatnya pemuda dari kabilah A yang salah. Inilah yang nabi sebut sebagai Assobiyah. Sesungghnya, sifat assobiyah yang menebal dalam bangsa Arab tidak akan lahir daripada sifat padang pasir dan sifat ketamadunan bangsa Arab yang bersifat nomad.", "ii.) Sifat bahasanya yang sangat kompleks", "Antara mukjizat Al-Quran adalah kerana bahasanya. Kenapa Bahasa Arab diakui sebagai antara bahasa paling berseni dan susah dalam dunia? Kenapa puisi-puisi dan syair terindah selalu dikaitkan dengan bahasa Arab? Bangsa Arab ialah bangsa yang mendiami gurun Arabia yang sangat gersang. Mereka tidak biasa untuk menetap di satu tempat untuk satu jangka yang lama kerana mencari sumber air.", "Apabila berpindah secara nomad, hasil seni seperti seni bina, tarian, lukisan, ukiran, pahatan tidak dapat dihasilkan kecuali untuk beberapa suku seperti Nabatean. Jadi, mereka meluahkan kesenian itu melalui bahasa mereka sehingga menjadi sangat seni dan susah seperti hari ini.", "iii.) Memori Hafazan Yang Hebat\n\nKita kena akui bahawa antara hikmah nabi terakhir dipilih pada bangsa Arab adalah menyelamatkan Al-Quran dan mengekalkan keasliannya. Hikmah yang lain juga ialah kebudayaan sanad telah membolehkan hadis-hadis dapat dibaca oleh kita.", "Kita serba tahu bahawa kerana sifat berkabilah bangsa Arab itu lahir dari keperluan hidup sebagai nomad di gurun Arabia yang gersang dan membunuh itu. Jadi, sebuah kebudayaan memuliakan keturunan sendiri mula lahir untuk menguatkan lagi pertalian antara dalam kabilah.", "Salah satu cara untuk mereka memuliakan keturunan mereka adalah menghafal sanad keturunan mereka. Mereka bangsa Arab mampu menghabiskan berjam-jam lamanya hanya dengan menyebut keturunan mereka. Dari kecil, mereka diajar untuk menghafal dan menghafal. Dan selepas itu, datangnya Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W", "Lantas, sifat itulah yang menjaga keaslian agama kita. Kebudayaan menghafal disematkan pada lahirnya para hafiz yang menjaga keaslian isi Al-Quran. Hadis pula dinilai pada sanad dan periwayatnya. Kalau dahulu bangsa Arab begitu gigih menghafal sanad keturunan mereka, maka pada kedatangan Islam, mereka gigih menghafal sanad hadis serta hadisnya untuk menilai tahap kesahihan sebuah hadis.", "3.) Cina", "Tamadun Cina adalah berdiri pada sekurang-kurangnya pada 2070 Sebelum Masihi. Kalau dikira, sudah 4000 tahun usia bangsa China. Tamadun mereka dari besar anak di sekitar Sungai Kuning (Hwang Ho), ia jadi sebuah empayar sebelum menjadi Sick Man Of Asia, sebelum beberapa kemudian, bangkit dari kemaluan paling besar itu menjadi bangsa agung. Sesungguhnya bangsa Cina yang pernah sezaman dengan bangsa Sumeria, Qibti (Mesir Purba), Asyria, Babylon dan pelbagai bangsa-bangsa purba lain yang sudah pupus dalam sejarah, namun bangsa Cina mampu dan cekal menghadapi zaman yang berubah.", "Namun sejarah mereka yang panjang lebar itu membentuk siapa diri mereka. Tidak hairanlah Tun M dalam bukunya pernah memetik bahawa bangsa China. Menurut Tun M dalam Dilemma Melayu, faktor genetik yang telah diwarisi oleh nenek moyang mereka yang terlalu banyak penyeksaan sewaktu di tanah besar China.", "Antara sebabnya ialah mereka melarang perkahwinan campur (antara puak/kabilah yang sama) oleh kerana mahu menambahkan kelebihan pada zuriat dan generasi mereka yang akan datang. Pada tajuk yang sama juga, Tun menceritakan mengapa perlunya memberi “Perlindungan yang Membina” kepada bangsa Melayu. Alasannya adalah kerana kita tidak ada masa sebanyak 4000 tahun untuk membina pengalaman dan kekuatan dalaman seperti mana yang dimiliki oleh bangsa Cina.", "Sekarang bersama saya, mengulas mengenai 4000 tahun bangsa China yang membentuk diri mereka.", "i.) Bangsa Yang Hebat Berhelah", "Kepada sahabat-sahabat aku yang berbangsa Cina, apabila aku menulis tajuk di atas, bukanlah aku bermaksud mengeneralisasikan seluruh bangsa Cina adalah sebuah bangsa yang kuat berhelah. Adapun ia adalah sifat-sifat yang seringkali dikaitkan dengan orang Cina oleh orang asing yang aku teringin mengulasnya mengapa boleh wujud sifat sebegini pada segelintir orang cina dengan cara kita melihat sejarah. Aku mulakan dengan petikan-petikan di bawah:", " “China adalah Yahudi Timur.” – Rama Vajiravudh, 1901", " “Saya tidak tahu sama ada untuk sangat mengagumi orang Cina atas banyak kebaikan yang mereka lakukan atau membenci mereka kerana kecacatan mereka yang amat nyata, bidang industri dan pekerjaan mereka melebihi mana-mana orang lain di muka bumi, mereka sangat kuat bekerja, sabardan ceria; tetapi sebaliknya ia korup, lembut dan pendendam, menyerahkan diri kepada pegawai atasan mereka dan zalim kepada mereka yang jatuh ke dalam kuasa mereka.” – Rajah Brooke, Sarawak", "Bahkan betapa negara-negara diseluruh dunia yang menempatkan kelompok Cina juga mempunyai undang-undang untuk menundukkan orang Cina daripada menguasai ekonomi. Perjanjian Nanking pada tahun 1842 yang telah menghapuskan monopoli China terhadap perdangangan di Timur, atau tentang bagaimana Rama Vajiravudh pada tahun 1901 menulis mengenai bangsa cina dalam artikel anti-cinanya, atau tentang bagaimana USA dengan undang-undang Oriental Exclusion Act of 1882 telah dikeluarkan bagi menghalang imigran Cina dari memasuki negara tersebut secara samada secara sahatau tidak sah kerana dianggap memberi masalah kepada komuniti Amerika.", "Aku berpendapat secara peribadi mengapa pada dalam sejarah, kritikan-kritikan sebegini lahir ke atas orang Cina atas beberapa sebab. Mereka adalah sebuah bangsa yang lahir dari didikan selama 4000 tahun menghadapi konflik perang saudara yang membunuh. Tidak ada bangsa lain dalam dunia yang mempunyai sejarah persengketaan sedasyat mereka, hatta bangsa-bangsa Arab yang sering berkabilah ataupun bangsa-bangsa di Eropah.", "Sejarah China selain pencapaian mengagumkan mereka, adalah banyak berkisarkan tentang bagaimana pada penghujung dinasti, tentang bagaimana setiap kerajaan dan dinasti di China hilang mandate dari syurga, lantas mereka saling berperang antara satu sama lain. Peperangan itu melibatkan Game Of Thrones yang sangat dasyat. Ia adalah tentang menikam dari belakang, ia juga melibatkan pengkhinatan. Tidak ada erti ibu dan ayah, sahabat dan taulan, anak atau isteri apabila membaca sejarah perebutan takhta mereka.", "Tentunya, kau juga akan kagum pada perang-perang sesama bangsa yang akhirnya mewujudkan sebuah naskah agung Seni Peperangan oleh Sun Tzu. Mungkin satu-satunya bangsa di dunia yang begitu meromantismkan perang yang dianggap sebagai sebuah seni. Ini telah membentuk psikologi zaman moden bangsa China yang telah menghadapi sejarah yang bersifat dasyat ini. Untuk survive dalam neraka yang wujud sepanjang sejarah China, sebuah bangsa yang kuat akan lahir hasil daripada proses “survival of the fittest” yang memerlukan salah satu faktor untuk kekal selamat adalah helah yang tinggi.", "Ia bukan tersekat pada zaman silam sahaja. Sehinggakan apa yang berlaku pada waktu silam digunakan zaman moden. Seni peperangan Sun Tzu yang di dalamnya ada 1001 helah untuk memenangi peperangan diimplementasikan pula di dalam bidang perniagaan dan ilmu kewangan.", "Selain dengan usaha keras mereka, kerajinan dan kehebatan intelektual mereka, kita tidak boleh menafikan mereka juga menggunakan helah-helah hebat dalam selok-belok perniagaan yang kebanyakan diambil daripada karya Sun Tzu. Mungkin sebab itu juga, betapa beribu buku yang lahir membahaskan pengunaan Seni Peperangan dalam bidang perniagaan.", "Mungkin sebab itu, apabila Yahudi yang juga dikenali dengan sifat yang lebih kurang sama dengan orang Cina di Barat menemui lawan setanding mereka, maka sebuah pertembungan hebat berlaku. Bacalah pertempuran epik antara George Soros, pemanipulasi mata wang itu dengan setiausaha kewangan Hong Kong Donald Tsang sehinggakan si Yahudi Soros itu tercirit-cirit balik semula ke negaranya. Helah Yahudi tidak berkesan ke atas bangsa Cina yang telah mengenali erti sebenar helah sejak ribuan zaman.", "4.) Korea", "i) Han (Dendam) Dan Uri (Kekitaan)", "Sejarah bangsa ini adalah sama purba dengan sejarah bangsa China. Legenda Korea mengatakan bahawa peradaban awal mereka adalah bermula pada 2333 SM. Rekod sejarah pula mengatakan Gojoseon bermula sekitar abad ke-7 Sebelum Masihi. Namun walaupun mereka adalah bangsa purba, sesungguhnya Korea adalah diapit oleh dua bangsa agung di Barat dan Timur mereka. Bangsa China dan Jepun.", "Namun, sepanjang sejarah mereka, selain keagungan yang dimiliki mereka, bangsa Korea sama ada dibawah telunjuk China yang menganggap mereka sebahagian daripada dinasti-dinasti agung mereka, ataupun percubaan dijajah beberapa kali oleh bangsa Jepun bermula ketika era Toyotomi Hideyeoshi sebelum akhirnya jatuh selepas tumbangnya Empayar Korea yang pendek usianya itu. Selepas berjaya keluar dari era penjajahan, bangsa asing terus-menerus menggunakan terutama ketika perang Korea oleh Amerika dan Soviet/China sehingga memisahkan satu bangsa ini.", "Orang Korea pun sedar negara-negara jiran hanya ingin mengambil kesempatan ke atas mereka, dan tanggapan “jiran jahat” ini telah membentuk psikologi bangsa Korea yang unik iaitu “uri” (kekitaan) dan “han” (dendam).", "“Uri” (우리) adalah perasaan cinta, keakraban dan kepercayaan sesama orang Korea. Disebabkan pengalaman sejarah yang pahit, orang Korea ini tidak akan sesekali percaya dengan orang asing, tidak kira betapa baik pun orang asing itu. Dan sebaliknya pun juga, orang Korea boleh menerima orang Korea, tidak kira betapa jahatnya. Sebab itu, tidak kira betapa agresifnya rejim DPRK, majoriti orang ROK masih bersimpati dengan DPRK dan melihat USA sebagai pihak yang bersalah.", "“Han” (한 ; 恨) adalah perasaan dendam yang terpendam. Dendam kerana orang Korea merasa dirinya telah dizalimi oleh kuasa-kuasa besar di sekeliling (terutamanya Jepun); pendam kerana orang Korea sedar diri mereka itu lemah dan tidak mampu untuk membalas dendam di peringkat geopolitik. Jadi, orang Korea menyalurkan perasaan dendam ke perkara-perkara lain: ekonomi, pendidikan, teknologi, seni, sukan. Dalam bidang-bidang ini, mereka sentiasa menjadikan Jepun sebagai “musuh” untuk diatasi dan dikalahkan.", "5.) Jepun", "i.) Shame Society", "Sejarah orang Jepun adalah seperti orang China, ia juga penuh dengan perang saudara. Beberapa kali Jepun terlontar ke dalam fasa perang saudara, berperang antara satu sama lain. Akibat perang saudara yang berterusan, dan juga budaya feudal yang sangat menebal di Jepun menandingi mana-mana peradaban, ia telah membentuk sebuah komuniti tentera upahan bernama Samurai yang menguasai tampuk politik di Jepun.", "Dalam kebudayaan Samurai ini, lahirnya satu budaya di mana berasa malu untuk dibunuh oleh musuh. Samurai lebih rela membunuh diri melalui upacara seperti seppuku dan hara-kiri, ia dianggap sebagai kematian yang lebih bermakna daripada dirundung malu.", "Oleh kerana betapa besarnya pengaruh Samurai ini, maka ia sudah mula diserap menjadi sebahagian daripada kebudayaan bangsa Jepun. Bangsa Jepun sudah hidup dalam budaya ini selama ribuan tahun. Lebih rela mati daripada menanggung malu.", "Ini diulas oleh Ruth Benedict dalam karyanya yang berjudul “Chrysanthemum and the Sword” yang cuba menerangkan sifat bangsa Jepun yang menyumbang kepada tindakan ekstrim mereka. Jepun disifatkan oleh Benedict sebagai sebuah “shame society” di mana kesedaran malu atau “haji” (恥) mendominasi psikologi orang Jepun.", "Di Jepun, ketakutan terhadap malu melebihi sayang terhadap darah daging sendiri. Ada budaya “kandō” (勘当) di mana ibu bapa akan memutuskan hubungan (disown) dengan anak yang membuat kesalahan yang mendatangkan malu kepada keluarga.", "Budaya malu ini membawa kepada kadar bunuh diri yang sangat tinggi dalam kalangan masyarakat Jepun itu sendiri. Di Jepun sahaja, 31,000 orang membunuh diri setiap tahun. Salah satu faktornya ialah mereka lebih rela mati seperti mana samurai dalam sejarah silam mereka daripada mengaku “kemaluan” mereka.", "6.) Yahudi", "i.) Perasaan bangga yang berlebih-lebihan", "Yahudi adalah antara bangsa paling purba di dunia yang masih bertahan sehingga hari ini. Sejarah mereka adalah penuh dengan penindasan dari bangsa-bangsa agung lainnya. Kalau bangsa Korea adalah bersifat mereka digunakan, untuk bangsa Yahudi mereka ditindas dengan setindas-tindasnya.", "Nenek moyang mereka, Bani Israel menjadi mangsa firaun membina monument-monument agung di sekitar Mesir Purba. Mereka menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai ketika era Rom akibat pemberontakan melawan empayar itu. Mereka bertebaran bersama dengan nabi mereka, Nabi Daniel apabila kerajaan mereka ditakluk oleh Assyria. Zaman moden pula, proses pembunuhan mega di bawah Nazi dikenali sebagai Holocaust tercetus lalu diingati sehingga ke hari ini.", "Namun ironinya, bangsa-bangsa yang pernah menjajah, menindas bahkan cuba menghabiskan mereka yang pupus lebih awal daripada Yahudi. Yahudi hari ini mampu bangkit dari seksaan selama ribuan tahun ini, akhirnya dengan jumlah dalam belasan juta, mereka dikatakan menguasai dunia. Kisah-kisah tragis bangsa ini dimuatkan dalam sebuah lagu kebangsaan negara majoriti menempatkan kelompok bangsa ini, Israel. Dipetik seperti dibawah:", "“Our hope is not yet lost,\n The hope two thousand years old,\n To be a free nation in our land,\n The land of Zion and Jerusalem.”", "Betapa empat rangkap dalam lagu kebangsaan mereka, sudah cukup untuk menceritakan kesabaran dan kejayaan yang mereka tunggu selama 2000 tahun dalam sebuah penindasan. Selain dari kejayaan tersebut, perlu diketahui kerana betapa banyak nabi-nabi lahir dalam kalangan bangsa Yahudi. Betapa juga, mereka adalah pengganut terawal atau pencetus terawal kepada kebangkitan agama Ibrahim juga menyumbang pada kebanggaan yang akhirnya menjadi berlebihan lalu lahirnya idealogi Zionism seperti menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan, dan bangsa lain tarafnya sama seperti anjing!", "Kesimpulan\n\nRingkasan daripada artikel ini ialah betapa sejarah itu sendiri mampu dikaji untuk meneliti sifat, dan kebudayaan kebanyakan bangsa. Sifat dan kebudayaan sebuah bangsa tidak lahir begitu sahaja, tetapi ia adalah proses evolusi yang melibatkan geografi, sejarah, dan pelbagai lagi faktor. Semoga artikel ini dapat membuka mata kita tentang betapa besarnya pengaruh sejarah dalam kehidupan!" ]
https://www.thepatriots.asia/fakta-dan-kisah-di-sebalik-tabir-filem-semerah-padi/
Fakta Dan Kisah Di Sebalik Tabir Filem Semerah Padi
[ "Filem SEMERAH PADI adalah sebuah mahakarya dari Allahyarham Tan Sri P.RAMLEE. Di dalam filem ini P.RAMLEE telah mengubah cara dan teknik pengarahannya dengan menerapkan nilai-nilai agama Islam dan adat resam budaya Melayu.", "Boleh dikatakan hampir keseluruhan plot penceritaan di dalam filem ini P.RAMLEE memperlihatkan nilai-nilai tersebut. P.RAMLEE juga berjaya membuat kelainan dari sudut sinematografi, komposisi kamera dan penyuntingan untuk filem SEMERAH PADI. Mungkinkah filem ini merupakan filem Melayu pertama di dalam sejarah yang memperlihatkan babak suara Azan berkumandang?", "TETAPI sebelum itu, kalau kalian berminat dengan filem-filem Melayu klasik, kami nak ajak kalian beli buku FILEM MELAYU YANG HILANG, tulisan danialazizahmad di Shopee kami. Beli di: http://bit.ly/3SSDRU6", "FAKTA", "Filem kedua arahan P.RAMLEE selepas PENAREK BECHA. Penggambaran bermula pada bulan Februari 1956 dan telah diedarkan pada bulan Julai 1956. Filem kedua NORDIN AHMAD memegang peranan sebagai hero selepas gagal dalam filem PERMATA DI PERLIMBAHAN.", "Cerita asal ditulis oleh OMAR ROJIK dengan judul LONG BATIH. Kemudiannya ditukar pula menjadi PUKAU, dan akhir sekali ke SEMERAH PADI. P.RAMLEE telah mengolah hampir keseluruhan isi cerita itu.", "Dalam cerita asal OMAR ROJIK, beliau bayangkan Kampung SEMERAH PADI bertempat di Acheh, Sumatera (tempat asal usul ayahanda P.RAMLEE). OMAR ROJIK juga menulis dalam cerita asalnya, ketiga-tiga watak utama iaitu Taruna, Aduka dan Dara telah mati di dalam filem ini.", "Dara dibunuh oleh Taruna kerana mencurangi cintanya, manakala Taruna dan Aduka terbunuh di dalam pertarungan sesama sendiri. Tetapi P.RAMLEE telah menukar corak cerita itu kepada apa yang boleh kita tonton di dalam filem SEMERAH PADI pada hari ini. Sebelum penggambaran bermula, Run Run Shaw telah berbincang dengan P.RAMLEE supaya menghasilkan sebuah filem yang luarbiasa dari segi background, penceritaan, senimatografi dan komposisi kamera.", "Di dalam SEMERAH PADI P.Ramlee mengambil beberapa asas babak berdasarkan ilham pengarahan dari filem-filem arahan AKIRA KORUSAWA seorang pengarah tersohor dari Jepun. Salah satunya filem ROSHOMON. SEMERAH PADI dibikin untuk bertanding di Pesta Filem Asia ke-3 yang telah diadakan di Hongkong pada tahun 1956. Ia telah dicalonkan bersama filem HANG TUAH yang telah memenangi Anugerah Muzik Terbaik. Manakala SEMERAH PADI tidak memenangi sebarang anugerah kerana pihak juri berpendapat bahawa filem itu terlalu sensitif dengan keagamaan.", "Semasa penggambaran, seniwati SA’ADIAH baru sahaja lepas pantang dari melahirkan anak sulungnya. Art Direction atau Pengarahan Seni diterajui oleh J.S. ANTHONY tetapi kebanyakan props dan set dalam Kampung SEMERAH PADI direka oleh Penolong Pengarah S.SUDARMADJI Dialog dan kata hikmah juga adalah hasil ciptaan S.SUDARMADJI.", "Tarian dalam filem ini dikoreograf oleh NORMADIAH. Babak pergaduhan, persilatan dikoreograf oleh MALIK SUTAN MUDA. Kesemua lagu dicipta oleh P.RAMLEE manakala gurindamnya ditulis oleh JAMIL SULONG.", "Terdapat 5 buah lagu dalam filem ini iaitu Semerah Padi (P.RAMLEE & suara latar), Lenggang Kangkung Baru (SALOMA & suara latar), Makan Sireh Di Semerah Padi (P.RAMLEE), Sekapur Sireh Seulas Pinang (SALOMA) dan Putus Kasih Di Semerah Padi (MOMO LATIF). Terdapat sebuah babak lagu iaitu Putus Kasih Di Semerah Padi yang telah dibuat penggambaran dalam WARNA! Babak itu kemudiannya dipotong terus sebelum ditayangkan di TV. Semasa ditayangkan di panggung, ada juga peminat yang sempat menonton babak itu.", "Babak warna itu dilakonkan oleh SA’ADIAH ketika menyanyikan lagu Putus Kasih Di Semerah Padi – babak sebelum beliau pengsan apabila melihat pergaduhan. Semasa ‘screentest’ untuk watak Dara, SA’ADIAH bukannya pilihan utama. 3 orang seniwati telah di screentest iaitu HASNAH RAHMAN, SERI DEWI dan MISLIA. LATIFAH OMAR menarik diri sebab baru saja mendirikan rumahtangga dengan RAHMAT ALI.", "Begitu juga dengan MISLIA yang baru sahaja berkahwin. Akhirnya, Shaw Brothers terpaksa mencadangkan SA’ADIAH yang baru saja lepas pantang dari melahirkan anak sulongnya. Filem ini berjaya melonjakkan nama NORDIN AHMAD sehingga beliau diangkat sebagai pelakon berkarisma besar di zaman itu. NORDIN AHMAD telah mengejutkan P.RAMLEE dan Penolong Pengarah S.SUDARMADJI apabila datang ke lokasi tanpa membawa sebarang skrip.", "Ini kerana beliau telah berjaya menjiwai setiap isi kandungan yang terkandung di dalam skrip tersebut disamping beliau juga telah berjaya menguasai setiap babak yang ada di dalam filem tersebut dengan tanpa merujuk pada skrip di lokasi.", "Filem ini juga dikatakan oleh pengkritik filem sebagai sebuah filem Melayu yang benar-benar “Melayu” kerana filem Melayu yang terbit sebelumnya adalah filem Melayu yang terdedah dengan pengaruh filem hindi. Akhir kata, kami nak ajak anda untuk jangan lupa beli juga buku pra-tempah tulisan Aliff Mustafa dan Saidee Nor Azam yang tengah kehabisan tempoh masa pra-tempah." ]
https://www.thepatriots.asia/rugal-bernstein-ideologi-pemusnah/
Rugal Bernstein – Ideologi Pemusnah
[ "Rugal Bernstein merupakan supervillain di dalam permainan The King Of Fighters (KOF) 94’ , 95’ , 98’ dan juga 2002. Watak ini antara watak supervillain yang agak kejam di dalam siri KOF. Suatu masa dulu penulis pernah bermain KOF ini, tewas apabila bertembung dengan Rugal lalu mengamuk akibat watak ini menghasilkan damage yang tak masuk akal.", "Rugal Bernstein merupakan seorang yang sangat kejam dan sesiapa yang cuba menghalangnya, pasti akan dimusnahkan serta merta tanpa belas kasihan. Rugal Bernstein pernah membunuh seluruh keluarga pahlawan Heidern akibat tewas ditangannya. Motifnya untuk menjadi supervillain ialah kuasa. Mata kanannya buta akibat dia ditewaskan oleh paderi Goenitz. Dari situ, Goenitz memberinya kuasa Orochi untuk digunakan oleh Rugal.", "Sebagai hos KOF 94’ dan juga KOF 95’, Rugal memberikan surat jemputan pertandingan KOF kepada semua pahlawan yang layak di seluruh dunia. Jika seseorang pahlawan itu tewas di tangannya, maka pahlawan itu akan dijadikan trofi untuk dipamerkan di kapalnya, Black Noah. Itu menunjukkan bahawa dirinya sudah mencapai satu tahap yang hebat.", "Dia percaya dirinya Tuhan seluruh manusia dengan kekuatan yang dimilikinya. Dengan sikap sombong yang dilmiliki oleh seorang Rugal Bernstein, dia akan membunuh dirinya bersama musuh yang menewaskannya kerana tidak dapat menerima hakikat. Biasanya di dalam siri KOF, Rugal akan meletupkan dirinya bersama Black Noah.", "Sifat gila kuasa ini juga akhirnya memakan diri Rugal Bernstein. Di dalam KOF 95, jasad Rugal Bernstein tidak mampu menampung kuasa Orochi di dalam badannya. Akhirnya dia mengalami kuasa makan diri. Iori Yagami – pengguna kuasa Orochi sendiri mengatakan hanya yang mempunyai darah Orochi sahaja yang mampu mengawal kuasa tersebut.", "Jika dilihat dari perspektif Rugal Bernstein, dia hanya mahukan kepuasan dalam berlawan. Jika mahukan kepuasan, sudah tentu dia memerlukan lebih kuasa. Kuasa Orochi antara yang paling kuat setakat ini di dalam siri KOF. Bagi Rugal sendiri, menewaskan lawan itu adalah kepuasan hidupnya. Ideologi yang digunakan oleh Rugal Bernstein sendiri adalah sifat jahat yang benar-benar terserlah. Bukan lagi terselindung. Sehinggalah kepuasan ini memudaratkan orang lain.", "Bila difikirkan semula, apakah kepuasan diri anda akan memudaratkan orang lain? Dalam hidup yang penuh dengan pancaroba ini, sudah pasti ramai orang terpaksa membuang empati semata-mata untuk kepuasan diri sendiri. Empati yang telah dibuang, apa bezanya kita dan haiwan? Maka, sentiasa muhasabah diri jika anda rasa kepuasan diri anda akan memudaratkan orang lain.", "Sumber:", "The King of Fighters 94’,95’,98’, 2002" ]
https://www.thepatriots.asia/sejarah-ilmu-astronomi-dalam-islam/
Sejarah Ilmu Astronomi Dalam Islam
[ "Aktiviti penterjemahan karya-karya ilmu asing bermula sejak era Bani Umayyah dan mula dipergiatkan semasa era Bani Abbasiyah terutama era pemerintahan Harun al-Rashid dan al-Ma’mun. Salah satu karya yang diterjemahkan ialah Almagest, sebuah kitab astronomi yang dikarang cendekiawan Yunani terkenal, Ptolemy.", "Tapi bila diorang tengok kandungan Almagest, ramai garu kepala dengan catatan beliau sebab Ptolemy pun jem macam mana nak terangkan cara peredaran planet termasuk peredaran bumi.", "Sebaik menyelidik pengiraan yang dibuat beliau, ahli astronomi Ibnu Yunus berpandangan pengiraan Ptolemy salah. Beliau rasa hasil pengiraan sebenar bagi perubahan gerakan peredaran bumi ialah satu darjah bagi setiap 70 tahun. Ia amat hampir dengan pengiraan moden hari ini: satu darjah bagi setiap satu abad.", "Hal ni masih tak diketahui di Eropah pada ketika itu. Pihak gereja berpandangan bumi merupakan pusat dunia dan semua objek cakerawala mengelilinginya. Doktrin ni dibuktikan palsu oleh para cendekiawan Islam seperti Ibnu Yunus dan Ibnu al-Shatir. Kajian mereka ni menjadi asas kepada model bumi mengelilingi matahari yang dibangunkan Nicholas Copernicus pada abad ke-16.", "Matematik amat diperlukan bagi pengiraan rumit astronomi seperti trigonometri dan algebra yang disumbang oleh cendekiawan Islam seperti al-Khawarizmi.", "Dunia astronomi bertuah kerana perkembangan astronomi dunia Islam disokong oleh para pemerintah. Semasa era Khalifah al-Ma’mun, baginda meluluskan projek balai cerap pertama di Baghdad. Sejak itu, setiap wilayah dan kerajaan semasa era Keemasan Islam turut membina balai cerap bagi kegunaan astronomi.", "Memandangkan teleskop belum wujud ketika itu, pencerapan objek cakerawala dibuat menggunakan sekstan khas. Sesetengah sekstan boleh mencapai ukuran sebesar 40 meter. Alat ni berguna untuk mengira sudut matahari, pergerakan bintang dan memahami peredaran planet.", "Pada tahun 964 M, data daripada semua pemerhatian Abdul Rahman al-Sufi dibukukan di bawah judul Kitab Suwar al-Kawakib atau Kitab Bintang-Bintang Tetap. Teks beliau dianggap paling menyeluruh dari segi buruj-buruj bintang yang dilihat di langit.", "Abdul Rahman al-Sufi juga dianggap orang pertama yang menemui galaksi Andromeda dan Awan Magellan Besar (Large Magellanic Cloud). Kedua-duanya boleh dilihat dengan mata kasar tetapi beliau tidak tahu tentang besarnya impak penemuan ini. Penemuan al-Sufi menjadi asas kepada kerja-kerja ahli astronomi Denmark, Tycho Brahe.", "Ibnu al-Haytham dianggap bapa kepada cahaya kerana memahami cahaya bergerak secara lurus ke mata. Hasil kerjanya dalam bidang optik menjadi asas kepada penciptaan kamera dan teleskop.", "Satu lagi alat yang membantu perkembangan astronomi semasa Era Keemasan Islam ialah astrolab. Astrolab ialah ciptaan pemikir Yunani Hipparcus tapi ditambahbaik oleh para cendekiawan Islam golongan Hawa.", "Mariam al-Astrulabi merupakan seorang pembuat astrolab wanita pada abad ke-10. Menerusi astrolab yang dihasilkannya, ia membantu ahli-ahli astronomi membuat pengiraan altitud objek-objek cakerawala di langit.", "Oleh: Azizul Farhan", "…", "Kajian-kajian di Zaman Kegemilangan Islam memberi impak yang besar membawa sehingga ke hari ini. Nak tahu lebih lanjut, dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Cepat borong di Shopee kami: bit.ly/ktislam" ]
https://www.thepatriots.asia/yahudi-yang-berhutang-nyawa-terhadap-uthmaniyyah/
Yahudi Yang Berhutang Nyawa Terhadap Uthmaniyyah
[ "“Beraninya kalian memanggil Ferdinand sebagai penguasa yang bijak, dia telah memiskinkan negerinya sendiri dan memindahkan kekayaan kepada negaraku!”  — Sultan Bayezid II, 1429.", "Begitulah bunyinya ejekan yang dilemparkan oleh Sultan Bayezid II, pemerintah Empayar Uthmaniyyah terhadap perbuatan Ferdinand II dari Aragon dan Isabella I dari Castile yang mengusir satu golongan yang sangat berguna sebagai subjek mereka, iaitu kaum Yahudi.", "Sebagai tindak balas terhadap Dekri Alhambra yang menyaksikan tragedi pemb4ntaian dan pengusiran kaum Yahudi dari Sepanyol dan Portugis pada 31 Julai 1492, Sultan Bayezid II yang memerintah Empayar Uthmaniyyah ketika itu mengirim armada tenter4 laut Uthmaniyyah di bawah pimpinan Laksamana Kemal Reis ke Sepanyol untuk menyelamatkan orang Yahudi yang diusir.", "Bayezid mengeluarkan ferman kepada semua gabenor di wilayah-wilayahnya di Eropah, memerintahkan agar mereka bukan hanya menahan diri dari menghalau kembali pelarian dari Sepanyol, tetapi juga memberi mereka sambutan yang ramah dan menerima mereka dengan baik.", "Baginda memerintahkan agar titahnya itu disebarkan ke seluruh empayar bahawa para pelarian harus disambut. Baginda berkenan mengizinkan kepada para pelarian untuk menetap di tanah Empayar Uthmaniyyah dan menjadi warga Uthmaniyyah. Sultan turut mengancam akan membvnuh sesiapa saja yang memperlakukan orang Yahudi dengan kasar atau menolak mereka masuk masuk ke dalam empayar.", "Moses Capsali, Ketua Rabbi Empayar Uthmaniyyah mungkin menjadi individu bertanggungjawab membantu mengeratkan persahabatan antara sultan dengan orang Yahudi. Moses adalah orang yang paling bersemangat dalam usaha membantu para pelarian. Dia melakukan lawatan ke komuniti-komuniti Yahudi dan berperanan dalam  mengenakan cukai ke atas orang kaya, untuk menebus m4ngsa-m4ngsa penindasan. ", "Kebangkitan Uthmaniyyah Sebagai Sebuah Empayar", "Uthmaniyyah mula bangkit sebagai sebuah kuasa politik dan ketenter4an yang kuat pada awal abad ke-14. Osman Gazi menjadi pengasas untuk sebuah dinasti yang berasal dari sebuah kerajaan beylik Turki yang kecil, dimana secara berperingkat ia berkembang menjadi sebuah empayar yang luas itu.", "Libasan pedang para penerus legasi Osman yang tanpa henti telah mengakhiri pengaruh bangsa Yunani selama berabad-abad di selatan Mediteranean, menggantikannya dengan satu kuasa besar kerajaan Islam. Terbentang sejauh ke benua Eropah, peluasan kuasa Uthmaniyyah menjadikan Vienna sebagai benteng terakhir kerajaan-kerajaan Kristian.", "Masyarakat Yahudi yang berbahasa Yunani, yang merupakan para pendatang dari Sepanyol dan Portugis kemudiannya digelar sebagai “Romaniot” atau “Gregos,” semuanya berada di bawah payung pemerintahan Empayar Uthmaniyyah pada saat kejatuhan Kota Konstantinopel yang kemudian dikenali sebagai Istanbul selepas tahun 1453.", "Orang Yahudi berbahasa Arab (disebut “Mustarab” mengikut sebutan lidah pelarian Iberia), adalah salah satu kumpulan pribumi yang penting. Mereka tinggal di “Arabistan”, negara-negara yang ditaklvki terutama pada zaman pemerintahan Selim I dan puteranya Suleiman I (Suleiman Kanuni). Bagi setiap orang Yahudi, penaklvkan tersebut dianggap sebagai rahmat yang menyelamatkan bangsa mereka, kerana situasi mereka pada abad ke-14 dan ke-15 di bawah pemerintahan Byzantium dan Mamluk adalah sangat sukar.", "Syurga Pelarian Yahudi dari Sepanyol dan Portugis", "Kemudian, setelah pengusiran dari Sepanyol (1492) dan penukaran agama secara paksa di Portugal (1497), puluhan ribu orang Yahudi Iberia tiba di wilayah Uthmaniyyah. Memandangkan apa yang diperlukan dari mereka hanyalah membayar jizyah dan mengakui kedaulatan pemerintah Islam, maka tanah Uthmaniyyah telah menjadi syurga bagi para pelarian Yahudi ini.", "Sejak awal abad ke-16, masyarakat Yahudi di Empayar Uthmaniyyah menjadi komuniti Yahudi yang terbesar di dunia. Konstantinopel dan Salonika masing-masing mempunyai komuniti sekitar 20,000 orang. Migrasi Yahudi dari semenanjung Iberia yang tiba dalam beberapa gelombang sepanjang abad ke-16 juga berperanan mengubah perwatakan dan budaya Yahudi Uthmaniyyah.", "Dengan jumlah populasi yang lebih ramai daripada orang-orang Yahudi tempatan, orang Sepanyol dan Portugis tidak lama kemudian melenyapkan budaya Romaniot dan penduduk pribumi dengan cara menarik mereka supaya berasimilasi dengan budaya dan komuniti pendatang baru.", "Setelah penaklvkan Konstantinopel, Sultan Mehmed II ingin membesarkan dan membangunkan kota itu lalu menjadikannya sebagai ibu kota yang sesuai dengan sebuah empayar besar, ini membawa kepada penghijrahan ramai orang dari pelbagai wilayah. Penghijrahan ini telah mempengaruhi masyarakat Yahudi dan mengubah karakter yang dimiliki mereka semasa zaman Byzantium.", "Keadaan ekonomi dan agama sememangnya bertambah baik, tetapi ramai para penganut Yahudi dari golongan Romaniot yang lebih tua menghilang, peninggalan dan legasi mereka hanya tersimpan atas nama beberapa buah rumah ibadat Yahudi di Istanbul. penganut Yahudi yang meneruskan kesinambungan mereka di ibu kota dan juga di Salonika atau di Tiriya di barat Anatolia, adalah berd4rah orang Sepanyol tulen.", "Perkembangan Kebudayaan Yahudi", "Di dalam komuniti, para organisasi dan jemaah Yahudi disusun berdasarkan geografi asal anggotanya. Berkelompok di sekitar rumah ibadat, organisasi Yahudi menyediakan semua perkhidmatan keagamaan, perundangan, pendidikan, dan sosial, sehingga mewujudkan sebuah masyarakat Yahudi yang hampir autonomi.", "Sehingga akhir abad ke-16, institusi-institusi ini sangat fleksibel, memungkinkan beberapa pergerakan yang signifikan di dalamnya. Geografi asal anggotanya mula hilang kepentingannya, dan perkembangan organisasi Yahudi mula ditentukan melalui perebutan kuasa antara individu kaya atau kumpulan yang mempunyai kepentingan yang bertentangan.", "Sepanjang abad ke-16, orang Yahudi di Empayar Uthmaniyyah menikmati kemakmuran yang luar biasa. Empayar ini berkembang pesat, dan permintaan ekonomi meningkat sesuai dengan situasi semasa. Oleh itu, penduduk Yahudi tidak menghadapi kesukaran untuk menyertai dunia perdagangan dengan orang Kristian di Eropah, dan mudah bagi mereka untuk menyertai industri seperti tenunan yang baru hendak mula berkembang.", "Di bawah kepemimpinan tokoh-tokoh seperti Don Joseph Nasi dan Solomon ibn Yaish, mereka dapat memanfaatkan rangkaian hubungan keluarga di seluruh dunia dan pengetahuan mereka tentang hal ehwal Eropah untuk mempromosikan keprihatinan Sublime Porte atau Uthmaniyyah umumnya, dan juga untuk melindungi kepentingan peribadi dan komuniti mereka.", "Ini juga merupakan zaman berkembangnya budaya ketika kitab undang-undang Ibrani ditambah baik melalui Shulḥan ʿarukh, atau Prepared Table, sebuah karya kodifikasi abad ke-16 untuk undang-undang dan praktikal agama Yahudi yang masih menjadi karya rujukan standard untuk pemuliharaan budaya Ortodoks.", "Shulḥan ʿarukh, disusun dan diterbitkan oleh Joseph ben Ephraim Karo (1488-1575) sebagai ringkasan untuk karyanya yang lebih terperinci iaitu Bet Yosef (House Of Joseph), ia berisi pendapat dari berbagai penyusun kod lain sebelum dirinya sebagaimana keputusan peribadi mengenai yang dipertikaikan secara ringkas oleh Karo sendiri.", "Ia menjadi kod autoriti untuk seluruh kaum Yahudi sementara dari Safed di Palestin pula muncul Kabilah Lurianic dari Ha-ari, salah satu trend paling berpengaruh dalam budaya mistik Yahudi. Kelihatannya komuniti yang berasal dari golongan pelarian Sepanyol dan Portugis yang tiba-tiba diselamatkan dari ancaman kepupusan, dapat memberikan ekspresi terhadap ledakan kekuatan budaya yang telah disekat oleh penganiayaan selama berabad-abad.", "Kita kembali ke tahun 1492, tahun di mana Columbus keluar berlayar ke barat dari Sepanyol yang menjadi titik tolak penjaj4han terhadap kaum pribumi Amerika, ketika itu juga pemerintah Katolik negara itu mula mengusir orang Yahudi. Rata-ratanya yang menjadi pelarian datang ke timur menuju ke Empayar Uthmaniyyah, di mana keturunan mereka dianugerahkan hidup yang aman damai hingga sekarang.", "\nSetiap tahun, beberapa negara sentiasa menyambut sambutan ulangtahun pelayaran bersejarah Columbus sejak 500 tahun yang lalu, namun kaum Yahudi di Turki merayakan ulang tahun khas mengikut budaya mereka sendiri dan mengenang jasa bakti Sultan Bayezid II, sultan Muslim yang menyelamatkan kaum Yahudi yang menjadi m4ngsa pemb4ntaian Katolik di Semenanjung Iberia dan menyambut mereka seumpama saudara sendiri di tanah Turki Uthmaniyyah.", "Namun kaum yang sama ini juga telah mengkhianati Uthmaniyyah semasa Per4ng Dunia Pertama dengan berpaling dari Uthmaniyyah memihak kepada British dan sekutunya sehingga menjadi salah satu faktor dan punca kejatuhan Dinasti Osmanlı.", "Namun, siapa sangka pada Per4ng Dunia Kedua, bangsa yang dikhianati Yahudi itu juga telah menyelamatkan kaum Yahudi dari dipupuskan oleh pemb4ntaian pihak tenter4 Jerman, di atas kapasiti sebagai negara yang berkecuali dari per4ng.", "Kira-kira sejumlah 26,000 orang Yahudi hari ini yang tinggal di Turki, sebuah negara yang didominasi oleh umat Islam yang seramai 57 juta orang.", "RUJUKAN:", "Brief History Of Turkish Jews", "Haaretz – The Largest Jewish Debt To Turkey" ]
https://www.thepatriots.asia/kajian-menunjukkan-lari-berkaki-ayam-lebih-selamat-berbanding-berkasut/
Kajian Menunjukkan Lari Berkaki Ayam Lebih Selamat Berbanding Berkasut
[ "Dalam sejarah manusia yang panjang, mereka banyak berjalan kaki berkaki ayam. Beberapa bukti menunjukkan bahawa kasut muncul sekitar 30,000 tahun yang lalu. Tetapi 100 tahun lalu barulah muncul kasut berfesyen yang telah mengubah bentuk kaki kita. Sejak tahun 1970-an, kasut larian yang empuk telah menjadi kasut pilihan untuk bersenam.", "Walau bagaimanapun, semakin banyak bukti menunjukkan bahawa kasut larian tersebut lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan. Memakai kasut telah mengubah cara kita berlari dan telah melemahkan kaki sehingga membawa kepada banyak kecederaan.", "Sebelum ini, sepasukan penyelidik mendedahkan bahawa kita masih boleh berlari dengan baik walaupun berkaki ayam, lebih-lebih lagi apabila kita telah mula berlari dalam keadaan begitu sejak muda. Mereka bukan sahaja menemui kanak-kanak di New Zealand berumur 12 – 19 tahun dapat berlari pecut dengan berkaki ayam, malah mereka menemui bahawa kelaziman kesakitan pada anggota badan bawah secara relatifnya lebih rendah.", "Mereka menemui bahawa sekitar 35 hingga 50 peratus pelari akan cedera dalam satu-satu masa. Kecederaan lazim yang berlaku ialah pada lutut, buku lali, tapak kaki dan tulang kering. Kecederaan ini biasanya berpunca daripada tulang atau tisu penghubung (connective tissue) – berperanan untuk menggerakkan otot.", "Mereka menemui apabila kaki berhubung dengan tanah, kulit, tendon, ligamen dan saraf kaki akan disuap dengan pelbagai maklumat tenang kedudukan kaki kita termasuklah kadar tekanan dan regangan. Kualiti maklumat yang diperoleh ini membolehkan pengawalan otot yang lebih jitu untuk memastikan sebarang bentuk impak dan batas bahaya dapat diserap.", "Kajian mereka mencadangkan bahawa pemakaian kasut telah mengurangkan kualiti maklumat yang diterima oleh otak melalui kaki kita yang membawa kepada ketumpulan mekanik larian. Kasut membuatkan pelarinya mendaratkan kaki pada kedudukan badan menegak dan kaki yang memanjang – tuntas membawa pada daya pengreman (braking) yang berlebihan. Mekanik larian ini kelihatannya memainkan peranan dalam kekerapan kecederaan ketika berlari. Peggunaan kasut ketika berlari dalam jangka masa panjang akan membawa kepada kaki yang lemah.  Pelari berkaki ayam dilaporkan kurang menerima kecederaan lutut dan kurang kesakitan pada tumit berbanding pelari yang berkasut.", "Walau bagaimanapun, pelari yang berkaki ayam dilaporan lebih banyak cedera pada betis dan tendon. Ini mungkin kerana berlakunya perubahan drastik daripada berkasut kepada berkaki ayam.", "Perlu diingatkan bahawa kecederaan ketika berlari disebabkan oleh banyak faktor seperti umur, kecederaan lama, indek jisim tubuh dan pelbagai perubahan drastik – kasut bukanlah satu-satunya faktor. Kasut secara relatifnya agak baru untuk spesis kita kerana kita tidak pernah berlari gunakan kasut selama jutaan tahun.", "RUJUKAN:" ]
https://www.thepatriots.asia/the-call-2020-sains-disebalik-naskah-thriller-korea-terbaru-netflix/
The Call (2020): Sains Disebalik Naskah Thriller Korea Terbaru Netflix
[ "The Call (2020) menterjemahkan idea paradoks datuk (grandfather paradox) dalam bentuk yang segar & cerita yang mantap. Memilih garis masa dunia selari (parallel universe) sebagai penyelesaian kepada paradoks tersebut.", "Paradoks datuk muncul apabila timbulnya isu pengembara masa di zaman ini kembali ke masa lampau lalu membv-nuh datuknya. Tuntas menyebabkan ayahnya tak dapat lahir dan dirinya tak dapat lahir. Apabila dia tidak wujud, maka pembv-nuhan itu pun tak dapat berlaku. Inilah paradoks. Berlakunya percanggahan peristiwa.", "Ini adalah makna klasik dan idea ini sebenarnya telah berkembang menjadi apa sahaja perubahan yang dibuat di masa lampau, akan jadi sebahagian daripada kepelbagaian paradoks datuk. Apabila masa lampau berubah, akan berlaku percanggahan (paradoks) di masa depan.", "Setiap paradoks yang timbul, orang akan cari jalan penyelesaian untuk runtuhkan paradoks tersebut. Dalam paradoks garis masa, terdapat banyak jalan penyelesaiannya. Filem Predestination memilih kitaran penyebab (causal loops) sebagai jalan penyelesaian.", "Dalam kitaran penyebab, apa sahaja perubahan yang dilakukan pada masa lampau sebenarnya telah pun berlaku. Siri filem Harry Potter pun gunakan teknik ini untuk memastikan garis masa antara masa lampau dan masa kini tidak bercanggah.", "The Call memilih dunia selari (parallel universe) sebagai penyelesaian. Idea ini telah banyak diterapkan di dalam banyak karya seperti Steins; Gate dan paling popular ialah Back to the Future.", "Dalam dunia selari, apabila masa lalu berubah, garis masa yang baru akan lahir yang mana garis masa yang asal akan lenyap. Idea masa selari ini sangat mudah tetapi amat menarik fenomenanya, lebih-lebih lagi apabila dipersembahkan dalam bentuk penceritaan seperti yang The Call lakukan.", "Dunia selari ada kepelbagaian juga. Ada penyelesaian dibuat, walaupun masa lalu diubah, garis masa yang asal tetap wujud dan pada masa yang sama, garis masa baru pun wujud. Ini apa yang diterapkan di dalam Steins; Gate. Ini juga salah satu tafsiran tentang sitat dunia kuantum.", "Penyelesaian-penyelesaian paradoks datuk memang banyak yang menarik. Tetapi kalau disumbatkan semua untuk selesaikan paradoks, garis masa akan jadi lebih bercanggah. Ini apa yang berlaku dalam filem Avengers: Endgame yang mana dunia selari bercampur dengan kitaran penyebab. Tuntas, garis masanya jadi agak bercelaru dan akan ganggu arus perjalanan cerita.", "Konsep pengembaraan masa memang menarik. Tapi kalau terlalu pentingkan sangat konsep sampai perkara mudah jadi rumit sehingga plot pun terabai, orang akan pening dan rasa cerita itu pada perkara yang sebenarnya mudah. Ini sebenarnya apa yang berlaku pada TENET.", "Plot dalam The Call tidak begitu rumit, mudah difahami, konsep yang menarik. Ceritanya pun tidak berat. Lebih berat kepada unsur thriller. Penonton pun tidak perlu rumitkan kepala apa sebenarnya yang berlaku. Ini yang orang kata, konsep yang rumit & gempak berjaya diterjemahkan dalam karya filem yang mudah. Plot terjaga, konsep terjaga.", "Mungkin ada yang keliru sikit dengan pengakhiran The Call. Disebabkan pengakhirannya kurang jelas, jadi penjelasan ini cuma andaian saya sahaja. Beware of the spoiler;", "1. Apa sebenarnya yang berlaku?", "Di garis masa yang baru, ibu Seo-yeon masih hidup lagi. Ini menunjukkan dia selamat daripada terjun dari tingkat atas bersama dengan Young-sook. Mereka hidup bahagia. Kita dapat lihat kesan parut pisau pada leher dan tangan ibunya ketika di kawasan perkuburan.", "Hakikatnya, selepas kejadian terjun itu, Young-sook pun hidup lagi. Tetapi mungkin Young-sook mengambil masa beberapa minggu atau beberapa bulan untuk sembuh sebelum membv-nuh ibu Seo-yeon, kemudian menculik Seo-yeon semasa kecil.", "Setelah kejadian memb-nuh & menculik berlaku, garis masa berubah lagi, yang mana ibu Seo-yeon m4ti. Kita dapat lihat ketika Seo-yeon dewasa berjalan bersama ibunya di kubur, tiba² ibunya lenyap dan Seo-yeon diikat di bawah rumah dan menjadi banduan Young-sook.", "2. Bagaimana Young-sook dewasa boleh tahu bahawa dirinya masa muda akan dibv-nuh?", "Kalau baca dialog, Young-sook dewasa bagi amaran kepada dirinya masa muda, “You might get killed”. Mungkin Young-sook dewasa telah melalui peristiwa ini yang mana dia hampir dibv-nuh.", "Tetapi dia terselamat dan dia bagi amaran kepada dirinya masa muda supaya lebih berhati-hati. Saya fikir, kedua-dua kejadian pun, Young-sook hampir dibv-nuh, tetapi dengan kaedah yang berbeza. Kita tahu Young-sook muda hampir dibv-nuh sebab ditolak dari tingkat atas.", "Tetapi kita tidak tahu apa yang berlaku pada Young-sook dewasa ketika zaman mudanya sehingga dia hampir dibv-nuh. Yang kita pasti, dia selamat. Cumannya, Young-sook dewasa berkata, “It’s the only way we can change things.”", "Apa maksudnya?", "Young-sook dewasa mungkin mahu mengubah masa lalunya sedikit supaya dia dapat mengawal Seo-yeon dengan lebih baik. Kalau kita tengok, masa depan pun dah berubah. Masa depan sebelum ini, Seo-yeon bebas bergerak di dalam rumah. Di masa depan baru, Seo-yeon diikat di kerusi." ]
https://www.thepatriots.asia/hidupan-di-marikh-fantasi-atau-fakta/
Hidupan Di Marikh: Fantasi Atau Fakta?
[ "Angkasa lepas ini penuh dengan misteri, adakalanya apa yang dikaji para saintis hari ini hanyalah sekelumit berbanding apa yang tidak diketahui di luar sana. Dan ini termasuklah satu soalan yang menghantui ramai berkenaan jiran bumi, planet Marikh. Ramai tertanya-tanya apakah wujud kehidupan di planet tersebut. Soalan ini menggamit minat ramai dalam dunia sains fiksyen hingga menjadi inspirasi kepada lagu, siri televisyen dan filem seperti lagu David Bowie, Life on Mars dan drama radio yang diadaptasi dari novel H.G Wells, War of the Worlds.", "Pada tahun 1877, seorang ahli astronomi bernama Giovanni Schiaparelli menghalakan teleskopnya ke planet merah itu dan merasakan beliau sudah menemui satu dunia yang berbeza. Dalam pemerhatiannya, Schiaparelli percaya beliau melihat laut dan benua pada permukaan Marikh. Beliau turut menerangkan kewujudan terusan atau canalis dalam Bahasa Itali (selepas disiasat merupakan ilusi optik). Penggunaan perkataan canali/canal/terusan ini bikin minda orang ramai teruja kerana ia memberi petanda ia dibina oleh makhluk yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran. Dan ini membawa kepada pencarian kehidupan Marikh yang bermula pada abad ke-19 dan berterusan sehingga ke hari ini.", "Dalam jurnalnya pada tahun 1893, Schiaparelli menimbang kemungkinan bagaimana sesebuah planet boleh menampung kehidupan dan ia dipengaruhi oleh jarak dari matahari. Beliau menulis, “Semua harapan kita kini tertumpu kepada Marikh sebagai satu-satunya planet yang boleh menampung kehidupan ke satu tahap seperti yang kita akan lihat sekarang. Harapan ini semakin bertambah sehingga ke tahap ghairah teramat dalam kalangan sesetengah selepas memeriksa planet mempunyai beberapa perubahan dan sebuah sistem yang mempunyai konfigurasi misteri, di mana ia boleh disimpulkan sebagai kerja makhluk bijak dan bukan sesuatu yang bersifat semulajadi.”", "Percival Lowell menambah dalam bukunya, ‘Mars as the Abode of Life’ selepas membaca jurnal-jurnal Schiaparelli bahawa tamadun Marikh membina terusan dari kutub ke wilayah khatulistiwanya untuk mengangkut air. Untuk beberapa dekad berikutnya, pelbagai artikel berkenaan Marikh dari pelbagai majalah sains timbul dan ada sesetengah mencadangkan pelbagai cara untuk berhubung dengan Marikh. Ada mencadangkan guna cermin besar untuk memantulkan cahaya matahari ke Marikh, memasang sistem kain hitam di Gurun Sahara untuk menghalang pantulan cahaya dan memberi isyarat kepada mereka atau memasang pelbagai jenis lampu elektrik untuk menghasilkan isyarat.", "Kemudian Nikola Tesla, seorang pencipta pintar berketurunan Serbia-Amerika mendakwa menerima mesej radio dari Marikh tetapi kajian-kajian kemudian mendapati ianya gelombang radio yang dihasilkan dari awan gas angkasa lepas. Sementara pelakon terkenal Orson Welles menakutkan pendengar dengan menceritakan semula kisah ‘War of the Worlds’ di radio sehingga membuatkan mereka percaya makhluk asing dari Marikh sudah mendarat di New Jersey. Semasa Perang Dingin pula, Marikh menjadi tumpuan jentera propaganda Barat terutama Amerika Syarikat di mana makhluk asing yang akan menyerang Amerika berpegang kepada fahaman komunis.", "Tetapi semua imaginasi liar berkenaan Marikh ini terhenti selepas Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menghantar misi Mariner 4 ke Marikh. Berdasarkan imej pertama yang dihantar Mariner 4 ke bumi dari Marikh, imej wujudnya sebuah tamadun maju hanya satu ilusi dan tiada bukti kewujudan hidupan di situ. Kemudian pada tahun 1976, NASA menghantar misi Viking ke Marikh untuk mencari sebarang tanda kehidupan di sana termasuk yang bersaiz mikro. Misi tersebut dianggap gagal dan semua gambar yang dihantar menunjukkan Marikh hanyalah sebuah planet tandus. Namun jika ada mengatakan tiada langsung hidupan di Marikh perlu bersabar seketika. Ini kerana pada tahun 1996, sebuah meteorit yang dipanggil ALH84001 mengandungi kesan bakteria primitif planet tersebut. Walaupun ada yang berhujah ia mungkin wujud selepas meteorit itu menghempas bumi, ia secara tidak langsung mengembalikan semula keghairahan mencari kehidupan di Marikh.", "Kita semua tahu sebarang hidupan tanpa mengira kecil atau besar memerlukan air. Ini yang mendorong sebarang pencarian memfokuskan kepada kesan kewujudan air di Marikh. Ini mendorong pasukan saintis dan jurutera NASA merancang program eksplorasi baru Marikh untuk mencari air. Ini yang membawa kepada misi Peninjau Global Marikh dan robot Pathfinder pada tahun 1997 kemudian disusuli dengan robot pencari Spirit dan Opportunity. Dan pada tahun 2013, robot peninjau Curiosity mendarat di sebuah tempat dipercayai bekas sebuah tasik purba. Selepas menganalisis sampel dari sedimen dan batu-batan, Curiosity mendapati kawaan tersebut pernah menempatkan air tenang yang mengalir dan mempunyai kandungan kimia yang berkemungkinan dapat menyokong kehidupan di situ.", "Bagi Emily Lakdawalla, editor kanan untuk Planetary Society melihat pencarian kehidupan di Marikh sebenarnya satu ujian untuk menguji teori bolehkah kehidupan wujud di tempat lain dalam alam semesta ini. Beliau berkata, “Mengapa bumi saja yang ada hidupan? Fakta bahawa bumi dan Marikh hampir sama mendorong para saintis tertanya pasal ini. Sekiranya kedua-duanya mempunyai permulaan sama dan mengandungi keadaan yang sama, jadi apakah hidupan itu sebenarnya bermula di Marikh? Jika benar, maka hidupan pasti kelihatan biasa dalam alam semesta ini.”", "SUMBER", "Niller, Eric. (2018). History.com. Life on Mars? The Search for Signs Goes Back Centuries. https://www.history.com/news/life-on-mars-human-search-for-aliens" ]
https://www.thepatriots.asia/tapaw-apps-penghantaran-makanan-baru/
Tapaw: Apps Penghantaran Makanan Baru?
[ "Sepertimana jenama ‘Foodpanda’, ‘GrabFood’, ‘DeliverEat.my’ dan ‘DahMakan’ telah mempermudahkan urusan orang ramai untuk membeli makanan serta barangan tanpa perlu keluar rumah, rakyat Malaysia kini diberikan ‘option’ penghantaran terbaharu yang dikenali sebagai ‘TAPAW’.", "Tapaw adalah sebuah syarikat ‘startup’ baharu keluaran Malaysia, yang mula menjengah pasaran perniagaan tempatan pada bulan September 2020. Syarikat Tapaw Groups Sdn Bhd yang berpengkalan di Shah Alam, Selangor ini dikatakan memiliki potensi nilaian sebanyak RM1 Juta.", "Pada 15 Disember 2020, jenama ini telah diperkenalkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Perlis menerusi penganjuran majlis pelancaran aplikasi Tapaw yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kangar. Menurut kenyataan YAB Datuk Seri Azlan Man (Menteri Besar Perlis), Tapaw adalah jenama yang dibangunkan oleh anak jati Perlis.", "Tambah beliau, syarikat ini berpotensi untuk menawarkan sebanyak 100 000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia, khususnya anak-anak muda yang berminat untuk menjadi seorang ‘driver’, ‘rider’ penghantar makanan mahupun ‘runner’ penghantar barangan persis jenama-jenama besar yang lain.", "Setakat bulan Disember, Tapaw berjaya mendaftarkan kira-kira 47000 unit kenderaan penghantaran menurut laporan daripada portal Berita RTM. Angka ini diperoleh kurang daripada tujuh bulan, dan dijangka akan meningkat seiring dengan perkembangan semasa.\nSelain makanan, Datuk Anuar A Rahman selaku Ketua Pegawai Eksekutif turut menyatakan bahawa Tapaw memiliki kepelbagaian rangkaian perkhidmatan berasaskan ‘delivery’ yang merangkumi penghantaran barang dapur, ubat-ubatan, bungkusan (parcel), dokumen dan sebagainya, termasuk khidmat pindah rumah.", "Jika anda meneliti portal rasmi tapaw.com, terdapat lima jenis kenderaan penghantaran yang didaftarkan di bawah jenama ini, iaitu; motorsikal, kereta, van, ‘pickup’ trak, lori 1 tan & 3 tan. Kesemuanya menjalankan khidmat mengikut kesesuaian permintaan pengguna, tertakluk kepada had berat dan kadar caj yang ditetapkan.", "Dalam pada itu, pengguna-pengguna telefon pintar boleh memuat turun aplikasi Tapaw yang tersedia di ‘Google Play Store’, ‘Apple App Store’ atau ‘Huawei AppGallery’, iaitu ‘TAPAW- Food & Parcel Express Delivery’ untuk pengguna ataupun ‘TAPAW Driver- Drive & Earn Extra Income’ untuk kegunaan para ‘rider’ dan ‘runner’.", "Seperti apa yang kita ketahui, pasaran ‘ekonomi gig’ sudah lama bertapak dan berkembang di seluruh pelosok dunia. Di Malaysia sahaja, terdapat kira-kira 4 juta pekerjaan bebas atau lebih dikenali sebagai ‘freelancer’. Angka ini mewakili 26% daripada keseluruhan pasaran tenaga buruh, berdasarkan statistik terkini.", "Pekerjaan sebagai penghantar makanan dan barangan adalah tergolong di dalam pasaran tenaga buruh sektor ‘ekonomi gig’, yang mana pekerjaan jenis ini memiliki struktur kerja yang agak berbeza berbanding dengan pekerjaan atau tenaga buruh ‘konvensional’.\nHal ini dikatakan demikian kerana, pekerjaan jenis ini memiliki tahap ‘flexibility’ yang tinggi, khususnya berkenaan dengan tempoh masa bekerja, keberadaan tempat kerja, jenis kerja, serta kadar upah yang bergantung sepenuhnya terhadap daya produktiviti serta kemahiran tertentu.", "Sebagai contoh, seorang ‘rider’ Food Panda boleh menikmati bayaran sehingga RM3680 sebulan menerusi skim pembayaran terbaharu jika mereka berjaya mengekalkan konsistensi. Perkiraannya adalah seperti berikut; RM7 untuk setiap pesanan; RM168 sehari jika berjaya memperoleh 24 pesanan, berserta bonus tambahan sebanyak RM80 seminggu. ‘Rider’ memiliki autonomi sendiri untuk menentukan masa bekerja.", "Oleh itu, boleh kita rumuskan di sini bahawasanya ekonomi gig memiliki hipotesis mudah seperti; semakin banyak ‘job’ kita buat dalam sehari, semakin banyak pendapatan kita peroleh.", "Menurut laporan ‘Global Gig Economy Index’ terbitan tahun 2019, Amerika Syarikat mendahului carta peningkatan pendapatan (revenues) di dalam pasaran tenaga buruh sektor ekonomi gig dengan rekod sebanyak 78%, diikuti United Kingdom (59%), Brazil (48%), Pakistan (47%), Ukraine (36%), Filipina (35%), India (29%), Bangladesh (27%), Russia (20%), dan Serbia (19%).", "Hasil kajian yang dijalankan oleh ‘Payoneer’ mendapati bahawa, kelas umur 18 hingga 24 tahun mewakili 16% daripada keseluruhan tenaga buruh sektor ekonomi gig pada tahun 2019. Manakala, kelas umur 24 hingga 34 tahun pula memiliki peratusan tertinggi iaitu 48%, diikuti 35 hingga 44 tahun (23%), 45 hingga 54 tahun (9%) dan 55 tahun ke atas (5%).", "Semestinya penularan pandemik Covid-19 memberikan impak positif ke atas ‘platform’ penghantaran makanan dan barangan, memandangkan orang ramai memilih untuk mengurangkan pergerakan di luar rumah. Perkara ini telah pun dibuktikan dengan peningkatan tempahan penghantaran sebanyak 30% seawal bulan Mac 2020, seiring dengan langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020.", "Berdasarkan laporan FMT, Foodpanda merekodkan peningkatan permohonan pekerjaan sebanyak 37% di sepanjang bulan Mac yang lalu, di samping peningkatan 6.7% jumlah penghantar berdaftar sepertimana yang diperkatakan oleh Shubham Saran, selaku Ketua Logistik Foodpanda Malaysia." ]
https://www.thepatriots.asia/chernobyl-bencana-nuklear-terbesar-sejarah/
Chernobyl – Bencana Nuklear Terbesar Sejarah
[ "Bencana alam sekitar bukan satu perkara baru dalam lipatan sejarah tamadun manusia. Ia memberi impak kepada tamadun manusia sama ada bersifat semulajadi atau buatan manusia dari Pompeii hinggalah Chernobyl. ", "Sebut pasal Chernobyl, ia dianggap antara bencana nuklear paling buruk dalam sejarah pada 26 April 1986 dan meninggalkan kawasan berkenaan tidak boleh didiami manusia selama 24,000 tahun. Dan bagi bekas pemimpin Soviet Mkhail Gorbachev, beliau menyifatkan bencana berkenaan merupakan punca sebenar kejatuhan Kesatuan Soviet lima tahun kemudian.", "Loji kuasa nuklear Chernobyl terletak di utara Ukraine atau lebih tepat 80 batu di utara ibu negara Kiev. Sebuah bandar kecil bernama Pripyat dibina beberapa batu dari loji berkenaan bagi menempatkan para pekerja dan keluarga mereka. ", "Pada tahun 1986, bandar tersebut mempunyai populasi 50,000 penduduk sementara bandar Chernobyl pula mempunyai 12,000 penduduk. Baki wilayah berkenaan terdiri daripada kawasan pertanian dan kawasan hutan belantara. Projek reaktor ini mula dibina pada tahun 1977 tatkala Ukraine masih lagi menjadi sebahagian daripada Soviet. Menjelang tahun 1983, empat reaktor siap dibina dengan dua lagi dibina pada tahun-tahun berikutnya.", "Empat reaktor ini di Chernobyl ialah reaktor jenis RBMK-1000 yang menggunakan proses pengayaan uranium U-235 untuk memanaskan air dan menghasilkan stim untuk menggerakkan turbin reaktor dan menjana tenaga elektrik. Kebanyakan reaktor nuklear yang kita lihat hari ini menjadikan air sebagai penyejuk dan mengawal kereaktifan teras nuklear. ", "Apabila teras tersebut dipanaskan, ia akan menghasilkan lebih banyak stim berbuih dalam air ini sekaligus mengurangkan kereaktifan teras berkenaan. Ini merupakan antara ciri keselamatan utama reaktor nuklear di kebanyakan negara terutama di Barat. ", "Tetapi reaktor nuklear versi Soviet menggunakan grafit untuk mengawal kereaktifan teras nuklear dan terus menghasilkan reaksi nuklear dalam teras berkenaan. Reaktor sebegini menghasilkan lebih banyak kereaktifan teras nuklear apabila ia dipanaskan dan menghasilkan lebih banyak buih stim, satu kekurangan yang terdapat pada reaktor itu.", "Sehari sebelum tercetusnya bencana nuklear Chernobyl, operator-operator loji bersedia menutup reaktor untuk menjalankan proses penyelenggaraan rutin pada reaktor nombor empat. Entah di mana silapnya, operator-operator memilih mematikan semua peralatan termasuk mekanisme penutupan automatik. Perbuatan sebegini dianggap satu perlanggaran keselamatan menurut Jawatankuasa Saintifik PBB berkenaan Kesan Radiasi Atom (UNSCEAR). ", "Pada pukul 1.23 pagi, apabila rod nuklear yang panas dimasukkan ke dalam air penyejuk, ia menghasilkan sejumlah besar stim dan mencetuskan lebih banyak reaktiviti dalam teras nuklear reaktor nombor empat. Akibatnya, ini mengakibatkan letupan besar yang menanggalkan plat seberat 1,000 tan yang menutup teras reaktor, melepaskan radiasi ke atmosfera dan memotong aliran penyejuk ke reaktor.", "Beberapa saat kemudian, satu lagi letupan lebih besar berlaku yang memusnahkan bangunan reaktor dan memuntahkan grafit dan bahagian teras reaktor yang terbakar sekitar kawasan loji. Akibatnya, ia mencetuskan kebakaran besar sekitar reaktor yang rosak dan reaktor nombor tiga yang masih beroperasi ketika itu. ", "Letupan tersebut membunuh dua orang pekerja, antara pekerja pertama yang mati dalam tragedi berkenaan. Untuk beberapa hari berikutnya, krew-krew kecemasan berusaha memadamkan kebakaran dan mengekang kebocoran radiasi tetapi ia turut menambah bilangan pekerja yang terbunuh kerana mengalami tanda keracunan radiasi yang teruk.", "Kebanyakan radiasi yang dilepaskan ke atmosfera ialah iodin-131, cesium-134 dan cesium-137. Cesium menjadi kebimbangan ramai pakar dari UNSCEAR kerana isotopnya mempunyai separuh hayat yang lebih lama dan boleh berada dalam persekitaran untuk tahun-tahun selepas ia dilepaskan ke atmosfera. Iodin-131 pula walaupun mempunyai separuh hayat berusia lapan hari tetapi boleh diinges melalui udara dan boleh masuk sehingga ke kelenjar tiroid. ", "36 jam selepas kemalangan, populasi Pripyat mula dipindahkan selepas ramai mengadu muntah-muntah, sakit kepala dan pelbagai simptom keracunan radiasi. Mereka diberitahu akan dibenarkan pulang selepas beberapa hari dan ini mendorong ramai membawa sedikit barang semasa berpindah. Kebanyakan mereka tidak akan kembali ke Pripyat.", "Bagi Kesatuan Soviet, agak sukar bagi mereka menerangkan apa yang berlaku kepada komuniti antarabangsa dan tiada sebarang kenyataan berkenaan Chernobyl dikeluarkan. Bagaimanapun, semua itu berubah selepas amaran radiasi dikeluarkan oleh loji nuklear di Sweden berkenaan tahap radiasi yang luar biasa direkodkan. Soviet akhirnya mendedahkan apa yang berlaku dan menerangkan cara mereka mengendalikan bencana itu. ", "Bagi Moscow, urusan berjalan seperti biasa termasuk sambutan Hari Buruh di Moscow, Kiev dan Minsk walaupun Chernobyl terus mengeluarkan asap radiasi. Kebanyakan penduduk Ukraine tidak tahu apa yang berlaku termasuk kematian para pekerja dan pemindahan secara tergesa-gesa dari Pripyat.", "Awan radioaktif yang turut mengandungi habuk dan serpihan loji berkenaan ditiup angin ke Ukraine, Belarus, Rusia, Scandinavia dan beberapa bahagian di Eropah. Empat bulan selepas bencana tersebut, 31 orang terbunuh akibat pendedahan radiasi. Sementara 6,000 lagi penduduk mengalami masalah kanser tiroid di Ukraine, Belarus dan Rusia untuk tahun-tahun berikutnya. ", "Bagaimanapun, jumlah sebenar penduduk yang mengalami masalah sebegini tidak diketahui berikutan kesukaran mengumpul bilangan kes pesakit yang terlibat. Pada tahun 1995, Ukraine menganggarkan 125,000 penduduk terbunuh akibat terdedah secara langsung kepada radiasi Chernobyl. Tetapi khabar tidak benar tentang keracunan radiasi menyebabkan penduduk mengambil langkah tidak sepatutnya seperti menggugurkan kandungan mereka kerana bimbang bayi yang dikandung mengalami keracunan radiasi.", "Pada\n14 Mei 1989, Gorbachev mengarahkan proses pembersihan dan pembendungan radiasi\nloji digerakkan dengan segera. Ratusan pekerja, ahli bomba, tentera simpanan\ndan pelombong digerakkan untuk membantu proses pembersihan walaupun bekerja\ntanpa peralatan perlindungan yang mencukupi untuk membuang serpihan dan\nmembendung radiasi. Dalam tempoh 206 hari, para pekerja membina satu makam\nbesar untuk menutup reaktor yang rosak dan membendung lebih banyak perlepasan\nradiasi. ", "Dalam satu temubual bersama BBC pada tahun 2017, bekas pekerja bernama Yaroslav Melnik mendedahkan mereka bekerja sebanyak tiga syif tetapi selama lima hingga tujuh minit pada satu-satu masa disebabkan bahaya radiasi. Selepas selesai bekerja, mereka terus membuang pakaian mereka dalam tong sampah. Pada tahun 2010, sebuah konsortium antarabangsa ditubuhkan bagi membina sebuah bangunan lebih besar untuk reaktor berkenaan. ", "Bangunan seberat 35,000 tan itu disiapkan pada tahun 2016 dan diluncurkan bagi menutup makam sedia ada pada November 2016. Struktur baru ini membantu menurunkan kadar radiasi kepada satu persepuluh dari tahap sebelumnya. Struktur ini dijangka dapat membendung serpihan radioaktif untuk 100 tahun.", "Di\nsebalik semua ini, siapa sangka Chernobyl sebenarnya masih dibenarkan\nberoperasi sehingga reaktor terakhir ditutup pada tahun 2000. Selepas populasi\nmanusia meninggalkan Pripyat, alam semulajadi menuntut semula kawasannya dan ia\nmenjadi kawasan perlindungan hidupan liar yang unik seperti serigala, rusa,\nberuang, babi hutan dan ikan bersaiz besar. Buktinya, seekor ikan keli bersaiz\nbesar yang berjaya ditangkap pemancing ekstrem dan ahli biologi Jeremy Wade\nsemasa beliau memancing di Chernobyl untuk satu episod River Monsters pada\ntahun 2013. ", "Boleh\nrujuk video episod penuh di sini: https://www.dailymotion.com/video/x5ojvdl", "Kawasan ini perlahan-lahan menjadi tumpuan pelancong yang tertarik melihat apa yang dianggap masa yang dibekukan bila melihat tinggalan penduduk di Pripyat (dengan mengikut arahan ketat pihak yang mengawal kawasan berkenaan). Tetapi bagi sesetengah penduduk terutama yang terkesan dengan konflik di Crimea, inilah rumah baru mereka walaupun sedar ia masih tidak boleh didiami untuk 24,000 tahun. ", "Selain itu, ada yang melihat kawasan berkenaan berpotensi sebagai loji tenaga solar dan potensi ini cuba direalisasikan oleh syarikat tenaga Jerman-Ukraine iaitu Solar Chernobyl. Loji tersebut dijangka menjana tenaga elektrik sebanyak 99 megawatt, tidak sebanyak 1,000 megawatt yang dihasilkan oleh empat reaktor Chernobyl pada tahun 80-an sebelum tragedi itu berlaku." ]
https://www.thepatriots.asia/kaum-burma-pembina-empayar-daratan-terbesar-asia-tenggara/
Kaum Burma: Pembina Empayar Daratan Terbesar Asia Tenggara
[ "Sejak zaman prasejarah, tanah Burma yang subur, aliran air sungai yang tenang dan mempunyai gunung-ganang yang berfungsi sebagai tempat berlindung, menarik perhatian ramai etnik untuk membuat penempatan. Dari akhir 1000 SM hingga abad ke-9 Masihi, banyak negara-kota yang berkembang pesat hasil dari berkembangnya penanaman padi dan aktiviti perdagangan di kawasan Indo-China. Politik dan kebudayaan negara-kota ketika itu banyak diserap dari India. Masyarakat Burma beransur-ansur menganut Buddhism dan membina banyak buah candi. Candi tinggi berbentuk silinder yang dipanggil sebagai stupa, menjadi prototaip bagi rujukan pembinaan seni arkitek keagamaan. Contohnya, Pagoda Shwezigon yang dibina pada abad ke-11 Masihi yang mempunyai reka bentuk stupa.", "Apabila Eropah berada di zaman pertengahan, di mana institusi agama Kristian menjadi kuasa besar, dua negara-kota Burma yang berpengaruh membentuk sebuah empayar berkuasa. Pada 1044 Masihi, Anawrahta Minsaw (1044 – 1077) menjadi raja kaum Burma kepada kerajaan Pagan di Myanmar Utara. Selepas mengukuhkan ekonomi negara-kota dengan pembinaan terusan secara meluas, Anawrahta hampir menakluk keseluruhan Myanmar Utara dan Selatan. Sekitar 1200 Masihi, Empayar Pagan (1044 – 1297) mencapai kemuncaknya: Bahasa Burma menjadi lingua franca, mempunyai kanun undang-undang, dan jajahan yang besar.", "Uniknya empayar Pagan ini adalah, dari segi ketenteraan, bilangan tentera di ibu kota sangat terhad sehingga kerahan menambah tentera berlaku semasa penglibatan empayar Pagan dalam perang. Empayar ini mempunyai bilangan tentera infantry yang begitu besar. Sejumlah bilangan tentera bergajah iaitu tentera elit dan symbol kekuasaan Pagan, diserap dalam setiap pasukan tentera. Tentera bergajah dilengkapi dengan Howdah, sejenis pedati, menempatkan ramai tentera memanah untuk mensasarkan musuh di tunggangan gajah. Tambahan pula, empayar Pagan mempunyai jumlah tentera berkuda yang besar. Para tentera Burma berperang menggunakan pelbagai jenis senjata termasuklah pedang, lembing, busur dan panah. Sepanjang kurun ke-11 dan ke-12 Masihi telah banyak tentera Burma perolehi kemenangan berperang, termasuk menumbangkan kemaraan para tentera Monggol pada 1285 Masihi. Tanpa kepimpinan raja Pagan yang hebat, tidak akan wujud empayar Pagan yang menyatukan seluruh Myanmar.", "Pada abad ke-14 Masihi, empayar Pagan terbahagi kepada 4 buah kerajaan akibat dari pemberontakan rakyat dan saingan sesama suku. Semasa perang saudara berlaku ke atas keempat-empat kerajaan, kerajaan Toungoo mengambil kesempatan dengan memberi perlindungan kepada para pelarian, megembangkan jajahan dan menyerang negara-kota jiran. Pada 1510 Masihi, pemerintah Toungoo ketika itu, raja Mingyinyo (1485 – 1530) menuntut kemerdekaan. Di zaman pemerintahan pewaris raja Mingyinyo, iaitu raja Tabinshwehti (1530 – 1550) dan raja Bayinnaung (1550 – 1581), kerajaan Toungoo berkembang menjadi empayar kaum Burma paling besar di Asia Tenggara, dengan jajahan meliputi Myanmar, Thailand, dan Laos kini. Dengan penggunaan senjata api dan merekrut tentera meriam Portugis, menjadikan kaum Burma tiada tandingannya dalam pertempuran.", "Akibat dari pertumbuhan populasi yang pesat, empayar Toungoo menjadi tidak terkawal. Selepas kemangkatan raja Bayinnaung, kerajaan-kerajaan naungan Toungoo memberontak. Puteranya, raja Nanda (1581 – 1599), berusaha keras mengembalikan kekuasaan Toungoo ke atas kerajaan yang memberontak. Namun usahanya hanya seketika. Kerajaan Toungoo telah banyak kali gagal menghentikan kemaraan kerajaan Thai Ayutthaya sehingga tentera Burma terpaksa melepaskan jajahan dan berundur. Tambahan pula, kegagalan aktiviti menuai disebabkan musim tengkujuh mencacatkan ekonomi kerajaan Toungoo. Pada 1599 Masihi, ibu kota Toungoo dibedil, seterusnya menggulingkan kerajaan kaum Burma kedua dan berakhirlah zaman empayar milik kaum Burma.", "RUJUKAN:" ]
https://www.thepatriots.asia/ivan-the-terrible-tsar-pertama-russia/
Ivan The Terrible – Tsar Pertama Russia
[ "1Tsar Russia merupakan gelaran yang digunakan oleh para pemerintah Kekaisaran Russia, sebuah kuasa politik yang wujud pada tahun 1547 hingga 1721 Masihi. Kekaisaran Russia terlebih dahulu didahului oleh Duci Agung Moscow, dan disusuli oleh Empayar Russia. Tsar pertama Russia ialah Ivan IV (atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Ivan the Terrible, derivasi dari Ivan Grozny dalam bahasa Russia). Beliau merupakan Putera Agung Moscow terakhir dan pengasas Kekaisaran Russia.", "SIAPAKAH TSAR?", "Gelaran ‘tsar’ (juga dieja sebagai ‘czar’ atau ‘tzar’) tidaklah digunakan secara eksklusif oleh para pemerintah Russia. Akan tetapi, ia turut digunakan oleh monarki-monarki Slavia, seperti pemerintah Empayar Bulgaria. Gelaran ini diambil daripada perkataan Latin, iaitu ‘Caesar’. Perkataan tersebut merupakan gelaran diraja yang terus digunakan oleh Byzantine selepas perpecahan Empayar Rom.", "Di Russia pada era pertengahan, gelaran tersebut diubah menjadi ‘tsar’ dan mengandungi konotasi keagamaan padanya. Walaupun gelaran ini digunakan untuk merujuk pemerintah tertinggi, ia juga secara spesifik merujuk kepada pemimpin sekular dalam dunia Kristian-Ortodoks, yakni sama seperti maharaja Byzantine.", "\nDUCI AGUNG MOSCOW", "Duci Agung Moscow (atau Prinsipaliti Agung Moscow) merupakan kuasa politik yang kewujudannya mendahului Kekaisaran Russia. Moscow ditubuhkan sebagai sebuah bandar perdagangan kecil sekitar kurun ke-12 dan dimusnahkan semasa serangan Monggol ke atas Rus pada kurun berikutnya. Pada tahun 1263, Moscow yang masih merupakan sebuah bandar yang tidak signifikan diserahkan kepada Daniel I, iaitu putera bongsu Alexander Nevsky sesudah kemangkatannya.", "Daniel dan keturunannya berusaha menyatukan wilayah-wilayah Russia. Penyatuan ini diselesaikan pada era Ivan III Vasilyevich (juga dikenali sebagai Ivan Agung). Menjelang kemangkatan Ivan pada tahun 1505, jawatan Putera Agung Moscow juga memegang peranan sebagai pemerintah tertinggi Russia.", "Ivan III digantikan oleh puteranya, Vasili III yang secara relatifnya tiada sebarang peristiwa menonjol yang berlaku di zaman pemerintahannya. Namun, signifikasi nama Vasili terletak pada statusnya sebagai ayahanda kepada Ivan IV, yang menggantikannya sebagai Putera Agung Moscow ketika berusia tiga tahun pada 1533. ", "Ivan IV ini kelak ditabalkan sebagai Putera Agung Moscow yang terakhir, merangkap Tsar Russia yang pertama. Walaupun Ivan IV merupakan pengasas Kekaisaran Russia sekaligus pemerintah Russia pertama yang dimahkotakan secara rasmi sebagai Tsar Russia, konsep gelaran tersebut sendiri boleh dijejak akarnya semasa pemerintahan Ivan III.", "Tatkala Ivan III menyelesaikan kempen penyatuan Russia, pemerintahan Byzantine berakhir apabila Konstantinopel tumbang ke tangan Turki Uthmaniyah pada tahun 1453 Masihi. Uthmaniyah kemudiannya menyerang wilayah Balkan, sekaligus menjadikan Putera Agung Moscow sebagai satu-satunya monarki Ortodoks yang masih wujud di dunia.", "Lantaran itu, terdapat seruan-seruan yang meminta agar Moscow diperakui sebagai pengganti Konstantinopel sekaligus menjadi ‘Rom yang ketiga’. Tambahan pula, pada tahun 1472, Ivan III mengahwini anak saudara maharaja Byzantine yang terakhir, iaitu Zoe Palaiologina (kelak dikenali sebagai Sophia). Beliau kemudiannya membawa tradisi-tradisi istana Byzantine bersamanya ketika berpindah ke Moscow.", "TSAR RUSSIA PERTAMA", "Secara efektifnya, Ivan III merupakan Tsar Russia walau tanpa gelaran yang diberikan kepadanya. Hanya pada tahun 1547, barulah gelaran tersebut disandang secara rasmi oleh cucunya, iaitu Ivan IV. Pada tanggal 16 Januari 1547, Ivan IV dimahkotakan sebagai Tsar Russia yang pertama di Katedral Dormition, Moscow. Ivan IV disifatkan sebagai seorang yang kompleks, dan hal ini terbukti menerusi cara pemerintahannya.", "Sebagai contoh, walaupun beliau seorang penganut Kristian yang taat dan banyak melakukan kebajikan kepada pihak biara, beliau tidak ragu-ragu untuk membvnuh paderi. Semasa era pemerintahannya, beliau cuba memperkuatkan kedudukannya dengan mengehadkan pengaruh yang dipegang oleh golongan bangsawan menerusi jalan reformasi. Namun kemudian, Ivan IV memilih untuk menggunakan kaedah yang lebih ganas dalam membendung pengaruh golongan bangsawan.", "\nIvan IV juga sering mengalami ketidakstabilan mental, terutama pada tahun-tahun terakhir pemerintahannya. Dalam salah sebuah kejadian yang berlaku pada tahun 1581, putera mahkotanya, Ivan Ivanovich dibvnuh oleh beliau. Akibatnya, selepas kemangkatan Ivan IV pada tahun 1584, kedudukannya digantikan oleh putera lain, iaitu Feodor I. ", "Feodor tidak pernah dijangka akan memegang takhta, justeru beliau tidak dipersiapkan dengan tugas tersebut. Malah, Feodor sebenarnya lebih berminat dalam urusan agama berbanding politik. Walaupun Feodor mewarisi kedudukan ayahandanya sebagai Tsar Russia, kuasa sebenar terletak di tangan seorang boyar yang berpengaruh, iaitu Boris Godunov.", "Feodor mangkat pada tahun 1598 tanpa meninggalkan pewaris, justeru dinastinya, iaitu Dinasti Rurikid pun berakhir dan digantikan oleh Godunov. Kekaisaran Russia masih terus wujud, sehinggalah penubuhan Empayar Russia oleh Peter Agung pada tahun 1721.", "TERJEMAHAN:", "Wu Mingren. (10 Disember 2018). Ivan the Terrible: How Did He Become the First Tsar of Russia? Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/first-tsar-russia-0011132" ]
https://www.thepatriots.asia/kisah-ikan-paus-telan-manusia-di-zaman-moden/
Kisah Ikan Paus Telan Manusia Di Zaman Moden
[ "Selalunya bila mendengar kisah nelayan berdepan kema.la.ngan di lautan, ia selalunya berkisar sama ada kapal karam atau rosak, le.m.as atau menjadi mangsa haiwan marin seperti jerung atau obor-obor. Tetapi pernahkah anda mendengar perihal ikan paus menelan manusia?", "Bagi orang Islam, satu-satunya masa kita mendengar kisah ini ialah kisah Nabi Yunus a.s ditelan ikan Nun (paus) selepas dicampak dari sebuah kapal yang ditumpangi baginda. Baginda bertasbih memohon keampunan Allah s.w.t semasa berada dalam perut ikan berkenaan selama beberapa hari sebelum dibawa ke darat dan dibebaskan.", "Peristiwa ini turut direkodkan Allah s.w.t dalam ayat 142-146, Surah As-Saaffaat. Menerusi firman-Nya, sekiranya baginda tidak berzikir semasa dalam perut ikan paus, baginda akan terus kekal di situ sehingga hari kiamat. Kenyataan ini turut disokong dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Umayyah bin Abi Salt r.a. (Vicchio, 2008)", "Dan siapa sangka, ada seorang penangkap udang karang hampir-hampir berdepan nasib sama. Michael Packard, 56, dari Wellfleet memberitahu pihak media dia sedang menyelam pada kedalaman 14 meter di kawasan perairan berhampiran Provincetown semasa peristiwa itu berlaku. Pada awalnya, dia hanya melihat satu benjolan yang besar sebelum merasakan suasana menjadi gelap.", "Pada masa itulah, Packard sedar dia kini berada dalam mulut ikan paus dan ia cuba menelannya. Dia menyangka dirinya akan mati tetapi masih mampu bernafas kerana masih memakai peralatan pernafasan semasa menyelam. Packard mengira dirinya berada dalam mulut ikan paus selama 30 saat sebelum ia naik ke permukaan dan meludahkannya keluar.", "Rakan-rakannya yang berada di sebuah bot berjaya menyelamatkannya dan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Packard tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali bengkak pada bahagian kaki.", "Packard bukan satu-satunya individu yang berdepan pengalaman sebegini. Pada 2019, penyelam dan jurugambar Rainer Schimpf, 51, sibuk mengambil gambar kumpulan ikan selayang yang sedang berenang sebelum merasakan kegelapan menyelubungi dirinya. Pada ketika itulah, dia sedar dia berada dalam mulut ikan paus dan seperti Packard, berisiko ditelan mamalia terbesar di dunia itu.", "Schimpf bagaimanapun tidak berada lama dalam mulut ikan berkenaan. Selepas beberapa saat, dia diludah keluar dengan imej insiden berkenaan dirakam oleh jurugambar Heinz Toperczer yang bekerja dari sebuah bot berhampiran.", "Mendengar kisah-kisah sebegini, apakah benar ikan paus berupaya menelan manusia sebagai snek? Menurut para saintis, anggapan tersebut bersifat mengarut. Uko Gorter dari Persatuan Setasea Amerika Syarikat menyifatkan tekak haiwan berkenaan terlalu kecil untuk menelan manusia. Bagaimanapun, dalam sesetengah kes, ada burung kecil yang ditelan secara tidak sengaja oleh ikan paus semasa memburu makanan.", "Jika ada pun ikan paus yang berupaya berbuat demikian, hanya ikan paus sperma saja yang berupaya melakukannya. Ini memandangkan diet haiwan tersebut ialah haiwan berstatus gergasi seperti sotong gergasi. Walaupun wujud kes ikan paus sperma menenggelamkan kapal seperti kapal penangkap ikan paus Essex pada 1820, tiada laporan kes ikan paus ini menjadikan manusia sebagai snek.", "Bagi pengkaji ikan paus Charles “Stormy” Mayo dari Pusat Kajian Perairan di Provincetown, pertembungan manusia dengan ikan paus jarang berlaku. Tetapi dalam kes Schimpf, pengasas bersama Save the Whales, Maris Sidenstecker, ikan paus seharusnya dilihat dari jauh saja bagi mengurangkan pertembungan sebegitu rupa. Ini bagi memastikan haiwan ini dapat hidup dalam habitat lautnya dengan aman dan tanpa sebarang gangguan manusia.", "RUJUKAN:", "Associated Press. (2021). ‘Everything went dark’: humpback whale swallows and spits out diver. The Guardian.", "Pappas, S. (2019). What a Fluke! Man Ends Up in Whale’s Mouth. LiveScience.", "Vicchio, S. (2008). Biblical Figures in the Islamic Faith. Wipf & Stock. Halaman 73." ]
https://www.thepatriots.asia/integrated-logistics-solutions-sdn-bhd/
Integrated Logistics Solutions SDN BHD
[ "Integrated Logistics Solutions SDB BHD (ILS) adalah sebuah syarikat yang memulakan operasinya sejak tahun 1970 lagi. Syarikat ILS memfokuskan kepada perkhidmatan logistik yang sangat menyeluruh termasuk warehousing, forwarding, haulage dan cold chain distribution. Fasiliti mereka yang dilengkapi dengan gudang dan juga lori merupakan faktor mereka dilantik oleh kerajaan sebagai Multimodal Transport Operator (MTO) dan juga merupakan agen berdaftar dengan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia.", "Pengarah urusan ILS, Puan Wan Hidayah Ariff mengatakan bahawa mereka berusaha kuat untuk memberi pembaharuan kepada pengurusan syarikat walaupun ILS sendiri telah bertapak selama 40 tahun di dalam industri. Beliau juga percaya bahawa sokongan padu daripada kakitangan syarikat yang sangat berpengalaman mempengaruhi kedudukan ILS yang masih kekal bersaing di dalam industri pada masa kini.", "Selain itu, Puan Wan Hidayah berpendapat bahawa syarikat Bumiputera yang ingin sentiasa berdaya saing harus menjadi lebih proaktif dan sentiasa merebut peluang perniagaan. Syarikat-syarikat Bumiputera juga tidak perlu segan untuk memohon bantuan yang telah disediakan kerajaan menerusi agen agen yang telah dilantik.", "Contoh yang boleh dilihat sini apabila ILS memohon bantuan daripada TERAJU dan ILS sendiri telah menerima pelbagai bentuan bantuan dan juga sokongan, malah ILS dapat meningkatkan fasiliti setelah menerima geran Dana Mudahcara. Beliau melakukan ini semua kerana tidak mahu ketinggalan dan beliau mahu ILS bersaing dengan syarikat tempatan dan juga global.", "Alternatif yang dilakukan kerajaan dari segi sokongan dan bantuan dapat meningkatkan dan melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera. Beliau juga turut berpendapat bahawa tiada sebab untuk kerajaan menolak permohonan daripada syarikat syarikat Bumiputera jika perniagaan dan pengurusan syarikat berada di landasan yang betul. Beliau turut menambah bahawa usahawan harus mengekalkan komunikasi antara dua hala dengan pegawai program untuk mengikuti perkembangan." ]
https://www.thepatriots.asia/the-last-samurai-in-borneo/
The Last Samurai In Borneo
[ "SEKITAR tahun 1941 akhirnya Sarawak Kingdom jatuh juga ke tangan Jepun yang telah menakluki bumi Asia Tenggara melalui kempen Perang Dunia Kedua pada waktu itu. Dan untuk Borneo di ketika pemerintahan Jepun, pada asalnya pemusatan kuasa tentera Jepun adalah di Miri, Sarawak sebelum ditukar ke Kuching sekitar April 1942.", "Miri dipilih kerana disinilah Jepun mula bertapak di Sarawak disamping keberadaan mereka pada waktu itu lebih kepada untuk memulihkan kembali infrastruktur minyak dan gas yang hampir musnah di ketika taktik bumi hangus dijalankan oleh Brooke sebelum kalah perang pada waktu itu.", "Dan menurut sejarahnya pemerintahan Jepun di Sarawak terdapat dua orang pegawai tertinggi Jepun pernah menjadi orang utama mereka iaitu Jeneral Marquis Toshinari Maeda dan Jeneral Yamawaki Masataka. Kedua-duanya mempunyai cara yang berbeza namun yang dikatakan lebih kejam merupakan Jeneral Maeda. Ini kerana beliaulah pemerintahan tentera Jepun yang pertama berada di Sarawak dan mengatur strategi segalanya sejak Sarawak mahupun Borneo di dalam taklukan Jepun suatu waktu dahulu.", "Dilahirkan dengan nama sebenar iaitu Toshinari Maeda pada tanggal 5hb June 1885 merupakan anak kelima kepada keluarga Maeda yang juga merupakan antara keluarga bangsawan Jepun yang terkenal dengan kehebatan “shogun” mereka suatu waktu dahulu. Sekitar awal tahun 1900an, beliau dilantik sebagai “Marquis” atau Ketua keluarga Maeda di wilayah Kozuke, Jepun.", "Sebagai seorang yang lahir di kalangan keluarga “shogun” maka adalah tidak menghairankan sekiranya Maeda memilih bidang ketenteraan sebagai kerjayanya walaupun hakikatnya beliau dikelilingi dengan limpahan kemewahan. Menamatkan pendidikan ketenteraannya pada tahun 1911 dengan mendapat penganugerahan “Sword Emperor” atas kecemerlangannya menjadikan beliau antara anggota tentera yang cukup disegani di kalangan orang Jepun pada masa itu.", "Sekitar tahun 1913, Maeda merupakan antara anggota tentera Jepun yang telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke Eropah iaitu negara German dan seterusnya ke British. Boleh dikatakan beliau merupakan anggota tentera yang mempunyai latar belakang pendidikan dunia ketenteraan Jepun dan Barat. Selepas melalui Perang Pasifik pada tahun 1939, beliau memilih untuk bersara di dalam dunia ketenteraan bagi menumpukan perhatian untuk pembentukan keluarga Maeda yang diketuainya.", "Namun apabila kempen Perang Dunia Kedua berlangsung dengan Jepun diarahkan untuk mendominasi Asia Tenggara, sekali lagi perkhidmatannya dituntut oleh Maharaja Jepun pada masa itu. Dikatakan dengan strategi yang dibentuk oleh beliaulah kejayaan penaklukan Miri itu cukup lancar pada masa itu. Dan dari Miri, tentera Jepun telah mula menakluki seluruh Sarawak sehinggalah akhirnya Kuching, ibukota Sarawak Kingdom jatuh ke tangan Jepun beberapa hari selepas itu.", "Pada April 1942 iaitu selepas beberapa bulan Sarawak dibawah Jepun, Maeda telah bertindak untuk menukar pusat pentadbiran Jepun di Miri ke Kuching pula. Beliau berpendapat sekiranya di zaman Brooke dahulu, Kuching adalah pusat pemerintahannya maka adalah tidak wajar Miri pula menjadi pusat pemerintahan ketika Jepun memerintah. Lagipun pada masa itu, infrastruktur minyak dan gas di Miri sudahpun hampir pulih sepenuhnya.", "Usai Kuching dijadikan pusat pemerintahan Jepun di Borneo maka hal pertama yang dilakukan oleh Maeda adalah untuk memasuki Astana Sarawak yang menjadi tempat kediaman Brooke berabad lamanya. Dan jika kita melihat gambar-gambar vintaj Astana Sarawak sudah semestinya kita akan melihat bagaimana bangunan Astana Sarawak ketika Brooke memerintah dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan menjalar di sekelilingnya.", "Dikatakan di ketika Maeda mula memasuki Astana Sarawak itulah beliau telah memerintah agar tentera Jepun mencabut dan membuang kesemua tumbuh-tumbuhan menjalar tersebut. Menurut cerita lisan ada sebabnya mengapa Brooke membiarkan tumbuh-tumbuhan menjalar itu hidup segar di Astana Sarawak kerana dikatakan membawa tuah. Dan sekiranya dibuang maka akan jatuh bala ke atas pembuatnya.", "Disepanjang pemerintahan Maeda dikatakan segala tindakan dan hukuman beliau begitu tegas dan keras. Namun pada masa yang sama turut cuba untuk berbaik-baik dengan masyarakat tempatan dengan dikatakan banyak ahli majlis Sarawak pada masa itu masih dipilih dikalangan pemimpin tempatan. Walaupun begitu pemimpin tempatan hanyalah sebagai “patung boneka” sahaja kerana segala hukum mahupun peraturan adalah masih lagi terletak diatas budi bicara pegawai tentera Jepun dan langsung tidak sama di ketika Brooke memerintah suatu waktu dahulu.", "Tanggal 5hb September 1942 menjadi saksi bagaimana Maeda telah menjatuhkan hukuman pancung sampai mati ke atas lima orang Sarawak di satu kawasan yang terletak di Padungan, Kuching. Pada ketika itu kesalahannya hanya kerana mencuri minyak diesel tentera Jepun bagi kegunaan pelita di waktu malam masyarakat tempatan yang hidup serba-serbi di dalam kepayahan pada itu. Tidak pernah mahu bertolak ansur sama sekali, Maeda sendiri menyaksikan hukuman tersebut dijalankan.", "Dikatakan usai sahaja hukuman pancung itu dijalankan, Maeda dan juruterbangnya telah bergegas ke Lapangan Terbang Kuching untuk menaiki pesawat ke Labuan atas urusan pentadbiran Jepun disana. Bukanlah satu rahsia di dalam dunia ketenteraan bagaimana Maeda sebenarnya juga seorang juruterbang yang bertauliah. Namun pada kali ini pesawat jenis buatan Mitshubishi pada 9 Februari 1942 yang baharu sahaja diterima beliau untuk berkhidmat di Sarawak tidak pernah sampai ke destinasinya.", "Menurut sejarah dunia penerbangan pada masa itu, laporan menyatakan bahawa pesawat Maeda telah terhempas di kawasan persisiran Tanjung Batu, Bintulu dengan mengorbankan Maeda dan juruterbangnya. Hanya sebulan selepas itu dikatakan ada puing-puing pesawatnya ditemui terapung di perairan Bintulu namun mayat Maeda dan juruterbangnya sehingga sekarang tidak ditemui dan punca ianya terhempas juga tidak dapat diperjelaskan.", "Ada juga cakap-cakap di dalam dunia ketenteraan Perang Dunia Kedua menyatakan usai sahaja perang tamat, puing-puing pesawat Maeda iaitu dibahagian komponen ekornya yang menggunakan siri kod V-110 telah dibawa ke Melbourne, Australia oleh Tentera Australia. Ianya kekal di muzium tentera mereka sebagai salah satu artifak sejarah yang dipamerkan bagi mengenang Perang Dunia Kedua yang berlangsung di Sarawak suatu waktu dahulu.", "Di pihak tentera Jepun pula, turut dikatakan bahawa pernah ada satu tiang belian didirikan berdekatan dengan Tanjung Batu di Bintulu bagi mengenang peristiwa terhempasnya pesawat Maeda di lokasi tersebut. Namun usai sahaja perang tamat dikatakan mereka sendiri telah mencabut tiang belian tersebut untuk diserahkan kepada keluarga Maeda di Jepun.", "Begitulah pengakhirannya seorang yang turut dikenali sebagai “The Last Samurai In Borneo” yang juga seorang dari keluarga Shogun di Jepun iaitu pemerintah tertinggi tentera Jepun pertama bernama Jeneral Marquis Toshinari Maeda yang berkhidmat Borneo dari tahun 1941 sehingga 5 September 1942. Menurut kepercayaan masyarakat tempatan pada masa itu, kematiannya disebabkan “sumpahan” membuang tumbuhan menjalar yang ada di Astana Sarawak beberapa bulan sebelum tragedi berlaku. Beralaskan bahawa pesawat yang digunakan beliau adalah pesawat yang baharu maka adalah tidak masuk akal ianya rosak dan sebagainya.", "Samada ianya satu suratan atau kebetulan hanya Illahi sahaja yang mengetahui kebenarannya. Sehingga sekarang cerita kehilangan dan terhempasnya pesawat yang dinaiki seorang jeneral Jepun yang hebat dengan cerita arahan siksaan tahanan perang di seluruh Borneo ini kekal menjadi satu misteri di dalam sejarah “musim Jepun merentah Sarawak” yang berlangsung dari tahun 1941 sehingga 1945.", "-HB-", "Rujukan:\n\n1. Toshinari Maeda\nhttp://www.generals.dk/general/Maeda/Toshinari/Japan.html", "2.Pacific Wreck\nhttp://www.pacificwrecks.com/aircraft/a6m2/1575.html", "3. A Leopard Sings In Sarawak – Paul Leslie Smith" ]
https://www.thepatriots.asia/keturunan-keturunan-ahli-sihir-dalam-novel-harry-potter/
Keturunan-Keturunan Ahli Sihir Dalam Novel Harry Potter
[ "Anda tentu kenal dengan nama keluarga seperti Weasly, Potter, Malfoy, Longbottom dan sebagainya. Semua nama ini bertunjangkan paksi yang sama, iaitu nama bagi keturunan ahli sihir yang bukan biasa-biasa dan juga Muggle, manusia biasa yang tiada kuasa sihir.", "Namun, terdapat kategori-kategori khas apabila melibatkan nama keluarga. Kategori ini boleh menjadi lambang dan darjat seseorang, makin tinggi makin dibuat sahabat dan teman. Makin rendah nilainya, makin murahlah kredibilitinya.", "Pure-Blood", "Pure-Blood ialah satu keturunan sihir yang tidak pernah ada sebarang Muggle atau Muggle-borns dalam salasilah keturunan mereka. Dari pengasas hinggalah anak cucu, semuanya mengahwini ahli sihir juga. Itupun ahli sihir yang bertaraf Pure-Blood seelok-eloknya dalam mengekalkan taraf Pure-Blood.", "Pure-Blood juga ialah golongan teratas dalam hierarki. Mana-mana Pure-Blood yang berinteraksi dengan Muggle akan digelar sebagai ‘Blood Traitor’. Perkara ini pernah timbul sewaktu Arthur Weasly dan Molly Weasly bercakap dengan ibu bapa Hermione.", "Terdapat 28 Pure-Blood yang dikenalpasti dan disahkan oleh J.K Rowling.", "Abbott\nAvery\nBlack\nBulstrode\nBurke\nCarrow\nCrouch\nFawley\nFlint\nGaunt\nGreengrass\nLestrange\nLongbottom\nMacmillan\nMalfoy\nNott\nOllivander\nParkinson\nPrewett\nRossier\nRowie\nSelwyn\nShacklebolt\nShafiq\nSlughorn\nTravers\nWeasley\nYaxley", "Pure-Blood yang paling kaya diketahui ialah Malfoy manakala yang paling miskin (di mata Pure-Blood lain) ialah Weasley.", "Half-Blood", "Half-Blood ialah keturunan campur. Salah seorang dari ibu bapa mereka ialah ahli sihir dan salah seorang lagi ialah Muggles. Kebanyakan Muggles sendiri tidak tahu mereka beristerikan/bersuamikan seorang ahli sihir.", "Sebagai contohnya, Harry Potter ialah berketurunan Half-Blood. James Potter ialah seorang ahli sihir dari keluarga Potter manakala Lily ialah Muggle-borns dari keluarga Evans.", "Antara Half-Blood di dalam novel bersiri Harry Potter ialah keluarga Potter, Snape dan Finnegan.", "Muggle-borns", "Muggle-borns ialah ahli sihir yang ibu bapanya bukanlah ahli sihir, tetapi keduanya ialah Muggle. Ada beberapa sebab tertentu mereka menjadi ahli sihir seperti Hermione yang sedari kecil mendapat sentuhan sihir.", "Pasti kalian ingat ketika di dalam Harry Potter and Chamber Of Secret, Tom Riddle ingin melunaskan hasrat ‘murni’ Salazar Slytherin hanya mahukan keturunan sihir berkuasa di Hogwart.Dia berniat menghapuskan semua Muggle-borns menggunakan Basilisk.", "Muggle-borns mengikut fakta seorang yang hebat, malah ada yang lebih hebat dari Half-Blood dan Pure-Blood. Misalnya ialah Hermione Grenger dan Lily Evans.", "Bagi penghinaan yang lebih teruk, sesetengah memanggil mereka ‘Mudblood’ yang bermaksud darah kotor. Boleh refer dalam filem Harry Potter and Chamber Of The Secret.", "Squib", "Squib ialah jenis keturunan yang paling ganjil dan sukar ditemui. Squib ialah keturunan yang tiada kuasa sihir padanya,meskipun ayah atau ibunya, salah seorang ahli sihir atau kedua-duanya ahli sihir.", "Mereka tidak mempunyai kuasa sihir, atau kelebihan sihir, tetapi mereka mampu melihat sihir dan berinteraksi dengan ahli sihir.", "Antaranya ialah Madam Figg, jiran rumah Harry Potter yang muncul di dalam filem Harry Potter and Order Of Phoenix di mana dia memberikan penerangan tentang apa yang berlaku ketika Harry diserang oleh dementor bersama Dudley di Little Whinging.", "Selain itu, Argus Filch, penjaga Hogwart yang setia pada mana-mana pengetua Hogwart tidak kira baik (Albus Dumbledore) atau jahat (Dolores Umbridge) juga seorang Squib.", "Kita sebagai manusia hendaklah menghormati sesama kita. Bukan berperangai seperti ahli sihir gila kuasa apabila mempunyai pangkat dan kredibiliti melebihi semua.", "Artikel dikirimkan oleh MYpotterhead untuk The Patriots. " ]
https://www.thepatriots.asia/kenapa-british-menggunakan-tentera-sikh-di-tanah-melayu/
Kenapa British Menggunakan Tentera Sikh Di Tanah Melayu?
[ "Tatkala Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencatat kutipan lumayan di pawagam, satu kontroversi timbul beberapa hari lepas. Kononnya, gambaran tentera Sikh yang digunakan pihak British terhadap pejuang-pejuang Pahang dalam filem tersebut sebagai fitnah dan tidak tepat. Tetapi ia turut mengundang persoalan bagaimana tentera Sikh boleh menjadi balaci British?", "Mungkin jawapan ini boleh diketahui dengan mengkaji bagaimana ia bermula. Sekitar 1799, Empayar Sikh terbentuk di mana kerajaan-kerajaan kecil Sikh disatukan di bawah satu pemerintahan. Individu yang ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan ini ialah Maharaja Ranjit Singh pada 1801. Di bawah pemerintahan baginda, kerajaan ini meliputi Mithankot di sebelah selatan, Kashmir (utara), Khyber Pass (timur) dan barat Tibet (barat).", "Kemunculan kerajaan ini timbul pada masa sama Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) berusaha meluaskan pengaruh mereka di India. Walaupun telah menjalin hubungan diplomatik dengan wakil British itu, Ranjit mempunyai sebab untuk tidak mempercayai mereka. Ini kerana pihak SHTI sentiasa berusaha meluaskan pengaruh mereka walau dengan apa cara sekalipun sama ada secara penipuan mahupun ketenteraan.", "Atas sebab itu, Ranjit berusaha membina kekuatan tentera Empayar Sikh agar ia sukar dikalahkan pihak SHTI. Bagi melatih tentera kerajaan itu, baginda mengupah ramai orang Eropah termasuk sesetengah pegawai dan tentera British yang tidak lagi berkhidmat dengan SHTI. Walaupun bilangan mereka tidak diketahui, sejarawan percaya jika mereka dikumpulkan dalam satu kumpulan, ia cukup untuk membentuk satu platun.", "Ranjit juga secara rahsia turut meluluskan kemasukan tentera Sikh ke dalam tentera SHTI. Pada mata kasar, ia kelihatan seperti tanda hubungan baik Empayar Sikh-SHTI. Hakikatnya, baginda mahukan mereka berperanan sebagai perisik dan melaporkan setiap perkara kepada kerajaan itu di Lahore, ibu kota kerajaan berkenaan. Ini termasuk teknik persenjataan dan susun atur organisasi ketenteraan semasa di medan perang.", "Tentera Eropah pertama menyertai Empayar Sikh sekitar 1809. Menjelang 1822, terdapat 50 orang tentera Eropah dari pelbagai negara yang menjadi sebahagian daripada tentera kerajaan berkenaan. Ini termasuk dua bekas jeneral Perancis yang berkhidmat dengan Maharaja Napoleon Bonaparte – salah seorang daripada mereka ialah Jean-Francois Allard. Kerajaan Sikh turut mempunyai sebuah kilang membuat senjata yang diuruskan oleh seorang saudagar Perancis dengan kualiti pembuatannya jauh lebih baik daripada senjata keluaran British.", "Ranjit tidak berhenti di situ saja. Sekitar 1804, semasa SHTI sibuk memburu pemerintah kerajaan Maratha, Yashwant Rao Holkar, baginda menyusup masuk ke kem SHTI yang ketika itu diketuai oleh panglima perang tertinggi mereka di India, Lord Lake (Gerard Lake, 1st Viscount Lake) dan menyamar sebagai salah seorang tentera India di situ. Ranjit bukan saja meninjau keupayaan dan organisasi tentera SHTI. Malah, baginda turut berpeluang menemubual Lord Lake berkenaan perkara sama.", "Dengan semua perkara yang dilakukan oleh baginda, tidak hairanlah lebih 40 tahun kemudian, SHTI berdepan masalah besar semasa terjebak dalam Perang Anglo-Sikh (1845-1846). Tidak seperti tentera tempatan yang memilih untuk lari apabila situasi tidak memihak kepada mereka, lain pula ceritanya dengan pihak Sikh. Mereka kembali bergabung dan mengumpul semula kekuatan sebelum menyerang. Tentera Sikh juga lebih berdisiplin dan bersungguh-sungguh melawan – jauh mengatasi pihak British.", "Sebut pasal perang, Empayar Sikh menjadi kucar-kacir berikutan kemangkatan Ranjit pada 1839. Susulan itu, perebutan takhta dan pembunuhan berleluasa dalam kalangan pihak berkepentingan itu. Dan ini memberi peluang kepada SHTI untuk meluaskan pengaruh mereka di situ. Dan itu membawa kepada siri pertempuran di Mudka, Ferozashah dan Sabraon sekitar 1845 dan 1846.", "Dalam setiap pertempuran, pihak Sikh mempunyai bilangan anggota yang ramai dengan sokongan meriam yang banyak. Di atas kertas, ini meletakkan SHTI pada kedudukan yang lemah. Tetapi itu tidak menghalang mereka untuk menang ke atas pihak lawan walaupun terpaksa menanggung jumlah korban yang ramai. Jika tidak kerana kesungguhan tentera Gurkha menyamai kesungguhan pihak Sikh, sudah pasti jumlah korban pihak SHTI bertambah dan berpotensi menyebabkan mereka kalah.", "Apabila Perang Anglo-Sikh Kedua (1848-1849) tercetus, situasi sama kembali berulang. Bezanya di sini, SHTI mempunyai bilangan meriam yang mencukupi untuk melindungi pasukan tentera mereka. Itu cukup untuk membantu SHTI membubarkan Empayar Sikh dengan pemerintah terakhirnya Maharaja Sir Duleep Singh dibuang negeri ke Britain. Sementara bondanya yang menjadi pemangku pemerintah Sikh, Maharani Jind Kaur pula dibuang negeri di Nepal sebelum menyertai baginda di London.", "Kesungguhan tentera Sikh sudah pasti menyakinkan pihak British bahawa mereka berbaloi untuk dijadikan sebagai tentera tambahan. Mereka bukan saja berdisiplin dan kesungguhan di medan perang tetapi juga menunjukkan kemahiran organisasi yang mirip dengan tentera-tentera Eropah ketika itu. Keputusan yang dibuat ternyata berbaloi lapan tahun kemudian.", "Pada 1857, Pemberontakan Sepoi tercetus di India membabitkan tentera Sepoi yang beragama Islam dan Hindu. Salah satu sebab utama pemberontakan ini ialah pengenalan senapang Enfield untuk kegunaan di medan. Sebelum ia boleh digunakan, kartrij peluru yang berminyak perlu digigit terlebih dahulu sebelum ia boleh dimasukkan dalam senapang.", "Hal ini mengundang khabar angin yang mencetuskan kemarahan tentera Sepoi yang beragama Islam dan Hindu. Kononnya, lemak yang digunakan pada kartrij ialah lemak lembu dan babi, dua haiwan yang mempunyai simbol berbeza dalam kedua-dua agama. Bagi umat Islam, babi sememangnya telah diisytiharkan sebagai haiwan yang haram dimakan seperti dinyatakan ayat 173, Surah al-Baqarah. Sementara lembu pula ialah haiwan suci dalam agama Hindu.", "Sikap SHTI yang bersikap acuh tak acuh terhadap khabar angin ini mengakibatkan pemberontakan tercetus di seluruh India. Hanya dua kelompok saja yang terus setia bersama SHTI iaitu tentera Gurkha dan tentera Sikh. Tidak seperti tentera Gurkha yang memang setia dengan pihak British terutama selepas pembentukan batalion mereka berpuluh-puluh tahun sebelumnya, tentera Sikh mempunyai dua sebab untuk tidak menyertai rakan-rakan seangkatan mereka dalam pemberontakan itu.", "Orang Sikh menyifatkan dengan bergabung dengan tentera Sepoi beragama Islam dalam pemberontakan, ia ibarat mengkhianati sejarah figura mereka yang dibunuh oleh kerajaan Mughal. Figura yang dimaksudkan ialah Guru Gobind Singh yang menjadi duri dalam daging kepada pemerintahan Maharaja Aurangzeb. Ironinya, kematian mereka selang setahun dengan Aurangzeb mangkat pada 1707 dengan Guru Gobind Singh pada 1708.", "Disebabkan kempen ini juga, orang Sikh tidak mahu bergabung dengan tentera Sepoi beragama Hindu. Ini kerana sistem sosial yang wujud pada era Mughal dilihat banyak memberi kelebihan kepada orang Islam dan Hindu serta menganaktirikan golongan Sikh. Bagi mereka, buat apa mereka bergabung dengan dua pihak yang banyak menyusahkan mereka selama ini. Kecenderungan mereka ini mendorong mereka setia – satu perkara yang dihargai pihak SHTI.", "Dengan SHTI dianggap lebih menyusahkan dan gagal mengawal keadaan di India, syarikat itu dibubarkan pihak British pada 1858. Susulan itu, India dijadikan sebagai Jajahan Tanah Mahkota dengan semua tenteranya termasuk tentera Sikh kini dikawal sepenuhnya oleh kerajaan di London. Dengan keputusan ini, ini membolehkan British menghantar mereka ke mana-mana tanah jajahan yang memerlukan bantuan dari segi keselamatan.", "Disebabkan kelebihan mereka sebagai tentera yang berdisiplin, sesetengah daripada mereka turut direkrut sebagai polis. Kelibat mereka disaksikan pada 1807 apabila orang Sikh direkrut sebagai polis di Pulau Pinang. Pengalaman SHTI dengan orang Sikh di India termasuk hubungan baik dengan Maharaja Ranjit Singh membolehkan mereka direkrut terlebih dahulu.", "Hal ini sudah pasti disedari oleh ramai pegawai British termasuk Kapten Tristram Speedy yang kemudiannya menjadi Superintendan Polis Pulau Pinang. Pada 1873, beliau diupah oleh Orang Kaya Larut, Ngah Ibrahim untuk membina sebuah pasukan polis bagi mengawal keselamatan di Larut. Ini susulan Perang Larut yang tercetus setahun sebelumnya membabitkan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Daripada 110 orang tentera Sepoi yang dibawa dari Calcutta, majoriti daripadanya ialah orang Sikh.", "Selepas Perjanjian Pangkor dimeterai pada 1874 bagi menamatkan krisis perebutan takhta Sultan Perak, kuasa Ngah Ibrahim dimansuhkan. Ini menyebabkan pasukan polis Larut dibubarkan tetapi itu tidak bertahan lama. Selepas Speedy dilantik sebagai Penolong Residen kepada Residen J.W.W Birch, pasukan polis dibentuk semula dengan kebanyakannya merupakan anggota asal polis Larut. Seperti polis Larut, majoriti anggota polis baru ini juga merupakan orang Sikh.", "Tetapi jika hal ini dilihat dalam konteks ketenteraan, maka kelibat tentera Sikh dapat dilihat seawal 1871 . 100 tentera Sikh direkrut oleh Wakil Yamtuan (Wizurai) Selangor yang juga menantu kepada Sultan Abdul Samad, Tengku Kudin. Mereka berperanan sebagai tentera garison yang menjaga pertahanan sekitar Kuala Selangor.", "Tempoh 1867 hingga 1873 merupakan satu tempoh getir kepada negeri Selangor. Ini kerana pada ketika itu, Selangor dilanda Perang Klang membabitkan Raja Mahadi dengan Raja Abdullah sebelum diteruskan oleh Tengku Kudin dan putera Raja Abdullah, Raja Ismail. Ia tercetus akibat perebutan mendapatkan muara Sungai Klang bagi membolehkan keuntungan eksport bijih timah yang lumayan di situ. Ramai sejarawan percaya ramai tentera Sikh yang direkrut dari Negeri-Negeri Selat terbunuh dalam konflik berkenaan.", "Kelibat tentera Sikh terus digunakan oleh pihak British dalam siri campur tangan mereka di Sungai Ujong (termasuk isu perebutan takhta Yamtuan Besar) dan paling dinantikan, Pahang. Akibat penentangan sengit pejuang-pejuang Pahang terhadap British dari 1892 hingga 1894, negeri itu menanggung hutang yang banyak di mana ia terpaksa ditanggung oleh Sultan Ahmad al-Muazzam Shah.", "Salah satu babak berdarah Perang Semantan ialah peristiwa pembakaran Kampung Budu pada Ramadan tahun 1892. Pada ketika itu, pejuang-pejuang Pahang seperti Tok Gajah dan Mat Kilau menjangkakan pihak British akan menyerang kampung berkenaan dengan kekuatan 2,400 orang (2,000 orang tentera Gurkha dan Sikh, 400 orang polis dari Raub). Serangan diketuai sendiri oleh Residen Pahang ketika itu, Hugh Clifford.", "Pejuang Pahang telah membuat persiapan awal dengan menggali parit-parit dan menyediakan jerangkap samar sekitar kawasan hutan dan sungai. Hasilnya, apabila pihak musuh tiba di situ, bukan sekali mereka menjadi mangsa jerangkap samar pejuang-pejuang Pahang. Berang dengan apa yang berlaku, pihak British membakar Kampung Budu yang menyaksikan 300 orang penduduknya terbunuh.", "Peristiwa ini memaksa pejuang-pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu selepas mereka mengebumikan semua penduduk yang terbunuh. Sehingga hari ini, kawasan kampung berkenaan dianggap ‘keras’ oleh penduduk tempatan berikutan sejarah gelapnya. Salah satu bukti peristiwa berdarah Kampung Budu ialah penemuan kubur-kubur tak bernama yang hanya ditanda dengan batu sungai sebagai batu nisan.", "Mungkin bagi sesetengah pihak, apa yang dipaparkan dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ialah fiksyen. Tetapi itulah yang berlaku terutama di Kampung Budu pada 1892. Betul, mereka mempunyai kod kepahlawanan tetapi kalau sudah arahan, mereka tak boleh berbuat apa-apa. Kesetiaan mereka ditumpahkan kepada pihak British ketika itu dan itu bermakna perlu patuh kepada semua arahan mereka. Dan itu merupakan satu hakikat pahit yang patut diakui.", "Tentera Sikh terus dikekalkan khidmat mereka oleh British sehingga Perang Dunia Kedua (WWII). Setelah India mencapai kemerdekaan beberapa tahun selepas itu, mereka menjadi sebahagian daripada tentera India sehingga hari ini. Walaupun wujud idea untuk membangunkan rejimen khas Sikh di Britain, idea tersebut ditolak oleh London atas alasan ia bertentangan dengan undang-undang anti-diskriminasi UK.", "RUJUKAN", "D. Ness, G. dan Stahl, W. (1974). WESTERN IMPERIALIST ARMIES IN ASIA. Center for Research on\nSocial Organization. CRSO Working Paper #112.", "Anderson, I. (2019, 16 Januari). Nostalgia: Sikhs And The Perak Police Force. Ipoh Echo.", "NegeriPahang.com. (2019, 23 Jun). Tragedi Berdarah Kampung Budu Dibakar British." ]
https://www.thepatriots.asia/kisah-raja-muslim-kaya-raya-menemui-benua-amerika-sebelum-columbus/
Kisah Raja Muslim Kaya Raya Menemui Benua Amerika Sebelum Columbus
[ "Mansa (bermaksud raja, maharaja atau sultan) Abu Bakr II merupakan seorang pemerintah Empayar Mali di Afrika Barat pada abad ke-14 Masehi. Pada waktu itu, Empayar Mali mengalami zaman kemuncaknya.", "Kekayaan Empayar Mali dapat dilihat menerusi perjalanan haji Mansa Musa yang masyhur (pengganti Abu Bakr II). Menurut sejarawan-sejarawan Arab, pemerintah tersebut membelanjakan begitu banyak wang emas dalam perjalanan hajinya hinggakan ‘kadar dinar (wang emas) jatuh sebanyak 6 dirham (wang perak)’.", "Keamanan dan kestabilan yang dimiliki oleh empayar tersebut membenarkan sebuah episod aneh berlaku di zaman pemerintahan Abu Bakr. Menurut seorang sejarawan Syria, al-Umari (yang bertemu dengan Mansa Musa di Kaherah), Mansa Abu Bakr mengambil keputusan untuk turun takhta agar beliau dapat mengembara dan meneroka Lautan Atlantik.", "KISAH ABU BAKR DARIPADA MULUT PENGGANTINYA SENDIRI", "Tidak banyak yang kita ketahui tentang kehidupan Abu Bakr dan satu-satunya sumber bertulis tentang beliau yang wujud sehingga ke hari ini dapat ditemui di dalam hasil karya al-Umari. Menarik juga andai dikepilkan nota bahawa maklumat berkenaan Abu Bakr ini datang daripada mulut penggantinya sendiri, iaitu Mansa Musa. Malahan, penerangan beliau itu lebih menjurus kepada memerihalkan tentang bagaimana Mansa Musa menaiki takhta. Perbualan yang berlangsung di antara al-Umari dan Mansa Musa berkenaan hal ini dicatatkan seperti berikut:", "“Maka, Abu Bakr pun melengkapkan 200 buah kapal dengan anak kapal dan 200 buah kapal lain dengan emas, air dan bekalan yang cukup untuk menampung kehidupan mereka selama bertahun-tahun… mereka berangkat dan tiada yang pulang walau setelah lama masa berlalu. Kemudian, sebuah kapal pulang dan kami bertanya kepada kapten kapal tentang berita yang dapat mereka kongsikan.", "Si kapten berkata, “Iya, oh Sultan, kami berlayar dengan cukup lama sehingga kami melihat pada lautan luas itu terdapat sebatang sungai yang arusnya mengalir kencang… kapal-kapal lain terus sahaja berlayar ke hadapan. Namun sebaik sahaja mereka tiba di tempat tersebut, mereka tidak pulang-pulang dan sosok mereka tidak lagi kelihatan… Bagi kapal saya sendiri, saya mengarahkannya agar berpatah-balik dan tidak memasuki sungai tersebut.”", "Sultan menyediakan 2000 buah kapal, 1000 untuk dinaiki oleh dirinya sendiri dan anak kapal, sementara 1000 buah kapal yang lain dipenuhi dengan bekalan. Beliau meninggalkanku dengan tanggungjawab memangku pemerintahan empayarnya lalu beliau berangkat menerokai Lautan Atlantik. Itulah kali terakhir kami melihat beliau dan anak-anak kapal yang dibawanya.", "Dengan demikian, aku menjadi raja yang sah.”", "\nSeandainya kata-kata daripada Musa dan al-Umari ini boleh diambil sebagai suatu maklumat yang sahih (hikayat ini langsung tidak ditemui dalam mana-mana sumber Afrika dan Arab yang lain, kecuali, mungkin tradisi lisan), maka penurunan takhta Mansa Abu Bakr dan pengembaraannya ke Lautan Atlantik boleh dianggap sebagai peristiwa yang benar-benar berlaku.", "Walaupun tujuan penceritaan tersebut adalah untuk memerihalkan bagaimana Mansa Musa memperoleh takhta Empayar Mali sekaligus memulakan dinasti baru, masyarakat di zaman moden menumpahkan tumpuan yang lebih kepada tindakan Abu Bakr yang turun takhta dan meneroka Lautan Atlantik itu.", "\nPENGEMBARAAN KE DUNIA BARU?", "Akan tetapi, terdapat sebilangan pihak yang tidak cukup sekadar berhenti pada naratif yang dicatatkan oleh al-Umar. Mereka bahkan melontarkan pendapat yang menjangkaui kisah penceritaan tersebut. Menurut mereka, Abu Bakr tidak hanya sekadar berlayar merentasi Lautan Atlantik, malahan beliau dispekulasikan telah sampai ke benua Amerika. Mereka turut mengedepankan bukti-bukti yang pada hemat mereka, menyokong dakwaan-dakwaan tersebut.", "Antara lain adalah nama-nama tempat yang terdapat pada peta-peta lama, yang kononnya menjadi bukti bahawa Mansa Abu Bakr dan rombongan pengiringnya itu pernah berlabuh di Dunia Baru. Masyarakat Mali dikatakan telah memberi nama kepada beberapa buah tempat, seperti Pelabuhan Mandinga, Teluk Mandinga dan Sierre de Mali. Walau bagaimanapun, lokasi tepat bagi tempat-tempat tersebut tidak dapat dipastikan memandangkan satu sumber menyatakan bahawa ia terletak di Haiti sementara sumber lain pula meletakkannya di Mexico.", "\nAntara hujah lazim lain yang sering dikemukakan adalah berkenaan barangan logam dari Afrika Barat yang ditemui oleh Columbus semasa beliau tiba di Amerika. Satu sumber mendakwa bahawa Columbus sendiri melaporkan bahawa beliau memperolehi barangan logam yang berasal-usul dari Afrika Barat dari tangan masyarakat asli Amerika.", "Sumber lain menegaskan bahawa analisis kimia terhadap emas yang ditemui oleh Columbus pada lembing-lembing yang ada di Amerika menunjukkan bahawa emas tersebut berkemungkinan datang dari Afrika Barat.", "Terdapat banyak lagi contoh lain yang didakwa menyokong ketibaan dan kehadiran masyarakat Mali di Dunia Baru dikemukakan, antara lain melibatkan rangka manusia, inskripsi, sebuah bangunan yang kelihatan seperti masjid, analisa linguistik, dan ukiran yang dipercayai menggambarkan orang-rang Mali. Namun, bukti-bukti sebegini agak kurang meyakinkan. Hal ini kerana sumber-sumber yang mengemukakan bukti-bukti tersebut tidak memberikan maklumat tambahan ataupun rujukan untuk mendokong dakwaan mereka. Misalnya, daripada sekadar menyatakan bahawa terdapat tempat-tempat di Amerika yang diberi nama oleh orang-orang Mali sebagaimana yang ditemui pada peta-peta lama, dakwaan ini akan lebih meyakinkan seandainya sumber tersebut turut memberikan contoh atau hujah yang lebih boleh dipercayai berkenaan ‘peta-peta lama’ itu.", "\nMemandangkan bukti-bukti yang cuba mengesahkan ketibaan Mansa Abu Bakr di Amerika agak tidak meyakinkan, kalau bukan tidak wujud sama sekali, maka kemungkinan untuk pemerintah Mali itu tiba di Dunia Baru semasa ekspedisi pengembaraannya ke Lautan Atlantik juga agak rendah.", "Walau bagaimanapun, hikayat tentang penurunan takhta Mansa Abu Bakr dan penerokaannya ke Lautan Atlantik (sekali lagi, sekiranya sumber daripada Musa dan al-Umari itu boleh dipercayai) adalah sebuah hikayat yang mengagumkan, dan boleh dianggap setara dengan permisalan seorang pemimpin dunia moden yang berhenti daripada dunia politik untuk menjadi seorang angkasawan.", "TERJEMAHAN:", "Wu Mingren. (21 Februari 2016). The Legend of How Mansa Abu Bakr II of Mali Gave up the Throne to Explore the Atlantic Ocean. Ancient Origins.\nhttps://www.ancient-origins.net/history-famous-people/legend-how-mansa-abu-bakr-ii-mali-gave-throne-explore-atlantic-ocean-005392" ]
https://www.thepatriots.asia/boomer-kapal-selam-paling-dasyat-yang-menghendap-laut-dalam/
Boomer: Kapal Selam Paling Dasyat Yang Menghendap Laut Dalam
[ "Ini ialah artikel terjemahan tulisan Sébastien Roblin. ", "Poin penting: kapal selam peluru berpandu balistik menjanjikan kuasa serangan balas nuklear yang tidak boleh dihalang—dan akan mencegah mana-mana musuh yang waras daripada cuba melancarkan serangan pertama nuklear atau menggunakan senjata nuklear sama sekali.", "9 tahun selepas pengeb0man b0m atom terhadap H!roshima dan Nag4saki, Godzilla oleh Ishirō Honda menggambarkan raksasa yang terbangun daripada laut dalam untuk menimbulkan kekacauan di bandar-bandar Jepun.", "Namun, reptilia gergasi bernafas api ini adalah kurang mengerikan berbanding apa yang akan ada selepasnya.", "Dalam masa kurang daripada sedekad, terdapat puluhan raksasa bawah laut yang mampu memusnahkan beberapa bandar pada satu masa. Sudah tentunya, saya merujuk kepada kapal selam peluru berpandu balistik, atau “boomer” dalam istilah Tentera Laut A.S.", "Kaiju sebenar yang paling membawa kemusnahan yang berkeliaran di lautan pada hari ini adalah 14 kapal selam peluru berpandu balistik kelas Ohio, yang membawa bersamanya lebih separuh daripada senjata nuklear Amerika Syarikat.", "Jika anda melakukan perkiraan, kapal selam kelas Ohio mungkin merupakan sistem senjata yang paling memusnahkan yang dicipta oleh manusia.", "Setiap kapal selam yang sepanjang 170 meter ini boleh membawa 24 peluru berpandu balistik Trident II yang dilancarkan daripada kapal selam (SLBM) yang boleh ditembak dari bawah air untuk meny3rang sasaran yang berada lebih dari 7 ribu batu jauhnya bergantung kepada beban.", "Ketika peluru berpandu Trident II memasuki semula atmosfera pada kelajuan yang mencecah sehingga Mach 24, ia berpecah menjadi 8 kenderaan bebas masuk semula, setiap satunya dengan kepala peledak 100 kiloton atau 475 kiloton nuklear.", "Secara ringkasnya, tembakan penuh (full salvo) daripada kapal selam kelas Ohio—yang boleh dilancarkan dalam masa kurang daripada seminit—boleh melepaskan sehingga 192 kepala peledak nuklear untuk menghapuskan 24 bandar daripada peta. Ini adalah senjata kiamat yang mengerikan.", "Pesaing terdekat kepada kapal selam kelas Ohio adalah kapal selam tunggal yang masih tersisa daripada kelas Typhoon milik Rusia, sebuah kapal selam yang lebih besar dengan 20 tiub pelancar peluru berpandu balistik.", "Walau bagaimanapun, China, Rusia, India, England dan Perancis semuanya mengendalikan pelbagai kapal selam peluru berpandu balistik dengan pelbagai senjata peluru berpandu—dan bahkan beberapa kapal selam semacam itu akan mencukupi untuk memusnahkan bandar-bandar utama di negara maju.", "Apakah alasan yang mungkin ada untuk senjata-senjata pemusnah negara seperti itu?", "Logik pencegahan nuklear: sementara s3rangan pertama nuklear mungkin menghapuskan sistem peluru berpandu darat dan pesawat pengebom nuklear sesebuah negara.", "Ianya adalah sangat sukar untuk mengesan kapal selam peluru berpandu balistik yang melakukan pengawasan secara senyap-senyap di kedalaman lautan—dan hanya ada sedikit harapan untuk menghapuskan semua kapal selam tersebut dalam s3rangan pertama nuklear.", "Oleh itu, kapal selam peluru berpandu balistik menjanjikan s3rangan balas nuklear yang tidak boleh dihalang—dan seharusnya mencegah mana-mana musuh yang waras daripada cuba untuk melancarkan s3rangan pertama nuklear atau menggunakan senjata nuklear sama sekali. Sekurang-kurangnya itulah harapannya.", "Oleh itu, kapal selam kelas Ohio yang bersenjatakan peluru berpandu Trident akan berjaya dalam misi mereka jika mereka tidak sesekali melancarkan senjata mereka dalam keadaan marah.", "Kapal selam kelas Ohio memasuki perkhidmatan pada tahun 1980-an sebagai pengganti kepada 5 kelas kapal selam peluru berpandu balistik yang berbeza, kapal-kapal selam yang secara kolektifnya dikenali sebagai “41 for Freedom.”", "Mensesarkan lebih daripada 18,000 tan yang tenggelam, boomer yang baru kekal sebagai kapal selam terbesar yang pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Amerika Syarikat—dan merupakan kapal selam ketiga terbesar yang pernah dibina.", "Dengan pengecualian terhadap kapal Henry M. Jackson, setiap kapal selam peluru berpandu balistik dinamakan sempena negeri-negeri dalam A.S., suatu bentuk penghormatan yang sebelum ini diberikan untuk kapal p3rang permukaan yang besar.", "Dalam situasi berlakunya s3rangan berbalas nuklear (nuclear exchange), boomer berkemungkinan akan menerima arahan penembakan peluru berpandunya melalui transmisi radio Frekuensi Sangat Rendah.", "Sementara peluru berpandu kapal selam tidak ditetapkan sasarannya lebih awal sepertimana peluru berpandu yang ada dalam silo yang tetap, peluru berpandu kapal selam boleh ditetapkan koordinat dengan cepat. 8 kapal selam pertama kelas Ohio pada asalnya telah dibina untuk melancarkan peluru berpandu balistik Trident I C4—versi lanjutan daripada SLBM Poseidon yang terdahulu.", "Walau bagaimanapun, sekarang semua boomer dipersenjatai dengan peluru berpandu balistik Trident II D5 yang unggul yang mempunyai jarak 50 peratus lebih besar dan mampu meny3rang dengan sangat tepat, membolehkannya mensasarkan dengan tepat pangkalan tentera sebagai senjata s3rangan pertama nuklear.", "Kapal selam kelas Ohio juga dipersenjatai dengan empat tiub 21 inci yang boleh melancarkan torpedo Mark 48. Namun, ini adalah bertujuan terutamanya untuk mempertahankan diri.", "Tugas sebuah kapal selam peluru berpandu balistik bukannya untuk memburu kapal permukaan dan kapal selam musuh, tetapi adalah untuk menyelam dengan sedalam dan sesenyap yang mungkin untuk mengelakkan pergerakannya dikesan dengan cara apapun oleh musuh.", "Reaktor nuklear kapal selam tersebut memberikannya daya tahan bawah air yang hampir tidak terbatas dan keupayaan untuk mengekalkan kelajuan pelayaran 20 knot (23 batu sejam) sambil menghasilkan bunyi yang sangat sedikit.", "Sementara cabang tentera yang lain mungkin dikerahkan sebagai tindak balas terhadap krisis yang berlaku, kapal selam nuklear mengekalkan rutin tetap rondaan dan berkomunikasi secara jarang untuk kekal sesenyap yang mungkin.", "Setiap kapal selam kelas Ohio mempunyai dua krew yang terdiri daripada 154 pegawai dan anggota yang berkhidmat yang ditetapkan sebagai Gold dan Blue, yang bergilir-gilir berlepas untuk melakukan rondaan yang rata-ratanya berlangsung selama 70 hingga 90 hari di bawah laut— dengan rekod terpanjang selama 140 hari oleh USS Pennsylvania. Rata-rata sebulan dihabiskan dalam rondaan, dengan proses bekalan semula dibantu oleh tiga hac bekalan yang berdiameter besar.", "Pada masa ini, 9 boomer berpangkalan di Bangor, Washington untuk meronda Lautan Pasifik, manakala 5 lagi ditempatkan di Kings Bay, Georgia untuk operasi di Atlantik. Pengakhiran P3rang Dingin dan Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik (START) khususnya, telah menatijahkan kepada pengurangan angkatan nuklear A.S..", "Walau bagaimanapun, daripada menamatkan perkhidmatan beberapa kapal selam tertua seperti yang dirancangkan pada asalnya, Tentera Laut Amerika memutuskan untuk memasang pulih 4 daripada 18 kapal selam kelas Ohio untuk berfungsi sebagai kapal selam pembawa peluru berpandu krus untuk melancarkan s3rangan konvensional terhadap sasaran darat dan laut—bermula dengan USS Ohio.", "Sementara itu, perjanjian New START yang berkuatkuasa pada tahun 2011 mengenakan had tambahan kepada jumlah senjata nuklear yang digunakan. Pelan terkini adalah [1] untuk memastikan 12 kapal selam kelas Ohio aktif pada setiap waktu dengan 20 peluru berpandu Trident II pada setiap kapal selam tersebut.", "Sementara dua lagi boomer kekal dalam keadaan baik pulih, memastikan sejumlah 240 peluru berpandu aktif pada satu masa dengan 1,090 kepala peledak pada semua peluru berpandu tersebut. Jangan bimbang, helang-helang yang keresahan (restless hawks): itu masih cukup untuk memusnahkan dunia beberapa kali!", "Kapal selam kelas Ohio akan berkhidmat sehingga penghujung tahun 2020-an, dan bahkan mungkin menerima beberapa peningkatan kalis akustik (acoustic stealth) tambahan [2] sehinggalah kapal selam tersebut digantikan oleh penggantinya, kapal selam yang sementara waktu ini dijuluki sebagai kelas Columbia.", "Dengan anggaran kos sebanyak $4-6 bilion untuk pembuatan setiap satunya, boomer generasi akan datang mungkin lebih sedikit dari sudut jumlahnya dan akan menggunakan reaktor baru yang tidak memerlukan baik pulih dan pengisian semula bahan bakar yang mahal, membolehkan kapal-kapal selam tersebut berkhidmat sehingga tahun 2085.", "*Sébastien Roblin menulis tentang aspek teknikal, sejarah, dan politik bagi keselamatan antarabangsa dan konflik untuk penerbitan termasuk The National Interest, NBC News, Forbes.com dan War is Boring. Beliau memiliki ijazah Sarjana dalam Conflict Resolution daripada Universiti Georgetown dan berkhidmat dengan Peace Corps di China.", "(Tulisan ini pertama kali diterbitkan pada tahun 2017. Ia disiarkan semula di The National Interest kerana minat para pembaca laman tersebut)", "[1] https://fas.org/sgp/crs/nuke/R41219.pdf", "[2] https://news.usni.org/…/submarines-to-become-stealthier-thr…", "Terjemahan: Muaz Malik" ]
https://www.thepatriots.asia/perjanjian-anglo-dutch-perjanjian-yang-memisahkan-alam-melayu/
Perjanjian Anglo-Dutch: Perjanjian Yang Memisahkan Alam Melayu
[ "Kalau Timur Tengah ada Sykes-Picot, kita pula ada Perjanjian Anglo-Dutch (Inggeris-Belanda) tahun 1824 yang telah menggariskan sempadan negara di Nusantara seperti yang ada pada hari ini.", "Ceritanya bermula pada 201 tahun yang lalu. Pada 19 Januari 1819, ejen UK bernama Stamford Raffles bertolak dari Bengkulu, Sumatera menuju ke kawasan perairan di selatan Johor untuk mencari pulau yang boleh dijadikan sebagai pelabuhan UK, bagi memecahkan monopoli perdagangan Belanda di Nusantara.", "Survey punya survey, akhirnya Raffles mendarat di Singapura pada 29 Januari 1819. Cantik tempat Singapura, lokasinya strategik, cuma ia dah bertuan: ia berada di bawah kawalan Kesultanan Johor lama yang juga dikenali sebagai “Kesultanan Johor-Riau” atau “Empayar Johor-Riau” (bagi membezakan ia daripada Kesultanan Johor moden).", "Kesultanan Johor-Riau merupakan pewaris kepada Kesultanan Melaka (jatuh pada tahun 1511). Sultan pertama, Alauddin Riayat Shah merupakan anakanda Sultan Mahmud Shah Melaka.", "Seperti Srivijaya dan Melaka sebelumnya, wilayah Kesultanan Johor-Riau merangkumi kawasan Semenanjung dan juga Sumatera, meliputi Johor, Pahang, Singapura, Kepulauan Riau (Bintan, Batam, Karimun, termasuk Natuna), Lingga, dan sebahagian timur Sumatera.", "Kedua-dua Semenanjung dan Sumatera dilihat sebagai satu “Alam Melayu” (Malay World). Adalah normal bagi orang di Semenanjung cross ke Sumatera, dan dari Sumatera cross ke Semenanjung.", "Balik kepada Raffles. Dia fikir macam manalah aku nak mengambil alih Singapura ini. Dia buat sedikit research, oh rupanya Johor-Riau ni decentralized, jajahan dikuasai oleh pembesar: Pahang oleh Raja Bendahara, Johor dan Singapura oleh Temenggong, Muar oleh Raja Temenggong dan Kepulauan Riau oleh Yamtuan Muda. Sultan bersemayam di Lingga.", "So, Singapura ini kawasan Temenggong. Macam mana aku nak pujuk Temenggong, fikir Raffles. Ah, rupanya Johor dalam krisis pewarisan takhta: Tengku Hussain dan Tengku Abdul Rahman masing-masing berebut menjadi sultan mewarisi Sultan Mahmud III yang mangkat pada 1812.", "Sebenarnya bukan mereka yang rebut, pembesar yang nak rebut: Yamtuan Muda sokong Tengku Abdul Rahman, Temenggong sokong Tengku Hussain. Belanda juga memihak kepada Tengku Abdul Rahman. Perfect, fikir Raffles.", "Maka pada 6 Februari 1819, Raffles menandatangani perjanjian dengan Temenggong Abdul Rahman, memberi sokongan kepada Tengku Hussain. Sebagai pulangan, Singapura disewakan kepada Raffles.", "Langkah Temenggong sebenarnya langkah pengimbangan kuasa (balance of power) untuk menidakkan hegemoni Belanda. Tengku Abdul Rahman basically ialah boneka Belanda, jadi fair lah kalau Temenggong nak counter Belanda melalui UK.", "Cuma, game pengimbangan kuasa ini akan rosak apabila dua musuh yang kita cuba lagakan, berbaik. Tiba-tiba pula UK dan Belanda nak geng selepas UK “Brexit” daripada Concert of Europe pada tahun 1822.", "Concert of Europe merupakan pakatan lima kuasa utama Eropah (UK, Perancis, Austria, Prussia, Rusia). Dengan “Brexit” tersebut, UK hilang ramai kawan, maka ia perlu berbaik dengan Belanda.", "Maka dengan itu, Perjanjian Anglo-Dutch dimeterai pada 1824, menggariskan zon pengaruh UK dan Belanda masing-masing. Semenanjung dan Singapura jadi hak UK, Belanda tak campur. Sumatera dan Kepulauan Riau, itu hak Belanda, UK tak campur.", "Dengan perjanjian tersebut, Kesultanan Johor-Riau dipecahkan kepada dua: Sultan Hussain memerintah di Kampong Glam, Singapura; manakala Sultan Abdul Rahman memerintah di Lingga.", "Dengan itu, Alam Melayu turut berpecah kepada dua.", "Kesultanan Johor yang berpusat di Singapura tamat apabila anakanda Sultan Hussain, Sultan Ali melepaskan hak memerintah kepada Temenggong Ibrahim (anakanda Temenggong Abdul Rahman) pada tahun 1855. Anakanda Temenggong Ibrahim, Temenggong Abu Bakar mendirikan Kesultanan Johor moden pada tahun 1886.", "Sementara itu, Pahang di bawah kuasa Raja Bendahara juga mendirikan Kesultanan Pahang pada 1881. Kedua-dua Pahang dan Johor bergabung ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948.", "Kesultanan Johor yang berpusat di Riau-Lingga pula berada di bawah pengaruh Belanda sehingga 1911, apabila Belanda menamatkan kedaulatannya dan menjadikan Riau-Lingga sebahagian dari Dutch East Indies. Selepas kemerdekaan Dutch East Indies sebagai Indonesia pada tahun 1949, Kepulauan Riau kekal dalamnya sehingga kini.", "Singapura? Mula-mula UK kata nak sewa, kemudian nak beli, pusing punya pusing, last-last jadi hak diorang sebagai “crown colony” sehingga tahun 1963. Selepas 2 tahun berada dalam persekutuan Malaysia, Singapura jadi negara berdaulat pada tahun 1965.", "9 hari lagi, orang Singapura akan menyambut 29 Januari sebagai ulang tahun ke-201 ketibaan Raffles yang bagi mereka menandakan “founding of Singapore”. Tapi tarikh tersebut lebih tepat dilihat sebagai titik permulaan “disintegration of the Malay World” atau “fall of the Malay thalassocracy”.", "Sehingga hari ini, minda orang kita masih terperangkap dengan sempadan buatan UK-Belanda. Orang yang tak faham sejarah inilah yang selalu bawa keluar kenyataan “Melayu pendatang Indonesia”.", "Bukan nak suruh korang pergi memperjuangkan Melayu Raya untuk mengembalikan kegemilangan Melayu, tapi sekurang-kurangnya, kau mengiktiraf sejarah dan mengambil pengajaran darinya.", "#NeverForget" ]
https://www.thepatriots.asia/salur-darah-jantung-tersumbat-punca-kematian-no-1-malaysia/
Salur Darah Jantung Tersumbat Punca Kematian No 1 Malaysia.
[ "Penyakit jantung masih kekal menjadi pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia, dengan peratusan kematian sebanyak kira-kira 14% (setakat tahun 2014) berbanding kadar mortaliti penyakit lain. Jumlah ini semakin bertambah dari hari ke hari.", "Terdapat pelbagai jenis keadaan dan masalah yang menyumbang kepada penyakit jantung, antaranya adalah jangkitan pada jantung (myocarditis), renjatan jantung (cardiogenic shock), masalah jantung kongenital (dari lahir), kesesakan jantung (congested heart failure), dan juga serangan jantung (myocardial infarction).", "Serangan jantung (myocardial infarction) merupakan antara salah satu faktor utama yang paling banyak menyumbang kepada kejadian penyakit jantung. Ini adalah kerana ia bersifat akut (terjadi secara tiba-tiba) dan cepat. Dan ia lazimnya berlaku disebabkan oleh keadaan salur darah koronari pesakit. Tapi, apa itu salur darah koronari?", "SISTEM PEREDARAN DARAH", "Sebelum kita memahami dengan lebih lanjut tentang sistem pengaliran darah koronari, kita kena fahami sistem peredaran darah itu sendiri. Sistem peredaran darah ke seluruh badan dikenali sebagai peredaran darah sistemik.", "Setiap organ dalam badan kita memerlukan bekalan oksigen secara berterusan untuk ia berfungsi dengan baik. Otak, peparu, buah pinggang, semuanya memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi. Oksigen diperlukan oleh sel pada organ untuk membentuk tenaga. Akan tetapi, pembuatan tenaga akan membentuk produk buangan yang dikenali sebagai karbon dioksida. Organ badan perlu membuang keluar karbon dioksida ini dari dalam sel, kerana karbon dioksida dianggap sebagai bahan buangan (kumuh) badan. Maka ringkasnya, oksigen perlu dibawa kepada organ, manakala karbon dioksida pula perlu dibuang daripada organ. Kedua-dua gas ini mempunyai sistem transportasinya sendiri, iaitu sel darah merah. Sel darah merah bertindak sebagai pengangkutan untuk membawa oksigen kesetiap sel dalam badan, dan membawa karbon dioksida keluar daripada sel. Sel darah merah tak ubah seperti sebuah kenderaan.", "Sebagai sebuah kenderaan, sudah tentu ia perlukan “jalanraya”, bukan? Disinilah hadirnya peranan peredaran darah dan salur darah.", "Sepertimana terbinanya jalanraya untuk kenderaan, salur darah pula adalah laluan khas untuk darah. Salur darah bertindak sebagai trek untuk sel darah merah dan lain-lain komponen darah bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Ada lima jenis salur darah utama didalam badan, iaitu ;", "i) Arteri,\nii) Arterioles,\niii) Kapilari\niv) Venules, dan\nv) Vena.", "Untuk memudahkan kefahaman tentang peredaran darah, kita bina satu analogi mudah. Bayangkan anda merupakan seorang tukang penghantar makanan yang ingin menghantar makanan kepada pelanggan.", "Anda (sel darah merah) sedang membawa sekotak makanan (oksigen). Anda mula bergerak dari kedai (jantung) menuju ke destinasi melalui sebuah highway besar (arteri). Nama pun highway, sudah tentu jalannya luas. Selesai melepasi highway, anda memasuki simpang keluar menuju ke jalan bandar (arterioles). Jalannya semakin sempit, tapi masih dikira sederhana luasnya. Kemudian anda mengambil selekoh memasuki jalan kampung (kapilari). Laluan pada jalan kampung teramatlah kecil dan sempit. Kemudian anda sampai ke destinasi anda, rumah pelanggan (organ). Anda pun menyerahkan makanan (oksigen) kepada pelanggan. Pelanggan (organ) menerima makanan (oksigen) tadi dan memberi anda wang bayaran (karbon dioksida).", "Selesai tugas, anda pun ingin pulang ke kedai (jantung) untuk menghantar wang (karbon dioksida). Malang sekali, laluan yang anda lalu tadi adalah laluan jalan sehala. Maka anda perlu teruskan perjalanan kehadapan. Dari jalan kampung (kapilari), anda kemudiannya memasuki jalan bandar (venules) semula. Jalan bandar ini hampir sama seperti yang tadi, cuma ia menghala ke dua arah yang berbeza. Selesai melalui jalan bandar, anda memasuki jalan highway (vena). Kalau tadi highway menghala ke rumah pelanggan, kini anda berada di highway yang menghala ke kedai. Anda teruskan perjalanan merentasi highway sehingga anda sampai ke kedai (jantung) semula. Di kedai (jantung), anda menerima arahan baru untuk hantar makanan (oksigen) ke pelanggan (organ) yang lain. Maka anda pun memulakan kitaran yang sama melalui jalan yang sama.", "Ringkasannya, kitaran peredaran darah bermula dari jantung, melalui arteri, kemudian arterioles, terus ke kapilari dimana pertukaran gas (oksigen memasuki sel, karbon dioksida keluar dari sel) berlaku. Darah kemudiannya menuju ke venules, seterusnya vena dan kembali semula kepada jantung untuk ulangi proses yang sama. Kitaran inilah yang digelar sebagai peredaran darah sistemik (menyeluruh). Anggap saja peredaran darah sistemik ni kita panggil sebagai “lebuhraya Sistemik”. Senang sikit nak bayangkan. Cuma bahagian kemana karbon dioksida pergi dan darimana oksigen diperolehi, akan dibincangkan kemudian atas sebab kita hanya akan fokus pada peredaran darah pada jantung sahaja.", "SALUR DARAH KORONARI", "Aliran peredaran darah berterusan ini ditentukan oleh kuncupan jantung badan kita. Seperti sebuah pam, jantung mengepam darah kesetiap organ dalam badan. Jika jantung tidak mengepam, darah tidak akan mengalir. Jika darah tidak mengalir, alamatnya kegagalan organ badan akan berlaku. Maka jantung perlu mengepam sentiasa. Inilah sebabnya mengapa jantung diiktiraf sebagai organ penting dalam badan kita.", "Akan tetapi, sepertimana organ-organ lain, jantung juga memerlukan bekalan darahnya tersendiri untuk ia terus mengepam. Mengepam perlukan penggunaan tenaga. Tenaga pula datangnya daripada oksigen. Seandainya sel otot jantung tak dapat bekalan oksigen, ia akan berhenti berfungsi, maka seluruh badan tidak akan dapat bekalan darah masing-masing. Jadi, setiap sel otot didinding jantung yang terlibat dalam proses mengepam darah perlu mempunyai bekalan oksigennya tersendiri.", "Jantung bukan sahaja mengepam darah kepada organ lain, malah ia mengepam darah untuk dirinya sendiri. Jantung terdiri daripada fiber (lapisan-lapisan) otot yang menguncup secara sendiri. Kuncupan otot jantung ini memerlukan tenaga, dan mereka mendapat bekalan oksigen daripada sistem peredaran darah sendiri, yang dinamakan sebagai sistem peredaran darah koronari. Koronari itu bermaksud jantung. Maka pendeknya, peredaran darah koronari adalah peredaran darah jantung.", "Jika kita menggunakan analogi penghantar makanan tadi, ia boleh diibaratkan sebegini ; penghantar makanan (sel darah merah) bukan hanya menghantar makanan (oksigen) ke pelanggan (organ), akan tetapi ia juga tolong menghantar makanan (oksigen) kepada pekerja kedai (sel otot jantung) didalam kedai (jantung) itu sendiri. Pekerja kedai (sel jantung) juga perlukan makanan (oksigen), bukan? Kalau tak, kebulurlah mereka. Jadi dah alang-alang si penghantar makanan (sel darah merah) ni hantar makanan (oksigen), dia pun tolong hantar ke pekerja kedai (sel jantung) sama. Kalau tadi kita guna highway Sistemik untuk pergi ke rumah pelanggan, kali ni kita guna highway Koronari pulak untuk hantar kepada pekerja kedai. Begitulah, secara ringkasnya.", "Tanpa analogi, setiap kali darah dipam keluar dari dalam jantung, ia akan memasuki suatu persimpangan yang menuju ke dinding-dinding luar jantung. Disitu, darah akan membenarkan oksigen diserap oleh sel otot jantung, supaya ia kekal berfungsi. Darah itu kemudiannya kembali kepada ruangan dalam jantung semula. Peredaran ini dikenali sebagai peredaran darah koronari. Masih gunakan prinsip yang sama, iaitu dari jantung > arteri > arterioles > kapilari > venules > vena kembali ke jantung.", "PENYAKIT SALUR DARAH KORONARI", "Penyakit salur darah koronari jantung muncul apabila terdapat gangguan semasa proses peredaran darah dalam salur darah koronari ini. Ia berlaku apabila wujudnya sesuatu keadaan, sama ada kesekatan didalam salur darah, atau salur darah tidak berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan peredaran darah terganggu, malah boleh terhenti sepenuhnya. Ibaratnya, ada sesuatu yang menghalang lalulintas trafik lebuhraya Koronari ini, sama ada ada halangan pada laluan atau lebuhraya itu sendiri mengalami kerosakan.", "Gangguan salur darah koronari ini boleh berlaku atas banyak faktor. Antara yang paling popular adalah atherosclerosis dan arteriosclerosis. Dalam artikel ini, kita hanya akan fokus pada atherosclerosis sahaja.", "ATHEROSCLEROSIS", "Athero bermaksud sesuatu bahan mendap, manakala sclerosis bermaksud mengeras. Maka, atherosclerosis bermaksud sesuatu bahan mendap yang mengeras didalam salur darah. Atherosclerosis berlaku apabila sesuatu bahan ini mendap didinding salur darah sebelah dalam, berkumpul menjadi plak dan mengeras sehinggakan ia menutupi salur darah tersebut. Bahan-bahan mendap yang mengeras ini menyebabkan salur darah koronari menjadi sempit atau tertutup, menyebabkan peredaran darah terganggu atau terhenti.", "Lazimnya ia berpnca daripada mendapan plak seperti :", "iii) Darah beku", "Atherosclerosis boleh berlaku di mana-mana salur darah, terutama sekali di bahagian otak(cerebrovascular atherosclerosis), kaki dan tangan (peripheral atherosclerosis), atau jantung (coronary atherosclerosis). Disebabkan kita hanya fokus pada jantung, maka kita akan bincangkan tentang coronary atherosclerosis.", "CORONARY ATHEROSCLEROSIS", "Apabila dinding bahagian dalam salur darah koronari terjejas akibat kesan rokok atau tekanan darah tinggi, ia akan menyebabkan suatu luka pada dinding tersebut. Ini akan menyebabkan lemak atau kolesterol yang berada didalam darah melekap di dalam luka tersebut. Semakin lama, mendapan semakin berlaku, membentuk plak yang keras. Plak yang semakin banyak ini akan menutup separa atau sepenuhnya salur darah tersebut, mengakibatkan peredaran darah terganggu. Kadangkala darah beku akan berkumpul di kawasan plak, menambahkan lagi kesekatan pada salur darah. Hasilnya, oksigen tidak dapat dihantar kepada sel jantung. Sel jantung akan mula terjejas, mengakibatkan serangan jantung.", "Analoginya, bayangkan lebuhraya Koronari ini mempunyai suatu lubang. Lubang tersebut kemudiannya menyebabkan lumpur berkumpul disitu. Semakin hari, semakin banyak lumpur berkumpul dan ia mula mengeras, menyebabkan laluan lebuhraya terganggu. Dalam sesetengah kes, ia tidak menunjukkan sebarang simptom sehingga pesakit mengalami serangan jantung.", "Terdapat dua perkara boleh berlaku dalam keadaan ini, sama ada ;", "i) Angina", "Kesekatan yang berlaku menutup SEPARA ruang peredaran salur darah, mengakibatkan peredaran darah SEPARA TERGANGGU. Ia akan menyebabkan sel jantung tidak mendapat oksigen mencukupi, maka ia mulai terjejas.", "Analoginya, terdapat halangan diatas lebuhraya Koronari sehinggakan sebahagian laluan lebuhraya itu tertutup. Trafik masih boleh melaluinya, akan tetapi tak semua mampu melepasinya dengan cepat. Penghantaran makanan (oksigen) terganggu. Maka, pelanggan (organ) menjadi terlalu kebulur hampir mati.", "Ini dikenali sebagai angina. Keadaan dimana sel jantung tak mendapat oksigen, hampir saja terhenti fungsinya. Boleh dipulihkan jika bekalan oksigen (makanan) dipertingkatkan, atau salur darah dikembangkan (lebuhraya dilebarkan). Angina adalah keadaan kecemasan dan perlukan perawatan segera.", "ii) Myocardial Infarction", "Kesekatan yang berlaku menutup SEPENUHNYA ruang peredaran salur darah, mengakibatkan peredaran darah separa TERHENTI SEPENUHNYA. Ia akan menyebabkan sel jantung langsung tidak mendapat oksigen, maka ia mulai mati.", "Analoginya, terdapat halangan diatas lebuhraya Koronari sehinggakan SEMUA laluan lebuhraya itu tertutup. Trafik langsung tak dapat melaluinya. Penghantaran makanan (oksigen) terhenti sepenuhnya. Maka, pelanggan (organ) bukan hanya kebulur, akan tetapi sudahpun mati.", "Berbeza dengan angina, ini dikenali sebagai myocardial infarction. Keadaan dimana sel jantung tak mendapat oksigen secara total, menyebabkan ia tidak dapat berfungsi. Myocardial infarction juga adalah keadaan kecemasan dan perlukan perawatan segera, malah lebih merbahaya berbanding angina.", "FAKTOR RISIKO", "Terdapat dua klasifikasi berkaitan faktor yang menyebabkan atherosclerosis berlaku, iaitu faktor yang tidak dapat diubah dengan faktor yang boleh diubah.", "Faktor tidak boleh diubah adalah seperti ;", "i) Umur", "– Golongan belia tua keatas lebih kerap mendapat atherosclerosis.", "ii) Genetik", "– Menurut kajian, genetik berkulit gelap lebih cenderung mendapat atherosclerosis.", "iii) Keturunan", "– Penyakit jantung lazimnya diwarisi mengikut keturunan.", "iv) Jantina", "– Lelaki lebih cenderung mendapat atherosclerosis berbanding wanita.", "Manakala faktor boleh diubah adalah seperti ;", "i) Merokok", "– Merokok menggalakkan pembentukan atherosclerosis.", "ii) Pemakanan", "– Pengambilan diet tinggi kolesterol, tinggi lemak punca pembentukan plak.", "iii) Kurang bersenam", "– Tiada penyingkiran lemak dilakukan.", "iv) Obesiti", "– Kuantiti lemak yang tinggi cenderung mengakibatkan atherosclerosis.", "v) Tekanan darah tinggi", "– Kurang kawalan tekanan darah tinggi menyebabkan atherosclerosis.", "vi) Tahap kolesterol dalam darah yang tinggi", "– Menyebabkan mendapan kolesterol.", "PERAWATAN", "1. Perubahan gaya hidup\n– Berhenti merokok, kawal obesiti dan berat badan, bersenam, ambil diet seimbang.", "2. Pengambilan ubatan\n– Patuh pada pengambilan ubatan kolesterol dan darah tinggi.", "3. Stenting\n– Kemasukan dawai halus dengan belon kedalam salur darah yang tersumbat secara pembedahan bagi membuka laluan salur darah supaya menjadi lebih besar.", "4. Bypass\n– Menggantikan salur darah terjejas dengan salur darah lain yang diambil dari kaki sebagai laluan baharu peredaran darah.", "Atherosclerosis merupakan keadaan kesihatan merbahaya yang boleh meragut nyawa melalui serangan jantung, akan tetapi boleh dielakkan dan dirawat melalui pengamalan cara hidup dan ubatan yang betul.", "Jika terdapat sebarang kemusykilan atau ingin mendapat pemeriksaan lanjut berkenaan atherosclerosis, anda boleh merujuk kepada pakar kesihatan terdekat dengan anda. Artikel ini sekadar menyampaikan maklumat kesihatan buat panduan dan pengetahuan dan tidak boleh dijadikan sebagai nasihat kesihatan yang tepat mengikut keadaan penyakit.", "#AC #SNJoker" ]
https://www.thepatriots.asia/penemuan-artifak-dewi-yang-disyirikkan-sebagai-isteri-allah/
Penemuan Artifak Dewi Yang Disyirikkan Sebagai Isteri ALLAH
[ "Bandar Eilat terletak di bahagian paling selatan Isr-el yang ada banyak artifak sejarah. Ia merupakan salah satu daripada beberapa bandar yang mempunyai akses terus ke laut. Jadi walaupun cuaca panas dan populasi kecil, aktiviti ekonominya tidak pernah putus. Jarang sekali saintis jumpa bandar bercuaca terlalu panas tetapi masih menjadi penempatan sejauh 6000 S.M. Tengok zaman moden boleh nampak nilai geografinya. Kalau bukan kerana sempadan berpagar, penduduk Eilat boleh berjalan kaki terus ke bandar Aqaba yang terletak dalam negara Jordan.", "Bercakap pasal Isr-el dan 6000 S.M., memang mustahil kalau tidak terbayang Bani Israil terdahulu. Tiada siapa tahu dengan tepat pasal jarak tahun antara kerasulan Musa (as) dan kerajaan Sulaiman (as). Tetapi 6000 S.M. adalah tempoh sangat berpotensi. Ada satu perkara tentang Bani Israil yang boleh dijadikan penunjuk.", "Akidah Dwi-Tauhid Di Bumi Bani Israil", "Bani Israil adalah sebuah bulatan komuniti yang berpuak. Setiap satu puak adalah dahan daripada pohon iaitu Nabi Ya’akub (as). Dan setiap satu puak diberikan tanah sendiri yang berada dibawah seorang raja berdaulat.", "Pada zaman kemuncak, raja ini adalah David dan Shlomo (Daud dan Sulaiman). Perpecahan bermula selepas zaman Sulaiman (as) oleh kerana persengketaan antara Rehoboam dan Jeroboam. Akhirnya Bani Israil dimusnahkan empayar-empayar asing.", "Pertelingkahan ini menjadi punca kemusnahan Bani Israil. Tanpa semangat penyatuan, Bani Israil menjadi lemah. Malah seorang pengkaji Yahudi bernama Raphael Patai mengenal pasti yang penyatuan bukan segala-galanya. Patai mendapati Bani Israil sudah tidak lagi mengamalkan ajaran tauhid seperti diajar nabi-nabi mereka. Ada satu masa mereka menyembah Yahweh seperti biasa – tetapi kemudian, mereka menyembah Yahweh dan Asherah (Viegas, 2011).", "Malah dalam akidah mereka, Yahweh (iaitu Allah) berkahwin dengan Dewi Asherah. Dan kedua-dua figura ini disembah sebagai tuhan di dalam kuil Israil. Dapatan ini disahkan melalui arkeologi, apabila saintis terjumpa batu bersurat yang meriwayatkan: “Yahweh dari Samaria bersama Asherah-Nya” dan “Yahweh dari Teman bersama Asherah-Nya” (Hasson, 2018).", "Penyembahan Asherah digambarkan sangat menyeluruh dalam kalangan Bani Israil. Kitab Jeremiah 44:19 bercerita tentang perkara ini: “kami membakar setanggi demi Ratu Syurga dan sediakan minuman kepada-Nya, apakah suami-suami kami tidak tahu yang kami menyediakan kek pada gambaran-Nya?” Ayat ini menggambarkan yang para ibu dalam Bani Israil ada hubungan akidah pada Asherah.", "Bukti Di Eilat", "Faktor geografi bukan satu-satunya anugerah Eilat. Bandar ini juga mempunyai khazanah arkeologi yang banyak. Usaha penggalian sudah lama berjalan. Dan baru-baru ini, saintis menemui suatu ukiran kayu yang dipercayai berhala Asherah (Rich, 2022). Sekelip mata fokus penggalian mereka berubah kerana kemungkinan besar tempat penggalian itu adalah kuil lama.", "Jika tengok pada gambar, memang tidak nampak apa-apa bentuk. Tetapi saintis yang tahu ciri-ciri Bani Israil menemui rekabentuk menggambarkan “kesuburan”, “keibuan” dan “kewanitaan”. Tiga ciri ini membawa satu imej yang tunggal: Asherah. Tiada ada dewi selain Asherah yang membawa perwatakan sebegini lengkap. Dan buat masa ini, saintis masih tertanya-tanya jika ukiran ini adalah daripada Bani Israil.", "Mereka mendapati berhala tersebut berusia 7,500 tahun, berpadanan dengan zaman Bani Israil kerana 6000 S.M. adalah 8,000 tahun yang lalu. Bukan senang untuk sahkan berhala ini sebagai artifak Bani Israil. Kerana Dewi Asherah disembah kaum-kaum tempatan di situ sebelum zaman kerasulan Musa (as) lagi. Selagi garisan masa Bani Israil tidak dapat disahkan, selagi itulah persoalan akan timbul.", "RUJUKAN:", "Hasson, N. (2018, April 4). A Strange Drawing Found in Sinai Could Undermine Our Entire Idea of Judaism. Haaretz.", "Rich, V. (2022, Mei 16). 7,500-year-old burial in Eilat contains earliest Asherah. Haaretz.", "Viegas, J. (2011, Mac 18). God’s Wife Edited Out Of the Bible – Almost. NBC News." ]
https://www.thepatriots.asia/oskar-schindler-penyelamat-yahudi-ketika-perang-dunia-kedua/
Oskar Schindler: Penyelamat Yahudi Ketika Perang Dunia Kedua
[ "Selepas sahaja Si Dia Yang Zalim mengambil alih pemerintahan di Jerman, dia terus nak buat satu perancangan yang sangat gila iaitu menakluk seluruh Eropah. Sasaran pertamanya mestilah negara-negara yang berada berdekatan dengan Jerman seperti Poland. ", "Apabila Poland sudah ditakluk, brader misai kontot terus laksanakan dasar penjermanan semua perniagaan milik Yahudi. Bermakna segala benda yang ada kaitan dengan Yahudi akan dirampas tanpa diberi apa-apa pampasan. Ada je yang sudi membeli perniagaan Yahudi ni tapi dengan begitu murah.", "Salah satunya adalah Oskar Schindler yang bekerja sebagai pengintip bagi pihak tentera Jerman. Dia telah menubuhkan Emalwarenfabrik Oskar Schindler atau lebih dikenali sebagai Emalia sebaik sahaja mengambil alih perniagaan daripada orang yahudi.", "Macam biasa bagi orang yang berniaga, keuntungan dan duit akan menjadi matlamat utama. Nak dapatkan keuntungan, Oskar Schindler perlukan ramai pekerja. Tapi masalahnya orang-orang tempatan banyak yang dah pergi sertai tentera Jerman. Maka terjadilah kekurangan tenaga kerja di sini.", "Kebetulan pula berdekatan dengan Emalia, terdapat satu kem tahanan Yahudi yang dipanggil kem Plaszow. Oskar Schindler nampak peluang ini boleh digunakan untuk menghasilkan lebih banyak wang. Sebab Yahudi boleh dikerah sebagai buruh paksa dan tidak akan dibayar gaji sama sekali. Paling baik pun Oskar Schindler cuma bagi mereka makan sahaja.", "Jadi Oskar Schindler pun ambil 1000 orang buruh paksa Yahudi untuk bekerja dengannya. Bila dah selalu tengok dan hadap muka Yahudi ni setiap hari, timbul rasa simpati dalam diri Oskar Schindler. Sebab Yahudi ni macam dah tak makna sangat nak hidup. Yelah kerja dekat Emalia cuma dapat makan je dan balik ke kem Plaszow pasti akan kena seksa dengan SS. Begitu hidup Yahudi di Poland sehingga kembali ke alam sebalik mata.", "Melihat kepada keadaan Yahudi yang serba daif dan malang, Oskar Schindler banyak kali campur tangan bagi memastikan kehidupan mereka lebih. Kadang kala Oskar Schindler merasuah dan merayu pegawai kem Plaszow agar tidak membawa Yahudi pulang. Tapi lama kelamaan taktik ini tidak berjaya. Terpaksa Oskar Schindler fikir cara baru untuk Yahudi kekal di Emalia.", "Oskar Schindler pun pergi tambah bahagian pembuatan senjata bagi mengekalkan Yahudi di Emalia. Katanya buruh paksa Yahudi ni penting dalam penghasilan senjata. Kalau nak senjata siap dengan cepat, mereka perlu bekerja lebih masa. Nak bagi lebih mudah, biarkan je deme tinggal dekat Emalia. Padahal itu adalah taktik untuk memperdayakan SS bagi menyelamatkan 1000 orang Yahudi. ", "Bagi memastikan Yahudi terus selamat, Oskar Schindler meminta kebenaran SS agar Emalia dibenarkan untuk ditukar menjadi kem. Tujuannya adalah untuk mengelakkan Yahudi menjadi mangsa kekejaman dan boleh hidup dengan gembira di Emalia. Kegiatan itu berjaya dihidu oleh SS dan Oskar Schindler telah ditangkap sebanyak 3 kali. Tapi SS tak cukup bukti nak dakwa dia atas tuduhan memberi bantuan kepada Yahudi. ", "Sebagai balasan, SS memaksa orang Yahudi yang tinggal di Emalia kembali ke kem Plaszow. Oskar Schindler telah bertindak dengan membawa baki buruh paksa Yahudi yang masih ada ke Brünnlitz yang terletak di Bohemia. Disana Brünnlitz turut membuka kilang senjata sebagai penyamaran untuk melindungi 1000 orang Yahudi. Untuk memastikan kegiatannya tak kantoi, Oskar Schindler telah memalsukan laporan penghasilan senjata.", "Penderitaan 1000 orang Yahudi yang dilindungi Oskar Schindler berakhir setelah Red Army menyerbu masuk ke Brünnlitz. Oskar Schindler pulak telah melarikan diri untuk memulakan hidup baru. ", "Hari ini jasa  Oskar Schindler sangat dihargai oleh orang-orang Yahudi seluruh dunia. Segala jasa itu dibalas dengan pengebumikan Oskar Schindler di Gunung Zion, Israel. Senang cerita Oskar Schindler boleh dianggap sebagai messiah kecil bagi orang Yahudi. ", "Hari ni adalah HARI TERAKHIR untuk korang beli KITAB TAMADUN YAHUDI dengan PROMOSI PRATEMPAH DISKAUN RM10. Cepat beli di bit.ly/kitabtamadunyahudi", "RUJUKAN", "United States Holocaust Memorial Museum. (2023, Februari 10). Oskar Schindler. Holocaust Ecyclopedia. Dipetik daripada https://encyclopedia.ushmm.org/content/en/article/oskar-schindler", "Waxman, B. (2018, Disember 7). ‘He was sent by god to take care of u’: Inside the real story behind schindler’s list. Time. Dipetik daripada https://time.com/5470613/schindlers-list-true-story/" ]
https://www.thepatriots.asia/menangislah-wahai-kaum-lelaki/
Menangislah Wahai Kaum Lelaki
[ "Lelaki selalu disuruh jangan menangis. Lelaki tak patut menangis. Lelaki patut kuat. Lelaki patut tabah.", "Kadar bunuh diri yang paling tinggi adalah dalam kalangan lelaki.", "Pembunuh lelaki yang paling tinggi di U.K. adalah bunuh diri. Seramai 6,000 orang British yang bunuh diri, 75% daripada mereka adalah lelaki.", "Bukan di U.K saja, di seluruh dunia macam itu. Nisbah bunuh diri di Rusia adalah setiap seorang wanita yang bunuh diri bersamaan dengan 6 orang lelaki yang bunuh diri.", "Nisbah di Poland pula setiap seorang wanita, 7 orang lelaki bunuh diri. Latvia pun mempunyai nisbah macam ini.", "Hasilnya, purata seluruh dunia, setiap wanita yang bunuh diri, 2 orang lelaki yang bunuh diri.", "Kalau dilihat pada sudut masalah mental seperti kegelisahan (anxiety) dan kemurungan (depression), wanita dilaporkan mempunyai kadar penghidapnya yang paling tinggi berbanding lelaki.", "Tetapi kenapa pula kadar bunuh diri dalam kalangan lelaki lebih tinggi berbanding perempuan? Aku jumpa banyak teori.", "Tapi teori yang menarik perhatian aku adalah lelaki telah dididik supaya menyembunyikan kesedihan dan kelemahan emosi mereka. Teori maskuliniti.", "Apabila lelaki kemurungan, kemurungannya sukar dijejak kerana disembunyikan sedalamnya dan dibiarkan tidak dirawat.", "Lelaki tak bercakap apa yang berlaku pada jiwa dan emosinya.", "Sejak lahir lagi, lelaki digambarkan sebagai besar, kuat dan kental. Lelaki diberitahu, “Lelaki tak boleh menangis!”", "Waktu kecil kalau menangis digelar “gembeng” ataupun diherdik “lelaki pun menangis ke?”", "Pernah dengar perempuan kena sentimen dan ejekan macam itu?", "Lelaki dipuji dan disanjung apabila dilihat berani dan kuat. Apabila meningkat dewasa lelaki takut untuk menunjukkan sebuah ketakutan dan kelemahan.", "Apabila meningkat dewasa, lelaki mempunyai kecerdasan emosi yang rendah. Emosi yang senyap. Sebab itu menurut bancian, lelaki adalah yang paling cerdik mengawal emosi mereka dalam apa jua keadaan.", "Bagi lelaki, apabila mereka mula meluahkan perasaan dan merungut, ia merupakan ‘taboo’ yang paling besar dalam sosial.", "Itu benda yang perempuan buat. Beremosi-emosi adalah benda yang perempuan buat. Bukan lelaki. Sangat memalukan bagi lelaki apabila buat benda-benda macam ini.", "Bila dah ada anak nanti, lelaki akan mula rasa tak selesa apabila anak-anak menangis. Tak selesa kerana menangis kelihatan lemah bagi anak-anak lelaki.", "Kitaran ini berulang-ulang.", "Apabila lelaki mula membunuh dirinya. Pelbagai kejutan yang berlaku.", "Orang akan rasa pelik.", "“Dia itu nampak gembira aje tengok. Tak sangka bunuh diri.”\n“Aku tak sangka pula selama ini dia murung.”", "Baiklah, lelaki. Mulalah menangis. Ia bukan tanda kelemahan. Ia menunjukkan kita ini manusia. Merungutlah kalau perlu, kita ada hak. Ia bukan tanda kelemahan. Ia tanda luahan emosi. Tanda kita beremosi.", "Menangislah, lelaki!" ]
https://www.thepatriots.asia/budaya-bertopeng-masyarakat-korea/
Budaya Bertopeng Masyarakat Korea
[ "Rancangan TV yang den tengah follow: “King of Mask Singer” (복면가왕 / Bokmyeon Gawang). Disiarkan setiap Ahad di MBC sejak tahun 2015, sekarang dah masuk episod ke-145.", "Dulu tak minat pun, tapi sejak tengok Rosé vokalis Blackpink perform terus tertarik. First time perasan Rosé punya suara mantap.", "Konsep rancangan ini ialah para peserta (artis-artis jemputan) akan bertanding menyanyi dengan memakai topeng. Jadi panel dan penonton hanya mampu menilai peserta berdasarkan vokal semata-mata, tanpa mengambil kira faktor muka, usia, dan populariti.", "Rancangan ini mendapat sambutan hangat kerana dia menyedarkan orang ramai bahawa ada banyak bakat terpendam dalam industri muzik Korea, mereka pandai menyanyi tapi tak popular akibat fizikal mereka yang tak cukup menyerlah. Jadi kebanyakan dari mereka tenggelam dalam industri K-Pop yang hyper-competitive.", "Den pulak rasa jiwa terganggu dengan topeng-topeng yang diorang pakai. Topeng yang diorang pakai punyalah kreatif cara desain, dan sangat ekspresif dengan mulut yang ternganga besar, disertai dengan “persona” yang pelik-pelik seperti “The Little Match Girl”,”Circus Girl”, “The Music General” dan sebagainya.", "Lantas den pun berfikir, adakah benda ni ada kaitan dengan budaya Korea? Lepas buat sedikit research, rupa-rupanya di Korea ada tradisi “budaya topeng” (mask culture) yang mempunyai sejarah lama. Setiap tahun, di Andong akan diadakan pesta topeng di mana menurut tradisi, masyarakat Korea akan berhimpun dan berpesta memakai topeng. Ini antara peluang di mana orang daripada semua lapisan masyarakat boleh berinteraksi kerana topeng sudah mengaburi identiti dan kedudukan sosial masing-masing.", "Jadi dalam rancangan ini, topeng menjadi alat untuk mengembalikan kesamarataan antara manusia. Ironik bukan, dalam masyarakat yang “superficial”, kita hanya dapat menjadi samarata melalui muka palsu (dalam Bahasa Korea, topeng juga dipanggil “gamyeon” atau muka palsu). Dan kita akan kembali dihukum selepas mendedahkan muka kita sendiri yang sebenar.", "Bukan di Korea je, di mana-mana, di Malaysia pun, ekau tak hensem, tak lawa, orang pun tak ambik kisah pasal ekau. Tak kira ekau berbakat atau berbudi pekerti. Semua manusia berselindung disebalik “social face” seperti harta, pangkat dan “bapak kau siapa”.", "Uih, tengok TV je pun fikir sampai situ. Masalah over-analyzing ni. Orang over-analyze susah dapat bini." ]
https://www.thepatriots.asia/lelaki-ini-memeluk-islam-kerana-mohamed-salah/
Lelaki Ini Memeluk Islam Kerana Mohamed Salah
[ "Pemain\nbola sepak datang dari pelbagai latar belakang bangsa, budaya atau agama. Bagi\npemain-pemain yang hebat, mereka ini menjadi inspirasi kepada para penyokong\ndan menyumbang kepada kejayaan pasukan sama ada di atas padang atau di luar\npadang. Dan ada yang menjadi asbab hidayah Allah s.w.t bagi sesetengah\npenyokong memeluk agama Islam. Ini berlaku kepada seorang pemegang tiket\nbermusim Nottingham Forest bernama Ben Bird dan kisah pengislamannya ada kaitan\ndengan penyerang Liverpool, Mohamed Salah.", "Bagi\nBird, dia tidak berfikir rakan-rakannya akan percaya bahawa dia telah memeluk\nagama tauhid kerana secara luarannya, tidak banyak perubahan berlaku pada\ndirinya. Tetapi Bird dapat merasakan selepas memeluk Islam, hatinya menjadi\nbertambah baik. Dan setiap kali menjelang hari perlawanan, dia berusaha\nmengubah tabiat yang menjadi sudah sebati dengan budaya penyokong Inggeris\niaitu pergi ke pub, bertaruh, pergi ke stadium, kembali ke pub dan mengetahui sama\nada pertaruhan yang dibuat menjadi atau tidak. ", "Bird\nmengakui sebelum pengislamannya, dia mempunyai pandangan negatif terhadap\nIslam. Dia menyifatkan agama, budaya dan penganutnya ketika itu sebagai mundur,\nkolot dan enggan berintegrasi. Pandangan negatif ini turut disemarakkan lagi\ndengan penemuan halaman-halaman media bersifat haluan kanan semasa di tingkatan\nenam yang menyebarkan propaganda-propaganda negatif terhadap Islam. Padanya,\napa saja malang yang menimpa dirinya ketika itu, yang salah ialah orang Islam.\nNamun di sebalik semua itu, Bird tidak pernah mengeluarkan mesej-mesej negatif\nterhadap Muslim.", "Namun,\nsemua itu berubah apabila dia melanjutkan pelajaran dalam jurusan Pengajian\nTimur Tengah di Universiti Leeds. Pada satu ketika, Bird dan rakan-rakannya\ndiminta membuat disertasi. Tatkala rakan-rakannya memilih tajuk yang dianggap\ntipikal, dia mahu mencari satu kelainan. Ini menyebabkan tutor disleksianya\nberkata, “Apa kata kamu tulis berkenaan lagu Mohamed Salah?” Bagi Bird, lagu\npenyokong Liverpool itu bukan sesuatu yang asing dan dia sendiri menganggap\nlagu itu hebat tetapi tidak pernah dibincangkan dalam konteks akademik. Ini\nyang membawa soalan yang berbunyi, ‘Mohamed Salah, a gift from Allah. Is the\nperformance of Mohamed Salah igniting a conversation that combats Islamapobia\nwithin the media and political spheres?’", "Lagu\nkegemaran penyokong ini mengikut irama lagu Dodgy bertajuk Good Enough dan\nturut memasukkan lirik ‘If he scores another few then I’ll be Muslim too’ (Jika\ndia menjaringkan beberapa gol lagi, aku akan jadi Muslim juga). Bagi Bird,\nlirik lagu itu kelihatan memberi kesan mendalam kepada dirinya. Ini kerana\nmenerusi pengajiannya di Universiti Leeds, dia mengenali Islam dari sudut\nberbeza termasuk dari sudut akademik. Selepas bercampur dengan ramai orang\ntermasuk pelajar-pelajar dari Arab Saudi, ia mengubah mentalitinya terhadap\nnegara-negara Arab 360 darjah.", "Bird\nmelihat Salah sebagai Muslim pertama yang boleh dikaitkan dengan orang biasa\nseperti dirinya dalam pelbagai segi termasuk gaya hidup dan cara percakapan\ndengan orang lain. Pada minggu sebelumnya, Salah mengambil gambar dengan\nseorang peminat Liverpool yang mengalami kecederaan patah hidung apabila cuba\nmengejarnya. Menurut Bird, perkara ini mungkin dilakukan oleh sesetengah pemain\ntetapi sudah dilakukan oleh pemain kelahiran Mesir itu.", "Dia tidak menyangka tahap populariti yang dinikmati oleh bekas penyerang Chelsea dan AS Roma itu di negara kelahirannya. Bird pernah menemubual beberapa pelajar Mesir di Leeds dan selepas mereka mengetahui disertasi yang dibuatnya, mereka tidak putus-putus bercerita tentang Salah termasuk sumbangannya kepada negara. Semasa pilihan raya presiden Mesir tahun lepas yang dimenangi oleh penyandang Abdel Fattah el-Sisi, sejuta rakyat Mesir memilih undi rosak dan mahukan wira Liverpool itu sebagai presiden baru Mesir. ", "Salah seorang daripada mereka turut bercerita bahawa Salah merupakan contoh bagaimana menjadi seorang Muslim termasuk dalam soal menjalankan perintah agama. Dia percaya bahawa Salah sebenarnya menjadikan orang ramai mencintai Muslim semula.", "Dialog\nyang dilontarkan pelajar Mesir itu memberi kesan kepada Bird. Ini kerana setiap\nkali Salah menjaringkan gol, dia berpandangan penyerang Mesir itu menjaringkan\ngol demi agama. Apabila beliau menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah\npertamanya bersama Reds musim lepas, Bird memberitahu seorang rakannya bahawa\nia merupakan satu kemenangan kepada Islam. Dan setiap kali menjaringkan gol,\nSalah sentiasa sujud sekaligus menonjolkan simbol agama Islam itu kepada dunia\nlebih-lebih lagi bila perlawanan-perlawanan Liga Perdana Inggeris ditonton oleh\njutaan orang. ", "Salah\nmenunjukkan kepada semua orang bahawa tidak salah menjadi seorang Muslim dan\ndiri sendiri. Beliau bukan saja seorang pemain hebat tetapi juga dihormati oleh\nkomuniti bola sepak tanpa mengambil kira pandangan politik atau agamanya. Dan\nmenurut Bird, itu boleh dilakukan bola sepak dalam mengubah konotasi negatif\nyang dilempar sesetengah pihak terhadap Islam. Apabila orang membaca al-Quran atau\nmembaca tentang Islam, mereka melihat sesuatu yang berbeza daripada apa yang\ndipaparkan dalam media. ", "Melihat\nmasyarakat Britain yang datang dari latar belakang agama, kerakyatan dan kaum\nyang pelbagai, sebarang bentuk penghinaan tidak sepatutnya wujud terutama dalam\nsukan bola sepak. Bird masih ingat pada April 2019, sekumpulan penyokong\nChelsea menyanyikan lagu ‘Salah is a bomber’ (Salah seorang pengebom) sebelum\nperlawanan Liga Europa menentang Slavia Prague. Ini mengundang reaksi negatif\nbukan saja daripada Chelsea dan Liverpool tetapi juga komuniti Muslim. Bagi\nBird, walaupun beliau juga suka menyanyi lagu pasukan masing-masing, itu bukan\nlesen untuk menaikkan perkara yang berunsur kebencian.", "Dan\nitu membuatkannya terfikir, bagi membantu mengatasi isu Islamophobia yang\nmembelenggu dunia Barat, solusinya ialah bola sepak dengan menggalakkan\nanak-anak muda bermain dan komuniti Muslim datang ke stadium. Satu sebab\nmengapa komuniti Muslim enggan ke stadium menurut Bird ialah tidak mahu\nmerasakan wujud pengasingan membabitkan komuniti mereka. Tambahnya lagi, itu\nsaja menunjukkan bahawa Islam bukan saja agama keamanan tetapi juga menunjukkan\npersaudaraan sesama Muslim bersifat universal tanpa mengira bangsa dan warna\nkulit. Dan jurucakap terbaik dalam gerakan ini ialah Salah.", "RUJUKAN:", "Bird,\nBen. (2019). How Mohamed Salah inspired me to become a Muslim. The Guardian. https://www.theguardian.com/football/2019/oct/03/mohamed-salah-inspired-me-become-muslim-liverpool-islam" ]
https://www.thepatriots.asia/beka-melayu-urahan-di-langgar-nang-bulan-palapa/
Beka Melayu: Urahan Di Langgar Nang Bulan Palapa
[ "Beka Melayu secara ringkasnya adalah Bahasa Melayu tanpa dipengaruhi oleh bahasa asing. Tajuk “Beka Melayu: Urahan Di Langgar Nang Bulan Palapa” dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada “Bahasa Melayu Asli: Alkisah di Masjid Pada Bulan Ramadan” yang merupakan campuran daripada perkataan jati dan perkataan asing. Artikel ini membincangkan antara istilah yang terdapat dalam Bahasa Melayu Asli.", "Urahan Di Langgar Nang Bulan Palapa", "(Alkisah Di Masjid Pada Bulan Ramadan)", "Bulan Palapa yang lalu, aku seketurunan telah berjalan kaki ke sebuah Langgar beragi biru di bagan. Kami berada di sana sewayah bang dibunyikan. Selepas sembahyang berpumpun, kami berpeluang untuk mengecapi keenakan hidangan yang disiapkan oleh orang-orang Langgar mahupun para pumpunan yang tinggal di kawasan berdekatan. Hidangan itu dikecapi sekabeh pumpunan dengan berterima kasih ke Tuhan yang Terala Pemberi Penghidupan.", "(Bulan Ramadan yang lalu, saya sekeluarga telah berjalan kaki ke sebuah masjid berwarna biru di bandar. Kami berada di sana semasa azan dilaungkan. Selepas solat berjemaah, kami berpeluang untuk menikmati kelazatan hidangan yang disediakan oleh orang-orang masjid ataupun para jemaah yang tinggal di kawasan berdekatan. Hidangan itu dinikmati semua jemaah dengan bersyukur kepada Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki.)", "Antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu adalah “Urahan”. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “urah” ditakrifkan sebagai “menceritakan sesuatu”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “Alkisah” ataupun “Kisah” yang berasal daripada bahasa Arab, qiṣṣa (قِصَّة).", "Selain itu, “Langgar” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “langgar” bermaksud “surau”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “Surau” yang berasal daripada bahasa Sanskrit, suraukas (सुरौकस्).", "Di samping itu, “nang” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Perkataan “nang” diilhamkan daripada bahasa Tagalog, “ng” yang berfungsi sebagai penanda jenitif (Bahasa Inggeris: of). Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “Pada” yang berasal daripada bahasa Sanskrit, pada (पद).", "Seterusnya, “Palapa” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), “palapa” adalah sumpah daripada Mahapatih Gajah Mada dari Kerajaan Majapahit bahawa baginda tidak akan menikmati segala sesuatu sebelum menakluk dan menyatupadukan nusantara. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “Ramadan” yang berasal daripada bahasa Arab,  ramaḍān (رَمَضَان‎). ", "“Ragi” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “ragi” adalah bermaksud “warna”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “warna” yang berasal daripada Bahasa Sanskrit, varṇa (वर्ण).", "“Bagan” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “bagan” adalah bermaksud “pangkalan”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “bandar” yang berasal daripada Bahasa Parsi, bandar (بندر‎)  yang bermaksud “perlabuhan”.", "“Wayah” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Perkataan itu berasal daripada Bahasa Jawa iaitu “wayah” yang bermaksud “masa” ataupun “waktu”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “masa” dan “waktu” yang berasal daripada Bahasa Sanskrit dan Bahasa Arab iaitu “māsa (मास)” dan “waqt (وَقْت‎)” masing-masing.", "“Bang” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “bang” ditakrifkan sebagai “seruan untuk memanggil orang bersembahyang”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “azan” yang berasal daripada Bahasa Arab, ʾaḏān (أَذَان).", "“Pumpun” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “pumpun” ditakrifkan sebagai “berhimpun, berkampung ataupun berkumpul”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “jemaah” yang berasal daripada Bahasa Arab, jamāʿa (جَمَاعَة).", "“Santap” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “santap” ditakrifkan sebagai “makan dan minum”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “nikmat” yang berasal daripada Bahasa Arab, nik’ma (نِعْمَة‎).", "“Kabeh” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “kabeh” ditakrifkan sebagai “semua”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “semua” yang berasal daripada Bahasa Sanskrit, samūha (समूह).", "“Terala” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “terala” ditakrifkan sebagai “termulia” ataupun “tertinggi”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “maha” yang berasal daripada Bahasa Sanskrit, “mahā”.", "Akhir sekali, “Penghidupan” adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “penghidupan” ditakrifkan sebagai “cara atau hal menjaga hidup”. Perkataan tersebut dipilih untuk menggantikan perkataan sedia ada iaitu “rezeki” yang berasal daripada Bahasa Arab, “rezeki”", "Kesimpulannya, itu adalah antara istilah yang terdapat dalam Beka Melayu. Untuk pengetahuan semua, tiada satu badan rasmi yang melaras penggunaan perkataan dalam Beka Melayu. Justeru, penggunaan perkataan tersebut adalah terbuka untuk dipertikaikan dengan sokongan yang kukuh lagikan beradab. Adalah diharapkan Beka Melayu dapat membantu membanteras mitos “Bahasa Melayu cuma mempunyai empat perkataan asli sahaja”.", "RUJUKAN:", "What Are The Arabic Loanwords in your native language? Retrieved March 26,\n2019 from\nhttps://www.quora.com/What-are-the-Arabic-loanwords-in-your-native-language", "Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penghidupan", "Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from\nhttp://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=terala", "Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from\nhttp://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kabeh", "Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from\nhttp://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=santap", "Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from\nhttp://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pumpun", "Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from\nhttp://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bang", "Arti kata “wayah” bahasa Jawa dalam bahasa\nIndonesia-Jawa-Indonesia. Retrieved March 26, 2019 from\nhttps://kamuslengkap.com/kamus/jawa-indonesia/arti-kata/wayah", "Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from\nhttp://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bagan", "Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from\nhttp://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=ragi", "Pronunciation ‘Ng’ and ‘Nga’. Retrieved March 26, 2019 from\nhttps://www.tagaloglang.com/pronounce-ng-nga/", "Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI). Retrieved March 26, 2019 from\nhttps://kbbi.web.id/palapa", "Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=langgar", "Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved March 26, 2019 from\nhttp://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=urah" ]
https://www.thepatriots.asia/siapakah-tuhan-yang-einstein-percaya/
Siapakah Tuhan Yang Einstein Percaya?
[ "Albert Einstein percaya kepada Tuhan. Tuhan yang dipercayai oleh Einstein bukanlah Tuhan peribadi (personal God) seperti Tuhan Muslim, Kristian dan Yahudi. Einstein percaya pada Tuhan yang ‘dibentuk’ oleh Baruch Spinoza. Bagi Einstein, kepercayaan kepada tuha peribadi adalah terlalu naif. Perkataan ‘Tuhan’ seakan-akan menunjukkan suatu bentuk ekspresi kelemahan manusia dan primitif.", "Bagaimanakah Tuhan yang dipercayai oleh Spinoza dan juga Einstein? Siapakah Spinoza?", "Spinoza adalah ahli falsafah Belanda. Seperti Einstein, Spinoza pun berbangsa Yahudi. Projek utama falsafah Spinoza adalah untuk ‘membaiki’ dan ‘membentuk’ semula agama. Spinoza percayakan Tuhan dan percaya agama merupakan bentuk ‘hubungan’ dengan Tuhan. Tetapi Spinoza berasa skeptik dengan agama yang dianutinya. Bagi dia, agama samawi (Judaism) itu mengarut dan penuh khurafat. Spinoza cuba untuk ‘merevolusikan’ agama samawi.", "Idea metafizik ini ditulis dalam karya agung Spinoza yang berjudul ‘Ethics’. Idea utama metafizik ini adalah berdasarkan monism. Dalam dunia ini hanya satu ‘substance’ saja yang wujud, dan ia dapat difahami dengan pelbagai cara dan tidak terbatas. Segala ciptaan di dunia ini adalah berdasarkan sifat-sifat ‘substance’ tersebut.", "‘Substance’ ini tidak mempunyai sebarang kasual (sebab dan akibat) melainkan daripada dirinya sendiri. ‘Substance’ ini bersifat tidak terbatas (infinite) kerana kalau ia terbatas (finite), maka ‘substance’ ini dapat dibataskan dengan perkara lain. ‘Substance’ ini mempunyai sifat-sifatnya tidak terhingga banyaknya.", "Menurut Spinoza ‘Subtance’ ini adalah Tuhan.", "Tuhan ini ekspreskan diri dan sifatnya melalui pelbagai cara (inifinite). Segala realiti yang terbentuk di dunia ini adalah hasil daripada ekspresi sifat-sifat Tuhan ini. Manusia wujud hasil daripada sifat-sifat Tuhan ini. Jadi, di sini sebenarnya berlaku ‘kesatuan’ antara manusia dan Tuhan.", "Macam mana Tuhan ini mempunyai ‘hubungan’ dengan ‘ciptaannya’ dari segi metafizik dan epistemologi agak rumit untuk diterangkan.", "Tuhan ini adalah alam. Tuhan ini adalah segala hukum sains. Tuhan ini adalah kebenaran dan hakikat. Tuhan ini adalah sebuah bentuk taakulan (reason). Segala yang wujud terdapat di ‘dalam’ Tuhan, dan tiada apa yang wujud selain daripadanya.", "Tuhan ini tidak mengazab perbuatan buruk dan tidak memberikan ganjaran pada perbuatan baik. Tiada kehidupan selepas mati. Tiada yang memberikan keajaiban dan tiada yang mendengar doa-doa manusia.", "Inilah Tuhan yang dipercayai oleh Einstein. Tuhan yang cuba ditaakulkan (reasoned) dan Tuhan yang cuba disaintifikan supaya ia tepat mengenai akal, bukan tidak logik yang selalu disebut oleh wahyu (pandangan Einstein, bukan pandangan kami).", "Einstein pun akui dia bukanlah seorang ateist.", "“I believe in Spinoza’s God, Who reveals Himself in the lawful harmony of the world, not in a God Who concerns Himself with the fate and the doings of mankind.”", "– Albert Einstein" ]
https://www.thepatriots.asia/christopher-columbus-bukan-orang-pertama-tiba-di-amerika-syarikat/
Christopher Columbus Bukan Orang Pertama Tiba di Amerika Syarikat
[ "Dunia mengingati Christopher Columbus sebagai figura penting yang tiba di Benua Amerika pada abad ke-15. Dalam zaman yang bergelumangan dengan pendarjatan imperialis dan faktor warna kulit, kejahatan Columbus mungkin dikaburi semua.", "Beliau berlepas daripada Cádiz, Sepanyol, pada tahun 1492 semata-mata untuk menjadi malap.etaka terhadap warga pribumi di Benua Amerika.", "Ramai dijadikan ham.ba. Ada yang dipo.tong telinga. Sesiapa yang menjadi halangan akan dibµnµh pendatang tanah asing ini.", "Enam warga pribumi ditangkap semata-mata kerana Columbus sangka mereka boleh diperham.bakan. Malah warga Sepanyol lain turut dibµnµh dengan za.lim kerana jen.ayah ringan (Lane, 2015).", "Sebab itulah ramai warga pribumi Amerika Syarikat menentang sambutan Columbus Day. Mereka menjadikan 12 Oktober sebagai Hari Solidariti Warga Pribumi, bagi menggelapkan sejarah gelap yang diputihkan.", "Sesungguhnya Columbus bukan peneroka Eropah pertama yang tiba di Benua Amerika pun. 500 tahun sebelum kedatangan Columbus, seorang peneroka Viking bernama Leif Eriksson mendarat di Newfoundland, Canada.", "Menariknya, 500 tahun sebelum kedatangan Erikson, seorang hawari Ireland bernama Brendan dikatakan berjaya merentasi Lautan Atlantik (Klein, 2012).", "Inilah realiti yang tidak diketahui ramai, bahawasanya penin.das dijulang mengatasi peneroka-peneroka lain.", "Sejauh Mana Kebenaran Status Christopher Columbus", "Apabila George Washington mengisytiharkan kemerdekaan daripada pihak British, Amerika Syarikat hanya mempunyai 13 buah negeri sahaja. Hari ini negara tersebut berkembang besar dan megah, hingga merentasi lautan luas ke Alaska.", "Dan entah kenapa Amerika Syarikat menyambut Hari Columbus setiap Oktober.", "Amerika Syarikat terlalu besar untuk menjulang seorang peneroka. Yang paling utama sekali, Christopher Columbus tidak pernah mendarat di mana-mana tempat yang kemudian menjadi sebuah negeri.", "Beliau mengembara di sekitar Bahamas dan kemudian turun ke pesisiran Amerika Tengah sebelum meneruskan perjalanan ke Amerika Selatan.", "Jadi memang jelaslah – Columbus bukan seorang penyumbang pada kebudayaan Amerika Syarikat.", "Ini sebenarnya mengeruhkan lagi hubungan antara Amerika Syarikat dengan golongan pribumi sendiri.", "Menyingkap Rahsia Ratusan Tahun", "Seperti yang dimaklumkan, Amerika Syarikat mempunyai dua bidang tanah besar. Tanah Besar Amerika Syarikat menghubungkan 48 negeri bersekutu, termasuk Washington Daerah Columbia.", "Sebidang tanah lagi terletak bersebelahan dengan Canada, iaitu Alaska yang sejuk, sunyi dan suram. Di sini sebuah pasukan saintis menemui artifak yang dikhuatiri lebih awal daripada zaman kedatangan Columbus.", "Manik ini barangkali daripada seutas kalung leher atau gelang tangan, kerana pakar arkeologi turut menemui benang yang diperbuat daripada kulit pokok. Salah seorang pakar ialah Michael Kuntz daripada Universiti Alaska yang menjalankan ujian analisis pentarikhan radiokarbon.", "Analisis tersebut membawa dapatan yang luar biasa. Manik ini berasal daripada tahun antara 1397 hingga 1488 (McGreevy, 2021).", "Asal-Usul Semua Artifak", "Tiada siapa mengetahui secara tuntas dari mana datangnya manik ini. Tetapi ada satu teori menarik, yang mengatakan manik ini berasal daripada kota Venice.", "Kemudian ia dibawa melalui Laluan Sutera sama ada Timur Tengah atau Crimea pra-Rusia. Merentasi Asia Tengah sebelum tiba di Beijing. Ada kebarangkalian tinggi manik ini dibawa masyarakat pribumi Rusia yang merentasi Laut Bering ke Alaska.", "Terdapat juga kemungkinan yang pentarikhan radiokarbon itu tidak tepat. Jadi ada peluang tipis bahawa manik ini tiba di Alaska selepas kedatangan Christopher Columbus. Namun ini tidak mengubahkan apa-apa kerana Columbus tidak mendarat di Amerika Syarikat… apatah lagi Alaska.", "Selain daripada artifak ini, saintis turut menemui barangan sejarah lain seperti arang kayu dan tulang rusa kutub yang mungkin suatu kebetulan. Tetapi penemuan seperti anting-anting kuprum dan loket besi membangkitkan lebih banyak persoalan (Geggel, 2021).", "RUJUKAN:", "Geggel, L. (2021, Februari 12). European beads found in Alaska predate Columbus, controversial study claims. Live Science.", "Klein, C. (2012, Oktober 5). 10 Things You May Not Know About Christopher Columbus. History.", "Lane, K. (2015, Oktober 8). Five myths about Christopher Columbus. The Washington Post.", "McGreevy, N. (2021, Februari 10). Venetian Glass Beads May Be Oldest European Artifacts Found in North America. Smithsonian Mag." ]
https://www.thepatriots.asia/apakah-manfaat-laut-dari-segi-kesihatan/
Apakah Manfaat Laut Dari Segi Kesihatan?
[ "Sebut tentang riadah atau aktiviti masa lapang, tentu salah satu yang terlintas di fikiran adalah bermandi-manda di pantai bersama keluarga. Selain meraih ketenangan dengan panorama alam yang mendamaikan jiwa serta pemandangan laut seluas mata memandang, tahukah anda bahawa berendam di dalam air laut mempunyai beberapa kelebihan terutama dari segi kesihatan yang telah dibuktikan menerusi kajian-kajian pakar? Manakan tidak, air laut mempunyai lebih kurang 84 elemen seperti magnesium, potassium, kalsium sulfat dan sodium yang sama dalam tubuh manusia yang memberi manfaat kepada diri kita.", "Antara kelebihannya adalah:", "Sistem Imun", "Air laut mengandungi pelbagai unsur penting seperti vitamin, garam mineral, unsur surih, amino asid dan mikroorganisma hidup yang boleh menghasilkan antibiotik dan antibakteria untuk membantu menggalakkan sistem imun yang sihat. Komponen dalam air laut pula dilaporkan menyerupai plasma darah manusia, yang senang menyerap dan digunakan oleh badan semasa berenang. Tambahan pula, berenang di dalam air laut akan membuka liang di kulit bagi membolehkan mineral laut menyerap masuk dan membuang toksin beracun dari badan.", "Kulit", "Berenang di dalam laut merupakan aktiviti yang bagus buat mereka yang menghidap penyakit ekzima. Ini berlaku kerana air laut yang kaya dengan magnesium dapat meningkatkan pengekalan lembapan pada kulit sekaligus menjadikannya lebih kuat dan segar. Bahkan jerawat, luka atau keradangan dalaman mungkin akan sembuh dengan cepat selepas menghabiskan masa di lautan tanpa perlu berhabis wang modal yang terlalu banyak. Air laut boleh dianggap sebagai antiseptik yang mempunyai sifat penyembuhan luka kerana ia juga kaya dengan garam mineral seperti iodin dan natrium.", "Meditasi Dan Ketenangan", "Pada tahun 2014, ahli biologist marin, Wallace J. Nichols telah menulis sebuah buku bertajuk Blue Mind. Dalam bukunya, Wallace J. Nichols mengatakan bahawa air laut mampu memberikan ketenangan dan mengurangkan kadar stress pada badan. Salah satu puncanya adalah dengan kaedah pernafasan yang digunakan semasa berenang dan menyelam. Aktiviti ini merangsang sistem saraf parasympatetik (sistem yang mengawal fungsi organ dan menenangkan otak) dan mempunyai kesan pada gelombang otak dan hormon yang mempengaruhi otak secara positif.", "Peredaran Dan Pernafasan", "Berenang di air laut boleh membantu dalam melancarkan peredaran darah. Sistem peredaran darah kita yang terdiri daripada jantung, karpitari, arteri dan urat membawa darah yang kaya dengan oksigen dari jantung ke badan, dan mengembalikannya ke jantung semula. Antara tujuan terapi air ini adalah meningkatkan sistem peredaran darah. Berenang atau mandi laut menambahbaik sistem peredaran dengan memulihkan mineral penting yang berkurangan akibat stress, corak pemakanan tidak sihat serta persekitaran yang kotor. Oleh kerana air laut dapat menstabilkan tekanan darah, maka ia dapat mengelakkan insomnia dan membawa mood anda ke tahap yang lebih baik.", "Tambahan pula, dalam laporan Wall Streets Journal, saintis mendapati bahawa udara air masin bagus untuk paru-paru. Udara yang berhampiran laut membantu pesakit membersihkan paru-paru. Selain itu, mereka yang menghidap asma turut melaporkan bahawa mereka mampu bernafas dengan lebih baik dan mengurangkan tahap kesakitan mereka. antara alasan mengapa laut baik untuk pesakit asma adalah disebabkan udaranya yang bersih mengandungi titisan kecil air laut yang diperkaya dengan garam, iodin, magnesium dan unsur surih yang tersebar ke udara oleh angin dan ombak. Menghirup udara laut buat sejenak waktu akan menyebabkan lendir-lendir dalam saluran pernafasan berkurang dan menjadikan saluran pernafasan lebih lancar.", "Menurut Presiden American Thoracic Society, Dr. Thomas W. Ferkol, beliau memberikan bukti kajiannya di dalam Wall Street Journal dengan mengatakan bahawa udara air masin memberi kesan terhadap pesakit cystic fibrosis (penyakit genetic yang mengakibatkan jangkitan paru-paru berterusan dan kesukaran untuk bernafas bernafas) setelah 48 minggu dan ternyata ia berjaya melancarkan dan membersihkan paru-paru pesakit. Tidak setakat itu, pesakit itu juga menunjukkan tanda pengurangan penggunaan antibiotik yang digunakan untuk merawat mereka.", "Kesimpulan", "Apa yang berada di sekeliling kita tidak diciptakan secara sia-sia. Setiap kejadian mempunyai hikmah yang memberikan manfaat dan kelebihan kepada hidupan yang terdapat di dunia. Satu contoh yang telah disebutkan adalah air laut yang mampu menambahbaik sistem kesihatan tubuh manusia. Selain daripada itu, laut juga menyumbang kepada keseimbangan biodiversity dan ekosistem yang diperlukan oleh kehidupan. Oleh hal yang demikian, hendaklah khazanah berharga ini dipelihara dengan sebaiknya bagi kelangsungan hidup generasi akan datang memandangkan kepentingannya yang besar dalam pelbagai aspek penting seperti sumber makanan, perubatan, perdagangan, pelancongan, cari gali dan jana kuasa.", "Rujukan :", "1) http://theconversation.com/health-check-why-swimming-in-the-sea-is-good-for-you-68583", "2) http://www.livestrong.com/article/400377-what-are-the-health-benefits-of-swimming-in-sea-water/", "3) http://www.dailymail.co.uk/health/article-4071270/The-healing-powers-sea-soothing-skin-clearing-sinuses-expert-reveals-benefits-swimming-ocean.html", "4) https://www.surfertoday.com/surfing/13050-the-health-benefits-of-sea-water", "5) http://www.wiseandwell.co/life/world/health-benefits-science-ocean/", "6) http://www.readersdigest.ca/health/beauty/is-seaside-air-really-healthy-many-claim/", "7) https://lunginstitute.com/blog/breathing-in-ocean-air/" ]
https://www.thepatriots.asia/adakah-manusia-bakal-menjadi-mangsa-kepupusan-seterusnya/
Adakah Manusia Bakal Menjadi Mangsa Kepupusan Seterusnya?
[ "Lebih dari 3.5 bilion tahun, organisma hidupan (living organisms) telah berkembang dan membiak untuk memenuhi setiap ekosistem di Bumi. Di satu sisi banyaknya kelahiran spesis-spesis baru, kepupusan spesis juga telah menjadi sebahagian daripada kitaran evolusi hidupan spesis. Namun, kedua-dua peroses ini tidak selalunya seiring. Apabila kepupusan spesis berlaku lebih laju daripada pembentukan spesis baru, kejadian ini dipanggil sebagai “kepupusan besar-besaran” (mass extinction).", "Kepupusan besar-besaran biasanya didefinisikan sebagai kehilangan spesis sekitar 1/3 daripada semua spesis yang wujud di seluruh dunia dalam tempoh masa geologi yang pendek. “Pendek” di sini bermaksud kurang daripada 2.8 juta tahun memandangkan hidupan pun telah pun wujud di bumi dalam tempoh yang sangat panjang iaitu sekurang-kurangnya 540 juta tahun yang lalu dikenali sebagai era Cambrian.", "Pada era itu, pertama kalinya kepelbagaian hidupan mula “meletup” menjadi pelbagai bentuk dan hanya lima peristiwa sahaja yang mencukupi kriteria penghapusan besar-besaran. Lima peristiwa ini dikenali sebagai “Big Five” yang telah menjadi tanda aras (benchmark) oleh komuniti saintifik untuk menentukan sama ada manusia hari ini telah membentuk keadaan yang mampu membawa penghapusan besar-besaran ke atas spesisnya.", "Mari kita berkenalan dulu dengan “Big Five” ini. Lima peristiwa ini telah berlau setiap 100 juta tahun secara puratanya sejak era Cambrian. Setiap peristiwa tersebut berlangsung antara 50 ribu hingga 2.76 juta tahun. Penghapusan besar-besaran pertama berlaku ketika pengakhiran era Ordovician sekitar 443 juta tahun yang lalu dan telah menghapusan 85% spesis. Peristiwa tersebut berlaku kelihatannya akibat daripada dua fenomena iklim. Pertamanya zaman ais besar-besaran, kemudian era pemanasan gelobal secara mendadak.", "Penghapusan besar-besaran kedua berlaku ketika lewat era Denovian pada sekitar 374 juta tahun yang lalu dan telah menghapuskan 75% spesis. Kebanyakan spesis tersebut terdiri daripada spesis invertebrata di bawah lautan tropika pada ketika itu. Puncanya disebabkan oleh kenaikan paras air laut yang tidak menentu. Hal itu kemudiannya memberikan kesan kepada keadaan penyejukan dan pemanasan global secara mendadak. Pada ketika itu juga, tumbuhan mula tumbuh di darat dan kepekatan karbon dioksida meningkat.", "Penghapusan besar-besaran ketiga adalah yang paling teruk antara lima peristiwa tersebut. Berlaku ketika pengakhiran era Permian pada sekitar 250 juta tahun yang lalu dan menghapuskan 95% spesis. Sebahagian saintis berpendapat ianya berlaku disebabkan oleh impak asteroid yang telah menyebabkan perubahan iklim yang tidak sesuai untuk banyak spesis. Impak itu juga mampu menghalang cahaya matahari sampai ke bumi dan menjana hujan asid.", "Sebahagian saintis lain pula berpendapat penghapusan besar-besaran ketiga ini berlaku disebabkan oleh aktiviti volkano besar-besaran di kawasan yang kini dikenali sebagai Siberia. Aktiviti ini telah menyebabkan meningkatnya toksik di laut.", "Penghapusan besar-besaran keempat berlaku 50 juta tahun kemudian yang telah menghapuskan 80% spesis ketika era Triassic. Penghapusan ini berlaku mungkin disebabkan oleh aktiviti geologi iaitu peningkatan kepekatan karbon dioksida, peningkatan suhu global dan laut berasid.", "Peristiwa penghapusan besar-besaran yang terakhir berlaku ketika era Cretaceous, menghapuskan 76% spesis termasuk dinosaur. Penghapusan dinosaur telah memberikan peluang kepada mamalia peluang untuk berkembang dan membiak serta memenuhi habitat baru termasuklah manusia. Puncanya kuat disebabkan oleh peletusan gunung berapi besar-besaran.", "Kini, bumi sedang mengalami krisis kepupusan. Puncanya disebabkan oleh eksploitasi planet oleh manusia. Tetapi sama ada keadaan ini bakal menjadi penghapusan besar-besaran keenam bergantung sama ada kadar kepupusan pada hari ini lebih besar daripada kadar biasa yang berlaku antara lima peristiwa tersebut sebelum ini. Namun, tanda-tanda dan bibit-bibitnya telah muncul sama seperti yang pernah berlaku pada masa lalu.", "RUJUKAN:" ]
https://www.thepatriots.asia/kau-curi-pakaian-aku-yang-buruk-aku-sumpah-kau-menderita-tujuh-keturunan/
Kau Curi Pakaian Aku Yang Buruk, Aku Sumpah Kau Menderita Tujuh Keturunan!
[ "Kota Bath di barat daya Britain ada sejarah yang kaya dengan tahyul-tahyul Rom. Pada zaman dahulu, orang ramai dari pelbagai tempat gemar mengunjungi kota Bath untuk berendam di dalam mata air panas Bath.", "Ya, nama kota ini adalah kota Bath, bukan Ba’ath di Iraq dan Syria sana ya, dan Bath memang tempat mandian awam yang terkenal ketika itu, tapi setiap kali berlaku kes kecurian yang melibatkan kehilangan barang pengunjung, mangsa lebih gemar menggunakan “tablet sumpahan” bagi membalas dendam terhadap orang yang mencuri pakaian mereka.", "“Semoga Tuhan melaknat sesiapa yang telah mencuri kain toga aku!”", "Pada tahun 1979, apabila ahli arkeologi mula melakukan ekskavasi terhadap kota Bath era Rom, air keruh yang pernah menjadi mata air yang paling suci di sana didapati menyimpan ratusan objek kecil.", "Objek-objek ini merangkumi kira-kira sebanyak 130 kepingan logam yang digulung sejak sekitar abad pertama Masehi. Ia merupakan tablet sumpahan, yang biasa ditemui di seluruh dunia Yunani-Rom dari abad kelima Sebelum Masehi hingga ke akhir zamannya.", "Definisi standard bagi tablet sumpahan, menurut apa yang dikemukakan oleh David R. Jordan, ialah: “kepingan plumbum bertulis, biasanya dalam bentuk kepingan kecil dan nipis, bertujuan untuk mempengaruhi, melalui cara ghaib, tindakan atau belas ihsan manusia, atau binatang, yang bertentangan dengan kehendak mereka.”", "Walaupun Julius Caesar pada awalnya menyerang Britain pada tahun 50-an S.M., dia tak meneruskan penaklukan. Seabad kemudian, Tiberius Claudius Caesar Augustus Germanicus, maharaja keempat Rom yang terkenal itu membawa Britain masuk ke dalam sempadan empayar.", "Selepas beberapa abad berlalu, kemasukan migrasi baru dari seluruh benua ke kepulauan Britain akan membawa pelbagai barangan baru, idea baru, dan ‘Tuhan’ yang baru.", "Semasa era Bath kuno, tablet sumpahan sering ditujukan kepada Sulis Minerva: dewi hibrid hasil dari gabungan Dewi Sulis, yang dikatakan menjaga mata air, dengan dewi dari Rom yang bernama Minerva.", "Orang Rom sangat gemar mempraktikkan tradisi hibridisasi keagamaan begini, ia dipanggil “Interpretatio Romana”, membawa dan mengubah para dewa dari mana-mana bangsa yang mereka takluki ke dalam panteon (kuil) Rom sendiri.", "Tablet sumpahan boleh dikelaskan kepada dua kategori. Yang pertama ialah sumpahan mengikat, atau defixiones, digunakan untuk menghalang pesaing sama ada dalam hal ehwal cinta, sukan dan undang-undang.", "Kategori kedua, “doa memohon keadilan,” tablet di Bath termasul dalam kategori ini, yang kebanyakannya adalah berkisar tentang masalah kecurian. Mangsa akan menulis aduan tentang jenayah ini kepada dewi di dalam tablet sumpahan, kadangkala ia dilakukan secara terbuka melalui ritual upacara berdoa.", "Tujuan upacara doa diadakan bukanlah supaya pelakunya dapat dihukum. Ia sebenarnya bertindak sebagai amaran dan ancaman di mana si pencuri akan menerima hukuman berat jika barang-barang yang dicuri itu tidak dipulangkan.", "Bagi memastikan sumpahan itu boleh ‘beroperasi’, si, mangsa terlebih dahulu perlu menghadiahkan barang yang senilai dengan barangannnya yang dicuri kepada dewi itu sendiri, jadi sebenarnya ini adalah jenayah kecurian oleh ‘dewi’ Sulis sendiri.", "Dalam erti kata lain, individu yang menulis tablet ini pada dasarnya telah ‘melantik’ dewi sebagai pemburu dengan menugaskan dewi untuk mengenal pasti dan menjejak pencuri dan melaksanakan hukuman..", "Sumpahan dari kebanyakan pusat bandar ditujukan sebagai “masalah harian duniawi yang biasa”. Kecurian adalah kejadian yang agak normal sama seperti hari ini, dan tablet sumpahan akan berfungsi sebagai strategi propaganda.", "Jika mangsa kecurian mengetahui nama orang yang telah menganiaya mereka atau nama suspek, mereka akan menyebut nama tersebut di dalam tablet.", "“Dengan ini saya telah pun memberikan Dewi Sullis sebanyak enam syiling perak yang telah saya kehilangan, ini supaya Dewi akan memintanya daripada nama-nama yang tertulis ini: Senicianus dan Saturninus dan Anniola.”", "Kemudian,, pemuja ini akan menuntut Tuhan atau dewi membuatkan pencuri itu menderita atau jatuh sakit sehingga mereka terpaksa datang ke lokasi tertentu yang sesuai bagi mengembalikan barangan yang dicuri.", "Salah satu tablet mencatatkan, “Dari Solinus kepada Dewi Sulis Minerva. Aku serahkan kepada kebesaran dan keagungan-Mu jubah mandi dan mantel ku ini. Jangan benarkan dia tidur atau memberikan kesihatan badan kepadanya, yang telah menganiayai aku, baik lelaki atau perempuan, hamba atau orang merdeka, melainkan jika dia munculkan dirinya dan membawa kembali barang-barang itu ke kuilmu.”", "Tablet Bath mungkin telah dipaparkan secara terbuka dan dibacakan kepada orang ramai sebelum ia diselamkan ke dalam kolam suci. Ini mencipta perbandingan antara teks di Bath dengan teks dari Sanctuary of Demetry di Cnidus, Asia Kecil.", "Teks-teks dibacakan secara terbuka supaya para pemuja yang mendengar ia dibacakan dengan kuat mungkin akan memberikan maklumat yang hilang berkaitan kes jenayah yang tak dapat diselesaikan. Ia mungkin juga boleh membawa tekanan sosial terhadap penjenayah yang didakwa.", "Inilah kaedah paling bajet rendah dalam menuntut keadilan, tablet sumpahan boleh diakses oleh semua orang. Kebanyakan orang menganggarkan golongan celik huruf kuno adalah sekitar 10-15 peratus, dan tablet sumpahan pasti ditulis oleh orang dari kumpulan itu. Ia mungkin termasuk hamba, tukang dan askar.", "Mungkin para pengunjung di tempat mandian awam itu miskin, tablet yang mereka tulis sering mengadu tentang kes kecurian barang-barang kecil— jadi mereka tak mampu mengupah pengawal atau membeli hamba untuk melindungi barangan mereka semasa mereka sedang mandi.", "Hari ini, seluruh dunia juga menggunakan tablet sumpahan, tapi secara atas talian, dan diadukan ke wall Facebook.", "Kalau anda berminat dengan sejarah Tamadun Rom, bolehlah membeli buku terbaru kami, KITAB TAMADUN ROM yang sedang ada promosi di Shopee. Boleh beli di: https://bit.ly/30VoLai" ]
https://www.thepatriots.asia/high-valyrian-bahasa-seorang-ibu-naga/
High Valyrian – Bahasa Seorang Ibu Naga
[ "“Nyke Daenerys Jelmāzmo hen Targārio Lentrot, hen Valyrio Uēpo ānogār iksan. Valyrio muño ēngos ñuhys issa.”", "“Aku Daenerys Stormborn dari Rumah Targaryen, keturunan Valyria Lama. Valyrian ialah bahasa ibundaku.”", "Epik!", "Adegan ini membuatkan aku ‘goosebump-ed’ setiap kali aku teringat dalam musim ketiga siri rancangan televisyen ‘Games of Throne’. Bahasa yang ditutur oleh Daenerys, Ibu Naga ialah High Valyrian, sebuah bahasa tiruan khusus untuk siri tersebut, ciptaan seorang ahli bahasa David J. Peterson.", "Asalnya, aku ingin menggunakan bahasa binaan untuk istilah constructed language, tetapi sepertinya The Patriots Asia telah menggunakan terma bahasa tiruan dalam sebuah rencana terdahulu. Rujuk sini.", "High Valyrian mempunyai niche seumpama Latin pada zaman pertengahan Eropah. Dalam novel George R. R. Martin, A Song of Ice and Fire, penulis memaparkan bagaimana bahasa ini tidak lagi digunakan dalam kehidupan seharian, tetapi digunakan dalam sistem pendidikan golongan bangsawan Essos dan Westeros seperti seni karya dan lagu-lagu.", "HBO memilih ahli bahasa Peterson melalui pertandingan dalam kalangan komuniti conlang-ers (Constructed languange = Bahasa tiruan). Para penerbit juga memberi ruang bebas untuk Peterson bagi ‘bermain’ dengan bahasa tersebut. Hal ini kerana, pada asalnya, istilah atau frasa yang wujud hanyalah beberapa frasa pendek seperti “valar morghulis” iaitu semua lelaki perlu mati. Frasa lain seperti ‘men are trash’ (yang dilaungkan wanita zaman moden) tak wujud lagi.", "Peterson yang juga membina bahasa Dothraki seperti yang digunakan oleh Khal Drogo, telah mengadakan kursus bahasa High Valyrian di University of California Berkeley pada awal tahun 2017. Objektif bagi kelas tersebut adalah supaya pelajar beliau mampu mencipta kaedah tersendiri untuk berkomunikasi. “Mereka akan belajar cara untuk mencipta bahasa masing-masing,” kata Peter pada ketika itu.", "Aplikasi Duolingo telah menyediakan kursus khas untuk bahasa tiruan High Valyrian bagi peminat rancangan televisyen tersebut untuk belajar dan berlatih sebagai persediaan untuk musim finale pada tahun ini. Aplikasi Duolingo juga menyediakan kursus Esperanto dan Klingon, bahasa fiksyen untuk Star Trek.", "Sebagai tambahan daripada Duolingo, kalian boleh dapatkan kaedah fonologi, morphology dan seumpama dari laman sesawang rasmi Peterson sendiri di sini.", "Selain itu, peminat dari seluruh dunia juga telah menggunakan High Valyrian (dan Dothraki) untuk mencipta sebuah haiku:", "Sambrarra mērī iōrtes jorumbare", "Pār pȳdza arghussiarzy va bantī", "Se elēna lāruno tolmiot ahīghilis– Joel W.", "Tafsiran:", "dalam kabussendirian dia berdirisendirian dia berdirimasih menunggu.", "kemudian melompatpemangsadalam malam.dan bunyi-bunyigagak yang jauhsedang menjerit.", "Haiku: puisi tradisi Jepun.", "Berbeza dengan Bahasa Melayu atau English, High Valyrian menggunakan kala aorist (aorist tense) seperti Greek Purba. Kalau kalian kenal siri The Lord of The Rings, Quenya yang berasal dari jalur bahasa Elvish juga menggunakan gaya bahasa yang sama.", "Selain frasa yang disebut pada awal artikel, antara frasa asas yang kalian boleh gunakan ialah:", "Apa yang kita katakan pada mati? (Skoros morghot vestri?) Bukan hari ini. (Tubī daor.)", "Aku cintakan kamu. (Avy Jorraelan.)", "Mahukah kamu menikahiku? (Ao ynoma diniluks?)", "Terakhir, kessa untuk ya dan daor untuk tidak.", "Dracarys!", "Artikel disumbangkan oleh Snow White untuk The Patriots. " ]
https://www.thepatriots.asia/perbezaan-senjata-mr-freeze-dan-captain-cold/
Perbezaan Senjata Mr Freeze Dan Captain Cold
[ "Dalam sejarah supervillain DC Comics, supervillain yang menggunakan senjata bertema ais yang dikenali ramai sudah tentu Mr Freeze atau nama sebenarnya Victor Fries iaitu salah seorang musuh Batman. Lebih-lebih lagi, watak Mr Freeze pernah dilakonkan oleh Arnold Schwarzenegger dalam filem Batman & Robin (1997). Namun begitu, masih ada lagi watak supervillain yang popular dengan senjata ais iaitu Captain Cold atau alter egonya Leonard Snart, musuh The Flash. Untuk pengetahuan anda, watak Leonard Snart dilakonkan oleh Wentworth Miller dalam siri televisyen The Flash (2016) dan Legends of Tomorrow (2016).", "Namun apakah perbezaan di antara mereka berdua? Senjata mereka berdua bertemakan ais namun konsep bagi pembuatan senjata mereka sangatlah berbeza. Nampak sama tetapi tidak serupa.", "Mr.Freeze pakar dalam bidang kriogenik. Kriogenik secara asasnya ialah cabang fizik yang melibatkan suhu yang rendah. Kemalangan di dalam makmalnya membuatkan Mr.Freeze terpaksa memakai sut kriogenik untuk mengekalkan suhu badannya yang rendah. Senjata Mr Freeze boleh membuatkan sasarannya menjadi beku. Dan bahan asas senjata Mr.Freeze ialah cecair nitrogen. Cecair Nitrogen sangat berbahaya dan jika terkena pada kulit manusia boleh mengakibatkan luka beku (Cold Burn). Tisu dan kulit akan rosak jika terdedah dengan suhu beku yang melampau. Jika dilihat dalam siri Gotham (2014), senjata Mr.Freeze mampu membunuh seseorang dengan satu tembakan sahaja.", "Senjata Captain Cold pula berbeza dengan Mr.Freeze. Captain Cold banyak mengubahsuai senjatanya yang digelar Cold Gun. Cold Gun mampu membeku sesuatu sasaran. Cold Gun ialah senjata boleh laras. Dalam siri The Flash (2014), Captain Cold boleh melaraskan suhu Cold Gun sewaktu Barry cuba membekukan King Shark.", "Jika tersalah laras, ia mampu membunuh seseorang sepertimana Leonard Snart membunuh ayahnya dengan menggunakan Cold Gun. Cold Gun Dalam siri komik Rebirth, Captain Cold menggabungkan senjatanya dengan teknologi Anti Speed Force yang digelar sebagai Black Ice Gun. Dengan teknologi Anti Speed Force, Captain Cold mampu membeku seorang speedster dan mengganggu Speed Force yang merupakan punca kuasa The Flash sebagai seorang speedster. Ini bermakna The Flash tidak boleh menggunakan kelajuannya di dalam suhu bawah 0°C. Objek tidak bergerak di dalam suhu yang rendah.", "Namun, apa yang menarik ialah Captain Cold menguasai ‘Absolute Zero Temperature’ di dalam Cold Gun nya. Ini diakui sendiri oleh Mr.Freeze. Absolute Zero bermaksud suhu yang rendah dianggarkan dalam −273.15 °C.", "Captain Cold dan Mr.Freeze merupakan pesaing yang sama hebat. Di dalam game Injustice 2, mereka berdua sama-sama cuba membuktikan siapa yang lebih hebat dalam menggunakan senjata ais." ]
https://www.thepatriots.asia/p-ramlee-menyelamatkan-s-kadarisman-daripada-dipukul-gangster/
P Ramlee Menyelamatkan S. Kadarisman Daripada Dipukul Gangster
[ "Pada satu hari di Studio Merdeka, Ulu Klang, Kuala Lumpur. P.RAMLEE sedang duduk seorang diri di dalam biliknya sambil mengarang lagu. Tiba-tiba pintu bilik P.RAMLEE diketuk oleh seseorang sambil memanggil namanya “Bang Ramlee! Bang Ramlee!”. Apabila pintu itu dibuka, rupanya orang itu adalah ISMAIL MAHMUD. ISMAIL MAHMUD nampak seperti kelam kabut sambil termengah-mengah menghampiri P.RAMLEE. P.RAMLEE pun bertanya, “Kenapa dengan engkau ni Mail?”. ISMAIL MAHMUD menjawab, “Bang, Pak Kadar kenal pukul”. P.RAMLEE bertanya, “Kadar kena pukul, dengan siapa?”. “Dengan Osman (OSMAN BOTAK) bang, bersama orang orangnya”. Jawab ISMAIL MAHMUD. Lalu P.RAMLEE pun bangun dari kerusi dan mencapai mancis di atas meja untuk menyalakan rokoknya. P.RAMLEE bertanya kepada ISMAIL MAHMUD berapa ramaikah orang-orang OSMAN BOTAK yang terlibat. ISMAIL MAHMUD menjawab ada enam orang.", "Selepas menyalakan rokok P.RAMLEE mengira batang mancis dan mengeluarkan sebanyak enam batang macis dari kotaknya kemudian beliau terus memasukkan keenam-enam batang mancis tersebut di dalam stokinnya. Selepas itu P.RAMLEE terus mengajak ISMAIL MAHMUD ke tempat kejadian. ISMAIL MAHMUD berasa hairan dan pelik mengapa P.RAMLEE memasukkan enam batang mancis di dalam stokin, dan apakah tujuannya?", "Apabila sampainya P.RAMLEE di tempat kejadian, kelihatan S.KADARISMAN di kepung oleh OSMAN BOTAK dan orang-orangnya. OSMAN BOTAK mengugut mahu mencederakan S.KADARISMAN. Perbuatannya itu seolah-olah terhenti apabila P.RAMLEE sampai. P.RAMLEE bertanya kepada OSMAN BOTAK, “Osman, kenapa kau mahu pukul Kadar?”. OSMAN BOTAK menjawab, “Orang ini berlagak bang, datang dari Singapura tapi nak tunjuk handal di tempat kami. Dia tak mahu ambil kami berlakon dalam filemnya bang”. Setelah mendengar penjelasan OSMAN BOTAK, P.RAMLEE tersenyum kecil, lalu P.RAMLEE pun berkata kepada OSMAN BOTAK, “Baik kau minta maaf sekarang pada Kadar, kalau tidak nanti aku tak mahu ambil kau orang semua berlakon dalam filem aku”. P.RAMLEE seolah-olah mengugut mereka.", "Setelah mendengar amaran dari P.RAMLEE, dengan pantas OSMAN BOTAK dan orang orangnya meminta maaf kepada S.KADARISMAN. Mereka juga memohon maaf sambil memeluk dan mencium tangan P.RAMLEE serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mereka lagi. Selepas sahaja kejadian itu selesai, S.KADARISMAN memeluk dan mengucapkan terima kasih kepada P.RAMLEE.", "Untuk info, OSMAN BOTAK adalah seorang pelakon pembantu yang sering berlakon di dalam filem-filem arahan P.RAMLEE di studio Merdeka. Beliau juga dikatakan adalah salah seorang gangster yang terkenal di Kuala Lumpur sekitar tahun 1960-an. Beliau mempunyai ramai pengikut yang sanggup bersama-sama dengan beliau. Di Studio Merdeka juga ada pelakon yang sedia ada berasal dari kumpulan bangsawan yang menguasai studio berkenaan pada lewat tahun 1960-an. Nama nama seperti LATIF BORGIBA dan TAMAM IDRIS adalah “jaguh” yang hebat menguasai studio berkenaan. Tetapi mereka berdua sangat hormat kepada P.RAMLEE. Kesimpulan pada cerita ini hanya ISMAIL MAHMUD sahaja yang tahu bagaimana P.RAMLEE lakukan. Dan beliau masih lagi pelik tiada jawapan sampai ke hari ini bagaimana P.RAMLEE boleh melakukannya.", "Sumber :", "Seniman Ismail Mahmud", "Dato Ahmad Fauzee", "Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik" ]
https://www.thepatriots.asia/makam-7000-tahun-ada-emas-lagi-banyak-daripada-emas-dunia/
Makam 7,000 Tahun Ada Emas Lagi Banyak Daripada Emas Dunia!
[ "Bidang arkeologi tidak jemu mendedahkan keagungan prasejarah. Penemuan-penemuan yang dibuat sebenarnya mendedahkan warna-warni kehidupan purbakala. Dulu kala orang-orang purba diberi gambaran mundur dan ketinggalan zaman. Namun sejak kebelakangan ini, tanggapan sedemikian terbukti tidak benar.", "Tenggara Eropah mungkin tidak ampuh dari segi ekonomi atau geopolitik. Namun rantau ini sangat kaya dalam aspek prasejarah.", "Salah sebuah negara di Tenggara Eropah adalah Bulgaria, yang berjiran dengan Romania, Serbia dan Macedonia – dan tidak jauh daripada Turki. Zon ini merupakan kawasan tumpuan harta kekayaan prasejarah yang tiada tolok bandingnya.", "Kiblat Pengeluaran Emas", "Pada zaman prasejarah, Bulgaria merupakan negara bangsa Varna. Tidak ramai tahu tentang bangsa ini… apatah lagi minat mereka pada emas. Saintis berpendapat Varna menguasai ilmu pertukangan emas sekitar 4600 S.M. ke 4200 S.M. (Fagan, 2004). Jadi anggaran paling kasar pun adalah 7,000 tahun.", "Mereka hidup 7,000 tahun lalu dengan tatahan emas, yang berkembang daripada asas perlombongan sampailah ukir-mengukir.", "Sampai satu masa – bangsa Varna mengenali dunia melalui jalinan perdagangan. Mereka mempunyai sesuatu yang diminati dunia. Emas adalah segala-galana di merata-rata tempat. Sekelip mata Varna mendapat kuasa penentu dalam aspek perdagangan rantau. Sejauh mana tahap kekayaan Varna?", "Makam Yang Menjadi Saksi", "Laut Hitam sememangnya popular dengan beberapa bandar penting seperti Crimea, Odessa dan Istanbul. Ketiga-tiga bandar ini amat bersejarah. Tetapi mereka ibaratkan adik kalau dibandingkan dengan bandar Varna, Bulgaria. Empat kilometer daripada pusat bandar terletak sebuah tapak perkuburan.", "Di sini ada 294 buah makam yang menyembunyikan barangan bernilai seperti emas, kuprum dan manik misalnya.", "Saintis menerokai satu demi satu makam… sampailah Makam Ke-43.", "Penemuan Yang Mengejutkan", "Makam Ke-43 menyimpan rangka seorang lelaki yang hidup 7,000 tahun lalu. Tiada catatan mengabadi tentang status sebenar lelaki ini. Mungkin ahli bangsawan penting. Mungkin raja berdaulat.", "Barangkali pewira agung. Ataupun seorang nabi di sisi Varna. Kerana baginda dikebumikan dengan tanah… dan emas.", "Bukan setakat sejongkong dua emas. Punya banyak harta emas ditanam bersama baginda, sampai mungkin lagi banyak daripada jumlah emas sedunia pada masa itu (Curry, 2016).", "Salah satu harta yang ditanam sekali adalah sebatang cokmar, yakni simbol darjat begitu mulia. Jangankan cokmar, orang Varna meletakkan sebuah plat emas untuk menutup kemaluan rangka ini.", "Kemaluan pun ditutup dengan emas. Fikir tengok betapa mulianya lelaki ini pada mata bangsa Varna. Sebab itulah laporan jurnal menyatakan baginda dikebumikan bersama “unfathomable riches”.", "Malang seribu malang, tidak banyak yang diketahui tentang lelaki ini. Tetapi dapatan sedia ada membolehkan kita bayang darjat baginda. Kalau pengemis tepi jalan, nescaya takkan mungkin ditanam dengan tatahan emas.", "Kejatuhan Kebudayaan Varna", "Setiap bangsa yang maju mesti kecundang punya. Itulah roda ketamadunan. Tumbangnya bangsa Varna dipercayai adalah kerana beberapa faktor yang berkaitan antara satu sama lain.", "Salah satu faktor ini merupakan perubahan iklim, yang merumitkan urusan harian. Apabila banyak tanah yang boleh dicucuk tanam bertukar menjadi paya, budaya Varna terpaksa mencari jalan lain untuk meneruskan kehidupan harian.", "Dan saban zaman, mereka dipercayai berhijrah sana sini. Secara tidak langsung, budaya Varna diserap budaya-budaya sekeliling. Sebab itulah Varna tiada “bangsa keturunan”.0", "RUJUKAN:", "Curry, A. (2016, April 18). Mystery of the Varna Gold: What Caused These Ancient Societies to Disappear? The Smithsonian Magazine.", "Fagan, B. (2004). People of the Earth: An Introduction to World Prehistory. Pearson. Halaman 465." ]
https://www.thepatriots.asia/penemuan-makam-abad-ke-14-di-notre-dame/
Penemuan Makam Abad Ke-14 Di Notre Dame
[ "Ketika ini, proses pembinaan semula katedral Notre Dame sedang berjalan susulan kebakaran yang melanda gereja itu pada 2019. Tatkala proses ini sedang berjalan, kerja-kerja ekskavasi juga turut digerakkan bagi melindungi warisan sejarah Notre Dame. Siapa sangka, kerja-kerja ini mendedahkan makam-makam lama dan keranda plumbum abad ke-13 dan ke-14.", "Mengikut perancangan awal, pasukan pembina merancang untuk mendirikan perancah bagi memulihkan rabung bumbung katedral setinggi 100 meter. Tetapi ia ditangguhkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja ekskavasi dalam Notre Dame.", "Ternyata penangguhan tersebut merupakan satu langkah bijak. Sebaik pasukan pengkaji arkeologi mengekskavasi kawasan dalaman gereja, mereka menemui sebuah lubang yang terletak di bawah lantai Notre Dame. Pasukan pengkaji percaya ia dibuat sekitar 1230 semasa katedral itu dalam proses pembinaan.", "Disebabkan penemuan hebat ini, Kementerian Kebudayaan Perancis melanjutkan tempoh ekskavasi sehingga 25 Mac ini. Dengan lanjutan tempoh tersebut, ia akan membantu pengkaji arkeologi menyingkap sejarah di sebalik Notre Dame. Bagaimanapun, mereka perlu bekerja dengan pantas kerana selepas itu, proses pembinaan dan penambahbaikan akan disambung semula.", "Berdasarkan analisis mereka, lapisan berbatu-batu yang dikeluarkan mula diletakkan sekitar abad ke-18. Tetapi sesetengah lapisan di bawahnya dikatakan telah dibuat sekitar abad ke-13 dan ke-14. Lebih mengejutkan, sedikit bahan organik seperti rambut dan tumbuhan masih wujud pada lapisan-lapisan ini.", "Untuk keranda plumbum pula, pengkaji arkeologi percaya keranda ini milik seorang kenamaan abad ke-14. Sekiranya identiti bangsawan ini dapat dikenalpasti, ia pasti bakal mengundang kegemparan dalam kalangan komuniti arkeologi Perancis.", "Notre Dame pernah menjadi saksi pelbagai peristiwa yang melanda Paris termasuk Revolusi Perancis dan Perang Dunia Kedua (WWII). Atas sebab itu, ia dikelaskan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.", "Notre Dame menarik perhatian dunia apabila ia mengalami kebakaran teruk pada April 2019. Kebakaran tersebut merosakkan sebahagian besar struktur katedral berusia 850 tahun itu dan meruntuhkan bumbung bangunan berkenaan.", "Susulan insiden berkenaan, Presiden Perancis Emmanuel Macron berikrar untuk membina semula Notre Dame sebelum tahun 2024. Hasil sumbangan komuniti antarabangsa, lebih AS$1 bilion dikumpul bagi membiayai pembinaan semula katedral berkenaan.", "RUJUKAN", "Libert, L. (2022, 16 Mac). Ancient sarcophagus found under Notre Dame cathedral in Paris. Reuters.", "Tonkin, S. (2022, 15 Mac). Ancient tombs and a leaden sarcophagus dating back to the 14th century are uncovered at Paris’ Notre Dame during work to rebuild the cathedral following damage from the 2019 fire. Daily Mail.", "Sumber gambar: JULIEN DE ROSA/AFP/Getty Images" ]
https://www.thepatriots.asia/melayu-itu-pendatang-di-pulau-borneo/
Melayu Itu Pendatang Di Pulau Borneo?
[ "SATU hal yang amat menjengkelkan bilamana ada sesetengah pihak dari Borneo sendiri yang berhimpunnya 3 negara mendakwa bahawa KAUM MELAYU ITU PENDATANG DI PULAU BORNEO. Melayu yang bertebaran di bumi Borneo mungkin dipisahkan oleh politik dan sempadan negara namun ras-ras keturunan mahupun sejarah mereka janganlah sesekali diputarbelitkan demi survival bagi memenangkan misi songsang puak-puak terdesak ini. Puak ini sentiasa cuba menangguk di air yang keruh kerana “Melayufobia” begitu mendapat tempat di hati masyarakat sekarang.", "Bagi menjawab segala kenyataan dangkal puak ini, akan diperincikan setiap satunya melalui tajuk kecil berikut:", "I. Melayu Proto dan Melayu Deutro di Borneo\nIi. Kerajaan Melayu Kuno di Borneo\nIii. Bahasa Melayu Asal Borneo\nIv. Pentas Sunda dan Bangsa Maritim", "Melayu Proto Dan Melayu Deutro Di Borneo", "Di dalam menjejaki asal keturunan kaum Melayu di Borneo, kita jangan sesekali melupakan bahawa adanya keturunan Melayu Proto di tengah-tengah masyarakat di Borneo sekarang. Masyarakat Dayak di Borneo misalnya sememangnya sudah terbukti sebagai mereka yang tergolong di dalam kelompok Melayu Proto atau Melayu Tua atau Melayu Purba sama seperti masyarakat Toraja (Sulawesi), Nias (Sumatera), Sasak (Lombok), Rejang dan banyak lagi. Golongan Melayu Proto ini sudahpun ada di Borneo pada gelombang migrasi yang pertama lagi iaitu sekitar 1500 ke 2000 SM.", "Kemudian gelombang migrasi Melayu Deutro atau Melayu Muda pula mencakupi Borneo sekitar 500 tahun SM. Dari Melayu Deutro inilah timbulnya suku bangsa Banjar, Kedayan dan lain-lain. Mereka mengasimilasikan diri di dalam kelompok Melayu Proto makanya membawa seribu satu kepandaian sehingga mampu mengwujudkan ketamadunan sendiri yang berdiri megah di bumi Borneo suatu waktu dahulu. Dek kerana itulah dikatakan penempatan Melayu Proto yang pada asalnya di pesisir pantai telah beralih sehingga ke pedalaman manakala Melayu Deutro pula mengambil lokasi mereka mendiami kawasan pesisir pantai.", "Kerajaan Kuno Melayu Di Borneo", "Sudah terang lagi bersuluh bahawasanya kerajaan-kerajaan Melayu kuno sememangnya pernah wujud di Borneo. Tanpa kita sedari bahawa salah satu kerajaan Melayu kuno itu merupakan kerajaan paling tertua wujud di bumi nusantara. Kerajaan Kutai nama diberi merupakan kerajaan kuno yang diasaskan oleh seorang raja Melayu Proto sekitar abad 200 masihi.", "Perlulah diketahui bahawa suatu waktu dahulu di bumi Borneo juga bukanlah pada asalnya Melayu itu harus beragama Islam. Malah Melayu dahulukala juga ada juga yang mengikut ajaran hindu, kaharingan dan sebagainya. Dan Kerajaan Kutai walau kerajaan Melayu adalah berfalsafahkan ajaran hindu di dalam pemerintahannya. Cuma sekitar abad ke-13 Masihi barulah kerajaan kutai telah mula memasuki fasa kerajaan Islam.", "Kemudian mana mungkin menidakkan kewujudan satu lagi kerajaan dari Melayu Deutro iaitu Kerajaan Banjarmasin. Kerajaan yang gah namanya mempunyai wilayah hampir 1/3 daripada bumi Kalimantan dahulu. Ini merupakan kerajaan yang diasaskan oleh orang Banjar dengan mendapat pengasimilasian penuh daripada masyarakat dayak di Kalimantan.", "Dan siapakah yang begitu sembrono mengatakan Kerajaan Brunei itu bukan kerajaan Melayu pula. Keagungan tamadun kerajaan Brunei bukanlah hanya diketahui sekarang sebaliknya sejak berdirinya satu kerajaan yang dinamakan Kerajaan Brunei Tua. Pada waktu itu Kerajaan Brunei Tua masih lagi sebuah kerajaan yang beragama Islam. Buktinya penemuan beberapa peralatan penyembahan hindu di Kota Batu yang menjadi antara artifak bersejarah bagi memperkatakan kerajaan Brunei suatu waktu dahulu.", "Kesultanan Brunei Darussalam yang kita ketahui sekarang hanya wujud setelah rajanya yang pertama iaitu Awang Alak Batatar memeluk agama Islam hasil daripada sokongan daripada Kerajaan Johor Tua. Dengan bergelar Sultan Muhammad Syah, baginda memainkan peranan yang amat penting di dalam penyebaran agama Islam di seluruh Borneo berdasarkan kepada pengaruh perluasan wilayahnya.", "Kemudian bagi kenyataan yang menyatakan bahawa masyarakat Dayak di Borneo tidak mengetahui kekuasaan Kerajaan Brunei pula adalah satu kenyataan bidaah sama sekali. Sepanjang kekuasaan Kerajaan Brunei telah berhimpun peristiwa-peristiwa masyarakat Dayak di pedalaman turut bersama atau menentang Sultan Brunei suatu waktu dahulu.", "Mungkin masih kurang kefahaman atau sengaja buat-buat lupa mengenai betapa cemerlangnya Tentera Lipan Baram yang dianggotai oleh masyarakat Dayak dari Kaum Orang Ulu Sarawak. Merekalah tulang belakang kepada Sultan Kahar suatu waktu dahulu sehingga menggunakan kekuatan Tentera Lipan Baram untuk menakut-nakutkan tentera Sepanyol. Dan pernah tidak mengetahui peristiwa Ayau Babi iaitu bagaimana masyarakat Orang Ulu pada suatu waktu dahulu dimurkai oleh Sultan Brunei kerana tersalah tanggapan mengenai hidangan yang wajar disantap oleh seorang Sultan beragama Islam.", "Bahasa Melayu Asalnya dari Borneo", "Jika benar Melayu itu pendatang di Borneo seperti kenyataan puak itu, mengapa pula dari segi linguistik telah dinobatkan bahawa bahasa Melayu yang kita gunapakai sekarang sebenarnya berasal daripada bahasa Melayu Proto dari Borneo. Mengikut pakar linguistik segala yang kita pertuturkan sekarang yang berbeza gelarannya mengikut negara iaitu Bahasa Malaysia untuk negara Malaysia, bahasa Indonesia untuk Indonesia dan Bahasa Brunei bagi negara Brunei Darussalam adalah asimalasi bahasa Melayu yang dipertuturkan oleh masyarakat Melayu Proto asal Borneo lebih 3000 tahun dahulu.", "Makanya janganlah menghairankan sekiranya banyak dialek yang ada di Borneo sekarang juga seakan-akan bunyi mahupun membawa maksud yang sama dengan mereka yang mempertuturkan bahasa Melayu secara relatifnya. Lihatlah bagaimana asimilasi bahasa itu turut ada sinonim dengan bahasa iban untuk bahasa minang, bahasa dayak berkumpai di dalam bahasa banjar serta banyak lagi. Itulah yang dinamakan asimilasi bahasa yang menunjukkan bahawa rumpun bangsanya.", "Pentas Sunda Dan Bangsa Melayu Bangsa Maritim", "Kita mengimbau beribu-ribu tahun dahulu bagaimana terjadinya pemisahan satu daratan yang luas sehingga berpecah-pecah menjadi pulau atau semenanjung yang kecil. Begitulah juga yang terjadi ke atas Pentas Sunda atau Sundaland yang mana menyaksikan Borneo itu terpisah dengan daratan yang lain. Manusia purba suatu waktu dahulu mungkin boleh berjalan kaki sehingga ke Australia namun sekarang hanya boleh menggunakan kapalterbang mahupun pelayaran.", "Begitulah yang terjadi dengan masyarakat Melayu dahulukala yang mana menyaksikan adanya bangsa Melayu menghuni bumi Semenanjung Malaysia sehinggalah ke benua Afrika. Malah dek kerana bangsa Melayu itu bangsa maritim juga menyebabkan ianya berlaku. Berbicara konteks bangsa Melayu bangsa maritim itu jugalah menyaksikan bahawasanya ada satu kaum di Madagaskar yang mengaku bahawa ras keturunan mereka Melayu dari Borneo iaitu Dayak Iban. Mungkin agak berbeza dari pertuturan tetapi dari segi tradisi malah juga rekabentuk tattoo juga sama.", "Buka mata dan luaskan minda apabila kita berbicara mengenai asal keturunan bangsa kerana hakikatnya seluruh bumi nusantara ini dikenali dengan nama alam melayu malah Ferdinand Mageland sendiri mengakuinya melalui jurnal pengembaraannya. Malah Alfred Wallace sendiri menggelarnya sebagai “The Malay Archipelago”. Jangan kerana terlalu taksub dengan “melayufobia” mahupun “islamfobia” maka segalanya hendak dirangkum menjadi satu. MELAYU ITU ASALNYA DARI ALAM MELAYU DAN PULAU BORNEO ITU TERLETAK DI DALAM ALAM MELAYU.", "Ingin juga bertanya dengan puak-puak ini, jika benar Melayu itu pendatang Borneo, maka dimanakah asal mulanya? Dari Tembok Besar China atau Teluk Benggala???? Sarcasm*", "-HB-" ]
https://www.thepatriots.asia/the-switzerland-of-the-east-tambunan-sabah-borneo/
The Switzerland of the East – Tambunan, Sabah, Borneo
[ "MENYEBUT nama satu negara iaitu Switzerland sudah tentu kita akan dapat membayangkan betapa indahnya negara tersebut.  Dalam pada itu acapkali kita di Borneo lupa bahawa di bumi kita berpijak ini juga mempunyai satu lokasi yang terkenal dengan jolokan nama “The Switzerland Of The East”.  Tambunan, Sabah itulah lokasinya kerana inilah antara daerah pedalaman yang memukau dan indah di Sabah. Cuacanya yang dingin dan pemandangan alam semulajadi yang indah akan membuatkan anda terpesona seakan-akan berada di luar negara.", "Namun bukan itu alasan utama mengapa daerah pedalaman ini mendapat jolokan sebagai Switzerland of the east, corak perkampungan serta warna lanskap pertanian kawasan lembah ini yang seakan-akan mirip dengan negara Switzerland menjadikan daerah ini mendapat gelaran sedemikian.", "Di sebalik pesona keindahan daerah pedalaman yang turut menjadi antara pintu masuk ke kawasan pedalaman atas yang lain, terdapat himpunan kisah turun-temurun mengenai daerah ini. Ada yang mengatakan daerah Tambunan mendapat nama hasil daripada gabungan dua nama tempat yang didiami etnik dusun Tambunan satu masa lalu iaitu Gombunan (kawasan dataran) dan Tamadon.", "Selain daripada lanskap pertanian dan alam semulajadinya yang membuatkan Tambunan terkenal dengan jolokan Switzerland of The East, daerah ini juga turut dikenali dengan lagenda Tajau (tempayan) besarnya yang dikenali sebagai Gantung Sorili. Terdapat dua kisah terkenal yang melingkari keberadaan tajau besar ini di bumi Tambunan.", "Salah satunya adalah kisah Bobolian tua bernama Sogunting yang menjadi perantara damai antara puak atau etnik tempatan yang sering bertelagah sekitar tahun 1700 sehingga 1800 an. Pada sekitar era ini, Pomogunan (Sabah) kerap dilanda persengketaan kaum yang tiada kesudahan. Pertelingkahan ini bukan sahaja terjadi antara sesama etnik Dusun, akan tetapi turut melibatkan etnik Dusun dengan suku-suku pribumi yang lain.", "Peristiwa pertelingkahan etnik sehingga mencetuskan pertumpahan darah mencapai kemuncak apabila Huguon Siou (Gelaran untuk pahlawan Dusun yang berani) Bouvang dari suku Dusun Tanggara memimpin serangan ke atas penempatan etnik Dusun Liwan di Sunsuron. Etnik Dusun Tanggara pada masa itu turut bermusuhan dengan empayar Brunei yang telah menaungi beberapa wilayah di Pomogunan sejak zaman-berzaman.", "Tidak berdiam diri dengan serangan yang diterima, etnik Dusun Liwan turut membalas apabila mereka turut menyerang Ulu Putatan yang hari ini dikenali sebagai Penampang. Episod pertelingkahan kaum ini terus berlarutan apabila etnik Dusun Lotud yang terkenal sebagai antara etnik yang terkuat pada masa itu kerap memimpin ekspedisi perang mengayau (pemburuan kepala) ke Kiulu dan sekitar Tamparuli, Kiau, Bundu Tuhan di sekitar Ranau bahkan sejauh Kudat.", "Perang Pogunan pada tahun 1885 pula melibatkan suku Dusun Liwan dan Tagahas, persengketaan terjadi apabila mereka saling berusaha untuk menguasai Pogunan yang merupakan antara kawasan perdagangan penting pada masa itu. Lain pula halnya yang terjadi di Tuaran. Etnik Dusun Tuaran terlibat dengan kancah peperangan antara etnik Irranun dan Empayar Brunei, sementara etnik Dusun Membakut juga turut memerangi empayar Brunei dan etnik Dusun di Kimanis. Bagi etnik Dusun yang menetap di pedalaman Kota Belud, mereka terlibat dengan peperangan di antara suku Bajau dan Irranun.", "Pokoknya, persengketaan kaum pada masa itu seakan-akan sudah menjadi makanan sehari-hari semua orang. Sogunting, Bobolian yang telah lanjut usia dan menetap di Tambunan menerima perkhabaran ini dengan dukacita. Persengketaan kaum yang merebak dari satu kawasan ke kawasan yang lain ibarat sumpahan Rogon, semangat jahat yang sangat ditakuti etnik Dusun. Orang-orang yang hidup pada zaman beliau senantiasa berada dalam ketakutan dan kekhuatiran untuk melangkahkan kaki ke mana-mana. Aktiviti pertanian yang menjadi nadi suku-suku pedalaman dan pesisir Pantai Barat turut terjejas. Bendang dan huma sukar dikerjakan, kalaupun mereka hendak turun bertani, mereka terpaksan turun dengan jumlah yang ramai lengkap bersenjata kerana khuatir akan diserang lebih-lebih lagi oleh para pengayau yang melakukan pemburuan kepala.", "Wanita yang arif lagi bijaksana ini mengambil kata putus. Perdamaian harus segera dicari, atau persengketaan antara etnik itu akan menghancurkan Pomogunan andai gagal diatasi. Pada masa itu, terdapat beberapa tokoh Pengayau yang cukup terkenal seperti Bungkar, Sambatang, Rumantai, Bihangan, Gondiran, Montuk, Bouvang, Gantang, Ongkor, Dolumpung, Kandurong, Sindayan dan sebagainya yang datang dari pelbagai suku.", "Langkah pertama diambil, Bobolian yang arif ini memanggil semua tokoh Pengayau, para Bobolian dan Wayon-Wayon (ketua setiap suku) untuk berhimpun di pohon ‘Nunuk Ragang’ (pohon ara) besar yang terdapat di daerah Tambunan pada masa itu. Beliau juga dikatakan turut memanggil wakil daripada etnik Bajau pesisir.", "Perhimpunan besar yang dihadiri setiap wakil suku dan tokoh-tokoh penting mereka dari segenap Pomogunan yang terlibat dengan insiden pertumpahan darah berlangsung selama sepuluh hari. Menurut cerita, sebanyak 16 ekor kerbau disembelih bagi menampung makanan para tetamu yang hadir sepanjang berlangsungnya pertemuan bersejarah itu.", "Semua yang terlibat memberikan pendapat dan pandangan masing-masing. Apabila kata putus dicapai, upacara perdamaian pun dijalankan. Bagi tujuan itu sebuah tajau besar dibina yang kemudiannya dinamakan sebagai Gantung Sorili.", "Bobolian Sogunting mengetuai upacara perdamaian dengan menyuruh setiap “Wayoon Payat (pemimpin puak) dan Luguan Susumangod (panglima/pemimpin pasukan) untuk meletakkan tangan mereka di atas tajau tersebut.", "Masing-masing dikehendaki mengucapkan sumpah untuk berdamai. Nama Kinohoringan diseru untuk merestui upacara perdamaian itu. Menurut salah satu catatan mengenai upacara perdamaian dalam buku, H. Ling Roth, kaum Dusun mengadakan upacara perdamaian dengan pertama berseru pada Kinorohingan dengan teriakan keras sambil membacakan “rinait.” (Mantera).", "Kemudian Bobolian akan memeterai sumpah yang diucapkan itu dengan perantaraan api (ranting kayu berbara), air (menumpahkan air dari bambu ke dalam tajau) dan tanah. Kemudian Bobolian akan mengambil sumpit, kemudian menyumpit ke arah langit untuk memanggil Kinorohingan sebagai saksi upacara tersebut.", "Setelah usai upacara perdamaian barulah persengketaan antara kaum ini selesai. Aktiviti pertanian dan perdagangan kembali rancak. Tidak ada lagi yang perlu dikhuatirkan apabila mereka turun ke bendang untuk bersawah atau berhuma di bukit. Bahkan aktiviti pemburuan kepala atau peperangan antara etnik hampir-hampir tidak ada. Jasa Bobolian Sogunting dalam mengembalikan keamanan pada Pomogunan terus diceritakan dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Uniknya, kisah beliau ini kita boleh dapati pada hampir setiap literatur lisan etnik-etnik di Sabah khususnya yang mendiami kawasan Pantai Barat.", "Kisah Gantung Sorili yang kedua dikatakan bermula daripada pengalaman seram seorang pemuda yang menetap di salah satu desa di daerah Tambunan berabad-abad yang silam. Dikatakan pada suatu hari pemuda ini seperti biasa keluar ke hutan untuk menjala di sungai.", "Leka menjala ikan, beliau tidak sedar bahawa hari telah beransur gelap. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk tidur di dalam hutan dengan berselimutkan jala yang dibawa. Apabila tiba waktu tengah malam beliau terjaga kerana mendengar suara-suara orang ramai sedang bercakap. Bimbang dengan keselamatannya, dia mematikan diri.", "Ternyata suara-suara yang bercakap-cakap itu kononnya makhluk Bunian yang mendiami hutan berkenaan. Apabila ketua pada makhluk itu ternampak pemuda yang sedang berbaring itu, dia menyangka pemuda itu telah tercedera di seluruh tubuh kerana samar-samar tubuh pemuda itu terlihat seperti demikian, walhal lubang-lubang yang terdapat pada jala itulah yang menghasilkan ilusi bahawa tubuh pemuda itu sedang terluka.", "Kerana niat untuk menolong, dikatakan makhluk itu telah memasukkan tubuh pemuda itu kedalam tajau ajaib milik mereka. Namun tajau berkenaan tidak dapat memuatkan tubuh pemuda itu. Mereka mencuba tajau yang lain, berulang-ulang sehingga akhirnya mereka berjaya memasukkan tubuh pemuda itu pada sebuah tajau yang sangat besar.", "Namun apabila fajar menyingsing, makhluk-makhluk berkenaan secara tergesa-gesa menghilangkan diri meninggalkan tajau besar milik mereka. Kejadian mistik itu segera diadukan pemuda itu apabila dia kembali ke desa nya. Kemudian tajau besar itu dibawa kembali ke rumah pemuda itu dengan bantuan penduduk kampung.", "Menurut penceritaan daripada penduduk kampung Widu, tempat di mana tajau misteri ini berada, pernah satu ketika tajau ini tiba-tiba dipenuhi air, dan untuk selama beberapa ratus tahun, air itu tidak pernah kering. Ajaibnya lagi, di dalam air itu terdapat beberapa ekor ikan yang juga ikut hidup sepanjang air itu tidak kering. Malangnya dikatakan orang-orang kampung telah melanggar satu pantang larang sehingga menyebabkan air menjadi kering dan ikan-ikan tersebut turut hilang.", "Demikian lah, kisah menakjubkan di sebalik tajau Gantung Sorili di Tambunan. Tajau sememangnya merupakan satu objek mistik yang menjadi sebahagian daripada elemen penting dalam etnik pribumi di Sabah khususnya etnik Dusun dan Murut. Tajau Gantung Sorili bukan satu-satunya tajau yang memiliki lagenda tersendiri di Sabah, sebaliknya terdapat beberapa buah tajau lagi seperti “Gurunon” yang ada di Bongawan dan tajau Tompok atau Haing/Naga yang terletak di Tuaran.", "Tajau-tajau ini kononnya sama ada dikurniakan oleh “Kinohoringan” atau pemberian daripada naga. Bahkan kaum Dayak khususnya etnik Iban turut menganggap tajau sebagai satu bentuk perlambangan ataupun status seseorang. Satu kepala musuh atau dua orang tawanan perang, sama nilainya dengan dua tajau jenis rusa. Bahkan seorang ketua juga akan kehilangan wibawa apabila tidak memiliki tajau.", "Bahkan tajau juga turut dipuja oleh etnik Dusun lama seperti lagenda yang terdapat dalam kalangan suku Dusun Bonggi. Dikatakan praktik pemujaan tajau dalam kalangan suku berkenaan dimulakan oleh Sidomon, sosok ghaib yang mendakwa berasal dari kayangan. Sidomon dikatakan menemui banyak tajau di atas puncak sebuah gunung dan kemudian mengasaskan zon pemujaan tajau suku Dusun Bonggi di Pulau Banggi.", "KONKLUSI", "Seandainya anda berhajat untuk berkunjung ke Tambunan, anda pasti tidak akan menyesali percutian anda. Sesuai dengan gelaran sebagai Switzerland Timur, terdapat beberapa destinasi yang berbaloi untuk dikunjungi. Antaranya air terjun Mahua yang terletak 12 kilometer dari pekan Tambunan. Selain air yang jernih dengan air terjun yang berketinggian 50 kaki, terdapat satu bongkah batu yang mirip wajah manusia sedang tersenyum di persekitaran kawasan air terjun ini.", "Selain itu, para pengunjung juga boleh menyaksikan batu gong tambunan yang terletak di kampung Solibog. Bunyi yang terhasil daripada batu ini menyerupai gong yang juga sebahagian daripada alat muzik tradisi etnik Dusun. Adat benda pelik seperti batu gong, pastinya memiliki kisah misteri yang menunggu untuk dirungkaikan.", "Seandainya anda berfikir bahawa Gunung Kinabalu adalah satu-satunya gunung yang wujud di Sabah, anda silap. Gunung Trusmadi, gunung yang menjadi tulang belakang kepada daerah Tambunan merupakan gunung kedua tertinggi di Negeri Di Bawah Bayu dan juga di Malaysia. Menerusi ketinggian 8669 kaki, ia kerap menerima kunjungan daripada penggemar aktiviti sukan lasak luar negara. Secara keseluruhan Tambunan menawarkan lebih 14 buah tarikan pelancongan untuk dilawati.", "Tajau Gantung Sorili, memiliki dua kisah lagenda menakjubkan di sebalik signifikan kewujudannya kepada latar kebudayaan etnik pribumi di Borneo Utara. Menerusi kisah Bobolian Sogunting, kita dapat memperolehi pengajaran bahawa persengketaan kaum merupakan sesuatu yang sia-sia dan hanya mengundang perpecahan yang akan menjadi punca kejatuhan sesuatu bangsa.", "Secara peribadi saya merasa sangat dekat dengan versi Bobolian Sogunting kerana kisah wanita menakjubkan ini boleh didapati pada setiap literatur lisan etnik-etnik di Sabah. Bukan bermaksud kita menolak sepenuhnya versi yang kedua, namun pada setiap kisah lagenda yang teranyam kemas sebagai cerita rakyat yang menghiburkan, terdapat sesuatu di sana yang memerlukan kita untuk mengkaji sejauh mana lagenda ini bersumberkan sejarah daripada tokoh yang sebenar, sehingga menjadikan kita lebih peka dan menghargai sejarah warisan leluhur dan berfikir secara kritis, di sebalik hanya mampu terbuai dan menjadikan ia hanya sebuah ‘a bedtime story’ yang mengkhayalkan.", "-SAM-", "CREDIT PHOTO to Nordinwan via panoramio.com with caption entitle “Padi Fields Of Kpg. Sunsuron, Tambunan”.", "Rujukan: " ]
https://www.thepatriots.asia/negara-negara-islam-diseluruh-dunia/
Negara-Negara Islam Diseluruh Dunia
[ "Secara kasar, terdapat lebih 50 negara majoriti Islam dengan budaya, konsep dan sistem pentadbiran yang berbeza-beza. Dan bilangan negara-negara Islam kadangkala tidak konsisten dan boleh berubah bila berlaku sebarang konflik yang menyebabkan samada sebuah negara itu berpecah atau beberapa negara itu disatukan dalam sebuah kerajaan.", "Tanpa mengambil kira fahaman mazhab atau diaspora sektarian yang berbeza dalam umat Islam, baik Syiah atau Sunni, menyerap sistem demokratik atau authoritarian, Republik atau Monarki, parlimen berpelembagaan parti tunggal konsep sosialis-komunis, konservatif atau sekular, selagi negara itu rakyat majoriti nya masih beragama Islam dan mengamalkan ibadat Islam, dunia akan terus melihat pegangan rakyat negara itu adalah negara Islam. Yang membezakan adalah ideologi politik dan sistem pemerintahan.", "Sebahagiannya menerima Islam secara penuh, sebahagian yang lain kebiasaannya negara diversiti tetapi mengangkat Islam sebagai agama rasmi seperti Malaysia sendiri, bahkan ada negara populasi Muslim terbesar yang tidak memberi apa-apa keistimewaan terhadap agama Islam walaupun majoriti sebaliknya memberi kebebasan beragama demi mencapai matlamat perpaduan negara berbilang bangsa.", "Dunia Islam boleh dirujuk untuk maksud tiga aspek yang berbeza berkaitan dengan mereka yang mengamalkan Islam: agama, kebudayaan, dan geografi. Istilah ini kadang-kadang juga dinyatakan sebagai Dunia Islam. Dalam konteks agama, Dunia Islam merujuk kepada orang Islam, atau individu yang mengamalkan Islam.", "Secara kebudayaan dan berpegang kepada ajaran Islam, istilah ini merujuk kepada tamadun Islam. Dalam konteks geografi, yang mungkin paling kerap digunakan, ia merujuk kepada negara-negara dan kawasan sempadan politik berbeza di mana umat Islam membentuk majoriti penduduk.", "Hari ini, Islam adalah salah satu agama paling banyak diamalkan di seluruh dunia. Penganutnya membentuk kumpulan agama kedua terbesar di dunia. Dengan populasi lebih daripada 1.6 bilion orang, umat Islam mewakili 23% penduduk dunia. Dua mazhab utama Islam adalah Syiah dan Sunni.", "Sunni Islam adalah denominasi majoriti dan diamalkan oleh kira-kira 1.5 bilion individu. Syiah adalah denominasi yang lebih kecil dengan hanya sekitar 170 juta pengikut. Ia adalah agama yang dominan di seluruh Timur Tengah, Afrika Utara, Tanduk Afrika, rantau Sahel di Afrika, dan Asia Tengah. Di samping itu, China, Russia, India, dan Balkan semuanya mempunyai penduduk Islam yang besar.", "Negara Islam", "Negara Islam adalah kawasan sempadan politik, biasanya sebuah negara yang menggunakan Hukum Syariah sebagai asas untuk pemerintahan, undang-undang, politik dan sosial. Ia sering dianggap sebagai teokrasi. Idea ini berakar dari sistem Khilafah, ia lazimnya sebuah pemerintahan induk terbesar yang diperintah oleh pemimpin Muslim dan dianggap penerus dakwah Nabi Muhammad S.A.W.", "Hari ini, negara Islam mungkin telah berkembang mengikut peredaran zaman lalu beradaptasi di antara tradisi konservatif dan politik moden, seperti mewujudkan sistem parlimen atau menjadi negara Republik Islam. Namun masih ada negara yang dianggap sebagai benar-benar beroperasi mengikut dasar-dasar Islam sebenar. Perlu diingatkan, ini bukan statistik yang direka oleh penulis sendiri tetapi ini statistik dari rujukan World Atlas.", "Terdapat 7 buah negara yang ditubuhkan mengikut dasar-dasar Islam atau tertubuh melalui gerakan pembebasan Islam. Arab Saudi dan Republik Islam Iran sebahagian darinya, walaupun Arab Saudi tertubuh melalui gerakan nasionalis dan Iran melalui gerakan idea “campuran” antara liberalis dan jihad, Iran telah menjadi antara yang terawal mempelopori konsep ‘Islamic Republic” di sebuah negara majoriti Muslim dengan pelaksanaan undang-undang berdasarkan hukum syariah atau sekurang-kurangnya menubuhkan mahkamah khas syarie di wilayah khas.", "Negara Beragama Islam Sebagai Agama Rasmi", "Negara-negara lain tidak dipertimbangkan negara Islam sepenuhnya walaupun Islam adalah agama rasmi negara yang ditentukan secara politik. 21 buah negara ini mempunyai populasi majoriti Muslim. Walau bagaimanapun, 18 agama lain juga diraikan sebagai agama rasmi, ia menjadikan Libya sebagai negara yang paling diversiti atau berbilang kaum di dalam Dunia Islam.", "Manakala selebihnya, orang Islam selaku pemerintah dan penduduk majoriti telah meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi negara atau salah satu faktor yang penting bagi sebuah kerajaan bangsa tersebut dan diberi kedudukan istimewa dalam perlembagaan atau sebagai simbol kedaulatan, ia termasuk lah Malaysia dan Brunei.", "Kebiasaannya mereka adalah negara pemerintahan monarki atau kesultanan. Sultan dianggap sebagai ketua agama Islam di Malaysia, manakala undang-undang sivil diselaras bersama undang-undang syariah di negara persekutuan seperti Malaysia yang memberi hak membentuk perundangan syariah melalui pemerintaj negeri masing-masing.", "Manakala sistem Kesultanan Brunei pula adalah sistem beraja mutlak berasaskan prinsip tradisi “Melayu Islam Beraja”, Brunei memiliki parlimen tetapi tiada pemilihan dibuat selepas 1962. Sistem perundangan ‘English common law’ masih diguna pakai walaupun perundangan Syariah dilaksana hampir sepenuhnya. Berikut adalah negara-negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.", "Negara Islam Majoriti Sekular", "22 buah negara yang diperintah orang Islam atau rakyatnya majoriti Muslim namun mengisytiharkan sekularism sebagai sistem yang menjadi tunjang utama, negara Islam pentadbiran sekular yang pertama ditubuhkan adalah Azerbaijan, manakala Republik Turki merupakan kuasa besar Islam yang pernah mahsyur dalam sejarah kegemilangan Daulah Uthmaniyyah menjadi antara pelopor negara sekular diperintah Muslim yang membangun dengan pantas.", "Selebihnya adalah negara-negara bangsa Turk, Afrika dan bekas jajahan Soviet. Negara majoriti Islam sekular kebiasaannya beradaptasi dengan pengaruh dari barat, seperti sistem penulisan Rumi, mengawal kebebasan bersuara dan komunikasi di negara yang memerintah secara authoritarian seperti Turkmenistan (pengaruh tinggalan komunis) namun tiada sekatan untuk kebebasan beragama.", "Kementerian atau Jabatan Agama Islam juga wujud di negara sekular, malahan di sesetengah negara bukan Islam juga ditubuhkan jabatan pengurusan hal ehwal Islam dalam struktur kerajaan tetapi hal ehwal agama tidak akan dicampur aduk dengan perkhidmatan awam dan urusan rasmi kerajaan.", "Tahukah anda? Presiden Lubnan, Michael Aoun adalah seorang penganut Kristian Maronite, berasal dari keluarga campuran Kristian-Syiah?", "Negara Majoriti Muslim Neutral", "Di negara majoriti Muslim yang neutral, penduduknya membentuk populasi orang Islam sebagai penduduk majoriti tetapi sistem pemerintahan negara mereka memberi kebebasan beragama sepenuhnya dan agama Islam dianggap setara dengan agama lain.", "Walaupun negara ini diperintah orang Islam tetapi tiada sebarang keistimewaa kepada agama Islam mahu pun agama lain di dalam perlembagaan atau undang-undang dasar mereka. Mereka tidak ada pendirian yang jelas tentang pengiktirafan terhadap agama dalam sistem pentadbiran. Tetapi merupakan negara yang memberikan kebebasan untuk beragama. Negara itu adalah", "Kadangkala Indonesia juga dirujuk sebagai negara republik demokratik yang mengamalkan sekular namun melalui prinsip pancasila nya, Indonesia menggalakkan rakyatnya supaya mempercayai kepada “Tuhan Yang Satu”.", "Dalam pada itu, Indonesia memberi kebebasan kepada organisasi Islam beroperasi sebagai gerakan politik mahu pun kebajikan dan pendidikan di Indonesia. Provinsi Aceh merupakan sebuah provinsi yang diberikan kedudukan autonomi khas untuk pemerintah tempatan Aceh mengurus pentadbiran mengikut perundangan Syariah. Selebihnya, Muslim di Indonesia sesetengahnya terdedah kepada budaya pluralisasi.", "Kesultanan", "Selain dari itu monarki Melayu yang lain merupakan Raja (Perlis) dan Yang di-Pertuan Besar (Negeri Sembilan), negeri yang tiada Raja/Sultan akan diwakili oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi umumnya kuasa pentadbiran adalah milik Ketua Menteri.", "Ketua negara digelar Yang di-Pertuan Agong, merupakan salah seorang daripada tujuh Sultan yang akan menjawat secara bergilir (dipilih bila perlu) selama lima tahun. Kuasa politik bagaimanapun terletak pada perdana menteri.", "Di beberapa bahagian di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika Utara, masih ada sultan regional atau kaum kerabat yang merupakan keturunan sultan dan diraja terdahulu, mereka biasanya bergerak di atas nama Pertubuhan Dinasti.", "Namun tanpa mengira apa jua sistem pentadbiran dan mazhab yang diamalkan, negara-negara Islam ini masih berada di bawah satu gagasan Organisation Of Islamic Cooperations (OIC) . tapi perbezaan ideologi dan sistem ini juga menjadi satu masalah apabila negara-negara ini sering gagal mencapai kata sepakat dalam sesetengah isu.", "Jumlah keanggotaan setakat 2018 adalah sebanyak 57 negara dengan 47 dari nya merupakan negara majoriti Muslim, selebihnya adalah negara anggota PBB dan negara pemerhati seperti Thailand dan Indiais. 47 adalah negara republik dan 10 adalah negara monarki." ]
https://www.thepatriots.asia/empangan-marib-yang-menunjukkan-keagungan-tamadun-saba/
Empangan Marib Yang Menunjukkan Keagungan Tamadun Saba
[ "Tamadun Saba mungkin tidak begitu terkenal untuk dibandingkan dengan peradaban-peradaban agung seperti Mesir Purba, Parsi dan Yunani Kuno.", "Walau bagaimanapun, tamadun ini meninggalkan satu legasi yang kekal mendabikkan keagungan silamnya. Asal-usulnya masih menjadi perdebatan, barangkali kelompok-kelompok komuniti Arab yang menubuhkan sebuah empayar mirip persekutuan dibawah seorang mukarrib (ketua monarki dan agama).", "Besar kemungkinan yang tamadun ini sudah wujud 1,200 S.M. Kerana sejarawan terkemuka Saba mula menjadi maju bermula 800 S.M. (Finkelstein & Silberman, 2007).", "Sama seperti tamadun lain, kejuruteraan infrastruktur menjadi kayu ukur untuk menentukan tahap kemajuan. Saba yang terletak di bumi Yaman sangat terkenal dengan pembinaan empangan.", "Budaya ini mempunyai banyak empangan, seperti Adra’ah, Jufaynah, Kharid, Miqran dan Yath’an. Namun empangan yang paling hebat ialah Empangan Agung Marib (The Great Dam of Marib), dibina antara tahun 900 S.M. hingga 700 S.M. (Hill, 2013).", "Empangan Marib dinamakan sempena bandarnya, iaitu ibu negara kerajaan Saba. Kawasan ini terikat dengan perubahan angin monsun. Jadi kerajaan Saba membina empangna supaya air hujan dapat ditakung dalam sebuah tadahan yang dijadikan sumber pengairan (irrigation resource).", "Selama berabad, Saba bergantung pada empangan yang diperbuat daripada sumber tanah. Infrastruktur begini tidak bertahan lama, tertakluk kepada keadaan semasa. Jadi setelah sekian lama bina semula, Saba akhirnya menggunakan batu.", "Lokasi Empangan Marib pun sangat strategik. Saba mempunyai tiga gunung untuk ditadah. Bermakna mereka perlu membina tiga empangan, yang akan menelan perbelanjaan tinggi. Namun kerajaan Saba sedar bahawa air limpahan daripada tiga gunung ini mengalir sehala ke arah tempat yang sama.", "Pucuk dicita ulam mendatang, disitulah mereka mendirikan sebuah empangan bagaikan dinding dengan sebuah kepala paip (sluice gate) untuk buka tutup air.", "Tanggungjawab penjagaan empangan ini mungkin diberi pada putera diraja. Kerana berkali-kali nama putera dipetik dalam manuskrip tentang Empangan Saba. Antara 760-740 S.M., empangan ini dijaga Putera Amar Watar. Kemudian ia dipelihara El Bayin pula. Kerja penyelenggaran adalah seperti membuang tanah, membuka “laluan” air dan menurap sebarang kere.takan.", "Selepas kejatuhan kerajaan Saba, empangan ini dijaga bangsa Himyar yang memerdekakan kerajaan sendiri daripada ceng.kaman Qataban. Berkali-kali empangan ini boc.or. Pernah sekali masa kerajaan Saba dan bangsa Raydan berper.ang, empangan ini boc.or begitu teruk hingga menyebabkan banjir yang menjejaskan tanaman Marib.", "Ramai orang terpaksa melarikan diri untuk mencari rezeki, sekali gus mengganggu imbangan populasi tempatan. Penjaga empangan ini melaksanakan kerja pembaikan pada tahun 449, 450, 542, 548 dan kali terakhir 557.", "Selepas tahun 557, seorang raja bernama Imran membuat ramalan yang empangan ini akan boc.or. Permaisuri baginda pun bersetuju dengan ramalan ini. Ramalan mereka berbunyi pelik, boc.or pun angkara tikus besar.", "Apa yang berlaku pada Saba diriwayatkan dalam al-Qur’an dalam Surah Saba; bagaimana Allah menyeru mereka makan rezeki pemberian-Nya dengan rasa bersyukur kerana “negeri yang aman makmur” dan “Tuhan Yang Maha Pengampun”… tetapi mereka berpaling dan ingkar; lalu Allah menghantar banjir yang membin.asakan (Quran 34:15-16).", "Tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku pada empangan ini, sama ada tikus besar (atau ahli politik) telah mengakhiri hay.at Saba. Namun 50,000 orang daripada bumi Yaman telah melarikan diri pada masa itu, bertempiaran ke bumi lain. Salah satu suku (dalam 50,000 orang ini) berhijrah ke bumi Emiriyah Arab Bersatu.", "Dan turun-temurun mereka adalah keluarga al-Nahyan yang hari ini menguasai emiriyah tersebut. Mengenang sejarah empangan tersebut, Sheikh Zayed al-Nahyan telah membiayai kos pembinaan sebuah empangan baru sekitar 1980-an.", "Ia dibuka pada tahun 1986, dengan upacara perasmian bersama Sheikh Zayed sendiri. Rakyat tempatan menganggap empangan baru ini boleh membantu negara Yaman dalam sektor pertanian. Cuma masalahnya, Yaman ialah negara yang selalu bergolak.", "Empangan ini mengalami keros.akan selepas terkena b.om bed.ilan pihak Saudi pada tahun 2015 (Romey, 2015). Namun strukturnya masih kukuh, tanpa sebarang kecel.akaan seperti banjir besar.", "RUJUKAN:", "Finkelstein, I., & Silberman, N.A.. (2007). David and Solomon: In Search of the Bible’s Sacred Kings and the Roots of the Western Tradition. Simon & Schuster. Halaman 121.", "Hill, D. (2013). A History of Engineering in Classical and Medieval Times. Routledge. Halaman 19.", "Romey, K. (2015, Jun 4). ‘Engineering Marvel’ of Queen of Sheba’s City (ditapisakan) in (ditapiskan). National Geographic." ]
https://www.thepatriots.asia/10-fakta-menarik-mengenai-tamadun-inca/
10 Fakta Menarik Mengenai Tamadun Inca
[ "Tamadun Inca (c. 1400-1533 M) merupakan antara tamadun paling penting di Amerika Selatan, terutama dari sudut pengaruh dan warisan budayanya. Inca bermula sebagai sebuah suku kecil yang berkembang secara stabil sehingga ia berupaya menak-luki tamadun-tamadun lain di sepanjang pesisir pantai dari Columbia hingga ke Argentina.", "Mereka terus diingati dalam sejarah berikutan sumbangannya dalam bidang agama, seni bina, dan pembinaan rangkaian jalan di seluruh wilayah naungannya. Berikut adalah sepuluh persoalan tentang tamadun Inca yang harus diketahui.", "Empayar Inca terbentang luas di pesisir pantai Amerika Selatan, bermula dari Columbia moden hingga ke Ecuador, Peru, dan Argentina. Tamadun tersebut banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat yang hidup di dalam mahupun di luar jajahan tak-luknya. Empayar Inca merupakan empayar pra-Columbia yang paling besar pernah berdiri di benua Amerika, dengan keluasannya meliputi 770, 000 batu persegi dan dihuni oleh kira-kira 6-14 juta manusia.", "Semasa Empayar Inca tumbang di tangan Francisco Pizarro (c. 1471-1541 M) pada kurun ke-16 M, ia sudah pun mengalami kemunduran akibat pergo-lakan dalaman dan penularan wabak (yang dibawa oleh peneroka-peneroka Eropah). Bagaimanapun, pengaruh mereka tidak luntur sebaliknya kekal hidup sehingga hari ini.", "Misalnya, konsep keluarga Inca – merangkumi ibu-ibu saudara, bapa-bapa saudara, sepupu-sepapat, dan kerabat jauh – masih lagi diterapkan di rantau berkenaan, di mana seluruh anggota masyarakat dianggap sebagai sebuah keluarga dan setiap seorang dari mereka digalakkan untuk melayan jiran-jiran mereka sama seperti keluarga sendiri.", "Agama panutan Inca juga mempengaruhi agama-agama lain di rantau tersebut hinggakan pada zaman moden sekalipun, bangunan-bangunan suci Kristian ditempatkan di lokasi-lokasi yang dianggap keramat oleh masyarakat Inca, seperti bukit-bukau, puncak gunung, dan juga kawasan berhampiran tasik, sungai ataupun laut – bersesuaian dengan kepercayaan tradisi yang mengaitkan tempat-tempat tersebut dengan dewa-dewi Inca. ‘Pantang-Larang Utama’ Inca seperti ‘Jangan Mencu-ri, Jangan Berdusta, Jangan Culas’ juga masih diamalkan di rantau berkenaan.", "Agama yang dianuti masyarakat Inca bersifat politeisme, di mana dewa-dewi dipercayai mengawal alam semesta dan mempengaruhi kehidupan manusia secara signifikan. Sebagai contoh, Pachacamac si dewa pencipta bertanggungjawab mencipta manusia dan tumbuh-tumbuhan, serta mengawasi proses pertumbuhan dan penuaian hasil tanaman. Jika Pachacamac bersenang hati dengan manusia, maka segala proses tersebut dipercayai akan berjalan dengan lancar. Namun jika ia murka, maka Pachacamac akan menimpakan gempa bumi sebagai bencana.", "Justeru, manusia bertanggungjawab menenteramkan Pachacamac – dan dewa-dewi lain – dengan memberikan sembah kor-ban, termasuklah kor-ban manusia (baik kaum lelaki, wanita mahupun kanak-kanak). Kuil-kuil dan bangunan-bangunan keagamaan turut didirikan khusus buat mereka. Begitu juga dengan pembinaan rangkaian jalan-raya yang menghubungkan antara satu masyarakat dan satu masyarakat lain, di mana antara lain ia turut dipicu oleh faktor agama.", "Agama Inca mengajarkan kepercayaan terhadap tiga alam:", "Jauh sebelum agama Kristian diperkenalkan di rantau Amerika Selatan, Inca sudah pun mempunyai konsep ‘syurga’ dan ‘neraka’ yang tersendiri. Prinsip utama dalam agama Inca adalah Ama sua, Ama lulla, Ama chella (Jangan Mencu-ri, Jangan Berdusta, Jangan Culas).", "Kononnya, jika mereka mematuhi prinsip tersebut sepanjang hidup, maka sesudah men!ngg4l dunia, rohnya akan dibawa ke Tanah Matahari (syurga). Tanah Matahari disifatkan sebagai ranah yang hangat, nyaman, dan mendamaikan. Sebaliknya, jika prinsip tersebut dilanggar dan diabaikan, maka rohnya akan dibawa ke alam neraka yang sejuk beku dan diselimuti kegelapan.", "Selain ditempatkan di dua alam tersebut, ada juga roh yang dikembalikan semula ke dunia dan diberikan peluang kedua untuk memperbaiki kehidupannya. Keadaan ini berlaku khusus untuk roh yang timbangan amalnya seimbang antara baik dan jahat. Masyarakat Inca juga mengamalkan budaya memumiakan mayat dan meletakkan barang-barang persemadian bersama si mati.", "Si mati yang telah dimumiakan kebiasaannya dibiarkan dalam postur duduk menegak di dalam kubur, berbeza dengan tamadun-tamadun lain yang meniarapkan mereka; sebab-musabab di sebalik amalan ini tidak diketahui memandangkan tamadun Inca tidak mempunyai bahasa bertulis.", "Sistem kemasyarakatan Inca didasarkan pada institusi kekeluargaan dan masyarakat sekeliling (disebut sebagai ayllu) yang rata-ratanya mengamalkan aktiviti pertanian. Setiap ayllu bertanggungjawab mengusahakan kawasan-kawasan tertentu, dan setiap satunya diselia oleh sekumpulan pembesar yang dikenali sebagai kuraka.", "Masyarakat Inca lebih mengutamakan kaum lelaki, namun kaum wanita juga dihormati dan dibenarkan untuk berkhidmat sebagai dukun wanita atau bekerja dalam jabatan kerajaan.", "Anak-anak lelaki kebiasaannya digalakkan untuk mewarisi sebarang kedudukan peranan, atau pekerjaan orang tua mereka, sambil anak-anak gadis pula digalakkan meneladani ibu masing-masing baik dalam hal perkahwinan, melahirkan anak, dan menjaga rumah. Bagaimanapun, ada juga sebahagian daripada mereka yang memilih untuk menjadi dukun wanita, pembuat bir dan lain-lain. Kebiasaannya, mana-mana anak gadis yang berkahwin akan diberikan kebebasan untuk mengusahakan tanah milik keluarga suaminya.", "Kaum wanita jugalah yang biasanya menyedia dan menghidangkan makanan. Makan malam, iaitu waktu di mana kaum keluarga – kadangkala termasuklah jiran-tetangga – berkumpul dianggap sebagai rutin harian yang paling penting kerana ketika itulah, dewa-dewi dipuji dan disyukuri, sambil manusia pula digauli. Kegiatan masa lapang yang menjadi kebiasaan masyarakat Inca antara lain adalah bersukan, bernyanyi, bercerita, dan berlumba lari. Secara asas, kehidupan seharian mereka berkisar antara bekerja di siang hari, beristirehat di malam hari, dan mengadakan keraian serta upacara keagamaan.", "Secara umum, masyarakat Inca hanya makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Daging kebiasaannya disimpan untuk dinikmati sebagai juadah istimewa sewaktu berlangsungnya pesta atau upacara keagamaan.", "Masyarakat Inca juga masyhur dengan penggunaan kuinoa, jagung, lada, dan tepung ubi kayu. Mereka tidak mempunyai pasar – masing-masing menghasilkan makanan sendiri dan lebihan makanan pula ditukar dengan barangan lain seperti selimut atau bakul. Justeru dalam erti kata lain, makanan juga adakalanya berfungsi seperti matawang wang buat masyarakat Inca.", "Pentadbiran Empayar Inca dijalankan secara berperingkat, bermula daripada maharaja dan kemudian disusuli oleh sepuluh orang pembesar istana, sepuluh pembesar tempatan, hinggalah ke peringkat masyarakat bawahan. Pentadbiran juga dipermudahkan lagi dengan kewujudan rangkaian jalan-raya dan jaringan komunikasi yang efisien, di mana sebarang pemberon-takan, se-rangan, atau bencana alam dapat ditangani dengan pantas dan undang-undang serta titah perintah maharaja yang diwartakan di ibu kota Cuzco pula dapat disampaikan ke setiap lapisan masyarakat dengan berkesan.", "Empayar Inca dihubungkan antara satu wilayah dan satu wilayah menerusi sistem jalan-raya yang sangat luas (25,000 batu luas) sekaligus membolehkan komunikasi berlaku dengan pantas. Utusan-utusan yang bertugas pula hidup secara berpasangan, di mana ketika salah seorang daripada mereka berehat, seorang yang lain perlu bersiap-sedia untuk menghantar pesanan.", "Dengan adanya sistem jalan dan khidmat penghantaran pesanan sebegini, arahan keten-teraan dapat disampaikan dengan berkesan. Di samping itu, terdapat juga stesen perhentian, rumah tumpangan, dan gudang simpanan di sepanjang jalan bagi tujuan membekali pasukan ten-tera, menyediakan tempat beristirehat buat para pengembara, dan mewujudkan pekerjaan bagi mereka yang menceburi perkhidmatan menghantar pesanan.", "Inca tidak mempunyai sistem tulisan. Akan tetapi, mereka mempunyai satu sistem penyimpanan-rekod yang dikenali sebagai quipu yang menggunakan tali-tali bersimpul bagi menyampaikan maklumat. Bagaimanapun, sejarahwan sehingga hari ini masih belum berjaya memahami isi pesanan quipu dan bagaimana ia berfungsi.", "Tapak tinggalan tamadun Inca yang paling masyhur ialah Machu Picchu yang terletak di banjaran Gunung Andes di Lembah Urubamba. Monumen tersebut dibangunkan oleh raja Inca yang ke-9, iaitu Pachacuti Inca Yupanqui (memerintah 1438-1471 M) sekitar tahun 1450 M dan ia dianggap sebagai sebuah tempat yang suci. Nama ‘Machu Picchu’ membawa maksud ‘bukit tua’ dan dipercayai ia pada asalnya merupakan sebahagian daripada tanah milik Pachacuti Inca Yupanqui.", "Ada yang berpendapat monumen tersebut dibangunkan sebagai tempat pemujaan atau, mungkin juga sebuah perkubuan. Kompleks Machu Picchu dibekali dengan sumber air yang diambil dari mata-mata air semula jadi yang dialirkan melalui saliran-saliran yang diperbuat daripada batu. Setelah kejatuhan Empayar Inca, tapak tersebut ditinggalkan dan ia hanya ditemui semula oleh Hiram Bingham pada tahun 1911 M. Pada hari ini, ia merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO dan telah pun diundi sebagai salah sebuah Keajaiban Dunia yang baru.", "Pasukan ten-tera Inca dibentuk mengikut sistem perpuluhan, bermula daripada sepuluh orang angggota hinggalah 10,000 orang anggota. Gelaran ketua tentera berbeza mengikut bilangan tentera yang diketuainya; chunka kamayua bagi 10 orang tentera, pachaka kuraka bagi 100 orang tentera, waranqa kuraka bagi 1000 orang tentera, dan hunu kuraka bagi 10,000 orang tentera. Keseluruhan pasukan ten-tera ini pula secara rasmi berada di bawah perintah langsung maharaja.", "Empayar Inca tumbang pada tahun 1533 M di tangan t3nt3ra-t3nt3ra Sepanyol yang dipimpin oleh Francisco Pizarro. Bagaimanapun, pada hakikatnya tamadun tersebut sudah pun mengalami kemunduran sejak beberapa tempoh sebelumnya. Empayar Inca – sama seperti Empayar Assyria di Timur Dekat – mengembangkan kekuasaannya menerusi jalan penak-lukan, justeru kebanyakan rakyat jelatanya menyimpan dendam dan perasaan tidak puas hati terhadap penguasa Inca.", "Kesempatan ini diambil oleh Pizarro yang menghasut masyarakat tempatan untuk bangkit menen-tang pemerintah Inca yang kononnya bersifat zalim. Pemberon-takan-pemberon-takan di seluruh empayar sememangnya sudah tercetus sebelum ketibaan Pizarro lagi. Wabak penyakit (khususnya cacar air) yang dibawa oleh orang-orang Eropah memburukkan lagi keadaan memandangkan ia meragut banyak nyawa masyarakat Inca (sehingga 90% dari keseluruhan populasi).", "Oleh hal demikian, walaupun Pizarro diberikan kredit sebagai individu yang menjatuhkan Empayar Inca, sejarahwan berpendapat empayar tersebut lambat-laun akan tetap tumbang dengan sendirinya memandangkan ia tidak lagi berupaya mengekalkan kesatuan dalam kalangan rakyatnya .", "TERJEMAHAN\nJoshua J. Mark. (19 Februari 2020). Ten Facts You Need to Know about the Inca. Ancient History Encyclopedia." ]
https://www.thepatriots.asia/melayu-afrika-selatan-dan-melayu-nusantara/
Melayu Afrika Selatan Dan Melayu Nusantara
[ "Pada 6 Mac 1806, Belanda telah menyerahkan Cape Town di Afrika Selatan kepada British. Oleh itu, molek benarlah kalau aku ceritakan serba sedikit tentang khazanah ulung Bumi Cape Town iaitu Melayu Cape Town.", "Melayu di Afrika Selatan atau lebih dikenali sebagai Melayu Cape adalah orang Melayu asal dari Nusantara yang dibawa oleh kolonial VOC atau nama lainnya Syarikat Hindia Timur Belanda ketika zaman penjajahan.", "Ada yang dibawa dari Melaka dan ramai lagi yang dibawa dari Kepulauan Jawa, Sulawesi dan sekitar. Para penentang tegar VOC dan ulamak juga tidak terlepas daripada kerakusan Belanda ini. Seperti juga kegunaan Seychelles pada British dalam kisah isolasi Sultan Abdullah, Cape Town amat berhasil dalam memadamkan api penentangan yang ditunjangi oleh tokoh-tokoh ini. Ini adalah terang-terangan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh Belanda.", "Jan van Riebeeck telah menjadikan Cape Town sebagai ‘supply base’ atau pengkalan bekalan untuk kapal-kapal Belanda dan juga dari negara lainnya. Kapal-kapal yang berlabuh ini bakal meneruskan perjalanan sama ada ke Barat (Eropah) atau ke Timur (India dan Nusantara).", "Atas gesaan van Riebeeck, Orang Belanda yang berhijrah membuka penempatan baru di Cape Town diwajibkan menjalankan aktiviti pertanian untuk menyediakan bekalan makanan bagi kapal-kapal yang berlabuh.", "Maka, bermulalah episod duka di Cape Town di mana ribuan orang asal Afrika, Asia Selatan dan Nusantara dijadikan hamba bagi tujuan ini. Sebelum kedatangan van Riebeeck, Cape Town bolehlah dikatakan tiada hamba abdi.", "Antara tokoh Nusantara yang terkenal di Cape Town ialah Sheikh Yusuf Al-Taj Maqasari. Beliau dilahirkan pada tahun 1626 di Makassar dan merupakan tokoh yang bertanggungjawab menyebarkan Islam di Cape Town. Sheikh Yusuf bersama dengan Sultan Ageng telah menentang VOC dan akhirnya beliau ditangkap, dihantar ke Ceylon (Sri Lanka) dan akhirnya ke Cape Town.", "Untuk menghalang beliau daripada menyebar Islam, Sheikh Yusuf diasingkan ke sebuah ladang yang bernama Zandvliet namun, usaha ini gagal kerana di Zandvliet yang pada ketika itu di bawah selenggara Reverend Petrus Kalden telah menjadi pusat komuniti asas mereka yang beragama Islam dan tempat di mana hamba abdi melarikan diri. Permintaan untuk membebaskan Sheikh Yusuf tidak pernah dilayan oleh VOC dan akhirnay beliau meninggal dunia di Zandvliet. Kini, Zandvliet dikenali secara rasminya sebagai Macassar.", "Tokoh kedua yang aku rasakan amat penting kepada perkembangan Islam di Cape Town ialah Imam Abdullah Kadi Abdus Salaam atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru. Beliau berasal dari Tidore, Kepulauan Maluku dan dipenjarakan di Robben Island pada tahun 1780. Robben Island adalah pulau penjara yang didiami oleh Nelson Mandela sebahagian besar hiduonya dalam tahanan. Semasa dalam tahanan Tuan Guru menyiapkan sebuah kitab yang dinamakan ‘Makrifan Al-Islam Wa Al-Iman’. Setelah Tuan Guru dibebaskan, beliau telah mengubahsuai sebuah gudang untuk dijadikan masjid yang dinamakan Masjid Auwal. Beliau seorang hafiz dan dikatakan naskhah Al-Quran pertama yang dibukukan di Cape Town datangnya daripada usaha beliau.", "Makam Sheikh Yusuf, Tuan Guru dan tamu agung lainnya dinamakan Makam Kramat dan boleh diziarahi di Signal Hill.", "Pada masa kini, lebih daripada 100,000 orang yang boleh diidentifikasikan sebagai Melayu Cape menetap di Cape Town dan kebanyakan daripada mereka menetap di Signal Hill atau lebih dikenali sebagai Bo-Kaap dan juga di District 6.", "Hubungan yang erat di antara Melayu Cape dan Malaysia diwujudkan setelah negara itu bebas daripada fahaman Apartheid dan sudah pasti Melayu Cape yang menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada ‘Black Movement’ atau ‘Colored’ memainkan peranan penting dalam penentangan sistem Apartheid yang zalim.", "Namun, Melayu Cape sudah berasimilasi dengan penduduk tempatan lainnya melalui perkahwinan dengan bangsa lain yang dibawa dari Asia Selatan, dari Madagascar dan juga penduduk asal Afrika. Tidak ramai dari generasi Melayu Cape ini mampu berbahasa Melayu lagi. Bahasa utama yang dituturkan sudah pasti Afrikaans iaitu bahasa rasmi Afrika Selatan.", "Kalau hendak diikutkan, memang kisah hidup Melayu Cape ini agak memilukan. Mereka dipisahkan daripada kehidupan azali di Nusantara. Mereka dipisahkan daripada sanak-saudara. Mereka juga dijadikan hamba abdi, namun, perancangan Allah itu hebat sekali.", "Dengan kedatangan Melayu Nusantara ke Cape Town, tertegaknya Islam di Bumi Afrika Selatan. Dengan kedatangan Melayu Nusantara, syiar Islam itu mekar sekali dan dengan kedatangan Melayu Nusantaralah azan berkumandang indah di bumi asing ini.", "Sekian", "-Afzan Yusuf-\nwww.afzanyusuf.com" ]
https://www.thepatriots.asia/impak-bts-pada-ekonomi-korea-selatan/
Impak BTS Pada Ekonomi Korea Selatan
[ "Baru-baru ini, kumpulan K-Pop popular BTS mengeluarkan lagu terbaru mereka iaitu Dynamite. Ya, ia menjadi kegilaan ramai peminat K-Pop ketika ini.", "Namun siapa sangka lagu yang dinyanyikan dalam Bahasa Inggeris itu berupaya menjana pendapatan sebanyak 1.7 trilion won (RM5.96 bilion) untuk ekonomi Korea Selatan.", "Menerusi Dynamite, ia mengesahkan kedudukan BTS sebagai artis Korea Selatan paling terkenal di dunia. Di Amerika Syarikat misalnya, lagu tersebut membuat kemunculan pertama dengan muncul juara carta Billboard Hot 100.", "Ianya sekaligus mengatasi pencapaian Psy dan lagunya, Gangnam Style yang hanya berjaya menjadi naib juara carta berkenaan selama tujuh minggu pada 2012.", "Berdasarkan analisis yang dibuat oleh Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Korea Selatan, Dynamite juga menjana aktiviti ekonomi bernilai 1.7 trilion won dan mewujudkan lebih 8,000 pekerjaan baru.", "Jualan langsung dijangka menyumbang sebanyak 400 bilion won, jualan kosmetik (600 bilion won) dan jualan makanan dan minuman (180 bilion won).", "Anggaran ini dibuat selepas menganalisis jualan yang dibuat syarikat label BTS, Big Hit Entertainment dan statistik dari Jabatan Kastam Korea Selatan, Bank of Korea dan data Google Trends.", "Bagaimanapun, analisis itu tidak memasukkan pelancongan asing berikutan sekatan perjalanan yang dikenakan akibat pandemik Covid-19. Keputusan sekatan itu juga menyebabkan beberapa konsert yang dirancang terpaksa dibatalkan.", "Kementerian dalam satu kenyataan berkata, “Sekiranya kami memasukkan anggaran pendapatan pelancongan, kami menjangkakan kesan ekonomi negara juga akan menjadi lebih kuat.” Kementerian turut menambah ia boleh meningkatkan lagi imej dan nilai jenama negara itu di pentas dunia.", "K-Pop dan drama Korea merupakan salah satu daripada eksport budaya Korea Selatan yang paling berjaya. Salah satu komponen utama gelombang Hallyu sejak 20 tahun lepas, industri itu kini bernilai AS$5 bilion (RM20.82 bilion)." ]
https://www.thepatriots.asia/komedi-senjata-propaganda-wwii-britain/
Komedi Senjata Propaganda WWII Britain
[ "Pada satu lewat malam di London pada tahun 1940, seorang warga Austria sibuk menulis sesuatu di atas mejanya. Walaupun tumpuannya kadangkala terganggu dengan bunyi siren serangan udara yang dianggapnya sebagai ‘bunyi jentera perang dari neraka’, Robert Lucas terus menulis demi tanah airnya. Ya, Lucas sebenarnya seorang penulis yang menulis sebuah drama radio BBC dengan fokus para pendengar mereka ialah penduduk Third R3ich. Tujuannya satu: membuatkan mereka ketawa.", "Penulis Austria ini telah bekerja dengan Perkhidmatan Jerman BBC yang mula muncul selepas krisis Sudeten pada tahun 1938. Matlamat bahagian propaganda BBC ini satu sahaja iaitu memecah monopoli rejim N4zi Jerman ke atas berita di negara berkenaan. Rejim tahu mereka tidak boleh menyekat siaran radio negara-negara luar dari memasuki Jerman tetapi mereka boleh menjadikannya satu jenayah. Sesiapa yang berani mendengar siaran radio negara-negara musuh ini bakal berhadapan dengan hukuman penjara. Dan jika mereka didapati menyebarkan berita yang mereka dengar kepada orang lain, maka pelbagai jenis hukuman m4ti akan dikenakan dari skuad pen3mbak hinggalah tali gantung.", "Tetapi kenapa BBC memilih genre komedi dalam latar masa yang menekan itu? Jenaka dengan tujuan menaikkan moral di medan domestik dilihat satu strategi yang berjaya seperti yang dibuat dalam drama radio satira BBC, It’s That Man Again. Tetapi bolehkah ia digunakan sebagai bahan propaganda anti-N4zi? Dan persoalan lebih utama, masihkah ada yang akan mendengar? Justeru bila Lucas menulis Die Briefe des Gefreiten Adolf Hirnschal, dia tidak tahu sama ada adakah warganegaranya mendengar kisah-kisah sebegini. Programnya bersama dua lagi siri satira bertajuk Frau Wernicke dan Kurt und Willi yang dihasilkan pada tahun 1940 merupakan pendekatan eksperimen dan berani Perkhidmatan Jerman pada tahun-tahun awalnya.", "Pada tahun-tahun awal penubuhannya, perkhidmatan ini mengalami masalah kekurangan staf, peralatan dan organisasi diperlukan untuk mengurus kempen propaganda balas pihak musuh secara harian. Radio pada ketika itu masih lagi baru dan siaran ke negara musuh merupakan satu pendekatan lain dari yang lain. Ini menyebabkan wujud elemen kreativiti dan semangat mahu mencuba dalam kalangan staf. Bagi BBC, perkhidmatan ini dilihat satu peluang walaupun ada yang menganggap perbuatan menyiarkan propaganda anti-N4zi sebagai satu perbuatan sia-sia. Salah seorang yang berpandangan sedemikian ialah Pengarah Penyiaran Eropah BBC, Noel Newsome.", "Untuk menjayakan program propaganda ini, beberapa syarat perlu dipenuhi. Pertama, skrip Bahasa Inggeris tetapi sebutannya nampak semulajadi. Kedua, program satira itu harus mengandungi pengetahuan intim berkenaan Jerman sehingga boleh diterima penduduk. Tetapi hubungan kerja antara pihak BBC, pegawai bahagian propaganda dengan penduduk-penduduk Jerman yang duduk dalam buangan ini bukanlah mudah di mana Lucas dan rakan senegaranya sentiasa dipandang dengan rasa curiga.", "Die Briefe des Gefreiten Adolf Hirnschal berkisar tentang siri surat yang ditulis oleh seorang tentera W3hrmacht fiksyen bernama Adolf Hirnschal. Hirnschal digambarkan sebagai seorang yang setia terhadap Fvhr3rnya. Tetapi di sebalik pernyataannya yang setia walaupun kadang-kadang dianggap pelik, siri satira ini turut mendedahkan kebodohan di sebalik slogan yang dilaungkan rejim. Contoh dalam surat pertamanya selepas Operasi Barbarossa dilancarkan, Hirnschal menyambut baik berita dirinya ditempatkan di Medan Timur (Eastern Front) kerana boleh ‘berkawan’ dengan tentera Rusia. Hirnschal menambah, “Bukankah Fvhr3r mengatakan persahabatan kita dengan orang Rusia akrab dan tidak boleh digugat?” Contoh satira ini mendedahkan sisi hipokrit rejim pimpinan Ad0lf H1tler terhadap Rusia.", "Taktik yang digunakan Lucas dalam satiranya itu turut digunakan oleh penulis dan sejarawan seni Jerman, Bruno Adler dalam siri satiranya Frau Wernicke. Watak utama Frau Wernicke ialah seorang suri rumah yang tabah dan berhati baik tetapi mempunyai mulut murai. Dalam kebanyakan monolognya, dia mengeluh tentang ketidakadilan, catuan makanan dan propaganda yang disebarkan sekitar Jerman tapi masih dalam konteks yang masuk akal. Dengan menggabungkan sokongan naifnya terhadap rejim dengan realiti sebenar kehidupan zaman perang, nilai subversif yang dibawa Adler mudah menangkap minat pendengarnya.", "Selain Frau Wernicke, Kurt und Willi turut dihasilkan oleh Adler. Satira ini berkisar tentang kisah dua sahabat yang memegang jawatan berbeza dalam kerajaan. Kurt merupakan seorang guru manakala Willi pula merupakan seorang pegawai Kementerian Propaganda rejim. Bila mereka bertemu di bar selepas waktu kerja, Kurt memainkan peranan sebagai seorang warga Jerman yang naif. Manakala Willi pula seorang yang suka mengambil kesempatan, tidak bermoral dan sinikal yang suka membocorkan pelbagai rahsia yang digunakan kementerian berkenaan.", "Tetapi apakah siri satira ini benar-benar berhasil seperti dibayangkan Lucas, Adler dan BBC? Jawapan itu muncul pada akhir perang apabila lambakan surat dihantar ke Perkhidmatan Jerman BBC. Surat-surat ini merupakan respon para pendengar yang mendengar siri satira mereka. Seorang penghantar mendedahkan satira-satira yang dihasilkan menyelamatkannya dari membunuh diri. Sementara seorang lagi penghantar memberitahu satira-satira ini memberi kekuatan moral kepadanya untuk tidak terlibat dengan j3nayah p3rang N4zi. Tetapi kebanyakan penghantar mendedahkan satira-satira yang dihasilkan mewujudkan sedikit cahaya keceriaan dalam kehidupan mereka semasa p3rang.", "Dan paling penting, rejim tidak dapat menyaingi apa yang ditawarkan oleh Perkhidmatan Jerman BBC. Mungkin atas sebab itu juga, ia merupakan kunci kejayaan utama program satira propaganda anti-N4zi itu. Walaupun monolog Hirnschal atau Wernicke kadangkala boleh sampai ke tahap tidak masuk akal, keupayaannya membikin warga Jerman yang tertekan semasa p3rang untuk tersenyum merupakan bukti perjuangan Lucas menyelamatkan jiwa-jiwa orang Jerman tidaklah sia-sia seperti yang didakwa.", "RUJUKAN:", "Moorehead, Kristina. (2019). How Britain fought H1tl3r with humour. BBC Culture. http://www.bbc.com/culture/story/20190829-how-britain-fought-hitler-with-humour" ]
https://www.thepatriots.asia/larian-serum-125-bagaimana-anjing-selamatkan-alaska-daripada-wabak/
Larian Serum 125: Bagaimana Anjing Selamatkan Alaska Daripada Wabak
[ "Kalau peristiwa ni difilemkan ala Mission Impossible, aku yakin watak utama filem ni adalah anjing. Lebih tepat, anjing baka Siberian Husky.", "Pada musim sejuk 1925, pekan kecil Nome, Alaska alami krisis yang mereka tak pernah jangka sebelum ni. Wabak epidemik diphtheria menular pantas dan mampu membunuh seluruh komuniti di Nome.", "Apa tu diphtheria? Ia adalah jangkitan bakteria yang menyerang hidung serta tekak. Boleh mambawa maut jika dibiarkan. Hari ni, penyakit ini jarang wujud kerana kebanyakan manusia sudah divaksinkan, tapi kes ni tak sama pada 1925.", "Situasi lebih teruk berbanding dijangka sebab stok toksin diphtheria pakar perubatan di Nome, Dr. Welch sudah tamat tempoh beberapa bulan awal. Serum ni perlu dibawa dari tanah besar AS yang jaraknya lebih 1,000 batu jauhnya. Dr. Welch sudah buat tempahan, tetapi penghantaran ditangguhkan pula.", "Musim sejuk sudah menerpa, maksudnya pelabuhan telah ditutup kerana ais. Nampaknya , Dr. Welch kena menunggu hingga musim bunga untuk ais mula mencairlah. Tak menunggu lama, telegram kecemasan dihantar ke Perkhidmatan Kesihatan Awam AS di Washington oleh Dr. Welch, meminta penghantaran 1 juta unit antitoksin.", "Lembaga kesihatan pun bermesyuarat untuk bincangkan kaedah penghantaran antitoksin tu. Penghantaran kapal terbang dah ditolak awal2 kerana risiko berbahaya masa musim sejuk ni. Pejabat Pos AS cuba buat penerbangan pada suhu – 20°C, mereka cuma mampu terbang sejauh 260 batu (420 km). Ada juga yang terhempas.", "Dr. Welch pula tak sanggup menunggu selama itu sebab serum itu hanya mampu bertahan selama 6 hari saja. Nak tak nak, anjing-anjing ni kena lengkapkan perjalanan kurang suku daripada tempoh biasa, 25 hari.", "Maka, mereka putuskan bahawa penghantaran 1.1 juta unit dari Seattle ke Seward melalui laut memakan masa 6-7 hari. Penghantaran dari Seward ke Nenana melalui kereta api dan diteruskan ke Nome dengan jarak 674 batu (1085 km) oleh kereta luncur anjing. Tempoh masa asal penghantaran adalah 25 hari.", "Cabaran pertama mereka, elakkan membeku sampai mati.", "Siberian Husky ada banyak bulu sekunder yang sangat halus dan berpintal berbanding baka lain. Bulu ini memerangkap udara hangat ke badan, macam jaket. Anjing-anjing ini juga menggunakan ekor mereka untuk hirup udara hangat di malam hari.", "Kebetulan, Hospital Kereta Api Anchorage ada 300,000 unit serum. Bekalan ni dibungkus dalam silinder besi dan dihantar cepat ke Nenana. Bekalan ni akan mengawal epidemik sementara menunggu bekalan serum lebih besar.", "Bekalan tadi tiba di Nenana pada 27 Januari 1925. Musher pertama, William “Wild Bill” Shannon terima bekalan dan berlepas dengan 11 anjing. Musim sejuk ketika itu dahsyat sampai cecah -50°C. Dia berlari bersama anjingnya atas sungai beku untuk kekalkan tubuhnya panas. Selepas melengkapkan perjalanan sejauh 52 batu, sebahagian mukanya hitam dek “frostbite” dan alami hipotermia. Malah, Shannon kehilangan 3 ekor anjingnya sepanjang perjalanan tu.", "Shannon menghantar bekalan ke Edgar Kalland di Tolovana. Kalland meredah hutan menuju Manley Hot Springs sejauh 31 batu sampaikan tangannya beku di pemegang kereta luncur. Musher seterusnya, Edgar Nollner menghadap kabus berais dan dia terlupa melitupi kawasan terdedah dua anjingnya. Kedua-dua anjing itu tumbang dek “frostbite”, Nollner terpaksa menarik kereta luncur seorang diri. Akhirnya, kedua-dua anjingnya mati.", "Tommy Patsy berlari menghantar Bekalan serum sejauh 36 batu ke Jack Nicolai yang akan membawanya ke Unalakleet. Situasi semakin terdesak dengan kes direkodkan menaik ke 27 kes. Surat khabar tempatan pun melaporkan, “segala harapan terletak pada anjing dan pemandunya… Nome terlihat seperti bandar yang ditinggalkan”.", "Bila musher seterusnya, Leonard Seppala terima bekalan serum dari Henry Ivanoff, hari sudah malam dan ribut dahsyat menuju Teluk Alaska. Walaupun meredah ribut waktu malam dah dikira cubaan bunuh diri, Seppala tetap teruskan juga.", "Dia bergantung penuh ke Togo, anjing ketuanya untuk meredah ais. Laluan ni adalah laluan paling bahaya kerana pergerakan berterusan oleh ombak laut dan angin. Anjing-anjing Seppala meredah 260 batu (420 km) dalam masa 4.5 hari saja.", "Charlie Olson menghantar bekalan ke Gunnar Kaasen pula. Kaasen meneruskan perjalanan berbaki 25 batu (40 km) bersama Balto, ketua anjingnya dan tiba di Nome pada 5.30 pagi. Tidak ada satu ampul antitoksin pun yang rosak dan ia dicairkan dan disediakan pada tengah hari.", "3 minggu selepas suntikan vaksin, kes mula menurun. Masa tu, baki bekalan 1 juta unit sudah pun tiba menggunakan kereta luncur anjing juga. Banyak pemandu dan anjing asal terlibat dalam larian kedua dan menghadap isu yang sama juga.", "Kesemua musher dan anjingnya menerima surat pujian (letter of commendation) daripada Presiden Calvin Coolidge. Sekelip mata, Leonhard Seppala dan Gunnar Kaasen menjadi selebriti bersama anjingnya, Togo dan Balto.", "Tugu Balto didirikan di Central Park di Bandar New York pada 1925. Untuk menghargai larian serum bersejarah ini, Iditarod Trail Sled Dog Race diadakan bermula dari Anchorage ke Nome sejauh 1,000 batu.", "Memang besar jasa musher dan anjing-anjing mereka menghantar serum sampai nyawa mereka jadi taruhan.", "RUJUKAN:", "1. Kaushik Patowary (Amusing Planet), The 1925 Serum Run To Nome : The Incredible Story of How a Remote Alaskan Town Was Saved From an Epidemic, https://www.amusingplanet.com/2020/09/the-1925-serum-run-to-nome-incredible.html", "2. Louise Crane (BBC), In 1925, a remote town was saved by from lethal diease by dogs, http://www.bbc.com/earth/story/20161014-in-1925-a-remote-town-was-saved-from-lethal-disease-by-dogs" ]
https://www.thepatriots.asia/yahudi-vs-zionis/
Yahudi Vs Zionis
[ "Setiap kali timbul isu Israel dan Palestin, mesti anda akan nampak kumpulan pakcik-pakcik Yahudi berjanggut bertocang seperti ini membuat protes terhadap kekejaman Israel malah kewujudan Israel itu sendiri.", "Yahudi ini adalah Yahudi Ortodoks yang terdiri daripada kumpulan Haredim dan Hasidim. Mereka adalah Yahudi yang konservatif dan kadang-kadang digelar sebagai Yahudi ortodoks ultra (“Ultra-Orthodox Jews”) untuk membezakan mereka daripada penganut ortodoks moden (“Modern Orthodox Judaism”) yang merupakan agama rasmi Israel.", "Mengapa mereka membantah kewujudan Israel sekiranya kewujudan Israel dikatakan mempunyai asas dalam agama Yahudi (Judaism)?", "Ini kerana Zionisme (ideologi yang mengatakan orang Yahudi perlu kembali ke Palestin dan mendirikan negara) adalah lebih kepada sebuah gerakan nasionalis sekular (“secular nationalism”) yang mempunyai asal usul dalam “Haskalah” atau “Jewish Enlightenment” yang dipelopori oleh Yahudi Ashkenazi di Jerman pada abad ke-19.", "Sebelum wujudnya negara Israel, Yahudi yang bertebaran di Eropah dan Asia Barat terbahagi kepada kumpulan “Ashkenazim” (menetap di Eropah Timur termasuk Jerman, Rusia, Poland), “Sephardim” (menetap di Sepanyol dan kawasan Mediterranean) dan “Mizrahim” (menetap di kalangan orang Arab, perkataan “Mizrah” berasal daripada perkataan “Mashriq”).", "Ashkenazim terkesan dengan gerakan “Enlightenment” di Eropah yang melahirkan pemikiran sekularisme dan rasionalisme, maka mereka pun melancarkan Enlightenment tersendiri yang bernama Haskalah. Antara idea progresif yang lahir daripada Haskalah ialah “Proto-Zionism” iaitu untuk mewujudkan sebuah negara bangsa Yahudi demi membebaskan kaum Yahudi daripada diskriminasi dan penindasan. Mereka berpendapat bahawa nasib kaum Yahudi boleh diubah tanpa menunggu kedatangan al-Masih (“Messiah”) yang dijanjikan dalam Torah/Old Testament/Taurat.", "Proto-Zionism ini dipelopori oleh rabbi modenis yang berfikiran progresif seperti Yehuda Alkalai (1798-1878) dan Zvi Hirsch Kalischer (1795-1874), dan juga pemikir humanis sekular seperti Moses Hess (1812-1875), Peretz Smolenskin (1842-1885) dan Ahad Ha-Am (1856-1927). Namun idea mereka disanggah oleh rabbi yang lebih konservatif daripada kalangan Haredim dan Hasidim.", "Mereka melihat Zionisme sebagai sesat kerana menurut tafsiran mereka, Yahudi hanya boleh kembali ke tanah Israel (“Eretz Israel”) dan “Zion” (tempat suci di Jerusalem) dengan kehendak Tuhan. Percubaan untuk mempercepatkan proses tersebut umpama melawan takdir. Dan mereka juga berpendapat Yahudi wajib mentaati penguasa duniawi dan tidak patut berhijrah.", "Pengasas World Zionist Organization, Theodor Herzl (1860-1904) adalah seorang sekular. Pendukung awal Zionisme seperti Albert Einstein juga seorang sekular ateis. Walaupun mereka sekular, mereka sehaluan dengan rabbi modenis dalam isu mengubah nasib Yahudi melalui projek nasionalisme. Kerana mereka sekular maka mereka tak perlu peduli hukum-hakam ortodoks.", "Mula-mula mereka terima cadangan British untuk bernegara di Afrika Timur sekitar Uganda, namun mereka berjaya memujuk British untuk membenarkan mereka berhijrah ke Palestin di bawah penjagaan British dari tahun 1922-1948 melalui Deklarasi Balfour 1917 (tapi sebenarnya Zionis pun kena game dengan British, itu cerita lain kali).", "Zionis bertambah “sesat” dengan kemunculan ideologi “Revisionist Zionism” atau “Neo-Zionism” yang dipelopori Vladimir Jabotinsky (1880-1940), pejuang Zionis bersifat militan. Anak muridnya Menachem Begin mengasaskan parti Likud yang menamatkan dominasi Parti Buruh (Labour) dalam politik Israel pada tahun 1977. Sementara Labour lebih toleran dan terbuka kepada “Two-State Solution”, Likud lebih jumud dan menolak hak kewujudan Palestin. Netanyahu adalah pemimpin Likud. Now you understand why.", "Untuk melawan Labour yang sekular, Likud menggunakan retorik dan simbol agama. Likud berjaya meraih undi daripada golongan Mizrahim yang lebih kuat beragama berbanding Ashkenazim dan lebih memusuhi Arab dan Muslim berbanding Sephardim. Ashkenazim memandang rendah kepada Mizrahim dan memanggil mereka sebagai pencium “mezuzah”, iaitu sejenis azimat yang digunakan oleh Yahudi semasa beribadah.", "Sepertimana ISIS/Daesh menyalahguna Islam dengan “cherrypicking” ayat-ayat Qur’an dan hadis serta simbol-simbol akhir zaman seperti panji hitam dan Dabiq, begitu juga Likud menunggang Judaism dengan mengaitkan perjuangan mereka dengan pembinaan “Third Temple” dan sebagainya. Walaupun menurut pandangan Haredim dan Hasidim, Third Temple tidak boleh dibina menerusi tangan manusia.", "Haredim dan Hasidim membantah dasar Zionis kerana mereka melihat Zionisme telah memburukkan nama Yahudi dan membuat Yahudi semakin dibenci. Yang lebih parah, puak Likud dan Neo-Zionis menukar Zionisme daripada “secular nationalism” kepada “religious nationalism”. Namun Neo-Zionism berjaya menarik simpati golongan Kristian fundamentalis di US (fenomena yang dikenali sebagai “Christian Zionism”), dan ia menyumbang kepada dasar US mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel.", "Jadi munculnya fenomena yang menarik di mana ada orang bukan Yahudi menyokong Zionisme dan ada orang Yahudi ortodoks dan sekular yang membantah Zionisme.", "Jadi, tak perlu pening kepala fikir perlu atau tidak untuk memboikot Facebook dan Starbucks. Sekiranya tiada bukti menunjukkan pemilik perniagaan-perniagaan tersebut terlibat dalam gerakan Zionisme, maka tak perlu boikot hanya kerana mereka itu Yahudi. Bukan semua Yahudi itu Zionis, dan bukan semua Zionis itu Yahudi.", "(untuk memahami istilah-istilah “Israelites”, “Jews” dan “Judaism”, sila rujuk tulisan saya yang lepas di https://www.thepatriots.asia/israelites-jews-judaism/)", "Bacaan Lanjut:\n(1) Julius Schoeps, (2013). Pioneers of Zionism: Hess, Pinsker, Rülf: Messianism, Settlement Policy, and the Israeli-Palestinian Conflict.\n(2) Alain Dieckhoff. (2003). The Invention of a Nation: Zionist Thought and the Making of Modern Israel.\n(3) Shmuel Almog et al. Eds. (1998). Zionism and Religion.\n(4) Colin Shindler. (1995). The Land Beyond Promise: Israel, Likud, and the Zionist Dream." ]
https://www.thepatriots.asia/galvanisme-inspirasi-sebenar-frankenstein/
Galvanisme Inspirasi Sebenar Frankenstein?
[ "Pada 17 Januari 1803, seorang pemuda bernama George Forster menjalani hukuman m4ti di Penjara Newgate, London. Selepas hukuman dijalankan, m4yat Forster dihantar ke Royal College of Surgeons (Kolej Pakar Bedah Diraja) selalunya untuk dibedah di depan khalayak umum. Tetapi untuk hari itu, m4yat tersebut bukan akan dibedah tetapi diberi kejutan elektrik!", "Eksperimen ini dibuat oleh filsuf Itali, Giovanni Aldini yang juga anak saudara kepada pelopor bidang galvanisme, Luigi Galvani. Aldini berbuat demikian kerana mahu menutup mulut para pengkritik galvanisme bahawa ia merupakan sesuatu yang membuang masa dan cuba mencabar kekuasaan Tuhan.", "Justeru, bila m4yat Forster diberi kejutan elektrik, sesiapa saja yang melihatnya pasti merasa terkejut. Berikut keterangan akhbar The Times yang membuat liputan eksperimen itu, “Bila proses aplikasi pertama dibuat pada muka, rahangnya bergetar, otot mukanya berkenyut dan satu mata terbuka.", "“Untuk proses seterusnya, tangan kanan naik dan menggenggam buku lima manakala kaki dan pehanya seolah-olah bersedia untuk bergerak.” Bagi sesetengah penonton yang melihat eksperimen tersebut, ia seolah-olah memperlihatkan lelaki jahat itu hampir hidup semula.", "Idea galvanisme yang dimainkan Galvani telah tersebar hampir seabad dan mengejutkan, ia mendapat sokongan sesetengah cendekiawan ulung Eropah ketika itu. Antara yang menyokong idea ini ialah Sir Isaac Newton dan ahli astronomi England Stephen Gray.", "Mereka merasakan menerusi galvanisme, wujud hubungkait antara tenaga elektrik dengan semua proses kehidupan. Dan ia didakwa dibuktikan menerusi beberapa eksperimen. Di Perancis pada tahun 1746, Jean-Antoine Nollet menghiburkan kerabat diraja Perancis dengan mengejutkan sekumpulan 180 pengawal diraja dengan cas elektrik dari sebuah balang Leyden.", "Jika anda tidak membaca kisah ini, pasti anda menyangka ia satu lagi kerja fiksyen membabitkan pencipta Frankenstein, Mary Shelley. Hakikatnya, ia merupakan kes sebenar dan banyak diinspirasikan oleh kenalan-kenalan beliau yang meminati galvanisme terutama bagaimana elektrik boleh menghidupkan kembali manusia.", "Salah seorang daripadanya ialah sasterawan Inggeris dan rakan keluarga, Samuel Taylor Coleridge. Selain itu, suaminya ketika itu iaitu Percy Bysshe Shelley turut meminati eksperimen galvanisme.", "Tetapi eksperimen Aldini turut mengundang perdebatan dalam kalangan cendekiawan tentang peranan elektrik dan kaitannya dengan proses kehidupan. Charles Wilkinson yang membantu filsuf Itali itu dalam eksperimennya mengganggap ia sebagai komponen penting yang menghubungkan bahan dengan semangat/roh.", "Namun, hujah penyokong Aldini ini dibantah oleh ramai pihak. Pada tahun 1814, pakar bedah John Abernathy mengulangi dakwaan tersebut semasa sesi syarahan tahunan Hunterian di Royal College of Surgeons.", "Sebaik mendengar dakwaan tersebut, seorang lagi pakar bedah iaitu William Lawrence membakulsampahkan dakwaan tersebut dan menganggap tenaga elektrik tidak diperlukan dalam menerangkan proses kehidupan. Lawrence bukan orang lain dalam kehidupan keluarga Shelley kerana beliau merupakan doktor keluarga mereka.", "Dan selepas Frankenstein diterbitkan pada tahun 1818, ia dilihat seolah-olah menunjukkan galvanisme menjadi kunci utama eksperimen menghidupkan kembali manusia. Ia cuba dibuktikan oleh seorang ahli kimia Scotland bernama Andrew Ure dengan cuba menghidupkan kembali seorang pembvnvh bernama Matthew Clydesdale.", "Clydesdale ialah seorang banduan yang baru saja menjalani hukuman m4ti. Sama seperti kes Forster, eksperimen Ure di apartmennya itu ditonton oleh ramai orang dan ini berlaku beberapa bulan selepas kisah Frankenstein diterbitkan.", "Sebaik Ure memberi kejutan elektrik terhadap m4yat Clydesdale, semua otot muka m4yat serentak menunjukkan eksperesi dan tindakan berbaur ketakutan termasuk senyuman pada ekspresi mukanya yang menakutkan. Ia mengejutkan ramai penonton sehingga ada yang memilih keluar dan seorang daripada mereka pengsan.", "Eksperimen-eksperimen sebegini sebenarnya membuka peluang baru kepada aplikasi elektrik dalam konteks yang lebih meluas termasuk dalam bidang perubatan. Tetapi ia masih tidak mengubah hakikat betapa kejamnya eksperimen sebegini bagi membuktikan hujah masing-masing.", "Mungkin itulah mesej sebenar yang cuba dibawa Shelley dalam novel Frankensteinnya. Manusia yang terlalu obses dengan pencariannya termasuk mencabar kekuasaan Tuhan sebenarnya telah menggadai kemanusiaannya hanya untuk mengejar perkara sia-sia bernama keabadian.", "RUJUKAN:", "Morus, Iwan. (2020). How gruesome real-life experiments inspired the story of Frankenstein. The Independent. https://www.independent.co.uk/arts-entertainment/books/features/frankenstein-real-science-history-mary-wollstonecraft-shelley-electrocution-executions-a8607501.html" ]
https://www.thepatriots.asia/bagaimana-the-beatles-menjana-keuntungan-setelah-56-tahun/
Bagaimana The Beatles Menjana Keuntungan Setelah 56 Tahun?
[ "Apa yang peliknya, mereka terus mendapat keuntungan walaupun sudah lama tidak mengeluarkan album. Persoalannya, bagaimana perkara seumpama ini boleh terjadi?", "Semuanya bermula dengan pengaruh muzik dan fesyen yang telah dibawa oleh The Beatles kepada dunia.", "Bayangkan sejak daripada era 60-an sehinggalah ke hari ini, muzik The Beatles masih lagi menjadi ikutan walaupun ada pendapat mengatakan rock sedang dalam ambang kejatuhan.", "Hal ini terus membuatkan album The Beatles masih terjual sebanyak 600 juta salinan di seluruh dunia bermula era 60-an sehingga ke hari ini.", "Antara album The Beatles yang terjual dengan angka cukup besar adalah The White Album (24 juta salinan) dan Abbey Road (12 juta salinan).", "Keuntungan pertama yang diperolehi oleh The Beatles adalah dengan penganjuran konsert debut kumpulan itu di The Ed Sullivan Show pada 9 Februari 1964 yang mencatatkan jumlah tontonan seramai 73 juta orang.", "Kumpulan ini telah menerima sekitar $10,000 dan sebanyak $50,000 perlu dibelanjakan oleh pihak penganjur untuk mempromosikan The Beatles yang belum dikenali.", "Jadi apa yang perlu dilakukan oleh The Beatles pada ketika itu hanya menyanyi dan bermain alatan muzik untuk menghiburkan penonton.", "The Beatles tidak berheni setakat itu sahaja, kumpulan ini mula beraksi dalam filem bertajuk “A Hard Day’s Night” sehingga mampu menjana pendapatan sebanyak $1.3 juta.", "Album terpanjang kumpulan ini juga iaitu “Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band” telah terjual sebanyak 8 juta salinan.", "Bermula sejak itu The Beatles terus cemerlang mengeluarkan 12 album dengan angka salinan mencecah jutaan unit hingga memberikan banyak keuntungan kepada kumpulan tersebut.", "Populariti yang dikecapi oleh kumpulan itu bikin mereka terus ingin menubuhkan syarikat mereka sendiri iaitu Apple Corp pada 1968.", "Syarikat ini akan mengawal selia segala hak cipta kumpulan The Beatles daripada menjadi mangsa rakusan cetak rompak. Syarikat ini dibentuk setelah kematian pengurus mereka iaitu Brian Epstein bagi menggantikan Beatles Ltd.", "Apa yang menariknya syarikat milik The Beatles ini pernah disenaraikan dalam Bursa Saham pada 1960 walaupun hampir dibubarkan ketika 1975 akibat sedikit salah faham.", "27 tahun selepas itu, The Beatles masih lagi menjana keuntungan dengan mengeluarkan dokumentari bertajuk “Beatles Anthology” yang disertakan bersama buku dan juga cakera padat melalui Apple Corp.", "Bukan itu sahaja, The Beatles juga telah mengeluarkan album kompilasi lagu-lagu popular mereka pada 2002.", "Pengaruh yang ada pada The Beatles membuatkan album tersebut terus mendaki carta sebagai album terlaris di dunia dari tahun 2000 hingga 2010 lantas memberi banyak keuntungan kepada kumpulan itu.", "Perkara seumpama itu sangat mengejutkan pada ketika dunia sedang dilanda demam rock alternatif, nu metal dan britpop. Malaysia pula dikuasai oleh pop Indonesia dan muzik bawah tanah yang dibawa ke arus perdana oleh Spider.", "Buat pengetahuan anda, permainan muzik video The Beatles yang dilancarkan pada tahun 2009 memberikan pendapatan jutaan dolar kepada kumpulan itu dengan terjual lebih 1 juta salinan.", "Ianya ditambah lagi beberapa rancangan televisyen yang membayar nilai tinggi kepada The Beatles untuk menjadikan lagu kumpulan tersebut sebagai runut bunyi.", "Sebagai contoh, rancangan televisyen Mad Men membayar $250,000 kepada kumpulan itu bagi mengunapakai lagu ciptaan Lennon-McCartney dalam salah satu drama mereka.", "Dianggarkan pada tahun 2013, pendapatan kumpulan The Beatles mencecah $71 juta melalui jualan album yng masih lagi mendapat permintaan dan pendapatan lain.", "Hal ini boleh dilihat apabila Paul McCartney memperoleh $47 juta daripada projek solo dan penerbitan muzik. Ringor Star pula memperolehi pendapatan melalui konsert jelajah bersama band projeknya iaitu Ringo Starr & His All-Starr Band.", "Mendiang George Harrison pula miliki aset sebanyak $6 juta dan mendiang John Lenon masih memperoleh royalti sebanyak $12 juta melalui lirik lagu ciptaannya.", "Pada hari ini, The Beatles masih lagi menjana keuntungan melalui youtube dengan mencatat ratusan juta tontonan terutama melalui muzik video lagu mereka yang agak lanka.", "Di laman-laman penstriman seperti Spotify, Joox dan Apple Music, lagu-lagu The Beatles masih menjadi pilihan untuk didengari secara dalam talian.", "Dengan teredarnya lagu-lagu The Beatles melalui laman penstriman, dijangka kumpulan ini akan terus mampu menghasilkan keuntungan untuk beberapa tahun akan datang.", "Kesimpulannya, bermain muzik dengan serius juga boleh menjana keuntungan yang begitu banyak sehingga bertahun lamanya sama sebagaimana The Beatles.", "Namun begitu, kita harus menerima hakikat tidak ramai yang mampu mencapai tahap The Beatles. Semuanya bergantung kepada penawaran dan permintaan dalam pihak masyarakat.", "Oleh sebab itu jangan terkejut jika beberapa lagu kurang berkualiti mampu terkenal kerana ianya bergantung kepada selera pendengar. Jika muzik yang sangat bagus dapat dihasilkan tetapi tidak mampu menarik perhatian masyarakat, kumpulan itu akan terus lenyap.", "Artikel ini turut boleh dibaca di portal ekonomi dan kewangan kami, The Outlook. " ]
https://www.thepatriots.asia/selamat-datang-leeds-ke-epl/
Selamat Datang Leeds Ke EPL!
[ "Sebelum bangkitnya Chelsea, Leicester City dan Manchester City bangkit menjadi juara daripada kosong, Liga Perdana Inggeris pernah diwarnai sebuah pasukan bernama Leeds United.", "Hanya pengikut-pengikut bolasepak paling lewat pun 2005 saja yang pernah melihat mereka berpencak di persada tertinggi bolasepak British.", "Dalam bilik piala Elland Road, Leeds United membuktikan dunia bahawa mereka pernah menjuarai:", "Jika rekod-rekod lain disertakan, Leeds United juga boleh bermegahan kerana tiba di pusingan akhir bagi Piala Eropah 1975 dimana mereka ditewaskan 2-0 pada tangan Bayern Munich.", "Kemuncak kuasa mereka berada pada tangan David O’Leary.", "Namun dibawah pengerusi Peter Ridsdale, Leeds United berjaya memohon pinjaman hutang besar melebihi kadar kebolehuntungan hak televisyen dan perolehan tajaan melalui kelayakan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).", "Alaf baharu menandakan terbunyinya semboyan bagi zaman kegelapan Leeds. Dalam musim 2000-2001, Liverpool mendapat satu mata lebih dan mengambil tempat ketiga untuk memasuki pusingan kelayakan UCL.", "Pada masa itu hanya tiga pasukan saja boleh menyertai UCL. Musim seterusnya pula Leeds kalah lapan kali dan sekali lagi terlepas peluang ke UCL.", "Maka kelab tidak mempunyai perolehan mencukupi untuk pembayaran hutang.", "Disebabkan itu Ridsdale terpaksa menjual Rio Ferdinand pada harga £30 juta (£47.79 juta nilai sekarang) kepada Manchester United (The Telegraph, 2002).", "Penjualan ini menaikkan berang O’Leary yang keluar terus daripada Leeds untuk digantikan dengan Terry Venables (The Guardian, 2002).", "Dibawah Venables, kualiti permainan pun merosot disebabkan kehilangan semangat. Beberapa pemain penting dijual, termasuk Jonathan Woodgate yang Ridsdale janji takkan jual.", "Dan Venables pun dipecat dan digantikan dengan Peter Reid; kemudiannya Ridsdale meletakkan jawatan.", "Kalau bukan kerana jaringan minit akhir Mark Viduka yang memberikan Leeds kemenangan dramatik 3-2 di Highbury (belasah Arsenal lah, siapa lagi), Leeds akan kecundang ke liga bawahan pada musim itu.", "Namun dalam musim 2003-2004, Leeds United tersungkur juga selepas 14 tahun di persada tertinggi.", "Walhal tiga tahun sebelumnya, Leeds mara ke pusingan separuh akhir UCL. Kelab tersebut dijual kepada Ken Bates hanya pada harga £10 juta (BBC Sport, 2005).", "Kerosakan tidak terhenti sampai lagenda Dennis Wise pun tidak mampu menghalang Leeds daripada kecundang ke League One (divisyen kedua dibawah Premier League).", "Dan pada 4 Mei 2007, Leeds membuat permohonan muflis (BBC Sport, 2007).", "Membina Daripada Bawah", "Leeds United dikenakan denda 15 mata, yang mana Dennis Wise dan pembantunya Gus Poyet berjaya membawa kelab ke tangga kelima.", "Jika tiada denda, Leeds tentu sekali mendapat 91 mata, membolehkan untuk kembali ke Divisyen Championship.", "Layak ke pusingan kelayakan untuk ke liga atas, Leeds ditimpa musibah lagi. Wise meninggalkan kelab demi Newcastle United.", "Poyet pula menyertai Tottenham Hotspurs. Dan Leeds ditewaskan Doncaster Rovers, yang mana musim seterusnya menyaksikan mendapan prestasi.", "Menyertai Leicester City dan Peterborough United ialah Scunthorpe United pula, bukannya Leeds. Hanya dalam musim 2009-10 saja Leeds layak ke Championship.", "Leeds akan bertukar-tukar tangan buat beberapa kali sehinggalah 23 Mei 2017 apabila Andrea Radrizzani membeli Leeds United daripada Massimo Cellino.", "Berkat Liga Perdana Inggeris akhirnya menyinari Elland Road apabila Marcelo Bielsa dibawa masuk sebagai pengurus tetap kelab.", "Musim pertama Bielsa saja, Leeds mendominasi liga dari awal – tetapi terlepas di penghujung pada tangan Sheffield United.", "Hanya pada 17 Julai 2020 barulah Leeds mendapat anugerah yang dinanti-nantikan.", "Selepas 16 tahun terpinggir dan diterajang, Leeds United kembali ke Liga Perdana Inggeris apabila mendapat 90 mata sekaligus menjuarai Championship.", "Rujukan:", "BBC Sport. (2005, Januari 21). Bates completes takeover of Leeds. Retrieved from http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/teams/l/leeds_united/4191871.stm", "BBC Sport. (2007, Mei 4). Relegated Leeds in administration. Retrieved from http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/teams/l/leeds_united/6625751.stm", "The Guardian. (2002, Julai 8). Tel moves in at Elland Road. Retrieved from https://www.theguardian.com/football/2002/jul/08/newsstory.leedsunited1", "The Telegraph. (2002, Julai 22). United unveil £30m Ferdinand. Retrieved from https://www.telegraph.co.uk/sport/football/competitions/premier-league/3031461/United-unveil-30m-Ferdinand.html" ]
https://www.thepatriots.asia/bagaimana-data-analitik-menjadikan-liverpool-kelab-paling-power-di-dunia/
Bagaimana Data Analitik Menjadikan Liverpool Kelab Paling Power Di Dunia
[ "Bagi mereka yang peminat bola sepak, tidak ada rahsia lagi bahawa Liverpool kini sedang bermain bola sepak dalam keadaan terbaik, sepertimana yang dilihat pada tahun ini (mereka kini menduduki tangga teratas Liga Perdana, dengan mendahului 13 mata dan tidak kalah dalam perlawanan Liga Perdana musim ini) .", "Mereka menggabungkan banyak analisis data ke dalam keputusan korporat dan taktikal yang mereka buat, tetapi sukar untuk mengukur berapa banyak yang telah menyumbang kepada kejayaan mereka.", "Satu contoh bagaimana Liverpool menggunakan data secara totaliti adalah melalui Ian Graham, Ketua Penyelidikan di Liverpool FC, yang telah membangunkan pangkalan data lebih dari 100,000 pemain dan telah menjejaki kemajuan mereka.", "Ini telah digunakan di Liverpool untuk menilai pemain mana yang harus diperoleh dan bagaimana mereka harus digunakan di kelab.", "Dari segi keputusan taktikal, acara yang paling menonjol untuk kegunaan data secara bijak ialah dalam perlawanan Semi Final Liga Juara-Juara (ke-2 mereka) menentang Barcelona pada 2019. Permainan ini sangat besar, di mana Liverpool kembali dari kedudukan 0-3 dalam separuh akhir pertama untuk memenangi 4-0 di separuh akhir ke-2, dan memenanginya dengan agregat 4-3.", "Matlamat kemenangan adalah impian sebenar untuk peminat Liverpool. Liverpool 3-0 dan memerlukan satu lagi gol untuk kemenangan agregat.", "Pasukan data analisis telah memberitahu jurulatih bagaimana mereka telah melihat banyak kali di mana Barcelona lebih perlahan daripada pasukan lain untuk membentuk “set-piece” dalam tendangan sudut tertentu.", "Dengan maklumat ini, jurulatih memberitahu “ballboy” untuk mendapatkan bola kepada pemain Liverpool secepat mungkin pada kawasan ‘corner”.", "Ianya memberikan satu kelebihan besar di kawasan yang disebutkan. “Ballboy” melemparkan bola ganti kepada Trent Alexander-Arnold (mengambil sudut) sementara boa sebelumnya ditendang keluar padang. Trent, dengan intuisi yang luar biasa, menyedari Liverpool sudah bersedia tetapi Barcelona masih sedang buat ‘set-up’. Dia cepat menyeberangi bola kepada Divock Origi (yang sepertinya tidak tahu apa yang sedang berlaku), dan dia sepak masuk ke gawang pintu gol untuk memenangi perlawanan untuk Liverpool." ]
https://www.thepatriots.asia/kenapa-monyet-minum-seekor-diri/
Kenapa Monyet Minum Seekor Diri?
[ "Asal-usul sikap murah hati dan tidak mementingkan diri secara biologinya telah menarik perhatian saintis-neuro.", "Sebagai makhluk yang bersosial, kita banyak bergantung pada Kerjasama. Namun, pada waktu getir ataupun kejar status sosial, kepentingan diri selalu menjadi pilihan.", "Sebuah kajian dibuat untuk melihat keputusan yang dilakukan oleh monyet sama ada untuk berkongsi jus buah dengan monyet lain. Aktiviti neuro antara dua kawasan otak monyet tersebut diperiksa.", "Dalam satu senario, monyet mampu membuat keputusan sama ada untuk memberi ataupun buang jus tersebut. Dalam senario lain, monyet hanya mampu untuk minum jus itu untuk dia seorang ataupun sama-sama berkongsi.", "Hasilnya mendapati monyet lebih suka habiskan jus buah itu seorang diri. Dalam kedua-dua senario, kajian mendapati corak interaksi berbeza pada aktiviti neuro antara amygdala dan medial frontal cortex.", "Apabila monyet menjadi pemurah dan lebih pro-sosial, interaksi antara dua kawasan otak sangat kuat. Apabila monyet menjadi anti-sosial, interaksinya lemah.", "Selain itu, apabila haiwan menjadi pro-sosial, interaksi neuro dihantar pada satu frekuensi tertentu. Namun, apabila menjadi anti-sosial, frekuensi lain pula yang digunakan.", "RUJUKAN:" ]
https://www.thepatriots.asia/sake-minuman-suci-dalam-kebudayaan-jepun/
Sake: Minuman Suci Dalam Kebudayaan Jepun
[ "Apabila anda mendengar atau melihat perkataan sake, apakah yang terlintas di fikiran anda? Sebahagian besar daripada kita semua pastinya mengenali sake sebagai sejenis minuman beralkohol yang berasal dari negara Jepun. ", "Namun, istilah sake juga sebenarnya merupakan istilah biasa yang digunakan di Jepun bagi menggambarkan minuman beralkohol secara umum, termasuklah wain, bir dan wiski. Artikel ini akan mengupas serba sedikit kisah mengenai sake, sejarahnya serta kesannya terhadap kebudayaan masyarakat Jepun. ", "Dalam kalangan masyarakat Jepun, sake ini juga dipanggil sebagai “Nihon-shu” or “sei-shu”. Elemen “shu” dalam perkataan ini ditulis dengan karakter Cina yang sama sebagai “sake” (酒). Karakter atau perkataan ini juga dibaca sebagai “sake,” “zake” atau “shu”. Perkataan “Nihon” membawa erti Jepun, manakala perkataan “sei” dalam “sei-shu” pula bererti jernih. Secara keseluruhannya, “Nihon-shu” ini merujuk kepada minuman beralkohol tradisional di Jepun. ", "Sejarah Sake", "Berdasarkan sejarah, penghasilan sake ini berkait rapat dengan perkembangan pertanian serta ritual Shinto. Pada zaman purba, masyarakat menghasilkan sake ini bagi tujuan pemberian buat dewa-dewa bersama hasil tani dan makanan yang lain, yang kemudiannya akan mereka makan dan minum bersama-sama. Mempersembahkan sake pada ritual Shinto masih diamalkan sehingga kini dan memainkan peranan penting sebagai suatu hadiah atau pemberian pada festival dan majlis perkahwinan. Malah, pada pagi Hari Tahun Baru, kebiasaannya seluruh keluarga akan berkumpul dan bersama-sama minum sake sambil mengharapkan umur yang panjang antara satu sama lain. ", "Bagi mengetahui sejarah penghasilan sake sebagai suatu minuman beralkohol berasaskan beras, kita harus melihat kepada 2,500 tahun yang lalu apabila penanaman padi menjadi sangat signifikan di Jepun. Rekod bertulis tertua mengenai sake Jepun ini telah ditemui dalam buku-buku sejarah Cina yang bertarikh sekitar abad ketiga Masehi. Di dalam buku-buku ini telah menyatakan bahawa masyarakat Jepun gemarkan sake dan mempunyai tabiat untuk berkumpul bagi meminum sake sebagai tanda berkabung ke atas orang yang mati. ", "Terdapat beberapa kisah yang dikaitkan dengan sake, sebahagiannya adalah mitos yang telah dikumpulkan di dalam rekod sejarah oleh pihak istana pada abad ke-8. Suatu rekod dipanggil Fudoki, yang mencatatkan mengenai sejarah dan hasil pengeluaran di setiap wilayah dalam era tersebut, terdapat suatu rujukan mengenai sake yang menyatakan pembuatannya, dan ini menunjukkan bahawa sake yang dibuat dengan beras dan koji telah dihasilkan sejak era tersebut lagi. ", "Malah, pada abad ke-10, sebuah buku bertajuk Engishiki turut merekodkan secara terperinci mengenai kaedah penhasilan sake purba. Pada waktu itu, sake biasanya dihasilkan di istana, dan akan diminum sama ada oleh maharaja atau digunakan untuk tujuan perayaan tertentu. Organisasi khas yang menghasilkan sake di istana ini dipanggil sebagai Sake-no-Tsukasa. ", "Pada zaman pertengahan, iaitu sekitar abad ke-12 hingga ke-15, teknologi dan teknik dalam penghasilan sake ini telah berkembang dengan lebih pesat. Pada waktu inilah para pembuat sake (brewers) mula menggunakan kaedah penapaian asid laktik, membuat shubo bagi menghasilkan yis, dan mencampurkan koji, air dan beras yang dikukus ke dalam shubo sewaktu proses melumatkan kesemua bahan. ", "Pada zaman ini, para pembuat sake telah mula menghasilkan morohoku sake, atau sake yang dibuat menggunakan polished rice bagi kedua-dua beras koji dan beras yang dikukus ke dalam campuran yang dilumatkan. Bersama dengan teknologi dalam penghasilan sake ini, inovasi dalam pembuatan hasil kayu telah membolehkan pembinaan vats yang boleh memuatkan 1,500 liter sake, berfungsi untuk pengeluaran sake secara besar-besaran pada sekitar abad ke-16. ", "Pengeluaran sake sebagai suatu industri telah\nberkembang pesat pada zaman Edo (1603-1868). Pada waktu itu, masyarakat telah\nmencipta suatu teknik dengan menambahkan alkohol yang disuling ke dalam sake\nbagi menyeimbangkan rasanya dan menghalang daripada pencemaran bakteria. ", "Pada tahun 1904, sebuah institusi di bawah\nKementerian Kewangan Jepun yang dipanggil sebagai National Research\nInstitute of Brewing telah ditubuhkan. Ia merupakan sebuah institusi\nkebangsaan yang unik khusus bagi minuman beralkohol di Jepun yang mengendalikan\nkajian saintifik dalam pembuatan sake serta mencipta teknologi baru dalam\npembuatan sake. ", "Bagaimana sake dihasilkan?", "Seperti mana minuman beralkohol yang lain,\nsake juga dihasilkan melalui proses penapaian yis. Bahan utama dalam pembuatan\nsake adalah beras, koji dan air. Alkohol juga kini banyak dimasukkan dalam\nproses pembuatan sake ini. Oleh kerana bahan utama bagi menghasilkan sake ini\nadalah beras, maka terdapat jenis beras istimewa khusus untuk pembuatannya,\nyang dipanggil sebagai shuzo-kotekimai. ", "Proses pembuatan koji (kome-koji) pula dilakukan\ndengan membiakkan koji-fungi di dalam beras yang dikukus. Beras koji inilah\nyang dipanggil sebagai koji. Fungus koji yang dipanggil sebagai Aspergillus\noryzae adalah sejenis kulat yang berguna dan selamat dalam proses penghasilan bahan\nperasa tradisional Jepun seperti kicap dan miso. Koji ini bertindak sebagai\nenzim dalam proses penghasilan sake. ", "Yis gred terbaik khusus untuk penghasilan\nsake ini dipilih sewaktu proses penapaian. Sebelum proses penapaian utama\ndimulakan, pembuat sake akan menyediakan seed\nmash, yang dipanggil shubo atau moto, dengan menambahkan jumlah yis bergred\ntinggi. Ini digunakan sebagai pemula (starter)\nbagi proses penapaian. Perkataan shubo itu bermaksud ‘ibu sake’ manakala\nperkataan moto pula memberi erti asas atau sumber. ", "Secara keseluruhannya, proses pembuatan sake ini melibatkan beberapa peringkat tertentu, yang dimulakan dengan polishing untuk beras, pembersihan, pengukusan, pembuatan koji, penghasilan shubo (seed mash), penghasilan moromi (main mash), penapisan, enapan, pempasteuran, penuaan dan pembungkusan. ", "Kadar kandungan alkohol dalam sake yang mengalami penuaan di dalam tangki adalah antara 17% hingga 20%. Oleh kerana kadar ini adalah terlalu tinggi untuk diminum bersama hidangan yang lain, para pembuat sake kebiasaannya akan mencampurkan air bagi mengurangkan kadar alkohol sehingga 15% sebelum dibotolkan. Malah, mereka juga kadangkala akan mempasteurkan dan menapisnya sekali lagi jika perlu. ", "Etika meminum sake", "Etika ini mula berkembang sekitar abad ke-15\nhingga 17 Masehi. Berdasarkan etika meminum sake dalam majlis-majlis keramaian\nyang diadakan, tetamu utama yang dijemput harus memulakan majlis/parti dengan\nmeminum tiga cawan sake setiap seorang. Amalan ini sebenarnya masih diamalkan\nsehingga kini pada majlis-majlis perkahwinan Shinto di mana pengantin perempuan\ndan pengantin lelaki meminum tiga cawan sake secara bergilir-gilir dengan tiga\nkali hirupan setiap satunya. Selepas majlis dimulakan oleh tetamu utama tadi,\nmaka para tetamu akan berpindah atau bergerak ke ruangan utama majlis dan pesta\nkeramaian akan dimulakan. ", "Nilai budaya di sebalik sake", "Catatan lama telah menyatakan bahawa semangat suci Jepun gemarkan rasa sake. Perkataan ‘Sa’ merupakan suatu istilah yang boleh diinterpretasikan sebagai konsep ‘ketulenan’. Malah, perkataan ‘Sa’ yang sama turut wujud dalam perkataan lain seperti saniwa (daratan suci) dan ia difahami sebagai sesuatu yang menunjukkan sesuatu yang tulen. ", "Perkataan ‘ke’ pula merujuk kepada makanan, dan ini menjadikan sake sebagai suatu makanan suci (sacred food) untuk dipersembahkan kepada para dewa dewi. Sake menjadi suatu simbolik sebagai alat komunikasi dengan para dewa. ", "Sehingga kini, sake adalah bahan utama dalam mana-mana ritual suci di Jepun. Salah satu definisi tepat yang menggambarkan keadaan ini adalah peranan makanan dan minuman yang dipersembahkan, sebagai suatu simbolik seolah-olah individu (manusia) telah makan dan minum bersama para dewa dewi dalam suatu majlis. Ia bukanlah semata-mata majlis meminum sake untuk kepuasan diri, tetapi meminum sake ini lebih dikaitkan sebagai satu ritual, yang mana sake itu sendiri bertindak sebagai perantara antara manusia dengan dewa dewi. ", "Jepun mempunyai empat musim dan terdapat beberapa amalan budaya berkaitan sake yang mempunyai kaitan rapat dengan keempat-empat musim ini. Contohnya, pada musim bunga, masyarakat meminum sake sambil menghayati keindahan bunga, manakala pada musim luruh, mereka akan meletakkan kelopak bunga chrysanthemum di dalam cawan sake dan meminumnya sambil melihat bulan. ", "Musim sejuk pula adalah musim di mana mereka menghargai salji yang turun sambil meminum sake. Bahan makanan juga turut berubah mengikut musim dan sakana (iaitu hidangan yang dimakan bersama sake) akan disajikan mengikut kesesuaian musim tersebut. ", "Pada sekitar abad ke-9, terdapat suatu amalan\ndalam meminum sake di mana golongan aristokrat akan memanaskan sake dan\nmeminumnya dalam keadaan begitu bagi meraikan para tetamu mereka. Ketika era\ninilah, seorang ahli perubatan yang bernama Kaibara Ekiken menulis sebuah buku\nyang menyatakan bahawa sake yang dipanaskan (sake suam) boleh meningkatkan\npengaliran chi (aliran tenaga). ", "Kembali kepada 1,300 tahun yang lalu,\nterdapat catatan yang menunjukkan bahawa maharaja dan golongan aristokrat gemar\nmeminum sake sejuk pada musim panas dengan meletakkan ais yang telah disimpan\npada musim sejuk. Sejak tahun 1980-an, pelbagai jenis sake dengan rasa yang\nsegar telah diperkenalkan, dan trend ini telah menggalakkan sajian sake dalam\nkeadaan sejuk. ", "Amalan menghidangkan sake bersama makanan iringan masih berterusan sehingga ke hari ini. Sebagai contoh, apabila seseorang mahukan sake atau minuman beralkohol yang di sebuah pub izakaya gaya Jepun, mereka biasanya akan menerima satu hidangan kecil yang dipanggil sebagai o-toshi atau o-tsumami sebagai iringan kepada minuman tersebut. ", "Hinggakan apabila mereka menaiki kereta api laju Shinkasen, perkhidmatan yang disediakan turut memasukkan jualan o-tsumami untuk dimakan bersama minuman berakohol yang dijual. Ini telah dianggap sebagai suatu tradisi budaya yang panjang dan perlu diteruskan. ", "Terdapat juga satu amalan yang dinamakan sebagai reiko, iaitu suatu ritual (amalan) yang melibatkan sake yang diadakan pada acara parti. Apabila seseorang yang dijemput ke parti datang lewat ke majlis tersebut, dan terlepas acara pembukaan parti, maka dia biasanya akan dipaksa untuk mengikuti majlis dengan tiga kali pusingan pantas meminum alkohol. ", "Setelah selesai amalan reiko ini, maka bermulalah pula acara tidak rasmi, iaitu bureiko. Pada hari ini, minuman bir lebih banyak digunakan di majlis keramaian atau parti, dan amalan seperti reiko ini semakin dilupakan. Namun, sebenarnya, asal kepada amalan yang digunakan kini di parti adalah bermula dengan minuman sake. ", "Kesimpulan ", "Sake, sebagai suatu jenis minuman beralkohol tradisional di Jepun, mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri dalam membentuk adat dan budaya dalam kalangan masyarakat Jepun. Sake adalah minuman utama untuk majlis keramaian, festival dan parti, namun fungsinya bukanlah sekadar memberi keseronokan kepada para tetamu semata-mata. ", "Sejarah penghasilan sake yang dikaitkan sebagai perantara yang menghubungkan antara manusia dengan dewa dewi adalah bukti mengapa sake masih dianggap sebagai minuman suci dalam kalangan masyarakat Jepun. ", "RUJUKAN:", "Emi Kazuko. (2012). The\nEssential Japanese Kitchen. Leicestershire: Lorenz Books.", "Japan Sake and Shochu\nMakers Association. (2011). A Comprehensive Guide to Japanese Sake.\n(Japan Sake And Shochu Makers Association and National Research Institute of\nBrewing, Ed.) (1st Edition). Tokyo, Japan: Japan Sake and Shochu Makers\nAssociation.", "Noritake Kanzaki.\n(2015). The Japanese Table: Sake in Japanese Food Culture Sake in Japanese Food\nCulture, Annual Events and Traditions. Food Forum, 29(1), 1–8.", "NRIB. (2014). The\nStory of Sake. Hiroshima, Japan." ]
https://www.thepatriots.asia/mata-palsu-tertua-di-dunia/
Saintis Jumpa Mata Palsu Tertua Di Dunia
[ "Mungkin ada menyangka anggota badan palsu termasuk kaki dan tangan palsu hanya wujud pada era moden. Hakikatnya, anggota badan palsu telah wujud sejak ribuan tahun lalu mengikut catatan sejarah. Salah satunya ialah mata palsu tertua di dunia yang dijumpai di Shahr-e-Sukhteh, Iran pada 2006.", "Pengkaji arkeologi yang menemui artifak ini percaya ia dihasilkan antara 2900 hingga 2800 Sebelum Masihi. Ia dijumpai masih tertanam dalam bahagian mata tengkorak seorang wanita. Penemuan ini bukan sekadar menyingkap rahsia bagaimana mata palsu itu dihasilkan. Malah, ia dapat membantu komuniti arkeologi menyingkap sejarah Shahr-e-Sukhteh atau terjemahannya Bandar Terbakar.", "Shahr-e-Sukhteh merupakan sebuah petempatan manusia era Zaman Gangsa yang terletak di tenggara Iran. Ia dipanggi dengan nama Bandar Terbakar kerana sebahagian besar kota itu musnah dalam kebakaran yang berlaku pada 3200 SM. Disebabkan usia artifak yang ditemui, saintis percaya kota ini ditinggalkan sekitar 2350 SM tetapi tiada bukti mendedahkan sebab Shahr-e-Sukhteh ditinggalkan.", "Ekskavasi di Shahr-e-Sukhteh sudah dijalankan sejak 1997. Selain mata palsu yang ditemui pada 2006, artifak lain yang ditemui ialah permainan dadu antik, tengkorak yang memaparkan teknik pembedahan otak dan sebuah cawan marmar.", "Tetapi penemuan yang paling menarik sudah pastinya mata palsu. Berdasarkan pemeriksaan dan analisis saintis, wanita yang pernah memiliki mata palsu itu mempunyai ketinggian enam kaki. Mereka juga percaya mata palsu ini dipasang semasa hayatnya dan bukan dipasang pasca-kematian. Mereka juga percaya wanita ini berusia antara 25 hingga 30 tahun semasa mati di situ.", "Analisis pada mata palsu mendapati ia diperbuat daripada tar semulajadi dan lemak haiwan. Dua bahan ini dipilih bukan saja memastikan ia kekal lembap tetapi tahan lasak semasa digunakan 4,800 tahun yang lalu.", "Tetapi apa yang menarik para pengkaji arkeologi ialah kehalusan hasil kerja mata palsu berkenaan. Lukisan saluran-saluran individu pada mata palsu dilukis menggunakan wayar emas dengan ketebalan kurang daripada satu milimeter.", "Dua lubang yang ditebuk bersama wayar emas pada setiap bahagian bukan saja memastikan proses pemasangan berjalan lancar dan selesa. Tetapi pada masa sama, ia masih menawarkan sokongan kukuh untuk mata palsu yang digunakan. Pemeriksaan juga turut mendapati wanita ini mempunyai nanah pada kelopak mata disebabkan kecenderungannya menggaru mata palsu setiap kali merasa gatal di situ.", "Selain mata palsu, pengkaji arkeologi turut menemui artifak-artifak seperti manik bercorak, banyak bekas seramik dan serpihan barang kemas di kubur wanita berkenaan. Artifak-artifak ini menunjukkan wanita tersebut merupakan seorang yang kaya dan berpengaruh pada ketika itu.", "Dengan meneliti semua data yang ada, para saintis percaya wanita itu meminta mata palsu dibuat bagi mengelakkan keadaan matanya tidak diketahui sesiapa. Hasil kerja yang bermutu turut menunjukkan ia boleh dihasilkan dengan sokongan kewangan diperlukan agar ia bersesuaian untuk wanita tersebut.", "Analisis pada mata palsu itu turut mendedahkan ketelitian sang artisan yang diupah untuk menghasilkan mata berkenaan. Pertama, ia dilukis dan dicat bagi menampakkan mata palsu itu kelihatan realistik semasa dipakai. Kedua, reka bentuk mata yang dihasilkan bersifat bergaya tetapi tetap memenuhi keperluan pelanggannya.", "Pengkaji arkeologi percaya mata palsu ini dihasilkan di Shahr-e-Sukhteh dan bukan di tempat lain. Ini menunjukkan pada satu ketika, artisan dan pakar perubatan mempunyai pengetahuan yang baik berkenaan kesihatan okular. Pengetahuan sebegini pasti membawa kepada kemajuan dalam pelbagai isu seperti jangkitan mata dan buta membabitkan pesakit di situ. Begitupun, ia hanya sekadar teori dan belum disokong oleh artifak kota berkenaan.", "Melihat kepada kemajuan dan penambahbaikan anggota badan prostetik jika dibandingkan dengan artifak berkenaan, ia sememangnya satu penambahbaikan yang hebat. Tetapi dengan mata palsu itu juga, ia turut mendedahkan kebijaksanaan generasi terdahulu dalam pelbagai bidang ilmu dan bagaimana ia diaplikasikan untuk membantu orang lain. Dan itu satu perkara yang patut dicontohi untuk sepanjang zaman.", "RUJUKAN", "Leigh, L. (2022, 14 Mac). World’s Oldest Fake Eye from 2800 BC Found in Iran’s ‘Burnt City’. Ancient-Origins." ]
https://www.thepatriots.asia/saintis-jumpa-sotong-menyerupai-klip-kertas/
Saintis Jumpa Sotong Menyerupai Klip Kertas
[ "Pelik tak, wujudnya sotong berupa kilp kertas di perairan dunia pada zaman dinosaur ‘memerintah’ Bumi?", "Nama saintifik fosil sotong yang ditemui pada tahun 1900 ialah Diplomoceras maximum yang hidup pada 68 juta tahun dahulu. Sotong purba ini sememangnya hidup sezaman dengan dinosaur seperti Tyrannosaurus rex (T-rex) iaitu sekitar fasa awal Cretaceous.\nD.Maximum adalah sotong yang bersaiz besar, cangkerangnya memanjang sehingga 1.5 meter.", "Sotong bercangkerang adalah kumpulan sotong purba yang tidak asing pada zaman dinosaur lagi dan ia sekeluarga dengan sotong-sotong yang kita kenal sekarang. Sotong bercangkerang yang masih lagi hidup sehingga kini adalah spesis Nautilus, sehingga ia diberi nama ‘sotong fosil hidup’.", "Uniknya pada sotong D. maximum adalah cangkerangnya yang berbentuk seperti klip kertas. Berbeza dengan sotong bercangkerang lain, cangkerang sotong ini mampu membengkok ke dalam, sehinggalah ia berbentuk klip kertas. Tujuan cengkerang berbentuk sedemikian masih lagi tidak diketahui. Walaupun unik, D. maximum telah pupus, senasib dengan dinosaur akibat hentaman asteroid di kawasan tengah benua Amerika.", "Kini, pada 4 November 2020, ada berita baik berkenaan mengemaskini ciri-ciri sotong berupa klip kertas ini. Pasangan pengkaji dari Syracuse University, AS bernama Linda Ivany dan Emily Artruc menemui bukti bahawa sotong ini mampu memanjangkan usia sehingga 200 tahun. Penemuan ini kemudian mereka berdua bentangkan dalam mesyuarat secara talian dengan pengkaji dari Geological Society of America.", "Pada mulanya, pasangan saintis itu mengkaji spesimen fosil cangkerang yang ditemui oleh saintis lain. Mereka berdua mengambil sampel dari cangkerang tersebut sepanjang 50 cm dan menggunakan teknik isotop oksigen dan karbon untuk mengukur usia sebenar sotong klip kertas itu.", "Kemudian, mereka menemui tanda isotop yang berulang. Pengulangan tanda isotop ini berlaku kerana kehadiran gas menthana yang keluar dari dasar laut pada setiap tahun. Gas menthana ini kemudian terperangkap dalam lapisan cangkerang yang mengalami pertumbuhan. Maka, mereka mampu mengira usia sotong melalui lapisan-lapisan cangkerang.", "Hasilnya, usia sotong klip kertas adalah sekitar 200 tahun. Keputusan ini mengejutkan para saintis biologi dan hidupan laut kerana biasanya usia keluarga sotong hanya mencapai 5 tahun. Ini kerana sotong jenis cepat membiak dan mempunyai usia yang pendek. Sotong Nautilus pula paling panjang usianya adalah 20 tahun.", "Bagaimana sotong klip kertas mempunyai usia yang panjang sehingga beratus-ratus tahun? Pasangan saintis ini tidak mempunyai jawapannya. Hipothesis-hipothesis yang dibentangkan saintis pun harus mereka buktikan dengan mengkaji fosil-fosil sotong itu.", "Dengan bukti usia sotong klip kertas ini, saintis telah menemui ciri yang penting untuk mengkaji lebih lanjut tentang kehidupan sotong dalam habitat sekitar Antartika serta perjalanan kehidupannya. Ini menjadi langkah pertama untuk saintis membongkar sotong purba ini demi memahami kehidupan sebenar keluarga sotong.", "RUJUKAN:", "Barras, C. (4 November 2020). Squid-like creature that looked like a giant paperclip lived 200 years. New Scientist.", "Yirka, B. (5 November 2020). Ancient squid-like creature with paperclip-shaped shell may have lived for hundreds of years. Science x Network." ]
https://www.thepatriots.asia/sejarah-perkembangan-bumper-kenderaan/
Sejarah Perkembangan Bumper Kenderaan
[ "Jika kita melihat kenderaan sebelum abad milennium, kebanyakannya akan mempunyai sebuah struktur yang dipanggil ‘bumper’ yang terletak di depan dan belakang kenderaan. Bumper pada praktikalnya adalah bagi mengelakkan impak pada pemandu ketika perlanggaran halaju rendah dan bertujuan melindungi pejalan kaki daripada kecederaan teruk jika berlaku perlanggaran.", "Bumper kenderaan pada asalnya adalah sebuah besi kukuh yang diperkenalkan oleh Nesselsdorfer Wagenbau-Fabriksgesellschaft dari Czech pada tahun 1897. Namun, besi ini tidak lebih hanya sekadar kosmetik pada kenderaan kerana sifatnya yang sering tertanggal dan tidak mempunyai fungsi. ", "Bumper yang benar-benar berfungsi bagi menyerap tekanan ketika perlanggaran muncul pada tahun 1901 yang diperkenalkan di Britain oleh Frederick Simms, seorang jurutera mekanikal dari Jerman yang pernah bekerja bersama Daimler Motor. Penciptaan bumper beliau kemudiannya telah dipatenkan pada tahun 1905.", "Bermula sejak itu, kebanyakan syarikat pengeluar kenderaan telah memasang bumper pada kereta keluaran masing-masing antaranya Ford (1927), GM (1968), Plymouth Barracuda (1970) daripada bahan elastomer dan Renault (1971) yang memperkenalkan bumper daripada plastik. Evolusi bumper terus berkembang dengan penggunaan material daripada kombinasi polikarbonat dan acrylonitrile butadiene styrene (ABS). ", "US National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) kemudiannya telah menggubal peraturan bahawa setiap pengeluar kenderaan diwajibkan memasang bumper yang mampu menyerap hentakan pada kadar 5 batu per sejam (8 km/h) untuk bahagian hadapan dan 2.5 batu per sejam (4 km/h) pada bahagian belakang. Kenderaan domestik perlu mematuhi peraturan ini termasuk kenderaan import menjadikan hampir kebanyakan pengeluar ‘terpaksa’ mematuhi peraturan negara Amerika Syarikat.", "Penggunaan bumper kemudiannya menimbulkan teori dan kajian berterusan antara pemain automotif samada perlunya perlindungan kepada komponen kenderaan tetapi membahayakan penumpang kenderaan. Ini kerana sifat bumper yang lebih kukuh (rigid) telah tidak menyerap tekanan sekaligus memindahkan daya impakan kepada pemandu apabila berlakunya perlanggaran. Analisis dikemukakan membawa kepada penemuan zon renyuk (crumple zone) pada kenderaan supaya direkacipta dengan bahan kenderaan yang bersifat lebih lembut untuk menyerap tekanan ketika perlanggaran. ", "Dengan pembentangan hujah ‘Cost Benefit Analysis’ dan beberapa siri ujian perlanggaran menggunakan bumper penyerap tekanan rendah serta peningkatan kos baikpulih jika struktur bumper ini rosak telah menyebabkan peraturan NHTSA dilonggarkan pada tahun 1990.", "Kini, bumper kenderaan tidak lagi muncul dengan jelas pada bahagian kenderaan sebaliknya telah ‘disorok’ di dalam badan kenderaan sekaligus memberikan konsep estetik pada kenderaan. " ]