url
stringlengths
33
227
headline
stringlengths
6
157
content
sequence
https://www.thepatriots.asia/merungkai-kemisterian-tulisan-helikopter-di-kuil-firaun/
Merungkai Kemisterian Tulisan Helikopter Di Kuil Firaun
[ "Ingat lagi tak tulisan hieroglif milik tamadun Mesir Kuno ini, yang pernah menjadi berita sensasi disebabkan rupa tulisan tersebut seperti helikopter, kenderaan yang tidak pernah wujud pada fasa tamadun tersebut?", "Tulisan tersebut digelar sebagai ‘Ukiran Abydos’ atau Abydis Carvings. Terdapat juga tulisan berupa kapal selam, kapal berupa belon, dan kapal berbentuk UFO yang menjadi isu hangat sehingga ramai peminat sejarah percaya bahawa tamadun Mesir Kuno telah mencipta kenderaan yang amat canggih dan tidak selari dengan teknologi ketika itu. Manakala bagi pentaksub teori Angkasawan Kuno, tulisan ini adalah bukti kukuh tentang kehadiran makhluk asing bertemu dengan orang Mesir Kuno.", "Asal-Usul Abydos Carvings", "Apakah asal-usul Abydos Carvings ini? Tulisan hieroglif ini ditemui di siling kuil milik firaun Seti I yang lokasinya berada di kota kuno bernama Abydos. Kota Abydis yang terletak di bahagian barat persisiran Sungai Nil ini ialah kawasan penempatan arkeologi yang terpenting.", "Sebelum pembinaan kota Abydos. Lokasi tersebut ialah kawasan perkuburan besar atau necropolis untuk kerabat diraja pada abad pertama dan ke-2 Masihi. Kemudian necropolis tersebut menjadi lokasi penyembahan utama bagi penyembah dewa Osiris.", "Kemudian, para firaun membangunkan Abydos menjadi kota yang penuh dengan kuil-kuil dewa Osiris. Masuk pemerintahan firaun Seti I iaitu firaun pada fasa dinasti yang ke-19 (1290-1279 SM), Abydos dicantikkan dan dinaiktaraf menjadi kota terpenting.", "Yang uniknya tentang kota Abydos ini ialah terdapat kuil milik Seti I di mana baginda bersama puteranya bernama Ramses II mencatatkan ‘Senarai Raja Abydos’ iaitu salasilah keluarga Seti I seramai 76 nenek moyang, termasuklah raja Menes iaitu raja pertama Abydos. Di bahagian belakang kuil Seti I, terdapat struktur megalitik atau batuan besar bernama Osireion. Fungsi sebenar struktur yang ditemui pada tahun 1900 masih misteri.", "Mengkaji Abydos Carvings", "Berbalik kepada Abydos Carvings, sebenarnya ukiran yang menyerupai kenderaan pada abad ke-20 Masihi ini ialah kesalahan menafsir membaca tulisa hieroglif sehingga mewujudkan kajian pseudo-saintifik, padahal terang-terang kenderaan ini tidak wujud dalam fasa tamadun Mesir Kuno mengikut rekod-rekod terpenting.", "Mengikut pandangan pentaksub teori Angkasawan Kuno, tulisan hieroglif ini adalah bukti di mana makhluk asing pernah bertemu dengan masyarakat Mesir Kuno, malah memberikan ilmu pembinaan kepada mereka sehingga mampu membina monumen begitu besar seperti piramid. Bagi ahli kaji sejarah Mesir atau Egyptology, teori yang dikemukakan para pentaksub ini harus mempunyai kewajarannya dari sekadar membuat kisah dongeng hanya melalui pemerhatian saja. Kajian lebih lanjut harus dititikberatkan bagi merungkai misteri Abydos Carvings ini.", "Apabila pengkaji menyelidik kesemua tulisan hieroglif yang hadir, terdapat kesan ukiran dahulu yang bertindih dengan ukiran terkini. Daeri kesan ini, pengkaji mengandaikan bahawa pengukir telah membaharui tulisan hieroglif di dinding dan siling yang sama setiap tahun. Proses pembaharuan ukiran hieroglif ini dinamakan sebagai ‘palimpsest’. Proses ini biasanya dilakukan ketika perlantikan firaun baru. Selepas perlantikan, pengukir akan memulakan kerja pembaharuan ke atas tulisan lama yang mengisahkan tentang fiaun terdahulu.", "Jika memakai teori ‘palimpsest’ ini, Abydos Carvings ialah contoh yang sesuai. Tulisan itu sebenarnya gabungan nama firaun Seti I dan Ramses II, di mana ukiran asal iaitu nama Seti I diukir semula dengan gantikan kepada nama Ramses II. Di tambah dengan proses hakisan tanah ke atas ukiran tersebut, tidak mustahil kita melihat rupa yang begitu aneh yang tidak pernah wujud di fasa Mesir Kuno.", "Maka, misteri Abydos Carvings telah selesai. Namun adakah para pentaksub teori Angkasawan Kuno dan pseudo-santifik menerima teori ‘palimpsest’? Malangnya mereka masih percaya kehadiran makhluk asing berhubung dengan manusia dan percaya apa yang orang Mesir Kuno ciptakan ialah pinjaman ilmu dari makhluk asing yang masyarakat anggap sebagai dewa.", "Selagi para pentaksud ini tidak mengemukakan sebarang artifak yang membenarkan teori makhluk asing mereka, selagi itulah mereka hanya bercerita dongeng tanpa melakukan kajian lanjut.", "RUJUKAN:", "Bogaard, Celicia. 7 May 2022. Helicopter Hieroglyphs? Debunking the “Mystery” of the Abydos Carvings. Ancient Origins" ]
https://www.thepatriots.asia/umat-nabi-lut-dari-perspektif-kristian-dan-yahudi/
Umat Nabi Lut Dari Perspektif Kristian Dan Yahudi
[ "Kita semua sedia maklum dengan kisah perjuangan Nabi Lut a.s dan usaha dakwah baginda di kota Sadum. Selain berusaha menyebarkan akidah tauhid dalam kalangan penduduk, baginda diutus Allah s.w.t atas sebab memperbetulkan kecenderungan seksual pelik masyarakat Sadum ketika itu. Walaupun sudah dinasihati untuk kembali ke pangkal jalan, nyata dakwah Nabi Lut kepada kaumnya ibarat mencurah air ke daun keladi. Dan selebihnya seperti kita sedia maklum, baginda bersama kelompok orang beriman meninggalkan Sadum dengan kota berkenaan dan penghuninya musnah diterbalikkan oleh malaikat Jibril. Justeru, apa pula persepsi agama Kristian terhadap Sadum dan kisah Nabi Lut ini?", "Para cendekiawan Kristian hari ini masih berbalah tentang sebab mengapa Tuhan menterbalikkan dua kota yang disebut dalam Book of Genesis iaitu Sodom dan Gomorrah. Sehinggakan pada satu ketika, sesetengah pihak menyimpulkan kemusnahan dua kota berkenaan langsung tiada kena-mengena dengan isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Justeru, ini menimbulkan persoalan kepada para cendekiawan Kristian terutama yang beraliran konservatif; mengapa Tuhan memusnahkan dua bandar berkenaan? Adakah ia ada kena-mengena dengan isu LGBT dan apa dosa yang menyebabkan dua kota berkenaan musnah dilanda bala Tuhan?", "Untuk mengetahui bagaimana, kita perlu lihat kepada peristiwa kemusnahan Sadum itu sendiri. Seperti kita sedia maklum, sebelum kota berkenaan dimusnahkan, Allah menghantar dua malaikat ke Sadum dalam bentuk lelaki yang tampan. Kedua-duanya menjadi tetamu Nabi Lut a.s tetapi berita ketampanan dua tetamu baginda itu diketahui penduduk yang dibocorkan oleh isteri baginda. Ini menyebabkan mereka berkumpul di rumah baginda dan mendesak Nabi Lut menyerahkan kedua-dua tamu berkenaan kepada mereka. Walaupun sudah dinasihati dan dihalang tetapi mereka tetap berkeras mahukan kedua-dua tamu baginda. Tatkala itu, dua tamu baginda mendedahkan diri mereka sebagai malaikat dan menasihatkan baginda, keluarga dan orang beriman meninggalkan Sadum kerana tidak lama lagi, ia akan dilanda azab Allah s.w.t. Kisah ini yang direkodkan dalam ayat 77-81, Surah Hud turut direkodkan dalam Book of Genesis, babak 19, ayat 4-13.", "Menurut sejarawan dari Universiti Yale, John Boswell, beliau berpandangan ada empat sebab yang membawa kepada kemusnahan Sadum dan Gomorrah. Pertama, orang-orang Sodom dimusnahkan kerana kejahatan mereka yang menyebabkan Tuhan mengutuskan malaikat untuk melihat kota berkenaan. Kedua, kota Sadum musnah gara-gara tindakan penduduknya yang mahu meliwat dan merogol dua tetamu Nabi Lut. Ketiga, kota itu musnah kerana kaum Adam Sadum cuba mengadakan hubungan seksual dengan kedua-dua tamu baginda. Akhir sekali, bandar tersebut musnah kerana layanan zalim yang diterima para malaikat yang diutuskan oleh Tuhan.", "Boswell berpandangan sebab kedua itu merupakan penjelasan paling munasabah tetapi tidak dihiraukan oleh cendekiawan dan ahli teologi Kristian. Sementara sebab keempat pula dilihat konsisten dengan teori semasa ahli teologi Kristian. Sejak tahun 1955, kelompok ini berpandangan kota Sadum musnah bukan kerana LGBT tetapi atas tindakan kaum Nabi Lut menzalimi tetamu atau orang asing. Pandangan tersebut turut disokong oleh ahli teologi Inggeris, Derrick Sherwin Bailey yang mengatakan penduduk Sadum mahu menyoalsiasat dua tamu baginda untuk memastikan mereka bukan perisik. Kesalahan rogol beramai-ramai ada disebut tetapi tidak berkenaan LGBT.", "Dalam erti kata lain, penduduk Sadum sebenarnya berlaku zalim kepada tetamu baginda. Tetapi bagi penulis dan pengkaji agama Kristian, Greg Koukl, hujah Boswell dan Sherwin Bailey dianggap tidak munasabah sama sekali. Alasannya, jika penduduk Sadum ingin mengetahui niat sebenar dua tamu baginda itu, maka ia sepatutnya merujuk kepada soal siasat dan bukan cubaan rogol/liwat. Jika berlaku sebaliknya seperti dinyatakan pandangan tradisional Kristian dan agama Islam, maka penjelasan tentang soal siasat itu patut dibakulsampahkan.", "Ini mendorong Koukl menanya soalan yang dianggap amat sensitif oleh kelompok dan penyokong gerakan LGBT: mengapa Tuhan memusnahkan kota Sadum? Kebanyakan petunjuk datang bukan saja dari Book of Genesis tetapi juga dari Book of Prophets, Book of Peter dan Book of Jude. Pertama sekali, penduduk Sadum diazab Tuhan kerana melakukan dosa besar berdasarkan Book of Genesis, babak 18, ayat 20. Selain itu, azab yang melanda kota itu dijadikan sebagai pengajaran kepada Abraham (Nabi Ibrahim a.s) dan orang lain selepasnya bahawa kejahatan sebegini akan dihukum. Ini berdasarkan ayat 6, babak 2, Book of Peter, “Tuhan mengutuk dan memusnahkan kota-kota sebagai amaran kepada sesiapa yang hidup tidak berlandaskan hukum Tuhan.”", "Book of Peter dan Book of Jude turut menyebut berlakunya kerosakan moral yang teruk dalam kalangan penduduk Sadum dan kecenderungan mereka mengejar daging pelik (kecenderungan seksual songsang). Book of Genesis turut menyatakan 27 rujukan yang menyebut sikap dan tindakan penduduk Sadum yang tidak bermoral, zalim dan melanggar hukum manusiawi itu sendiri. Dengan menggabungkan semua ini, nyatalah bala yang Tuhan turunkan ke atas kaum Sadum berpunca daripada tindakan mereka yang jahat, zalim dan melanggar hukum manusiawi yang disaksikan oleh Nabi Lut a.s dan orang beriman saban hari. Dan itu yang membawa kepada kemusnahan kaum baginda yang dinyatakan bukan sekali tetapi sembilan kali dalam Al-Quran.", "Dan ini juga mendorong Koukl membuat satu kesimpulan, Sadum musnah bukan kerana berlaku zalim kepada tetamu Nabi Lut tetapi kerana kecenderungan seksual pelik masyarakat itu. Book of Genesis menyatakan masyarakat ketika itu memang mengamalkan homoseksual tanpa mengira muda atau tua dan ianya berleluasa dalam kalangan masyarakat sehinggakan mengabaikan kaum Hawa ketika itu. Dan selepas mereka dibutakan Tuhan tatkala cuba mendapatkan tamu baginda, mereka masih mahukan kedua-duanya untuk memenuhi keinginan songsang mereka. Homoseksual ternyata memenuhi kriteria kitab-kitab Kristian dan ia juga menggambarkan kekejaman dan kezaliman Sadum yang tidak mampu disaksikan lagi oleh Nabi Lut dan para pengikut baginda, sekaligus membawa kepada kemusnahan dua bandar berkenaan.", "Kitab-kitab Yahudi turut menyelar perlakuan homoseksual. Book of Leviticus misalnya dalam babak 18, ayat 22 menyelar tindakan seorang lelaki tidur dengan seorang lelaki dan seorang wanita tidur dengan seorang wanita. Perlakuan berkenaan juga dilabel sebagai keji atau toebah dalam Bahasa Ibrani. Dalam buku yang sama juga, kesalahan homoseksual dianggap keji dan para pelakunya harus dikenakan hukuman mati. Ada yang menyatakan frasa-frasa sebegini sebagai kolot dan ketinggalan zaman serta orang-orang sebegini harus dijulang sebagai wira dalam komuniti.", "Hakikatnya, ia satu kenyataan yang bersifat munafik kerana hanya mahu mengikut apa yang dirasakan sesuai dengan kehendak nafsunya dan menolak apa yang bertentangan dengan kemahuan dirinya. Jika diletakkan kesalahan homoseksual mengikut keseriusan dosa, ia dianggap satu dosa besar dan sebaris dengan zina, mengorbankan kanak-kanak dan mengadakan hubungan seksual dengan haiwan. Malah, ayat-ayat dinyatakan ini bukan saja ditujukan kepada para rahib tetapi kepada semua anak Bani Israel. Selain dilarang dari melakukan empat dosa ini, mereka juga dilarang mengamalkan pemujaan roh dan sumbang mahram.", "Justeru sebagai penutup, ingin saya nyatakan di sini bahawasanya homoseksual atau terma sekarang, LGBT ialah satu dosa besar tanpa mengira sesiapa yang mempraktikkannya. Tanpa mengira budaya atau agama seperti yang dinyatakan dalam beberapa artikel The Patriot, ia satu kesalahan yang patut ditolak sekeras-kerasnya bukan saja pada zaman dahulu dan sekarang tetapi sepanjang zaman. Andai ia dianggap jijik di sisi Tuhan hingga membawa kepada kemusnahan Sadum, maka mengapa masih tega memperjuangkannya? Atau memang tidak sabar menanti azab Tuhan kerana apa yang diperjuangkan itu bersifat hak asasi. Ironi kerana pengamal dan penyokong gerakan sebegini sebenarnya menafikan hak kelompok majoriti yang mahu aman dari gangguan nafsu songsang ini.", "SUMBER", "Koukl, Greg. (2013). StandtoReason.org. What Was the Sin of Sodom and Gomorrah? https://www.str.org/articles/what-was-the-sin-of-sodom-and-gomorrah#.W2_urBFR21s" ]
https://www.thepatriots.asia/manusia-prasejarah-telah-memburu-sejak-2-juta-tahun-lalu/
Manusia Prasejarah Telah Memburu Sejak 2 Juta Tahun Lalu
[ "Tahukah anda bahawa aktiviti pemburuan sudah dimulakan oleh manusia prasejarah sejak dua juta tahun yang lalu?", "Sekumpulan saintis di Amerika Syarikat menemui bukti bahawa pemburu purba sudah pergi memburu untuk dapatkan daging haiwan tanpa mengambil sedikit pun dari sisa-sisa yang ditinggalkan haiwan pemangsa lain seperti singa.", "Tulang-tulang haiwan dari tapak arkeologi Kanjera South ini dipercayai berusia 2 juta tahun.", "tapak berhampiran Tasik Victoria di barat Kenya, Afrika ini dikaji oleh pasukan penyelidik yang diketuai penyelidik-penyelidik dari Universiti San Diego.", "Makalah baharu yang diterbitkan dalam jurnal Quaternary Science Reviews membentangkan penemuan tulang rusa dan tulang seladang yang telah dipotong dengan alatan buatan manusia.", "Kertas kajian mereka menyediakan banyak bukti dan menjadi petunjuk kukuh bagi pemburu ‘hominin’ tersebut.", "2022, Tahun Peralihan Pengetahuan", "Hasil kajian pasukan dari University of San Diego nampaknya berjaya memusnahkan keraguan yang selama ini terbelenggu dengan hipotesis lama yang boleh dipertikaikan kebenarannya, dengan mengatakan 2 juta tahun lalu manusia prasejarah hanya ‘meragut’ sisa-sisa bangkai haiwan daripada haiwan lain adalah dakwaan yang salah dan berjaya dipatahkan dengan penemuan baharu.", "Berbeza dengan idea sebelum ini yang mendakwa manusia purba bergantung pada haiwan pemangsa untuk mendapatkan sisa tulang, daging bangkai yang ditinggalkan oleh ‘kucing besar’(singa).", "Naluri kelangsungan hidup manusia adalah fitrah semula jadi yang dikurnia tuhan tanpa perlu bergantung pada hasil usaha makhluk lain, hal ini dapat dibuktikan melalui kajian baharu yang menemui kesan penyembelihan pada binatang Gazel(seperti Rusa) dan pada tulang Seladang yang ditinggalkan oleh pemburu purba.", "Walaupun begitu, ada di antara Ahli arkeologi meragui cadangan baharu yang dibentangkan, dan masih berpendirian dengan idea lama bahawa kesan atau luka pada haiwan mangsa disebabkan oleh gigitan pemangsa dan bukan oleh perbuatan manusia.", "Namun kesalahan tersebut amat jelas sekali kerana tanda potong yang ditemui pada tulang hanya boleh dibuat oleh alatan manusia.", "Menyelesaikan Hujah Lapuk", "Profesor Jennifer Parkinson penyelidik utama dan ahli Zooarkeologi dari Universiti San Diego, menulis dalam kertas kajian baru bahawa peningkatan penggunaan daging adalah salah satu perubahan penyesuaian utama dalam evolusi diet manusia hominin.", "Kajian itu melihat tulang rusa dan seladang yang biasa hidup di kawasan berumput terbuka sekitar 2 juta tahun lalu mempunyai tanda sembelih kecil.", "Sehingga kini ia sentiasa dipertikaikan sama ada tanda ini dibuat oleh pemburu prasejarah atau kesan dari gigitan dan cakaran haiwan pemangsa.", "Menganalisis Kesan Mikro Data Berusia 2 Juta Tahun", "Penemuan mereka mencadangkan 2 juta tahun dahulu manusia purba telah pergi memburu dan menyembelih haiwan itu sendiri.", "Profesor Parkinson memberitahu New Scientist bahawa manusia prasejarah tidak memakan sisa buruan haiwan karnivor, dan bukti lain terdapat pada tanda-tanda penyembelihan, sama ada ia di bahagian tulang atau leher.", "Walaupun jawapan tadi telah terjawab berdasarkan bukti-bukti kajian yang ada di rantau Afrika sejak 2 juta tahun yang lalu, namun masih belum jelas manusia spesis apakah yang menjalankan aktiviti tersebut.", "Berdasarkan kenyataan Dr Parker, mereka menemui ribuan alatan daripada batu di Kanjera South, tetapi tidak ada satu tulang pemburu purba dari spesis Hominin itu sendiri pernah dikenal pasti di tapak itu. Para penyelidik mengesyaki Homo Habilis sebagai calon utama dalam subjek ini kerana tulang dan tengkorak mereka dijumpai di tapak berhampiran.", "Sekarang kita tahu manusia prasejarah aktif memburu sekitar 2 juta tahun lalu, menyebabkan peningkatan pesat saiz otak dan badan dapat diperhatikan berdasarkan rekod fosil yang ditemui dalam satu-satu tempoh." ]
https://www.thepatriots.asia/penderitaan-angkara-kapitalis-yang-meledakkan-gerakan-skinhead/
Penderitaan Angkara Kapitalis Yang Meledakkan Gerakan Skinhead
[ "Kasut but braces berambut pendek ", "Apa yang dikatakan kami tak peduli", "Wujudnya kami untuk kekal abadi ", "Siapa berani padah yang menanti", "Skinhead merupakan satu subculture terkenal yang berasal daripada England. Bermula dari situ subculture ini menjangkiti seluruh dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali. Apa yang paling menarik sekali adalah lagu-lagu daripada subculture skinhead banyak memperjuangkan kelas pekerja dan memaki hamun kapitalis. ", "Persoalannya macam subculture skinhead ni boleh wujud dan betul ke mereka memperjuang nasib pekerja?", "Kita kembali semula kepada era pasca perang dunia kedua. Ketika itu Kuasa Bersekutu dan Britain adalah pemenang dalam perang dunia kedua menewaskan pakatan paksi. Kemenangan tersebut hanya membawa untuk seketika sahaja. Sebab Britain perlu menanggung kerugian yang sangat tinggi angkara perang.", "Ye lah banyak infrastruktur telah rosak termasuk stadium syaitan merah. Nak bina kembali bandar kepada asal memang kena banyak pakai duit. Nak tak nak, Britain kena bertahan dengan apa yang ada sebelum ekonomi mereka kembali stabil. Bagi memastikan wang kerajaan cukup untuk, British telah laksanakan dasar penjimatan.", "Apa yang British buat adalah melaksanakan catuan terhadap semua benda. Bayangkan je lah makanan asas macam gula, daging, ayam dan telur pun kena catu. Kalau setakat makanan macam coklat ataupun sirap kena catu kira okay lagi sebab masih boleh hidup. Ini tidak, dengan sabun pun kena catu. Habis kempunan lah orang Britain. ", "Masalah ini telah membawa kepada bibit-bibit awal kebangkitan kelas pekerja. Sebab mereka menjadi golongan paling terkesan di Britain apabila berlaku masa kemelesetan ekonomi. Walau bagaimanapun menjelang awal 1950an, ekonomi Britain memulih dan terus boom. Semua ini bermula daripada tindakan Britain yang menggalakkan produk tempatan di eksport keluar negara. Secara tak langsung banyak duit masuk ke dalam Britain.", "Pada dekad itu, rakyat Britain menikmati sesuatu yang tidak pernah terjangkau di benak fikiran mereka. Kenaikan gaji dan mengurangkan masa kerja membuatkan ekonomi terus berkembang kerana rakyat menjadi sangat gila untuk berbelanja. Ditambah lagi Britain juga mengurangkan cukai pendapatan. Bab kurang dan tak bayar cukai ni memang rakyat suka.", "Disebabkan ini semua, rakyat Britain tidak pernah berasa bimbang untuk tukar pekerjaan. Malah pihak majikan pun kalau boleh mahu berikan tawaran yang tinggi bagi mendapatkan pekerjaan terbaik. ", "Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya gerimis mengundang. Kemakmuran yang dinikmati oleh Britain tampak seperti mahu tamat pada penghujung era 1960 an. Kenaikan kadar inflasi pada tahap sangat tinggi telah melanda Britain. Secara tak langsung harga semua benda dekat Britain meningkat. Deme semua cuba selesaikan masalah ini dengan menaikan gaji.", "Mula-mula seronoklah sebab tangga gaji yang bersesuaian akan memboleh rakyat Britain meningkatkan kuasa beli. Sayangnya itu semua tak berlaku sebab harga baru turut meningkat. Cadangan menaikkan gaji ketika ekonomi tidak berkembang memang sangat mengarut.", "Situasi itu membuatkan buruh arang batu mogok dan tak mahu bekerja. Sia-sia je kerja punya penat tapi dapat gaji kecik. Nak beli chicken grill tepi jalan pun tak lepas. Terpaksalah Britain mengamalkan kembali dasar penjimatan. Britain telah menyeru syarikat stesen televisyen menamatkan siaran lebih awal dan rakyat perlu berjimat.", "Bermula dari sini budaya skinhead bangkit setelah anak muda dari kelas pekerja merasakan Britain bertindak tidak adil dengan mereka. Katanya Britain lebih mementingkan orang kaya berbanding rakyat miskin yang kebanyakan merupakan kelas pekerja. Tapi Britain bukan tidak langsung membantu tapi macam pelik sikit.", "Sebab wujud jurang yang sangat besar antara elit, pertengahan dan kelas pekerja. Nak senang faham macam T20, M40 dan B40 sangat berbeza dekat Britain. Kebanyakan golongan elit dan pertengahan ni tinggal dekat bandar. Manakala kelas pekerja tinggal PPR yang disediakan oleh Britain. Memang wujud rasa keterasingan diantara ketiga-tiga golongan sebab kurang bergaul.", "Ditambah lagi kelas pekerja anggap elit dan pertengahan banyak rampas hak mereka. Apa yang kelas pekerja boleh buat hanyalah bergembira dengan buat muzik secara diy. Maka budaya serta muzik skinhead mula bangkit untuk menzahirkan rasa ketidakpuashatian rakyat kepada pemerintah. ", "Selepas 10 tahun skinhead bermula di England, budaya ini mula menjangkiti seluruh dunia untuk memperjuangkan kelas pekerja. ", "RUJUKAN", "Anglis, J. (2021, Oktober 4). How skinheads transformed from an inclusive youth mvement into a racist hate group. All That Is Interesting. Dipetik daripada https://allthatsinteresting.com/skinheads-history", "Eduqas. (n.d). Austerity, affluence and discontent, 1951-1979: Part 2. Dipetik daripada http://resource.download.wjec.co.uk.s3.amazonaws.com/vtc/2016-17/16-17_2-43/part2-never-had-it-so-good.pdf", "Eduqas. (n.d). Austerity, affluence and discontent, 1951-1979: Part 5. Dipetik daripada https://resource.download.wjec.co.uk/vtc/2016-17/16-17_2-43/part5-changing-attitudes.pdf", "Howard, H. (2022, November 18). Have we really never had it so BAD? 2022 is the year of soaring inflation, bills through the roof and rising interest rates but past decades saw the three-day week, inflation at 25% and four million out of work. Mail Online. https://www.dailymail.co.uk/news/article-11443067/How-Britain-struggled-post-war-austerity-1970s-three-day-week-early-80s-unemployment.html" ]
https://www.thepatriots.asia/yahudi-itu-sejenis-kuihkah/
Yahudi Itu Sejenis Kuihkah?
[ "Semalam saya cerita pasal Jerusalem Jubilee. Ada seorang pengkomen marah saya:", "“Apasal guna sumber Yahudi? Tak ada sumber dari orang Islam kah?”", "Masalahnya, buku yang saya rujuk tu ditulis oleh Stephen Spector (berketurunan Dutch-American), Clifford Kiracofe (Dutch-American juga) dan Victoria Clark (berketurunan Inggeris Britain). Tang mana Yahudi saya pun tak tau.", "Sebab ramai di kalangan kita anggap Yahudi tu sejenis kuih. Semua nak diyahudikan tapi tak kenal Yahudi, macam mana tu?", "Nanti dalam perang akhir zaman Muslim akan berpakat dengan Rum melawan Dajjal dan Yahudi. Kalau main tembak semua orang putih tu Yahudi, silap-silap “friendly fire” dekat Rum nanti.", "Fenomena ini lebih kurang seperti gelaran “Ferringhi”. Dulu orang Arab dan Parsi panggil semua orang putih sebagai Al-Firanji atau Ferringhi, merujuk kepada orang Frank yang berperang dengan tentera Islam di Hispania. Sampai orang Portugis pun dipanggil Ferringhi (tu yang datangnya nama Batu Ferringhi).", "OK, so siapa itu Yahudi?", "Pertama, lihat pada nama mereka. Selalunya kalau nama keluarga Cohen, Kaplan, Lewin, Kagan ni mesti Yahudi. Ini nama Yahudi yang tulen. Kalau nama ada “-stein” dan “-berg” pun Yahudi. Contoh seperti Epstein, Bernstein, Goldstein, Einstein, Goldberg, Rosenberg, Walburg. Cuma mereka ni Yahudi Ashkenazi (Ashkenazi Jew) yang berasal dari Jerman. Yang berasal dari Poland pula namanya ada “ski”: Polanski, Malinowski. Wozniak pun nama keluarga Yahudi Poland.", "Disebabkan Hitler bantai Yahudi di Jerman dan Poland, mereka melarikan diri ke USA. Jadi di USA ada segala macam nama ini: Steve Wozniak, Roman Polanski, Steven Spielberg. Ni semua Yahudi.", "Kat Israel lagi banyak ragam nama. Sebab bukan Ashkenazi saja, ada juga Sephardi (yang berasal dari kawasan Mediterranean) dan Mizrahi (yang berasal dari kawasan Arab). Tak larat lah nak sebut semua.", "Kedua, lihat pada wajah mereka. Rupa fizikal Yahudi ni lebih kurang saja macam Jared Kushner dan Gal Gadot. Cuba bandingkan dengan rupa Albert Einstein, Mark Zuckerberg dan Hannah Arendt. Sama kan?", "Tapi jangan terkejut kalau terlihat Yahudi berambut perang. Sebab susur galur Yahudi ni ikut sebelah ibu. Kalau mak kahwin dengan orang Scandinavia maka lahirlah Yahudi berambut perang dan bermata biru.", "Dari mana asalnya Yahudi?", "Semua penganut agama Judaism dikira Yahudi, tapi bukan semua Yahudi menganut Judaism. Sebab Yahudi pun ada yang sekular. Yahudi dikira berdasarkan pertalian darah.", "Yahudi berasal dari keturunan Judah, Benjamin dan Levi, 3 suku daripada 12 suku Bani Israel (Israelites). Bani Israel itu keturunan Nabi Yakub (atau Jacob dalam Bible). Nabi Yakub mempunyai 12 anak, dari 12 anak ini terbentuklah 12 suku Bani Israel (yang lebih tepat, 11 anak + 2 cucu).", "Nabi Yakub ialah anak kepada Nabi Ishak (Isaac), Nabi Ishak anak kepada Nabi Ibrahim (Abraham). Anak Nabi Ibrahim seorang lagi, Nabi Ismail (Ishmael) ialah bapa orang Arab. Jadi terdapat banyak persamaan antara Bani Israel dan orang Arab. Kedua-dua digolongkan sebagai orang “Semitik”. Dalam bahasa orang Yahudi (Bahasa Hebrew), hari disebut sebagai “yom” (“yawm” dalam Arab), tuhan disebut “elohim” (“ilah” dalam Arab) dan salam pun berbunyi “shalom aleichem”.", "Bani Israel melarikan diri dari Firaun dan mendirikan kerajaan di Canaan (Palestin hari ini). Nabi Daud dan Nabi Sulaiman adalah raja kepada Bani Israel. Selepas Nabi Sulaiman wafat, Kerajaan Bani Israel pecah kepada dua: yang sebelah utara (Kingdom of Israel) merangkumi 10 suku, yang sebelah selatan (Kingdom of Judah) terdiri daripada suku Judah, Benjamin dan Levi. Nabi Ilyias dan Ilyasa hidup semasa zaman perpecahan ini.", "Pada tahun 722 Sebelum Masihi, Kingdom of Israel ditakluk oleh Assyria. Sejarah pasal 10 suku itu terputus, maka jadilah “10 Lost Tribes of Israel”. Tapi wujud golongan yang mendakwa diri sebagai keturunan suku Lost Tribes seperti Samaritans.", "Tahun 587 Sebelum Masihi, giliran Kingdom of Judah pula ditawan oleh Babylon. Penduduk Judah, Benjamin dan Levi dibuang ke Babylon. Tapi pada tahun 539 Sebelum Masihi, Raja Parsi, Cyrus membebaskan kesemua penduduk Judah, Benjamin dan Levi kembali ke Canaan.", "Pada zaman pemerintahan Rom, Canaan dinamakan sebagai Judea. Maka penduduk Judea (suku Judah, Benjamin dan Levi) dirujuk sebagai Yahudi. Tak kira Jew (Inggeris), Jude (Jerman), Jood (Belanda) atau Yahudi (Arab), kata dasarnya ialah “Yehudi” yang terbit daripada Judea (“Yehuda”).", "Nabi Zakariyya (Zechariah), Yahya (John) dan Isa (Jesus) ialah penduduk Judea. Nabi Zakariyya dan Nabi Yahya dari keturunan Levi, hanya Nabi Isa sahaja dari Judah.", "Sebab itu orang Kristian mengangkat Nabi Isa sebagai Al-Masih (Messiah) kerana Al-Masih dalam Taurat (Torah) adalah dari susur galur Judah. “The Lion of Judah” itu salah satu gelaran Nabi Isa. Mengikut naratif Kristian, rabbi Judaism tak mengaku Nabi Isa malah bersubahat dengan Rom untuk menghukum mati Nabi Isa.", "Pada tahun 70 Masihi, orang Yahudi memberontak terhadap pemerintahan Rom. Tentera Rom meratakan Jerusalem. Orang Yahudi bertebaran ke seluruh dunia, sampai ke China pun ada jejak “Kaifeng Jews”. Ada orang Turkik penganut Judaism yang dikenali sebagai “Khazar Jews”.", "Jadi, apabila ada orang kata “semua nabi sebelum Rasulullah Muhammad adalah Yahudi”, saya gelak je lah. Yang boleh dikira sebagai Yahudi hanya Nabi Zakariyya, Nabi Yahya dan Nabi Isa saja.", "Hebat betul Yahudi, ramai orang benci mereka, tapi pada masa yang sama tidak kenali mereka.", "(Kalau tiba-tiba post ini hilang maksudnya Mark Zuckerberg tau baca Bahasa Melayu lah)", "#goyim\n#kosher" ]
https://www.thepatriots.asia/eropah-selepas-kejatuhan-empayar-rom/
Eropah Selepas Kejatuhan Empayar Rom
[ "Serangan berterusan ke atas Rom Barat sejak kejatuhannya pada tahun 410, terus-menerus menjadikan Eropah Barat berada dalam keadaan buruk berkurun-kurun lamanya. Kejatuhan kerajaan pusat, telah memunculkan kerajaan-kerajaan feudal di sekitar Eropah yang selalunya kerajaan-kerajaan tersebut adalah berbangsa penakluk iaitu Jerman daripada pelbagai suku seperti Visigoth, Lombard dan Franks. Hasil integrasi dan asimilasi dengan kepelbagaian budaya terutamanya budaya tempatan Rom dan kaum barbarik, telah melahirkan suku-suku bangsa yang baru.", "Kemajuan ekonomi yang sebenar adalah kemajuan yang menyeluruh pada setiap peringkat sosial masyarakat. Bukan saja golongan elit dapat hidup senang, tetapi rakyat yang paling ‘miskin’ pun berkecukupan. Sistem feudal yang muncul pada Zaman Pertengahan di Eropah hanyalah menguntungkan golongan elit sahaja, terutamanya golongan raja-raja. Paling teruk, golongan bawahan hidup susah dan terbeban. Kemunculan sistem feudal, bermaksud terhapusnya ekonomi berpusat. Maka, ekonomi Eropah pada masa itu tidak mempunyai kesatuan ekonomi dan pasarannya kacau bilau.", "Tambahan lagi, keadaan Eropah pada masa itu yang huru hara dengan pelbagai peperangan antara kerajaan feudal serta kadar jenayah yang tinggi telah memaksa golongan bawahan mencari perlindungan dengan mana-mana raja feudal. Lantas, itu pun terpaksa membebankan ekonomi mereka sendiri.", "Sistem feudal mempunyai tiga kelas masyarakat, bermula dari raja hinggalah golongan petani. Setiap kelas mempunyai peranan masing-masing dan saling bergantung antara satu sama lain. Feudalism bukanlah seperti sistem kelas elit boleh sewenang-wenangnya mengatur keadaan, tetapi hubungan mutual dan kebergantungan yang menjadi dasar feudalism itu sendiri. Raja memerlukan kesetiaan golongan bangsawan dan Gereja, sebagai pulangan, bangsawan dan Gereja akan dikurniakan habuan berbentuk emas ataupun tanah, selalunya tanah. Zaman Gelap di Eropah, Gereja merupakan institusi yang paling cepat berkembang kekuasaanya. Selain mempunyai sokongan golongan elit, golongan rakyat juga menjadikan Gereja sebagai tumpuan dalam masalah sosial mereka. Kelas bangsawan pula memerlukan kesatria ataupun tentera untuk melindungi tanah mereka. Sebagai pulangan, mereka akan menerima ganjaran berbentuk emas ataupun tanah. Para petani dan orang awam akan bekerja untuk bangsawan dalam sektor pertanian dan memajukan tanah sebagai pulangan melindungi mereka daripada jenayah dan ancaman luar.", "Para petani merupakan kelompok yang bekerja dalam menggerakkan sistem ekonomi dan sosial serta merupakan kelompok yang terbesar dalam masyarakat Eropah. Tidak semua para petani berstatus hamba, kebanyakkannya adalah berstatus semi-hamba yang dipanggil serf dan bekerja di tanah bangsawan yang mereka duduki sebagai pulangan memberikan perlindungan dan tempat tinggal kepada mereka. Terdapat golongan petani yang bebas dan tidak terikat dengan sebarang kontrak. Walau bagaimanapun, kedua-duanya tidak mempunyai banyak hak. Tanpa kebenaran tuan tanah (bangsawan), mereka tidak boleh berburu di hutan, tidak boleh menukar lokasi pekerjaan, ataupun mengahwinkan anak perempuan mereka.", "Menurut John M. Riddle (2008), bagaimana kebebasan dan bagaimana perhambaan yang dialami oleh serf bergantung pada penafsirannya. Perbezaan dibuat antara petani bebas dan petani yang tidak bebas. Secara umumnya, kami gunakan serf merujuk pada tidak bebas, dan villein merujuk pada petani bebas sejak lahir, tetapi mempunyai kewajipan bekerja. Melihat pada kajian ke atas tanggungjawab antara dua kelompok ini, didapati terdapat perbezaan yang samar. Secara umumnya, petani bebas mempunyai tanggungjawab ketenteraan, sebaliknya pada petani tidak bebas. Obligasi antara petani bebas dan tidak bebas saling berkaitan dan perkahwinan antara mereka boleh berlaku. Pada era Carolingian, lelaki tidak bebas mengahwini perempuan bebas akan melahirkan anak petani yang bebas. Villeins mempunyai hak untuk melakukan kontrak pemilikan tanah, tetapi serf tidak boleh. Villeins boleh terlibat dalam perundangan, tetapi mahkamah tidak mempunyai hak untuk memaksa melainkan dipaksa oleh tuan tanah sendiri.", "Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, serf memang tidak mempunyai hak kebebasan yang mutlak. Regulasi kebebasan dan perikatan antara tuan tanah dan petani berbeza pada setiap wilayah bergantung pada keperluan masing-masing dan status tuan tanah.", "Bangsawan dan raja pula adalah kelompok yang menikmati pelbagai jenis kemewahan. Status bangsawan atau aristokrat mempunyai pelbagai jenis ukuran. Kadangkala ia dilihat pada kehandalan dalam berpedang. Kadangkala ia dilihat pada keluasan tanah. Semakin luas tanah yang dimiliki, maka semakin tinggilah status tersebut. Pemilikan tanah selalunya dimiliki melalui peperangan ataupun perkahwinan antara keluarga bangsawan. Status bangsawan juga boleh dedefinisikan melalui jawatan yang dimiliki dalam ketenteraan ataupun hubungan dengan raja atau duke. Anak perempuan mempunyai kepentingan yang sama dengan anak lelaki.", "Kelompok bangsawan sangat mementingkan kemuliaan, wang, dan pakaian berfesyen. Sangat ambil berat mengenai barang rampasan dan undang-undang. Kelompok bangsawan dan kelompok bukan bangsawan dapat dibezakan melalui pemakaian mereka. Kebiasaannya kelompok bangsawan mempunyai logo atau lambang tertentu yang melambangkan keluarga mereka.", "Kelompok Gereja juga mempunyai keistimewaan seperti kelompok bangsawan. Perlantikan paderi atau biskop oleh raja mempunyai keistimewaan yang tersendiri sehingga golongan bangsawan berpusu-pusu menghantar anak-anak mereka untuk perlantikan tersebut. Maka, institusi Gereja pada masa itu kebanyakannya dipenuhi oleh anak-anak bangsawan atau saudara-saudara mereka. Malah, institusi Paus juga tidak terkecuali. Korupsi dan amalan-amalan yang bertentangan dengan Bible menular dalam kalangan kelompok Gereja akibat lambakan perlantikan kerabat diraja ke dalam badan Gereja. Para reformis Gereja cuba untuk menentang gejala ini kerana mereka mendakwa, sepatutnya Gereja diduduki oleh mereka yang mementingkan spiritual, bukan golongan berkepentingan.", "Gereja juga merupakan golongan yang kaya. Dikurniakan tanah oleh raja dan tidak perlu membayar cukai. Mereka menyediakan perkhidmatan seperti servis upacara perkahwinan, pendidikan dan keagamaan. Para petani dikehendaki membayar cukai kepada Gereja sebanyak 10% daripada hasil pendapatan mereka. Petani yang ingkar akan dibawa ke mahkamah. Pada tahun 700 Masihi, Gereja telah menguasai satu pertiga tanah dan estet di Perancis dan memerintah sebagai penguasa feudal.", "Kelompok terkecil dalam masyarakat Eropah adalah kelompok kesatria. Kesatria terdiri daripada pelbagai kelompok, termasuk raja, bangsawan, dan petani. Petani pula bukanlah petani, tetapi mempunyai taraf yang lebih sedikit daripada petani. Mereka bertanggungjawab memberikan perlindungan kepada tuan tanah yang mereka berkhidmat serta para petani daripada ancaman luar.", "Landskap kehidupan setiap kelompok ini dapat dilihat perubahannya menjelang tahun 1300M. Susunan sosial masyarakat menjadi semakin kompleks, pekerjaan semakin berkembang selari dengan perkembangan peluang ekonomi, berlakunya revolusi dalam kalangan rakyat serta reformasi dalam kalangan intelektual.", "Kekuatan sumber ekonomi Eropah pada Zaman Pertengahan adalah pada aktiviti agrikultur, khususnya pertanian. Perdagangan pernah menjadi salah satu kekuatan ekonomi, tetapi semenjak kejatuhan kerajaan pusat, perdagangan menjadi semakin perlahan. Laut Mediterannean merupakan tumpuan pesat perdagangan yang pernah dikuasai oleh Eropah. Selain faktor kerajaan pusat, penguasaan orang Islam ke atas laut tersebut juga menjadi faktor penting.", "Pada peringkat awal Zaman Pertengahan, aktiviti agkultur sangat perlahan kerana kebantutan teknologi, kekurangan baja, seterusnya mengurangkan produktiviti. Hasil tanaman juga hanya cukup-cukup untuk sara keluarga dan tidak mempunyai lebihan untuk diperdagangkan. Sekiranya mempunyai lebihan hasil sekalipun, penduduk tidak mampu berjalan jauh untuk berdagang atas faktor pengangkutan, jarak dan keselamatan. Disebabkan tiada kesatuan ekonomi, maka pusat perdagangan juga terbantut. Setiap wilayah Eropah pada masa itu membangunkan perdagangan atas inisiatif sendiri dan tidak berpusat. Pernah juga cuba diwujudkan pusat untuk menjalankan dan menghubungan aktiviti perdagangan antara wilayah-wilayah Eropah, tetapi tidak berjaya atas faktor pedagang itu sendiri, seperti yang telah disebutkan, jarak, pengangkutan dan keselamatan. Kadar jenayah yang tinggi mengakibatkan keselamatan sering tergugat.", "Terhapusnya kesatuan wilayah, yakni kerajaan pusat telah mewujudkan peperangan yang berterusan antara wilayah. Kesannya pada ekonomi adalah ia juga menjadi faktor perdagangan terbantut. Penguasa-penguasa feudal sering mengambil kesempatan ke atas para pedagang yang singgah di wilayah mereka dengan mengenakan kadar cukai yang tinggi." ]
https://www.thepatriots.asia/ninja-terakhir-ialah-seorang-jurutera/
Ninja Terakhir Ialah Seorang Jurutera
[ "Wajahnya mungkin tidak sesuai dengan gambaran seorang pembunuh berpakaian serba hitam dengan senjata membunuh & berkemampuan menghilangkan diri dengan bom asap. Ninja, atau lebih dikenali sebagai shinobi di Nippon (baca : Jepun) merupakan tentera upahan yang mahir dalam kerja risikan, sabotaj & membunuh secara senyap.", "Namun merujuk kepada rekod Muzium Ninja Igaryu, orang terakhir yang mewarisi ilmu ninjutsu yang asli secara turun-temurun merupakan seorang bekas jurutera berusia 67 tahun (pada 2016) bernama Kawakami Jinichi.", "Beliau merupakan ‘Ban-gumi no soke’ atau Ketua Keluarga (baca: klan/clan) Ban. Mempraktikkan ilmu ninjutsu aliran Koga & Iga, sejarah penglibatan Ban-gumi dalam ninjutsu dapat ditelusuri sejak 500 tahun yang lampau. Dengan kedudukan & kelebihan yang diwarisi, bekas jurutera ini dilantik sebagai ‘Banke Shinobinoden no soke’ (Pengetua Sekolah Shinobi Banke). Banke Shinobinoden mula popular sejak penubuhan Muzium Ninja Igaryu pada tahun 1964.", "Kawakami-soke mendakwa bahawa beliau adalah satu-satunya pewaris ilmu ninjutsu asli yang masih hidup hingga kini. Menurut Japan Times “Kawakami-soke mempunyai sesuatu yang kebanyakan (proclaimed) shinobi tiada, iaitu sifat rendah diri & pelajaran yang sebenar. Termasuk juga skil pertahanan diri yang tinggi.", "Kawakami-soke sendiri bukanlah mewarisi darah keluarga ninja, akan tetapi mewarisi ilmu tersebut sejak berusia tujuh daripada Ishida Masazo, yang merupakan biksu Buddha & pembuat ubatan herba. Menurut Kawakami-soke, lelaki tersebut mendakwa bahawa beliau merupakan salah seorang pengamal ilmu ninjutsu yang asli yang masih wujud.", "Sebelum dia berusia 19 tahun, Kawakami-soke sudah mewarisi gelaran sensei (guru) & mewarisi skrol-skrol rahsia ninjutsu.", "“Untuk melatih konsentrasi, saya perlu merenung api lilin hingga saya merasa diri saya benar-benar berada di dalam api tersebut. Saya juga berlatih mendengar bunyi jarum yang jatuh di lantai bilik sebelah” kata Kawakami-soke. Dia juga berlatih memanjat dinding, melompat dari tempat tinggi & belajar bagaimana mencampur bahan kimia untuk menciptakan bahan letupan & bom asap.", "“Saya juga dilatih untuk menahan panas & dingin serta rasa sakit & kelaparan. Semua latihan itu sangat rahsia & menyakitkan, tapi saya tidak pernah terfikir mengapa saya melakukan semua ini. Latihan-latihan tersebut telah menjadi sebahagian daripada hidup saya,” katanya sambil menunjukkan beberapa alat dan teknik yang digunakan dalam tugas risikan & sabotaj pada masa lalu.", "“Seni ninjitsu terletak pada pergerakan yang tidak disedari oleh musuh, bukan pada kekejaman.”", "Pelajar terbaik Kawakami-soke,Kiyomoto Yasushi, merupakan satu-satunya yang menjadi gurulatih bertauliah dari Banke Shinobinoden. Kiyomoto-sensei menubuhkan sebuah dojo in Sagamihara-shi, Kanagawa, namun kini sudah tidak mengambil pelajar baru.", "Pada 2003 pula Jose Defez & beberapa rakan bela diri dari Sepanyol memulakan latihan di Jepun mempelajari Shinobijutsu Koka daripada keluarga Ban. Pada Oktober 2010, Kawakami-soke dan Kiyomoto-sensei mengiktiraf Jose Defez sebagai satu-satunya sensei di luar Jepun, yang berpusat di Valencia.", "(Sumber : http://www.bankeshinobi-spain.com/introduction.html )", "Namun begitu, pada tahun 2012, Kawakami-soke memutuskan tidak akan mewariskan kedudukan soke kepada sesiapa lagi. Beliau meluahkan bahawa ilmu tersebut akan mati bersamanya kerana ianya tidak sesuai dengan zaman moden. Tambah beliau “Di zaman perang saudara ataupun zaman Edo, kebolehan ninja untuk merisik & membunuh mahupun menghasilkan ubat amatlah berguna. Tetapi sekarang sudah ada pistol, internet & ubatan yang lebih baik, jadi seni ninjutsu sudah tiada tempat di zaman moden”", "-Kai-" ]
https://www.thepatriots.asia/surat-maharaja-melayu-kepada-khalifah-umar-abdul-aziz/
Surat Maharaja Melayu Kepada Khalifah Umar Abdul Aziz
[ "Seorang sarjana Andalusia yang benama Ibnu Abd Rabbih (860-940 M) menulis di dalam bukunya yang bertajuk “Al Iqd Al Farid” (Kalung yang Istimewa) bahawa terdapat seorang Maharaja dari Wilayah Hind yang mengutuskan surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Kandungan surat adalah seperti berikut :-", "“Dari Raja sekalian para raja (Malik al Amlak) yang juga adalah keturunan ribuan raja, yang isterinya pun adalah cucu dari ribuan raja, yang tamannya dipenuhi dengan ribuan ekor gajah, yang wilayah kekuasaannya terdiri dari dua batang sungai yang mengairi tanaman gaharu, rempah wangi, pokok pala, dan kapur barus yang bau keharumannya semerbak sehingga 12 batu jauhnya. Kepada Raja Arab (Khalifah Umar bin Abdul Aziz) yang tidak menyembah tuhan-tuhan lain selain Tuhan yang satu. Aku telah mengirimkan kepada engkau hadiah yang tidak seberapa sebagai tanda persahabatan. Aku harap engkau sudi mengutuskan seseorang untuk menerangkan ajaran Islam dan segala hukum-hukumnya kepadaku”…", "Tetapi nanti dulu, kalau kalian berminat nak membaca sejarah Empayar Melayu Sriwijaya, boleh membeli buku terbitan kami, RAHSIA EMPAYAR MELAYU SRIWIJAYA. Boleh membuat pembelian  di di laman Shopee kami, pada pautan: bit.ly/3AzmGj2", "Prof Q.S Fatimi menjelaskan bahawa wilayah Hind yang dimaksudkan dalam surat itu bukanlah India tetapi Srivijaya. Maka Maharaja yang mengutuskan surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu adalah Sri Indavarman (Raja Srivijaya). Ini kerana pada zaman itu, orang-orang Arab memanggil wilayah Nusantara sebagai Aqsal Hind (India yang jauh). Wilayah Champa (Hari ini Vietnam & Kemboja) pula dipanggil Hindi Siniyyah (dari sini terbit perkataan Indo China).", "Prof Fatimi juga menyatakan wilayah yang dimaksudkan oleh Sri Indavarman dalam suratnya kepada Umar Abdul Aziz itu adalah Muara Takus. Ini berdasarkan tulisan Dr Schnitger yang bertajuk “The Forgetten Kingdom in Sumatera”, bahawa Muara Takus merupakan tempat banyak gajah & direntangi oleh dua batang sungai.", "Antara bukti kuat yang lain bahawa surat itu dari Srivijaya (Nusantara) bukan dari India ialah:-", "1) Kapur barus merupakan hasil bumi Sumatera bukan India.", "2) Tiada Raja di India yang mengutus surat kepada khalifah Bani Umayyah untuk mengajarkan Islam kerana Islam telah tersebar di India pada zaman Khalifah Al Walid melalui panglima Muhammad bin Qasim. Ketika zaman Umar Abdul Aziz, Islam telah tersebar meluas di India, tetapi tidak di Nusantara", "*Surat ini dikatakan masih tersimpan di Muzium Madrid, Sepanyol.", "GAMBAR: Candi Muara Takus yang merupakan kompleks agama Buddha yang dibina oleh Empayar Melayu Srivijaya.", "Komen HE: Maharaja Indravarman dari Srivijaya yang mengirimkan surat agar diajarkan kepada orang Melayu akan agama Islam dipercayai oleh sebahagian sejarawan sebagai orang Melayu pertama memeluk Islam dalam sejarah." ]
https://www.thepatriots.asia/bagaimana-dna-mewujudkan-hidupan/
Bagaimana DNA Mewujudkan Hidupan?
[ "Dalam kebanyakan disiplin ilmu mahupun sistem, pasti akan mempunyai pusatyang bertindak sebagai asas kepada segala galanya. Sebagai contoh, teologi Islam mempunyai rukun Iman dan rukun Islam. Fizik tak mempunyai sebarang pusat, tapi sekiranya kalau ia ada, barangkali pusat tersebut ialah Teori Segala-Galanya. Dalam disiplin biologi, pusat tersebut ialah dogma pusat.", "Jadi, apa dia dogma pusat? Ia merujuk kepada bagaimana bahan terasas biologi, yakni DNA mewujudkan hidupan. Untuk mewjudkan DNA, kita perlukan interaksi kimia. Bermula dengan wujudnya partikel dan cas, partikel elemen mampu berinteraksi dan mewujudkan bahan kimia.", "Bahan kimia ini pula akan berinteraksi lagi untuk mewujudkan bahan kimia lain. Sebagai contoh, interaksi 2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen akan mewujudkan air (H2O). Interaksi nukleosid dan kumpulan fosfat melahirkan nukleotid, bahan asas kepada DNA dan RNA. DNA sebagai pusat data maklumat genetik, RNA sebagai salinan maklumat DNA dan protein sebagai hasil produk terjemahan maklumat RNA.", "Dalam setiap sel haiwan dan pokok, kita mempunyai DNA dalam sel masing masing. Untuk mempermudahkan pemahaman pembaca berkenaan dogma pusat. Bayangkan anda merupakan seorang chef yang mahir dalam pelbagai resepi. Katakanlah pelanggan anda mahukan sejumlah besar kek strawberi. Maka, anda pun menulis resepi kek strawberi pada sehelai kertas dan berikannya pada pekerja anda untuk dihasilkan.", "Begitu jugalah dengan dogma pusat. Chef ialah DNA, kertas resepi ialah RNA dan kek strawberi ialah protein. Sekali lagi, untuk senangkan pemahaman, katakanlah darah kita ni pekat sangat dengan gula. Otak kita (pelanggan) akan kesan benda ni dan bagitahu sel pankreas tentang masalah ini. DNA pada sel pankreas akan melalui proses transkripsi RNA di mana sebahagian maklumat genetik tentang resepi buat insulin akan dicetak keluar.", "RNA itu pula akan diterjemah oleh ribosom untuk menghasilkan protein hormone insulin. Jadi, kita boleh nampak jelas perkaitan DNA -> RNA -> protein. Benda yang sama juga terjadi pada proses kejadian manusia daripada ovum dan sperma. Daripada DNA, kepada RNA, kepada protein dan seterusnya penciptaan organ, sistem dan akhirnya organisme.", "Melalui proses ini, agak agak anda boleh teka tak macam mana kita boleh dapat penyakit genetik dan kegagalan organ? Dalam kebanyakan kes disebabkan permasalahan dogma pusat inilah, terutamanya DNA.", "Bila DNA cacat, maka RNA pun cacat dan produk protein yang dihasilkan jadi lain. Contoh je la, kod transkripsi asal RNA untuk buat bahan pembeku darah ialah ‘M U R A I’. Disebabkan DNA tu cacat, kod RNA tu pun cacat menjadi ‘P U * A I’ dan produk yang dihasilkan ialah protein pencair carah.", "RUJUKAN:", "Ben-Tabou de-Leon S, Davidson EH (2007). “Gene regulation: gene control network in development” (PDF). Annu Rev Biophys Biomol Struct. 36 (191): 191–212. doi:10.1146/annurev.biophys.35.040405.102002. PMID 17291181.", "Crick, F. (1970). Central dogma of molecular biology. Nature, 227(5258), 561-563.", "Gottlieb, G. (1998). Normally occurring environmental and behavioral influences on gene activity: From central dogma to probabilistic epigenesis. Psychological review, 105(4), 792.", "Lodish, Harvey (2000). Molecular Cell Biology (4th ed.). New York: W. H. Freeman. Section 14.2. ISBN 978-0-7167-3136-8." ]
https://www.thepatriots.asia/detik-cemas-paskau-pertarungan-hidup-mati-dibadai-ombak/
Detik Cemas Paskau – Pertarungan Hidup Mati Dibadai Ombak
[ "12 tahun lalu, sebuah bot Pasukan Khas Udara ( PASKAU) telah  karam di perairan Mersing, ketika Malaysia dan Singapura berebutkan Pulau Batu Putih. Kawasan tersebut memang menjadi lokasi biasa tentera masing-masing menjalankan latihan meski ia dipertikaikan.", "“Daripada kumpulan 6 orang tersebut, 2 mati lemas, dan 4 selamat. Hanya saya dan Smith yang sampai pukul 11.49 malam. Sebastian sampai lebih kurang jam 5.00 petang sebab beliau berenang dahulu untuk mendapatkan pertolongan,manakala Sjn Saad(pencen pencen PW1)yang berenang bersama arwah Ayub dan Asrul dijumpai oleh helikopter PDRM setelah 55 jam berada di dalam laut. Beliau dijumpai bersendirian sebab meninggalkan arwah Asrul dan arwah Ayub untuk pergi mendaptkan pertolongan.Saad dijumpai di perairan Tanjung Siang  pada jarak lebih kurang 50km dari lokasi kejadian. ", "Helikopter PDRM tiada alat untuk winch- up Saad ke dalam helikopter. Jadi, mereka  terpaksa tunggu pesawat Nuri yangg terlibat dengan Operasi Carilamat itu untuk mengambil Saad dan  seterusnya membawanya  terus ke hospital JB. Semasa berenang tu.. body line saya diikat kepada Smith, manakala Saad ddengan kedua arwah. Saya dan Smith terpisah daripada group Saad disebabkan cuaca buruk. Ditambah pula laut yang bergelora –  kebetulan masa tu musim tengkujuh,” begitu kisah yang diceritakan oleh PWII (B) Radzi Abdul Majid.", "Pada mulanya, beliau membangkang cadangan untuk mereka keluar pada hari itu, memandangkan ianya adalah permulaan musim tengkujuh. Keadaan laut sangat bergelora pada ketika itu, hinggakan bot nelayan kecil tidak ada yang berani keluar. Mereka sendiri kekurangan kelengkapan untuk menghadapi keadaan tersebut. Walaubagaimanapun, Mjr. Smith berkeras kerana merasakan ia satu keperluan bagi mereka menjalankan tugasan reccy bagi tujuan mencari lokasi untuk penandaan bagi LGB (Laser Guided Bomb) yang akan dilepaskan oleh pesawat Hornet semasa latihan nanti. Kawasan tersebut memang menjadi kawasan latihan pesawat-pesawat kita , antaranya untuk Laser Guided Bombing.", "Sudahnya, mereka keluar juga dengan bot 17 kaki berenjin kembar. Namun bot uzur itu tidak mempunyai kekuatan untuk mengharungi laut bergelora pada musim sebegitu. 38 km ke tengah laut, salah satu enjinnya mati. Enjin yangg satu lagi tidak mampu membekalkan tenaga, dan akhirnya turut mati juga. Tersadai mereka di tengah laut itu dalam keadaan ombak yang mencanak tingginya. Beberapa ketika, akhirnya salah satu ombak itu menghempap dan menenggelamkan terus mereka.", "Keadaan panik menguasai. Mujurlah dengan latihan berterusan selama ini, Radzi, Saad dan Sebastian bertindak pantas. Radzi mengikat bodylinenya kepada Mjr. Smith, manakala Saad mengikat bodylinenya kepada kedua orang anggota yang boleh dikatakan agak baru, iaitu Asrul dan Ayob. Sebastian diarahkan berenang mencari bantuan terlebih dahulu. Selepas agak lama menunggu tetapi tiada kelibat bantuan yang kelihatan, Radzi dan Saad akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan bot yang semakin karam kerana sekiranya mereka menunggu, pasti lebih banyak bahaya yang bakal terjadi.", "Ketika melepaskan pegangan daripada bot, tiba-tiba ombak datang dan memisahkan mereka. Arus kuat telah membawa Radzi dan Mejar Smith ke arah lain- memisahkan mereka daripada Saad dan dua orang anggota lagi. Maka, bermulalah pertarungan antara hidup dan mati bagi mereka. Menggunakan segala ilmu yang pernah dipelajarinya, Radzi mengambil kemudi untuk perjalanannya dengan Mjr. Smith. Gaya renangan Backstroke digunakannya bagi menjimatkan tenaga dan memastikan dia tahu apa yang bakal mendatang. Kaedah ini lebih efisyen berbading renangan bebas yang membutakan perenang kpd bahaya dari arah belakang. Setiap kali ombak datang, perenang pasti akan ditenggelamkan.", "Sampai satu ketika, Mjr. Smith hampir menyerah kalah dan tak sanggup meneruskan perjalanan. Kederatnya sudah habis dan matanya mahu terlelap. Radzi berusaha sedaya upaya membakar kembali semangat lelaki itu dan meneruskan perjalanan mereka. Sekiranya dia menurut, mereka berdua pasti tipis harapan dan peluang untuk selamat.", "Sekian lama berenang dan dalam keadaan letih lesu, mereka akhirnya berjaya sampai ke pantai dan diselamatkan pasukan. Sebastian kelihatan terlantar keletihan. Menurut mereka yang ada di situ, dia sampai  kira-kira 6 jam sebelum mereka. Dialah yang memberitahu pasukan akan keadaan mereka dan pasukan carilamat digerakkan untuk mencari mereka.", "Keesokannya barulah Saad dijumpai – berseorangan. Beliau terpisah daripada Asrul dan Ayob kerana beliau bertindak cuba mencari bantuan apabila melihatkan keduanya sudah semakin tidak bermaya. Itupun, beliau dijumpai tersasar daripada laluan asal –  lebih 50 km. Helikopter PDRM yang menjumpainya terpaksa berpatah balik kerana tidak mempunyai peralatan mengangkutnya keluar. Nuri terpaksa dikeluarkan untuk meneruskan usaha menyelamat. Mayat Asrul dan Ayob dijumpai masih terikat dengan life line mereka.", "Pengalaman itu mungkin perit, tapi ia juga memberi kebaikan kepada  pasukan PASKAU yang selepas itu dilengkapi dengan bot yang lebih canggih dan moden. Bagi Radzi pula, kenangan peristiwa itu memang menyayat hati, terutama apabila mengenang kedua orang anak buahnya yang tewas di laut tersebut. Namun ia juga membuktikan, latihan keras yang selama ini dikaitkan dengan dunia komando adalah sedikit sebanyak penyumbang yang membuatkan beliau terus berusaha mencari jalan menyelamatkan bukan sahaja nyawanya sendiri, tetapi juga nyawa org lain yang bersama beliau. Beliau dan Mjr. Smith selepas itu menjadi rakan baik, dan disahkan naik ke pangkat PW hasil temuduga yang telah dilaluinya sebelum peristiwa tersebut..=WRA=" ]
https://www.thepatriots.asia/bila-pelawak-jadi-perdana-menteri/
Bila Pelawak Jadi Perdana Menteri
[ "Susah juga nak bayangkan kalau Lan Pet Pet menjadi PM Malaysia. Tapi itulah yang berlaku di Ukraine – seorang pelakon komedi bernama Volodymyr Zelensky menewaskan Presiden Petro Poroshenko dengan undian 70%.", "Zelensky baru berumur 41 tahun. Pengalaman politik kosong. Sejak umur 17 menceburi dunia hiburan. Yang membuat dia dikenali ramai ialah drama bersiri popular “Sluha Narodu” (Hamba Rakyat) yang disiarkan sejak tahun 2015.", "Dalam drama tersebut, Zelensky memainkan watak seorang guru sekolah menengah yang menjadi Presiden Ukraine secara kebetulan. Dan kemenangan Zelensky kali ini pun nampak sangat “kebetulan”. Parti dia pun hanya ditubuhkan pada tahun 2018 oleh krew produksi TV yang menghasilkan drama tersebut. Nama parti pun sama iaitu Sluha Narodu. Tak tau lah diorang ni tengah troll ke buat reality show.", "Ukraine ni bukanlah negara yang kaya, tapi ia merupakan negara buffer antara NATO dan Rusia. Jadi ramai risau juga adakah Zelensky mampu menggalas tanggungjawab sebagai ketua negara, lebih-lebih lagi Ukraine masih bergelut dengan konflik pemisah di timur Ukraine sejak tahun 2014 (konflik yang membawa kepada kejadian MH17).", "Real test kepada kepimpinan Zelensky ialah bagaimana dia akan menguruskan konflik pemisah yang dipercayai didalangi oleh Rusia. Secara umum, pemerhati politik antarabangsa skeptik dengan kebolehan seorang pelakon komedi dalam hal ini.", "Kemenangan Zelensky kali ini juga boleh ditafsirkan sebagai fenomena kebangkitan populisme yang melanda dunia sekarang. Krisis keyakinan terhadap golongan elit membuat rakyat menolak calon-calon seperti Poroshenko (Presiden bertahan) dan Yulia Tymoshenko (bekas PM), dan memilih Zelensky yang fresh latar belakang.", "Keadaan ini lebih kurang seperti kemenangan Trump di mana sebahagian rakyat US menzahirkan kekecewaan mereka terhadap elit seperti Hillary Clinton dengan memilih Trump. Pengundi populis ni berharap, orang seperti Trump dan Zelensky yang masih “bersih” akan membawa perubahan kepada “sistem” yang sudah rosak. Apatah lagi imej Zelensky sebagai “pelawan korupsi” sudah tertanam di kalangan rakyat Ukraine.", "Tapi itu pandangan pengundi yang naif. Nak faham politik, tengoklah who’s behind the money.", "Sebenarnya, hampir semua demokrasi adalah oligarki (sistem yang didominasi oleh kapitalis). Calon-calon yang dipertaruhkan dalam pilihanraya sebenarnya lebih kepada proksi kumpulan kepentingan. Macam saya pernah ulas, di Thailand, pilihanraya adalah pertarungan antara “old money” dan “new money” (Thaksin).", "Di Ukraine juga wujud beberapa “oligarch” (taikun besar) yang mendominasi politik. Poroshenko sendiri ialah “Chocolate King” sebelum menceburi politik. Tymoshenko ialah “Gas Princess” yang menguruskan syarikat gas asli. Malah konflik pemisah pun sebenarnya ialah perang proski antara oligarch yang mempunyai pengaruh ke atas kawasan masing-masing.", "Di belakang Zelensky ialah Ihor Kolomoisky. Kolomoiksy ialah bos kumpulan syarikat Privat Group, pemilik stesen TV 1+1 yang menghasilkan siri “Sluha Narodu”. Haah, so nampak tak game dia macam mana.", "Kolomoiksy adn Poroshenko bermusuhan kerana Poroshenko menasionalisasikan bank milik Kolomoiksy. Jadi berkemungkinan besar, Zelensky hanya anak catur Kolomoisky untuk menjatuhkan Poroshenko.", "Itulah realiti demokrasi yang sadis. Di kala rakyat percaya mereka ialah “master of their own fate”, mereka sebenarnya hanya sebahagian daripada permainan golongan oligarch. Lebih-lebih lagi mereka cakna politik berdasarkan apa yang mereka rasa cool dan popular, bukan berdasarkan wisdom dan prudence." ]
https://www.thepatriots.asia/adiwira-malaysia-antara-keluang-dan-cicak/
Adiwira Malaysia: Antara Keluang Dan Cicak
[ "Bila kita sebut pasal superhero atau adiwira kegemaran ramai, perkara pertama muncul dalam kepala ialah adiwira dari Barat. Memadai dengan menyebut nama Iron Man, Spiderman, Captain America, Superman, Batman dan Wonder Woman, semua orang pasti tahu pasal mereka. Tetapi adakah kita juga punya adiwira yang setanding dengan kaliber dan keupayaan mereka? Mari kita lihat.", "Bagi peminat animasi era 90-an, kita sentiasa terhibur dengan gelagat Usop Sontorian. Kita akan sentiasa tergelak melihat gelagat Usop, ahli keluarga dan kawan-kawannya terutama ayam peliharaan Usop, Selebet dan rakan karibnya, seekor katak bernama Arba. Dari situ, syarikat UAS Animation Studios (M) Sdn. Bhd, dengan pengkarya di sebalik Usop Sontorian, menghasilkan superhero pertama di Malaysia iaitu Keluang Man.", "Keluang Man punya latar belakang sama dengan pelindung kota Gotham, Batman/Bruce Wayne. Kedua-duanya pelindung bandar masing-masing (Batman (Gotham City) dan Keluang Man (Bandar Tumpoi), sentiasa meronda pada waktu malam untuk membanteras jenayah, menjadi sasaran pihak berkuasa kerana melakukan perbuatan vigilantisme dan ada pembantu sendiri iaitu Robin (Batman) dan Tiung Man (Keluang Man). Dan kedua-duanya dihantui tragedi yang mendorong mereka menjadi adiwira. Bezanya, Bruce Wayne menjadi yatim piatu selepas kedua-dua ibu bapanya mati dibunuh dalam satu rompakan. Sementara Borhan, nama sebenar Keluang Man ialah seorang pesakit mental yang hilang ingatan selepas dibelasah oleh pesaingnya, Samsir. Dan kedua-duanya juga mempunyai rogue gallery yang hampir sama. Tidak salah untuk saya katakan rogues gallery untuk Keluang Man sebenarnya diinspirasikan oleh rogues gallery bagi Batman. Contoh paling mudah, Badut ialah versi Malaysia bagi Joker sementara Meow ialah versi kita bagi Catwoman.", "Walaupun tona animasi bersifat komedi bersesuaian dengan sasaran penonton iaitu kanak-kanak, ia tidak menghalang Keluang Man mendapat tempat di hati peminat. Selain ketangkasan dan kecekapan beliau memberkas penjenayah, Keluang Man juga kreatif menyediakan senjata dan peralatan untuk melawan jenayah. Walaupun tidak ada sumber kekayaan dan pembekal senjata seperti Batman, itu tidak menghalang Keluang Man melawan penjenayah, kadang-kadang dengan senjata jauh lebih canggih sehingga berjaya menewaskan mereka. Dan jika dianalisis gaya pertarungan Keluang Man, beliau menggabungkan seni persilatan dan berfikir pantas dalam pertarungan, menjadikan beliau satu lawan yang sukar diteka pergerakannya. Ciri ini dikongsi dengan beberapa watak dalam komik seperti Spiderman dan Deadpool (Marvel Comics) serta Batman (DC Comics). ", "Walaupun siri animasi ini mendapat sambutan memberangsangkan, ia tidak bertahan lama kerana tidak ada pengembangan watak dan plot penceritaan berkenaan Keluang Man, Tiung Man, rogues gallery, pihak berkuasa, media dan sebagainya. Akibatnya, kisah yang disampaikan dilihat terlalu statik dan menjejaskan kualiti penceritaan keseluruhan Keluang Man. Selain itu, krisis ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 turut beri kesan kepada produksi lalu tenaga kerja sedia ada terpaksa berpecah demi meneruskan kesinambungan kerjaya dalam bidang masing-masing. Pihak produksi berusaha menghidupkan kembali siri ini untuk memenuhi permintaan penonton termasuk dalam bentuk komik tetapi akhirnya, Keluang Man hanya tinggal kenangan. Walaupun Keluang Man menjadi kenangan bagi kanak-kanak dan remaja era 90-an seperti saya, ia masih tidak menafikan cubaan berani UAS Animation Studios menghasilkan adiwira pertama di Malaysia iaitu Keluang Man.", "Jika anda sangka selepas Keluang Man, Malaysia tidak lagi ada superhero kesukaan ramai, anda salah. Pada tahun 2006, KRU Studios menghasilkan sebuah filem adiwira versi mereka iaitu Cicak Man. Menampilkan raja komedi Malaysia pada ketika itu, Saiful Apek sebagai Hairi, seorang saintis yang mendapat kuasa luar biasa selepas termakan cicak radioaktif dan menjadi adiwira yang ada kelebihan seperti cicak. Sesiapa yang mengikuti filem tersebut pasti perasan persamaan transformasi Hairi dan Peter Parker sebelum menjadi adiwira dalam kisah masing-masing. Kedua-duanya pintar, menjadi mangsa buli sama ada di sekolah atau di tempat kerja dan mendapat kelebihan luar biasa selepas terdedah kepada haiwan yang diubahsuai struktur genetiknya. Parker digigit labah-labah radioaktif sementara Hairi pula terminum kopi yang ada cicak radioaktif di dalamnya.", "Cicak Man turut menggunakan kuasanya seperti Parker (Spiderman) dan Clark Kent (Superman) untuk membanteras jenayah di Kota Metrofulus. Walaupun Hairi tidak ada keupayaan seni mempertahankan diri, beliau menggunakan sepenuhnya persekitaran di sekelilingnya untuk menewaskan musuh-musuhnya termasuk klon Cicak Man yang dikeluarkan oleh majikan beliau, Profesor Klon (Haji Aznil Haji Nawawi). Gaya pertarungan yang tidak ortodoks ini menyebabkan musuh seperti Ginger I dan Ginger II (Adlin Aman Ramlie dan AC Mizal) sukar mengagak pergerakan beliau seterusnya dan menyukarkan usaha menangkap beliau. ", "Walaupun filem tersebut mendapat sambutan ramai di pawagam dengan kutipan tiket RM6.7 juta dan beberapa penggiat industri melihat ia memberi nafas baru kepada industri seni tanah air, ada juga yang melihat ia satu filem yang kosong jiwanya. Mansur Puteh dalam kritikannya menyifatkan Cicak Man tiada unsur estetika atau budaya yang mendorong masyarakat untuk berfikir. Selain itu, pemilihan tona komedi walaupun bersesuaian dengan imej dibawa Saiful Apek dilihat sedikit sebanyak memberi kesan kepada perjalanan naratif filem dan apa yang membezakan ia dengan adiwira-adiwira di luar sana.\nCicak Man terus menjadi sebutan di hati penonton sama seperti Keluang Man. Namun, Cicak Man juga menghadapi nasib sama seperti adiwira pertama Malaysia. Susunan plot yang tidak kemas, terlalu bergantung kepada penampilan cameo, skrip tidak memuaskan dan paling penting, falsafah adiwira itu sendiri menyebabkan ia dianggap kisah hiburan semata-mata dan tidak lebih dari itu. Tona komedi yang jadi pilihan Yusry Abdul Halim untuk ketiga-tiga siri Cicak Man dan disokong oleh barisan pelakon popular tidak dapat menyelamatkan Cicak Man daripada menghadapi nasib sama seperti Keluang Man. Jika Keluang Man terpaksa ditamatkan atas sebab kegawatan ekonomi, Cicak Man pula tidak lagi menjadi sebutan kerana tidak lagi berpotensi sebagai filem pecah panggung dan dianggap hero picisan semata-mata. ", "Walaupun kita punya pandangan berbeza berkenaan Keluang Man dan Cicak Man, kita tidak dapat menafikan jasa kedua-dua adiwira ini kepada pertumbuhan industri seni terutama animasi. Jika tidak kerana mereka berdua, agak sukar untuk kita melihat adiwira kebanggaan anak-anak kecil di kaca televisyen seperti Ejen Ali dan Boboiboy. Kedua-dua Ejen Ali dan Boboiboy meneruskan legasi perjuangan Keluang Man dan Cicak Man, seterusnya membina nama negara di peringkat antarabangsa. Siapa kata kita tiada adiwira? Kita ada, cuma kita malu mengakui kewujudan mereka. ", "Sumber:", "1.\tIdealis Mahasiswa, Cicakman: Pengkritik Bangga https://archive.is/20061231204555/http://www.idealis-mahasiswa.net/artikel-harian/dec2006/24dec01.html\n2.\tLent, John A. (2001) Animation in Asia and the Pacific. John Libbey. ms 143-144. ISBN 978-1-86462-036-8" ]
https://www.thepatriots.asia/sejarah-parti-islam-se-malaysia-pas/
Sejarah Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
[ "Islam merupakan agama terbesar yang diamalkan di Malaysia. Islam bukan sahaja mengajar penganutnya untuk berdoa dan berteleku di atas sejadah semata-mata. Malah, Islam turut mengajar dan memberi panduan untuk menjalankan setiap aspek dari kehidupan dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar perkara. Ini juga termasuklah dengan politik. Di Malaysia, parti politik yang banyak berjuang untuk memartabatkan Islam ialah Parti Agama Islam Se-Malaysia (PAS). ", "Parti PAS bukanlah parti yang pertama yang berjuang untuk memartabatkan Islam. Sebaliknya, parti ini menyambung obor perjuangan Parti Hizbul Muslimin yang telah diharamkan ketika darurat dilaksanakan pada 1948. Kemunculan PAS di dalam arena tanah air bermula pada tanggal 23 Ogos 1951. Pada hari itu, para ulama telah bersidang di Kuala Lumpur dan bersetuju untuk menubuhkan sebuah kesatuan yang berteraskan agama Islam yang diberi nama Persatuan Ulama Se Malaya. ", "Di dalam satu persidangan Ulama di Butterworth, Pulau Pinang pada 24 November 1951. Ianya ditukar nama kepada Parti Islam SeMalaya.  Orang yang bertanggungjawab untuk menubuhkan PAS ialah Haji Ahmad Fuad Hassan. Haji Ahmad Fuad Hassan merupakan bekas ahli Biro Agama UMNO. ", "Namun, sementelah beliau tewas di tangan Tunku Abdul Rahman semasa pemilihan Yang Di Pertua, beliau meninggalkan parti tersebut dan menubuhkan PAS. Seperkara lagi, beliau juga kurang gemar akan cara Tunku yang lebih gemar mengambil individu yang berpendidikan Inggeris berbanding individu berpendidikan agama. ", "Haji Ahmad Fuad Hassan menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulama telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulama yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno. ", "Haji Abdullah Fahim juga turut menulis sebuah manifesto yang berjudul Manifesto Al Badawi yang menjadi rujukan untuk penubuhan parti ini. Di bawah pentadbiran Haji Ahmad Fuad dan Dr Haji Abbas Alias, PAS mengemukakan perjuangan untuk kemerdekaan di bawah pentadbiran Islam. ", "Seperti UMNO, PAS juga menolak kerakyatan secara jus soli yang tidak memberi manfaat kepada orang Melayu. PAS juga memperjuangkan agar Islam dijadikan acuan untuk dijadikan sebuah dasar bagi negara yang merdeka. Selepas Dr Burhanuddin dilantik sebagai Yang Di Pertua PAS ke-3,beliau memperincikan soal kemerdekaan dengan menggabungkan elemen Islam dan Melayu untuk menuntut kemerdekaan.", "Pilihan raya Persekutuan 1955 medan pertama PAS di dalam pilihan raya. Di dalam pilihan raya itu, PAS berjaya memenangi satu kerusi daripada 11 kerusi yang dipertandingkan. Kerusi yang berjaya dimenangi oleh PAS itu ialah di kawasan Krian yang diwakili oleh Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein. ", "Pada Pilihan Raya 1959, PAS menjadi lebih agresif apabila parti itu berjaya menawan negeri Kelantan dan Terengganu masing-masing di bawah kepimpinan Ustaz Ahmad Lotfi Omar dan Mohd Daud Abdul Samad. Namun begitu, pada Oktober 1961, PAS telah kehilangan Terengganu hasil permainan politik kotor oleh pemerintah ketika itu.", "Selepas jatuhnya\nTerengganu ke tangan Parti Perikatan, Parti PAS terus diasak oleh pihak\npemerintah ketika itu, Antaranya Dr Burhanuddin ditangkap dan meninggal di\npenjara dan idea perjuangan PAS dijadikan sebagai kambing hitam di dalam\nbeberapa peristiwa seperti Konfrotasi Malaysia-Indonesia, Rusuhan Kaum\nSingapura 1964 dan Tragedi 13 Mei 1969. Selepas tragedi 13 Mei, Dr Mohd Asri\nMuda terus menduduki tampuk kerusi Yang Di Pertua PAS dari 1965  sehingga 1971. ", "Pada 70-an, PAS memasuki fasa baru apabila menjalinkan hubungan kerjasama politik dengan UMNO. Pada 1973, Parti campuran PAS-Perikatan telah ditubuhkan dan sama sama mengasaskan Barisan Nasional bagi menggantikan Parti Perikatan. Namun, kerjasama itu tidak kekal lama. Pada 1977, sebuah krisis politik telah berlaku dan PAS telah disingkirkan daripada BN pada masa yang sama mereka juga turut kehilangan Kelantan. ", "Antara 1978 hingga 198 2,  PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, Pada 1982, PAS mengasaskan kepimpinan tertinggi yang terdiri daripada kalangan ulama.  Tuan Haji Yusof Rawa (bapa Mujahid)  telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. ", "Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). PAS juga turut mengusulkan kepada pihak kerajaan untuk melakukan beberapa buah projek seperti penubuhan Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa. ", "Menjelang 80an, PAS terus mengalami beberapa siri pergolakan. Pada 1984, Debat Terbuka PAS-UMNO telah diadakan.  Setahun kemudian, Peristiwa Mamali yang mengorbankan 14 nyawa tercetus.  Menjelang akhir 80an, Ustaz Fadzil Noor menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Semangat 46. Hasilnya, PAS kembali berjaya menawan Kelantan sejak 1977. ", "Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Semangat 46 lalu menyebabkan tertubuhnya Angkatan Pemuda Ummah. Ketika tercetusnya Reformasi,  PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. ", "Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Namun, pencapaian PAS yang agak lemah dan aura kepimpinan Perdana Menteri baharu pada ketika itu menyebabkan Terengganu dirampas oleh BN. ", "Pada 2008, PAS bersama-sama Pakatan Rakyat mendapat kejayaan yang cemerlang. Mereka telah menawan Kedah dan Perak lalu mendirikan kerajaan negeri di sana. Kedah terus bertahan hingga 2013 manakala Perak kembali kepada BN pada 2009 setelah isu lompat parti tercetus di negeri itu. ", "Selepas Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia pada 14 Februari 2015. PAS mengalami krisis lalu menyebabkan parti serpihan PAS, Parti Amanah Nasional tertubuh. ", "Pada PRU 2018, walaupun diasak dan difitnah bahawa PAS mendapat dana sebanyak 90 Juta, Parti PAS berjaya mengekalkan Kelantan dan menguasai semula Terengganu sejak kali terakhir pada 2004. Semoga PAS terus istiqamah dalam menegakkan dan menjadikan Islam sebagai perjuangan utama mereka. " ]
https://www.thepatriots.asia/dah-kenapa-saintis-tak-bagi-guna-perkataan-mummy/
Dah Kenapa Saintis Tak Bagi Guna Perkataan ‘Mummy’?
[ "Bermula tahun ini iaitu 2023, pihak muzium British melaksanakan panggilan baru terhadap mumia-mumia yang dipamerkan dalam muzium mereka. Mereka tidak lagi memanggil dengan nama ‘mummy’, sebaliknya berikan panggilan yang tepat dan tidak secara rambang, seperti ‘mummified man’ atau ‘mumified woman’, di mana kedua-dua nama bermaksud mumia lelaki dan mumia wanita.", "Kenapa pihak muzium British tidak lagi memanggil mumia dengan  gelaran ‘mummy’? Adakah mereka mula percaya tentang sumpahan mumia Mesir dalam wayang bersiri The Mummy?", "Sebenarnya, terdapat golongan dari pihak muzium yang tidak mahu memanggil mumia dengan nama ‘mummy’ seperti Jo Anderson, seorang pembantu penjaga Great North Museum bahagian arkeologi, dan Daniel Antoine, penjaga London’s British Museum yang bertugas di bahagian Egypt and Sudan. Ada sebab munasabah atas tindakan mereka mengharamkan penggunaan nama ‘mummy’.", "Mereka menegaskan bahawa mumia-mumia yang telah dikenalpasti haruslah diberi nama dengan tepat, tidak sekadar panggil ‘mummy’ saja. Pengunjung percaya bahawa nama ‘mummy’ membawa maksud yang berbeza berbanding apa yang para saintis faham. Bagi pengunjung yang biasa menonton wayang aksi yang berlatarbelakang tamadun Mesir Kuno, pasti mereka percaya bahawa ‘mummy’ ialah nama bagi raksasa berupa mayat dililitkan oleh lilitan kain kafan.", "Di sini para pengunjung percaya bahawa mumia yang dipamerkan ialah raksasa, bukan mayat yang telah dimumiakan. Untuk memastikan pengunjung tidak salah anggap, mumia yang telah dikenalpasti haruslah diberi nama sama ada ‘mumified man’ atau ‘mumified women’ agar pengunjung tahu bahawa mumia-mumia ini adalah mayat manusia dan mempunyai kehidupan lepas.", "Jadi, penggunaan nama ‘mummy’ harus digunakan sebaiknya, apatah lagi jika mumia yang dipamerkan mempunyai jantina. Kiranya boleh saja pakai nama ‘mummy’ tapi pandai-pandailah guna supaya mumia-mumia tersebut dapat penghormatan. Masalahnya sekarang, golongan’bijak pandai’ atau woke sengaja menunggang isu ‘mummy’ ini sampai sanggup menyerang portal-portal akademik yang menyiarkan berita tentang mumia, acah-acah kononnya pembela mumia dari digelar nama ‘mummy’ yang dikira jelik. Padahal, isu ‘mummy’ hanya isu yang boleh dibicarakan tanpa sebarang kekecohan.", "Isu ‘mummy’ ini terpakai dalam bahasa Inggeris saja, tidak terpakai dalam bahasa kita. Kita panggil mumia pun tiada masalah asalkan faham maksud mumia itu sendiri, melainkan ada golongan woke sengaja cari pasal nak tukarkan nama mumia.", "______", "Kami sediakan buku-buku menarik jika korang nak beli selain KITAB TAMADUN YAHUDI dan DUNIA TANPA TEMBOK COVER BARU. Korang boleh beli di sini untuk dapatkan diskaun-diskaun buku yang menarik: https://bit.ly/bukupatriots" ]
https://www.thepatriots.asia/belajara-cara-negara-luar-menjaga-harimau-mereka/
Belajar Cara Negara Luar Menjaga Harimau Mereka
[ "Sejarah\npemburuan harimau di India bermula pada awal kurun ke-16 dengan wujudnya\n‘safari hunting’ untuk golongan elit. Perkara \nini lahir daripada Maharaja Mughal: Jalaludin Muhammad Akbar yang\n‘gilakan’ sukan memburu harimau. ", "Baginda\nmentradisikan ‘royal hunting’ atau shikar yang diteruskan hingga kejatuhan\nEmpayar Mughal pada 1857. Disertakan disini lukisan yang menunjukkan bangsawan\nTurki, Afghan, Mongul dan Rajput memburu harimau di atas belakang gajah dan\nkuda.", "Aktiviti\nini dianggap sebagai eksotik dan ‘heroic’ dengan bangkai harimau dijadikan\nsebagai trofi. Sukan memburu ini diteruskan ketika era British Raj. British\nbersama-sama dengan pemerintah ‘berdaulat’ di India dan mereka membunuh harimau\nsewenang-sewenangnya.", "Maharaja,\ntuan tanah, para jeneral keluar memburu dengan jumlah yang sangat besar –\nsehingga 40 ekor gajah pernah dibawa bersama. Hamba mereka akan terlebih dahulu\nmenyumpit harimau dengan dadah atau mencederakan haiwan malang tersebut supaya\nTuan-Tuan mereka dapat memburu dalam keadaan kurang bahaya. (Szczepanski,\n 2019)", "Para\npemburu menghalalkan aktiviti mereka dengan menyebarkan propaganda harimau\nsebagai haiwan ganas yang sentiasa dahagakan darah manusia.", "Setelah\nmenaiki takhta pada 1911, King George V bersama rombongannya tiba di utara\nNepal. Mereka membunuh 39 ekor dalam masa 10 hari. Menurut rekod, Colonel\nGeoffey Nightingale telah menembak 300 ekor harimau. Sekitar tahun 1920, Umed\nSingh II – Maharaja Kotah telah mengubahsuai sebuah Rolls Royce Phantom untuk\nkegunaan menembak hariamau di Pergunungan Rajastani. Kereta ini dilengkapi\ndengan ‘machine-gun’ dan meriam Lantaka. (Sharon, 2014)", "Raja-Raja\nRewa di bahagian tengah India dilaporkan membunuh sejumlah 109 ekor harimau\nselepas istiadat pertabalan mereka. Membunuh harimau merupakan ritual ‘cukup\numur’ bagi putera muda. Menurut seorang ahli sejarah India – Mahesh Rangarajan,\n“80,000 harimau dibunuh dalam tempoh 50 tahun, antara 1875-1925…..”", "Penglibatan\norang awam dalam pemburuan harimau meningkat pada 1947 dengan munculnya beratus\n‘travel agency’ yang memasukkan pemburuan harimau dalam pakej mereka. Ada juga\nmenawarkan pakej ‘sure kill’ dengan jaminan wang dikembalikan jika anda tidak\ndapat membunuh seekor harimau.", "Supaya\ntidak tewas dengan golongan marhaen, Maharaja di India dirasuk kegilaan baru\ndengan cuba mencipta rekod sebagai yang terhebat dalam pemburuan. Maharaja\nSurguja dalam suratnya kepada seorang Biologis – George Schaller, memberitahu\nmenjelang 1965, baginda telah berjaya membunuh sebanyak 1150 ekor harimau.", "Disebabkan\nharimau terbesar memberikan pemburu ‘bragging right’, saiz harimau yang paling\nbesar dan terkuat telah lenyap dari kolam gen (gene pool).", "HARAPAN UNTUK HARIMAU", "Kailash\nSankhala adalah individu pertama yang menyuarakan perlunya usaha pemuliharaan\nseawal tahun 1956. Pada era pemburuan harimau adalah tradisi setempat, beliau\ntanpa jemu mendidik dan mengetuai usaha ini. Sankhala menjalankan kajian menyeluruh\ndibawah Jawaharlal Nehru Fellowship untuk mendapat gambaran populasi harimau\nyang masih tinggal. ", "Dapatan\nkajian ini amat membimbangkan – daripada 100,000 ekor harimau di India, kini\nhanya  tinggal 1800 ekor. Tanpa membuang\nmasa, Sankhala mengutus surat kepada Perdana Menteri India, Indira Gandhi\nmemohon bantuan. (Bindra, 2015)", "Semasa\nIndira Ghandi mula memegang kuasa pada 1966, hidupan liar berada dalam krisis. Selepas\nmerdeka, banyak hutan ditebang bagi membina empangan, lombong, infrastruktur\nindustri dan kawasan hartanah untuk memenuhi wawasan India Baru. ", "1969,ketika\nIndia menjadi tuan rumah untuk persidangan International Conservation Union\n(ICUN), krisis harimau dibangkitkan untuk pertama kalinya. Tanpa membuang masa,\nbeliau terus mengharamkan pemburuan harimau – walaupun mendapat penentangan\ndari pengusaha ‘shikar safari’. Mereka mendakwa India akan kerugian dari segi\ntukaran wang asing apabila industri pelancongan jatuh. ", "Indira\nGandhi dengan tegas menjawab “India memang memerlukan keuntungan dalam\ntukaran wang asing – namun tidak pada harga kehidupan dan keamanan harimau yang\nhidup di benua ini.” ", "Pada\n1972, Akta Perlindungan Hidupan Liar diluluskan di parlimen. Selain daripada\npengharaman aktiviti memburu, penubuhan Taman Negara dan peraturan berkaitan\nhidupan liar turut dikuatkuasakan. ", "Usaha\nini diperkukuhkan lagi dengan pelancaran Project Tiger pada 1 April 1973 di\nTaman Negara Jim Corbett, Uttrakhand. Objektif utama Project Tiger adalah\nmenyelamatkan Royal Bengal Tiger daripada pupus. ", "Punca\nutama menurunnya populasi harimau adalah manusia. Dengan itu, kawasan harimau\ndijadikan kawasan ‘bebas manusia’ bagi memastikan harimau hidup dengan aman. Sehingga\nkini, terdapat sekitar 50 buah Taman Negara telah diwujudkan. Usaha ini bukan\nsesuatu yang mudah namun bilangan harimau telah meningkat kepada 4000 ekor\ndalam lapan tahun terakhir. ", "India\ntelah berjaya mencipta keajaiban dengan menukar ladang pemburuan kepada hutan\nsimpan dan Taman Negara bagi memulihara alam. ", "Dikala\nnegara diseluruh dunia masih memikirkan cara untuk menyelamatkan harimau, usah\ndi India telah menunjukkan hasil. Adalah wajar negara kita Malaysia, belajar\ndan menuntut ilmu secara terus dengan kerajaan India dalam usaha kita untuk\nmenyelamatkan Harimau Malaya supaya tidak lagi diancam kepupusan.", "RUJUKAN:", "1. Bindra, P. (19 November, 2015). Indira\nGandhi’s lesser known legacy: How Iron Lady saved India’s wildlife.\nRetrieved 12 July, 2019, from Dailyo.in: https://www.dailyo.in/politics/indira-gandhi-birth-anniversary-wildlife-protection-conservation-bengal-tiger-india/story/1/7466.html", "2. Sharon.\n(11 March, 2014). A Concise History of Tiger Hunting in India. Retrieved\n13 July, 2019, from National Geograpjic: https://blog.nationalgeographic.org/2014/03/10/a-concise-history-of-tiger-hunting-in-india/", "3.\nSzczepanski, K. (11 January, 2019). The British Raj in India. Retrieved\n12 July, 2019, from Thought.Co:\nhttps://www.thoughtco.com/the-british-raj-in-india-195275" ]
https://www.thepatriots.asia/sistem-nama-individu/
Sistem Nama Individu
[ "Nama merupakan identiti utama seseorang individu. Nama seseorang boleh menunjukkan etnik, bangsa dan keturunannya. Dalam ketiga-tiga kitab suci agama samawi iaitu Yahudi, Kristian dan Islam, pasangan manusia pertama yang diciptakan Tuhan diberikan nama oleh Tuhan sebagai Adam dan Hawa (Eve). Kemudian anak-anak generasi pertama mereka diberi nama seperti Qabil (Cain), Habil (Abel) dan Syith (Seth) sebagaimana nama dan kisah mereka tercatat dalam Torah, Bible dan Hadith. Dalam kitab suci al-Qur’an, Surah al-Baqarah, ayat 32-33, diceritakan bagaimana Nabi Adam AS diajar oleh Allah SWT setiap nama-nama (al-Asma’) sesuatu benda yang tidak diketahui oleh para malaikat. “Nama-nama” tersebut boleh ditafsirkan sebagai panggilan terhadap sesuatu benda seperti pokok, langit, sungai, haiwan, tumbuhan atau boleh juga ditafsirkan sebagai sifat dan hakikat sesuatu benda (rujuk kitab-kitab tafsir muktabar untuk penjelasan yang lebih sesuai). Oleh itu, jelaslah bahawa nama merupakan perkara utama bagi mengenali identiti seseorang.", "Dari segi pengalaman penulis sendiri, sebelum memasuki institusi pengajian tinggi, penulis tidak mengetahui bahawa nama seseorang terutamanya bangsa Eropah dan bangsa Cina mempunyai sistem nama mereka sendiri. Apabila penulis memasuki institusi pengajian tinggi, terutamanya ketika hendak menulis berkenaan senarai sumber rujukan sekunder dan tertier sesebuah tugasan atau tesis, baharulah penulis mengetahui dan belajar berkenaan perkara tersebut.", "Secara asasnya, masyarakat Eropah dan Cina khususnya dan kebanyakan nama individu secara global terdiri daripada tiga patah perkataan iaitu nama pertama (first name / given name / forename / Christian name), nama tengah / nama kedua (middle name) dan nama keluarga (last name / surname / family name). Nama pertama ialah nama untuk diri sendiri yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga sejak lahir. Kebiasaannya, nama pertama adalah nama panggilan oleh ibu bapa, saudara mara dan rakan-rakan. Dinamakan nama pertama kerana bagi bangsa Eropah, nama pertama kedudukan nama tersebut di awal nama.", "Berbeza dengan bangsa Eropah, bangsa Asia Timur seperti bangsa Cina dan Korea, nama pertama mereka bukan terletak pada awal nama tetapi nama kedua. Sebagai contoh Lee Kuan Yew (Perdana Menteri Singapura yang pertama), nama pertamanya ialah Kuan Yew, Lee adalah nama keluarga. Panggilan formalnya ialah Mr. Lee. Nama pertama bangsa Cina kebiasaanya dua patah perkataan. Menurut kajian, terdapat hampir 8,000 nama keluarga di Republik China. Antara nama keluarga paling ramai diwarisi ialah seperti Li, Wang, Zhang, Liu, Chen, Yang dan Huang. Setiap nama keluarga mempunyai kisah sejarah yang panjang mereka sendiri.", "Nama tengah (middle name) adalah nama tambahan bagi nama pertama. Nama tersebut adalah pilihan ibu bapa sama ada hendak meletakkan nama tambahan tersebut pada bayi mereka atau tidak. Kebiasaannya, bangsa Cina tidak memiliki nama kedua. Terdapat juga nama tengah merupakan nama pertama bapa. Sebagai contoh, Shaykh Ahmed Hussien Deedat (Tokoh Sarjana Islam dalam bidang Perbandingan Agama). Ayahnya, bernama Hussien Kazim Deedat, datuknya pula bernama Kazim Deedat dan begitulah seterusnya.", "Bagi sesetengah masyarakat Jerman, terdapat juga keluarga yang memberi nama pertama (first name) yang sama kepada semua anak lelaki atau anak perempuan mereka. Misalnya, semua nama pertama anak lelaki mereka ialah Johann atau semua anak perempuan mereka dinamakan Anna. Apa yang membezakan antara mereka ialah nama kedua mereka. Mungkin anak lelaki pertama dinamakan Johann Georg, anak lelaki kedua Johann Jacob dan anak lelaki ketiga dinamakan Johann Michael. Oleh itu, mereka akan dipanggil dengan nama kedua mereka.", "Nama keluarga (surname) adalah nama yang diwarisi daripada ibu bapa atau suami isteri. Pemilihan tersebut adalah hak individu. Kebiasaannya, seseorang itu mewarisi nama keluarga bapanya. Walau bagaimanapun, terdapat ramai juga tokoh yang mengambil nama keluarga ibu mereka seperti Putera Phillip (suami kepada Ratu Elizabeth II), Marilyn Monroe (penyanyi Amerika Syarikat) dan Pablo Picasso (pelukis Itali). Kebiasaannya, bagi wanita bangsa Eropah yang baharu berkahwin, nama keluarga wanita (Maiden name) tersebut yang diwarisi daripada bapanya sejak lahir akan bertukar kepada nama keluarga suaminya, tetapi mereka juga boleh mengekalkan nama keluarga mereka. Nama keluarga digunakan dalam situasi formal dan kehormat.", "Oleh itu, sekiranya nama penuh seseorang itu ialah John Fitzgerald Kennedy (Presiden Amerika Syarikat ke-35), John adalah nama pertamanya (first name), Fitzgerald adalah nama tengahnya (middle name) dan Kennedy adalah nama keluarganya (surname, last name). Namanya boleh ditulis sebagai John F. Kennedy atau Kennedy, J. F atau gelaran popularnya iaitu JFK. Panggilan formalnya ialah Mr. Kennedy. Isteri dan anak-anaknya juga akan dipanggil dengan gelaran formal iaitu Mrs. Kennedy atau Mr. Kennedy.", "Walau bagaimanapun, bagi masyarakat Sepanyol, mereka mempunyai dua nama keluarga yang diwarisi daripada kedua-dua ayah dan ibu mereka. Sebagai contoh, Rafael Nadal Parera (pemain tenis professional Sepanyol). Rafael adalah nama pertamanya (first name), Nadal adalah nama keluarga ayahnya (patronymic surname), manakala Parera adalah nama keluarga ibunya (matronymic surname). Panggilan formalnya ialah Mr. Nadal iaitu nama keluarga ayahnya.", "Jika nama keluarga yang paling ramai dikongsi di Republik China ialah Li dan Wang, nama keluarga yang paling ramai di Amerika Syarikat ialah Smith, Khan pula ialah antara nama keluarga yang paling popular di Asia Tengah. Pada asalnya, Khan ialah gelaran bagi para pemerintah bangsa Mongol seperti Genghis Khan, Hulagu Khan dan Kublai Khan. Dalam versi China, nama keluarga Khan disebut Kan, malah terdapat juga versi nama keluarga tersebut dalam rekod Perancis yang disebut Caen atau Caan.", "Masyarakat rumpun bangsa Melayu juga mempunyai nama keluarga atau pangkal nama yang diwarisi tetapi cuma keturunan kerabat diraja atau keturunan bangsawan tertentu sahaja seperti Tengku, Teuku, Raja, Ungku, Engku, Ku, Daeng, Raden, Dang, Andi, Megat, Mior, Dayang, Awang, Abang, Wan, Nik, Che, Tuan, Long, Datu dan banyak lagi. Bagi mereka yang berketurunan Ahlul Bayt pula, nama seperti Syed, Sayyid, Syarifah, Habib, al-Jufri, al-Sagof, al-Attas, Jamalullail adalah pangkal nama dan gelaran yang diwarisi. Perkara ini ada dibincangkan dalam artikel penulis yang bertajuk “Ketahuilah Perihal Nenek Moyangmu!” siaran pada 25 Julai 2017. Seperti nama keluarga (surname), pangkal nama keluarga Melayu juga diwarisi daripada keturunan lelaki (bapa).", "Bagi masyarakat Melayu, panggilan formal mereka adalah nama pertama mereka sekiranya nama mereka hanya terdiri daripada satu perkataan. Sebagai contoh Mahathir bin Mohamed (Perdana Menteri Malaysia yang keempat). Panggilan formalnya ialah Dr. Mahathir atau Tun Mahathir (didahului dengan pangkat atau gelaran kebesaran atau gelaran akademik jika ada). Sekiranya seorang Melayu memiliki dua atau lebih perkataan pada namanya, maka kebiasaanya akan dipanggil nama keduanya jika namanya diawali dengan Muhammad. Ini kerana Muhammad adalah nama yang paling banyak digunakan oleh umat Islam seluruh dunia. Oleh itu, untuk membezakannya, maka nama kedua akan dipanggil. Sebagai contoh, Mohammad Najib bin Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia keenam), panggilan formalnya ialah Datuk Seri Najib.", "Bagi bangsa Arab, mereka mempunyai empat jenis nama gelaran iaitu Kun’yah, Laqob, Nasab dan Nisbah. Kun’yah adalah nama gelaran yang disandarkan kepada nama anak sulung mereka atau sifat mereka atau hobi mereka seperti pangkal nama yang dimulakan dengan “Abu / Abi” (bapa kepada…) atau “Ummu” (ibu kepada….). Semua sahabat Rasulullah SAW mempunyai gelaran kun’yah mereka sendiri berdasarkan nama anak sulung mereka seperti Abu Hafs (‘Umar bin al-Khattab RA, anaknya Ummul Mukminin Hafsah RA), Abu ‘Amru atau Abu ‘Abdullah (‘Uthman bin ‘Affan RA, anaknya ‘Amru dan ‘Abdullah), Abu al-Hassan (‘Ali bin Abi Talib RA, anaknya Hassan RA), Ummul Mukminin Ummu Salamah (Hind binti Abi Umayyah RA, anaknya Salamah RA) dan Ummu Aiman (Barakah binti Tsa’labah RA, anaknya Aiman RA). Rasulullah SAW sendiri mempunyai nama kun’yah yang disandarkan kepada nama anak lelaki sulung baginda yang meninggal dunia ketika kecil iaitu Abu al-Qasim. Abu Talib, bapa saudara baginda digelar sedemikian kerana anak sulungnya bernama Talib, nama sebenar Abu Talib ialah ‘Abdul Manaf. Kun’yah jenis ini adalah gelaran dan panggilan kehormat bagi masyarakat Arab. Oleh sebab itu, ketika zaman pengutusan Rasulullah SAW, tiada seorangpun para sahabat yang akan menamakan anak sulung mereka Qasim kerana secara automatiknya mereka akan digelar Abu al-Qasim, sedangkan gelaran tersebut hanya khusus dimuliakan untuk Rasulullah SAW sepanjang hayat baginda.", "Kadang-kala, gelaran kun’yah seseorang boleh disandarkan kepada sesuatu yang diminati. Sebagai contoh, kita tidak akan mengenali sahabat yang bernama ‘Abdullah bin ‘Uthman, kita lebih mengenalinya dengan nama kun’yahnya, Abu Bakar as-Siddiq RA. Kita tidak akan kenal dengan sahabat yang bernama ‘Abdul Rahman bin Sakhar, kita lebih mengenalinya dengan nama kun’yahnya, Abu Hurairah RA. Nama kun’yah kedua-dua orang sahabat tersebut disandarkan kepada nama haiwan (Abu Bakar – Bapa Unta, Abu Hurairah – Bapa Kucing) kerana hobi mereka berdua memelihara haiwan tersebut.", "Kun’yah juga boleh disandarkan kepada sifat. Sebagai contoh, Abu Lahab, bapa saudara Rasulullah SAW yang kuat menentang baginda dan para sahabat, nama sebenarnya ialah ‘Abdul ‘Uzza. Beliau digelar “Abu Lahab” (Bapa Percikan Api) disebabkan sifat fizikal kulitnya yang kemerah-merahan. Abu Jahal, sekutu Abu Lahab, digelar “Bapa Kejahilan” (Jahl) disebabkan kejahilan dan keangkuhannya menerima dakwah Islam. Beliau yang nama sebenarnya ‘Amr bin Hisyam pada asalnya digelar Abu Hakam (Bapa Bijaksana) oleh musyrikin Makkah, tetapi disebabkan kejahilannya dan penentangannya yang kuat terhadap pejuangan Rasulullah SAW dan para sahabat, maka beliau lebih dikenali dengan gelaran Abu Jahal.", "Jenis nama gelaran yang kedua bagi masyarakat Arab digelar Laqob. Laqob boleh disama maksudkan dengan nama gelaran (nickname). Antara para sahabat Rasulullah SAW yang mempunyai nama laqob seperti Abu Bakar as-Siddiq RA, Umar al-Faruq RA, ‘Uthman Zunnurayn RA dan ‘Ali Karramallahu wajhahu RA. Rasulullah SAW ada memberi gelaran laqob kepada kaum keluarganya yang berbentuk pujian seperti isterinya, Ummul Mukminin ‘Aisyah RA dengan gelarannya “al-Humaira’” (pipi kemerah-merahan), dan puteri baginda, Fatimah RA dengan gelaran “az-Zahrah” (bunga yang mekar).", "Semua khalifah kerajaan Bani ‘Abbasiyyah menggunakan nama gelaran laqob seperti as-Saffah, al-Mansur, al-Mahdi, ar-Rasyid, al-Mutawakkil, al-Mu’tasim dan seterusnya. Gelaran ini sama ada dipakai untuk diri sendiri ataupun orang lain yang menggelarkan mereka. Sebagai perbandingan, antara tokoh pemimpin silam lain yang dipakaikan gelaran seperti Alexander The Great (Iskandar Yang Agung), Cyrus The Great (Kurusy Yang Agung), Pepin The Short (Pepin Si Pendek), Richard The Lion Heart (Richard Berhati Singa), Suleiman The Magnificent atau Sulaiman al-Qanuni, (Sulaiman Yang Hebat atau Penggubal Undang-Undang) dan Mehmet atau Muhammad The Conquerer atau al-Fatih (Muhammad Sang Penakluk atau Sang Pembuka).", "Laqob juga datang dalam bentuk gelaran kehormat yang diakhiri oleh perkataan “ad-Din” seperti Ghiyathuddin Omar Khayyam (penyair Parsi), Ruknuddin Baybars (Sultan Mamluk), atau perkataan “ad-Daulah” seperti gelaran para pemerintah dinasti Buwayh; Imadu-daulah, ‘Adudu-daulah, atau perkataan “al-Mulk” seperti Nizam al-Mulk (Menteri Saljuk).", "Laqob gelaran kehormat ini adalah biasa digunakan oleh para pemerintah Islam termasuklah Raja-Raja Melayu dalam Kesultanan Melayu setelah pertabalan mereka seperti Almarhum al-Mu’tasimu billah Muhibuddin Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah (Sultan Kedah ke-28), Sultan Yusuf ‘Izzuddin Shah Ghafarullahulah (Sultan Perak ke-32) dan Sultan Omar Ali Saifuddin Sa’adul Khayri wa ad-Din (Sultan Brunei ke-28).", "Nasab pula adalah rangkaian nama salasilah bapa yang dihubungkan dengan perkataan “bin” atau “ibn” (anak lelaki kepada…) dan “binti” (anak perempuan kepada…). Kadang-kala, gelaran seseorang itu boleh disandarkan kepada nama bapanya atau datuknya atau moyangnya tanpa menyebut nama mereka sendiri. Sebagai contoh, nama tokoh-tokoh sarjana Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Ibnu Fadhlan, Ibnu Batutah dan Ibnu Khaldun. Nama sebenar Ibnu Sina ialah al-Hussien bin ‘Abdullah, Sina ialah buyutnya. Nama sebenar Ibnu Rusyd pula ialah Muhammad bin Ahmad, Rusyd adalah datuknya. Mereka mengambil nama gelaran yang disandarkan kepada nenek moyang mereka.", "Kadang-kala, gelaran nasab juga boleh digantikan dengan perkataan “Aali – آل” yang bermaksud keluarga. Sebagai contoh Aali Yasir RA (keluarga Yasir bin ‘Ammar RA yang syahid dibunuh) dan Aali Sa’ud (kerabat diraja Kerajaan Arab Saudi). Dalam al-Qur’an sendiri terdapat sebuah surah bernama Aali ‘Imran (keluarga ‘Imran, datuk kepada Nabi Isa AS sebelah ibunya). Keturunan Rasulullah SAW digelar Aalul Bayt atau Ahlul Bayt.", "Sistem nama yang menasabkan salasilah lelaki sebelah bapa adalah sistem nama yang digunakan oleh kebanyakan umat Islam di seluruh dunia termasuklah bangsa Melayu di Kepulauan Asia Tenggara. Bagi masyarakat orang asli dan bukan Islam, mereka memakai istilah “anak lelaki (a/l) atau son of (s/o)” atau “anak perempuan atau daughter of (d/o). Kadang-kala, penggunaan perkataan “bin” atau “binti” dihilangkan ketika dalam ucapan dan rekod tidak rasmi seperti Anwar Ibrahim yang pada asalnya Anwar bin Ibrahim (Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri). Masyarakat Melayu tidak memiliki nama keluarga yang diwarisi kecuali pangkal nama yang diwarisi oleh keturunan tertentu seperti yang dinyatakan di atas.", "Rumpun bangsa Scandinavia seperti Norway, Sweden dan Finland juga mengamalkan sistem nama patronymic iaitu menasabkan salasilah bapa dengan menambah perkataan “-son,” atau “-sen.” Sebagai contoh, jika seorang Scandinavia bernama Eric Larson mempunyai seorang anak lelaki yang dinamakan John, maka nama penuhnya ialah John Ericson. Jika John pula mempunyai anak lelaki yang mahu dinamakan Sven, maka nama penuh anaknya itu ialah Sven Johnson.", "Selain diakhiri perkataan tersebut, terdapat juga perkataan lain yang digunakan oleh bangsa lain seperti Russia, Armenia dan Sepanyol yang bermaksud “anak kepada…” seperti “-yan,” “-ov,” “-ev,” “-ovich,” “-evich,” “-ovna,” “-evna” dan “-ez.” Sebagai contoh, nama penuh seorang pemain tenis professional Russia yang bernama Maria Yuryevna Sharapova atau lebih kita kenali sebagai Maria Sharapova. Maria adalah nama pertamanya, Yuri adalah nama bapanya (patronymic), sementara Sharapov adalah nama keluarganya. Apabila nama bapanya digabungkan dengan namanya, maka Yuri akan menjadi Yuryevna yang bermaksud “anak perempuan kepada Yuri.” Contoh lain pula ialah seperti nama Presiden Russia iaitu Vladimir Putin atau nama penuhnya Vladimir Vladimirovich Putin. Disebabkan nama ayahnya juga Vladimir, maka nama tersebut hanya perlu ditambah “-ovich” apabila digabungkan dengan namanya. Panggilan formal mereka berdua ialah nama keluarga mereka iaitu Miss Sharapova dan Mr. Putin. Perhatikan juga nama keluarga mereka, sekiranya jantinanya perempuan, maka penambahan partikel “-a” diakhir perkataan. Oleh itu, sekiranya isteri atau anak perempuan Mr. Putin mengambil nama keluarganya sebagai nama keluarga mereka, maka mereka akan digelar Mrs. atau Miss Putina, sepertimana Mrs. dan Miss Sharapova.", "Berbalik kepada jenis nama gelaran bagi bangsa Arab, masyarakat Arab juga mempunyai nama gelaran nisbah yang disandarkan kepada nama moyang, kabilah, tempat lahir, fahaman bahkan pekerjaan keluarga. Gelaran ini dimulakan dengan partikel “al-“. Ramai tokoh Islam lebih dikenali dengan nama nisbahnya berbanding nama sebenarnya. Sebagai contoh, Imam asy-Syafi’e, nama asalnya ialah Muhammad bin Idris bin al-‘Abbas bin ‘Uthman bin Syafi’. Syafi’ adalah buyutnya dan beliau menggunakan nama gelaran yang disandarkan kepada buyutnya itu. Contoh lain, Halimah as-Sa’adiyyah (ibu susuan Rasulullah SAW), gelaran nisbah Sa’adiyyah pada akhir namanya menunjukkan bahawa beliau berketurunan kabilah Bani Sa’ad. Rasulullah SAW sendiri mempunyai gelaran nisbah berdasarkan keturunannya seperti al-‘Adnani, al-Quraisyi dan al-Hashimi. Al-Hashimi adalah gelaran nisbah baginda yang amat dikenali.", "Gelaran nisbah juga boleh disandarkan kepada nama tempat seperti al-Majriti (Madrid, Sepanyol), Imam al-Bukhari (Bukhara, Uzbekistan), Imam at-Tirmizi (Tirmiz, Uzbekistan), Shaykh Badi’uzzaman Sa’id Nursi (Nurs, Turki) dan Shaykh Nasiruddin al-Albani (Albania). Ulama’ Melayu silam ramai yang menggunakan gelaran nisbah ini dengan disandarkan kepada tempat kelahiran mereka seperti Shaykh Daud al-Fatani (Pattani, Thailand), Shaykh Abdul Samad al-Falimbani (Palembang, Sumatera), Shaykh Idris al-Marbawi (Lubuk Merbau, Perak), Shaykh Arsyad al-Banjari (Banjarmasin, Kalimantan) dan Shaykh Abdul Rauf al-Bantani (Banten, Jawa).", "Gelaran nisbah juga boleh disandarkan kepada kepakaran seseorang seperti Shaykh Tahir Jalaluddin al-Falaki. Beliau digelar al-Falaki kerana kepakarannya dalam bidang falak atau astronomi. Fahaman atau mazhab seseorang juga boleh menjadi gelaran nisbah seperti al-Asya’irah (pengamal akidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah), al-Maliki, asy-Syafi’ie (pengikut mazhab feqah ajaran Imam Malik dan Imam asy-Syafi’ie). Pekerjaan keluarga juga boleh dijadikan gelaran nisbah seperti nama Imam al-Ghazali. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad. Al-Ghazali adalah gelarannya yang kemungkinan disandarkan kepada pekerjaan bapa beliau yang memintal bulu tenunan biri-biri (al-Ghazzal).", "Gelaran nisbah juga boleh disandarkan untuk memuliakan mereka kerana kecemerlangan mereka dalam sesuatu perkara seperti gelaran al-Hafiz (Hafiz al-Qur’an), al-Hakim atau al-Muhaddith (menguasai ratusan ribu hadith), Hujjatul Islam (Pendebat Islam) dan Badi’uzzaman (keajaiban zaman).", "Kadang-kala, seseorang itu boleh menggabungkan keempat-empat gelaran tersebut seperti Shaykhul Islam al-Hafiz Syihabuddin Abu al-Fadl Ahmad ibni Hajar al-‘Asqalani asy-Syafi’e al-Misri (Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani) atau Muhyiddin Abu Zakaria Yahya ibn Syaraf al-Hizami an-Nawawi asy-Syafi’ie (Imam Nawawi).", "Dalam tradisi sesetengah bangsa seperti British, Amerika dan Arab, adalah menjadi satu kebiasaan mereka akan memberi nama anak mereka sama seperti nama mereka atau nama datuk dan nenek moyang mereka sebagai tanda penghormatan. Perulangan nama tersebut boleh berlaku sehingga beberapa generasi. Sebagai contoh, nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad. Kita dapat lihat di sini, sebanyak tiga generasi berturut-turut mempunyai nama yang sama. Contoh yang lain ialah seperti Barrack Obama (Presiden Amerika Syarikat yang ke-44). Ayah beliau juga namanya sama. Untuk membezakannya, maka ayah kepada Presiden Obama digelar Obama Sr. (Senior).", "Perulangan nama juga adalah perkara biasa dalam kalangan raja-raja yang memerintah dan kerabat diraja. Untuk membezakan antara mereka, nama rasmi mereka akan diakhiri dengan nombor roman seperti I, II, III, IV, V dan seterusnya. Antara nama rasmi pertabalan Raja British yang sering digunakan sepanjang sejarah pemerintahan beraja British seperti Edward (sehingga Raja Edward VIII “ke-8”) dan George (sehingga Raja George VI “ke-6”).", "Dalam sejarah Raja-Raja Melayu juga terdapat beberapa nama rasmi pertabalan sultan yang diulang-ulang seperti dalam Kesultanan Kelantan, nama Muhammad telah digunakan sebanyak lima kali, pada masa kini negeri Kelantan diperintah oleh DYMM Sultan Muhammad ke-5, yang juga sedang menduduki takhta sebagai Yang Dipertuan Agong Persekutuan Malaysia. Dalam sejarah Kesultanan Brunei pula, nama rasmi pertabalan Sultan Omar Ali Saifuddin telah digunakan sebanyak tiga kali.", "Nama yang sama mungkin mempunyai pelbagai versi sebutan dan ejaan dalam bahasa lain. Sebagai contoh, nama para nabi dan rasul yang terkandung dalam kitab suci ketiga-tiga agama samawi iaitu Yahudi, Kristian dan Islam. Nama-nama 25 orang para nabi dan rasul yang wajib diketahui di dalam al-Qur’an adalah nama mereka yang telah diarabkan. Sebagaimana dalam artikel penulis yang lalu yang bertajuk “Nabi-Nabi Berbangsa Arab Sahajakah?” siaran 2 Ogos 2017, penulis telah membincangkan bahawa bahawa dalam kalangan 25 orang para nabi dan rasul yang wajib diketahui oleh umat Islam, hanya empat orang sahaja berbangsa Arab dan berbahasa Arab iaitu Nabi Hud AS, Nabi Soleh AS, Nabi Syu’aib AS dan Nabi Muhammad SAW. Selain mereka, adalah daripada kalangan bangsa Bani Israel iaitu daripada Nabi Ya’akub AS dan keturunannya sehingga Nabi ‘Isa AS. Mereka bertutur dalam bahasa ‘Ibrani (Hebrew) atau Siryani. Jadi kemungkinan nama-nama mereka yang asal adalah dalam bahasa tersebut.", "Jika kita perhatikan nama-nama para nabi dan rasul di dalam Bible dan al-Qur’an, sebutannya berbeza tetapi merujuk pada individu yang sama seperti Nuh (Noah), Ibrahim (Abraham), Isma’il (Ishmael), Ishak (Isaac), Ya’akub (Jacob), Musa (Moses), Daud (David), Ilyas (Elijah), Yunus (Jonah) dan ‘Isa (Jesus) ‘alaihim solawatu wassalam. Terdapat juga nama latin yang diarabkan seperti Alexander menjadi Iskandar, Aristotle menjadi Aristu, Vandals menjadi Andalus, Heraclius menjadi Harqal dan lain-lain lagi. Ada juga nama Arab yang dilatinkan seperti Ibnu Sina (Avicenna), Ibnu Rusyd (Averroes), al-Ghazali (Algazel), al-Farabi (Alpharabius) dan ramai lagi. Dalam bahasa Turki, Muhammad disebut dan dieja sebagai “Mehmet” seperti nama asal Sultan Mehmet al-Fatih. Di negara-negara Afrika Barat pula, versi nama Muhammad mereka ialah Mamadou.  Sebutan nama berbeza mengikut bahasa dan lidah masyarakat, tetapi merujuk pada individu dan nama yang sama.", "Contoh lain ialah seperti nama John yang mempunyai pelbagai versi bahasa, antaranya: Jan (bahasa Belgium, Czech, Denmark, Poland), atau Yahya (bahasa Arab), atau Ivan (bahasa Bulgaria, Russia), atau Yohannan (bahasa Hebrew), atau Juan (bahasa Sepanyol), atau Joao (bahasa Portugis). Versi nama Frank pula ialah seperti Franz (bahasa Jerman) dan Francesco (bahasa Itali). Bagi nama perempuan pula seperti Mary, antara versinya ialah seperti Maryam (bahasa Arab), Maria (bahasa Latin), Miriam (bahasa Hebrew), Marie (bahasa Perancis) dan Marianne (bahasa Jerman).", "Kadang-kala, seseorang tokoh itu lebih dikenali dengan nama gelaran kebesaran atau nama pena atau nama pentas atau nama komersialnya seperti Pope Benedict XVI, Parameswara, Mother Teressa, Mahatma Gandhi, Malcolm X, P.Ramlee, Saloma, A.R Badul, Muhammad ‘Ali, The Rock, Dato’ Maharajalela, Tok Janggut, Dato’ Lat dan ramai lagi. Mereka terdiri daripada tokoh agamawan, aktivis sosial, seniman, seniwati, tokoh politik, jaguh sukan dan ramai lagi. Penulis pasti bahawa para pembaca lebih mengenali nama gelaran tersebut berbanding nama sebenar mereka sendiri. Apa yang menariknya, terdapat juga gelaran yang berdasarkan susunan setiap huruf pertama nama mereka seperti Hamka – Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim Amrullah (Tokoh Ulama’ Melayu Indonesia), begitu juga Za’ba – Zainal Abidin bin Ahmad (Pendeta Bahasa Melayu).", "Sebenarnya banyak lagi sistem nama yang berbeza dan rumit mengikut bahasa, masyarakat, tempat dan zaman. Apa yang dibincangkan di atas cuma perkara yang paling asas perlu kita ketahui berkenaan sistem nama yang digunapakai pada zaman moden kini.", "Apapun, nama adalah identiti bagi setiap individu. Ketiadaan nama umpama tiada kewujudan. Memilih dan meletakkan nama yang memberi maksud yang baik kepada anak adalah antara tanggungjawab utama ibu bapa dalam langkah pertama mendidik anak-anak. Diharap maksud nama yang baik tersebut mempengaruhi sifat dan keperibadian individu tersebut kerana panggilan nama juga boleh menjadi satu doa.", "Para pembaca boleh merujuk sumber rujukan di bawah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam berkenaan sistem nama individu.", "Rujukan:", "– Smith, E. C., American Surnames, Genealogical Publishing Co. Ltd., 2003.", "– Lim, S. K, Origins of Chinese Names, Asiapac Books Pte. Ltd.", "– Notzon, B., & Nesom, G., “The Arabic Naming System,” dalam Science Editor, Vol. 28, No. 1, Januari-Februari 2005, hlm. 20-21.", "– GXEX 1401 Kursus Kemahiran Maklumat, Buku Panduan, Kuala Lumpur: Perpustakaan Universiti Malaya.", "– Zayed, A. A. (ed.), L31F04 Library and Information Services, Referencing Manual for IAIS Students, 4 Oktober 2005.", "– Przecha, D., “The Importance of Names and Naming Patterns, Why Are Names Important and What Can You Learn From A First Name?” dalam laman web Geneology.com, pautan: http://www.geneology.com/articles/research/35_donna.html., dirujuk pada bulan November 2017.", "– Laman web SurnameDB (The Internet Surname Database), pautan: http://www.surnamedb.com, diakses pada bulan November 2017." ]
https://www.thepatriots.asia/undang-undang-yang-memanusiakan-perang/
Undang-Undang Yang Memanusiakan Perang
[ "Sememangnya, peperangan dalam sejarah ketamadunan dan peradaban sesebuah bangsa tidak dapat dipisahkan. Perang tercetus atas pelbagai alasan. Ada kalanya berpunca daripada kemuncak pergolakan perjalanan sesebuah pemerintahan yang menyaksikan kebangkitan rakyat menentang tirani penindasan. Adakalanya berpunca daripada perebutan hak kekuasaan terhadap wilayah-wilayah atau kawasan-kawasan antara para raja dan penguasa yang rakus. Dalam beberapa keadaan juga, peperangan dimulai atas keterdesakan penguasa menentukan letak duduknya dalam hierarki politik. Perang boleh bermula antara dua individu atau berlaku antara dua kaum atas pelbagai sebab tidak kira kecil atau besar.", "Dalam magnum opus Ibnu Khaldun, al-Muqaddimah, beliau menyebutkan bahawa sejarah perang dan segala bentuk perseteruan antara manusia adalah seumur dengan sejarah dunia. Konflik timbul sedari awal kewujudan manusia lagi.", "Atas apa-apa sebab sekalipun, sesuatu yang kita pasti, manusia ini sifatnya suka berperang dan peperangan adalah lazim dalam sejarah jatuh bangun peradaban manusia. Atas sebab itu, timbul persoalan, adakah ketika peperangan ini berlaku tiadanya etika, garis panduan atau undang-undang yang mengawalpihak-pihak yang berperang?", "Artikel ini akan menceritakan serba sedikit tentang latar belakang, prinsip-prinsip dan segala yang berkaitan dengan undang-undang perang yang kini dinamai sebagai Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UKA).", "Etika Perang", "Sebelum kita mendalami apa itu Undang-Undang Kemanusian Antarabangsa, baiklah kita memahami apa itu etika perang terlebih dahulu.", "Secara ringkas, etika perang adalah perbincangan tentang kedudukan sebelum perang dilancarkan. Etika perang bermula dengan anggapan umum bahawa perang sememangnya sesuatu yang buruk (war is bad). Itu konsensus umum. Dalam al-Quran juga menyebutkan sedemikian dalam surah al-Baqarah ayat 216.", "Allah berfirman: “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal perang itu adalah sesuatu yang kamu benci.”", "Kita sedar dan menyetujui perang adalah buruk. Perang membuka ruang kepada seseorang untuk membunuh atau mencederakan manusia dengan sengaja yang merupakan kesalahan fundamental iaitu pencabulan hak asasi manusia. Oleh yang demikian, perang perlulah semampunya dielakkan. Perang perlu dilihat sebagai jalan dan pilihan terakhir dalam segala hal.Namun yang demikian, dalam beberapa keadaan (lesser evil of several bad choices), perang adalah dibenarkan.", "Etika perang lebih menjurus kepada diskusi untuk menentukan adakah perang itu benar atau salah. Diskusi-diskusi tersebut berputar sekitar beberapa isu atau persoalan:", "Persoalan-persoalan ini akan membantu dalam pembentukan kod-kod formal tentang etika perang seperti pembentukan seperti Konvensyen Hague, Konvensyen Geneva, Protokol-Protokol Tambahan serta penggubalan peruntukan undang-undang dalam instrumen antarabangsa berkaitan pihak-pihak yang berperang i.e (apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan semasa berperang), hukuman kepada mereka yang melanggar etika, tentang tahanan perang, wanita dan kanak-kanak serta letak duduk mereka dalam boleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) untuk sabitan jenayah perang. Jadi, etika perang adalah skop yang besar dalam perbincangan tindakan pihak-pihak untuk melancarkan perang.", "Dalam etika perang juga, persoalan keadilan sesebuah peperangan itu juga dibincangkan. Hal ini dikenali sebagai Teori Keadilan Perang (Just War Theory) atau dalam Latin-nya disebut jus bellum iustum. Teori ini adalah sebuah doktrin yang bertujuan untuk memperlihatkan perang dijustifikasikan melalui dua kriteria iaitu hak untuk pergi berperang (jus ad bellum) dan hak mengendalikan peperangan (jus in bello).", "Jika menelusuri perjalanan sejarah sebelum era moden (sebelum kurun ke-16) etika perang tidaklah begitu jelas kelihatan diamalkan. Apatah lagi sebelum era itu tujuan perang adalah pelbagai dan perang banyak berlaku dan pihak-pihak berperang ini seringkali ‘melanggah’ saja semua benda seolah-olah dalam perang semua perkara adalah dihalalkan. Sungguhpun demikian, ada beberapa catatan sejarah yang melakarkan tentang etika perang ini.", "Dalam tradisi Kristian, etika perang dipelopori oleh ahli falsafah dan paderi St Augustine (354-430) dan kemudiannya diperkembangkan oleh St. Thomas Aquinas (1225-1274) seorang ahli falsafah, ahli teologi dan paderi Katolik. Hugo Grotius (1583-1645) seorang ahli falsafah Belanda juga menulis tentang etika pepeperangan dalam De Jure Belli Ac Pacis (The Rights of War and Peace) yang menyenaraikan syarat-syarat untuk perang yang adil. St. Augustine berpendapat bahawa sebab yang adil untuk pergi berperang adalah keinginan untuk mengecap keamanan. Perlu diingatkan, ketiga-tiga individu ini adalah ahli falsafah naturalis (aliran yang berpendapat undang-undang adalah daripada Tuhan). Keamanan adalah tujuan utama dan puncak peperangan bagi pandangan ktiga-tiga mereka ini.", "Dalam tamadun India Purba, kitab Dharma Sastras dan kisah-kisah epiknya membahagikan perang kepada dua iaitu Dharma Yudha (perang yang adil) dan Adharma Yudda atau Kutta Yuddha (perang yang tak adil). Kedua-dua jenis perang ini menyenaraikan pelbagai sebab sesuatu perang itu dibolehkan dan tidak dibolehkan sekaligus menjawab beberapa persoalan berkenaan etika sesebuah peperangan. Seperti Perang Mahabarata yang turut menjelaskan beberapa garis panduan. Contohnya, pertempuran mesti bermula selepas matahari terbit dan berakhir tepat pada matahari terbenam, sekumpulan askar tidak boleh menyerang seorang soldadu serta dua askar hanya boleh bertempur dalam keadaan mereka setara (seseorang tak boleh berkuda menentang yang berjalan atau seseorang mempunyai senjata seorang lagi tidak). Kitab Rig Veda juga menyenaraikan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan semasa peperangan seperti pembunuhan wanita dan kanak-kanak.", "Dalam lembaran sejarah Islam, perang diizinkan oleh Allah s.w.t kepada baginda Muhammad s.a.w dan pengikutnya setelah penghijrahan baginda ke Madinah kerana mereka masih dijejaki musyrikin Makkah untuk dibunuh. Kebenaran perang diberikan  sebagai mekanisme perlindungan diri daripada kezaliman.", "Umat Islam dibenarkan berperang jika ditindas, dizalimi, terancam akidah dan kehidupan mereka sehingga diusir daripada tanah air sendiri. Perang yang berlaku ini adalah perang dalam erti kata defensif seperti Perang Badar, Khandaq dan Uhud. Keizinan ini diberikan melalui Surah al-Hajj, ayat 39.", "Allah berfirman: “Diizinkan berperang bagi mereka (orang Islam) kerana mereka telah dizalimi, dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa untuk menolong mereka.", "Surah at-Taubah ayat 1 hingga 5 menceritakan perang juga boleh dimulakan atas sebab-sebab yang tertentu. Suatu perang yang bersifat ofensif seperti Perang Hunain, Khaibar dan Fathu Makkah.", "Nabi Muhammad s.a.w menggariskan beberapa etika perang. Contoh ringkas, pihak Islam tidak boleh mencincang mayat musuh, menyerang wanita, kanak-kanak, tumbuh-tumbuhan dan rumah ibadat.", "Tentang perbincangan etika jihad dan perang dalam Islam ini bolehlah menguliti karya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi yang berjudul Fiqih Jihad yang panjang dan lengkap itu.", "Apa yang perlu difahami, etika perang ini lebih besifat umum dan tidak meletakkan kewajipan untuk mengikutinya menyebabkan pihak-pihak yang berperang mempunyai kebebasan. Hal ini menyebabkan kesukaran kepada pengurusan keadilan undang-undang. Selepas Perang Dunia Kedua (1939-1945), UKA menjadi undang-undang perang atau undang-undang konflik bersenjata yang mengawal selia pengendalian perang atau konflik bersenjata ini.", "Jus ad bellum dan Jus in bello", "Dua kriteria etika ataupun Teori Keadilan Perang ini adalah jus ad bellum (hak untuk berperang) dan jus in bello (keadilan pengendalian perang). Ada juga sarjana seperti  Brian Orend mencadangkan kriteria ketiga iaitu jus post bellum (keadilan selepas perang).", "Jus ad bellum adalah berkenaan dengan penilaian beberapa pertimbangan yang menjustifikasikan tindakan untuk pergi berperang. Pertimbangan-pertimbangan dan syarat-syarat ini termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1945. Kriteria ini membincangkan bahagian sebab-musabab perang, keperluan serta keabsahan perang.", "Jus in bello pula menyenaraikan beberapa prinsip yang perlu dipatuhi pihak-pihak yang terlibat dalam perang atau konflik bersenjata. Prinsip-prinsip ini dikodifikasikan sebagai UKA yang diguna pakai pada zaman moden ini. Kritirea ini menyentuh langsung tentang pengendalian perang. Contohnya, siapa yang boleh ditembak? Siapa yang boleh disabit jenayah perang? Senjata apa yang boleh digunakan? Apakah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi?", "Instrumen-instrumen antarabangsa yang mengandungi peruntukan UKA ini adalah 4 Konvensyen Geneva 1949  (GC I-IV), 3 Protokol Tambahan (AP I-III) dan undang-undang adat kemanusiaan antarabangsa.", "Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa", "UKA dikenali sebagai undang-undang perang. Dahulunya, terma perang digunakan disebabkan oleh perang membawa konotasi yang besar dan mendalam kerana negara-negara hanya berperang atas sebab-sebab utama iaitu politik dan seringkali membawa kepada impak yang besar kepada kemanusiaan dan peradaban manusia.", "Namun terma perang tidak lagi/jarang digunakan kerana mempunyai darjah pembuktian yang tinggi dalam memenuhi elemen-elemen definisi perang. Terma yang digunakan dalam UKA sekarang adalah ‘konflik bersenjata’ kerana lebih inklusif dan luas. Maka undang-undang perang bertukar sebagai undang-undang knflik bersenjata.", "UKA moden datang selepas keresahan Henry Dunant pengasas Pertubuhan Palang Merah yang melihat kesan perang dalam Perang Solferino (1859) di Itali. Henry kemudian menulis rakaman pengalamannya dalam buku berjudul Memori Solferino yang menceritakan pengalamannya melihat sendiri tentera-tentera yang berperang sehingga pada tahap yang menggerunkan.", "Henry melihat, walaupun tanpa senjata, tentera yang cedera sanggup menggunakan tangan untuk mematahkan leher dan menggunakan gigi untuk mengoyakkan daging musuh semata-mata untuk menang dalam perang!", "Menakutkan!", "Tulisan Memori Solferino inilah yang telah membuatkan Henry terkenal dengan idea penubuhan pertubuhan kemanusiaan. Hasilnya, Konvensyen Geneva Pertama digubal pada 1864 yang seterusnya membawa kepada beberapa siri penggubalan Konvensyen Hague yang kemudiannya digantikan dengan Konvensyen Geneva 1949 serta penubuhan Palang Merah.", "UKA ini bergerak atas prinsip jus in bello dan bidang kuasanya berkenaan regulasi konflik bersenjata. UKA tidak bena sama ada serangan rejim Bashar dalam Perang Syria atau serangan Israel terhadap Palestin misalnya sah di sisi undang-undang antarabangsa atau tidak. UKA bergerak atas premis bahawa pihak-pihak ada hak untuk berkonflik namun apakah garis panduan, prinsip dan undang-undang yang terlibat.", "Ramai sarjana dan masyarakat antarabangsa melihat isu konflik bersenjata turut melibatkan isu hak asasi dan bukan tentang regulasi perang sahaja. Perkembangan undang- Undang-Undang Hak Asasi (UHA) dan UKA telah mengiktiraf kesamaan hak yang perlu diangkat dan dilindungi.", "Antaranya adalah:", "UHA vs UKA", "Walaupun terdapat kecairan terhadap beberapa aspek hak yang saling bertindan, terdapat beberapa perbezaan antara UHA dan UKA dalam beberapa aspek.", "UHA mengikitiraf hak sivil dan politik (ICCPR) dan ekonomi, sosial dan adat (ICESCR). Hak-hak seperti berhimpun, berfikir, kebebasan bergerak, pendidikan, pekerjaan dan bekerluarga.", "UKA pula berbeza. Hak yang diiktiraf adalah hak perlindungan kepada mereka yang tercedera dan sakit, orang awam, regulasi kaedah dan alat perang serta hak bantuan kemanusiaan. Tidak terikat kepada definisi hak-hak yang datang kerana kewarganegaraan.", "UHA terpakai pada setiap masa. Pencabulan hak hanyalah dalam berlaku dalam keadaan darurat. UHA adalah tanggungjawab negara dan individu yang mempunyai tanggungjawab tersendiri. UHA hanya teraplikasi kepada individu yang berada dalam lingkungan batas sesebuah negara atau individu yang terikat kepada bidang kuasa sesebuah negara.", "UKA pula hanya terpakai dalam konflik bersenjata (ditentukan oleh AP I dan II). Contohnya dalam perang Syria, Mosul, Iraq, Afghanistan, Israel-Palestine dan sebagainya. UKA mengikat negara, kumpulan bersenjata dan individu yang terlibat secara langsung dalam konflik tersebut.", "UKA juga terpakai kepada pihak-pihak yang terkesan dengan konflik bersenjata atau yang berada dalam lingkungan kawasan konflik tersebut.", "UHA dalam konteks etika perang adalah berkenaan dengan keperluan untuk berperang", "(demi memelihara hak-hak yang diiktiraf bawahnya) manakala UKA bergerak atas nama kemanusiaan.", "Kategori Pihak dalam Konflik Bersenjata", "Dalam UKA terdapat beberapa pihak yang berkaitan dengan konflik bersenjata dan terikat dengan undang-undang ini. Pihak-pihak ini dilindungi bawah peruntukan-peruntukan Konvensyen Geneva (I-IV) 1949 dan Protokol Tambahan I dan II 1977.", "UKA yang digerakkan oleh ICRC tidak mementingkan status individu dalam konflik bersenjata. Misi ICRC adalah untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada sesiapa jua yang memerlukan hatta tentera musuh yang sudah kecundang dan cedera.", "Konvensyen Geneva 1949 dan Protokol Tambahan I dan II 1977", "Setiap konvensyen melindungi kelompok manusia yang berbeza.", "CG I melindungi mereka yang cedera dan sakit di darat. GC II melindungi mereka yang cedera dan sakit di laut (kapal karam dsb). GC III melindungi tahanan perang. GC IV melindungi individu yang berada bawah kekuasaan musuh termasuklah wanita dan kanak-kanak.", "Protokol Tambahan I dan II adalah protokol yang mengklasifikasikan keadaan konflik dalam kategori konflik bersenjata antarabangsa (IAC) ataupun konflik bersenjata bukan antarabangsa (NIAC). Perbezaan ini menyebabkan pengaplikasian set peruntukan yang berbeza. Protokol Tambahan I  terpakai kepada IAC manakala Protokol Tambahan II terpakai kepada NIAC.", "Dalam konflik bersenjata, Konvesyen Geneva terpakai dalam semua keadaan. Protokol tambahan pula menentubezakan jenis konflik berdasarkan.", "Perang Syria misalnya adalah NIAC kerana konflik berlaku antara kerajaan dan bukan kerajaan (rakyat, penentang dsb). Yemen juga begitu. Kebanyakan konflik bersenjata sekarang adalah berbentuk NIAC. Jarang sekali zaman moden ini apatah lagi selepas PD2, konflik bersenjata berlaku antara dua buah negara (IAC). Namun terdapat juga beberapa keadaan yang sukar dalam mengklasifikasikan konflik bersenjata. Contohnya Konflik Israel-Palestine (Konflik Gaza) yang tidak dapat dipastikan kerana sebahagian komuniti antarabangsa tidak mengiktiraf kedudukan Israel sebagai sebuah negara walaupun Israel mempunyai kerusi di PBB.", "Pemanusiaan Konflik Bersenjata", "Dalam Konvensyen Geneva, terdapat satu artikel yang dikenali sebagai artikel lazim iaitu Artikel 3 yang memperuntukkan perutukan yang sama dalam keempat-empat konvensyen. Artikel ini menyebut, pihak-pihak yang tidak mengambil bahagian atau hors de combat haruslah dihormati dan dilindungi dan perlulah dilayan dengan sama rata tanpa diskriminasi. Artikel ini juga menyebut, dalam apa-apa jua keadaan sekalipun, tidak dibenarkan berlaku kejam, mengambil tebusan perang, pencabulan maruah dan pembunuhan tanpa autoriti.", "Artikel ini bersifat kemanusiaan kerana sungguhpun konflik bersenjata berlaku dan realitinya sangat buruk, namun pertimbangan kemanusiaan perlulah diletakkan di takah yang tertinggi. UKA adalah undang-undang untuk mengurangkan darjah kesan konflik bersenjata ini.", "UKA menyenaraikan beberapa prinsip dalam konflik bersenjata.", "Begitulah sedikit sebanyak tentang UKA yang menjadi agen kawal selia konflik bersenjata pada zaman moden ini. Mungkin ramai yang skeptis akan keberkesanan undang-undang ini. Namun jika difikirkan, kita sendiri sebagai manusia yang sepatutnya mempunyai kawalan terhadap diri sendiri untuk cuba hidup dalam dunia yang harmoni dan aman dan tidak memerlukan undang-undang perang yang ‘memanusiakan’ tindakan manusia bukan?", "Kita wajar merenung kembali, tentang bagaimana untuk hidup dalam perdamaian.", "Fiat pax in virtute tua Deus! (Dengan kuasa-Mu, biarlah ada keamanan Oh Tuhan!)", "p/s: pejuang bawah UKA dikenali sebagai combatant. Sesiapa sahaja yang mempunyai keupayaan utuk menyerang tidak kira sama ada dengan senjata canggih atau dengan cebis peluru serpih sekalipun boleh diserang kembali hatta kanak-kanak yang membaling batu-batuan. Dalam perang atau konflik bersenjata, kanak-kanak adalah pejuang paling ditakuti!", "Sumber: ", "Cordula Droege, ‘The Interplay Between International Humanitarian Law and International Human Rights Law in Situation of Armed Conflict’, International Law Forum, The Hebrew University of Jersualem: Faculty of Law, December, 15, 2007", "Etika Perang dalam Islam, Perlakuan Terhadap Warga Sipil dalam Perang.", "Henry Dunant, A Memory of Solferino, International Committee of Red Cross, Geneva (1939, 1959)", "Ibnu Khaldun, al-Muqaddimah.", "International Committee of Red Cross (ICRC).", "Manoj Kumar Sinha, ‘Hinduism and International Humanitarian Law’, International Review of the Red cross, Vol 87 No. 858, June 2005." ]
https://www.thepatriots.asia/membetulkan-salah-faham-mengenai-bunting-pelamin/
Membetulkan Salah Faham Mengenai Bunting Pelamin
[ "Anak merupakan anugerah Tuhan yang terindah buat pasangan suami isteri khususnya bagi yang baru melangsungkan perkahwinan. Ini kerana anak merupakan penyeri kepada rumahtangga yang dibina dan tanda kebahagiaan yang ingin dikecapi setiap insan.", "Begitupun, sebut saja bunting pelamin, wujud pelbagai konotasi negatif terhadap terma ini. Ini termasuklah kata nista yang menggelar kandungan yang tidak berdosa itu sebagai anak luar nikah. Salah faham sebegini perlu dibanteras dalam masyarakat kerana ia bukan saja satu fitnah tetapi berpotensi memus-nahkan institusi kekeluargaan seperti yang dimahukan syaitan laknatullah.", "Jadi, apa itu bunting pelamin sebenarnya dari sudut kesihatan? Selalunya bagi mengenalpasti tarikh kehamilan seorang wanita, doktor akan mengira tarikh pertama seseorang itu haid (LMP). Walaupun pasangan tidak melakukan hubungan kelamin pada LMP, doktor masih memerlukan LMP sebagai cara mengira kitaran haid seorang wanita.", "Nak bagi anda faham, lihat contoh di bawah:", "Tarikh LMP isteri: 15 April 2019\nTarikh perkahwinan: 30 April 2019\nTarikh temujanji dengan doktor: 28 Mei 2019\nKiraan usia kehamilan:  15 April 2019 – 28 Mei 2019 (enam minggu)", "Ini dapat menjelaskan mengapa seseorang wanita itu sudah hamil lebih lama berbanding tempoh perkahwinan yang kita ketahui. Dan ini maksud sebenar bunting pelamin.", "Selain tidak mengetahui tentang LMP, satu lagi faktor salah faham bunting pelamin ialah kegagalan mengira kitaran haid yang betul. Kebiasaannya, wanita mengalami kitaran haid selama 28 hari tetapi ada ketikanya, kitaran haidnya boleh menjadi tidak menentu.", "Hari pertama haid akan dikira sebagai LMP bagi membolehkan doktor menentukan usia janin dalam kandungan. Selepas seorang wanita itu tamat haid, ovari akan menghasilkan telur pada hari ke-14 atau waktu wanita pada keadaan yang paling subur. Jika persenyawaan terjadi dalam tempoh tersebut, maka kehamilan sudah pasti akan berlaku.", "Perlu diingat, sperma boleh hidup antara tiga hingga tujuh hari sebelum persenyawaan. Justeru, ini juga menjelaskan mengapa doktor selalu menggunakan LMP sebagai cara mengira usia kehamilan dan bukannya tarikh terakhir pasangan suami isteri melakukan hubungan kelamin.", "Bagi wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu, satu cara untuk menentukan usia kandungan ialah menerusi imbasan ultra bunyi. Bagaimanapun, imbasan sebegini hanya boleh dibuat apabila kandungan semakin besar.", "Selepas menentukan usia kehamilan, doktor boleh menentukan bila tarikh seseorang wanita itu melahirkan anak. Kebiasaannya, tarikh diberi dalam tempoh 40 minggu selepas LMP. Tarikh ini juga menjadi panduan pakar sakit puan untuk memantau perkembangan kandungan.", "Jadi, jangan cuba berlagak pandai dengan menukar usia kandungan hanya semata-mata nak mengelak kata nista orang. Tindakan sebegini hanya akan mengan-cam nyawa individu dan kandungannya.", "RUJUKAN:", "Idris, A. (2018). Ibu Bunting Pelamin Bukan Hamil Anak Luar Nikah – Ini Apa Masyarakat Yang Selalu Keliru. The Asian Parent Malaysia." ]
https://www.thepatriots.asia/perang-dunia-kedua-pembunuhan-laksamana-yamamoto/
Perang Dunia Kedua – Pembunuhan Laksamana Yamamoto
[ "Nama\nYamamoto sudah tidak asing lagi di serata dunia. Beliau dianggap sebagai\npelopor utama pelan serangan Jepun di Pearl Harbor. Beliau merupakan seorang\npakar dalam strategi perang laut dan amat membenci perang. Namun, orang Amerika\nmengganggap beliau sebagai penyebab utama askar Amerika mati di Pearl Harbor.\nMereka lebih suka jika beliau mati. Oleh hal yang demikian, President Roosevelt\nmengarahkan Yamamoto dibunuh.", "Kekalahan\ndemi kekalahan yang dialami oleh Jepun terhadap Amerika menyebabkan rakyat\nberasa kurang senang. Mereka menuduh bahawa pegawai atasan Jepun hanya duduk\ngoyang kaki sahaja dan membiarkan tentera-tentera bawahan mati berjuang.\nPegawai-pegawai atasan ini dituduh pengecut.", "Bagi\nmenenteramkan situasi ini, Laksamana Isoroku Yamamoto, komander Armada Tentera\nLaut Empayar Jepun mengambil keputusan untuk membuat beberapa lawatan rasmi di\nPasifik. Kekalahan Jepun di Midway dan Guadalcanal membuatkan tentera Jepun\nmemerlukan seorang perajurit terkenal untuk memberikan mereka harapan.", "Operasi I-Go", "Dalam pada itu, pihak Jepun juga sedang sibuk dalam merancang Operasi I-Go, iaitu serangan udara besar-besaran terhadap tentera Amerika yang berpangkalan di sekitar Guadalcanal. Serangan yang bermula pada 1 April 1943 itu berjaya menenggelamkan beberapa buah kapal dagang, sebuah kapal pemusnah dan sebuah kapal korvet milik Amerika dan sekutunya yang menuju ke Guadalcanal.", "Yamamoto\nmenganggap bahawa kejayaan tentera Jepun memusnahkan beberapa kapal Amerika\nsudah mencukupi untuk menoktahkan hajat Amerika untuk mara lebih jauh ke\nPasifik. Oleh itu, beliau menghentikan Operasi I-Go pada 16 April. Hakikatnya,\noperasi ini tidak sedikit pun mencacatkan kekuatan tentera Amerika di sana.\nTerdapat banyak lagi tentera Amerika pimpinan Laksamana William Halsey Jr di\nselatan Pasifik.", "Sebenarnya\nYamamoto terlalu percaya akan laporan yang diberikan oleh pihak perisikan Jepun\ndan tentera-tentera yang mengambil bahagian dalam Operasi I-Go. Mereka\nmemandang rendah akan kemusnahan yang dialami oleh kapal-kapal Amerika di sana.", "Antara\nsebab lain yang meyakinkan Yamamoto bahawa Operasi I-Go ini telah berjaya\nadalah kehebatan maklumat perisikan Amerika yang berjaya menyahkodkan semua\nkod-kod rahsia tentera Jepun. Hal ini membuatkan Laksamana Halsey berjaya\nmenarik armada lautnya lebih awal supaya dapat memperdayakan Yamamoto. Maklumat\nperisikan Amerika meyakinkan Yamamoto bahawa tentera Amerika semakin kurang dan\nmelemah di Guadalcanal.", "Membunuh\nYamamoto", "Presiden\nAmerika, Franklin Roosevelt mengetahui mengenai pembocoran maklumat yang\ndialami oleh tentera Jepun. Dengan kelebihan ini, beliau mengarahkan Setiausaha\nTentera Laut, Frank Knox untuk “dapatkan Yamamoto”.", "Kemudian,\nKnox menghubungi Komander Tentera Keseluruhan Pasifik, Laksamana Chester Nimitz\nuntuk melaksanakan tugasan tersebut. Nimitz pula mengarahkan Laksamana William\nHalsey Jr, komander Tentera Pasifik Selatan untuk merancana pelan membunuh\nYamamoto, Operation Vengeance.", "Tentera\nLaut Amerika berjaya membaca kod-kod Jepun sejak Operasi I-Go berjalan lagi.\nMereka tahu bahawa Yamamoto selalu berlegar-legar di sekitar kepulauan Solomon\ndan Papua New Guinea. Mereka juga mengetahui bila beliau bergerak, kemana dan\nmenaiki kenderaan apa.", "Tanpa\nberlengah-lengah lagi, Halsey mencari komander 339th Fighter Group,\nMajor John Mitchell untuk mencari 16 orang krew dalam misi Operation\nVengeance. Seramai 16 orang juruterbang tempur, termasuk Mitchell berjaya\ndikumpul untuk misi ini. Mereka diberitahu bahawa mereka akan keluar memburu\norang kenamaan, tanpa mengetahui orang itu ialah Yamamoto.", "Pada jam 0730, 14 April 1943, pasukan 339th Fighter Group pimpinan Major Mitchell berlepas daripada lapangan terbang Kukum, Guadalcanal menuju ke Pulau Bouganville dimana konvoi udara Yamamoto akan terbang. ", "Sementara\nitu di markas utama Angkatan Tentera Jepun di Rabaul, Laksamana Yamamoto\ndijadualkan akan berlepas ke Bouganville pada jam 0600 dan dijangka tiba di\ndestinasi sekitar jam 0800. Perjalanan tersebut merupakan perjalanan sejauh 507\nkm. Ramai pegawai-pegawai di Rabaul melarang agar Yamamoto tidak membuat\npenerbangan tersebut. Mereka mendapat beberapa maklumat yang tidak sahih\nmengenai terdapat ura-ura mengatakan bahawa Amerika mahu menyerang konvoi\nYamamoto berdekatan Bouganville.", "Namun, Yamamoto tidak mengendahkan maklumat tersebut dan tetap meneruskan penerbangan tersebut. Bersama-sama menemani beliau ialah Laksamana Madya Matome Ugaki yang merupakan Ketua Staf Tentera Laut Jepun. Mereka berdua akan menaiki kapal terbang secara berasingan iaitu Pesawat Pengebom G4M1 “Betty”. Dalam penerbangan ini, mereka dibantu oleh 6 buah pesawat pejuang A6M2 “Zero” yang terkenal.", "Formasi\nyang akan digunakan untuk menjaga konvoi Yamamoto ialah formasi “V”. Tiga\npesawat “Zero” akan menjaga Yamamoto dan tiga lagi akan menjaga Ugaki.", "Manakala jumlah pesawat tentera Amerika pimpinan Major Mitchell lebih banyak daripada konvoi Yamamoto. Sebanyak 16 pesawat Lockheed P-38 Lightning terbang menuju ke Bouganville daripada Guadalcanal, menjadikan ia misi pintasan udara paling jauh dalam sejarah (970 km).", "Pada\njam 0934, pasukan Mitchel menemui konvoi pesawat Yamamoto dan mula menyerang.\nSerangan tersebut bukannya mudah apabila mereka dikesan oleh pesawat “Zero”\nyang menjaga kedua-dua VIP ini. Kesemua 6 pesawat “Zero” ini terus membuat\nserangan balas terhadap pasukan Mitchel.", "Apabila\nmereka semakin menghampiri satu-sama lain, juruterbang “Zero” tersebut\nmenyedari bahawa mereka akan berlawan dengan 16 pesawat musuh manakala mereka\nhanya ada 6 sahaja. Hal ini membuatkan pesawat yang dinaiki Yamamoto dan Ugaki\nmenjadi sangat sangat terdedah.", "Mitchel\nmengarahkan dua pesawat P-38 yang dikemudikan oleh Captain Thomas Lanphier dan\nLieutenant Rex Barber untuk menyerang dan menjatuhkan pesawat Yamamoto dan\nUgaki. Sebuah pesawat “Zero” cuba menahan pesawat Lanphier dan Barber.", "Lanphier\ncuba mengalihkan pandangan pesawat musuh tersebut untuk memberi laluan kepada\nBarber untuk menembak jatuh pesawat-pesawat yang dicari-cari (Yamamoto dan\nUgaki).", "Apabila Barber menemui pesawat tersebut, beliau terbang di belakang pesawat musuh yang mengangkut sama ada Yamamoto atau Ugaki dan melepaskan tembakan bertubi-tubi mengenai ekor dan tanki pesawat tersebut. Sejurus itu, asap tebal mula keluar dan hampir hampir sahaja melanggar pesawat Barber. Pesawat tersebut berjaya dielak dan terhempas ke hutan rimba di pulau Bouganville. ", "Selapas\nitu, Barber terbang mencari pesawat yang membawa VIP terakhir yang kini terbang\nrendah menuju ke pantai. Kelajuan pesawat P-38 berjaya memintas pesawat\ntersebut sebelum melepaskan berdas-das tembakan ke arah sayap kanan pesawat.\nBeberapa saat kemudian, pesawat tersebut terhempas di lautan.", "Seorang\njuruterbang pesawat “Zero”, Petty Officer Kenji Yanagiya, merupakan\nsatu-satunya juruterbang yang hidup selepas perang yang dapat menceritakan apa\nyang berlaku. Beliau berkata, selepas melihat dua buah pesawat yang dinaiki\nYamamoto dan Ugaki terhempas, beliau secara solo mengejar pesawat-pesawat\ntentera Amerika tersebut yang sedang pulang ke Guadalcanal.", "Beliau berjaya menembak jatuh satu pesawat P-38 ketika pesawat tersebut sedang terbang rendah kerana hampir kehabisan minyak. Yanagiya tidak sempat untuk mengejar kesemua 15 pesawat P-38 yang lain kerana berisiko. Lalu beliau pulang ke pangkalan udara di Bouganville bersama-sama pesawat “Zero” yang lain. Selepas mendarat, beliau diberitahu kejadian yang berlaku sebenatar tadi akan menggugat Tentera Laut Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Yanagiya dan 5 krew yang lain diarahkan untuk menyimpan rahsia yang pesawat Yamamoto dan Ugaki telah terhempas.", "Tamparan hebat\nterhadap Jepun", "Pada\nkeesokkan harinya, 19 April, bangkai kedua-dua pesawat berjaya ditemui. Bangkai\npesawat “Betty” yang terhempas di laut itu dinaiki oleh Laksamana Ugaki. Beliau\nterselamat dan hanya mengalami cedera ringan.", "Namun, pesawat “Betty” yang terhempas di hutan Bouganville mendapat nasib yang berbeza. Seluruh anak kapal pesawat tersebut terbunuh termasuk Ketua Angkatan Laut Jepun, Laksamana Isoroku Yamamoto. Beliau dijumpai terduduk di kerusi pesawat sambil memegang pedang samurai. Beliau terbunuh akibat ditemak di bahagian bahu kiri dan rahang kirinya.", "Pemerintahan\ntinggi Tentera Amerika segera memberitahu bahawa insiden tersebut dilakukan\nsecara tidak sengaja bagi mengelakkan bahawa Tentera Jepun mengetahui bahawa\nkod-kod rahsia mereka berjaya dipecah masuk.", "Kematian\nYamamoto menjadi pembakar semangat kepada tentera-tentera dan rakyat Amerika.\nManakala bagi Jepun, kematian Laksamana agung ini memberi tamparan yang sangat\nhebat buat mereka. Kematian beliau di isytiharkan pada 21 Mei 1943, lebih\nsebulan dari tarikh beliau terbunuh.", "Mayat\nYamamoto dibakar di Bouganville sebelum dibawa ke Tokyo menerusi kapal\nSuper-Battleship Musashi. Pada 5 June 1943, beliau diberi penghormatan\nterakhir oleh seluruh rakyat Jepun, termasuk Perdana Menteri Hideki Tojo.\nSelepas itu, beliau diberi darjah kebesaran tertinggi Jepun, Order of\nChrysanthemum dan juga darjah kebesaran Nazi Jerman iaitu Knight Cross of the\nIron Cross with Oak Leaves and Swords. Beliau juga dinaikkan pangkat ke\nLaksamana Besar atau Marshal-Admiral (panglima 5 bintang).", "“Selepas\nperang tamat, aku teringin nak bukak Casino dekat Monaco”. Maka berakhirlah\nriwayat Laksamana Yamamoto yang merupakan arkitek kepada peperangan Jepun di\nPasifik. Serta lunaslah dendam rakyat Amerika terhadap “orang yang hendak menentukan\nisi perjanjian damai di White House”. Kejadian ini sememangnya melumpuhkan\nmorale tentera Jepun. Tempat beliau digantikan oleh Laksamana Mineichi Koga.", "Rujukan" ]
https://www.thepatriots.asia/kehebatan-pelayar-melayu-silam/
Kehebatan Pelayar Melayu Silam
[ "Semua sedia maklum bangsa Melayu bukan saja pahlawan yang gagah berani tetapi juga pelayar yang mahir dengan selok-belok lautan. Jika tidak, mengapa terlalu banyak riwayat dan cerita pengembara luar yang menyatakan orang Melayu pernah sampai sejauh China di Timur dan Semenanjung Tanah Arab di Barat. Tetapi ada pula sesetengah pihak yang cuba memperkecilkan kehebatan bangsa ini dengan mengatakan semua riwayat itu bersifat dongengan sahaja. Mereka salah kerana terlalu banyak bukti yang menunjukkan sebaliknya.", "Bagi yang pernah berkunjung ke Candi Borobudur di Indonesia, anda pasti pernah melihat satu ukiran sebuah kapal yang mampu membelah lautan semasa berlayar. Dan ukiran yang dikesan sejak dari abad kelapan Masihi ini menarik perhatian bekas anggota Tentera Laut Diraja (Royal Navy) Philip Beale semasa melawat candi berkenaan pada tahun 1982. Ia membuatkan Beale tertanya-tanya, sejauh mana kapal ini dapat berlayar, teknologi mana yang digunakan dan apakah ini bukti hubungan Alam Melayu dengan benua Afrika yang dicari-cari oleh sejarawan dan pengkaji selama ini?", "Impian Beale itu tersimpan selama 20 tahun itu akhirnya menjadi kenyataan selepas bertemu Nick Burningham di Itali pada September 2002. Burningham dikenali sebagai pembina replika kapal dan pernah terlibat dalam projek pembinaan replika skala penuh kapal layar Duyfken. Duyfken merupakan kapal Eropah pertama yang berjaya sampai ke Australia pada tahun 1606.", "Kapal replika yang dibina Burningham dan pasukannya pernah sampai di Indonesia pada tahun 2002 semasa dalam perjalanan menuju ke Australia bagi mengulangi perjalanan epik krew asal kapal berkenaan. Selepas mendengar impian Beale, kedua-duanya berangkat ke Bali, Indonesia atau lebih tepat Kepulauan Kangean (Pulau Pagerungan) bagi mencari pembina-pembina kapal tradisional.", "Di Pulau Pagerungan inilah, mereka bertemu dengan Pak Assad Abdullah, seorang pembina kapal tradisional dengan pengalaman selama 30 tahun. Dengan kehadiran Burningham dan Pak Assad, perlahan-lahan impian Beale semakin menjadi kenyataan.", "Selepas menganalisis dengan teliti ukiran kapal-kapal pada Candi Borobudur, mereka menyimpulkan kapal berkenaan mempunyai panjang 19 meter, 4.25 meter lebar, dua layar dan dua cadi sebagai pengimbang. Semasa pasukan ini membina replika yang diberi nama Samudra Raksa oleh Presiden Megawati Sukarnoputri ini, semua proses dibuat secara tradisional dengan bahan binaan diambil dari kawasan setempat. Pasukan pembina tidak menggunakan paku atau besi sebagai pengukuh kepada binaan mereka. Manakala cadi dan tiang penggulung layar diperbuat daripada buluh. Sementara tali yang digunakan untuk kapal dibuat daripada bahan-bahan semulajadi. Proses pembinaan mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan.", "Selepas siap, pasukan pembina diketuai Beale mula merancang pelayaan sulung untuk Samudra Raksa. Ia sebagai testimoni bahawasanya ia bukan saja boleh meredah lautan tetapi juga sebagai bukti pelayar-pelayar Melayu pernah sampai ke benua Afrika. Bagi meningkatkan peluang kejayaan ekspedisi ini, kapal tersebut turut dilengkapi dengan beberapa peralatan moden seperti kelengkapan sistem kedudukan global (GPS) dan telefon satelit sebagai talian komunikasi dengan dunia luar.", "Selebihnya menggunakan peralatan primitif seperti yang digunakan pelayar-pelayar terdahulu. Penaja utama ekspedisi ialah British Council dan Pertubuhan Bangsa Bersatu Sains, Kebudayaan dan Pendidikan (UNESCO) serta mendapat pengiktirafan Kesatuan Geografi Diraja dari United Kingdom.", "Untuk menguji sama ada ia mampu berlayar merentasi Lautan Hindi, kapal ini dibawa berlayar dari tempat pembinaannya di Pulau Pagerungan ke Jakarta. Semasa perlayaran, kapal berkenaan dapat bertahan dengan baik dan ini menyakinkan Beale bahawa ia boleh dilakukan. Selepas tiba di Jakarta, kapal itu diberi nama rasmi Samudra Raksa oleh Megawati.", "Dan pada Ogos 2003, beliau melepaskan kapal berkenaan dalam satu upacara rasmi perlepasan Ekspedisi Perahu Borobodur dari Pelabuhan Marina Ancol, Jakarta. Seramai 27 peserta menyertai pelayaran ini dengan Kapten Gusti Putu Ngurah Sedana dari TNI-Angkatan Laut sebagai nakhoda menemani Beale. Menariknya, 27 peserta ini bukan saja datang dari Indonesia tetapi juga dari beberapa negara. Hanya segelintir saja yang mempunyai pengalaman sebagai pelayar manakala selebihnya datang dari pelbagai latar belakang etnik dan agama. Walaupun mempunyai latar belakang berbeza, mereka bersatu demi memastikan ekspedisi ini berakhir dengan jayanya.", "Untuk ekspedisi ini, ia mempunyai empat fasa. Fasa pertama membabitkan Jakarta-Seychelles (15 Ogos-12 September), fasa kedua Seychelles-Madagascar (29 September-14 Oktober), fasa ketiga Madagascar-Capetown (26 Oktober-5 Januari 2004) dan akhir sekali Capetown-Accra (17 Januari-23 Februari 2004). Perlayaran mengambil masa enam bulan dengan jarak sepanjang 27,000 kilometer. Walaupun ekspedisi diuji dengan pelbagai ujian seperti laut bergelora, kekurangan makanan, hujan lebat, tiupan angin dan kerosakan peralatan kapal, Samudra Raksa dapat bertahan dan tiba di Pelabuhan Tema, Accra pada 23 Februari 2004.", "Selepas tiba di sana, ia kemudian dibawa pulang ke Indonesia melalui kapal kargo. Bagi membolehkan ia dapat dibawa naik atas kapal, Samudra Raksa perlu dileraikan terlebih dahulu sebelum dipasang semula dan dibawa berlayar setelah tiba di Indonesia. Akhirnya, kapal berkenaan tiba dan ditempatkan di Muzium Perahu Samudra Raksa, Kompleks Taman Wisata Candi Borbudur, Magelang. Muzium berkenaan dirasmikan oleh Menteri Kesejahteraan Rakyat Indonesia ketika itu, Alwi Shihab pada 31 Ogos 2005. Apa yang dilakukan Samudra Raksa ialah satu bukti amali kapal-kapal Nusantara pernah sampai sejauh benua Afrika.", "Tetapi Samudra Raksa bukan satu-satunya bukti kehebatan pelayar dan kerajaan maritim Melayu. Ada beberapa perahu yang menarik perhatian ramai pengkaji termasuk sebuah perahu yang dijumpai di kawasan paya bakau di Pontian, Johor. Perahu itu diberi nama The Pontian Bot (Perahu Pontian) dan ditemui oleh seorang pengkaji British bernama IHN Evans pada tahun 1926.", "Perahu berkenaan cuba dibandingkan dengan perahu-perahu yang ditemui di Asia Tenggara ketika itu terutama dari segi saiz dan cara pembinaannya. Berdasarkan kajian CA Gibson Hill pada tahun 1956, kajian pentarikhan karbon mendapati perahu-perahu ini dibina antara abad ketiga hingga kelima Masihi. Walaupun ia dalam keadaan rapuh dan hampir rosak sepenuhnya, ia dapat diselamatkan dan menjadi bahan kajian para saintis terutama sejarawan tempatan.", "Selain Samudra Raksa dan Perahu Pontian, kita juga harus ingat anekdot pengembara-pengembara luar tentang kehebatan bangsa Melayu sebagai pelayar hebat. Salah satunya ialah anekdot Antonio Pigafetta berkenaan ekspedisi Ferdinand Magellan terutama perihal hamba dan teman setianya Henry the Black (Awang). Selain diajar dengan pelbagai ilmu pelayaran di bawah bimbingan Magellan, Awang turut menggunakan kemahiran yang dipelajarinya semasa di Melaka sebelum menjadi tawanan dan hamba kepada tuannya itu untuk memastikan ekspedisi mereka tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan Christopher Columbus. Atas sebab itulah, beliau seharusnya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Magellan dan selayaknya mendapat gelaran orang pertama mengelilingi dunia.", "Seterusnya, ada satu anekdot menarik yang dipetik rakan penulis Al Semantani Jones berkenaan kehebatan kerajaan maritim Melayu dan pelayar-pelayar dari Nusantara. Menurut beliau, pelayar-pelayar Nusantara sudah sampai ke Afrika sejak abad kelima Masihi lagi, jauh lebih awal dari pedagang Arab yang hanya berani berlayar hingga ke Zanzibar. Malah, pelayar-pelayar ini juga mengatasi zaman kegemilangan pelayaran kerajaan China yang hanya bermula pada abad ke-13.", "Sebut pasal abad yang dinyatakan di atas, tidak mustahil perahu-perahu purba seperti Perahu Pontian menjadi pilihan kepada mereka berlayar dan membentuk pos kara mereka di situ kerana ia amat bertepatan dengan garis masa pembuatan perahu berkenaan. Perahu-perahu ini menjadi cara mereka bergerak ke mana-mana tempat dari China hinggalah Yaman dan Mesir untuk memperdagangkan hasil bumi rantau berkenaan. Jika tidak, bagaimana cengkih yang hanya boleh didapati di Maluku boleh dijumpai di Syria dengan anggaran penggunaan sejak 3700 Sebelum Masihi.", "Al-Idrisi sendiri dalam catatannya menyatakan orang-orang Zanj/Zabaj (orang Melayu Srivijaya) pernah tiba di Afrika Timur dengan kapal bersaiz kecil dan besar serta boleh berhubung dengan penduduk tempatan. Ini menunjukkan pada satu ketika, penduduk-penduduk di Afrika boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan koloni mereka dijadikan sebagai pusat pengumpulan besi dan emas sebelum dibawa pulang ke Srivijaya.", "Penulis-penulis Arab dan Parsi turut mendedahkan penglibatan orang Melayu Nusantara dalam perdagangan hamba dari Afrika dan dibawa ke sebelah timur. Buktinya, Maharaja China (berkemungkinan dari Dinasti Tang) pernah dihadiahkan hamba-hamba berkulit hitam oleh Maharaja Empayar Srivijaya. Pendek kata, orang Melayu sememangnya hebat sebagai nakhoda samudera sejak dari dulu lagi dan kehadiran mereka memberi kesan bukan sedikit bukan saja kepada kerajaan serantau tetapi kerajaan-kerajaan di benua lain dunia.", "RUJUKAN:" ]
https://www.thepatriots.asia/600-spesis-tumbuhan-pupus-sejak-tahun-1750-an-sehingga-kini/
600 Spesis Tumbuhan Pupus Sejak Tahun 1750-an Sehingga Kini
[ "Manusia\ntelah menyebabkan purata lebih daripada dua spesis tumubuhan pupus dalam masa\nsetahun sejak kurun ke-18. Menurut Red\nList of Threatened Species, kurang daripada 150 spesis tumbuhan yang telah\npupus. Tetapi itu hanya mencakupi sebahagian kecil spesis tumbuhan.", "Maklumat\ndari Kew Gardens yang dikumpulkan\noleh sekumpulan penyelidik dari Britain dan Sweden mendapati jumlah sebenar\nadalah empat kali ganda lebih banyak – 571 spesis tumbuhan telah pupus antara\ntahun 1753 hingga 2018. Kadar kepupusan ini 500 kali lebih cepat berbanding\nkadar kepupusannya sebelum aktiviti manusia memberikan impak kepada ekosistem.", "Walau\nbagaimanapun, Aelys Humphreys menyatakan 571 adalah jumlah yang sedikit\nberbanding realiti kerana banyak lagi kawasan biodiversiti yang masih kurang\nkajiannya dan terdapat spesis yang sangat kurang jumlahnya sehingga dianggap ‘functionally extinct’.", "Jumlah\ntumbuhan yang pupus lebih besar berbanding kepupusan burung, mamalia dan\namfibia. Geografi kepupusan tumbuhan dan haiwan hampir serupa. Spesis di pulau\nlebih mudah terdedah dengan kepupusan berbanding dengan spesis di kawasan\ntropika dan iklim Mediterranean kerana mereka mempunyai kekayaan kepelbagaian\nhidup. Hawaii sahaja telah mengalami 79 kepupusan spesis tumbuhan. Brazil,\nAustralia dan Madgascar telah menjadi tumpuan kepupusan.", "RUJUKAN:" ]
https://www.thepatriots.asia/apabila-manusia-menuju-ke-nilai-materialisme/
Apabila Manusia Menuju Ke Nilai Materialisme
[ "Pada November tahun lepas, Credit Suisse mengeluarkan sebuah laporan tentang kekayaan global dimana golongan 1% terkaya dunia membolot hingga 50% kekayaan dunia, meningkat dari 42.5% sejak tahun 2008. Dan sejak dari tahun 2000, seramai 23.9 juta orang telah menjadi jutawan di seluruh dunia.", "Apa makna disebalik pelebaran kesenjangan kekayaan ini? Selain melihat ia sebagai ketidaksama-rataan ekonomi, kita cuba juga melihat dari sudut alam sekitar. Apa kesan peningkatan bilangan ‘orang ada-ada’ ini kepada alam sekitar.", "Golongan terkaya, yang selalunya memiliki pegangan saham majoriti atau syarikat itu sendiri, cenderung untuk mengepam modal atas nama pembangunan seperti membuka ladang sawit yang menjadi penyumbang terbesar deforestasi, kilang-kilang bagi produksi massa – dalam masa yang sama menyumbang kepada pencemaran udara dan air.", "Pembangunan perumahan yang kebelakangan ini dikritik hebat kerana tidak memenuhi kehendak pasaran pula, antara lain meningkatkan aktiviti tebus guna tanah sama ada melalui reklamasi atau pembangunan lereng bukit.", "Inilah peluang yang hanya wujud dan berlegar antara golongan terkaya dalam meningkatkan kapital mereka melalui penjarahan sumber alam.", "Dan polisi kerajaan juga dilihat longgar dalam mengawal penggunaan sumber alam semulajadi bagi tujuan pembangunan komersial ini, selagi ia menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.", "Pada tahun 2015 pula, Oxfam telah mengeluarkan statistik bahawa 10% golongan terkaya bertanggungjawab terhadap 49% pelepasan karbon dioksida global melalui gaya hidup mereka. Ini antaranya seperti penggunaan medium pengangkutan mereka seperti kereta mewah dan jet peribadi yang menjadi penyumbang utama.", "Di Malaysia ia tidak hanya tertakluk kepada lawatan-lawatan golongan elit Menteri ke luar negara sahaja, aktiviti ‘The Rich Kids of Malaysia’, dan orang-orang kaya yang mengejar akhirat dengan menyertai pakej mengaji Al-Quran atas jet peribadi antara contoh gaya hidup yang menyumbang kepada mudarat lebih besar dari manfaat yang diterima.", "Dan tuhan sajalah yang tahu, untuk beberapa tahun mendatang, berapa banyak lagi sumbangan golongan terkaya ini kepada kemusnahan alam sekitar.", "George Monbiot, kolumnis The Guardian ada menulis tentang bagaimana kekayaan mendorong seseorang itu menjadi penting diri (self-centered) dan tidak peduli tentang kehidupan lain melalui sikap kepenggunaan (konsumerism). Beliau antara lain menyatakan, semakin banyak seseorang itu mengguna (sumber alam), semakin berkurang perasaannya – sama ada perasaan bersalah atau empati kepada hidupan lain.", "Sebagai contoh, kita tidak peduli akan nasib Dorsen, seorang kanak-kanak Congo berumur 8 tahun, yang bekerja selama 12 jam sehari dengan tangan kosong di lombong kobalt – sejenis logam yang digunakan untuk menghasilkan bateri lithium-ion bagi majoriti jenama telefon pintar, apa lagi kepedulian kita tentang pencemaran sumber air di Congo kesan dari aktiviti perlombongan tersebut.", "Dan kita di Malaysia tanpa rasa bersalah, berusaha mengemas kini milikan model telefon pintar yang terbaharu.", "Inilah yang dimaksudkan dengan kehilangan rasa bersalah dan empati kita terhadap hidupan lain, pertautan kita terhadap manusia dan tempat itu diganti dengan pertautan terhadap objek/material.", "Jadi, jawapan kepada persoalan tentang mengapa masyarakat itu tidak berminat dengan alam sekitar dan isunya adalah kerana, jalan masyarakat itu secara sistematiknya dibina menuju ke arah materialisma. Kita melihat nilai sebuah meja kopi Ikea pada harganya RM399, tidak pada berapa banyak pokok yang telah ditebang bagi menghasilkannya secara massa.", "Dan masyarakat hari ini sedang mengejar-ngejar untuk meningkatkan nilai hidup mereka dengan ‘tanda harga’, memanjat piramid kelas harta untuk menyertai puncak kelompok terkaya!", "Nota Editor: Artikel disumbangkan oleh Azim Mohammad daripada Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) untuk The Patriots. " ]
https://www.thepatriots.asia/bagaimana-pepsi-rugi-besar-di-filipina/
Bagaimana Pepsi Rugi Besar Di Filipina
[ "Inilah kisah fiasco Demam Nombor Pepsi. Berlaku pada tahun 1992 dahulu.", "Pepsi cuba memasuki pasaran Filipina di mana Coca-Cola pada mulanya sudah dominan. Ini adalah pasar minuman ringan ke-12 terbesar dunia, dengan populasi 62 juta orang yang berkembang pesat.", "Filipina", "Ekonominya lemah. Banyak orang yang berjuang untuk memenuhi keperluan. Berpuluh juta bekerja di sawah dan pekerjaan lain yang bergaji rendah.", "Eksekutif Pepsi memutuskan untuk melakukan kempen promosi yang berjanji akan mendapat banyak pulangan.", "Setiap penutup botol Pepsi akan mempunyai angka yang berkaitan dengan hadiah yang akan diumumkan. Terdapat banyak pemenang kecil dan diikuti dua pemenang besar yang masing-masing berjumlah USD40,000.", "Satu Masalah Besar", "Pepsi berharap daya tarikan wang tunai dapat mengubah banyak peminat Coke yang berpendapatan rendah. Mereka merancang secara strategik untuk memberikan hadiah berjumlah USD 2 juta.", "Namun, kesalahan komputer dengan salah satu vendor Pepsi menyebabkan mereka mengeluarkan 800,000 botol dengan nombor “349” pada penutup botol.\ndan nombor “349” adalah nombor untuk pemenang hadiah berjumlah USD40,000.", "Pepsi secara terang-terangan memberitahu kilang vendornya untuk tidak mencetak nombor ini sama sekali. Kedua-dua botol dengan nombor itu akan dikeluarkan khas dan dihantar ke Filipina oleh Pepsi sendiri.", "Jadi apabil Pepsi yang beroperasi macam biasa setiap bulan, tanpa mengetahui mereka secara tidak sengaja telah mengirim penutup botol kemenangan bernilai USD32 bilion ke Filipina.", "Sementara itu, semua orang di Filipina menjadi ‘gila’ dengan promosi ini, dan membeli semua botol soda. Kempen yang mengganggu ini meningkatkan bahagian pasaran Pepsi dari 4% menjadi 24.9% hanya dalam masa dua bulan.", "Pendek cerita, apabila hari besar tiba. Semua rakyat Filipina menghidupkan TV mereka. Pepsi terus mengumumkan nombor pada penutup botol pemenang, iaitu “349”, dan di seluruh Filipina, ramai orang bersorak kerana mereka fikir akan mendapat wang yang cukup banyak.", "Pepsi kemudian menyedari bahawa mereka telah melakukan kesalahan besar.", "Pepsi menyedari bahawa mereka tidak boleh pergi tanpa membayar apa-apa. Mereka membuat tawaran USD18 kepada setiap pemenang. Jumlahnya mencecah USD8.7 juta, berbanding anggaran asalnya sebanyak USD2 juta. Orang ramai tidak menganggap tawaran ini sebagai satu keuntungan.", "Satu kumpulan tindakan pengguna bernama “349 Alliance” dibentuk. Mereka mula melakukan tunjuk perasaan di Manila, di depan bangunan kerajaan dan juga ibu pejabat Pepsi di Manila. Situasi itu telah mula menjadi lebih ganas. Kemudian, rusuhan meletus. Lebih daripada 30 trak Pepsi dibakar dalam protes itu.", "Kemudian keadaan bertambah buruk. Polis dipanggil dan perusuh mula bertempur dengan mereka, melemparkan batu. Polis mula melemparkan tabung gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan.", "Kemudian penunjuk perasaan secara rawak melemparkan bom tangan secara langsung yang meluncur keluar dari trak Pepsi dan secara tidak sengaja membunuh seorang wanita dan seorang gadis muda.", "Pertempuran berterusan sepanjang hari. Menjelang akhir rusuhan, lima orang m4ti dan puluhan lagi cedera. Semuanya hanya kerana promosi pemasaran salah.", "Setelah semua itu selesai, Pepsi menghadapi ribuan tuntutan mahkamah bahawa ia harus diselesaikan pada tahun-tahun berikutnya. Terdapat perbicaraan yang panjang dan mahkamah perdagangan Filipina akhirnya memutuskan bahawa kesalahan Pepsi tidak berniat jahat dan tidak melakukan kejahatan.", "Pada akhirnya, jumlah kerugian keseluruhan Pepsi, antara kos fizikal, undang-undang, dan ekuiti jenama, telah mencapai USD20 juta. Bahagian pasaran mereka akan merosot dan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih.", "Ini adalah satu pengajaran yang agak mahal bagi jemana sebesar Pepsi.", "RUJUKAN:", "The Computer Error That Led to a Country Declaring W4r on Pepsi. https://www.mentalfloss.com/article/558202/pepsi-number-fever-promotion-failure-philippines" ]
https://www.thepatriots.asia/justice-league-zack-snyder-cut-vs-josh-whedon/
Justice League: Zack Snyder Cut VS Josh Whedon
[ "Aku baru habis layan Justice League: Zack Snyder Cut. Pertama, aku nak cakap yang versi ni jauhhh lebih baik daripada versi Justic League versi Josh Whedon punya. Meskipun sedemikian, tidaklah mengatakan versi Snyder ini sempurna, malah masih banyak kelemahan-kelemahannya.", "Pertama, kenapa aku katakan jauh lebih baik ialah cara Snyder mengambarkan setiap ahli Justice League. Beza dengan Whedon yang cuba meng-MCU kan JL, apabila downgrade semua superhero kecuali Superman, Snyder menghormati identiti JL itu sendiri dengan memperkenalkan kepada kita bahawa mereka ialah manusia-manusia berkuasa dewa atau persis dewa.", "Sebab itu kita nampak yang flashback awal di mana kita dapat melihat flashback apa yang berlaku pada zaman Age Of Heroes, bagaimana aku nampak dewa-dewi tamadun purba. Aku nampak dewa-dewi dari Yunani, Norse, Mongol malah sehingga ke Hindu pun dengan entiti yang aku percaya mewakili Dewa Krishna.", "Dan seperti mana Ages Of Heroes, maka gambaran pada superhero-superhero JL ini memang stay true pada godlike power deme. Dan Snyder lebih adil kepada watak Batman. Batman ada peranan lebih besar, tak nampak useless dalam ni, dan lebih berkualiti sebagai pemimpin. Cuma masih belum capai level Batman yang aku nak.", "Kau bayangkan kau tengah cakap pasal seorang manusia biasa yang mengetuai para dewa-dewi dalam sebuah organisasi. Tapi walaupun dia manusia biasa, pernah ada suatu masa seluruh ahli JL jadi jahat. Superman, The Flash, Cyborg dengan Wonderman antaranya. Semuanya superpower yang mengatasi Batman hampir dari segenap sisi. Batman berjaya tewaskan semua superhero ni sebab dia ada pelan kecemasan dia sendiri. Sebab tu Batman digelar sebagai the greatest detective in the world.", "Batman mungkin tak cukup kuat, tapi apa yang menjadikan seorang Bruce Wayne itu taraf dewa ialah kebijaksanaan dan geniusnya. Batman masih belum cukup genius pada mata aku walau dalam versi Snyder. Jadi, aku berharap filem lebih adil dalam menggambarkan watak seorang Batman. Superheroes terkuat dalam kalangan setiap ahli Justice Leagues.", "Tapi aku suka bagaimana superheroes yang diperkenalkan dalam ni diberikan lore-lore dan backstory tentang siapa diri mereka. Itu yang kurang pada versi Whedon. Perlu tahu JL ni bukan macam Avengers. Setiap ahli Avengers ada filem-filem mereka tersendiri, sebelum disatukan dalam sebuah filem. Jadi, penonton dah kenal setiap watak ini, tetapi tidak kebanyakan watak Justice League.", "Jadi, apa yang Snyder buat pada Flash, buat pada Cyborg adalah sangat layak sebab dua watak ini tidak memiliki filem mereka lagi. Lebih adil kenapa dua watak ini diberi lebih banyak exposure berbanding dengan watak-watak lain sebab dah ada filem tentang mereka.", "Aku lagi suka peranan The Flash pada hujung filem, di mana The Flash diberi peranan yang lebih kritikal. Peranan apa? Kena tengok filem dia sebab nanti spoiler. Berbanding versi Whedon, pada pertempuran terakhir, memang kerja si Whedon ni suka downgrade setiap watak yang power dalam JL.", "Seorang The Flash yang mampu melentur ruang dan masa, mampu berlari lebih laju daripada cahaya, dan mampu untuk undurkan masa sesuka hati mak dia sampai dia tercipta berapa banyal multiverse, hanya diberi peranan menyelamatkan entah siapa-siapa warga Russia yang tak ada significant besar pada filem.", "Kelemahan pada versi Snyder ni dia pacing dia. Ada masa, slow pacing dia sesuai sebab perlu untuk tangkap emosi setiap watak. Contohnya menceritakan apa yang jadi pada Louis selepas kehilangan Clark.", "Pacing slow awal filem memang aku setuju perlu. Tapi terkadang melewah pulak pacing dia, sampaikan ada babak yang tak perlu nak slow pun, dia suka slow, main-main dengan sinematografi, nak bagi setiap scene dia seindah mungkin. Nak skip, rasa sayang.", "Dan mungkin pada susunan plot filem ni. Agak berterabur sejujurnya. Dia macam caca merba. Part 1, part 2, part 3, tak ikut sequences yang sebetulnya bagi menampakkan plot lebih jelas. Benda yang aku rasa lebih layak diletakkan di part 1, dia pi bubuh kat part 3 atau 4. Carca merba betul dia susun plot.", "Lepas tu aku rasa filem ni dah jadi versi muzikal. Setiap babak mesti ada lagu-lagu pelik. Dah macam cerita Hindustan. Letak lagu-lagu pelik pada setiap scene tak menjadikan sebuah filem sebagai dark, bawak elemen depression dan seumpama dengannya. Mood tidak akan jadi lagi dark, melankolik kalau setiap scene kau nak bubuh lagu. Tapi mana lah tahu mungkin ni cara Snyder nak cuba benda baru?", "Lepas tu ada babak-babak yang aku rasa melewah sangat. Dia nak cerita pasal Clark lepas bangkit dari kem.at.ian, dan jumpa family dia pun nak ambil 10 minit masanya. Mengantuk betul layan babak-babak yang melewah ini. Seolah-olah aku rasa filem dipendekkan kepada tiga jam, tapi Snyder sengaja memanjangkan jadi 4 jam.", "Oh ya, aku suka lawak dalam filem ni. Lawak dia lebih witty, sarcastic sesuai dengan mood DC itu sendiri. Berbanding versi Whedon, semua pesyen lawak bodoh MCU. Tak sesuai, tak kena langsung dengan theme DC. Merosakkan betul.", "Dan pada penghujung filem ni, kita dihadapkan dengan dua kemungkinan sekuel. Sekuel pertama ialah mengenai preparation untuk melawan Darkseid yang merupakan Thanos versi DC, tapi lagi power, lagi menakutkan, lagi menghancurkan dan lagi power.", "Yang kedua, barangkali di alternate universe di mana mungkin mereka kalah dengan Steppenwolve. Mungkin Superman kehilangan Lois Lane, lantas jadi gila dan jadi Superman versi jahat yang lagi power, lagi memb.unu.h sampaikan superhero yang masih hidup terpaksa kerjasama dengan villain yang sedia ada untuk tundukkan Superman.", "Jadi, macam orang lain, aku akan trendingkan #RestoreTheSnyderverse", "Rating aku? 6.5/10" ]
https://www.thepatriots.asia/perbezaan-tayar-motor-gp-dengan-motor-biasa/
Perbezaan Tayar Motor GP Dengan Motor Biasa
[ "Umum memgetahui terdapat beza antara tayar motor GP yang digunakan ketika perlumbaan Motor GP dengan tayar motor biasa.", "Walau bagaimanapun, ramai diantara kita yang sebenarnya kurang mengetahui dengan lebih spesifik perbezaan tersebut.", "Dalam Motor GP ini sendiri terdapat banyak komponen penting yang akan memainkan peranan untuk prestasti jentera dan pelumba, antaranya adalah tayar.", "Maka tidak hairanlah apabila kebelakangan ini Valentino Rossi kerap mengkritik tayar yang digunakan oleh beliau.", "Terdapat tiga perbezaan utama antara tayar Motor GP dan juga tayar yang biasa.", "Pertama sekali adalah tekanan udara dalam tayar. Tekanan udara dalam tayar harus mengikut spefikasi yang telah digariskan oleh pengilang.", "Hal ini adalah untuk menjamin keselamatan pelumba dan juga pada masa yang sama untuk prestasi terbaik.", "Uniknya pada tahun ini, kesemua tayar harus dilengkapi dengan alat pengesan untuk memastikan kesemua pasukan menggunakan tayar dengan tekanan udara yang dibenarkan.", "Kadar tekanan yang dibenarkan adalah dua bar pada tayar hadapan dan 1.8 bar pada tayar belakang.", "Rendah tekanan udara pada tayar akan menyebabkan sentuhan permukaan tayar dengan litar meningkat, secara tidak lansung akan menyebabkan geseran yang berlebihan dan akan membuatkan suhu tayar naik dengan mendadak.", "Suhu tayar juga antara peranan penting yang sentiasa diberi penekanan. Uniknya suhu tayar ini akan dipantau bukan sahaja semasa perlumbaan berlansung tetapi dari sebelum perlumbaan lagi.", "Tayar-tayar yang akan digunakan perlu diletakkan dalam kotak pemanas.", "Michelin juga memgeluarkan kenyataan bahawa tayar perlu diletakkan di dalam kotak pemanas untuk jangka masa satu hingga dua jam bagi mencapai suhu yang optimum.", "Suhu yang disyorkan oleh Michelin untuk tayar hadapan adalah 100 darjah celcius, manakala untuk tayar berlakang adalah 120 darjah celcius.", "Daya ketahanan tayar juga berbeza jika mahu dibandingkan. Daya ketahanan tayar Motor GP dicipta dengan tinggi supaya dapat mengurangkan risiko tayar akan meletup atau rosak ketika perlumbaan.", "Ini kerana ketika motor memecut dalam garisan yang lurus, daya yang diterima adalah berjumlah 2200 daya newton.", "Daya yang berlaku lebih tinggi apabila motor berhenti secara mendadak. Anggaran daya yang berlaku adalah sekitar 2500 newton.", "Jika kita kupas setiap satu perincian dengan lebih mendalam, kita pasti akan lebih kagum tentang dunia permotoran.", "Dalam perlumbaan bukan sekadar pelumba bersaing dengan sesama sendiri malahan aspek teknikal juga turut diambil kira." ]
https://www.thepatriots.asia/yandere-ketaksuban-cinta-yang-membunuh/
Yandere: Ketaksuban Cinta Yang Membunuh
[ "Pada 23 May 2019, berlaku kejadian percubaan bunuh oleh\nwanita berusia 21 tahun terhadap teman lelakinya di bangunan kediamannya yang\nterletak di Shinjuku Ward, Jepun. Pada 3.50 pm, wanita bernama Takaoka Yuka membawa\npisau dapur dan menikam temannya sekitar umur 20 hingga 30 tahun di bahagian\nabdomen.", "Kejadian berlaku di tingkat 5 bangunan kediaman, setelah\ntikaman kedua, mangsa berjaya melarikan diri ke tingkat bawah. Takaoka kemudian\nmenelefon pihak polis bagi melaporkan kejadian tersebut. Setelah pihak polis\ndatang, mangsa hampir nyawa-nyawa ikan dengan dua tikaman manakala Takaoka\nduduk di tepi mangsa.", "Mangsa dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut dan pihak polis\ntelah menangkap Takaoka bagi siasatan lanjut. Takaoka ketika ditahan\nmenyatakan: “Saya juga nak mati”. ", "Kes cubaan membunuh ini amat aneh secara keseluruhannya.\nPenjenayah menikam mangsa kemudian melaporkan kepada pihak polis untuk menyerah\ndiri. Dalam siasatan awal, motif cubaan pembunuhan ini adalah ketaksuban cinta\nTakaoka terhadap teman lelakinya sehingga merasa ingin membunuhnya. Berikut ada\nnota-nota tinggalan Takaoka yang penuh dengan ayat hiragana ‘Suki’, yang\nbermaksud suka.", "Membunuh kerana sukakan pasangan? Ini kes aneh pernah saya\nbaca. Namun apa yang menarik dalam kes ini adalah reaksi netizen terutamanya\npara otaku, iaitu seseorang yang mempunyai minat mendalam terhadap budaya Jepun\nterutamanya anime, manga, dan permainan video. Otaku menyifatkan kelakuan\nTakaoka ini mengambil karakter Yandere. ", "Yandere adalah karakter fiksyen untuk wanita di mana dia\nberwatakan baik, mengambil berat, innocent, serta bermacam kelakuan baik namun\napabila masuk bab percintaan, dia boleh menjadi seseorang yang psikopat, kejam,\ndan taksub dengan pasangannya. Apabila pasangannya didekati wanita lain, bunuh\nadalah cara terbaik untuk menghilangkan cemburu wanita Yandere ini. Apabila\nhubungan mereka mencapai suatu tahap yang kritikal, pembunuhan terhadap\npasangan berkemungkinan besar terjadi, seterusnya menamatkan hidupnya, konon\ncinta mereka adalah abadi sepenuhnya.", "Pemikiran Yandere adalah bersifat narsistik kerana dasar\nketaksubannya untuk memiliki pasangannya secara kekal dan tidak mahu\npasangannya berhubung dengan wanita lain bagi mengetahui bahawa dia\nsatu-satunya milik si Yandere sendiri. Wanita Yandere dikaitkan dengan\nkepelbagaian personality bagi memahami perubahan kelakuan yang dialaminya\napabila masuk hal percintaan. ", "Menurut US Department of Health and Human Services, karakter\nYandere adalah kesakitan mental yang boleh mencederakan sesiapa, di mana ia\nboleh bertindak ganas atau paling teruk melakukan jenayah terhadap orang lain.\nTerma Yandere ini kemudian kerap digunakan dalam dunia media Jepun seperti\nindustri manga dan anime pada 1980 dan Yandere termasuk dalam jenis karakter\npada awal 2000-an. ", "Kembali kepada kes Takaoka, otaku melihat ke-yandere-an\nTakaoka sama seperti watak Gasai Yuno dari anime Future Diary (Mirai Nikki).\nGasai Yuno terkenal dengan ke-yandere-nya dalam kalangan otaku sendiri sehingga\nmuncul sebuah meme mengaitkan dengan Takaoka yang semakin popular tular di\nmedia sosial Facebook.", "Yang menarik perhatian saya adalah galeri cosplay Takaoka\nini. Bila dikaitkan dengan sifat Yandere Takaoka, saya dapat mengagak bahawa\ndia cuba menghayati personaliti Yandere sehingga ia memakan dirinya. Selaku\notaku dia mesti mengetahui hal Yandere ini. Atau mungkin juga dia sememangnya\nseorang psikopat sejak dulu lagi, taksub dengan percintannya.", "Bagi saya, kewujudan karakter fiksyen Yandere ini lahir dari\nrealiti itu sendiri terutamanya dalam kisah-kisah percintaan yang bertepuk\nsebelah tangan dan seterusnya si wanita menamatkan riwayat pasangan dan dirinya\nbagi mengekalkan kesucian cinta mereka. Bukti yang jelas adalah dari kisah\nlagenda Jepun iaitu Kiyohime. ", "Kiyohime adalah anak perempuan kepada tuan tanah atau ketua\nkampong bernama Shoji yang tinggal di kawasan sungai Hidaka. Keluarga Kiyohime\namat kaya sehingga membuka tempat penginapan untuk para sami yang mengembara ke\nbiara untuk bertafakur.", "Suatu hari, sami yang berwajah kacak bernama Anchin telah\njatuh cinta dengan Kiyohime. Namun atas tanggungjawabnya sebagai sami, Anchin\nharus menjauhkan diri bagi bertemu cintanya lagi. Kiyohime mengamuk dan\nberdendam dengan Anchin yang dia anggap telah melupakan percintaan mereka. Tiba\ndi Sungai Hidaka, Anchin meminta pemilik bot untuk menumpang dan menyeberang\nsungai tersebut. Kiyohime datang dan terjun ke sungai setelah melihat Anchin\nberada di pertengahan sungai. Kemarahan semakin mendadak sehingga Kiyohime\nmenjelma ke bentuk ular atau naga.", "Anchin yang melarikan diri tiba di biara bernama Dojo-ji dan\nmeminta bantuan para sami. Para sami tersebut menyembunyikan Anchin ke dalam\nsebuah loceng besar bernama Bonsho. Namun malang menimpa Anchin, Kiyohime dalam\nbentuk naga dapat menghidu bau Anchin dalam Bonsho. Dia mengelilingi Bonsho itu\ndan mengetuk beberapa kali dengan ekornya, seterusnya membakar loceng besar itu\nsehingga Anchin meninggal dunia.", "Inilah kisah lagenda Kiyohime yang penuh tragis dalam\npercintaan. Di Barat juga terdapat kisah yang hampir serupa iaitu kisah\nmengenai tokoh mitologi bernama Brynhild ataun Brunhild. Kisah Brynhild ada dua\nversi iaitu versi Norse dan Jerman. Dalam versi Norse Brynhild adalah seorang malaikat\npelindung atau Valkyrie kepada bapa dewa Odin manakala dalam versi Jerman,\nBrynhild adalah ratu Iceland.", "Walaupun ada dua versi namun penceritaannya hampir sama.\nBrynhild tinggal di Gunung Hindarfjall yang dikeliling oleh api. Brynhild\nsebenarnya dihukum oleh dewa Odin kerana dia melanggar peraturan sehingga Odin\nmurka. Suatu ketika, raja Burgundy iaitu Gunnar ingin melamar Brynhild maka dia\nmeminta bantuan Sigurd iaitu pemburu naga bagi menunaikan hajatnya. Tiba di\nGunung Hindarfjall, Gunnar tidak boleh melintasi api. Maka, Sigurd memberanikan\ndiri melintasi api sebagai wakil Gunnar.", "Namun syarat untuk mengahwini Brynhild adalah seseorang yang\nmampu melintasi api. Maka, Sigurd adalah orangnya namun dia telah berkahwin dan\nterpaksa menyamar bagi memenuhi syarat Brynhild. Mereka berdua kemudian tidur\nbersama dengan Sigurd memacakkan pedangnya di tengah-tengah katil sebagai\nsempadan menjaga kehormatan Brynhild. Keesokkan paginya, mereka bertukar cincin\nsebagai perikatan perkahwinan mereka. Gunnar dan Sigurd pulang dengan berita\ndan menempatkan Brynhild ke istana Gunnar.", "Gudrun, isteri Sigurd dan adik Gunnar mandi bersama Brynhild\ndi suatu kolam. Mereka berdua bersaing suami siapa yang paling berani. Namun\napabila Brynhild menyatakan suaminya mampu menyeberang api, Gudrun menjelaskan\nperkara sebenarnya dan memulangkan cincin yang Brynhild berikan. Brynhild\nmerasakan cintanya dikhianati mengamuk dan memaksa semua kerabat diraja\nberkumpul di istana. Sigurd menjelaskan perkara sebenarnya namun Brynhild masih\ntidak mempercayai kata-kata Sigurd. Malah Brynhild dengan berani mengarahkan\nGunnar membunuh Sigurd. Gunnar membunuhnya dan merasa hampa. Brynhild merasa\ngembira yang amat atas pembunuhan tersebut dan segera mencapai pisau,\nseterusnya membunuh diri.", "Byrnhild sebenarnya teramat sedih kerana cintanya hanya\nsemata-mata Sigurd dan merasakan cintanya tidak suci lagi atas pengkhianatan\nSigurd. Ini yang mendorong Brynhild membunuh diri. Kemudian mereka dikubur\nsecara bersebelahan.", "Watak mitologi Kiyohime dan Brynhild semakin popular dalam permainan video Jepun terutamanya Fate/Grand Order (FGO). Mereka berdua dimanifestasikan sebagai Servant iaitu roh yang membantu Master dalam Perang Holy Grail. ", "Kedua-dua Servant ini ditanam dengan karakter Yandere: Kiyohime menganggap Master sebagai Anchin dan mengekori Master supaya tidak curang kepadanya dan Brynhild yang masih sayangkan Sigurd sehingga apabila Sigurd hadir dalam bentuk Servant, Brynhild wajib membunuhnya.", "RUJUKAN:", "Andersson, Theodore M. (1980). The Legend of Brynhild.\nIthaca, NY: Cornell University. ", " “Japanese woman likes\nman so much, she ‘couldn’t help’ but stab him in the tummy”.  Retrieved 26 May 2019. https://mothership.sg/2019/05/japanese-woman-stab-man/", "Ueda Akinari (6 August 2012). Ugetsu\nMonogatari or Tales of Moonlight and Rain (Routledge Revivals): A Complete\nEnglish Version of the Eighteenth-Century Japanese collection of Tales of the\nSupernatural. Routledge. pp. 252. Retrieved 26 May 2019.", "“What Does Yandere Mean?” Retrieved 26 May 2019. https://www.dictionary.com/e/fictional-characters/yandere/", "“Woman Stabs Male Acquaintance at Shinjuku Residence”.\nRetrieved 26 May 2019. https://www.google.com/…/woman-stabs-male-acquaintance…/amp/" ]
https://www.thepatriots.asia/menulis-bukan-perkara-mudah/
Menulis Bukan Perkara Mudah
[ "Menulis bukan perkara yang mudah. Seperti komando menyelinap musuh dari belakang memegang pisau Fairbairn-Sykes, perkara yang aku takutkan datang menghampiri aku. Ketakutan dan kegelapan seakan-akan melemaskan aku. Masa dan manusia di sekeliling aku ‘terhenti’ tidak ubah seperti melihat filem perlahan.", "Kemurungan.", "Aku sedar. Namun, kaki dan tangan seolah-olah dikunci. Dalam keadaan ‘terhenti’ dan hanya melihat manusia bergerak ke depan, air mataku bertakung. Perasaan hampa, marah, kecewa dan banyak lagi bercampur. Aku seperti hanyut dalam kegelapan malam. Hari yang cerah di mataku hanyalah gambar kelabu.", "‘Rock bottom’ tidak mungkin dapat menggambarkan perkara yang sebenar. Aku umpama berada dalam telaga yang gelap. Kering dan tiada orang. Aku terduduk sambil melihat ke atas. Cahaya yang aku lihat hanyalah jalan keluar.", "1. Bercakap dengan manusia.", "Mungkin agak pelik, namun kebanyakan orang terutamanya pelajar tidak mahu berkongsi masalah mereka dengan kawan-kawan atau orang yang terdekat. Aku cuba untuk bercakap. Melihat muka-muka mereka, mulutku hanya melakar senyuman yang aku fikir tidak ikhlas dan dibuat. Mataku mencari perhatian mereka tetapi hatiku masih tertutup. Introvert. Mungkin.", "Mengangkat tangan dan berdiri, aku mula memegang dinding-dinding telaga.", "2. Buku, terapi bagi seorang Introvert.", "Siapa sangka buku dapat memberi seribu satu jawapan dan memberi beribu soalan. Bagiku, buku adalah jalan ke dunia fantasi. Sebagai pengkaji Perang Dunia Pertama, sajak dan peperangan adalah perkara yang dihiasi dengan bunga dan duri. Penyajak seperti Wilfred Owen dan Siegfried Sassoon menggambarkan situasi peperangan dan perasaan setiap askar. Ironi bukan. Seseorang yang mendalami peperangan, kerap menghadapi dilema dan kemurungan.", "Kaki diangkat dan nafas dihembus, penuh keperitan. Satu demi satu.", "3. Keluar dan lihat dunia.", "Berjalan dan mendengar muzik ‘instrumental’ merupakan aktiviti kegemaranku. Setiap langkah kakiku dipenuhi dengan fikiran tentang perihal manusia. Topik-topik seperti mengapa Perang Dunia Pertama berlaku dan siapa yang akan menggalas tanggungjawab aku bermain bagai tiada tanda untuk berhenti. Menghirup udara musim sejuk, aku mula berfikir masa depan dan bebanan yang aku bawa. Langkah demi langkah. Aku mencari sisa-sisa diri ini untuk dicantum semula. Kepala mendongak, mata memandang ke arah matahari terbenam.", "Genggaman tanganku tidak kemas dan aku jatuh semula.", "Masalah akan timbul. Kerap. Simulasi yang tidak menjadi dan kekecewaan tidak memahami apa yang dikaji adalah makanan ruji bagi aku. Aktiviti seperti duduk berseorangan, membaca buku sambil menghirup kopi menenangkan aku. Tingkat 9, perpustaakan universiti, aku telah jadikan tempat bagi aku untuk berfikir. Mataku akan memandang ke arah lapangan terbang yang sibuk. Ya, universiti aku terletak berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa. Nikmat untuk duduk berseorangan dan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah sendiri hanya dapat dirasai apabila kita putuskan diri dari gajet-gajet.", "Bertekad. Aku mencuba semula.", "5. Tahajjud, tempat aku mengadu.", "Akhirnya, tiada tempat lain untuk aku mengadu selain Allah. Bangun diawal pagi, mendirikan solat sunat. Dengan rendah diri, aku akan memilih sudut yang gelap untuk mengadu. Aku sedar bagaimana susahnya untuk menitiskan air mata apabila dihadapanNya. Aku mengadu dan terus mengadu.", "Keluar.", "Masa kembali bergerak seperti biasa. Aku menoleh, melihat suasana bilik computer yang kembali menyinar. Tapi aku masih belum bergerak dari tempat aku berdiri. Membawa bebanan dan tanggungjawab, aku menyahut cabaran untuk ‘bergerak’. Mara kehadapan dengan penuh keazaman.", "Hatiku menjerit.", "‘Resilience’ atau ketahanan.", "Langkah demi langkah, mulutku berkata,", "“Resolute” atau tidak gentar.", "Melihat kerja-kerja yang bertimbun dihadapan mejaku, aku lakarkan senyuman dan berkata,", "“Faith” atau Allah, bagiku.", "Aku masih mencari jawapan. Berjalan. Optimis akan persimpangan yang aku akan ambil." ]
https://www.thepatriots.asia/8587/
10 Fakta Menarik Mengenai Pepatung
[ "1. Nama saintifik pepatung adalah Anisoptera yang bermaksud ‘sayap berlainan saiz’ yang merujuk kepada sayap belakang yang sedikit pendek dan lebar berbanding sayap dihadapan.", "2. Pepatung mempunyai kebolehan mengawal suhu badan sendiri. Salah satu caranya adalah dengan mengibaskan sayapnya dengan laju untuk meningkatkan haba badan. Selain itu, pepatung menggunakan sinar cahaya matahari untuk meningkatkan suhu badannya. Ia memposisikan tubuhnya dalam keadaan yang paling banyak terdedah pada matahari dan menggunakan sayapnya untuk memantulkan cahaya keatas badannya. Begitu juga dengan menyejukkan badannya, sayapnya digunakan untuk memantul cahaya daripada badannya.", "3. Pepatung menangkap mangsanya di udara (mid-air) semasa sedang terbang. Saintis di Harvard University pernah cuba merakamkan pepatung yang sedang menangkap mangsa. Mereka mendapati proses terbang, tangkap, dan turun semula hanya mengambil masa 1 – 1.5 saat sahaja. Pepatung akan mati kelaparan jika ia mengalami kegagalan untuk terbang. Saintis menggelarkannya sebagai ‘the perfect killer’.", "4. Pepatung mampu terbang sejauh 100 kaliganda panjang badannya dalam masa satu saat, atau kira-kira sejauh 30 batu per jam.", "5. Seekor pepatung mampu memakan kira-kira 30 – 100 ekor nyamuk dalam masa sehari.", "6. Organ reproduktif pepatung berbeza dengan serangga lain dimana organ reproduktifnya terletak di segmen kedua dan ketiga berbanding di hujung abdomen seperti serangga yang lain. Namun begitu, spermanya disimpan di segmen kesembilan abdomennya.", "7. Mata lensa pepatung mampu melihat lebih banyak spektrum warna berbanding manusia. Ia menggunakan 80% keupayaan otaknya hanya untuk memproses maklumat visual yang diterima.", "8. Pepatung mampu hidup sehingga beberapa minggu secara puratanya. Namun ada juga beberapa jenis pepatung yang mampu hidup sehingga 1 tahun lamanya. ", "9. Pepatung merupakan pemangsa yang sangat efisien. Ia mampu menangkap secara berjaya kira-kira 95% daripada pemburuannya. Jika dibandingkan dengan ikan yu, yang merupakan antara pemangsa paling garang didunia, ia hanya mampu kecapi 50% pemburuannya sahaja. ", "10. Pepatung mampu menghancurkan mangsanya hanya dengan menggigit mangsanya menggunakan rahang yang sangat kuat. Sehinggakan pepatung yang lebih besar daripada biasa mampu menggigit kulit manusia sehingga pecah dan tembus.", "#AC" ]
https://www.thepatriots.asia/rasullulah-s-a-w-dan-maharaja-rom-heracliusheracles/
Rasullulah S.A.W Dan Maharaja Rom Heraclius/Heracles
[ "Membaca kisah Heraclius/Heracles, maharaja Byzantine atau “Rom Timur” dari tahun 610-641. Rupa-rupanya riwayat hidupnya banyak persamaan dengan Rasulullah s.a.w. Seolah-olah terdapat “parallel lives” antara mereka.", "Dari tahun 602-628, berlaku perang di antara Byzantine (Rom) dan Parsi, dua kuasa terbesar. Pada peringkat awal, Rom dalam keadaan kekalahan.", "Tahun 610, Heraclius menaiki takhta maharaja. Pada tahun itu juga Rasulullah menerima wahyu pertama.", "Tahun 613, Heraclius melantik diri sebagai panglima, menggalas tanggungjawab menentang tentera Parsi. Pada tahun yang sama, Rasulullah mula berdakwah secara terbuka. Mereka mengalami rintangan demi rintangan.", "Tahun 619, Heraclius telah kehilangan Syria, Mesir dan Jerusalem. Semangat moralnya berada di tahap terendah. Tahun 619 juga merupakan Tahun Berduka (Amul Huzni) Rasulullah, dengan kehilangan isterinya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib yang merupakan tulang belakang Baginda selama ini.", "Kemudian, berlaku turning point dalam perjuangan Heraclius dan Rasulullah.", "Tahun 622, Heraclius mengubah strategi dari bertahan di dalam kota Constantinople kepada melancarkan counter-offensive di luar Constantinople, dengan itu Rom mencapai kemenangan pertama ke atas Parsi. Pada tahun yang sama, Rasulullah dan Muslimin berhijrah dari Mekah ke Madinah, membuka bab baru dalam perkembangan Islam.", "Tahun 627, Heraclius mencapai kemenangan muktamad ke atas Parsi dalam Pertempuran Nineveh. Perang Khandaq juga berlaku pada tahun yang sama. Muslimin mencapai kemenangan muktamad ke atas pasukan Al-Ahzab Quraisy dan Bani Nadir.", "Tahun 628, Parsi akhirnya berdamai dengan Rom. Tahun yang sama, Quraisy memeterai Perjanjian Hudaibiyah dengan kaum Muslimin.", "Tahun 630, Heraclius memasuki Jerusalem sebagai pemenang dan mengembalikan salib True Cross yang dirampas oleh Parsi. Pada tahun 630 (20 Ramadan 8 Hijrah), Rasulullah menakluki Mekah tanpa pertempuran darah dan menyucikan Kaabah.", "Masing-masing berjuang selama 20 tahun untuk merasai kemanisan kemenangan.", "“Dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ar-Rum, Ayat 4-5)", "#tadabbur", "(gambar: surat Rasulullah kepada Heraclius, di baris kedua tertera nama “Hiraqli, Azim al-Rum”)" ]
https://www.thepatriots.asia/adam-bridge-dalam-legenda-islam-dan-mitologi-hindu/
Adam Bridge Dalam Legenda Islam Dan Mitologi Hindu
[ "Baru-baru ini, Utusan Malaysia menerbitkan sebuah fakta berkenaan Jambatan Adam atau Jambatan Rama (nama panggilan bagi masyarakat Muslim dan Hindu di India dan Sri Lanka). Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, selepas menerima tekanan sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan fakta tersebut, pihak akhbar memohon maaf dan menarik balik fakta tersebut. Hakikatnya, kisah jambatan ini menarik perhatian ramai pengkaji sejak dahulu lagi.", "Jambatan Adam ialah sebuah rantaian beting batu kapur yang menghubungkan Pulau Pamban di tenggara Tamil Nadu, India dengan Pulau Mannar yang bertempat di barat laut Sri Lanka. Jambatan ini berukuran 48 kilometer panjang merentasi teluk berkenaan.", "Sesetengah bahagian jambatan masih kelihatan timbul dari pasar air laut setinggi satu meter. Dikatakan jambatan ini boleh dilintasi sesiapa saja sehingga abad ke-15 Masihi. Abad tersebut menyaksikan berlakunya ribut tropika kuat yang menenggelamkan jambatan ini pada tahun 1480 Masihi.", "Berdasarkan mitos epik Hindu Ramayana, Dewa Rama dan para t3nt3r4 Vanara (monyet berupa manusia) bertanggungjawab membina jambatan dari India ke Lanka (Sri Lanka) itu. Tujuannya ialah menyelamatkan isterinya Sita Dewi dari genggaman raja Rakshasa iaitu Ravana (Rawana dalam Hikayat Seri Rama).", "Ravana, raja Rakshasa yang mempunyai sepuluh kepala mengumpan Sita dengan kehadiran rusa emas yang sakti. Termakan dengan umpan baginda, Ravana berjaya menangkapnya dan membawanya ke Lanka. Baginda berbuat demikian kerana murka dengan tindakan Rama mencederakan hidung adindanya, Shurpanakha. Dengan menculik Sita, ia dianggap satu deklarasi d3nd4mnya terhadap Rama.", "Sedar tentang apa yang berlaku, Rama segera mengumpul kekuatan t3nt3r4 diperlukan untuk pergi ke Lanka. Dewa Brahma menyediakan bala tentera Vanara untuk membantunya. Dengan bantuan ketua Nila bersama dan seorang jurutera bernama Nala, tentera Vanara berjaya membina jambatan ke Lanka dalam tempoh lima hari.", "Setibanya di Lanka, kedua-dua angkatan p3r4ng bertembung dan tercetuslah pert3mpvran sengit antara mereka. Rama bert3mpvr dengan Ravana selama beberapa hari sebelum akhirnya mvsvhnya itu tumbang terkena p4n4h yang dilepaskan Rama.", "Sementara dunia Islam dan Barat mula mengenali Jambatan Adam menerusi Kitab al Masālik w’al Mamālik yang dikarang birokrat kerajaan Abbasiyyah dan ahli geografi Parsi terkenal, Ibnu Khordadbeh. Kitab al-Masalik w’al Mamalik atau Kitab Laluan dan Kerajaan menyentuh satu lokasi di Sri Lanka yang dipanggil Set Bandhai atau Bridge of the Sea.", "Mengikut kepercayaan masyarakat Muslim India dan Sri Lanka yang direkodkan dalam kitab tersebut, mereka percaya jambatan inilah yang digunakan Nabi Adam a.s untuk menyeberang ke tanah besar Asia.", "Selepas turun dari syurga di satu lokasi yang dipanggil Puncak Adam, baginda menggunakan jambatan tersebut untuk menyeberang dan meneruskan perjalanan mencari isterinya yang tercinta, Hawa. Lantas atas sebab itulah, jambatan itu diberi nama Jambatan Adam.", "Terdapat kumpulan yang percaya bahawa cerita lagenda kitab Ramayana termasuk dalam garis masa sejarah dan percaya Jambatan Adam merupakan binaan Rama dan ketvmbvkan Varana. Kumpulan ini terdiri daripada kelompok nasionalis Tamil dan para konservatif Hindu.", "Kumpulan penyelidikan professor S.M. Ramasamy dari Centre of Remote Sensing (CRS), Bharathidasan University mendakwa pentarikhan karbon pada kawasan pantai berdekatan Jambatan Adam sezaman dengan masa pembinaan jambatan yang direkodkan dalam kitab Ramayana iaitu sekitar 3,500 tahun lalu.", "S. Badrinarayanan, bekas pengarah organisasi Geological Survey of India turut menegaskan mustahil Jambatan Adam adalah sebahagian dari aktiviti geologi kerana kehadiran lapisan tanah yang longgar di bawah batu karang di sepanjang laluan jambatan. Batu karang biasanya tumbuh di atas batu tetapi kehadiran lapisan tanah ini mencurigakan kerana mustahil batu karang tumbuh di kawasan tidak berbatu.", "Bagaimanapun, dakwaan Jambatan Adam dibina oleh Rama yang dipelopori golongan nasionalis Tamil dan konservatif Hindu memakan diri dan dipatahkan oleh para ahli geologi. Mereka mengkaji pembentukannya melalui pemerhatian dari foto yang diambil oleh satelit NASA. Tambahan pula, laporan dari Archaeological Survey of India turut menunjukkan bahawa tiada bukti kukuh berkenaan aktiviti pembinaan jambatan tersebut.", "Bagi memperoleh bukti Jambatan Adam terhasil daripada pembentukan aktiviti geologi, ia agak sukar dilaksanakan ketika ini. Ini kerana ekspedisi sebegini memerlukan sejumlah dana yang besar dari badan berkaitan seperti Indian Council of Historical Research (ICHR). Selain itu, pasukan yang dihantar harus berwaspada dengan 4nc4m4n kesihatan ketika ini seperti pandemik Covid-19.", "Satu-satunya bukti yang mematahkan hujah Jambatan Adam merupakan binaan Rama ialah gambar satelit yang telah dikumpul. Berdasarkan data satelit mereka, organisasi Marine and Water Resource Group of the Space Application Centre (SAC) dari Indian Space Research Organisation (ISRO) memutuskan Jambatan Adam terdiri daripada 103 buah beting kecil, sesetengah daripadanya ialah beting batu karang yang mati dan beting pasir.", "Pemerhatian ini sudah cukup sebagai bukti kewujudan sebenar Jambatan Adam. 100,000 tahun dulu, ketika paras air laut masih rendah berbanding hari ini, terdapat tombolo iaitu jambatan pasir semula jadi yang menghubungkan India dan Sri Lanka sebelum tenggelam akibat kenaikan paras air laut. Yang tinggal hanyalah beting pasir dan terumbu karang yang terhasil daripada aktiviti hakisan air laut terhadap tombolo berkenaan.", "Sebagai penulis dan pencinta sejarah, apa yang dilakukan Utusan Malaysia merupakan satu kesilapan. Pihak akhbar seharusnya tidak tunduk dengan tekanan kelompok tertentu yang berusaha mengetengahkan naratif palsu mereka dan berpegang teguh dengan apa yang dilaporkan. Sudah jelas kelompok ini yang dikenali sebagai geng Chola tidak senang apabila media arus perdana pula membongkar pembohongan yang dibawa mereka selepas The Patriots melakukannya.", "Justeru, nasihat penulis kepada barisan editor, penulis dan wartawan Utusan Malaysia, berani kerana benar, takut kerana salah. Teruskan mengetengahkan fakta sebagai santapan minda kepada para pembaca biarpun pahit ditelan oleh kelompok tertentu.", "Dan paling penting, jangan tunduk dengan tekanan orang sebegini. Orang sebegini bila diberi betis, nakkan peha. Jangan risau, kami bersama anda mendepani naratif palsu yang dijaja geng Chola!", "RUJUKAN:", "Sophia Bardi, Ariel. (2017). God or Geology? The Genesis of Ram’s Bridge. Hakai Magazine. https://www.hakaimagazine.com/news/god-or-geology-genesis-rams-bridge/", "Bahuguna, Anjali et al. (2003). IRS views the Adams bridge (bridging India and Sri Lanka). Journal of the Indian Society of Remote Sensing. 31(4): 237–239.", "C.P. Rajendran. (2018). A Post-Truth Take on the Ram Setu. The Wire. https://thewire.in/media/post-truth-take-ram-setu", "Suckling, Horatio John (1876). Ceylon: A General Description of the Island, Historical, Physical, Statistical. Containing the Most Recent Information. Chapman & Hall. Muka surat 58.", "Tennent, James Emerson (1859). Ceylon: An Account of the Island Physical, Historical and Topographical. London: Longman, Green, Longman, and Roberts. Muka surat 13.", "Louise, Rita. (2013). Rama’s Bridge: Where Modern Science And Ancient Myths Collide. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/human-origins-opinion-guest-authors/ramas-bridge-where-modern-science-and-ancient-myths-collide" ]
https://www.thepatriots.asia/the-batman-2022-cara-terbaik-menentang-korupsi/
The Batman (2022): Cara Terbaik Menentang Korupsi
[ "Masa tengok filem Batman tempoh hari, aku pun ada jugak terasa macam menonton filem Zodiac dan Se7en. Kalau tak pernah tengok, pergilah tengok. Dedua tu ada kat Netflix.", "Ceritanya pasal pembunuh bersiri yang tinggalkan clue di setiap mangsa. Dia nak polis buru dia guna clue tu semua. Sama macam The Riddler juga. Sengaja letak clue agar Batman cari dia. Clue dia pulak dalam bentuk teka-teki (riddles).", "Jadi memang dah agaklah akan ada kaki movie bandingkan filem The Batman dengan Zodiac dan Se7en. Banyak sangat persamaan. Kedua-duanya filem bosan. Banyak bercakap. Mungkin tak ramai yang pernah tonton tapi filem tu antara wajib tengok jugalah kalau nak jadi kaki movie.", "Cuma satu perkara yang orang selalu lupa dalam setiap edisi filem Batman. Dari edisi 1989 hinggalah 2022, isu utama yang diketengahkan adalah sama sahaja iaitu korupsi.", "Ini yang membezakan filem The Batman dengan filem-filem lain. Kalau kau jenis tengok filem duk perati dekat plot dan jalan cerita sahaja, kau mungkin akan terlepas pandang. Jenis dah habis cerita, dah tau siapa pembunuh, hero pun dah menang, terus balik tanpa reflect balik apa impak filem tu kepada kita. Sedangkan isu yang dibawa dalam The Batman sangatlah dekat dengan masyarakat dunia hari ini amnya dan masyarakat Malaysia khasnya.", "Imej negara kita dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini sangat terjejas. Isu 1MDB dan katak lompat parlimen menjadi sindiran negara luar. Itu ialah isu korupsi dan kleptokrasi. Kita kena ambil tahu sebab kita mungkin akan menerima kesan secara langsung seperti watak-watak dalam The Batman.", "***", "The Batman tunjukkan kepada kita bagaimana korupsi boleh berlaku. Thomas Wayne yang dah dilantik sebagai Datuk Bandar nak buat program pembaharuan untuk mereformasi semula Bandar Gotham. Dia nak basmi kemiskinan, kurangkan jurang ekonomi, dan menaikkan taraf hidup penduduk Gotham. Dia gelarkan program itu sebagai Renewal Fund.", "Sayangnya selepas Thomas dibunuh, Renewal Fund dijarah oleh ahli-ahli politik dan penjenayah di Gotham. Dana tu digunakan untuk rasuah ahli-ahli politik, penjawat awam, dan autoriti setempat. Ini kita gelarkan sebagai “slush fund”.", "Bandar Gotham ni punyalah korup, orang politik pun bekerja untuk/dengan penjenayah. Ramai yang cuba ubah keadaan itu termasuklah Jim Gordon. Tapi dari pangkat detektif sampai jadi Pesuruhjaya Polis, Jim tak dapat setelkan pun isu korupsi tu semua. Ia dah jadi barah. Dah jadi darah daging. Even polis-polis berpangkat tinggi sendiri pun tunduk dengan keadaan itu.", "Dari situasi inilah timbulnya orang seperti The Riddler. Dia ialah salah seorang mangsa hasil korupsi Renewal Fund. Thomas Wayne dah allocate sejumlah besar peruntukan kepada anak-anak yatim di Gotham. Tapi duit tu tak sampai kepada mereka.", "The Riddler sewaktu dalam tahanan beritahu dia tidur 30 orang sebilik, kaki kena gigit dengan tikus waktu tidur, dan bayi mati kesejukan. Tiada siapa peduli. Dia bandingkan dirinya dengan Bruce Wayne yang juga anak yatim tetapi membesar dalam rumah agam, cukup makan pakai, dan mewah. Padahal mereka sama saja; manusia yang tiada ibu bapa. Dia boleh jadi lebih baik jika ahli politik tidak korup.", "The Riddler meletakkan kesalahan itu kepada calon Datuk Bandar, Ketua Polis, Ketua Pendakwaraya, Falcone, dan Bruce Wayne atas trauma yang dia lalui sejak kecil. Plan akhir dia, dia nak letupkan benteng yang melindungi Bandar Gotham. Dia nak tenggelamkan Bandar Gotham bersama Datuk Bandar yang baru.", "***", "Kalau kita perhalusi, memang patut filem The Batman ni 2 jam 45 minit. Campur ending credit jadi 3 jam. Kita bukan sahaja dibawa melalui kehidupan Bruce Wayne atau Batman. Kita juga tanpa sedar sedang mengenali The Riddler.", "Penulis cerita ni buat kita rasa kasihan kepada The Riddler. Kita jadi bersetuju dengan tindakan The Riddler yang membunuh ahli politik dan penjawat awam yang korup. Kita jadi bersetuju bahawa itu sahaja cara untuk ubah keadaan di Bandar Gotham. Melawan korupsi dengan pendedahan dan pembunuhan.", "Cuba kita fikir keadaan negara kita hari ini. Ada beberapa nama yang terpalit dengan korupsi. Ada yang pernah dibicara di mahkamah, tetapi masih berlegar bebas. Ada juga yang buat jenayah, tetapi dipejamkan mata oleh pihak berwajib. Ada juga penjenayah yang dilindungi.", "Kalau kau ada kebolehan dan kepakaran macam The Riddler, kau rasa kau akan duduk diam saja tengok mereka berjalan ke sana-sini? Aku rasa tidak. Kau pun akan buat benda sama macam The Riddler.", "Namun begitu, sebagai seorang yang berpendidikan, kita tak boleh ikut cara The Riddler. Itu extreme. Ada cara lain yang juga efektif iaitu cara yang Batman dan Jim Gordon guna yakni melalui undang-undang. Itu akan dijelaskan dalam sequel nanti.", "Pasal Jim, aku sangat suka bila Batman cakap direct:", "“You’re not corrupt.”", "Seorang pegawai polis yang tak korup dah cukup untuk mengubah keadaan dengan bantuan Batman. Tak perlu ramai pun. Mujurlah dekat-dekat ending tu, Jim beritahu ada ramai lagi polis lain yang tak korup duk tunggu di luar 44 Below. Itulah kuasa integriti. Satu jadi jujur, yang lain akan mengikut.", "Dari situ, kita boleh nampak untuk mengubah sistem yang korup, kita kena kekal pada landasan yang benar. Lambat laun, perjuangan kita pada kebenaran tu akan terbalas. Akan ada yang ikut.", "***", "Bukan sahaja The Riddler, Catwoman juga salah seorang mangsa akibat sistem yang korup di Gotham. Falcone tu bapak dia. Mak dia kena bunuh dengan Falcone tapi apa dia boleh buat? Nak report polis? Polis pun duk bawah tapak kaki Falcone.", "Jadi apa yang Catwoman mampu buat hanyalah mencari lubang di dalam sistem itu iaitu merompak dan mencuri wang-wang jenayah Falcone.", "Mujur juga Batman ditemukan dengan Catwoman. Batman akhirnya sedar bahawa dunia ini bukan hitam dan putih sahaja. Ada orang yang macam Catwoman.", "Itu belum lagi masuk karakter villain yang lain seperti The Joker, Two Face, Bane, atau Scarecrow. Keistimewaan DC ada di situ. Orang boleh menyelami pemikiran villain kerana semua filemnya berbentuk character-driven.", "Pernah dulu aku ulas tentang Thanos dan falsafah utilitarianisme. Terkejut monkey bebudak Marvel bila tahu\nThanos tu sebenarnya sangatlah menarik dan complex. Yela, selama ni deme tengok cerita sekadar nak buat gelak-gelak, nak tengok power, nak tengok action. Benda falsafah dalam cerita tu mana nak fikir. Last-last fan DC yang tolong rungkaikan.", "****", "Di situlah bezanya filem Batman dan filem-filem lain tak kiralah filem superhero ataupun filem biasa. Penonton dibawa menyelami kehidupan sisi villain kerana di dunia sebenar, begitulah keadaannya. Semua perkara yang terjadi adalah bersebab. Tidak ada manusia yang dilahirkan jahat.", "Akhir kata, moga-moga lepas tengok The Batman ni, kita tanamkan dalam hati kita betapa bangsat, jijik, dan kotornya budaya rasuah. Kesannya bukan kepada seorang dua, tetapi ramai dan akan diwarisi banyak generasi.", "Harap semua fahamlah kenapa The Batman ni filem superhero dan bukannya filem penyiasatan serupa Zodiac dan Se7en. Wataknya ialah superhero yang mahir banyak perkara dan kali ini kemahiran yang ditonjolkan ialah kemahiran menyiasat." ]
https://www.thepatriots.asia/betul-ke-haarp-menjadi-punca-gempa-bumi-di-turkiye/
Betul Ke HAARP Menjadi Punca Gempa Bumi Di Turkiye?
[ "Baru-baru ini ada yang mendakwa gempa bumi yang terjadi di Turki dilakukan oleh Amerika Syarikat melalui HAARP. Katanya itu sebagai balasan kepada Turki kerana tidak menerima keahlian Sweden dalam North Atlantic Treaty Organization (NATO). Untuk pengetahuan semua, setiap ahli anggota NATO perlu bersetuju andai ada negara yang mahu menyertai gabungan tersebut. Kalau ada negara yang tak bersetuju biarpun hanya 1 sahaja, NATO tak akan terima. Inilah yang dijadikan sebab untuk Amerika Syarikat menggunakan HAARP ke atas Turki.", "Walau bagaimanapun dakwaan ini disangkal oleh profesor fizik gunaan di Harvard School of Engineering and Applied Sciences iaitu David Keith. Beliau menjelaskan tiada mekanisme yang diketahui untuk apa-apa dari jauh seperti HAARP untuk memberi kesan kepada gempa bumi.", "Malah profesor fizik persekitaran angkasa lepas di Universiti Reading iaitu Michael Lockwood berkata dakwaan ini muncul berpunca daripada program yang pada mulanya menggunakan gelombang radio untuk berkomunikasi dengan kapal selam.", "Kalau HAARP ni bukan punca gempa bumi dan sebagai senjata, apa fungsi benda ni?", "HAARP merupakan satu program yang dibiayai secara bersama oleh Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy), Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF), University of Alaska Fairbanks (UAF) dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA). Projek ini bertujuan untuk menghantar gelombang radio untuk memanaskan elektron dalam ionosfera, lapisan atas atmosfera Bumi, untuk mengkaji kesannya terhadap sistem komunikasi.", "Macam mana HAARP boleh dibangunkan?", "Menjelang 1993, pembangunan projek HAARP telah mendapatkan kebenaran Amerika Syarikat melalui usaha senator Alaska iaitu Ted Stevens. Setelah siap, HAARP dikatakan mampu memancarkan gelombang radio sebanyak 3.6 megawatt tanpa henti. Untuk kesan gelombang daripada HAARP ni senang je, boleh gunakan radar UHF & VHF.", "Kepada pentaksub teori konspirasi sekalian, korang boleh gunakan radar UHF & VHF untuk mengesan gelombang HAARP di sekitar rumah korang. Kalau ada tu memang betul korang sedang berada dalam sasaran. Tapi tak perlu buat pun sebab korang tak ada kepentingan untuk mereka. ", "Kehadiran HAARP ini akan dapat membantu memperbaiki sistem komunikasi kapal selam. Paling penting sekali adalah HAARP boleh mengesan bunker-bunker tersembunyi yang berada di seluruh dunia. Bermakna makin mudahlah untuk kita menangkap golongan militan dan pemberontak. Masalahnya gelombang HAARP ni tak boleh cover satu dunia. Kalau nak pakai juga, kena pasti HAARP boleh bergerak dengan fleksibel.", "Selain itu, HAARP juga digunakan untuk mengkaji ciri-ciri ionosfera, memerhati struktur aurora dan mendokumentasikan kepelbagaian lapisan ozon. Jadi jelaskan dekat sini, HAARP bukan dicipta untuk dijadikan senjata.", "Tapi kenapa masa tahun 2013, HAARP ditutup secara tiba-tiba? Mesti ada kerang di sebalik kuey teow. Mungkin deme tengah upgrade HAARP agar menjadi lebih berkuasa. ", "Sebenarnya HAARP ditutup sekejap sebab nak cari kontraktor yang boleh menguruskan projek itu. Masalahnya tak ada siapa yang nak urus sehingga USAF ambil keputusan untuk tutup HAARP. Saintis memang tak puas hati sebab penat-penat je hasilkan teknologi sehebat itu tetapi ditutup juga akhirnya. HAARP bernasib baik apabila UAF mula mengambil alih dan projek tersebut terus berjalan sehingga ke hari ini.", "Lepas ni jangan sangka buruk kepada projek HAARP sebagai cara Amerika Syarikat nak serang negara lain. Sebab daripada serang negara lain, lebih baik deme gunakan HAARP untuk lawan hurricane dan blizzard. Kalau itu pun tak mampu nak selesaikan, jangan harap HAARP ni mampu beri kesan dekat negara lain.", "Kepada yang berdegil juga nak cakap HAARP punca gempa bumi di Turki, pastikan diri korang tu ada sifat simpati dan empati. Wakti-waktu sukar sebegini bukanlah masa untuk korang berteori konspirasi sehingga tidak menghormati mangsa.", "Rujukan", "AFP. (2023, Februari 18). HAARP tidak mungkin jadi punca gempa bumi Turkiye-Syria. Harian Metro. Dipetik daripada https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2023/02/937372/haarp-tidak-mungkin-jadi-punca-gempa-bumi-turkiye-syria", "Geophysical Institute(n.d) University of Alaska Fairbanks. HAARP. https://www.gi.alaska.edu/haarp", "LaCapria, Kim. (2017). Snopes.com. FACT CHECK: Didi Prof Michio Kaku Say HAARP Caused Irma and Harvey? https://www.snopes.com/fact-check/did-prof-michio-kaku-say-haarp-caused-irma-and-harvey/", "Pedersen, Todd. (2015). PhysicsToday. HAARP, the most powerful ionosphere heater on Earth. https://physicstoday.scitation.org/doi/full/10.1063/PT.3.3032" ]
https://www.thepatriots.asia/kita-tak-suruh-boikot-kita-suruh-dahulukan-produk-bumiputera/
Kita Tak Suruh Boikot, Kita Suruh Dahulukan Produk Bumiputera
[ "\n\nKalau nak kata pasal #BMBF, kita sebenarnya hanya ajak orang Melayu untuk belajar buat ‘preference’.", "Dan den tak nampak apa masalahnya dengan ‘preference’? ", "Eh sebagai pembeli suka hati kita lah duit kita.", "Kalau pun nak sembang supply-chain bagai, konon dengan #bmbf akan menyusahkan peruncit atau kilang Melayu sebab akan menyebabkan pemborong dan pengedar tak nak supply barang kepada orang Melayu sekian-sekian..", "Rasanya dengan ledakan digital ni, benda dah berubah, kalau dulu peniaga Melayu nak beli cili atau kentang, dia tak ada pilihan selain ambil dekat pemborong tempatan, tapi hari ni dia sebenarnya dah boleh beli direct dari China atau India hanya dengan deal dekat WeChat atau Alibaba, dunia dah jadi ‘borderless’.", "Itu belum cerita pasal ‘supply and demand curve’ lagi,Kalau nak sembang akan jadi panjang, nak baca versi mudah faham bolehlah baca bebelan Mohamad Jamalee dekat sini:—-", "Bagus soalan abang. Izinkan saya ulas secara umum.", "Tak ada isu benda ni. Jangan risau. Ekonomi suatu benda yang hidup. Ia kuasa ‘demand’ dan ‘supply’. Mungkin awalnya saja benda ni berlaku tapi lama-lama ia akan perbetulkan dirinya sendiri.", "Macam mana ia perbetulkan diri sendiri? Macam ni:", "1. Bila pengeluar, pengedar dan pemborong hentikan ‘supply’ kepada peniaga, bukan peniaga saja terkesan, dia pun sama. Dia pun akan sakit juga.", "2. Kita ambil contoh kes 10 orang pengedar hentikan ‘supply’, kita hanya perlukan 1 saja pengedar yang tak tahan tengok ‘demand’ yang tinggi dan akan mula mengedar semula. 9 yang lain ni takkan senyap tengok saja. Mereka pun akan mula mengedar balik. Dalam perniagaan ‘cashflow’ tu penting.", "3. Tak ada pengedar, pengeluar dan pemborong dalam negara, kat luar negara banyak saja. Cari saja di luar.", "4. Jarang sangatlah orang tak nak ‘supply’ ni. Dia mungkin tak suka ke kita, tapi bila bab bisnes dan duit, yang berlainan ideologi pun dia ok.", "Konsep “tak kisah kucing tu oren atau hitam, janji dia pandai tangkap tikus”.", "5. Saya sebelum berpindah ke Firdaus Press untuk cetak buku-buku baru ni pun, kilang cetak kami sebelum ni non-Muslim juga. Semua buku dia sebat. Buku Kiri ka, Kanan ka, liberal ka, konservatif ka, buku jawi ka, buku mandarin, semua dia cetak. Takdak isu.", "Jadi janganlah kita membebankan otak dan usaha kita dengan perkara-perkara remeh begini. Takkan ke mana.", "*bang Mohanep Parman, bukan tuju ke abang tau. saya jawab secara umum sebab saya yakin ramai berfikiran yang sama.", "——-", "Cumanya yang den hairan, bila ada #BMBF kau risau.", "Kononnya akan jadi ‘distruptive’, kacau ketenangan supply and demand siap quote pasal khabar angin sebuah pasaraya kena boikot di Pahang, apa akan jadi pada pekerja-pekerja Melayunya? Tak kesian ke?", "Ni nak tanya, ni yang Go-Jek nak masuk ni, sebuah SuperApps yang akan ‘usik’ hampir kesemua local apps yang berkaitan dengan transportation apps macam Dego, MatDespatch, Karhoo dsbnya..", "Malah sudah pasti akan merebak lebih dari itu, local services apps ataupun apa-apa marketplace macam kaodim, GoGet, The Lorry, Servis Hero, mudah.my, lelong dsbnya semuanya pasti akan terkesan.", "Tak masuk lagi logistik company macam Pos Malaysia, GDEX. Ribuan pekerja, silap-silap berpuluh ribu akan terkesan, takkan diaorang ni takde pekerja Melayu ye dak?", "Dah masuk hari ke 5 dah announce pasal Go-Jek ni.", "Senyap je den tengok..", "Terakhir, kalau nak cerita pasal boikot² ni..", "Dulu 2012, ada golongan yang memang terang-terangan boikot Gardenia, buat smear campaign, Gardenia dah jadi syarikat kroni. ", "Kononnya Gardenia ni dah jadi company roti ‘Bumiputera dan pro Bumiputera bagai.", "Hanya semata-mata sebab lepas PadiBeras(Syed Bukhari) take over sebahagian saham Gardenia dan buat keputusan beli tepung buat roti jenama berkenaan dari MFM instead of FFM(Robert Kuok).[1]", "Mengamuk bukan main, siap sembang bodoh kita kena simpati dengan Robert Kuok kononnya dia yang bagi subsidi gula, minyak dan tepung yang kita guna, walhal satu dunia tahu kerajaan yang bayar subsidi.", "Tak dengar pula ada orang kata apa-apa.", "Walhal yang tu terang-terangan boikot based on race dan affiliation on politics.", "Ni kita baru sembang ‘preference’ dah meloncat apakes?", "RUJUKAN:[1]When bread has racehttps://www.thestar.com.my/news/nation/2012/01/08/when-bread-has-race" ]
https://www.thepatriots.asia/apa-itu-narcisssm/
Apa Itu Narsissism?
[ "Idea Narsissism berasal daripada mitos Yunani. Dalam mitos tersebut, terdapat seorang pemuda bernama Narcissus yang sedang mencari cinta hatinya. Pada suatu hari, dia melihat pantulan wajahnya di sebatang sungai. Lalu, dia jatuh cinta pada dirinya sendiri. Disebabkan dia tak mahu ‘cintanya hilang’, dia mati lemas. Sekuntum bunga diletakkan pada tempat dia mati, dan bunga itu dinamakan Narcissus.", "Jadi, definisi narsissism adalah berasa megah pada diri sendiri. Sampai satu tahap, dia rasa dia kacak, genius dan lebih penting daripada orang lain. Ahli psikologi membahagikan narsissism pada dua jenis, pertama ‘megah diri’. Keduanya, vulnerable narcissism (tak tahu apa dia dalam BM).", "Jenis pertama adalah yang paling biasa kita lihat. Jenis yang mahukan perhatian umum dan dominan. Selalunya, berkelompok dalam kalangan selebriti, para pemimpin persatuan, artis (penggiat seni), ahli politik dan yang seangkatan yang mahukan kuasa dan pengaruh untuk perhatian dan status semata-mata. Tentulah, tidak semua kelompok yang aku sebut mencari perhatian semata, ada juga dengan tujuan yang lebih positif. Jenis kedua pula lebih senyap, mempunyai perasaan ‘rasa istimewa dan penting’, tetapi mudah diancam.", "Tidak kisah apa jenis sekalipun, seorang narsissis selalunya bertindak hanya untuk kepentingan dirinya sendiri. Apabila ‘popularitinya’ terancam, dia mudah agresif dan marah. Ah, rasa macam ramai di Facebook macam ini dalam mempertahankan pendapat, lebih-lebih lagi kalau dah popular. Rileks sudah. Populariti tidak menjadi tanda anda benar dan betul.", "Kita pergi lebih jauh, narsissism juga dikaitkan dengan penyakit dalam psikologi yang dihidap seramai 2% purata populasi, dan selalunya dalam kalangan lelaki, iaitu narcissistic personality disorder. Dalam sebuah buku manual psikatri di Amerika, penyakit ini dapat dikenalpasti melalui beberapa ciri.", "Pertamanya, rasa megah pada diri sendiri. Keduanya, mempunyai masalah dengan perasaan empati. Ketiganya, rasa dirinya penting dan berhak memiliki sesuatu. Keempatnya, memerlukan perhatian dan sanjungan. Kelimanya, ciri yang paling kronik adalah dia mengawal kehidupan orang lain dan menimbulkan banyak masalah tersebut pada hidup orang tersebut, ahli politik?", "Ciri kelima ini, contoh mudahnya, kau gunakan orang lain untuk tujuan perhatian semata-mata.", "Jadi, puncanya apa? Dalam kajian, punca daripada genetik ada juga, tetapi masih tidak dapat dikenal pasti genes mana yang terlibat. Punca daripada persekitaran pun ya juga. Memanjakan anak berlebih-lebihan boleh jadi punca narsissism. Menjadi ibu bapa yang terlalu mengongkong juga boleh menjadi punca. Dalam skala budaya yang lebih besar, rancangan personaliti tv macam nyanyi, joget, imam muda itu semua yang menjurus ke arah mempromosi diri (self-promotion) boleh menjadi punca yang kuat.", "Walaupun tiada bukti yang kuat, media sosial seperti Twitter dan Facebook yang boleh menjadi lubuk populariti dengan like yang bersepah-sepah juga boleh menjadi punca narsissism. Aku dah sebut, kadangkala sebab populariti kita susah nak mengaku salah dan rasa kita saja yang betul. Kadangkala, kita tulis sesuatu hanyalah untuk perhatian dan like semata-mata." ]
https://www.thepatriots.asia/kenapa-greenland-berais-dan-iceland-menghijau/
Kenapa Greenland Berais Dan Iceland Menghijau?
[ "Susulan artikel sebelum ini yang membedah asal usul dan bagaimana negara China mendapat namanya, ada pembaca yang tertarik dengan sejarah nama Greenland dan Iceland yang pernah dipetik secara ringkas oleh penulis.", "Pernahkah anda terfikir mengapa Greenland, yang tiga perempat geografi pulaunya diliputi oleh satu-satunya lapisan ais kekal di luar Antartika, tetapi nmemiliki nama yang jelas mengandungi perkataan adjektif “hijau” Sebaliknya, Iceland pula yang namanya terdiri dari perkataan “ais” dan “tanah,” kelihatannya lebih subur dan menghijau, tidak ada langsung ciri-ciri iklim sejuk seperti namanya sendiri.", "Baik, untuk versi yang paling popular, namun ceritanya tak pasti samada mitos mahu pun fakta, tetapi terdapat satu teori internet mendakwa bahawa kekeliruan ini memang disengajakan. Bangsa Viking yang membuka penempatan di Iceland mendapati pulau itu tempat yang sesuai untuk dihuni makhluk hidup, oleh itu mereka menamakannya sebagai Iceland.Kenapa Iceland? Dikatakan ia dinamakan sedemikian dengan harapan nama itu tidak akan menarik minat dan mencegah orang-orang Eropah yang berusaha meneroka benua baru dan membina penempatan atau koloni mereka sendiri.", "Manakala, Greenland dinamakan sedemikian oleh mereka untuk tujuan yang sebaliknya, kerana mereka tidak kisah langsung jika ada sesiapa yang berminat dan mahu menjajah sekeping aisberg besar di tengah lautan yang membeku. Walau bagaimanapun, teori ini hampir tidak masuk akal, terutamanya apabila melibatkan elemen linguistik, dan pasti ada sebab mengapa mereka mahu orang lain tertarik dengan tempat itu.", "Untuk menggali misteri paradoks ini hingga ke akarnya, satu penyelidikan dilaksanakan oleh pakar dan penyelidik dari National Geographic, di mana mereka membahas sejarah dan kronikel yang berbeza, sambil bersandarkan kepada fakta ilmiah moden untuk membongkar mitologi.", "Pertama sekali, toponim bangsa Viking agak mudah; wilayah yang baru ditemui kebiasaan lazimnya akan dinamakan dengan menggabungkan perkataan “tanah” dengan elemen pertama yang ditemui semasa mereka kali pertama mendarat di tanah itu.", "Contohnya, Leif Eriksson pernah menamakan pantai timur Kanada sebagai Vinland semasa penemuan tanah itu, ia dinamakan Vinland setelah dia melihat banyak buah anggur liar tumbuh di kawasan pantai.", "Iceland adalah sebuah pulau yang terletak di Lautan Atlantik Utara, meliputi kawasan seluas 102,775 kilometer persegi (39,682 batu persegi). Permukaannya dicirikan oleh padang pasir dan lava yang dikelilingi oleh gunung dan glasier.", "Tanah ini dihangatkan oleh Arus Teluk (Gulf Stream) dan memiliki iklim yang sederhana. Iceland adalah negara yang paling rendah populasi penduduknya di Eropah dengan kira-kira 332,329 orang. Pusat pentadbiran sekarang dan juga penempatan bagi lebih daripada dua pertiga rakyatnya dipanggil Reykjavik.", "Greenland adalah pulau terbesar di dunia. Walaupun secara geografi lokasinya terletak berhampiran Amerika Utara, Greenland secara pentadbiran dan politik lebih dekat dengan dengan Eropah.", "Meliputi 2,166,086 kilometer persegi (836,330 meter persegi), pulau ini hanya menempatkan 56,480 orang sahaja, dan menjadikannya negara paling sedikit populasi penduduknya di dunia.Populasi yang rendah disebabkan oleh fakta bahawa tiga perempat pulau itu tidak boleh dihuni kerana penuh dengan lapisan ais yang padat. Ibu kotanya adalah di Nuuk di mana lebih daripada satu pertiga rakyatnya tinggal. Penduduk pribuminya adalah orang Inuit yang merupakan keturunan pendatang dari Kanada pada abad ke-13.", "Mitos Penamaan Iceland dan Greenland", "Terdapat sebuah hikayat diceritakan mengenai pert3ngkaran di kalangan bangsa Viking Norway yang membawa kepada peper4ngan. Salah satu kumpulan melarikan diri dengan berlayar dengan kapal. Mereka akhirnya mendarat di sebuah pulau  hijau atau ‘Greenland’ yang sebenar.", "Merasa bimbang mereka akan terus diburu dan dikejar oleh mvsuh, mereka mengirimkan berita ke Norway bahawa pulau itu sebenarnya diliputi ais dan tidak boleh dihuni. Mereka juga menambah bahawa ada sebuah lagi pulau lain yang lebih hijau dan sesuai untuk penempatan manusia.", "Itulah kisah yang paling popular tentang bagaimana pulau berais itu diberi nama Greenland dan pulau yang subur menghijau pula dinamakan Iceland. Walau bagaimanapun, kisah ini tidak semestinya benar kerana ia adalah mitos.", "Penamaan Iceland", "Iceland pada asalnya adalah sebuah tanah yang kosong. Penduduk pertama yang berhijrah ke sana pada abad kesembilan diketuai oleh seorang Norse dari Norway yang bernama Naddador (Naddodd).", "Mnurut Sagas Of Icelanders, teks yang menceritakan sejarah negara itu dari abad ke-9 hingga ke-11, Naddodd menamakan tempat itu dengan nama Snæland/Snowland (Tanah Salji) kerana terdapat salji ketika dia tiba ke pulau itu. Penghijrahan kedua yang direkodkan adalah Garoar Svavarsson, kemudian diikuti oleh seorang Viking bernama Floki Vilgeroarson.", "Garðar Svavarosson lebih gemar menamakan tanah itu bersempena nama dirinya sendiri, ini mungkin menjadi titik permulaan tradisi dan budaya meneroka yang berlanjutan di sana. Oleh itu, Garðarshólmur (Garðar’s Isle) menjadi nama seterusnya bagi tanah yang dikenali sebagai Iceland hari ini.", "Tetapi asas kepada bagaimana Iceland mendapat namanya hari ini adalah bermula dengan Flóki Vilgerðarson. Pengembaraan Flóki dari daratan dimulakan dengan kehilangan anak perempuannya, yang terjatuh dari kapal dan l3mas di lautan dalam. Sejurus tiba, semua haiwan-haiwan ternakan yang dibawanya pula m4ti.", "Menurut lagenda, siri peristiwa malang ini ditamatkan apabila Flóki Vilgerðarson memanjat puncak gunung yang berdekatan dari mana dia melihat terdapat aisberg yang mengelilingi pulau itu. Fakta ini bertentangan dengan hikayat mitos Viking.", "Dalam keadaan yang tertekan dan amat marah, dia membaptiskan negara itu sebagai Iceland – sebuah nama yang masih kekal bertahan hingga hari ini, dengan harapan agar orang asing tidak akan tertarik dan cuba meneroka atau membuka penempatan di tanah yang semakin subur itu.", "Walaupun dengan usaha Flóki untuk mencegah sebarang cubaan kolonisasi ke atas pulau itu, setelah kembali ke Norway, khabar angin disebarkan oleh salah seorang pelautnya yang hanya dikenali sebagai Thorólf bahawa negara itu sangat subur dan kaya, dan hanya menunggu ketibaan peneroka. Penghijrahan besar-besaran ke Iceland bermula tidak lama kemudian.", "Catatan arkeologi mengatakan bahawa para pendeta Celtic telah tiba di Iceland jauh sebelum penghijrahan orang Skandinavia. Pada tahun 870, penjelajah Sweden yang pertama telah mengelilingi seluruh wilayah itu dan mencatatkan bahawa sebenarnya ia adalah sebuah pulau.", "Salah seorang pembantunya yang bernama Nattfari yang dia tinggalkan merupakan antara peneroka pertama yang berjaya di pulau itu. Bidang pertanian dan ladang ternakan juga semakin berkembang. Namun para peneroka ini tidak pernah mengubah nama Iceland.", "Walaupun dengan nama Iceland, suhu setinggi hingga 30.5 ° C (86.9 ° F) dicatat pada bulan Jun 1939 di wilayah Teigarhorn. Di wilayah Reykjavik, suhu setinggi 26.2 ° C (79.2 ° F) dicatat pada 30 Julai 2008. Terdapat keadaan iklim yang berbeza dengan pantai selatan adalah lebih panas dan basah berbanding di utara.", "Penamaan GreenlandNama Greenland pertama kali diberikan oleh orang Norway bernama Erik the Red, bapa kepada Leif Eriksson pada 982 Masehi. Dia dihukvm buang negeri akibat tuduhan membvnuh dengan membawa anggota keluarganya bersama. Dia mula menjelajah ke kawasan berais yang diketahui wujud di barat laut.", "Setibanya di sana, dia memikirkan nama yang mampu menarik minat orang lain untuk datang menetap bersamanya. Dia menamakan pulau itu “Greenland”. Peneroka yang tiba berturut-turut terus memanggil pulau itu dengan nama Greenland. Pendatang yang berhijrah merangkumi orang dari Iceland dan orang Norway.", "Walaupun namanya adalah Greenland, suhu yang lazim berada di bawah -17 ° C (1.4 ° F) semasa musim sejuk.", "Sebuah hikayat yang mencatat perjalanan dan penemuan tokoh separa mitos ini dalam tradisi Norse merujuk kepada anekdot yang membawa kepada penamaan tanah yang baru ditemui:", "“Pada musim panas, Erik pergi untuk menetap di negara yang dia temui, yang dinamakannya sebagai Greenland, kerana dia percaya orang lain akan tertarik untuk pergi ke sana jika ia memiliki nama yang baik.”Sudah tentu lah negara ini sudah dihuni oleh penduduk pribumi kaum Inuit, yang memanggil pulau itu dengan nama Kalaallit Nunaat, yang bermaksud “Tanah Rakyat”. Nama itu masih digunakan di kalangan penduduk Inuit di Greenland.Oleh itu, pada dasarnya, nama itu adalah sebahagian daripada strategi pemasaran Erik di mana dia berharap dapat mengumpulkan peneroka pada masa akan datang dan menjadi pelopor kepada penemuan dunia baru.", "Apa yang menariknya, terdapat beberapa ramalan mengenai perubahan iklim global yang menunjukkan bahawa tidak lama lagi perubahan iklim bakal menyebabkan penurunan suhu secara radikal di Iceland, sementara Greenland bakal mengalami peningkatan suhu.", "Perubahan iklim itu dijangka boleh berlaku dalam jangka masa 200 tahun dari sekarang. Tidak pasti jika ia tepat atau tidak, namun sekiranya ia benar-benar berlaku, maka nama yang diberikan kepada Greenland lebih dari 1,000 tahun yang lalu bakal memenuhi spesifikasinya.", "Dan pada hari ini juga pakar dapat menentukan melalui analisis data kerak ais dan fosil cengkerang moluska bahawa pada tahun di sekitar antara 800 hingga 1300 M, rata-rata suhu cuaca di Greenland sebenarnya jauh lebih tinggi daripada hari ini.Kesimpulannya, apa yang ditulis di atas adalah versi hikayat yang lebih meyakinkan untuk asal usul nama kedua-dua buah tempat ini. Ini bermakna, teori tentang tanah yang dipenuhi ais dinamakan Greenland kerana strategi pemasaran bagi menarik penghijrahan yang lebih besar itu tidak semestinya tepat kerana terdapat bukti saintifik yang memberi kemungkinan besar bahawa Greenland sememangnya pernah subur berabad-abad yang lalu.", "RUJUKAN:", "National Geographic: Is Iceland Really Green and Greenland Really Icy?. https://www.nationalgeographic.com/distribution/public/amp/news/2016/06/iceland-greenland-name-swap" ]
https://www.thepatriots.asia/kos-kecemasan-hospital/
Kod Kecemasan Hospital
[ "“Code blue! Code blue!” teriak jururawat.", "Maka berpusu-pusulah segala anggota kesihatan meluru segera kearah jururawat tersebut sambil menolak troli kecemasan. Ada yang terus memulakan CPR, ada yang sedang menarik keluar IV Adrenaline, ada yang mengaktifkan monitor kecemasan. Hanya dengan satu laungan sahaja, setiap anggota kesihatan disitu sudah tahu apa yang perlu dilakukan.", "Emergency codes, atau kod-kod kecemasan adalah suatu sistem pengkelasan kecemasan yang dipraktikkan di setiap institusi kesihatan diseluruh dunia. Kod ini digunakan untuk memberi notifikasi kepada semua warga kesihatan berkenaan kes-kes kecemasan yang dialami. Kod ini lazimnya diklasifikasi menggunakan spektrum warna yang pelbagai sebagai penanda bagi kes-kes kecemasan yang dinyatakan.", "Artikel ini menerangkan tentang kod-kod yang lazim digunakan kakitangan kesihatan di hospital.", "(Perlu diingatkan, setiap hospital mempunyai polisi dan warna kod kecemasan yang berbeza. Thread ini adalah sebagai satu garis panduan ringkas dan hanya melibatkan hospital sahaja. Perbezaan kod antara hospital dan negara perlu dikenalpasti terlebih dahulu.)", "KOD MERAH (CODE RED)", "Kod merah lazimnya digunakan untuk kes kecemasan yang melibatkan kebakaran, sama ada kebakaran harta, bangunan, kenderaan, alatan atau lain-lain perkara didalam kawasan institusi (hospital) terbabit. Pemindahan pesakit, wargakerja dan alatan penting akan dilakukan mengikut latihan kebakaran yang telah ditetapkan. Notifikasi kepada pihak bomba dan penyelamat akan dilakukan serentak.", "KOD BIRU (CODE BLUE)", "Kod biru adalah kod yang diaktifkan apabila terdapat kecemasan pada individu yang melibatkan bidang perubatan (medical emergency), lazimnya berkenaan dengan cardiac arrest dan respiratory arrest. Algorithm BLS dan ALS (cardiopulmonary resuscitation, defibrillation, dsb) akan dimulakan serta merta terhadap pesakit yang terlibat mengikut keperluan dan keadaan pesakit. Setiap hospital telahpun mempunyai kumpulan tersendiri (mengikut tempat) yang bertanggungjawab menguruskan kod biru seandainya ianya terjadi diluar kawasan wad.", "KOD JINGGA (CODE ORANGE)", "Kod jingga pulang adalah kod yang digunakan untuk keselamatan orang awam tatkala berlaku bencana diluar atau didalam kawasan hospital, contohnya gempa bumi, banjir, kapal terbang terhempas, kemalangan besar jalan raya, dan sebagainya.", "KOD PERANG (CODE BROWN)", "Kod perang adalah kod yang dikeluarkan apabila terdapat sebarang tumpahan atau pendedahan bahan-bahan berhazad, tercemar dan radioaktif seperti gas, racun, merkuri dan lain-lain yang boleh menyebabkan jangkitan, keracunan, kecacatan malah kematian jika terdedah. Kod ini juga barangkali melibatkan risiko bioterrorism dan hazmat.", "KOD GREEN (CODE HIJAU)", "Kod hijau digunakan sewaktu berlakunya kecemasan yang melibatkan keselamatan banyak nyawa dan memerlukan pemindahan semua wargakerja serta pesakit di kawasan hospital ke tempat yang lebih selamat.", "KOD HITAM (CODE BLACK)", "Kod hitam diaktifkan apabila terdapat sebarang tanda, amaran atau risiko yang melibatkan bahan letupan dan keganasan teroris, objek dikhuatiri bahaya atau lebih mudah, “bomb, terrorism and suspicious package threat”.", "KOD PUTIH (CODE WHITE)", "Kod putih pula adalah kod untuk kes kecemasan kekasaran yang melibatkan tebusan dihospital, sama ada melibatkan satu individu atau beberapa orang.", "KOD PERAK (CODE SILVER)", "Kod perak adalah kod untuk kes yang melibatkan kekasaran seseorang terhadap orang lain, lazimnya terhadap wargakerja hospital, yang kadangkala melibatkan senjata merbahaya seperti pisau, parang, pistol. Kod ini diaktifkan untuk memberi perlindungan keselamatan (security) terhadap si mangsa.", "KOD MERAH JAMBU (CODE PINK)", "Kod merah jambu adalah kod yang diaktifkan apabila berlakunya kehilangan atau penculikan kanak-kanak atau bayi (missing infant or abduction).", "KOD KUNING (CODE YELLOW)", "Kod kuning ini diaktifkan apabila terdapat kes kehilangan pesakit di hospital, sama ada dengan niat melarikan diri, atau hilang disebabkan ketidakupayaan mental atau diculik, dibawa lari. Kod ini akan menyebabkan pemeriksaan keluar masuk individu dari hospital dilakukan, dan jika perlu, penutupan keluar masuk (lockdown) hospital akan dijalankan.", "KOD AQUA (CODE AQUA)", "Kod aqua hanya diaktifkan apabila berlakunya banjir didalam kawasan hospital sama ada secara semula jadi (hujan, banjir kilat, dll) atau kerosakan dalaman (paip pecah, kebocoran dll).", "KOD KELABU (CODE GREY)", "Kod kelabu ini diaktifkan apabila terdapat kerosakan teruk terhadap sistem, infrastruktur atau peralatan hospital secara besar-besaran yang menjejaskan fungsinya. Kod ini juga digunakan untuk pengasingan udara (air exclusion) kawasan tertentu.", "KOD JERNIH / SELESAI (CODE CLEAR)", "Kod ini adalah kod yang digunakan selepas sesuatu kod yang dikeluarkan terlebih dahulu telahpun selesai atau dinyahaktifkan." ]
https://www.thepatriots.asia/pertempuran-guadelete-detik-islam-menakluk-sepanyol/
Pertempuran Guadelete: Detik Islam Menakluk Sepanyol
[ "Pertempuran Guadelete berlaku sekitar 711 hingga 712 Masihi di sekitar Semenanjung Iberia. Ianya sebahagian daripada misi kempen Dinasti Umaiyyah menakluk bumi Sepanyol selepas berjaya memastikan sepanjang Afrika Utara sudah mula memasuki wilayah Umaiyyah. Pertempuran ini juga menyaksikan bangkitnya seorang tokoh Islam bernama Tariq bin Ziyad yang terkenal dengan ucapan legendanya.", "Pertempuran ini melibatkan dua pihak yang bertelagah iaitu Dinasti Umaiyyah dan juga Kerajaan Visigoth yang dipimpin oleh Raja Roderic. Ketika Dinasti Umaiyyah sedang ralit menakluk pantai utara Afrika, kerajaan Visigoth ketika itu pula berhadapan dengan perang saudara dan perebutan takhta yang melemahkan kerajaan Visigoth sendiri. Ketika Tariq bin Ziyad mendarat di Sepanyol, beliau telah menyerang beberapa kawasan di Semenanjung Iberia. Serangan Tariq semakin hebat selepas mendapatkan bantuan daripada gabenor Musa. Jumlah askar yang mendarat di Iberia daripada 7000 menjadi 12 000 orang.", "Mendengarkan serangan Tariq yang sedang melebarkan pengaruhnya, maka Raja Rodric yang sepatutnya dalam perjalanan menundukkan pemberontakan berpatah balik mahu menghadapi tentera yang dibawa oleh Tariq. Dalam masa yang sama, Raja Rodric telah mengirimkan utusan kepada seluruh kerajaan-kerajaan dan keluarga bangsawan untuk mendapatkan bantuan mereka dan menyer kesatuan buat masa ini, dan melupakan perseteruan antara mereka dan menghadapi musuh yang lebih besar. Rekod Islam mengatakan bahawa askar yang mampu dikumpulkan oleh Tariq mencecah sehingga 100 000 orang, tetapi sejarawan berpendapat angka itu terlalu dibesar-besarkan dan meramalkan bahawa angka tentera Visigoth sebenarnya berjumlah dalam 35 000 orang sahaja.", "Dalam pertempuran ini, tentera Visigoth terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama merangkumi unit kavalari bangsawan. Mereka inilah yang mempunyai latihan tentera yang sebenar dan telah mengharungi segala jenis disiplin yang diterapkan untuk menjadi sebuah angkatan tentera yang lengkap. Namun, jumlah unit kavalari ini hanyalah merangkumi tidak sampai 20 peratus jumlah tentera yang dimiliki oleh tentera Visigoth. Selebihnya, tentera Visigoth dianggotai oleh infantri yang terdiri daripada mereka yang berada di bawah kelas bawahan. Terdapat juga tentera yang terdiri daripada pewagai kota dan tentera yang terlatih yang biasanya akan memnawa senjata seperti lembing dan tombak dalam pertempuran. Senjata asasi yang biasanya di bawa oleh mereka ialah kapak, lastik, belantan, dan sabit. Raja Roderick yang memimpin bala askar Visigoth ini pula dikatakan turun ke medan perang dalam pedati yang dihias dengan gading serta berkanopi emas. Malah diperkatakan juga bahawa Raja Roderick membawa sekali segala harta kekayaannya sekali.", "Dalam masa yang sama, tentera Islam dikatakan membawa lebih kurang 12 000 orang askar ke medan perang. Kebanyakan tentera Islam yang dipimpin oleh Tariq merangkumi unit kavalari iaitu sayap mujaffafa. Biasanya unit Mujaffafa ini dapat dikenali dengan pakaian baju besi nipis yang membaluti tubuh mereka serta memakai serba yang membaluti topi besi.\nDicatatkan ketika awal pertempuran, Tariq Bin Ziyad dicatatkan berucap seperti berikut:", "“Ingatlah apabila aku meletakkan diri aku di hadapan serangan kita kerana aku mahukan kalian turut melakukan seperti mana aku lakukan. Apabila nanti kedua-dua askar ini saling bertembung, ketahuilah bahawa aku akan dapatkan si Roderick ini, si tirani rakyatnya sendiri, dan mencabarnya kepada pertempuran kalau diizinkan oleh ALLAH! Kalau aku berjaya selepas ini, sudah tentu aku mendatangkan kepuasan kepada kalian dan kalian pastinya akan mendapati seorang wira di kalangan kalian yang mampu memimpin kalian! Tetapi sekiranya aku syahid sebelum mendapatkan Roderick, maka tanggungjawab itu di bawah kalian. Gandakan usaha kalian, teruskan menyerang dan pastikan kita berjaya menakluk negeri ini. Dengan kematian dia, tentera dia tidak akan lagi meneruskan perang ini!”", "Bahkan, terdapat ucapan legenda lain yang diperkatakan diucapkan sendiri oleh Tariq bin Ziyad:", "“Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran!”", "Terdapat perdebatan di kalangan sejarawan tentang asal-usul taktikal membakar kapal-kapalnya demi memberikan semangat kepada tentera Islam berjuang sehingga ke hujung hayat dan memburu syahid. Bahkan saya melihat ada seorang agamawan yang mempertikaikan kisah ini dengan beranggapan bahawa ianya tidak logik dari sudut militari. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk berbeza pendapat dengan beliau. Secara peribadi, saya lebih berpihak kepada babak pembakaran kapal ini memang wujud. Sebenarnya terdapat pertempuran yang sama berlaku di mana melibatkan peristiwa yang lebih kurang sama seperti mana yang diperkatakan oleh Tariq Bin Ziyad.", "Kalau dirujuk kepada Pertempuran Julu yang berlaku pada tahun 207 atau 208 Masihi, Jeneral Xiang yu yang memimpin askar dalam Pertempuran Julu telah melakukan perkara yang sama. Ketika tenteranya menyeberangi sungai yang berdekatan dengan pertempuran, Xiang Yu telah mengarahkan agar kawah, kuali dan segala alatan memasak dibuang ke dalam sungai yang dilintasi leh mereka. Mereka hanya dibenarkan membawa bekalan yang hanya cukup untuk hidup 3 hari. Ini sebagai memberi mesej kepada pasukannya bahawa satu-satunya cara untuk mereka menang ialah berlawan sehabis baik, dan merampas bekalan makanan lawan.", "Pertempuran awal dicatatkan yang tentera Islam melakukan taktik serang dan lari yang sangat berkesan dan berjaya mengucar-kacirkan tentera Visigoth. Namun punca kekalahan Raja Roderick ialah apabila terdapat pengkhianat sendiri di kalangan tentera Visigoth. Seperti mana yang dimaklumkan di awal artikel, kita mendapati bahawa eropah ketika itu sedang berada di dalam kancah perang saudara. Ketika Raja Roderick mengarahkan sayap kanan dan kirinya untuk bersama bahagian tengah melancarkan serangan ke atas tentera Islam, entah kenapa sayap kiri dan kanan tiba-tiba memilih untuk tidak mematahui arahan itu membiarkan bahagian tengah yang dipimpin oleh Roderick untuk menyerang seorang diri.", "Melihatkan apa yang berlaku, Tariq terus menggunakan peluang ini dengan mengarahkan unit kavalari untuk terus memisahkan bahagian tengah Visigoth dengan sayap kanan dan kiri. Kemudian, unit infantry turut dikerahkan untuk memberikan serangan penuh ke atas barisan tengah Visigoth. Bahkan sejarah bercerita kepada kita yang tetera Visigoth yang berpaling tadah daripada Roderick turut menyertai upacara pembantaian ramai-ramai rakan senegara mereka! Ketika inilah Roderick berjaya dijatuhkan oleh Tariq dari atas kudanya lalu jatuh ke tengah-tengah medan pertempuran. Selepas itu, berita tentang kematian Roderick terus tersebar ke serata tentera Visigoth yang masih setia bersama dengan Rodrick. Berita ini kemudian menjatuhkan terus semangat tentera Visigoth lalu secara perlahan-lahan, ramai mula meninggalkan medan perang dengan berlari ke arah Sungai Guadalete yang berada di belakang mereka. Namun, alam juga seperti sudah sepakat dengan tentera Islam. Arus sungai pula menyapu habis tentera Visigoth lalu mereka pun mati kelemasan dibawa arus.", "Pertempuran ini mengajar kita banyak perkara. Kepercayaan dan kesetiaan adalah benda yang paling penting dalam sebuah peperangan. Walaupun Tariq bin Ziyad dicatatkan telah membakar kapal-kapalnya untuk memberi semangat kepada tentera Islam, mereka tidak sesekali berpaling daripada Tariq Bin Ziyad. Berbeza dengan Raja Roderick, dia sendiri menjadi mangsa pengkhianatan bangsanya sendiri. Bahkan dicatatkan juga bangsa Yahudi yang turut ditindas di bawah pemerintahan Roderick turut memberikan sokongan kepada tentera Islam! Untuk rekod, pertempuran ini berlangsung selama 8 hari dan jasad Roderick langsung tak ditemui selepas berakhirnya pertempuran." ]
https://www.thepatriots.asia/yahya-ayyash-bukti-ilmu-akademik-dituntut-agama/
Yahya Ayyash: Bukti Ilmu Akademik Dituntut Agama
[ "Seorang Ulama Iraq Syeikhuna Dr. Khaleel Elyas pernah berpesan kepada muridnya:", "“Khidmatlah agama daripada segenap aspek yang kamu kuasai.”", "Artikel ini akan membincangkan secara khusus kedudukan ilmu akademik dari perspektif agama Islam", "1. Apa Itu Ilmu Akademik?", "Ilmu akademik yang dimaksudkan dalam bebenang ini merangkumi kesemua ilmu yang tidak berkaitan dengan pengajian islam. Ilmu pengajian islam kita gelarkan ilmu agama.", "2. Ilmu Akademik Itu Fardu Kifayah", "Dalam tradisi ilmu Usul al-Fiqh, kita membincangkan mengenai antara perbuatan seorang mukalaf ialah hukumnya wajib/fardhu. Iaitu perkara yang mendapat pahala seandainya dilakukan. Perkara yang wajib itu pula ada beberapa jenis. Antaranya ialah wājib ‘alā kifāyah.", "Ianya bermaksud perkara yang dituntut daripada suatu kelompok orang Islam, seandainya ditunaikan maka kesemua orang Islam itu tidak berdosa. Individu yang menunaikan pula mendapat pahala & dianggap menunaikan kewajipan.", "Ini jelas menunjukkan kepentingan kita mempunyai pelbagai ilmuwan daripada segenap spektrum ilmu. Tidak betul kita katakan Islam hanya memuliakan ilmu agama. Tidak. Selama mana anda berhasrat ingin membantu agama, maka anda juga dalam pahala kerana menunaikan kewajipan.", "Masyarakat kita sudah maklum mengenai fardu kifayah itu merangkumi solat jenazah & solat jemaah di masjid. Tetapi masih belum subur bahawa ilmu akademik juga fardu kifayah. Kalaulah sudah subur, nescaya tidak ada unsur menghina & menyatakan ilmu perubatan itu agenda yahudi.", "3. Menguasai Ilmu Akademik Merupakan Manifestasi Ta’awun Ala Birr Wa Taqwa.", "Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah:\nوتعاونوا على البر والتقوى", "(Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa)\nImam Ibn ‘Ashur berkata ayat ini memberi faedah bahawa saling membantu atas kebaikan itu memudahkan pelbagai urusan & menyempurnakan keperluan & maslahat.", "Kejayaan Yahya Ayyash mencipta b.om-bo.m hebat yang meragut nyawa Zionis demi jihadnya telah membuktikan ilmu kejuruteraan juga telah menyumbang kepada tentera mujahidin Al-Qas.s.am. Ini salah satu daripada manifestasi ayat ini. Bayangkan kalau tiada langsung yang mempelajari ilmu kejuruteraan di Palestin? Pasti mereka tidak mampu menyerang semula sepertimana sekarang.", "Pesanan Buat Penuntut Ilmu Akademik:", "1. Betulkan Niat.", "Hadīth sahih yang masyhur diriwayatkan oleh Saiyyiduna Umar Al-Khattab, Rasulullah SAW bersabda:\nإنما الأعمال بالنيات.", "Imam Ibn Daqīq Al-Eid dalam syarahan beliau terhadap hadith ini menyatakan amalan yang dimaksudkan disini ialah amalan-amalan shar’i. Contohnya solat itu tidak sah tanpa niat.", "Sepertimana yang kita sebutkan. Ilmu Akademik juga telah menjadi shar’i apabila ianya sebahagian daripada amalan fardu kifayah. Niat lah dalam pengajian anda untuk menunaikan fardu kifayah. Niatlah untuk membantu agama.", "Anda telah tahu bahawa anda adalah aset negara. Namun suka citanya saya ingin khabarkan bahawa anda juga aset agama! Seorang peguam boleh membantu agamanya dengan membela orang Islam daripada sudut undang-undang. Seorang ahli perniagaan boleh membantu daripada sudut ekonomi.", "Seorang ahli sains boleh membantu sudut perkembangan teknologi & perubatan. Berfikirlah bagaimana anda ingin membantu agama. Paling penting, kita harapkan seorang ahli politik & pemimpin negara yang sememangnya membela agama. Bukan sekadar jual nama agama tapi tidak membela pun.", "Selagi besar kuasa yang anda ada, selagi besar khidmat terhadap agama kamu boleh lakukan. Malaysia sebenarnya bukan kekurangan ilmuwan segenap bidang, tetapi kekurangan pemimpin yang boleh memanfaatkan mereka untuk agama & negara.", "2. Selesaikan Fardu Ain", "Meskipun kita telah menjelaskan kemuliaan llmu Akademik, namun ianya mesti disulami & didahului dengan ilmu fardu ain. Tauhid, Fiqh & Tasawuf Akhlak. Disini jelas pula peranan kami sebagai ahli agama untuk membantu anda. Lihatlah bagaimana Islam mementingkan konsep Ta’awun Ala Birr ini. Kita semua saling memerlukan.", "Saya akhiri bebenang ini dengan ucapan Denzel Washington:\nIt is not about how much you have. It is about how much you can give. Some of you are nurses, theologians, politicians. Do what do best. The world needs a lot & we needed from you.", "RUJUKAN:", "1. Syarah Sahih Muslim-Imam Al-Nawawi\n2. Tafsīr Al-Tahrīr Wa Al-Tanwīr – Imam Ibn ‘Āshūr\n3. Syarah Arba’in Nawawiyyah- Imam Ibn Daqiq Al-Eid\n4. Ghayah Al-Ma’mul Fi Sharhi Waraqat Al-Usul – Imam Al-Ramli", "Artikel dikirimkan oleh Sanusi Saghir untuk The Patriots. " ]
https://www.thepatriots.asia/seppuku-cara-ke-alam-barzakh-bermaruah-gaya-samurai/
Seppuku – Cara Ke Alam Barzakh Bermaruah Gaya Samurai
[ "Tiada harga yang dapat diletakkan pada maruah seseorang manusia. Ia amat berharga. Untuk melindunginya, ramai yang sanggup bergulat dan berkor.ban apa sahaja. Nyawa adalah salah satu daripadanya.", "Dalam sejarah India misalnya, kaum wanita mereka lebih rela ma.ti dalam api berbanding hidup sebagai ta.ha.nan pe.ra.ng dan diperlakukan semahunya oleh mu.suh. Tradisi tersebut dikenali sebagai jaw.har.", "Dunia bagaimanapun mungkin lebih mengenali seppuku – terima kasih pada keampuhan kuasa lunak negara matahari terbit.", "Seppuku terawal yang berlaku dalam sejarah melibatkan Minamoto Tametomo (1139-1170) dan Minamoto Yorimasa (1106-1180) pada Zaman Heian (794-1185), kira-kira dua dekad sebelum tertubuhnya Keshogunan Kamakura (1192-1333), keshogunan pertama Jepun.", "Seppuku adakalanya disebut dengan nama hara-kiri. Secara umum, kedua-duanya adalah sama iaitu perbuatan me.mbe.lah perut oleh samurai bagi memelihara maruah.", "Cuma, istilah hara-kiri kebiasaannya lebih merujuk kepada perbuatan me.mbe.lah perut di tengah-tengah medan pe.rtempu.ran. Manakala seppuku pula adalah perbuatan sama yang lebih formal, dirancang awal, dan kemudian dikembangkan menjadi satu ritual rasmi pada Zaman Edo (1600-1868).", "Dalam ritual seppuku, samurai yang terlibat akan mandi dan dipakaikan dengan kimono putih. Mereka juga akan diberikan hidangan kegemaran sebagai santapan terakhir. Kemudian, samurai tersebut akan didudukkan membelakangi seorang kaishakunin.", "Tugas kaishakunin dalam ritual seppuku adalah untuk me.man.cu.ng kep.ala samurai sejurus selepas upacara membe.lah perut dari kiri ke kanan selesai. Tujuannya tidak lain adalah supaya samurai tadi tidak menanggung derita terlalu lama.", "P.embe.lahan perut yang berjaya disebut sebagai jumonji (bukan Jumanji). Tidak semua samurai yang terlibat dalam seppuku berhasil mencapai jumonji.", "Malah dalam buku Hagakure dan naskhah-naskhah Zaman Edo yang lain, ada diceritakan tentang samurai yang tidak mampu mencapai ketahanan mental yang diperlukan bagi melaksanakan seppuku. Justeru, kaishakunin terpaksa meman.cung kepalanya tanpa upacara pembe.lahan perut dilakukan.", "Bagaimanapun, tugas kaishakunin juga mempunyai tatatertib tersendiri. Kepala yang d.ipan.cung tidak boleh terpisah dari badan. Secebis daging perlu disisakan. Ia bertujuan sebagai penghormatan buat samurai. Dalam erti kata lain, kaishakunin bukanlah satu tugas sembarangan. Ia hanya digalas oleh samurai  yang mahir mengendalikan pedang dengan tepat.", "Sebelum upacara pembe.lahan perut dimulakan, ritual seppuku didahului oleh beberapa atur cara lain. Seusai duduk membelakangi kaishakunin, sebuah meja yang tersedia dengan cawan sake, lembaran washi dan alatan menulis akan diletakkan di hadapan samurai.", "Begitu juga dengan sebilah kozuka, tanto, atau sen.jata-sen.jata pendek yang lain. Sebilangan samurai menggunakan pedang panjang seperti tochi atau wakizashi.", "Samurai kemudian akan dihidangkan sake dengan setiap tegukan mempunyai simbolik tertentu. Sebelum melepaskan kimono dan memulakan upacara membe.lah perut, samurai akan menulis dan membaca puisi kematian sebagai kata-kata terakhir.", "Sejarah ada merakamkan puisi kema.tian yang dibacakan oleh beberapa orang samurai. Minamoto Yorimasa misalnya, menumpahkan kekesalan beliau kerana tidak sempat mempunyai anak di dalam puisi kematian. Keluhnya dalam puisi tersebut:", "Umpama sebatang pohon\nyang tidak dapat dipetik walau sekuntum bunga,\nhidupku dimaknai duka\nkarna ditakdirkan tidak berpusaka.", "Asano Naganori (1667-1701) yang kisahnya diadaptasikan ke dalam filem 47 Ronin pula menjadikan bait-bait berikut sebagai kata-kata terakhirnya:", "Lebih daripada pepohonan sakura\nyang menjemput angin untuk menggugurkan bebunganya,\naku termangu bagaimana mahu dihabiskan\nmusim bunga yang masih tersisa.", "Walaupun hara-kiri dan seppuku secara khusus melibatkan perbuatan membe.lah perut, ada situasi-situasi tertentu yang tidak memungkinkannya berlaku. Justeru, adakala mereka membu.nuh diri dengan cara menge.lar leher, menghumban diri ke dalam gaung, menjatuhkan diri dari kuda sambil pedang diacukan pada mulut, terjun ke dalam sungai, dan lain-lain.", "Terdapat beberapa keadaan dan tujuan yang menyebabkan seseorang samurai melakukan hara-kiri atau seppuku. Antaranya:", "Junshi, iaitu membu.nuh diri bagi menyusuli kema.tian ketua atau raja. Salah satu contoh utama melibatkan Taira Tomomori (1152-1185) dan samurai-samurai bawahannya.", "Dek kehilangan segala harapan untuk memenangi Perang Genpei (1180-1185) yang berpihak kepada klan Minamoto, kesemua 20 orang samurai Taira terjun ke dalam sungai dalam keadaan lengkap berpakaian pe.rang, menyusuli Tomomori sebagai yang pertama terjun.", "Funshi, iaitu membu.nuh diri bagi mengungkapkan protes terhadap sesuatu. Salah satu contoh utama melibatkan Mishima Yukio (1925-1970) yang melakukan seppuku kerana membantah dasar-dasar westernasi yang melunturkan nilai-nilai tradisi.", "Kanshi, iaitu membu.nuh diri sebagai satu bentuk teguran terhadap orang atasan, di mana seseorang samurai akan membe.lah perutnya sendiri lalu membalut luka tersebut sebelum menghadap tuannya lalu menyatakan teguran atau ketidakpuasan hatinya.", "Ada juga yang melakukan seppuku lalu meninggalkan surat di sisinya, seperti yang dilakukan oleh Nakatsukasa Kiyohide (1493-1553) terhadap Oda Nobunaga (1534-1582).", "Sokotsu-shi, iaitu membu.nuh diri sebagai satu bentuk kekesalan dan penebusan diri di atas kesalahan atau kegagalan melaksanakan sesuatu tugas. Antaranya ia dilakukan oleh samurai yang melanggar kod etika seorang samurai dan juga samurai yang gagal melindungi tuannya di medan pe.rang atau pembu.nuh hendap.", "Selain itu, seppuku dan hara-kiri juga adakalanya dilakukan bagi mengelakkan diri dari disek.sa hidup-hidup oleh musuh yang mahu mendapatkan maklumat sulit.", "Ia bagaimanapun merupakan tradisi yang dikhususkan untuk kasta samurai sahaja. Orang awam tidak dibenarkan melakukan seppuku. Bagi kaum perempuan yang mempunyai hubungan da.rah dengan samurai, ada sejenis ritual serupa buat mereka iaitu jigai.", "Jigai melibatkan tindakan menge.lar leher dengan cara yang sama seperti seppuku. Cuma, wanita yang melakukan jigai akan mengikat kedua-dua kaki mereka rapat-rapat supaya ma.ti dalam keadaan terhormat dan sopan.", "Motif pelaksanaan jigai saling tidak tumpah seperti ritual jawhar bagi wanita-wanita India – berkongsi nasib dengan suami, menghindarkan diri dari dita.wan mu.suh, dan rasa bertanggungjawab di atas kesalahan yang dilakukan oleh suami.", "RUJUKAN", "Fisher, Martini. (2 Julai 2020). The Honorable (ditapiskan): Samurai and Seppuku in Feudal Japan. Ancient Origins.", "Espadakatana. (13 Julai 2020). Samurai (ditapiskan) Poems. Katana for Sale.", "Anciano, Erwin. (2 Mac 2016). What is the difference between Harakiri and Seppuku? Quora." ]
https://www.thepatriots.asia/10-fakta-mengenai-tamadun-elam/
10 Fakta Mengenai Tamadun Elam
[ "Elam merupakan salah sebuah tamadun unggul yang pernah wujud pada zaman purba. Ia terletak di wilayah Ilam dan Khuzestan, Iran. Secara dasarnya, tamadun ini bukanlah sebuah kerajaan atau entiti politik yang dibentuk menerusi kesatuan etnik.", "Akan tetapi, tamadun Elam berdiri sebagai sebuah federasi atau gabungan pelbagai suku berbeza yang masing-masing mentadbir kota tersendiri seperti Susa, Anshan, dan Shimashki. Suku-suku tersebut kemudiannya disatukan sebagai sebuah empayar pada suatu tempoh yang dinamakan sebagai Zaman Pertengahan Elam.", "Panggilan Elam pada asalnya adalah dialek tamadun Akkadia dan Sumeria yang diambil daripada perkataan Haltami atau Haltamti dalam bahasa pertuturan masyarakat Elam. Perkataan tersebut membawa maksud ‘bangsa dari negara yang tinggi’. Penisbahan sedemikian sememangnya sesuai lantaran tamadun Elam menempati kawasan Dataran Tinggi Irani – bermula dari lembah-lembah landai di selatan hinggalah ke puncak Pergunungan Zagros.", "Sementara itu, ada juga yang cuba mengaitkan asal-usul nama tamadun Elam dengan naratif keagamaan. Menurut pendapat yang kedua ini, nama tersebut adalah bersempena salah seorang putera Sam bin Nuh, iaitu Elam. Pemerihalan tentang Elam si putera Sam bin Nuh sememangnya termaktub di dalam Tafsir at-Tabari bagi umat Islam dan Kitab Kejadian bagi penganut Kristian. Cuma, perkaitan antara tamadun Elam dan sosok tokoh bernama Elam bin Sam bin Nuh masih belum dapat dibuktikan secara tuntas.", "Apa yang diketahui secara pasti, masyarakat Elam sudah pun menghuni kawasan tersebut  semenjak berlangsungnya Zaman Ubaid di Mesopotamia (sekitar 5000-41000 SM). Menjelang tahun 3200 SM sehingga penghujung Zaman Pra-Dinasti di Mesir (sekitar 3150 SM) pula, mereka membangunkan kota Susa sekali gus menjadikannya salah sebuah kota paling tua di dunia – lebih awal berbanding pembinaan piramid-piramid di Giza.", "Secara umum, sejarahwan moden membahagikan sejarah tamadun Elam kepada empat zaman, iaitu:", "Dua milenium setengah tempoh berdirinya tamadun Elam tentunya dipenuhi dengan berbagai-bagai cerita  – perkembangan, kemunduran, dan pengasimilasiannya dengan tamadun lain. Akan tetapi, sumbangan-sumbangannya yang signifikan terhadap peradaban di Timur Dekat secara khusus dan dunia silam secara umum seringkali dikesampingkan.", "Tidak dapat dinafikan, nama tamadun Elam agak janggal jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun purba lain seperti Sumeria, Akkadia, dan Assyria. Namun, keterasingannya sama sekali tidak dapat menyangkal hakikat bahawa mereka juga merupakan antara pemain utama dalam pentas sejarah di Timur Dekat sepanjang tempoh 3200 – 539 SM.", "Mereka pernah meme-rangi tamadun Sumer, ditak-luki Empayar Akkadia, berpakat dan kemudian dikhianati Hammurabi dari Babylon, menubuhkan empayar yang tersendiri, terlibat dalam merun-tuhkan Empayar Neo-Assyria, dan akhirnya diserap menjadi sebahagian Empayar Achaemenid (sekitar 539 SM). Menerusi asimilasi tersebut, kebudayaannya terus bertahan, bernafas, dan menghembuskan pengaruh di bumi Parsi.", "Bahkan semenjak awal sejarahnya lagi, iaitu pada Zaman Proto Elam, keunggulan karyawan dan pemahir-pemahir tukang mereka boleh dikatakan tiada tolok bandingan. Bahkan, sejarah mengenali mereka sebagai pengamal kebebasan beragama dan pemelihara kesaksamaan wanita. Kebudayaan tamadun-tamadun lain turut dihormati, walau pada masa yang sama, pe-dang dan panah terus dihu-nus bagi merebut hegemoni.", "Mungkin, tumbangnya Elamais (Elymais) di tangan Empayar Sassanid pada tahun 224 Masehi menjadi bukti kekalahan tamadun Elam dalam perebutan tersebut yang sekali gus melenyapkan kewujudannya dari dunia. Namun, jejak tinggalannya masih bersemi di Parsi – sentiasa bersedia untuk dicari dan digali.", "Justeru, artikel kali ini ingin berkongsikan sepuluh pengetahuan umum tentang tamadun Elam. Sebelum membuka fakta pertama, kami mulakan dengan menukil kata pujangga; “Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. Lebur Elam di panggung sejarah, budi baiknya kan dicanang jua.”", "SISTEM TULISAN YANG MASIH BELUM DIFAHAMI SEPENUHNYA", "Masyarakat Elam mempunyai sistem tulisan lelurus (linear) yang tersendiri bagi memenuhi keperluan dokumentasi mereka. Bagaimanapun sehingga hari ini, tulisan lelurus Elam masih belum dapat difahami lantaran bahasanya wujud secara terpencil tanpa ada kaitan dengan mana-mana keluarga bahasa lain. Lingkungan arkeologi juga gagal menemukan sebarang artifak yang dapat berperanan sebagai pemudah kerja-kerja penafsiran, seperti yang berlaku dalam kes penafsiran tulisan hieroglif yang dimudahkan dengan penemuan Batu Rosetta.", "Bagaimanapun, masyarakat Elam mula mengguna pakai sistem tulisan kuneiform selepas interaksi yang lebih giat dijalankan dengan Sumer dan Akkad – bermula sejak c. 2700 SM sehinggalah tahun kejatuhannya, c. 224 Masehi. Sistem tulisan tersebut kemudian diwarisi oleh Empayar Achaemenid (c. 550-330 SM), dengan Darius I (memerintah 522-486 SM) memasukkan bahasa Elam sebagai salah satu dari tiga bahasa yang dimuatkan di dalam Prasasti Behistun – prasasti yang bertujuan mengabsahkan pemerintahannya.", "Apapun, kesemuanya ini tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa tulisan lelurus Elam masih gagal difahami. Kesannya, peristiwa-peristiwa lampau yang berlaku pada Zaman Proto-Elam tidak dapat ketahui sekali gus melahirkan tompok-tompok kelompongan di dalam pemerihalan sejarah silam di Timur Dekat.", "KORBAN PE-RANG PERTAMA DALAM SEJARAH", "Antara implikasi langsung daripada kegagalan merungkai sistem tulisan lelurus Elam adalah hilangnya catatan terperinci tentang pe-rang pertama dalam sejarah. Sekitar tahun 2700 SM, Enemebaragesi si raja Sumeria mengangkat sen-jata dan mengerah ten-tera – mangsanya, tidak lain adalah masyarakat Elam. Dalam pepe-rangan tersebut, pasukan Sumeria memperoleh kemenangan dan segala harta rampasan diangkut pulang ke kota Sumer.", "Apa yang merugikan bagi lingkungan keilmuan, peristiwa ini hanya diabadikan secara ringkas oleh tamadun Sumeria di dalam teks berjudul ‘Senarai Raja Sumeria’. Bak kata pepatah, “Sejarah ditulis oleh yang menang”. Sebaris yang ditulis, sebarislah yang kita ketahui. Bagi yang kecundang, kalah pe-rang mungkin merupakan sejarah pahit yang tidak ingin dikenang.", "Justeru, pemerihalan tentang pepe-rangan dan hubungan dengan tamadun Sumeria tidak dicatatkan semula ke dalam rekod-rekod kuneiform pada era terkemudian. Satu-satunya sumber yang boleh diharapkan, hanyalah tablet-tablet lama yang diukir dengan tulisan lelurus Elam. Ibarat sumur yang diselimuti gelita, ada atau tidak air di dalamnya tidak akan dapat diketahui selagimana ia tidak disuluhi dan ditimba.", "PENGELUAR HASIL SENI YANG UNIK", "Hasil kesenian masyarakat Elam pada zaman-zaman awal juga terpalit dengan masalah kekaburan sejarah. Sejarahwan tidak berupaya menjelaskan daripada mana datangnya ilham kesenian mereka. Hal ini kerana barangan seramik, barangan logam, seni lukisan, dan alat perhiasan yang dihasilkan oleh masyarakat Elam pada Zaman Proto-Elam sama sekali berbeza dengan hasil seni tamadun-tamadun lain di sekelilingnya.", "Ketika itu, tamadun-tamadun seperti Sumeria, Akkadia, dan Mesir Purba menekankan ciri manusia atau setidak-tidaknya, haiwan-bercirikan-manusia dalam kesenian mereka. Misalannya, Mesir Purba mencantumkan kepala kucing pada tubuh wanita bagi menghasilkan patung atau imej gambaran dewi Bastet.", "Masyarakat Elam sebaliknya lebih menekankan ciri haiwan, sepertimana yang dapat dilihat pada relif di kota Susa dan patung ‘Kerbau Melutut Sambil Menjunjung Balang’ yang dihasilkan sekitar tahun 3100-2900 SM. Hanya sesudah terjalinnya interaksi rapat dengan warga Sumer, barulah hasil seni Elam menampakkan perubahan yang tentunya, mengor-bankan sentuhan asli mereka. Cuma masih, setiap hasil kesenian Elam menyerlahkan kemahiran peringkat tinggi.", "PEMBANGUN KOTA SUSA, ANTARA KOTA TERTUA DI DUNIA", "Tidak hanya unggul dalam menghargai nilai estetika, masyarakat Elam juga bertanggungjawab membangunkan salah sebuah kota paling tua di dunia. Menurut bukti arkeologi, kawasan berhampiran Pergunungan Zagros yang menempatkan kota Susa sudah pun menerima kehadiran manusia sejak tahun 7000 SM.", "Setelah mendiami bumi tersebut selama hampir tiga ribu tahun, masyarakat setempat kemudiannya membangunkan sebuah kota yang sehingga kini dikenali sebagai kota Susa. Kota tersebut berdiri sebagai hub perdagangan yang penting pada Zaman Proto-Elam dan mencapai titik zenith-nya pada Zaman Pertengahan Elam.", "Sepanjang tempoh tersebut, kota Susa diberikan perhatian khusus dan ditatang dengan minyak penuh oleh dua orang raja Elam yang terunggul, iaitu Untash-Napirisha (memerintah 1275-1240 SM) dan Shutruk-Nakhkunte (memerintah 1184-1155 SM).  Kemasyhuran kota Susa banyak disumbang oleh kemajuannya dalam bidang pertanian, penghasilan barang seramik, penempaan logam, dan pengeluaran tekstil.", "Bintangnya terus gemilang ketika berada di bawah naungan Empayar Achaemenid, di mana Susa dijadikan sebagai salah sebuah kota penting, di samping berperanan sebagai pusat perdagangan, pusat industri, dan pusat seni. Bermula sebagai kota yang masyhur, riwayat Susa berakhir di tangan amu-kan Monggol pada tahun 1218 Masehi yang menjadikannya padang jarak padang tekukur.", "MENGAMALKAN KEPERCAYAAN POLITEISME", "Masyarakat Elam menganut kepercayaan politeisme dan bertumpu pada pemujaan dewa-dewi yang mewakili kuasa semesta dan fenomena alam. Tidak seperti tamadun-tamadun masyhur yang lain, perincian tentang ritual dan amalan keagamaan masyarakat Elam hilang dari lembaran sejarah kecuali seperca cuma.", "Mereka gemar mendirikan bangunan-bangunan suci di gunung-ganang, bukit-bukau, dan hutan-belantara yang dianggap keramat. Berdasarkan prasasti-prasasti yang dijumpai di Susa, ritual keagamaan masyarakat Elam banyak berkisar seputar kehidupan sesudah ma-ti dan sifat roh yang abadi.", "Sementara itu, jumpaan artifak-artifak keagamaan dari zaman awal Elam pula mengisyaratkan wujudnya amalan pemujaan satu Dewi Ibunda yang seiring peredaran masa, dikembangkan identitinya menjadi Dewi Kiririsha. Dewi Kiririsha dianggap sebagai Ibu Segala Dewa-Dewi, merangkap isteri kepada dewa Insushinak dan Dewa Humban yang masing-masing merupakan dewa pelindung kota Susa dan kota Anshan.", "Jemaah dewa-dewi Elam dibarisi seramai 200 dewa – setiap satunya tunduk pada telunjuk dewa tertinggi bernama Napirisha (Raja Bumi dan Raja Manusia). Masyarakat Elam juga menyerap masuk beberapa dewa Mesopotamia (khususnya Sumeria), justeru Ea, Enki, Ninhursag, Shamash, dan lain-lain, turut dipuja oleh mereka.", "MENGIMARAHKAN TOLERANSI BERAGAMA", "Kesemua dewa-dewi tersebut dipuja secara bebas di seluruh wilayah naungan Elam. Dalam hampir keseluruhan sejarahnya, keluasan tamadun Elam mencakupi selatan Iran dan sebahagian Iraq moden. Pun begitu, tiada bukti yang menggambarkan berlaku pemaksaan beragama dalam kalangan rakyat jelata. Sedangkan kalau hendak diikutkan, sepanjang Zaman Pertengahan Elam, raja-raja mereka giat melaksanakan dasar “Elamisasi” demi mengecapi keseragaman identiti dalam budaya dan agama.", "Hal-hal seperti perteling-kahan dek kerana agama, huku-man yang diatasnamakan agama, atau kekacauan sosial yang dipicu oleh perbezaan agama – kesemuanya ini tidak tercatat dalam mana-mana rekod Elam. Bagaimanapun, lidah mana yang tak pernah tergigit. Sama ada ia berlaku namun tidak dicatat, atau ia berlaku namun berskala kecil.", "Cuma, penisbahan tamadun Elam dengan toleransi beragama sedikit-sebanyak mengisyaratkan betapa keharmonian beragama dalam kalangan mereka berada pada paras yang lebih baik berbanding tamadun-tamadun lain. Sifat yang satu ini, sering disinonimkan dengan mercu keagamaan mereka, iaitu Dur-Untash, atau juga dikenali dengan nama Chogha Zanbil.", "DUR-UNTASH: KUIL KEBANGGAAN TAMADUN ELAM", "Dur-Untash atau ‘Kubu Untash’ dinamakan bersempena salah seorang raja paling masyhur dalam tamadun Elam, iaitu Untash-Napirisha yang berasal dari Dinasti Igihalkid (c. 1400 – c. 1200 SM). Antara jasa besar beliau adalah menaungi pembinaan ziggurat dan kompleks kuil Dur-Untash (Chogha Zanbil). Choga Zanbil bermaksud ‘gundukan bakul’. Mungkin, ia dinamakan sedemikian kerana bentuk bangunan tersebut memang seakan-akan sebuah bakul terbalik.", "Pada asalnya, Chogha Zanbil dibina khusus untuk Insushinak si dewa pelindung kota Susa. Ia turut dilengkapi dengan sebuah ziggurat yang diruntuhkan pada era terkemudian bagi memberi ruang kepada sebuah projek yang dianggap lebih besar dan mulia – iaitu pembinaan kompleks kuil buat kesemua dewa tempatan.", "Bagi Untash-Napirisha, kuil sebegini berpotensi menggamit kunjungan seluruh warga Elam dan tidak lagi terhad kepada warga kota Susa semata-mata. Dalam erti kata lain, ia berdiri sebagai simbol toleransi beragama yang diamalkan oleh tamadun Elam.", "Cuma, malang tidak berbau dan ajal tiada siapa yang tahu. Semasa Chogha Zanbil masih dalam pembinaan, Untash-Napirisha mangkat dan sebagai akibat, projek tersebut ditamatkan tanpa sempat digunakan. Entah apa puncanya sampaikan ia tergendala, sejarahwan tidak berupaya menjelaskannya.", "KESAKSAMAAN BUAT KAUM WANITA DIPELIHARA", "Di samping toleransi beragama, masyarakat Elam turut memelihara kesaksamaan buat kaum wanita. Sifat ini jelas digambarkan menerusi hasil seni yang mereka tinggalkan. Misalnya, relif dan meterai silinder Elam menampilkan persamaan saiz antara imej lelaki dan wanita. Kebiasaannya bagi tamadun-tamadun purba, gambaran sebegini membawa erti kesamarataan dan kesaksamaan antara jantina.", "MENUBUHKAN EMPAYAR TERSENDIRI", "Sekitar tahun 1200 hingga 1100 SM, tamadun Elam diperintah oleh Raja Shutruk-Nakhkunte dari Dinasti Sutrikid. Pemerintahannya difajari oleh dasar pemulihan dan pelestarian kota-kota naungannya, terutama sekali kota Susa. Dasar ini bertujuan memperagakan kemegahan dan kekuasaannya. Tidak lama kemudian, Shutruk-Nakhkunte menubuhkan Empayar Elam.", "Beliau dikenali dalam sejarah Mesopotamia sebagai penak-luk kota Sippar dan peram-pas tugu Marduk (dewa pelindung kota Babylon). Hampir setiap negara-kota yang dikunjungi beliau habis dikuasai dan hartanya pula dirampas. Antara khazanah yang diangkut kembali ke Susa termasuklah Stele Kemenangan Naram-Sin dan Prasasti Hammurabi. Walau bagaimanapun, percakaran sesama kerabat diraja mengakibatkan empayar tersebut hanya dapat bertahan selama dua generasi.", "MENYERAP BUDAYA SUMER DAN DISERAP BUDAYANYA OLEH PARSI", "Interaksi yang kerap terjalin dengan Sumer, sama ada dalam konteks damai mahupun konflik, banyak mempengaruhi sosiobudaya masyarakat Elam. Elemen kesenian, kepakaran pembuatan, dan unsur keagamaan Sumeria perlahan-lahan diserap menjadi budaya tempatan semenjak Zaman Elam Lama.", "Bagaimanapun, pengaruh Agama Irani Awal dan Zoroastrianisme tetap mendominasi. Oleh kerana itu, kepercayaan mereka tidak lari jauh daripada penyembahan Ahura Mazda sebagai pusat semesta.", "Selepas diserap menjadi sebahagian daripada Empayar Achaemenid pada 550 SM, budaya Elam disesuaikan mengikut acuan nilai-nilai Parsi dan ia terus mengalami perkembangan sehingga tahun 651 Masehi. Tahun tersebut, Empayar Sassanid tumbang di tangan umat Islam. Namun, kebudayaan Elam-Parsi tidak hilang malah tersebar di seluruh Timur Dekat.", "TERJEMAHAN", "Joshua J. Mark. (27 Ogos 2020). Ten Ancient Elam Facts You Need to Know. Ancient History Encyclopedia." ]
https://www.thepatriots.asia/kenapa-planet-selepas-marikh-menjadi-planet-bergas/
Kenapa Planet Selepas Marikh Menjadi Planet Bergas?
[ "Pertama kali kenal Sistem Suria ni, saya mula percaya yang semua planet (maaf Pluto) ialah planet berbatu. Rupa-rupanya, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun ialah planet bergas.", "Planet bergas ialah planet yang terdiri hanya atmosfera yang amat tebal dan terasnya saja. Jadi, susah kalau angkasawan nak mendarat planet macam ni.", "Terdapat dua jenis planet bergas untuk kita faham: gas gergasi (gas giant) dan ais gergasi (ice giant).", "Gas gergasi seperti Musytari dan Zuhal di mana atmosfera tebalnya hanya terdiri dari hidrogen dan helium. Tapi Uranus dan Neptun dikategorikan sebagai ais gergasi walaupun atmosferanya sama dengan Zuhal Dan Musytari.", "Ini disebabkan oleh wujudnya lapisan ais selepas atmosfera Uranus dan Neptun. Lapisan ais ini terdiri dari ais ammonia dan mentana. Jadi, kerana lapisan ais ini kedua-dua planet terjauh jatuh dalam kumpulan ais gergasi.", "Berbalik kepada topik utama, mengapa planet bergas ini wujud selepas Marikh? Mula-mula kita kena tahu dulu pengetahuan am tentang Matahari, iaitu habanya mampu keluarkan gas yang ringan.", "Jadi, hanya planet yang atmosferanya mempunya gas yang berat mampu berada dekat dengan Matahari. Macam atmosfera Bumi mempunyai gas oksigen dan carbon dioksida yang berat. Begitu juga dengan atmosfera Zuhrah dan Marikh (kecuali Utarid kerana tiada atmosfera).", "Gas hidrogen dan helium ialah gas yang ringan, mampu terkeluar dari planet oleh haba matahari. Jadi, logik jika planet Musytari hingga Neptun ialah planet bergas kerana haba matahari tidak begitu kuat keluarkan atmosferanya.", "Kalau keempat-empat planet bergas dekat dengan Matahari, rasanya Bumi dapat gelaran planet terbesar dalam Sistem Suria!" ]
https://www.thepatriots.asia/sistem-sekolah-pondok-dapat-dijejak-seawal-tamadun-yunani/
Sistem Sekolah Pondok Dapat Dijejak Seawal Tamadun Yunani
[ "Sekolah Pondok walaupun dipercayai mula wujud di Tanah Melayu seawal abad Ke-13, sejarah dan perkaitan fungsi Sekolah Pondok sebagai institusi agama (bukan agama Islam semata) sudah lama bermula sejak zaman Yunani, sebelum kewujudan Islam.", "Istilah “Pondok” sebenarnya berasal dari Tamadun Yunani iaitu “Pandokian” yang bermaksud tempat menginap, tempat berteduh (lahiriah dan spiritual) serta gambaran sebuah tempat atau rumah yang ‘mengalukan kehadiran semua orang asing yang datang’", "Pandokian, atau dieja juga sebagai “pandocheion” dan “pandokeion” dalam tamadun Yunani merupakan rumah tanpa bilik, bersifat dorm atau asrama yang meletakkan semua penghuninya di dalam ruang yang sama.", "Dalam masyarakat Yunani, rumah-rumah mereka kebanyakannya dibina sedemikian rupa, malah turut berkongsi dinding pula dengan kandang ternakan dan kuda tunggangan.", "Munculnya agama Kristian mengangkat pandokian sebagai sebuah institusi spiritual, memainkan peranan penting pandokian yang dijadikan sekolah-sekolah mubaligh terawal di Eropah atau “missionary schools” yang memiliki asrama-asrama buat pelajarnya menetap dan tinggal lama mendalami ilmu agama Kristian.", "Di institusi ini jugalah asalnya muncul ahli-ahli filsuf dan pemikir-pemikir Yunani yang giat mencambahkan ilmu dan penemuan-penemuan baharu demi kelangsungan pelbagai cabang ilmu, selain mengenal ilmu tentang ketuhanan.", "Konsep sama diteruskan oleh Islam yang kemudiannya menguasai sebahagian besar Eropah, meminjam istilah pandokian tadi kedalam Arab dan dieja sebagai “فندق” (funduq), iaitu membawa maksud sama iaitu tempat berteduh dan menginap, termasuklah menerima semua tetamu dan orang asing yang datang.", "Institusi pendidikan Islam terawal ditubuhkan dengan konsep sama seperti pandokian dalam Yunani tadi. Sistem Sekolah Pondok Islam dibentuk ketika itu dengan ada sekolah mubaligh Kristian ditukar fungsi dan ditambah dengan banyak lagi sekolah-sekolah Islam terawal yang menyamai sistem Sekolah Pondok yang kita tahu hari ini.", "Eropah mundur dalam Zaman Gelap, dek gerhana kekalahan keilmuan dan ketamadunan saat Rom jatuh. Mereka tenggelam hinggalah Islam membawa sinar dan syiar menerangi kembali Eropah dengan ilmu dan teknologi yang tidak dapat tidak turut disumbangkan melalui sistem Sekolah Pondok ini tadi.", "Bukan sedikit pula cendekiawan, saintis-saintis dan pemikir Islam terawal muncul mencabar teori dan aplikasi, mewujudkan banyak cabang ilmu duniawi yang tidak lari dari aspek mengenal diri dan Tuhan, semuanya bermula dari sistem Sekolah Pondok ini.", "Selebihnya ia adalah sejarah apabila Islam tiba di Alam Melayu, membawa bersama wacana keilmuan dan ketamadunan, guru-guru dan murabbi yang dihormati, menyebarkan Islam di rantau sebelah sini bersama sistem Sekolah Pondok mereka.", "Mereka tiba ke Alam Melayu dan mengasaskan sistem Sekolah Pondok, atau digelar juga sebagai Pasentren di kepulauan Sumatera dan Jawa.", "Jika tahu dek Siti Kasim hal yang satu ini, pastinya dia mengatakan bahawa Islam di Malaysia telah di mengalami Romanisasi dari Tamadun Yunani.", "Jangan beritahu dia tentang ini. Terbakarlah dia nanti.", "*Gambar: Ambilan dari sebuah manuskrip abad ke13, lukisan oleh Al-Wasiti dalam buku berjudul “Maqamat” ditulis oleh Al-Hariri menggambarkan sebuah sesi pembelajaran di gedung ilmu perpustakaan utama Baghdad, suatu ketika dahulu merupakan pusat ilmu dunia. Ketika zaman emas dan kegemilangan Kota Baghdad, institusi ilmu dari pelbagai cabang bercambah bagai cendawan lepas hujan, menjadi pusat rujukan dan menyemarakkan perkembangam ilmu ke seluruh pelusuk dunia." ]
https://www.thepatriots.asia/pembunuh-julius-caesar-yang-dilupakan-sejarah/
Pembunuh Julius Caesar Yang Dilupakan Sejarah
[ "Pada 15 Mac 44 Sebelum Masihi (BC) yang dikenali orang Rom sebagai Ides of March, sekumpulan senator diketuai Brutus membunuh Julius Caesar tatkala beliau hendak menghadiri mesyuarat Senat. Caesar ditikam sebanyak 23 kali di hadapan senator lain yang ketakutan melihat insiden tersebut. Bagi kumpulan pembunuh dan saksi-saksi ini, mereka tidak sedar peristiwa ini sebenarnya merupakan hari-hari terakhir Rom sebagai sebuah republik. Dan kisah ini diabadikan dalam salah satu drama William Shakespeare. Tetapi siapa sebenarnya yang patut dipersalahkan?", "Bagi peminat-peminat sastera, pasti semua tahu tatkala Caesar menghembuskan nafas terakhirnya, beliau memandang salah seorang pembunuh dan mengecamnya. Kata-kata terakhirnya ialah, “Et tu, Brute?” atau “Kau juga, Brutus?” Ini yang dinukilkan Shakespeare dalam drama The Tragedy of Julius Caesar. Dalam drama tersebut, beliau menggambarkan Brutus sebagai antara teman rapat Caesar. Hakikatnya, Brutus bukanlah teman rapat atau pengkhianat seperti yang digambarkan. Pengkhianat Caesar sebenarnya seseorang yang tidak disangka-sangka iaitu penasihat dan orang kanan Caesar, Decimus yang menjadi dalang pembunuhan diktator Rom itu, bukannya Brutus dan Gaius Cassius Longinus seperti yang didakwa Shakespeare.", "Berdasarkan catatan sejarah, Decimus lebih rapat dengan Caesar berbanding Brutus dan Cassius. Malah semasa perang saudara meletus antara Caesar dengan Pompey, Decimus menyokong kempen Caesar dan menjadi orang kanan dalam kalangan orang kepercayaan beliau. Semasa perang saudara tercetus, Brutus dan Cassius menyokong Pompey dalam kempennya ke atas Caesar. Tetapi selepas diktator Rom itu semakin hampir mengatasi Pompey, kedua-duanya berpaling tadah dan menyokong Caesar. Sebagai ganjaran, mereka diberi peluang menjawat jawatan politik tetapi tidak pernah mendapat kepercayaan beliau.", "Jika melihat latar belakang Decimus, beliau datang dari sebuah keluarga bangsawan Rom yang memerintah Rom dan empayar yang terbentang luas itu. Datuknya membantu mengembangkan empayar Rom sehingga ke pesisiran Lautan Atlantik. Tetapi bapanya mempunyai karier yang sederhana sementara ibunya pula lebih berminat dengan idea revolusi. Nampaknya Decimus tidak akan ke mana jika tidak kerana tawaran Caesar. Caesar menawarkan Decimus peluang untuk mengembalikan nama baik keluarganya di mata warga Rom. Dan itulah yang dilakukan beliau sebagai antara komander yang berkhidmat di bawah panji Caesar. Decimus melakukannya atas sebab meraih kesetiaan mereka, berkhidmat kepada rakyat dan meningkatkan lagi reputasinya. Semasa kempen Caesar di Gaul (Perancis moden), Decimus membantu beliau memenangi pertempuran laut di perairan Brittany dan memenangi kepungan di Alesia untuk mengesahkan kejayaan Rom di Gaul.", "Dan apabila perang saudara tercetus berikutan tindakan senat mahu menarik balik semua kuasa Caesar, Decimus menjadi antara orang kepercayaan Caesar. Dan sekali lagi, beliau memenangi pertempuran laut di perairan Gaul, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Caesar. Sebagai ganjaran pada kejayaan beliau, Decimus dilantik sebagai pemangku Gabenor Gaul sementara Caesar meneruskan kempennya di tempat lain. Selepas empat tahun berperang, beliau kembali ke Rom dengan Decimus di sisinya pada 45 BC. Jadi kenapa Decimus memutuskan untuk membunuh mentor dan rakan baiknya itu sembilan bulan kemudian?", "Ramai orang Rom bimbang dengan kuasa Caesar yang dilihat sukar dicabar. Ini kerana Rom pada dasarnya masih lagi sebuah republik. Tetapi realitinya, Rom berada di ambang era diktator tentera. Dan dengan Caesar mengisytiharkan dirinya sebagai diktator seumur hidup, beliau boleh dianggap sebagai raja tetapi bukan pada nama. Malah beliau bertindak lebih berani dengan menjadikan Ratu Cleopatra sebagai gundiknya. Pada bulan di mana Caesar dibunuh, Cleopatra menetap di vila beliau di pinggir kota Rom sementara anaknya merupakan anak luar nikah Caesar. Bagi kelompok konservatif, ini sesuatu yang tidak boleh diterima. Ini ditambah pula kuasa perlantikan bukan lagi dalam kalangan senator atau praetor tetapi beralih arah kepada Caesar, para penasihat dan setiausahanya. Sesetengah daripada mereka ini baru saja menjadi rakyat Rom dan ada juga merupakan bekas hamba.", "Sesetengah melihat pertambahan kuasa Caesar ini sebagai satu kebaikan. Mereka memuji namanya dan menganugerahkan pelbagai anugerah termasuk dijadikan sebagai dewa di mana sebuah kuil akan dibina dan para pendeta memujanya. Tetapi sesetengah pula melihat ia perlu dihalang maka perancangan untuk membunuh Caesar mula direncanakan. Alasan mereka ialah mereka mahu mengembalikan kuasa republik dan menentang impian monarki Caesar yang dilihat boleh mengancam kedudukan dan kuasa mereka. Perancangan pembunuhan tersebut mula dibuat seawal musim panas 45 BC tetapi ianya dapat dilaksanakan menjelang Februari 44 BC. Sekurang-kurangnya, 60 orang terlibat dalam operasi ini termasuk Brutus dan Decimus. Menurut Seneca, kebanyakan pembunuh ini bukanlah musuh Caesar tetapi rakan-rakan dan penyokong beliau. Jika Seneca merujuk kepada Decimus, maka ia satu kenyataan yang benar tetapi ia tidak boleh diaplikasikan kepada Brutus.", "Ibu Brutus merupakan bekas perempuan simpanan Caesar dan ada sejarawan termasuk Plutarch sendiri berpandangan beliau merupakan anak luar nikah Caesar. Apabila mencecah usia dewasa, Brutus menjadi antara penyokong kuat Pompey sehinggalah Pompey tewas kepada Caesar pada tahun 48 BC. Selepas ketuanya itu kalah, Brutus berpaling tadah dan memberi maklumat kepada Caesar bagaimana mahu mendapatkan Pompey selepas beliau melarikan diri dari pertempuran tersebut. Sebagai ganjaran seperti yang dinyatakan dalam perenggan sebelumnya, Caesar menawarkan jawatan tinggi dalam kerajaan pada beliau.", "Tetapi pada musim sejuk 44 BC, penentang-penentang Caesar mahukan Brutus bangkit untuk mengangkat tradisi nenek moyangnya yang menghapuskan sistem monarki dan mengekalkan nilai republik beratus tahun dahulu. Selain itu, kehadiran isteri barunya, Porcia juga memarakkan lagi api anti-Caesar dalam diri Brutus. Porcia bukanlah orang lain dalam kehidupannya kerana beliau merupakan sepupu Brutus dan puteri musuh ketat Caesar, Cato. Kombinasi maruah, prinsip dan cinta yang menyebabkan Brutus menentang ketuanya itu.", "Decimus pula bangkit menentang Caesar kerana merasakan dirinya dipinggirkan oleh diktator tersebut. Buktinya, beliau tidak mendapat satu perarakan untuk meraikan kejayaannya mengatasi puak Gallic. Sedangkan dua komander tentera Rom pula diberi peluang meraikan kejayaan mereka di Sepanyol dengan satu perarakan, satu tindakan yang dianggap luar biasa. Dan kuasa Decimus juga makin tercabar apabila Caesar melantik cucu saudaranya merangkap bakal maharaja Rom, Octavian sebagai orang kanan beliau untuk kempen ke atas Parthia. Sementara beliau pula diarah terus kekal di Gaul. Dan tidaklah mengejutkan pengaruh isterinya turut mempengaruhi Decimus menentang Caesar.", "Bagi Cassius pula, beliau juga berasal dari keluarga bangsawan seperti Decimus. Seperti rakannya itu, Cassius bukan saja seorang tentera tetapi juga seorang cendekiawan sama seperti Brutus. Sebab beliau bangkit menentang Caesar ialah kegagalan diktator tersebut memenuhi janjinya melantik Cassius sebagai praetor urbanus di wilayah Syria. Sebaliknya, beliau melantik Brutus sebagai praetor urbanus di wilayah tersebut, sekaligus memarakkan api anti-Caesar dalam dirinya.", "Kesemua anggota konspirasi merancang rapi operasi pembunuhan tersebut. Dan mereka memilih untuk membunuh sendiri Caesar, bukan mengupah pembunuh profesional. Dan untuk menunjukkan mereka ini membunuh bukan kerana atas sebab jahat, senjata yang dipilih juga dianggap simbolik dan praktikal. Tidak seperti apa yang dibayangkan, mereka memilih pugio, sejenis pisau belati yang digunakan oleh legion tentera Rom yang boleh disembunyikan dalam pakaian mereka dan boleh digunakan dalam jarak dekat. Mereka tidak memilih sicae, sejenis pisau pendek melengkung kerana pisau tersebut selalu digunakan oleh golongan penjenayah ketika itu.", "Decimus turut memilih Dewan Senat Pompey sebagai lokasi pembunuhan rakannya itu atas satu sebab, menjamin keselamatan anggota konspirasi yang terlibat. Dewan senat ini merupakan sebuah kompleks besar terdiri daripada dewan senat, pentas teater, sebuah taman, serambi anjung yang tertutup, kedai-kedai dan pejabat-pejabat. Dan pada hari pembunuhan itu juga, pertarungan gladiator turut diadakan di ruang teater sekaligus membolehkan Decimus meletakkan para gladiatornya berhampiran dewan tersebut untuk melindungi rakan-rakan konspirasi lain. Ironinya, dewan tersebut dibina oleh musuh ketat Caesar, Pompey. Siapa sangka dewan ini menjadi saksi kepada kematian Caesar.", "Selalunya, apabila Caesar menghadiri senat, beliau akan diiringi oleh seorang pengawal. Tetapi untuk menampakkan dirinya mudah didekati rakyat, khidmat pengawal dihentikan. Dan apabila Caesar memasuki senat, hanya senator saja dibenarkan masuk semasa mesyuarat berlangsung sekaligus menyebabkan mana-mana individu yang berkait dengan Caesar terpaksa menanti di luar. Ini menjadikan kedudukan Caesar terdedah tetapi mereka juga sedar kebanyakan senator dilantik merupakan pilihan beliau termasuk komander tentera. Sekiranya Caesar diserang, mereka pasti akan membantu beliau dan memaksa kumpulan pembunuh ini melarikan diri. Justeru sebagai tindak balas, kumpulan ini perlu menyerang dengan pantas, mengasingkan beliau dan membunuhnya. Sebelum Caesar duduk dalam tribunal, beberapa pembunuh akan berdiri di belakang kerusi sementara yang lain akan mengepungnya untuk menarik perhatian beliau. Hakikatnya, taktik itu sebenarnya mewujudkan perimeter pembunuhan.", "Pada pagi peristiwa tragis itu berlaku, Caesar memutuskan untuk tidak menghadiri mesyuarat senat berikutan khabar angin wujud konspirasi terhadap beliau. Bagaimanapun, ia tidaklah sedramatik seperti yang digambarkan Shakespeare di mana ahli nujum memberitahu Caesar, “Hati-hati dengan Ides of March!” Amaran tersebut sebenarnya sudah diberi sejak dari 15 Februari hingga 15 Mac 44 BC tetapi ia tetap berlaku juga. Dan semua ini berkait kembali kepada Decimus. Dengan statusnya sebagai orang kepercayaan Caesar, Decimus datang ke kediaman Caesar dan memujuk beliau menghadiri mesyuarat tersebut walaupun ia dibimbangi oleh isterinya, Calpurnia.", "Dan seperti yang dirancang mengikut senario yang digambarkan, bermulalah peristiwa tragis Ides of March. Tillius Cimber, seorang askar yang disukai Caesar memegang tangan beliau dan menarik toganya. Ia sebenarnya isyarat kepada pembunuhan bermula. Serangan pertama dimulakan oleh Publius Servilius Casca. Berang dengan tindakan Cimber, Caesar berteriak, “Mengapa, ini satu keganasan.” Selepas itu, beliau menyeranah Cimber tetapi tidak pernah mengungkapkan frasa, “Et tu, Brute?” atau “Kau juga, Brutus?” seperti diperkatakan Shakespeare. Sebaliknya, sesetengah sejarawan berpandangan apabila Caesar memandang Brutus, beliau mengungkapkan ayat bahasa Yunani, “Kau juga, anakku.” Tetapi ramai meragui kesahihan kenyataan tersebut.", "Caesar cuba melawan semula dengan menikam Casca dengan stilus, sejenis alat menulis yang kecil dan tajam serta berjaya bangun semula. Dua penyokong beliau, Lucius Marcius Censorinus dan Gaius Calvisius Sabinus cuba menyelamatkan Caesar tetapi dihalang oleh anggota konspirasi dan memaksa mereka melarikan diri. Sementara di luar pula, seorang anggota konspirasi bernama Trebonius melengahkan Mark Antony dengan berbual bersamanya di luar Senat. Decimus tahu Antony seorang askar veteran yang kuat, berbahaya dan setia kepada Caesar. Sekiranya Antony berjaya masuk dalam Senat, pasti beliau akan bersama Caesar dalam tribunal dan membantunya semasa diserang.", "Dengan Antony terhalang oleh Trebonius, Caesar tahu hayatnya sudah berada di penghujung. Pada hari itu, Caesar ditikam 23 kali dan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, beliau mengambil toganya dan menutup mukanya. Dan pada ketika itu juga, Caesar mati di kaki tugu musuh ketatnya, Pompey. Selepas Caesar dibunuh, Decimus memberi perlindungan keselamatan kepada mereka untuk hari-hari berikutnya. Pada mulanya, ramai yang bergembira dengan kematian Caesar tetapi suasana itu berubah apabila melihat bilangan penyokong beliau yang ramai. Decimus sendiri dikecam ramai kerana menggunakan kedudukannya sebagai orang kanan Caesar untuk membunuh diktator itu sekaligus menjadikannya sasaran utama penyokong Caesar. Dan lebih buruk dalam wasiatnya, Caesar turut menamakan Decimus sebagai pengganti bersama Octavian. Jika Octavian mati sebelum Caesar, pasti semua kekayaan beliau diwarisi oleh Decimus.", "Untuk mengukuhkan kedudukannya, Decimus mengetuai tenteranya di utara Itali untuk mempertahankan motif republik yang diperjuangkannya. Walaupun pada mulanya beliau bermula dengan baik, pada akhirnya Decimus diperdayakan oleh Octavian. Ini kerana setahun selepas insiden tersebut, Decimus diarahkan senat untuk menyerahkan wilayah Itali-Gaul iaitu Gallia Cisalpina kepada Antony tetapi tidak diendahkannya. Akibatnya, Antony mengepung kota Mutina yang diduduki Decimus dengan harapan ia memaksa beliau keluar dari kota tersebut. Namun kepungan itu tidak bertahan lama apabila Antony diserang oleh angkatan tentera Octavian, memaksanya berundur kerana tidak mahu ulangan kemenangan Caesar ke atas Vercingetorix di Gaul berulang kepadanya.", "Selepas kepungan berakhir, Decimus mengucapkan terima kasih pada Octavian tetapi tidak dilayan oleh beliau. Ini kerana Octavian menegaskan, beliau datang untuk menentang Antony dan bukan membantu pembunuh-pembunuh datuk saudaranya itu.  Decimus kemudian diberi arahan memerangi Antony tetapi kebanyakan askarnya berpaling tadah dan menyokong Octavian. Menyedari situasinya seperti telur di hujung tanduk, Decimus cuba melarikan diri ke Macedonia untuk bergabung dengan Brutus dan Cassius. Tetapi sebelum sempat beliau tiba di sana, Decimus dibunuh oleh seorang ketua puak Gallic yang setia kepada Antony.", "Bagi Brutus dan Cassius, pengakhiran mereka amat tragis. Selepas Cassius dikalahkan Antony di Philippi, Greece, beliau membunuh diri pada Oktober 42 BC tanpa mengetahui Brutus berjaya mengalahkan Octavian. Selepas mendengar berita kematian Cassius, Brutus menggelarnya ‘Orang Rom Terakhir’ dan dikebumikan di Thasos. Sementara Brutus ditewaskan pada pertempuran kedua Philippi oleh Antony, Brutus membunuh diri dengan melanggar pedang yang dipegang oleh dua askarnya sendiri. Dan pada saat beliau menghembuskan nafas terakhirnya, Brutus menyumpah Antony, “Hukum, wahai Zeus, penulis penyakit-penyakit ini (Antony).” Bila mendengar perkhabaran Brutus membunuh diri, isterinya Porcia membunuh diri tetapi ramai termasuk Plutarch mempertikai sama ada berita tersebut benar atau tidak.", "Selepas berjaya mengalahkan pembunuh-pembunuh Caesar, Octavian membentuk pakatan dengan Antony dan Lepidus untuk memerintah empayar Rom dengan Octavian memerintah kawasan Barat, Antony (Timur) dan Lepidus (Afrika). Lepidus tidak memainkan peranan utama dalam pakatan itu dan disingkirkan pada 37 BC. Sementara Antony pula mula menjalin hubungan istimewa dengan Cleopatra dan ianya terus berlaku walaupun selepas senat memaksanya berkahwin dengan adik Octavian, Octavia Minor. Selepas Octavia diceraikan pada 32 BC, Octavian mengisytiharkan perang ke atas Cleopatra. Pada 31 BC, angkatan tentera laut Octavian diketuai Agrippa berjaya mengalahkan angkatan tentera laut Antony dan Cleopatra. Kedua-duanya kemudian membunuh diri, sekaligus membuka ruang kepada Octavian atau nama barunya, Augustus untuk menjadi maharaja Rom pertama tanpa perlu rasa takut.", "Satu soalan yang tinggal, mengapa Brutus saja yang diangkat dan bukan Decimus? Jawapannya, Brutus mahu memonopoli publisiti dari pembunuhan tersebut termasuklah membuat duit syiling baru untuk memperingati peristiwa tersebut. Ahli keluarga dan rakan-rakannya memperbaiki imej Brutus dalam bentuk penerbitan selepas kematiannya. Generasi-generasi Rom yang terkemudian mengagumi beliau dan ini menjadi punca mengapa Shakespeare menulis eulogi kepada Brutus sebagai orang Rom paling mulia dalam kalangan mereka. Bagi Decimus pula, beliau bukannya sasterawan seperti Brutus tetapi peranannya itu diingati menerusi koresponden surat antara Cicero dengan beliau.", "SUMBER" ]
https://www.thepatriots.asia/catatan-ibn-kathir-tentang-empayar-melayu-srivijaya/
Catatan Ibn Kathir Tentang Empayar Melayu Srivijaya
[ "Imam Abu al-Fida’ Imaduddin bin Ismail atau lebih terkenal dengan panggilan Ibn Kathir (w 774 H), seorang ulama besar yang terkenal dengan kitab tafsir al-Qur’annya yang dinamakan Tafsir Ibn Kathir turut memiliki kepakaran dalam ilmu sejarah. Karya sejarahnya yang cukup agung dan memberikan sumbangan besar pada Islam antaranya ialah kitab Al-Bidayah wan Nihayah.", "Dalam kitab tersebut, Ibn Kathir turut menukilkan tentang Srivijaya yang mana beliau menulis bahawa wilayah Srivijaya memiliki banyak peninggalan kesan runtuhan bangunan. Ibn Katihir menulis seperti berikut:-", "ويتجاوز خط الإستواء، ثم يمتد شرقًا، ويصير جنوبي الأرض .وفيه هناك جزائر الزابج، وعلى سواحله خراب كثير……إن في بحر الهند ألف جزيرة وسبعمائة جزيرة فيها مدن وعمارات", "“Dan melintasi garisan khatulistiwa, kemudian menjangkau ke arah timur, dan mencecah bahagian selatan bumi, di situ terdapat gugusan kepulauan al-Zabaj (Srivijaya/ Alam Melayu) yang mana di pesisir pantainya terdapat banyak kesan runtuhan peninggalan bangunan……..Di Lautan Hindi terdapat seribu tujuh ratus buah pulau yang terdapat kota-kota dan binaan bangunan”", "Catatan Ibn Kathir ini dibuat pada abad ke-14 M dan pada ketika ini kerajaan Srivijaya telah pun runtuh. Maka sangat munasabah jika Ibn Kathir mencatatkan Srivijaya memiliki banyak peninggalan runtuhan bangunan.", "Lima ratus tahun sebelum Ibn Kathir mencatatkan tentang Srivijaya, Abu Zaid as-Sirafi (w 326 H) telah mencatatkan tentang keadaan Srivijaya pada zaman hidupnya iaitu pada abad ke-9 M. Abu Zaid menulis :-", "و جزيرته التي هو بها في غاية الخصب و عمارتها منتظمة. و ذكر من يوثق بقوله أن الدّيكة إذا غردت في الأسحار للأوقات كتغريدها عندنا تجاوبت إلى مائة فرسخ و ما فوقها يجاوب بعضها بعض لإتصال القرى و انتظامها", "“Pulau pusat pemerintahannya (Maharaja Srivijaya) yang mana tempat baginda bersemayam pula berada di tahap kemuncak kemewahan dan pembangunannya tersusun rapi. Telah disebutkan oleh orang yang boleh dipercayai bahawa apabila seekor ayam berkokok pada waktu sahur seperti seperti mana kokokan di tempat kita, bunyi kokokan itu saling sahut menyahut sehingga lebih seratus farsakh jauhnya. Ayam-ayam boleh berkokok saling sahut-menyahut (sehingga sejauh itu) kerana bersambungnya kampung-kampung di situ dengan tersusun rapi.”", "Farsakh adalah unit ukuran Arab klasik/ kuno. Satu farsakh sekitar 5 km.", "Bayangkan, menurut Abu Zaid, kampung-kampung di Srivijaya bersambung-sambung sehingga 500 km jauhnya. Ini suasana pada abad ke-9. Maka tidak hairanlah jika Ibn Kathir menulis bahawa di Srivijaya banyak runtuhan bangunan.", "Pelayar Islam dari Parsi iaitu Buzurg al-Ramhurmuzi yang hidup pada abad ke-10 M juga mencatatkan tentang begitu banyaknya pasar dan bangunan di Srivijaya. Beliau menulis :-\nو قد كان دخل الزابج قال رأيت فى البلد الذى فيه مهراجا الملك بالزابج من الاسواق العظيمة ما لا يحصى….و حكى من امر جزيرة الزابج و عمارتها و كثرة البلدان و القرى فيها ما لا يقع عليه وصف", "“Dan dia (Yunus bin Mihran) pernah masuk ke wilayah Srivijaya (al-Zabaj) dengan berkata, ‘Aku telah melihat di negeri yang menjadi tempat bersemayam Maharaja iaitu raja bagi Srivijaya, pasar-pasar yang besar sekali begitu banyak tidak terhitung bilangannya…dan telah diceritakan hal ehwal Pulau Srivijaya dari segi bangunan-bangunannya serta banyaknya negeri dan kampung-kampung di dalamnya yang tidak dapat digambarkan.\nJika merujuk kepada catatan Ibn Kathir dan penulis-penulis Arab/ Parsi dari abad ke-9 hingga abad ke-14 M, wilayah-wilayah Srivijaya (Jawa, Sumatera dan semenanjung Tanah Melayu) terdapat banyak bangunan.", "Namun peninggalan binaan Srivijaya yang ditemui di zaman moden ini tidak selaras dengan catatan penulis-penulis Arab kurun yang lalu. Apakah masih banyak lagi kesan peninggalan yang tertimbus dan belum ditemui atau terdapat zaman di mana ianya dihapuskan secara besar-besaran, hanya masa yang menentukan jawapan persoalan ini.", "Hasanuddin Yusof\nMaktab Penyelidikan\nTamadun Alam Melayu dan Islam" ]
https://www.thepatriots.asia/teorem-terakhir-fermat/
Teorem Terakhir Fermat
[ "Pada tahun 1637, Pierre de Fermat pernah menulis satu nota di buku Arithmetica oleh Diophantus yang bermaksud, “Tiada nombor bulat yang dapat memuaskan persamaan xn+yn=zn  apabila nilai n lebih besar daripada 2. Saya turut menemui bukti yang sangat menakjubkan untuk masalah ini tetapi ruang pada buku ini sangat kecil untuk saya menulis bukti tersebut.”", "Masalah ini yang turut dikenali sebagai Teorem Terakhir Fermat merupakan antara masalah yang paling rumit dalam dunia matematik sehinggakan ahli matematik terpaksa mengambil masa selama 358 tahun untuk membuktikan teorem ini. Masalah ini dipanggil Teorem Terakhir Fermat kerana ia merupakan teorem Fermat terakhir yang dapat dibuktikan oleh ahli matematik.", "Teorem Terakhir Fermat merupakan antara masalah matematik yang paling terkenal kerana ramai pakar matematik seperti Leonhard Euler malahan ahli matematik amatur cuba untuk menyelesaikannya tetapi kesemua usaha mereka tidak membuahkan hasil. Akhirnya, pada tahun 1994, teorem ini dapat dibuktikan oleh ahli matematik berbangsa Inggeris iaitu Andrew Wiles dengan bantuan muridnya Richard Taylor.", "Andrew Wiles mula mengetahui tentang Teorem Terakhir Fermat ketika berusia 10 tahun semasa sedang membaca buku di sebuah perpustakaan di Cambridge. Beliau mula tertarik untuk menyelesaikannya tetapi tidak berhasil. Beliau juga cuba berbincang dengan  guru-gurunya tetapi mereka juga tidak mengetahui cara untuk membuktikan teorem tersebut. Pada tahun 1980, beliau berjaya memperolehi Doktor Falsafah di Universiti Cambridge. Beliau melakukan penyelidikan berkaitan dengan lengkungan elips dengan perkalian kompleks dengan menggunakan kaedah Teori Iwasawa di bawah bimbingan John Coates.", "Pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an, ahli matematik Jepun iaitu Goro Shimura, dengan menggunakan idea daripada Yutaka Taniyama, menyatakan bahawa wujudnya hubungan diantara lengkungan elips dengan bentuk modular (Idea ini kemudiannya dikenali sebagai Konjektur Taniyama-Shimura). Lengkungan elips dan bentuk modular merupakan dua bidang yang berasingan dalam matematik. Ramai ahli matematik berpendapat yang Konjektur Taniyama-Shimura sangat mustahil untuk dibuktikan. Pada tahun 1982-1985, seorang ahli matematik Jerman, Gerhard Frey mencadangkan bahawa wujudnya hubungan di antara lengkungan elips dengan Teorem Terakhir Fermat. Kemudian, Ken Ribet membuktikan wujudnya hubungan di antara Teorem Terakhir Fermat dengan Konjektur Taniyama-Shimura apabila beliau berjaya membuktikan  Konjektur Epsilon(sekarang dikenali sebagai Teorem Ribet). Beliau menyatakan jika Konjektur Taniyama-Shimura dapat dibuktikan, maka Teorem Terakhir Fermat juga akan terbukti secara automatik.", "Berita mengenai wujudnya hubungan di antara Teorem Terakhir Fermat dengan Konjektur Taniyama-Shimura diketahui oleh Andrew Wiles. Dengan berbekalkan pengetahuan dalam bidang lengkungan elips, beliau cuba membuktikan Konjektur Taniyama-Shimura untuk membuktikan Teorem Terakhir Fermat. Beliau bekerja secara senyap dalam tempoh 7 tahun untuk menyiapkan bukti tersebut. Sepanjang tempoh tersebut, hanya beberapa orang terdekat termasuk isterinya yang mengetahui mengenai bukti yang beliau lakukan.", "Akhirnya, pada tahun 1994 beliau mengumumkan bahawa beliau telah berjaya membuktikan Konjektur Taniyama-Shimura seterusnya membuktikan Teorem Terakhir Fermat. Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Selepas hampir 2 minggu Andrew Wiles mengumumkan bukti tersebut, panel penilai bukti menemui kesilapan pada bahagian yang paling penting untuk membuktikan  Konjektur Taniyama-Shimura. Dengan wujudnya kesilapan tersebut, Teorem Terakhir Fermat masih belum dapat dibuktikan.", "Selepas hampir 1 tahun, Andrew Wiles masih belum mampu untuk menyelesaikan kesilapan yang beliau lakukan walaupun mendapat bantuan daripada muridnya, Richard Taylor. Pada satu pagi, beliau mendapat ilham untuk menyelesaikan kesilapan tersebut. Beliau menyatakan saat beliau mendapat ilham tersebut merupakan saat yang paling penting dalam hidupnya. Selepas berusaha selama beberapa bulan, akhirnya beliau menerbitkan kertas kerja yang bertajuk “Lengkungan Elips Modular dan Teorem Terakhir Fermat.”( Modular elliptic curves and Fermat’s Last Theorem”). Akhirnya, ahli matematik menerima pembuktian yang dilakukan oleh Andrew Wiles dan seterusnya Teorem Terakhir Fermat berjaya dibuktikan. Sebagai penghargaan terhadap usahanya yang menakjubkan, beliau diberikan pelbagai anugerah matematik termasuklah Hadiah Abel daripada kerajaan Norway pada tahun 2016.", "Sebagai kesimpulannya, walau serumit mana pun sesuatu masalah itu, pasti ada penyelesaiannya. Andrew Wiles berjaya membuktikan masalah matematik yang berusia 358 tahun walaupun masalah tersebut sangat mustahil untuk diselesaikan. Mungkin pada suatu hari nanti masalah-masalah lain seperti Hipotesis Riemann(“Riemann Hypothesis”) atau Konjektur Nombor Perdana Kembar(“Twin Prime Conjecture”) dapat dibuktikan. Dan yang saya berharap saya adalah orang yang dapat menyelesaikan masalah – masalah tersebut!", "Rujukan:", "Sample, I. (2016, March 15). Abel prize won by Oxford professor for Fermat’s Last Theorem proof. Retrieved February 16, 2018, from https://www.theguardian.com/science/2016/mar/15/british-mathematician-andrew-wiles-abel-prize-fermats-last-theorem-proof", "Are mathematicians finally satisfied with Andrew Wiles’s proof of Fermat’s Last Theorem? Why has this theorem been so difficult to prove? (n.d.). Retrieved February 16, 2018, from https://www.scientificamerican.com/article/are-mathematicians-finall/", "Singh, S. (2016, March 20). Why it’s so impressive that Fermat’s Last Theorem has been solved. Retrieved February 16, 2018, from http://www.telegraph.co.uk/science/2016/03/20/why-its-so-impressive-that-fermats-last-theorum-has-been-solved/", "Nota Editor: Artikel ini disumbangkan oleh pembaca kami. " ]
https://www.thepatriots.asia/becerrillo-anjing-p3rang-sepanyol-yang-menggerunkan-dunia-baru/
Becerrillo: Anjing P3rang Sepanyol Yang Menggerunkan Dunia Baru
[ "Anjing digunakan dalam medan p3rang setidak-tidaknya sejak 3000 tahun yang lalu. Mesir, Yunani, Parsi, Sarmatia, Briton, dan Rom – kesemua tamadun ini pernah menjadikan anjing sebagai anjing p3rang, anjing peninjau, anjing pengawal, anjing penjejak, ataupun anjing penghukum. Walau bagaimanapun, hanya di tangan para c0nquistador Sepanyol  anjing p3rang digunakan pada skala melampau dan ia memberikan kesan yang amat dahsyat dalam sejarah penjajahan Dunia Baru.", "Christopher Columbus merupakan individu pertama yang menggunakan anjing p3rang di Dunia Baru. Beliau pernah menggunakannya ke atas orang-orang asli Hispaniola pada tahun 1493 dan semasa berlabuh di Jamaica pada 1494. Namun, hanya dalam Pert3mpuran Vega Real pada tahun 1495 barulah Columbus menyedari kemampuan sebenar penggunaan anjing p3rang di rantau itu.", "Pada 27 Mac 1495, Columbus dan Bartholomew mara ke pedalaman Hispaniola dengan membawa 200 orang tentera, 20 orang kavalri, dan 20 ekor anjing Mastiff bagi tujuan menvndukkan orang asli Arawak. Pasukan ini dipimpin oleh seorang c0nquistador bernama Alonso de Ojeda yang mempelajari seni penggunaan anjing p3rang semasa terlibat dalam pert3mpuran menentang orang Islam di Granada. Dalam The Pawprints of History: Dogs in the Course of Human Events, Stanley Coren memerincikan babak pert3mpuran tersebut sebagaimana berikut:", "“Beliau menghimpunkan anjing p3rang jauh di sayap kanan dan menanti hingga pert3mpuran mencapai kemuncak. Kemudian, barulah beliau melepaskan kesemua 20 ekor mastiff sambil berteriak, “Tomalos!” (terkam mereka). Anjing-anjing ini pun menghambat perajurit-perajurit musuh dan menerpa ke atas tubuh mereka. Habis perut dan tenggorok mereka dibaham. Mana-mana musuh yang tersungkur jatuh pula, teruk dikeronyok hingga putus anggota tubuh mereka. Selesai mengerjakan satu tubuh, anjing-anjing p3rang ini memangsakan tubuh yang lain pula.”", "Dalam perlayaran demi perlayaran yang dilakukan ke benua Amerika, ratusan dan bahkan ribuan ekor anjing dibawa masuk. Baka yang paling masyhur ketika itu adalah mastiff, yang boleh membesar sehingga mencapai berat 250 paun dan rahangnya yang besar pula berupaya menghancurkan tulang-belulang manusia. Saiznya yang besar dan rupa parasnya yang bengis sememangnya mampu memutikkan rasa gerun dalam hati sesiapapun yang menjadi mangsanya. Anjing-anjing p3rang ini sering digunakan oleh para c0nquistador masyhur seperti Balboa, Velasquez, Cortes, de Soto, Toledo, Coronado, dan Pizarro sebagai senjata tempur, kaedah hukuman, dan p3rang psikologi ke atas musuh. Namun, anjing yang paling ganas dalam sejarah penjajahan Dunia Baru adalah anjing milik Juan Ponce de Leon yang dikenali sebagai Becerrillo.", "BECERRILLO: ‘KERBAU’ YANG DILATIH UNTUK MEMBVNUH", "Nama Becerrillo membawa maksud ‘Kerbau Kecil’. Anjing ini adalah jenis mastiff dengan matanya berwarna p3rang dan kulitnya pula kemerahan. Becerrillo dimiliki oleh Juan Ponce de Leon. Namun, ia sering berada di bawah jagaan Kapten Diego Guilarte de Salazar dan Sancho de Aragon.", "Asal-usul Becerrillo tidaklah diketahui, namun ia dipercayai lahir di benua Amerika di rumah anjing milik Ponce. Catatan terawal berkenaan Becerrillo datang dari tahun 1511. Pada masa itu, Becerrillo sudah pun disifatkan sebagai seekor anjing p3rang yang menggerunkan.", "Ponce de Leon si tuannya adalah individu yang bertanggungjawab men4kluk Puerto Rico. Selepas berlabuh di sana pada tahun 1508, beliau serta-merta memenuhkan kantungnya dengan emas, sebelum kemudiannya memujuk anak Christopher Columbus yang bernama Diego supaya melantiknya sebagai gabenor pulau itu. Ponce kemudian berangkat membawa pasukan tentera dan sejumlah anjing p3rang untuk menvndukkan masyarakat asli di Puerto Rico demi menimbunkan lagi harta kekayaan.", "Sejak awal lagi beliau melatih Becerrillo untuk menjadi anjing p3rang yang gagah. Anjing ini diajarkan supaya dapat membezakan antara tentera Sepanyol dan orang asli, menjejak dan menghambat tawanan p3rang yang melarikan diri, serta membvnuh musuh di medan tempur\n", "Sejarahwan Sepanyol kurun ke-16, Bartolome de las Casas menyifatkan Becerrillo sebagai seekor anjing p3rang yang “menyerang musuh dengan ganas dan melindungi rakan dengan berani.” Beliau juga mencatatkan betapa orang asli “lebih takutkan 10 orang tentera Sepanyol yang ditemani Becerrillo berbanding 100 orang penjajah tanpa Becerrillo.”", "Becerrillo amat mahir menjejak, membvnuh, dan menakutkan musuhnya. Bagi Ponce, kehadiran Becerrillo dalam kempen penundukkan kaum Taino di Puerto Rico adalah seumpama kekuatan 50 orang tentera.", "Memasuki tahun 1512, tuah Ponce de Leon mula berubah arah. Diego Columbus naik iri dengan kekayaan yang diraih oleh Ponce di Puerto Rico. Maka, beliau memujuk raja untuk melantiknya sebagai gabenor pulau itu sekaligus merampas kuasa Ponce secara rasmi.", "Lantaran enggan melepaskan impiannya yang mahu menimbunkan harta kekayaan, Ponce pun mendapatkan geran bagi menakluk sebuah pulau yang bernama Bimini. Menurut khabar, pulau ini kononnya dipenuhi dengan emas dan segala macam kekayaan. Justeru pada tahun 1512, Ponce berangkat menuju pulau itu dan meninggalkan Becerrillo di bawah jagaan Guilarte de Salazar dan Sancho de Aragon.", "Tidak lama kemudian, Salazar memanfaatkan Becerrillo dalam sebuah pert3mpuran. Pada suatu malam, masyarakat asli melakukan ser4ngan secara mengejut. Namun, Becerrillo sempat menyalak memberikan amaran. Lantas, Salazar pun dengan segera bertindak balas sambil membawa Becerrillo di sisi. Dalam tempoh 30 minit sahaja, Becerrillo berjaya membvnuh 33 orang asli sehingga habis medan tempur itu dipenuhi dengan k0rban.", "BECERRILLO MENUNJUKKAN BELAS IHSAN", "Walaupun Becerrillo dilatih untuk membvnuh manusia, dalam Pawprints of History karangan Coren, terdapat satu kisah yang cukup menarik perhatian. Kisah ini memerihalkan betapa pada suatu hari, para penjajah Sepanyol berkem di luar petempatan Caparra, Puerto Rico, bagi menanti ketibaan gabenor Sepanyol. Sebagai satu hiburan, Salazar bertindak memberi sekeping kertas kepada seorang wanita tua, lalu menyuruhnya agar menghantar surat itu kepada gabenor.", "Sebaik sahaja wanita ini berangkat pergi, Salazar melepaskan Becerrillo dan memerintahkannya supaya membvnuh wanita tua itu. Tatkala hampir sahaja anjing p3rang itu menerpa ke arahnya, si wanita itu pantas melutut dan merayu, “Tolonglah hai tuan anjing. Saya sedang dalam perjalanan untuk menghantar surat ini kepada raja Kristian. Saya merayu pada kamu, hai tuan anjing, janganlah cederakan saya.”", "Becerrillo lantas menghidu-hidu wanita itu, lalu berpaling dan beredar pergi. Tatkala kejadian ini diceritakan kepada gabenor, beliau pun membebaskan wanita tua itu dan melarang sebarang tindakan menakut-nakutkan warga awam secara sengaja. Beliau malah menambah dengan berkata, “Aku tidak akan biarkan belas ihsan dari seekor anjing jauh melebihi belas ihsan seorang penganut Kristian.”", "KEMATIAN BECERRILLO", "Mimpi ngeri terhadap Becerrillo berakhir pada suatu hari dalam tahun 1514, apabila orang asli Caribs dari Pulau Vieques menangkap Sancho de Aragon. Menurut Gonzalo Fernandez de Oviedo y Valdes dalam karyanya yang berjudul 1535 Historio, Becerrillo terus sahaja mengejar orang asli itu walaupun mereka sudah pun menaiki kanu. Dengan mudah, Becerrillo menjadi mangsa bidikan panah. Tentera Sepanyol cuba merawat kecederaan yang ia alami, namun Becerrillo menghembuskan nafas terakhirnya tidak lama kemudian. Becerrillo disemadikan secara rahsia dan menurut Oviedo, pemergiannya lebih diratapi berbanding rakan-rakan lain.", "Seperti kebanyakan anjing, Becerrillo bersifat amanah dan setia hingga ke akhir hayat. Becerrillo mungkin telah meragut banyak nyawa, namun pembvnuh yang sebenar tidak lain dan tidak bukan tentulah manusia yang memiliki dan mendidiknya.", "TERJEMAHAN:", "Joanna Gillan. (19 September 2020). Becerillo: The T3rrifying W4r Dog of the Spanish C0nquistadors. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/becerrillo-0014283\n" ]
https://www.thepatriots.asia/strategi-berbisnes-junjungan-besar-nabi-kita/
Strategi Berbisnes Junjungan Besar Nabi Kita
[ "Masyarakat Arab dahulu memang terkenal dengan kebijaksanaan dalam perniagaan. Bahkan sehingga kini pun, para perniaga pasti berbangga jika dapat berkolaborasi dengan Tok Arab jika berniaga. Fuhh gitu.", "Mereka berniaga dari Syam hingga ke Yaman. Pada musim panas dan musim sejuk. Kafilah-kafilah pedagang Arab ini akan bermusafir ke sana ke mari untuk melebarkan jaringan perdagangan. Dari Habsyah, ke Parsi, lalu ke India, singgah ke Nusantara dan seterusnya menuju ke China. Begitulah giatnya usaha perniagaan mereka.", "Manakala orang Mekah pula, akan mendapat keuntungan berlipat ganda pada musim haji apabila pasar paling masyhur iaitu Pasar Ukaz akan menjadi tumpuan para pedagang dari serata dunia. Perdagangan umpama nadi utama masyarakat Arab. Bahkan Rasulullah sendiri menyatakan 9 per 10 kekayaan datangnya dari perniagaan. Rasulullah sendiri pergi ikut berdagang pada usia kanak-kanaknya ke Syam. Kemudian, baginda juga pernah memegang amanah memperdagangan barangan Siti Khadijah.", "Namun, setelah baginda berhijrah, iaitu ke Madinah, tiada lagi pasar Ukaz. Muhajirin hanya membawa diri sendiri sehelai sepinggang. Mereka tidak membawa kebun-kebun, pasar-pasar, atau harta-harta yang banyak. Di Madinah, ekonomi setempat dikuasai oleh golongan Yahudi Madinah bagaikan “gergasi Kapitalis”. Mereka memonopoli perniagaan dengan begitu bijak sekali. Siapa lah tidak kenal kebijaksanaan kaum ini dalam perniagaan. Bahkan sehingga kini pun, Yahudi dan bisnes memang amat sinonim.", "Setelah sampai ke Madinah, Rasulullah yang bijaksana ini tidak meroyan dengan perniagaan Yahudi. Baginda tidak memfitnah perniagaan orang. Tidak menghantar sihir mahupun santau paku dalam balutan kain kuning. Baginda tidak punya perasaan dengki hasad iri hati. Baginda tidak viralkan kempen “boikot produk Yahudi Laknatullah penindas kaum Muslimin”.", "Apa yang Rasulullah lakukan adalah, baginda arahkan sahabat baginda iaitu Saiyiidina Abdul Rahman bin Auf untuk membeli sebidang tanah untuk dijadikan pasar. Pasar tersebut dinamakan Sauqul Ansar (Pasar orang Ansar) yang mesra masyarakat setempat. Ini adalah strategi bisnes baginda.", "Rasulullah melarang perbuatan khianat, penipuan, penindasan, fitnah, iri hati dalam pernigaan. Pasar ini adalah pasar terbuka yang bebas untuk sesiapa sahaja. Paar ini dikawal selia seratus peratus oleh orang Muslim. Diharamkan riba dan dihalalkan jual beli. Ini merupakan persaingan sihat kepada pasar yahudi di Madinah. Rasulullah menerapkan budaya “Kerja Itu Ibadah”. Maka lahirlah rasa ikhlas, tawaduk, jujur dan lain-lain nilai murni dalam perniagaan Muslim ketika itu. Segala akhlak mulia terpancar dari cara peniaga Muslim melayan pelanggan. Tiada emo-emo, ego-ego, marah-marah, dan lain-lain sifat tidak professional ahli perniagaan.", "Sifat ini menarik hati pelanggan. Malah, seluruh umat Islam Madinah bersatu bagi membangunkan ekonomi umat dengan membeli di pasar mesra pelanggan ini. Tiada sikap jatuh-menjatuhkan. Apabila melihat kemajuan perniagaan saudara seislam, tiada dalam hati sesama Muslim ketika itu membuat andaian, “Amboi, ramainya pelanggan. Sampai beratur. Ni mesti ada pakai tangkal pelaris, sihir…” dan sebagainya.", "Lama-kelamaan, ekonomi Yahudi Madinah mereput dan akhirnya lumpuh. Ekonomi Muslim mencapai keuntungan dalam masa singkat. Dua kunci rahsia kemajuan perniagaan umat Islam pada ketika itu adalah :", "Peniaga\n1) Jujur kepada pelanggan.\n2) Tidak iri hati kepada peniaga lain\n3) Perkhidmatan dan layanan yang mesra pelanggan", "Pelanggan\n1) Beretika\n2) Sifat kesatuan ummah\n3) Sifat supportive dalam membangunkan ekonomi Muslim" ]
https://www.thepatriots.asia/pangkalan-pangkalan-tentera-us-di-asia-timur/
Pangkalan-Pangkalan Tentera US Di Asia Timur
[ "Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat mewujudkan pakatan rasmi dengan beberapa negara Asia Timur. Untuk menyokong Perjanjian Keselamatan AS-Jepun yang ditandatangani pada tahun 1951, Amerika Syarikat sekarang ini menempatkan 35,000 tentera di Jepun, yang sebahagian besarnya adalah tentera udara, pasukan Marin, dan tentera laut.[1] ", "Walaupun terdapat beberapa pangkalan tentera AS di tanah besar Jepun, majoriti tentera AS di Jepun ditempatkan di pulau kecil Okinawa di hujung selatan. Pulau Okinawa dekat dengan laluan kapal Asia Timur di Laut China Selatan dan berdekatan Taiwan. Ia menempatkan beberapa fasiliti ketenteraan AS, terutamanya pangkalan Kor Marin AS (antaranya ialah Kem Schwab dan Kem Hansen) dan Pangkalan Udara Kadena yang besar.", "Kehadiran pasukan tentera AS di Okinawa adalah sesuatu yang menyakitkan bagi ramai penduduk pulau tersebut yang terpaksa hidup dengan bunyi bising, kemalangan, dan jenayah yang dikaitkan dengan pangkalan AS itu.[2]", "Sebagai respon kepada aduan tersebut dan dalam usaha-usaha untuk mewujudkan perikatan AS-Jepun yang lebih mapan, Washington merancang untuk memindahkan 8,000 askar Marin dari pulau itu ke Guam, ia juga telah berunding dengan Tokyo untuk memindahkan Stesen Udara Futenma ke tempat lain di pulau itu, dan menggabungkan pasukan tentera AS yang lain. Penempatan semula Stesen Udara Futenma menjadi terhenti kerana menghadapi tentangan yang ketara daripada pihak tempatan; masalahnya–dan masa depan tentera Marin AS di Okinawa secara umumnya–masih belum dapat diselesaikan.[3]", "Perjanjian Pertahanan Bersama dengan Republik Korea (ROK) mewajibkan Amerika Syarikat untuk mempertahankan Korea Selatan sekiranya ia diserang. Tujuan asal pakatan itu adalah untuk mencegah serangan daripada Korea Utara yang bermusuhan dengan Korea Selatan, yang mana pada tahun 1950 pernah menyerang Korea Selatan untuk cuba menyatukan semenanjung Korea yang berpecah.", "Untuk mencegah serangan yang sedemikian, Amerika Syarikat telah menempatkan anggota pasukan tentera darat dan udara di ROK. Selama bertahun-tahun, sejumlah besar askar Amerika telah ditempatkan berdekatan DMZ sebagai pasukan “tripwire”, dan Amerika Syarikat juga memiliki jejak ketenteraan yang besar di Seoul.", "Pasukan tentera AS di Korea telah menyusut dalam beberapa tahun kebelakangan ini.[4] Terutamanya sejak tahun 1990-an, kekuatan ekonomi dan ketenteraan Korea Utara telah berkurang dan ancaman pencerobohan olehnya telah menurun. Bertempur dalam dua peperangan di Teluk Parsi sejak tahun 1991, Amerika Syarikat menarik pasukan tentera dari semenanjung Korea (dan menghantarnya ke Iraq).", "Tentera yang masih kekal di Korea Selatan adalah 28,500 askar yang terdiri daripada dua brigade Divisyen Infantri Kedua Tentera Darat Amerika (2ID/Second Infantry Division) dan beberapa skuadron taktikal Tentera Udara AS.", "Washington dan Seoul telah merundingkan pengurangan dan penyusunan semula secara bertahap pasukan tentera Amerika, yang akan mengalihkan dan menggabungkan askar dan fasiliti ke kawasan selatan.[5] Amerika juga bersetuju untuk memindahkan kawalan operasi masa perang (“OPCON”) kepada tentera Korea Selatan, walaupun Seoul telah menunda langkah ini beberapa kali.[6]", "Di Asia Tenggara, Amerika Syarikat menjamin keselamatan Filipina, Australia, dan New Zealand. Dengan Australia dan New Zealand, Amerika Syarikat telah menyimpulkan perjanjian keselamatan ANZUS pada tahun 1951. Australia sebelum ini hanya menjadi tuan rumah kepada sejumlah kecil anggota tentera AS, tetapi setelah tahun 2012, sebagai sebahagian daripada usaha “pivot” atau “pengimbangan semula” Pentadbiran Obama, Australia bersetuju untuk menjadi tuan rumah kepada 2,500 tentera Marin AS.", "Perikatan AS-Filipina ditandatangani pada tahun 1952, dan pangkalan AS di sana (Pangkalan Tentera Udara Clark dan Pangkalan Tentera Laut AS Subic Bay) berfungsi sebagai pusat Perang Dingin yang penting. Kerosakan fizikal pada pangkalan tersebut yang disebabkan oleh letusan gunung berapi Pinatubo, dan rasa tidak puas hati dalam politik domestik Filipina berhubung kehadiran tentera AS, telah membawa Manila kepada mengusir tentera Amerika dari pangkalan-pangkalan ini pada tahun 1991–1992.", "Amerika Syarikat walau bagaimanapun terus menjamin keselamatan Filipina; kerjasama ketenteraan antara kedua negara tersebut sejak berakhirnya Perang Dingin diteruskan terutamanya dalam ruang mencegah keganasan. Tetapi baru-baru ini, pertikaian wilayah di Laut China Selatan yang semakin menonjol (di mana Manila adalah pihak yang menuntut wilayah) telah menyebabkan perikatan AS-Filipina dihidupkan semula.[7]", "Sementara itu untuk Taiwan, Amerika Syarikat dan Republik China (ROC) menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama pada tahun 1952. Mereka bekerjasama dalam kerangka pakatan ini dalam krisis ketenteraan di Selat Taiwan pada tahun 1950-an. Di bawah kepemimpinan Pentadbiran Nixon, Washington menormalisasikan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China (PRC) pada tahun 1979 — menyetujui bahawa terdapat satu negara China, mengakhiri perjanjian keselamatannya dengan ROC, dan menarik pengiktirafan diplomatik terhadap Taipei.", "Amerika Syarikat sekarang ini tidak mempunyai perikatan keselamatan yang formal (atau hubungan diplomatik) dengan Taiwan, tetapi pada tahun 1979, Kongres AS meluluskan “Taiwan Relations Act,” menyatakan sokongannya untuk menjaga keseimbangan ketenteraan di selat itu, dan mengatakan akan melihat dengan “perhatian yang serius” penggunaan kekerasan apa pun untuk menyelesaikan pertikaian Taiwan. Walaupun kekurangan komitmen pertahanan yang formal, ramai golongan elit dasar luar Amerika berpendapat bahawa hubungan itu merupakan “fungsian yang sama dengan perjanjian pertahanan.”[8]", "Akhirnya, wilayah Amerika di Asia Timur juga memberikan kehadiran barisan hadapan ketenteraan. Pesawat jarak jauh mengakses wilayah ini dari Alaska, dan Amerika Syarikat memiliki angkatan laut dan pasukan Marin yang signifikan di Hawaii.", "Bahkan lebih dekat lagi, Amerika Syarikat mengekalkan pangkalan tentera laut dan Pangkalan Udara Anderson di Guam yang merupakan pangkalan untuk kapal selam penyerang dan pembom B-2. Selama tempoh beberapa tahun akan datang, Amerika Syarikat merancang untuk menempatkan semula 8,000 askar Marin AS ke Guam dan 9,000 tanggungan mereka dari pulau Okinawa, serta kapal selam Trident, pasukan petugas peluru berpandu balistik, dan jet tempur F-22.[9] Persiapan juga dilakukan di Guam untuk mengakomodasi kapal induk pesawat.", "Nota Kaki:", "[1] Untuk keterangan yang bermanfaat mengenai pasukan tentera luar negara A.S., lihat Michael J. Lostumbo, et.al., “Overseas Basing of U.S. Military Forces: An Assessment of Relative Costs and Benefits,” RAND Corporation, Santa Monica, Calif., 2012.", "[2] Mengenai politik isu pangkalan Okinawa, lihat buku Kent E. Calder, Embattled Garrisons: Comparative Base Politics and American Globalism (Princeton: Princeton University Press, 2007), ms. 166-175. Isu keganasan orang Amerika terhadap penduduk Okinawa mempunyai sejarah yang panjang dan tegang: yang paling terkenal adalah pada tahun 1995, tiga tentera A.S. telah memperkosa seorang gadis sekolah Okinawa, ia telah memicu gerakan anti-pangkalan di pulau itu. Martin Fackler, “Two U.S. Soldiers Arrested in Rape Case,” New York Times, October 16, 2012.", "[3] Mengenai perdebatan Stesen Udara Futenma, lihat Shannon Tiezzi, “Beyond Futenma: Okinawa and the US Base Conundrum,” The Diplomat, November 4, 2015; Jennifer Lind, “US-Japan Security Relations After the Storm,” dalam Japan Moves Gorward (Washington, D.C., Maureen and Mike Mansfield Foundation, 2011).", "[4] Untuk gambaran keseluruhan, lihat Lostumbo, et.al., “Overseas Basing of U.S. Military Forces.”", "[5] Amerika Syarikat telah bersetuju untuk mengembalikan garison Yongsan dan pangkalan lain di Seoul. Pasukan tentera A.S. di Korea akan digabungkan di selatan Seoul di Garison Tentera Darat A.S. Humphreys di Pyeongtaek, dan di Pangkalan Udara Osan. Juga, jelajah di Korea kini akan menjadi jelajah yang diiring. “U.S. Changing Its Mission in Korea,” Washington Times, 5 Mac 2009.", "[6] Mengenai “opcon” lihat “Ash Carter Assures South Korea On US Support,” Wall Street Journal, November 1, 2015; “S. Korea, U.S. to Decide Timing of Opcon Transfer Next Year,” Korea Herald, October 14, 2013.", "[7] Javier C. Hernandez, “Warily Eyeing China, Philippines May Invite U.S. Back to Subic Bay,” New York Times, September 19, 2015; Prashanth Parameswaran, “Philippines to Revive Former US Naval Base Near South China Sea in 2016,” The Diplomat, July 17. 2015.", "[8] Robert J. Art, A Grand Strategy for America (Ithaca, NY: Cornell University Press, 2003), 138.", "[9] Gina Harkins, “Marines identify units that will move from Japan to Guam,” Marine Corps Times, October 1,\n2015.", "Artikel asal oleh Jenifer Lind yang merupakan Profesor Madya Jabatan Kerajaan di Dartmouth College yang diterjemahkan oleh Muaz Malik, penulis kami. Beliau berafiliasi dengan Reischauer Institute of Japanese Studies di Harvard, serta Chatham House, London. Prof. Jenifer Lind juga menulis artikel ilmiah di International Security dan International Studies Quarterly, dan menulis untuk khalayak yang lebih luas dalam penerbitan seperti Foreign Affairs dan National Interest.", "RUJUKAN:", "Keep, Toss, or Fix? Assessing US Alliances in East Asia oleh Jennifer Lind, dalam buku Sustainable Security: Rethinking American National Security Strategy (2016), diedit oleh Jeremi Suri dan Benjamin Valentino" ]
https://www.thepatriots.asia/saintis-dapati-ginjal-babi-berfungsi-untuk-manusia/
Saintis Dapati Ginjal Babi Berfungsi Untuk Manusia
[ "Saintis akur yang mesin dialisis bukan sama sekali jalan penyelesaian untuk pesακit buah pinggang. Kosnya sangat tinggi untuk satu rawatan yang bukan solusi. Kena ulang tiga kali seminggu pula, untuk mengerjakan fungsi semulajadi buah pinggang.", "Statistik masalah ginjal semakin membimbangkan di Malaysia. 15 peratus rakyat negara ini mempunyai penyakit ginjal κroηiκ (Ismail, 2020). Malah 30 peratus dalam kalangan pesακit ini terdiri daripada golongan muda (Aziz, 2021).", "Jangan ingat Amerika Syarikat elok-elok belaka. 15 peratus populasi dewasa sana berdepan dengan penyakit ginjal. Senang cakap, semua negara ada statistik masalah ginjal. Satu-satunya cara sekarang adalah pemindahan ginjal, yang beri.siko badan tidak terima (organ transplant rejection) dengan potensi dαrαh be.ku bagai.", "Jadi saintis kena fikir alternatif. Kalau boleh, semua pakat mahu buat ginjal macam buat burger vegan. Tetapi ada beza makanan dengan organ berfungsi. Mereka cuba mencari solusi daripada haiwan.", "Pada tahun 1964, seorang doktor bernama Keith Reemtsma memindahkan ginjal seekor cimpanzi masuk dalam seorang wanita.", "Prosedur ini gagal sebenarnya. Walaupun ginjal tersebut berfungsi selama sembilan bulan (Altman, 2000), wanita terbabit meninggal dunia akibat prosedur sedemikian.", "Padahal kedua-dua ginjal cimpanzi didapati normal tanpa sebarang petanda apa-apa masalah melainkan gangguan teruk pada imbangan kimia badan (Cooper, 2012).", "Senang cakap, ginjal cimpanzi tidak sesuai untuk manusia sekalipun ada banyak perkongsian lain.", "Disangka Beruk, Rupanya Babi", "Kegagalan Dr. Keith Reemtsma membuka mata saintis untuk kaji haiwan lain. Cari punya cari, mereka mendapat petunjuk yang ginjal babi boleh digunakan.", "Berbeza dengan eksperimen lampau yang melibatkan seorang wanita normal, saintis kali ini mendapat izin daripada keluarga seorang penderma organ yang sudah ma.ti otak.", "Eksperimen terkini mengambil masa 54 jam. Mereka mengeluarkan “ginjal manusia” daripada penderma tersebut untuk tujuan persampelan terlebih dahulu.", "Kemudian mereka membawa ginjal daripada seekor babi. Berbeza dengan yang lain, babi ini istimewa sebenarnya. Ginjal babi biasa mempunyai kod genetik alpha-gal yang “dibenci” sistem imuniti manusia. Alpha-gal menyebabkan badan manusia tolak ginjal haiwan ini.", "Jadi saintis membesarkan seekor babi khas tanpa alpha-gal (dibuat dengan menggunakan kaedah genetic engineering). Apabila ginjal babi khas itu masuk dalam badan manusia, pihak doktor terus memantau.", "Saat menjadi minit yang bertukar ke jam. Sepatutnya antibodi manusia akan meηyerαηg ginjal babi. Tetapi kali ini, badan penderma sudah menerima ginjal tersebut siap buat air kencing yang sangat banyak (Lanese, 2021).", "Kira langkah pertama lulus dengan bergaya. Tetapi saintis masih belum bersorak, kerana masih banyak persoalan belum terjawab – seperti “berapa lama boleh tahan?”", "Tubuh badan manusia boleh terima sekarang… tetapi tolak kemudian. Itu masalahnya. Mereka perlu memantau dalam tempoh yang sangat lama, sebelum mengesahkan eksperimen ini berjaya.", "Buat masa sekarang, eksperimen ini masih menepati piawaian etika yang ditetapkan pihak berkuasa. Ikutkan saintis boleh saja buat organ manusia dalam babi supaya boleh dituai kemudian. Tetapi ini sudah dianggap lebih daripada batasan etika, sekali gus menjadi penghalang.", "Andainya ginjal babi khas ini tahan lama, mungkin ia akan mengubahkan landskap kesihatan dunia. Umat Islam dan Yahudi barangkali akan menolak peluang ini atas faktor agama. Tetapi ini tidak mendatangkan sebarang masalah.", "Ginjal semua penderma boleh diberikan kepada golongan yang sensitif dari segi akidah. Mana yang boleh terima ginjal babi khas wajar teruskan, sekali gus mengurangkan kadar permintaan global.", "RUJUKAN:", "Altman, L. (2000, Jun 28). Keith Reemtsma, 74, Pioneer in Medical Transplants, (ditapiskan). The New York Times.", "Aziz, I.H. (2021, Mac 13). 30 peratus (ditapiskan) buah pinggang golongan muda. Berita Harian.", "Cooper, D.K.C. (2012). A brief history of cross-species organ transplantation. Proc (Bayl Univ Med Cent). 25 (1): 49—57.", "Ismail, M.H. (2020, Disember 27). 15 peratus rakyat Malaysia (ditapiskan) penyakit buah pinggang (ditapiskan). Sinar Harian.", "Lanese, N. (2021, Oktober 22). Pig kidney successfully hooked up to human (ditapiskan) in watershed experiment. Live Science." ]
https://www.thepatriots.asia/kenapa-ada-lahar-bewarna-biru/
Kenapa Ada Lahar Bewarna Biru?
[ "Yang mana satu daripada dua gambar yang menunjukkan aliran lahar gunung berapi ini telah diubah suai? Jawapannya, tiada.", "Kebiasaannya, aliran lahar yang dimuntahkan oleh sesebuah gunung berapi itu, berwarna merah atau jingga yang terang.", "Walau bagaimanapun, gambar ini menunjukkan ‘aliran lahar’ itu mempunyai warna biru.", "Ia diambil oleh seorang jurugambar bernama Olivier Grunewald, di Gunung Berapi Kawah Ijen yang terletak di Indonesia.", "Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa warna biru yang terhasil itu, bukanlah warna sebenar lahar yang dimuntahkan oleh gunung berapi itu sendiri.", "Tetapi sebelum itu, tahu tak apa perbezaan diantara lahar dan magma?", "Lahar adalah cecair batuan sangat panas yang mengalir keluar dari gunung berapi yang meletus.", "Manakala, magma adalah cecair batuan sangat panas yang terletak di bawah kerak bumi.", "Perbezaannya adalah lokasi.", "Baiklah, berbalik kepada topik asal, lahar yang mengalir keluar dari Gunung Berapi Kawah Ijen tidaklah berbeza dari lahar gunung berapi yang lain.", "Tetapi, perbezaan di dalam kandungan mineral atau gas pada satu kawasan atau sesebuah gunung berapi itu akan menyebabkan perubahan pada warna lahar tersebut.", "Di kawasan Kawah Ijen ini, selain daripada gas-gas lain, kuantiti tinggi gas sulfur juga turut keluar dari permukaan tanah dengan suhu serta tekanan yang sangat tinggi.", "Gas sulfur yang keluar, terdedah kepada oksigen yang wujud bebas di udara, kemudian akibat percikan api yang berpunca daripada aliran lahar, tercetuslah pembakaran yang menyebabkan lahar itu kelihatan seperti ia berwarna biru.", "Oleh kerana warna biru yang terhasil itu disebabkan oleh pembakaran gas dan bukanlah dari warna lahar itu sendiri, ia hanya dapat dilihat dengan jelas pada waktu malam sahaja. Manakala pada waktu siang, warna lahar tersebut kelihatan sama seperti aliran lahar gunung berapi lain.", "Namun disebalik kecantikan alam semulajadi ini, tersembunyi kisah kepayahan pelombong yang mencari rezeki di Gunung Berapi Kawah Ijen.", "Apabila lahar bersulfur menyejuk, ia menjadi sebuah batuan yang kaya dengan kandungan sulfur.", "Pelombong kemudian akan mengumpul batuan sulfur ini ke dalam bakul atau raga rotan yang dibawa mereka.", "Mereka bekerja dalam keadaan yang sangat berbahaya. Malah ada diantara pelombong ini melombong batuan sulfur tersebut tanpa sebarang pakaian perlindungan, sama ada sarung tangan, kasut dan topeng gas yang sesuai.", "Sekadar fakta tambahan, sulfur merupakan antara mineral yang banyak kegunaannya.", "Ia digunakan untuk menghasilkan serbuk letupan, mancis, baja, asid, dan turut digunakan dalam proses pemvulkanan lateks getah." ]
https://www.thepatriots.asia/tips-persediaan-haji-sebelum-berlepas-ke-tanah-arab/
Tips Persediaan Haji Sebelum Berlepas ke Tanah Arab
[ "35 hari sahaja lagi memisahkan kita dengan Ibadah haji. Akan bermula la wukuf di Padang Arafah apabila tergelincirnya matahari pada 9 Dzulhijjah. Sudah pasti semua jemaah akan merasa gembira kerana berpeluang melakukan rukun Islam ini. ", "Banyak persediaan yang perlu dibuat bagi memastikan ibadah haji berjalan dengan lancar tanpa mengalami apa apa masalah. Jadi persediaan yang rapi perlu dilakukan dari negara kita sendiri sebelum berangkatnya kita ke Tanah Arab. Disini ada beberapa persediaan yang boleh dilakukan oleh jemaah haji sebelum tiba ke Tanah Suci.", "1)\tSentiasa hadir ke kursus kursus Haji yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji\n2)\tSemak Tarikh luput passport anda.\n3)\tLakukan pemeriksaan kesihatan di mana mana klinik atau hospital serta dapatkan imunisasi\n4)\tSentiasa melakukan senaman ringan untuk memastikan kita bertenaga apabila melakukan ibadah haji.\n5)\tBuat senarai semak untuk barangan yang perlu dibawa\n6)\tJika anda perlu mengambil ubat ubatan mengikut masa, pastikan anda membawa kesemua ubat tersebut\n7)\tElakkan membawa wang tunai yang terlampau banyak. Cukup sekadar keperluan sahaja.\n8)\tElakkan membawa barangan larangan ke dalam kapal terbang, seperti barangan tajam dan cecair.\n9)\tDaftar masuk penerbangan pada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan anda tertinggal penerbangan\n10)\tPastikan bagasse anda telah diikat kemas serta labelkan. Lebih baik jika bagasi itu anda “seal” untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak elok.\n11)\tBelajar menggunakan telefon pintar jika berlaku sebarang kecemasan.", "Semoga tips persediaan ini sedikit sebanyak boleh membantu jemaah jemaah haji yang akan ke tanah suci nanti. " ]
https://www.thepatriots.asia/ulasan-pembunuhan-ahli-kanan-hamas-di-malaysia/
Ulasan Pembunuhan Ahli Kanan Hamas Di Malaysia
[ "Isu yang paling hangat ketika ini ialah kes pembunuhan Dr. Fadi M. Al-Batsh, pensyarah UniKL dan juga ahli kanan kumpulan Hamas ketika beliau ingin mengimamkan solat subuh.", "Tenggelam berita-berita tentang PRU. Sisi-sisi positifnya: kita masih berprihatin dengan isu yang lebih besar yang menimpa umat seakidah. Kita masih mempunyai perasaan “outrage” terhadap pembunuhan pejuang pembebasan tanah suci Islam.", "Tapi sisi negatifnya: netizen kita masih tak dapat buang sikap “Blame Government First”. Habis diungkit semula kes Kim Jong-nam dan pihak berkuasa kita dimaki hamun, dikatakan tak buat kerja dan sebagainya. Ada yang siap buat teori kata ini merupakan akibat kita membenarkan Yahudi masuk (rujuk pada kes UN-Habitat pada bulan Februari) dan sebagainya.", "Kata mereka, kes pembunuhan macam ini dah banyak berlaku, itu menunjukkan kelemahan penguatkuasaan kita. OK lah, tuan-puan kata banyak kes, cuba namakan satu kes lagi selain kes Kim Jong-nam? Selama ini pihak berkuasa berjaya melindungi Malaysia daripada ancaman Al-Qaeda dan ISIS, tak nampak pula tuan-puan mengucapkan terima kasih atau memuji pihak berkuasa? Satu dua kes berprofail tinggi terus penguatkuasa kita dilabel macam-macam?", "Tuan-tuan dan puan-puan, pertama sekali, kalau kes ini benar Mossad (badan perisikan Israel) yang rancang, samada diorang akan mengupah orang asing (tak kira orang Arab ke, orang Pakistan ke, orang Nigeria ke dan sebagainya), atau menyamar sebagai pemegang pasport negara lain. Mana ada diorang nak bunuh terang-terang sebagai “ejen Mossad”. Itu modus operandi yang asas.", "Kes kali ini sama dengan kes pembunuhan Mahmoud al-Mahbouh pada 19 Januari 2010 di Dubai, UAE. Sama seperti Dr. Al-Batsh, Al-Mahmoud juga merupakan orang kanan dalam Hamas. Al-Mahmoud merupakan antara pengasas Briged Al-Qassam. Selepas sebulan siasatan, polis Dubai mengatakan bahawa Mossad merupakan suspek utama.", "Apa yang pasti, pihak Israel menafikan keterlibatan Mossad. Yang lebih menakjubkan, hasil siasatan menunjukkan skuad pembunuh seramai 26 orang semua memasuki Dubai atas pasport palsu. Ada yang meniru pasport UK, ada meniru Ireland, ada yang meniru Jerman, meniru Australia. Itu Mossad tuan-puan. Kalau nak buat passport palsu mereka buat sampai negara-negara paling maju ni pun tak mampu nak kesan.", "Tuan-puan, kes pembunuhan bersasar (“targeted killing”) ini bukan senang nak halang. Orang yang masuk tu takkan bagitau pegawai di KLIA “saya masuk nak bunuh orang”. Pembunuh yang masuk tu mestilah jenis yang rekod clean punya. Itu common sense kalau nak melakukan jenayah, apatah lagi pembunuh level Mossad?", "Itu harganya kita menjadi sebuah negara terbuka. Kalau nak kes sebegini langsung tidak berlaku senang je, kita tutup negara jadi macam Korea Utara. Jadi tiadalah sesiapa boleh masuk. Tiada orang masuk maka tak berlaku drama sebegini. Tapi adakah itu yang kita mahu?", "Benarkah negara kita jadi sasaran kerana sistem kita lemah? Jangan lupa perkara yang sama juga berlaku di UK. Diorang lagi banyak kes pembunuhan bersasar berprofail tinggi berbanding kita, walaupun diorang kuasa besar yang jauh lebih maju. Selain kes Georgi Markov (tahun 1978) yang terkenal, dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga berlaku kes pembunuhan Alexander Litvinenko (2006), Alexander Perepilichnyy (2012), Boris Berezovsky (2013), Scot Young (2014) dan baru-baru ini Sergei Skripal. Semua disyaki dirancang KGB/FSB Rusia.", "So nak kata UK punya penguatkuasa lembap? Atau perkara sebegini di luar jangkaan dan berlaku secara kebetulan? Dr. Al-Batsh based di Malaysia, kalau Mossad tak bunuh beliau di Malaysia, nak bunuh di mana?", "Dalam kes Mahbouh ada dua orang ahli kumpulan Fatah yang terlibat. Untuk kes Al-Batsh kali ini, tidak ditolak ada kemungkinan yang sama memandangkan hubungan kedua-dua kumpulan menjadi semakin teruk susuli kejadian cubaan membunuh pada bulan lepas ke atas Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah (Fatah). Tapi saya lebih rela hasil siasatan menunjukkan Mossad yang merancang semua. Lagi menyayat hati melihat Muslim berbalah sesama Muslim.", "Kalau berlaku musibah sebegini, kita doa-doakan je lah asy-syahid ditempatkan di kalangan para solihin, dan semoga PDRM berjaya menangkap suspek. Yang selebihnya itu, samada mencaci pihak berkuasa atau memburuk-burukkan nama negara, hanya menyimpang dari ciri seorang mukmin. Memaki hamun kerajaan tak akan menyucikan dosa anda.", "(sebenarnya tak nak komen kes sensitif macam ini. Kes jenayah biar polis je lah yang siasat. Tapi kang orang hairan kenapa kes Korea Utara dulu cepat je den bersuara, tapi kes Mossad tak kata apa-apa)" ]
https://www.thepatriots.asia/wanita-pada-zaman-nabi-musa-a-s/
Wanita Pada Zaman Nabi Musa A.S
[ "Semasa melarikan diri daripada ditangkap oleh pihak berkuasa kerana\nterbunuh seorang lelaki daripada bangsa Qibti (Koptik), Musa yang ketika itu\nmasih belum mendapat wahyu sebagai seorang Nabi telah melarikan diri hingga\nsampai ke Negeri Madyan, di tempat orang ramai biasa menimba air dan di situ\nkelihatan ramai manusia sedang mengambil air untuk memberi minum kepada haiwan\nternakan masing-masing.", "Musa ketika itu melihat ada dua orang gadis sedang menahan haiwan\nternakan mereka daripada mendekati telaga kerana di sana terdapat ramai lelaki.\nBaginda pun mendekati mereka dan bertanya tentang keadaan mereka berdua.\nKedua-dua gadis ini menjawab bahawa kami tidak memberi minum kambing-kambing\nkami sehingga mereka pergi dan membawa pulang haiwan-haiwan ternakan mereka.\nTetapi jawapan mereka berdua tidak terhenti hanya di situ sebaliknya mereka\nmenyambung, “Dan bapa kami adalah seorang yang amat tua.” ", "Jawapan yang diberikan mereka berdua sebenarnya tidak ditanya pun\noleh Nabi Musa. Tetapi situasi demikian menunjukkan bahawa perbuatan wanita\nuntuk melakukan kerja berat umpama menternak haiwan adalah jarang dan pelik.\nKebiasaannya kerja-kerja sebegini hanya dilakukan oleh golongan lelaki. Jadi\nuntuk mengelakkan persoalan tambahan daripada Musa, kedua-dua wanita ini terus\nmenyatakan punca utama mengapa mereka berada di situ.", "Di sini kita dapat lihat bagaimana kehidupan sosial masyarakat\nzaman ketika itu di mana yang melakukan pekerjaan berat adalah pihak lelaki\nmanakala pihak perempuan kebiasaannya melaksanakan kerja-kerja di rumah umpama\nmemasak dan bercucuk tanam. Situasi sebegini mungkin masih mampu kita fahami\nkerana tidak terlalu berbeza dengan masyarakat kita. Tetapi bagi masyarakat di\nnegara maju, hal ini boleh terlihat umpama sebuah penindasan di mana wanita\ntidak diberi hak yang sama dalam pekerjaan.", "Di sini juga kita lihat ada dua kemungkinan yang berlaku. Pertama,\nwanita ketika itu ditindas oleh kaum lelaki. Buktinya adalah di sana lelaki\nbebas berkerumun mengambil air, tetapi wanita pula terpaksa menanti bahkan\nterpaksa menahan haiwan ternakan mereka daripada terlepas kerana haiwan-haiwan\nitu amat dahaga dan ingin segera minum daripada telaga itu.", "Atau situasi kedua, kemungkinan kedua-dua gadis itu bukanlah\nditindas sebaliknya mereka malu. Malu jika dikerumuni lelaki sedangkan ketika\nitu mereka cuma berdua dan tidak manis andainya mereka tanpa segan-silu terus\nmenuju ke hadapan dan akhirnya berada di tengah-tengah kelompok lelaki. ", "Tetapi walau mana satu situasi pun yang lebih tepat, kedatangan Musa\nketika itu menunjukkan bahawa masih ada lelaki yang berhati budiman. Nabi Musa\ntidak bertanya banyak apabila gadis itu menyatakan bahawa ayah mereka tua\nkerana baginda faham situasi mereka.", "Seterusnya, apa pula yang dilakukan oleh baginda? Ya, baginda terus\nsaja menolong mereka.", "Dalam al-Quran, Allah menyebut kalimah فسقى yang membawa makna Nabi Musa terus sahaja\nmembantu dengan mengambil air daripada telaga tersebut lalu baginda membantu\nkedua-dua gadis ini memberi minum kepada haiwan ternakan mereka. ", "Selesai saja Nabi Musa membantu mereka, Allah menyatakan ثم تولى yang bermakna, setelah proses yang\npanjang, barulah Nabi Musa berjalan ke arah sebatang pohon untuk berteduh. Di\nsini menunjukkan Nabi Musa membantu mereka dengan bersungguh-sungguh dan hal\nini terbukti kerana ia memakan masa yang lama dan bukannya tolong sekadar\ntolong sahaja.", "Di bawah teduhan itu Musa berdoa, “Wahai Tuhan, sesungguhnya\nkepada pemberian yang Engkau turunkan kepadaku itu, aku amat fakir.” Indah\nbukan doa yang diungkapkan oleh baginda? Baginda mengatakan aku amat fakir yang\nbermakna aku amat mengharapkannya dan tiada pengharapan lain selain kepada-Mu,\nYa Allah.", "Tak lama kemudian, sewaktu Nabi Musa masih berehat di bawah teduhan\npokok itu, salah seorang gadis tadi datang kepada Nabi musa dalam keadaan\nmalu-malu. Allah menyebut تمشي على استحياء yang boleh memberi dua makna. Pertama, dia\nberjalan dalam keadaan tersipu-sipu kerana amat malu. Atau kedua, dia tetap\nberjalan menuju Nabi Musa walaupun hakikatnya dia amat malu.", "Kemudian gadis itu mengatakan kepada Musa bahawa ayahnya menjemput baginda\nuntuk datang ke rumah mereka bagi memberi upah kerana tadi baginda telah\nmenolong mereka berdua. Di sini kita lihat bagaimana sikap para gadis yang\nsepatutnya dipraktikkan oleh gadis pada hari ini kerana kisah-kisah yang\ndiceritakan di dalam al-Quran itu pasti mengandungi pengajaran dan sentiasa\nrelevan buat setiap zaman.", "Gadis itu walaupun amat malu, dan pastinya jantung berdebar-debar\nbahkan mungkin pipinya menjadi merah apabila berjalan menuju Nabi Musa. Perlu\nkita tahu bahawa Nabi Musa adalah seorang yang amat gagah dan sasa, jadi\nmestilah gadis tadi berasa malu apabila perlu berhadapan dengannya.", "Apabila berbicara dengan Musa sebagai seorang lelaki, gadis itu berbicara\ndengan bahasa yang mudah difahami dan ‘straight to the point’, tidak\nberbasa-basi dan tidak pula mengeraskan suara. Sebahagian daripada kita\nmenyangka bahawa perempuan tidak boleh berbicara dengan lelaki, atau kalau nak\nberbual pun perlu di balik tirai atau perlu mengeraskan suara. Sedangkan gadis\nini yang disebutkan oleh Allah dalam al-Quran tidaklah begitu.", "Apabila membaca ayat ini, saya kagum bagaimana Allah boleh menyebut\nhatta cara gadis ini berjalan di dalam al-Quran. Iaitu cara berjalan dengan\ntersipu-sipu malu. Malah ketika membaca ayat ini juga, saya terbayang bagaimana\nperwatakan gadis ini sama seperti yang digambarkan terhadap gadis-gadis Melayu\nkita yang perasaan malunya tinggi dan tidak mudah untuk menghilangkan rasa malu\nitu apabila terpaksa berhadapan dengan lelaki.", "Dipendekkan cerita, Nabi Musa pun bertemu dengan ayah gadis itu di\nrumah mereka lalu baginda menceritakan seluruh kisah hidupnya kepada lelaki tua\nitu dan akhirnya Musa berkahwin dengan salah seorang gadis tadi. Musa tidak menerima\nwahyu sehinggalah beberapa tahun kemudian setelah selesai berkhidmat kepada\nbapa gadis tersebut, lalu ketika baginda bersama isterinya keluar daripada\nrumah, baginda melihat api di atas bukit dan di situlah baginda menerima wahyu\nlalu diangkat sebagai Nabi dan Rasul.", "RUJUKAN:", "Ismail Ibnu Kathir (2013), Kisah Para Nabi, Klang Books\nCentre: Selangor ", "Dr. Afif Abdul Fattah Thobbaroh (2005), Kisah Nabi-Nabi dalam\nal-Quran, Victorie Agency: Kuala Lumpur" ]
https://www.thepatriots.asia/sistem-barter-dan-angkatan-perang-pepsi/
Sistem Barter Dan Angkatan Perang Pepsi
[ "Sekiranya difikirkan, kemungkinan besar sistem ekonomi barter telah digunakan seawal zaman batu lagi. Sekiranya aku ni orang zaman batu, mungkin aku akan barter daging kerbau untuk lima ekor ayam, begitu. Semasa zaman neolotik dan logam, sistem ni mula diguna luas disebabkan lebihan makanan dan masa lapang. Cumanya, sistem duit mula diguna pakai dan akhirnya menggantikan sistem barter selepas penciptaan roda membolehkan perniagaan jarak jauh dan memerlukan sistem transaksi harta yang lebih adil. Itupun, secara teknikal, duit emas dan perak sebenarnya boleh dikira sebagai sistem barter halus.", "Walau\nbagaimanapun, sistem barter ini masih releven hingga ke zaman kini. Sebagai\ncontoh, nelayan Venezuela membarter tangkapan laut mereka dengan makanan dan\nubat lain dek masalah ekonomi. Corak sebegini sebenarnya dapat dilihat terhadap\nmana mana negara yang mempunyai masalah ekonomi. Semasa Iran dikenanakan\nsekatan ekonomi oleh USA, mereka membarter dengan India demi mendapatkan barang\nbarang tertentu. Namun, bagi aku, sistem ekonomi barter yang terpelik berlaku\npada syarikat Pepsi. ", "Pada penghujung\ntahun 1980-an, Pepsi secara teknikalnya mempunyai angkatan laut keenam terbesar\ndi dunia kerana sistem barter.", "Kisahnya bermula semasa ‘American National Exhibition’, yang seterusnya menjadi Debat Dapur di antara USA dan USSR. Pada asalnya, pameran ini dibuat untuk mengukuhkan jalinan diplomatik yang tengah tegang di antara USA dan USSR, namun akhirnya menjadi tegang kerana kedua duanya sibuk mempromosi kebaikan kapitalisme dan komunisme. Semasa kedua duanya tengah sibuk berdebat, seorang eksekutif Pepsi, Donald M. Kendall memberikan air Pepsi kepada Nixon, timbalan presiden USA dan Kruschev, premier USSR selaku penaja pameran. Apa yang berlaku adalah gambar bersejarah ini.", "Sejak daripada itu, air Pepsi mula mendapat permintaan yang dahsyat di USSR. Memandangkan matawang Ruble tak berharga di dunia luar, maka USSR dan Pepsi terpaksa menggunapakai sistem barter sebagai transaksi. Pada mulanya, USSR membarter dengan arak vodka. Namun, stok vodka mereka cukup untuk menanggung kos pembelian air Pepsi. Oleh itu, mereka membarter dengan benda paling berharga pada ketika itu – aset perang. Sekitar 17 kapal selam, satu kapal kruiser, satu kapal frigat dan satu kapal pemusnah. Keseluruhan harga aset perang ni mencecah $3 billion dollar. Ini sekaligus menjadikan Pepsi sebagai kuasa maritim keenam terbesar di dunia.", "Tapi, itulah.\nPepsi nak ada aset perang buat apa? Dia bukan macam Syarikat Hindia Timur.\nJadi, semua aset perang itu kemudiannya dijual sebagai besi buruk kepada sebuah\nsyarikat di Sweden.", "RUJUKAN:", "Kirkpatrick,\nTim. (2018, February 5). How Pepsi became the 6th largest military\nin the world. We Are The Mighty. Dipetik dan diolah daripada https://www.wearethemighty.com/history/how-pepsi-became-the-6th-largest-military-in-the-world." ]
https://www.thepatriots.asia/6-fakta-menarik-mengenai-the-queens-gambit/
6 Fakta Menarik Mengenai The Queen’s Gambit
[ "`The Queen’s Gambit adalah salah satu karya baru dari Netflix. Aku tahu mengenai Queen’s Gambit sebelum Netflix buat tahi dengan Cuties dan permainan eksploitasi kanak-kanak mereka, jadi aku tetap menonton Queen’s Gambit sebagaimana pelan asal aku dengan meminjam akaun orang lain.", "Sejujurnya, The Queen’s Gambit adalah setara dengan filem catur yang lain seperti Searching For Bobby Fischer dan Pawn Sacrifice. Maka disini aku akan tulis beberapa perkara menarik mengenai The Queen’s Gambit, menurut pandangan aku.", "Queen’s Gambit merupakan satu bentuk opening (permulaan pergerakan) yang wujud dalam dunia sebenar. Queen’s Gambit bermula dengan gerakan 1. d4 d5 2. c4… di mana putih memberikan bidak c-nya untuk ditangkap oleh hitam, dengan harapan mendapat ruang tengah dari papan catur. Queen’s Gambit adalah antara bentuk ‘Umpanan’ atau pengorbanan bidak yang popular dalam catur, selain umpan lain seperti King’s Gambit atau Evan’s Gambit. [1]", "Dalam drama TQG, sewaktu Beth belajar bermain catur dengan Encik Shaibel di bilik bawah tanah, salah satu adegan menunjukkan bahawa Beth membuka dengan 1. d4, dan Encik Shaibel membalas dengan “Queen’s Gambit”. Itu sebenarnya adalah terma yang salah, kerana tiada “Gambit” yang sedang dimainkan (itu sekadar Queen’s Pawn opening biasa).", "Selain itu, significant nama Queen’s Gambit ini kelihatan pada babak perlawanan akhir Beth melawan Borgov, sang juara. Beth yang lebih dikenali sebagai pemain King’s Pawn opening telahpun menggunakan Queen’s Gambit sebagai satu “surprise opening”, hampir sama situasinya dengan keadaan sebenar sewaktu Bobby Fischer melawan Boris Spassky, di mana Fischer menggunakan line 1.c4 (transpose Queen’s Gambit Decline) yang merupakan opening yang dia jarang guna (Fischer – Spassky World Championship Match (1972)). [2]", "Dalam drama TQG, Beth merupakan seorang role model dan dilihat sebagai idola, kerana dia berjaya menempatkan dirinya sebagai seorang wanita dalam sukan yang didominasi lelaki. Tahukah anda, bahawa sehingga ke hari ini, dunia masih lagi belum memiliki seorang wanita sebagai Juara Dunia?", "Jangan salah faham. Ini bukan satu kenyataan yang ingin merendahkan wanita, cuma terdapat perbezaan yang amat ketara antara rating pemain catur lelaki dan pemain catur wanita, sehinggakan kita terpaksa membuka dua kategori berbeza (satu kategori terbuka, dan satu kategori wanita), dan kini, kita ada dua orang juara, iaitu Magnus Carlsen (Juara Dunia) dan Ju Wenjun (Juara Dunia kategori Wanita).", "Berbalik kepada TQG, melihat Beth bermain dalam kejohanan di Russia mengingatkan kita kepada Judit Polgar, salah seorang pemain wanita terkuat yang pernah wujud dalam sejarah catur. Judit pernah layak untuk menyertai kejohanan World Championship pada tahun 2005, namun dia mendapat tempat terakhir (kelapan dari lapan peserta).", "Mungkin dunia masih lagi memerlukan masa untuk membentuk seorang wanita sebagai Juara Dunia. [3]", "Drama TQG bermain dengan masa sewaktu p3rang dingin sedang berlangsung. Pada ketika itu, Russia, atau USSR, sedang mendominasi sukan catur, kerana seperti yang dinyatakan dalam drama TQG, pemain catur dari Russia memang dibayar untuk bermain catur.", "It is a part of their life, and their culture.", "Hal ini adalah apa yang menyebabkan mereka menjadi juara dunia sedari tahun 1948 (Mikhail Botvinnik) sehinggalah Bobby Fischer (USA) mengalahkan Boris Spassky pada tahun 1972. Hampir 25 tahun Russia memegang takhta sebagai sang raja, dan pemain catur mereka sendiri amat digeruni oleh pemain dari negara lain. [4]", "Salah satu elemen yang menyeronokkan dalam TQG adalah apabila melihat Beth dan ibunya mengembara ke sana sini, menyertai pertandingan catur dan membuat duit daripada wang kemenangan mereka. Beth sendiri sering ponteng sekolah kerana menyertai kejohanan.", "Dalam kes ini, Beth seperti membawa watak Bobby Fischer yang berhenti sekolah pada usia 16 tahun (waktu dibenarkan untuk berbuat demikian) kerana mengejar kerjaya dalam catur.", "Membina kerjaya dalam apa-apa bidang sukan adalah sesuatu yang amat berisiko, kerana pada zaman tersebut, jumlah tajaan adalah amat terhad, dan hal ini dapat dilihat sewaktu Beth terpaksa mencari dana untuk kejuaraannya di Russia. Dalam kes Bobby Fischer pula, dia bernasib baik kerana kerajaan US membiaya beliau kerana dia dilihat sebagai wakil USA sewaktu perang dingin – (USA vs USSR).", "Selain mendapat wang, Beth juga menjadi model muka hadapan beberapa majalah seperti Times, hal yang sama seperti Fischer yang menjadi muka depan majalah Time pada edisi November 1971, beberapa bulan sebelum pertarungan Fischer menentang Spassky. Fischer pada waktu itu adalah seorang selebriti nasional, mendapat jemputan ke program television, sebagai seorang “artis catur”.", "Satu tabiat Beth sedari kecil adalah dia suka melihat ke atas siling dan membayangkan buah caturnya bergerak. Hal ini bermula sedari rumah anak yatim, dan berterusan sehingga ke perlawanan terakhir Beth dalam series The Queen’s Gambit.", "Tabiat Beth ini adalah satu perkara yang menarik, kerana pengiraan pergerakan catur di atas papan sebenarnya adalah kurang berkesan, dan hal ini pernah diulas oleh Nikolai Krogius, seorang Grandmaster dalam bukunya, Psychology in Chess.", "Nikolai menulis berkenaan dengan residual image, satu bentuk gambaran yang kekal apabila kita cuba membayangkan masa lampau, masa sekarang dan masa akan datang dalam detik waktu yang sama. Hal ini akan menjadikan pengiraan pemain catur sedikit kabur, dan melihat ke siling adalah antara langkah yang sering dipraktikkan.", "Antara mereka yang sering merenung ke siling dalam perlawanan catur sebenar adalah Vassily Ivanchuk dan Hikaru Nakamura, seorang Grandmaster dari US.", "Krew produksi The Queen’s Gambit perlu diberi pujian kerana mereka sebenarnya mendapatkan bantuan professional dalam proses teknikal drama ini. Dalam pergerakan buah Beth (sewaktu Beth sedang melihat siling) atau segala pergerakan buah catur dalam kejuaraan yang disertai oleh Beth, kedudukan kesemua buah adalah betul (bukan sekadar main-main) kerana krew produksi TQG telah mendapatkan bantuan nasihat dari jurulatih dan pemain catur professional, Bruce Pandolfini dan bekas juara dunia, Garry Kasparov. [7]", "Sedikit trivia menarik, channel youtube Agadmator ada membuat analisa perlawanan catur terakhir Elizabeth Harmon menentang  Vasily Borgov, yang diambil dari pertarungan sebenar oleh Vassily Ivanchuk vs Patrick Wolff dalam kejohanan Biel Interzonal di Russia pada tahun 1993. Dalam perlawanan itu, mereka seri, namun watak fiksiyen Beth kita telah berjaya memberi sedikit kelainan dan menang menentang Borgov. [8] [9]", "Banyak perincian lain yang menarik dalam perlawanan akhir, sebagai contoh sewaktu Borgov kalah dan dia berdiri memberi tepukan kepada lawannya yang sama dengan situasi sewaktu Boris Spassky kalah menentang Bobby Fischer pada perlawanan ke-6 World Chess Championship 1972 (Bila Juara Dunia Chess Bertepuk Tangan Atas Kekalahannya) dan pengorbanan ratu yang pastinya merupakan semangat yang diambil dari perlawanan ternama yang lain. [10]", "Rumusan", "Sekiranya kau sedang mencari satu drama untuk dilayan, The Queen’s Gambit adalah drama yang baik untuk ditonton. Ia membawa kau ke satu dunia yang menarik, memberikan kau sedikit sebanyak insight kepada apa sebenarnya kehidupan sebagai pemain catur pada era Perang Dingin, sambal memerhatikan jatuh bangun seorang wanita dalam melawan stigma masyarakat dan membina hidupnya seorang diri.", "Untuk season kedua, aku agak Beth akan mula berlatih untuk mendapatkan gelaran Juara Dunia, kerana kemenangan dia menentang Borgov hanyalah kemenangan dalam kejohanan, dan Beth maasih lagi belum menjadi sang juara. [11]", "RUJUKAN:", "[1] Queen Gambit Opening – https://www.thechesswebsite.com/queens-gambit/", "[2] “The Applause” | Fischer vs Spassky | (1972) | Game 6 – Agadmator https://www.youtube.com/watch?v=dv52uwNfFZg", "[3] Why there’s a separate World Chess Championship for women – The Conversation https://theconversation.com/why-theres-a-separate-world-chess-championship-for-women-129293", "[4] Valedictorians of the Soviet School: Professionalization and the Impact of War in Soviet Chess https://muse.jhu.edu/article/476302", "[5] Life Magazine https://oldlifemagazine.com/november-12-1971-life-magazine.html", "[6] Fischer Interview https://www.youtube.com/watch?v=MPlXC3M8hbg", "[7] Why The Queen’s Gambit Is the No. 1 Netflix Show Right Now – wired https://www.wired.com/story/the-queens-gambit-netflix-chess-addiction/", "[8] Vassily Ivanchuk vs Patrick Wolff|Biel Interzonal (1993) https://www.chessgames.com/perl/chessgame?gid=1060353", "[9] Bether Than The Original || Harmon vs Borgov – Final Game || Netflix’s Queen’s Gambit – Agadmator https://www.youtube.com/watch?v=oIMaTKOZG-8", "[10] Bila Juara Dunia Chess Bertepuk Tangan Atas Kekalahannya – The Patriots https://www.thepatriots.asia/bila-juara-dunia-chess-bertepuk-tangan-atas-kekalahannya/?fbclid=IwAR0NtE8arPX7UzO7Yitv_kPKBod2hG9O16jgai5I7qIflDd6AhI7K0P8pWY", "[11] Will There Be a ‘Queen’s Gambit’ Season 2 on Netflix? What We Know So Far – Decider https://decider.com/2020/10/28/the-queens-gambit-season-2/" ]
https://www.thepatriots.asia/pembunuhan-budaya-melayu-secara-tidak-sedar/
Pembunuhan Budaya Melayu Secara Tidak Sedar
[ "Sedang membaca komen orang ramai pasal tinggalan penjajah di bumi Melaka, saya perasan satu angle menarik tentang orang Melayu sendiri. Benar, negeri yang dinamakan sempena empayar agung Melayu sekarang mengangkat simbol-simbol penjajah. Tidak banyak unsur sejarah Melayu dikenang, sampai ramai sangka Melaka berperang dengan keris dan tombak semata-mata.", "Jadi orang ramai pun mengambil langkah untuk tegur secara umum. Katanya sejarah Melayu didiamkan. Diamnya sejarah bermakna budaya dibunuh. Walau bagaimanapun, sedar tidak – orang kita sendiri sedang gigih membunuh budaya Melayu.", "Bertempik terhadap kesalahan orang memang senang. Hentam kerajaan lebih rela angkat simbol penjajah pun senang. Namun cuba fikir balik – apa kebudayaan Melayu sedia ada yang sedang terhakis? Saya beri satu contoh mudah yang mungkin ramai akan pandang lawak. Cuba tengok kuih-muih sendiri. Tanya pada diri sendiri sekarang… apa perkataan sesuai untuk menterjemah “kuih” dalam bahasa Inggeris?", "Cake? Bukan. Kuih bukan kek. Delicacy? Benar. Kuih sememangnya sebuah delicacy. Namun delicacy bermaksud makanan rumit dan unik dari segi nilai kebudayaan. Jadi khinkali juga adalah delicacy Georgia… bliny pula delicacy Rusia. Dan sebagainya. Senang cakap, kuih tiada perkataan khas dalam bahasa Inggeris. Kuih adalah kuih, sesuatu yang unik dalam ras Melayu sendiri. China juga begitu. Bangsa Cina turut mempunyai kuih-kuih tersendiri, seperti mooncake misalnya. Namun kita kekalkan perbincangan dalam konteks Melayu dulu.", "Kerosakan Kronik Pada Kuih Melayu", "Saban dekad, kita banyak dengar pasal “karipap inti oksigen”. Sekali sekala cakap, memang lawak. Kerana semua orang boleh relate dengan benda tersebut. Kos sara hidup semakin meningkat membuatkan peniaga kurang letak inti. Sampai lingkup rasa karipap itu sendiri. Satu dua peniaga buat, tiada masalah. Tetapi ramai peniaga buat dalam banyak negeri di Malaysia? Itu memang membinasakan. Belum lagi ambil kira kuih-kuih Melayu semakin kurang kualiti. Kuih yang patut sedap dibuat secara ala kadar, bagi menjimatkan kos semata-mata untuk mengejar keuntungan.", "Sudah pasti setiap perniagaan harus mendapat untung. Namun bak kata Gordon Ramsay, tak masuk akal kalau rendahkan “standards” semata-mata untuk cari duit. Kenapa agaknya orang ramai dengar “Beef Wellington” terus terbayang hidangan rumit yang sempurna? Kerana peniaga gigih hidang beef wellington dengan sempurna seperti berikut:", "Padahal ada saja beef wellington yang bukan main teruk.", "Bagaimana jika majoriti peniaga merosakkan kesempurnaan beef wellington? Tidak perlu agung-agungkan sangat luar negara. Ada saja peniaga yang hidang beef wellington secara ala kadar. Namun kalau kita berlaku jujur pada diri sendiri, bayangan dunia pada beef wellington adalah hidangan yang sempurna. Bukan hidangan ala kadar.", "Jika ala kadar dijadikan sandaran, buruk padahnya. Makin lama, orang ramai akan sangka… inilah beef wellington yang betul. Apabila kerosakan dinormalisasikan, ala kadar menjadi “standards” baru. Beef wellington yang sempurna menjadi “kayangan”. Mereka menjaga kesempurnaan beef wellington, hingga ke tahap Ramsay sendiri berlakon menangis apabila ada orang perdajal resepinya:", "Jadi kembali kepada topik kuih. Apa sangkaan (expectation) orang ramai ketika membeli kuih Melayu? Kuih yang sempurna. Tetapi apabila dapat karipap inti angin dan kuih-kuih lain yang kurang kualiti, macam mana reaksi orang ramai? Hidup macam biasa. Layankan saja. Benda dah beli. Nak buat macam mana?", "Benar. Daripada pihak peniaga, ada asasnya. Mereka perlu naikkan harga untuk kekalkan kualiti kerana kenaikan harga mentah. Apabila harga kuih naik, mereka khuatir orang tidak beli. Ini pun masalah. Pelanggan juga kena buka otak dan galakkan peniaga naik harga… asalkan kualiti terjamin. Masalahnya, ada peniaga sengaja naik harga tetapi kualiti lemah pula. Jadi tarik tolak, kuih lingkup jua.", "Benda ini jangan dipandang enteng. Kuih Melayu adalah wadah fizikal yang jelas bercerita tentang budaya Melayu. Dengan nilai sejarah masih lemah, budaya Melayu fizikal sangat penting untuk mengapungkan bangsa dalam menghadapi perubahan moden. Tanpa budaya, tubuh hanyalah berjasad kosong.", "Budaya Melayu tidak terhad pada makanan semata-mata. Benar, gula dalam kuih Melayu ternyata tinggi. Tetapi gula dalam hikayat-hikayat Melayu boleh memaniskan hati kita untuk mencintai keindahan dan kesusasteraan leluhur agung kita! Dapatkan buku ini melalui pautan Shopee: https://shopee.com.my/Lipur-Lara-Alam-Melayu-i.238336777.21315815920" ]
https://www.thepatriots.asia/gergasinya-kerdilnya-makhluk-haiwan/
Gergasinya & Kerdilnya Makhluk Haiwan
[ "Pada tahun 1963, dua orang ahli ekologi iaitu Robert Helmer MacArthur (1930-1972) dan Edward Osborne Wilson (1929-Kini) telah mengemukakan teori baru dalam perkembangan kajian dunia flora & fauna, iaitu Island Biogeography (Biogeografi Kepulauan).", "Mereka berdua percaya, pulau-pulau di seluruh dunia memainkan peranan terpenting dalam kepelbagaian spesis flora & fauna. Pulau yang sememangnya bersifat terasing (isolated) dari tanah besar dan mempunyai sumber yang terhad untuk kemandirian (survival) haiwan, mempunyai ‘kuasa’ dalam mengawal populasi haiwan sama ada spesis yang melakukan imigrasi dari tanah besar atau spesis asal (di pulau) yang mengalami kepupusan.", "Dengan kata lain, pulau mempunyai ‘kuasa’ dalam mengekalkan kepelbagaian dan populasi spesis yang mendiami pulau. Jadi, kemukalah teori ‘Island Biogeography’.", "Apakah sebenarnya kaitan antara teori Island Biogeography dengan kegergasian dan kekerdilan suatu spesis haiwan?", "Baik. Jika pulau mempunyai ‘kuasa’ terhadap populasi spesis haiwan, mesti sumber yang terdapat pada pulau mempengaruhi suatu populasi haiwan untuk survival dan mengambil keputusan sama ada kekalkan jumlah populasi ataupun sebaliknya.", "Selain menimbang-tara akan jumlah populasi, suatu spesis haiwan yang mendiami pulau juga perlu mengambil keputusan sama ada ingin menjadi spesis gergasi atau kerdil. Maka, beradaptasi untuk menjadi spesis gergasi atau kerdil adalah salah satu langkah dalam melengkapkan evolusi.", "Kita ambil contoh bagi fahamkan tentang kegergasian & kekerdilan spesis haiwan:", "1. Burung Gajah (Nama saintifik: Aepyornis maximus), keluarga Aepyornithidae. Dulu, kita mempunyai burung gajah. Burung setinggi 10 kaki dan mempunyai berat sebanyak 1000 pounds menjadikan spesis burung ini adalah terbesar dan terberat mengalahkan burung unta. Moyang mereka dahulu adalah burung yang berkebolehan untuk terbang dan berasal dari Australia. Disebabkan Gondwana (benua terbesar sebelum wujudnya 7 benua dunia) telah terpisah oleh aktiviti kerak Bumi, burung tersebut berimigrasi ke Madagascar. Sampai di Madagascar, burung itu telah mengalami evolusi yang ketara setelah berjuta-juta tahun mendiami, kerana:", "a. Madagascar ketika itu tiada pemangsa yang menjadi ‘raja’ kepada haiwan lain.", "b. Mempunyai sumber makanan yang cukup bagi menampung populasi moyang burung gajah yang baru imigrasi.", "Maka, moyang burung gajah memilih untuk menjadi spesis gergasi dan menjadi ‘raja’ di Madagascar dengan mengorbankan sayapnya dan tinggal lama di pulau tersebut untuk mengembangkan kepelbagaian spesis sehingga wujud spesis burung gajah. Namun, pada abad ke-17 & ke-18, burung gajah disahkan pupus secara misteri. Kemungkinan besar kerana aktiviti manusia seperti pemburuan pada zaman penjelajahan Eropah.", "2. Gajah Kerdil. Kita juga mempunyai gajah kerdil. Gajah kerdil biasanya wujud di kepulauan Mediterranean dan kepulauan Indonesia (berdasarkan bukti arkeologi). Moyang gajah kerdil sama dengan moyang gajah yang wujud sekarang ini. Tapi mengapa gajah kerdil hanya ditemui di pulau dan bukan di tanah besar? Ada sebab mengapa perkara ini berlaku:", "a. Di zaman Ais, apabila banyak dataran di bawah aras laut sekarang terdedah (seperti Sundaland di Asia Tenggara), banyak gajah pelbagai spesis berimigrasi ke tempat baru di Eropah dan Asia Tenggara.", "b. Di akhir Zaman Ais, paras air laut telah meningkat kerana cairan ais glasier. Pada zaman itulah sesetengah populasi gajah menetap di pulau-pulau. Namun, pulau-pulau yang gajah diami tidak mempunyai sumber makanan yang cukup untuk menampung survival populasi gajah yang bertubuh besar. Jadi, gajah tersebut terpaksa memilih untuk menjadi kerdil bagi mengekalkan spesis di pulau yang terpencil.", "Tubuh badan gajah akhirnya berevolusi sehingga bersaiz 1.5-2.3 meter besarnya. Peng’kerdil’an spesis gajah berjaya dalam survival di pulau terpencil. Walau bagaimanapun, kebanyakkan spesis gajah kerdil telah pupus kerana pemburuan tidak terkawal oleh pemburu gajah. Sekarang, hanya satu spesis gajah kerdil yang masih hidup, iaitu Gajah Borneo Pygmy di Pulau Borneo. Lokasi lebih spesifik di sekitar Sungai Kinabatangan, Sabah.", "Banyak lagi contoh spesis haiwan lain yang pernah mengalami kegergasian dan kekerdilan spesis. Dua contoh ini saja cukup untuk menjelaskannya.", "Mungkin, di masa akan datang, mungkin berjuta-juta tahun akan datang, jika spesis manusia masih wujud, mungkin akan jadi spesis gergasi bila berada di pulau yang kaya dengan sumber makanan.", "RUJUKAN:" ]
https://www.thepatriots.asia/bagaimana-kerja-gila-dominos-buat-pizza-hut-terciduk/
Bagaimana Kerja Gila Domino’s Buat Pizza Hut Terciduk?
[ "Kalau perut rasa nak makan pizza pasti dua nama ini akan terlintas di sudut hati paling dalam iaitu Domino’s Pizza dan Pizza Hut. Bagi kebanyakan daripada kita Pizza Hut adalah pilihan utama tetapi jangan terkejut kerana sebenarnya Domino’s yang menguasai pasaran pizza dunia.", "Kenapa boleh jadi begitu? Padahal Domino’s ni kedai pun tak menarik dan pizza rasa macam kertas pasir. Jawapannya adalah Domino’s buat kerja gila.", "Ketika kedai pizza dan restoran makanan segera lain sangat menekankan hiasan dalaman bagi menarik kehadiran pelanggan, Domino’s pula bersikap sambil lewa. Buktinya kalau masuk je dekat Domino’s memang tak rasa langsung nak makan dekat situ. ", "Jadi Domino’s mula fokus kepada aspek yang sangat diabaikan oleh kedai pizza dan restoran makanan segera lain iaitu delivery.", "Paling menarik sekali Domino’s terus tekan gear 5 apabila menawarkan delivery dalam masa tidak lebih 30 minit. Delivery yang laju ini telah membuatkan permintaan semakin meningkat lantas memaksa Domino’s perlu membuka lebih banyak cawangan.", "Perkembangan ini telah menyebabkan pesaing terkuat Domino’s iaitu Pizza Hut terciduk. Ini kerana mereka menyangka dengan menyediakan tempat makan yang luas dan premium akan mampu tarik lebih ramai pelanggan. Tapi mereka silap dan hampir tersalah langkah.", "Bukan setakat pesaing sahaja terciduk, Mekdi turut terkejut dan bermula dari situ semakin banyak restoran makanan segera mula menawarkan delivery dengan Pizza Hut menjadi peneraju. Masalahnya sekarang Pizza Hut tidak mampu menyaingi Domino’s daripada aspek masa delivery. Tempoh paling cepat yang boleh ditawarkan oleh Pizza Hut hanyalah 40 minit.", "Biasannya tempoh 40 minit itu tidak dapat dipatuhi hingga menimbulkan kemarahan pelanggan. Apa yang Pizza Hut boleh buat hanya menjanjikan baucar jika pizza tiba lewat. Pelanggan yang mulai bosan terus tinggalkan Pizza Hut dan kembali semula kepada Domino’s Pizza.", "Mahu tak mahu, Pizza Hut perlu fikirkan strategi lain dan bertindak sama seperti Domino. Fikir punya fikir, Pizza Hut mendapat idea yang sangat bernas iaitu memperkenalkan sistem penghantaran dalam talian terawal di dunia. Pizza Hut tahu di masa hadapan, kita semua akan menjadikan internet sebagai keperluan asas dan mereka ingin jadi pemula.", "Jadi Pizza Hut telah memperkenalkan PizzaNet bagi memudahkan pelanggan memesan tanpa perlu membuat panggilan telefon. Namun Pizza Hut hampir juga kecundang kerana orang ramai belum mahir lagi menggunakan internet. Beberapa tahun selepas itu, barulah PizzaNet mendapat sambutan lantas menewaskan terus delivery 30 minit Domino’s.", "Selepas itu Pizza Hut berada dalam keadaan selesa menguasai pasaran pizza sehingga Domino’s muncul dengan platform atas talian yang sedikit berbeza. Apa yang beza?", "Domino’s telah menawarkan sesuatu yang cukup gila iaitu menawarkan delivery sepantas 15 hingga 20 minit dengan sedikit caj. Hal ini telah memberikan tamparan hebat kepada Pizza Hut yang sudah sekian lama menguasai pasaran. Pelanggan yang melihat kerja gila ini mula beralih arah kepada Domino’s kerana delivery laju biarpun kena bayar sikit.", "Ditambah lagi pelanggan boleh buat pesanan secara online dan self pickup di kedai. Jadi pelanggan tidak perlu beratur dan hanya tunggu pizza hampir siap untuk bergerak kedai.Akhirnya Pizza Hut buntu untuk mengatasi Domino’s dan terus tertinggal di belakang.", "Kesimpulannya apa yang dilalui oleh Domino’s Pizza boleh dicontohi oleh semua jenis perniagaan di luar sana. Persaingannya bersama Pizza Hut memberikan itu satu pengajaran iaitu inovasi adalah kunci.Biarpun kelihatan agak gila pada pandangan mata orang lain, itu tidak menjadi penghalang untuk kita mencuba dan terus berjaya." ]
https://www.thepatriots.asia/saintis-jumpa-fosil-gajah-mamoth-di-britain/
Saintis Jumpa Fosil Gajah Mamoth Di Britain
[ "Lima rangka ‘raksasa’ prasejarah telah ditemui di Britain. Tetapi begaimana haiwan mamalia purba ini boleh sampai ke sana dan bagaimana mereka pupus?", "Tapak Gajah Mamot atau gajah prasejarah ini ditemui berdekatan kuari berhampiran Swindon yang terletak di negeri Cotswolds England. Penemuan ini terjadi selepas pemburu fosil bernama Sally dan Neville Hollingworth menemui kapak dipercayai kepunyaan manusia prasejarah Neanderthal, dengan secara tidak sengaja menemui fosil gajah Mamot, sekaligus menjadi indikasi bahawa tapak tersebut merupakan kawasan pemburuan Gajah purba itu.", "Ahli arkeologi menemui lima rangka “raksasa” prasejarah di mana pemburu awal(yakni, manusia prasejarah) dikatakan telah menikmati kelazatan daging haiwan tersebut sejak 215,000 tahun lalu.", "Selain itu, Ahli arkeologi dari Dig Ventures turut menemui sayap kumbang, cangkerang siput air tawar yang dalam kondisi rapuh, dan turut dijumpai peralatan batu milik Neanderthal.", "Swindon’s Steppe Mammoth: Tapak Memburu Neanderthal Tertua?", "Dalam artikel dalam The Guardian, Prof Garrod menggambarkan tapak itu sebagai “gold dust” arkeologi. Tambahan pula, penemuan peralatan buruan Neanderthal seperti kapak menunjukkan mungkin kawasan tersebut pernah menjadi tapak ‘kenduri’ besar-besar manusia Neanderthal yang mengorbankan Gajah Mamot untuk dijadikan santapan.", "Lisa Westcott Wilkins dari DigVentures berkata dalam kenyataan akhbar bahawa mencari tulang Mamot sentiasa mencabar selain ia adalah penemuan yang luar biasa.", "Mamot iaitu gajah bergading panjang merupakan spesis dalam genus Mammuthus hidup kira-kira 1.8 juta tahun hingga kira-kira 200,000 tahun dahulu.", "Oleh itu, tapak ini menjadi kawasan penyembelihan gajah Mamot tertua di seluruh Britain.", "Penemuan Zaman Ais Paling Bermakna Sejak Kebelakangan Ini", "Pasukan penyelidik pada asalnya menjangkakan penemuan fosil marin, namun sebaliknya berlaku apabila mereka menemui hasil yang lebih menakjubkan.", "Melihat tapak penemuan serta merta diubah menjadi kawasan ekskavasi arkeologi utama. namun kenapa begitu banyak tulang gajah ditemui di lokasi yang sama?", "Terdapat dua kemungkinan sama ada ia adalah kawasan memburu atau dijadikan tempat pembuangan sisa-sisa tulang, bagaimanapun perkara ini masih belum diketahui.", "Perubahan Iklim Punca Kepupusan ", "Duncan Wilson memberitahu akhbar UK bahawa penemuan itu mempunyai nilai yang sangat besar untuk memahami corak pendudukan manusia di Britain. Tambahan pula, apa yang beliau gambarkan sebagai “bukti alam sekitar” juga dijangka dapat menggambarkan dengan lebih baik dalam konteks “perubahan iklim” masa lalu.", "Selama 5 juta tahun lalu, Gajah Mamot bebas berkeliaran di dunia ini sebelum lenyap buat selamanya hampir 4,000 tahun yang lalu.", "Satu kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal Nature oleh Profesor Eske Willerslev, seorang felo di St John’s College, University of Cambridge.", "Beliau menunjukkan bagaimana rangka Mamot secara tradisinya digunakan untuk membina tempat perlindungan dan tempuling(harpoon) yang diukir daripada gading gajah.", "Walau bagaimanapun, tiada siapa yang pasti sama ada pemburu manusia Neanderthal benar-benar menyebabkan spesis itu mengalami kepupusan. Namun persoalan-persoalan yang dilontarkan selama ini akhirnya terjawab.", "Dr Willerslev dan pasukan ahli genetik telah menganalisis DNA alam sekitar dan menemui jawapan kepupusan Mamot.", "Ini adalah kerana apabila gunung ais mencair, tanah menjadi terlalu basah untuk haiwan gergasi itu bertahan kerana kehilangan sumber makanan seperti tumbuh-tumbuhan yang musnah.", "Apabila iklim semakin panas, pokok dan tumbuhan pula tidak dapat melalui proses fotosintesis tanpa air menyebabkan tumbuhan mati.", "Profesor Willerslev berkata kajian tersebut adalah pengajaran jelas daripada sejarah yang memberi amaran betapa tidak dapat diramalkan perubahan iklim.", "Oleh itu, hujan juga adalah punca nombor satu kepupusan Mamot yang menyebabkan perubahan pada tumbuh-tumbuhan dan perubahan ini berlaku dengan cepat sehingga Mamot tidak dapat menyesuaikan diri dan berkembang." ]
https://www.thepatriots.asia/uthmaniyyah-vs-mamluk-peristiwa-yang-mengangkat-selim-sebagai-khalifah/
Uthmaniyyah VS Mamluk: Peristiwa Yang Mengangkat Selim Sebagai Khalifah
[ "Per*ng Uthmaniyyah-Mamluk yang berlangsung pada tahun 1516-1517 adalah per*ng kali kedua yang melibatkan pertemp*ran diantara Empayar Uthmaniyyah dengan Kesultanan Mamluk Mesir, per*ng ini menjadi penentu keputusan yang terakhir.", "Pada awal abad ke-17, wilayah timur Empayar Uthmaniyyah dikejutkan dengan pember*ntakan Kyzylbashi (salah satu suku nomad bangsa Turkik). Selepas berjaya menghentikan pember*ntakan, kebanyakan dari suku Kyzylbashy melarikan diri dengan mencari perlindungan di bawah Empayar Safawiyyah, Parsi.", "Pada tahun 1512, Sultan Beyazid II digulingkan dari takhta, dan Selim I diangkat menaiki takhta sebagai Sultan yang baru Empayar Uthmaniyyah.", "Anak lelaki Beyazid yang lebih tua, Ahmed yang berada di Konya pada waktu itu, bertindak balas terhadap tindakan Selim yang menggulingkan bapanya dari takhta dengan mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta Kesultanan yang sah.", "Latar Belakang", "Semasa berlakunya krisis perebutan kuasa, Ahmed meminta pertolongan dari beberapa pemerintah Muslim serantau pada waktu itu, termasuk dari Shah Parsi, Ismail.", "Yavuz Sultan Selim I telah bersiap sedia untuk menentang Empayar Safawiyyah bagi mempermudahkan jalannya untuk menyingkirkan orang-orang yang bersaing dengannya demi menjadi orang paling berkuasa dalam keluarga dinasti.", "Sebelum per*ng, Sultan Selim melaksanakan misi diplomatik yang besar, ia salah satu usaha bagi melindungi dirinya dari kejutan yang tidak menyenangkan. Secara khusus, dia mengusulkan pakatan untuk menentang Kesultanan Mamluk di bawah pimpinan Sultan Al-Ashraf Qansuh al-Ghuri.", "Pada tahun 1514, Selim bertemp*r melawan Ismail dan mengalahkannya dalam pertemp*ran Chaldiran. Setelah kekalahan di Chaldiran, Ismail percaya bahawa Selim akan kembali pada musim bunga untuk meneruskan kempennya itu, dan dia mulai mencari sekutu, khususnya merujuk kepada sultan Mamluk, tetapi dia enggan untuk menyimpulkan sebarang perjanjian.", "Setelah pertemp*ran Chaldiran dan penakl*kan Zulkadar seterusnya, yang membuat Mamluk terdedah terhadap ser*ngan secara langsung, pandangan Uthmaniyyah terhadap Mamluk berubah.  Sultan mula melemparkan penghinaan terhadap Mamluk.", "Pada tahun 1516, tentera Selim kembali bergerak ke timur dari Istanbul. Semua pihak percaya bahawa tentera Selim akan kembali mensasarkan Ismail di Parsi, tetapi sebenarnya salah. Tentera Uthmaniyyah menetapkan sasaran mereka ke arah Kesultanan Mamluk.", "Bagi ‘menghalalkan’ sebuah per*ng yang menentang sebuah kerajaan Islam yang lain, Sultan Selim I memerlukan sokongan daripada pemimpin agama Islam.", "Sekiranya justifikasi seperti itu boleh diperoleh dengan mudah untuk berper*ng dengan Ismail yang berfahaman Syiah (untuk mengetahui bagaimana hukumnya dari sudut pandangan Uthmaniyyah yang merupakan pengikut aliran Sunnah Wal Jamaah), maka Mamluk, yang juga merupakan beraliran Sunni dan penjaga dua kota suci Mekah dan Madinah hampir tidak mungkin boleh dianggap sebagai pengamal bida’ah, walaupun demi kepentingan politik Uthmaniyyah.", "Para pemimpin keagamaan Uthmaniyyah bersetuju untuk menyokong kempen Uthmaniyyah menentang Mamluk dengan bergantung kepada dalil bahawa “barangsiapa yang memberi pertolongan kepada pengamal bida’ah maka dirinya sendiri juga adalah pengamal bida’ah” dan menganggap pertemp*ran melawan mereka boleh dianggap sebagai per*ng suci. Ini semua sudah mencukupi bagi Selim.", "Perjalanan Per*ng", "Mengangkat senjata dengan kesimpulan keagamaan yang memihak kepada dirinya, Selim berangkat dari Malatya ke selatan, di Syria dengan bala tenteranya.", "Tentera Uthmaniyyah dan tentera Mamluk bertembung pada 24 Ogos 1516, di utara Aleppo, tepat di lapangan Dabik. Dalam beberapa jam, pertemp*ran itu telah selesai.", "Per*ng ini melibatkan beberapa pertemp*ran.  Tentera Mamluk agak tradisional, hanya terdiri dari pasukan berkuda yang menggunakan busur dan anak panah, sedangkan tentera Uthmaniyyah, terutamanya pasukan elit Janisari, mereka cukup moden, lengkap dengan senjata seperti arquebus, musket, meriam dan ‘volley gun’ (nenek moyang mesin-gun) manakala Mamluk terus berbangga dengan tradisi mereka dan cenderung mengabaikan penggunaan senjata api walaupun sedang bertatih-tatih menggunakan serbuk l*tupan.", "Ketika Sultan al-Ashraf Qansuh al-Ghuri melarikan diri dari medan per*ng, tentera Mamluk mula dilanda panik. Tanpa disangka-sangka, ternyata panglima Mamluk sendiri iaitu Khair Bak merupakan ejen sulit untuk Sultan Uthmaniyyah: semasa pertemp*ran, dia bertindak mengalihkan sokongannya kepada Uthmaniyyah dan mula bertemp*r dibawah Sultan Selim I.", "Hasil jasanya inilah yang kemudiannya dia diangkat menjadi pentadbir Aleppo. Sultan Mamluk gagal menyelamatkan diri, tetapi bagaimana cara kem*tiannya masih tidak jelas hingga ke hari ini.", "Penduduk Aleppo sememangnya dari awal lagi tidak gembira dengan pemerintahan Kesultanan Mamluk, dan mereka merasa lega dan gembira apabila mendengar pemerintah Uthmaniyyah akan tiba ke kota mereka. Ketika mereka bergerak ke Damsyik, tentera Selim tidak menghadapi sebarang penentangan kerana Damsyik terus menyerahkan kota itu kepada Uthmaniyyah tanpa pertemp*ran.", "Pada hari Jumaat pertama dalam bulan suci Ramadhan, doa dibacakan atas nama Sultan Selim I di masjid yang terbesar dalam kota itu, iaitu Masjid Umayyah. Ini menandakan pemerintah Uthmaniyyah baru di Syria telah mengisytiharkan kemenangannya kepada seluruh dunia.", "Dihadapan Selim dan penasihatnya, timbul satu pertanyaan, “Haruskah kita pergi ke Kaherah?” Di satu pihak, waktu untuk melakukan tindakan ofensif telah berakhir, dan ibu kota Mamluk jauh di luar padang pasir.", "Sebaliknya, terdapat satu fakta yang jelas lagi nyata bahawa penakl*kan yang dilakukan di Syria tidak akan kekal selamat sekiranya Mesir tetap berada di tangan Mamluk. Selim menerima nasihat mereka yang mencadangkan agar diteruskan lagi kempen hingga benar-benar berjaya sepenuhnya.", "Di Kaherah, golongan bangsawan mulai bertikam lidah samada mereka mahu setuju atauu tidak terhadap seruan Selim agar mereka menyerah secara baik. Sultan Mamluk yang baru, Tuman-bey, lebih cenderung memilih untuk mencapai kesepakatan dengan Selim;  tetapi mencapai kata putus tentang perkara itu, pihak yang menyokong agar per*ng diteruskan telah menang.", "Dalam pertemp*ran di selatan Gaza, tentera Mamluk, yang dipimpin oleh gabenor Mamluk yang terusir dari Damsyik, Dzhanbardi al-Ghazali, ditekan oleh kekuatan senjata api dan taktikal tentera Uthmaniyyah.", "Pada awal tahun 1517, Selim meninggalkan Damsyik bersama tenteranya. Dalam perjalanannya ke selatan, Sultan Selim berkesempatan mengunjungi beberapa tempat suci umat Islam di Baitulmaqdis.", "Seminggu setelah meninggalkan Damsyik, tentera Empayar Uthmaniyyah pada 22 Januari 1517, mengalahkan tentera Kesultanan Mamluk dalam Pertemp*ran Raidaniye tidak jauh dari Kaherah. Dua hari kemudian, Selim memasuki Kaherah;  tetapi setelah itu, pertemp*ran sengit pun bermula di kota, yang memuncak hingga mencapai kemenangan buat Uthmaniyyah, tetapi kedua-dua pihak mengalami kerugian besar. Para panglima Mamluk melarikan diri ke tebing sungai Nil.", "Kesan Sampingan", "Tuman-bey ditangkap dan dibawa ke hadapan Selim. Dia dijatuhi hukuman m*ti, dan m*yatnya digantung di pintu-pintu kota untuk tatapan umum. Kesultanan Mamluk telah runtuh sepenuhnya, dan Mesir menjadi sebahagian daripada wilayah Empayar Uthmaniyyah.", "Penakl*kan terhadap Mamluk juga membuka ruang penakl*kan wilayah Afrika kepada Uthmaniyyah. Pada abad ke-16, kuasa dan pengaruh Uthmaniyyah berkembang lebih jauh ke barat Kaherah, di sepanjang pesisir Afrika utara. Pelaut terkenal Uthmaniyyah, Hayreddin Barbarossa menubuhkan pengkalannya di Algeria, dan kemudiannya menjayakan Penakl*kan Tunis pada tahun 1534 sebelum dirampas kembali tidak lama kemudian.", "Malahan, Sharif dari Mekah juga memutuskan untuk tunduk kepada Uthmaniyyah, sekaligus menempatkan kota-kota suci Mekah dan Madinah di bawah kawalan Empayar Uthmaniyyah. Kekuasaan Uthmaniyyah tersebar meluas hingga ke selatan Laut Merah.", "Setelah ditawan di Kaherah, Khalifah terakhir (khalifah bayangan) Abbasiyyah yang sebelum itu berlindung dibawah Kesultanan Mamluk dari ser*ngan Mongol di Baghdad, Al-Mutawakkil III telah dibawa ke Istanbul, di mana dia akhirnya bersetuju untuk menyerahkan jawatannya sebagai khalifah kepada pengganti Sultan Selim I iaitu Sultan Suleiman Qanuni.", "Ini menjadi permulaan kepada penubuhan sistem Khilafah Uthmaniyyah, dengan sultan sebagai ketuanya, peralihan kuasa sebagai pemimpin kepada dunia Islam ini penting kerana hanya dengan cara itu Uthmaniyyah berupaya menjadi kuasa hegemoni kepada seluruh dunia Islam. Sekaligus menyimpulkan bahawa pembentukan sistem Khilafah Uthmaniyyah adalah berlaku secara tidak sengaja.", "Kaherah kekal di tangan Uthmaniyyah sehinggalah penakl*kan Mesir pada tahun 1798 oleh Perancis, dimana Napoleon I mendakwa dia telah berjaya menghapuskan ‘Mamluk’." ]
https://www.thepatriots.asia/saat-saat-pemergian-sultan-muhammad-al-fateh/
Saat-Saat Pemergian Sultan Muhammad Al-Fateh…
[ "Bunyi-bunyian loceng gereja dan dentuman letupan meriam menggegarkan seluruh isi kota Vatikan. Kesemua rakyat yang mendiami wilayah di bawah penguasaan Pope Sixtus IV dan para raja Kristian Eropah bersorak ria meraikan kematian seorang musuh yang paling dibenci mereka.", "Pesta dan jamuan makanan diadakan berterusan selama tiga hari tiga malam tanpa henti. Laungan yang kedengaran ketika itu ialah “La Grande Aquila è morta!” (Helang Agung Sudah Pun Mati.”)", "• Perarakan di jalan-jalan kota Vatikan dan Venecia yang dilaksanakan oleh para penduduk dan penguasa kota menggamitkan lagi suasana kebahagiaan ini.", "Ya, pada tanggal 3 Mei 1481 M, Sultan Muhammad al-Fateh telah meninggal dunia ketika berusia 49 tahun. Berita kewafatan al-Fateh yang tersebar cepat ke seluruh pelosok jajahan wilayah Eropah disambut dengan kesyukuran dari para penganut agama Kristian Katolik.", "• Dari kisah yang lain mengatakan bahawasanya berita kewafatan baginda diketahui oleh rakyat Venecia selepas 6 tahun kewafatan baginda.", "Surat yang dihantar oleh duta besar negara Eropah, Nicollo Cocco sampai ke tangan penguasa Venecia pada tanggal 29 Mei 1488 M.", "• Tetapi berita ini kewafatan al-Fateh disambut dalam keadaan sedih oleh para rakyat Turki Uthmaniyah yang terdiri daripada rakyat beragama Islam dan Kristian Ortodoks. Mereka saling berkabung atas pemergian pemimpin agung ini.", "• Sultan Muhammad al-Fateh wafat ketika baginda dalam perjalanan bersama pasukan tenteranya untuk menakluk sebuah kota dan beberapa ahli sejarah berpendapat :", "1) Baginda wafat ketika dalam perjalanan bersama tenteranya untuk menakluk kota Vatikan milik empayar Rom Suci di Itali.", "2) Baginda wafat ketika merancang mahu menyerang pusat kekuasaan di negara Sepanyol atau Perancis.", "3.) Baginda wafat ketika mahu menakluk Kesultanan Mamluk dan menabalkan dirinya sebagai Khalifah selepas itu.", "\n• Ada beberapa pendapat ahli sejarah mengemukakan sebab kewafatan baginda iaitu :", "1) Baginda wafat akibat sakit dalaman yang tidak dikenal pasti.", "2) Baginda wafat akibat sakit rahang gigi yang dideritai sejak tahun 1470 M\n.", "3) Baginda wafat akibat diracun. Doktor peribadinya, Ya’akub Pasha mengambil kesempatan untuk meracun apabila beliau melihat baginda dalam keadaan kondisi yang sangat tenat.", "• Jenazah baginda dikuburkan berdekatan Masjid al-Fatih di Istanbul, Turki.", "• Sebelum baginda wafat, baginda menyatakan wasiatnya tentang pewakafan Masjid al-Fatih, iaitu :", "1. Sepuluh orang Hafizul Quran ditugaskan untuk membaca Al-Quran setiap hari Jumaat sebelum masuk waktu solat Jumaat.", "2. Dua puluh orang soleh ditugaskan untuk mengkhatamkan Al-Quran setiap hari setelah solat subuh.", "3. Dua puluh orang soleh ditugaskan untuk membaca 70.000 kalimah tauhid setiap hari setelah solat Subuh.", "4. Sepuluh orang ditugaskan untuk membaca 10 000 shalawat ke atas Nabi Muhammad saw setelah solat Subuh.", "Wasiat ini terpampang berdekatan pintu masuk sebelah kiri masjid al-Fatih.", "Al-Fatihah untuk Sultan Muhammad al-Fateh, pemimpin yang disebutkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya.", "Wallahu’alam.", "– TAMAT –" ]
https://www.thepatriots.asia/nazi-mencari-peti-tabut-yahudi/
Nazi Mencari Peti Tabut Yahudi
[ "ka anda pernah menonton siri filem pertama Indiana Jones, Raiders of the Lost Ark (1981), anda pasti tahu berkenaan kisah tabut yang mengandungi kepingan kitab Taurat dan mengapa pihak Nazi mahukannya.", "Dalam filem tersebut, antara sebab pihak Nazi mengejarnya ialah sesiapa yang memiliki tabut tersebut dianggap berkuasa dan tentera yang dimilikinya tidak akan kalah dalam peperangan. Jika anda rasa ini fiksyen, salah sebab inilah apa yang dipercayai kepimpinan tertinggi Nazi.", "Bagi mereka, sekiranya mereka berjaya memiliki dan memanfaatkan kuasanya, inilah senjata terunggul dalam simpanan mereka. Tabut tersebut dikatakan hilang antara 597-586 Sebelum Masihi, dan sehingga hari ini masih belum dijumpai. Jadi, apa yang anda saksikan dalam filem itu adalah sebenar-benarnya.", "Cuma, sama ada mereka menemui atau tidak Tabut Yahudi itu masih lagi misteri." ]
https://www.thepatriots.asia/bad-boy-complex-pembunuh-bersiri-gilaan-wanita/
Bad Boy Complex: Pembunuh Bersiri Gilaan Wanita
[ "Baru-baru ini (takda la baru sangat), pelakon terkenal Zac Efron, berlakon dengan membawa watak seorang pembunuh bersiri yang dikenali dengan nama Ted Bundy, di dalam filem Netflix “Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile”.", "Ted Bundy ini merupakan seorang pembunuh bersiri sebenar dari Amerika Syarikat, yang menjadi punca mengapa anak gadis berasa sangat takut untuk keluar berseorangan, terutamanya pada waktu malam sekitar tahun 70-an.", "Theodore Bundy, bertanggungjawab ke atas sekurang-kurangnya 30 kes pembunuhan kejam, dan pelbagai lagi kegiatan-kegiatan seksual aneh, contohnya seperti nekrofilia, iaitu kegiatan seksual atau perlakuan seks ke atas mayat mangsa pembunuhannya.", "Setelah beberapa kali dapat mengelak dari ditangkap dan berjaya melarikan diri dari tahanan pihak berkuasa, Bundy akhirnya dapat dipenjarakan, dibicarakan dan telah dikenakan hukuman mati di sebuah penjara di Florida.", "Namun, yang menariknya tentang Ted Bundy ini, selain daripada profil psikologinya yang unik, adalah cara dia ‘mempersembahkan’ diri di khalayak ramai. Dia memiliki wajah yang kacak dan juga seorang yang berpendidikan. Selain itu, dia digambarkan memiliki perwatakan menarik dan berkarisma.", "Jauh tersasar daripada tanggapan orang ramai tentang pembunuh atau penjenayah itu secara umumnya, iaitu berkelakuan ganas, mempunyai perangai dan penampilan yang buruk. Walau bagaimanapun, ahli kriminologi dan psikologi berpendapat bahawa, ciri-ciri yang dimiliki inilah yang membuatkan Ted Bundy sangat berbahaya.", "Disebabkan oleh jenayah yang dilakukan Bundy ini sangat kejam, ia mencetus kemarahan orang awam pada waktu itu, dan memohon supaya dia dapat dikenakan hukuman mati dengan kadar segera.", "Tetapi seperti kes-kes jenayah lain, sudah tentu ada sesi perbicaraan di mahkamah. Namun begitu, berlakunya ‘fenomena’ pelik semasa sesi perbicaraan Ted Bundy sedang berjalan.", "Apa yang aneh ialah, terdapat golongan yang terdiri daripada wanita, muncul di mahkamah tersebut dan seperti memberikan sokongan moral, malah ada juga di antara wanita dan gadis, yang “confess” cinta mereka kepada si pembunuh itu. Walaupun mengetahui bahawa Bundy ini didakwa atas kesalahan membunuh, merogol dan melakukan nekrofilia.", "‘Kegilaan’ ini sampai pada satu tahap, di mana sebahagian daripada ruang di mahkamah ketika perbicaraan tersebut, dipenuhi oleh ‘kumpulan sorak’ Bundy yang akan melontarkan senyuman kepada si pembunuh kejam itu, sama ada ketika dia berjalan ke tempat duduk atau berdiri untuk memberi keterangan. Adakalanya, kumpulan wanita ini juga akan ketawa kecil seakan menggedik apabila Bundy memandang ke arah mereka.", "Pada tahun 1980, walaupun mempunyai teman wanita pada waktu itu yang dikenali dengan nama Elizabeth Kloepfer, Bundy akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin dengan rakan lama, iaitu seorang wanita bernama Carole Ann Boone.", "Walaubagaimanapun, Bundy bukanlah satu-satunya penjenayah yang mempunyai ‘peminat’ dan ‘kekasih’ di luar penjara. Pembunuh bersiri lain yang juga sangat terkenal seperti Jeffrey Dahmer, Charles Manson dan Richard Ramirez, seringkali menerima surat cinta daripada ramai wanita.", "Malah, seperti Bundy, Richard Ramirez atau nama lain yang diberi oleh media yakni “Nightstalker”, turut mengahwini salah seorang daripada peminatnya.", "Contoh lain ‘hubungan’ Hybristophilia adalah seperti berikut:", "1. “Bolin the Butcher” atau nama sebenarnya iaitu Oscar Ray Bolin, yang bakal dikenakan hukuman mati setelah disabitkan kesalahan ke atas jenayah rogol dan menikam 3 orang gadis, telah mengahwini Rosalie Martinez, seorang wanita yang bekerja sebagai pekerja sosial. Martinez pada waktu itu sudah berkahwin, tetapi beliau yang mungkin angau cinta, sanggup meninggalkan suami dan 4 orang anak perempuannya untuk mengahwini Bolin.", "2. Susan Atkins merupakan salah seorang daripada pembunuh, dalam keluarga pembunuh bersiri Manson. Dia mengahwini bukan sekali, tetapi dua kali iaitu kepada lelaki yang dikenali dengan nama Donald Lee Laisure pada tahun 1981, namun ia bertahan selama beberapa bulan sahaja, dan yang kedua pada tahun 1987 kepada James Whitehouse, juga merupakan peguam kepada Atkins. Mereka berdua kekal sebagai pasangan sehingga kematian Atkins pada tahun 2009 akibat barah otak.", "3. “The Hillside Stranglers” merupakan duo pembunuh bersiri yang juga sepupu kepada masing-masing iaitu Kenneth Bianchi dan Angelo Bruno Junior. Mereka disabitkan kesalahan atas jenayah rogol dan membunuh 10 orang gadis pada lewat 70-an, dan telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Namun mereka menemui cinta masing-masing. Pada tahun 1986, Buono mengahwini Christine Kizuka, manakala Bianchi mengahwini Shirlee Book pada tahun 1989, Book turut dikhabarkan berbalas surat dengan beberapa penjenayah lain dan turut dilaporkan bahawa cintanya pernah ditolak oleh Ted Bundy.", "Tetapi mengapa perkara ini terjadi?", "Menurut beberapa ahli psikologi, kelakuan ini dikenali dengan terma Hybristophilia. Ia adalah sejenis paraphilia atau tarikan seksual yang menjurus seseorang itu untuk mempunyai satu bentuk kepuasan seksual yang kuat kepada individu yang telah melakukan jenayah berat seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya.", "Contoh paraphilia atau tarikan seksual lain yang aneh dan taboo adalah pedofilia, iaitu tarikan seksual kepada kanak-kanak [umum] dan zoofilia, yakni tarikan seksual kepada haiwan [umum].", "*[ Perbezaan tangga umur bagi kategori pedofilia dan jenis haiwan bagi zoofilia, mempunyai terma berlainan ]", "Dan apabila menyebut tentang paraphilia ini, anda juga perlu faham bahawa ia bukanlah salah satu daripada pelbagai cara lain untuk mendapatkan kepuasan seksual. Paraphilia itu lebih kepada satu-satunya cara, atau dalam erti kata lain, cara utama (“primary”) yang membuatkan anda terangsang secara seksual.", "Sehingga ke hari ini, tiada lagi sebarang kajian empirikal yang konkrit tentang Hybristophilia dilaksanakan oleh pengkaji. Dan apa yang dijelaskan ahli psikologi, hanyalah sekadar pemerhatian atau bukti anekdot tentang perkara yang MUNGKIN menjadi punca kepada kelakuan ini.", "Logik & Naluri", "Walau bagaimanapun, terdapat penjelasan serta logik disebalik perkara yang tampak gila ini. Ia mungkin berpunca daripada ‘naluri’ untuk merasakan diri itu selamat dan berasa seperti dilindungi.", "Cuba kita berfikir sejenak, contohnya dalam dunia haiwan, sang betina akan memilih pasangannya berdasarkan kebolehan si jantan itu memburu dan membunuh mangsanya.", "Kekuatan fizikal dan keganasan (“ferocity”) itu sangat diperlukan untuk menjadi jantan alfa dalam kumpulan, justeru itu menjadi sebab mengapa dalam dunia haiwan, si betina berasa tertarik dan akan memilih jantan yang kuat untuk mengawan.", "Jika kita cuba mengaplikasikannya logik ini ke dalam kelakuan manusia itu, mungkin boleh. Contohnya dari segi memiliki paras rupa yang kacak dan berbadan ‘sado’. Perlu difahamkan, logik ini bagaimanapun bukan terpakai untuk semua perkara dan sudah tentu ada batasannya. Iya lah, tertarik kepada seorang individu yang membunuh individu lain? Gila apa.", "Tetapi, berkemungkinan bahawa, perasaan bahaya seseorang dan ketakutan yang tersembunyi di dalam sudut kecil hati, serta dibantu oleh penggunaan label “pemangsa” atau “predator’ ke atas pembunuh bersiri secara umumnya, seolah mencetuskan ‘naluri dalaman’ seseorang itu, untuk menganggap penjenayah berbahaya sebagai ‘pasangan ideal’.", "Menurut pendapat pakar, terdapat beberapa sebab mengapa individu mempunyai tarikan kepada penjenayah berat. Dan ia adalah seperti berikut:", "1. Tertarik kerana penjenayah itu terkenal dan inginkan perhatian. Bak kata mat saleh, “At the center of attention”, sama ada dari media, keluarga, rakan dan sebagainya.", "2. Tertarik kerana penjenayah itu dianggap seorang yang sangat berbahaya. Berasa “thrill” dan “adrenaline rush” bercinta dengan seorang pembunuh.", "3. Tertarik kerana bentuk komunikasi dengan si penjenayah, contohnya melalui surat itu lebih tinggi kemungkinannya untuk menerima balasan, daripada surat yang dihantarkan kepada penyanyi atau bintang filem.", "4. Tertarik kerana percaya bahawa ‘subjek tarikan’ (penjenayah) itu, tidak bersalah dan ingin memberi sokongan moral serta ingin dilihat ‘selalu ada’ dengannya. Macam dialog filem-filem cinta, “You were always there”.", "5. Malah ada pakar berpendapat bahawa wanita yang berhubung dengan penjenayah berat ini, dikatakan mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah, dan mungkin pernah menerima penderaan fizikal atau seksual. Sehubungan dengan itu, hubungan dengan penjenayah ini boleh diibaratkan sebagai satu bentuk ‘hubungan selamat’, kerana penjenayah tersebut berada dalam penjara dan tidak mungkin akan bebas serta curang kepada pasangan.", "6. Selain itu, elemen narsisisme juga turut dikaitkan dengan hybristophilia. Yakni dengan mempunyai delusi atau mendapatkan idea bahawa individu yang ganas dan mempunyai keinginan kuat untuk membunuh, ‘secara ajaib’ akan berubah, dan membuat pilihan untuk tidak menyakiti anda, malah ingin mempunyai hubungan dengan anda.", "Sudah tentu ia membuatkan anda merasakan diri itu sedikit istimewa bukan?", "Contoh ini, dapat disaksikan di dalam “premise” atau plot filem dan drama bersiri tentang cinta kepada Vampire atau pontianak itu seperti filem “Twilight” dan drama bersiri “True Blood”. Iyalah, pontianak menghisap darah dan membunuh orang dengan mudah dibantu fizikal yang kuat. Tetapi bagi heroin, ada sesuatu yang dilihat menarik, dimiliki oleh vampire tersebut.", "RUJUKAN:", "TIME-LIFE Mysteries of the Criminal Mind: The Secrets Behind the World’s Most Notorious Crimes. In Love With The Incarcerated.", "Money, John. Lovemaps: Clinical Concepts of Sexual / Erotic Health and Pathology, Paraphilia and Gender Transposition in Childhood, Adolescence, and Maturity.", "Vitello, C. (2006). Hybristophilia: The love of criminals. In Hickey, E.W. (Ed.). Sex Crimes and Paraphilia. New Jersey: Pearson Prentice Hall", "There’s Actually A Reason Why So Many Women Were Obsessed With Ted Bundy by Kristin Canning. Retrieved from: https://www.womenshealthmag.com/health/amp27397635/ted-bundy-hybristophilia-definition/?fbclid=IwAR0G5enmzEf8sgyrROCmGOvWY2YLujlVuXdammGYdi4Rox2ySc6XPEYOVfM", "3 Experts Explain Why Some People Are Attracted to Serial Killers by Eliza Thompson. Retrieved from: https://www.cosmopolitan.com/entertainment/tv/amp17804534/sexual-attraction-to-serial-killers/?fbclid=IwAR0lU3s1eJ0BhDF0YtlyhScxTjohfkfN-YXTolV7ioxWZ4RXDUbbjZnXlBg", "Passion Victim. A brief look at hybristophilia by Mark D. Griffiths. Retrieved from: https://www.psychologytoday.com/intl/blog/in-excess/201310/passion-victim?fbclid=IwAR2ccgMQu68Bmj2ptJCvSvguIABpybjw992J8UU2IHfAosWp35EqvJz7Iv4" ]
https://www.thepatriots.asia/pertempuran-julu-50-ribu-tehtera-menang-ke-atas-200-ribu-tentera/
Pertempuran Julu: 50 Ribu Menang Ke Atas 200 Ribu Tentera
[ "Dinasti Qin ialah sebuah dinasti yang pertama dalam sejarah China yang berjaya menyatukan seluruh China. Terima kasih kepada dasar kuku besi dan diktator yang digunakan oleh Shi Huang Di. Namun empayar Qin tidak mampu bertahan lama apabila akhirnya kembali terjerumus ke dalam kancah perpecahan. Antara tokoh terawal yang bangkit memberontak melawan Qin tidak lain dan tidak bukan ialah Xiang Yu, salah seorang daripada jeneral terhebat dalam sejarah China. Pertempuran ini dikatakan berlaku pada 207 hingga 208 Masihi.", "Maka mahu menundukkan segala pemberontakan yang berlaku di seluruh Empayar Qin, maka maharaja Qin ketika itu, telah menghantar seorang jeneral perang bernama Zhang Han ke beberapa kawasan di dalam empayarnya dan antaranya ialah negeri Zhao. Pemerintah Zhao ketika itu telah mendapatkan rakan pemberontaknya iaitu raja Negeri Chu yang bernama Raja Huai II. Raja Huai II menghantar dua orang komander perang iaitu Liu Bang untuk terus menawan ke arah ibu kota Qin yang terletak di Guanzhong manakala Raja Huai II telah menghantarkan Song Yi bersama dengan Xiang Yu sebagai pembantunya untuk ke Handan, untuk mempertahankan kota Handan yang merupakan pusat pemerintahan negeri Zhao, yang ketika itu dikepung oleh dua orang anak buah Zhang Han yang bernama Wang Li dan She Jian.", "Saya disini tidak mahu berbicara tentang perjalanan Liu Bang ke Guanzhong sebaliknya mahu bercerita mengenai pertempuran yang telah melemahkan terus Empayar Qin. Diceritakan bahawa askar yang dibawa Song Yi telah sampai ke Anyang, di mana tempat yang berdekatan Julu, tempat pasukan yang dipimpin oleh pemerintah negeri Zhao berundur selepas pasukan Qin berjaya melintasi Sungai Kuning dan menjarah kota pemerintahan Zhao.", "Sampai sahaja disitu, Songyi terus memerintahkan tenteranya berkampung selama 46 hari, yang dimana tindakan ini langsung tidak disenangi oleh Xiang Yu merasakan bahawa tindakan Song Yi sebenarnya merupakan sebuah kesilapan. Lagipun ini ialah peluang untuk Xiang Yu membalas dendam di atas kehilangan ayahandanya Xiang Lang di tangan Empayar Qing.", "Namun kelihatan seperti Song Yi seperti tidak bersetuju dengan cadangan Xiang Yu untuk terus berdepan dengan pasukan Zhang Han. Lalu pertengkaran berlaku antara Xiang Yu dan Song Yi di mana Song Yi menganggap bahawa Xiang Yu terlalu mengikut kepala angin dan tindakan Xiang Yu itu sebenarnya tindakan bodoh dan membunuh diri. Bahkan Song Yi menuduh bahawa Xiang Yu sedang mengejar nama dan kemasyuran dan terus mengancam kalau Xiang Yu melanggar arahannya, maka Xiang Yu akan dibunuh. Bengang kerana dirinya dipermainkan, maka Xiang Yu telah membunuh Song Yi lalu mengambil alih pasukan itu. Tiada langsung jeneral perang lain yang berani melawan Xiang Yu. Kemudian dari situ, Xiang Yu terus memimpin 50 ribu orang askar Negeri Chu yang sebelum ini diamanahkan kepada Song Yi.", "Namun, awalnya Xiang Yu dikatakan hanya menghantar 20 ribu orang askar dibawah pimpinan Ying Bu dan Zhongli Mo melintasi Sungai Kuning untuk sampai ke Julu, wilayah berlaku pertempuran. 20 ribu askar Chu itu berjaya memenangi beberapa pertempuran kecil. Kemudian, Xiang Yu sendiri memimpin baki askarnya untuk ke Julu. Namun, memandangkan kali ini mereka bakal berdepan dengan askar yang lebih besar, maka Xiang Yu telah melakukan sebuah strategi yang sangat bijak.", "Xiang Yu telah mengarahkan agar kawah, kuali dan segala alatan memasak dibuang ke dalam sungai yang dilintasi leh mereka. Mereka hanya dibenarkan membawa bekalan yang hanya cukup untuk hidup 3 hari. Ini sebagai memberi mesej kepada pasukannya bahawa satu-satunya cara untuk mereka menang ialah berlawan sehabis baik, dan merampas bekalan makanan lawan. Sejarawan mencatatkan bahawa ketika itu, setiap askar-askar Chu berlawan dengan sangat garang dan tidak pernah menyerang walau sesaat pun. Dicatatkan bahawa setiap seorang askar Chu telah membunuh 10 orang tentera Qin. Zhang Han dikatakan telah berundur ke Jiyuan.", "Pasukan-pasukan pemberontakan yang lain yang sebelum ini kecut perut untuk bersama dengan Xiang Yu seorang diri berdepan dengan bala 200 ribu orang askar Qin terus menyatakan kesudian mereka selepas kagum dengan kehebatan dan kepimpinan Xiang Yu. Jumlah tentera Xiang Yu yang berjumlah 50-60 ribu orang itu terus bertambah menjadi 400 ribu orang, gabungan daripada tentera-tentera pemberontak dari negeri-negeri seluruh Empayar Qin. Kemudian, Xiang Yu terus mara ke kem Zhang Han sebelum lelaki itu sendiri menyerah kalah selepas melihat bala askar yang dibawa oleh Xiang Yu.", "Kira-kira selepas pertempuran itu, hampir keseluruhan pasukan Qin yang berjumlah 200 ribu orang mati di tangan 50 ribu orang tentera Chu manakala 200 ribu orang tentera Qin dibawah pimpinan Zhang Han telah menyerah kalah bersama dengan Zhang Han. Zhang Han, bersama dengan dua orang jeneral perangnya bernama Sima Xin dan Dong Yi telah diberi pengampunan oleh Xiang Yu selepas mereka menjadi mangsa fitnah sida Zhao Gao yang mendampingi maharaja Qin ketika itu, Qin Er Shi ketika dia menghantar surat kepada Xiangyang yang merupakan ibu kota Empayar Qin. Kata Sida Zhao, Zhang Han telah berkomplot dengan pasukan pemberontak, lalu mengakibatkan kekalahan Qin.", "Namun, selain daripada Zhang Han, Sima Xin dan Dong Yi, salah seorang daripada jeneral perang Zhang Han yang bernama She Jian telah membunuh diri dengan mencampakkan tubuhnya ke dalam api apabila memilih untuk tidak hidup sebagai pengkhianat. Lebih memilukan lagi dalam pertempuran, ini dicatatkan bahawa 200 ribu orang askar Qin telah ditanam hidup-hidup oleh Xiang Yu dengan pelbagai alasan dan antaranya ialah takut askar Qin itu akan berpaling dan memberontak.", "Antara alasan lain yang dijangka oleh sejarawan ialah kemungkinan besar operasi bunuh secara besar-besaran berlaku kerana Xiang Yu merasakan bahawa bekalanan makannya tidak akan menampung perut askar-askar Qin nanti. Namun berbeza dengan nasib dengan askar-askar dibawah merekam tiga orang jeneral perang Qin yang menyerah kemudiannya nanti dilantik oleh Xiang Yu sebagai raja di beberapa wilayahnya selepas kejayaan Xiang Yu menjatuhkan Dinasti Qin kelak.", "-HE-", "*Gambar sekadar hiasan" ]
https://www.thepatriots.asia/teuta-ratu-illyria-yang-mengancam-perdagangan-laut-rom/
Teuta – Ratu Illyria Yang Mengancam Perdagangan Laut Rom
[ "Berikutan kekalahan Carthage dalam P3rang Punik Pertama pada tahun 241SM, Republik Rom menjadi kuasa yang mendominasi Laut Mediterranean. Apapun, penguasaan ini bukanlah bersifat mutlak.", "Di timur Itali, terdapat sebuah lagi kekuasaan yang sedang meningkat naik, iaitu Kerajaan Ardiaea yang diperintah oleh suku Illyria. Kerajaan ini sering mengancam kapal-kapal dagang Rom yang melalui Laut Adriatik. Takhta kerajaan ini disandang oleh Ratu Teuta (selepas kemangkatan suaminya).", "Teuta adalah isteri kepada Agron, raja Kerajaan Ardiaea. Di bawah pemerintahan Agron, Kerajaan Ardiaea berupaya membangun sebagai sebuah kerajaan yang dikenali ramai. Menurut seorang penulis Rom yang bernama Appian of Alexandria, Agron meluaskan sempadan kerajaannya dengan men4kluk sebahagian Epirus, Corcyra, Epidamnus dan Pharus. Tambahan lagi, armada Agron sangat digeruni di Laut Adriatik.", "Pada tahun 231SM, Agron mangkat secara tiba-tiba setelah mengecapi kemenangan ke atas Aetolia. Menurut sejarahwan Yunani yang bernama Polybius, “Raja Agron, ketika armadanya pulang dan para pegawainya memberikan laporan (kemenangan) tentang pertempuran, begitu bergirang gembira lantaran mengenangkan bahawa beliau telah berjaya menewaskan Aetolia.", "Kemudian bagi meraikannya, beliau pun minum dan berseronok sepuas hatinya hinggakan beliau diserang radang paru-paru yang membawa kepada maut beberapa hari kemudian.”", "Memandangkan pewaris Agron, iaitu Pinnes masih kecil pada waktu itu, maka tampuk pemerintahan Kerajaan Ardiaea diambil oleh Teuta yang bertindak selaku ratu pemangku.", "Walaupun Teuta melanjutkan kegemilangan mendiang suaminya dengan meneruskan polisi perluasan kuasa, tindakan-tindakannya itu digambarkan secara negatif oleh Polybius.", "Namun, sejarahwan berpendapat bahawa sikap bias Polybius ini adalah disebabkan oleh tumpuannya yang lebih terarah kepada historiografi Rom itu sendiri. Menurut Polybius, Teuta memiliki ‘sifat pendek akal yang alami bagi seorang wanita’ dan beliau ‘tidak mencapai sebarang kejayaan melainkan yang kecil dan tidak tahu-menahu tentang apa yang berlaku di tempat lain’.", "Polybius juga menyebutkan bahawa Teuta mendokong kegiatan perlanunan masyarakat Illyria, menyerang wilayah-wilayah jirannya tanpa simpati dan mengarahkan komander-komander p3rangnya agar bermusuhan dengan semua pihak luar.", "Kegiatan-kegiatan perlanunan sebeginilah yang kemudiannya mendorong Rom untuk memerangi Teuta. Pada mulanya, Senat Rom tidak mengendahkan aduan-aduan berkenaan Teuta yang dikemukakan oleh para pedagang yang merentasi Laut Adriatik. Namun, lantaran jumlah aduan sebegitu meningkat, maka Senat pun terpaksa mengambil tindakan.", "Rom memulakan tindakannya dengan mengambil langkah diplomasi dan menghantar perutusan ke istana Teuta. Sumber-sumber purba merekodkan bahawa Teuta sama sekali tidak bersenang hati dengan utusan-utusan Rom itu.", "Dalam rundingan yang cuba diadakan, beliau mengambil sikap tidak beralah. Lebih teruk daripada itu, imuniti diplom4tik utusan-utusan ini dilanggar. Polybius mencatatkan bahawa salah seorang utusan itu dibvnuh ketika sedang bersiap untuk kembali ke Rom. Cassius Dio pula menyebutkan bahawa sebahagian perutusan itu dipenjarakan manakala yang lain dibvnuh.", "Sesampai sahaja berita tentang hal ini ke pegetahuan Rom, mereka pun naik berang dan langsung mengisytiharkan p3rang ke atas Tuta. Sebuah armada yang terdiri daripada 200 buah kapal dibentuk untuk tujuan serangan, sambil diiringi oleh sepasukan t3ntera darat.", "Sasaran pertama armada Rom ini adalah Pulau Corcyra, yang ditadbir oleh Demetrius yang juga merupakan gabenor Pharus. Dalam catatan-catatan Appian dan Polybius, Demetrius dikatakan telah mengkhianati suku Illyria apabila menyerahkan Corcyra dan Pharus kepada Rom.", "Namun menurut Cassius Dio, Teuta sendiri yang memerintahkan Demetrius untuk menyerahkan Corcyra kepada Rom sebagai langkah berdamai. Pun begitu, tidak lama sesudah perjanjian perdamaian ini dimeterai, Teuta menyerang Epidamnus dan Apollonnia. Hal ini mendorong Rom untuk sekali lagi mengambil tindakan. Demetrius pula kemudiannya menumpahkan khidmat setianya kepada Rom lantaran tidak tahan lagi dengan kerenah ratunya itu.", "Menyedari bahawa beliau tidak dapat menandingi Rom dalam medan p3rang, maka Teuta pun menyerah diri pada tahun 227SM. Menurut Polybius, Teuta ‘bersetuju untuk membayar sebarang jumlah ufti yang dikenakan ke atas mereka, menyerahkan seluruh Illyria kecuali beberapa kawasan dan paling penting bagi masyarakat Yunani, untuk tidak lagi berlayar melangkaui Lissus dengan lebih dari dua buah kapal tidak bersenjata’.", "Tambahan lagi, Appian turut menyebutkan bahawa Corcyra, Pharus, Issa, Epidamnus dan seluruh Illyrian Atintani menjadi naungan Rom. Saki-baki Kerajaan Ardiaea yang masih tersisa diperintah oleh Pinnes, yang kini pemerintahannya dipangku oleh Demetrius.", "Walaupun Teuta berpeluang untuk hidup beberapa dekad berikutnya, terdapat sebuah kisah menarik yang menyebutkan bahawa Teuta telah terjun dari cenuram di Risan, Teluk Kotor, Montenegro moden kerana enggan menyerah kepada Rom. Masyarakat Risan mempercayai bahawa sebelum membvnuh diri, Teuta sempat menurunkan sumpahan ke atas bandar itu sehingga mengakibatkan Risan menjadi satu-satunya bandar di teluk itu yang tidak memiliki tradisi perlautan.", "Teluk Kotor di mana Ratu Teuta kononnya terjun dari cenuram kerana enggan menyerah kepada Rom sekitar tahun 229SM. Katanya, bandar ini adala satu-satunya yang tidak memiliki tradisi perlautan di situ, lantaran sumpahan Teuta.", "TERJEMAHAN:", "Wu Mingren. (26 Mei 2015). The Fierce Queen of the Illyrians: Teuta the Untameable. Ancient Origins.\nhttps://www.ancient-origins.net/history-famous-people/fierce-queen-illyrians-teuta-untameable-003126" ]
https://www.thepatriots.asia/13-makam-raja-raja-purba-dinasti-ming/
13 Makam Raja-Raja Purba Dinasti Ming
[ "Dinasti Ming ditubuhkan pada tahun 1368M oleh Zhu Yuanzhang (Maharaja Hongwu) berikutan penggulingan Dinasti Yuan-Monggol. Sehingga tahun kejatuhannya pada 1644 Masihi, Dinasti Ming diperintah oleh seramai 16 orang maharaja. Makam 13 orang maharaja Ming ini terletak di sebuah tempat yang tidak jauh dari ibu kota China, Beijing. Ia dikenali secara kolektif sebagai Tiga Belas Makam Dinasti Ming.", "TIGA ORANG MAHARAJA MING YANG TIDAK DISEMADIKAN DI SINI", "Tiga orang maharaja Ming yang tidak disemadikan di kawasan ini adalah Maharaja Hongwu (disemadikan berhampiran ibu kotanya, Nanjing), penggantinya, Maharaja Jianwen (hilang dari sejarah selepas digulingkan oleh bapa saudaranya), dan maharaja ketujuh, Jingtai (tidak disemadikan secara diraja oleh penggantinya, Maharaja Zhengtong).", "LOKASI TIGA BELAS MAKAM", "Tiga Belas Makam Dinasti Ming ini terletak di kaki Gunung Tianshu di Daerah Changping, sebuah kawasan pinggir bandar yang berjarak 50km (31.1 batu) darh arah barat laut bandar Beijing. Pembinaan makam pertama Ming di kawasan ini dimulakan pada tahun 1409M oleh maharaja ketiga Ming, iaitu Maharaja Yongle. Tapak ini dipilih berdasarkan prinsip feng shui (tuah sesebuah tempat).", "Menurut prinsip ini, semangat-semangat jahat dan tiupan-tiupan angin yang buruk dipercayai turun dari Utara dan ia perlu dipesongkan haluannya. Justeru, kawasan berbentuk lengkuk di kaki Gunung Tianshu dipilih.", "Tapak ini meliputi kawasan seluas 40km persegi (24.9 batu persegi). Di kawasan ini terdapat sebuah lembah yang sepi dan air tenang mengalir dari kawasan gunung, justeru menjadikannya sebuah tempat yang ideal bagi memakamkan maharaja-maharaja Ming.", "Selain memenuhi feng shui dan mempunyai pemandangan yang indah, tapak ini juga dikatakan strategik dari sudut ketenteraan. Hal ini kerana kawasan pergunungan boleh berfungsi sebagai pertahanan semula jadi.", "\nJALAN SUCI YANG MEMBAWA KEPADA MAKAM", "Di zaman Dinasti Ming, kompleks ini tidak boleh dimasuki oleh orang awam. Namun pada tahun 1644 Masihi, tentera pemberontak Li Zicheng menjarah dan membakar kebanyakan makam ini sebelum melanjutkan kemaraan ke Beijing.", "Pada hari ini, kompleks ini boleh dikunjungi oleh orang awam. Makam-makamnya boleh diakses melalui Jalan Suci, sebuah jalan sepanjang 7km (4.3 batu). Jalan Suci dipercayai menjadi simbolisme kesucian maharaja-maharaja Ming dan autoriti mereka walau sesudah mangkat.", "Di permulaan jalan ini terdapat sebuah batu peringatan berbentuk lengkuk yang dibina pada tahun 1540. Mercu tanda ini disusuli oleh jalan yang diapit oleh 36 buah patung batu. 24 daripadanya mewakili haiwan seperti singa, gajah dan unta manakala baki 12 yang lain mewakili manusia, merangkumi panglima dan pegawai pentadbiran. Patung-patung ini dipercayai akan menyertai upacara-upacara kerajaan yang dilangsungkan, selain dianggap sebagai laluan buat roh-roh orang yang telah mati.", "\nDari keseluruhan 13 buah makam yang terdapat di lembah ini, hanya tiga buah sahaja yang dibuka untuk kunjungan awam. Makam-makam tersebut adalah makam maharaja ketiga Ming, Yongle (Makam Changling), maharaja ke-13, Wanli (Makam Dingling) dan maharaja ke-12, Longqing (Makam Zhaoling.", "MAKAM CHANGLING YANG PALING TERPERINCI", "Makam Changling merupakan makam yang paling besar dari kesemua 13 buah makam Ming. Makam ini sendiri mengambil masa sehingga lima tahun lamanya untuk disiapkan, sambil salah satu strukturnya, iaitu Dewan Nikmat Indah mengambil masa 18 tahun untuk disiapkan. Dewan ini meliputi kawasan seluas 1956 meter persegi (6417.3 kaki persegi), yang mana saiznya ini hampir sama dengan Dewan Keharmonian Agung di Kota Larangan Beijing.", "Namun dari sudut seni bina, Dewan Nikmat Indah dikatakan jauh melangkaui dewan di Kota Larangan, terutama lantaran tiang-tiang serinya diperbuat daripada kayu cedar China yang dipercayai didatangkan dari Nepal.", "Walaupun makam ini belum diekskavasi sepenuhnya, penggalian yang telah dilakukan setakat ini membolehkan para pengunjung melihat ruang pengebumiannya. Selain itu, lebih 3000 buah artifak berharga telah berjaya dinaikkan, justeru mengisyaratkan betapa banyaknya harta kekayaan yang disemadikan bersama maharaja itu.", "\nMAKAM DINGLING YANG TELAH DISELIDIKI SEPENUHNYA", "Tidak seperti Makam Changling, Makam Dingling telah diekskavasi sepenuhnya oleh ahli-ahli arkeologi. Makam ini merupakan yang ketiga paling besar di kompleks tersebut, setelah Makam Changling dan Makam Yongling.", "Menurut dokumen-dokumen sejarah, kos pembinaan makam ini mencecah lebih 300 tan perak. Jumlah ini hampir menyamai kutipan cukai pendapatan kerajaan Ming di bawah maharaja Wanli selama dua tahun penuh.", "Istana bawah tanah yang terletak kira-kira sedalam 27 meter (88.6 kaki) mempunyai lima buah ruang. Setiap satunya dibina sepenuhnya daripada batu tanpa menggunakan satu pun tiang atau alang.", "Ruang yang paling besar dan penting adalah ruang belakang, di mana jasad Maharaja Wanli dan dua orang permaisurinya ditemui. Selain itu, ruang ini turut mengandungi 26 buah kotak kayu yang dibaluti kain merah yang mengandungi kira-kira 3000 buah objek pengebumian berharga.", "Makam Zhaolong adalah makam yang paling kecil di kalangan tiga buah makam yang dibuka kepada kunjungan awam. Ciri yang paling utama bagi makam ini adalah keranda-keranda diraja di dalamnya diletakkan di sebuah kawasan unik berbentuk bulan sabit.", "MAKAM ZHAOLING YANG LEBIH KECIL", "\nWalaupun hakikatnya pengunjung tidak boleh mengunjungi dan melihat makam-makam lain, seni bina diraja dan sejarah Tiga Belas Makam Dinasti Ming masing merupakan satu tarikan yang mengujakan dan menggamit jutaan pelancong pada setiap tahun untuk turun menyusuri Jalan Suci dan menyaksikan sendiri kemegahan kompleks permakaman ini.", "TERJEMAHAN:", "Wu Mingren. (10 Oktober 2015). A Final Resting Place Fit for an Emperor: The Thirteen Tombs of the Ming Dynasty. Ancient Origins.\nhttps://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/final-resting-place-fit-emperor-thirteen-tombs-ming-dynasty-004144\n" ]
https://www.thepatriots.asia/legenda-buaya-putih-dalam-masyarakat-melayu/
Legenda Buaya Putih Dalam Masyarakat Melayu
[ "Kisah buaya putih merupakan kisah yang cukup popular di alam Melayu. Tidak kira di Malaysia atau di Indonesia, pasti mempunyai versi cerita buaya putih yang tersendiri. Bukan satu kisah tetapi banyak kisah yang berlainan. Di Malaysia sendiri, ada banyak kisah mengenai buaya putih ini. Tetapi benarkah ada buaya yang berwarna putih?. Ya, buaya berwarna putih sememangnya wujud. Ia disebabkan oleh hypomelanism atau disebut juga sebagai albino.", "Bagi masyarakat barat, buaya putih hanyalah buaya putih tetapi bagi masyarakat Melayu, buaya putih dianggap sebagai semangat atau penunggu kepada sungai. Oleh itu, penghormatan terhadap buaya putih ini sangat tinggi sehingga mereka tidak akan sesekali menganggu apatah lagi menangkap buaya ini.", "Kisah buaya putih ini juga turut dikaitkan dengan Sejarah Kuala Kubu Bharu di Selangor. Semasa permintaan bijih tiumah dunia sedang meningkat untuk bekalan Revolusi Perindustrian di eropah, orang-orang Melayu telah gigih meneroka tanah-tanah hutan yang kaya dengan bijih timah. Antara kawasan yang diteroka ialah Hulu", "Selangor termasuklah Kuala Kubu. Untuk mendapatkan timah dengan cara yang mudah dan cepat, orang Melayu telah membina empangan sepanjang 1.6 kilometer dan selebar 91.4 meter dengan menggunakan tanah dan kayu sahaja. Empangan yang dibina sekitar tahun 1780-an itu merentasi Sungai Kubu.", "Pembinaan empangan ini sangat penting kepada penghasilan bijih timah kerana air sungai akan melimpah keluar dengan deras dari empangan bersama-sama dengan lumpur dan hanya meninggalkan bijih timah yang berat mendap di dasar sungai ( timah tidak dihanyutkan air ). Jadi mereka akan mula mendapatkan timah dikawasan tertentu sahaja tanpa perlu merayau di pelbagai kawasan lain.", "Apabila British mula masuk ke Selangor, mereka sudah melihat potensi yang ada di Kuala Kubu. Oleh itu, mereka fokus kepada pembangunan di kawasan ini. Di kawasan empangan ini ada seekor buaya putih. Penduduk tempatan percaya buaya putih ini merupakan penunggu kepada sungai tersebut. Namun seorang pegawai Inggeris yang bernama Cecil Ranking tidak mempedulikan kata-kata penduduk tempatan dan telah bertindak menembak buaya tersebut sekitar tahun 1883.", "Tidak lama kemudian, empangan yang dibina oleh orang Melayu itu yang diyakini berusia lebih 100 tahun itu telah pecah akibat banjir besar yang telah meragut nyawa Cecil Ranking. Kawasan empangan tersebut kini dikenali sebagai Ampangan Pecah. Walaupun banjir besar ini telah meragut nyawa pegawainya, itu tidak pernah mematahkan usaha Inggeris untuk terus memajukan Kuala Kubu. Mereka membina hospital, sekolah dan fasiliti lainnya untuk kemudahan mereka dan juga penduduk.", "Selepas banjir besar yang mengorbankan Cecil Raking itu, telah berlaku beberapa kali lagi banjir besar sehingga menyebabkan Kuala Kubu sudah tidak selamat lagi untuk didiami. Bahkan British telah meminta penduduk-penduduk di kawasan sekitar supaya berpindah ke kawasan yang selamat. Untuk itu, British telah membina Bandar Kuala Kubu Bharu untuk dijadikan sebagai kawasan perekonomian baharu. Pusat pentadbiran juga telah dipindahkan dari Rasa ke Kuala Kubu Baharu sekitar tahun 1930-an." ]
https://www.thepatriots.asia/asal-usul-jolly-roger-bendera-lanun/
Asal-Usul Jolly Roger Bendera Lanun
[ "Kisah lanun merupakan sebuah topik yang agak masyhur bagi ramai dari kalangan kita pada hari ini, dengan kehadiran cerita-cerita romantisme yang melibatkan pengembaraan di lautan tinggi, persahabatan dan pemburuan harta karun.", "Namun pada beberapa kurun yang lalu, lanun adalah penjenayah yang paling dikehendaki dan merupakan salah satu jenayah tersusun yang terawal dalam sejarah.  Sambil berlaya di lautan luas, lanun-lanun ini menyerang, menjarah dan membunuh dengan kejam.", "Terdapat banyak objek perlanunan yang digunakan sebagai simbol bagi merujuk kepada lanun – berjalan di atas papan, kaki yang diperbuat daripada kayu, penutup mata, tangan cangkuk, dan anting-anting gelung emas di sebelah telinga.", "Namun, simbol lanun yang paling dikenali adalah bendera hitam dengan rekaan tengkorak dan tulang silang, atau dikenali sebagai Jolly Roger.", "Jolly Roger dikibarkan pada kapal-kapal lanun untuk menyampaikan mesej tertentu kepada kapal-kapal sasaran. Bendera ini boleh dimanfaatkan untuk menimbulkan rasa gerun di samping mengisytiharkan kekuasaan kapal lanun berkenaan.", "Penggunaan bendera lanun secara umumnya meniru penggunaan bendera pada kapal-kapal lain. Sepanjang sejarah maritim, sesebuah kapal akan mengibarkan bendera tertentu untuk menyampaikan beberapa bentuk mesej. Paling utama adalah mesej yang menyatakan pihak mana yang ditumpahkan kesetiaan oleh kapal tersebut.", "Kapal-kapal peribadi pula lazimnya akan mengibarkan bendera yang berbeza berbanding kapal-kapal tentera. Begitu juga dengan kapal-kapal lanun yang mengibarkan bendera tertentu untuk menyampaikan mesej atau untuk memperdaya kapal-kapal berhampiran.", "Menurut sejarah, kapal lanun yang menyerang kebiasaannya akan mengibarkan bendera yang berwarna hitam penuh. Pengibaran bendera ini menandakan mesej bahawa selagimana tiada penentangan, semua anak kapal akan selamat. Namun setelah diberikan tentangan, bendera merah akan dikibar bagi menyampaikan mesej bahawa tiada belas kasihan akan ditunjukkan.", "Tujuan pengibaran bendera ini adalah untuk menimbulkan rasa takut kepada pihak yang ingin diserang, sekaligus memberikan kelebihan buat lanun. Bendera hitam atau merah inilah yang dirujuk sebagai Jolly Roger pada mulanya, sebelum nama itu dikaitkan dengan rekaan tengkorak dan tulang silang pada bendera lanun.", "Asal-usul pengambilan nama Jolly Roger masih menjadi bahan perdebatan. Pada tahun 1724, Charles Johnson menerbitkan sebuah buku yang berjudul ‘A General History of the Pyrates’.", "Di dalam buku inilah frasa ‘Jolly Roger’ mula berasal, di mana Johnsohn memetik bukan seorang, tetapi dua orang lanun yang memanggil bendera mereka sebagai Jolly Roger. Dua orang lanun tersebut adalah Bartholomew Roberts (pada tahun Jun 1721) dan Francis Spriggs (Julai 1723).", "Ada juga pihak yang berpendapat bahawa nama Jolly Roger berasal dari sebuah perkataan Perancis, iaitu jolie rouge yang bermaksud ‘merah indah’.", "Kemungkinan lain pula hadir dari sebuah buku tulisan David Hatcher Childress yang berjudul ‘Pirates & The Lost Templar Fleet’. Di dalam buku ini, Childress berpendapat bahawa Jolly Roger sebenarnya mengambil nama bersempena Raja Roger II dari Sicily, seorang Templar yang diyakini sebagai lelaki pertama yang mengibarkan bendera itu.", "Pada hari ini, Jolly Roger (bendera hitam dengan imej tengkorak dan tulang silang) dianggap sebagai rekaan piawai bagi bendera lanun. Walau bagaimanapun, rekaan sebegitu bukanlan rekaan asal bagi Jolly Roger.", "Dalam A General History of the Pyrates, dua orang lanun mengibarkan bendera yang dipanggil sebagai Jolly Roger. Namun kedua-dua bendera itu tidak mempunyai imej tengkorak dan tulang silang. Daripada sini dapat kita pastikan bahawa Jolly Roger pada asalnya tidak mempunyai imej tertentu dan ia adalah istilah umum bagi merujuk mana-mana bendera lanun.", "Kepelbagaian rekaan bendera lanun sememangnya banyak sepanjang peredaran sejarah; dari merah atau hitam penuh, kepada kepelbagaian imej berwarna merah dan hitam termasuklah imej tengkorak, senjata, darah dan hati. Sebahagian contoh Jolly Roger yang pernah wujud dalam sejarah adalah seperti berikut:", "\nBeberapa sumber menyifatkan rekaan tengkorak dan tulang silang berasal-usul daripada legenda Templar. Philip Gardiner menulis di dalam The Holy Blood and the Holy Grail:", "“Terdapat seorang wanita dari Maraclea yang dicintai oleh seorang Templar, si Raja Sidon. Namun, wanita itu mati di usia muda, dan pada malam selepas pengebumiannya, kekasihnya itu merangkak ke kuburnya, menggalinya dan mencabulnya. Kemudian, suatu suara entah dari mana menyuruh lelaki itu kembali dalam tempoh sembilan bulan kerana beliau akan mendapatkan seorang anak lelaki. ", "Templar itu menuruti perintah tersebut dan pada masa yang ditetapkan, beliau membongkar semula kubur itu dan menemukan kepala dan tulang kaki (tengkorak dan tulang silang). Suara yang sama kemudiannya menyuruh beliau agar menyimpan tulang tersebut dengan baik kerana ia akan memberi kebaikan kepadanya. ", "Justeru, beliau pun membawa tulang-tulang itu bersamanya. Ia menjadi tangkal pelindungnya, dan beliau berupaya menewaskan musuh-musuhnya dengan hanya menunjukkan tengkorak itu kepada mereka. Seiring peredaran waktu. Tulang-tulang ini diperturunkan kepada waris-warisnya.”", "Pada hari ini, Jolly Roger, atau secara khusus, imej tengkorak dan tulang silang dianggap oleh ramai pihak sebagai sebuah penjenamaan secara kolektif yang berjaya. Simbol ini tidak diambil dan dipakai oleh satu entiti tunggal. Sebaliknya, ia menjadi simbol sejagat (universal) sampaikan setelah beratus tahun berlalu, simbol tersebut masih boleh dikenali sebagai simbol lanun.", "Cerita-cerita lanun baik yang lama mahupun yang baru disampaikan secara terus-menerus, sama ada menerusi kisah lanun sebenar seperti Blackbeard dan Ching Shing, ataupun kisah-kisah dongeng klasik seperti ‘Peter Pan’s Captain Hook’ serta Pirates of the Caribbean.", "Menerusi simbolisasi seperti Jolly Roger, setiap cerita ini walaupun menggambarkan lanun yang sangat berbeza, masing-masing menimbulkan imej lanun klasik – menjarah harta-benda, meminum banyak arak, pelayar yang cekap, dan raja lautan.", "TERJEMAHAN:", "M R Reese. (20 Februari 2015). The Ultimate Pirate Branding Symbol – the Origin of the Jolly Roger. Ancient Origins.\nhttps://www.ancient-origins.net/history/ultimate-pirate-branding-symbol-origin-jolly-roger-002696" ]
https://www.thepatriots.asia/isu-jerebu-asean-boleh-ke-ambil-tindakan-ke-atas-indonesia/
Isu Jerebu: ASEAN Boleh Ke Ambil Tindakan Ke Atas Indonesia?
[ "Tanggapan orang ramai bahawa “ASEAN harus/boleh kenakan tindakan terhadap Indonesia” menunjukkan ramai tak faham tentang hubungan antarabangsa (IR).", "Pertama sekali, ASEAN tidak mempunyai mekanisme untuk kenakan apa-apa tindakan terhadap sesebuah negara. Dalam IR, kita panggil ASEAN ni sebagai sebuah “normative organization”. Ia tidak mempunyai undang-undang untuk menghukum kesalahan negara yang jadi ahlinya, malah ia juga tidak mendefinisikan apa yang menjadi “kesalahan” bagi sesebuah negara.", "Sebaliknya, ASEAN hanyalah sebuah platform bagi negara-negara serantau untuk berinteraksi berdasarkan “norm” (norma) yang dipersetujui. Dalam ASEAN, norma tu ialah “musyawarah” (consultation) dan “muafakat” (consensus). Sebelum nak buat apa-apa, kena bincang elok-elok dulu, lepas semua dah setuju sebulat suara, baru jalan.", "Jadi, apa-apa perjanjian ASEAN adalah untuk menggalakkan kerjasama dan perbincangan, bukan untuk “regulate” dan “punish”, termasuklah perjanjian mengenai jerebu (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution). Perjanjian siap tahun 2002, tapi hanya sehingga 2014 baru Indonesia menandatangani ia. Perjanjian itu cuma menyarankan negara untuk bekerjasama tackle masalah jerebu, bukan untuk tackle negara yang dianggap sebagai “punca” jerebu.", "Kedua, tak kira kat ASEAN atau EU atau UN, setiap pertubuhan antarabangsa ni ada dia punya “abang besar”. Abang besar UN ialah P5 (US, Rusia, China, UK, Perancis), abang besar EU ialah Perancis dan Jerman, abang besar ASEAN siapa? Tengoklah kat mana terletaknya Sekretariat ASEAN — jeng jeng jeng — Jakarta. So macam mana sesebuah pertubuhan nak kenakan tindakan terhadap ahlinya yang mempunyai kedudukan paling penting?", "Mengheret Indonesia ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)? Apa yang kita boleh harapkan daripada undang-undang antarabangsa? Name and shame? Denda? Adakah benda itu boleh selesaikan masalah? Sebagai negara berdaulat, sebenarnya Indonesia boleh je tak nak mematuhi keputusan ICJ (kalau ia mahu), lebih-lebih lagi kedudukan Indonesia sebagai kuasa serantau. Kalau jadi macam tu, apa yang negara pengadu boleh buat? Dalam IR, undang-undang hanyalah simbolik. “Power” barulah real.", "Sebenarnya, nak salahkan kerajaan Indonesia 100% pun tak boleh juga, walaupun respon diorang kurang memuaskan. Isu jerebu adalah isu “transnational” yang melibatkan “transnational actor” seperti syarikat perladangan multinasional yang masih guna kaedah tebas dan bakar (slash and burn) untuk menjadikan hutan sebagai ladang. Transnational bermaksud diorang ni beroperasi merentas negara, jadi undang-undang negara sukar nak tackle diorang, dan “undang-undang perdagangan antarabangsa” yang sedia ada kadang lebih melindungi syarikat berbanding kepentingan negara.", "Itulah limitasi undang-undang antarabangsa dalam IR. Jadi nak tak nak, diplomasi adalah penyelesaian yang lebih baik berbanding undang-undang, malah satu-satunya penyelesaian kepada isu jerebu. Berfikir dalam kerangka nasionalis dan menunding jari antara negara tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya, kita kena melihat ia sebagai masalah serantau yang “transnational”.", "*Penafian: Tulisan ini merupakan ekspresi peribadi penulis dari sudut pandangan IR, tidak mewakili pendirian kerajaan Malaysia, dan penulis tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa komen yang provokatif. (ceh acah-acah kolumn Malaysiakini)" ]
https://www.thepatriots.asia/rabiah-al-adawiyah-pelopor-tasawuf-berkonsep-mahabbah/
Rabiah Al Adawiyah: Pelopor Tasawuf Berkonsep Mahabbah
[ "Rabiatul AdawiyahSerikandi yang terciptaSungguh agung pengabdianmuKau berjaya menjadi ikhtibar", "Mesti siapa yang membaca senikata di atas dengan\nmenyanyikan? Siapa yang tidak pernah dengar lagu Rabiatul Adawiyah nyanyian\nkumpulan nasyid InTeam. Setiap bait bait lagunya akan membuat pendengar\nterbayang seorang wanita dan muslimah yang mengabdikan dirinya demi agama tanpa\nragu. Pada ketika ini, di mana para wanita memperjuangkan hak asasi bagi\ndirinya, maka Rabiatul Adawiyah ketika itu berjuang dalam keilmuan dan\nkebergantungannya pada Tuhan.", "LATAR BELAKANG", "Rabiatul Adawiyah telah dilahirkan pada 713 M di\nBasra di mana pada zaman pemerintahan Kerajaan Umayyah. Nama lengkap beliau\nialah Rabiah binti Ismail al-Adawiyah al-Qissiyah. Beliau berasal dari keluarga\nyang miskin. Ayah beliau meninggal ketika beliau masih lagi kecil dan sejak itu\nbeliau hilang perhatian dan kasih sayang.", "Fariduddin Attar, seorang penyair mistik Parsi dalam menggambarkan keprihatinan Rabiah, menulis bahawa dia dilahirkan di rumah, di mana tidak ada satu pon yang dapat dimakan dan yang dapat dijual. Malam gelap gelita kerana minyak untuk menerangi rumah juga telah habis. Pada suatu hari menjelang usia remajanya, ketika keluar rumah, beliau telah ditangkap oleh penjahat dan dijual dengan harga 6 dirham (RM 6.82). Orang yang membeli Rabiah menyuruhnya mengerjakan pekerjaan yang berat, memperlakukan dengan bengis dan kasar.", "Pada siang hari, beliau melayani tuannya, dan pada malam hari beribadah kepada Allah s.w.t, terlalu inginkan redha-Nya. Pada suatu malam, tuannya terjaga dari tidur, dan melalui tingkap melihat Rabiah sedang berdoa, “Ya Allah, Engkau tahu bahawa hasrat hatiku adalah untuk dapat mematuhi perintah-Mu; jika aku dapat mengubah nasibku ini, nescaya aku tidak akan beristirehat walau sebentar pun dari mengabdikan kepada-Mu”. Menyaksikan peristiwa itu, dia merasa takut, semalaman termenung sampai terbit fajar. Pagi pagi lagi dia memanggil Rabiah, bersikap lunak padanya dan membebaskannya. Setelah menikmati kebebasan, Rabiah menjalani kehidupan sufistik, beribadah dan berkhalwat (menyepi), lebih memilih kemiskinan daripada kemewahan kehidupan duniawi. Beliau hidup menyendiri, tidak menikah, dan enggan menerima bantuan kebendaan daripada orang lain. Dengan sikap dan kesalihannya itu namaya sebagai orang suci dan pengkhutbah makin lama makin harum. Dia dihormati oleh orang orang zuhud di masanya dan sering dikunjungi untuk bertukar tukar pengalaman masalah kesufian. Para Sufi yang sering berkunjung antara lain Malik bin Dinar, Sufyan as-Sauri, Syaqiq al-Balkhi dan lain lain.", "Rabiah memilih untuk menempuh jalan hidup sendirian\ntanpa nikah, hanya mengabdi diri kepada Allah. Pengalaman kesufian dia peroleh\nbukan melalui guru, melainkan melalui pengalamannya sendiri. Dia tidak\nmeninggalkan ajaran tertulis langsung melalui tangannya sendiri, akan tetapi\najarannya dikenal melalui anak muridnya, dan baru dituliskan setelah beliau\nwafat.", "KISAH BERSAMA HASAN AL BASRI", "Sedia maklum bahawa Rabiatul Adawiyah memang tidak\nberkeinginan untuk berkahwin. Ramai lamaran lelaki yang bukan calang calang\norang. Antaranya Abdul Wahid bin Zaid, seorang yang dihormat dalam kalangan\nmasyarakat setempat. Selain itu, Muhammad bin Sulaiman al-Hasyimi juga pernah\nmelamar. Beliau merupakan amir\nAbbasiyah dari Basrah. Kalau di Malaysia boleh anggap macam Menteri Besar\nNegeri. Pun ditolak oleh Rabiatul Adawiyah.", "Akhirnya datanglah Hasan al Basri. Yang ni tahap\nMufti Wilayah dah. Rabiatul Adawiyah terima tapi dengan syarat 4 soalan yang\ndiberikan mampu dijawab tepat, maka beliau akan berkahwin dengan Hasan al\nBasri. Antara 4 soalan itu adalah:", "1.  Apakah\nyang akan dikatakan oleh Hakim dunia ini saat kematianku nanti, akankah aku\nmati dalam Husnul Khatimah atau Suul Khatimah?", "2. Apakah yang akan anda katakan, jika ragaku telah\ndiletakkan di bumi pemakaman, dan telah ditanya oleh Munkar dan Nakir, apakah\naku mampu menjawab pertanyaan darinya?", "3. Jika manusia telah diarak, di akhirat kelak, masing-masing\ndari mereka menerima kitab amal perbuatannya. dan aku telah benar-benar\nmenerima kitab amal-perbuatanku, ditangan mana aku menerimanya, apakah tangan\nkiri atau tangan kanan?", "4. Pada saat Hari Perhitungan nanti, “Jika telah\ndipanggil manusia, beberapa diantara mereka ada yang di syurga, ada yang\ndineraka, dimanakah aku berada diantara dua golongan ini?”", "Jawapan Hasan al Basri hanya satu, “Hanya Allah Maha\nMengetahui”. Kemudian Rabiatul Adawiyah pun berkata, “Seseorang yang baginya\nghaib bagi empat hal ini, bagaimana boleh sibukkan diri dengan penikahan”?", "Beliau menyambung lagi, “Aku dianugerahkan kemampuan\nuntuk menjaga sembilan nafsu dengan satu akal, bagaimana engkau yang ada\nsembilan akal tidak mampu menjaga satu nafsumu”?", "Menangis Hasan al Basri kerana merasakan dirinya\nbegitu kurang di hadapan Allah. Merasakan masih belum cukup untuk ‘membeli’\nhati seorang hamba Allah yang sangat taat walaupun dengan ilmu yang cukup\ntinggi. Lalu beliau keluar dari kediaman Rabiatul Adawiyah.", "KEHIDUPAN RABIATUL ADAWIYAH", "Cinta Rabiatul Adawiyah kepada Allah swt telah\nmemenuhi seluruh jiwa dan raganya. Ketika ditanya kepadanya mengenai cinta\nkepada Rasulullah, dia menjawab, “Aku, demi Allah sangat mencintai Rasul, akan\ntetapi cintaku kepada al Khaliq (Maha Pencipta) telah memalingkan perhatianku\ndaripada sesama makhluk (segala ciptaan)”, dan beliau ditanya kenapa menolak\nperkahwinan sebagai salah satu sunnah Rasulullah saw maka beliau menjawab\nbahawa dirinya milik Allah yang dicintai-Nya; barangsiapa ingin memperisterikannya,\nmaka hendaklah minta izin dengan Allah.", "Rabiah telah meninggal dunia di Basra pada tahun 801\nMasihi. Dia telah dimakamkan di rumah tempat dia tinggal. Ketika jenazahnya\ndiusung ke perkuburan, orang-orang soleh, para sufi dan orang-orang Islam turut\nmengiringinya dalam jumlah yang luar biasa ramainya. Cintailah Allah kerana Dia\nmencintai kita, tunaikanlah perintah Allah kerana Dia akan mengadili kita,\nbuatlah sesuatu yang dituntut semata-mata kerana Allah  sebab yang akan menilai setiap amal adalah\nAllah.", "Banyak puisi mahabbah\nkepada Allah yang banyak diucapkan oleh para sufi yang dinisbahkan kepada diri\nRabiatul Adawiyah, contohnya:", "“Ya Allah, jika aku menyembah-Mu, kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka; dan jika aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga; tetapi janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi padaku.”", "RUJUKAN:", "1. Hamka, Buya. 1953. Tasawuf dari Abad ke Abad.\nHalaman: 69-73. Jakarta: Pustaka Islam.", " 2. Drs. H. A.\nHafizah Dasuki, 1994, Ensiklopedia Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka" ]
https://www.thepatriots.asia/forum-perspektif-sejarah-gerakan-komunis-dalam-buku-teks/
Forum Perspektif Sejarah Gerakan Komunis Dalam Buku Teks
[ "Aku pun tak tahu nak namakan forum ni apa, sebab dapat maklumat minit terakhir. Jadi, aku namakan tajuk artikel aku ini sedemikian sebab itulah yang aku faham pada teras perbahasan. Jadi, aku turunlah ke forum ini. Aku datang dengan sahabat-sahabat aku. Ada yang tentera, ada merupakan arkitek, ada admin page ketenteraan.", "Asalnya aku datang dengan sentimen penuh kemarahan, tapi masih dapat kawal. Aku fikir forum ini adalah untuk memurnikan terus perjuangan Komunis.", "Tapi sebenarnya yang dijelaskan oleh panelis tadi adalah mengenai mereka mahu setiap fakta-fakta dalam buku teks dipaparkan dalam nada kiri dan kanan lebih adil. Dalam perbahasan itu, ada antara kami yang jadi emosi sebab ada soalan yang tidak dapat dijawab dengan jelas. Apa yang kawan-kawan aku tanyakan ialah mengenai apa naratif dan objektif yang mahu dipersembahkan dalam buku teks.", "Aku ada bertikam lidah dengan Fadiah (peguam yang terkenal dengan isu kontroversi raja-raja Melayu) dalam beberapa isu. Terutama dalam ketika Fadiah ketika beliau menyamakan orang Cina dan India di Malaysia dengan pendatang-pendatang dan imigrant daripada Timur Tengah ke USA ketika salah seorang rakan aku mempertikaikan apa perlunya ada penterjemah Mandarin pada program Bahasa Melayu itu sedangkan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan. Jadi, Fadiah cuba menyamakan situasi penduduk Cina dan India yang tidak fasih itu dengan situasi imigran timur tengah di Barat.", "Pada aku,aku berkata kepada Fadiah walau aku dengan jelas mempertahankan bahawa Melayu ialah pribumi di Malaysia, tetapi aku tetap tidak sesekali memanggil dan menyamakan Cina dan India dengan imigrant Timur Tengah. Beliau ada hujah tersendiri. Tapi kami akhirnya agree to disagree sebab topik forum bukan tentang kepentingan Bahasa Melayu.", "Pertikaman lidah aku seterusnya ialah aku berpendapat bahawa kalau pada POV sebuah gerakan itu boleh memurnikan pegangan dan gerakan mereka, apakah kita boleh mengiktiraf ISIS sebab pada setiap gerakan pengganas di dunia sekarang, mereka tentunya mempercayai tindakan itu betul. Kemudian, pertikaman lidah kami sampai kepada definisi perang dan seumpama dengannya.", "Forum berjalan dengan pelbagai persoalan-persoalan lain seperti kenapa tidak ada golongan kanan dan juga pembuat buku teks di atas pentas kalau topik perbahasannya ialah mengenai perspektif sejarah dalam buku teks dalam sejarah. Penganjur memberitahu bahawa jemputan sudah dilayangkan kepada professor, golongan kanan tetapi tidak bersahut. Lantas aku menawarkan diri bahawa The Patriots boleh jadi rakan penganjur pada masa hadapan, agar nampak seimbang ada Kanan dan Kiri dalam penganjuran nanti.", "Lalu, aku menyatakan pandangan aku kepada Fahmi Reza tentang usaha beliau untuk memastikan naratif golongan kiri boleh didengari. Pada hemat aku, aku memahami perjuangannya berkenaan buku teks sebab aku dan The Patriots juga pernah berada di tempatnya ketika perjuangan menuntut sejarah Melayu Hindu-Buddha dimasukkan dalam buku teks dan diceritakan dengan jujur. Jadi, aku memahami sedikit sebanyak struggle menukarkan buku teks ini.", "Selepas itu, aku katakan pada beliau cadangan untuk remaja sekolah diberikan pendedahan adil kiri dan kanan tidak ada masalah. Tapi ia perlu diiringi dengan subjek mantik dan logik, sekurang-kurangnya pemikiran mereka dapat dipandu dengan disipilin pemikiran yang betul. Aku tidak bersetuju pada angka 15 tahun, mungkin 17 tahun cukup untuk mereka didedahkan pada perspektif sejarah kiri dan kanan.", "Kemudian, aku perkenalkan diri aku sebagai penerbit buku Aku Seorang Patriots. Dalam buku tersebut, ia merangkumi perjuangan marhaen ketika zaman darurat dahulu. Pada aku, selain perspektif ideologi, perspektif pembesar dan pemimpin dimainkan, perspektif rakyat marhaen ini perlu dimasukkan. Mereka adalah mangsa kepada pertembungan ideologi orang atasan ini. Pada ini, aku dan beliau mencapai titik persetujuan bersama. Fahmi Reza bersetuju cadangan aku mengenai perspektif sejarah yang selalu dilupakan ini.", "Selebihnya, forum terpaksa ditamatkan sebab kesuntukan masa. Tapi aku sempat berkongsi pendapat dengan Fahmi Reza dan moderator diluar forum, berkongsi pendapat yang agak terbantut ketika di dalam forum. Aku kata idea dia itu perlu diiringi dengan pengukuhan lain. Dan tentunya, aku berpendapat ia boleh berlaku kalau rakyat Malaysia sudah begitu terbuka dengan situasi seperti itu, dan ia perlu berjalan tanpa membuka kotak pandora.", "Aku juga melahirkan pendapat aku bahawa walaupun kau nampak aku kanan dari sudut sosial, tetapi dalam bab ekonomi ini, dalam bab isu seperti campur tangan kerajaan dan agak tidak setuju dengan open market. Aku katakan boleh tak kita menganggap bahawa gerakan Komunis di Malaysia adalah sebuah gerakan ekstrem yang tak melambangkan ideologi sosialis dan komunis itu sendiri sebab sepanjang aku membaca kitab-kitab mereka, ia tidaklah mengambarkan bagaimana pengerakkan pada zaman darurat di Malaysia daripada yang aku belajar.", "Kata aku, pada setiap ideologi itu, ada gerakan ekstremis. Setujukah beliau dengan perspektif aku bahawa gerakan komunis pada zaman dulu tidak lagi membawa ideologi sosialism dan komunis, sebaliknya mereka adalah golongan ekstremis Kiri? Jawapan Fahmi Reza aku tak berapa ingat. Mungkin beliau tak sempat menjawabnya atau aku tak berapa fokus pada jawapan beliau.", "P.S: Ada orang tuduh aku yang cetuskan kekecohan masa forum ni. Masalahnya, aku tak cetuskan apa-apa pun. Kekecohan yang meletus dalam forum masa itu berlaku sebab salah faham sahaja. Kemudian semua kembali aman dan seperti biasa." ]
https://www.thepatriots.asia/kenapa-pentingnya-belajar-berhadapan-dengan-guru/
Kenapa Pentingnya Belajar Berhadapan Dengan Guru?
[ "Tahukah anda, apabila seseorang itu pekak, maka secara automatiknya dia akan menjadi bisu. Sebab apa? Sebab percakapan terbentuk melalui pendengaran. Kalau dia tak dengar, dia mahu cakap apa? Dia ada suara, tetapi dia tak kenal apa itu perkataan.", "Aku teringat satu aliran falsafah yang dipanggil sebagai ‘fonosentrism’, iaitu idea di mana suara dan percakapan adalah lebih superior dan lebih utama daripada penulisan dalam aspek komunikasi. Pandangan ini telah memberikan impak persepsi terhadap bahasa isyarat yang sering digunakan oleh orang pekak dan bisu. Antara ahli falsafah yang mempopularkan idea ini adalah Plato dan Jean Jacques Rousseau.", "Plato sangat skeptik dengan nilai yang terdapat pada penulisan. Dia lebih gemar bercakap daripada menulis seperti gurunya, Socrates yang tidak pernah menulis sebarang karya dan menyampaikan ilmu hanya melalui oral (percakapan). Tetapi perkara ini agak kontradik dengan pencapaian Plato yang telah menulis banyak karya dalam bidang falsafah.", "Rousseau pula berpendapat, percakapan adalah bentuk komunikasi yang lebih ‘tulen’ dan semula jadi berbanding penulisan yang dia lihat sebagai satu bentuk komunikasi yang tidak sihat relatif dengan percakapan.", "Seorang lagi ahli falsafah, Walter Ong, agak seimbang dalam perkara ini. Dia berpendapat percakapan adalah sumber utama dalam ilmu pengetahuan sebab apabila bercakap, apa yang terkandung dalam otak separa sedar turut diluahkan menunjukkan seluruh fabrik ilmu dalam diri manusia itu diluahkan. Ia tidak sama macam penulisan, penumpuan terhadap penulisan menyebabkan minda sedar saja yang diberikan tumpuan dan diluahkan.", "Alexander Graham Bell, pencipta telefon pertama dunia telah mempelopori aliran oralism, iaitu beliu berpegang orang pekak sepatutnya berkomunikasi dengan percakapan, bukan dengan tulisan ataupun bahas isyarat. Usulan aliran ini adalah untuk menghentikan bentuk ‘penindasan’ terhadap orang pekak yang telah bermula sejak zaman pertengahan.", "Di Amerika Syarikat ketika kurun ke-19 hingga ke-20, ramai doktor dan guru menggalakkan ibu bapa mengajarkan anaknya yang pekak untuk berkomunikasi dan melarang belajar bahasa isyarat. Bagaiman teknik oral diajar untuk orang pekak panjang pula ceritanya dan pernah menjadi isu antarabangsa dalam lapangan pendidikan.", "Jacques Derrida, seorang ahli falsafah melihat fonosentrism sebagai satu bentuk self-expression yang autentik dalam diri manusia. Walau bagaimanapun, Derrida tidak melihat percakapan lebih baik daripada penulisan tetapi ia lebih utama dalam masyarakat kerana eksperisnya yang transendental. Walaupun ramai mengkritik penulisan sebagai satu bentuk korupsi yang menimbulkan pelbagai penfasiran, Derrida juga beranggapan percakapan pun boleh jadi hal yang sama." ]
https://www.thepatriots.asia/kewujudan-sotong-gergasi/
Kewujudan Sotong Gergasi
[ "Sotong gergasi atau nama saintifik Architeuthis dux. Kewujudan mereka sering menjadi tanda tanya sama ada mereka masih wujud atau ia sekadar mitos sahaja. Sejak abad ke 18 dan juga abad ke 19, telah banyak bukti yang dapat dikumpulkan mengenai kewujudan Sotong gergasi ini. Kebanyakan saksi yang melihat kewujudan mereka ialah pelayar yang kerap berlayar. Ahli falsafah Greek iaitu Aristotle pernah menggambarkan betapa hebatnya sotong gergasi tersebut hingga menggelarkan mereka sebagai great squid teuthos.", "“Teuthos mampu membesar sepanjang lima hasta. Sesetengah spesies hanya dua hasta dan mempunyai sesungut yang lebih besar dari saiz mereka.” – Aristotle.\n", "Latar belakang sotong gergasi", "Dari segi habitat mereka, masih lagi menjadi tanda tanya di manakah sotong gergasi ini hidup. Pada penyelidikan baru-baru ini, sotong gergasi kebanyakan ditemui di laut dalam, berkemungkinan sedalam 200 hingga 100 meter. Berdasarkan catatan Dr. Ole Brix dari University of Bergen, darah sotong tidak mempunyai oksigen pada suhu yang sangat tinggi. Mereka akan timbul apabila suhu air menjadi panas.", "Habitat sotong gergasi kelihatan gemar berada di lautan yang suhu airnya sejuk. Antara tempat-tempat yang menjadi tumpuan lokasi yang berkemungkinan mereka masih lagi wujud, Lautan Atlantik Utara terutama di Norway, Kepulauan British, Perairan Jepun dan juga sekitar New Zealand dan Australia.", "Dari segi fizikal mereka, saiz mereka pernah direkodkan sepanjang 60 kaki (18 meter) tetapi kebanyakan yang dijumpai hanya sekadar 34 hingga 45 kaki saiznya. Sotong gergasi ini jugak mempunyai sepasang mata yang besar dari haiwan lain. Mereka mempunyai sesungut yang panjang mereka 10 hingga 12 meter. Mereka juga mempunyai penyedut pada sesungut mereka yang mampu melekat pada apa-apa struktur degnan lebih kuat. Untuk pengetahuan kalian, mereka juga mempunyai paruh yang seperti seekor burung. Paruh mereka yang berada di mulut mereka mampu memecahkan apa-apa sahaja seperti hidupan yang bercengkeram, objek keras malah manusia sendiri!", "Antara makanan mereka kebiasaannya memakan haiwan lebih kecil daripada mereka malah mereka juga akan memakan spesies mereka sendiri. Mereka dikategorikan sebagai aggresif kerana mampu untuk menjadikan Sperm Whale dan juga Blue Whale sebagai makanan mereka. Terdapat kesan-kesan pertarungan di antara Sperm Whale dan juga sotong gergasi ini. Kesan paruh sotong gergasi kebanyakannya mampu mencederakan malah memotong cebisan daging Sperm Whale. Pakar penyelidikan pernah membuat rekod bacaan paruh seekor sotong yang bersaiz anggaran 10 meter mampu menghasilkan daya tekanan beranggaran 700-800 psi.", "Pada tahun 2015, kemunculan sotong gergasi di Jepun menjadi tarikan sedunia apabila seorang penyelam yang secara kebetulan berada di sekitar perlabuhan Toyama ternampak seekor sotong yang tiba-tiba muncul. Dengan kesempatan itu, penyelam tersebut tidak mahu lepaskan peluang dengan merekod sendiri di dalam air. Dalam beberapa jam kemudian, penyelam tersebut membawa sotong tesebut ke laut semula. Walau bagaimanapun, sotong tersebut hanya bersaiz 4 meter bagi usia yang muda tetapi mereka mampu membesar hingga 10 hingga 15 meter.", "Menyangkal bangkai sotong gergasi yang heboh di Pulau Seram, Indonesia!\n", "Pada 12 Mei, satu video dimuat naik ke laman sosial yang merakam bangkai yang sangat besar  pada mula dikatakan bangkai seekor sotong gergasi tetapi mempunyai gading seperti seekor gajah. Hasil penyelidikan dari Indonesia telah mengenal pasti rangka bangkai tersebut hanyalah seekor Baleen Whale yang dalam keadaan reput. Ia dipercayai hanyut dari tengah lautan. Alexender Werth, dari ahli biologi ikan paus di Hampden-Sydney College di Virginia berkata, kemunculan bangkai tersebut hanyalah seekor ikan paus baleen. Walau bagaimanapun, ia berkemungkinan bangkai kepada seekor Blue Whale.", "Ikan paus ini dikatakan mungkin mati akibat pelanggaran dari kapal-kapal besar atau hanya sisa makanan dari haiwan lain seperti pemburu-pemburu yang agresif. Berdasarkan dari rakaman ini, struktur tulang yang dikatakan sebagai gading gajah adalah tulang dibahagian mulut ikan paus tersebut. Maka, bangkai sotong gergasi yang heboh baru-baru ini hanya andaian sahaja!", "Rujukan", "http://www.telegraph.co.uk/news/newsvideo/viral-video/12073441/Giant-squid-spotted-in-Japanese-harbour.html", "http://animaldiversity.org/accounts/Architeuthis_dux/", "http://www.discovery.com/dscovrd/wildlife/giant-squid-visits-harbor-in-japan/", "http://www.livescience.com/59098-decomposed-sea-monster-just-a-whale.html", "http://www.amyeyrie.com/giant-squid-the-kraken-revealed/" ]
https://www.thepatriots.asia/kosher-makanan-halal-versi-yahudi-2/
Kosher Makanan Halal Versi Yahudi
[ "Kosher adalah dari kata dasar Kasher (כָּשֵׁר‎) yang bererti “fit” and “proper”. Sub-Halakha yang ditekankan agama Yahudi adalah Kashrut (hukum dan undang-undang pemakanan) yang sering disebut di dalam Leviticus dan Deuteronomy.", "Pemakanan yang bercanggah dengan prinsip Kosher disebut sebagai Treif (טרײף‎) iaitu seumpama hukum Haram.", "Pemakanan Kosher adalah pemakanan halal versi ajaran Yahudi. Penekanan makanan Kosher di dalam ajaran Yahudi amatlah ketat dan rumit berbanding syariat Islam.", "Orang Yahudi ditegah untuk memakan babi, unta, burung unta, binatang rodensia, bangkai, binatang pemangsa dan apa jua makanan yang boleh mendatangkan mudarat untuk kesihatan. Bahkan buah-buahan dan sayuran juga perlu dipastikan kebersihannya agar tidak wujud ulat di dalamnya.", "Untuk haiwan akuatik pula orang Yahudi hanya dibenarkan untuk memakan binatang yang mempunyai insang dan sisik sahaja iaitu ikan. Manakala, binatang seperti udang,kerang, ketam dan binatang dua alam adalah dilarang.", "Bagi binatang seperti lembu, kambing, rusa, kijang, ayam dan burung pula adalah binatang yang dikategorikan sebagai binatang kosher.", "Makanan berasaskan tenusu seperti keju, yogurt dan lain-lain mestilah dari binatang kosher. Dan tidak boleh dicampurkan makanan tenusu dengan daging kosher dalam satu masakan. Sekiranya mereka minum susu, atau makan keju pada waktu pagi, mereka hendaklah menunggu paling lama 6 jam sebelum memakan daging Kosher.", "Oleh: Azizul Farhan", "…", "Mari singkap helaian sejarah Yahudi dan Bani Israil di dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Dapatkan di Shopee kami dengan diskaun menarik sempena JUALAN PASCA PBAKL: https://bit.ly/3MkDT6b" ]
https://www.thepatriots.asia/sanad-populariti-khutaba-ruwaibidhah-vs-talaqqi-turath/
‘Sanad Populariti’ : Khutaba’ Ruwaibidhah Vs Talaqqi Turath
[ "Zaman dulu, ulama lah yang menentukan cara untuk mentarbiyah umat. Zaman sekarang terbalik, ulama yang kena ikut kehendak netizen macam mana corak dakwah yang kena dengan selera tekak mereka.\n\nMasyarakat pula yang tentukan ustaz ni best, ustaz ni tak best. Ustaz ni pandai buat lawak, ustaz ni pandai nyanyi, ustaz ni popular. Syeikh tu tak alim sebab takda PhD, Tok guru tu bosan sebab baca kitab kuning je, ustaz tu bukan parti kita, ustaz tu keras, ustaz tu tak popular.", "Inilah punca kerosakan dan kekeliruan yang berlaku dalam “budaya Ilmu” masyarakat. Loss of Adab. Letak duduk ilmu itu bukan pada tempatnya. Tak dapat beza antara ilmu dan maklumat, hakikat dan retorik. Ilmu itu sepatutnya di ambil dari ulama secara bersanad mengikut kaedah 5 Rukun Ilmu. Inilah Turath iaitu tradisi pengajian para ulama sejak zaman Rasulullah.", "Orang zaman dulu mengaji agama secara talaqqi bersanad dari generasi ke generasi hingga sampai kepada Rasulullah. Pengajian bersanad secara Riwayah (Penyampaian), Dirayah (Pemahaman) dan Tazkiyah (Penyucian). Barulah kefahaman agama tu selari dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah.", "Ini kerana ilmu diwarisi secara seragam dari Rasulullah kepada Salafus Soleh iaitu Sahabat, Tabien dan Tabi’ Tabien, kemudian diteruskan oleh ulama Khalaf, ulama mutaakhirin lalu sampai kepada Penuntut Ilmu. Bukan hanya ilmu Hadis, bahkan kesemua ilmu Islami pasti ada sanadnya sama ada ilmu Quran, Akidah, Fiqh, Tasawwuf dan lain-lain.", "Ulama itu pewaris nabi, dan sanad itu sebahagian dari agama. Maka tengok lah dari siapa ilmu itu diambil. Kalau bukan kerana sanad, sesiapa saja boleh berkata sesuka hatinya. Kalau bukan dari kefahaman ulama, maka ‘ilmu’ yang diperoleh itu, bukan dari suluhan Nubuwwah.", "Tapi orang sekarang dah tak ikut sanad-sanad tu dah. Mereka tak hirau pun Sanad Riwayah ke Sanad Dirayah ke Sanad Tazkiyah ke. Yang mereka pakai hanyalah “Sanad Populariti”. Semakin tinggi populariti si penceramah tu, semakin mutawatir dan qatie lah segala dakwaannya.", "Mengaji pulak bukan berguru secara Talaqqi kitab, tetapi hanya melalui Media Sosial sahaja. Terkadang, ‘ilmu’ yang tersebar di Media Sosial ini bukanlah dari Sanad para ulama pun. Maka bagaimana ilmu yang kita dapat itu akan sama seperti Rasulullah sampaikan jika Sanadnya terputus?", "Maka lahirlah golongan Jahil Murakkab. Kemudian, golongan yang Jahil Murakkab ini pula lah yang menjadi penceramah di Media Sosial hingga melahirkan golongan Jahil Murakkab yang lain pula. Dan trend ini terus berputar sehingga membentuk “budaya ilmu” netizen.", "Ilmu agama yang sahih kian hilang. Masyarakat dah tak ambil ilmu dari para ulama Turath. Para ulama Turath yang mewarisi sanad-sanad ilmu pula belakangan ini semakin ramai yang meninggal dunia. Ini seperti sabdaan Rasulullah,", "إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا", "“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat tokoh dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan”. (Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari)", "Masyarakat mengangkat orang-orang jahil sebagai tokoh rujukan. Mereka pandai memetik hadis itu ini, goreng sesedap rasa. Namun hadis itu tidak dihurai mengikut kefahaman sebenar kerana ilmu tidak diambil secara bersanad. Maka berlakulah kesesatan walaupun mereka mendakwa mengikut Hadis Sahih sekalipun. Seperti sabdaan Rasulullah,", "سَيَخْرُجُ فِى آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ أَحْدَاثُ الأَسْنَانِ سُفَهَاءُ الأَحْلاَمِ يَقُولُونَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ", "“Akan muncul di akhir zaman suatu kaum yang usianya masih muda mentah, akalnya cetek, mereka berucap dengan perkataan Khairil Bariyah (hadis), mereka membaca al-Quran namun tidak sampai melewati kerongkongan mereka (tidak memahami maksudnya), mereka keluar dari agama sebagaimana keluarnya anak panah dari busurnya.” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari & Muslim)", "Asalkan cakap sedap, pandai petik hadis, maka terus diperulamakan oleh masyarakat walaupun huraiannya salah dan sesat. Baca terjemahan Hadis di Internet, faham sendiri, tafsir sendiri, hurai sendiri. Masyarakat dah tak dapat beza dah mana satu ulama haq dan mana satu penceramah retorik. Seperti sabda Rasulullah,", "وَسَيَأْتِي زَمَانٌ قَلِيْلٌ فُقَهَاؤُهُ، كَثِيْرٌ خُطَبَاؤُهُ، كَثِيْرٌ سُؤَّالُهُ، قَلِيْلٌ مُعْطُوهُ،الْعِلْمُ فِيْهِ خَيْرٌمِنَ الْعَمَلِ", "“Dan akan datang suatu zaman yang Ulamanya sedikit dan (Khutaba’) Penceramahnya ramai, peminta-minta banyak dan yang memberi sedikit, berilmu pada waktu itu lebih baik dari beramal.” (Hadis Riwayat at-Tabrani).", "Hari ini memang kita melihat ulama semakin berkurangan kerana ramai yang telah meninggal dunia. Dan kita juga dapat melihat masyarakat mengangkat orang jahil yang hanya pandai berceramah untuk dijadikan rujukan. Bukankah kita sering lihat netizen memandai-mandai bercakap dihiasi istilah-istilah Islamik?", "Kemudian segala gorengan mereka diakhiri dengan kalimat “Wallahualam”, padahal mereka sendiri tak faham benar pun apa yang mereka sebutkan, mereka sendiri tidak faham landasan ilmu dan segala makna-makna perkataan mereka. Hakikatnya, mereka hanya menyebarkan kesesatan semata-mata.", "Para ulama yang faqih dah tak dirujuk sebab tak popular. Stesen TV hanya ambik penceramah yang sedap menggoreng sahaja. “Ustaz-ustaz ekspres”. Tok guru yang mengajar kitab secara bersanad tak diangkat sebab rating tak tinggi. Maka pengajian agama yang berlegar dalam masyarakat tidak lebih hanyalah seperti sebuah bentuk “hiburan” sahaja. Ini seperti sabdaan Rasulullah,", "سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ", "“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dipercayai sedangkan orang yang jujur didustakan, pengkhianat dipercayai sedangkan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara. Ada yang bertanya, “Apa maksud Ruwaibidhah?”. Baginda menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan umat.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)", "Maka tunggang terbaliklah kefahaman agama. Kerana itulah kini kita melihat pelbagai kekeliruan dan pertikaian bab agama dalam kalangan masyarakat awam. Dunia semakin maju, tapi kefahaman agama semakin dangkal. Kerosakan kefahaman agama ini adalah satu bentuk tanda kiamat seperti sabda Rasulullah,", "ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ ,قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ,قَالَ إِذَا أُسْنِدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ", "“Jika amanah telah disia-siakan, tunggulah kiamat terjadi.” Ada seorang sahabat bertanya ; “Bagaimana maksud amanah disia-siakan?” Nabi menjawab; “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kiamat itu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)" ]
https://www.thepatriots.asia/misi-bunuh-diri-kapal-selam-target-a/
Misi Bunuh Diri Kapal Selam Target A
[ "7 Disember 1941 merupakan satu tarikh yang tidak akan dilupakan oleh Amerika Syarikat. Inilah tarikh berlakunya serangan udara mengejut tentera Jepun ke atas Pearl Harbor, satu peristiwa yang membawa kepada penyertaan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua (WWII). Namun tatkala kita asyik melihat imej pesawat Zero mengebom pangkalan tentera laut Amerika ini, serangan pertama bukan dimulakan oleh tentera udara, sebaliknya ia dimulakan oleh satu skuadron kapal selam tentera laut mereka.", "Pada tahun 1930-an, ketegangan hubungan Washington-Tokyo bukanlah satu perkara baru. Manakan tidak, tindakan Jepun menyerang China pada tahun 1931 sekaligus mencetuskan Perang China-Jepun Kedua sudah mengakibatkan kecaman masyarakat antarabangsa ke atas Tokyo. Ini ditambah dengan kempen ganas mereka terhadap penduduk awam China semakin menambah ketegangan sedia ada. Akibatnya, Jepun dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat termasuk sekatan bekalan petroleum, satu komoditi berharga bagi jentera perang Jepun.", "Tanpa komoditi tersebut, ekonomi mereka lumpuh dan ini memaksa pihak tentera mencari alternatif bekalan minyak iaitu di Hindia Timur Belanda (Indonesia moden). Namun jika mereka meneruskan rancangan menyerang kawasan tersebut, ia sudah pasti memberi alasan kepada Washington untuk mengisytiharkan perang ke atas Tokyo. Atas sebab itu, pihak Jepun cuba berunding dengan Washington untuk menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas mereka. Apabila kedua-duanya berada di ambang persetujuan penarikan semula sekatan, Presiden Amerika Syarikat, Franklin Delano Roosevelt mengenakan syarat kepada Jepun untuk menarik keluar tenteranya dari China. Syarat tersebut ditolak dan ini memaksa pihak tentera meneruskan rancangan menyerang bahagian barat Pasifik termasuk rantau Asia Tenggara.", "Rancangan ini dimulakan dengan serangan mengejut ke atas kapal-kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat oleh Laksamana Isoroku Yamamoto. Yamamoto mahu memberi tamparan hebat kepada angkatan tentera laut Amerika di pangkalan mereka di Pearl Harbor. Serangan ini akan memberi lebih banyak masa kepada Jepun untuk menyelesaikan penawanan sepenuhnya kawasan barat Pasifik. Selain melancarkan serangan udara dari sebuah kapal pengangkut pesawat, Yamamoto juga mahu memanfaatkan serangan dari dasar laut melalui penggunaan kapal selama kecil jenis A Ko-hyoteki atau Target A.", "Semasa WWII, taktik serangan kapal selam kecil bukan saja digunakan oleh Jepun tetapi juga oleh sekutunya, Jerman dan Itali serta musuh ketat mereka, Britain. Kapal sebegini digunakan untuk menyusup masuk ke pelabuhan-pelabuhan yang dikawal ketat dan menyerang kapal-kapal yang tidak dilindungi. Dengan Target A, pengelasan sebegini diharap dapat menipu penganalisis pertahanan asing dengan menyangka kapal yang berukuruan 78 kaki panjang ialah kapal umpan untuk latihan ketenteraan tentera laut.", "Hakikatnya, kapal selam ini mempunyai berat 46 tan, krew kapal seramai dua orang dan dilengkapi dua torpedo 450 milimeter Jenis 97 dengan kepala peledak seberat 800 paun. Semasa menyelam, kapal ini boleh mencecah kelajuan 26 batu sejam tetapi tidak boleh menyelam melebihi 100 meter serta bergantung kepada bateri. Jika Target A digunakan dalam situasi pertempuran sebenar, ia pasti akan kehilangan kuasa jauh lebih cepat. Ini memaksa kapal selam biasa membawa Target A lebih dekat dengan kawasan sasaran. Tetapi dengan kuasa bateri yang tidak mencukupi, sukar bagi kapal jenis ini dapat kembali dengan selamat. Justeru untuk mengelak ditangkap, setiap kapal selam Target A dilengkapi bom seberat 300 paun untuk memusnahkan kapal selam tersebut. Bagi menambah kesukaran, kapal sebegini sukar dikawal walaupun bergerak mengikut garisan lurus. Krew kapal pula perlu berulang-alik dari depan ke belakang untuk menstabilkan kapal.", "Melihat semua isu ini, pihak tentera mengubahsuai lima kapal selam Target A dengan melengkapi ia dengan alat pemanduan pneumatik yang lebih baik, pemotong jaring dan pelindung untuk membantu kapal dari terperangkap dalam jaring. Pekerja-pekerja turut mengecat lampu operasi kapal untuk membantunya bersembunyi dari dikesan pihak musuh. Selepas itu, kapal-kapal ini dibawa ke pangkalan tentera laut Kamegakubi di mana ia diletakkan di belakang lima kapal selam besar jenis C-1. Ia turut diberi pengelasan I-16, I-18, I-20, I-22 dan I-24. Pada 25 November 1941, konvoi kapal mula berlayar menuju ke Pearl Harbor. Semasa dalam perlayaran, konvoi menerima mesej “Climb Mount Niitaka 1208”. Mesej tersebut sebenarnya kenyataan kerajaan bahawa semua usaha diplomatik tidak berhasil dan mereka mendapat keizinan untuk melancarkan serangan ke atas Pearl Harbor. Pada 6 Disember, konvoi C-1 berada pada jarak 12 batu nautika dari Pearl Harbor dan antara tengah malam hingga 3.30 pagi, lima kapal Target A dilancarkan.", "Jika ada menyangka operasi tersebut kacang, mereka sebenarnya berhadapan cabaran besar untuk merealisasikan usaha tersebut. Pertama, kapal-kapal hanya boleh masuk ke pelabuhan selepas melalui sebuah terusan yang mempunyai kedalaman 65 kaki dan dikawal dengan jaring anti-kapal selam pada kedalaman 35 kaki. Bot-bot pada kedua-dua belah jaring akan menarik jaring tersebut bagi membenarkan bot-bot biasa melalui laluan tersebut. Selain itu, kapal-kapal pemusnah Amerika meronda dalam jarak lima batu dari pintu masuk pelabuhan. Sebarang pergerakan yang mencurigakan juga akan dapat dikesan melalui rondaan udara yang dilakukan oleh pesawat peronda maritim PBY Catalina.", "Di atas kertas, pihak Jepun akan menggunakan kesempatan mengikut kapal-kapal Amerika yang berlayar melalui jaring anti-kapal selam itu. Dari situ, mereka akan menunggu masa sesuai sehinggalah tentera udara melancarkan serangan ke atas Pearl Harbor. Dan di sebalik situasi kelam-kabut inilah, kapal-kapal selam menyerang mana-mana kapal perang Amerika yang terselamat dari serangan bom pesawat Zero. Selepas itu, mereka akan melarikan diri ke Pulau Lanai, Hawaii. Tapi masalahnya, rancangan di atas kertas tak semestinya menjadi di dunia sebenar. Pada jam 4.00 pagi, kapal pembersih periuk api USS Condor mengesan salah satu periskop kapal selam Target A dan segera menghubungi kapal pemusnah USS Ward to memeriksa kawasan tersebut. Satu jam setengah kemudian, krew kapal Ward mengesan periskop di belakang arus kapal kargo Antares semasa ia melepasi jaring anti-kapal selam. Ini menyebabkan sebuah pesawat PBY Catalina menggugurkan penanda asap berhampiran kapal selam tersebut dan membawa kepada Ward melanggar kapal selam tersebut. Dua das tembakan meriam dari meriam utama empat inci dari jarak kurang dari 100 meter dan empat bom anti-kapal selam dilepaskan. Keputusannya, kapal selam Target A itu tenggelam ke dasar laut.", "Air laut yang masuk ke dalam kapal selam terkena pada bateri, mengakibatkan ia menghasilkan gas klorin yang merbahaya. Satu lagi bom anti-kapal selam terkena bahagian periskop dan menjejaskan baki torpedo kapal selam yang tidak dilancarkan. Dua krew kapal bernama Sakamaki dan Inagaki berusaha membawa kapal tersebut keluar dari pelabuhan dan kembali ke semula ke kapal selam utama mereka. Namun kedua-duanya pengsan selepas terhidu gas yang memenuhi bahagian dalam kapal. Kedua-duanya kembali sedar menjelang petang dan mahu mendaratka kapal mereka berhampiran bandar Waimanalo tetapi gagal selepas kapal selam itu melanggar satu lagi terumbu karang. Kemudian, sebuah pesawat pengebom PBY menggugurkan bom anti-kapal selam ke atas mereka. Sakamaki memutuskan untuk meninggalkan kapal dan cuba meletupkan kapal selam tersebut tetapi gagal.", "Dia kemudian berjaya berenang ke daratan dan tidak sedarkan diri sementara Inagaki pula mati lemas. Keesokan paginya, Sakamaki ditahan seorang tentera bernama David Akui dan menjadi tawanan perang pertama Amerika Syarikat dalam WWII. Semasa dalam tahanan, dia enggan bekerjasama dengan penawan-penawannya dan mahu dihukum bunuh atau dibenarkan membunuh diri. Bagi tentera Jepun pula, mereka menafikan Sakamaki sebahagian daripada konvoi kapal selam dan mengisytiharkan semua krew terbunuh dalam operasi. Satu memorial Unit Tindakan Khas bagi mengingati anggota yang terbunuh turut membuang nama Sakamaki.", "Bagi krew kapal selam lain, nasib mereka berbeza-beza. Krew kapal selam Ha-18 meninggalkan kapal mereka selepas kapal selam tersebut terkena bom anti-kapal selam. 19 tahun kemudian, bangkai kapal tersebut berjaya dibawa keluar oleh tentera laut Amerika Syarikat dari Keehi Lagoon, Hawaii dan dijadikan bahan pameran Akademi Tentera Laut Jepun di Etajima. Bagi krew kapal Ha-16 pula, pihak Jepun ada menerima mesej kejayaan kapal selam tersebut menyerang kapal tentera laut Amerika. Ini membawa kepada teori kapal tersebut berjaya membedil kapal musuh sebelum melarikan diri dan meletupkan kapal selam tersebut di Pulau West Loch. Kemudian bangkai kapal tersebut dibuang bersama-sama enam bangkai kapal pendaratan semasa tragedi West Loch pada tahun 1944 ke tengah laut. Dua kapal yang dikatakan menjadi sasaran Ha-16 ialah USS Oklahoma dan USS West Virginia. Hakikatnya, serangan Ha-16 tidak mengenai sasaran berikutan laporan serangan torpedo yang dibuat oleh krew kapal USS St. Louis.", "Walau apapun, serangan udara Pearl Harbor berjaya mencapai objektif yang gagal dicapai konvoi kapal selam mereka. Serangan udara Jepun menenggelamkan tiga kapal perang, melumpuhkan lima kapal perang, memusnahkan 188 pesawat udara Amerika dan membunuh 2,403 tentera. Ia memberi tamparan hebat kepada Washington tetapi bukanlah satu pukula maut. Ini kerana serangan tersebut gagal memusnahkan kemudahan pembaikan dan depot minyak, sekaligus membantu tentera laut kembali aktif dalam masa yang cepat. Dan paling penting, serangan udara tersebut gagal memusnahkan kumpulan kapal pengangkut pesawat Amerika kerana ketika itu, kapal-kapal tersebut bukan berada di Pearl Harbor. Dan kumpulan kapal pengangkut ini menunjukkan dominasi mereka ke atas kapal-kapal perang untuk Perang Pasifik.", "Bagi kapal selam Target A pula, walaupun ramai merasa tidak puas hati dengan prestasi kapal selam tersebut, ianya terus dihantar ke medan pertempuran. Seperti Pearl Harbor, kapal-kapal ini dihantar ke pelabuhan dari Alaska ke Australia dan Madagascar. Tetapi keputusannya bercampur-campur di mana sesetengah masa, ia berjaya dan ada ketikanya, ia merupakan satu kegagalan.", "SUMBER", "Roblin, Sebastien. (2018). National Interest. Japan’s Midget Submarine Attack on Pearl Harbor Was A Suicide Mission. http://nationalinterest.org/blog/the-buzz/japans-midget-submarine-attack-pearl-harbor-was-suicide-23544?page=show" ]
https://www.thepatriots.asia/apakah-feminism-anti-lelaki/
Apakah Feminism Anti Lelaki?
[ "Menyebut perihal feminisme akan menimbulkan seribu satu persepsi dalam kalangan masyarakat. Ideologi feminisme dikaitkan dengan perjuangan untuk menyamatarafkan lelaki dan wanita dan ada juga yang turut melabelkan feminsme bersifat anti lelaki. Pun begitu, ada juga sesetengah pihak yang menyatakan perjuangan feminisme adalah tidak Islamik malah jauh tersasar daripada nilai-lnilai Islam. Idelogi feminisme sering dituduh disokong agenda liberalisme, pluralisme dan sekularisme yang bertentangan dengan Islam.", "Namun, timbul persoalan dalam benak pemikiran kita, apakah sebenarnya yang dinamakan sebagai feminisme? Adakah feminis, iaitu mereka yang mendukung ideologi feminisme ini benar-benar anti lelaki? Untuk menjawab persoalan ini kita perlu kembali melihat sejarah perkembangan feminisme.", "Definisi feminisme ", "Memetik definisi literal daripada Oxford’s Dictionary feminism ditakrifkan sebagai suatu kepercayaan dan perjuangan yang bermatlamatkan hak dan peluang yang sama antara lelaki dan wanita, dan mereka berjuang untuk mencapai matlamat tersebut. Secara umum, dapatlah dikatakan bahawa feminisme adalah idelogi yang berjuang untuk mendapatkan hak-hak wanita. Mereka yang mendukung ideologi feminisme dan percaya kepada idea bahawa wanita berhak mendapatkan hak mereka digelar feminis.", "Sejarah Perkembangan Feminisme ", "Perkembangan feminisme bolehlah dikatakan bermula sejak kurun ke 18 dimana kempen utama mereka adalah untuk menghapuskan undang-undang diskriminasi terhadap wanita. Sewaktu itu, golongan feminis memperjuang hak-hak kaum wanita untuk memasuki universiti, hak mereka mendapatkan pekerjaan dan juga hak mengundi. Di United Kingdom contohnya,  ia memakan masa selama 30 tahun untuk wanita mendapat hak mengundi yang dicapai pada tahun 1918. Perjuangan ini adalah dipelopori oleh pejuang-pejuang feminis diterajui oleh Millicent Garrett Facett. Garett merupakan isteri kepada Ahli Parlimen United Kingdom lazimnya akan duduk di Ladies Gallery House of Commons untuk melihat perbahasan parlimen. Hal ini yang memberi dia inspirasi untuk memperjuangkan hak mengundi untuk wanita.", "Hillare Barnett dalam bukunya Introduction to Feminist Jurisprudence telah mengariskan beberapa fasa perkembangan feminisme. Fasa pertama, bermula sejak pertengahan zaman Victoria sehingga ke lewat 60an, yang bertumpukan kepada monopoli lelaki terhadap undang-undang iaitu undang-undang dikatakan bersifat patriaki. Selain itu turut menjadi perbahasan ialah berkenaan persoalan mengenai kesamarataan dalam profesion pekerjaan dan politik. Namun kepincangan pada fasa pertama ini adalah mereka bergerak di dalam sistem yang penuh dengan ketidakadilan dan tidak mempersoal sistem berkenaan.", "Fasa kedua feminisme, yang didominasi sekitar lewat 70an sehingga 80an banyak menekankan  berkenaan kandungan undang-undang yang tidak saksama. Dalam fasa ini mereka lebih mementingkan pemahaman berkenaan akar masyarakat yang berpaksikan lelaki ataupun disebut ‘male orientation’ yang mempengaruhi segala praktis masyarakat.", "Fasa ketiga lebih menumpukan bahawa undang-undang sememangnya melebihkan lelaki berbanding wanita. Mereka juga menolak ‘grand theories’ iaitu yang menjadikan lelaki sebagai asas perbandingan dengan wanita. Fasa ketiga merupakan fasa yang lebih radikal. Pergerakan feminisme bergerak daripada perbahasan soal lelaki dan wanita adalah sama atau sebaliknya, namun untuk menghapuskan diskriminasi terhadap wanita, wanita perlu diberi kuasa.", "Aliran Pemikiran Feminisme", "Disebabkan peredaran zaman dan pengaruh latar perkembangan masyarakat pada zaman tertentu, fasa-fasa seperti yang disebutkan di atas telah menyebabkan feminisme berpecah kepada beberapa aliran pemikiran. Aliran-aliran pemikiran feminisme terbahagi kepada liberal feminism, cultural feminism dan radical feminism Setiap satu aliran pemikiran membawa pendekatan yang berbeza dari segi perjuangan menuntut keadilan dan penghapuskan diskriminasi terhadap wanita. Jadi, tidak tepat untuk kita memukul sama rata bahawa ideologi feminisme bertunjangkan idea menyamaratakan lelaki dan wanita semata-mata. Justeru, amat penting untuk kita mengetahui corak perjuangan setiap aliran pemikiran ini untuk mengenal lebih lanjut tentang feminisme.", "Liberal Feminism didasari idelogi liberalisme yang memuncak ketika kurun ke 18. Ideologi liberalisme yang memperjuang hak individu dengan kunci utamanya adalah rasionaliti, kesamaratan dan kebebasan. John Stuart Mill adalah antara yang mereka yang menyokong perjuangan liberal feminism. Bentuk perjuangan feminisme ketika era ini adalah undang-undang perlu memberikan layanan yang sama rata antara lelaki dan wanita. Pada ketika itu,  latar sosial masyarakat Eropah terbahagi kepada dua spera sosial iaitu spera awam dan spera peribadi. Spera awam merangkumi hal-hal berkaitan politik, ekonomi, pentadbiran dan hal ehwal negara. Manakala, spera peribadi lebih menumpukan perihal kekeluargaan dan berkaitan hal-hal rumah tangga.", "Kewujudan dua sfera sosial ini telah menyebabkan golongan wanita hanya terperosok dalam spera peribadi dan dinafikan hak untuk menyertai spera awam. Dalam erti kata lain, wanita lebih tertumpu kepada kerja-kerja menguruskan hal rumah tangga dan lelaki menguasai bidang politik, ekonomi dan pentadbiran negara. Keadaan ini telah mewujudkan ketidakadilan sosial dan mendiskriminasi wanita. Maka, perjuangan liberal feminism adalah membawa wanita keluar daripada spera peribadi tersebut dan turut serta dalam spera awam. Untuk berbuat demikian, layanan sama rata perlu diberikan kepada wanita.", "Hujah yang dibawa liberal feminism adalah lelaki dan wanita adalah sama rata sebagai seorang manusia. Maka, wanita perlu diberi layanan sama rata seperti lelaki. Wanita juga secara tradisi telah dinafikan hak untuk menyertai secara aktif dalam spera awam. Liberal feminism memperjuangkan hak wanita untuk mendapat bayaran gaji yang sama rata, hak untuk memiliki harta, hak untuk menyertai bidang profesional dan juga hak untuk bekerja. Wanita juga perlu dilindungi daripada masalah keganasan rumah tangga yang berlaku dalam spera peribadi.", "Hasil perjuangan liberal feminism, pelbagai undang-undang telah diperkenalkan di United Kingdom. Antaranya Equal Pay Act 1970 dan Sexual Discrimination Act 1975. Reformasi juga turut berlaku dalam undang-undang keluarga yang memberikan hak sama rata tangunggjawab kedua ibu bapa terhadap anak-anak.", "Jika liberal feminism bertunjangkan lelaki dan wanita adalah sama rata sebagai manusia, cultural feminism atau turut dikenali difference feminism beranggapan sebaliknya. Bagi culutural feminism, perjuangan menuntut hak sama rata perlu meraikan dan mengakui bahawa wanita adalah berbeza daripada lelaki dari aspek fizikal dan psikologi. Cultural feminism berpendapat kesan daripada persekitaran, lelaki dikenali sebagai seorang yang agresif, sukakan persaingan serta dominan. Manakala, wanita sedari kecil diasuh dengan sifat kasih sayang, feminin dan bekerjasama. Justeru, wanita sewajarnya mengekalkan sifat-sifat mereka dalam usaha mendapatkan hak mereka.", "Dalam hal yang lain, cultural feminism juga menuntut supaya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak perlu seimbang. Nancy Chodorow menulis di dalam The Reproduction of Mothering: Psychoanalysis and the Sociology of Gender, pergaulan sosial dalam keluarga yang mana ibu adalah pengasuh utama telah menyebabkan wanita dididik untuk mempunyai sifat keibuan dan menjadi ibu manakala lelaki dididik untuk menghadapi dunia luar. Dengan memecahkan struktur sosial ini, lelaki dan wanita boleh memainkan peranan yang sama baik dalam spera awam mahupun spera peribadi.", "Seorang lagi pelopor cultural feminism iaitu Luce Irigaray menulis di dalam Speculum of the Other Women menjelaskan bahawa dengan memperjuangkan wanita harus menjadi sama rata seperti lelaki, ia secara tidak langsung mendesak wanita untuk menjadi lelaki. Dalam erti kata lain juga, perjuangan menyama ratakan hak wanita dengan lelaki menyebabkan wanita diasimilasi ke dalam masyarakat patriaki. Justeru, wanita perlu mencari identiti sendiri dengan meraikan keunikan dan perbezaan mereka. Dalam menghapuskan diskriminasi, wanita perlu mempunyai suara sendiri untuk menyuarakan kehendak mereka.", "Idea yang dibawa radical feminism adalah jauh sekali berbeza daripada cultural feminism dan liberal feminism. Radical feminism berpendapat, kewujudan perbezaan sosial, ekonomi serta undang-undang yang menjurus kepada diskriminasi adalah disebabkan dominasi lelaki. Masalah ini telah menjurus kepada lelaki adalah lebih berkuasa daripada wanita. Struktur masyarakat yang patriaki adalah punca kepada ketiadilan untuk wanita. Menurut radical feminism, diskriminasi terhadap wanita berlaku apabila lelaki berkuasa dan wanita tidak mempunyai kuasa. Jadi, untuk menghapuskan diskriminasi, mereka mencabar struktur masyarakat yang patriaki dan menuntut wanita juga diberi kuasa.", "Hal ini jelas membuktikan, radical feminism tidak menumpukan soal kesamarataan atau perbezaan antara lelaki dan wanita sebagai punca masalah. Namun, punca masalah utama adalah bentuk masyarakat yang patriaki. Catherine Mackinnon, Profesor Undang-Undang Universiti Michigan yang merupakan antara pelopor kepada ideologi radical feminism. Dalam makalahnya yang bertajuk Difference and Dominance: on sex discrimination, Mackinnon menjelaskan bahawa kedua-dua idea yang menyatakan wanita adalah sama sebagai manusia seperti lelaki dan wanita adalah berbeza dengan lelaki sebenarnya meletakkan lelaki sebagai standard untuk mencapai kesamarataan. Mackinnon berpendapat, idea ini perlu ditolak kerana lelaki dijadikan kayu ukur untuk semua perkara.", "Selain itu, idea-idea perjuangan radical feminism lebih menumpukan berkenaan isu-isu seksual atau lebih tepat isu pelacuran dan pornografi.  Bagi Mackinnon isu sebenar adalah kaum lelaki yang berkuasa dan dominan ke atas kaum perempuan. Kata beliau lagi, masalah kemiskinan, keganasan rumah tangga, pelacuran dan industri pornografi adalah manifestasi kekuasaan lelaki terhadap wanita. Wanita contohnya tidak memilih untuk menjadi pelacur atau menyertai industri pornografi untuk keseronokan mereka. Tetapi, mereka terpaksa melakukan itu semua kerana keadaan ekonomi mereka yang lemah.", "Seorang lagi feminis yang menjadi pelopor kepada radical feminism ialah Andrea Dworkin dalam makalahnya yang bertajuk Power in Pornography: Men Possessing Women, menjelaskan lima punca kaum lelaki menguasai wanita. Pertama, yang disebut sebagai lelaki dikenali sebagai ‘metaphysical assertion of self ‘yang disokong adat dan undang-undang yang mana wanita dinafikan perihal ini.  Lelaki sememangnya dari kecil diasuh untuk mempunyai sifat menguasai. Sifat keyakinan terhadap diri ini telah sebati dengan lelaki.", "Kedua, menurut Dworkin ialah lelaki mempunyai kekuatan fizikal. Menjelaskan hal ini lebih lanjut, Dworkin menyatakan “..kuasa kekuatan fizikal ditambah dengan kekuasaan diri sendiri menyebabkan lelaki bukan sahaja kuat, malah mereka boleh mengambil sesuatu secara paksaan.” Ketiga, kuasa untuk mendominasi, iaitu lelaki mempunyai kuasa untuk mendominasi mereka yang lebih lemah. Keempat, kuasa untuk melabelkan atau menamakan sesuatu perkara. Dworkin menjelaskan lelaki mempunyai kuasa untuk menamakan wanita dengan apa sahaja label yang mereka suka, contohnya melabelkan wanita sebagai simbol seks yang menjurus kepada permintaan terhadap pornografi.", "Kelima, kuasa untuk memiliki. Contohnya, lelaki menjadikan wanita sebagai harta mereka. Jadi, lelaki bebas untuk melakukan hubungan seksual dengan wanita [dalam erti kata lain, dengan isteri mereka] tanpa perlu memikirkan kerelaan wanita tersebut. Keenam, lelaki mempunyai kuasa ekonomi. Dengan kemampuan dari segi kewangan, lelaki boleh membeli wanita. Tambah lagi, lelaki juga secara amnya mengawal sektor pekerjaan serta sektor profesional. Yang terahkir sekali ialah, kuasa seksual. Kuasa seksual lelaki membolehkan mereka mendefinisi wanita dan peranan mereka. Menurut Dworkin, dengan kuasa ini wanita menjadi objek seks untuk digunakan lelaki.", "Setelah kita meneliti aliran-aliran pemikiran feminisme di atas, apa yang dapat disimpulkan bahawa perjuangan feminisme ini tidak tertakluk kepada satu bentuk pemikiran dan gerak kerja sahaja. Sejarah juga menunjukkan perjuangan feminisme bermula daripada ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat itu sendiri terhadap wanita. Layanan yang tidak adil serta diskriminasi terhadap wanita menyebabkan ideologi feminisme ini muncul dan menjadi wadah untuk memperjuangkan nasib dan hak wanita yang dinafikan. Luhur perjuangan feminisme adalah membebaskan wanita daripada dijadikan bahan diskriminasi lelaki dimana ini sangat jelas berlaku dalam sfera masyarakat Barat yang mana, hak wanita sebelum ini memang dinafikan sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan-perenggan sebelumnya yang mana wanita menuntut hak untuk mendapatkan pendidikan, hak untuk mengundi, dan hak untuk mendapatkan pekerjaan. Sejarah ketamadunan Barat sebelum gerakan feminism menunjukkan betapa wanita ditindas dan dipandang rendah oleh kaum lelaki. Justeru, terpulang kepada kita untuk menentukan sama ada feminisme anti lelaki atau anti penindasan yang dilakukan lelaki.", "Rujukan:" ]
https://www.thepatriots.asia/bilakah-jatuh-kewajipan-membayar-zakat-fitrah/
Bilakah Jatuh Kewajipan Membayar Zakat Fitrah?
[ "Zakat fitrah merupakan zakat badaniah yang telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah.  Ia merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.", "Rasulullah  s.a.w bersabda di dalam satu hadith, yang bermaksud :", "“Rasulullah s.a.w telah memfardhukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang syair (sejenis gandum) atas tiap-tiap lelaki dan perempuan, kecil mahupun besar samada merdeka mahupun hamba daripada orang-orang Islam”(HR Bukhari & Muslim)", "Seseorang wajib membayar zakat fitrah sekiranya dia memperolehi sebahagian waktu bulan Ramadhan dan sebahagian waktu bulan Syawal. Justeru itu, zakat Fitrah tidak diwajibkan ke atas orang-orang berikut:", "Jika dia meninggal di pertengahan bulan Ramadhan, dan dia belum membayar zakat fitrah, ahli warisnya tidak perlu mengambil pusaka si mati untuk lunaskan zakat fitrahnya kerana dia tidak dibebani kewajipan zakat fitrah kerana tidak bertemu sebahagian bulan Syawal.", "Syarat-Syarat Wajib Zakat Fitrah", "Syarat-syarat wajib zakat fitrah ialah:", "Waktu Membayar Zakat", "Waktu Afdhal: Pada hari Raya Aidilfitri bermula selepas terbit fajar dan sebelum solat sunat aidilfitri. Lebih afdhal lagi, membayar zakat fitrah selepas solat subuh.", "Waktu Harus: Bermula awal Ramadhan (ini kebiasaan masyarakat kita buat).", "Waktu Makruh: Melewatkan bayar selepas solat sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari kecuali ada maslahat seperti menunggu orang dekat atau fakir yang soleh.", "Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.", "Bayaran Zakat di Bulan Ramadhan", "Meskipun Zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan keadaan seseorang itu berada dan bertemu sebahagian Ramadhan dan sebahagian Syawal, namun melihat kepada realiti semasa, maka boleh diawalkan sedikit masa pembayaran sama ada sehari atau dua hari mengikut apa yang dilakukan oleh para sahabat sebagai ikhtiyat (berhati-hati).", "Ia juga membantu pengagihan zakat kepada fakir miskin pada malam Raya atau sebelum itu yang lebih awal dan secara lebih efektif. Lalu tercapai tujuan mengembirakan fakir dan miskin pada hari Raya apabila mereka mendapat bahagian duit atau makanan asasi.", "Selain itu, dengan pembayaran zakat fitrah lebih awal, boleh mengelak sikap tergopoh gapah atau mungkin berlaku sebarang halangan yang menyebabkan terlepasnya daripada menunaikan zakat fitrah pada waktu wajibnya.", "Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah", "Melebihkan bayaran zakat fitrah adalah sunat dan lebih afdal (lebih baik) yang akan dikurniakan oleh Allah dengan ganjaran berlipat kali ganda apatah lagi pada bulan Ramadan yang dijanjikan kerahmatan dan keberkatan.", "Zakat Fitrah diganti Wang Ringgit", "Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57, bertarikh 10 Jun 2003.", "Keputusan:", "Walaupun pada keterangan lalu tersebut zakat fitrah WAJIB dikeluarkan dari jenis makanan asasi penduduk sesebuah negeri, dan ini menjadi pegangan dalam mazhab Syafie (kecuali adanya dharurat, atau diperintahkan oleh pihak yang berkuasa, maka diHARUSkan membayarnya dengan wang sebagai ganti makanan – beras). Ini seperti yang sedang di’amalkan oleh jabatan-jabatan agama Islam di Malaysia, kerana memudahkan urusan pemungutan zakat fitrah dan pengagihan.", "Berlainan dengan Mazhab Hanafi yang mengatakan lebih afdhal membayar zakat fitrah menggunakan harga berbanding makanan.", "Walaupun Malaysia secara umumnya bermazhab Syafie, akan tetapi kita bersifat terbuka dengan menerima pakai pendapat zakat fitrah dibayar dengan nilaian wang apabila melihat keperluan dan situasi semasa seperti fakir miskin sekarang lebih suka menerima wang dari beras. Dari wang itu, mereka boleh memberi hajat-hajat lain. Disamping itu, penyimpanan wang ringgit lebih mudah dan selamat dari stok beras yang boleh mengundang kerosakan jika disimpan lama.", "Zakat Diagih sendiri tanpa melalui Pusat Zakat", "Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 21-23 November 2006 dengan resolusi berikut:", "“Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib”.", "Intaha,", "AngahSunan,", "RUJUKAN:" ]
https://www.thepatriots.asia/esrb-keganasan-dan-perang-konsol-apa-kaitannya/
ESRB, Keganasan dan Perang Konsol: Apa Kaitannya?
[ "Pernah membeli permainan video? Saya pasti bagi penggemar permainan video di luar sana, anda selalunya akan membelek puas-puas kulit muka permainan video sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya. Dan saya juga yakin yang anda selalunya akan mengambil sikap sambil lewa dalam memerhatikan klasifikasi permainan video tersebut sama ada sesuai untuk anda ataupun tidak. Penarafan kandungan ataupun klasifikasi ini selalu diletakkan pada kulit muka naskhah permainan video bagi membantu ibu bapa dan juga pembeli sebelum melakukan pembelian.", "Dalam industri ini, terdapat banyak klasifikasi penarafan kandungan yang digunakan oleh pelbagai negara bagi mengawal selia dan menentukan kesesuaian kandungan permainan video untuk kegunaan pengguna. Kita ada CERO (Computer Entertainment Rating Organization) untuk Jepun, PEGI (Pan European Game Information) untuk negara-negara di Eropah dan yang terawal sekali ESRB (Entertainment Software Rating Board) untuk Amerika Syarikat, Kanada dan juga Mexico. Kesemua agensi yang disebut ini menjalankan fungsi yang sama, memastikan kandungan permainan video itu dimainkan mengikut kesesuaian umur.", "Pada kita, perkara ini nampak sangatlah remeh dan jarang sekali kita ambil peduli. Mana tidaknya, permainan video seperti Counter Strike yang diberi klasifikasi M (untuk 17 tahun ke atas) pun dimainkan dengan galaknya oleh pelajar sekolah seluruh Malaysia suatu ketika dahulu. Tetapi walaupun remeh pada kita, klasifikasi ini datang dengan sejarah dan impaknya yang tersendiri. Ianya terhasil dari perdebatan yang lama membelenggui industri permainan video dan juga perang konsol yang berlaku di antara Sega dan juga Nintendo.", "Fatality! Dari Sega atas Nintendo", "Pada masa kini, kita sedang menjadi saksi kepada satu perang konsol yang sudah berlarutan lamanya dari penghujung 1990-an lagi di antara Sony, Microsoft dan juga Nintendo. Ianya perang yang hebat, meliputi beberapa generasi konsol, namun masih boleh dikira “jinak” dan “lemah lembut” jika hendak dibandingkan dengan perang konsol yang berlaku di antara Sega dan juga Nintendo. Perang konsol yang berlaku di antara Sega dan juga Nintendo merupakan satu perang yang agresif serta ganas dengan pertempuran yang berlaku di kalangan gamers, media dan juga lebih dahsyat lagi turut tercetus di Dewan Kongres Amerika Syarikat.", "Segalanya bermula apabila Sega melancarkan Mega Drive (dipanggil Sega Genesis di Amerika Syarikat) pada tahun 1989. Nintendo yang pada ketika itu mendominasi pasaran Amerika Syarikat dengan lebih dari 90% monopoli dalam pasaran memaksa Sega untuk berusaha keras bagi memecahkan empayar Nintendo. Mega Drive dilancarkan dengan keupayaan pemprosesan 16-bit, 2 kali lebih pantas (secara teorinya) dari Nintendo Entertainment System (NES). Ini menjadikan Mega Drive, satu konsol yang lebih menarik buat pembangun dan penerbit permainan video. Sega juga menawarkan perjanjian yang lebih lumayan kepada pembangun dan penerbit permainan video untuk menghasilkan permainan video mereka di platform Mega Drive.", "Nintendo pula pada ketika itu masih lagi mengamalkan dasar tertutup dalam memastikan permainan video yang dilancarkan untuk NES menepati kriteria dan kualiti yang mereka tetapkan. Nintendo yang mengamalkan polisi “mesra keluarga” menapis dan menolak permainan-permainan video yang mempunyai unsur ganas, lucah dan juga tidak sesuai untuk tontonan keluarga. Ini merupakan satu polisi yang masih diamalkan oleh Nintendo sehingga sekarang dan menyebabkan ramai pembangun dan penerbit permainan video meninggalkan Nintendo dan beralih kepada Sega.", "Sega pula memberi kebebasan kepada pembangun dan penerbit permainan video, dan secara dasarnya membolehkan kandungan-kandungan yang lebih sesuai untuk golongan dewasa dimasukkan dalam permainan video yang mereka terbitkan. Antaranya yang popular adalah permainan video Mortal Kombat. Mortal Kombat merupakan sebuah arcade fighting game seperti Street Fighter, yang terkenal dengan mekanisme fatality dalam kalangan komuniti gamers. Fatality membolehkan pemain melancarkan serangan pembunuh dalam bentuk yang paling ganas sekali (seperti mencabut tulang belakang, memenggal kepala, memotong kaki dan tangan) terhadap karakter lawan. Secara tidak lansung, Mortal Kombat membentuk imej ganas yang akhirnya sering dikaitkan dengan siri itu sehinggalah sekarang.", "Mortal Kombat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan membuka pasaran permainan video untuk golongan remaja dan juga dewasa. Ianya juga mewujudkan satu lubuk emas untuk diterokai dan dijarah oleh pembangun dan penerbit permainan video tanpa mengambil kira kesan dan pengaruh kandungan yang mereka hasilkan. Sega juga nampaknya mengeksploitasi kelebihan ini apabila lebih dari separuh koleksi permainan video mereka mempunyai kandungan yang tidak sesuai dan tidak “mesra keluarga”. Dan langkah ini membolehkan Sega buat pertama kalinya memecah dominasi Nintedo dalam pasaran.", "Kewujudan permainan-permainan video yang “matang” ini menarik minat ramai pemain dan gamers yang kebanyakannya sudah mula menginjak dewasa. Ini sekaligus membolehkan Sega mendahului Nintendo dengan koleksi permainan video yang hebat dan pelbagai. Nintendo pula masih lagi berdegil dengan polisi “mesra keluarga” mereka. Ini dibuktikan sendiri apabila Nintendo mengarahkan agar pembangun Mortal Kombat menapis kandungan yang ganas dalam permainan video mereka sebelum dilancarkan untuk NES. Nintendo nampak bengang dengan langkah yang diambil Sega dalam mempergunakan kandungan ganas bagi meraih lebih ramai pembeli dan akhirnya memecah dominasi Nintendo.", "Adakah Permainan Video Boleh Menyebabkan Kita Menjadi Ganas?", "Adakah permainan video boleh menyebabkan kita menjadi ganas? Ini adalah satu persoalan yang didebatkan dengan hangatnya di perbicaraan kongres pada musim sejuk tahun 1993. Pada tahun itu, populariti dan keganasan kandungan Mortal Kombat menimbulkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa yang risau akan kesan negatif yang dibawa oleh permainan video seumpama itu terhadap kanak-kanak.", "Dan salah seorang dari ibu bapa tersebut merupakan pekerja untuk Senator Joseph Lieberman, seorang Senator Democrat yang mewakili Connecticut. Isu ini sampai ke meja Senator Lieberman dan beliau mengambil tindakan dengan memanggil pemain besar industri bagi membincangkan dengan lebih jelas berkenaan keganasan yang dipaparkan dalam permainan video.", "Perbicaraan kongres yang diadakan bermula dari 9 Disember 1993 itu menyaksikan kehadiran perwakilan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Gabungan Kebangsaan Menentang Keganasan Televisyen, pelbagai pakar perubatan/psikologi dan juga wakil dari industri permainan video sendiri (wakil dari Sega dan juga Nintendo). Permainan video seperti Mortal Kombat dan juga Night Trap (yang memaparkan imej seksual) ditelanjangkan dalam Dewan Kongres bagi menunjukkan kesan dan elemen negatif yang dibawa oleh permainan video.", "Perwakilan-perwakilan dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan juga gabungan penentang keganasan dalam kandungan media menyampaikan testinomi dan hujah mereka tentang impak dan kesan buruk elemen negatif tersebut terhadap kanak-kanak. Pakar psikologi dan perubatan juga dipanggil dalam membentangkan hasil kajian mereka dari segi sains tentang kesan buruk permainan video terhadap psikologi kanak-kanak.", "Tetapi serangan dari mereka yang di luar industri ini tidaklah memberi impak dan kesan yang besar pun terhadap industri permainan video. Ia hanyalah pandangan pihak ketiga yang kebanyakan gamers tahu mempunyai persepsi yang negatif terhadap industri permainan video itu sendiri. Ramai menjangkakan yang Sega dan juga Nintendo akan bersatu dan mempertahankan industri. Tapi jangkaan mereka jauh meleset.", "Sega dan Nintendo nampaknya lebih gemar untuk terus bertempur dalam perang konsol mereka sehingga terbawa-bawa ke Dewan Kongres. Wakil Nintendo menyerang Sega dihadapan kongres dengan memaparkan dan menyenaraikan permainan-permainan video dengan elemen ganas yang ada dalam koleksi permainan video Sega. Disamping itu wakil Nintendo juga memberi hujah bahawa Nintendo mempunyai kawalan kandungan yang ketat bagi memastikan yang permainan video mereka “mesra keluarga” dan secara jelasnya tidak diamalkan oleh Sega.", "Sega yang terkejut dengan serangan yang dilancarkan Nintendo itu membalas kembali. Sega berhujah yang mereka mempunyai penarafan kandungan dan klasifikasi mereka sendiri mengikut kesesuaian umur. Ini bagi memastikan yang pengguna akan membuat pilihan yang bijak dan bermain mengikut kesesuaian kandungan dengan umur pembeli. Sega juga menyerang dan memburukkan Nintendo di hadapan kongres dengan memaparkan pistol aksesori yang didatangkan sekali dengan konsol NES. Perkara ini mengejutkan Kongres dan mula membentuk persepsi bahawa industri permainan video berada dalam keadaan kacau-bilau.", "Akhirnya, Kongres memberi kata dua. Industri permainan video perlu berkumpul bersama dan mengawal selia sendiri kandungan permainan video yang mereka hasilkan. Jika tidak, pihak Kongres dan juga kerajaan akan bertindak dengan mengawal selia dan menapis kandungan permainan video mengikut kesesuaian umur. Kata dua dari Kongres itu memaksa pemain-pemain besar industri termasuklah EA, Acclaim, Sega dan juga Nintendo berganding bahu dan membentuk Interactive Digital Software Association (IDSA).", "Perwakilan IDSA membentangkan cadangan mereka kepada kongres pada 29 Julai 1994. Penyelesaian kepada masalah dan permintaan dari Kongres membawa kepada penubuhan ESRB (Entertainment Software Rating Board). ESRB akan memeriksa kandungan permainan video dan meletakkan klasifikasi dan penarafan yang mudah difahami bagi membantu pembeli membuat keputusan bijak.", "IDSA juga berjaya mendapatkan persetujuan dari pengedar-pengedar terbesar permainan video seperti Walmart dan juga Toys R’ Us agar hanya menjual permainan video yang sudah diperakui oleh ESRB. Langkah pantas yang diambil oleh IDSA itu memberi keyakinan yang tinggi kepada Kongres untuk membiarkan ESRB dan industri permainan video mengawal selia sendiri industri mereka tanpa campur tangan kerajaan.\nRumusan", "Peristiwa di atas sudahpun berlalu lebih daripada 20 tahun dan IDSA pun kini sudah dikenali sebagai ESA (Entertainment Software Association). Namun, persoalan yang membelenggui industri permainan video ini masih lagi belum terjawab. Adakah permainan video boleh menjadikan kita ganas? Terus terang saya katakan, setakat ini masih belum ada lagi kajian dan bukti kukuh yang dapat mengaitkan perlakuan ganas dengan aktiviti bermain permainan video.", "Tetapi kita tidak boleh nafikan yang setiap perkara ada hadnya. Sesetengah permainan video mungkin tidak sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak dan klasifikasi dan penarafan yang diberikan itu boleh membantu kita dalam menentukan kandungan permainan video yang sesuai dimainkan.", "Oh, apa pula jadi pada Sega dan Nintendo? Seperti semua sedia maklum, Sega kini terkubur dalam perang konsol ekoran kemunculan pesaing baru, Sony. Perang yang ganas sehingga terbawa-bawa ke medan politik itu akhirnya tamat begitu sahaja tanpa pengakhiran yang memuaskan.", "Rujukan\n\nCarter,Alex (Disember,2014), “Sega vs Nintendo: revisiting the deadliest console war” Den Of Geek", "Kelion,Leo (Mei, 2014), “Sega v Nintendo: Sonic, Mario and the 1990’s console war” BBC", "Hsu,Tiffany (Mac, 2018), “When Mortal Kombat Came Under Congressional Scrutiny” The New York Times", "Orland, Kyle (Mac, 2018), “Yelling at “scumbags”—inside the White House’s last gaming violence summit” Ars Technica", "Kohler,Chris (Julai, 2009), “ULY 29, 1994: VIDEOGAME MAKERS PROPOSE RATINGS BOARD TO CONGRESS” Wired", "Pitts,Kristin (September, 2016), “The Creation of the ESRB – Gaming Historian” YouTube" ]
https://www.thepatriots.asia/ikon-permotoran-yang-mencipta-kenderaan-pertama-sejarah/
Ikon Permotoran Yang Mencipta Kenderaan Pertama Sejarah
[ "Banyak benda sudah terbalik zaman sekarang. Ambil kira 100 tahun lalu, orang miskin menunggang kuda manakala orang kaya menaiki kereta. Tetapi sekarang, hanya orang kaya mampu memiliki kuda – sementara orang miskin pula mengharungi sesak setiap hari mengeluh bawah bumbung kereta. Inilah contoh arus revolusi yang mengubah habis gaya hidup semasa. Dan arus revolusi ini masih berterusan, mengubah bahan bakar kereta pula yang semua jemu dengar pasal kenderaan elektrik.", "Jemu sebab asyik ulang di dada akhbar. Tetapi ramai tidak sedar peralihan bahan bakar (minyak ke elektrik) sangat menarik untuk diperhalusi. Kerana suatu masa dahulu, teknologi bahan bakar beralih daripada “wap ke minyak”. Maka kalau berbicara pasal asal-usul kereta, ramai akan petik nama Karl Benz, Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach – umumnya tiga nama diabadikan dalam syarikat Mercedes Benz.", "Ikut gambar di atas, Benz (bawah kiri) mencipta Benz Patent Motorwagen. Pada tahun 1890, Daimler (atas kiri) dan Maybach (atas kanan) berganding bahu mengasaskan sebuah perusahaan iaitu Daimler-Motoren-Gessellschaft (DMG). Pihak DMG menghasilkan kenderaan yang dinamakan sempena Mercedes Jellinek (kanan bawah), anak perempuan kesayangan Emil Jellinek (bawah tengah). Pada tahun 1926, Benz Motorwagen dan DMG bergabung menjadi syarikat Mercedes Benz.", "Tidak lupa juga Henry Ford yang memarhaenkan pemilikan kereta. Di sini semua nampak asal-usul kereta sudah kelihatan samar, serupa orang single yang tidak nampak jodoh. Atau ahli politik yang lupa diri dulu pernah miskin teruk.", "Denai Teknologi Yang Membikin Kereta", "Antara nama paling awal membentuk sebuah kenderaan adalah Ferdinand Verbiest, yang sedang mengembara di China pada tahun 1672 sambil berdakwah ajaran Jesuit. Beliau dibawa untuk berjumpa dengan Maharaja Kangxi, antara pemerintah China paling lama di takhta kuasa. Verbiest memberikan Kangxi hadiah kereta mainan, yang berfungsi dengan teknologi wap (Setright, 2004).", "Pada dasarnya, teknologi wap sudah mula menjadi sebutan ketika itu sampai saintis Nicolas-Joseph Cugnot membuat rekacipta (design) yang pemain industri Perancis anggap tidak praktikal.", "Pemain industri British pula berbeza pendapat. Dan pada tahun 1801, hasil fikiran Cugnot menjadi realiti apabila sebuah ‘pengangkut’ wap dapat bergerak di atas jalan raya.", "Sesuatu yang bergerak perlu ada kawalan dan mekanisme untuk memberhenti. Jadi inovasi sepanjang abad ke-19 berusaha untuk melengkapkan brek tangan, gear berbilang laju (multispeed) dan stereng penghubung tayar. Banyak akta baharu diperlukan sebagai penjamin keselamatan. Walau bagaimanapun, bukan kereta yang datang dahulu. Rekabentuk ‘pengangkut’ dikembangkan menjadi bas untuk membawa ramai orang (Loadman & James, 2010), memandangkan zaman tersebut kereta individu terlalu mahal.", "Namun minat untuk kereta individu sudah muncul. Pada tahun 1838 misalnya, Walter Hancock berjaya membina sebuah kereta tanpa bumbung yang mampu membawa dua orang… juga menggunakan teknologi wap enjin berdwi-silinder. Rekabentuk ini dikaji pereka-pereka Amerika Syarikat… yang pada tahun 1871, Dr. J.W. Carhart pula berjaya mencipta sebuah kereta mampu guna jalan raya kereta kuda (cobblestoned road) yang berselirat di bandar-bandar besar Amerika (Moore, 2018). Namun kenderaan ini masih belum memuaskan, kerana kerajaan negeri Wisconsin membuka tawaran dana AS$10,000 (nilai sekarang: AS$246,758) untuk sesiapa yang mampu mencipta ‘pengganti kuda’.", "Tujuh pereka membawa nama bandar masing-masing, mencipta teknologi yang mampu memenuhi syarat: boleh bawa secara konsisten sejauh 320 kilometer dengan purata kelajuan 8 km/j. Pereka daripada Green Bay terbukti mencipta kereta paling laju. Tetapi keretanya rosak sebelum berjaya sampai ke garisan penamat… memberi laluan kepada pereka daripada Oshkosh manakala lima lagi tidak dapat bergerak langsung.", "Dari sini semua boleh nampak – asal usul kereta sebenarnya sangat meluas, tidak terhad pada saintis-saintis Jerman sahaja. Kenderaan berenjin minyak sekalipun bermula dengan ujian Nicolaus Otto dan Eugen Langen, diperluas Siegfried Marcus daripada Austro-Hungary. Gottlieb Daimler dan Wilhem Maybach menempa nama dalam sejarah kerana akal mereka memang betul-betul 100 peratus kenderaan… bukannya “kereta kuda berenjin”. Itu pun model Daimler-Maybach lebih berbentuk motosikal, berbanding kereta moden hari ini.", "RUJUKAN:", "Loadman, J., & James, F. (2010). The Hancocks of Malborough: Rubber, Art and the Industrial Revolution – A Family of Inventive Genius. OUP Oxford. Halaman 73.", "Moore, S. (2018). J.I. Case Co. Keeps Fast Company – Equipment. Farm Collector.", "Setright, L. (2004). Drive On!: A Social History of the Motor Car. Granta Books." ]
https://www.thepatriots.asia/cinema-paradiso-surat-cinta-buat-penggemar-sinema/
Cinema Paradiso: Surat Cinta Buat Penggemar Sinema
[ "“Life isn’t like in the movies.\nLife… is much harder.”", "Ketika saya bertemu dengan pengkritik filem serta bekas pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain beberapa minggu lalu, beliau telah mengesyorkan agar saya menonton filem Cinema Paradiso (1988) arahan Giuseppe Tornatore. Menurut beliau, filem ini wajib ditonton oleh sesiapa yang meminati dunia perfileman.", "Filem berbahasa Itali ini mengisahkan Salvatore “Toto” Di Vita, seorang pengarah filem terkenal telah menerima berita kematian seseorang yang bernama Alfredo. Toto yang sudah hampir 30 tahun tidak pulang ke kampung halamannya mengingati semula kenangan di zaman kanak-kanaknya di mana dia telah berkenalan dengan seorang lelaki separuh umur yang bekerja di sebuah panggung wayang yang bernama Cinema Paradiso di Giancaldo, Itali.", "Melalui Alfredo, Toto mulai jatuh cinta dengan dunia sinema. Beliau sering menghabiskan masa dan wang dengan menonton pelbagai filem di Cinema Paradiso. Melalui Alfredo yang bekerja sebagai projectionist itu, Toto juga diajar bagaimana untuk mengendalikan sesebuah tayangan filem. Hubungan mereka sangat akrab seperti anak dan bapa. Bersama Alfredo, Toto mulai cenderung untuk mendalami ilmu pembikinan filem dan mereka telah melalui pelbagai kisah suka dan duka.", "Secara peribadi, saya amat menyukai filem ini. Bagi saya, filem ini berjaya menggamit nostalgia penonton dengan visual-visual yang sangat bermakna. Melalui filem ini, kita dapat menyaksikan suasana di dalam panggung wayang yang gamat dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang tidur sepanjang penayangan, ada yang terlalu beremosi malahan ada juga manusia yang melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam ruang gelap itu.", "Latar masa yang dipaparkan di dalam filem ini adalah sekitar tahun 1940-an dan 1950-an ketika Eropah sedang dikuasai oleh pengaruh ideologi komunis. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa babak yang memaparkan orang Itali menolak ideologi tersebut. Salah satu babak yang memaparkan filem ini anti-komunis adalah babak rakan-rakan sekelas Toto mengucapkan selamat tinggal kepada salah seorang rakan mereka yang akan berpindah ke Jerman. Toto dan rakan-rakannya mengucapkan selamat tinggal kecuali seorang budak yang enggan melakukannya kerana bapanya mengatakan keluarga rakannya yang mahu berpindah itu berfahaman komunis.", "Cinema Paradiso juga menjadi tempat eskapisme masyarakat di pekan Giancaldo untuk melupakan seketika situasi politik ketika itu yang masih kucar kacir akibat Perang Dunia Kedua yang baru sahaja berakhir. Walaupun filem-filem yang ditayangkan di pawagam itu adalah filem-filem “second-run” namun Toto dan masyarakat di sekelilingnya tetap terhibur dengan satu-satunya sumber hiburan mereka di pekan kecil itu. Pawagam Cinema Paradiso bertahan hampir 40 tahun sebelum menamatkan operasinya pada awal tahun 1980-an.", "Bercakap tentang pawagam, saya terkenang akan sebuah pawagam kecil dan usang di kampung saya di Kupang, Baling, Kedah. Mungkin dalam kalangan generasi muda di sana tidak mengetahui dan tidak mempunyai sebarang pengalaman ataupun memori indah di panggung wayang kecil ini, termasuklah saya. Ini kerana panggung ini telah menghentikan operasinya sekitar penghujung tahun 1980-an.", "Menurut emak saya, panggung wayang ini dahulu menayangkan filem-filem lama, terutamanya filem-filem Hindustan. Harga tiketnya juga jauh lebih murah berbanding panggung wayang di bandar. Mungkin kerana ia hanya menayangkan filem-filem “second-run” dan apabila masuk ke dekad 80-an, panggung wayang ini sudah tidak relevan kerana filem-filem lama sudah boleh ditonton di kaca televisyen tanpa perlu membayar tiket.", "Saya tidak pernah menonton di panggung ini. Bangunan ini pun sudah menjadi kedai perabot dengan nama Pusat Perabot & Elektrik Panggung yang sudah beroperasi di pekan kecil ini sudah hampir 30 tahun.", "Apa yang sering bermain di memori saya hanyalah kenangan melihat kerusi kayu tempat duduk panggung itu yang diambil oleh seorang tukang gunting rambut yang bernama Pak Lah. Pak Lah menggunakan kerusi kayu panggung itu untuk para pelanggannya duduk sambil menunggu giliran untuk bergunting. Siapa sangka di pekan kecil ini pernah terdapat sebuah panggung wayang yang pernah menghiburkan masyarakat yang rata-ratanya berpendapatan rendah.", "Berbalik kepada filem, kenangan indah Toto bersama Alfredo di Cinema Paradiso dipaparkan dengan sangat cantik dan saya amat tersentuh dengan jalan ceritanya. Kisah percintaan terhadap dunia sinema sangat kuat di dalam filem ini dan ia sangat menyentuh jiwa. Filem ini ibarat surat cinta buat penggemar sinema.", "Cinema Paradiso mula ditayangkan di Itali pada 29 September 1988. Filem ini telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Antaranya Best Foreign Language Film (Academy Awards 1989 & Golden Globe Awards 1989), Grand Prix du Jury (Cannes Film Festival 1989) dan Best Film (not in English language) (BAFTA Awards 1991). Selain itu, Cinema Paradiso turut tersenarai dalam 100 filem berbahasa asing terbaik sepanjang zaman oleh BBC.com.", "Rating IMDb: 8.5/10\nRating peribadi: 10/10", "Sumber:", "1. Cinema Paradiso. IMDb. https://www.imdb.com/title/tt0095765/?ref_=ttrel_rel_tt\n2. BBC. (2018). The 100 greatest foreign-language films. http://www.bbc.com/culture/story/20181029-the-100-greatest-foreign-language-films" ]
https://www.thepatriots.asia/artifak-yang-mendedahkan-rahsia-kewujudan-tamadun-mesir-purba/
Artifak Yang Mendedahkan Rahsia Kewujudan Tamadun Mesir Purba
[ "Tidak mampu disangkal lagi fakta bahawa tamadun Mesir Purba merupakan antara peradaban yang amat berpengaruh pernah wujud dalam helaian lembaran sejarah dunia. Setiap sumbangan yang telah mereka sumbangkan dalam pelbagai aspek telah melayakkan mereka untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan tamadun-tamadun agung lain di dunia.", "Kira-kira 5000 tahun yang lalu, Mesir Purba bukanlah sebuah negara atau kerajaan yang bersatu. Pada ketika itu, mereka dibahagikan kepada dua buah kerajaan yang berasingan. Satu kerajaan terletak di bahagian utara yang dikenali sebagai Mesir Hilir. Manakala satu lagi kerajaan berada di bahagian selatan Mesir yang dikenali sebagai Mesir Hulu.", "Kerajaan di bahagian selatan dikatakan lebih membangun dan maju berbanding kerajaan di utara. Seterusnya, Kedua-dua kerajaan ini diperintah oleh seorang raja dari kalangan mereka.", "Zaman dua kerajaan ini berlaku kira-kira pada tahun 3100 Sebelum Masihi dan dikenali sebagai zaman pra-dinasti.", "Pada tahun 1898 Selepas Masihi (sesetengah pendapat mengatakan tahun 1899), dunia pengkajian Mesir purba telah dikejutkan dengan sebuah penemuan berupa seketul artifak misteri. Artifak yang dikenali sebagai ‘Palet Narmer’ ini ditemukan oleh dua orang ahli kaji Mesir Purba berbangsa British iaitu James Quibell and Frederick Green.", "Palet Narmer telah ditemui bersama koleksi artifak upacara lain di tapak runtuhan kuil di bahagian selatan Mesir iaitu di kota purba Hierakonpolis. Hierakonpolis yang juga dikenali dengan nama ‘bandar helang’ adalah sebuah kota purba yang terletak kira-kira 113 KM dari utara Aswan.", "Palet Narmer dinobat sebagai dokumen politik pertama dalam sejarah peradaban manusia selain yang terawal memuatkan artifak ukiran tulisan hieroglif.", "Palet yang mempunyai ketinggian setinggi 64 cm dengan kelebaran seluas 42 cm ini dikatakan diperbuat daripada bahan batu lodak. Fungsi palet ini dipercayai digunakan untuk tujuan kosmetik, namun ianya bukanlah untuk tujuan kosmetik secara harian, sebaliknya, digunakan untuk upacara di kuil.", "Ahli kaji Mesir Purba telah berjaya memperoleh sejumlah maklumat penting tentang bagaimana berlakunya penyatuan Mesir dan siapakah karakter yang bertanggunggjawab disebalik peristiwa penyatuan ini.", "Kisahnya begini, terdapat seorang raja dari Mesir Selatan datang menyerang dan menakluk Mesir Utara. Penaklukan baginda ke atas Mesir Utara Sekaligus telah berjaya menyatukan Mesir menjadi sebuah kerajaan. Lalu, ahli kaji Mesir purba bersepakat mengatakan bahawa baginda adalah firaun yang pertama bagi sejarah 3,000 tahun berdirinya tamadun Mesir Purba.", "Rupa depan", "Perkara pertama yang dapat lihat pada bahagian depan palet ini adalah figura yang diukir dengan gagahnya dalam posisi yang berdiri. Ukiran Figura lelaki ini telah dikenalpasti sebagai Raja Narmer.", "Hal ini dapat dibuktikan dengan pelbagai petunjuk seperti cara pemakaian dan gaya ukirannya. Dari segi pemakaiannya, kelihatan figura lelaki ini sedang memakai sebuah mahkota sambil mengenakan janggut palsu, kedua-dua aksesori ini merupakan aksesori yang hanya dipakai oleh raja sahaja bagi melambangkan autoriti kekuasaan yang dipegang olehnya.", "Mahkota yang disarung oleh Raja Narmer itu dikenali sebagai Mahkota Putih. Mahkota Putih adalah mahkota bagi pemerintah Kerajaan Mesir Hulu pada waktu itu. Jelaslah bahawa, figura lelaki ini iaitu Raja Narmer merupakan seorang raja yang datang daripada kerajaan Mesir Hulu.", "Pada bahagian paling atas, kelihatan keberadaan sebuah Serekh1 berada di antara dua ekor kepala kerbau. Jika diperhatikan dengan lebih terperinci, kita akan mendapati bahawa terdapat simbol yang berupa seekor ikan keli dan sebatang pahat di dalam serekh tersebut.", "Melalui kaedah Prinsip Rebus2 , ahli kaji Mesir purba telah berhasil memecahkan bunyi dan makna yang terkandung disebalik simbol ini. Ikan keli itu mewakili konsonan (n,r) manakala pahat pula mewakili konsonan (m,r). Maka dengan itulah terhasilnya nama ‘Narmer’, sekaligus membuktikan figura lelaki itu ialah Raja Narmer.", "Figura Raja Narmer diukir dengan gaya libasan atau ‘smiting pose’. Hal ini demikian kerana, gaya libasan ini memberikan gambaran dan simbolik bahawa raja itu adalah seorang pahlawan yang gagah perkasa lantas berhasil memperkukuh imejnya dikalangan rakyat. Oleh sebab itu, ukiran gaya libasan ini terus menjadi format ukiran yang digunakan oleh firaun-firaun pada zaman yang seterusnya.", "Kelihatan  Raja Narmer sedang mengcengkam rambut seorang figura lelaki yand sedang melutut di hadapannya. Figura lelaki tersebut merupakan musuh yang ditawan semasa ekspedisi penaklukan ke atas Mesir Hilir. Raja Narmer juga dilihat sedang menggenggam sebatang cokmar yang dikatakan sedia untuk dilibas bagi memecahkan kepala musuhnya itu.", "Jika diperhatikan, terdapat ukiran tulisan hieroglif pada belakang kepala musuh itu. Walaupun ahli kaji Mesir purba tidak dapat memecahkan maksud asal disebalik hieroglif itu, akan tetapi, wujud sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa ukiran hieroglif itu membawa maksud wilayah asal datangnya musuh itu.", "Di belakang Raja Narmer, kita dapat memerhatikan seorang figura lelaki yang kecil sedang membawa sepasang sandal pada tangan kanannya serta jag air pada tangan kirinya. Ukiran hieroglif yang terdapat di belakang figura itu tertera dengan jelas perkataan yang jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu membawa maksud pelayan.", "Kelihatan ukiran seekor burung helang sewah sedang berada di atas badan seorang figura. Figura itu  dipercayai merupakan musuh yang ditawan oleh Raja Narmer. Burung tersebut dipercayai mewakili entiti dewa Horus dan merupakan antara dewa-dewa yang wujud di dalam sistem kepercayaan Poleteisme3 masyarakat Mesir purba.", "Di atas badan tawanan itu terdapat ukiran enam batang pokok bunga papyrus, enam batang pokok itu mewakili bilangan tentera Mesir Hilir yang berjaya ditawan oleh Raja Narmer. Satu batang pokok itu mewakili bilangan seribu orang tawanan, maka disiniahli kaji Mesir Purba membuat kesimpulan bahawa Raja Narmer telah berjaya menawan seramai 6,000 orang tentera musuh.", "Di bawah kaki Raja Narmer iaitu pada tingkat ketiga, kita dapat dapat melihat terdapat dua figura lelaki berjanggut dan tidak berpakaian. Mereka kelihatan seolah-olah sedang cuba melarikan diri daripada Raja Narmer. Adapaun pendapat lain menafsirkan mereka seolah-olah telah mati tergeletak di atas tanah.", "Terdapat ukiran hieroglif muncul di sebelah kiri kepala setiap lelaki tersebut, yang pertama adalah sebuah kota bertembok manakala yang kedua kelihatan seperti simpulan tali. Ukiran hieroglif ini kemungkinan besar bermaksud nama bandar yang ditakluki Raja Narmer.", "Rupa Belakang", "Pertama sekali, pada tingkat pertama kita dapat lihat bahawa ukirannya adalah serupa sebagaimana ukiran yang terdapat pada bahagian depan. Ukiran yang berupa dua ekor kepala kerbau dan sebuah serekh.", "Seterusnya kelihatan figura lelaki yang diukir dengan saiz yang lebih besar berbanding dengan figura-figura yang lain. Tujuan figura lelaki ini diukir dengan saiz yang lebih besar adalah bagi menggambarkan sistem hierarki yang wujud dalam masyarakat Mesir Purba pada waktu itu.", "Ringkasnya, sesiapa yang menduduki tempat tertinggi dalam struktur sosial masyarakat pada waktu itu, maka imejnya akan diukir dengan saiz yang lebih besar berbanding figura yang lain. Dalam hal ini, individu yang meduduki tempat tertinggi dalam masyarakat adalah Firaun. Maka dengan itu, figura lelaki itu tidak lain tidak bukan ialah Raja Narmer.", "Figura Lelaki itu juga dilihat sedang menyarung mahkota yang dikenali sebagai ‘Mahkota Merah’. Berbeza dengan Mahkota Putih, Mahkota Merah adalah mahkota yang biasanya dikenakan oleh pemerintah Mesir Hilir.", "Ukiran yang menonjolkan pemakaian Mahkota Merah oleh Raja Narmer itu seakan-akan jelas ingin menyampaikan mesej bahawa baginda telah berjaya menawan Mesir Hilir sekaligus menyatukan Mesir dibawah satu kerajaan yang bersatu. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh Dr. Amy Calvert yang berpendapat bahawa:", "“Mahkota Merah Mesir Hilir (Kerajaan Utara) dan Mahkota Putih Mesir Hulu (Kerajaan Selatan) merupakan mahkota terawal yang dipakai oleh raja dan berkait rapat dengan penyatuan negara yang seterusnya mengasaskan tamadun Mesir sepenuhnya. Gambaran terawal yang menunjukkan mereka (Mahkota Merah dan Mahkota Putih) dipakai oleh pemerintah yang sama adalah pada Palet Narmer, menandakan bahawa raja itu (Raja Narmer) telah memerintah kedua-dua kawasan di negara itu.”", "Raja Narmer juga dilihat sedang mengenggam sebatang cokmar sambil mengenakan sehelai tunik yang diikat pada bahu kirinya bersama seutas ekor lembu yang terjurai pada bahagian kiri pinggangnya. Menurut Dr. Bob Brier, ekor lembu yang dipakai oleh Raja Narmer itu merupakan aksesori bagi melambangkan simbol kekuasaan dan autoriti yang ada pada dirinya sebagai seorang pemerintah.", "Kedua-dua lelaki kecil kelihatan sedang berdiri di kiri dan kanan Raja Narmer. Kedudukan kedua-dua figura ini seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka sedang berdiri atau berjalan mengiringi Raja Narmer. Mereka merupakan individu yang berpangkat tinggi di dalam kerajaan Raja Narmer. Figura yang berada di kiri Raja Narmer kelihatan sedang membawa sepasang sandal manakala figura di bahagian kanan kelihatan sedang mengenakan helaian kulit harimau bintang.", "Ukiran hieroglif yang terdapat di hadapan individu kanan Raja Narmer itu dikatakan membawa maksud wazir. Oleh yang demikian, dapatlah kita mengetahui bahawa individu tersebut adalah seorang wazir atau perdana menteri bagi Kerajaan Narmer pada waktu itu. (Brier, 04:38)", "Kelihatan empat lagi figura yang lebih kecil berbanding dua figura sebelum ini. Menurut Ian shaw, empat orang figura ini merupakan pembawa panji yang datang dari sebuah kumpulan yang dikenali sebagai ‘pengikut Horus’. Kumpulan ini dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan kegiatan sambutan perayaan mahupun acara pengebumian pada waku itu.", "Kelihatan empat panji itu membawa simbol yang merupakan dua helang, satu serigala, dan satu plasenta diraja. Dr.Bob Brier berpendapat bahawa, keempat-empat panji ini mewakili sesebuah kawasan atau divisi bagi tentera Raja narmer.", "Kesimpulannya, ukiran pada tingkat kedua pada bahagian belakang ini memberi kita gambaran bahawa Raja Narmer bersama dua pegawainya berserta empat pembawa panjinya sedang dalam upacara perarakan bagi merayakan kejayaan mereka dalam penaklukan Mesir Hilir.", "Pendapat lain pula mengatakan mereka sedang dalam satu upacara pembunuhan beramai-ramai dan dikatakan sedang memerhatikan mayat sepuluh orang musuh yang telah dipenggal kepala mereka. Kelihatan terdapat kepala di antara kaki sepuluh figura mayat sambil tangan mereka diikat dibelakang.", "Pada tingkat ketiga palet ini, kelihatan dua ekor makhluk aneh yang mempunyai fizikal harimau bintang dan leher yang agak panjang seperti ular. Dua ekor makhluk dikenali sebagai ‘Serpopards’ yang merupakan gabungan perkataan ‘serpent’ iaitu ular dan ‘leopard’ yang membawa maksud harimau bintang. Menariknya, ahli kaji Mesir purba tidak dapat memastikan apakah tujuan asal diukirnya makhluk ini pada Palet Narmer.", "Andaian terbaik yang dibuat berkenaan ukiran makhluk mitos ini adalah kedua-dua makhluk ini secara simboliknya mewakili Mesir Hulu dan Mesir Hilir. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan posisi mereka yang saling membelitkan leher sesama sendiri seolah-olah memberi satu simbolik yang jelas bahawa Mesir Hulu dan Mesir Hilir telah bersatu di bawah pemerintahan kukuh pimpinan Raja Narmer.", "Pada tingkat yang terakhir pula kelihatan seekor kerbau yang gagah sedang memusnahkan tembok sebuah kota dengan tanduknya sambil menginjak-injak musuh di bawah tapak kakinya. Berdasarkan ukiran ini, ahli kaji Mesir Purba telah membuat satu penafsiran bahawa ukiran kerbau itu merupakan satu simbolik kepada Raja Narmer yang dengan gagahnya berjaya mengalahkan tentera musuh dan memusnahkan kota yang diperanginya", "Iktibar", "Menurut penulis, antara iktibar diperoleh daripada artifak ini adalah perpaduan negara merupakan kunci utama bagi mencapai status negara yang maju. Hal ini dikatakan demikian kerana, walaupun butiran mengenai pemerintahan raja Narmer adalah tidak jelas ekoran kekurangan rekod yang ditemui. Namun kita tidak dapat menafikan bahawa, antara legasi yang ditinggalkan oleh Raja Narmer adalah sumbangan baginda dalam menyatukan Mesir menjadi sebuah kerajaan bersepadu. Sudah jelas bahawa, peristiwa penyatuan ini merupakan batu asas kepada pembinaan tamadun Mesir Purba yang seterusnya mampu untuk gah berdiri teguh selama 3,000 tahun lamanya.", "Bahkan jika diperhatikan kebanyakan negara-negara maju tidak kiralah pada zaman kini mahupun zaman lampau, persamaan utama yang ada pada mereka adalah mempunyai sifat perpaduan yang tinggi dikalangan warganegara mereka. Manakan tidak, perpaduan negara merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarkat. Sekiranya masyarakat berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, tidak mustahil untuk sesebuah negara itu jatuh ke dalam lembah kemunduran sekaligus mampu mencetuskan masalah seperti ketidakstabilan ekonomi dan sosial lantas membantutkan proses pembangunan negara.", "Oleh itu, kita wajarlah menerapkan sifat perpaduan sesama masyarakat sepertimana yang dilakukan oleh Raja Narmer dengan menyatukan Mesir Hulu dan Mesir Hilir. Namun dalam konteks kita pada hari ini, antara cara untuk mengekalkan perpaduan negara adalah dengan menjadi penggerak utama dalam usaha membudayakan dan mengekalkan perpaduan negara. Seruan ini juga selari dengan sepotong rangkap yang terdapat pada jata negara kita yang berbunyi “Bersekutu Bertambah Mutu”. Rangkap hikmah ini mengajar kita untuk berkerjasama antara satu sama lain dalam melaksanakan sesuatu bagi memperoleh kejayaan yang cemerlang. Tegaslah bahawa, iktibar yang dapat diperoleh daripada artifak ini adalah perpaduan negara merupakan kunci utama bagi mencapai status negara yang maju", "Akhirnya, siapa sangka bahawa artifak Palet Narmer yang dihasilkan oleh manusia ribuan tahun yang lalu ternyata mendatangkan kebaikan buat manusia pada hari ini. Selain membantu kita untuk memahami bagaimana tamadun Mesir Purba diasaskan, ia juga seolah-olah memaksa kita untuk merenung dengan lebih mendalam. Hasilnya, pelbagai iktibar yang berjaya dirungkai disebalik ukiran-ukiran purba ini dapat kita ambil dan sesuaikan dalam konteks kehidupan pada hari ini.", "Nota", "1.Serekh adalah bingkai segi empat tepat yang mewakili binaan istana yang dimana atasnya terdapat dewa Horus, melambangkan bahawa tulisan di dalamnya adalah nama diraja. Serekh lazimnya digunakan sebagai lambang diraja yang terkandung nama Firaun di dalamnya.", "2.Prinsip Rebus adalah satu konsep linguistik yang berupa mesej yang dinyatakan dalam bentuk gambar yang mewakili bunyi dan bukannya perkara yang mereka gambarkan", "3.Politeisme merupakan sistem kepercayaan yang mempercayai wujudnya lebih daripada satu tuhan.", "Rujukan", "1. Shaw, I. (2021). Ancient egypt: A very short introduction. Oxford University Press.", "2. O’Brien, A. A., & O’Brien, A. (1996). The Serekh as an Aspect of the Iconography of Early Kingship. Journal of the American Research Center in Egypt, 33, 123–138. https://doi.org/10.2307/40000610", "3. Calvert, A. (n.d.). Palette of king narmer (article). Khan Academy. Retrieved from https://www.khanacademy.org/humanities/ap-art-history/ancient-mediterranean-ap/ancient-egypt-ap/a/palette-of-king-narmer", "4.The Rebus Principle. Egyptology Man. (2018, August 12).from https://egyptologyman.wordpress.com/2011/02/17/the-rebus-principle/", "5. (2021). Decoding the Secrets Of Egyptian Hieroglyphs. ", "6. Perry,D. (Host). (2012, October). The Two Lands (No. 1) [Audio podcast episode]. In The History Of Egypt Podcast. Agora Podcast Network.   " ]
https://www.thepatriots.asia/syaikh-umar-al-tilmisani-ikon-ikhwanul-muslimin/
Syaikh Umar Al-Tilmisani: Ikon Ikhwanul Muslimin
[ "Biasakah kita mendengar nama Ikhwanul Muslimin? Semestinya pergerakan haraki ini telah menjadi inspirasi kepada semua pergerakan berasaskan Islamis dan metod metod tarbiyah dan dakwah mereka telah banyak yang telah diimplimentasikan dalam pergerakan Islamis terutama di Malaysia.", "Tokoh yang kita sangat kenali dalam Ikhwanul Muslimin ini pula tidak lain tidak bukan ialah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Ketokohan beliau memimpin Ikhwanul Muslimin untuk sebagai pergerakan sosial pada mulanya dan akhirnya bergerak selangkah sebagai organisasi politik yang ingin melepaskan cengkaman penj4j4han Britsh terhadap Mesir ketika itu.", "Baik, hari ini kita tidak bercerita tentang Imam Hassan Al-Banna atau Ikhwanul Muslimin, tapi kita akan ceritakan tentang sosok tubuh yang juga menjadi nadi dan ikon kepada pejuang pergerakan Ikhwanul Muslimin dan Dunia Islam iaitu Syaikh Umar Al-Tilmisani. Jadi siapakah beliau yang disebutkan sebentar tadi?", "#NastiaUmmah", "RUJUKAN:" ]
https://www.thepatriots.asia/12649-2/
Jins Shamsudin
[ "Jins Shamsuddin merupakan seorang aktor yang banyak menyumbang terhadap industri filem tanah air. Beliau telah membawa industri perfileman tanah air ke tahap yang tinggi. Terutama sekali dalam semasa beliau menjawat jawatan Ketua Pengarah Finas selama tiga tahun dari 2002-2005.", "Dilahirkan di Taiping, Perak pada tanggal 5 November 1935. Beliau merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Pemilik nama sebenar Mohammad Zain @ Jins Bin Shamsuddin ini mendapat pendidikan awal Sekolah Kebangsaan Bendang Siam. Seterusnya beliau menyambung pelajarannya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah King George V,Taiping, Perak. Setelah beliau menamatkan senior cambridgenya pada 1956, beliau bercadang untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya Singapura. Namun, hasrat beliau tersebut seringkali tergendala kerana permohonannya sentiasa bertangguh. Akan tetapi, datuk saudaran beliau membantunya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti lain. Akhirnya, permohonan beliau diterima. Sepanjang tempoh masuk ke universiti tersebut, beliau mengambil kursus Bahasa Inggeris untuk menimba ilmu pengetahuan.", "Jins Shamsuddin mula terdedah dengan dunia seni apabila beliau terlibat dalam pementasan teater berdekatan dengan tempat tinggalnya. Pada suatu hari, Jins menggantikan seorang pelakon teater yang kebetulan ibunya meninggal dunia. Sejak daripada itu, Jins mula diletakkan sebagai pelakon utama dalam setiap pementasan teater. Pementasan teater tersebut berlangsung sehinggalah ke Singapura. Ketika beliau sedang mengadakan persembahan teater di Dewan Memorial Victoria, Singapura, seorang pegawai perhubungan Shaw Brothers tertarik dengan persembahan beliau lalu menawarkan beliau untuk berlakon dalam filem Keluarga Tolol sebagai penari. Selepas itu, beliau diberi peranan dalam filem Kaseh Sayang dan watak extra dalam filem Anak Ku Sazali. Melalui filem Anak Ku Sazali lah, Jins mula mendapatkan tunjuk ajar daripada P.Ramlee. Bermula dari situ jugalah, beliau mula berlakon bersama P.Ramlee.", "Karier Jins mula meniti apabila P.Ramlee mengambil beliau berlakon sebagai hero di samping Hashimah Yon di dalam filem Pancha Delima. Mulai saat itu, beliau sering diletakkan sebagai hero di dalam filem-filem melayu seperti Matahari, Azimat, Anak Pontianak dan banyak lagi. Beliau juga sempat berlakon bersama P.Ramlee buat kali terakhir di Singapura melalui filem Sargeant Hassan sebelum mereka berlakon bersama kembali di Merdeka Studio, Kuala Lumpur. Karier beliau mula memuncak pada 60 an di mana tiap tiap filem dilakonkannya mesti sebagai seorang hero. Ini membuatkan beliau sebaris dengan pelakon hero pada ketika itu seperti P.Ramlee, Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmud. Jins juga menjadi perisik melayu pertama dalam industri perfileman tanah air melalui filem Gerak Kilat, Bayangan Ajal dan Jurang Bahaya.", "Setelah Studio Jalan Ampas ditutup, beliau berhijrah ke Merdeka Studio, Kuala Lumpur. Di sana, beliau mula menjadi seorang pengarah melalui filem arahannya yang pertama, Bukan Salah Ibu Mengandung. Bagi menghargai P.Ramlee yang merupakan mentornya, beliau turut mengundang P.Ramlee untuk berlakon di dalam filem tersebut. Beliau juga sempat berlakon beberapa filem di bersama P.Ramlee seperti Kachan Tirana dan Di Belakang Tabir. Beliau tidak lama di Merdeka Film kerana beliau mendapat tawaran ke London Film School melalui biasiswa MARA.", "Sekembalinya beliau dari London pada 1972, beliau mula mengarah filem filem dan membuka studio miliknya sendiri iaitu Pancha Delima Studio dan Syarikat Jins Shamsuddin Film Sdn Bhd. Filem pertama arahannya pada ketika itu ialah Menanti Hari Esok yang ditayangkan pada 1977. Filem itu juga merupakan permulaan kepada trilogi. filem “Esok”. Zaman 80’an boleh dikatakan zaman kemuncak beliau sebagai seorang pengarah. Sepanjang era tersebut, banyak filem beliau mencapai kejayaan seperti trilogi filem “Esok” sendiri dan Bukit Kepong. Filem Bukit Kepong membolot tujuh anugerah termasuk filem terbaik semasa Festival Filem Malaysia ketiga pada tahun 1982. Menjelang 90’an beliau mula kurang terlibat dalam industri perfileman tanah air kerana menumpukan perhatian dalam bidang politik.", "Jins juga antara figura penting di dalam arena politik tanah air. Penglibatan beliau di dalam politik bermula apabila beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja UMNO Coronation Road, Singapura pada 1959. Beliau juga dilantik sebagai Senator pada 2004. Hal ini memberi penghormatan terhadap beliau khasnya dan industri perfileman amnya kerana beliau merupakan seniman pertama yang dilantik sebagai Senator. Semasa zaman kegemilangannya juga, beliau pernah diberi mandat untuk menganggotai banyak persatuan seperti Persatuan Artis Malaya, Persatuan Seni Coronation Road dan Persatuan Seni Pasir Panjang. Beliau juga pernah dilantik menjadi Pengerusi PERSAMA pada 60-an. Beliau antara seniman yang lantang memperjuangkan nasib dan kebajikan artis pada ketika itu.", "Di dalam bidang pendidikan juga, beliau tidak kurang hebatnya. Misalnya pada 1999, beliau diijazahkan Anugerah Kehormat Persuratan, Universiti Sains Malaysia. Beliau turut menghasilkan sebuah tesis pada 2004. Pada 2010, beliau menerima Ijazah Dr Falasafah (PhD) daripada Universiti Utara Malaysia. Beliau merupakan seniman pertama yang mendapat ijazah sedemikian.", "Bagi menghargai sumbangan beliau di dalam industri perfileman tanah air, beliau telah dikurniakan Pingat Darjah Datuk Paduka Negeri Perak pada 1990 yang membawa gelaran “Datuk”, Panglima Jasa Negara, Anugerah Jasa Panglima Negara, Anugerah Seniman Veteran Berita Harian dan Anugerah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran “Tan Sri” pada 2007.", "Jins Shamsuddin meninggalkan kita semua pada hari Rabu pada tanggal 1 Mac 2017 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Ridhuan. Sumbangan dan legasi yang ditinggalkan oleh beliau amatlah bernilai dan tidak mampu dicapai sehinggalah ke hari ini. Sebagaimana Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Bin Keruak pernah berkata “”Jins Shamsuddin adalah antara legenda terakhir negara yang telah mengubah landskap perfileman tempatan selepas Tan Sri P.Ramlee, yang juga seorang lagi legenda. Kita pasti merinduinya,”", "Al-fatihah Mohammed Zain @ Jins Bin Shamsuddin\n(1935-2017)", "Sumber:\n1) Kelab Filem Muzik Melayu Klasik.\n2) Suria Kechana, Biografi Jins Shamsuddin.\n3) Jins, Shamsuddin: Kembara Seorang Seniman.\n4) Tengku Zakaria PRamlee." ]
https://www.thepatriots.asia/ibn-khaldun-kitabnya-dibaca-oleh-mark-zuckerberg/
Ibn Khaldun: Kitabnya Dibaca Oleh Mark Zuckerberg
[ "Bagi ramai sejarawan, satu tokoh yang sentiasa mendominasi minda masing-masing bila ditanya siapa yang memberi impak paling besar terhadap bidang sosiologi ialah Ibnu Khaldun. Teori-teorinya bukan saja digunakan untuk menganalisis kebangkitan dan kejatuhan sesebuah kerajaan tetapi juga memberi inspirasi kepada ramai tokoh di kemudian hari baik di dunia Islam mahupun dunia Barat.", "Biografi", "Ibnu Khaldun atau nama sebenarnya Abdurahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Al-Hasan bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdurahman bin Ibn Khaldun dilahirkan di Tunis, Tunisia pada tahun 1332 Masihi dalam sebuah keluarga bangsawan Arab. Menerusi kitab biografinya yang bertajuk at-Taʻrīf bi-ibn Khaldūn wa-Riḥlatih Gharban wa-Sharqan, moyangnya merupakan seorang Arab Yaman yang mempunyai hubungan dengan seorang sahabat nabi bernama Wai’l bin Hujr.", "Keluarganya berhijrah ke Tunisia selepas kejatuhan Seville pasca-kempen Reconquista yang berlaku pada tahun 1248. Keluarganya pernah memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan Dinasti Hafsid. Abang Ibnu Khaldun juga seorang sejarawan dan pernah menulis sebuah kitab berkenaan Dinasti Abdalwadid sebelum kemudiannya menjadi mangsa plot pembvnvhan yang diatur seorang pesaingnya. Pesaing abangnya itu cemburu dengan kedudukannya sebagai sejarawan istana. Sementara bapanya Muhammad merupakan seorang cendekiawan yang hebat dalam bidang fiqah dan falsafah.", "Berikutan statusnya yang datang daripada keluarga bangsawan, ini membolehkan Ibnu Khaldun menerima pendidikan yang terbaik. Sejak kecil, beliau mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, Hadith Rasulullah s.a.w, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, mantik dan logik sehingga menjadikan beliau seorang cendekiawan yang hebat.", "Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abdullah al-Jayyani dan Abdullah Muhammad bin ‘Abd al-Salam. Tidak seperti bapanya yang tidak mahu melibatkan diri dalam politik dan pentadbiran negara, beliau melibatkan diri dalam bidang pendidikan, pengajaran dan politik. Karier politiknya bermula ketika beliau berumur 20 tahun apabila Ibnu Khaldun dilantik sebagai setiausaha diraja Sultan Abu Ishaq yang memerintah Tunis pada tahun 1352.", "Sejak itulah, Ibnu Khaldun bukan saja menempa nama sebagai ilmuan tetapi juga sebagai ahli politik dan diplomat yang berkaliber. Contohnya pada tahun 1364, beliau diminta oleh pemerintah Nasrid yang berpangkalan di Granada iaitu Muhammad V untuk merundingkan perjanjian damai dengan pemerintah Castille, Pedro Si Kejam/Si Adil. Kebijaksanaannya membolehkan perjanjian damai dimeterai antara kedua-dua kerajaan. Pedro yang tertarik dengan kebijaksanaan Ibnu Khaldun cuba menawarkan peluang kekal di istana baginda dan bersedia memulangkan harta benda kepunyaan keluarganya tetapi ditolak dengan baik oleh beliau.", "Selain Pedro Si Kejam/Si Adil, Ibnu Khaldun juga berpeluang mengadakan siri rundingan dengan pemerintah Mongol, Timurlane. Siri rundingan ini berlaku di Damsyik pada tahun 1401 semasa pasukan Timurlane mengepung Damsyik yang ketika itu ditadbir oleh Dinasti Mamluk yang menguasai Mesir dan Syria ketika itu. Selain berunding, baginda juga meminta Ibnu Khaldun membuat ulasan panjang lebar berkenaan wilayah Afrika Utara seperti Maghreb.", "Sebaik pulang ke Kaherah, beliau segera menulis latar belakang sejarah kaum Tatar dan kajian perwatakan Timurlane sebelum dihantar ke pemerintah Marinid yang berpangkalan di Fez. Beliau tahu sekiranya Timurlane mempunyai maklumat terhadap Maghreb, maka amatlah elok untuk raja-raja dari situ bersiap sedia sekiranya Timurlane merancang menyerang wilayah berkenaan.", "Ibnu Khaldun memegang banyak jawatan dalam mana-mana kerajaan yang pernah disinggahinya. Selain pernah memegang jawatan sebagai diplomat untuk kerajaan Hafsid dan Mamluk, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai menteri di tanah kelahirannya dan kadi (hakim) mazhab Maliki sebanyak enam kali semasa era kerajaan Mamluk. Dan bagi yang mengamati kisah hidupnya, ia diibaratkan seperti sebuah pengembaraan di mana bukan sekali Ibnu Khaldun menjadi pegawai kerajaan tetapi juga dipenjarakan atau hidup dalam buangan. Beliau kembali ke rahmatullah pada 17 Mac 1406, sebulan selepas diplih sebagai kadi buat kali keenam.", "al-Muqaddimah", "Sudah tentu bila berbicara tentang kitabnya, ramai menyebut kitab al-Muqaddimah sebagai mahakaryanya. Hakikatnya, kitab al-Muqaddimah merupakan sebahagian daripada tujuh buah buku yang membentuk Kitab al-Ibar (Ensiklopedia Pengajaran). Kitab al-Ibar menyentuh banyak aspek sosiologi, sejarah, ekonomi dan geografi. al-Muqadimmah merupakan kitab pertama, kitab kedua hingga kelima menyentuh soal sejarah dunia yang dikarang Ibnu Khaldun ketika itu dan kitab keenam hingga ketujuh menyentuh sejarah dan latar belakang kaum Barbar.", "Banyak perkara menarik yang disentuh Ibnu Khaldun dalam al-Muqaddimah. Di sini, ada beberapa teori yang pasti menambat hati para pembaca:", "Ibnu Khaldun melihat asabiyah ini berkait dengan perkembangan masyarakat dan negara. Menurut beliau, tujuan asabiyah ini membabitkan kekuasaan negara demi kebaikan rakyat keseluruhannya. Ini bermakna asabiyah sebenar tidak boleh bergantung kepada kekuatan fizikal semata-mata. Sebaliknya, ia juga memerlukan komponen agama dan moral kerana dari situ, asabiyah dapat diperkukuhkan.", "Dan ini menjadi kunci bagaimana bangsa Arab yang dianggap bangsa gasar dan tidak bertamadun oleh bangsa Rom dan Parsi bisa menjadi pembina peradaban yang lebih besar. Asabiyah yang bertunjangkan agama boleh membawa kepada integriti kekuatan politik tetapi jika tidak, kekuatan tersebut akan lenyap dan sesebuah kerajaan atau tamadun bakal berhadapan dengan kehancuran.", "Dalam konteks politik moden hari ini, semangat kebangsaan dilihat menjadi pemangkin kepada perjuangan rakyat dalam mendapatkan semula hak mereka. Namun jika ada yang berpandangan kebangsaan langsung tiada kaitan dengan asabiyah, anda salah. Menurut Ibnu Khaldun, semangat nasionalisme ini sebenarnya bentuk lain asabiyah di mana ia boleh saja menjadi positif atau negatif. Asabiyah yang bersifat positif ialah wujudnya semangat perpaduan dan permuafakatan dalam struktur sosial masyarakat sehingga mewujudkan elemen saling menolong dan kerjasama antara satu sama lain.", "Firman Allah s.w.t dalam ayat 2, Surah Al-Maidah mafhumnya:", "“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaan-Nya (dengan mengerjakan ibadat haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjidil Haram itu – mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”", "Dan dalam masyarakat Melayu itu sendiri terlalu banyak peribahasa yang memberi gambaran positif berkenaan asabiyah ini. Antara peribahasa yang kita biasa dengar ialah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.", "Namun asabiyah bersifat negatif ini akan mula timbul apabila ia dipengaruhi nilai keangkuhan, bersikap tidak rasional dan menolak prinsip keadilan dan kebenaran semata-mata atas dasar kelompok dan sentimen tertentu. Asabiyah sebegini bukan hanya memadamkan prinsip kebangsaan yang diangkat Ibnu Khaldun malah berpotensi sebagai benih kemusnahan sesebuah kerajaan atau tamadun itu sendiri.", "Asabiyah itu boleh saja menjadi alat perjuangan, alat menyerang atau perisai pertahanan. Semasa sesebuah kerajaan atau tamadun hendak naik, asabiyah menjadi teras untuk mencapai objektif sedemikian. Namun selepas perjuangan itu selesai, maka asabiyah sebegini harus segera digantikan dengan asabiyah yang bersifat menyeluruh iaitu semangat nasionalisme.", "Dan ia boleh dicapai menerusi penerapan semangat rela berjuang dan sanggup berkorban kerana ia salah satu tanda ketaatan kepada negara. Namun semangat ini boleh saja luntur apabila rakyat sesebuah negara itu bersikap bermalas-malasan dan bermewah-mewahan. Apabila itu berlaku, asabiyah berbentuk kebangsaan ini lama-kelamaan akan mati.", "Asabiyah menurut Ibnu Khaldun tidak boleh lari dari konsep kekuasaan. Ini kerana berdasarkan catatan sejarah, bukan sekali dua kerajaan atau empayar besar tumbang selepas dikalahkan golongan Badwi atau orang tak bertamadun (Barbarian mengikut definisi orang Rom).", "Di Eropah, mereka merupakan kelompok Barbarian dari pelbagai puak yang menakluk pelbagai kerajaan dan menubuhkan kerajaan mereka sendiri. Kelompok ini kemudian mengadaptasi kekuasaan dan budaya masyarakat yang ditakluki sehinggalah masyarakat yang dijajah itu hilang, sang penakluk kehilangan elemen Badwi dan asabiyahnya dan bertukar menjadi kelompok Hadhari yang diancam oleh kelompok Badwi seterusnya. Pendek kata, ia sebenarnya menceritakan proses pembentukan, kegemilangan dan kemerosotan sesebuah negara dan ia satu kitaran yang sentiasa bersilih ganti.", "Konflik luar dalam masyarakat ini akan menimbulkan kitaran dan perubahan struktur kekuasaan, satu proses yang dipanggil Ibnu Khaldun sebagai proses daur sejarah yang berlaku tanpa mengira masa atau generasi. Teori sebegini dilihat lebih unggul berbanding pelbagai teori yang dibawa penyokong fahaman tertentu seperti Marxisme dan kapitalisme kerana mereka gagal menjelaskan apa yang berlaku sesudah semua fahaman ini mati.", "Sesebuah kerajaan atau negara akan mengalami tiga fasa iaitu permulaan, kegemilangan dan kemerosotan. Era permulaan ialah generasi kelompok primitif yang masih mengamalkan kehidupan biasa dan tinggal di kawasan perkampungan. Selepas mereka mencapai kekuasaan dan membentuk sebuah negara, akan berlaku peralihan taraf hidup dari primitif kepada kehidupan kota yang mewah dan selesa.", "Namun fasa ketiga inilah yang patut dibimbangi iaitu fasa kemerosotan. Pada fasa tersebut, sesebuah negara atau kerajaan hancur apabila masyarakat ketika itu terlalu asyik dengan kemewahan, bersikap penakut dan sudah tidak mengamalkan lagi nilai kehormatan dan keberanian. Makanya di sinilah peranan asabiyah yang perlu diperkasakan bukan saja dari segi semangat persaudaraan tetapi juga dari aspek moral dan keagamaan. Ini kerana asabiyah yang kuat akan menjadikan sesebuah negara atau kerajaan aman dan makmur. Namun apabila ia membiarkan elemen ini dipengaruhi sifat-sifat negatif yang dikecam Nabi s.a.w dalam beberapa perenggan sebelumnya, negara akan terbatas dari segi kemampuannya dan secara tidak langsung, ia sebenarnya menulis obituari kematiannya sendiri.", "2.1 Keadilan", "Bila berbicara tentang keadilan, Ibnu Khaldun menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur. Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan, tetapi secara umumnya ia bermaksud sesiapa sahaja yang mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa dan kerahan atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain atau meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam, maka ini membawa kepada ketidakadilan.", "Beliau mengelaskan ketidakadilan yang paling besar ialah merampas harta orang lain secara tidak sah yang memberi kesan kepada kehidupan isteri, keluarga dan kemuliaan pihak berkenaan. Contoh ketidakadilan yang paling besar yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun ialah memiliki harta orang lain dengan cara yang tidak betul iaitu membeli hartanya dengan harga yang paling murah dan menjual barang-barang kepadanya dengan harga yang paling mahal dengan cara paksaan. Ketidakadilan sebegini yang akhirnya membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab-sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.", "2.2 Teori Pengeluaran, Pembahagian Buruh dan Pertukaran", "Ibnu Khaldun mengemukakan teori pengeluaran yang dinyatakannya bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dan permintaan, pengeluaran dengan penggunaan dan upah dengan daya pengeluaran. Menurut beliau, pengeluaran mestilah berdasarkan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat.", "Beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh juga perlu untuk menghasilkan matlamat akhir dengan menggemblengkan faktor pengeluaran lain iaitu tanah dan modal. Beliau juga berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Beliau menyarankan agar masyarakat melakukan penyusunan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap dalam bidang berkenaan sahaja.", "Kesan dari kombinasi tenaga buruh, kerjasama, kemahiran dan skill memastikan bahawa “apa yang diperolehi melalui semangat kerjasama sesama manusia boleh memenuhi keperluan mereka lebih daripada yang diusahakan oleh diri mereka sendiri”.  Keadaan ini mewujudkan lebihan barangan dan barangan di mana ia boleh ditukarkan dengan barangan-barangan lain yang dimiliki oleh orang lain atau boleh dieksport ke bandar-bandar lain (luar negara) untuk mendapatkan sejumlah kekayaan.", "Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian tenaga buruh saling berkait dengan keadaan pasaran. Teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun ini muncul seabad lebih awal daripada Adam Smith yang turut mengemukakan teori yang sama.", "2.3 Teori kitaran perniagaan", "Dalam teori kitaran perniagaan, terdapat dua teori iaitu teori kitaran penduduk pengeluaran dan teori kitaran percukaian pengeluaran. Teori kitaran penduduk pengeluaran dinyatakan oleh Ibnu Khaldun sebagai hubungan antara jumlah penduduk dengan tingkat pengeluaran. Apabila jumlah penduduk bertambah, maka pengeluaran juga akan meningkat. Kedua-dua faktor itu akan saling bertambah antara satu sama lain.", "Menurut beliau, jumlah penduduk yang terlalu ramai akan menyebabkan kepadatan dan kepesatan dalam bandar yang akhirnya akan menyebabkan penyakit dan kebuluran. Keadaan ini akan mengurangkan jumlah penduduk dan mengurangkan tingkat aktiviti perniagaan lain sehingga negara dan kerajaan akan pupus sama sekali. Selepas itu muncul pula negara lain yang akan menggantikan negara tersebut.", "Sementara teori kitaran percukaian pengeluaran pula ialah teori hubungan antara jumlah penduduk dengan kadar cukai. Menurut Ibnu Khaldun, peningkatan jumlah penduduk menyebabkan kerajaan terpaksa menaikkan kadar cukai hingga ke paras melebihi nilai harta dan mewujudkan cukai-cukai baru. Langkah kerajaan ini menyebabkan orang ramai tidak berminat untuk berniaga dan akhirnya bidang pemiagaan akan ditinggalkan kerana cukai yang tinggi dan keuntungan yang diterima terhakis dan musnah sama sekali.", "Ibnu Khaldun telah menerangkan dengan panjang lebar mengenai syarat-syarat yang diperlukan untuk perancangan bandar-bandar dan akibat-akibatnya sekiranya syarat-syarat ini diabaik. Mengikut beliau, setelah sesebuah bandar selesai dibangunkan dan dibina mengikut citarasa dan pandangan pembinanya dan sesuai dengan tuntutan cuaca dan geografinya, maka usia sesebuah negara tersebut merupakan usia bandar itu.", "Ini disebabkan oleh pembangunan bandar atau kota raya yang hebat merupakan lambang kegemilangan sebuah tamadun bangsa. Ia memberi gambaran tentang kemajuan sesebuah negara yang kaya lagi berdaulat serta keagungan bangsa yang maju merangkumi ketinggian nilai budi dan tahap keintelektualan masyarakatnya.", "Walaupun pembangunan sesebuah bandar harus bersifat dinamik dan perlu seiring dengan teknologi semasa, perancangan bandar juga patut diselarikan dan dikekalkan dari aspek yang baik dan berguna kepada penduduk dan ditambahbaik segala kekurangannya. Ini kerana jika sesebuah perancangan bandar tidak dirancang secara sempurna, ini akan menyebabkan berlaku kemungkaran dan kesusahan kepada masyarakat awam.", "Ini sekaligus mengundang kerosakan kepada masyarakat, tempat tinggal dan bandar itu sendiri. Ini kerana menurut Ibnu Khaldun, bandar merupakan tempat tinggal yang diwujudkan oleh bangsa-bangsa apabila mencapai puncak kemewahan yang diinginkan berserta segala-galanya yang ada hubungan dengannya. Kemudian mereka pun mengkehendaki suasana hidup yang damai dan tenang, serta beralih menjadikan rumah sebagai tempat tinggal. Ini menunjukkan bahawa, perancangan bandar bukanlah suatu perkara yang patut dipandang enteng.", "Perancang-perancang bandar harus merenung firman Allah s.w.t dalam ayat 80, Surah an-Nahl mafhumnya, “Dan ALLAH menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: Khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (dibawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti dan (Dia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kama menggunakannya) hingga suatu masa.”", "Tujuan mendirikan bandar ialah agar dijadikan sebagai kawasan penempatan dan berlindung. Dengan demikian, amat wajar hubungan ini diambil perhatian supaya segala benda yang bermudarat dijauhkan daripada bandar dengan cara menjaganya daripada segala yang boleh mencelakan serta memasukkan segala sesuatu yang bermanfaat, dan menyediakan segala kemudahan sesuai dengan kehidupan bandar. Ini kerana, perancangan bandar termasuk dalam aktiviti memakmurkan bumi. Tanpa perancangan bandar dan pembangunan yang baik, ia boleh mengundang kerosakan di atas muka bumi.", "Selain berfungsi sebagai sebuah tempat tinggal, bandar yang bagus perancangannya turut menjadi medan perkembangan ilmu pengetahuan. Menurut Profesor Doktor Mahmud Hamdy Zaqazouq, punca utama kemunduran tamadun umat Islam berpunca daripada pengabaian terhadap kepentingan ilmu dan pembangunan tamadun. Jika umat Islam mengabaikan dua perkara ini, kesannya ialah kemajuan yang dikecapi oleh umat Islam ialah hasil daripada ciptaan Barat dan bukan rekaan umat Islam sendiri.", "Dalam sejarah kegemilangan Islam dari Khulafa’ ar-Rashidin hinggalah Empayar Uthmaniyyah, kerajaan-kerajaan ini telah menjadikan bandar-bandar raya sebagai tempat berkumpul dan berlindungnya orang yang berilmu serta dahagakan ilmu. Kebanyakan bandar raya terkenal dalam sejarah Islam mempunyai sifat-sifat keilmuan dalam bentuk pusat-pusat pengajian dan berperanan sebagai pencetus dan pemangkin kepada pembudayan ilmu di peringkat global kerana pendidikan dan ilmu tidak boleh dikongkong dengan sempadan pentadbiran dan faktor geografi.", "Selain daripada menjadi tempat perkembangan ilmu pengetahuan, penetapan sebuah bandar juga menjadi satu refleksi manusia kepada alam sekitar. Kewujudan bandar yang mengetengahkan konsep bandar dalam taman memerlukan penjagaan landskap yang betul dan teratur. Penjagaan landskap pula berhubung kait dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang ada di sekitar bandar bagi mewujudkan suasana yang nyaman dan selesa untuk dihuni. Manusia seharusnya berperanan sebagai pembina dan pemelihara alam sekitar, bukannya sebagai perosak alam.", "Ini dinyatakan Allah s.w.t dalam ayat 41, Surah ar-Rum, “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” Perancangan dan pembangunan yang berteraskan konsep pembangunan mapan akan memastikan semua sumber alam seperti bukit-bukau, gunung-ganang, sungai, tasik, udara, flora, dan fauna dijaga sebaik mungkin serta kestabilannya dapat dinikmati oleh umat manusia seterusnya.", "Legasi", "Walaupun semasa hayatnya, karyanya dan kredibilitinya tidak dipandang tinggi oleh cendekiawan ketika itu, ramai cendekiawan baik di dunia Islam dan dunia Barat menyifatkan karya Ibnu Khaldun memberi impak bukan sedikit terhadap hasil-hasil kerja mereka.", "Cendekiawan-cendekiawan Turki Uthmaniyyah seperti Katip Celebi dan Mustafa Naima memuji sumbangannya. Katip melihatnya sebagai pengaruh yang hebat manakala teori tamadun yang dikemukakan Ibnu Khaldun digunakan untuk menjelaskan kegemilangan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah.", "Di Barat pula, Arnold J. Toynbee menggelar al-Muqaddimah sebagai sebuah mahakarya terhebat dalam bidangnya. Sementara filsuf British berdarah Czech Ernest Gellner menggelar definisi kerajaan oleh beliau sebagai yang terbaik dalam sejarah teori politik. Manakala filsuf British Robert Flint menyifatkan kepakarannya itu tidak boleh ditandingi oleh sesiapa melainkan oleh Gianbattista Vico. Teori ekonomi Ibnu Khaldun turut mempengaruhi polisi ekonomi Presiden Ronald Reagan pada tahun 80-an yang dikenali sebagai Reaganomics.", "RUJUKAN:" ]
https://www.thepatriots.asia/nakano-takeko-mengungguli-generasi-terakhir-samurai-wanita/
Nakano Takeko – Mengungguli Generasi Terakhir Samurai Wanita
[ "Nakano\nTakeko (April 1847 – Oktober 1868M)\nmerupakan seorang pahlawan wanita (onna bugeisha) yang dilahirkan di Edo\n(kini Tokyo) dan merupakan anak perempuan kepada Nakano Heinai, seorang pegawai\ndi wilayah Aizu. Membesar dalam sebuah keluarga berkelas samurai, Takeko mula\nmenjalani latihan seni bela diri sambil diberikan pendidikan kesusasteraan\nseawal usia 6 tahun. Sudah tentu beliau pernah mendengar dan mengidolakan tokoh\nseperti Tomoe Gozen, seorang onna bugeisha yang masyhur dalam Perang\nGenpei (abad ke-12). ", "Setelah usianya menginjak sedikit remaja, Takeko kemudian\ndilatih oleh Akaoka Daisuke dan menjadi anak angkat kepada gurunya itu. Walaupun\nmaklumat berkenaan hal ini terekod dalam sejarah, namun lokasi, tahun bermula\nserta tempoh latihan Takeko bersama Daisuke tidak dapat dipastikan dengan\njelas. ", "Sekurang-kurangnya,\nterdapat 3 maklumat berkenaan perkara tersebut yang mana 2 daripadanya saling\nbercanggahan sekaligus mewujudkan garis masa yang berbeza-beza. Pertama,\ndisebutkan bahawa tempoh kehidupan Takeko bersama bapa saudara merangkap\ngurunya itu berlangsung selama 5 tahun. Kemudian, diandaikan bahawa Takeko\npulang dari latihan dan kembali ke pangkuan keluarga di Aizu pada tahun 1868,\ntahun di mana beliau terkorban. Sambil maklumat ketiga pula mengatakan bahawa\nTakeko kembali ke Aizu semasa berusia 16 tahun (1863M). ", "Walau bagaimanapun halnya, selain cemerlang dalam\npelajaran akademik, Takeko juga dengan pantas menunjukkan prestasi yang\nmemberangsangkan dalam seni bela diri terutama penggunaan senjata naginata sekaligus\nbeliau diberikan kepercayaan oleh Daisuke untuk membimbing latihan. Dari\nseorang yang dibimbing, kini beliau membimbing rakan-rakannya yang lain.\nSetelah 5 tahun berada di bawah tunjuk ajar Daisuke, Nakano pun pulang ke Aizu\npada tahun 1863 atau 1868M.", "Tepat pada tahun 1868, meletus Perang Boshin\n(1868-1869M) yang melibatkan kekuatan Shogun Tokugawa dan pasukan tentera\nimperialis (pihak yang menyokong agar tampuk pemerintahan kembali kepada Maharaja).\nDalam perang yang turut dikenali sebagai Revolusi Jepun itu, keluarga Takeko\nmenumpahkan kesetiaan terhadap shogun dan Aizu turut menjadi salah satu benteng\npertahanan Tokugawa. Hal ini mendorong kepada berlakunya Pertempuran Aizu yang\nmelibatkan sebuah pengepungan panjang ke atas Istana Wakamatsu.", "Dalam pengepungan dan pertempuran tersebut, tercetus\nsatu babak heroik  yang sempat terekod\ndalam sejarah dan masih dikenang sehingga ke hari ini – dipersembahkan oleh\nwirawati-wirawati Jepun. ", "Oleh\nkerana onna bugeisha tidak dibenarkan menyertai barisan hadapan dan\nhanya diberikan peranan menjaga kubu benteng, maka Takeko pun mengambil\nkeputusan sendiri – atas dasar kesetiaan terhadap Tokugawa dan keberaniannya\nsebagai petempur mahir. Takeko membentuk dan memimpin sebuah unit tentera tidak\nrasmi yang terdiri dari seramai 20 orang wanita yang masing-masing\nbersenjatakan naginata. Turut membarisi unit yang dikenali sebagai Joshitai\nitu adalah ibu dan adik Takeko sendiri, iaitu Nakano Koko dan Nakano Yuko.", "Pasukan Joshitai ini secara sendirian melancarkan\nsebuah serangan yang bermaksud untuk menggempur pasukan imperialis dan memecahkan\npengepungan mereka. Dalam serangan tersebut, Takeko sempat membunuh seramai 5\norang pahlawan musuh sebelum dadanya sendiri ditembusi peluru yang dilepaskan\ndari jarak jauh. Walaupun pasukan tentera imperialis memiliki kekurangan dari\nsegi jumlah bilangan, kelengkapan senjata yang lebih canggih dan moden\nmembenarkan mereka untuk meraih kemenangan dalam pengepungan ke atas Istana\nWakamatsu, Pertempuran Aizu dan bahkan Perang Boshin itu sendiri sekaligus\nmenamatkan keshogunan Tokugawa dan era kewujudan samurai.", "Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir dalam\nkecamuk pertempuran yang masih berlangsung, Takeko sempat berpesan kepada\nadiknya, Yuko supaya memenggal kepalanya dan membawanya lari jauh supaya tidak\ndiambil oleh pasukan imperialis. Bagi Takeko, biar terkorban di medan perang,\ntapi jangan sampai kepala dijulang oleh musuh yang menang. Lantas, Yuko pun\nmemenuhi wasiat tersebut dan membawa kepala kakaknya ke Kuil Hokai yang kini\nterletak di Aizubange Fukushima. Yuko kemudian mengebumikannya berhampiran\nsebatang pokok. Berdekatan dengan pusara Takeko turut dibinakan sebuah tugu\nperingatan bagi mengenang keperwiraannya yang gugur di usia yang begitu muda –\n21 tahun. Di usia sedemikian muda, Takeko berjaya menempa namanya dalam rekod\nsejarah. Sedangkan dalam usia yang sama, penulis hanya mampu merekodkan semula\nsejarahnya dalam bahasa ibunda. ", "Takeko…\nJika hayatnya diragut dalam Perang Boshin yang memenangkan musuhnya, imperialis,\nsekaligus memulakan era Meiji yakni titik mula kemodenan dan kemajuan Jepun,\nmaka namanya terus hidup dan harum berkat perang sama yang mendendangkan\nkeperwiraannya sekaligus menjadikannya sebagai simbol kebanggaan apabila\nistilah onna bugeisha atau samurai wanita disebutkan. ", "Malah sehingga ke hari ini, dalam Festival Tahunan\nMusim Luruh di Aizu, sekumpulan wanita lazimnya akan menyertai perarakan dengan\nmemakai hakama dan kain lilit putih di kepala bagi memperingati\nperjuangan Nakano Takeko dan wirawati-wirawati Joshitai pimpinannya.", "RUJUKAN", "A History Blog. (Februari.\n2013). Nakano Takeko, 1847-1868: Last of the Samurai. Warrior Women.", "Alchetron. (Jun 2018).\nNakano Takeko.", "Brutal Barb. (Mei 2018).\nWarrior Women: Nakano Takeko, the Last Female Samurai Warrior.", "Kallie Szczepanski.\n(Februari 2019). A Long History of Japanese Women Warriors. ThoughtCo.", "Izuari Idris. (Mei 2017).\nKisah Nakano Takeko – Samurai Wanita Terakhir Jepun 1868. Iluminasi." ]
https://www.thepatriots.asia/bagaimana-suasana-ramadan-di-studio-jalan-ampas/
Bagaimana Suasana Ramadan Di Studio Jalan Ampas?
[ "Apabila tibanya bulan Ramadhan pada setiap tahun, Umat Islam diseluruh dunia wajib menjalankan ibadah puasa sebagai melaksanakan rukun Islam ketiga.", "Begitu juga suasana yang berlaku di Jalan Ampas apabila tibanya bulan Ramadhan pada setiap tahun, para seniman dan seniwati juga turut menjalankan ibadah puasa dengan penuh keimanan.", "Walaupun di dalam bulan Ramadan, aktiviti penggembaraan tetap berlangsung tetapi dalam keadaan yang minima. Di dalam bulan Ramadan juga, hanya penggembaraan ringan sahaja dilakukan untuk memberi peluang para pelakon dan kru berehat dan beribadah di bulan yang mulia ini.", "Selain beribadah, para pelakon juga melakukan aktiviti sebagaimana bulan-bulan biasa. Walaupun di dalam bulan Ramadhan, mereka juga bersukan ketika waktu lapang untuk mengisi masa mereka. Antara sukan yang sering dimainkan ialah badminton dan sepakraga.", "Para pelakon dan pekerja studio berkenaan selalunya akan sepakat untuk memasak juadah berbuka puasa terutamanya bagi pelakon yang menetap di Boon Teck Road. Mereka akan saling bertukar-tukar juadah masakan masing-masing dari pintu ke pintu ketika tiba masuk waktu berbuka.", "Terdapat juga ramai pelakon yang mempunyai kepakaran di dalam masakan mereka. Sebagai contoh, Seniman Wak Mustardjo atau dikenali sebagai Wak Joe terkenal dengan nasi ambengnya.", "Seniwati Saadiah juga dikatakan pandai membuat sambal goreng dan juga Seniwati Salmah Hitam pandai membuat nasi padang sehinggakan beliau mempunyai kedai makan milik beliau sendiri di Joo Chiat. Begitulah kesepakatan dan silaturahim yang disemai oleh para pelakon dan pekerja studio Jalan Ampas untuk menjaga keharmonian sesama mereka.", "Seniman Haji Mahadi selalunya akan menjadi Imam bagi memimpin solat Tarawih bersama jemaah dikalangan pelakon dan pekerja studio yang diadakan di sebuah surau yang dibina di kawasan studio berkenaan.", "Boleh dikatakan hampir kesemua seniman dan seniwati serta pekerja studio turut hadir untuk bersama-sama menunaikan solat Tarawih yang dipimpin Haji Mahadi. Begitu juga dengan P.Ramlee, walaupun beliau tidak lagi menetap di Boon Teck Road pada ketika itu tetapi beliau tetap menghadirkan diri bersolat bersama teman-temannya.", "P.Ramlee juga dikatakan selalu menunaikan solat Tarawih di Masjid Sultan, yang terletak di Arab Street, Kampung Gelam. Antara pelakon yang selalu bersama P.Ramlee bersolat Tarawih di Masjid berkenaan seperti S.Sudarmaji, Nordin Ahmad, Kassim Masdor, Ahmad C dan beberapa lagi rakan rapat mereka.", "Begitulah serba sedikit bagaimana para pelakon dan kru di Jalan Ampas meraikan Ramadan suatu ketika dahulu. Semoga Ramadan ini memberikan ibrah yang terbaik buat kita." ]
https://www.thepatriots.asia/tahukah-anda-bahawa-tamadun-barat-dulu-sangat-pengotor/
Tahukah Anda Bahawa Tamadun Barat Dulu Sangat Pengotor?
[ "Kalau kita tonton filem-filem barat tentang tokoh-tokoh atau peristiwa tertentu pada kurun ke-15 hingga 19, kita pasti dihidangkan dengan pandangan grandeurs kehidupan golongan-golongan bangsawan, orang kaya serta kerabat diraja yang memukau. Contohnya saya ambil dari filem yang memaparkan tentang kehidupan Ratu Elizabeth I (Ratu Lizzy), Raja Phillipe dan Marie Antoinette, Ratu Victoria dan banyak lagi.", "Lihat sahaja pakaian mereka yang berwarna warni penuh dengan renda dan labuci serta aksesori yang dibuat indah bergemerlapan, dengan rambut-rambut palsu pelbagai warna, seluar dan kot dari satin, sutera dan baldu, kasut bertumit tinggi dan sebagainya. Lihat juga senibina istana-istana contohnya Istana Versailles dan Buckingham, serta barisan demi barisan kedai-kedai serba aneka di kotaraya-kotaraya seperti Paris dan London.", "Anda pasti kagum dan terfikir, hebat sungguh bangsa barat dan ketamadunan mereka bukan? Anda pasti tertanya-tanya mengapa keadaan seperti itu tidak wujud dalam tamadun melayu. Yang ada hanya istana-istana kayu yang mudah reput, kedai-kedai dari buluh beratap rumbia dan jalan-jalan denai yang becak serta berlopak…serta penjaja-penjaja yang duduk bersila atas tanah. Pakaian pula hanya sehelai sepinggang,ada yang berkemban dan digambarkan lusuh, compang camping dengan warna yang hampir sama bagi semua orang yakni bertona tanah, hitam dan putih. Tiada sistem peparitan dan tali air serta tiada pusat-pusat ilmu dan membeli belah seperti di barat.", "Well guess what ,you are wrong!  Minda anda telah terprogram dengan filem-filem sebegini yang banyak propa dari betul. Keadaan sebenar adalah jauh panggang dari api. Tahukah anda bagaimana keadaan London pada zaman Ratu Lizzy pertama?", "Disebut sendiri oleh sejarawan Inggeris bahawa seluruh jalan-jalan di London penuh dengan tahi dan kencing manusia dan haiwan serta sampah sarap. Dianggarkan bahawa, pengumpulan najis-najis serta sampah sarap ini adalah seberat 60 tan! Setiap hari akan ada budak-budak pemungut najis menggunakan penyodok untuk mengangkut najis-najis ini ke Sungai Thames.", "Pada zaman itu adalah perkara biasa bagi seseorang yang tinggal di tingkat atas rumah kedai untuk membuang air besar melalui tingkap yang menghadap ke jalan. Bagi yang lebih sopan mereka akan membuang air besar di dalam baldi dulu sebelum mencampakkan ke jalan! Semua najis dan sampah akan dibuang di tengah jalan dan pada zaman inilah kasut tumit tinggi dicipta untuk mengelakkan kaki dari tenggelam dalam tahi!", "Jadi di mana sistem peparitannya? Sungai Thames itulah parit, itulah sumber air. Dilaporkan bahawa sungai tersebut telah terlalu tercemar hinggakan tidak ada orang yang berani minum airnya untuk beberapa ratus tahun. Pepatah inggeris ada menyebut ‘from breast to the beer bottle’ yang bermaksud sehinggakan sehinggakan bayi pun minum beer sebab tiada sumber air selamat untuk diminum. Pada zaman Sir Francis Light dan Stamford Raffles datang ke alam melayu, keadaan mungkin tidak sekotor itu namun amalan membuang sisa kumbahan ke sungai masih berterusan dan amalan tidak mandi untuk beberapa bulan malah tahun juga adalah perkara biasa.", "Di Paris pula pada zaman Napoleon dan Marie Antoinette keadaan bandar Paris sama macam London hinggakan sejarawan mengatakan bahawa ‘Paris was the foulest and smelliest cities in Europe’. Jadi, anda bayangkanlah.", "Tahi mereka merata-rata… mungkin kedengaran bodoh bukan, tapi inilah kenyataannya. Bangsa yang sebahagian dari kita banggakan sebagai bertamadun dan maju hidup hanyalah indah khabar dari rupa.", "Sebab itulah Paris terkenal dengan pembuatan minyak-minyak wanginya sebab nak tutup bau tahi yang melekat pada badan mereka! Amalan berak merata adalah lumrah bagi warga Paris dan kota-kota besar yang lain baik dari golongan bangsawan, orang biasa hinggakan golongan diraja!", "Istana Versailles yang dianggap sebagai antara yang tercantik, terbesar dan terhebat di Eropah pada zaman itu juga indah khabar dari rupa. Istana ini memang penuh dengan perhiasan serta perabot-perabot yang mahal-mahal dan cantik malah bertatah emas dan permata, namun menurut sejarawan, istana ini juga mendapat gelaran sebagai ‘kubang tahi’ atau cesspool. Ramai delegasi-delegasi dari luar perancis yang bertandang ke istana tersebut tidak tahan dengan bau busuk dan kekotoran dalam istana itu. Digambarkan bahawa oleh kerana istana ini terlalu besar dan jumlah bilik air adalah sedikit maka para dayang dan pekerja istana malah tetamu-tetamu diraja terpaksa ‘melepaskan pelaburan mereka’ di tepi-tepi tingkap, belakang pintu, disebalik langsir serta di sekitar koridor istana dan bawah tangga!", "Sama ada lelaki atau perempuan, datuk or datin, tengku or tengku putri, Tun or Toh Puan (malas nk tulis gelaran-gelaran barat) semuanya akan buang air besar dan kecil’ di merata-rata tempat bagaikan haiwan. Saya pernah terbaca bahawa ada seorang bangsawan wanita yang buang air besar sambil berjalan tanpa membuka pakaiannya. oleh kerana pada zaman itu semua wanita bangsawan memakai kain kembang yang besar jadi tiada siapa yang perasan bahawa dia sedang membuang air besar’.", "Najisnya itu terpaksa dibersihkan oleh orang suruhannya. Seperti orang Inggeris, orang Perancis juga tidak suka mandi, cuma Marie Antoinette sahaja yang mandi agak kerap yakni 2 minggu sekali dan baginda mandi dengan pakaian penuh. Gigi mereka juga reput dan hitam sebab banyak makan gula dan tak gosok gigi.", "Ratu Lizzy contohnya mempunyai gigi yang hitam sepenuhnya hinggakan rakyatnya ingat itu adalah satu trend baru yg harus diikut. Rakyat England juga mengikut kebiasaan Ratu Lizzy yang suka sapu kapur pada seluruh muka untuk tutup kulitnya yang berkedut dan rosak.", "Cuba anda bayangkan…keterangan-keterangan yang saya berikan ini tentu bertentangan dengan filem-filem yang anda pernah tonton bukan? Masih lagi nak berbangga dengan tamadun barat yang jijik dan pengotor ini?", "Sistem perparitan konon…sistem peparitan di England hanya wujud pada abad ke 19 yakni sekitar tahun 1850-an tepat dengan zaman kemasukan british ke tanah melayu itupun sebab peristiwa THE GREAT STINKS. Kalau saya ada masa itu saya akan kata kat depa ‘eleh baru belajar buat longkang dah pandai nak kata orang melayu pengotor dan tak bertamadun’.", "Bacaan Lanjut:", "A Brief History of Toilets (http://content.time.com/time/health/article/0,8599,1940525,00.html)", "London’s ‘Great Stink’ and Victorian Urban Planning (http://www.bbc.co.uk/history/trail/victorian_britain/social_conditions/victorian_urban_planning_04.shtml)", "The Great Stink of Paris and the Nineteenth-Century Struggle against Filth and Germs by David S Barnes ~ perfume books (http://www.nstperfume.com/2010/07/23/the-great-stink-of-paris-and-the-nineteenth-century-struggle-against-filth-and-germs-by-david-s-barnes-perfume-books/)", "Think Your City is Dirty? Try Living in 19th Century London. (http://www.apartmenttherapy.com/think-your-city-is-dirty-try-living-in-19th-century-london-npr-217301)", "The filthy, stinking truth (http://www.salon.com/2007/11/30/dirt_on_clean/)", "Hanging Out at La Morgue in 19th Century Paris\n(https://www.geriwalton.com/hanging-out-at-la-morgue-in-19th-century-paris/)" ]
https://www.thepatriots.asia/pertempuran-midway-tamatnya-impian-jepun-menguasai-dunia/
Pertempuran Midway: Tamatnya Impian Jepun Menguasai Dunia
[ "Dalam P3rang Dunia Kedua (WWII), kita telah sedia maklum di Asia ada kuasa besar yang bercita-cita melahirkan empayar terbesar dunia dengan teknologi ketenteraan paling ampuh ketika itu. Ya, kuasa besar itu adalah Jepun di fasa pemerintahan Maharaja Meiji.", "Kita mengetahui Jepun mula menunjukkan taring dari Pearl Harbour pada 7 Disember 1941, di mana pangkalan tentera laut US mengalami kesengsaraan dari serangan hendap rombongan kapal p3rang diraja Jepun. Di sini Jepun mula bangga dan percaya kuasa Jepun mampu menandingi US dari segi ketenteraan. Bagi Jepun, ini adalah peluang terbaik untuk negara-negara Asia keluar dari genggaman Pihak Bersekutu (Allies).", "6 bulan kemudian, iaitu pada tarikh 3 Jun 1942 Jepun sekali lagi melakukan invasi terhadap pangkalan tentera laut US seterusnya iaitu di pulau kecil (atoll) Midway. Jepun mempunyai cita-cita terhadap Lautan Pasifik iaitu menghalau segala pangkalan-pangkalan tentera laut US di seluruh Pasifik. Demi mencapai cita-cita ini, komander tentera laut diraja Jepun iaitu Isaroku Yamamoto mengadakan serbuan mengejut di Midway bagi mewujudkan lagi kegemilangan kedua selepas Pearl Harbor. Mengapa Jepun memilih Midway? Kerana Midway adalah barisan kehadapan tentera laut US. Jadi tidak hairanlah mengapa begitu ‘kamikaze’ Jepun mahu menyerang Midway.", "Ada tiga buah strategi untuk Jepun melaksanakan invasi mengejut terhadap Midway. Pertama, adakan serangan udara oleh barisan hadapan kapal p3rang Carrier Aircraft Jepun iaitu Akagi, Kaga, Soryu, dan Hiryu yang diketuai oleh Timbalan Laksamana Chuichi Nagumo. Kedua, adakan serangan mengejut kapal p3rang dan tentera arahan Timbalan Laksamana Nobutake Kondo. Ketiga, apabila bantuan ketenteraan US bakal tiba dari Pearl Harbor, pasukan tentera laut Nagumo dan Yamamoto bersedia menyerang hendap tentera bantuan US yang menunggu di 600 batu dari Midway. Inilah perancangan rahsia Jepun yang mereka harap tiada kebocoran dari pihak tertentu.", "Namun malangnya US telah mengesan tindak tanduk Jepun. Para penganalisi kod tentera US memecahkan kod komunikasi Jepun seminggu sebelum Pertempuran Midway. US mengetahui Jepun bakal menyerang di kawasan Pasifik, lebih tepat di lokasi mereka gelar sebagai ‘AF’. Untuk memastikan bahawa lokasi ‘AF’ itu adalah Midway, tentera laut US menghantar mesej palsu dan mesej itu direspon oleh Jepun dan operator radio Jepun menghantar mesej berkaitan ‘AF’. Maka benarlah bahawa lokasi ‘AF’ adalah Midway.", "Armada tentera laut diraja Jepun begitu luas dan bertebaran, jadi Yamamoto harus mengatur strategi invasi kepada anak buah melalui radio. Perkara ini menguntungkan US kerana keupayaan mereka memecah kod komunikasi membolehkan mereka mendengar segala perancangan Jepun dan bila tarikhnya Jepun menyerang. Laksamana Chester W. Nimitz, ketua komandan pasukan tentera Pasifik US merancang plot untuk membalas serangan Jepun melalui informasi mereka peroleh.", "Masuk 3 Jun 1942, bermulanya invasi Jepun dengan kapal-kapal p3rang agung mereka menyerang Midway. US memulakan serangan pertama mereka dengan menghantar pasukan kapal terbang pengebom iaitu B-17 Flying Fortess, menyerang armada Kongo yang US sangkakan bahawa armada itu adalah armada utama Jepun.", "B-17 sekali lagi menyerang kedua kali terhadap armada hadapan Jepun, namun gagal juga mengebom armada utama. Manakala Nagumo menyerang seperti apa mereka rancangkan: menghantar 108 buah kapal terbang p3rang dari kapal Aircraft Carrier Akagi, Kaga, Soryu, dan Hiryu menyerang Midway. Serangan pertama Jepun menyebabkan kerosakan teruk pada pangkalan US namun ia terhenti pada 7 malam. Jadi pertahanan pangkalan US masih berfungsi walaupun teruk dikerjakan oleh keempat-empayar kapal p3rang Aircraft Carrier hadapan Jepun.", "Tidak lama kemudian, kapal terbang p3rang US memulakan serangan seterusnya terhadap keempat-empat kapal p3rang Aircraft Carrier Jepun itu tapi gagal lagi. Semasa kapal terbang diisi peluru untuk serangan seterusnya, tentera pemantau Jepun mengesan kehadiran beberapa buah kapal p3rang US termasuk kapal Aircraft Carrier Yorktown yang nyawa-nyawa ikan akibat dihentam teruk Jepun pada p3rang lepas. Nagumo mengubah strategi p3rang dengan menghantar kapal terbang p3rang yang baru diisi peluru menyerang habis-habisan armada US yang berada di timur Midway.", "Sedang leka Jepun menyerang armada Yorktown, gerombolan kapal terbang p3rang US bernama Devastator yang dilepaskan dari kapal p3rang Aircraft Carrier Enterprise dan Hornet menyerang kapal p3rang Jepun. Namun serangan Devastator gagal kerana ditembak oleh kapal terbang Fighter Zero. Jalan terakhir US adalah menghentam kapal p3rang Aircraft Carrier Jepun dengan tembakan peluru oleh kapal p3rang mereka. Strategi itu berjaya dengan terbakarnya kapal p3rang Akagi, Kaga, dan Soryu kerana ketiga-tiga kapal lambat sediakan kapal terbang mereka untuk serangan seterusnya.", "Hanya kapal p3rang hadapan Jepun yang terakhir, Hiryu melakukan serangan terakhir kepada kapal p3rang Yorktown. Kemudian Hiryu terbakar setelah diserang bertalu-talu oleh kapal terbang pengebom dari Enterprise, Hornet, dan Yorktown.", "Terbakarnya kapal p3rang hadapan Jepun itu maka berakhir serangan Jepun kepada Midway pada 4 Jun. Walaupun berakhir, tentera US masih menyerang saki-baki kapal perang Jepun selama 2 hari. Kapal Destroyer US iaitu USS Hamman melindungi Yorktown yang hampir musnah dalam operasi penyelamat namun pada 6 Jun datang 6 buah kapal selam Jepun menembak kedua-dua kapal p3rang US itu sehingga tenggelam.", "Pada 6 Jun itu juga Yamamoto mengarahkan anak buahnya berundur. Maka berakhirnya Pertempuran Midway. Jepun kehilangan 3000 orang tentera, 300 buah kapal terbang p3rang, sebuah kapal Heavy Cruiser dan 4 buah kapal Aircraft Carrier utama Jepun. Manakala US hanya kehilangan kapal p3rang Yorktown dan Hamman, 145 buah kapal terbang p3rang, dan 360 orang penjawat khidmat p3rang.", "Melihat keputusan Pertempuran Midway, US semestinya menang berterima kasih kepada nasib baik menyebelahi US. Manakala Jepun tidak lagi berimpian meluaskan jajahan di Pasifik dan hanya mengukuhkan pertahanan sepanjang WWII berlangsung. Pertempuran ini juga memberi semangat lagi kepada US untuk melemahkan moral Jepun setelah Pasifik kembali dikuasai Pihak Bersekutu.", "RUJUKAN:", "Barde, Robert E. (December 1983). “Midway: Tarnished Victory”. Military Affairs. 47", "Isom, Dallas Woodbury (2007). Midway Inquest: Why the Japanese Lost the Battle of Midway. Bloomington, Indiana: Indiana University Press.", "Miller, Donald L. (2001). The Story of World War II. New York: Simon & Schuster.\n\n" ]
https://www.thepatriots.asia/thanksgiving-day-festival-kesyukuran-warga-barat/
Thanksgiving Day: Festival Kesyukuran Warga Barat
[ "Hari Kesyukuran atau dikenali dengan nama ‘Thanksgiving Day’ ialah perayaan kebangsaan yang disambut oleh warga negara-negara Barat seperti AS, Kanada, Grenada, dan Liberia. Perayaan ini disambut bagi mensyukuri dan menghargai pengorbanan kepada rezeki tuaian sepanjang setahun.", "Perayaan ini lebih kurang macam festival menuai yang disambut oleh kaum-kaum Asia. Hari Kesyukuran biasanya disambut pada hari Isnin kedua dalam bulan Oktober di Kanada dan hari Khamis keempat dalam bulan November di AS dan negara-negara Barat lain.", "Dalam budaya sambutan warga AS, labu dan ayam belanda adalah jamuan utama Hari Kesyukuran. Sebab itulah ayam belanda begitu sinonim dengan perayaan ini.", "SEJARAH HARI KESYUKURAN", "Sejarahnya bermula dari tradisi orang Inggeris yang mengamalkan doa dan melakukan upacara kesyukuran selepas musim menuai. Kemudian budaya ini dibawa ke America Utara ketika berlaku Reformasi Protestant.", "Tradisi kesyukuran ini dimulakan ketika zaman pemerintahan raja Inggeris bernama Henry VIII. Sebelum tahun 1536 terdapat cuti umum gereja sebanyak 95 hari dan 52 hari cuti pada hari Ahad di mana warga Inggeris harus pergi ke gereja untuk menunaikan ibadah. Kemudian gereja-gereja Inggeris mengalami reformasi sehingga cuti umum gereja dikurangkan sehingga 27 hari.", "Walau bagaimanapun, golongan Puritan dari gereja Anglican menuntut supaya menghapuskan kesemua cuti umum gereja. Dari sini, nama-nama cuti umum diubah kepada nama ‘Days of Fasting’ dan ‘Days ofThanksgiving’. Days of Fasting adalah cuti umum untuk penganut Kristian berpuasa sebagai tanda hukuman Tuhan dari bencana dan korupsi, manakala Days of Thanksgiving ialah cuti umum untuk mereka mensyukuri nikmati tuaian dan rezeki dari Tuhan.", "HARI KESYUKURAN DI KANADA DAN AS", "Terdapat 2 versi sejarah pembawaan budaya sambutan Hari Kesyukuran di benua Amerika iaitu: Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Menurut sesetengah sejarahwan Kanada, pelayar England bernama Martin Frobisher ialah warga England yang bertanggungjawab membawa sambutan Hari Kesyukuran pada tahun 1578, ketika dalam usaha membina Laluan Barat Laut di utara Kanada. Namun ada antara sejarahwan menyatakan bahawa asal-usul pembawaan sambutan Hari Kesyukuran ke Kanada tidak jelas.", "Selain kedua-dua pendapat ini, pendapat ketiga juga dibentangkan dengan mengandaikan bahawa pendahulu kepada budaya tersebut dari penduduk kaum Perancis yang menetap di New France pada abad ke-17 Masihi. Dikatakan warga Perancis ini menyambut festival pada akhir musim menuai dan teruskan perayaan sepanjang musim sejuk dengan berkongsi jamuan dengan kaum asal sana.", "Selepas tahun 1700, sambutan Hari Kesyukuran pada lewat musim luruh telah menjadi kebiasaan. Imigran-imigran Eropah lain seperti Ireland, Scotland, dan Jerman juga menyambut Hari Kesyukuran mengikut budaya masing-masing. Imigran British juga tidak ketinggalan amalkan sambutan ini setelah bermigrasi dari AS.", "Pada tahun 1859, kerajaan Provinces of Canada mengisytiharkan Hari Kesyukuran sebagai hari cuti umum untuk warga Kanada fokus beribadah kepada Tuhan. Masuk 9 Oktober 1879, Gabenor Jeneral Kanada bernama Marquis of Lorne mengisytiharkan tarikh 6 November sebagai tarikh rasmi Hari Kesyukuran. Walau bagaimanapun, Kanada tetap mengikut sistem Isnin kedua bulan Oktober untuk menetap tarikh perayaan mereka.", "Di AS pula, tradisi sambutan perayaan ini terawal dicatat pada tahun 1619 oleh warga wilayah Virginia. Pada 4 Disember 1619, koloni Inggeris merentasi Sungai James menggunakan kapal Dan memulakan penempatan di Virginia. Kemudian mereka mengadakan festival sempena penempatan Virginia mereka ini. Dari sinilah generasi warga Virginia memperingati penempatan awal moyang mereka dengan mengadakan Hari Kesyukuran.", "Terdapat juga keluarga Inggeris Kristian dari kumpulan Pilgrim dan Puritan bermigrasi ke AS pada 1620-an dan 1630-an. Mereka juga membawa budaya Hari Kesyukuran dalam komuniti New England. Keluarga kumpulan Pilgrim dan Puritan ini menyambut perayaan dengan memberikan sumber makanan kepada kaum asal terdekat seperti Wampanoags dan Patuxet bagi menempuh musim sejuk. Namun mereka mahukan balasan budi iaitu mendapatkan perlindungan dari kaum asal yang bermusuh iaitu Narragansett.", "Maka, New England dikatakan wilayah pertama menyambut Hari Kesyukuran berkat kehadiran keluarga Pilgrim dan Puritan yang menetap di kota Plymouth dan Boston. Pada ketika itu, ketua sivil biasanya menganjurkan Hari Kesyukuran Plymouth dan Boston.", "Banyak konflik tentang siapakah yang mengasaskan Hari Kesyukuran sehingga melibatkan ahli politik namun pada tahun 1863, presiden Abraham Lincoln mengisytiharkan Hari Kesyukuran sebagai cuti umum AS dan pada tahun 1941, sistem hari Khamis keempat bulan November dijadikan rujukan untuk penetapan perayaan AS ini.", "Kini, Hari Kesyukuran menjadi hari mensyukuri nikmat dunia bagi warga Kristian seluruh dunia dengan mengadakan jamuan besar dan beribadah di gereja.", "RUJUKAN:", "Baker, James W. (2009). Thanksgiving: The Biography of an American Holiday. UPNE.", "Colman, Penny (2008). Thanksgiving: The True Story. Macmillan.", "Hillstrom, Laurie Collier (2007). The Thanksgiving Book: A Companion to the Holiday Covering Its History,", "Lore, Traditions, Foods, and Symbols, Including Primary Sources, Poems, Prayers, Songs, Hymns, and Recipes : Supplemented by a Chronology, Bibliography with Web Sites, and Index. Omnigraphics." ]
https://www.thepatriots.asia/sulli-deals-bila-gambar-wanita-muslim-jadi-mainan-hindutva/
Sulli Deals – Bila Gambar Wanita Muslim Jadi Mainan Hindutva
[ "Pandemik mencetuskan berbagai-bagai idea bagi melepaskan kebosanan. Antaranya dengan menubuhkan beberapa komuniti di media sosial, seperti ‘Masak Apa Hari Ini’, ‘Tukang Apa Hari Ini’, dan ‘Lawak Apa Hari Ini’. Ia komuniti yang relatif sihat dan selamat; sekadar untuk berkongsi cerita dan jenaka.", "Tren ‘yada-yada Apa Hari Ini’ juga ada di India. Cuma di sana, ia sikit berbeza dan agak melanggar norma. Bayangkan, komuniti yang dibina adalah ‘Muslimah Mana Modal Kita Hari Ini’. Sekali baca pun boleh naik bulu roma.", "Ceritanya begini. Masih ingat lagi isu perlecehan ustazah di Singapura pada Mei lepas? Di mana, nama dan gambar dua belas orang ustazah dinaikkan tanpa pengetahuan mereka oleh individu tidak bernama ke dalam satu undian – undian ‘ustazah mana paling sesuai dira.tah beramai-ramai’. (Baharudin, 2021).", "Julai lalu, kes serupa berlaku di India. Cuma di sana, motivasinya lebih rumit. Bukan sekadar nafsu dan fantasi. Tetapi, ia turut didorong oleh sentimen politik, agama, dan budaya. Yakni, budaya memanggil wanita Muslim sebagai ‘Sulli’.", "Iya, Sulli. Bukan mendiang Sulli bintang K-Pop itu. Tapi ‘sulli’ – istilah slanga bagi menghi.na wanita Muslim. Biasanya, yang pakai istilah ini adalah pelampau Hindutva. Jadi bersempena istilah tersebut, mereka ada bangunkan satu aplikasi bernama Sulli Deals.", "Aplikasi ini berfungsi sama saja seperti permainan yang biasa kita layan bila bosan di Facebook; akses ke laman permainan, klik satu butang, dan kita pun akan dapat jawapan muka kita serupa dengan artis mana.", "Dalam aplikasi Sulli Deals juga pengguna hanya perlu klik satu butang – ‘Cari sulli untuk dibuat modal anda hari ini’. Selesai klik, skrin akan paparkan sekeping gambar wanita Muslim secara rawak. Kemudian seperti biasa, pengguna akan kongsikan ke media sosial (Twitter biasanya). Lalu, jadilah ia seumpama satu permainan; “Weh, aku dapat awek ini. Kau pula dapat siapa?” (Ramesh, July 2021)", "Bermula dari seorang pengguna, berjangkit jadi dua dan tiga. Seterusnya dan seterusnya. Sampailah pada 4 Julai, setelah beroperasi selama 20 hari, aplikasi ini mula diketahui ramai (Pandey, 2021) – termasuk oleh mang.sa sendiri yang jumlahnya kira-kira 83 orang, mungkin lebih. (Khan, 2021)", "Kebanyakan mang.sa menetap dalam negara. Namun ada juga yang berada di luar negara. Tetapi yang pasti, semuanya Muslim. Rata-rata mereka malah berpendidikan dan berkedudukan; jurnalis, aktivis, artis, dan saintis. Sebab itu, Sulli Deals bukan sekadar pelampias fe.tish tetapi juga se.rangan dari kumpulan fa.sis.", "Memetik Rana Ayyub (kolumnis di The Washington Post yang juga salah seorang mang.sa), “Mereka (pelampau sayap-kanan Hindu) percaya, satu-satunya cara untuk malukan dan diamkan kami (wanita Muslim) adalah dengan melakukan se.rangan sek.sual dan jadikan kami objek s.ek.s. Bagi mereka, kami perlu ‘dikurung’.” (Bakshi, 2021)", "Dan memang, sebilangan mereka jadi murung. Sampai perlu tutup akaun media sosial. Manalah tidak. Nama dan gambar dah disek.sualkan oleh entah siapa-siapa. Tidak cukup begitu, akaun mereka ditag pula pada hantaran berkaitan (Ramesh, July 2021). Bila begini, hendak keluar rumah pun fikir dua kali.", "Apatah lagi pada hari ini, internet sudah semakin meniti realiti-maya. Di sinilah tempat kita bersosial, di sinilah kita berjual, dan di sini jugalah kita membina nama serta label. Justeru, setiap kali kita mengakses media sosial, setiap kali itu jugalah kita umpama singgah ke bandar-maya. Alih-alih, ada pula malaun yang mahu timpakan bahaya – ingin perko.sa dan sebagainya.", "Atas sebab itu pada Julai lalu, lebih 200 nama besar di dunia mengirim petisyen kepada pemilik Google, Facebook, TikTok, dan Twitter – meminta supaya keselamatan ditingkatkan khususnya buat pengguna wanita. (Holt, 2021)", "Semangat ini kemudian diambil oleh sebilangan besar mang.sa Sulli Deals, dengan diketuai antara lain oleh Hana Mohsin Khan, seorang juruterbang. Dia kumpulkan belasan mang.sa dalam satu group WhatsApp dan dapatkan sebanyak mungkin bukti (tangkap layar berkenaan).", "Kemudian dengan kerjasama Delhi Comission for Women (DCW), laporan demi laporan polis dibuat bermula dari 6 hingga 12 Julai. Masing-masing di bawah Sesyen 509, Seksyen 354A, dan Seksyen 66 & 67 atas kesalahan menghi.na kehormatan wanita, melakukan se.rangan sek.sual, dan memindahkan kandungan lu.cah (Ramesh, August 2021).", "Namun setakat ini, tiada tangkapan dibuat. Satu-satunya tindakan susulan yang diterima adalah daripada syarikat GitHub sendiri (yang platform pengehosannya disalahgunakan oleh pembangun Sulli Deals).", "Erica Brescia, CEO GitHub, dalam laman Twitter mengesahkan yang aplikasi berkenaan sudah pun diturunkan. Akaun pengguna yang terlibat juga digantung. Namun sehingga kini, tiada kenyataan lanjut dibuat – terutama tentang identiti pembangun aplikasi.", "Bila identiti pelaku tidak diketahui, proses pengha.kiman pun sukar dijalankan. Sudahnya, isu ini ditutup begitu sahaja; terku.bur bersama masa.", "Sebab itu, wajar kenyataan daripada Hana Khan, “Ramai suruh saya berhenti muat naik gambar (ke media sosial). Tapi persoalannya, kenapa pula saya yang perlu berhenti? Kenapa bukan kes ini yang perlu dielakkan dari terjadi? Dan, sampai bila baru tindakan (undang-undang) dapat dilaksanakan?” (Ramesh, July 2021)", "Luahan ini memang difahami. Tetapi, apa yang boleh dibuat? Sulli Deals bukanlah kes pertama seumpamanya.", "Tanggal 13 Mei lalu, di kala umat Islam menyambut Aidil Fitri, saluran Liberal Doge Live kelolaan Ritesh Jha melakukan hal sama di YouTube. Di mana, imej wanita dari India dan Pakistan dipaparkan sambil dibuat bidaan – olok-olok, tentunya. (Bakshi, 2021)", "Ada yang tawarkan 10 rupee. Ada yang mahu beri 5 rupee. Gaya dah macam mahu beli ayam di pasar – tawar-menawar dengan penjual, ditepuk ditampar dagingnya ketika memilih, sambil berfikir mahu digoreng atau dimasak rempah.", "Kemudian bila ada seorang pempengaruh membongkar aktiviti je.lek itu di Twitter, habis akaunnya dise.rang berjemaah. Gambarnya diambil, disunting berbaur lu.cah, lalu diapungkan bersama kapsyen, “Sania (nama pempengaruh tadi Sania Ahmad) mana yang patut aku masukkan dalam harem?” Hantaran itu kemudian disambut dengan komen, “Buat apa pilih kalau boleh ba.lun semua? Sudah habis ba.lun, buang saja mereka.”", "Agak lancang, tapi memang perkara begini jadi norma. Hatta Amnesty International India sendiri mengakuinya. Januari lepas, ia melaporkan hampir 100 orang politikawanita menjadi bahan gurauan sek.sual di Twitter semasa pilihan raya Lok Sabha. (Jebaraj, 2019)", "Mereka diperlecehkan bukan cuma kerana jantina, tetapi agama dan penglibatan dalam politik. Iya, politik berdiri teguh di sebalik perkara ini. Lebih-lebih lagi dasar parti BJP memang anti-Islam. Ambil contoh kes Jun tahun 2018 (TOI, 2018).", "Menteri Perpaduan (Jayant Sinha) sendiri bergambar dan mengalungkan bunga malai pada lapan orang penje.nayah yang didakwa terkait dalam kes pembu.nuhan seorang Muslim. Kalau Menteri Perpaduan pun begini, faham-faham sajalah tara mana sensitivi dia.", "Perkara ini apa pun tidak pelik. Vinayak Damodar Savarkar, salah seorang pemikir utama Hindutva sendiri menulis dalam bukunya, Glorious Epochs of Indian History bahawa pemer.ko.saan ke atas wanita Muslim adalah satu percaturan politik (yakni, tak main setakat fitnah sesama ahli politik, hidupkan juga sentimen dengan ro.gol wanita lain agama).  Masa sama, ia juga bagai membalas den.dam atas ‘je.nayah’ Islam di India pada zaman pertengahan.", "Realiti ini turut dikongsikan oleh Assem Sundan (pengasas-bersama The Rhyme Republic) ketika mengulas fasal isu Sulli Deals (Nabiya Khan, 2021). Kata Assem, satu hari semasa di sekolah, ada seorang senior bertanya sama ada dia Muslim atau bukan. Dia pun jawab, bukan. Dia Hindu.", "Terus sahaja senior tadi bercerita pada dia tentang imaginasinya terhadap adik perempuan seorang kawan Muslim ini – terperinci dengan segala posisi. Katanya, keluarga dia memang biasa bercerita dan berimaginasi (terhadap wanita Muslim) begitu. Itu, menurut Assem, adalah kali pertama dia dihadapkan dengan budaya ro.gol (ra.pe culture) bersulam Islamofo.bia.", "Kisah Assem ini menunjukkan betapa ia berakar dari persekitaran yang membiasakan lalu menjalar menjadi isu besar seperti Sulli Deals.", "Dan sebagai muhasabah, realiti ini malangnya tidak terkecuali di negara kita. Wa ima dalam kes melibatkan aktivis alam sekitar pada Ogos (Alena, 2021), selebriti pada Oktober (Sallehuddin, 2021), mahupun atlit renang pada Mei (Hui, 2021).  Semuanya berkongsi pangkal yang sama – iaitu, hilang segan untuk bersembang tentang kelu.cahan.", "Jadi sebagai peringatan bersama, hentikan dan jangan biasakan.", "RUJUKAN:", "Alena. (2021, 3 September). M’sian Activist (ditapiskan) Harassed, Gets (ditapiskan) with Fake (ditapiskan) Hand & Acid (ditapiskan). World of Buzz.", "Baharudin, Hariz. (2021, 27 May). Police investigating (ditapiskan) poll ranking female Islamic teachers; President Halimah and other leaders criticise poll. The Straits Time.", "Bakshi, Asmita. (2021, 12 July). Sulli Deals: Indian Muslim women offered for (ditapiskan) in ‘auction’. Al-Jazeera.", "Holt, Kris. (2021, 1 July). Facebook, Google, TikTok, and Twitter pledge to improve women’s safety online. Engadget.", "Hui, Wong Kai. (2021, 25 May). Berenang dengan ‘buaya’ – atlet imbau gangguan (ditapiskan) jurulatih. MalaysiaKini.", "Jebaraj, Priscilla. (2019, 20 May). Amnesty lens on (ditapiskan) tweets against 100 women LS candidate. The Hindu.", "Khan, Nuzhat. (2021, 14 July). Sulli Deals: An Everyday Reality for Muslim Women in India. Feminism In India.", "Khan, Nabiya. (2021, 22 July). ‘Sulli Deals’ Exposed the Common Roots of Misogyny and (ditapiskan). The Swaddle.", "Pandey, Geeta. (2021, 10 July). Sulli Deals: The Indian Muslim women ‘up for (ditapiskan)’ on an app. BBC.", "Ramesh, Mythreyee. (2021, 8 July). ‘Sulli Deals’: How Photos of Muslim Women were Misused on a GitHub App. The Quint.", "Ramesh, Mythreyee. (2021, 12 August). ‘Sulli Deals’: No (ditapiskan) Made Because We Are Muslim, Say Women Seeking Probe. The Quint.", "Sallehuddin, Serimah Mohd. (2021, 20 October). ‘Saya jahil, mohon maaf Raja Farah, suami’ – Fauzi. Berita Harian.", "Times of India. (2018, 8 July). Union minister Jayant Sinha garlands 8 (ditapiskan) convicts, face opposition flak" ]
https://www.thepatriots.asia/bhutan-mendahului-negara-negara-dunia-dalam-jaga-alam-sekitar/
Bhutan Mendahului Negara-Negara Dunia Dalam Jaga Alam Sekitar
[ "Jumaat lepas, COP26 melabuhkan tirai. Beberapa persetujuan melibatkan 197 buah negara juga dicapai.", "Antara yang paling utama adalah; memastikan pemanasan global tidak melebihi 1.5 darjah Celsius, beralih dari penggunaan arang sebagai bahan api fossil, mencapai sifar pengeluaran karbon menjelang 2050, dan menyuntik dana pemulihan cuaca sebanyak $100 billion setahun kepada negara-negara kurang membangun. (BBC, 13 November 2021)", "Kalau diikutkan, sebilangan persetujuan bukanlah benda baru. Ia sekadar lanjutan dari persidangan lepas, terutama Perjanjian Paris 2015 (COP21).", "Contohnya macam suntikan dana $100 billion. Ia sebenarnya sudah dipersetujukan sejak di Copenhagen lagi (semasa COP15 pada tahun 2009). Perihal had pemanasan global pada kadar 1.5 darjah Celsius pula sudah diperingatkan sejak 2010 di Cancun (COP16).", "Cuma kali ini, liputan jadi agak menggalakkan kerana beberapa faktor. Pertama, ia acara yang tertangguh (sepatutnya diadakan tahun lepas). Kedua, ia kali pertama isu bahan api fossil seperti arang diberi keputusan serius.", "Ketiga, ia kali pertama diadakan di UK sejak Brexit. Dan keempat (untuk Malaysia), delegasi negara diwakili oleh menteri dari kerajaan baru – sebelum ini delegasi pada zaman PH diketuai oleh YB Puan Isnaraissah Munirah, Timbalan Menteri MESTECC (ringkasan pembentangan di COP26 boleh dibaca di sini).", "Tambahan, liputan bagi tahun ini lebih tertumpu. Tidak seperti dalam persidangan lalu (2019 di Madrid), di mana perhatian banyak ditumpahkan pada Greta Thunberg. Tahun ini, tumpuan lebih jelas.", "China lebih terbuka untuk bertanggungjawab bersama Amerika sebagai pengeluar karbon terbesar dunia. Negara-negara kurang membangun juga makin garang dalam membuat gesaan, diterajui Bhutan, Suriname, dan Panama. Tiga negara ini adalah satu-satunya negara negatif-karbon. Yakni, kapasiti penyerapan karbon mereka lebih besar berbanding jumlah pelepasan.", "Ambil Bhutan sebagai contoh. Ia melepaskan 2.2 juta tan karbon setahun, tetapi mampu menyerap tiga kali ganda dari jumlah itu (Rao, 2016). Sebagai perbandingan, Malaysia melepaskan sebanyak 422 juta tan karbon pada 2016. Pelepasan per kapitanya pula adalah 7.2 tan, berbanding Bhutan yang hanya 1.83 tan.", "Memang benar, Bhutan negara kecil dan kurang membangun. Saiznya cuma sepersepuluh dari Malaysia. Populasi pun tidak cecah sejuta. Nilai KDNK per kapita pula kurang tiga kali kanda. Indeks Kebahagiaannya juga di belakang kita – tangga ke-95 berbanding 81.", "Tetapi, ada sebab mengapa ia dikaitkan sebagai negara bahagia dan mesra cuaca, sekali gus dipilih untuk mengetuai 46 buah negara kurang membangun di COP26.", "Segalanya bertitik tolak daripada dasar yang diambil oleh Jigme Singye Wangchuck, raja Bhutan keempat (Chakravarty, 2019). Sejurus dimahkotakan, baginda enggan menggunakan GDP bagi mengukur indeks kemakmuran negara. Sebaliknya, apa yang dipakai ialah Gross National Happines (GNH).", "Motivasi di sebalik dasar ini ringkas. Pertama, kemakmuran adalah tentang kesejahteraan menyeluruh. Bukan hanya sekadar pendapatan. Kedua, baginda mahu mengimbangkan antara pemodenan dan pemeliharaan.", "Justeru dalam indeks GNH, ada empat tiang utama – iaitu pembangunan sosio-ekonomi yang setara dan berdaya tahan, pemeliharaan alam sekitar, pemupukan budaya, dan pentadbiran yang cekap. Setiap satu kemudian dipecahkan kepada sembilan elemen, dan setiap elemen dipecahkan lagi kepada 33 petanda (rujuk gambar).", "Indeks ini diukur setiap lima tahun, melalui Centre for Bhutan Studies and GNH Research. Prosesnya berjalan sama seperti bancian. Cuma, dalam borang yang diberi ada soalan-soalan terperinci.", "Antaranya, “Berapa kerap anda sembahyang?” “Berapa banyak masa dan wang yang anda luang untuk masyarakat?” “Berapa lama anda tidur dan bekerja?” “Berapa kerap anda berteng.kar dengan keluarga?” “Adakah anda percayakan jiran tetangga?” dan sebagainya. (McCarthy, 2018)", "Ini baru sedikit contoh. Ikutkan, ia mengandungi sehingga 300 soalan. Lengkap segala aspek. Mahu jawab pun ambil masa sampai tiga jam.", "Sebab itu, walaupun kurang maju, Bhutan sinonim dengan kebahagiaan (atau lebih tepat, kebercukupan). Kerana ia mementingkan banyak aspek kehidupan dan tidak bersikap keterlaluan – tidak terlalu moden dan tidak terlalu mundur.", "GDP negara itu cuma $2.4 billion (2020). Majoritinya dijana oleh eksport tenaga hidro (70% dari penghasilan). Dengan jumlah itu, ia mampu memberi pendidikan dan khidmat kesihatan percuma kepada rakyat. Bekalan elektrik juga tersedia hatta di kawasan terpencil; percuma dengan akses 100%. Sampai tidak perlu lagi mereka ambil kayu api dari hutan (Rao, 2016).", "Bercakap pasal hutan, Bhutan memang terkehadapan dalam soal penjagaan. Lebih 72% dari negara itu dipenuhi hutan, dengan 42.7% daripadanya diwartakan sebagai hutan simpan (Gawel, 2016). Mereka malah ada perlembagaan khusus yang menetapkan supaya kadar litupan hutan negara adalah 60%. Di Malaysia, tetapannya adalah 50% dengan nilai litupan negara pada 2018 ialah 55.3% – yakni hanya bertambah 2.6% sepanjang 2005-2018. (Rodzi, 2021)", "Eksport kayu balak pula usahlah dicerita. Ia memang diharamkan (walaupun ironi, Bhutan juga mengimport kayu balak dari India). Apa yang digalakkan, adalah penanaman semula hutan. Sampaikan pada tahun 2015, Bhutan pernah memecah rekod dunia dengan menanam hampir 50,000 batang pokok dalam masa sejam –melibatkan hanya 100 orang sahaja.", "Dengan penjagaan hutan dan penjanaan tenaga hidro yang cemerlang, Bhutan jelas memberi teladan baik sebagai negara negatif-karbon. Ini bagaimana pun tidaklah bermaksud Bhutan bebas dari pence.maran dan menolak pembangunan.", "Malahan pada 2019, nilai import gas petroleum cecair (LPG) mereka meningkat sebanyak 339 metrik tan. Bekalan petrol juga meningkat dari 46,932 kilo liter (KL) pada 2018 kepada 50,882 KL pada 2019. Yakni, nilai tertinggi dalam tempoh sembilan tahun (Wangmo, 2020). Cuma, semua nilai ini dipastikan dapat diserap kembali oleh dasar pelestarian yang diamalkan.", "Apapun, agak ironi apabila negara yang paling kurang membuat pence.maran dan kurang melepaskan karbon perlu menerima impak paling buruk dari perubahan cuaca. Dalam tempoh 50 tahun, lebih dua dari tiga kema.tian yang disebabkan cuaca – banjir, kebakaran hutan, dan kemarau – adalah melibatkan 47 buah negara kurang membangun. (Kramer, 2021)", "Bukan setakat kematian, ia juga menjejaskan negara yang bergantung penuh pada sektor pertanian. Bagi negara-negara pulau, kenaikan paras laut sentiasa merisaukan.", "Tuntas, wajar jika perkara yang paling digesa oleh negara-negara kurang membangun di COP26 adalah berkaitan suntikan dana $100 billion. Ia penting supaya mereka dapat menambah baik sistem anti-banjir dan menaik taraf teknologi penjana tenaga boleh diperbaharui. Sebab, tidak semua boleh mengikuti jejak Bhutan dalam menjana tenaga hidro.", "Memetik Presiden Malawi, “Ini bukan kerja kebajikan. Jadi, laksanakan janji (untuk beri dana) atau mari bina.sa bersama kami.”", "RUJUKAN:", "Kramer, Daniel. (2021, 3 November). COP26: What do the poorest countries want from climate change? BBC.", "BBC. (2021, 13 November). What is COP26 and what is being agreed at Glasgow climate conference?", "Gawel, Antonia. (2016, 3 May). 4 lessons from Bhutan on the pursuit of happiness above GDP. We Forum.", "McCarthy, Julie. (2018, 12 February). The Birthplace of ‘Gross National Happiness’ is Growing a bit Cynical. NPR.", "Chakravarty, Rashmi. (2019, 12 October). Lessons We Can Learn From Bhutan; The Happiest Country In The World. ED Times.", "Rao, Kavitha. (2016, 24 September). How Bhutan became the world’s greenest country. Live Mint.", "Rodzi, Tuty Haryanti Ahmad. (2021, 4 May). Litupan kawasan berhutan negara bertambah 2.6 peratus. Berita Harian.", "Wangmo, Choki. (2020, 18 November). Bhutan’s electricity export grows but fossil fuel import rises. Kuensel." ]
https://www.thepatriots.asia/punca-kejatuhan-andalusia-pada-tangan-isabela/
Punca Kejatuhan Andalusia Pada Tangan Isabela
[ "Sebelum kedatangan Bani Umayyah, bumi Iberia dipegang Kerajaan Visigoth yang sedang menghadapi masalah besar. Kedaulatannya tidak terurus, angkara seorang bangsawan bernama Rodrigo yang melancarkan ser.angan terhadap negara sendiri.", "Jauh sekali sebuah rampasan kuasa dalam istana, Rodrigo ibaratkan memimpin wilayahnya untuk berper.ang dengan wilayah lain hingga boleh menguasai negara (Collins, 2008).", "Rodrigo pun menjadi raja dalam sebuah politik yang sangat berpec.ah. Sibuk menangkis pembero.ntakan etnik Basque di wilayah utara, Rodrigo menerima berita buruk daripada wilayah selatan.", "Musa bin Nusair telah menghantar sebuah angkatan 7,000 anggota yang dipimpin Tariq bin Ziyad, katanya dengan sokongan dalam kalangan orang-orang kanan Rodrigo sendiri. Tariq bergerak begitu pantas, mengambil banyak kota Iberia yang dipegang bangsawan Visigoth. Rodrigo mengkaji pergerakan Tariq. Dan akhirnya, mereka bertemu di wilayah Cadiz.", "Angkatan Visigoth berpaling tadah dan membµnµh Rodrigo. Kerajaan Visigoth terus rµntµh, memberi laluan mudah kepada Musa yang kemudian datang dengan 18,000 anggota.", "Ada sebab kenapa mereka mengkh.ianati Rodrigo. Pertama sekali, baginda dituduh telah menca.larkan mar.µah anak pembesarnya. Kemudian struktur politik Visigoth memberikan darjat ketuanan mutlak kepada bangsa Goth. Semuanya dibo.lot bangsa ini, daripada raja sampai bangsawan (Kaziewicz, 2016). Padahal populasi Goth di Iberia tidak sampai dua peratus pun.", "Dalam masa tujuh tahun (711-718), Musa berjaya merangkul seluruh Iberia daripada tangan Visigoth (bagi pihak Bani Umayyah). Wilayah ini diberikan nama baru, iaitu Al-Andalus yang kemudian merdeka selepas Umayyah jatuh.", "Sesungguhnya Al-Andalus mekar dengan ilmu sebagai tombak utama negara. Makanan tumbuh di atas bumi yang diberkati ini. Sutera dan emas masuk melalui pintu pelabuhan, melambangkan kekayaan empayar di mata dunia.", "Dan pada tahun 1009, Al-Andalus mengikut jejak Rodrigo dan mula berper.ang antara satu sama lain selepas siri rampasan kuasa yang menjatuhkan Khalifah Hisham al-Hakam. Khalifah yang bersatu menjadi beberapa “negeri” (yang diperintah macam negara).", "Sudahlah kaya kemudian berpec.ah pula, ibaratkan seorang yang berjalan di laluan gelap membawa wang begitu banyak. Sementara itu, umat Kristian di pesisiran wilayah Al-Andalus ini sudah lama bertahan marah. 30 tahun mereka bersabar, melihat Gereja Besar Santiago de Compostela dijar.ah angkatan al-Mansur.", "Masuk saja Abad Ke-12, al-Andalus sudah lemah. Banyak wilayahnya rela membayar ufti kepada Dunia Kristian. Dan pada 16 Julai 1212, Dunia Kristian mula bangkit apabila Raja Alfonso VIII daripada Castile menewaskan Muhammad al-Nasir dalam Perte.mpµran Las Navas de Tolosa.", "Alfonso hanya membawa 14,000 anggota sahaja, cukup untuk menang sekalipun al-Nasir bawa 30,000 orang. Castile terus mendominasi dalam semua peper.angan sehingga tahun 1350. Namun mereka terpaksa berhenti kerana penularan wab.ak Ma.µt Hitam (dan kemudian berlaku perpe.cahan dalaman).", "Tempoh perdamaian antara Dunia Islam dan Dunia Kristian bertahan selama 150 tahun, dengan Granada sebagai satu-satunya mercu utama Al-Andalus. Granada mempunyai sumber kekayaan cukup untuk menampung populasi kian bertambahan, angkara migrasi umat Islam yang lari daripada Dunia Kristian akibat tek.anan agama (Simonis, 2003).", "Namun seorang penulis bernama Ibnu Hudayl sudah berkata pada tahun 1400, yang Granada akan jatuh jua. Kerana kerajaan ini sudah dike.pµng: utara ada mµsµh yang sangat kuat, selatan pula ada laut yang sangat dah.syat.", "Ramalan Ibnu Hudayl mula menjadi kenyataan pada tahun 1417, apabila kemangkatan Yusuf III menyebabkan persengketaan dalaman (yang hampir-hampir macam per.ang saudara). Ekonominya menguncup begitu teruk. Cukai melambung. Pasaran porselin pun banyak lari kepada Valencia yang jauh lebih stabil.", "Granada masih lagi boleh bernafas kerana Castile pun menghadapi masalah yang sama. Namun masalah Castile selesai pada tahun 1469… apabila Isabella berkahwin dengan Ferdinand. Penyatuan dua merpati sejoli ini adalah satu mimpi buruk pada Granada.", "Kerana mereka berjaya memujuk Paus Sixtus IV untuk mengisytiharkan satu per.ang salib terhadap Granada. Pada 2 Januari 1492, Sultan Muhammad XII pun menyerahkan kota Granada dan Istana al-Hambra kepada dua merpati ini.", "Di sini jelas: kejatuhan Al-Andalus tidak berlaku kerana Isabella dan Ferdinand berkahwin. Kalau mereka tidak berkiblatkan Rodrigo, barangkali Granada akan menjadi sebahagian daripada Al-Andalus yang kuat lagi gagah.", "RUJUKAN:", "Collins, R. (2008). Visigothic Spain, 409-711. John Wiley & Sons. Halaman 113.", "Kaziewicz, J. (2016). Study and Teaching Guide: The History of the Medieval World: A curriculum guide to accompany The History of the Medieval World. Peace Hill Press. Halaman 343.", "Simonis, D. (2003). Spain. Lonely Planet. Halaman 23." ]
https://www.thepatriots.asia/jom-kenali-peribadi-anak-perempuan-trump/
Jom Kenali Peribadi Anak Perempuan Trump
[ "Penulis berbelah bahagi, sama ada mahu menulis mengenai Ivanka Trump atau tidak. Namun disebabkan kurangnya artikel dan kupasan dalam bahasa Melayu mengenai wanita berpengaruh di arena politik antarabangsa, maka penulis gagahi juga untuk membuat kajian dan menulis.", "Sebelum ini, penulis berkongsi serba ringkas mengenai Melania Trump, isteri kepada Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat yang ke 45 dan juga Wanita Pertama. Daripada komen, benarlah jangkaan penulis, bahawa tidak ramai mengetahui tentang wanita berusia 47 tahun ini. Daripada rating yang sederhana juga, penulis menyedari tidaklah seramai mana yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai wanita, secara umumnnya. Namun kita memerlukan banyak artikel bermanfaat tentang wanita yang bukan sahaja mengupas tentang aspek kecantikan, kesihatan, keluarga, anak-anak dan masakan, namun juga dalam bidang sejarah, hubungan antarabangsa, agama, sains dan teknologi, perubatan, kewangan dan banyak lagi. Saya bukanlah mengatakan isu-isu wanita itu tidak penting, namun saya melihat ada perlunya lebih banyak bahan ditulis mengenai peranan wanita berpengaruh.", "Ada beberapa jenis persepsi yang muncul dalam fikiran apabila kita mendengar nama atau melihat gambar Ivanka. Bekas model, anak Donald Trump, bertuah. Dan juga, ahli perniagaan yang berjaya, penasihat kepada bapanya, seorang yang bijak dan licik.", "Saya mulakan dengan menceritakan serba ringkas mengenai Ivanka Trump.", "Ivanka Marie Trump dilahirkan pada 30 Oktober 1981 di Manhattan, New York dan merupakan anak kedua model Ivana Marie dan Presiden Amerika Syarikat ke 45, Donald Trump. Ivanka mempunyai darah Jerman, Scotland (bapanya) dan Czechoslovakia (ibunya), hasil latar belakang kedua ibu-bapanya. Ivana dan Trump bercerai pada tahun 1991 ketika Ivanka berusia sepuluh tahun. Ivanka mempunyai dua orang adik beradik lelaki, Donald Jr. (abangnya) dan Eric (adiknya). Ivanka juga mempunyai dua orang adik beradik tiri iaitu Tiffany dan Barron.", "Ivanka bersekolah di Chapin School in Manhattan dan kemudiannya ketika berusia 15 tahun, bertukar ke Choate Rosemary Hall di Wallingford, Connecticut. Setelah menamatkan pelajaran, Ivanka meneruskan pengajian di Universiti Georgetown selama dua tahun, sebelum ditukarkan ke Wharton Business School di Universiti Pennsylvania, dan melanjutkan pelajaran dengan cemerlang pada tahun 2004 (cum laude) dalam bidang ekonomi.", "Ivanka memulakan kerjaya sebagai model apabila muncul dalam muka hadapan majalah Seventeen pada tahun 1997. Sejak dari situ, Ivanka menjadi model peragaan bagi jenama Versace dan Marc Bouwer. Ivanka juga pernah menjadi duta kempen Tommy Hilfiger. Antara majalah yang pernah memaparkan Ivanka di muka hadapan seperti Forbes, Golf Magazine, Avenue, Elle Mexico, Top Choice Magazine, Harper’s Bazaar, Love FMD dan Stuff.", "Ivanka menjadi sangat popular sehingga tersenarai dalam Maxim Hot 100 pada tahun 2007. Ivanka juga pernah disenaraikan dalam Top 99 Women edisi tahun 2007 dan 2008 oleh AskMen.com.", "Pada masa yang sama, Ivanka juga sibuk melibatkan diri dan menimba pengalaman bekerja dalam bidang perniagaan yang berkaitan. Sebelum menyertai perniagaan keluarga pada tahun 2005, Ivanka pernah bekerja dengan Forest City Enterprises. Kemudian pada tahun 2007, beliau bekerjasama dengan Dynamic Diamond Corp. untuk menghasilkan barang kemas yang mempunyai jenamanya, Ivanka Trump Fine Jewelry. Jenamanya berkembang dari sebuah kedai di Manhattan, ke daerah Soho. Namun begitu pada 2015, kedai tersebut telah ditutup tanpa diketahui puncanya. Terkini, barangan kemasnya hanya boleh didapati di Trump Tower dan beberapa kedai terkemuka di US dan Kanada, termasuklah Bahrain, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu. Selain itu, Ivanka juga mempunyai jenama pakaian, beg tangan, kasut dan akesori sendiri.", "Selain dalam bidang peragaan dan perniagaan, Ivanka turut membantu bapanya dalam rancangan televisyen The Apprentice. Pada mulanya, Ivanka sekadar menggantikan tempat Carolyn Kepcher dalam beberapa episod. Seperti Kepcher, Ivanka turut memainkan peranan penting dalam perniagaan bapanya seperti melawat tapat projek yang sedang dijalankan dan berbincang dengan ahli-ahli pasukan yang terlibat. Malah Ivanka pernah diberikan tanggungjawab untuk bekerjasama dengan Sean Yazbeck, pemenang The Apprentice Musim ke 5 dalam projek Trump SoHo Hotel-Condominium. Trump merupakan Naib Presiden Eksekutif dalam syarikat bapanya – The Trump Organization. Disebabkan kredibiliti yang ditonjolkan, akhirnya Ivanka menjadi juri tetap menggantikan Kepcher dalam The Apprentice bermula Musim ke 6 dan juga dalam rancangan The Celebrity Apprentice.", "Pada 2012, Wharton Club of New York, sebuah kelab alumni Wharton School, Universiti Pennsylvania (alma mater Ivanka), telah menganugerahi Ivanka dengan Joseph Wharton Young Leadership Award atas pencapaian Ivanka sebagai alumni Wharton yang menonjolkan potensi yang tinggi dalam bidang kepimpinan.", "Ivanka bertemu dengan suaminya, Jared Kushner seorang perunding hartanah pada tahun 2005. Mereka berkahwin pada tahun 2009 dalam majlis perkahwinan Yahudi dan mempunyai tiga orang anak.", "Itu merupakan serba ringkas mengenai kehidupan Ivanka Trump. Dari sini kita sudah boleh lihat betapa kuatnya pengaruh Ivanka terhadap bapanya. Walaupun dilahirkan dalam kemewahan, Ivanka tidak mensia-siakan peluang dan nasib baiknya, sebaliknya berusaha memberikan yang terbaik dalam pelajaran dan karier yang dipertanggungjawabkan. Mengetahui tentang aspirasi bapanya yang mahukan anak-anaknya terlibat dalam perniagaan keluarga dan mengambil alih satu hari nanti, Ivanka dan adik-beradiknya menonjolkan diri mereka dalam keadan yang terbaik dalam bidang perniagaan dan hartanah.", "Ivanka mempunyai hubungan rapat dengan bapanya, dan Trump sendiri pernah meluahkan rasa bangga terhadap Ivanka terhadap komitmen, kepimpinan dan potensi anaknya. Ivanka yang bersahabat dengan Chelsea Clinton, anak Hillary Clinton, pesaing Trump dalam pilihanraya lepas), pernah berkata: “There’s nothing skin-deep about Ivanka. And I think that’s a real tribute to her because certainly anyone as gorgeous as she is could have probably gone quite far being skin-deep.” Dengan kata lain, Chelsea sendiri mengakui bahawa Ivanka seorang yang jujur dan tidak berpura-pura. Disebabkan kesetiaan dan kepercayaan ini, maka secara logiknya sudah tentu Donald Trump akan melibatkan anak-anaknya dalam proses membuat keputusan yang melibatkan perniagaan dan kariernya.", "Disebabkan pengaruh kuat Ivanka terhadap bapanya, jelas sekali Ivanka akan diminta untuk turut bersama dalam menyokong bapanya bertanding dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat pada tahun 2016. Dalam satu wawancara keluarga bersama CNN, Ivanka memberitahu bagaimana bapanya mengumpulkan mereka sekeluarga untuk berbincang tentang kemungkinan mereka sekeluarga terlibat dalam politik. Mengambil kira faktor utama bapanya mahu menjadi Presiden, Ivanka dan adik-beradiknya bersetuju untuk terlibat dan menyokong bapa mereka.", "Pada tahun 2015, Ivanka mengumumkan bahawa beliau menyokong kempen pilihan raya presiden bapanya secara terbuka melalui kemunculan di program-program umum sebagai penyokong dan mempertahankan bapanya. Pada bulan Ogos tahun yang sama, Trump mengumumkan bahawa Ivanka merupakan penasihat utama dalam bidang berkaitan wanita dan kesihatan. Dalam beberapa temu bual yang dijalankan, Ivanka mempamerkan dirinya sebagai penyokong yang setia, mempertahankan bapanya, malah memuji sikap bapanya dalam beberapa isu. Namun begitu, Ivanka juga menegaskan beberapa kali bahawa beliau tidak segan-silu menyatakan pandangannya terhadap sesuatu yang bertentangan dengan pandangan bapanya, namun diadakan secara peribadi. Menurut Ivanka lagi, bapanya merupakan seseorang yang adil dan mendengar pandangan orang lain.", "Antara persoalan yang ditimbulkan oleh pemerhati politik dan orang ramai, ialah kehadiran Ivanka dan suaminya, Kushner di Rumah Putih atau Pejabat Eksekutif Presiden Amerika Syarikat setelah Trump memenangi pilihan raya dan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke 45.", "Baru-baru ini, Menteri Luar Jerman, Sigmar Gabriel merujuk kepada peranan dan kehadiran Ivanka di Rumah Putih sebagai nepotisme (pilih kasih). Menurut Zee News, beliau berkata, “The mix of politics with family and business reminds us instead of nepotism and would be unimaginable here.” Menurut media Telegraph pula, Gabriel dikatakan terganggu apabila ahli keluarga menjawat jawatan dalam Kerajaan. Beliau kemudian menyambung, bahawa tindakan Trump itu seperti yang dilakukan terhadap “members of a royal family.”", "Ada beberapa teori atau penjelasan di sini bagi menjelaskan sentimen kebencian terhadap Ivanka. Pertama, kelayakan dan pengalaman politik beliau dan suaminya untuk berada di Rumah Putih dan berkhidmat sebagai penasihat kepada Presiden. Kedua, timbul rasa tidak adil dan pilih kasih yang mewajarkan kehadiran mereka di Rumah Putih hanyalah disebabkan pertalian keluarga semata-mata. Ketiga, orang ramai membenci Trump, justeru itu segala yang berkaitan dengan Trump seharusnya dibenci. Keempat, wujud sentimen kebencian terhadap mereka yang kaya dan bernasib baik (rich and priviledge) yang dianggap sebagai tidak adil kepada mereka yang kurang bernasib baik. Ivanka merupakan seorang wanita yang cantik, kaya, bijak dan bernasib baik kerana dilahirkan dalam keluarga berada; justeru itu kesemua elemen ini sudah cukup untuk dijadikan sebagai faktor bias.", "Sejak dari zaman Ivanka bekerja untuk bapanya dalam Trump Organization lagi, Ivanka telah berjaya membuktikan dirinya sebagai wanita yang berjaya dalam karier dan perniagaan, anak yang setia serta ibu dan isteri yang baik buat suaminya. Adakah semua itu tidak cukup membuktikan beliau layak untuk membantu bapanya? Beliau tiada pengalaman politik. Itukah justifikasi mereka yang beranggapan beliau tidak layak berada di Rumah Putih? Ya, betul. Ivanka merupakan anak Presiden, justeru tidak adil kehadiran beliau di situ menasihati bapanya, bimbang berlaku konflik dan pilih kasih. Betul, disebabkan itu tidak wajar sekiranya ahli keluarga atau mereka yang mempunyai tali persaudaraan dengan Presiden berada dalam pejabat yang sama. Namun ia tidak menghentikan mereka di negara lain untuk berbuat demikian. Ada kisah yang berjaya, dan ada yang tidak. Kehadiran seorang wanita, anak kepada Presiden hanya sekadar boneka bagi membantu membersihkan imej bapanya. Boleh jadi betul juga tanggapan itu, kerana dalam mana-mana wawancara atau temu bual, Ivanka akan menyatakan dengan tegas bahawa bapanya layak memegang jawatan ini dan meminta orang ramai memberikan peluang kepada bapanya untuk membuktikan perkara ini.", "Kita lihat peranan Ivanka dalam tempoh 100 hari pertama Presiden. Pelbagai berita timbul (bergantung kepada kecenderungan media) mengenai kejayaan atau kegagalan peranan Ivanka. Antaranya, Ivanka memainkan peranannya sebagai advokasi terhadap peranan wanita di tempat kerja, terutamanya di bidang perniagaan dan keusahawanan dan kepimpinan melalui roundtable perbincangan antara Presiden Trump, Justin Trudeau, Perdana Menteri Kanada dan sembilan eksekutif tertinggi wanita dari kedua-dua buah negara yang dikendalikan oleh Ivanka di Rumah Putih. Melalui perbincangan ini, satu projek diumumkan iaitu “United States Canada Council for the Advancement of Women Business Leaders-Female Entrepreneurs.”", "Namun ada pihak yang mempertikaikan, di manakah Ivanka ketika bapanya dituduh sebagai rasis atau melakukan gangguan seksual? Ivanka kelihatan berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Manakala dalam isu Syria, menurut Eric Trump sendiri, serangan 59 misil Tomahawk terhadap Syria dilakukan disebabkan ‘pengaruh’ daripada Ivanka.", "Ada juga insiden yang berlaku di mana, pandangan Ivanka bertentangan dengan polisi bapanya. Dalam satu wawancara bersama NBC News sewaktu Ivanka di Jerman bagi menghadiri W20 Summit, Ivanka berpendapat bahawa “.. there is a global humanitarian crisis that’s happening, and we have to come together, and we have to solve it.” Dan apabila ditanya adakah Amerika Syarikat akan membuka sempadan untuk pelarian Syria, Ivanka membalas: “That has to be part of the discussion, but that’s not going to be enough in and of itself.”", "Jawapannya bertentangan dengan pendapat Trump mengenai pelarian Syria sewaktu berkempen, yang mana Trump mahukan pelarian ditempatkan di zon selamat dan bukannya Amerika Syarikat, dan Trump sering mengkritik Jerman dalam hal ini dengan mengatakan “… crime (in Jerman) has risen to levels that no one thought would they would ever see. We have enough problems in our country, we don’t need another one.”", "Daripada tiga contoh isu ini sahaja, kita dapat lihat sejauh mana ‘pengaruh’ Ivanka terhadap Trump. Sudah tentulah, ada turun naiknya. Ada yang berkesan, dan ada yang tidak. Belum lagi jika kita mahu lihat keseluruhan 100 hari pertama Presiden. Secara realitinya, sudah tentulah sebagai penasihat, tidak semua cadangan dan buah fikiran akan didengari oleh Presiden, ada yang dipersetujui, dan ada yang dibantah. Berkenaan kritikan demi kritikan yang diterima mengenai peranannya di Rumah Putih sebagai penasihat, Ivanka berkata “I am rather unfamiliar with this role as well, as it is quite new to me.” Justeru itu, dalam proses penyesuaian ini, tidak adil bagi kita dengan mudah sekali menafsirkan sebarang tindakan Ivanka. Namun pada masa yang sama, disebabkan statusnya sebagai seorang anak kepada Presiden dan kehadiran sebagai Penasihat, wajar juga kita melihat perkembangan ini dengan berhati-hati.", "Dalam temu bual bersama CBS News, Ivanka menjelaskan tuduhan bahawa beliau seorang ‘complicit’ (bersubahat) dengan bapanya.", "“If being complicit is wanting to be a force for good and to make a positive impact, then I’m complicit. I don’t know if the critics that say that of me found themselves in this unique situation that I am now in would do any differently than I am doing,” she said.", "~ E. H. Nathasia", "Sumber:", "http://honey.nine.com.au/2017/04/21/08/14/jared-kushner-and-ivanka-trump-named-in-time-100-most-influential-people", "https://www.aol.com/article/news/2017/04/29/german-minister-calls-out-ivanka-trump-nepotism/22061514/", "http://www.chicagotribune.com/news/opinion/commentary/ct-ivanka-trump-booed-20170427-story.html", "http://www.telegraph.co.uk/women/politics/trump-whisperer-100-days-turned-ivanka-world-statesman/", "https://newrepublic.com/article/142340/ivankas-first-100-days", "http://www1.cbn.com/cbnnews/politics/2017/april/100-days-of-power-the-rising-status-of-ivanka-trump-and-jared-kushner", "http://www.foxbusiness.com/politics/2017/02/13/president-trump-ivanka-and-pm-trudeau-promote-women-in-business.html", "http://www.foxbusiness.com/features/2017/02/14/do-women-need-ivanka-trump-to-break-glass-ceiling.html", "http://edition.cnn.com/2017/04/11/politics/ivanka-trump-syria-strike-influence-telegraph/", "http://fortune.com/2017/04/26/ivanka-trump-syrian-refugees/", "Ivanka Trump FULL INTERVIEW | CBS This Morning | April 5, 2017\nhttps://www.youtube.com/watch?v=NU_uQ5hgK3Q", "Ivanka explains what it was like growing up as a Trump | CNN | July 20, 2016\n", "Get to Know Donald Trump’s family – CNN | Town Hall Interview 4/12/16\n" ]
https://www.thepatriots.asia/sejarah-viking-yang-perlu-diketahui/
Sejarah Viking Yang Perlu Diketahui
[ "Dengan kehadiran drama bersiri seperti Vikings dan The Last Kingdom, masyarakat Norsemen dari zaman purba ini berjaya menembusi minat generasi baru. Tentunya, terdapat unsur-unsur dramatik yang diselitkan ke dalam fiksyen berkenaan.", "Di sinilah penemuan arkeologi dan teks-teks sejarah memainkan peranannya. Berkat minat yang meluas terhadap topik sebegini, maka sebarnag penemuan yang melibatkan Viking lazimnya meraih tempat di muka hadapan media.", "Namun, pertama-tama sekali, siapakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Viking? Adakah mereka ini masyarakat penj4jah, pedagang, petani atau peneroka?", "Secara esensinya, kesemua label tersebut sememangnya kena dengan Viking kerana mereka merupakan sebuah masyarakat yang mempunyai kebudayaan yang teratur lagi kaya, melibatkan kepercayaan, tradisi, ambisi pen4klukan dan visi ekonomi yang mapan. Justeru, setiap kali menyebut istilah Viking, kita seharusnya menanggapi mereka sebagai sebuah kumpulan masyarakat yang mempunyai tatanan hidup yang kompleks.", "BILAKAH BERLANGSUNGNYA ZAMAN VIKING?", "Secara umum, Zaman Viking dianggap bermula pada 800 Masihi. Namun, peletakan tarikh ini bergantung kepada takrifan Viking yang dipegangi oleh seseorang individu. Dalam era mereka, perkataan Viking membawa banyak maksud, sebagaimana yang dijelaskan oleh Judith Jesch:", "“Vikingr merupakan seorang individu yang mengembara ke tanah asing dengan menggunakan laluan laut, bersama sekumpulan vikingar (jamak) lain. Vikingr tidak merujuk kepada mana-mana etnik khusus dan ia merupakan satu istilah yang bersifat neutral; boleh digunakan bagi merujuk kelompok masyarakat sendiri mahupun masyarakat lain. Justeru, aktiviti Viking juga tidak terhad pada satu-satu aktiviti tertentu. Boleh sahaja ianya melibatkan s3rangan (dan penj4rahan), namun sekali lagi, ia tidak terhad sebatas itu sahaja.”", "Walau bagaimanapun, perspektif yang diterima secara umum adalah Zaman Viking bermula apabila orang Norse (Norsemen) mula menyerang kawasan-kawasan di tanah asing. Justeru, ramai ilmuwan berpendapat bahawa petualangan Viking bermula pada tahun 793M, tahun di mana mereka menyerang biara Lindisfarne, England. Namun, jika kita menaksir vikingar sebagai peneroka lautan, maka Zaman Viking boleh dikatakan bermula lebih awal memandangkan masyarakat Norway sudah pun berlayar secara aman ke Ribe, Denmark, pada tahun 725 Masihi.", "Pengakhiran Zaman Viking pula secara rasmi diletakkan pada tahun 1066, iaitu tahun di mana Raja Norway, Harald Hardrada terkorban dalam Pertempuran Stamford Bridge (s4rangan Viking berskala besar yang terakhir di Eropah).", "VIKING-VIKING YANG MASYHUR", "Orang-orang Viking lazimnya mempunyai nama timangan yang tertentu, misalnya Sigurd Si Tegap dan Thorfill Si Pembelah Tengkorak. Sifat atau perwatakan mereka juga kadangkala dijadikan sebagai nama timangan, seperti Pencinta, Berhati Baik, Pendek, Bijak, dan Tinggi. Kebiasaannya, Viking yang masyhur ditampilkan di dalam Saga-Saga tempatan. Ramai juga yang muncul dalam siaran TV.", "Harald ‘Blatand’ (Bluetooth) Gormsson misalnya, merupakan seorang Raja Denmark dan Norway yang hidup pada kurun ke-10. Beliau bertanggungjawab ke atas penyatuan Denmark. Walaupun kebanyakan rakyatnya berfahaman pagan, Harald berusaha seupaya mungkin untuk menyebarkan agama Kristian di dalam kerajaannya. Menurut beberapa sejarahwan, Harald meraih nama timangan ‘Bluetooth’ kerana beliau mempunyai sebatang gigi yang m4ti, di mana gigi tersebut berwarna biru atau gelap.", "Pada hari ini, nama timangan tersebut digunakan sebagai nama sebuah piawai teknologi tanpa wayar. Pengasas teknologi berkenaan mengandaikan bahawa keupayaan Harald Bluetooth dalam menyatukan rakyatnya secara aman merupakan suatu ciri yang sesuai dengan teknologi telekomunikasi.", "Sementara itu, Eric Haraldsson dicatatkan sebagai seorang pemerintah Norway dan Northumbria pada kurun ke-10. Walaupun kedua-dua monarki itu secara umumnya dianggap sebagai individu yang sama, anggapan ini diselubungi keraguan lantaran sumber Norse dan Anglo-Saxon lazimnya tidak sepadan. Eric dicatatkan sebagai putera kepada Harald Fairhair si Raja Norway. Menurut saga, Eric merupakan putera kesayangan Harald dan ketika beliau berusia 12 tahun, Eric diberikan lima buah kapal panjang untuk memulakan kariernya sebagai seorang Viking.", "Pada mulanya, beliau berlayar ke timur dan menyerang pantai Denmark, Friesland dan Saxland. Kemudian, beliau berlayar ke barat dan menyerang Scotland dan kawasan sekitar Laut Ireland. Saga-saga tempatan juga mencatatkan bahawa Eric mengahwini Gunnhild, yang disifatkan sebagai seorang ahli sihir jahat yang banyak mempengaruhi suaminya.", "Pada hari ini, Ragnar Lothbrok (Lodbrok) mungkin merupakan nama Viking yang paling dikenali. Dicatatkan bahawa beliau menjarah England dan Perancis serta menubuhkan Tentera Heathen Besar. Namun, sama seperti Raja Arthur, sosok watak Ragnar diandaikan sebagai gabungan sejumlah figura sejarah dan karakter kecil dalam legenda.", "Apapun, beliau dipercayai merupakan seorang raja Denmark dan Sweden, di samping dikreditkan sebagai orang Scandinavia pertama yang menyerang Britain. Beliau hadir dalam beberapa buah saga, antara yang paling utama ialah The Saga of Ragnar Lothbrok dan Gesta Danorum. Hikayat Anglo Saxon (Anglo Saxon Chronicle) juga menyifatkan ‘Ragnall’ dan ‘Reginherus’ sebagai seorang Viking yang sangat berpengaruh dari tahun 840M.", "Legenda juga menceritakan tentang Bjorn Ironside yang memerintah Sweden sebagai raja pertama dari Wangsa Munso. Beliau hidup pada kurun ke-9M dan ayahandanya ialah Ragnar Lothbrok sama yang diceritakan di atas.", "The Saga of Ragnar Lodbrok and His Sons menceritakan bahawa Bjorn dan adik-beradiknya meneruskan s3rangan-s3rangan bapanya di England, Normandy, Perancis dan Lombardy. Beliau dan adik-beradiknya masing-masing memimpin Tentera Heathen Besar, iaitu sebuah perikatan pahlawan-pahlawan Viking dari Denmark dan Scandinavia yang memerangi kerajaan-kerajaan Anglo-Saxon pada separuh kedua kurun ke-9M.", "PERDAGANGAN DAN EKONOMI VIKING", "Naratif seputar Viking banyak berkisar seputar perdebatan sama ada mereka ini penj4jah mahupun pedagang. Namun, dikotomi penyerang-pedagang ini hakikatnya telah pun diselesaikan dalam lingkungan akademik. Kebanyakan bukti tentang aktiviti perdagangan Viking didapati daripada kerja-kerja ekskavasi yang dijalankan pada lewat 1970an dan 1980an.", "Pada hari ini, kita boleh membentangkan bukti betapa penerokaan laut oleh warga Scandinavia yang kemudiannya membawa kepada penemuan Iceland dan Greenland mempunyai asas-asas perdagangan dan bukan semata-mata bertujuankan s3rangan atau mendirikan koloni. Koleksi artifak, kurasi, barang kemas, dan harta mudah-alih merupakan perkara penting dalam masyarakat Viking. Raja-raja mereka kebiasaannya memakai pakaian yang dihias secara terperinci, sambil dilengkapi sejumlah barang kemas.", "Selain berfungsi sebagai dandanan diri, barang kemas masyarakat Norse juga lazim digunakan sebagai matawang dalam aktiviti perdagangan. Mungkin kerana inilah makanya mereka lebih cenderung menggunakan logam-logam berharga ketika menghasilkan barang kemas. Tanduk rusa juga dianggap penting bagi mereka lantaran ia digunakan bagi membuat sikat, jarum dan alatan lain.", "Seandainya sesebuah barang kemas itu saiznya terlalu besar untuk dijadikan sebagai matawang transaksi, maka ia akan dipecahkan menjadi bentuk yang lebih kecil sesuai dengan nilai barangan yang diambil. Kalau boleh diumpamakan, bagi masyarakat Viking, barang kemas mereka saling tidak tumpah seperti dompet di zaman sekarang.", "PERSENJATAAN DAN KEMPEN S3RANGAN VIKING", "Ahli-ahli arkeologi mengusulkan hipotesis bahawa perubahan cuaca menyumbang kepada meningkatnya aktiviti peranian dan seterusnya, meningkatkan populasi secara mendadak. Keadaan ini seterusnya menuntut masyarakat Viking untuk mencari tanah baru untuk didiami. Ada juga ilmuwan yang berpendapat bahawa pembesar-pembesar tempatan membiayai ekspedisi s3rangan ke atas tanah asing bagi menambahkan lagi kekayaan, kekuasaan dan pengaruh mereka.", "Sehingga ke hari ini, lingkungan akademik masih belum menyudahkan perdebatan tentang bilangan purata wanita Viking yang terlibat dalam pep3rangan. Viking terus menyerang dan menubuhkan koloni di Eropah, dan bahkan di Russia. Menjelang pertengahan kurun ke-11, kekuasaan Norse melebar hingga ke Britain, Iceland, Greenland dan Kanada. Mereka juga menyerang pelabuhan-pelabuhan Itali, Sepanyol dan Konstantinopel.", "Pada tempoh 795 hingga 836 Masihi, berlaku banyak kejadian ‘s3rang dan lari’ oleh orang Norse dan orang Denmark di Ireland. Biara-biara Kristian di Ireland dijadikan sebagai sasaran utama Viking lantaran kawalan pertahanannya yang longgar dan simpanan harta mudah-alih yang banyak. Bagi sebilangan Viking, mereka lebih gemar mendiami tanah Kristian yang jauh lebih kaya berbanding Scandinavia yang kekurangan sumber.", "Salah satu s3rangan Viking yang paling masyhur dalam sejarah berlaku di Luni. Dalam s3rangan tersebut, Bjorn (atau Hastein) mengutuskan beberapa orang tenteranya ke biskop tempatan bagi mengadukan tentang kem4tian palsunya.", "Kononnya, ketika sedang bertarung nyawa, Bjorn (atau Hastein) memeluk Kristian dan hajat terakhirnya adalah supaya disemadikan di tanah perkuburan penganut Kristian. Usai mendengarkan aduan tersebut, biskop pun membenarkan orang-orang Viking itu untuk mengebumikan raja mereka di dalam kota Luni. Sebaik sahaja mereka memasuki Luni, Bjorn bingkat menerpa keluar dari kerandanya dan menggempur kota berkenaan.", "\nApapun, berlaku kesilapan faham yang meluas tentang penggunaan perisai dalam kalangan Viking. Mereka lazim digambarkan menggunakan perisai untuk membentuk formasi yang tertutup dalam pertempuran. Hakikatnya, perisai Viking agak kecil dan ringan secara relatif. Malahan, ia turut digunakan sebagai senjata. Viking juga mengamalkan variasi teknik dalam pertarungan. Antara lain disebut sebagai svinfylking (Jajaran Khinzir atau Muncung Babi Hutan), iaitu satu formasi yang digunakan bagi menyerang dan menembusi perisai musuh dengan menggunakan kapak sebagai senjata utama.", "Kapak Denmark merupakan senjata dua-tangan dan digunakan secara eksklusif dalam pertempuran. Senjata ini meraih kemasyhuran terutama apabila ia digunakan pasukan huscarl Raja Harold II dalam Pertempuran Hasting pada tahun 1066M, selain imejnya turut hadir pada Permaidani Bayeux. Satu lagi jenis kapak yang digunakan oleh Viking adalah kapak sebelah-tangan yang boleh berfungsi bagi mencangkuk senjata atau perisai musuh. Di luar medan tempur, kapak jenis ini lazim digunakan bagi memotong kayu.", "KAPAL PANJANG VIKING", "Kapal dan laut memegang signifikasi spiritual yang penting dalam masyarakat Norse sejak Zaman Gangsa Nordik. Ramai sejarahwan mengusulkan bahawa kapal Viking merupakan salah satu pencapaian teknikal dan artistik terulung Eropah di Zaman gelap. Kapal-kapal ini mempunyai ketahanan bagi mengharungi lautan. Draf atau kedalaman kapal Viking yang hanya berukuran sekitar 50cm (20 inci) membolehkannya melalui lautan cetek.", "Bentuk kapal ini secara umumnya kurus dan fleksibel, dengan bahagian hujungnya bersimetri dan mempunyai lunas kapal yang jati. Sebahagian kapal dihiasi dengan imej kepala naga. Teknologi kapal Viking ini membolehkan mereka meneroka lautan dan seterusnya menjalankan perdagangan, penjarahan dan penerokaan. Kapal-kapal panjang ini amat penting bagi masyarakat Viking, bukan hanya sebagai alat pengangkutan, akan tetapi juga prestij yang diberikan kepada pemiliknya. ", "Oleh kerana itu, jika seseorang Viking berkelas tinggi tidak meninggal dunia di lautan, dia akan tetap disemadikan bersama senjata dan barangan tembikar di darat dengan bermakamkan sebuah kapal. Kubur-kubur sebegini banyak dijumpai pada kurun ke-20, antaranya seperti kapal Gokstad (dari tahun 890M) dan kapal Oseberg (dari awal kurun ke-9M). Menurut kepercayaan mereka, menyemadikan si m4ti di dalam kapal bakal membawa mereka ke haluan yang selamat di alam kem4tian.", "KEHIDUPAN SEHARIAN VIKING", "Keupayaan artisan dan pembina kapal Viking sering dibayangi oleh stereotaip yang diletakkan pada mereka, di mana Viking sering dilihat sebagai masyarakat penj4jah, penjarah dan peneroka yang ganas. Namun hakikatnya, aspek kehidupan mereka jauh lebih luas dan kompleks.", "Misalnya dalam pekerjaan seharian, masyarakat mereka terdiri daripada golongan petani, pembina kapal, pedagang, penukang senjata, pembuat barang kemas, penempa logam, tukang masa, pengeluar pakaian dan artisan yang berpengalaman. Legasi kesemua ketrampilan ini masih boleh dilihat pada generasi mereka masa kini.", "Antara barang kemas yang dihasilkan oleh masyarakat Norse termasuklah gelang, cincin, kalung dan lain-lain yang diperbuat daripada gangsa, besi, emas, perak, ambar dan damar. Pada awal era Viking, barang-barang kemas ini hanya dihasilkan dalam bentuk yang ringkas. Namun seiring peredaran masa, penampilannya menjadi semakin terperinci dan sofistikated.", "Kediaman Viking juga tidaklah bebas dari politik. Di sinilah pentas utama hierarki sosial mereka, di mana sebahagian individu diperhambakan dan dibiarkan hidup di dalam kandang bersama haiwan-haiwan ternakan, sambil yang lain pula bersimpuh megah di rumah yang mewah.", "Isi rumah Viking yang lengkap lazimnya terdiri dari pasangan suami isteri, gundik, orang suruhan, pekerja ladang, pahlawan, penjaga ternakan, pelayan musafir, tetamu dan anak-anak. Walaupun mereka hidup di bawah satu bumbung, tugasan harian dan seni bina rumah itu sendiri bersifat terpisah antara satu kumpulan dan satu kumpulan lain.", "Dinding rumah panjang Viking kebiasaannya diperbuat daripada tiang-tiang kayu yang dilengkapi dengan wattle dan sepuhan daub. Sebahagian rumah panjang malah mempunyai bengkel tempaan logam. Namun kebiasaannya, bengkel ini ditempatkan di dalam bangunan lain. Bumbung rumah mereka pula lazimnya diperbuat daripada jerami.", "Di dalam atau di kawasan berhampiran pintu rumah, ahli-ahli arkeologi pernah menemukan barangan seperti periuk, pisau dan cincin besi. Mereka mengandaikan bahawa barangan ini ditanam bagi tujuan melindungi rumah dari gangguan. Penemuan artifak sebegini secara langsung mengisyaratkan kaitan antara aktiviti kehidupan seharian Viking dan seni bina rumah mereka. Viking juga mempunyai suatu tradisi yang agak aneh, iaitu menanam rumah sendiri.", "KEPERCAYAAN DAN MITOS VIKING", "Masyarakat Norse tidak menyimpan banyak rekod bertulis, justeru sumber utama kita tentang kepercayaan mereka datangnya dari saga-saga Iceland dan Edda, iaitu teks-teks yang ditulis oleh penganut Kristian. Namun, tahap kesahihan teks jenis kedua ini lazimnya perlu diambil kira. Antara Edda yang masyhur adalah Edda Prosa yang ditulis seorang ahli politik Iceland kurun ke-13 yang bernama Snorri Sturluson.", "Agama pagan lama mempunyai pantheon dewa-dewi yang tersendiri, di mana dewa utama merangkap penguasa Asgard adalah Odin dan Frigga. Tambahan lagi, dunia mitologi mereka turut dihuni oleh makhluk-makhluk seperti pari-pari, orang kerdil, gergasi dan troll. Kepercayaan mereka juga melibatkan legenda perwia yang membvnuh naga besar dan kisah kehancuran dunia (kiamat). Tidak ketinggalan juga mitos Pokok Dunia (Yggdrasil) dan tulisan rune yang magis.", "\nWalau bagaimanapun, struktur mitologi Norse mula berubah apabila unsur-unsur Kristian dimasukkan ke dalam kepercayaan lama dan seterusnya, menjadi dominan. Raja Scandinavia pertama yang memeluk agama Kristian adalah Harald Klak (dibaptis pada 826M). Antara titik pengubah paling signifikan dalam sejarah Kristianisasi Scandinavia adalah pembaptisan Harald Bluetooth pada 960an.", "AMALAN PENGEBUMIAN DAN KEPERCAYAN TERHADAP KEHIDUPAN SESUDAH M4TI", "Masyarakat Viking menaruh kepercayaan pada kehidupan selepas m4ti. Menerusi sumber arkeologi dan dokumen-dokumen bertulis, kita dapat menelusuri budaya pengebumian mereka. Salah satu catatan masyhur yang memerihalkan tentang pengebumian orang Viking boleh ditemui dalam karya Ahmad ibn Fadlan, seorang duta Abbasiyah yang diutus ke Volga Bulgaria.", "Dalam catatan tersebut, beliau memerihalkan tentang seorang hamba perempuan yang dikorbankan semasa upacara pengebumian seorang pembesar Viking. Namun, ritual sebegini sebenarnya jarang berlaku. Memandangkan Viking percaya bahawa harta dunia dapat dibawa ke alam kem4tian, maka mereka turut mengebumikan harta-benda bersama si m4ti.", "Mereka juga percaya bahawa pahlawan-pahlawan yang gugur dalam pertempuran akan memasuki Valhalla, iaitu sebuah dewan besar yang bertempat di alam Asgard. Di sana, pahlawan-pahlawan tersebut kononnya akan dijamu dengan kenikmatan dan malah bertelingkah sehingga hadirnya Ragnarok.", "Justeru, penting untuk mereka melengkapkan si m4ti dengan alatan p3rang bagi mengharungi perjalanan ke Valhalla. Selain Valhalla, Viking turut percaya akan kewujudan alam kem4tian yang lain seperti Folkvangr (juga tempat buat pahlawan), Helgafjell (tempat orang-orang baik), dan Helheim (tempat orang-orang jahat).", "Menurut kepercayaan Viking, seandainya roh si m4ti tidak tenteram, mereka akan kembali ke dunia sebagai draugr  (atau roh jahat) dan seterusnya menghantui mereka yang masih hidup. Roh jahat ini kononnya nanti mengakibatkan pelbagai macam kesusahan seperti kerosakan hasil tuaian, kekalahan dalam p3rang dan wabak penyakit. Seandainya didapati ada draugr yang menghanti mereka, masyarakat Viking akan menggali semula kubur orang yang baru meninggal dunia dan memerhatikan lagi kalau-kalau gangguan draugr masih berterusan. ", "Jika jasad tersebut sepadan dengan gangguan draugr yang menimpa, mereka kemudiannya akan menyemadikan semula jasad tersebut bersama barang-barang pengebumian yang lebih baik, kononnya kerana individu itu berstatus tinggi semasa hidupnya. Dalam beberapa keadaan lain, mereka menancapkan pancang kayu pada jasad tersebut dan kepalanya pula dipenggal bagi tujuan membvnuh makhluk draugr itu.", "Saga-saga tempatan juga dipenuhi dengan kisah orang hidup menerima ramalam dari orang yang telah m4ti, si m4ti bernyanyi di tanah perkuburannya dan menghantui rumah yang dahulunya mereka diami.", "Sepanjang milenium pertama sejarah Viking, tulang-tulang manusia kadangkala ditanam di dalam rumah. Ada pula rangka bayi yang ditanam di dalam ketuhar tanah dan tiang-tiang rumah. Amalan ini seakan-akan mengisyaratkan signifikasi menanam jasad si m4ti di bawah bendul atau di lubang tempat berdirinya tiang rumah mereka.", "LELUHUR DAN LEGASI VIKING", "Zaman Viking berlangsung agak singkat, namun pengaruh yang ditinggalkan olehnya pada generasi mendatang sangat signifikan. Mereka banyak mempengaruhi bahasa Inggeris, di mana perkataan-perkataan seperti ransack, window, market, outlaw, husband dan honeymoon merupakan variasi dari bahasa ibunda Viking.", "Mereka juga memperkenalkan daging ayam kepada orang Ireland yang seterusnya menjadi makanan ruji mereka. Malahan, Viking turut membawa masuk barangan yang diperoleh daripada Parsi, Byzantium dan Asia. Pada kurun-kurun yang menyusuli sejarah mereka, pengaruh Scandinavia diabadikan di dalam karya sastera, hasil seni, patung ukiran dan budaya pemakanan bangsa-bangsa bukan Scandinavia.", "Menerusi pengetahuan sains moden dan ujian penjejakan DNA yang semakin hari semakin maju, didapati bahawa ramai penduduk UK dan Ireland mempunyai darah Viking, khususnya bagi mereka yang mempunyai akhiran –‘son’ atau –‘sen’ dalam nama keluarga. Malahan, warisan Viking terus mekar di layar perak apabila banyak siri TV yang memaparkan sejarah mereka.", "TERJEMAHAN:", "Ancient Origins. (11 Jun 2020). History of the Vikings: All You Need to Know.\nhttps://www.ancient-origins.net/history-important-events/vikings-0013841" ]
https://www.thepatriots.asia/game-review-mengapa-ramai-gamer-benci-call-of-duty-infinite-warfare/
Game Review: Mengapa Ramai ‘gamer’ Benci Call of Duty Infinite Warfare?
[ "Pada 2 Mei 2016, Youtube channel milik syarikat Call of Duty telah memuat naikkan trailer permainan video mereka yang terbaru yang berjudul Call of Duty: Infinite Warfare. Dalam satu minggu sahaja, video tersebut telah ditonton oleh 14.1 juta orang dan menerima sebanyak 1.2 juta ‘dislike’ serta mempunyai 261 ribu ‘likes’.", "Pada bulan Jun ini, jumlah dislike telah mencecah 2.8 juta.  Kebencian terhadap Call of Duty: Infinite Warfare menjadi viral di semua komuniti gamer di pelbagai platform. Bagi menunjukkan kebencian mereka lagi, Meme, Vines, artikel lucu dan komedi bertemakan kebencian komuniti gamer terhadap permainan video ini muncul dengan banyak di sosial media, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Akibatnya, kebencian komuniti terhadap Call of Duty: Infitnite Warfare menjadi lebih viral.", "Oleh itu pada hari ini, admin ingin megupas sebab-sebab komuniti gamers begitu benci Call of Duty: Infinite Warfare.", "1. Call of Duty: Infinite Warfare tidak menepati permintaan atau hajat komuniti Call Of Duty (COD).", "Sejak keluarnya Call of Duty: Ghost, ramai peminat Call of Duty inginkan satu lagi keluaran permainan Call of Duty, tetapi kali ini mereka menginginkan tema Perang Dunia Ke-2.", "Hal ini demikian kerana, komuniti Call of Duty sudah bosan dengan tema futuristik dan sci-fi sejak 2011 lagi. Malah, terdapat banyak permainan video ‘First Person Shooter’ lain yang bertemakan sci-fi dan futuristik seperti francais Halo, Deadspace dan lain-lain.", "Jadi mereka pun berkata, “Apa uniknya Call of Duty berbanding dengan permainan FPS yang lain?”.", "Selain itu, Syarikat Infinity Ward telah mengeluarkan 5 permainan Call of Duty yang bertemakan sci-fi dan futiristik. Apa lagi? Bosanlah kalau mereka main permainan video yang mempunyai tema yang sama sahaja.", "Oleh hal yang demikian, mereka meminta para pemaju dan Studio Call of Duty (COD) untuk mengeluarkan satu lagi permainan COD tetapi kali ini, mempunyai tema yang berbeza. Tambahan itu, komuniti COD telah memberitahu hajat dan permintaan mereka di dalam pelbagai forum dan media sosial untuk mendapat perhatian para pemaju COD.", "Saya tiada hak untuk bercakap buruk tentang para pemaju COD, tetapi menurut beberapa video dan ‘post’ yang telah dimuat naik oleh para peminat COD di Youtube dan Reddit; para pemaju COD mengendahkan permintaan komuniti dan telah mengeluarkan Call of Duty:Infinite Warfare. Tindakan ini, dikatakan kurang ajar dan menunjukkan bahawa para pemaju COD tidak peduli akan komuniti mereka.", "Untuk mengukuhkan bukti ini, terdapat banyak rungutan oleh para peminat COD di bahagian komen trailer tersebut dan di Reddit.", "2. Tindakan monopoli dan permainan eksklusif Call of Duty 4: Modern Warfare ‘remastered’.", "Sebelum keluarnya trailer Call of Duty: Infinite Warfare, para peminat COD boleh dikatakan bergembira setelah mendapat berita bahawa Infinity Ward akan mengeluarkan Call of Duty 4: Modern Warfare ‘remastered’ (COD 4). Berita gembira ini tersebar dengan luas di media sosial seperti Twitter, Reddit, Facebook dan Steam. Terdapat banyak, artikel, ‘review’ positif , dan komen positif tentang tindakan Infinity Ward ini.", "Namun begitu, kegembiraan mereka tidak hidup lama. Setelah keluarnya Call of Duty: Infinite Warfare, semua peminat COD terkejut dengan berita yang mereka terima. Hal ini sedemikian kerana, satu-satunya cara untuk mendapatkan Call of Duty 4: Modern Warfare ‘remastered’ ialah dengan membeli Call of Duty: Infinite Warfare.", "Tindakan ini dikatakan amat kedekut dan satu cara untuk memonopoli para gamer. Ramai ‘gamer’ marah kerana mereka perlu mengeluarkan duit yang banyak hanya untuk mendapatkan dua permainan video, sedangkan mereka inginkan satu permainan video sahaja.", "Lebih teruk lagi, mereka tidak boleh membeli Call of Duty 4 secara berasingan. Mereka perlu membeli Call of Duty: Infinite Warfare untuk mendapatkan COD 4.", "Sepatutnya, Infinity Ward mengasingkan kedua-dua permainan tersebut dan memberikan diskaun untuk COD 4. Permainan video amatlah mahal, apatah lagi duit bukannya dengan senang tumbuh di atas pokok.", "3. Kekurangan inovasi ‘gameplay’", "Faktor ini berkait rapat dengan faktor 1 di atas. Francais Call of Duty mempunyai ‘gameplay’ yang sama dalam setiap permainan mereka. ‘Gameplay’ ini sering berulang, dari Call of Duty: Black Ops 2 dan Black Ops 3, sehinggalah Call of Duty: Infinite Warfare. Kekurangan inovasi ini amat mengecewakan. Sepatutnya para pemaju haruslah menginovasikan ‘gameplay’ permainan mereka.", "Call of Duty: Infinite Warfare mengecewakan lagi para ‘gamer’ kerana ia mempunyai ‘gameplay’ yang sama sahaja dengan permainan COD yang sebelum ini. Dalam kata-kata lain, gameplay Call of Duty sering berulang.", "Perbezaannya hanya merangkumi ‘maps’, nama- nama ‘perks’ (perks sama sahaja dengan permainan sebelum ini, nama saja yang ditukarkan), ‘kill streaks’ dan senjata.", "“Studio-studio francais COD seakan-akan terlalu takut untuk mengambil risko dan mencuba benda baharu, ketakutan inilah yang akan mencemarkan dan mencederakan prestij francais COD….” \n-jackfrags, Youtuber.", "4. Persaingan sengit dengan Battlefield 1", "Francais permainan video Battlefield merupakan salah satu francais permainan video yang paling terkenal di kalangan ‘gamer’.", "Battlefield dan Call of Duty boleh dikatakan musuh sejak azali lagi. Kedua-dua permainan video tersebut bergenre ‘First Person Shooter’ dan akan selalu cuba mengatasi satu sama lain. Jika anda lihat, Battlefield dan COD, sering mengeluarkan satu permainan baru untuk mengatasi satu sama lain dan memperkenalkan pelbagai promosi untuk menarik minat para ‘gamer’. Mereka akan melakukan diskaun, DLC, senjata premium, ‘weapons skins’ , ‘vehicle skins’ dan lain-lain.", "Malah, kedua-dua telah menaja beberapa orang Twitch Streamers dan Youtubers untuk bermain Call of Duty atau Battlefield 1, hanya untuk mempromosikan permainan video mereka secara online.", "Pada 6 May 2016, 4 hari selepas keluarnya video Call of Duty: Infinite Warfare, munculah video paling “bad ass” dan hebat di Youtube. Video tersebut ialah Battlefield 1: Reveal trailer.", "Tidak seperti francais Call of Duty, Battlefield tidak mengambil jalan yang sama iaitu tema futiristik dan sci-fi. Tetapi, mereka memilih tema Perang Dunia Pertama atau lebih dikenali di dalam sejarah sebagai “The Great War”.", "Oleh kerana betapa hebatnya dan ‘bad ass’ trailer Battlefield 1, para peminat Battlefield atau komuniti Battlefield telah menggunakan peluang ini untuk mengkritik dan menghentam francais Call of Duty. Malah,salah seorang pemaju Battlefield 1 telah menulis satu tweet yang berbaur provokasi terhadap francais Call of Duty dan mendapat populariti dalam masa beberapa jam sahaja. Namun begitu, tweet tersebut telah dipadam keesokan harinya. Mengapa tiba-tiba dipadam? Ada yang membuat spekulasi bahawa dia disuruh untuk berbuat begitu kerana takut disaman oleh para pemaju Call of Duty dan ada yang berkata bahawa tindakan tersebut hanyalah sementara untuk meningkatkan populariti Battlefield dan menularkan lagi kebencian terhadap Call of Duty di kalangan para ‘gamer’.", "Untuk mendapatkan lagi perhatian, trailer video Battlfield 1 telah menunjukkan pelbagai senjata, kenderaan, dan gamemode baru yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana permainan video ‘FPS’ lagi. Lantaran itu, permainan video ini telah menarik minat para peminat sejarah Perang Dunia Pertama. Contohnya, terdapat satu video yang dibuat oleh seorang Youtuber yang telah mengupas setiap senjata, kenderaan dan watak bersejarah yang mungkin akan ditunjukkan di dalam Battlefield 1.", "Antara watak-watak bersejarah yang mungkin keluar ialah:", "1)The Red Baron", "2)The Harlem Hellfighters", "3)Dominic ‘Fats’ McCarthy", "Selain itu, terdapat gamemode dan peta yang berdasarkan peristiwa benar yang mungkin akan dikeluarkan, contohnya:", "1)The Battle of Verdun", "2)The Battle of Jutland", "3)The Battle of Vimy Ridge", "4) Gallipoli", "Francais Battlefield mempunyai satu prinsipal yang penting iaitu mereka akan cuba mencipta permainan video yang paling realistik. Video Battlefield 1, mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai permainan video perang dan ‘FPS’ yang paling realistik di kalangan para ‘gamer’.", "Maka betulah apa yang dikatakan di dalam motto francais Battlefield:", "“Only in Battlefield”", "Jika dibandingkan dengan francais Call of Duty, Call of Duty bukanlah begitu realistik. Jika anda lihat, 5 permainan mereka sebelum ini hanya bertemakan sci-fi dan sekadar fiskyen sahaja.", "Keunikan watak, pertempuran bersejarah, senjata, kenderaan, gameplay, gamemode dan maps Battlefield 1 menarik lagi perhatian para ‘gamer’ daripada pelbagai platform dan telah mencuri hati para peminat COD.", "——————", "-OF-", "*Gamber menunjukkan Call of Duty (kiri) vs Battlefield 1 (kanan).", "**Artikel ini merupakan satu repost.", "Sumber: ", "1 ) DBottinsFTW. ‘Why Do People Hate Infinite Warfare? Why the Call of Duty Infinite Warfare Reveal Trailer got REKT’, Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=b72qpGpCpEk", "2) Jackfrags. Youtube: https://www.youtube.com/user/jackfrags/videos", "3) Reddit, Why is Call of Duty: Infinite Warfare so hated after just one trailer?\nhttps://www.reddit.com/…/why_is_call_of_duty_infinite_warf…/", "4. Why fans already hate Call of Duty Infinite Warfare http://www.looper.com/…/fans-already-hate-call-duty-infini…/" ]
https://www.thepatriots.asia/apabila-orang-melayu-mengamuk-bunuh-j-w-w-birch/
Apabila Orang Melayu Mengamuk Sampai Bunuh J.W.W. Birch
[ "Selepas mengukuhkan kedudukan di Pulau Pinang dan Singapura, penjajah British mula letak mata pada Perak pula. Negeri ini diberkati dengan sumber tin sangat banyak. Walau bagaimanapun, negeri ini juga ada dua masalah besar:", "Isu warisan ini mudah difahami. Katanya Raja Abdullah adalah waris sulung. Tetapi baginda tiada dalam negeri semasa Sultan Ali mangkat. Jadi Raja Bendahara Sultan Ismail dijulang sebagai sultan pula, memintas abangnya Abdullah. Untuk menyelesaikan dua masalah besar di atas, Raja Abdullah berhubung dengan pihak British dengan bantuan seorang kenalan bernama Tan Kim Cheng. Surat baginda sampai pada tangan Sir Andrew Clarke, yang dilantik sebagai Gabenor Singapura dan Negeri-Negeri Selat.", "“Beta mahu menjalinkan persahabatan kekal dengan Kerajaan Inggeris, yang akan menguntungkan kedua-dua pihak. Dan beta meminta sahabat beta, Sir Andrew Clarke, hantar seorang pemimpin berkaliber untuk duduk bersama beta di Perak… dan tunjuk kepada beta sistem kepimpinan yang baik untuk wilayah-wilayah beta, supaya negara beta boleh dibuka dan menjana perolehan serta kekal aman dan damai.”", "Walau bagaimanapun, ada isu yang sangat kritikal di sini. Surat asli ditulis seorang munshi bernama Mohamed Said dalam bahasa Melayu dan diterjemah ke bahasa Inggeris oleh William Henry Read. Dan katanya, Read mengubah konteks Said sampai habis lari makna (Drake, 2017). Raja Abdullah cuma meminta seorang Residen untuk “bantu dan nasihat dalam hal ehwal kerajaan supaya dapat membangunkan sumber, mengukuhkan pentadbiran dan menjaminkan kesejahteraan dan kebahagiaan penduduk.”", "Sebelum tu, apa kata kalian yang berminat dengan sejarah keagungan Melayu beli buku KITAB TAMADUN MELAYU? Kami sekarang bawa versi baru yang mengandungi fakta-fakta mungkin lama dilupakan orang Melayu sendiri! Link pembelian: https://bit.ly/3Bz4HdD", "Mempelawa Ular Untuk Patuk Dubuk", "Umumnya, Ghee Hin dan Hai San adalah dua dubuk pada kerajaan Perak. Tetapi kemasukan British adalah ibaratkan seekor ular yang sangat berbisa. Perubahan konteks asal telah menunjukkan risiko besar yang menanti. Apa-apa pun, surat ini menjalinkan persefahaman antara Perak dan British dengan Perjanjian Pangkor 1874. Dengan perjanjian ini, Raja Abdullah dijulang British sebagai Sultan Perak dan pemerintah negeri yang sah. Baginda juga berkuasa mutlak dalam hal ehwal bangsa seperti Agama Islam dan Adat Melayu. Dua hal ini tidak boleh dikacau Residen British.", "Namun lain yang dirancang; lain yang jadi. British menaikkan pangkat James W.W. Birth daripada “Colonial Secretary” kepada “First British Resident in Perak”. Birch ‘masuk pejabat’ pada 4 November 1874; dan dalam masa beberapa bulan saja, pihak British naik meluat dengan cara pentadbiran beliau. Bayangkan Sir Andrew Clarke sendiri cakap, “aku sangat marah dengan perangai Birch yang buat suka hati ikut kepala lutut dia.” Kalau Gabenor Clarke sendiri naik menyampah, bayangkan hati perasaan orang Melayu dibawah Sultan Abdullah pada masa itu.", "Jatuhnya Sabun Birch", "Pungutan cukai dan zakat menjadi isu paling besar selepas kedatangan J.W.W. Birch. Sebelum ini, bidangkuasa pungutan ada pada tangan Imam Paduka Tuan yang mengumpulkan hasil daripada zakat, fitrah dan sedekah – tetapi Birch mengadakan beberapa peraturan baharu yang bercanggah dengan amalan tempatan dan proses pungutan (Abdullah, 1993). Ibaratkan babi yang menyondol, Birch juga enggan menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu. Ada catatan mendakwa Birch cakap, “aku tidak peduli perihal adat lapuk negeri ini yang tidak berbaloi untuk difikir pun.” (Iskandar, 2022).", "Entah apa lagi yang Birch buat di sebalik tabir. Birch dilaporkan menggunakan kuasa polis untuk menakut-nakutkan orang ramai. Pihak Sultan semakin murka dan sudah mula bincang untuk membunuh bermula Julai 1875 lagi. Membujur lalu melintang patah, rancangan menjadi kenyataan tiga hari selepas takbir raya mula berkumandangan daripada bibir umat Islam.", "Birch pada masa itu ada di Pasir Salak dan mungkin tidak tahu pasal sekumpulan orang Melayu yang sudah bersenjata di sana. Kumpulan ini terdiri daripada pejuang-pejuang seperti Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Sipuntum, Pandak Endut, Mohamed Amin, Ngah Ibrahim dan Ngah Jabor. Birch pula ketika itu sedang mandi. Sedang elok air melitupi tubuh, tiba-tiba kulitnya terkoyak dek balingan lembing yang tepat.", "Tidak tahulah sabun Birch jatuh atau terpelanting. Yang pasti Birch tidak kutip. Turut terbunuh adalah kerana Birch iaitu Mat Arshad, yang tumbang kerana serangan Pak Endut. Malah Endut dikatakan orang pertama yang membaling lembing ke arah bot permandian Birch, diikuti Kulup Ali, Ngah Jabor dan Panjang Bur.", "Birch terjatuh ke dalam sungai dan kemudian ditikam Se Tuah sebelum ditetak Sepuntum pula. Mayat Birch ditemui 182 meter daripada lokasi kejadian (Abdullah, 1979). Pembunuhan Birch menggegarkan pentas politik British, yang terus memburu kumpulan terbabit dengan tawaran hadiah $9,000. Mereka mahu Dato Maharajalela. Malangnya, beliau ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung sehingga mati dalam sebuah mahkamah dipengerusikan Sultan Idris I (Aziz, 2019). Sultan Abdullah pula dituduh terlibat dalam pembunuhan ini lalu dibuang negeri ke Pulau Seychelles.", "Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:\nWorld Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9\nThe Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF", "RUJUKAN:", "Abdul Rahman, H.I., & Azmi, A. (2015). Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan. USM.", "Abdullah, Z.G. (1979). Pembunuhan J.W.W. Birch: suatu kajian tentang pembunuhannya.” Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies. 09: 59-72.", "Aziz, F. (2019, Julai 3). Dato Maharaja Lela Dalam Sejarah Perak. Orang Perak.", "Abdullah, Z.G. (1993). Ngah Ibrahim, Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Persatuan Muzium Malaysia. Halaman 27.", "Drake, P. (2017). Merchants, Bankers, Governors: British Enterprise in Singapore and Malaya, 1786-1920. World Scientific. Halaman 57.", "Iskandar, R. (2022). The Malay Nobat: A History of Power, Acculturation and Sovereignty. Rowman & Littlefield. Halaman 155.", "Tuan, W. Y. (2016). Penang Chinese Commerce in the 19th Century. Flipside." ]
https://www.thepatriots.asia/sejarah-perisikan-turki-zaman-uthmaniyah-ke-republik/
Sejarah Perisikan Turki Zaman Uthmaniyah Ke Republik
[ "Akar permulaan kepada perkhidmatan perisikan moden di Turki bermula dari penghujung era Empayar Uthmaniyyah, terutamanya pada abad ke-19.", "Konsep dan sistemnya adalah mengikut dasar pemerintahan zaman sultan-sultan yang berbeza, struktur perkhidmatan perisikan sering berubah-ubah. Bilangan perisik yang tidak terkira dan tidak dijangka jumlahnya itu boleh muncul dalam pelbagai bentuk samaran identiti, golongan pengemis atau darwisy sufi adalah antara rangkaian perisik Sultan Abdülhamid II yang terbaik.", "Pada tahun 1876, takhta pemerintah Uthmaniyyah dimanipulasi secara politik melalui plot terancang yang dilaksanakan oleh Midhat Pasha, Wazir Agung dan Menteri P3rang. Rancangan mereka adalah untuk menggulingkan Sultan Abdülaziz dari takhta dalam satu peristiwa rampasan kuasa yang membawa kepada kem4tian Sultan Abdülaziz, namun difitnah sebagai membvnuh diri.", "Anak saudara Abdülaziz, Sultan Murad V dipilih oleh pihak ‘negara dalam negara’ (negara/daulah terpendam) British di Uthmaniyyah untuk menaiki takhta, Murad V berpotensi besar menjadi Sultan boneka berikutan pandangannya yang cenderung ke arah barat dan dia juga merupakan seorang anggota Freemason.", "Malangnya, setelah melalui beberapa peristiwa yang tidak menyenangkan, dia mula mengalami masalah mental yang teruk lalu terpaksa diturunkan takhta, dan dibiarkan menetap di Istana Çırağan kerana telah hilang kelayakan sah sebagai pemerintah.", "Sultan Abdülhamid II yang berjanji akan meluluskan sistem perlembagaan berjaya menaiki takhta bagi menggantikan abangnya, Murad V. Pihak British menyangkakan Abdülhamid juga seorang yang boleh dikawal sebagai boneka, tetapi sebaliknya Abdülhamid berjaya mengembalikan kuasa mutlak Sultan sekaligus memperbodohkan British.", "Dua tahun kemudian, Abdülhamid berjaya mengatasi dua cubaan rampasan kuasa yang gagal diatur oleh Freemason dan disokong oleh British, yang ingin menaikkan kembali Murad V ke takhta sultan.", "Sultan Abdülhamid sendiri juga pernah menjadi sasaran beberapa cubaan pembvnuhan yang gagal. Semua kejadian ini mendorong sultan untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan dengan menubuhkan perkhidmatan risikan sulit.", "Mereka juga telah memaksa sultan untuk menjadi seorang ‘maharaja introvert’. Semasa Abdülhamid masih seorang Shahzade, dia merupakan seorang pemuda yang sangat ramah dan gemar bersosial. Dia sering berkata:", "“Berwaspada adalah kunci keamanan. Pertama sekali anda harus berwaspada, kemudian barulah anda menjaga keselamatan diri.”  ", "Abdülhamid tidak pernah meletakkan kepercayaan terhadap apa-apa atau sesiapa pun sebelum mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan.", "Yıldız Istihbarat Teşkilatı, atau Agensi Perisikan Yıldız yang terkenal dengan kerja-kerja risikan dan sabotaj, telah dilahirkan hasil dari persekitaran mencabar ini. Sultan Abdülhamid adalah pemerintah Uthmaniyyah pertama yang memulakan perkhidmatan perisikan moden, beliau menubuhkan institusi tersebut pada tahun 1880.", "STRUKTUR RAHSIA PERISIKAN", "Semasa era klasik Empayar Uthmaniyyah, maklumat risikan asing dikumpul oleh unit Akinji, sebuah unit berkuda ringan pada waktu pep3rangan, manakala para pengembara dan pedagang mengumpul maklumat pada masa yang aman damai. Sebagai contoh, kota perdagangan bebas Dubrovnik juga merupakan pusat perisikan.", "Asesbaşı, adalah panggilan untuk seorang pegawai Janisari yang menguruskan hal ehwal keselamatan dalaman yang juga merupakan seorang ketua polis tempatan. Böcekbaşı juga berperanan seperti pegawai polis tempatan, tugasannya merangkumi tindakan lanjut yang melibatkan kes pembvnuhan yang tiada petunjuk dan menangkap suspek kes pembvnuhan. Böcekbaşı juga turut dianggotai pegawai wanita untuk kes pembvnuhan.", "Terdapat juga cabang yang lain dikenali sebagai Çuhadar dalam pasukan Böcekbaşı yang menguruskan hal ehwal perisikan domestik. Ases, yang merupakan pengawas kawasan kejiranan, juga membantu dalam kerja-kerja risikan domestik. Semua penduduk di kawasan kejiranan adalah penjamin kepada jiran tetangga mereka dan mereka wajib melaporkan apa-apa perkara yang di luar kelaziman.", "Sepanjang pemerintahan Sultan Mahmud II (1834), Zaptiye Müşirliği, sebuah badan organisasi yang setara dengan ibu pejabat polis moden dan menguruskan sistem risikan untuk dinasti Uthmaniyyah telah ditubuhkan. Pemberi maklumat yang bertanggungjawab melaporkan apa yang sedang berlaku di negara ini ke markas dilantik untuk tugasan sulit.", "Perkhidmatan polis rahsia, yang dimodelkan setaraf dengan sayap polis rahsia Perancis (Gandermar), diasaskan oleh Wazir Agung Reşid Pasha dan seorang warganegara Uthmaniyyah berbangsa Yunani bernama Civinis yang dilantik sebagai pengarah.", "Ketika Sultan Abdülhamid II menaiki takhta pemerintah Uthmaniyyah, dia merasa adanya keperluan untuk membentuk rangkaian perisik yang mengelilingi seluruh negara bermula dari istana. Wazir Agung Said Pasha mengusulkan Sultan Abdülhamid II menghubungkan organisasi ini dengan istana dan menulis sendiri peraturan berkaitan. Said Pasha juga berkhidmat untuk pemerintahan secara proksi yang dikawal kerajaan CUP (Turki Muda). ", "Sultan menganggap pegawai perisik di pihaknya sebagai satu keperluan, dan dia menarik sokongan mereka dengan memberikan pelbagai jenis hadiah kepada mereka. Untuk seorang Sultan, Abdülhamid boleh dikatakan telah menganalisis zaman yang dia lalui dengan sempurna dan dia sedar bahawa etika rakyat sedang lemah. Dia percaya cara terbaik untuk meraih kesetiaan seseorang adalah melalui wang, pingat dan pangkat. “Cash is king”.", "Oleh itu, pernah dikhabarkan bahawa Abdülhamid berjaya mengumpulkan 30,000 pegawai risikan di bawah satu perkhidmatan perisikan, namun perkara ini tidak ada bukti dalam bentuk dokumen.", "Selain dari para pegawai risikan, terdapat komuniti dari pelbagai latarbelakang, kerjaya dan kewarganegaraan seperti golongan Sufi Darwisy dari Kaşgarlı, para mullah dari Daghestan, pengemis dari India, pengembara dari Sudan, syeikh dari Libya serta orang Kurdi dan Afghanistan, khodja dari Tatarstan, pelakon, ahli silap mata dan ilusi adalah antara rangkaian besar ejen perisikan yang ditubuhkan oleh Sultan Abdülhamid II.", "Pegawai wilayah dan bahkan pegawai di pejabat kedutaan juga antara rangkaian perisik yang ditempatkan oleh Abdülhamid. Malah pegawai kanan negara, gundik-gundik dan sida-sida yang ditawarkan sebagai hadiah dari istana pernah terlibat dalam kerja risikan dan laporan akan dihantar terus ke Istana Uthmaniyyah.", "KEGAGALAN AGENSI KETIKA KEJATUHAN ABDÜLHAMID", "Perisik menyampaikan laporan risikan yang mereka kumpulkan ke istana dalam bentuk laporan bertulis yang tertutup. Sultan membaca setiap laporan secara peribadi dan menyampaikan arahan dan laporan yang memerlukan siasatan lebih lanjut kepada setiausaha peribadinya setelah dia memotong bahagian di mana tandatangan perisik itu boleh dilihat. Dia akan menyimpan semua laporan itu.", "Ketika dia digulingkan, sejumlah laporan yang tidak pernah dibuka telah ditemui semasa pengikutnya cuba menyelamatkan dan menghapuskan segala dokumen-dokumen sulit supaya tidak ditemui oleh musuh.", "Ramai yang terkejut apabila menemui sejumlah laporan yang ditulis oleh beberapa anggota Turki Muda sendiri, jumlahnya yang banyak menyebabkan beberapa hari diperlukan untuk membakar kesemua laporan itu berikutan penggulingan Sultan dari takhta.", "Ini turut menjelaskan kegagalan saluran maklumat perisikan walaupun Abdülhamid telah ‘menanam’ begitu ramai perisik-perisik di dalam kumpulan Turki Muda, ini kerana pihak Turki Muda juga turut melakukan perkara yang sama dengan menghantar ejen-ejen sulit mereka yang kebanyakannya merupakan pegawai istana.", "Laporan risikan sentiasa disediakan sekiranya berlaku kecemasan walaupun Sultan tidak hadir ke pejabatnya, atau ketika dia sedang mandi. Dengan cara ini sultan kekal menyedari apa yang sedang berlaku walaupun di sudut yang paling jauh dari pusat pemerintahan.", "Walaupun begitu, siasatan yang dilakukan untuk sebilangan laporan yang diterima hanyalah sia-sia. Telah tiba waktunya dimana kepentingan setiap laporan ini semakin merosot. Semua orang mula melapor antara satu sama lain. Khabar angin yang tidak benar dan bahkan fitnah mula tersebar.", "Walaupun Sultan amat menyedari akan hal ini, dia hanya menutup mata demi usaha menjaga rangkaian perisikannya tetap berjalan lancar. Pada masa itu, para menteri dan pegawai-pegawai negeri saling berpecah belah, api permusuhan sedang dibakar dan semua orang saling mencurigai antara satu sama lain.", "Kadang-kala, ada rakyat yang tidak bersalah dengan tidak semena-mena turut dihukum bersama dengan orang yang bersalah. Perisik yang mudah dikenali dengan memakai Fez khas berwarna merah menjadi orang yang paling dibenci dan ditakuti semua rakyat.", "Mengambil kesempatan terhadap kacau bilau ini, kumpulan Turki Muda berjaya memanfaatkan situasi ini dan menyebarkan propaganda terhadap sultan atas dasar ini. Rangkaian perisikan yang sulit ini gagal menyelamatkan takhta Sultan Abdülhamid II yang sudah kepenatan memikul beban negara selama 33 tahun baginda berada di atas takhta.", "Golongan rakyat yang sangat menyayangi Sultan Abdülhamid tetapi diserang oleh perisik mula berpaling dari sultan. Lebih-lebih lagi, antara faktor terpenting yang membawa kepada jatuhnya Abdülhamid II adalah kerana orang Turki Muda berjaya menyusup masuk ke dalam Istana sebagai pegawai, bahkan anak saudara Sultan sendiri bertindak sebagai penyampai maklumat musuh. Ini salah satu fakta yang masih tidak ramai orang tahu.", "PENJENAMAAN SEMULA", "Ketika Turki Muda berkuasa pada tahun 1908 setelah menjatuhkan sultan Uthmaniyyah terakhir yang berkuasa mutlak itu, Agensi Perisikan Yıldız dimansuhkan dan “Teşkilât-I Mahsusa” atau Organisasi Khusus menjadi penggantinya di bawah perintah Enver Pasha. Beberapa perisik era Abdülhamid diasingkan, sementara yang lain pula ada yang diberi tugasan baru dalam rejim baru.", "Perisik Organisasi Khusus sangat aktif mengekori dan melaporkan gerak geri individu-individu yang diintai oleh Agensi Perisikan Yıldız. Selain perkhidmatan perisikan di ibu kota dan dalam negeri, mereka turut aktif beroperasi di luar negara.", "Pada tahun 1927, satu lagi perkhidmatan perisikan iaitu Perkhidmatan Keselamatan Negara atau Milli Emniyet Hizmeti, MEH, tetapi dikenali sebagai MAH kerana nama asalnya adalah Milli Amele Hizmeti dan ditubuhkan sebagai menggantikan Teşkilat-I Mahsusa dengan sokongan pihak Jerman. Ketika Turki berada di bawah pengaruh Amerika Syarikat, ia pernah berfungsi sebagai salah satu cabang risikan CIA untuk kawasan tempatan, terutamanya selepas tahun 1953.", "Dengan erti kata lain, maklumat risikan antarabangsa disediakan oleh CIA, sementara MAH pula berperanan sebagai cabang operasi tempatan. Berdasarkan beberapa catatan yang timbul dari tempoh tersebut, CIA lazimnya membayar MAH sekitar 100,000 lira Turki sementara British membayar 30,000, Perancis 8,000 dan Itali 4,000.", "Behçet Türkmen yang ketika itu merupakan ketua MAH, adalah rakan kongsi produk jenama Coca Cola di Turki dan merupakan bapa kepada İlter Türkmen, duta besar dan menteri Luar. Walaupun Perdana Menteri ketika itu Adnan Menderes mengetahui dan cuba membatalkan hubungan ini, ia hanya mengundang lebih banyak masalah terhadap dirinya sendiri.", "Selepas peristiwa rampasan kuasa pada 27 Mei tahun 1960, MAH dijenamakan semula sebagai Millî İstihbarat Teşkilatı atau Badan Perisikan Negara (MİT), yang beroperasi di bawah Kementerian Perdana Menteri. Semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri dan Presiden Turgut Özal yang kemudiannya, ia telah dijadikan badan yang bebas tentera (demilitarized). Badan Perisikan Negara itu terus kekal beroperasi hingga ke hari ini.", "RUJUKAN:", "Ottoman History Podcast: Spies Of The Sultan", "Landau, J. (1987). An insider’s View of Istanbul: Ibrāhīm al-Muwayliḥī’s Mā Hunālika. Die Welt Des Islams" ]
https://www.thepatriots.asia/tun-abdul-jamil-laksamana-yang-merampas-afamosa-daripada-portugis/
Tun Abdul Jamil: Laksamana Yang Merampas A’Famosa Daripada Portugis
[ "Sayang laksamana mati dibunuh Mati dibunuh datuk menteri Sayang laksamana mati dibunuh Aduhailah sayang Mati dibunuh datuk menteri", "Lagu Sayang Laksamana Mati Dibunuh yang dinyanyikan Siti Nurhaliza sangatlah dekat dengan kisah Laksamana Tun Abdul Jamil seorang laksamana hebat pada abad ke-17 ketika zaman Empayar Johor-Riau menguasai arena politik Selat Melaka dahulu. Untuk pengetahuan para pembaca, kerana keperwiraan yang dimiliki oleh Laksamana Tun Abdul Jamil, namanya diabadikan pada salah satu daripada kapal perang milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan nama KD Laksamana Tun Abdul Jamil.", "Tapi kenapa nama beliau disematkan pada kapal perang Malaysia? Salah satu daripada kejayaan yang dimiliki oleh beliau ialah kejayaan mengalahkan Portugis dalam peperangan, sekaligus membalas dendam untuk orang Melayu di atas kekalahan memalukan mereka pada tahun 1511 dahulu. Kejayaan yang dicapai oleh Laksamana Tun Abdul Jamil ini telah mengembalikan prestij Johor semula sebagai kuasa maritim yang hebat di Selat Melaka.", "Serangan pertama yang digerakkan oleh beliau bermula pada tarikh 17 Ogos 1606 Masihi apabila Johor membuat pakatan dengan Belanda. Ketika serangan pertama pakatan Johor-Belanda, Johor telah menghantar 50 buah perahu perang bersama dengan 3000 askar Melayu manakala Belanda membawa 11 buah kapal perang yang diketuai oleh Cornelis de Jonge Matelief. Namun dalam pertempuran pertama, pakatan Johor-Belanda menemui kegagalan apabila Belanda kalah di pertempuran laut manakala tentera Johor yang mengepung kota Melaka daripada darat tidak dapat bertahan selepas pengunduran Belanda turut berundur.", "Namun, tidak berhenti di situ, perjuangan Laksamana Tun Abdul Jamil berterusan demi merampas kembali Melaka dari tangan Portugis dan membalas dendam atas kekalahan orang Melayu pada tahun 1511. Ia bermula dengan perjanjian yang dibuat pada tahun 1639 Masihi, antara pihak Belanda dengan sultan Johor, Sultan Abdul Jalil Syah II (1623-1677 Masihi) untuk bersama-sama menyerang kota Afamosa.", "Dicatatkan pada tahun 1640, Laksamana Tun Abdul Jamil dikatakan memimpin 1, 500 orang tentera Melayu Johor bersama dengan 40 buah perahu perang bersama dengan Belanda dan berjaya mengepung Melaka dalam tempoh sekitar satu tahun. Artikel mengenai pengepungan ini akan menyusul nanti dan akan menceritakan dengan lebih terperinci tentang Penaklukan Melaka 1640 – 1641.", "Pada tahun 1677 Masihi, Johor menerima pemerintah baru selepas kemangkatan Sultan Abdul Jalil Syah II. Raja Ibrahim telah menaiki takhta Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim Shah. Laksamana Tun Abdul Jamil telah bertindak sebagai penasihat kepada Raja Ibrahim agar memindahkan pusat pemerintahan ke Riau. Dari situ, Laksamana Tun Abdul Jamil diberi tanggungjawab membangunkan pelabuhan Riau sehinggakan pelabuhan tersebut mengulangi kegemilangan yang pernah dicapai oleh pelabuhan Melaka.", "Sejarah mencatatkan kepada kita betapa pada waktu puncaknya (1687 Masihi), pelabuhan Riau dikunjungi oleh sekurang-kurangnya 600 buah kapal dagang dan pedagang-pedagang yang mengunjungi pelabuhan Riau datang dari segala pelusuk dunia seperti China, Portugis, Belanda, Inggeris, India, Arab dan sebagainya.", "Nampaknya kejayaan mengalahkan Portugis tidak berhenti di situ apabila Laksamana Tun Abdul Jamil berjaya menaikkan prestij Johor semula dalam Perang Johor vs. Jambi pada tahun 1673 hingga tahun 1679 M. Johor mengalami kerugian yang teruk apabila Jambi melancarkan serangan ke atas Johor sejak tahun 1673. Kekacauan yang sebelum ini ditimbulkan oleh Jambi apabila menyerang Batu Sawar dan dari situ, Jambi telah merampas harta kekayaan Johor yang sangat kaya raya. Dikatakan hasil rampasan itu berupa 140 buah kapal, 4 tan emas, 95 pucuk meriam besi dan logam dan segala senjata api yang dimiliki oleh Johor sendiri. Bayangkan… emas seberat 4 tan. Seberapa kayakah kekayaan yang dimiliki oleh Johor ketika itu?", "Namun Johor kembali bangkit menentang serangan Jambi. Ianya berlaku pada tahun 1679 apabila Laksamana Tun Abdul Jamil mengambil insiatif memimpin angkatan tentera Johor mengalahkan Jambi dengan bantuan tentera upahan Bugis.", "Berikutan kekalahan Jambi, Pangeran Dipati Anum yang merupakan pemerintah Jambi ketika itu terpaksa membayar pampasan dan Jambi pula terpaksa menghantar dua orang kenamaan mereka sebagai tebusan untuk hidup di Riau. Dari situ, pada tahun 1681, Laksamana Tun Abdul Jamil berjaya membantu Johor menahan serangan orang Palembang dan Makasar. Kalau tidak kerana campur tangan Belanda, Johor sudah tentu berkeupayaan untuk menakluk Palembang dan meletakkan Palembang ke dalam sebahagian daripada kekuasaan Empayar Johor ketika itu. Kejayaan itu membuatkan Laksamana Tun Abdul Jamil mendapat gelaran Paduka Raja dan diberi kuasa melampaui para pembesar yang lain, termasuklah Bendahara Johor sendiri ketika itu.", "Johor juga hampir ditipu oleh Belanda apabila kuasa asing itu cuba untuk merampas kekayaan perdagangan yang dimiliki oleh Empayar Johor itu sendiri. Ketika pihak Belanda menawarkan perjanjian kepada Johor. Perjanjian dalam Bahasa Melayu dan Belanda adalah berbeza isi kandungannya. Tetapi mujurlah rasa segan Belanda pada kepimpinan Laksamana Tun Abdul Jamil, membuatkan mereka terpaksa akur pada isi kandungan surat perjanjian di dalam Bahasa Melayu dan bukannya isi kandungan surat perjanjian yang diubah Belanda dalam bahasa mereka sendiri.", "Kekuasaan yang dimiliki oleh Tun Abdul Jamil, yang dikatakan mengatasi kuasa sultan sehinggakan Belanda sendiri mengatakan bahawa pemerintah sebenar Kesultanan Johor adalah beliau sendiri, bukannya sultan yang kononnya sekadar menjadi boneka sahaja. Hal ini mencetuskan rasa tidak puas hati para pembesar Johor termasuklah Bendahara Tun Habib Abdul Majid hingga akhirnya mencetuskan pemberontakan. Tun Abdul Jamil beserta keluarganya terpaksa melarikan diri ke Terengganu tetapi dipintas oleh orang-orang Bendahara dan beliau telah dibunuh bersama putera-puteranya. Kisahnya sangat menyayat hati berkaitan dengan pembunuhan Laksamana Tun Abdul Jamil.", "Ketika tiba di pantai Terengganu, dikatakan pertempuran berlaku antara pengikut-pengikut Bendahara Tun Habib dan Laksamana Tun Abdul Jamil. Dalam pertempuran yang berlaku pada tahun 1688 Masihi itu, diceritakan meriam Laksamana Tun Abdul Jamil kehabisan peluru sehinggakan terpaksa menggunakan duit syiling sebagai peluru meriam. Akhirnya, Laksamana Tun Abdul Jamil mati terbunuh dan kisahnya diabadikan dalam lagu Siti Nurhaliza.", "Rujukan:", "1. Wan Mohd Rosli Wan Ngah. (2015). Laksamana Tun Abdul Jamil: Kematiannya Melahirkan Lagu Sayang Laksamana Mati Dibunuh.", "2. Ahmad Jelani Halimi. (2008) Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Utusan Publication & Disttibutors Sdn Bhd", "3. Mardiana Nordin. Politik Dan Pentadbiran Era Kesultanan Johor Sehingga Abad Ke-18. Jabatan Sejarah Universiti Malaya" ]
https://www.thepatriots.asia/dato-onn-bin-dato-jaafar-simbol-penyatuan-orang-melayu/
Dato Onn Bin Dato Jaafar – Simbol Penyatuan Orang Melayu.
[ "Setelah menyelusuri sejarah Dato’ Ja’afar di artikel yang lalu, kali ini kita beralih ke salah seorang anaknya, iaitu Onn Bin Jaafar. Nama Onn bukanlah asing di dalam sejarah politik tanah air. Beliau merupakan simbol penyatuan Orang Melayu yang seterusnya membawa kemerdekaan bagi sebuah negara yang bernama Tanah Melayu.", "Dilahirkan di Bukit Gambir pada Februari 1895 dan merupakan anak kepada Dato’ Ja’afar dan isterinya, Ruqaiyyah Hanim. Ketika waktu kecilnya, Onn dibesarkan sebagaimana kanak-kanak biasa yang lain walaupun bapanya seorang Menteri Besar pada ketika itu. Onn juga sering bermain di Istana Johor bersama-sama anak-anak Sultan.", "Pendidikan asasnya bermula di Sekolah Melayu Johor Bahru. Sebelum dihantar ke England, beliau diasuh oleh wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad pada usia sembilan tahun.", "Kemudian belajar di sekolah Aldeburg Lodge di England selama enam tahun. Setelah tamat pelajaran di England beliau telah pulang ke tanah air, Johor pada 25 Mac 1910 dan melanjutkan lagi pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar.", "Setelah tamat pembelajaran di MCKK, Onn mula bekerja sebagai kerani di Pejabat Kerajaan Negeri Johor.  Pada Mac 1917, beliau menyertai Pasukan Tenter4 Johor ( Johor M1litary Force) dan ditempatkan di Pulau Blakang Mat1, Singapura (kini Sentosa Island).", "Setelah menamatkan perkhidmatannya di sana, beliau bekerja sebagai kerani di Pejabat Penasihat British namun tidak lama kerana diberhentikan atas titah sultan. Ini kerana Onn amat berang dengan tindakan Sultan yang melelong harta keluarga beliau di Bukit Senyum.", "Atas pujukan Tengku Ismail, Sultan Johor memaafkan Onn dan beliau bekerja sebagai penolong pegawai di Muar. Pada 1924, Onn dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pegawai Pemungut Hasil Tanah.", "Namun, sikap Onn dalam mengkritik British tidak pernah berubah. Onn turut sekali lagi mengkritik Sultan kerana mendakwa Sultan menggunakan ask4r JMF untuk membina lumba kuda dan ladang ladang getah. Kritikan Onn itu mendapat liputan di dalam akhbar-akhbar yang menyebabkan Sultan murka lalu Onn dijatuhkan hukuman buang negeri ke Singapura pada 1927.", "Di Singapura, Onn terpaksa menyara hidup sebagai nelayan dan menjual kuih-muih. Menyedari kemunduran bangsa Melayu pada ketika itu, Onn memasuki bidang kewartawanan dengan menjadi pengarang di Warta Malaya pada 1930.  Onn kerap mengkritik cara kehidupan Sultan Johor di dalam penulisannya.", "Sebagai contoh, Onn mengkritik perkahwinan di antara Sultan Ibrahim dan Helen Wilson yang bertentangan dengan adat sebagai Orang Melayu. Onn turut mengkritik masyarakat Melayu yang suka berfoya-foya dan mengamalkan sikap membazir.", "Sekitar tahun 1935, Onn sekali lagi mendapat pengampunan oleh Sultan Ibrahim. Onn kemudian dilantik menjadi Ahli Tidak Rasmi Majlis Mesyuarat Negeri Johor.  Ketika p3rang tercetus, Onn telah dilantik sebagai Pegawal Makanan Johor.", "Selepas pihak k0munis menggila di bandar besar, Onn telah meredakan ketegangan yang berlaku di Batu Pahat. Peristiwa itu menyebabkan Onn mula disayangi dan dihormati oleh orang Melayu.", "Pada awal tahun 1946, beliau menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor yang sebagai Yang Dipertua. Dalam bulan Mac 1946, perwakilan-perwakilan dari berbagai persatuan Melayu bertemu dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur mencapai keputusan akan menubuhkan satu dan yang mewakili orang melayu menentang Malayan Union.", "Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai yang Di Pertuanya yang pertama. Dalam tahun ini juga iaitu pada 1 Oktober 1946, Sultan Ibrahim melantik Datuk Onn Datuk Jaafar sebagai Menteri Besar Johor.", "Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Datuk Onn meletakkan jawatan itu untuk menumpukan sepenuh masa kepada UMNO selepas Sultan Ibrahim memberi amaran kepadanya sama ada mahu memilih berkhidmat dengan kerajaan atau memimpin UMNO.", "Datuk Onn memilih untuk terus berkhidmat sebagai Yang Dipertua UMNO. Pada tahun 1946, kepimpinan Datuk Onn menentang penjajahan secara politik sehingga tumbangnya Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu.", "Usaha-usaha Datuk Onn untuk mengembalikan kedudukan orang-orang Melayu, beliau telah mengemukakan cadangan supaya keahlian UMNO dibuka kepada lain-lain bangsa tetapi mendapat tentangan di kalangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO.", "Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos Datuk Onn melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua UMNO disebabkan oleh tentangan tersebut. Berbagai-bagai tafsiran boleh diberi terhadap syor-syor Datuk Onn dan ia sendiri pernah dituduh sebagai tidak berkepentingan Melayu.", "Setelah meninggalkan UMNO,  Datuk Onn yang telah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah dapat melihat dari dalam masalah-masalah pentadbiran dan politik negara. Mungkin kerana itu, merasakan perlu kerjasama secara lebih rapat dengan kaum-kaum lain dan mempercayai bahawa bimbingan dari British adalah perlu bagi memajukan orang-orang melayu sebelum mencapai kemerdekaan.", "Beliau dituduh sebagai orang pro-British kerana duduk dalam kabinet kerajaan penjajah, tetapi kemudiannya UMNO juga membenarkan seornag wakilnya menerima tempat dalam kabinet itu.", "Sewaktu di dalam kabinet kerajaan penjajah, Datuk Onn telah dilantik menjadi Pengerusi RIDA, sebuah badan yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. Dalam bidang pelajaran, nama Datuk Onn terkenal dengan minatnya terhadap kemajuan anak-anak Melayu yang membuahkan antara lain ‘Biasiswa UMNO’ sewaktu beliau dalam parti ini.", "Beliau menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya tetapi tidak berjaya mendapat sokongan orang-orang Melayu. IMP tewas di semua kerusi sewaktu Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur diadakan Pada tahun 1953.", "Pada tahun 1954, beliau menubuhkan pula Parti Negara sebagai membuat persediaan menghadapi pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955, Datuk Onn dan partinya tidak berjaya dalam pilihanraya itu, namun tidak berputus asa bagi mendapatkan tempat dalam politik tanahair. Onn sendiri tewas kepada Sulaiman Abdul Rahman, abang kepada Tun Dr Ismail semasa pilihanraya tersebut.", "Pada Pilihanraya Umum 1959, Onn berjaya mendapat kerusi bagi Parlimen Kuala Terengganu. Sepanjang menjadi ahli parlimen, Onn kerap mengkritik dasar yang diamalkan oleh pihak kerajaan. Onn juga menjadi “ketua pembangkang” tidak rasmi kerana jika ada ucapan mengenai pujian, kem4tian dan sebagainya, Onn selalu diberi peluang untuk mewakili pihak pembangkang.", "Sewaktu krisis politik Terengganu berlaku, penglibatan Onn semakin disisihkan. Kesihatan beliau juga semakin memburuk. Pada 18 Januari 1962, Onn menghembuskan nafas yang terakhir di sisi isteri, anak dan saudaranya. Berita pemergian beliau diumumkan keesokkan harinya dan ditangisi oleh segenap masyarakat terutama Orang Melayu.", "Pada 20 Januari, jena2ah Onn  dibawa dari rumahnya ke Istana sambil dilitupi dengan bendera Negeri Johor sebagai tanda penghormatan. Kemudian, jena2ah beliau dibawa ke Makam Mahmoodiah dan dilitupi sekali lagi dengan bendera kebangsaan sambil ditarik oleh Ask4r Melayu Diraja. Onn kemudian dikebum1ikan berhampiran dengan pusar4 abang dan bapanya. Upacara itu turut dihadiri oleh seluruh pemimpin tertinggi kerajaan dan raja-raja.", "Tunku Abdul Rahman mengatakan, jika Indonesia berbangga dengan Sukarno, maka Malaya juga turut berbangga dengan Dato Onn. Sebagai anak Melayu yang banyak membela nasib bangsa, Onn telah dikurniakan beberapa anugerah kebesaran antaranya Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia (DPMJ) yang membawa gelaran Dato’ dan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati, Pangkat Yang Kedua (Komander) – (DK II).", "Onn juga pernah menerima Darjah Kebesaran Kerajaan British yang membawa pangkat Sir. Pada 2015, sempena keputeraan Sultan Perak, Onn telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa pangkat Dato’ Seri. Cucu beliau, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah mewakili bagi pihak Dato Onn untuk mengambil darjah kebesaran berikut." ]