url
stringlengths
33
227
headline
stringlengths
6
157
content
sequence
https://www.thepatriots.asia/korea-selatan-dari-negara-paling-miskin-di-asia-menjadi-gergasi-ekonomi/
Korea Selatan: Dari Negara Paling Miskin Di Asia, Menjadi Gergasi Ekonomi
[ "Korea Selatan merupakan sebuah negara maju, berpendapatan tinggi dan digelar antara 4 harimau ekonomi Asia.", "Malahan negara ini juga sangat dikenal dengan kehadiran beberapa taikun-taikun perniagaan yang menggugat pasaran dunia seperti Samsung dan Hyundai.", "Industri seni kreatif Korea juga tidak boleh dipandang sepi kerana telah meledak sehingga mendapat perhatian masyarakat dunia. Bayangkan ketika ini, kumpulan pop Korea iaitu Blackpink dan BTS dengan menguasai carta-carta muzik di seluruh dunia.", "Bahkan K-drama dan K-filem yang suatu ketika dahulu tidak diberikan perhatian mula menjadi kegemaran penonton dengan jalan cerita yang menarik.", "Kesemua ini telah memberikan keuntungan yang begitu banyak apabila BTS menyumbang AS$4.65 bilion kepada KDNK Korea Selatan.", "Baca lebih lanjut mengenai ekonomi Korea dan BTS di sini", "Namun begitu tahukah anda bahawasanya sebelum mencapai ini semua, Korea Selatan merupakan sebuah negara miskin. Bagaimana pula mereka boleh bangkit menjadi negara kaya sehingga digelar sebagai harimau ekonomi Asia? Ayuh soroti artikel ini.", "Selepas berakhir sahaja Perang Korea pada Julai 1953, Korea Selatan adalah salah satu negara termiskin di dunia dengan KDNK per kapita sebanyak $791 sahaja.", "Kesan daripada perang tersebut hampir meranapkan ekonomi Korea Selatan apabila terlalu banyak bangunan yang hancur hingga menyebabkan hampir 1 juta orang awam terbunuh.", "Jadi Korea perlukan masa yang begitu panjang untuk bangkit setelah dilanda kebinasaan.", "Rakyat Korea Selatan pada hari ini harus berterima kasih kepada bekas presiden Park Chung-hee yang telah berjaya membawa negara itu keluar daripada lembah kemiskinan.", "Ketika Park berkuasa bermula tahun 1961, KDNK per kapita bagi Korea Selatan adalah $94 iaitu lebih sedikit berbanding jiran mereka iaitu Korea Utara.", "Bagi mengeluarkan negaranya dari lembah kemiskinan, Park telah bertindak menggagaskan satu pelan ekonomi berorientasikan eksport dengan memaksa chaebol untuk bekerjasama.", "Buat pengetahun anda semua, chaebol merupakan sebuah syarikat warisan keluarga yang masih wujud hingga hari ini dan mereka banyak menguasai sektor-sektor ekonomi di Korea Selatan.", "Antara syarikat warisan keluarga tersebut adalah seperti Hyundai dan LG.", "Pada asalnya syarikat-syarikat chaebol ini hanyalah menjual barangan keperluan seperti gula, plastik dan beras.", "Melalui kerjasama ini, Park telah memberikan pinjaman konsesi, subsidi dan pemotongan cukai kepada chaebol untuk menerokai cabang perniagaan baru.", "Hal itu dapat lihat melalui pentadbiran Park yang membiayai Chaebol untuk untuk beralih kepada industri berat dan kimia.", "Bermula dari detik itu, Samsung telah menubuhkan Korea Fertilizer pada tahun1967. Manakala Hyundai pula membina jalan raya pertama Korea Selatan bagi menghubungkan Seoul dan Busan pada akhir 1960-an.", "Bukan itu sahaja, Chaebol juga berkolaborasi dengan syarikat-syarikat daripada Amerika Syarikat dan Jepun bagi memudahkan perpindahan teknologi.", "Samsung misalnya telah berunding dengan Sharp dan Micron untuk menerokai perniagaan berasaskan barangan elektrik.", "Hyundai pula pada asalnya membangunkan sebuah kilang untuk kerja-kerja pemasangan kereta berjenama Ford sebelum syarikat itu berjaya mengeluarkan jenamanya sendiri.", "Ajaibnya, Samsung berjaya membangunkan cip DRAM 64kb dalam masa enam bulan sahaja hingga menjadikan Korea sebagai negara ketiga mengeluarkan produk itu selepas Amerika Syarikat dan Jepun.", "Dalam tempoh yang sama juga Hyundai juga berjaya mencapai operasi pemasangan penuh kereta berjenama Ford tanpa sebarang masalah.", "Hal itu telah membuatkan eksport Korea yang sebelum ini hanyalah sekadar pakaian dan kasut berubah kepada televisyen, radio serta mesin basuh ketika akhir 1970-an.", "Malahan, Hyundai juga mencipta sejarah dengan terhasilnya kereta pertama Korea Selatan iaitu Pony pada tahun 1975.", "Buat pengetahun anda, nilai eksport Korea Selatan pada 1961 hanyalah sekitar $42 juta sahaja. Walau bagaimanapun menjelang 1977, nilai eksport Korea Selatan naik mendadak kepada lebih dari $ 10 bilion.", "Persoalannya bagaimana pula Park Chung-hee mendapatkan wang bagi meningkat ekonomi Korea Selatan setalah ranap dihabisi perang?", "Pertama sekali Park telah membuat keputusan dua keputusan tidak popular iaitu memulakan hubungan diplomatic dengan Jepun dan menghantar tentera ke Perang Vietnam.", "Semua sedia maklum bahawasanya rakyat Korea sangat berdendam kepada Jepun kerana menghapuskan monarki dan meruntuhkan binaan warisan Joseon.", "Walau bagaimanapun, hubungan yang terjalin di antara Jepun dan Korea Selatan membuat negara itu menerima banyak faedah. Jepun telah membayar geran $300 juta dan memberi pinjaman sebanyak $500 juta kepada Korea Selatan.", "Penghantara tentera ke Perang Vietnam juga mendatangkan kebaikan apabila tentera Korea Selatan memberikan pendapatan kepada negara sebanyak $2 bilion. Ketika itu, KDNK per kapita Korea Selatan telah meningkat lima kali ganda daripad jumlah asal.", "Park juga bertindak menghantar rakyat Korea Selatan untuk bekerja di luar negara bagi mendapatkan mata wang asing.", "Perjanjian bersama Jerman Barat pada tahun 1963 membuatkan ramai rakyat Korea bekerja di negara itu sebagai jururawat dan pelombong.", "Syarikat-syarikat Korea pula mula menumpukan perhatian ke rantau Timur Tengah untuk membina kemudahan infrastruktur seperti lebuhraya, kilang dan pelabuhan.", "Hal ini telah membuatkan Hyundai meraih keuntungan sehingga $51 bilion dari rantau tersebut.", "Ketika akhir hayat Park, beliau berjaya menaikan nilai KDNK per kapita Korea Selatan melepasi angka $1,770 iaitu meningkat 20 kali ganda berbanding diawal pentadbirannya.", "Oleh sebab itu, Korea layak digelar sebagai harimau ekonomi Asia bersama Singapura, Taiwan dan Hong Kong.", "Hari ini, Korea Selatan merupakan ekonomi ke-11 terbesar di dunia dengan KDNK per kapita sebanyak $30,000.", "Malahan, negara itu juga merupakan pelopor kepada cip memori, alatan elektrik dan telefon pintar terkenal dunia.", "Natijahnya, negara jika dibangunkan dengan betul pasti akan dapat mencapai kemajuan mengikut yang telah ditetapkan. Korea Selatan sendiri pada suatu ketika dahulu sangat miskin dan berjaya menjadi kaya pada hari ini.", "RUJUKAN:", "Instituto Desarrollo Industrial. (2014). How Korea got rich.", "Korea Expose. (2017, Disember 20).  How did South Korea become so rich?", "Artikel juga boleh dibaca di portal kewangan dan juga ekonomi kami, The Outlook. " ]
https://www.thepatriots.asia/apa-nasib-rakyat-malaysia-di-singapura/
Apa Nasib Rakyat Malaysia Di Singapura?
[ "Malaysia dan Singapura berkongsi hubungan begitu akrab. Malah semasa koronavirus melanda, Malaysia turut membantu keluarkan rayat Singapura daripada Iran (Bernama, 2020).", "Walaupun ada yang mengkritik, perbuatan sedemikian ialah muhibah kejiranan. Dianggarkan seramai 300,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura. Separuh daripadanya berulang-alik setiap hari (The Straits Times, 2020).", "Jadi Singapura pun ibaratkan “membalas jasa” dengan membantu pekerja-pekerja Malaysia yang diberhentikan kerana koronavirus (Bernama, 2020).  Tetapi bantuan sedemikian pun tertakluk kepada situasi juga.", "Pekerja-pekerja terkesan hanya dihubungkan dengan prospek-prospek majikan. Kalau tidak dapat, maka tidak dapatlah. Sudahlah tidak boleh masuk Malaysia, di Singapura pula perlu #StayAtHome. Tetapi masalahnya, they have no home.", "Maka di mana tempat mereka? Rasanya semua boleh agak. Secara mengejut, koronavirus telah membuatkan rakyat Malaysia menjadi gelandangan.", "Stesen-Stesen MRT Marsiling dan MRT Kranji ialah tarikan utama, dengan taburan gelandangan di taman-taman permainan juga (FMT, 2020).", "Bagi yang masih bekerja, Kementerian Hak Asasi Manusia Singapura memberikan SG$50 kepada pekerja-pekerja Malaysia melalui majikan (Zazali, 2020).", "Masalah Sebenar Di Sana", "Tetapi manfaat sebegini tidak sampai kepada pekerja-pekerja upahan paling bawah. Mereka terpaksa mencari teduhan di luar. Ada yang enggan pergi ke rumah tumpangan atas faktor jarak terlalu jauh.", "Organisasi-organisasi kemanusiaan Singapura pun bingkas menggerakkan kerja supaya golongan ini perlu dibantu. Dengan pakatan bersama beberapa gereja, mereka pun berjaya membuat sedemikian (CNA Insider, 2020).", "Dan apabila satu perkara dijadikan video, berhamburanlah cacian terhadap Malaysia seolah-olah kerajaan telah melupakan kebajikan terhadap rakyat sendiri sehingga negara luar terpaksa membantu.", "Hakikatnya jauh sekali berbeza. Kerana pekerja-pekerja sekalipun Malaysia memang perlu dibantu kerajaan Singapura. Walaupun buruh upahan sekalipun, kebajikannya ada pada negara kerjanya.", "Situasi sama juga berlaku pada warga-warga asing di Malaysia. Buruh daripada Bangladesh dibawa untuk mengisikan kelompongan dalam industri pembinaan.", "Tetapi projek-projek pembangunan digantung sekalipun, mereka masih belum melaporkan dihalau oleh majikan. Begitu juga dengan warga-warga asing dalam sektor lain, seperti peruncitan misalnya.", "Kebajikan mereka masih lagi terjaga. Entah kenapa bila Singapura, lain pula bunyinya.", "Dasar Circuit Breaker Singapura", "Keadaan bertambah buruk pada 3 April 2020. Lee Hsien Loong membuat perutusan khas dalam televisyen tentang perjuangan Singapura menentang koronavirus.", "Beliau menerangkan bahawa prestasi Singapura dalam menangani koronavirus menjadi lebih sukar. Sebelum ini rakyat dij4ngkitinya  daripada luar – sekarang koronavirus telah bertapak di republik tersebut sehingga kerajaan tidak tahu puncanya (The Straits Times, 2020).", "Jadi Singapura ingin mengisytiharkan circuit breaker (pemutus litar). Apa itu circuit breaker? Senang kata lockdown kerana asasnya sama saja.", "Kebanyakan perniagaan dipaksa tutup bermula 7 April selama sebulan kecuali sektor-sektor penting seperti pasaraya, klinik, hospital, bank dan sebagainya (The Asian News Network, 2020).", "Perintah lockdown ini mencetuskan kerisauan jika pekerja-pekerja Malaysia terpaksa balik (Omar, 2020). Tetapi kerajaan Singapura sendiri akan membuat ujian terhadap rakyat Malaysia.", "Jika negatif, mereka dibenarkan menyeberangi selat dan pulang ke tanahair, dimana Malaysia menjaminkan takkan kuarantin oleh kerana sudahpun negatif (The Straits Times, 2020).", "Membiarkan pekerja-pekerja upahan merempat sebagai gelandangan menunjukkan kegagalan dari segi pengurusan mitigasi.", "Hidup merempat juga boleh mengeruhkan keadaan, oleh kerana terlalu terdedah. Siapa sebenarnya tahu jika permukaan ditiduri mempunyai air liur kering yang masih bergelumangan dengan koronavirus.", "Sebuah negara tidak sama sekali boleh dipimpin seperti syarikat. Singapura perlu jaga pekerja-pekerja semua negara di situ.", "RUJUKAN:", "The Asian News Network. (2020, April 3). Singapore to see most workplaces closed down from Tuesday. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/04/03/singapore-pm-we-will-put-in-place-a-circuit-breaker-to-pre-empt-escalating-coronavirus-infections", "Bernama. (2020, March 31). Covid-19: Singapore to help retrenched Malaysian workers find jobs. The Malay Mail Online. Retrieved from https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/03/31/covid-19-singapore-to-help-retrenched-malaysian-workers-find-jobs/1852178", "Bernama. (2020, March 22). Singapore says ‘Thank you, Malaysia’ for evacuating its citizens from Iran. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/22/singapore-says-thank-you-malaysia-for-evacuating-its-citizens-from-iran", "CAN Insider. (2020, April 3). Homeless Shelter helps Malaysians sleeping rough in Singapore. YouTube. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=BjoSW0b9psU&feature=youtu.be&fbclid=IwAR1PXYF6WhxDu4FP2XqHieFStPrZNU1qhTTCnsZlUlsXuqndB1SLWSH5yRA", "FMT. (2020, March 19). Homeless in Singapore, some Malaysians spend the night outdoors. Retrieved from https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/03/19/homeless-in-singapore-some-malaysians-spend-the-night-outdoors/", "Omar, A. (2020, April 4). More Malaysians to return from Singapore following lockdown. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2020/04/581302/more-malaysians-return-singapore-following-lockdown", "The Straits Times. (2020, March 30). Home away from home. Retrieved from https://www.straitstimes.com/singapore/home-away-from-home", "The Straits Times. (2020, April 3). Why Singapore needs a coronavirus circuit breaker. Retrieved from https://www.straitstimes.com/opinion/why-singapore-needs-a-coronavirus-circuit-breaker", "The Straits Times. (2020, April 4). Coronavirus: Putrajaya to waive quarantine for Malaysians returning from Singapore who test negative. Retrieved from https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/coronavirus-putrajaya-to-waive-quarantine-for-malaysians-returning-from-singapore-who", "Wong, Y. (2020, March 27). Coronavirus: Singaporeans reach out to stranded Malaysian workers. The Straits Times. Retrieved from https://www.straitstimes.com/singapore/coronavirus-singaporeans-reach-out-to-stranded-malaysian-workers", "Zazali, M. (2020, March 31). Malaysians working in Singapore stay put during MCO. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2020/03/31/malaysians-working-in-singapore-stay-put-during-mco" ]
https://www.thepatriots.asia/adakah-makhluk-asing-wujud-2/
Adakah Makhluk Asing Wujud?
[ "Adakah makhluk asing itu wujud? Jika tidak wujud, kita\nteruskan kehidupan seperti biasa, tetapi jika wujud maka timbul soalan kedua.", "Adakah mereka pernah menghubungi kita?", "Untuk soalan yang kedua ini, ia telah di jawab oleh ahli\nastronomi yang telah mengkaji pancaran cahaya sebuah bintang bernama KIC\n8462852 dan menemui terdapat gangguan cahaya yang sangat tinggi pada bintang\ntersebut iaitu sebanyak 22%.", "Lalu saintis Barat berpendapat, kemerosotan melampau ini\nmungkin disebabkan oleh satu gelombang daripada makhluk asing yang wujud di\nluar sistem solar kita.", "Tapi bukan semua saintis Barat bersetuju dengan idea wujudnya\nmakhluk asing di luar sana, lalu menyanggah idea tersebut dan yakin bahawa\ngangguan cahaya itu disebabkan oleh lintasan komet di angkasa raya.", "Lantas Bradley Schaefer, seorang pengkaji angkasa dari\nUniversity of Louisana State membuktikan dengan data bahawa gangguan itu bukanlah\npertama kali dalam sejarah angkasa raya, sebaliknya telah berlarutan sejak 100\ntahun yang lepas yang mana jika benar gangguan itu daripada komet, maka ianya\nmemerlukan sebanyak 650,000 komet untuk mendapat gangguan cahaya sebanyak 22%.", "Tapi kajian masih diteruskan bermula dari tahun 1960 oleh\nseorang ahli astronomi bernama Frank Drake yang telah melakukan eksperimen\npertama di Search for Extraterrestrial Intelligence bagi menjejaki makhluk\nasing yang mungkin wujud selain manusia dan hingga kini tiada bukti bahawa\nmahkuk asing itu wujud.", "Pada tahun 2016, seorang jutawan Russia, Yuri Milner telah\nmelabur sebanyak 100 juta USD bagi projek-projek memburu makhluk asing.  Projek ini bernama “Breakthrough Listen” dan\nmendapat kerjasama daripada seorang ahli kosmologi terkenal, iaitu Stephen\nHawking.", "Dua teleskop radio terbesar di dunia akan digunakan iaitu\nGreen Bank Telescope di Amerika Syarikat dan Parkes Telescope di Australia yang\nmana teleskop-teleskop ini akan beraksi 50 kali ganda lebih sensitif dan bakal\nmengawasi berjuta-juta bintang serta 100 galaksi terdekat dari sistem bima\nsakti kita.", "Dengan teknologi ini, sebarang pergerakan UFO yang mungkin\nberterbangan di sekitar 1000 bintang terdekat dari bumi pasti akan dikesan oleh\nteleskop ini. Thanos pun tak dapat nak lari.", "Dan katakanlah, mereka menjumpai wujudnya mahkluk asing,\nmaka timbul soalan ketiga;", "Kenapa mereka pernah tidak pernah menghubungi kita?", "Panjang nak cerita, dan jika mereka ada hubungi kita, maka\nada undang undang dari PBB, iaitu kita tak boleh jawab bagi pihak bumi\nsewenang-wenangnya, tapi kita kena rujuk saintis peringkat dunia, kena\nmensyuarat dulu dan kena cari the best\nway untuk balas balik, bukan boleh buat ikut suka, malahan Stephen Hawking\nsendiri yang memberi dana jejak Alien melarang sebarang mesej dihantar ke\nmahluk asing jika manusia menerima isyarat mereka kelak. Bukan sewenang-wenangnya\nboleh lantik diri menjadi duta makhluk asing!", "Lepas tu ada pula kajian yang mana jika alien hubungi kita, maka\nkita kena guna simbol matematik sebagai alternatif yang boleh dipakai untuk\nmelakukan komunikasi di antara makhluk asing sebab mereka dah tentu tak\nbercakap bahasa kita.", "Okey, jauh sangat kita bincang isu ni, tajuk page ini kereta\nmayat, kenapa jauh sangat kereta mayat bercerita sampai hujung angkasa, kembali\nke bumi, maka dari tiga soalan saintis di atas:", "(1) Adakah Makhluk asing itu wujud?", "(2) Adakah mereka pernah menghubungi kita?", "(3) Kenapa mereka tidak menghubungi kita?", "Dari tiga soalan ini tadi telah menarik minat saintis dan\npelabur jutawan untuk mengkaji dan menyumbang dana, maka boleh tak kita pinjam\ntiga soalan ini bukan untuk bertanya tentang Alien, tapi untuk bertanya tentang\nTuhan, iaitu:", "(1) Adakah Tuhan itu wujud?", "(2) Adakah Tuhan pernah menghubungi kita?", "(3) Kenapa Tuhan tidak menghubungi kita?", "Maka untuk menjawab soalan ini, pertama kita pasti yakin\nbahawa Tuhan itu wujud sebab jika alam ini tidak berawal dan berakhir maka tak\nlogik, alam ini pasti bermula oleh satu kuasa yang di namakan Tuhan dan\nTuhanlah selayaknya untuk kedudukan tidak berawal dan berakhir.", "Note: Saintis setuju alam ini bermula dengan letupan Big\nBang dan akan berkahir suatu hari nanti.", "Jadi dengan yakin bahawa Tuhan itu wujud, maka kita pergi\nkepada soalan kedua.", "(2) Adakah Tuhan pernah menghubungi kita?", "Daripada sejarah lampau, terdapat banyak agama yang mengaku\nTuhan menghubungi bangsa mereka, namun daripada semua dakwaan, ada empat agama\nyang mempunyai ramai pengikut dan bijak pandai iaitu;", "-Christian 2.0 billion", "-Islam 1.2 billion", "-Hindu 811 million", "-Buddha 360 million.", "Semua agama ini mendakwa agama mereka paling betul, tapi\npanjang nak cerita sebab agama yang betul kena bersifat adil iaitu tak perlu\nkita jadi saintis untuk mengkaji, cukup jika kita jawab soalan ini:", "Siapakah orang yang Tuhan hubungi? Sudah tentu orang itu adalah\nsebaik-baik manusia, sehebat-hebat manusia, paling berpengaruh, bijaksana,\nakhlak terpuji, tidak pernah bercakap bohong dan tiada seorang pun yang mampu\nsetanding dengannya dulu, kini dan akan datang.", "Panjang nak cerita saya pendekkan, Nabi Muhammad SAW ialah\nmanusia paling berpengaruh dalam dunia dan beliau tidak pernah bercakap bohong,\ndalam masa yang singkat Baginda telah berjaya membawa perubahan kepada dunia\ndan perubahan itu kekal sehingga sekarang. Kemudian Kitab al-Quran yang diwahyukan\nAllah kepada Baginda merupakan kitab yang paling banyak common sense berbanding kitab agama lain.", "Maka menjawablah soalan;", "(1) Adakah Tuhan itu wujud? Ya, dengan kewujudan kita dan\nalam, maka Tuhan itu ada.", "(2) Adakah Tuhan pernah menghubungi kita? Ya, Tuhan hubungi\nmanusia terpilih (Nabi) sebagai wakil untuk memberitahu tentang kehendak Tuhan.", "(3) Kenapa Tuhan tidak menghubungi kita (lagi)? Kerana agama\nsudah sempurna dan agama yang sempurna tidak lagi memerlukan Nabi baru atau wahyu\nbaru.", "Sebelum korang nak bantah, mungkin ada yang bertanya, siapa\nyang kaji Nabi Muhammad manusia paling hebat dan al-Quran kitab paling masuk\nakal?", "Jawapannya, orang yang kaji dan setuju Nabi Muhammad orang\npaling berpengaruh ialah seorang astrophysicist,\npakar sejarah yang bernama  Michael H.\nHart, beliau juga seorang yang mengaku dirinya white separatism, orang yang anggap bangsa kulit putih perlu\ndiasingkan daripada semua bangsa. Tetapi berdasarkan data dan bukti, mengikut\nkajiannya, Nabi Muhammad SAW daripada bangsa arab, merupakan orang yang paling\nberpengaruh di dunia.", "Siapa yang kaji al-Quran dan mengatakannya sebagai kitab\npaling masuk akal?  Seorang pakar perbandingan\nsemua agama, hafal al-Quran dan juga kitab-kitab lain, selalu berdebat dengan\npakar agama lain, tak lain tak bukan ialah Dr Zakir Naik.", "Jadi kepada semua saintis yang sedang mencari Alien di luar sana,\njangan lupa mencari Tuhan dan lebih mudah Tuhan telah hubungi manusia (Nabi)\ndan bukti (al-Quran) ada depan mata. Jangan lupa kaji sebab mati itu pasti,\njangan lambat sangat respond takut\nmati masuk neraka sebab kebenaran dah ada depan mata tapi disia-siakan dengan menghabiskan\nmasa mencari Alien, buat apa?", "Woha!" ]
https://www.thepatriots.asia/parameswara-bukan-asal-kedah-dan-bilakah-nama-tanah-melayu-muncul-dalam-sejarah/
Parameswara Bukan Asal Kedah, Dan Bilakah Nama Tanah Melayu Muncul Dalam Sejarah?
[ "Dalam artikel terbaru yang dikeluarkan oleh Vulcanpost dalam membahaskan tentang mitos-mitos yang menyelubungi Malaysia, ada beberapa “fakta” yang cuba dibahaskan oleh Vulcanpost sebenarnya bersifat mitos juga. Contohnya, dalam mengatakan tentang bahawa asalnya Malaysia tidak dikenali sebagai Malaya atau Tanah Melayu tetapi dikenali sebagai Golden Peninsula atau Semenanjung Emas.", "Malangnya fakta yang dibahaskan dalam artikel Vulcanpost adalah bersifat half-truth pada kiraan saya. Ya, ketika itu mungkin belum wujud lagi apa-apa nama yang sama dengan Tanah Melayu. Tetapi nanti dulu, ketika itu sudah wujud istilah yang pada masa hadapannya akan berevolusi menjadi Tanah Melayu. Kiranya kalau mahu dicari akar kepada etimologi Tanah Melayu itu sendiri, kita boleh katakana ia datang daripada perkataan ini.", "Dalam peta yang dikongsikan oleh anda, ada satu bahagian dalam peta tersebut dikenali sebagai Μαλεου Κώλον  atau terjemahannya adalah “meleu-kolon”. Banyak sarjana mengatakan bahawa “meleu-kolon” adalah antara rekod terawal yang menyebut Melayu dalam sejarah. Jadi, tidak hairanlah kalau perkataan ini adalah nenek moyang kepada perkataan yang lebih berevolusi seperti hari ini yang dipanggil sebagai Malaya atau Tanah Melayu kerana perkataan Melayu terawal dalam sejarah ialah wujud dalam peta tersebut. Secara rasmi, rekod sejarah terawal yang menyebut  Tanah Melayu yang kita kenali hari ini ialah melalui Tomé Pires yang tinggal di Melaka daripada tahun 1512 hingga tahun 1515.", "Ini juga fakta yang bersifat half-truth, juga terdapat mitos baru yang cuba dibangkitkan oleh vulcanpost. Pertama, ya Melaka bukanlah kerajaan Melayu terawal di Tanah Melayu. Kerajaan Melayu terawal pastinya ialah Kedah, yang mempunyai dua fasa dalam sejarahnya seperti mana kerajaan-kerajaan Melayu lain di Nusantara dan Alam Melayu. Fasa sebelum kedatangan Islam dan fasa selepas kedatangan Islam itu sendiri. Untuk rekod, Kesultanan Kedah dipercayai wujud seawal 1136 Masihi.", "Adapun dalam gambar yang dikongsikan oleh Vulcanpost adalah gambar kepada bukti arkeologi Kerajaan Kedah Tua yang masih belum memeluk Islam, dan adalah tidak sesuai untuk menyamakan tinggalan ketika era Hindu-Buddha dengan sebuah kesulttanan. Kerajaan Melayu Kedah Tua yang menjadikan ajaran animism pada awalnya, sebelum bertukar menjadi sebuah peradaban berasaskan ajaran Hindu-Buddha sebelum bertukar menjadi sebuah kerajaan Melayu Islam sehingga menjadi Kesultanan Kedah hari ini sebenarnya lebih awal daripada tarikh yang diperkatakan. Penemuan di tapak Sungai Batu mencadangkan kepada kita tarikh peradaban di Kedah adalah mungkin sehingga ke 600 SM, sezaman dengan Rom dan Yunani.", "Oh ya, tanpa sedar Vulcanpost baru sahaja mencipta mitos yang baru. Entah dari mana sumber yang dikorek oleh Vulcanpost. Dua sumber utama yang menceritakan sejarah Parameswara bercerita kisah yang berbeza tentang asal-usul Parameswara. Tom Pires mengatakan Parameswara ialah putera yang lari dari Palembang, mengelakkan amukan Majapahit ke Singapura dan membunuh Temagi sebelum melarikan diri ke Melaka hari ini dan membina kerajaan di sana. Sumber seperti Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) mencadangkan asal usul Parameswara ialah seorang putera dan raja Melayu dari kerajaan Singapura Purba yang melarikan diri selepas kerajaannya diserang oleh Majapahit dalam sebuah penaklukan dan akhirnya menubuhkan kerajaan di Melaka.", "Dan tiba-tiba, bagaimana pula asal-usul Parameswara dikatakan datangnya dari Kedah ini?", "Saya merasakan bahawa Vulcanpost harus berhati-hati selepas dalam menukilkan sejarah Melayu agar tidak terlajak dalam membahaskan tentang sejarah Melayu." ]
https://www.thepatriots.asia/asal-usul-sukan-marathon-dari-peperangan/
Asal Usul Sukan Marathon Dari Peperangan?
[ "Secara umumnya, sukan marathon adalah sukan yang sangat\npopular di dunia. Marathon boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira\njantina, agama, bangsa dan usia. Ya, usia. Bermula daripada anak-anak kecil\nsehingga warga emas aktif yang menyertainya. ", "Sukan ini mudah mendapat tempat di hati segenap\nmasyarakat kerana pelaksanaannya mudah. Tidak memerlukan kos tinggi, peralatan\ndiperlukan sedikit, tidak kompleks dan rendah risiko. Hanya tubuh badan sihat,\npakaian sukan bersesuaian dan serta latihan spesifik untuk menjaga dan\nmeningkatkan stamina. ", "Mengapa dinamakan marathon? Mengapa tidak sahaja\ndinamakan ‘suatu larian panjang yang hanya dilakukan oleh individu luar biasa’?", "Semuanya bermula di Greece sekitar tahun 490 SM iaitu hamper\n2500 tahun lalu! Pelbagai versi yang ada tetapi ceritanya lebih kurang begini: ", "Sepasukan tentera Parsi menyeberangi Laut Aegean dan mendarat di Marathon, sebuah Bandar terletak di Greece yang jaraknya 25 batu dari Athens. Mereka mahu menakluk kawasan Marathon dan kemudian Athens. Parsi dengan kekuatan 50000 tentera terlatih manakala tentera Yunani di Marathon mempunyai kekuatan hanya seramai 9000 orang. Perbezaan hampir 5 kali ganda di sini.", "Pada ketika itu, tiada kereta, kapal terbang apatah lagi\nmedia sosial seperti Messenger dan WhatsApp. Bandar-bandar di sini berhubung\nmelalui perantaraan kuda atau pengutus berita yang terlatih. ", "Tentera Yunani perlukan bantuan segera. Berikutan keadaan muka bumi berbatu dan penuh bukit bukau yang menyukarkan khidmat kuda, seorang pelari bernama Phillippides digunakan bagi menggantikan tempat tugas kuda tersebut menyampaikan pesanan. ", "Phillippides berlari dari Marathon ke Sparta untuk meminta\nbantuan. Malangnya, bantuan ketenteraan yang diharapkan pada waktu itu tidak\ndapat ditunaikan. Ini kerana pihak Sparta mempunyai tradisi keagamaan tertentu\nyang  hanya boleh memberikan bantuan\nketika bulan purnama mengambang. Phillippides berlari balik ke Marathon membawa\nberita duka dan jarak yang dilalui adalah sejauh 150 batu!", "Tentera Parsi menyedari jumlah mereka lebih ramai\ndaripada tentera Greek telah membuat perancangan untuk dibahagikan kepada dua\nkelompok. Kelompok pertama menuju ke Athens dan kelompok kedua bertempur di\nMarathon. Namun mereka silap, tentera Greek lebih pintar. Dipendekkan cerita,\ntentera Parsi tewas di Marathon. ", "Phillippides yang berjuang di Marathon telah ditagih khidmatnya sekali lagi. Setelah menang pertempuran, beliau dipilih berlari sejauh 25 batu dari Marathon ke Athens menyampaikan berita kemenangan itu. Beliau berjaya melakukannya tetapi dalam keadaan diri yang sangat kepenatan. Bayangkanlah berlari ulang alik ke Sparta, bertempur dengan tentera Parsi dan terus berlari lagi ke Athens. Phillippides jatuh pengsan usai dengan lantangnya melaungkan “Rejoice, we conquer!” Beliau kemudian mati sejurus selepas itu. Meskipun begitu, rohnya kekal hidup bersemadi dalam jiwa setiap pelari sebagai simbol komitmen, ketahanan dan keamanan.     ", "Sejarawan bidang ketenteraan, Edward S. Creasy menyebut. ", "“The\nday of Marathon is the critical epoch in the history of the two nations. It\nbroke forever the spell of Persian invincibility, which had previously\nparalyzed men’s minds… It secured for mankind the intellectual treasures of\nAthens, the growth of free institutions, the liberal enlightenment of the\nWestern world, and the gradual ascendancy for many ages of the great principles\nof European Civilization.”", "Pendek kata, titik tolak permulaan\nperistiwa besar ini telah membawa kepada perubahan sejarah manusia. ", "Jika jarak dari Marathon\nke Athens ialah 25 batu, mengapa marathon 26.2 batu?", "Kembali semula kepada Sukan Olimpik 1908 di London,\nEngland. Peristiwa ini mungkin agak sukar diterima akal. ", "Keluarga diraja pada ketika itu mahu garisan penamat bagi\nmarathon berada di hadapan ‘viewing box’ iaitu\ntempat bagi kerabat diraja menyaksikan pertandingan. Kerana hal itu, jarak\nlarian dipanjangkan kepada 26.2 batu. ", "Setelah melalui siri perdebatan selama 16 tahun, jarak\n26.2 batu tersebut telah ditetapkan sebagai jarak rasmi pada temasya Sukan\nOlimpik 1924 di Paris, Perancis. ", "Dalam bahasa Greek, ‘marathon’\nbererti ‘fennel’. Benih fennel digunakan sebagai rempahan\nmasakan. Bandar Marathon pula ialah bandar di mana fennel ditanam.", "Evolusi sukan\nmarathon", "Sukan marathon melalui evolusi yang tersendiri. Setiap\nnegara, negeri dan daerah mengadakan sukan ini dan tidak kurang tempat yang\nmenjadikan marathon sebagai acara tahunan. Seperti Boston Marathon yang\nterkenal. Jika di Malaysia, nama larian biasanya diambil sempena nama tempat,\npenaja, peristiwa dan lain-lain. Selain marathon, ‘half -marathon’ iaitu jarak 21km\nturut diperkenalkan. ", "Kategori yang dipertandingkan semakin banyak dengan objektif\ntersendiri, jarak larian berbeza, jantina serta had umur. Ini bagi menggalakkan\nlebih ramai lagi peserta yang mengambil bahagian. Bagi pelari professional,\numumnya mereka berlari mengejar ganjaran dan catatan masa terbaik. Pelari\namatur pula lebih kepada hiburan dan kepuasan melakukan aktiviti berfaedah lagi\nmenyihatkan tubuh badan dan minda. ", "RUJUKAN:", "The History of the Marathon. http://www.exercisetherighttoread.org/historyofmarathon.pdf" ]
https://www.thepatriots.asia/kenapa-great-white-shark-tidak-boleh-hidup-dalam-akuarium/
Kenapa Great White Shark Tidak Boleh Hidup Dalam Akuarium?
[ "Jerung putih (carcharodon carcharias) merupakan seekor ikan yang sangat terkenal di seluruh dunia kerana mitosnya. Tidak boleh dinafikan bahawa pengaruh hiburan telah mengukuhkan mitos ini.", "Banyak filem seperti Jaws arahan Steven Spielberg menunjukkan jerung ini dalam konteks agak negatif. Berbeza dengan Jaws, jerung putih tidak begitu tertarik pun dengan daging manusia (National Geographic, 2004).", "Dalam sebuah eksperimen dibuat Peter Klimley, jerung ini didapati lebih suka makanan berlemak tinggi tenaga.", "Klimley meggunakan anjing laut, babi dan kambing biri-biri untuk mengenalpasti makanan kesukaan jerung. Didapati semua umpan ini mengena – tetapi hanya kambing biri-biri ditolak (Klimley, 1994).", "Tetapi sedar atau tidak – semua taman tema ikan seperti Aquaria, SeaWorld dan sebagainya tidak menempatkan ikan jerung putih. Pelik, bukan?", "Padahal kalau ada jerung putih (ikan paling popular dunia), tentu sekali semua berpusu-pusu mahu tengok. Hakikatnya walau bagaimanapun, ini tidak pelik kerana tiada sempadan boleh menghalang jerung putih. Itulah fitrah spesis agung ini.", "Pertama sekali, usaha penangkapan seekor jerung putih akan menelan kos tersangat tinggi. Jerung putih ialah raja lautan dunia. Hari ini jerung putih boleh berenang di California.", "Dua tahun kemudian, jerung yang sama boleh saja singgah di Selat Melaka. Dunia jerung putih tidak boleh disempadankan, dengan kelajuan sekitar 25 hingga 50 kilometer sejam.", "Ini juga menunjukkan jerung putih perlu berenang jauh setiap hari. Belum lagi dikira migrasi mengikut musim yang memustahilkan sebarang kebarangkalian untuk hidup dalam kurungan. Jadi apa akan jadi kalau jerung putih dikurung juga?", "Banyak zoo dan taman tema telah mengurung jerung putih. Dan semua jerung putih m4t1 dalam masa beberapa hari. Jepun pernah mengurung seekor jerung jantan 3.5 meter panjang untuk dikurung di Akuarium Churaumi Okinawa.", "Jerung itu hanya hidup tiga hari sahaja dalam akuarium tersebut (McPhate, 2016). Jerung lain pun sama – paling lama hanya 16 hari sahaja.", "Hanya Akuarium Monterey Bay sahaja berjaya mengurung jerung-jerung putih selama enam bulan… menggunakan air sebanyak 3.78 juta liter (10 meter dalam). Tetapi syaratnya, semua jerung tidak boleh melebihi 1.5 meter (saiz jerung putih dewasa ialah 4.5 meter).", "Ketika usia ini, jerung putih hanya makan ikan sahaja. Jadi kejayaan ini tidak boleh dikira sebenarnya, kerana jerung-jerung sedemikian masih lagi dalam usia kanak-kanak atau remaja.", "Dalam masa enam bulan itu pun, jerung putih terpaksa dilepaskan ke laut kerana mem4k4n jerung lain.", "Jadi di sini satu perkara harus ditekankan – jerung-jerung putih yang ditangkap dari laut untuk dikurung akan mengalami kec3d3raan oleh kerana sifat agr3s1fnya.", "Oleh kerana kec3d3raan ini, jerung putih tidak mampu pulih di dalam kurungan kerana hidup dalam keadaan stres. Analoginya, cuba kurung seorang kaki travel selama setahun tanpa sebab.", "Dalam kurungan, jerung putih akan cuba cari jalan keluar. Ia akan mer3mpvh dinding (lagilah c3d3ra) kerana terlalu m4r4h. Maka semakin lama, ia pun akan m4t1.", "Kesimpulannya, jerung putih harus hidup bebas kerana hidup kurungan tidak langsung menepati keperluan hariannya. Ia harus menjelajah. Ia mesti membvrv. Ia mesti berenang jauh setiap masa.", "Dan paling utama sekali, ia harus menjadi raja di laut. Kalau hidup dalam kurungan, jerung putih hanyalah b4ndvan semata-mata.", "RUJUKAN:", "Klimley, A.P. (1994). The (ditapiskan) Behavior of the White Shark. American Scientist. 82 (2). Halaman 122-133.", "McPhate, M. (2016, Januari 8). Great White Shark (ditapiskan) After Three Days in Captivity. The New York Times.", "National Geographic. (2004, Januari 23). Great White Shark (ditapiskan): Defanging the Myths. National Geographic News." ]
https://www.thepatriots.asia/pembunuhan-julius-caesar-permulaan-monarki-rom/
Pembunuhan Julius Caesar – Permulaan Monarki Rom
[ "Slogan Veni! Vidi! Vinci! (Saya datang! Saya lihat! Saya tawan!) tidak dapat lari dengan perihal Julius Caesar. Inilah mesej ringkas yang dihantar beliau kepada Senat di Rom selepas berjaya mengalahkan Raja Pharnaces dari Pontus. Ramai menganggap mesej tersebut sebagai tanda keangkuhan Caesar tetapi ada juga melihat ia bersesuaian dengan imejnya sebagai panglima tentera yang digeruni. Pada mulanya ramai menyanjungnya kerana keupayaannya untuk memimpin dan kemahiran ketenteraannya, lama-kelamaan beliau menimbulkan rasa bimbang akan kemunculannya sebagai diktator. Kerana inilah, rakan menjadi lawan dan Caesar akhirnya mati dalam keadaan mengerikan. Tetapi pembunuh-pembunuhnya tidak sedar mereka sebenarnya menyediakan Rom ke arah pemerintahan autokratik di bawah pimpinan cucu saudara merangkap anak angkatnya, Augustus.", "Caesar merupakan antara pemimpin tersohor pada zamannya. Sebagai panglima tentera, beliau bertanggungjawab memimpin tentera Rom memenangi 50 pertempuran penting, sesetengahnya membantu mengukuhkan kuasa Rom sebagai sebuah empayar. Sebagai pentadbir pula, Caesar bertanggungjawab mengukuhkan kekuasaan kerajaan pusat, meletakkan had tempoh pentadbiran gabenor wilayah dan menambah bilangan majistret. Ramai rakyat Rom menyayanginya kerana membanteras kegiatan jenayah, menyediakan peluang pekerjaan melalui pelbagai projek awam, menyediakan makanan kepada penduduk miskin dan menempatkan mereka di wilayah-wilayah baru seperti Anatolia dan Greece. Caesar turut bertanggungjawab membina sebuah perpustakaan awam, membuat kalendar baru dan menyediakan permainan gladiator serta jamuan kepada rakyat.", "Kebanyakan reformasi yang digerakkan beliau sememangnya meningkatkan lagi rasa kasih rakyat terhadap Caesar. Namun bagi kelompok elit terutama rakan-rakannya sendiri, ia sudah mencetuskan situasi panik lebih-lebih lagi selepas Caesar diisytiharkan sebagai diktator seumur hidup pada Februari 44 Sebelum Masihi (BC). Bagi mereka, ini petanda republik Rom yang dikenali sudah tidak wujud lagi dan dikawal oleh seorang diktator. Keangkuhannya saja sudah membuatkan ramai anggota Senat menggeleng kepala. Antara tindakan Caesar yang dikecam ramai ialah tindakannya berarak sekitar Rom selepas menewaskan musuh ketatnya, Pompey di Sepanyol. Perarakan tersebut sebenarnya tidak perlu diadakan kerana Pompey dianggap antara tokoh bertanggungjawab membawa Rom ke puncak kekuasaannya selain Caesar. Atas sebab itu sesetengah tidak mahu berdiri seperti Pontus Aquila apabila Caesar berjalan, sesuatu yang menimbulkan kemarahan diktator tersebut.", "Walaupun ramai menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap Caesar, masih ramai yang memberi penghormatan terhadapnya. Hari lahirnya dijadikan sebagai hari cuti, diberi gelaran pembebas dan komander, bulan kelahirannya Quinctilus dinamakan semula Julai sempena namanya, dinamakan sebagai bapa kerajaan Rom dan dilantik sebagai konsul selama 10 tahun. Dalam setiap perarakan, patung Caesar dibawa bersama patung-patung dewa-dewi Rom dan semua ini dilakukan tanpa bantahan beliau. Dan sekiranya Caesar datang ke Senat, beliau memakai pakaian diraja raja-raja Rom lama dan duduk di atas kerusi emas yang dibuat khas untuk beliau. Dan jika ada anggota Senat cuba menghampirinya, Caesar tidak akan bangun langsung. Kemarahan anggota Senat semakin membara apabila beliau membina istana peribadinya di Bukit Quirinal. Ramai percaya Caesar sudah hilang pertimbangan dan dianggap gila, terlalu kuat bekerja atau mengalami keletihan.", "Sementara bagi sesetengah yang merana gara-gara keangkuhannya, ada juga yang mengangkatnya sebagai dewa dan ini menjadi perintis kepada kewujudan kultus yang memuja tokoh-tokoh diraja untuk tahun-tahun mendatang. Bagaimanapun, ketidakpuasan hati dalam kalangan musuh dan rakannya mula mempersoalkan mengapa Senat membenarkan penyelewengan ini berlaku. Apakah Caesar layak mendapat semua penghormatan ini? Bagi mereka, Caesar dilihat kepada raja berbanding sebagai pentadbir dan tidak lagi tunduk kepada kehendak rakyat dan Senat. Caesar sendiri sedar akan perkara ini dan cuba mengelakkan polemik berkenaan kedudukannya berterusan. Pada satu festival tahunan Lupercalia yang diadakan pada Februari, rakan karib merangkap panglima tentera Rom Mark Antony cuba meletakkan mahkota di kepada beliau tatkala memakai pakaian diraja berwarna ungu dan duduk di kerusi emasnya di Forum. Namun Caesar menolak tindakan Anthony dan berpandangan yang layak diangkat sebagai raja hanyalah Dewa Jupiter. Bagaimanapun, tidak semua melihat penolakannya itu bersifat ikhlas dan tindakan tersebut sebenarnya sudah dirancang. Bagi ahli politik dan peguam Rom, Cicero, tindakan tersebut merupakan penamat kepada kewujudan Rom.", "Atas sebab itu, sekumpulan individu ini berkumpul dan merancang plot mereka terhadap Caesar. Kebanyakan mereka datang dari pelbagai latar belakang berbeza. Sesetengah daripadanya merupakan bekas penyokong Pompey seperti Brutus dan Cassius. Ada juga merupakan rakan rapat Caesar sendiri seperti Decimus yang pernah diceritakan dalam satu artikel The Patriots tidak lama dahulu. Dan ada juga merupakan kelompok idealis yang mahukan kemuliaan Republik dan tradisi lamanya dikembalikan. Kesemua individu ini mempunyai agenda berbeza-beza tetapi bersatu atas dasar menyelamatkan Republik. Dan satu-satunya cara untuk mereka berbuat demikian ialah dengan membunuh Caesar.", "Dua rakan Caesar yang menyertai plot ini ialah Decimus dan Gaius Trebonius. Mereka berdua merasakan dengan jasa mereka, mereka patut layak mendapat ganjaran lebih besar. Decimus merupakan gabenor Gaul (Perancis moden) sementara Trebonius pula merupakan praetor dan konsul. Dua individu dari kelompok penyokong Pompey ialah Cassius yang pernah berkhidmat sebagai komander tentera laut Crassus dan Pompey. Sementara Brutus pula abang ipar Cassius dan ramai mengesyaki beliau sebenarnya anak luar nikah Caesar sendiri kerana pada satu ketika, beliau menjalinkan hubungan dengan ibu Brutus, Servilia. Dua penikam Caesar ialah Casca bersaudara (Publius dan Gaius Servilius) sementara Gabenor Bithynia, Lucius Tillus Cimber yang memberi isyarat kepada pembunuhan tersebut.", "Bagi Brutus, ramai sebenarnya menyokong plot pembunuhan tersebut. Untuk mengelak rancangan mereka dihidu Caesar atau mana-mana individu yang rapat dengannya, mereka berkumpul secara rahsia dan dalam kumpulan kecil. Peluang mereka juga semakin cerah selepas Caesar memutuskan untuk menghentikan khidmat pengawal peribadi dari Sepanyol pada Oktober 45 BC kerana percaya tiada siapa akan menyerangnya. Beliau turut melihat ini sebagai satu langkah publisiti yang menunjukkan beliau sedia dan mudah didekati rakyat jelata. Brutus melihat sebarang serangan mesti bersifat pantas memandangkan Caesar bakal meninggalkan Rom dan menuju ke Parthia sebagai sebahagian kempen ketenteraan ke atas Empayar Parthia. Sesetengah mencadangkan memintas beliau semasa berada di Appian Way atau semasa berjalan melalui Via Sacra. Ada juga yang mencadangkan serangan dibuat semasa Caesar pergi menonton perlawanan gladiator, satu taktik yang kemudian digunakan untuk membunuh Maharaja Caligula. Selepas beberapa lama berdebat, mereka memutuskan untuk menyerang semasa beliau menghadiri persidangan Senat di Teater Pompey pada 15 Mac 44 BC (Ides of March). Dewan Senat tidak dapat digunakan ketika itu kerana sedang menjalani proses penambahbaikan. Dan untuk mengelakkan tindakan mereka dikesan ramai, mereka memilih pugio atau pisau bermata dua sepanjang lapan inci sebagai senjata pembunuhan. Ia dipilih kerana sesuai untuk pembunuhan jarak dekat dan boleh disembunyikan dalam pakaian mereka.", "Pada hari kematiannya, Caesar sebenarnya sudah mendapat pelbagai petanda wujudnya satu peristiwa buruk akan berlaku pada hari itu. Kuda-kudanya yang meragut rumput di tebing Sungai Rubicon tiba-tiba menangis, seekor burung yang membawa tangkai laurel ke Teater Pompey tetapi dimakan seekor burung yang lebih besar dan seorang ahli nujum bernama Spurrina memberi amaran tentang Ides of March. Bagaimanapun, Caesar tidak mengendahkan semua itu dan memutuskan untuk pergi ke persidangan Senat. Sejarawan Rom Suetonius menulis, “Petanda-petanda ini dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan membuatkannya terfikir sama ada datang atau membatalkan kehadiran ke persidangan Senat.” Tetapi Decimus datang ke kediaman Caesar dan memujuknya hadir untuk tidak menghampakan penyokongnya di Senat.", "Kumpulan besar orang ramai mengiringinya ke Senat. Tatkala Caesar mahu masuk ke situ, seorang lelaki bernama Artemidorus cuba memberi amaran dengan memasukkan satu kertas kecil di tangan beliau tetapi tidak diendahkannya. Mark Antony yang cuba mengikuti Caesar dihalang oleh Trebonius seperti dirancang. Selepas mengambil tempat di Senat, Cimber datang kepadanya dan menyerahkan petisyen berkenaan saudaranya yang duduk dalam buangan. Seperti biasa, Caesar tidak bangun dari tempat duduknya. Tiba-tiba Cimber memegang kain beliau dan menariknya ke belakang. Terkejut dengan tindakan Cimber, Caesar berkata, “Mengapa bersikap ganas sebegini?” Publius Servilius Casca orang pertama yang menikam disusuli oleh anggota-anggota konspirasi lain. Dalam peristiwa itu, Caesar ditikam sebanyak 23 kali dan mati ironinya di kaki patung musuhnya, Pompey. Para senator yang melihat insiden tersebut bertempiaran lari dari teater. Decimus melindungi anggota konspirasi dengan mengarahkan gladiator yang dilatihnya sebagai pengawal mereka dan ditempatkan di Bukit Capitoline sehingga keadaan kembali pulih.", "Ada sesetengah musuh Caesar yang cuba mengambil kesempatan dengan mencampakkan mayatnya ke Sungai Tiber, semua gelarannya ditarik balik dan merampas hartanya. Tetapi Mark Antony berusaha mengekalkan keamanan Rom dan mahukan semua undang-undang yang diluluskan Caesar dikekalkan. Pihak tentera pada mulanya menyokong kelompok ini tetapi berubah haluan selepas melihat kekuatan penyokong Caesar yang diketuai Antony dan Augustus, cucu saudara beliau. Bagi Decimus sendiri, pendedahan wasiat Caesar membabitkan Augustus dan dirinya menaikkan lagi kemarahan orang ramai. Dalam wasiat tersebut, Augustus diangkat sebagai anak angkat beliau dan sekaligus, pewaris kepada keseluruhan hartanya. Jika Augustus mati, kesemua harta tersebut jatuh ke tangan Decimus yang dianggap Caesar seperti anak kandungnya sendiri.", "Seluruh bandar Rom meratapi pemergian pemimpin kesayangan mereka itu. Mayatnya dibakar dan abunya ditempatkan di Field of Mars berhampiran makam keluarganya. Suetonius yang turut bertanggungjawab menulis buku The History of Twelve Caesars berpandangan Caesar sudah tahu plot pembunuhan tersebut dan tahu keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan itu membuka peluang kepada pembunuhan tersebut. Suetonius menulis, “Kebanyakan orang berkuasa percaya Caesar menerima cara kematiannya itu. Beliau benci kepada kematian yang bersifat berlarutan dan mahukan pengakhiran yang cepat.”", "Kebanyakan anggota konspirasi berpandangan pembunuhan Caesar akan mengembalikan semula kedudukan Republik. Tetapi tidak semua berkongsi idea tersebut dan membenci kelompok pembunuh yang diketuai Brutus dan Decimus. Untuk mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah, atas desakan Antony, Senat memberi pengampunan kepada semua pembunuh Caesar sebagai pertukaran kepada pengekalan undang-undang Caesar dan pengiktirafannya sebagai dewa. Bagaimanapun, prospek keamanan yang cuba diwujudkan tidak berlaku dan kebanyakan mereka terpaksa melarikan diri dan mati dalam keadaan menyedihkan. Suetonius menulis satu babak berkenaan semua pembunuh ini, “Semua dihukum mati dan menemui ajal dalam pelbagai cara. Ada yang mati akibat kapal karam, ada yang terbunuh di medan pertempuran, ada juga ditikam dengan pisau sama digunakan untuk membunuh Caesar tetapi bezanya ia digunakan untuk membunuh mereka.”", "Bagi Augustus pula, perjalanannya sebagai Maharaja bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana selepas menghapuskan semua pembunuh Caesar, beliau berhadapan pula dengan cabaran Mark Antony yang bersekutu dengan bekas kekasih Caesar, Ratu Cleopatra dari Mesir. Selepas berjaya mengalahkan mereka, barulah Augustus tidak berhadapan sebarang masalah menaiki takhta dan ditabalkan sebagai Maharaja Rom pertama. Semasa pemerintahan baginda inilah bermulanya Pax Romana, tempoh keamanan yang menyaksikan Rom berkembang maju sebagai sebuah empayar selama 200 tahun. Siapa sangka niat murni pembunuh-pembunuh Caesar sebenarnya membawa kepada kelahiran sistem autokratik yang akan menguasai Rom untuk tahun-tahun mendatang. Siapa sangka juga, sistem autokratik inilah yang mengangkat Rom di zaman kemuncaknya.", "SUMBER" ]
https://www.thepatriots.asia/cara-halus-perancis-rompak-budaya-jajahan/
Cara Halus Perancis Racun Akar Bangsa
[ "Orang kita tidak begitu kenal Perancis zaman dulu. Empayar Perancis banyak terlibat di Mali. Dan sebut saja Mali, ramai orang kita mungkin ingat Timbuktu disebabkan kisah raja mereka yang paling terkenal, Mansa Musa. Tetapi di negara Afrika Barat itu, terdapat satu lagi kota yang menjadi tumpuan pelancong iaitu Djenne. Di sinilah, terdapat sebuah masjid yang diperbuat daripada batu lumpur yang terkenal iaitu Masjid Agung Djenne.", "Sebelum pembinaan masjid ini, sudah wujud masjid terawal di bandar berkenaan. Walaupun tarikh sebenar pembinaan masjid pertama Djenne tidak diketahui, sejarawan percaya masjid tersebut dibina sekitar abad ke-12 atau ke-13 Masihi. Ini berdasarkan catatan penulis buku Tarikh al-Sudan, Abd al-Sadi sekitar abad ke-17.", "Dalam catatannya, seorang raja bernama Kunburu telah memeluk Islam setelah menerima seruan dakwah yang dibawa oleh kelompok dai’e atau pedagang luar. Tidak mustahil kelompok ini datang dari Timbuktu memandangkan statusnya sebagai kota perdagangan dan kota ilmu sekitar abad ke-13.", "Djenne pada ketika itu merupakan pusat pengangkutan penting dari abad ke-13 hingga ke-18 dengan hasil dagangan utamanya ialah garam dan emas. Disebabkan ia menjadi tempat persinggahan kumpulan pedagang, kumpulan ini turut membawa golongan pendakwah yang mengajarkan Islam kepada pemerintah dan penduduk tempatan.", "Sebagai tanda komitmennya terhadap Islam, baginda merobohkan istana tempat baginda bersemayam dengan tapaknya dijadikan sebagai masjid. Kunburu turut mendirikan sebuah istana yang terletak berhampiran dengan masjid pertama Djenne itu. Pemerintah-pemerintah selepas baginda kemudiannya menambahbaik infrastruktur masjid berkenaan seperti menara-menara dan dinding tembok.", "Menjelang abad ke-19, masjid tersebut dilihat dalam keadaan terbiar disebabkan tindakan seorang pemimpin etnik Fulani yang menguasai Djenne ketika itu, Seku Amadu. Amadu dikatakan tidak bersetuju dengan reka bentuk masjid berkenaan dan lebih suka membina sebuah masjid baru yang dibina di atas tapak istana baru Kunburu. Masjid baru itu dibina sekitar 1834 hingga 1836.", "Disebabkan tindakannya itu, ia sedikit sebanyak memberi imej buruk Djenne kepada orang luar terutama pengembara asing. Salah seorang daripadanya ialah penjelajah pertama yang sampai ke Timbuktu, Rene Caillie. Caillie tiba di Djenne pada 1828 dan di sinilah, beliau melihat imej masjid yang dibina menggunakan lumpur dan tanah liat itu.", "Disebabkan ia diabaikan, ia dihuni oleh kumpulan besar burung sekaligus meninggalkan bau busuk najis dalam bangunan berkenaan. Ini memaksa penduduk tempatan terpaksa mencari ruang yang sempit tetapi bersih bagi menunaikan tanggungjawab mereka kepada Ilahi. Di sebalik semua ini, aktiviti pengajian Islam terus digerakkan bagi memenuhi keperluan fardu ain penduduk tempatan.", "Selepas Djenne jatuh ke tangan Perancis pada 1893, lebih ramai pengembara dan penulis mengunjungi masjid lama itu. Salah seorang daripada mereka ialah penulis dan penjelajah terkenal Rene Dubois. Menerusi bukunya yang bertajuk Tombouctou la Mystérieuse (Timbuktu Yang Misteri) pada 1897, Dubois bukan saja menghasilkan pelan lantai masjid berkenaan. Malah, beliau turut melukis bayangan imej asal masjid tersebut sebelum ia diabaikan atas perintah Amadu.", "Bagi menunjukkan imej mereka kononnya prihatin dengan penduduk koloni, Perancis meluluskan pembinaan semula masjid lama Djenne yang kita kenali hari ini sebagai Masjid Agung Djenne. Masjid tersebut dibina semula pada 1906 serentak dengan pembinaan madrasah yang dibuat di atas tapak lama masjid Amadu. Masjid ini dibina di bawah pemantauan ketua persatuan tukang batu Djenne, Ismaila Traore dengan buruh hamba sebagai tenaga kerja projek berkenaan.", "Tetapi sebaik saja siap pada 1907, ia mengundang rasa kurang senang penduduk tempatan. Sepatutnya reka bentuk Masjid Agung Djenne mengikut reka bentuk tempatan. Tetapi ramai merasakan ia dibina mengikut pengaruh seni bina Perancis – satu tuduhan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh kuasa Barat itu.", "Bagaimanapun, penafian mereka ditolak oleh Dubois yang merasakan masjid tersebut berbeza dengan lukisan bayangan imej asalnya dalam Tombouctou la Mystérieuse. Pandangan ini dinyatakan semasa Dubois membuat lawatan ke Mali buat kali kedua pada 1910.", "Pandangan beliau turut disokong oleh penulis kebudayaan dan sasterawan Perancis, Michel Leiris semasa mengadakan lawatan ke Mali pada 1931. Dalam catatannya, orang tempatan sangat tidak suka sehingga ke tahap enggan membersihkan masjid tersebut. Hanya selepas mereka diugut dengan hukuman penjara, barulah mereka melakukannya.", "Begitupun, pandangan kedua-duanya disanggah oleh penulis Jean Louis-Bourgeois. Bourgeois yang turut memiliki sebuah rumah di Djenne banyak membantu usaha pemuliharaan bangunan sekitar bandar tersebut. Baginya, mustahil bangunan tersebut dipengaruhi oleh seni bina Perancis disebabkan oleh satu faktor: pembinanya merupakan ketua persatuan tukang batu tempatan. Mereka amat arif dengan reka bentuk bangunan yang wujud sekitar Djenne sekaligus menjadikan mereka layak merekanya tanpa campur tangan Perancis.", "Tidak seperti kebanyakan masjid di Mali hari ini yang dilengkapi dengan elemen moden, Masjid Agung Djenne masih mengekalkan elemen-elemen silamnya. Ia dibuat demi menjaga keutuhan struktur masjid dan memelihara keunikannya sebagai salah satu tarikan pelancong di Djenne. Atas sebab itulah, bandar Djenne termasuk Masjid Agung Djenne diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1988.", "Bagaimanapun, status sebegini kadang-kadang mengundang rasa tidak puas hati penduduk tempatan lebih-lebih lagi jika ada orang asing yang cuba berlagak pandai. Pada 2006, Dana Kebudayaan Aga Khan yang berpangkalan di Geneva, Switzerland membuat satu cadangan mengejut kepada bandar Djenne: hentikan kerja memplaster batu-batu lumpur pada Masjid Agung Djenne. Dana ini bertanggungjawab memulihara bangunan-bangunan yang diperbuat daripada tanah – dalam kes ini, Masjid Agung Djenne.", "Tetapi cadangan ini mengundang kemarahan penduduk tempatan. Ini kerana setiap tahun, terdapat satu pesta di Djenne yang dikenali sebagai Crepissage de la Grand Mosquée. Pesta ini menyaksikan seluruh penduduk Djenne tanpa mengira jantina dan usia membantu memplaster semula masjid dengan tanah lumpur di bawah seliaan tukang-tukang batu bandar berkenaan.", "Tanpa adanya festival itu, penduduk Djenne kehilangan satu hari cuti yang paling bermakna dalam kehidupan mereka. Ini tidak dicampur lagi dengan kerugian pendapatan pelancongan Djenne sekiranya idea tersebut menjadi realiti. Tetapi yang paling utama, penduduk tempatan merasakan mereka kehilangan peluang untuk beramal jariah menerusi pesta berkenaan.", "Namun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Crepissage de la Grand Mosquée kembali menjadi acara tahunan – satu kelegaan kepada penduduk yang tertekan dengan situasi di Mali ketika ini. Bukan sekali negara itu dilanda situasi rampasan kuasa tentera termasuk yang terbaru pada tahun lepas. Rampasan kuasa ini bukan sekadar mencetuskan ketidakstabilan dalam Mali tetapi turut mengakibatkan negara itu dikenakan sekatan ekonomi dan penutupan pintu sempadan oleh Komuniti Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat (ECOWAS).", "Malah, sebulan lepas, junta tentera melaporkan mereka berjaya menumpaskan satu cubaan rampasan kuasa yang dikatakan mendapat sokongan pihak Barat. Walaupun nama pihak yang menyokong tidak didedahkan, ramai percaya tuduhan tersebut ditujukan kepada bekas penjajah Mali, Perancis.", "Ini selepas pihak junta yang diterajui Kolonel Assimi Goita membawa masuk penasihat keselamatan dari Rusia – negara yang kini terjebak dalam konflik bersenjata dengan Ukraine sejak akhir Februari lepas. Konflik tersebut mengakibatkan Rusia dikenakan pelbagai sekatan oleh pihak Barat termasuk Perancis.", "RUJUKAN", "Cotter, H. (2012, 18 April). A Tribute to Islam, Earthen but Transcendent. The New York Times.", "Yeung, P. (2019, 3 Ogos). The massive mosque built once a year. BBC Travel." ]
https://www.thepatriots.asia/sejarah-muqaddam-qiraati-dan-iqra/
Sejarah Muqaddam, Qiraati Dan Iqra
[ "\n\nDalam artikel lepas, kita membicarakan tentang perbezaan Quran Majid dan Quran Karim. Sahabat-sahabat Rasulullah bertebaran ke seluruh kota Islam bagi mengajarkan al-Quran. Ianya diwarisi dari generasi ke generasi. Banyak madrasah al-Quran didirikan dan silibus (teknik, model, kaedah) tertentu diperkenalkan oleh para ulama ketika itu untuk memudahkan pembelajaran.", "Sebenarnya, banyak silibus yang digunakan bagi mempelajari al-Quran sepanjang sejarah. Namun terdapat tiga silibus yang popular di Nusantara khususnya Malaysia iaitu Muqaddam, Qiraati dan Iqra. Saya secara peribadi belajar ketiga-tiga silibus ini.", "MUQADDAM (PERMULAAN)Dulu, sewaktu kami sekeluarga masih menetap di Segambut Kuala Lumpur, saya dihantar oleh ibu bapa untuk mengaji Muqaddam dari Ustaz Mad Janggut. Itu nama gelaran dia. Nama sebenar tak ingat. Entah masih ada atau tak beliau ni. Semoga Allah mengurniakan ganjaran Syurga buatnya.", "Muqaddam ini diasaskan oleh Abu Mansur Hafzul Fikri al-Baghdadi pada tahun 376 Hijrah. Oleh itu, silibus beliau ini juga dikenali sebagai Qā’idah Al-Baghdadiyyah. Teknik ini bermula sejak zaman Bani Abbasiyyah dan mula masuk ke Nusantara sejak lama dahulu. Tidak banyak sejarah tertulis tentang tokoh ini atau silibusnya. Majoriti orang Melayu dahulu amat sinonim dengan tradisi Muqaddam ini. Kini pengajian Muqaddam sudah tidak ada lagi kerana tulisannya (khaṭ) tidak mengikut Rasm Uthmāni hingga menyukarkan bacaan.", "Asalnya dalam Muqaddam, pelajaran ilmu Tajwid tidak diberi penekanan sangat sebaliknya menekankan teknik mengeja dan membunyikan ejaan. Ianya juga menekankan aspek mengenal huruf, tanda baris dan bunyi yang terhasil melalui cara mengeja melalui beberapa peringkat iaitu :-", "1) Pelajar akan mengenal huruf-huruf hijaiyah dari Alif hingga Ya.2) Mempelajari huruf berbaris di atas (fatḥah), di bawah (kasrah) dan di hadapan (ḍammah)3) Mempelajari huruf tanwin (baris dua)4) Mengenal huruf mad (bacaan panjang)5) Mengenal mim mati dan mim sabdu6) Bila sudah mahir, baru mula membaca Quran juzuk Amma secara terbalik iaitu dari Surah an-Nas hingga an-Naba disamping baru mula mengenal Tajwid.", "Untuk khatam Muqaddam secara TERTIB, selalunya ia mengambil masa 3-6 tahun. Ramai yang tidak sempat khatam atau menjadi jemu kecuali jika mereka melangkaui silibus ini dengan mempelajarinya secara ekspres. Faktor kelambatan ini berlaku adalah kerana teknik mengejanya. Sebagai contoh, untuk membaca Basmalah sahaja, pelajar perlu mengeja satu persatu huruf dan barisnya seperti, “Ba’ Sin mati bawah Bis, Mim Alif Lam Lam sabdu bawah Mil, Lam fataḥ Lā, Ha’ Alif Lam Ra’ sabdu bawah Hir, Ra’ Ha’ mati atas Rah, Mim fataḥ Mā, Nun Alif Lam Ra’ bawah Nir, Ra’ atas Ra, Ha’ Ya’ mati bawah Hi, Mim bawah Mi = Bismillāhirraḥmānirraḥīm.”", "QIRAATI (BACAANKU)Setelah berpindah ke Kedah, ketika darjah satu, ibu bapa saya hantar mengaji Qiraati pula kepada ustazah yang telah saya lupa namanya. Semoga Allah mengurniakan ganjaran Syurga buatnya.", "Qiraati diasaskan oleh Kiyai Haji Dahlan Salim Zarkasyi pada tahun 1963 dari Jakarta, Indonesia. Beliau semasa kecil juga mempelajari al-Quran mengikut cara Muqaddam. Namun beliau mendapati kanak-kanak di pondok nusantara lambat untuk mahir membaca al-Quran. Oleh itu beliau mengasaskan silibus Qiraati. Beliau memperkenalkan 10 jilid buku Qiraati sebagai silibus baru. Kemudian, silibus ini diperkemaskan hingga menjadi 8 jilid, 6 jilid dan akhir sekali menjadi hanya 5 jilid.", "Silibus Qiraati memasuki Malaysia pada tahun 1991 oleh Ustaz Mohamad Masruh bin Ahmad. Tuan Guru Haron Din dilantik sebagai penasihat Qiraati Malaysia. Silibus ini lebih laju dari Muqaddam kerana pelajar mampu membaca huruf Hijāiyyah yang berharakat tanpa mengeja.", "IQRA (BACALAH)Setelah setahun mempelajari Qiraati, saya bertukar pula ke pengajian Iqra dibawah bimbingan Ustaz Azhar atau lebih dikenali sebagai Cik An. Semoga Allah mengurniakan ganjaran Syurga buatnya. Malam pertama pengajian, saya membawa naskhah Qiraati lalu ditegur Cik An, “Esok bawa buku Iqra. Kita pakai silibus yang ni”. Saya jadi pelik dan bermonolog, “Apa beza Qiraati dengan Iqra? Tengok sama ja”. Namun kini baru tahu apa perbezaan antara keduanya.", "Iqra diasaskan oleh Kiyai Haji As’ad Humam yang merupakan Pengarah Kumpulan Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musolla Yogyakarta. Beliau mengajar al-Quran sejak tahun 1950-an dengan menggunakan Muqaddam. Kemudian beliau beralih menggunakan Qiraati selama 3 tahun. Namun, beliau mendapati masih ada beberapa lagi kekurangan dalam silibus itu lalu beliau pergi menemui Kiyai Haji Dahlan Salim Zarkasyi, pengasas Qiraati. Beliau memberitahu untuk melakukan beberapa penambahbaikan dalam sistem silibus Qiraati namun hal ini tidak dipersetujui oleh pengasasnya. ", "Oleh itu, beliau mengasaskan sistem silibus baharu yang dikenali sebagai Iqra pada tahun 1988 bersempena ayat al-Quran pertama diturunkan. Iqra mempunyai 6 jilid yang disatukan dalam satu naskhah. Penyusunannya lebih kurang Qiraati dan turut menggunakan khat Rasm Uthmani serta menekankan aspek Tajwid. Kanak-kanak didapati lebih pantas menguasai bacaan al-Quran melalui silibus Iqra lalu menjadikan silibus ini tersebar luas di Nusantara. Silibus ini masuk ke Malaysia pada tahun 1992 dan menjadi silibus rasmi pada tahun 1995.", "PENUTUPBeginilah pengajian al-Quran zaman saya sekolah rendah di Kedah. Kami pergi menuntut di rumah tok guru sendiri pada setiap malam. Kami tiada Sekolah Agama (Sogame) pada waktu petang sepertimana yang rakan-rakan saya dari Selangor dan Johor hadiri. Tapi sekarang, di Kedah sudah ada J-QAF, PAFA dan KAFA sepertimana negeri-negeri lain setelah ianya diseragamkan oleh Kementerian bagi seluruh Persekutuan. " ]
https://www.thepatriots.asia/ketidaksamarataan-kaum-di-britain-satu-refleksi/
Ketidaksamarataan Kaum Di Britain: Satu Refleksi
[ "Agak melucukan bila membaca twit Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell yang menyifatkan Himpunan Daulat 812 yang menolak ratifikasi ICERD yang berlaku beberapa hari lepas sebagai hipokrit. Bak kata pepatah Melayu paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Beliau bersuara seolah-olah melihat cubaan pihak konservatif yang terus mendukung Perlembagaan dan menolak ICERD sebagai ke belakang dan kolot. Ironinya tanpa Treadell sedar, apa yang dianggap sebagai ketidakadilan baginya sebenarnya sedang berleluasa di Britain yang memerlukan perhatian segera kerajaan pimpinan Theresa May.", "Pada tahun lepas, sebuah laman sesawang baru kerajaan iaitu Fakta dan Statistik Etnik (Ethnicity Facts and Figures) mengeluarkan satu laporan yang mendedahkan wujud ketidakadilan dan jurang perbezaan ketara antara komuniti etnik di Britain. Berikut beberapa penemuan membimbangkan dalam laporan tersebut:", "• Etnik minoriti mengalami kekurangan dari segi wakil di peringkat senior pada setiap sektor perkhidmatan awam.", "• Pelajar berketurunan Carribean berhadapan kemungkinan tiga kali ganda dibuang sekolah (0.29%) berbanding pelajar kulit putih British (0.1%).", "• Kadar pengangguran membabitkan orang kulit hitam, Asia dan etnik minoriti lain ialah lapan peratus, dua kali ganda melebihi kadar\npengangguran orang dewasa Caucasia British (4.6%). Begitu juga dengan jurang pengangguran yang ketara antara utara dan selatan negara berkenaan dengan bahagian utara mencatatkan kadar sebanyak 13.6% manakala bahagian selatan pula mencatat sembilan peratus.", "• Orang kulit putih, India dan Pakistan lebih berkemungkinan mempunyai kediaman sendiri berbanding orang dari Bangladesh dan kulit hitam. Wujud juga nilai yang tidak sekata membabitkan pemilikan kediaman walaupun selepas mengambil kira faktor umur, geografi, pendapatan dan kumpulan sosio-ekonomi etnik.", "• Remaja Caucasia mempunyai kemungkinan empat kali ganda menjadi perokok berbanding remaja kulit hitam.", "• Pelajar Cina dan Asia mempunyai pencapaian lebih baik di sekolah menengah berbanding pelajar-pelajar kulit putih dan kulit hitam terutama yang layak mendapat makanan sekolah percuma. Bagaimanapun, itu tidak terpakai kepada pelajar Pakistan kerana sentiasa ketinggalan. Sementara anak-anak yang mempunyai darah Gipsi dan Romani pula tidak mempunyai prestasi baik semasa berada di sekolah menengah.", "• Bagi kategori kanak-kanak berumur tujuh hingga 11 tahun, 71% kanak-kanak Cina memenuhi standard untuk kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sementara bagi kanak-kanak Caucasia sebanyak 54% manakala kanak-kanak Gipsi dan Romani (13%).", "• Kurang dari sepertiga (32%) pelajar-pelajar kulit putih British yang mendapat bantuan makanan persekolahan percuma mencapai standard untuk membaca, menulis dan mengira, lebih buruk dari semua kumpulan etnik lain.", "• Peratusan tinggi bagi semua dari pelbagai etnik yang merasakan diri mereka sebahagian daripada Britain dengan sedikit variasi antara kumpulan etnik. Orang kulit putih (85%), Asia (84%) dan orang kulit hitam (81%).", "• Anak-anak berketurunan Gipsi dan pengembara mempunyai kadar buang sekolah paling tinggi iaitu sebanyak 0.49% dan 0.33%.", "Selepas laporan ini keluar, ia mencetuskan keributan dalam kalangan rakyat Britain dari atas sampai bawah. May memberi respon apa yang berlaku merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima dan suka atau tidak, semua pihak perlu bekerjasama menangani soal ini. Namun, ada yang bersifat sarkastik terhadap kenyataan beliau. Editor BBC Mark Easton mempersoalkan mengapa selepas keluar laporan ini, barulah jabatan dan agensi kerajaan berkaitan tergocoh-gocoh mahu bertindak menangani soal ini. Easton turut membidas sikap menteri-menteri kerajaan yang tidak mengendahkan data yang ada dalam simpanan mereka dan tidak melaksanakan langkah-langkah proaktif untuk menanganinya.", "Sentimen Easton turut dikongsi oleh wakil Majlis Gipsi, Joseph G Jones. Jones menyifatkan Whitehall (gelaran bagi kerajaan British) gagal membela nasib komuniti Gipsi dan pengembara yang mengalami diskriminasi yang tidak terkira banyaknya dalam kehidupan mereka. Beliau menambah, “Generasi muda hari ini tidak seharusnya didedahkan dengan endemik diskriminasi yang berterusan dan ketika ini, tidak ada sinar yang menunjukkan penyelesaian kepada isu ini.” Victoria Stevens, seorang wanita Ukraine yang menetap di Britain selama 18 tahun menyatakan tidak berhadapan masalah memohon pekerjaan kerana mempunyai ijazah kejuruteraan mekanikal, pengalaman kerja yang banyak dan menggunakan nama keluarga suaminya. Tetapi dia menambah, “Bagaimanapun, bila berkait dengan kenaikan pangkat atau pengembangan karier, saya dapati calon British akan mendapat kenaikan pangkat mengatasi saya sepanjang masa.”", "Isu perkauman di Britain dilihat semakin meruncing terutama selepas Britain memutuskan untuk keluar dari Kesatuan Eropah. Dan suka atau tidak, Downing Street perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas isu ini. Ahli Parlimen Brent Central dan Setiausaha Bayang-Bayang Wanita dan Kesamarataan dari Parti Buruh , Dawn Butler menyifatkan May dan Perdana Menteri sebelumnya David Cameron tidak bertanggungjawab dan tiada niat sama sekali untuk membanteras isu ini. Misalnya pada tahun pertama May sebagai Perdana Menteri (2016), Butler mendedahkan daripada 339 pemohon yang berketurunan Carribean memohon skim kenaikan pantas perkhidmatan awam, tiada seorang pun yang dipilih dalam skim yang mengenalpasti dan melatih generasi seterusnya kakitangan awam senior dalam kerajaan. Dan terima kasih kepada pemotongan dana yang dibuat kerajaan pada sektor-sektor penting seperti kesihatan, ia memberi kesan kepada wanita, orang kelainan upaya (OKU), etnik minoriti dan warga emas. Parti Buruh pimpinan Jeremy Corbyn turut mengecam dasar imigresen kerajaan Konservatif pimpinan Cameron dan kemudiannya May sebagai tidak munasabah, kejam dan mengancam keharmonian masyarakat.=", "Walaupun ada usaha untuk menambahbaik situasi ini termasuk melaksanakan syor-syor dari Laporan Lammy, ia hanya menunjukkan apa yang berlaku di Britain sebenarnya jauh lebih teruk dari apa yang berlaku di Malaysia. Di Malaysia, walaupun ada sesetengah pihak tertentu cuba mengadu domba dengan mengatakan wujudnya ketidakadilan dan diskriminasi berikutan kewujudan agensi-agensi kerajaan dan pelbagai insentif untuk membantu orang Melayu dan Islam, semua warga Malaysia masih menikmati hak sama seperti dinyatakan dalam Perlembagaan. Jadi soalnya di sini, mana perginya label diskriminasi yang cuba dilempar Treadell ke atas negara ini terutama kelompok konservatif?", "Apa yang dilakukan mereka pada 8 Disember lepas hanya untuk menunjukkan kepada pihak kerajaan untuk terus mendukung Perlembagaan dan berusaha membela hak semua terutama golongan bumiputera. Salahkah bagi mereka menuntut apa yang sudah dijamin dalam Perlembagaan? Salahkah mereka keluar beramai-ramai dengan angka antara 300,000 hingga 500,000 orang yang mahukan suara mereka terus didengar dan dipertahankan sehingga ke akhirnya? Salahkah mereka menolak perkara yang dianggap bertentangan dengan adat ketimuran dan mengancam kedudukan agama Islam yang dijamin dalam Perlembagaan? Salahkah mereka untuk terus bersuara dan menjadi pendesak dalam isu-isu kritikal membabitkan agama, bangsa dan negara? Bagi saya, ia tidak salah sama sekali kerana itu tanda kami sebagai golongan konservatif yang mencintai tanah airnya.", "Jadi Treadell, jika kamu rasa apa yang berlaku 8 Disember lalu sebagai ke belakang, nasihat saya lihatlah pada cermin selama mungkin. Tanyalah diri sendiri, mengapa tanah air kamu dicarik dengan isu perkauman yang begitu dahsyat ini padahal kamu (Britain) menggelar diri sebagai juara hak asasi manusia? Rupanya yang didakwa hanyalah indah khabar dari rupa.", "SUMBER", "1. BBC. (2017). UK must act against race inequality, Theresa May says. https://www.bbc.com/news/uk-41560927", "2. Butler, Dawn. (2018). The Guardian. From the Home Office to No 10, Theresa May has entrenched racial inequality. https://www.theguardian.com/commentisfree/2018/may/01/windrush-injustice-minorities-basic-tory-instinct-may-hostile-environment", "3. Dearden, Lizzie. (2018). The Independent. Racism has become more acceptable since Brexit vote, United Nations warns. https://www.independent.co.uk/news/uk/home-news/brexit-racism-religious-intolerance-united-nations-special-rapporteur-a8348021.html", "4. Bulman, May. (2017). The Independent. Racial inequality in UK: The appalling reality of how a Briton’s ethnicity affects their chances of a good life. https://www.independent.co.uk/news/uk/home-news/racial-inequality-uk-racial-disparity-audit-government-report-theresa-may-bme-black-ethnic-minority-a7992016.html", "5. Easton, Mark. (2017). BBC. The government nudges itself over race. https://www.bbc.com/news/uk-41565954" ]
https://www.thepatriots.asia/game-of-thrones-arab-bakal-bermula-selepas-kemangkatan-sultan-oman/
Game Of Thrones Timur Tengah
[ "Kemangkatan Qaboos al-Said, Sultan Oman bukanlah berita besar kepada orang Malaysia. Tapi bagi pakar dan semi-pakar hubungan antarabangsa, perkembangan ini bakal menggoncang geopolitik Timur Tengah.", "Oman ni negara Islam, tapi firqah diorang Ibadi. Diorang solat 5 kali sehari (macam Sunni), tak bersedekap (macam Maliki dan Syiah), tak baca qunut waktu subuh (macam Hanbali/”Salafi”). Ibadi ni saki-baki Khawarij yang memberontak terhadap Khalifah Sayyidina Ali.", "Tapi hari ni diorang dah tak berperangai ekstrim macam Khawarij asal, sebaliknya Oman jadi negara “friend of all, enemy of none”. Diorang tak ambil port dalam p3rang dingin Saudi-Iran, malah jadi penimbangtara (mediator) kepada konflik serantau sebab diorang kawan dengan semua orang. Bukan sesuatu yang senang lagi-lagi bila kau berada di Timur Tengah.", "Ini sedikit sebanyak hasil daripada kebijaksanaan Sultan Qaboos yang memerintah sejak tahun 1970, selepas merdeka daripada UK. Dia baik dengan Saudi, baik dengan Iran, baik dengan India, baik dengan Pakistan, baik dengan Qatar, baik dengan UAE, baik dengan Turki, baik dengan Israel, baik dengan US, baik dengan Russia. Macam mana dia buat pun aku tak tau (of course aku tau, tapi korang kena beli DTT3 dulu). Kita nak baik dengan Pakistan, India tak hepi; baik dengan Turki, Saudi pula tak hepi.", "Sultan Qaboos mengingatkan aku watak Doran Martell dalam cerita Game of Thrones. Doran ialah penguasa kerajaan Dorne, salah sebuah “seven kingdoms of Westeros”. Tapi Dorne maintain low profile dan tak ambil port dalam konflik antara kerajaan lain. Jadi Dorne dapat menikmati keamanan sementara negara-negara lain bergolak.", "Timur Tengah ni pun sebiji macam setting Game of Thrones. Turki ni macam House Targaryen, nak kembalikan zaman kegemilangannya tapi tak diterima oleh orang Westeros sebab dia dari keturunan lain. Targaryen dapat pegang Westeros dulu sebab ada naga, Turki dapat mendirikan khilafah Turki Uthmaniyyah sebab ada meriam dan senapang.", "Ada drama Arab trending yang panggil Uthmaniyyah sebagai “mamalik an-nahr” (kingdom of fire), dah sebijik macam motto Targaryen “fire and blood”.", "Jordan macam House Baratheon, memberontak terhadap Uthmaniyyah nak jadi khalifah sendiri. Walaupun ada keabsahan dari segi keturunan (Bani Hasyim), tapi tak dapat lawan Saudi pengamal realpolitik yang lebih ruthless (macam House Lannister).", "Qatar macam House Tyrell, jiran Saudi (Lannister) tapi bersaing dengan Saudi. Walaupun tak kuat dari segi ketenteraan tapi kaya gila. Dan Qatar pun menubuhkan pakatan dengan Turki, macam pakatan Tyrell-Targaryen.", "Syria dan Iraq ni Riverlands, buffer zone kepada semua kuasa besar dan sering jadi mangsa perang. Israel sama macam House Greyjoy, perangai lanun, sering kacau kerajaan-kerajaan lain tapi kalau nak memerintah Timur Tengah, bermimpi je lah.", "Iran macam House Stark, menganut kepercayaan yang berbeza daripada kerajaan yang lain, berketurunan dari bangsa purba, berkonflik dengan Saudi (Lannister), berkawan dengan Turki (Targaryen).", "Cuma dalam drama Doran ni nampak macam weak, padahal dalam novel asal Doran nampak macam ada game plan yang lebih besar. Jadi apa pun harap GRR Martin cepat-cepat siapkan novel untuk tau jawapannya.", "Disebabkan Sultan Qaboos tak kahwin dan tak ada anak, jadi dia digantikan oleh sepupunya, Haitham bin Tariq bin Taimur. Tariq ialah pak cik kepada Sultan Qaboos. Samada pengganti Sultan Qaboos memiliki kebijaksanaan yang sama dalam mengekalkan hubungan dengan kuasa serantau, masih jadi tanda soal. Kemungkinan besar Oman akan jadi medan pertarungan “game of thrones” antara Saudi, Iran, Turki yang seterusnya." ]
https://www.thepatriots.asia/geomungo-alat-muzik-tradisional-korea-yang-tular-kerana-blackpink/
Geomungo, Alat Muzik Tradisional Korea Yang Tular Kerana Blackpink
[ "Tahun lepas, lagu Pink Venom karya Blackpink jadi sebutan bila Jisoo memainkan Geomungo dalam muzik video mereka.", "Apa Geomungo ni? Macam gitar ke?", "Geomungo ialah alat muzik bertali tradisional Korea sama keluarga instrumen sitar dan gitar.", "Geomungo berukuran 150 cm panjang, mempunyai tiga bridge boleh alih dan 16 fret cembung yang mengikat enam tali sutera.", "Geomungo ni ada adik beradik yang lebih kurang sama iaitu gayageum (가야금). Bezaannya ialah Gayageum ada 12 tali dan geomungo hanya ada 6 tali.", "Geomungo terbahagi kepada dua jenis iaitu sanjo geomungo dan jeongak geomungo.", "Sebenarnya alat musik Korea banyak diadaptasi daripada alat musik China, sehingga memang terlihat mirip. Geomungo ni dipercayai dah ada sejak Kerajaan Goguryeo.", "Dulu masa Dinasti Goguryeo menguasai wilayah utara Semenanjung Korea dan Manchuria, rakyat di wilayah tersebut sangat terkenal dalam bernyanyi dan menari.", "Dalam Samguk Sagi (Sejarah Tiga Kerajaan) disebutkan bahawa pencipta alat musik Geomungo ni bernama Wan San-Ak.", "Geomungo juga dikenal sebagai sitar Goguryeo atau kalau melihat warnanya dikenal juga dengan nama Sitar Bangau Hitam. Geomungo dieja Komungo atau Kum.", "Geomungo menjadi salah satu instrumen penting sebagai nobat atau instrumen muzik istana sejak Dinasti Goryeo (918-1392).", "Oleh: Azizul Farhan", "…", "KITAB TAMADUN KOREA memuatkan banyak informasi menarik mengenai sejarah dan budaya Korea hingga kini. Boleh beli di:", "https://bit.ly/tamadunkorea" ]
https://www.thepatriots.asia/jeet-kune-do-seni-bela-diri-yang-dicipta-bruce-lee/
Jeet Kune Do: Seni Bela Diri Yang Dicipta Bruce Lee
[ "Bruce Lee benar-benar faham erti sebuah seni. Orang ramai hanya nampak kemahiran pertahanan diri sebagai ilmu perlindungan. Bagi Bruce Lee, setiap buah pukulan itu ada irama dan makna tersendiri.", "Sejak mula berlatih, Bruce Lee menyusun langkah yang menjadi sistem Jun Fan Gung Fu. Tetapi ada sesuatu yang berlaku pada tahun 1964, menyebabkan Bruce Lee bertukar arah.", "Pertembungan Maut Yang Berlagenda", "China yang dulu bukanlah seperti sekarang. Kalau tengok budaya China kini, mereka lebih suka jika orang luar ambil tahu tentang bangsa mereka. Lagilah rancak perkongsian budaya yang akan menguntungkan negara dari segi pelancongan.", "Namun China yang dulu sangat menjaga rahsia budaya. Apabila Bruce Lee kelihatan suka mengajar orang Barat tentang selok-belok seni pertahanan diri, ramai orang China agak bengang (Bowman, et al., 2016).", "Dalam kehangatan inilah berlaku satu peraduan antara Bruce Lee dengan seorang guru daripada Hong Kong.", "Wong Jack-man menguasai ilmu pertahanan diri Taijiquan, Xingyiquan dan Shaolin. Berbekal tiga tanduk ilmu ini, Wong berdepan dengan Bruce Lee pada tahun 1964 di Chinatown, Amerika Syarikat.", "Malang seribu malang, peraduan ini tidak dirakam sesiapa. Mereka bertukar adab dan adat seni sebelum mula menunjukkan kuasa masing-masing.", "Namun Wong ada letakkan sedikit syarat seperti tidak tumbuk muka, tendang celah kangkang dan cucuk mata yang ditolak Bruce Lee (Borine, 2002).", "Dua pemerhati berkongsi pengalaman menyaksikan peraduan mereka. Isteri Bruce Lee berkata perlawanan ini hanya tiga minit sahaja, dengan Bruce Lee membungkus Wong sambil ikat tepi.", "Tetapi Bruce Lee berkata “aku pernah berlawan dengan Kucing Kung Fu di San Francisco. Beberapa minit kemudian, anak haram tu mula lari. Aku pun kejarlah dia sambil tumbuk di belakang kepalanya.", "Tangan aku mula bengkak sebab tumbuk bahagian keras. Dari situ aku tahu (ilmu aku) tidak begitu praktikal.”", "Wujudnya Jeet Kune Do", "Pemerhati lain berkata perlawanan mereka berlangsung 25 minit. Tetapi apa yang berlaku sebenar-benarnya tidak penting untuk dihayati.", "Apa yang penting adalah bagaimana ia mengubah fikrah perlawanan Bruce Lee. Beliau enggan berlawan dengan metodologi Jun Fan Gung Fu lagi (Rossen, 2015). Mulalah episod baru dalam sejarah Bruce Lee, yang mula memikirkan teknik baru.", "Beliau enggan mengikuti seni pertahanan diri bersistematik. Bagi yang ingin melindungi diri, memanglah ia menguntungkan. Tetapi Bruce Lee tidak perlu melindungi diri. Naga pun tunduk padanya. Beliau sudah capai tahap untuk selidik dan tinggalkan dunia dengan teknik baru yang tidak pernah diajar sesiapa.", "Hampir semua mahaguru memastikan anak-anak buah ikut gaya yang ditetapkan. Bruce Lee mahu anak-anak buahnya mahir dalam teknik dan buat gaya sendiri. Maka lahirlah Jeet Kune Do yang membebaskan pejuang berseni.", "Ia tidak berstruktur, apatah lagi berorganisasi. Orang yang faham saja boleh buat. Jeet Kune Do hanyalah wadah untuk menguasai ilmu pertahanan diri sedia ada.", "Bermakna Bruce Lee meminjam teknik-teknik terbaik daripada seni-seni lain. Daripada Kung Fu. Taekwondo. Taijiquan. Sebagainya. Mana-mana kelemahan yang ada dalam seni pertahanan diri sedia ada, beliau betulkan.", "Bruce Lee ubah seni dalam muay thai seperti ditunjukkan dalam Way of the Dragon masa lawan dengan Chuck Norris. Pergerakan Bruce Lee dipinjam daripada Muhammad Ali.", "Senang cakap, Bruce Lee meninggalkan legasi yang wajar dijadikan buku teks kepada semua peminat pertahanan diri. Dan beliau tidak ego mendabik dada kata ini ilmunya.", "RUJUKAN:", "Borine, N. (2002, Disember 16). King Dragon. 1st Books Library. Halaman 44.", "Bowman, P., et al. (2016). Mythologies of Martial Arts. Rowman & Littlefield. Halaman 112.", "Rossen, J. (2015, Ogos 10). Bruce Lee: The Time Bruce Lee Was Challenged to A Real Fight. Mental Floss." ]
https://www.thepatriots.asia/misteri-kehilangan-kapal-s-s-ourang-medan/
Misteri Kehilangan Kapal S.S Ourang Medan
[ "Terlalu banyak kisah-kisah misteri dan seram berkaitan dengan laut. Namun, tiada satu pun yang mampu melawan kisah kehilangan Ourang Medan, yang sehingga hari ini, kisah kehilangannya menimbulkan seribu misteri kepada yang membacanya.", "Lokasi peristiwa penuh misteri ini berlaku ialah di Selat Melaka. Kisah mengenai panggilan SOS pada tahun 1948 daripada sebuah kapal Belanda yang apabila ditemui, mereka dapati bahawa seluruh penghuni kapal ini ditemui m4ti dalam keadaan “tubuh kaku-beku kerana ketakutan”.", "Catatan daripada mereka yang menemukan isi kapal memberitahu kita mengenai keadaan mayat:", "“Gigi mereka terkatup rapat dengan wajah mereka dihadapkan ke arah matahari, merenung ke arahnya, seolah-olah sedang ketakutan.”", "Kapten kapal ini bersama dengan krunya ditemui m4ti dalam keadaan wajah penuh ketakutan, tetapi tiada kecederaan yang jelas kelihatan pada tubuh mereka yang memberikan kita sebab-musabab kem4tian mereka. Apakah manusia sebenarnya mampu m4ti dalam ketakutan? Kalau ya, apa sebenarnya yang sangat menakutkan bagi seluruh kru kapal S.S. Ourang Medan ini?", "Dan sebelum apa yang berlaku pada kru-kru kapal itu disiasat oleh orang yang menemukan mereka, api tercetus lantas seluruh kapal meletup, meninggalkan kita yang hanya mampu berspesikulasi. Kita tidak akan tahu apa yang jadi tanpa memo CIA didedahkan kepada awam yang mengandungi butiran misteri ini. Panggilan SOS misteri yang ditemui oleh CIA berbunyi seperti dibawah:", "“Semua pegawal, termasuk kapten m4ti, terbaring dalam bilik carta dan atas anjungan. Barangkali semuanya sudah m4ti.”  Selepas itu, panggilan SOS yang ditulis dalam Kod Morse tersebut diteruskan oleh siri titik berpanjangan serta tanda sengkang yang tidak dapat diterjemahkan isinya sebelum bersambung dengan dua buah perkataan yang akan terus menghantui kita seumur hidup. “Aku m4ti”.", "Atau inilah yang diceritakan oleh memo yang ditulis oleh C.H Marck Jr, seorang pembantu kepada pengarah CIA pada tahun 1959 iaitu Allen Dulle kepada penama yang tidak dimaklumkan. Memo tersebut turut mendedahkan bahawa CIA percaya bahawa kehilangan S.S. Ourang Medan ini sebenarnya mampu memberikan mereka klu kepada lebih banyak kehilangan yang berlaku di Selat Melaka.", "Panggilan SOS tersebut disambut oleh sebuah kapal yang paling dekat dengannya iaitu Silver Star yang berada 50 batu dari lokasi S.S. Ourang Medan. Selain penemuan mayat-mayat kru kapal tersebut yang masih jelas ketakutan pada wajah mereka, mereka yang menemukan mayat tersebut juga merasakan kesejukan yang luar biasa ketika menaiki kapal, tidak kena dengan suhu sekitar yang dimaklumkan dalam sekitar 37 darjah celcius.", "Lebih memeranjatkan, ada pihak yang cuba memeriksa mengenai kewujudan kapal ini. Namun, mereka tidak temui sebarang pendaftaran dengan badan kapal yang sah pada waktu itu di Eropah atau Amerika. Ada yang berspesikulasi bahawa kapal SS Ourang Medan ini barangkali ialah kapal hantu yang akan muncul pada bila-bila masa di tengah laut. Tetapi ada yang membantah teori kisah ini dengan mengatakan bahawa kapal tersebut barangkali berdaftar di Sumatera, sebab itu rekod rasmi kewujudannya tidak ditemui.", "Ada banyak teori yang menyelubungi kisah tenggelamnya S.S Ourang Medan. Ada pihak yang mendakwa bahawa terdapat kuasa mistik yang telah menganggu mereka di atas kapal, lalu kemuncaknya ialah hampir seluruh kru kapal tersebut berakhir dengan kem4tian. Tetapi kisah-kisah seperti ini sebenarnya klise kalau dikaitkan dengan cerita kehilangan misterius. Hantu, kuasa mistik, mesti akan dipetik sebagai satu-satunya penjelasan paling rasional kita. Sampai teori seperti kapal tersebut diserang oleh lanun yang tidak m4ti, sehinggakan kru kapal Black Pearl pun disalahkan.", "Tetapi ada satu teori yang menarik perhatian saya. Mengenai sebuah teori konspirasi kononnya kapal tersebut membawa senjata biologi yang dibangunkan oleh Jepun yang dikenali sebagai unit 731. Senjata tersebut oleh seorang ahli bakterialogi Jepun bernama Shiro Ishii yang telah membangunkan senjata-senjata biologi yang Jepun gunakan dalam pep3rangan. Kononnya unit 731 ini ialah senjata biologi paling hebat pernah dunia ciptakan.", "Lagipun sebelum itu, Shiro Ishii juga pernah direkodkan mencipta sebuah lagi senjata biologi iaitu Unit 732 yang telah mer4gut lebih 200, 000 orang nyawa ketika P3rang Dunia Kedua. Barangkali, penghuni kapal S.S Ourang Medan ini terdedah kepada senjata biologi unit 732 dan kerana sebab itulah, mereka akhirnya menemui pengakhiran ngeri lagi misteri tersebut?", "Hari ini, meskipun misteri kapal tersebut masih belum diselesaikan, tetapi sebuah permainan video telah dibangunkan berilhamkan daripada peristiwa ini. The Dark Pictures Anthology: Man of Medan mengisahkan mengenai 5 watak utama yang cuba keluar hidup-hidup daripada sebuah kapal hantu bernama Ourang Medan, berilhamkan daripada peristiwa ini. Oh ya, sebelum kita akhiri kisah ini, cuma nak bagitahu bahawa bangkai kapal ini masih belum ditemui sehingga ke hari ini selepas tenggelam akibat letupan.", "RUJUKAN:", "Neal, Charlotte. (2019). Ghost ship’s spooky SOS call before crew found dead with faces ‘frozen in fear’. Mirror Online. https://www.mirror.co.uk/news/world-news/ghost-ships-spooky-sos-call-14007356", "Hewitt, Less. (2020). Tragedy on the S.S. Ourang Medan – Fact or Legend?. Historic Mysteries. https://www.historicmysteries.com/ourang-medan/" ]
https://www.thepatriots.asia/bagaimana-david-copperfield-hilangkan-statue-of-liberty/
Bagaimana David Copperfield Hilangkan Statue Of Liberty?
[ "Setiap ahli silap mata mempunyai mempunyai persembahan silap mata yang unik walaupun adakalanya merbahaya. Aksi melepaskan diri dari baju pasung (Harry Houdini), menahan nafas dalam air selama 17 minit (David Blaine) dan menghilangkan kapal terbang (David Copperfield) merupakan antara persembahan silap mata yang dikenali ramai.", "Dalam kes Copperfield, beliau merasakan persembahan menghilangkan kapal terbang yang dilakukan pada 1981 sebagai tidak cukup gah. Lalu pada 1983, Copperfield mengadakan persembahan silap mata menghilangkan patung Statue of Liberty. Dalam persembahan itu, beliau meletakkan kain rentang panjang di hadapan patung dan bila ia dijatuhkan, patung tersebut hilang.", "Persembahan ini menjadikan nama Copperfield sebagai antara nama besar dalam dunia silap mata. Bila ditanya mengapa beliau memilih mengadakan persembahan berkenaan, ia dilihat sesuai dengan tema pilihannya: kebebasan. Copperfield melihat kebebasan tidak dihargai sebaiknya dan menjadikan persembahan itu sebagai simbol kebebasan boleh hilang sekelip mata jika terus dipandang sepi.", "Jadi, bagaimana persembahan ini dapat dijayakan? Mudah saja, platform yang menempatkan penonton digerakkan oleh Copperfield dengan muzik kuat dimainkan bagi mengganggu perhatian penonton. Gerakan tersebut mengubah perspektif penonton sehingga tidak sedar patung Lady Liberty (nama lain untuk Statue of Liberty) berada di belakang menara yang memegang kain itu.", "Tapi apa pula cerita skrin radar helikopter dan platform kosong yang dikatakan menempatkan Statue of Liberty? Itu cuma prop bagi menyakinkan penonton bahawa patung tersebut hilang dalam persembahan berkenaan. Radar tersebut telah diubahsuai bagi memperlihatkan imej radar tugu tersebut hilang. Sementara platform khas berasingan dibuat dan dipasangkan dengan lampu sama bagi menampakkan ia kosong.", "RUJUKAN:", "Basner, D. (2019). Here’s How David Copperfield Made The Statue Of Liberty Disappear. iHeart Radio." ]
https://www.thepatriots.asia/membongkar-rahsia-lelaki-pemalu/
Membongkar Rahsia Lelaki Pemalu
[ "Penat dengan lelaki “prince charming” tapi jenis “playboy”? Bosan dengan lelaki intelektual tapi poyo? Serik dengan lelaki yang nampak suci baik di luar tapi sebenarnya hati gelap? Rasa dah tak tahu dimana nak cari lelaki sejati untuk dijadikan pasangan hidup?", "Anda mungkin terlepas pandang spesis lelaki yang bernama lelaki pemalu (“shy guy”). Spesis dalam bahaya akibat obsesi masyarakat terhadap idea kelelakian (“masculinity”) yang konvensional: lelaki mestilah kena banyak bercakap, tak malu, macho dan egoistik.", "Lelaki pemalu ni bukan “nerd” atau antisosial. Ramai saja lelaki pemalu mempunyai penampilan tampan kacak, romantis dan berkerjaya. Bill Gates, Mark Zuckerberg, dan Elon Musk ni semua pemalu orangnya. Mereka tidak mempunyai masalah bersosial cuma mereka mempunyai sifat “introspection” atau kesedaran diri yang sangat tinggi.", "Mereka ni menjadi “introspective” kerana kebanyakan lelaki pemalu juga adalah introvert. Aktiviti-aktiviti introvert (seperti membaca, menulis, main muzik, melukis) menyebabkan mereka sentiasa mempersoalkan diri dan memeriksa diri sendiri. Lelaki pemalu tak suka beri “eye contact” bukan sebab dia benci anda, sebenarnya muka dia baru tumbuh jerawat kecil yang anda pun tak perasan, jadi dia segan nak reveal muka dia. Mereka hanya akan berani pandang muka anda selepas 10 kali menyemak muka di depan cermin. Berbeza dengan lelaki konvensional yang suka tunjuk muka dan perasan kacak walaupun muka pecah.", "Lelaki pemalu juga orang yang pendiam. Pendiam bukan sebab mereka tak tahu apa-apa, tapi sebenarnya lelaki pemalu ni sebelum bercakap mereka akan menilai dan memeriksa isinya selama 5 kali. Berbeza dengan lelaki konvensional yang suka bercakap walaupun tak ada isi. Selalunya orang anggap lelaki pemalu ni orang yang sombong, walhal merekalah orang yang paling humble dan rendah diri.", "Jadi, apa kelebihan bercinta dengan lelaki pemalu?", "1. Lelaki pemalu pendengar yang baik: lelaki pemalu ini bukan jenis yang suka berebut bercakap, dan tahap kesabaran mereka tinggi, jadi merekalah tempat terbaik untuk mengadu.", "2. Lelaki pemalu orang yang ikhlas: kalau prince charming puji anda cantik, tak perlulah gembira sangat ye, sebab dia dah cakap benda yang sama dekat 1,154 perempuan yang lain. Tapi kalau lelaki pemalu puji anda cantik, dia dah practice depan cermin sebanyak 582 kali .", "3. Lelaki pemalu memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap details anda: lelaki pemalu ni tak banyak bercakap, lebih banyak masa mereka memerhati (“observe”). Jangan terkejut lelaki pemalu ni tahu apa makanan kegemaran anda walaupun anda tak bagitahu dia, atau dia ingat hari jadi anda sementara semua orang lupa, sebab dia dah lama dah perasan perkara-perkara tersebut.", "4. Lelaki pemalu selalunya akan berjaya dalam hidup: sifat malu mereka menyebabkan mereka kurang bersosial dan buat aktiviti yang tak berfaedah (seperti clubbing, hisap shisha). Lebih banyak masa mereka fokus untuk membangunkan kepakaran dan merancang masa depan. Jadi kalau anda nak cari pasangan yang boleh buat hidup anda senang, carilah lelaki pemalu, bukan cari jenis muka hensem tapi minta duit dengan anda setiap hujung bulan.", "5. Lelaki pemalu lelaki setia: malu perisai orang beriman. Tak perlu risaulah lelaki pemalu akan bercurang atau main kayu tiga. Jangan kata nak mengorat sana sini, mereka jumpa perempuan je terus akan menundukkan pandangan. Awesome kan?", "Tapi lelaki pemalu ni bukan jenis yang akan datang approach anda ajak dating. Kalau anda berkenan dengan lelaki pemalu, berikut adalah 5 tips untuk memikat hati mereka:", "1. Anda perlu berani dan proaktif: masyarakat expcet lelaki haruslah tak malu dan perempuan yang sepatutnya jadi malu-malu. Anda harus terbalikkan equation tersebut. Berfikir di luar kotak sikit, jangan terkongkong dengan kata-kata seperti “perigi cari timba”.", "2. Anda perlu menonjolkan sifat ceria anda: jangan anggap lelaki pemalu ni pun suka perempuan pemalu. Kalau dua-dua pun pemalu boleh bela cengkerik kat rumah macam ni. Sebenarnya lelaki pemalu suka bercakap, dalam hatinya dia perlukan seseorang yang boleh cucuk dia untuk banyak bercakap. Jadi mereka mudah tertarik dengan perempuan yang jenis ceria, gila-gila dan suka ketawa besar.", "3. Anda perlu banyak main mata dengan dia: nak main mata macam mana kalau dia asyik elakkan eye contact? Mudah saja, anda kena banyak memandang ke arah dia secara konsisten. Kalau dia tu classmate atau officemate anda, carilah tempat yang dia boleh pandang anda semasa kuliah atau mesyuarat. Banyakkan memandang ke arah dia, sekali kalau dia terpandang anda, dia akan ada rasa terkena elektrik. Tapi lepas 3-4 kali dia akan rasa selesa, dan dia pula yang akan curi-curi pandang anda balik selepas itu. That’s it, you’re captured his heart. Eh macam memancing pula.", "4. Anda perlu memulakan perbualan: once dia dah minat dekat anda (signal dia suka anda dalam diam: dia pandang anda, maintain eye contact dan senyum), jangan takut untuk memulakan perbualan dengannya. Sebenarnya mereka ni suka bercakap, cuma tak ada peluang dan mereka tak suka bercakap dalam kumpulan. Approach dia secara persendirian. Dan bersabar kerana pada tahap awal lelaki pemalu akan beri respon “ok” “haha” “ye kot” saja. Anda perlu bimbing dia step by step untuk open up. Mencabar kan lelaki pemalu ni?", "5. Anda perlu elakkan perkara personal semasa berbual: disebabkan mereka ini introspective, mereka akan kurang selesa dengan perkara-perkara tentang diri sendiri malah keep things to themselves. Jadi, pada tahap awal anda perlu banyak mencerita tentang diri anda. Biar lelaki itu cari point yang dia rasa boleh relate dan bina keserasian, baru dia akan open up dan reveal diri dia.", "Sekian saja panduan dan nasihat daripada seorang lelaki pemalu yang sedang berusaha untuk menangkis sifat malunya. Semoga berjaya." ]
https://www.thepatriots.asia/bolehkah-saintis-kembalikan-dinosor/
Bolehkah Saintis Kembalikan Dinosor Macam Dalam Filem Jurrasic Park?
[ "Sebelum manusia meletakkan tapak pertama, dunia ini didiami jutaan spesis yang hari ini sudah pupus. Dalam kalangan spesis ini ialah dinosor-dinosor berpelbagaian jenis.", "Daripada Tyrannosaurus Rex hinggalah Brachiosaurus sampai Lipleurodon, banyak dinosor meninggalkan legasi kebinatangan yang boleh dipelajari pada hari ini.", "Malah golongan dinosor ini pun dipisahkan dengan jurang zaman, masing-masing ada arus kepupusan tersendiri. Bermakna arus kepupusan yang berlaku sekitar 65 juta tahun dahulu bukan satu-satunya pernah berlaku.", "Contohnya Chindesaurus hidup di zaman Triassik. Brachiosaurus pula ialah dinosaur leher panjang di zaman Jurassik. Dan Tyrannosaurus Rex hidup di zaman Cretaceous.", "Ketiga-tiga nama saintifik ini ialah garisan masa geologikal iaitu Mesozoik. Hari ini ialah sebahagian dariapda garisan masa geologikal Cenozoik.", "Rumit, tetapi mudah diikuti.", "Cuma berdasarkan soalan utama iaitu “Bolehkah Saintis Kembalikan Dinosor?”, garisan masa geologikal ini mesti difahami dulu. Mesozoik ialah garisan 66 juta hingga 252 juta tahun dulu. Terlalu lama dan sangat berlainan dengan keadaan moden, tetapi ia masih lagi suatu soalan yang baik.", "Industri hiburan menunjukkan impak pengembalian dinosor. Siri Jurassic Park dan Jurassic World mempamerkan bagaimana dinosor tidak boleh hidup di zaman ini.", "Siri Terra Nova pula memberikan sedikit gambaran kenapa manusia takkan sesuai hidup di zaman dulu. Cuma sains tidak semestinya harus dibuat secara mutlak, cukup jika dinosor itu atau ini dikembalikan bagi memanfaatkan kekurangan dalam kalangan kehidupan hari ini.", "Konsep pengembalian dinosor itu sendiri satu tanda tanya besar. Dalam Jurassic Park, DNA dinosor diambil melalui seekor nyamuk yang diawet dalam getah selama jutaan tahun.", "Andainya manusia benar-benar menemui nyamuk tidak bernasib baik begini, apakah Tyrannosaurus Rex boleh bernafas semula udara hari ini? Mampukah Brachiosaurus berjalan kembali di jalan raya yang penuh dengan pemandu m4bvk?", "Sebenarnya saintis mempunyai banyak serangga daripada zaman dinosor yang diawet dalam getah. Jurassic Park sekadar meminjam elemen realiti yang benar-benar berlaku.", "Tetapi apabila getah membuat kerja pengawetan, hanya luaran sahaja dipelihara. Tisu-tisu lembut dalam getah akan lenyap juga, termasuklah d4r4h dinosor.", "Tetapi ini tidak bermakna mustahil untuk dapat DNA dinosor. Memang ada sisa d4r4h dinosor tetapi bukan dalam getah. Saintis pernah menemui seekor nyamuk yang diawet dalam lumpur tasik, termasuk juga sisa d4r4h dalam tubuhnya (Greenwalt, et al., 2013).", "Nyamuk ini walau bagaimanapun daripada zaman 45 juta tahun dulu (20 juta tahun selepas kepupusan dinosor). Sungguhpun bukan daripada zaman dimahukan, ia masih menunjukkan kebolehan saintifik kerana mempunyai d4r4h untuk dikaji.", "Dan dalam situasi ini pun masih ada “tetapi” lagi. Kerana adanya d4r4h tidak bermakna ada DNA. Peluang untuk mengembalikan sesuatu spesis tidaklah terjamin hanya kerana ada d4r4h semata-mata.", "Pada tahun 2015, saintis menemui data d4r4h dadripada struktur sel dan serat diawet dalam dinosor 75 juta tahun dulu (Bertazzo, et al., 2015). Sel-sel d4r4h ini mengandungi nukleus, suatu petunjuk bahawa dinosor itu ialah reptilian.", "Tetapi sel tersebut tiada DNA. Itu masalahnya. Kerana DNA sangatlah mudah untuk hilang. Cahaya matahari boleh melemahkan DNA.", "Air pula mempercepatkan per3put4n.", "Hari ini DNA paling tua ditemui pun daripada sejuta tahun dulu. Jadi dalam hal ini, saintis masih lagi tidak boleh mengembalikan dinosor – seolah-olah mengembalikan semula perbincangan ini kepada garisan masa geologikal.", "Jurang antara Cenozoik dan Mesozoik terlalu jauh untuk disatukan.", "RUJUKAN:", "Bertazzo, S., et al. (2015, Jun 9). Fibers and cellular structures preserved in 75-million-year-old dinosaur specimens. Nature.", "Greenwalt, D.E., et al. (2013, November 12). Hemoglobin-derived porphyrins preserved in a Middle Eocene (ditapiskan)-engorged mosquito. PNAS." ]
https://www.thepatriots.asia/disebalik-keserasian-nordin-ahmad-dan-latifah-omar/
Disebalik Keserasian Nordin Ahmad Dan Latifah Omar
[ "Seniman NORDIN AHMAD & Seniwati LATIFAH OMAR adalah pasangan pelakon paling serasi sekali di dalam sejarah filem Melayu klasik. Gandingan mereka berdua mencetuskan satu fenomena baru dalam perkembangan filem-filem Melayu keluaran CATHAY KERIS PTD. Disebabkan oleh keserasian gandingan itu, mereka berdua pernah digelarkan sebagai “LOVING COUPLE ON SILVER SCREEN”.", "NORDIN AHMAD dan LATIFAH OMAR mula berlakon di dalam satu filem melalui filem PANGGILAN PULAU (1954) arahan S.RAMANATHAN tetapi tidak ada babak bersama. Filem PANGGILAN PULAU merupakan filem pertama LATIFAH OMAR diperkenalkan membawa watak penting di Shaw Brothers. Sebelum itu LATIFAH OMAR pernah muncul di dalam filem DAHLIA dan KERANA KAU tetapi sebagai pelakon tambahan.", "Apabila kedua-kedua mereka berhijrah ke CATHAY-KERIS pada penghujung tahun 1957, NORDIN AHMAD memulakan kerjayanya disana dengan berlakon di dalam filem ORANG MINYAK, manakala LATIFAH OMAR pula berlakon di dalam filem SELINDANG DELIMA. Di dalam filem SERANGAN ORANG MINYAK yang diterbitkan pada tahun 1959, mereka berdua telah berlakon bersama di dalam filem itu tetapi tidak digandingkan sebagai pasangan utama. Begitu juga di dalam filem RADEN MAS, mereka berlakon bersama tetapi tidak dipasangkan sebagai hero dan heroin.", "Kemuncak gandingan NORDIN AHMAD dan LATIFAH OMAR hadir pada tahun 1961 apabila HUSSAIN HANIFF dilantik menjadi pengarah dengan mengarahkan filem pertama beliau iaitu HANG JEBAT. Di dalam filem inilah buat kali pertamanya NORDIN AHMAD dan LATIFAH OMAR digandingkan sebagai pasangan hero dan heroin di dalam filem. Ternyata apabila menonton filem ini telah terbit keserasian antara mereka berdua dalam menterjemahkan watak masing-masing", "Setelah gandingan mereka berjaya di dalam HANG JEBAT, mereka sekali lagi disatukan di dalam filem LANCHANG KUNING arahan M.AMIN pada tahun 1962. Nama NORDIN AHMAD dan LATIFAH OMAR sudah mula meniti dibibir peminat filem Melayu di zaman itu. Sehinggakan ramai pengarah filem di studio CATHAY-KERIS berlumba-lumba untuk mengambil mereka berdua berlakon di dalam filem arahan mereka. Pihak pengurusan studio beranggapan gandingan NORDIN AHMAD dan LATIFAH OMAR adalah satu aset penting kepada perkembangan studio mengeluarkan filem-filem yang bermutu disamping gandingan mereka berdua juga pasti memberi jaminan sesuatu filem yang diterbitkan mendapat kutipan pecah panggung. Ini juga adalah satu strategi pihak CATHAY-KERIS untuk menyaingi filem-filem keluaran Shaw Brothers.", "Selepas gandingan mereka sekali lagi berjaya di dalam filem LANCHANG KUNING, nama NORDIN AHMAD dan LATIFAH OMAR sudah tidak perlu lagi dipertikaikan tahap lakonan mereka. Berjayanya filem LANCHANG KUNING sekaligus berjaya mengangkat reputasi M.AMIN sebagai pengarah filem. Pasca LANCHANG KUNING, M.AMIN sekali lagi mempertaruhkan gandingan NORDIN AHMAD dan LATIFAH OMAR di dalam filem klasik yang sangat tinggi mutunya dalam sejarah filem Melayu iaitu CHUCHU DATOK MERAH. Filem ini boleh dikatakan filem terbaik arahan M.AMIN dari sudut naratif dan cinematografi. Di dalam filem ini NORDIN AHMAD telah memperlihatkan kewibawaannya sebagai seorang pelakon yang mempunyai daya penghayatan yang sangat tinggi disamping lakonan agresif yang ditonjolkan oleh beliau. Begitu juga dengan LATIFAH OMAR yang banyak bermain emosi dalam menterjemahkan wataknya untuk filem CHUCHU DATOK MERAH.", "Di dalam kehidupan sebenar NORDIN AHMAD dan LATIFAH OMAR bukanlah semesra seperti yang digambarkan di dalam filem-filem lakonan mereka. Mereka jarang bercakap bersama. Pernah satu ketika mereka berdua tidak bertegur selama 6 bulan atas sebab sebab tertentu. Tetapi apabila digandingkan mereka tetap memberikan lakonan yang terbaik seperti yang pernah kita tonton di dalam filem. Nilai professional mereka sangat tinggi tanpa menghiraukan permasalahan di antara mereka. Ketika penggambaran filem LAILA MAJNUN (1962) hubungan mereka sebenarnya sedang dingin. Tetapi apabila kita menonton filem berkenaan ternyata banyak babak romantik yang mereka lakonkan. Tetapi hubungan yang keruh diantara mereka dapat dipulihkan setelah mereka berlakon di dalam filem LANCHANG KUNING apabila NORDIN AHMAD telah menyelamatkan LATIFAH OMAR dalam satu tragedi yang hampir meragut nyawanya semasa penggambaran filem berkenaan apabila tali pengikat replika lanchang yang digunakan dalam filem berkenaan telah putus. Ini menyebabkan NORDIN AHMAD bersama krew filem yang ada dilokasi itu berteriak melihat kejadian itu lalu berusaha menyelamatkan LATIFAH OMAR. Disebabkan tragedi itu LATIFAH OMAR dikatakan telah mengalami trauma sehinggakan penggambaran filem itu terpaksa ditangguhkan selama beberapa hari.", "Apabila NORDIN AHMAD dilantik menjadi pengarah pada penghujung tahun 1963, beliau kerap mengambil LATIFAH OMAR sebagai pelakon utamanya. WAN PERKASA adalah filem pertama arahan NODRIN AHMAD yang diterbitkan pada tahun 1964. Di dalam filem ini NORDIN AHMAD memberi peranan utama kepada LATIFAH OMAR bergandingan bersama M.AMIN. Selepas itu LATIFAH OMAR sering menjadi pilihan NORDIN AHMAD di dalam filem-filem lain arahannya seperti KASEH IBU dan NAGA TASEK CHINI.", "Penulis pernah menemubual LATIFAH OMAR satu ketika dahulu dan beliau pernah berkata dan mengakui bahawa NORDIN AHMAD adalah hero filem Melayu yang paling terbaik di kalangan yang terbaik yang pernah ada di dalam sejarah filem Melayu klasik. Kenangan berlakon dan bergaul bersama NORDIN AHMAD adalah satu perkara yang tidak dapat dilupakan di dalam hidup beliau dan ianya tetap akan menjadi sebagai satu kenangan manis yang menggamit memori. Semasa menerima berita kematian NORDIN AHMAD melalui berita radio. LATIFAH OMAR ketika itu sedang berada di Kuala Lumpur yang baru selesai penggambaran filem PUTUS SUDAH KASEH SAYANG (1971). Beliau seolah-olah tidak percaya dengan berita kematian itu lalu menangis. Setelah pemergian NORDIN AHMAD, LATIFAH OMAR tidak lagi menonton filem-filem lakonan mereka berdua. Menurut LATIFAH OMAR, beliau akan rasa sedih apabila mengenangkan kenangannya bersama NORDIN AHMAD sehingga pada tahun 90-an barulah beliau ada keberanian untuk menontonnya semula tetapi tetap diiringi dengan airmata.", "Kini kedua-kedua pelakon legenda ini sudah tidak ada lagi didunia ini. Mereka telah pergi menemui Maha pencipta-Nya. Allahyarham NORDIN AHMAD meninggal dunia pada tahun 1971 manakala Allahyarhamah LATIFAH OMAR pada tahun 2013 setelah 42 tahun pemergian NORDIN AHMAD.", "Untuk info, NORDIN AHMAD dan LATIFAH OMAR telah bergandinggan bersama sebagai watak utama di dalam tujuh buah filem iaitu HANG JEBAT, LAILA MAJNUN, LANCHANG KUNING, CHUCHU DATOK MERAH, GUL BAKAWALI, PATONG CHENDANA dan GURINDAM JIWA. Manakala filem yang mereka berdua pernah berlakon bersama tetapi tidak bergandingan sebagai hero dan heroin adalah seperti filem PANGGILAN PULAU, BERNODA, SERANGAN ORANG MINYAK, RADEN MAS dan GADO-GADO.", "Sumber :", "Allahyarhamah seniwati Latifah Omar", "Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik" ]
https://www.thepatriots.asia/hsr-indonesia-sudah-hampir-siap/
HSR Indonesia Sudah Hampir Siap…
[ "Setiap kali melihat keretapi pe.lu.ru di Jepun, ia mengundang rasa sayu dalam hati penulis. Yalah, hasrat untuk menaiki keretapi High Speed Rail (HSR) Malaysia-Singapura tidak kesampaian selepas pihak kerajaan membatalkan projek tersebut atas alasan isu kewangan. Tatkala orang Malaysia dan Singapura kempunan merasa HSR, Indonesia pula sedang sibuk membina HSR yang bakal menjadi realiti pada akhir tahun hadapan.", "Perancangan membina landasan Shinkansen versi Indonesia ini sebenarnya sudah bermain dalam benak para pemimpin Jakarta selama bertahun-tahun. Tetapi pada tahun 2008, barulah cadangan ini dipertimbangkan secara serius di peringkat kerajaan. Dan pada tahun 2015, ia akhirnya menjadi realiti apabila Presiden Joko Widodo atau Jokowi menjemput bidaan dari pihak Jepun dan China untuk melobi HSR mereka untuk dipertimbangkan untuk projek HSR Jakarta-Bandung.", "Bagi Jepun, mereka sudah lama berangan mengeksport teknologi Shinkansen mereka ke Indonesia sejak tahun 2008. Malah, mereka menawarkan pelbagai insentif untuk mendorong Jakarta memilih mereka sebagai pemain utama pembangunan HSR seperti pembiayaan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan teknologi keretapi laju yang terkini.", "Bagi Jakarta sendiri, projek HSR diibaratkan muncul tepat pada masanya dan mereka berharap ia dapat menghubungkan Jakarta dengan Surabaya di Pulau Jawa. Sekiranya ia dapat dilaksanakan, ia dapat menyelesaikan isu kesesakan penumpang dan kargo yang menghantui perkhidmatan keretapi konvensional. Keadaan ini hampir sama disaksikan di Pulau Honshu, Jepun sebelum HSR diperkenalkan pada pertengahan tahun 60-an.", "Keyakinan Jepun semakin bertambah apabila mereka membentangkan cadangan baru pembinaan Shinkansen kepada Jakarta. Menerusi cadangan ini, HSR akan dibangunkan mengikut beberapa fasa dengan fasa pertama memberi fokus kepada laluan Jakarta-Bandung. Fasa ini dijangka memakan kos 50 trilion rupiah tetapi dapat memendekkan masa perjalanan dari tiga jam kepada 35 minit.", "Bagaimanapun, semua itu berubah apabila tampuk pemerintahan Indonesia beralih dari Susilo Bambang Yudhoyono kepada Jokowi pada 2014. Pada awalnya, beliau mengambil keputusan untuk membatalkan projek tersebut atas alasan kos HSR itu bakal memberi tekanan kewangan kepada Jakarta.", "Ini kerana kos yang dikenakan Tokyo untuk projek berkenaan ialah sebanyak AS$6.2 bilion. Bagi Jokowi, dana sebegitu boleh disalurkan untuk kerja-kerja pembangunan di luar Pulau Jawa daripada digunakan untuk HSR. Beliau merasakan kos perlu menjadi faktor utama HSR untuk menjustifikasikan kewujudannya.", "Peluang ini segera direbut China semasa Presiden Indonesia itu mengadakan lawatan ke Beijing pada Mac 2015. Dalam pertemuan Jokowi dengan Presiden Xi Jingping, Presiden China menyatakan sokongan terhadap projek HSR Indonesia. Minat itu kemudiannya diterjemah dalam bentuk bidaan rasmi oleh Beijing pada April tahun sama, satu perkara yang kurang disenangi Perdana Menteri Jepun ketika itu, Shinzo Abe.", "Selepas menilai semua bidaan yang dikemukakan Beijing dan Tokyo, Indonesia akhirnya memilih bidaan China pada September 2015. Sebabnya mudah sahaja, faktor kewangan. Menurut penganalisis pasaran, kesediaan China menanggung risiko kewangan untuk menjayakan projek tersebut dengan kos AS$5.5 bilion sudah cukup menyakinkan Jakarta untuk memilih mereka sebagai pembina HSR Indonesia.", "Selain membantu dari segi kos kewangan, China turut bersedia membentuk kerjasama dengan firma-firma Indonesia untuk menghasilkan stok landasan, gerabak keretapi, landasan elektrik dan sistem aliran ringan. Ia bukan saja untuk tujuan eksport tetapi satu peluang perkongsian teknologi keretapi dengan negara-negara ASEAN lain.", "Begitupun, projek HSR Indonesia ini tidak bermakna ia bebas daripada sebarang permasalahan. Contoh paling mudah, isu pengambilalihan tanah. Setahun selepas China dipilih sebagai pembina HSR, lima warganya ditahan di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma semasa meninjau tanah kawasan tersebut.", "Ramai penganalisis melihat penahanan tersebut sebagai manifestasi ketidakpuasan hati Ten.te.ra Udara Indonesia terhadap kerajaan kerana perlu menyerahkan sebahagian tanah pangkalan untuk dijadikan salah satu stesen HSR. Selain pihak ten.te.ra, ramai penggubal undang-undang ketika itu menggesa perjanjian tersebut dikaji semula atas faktor keselamatan negara.", "HSR Indonesia turut dibelenggu dengan isu kelewatan akibat pandemik Covid-19. Kelewatan ini menyaksikan pihak pemaju iaitu PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) berdepan kekurangan tenaga buruh untuk melengkapkan pembinaan mengikut jadual akibat penutupan pintu sempadan antarabangsa. Selain itu, KCIC turut berdepan risiko pertambahan belanja diperlukan untuk menyiapkan HSR mengikut tarikh baru iaitu akhir tahun hadapan.", "KCIC berharap dana tambahan dapat disumbang oleh China tanpa membebankan pihak Indonesia. Dengan pelbagai isu yang melanda KCIC, wujud khabar angin Jokowi bakal mempertimbang penyertaan semula Jepun dalam projek berkenaan. Bagaimanapun, KCIC memberi jaminan projek HSR berada di landasan tepat dan dapat disiapkan menjelang akhir tahun hadapan.", "Di sebalik pelbagai cabaran yang timbul, HSR tetap berjalan kerana ia dilihat sebagai cara memodenkan sistem pengangkutan Indonesia. Bagi Menteri Hal Ehwal Pelaburan dan Pengaturan Maritim, Luhut Pandjaitan, HSR dilihat sebagai solusi ideal untuk memenuhi keperluan pengangkutan warga Indonesia di Pulau Jawa.", "Alangkah baik mentaliti ini dimiliki oleh para pemimpin kita tatkala HSR dibadai cabaran semasa hendak melaksanakannya. Tetapi itulah, yang dijaja sebagai alasan penangguhan dan pembatalan ialah hutang, hutang dan hutang. Akhirnya yang rugi ialah anak-anak watan kerana tidak dapat menikmati limpahan ekonomi dan teknologi yang dibawa menerusi projek HSR Malaysia-Singapura.", "Dan kini, Indonesia yang bakal menempa sejarah sebagai pemilik HSR pertama Asia Tenggara…", "RUJUKAN:", "Parlina, I dan Afrida, N. (2016). High-speed rail plan hits another snag. The Jakarta Post.", "Reuters. (2021). Indonesian companies ask China to up stake in high-speed rail project.", "Tiezzi, S. (2015). It’s Official: China, Not Japan, Is Building Indonesia’s First High-Speed Railway. The Diplomat.", "Hussain, Z. (2015). Jakarta mulls high-speed rail system. The Jakarta Post." ]
https://www.thepatriots.asia/oh-adek-berjilbab-ungu/
Oh Adek Berjilbab Ungu
[ "Oi ade berjilbab ungu\nCantik nian cak ulat bulu\nDapat salam dari ayah ibu\nTamat kuliah jadi menantu", "Adek jangan senga mak itu\nMentang kakak ni bujang buntu\nKecik igo ngelamar kau\nTinggal berdoa Allah yang bantu", "Oye adek yang kakak suko\nOye adek yang kakak sayang\nCubo tengok niat kakako\nDakang nyesal ayolah terimo", "Kakak janji bakal setia\nBimbing ade sampai ke Surga\nDunia ini hanya sementara\nPayu gancang kito ke K.U.A", "Balasan Lagu Adek Jilbab Ungu", "Oh abang taukah yang adek rasakan\nPertemuan kita yang telah lama dirindukan\nDi kala malam adek selalu terbayang\nSenyuman wajahmu ingin cepat ku pandang", "Adek mengerti abang di sana bekerja\nMencari modal untuk pernikahan kita\nKarna lamanya cinta kita bercerita\nSemoga dipermudah Allah maha kuasa", "Di setiap doa adek selalu harapkan\nKebersamaan halal itu yang adek inginkan\nSelama janji abang masih tetap terucapkan\nAdek akan setia sampai waktunya datang", "Ooo abang adek juga rindu\nDengan abang yang tampan itu\nSalam balek untuk bapak ibu\nAdek siap jadi menantu", "Abang jangan lama di situ\nAdek sudah lama menunggu\nBerdoa semoga Allah bantu\nSupaya cepat kita bersatu", "Adek yakin abang setia\nBimbing adek sampai ke Surga\nJangan abang banyak gaya\nBawa adek ke K.U.A", "Syarah:", "Pernikahan adalah jalan terbaik dalam percintaan.", "Rasulullah bersabda; “Aku tidak melihat (penawar ) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah.”", "(HR Baihaqi & Ibn Majah)", "Cinta bukan mainan. Ianya suatu perasaan kurniaan Tuhan, agar kita mengenal makna kebahagiaan. Bahkan di syurga yang di sana ada segala-galanya, masih Adam merindukan Hawa sebagai peneman. Mana mungkin lelaki bisa sendiri tanpa perempuan. Begitu juga sebaliknya.", "Bernikahlah.", "Jumpalah ibu ayah. Bukankah cinta mengajar soal keberanian. Kirimkan salam perkenalan. Mudah-mudahan dibukakan pintu hati. Ada jodoh, insyaAllah tak ke mana. Mana tahu habis kuliah ada rezeki dapat menghalalkan hubungan. Jujur & ikhlas. Usulkan hasrat ke ayah ibu, moga berbalasan salam ke bakal menantu.", "Cinta bukan setakat kata-kata. Kasih sayang juga dibuktikan dengan bekerja, mengumpul hantaran, buat menghalalkan sebuah perhubungan. Penat lelah bekerja bukan mudah, namun sanggup dipikul sang pecinta kerana mahu bersama gadis yang dicintai. Ingat, ia bukan percuma, Seharusnya pengorbanan pasangan dihargai dengan kesetiaan.", "Allah berfirman:", "“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.", "(QS: An-Nuur. 32)", "Rasulullah bersabda:", "“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.", "(HR. Ahmad)", "Apa lagi, cepat-cepatlah ke K.U.A; Kantor Urusan Agama.", "Pejabat Kadi dah memanggil-manggil.", "Bercinta biar sampai syurga. Bukan sekadar suka-suka di dunia yang sementara. Jikalau kita benar-benar sayangkan seseorang, semestinya ingin bersama sampai bila-bila. Biar maut tak bisa memisahkan, apabila yang mengikat cinta ialah cinta kerana Tuhan. Biarlah bersama-sama mencintai Allah sampai ke syurga. Tidak terhenti di sini, bahkan berkekalan di sana. Setia sampai syurga.", "Hadith Qudsi, Allah berfirman;", "“Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang cinta mencintai keranaKu. Kasih-sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang sering memperhubungkan tali silaturahim keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bernasihat keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling berziarah keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bantu membantu keranaKu. Orang yang cinta mencintai keranaKu berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Siddiqin dan Syuhada.” (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim, Qudha’i)", "Jikalah hadir lelaki yang baik agamanya & tulus meminang, usah berat membuka hati.", "Rasulullah bersabda:", "“Apabila seseorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang kepada kamu untuk meminang anak kamu, maka hendaklah kamu menikahkan orang tersebut dengan anak perempuan kamu. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.”", "(HR At-Tirmidzi)", "Tak elok lambat-lambatkan pernikahan jika mampu dipercepatkan. Terutamanya di zaman fitnah ini. Banyak dugaan. Dengan bernikah, ia menyempunakan agama. Jangan lama-lama dalam hubungan di luar pernikahan. Macam-macam boleh terjadi. Syaitan menyucuk kanan dan kiri.", "Cinta yang jujur membuktikan janji,", "ialah yang dimaharkan lafaz sufi.", "Dua jiwa menjadi satu.", "Ada jodoh, cepat-cepat jadi menantu.", "Rujukan:" ]
https://www.thepatriots.asia/bagaimana-untuk-memilih-dan-menambah-bahan-bacaan-peribadi/
Bagaimana Untuk Memilih Dan Menambah Bahan Bacaan Peribadi?
[ "Pernah tak rasa nak membaca tapi tak tahu bahan apa yang hendak dibaca? Tidak faham apa yang dibaca? Atau bosan dengan buku yang tebal dan tiada gambar? Di sini dikongsikan tips-tips yang mudah untuk mula mencari bahan bacaan. Semoga bermanfaat.", "1. Tentukan genre yang diminati dan maklumat yang ingin di ketahui – biasanya saya akan memilih ketegori- kategori bacaan yang memuaskan nafsu ingin tahu saya, seperti bacaan berbentuk sejarah, biografi, pengetahuan umum, agama, dan macam-macam lagi.", "2. Baca buku yang digunakan dibahagian nota kaki serta bahagian rujukan – apabila kita membaca sesetengah buku, ada disertakan nota kaki. Jadi saya jadikan buku rujukan nota kaki itu sebagai bacaan tambahan saya untuk menambahkan lagi pengetahuan saya berkenaan topik yang dibincangkan. Kadangkala, dalam buku yang sedang kita baca, penulis ada juga menyebutkan buku yang dibaca atau jadikan rujukan. Jadi, tinggal cari sahaja buku yang disyorkan oleh penulis.", "3. Sentiasa mempunyai keinginan terhadap sesuatu perkara yang baharu – sebenarnya dunia ini sangat banyak perkara yang tidak kita ketahui. Oleh itu semakin besar ingin rasa tahu kita, maka dengan itu semakin banyaklah kita akan menambahkan bahan bacaan kita.Pilih apa sahaja jenis bacaan. Puaskan rasa ingin tahu kita dengan membaca walaupun sehelai artikel yang dicetak dalam saiz A4.", "4. Sentiasa peka dengan isu semasa dan berusaha memahami isu yg dibincangkan dengan menambah pengetahuan dengan membaca – isu semasa juga boleh dijadikan penyumbang terhadap bahan bacaan kita. Lebih banyak kita ambil tahu dengan isu semasa, maka lebih banyak kita akan mencari bahan bacaan untuk mengetahui sesuatu isu semasa itu. Contohnya seperti isu politik, geopolitik, adat dan budaya luar, sejarah, agama dan pelbagai lagi.", "5. Apabila membeli buku yang tidak difahami, simpan dahulu dan kemudian baca buku lain yang lebih mudah dalam kategori yang sama. Lama kelamaan, kita akan faham buku yang tidak di fahami tadi, hasil dari bacaan buku lain yang mudah penyampaiannya. Boleh jadi pengetahuan kita belum sampai ke tahap bahasa atau penyampaian buku yang susah difahami tadi. Tidak salah bertatih-tatih dalam memahami sesuatu perkara.", "6. Rajinkan diri mengunjungi kedai buku terdekat. Sekurang-kurangnya kita akan membawa pulang sebuah buku, walaupun buku picisan. Percayalah, kadang- kadang niat kita hanya nak tengok-tengok saja, tapi kadangkala keluar dari kedai buku dengan membeli dua atau tiga buah buku.", "7. ‘Like’ halaman-halaman media sosial yang menjual buku dan yang mengulas buku atau apa-apa halaman yang berkaitan dengan buku. Jadi dari situ kita dapat tahu dan info berkenaan mana-mana buku yang menarik. Banyak halaman media sosial yang menyediakan jualan buku atas talian termasuk buku-buku yang tidak dijual di kedai buku, termasuklah buku luar negara. Buku terpakai pun ada juga.", "8. Berkawan dengan orang yang suka membaca buku. Bertukar-tukar pendapat dan pandangan berkenaan buku dapat menambahkan lagi koleksi bacaan kita.Kalau macam saya, tuan Anwar Nursi sering mengusulkan buku yang menarik buat saya. Kawan yang baik akan mencadangkan buku yang baik untuk kita. Boleh juga pinjam buku-buku yang menarik dari kawan-kawan. Jangan liat pula nak pulangkan.", "9. Buat perpustakaan peribadi dan bilik atau ruang bacaan. Bila ada perpustakaan peribadi dan ruang bacaan, maka kita akan sentiasa mencari buku yang baru untuk dimasukkan dalam koleksi kita, walaupun buku tu tak habis dibaca.", "10. Baca buku yang dibaca oleh tokoh-tokoh ulama terdahulu, serta baca juga tulisan-tulisan mereka kerana tulisan dan ilmu mereka kekal berkurun lamanya untuk memberi bakti kepada yang membacanya.", "11. Tetapkan matlamat , dalam tempoh tertentu, kita nak jadi apa dengan hasil bacaan kita. Kita adalah apa yang kita baca. Jika kita ada matlamat, sudah tentu kita akan mencari bahan bacaan berkenaan matlamat kita. Kalau kita nak jadi penulis novel dalam masa lima tahun, maka dalam masa lima tahun itu, banyakkan membaca novel terkenal bagi mendapatkan ‘feel’ sebelum menulis novel. Begitu juga pada matlamat-matlamat yang lain", "12. Jangan hanya ‘terlekat’ dengan satu genre – lazimkan diri dengan membaca pelbagai jenis genre buku. Kalau selalu baca buku agama, cubalah bertukar genre kepada genre yang lain seperti psikologi atau sejarah. Dengan membaca buku yang berlainan genre secara tidak langsung akan memperluaskan sudut pandangan kita terhadap sesuatu perkara.", "13.Baca apa yang orang hebat baca. Orang yang hebat biasanya orang yang membaca. Kebiasaan orang/tokoh yang hebat ini mereka menghabiskan masa membaca dan menelaah ilmu-ilmu yang mereka inginkan. Jadi, tak salah untuk kita sama- sama mengambil manfaat ke atas bahan bacaan mareka.", "14. Baca biografi orang-orang hebat. Kisah mereka boleh dijadikan sumber inspirasi dan panduan. Banyak buku-buku biografi dijual di kedai buku terkemuka, dari biografi orang perseorangan hinggalah orang kenamaan. Ambil manfaat dan pengajaran dari kisah mereka dan jadikan pedoman jika baik.", "15. Download e-book percuma atau buku bebentuk pdf percuma di internet. Terdapat banyak e-book percuma di internet. Ini memberikan kemudahan kepada mereka yang mempunyai gadjet untuk membaca di masa-masa lapang mereka.", "16. Baca artikel di ruangan akhbar – kebanyakan akhbar-akhbar tak kira arus perdana atau sebaliknya tentu mempunyai ruangan kolum artikel dari kolumnis mereka. Tulisan mereka juga boleh dijadikan bahan bacaan dan boleh diambil manfaat jika membawa kebaikan.", "Ini adalah serba sedikit tips yang boleh saya kongsikan. Boleh jadi ada di luar sana yang lebih baik tips nya. Sama – sama kita berkongsi benda yang memberi manfaat.", "Semoga budaya membaca subur dalam hidup kita.", "Beruk ketawa mendapat bunga,\nMalas baca nanti terpinga-pinga." ]
https://www.thepatriots.asia/perlawanan-liverpool-atletico-punca-penularan-covid-19-di-merseyside/
Perlawanan Liverpool-Atletico Punca Penularan Covid-19 Di Merseyside?
[ "Semua maklum sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini dihentikan berikutan penularan Covid-19, salah satu perlawanan yang berlangsung ialah perlawanan pusingan kedua antara Liverpool dan Atletico Madrid. Perlawanan yang turut disaksikan oleh 3,000 penyokong pelawat yang dibawa khas dari Madrid berkesudahan kemenangan 3-2 secara agregat kepada Atletico.", "Bagaimanapun, ramai berpandangan penularan Covid-19 di United Kingdom disumbang oleh perlawanan berkenaan. Dan bagi seorang pakar penyakit berjangkit, hipotesis ini tidak ditolak sama sekali. Ketua penasihat saintifik kerajaan, Angela McLean menyifatkan tidak mustahil peningkatan kes wabak di Liverpool disumbang oleh kehadiran penyokong asing yang hadir pada ketika itu.", "Pada minggu perlawanan tersebut berlangsung, perlawanan membabitkan dua divisyen teratas bola sepak Sepanyol dimainkan tanpa penonton dengan tadika, sekolah dan universiti di seluruh negara ditutup. Pada ketika itu, Sepanyol merekodkan 1,646 kes dengan majoriti kes datang dari Madrid.", "Keputusan menganjurkan perlawanan ini oleh UEFA terus mengundang lebih banyak soalan lebih-lebih lagi selepas bilangan kes Covid-19 di Liverpool terutama kadar kem4tian meningkat sejak itu.", "Komen McLean timbul selepas Datuk Bandar Madrid, Jose Luis Martinez-Almedia menyifatkan penganjuran perlawanan dan membawa 3,000 penyokong ke Anfield sebagai satu kesilapan besar. Beliau berkata, “Ia merupakan satu kesilapan. Melihat semula detik berkenaan tetapi dengan sikap waspada, ya ia mungkin diteruskan. Tetapi saya fikir pada ketika itu, kita sepatutnya lebih berhati-hati.", "“Dari hari sebelum perlawanan, kerajaan wilayah dan majlis perbandaran telah mengambil pelbagai pendekatan penting dalam mengurangkan bilangan perkumpulan orang yang besar.”", "Pada awal bulan ini, pengurus Liverpool Jurgen Klopp turut mengakui agak sukar untuk melakukan persediaan perlawanan UCL dalam konteks Covid-19 dan situasi yang melanda Sepanyol ketika itu.", "Bila ditemubual laman sesawang rasmi kelab, Klopp berkata, “Pada pagi Isnin, saya bangun dan mendengar situasi yang berlaku di Madrid, bahawa mereka akan menutup sekolah dan universiti pada Rabu, jadi rasa pelik untuk menyediakan diri untuk perlawanan berkenaan, sejujurnya.", "“Saya selalunya tidak bergelut dengan persekitaran sekeliling saya. Saya boleh membina tembok di kiri dan kanan bila melakukan persediaan perlawanan tetapi pada ketika itu, ia amat sukar untuk dilakukan.”", "RUJUKAN:", "Burrows, Ben dan Reddy, Melissa. (2020). Scientist says theory Liverpool vs Atletico Madrid helped spread coronavirus is ‘interesting hypothesis’. The Independent. https://www.independent.co.uk/sport/football/european/coronavirus-liverpool-madrid-atletico-champions-league-game-a9475051.html" ]
https://www.thepatriots.asia/saintis-agung-dari-zaman-purba-korea-2/
Saintis Agung Dari Zaman Purba Korea
[ "Kalau kita bicara tentang saintis-saintis agung dalam sejarah dunia, biasanya akan datang dari dua buah ketamadunan, sama ada Islam ataupun Eropah. Entah kenapa, saintis yang tidak kurang banyak juga yang lahir di ketamadunan milik bangsa China, Korea dan Jepun seperti senyap sahaja. Untuk mengambil insentif itu, maka kami di The Patriots ingin bercerita tentang seorang saintis yang hidup ketika zaman Raja Sejong The Great. Saintis yang cukup saya kagumi.", "Saintis ini dikatakan lahir ketika zaman Dinasti Joseon. Bakat hebat itu dikesan oleh Raja Sejong ketika raja itu menghapuskan polisi pemilihan pegawal dan jawatan-jawatan lain kerajaan yang berasaskan keturunan tetapi bakat dan kebolehan. Antara projek Raja Sejong ketika itu yang cukup dikagumi ialah projek yang dinamakan sebagai Hall Of Worthy, yang menempatkan cendekiawan-cendekiawan agung dari seluruh Korea untuk melakukan kajian tentang pelbagai bidang ilmu. Kajian-kajian itu dibiyai oleh Raja Sejong sendiri.", "Takdir mencatatkan bahawa seorang anak muda yang miskin dari kasta yang lebih rendah antara manusia bertuah di bawah pemerintahan Raja Sejong Yang Agung itu. Lalu bermula dari pemilihan itu, maka saya menyenaraikan di bawah, antara ciptaan hebat Jang Yeong-Sil.", "1. Glob Cerekawala – Jang Yeong-Sil dipercayai sebagai pencipta glob cerekawala Korea yang pertama bernama honcheonui yang dibina berdasarkan pengkajiannya pada glob cekerawala yang dimiliki oleh umat Islam dan juga China. Glob cekerawala ini sangat dikagumi ketepatannya, dan ianya bergantung pada roda air untuk ia berfungsi. Glob cekerawala ini membantu orang Korea membaca bintang dan mengesan kedudukan buruj-buruj tertentu di langit.", "Kemuncak pada kejayaan ini, apabila ahli astronomi Korea berjaya menyiapkan sebuah kompilasi kejayaan sains mereka dalam Chijeongsan yang menceritakan tentang penggerakan 7 objek ajaib di angkasa yang Korea rujuk pada lima buah planet yang boleh dilihat dek mata kasar, bulan dan matahari.", "2. Jam Air – Raja Sejong memang seorang yang sangat bervisi bagi membangkitkan revolusi dalam ketamadunannya. Diceritakan bahawa suatu hari, Raja Sejong mendengar bahawa di China dan Tamadun Islam, sebuah jam air telah diciptakan dan kerana rasa ingin tahu Raja Sejong itu, maka disuruhnya Jang Yeong-Sil untuk membina jam air versi Korea tersendiri.", "Namun percubaan awal Jang Yeong-Sil gagal lalu Jang dihantar oleh Raja Sejong ke China untuk belajar penciptaan jam air itu. Kembalinya Jang dari China, dia terus mencipta Jagyeokru yang kononnya lebih maju daripada yang dimiliki oleh orang Islam dan China.", "3. Jam Matahari – Selepas penciptaan Jam Air Jang, namun harganya terlalu mahal kerana kesukaran untuk menghasilkannya membuatkan Jang mencipta alternatif yang lebih murah. Maka bersama dengan kumpulan-kumpulan pengkaji yang lain, maka Jang berjaya mencipta sebuah Jam Matahari yang dinamakannya sebagai Yangbu Ligu.", "4. Mesin Pencetakan – Ratusan tahun sebelum Johan Guternberg mencipta mesin percetakannya terlebih awal, Korea terlebih dahulu berbuat demikian dengan Choe-Yun Ui ketika Korea di bawah pemerintahan Dinasti Goryeo sebelum Jang diarahkan oleh Raja Sejong untuk melakukan improvisasi ke atas mesin percetakkan awal Korea. Mesin percetakkan ini dibuat daripada aloi-aloi kuprum-zink dan plumbum-stanium.", "Mesin ini dikatakan mampu untuk bekerja dua kali lebih pantas daripada mesin awal yang dicipta oleh Choe Yun Ui dan dikatakan telah dihasilkan sebanyak 6 kali untuk tempoh sekurang-kurannya 370 tahun berikutnya.", "5. Alat Penyukat Hujan – Jang juga adalah orang yang bertanggungjawab mencipta alat penyukat hujan bernama cheugugi yang sangat membantu Korea yang ekonominya berasaskan kegiataan argaria atau pertanian terutama kali ketika musim kemarau melanda.", "6. Alat Pengairan – Seperti mana yang dimaklumkan di atas, ekonomi Korea berasaskan kegiatan pertanian. Jadi untuk membantu aktiviti pertanian di sana, maka Jang mencipta alat pengairan pertama dalam sejarah dunia yang diberi nama sebagai Supyo.", "Kesimpulan", "Daripada kisah Jang Yeongsil dan Raja Sejong yang kita belajar di atas, maka kita merumuskan bahawa antara kunci kejayaan kita adalah belajar dari bangsa yang lebih maju, dan dalam masa yang melakukan penambahbaikkan dalam ilmu yang kita belajar. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh terlalu memilih untuk mempelajar ilmu dari sesiapa pun, meski dari seorang Yahudi atau pelacur sekalipun.", "Jang tidak teragak-agak untuk mengembara ke China dan mengutip mutiara-mutiara ilmu dalam ketamadunan Islam meski berbeza bangsa dan agama, lalu kembali dan mencipta peralatan-peralatan hebat di atas. Seharusnya kita hari ini turut sama mengulangi apa yang telah dicapai oleh Jang.", "RUJUKAN:Lloyd, Ellen. (2016). Ancient Genius Jang Yeong-sil And His Brilliant Astronomical Instruments. AncientPages.com " ]
https://www.thepatriots.asia/pengisytiharan-muhammad-al-fatih-pengisytiharan-hak-asasi-manusia-tertua-di-eropah/
Pengisytiharan Muhammad Al Fatih : Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Tertua Di Eropah
[ "Dokumen Pengisytiharan ‘Ahdnama’ yang dibuat oleh Sultan Muhammad Al-Fatih adalah pengisytiharan hak asasi dan kebebasan manusia yang tertua di Eropah. Ianya dibuat pada tahun 1463 iaitu 485 tahun sebelum Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dibuat.", "Kandungan Pengisytiharan Ahdmana ini adalah seperti berikut:-", "“Beta, Sultan Muhammad Khan, insan yang memiliki kuasa ke atas wilayah ini, dengan ini mengisytiharkan kepada seluruh dunia bahawa penganut-penganut Kristian Bosnia adalah di bawah perlindungan beta. Dan beta memerintahkan berikut:-", "Tiada sesiapa yang boleh mengganggu atau memberikan mudarat kepada penganut-penganut Kristian dan gereja-gereja mereka. Mereka patut hidup dengan aman dalam wilayah beta. Golongan ini yang menjadi penghijrah patut memliki keselamatan dan kebebasan. Mereka boleh pulang ke biara-biara mereka yang terletak di perbatasan wilayah beta.", "Tiada siapa dari kaum kerabat beta atau wazir-wazir atau pegawai-pegawai atau pembantu-pembantu atau mana-mana warganegara beta yang boleh menggangu, menghina atau memberi mudarat kepada nyawa, harta benda dan gereja mereka! Dan sesiapa yang mereka bawa dari luar ke wilayah beta akan mendapat hak yang sama.", "Dengan mengisytiharkan perintah ini, beta bersumpah dengan sesungguhnya dengan nama Pencipta langit dan bumi, dengan nama Rasulullah Muhammad dan 124,000 Nabi-nabi yang sebelumnya, dan dengan nama pedang, beta memberi jaminan bahawa tiada sesiapa yang boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang ditulis dalam perintah ini.”", "Namun orang-orang berkulit putih di Eropah masih mengamalkan perkauman dan kezaliman ke atas agama lain sehingga abad ke-20. Salah satu jenayah orang Eropah yang cuba disembunyikan ialah kewujudan Zoo Manusia di mana mereka mengurung orang kulit hitam dan Red Indian untuk tontonan dan pameran awam.", "Banyak teladan dan contoh yang sangat baik dari Tamadun Islam.", "Gambar : Pengisytiharan Ahdnama tahun 1463 dan Zoo Manusia di Belgium tahun 1958." ]
https://www.thepatriots.asia/bintang-tertua-di-alam-semesta/
Bintang Tertua Di Alam Semesta
[ "Sekumpulan ahli astronomi dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah berjaya menemui bintang paling tua di alam semesta dimana ia terbentuk sejurus selepas peristiwa Big Bang 13.7 bilion tahun yang lalu. Penemuan ini membolehkan ahli-ahli astronomi untuk mengkaji komposisi kimia pada bintang pertama dan seterusnya menjelaskan bagaimanakah keadaan alam semesta pada awal kelahirannya.", "Dr Stefan Keller, Ketua Penyelidik Fakulti Astronomi dan Astrofizik Universiti Kebangsaan Australia berkata,", "“Buat pertama kalinya, kita dapat menemui ‘kesan cap jari’ bintang pertama”", "“Ini adalah salah satu langkah permulaan untuk memahami bagaimanakah rupabentuk bintang-bintang pertama dan menyelidikinya”", "Bintang ini ditemui dengan menggunakan teleskop ANU SkyMapper di Balai Cerap Siding Spring dimana ia digunakan untuk mencari bintang-bintang purba. Projek ini telah bermula 5 tahun yang lalu dan menghasilkan peta langit selatan digital pertama.", "Bintang purba ini jaraknya sejauh 6,000 tahun cahaya dari Bumi dan ia adalah salah satu daripada 60 juta bintang yang berjaya dikesan oleh SkyMapper untuk tahun pertama penggunaannya. Selepas penemuan bintang ini dengan SkyMapper, para penyelidik melanjutkan penyelidikan dengan mengesahkannya dengan menggunakan Teleskop Magellan di Chile.", "Komposisi kimia pada bintang yang baru ditemui ini menunjukkan ia sememangnya bintang purba dan memiliki jisim sebanyak 60 kali daripada matahari kita. Penyelidik berkata bahawa untuk menjadikan bintang seperti matahari kita bahan asasnya adalah gas hidrogen dan helium lalu ditambah jumlah unsur besi yang besar dimana ia bersamaan dengan 1,000 kali jisim Bumi. Manakala untuk menjadikan bintang purba seperti yang baru ditemui ini pula resipinya berbeza di mana ia memerlukan unsur besi dan unsur karbon sebesar benua Australia.", "Menurut kajian penyelidik juga memaklumkan bahawa, jika fakta sebelum ini mengatakan bahawa kematian sesebuah bintang dengan satu letupan yang besar lalu menyebarkan unsur besi ke seluruh ruang angkasa lepas tetapi ini tidak terjadi kepada bintang purba dimana ia hanya menyebarkan elemen-elemen seperti karbon dan magnesium. Ini menunjukkan bahawa letupan bintang purba bertenaga rendah.", "Bintang tertua yang baru ditemui ini diberikan nama rujukan sebagai SMSS J 031300.36-670839.3." ]
https://www.thepatriots.asia/ayana-kisah-bintang-k-pop-yang-memeluk-islam/
Ayana – Kisah Model Korea Yang Memeluk Islam
[ "Bagi pencari kebenaran, rezeki berbentuk hidayah merupakan antara kurniaan-Nya yang tertinggi. Justeru bila hati disapa hidayah dan keinginan menganut Islam mengangkat keesaan-Nya semakin kuat, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Tidak kira siapa mereka sama ada selebriti, ahli akademik atau golongan marhaen, cahaya hidayah merupakan hadiah terindah dalam kehidupan mereka. Dan itu yang diakui selebriti media sosial yang berasal dari Korea Selatan, Ayana Jihye Moon.", "Mungkin bagi penulis, penulis kurang arif dengan nama wanita jelita ini. Tetapi bagi pengikut laman media sosial terutama di Instagram, Ayana mempunyai 1.5 juta pengikut dan telah mencetuskan fenomena tersendiri di Malaysia dan Indonesia. Berbekalkan keayuan paras rupanya dan berkulit putih gebu, tiada kata yang dapat menggambarkan betapa cantiknya wanita berusia 22 tahun. Tak percaya? Nah, tataplah sendiri wajah kesayangan 1.5 juta pengikut di Malaysia dan Indonesia…", "Mesti ada yang terkeluar biji mata atau mulut jatuh sampai ke bawah selepas melihat gadis kelahiran Korea ini. Ayana masih belum mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia tetapi dia masih juga berusaha mempelajari dan menuturkan beberapa perkataan yang diketahuinya. Dan Ayana juga kini sedang mendalami pembelajaran kedua-dua bahasa berkenaan bagi memudahkan urusan dalam bidang yang diceburinya itu.", "Bila ditanya tentang penghijrahannya sebagai seorang Muslim pada tahun 2012, Ayana menyifatkan peristiwa dia memeluk Islam membuka dimensi baru dalam kehidupannya dan membuka jalan kepada meneruskan kesinambungan kehidupan baik di Korea atau di luar negara kelahirannya itu. Dia berkata, “Saya mula tertarik dengan Islam sejak kecil lagi. Saya jatuh hati dengan kebudayaan Timur selepas mempelajari tentang Timur Tengah sehingga menambah keyakinan saya terhadap Islam. Alhamdulillah, saya terbuka hati memeluk Islam pada tahun 2012.”", "Bagaimanapun, keputusannya menjadi seorang Muslim mendapat tentangan daripada keluarga ketika itu. Ini kerana masyarakat Korea terutama keluarganya memandang agama Islam dari sudut negatif. Tetapi itu tidak menghalangnya dari menjaga hubungan silaturahim dengan mereka walaupun berbeza dari segi agama yang dianuti. Malah pada tahun lepas, Ayana menjadi saksi kepada pengislaman adik lelakinya. Boleh rujuk kepada gambar di bawah:", "Jadi, apa yang mendorong sang bidadari ini berhijrah ke rantau Nusantara? Menurut Ayana, disebabkan statusnya sebagai seorang Muslim dan memakai hijab, agak sukar baginya mendapatkan pekerjaan di Korea Selatan. Jika ada sekalipun, ianya berkait dengan pelbagai perkara haram termasuk menghidangkan minuman alkohol yang menjadi lumrah bagi masyarakat Korea. Atas sebab yang dinyatakan inilah yang akhirnya membawa Ayana ke Indonesia dan Malaysia.", "Salah satu peluang yang diberi kepadanya ialah bekerja sebagai model fesyen Muslimah untuk jenama Wardah Beauty Muslim. Tambahnya, “Saya merasa lega memilih Malaysia dan Indonesia sebagai negara untuk bekerja kerana selain dapat mencari rezeki yang halal, saya juga dapat memelihara keimanan saya.” Bila ditanya tentang bilangan pengikut Instagramnya yang ramai, Ayana sendiri tidak menyangka mempunyai bilangan pengikut sebegitu rupa. Dia melihat perkara ini berlaku berikutan tempias gelombang Hallyu yang sedikit sebanyak menyumbang kepada bilangan pengikutnya itu. Tambahnya lagi, kehidupan sebelum dan selepas menjadi seorang selebriti media sosial dilihat tidak banyak berbeza berikutan perwatakan pemalunya itu membuatkan dia lebih gemar tersenyum apabila disapa sesiapa.", "Walaupun sibuk dengan aktiviti seni, itu masih tidak menghalang impian Ayana untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan perundangan. Jurusan itu bukan sesuatu yang asing bagi gadis jelita itu memandangkan dia pernah mengambil jurusan sama di negara kelahirannya itu. Tetapi disebabkan statusnya sebagai seorang mualaf dan berhijab, agak mustahil baginya untuk mendapatkan kerjaya di situ. Namun, itu bukanlah satu halangan buat Ayana kerana dia berharap dapat membantu sesiapa yang mempunyai masalah undang-undang. Isu jarak juga dilihat bukan satu isu baginya kerana Kuala Lumpur dan Jakarta sudah diibaratkan sebagai rumah keduanya.", "Yang pasti, keperibadian sang rupawan ini menarik perhatian ramai termasuk selebriti tanah air. Salah seorang daripada mereka ialah penyanyi popular Wany Hasrita. Wany yang popular dengan lagu Terlalu Memuja dan Belenggu Rindu tidak menyangka Ayana menjadikannya sebagai idola. Beliau berkata, “”Saya sangat terharu apabila mengetahui serba sedikit kisah hidup Ayana yang sanggup berhijrah ke Malaysia demi mendalami agama Islam yang dianutinya kini. Dia juga begitu cekal dan tabah dalam meneruskan kembara ilmunya terhadap Islam dan berusaha mempersiapkan diri menjadi muslimah sejati.”", "Wany yang berkesempatan bertemu dengan Ayana sebanyak dua kali menambah, “Pertemuan dua kali bersama Ayana cukup membuatkan saya selesa kerana dia seorang gadis yang sopan dan lemah lembut. Perwatakan dirinya yang santun apabila berbicara membuatkan saya tenang dan sentiasa mahu jadi sahabat kepadanya. Ditambah lagi, aura positif Ayana yang cukup menyerlah membuatkan sesiapa yang bersama dengannya ceria dan gembira.” Salah satu pertemuan mereka ialah dalam rancangan Meletop yang disiarkan di Astro Ria pada Oktober 2018 dengan Wany muncul sebagai kejutan kepada gadis kelahiran Korea itu.", "RUJUKAN:" ]
https://www.thepatriots.asia/mahabharata-epik-pergelutan-kuasa-india/
Mahabharata – Epik Pergelutan Kuasa India
[ "Mahabharata (bahasa Sanskrit yang boleh diertikan sebagai ‘Epik Agung Dinasti Bharata’) merupakan salah satu dari dua buah epik puisi Sanskrit terulung India purba. Sebuah lagi epik lain ialah Ramayana.", "Secara kasar, Mahabharata berkisar tentang Per4ng Kurukshetra (juga dikenali sebagai Per4ng Mahabharata), iaitu sebuah k0nflik perebvtan takhta Hastinapura antara dua kumpulan kerabat – yakni putera-putera Pandava dan putera-putera Kaurava. Puisi epik ini dianggap signifikan dan sering disebutkan sebagai salah sebuah karya kesusasteraan teragung manusia.", "ASAL-USUL MAHABHARATA", "Secara umum diperkirakan bahawa Mahabharata mencapai bentuknya seperti kini pada sekitar kurun ke-4 Sebelum Masihi. Ada juga yang berpendapat bahawa penulisan epik ini jauh lebih awal, mungkin sekitar pertengahan milenium pertama Sebelum Masihi. Pada waktu itu, epik ini wujud dalam bentuk hikayat-hikayat masyhur para dewa, raja-raja dan tukang ramal yang besar kemungkinan disampaikan secara lisah oleh para pendeta, pertapa dan penyanyi kembara.", "Apapun, bentuk Mahabharata seperti kini mengandungi 100 000 rangkap dan kira-kira 1.8 juta patah perkataan secara keseluruhan, sekaligus menjadikannya sebagai puisi paling panjang di dunia. Dalam erti kata lain, panjang Mahabharata adalah 10 kali ganda gabungan Illiad dan Odyssey karangan Homer. Walaupun epik ini dipercayai tidak dikarang oleh seorang individu tunggal, sumber tradisi meyakini bahawa pengarang puisi Mahabharata ialah pendeta Vyasa sambil Ganesha pula bertanggungjawab sebagai jurutulis.", "KISAH-KISAH AWAL DALAM EPIK INDIA INI", "Mahabharata dimulakan dengan Dhritarashtra yang menjadi buta. Beliau merupakan putera sulung Vichitravirya (pemerintah Hastinapura) dan bapa kepada putera-putera Kaurava. Berikutan kecacatannya itu, Dhritarashtira tidak boleh mewarisi takhta bapanya, justeru adiknya yang bernama Pandu (bapa kepada putera-putera Pandava) dilantik sebagai pemerintah baru Hastinapura sejurus kem4ngkatan Vichitravirya.", "Berikutan sumpahan yang dikenakan ke atasnya oleh pendeta Kindama, Pandu bakal meningg4l dvnia andai beliau melakukan hubungan kel4min. Lantaran itu, beliau tidak boleh mempunyai anak tanpa membahayakan dirinya sendiri. Setelah disumpah oleh Kindama, Pandu membawa diri ke hutan dan abangnya yang buta itu diangkat menjadi raja yang baru.", "Isteri pertama Pandu, iaitu Kunti, memohon kepada para dewa agar dewa-dewa itu menghamilinya supaya beliau dapat memberikan zuriat kepada Pandu. Permohonannya ini diterima dan beliau pun mengandungkan tiga orang pertama – Yudhishtira (berbapakan Dharma), Bhima (berbapakan Vayu) dan Arjuna (berbapakan Indra).", "Isteri kedua Pandu, iaitu Madri juga melahirkan zuriat dengan cara ini. Dua orang puteranya ialah si kembar Nakla dan Sahadeva (berbapakan Ashvin). Di samping itu, Dhritarashtra dan isterinya, Gandhari, mempunyai seramai 100 orang putera yang secara kolektif disebut sebagai putera-putera Kaurava, di samping seorang puteri.", "Ketika Pandu dan Madri melakukan hubungan intim, Pandu langsung sahaja meningg4l dvnia lantaran sumpahan yang dikenakan ke atasnya. Madri yang berduka-cita kemudiannya melakukan Sati dan meninggalkan Kunti dan lima orang anak kecil itu menjaga diri mereka sendiri.", "Putera-putera Pandava dan ibu mereka lantas pulang ke Hastinapura. Bersama 100 orang sepupu mereka, putera-putera Pandava ini dididik oleh seorang guru yang bernama Kripa. Kemudian, mereka dididik pula oleh Drona. Bibit persetervan kecil mula berputik antara putera-putera Pandava dan Kaurava, mengakibatkan kumpulan yang pertama ini divsir, bukan sekali, tetapi dua kali.", "P3RANG", "Setelah divsir buat kali kedua, putera-putea Pandava pun bersiap-siaga bagi memer4ngi sepupu-sepupu mereka. Perutusan demi perutusan dihantar kepada putera-putera Kaurava untuk menuntut pengembalian Indraprastha, wilayah yang dikurniakan oleh Dhritarashtra. Indraprastha sebelum ini dibangunkan oleh putera-putera Pandava, namun jatuh ke penguasaan Kaurava. Cubaan untuk menyelesaikan kemelut ini secara aman tidak berjaya, walaupun Krishna si avatar kepada Vishnu dan sepupu sebelah ibu Pandava sendiri campur tangan.", "Susulan daripada keadaan ini, Per4ng Kurukshetra pun meletus. Ilmuwan berbeza pandangan tentang tarikh berlakunya pep3rangan ini. Begitu juga dengan status kesahihan pep3rangan ini, ia turut hangat diperdebatkan. Apapun menurut Mahabharata, Per4ng Kurukshetra berlanjutan selama 18 hari di mana kebanyakan karakter dalam epik ini terbvnuh. Babak yang dianggap paling masyhur dalam epik ini, iaitu Bhagavat Gita, turut berlaku ketika ini, yakni sejurus sebelum peper4ngan bermula.", "Melihatkan kekasihnya berada di pihak mvsuh, Arjuna berasa ragu-ragu dan berniat untuk meninggalkan medan per4ng. Arjuna meminta Krishna, yang berkhidmat sebagai pemandu pedatinya untuk membawa beliau pulang. Lantas, avatar kepada Vishnu itu pun memulakan perbualan falsafah yang menerangkan tentang ketidaksempurnaan dalam hidup, kepentingan memenuhi tanggungjawab dan kekal berada dalam jalan yang benar.", "NYAWA MELAYANG DARI MEDAN TEMPUR", "Pada penghujung pep3rangan, putera-putera Pandava meraih kemenangan walaupun kedua belah pihak menanggung kehilangan yang bukan kecil. Di pihak Pandava, lapan orang putera terselamat manakala hanya empat orang sahaja di pihak Kaurava yang masih hidup. Namun, pep3rangan ini bukanlah penamat epik tersebut.", "Mahabharata dilanjutkan lagi dengan kisah tentang putera-putera Pandava menjadi raja Hastinapura dan Indaprastha, dan bagaimana epik ini dibacakan oleh Vaishampayan, pelajar Vyasa kepada Janmejaya, cicit kepada Arjuna dalam sebuah upacara k0rban ular.", "TERJEMAHAN:", "Wu Mingren. (3 Jun 2018). The Mahabharata: Unforgettable Lessons in An Indian Epic of Family Fighting. Ancient Origins.\nhttps://www.ancient-origins.net/myths-legends-asia/mahabharata-indian-epic-family-fighting-0010153" ]
https://www.thepatriots.asia/ada-apa-dengan-ekonomi-gig/
Ada Apa Dengan Ekonomi Gig?
[ "Kita sekarang berdepan dengan sektor ekonomi baharu iaitu ekonomi gig (gig economy). Biarpun sektor ekonomi ini masih baharu kat Malaysia, tapi syarikat-syarikat yang menggunakan model ekonomi gig mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia sendiri. Syarikat yang menggunakan model ekonomi gig adalah Grab, MyCar, Airbnb dll.", "Ekonomi gig secara umumnya adalah pekerja dalam skala yang besar bekerja sambilan atau separuh masa atau dalam syarikat itu. Ekonomi gig juga didefinisikan dengan masyarakat yang bekerja sendiri (freelance) berbanding bekerja tetap dalam sesebuah syarikat. Hasilnya, servis perkhidmatan syarikat yang berasaskan ekonomi gig menjadi lebih murah dan lebih efisien.", "Kebiasaannya, mana-mana syarikat yang guna model ekonomi gig dan tak ‘engage’ dalam Internet akan ketinggalan. Model ekonomi ini bertunjangkan teknologi dan Internet, silap besarlah siapa-siapa yang tak fokus untuk menggunakannya.", "Masih blur apa tu ekonomi gig? Begini. Seorang pekerja kilang bekerja sambilan sebagai pemandu Grab pada hujung minggu. Seorang pelajar IPT bekerja sambilan sebagai pekerja restoran makanan segera pada hujung minggu ketika tiada kuliah. Inilah dia contoh mudah berkenaan sektor ekonomi gig.", "Ada beberapa faktor menyumbang kepada perkembangan ekonomi gig. Ekonomi gig menyediakan perbelanjaan yang lebih ekonomik. Pada satu tahap, syarikat mahupun majikan tak mampu untuk pekerja sepenuh masa untuk projek atau tugas tertentu. Jadi, pekerja sambilan atau separuh masa diambil untuk melaksanakan tugas tertentu untuk menjimatkan kos.", "Pada sisi pekerja pula, mereka merasakan mereka mengambil beberapa pekerjaan berbeza untuk menampung gaya hidup yang nereka mahukan. Mereka juga cenderung untuk mengubah kareer beberapa kali dalam hidup mereka, secara tak langsung menyumbang kepada perkembangan sektor ekonomi gig itu sendiri.", "Dikala ekonomi gig giat berkembang, kita tak boleh nafikan yang wujud saja kritikan terhadap ekonomi gig ini. Trend ekonomi gig ni menyukarkan pekerja sepenuh masa untuk membina kareer dalam sektor tertentu akibat majikan yang lebih memilih pekerja sementara atau pekerja separuh masa. Laluan kareer tradisional yang menjadi pilihan utama pekerja akan disisihkan daripada industri tertentu.", "Memandangkan sektor ekonomi gig masih baharu di Malaysia, hak-hak pekerja syarikat ini juga masih tidak dilindungi oleh akta tertentu. Isu skim gaji ‘rider’ FoodPanda baharu yang menimbulkan polemik adalah satu contoh mudah. Ketiadaan ‘regulation’ atau akta untuk melindungi hak-hak pekerja FoodPanda akhirnya mengakibatkan perubahan skim gaji pekerja secara mendadak. Apa lagi yang mampu diterjemahkan berdasarkan situasi ni melainkan zalim?", "Bukan itu saja, mereka juga tidak mempunyai sebarang perancangan persaraan seperti mana pekerja yang mencarum KWSP.  Hanya 10%-20% pekerja sahaja yang dijangka mempunyai perancangan persaraan. Ini bukanlah pelan terbaik untuk memastikan kualiti hidup pekerja di kala tua terjamin.", "Apa yang penting, ekonomi gig masih baharu di Malaysia kalau dibandingkan dengan negara lain terutama sekali di Hemisfera Barat. Ini tak bermaksud Malaysia bakal jauh ketinggalan semata dan takkan mampu mengejar negara lain. Ini sebenarnya peluang buat Malaysia untuk belajar daripada kesilapan negara lain untuk ‘tackle’ masalah ekonomi gig ni.", "Siapa tahu, mungkin Malaysia bakal menjadi negara contoh dalam keberkesanan sektor ekonomi gig. Di kala tu, barulah negara lain akan akur dengan kearifan kita dalam sektor ni.", "Wallahualam.", "RUJUKAN:", "1. Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohammad Zubir, Astro Awani[2019], Ekonomi gig dan perangkap kemahiran, http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ekonomi-gig-dan-perangkap-kemahiran-208108", "2. Jim Chappelow, Investopedia [2019], Gig Economy, https://www.investopedia.com/terms/g/gig-economy.asp", "3. Kapital [2019], Fenomena Ekonomi Gig jadi Pilihan Anak Muda, https://kapital.my/2019/06/fenomena-ekonomi-gig-jadi-pilihan-generasi-muda/", "Artikel disumbangkan oleh Al-Badru untuk The Patriots. " ]
https://www.thepatriots.asia/kisah-banjir-besar-nabi-nuh-dalam-pelbagai-mitos-bangsa/
Kisah Banjir Besar Nabi Nuh Dalam Pelbagai Mitos Bangsa
[ "Banjir besar dipercayai merupakan suatu fenomena yang pernah melanda seluruh dunia pada suatu ketika dahulu. Bencana ini meragut hampir seluruh hidupan, baik manusia, tumbuhan dan haiwan. Jika melihat dari pelbagai kebudayaan dan kepercayaan, ternyata kisah banjir besar ini tidak hanya melibatkan kisah Bahtera Nabi Nuh. ", "Sebahagian sejarawan berpendapat terdapat lebih dari 200 buah kisah berkaitan kejadian tersebut. Artikel ini menghidangkan kepada anda 10 buah kisah berkenaan banjir besar menurut pelbagai kepercayaan.", "CINA\n– BANJIR BESAR PEMULA DINASTI XIA", "Di dalam\nkepercayaan mereka, diceritakan bahawa banjir besar yang melanda pada kira-kira\ntahun 1920M tidaklah menggelamkan seluruh bumi. Sebaliknya, ia hanya melibatkan\npenduduk Laija, yang terletak di barat daya wilayah Qinghai.", "Bencana ini dimulakan dengan berlakunya kejadian gempa bumi. Pada waktu itu, batu-batu runtuh dari gunung-ganang sekaligus menghalang aliran Sungai Kuning dan menghasilkan empangan semula jadi. Banyak nyawa yang diragut dalam kejadian tersebut. ", "Kebanyakan ahli arkeologi membandingkan tinggalan mayat mereka dengan mangsa-mangsa Pompeii memandangkan rangka mayat mereka semua masih terus berada di kampung halaman mereka itu dalam keadaan sempurna di bawah mendapan tanah.", "Ketika empangan\nsemula jadi yang terhasil akibat runtuhan batu-batuan itu mula mengumpulkan air\nhujan selama bertahun-tahun, ia pun pecah dan membunuh lebih ramai manusia\napabila berlakunya banjir besar. Penduduk yang terselamat terpaksa melarikan\ndiri ke daratan yang lebih tinggi. Sejauh mata memandang, seluruh kawasan telah\npun digenangi air. ", "Penguasa Cina pada\nwaktu itu yang bernama Maharaja Yu perlu meluangkan selama 22 tahun sebelum\nberjaya menyurutkan air bah itu. Apabila keadaan kembali pulih, Yu pun membina\nsemula ketamadunan Cina. Merentas ribuan tahun, kisah banjir besar ini diwarisi\ndari generasi ke generasi dengan penokokan-tambah untuk menyedapkan cerita.", "Hal ini membuatkan\nramai masyarakat moden menganggap kisah ini hanya sekadar sebuah mitos. Namun,\npenemuan yang dilakukan oleh para saintis pada batu-batuan di sekitar Sungai\nKuning telah membuktikan bahawa peristiwa banjir besar memang pernah berlaku.", "INDIA\n– RAJA MANU DAN IKAN MATSYA", "Dalam kepercayaan\nHindu, Dewa Vishnu muncul dalam 10 avatar yang berbeza. Salah satunya berupa\nikan yang bernama Matsya. Menurut mitologi mereka, seorang lelaki yang bernama\nRaja Manu menyeka air di tangannya dan menemukan seekor ikan kecil. Ikan\ntersebut merayu supaya dibiarkan hidup dan makanya, Raja Manu pun meletakkannya\nke dalam bekas yang kecil.", "Pada keesokan hari, saiz ikan tersebut bertambah dua kali ganda lebih besar. Makanya, Raja Manu pun menyimpannya ke dalam bekas yang lebih besar. Dari semasa ke semasa, saiznya bertambah besar sehingga beliau perlu melepaskannya ke lautan bebas. ", "Manu menyedari bahawa ikan tersebut adalah Dewa Vishnu dan ia sangat terhutang budi atas kebaikannya. Atas jasanya itu, ikan tersebut memberikan ganjaran berupa peringatan bahawa pada suatu masa akan datang, kemarau yang dahsyat akan melanda dan disusuli oleh hujan lebat dalam tempoh yang panjang, membawa kepada berlakunya banjir besar.", "Dewa Vishnu\nmemerintahkan Raja Manu agar menghimpunkan seluruh tumbuhan dan haiwan ke dalam\nsebuah kapal yang besar. Beliau turut membawa tujuh orang pendeta bersama\nahli-ahli keluarga mereka. Kesemua pendeta ini merupakan bijakpandai yang\nmempunyai seluruh ilmu keduniaan. Mereka menetap di puncak sebuah gunung di\nmana mereka membina semula ketamadunan manusia.", "MASYARAKAT\nASLI AMERIKA – GERBANG MENUJU DUNIA KE-4", "Menurut mitologi\nmasyarakat Asli di Amerika, terdapat sejumlah peringkat kemanusiaan yang\nterbahagi kepada saga pertama, saga kedua, saga ketiga dan saga keemapt. Setiap\npuak asli Amerika berkongsi kisah banjir besar yang relatif sama. Kesemuanya\nbermula dengan kisah di mana dewa-dewa pencipta mereka murka dengan sikap\nmanusia. Para dewa ingin agar kemanusiaan dimulakan semula. Oleh kerana itu,\nbanjir besar pun dikirimkan untuk melenyapkan seluruh isi bumi.", "Menurut Paul\nGoble, kisah-kisah ini sedikit-sebanyak dipengaruhi oleh elemen Kristiniati\nsemasa disalin oleh koloni-koloni yang menganut agama Kristian. Beliau\nmenemukan versi penceritaan yang sahih daripada puak Algonquin. ", "Dalam kisah\ntersebut, bumi dipercayai telah terbelah dan air dari perut bumi keluar dengan\nmembuak-buak sekaligus memusnahkan seluruh hidupan kecuali burung, ikan dan\nmakhluk lautan yang lain. Oleh kerana burung berasa letih untuk terbang sepanjang\nmasa rentetan seluruh bumi digenangi air, mereka pun mengadu kepada dewa\npencipta. Dewa tersebut memerintahkan mereka agar menyelam ke dasar laut dan\nmengumpulkan lumpur untuk dibuat daratan. Burung-burung itu pun bekerjasama\nuntuk mencipta daratan.", "YUNANI\n– DEUCALION DAN BANJIR BESAR", "Dalam mitologi\nYunani, Dewa Prometheus mencipta manusia dari tanah liat. Namun, tindakan\ntersebut dibantah oleh Zeus yang menganggap penciptaan tersebut bakal membawa\nmalapetaka yang besar. Menurut Zeus, manusia adalah makhluk yang pentingkan\ndiri dan mereka kelak pasti akan lupa untuk memuja para dewa.", "Zeus merasakan\nbeliau perlu menghapuskan seluruh manusia. Putera kepada Prometheus yang\nbernama Deucalion dan isteri kepada Deucalion, iaitu Pyrrha masing-masing menghuni\nbumi. Prometheus memberi amaran kepada Deucalion bahawa banjir besar akan\nberlaku. Makanya, beliau pun membina sebuah kapal untuk menyelamatkan diri.", "Beberapa orang\nmanusia berjaya terselamat daripada banjir besar untuk dengan melarikan diri ke\ngunung-ganang. Namun, air bah yang menggenangi hampir seluruh kawasan itu\nmembunuh ramai manusia. Deucalion dan Pyrrha melabuhkan kapal mereka di puncak\nsebuah gunung. Deucalion ingin mengembalikan tamadun kemanusiaan, dan beliau\ndiperintahkan supaya ‘mencampak tulang-belulang ibu’.", "Beliau menyedari\nbahawa “ibu” bermaksud Bumi sementara tulang-belulang” itu pula adalah batu.\nPyrrha dan Deucalion pun melontar batu-batuan yang dengan ajaibnya berubah\nmenjadi bayi. ", "MAORI\n– MURKA WHAITIRI KERANA MENGGANGGU CUCUNYA", "Maori merupakan\npuak asli dari New Zealand. Menurut legenda mereka, seorang dewi yang bernama\nWhaitiri tidak begitu menyenangi manusia. Beliau merupakan dewi kanibal yang\nbertanggungjawab menghantar ribut petir supaya manusia takut terhadapnya.", "Kemudian, beliau\nturun ke bumi untuk mengahwini seorang manusia yang bernama Kaitangata\nsemata-mata kerana lelaki itu mempunyai nama timangan ‘pemakan manusia’. Sebaik\nsahaja Whaitiri mengetahui bahawa gelaran tersebut hanya nama semata-mata dan\nKaitangata sebenarnya tidaklah memakan daging manusia, dewi itu pun\nmeninggalkannya.", "Mereka berdua\nmempunyai seorang cucu yang sangat tampan, bernama Tawhaki. Tawhaki mengahwini\nseorang wanita bernama Hinepiripiri dan mereka menjalani kehidupan yang\nbahagia. Dua orang adik-beradik tiri Tawhaki berasa sangat cemburu kerana\nisteri masing-masing sering bercakap tentang ketampanan Tawhaki. Maka, kedua\nberadik itu pun cuba membunuh Tawhaki.", "Kecederaan beliau\ndirawat oleh Hinepiripiri yang turut menyalakan api untuk menghangatkan\ntubuhnya. Sepulihnya beliau, Tawhaki berasa sangat mara kerana dikhinati.\nBeliau lantas memohon kepada para dewa agar membantunya membalas dendam ke atas\nadik-beradik tiri yang cuba membunuhnya.", "Whaitiri mendengar\ndoanya itu lantas mengirimkan sebuah bala yang sangat mengancam. Banjir\nmembadai kawasan itu sehingga membunuh semua orang. Tawhaki dan Hinepiripiri\nkemudian memutuskan untuk membiakkan semula manusia di suatu tempat. Mereka\nmenamakan anak mereka sebagai Wahieroa yang bermaksud “kayu api yang panjang”,\nmerujuk kepada kayu balak yang dibakar sepanjang malam semasa mereka berdua\nbersama.", "AUSTRALIA\n– BANJIR DARI ISI PERUT TIDDALICK SI KATAK", "Penduduk asli\nAustralia percaya bahawa tenaga bumi perlu seimbang supaya segalanya berjalan\ndengan lancar. Pada satu ketika, keseimbangan bumi menjadi condong dan hal\ntersebut membawa kepada berlakunya banjir.", "Mereka mempunyai\nsebuah kisah berkenaan seekor katah mitos bernama Tiddalick. Oleh kerana berasa\nbegitu haus, Tiddalick meminum kesemua air di bumi. Hal ini mengakibatkan\nberlakunya kemarau. Haiwan-haiwan yang lain mahu Tiddalick mengembalikan air\nyang diambilnya. Maka, seekor belut pun mempersembahkan tarian kelakar di\nhadapan Tiddalick supaya ia tertawa. Hal ini membuahkan hasil apabila air terkeluar\nsemasa mulut Tiddalick terbuka akibat ketawa. Keadaan tersebut mengakibatkan\nberlakunya banjir besar yang meragut ramai nyawa. Pada hari ini, kisah\nTiddalick masih terus diceritakan di dalam buku cerita kanak-kanak di\nAustralia.", "BABYLON\n– EPIK ATRAHASIS", "Terdapat sebuah\ntablet tanah liat dari Babylon yang mengandungi tulisan berbahasa Akkadia,\nmenceritakan tentang epik Atrahasis. Pada suatu masa dahulu, ketua dewa dalam\npanteon Babylon mencipta manusia daripada darah seorang dewi dan tanah liat.", "Setelah seribu\ntahun berlalu, populasi manusia bertambah dengan begitu banyak sehingga Enlil\nmula naik gila mendengar keriuhan mereka. Beliau kemudiannya mengarahkan dewa\npenyakit untuk menyebarkan wabak. Seorang manusia bernama Atrahasis lantas\nmemanjatkan doa kepada para dewa untuk memohon belas kasihan.", "Enki si dewa laut,\nmencadangkan supaya Atrahasis berdoa secara khusus kepada Namtar si dewa wabak.\nHal ini membuatkan Namtar dibendung oleh doa-doa daripada manusia yang mahu\nmenghentikan wabak. Keadaan tersebut menjadikan Namtar naik gila lantas akur\nkepada permintaan manusia.", "Enlil berasa\nsangat marah dan cuba membunuh manusia dengan kemarau pula. Setelah 6 tahun\nmenghadapi kebuluran, manusia pun menjadi kanibal. Enki berasa kasihan terhadap\nnasib manusia hingga ia sendiri mengeluarkan ikan dari lautan dan menurunkan\nhujan makanan kepada manusia. Namun, Enlil menghalang perbuatan Enki dan\nmengarahkan supaya Enki menghapuskan manusia dengan banjir besar.", "Enki sedar bahawa\nia perlu akur kepada arahan ketuanya. Namun, beliau sempat memberi peringatan\nkepada Atrahasis bahawa beliau perlu membina sebuah bahtera dua tingkat untuk\nmenyelamatkan diri. Atrahasis memutuskan untuk turut membawa bersama tumbuhan\ndan haiwan di samping sejumlah bijakpandai untuk menaiki kapalnya. Hujan turun\nmencurah selama tujuh hari tujuh malam sehingga menyebabkan berlakunya banjir.", "Ibu segala dewi\nberasa sangat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Enlil. Oleh kerana mahu\nterus melangsungkan ketamadunan manusia, beliau mencadangkan kepada Enlil\nbahawa manusia generasi baru perlu dilengkapkan dengan kawalan pembiakan dan\ntidak hanya dibiarkan membiak seperti arnab.", "Lantas, beliau pun\nmenciptakan keguguran dan kematian semasa lahir. Begitu juga dengan bencana\nsemula jadi yang berlaku secara berkala untuk mengurangkan populasi manusia\nsecara rawak. Berkat usaha si ibu segala dewi, Enlil pun membenarkan Atrahasis\nuntuk membina semula tamadun manusia.", "MESOPOTAMIA\n– EPIK GILGAMESH", "Dalam masyarakat\nMesopotamia purba, terdapat sejumlah tablet kuneiform yang menceritakan kisah\nEpik Gilgamesh. Sebenarnya, kisah Atrahasis itu lebih awal berbanding Epik\nGilgamesh. Ramai sejarahwan menyedari kemiripan antara kisah Gilgamesh dan\nAtrahasis. Antara perkara yang berbeza adalah Gilgamesh dijanjikan bahawa\nbeliau akan hidup kekal, namun ia tidak menjadi kenyataan. Pun begitu, terdapat\npengajaran di sebalik janji tersebut di mana beliau diingati selama-lamanya\nberkat impak yang diberikannya kepada tamadun manusia. Dalam erti kata lain,\nnamanya tidak mati.", "Versi penceritaan\ndalam masyarakat Sumeria berkenaan kisah ini pula melibatkan watak utama yang\nbernama Ziusudra. Perinciannya juga tidak banyak berbeza dengan Epik Gilgamesh\ndan Epik Atrahasis. Namun berlainan daripada keduanya, Ziusudra diberikan\nkehidupan yang benar-benar abadi oleh para dewa.", "FILIPINA\n– BANJIR YANG MEMBENTUK RUPA BUMI", "Dalam mitologi\nFilipina, Semangat Agung Lumawig mempunyai dua orang putera yang gemar berburu.\nNamun pada waktu itu, bumi ini berpermukaan rata – tidak memiliki sebarang\nbukit ataupun gunung sekaligus membuatkan aktiviti berburu itu mudah dan\nmembosankan. Maka, mereka pun menggunakan kuasa magis untuk membanjirkan bumi\ndan mengubah rupa bumi.", "Perbuatan ini\ndisedari oleh Lumawig. Beliau kemudian memeriksa bumi dan memerika sebarang\ntanda hidupan. Lumawig menemukan sepasang adik-beradik yang hidup kesunyian di\nsebuah pulau kecil. Beliau mengirimkan api untuk menghangatkan mereka berdua;\nanjing untuk menjadi peneman mereka; dan rusa miliknya untuk dijadikan sebagai\nmakanan.", "Bumi kemudiannya\ndikeringkan dari air bah. Pun begitu, daratan tidak lagi sama seperti dahulu\nkerana badaian air banjir itu menghasilkan gunung-ganang. Akibat populasi\nmanusia yang hampir pupus, kedua beradik itu pun perlu membangunkan semula\ntamadun manusia.", "NORSE\n– BUMI DIGENANGI BANJIR DARAH", "Menurut mitologi\nNorse, Ymir merupakan gergasi pertama dan dewa yang bertanggungjawab mencipta\nmakhluk-makhluk mitos. Keturunannya juga merupakan para dewa dan gergasi. Ymir\nmempunyai lembu magis yang bernama Audhumla dan beliau meminum susunya untuk\nmendapatkan zat.", "Cucu-cucu Ymir\niaitu Ve, Vili dan Odin memutuskan untuk membunuhnya. Semasa Ymir mati,\ndarahnya mengalir dan mengakibatkan berlakunya banjir besar sekaligus\nmelemaskan ramai gergasi. Tubuhnya dikerat-kerat dan digunakan untuk\nmenciptakan bumi. Lautan dan tasik diperbuat daripada darah biru milik Ymir\nsambil tulang-belulang dan dagingnya membentuk daratan.", "Semasa kejadian\nbanjir besar itu, seorang gergasi beku yang bernama Bergelmir sempat menemukan\nsebuah kapal lantas terselamat bersama isterinya. Sebaik sahaja para dewa\nselesai menciptakan daratan bumi, mereka berdua pun mendaki puncak gunung.\nAnak-anak mereka turut hidup di sana.", "Dalam mitologi\nNorse, gergasi-gergasi beku hidup bersama manusia. Memandangkan mereka tidak\nberupaya membiakkan zuriat sendiri, maka Odin, Ve dan Veli pun mencipta makhluk\nbaru dengan menggunakan daging Ymir. Kayu balak diambil dan diubah menjadi\nmanusia lalu bermulalah ketamadunan manusia.", "RUJUKAN:", "Shannon Quinn. (15\nMac 2018). 10 Legends of the Great Flood. Listverse.\nhttps://listverse.com/2018/03/15/10-legends-of-the-great-flood/" ]
https://www.thepatriots.asia/sultan-suleiman-the-magnificent-penakluk-eropah-timur/
Sultan Suleiman The Magnificent: Penakluk Eropah Timur
[ "Sudah maklum dan diketahui semua, sultan yang paling terkenal dalam membebaskan kota Konstantinopel & membawa 300 buah kapal perang merentasi bukit iaitu, Sultan Muhammad al-Fateh. Tetapi ada seorang lagi sultan yang terkenal di dunia Barat juga & baginda digelar dengan gelaran ‘The Magnificent’ iaitu Paling Agung. Jadinya, kenapa Sultan Suleiman ini begitu terkenal sehingga baginda disenaraikan sebagai salah seorang pemerintah yang ulung di dalam sejarah dunia ?", "• Suleiman lahir pada tanggal 6/11/1469 M di Trabzon, iaitu sebuah kota yang terletak di negara Turki sebelah bahagian Timur Laut lebih tepatnya di sebuah kawasan berdekatan pantai Laut Hitam.", "• Ayahnya yang dikenali sebagai Sultan Selim I memerintah dinasti ini bermula dari tahun 1512 M sehingga 1520 M & berkahwin dengan Hafsa Sultan, iaitu merupakan ibu kandung Suleiman.", "Hafsa Sultan menjadi wakil ‘de facto’ bagi pihak Suleiman selama 14 tahun sehingga beliau wafat pada tahun 1534 M.", "( The Imperial Harem: The Women & Sovereignty in the Ottiman Empire, Leslie Peirce, 1993 ).", "• Dalam catatan seorang duta dari kerajaan Republik Venecia, iaitu Bartolomeo Contarini yang datang ke istana Turki Utmaniyyah selepas beberapa minggu Suleiman diangkat menjadi sultan, mengatakan :", "“Baginda pada masa ini berusia 25 tahun. Berperwatakan tinggi, lincah & berkulit putih. Lehernya agak panjang & hidungnya mancung. Baginda memiliki misai & janggut. Peribadinya yang mesra walaupun berkulit pucat. Baginda adalah seorang pemerintah yang baik, suka menuntut ilmu & baginda menjadi harapan rakyat untuk menciptakan kemakmuran dalam kekuasaannya”.", "(The Ottoman Centuries : The Rise and Fall of the Turkish Empire, Kinnos Patrick, 1979).", "• Sultan Suleiman menjadikan Alexander the Great sebagai idolanya & ini menjadi sebab mengapa baginda sangat aktif dalam perluasan kuasa pada masa pemerintahannya.", "Operasi perluasan kuasanya mencapai sehingga ke wilayah Asia, Afrika & Eropah.", "• Baginda mendapat pendidikan dari sekolah di Istana Topkapi, Istanbul & mampu menguasai ilmu sains, sejarah, sastera, teologi & taktik peperangan.", "Kehebatannya yang terkenal dalam bidang ilmu adalah baginda sendiri berhasil menterjemah Al-Quran ke dalam bahasa Turki dengan tulisan tangannya & baginda juga menguasai bahasa Turki, Arab, Serbia, Parsi & loghat Chagatai.", "• Pada usia 17 tahun, baginda dilantik menjadi gabenor Kaffa (Theodosia) & dengan kebijaksanannya baginda dilantik pula untuk menjadi gabenor Sarukhan (Manisa).", "Ketika baginda baru dilantik menjadi gabenor Erdine, ayahnya Sultan Selim I wafat & Suleiman dihantar pulang ke Istanbul untuk menghadiri majlis pertabalan menjadi pemerintah seterusnya.", "• Pada masa pemerintahan baginda yang berlangsung selama 46 tahun iaitu masa pemerintahan yang paling lama dalam sejarah kesultanan Turki Uthmaniyah, baginda berjaya menjadikan armada tentera lautnya sebagai penguasa ulung di kawasan Laut Hitam, Laut Merah & Teluk Parsi.", "Pada masa ini, kerajaan Hungary merupakan ancaman paling besar kepada empayar Turki & kedua kuasa ini saling berperang merebut kawasan-kawasan yang penting.", "• Pada bulan Ogos tahun 1521 iaitu tahun kedua pemerintahan Suleiman, tentera baginda berjaya menaklukkan wilayah Belgrade.", "Belgrade merupakan salah satu wilayah yang sangat penting bagi kerajaan Hungary & dengan kejatuhan wilayah ini ke dalam tangan empayar Turki, maka ianya memudahkan strategi Suleiman untuk menakluk pusat kekuasaan kerajaan Hungary.", "• Seorang duta besar dari Empayar Suci Rom mencatatkan :", "“Penaklukan Belgrade merupakan permulaan bagi peristiwa-peristiwa dahsyat yang akan menimpa kerajaan Hungary”.", "Peluang ini memberikan keuntungan kepada Suleiman untuk menakluk kerajaan Hungary & Austria.", "• Tetapi sebelum melakukan penaklukan ke atas dua kerajaan itu, Suleiman memerintahkan tenteranya untuk menghancurkan dahulu pertahanan tentera Salib di kawasan perairan Mediterranean, iaitu pulau Rhodes.", "Dalam penyerangan ini, Suleiman memimpin 100 ribu pasukan & 400 buah kapal perang. Akhirnya pulau Rhodes berjaya ditawan pada tahun 1522 M.", "• Setelah itu Suleiman meneruskan serangan ke wilayah Eropah Timur & berperang dengan Raja Lajos II dalam peperangan Mohacs yang berlaku di kawasan Mohacs, Hungary.", "Dalam peperangan ini Raja Lajos II terbunuh ketika menyelamatkan diri dari pertempuran & apabila Suleiman menemui jenazah Raja Lajos II, baginda bersedih kerana umur raja itu sangat muda iaitu sekitar dalam 20 tahun.", "• Pada tahun 1529 M, Suleiman merebutkan kembali wilayah Buda dari pasukan Habsburg & merebut wilayah Wina pada tahun 1540 M.", "Raja Hungary, Ferdinand I terpaksa menandatangani perjanjian damai dengan Suleiman & melepaskan jawatannya sebagai raja.", "• Dengan ini, berakhirnya kerajaan Hungary & semua wilayahnya 100% berada di bawah kekuasaan sultan Suleiman." ]
https://www.thepatriots.asia/29499-2/
Taufan Dorian Yang Membaham Bahamas
[ "Bencana\nalam memang pemusnah jiwa. Datangnya menggeruni; perginya meratapi. Sehingga\nhari ini, tiada taufan menandingi Katrina yang membadai kawasan-kawasan\nAtlantik pada tahun 2005. Taufan Katrina membadai hanya dalam masa seminggu\ndengan kelajuan 280km/j, meninggalkan kawasan-kawasannya dengan kerugian\nsebanyak AS$125 bilion. Setakat ini, kerosakan angkara Taufan Dorian masih\nbelum dikira lagi; namun berdasarkan kisah-kisah yang terpapar di media sosial,\njiwa sesiapa pun boleh hancur.", "Taufan\nDorian berputik pada 24 Ogos 2019 di Lautan Atlantik sebelum menjadi taufan\nsebenar empat hari kemudian. Dan pada 1 September, Taufan Dorian diisytiharkan\nKategori 5 dengan angin selaju 295km/j. Dalam masa sekejap Taufan Dorian membaham\nBahamas dan Kepulauan Abaco. Ribuan rumah hancur dengan kos menghampiri AS$7\nbilion. Sekurang-kurangnya 43 orang terkorban. Semasa kawasan ini menerima\nbadai, beberapa negeri di Amerika Syarikat mengisytiharkan darurat dan\npemindahan segera.", "Kesannya\nsangat perit.", "Rashad Reckley ditemui memakai singlet kelabu,\nseluar bola jaring dan sandal selama tiga hari. Dia telah melihat m4yat\nterapung di jalanraya yang telah banjir. M4yat-ma4yat diangkut dengan enam buah\nlori lagi. Dan dia bersama tunangnya terpaut di pokok semasa Taufan Dorian\nmemuncak. Bangunan runtuh. Kereta musnah. Gereja diratakan. Dan rumah Rashad\nditenggelami air setinggi 13 kaki.", "Paras\nair semakin meningkat di semua tempat. Bagi Adrian Farrington, beliau sangka bumbung rumahnya tempat paling\nselamat. Dia telah melawan arus dengan kaki patah selama sejam bersama anaknya\nyang berusia lima tahun. Dia memberitahu anaknya, “jangan menangis. Tutup mulut. Jangan berhenti bernafas. Tutup mulut.”\n", "Kekejangan\njangan cakap. Tidak cukup dengan itu, timbulnya pula sirip-sirip ikan yang\ntidak lain tidak bukan jerung di persekitarannya. Secara logik, sesiapa pun\nakan fikir benda yang sama. Maka dia pun meletakkan anaknya yang berusia lima\ntahun di bumbung rumahnya. Sebelum dia sempat untuk duduk bersama, angin yang\nkuat menghentam dan menolak anaknya untuk dibawa arus. ", "Hanya r4ungan “Daddy” sahaja didengari sebelum anaknya dit3lan air. Adrian tidak dapat berbuat apa-apa. Puas dicari tanpa hasil.", "Bumbung\nmelayang. Laut menelan. Itulah realiti dialami setiap seorang mangsa taufan.\nSeorang lagi yang tidak bernasib baik ialah Brent Lowe. Anaknya berusia 24 tahun dengan masalah spastik. Tidak\nmampu berjalan, anaknya tidak mungkin boleh selamat tanpa ayahnya. Namun mereka\nada satu lagi masalah. Brent merupakan seorang buta. ", "Menjunjung\nanaknya di bahu sekuat mungkin, dia menyeberangi arus dengan begitu beraninya.\nSelama lima minit dia berusaha – suatu masa pendek yang baginya terlalu\npanjang. Hujan pula semakin lebat. Walaupun selamat, masa depan dilihat sangat\nsuram kerana seluruh Kepulauan Abaco musnah.", "Nasib Angela Cooke pula jauh lebih\nmenakutkan. Tidak sempat untuk keluar, rumahnya ranap dan menanamnya\nhidup-hidup. Selama 17 jam dia terperangkap dengan iparnya telahpun melaporkan\nkehilangannya. Jika bukan kerana anjing peliharaan mereka, mungkin Angela akan\nmati pun. Sedar dia berada dibawah timbunan rumah, jiran-jiran pun berpakat\nbersama-sama untuk mengeluarkannya. ", "Bukan\nmanusia sahaja yang menerima kesan-kesan ini. Mangsa-mangsa taufan meskipun\ndiduga teruk tidak melupakan haiwan-haiwan yang memerlukan bantuan juga.\nSeorang wanita menyelamatkan 97 ekor anjing, ditenangnya mereka dengan\npendingin hawa dan muzik. \n\nBerikut merupakan gambar-gambar haiwan diselamatkannya: https://www.facebook.com/chella.melnechuk/posts/10219195257973459", "Enam pekerja Humane Society of Grand Bahama mengambil keputusan untuk tidak pindah untuk menjaga 200 ekor haiwan. Apabila bangunan tersebut banjir, mereka terpaksa keluar dan hanya mampu selamatkan 120 daripada 200 ini.", "WashingtonPost turut meletakkan gambar-gambar yang begitu menyayatkan: https://www.washingtonpost.com/graphics/2019/world/amp-stories/bahamas-marsh-harbor-dorian-aftermath/", "Apa yang\npasti, Taufan Dorian sudahpun keluar daripada Bahamas. Namun kesannya boleh\ndikatakan akan berada di sana selama mana mangsa-mangsa hidup. ", "RUJUKAN:", "Blind Man Carries Disabled Son to Safety During Hurricane. https://edition.cnn.com/2019/09/06/americas/blind-man-carries-disabled-son-to-safety-during-hurricane/index.html", "Hurricane Dorian: Desperate Search for missing in Bahamas. https://www.bbc.com/news/world-latin-america-49607267", "Hurricane Dorian Survivors in Bahamas Face Uncertain Future. https://www.usatoday.com/story/news/weather/2019/09/07/hurricane-dorian-survivors-bahamas-face-uncertain-future-us/2246170001/", "Suncoast Animal League Planning Rescue Mission and Collecting Donations for Animals in the Bahamas. https://www.abcactionnews.com/news/region-pinellas/suncoast-animal-league-planning-rescue-mission-and-collecting-donations-for-animals-in-the-bahamas", "Woman\nRescues Nearly 100 Dogs – Hurricane Dorian Hits Bahamas https://www.today.com/pets/woman-rescues-nearly-100-dogs-hurricane-dorian-hits-bahamas-t161838" ]
https://www.thepatriots.asia/fosil-penguin-dan-kakak-tua-gergasi-ditemui-di-new-zealand/
Fosil Penguin dan Kakak Tua Gergasi Ditemui di New Zealand
[ "New\nZealand sememangnya merupakan kepulauan yang menjadi minat para saintis untuk\nmengkaji haiwan-haiwannya yang boleh dianggap unik berbanding di tempat lain. Kepulauan\nini masyhur sebagai habitat pelbagai spesies burung gergasi sejak jutaan tahun\nlampau. Antara beberapa contoh burung yang telah pupus ditemui termasuk moa,\nburung tidak boleh terbang yang dianggarkan beratnya sehingga 230 kilogram,\nhelang Haast juga beberapa spesies penguin gergasi seperti Kumimanu biceae.", "Baru-baru\nini, ahli paleontologi telah mengumumkan penemuan baru spesies penguin gergasi\nyang setinggi manusia dan kakak tua terbesar pernah direkodkan dalam sejarah.\nFosil tulang kaki penguin gergasi yang dinamakan sebagai Crossvallia\nwaiparensis ditemui di tapak fosil Waipara Greensand dalam kawasan North\nCanterbury pada tahun 2018 manakala 10 tahun sebelum itu spesies kakak tua\ngergasi bernama Heracles inexpectatus telah dijumpai fosilnya berdekatan\nSt. Barthan di Central Otago.", "Penguin\nGergasi ", "Berdasarkan\nfosil tulang kaki penguin gergasi (C. waiparensis), ahli paleontologi\nmenyimpulkan bahawa penguin ini dianggarkan setinggi 1.6 meter (5’ 3) dan\nmempunya berat sekitar 80 kilogram. Ia diketahui hidup pada zaman Paleocene\niaitu di antara 66 hingga 56 juta tahun dahulu. C. waiparensis menyertai\nspesies penguin gergasi lain seperti Kumimanu biceae yang dijumpai pada\ntahun 2017 yang seberat 100 kilogram dan berketinggian 1.65 meter, dan penguin\nterbesar sekali pernah direkodkan iaitu Palaeeudyptes klekowskii dengan\nberat 115 kilogram dan tinggi 2 meter. ", "Fosil\ntulang kaki C.waiparensis di tapak Waipara Greensand merupakan salah\nsatu daripada beberapa fosil spesies penguin ditemui di sana. Ia merupakan\nfosil kelima penguin prasejarah yang dijumpai di tapak itu dan ahli\npaleontologi menjangkakan mereka akan menemui lebih banyak lagi fosil penguin\ndi tapak tersebut. Walau bagaimanapun, saudara terdekat C. waiparensis\nbukanlah berasal dari New Zealand tetapi Antartika iaitu satu spesies penguin\nPaleocene diberi nama C. unienwillia, berdasarkan sebahagian fosil\ntulang rangka yang ditemui di Cross Valley pada tahun 2000.", "Paul Scofield penulis bersama kajian itu dan kurator senior di Muzium Canterbury berkata, “Semasa spesies Crossvallia masih hidup, New Zealand dan Antartika amat berbeza daripada hari ini. Antartika masih diselubungi hutan dan kedua-dua tempat mempunyai iklim lebih panas.” Pada zaman itu, berdasarkan bukti geologi dan paleontologi, perkaitan di antara Austaralia, New Zealand dan Antartika agak kuat iaitu dari segi tumbuhan dan hidupan liar yang serupa. Persamaan dua spesies penguin ini (C. waiparensis dan C. unienwilia) mengukuhkan lagi hujah saintis bagaimana benua-benua tersebut saling berkait sekitar 10 juta tahun dahulu.", "Penguin\ndikatakan akhirnya berevolusi untuk mengecilkan saiz badan berpunca daripada\npeningkatan mamalia laut seperti anjing laut, paus dan sebagainya yang bersaing\ndemi sumber makanan yang sama ", "Kakak\nTua Gergasi", "Ketika\nini burung kakak tua terbesar di dunia ialah satu spesies tidak boleh terbang endemik\ndi New Zealand iaitu kakapo (Māori: kākāpō, kakak tua malam) (Strigops\nhabroptilus). Saiz kakapo dengan berat 2.2 kilogram mengatasi 349 spesies\nburung kakak tua lain yang masih wujud di dunia ini. Hari ini, populasinya kian\nterancam akibat kemusnahan habitat dan serangan haiwan perosak yang mungkin\nsuatu masa nanti menyumbang kepada kepupusannya. ", "Pada tahun 2008, rekod burung kakak tua ini sebagai spesies terberat dipatahkan apabila spesies kakak tua purba bernama Heracles inexpectatus yang ditemui fosil tulang kakinya di St. Barthan, New Zealand membuktikan yang ia merupakan kakak tua paling besar ditemui. Spesies in dinamakan sempena nama seorang pahlawan di dalam mitologi Latin iaitu Hercules. Menurut penyelidik, H. inexpectatus bermungkinan mempunyai berat sekitar 7 kilogram, dua kali ganda berat kakapo dan berketinggian 1 meter. Burung ini dianggarkan hidup pada zaman Miocene iaitu sekitar 19 juta tahun dahulu.", "Paul Scofield, kurator senior sejarah alam semula jadi di Muzium Canterbury memberitahu bahawa fosil tulang kaki tersebut telah dieskavasi pada 2008 tetapi para pasukan penyelidik menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti burung itu dan mulanya beranggapan yang ia tulang kaki seekor helang gergasi. Meskipun kini kawasan itu amat sejuk namun tambah Scofield, pada 19 juta tahun dahulu, burung kakak tua itu tinggal berdekatan sebuah tasik besar dan berdekatan hutan subtropika. Beliau berkata lagi, berdasarkan berat kakak tua itu, sama seperti kakapo ia juga tidak mampu terbang dan kemungkinan sama seperti kebanyakan spesies kakak tua lain ia satu spesies herbivor tetapi Scofield juga tidak menolak kebarangkalian haiwan besar seperti H. inexpectatus ialah haiwan karnivor bagi memenuhi keperluan kalori hariannya. Ini merujuk kepada beberapa spesies burung kakak tua omnivor di New Zealand yang memakan burung laut.", "Mengapa\nwujudnya burung bersaiz gergasi di New Zealand?", "Kepelbagaian\navifauna bersaiz besar di New Zealand adalah kerana ekosistem di pulau selalunya\nmemerlukan burung bersaiz besar, ganjil dan tidak mampu terbang seperti kiwi di\nNew Zealand dan dodo di kepulauan Mauritius. ", "Fenomena\nyang dinamakan oleh para saintis sebagai insular gigantism ini berlaku\napabila sebuah populasi organisma terasing daripada populasi di tanah besar\nyang mendorong kepada perubahan saiz badan. Sebagai tamsilan, ketiadaan haiwan\npemangsa menyebabkan burung berevolusi untuk hilang keupayaan untuk terbang dan\nburung itu juga mampu melanjutkan proses evolusi dengan membesarkan saiz badan\nkerana tiada keperluan untuk menyimpan dimensi aerodinamik yang penting untuk\npenerbangan. ", "Malangnya,\nsaiz badan yang besar mendorong burung-burung ini terhadap kepupusan spesies\nmereka. Spesies mereka boleh pupus sekelip mata hanya dengan kehadiran pemangsa\ndi habitat mereka seperti yang berlaku pada saudara gergasi mereka yang lain.", "RUJUKAN", "Anderson,\nC. (2019). World’s fattest parrot, the endangered kākāpō, could be wiped out\nby fungal infection. Retrieved from https://www.theguardian.com/world/2019/jun/13/worlds-fattest-parrot-endangered-kakapo-fungal-infection-new-zealand", "Filin,\nI. & Ziv, Y. (2004). New theory of insular evolution: unifying the loss of\ndispersability and body-mass change. Evolutionary Ecology Research,\n6(1), 115 – 124. ", "Howard,\nJ. (2019). This toddler-size parrot was a prehistoric oddity. Retrieved\nfrom\nhttps://www.nationalgeographic.com/science/2019/08/fossils-15-pound-parrot-found-new-zealand-kakapo/", "Mongabay.com\n(2019). Newly described giant extinct penguin and parrot once lived in New\nZealand. Retrieved from https://news.mongabay.com/2019/08/newly-described-giant-extinct-penguin-and-parrot-once-lived-in-new-zealand/", "Starr,\nM. (2019). A Human-Sized Penguin Fossil Has Turned Up in New Zealand, Again.\nRetrieved from https://www.sciencealert.com/another-ancient-human-sized-penguin-fossil-has-turned-up-in-new-zealand", "Ploszajki,\nA. & Martin, L. (2019). Fossils of largest parrot ever recorded found in\nNew Zealand. Retrieved from https://www.theguardian.com/science/2019/aug/07/fossils-largest-parrot-ever-recorded-found-new-zealand-heracles-inexpectatus" ]
https://www.thepatriots.asia/kehidupan-sida-sida-cina-yang-kita-tak-tahu-2/
Kehidupan Sida-Sida Cina Yang Kita Tak Tahu
[ "Dalam sejarah China, selepas Maharaja, yang dikatakan sebagai sangat berkuasa, antaranya ialah para sida. Walaupun bukan lelaki sejati kerana dikasi, tetapi kuasa yang dipegangnya menandingi kuasa lelaki sejati dalam Tamadun Cina.", "Kota Larangan merupakan kediaman peribadi maharaja, tempat di mana tiada siapa dibenarkan singgah terlalu lama. Para menteri, pegawai tentera, dan bahkan kerabat lelaki maharaja sendiri turut dikehendaki beredar daripada Istana Diraja menjelang malam.", "Satu-satunya golongan lelaki yang dibenarkan kekal berada di dalam Kota Larangan adalah sida-sida Cina. walaupun hakikatnya mereka bukanlah lelaki sejati memandangkan setiap seorang daripada mereka telah pun dikasi. Inilah gambar betapa berkuasanya sida-sida Cina.", "TETAPI sebelum itu, kalau kalian berminat dengan sejarah China, boleh beli buku terbaru kami, KITAB TAMADUN CINA karya Ayman Rashdan Wong. Boleh beli di Shopee kami: http://bit.ly/3ogIRUi", "Walaupun sida-sida tidak dianggap sebagai potensi ancaman lantaran ketidakupayaan mereka untuk menubuhkan dinasti tersendiri (tiada zuriat), mereka sebenarnya memiliki keupayaan untuk menjatuhkan sesebuah dinasti yang memerintah.", "Pengaruh besar yang dimiliki oleh beberapa sida-sida kadangkala membuatkan mereka menjadi korup, mengubah karakter mereka menjadi individu yang tamak, tidak berhati perut dan penuh bermuslihat.", "Dalam drama, filem Cina berkisar kehidupan di istana, sida seringkali ditampilkan sebagai karakter jahat. Banyak contoh sida yang jahat boleh didapati dalam sejarah Cina. Peristiwa kejatuhan Dinasti Qin boleh dipertanggungjawabkan pada sida yang bernama Zhao Gao.", "Zhao Gao berasal daripada keluarga yang berpengaruh besar di negeri Zhao, salah sebuah dari tujuh buah negeri yang wujud di Zaman Negara-Negara Berperang. Ketikamana orang tua Zhao Gao didakwa melakukan jenayah, mereka dijatuhi hukuman manakala adik-beradiknya pula dikasi.", "Hukuman yang sama diandaikan turut dijatuhkan ke atas Zhao Gao. Zhao Gao kemudiannya berkhidmat untuk Qin Shi Huang lantaran beliau merupakan seorang yang pakar dalam undang-undang dan kehakiman.", "Hal ini membolehkan Zhao Gao mendaki tangga kuasa dan menjadi salah seorang penasihat terdekat maharaja. Tidak lama selepas kemangkatan Qin Shi Huang, Zhao Gao dan Perdana Menteri, iaitu Li Si, mengatur perampasan kuasa dengan merencanakan pembunuhan putera mahkota, iaitu Fu Su serta dua orang pengikut setianya yang bernama Meng Tian dan Meng Yi.", "Setelah itu, putera bongsu Qin Shi Huang iaitu Huhai ditabalkan sebagai maharaja boneka. Tiga tahun kemudian, pemberontakan pun meletus dan Zhao Gao memaksa Huhai membunuh diri. Zhao Gao kemudiannya menaikkan Ziying (sama ada putera atau pakcik kepada Fu Su) sebagai maharaja yang baru.", "Menyedari bahawa Zhao Gao akan menghapuskannya kelak, Ziying mengambil keputusan untuk menentang Zhao Gao dan berhasil membunuhnya. Pun begitu, pemberontakan tetap jua tidak berjaya ditamatkan. Ziying tunduk di tangan Liu Bang yang mengasaskan Dinasti Han. Justeru, boleh dianggap bahawa tindakan-tindakan sida-sida Zhao Gao bertanggungjawab mengakibatkan kejatuhan Dinasti Qin hanya tiga tahun setelah kemangkatan Qin Shi Huang.", "Walaupun dikenali dalam lipatan sejarah dengan reputasi yang agak buruk, tidaklah semua sida-sida itu jahat. Sebahagian daripada mereka bahkan memberi sumbangan yang besar kepada ketamadunan Cina. Kertas yang merupakan salah satu dari Empat Ciptaan Hebat, dikatakan telah dicipta oleh seorang sida-sida yang bernama Cai Lun di zaman pemerintahan Dinasti Han Timur.", "Tambahan lagi, Cheng Ho, seorang sida yang berkhidmat untuk Maharaja Ming Yongle mengepalai armada diraja dalam pengembaraan ke Asia Tenggara, India, Tanah Arab, Parsi dan juga Afrika Timur – ekspedisi lautan yang menghubungkan Cina dengan dunia-dunia luar menerusi perdagangan.", "Selain itu, sida-sida Cina juga dicatatkan telah memberikan sumbangan dalam mainan musik di istana Cina. Misalnya sida-sida di zaman Dinasti Ming merupakan kelompok Cina pertama yang memainkan musik Klasik Barat. Sementara Maharaja Qianlong dari Dinasti Qing pula menubuhkan sebuah kumpulan orchestra yang terdiri daripada sida-sida yang mengenakan pakaian Eropah.", "Tamatnya pemerintahan Dinasti Qing pada awal kurun ke-20 Masehi membawa pengakhiran kepada sistem diraja Cina sekaligus menamatkan juga kefungsian sida-sida. Pada tahun 1924, seramai 1500 orang sida-sida terakhir dibuang dari Kota Larangan. Sun Yaoting, sida-sida diraja terakhir, dicatatkan telah meninggal dunia pada bulan Disember 1996 sekaligus menamatkan suatu amalan zaman-berzaman yang sejarahnya menjangkau ribuan tahun.", "Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:\nWorld Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9\nThe Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF" ]
https://www.thepatriots.asia/burung-paling-beracun-di-dunia/
Burung Paling Beracun Di Dunia
[ "Pada tahun 1989, seorang ahli ornitologi (pengkaji burung) sedang dalam usaha beliau mengkaji burung Cenderawasih yang turut dikenali sebagai ‘Bird of Paradise’, di hutan Papua New Guinea.", "Kajian itu memerlukan beliau menangkap burung Cenderawasih terlebih dahulu. Dan untuk itu, beliau memasang perangkap jaring. Tidak lama kemudian, pengkaji tersebut pergi memeriksa perangkap jaring yang telah dipasangkan.", "Walau bagaimanapun, burung yang dihajati tidak kunjung tiba. Tetapi burung lain yang bulunya berwarna hitam dan jingga pula didapati menjadi mangsa kepada jaring perangkap itu.", "Burung yang dikenali sebagai Pitohui dichrous itu kemudian cuba dibebaskan oleh pengkaji tersebut. Sewaktu ingin melepaskan burung daripada jaring, beliau menerima beberapa luka cakaran daripada burung itu.", "Iritasi pada kulit akibat daripada cakaran itu cuba dilegakan dengan menghisap bahagian yang terluka itu. Mungkin dia ingat enzim amylase yang terdapat di dalam air liur dapat membantu melegakan kesakitan yang dialami.", "Dalam masa beberapa minit sahaja selepas menghisap luka itu, bibir dan mulutnya mula berasa kebas dan sakit berdenyut-denyut.", "Perkara ini membuatkan pengkaji itu tertanya-tanya. “Adakah burung itu yang menjadi punca kepada kesakitan ini?”", "Untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan itu tadi, beliau merangka sebuah eksperimen ‘ad-hoc’. Pengkaji itu kemudian mencabut bulu pelepah daripada seekor lagi burung yang sama terperangkap pada jaring tersebut dan bertindak berani dengan menjilat bulu itu.", "Hasilnya.. kesan iritasi yang mirip dialami beliau selepas menjilat bulu pelepah tersebut. Eksperimen kecil itu berjaya mendapatkan jawapan kepada persoalan beliau tadi.", "“Burung ini lah punca kepada kesakitan tadi.”", "Selain daripada bulunya yang bertoksin, turut didapati bahawa kulitnya juga mengandungi toksin yang mendatangkan kesakitan dan iritasi.", "Walaupun rasa sakit masih dapat dirasai. Pengkaji itu sangat gembira kerana telah menemui spesies burung yang beracun.", "Oh ya, kita kena faham, walaupun dalam dunia ini terdapat banyak haiwan yang beracun dan berbisa, burung bukahlah haiwan yang biasa dikaitkan dengan racun dan bisa. Maka sebab itu lah, ‘valid’ kegembiraan yang dirasai pengkaji ni.", "Tetapi, sebab di atas juga menyukarkan beliau sewaktu ingin meyakinkan ahli ornitologi lain tentang penemuan tersebut. Iya lah kan, bila masa ja burung ni beracun? Sudah tentu la orang skeptik sikit mula-mula tu.", "Tetapi akhirnya para pengkaji lain akur dan pada masa yang sama turut kagum akan penemuan itu. Kajian selanjutnya kemudian dijalankan ke atas bangkai Pitohui dichrous.", "Ekstrak yang didapatkan daripada kulit dan bulu-bulu burung tersebut didapati mengandungi bahan aktif toksin homobatrachotoxin (hBTX).", "Dan toksin ini sangat mirip dengan toksin yang dimiliki oleh katak dari genus Phyllobates atau lebih dikenali sebagai ‘Poison Arrow Frogs’.", "Ini membuatkan pengkaji terkejut beruk.", "Iya lah kan. Apa pulak seekor burung buat dengan salah satu daripada toksin alkaloid paling ampuh yang pernah wujud dalam dunia ni?", "Dan yang paling penting, dari mana burung-burung Pitohui dichrous ni dapat toksin?", "Kata orang, kalau kita tak tahu, kita balik semula kepada asas. Pengkaji-pengkaji ni sedar yang katak beracun mendapatkan toksin BTX tu tadi daripada diet pemakanan depa. Jadi pengkaji pun mengetengahkan hipotesis yang sama.", "Kita pertama sekali kena faham, bukan haiwan sahaja ada teknik pertahanan diri. Pokok pun ada.", "Dan kebiasaannya pokok, buah, dan daun hutan ni terkandung bahan-bahan beracun untuk mengelak daripada dimakan haiwan herbivor dan ini termasuklah serangga pemakan daun.", "Tetapi, bayangkan ada satu serangga ni degil. Berjuta tahun duk makan pokok, buah, daun yang beracun ni. Lama-kelamaan serangga tu pun lali dah dengan racun. Dan racun tu pulak, kemudian digunakan sebagai pertahanan diri dari pemangsa lain.", "Jadi, apa yang menghalang burung Pitohui dichrous dari berbuat perkara yang sama?", "Let say burung ni memakan serangga beracun yang sepatutnya memberikan rasa memualkan kepada pemangsa itu tadi untuk berjuta-juta tahun. Kemudian, burung tu lali, dan toksin atau racun itu tadi, digunakan pula sebagai pertahanan diri burung.", "Ini bukan hipotesis aku semata-mata.", "Kerana pada tahun 2004, hasil penyelidikan membuktikan bahawa, kumbang dari genus Choresine iaitu Choresine pulchra, Choresine semiopaca dan Choresine rugiceps yang berada di kawasan hutan hujan tropika termasuk Papua New Guinea mengandungi toksin Batrachotoxin.", "Kumbang ni, warnanya terang tau. Dan ini dikenali sebagai Aposematisme. Kau kena faham. Basically, warna-warna terang pada haiwan ni adalah cara haiwan tu bagitahu “Dont fuck with me, or you’re dead.”", "Contoh Aposematisme pada haiwan lain..", "Tapi ‘teknik’ ni bukan sahaja terhad kepada haiwan beracun atau berbisa ja, pura-pura beracun pun ada. Ini dikenali sebagai Batesian Mimicry. Contohnya macam Ular Raja dari genus Lampropeltis. Ular ni tak berbisa. Tapi corak dan warnya menyerupai sejenis ular yang sangat berbisa dari genus Micrurus atau Ular Coral.", "Dan ya, burung Pitohui dichrous diketahui menjadikan kumbang-kumbang beracun ini sebahagian daripada diet pemakanan depa. Maka selesailah misteri dari mana burung ni mendapatkan toksinnya.", "Kini terdapat 6 spesies daripada burung genus Pitohui yang dapat ditemui mendiami kawasan hutan Papua New Guinea. Setiap satu daripada spesies ini juga berbeza tahap ketoksikan yang dimiliki.", "Perlu tahu juga bahawa burung Pitohui ini diketahui hanya bertoksik pada tempoh-tempoh masa tertentu dalam satu tahun itu. Memberi makna bahawa makanannya iaitu kumbang beracun Choresine, tidak terdapat pada sepanjang tahun di habitatnya.", "Tahap ketoksikan yang dimiliki burung Pitohui juga berbeza-beza mengikut kawasan yang didiami. Kerana, dalam kawasan tertentu, burung Pitohui sangat bertoksik sehinggakan dengan memegangnya sahaja, mampu menyebabkan individu itu bersin dan mata berair tanpa henti.", "Hal ini demikian kerana, sumber toksinnya, iaitu kumbang Choresine lebih mudah dan banyak didapati di kawasan tersebut.", "Selain daripada pelindungan diri, burung Pitohui juga menggunakan toksin tersebut untuk mengelak pemangsa daripada mencuri telur yang dihasilkannya. Perkara ini dilakukan dengan melapisi cengkerang telur tersebut dengan toksin.", "Selepas penemuan yang mengatakan burung Pitohui ini bertoksik, terdapat beberapa lagi spesies burung yang turut diketahui bertoksik. Misalnya, burung nama saintifiknya Ifrita kowaldi, atau lebih dikenali sebagai ‘Blue-capped Ifrit’.", "Menariknya, di kawasan paya Papua New Guinea, pengkaji pernah memerhatikan kawanan burung yang besar, diketuai oleh burung Pitohui yang lebih kecil saiznya.", "Perkara ini menandakan bahawa terdapat hubungan sosial yang kompleks di antara burung-burung tersebut. Mungkin juga burung besar tersebut mengharapkan perlindungan daripada burung Pitohui yang bertoksik.", "RUJUKAN:", "Dumbacher, J. P. Th e evolution of toxicity in Pitohuis: I. Effects of homobatrachotoxin on chewing lice (Order Phthiraptera). Auk 116, (1999) 957–63.", "Dumbacher, J. P., Beehler, B. M., Spande, T. F., Garraff o, H. M., and Daly, J. W. Homobatrachotoxin in the genus Pitohui: Chemical defense in birds? Science 258, (1992) 799–801.", "Dumbacher, J. P., Beehler, B. M., Spande, T. F., Garraff o, H. M., and Daly, J. W. Pitohui: How toxic and to whom? Science 259, (1993) 582–83.", "Dumbacher, J. P.; Wako, A.; Derrickson, S. R.; Samuelson, A.; Spande, T. F.; Daly, J. W. (2004). “Melyrid beetles (Choresine): A putative source for the Batrachotoxin alkaloids found in poison-dart frogs and toxic passerine birds”. Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. 101 (45): 15857–15860.", "Maksim V. Plikus; Maksim V.; Astrowski, Alaiksandr A. (2014). “Deadly hairs, lethal feathers – convergent evolution of poisonous integument in mammals and birds”. Experimental Dermatology. 23 (7): 466–468" ]
https://www.thepatriots.asia/3-singh-legenda-dalam-filem-p-ramlee/
3 Singh Legenda Dalam Filem P Ramlee
[ "“Lu punya nasib lu makan. Dia punya nasib dia makan. Apa salah ke makan sama-sama”. – Seniman Bujang Lapok", "Itulah bait-bait dialog salah satu babak di dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada tahun 1961. Tetapi tahu kah anda siapakah gerangan pelakon tambahan berbangsa Singh yang melafaskan dialog itu? Individu yang berbangsa Singh yang kita semua boleh lihat di dalam filem itu bernama Pritam Singh.", "Beliau bukannya seorang pelakon, tetapi beliau bekerja sebagai pengawal dengan syarikat Shaw Brothers untuk mengawal laluan ke pintu masuk di studio Jalan Ampas. P.Ramlee telah memberi peluang kepada beliau melakonkan beberapa babak di dalam filem itu. Ternyata lakonan dan dialog beliau masih diingati oleh para penonton generasi kini apabila menonton filem ini. Seniman Bujang Lapok adalah satu-satunya filem yang dilakonkan oleh Pritam Singh. Beliau masih setia bertugas sebagai pengawal di studio itu sehingga tahun 1980-an, walaupun studio Jalan Ampas sudah menutup operasinya pada tahun 1967.", "Kalau Pritam Singh hanya berlakon di dalam filem Seniman Bujang Lapok sahaja, jadi siapa pelakon berbangsa Singh yang berlakon di dalam filem Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Madu Tiga dan beberapa lagi filem-filem arahan P.Ramlee. Sebenarnya di zaman kegemilangan filem Melayu era studio Jalan Ampas, ada tiga orang pelakon tambahan yang berbangsa Singh dikatakan kerap muncul sebagai watak sampingan, lebih-lebih lagi di dalam filem arahan P.Ramlee. ", "Pelakon berbangsa Singh itu ialah Sarawan Singh dan Sarban Singh. Disini saya lampirkan imej bergambar ketiga-tiga pelakon tambahan berbangsa Singh ini serta senarai filem yang mereka lakonkan. Semoga info ini dapat memberi satu maklumat baru kepada pada pembaca yang setia di The Patriots." ]
https://www.thepatriots.asia/papan-tanda-hadis-rasulullah-s-a-w-di-as/
Papan Tanda Hadis Rasulullah S.A.W Di AS
[ "Negeri-negeri di Amerika Syarikat mempunyai pelbagai cara bagi mengingatkan orang ramai tentang bahaya Covid-19 dan apa yang perlu dilakukan semasa pandemik berlaku. Menariknya di Chicago, ada satu papan tanda yang diusahakan oleh Gain Peace menarik perhatian ramai iaitu pendekatan pencegahan wabak yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w.", "Seperti yang dipaparkan oleh Gain Peace, nasihat Nabi Muhammad mengandungi 3 pesanan.", "“Cuci tangan anda dengan kerap, jangan tinggalkan kawasan yang dijangkiti dan jangan mengunjungi kawasan yang dijangkiti.”", "Garis panduan ini berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w dan dikongsi secara meluas di kebanyakan platform media sosial sejak wabak Covid-19 mula tersebar ke seluruh dunia. Nasihat ini mula menjadi viral pada saat angka mereka yang dijangkiti Covid-19 terus meningkat lebih daripada 2.4 juta dan membunuh lebih 165,775 di seluruh dunia.", "Umat Islam di seluruh dunia juga diingatkan untuk terus mengambil langkah penjarakkan sosial sepanjang bulan Ramadan bagi mengelak penularan bertambah teruk, termasuk larangan mengadakan perjumpaan dan penutupan masjid dikekalkan.", "Sebenarnya, terdapat pelbagai hadis dan sirah Rasulullah s.a.w berkenaan pencegahan penularan wabak. Antaranya:", "Pada waktu sebegini, patuhilah arahan pihak berkuasa dan berusahalah menjaga kesihatan diri. Kerana itu juga merupakan satu sunnah!", "RUJUKAN:", "Free Malaysia Today. (2020). 3 nasihat Nabi Muhammad terpampang di billboard di Amerika Syarikat. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/21/3-nasihat-nabi-muhammad-terpampang-di-billboard-di-amerika-syarikat/", "Fiqh-us-Sunnah. Volume 4. Fiqh 4.1 – 4.48. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. http://www.iium.edu.my/deed/lawbase/fiqh_us_sunnah/vol4/fsn_vol4a.html", "The New Arab. (2020). US billboard advertises 1,400 year-old coronavirus advice from Islam’s Prophet Muhammad. https://english.alaraby.co.uk/english/news/2020/4/20/us-billboard-advertises-coronavirus-advice-from-islams-prophet-muhammad" ]
https://www.thepatriots.asia/apa-masalah-turki-kurdish-syria-ni-sebenarnya/
Apa Masalah Turki-Kurdish-Syria Ni Sebenarnya?
[ "\n\nRamai juga tanya pasal perkembangan terkini di Turki dan Syria. Bagi aku isu lama je, aku dah pernah ulas tahun lepas dan dalam DTT2. Aku nak tulis pasal benda lain malam ni sebenarnya, tapi aku buat quick update sikit je lah.", "Isu dia simple je: kerajaan Turki risau dengan potensi ancaman Kurd yang menguasai sempadan Syria-Turki, jadi dari dulu lagi Turki melancarkan kempen ketenteraan untuk “push” orang Kurd keluar dari sempadan dan propose untuk mewujudkan “safe zone” seluas 30 km dari sempadan Turki-Syria.", "Sebab di tenggara Turki ada separatis Kurd, jadi Turki takut kalau dibiarkan Kurd di Syria ni, diorang akan komplot dengan separatis Kurd dan mengugat keselamatan Turki. Dan Turki dah lama menuduh parti orang Kurd di Syria (PYD) dan sayap tenteranya YPG sebagai “offshoot” Parti Pekerja Kurdish (PKK) yang sudah melancarkan pemberontakan terhadap Turki sejak 1984.", "Kurd di Syria lebih sedikit berbanding dengan Kurd di Turki, Iraq dan Iran. Selepas Perang Syria meletus pada tahun 2011, orang Kurd pun ambil kesempatan memberontak dan menubuhkan kerajaan sendiri. Mula-mula diorang hanya menguasai Afrin (kawasan berwarna merah), Kobani dan Jazeera (kawasan berwarna kuning). Dan diorang pun diancam oleh ISIS yang bermaharajalela bermula tahun 2014.", "Tapi US pada waktu tu memberi sokongan kepada Kurd untuk melawan ISIS. Jadi lama-kelamaan PYD/YPG jadi semakin kuat dan diorang dapat menguasai seluruh tebing timur Sungai Euphrates dan seluruh sempadan Turki-Syria.", "Bila Turki lihat macam tu, tak leh biarkan lah. Maka Erdogan melancarkan Operation Euphrates Shield dan Operation Olive Branch untuk merampas kawasan tebing barat Sungai Euphrates. Isu Kurd ni yang membuat hubungan Turki dan US jadi semakin teruk. Turki menuduh US guna Kurd untuk sabotaj dia, US pulak blah blah blah macam macam alasan.", "Yang kelakarnya, datangnya Donald Trump yang langsung tak ambil kisah pasal Kurd ni. Sebab Trump ni cara fikir lain sikit. Dia tau untung rugi je. Bagi dia Kurd ni business merugikan, jadi dari awal lagi dia ada niat untuk mengundurkan tentera US dari Syria yang selama ni support Kurd. Tapi tentera US pun tak ramai, dalam 2000 je.", "Selepas Kurd menawan kubu terakhir ISIS pada Mac lalu, Trump lagi tak nampak apa keperluan nak stay. Dan pada 9 Ogos lepas, Trump dan Erdogan capai deal untuk membina “safe zone” secara bersama. Kurd tengok ada US, okay lah boleh lega. Tapi sekali Trump pada 2 hari lepas kata dia dah call Erdogan bagitau dia (1) US tak akan terlibat dalam operasi menubuhkan “safe zone”, (2) jemput datang White House bulan depan kita buat makan-makan.", "Dengan kata lain, Trump cuci tangan dan biar Turki buat apa yang mereka nak. Safe zone ni selain dijadikan sebagai “buffer” antara Kurd di Syria dan Kurd di Turki, ia juga berfungsi untuk memindahkan seramai 1 juta pelarian Syria ke situ. Takut kalau duk kat Turki lama-lama jadi masalah. Trump bagi amaran kat Erdogan hang jangan lebih-lebih (off limits), kalau hang menyakitkan tentera US nanti aku menghancurkan (obliterate) ekonomi hang. Tapi sembang Trump ni dengar je, tak yah serius sangat.", "Kat US pun orang duk maki Trump. Sebab dalam propaganda US selama ni Kurd ialah bangsa tertekan, jadi US ada tanggungjawab melindungi Kurd dan membantu diorang membina negara sendiri. Demokrat maki, Republikan pun maki. Orang query lah apa deal antara Trump dan Erdogan sebenarnya. Yang bantah kata Trump tak bijak, tak berpandangan jauh, menghilangkan buah catur US di Timur Tengah. Yang sokong kata sampai bila US nak campur tangan kat urusan negara lain, tak ada untung pun US cari gaduh dengan Turki.", "Jadi sekarang Turki dah ready nak melancarkan operasinya. Sama ada ia akan menimbulkan krisis kemanusiaan seperti ramai yang risaukan, atau Erdogan cuma melaksanakan apa yang hak, kita akan ketahui nanti.", "Kurd macam biasa, kata ini semua betrayal. Kalau baca balik sejarah, Kurd dah dikhianati kuasa-kuasa besar ever since 1919. Dah kena 100 tahun pun belum jadi bijak, padanlah kena betray lagi.", "Nak cerita lebih lanjut pasal geopolitik Turki, Syria, Iraq, Kurd semua ni, nanti belilah DTT3." ]
https://www.thepatriots.asia/laknat-sumbang-mahram-terhadap-keluarga-habsburg/
Laknat Sumbang Mahram Terhadap Keluarga Habsburg
[ "Korang pernah tertanya tanya tak kenapa sumbang mahram diharamkan dalam agama Islam? Kenapa perkahwinan antara sepupu tak digalakkan?", "Benda ni korang boleh tanya ahli keluarga diraja Habsburg dalam kubur dan kenapa diorang mati.", "Sebagai pemula, ingin aku tegaskan konteks ‘sumbang mahram’ di sini ialah ‘incest’. Bapak kahwin dengan anak etc.", "Kahwin sesama sepupu bukan sumbang mahram, tapi pada masa yang sama, tak digalakkan. Ok, kita sambung balik.", "Sejarah keluarga Habsburg bermula dengan seorang bangsawan bernama Guntram si Kaya sekitar abad ke-10 Masihi. Setelah cucunya Radbot membina istana Habsburg, barulah mereka digelar Habsburg.", "Untuk mendominasi politik, mereka kerap kali mengahwinkan anak anak mereka dengan bangsawan lain hinggalah Frederick III dipilih oleh Paus Nicholas V mengangkat baginda sebagai Maharaja empayar Holy Roman pada tahun 1452.", "Kes sumbang mahram yang pertama berlaku selepas Philip I, anak maharaja Maximilian dan juga cucu Frederick III mengahwini Joanna daripada Castille, pewaris takhta diraja yang mengawal hampir keseluruhan Sepanyol.", "Perkara ini mewujudkan cabang Habsburg di Sepanyol yang kemudiannya mendominasi perihal politik di sana.", "Walau bagainmanapun, keluarga Habsburg Sepanyol kemudiannya mula mengahwinkan ahli mereka sesama sendiri untuk elakkan pergelutan kuasa.", "Sepupu berkahwin dengan sepupu, dan pakcik dengan anak saudara perempuan mereka. Kalau korang tengok rajah bawah ni korang akan pening.", "Sebelum kita masuk lebih mendalam tentang penyakit keluarga Habsburg, aku rasa aku kena cerita dulu tentang penyakit genetik.", "Untuk memahami penyakit genetik, perkara asas yang kita perlu tahu ialah setiap manusia mempunyai separuh bahan genetik daripada ibu dan separuh lagi daripada bapa. Bahan genetik tersebut juga merangkumi gen rosak daripada ibu bapa kita yang mampu cetuskan penyakit.", "Walau bagaimanapun, sekiranya ibu bapa kita bukan pembawa penyakit genetik, atau salah seorang sahaja yang ada, kebarangkalian anak mereka nak dapat penyakit tu rendah. Gen rosak ni kita panggil sebagai gen resesif.", "Tapi kena faham jugak, bukan semua gen resesif ni bawa penyakit. Macam rambut perang mata biru tu pun gen resesif juga, tapi bukan penyakit. Dalam konteks untaian ini ialah gen resesif yang bawa penyakit.", "Gen resesif hanya dapat diaktifkan kalau si anak dapat gen resesif daripada ibu dan bapa. Kalau salah seorang sahaja yang ada, si anak ni akan jadi pembawa.", "Sekiranya kita pembawa, dan kita juga berkahwin dengan pembawa, maka anak kita mempunyai peluang untuk dapat penyakit genetik tu sebanyak 25%. Kalau kita pembawa dan berkahwin dengan orang yang ada gen rosak tu, peluang tu naik jadi 50%.", "Sebab itu pasangan yang mahu berkahwin kena lalui ujian darah hemofilia, sebab hemofilia ni termasuk penyakit genetik dan kebarangkalian dia nak dapat pun sama macam aku tulis tadi.", "Sekarang, cuba teka macam mana nak dapat gen resesif dengan cara paling mudah selepas berkahwin dengan pesakit genetik? Dengan berkahwin dengan keluarga sendiri. Disebabkan bahan genetik antara keluarga ni lebih kurang sama, maka peluang nak dapat penyakit lagi senang.", "Terma untuk benda ni disebut sebagai homozigositi. Kalau untuk sepupu-sepupu, perkahwinan yang pertama ni selamat walaupun masih berisiko, tapi kalau anak mereka ni pun kahwin sepupu jugak, yang ni tak selamat.", "Disebabkan keluarga Habsburg ni kerap ada hubungan sumbang mahram, mereka tanpa sedar telah mewujudkan bermacam macam penyakit genetik kepada keturunan mereka. Sebagai contoh ialah hemofilia, ketidaksuburan dan rahang Habsburg.", "Disebabkan masalah genetik jugalah tak banyak keturunan Habsburg mampu hidup lebih 10 tahun. Ada yang tergugur, ada yang mati selepas dilahirkan dan ada yang mati semasa tempoh neonatal.", "Menurut kajian penyelidik daripada Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, kadar koefisi sumbang mahram daripada Philip 1 hinggalah Charles II (pemerintah terakhir Habsburg untuk empayar Sepanyol) telah meningkat daripada 0.025 kepada 0.254.", "Ya lah, macam mana tak naik kalau Charles II tu sendiri anak Philip IV yang berkahwin dengan anak saudaranya, Mariana daripada Austria. Datuk Charles II tu pun sama macam – Philip II berkahwin dengan anak saudaranya, Anna daripada Austria.", "Kadar koefisi 0.254 tu sudah taraf perkahwinan si ayah dengan anak perempuannya.", "Untuk melihat contoh paling teruk penyakit genetik yang muncul sebab sumbang mahram, tengok sahajalah Charles II. Produk sumbang mahram selama 200 tahun.", "Menurut catatan sejarah, baginda ni hanya mampu bercakap pada umur 4 tahun, belajar berjalan pada umur 8 tahun, pendek, mempunyai masalah penghadaman. Oh ya, baginda kerap kali kencing berdarah.", "Diplomat Perancis mencatatkan Charles II sebagai seorang yang hodoh dan nampak seperti tengah sakit. Disebabkan rahang Habsburg Charles II yang terlalu ketara, baginda mempunyai masalah untuk bercakap dan lidahnya yang besar menyebabkannya susah untuk memakan dan air liurnya kerap meleleh.", "Baginda juga tak mempunyai anak, barangkali dek ketidaksuburan dan mangkat pada umur 39 tahun. Ini secara tak langsung menyebabkan Empayar Sepanyol tak mempunyai pewaris takhta dan mewujudkan perang takhta.", "Rasanya ahli keluarga diraja Habsburg yang bernasib baik ni Marie Antoinette je. Tak ada langsung gejala terkena penyakit genetik. Rupa pun lawa.", "Tapi ya la, mak pak dia tak kahwin sumbang mahram walaupun keluarga Habsburg jadi dia selamat. Cumanya, baginda punya malang ni dekat benda lain, bukan kesihatan genetik.", "Baginda kahwin dengan Raja Perancis Louis XVI masa zaman terakhir Ancien Régime. Ya, zaman nak dekat Revolusi Perancis.", "Memang makan guillotine la jawabnya. Sebab dia out of touch dengan rakyat. Harga roti naik, dia suruh rakyat makan kek. Haa, memang kena pancung dengan rakyat la jawabnya. Tu baru harga roti. Cuba kalau harga telur ke, minyak masak naik ke #eh", "Berbalik kepada keluarga Habsburg, jadi apa yang kita boleh belajar daripada mereka?", "Kononnya untuk kekalkan penguasaan, mereka berkahwin sesama sendiri. Barangkali mereka tak pernah menyangka inilah punca kejatuhan mereka.", "Jadi, belajarlah daripada keluarga Habsburg tentang kenapa sumbang mahram tak dibenarkan.", "Dengan kolam genetik yang sangat kecil, maka makin banyaklah penyakit genetik lain muncul.", "Disebabkan itulah, aku sebagai ahli biologi lebih menggalakkan kalian berkahwin dengan orang sangat jauh hubungan genetiknya dengan anda. Macam kahwin dengan mat saleh ke, Jepun ke, begitu.", "Fuhh punchline." ]
https://www.thepatriots.asia/sejarah-aliran-onmyodo-aliran-yang-memasyurkan-isyarat-tangan-naruto/
Sejarah Aliran Onmyōdō: Aliran Yang Memasyurkan Isyarat Tangan Naruto
[ "Onmyōdō mempunyai sejarah panjang yang berwarna-warni. Asal-usulnya boleh dijejak kembali pada kurun ke-5 atau ke-6 Masehi, di mana Buddhisme  dan Konfusianisme mula diperkenalkan ke Jepun.", "Pengaruh daripada negara tembok besar itu turut merangkumi prinsip Yin-Yang dan lima elemen (keseimbangan antara elemen Belantara, Api, Tanah, Logam, dan Air) , di mana kesemuanya ini kemudian bercampur dengan kepercayaan tempatan lalu membentuk aliran Onmyōdō.", "Menjelang kurun ke-10 Masehi, aliran tersebut meraih perhatian meluas. Namun sembilan abad kemudian, ia diha.ramkan bersama satu lagi aliran serupa, iaitu Shugendō. Disebabkan pengharaman ini, ramai pengamal Onmyōdō (disebut Onmyōji) bersembunyi dan beberapa cabang aliran lain pula dibubarkan secara total.", "Oleh kerana itu, sekelumit maklumat perihal aliran ini hanya dapat diperoleh daripada sumber-sumber lama dari zaman Heian, termasuklah sumber lisan. Zaman Heian dianggap sebagai zaman perdana bagi aliran Onmyōdō, khususnya dalam kalangan bangsawan dan kerabat istana.", "Ia menjadi mata pencarian buat ramai orang, dengan Onmyōji paling tersohor dalam kalangan mereka ialah Abe no Seime. Banyak legenda yang menyelubungi kisah kelahirannya sekali gus membuatkan beliau dilihat sebagai tokoh mitos berbanding tokoh sejarah.", "Kononnya, ibu Abe no Seime merupakan seekor kitsune bernama Kuzu no Ha. Kitsune ini jatuh cinta dengan seorang sami yang menyelamatkannya. Sami ini disifatkan mahir dalam Taoisme dan Buddhisme.", "Keturunan Abe no Seime dikenali sebagai keluarga Tsuchimikado. Semenjak beliau meninggal dunia di usia 85 tahun pada tahun 1005 Masehi, keluarga Tsuchimikado menjawat kedudukan penting sebagai tukang ramal istana.", "Menurut catatan, Abe berupaya meramal jantina bayi sebelum dilahirkan. Ramai golongan berada di Zaman Heian akan mendapatkannya bagi mengetahui jantina anak masing-masing. Kesohorannya di istana juga tidak dapat disangkal.", "Wanita-wanita istana gemar bermain sembunyi-sembunyi barang lalu menyuruh Abe untuk mencarinya menggunakan kemahiran beliau sebagai seorang Onmyōji. Ketepatannya dalam mengenal pasti lokasi barangan tersembunyi banyak membantu beliau menyelesaikan kes-kes kehilangan.", "Abe juga cekap membaca bintang dan memanfaatkannya untuk meramalkan untung nasib sesebuah pepe.rangan. Kepakarannya dalam bidang geomansi (serta susun-atur rumah mengikut prinsip Feng-shui) membuatkan beliau diberi tugas menentukan lokasi penggalian perigi atau pembinaan tembok.", "Bagaimanapun sebagai seorang Onmyōji, peranan utamanya adalah memagar sesebuah kawasan menggunakan kertas jampi Ofuda. Abe juga memasyhurkan penggunaan Seimei Kikyō, iaitu simbol bintang berbucu lima yang turut dikenali di Barat sebagai pentagram.", "Abe no Seime mungkin merupakan Onmyōji yang paling masyhur. Namun, sejarah juga mengenang nama Yakou Tsuchimikado sebagai pengasas aliran Onmyōdō yang dikenali hari ini. Beliau mengasaskan sistem Onmyōdō Istana yang membolehkan badan istana mengatur dan melantik Onmyōji profesional sekali gus menyusutkan bilangan Onmyōji olok-olok.", "Apapun, langkah ini jugalah yang membawa kepada pembubaran aliran Onmyōdō apabila Undang-Undang Shinbutsu-Buri 1868 memerintahkan supaya Buddhisme dipisahkan daripada Shinto. Ketika itu, elemen-elemen Buddhisme, Shinto, Taoisme, dan Konfusianisme sudah pun sebati di dalam aliran Onmyōdō.", "Keadaan ini membuatkan Onmyōdō dan beberapa aliran lain diha.puskan. Badan Onmyōdō Istana juga dibubarkan. Keluarga Tsuchimikado diu.sir daripada istana dan harta-benda mereka habis diram.pas.", "Pun begitu, elemen-elemen Onmyōdō masih mengakar dalam Shinto moden dan beberapa amalan kebudayaan setempat. Hari ini, ia tampil di dalam beberapa media seperti filem, manga, anime, dan permainan video.", "Onmyōdō secara intisarinya merupakan sebuah seni ramalan. Seorang Onmyōji perlu cekap membaca bintang dan mahir dalam kosmologi. Kebanyakan kertas jampi Ofuda yang dapat kita lihat mengandungi carta bintang ataupun buruj. Ia bertujuan menyeru kuasa kami atau semangat yang dikaitkan dengan bintang-bintang tertentu.", "Onmyōji juga dikatakan mampu berinteraksi dengan yokai dan roh manusia yang telah ma.ti. Oleh kerana itu, mereka dipertanggunjawabkan dengan kerja-kerja membaca pergerakan jasad samawi bagi menentukan hari-hari yang sesuai untuk menjalankan sesebuah upacara.", "Mereka juga perlu meramal kelahiran atau kema.tian, mengu.sir roh-roh jahat, dan membantu membuat keputusan ketenteraan atau susun-atur bangunan. Bagaimanapun, aktiviti paling utama mereka adalah pengu.siran roh (exor.cist).", "Laluan untuk menjadi seorang Onmyōji yang mahir bukanlah mudah. Bertahun-tahun lamanya perlu dihabiskan untuk menguasai penggunaan mantera pelindung dan Mudra tangan. Mudra yang paling sinonim bagi mereka ialah Kuji-in/Kuji-kiri (Sembilan Meterai Tangan) yang setiap satunya mewakili:", "Selain mudra tangan, Onmyōji juga dikatakan menggunakan dua ilmu lain iaitu Taizen Fukan no Sai dan Shikigami. Taizen Fukan no Sai merupakan satu ritual yang kononnya bertujuan memperpanjang hayat dan membangkitkan seseorang daripada kema.tian; diasaskan oleh Abe no Seime sendiri.", "Nama ritual ini diambil daripada Taizan, dewa gunung Taishan di Shandong, China yang dianggap sebagai salah satu raja nera.ka (prince of he.ll). Ritual ini tidak menggunakan sebarang mantera. Sekadar pertukaran janji antara Onmyōji yang menawarkan kor.ban kepada Raja-Raja Nera.ka (antaranya Taizan, Enma dan lain-lain) bagi mendapatkan imbalan tertentu.", "Bagi penggemar fiksyen, ritual inilah yang dilakukan oleh bapa Hyakkimaru dalam anime Dororo di mana satu persatu anggota tubuh Hyakkimaru ditawarkan kepada raja-raja neraka bagi menjamin kekuasaannya.", "Shikigami pula adalah roh yang diseru oleh seseorang Onmyōji untuk berkhidmat sebagai pendamping atau pembantunya. Ia berperanan melindungi tuannya, di samping melaksanakan kerja-kerja lain seperti menghantar pesanan, menakutkan penja.hat, dan memberi tenaga tambahan sewaktu mengerjakan ritual tertentu.", "Shikigami selalunya menjelma sebagai haiwan, khususnya burung. Penggunaan Shikigami dalam aliran Onmyōdō disifatkan amat berbahaya, kerana ramai Onmyōji yang hilang kendali ke atas Shikigami masing-masing sekali gus mengor.bankan nyawa sendiri.", "Dicatatkan, Abe no Seime mempunyai dua belas Shikigami. Bilangan ini mendorong sejarahwan untuk mengandaikan wujud perkaitan antara Shikigami dan 12 Semangat Syurgawi dalam aliran Buddhisme.", "Walaupun aliran Onmyōdō diharamkan sejak dua kurun yang lalu, pintu pembelajarannya dibuka kembali pada tahun 2006 – kecuali mantera-mantera terla.rang.  Semenjak itu, sejarahnya mula dihidupkan kembali. Kuil Seime yang dibina pada tahun 1007, dua tahun selepas kematian Abe no Seime turut dihidupkan sehingga menjadi antara destinasi pelancongan tersohor di Jepun pada hari ini.", "\nTERJEMAHAN\nNisa Ryan. (11 Jun 2019). The Oriental Magical Practice of Onmyōdō and its Checkered History. Ancient Origins." ]
https://www.thepatriots.asia/pertempuran-rerantai-besi-umat-islam-main-kejar-kejar-dengan-parsi/
Pertempuran Rerantai Besi: Umat Islam Main Kejar-Kejar Dengan Parsi
[ "Sayang sekali, dalam membicarakan sejarah Islam, Pertempuran Rerantai Besi atau juga dikenali sebagai Pertempuran Sallasil ini tidak pernah dihuraikan secara mendalam oleh kita padahal pertempuran inilah yang berjaya mengubah sejarah. Pertempuran ini berlaku pada tahun 633, bulan April. ", "Dan ini juga menandakan pertempuran pertama antara umat Islam melalui Khulafa Ar-Rashidun melawan sebuah empayar Parsi yang berada di Timur – Empayar Sasanid. Empayar ini pada zaman kemuncaknya, iaitu 10 tahun sebelum penaklukan umat Islam menaungi hampir keseluruhan utara tanah Arab.", "Pertempuran ini berlaku selepas Perang Ridda – di mana peperangan umat Islam melawan kaum-kaum murtad dan juga nabi Palsu. Misnah bin Haris adalah orang yang bertanggungjawab dalam pertempuran ini. Ketua puak arab di bahagian timur Arab ini berkali-kali melakukan penjarahan ke atas kota-kota Parsi dan dia tidak ditangkap. ", "Kelebihan Misnah ialah akar berkuda ringan yang dimiliki olehnya. Lepas menyerang dan merampas kekayaan kota di bawah empayar Parsi, dia akan menghilangkan dirinya dengan cepat tanpa dikesan musuh. Kejayaan Misnah ini membuka mata Khalifah Abu Bakar as Siddiq r.a, lalu dihantarnya kepada Misnah, seorang pahlawan agung bernama Khalid Al-Walid yang baru sahaja pulang dari Pertempuran Yamana.", "Pertempuran ini disertai oleh 18 000 orang tentera yang datang daripada puak-puak Arab kecil yang tinggal di sekitar Timur Laut Arab. Disatukan semuanya di bawah pimpinan Khalid, maka tentera Islam mula memasuki wilayah Empayar Parsi. Sempat juga Khalid menghantar surat kepada Hormozd, gabenor wilayah Dast Meisan,iatu wilayah Empayar Parsi yang paling dekat dengan wilayah Islam ketika itu,", "Khalid sempat mengutuskan surat kepada Hormozd untuk meminta beliau memeluk Islam namun malangnya Hormozd menolak mentah-mentah pelawaan Khalid. Namun sejak dari detik inilah menyaksikan permulaan kepada kebijaksanaan Khalid Al-Walid, dan mengukir namanya dalam sejarah dunia sebagai salah seorang daripada jeneral terhebat dan terbijak dalam sejarah. Ini juga membuktikan kepada kita bahawa kemenangan Islam dulu bukan hanya dalam soal kerohanian sahaja, tetapi kebijaksanaan merencanakan strategi yang ampuh untuk menentang musuh.", "Sebelum itu, saya suka untuk membawa perbincangan kita di samping kita mengkaji sebuah naskah perang yang sangat terkenal di dunia. Setiap apa strategi dan taktikal perang yang disebut oleh karya Art Of War nukilan Sun Tzu itu, kelihatannya diaplikasikan dengan baik oleh Khalid Al-Walid selaku jeneral Islam pada waktu itu meskipun Khalid tidak pernah berjumpa secara berhadapan dengan Sun Tzu,si genius yang mengarang buku tersebut.", "Antara kata-kata Sun Tzu yang dicatat dalam kitab perangnya ialah seperti berikut yang boleh kita sematkan dalam mempelajari taktik perang Khalid:", "1. Tahu tentang musuh dan diri sendiri, maka anda menang ratusan pertempuran tanpa malapetaka besar.", "2. Dia yang akan menang adalah yang tahu bila mahu berlawan dan bila tidak perlu melawan.", "3. Pahlawan yang bijak akan mengelakkan pertempuran.", "Suka untuk saya petik tiga falsafah perang Sun Tzu yang kelihatan diaplikasikan dengan cukup cantik oleh Khalid dalam pertempuran ini. Khalid kelihatan mengkaji dan menyelidik mengenai kekuatan dan kelemahan tentera Parsi. ", "Dari situ Khalid mengetahui bahawa tentera Parsi dilengkapi dengan baju-baju besi, dan senjata yang canggih dan berat, mungkin tercanggih pada zaman itu. Namun, baju besi yang dipakai oleh tentera Parsi ini membuatkan pergerakan mereka dalam perang agak lambat. Khalid kemudiannya memeriksa dan melihat kekuatan pasukan tenteranya. Bala berkuda tentera Islam terdiri daripada infantri dan unit berkuda ringan berbanding Parsi yang sangat berat.", "Maka selepas mengenali kekuatan dan kelemahan kedua-dua belah pihak, maka Khalid terus merencanakan sebuah strategi ampuh. Ketika itu, Khalid datang daripada Yamamah, baru sahaja habis bertempur. Manakala Hormozd pula berkampung di Uballa. Menjangkakan Khalid akan datang dari Yamama melalui Kazima (di Kuwait hari ini), maka dari tempatnya di Uballa, Hormozd pun membawa tenteranya bergerak ke Kazima dan menjangkakan untuk bertembung dengan Khalid dan tentera Islam di situ.", "Khalid yang mengetahui pergerakan dan bagaimana cara Hormozd berfikir pun menggerakan tentera berkudanya ke sebuah bandar tidak jauh dari Uballa, iaitu Hufeir. Memikirkan Kota Hufeir ini agak penting juga untuk Parsi, maka Hormozd pun menggerakan tentera dari Kazima ke Hufeir.", "Sementara itu pasukan peninjau tentera Islam disuruh untuk memerhati pergerakan tentera Parsi. Bila dilaporkan bahawa Hormozd sedang bergerak ke Hufeir, maka Khalid sekali lagi memilih mengelakkan pertempuran dan berlari pula ke Kazima. Bila Hormozd sampai ke Hufeir, dia dapati pula Khalid tiba-tiba boleh berada di Khazima. ", "Maka dalam keadaan tergesa-gesa, Hormozd memaksa tenteranya bergerak dari Hufeir balik semula ke Khazima untuk bertembung dengan Khalid di sana. Malangnya, oleh kerana baju besi dan kelengkapan perang Parsi yang memang terkenal dengan keberatannya, menjadikan pergerakan tentera Parsi menjadi lambat dan sudah keletihan dimain-mainkan oleh kebijaksanaan Khalid.", "Maka Khalid pun mengatakan bahawa inilah masanya untuk dia bertempur dengan tentera Parsi yang sudah keletihan itu. 18 000 orang tentera Islam akan bertempur dengan 20 000 orang tentera Parsi. Dan ketika inilah nama rerantai besi itu menjadi nama pertempuran tersebut.", "Diceritakan bahawa tentera Parsi disambungkan antara satu sama lain dengan rantai besi menandakan bahawa mereka akan bertempur sampai mati dan mengelak mereka untuk cuba lari dari medan perang. Kelebihan rerantai besi ini adalah untuk menghadapi tentera berkuda seperti tentera Khalid. Namun Khalid tidak risau dan gentar sedikit pun.", "Pertempuran dimulakan dengan Hormozd mencabar Khalid untuk bertempur satu lawan satu. Hormozd yang terkenal sebagai pahlawan terhebat Parsi lalu cabarannya oleh Khalid. Maka mereka berdua saling berlawan antara satu sama lain sehingga akhirnya Khalid menang. Hormzod mati terbunuh dan panglima perang yang dilantik oleh Hormozd diamanahkan untuk memimpin tentera Parsi dan meneruskan pertempuran.", "Tentera Parsi yang dilatih untuk berdiri seperti batu sambil disambung oleh rerantai besi itu pada awalnya mampu menahan asakan berkuda tentera Islam sebelum kepenatan kerana dipaksa tentera Islam untuk bergerak meredah padang pasir yang panas dari satu tempat ke tempat lain dan terpaksa menagku kalah. Akhirnya… tentera Islam menang dan tentera Parsi kalah teruk dengan jumlah korban yang sangat tinggi.", "Apa yang dapat kita rumuskan dari pertempuran ini, Khalid tahu pada waktu mana yang paling sesuai untuk dia berperang, bukan sesuka hati sahaja terjun ke medan perang, lalu menjeritkan takbir dan jihad, padahal itu sebenarnya adalah cara membunuh diri. Khalid adalah pahlawan yang bijak. ", "Dia cuba mengelakkan pertempuran beberapa kali dan menyedari bahawa tentera Islam tidak cukup kuat untuk bertempur secara terus dengan tentera Parsi. Maka, dia merencanakan strategi yang cukup ampuh untuk melemahkan Parsi seterusnya memberi kemenangan bergaya kepada tentera Islam. Kehebatan strategi Khalid dan kemenangan dalam pertempuran ini membawa tentera Islam terus mara ke wilayah Empayar Parsi.", "RUJUKAN:The Sword of Allah: Khalid bin Al-Waleed: His Life and Campaigns. https://web.archive.org/web/20041210000537/http://www.swordofallah.com/html/bookhome.htm " ]
https://www.thepatriots.asia/lelaki-liverpool-muslim-pertama-dalam-sejarah/
Lelaki Liverpool Muslim Pertama Dalam Sejarah
[ "Sebut saja Liverpool, yang meniti di bibir ialah kelab bola sepak Liverpool yang tidak terkalahkan dan hampir menang takhta EPL musim ini.", "Dan itu tidak akan menjadi kenyataan jika kita tidak mengambil kira sumbangan ayam tambatannya yang beragama Islam seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane.", "Tetapi tidak ramai tahu bandaraya ini juga merupakan tempat kelahiran figura Islam terkenal era Victoria iaitu Abdullah Quilliam.", "Abdullah Quilliam yang turut dikenali sebagai William Henry Quilliam dilahirkan di 22 Eliot Street, Liverpool pada 10 April 1856 dalam sebuah keluarga tempatan yang berada.", "Kebanyakan masa kanak-kanaknya dihabiskan di Isle of Man dan beliau dibesarkan sebagai seorang Methodist. Antara alma mater tempat pengajiannya ialah Liverpool Institute (Liverpool Institute High School for Boys) dan King William’s College.", "Selepas menamatkan pengajian, Quilliam mula bekerja sebagai peguam pada tahun 1878 dan reputasinya sebagai pengamal undang-undang yang berkaliber menyebabkan ramai menggelarnya peguam tidak rasmi bandaraya Liverpool.", "Ini berikutan penglibatannya sebagai peguambela dalam banyak kes pembunuhan berprofil tinggi ketika itu. Setahun selepas itu, beliau berkahwin dengan Hannah Johnstone dan turut terlibat dengan gerakan menolak pengambilan alkohol yang aktif pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.", "Semasa mengadakan perjalanan ke Maghribi, Quilliam tertarik dengan tingkah laku jemaah haji Maghribi yang bersolat di atas kapal mereka. Beliau merasa hairan mengapa orang-orang ini langsung tidak terganggu dengan tiupan angin atau pergerakan kapal.", "Tetapi yang pasti, beliau amat tersentuh dengan keikhlasan dan kepercayaan penuh mereka semasa beribadat. Bila menanyakan hal itu kepada seorang rakan beragama Islam.", "Rakannya menerangkan bahawa agama Islam itu merupakan kesinambungan agama-agama terdahulu seperti Kristian dan Yahudi. Dan itu sudah cukup menyakinkan Quilliam bahawa langkah logik seterusnya ialah memeluk agama Islam.", "Ini dilakukan sekembalinya ke Britain pada tahun 1887. Selain itu, Profesor Humayun Ansari dari Royal Holloway University of London berpandangan kehidupan sederhana di Maghribi turut memberi impak kepada penerimaannya terhadap Islam.", "Bagaimanapun menurut Profesor Humayun, langkah yang diambil Quilliam bukan saja berani tetapi juga berisiko. Ini kerana pandangan orang era Victoria terhadap agama Islam amat ekstrem dengan ramai menganggap ia sebagai menyeleweng daripada ajaran Kristian dan agama yang berorientasikan keganasan.", "Tambahnya, “Jadi bila beliau memeluk Islam, ia dianggap satu perkara yang luar biasa bagi individu yang datang dari latar belakang terhormat untuk melakukan perkara tersebut.” Walaupun Islam tidak mewajibkan penukaran nama individu bila mereka memeluk Islam, Quilliam memilih nama Abdullah sebagai nama baru dan permulaannya sebagai seorang Muslim.", "Sebagai permulaan, beliau membeli tiga buah rumah di Brougham Terrace, Liverpool menggunakan wang derma Putera Mahkota Afghanistan ketika itu, Nasrullah Khan. Rumah bernombor 8, 11 dan 12 ditukar peranannya dengan rumah nombor 8 dijadikan sebagai Institut Muslim Liverpool.", "Institut Muslim Liverpool juga merupakan masjid fungsi penuh pertama di Britain. Sementara dua buah lagi rumah dijadikan sebagai sekolah berasrama penuh untuk lelaki dan sekolah pagi untuk wanita serta sebuah rumah penjagaan yang dikenali sebagai Medina House.", "Medina House merupakan rumah penjagaan bagi anak-anak keluarga yang tidak berkemampuan tetapi mahukan anak-anak mereka dibesarkan sebagai Muslim.", "Masjid yang mula beroperasi pada Hari Krismas 1889 itu turut menganjurkan kelas pendidikan pelbagai subjek dan mempunyai pelbagai fasiliti termasuk sebuah makmal sains dan muzium.", "Pada tahun sama, Quilliam turut menerbitkan sebuah buku berkenaan Islam yang bertajuk The Faith of Islam. Buku karangannya ini berkisar tentang soal dakwah Islamiyah dan prinsip-prinsip utama di sebaliknya.", "Pada mulanya, hanya 2,000 buku sahaja yang diterbitkan tetapi ia mendapat sambutan menggalakkan sehingga perlu ditambah cetakan sebanyak 1,000 buku dan diterjemah dalam 13 bahasa.", "Buku ini turut mendapat perhatian Ratu Victoria dengan baginda mahukan enam lagi salinan untuk kerabat baginda. Selain Faith of Islam, Quilliam turut menerbitkan akhbar The Crescent bagi menceritakan perkembangan umat Islam di Britain dan Islamic World, satu makalah bulanan untuk khalayak pembaca dari seluruh dunia.", "1890 turut menyaksikan kebangkitannya sebagai antara figura utama umat Islam di Britain menerusi bantahan terhadap pementasan teater Mahomet hasil karya Henri de Bornier yang diterjemahkan oleh Hall Caine.", "Teater yang dikatakan menceritakan riwayat hidup Rasulullah s.a.w sudah mencetuskan kontroversi di Perancis apabila ia disekat pada Mac 1890 oleh Paris hasil desakan Sultan Abdul Hamid II dari Empayar Uthmaniyyah.", "Walaupun Caine menegaskan plot teater tersebut berlawanan dengan sejarah dan ia telah disunting melalui kerjasama penulis Dracula Bram Stoker dan pelakon teater terkenal Sir Henry Irving, ia sudah mencetuskan kekecohan dalam kalangan umat Islam di Britain.", "Dan bagi London, jika teater ini diteruskan, ia bukan sahaja berpotensi merenggangkan hubungan dengan Istanbul tetapi juga menyukarkan usaha mereka kekal berkuasa di India.", "Akhirnya, Earl Pertama dari Lathom, Edward Bootle-Wilbraham memutuskan untuk menyekat produksi Mahomet, satu perkara yang dianggap luar biasa tetapi menunjukkan keseriusan Britain terhadap masalah yang dicetuskan produksi teater itu.", "Pada tahun 1891, beliau turut menjadi saksi pengebumian awam pertama Islam di Liverpool membabitkan bekas mubaligh Methodist Michael Hall.", "Melihat kepada ketokohannya sebagai figura utama umat Islam di Britain, maka tidak hairanlah mengapa Sultan Abdul Hamid II mengurniakan gelaran Sheikhul Islam bagi Kepulauan Britain, Sheikh bagi orang Islam di Britain (Emir Afghanistan) dan Naib Konsul Kedutaan Parsi di Liverpool.", "Hasil daripada kerja dakwah Quilliam menyaksikan 600 orang memeluk agama tauhid termasuk bekas Datuk Bandar Stalybridge, Greater Manchester dari Parti Konservatif, Robert Reschid Stanley dan Lord Stanley dari Alderley di Cheshire.", "Tetapi ramai mengadu mereka sentiasa diganggu ketika itu hanya kerana memilih Islam sebagai agama termasuk rumah dibaling batu dan tahi kuda.", "Menurut Jahangir Mohammed dari Persatuan Abdullah Quilliam, Quilliam sendiri pernah dibaling dengan kepala khinzir dan batu.", "Sesetengah serangan sengaja dicetuskan oleh paderi-paderi dan media, situasi yang mendorongnya menghasilkan Faith of Islam, The Crescent dan Islamic World.", "Beliau juga turut menggalakkan umat Islam untuk menulis dan bersuara tentang isu semasa terutama yang membabitkan kepentingan mereka tanpa perlu rasa takut.", "Kejujuran sebegini kadangkala menyebabkan Quilliam dilabel pengkhianat berikutan kelantangannya terhadap polisi luar Britain di Sudan dan sokongan politiknya terhadap Empayar Uthmaniyyah.", "Tetapi kebijaksanaannya membentuk syarahan-syarahan agama yang bersesuaian dengan minat saintifik masyarakat ketika itu menukar persepsi masyarakat era Victoria terhadap Islam 360 darjah.", "Tetapi kerja baiknya itu terhenti berikutan satu skandal yang tercetus pada tahun 1908. Berikutan tugasnya sebagai seorang peguamcara, beliau sentiasa menyokong perjuangan kelompok tertindas seperti kesatuan pekerja dan reformasi undang-undang perceraian.", "Skandal ini tercetus apabila Quilliam cuba membantu seorang wanita mendapatkan perceraian dengan memerangkap suami wanita itu dengan seorang wanita lain sebagai bukti bahawa lelaki itu berlaku curang kepadanya.", "Tetapi perangkap tersebut tidak menjadi dan ia memberi kesan kepada karier guamannya. Untuk mengelak ia memberi kesan kepada komuniti Islam Liverpool, Quilliam meninggalkan Liverpool dan menghilangkan diri selama enam tahun.", "Anaknya yang melihat usaha ini sebagai sia-sia segera menjual masjid dan pusat Islam yang diusahakan beliau. Tanpa pengaruh Quilliam dan sokongan kewangan, komuniti Islam Liverpool mula berpecah.", "Pada tahun 1914, beliau kembali ke Britain di bawah nama Henri Marcel Leon/Haroun Moustapha Leon tetapi masih ramai yang mengenali nama lamanya itu seperti didedahkan Profesor Ron Geaves.", "Quilliam menghabiskan masanya di Onchan, Isle of Man sebelum ke Woking di mana beliau terus berbakti kepada agama.", "Beliau kembali ke rahmatullah pada usia 76 tahun di Bloomsbury, London pada tahun 1932. Quilliam dikebumikan di sebuah kubur tidak bertanda di Tanah Perkuburan Brookwood, Woking.", "Kawasan perkuburan ini turut menjadi tempat pengebumian tokoh Anglo-Muslim yang lain seperti Abdullah Yusuf Ali, Muhammad Marmaduke Pickthall dan Lord Headley.", "Hari ini, legasinya diteruskan oleh sebuah organisasi yang dipanggil Persatuan Abdullah Quilliam. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1996 bagi memelihara legasinya termasuk Institut Muslim Liverpool yang terbiar selama beberapa tahun.", "Hasil usaha ini menyaksikan masjid tersebut kembali dibuka kepada orang ramai pada tahun 2014 dan namanya kini ditukar kepada Masjid Abdullah Quilliam.", "Persatuan ini turut mendapat sokongan pakar akademik seperti Geaves dan Profesor Mehmet Seker dari Universiti Dokuz Eylul.", "Sebelum saya tamatkan kisah Quilliam ini, apa kata kita hayati sajak karangannya yang dihasilkan pada tahun 1901. Sajak The Muslim Anthem ini merupakan antara koleksi sajak yang dihasilkan beliau untuk The Crescent dan Islamic World.", "Give them full strength to stand\nFirm in the fight.", "Strengthen and help the weak,\nAnd teach us all to speak,\nThy truth abound.\nMay love and liberty,\nTruth and sweet purity,\nWith plenteous charity,\nIn us be found.", "Hear Thou the orphan’s cry,\nAssuage the widow’s sigh,\nThe foolish chide.\nLet vice no more abound,\nBut happiness be found\nIn every home and round\nThe world so wide.", "– 1 Muharam 1319, 21 April, 1901", "RUJUKAN:", "1. BBC. (2019). The British Victorians who became Muslims. https://www.bbc.com/news/uk-england-48069763", "2. Long, Chris dan Chester, Jerry. (2014). ‘The birthplace of Islam in Britain’: Kensington’s Victorian mosque reopens. BBC. https://www.bbc.com/news/uk-england-merseyside-28018673", "3. Bano, Rahila. (2012). The legacy of Victorian England’s first Islamic convert. BBC. https://www.bbc.com/news/uk-england-17827016" ]
https://www.thepatriots.asia/apa-kena-buat-dengan-luka-tertikam/
Apa Kena Buat Dengan Luka Tertikam?
[ "Apa tindakan anda andai berhadapan dengan lvka tertik4m atau tertvsuk?", "Kemalangn boleh berlaku tanpa diduga sama ada ditempat kerja atau rumah. Saya tuliskan artikel ini supaya pembaca tahu apa tindakan yang boleh dilakukan.", "Satu tindakan boleh menyelamatkan nyawa. Satu kesilapan boleh menyebabkan kemat1an. Saya faham ajal itu datangnya dari Tuhan tapi kita manusia boleh berusaha.", "Tahap keterukan lvka bergantung pada bahagian dan organ dalaman yang terlibat. Sekiranya terkena salur dar4h arteri, ia boleh menyebabkan kehilangan dar4h yang banyak dan jangkitan kuman boleh menyebabkan kemat1an. Oleh kerana lvkanya yang dalam, ia dapat menceder4kan organ dalaman serta pendar4han dalaman yang teruk.", "Tubuh orang dewasa mempunyai lebih kurang 6 liter dar4h/10 beg (1 beg bersamaan 450ml). Paras kuantiti bah4ya dar4h yang hilang dari tubuh manusia ialah melebihi 50 peratus atau lebih kurang 3 liter. Akibat kehilangan dar4h yang banyak, tubuh manusia akan mula mengalami kegagalan jantung dan sel otak mati. Nafas akan menjadi lebih laju akibat jantung cuba mengepam dar4h yang secukupnya.", "Lvka yang teruk dan mengenai salur arteri boleh menyebabkan tubuh kehilangan dar4h sebanyak 40 peratus dalam tempoh 3-4 minit. Ini berbeza untuk lvka pada bahagian kepala kerana disitu terletaknya organ otak dan saraf.", "Apa perlu dilakukan sekiranya anda berhadapan dengan mangsa tertik4m atau tertusuk objek taj4m?", "Pertama sekali jangan gelabah. Anda ada masa empat minit untuk bertindak. Pendar4han perlu dihentikan supaya mangsa tidak kehilangan dar4h melebihi 50 peratus seperti yang saya tulis diatas.", "Kalau ada dua orang atau lebih, seorang perlu kendalikan mangsa dan seorang lagi akan hubungi talian kecemasan.", "Kalau anda berseorangan, uruskan pendar4han itu terlebih dahulu. Kalau cekap, boleh lakukan keduanya serentak.", "Keduanya ialah sentiasa amalkan keselamatan yang baik. Pakai sarung tangan untuk mengendalikan pendar4han. Kita tidak tahu penyakit apa yang ada pada mangsa.", "Hentikan pendar4han dengan tekapkan lvka menggunakan kain kasa (gauze). Kalau tak ada kotak kecemasan ditempat kejadian. Guna sahaja apa yang ada, asalkan kain itu bersih dan boleh digunakan untuk tekap lvka. Tekan bahagian lvka itu untuk hentikan pendar4han.", "Perhatikan betul-betul kawasan lvka. Jangan tekap di kawasan yang salah. Khuatir keadaan tubuh yang penuh dengan dar4h menyebabkan kekeliruan. Pendar4han tidak terhenti akibat tersalah tempat adalah kesilapan yang perlu dielakkan.", "Atas tu kita cerita tentang objek tertusuk telah dicabut. Kita sambung dengan bagaimana sekiranya objek itu masih melekat pada tubuh mangsa.", "Jangan cabut objek itu!", "Perbuatan mencabut objek yang menikam mangsa akan memburukkan keadaan. Pertamanya ialah menyebabkan lvka terbuka dan berlaku pendar4han lebih banyak. Ini kerana objek taj4m yang masih kekal tertusuk akan menjadi penghalang kepada berlakunya perdar4han kerana ia masih melekat di tempat yang terlibat dan memberikan tekanan pada kawasan tersebut dari terus mengalirkan dar4h.", "Geseran dari objek sewaktu dikeluarkan boleh terus menceder4kan organ dalaman. Sisa objek tertik4m itu boleh tertinggal dalam tubuh mangsa. Kalau pisau taj4m mungkin tiada yang tertinggal. Kalau kayu atau besi berkarat, ini boleh membah4yakan organ dalaman mangsa. Objek ini sebaiknya dikeluarkan oleh pakar bedah di hospital.", "Selain dari hentikan pendar4han, objek yang melekat pada tubuh mangsa perlu berada dalam keadaan statik. Pergerakan objek tersebut boleh menyebabkan keceder4an lain dalam organ dalaman.", "Ada dua cara ikatan yang diajarkan dalam kursus pertolongan cemas untuk objek yang menikam tubuh iaitu cara donut dan cara jambatan.", "Kedua-dua cara ini ialah untuk mengekang pergerakan objek taj4m yang masih melekat pada tubuh mangsa.", "Apabila sudah selesai dengan balutan. Hubungi nombor kecemasan untuk meminta bantuan. Jelaskan keadaan mangsa supaya bantuan yang sesuai dapat dihantar.", "Saya bagi contoh kekeliruan maklumat yang berlaku. Mangsa tertik4m pada satu tiang dalam yang melekat pada dinding. Kalau maklumat yang kita berikan itu tidak penuh, maka ambulan sampai tidak boleh melakukan kerja kerana mereka memerlvkan bomba untuk memotong besi itu.", "Apa yang paling penting dalam keadaan kecemasan ialah jangan bertindak terburu-buru. Satu langkah boleh menyebabkan bah4ya lain yang boleh muncul." ]
https://www.thepatriots.asia/sajak-maharaja-ming-kepada-rasullulah-s-a-w/
Sajak Maharaja Ming Kepada Rasullulah S.A.W
[ "Hubungan antara Kerajaan China dan Islam dikira agak akrab walaupun kadang-kala menghadapi gelora terutamanya semasa zaman pemerintahan Dinasti Qing . Semasa Kempen Pembasmian Agama-Agama Asing pada tahun 845, Mahajara Wuzong dari Dinasti Tang telah mengecualikan agama Islam sebagai agama yang perlu dibasmi di China. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ajaran Buddha dan Confucius namun itu tidak bermakna kerajaan China ini tidak boleh menjalinkan hubungan yang baik dengan Kerajaan Islam pada waktu itu.", "Hubungan antara Islam dan China sudah bermula seawal zaman Dinasti Tang lagi dan apabila Dinasti Yuan mengambil alih China, maka perkembangan Islam di China semakin pesat dimana pemerintah Yuan telah mengambil orang Islam sebagai pegawai kerajaan termasuk menjawat jawatan tinggi kerajaan.", "Pada abad ke-14, Ibnu Battutah telah merekodkan bahawa di China pada waktu itu sudah wujud komuniti Islam yang agak besar. Perkara sama turut direkodkan oleh Marco Polo sekitar tahun 1275-1292 dimana beliau beberapa wilayah terutamanya di Yunnan telah mencatatkan jumlah penduduk Islam yang tinggi dan perkara ini bukanlah pelik kerana Gabenor Yunnan pada waktu itu ialah seorang Islam iaitu Sayyid Ajall.", "Hubungan awal Islam-China mungkin hanya bermula semasa lawatan Saad bin Abi Waqqas ke China pada tahun 651 yang menggunakan jalan laut dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke istana China yang terletak di Chang An. Rombongan Duta Islam ini ialah berjumlah seramai 15 orang dan dicatatkan secara terperinci dalam catatan Dinasti Tang. Sejak rombongan pertama itu, istana China telah mencatatkan kedatangan rombongan arab-Islam sebanyak 39 kali.", "Hubungan China-Islam makin diperkuat apabila Maharaja Daizong dari Dinasti Tang meminta bantuan daripada Khalifah kedua Abbasiyah iaitu Abu Jaffar Al Mansur untuk menumpaskan pemb3rontakan dalam negara. Ada sesetengah pendapat menyatakan Maharaja Suzong yang meminta pertolongan Abbasiyah. Maka Khalifah Abu Jaffar al Mansur telah menghantar 4000 tentera Islam dari suku Tujue ( banyak pendapat mengenai tempat asal utentera Islam ) untuk menumpaskan pemberontakan yang didalangi oleh An Lushan sejak zaman Maharaja Xuanzong.", "Pemberontakan ini hanya berakhir apabila mereka kalah semasa pemerintahan Maharaja Daizong. Selepas berjaya mengalahkan pemb3rontakan tersebut, Maharaja Daizong telah membenarkan tentera Abbasiyah untuk tinggal di China dan daripada disinilah lahir suku Hui apabila tentera Islam tersebut berkahwin dengan penduduk tempatan.", "Untuk makluman pembaca, suku Hui dan Uighur adalah berbeza walaupun keduanya menganut agama Islam. Namun begitu ada juga pendapat bahawa kedatangan rombongan Saad Bin Abi Waqqas inilah bermulanya kewujudan suku Hui apabila Maharaja Gaozong telah membenarkan rombongan ini menyebarkan Islam kepada orang Cina.", "Semasa pemerintahan Maharaja Yongle iaitu Maharaja ketiga Dinasti Ming pula, muncul Laksamana Zheng He / Cheng Ho yang menjadi penyokong setia baginda. Melalui Zheng He inilah Maharaja Yongle atau Zhu Di mengenali Islam. Baginda sangat menghargai umat Islam sehinggakan telah mengarang sajak untuk memuji Rasulullah.", "“Sejak terciptanya alam ini,", "Tuhan telah mengangkat seorang pemuda beriman", "lagi berakhlak mulia,", "Dari barat dia dilahirkan", "Menerima kitab suci wahyu ilahi", "Kitab terhimpun 30 juzuk", "Buat panduan sekalian makhluk", "Dialah raja sekalian raja", "Penghulu sekalian nabi", "Dengan bimbingan Yang Maha Mulia", "Dipertahankan negara tercinta", "Dengan lima waktu tunaikan solat", "Dalam diam memohon rahmat", "Hatinya lurus menghadap Allah", "Sang miskin diangkat darjat", "Maka tersirna segala sengsara", "Dengan melihat disebalik cahaya", "Memanggil seluruh jiwa dan roh", "Untuk meninggalkan segala kesalahan", "Membawa rahmat sekalian alam", "Menyingkap rahsia agung nan silam", "Memadam segala kejahatan", "Itulah agama yang suci penuh kebenaran", "Muhammad", "Yang Mulia lagi Terhormat”", "Maharaja Yongle bukanlah satu-satunya Maharaja China yang kagum dengan Islam. Dalam catatan pengembaran Sulaiman at Tajir dan Abu Zaid As Sirafi  yang bertajuk Rihlatus Sirafi : catatan pengembaraan di Alam Melayu, China, India dan Afrika ada memuatkan kisah mengenai seorang suku Quraisy yang bernama Ibn Wahab yang bercakap dengan Maharaja China mengenai Nabi umat Islam seperti Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad bahkan Maharaja China tersebut dikatakan menyimpan gambar nabi-nabi tersebut.", "RUJUKAN:", "Ann Wan Seng. 2008. Rahsia Islam di China : Gemilang di Sebalik Tembok Besar. Batu Caves: PTS Islamika", "Chong Kok Hoong, Muhammad Suhail Ahmad dan Abdul Hakim Shahbuddin. 2019. Laksamana Zheng He : Teladan Merentasi Zaman. Kuala Lumpur : GPTD", "Sulaiman At Tahir dan Abu Zaid As Sirafi ( pent Arsyad Mokhtar ). 2017. Rihlatus Sirafi : catatan pengembaraan di Alam Melayu, China, India dan Afrika. Pulau Pinang : Baytul Hikma" ]
https://www.thepatriots.asia/mahasiswa-biar-setara-cerdik-ilmu-dengan-adabnya/
Mahasiswa Biar Setara Cerdik Ilmu Dengan Adabnya
[ "Mahasiswa menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi ke-4 bererti penuntut (pelajar) di universiti. Namun jika diteliti secara harfiah, sebenarnya perkataan mahasiswa terdiri daripada dua suku kata. ‘Maha’ yang membawa maksud besar dan berkuasa, dan ‘siswa’ yang merujuk kepada sekelompok pelajar atau penuntut di institusi pengajian tinggi. Maka ia dilihat sebagai satu “kelompok” yang bukan sahaja mulia disebabkan kesempatan peluang untuk menuntut di institusi pengajian tinggi tetapi turut mempunyai kuasa mobilisasi massa berpaksikan kapasiti intelektual minda yang dimiliki oleh mereka.", "Kalau direnung semula sejarah gerakan mahasiswa di Malaysia ia tidaklah terhad di kampus atau di bilik kuliah semata-mata. Namun, kemampuan untuk berinteraksi dan bergaul dengan masyarakat sekeliling sangatlah dituntut supaya sentiasa cakna dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Amat malang jika kehidupan seseorang mahasiswa itu seperti kera sumbang atau seperti katak di bawah tempurung sedangkan media sosial telah bergerak pantas melangkaui fikiran kita.", "Kita sebagai mahasiswa di era Malaysia Baru wajar menjadikan idola Ummah kita iaitu ar- Rasul sebagai panduan utama kita. Oleh itu, jika terdapat sesuatu kejanggalan dalam masyarakat kita yang merobek kehidupan bermasyarakat serta tuntutan-Nya, dengan kekuatan intelektual yang ada serta kebebasan bersuara yang diperuntukkan maka menjadi tanggungjawab kita untuk mengislahkannya sehingga menjadi perubahan positif.", "Seterusnya, mahasiswa masa kini perlu menjadi benteng hadapan dalam mempertahankan hak hak agama serta bangsa kerana sudah maklum bahawa kita semua bakal memimpin tanah air tercinta ini sekaligus menjadi wadah untuk mahasiswa membuktikan jati diri serta perjuangan yang dimiliki sejak di alam menara gading. Kadang perlakuan mahasiswa di era sekarang agak melampau dek kerana terlalu mementingkan kebebasan bersuara sehingga menampakkan kebiadapan terhadap pengurusan universiti.", "Baru baru ini, Malaysia dikejutkan dengan keberanian beberapa pimpinan mahasiswa bukan Melayu yang amat lantang dan vokal dalam membangkitkan isu isu yang agak sensitif seakan mahu menjolok sarang tebuan dengan cuba menganggu gugat keharmonian yang sedang kita nikmati sekarang. Mahasiswa Universiti Awam khususnya di universiti yang terkenal dengan kilang anak watan yang hebat sepatutnya bertindak matang dan bersikap rasional atas sesuatu isu. Sebagai pimpinan mahasiswa, mereka sepatutnya menjadi orang tengah dalam memastikan kedamaian negara dan perpaduan kaum dapat dieratkan bukannya kelakuan jelek yang menunggang istilah kebebasan bersuara tetapi mencalarkan imej baik universiti itu sendiri. Semua rakyat Malaysia khususnya mahasiswa yang mempunyai daya intelektual yang tinggi sewajibnya menghormati Perlembagaan sebagai panduan beretika agar mahasiswa berbicara dengan berhemah serta berakhlak dalam mengulas sesuatu isu yang berbangkit.", "Jelaslah, ilmu yang diperoleh oleh mahasiswa wajar dimanfaatkan sebaiknya untuk menjadi seorang mahasiswa yang berwibawa serta holisitik. Sememangnya mahasiswa merasakan kerajaan Pakatan Harapan ini bersifat bebas maka digunakan alasan sebegitu untuk memanifestasikan ketidakpuashatian dengan kaedah yang cukup tidak matang. Mahasiswa jika mahu menjadi “rebel” sekalipun biarlah kena dengan gayanya seperti turun di jalan raya bukan di platform istiadat konvokesyen yang penuh dengan adat rasminya. Kadang ilmu yang ada perlulah diring dengan adab dan akhlak yang cantik agar ia menjadi kosmetik kepada mahasiswa yang kompeten.", "Tegasnya, benar rasis itu tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke menara gading namun strategi penentangan biarlah cerdik setara dengan ilmu yang dibelajar dari bilik kuliah, para pensyarah dan aktiviti sekeliling. Mahasiswa zaman kini gemar melakukan sesuatu yang luar  dari kebiasaan. Namun, biarlah berpandukan adab dan moral agar masyarakat luar tidak memandang remeh tentang peranan mahasiswa. Peranan media patutnya dimanfaatkan sekaligus menjadi senjata utama dalam mengulas sesuatu isu selaras dengan kebijaksanaan mahasiswa. ", "Akhir kalam, zaman mahasiswa adalah zaman kita membina fikrah dan idea bagi merangsang idea idea segar supaya pembinaan sebuah negara bangsa dapat dikecapi, Diharapkan mahasiswa tanpa mengira warna kulit dan latar belakang fahaman politik usahlah membutakan mata serta hati tentang budaya dan tatatusila agar tiada lagi peristiwa kurang adab yang mencalarkan imej mahasiswa serta memalukan Universiti.Artikel sumbangan Abrar Sadiq untuk The Patriots. " ]
https://www.thepatriots.asia/pkpb-hayati-kisah-nabi-sulaiman-dan-sang-semut/
PKPB: Hayati Kisah Nabi Sulaiman Dan Sang Semut
[ "Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman, dan keduanya mengucapkan, “Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hamba-Nya yang beriman.” Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata, “Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) itu benar-benar suatu kurniaan yang nyata.” (An-Naml: 15-16).", "Betapa besarnya anugerah yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Sulaiman As yang merupakan anak kepada Nabi Daud As namun tetap juga mereka menjadi hamba yang bersyukur. Bahkan kekuasaan, kedudukan dan kerajaan Nabi Sulaiman adalah yang paling terlengkap sehingga  meliputi manusia, haiwan dan jin.", "Kata Ibnu Kathir bahawa Nabi Sulaiman memahami dan mempunyai kelebihan berutur dengan segala burung dan haiwan yang belum pernah diberikan kepada seorang manusia pun sepanjang yang kita ketahui melalui berita yang disampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya. Manakala menurutnya lagi, Allah telah mengajarkan kepada Nabi Sulaiman mengenai dialog dan percakapan burung-burung di udara dan ucapan haiwan-haiwan sesuai dengan perbezaan jenisnya.", "Kemudian dipimpin bala tenteranya yang luar biasa hebat oleh baginda sendiri dikelilingi manusia manakala jin dan haiwan dalam barisan tersendiri. Burung-burung pula terbang di atas langit sehingga jika keadaan panas maka mereka akan menaungi dengan melebarkan sayap mereka.", "Ibnu Kathir meriwayatkan daripada Mujahid bahawa setiap golongan mempunyai komandan atau ketua masing-masing sebagai petunjuk agar tidak saling mendahului. Sayyid Qutb menyebut bahawa bala tentera Nabi Sulaiman meneruskan perjalanannya dalam barisan yang teratur rapi dalam keadaan barisan pertama bersambung-sambung hingga barisan terakhir. Mereka berjalan dalam barisan yang kuat dengan derap langkah kaki yang sama sehinggalah tiba di sebuah lembah yang banyak semut dikenali sebagai wadi al-naml.", "Tatkala inilah, semut tersebut menyeru kepada semut yang lainnya dan didengari oleh Nabi Sulaiman As. Firman Allah:", "“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.", "(An-Naml:18).", "Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya bahawa semut itu bimbang dan takut sekiranya dirinya dan semut-semut yang lain dipijak oleh bala tentera Nabi Sulaiman As. Maka oleh sebab itulah, seekor semut menyeru rakan-rakannya untuk kembali ke dalam sarang kerana mereka yang kecil itu tidak akan disedari oleh bala tentera yang begitu besar.", "Menurut  Dato’ Dr  Haron  Din,  komunikasi  antara  semut tersebut adalah dalam bentuk percakapan kerana istilah “berkata” itu merujuk kepada perkataan  “qaala” yakni komunikasi dalam  bentuk pertuturan  dan  bukanlah isyarat. Ini hanya dapat difahami oleh Nabi Sulaiman As yang dianugerahkan kebolehan untuk memahami pertuturan semut malah haiwan-haiwan lain juga sebagai mukjizat kepadanya.", "Maka perasaan kagum mula menyapa dalam diri Nabi Sulaiman lantas tersenyum terhadap keprihatinan dan peringatan semut itu kepada kawan-kawannya. Malahan baginda juga merasa gembira dengan kurniaan Allah yang dimilikinya iaitu dapat memahami maksud bahasa semut itu lalu berdoa. Firman Nya:", "“Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah aku dengan limpah rahmatMu  dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.", "(An-Naml:19).", "Inilah suatu pelajaran sejarah yang perlu dijadikan pengajaran dalam kehidupan bermasyarakat. Menjadi ibrah buat orang berakal agar dapat memahami keadaan makhluk yang sekecil semut ini pun mereka bersama dalam mengamankan dan melindungi antara satu sama lain daripada diinjak oleh bala tentera.", "Maka dalam keadaan PKPB lantaran Virus Covid-19 yang masih wujud di negara kita, amatlah disarankan agar kita kekal di dalam rumah seperti mana perlakuan semut itu menyeru kaumnya untuk kembali ke dalam sarang bagi menyelamatkan diri.", "Tetaplah di rumah bersama keluarga sehingga berakhirnya ujian ini jika tiada urusan mustahak dan penting di luar kerana kelonggaran ini bukanlah bermakna perayaan selagi musuh durjana bernama korona belum dilenyapkan.", "RUJUKAN:", "Abu Fida Ismail Ibn Umar Ibn Kathir, Qisas Al-Anbiya.", "Abu Fida Ismail Ibn Umar Ibn Kathir ,Tafsir Ibnu Kathir.", "Sayyid Qutb, Tafsir Fi Zilalil Quran." ]
https://www.thepatriots.asia/kito-aya-catatan-seribu-tangisan/
Kitō Aya: Catatan Seribu Tangisan
[ "“1 Liter of Tears” ataupun tajuk asalnya, “ichi rittoru no namida (1リットルの涙) adalah merupakan tajuk drama yang pernah ditayangkan di Jepun. Di sana, drama tersebut ditayangkan pada 11 Oktober 2005 sehingga 20 Disember 2005 di saluran Fuji Television.", "Malaysia adalah antara negara luar yang berpeluang untuk menayangkan drama tersebut. Tidak silap penulis, drama tersebut pernah ditayangkan pada 4 Ogos 2007 sehingga 20 Oktober 2007 di saluran 8TV.", "Secara ringkasnya, drama tersebut mengisahkan tentang seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bernama Ikeuchi Aya. Beliau telah disahkan menghidapi sejenis penyakit yang bernama “Spinocerebellar Ataxia (SCA)”.", "Tahukah anda, watak Ikeuchi Aya lakonan Sawajiri Erika itu merupakan adaptasi daripada kisah sebenar? Watak “Ikeuchi Aya” dalam drama tersebut adalah diilhamkan daripada kisah Kitō Aya. Persoalannya, siapakah beliau?", "SIAPAKAH ITU KITŌ AYA?", "Kitō Aya adalah seorang remaja perempuan yang biasa. Beliau dilahirkan pada 19 Julai 1962 di wilayah Toyohashi, Jepun. Beliau adalah anak sulung daripada lima adik-beradik. Ibu bapanya iaitu Kitō Mizuno dan Kitō masing-masing bekerja sebagai pekerja pejabat dan jururawat.", "Gejala aneh yang dihadapi Aya ketika berusia 15 tahun telah menarik perhatian ibunya, . Di hospital, doktor telah mengesahkan anaknya telah menghidapi penyakit “Spinocerebellar Ataxia (SCA)” ataupun dalam Bahasa Jepun, “Sekisuishōnōhenseishō (脊髄小脳変性症)”.", "SCA adalah sejenis penyakit keturunan yang disebabkan oleh kemerosotan fungsi pada kawasan Cerebellum. Kawasan yang terletak di bahagian bawah belakang otak itu berfungsi untuk melaras pergerakan tubuh.", "KETIKA BERUMUR 14 TAHUN", "Aya telah mula menulis diari ketika umur 14 tahun. Berdasarkan diarinya, beliau diuji dengan pemergian anjing peliharaannya, Mary akibat digigit anjing jirannya yang garang, Tiger. Akhirnya, Aya meneruskan kehidupannya.", "Selain itu, diari beliau ada menyebut yang ibu bapanya ketika itu masing-masing berumur 41 dan 40 tahun. Adiknya iaitu Ako, Hiroki, Kentaro dan Rika pula masing-masing berumur 13 tahun, 12 tahun, 11 tahun dan 2 bulan.", "KETIKA BERUMUR 15 TAHUN", "Aya mengalami penurunan berat badan. Beliau menganggap keadaan tersebut berpunca daripada mengelak waktu makan untuk menyiapkan kerja sekolahnya.", "Ketika hendak pergi ke sekolah dalam keadaan hujan, secara tiba-tiba Aya terjatuh. Jarak dari rumahnya ke tempat dia terjatuh adalah 100 meter. Dagunya luka akibat terjatuh di jalanraya.", "Kemudiannya, Aya pulang ke rumah dalam keadaan menangis. Dengan kadar segera, ibunya membawa Aya ke hospital. Di hospital yang terletak di wilayah Nagoya, Aya menjalani Imbasan CT.", "KETIKA BERUMUR 16 TAHUN", "Ibu bapanya membelikan Aya sebuah kerusi roda elektrik. Kerusi tersebut mampu bergerak selaju 5 kilometer sejam. Kelajuan tersebut adalah seperti orang yang berjalan biasa.", "Aya cuba duduk di atas kerusi roda tersebut lalu berjalan apabila menolak sedikit butangnya. Beliau menangis kegembiraan kerana dapat keluar dengan bebas setelah sekian lama.", "KETIKA BERUMUR 17 TAHUN", "Kesemua ahli keluarganya memberi sebentuk hadiah kepada Aya sempena Hari Lahir ke-17. Kesemua hadiah adalah bertujuan untuk meringankan bebannya.", "Ibu bapa Aya menghadiahkan buku nota dan set huruf. Adik-adiknya iaitu Ako, Hiroki dan Kentaro nasing-masing menghadiahkan jam pasir, pen dan buku bertajuk “Orang Putih, Orang Kuning” yang ditulis oleh Endo Shusaku.", "Pada tahun itu, Aya telah mula sukar bergerak ke merata tempat walaupun dengan memakai kerusi roda.", "KETIKA BERUMUR 18 TAHUN", "Aya terjatuh di dalam bilik mandi. Ibunya yang bergegas ke bilik mandi terkejut kerana ternampak darah dan air panas yang mengalir. Aya diapit ibunya dengan bantuan Ako.", "Aya telah mengalami kecederaan parah di bahagian punggungnya. Di hospital, beliau telah menerima dua jahitan. Dia perlu berada di hospital sehingga jam 9 malam.", "Aya yang terbaring di atas katil ternampak ibunya yang sedang sibuk membahagikan ubat-ubatan mengikut dos yang ditetapkan.", "KETIKA BERUMUR 19 TAHUN", "Makan, menggosok gigi, pergi tandas dan tidur. Itulah aktiviti sehariannya. Aktiviti tersebut dilakukan pada setiap hari.", "Jika tidak, Aya akan melakukan latihan kendiri untuk memperlambatkan komplilasi SCA iaitu menjadi lumpuh dan bisu. Antara latihan tersebut adalah meniup harmonika, membaca buku dan berdiri.", "KETIKA BERUMUR 20 TAHUN", "Ibunya, membelikan kek untuk ahli keluarganya. Namun Aya tiada tenaga untuk memakannya. Untuk merajinkan dirinya, Aya merancang membuat untuk “sit up” sebanyak beberapa kali. Beliau hanya berjaya buat sebanyak satu kali.", "Sama ada ibunya, ataupun adiknya, Ako membantu Aya untuk ke tandas. Mereka menarik seluar Aya lalu mendudukkannya ke atas mangkuk tandas. Mereka menunggu di luar apabila Aya menyelesaikan segala urusannya.", "Pada suatu hari, Aya ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas. Tekanan Darahnya rendah.", "KETIKA BERUMUR 21 TAHUN", "Diari ini ditulis oleh ibunya, Kitō Shioka. Kitō Shioka bergegas ke hospital. Doktor memberitahu yang Aya bernafas dalam keadaan sedu. Aya tidak mampu mengeluarkan kahak di dalam kerongkongnya.", "Setiap kali Aya mengalami demam ataupun tercekik semasa makan, tahap kesihatannya akan bertambah merosot.", "BOLEHKAH SAYA BERKAHWIN?", "Aya menerima rawatan di hospital di wilayah Nagoya. Di wad 4A, Aya dikelilingi oleh ramai pesakit dari seluruh negara. Ada yang terlantar di katil, pergi ke tandas dengan kerusi roda. Persoalan timbul sama ada akan menjadi seperti pesakit itu", "Aya bertanyakan soalan kepada doktor sama ada dia boleh berkahwin. Aya menerima jawapan yang menyayat hati. Hal ini kerana, beliau perlu mencari orang yang memahami keadaan dirinya.", "Seorang pelajar perubatan yang merangkap “crushnya” tidak lagi melawatnya. Aya beranggapan dia terlalu sibuk. Kemudian, Aya meneruskan rehabilitasinya.", "Pada penghujung hari di hospital, Aya mengalami tekanan darah rendah. Setiap kali bangun, dia akan berasa mual dan pening kepala.", "Salah seorang pesakit di dalam wad yang sama telah pergi untuk selamanya. Aya berasa murung selama beberapa hari lalu kembali ceria.", "KETIKA BERUMUR 25 TAHUN 10 BULAN", "Diari ini ditulis oleh ibunya, Shioka.", "Aya secara tiba-tiba telah koma. Beliau tidak lagi bernafas. Namun, nadinya masih berdenyut. Alat Bantuan Pernafasan dipasang pada diri Aya untuk meneruskan hidup.", "Pada masa itu, Aya ditemani oleh ibu bapanya dan kesemua adik-beradiknya. Mereka hanya mampu melihat sahaja. Tidak dapar berbuat apa-apa.", "Ibunya teringat akan kata-kata Aya sebelum koma. Aya ingin tidur di atas permaidani bunga sambil mendengar muzik kegemarannya.", "Tekanan darahnya mula menurun dan degupan jantungnya semakin perlahan. Tanda riak pada mesin hospital menunjukkan garisan mendatar. Doktor telah mengesahkan yang Kitō Aya telah pergi untuk selamanya.", "Pemergiannya dicatat pada jam 12.55 tengah malam pada tarikh 23hb Mei 1988.", "AKHIR KATA", "Kesimpulannya, itu adalah kisah kehidupan Kitō Aya (1962-1988) secara ringkas berdasarkan catatan diari. Sejak umur 14 tahun, beliau sentiasa menulis diarinya sehingga dia tidak lagi mampu memegang pennya.", "Perkataan “Arigatou” yang bermaksud “terima kasih” adalah perkataan terakhir yang ditulisnya sebelum lumpuh sepenuhnya akibat penyakit ini.", "Sebelum penulis mengakhiri artikel ini, penulis nak mengatakan yang watak “Asou Haruto” dalam 1 Liter of Tears tidak wujud dalam hidup Kitō Aya.", "RUJUKAN:", "1 Litre of Tears. Dicapai pada 19 Mei 2020 dari https://m.imdb.com/title/tt1370332/", "Spinocerebellar Ataxia. Dicapai pada 19hb Mei 2020 dari https://rarediseases.info.nih.gov/diseases/10748/spinocerebellar-ataxia", "The Story of Aya Kito – a Japanese girl who shed 1 litre of tears. Dicapai pada 19hb Mei 2020 dari https://www.thefreakyreader.com/post/the-story-of-aya-kito-a-japanese-girl-who-shed-1-litre-of-tears", "“The Complete Diary of Aya – 1 Liter of Tears.”. Dicapai pada 19hb Mei 2020 http://morethanapic.blogspot.com/2012/07/aya-kito-and-her-diary-english.html?m=1", "Spinocerebellar Ataxia. Dicapai pada 19hb Mei 2020 dari\nhttps://rarediseases.info.nih.gov/diseases/10748/spinocerebellar-ataxia" ]
https://www.thepatriots.asia/macau-scam-penipuan-licik-yang-menyusahkan-rakyat/
Macau Scam: Penipuan Licik Yang Menyusahkan Rakyat
[ "Sebut saja skim penipuan, kita sudah terbayang nama skim cepat kaya, skim Pak Man Telo atau skim piramid. Skim sebegini selalunya menawarkan peluang cepat kaya kepada peserta dengan tukaran wang mencecah ratusan atau ribuan ringgit tetapi berakhir dengan kerugian. Kini, satu lagi skim penipuan timbul di Malaysia iaitu skim penipuan Macau atau Macau Scam.", "Orang mungkin anggap skim sebegini sebagai satu lagi skim penipuan biasa. Tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan baru-baru ini sindiket ini ‘mencuci’ ratusan juta ringgit yang diraih daripada kegiatan penipuan mereka menerusi perniagaan yang diusahakan selebriti terkenal tempatan.", "Sumber enggan dikenali mendedahkan dalang utama sindiket berkenaan dipercayai warga China, tetapi menggunakan ‘ejen’ di Malaysia untuk menguruskan ‘pelaburan’ termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform ‘pembersihan’ wang hasil penipuan.", "Sindiket terbabit menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi atau pusat panggilan kegiatan haram berkenaan dengan menyasarkan mangsa di China dan Taiwan.", "“Ejen sindiket akan mendekati selebriti tanah air dan menyatakan minat melabur dalam perniagaan atau menyuntik modal untuk selebriti berkenaan memulakan perniagaan,” kata sumber berkenaan, semalam. Kegiatan itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa yang menahan beberapa individu disyaki ada kaitan dengan jenayah berkenaan untuk siasatan.", "Jadi secara ringkas, apa itu Macau Scam? Macau Scam ialah sindiket penipuan telekomunikasi yang memperdaya mangsa dengan panggilan palsu dan ada ketikanya boleh mengakibatkan kerugian sehingga berjuta ringgit.", "Skim penipuan ini didalangi oleh didalangi sindiket penipuan Taiwan dan China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong dan tempatan.", "Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia KPN, Datuk Asmawati Ahmad berkata, sindiket ini beroperasi dengan cara menawarkan cabuan bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, spoofing pegawai polis atau agensi kerajaan serta pegawai bank negara atau bank komersial. Bagi mengelak identiti dan lokasi mereka diketahui, sindiket ini menggunakan teknik ‘spoofing’.", "‘Spoofing’ ialah teknik di mana pemanggil berkomunikasi menggunakan platform Voice Over Internet Protocol (VoIP) bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya pemenerima bahawa pemanggil adalah dari nombor.", "Modus operandi sindiket seperti:", "Mangsa menerima panggilan telefon yang mendakwa mangsa telah memenangi pertandingan cabutan bertuah bernilai jutaan dolar dari syarikat Hong Kong dan Macau. Pemanggil kemudiannya memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya pengadu mahu menuntut hadiah berkenaan.", "Setelah bersetuju, pengadu dikehendaki membayar cukai dan insuran dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun tertentu bagi menuntut hadiah tersebut. Tetapi setelah transaksi selesai, pemanggil gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.", "Pengadu menerima pangilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai mahkamah/polis dan mendakwa bahawa pengadu terlibat dalam kegiatan haram (seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran d4d4h).", "Mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu, kononnya bagi mengelakkan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.", "Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank, dengan dakwaan bahawa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit. Pengadu kemudiannya diarah untuk menghubungi seseorang kononnya dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan.", "Mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke nombor akaun tertentu melalui perbankan secara dalam talian atau melalui mesin deposit tunai (CDM).", "Mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa anak atau saudaranya diculik. Mangsa diperdaya untuk memindahkan wang tebusan ke nombor akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil.", "Terdapat variasi helah dan taktik lain yang digunakan oleh ahli-ahli sindiket untuk memperdayakan mangsa. Ini termasuklah dakwaan langgar lari dan gagal membayar hutang pinjaman bank / institusi kewangan.", "Justeru, apa yang patut dilakukan sekiranya berdepan situasi-situasi sebegini? Berikut panduan yang disediakan oleh PDRM:", "– Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat atau tipu helah pihak-pihak tertentu;", "– Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil, tanpa terlebih dahulu menghubungi pihak polis atau institusi kewangan terbabit;", "– Jangan hubungi semula nombor telefon yang anda terima. sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut;", "– Jangan dedahkan nombor akaun bank, nombor kad ATM atau kad kredit anda kepada orang yang tidak dikenali, dan;", "– Layari portal rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan kewangan seperti ini.", "Berikutan pendedahan bagaimana skim penipuan ini berleluasa, ramai mahukan BNM memperketatkan syarat ke atas individu yang mahu membuka akaun bank. Perkara ini dinyatakan Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Ismail Mohamed Said semasa di Dewan Negara baru-baru ini.", "Pihak Kementerian Dalam Negeri juga berharap syarikat telekomunikasi bekerjasama menyalurkan segera identiti dan maklumat pemilik akaun melibatkan pemanggil yang melakukan jenayah penipuan.", "Beliau berkata, “Kita selalu hadapi masalah identiti pemanggil kerana menggunakan nombor telefon didaftarkan di negara kita atau luar negara dan pemiliknya tidak dapat dikenal pasti. Kedua, mereka ini selalu berhubung melalui internet dan VoIP sehingga sukar dikenal pasti. Perkara ini dalam perhatian serius PDRM kerana jenayah penipuan semakin meningkat, pastinya melibatkan dan menjejaskan sedikit sebanyak ekonomi negara kita,”", "RUJUKAN:", "Rahman, Abdul Hakim. (2020). Macau Scam: Baca ini kalau tak nak ditipu!. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/macau-scam-baca-ini-kalau-tak-nak-ditipu-159882", "Bernama. (2020). BNM diminta memperketat syarat buka akaun bank. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bnm-diminta-memperketat-syarat-buka-akaun-bank-257867", "Affendy Razali, Safeek. (2020). SPRM siasat sindiket disyaki ‘cuci’ ratusan juta ringgit. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/737909/sprm-siasat-sindiket-disyaki-cuci-ratusan-juta-ringgit" ]
https://www.thepatriots.asia/pengepungan-baghdad-babak-hitam-dalam-sejarah-umat-islam/
Pengepungan Baghdad: Babak Hitam Dalam Sejarah Umat Islam
[ "Di luar goyang di dalam goncang\nBelum berperang Monggol dah menang\nBaghdad yang tercinta bagaikan bunga pudar serinya\nSinar tamadun bagaikan api disiram hujan\nTinggalkan bara menanti percik batu dilaga", "Di atas ialah petikan lirik daripada lagu kumpulan XPDC yang bertajuk “Monggol Dah Pulang” yang menceritakan kepada kita serba sedikit tentang babak hitam yang berlaku dalam sejarah Islam di mana ianya melibatkan Pengepungan kota Baghdad yang berlaku pada tahun 1258 Masihi, bermula pada 29 Januari hingga tamat pada 10 Februari pada tahun 1258 Masihi.\n", "Berikut ialah analisis kekuatan kedua-dua belah pihak:", "• Empayar Monggol (kerjasama dengan Kerajaan Armenia Cilicia, Kerajaan Georgia dan juga Kerajaan Antioch)", "– Jeneral/Pemimpim: Hulagu Khan, Arghun Aqa, Baiju, Buqa-Temur, Sunitai, Ktabuqa dan Koke Illge.", "– 40 ribu askar Monggol yang majoritinya terdiri daripada askar berkuda", "– 12 ribu orang tentera berkuda Armenia", "– 40 ribu orang tentera pejalan kaki Armenia", "– Askar pejalan kaki Georgia", "– 1000 orang juterera pakar artileri", "– Askar Turki dan Parsi", "– Kiranya gabungan tentera Monggol dan sekutunya berjumlah sekitar 120-150 ribu orang. Ada yang berpendapat mencecah sehingga 200 ribu orang.", "• Khalifah Bani Abbasiyah", "– Jeneral/Pemimpin: Khalifah Al-Musta’sim. Mujaheduddin, Sulaiman Shah, Qarasunqur dan juga Al-Ashraf Musa daripada Kesultanan Ayyubi di Mesir.", "– Memiliki lebih kurang 50 ribu orang tentera.", "Jadi kita sudah mengetahui akan jumlah askar yang dimiliki oleh kedua-dua belah pihak? Maka sekarang ialah waktu untuk kita terus melompat kepada analisis akan kedua-dua pertempuran yang pengakhirannya diketahui oleh kita semua. Tiada spoiler lagi antara kita.", "Mongke Khan, pemerintah Monggol ketika itu dikatakan mahu menguatkan lagi cengkamannya ke atas wilayah di sekitar Iran, Mesopotamia, dan Syria yang ketika itu di bawah tamadun Islam. Maka Mongke telah mengarahkan adiknya Hulagu Khan untuk memimpin ekpedisi ke beberapa buah negara kota Muslim di sekitar kawasan yang disebutkan di atas termasuklah wilayah khilifah Abbasiyah ketika itu, meminta khalifah Abbasiyah tunduk kepada Hulagu, dalam masa yang sama membantu Hulagu memerangi negara-negara kota kecil Syiah Ismailiyah di sekitar Iran. Namun, Khalifah Al-Mutasim ketika itu menolak tawaran daripada Hulagu.", "Dicatatkan terasa terhina dengan penolakan Al-Musta’sim ini, maka Hulagu Khan pun mengumpulkan bala askar dari bangsa Monggol sendiri dan juga kerajaan-kerajaan yang telah tunduk awal kepada kekuasaan Monggol. Berikut ialah petikan surat balasan Khalifah Al-Musta’sim kepada Hulagu Khan.", "“Anda boleh datang dengan strategi, tentera, dan jerat, tetapi bagaimana anda hendak menangkap bintang? Adakah putera [Hulagu] tidak tahu bahawa dari timur ke barat, dari raja ke pengemis, dari tua ke muda, semua orang yang takut akan Allah dan kami semua antara ialah hamba ALLAH yang ditakuti itu?”", "Namun terlebih dahulu, perlu diketahui bahawa kemampuan Hulagu Khan berbuat begini adalah kerana diberi kuasa penuh oleh Mongke untuk mentadbir sebuah tanah jajahan Monggol iaitu Ilkhanate (Ilkhanan) yang meliputi wilayah Parsi, Pakistan dan Afghanistan. Kerajaan-kerajaan yang membuat pakatan dengan Monggol memang mempunyai sejarah hitam permusuhan dengan Khalifah Abbasiyah. Sebagai contoh, Kerajaan Georgia masih menyimpan dendam apabila Tblisi (Tifilis), pusat pemerintahan Georgia ketika itu pernah dijarah oleh tentera Khalifah Abbasiyah.", "Kempen pertama Hulagu Khan ketika dalam perjalanan ke arah Baghdad ialah menghapuskan sisa-sisa kerajaan Khawarizmi yang masih tinggal, sebelum terus menyasarkan kumpulan Assassin (Hasyasyin) yang berfahaman Syiah Ismailiyah yang diketuai oleh Imam Ala al-Din Muhammad yang sebelum itu cuba membunuh Mongke dan juga rakan Hulagu iaitu Kitbuqa namun berhasil dengan kegagalan sahaja. Maka diceritakan bahawa Monggol telah berjaya menangkap Imam Rukn Al-Dun Khurshah yang mewarisi jawatan ketua organisasi Assassins itu. Selepas berjaya mengalahkan organisasi Assassins ini, maka Hulagu terus mara ke arah Baghdad.", "Sampai sahaja di Baghdad, Hulagu meminta Khalifah Al-Musta’sim agar menyerah kalah dan kota Baghdad dapat ditawan dengan mudah tanpa ada penumpahan darah yang banyak. Namun atas nasihat beberapa orang penasihatnya, mereka menyuruh khalifah Al-Mustasim untuk bertahan dan percaya kalau kota Baghdad diserang oleh musuh, maka seluruh dunia Islam akan datang ke Baghdad membantu.", "Namun malangnya… apa yang diharapkan tidak berlaku. Ketika itu, dunia Islam sedang sibuk bersengketa antara satu sama lain, tamak demi takhta dan kuasa. Baghdad dibiarkan terkontang kanting menghadapi gempuran pakatan Monggol-Kristian yang berjumlah ratusan ribu itu. Penolakan oleh khalifah Al-Muta’sim telah membuatkan Hulagu menjadi benar-benar marah lalu berikrar kalau Baghdad berjaya ditawan, maka kota itu akan dihancurkan sampai ke titisan darah yang terakhir.", "Diceritakan bahawa Hulagu Khan telah membahagikan jumlah askarnya yang berjumlah ratusan ribu kepada beberapa bahagian yang kecil dan berpecah dan menyerang dari pelbagai arah, membuatkan pasukan tentera Abbasiyah keliru dari mana Monggol akan datang. Namun ditakdirkan bahawa pada 11 Januari, askar yang dipimpin oleh seorang jeneral Abbasiyah iaitu Dawatdar telah terserempak dengan sebuah pasukan Monggol dan bertempur dengan mereka. Mongol berjaya dikalahkan dalam satu pertempuran kecil.", "Namun Dawatdar pula menyangka bahawa itu ialah pasukan utama Monggol lalu selepas memenangi pertempuran kecil, dia telah menghantarkan surat kepada Khalifah dengan mendakwa bahawa dia telah berjaya mengalahkan pasukan Monggol tanpa mengetahui realiti sebenarnya.", "Dicatatkan bahawa pada waktu malam itu, pasukan Dawatdar telah berpesta kerana meraikan kemenangan palsu mereka. Pasukan Monggol yang telah menyelinap disekitar pasukan Dawatdar dan mula menghancurkan daik atau tanggul, sejenis dinding yang dibina di tebing sungai untuk mengelakkan banjir dan telah menyumbatkan setiap terusan bagi mewujudkan suasana banjir. Bangun sahaja dari tidur pada waktu pagi, tentera Dawatdar mendapati bahawa mereka dikelilingi dek air bah yang semakin menaik.", "Lalu ketika inilah pasukan Monggol menyerang pasukan Dawatdar. Dicatatkan dalam serangan ini, 12 ribu orang tentera Dawatdar terkorban sama ada pada melalui pedang Monggol, ataupun kerana kelemasan dibalun air bah. Hanya tiga orang askar sahaja yang hidup termasuk Dawatdar sendiri yang sempat lari ke Baghdad dan Hulagu Khan dicatatkan meneruskan kemaraan tentera Monggol. Kali ini, tiada satu pun tentera Abbasiyah yang menghalang kemaraan Hulagu.", "Dicatatkan juga terdapat lebih kurang 10 ribu orang pelarian sedang menuju ke Baghdad, sekaligus menambahkan mimpi ngeri buat Baghdad. Bayangkan bekalan makanan yang ada untuk menampung perajuit yang sedang mempertahankan kota terpaksa diagihkan kepada pelarian yang mahu lari dari amukan menggila tentera Monggol.", "Akhirnya pada 18 Januari, Hulagu dan askarnya akhirnya tiba ke Baghdad lalu kota ilmu ini dikepung dari segenap arah. Monggol tidak memilih untuk terus menyerang Baghdad sebaliknya mereka membina tembok mereka sendiri mengelilingi kota Bahdad. Di hadapan tembok mereka pula, mereka menggali parit yang dipenuhi dengan lumpur. Di belakang tembok pula, mereka sedang menyediakan mesin pengepungan seperti katapel tempur (catapult) dan juga Api Yunani (Greek Fire), sejenis senjata pengepungan yang dicipta oleh Rom Byzantine. Api dari mesin ini dikatakan memakan apa sahaja termasuk dinding.", "Akhirnya, selepas serangan demi serangan, Baghdad pun menyerah kalah dan percubaan terakhir diplomasi Khalifah Al-Musta’sim gagal. Detik Baghdad menyerah kalah ialah pada tarikh 10 Februari (tarikh hari inilah) manakala janji Hulagu Khan untuk membantai seluruh Baghdad mula dikotakan sendiri olehnya.", "Pada 13 Februari, acara pembunuhan beramai-ramai mula berlaku. Sejarah mencatatkan kepada bahawa Hulagu Khan telah membasahkan darah dari 500 ribu sehingga 2 juta rakyat Baghdad! Tidak kiralah anda seorang lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang tua, Monggol tidak kenal erti perikemanusian. ", "Kalau anda seorang perempuan lagi dasyat, anda mungkin akan dirogol bergilir-gilir oleh tentera Monggol sebelum maut menyapa anda! Tetapi tiada siapa yang mempunyai nasib seperti khalifah yang dipaksa untuk menonton rakyat-rakyatnya dibunuh tanpa belas kasihan dengan dua biji matanya sendiri. Kemudian, dia digulungkan dalam karpet sebelum digelek dan dipijak oleh kuda-kuda Monggol sehingga mati.", "Tetapi yang lebih menyedihkan ialah kemusnahan sebuah metropolis gemilang di mana ilmu-ilmu yang sangat berharga yang menjadi milik umat Islam yang disimpan di dalam sebuah gedung ilmu, yang bernama Darul Hikmah, yang diasaskan oleh Khalifah Harun-Ar-Rasyid dan dikembangkan oleh anaknya Khalifah Al-Makmun dihabiskan dan dimusnahkan oleh bangsa gasar yang tidak kenal apa itu erti ilmu.", "Setiap buku-buku ilmu yang merupakan khazanah ilmu umat Islam dilontarkan ke dalam Sungai Tigris. Buku-buku dari segala sudut ilmu, dari falsafah ke sains, dari sejarah ke matematik, dari astronomi sehingga ilmu-ilmu fiqh agama yang membentuk agama kita hari ini, tiada satu pun bebas dari amukan bala Mongol ini. Dikatakan air sungai Tigris menjadi hitam legam yang datang dari dakwat buku-buku yang dilontarkan dari perpustakaan Darul Hikmah oleh bangsa gasar tersebut.", "Mujurlah ada lebih kurang 400 ribu buah manuskrip yang sempat diselamatkan oleh Nasirudin Al-Tusi (seorang ilmuwan Syiah berbangsa Parsi) dibawa lari ke Maragheh sebelum pengepungan berlaku. Ada sejarawan berpendapat bahawa Pengepungan Baghdad ini juga adalah dikatakan sebagai penyebab utama penamat zaman kegemilangan ilmu yang dipelopori oleh umat Islam.", "Akibat bala dari Hulagu Khan ini, dikatakan bahawa sejak peristiwa itu, umat Islam tidak mampu mengulangi kejayaan yang pernah dicapai seperti mana zaman keemasan Abbasiyah. Baghdad pula menjadi puing-puing kemusnahan untuk beberapa abad sebelum berdiri kembali, tetapi tidak seperti bayangan silamnya! Dunia Islam buat sementara waktu tidak menyebut nama khalifah dalam doa khutbah Jumaat pada minggu tersebut. Umat Islam ketika itu hilang khalifah buat sementara waktu seperti kambing biri-biri yang kehilangan gembalanya.", "Hanya pada tahun 1261 iatu kira-kira tiga tahun selepas kejatuhan Baghdad, pemerintah Mamluk di Mesir melantik salah seorang ahli keluarga Bani Abbasiah yang terselamat dari pesta darah Mongol tersebut, dilantik sebagai khalifah dengan gelaran Khalifah Al Mustansir. Namun peranan khalifah Bani Abbasiah di Kaherah, Mesir hanya sekadar simbol sahaja dan tidak mempunyai kuasa. Bani Abbasiah terus memegang jawatan khalifah Dunia Islam sehingga tahun 1517 Masihi, apabila tentera Turki Uthmaniah berjaya menakluk Mesir dan Sultan Selim melantik dirinya sebagai Khalifah Islam.", "Kegemilangan Baghdad perlahan-lahan pudar dan sirna dari arena tamadun Islam dan pada masa sama, cahaya kegemilangan tamadun Islam muncul secara beransur-ansur di Istanbul. Secara jujur, air mata saya menitik menulis tentang babak hitam yang melanda peradaban Islam suatu masa dahulu. " ]
https://www.thepatriots.asia/malcolm-x-wira-muslim-amerika/
Malcolm X: Wira Muslim Amerika
[ "Sebut saja nama Malcolm X, reaksi warga Amerika terhadap nama berkenaan bercampur-campur. Ada yang mengingatinya sebagai pejuang hak asasi kelompok minoriti terutama golongan kulit hitam tetapi ada juga yang menyifatkannya sebagai tokoh hak asasi berfahaman radikal. Tetapi itu juga yang menjadikan beliau sebagai figura Muslim utama dalam perjuangan hak sivil di Amerika Syarikat.", "Kehidupan awal", "Malcolm X atau nama sebenarnya Malcolm Little dilahirkan pada 19 Mei 1925. Bapanya, Earl Little ialah seorang mubaligh Baptist Pan-Afrika yang keras manakala ibunya, Louise-Helen berasal dari Grenada. Kebanyakan masa kecilnya di Midwest dibelenggu dengan isu kemiskinan bandar. Selepas Earl meninggal dunia pada tahun 1931 dan ibunya dimasukkan ke institut mental, beliau mula terjebak dengan aktiviti jenayah pada usia 13 tahun.", "Kebanyakan jenayah kecil-kecilan yang dilakukan Malcolm X berlaku di Boston dan New York City. Dan apabila beliau mencecah usia 21 tahun atau lebih tepat awal tahun 1946, beliau didakwa atas kesalahan merompak dan dihukum penjara selama tujuh tahun. Semasa tempoh berkenaan, Malcolm X mula mencari dan mengenali agama sebelum akhirnya memeluk Islam menerusi Nation of Islam (NOI) pada tahun 1948.", "Nations of Islam", "Jadi apa itu NOI? NOI ialah sebuah organisasi politik dan agama Afrika-Amerika yang ditubuhkan di Detroit pada tahun 1930. Pengasasnya ialah seorang mubaligh penyendiri bernama Wallace Fard Muhammad tetapi tidak banyak yang diketahui tentang latar belakangnya terutama teori latar belakang etniknya.", "Yang pasti selepas terbabit dalam beberapa insiden dengan pihak berkuasa, Fard memilih berhijrah ke Chicago dan menyertai Moorish Science Temple. Pertubuhan tersebut dikatakan menggunakan pengaruh Islam (jauh dari sebarang elemen agama Islam utama) dengan kelompok sasaran mereka ialah golongan Afrika-Amerika. Namun, Fard memilih keluar dari organisasi tersebut selepas dikatakan terjebak dengan perebutan pengaruh dalam organisasi.", "Dia kemudiannya berhijrah ke Detroit pada tahun 1929 dan bertanggungjawab menubuhkan NOI setahun selepas itu bersama Elijah Poole (kemudiannya dikenali sebagai Elijah Muhammad). Elijah kemudiannya menjadi orang kanan utama Fard pada tahun 1931.", "Kebanyakan ajaran yang dibawa Nation of Islam berpaksikan kepada teori kelebihan orang Afrika, sesuatu yang hampir sama dengan agenda kelebihan orang kulit putih yang diperjuangkan kelompok pelampau berhaluan kanan di Amerika Syarikat. Paling penting, Muhammad juga mengubah naratif NOI selepas menjadi ketua baru organisasi itu pada tahun 1934.", "Dalam naratifnya, Muhammad menyifatkan Fard sebagai dewa/Tuhan dalam dirinya dan bertanggungjawab menyedarkan Afrika-Amerika bahawa mereka bangsa NOI yang hilang dalam persekitaran liar Amerika Utara. Jika anda membaca naratif sebegini, ia sama sekali berbeza dengan apa yang diajar agama terutama berkenaan isu bangsa.", "Tetapi itulah yang menjadi pegangan ramai anggota NOI termasuk Malcolm X sendiri. Semasa beliau aktif bersama organisasi itu dari tahun 1952 hingga 1964, beliau sibuk mempromosikan kepercayaan-kepercayaan NOI seperti:", "Bukan sedikit orang yang tidak suka dengan pendirian Malcolm X termasuk sesetengah orang kulit hitam sendiri. Mereka melihat beliau sebagai seorang ekstremis yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang langsung tidak menyumbang kepada perjuangan hak sivil yang digerakkan ramai tokoh termasuk Martin Luther King Jr.", "Tetapi terima kasih kepada kenyataannya yang berapi dan kontroversi, ia menarik perhatian ramai orang menyertai NOI. Berdasarkan statistik dari tahun 50-an hingga awal tahun 60-an, anggaran bilangan anggota NOI bertambah secara dramatik dari 1,200 orang kepada 50,000 hingga 75,000 orang. Salah seorang daripada mereka ialah Cassius Clay yang kita kenali sebagai Muhammad Ali.", "Tawar hati", "Namun menjelang 1962 dan 1963, Malcolm X mula tawar hati dengan NOI. Ia disebabkan oleh beberapa insiden:", "Salah satu insiden yang menimbulkan rasa iri hati Muhammad ialah sebuah buku berkenaan NOI bertajuk When the Word Is Given diterbitkan pada tahun 1963. Buku yang dikarang Louis Lomax itu menggunakan gambar Malcolm X pada kulit muka hadapan dan daripada lima ucapan pemimpin NOI dipilih, hanya satu saja teks ucapan Muhammad dipilih.", "Kerenggangan hubungan dua figura utama NOI ini akhirnya mendorong Malcolm X memutuskan untuk keluar dari NOI pada 8 Mac 1964. Beberapa minggu selepas itu, Malcolm X kemudiannya menjadi Muslim berfahaman Ahli Sunnah Waljamaah selepas dinasihati oleh beberapa rakan berfahaman ASWJ. Mereka juga dikatakan bertanggungjawab menggalakkan beliau berangkat ke Baitullah sebagai jemaah haji tahun berkenaan.", "el-Hajj Malik el-Shabazz", "Berbekalkan bantuan kewangan yang dihulur oleh kakak tirinya, Ella Little-Collins, beliau berangkat ke Jeddah, Arab Saudi. Semasa singgah di Frankfurt sebelum menaiki penerbangan sambungan ke Kaherah dan Jeddah, Malcolm X melihat satu pemandangan yang tidak pernah dilihat di Amerika Syarikat: Muslim dari pelbagai bangsa dan negara melayan semua orang secara sama rata dan tanpa prejudis.", "Beliau berkata, “Ramai orang, sudah pasti Muslim dari merata tempat hendak pergi menunaikan haji berpelukan. Mereka mempunyai warna kulit berbeza, suasananya juga mesra dan ramah. Perasaan yang timbul dalam diri saya ialah tidak timbul masalah warna kulit. Kesannya seperti seolah-olah saya baru keluar dari penjara.”", "Seperti para jemaah lain, Malcolm X turut memakai kain ihram berwarna putih dan ini mendorongnya membuat satu pemerhatian. Beliau menambah, “Anda boleh saja seorang raja atau rakyat biasa dan tiada siapa pun akan tahu.”", "Selepas tiba di Jeddah, usahanya untuk menunaikan haji bagaimanapun terhalang selama beberapa hari bagi membolehkan pihak berkuasa menyemak status agama dan kerakyatannya. Malcolm X mengakui semasa perjalanan inilah, beliau lebih banyak mengenali Islam berbanding semasa bersama NOI.", "Beliau menulis, “Bayangkan menjadi seorang paderi (imam) Muslim, pemimpin NOI yang diterajui Elijah Muhammad dan tidak mengetahui ritual solat.” Dalam tempoh ini, Malcolm X turut berpeluang bertemu dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang yang ingin mengetahui kisah Muslim di AS. Pertemuan-pertemuan ini meruntuhkan terus apa saja fahaman perkauman NOI yang dipegangnya dan digelar sebagai satu kesilapan.", "Malcolm X bernasib baik apabila kesusahannya itu diketahui diplomat dan ahli politik Mesir Azzam Pasha. Beliau yang juga pengarang The Eternal Message of Muhammad mengatur pembebasan beliau dan turut meminjamkan suite hotelnya sebagai bilik penginapan. Kisah Malcolm X di Tanah Suci turut diketahui oleh Raja Faisal dengan beliau diberi status sebagai tetamu negara oleh baginda termasuk seorang mutawif sebagai pengiringnya.", "Perjalanan haji beliau mengubah terus dirinya 360 darjah. Sekembalinya dari Tanah Suci, Malcolm X memilih menggunakan nama barunya el-Hajj Malik el-Shabazz dan terus berusaha memperjuangkan hak sivil kelompok kulit hitam melalui dua organisasi, Muslim Mosque, Inc. (MMI) dan Pertubuhan Perpaduan Afro-Amerika (OAAU).", "Tragedi", "Tetapi transformasi falsafah beliau tidak disenangi oleh NOI dan bukan sekali beliau diancam bvnvh oleh organisasi tersebut. Louis Farrakhan, bekas protege beliau yang kemudiannya menjadi ketua versi kedua NOI menggelar Malcolm X sebagai munafik dan sepatutnya dibvnvh. Sementara pembantu Muhammad, John Ali (disyaki ejen FBI yang menyamar) memberi amaran mana-mana individu yang menentang Muhammad akan terancam keselamatannya.", "Dan perkara tersebut menjadi kenyataan pada 21 Februari 1965. Seolah-olah mengetahui dirinya bakal dijemput Ilahi, Malcolm X pernah memberitahu penulis biografinya Alex Haley, “Saya tidak pernah merasakan saya akan m4ti sebagai orang tua.” Pada tarikh itulah, beliau dit3mbak m4ti oleh sekumpulan pen3mbak terdiri daripada ahli-ahli NOI dari Newark, New Jersey di Audobon Ballroom, Manhattan.", "Tiga daripada mereka ditahan pihak berkuasa iaitu Talmadge Hayer, Norman 3X Butler dan Thomas 15X Johnson. Bagaimanapun menurut Hayer, Butler dan Johnson tidak bersalah kerana menurutnya, ada empat lagi ahli NOI yang terlibat iaitu Benjamin Thomas, Leon Davis, William X dan seorang lelaki bernama Wilbur atau Kinly. Perkara ini disentuh dalam dokumentari Netflix Who Killed Malcolm X?.", "Wujud spekulasi penglibatan NOI atau pihak berkuasa atau gabungan kedua-duanya terlibat dalam konspirasi pembvnvhan Malcolm X. Tetapi bagi kenalan dan ahli keluarga beliau, ramai mengesyaki penglibatan NOI.", "Dan ia seolah-olah diiyakan oleh Farrakhan dalam satu majlis pada tahun 1993, “Apakah Malcolm itu pengkhianat kamu atau kami? Dan jika kami sebagai bangsa menguruskannya sebagai pengkhianat, apa masalah kamu? Sebuah bangsa harus menangani semua jenis pengkhianat.”", "Dalam satu temubual 60 Minutes pada tahun 2000, Farrakhan mengakui kenyataan kerasnya pada ketika itu dilihat menyumbang kepada pembvnvhan Malcolm X dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Beberapa hari selepas itu, dia menafikan pembabitan dirinya dalam konspirasi itu tetapi mengakui mewujudkan suasana yang membawa kepada pembvnvhan mentornya itu.", "Yang pasti, pembvnvhan Malcolm X mengundang kedukaan kepada gerakan hak sivil golongan minoriti. Apabila diberitahu tentang kematian bekas pemimpin NOI itu, ia mengundang kesedihan Luther King. Walaupun mengakui kedua-dua mereka tidak sependapat dalam banyak isu, beliau memuji Malcolm X sebagai seorang yang petah berkata-kata dan tidak teragak-agak menyuarakan punca masalah dihadapi golongan minoriti.", "Majlis pengebumian yang diadakan pada 28 Februari 1965 di Tanah Perkuburan Ferncliff, Hartsdale, New York dihadiri puluhan ribu orang termasuk penyokong-penyokong gerakan sivil. Antara tokoh hak sivil yang hadir ialah John Lewis dan Andrew Young Jr.", "Legasi", "Di sebalik semua ini, salah satu legasi beliau yang bertahan sehingga hari ini ialah penyebaran ajaran Ahli Sunnah Waljamaah di Amerika Syarikat. Dan ironinya, semua ini tercapai menerusi gerakan reformasi yang dibuat seorang lagi protegenya, Imam Warith Deen yang mengambil alih kepimpinan NOI selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 1975.", "Tidak seperti bapanya, Imam Warith Deen berusaha mengembalikan NOI kembali ke jalan agama yang sebenar termasuk menolak interpretasi bulat-bulat berkenaan teologi dan agenda pemisahan orang kulit hitam. Beliau juga berusaha menghubungkan mereka dengan komuniti Muslim lain termasuk komuniti Latin-Amerika dan komuniti bukan Muslim serta terus vokal memperjuangkan hak sivil tanpa mengira warna kulit.", "RUJUKAN:" ]
https://www.thepatriots.asia/tahu-tak-epal-hitam-sebenarnya-wujud/
Tahu Tak Epal Hitam Sebenarnya Wujud?
[ "Ah, mustahil! Epal yang dijual di pasar pun hanya warna merah dan hijau. Celah mana ada epal hitam ni?\nHaa… Epal hitam sememangnya wujud. Ini bukan teori konspirasi bagai macam percaya kepada teori ‘Flat Earth’. Epal hitam sebenarnya ditemui di kampung kecil bernama Nyingchi, terletak di pergunungan Tibet.\nEpal hitam atau dikenali sebagai Epal Berlian Hitam adalah sejenis epal domestik dari keluarga epal Hua Niu, keluarga epal yang hanya ditanam di China.", "Sebenarnya warna epal ini bukanlah hitam. Warna sebenar adalah ungu gelap. Sebab mengapa epal ini berwarna sedemikian adalah tempat pokok epal ini ditanam.", "Pokoknya ditanam di kawasan latitud tinggi, bermaksud ia ditanam di kawasan pergunungan. Disebabkan itu buah epal ini terdedah banyak sinaran ultraviolet (UV) berbanding epal domestik lain. Tambahan lagi, suhu persekitaran sentiasa berubah di mana waktu malam suhunya turun mendadak.", "Maka, terhasilnya Epal Berlian Hitam yang hanya ditemui di Tibet ini. Walaupun warna epal ini begitu gelap, namun isi epal ini adalah keputihan, seperti epal domestik lain. AS juga mempunyai epal hitam versi mereka sendiri. Nama epal itu adalah Epal Hitam Arkansas yang hanya ditemui di negeri Arkansas.", "Epal Hitam Arkansas juga warnanya tidak segelap yang disangka, tidak juga segelap Epal Berlian Hitam. Warnanya lebih kepada merah gelap dan rupa epal ini biasa dimiripkan dengan buah epal beracun dalam kisah dongeng Snow White. Buah epal ini biasanya dipetik pada musim luruh dan isinya sedap jika disimpan beberapa bulan.", "Walau bagaimanapun, keunikan epal hitam ini tidak mendapat keuntungan lebih dalam jualan buah epal berbanding epal merah dan hijau. Sebabnya adalah pokok buah epal ini memerlukan masa sebanyak 5-8 tahun untuk menghasilkan epal hitam. Jadi para pengusaha epal hitam hanya mampu menjualnya dalam dua bulan setahun.", "Walaupun epal hitam tidak dapat mengaut keuntungan lebih, namun harga buah ini agak mahal. Sebiji buah epal hitam biasanya berharga USD 7$ (sekitar RM28). Ada juga penjual jualkan epal hitamnya dengan harga maksimum sebanyak USD 20$ (sekitar RM80).", "Kalau nak buah hitam ini, boleh la kita pergi ke Arkansas atau Tibet dan jadikan ia sebagai hadiah untuk saudara mara dan kawan-kawan.", "\nRUJUKAN:\n\nWalansky, A. (2 April 2019). This Extremely Rare Apple Looks Like Something Out of a Fairy Tale. Today.com.", "Beach, S.A.; Booth, N.O.; Taylor, O.M. (1905), “Arkansas Black”, The apples of New York, Albany: J. B. Lyon, pp. 49–50" ]
https://www.thepatriots.asia/tun-sri-lanang-negarawan-ulung-johor-dan-acheh/
Tun Sri Lanang – Negarawan Ulung Johor Dan Acheh
[ "Baru-baru ini, wujud satu video yang tular di mana ada seorang tokoh akademik melabel penulis Sejarah Melayu/Sulatus Salatin Tun Sri Lanang sebagai pengkhianat dan tali barut penjajah. Bagi saya sebagai seorang anak Melayu yang lahir di bumi Johor, tuduhan sebegitu amat berat dan mengarut. Ini kerana beliau bukan saja seorang pujangga yang menghasilkan Sejarah Melayu/Sulatus Salatin tetapi juga seorang negarawan Melayu yang menjadi kebanggaan Johor dan Acheh serta dikagumi pihak Belanda sendiri.", "Latar belakang", "Tun Seri Lanang dilahirkan di Seluyut, Johor pada tahun 1565. Ketika itu, Kesultanan Johor yang mewarisi Kesultanan Melaka berpusat di Batu Sawar. Beliau mempunyai darah keturunan Bendahara Melaka melalui Tun Tahir, adik Bendahara Tun Mutahir, Melaka. Susur-galur keturunannya adalah keturunan Melayu-Kling seperti dirumuskan dalam Sejarah Melayu naskhah William Shellabear (1967), “Tun Muhammad namanya, Tun Seri Lanang timang-timangannya, Paduka Raja gelarannya, Bendahara, anak Orang Kaya Paduka Raja, cucu Bendahara Seri Maharaja, cicit Bendahara Tun Nara Wangsa, piut Bendahara Seri Maharaja, anak Nara Di Raja Tun Ali, anak baginda Mani Purindam qaddasallaahu-Sirrahum, Melayu bangsanya dari Bukit Seguntang Mahameru, Malakat negerinya, Batu Sawar daru’l-salam.”", "Huraian ini jelas menunjukkan Tun Seri Lanang berdarah bangsawan istana dan berkait rapat dengan keturunan kerabat diraja Melaka. Bonda Tun Seri Lanang bernama Tun Genggang binti Tun Jenal bin Tun Mat Ali bin Tun Hasan Temenggung bin Tun Mutahir bin Tun Ali bin Mani Purindam. Sebelah bapanya juga masih berkerabat susur galurnya dengan keturunan Mani Purindam iaitu Tun Seri Lanang bin Tun Ahmad bin Tun Isap bin Tun Ali bin Mani Purindam (Pucot Haslinda, 2008). Berdasarkan susur galur daripada kedua-dua belah ibu bapanya, jelas menunjukkan bahawa kedua ibu dan bapa Tun Seri Lanang bersaudara dan mempunyai darah keturunan Kling sebelah Mani Purindam.", "Jadi, siapa sebenarnya Mani Purindam ini? Mani Purindam atau nama sebenarnya Sheikh Amir Badaruddin/Sheikh Matraludin merupakan putera kedua kepada Sultan Pahili (Gujerat) dari benua Kling bernama Raja Nizamul Muluk Akbar Syah yang memerintah sekitar tahun-tahun 1335-1388 (Teuku Syahbuddin Razi, 1991). Asal-usul Mani Purindam ada disebut dalam Sulalas-Sulatin suntingan A. Samad Ahmad (2003) seperti berikut, “Alkisah maka tersebutlah perkataan ada sebuah negeri di benua Kling, Pahili namanya, Nizamul Muluk Akbar Shah nama rajanya, ada pun raja itu Islam dalam agama Nabi Muhammad s.a.w, maka baginda beranak tiga orang, dua lelaki dan seorang perempuan, yang tua Mani Purindam namanya, dan yang tengah, Raja Akbar Muluk Shah namanya, dan yang perempuan Damia Seri Wandhi namanya,”", "Mani Purindam telah mengembara dan berdagang ke Pasai (Pase) dan Melaka serta mengembangkan zuriatnya di kedua-dua tempat itu. Dalam perjalanan ke Pasai, kapalnya telah mengalami kerosakan di Sungai Jambu Air. Semasa di sana, beliau telah menikahi Puteri Candan Dewi, puteri Sultan Muhammad Said Malikus-Zahir yang merupakan Sultan Samudera-Pasai keenam. Perkahwinan Mani Purindam dengan Puteri Candan Dewi melahirkan keturunan yang berkerabat dengan Kesultanan Deli dan Serdang.", "Dalam Sejarah Melayu (Shellabear, 1967), Tun Sri Lanang pernah menyebut bahawa Mani Purindam telah datang ke Melaka sebagai pedagang permata dengan tujuh buah kapal dagang beserta pengawal. Beliau telah disambut dengan baik oleh Sultan Muhammad Shah (1424- 1444). Di Melaka pula, Mani Purindam telah berkahwin dengan puteri bangsawan Acheh bernama Tun Ratna Sendari.", "Perkahwinan ini melahirkan dua orang cahaya mata iaitu Tun Ratnawati dan Tun Ali. Tun Ratnawati telah berkahwin pula dengan Sultan Muhammad Shah dan dari perkahwinan ini mereka mendapat seorang putera bernama Raja Kassim yang menjadi Sultan Melaka Ke-5 bergelar Sultan Mudzaffar Shah yang menggantikan abangnya Raja Ibrahim (Seri Parameswara Dewa Shah). Sultan Mudzaffar Shah memulakan keturunan Melayu-Kling bagi kerabat raja-raja Melayu di Melaka, Johor dan Perak. Jelasnya, pada abad ke-15 lagi telah berlaku ikatan perkahwinan campur antara bangsawan Melayu dengan pedagang, pendakwah dan bangsawan dari luar seperti dari India dan mungkin Semenanjung Tanah Arab. Toleransi dari segi perkahwinan yang berasaskan kahwin sama agama membentuk keturunan kacukan yang merupakan fenomena biasa di Melaka hingga ke hari ini.", "Bagaimanapun, perkahwinan golongan bangsawan Melayu dengan Kling turut memulakan persaingan kuasa politik antara orang Melayu dengan Kling atau Tamil-Muslim. Kemuncak kepada konflik ini apabila Sultan Muhammad Shah mangkat pada tahun 1444. Bendahara Seri Wak Raja dan kerabat diraja Melayu yang lain telah melantik Raja Ibrahim sebagai sultan Melaka keempat, tetapi kerabat diraja berdarah Kling mahukan Raja Kassim yang berketurunan Kling di sebelah ibunya menjadi raja dengan alasan Raja Ibrahim mula mengembalikan pengaruh Hindu di dalam istana. Apabila dilantik menjadi sultan, ternyata Raja Ibrahim menggelarkan dirinya dengan nama Hindu iaitu Seri Parameswara Dewa Shah. Akibat dari konflik ini, baginda mangkat kerana dibunuh selepas memerintah selama 17 bulan. Sementara Bendahara Seri Wak Raja dibunuh selepas diracun pihak-pihak yang memusuhinya.", "Bagi meredakan suasana politik yang tegang, Raja Kassim atau nama barunya selepas menaiki takhta Sultan Mudzaffar Shah telah mengahwini Tun Kudu iaitu puteri Bendahara Seri Wak Raja. Seterusnya, untuk mengelakkan berlakunya perang saudara dan perpecahan empayar yang luas, baginda juga mengarahkan bapa saudaranya Bendahara Tun Ali meletakkan jawatan dan digantikan oleh kekanda Tun Kudu iaitu Tun Perak sebagai bendahara Melaka baharu. Kebijaksanaan baginda telah meredakan konflik politik Melayu-Kling. Lagipun, Tun Perak adalah seorang yang berkaliber sebagai pemimpin, penasihat raja dan panglima perang.", "Perlibatan golongan Kling dalam politik, ekonomi dan sosial Kesultanan Melayu Melaka berlarutan dan amat aktif melibatkan tokoh-tokoh lain seperti Nina Chatu, Nina Sura dan Raja Mudaliar hinggalah kepada kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498 dan telah meninggalkan empayar Melaka yang luas di samping berupaya mengawal keseimbangan kuasa antara Melayu-Kling. Jawatan bendahara disandang oleh adiknya Tun Puteh tetapi hanya dalam masa singkat sahaja. Apabila beliau meninggal dunia, jawatan bendahara jatuh semula ke tangan bendahara keturunan Kling iaitu Tun Mutahir.", "Penguasaan Tun Mutahir dalam pentadbiran Melaka menyebabkan perdagangan Melaka hampir dimonopoli oleh golongan pedagang Kling, satu perkara yang mencetuskan semula konflik Melayu-Kling yang akhirnya membawa kepada pembunuhan Tun Mutahir sekeluarga akibat fitnah Raja Mudaliar dan Si Kitul. Pada tahun 1509 Laksamana Diego Lopez De Sequeira tiba di pelabuhan Melaka dan kedatangannya menandakan satu perubahan besar bagi empayar Melaka dan kawasan berdekatan dengannya. Kerajaan Melayu Melaka runtuh pada tahun 1511 dan Sultan Mahmud Shah iaitu sultan Melaka terakhir telah berundur ke Muar dan seterusnya ke Bentan bagi merancang operasi pembebasan Melaka. Turut serta dalam pengunduran tersebut ialah ayahanda Tun Seri Lanang iaitu Bendahara Paduka Raja Tun Ahmad.", "Konflik tiga segi Acheh, Johor dan Portugal", "Jika anda baca tajuk ini, anda menyangka ia seperti satu kisah cinta tiga segi yang cliche. Tetapi ini realiti yang dihadapi ketiga-tiga kuasa di Selat Melaka pada abad ke-16 Masihi. Perang ini berlaku kerana ketiga-tiga pihak berkenaan mempunyai kepentingan yang sama iaitu mahu menguasai Selat Melaka yang merupakan jalan perdagangan yang sangat penting antara timur dengan barat dan menyambungkan benua Eropah dengan Asia. Di Asia, Selat Melaka merupakan jalan perdagangan yang menghubungkan Semenajung", "Arab, benua Kling dan China. Sebelum kemunculan Melaka lagi, Selat Melaka telah menjadi tunjang asas kepada kekuatan Acheh dan negeri-negeri lain di pesisir Sumatera seperti Haru, Pedir, Perlak dan Pasai. Pendek kata, penguasaan Selat Melaka adalah penentu kepada kekuatan ekonomi negeri-negeri berkenaan. Berdasarkan alasan inilah juga yang mendorong Sultan Melaka memeluk Islam dan mengahwini puteri Perlak pada tahun 1414. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugal pada tahun 1511, percaturan penguasaan Selat Melaka menjadi sengit kerana melibatkan kuasa Barat lain yang juga pesaing Portugal iaitu Belanda dan Inggeris.", "Sebelumnya, kuasa-kuasa Melayu dapat menyelesaikan masalah persaingan kuasa melalui tolak ansur berdasarkan perpaduan agama dan keturunan iaitu agama Islam dan melalui perkahwinan politik. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah telah berundur ke Muar dan selepas itu ke Bentan. Persaingan merebut kepentingan di Selat Melaka bertambah sengit kerana melibatkan usaha Sultan Melaka untuk mengembalikan kekuasaannya di Melaka. Apabila usaha tersebut gagal, baginda mangkat di Kampar pada tahun 1528 dan usaha tersebut kemudiannya diteruskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, pengasas Kesultanan Johor.", "Portugal terus menyerang Johor pada tahun-tahun 1518, 1520, 1521, 1524, 1536 dan 1587 untuk memantapkan kawalan perdagangan di Selat Melaka dan kawasan sekitarnya yang kaya dengan rempah ratus. Di sebalik semua itu, Johor masih berupaya membina empayar dengan menguasai Sungai Kelang, Kuala Linggi, Sungai Siak, Kampar, Bengkalis, Ungara, Karimon, Bentan, Lingga, Temasek (Singapura), Batu Pahat dan Muar. Buktinya, kekayaan Kesultanan Johor yang melimpah ruah dan pernah dicatatkan dalam satu artikel The Patriots tidak lama dahulu.", "Serangan Johor ke atas Melaka sentiasa dilakukan, termasuk semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II. Serangan ini dilakukan serentak dengan bantuan kekandanya, Sultan Mudzaffar Shah dari Perak. Peperangan Johor-Portugal pada masa itu bertujuan mengembalikan kegemilangaan Kesultanan Melayu Melaka. Bagi Acheh pula, serangan-serangan yang dilakukannya terhadap Melaka dan Johor mempunyai matlamat yang sama dengan Portugal iaitu untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka. Siri peperangan ini berlarutan selama hampir 80 tahun.", "Tatkala tiga kuasa ini terus bercakaran bagi menentukan siapa layak menguasai Selat Melaka, Belanda yang mengintai dari jauh mula memainkan jarum pengaruhnya dan pada akhirnya, penguasaan Selat Melaka. Acheh yang sudah masak dengan permainan mereka bertindak menguasai Aru (Deli), Batu Bara, Siak dan Inderagiri pada awal abad ke-17. Kesultanan Acheh juga berusaha menekan Johor untuk menyertai mereka kerana tahu kedudukan kerajaan tersebut yang tersepit antara dua kuasa Barat itu.", "Tetapi bagi Johor, itu tidak berlaku apatah lagi ketika itu, ibu kota mereka di Batu Sawar menjadi tumpuan ramai pedagang luar. Untuk meneruskan rancangan mendapatkan semula Melaka, Sultan Alauddin Riayat Shah III membuat perjanjian dengan Belanda pada Mei dan September 1606. Empat tahun selepas itu, Johor turut mengadakan perjanjian damai dengan Portugal pada Oktober 1610 bagi menamatkan sekatan yang dikenakan kuasa Barat tersebut. Perkembangan ini nyata menggusarkan Acheh kerana jika ia dibiarkan berterusan, Johor boleh saja mengancam kedudukan mereka di Selat Melaka.", "Logik ini yang mendorong kesultanan tersebut melancarkan serangan besar ke atas Batu Sawar pada tahun 1610. Dengan kekuatan askar seramai 4,000 orang, Kesultanan Johor tidak dapat menahan asakan tentera Acheh yang dikatakan berjumlah empat kali ganda. Selepas Batu Sawar musnah, ramai dijadikan tawanan Acheh termasuk Sultan Alauddin Riayat Shah III, adindanya Raja Abdullah dan pembesar-pembesar Johor-Pahang termasuk Tun Sri Lanang, Raja Hussain dan Puteri Kamaliah. Lihat sarakarta dari Kesultanan Acheh ini:", "Sarakata-sarakata itu tadinya disusun oleh ulamak-ulamak yang menjadi penasihat sultan. Sutar keputusan di bawah ini yang salinannya dikeluarkan oleh sultanah al Alam Safiayat alDin Syih – diterbitkan pada tahun 1022H, bersamaan dengan tahun 1613M dan dengan demikian sarakata itu telah ditetapkan pada tahun keenam pemerintahan sultan Iskandarmuda.", "Pada tahun tersebut Johor ditaklukkan oleh Sultan Iskandar Muda dan dalam bulan Juni 1613. Setelah kota itu dihancurkan – telah dibawa ke Aceh al Sultan Johor dan Raja Abdullah yang lebih dikenal dengan raja Sabrang. Menurut sarakata ini yang nampaknya pada kertas perkanon – ternyata bahwa kepada seorang besar kerajaan bernama Datuk Bahra, seorang raja besar kemungkinan berasal dari Melaka y.i. seorang ternama dari seberang yang telah dihadiahkan daerah Samar Lenga yang sekarang merupakan kenegerian Samarlanga. (Tichelman, 1997)", "Pasukan Acheh dan tawanannya tiba di Banda Acheh pada bulan Julai 1613 dan diberi sambutan hangat. Para tawanan telah dibicarakan dan diberikan pengampunan oleh Mahkota Alam. Raja Abdullah diberi peluang untuk pulang ke Batu Sawar dengan alasan baginda tidak pro-Portugal dan baginda juga bersetuju menerima pengawasan Acheh. Baginda juga telah diikat melalui hubungan kekeluargaan dengan mengahwini adinda Mahkota Alam, iaitu Puteri Jamilah. Raja Abdullah kembali ke Batu Sawar dengan 2000 orang pengiring diketuai oleh Orangkaya Raja Lelawangsa. Batu Sawar kemudiannya dibangunkan semula dengan bantuan orang Acheh.", "Sungguhpun begitu, hubungan kedua-duanya menjadi dingin semasa merancang untuk menyerang Portugis di Melaka pada tahun 1615. Bagaimanapun, usaha tersebut tidak berjaya kerana Portugis baru sahaja menerima sepuluh buah kapal perang untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Raja Abdullah yang murka kemudiannya menghantar pulang Puteri Jamilah ke Acheh dan menceraikannya. Mahkota Alam sangat murka dengan peristiwa itu dan menyerang Batu Sawar bagi kali kedua. Baginda melarikan diri dan cuba mendapatkan perlindungan di Lingga, tetapi mangkat di Pulau Tembelan pada tahun 1623.", "Puteri Kamaliah berasal dari Pahang, disebut sebagai Putroe Phang di Acheh dan menjadi tokoh penting dalam sejarah Acheh. Setibanya di Banda Acheh, baginda dikahwini oleh Mahkota Alam sebagai isteri ketiga baginda. Mahkota Alam sangat menyayanginya sehinggakan sanggup menceraikan isteri pertamanya bagi membolehkan baginda menjadi permaisuri Acheh. Menurut Buyung Adil, perkara ini bermula dengan rentetan peristiwa kerjasama Sultan Alauddin Riayat Shah III dengan Portugal di Melaka bagi merajakan anaknda baginda Raja Bujang di Pahang.", "Sebagai tindak balas, Acheh telah menyerang Johor pada tahun yang sama disusuli dengan serangan ke atas Pahang pada tahun 1617, menawan kerabat diraja Pahang termasuk Puteri Kamaliah dan membawa mereka ke Acheh. Tindakan menyerang, menawan dan membawa tawanan pulang ke Acheh adalah tindakan biasa bagi Mahkota Alam. Walau bagaimanapun, sumber sejarah ini tidak sama dengan sumber yang diketengahkan oleh Muhammad Adli Abdullah yang mengatakan bahawa Putroe Phang ditawan bersama-sama Tun Seri Lanang pada tahun 1613.", "Penawanan kerabat di Raja Johor dan Pahang dilakukan serentak dengan usaha Mahkota Alam menggalakkan penduduk dari jajahan takluknya berpindah ke Acheh kerana Acheh mengalami kekurangan penduduk kesan daripada kempen peperangannya bukan saja dengan Portugal tetapi juga dengan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain seperti Johor, Kedah, Perak dan Pahang. Bagi mengisi kekosongan itu, penduduk dari Sumatera Barat, Kedah, Pahang, Johor, Melaka, Perak dan Deli digalakkan berpindah ke Acheh dengan bilangan yang dibawa kadangkala seramai 10,000 orang. Insiden ini berlaku semasa pemerintahan Sultan Iskandar Mahkota Alam.", "Tiada siapa dapat membayangkan bagaimana keadaan rakyat seramai itu dipaksa berpindah ke negeri lain dengan perjalanan dan pengangkutan yang amat sukar, termasuk berjalan kaki serta menaiki perahu selama berminggu-minggu. Korban bagi penghijrahan ini juga besar kerana kekurangan keperluan asas dan perjalanan jauh terutama melibatkan kanak-kanak dan golongan wanita. Catatan Kapten Best, wakil Belanda di Acheh pada tahun 1600 menunjukkan impak dari polisi ini:", "“The whole territory of Acheh was almost depopulated by war, execution, and oppression. The king endeavoured to repeople the country by his conquests. Having ravaged the kingdoms of Johor, Pahang, Kedah, Perak and Deli, he transported the inhabitants from", "those place to Acheh to the number of twenty tousands person. But this barbarous policy did not produce the effect he hoped for the unhappy people being brought naked to his dominions and not allow any kind of maintenance on their arrival and died hunger in thestreets.”", "Ahli sejarah Acheh menjelaskan bahawa penghijrahan itu berlaku dalam keadaan biasa sahaja, malah ketibaan mereka di Acheh seolah-olah diterima dengan baik. Sejarawan Mohammad Djamil Yunus misalnya, menulis bahawa Mahkota Alam mempunyai sikap terbuka terhadap orang-orang dari Tanah Melayu dan Patani, malah, mereka diberikan kampung-kampung khas sebagai tempat untuk menetap seperti catatannya,", "“Pembesar-pembesar (raja) dan orang-orang yang berasal dari Tanah Melayu dibawa ke Aceh itu, mereka disantuni, diberi tempat tinggal yang juga diberikan daerah perkampungan yang disukai seperti Kampung Kedah, Kampung Phang (Pahang), Kampung Perak (Pantee Perak), Kampung Patani (Pentanoe) dan Kampung Johor (Hooho).”", "Namun, itu masih tidak menjelaskan korban akibat polisi sebegini.Kesan migrasi penduduk dari negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini masih jelas kelihatan hingga ke hari ini, misalnya sebahagian besar penduduk Pulau Kampai (Aru) dan Tamiang sehingga kini masih bertutur menggunakan Bahasa Melayu dialek Kedah. Di Banda Acheh sendiri wujud satu kawasan yang dipanggil Kampung Keudah dan Pasar Keudah. Penduduk Tamiang dan Pulau Kampai juga meneruskan adat istiadat perkahwinan, keraian dan kematian sama seperti adat istiadat Melayu Kedah kerana mereka berada dalam kelompok yang besar menyebabkan penyerapan terhadap budaya tempatan sukar berlaku walau pun mereka telah lama berada di sana.", "Kehidupan Tun Sri Lanang di Acheh", "Tiada siapa menyangka perlantikannya sebagai Raja Samalanga atau sebagai orang penting dalam pentadbiran Acheh. Tetapi itulah yang berlaku kepada Tun Sri Lanang di mana beliau dimasyhurkan sebagai Raja Samalanga sambil disaksikan oleh ramai pembesar dan ulama Acheh sebanyak dua kali iaitu semasa Sultan Iskandar Mahkota Alam dan Sultanah Safiatuddin Shah. Proses perajaan ini dipengaruhi oleh nasihat Puteri Kamaliah kepada baginda yang melihat Tun Sri Lanang sebagai aset yang boleh membantu Acheh sebagai sebuah kerajaan yang lebih kuat.", "Peristiwa bagaimana Tun Seri Lanang terpilih sebagai raja juga sangat menarik seperti yang dihuraikan oleh Adli Abdullah dan Pucot Haslinda, dan lebih menarik apabila di Acheh, peristiwa itu disebut sebagai “peristiwa di laut”. Semasa pembesar Samarlanga hendak memilih raja, penduduk Samarlanga mencalonkan sebelas orang calon tetapi jari mereka tidak sesuai untuk manyarung cincin khas yang ditempa bagi penentuan terhadap perlantikan Raja Samalanga.", "Hanya jari kelengkeng Tun Seri Lanang sahaja yang sesuai dengan saiz cincin tersebut, dengan itu Tun Seri Lanang telah dilantik sebagai Raja Samarlanga. Isu dan peristiwa penyarungan cincin ini hanyalah usaha yang dilakukan sebagai peneguhan betapa layaknya Tun Seri Lanang menjadi Raja Samarlanga dan cerita penyarungan cincin ini juga mempunyai persamaan dengan banyak cerita rakyat di Kepulauan Melayu. Dalam perjalanan ke Samarlanga, sebelas calon lain telah membuang Tun Seri Lanang ke tengah laut di Laweung tetapi diselamatkan oleh Maharaja Lela Keuroeun Tjoereh bersama Teuku Nek Meuraksa. Seterusnya, Panglima Nyak Dom telah mengadap Mahkota Alam dan mengkhabarkan peristiwa itu. Mahkota Alam telah murka dan memerintahkan sebelas pembesar tersebut dipancung. Mulai hari itu, Tun Seri Lanang telah memerintah Samarlanga antara tahun 1615 hingga 1658.", "Cabul sungguh mulut-mulut yang mengata beliau dengan pelbagai label mengarut. Hakikatnya, Tun Seri Lanang bukan calang-calang orang kerana pernah menjadi bendahara kerajaan Johor, pentadbir istana dan juga seorang yang alim. Perlantikan Tun Seri Lanang menunjukkan bahawa Mahkota Alam adalah seorang yang berfikiran terbuka dan sanggup menerima ‘orang luar’ sebagai anggota pemerintahnya, sama dengan amalannya yang mengumpulkan ulama dari semua negara Islam seperti Semenanjung Arab untuk memakmurkan Acheh sebagai serambi Makkah. Berdasarkan kajian ini, selain Tun Sri Lanang, ada juga beberapa orang kenamaan dari negeri lain juga pernah dilantik sebagai pembesar Acheh seperti yang dihurai oleh Muhammad Junus Djamil:", "“Orang-orang sudah sadar dan insaf diberi jabatan di dalam pemerintahan Aceh. Di antaranya yang ada yang dijadikan Menteri Seri Paduka Raja, Orangkaya Besar dari Perak, menjadi Temenggung, Seri Panglima Berkuda dari Perak menjadi Panglima Angkatan berkuda (Seri Raja Panglima Berkuda), dari Melaka menjadi Bentara/Kepala Jawatan (Jawatan Mahaban/Sekaut), Angkatan Kepolisian (Bintara Raja Laila Perkasa) dari Asahan, Bentara Seri Laila Raja dari Perak dan Kenjruen Raja Laila dari Kedah.”", "Bukti ini menunjukkan bahawa Mahkota Alam menerima pembesar-pembesar Melayu untuk berkhidmat di Acheh berdasarkan semangat agama, serumpun bangsa dan sudah tentu yang paling penting ialah mempunyai ketokohan tanpa prasangka dan atau dilitup tebal oleh semangat kedaerahan serta sama etnik yang tidak memberi faedah langsung. Sama seperti yang diamalkan oleh sultan-sultan Melaka, Mahkota Alam turut menerima pendatang asing sekali pun tidak berasal dari rumpun Melayu. Baginda dengan hati terbuka menerima orang Arab, Kling, China, Turki sebagai penduduk tetap Acheh. Setiap bangsa ini tinggal di kawasan penempatan tersendiri dan berlaku toleransi antara kaum yang sangat hebat melalui perkahwinan campur dengan penduduk Acheh.", "Selepas diberi amanah mentadbir Samarlanga, Tun Seri Lanang dan pengikutnya telah memulakan aktiviti pertanian dengan membuka ladang secara beramai-ramai dan hasilnya dikongsi untuk keperluan bersama. Usaha-usaha mengembangkan pertanian telah diteruskan oleh penduduk yang berasal dari Johor dan Pahang. Mereka juga mula membangunkan usaha membuat kapal dan perahu, turun ke laut bagi aktiviti menangkap ikan dan semua hasil laut. Tun Seri Lanang juga menggalakkan penduduk Samalanga meneruskan usaha membina perahu dan kapal untuk keperluan pelayaran dan nelayan ke laut.", "Selain itu, beliau juga memperkemas dan menggalakkan perkembangan pendidikan agama berasaskan sistem sekolah pondok di Samarlanga, terutama di Kota Blang. Beliau turut membina masjid di wilayah Samalanga di mana reka bentuk Masjid Kota Blang ini sama seperti reka bentuk masjid-masjid di Semenanjung Tanah Melayu yang mempunyai satu sahaja kubah besar dengan bahagian atas kubah masjid itu pula berbentuk tirus tiga segi landai. Reka bentuk sebegini tidak sama dengan reka bentuk masjid-masjid Acheh yang biasanya mempunyai lebih dari satu kubah berbentuk bawang potong. Masjid Kota Blang masih kekal dan boleh dilihat hingga kini, tidak jauh dari lokasi makam dan istananya.", "Selain memainkan peranan sebagai pemerintah Samalanga, Tun Sri Lanang juga merupakan penasihat utama tiga pemerintah Acheh iaitu Sultan Iskandar Mahkota Alam, Sultan Iskandar Thani dan Sultanah Safiatuddin Shah dengan gelaran Orang Kaya Maharaja Lela (kedudukan sama seperti Bendahara/Perdana Menteri). Gelaran ini dipegang beliau sehinggalah tahun 1644. Semasa pemerintahan Sultanah Safiatuddin pula, beliau dikurniakan gelaran Panglima Bandar sehinggalah meninggal dunia pada tahun 1659.", "Semasa beliau mengisi dua peranan ini, situasi politik di Nusantara boleh dianggap tidak stabil. Selepas berjaya merampas Melaka dari tangan Portugal pada tahun 1641, Belanda mengintai peluang menguasai Selat Melaka. Dan dengan Johor kembali semula sebagai kuasa di Selat Melaka, situasi sebegini nyata mencemaskan Kesultanan Acheh. Atas sebab itulah, peranan para pembesar seperti Tun Sri Lanang sangat penting bagi mengekang pengaruh Belanda.", "Satu situasi yang mencerminkan kepentingan Tun Sri Lanang ialah pertikaian Acheh-Belanda berkenaan permata berharga yang dibeli Sultan Iskandar Thani dari pedagang-pedagang Belanda untuk permaisurinya, Sultanah Safiatuddin. Untuk menyelesaikan situasi ini, baginda diminta pihak Belanda untuk datang. Permintaan ini dibawa oleh Pieter Sourij, wakil khas Gabenor Hindia Timur Belanda di Betawi, Antonio van Diemen yang diiringi Tun Sri Lanang ketika itu.", "Jika Amsterdam menyangka Acheh boleh diperlakukan seperti patung mainan, mereka salah. Seminggu selepas itu, Sourij dikejutkan dengan berita penilaian permata itu hanya bernilai 5,900 tahil dan bukannya 15,000 tahil mengikut nilai pedagang Belanda. Beliau membantah penilaian tersebut sebagai tidak munasabah dan mengugut akan membatalkan pembelian permata tersebut. Namun, ugutan Sourij langsung tidak menakutkan Tun Sri Lanang dan Acheh tetap berpegang teguh dengan pendirian mereka.", "Akhirnya pada 3 Ogos 1642, permata tersebut dapat dibeli dengan harga 10,000 tahil atas cadangan Tun Sri Lanang dan bukan harga mati yang ditetapkan Belanda. Bayaran dibuat dalam bentuk penolakan yuran kemasukan sebanyak 4,000 tahil ke atas pedagang Belanda yang berlabuh di Acheh dan 6,000 tahil dibayar dalam tempoh dua musim. Menurut sejarawan Belanda, proses rundingan yang dijalankan Tun Sri Lanang itu bukan bertujuan menunjukkan pendirian keras terhadap orang luar tetapi sebagai cubaan memelihara hubungan Acheh-Belanda yang sedia terjalin ketika itu. Walaupun ada masanya hubungan Acheh-Amsterdam diuji dengan pelbagai cabaran tetapi di bawah pemantauan beliau, hubungan itu terus berjalan dengan baik.", "Pada masa sama, Belanda juga cuba menggugat kekuasaan Acheh dengan menggunakan pelbagai taktik untuk menarik negeri-negeri Melayu membebaskan diri dari kekuasaan kesultanan tersebut. Untuk mengelak usaha tersebut dapat melemahkan kerajaan berkenaan, jawatan Orang Kaya Maharaja Lela dipecahkan kepada dua jawatan. Urusan keselamatan dan pertahanan diserahkan kepada Orang Kaya Laksamana Seri Maharaja (kekanda/adinda tiri Sultana Safiatuddin).", "Sementara urusan pelabuhan dan perdagangan negara diberi gelaran Panglima Bandar dan diserahkan kepada Tun Sri Lanang. Ini menjadikan beliau sebagai antara orang penting dalam pentadbiran Acheh. Selepas Tun Sri Lanang meninggal dunia pada tahun 1658, jawatan Panglima Bandar dan pemerintah Samalanga disandang oleh Tun Rembau/Teuku Syik. Ini sebagai tanda penghargaan kepada jasa Tun Sri Lanang kepada Kesultanan Acheh. Pemerintahan Samalanga di bawah waris Tun Sri Lanang hanya berakhir pada awal abad ke-20 selepas campur tangan Belanda di Acheh.", "SUMBER" ]
https://www.thepatriots.asia/uthmaniyah-vs-safavid-pertembungan-dua-raja-sunni-dan-syiah-yang-paling-berdarah/
Uthmaniyah VS Safavid: Pertembungan Dua Raja Sunni Dan Syiah Yang Paling Berdarah
[ "Al-Rihlah adalah nama pendek untuk sebuah kitab pengembaraan abad ke-14 yang ditulis di Fez oleh sarjana fiqh Islam, Ibn Jazayy al-Kalbi dari Granada yang mencatat dan mengimlak travelog Ibn Battuta.  Judul penuh kitab itu ialah Tuḥfat an-Nuzzar fi Gharaʾib al-Amsar wa ʿAjaʾib al-Asfardan (Karya Agung Untuk Mereka yang Merenungi Keanehan Kota dan Keajaiban Perjalanan).", "Al-Rihlah turut mencatatkan butiran terperinci mengenai konf.lik Sunni-Syiah dalam Pertem.puran Chaldiran di Iran.", "Semenjak dari bermulanya pe.rang saudara Islam yang pertama (Fitnah Pertama 656-661 M), konflik antara Sunni-Syiah untuk merebut kuasa dan autoriti kuasa umat Islam (antara Arab dan Iran) tak banyak berubah tetapi salah satu pertembungan yang paling berda.rah berlaku semasa Pertem.puran Chaldiran, di Iran Barat Laut pada 23 Ogos 1514.", "Konflik memuncak apabila kira-kira 7000 tentera (2000 Sunni dari Uthmaniyah dan 5000 Syiah Safawiyah) terkorban mempertahankan akidah masing-masing, sebagai tambahan kepada pembant.aian awal terhadap kira-kira 40,000 penduduk Syiah di Anatolia oleh tentera Uthmaniyah sebelum pertem.puran.", "Pertem.puran Chaldiran bukan sekadar pertem.puran yang telah menundukkan kedaulatan Shah Parsi Safawiyah yang Syiah di tangan Sultan Uthmaniyah yang Sunni tetapi ia juga bertanggungjawab dalam memecahkan tanah Kurdish kepada dua bahagian lingkungan pengaruh berbeza, dan situasi ini kekal wujud hingga ke hari ini.", "Yavuz Sultan Selim I menaiki takhta sebagai sultan Empayar Uthmaniyah pada tahun 1512 M.  Setelah bertem.pur dan mendesak bapanya Sultan Bayezid II turun takhta, baginda kemudian mengalahkan dan membu.nuh pesaing yang merebut takhta iaitu abangnya Ahmet pada April 1513 serta adiknya Korkut dan anak saudaranya yang lain, dengan itu baginda mengha.puskan seluruh ancaman dalaman.", "Sultan Selim kemudiannya mengalihkan tumpuannya ke arah timur di mana terdapat kuasa pembangkang yang berbahaya dan memberikan ancaman yang lebih besar kepada kekuasaan kesultanannya.", "Shah Ismail I, pengasas dinasti Safawiyah, adalah pemerintah terakhir dari legasi tarekat sufi Safawiyah. Bapanya telah mengerah secara paksa pemuda-pemuda suku Turkmen untuk membentuk sebuah sayap milit.an Qizilbash (‘Kepala Merah’ bersempena warna merah di hujung serban mereka dan 12 tebukan yang simbolik kepada Imam Dua Belas).", "Pada tahun 1501, dengan sokongan pejuang Qizilbash, Ismail telah diangkat sebagai Shah Azerbaijan dan pada tahun 1510 dia menjadi Shah Iran. semasa menaiki takhta, Ismail mengisytiharkan Syiah sebagai agama rasmi negara dan mula menghantar sarjana agama dari kalangan Qizilbash jauh ke tengah-tengah Anatolia di Empayar Uthmaniyah (di mana pada tahun 1511 mereka mengatur pembero.ntakan terhadap Bayezid II yang akhirnya menandakan kejatuhannya).", "Di samping itu Ismail memajukan barisan pasukan tenteranya sejauh hingga ke Diyarbakir dan selatan Iraq moden. Kebangkitan Shah Ismail I, dan kebangkitan negara Syiah Parsi menimbulkan ancaman secara terbuka terhadap kuasa dan autoriti Uthmaniyah sebagai kuasa Islam terbesar di dunia ketika itu.", "Sebagai tindak balas, Sultan Selim I mengumpulkan bala tentera dengan ketumbukan 140,000 orang dan mengerahkan mereka berarak dari Sivas ke Dogubayazit dan kemudian ke lembah tinggi Chaldiran di mana kira-kira seramai 40,000 tentera Qizilbash di bawah Shah Ismail telah berkumpul.", "Pada tahun 1511, berikutan tertunduknya pembero.ntakan Qizilbash Turkmen-Syiah Alevi Kurdish Shakulu, kira-kira 40,000 orang Syiah telah dibu.nuh, dan bagi memastikan supaya tiada lagi pengaruh Syiah yang tertinggal akan menimbulkan masalah, Sultan Selim memerintahkan Yunus Pasha, sebelum memulakan kempen untuk mengawasi proses penghap.usan kaum terhadap seluruh populasi Syiah di wilayah kekuasaannya. Akibat dari tindakan ini, rasa dendam dan skeptikal golongan Alevisme masih menebal di Turki hari ini.", "“Dengan restu dan pertolongan dari Allah, akan aku mahkotakan kepala setiap pepohon tiang gantung dengan kepala seorang sufi yang memakai mahkota dan membersihkan kaum itu dari muka bumi….dan terus mara, sesuai dengan ‘tawanlah mereka dan bu.nuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya,’ (petikan ayat dari Surah An-Nisaa’ 4:89) akan ku bin.asakan kamu dan mengusir kamu dari tanah itu..” – Puisi yang ditulis oleh Sultan Selim I dan dikirimkan kepada Shah Ismail I sebagai propaganda untuk menimbulkan rasa ketakutan di hati Ismail.", "Menjelang pertembungan tentera Uthmaniyah dan Qizilbash, Selim dan Ismail saling berbalas surat diplomatik. Ismail menulis dalam bahasa Azeri, yang merupakan bahasa utama negaranya (Azerbaijan moden) dan pangkalan kuasanya. Selim sebaliknya membalas dalam bahasa Parsi, kerana dia tahu Ismail tidak akan faham sepenuhnya.", "Mereka saling menghina antara satu sama lain dengan merujuk kepada tabiat negatif, di mana, Selim menghina Ismail sebagai kaki botol, dan Ismail menghina Selim sebagai penagih candu. Dan kemuncak terakhir komunikasi mereka sebelum pertem.puran bermula ditamatkan apabila Ismail menghantar seorang utusan bernama Shah Quli Aga membawa sebuah peti emas dipenuhi candu sebagai hadiah untuk Selim, sambil meminta supaya jangan mengapa-apakan utusannya.", "“Pengalaman pahit telah mengajarkan, dalam dunia yang penuh dugaan ini. Sesiapa yang jatuh di atas rumah ‘Ali, akan sentiasa jatuh. Sila benarkan utusan kami untuk melakukan perjalanan tanpa gangguan kerana ‘seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)’ (Surah Al-An’aam 6:164). Apabila pepe.rangan tak dapat dielakkan, keraguan dan kelewatan mesti diketepikan, dan seseorang harus memikirkan apa yang akan mendatanginya. Selamat tinggal.”n – Shah Ismail I", "Selim telah membu.nuh Quli Aga serta merta kerana penghinaan itu.", "Sekitar 23 Ogos 1514, tentera Uthmaniyah memasuki lembah Chaldiran dari utara. Menyedari bahawa mereka sudah kalah dari segi angka kekuatan, panglima-panglima tentera Ismail meminta mengusulkan untuk menye.rang segera terlebih dahulu sebelum tentera Uthmaniyah berada dalam formasi se.rangan penuh.", "Di tengah-tengah barisan tentera Uthmaniyah terdapat bateri meriam dan satu batalion tentera kerahan Janissari. Ismail menolak saranan panglimanya, dia merasakan dia kebal kerana kepercayaannya bahawa dia adalah keturunan pahlawan kuno.", "Pasukan Ismail tidak mempunyai meriam (kesilapan yang tidak akan mereka ulangi lagi) dan pada pagi 23 Ogos 1514 pasukan berkudanya mula menye.rang sayap Uthmaniyah. Artileri Uthmaniyah menghancurkan mereka dan tentera Safawiyah diasak dari lembah itu dengan jumlah sehingga 10,000 tentera ma.ut dan dua orang isteri Shah Ismail dirampas selepas Ismail melarikan diri, mereka kemudian dikahwinkan dengan jeneral Uthmaniyah.", "Ada tiga lagi babak menarik dalam sejarah perseteruan dua sultan yang kedua-duanya dianggap sebagai raja yang paling kacak pada waktu itu.", "Pertama, apabila Selim memasuki Tabriz, ibu kota Safawiyah, dan ingin mengejar Ismail yang berundur ke arah Kaspia tetapi dihalang oleh komander Janissarinya sendiri yang sebahagiannya membero.ntak, ini menandakan sebahagian dari kesan taktik bumihangus dilaksanakan Ismail di timur Anatolia agar tentera Selim terputus bekalan.", "Walaupun sekiranya tentera Janissari dibekalkan secukupnya, ada kemungkinan besar sikap mereka yang teragak-agak mahu mengejar rombongan pelarian Shah Ismail adalah kerana sebahagian tentera Janissari telah dipengaruhi oleh Tarekat Sufi Bektasi yang sangat mirip dengan Tarekat Safawiya Ismail.", "Semasa Dinasti Safawiyah sedang berkembang secara positif, empayar Ismail itu amat terkenal dengan seni dan kaligrafi yang berinspirasikan pengaruh Timuriyyah dan lebih daripada 1000 tukang dari wilayah Safawiyah pernah dibawa kembali ke Istanbul di mana mereka memberikan percikan asas kepada kebangkitan zaman kemuncak seni bina Uthmaniyah.", "Ketiga, Shah Ismail dikatakan pernah cuba memprovokasi Sultan Selim I kerana dendam berikutan isteri-isterinya yang dirampas oleh Sultan Selim. Ismail mengarahkan satu peti berisi pelbagai perhiasan mewah dikirimkan kepada Sultan Selim sebagai hadiah.", "Sultan yang merasa pelik dengan tindakan itu terkejut melihat permata berkilauan selepas membuka kotak peti tersebut. Namun tak semena-mena, keluar bau yang meloyakan tekak dari peti itu, rupanya Ismail meletakkan najis manusia di dasar peti itu sebagai satu penghinaan kepada Selim.", "Sultan Selim memerintahkan pegawainya supaya membalas hadiah Ismail dengan memberikan satu peti berisi perhiasan mewah dengan pelbagai bunga dan wangian diletakkan di dasarnya. Juga terselit sekeping nota dari Sultan, yang berbunyi, “semua orang pastinya memakan apa yang mereka sendiri hidangkan.”", "Semenjak kekalahan tersebut, Shah Ismail dilaporkan sering bersendirian menulis puisi dan tidak mahu mengambil tahu soal pentadbiran, dipercayai akibat tekanan selepas kehilangan keluarganya.", "Pertem.puran Chaldiran seumpama satu medan pemisahan besar-besaran, satu zon pembu.nuhan di mana umat Islam yang berpegang kepada akidah Sunni tidak boleh menghirup udara yang sama dengan kaum Syiah.", "Mereka saling memus.nahkan antara satu sama lain kerana dendam politik yang ditinggalkan berabad lamanya, kerana perbezaan akidah yang ketara, dan kerana ambisi kuasa yang tinggi. Warisan ini kekal menjadi satu tragedi yang menetapkan sempadan pemisahan antara Sunni dan Syiah hingga ke hari ini.", "RUJUKAN:", "Mikhail, Alan (2020). God’s Shadow: Sultan Selim, His Ottoman Empire, and the Making of the Modern World. Liveright.", "Ibn Battuta, The Travels of Ibn Battuta (Translated by Samuel Lee, 2009." ]
https://www.thepatriots.asia/amerika-akan-keluar-dari-iraq-iraq-bakal-bebas/
Amerika Akan Keluar: Iraq Bakal Bebas?
[ "Angin politik Amerika Syarikat akan berubah setiap 20 tahun. Kalau tengok semasa pentadbiran George W. Bush dulu, Amerika Syarikat berkelakuan seperti polis dunia.", "Pendekatan ini berpunca daripada kejayaan antara 1980 hingga 1990, apabila Amerika Syarikat secara sistematik membebaskan bumi Eropah daripada cengkaman komunisme. Maka gelagat White House adalah untuk mempertahan dominasi ini sebagai kuasa tunggal.", "Kerana dominasi ini, Amerika Syarikat bergabung dengan Liga Arab untuk membebaskan bumi Kuwait daripada pendudukan haram Iraq.", "Bala yang dicetuskan Saddam Hussein malangnya berterusan hingga hari ini. Pembukaan semula negara Kuwait pada tahun 1991 mengharumkan nama Amerika Syarikat. Namun ia merencanakan pepe.r.angan baru pada tahun 2003.", "Skop pep.eran.gan ini berjaya, kerana Saddam berjaya digulingkan. Walau bagaimanapun, pengusiran seorang pemimpin bukan satu perkara mudah. Kesatuan Soviet menunjukkan contoh sangat jelas.", "Apabila dibubarkan, ramai pelabur mengerumuni sektor ekonomi hingga menjadi tangan tersembunyi. Kalau di Iraq, ramai Saddam kecil mengerumuni sektor sosial untuk mencetuskan kacau bilau.", "Jalal Talabani mengharungi apa yang pernah dialami Boris Yeltsin dan Leonid Kuchma yang menjatuhkan Mikhail Gorbachev.", "Amanah pada bahu Jalal demikian hari barangkali lebih berat, kerana Yeltsin dan Kuchma tidak menjatuhkan Gorbachev dengan cara peper.a.ngan. Dan beliau memimpin Iraq dalam menangani kebangkitan kumpulan pengganas seperti ISIL, sebelum melepaskan kuasa pada tahun 2014.", "Hari ini Iraq jauh lebih stabil berbanding keadaan semasa kepimpinan Jalal. Dan Joe Biden yang menuruti arus anti-pepe.ran.gan sekarang mencapai persetujuan dengan kerajaan Iraq. Bahawa Amerika Syarikat akan keluar daripada Iraq pada penghujung 2021 (Kheel, 2021).", "Pengunduran Amerika Syarikat boleh menggalakkan keganasan. Banyak pembesar sedang menanti-nantikan saat ini. Walau bagaimanapun, kerajaan Iraq dibawah Barham Salih sekarang pandai. Mereka hanya mahu Amerika Syarikat berundur daripada medan pepe.ran.gan sahaja. Amerika Syarikat diminta berkekalan di Iraq dengan hanya peranan sebagai penasihat dan pelatih… tidak lebih dari itu.", "Sebenarnya permintaan ini adalah sebahagian daripada realpolitik yang mewarnai hubungan dua hala antara dua negara ini. Pada bulan Jun, pihak Biden meluluskan serangan udara terhadap pihak Iran.", "Pengebo.m.an itu berlaku di bumi Iraq. Lalu kerajaan Barham pun naik berang dan mengecam tindakan Biden yang melanggar kedaulatan Iraq (TRT World, 2021).", "Bagi yang tidak arif dalam bidang politik antarabangsa, mereka pasti akan kata ini adalah wayang. Namun ia jauh sekali suatu dongengan. Kerana memang Iraq dan Amerika Syarikat akan kekal menyimpan rasa curiga antara satu sama lain.", "Dengan Amerika Syarikat hampir di jalan keluar, cita-cita politik Iraq pun semakin kukuh. Barham sekarang ingin berpakat dengan Bashar Assad untuk membebaskan rantau tersebut daripada kumpulan keganasan yang dibiayai Amerika Syarikat (Sweeney, 2021).", "Maka di sini, semua boleh nampak yang realpolitik memang semakin jelas. Pengunduran Amerika Syarikat akan mendedahkan kanser yang wujud dalam peringkat sosial Iraq.", "Andainya tiada kumpulan pengganas keluar, Iraq akan akhirnya bebas daripada masalah yang dicetuskan Saddam dulu… dalam perjalanan ke arah pemulihan demi kebajikan dan kebaikan rakyat sendiri.", "Banyak benda perlu dibuat untuk merangsangkan semula ekonomi Iraq supaya boleh berkembang semula. Iraq sekarang ini masih lagi berada dalam kancah ekonomi sumber alam yang melemahkan daya saingan (Celiku & Mansour, 2020).", "Sementara Arab Saudi sendiri sedang berhempas pulas ingin mempelbagaikan ekonomi, Iraq sudah ketinggalan jauh. Memang banyak benda kena buat. Tetapi andainya berjaya, Iraq akan bangkit mengaum sepertimana pernah dibuat dulu… cuma kali ini tanpa penguasa yang bergelagat seperti raja di Baghdad.", "RUJUKAN:", "Celiku, B., & Mansour, W. (2020, Oktober 27). What will it take to bring back growth in Iraq? Brookings.", "Kheel, R. (2021, Julai 26). Biden, Iraqi prime minister to announce end of US co.mbat mission in Iraq. The Hill.", "Sweeney, S. (2021, Julai 16). Iraq and Syria vow to ‘join hands’ in fight against US-sponsored terro.rism. The Morning Star.", "TRT World. (2021, Jun 28). Iraq slams US strikes as ‘unacceptable violation of sovereignty’." ]