url
stringlengths
33
227
headline
stringlengths
6
157
content
sequence
https://www.thepatriots.asia/sambutan-hari-lahir-sejarah-ritual-dan-makanan/
Sambutan Hari Lahir: Sejarah, Ritual Dan Makanan
[ "Hari lahir, hari ulangtahun, hari jadi. Apapun sebutannya, sambutan hari lahir ini adalah suatu acara yang kadangkala menjadi suatu kewajipan dalam sesebuah masyarakat. Pernahkah anda terfikir, bilakah sambutan hari lahir ini bermula? Dan, apakah pula tradisi khas masyarakat di dunia serta makanan istimewa yang dihidangkan sempena sambutan hari lahir ini? Artikel ini akan menjejaki semula sejarah permulaan sambutan hari lahir di seluruh dunia dan perkara-perkara khusus yang dilakukan oleh masyarakat dunia dalam menyambutnya. ", "Sejarah sambutan hari lahir", "Secara asasnya, sambutan hari lahir ini\nsebenarnya diraikan seiring dengan penciptaan kalendar yang menunjukkan tarikh\ndan tahun. Pada zaman awal peradaban manusia, hari dan waktu ditentukan dengan\nmelihat kepada perubahan bulan, matahari serta sumber alam yang lain. ", "Ahli sejarah yang mengkaji kitab Bible menyatakan bahawa tarikh hari lahir yang pertama telah disebut pada sekitar 3000 tahun Sebelum Masehi, yang mana ia merujuk kepada hari lahir Firaun. Namun, ia sebenarnya bukanlah menunjukkan hari kelahiran Firaun tersebut ke dunia, tetapi tarikh di mana Firaun lahir sebagai ‘tuhan’. Ini kerana, dalam masyarakat Mesir purba, apabila seseorang itu diangkat menjadi Firaun, maka dia telah berubah menjadi ‘tuhan’, dan tarikh ini adalah lebih penting berbanding hari kelahirannya itu sendiri. ", "Idea sambutan hari lahir ini dikatakan\nbermula daripada tradisi Pagan, yang mana berdasarkan tradisi ini, mereka\npercaya bahawa roh jahat akan muncul pada hari di mana berlakunya perubahan\nyang besar, seperti hari seseorang itu bertambah umurnya, iaitu hari lahirnya.\nMalah, masyarakat Greek purba turut mempercayai bahawa setiap individu\nmempunyai semangat (spirit) yang tersendiri, yang akan datang menziarahi\nindividu pada hari lahirnya dan memerhatikannya. Dan, semangat ini dikatakan\nmempunyai kaitan secara mistik dengan Tuhan yang telah membawa kelahiran\nindividu tersebut ke dunia. ", "Kerana itulah, mereka mengadakan suatu\nsambutan yang khas bagi meraikan hari lahir ini. Sambutan hari lahir ini\ndiadakan sebagai suatu bentuk perlindungan daripada roh jahat bagi setiap\nindividu. Lilin dinyalakan dan bunyi bising turut dilakukan bagi menghalau dan\nmenakutkan sebarang roh jahat yang tidak diingini. ", "Dalam kepercayaan agama Kristian, setiap\nindividu adalah lahir dengan ‘dosa’, dan disebabkan itulah, pada awal sambutan\nhari lahir yang dikaitkan dengan tradisi Pagan menjadikan masyarakat Kristian\nmenganggap sambutan hari lahir ini sebagai suatu ‘sambutan roh jahat’.\nHinggalah pada abad ke-4 Masehi, kepercayaan ini berubah dan sambutan hari\nlahir Jesus mula diraikan. ", "Masyarakat Roman purba pula merupakan\nmasyarakat pertama yang mengadakan sambutan hari lahir untuk individu biasa\nyang tiada kaitan dengan kepercayaan agama. Individu biasa ini adalah\nkawan-kawan serta ahli keluarga. Namun, kerajaan pada waktu itu telah mencipta\nhari kelepasan khas bagi meraikan hari lahir rakyat yang agak terkenal dalam\nbidang masing-masing. Selepas berakhirnya Zaman Pertengahan, sambutan hari\nlahir ini mula diraikan bukan sahaja oleh golongan kaya, tetapi oleh masyarakat\nbiasa. ", "Ritual di sebalik sambutan hari lahir", "Setiap masyarakat di dunia, mempunyai ritual\ndan tradisi mereka yang tersendiri berkaitan dengan sambutan hari lahir ini. Berikut\nmerupakan antara negara di dunia dengan ritual dan tradisi yang tersendiri dalam\nmengadakan sambutan hari lahir.", "Sambutan hari lahir di Amerika Syarikat telah berubah menjadi suatu\nkelaziman selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Parti hari lahir dengan\nbelon, dan kek adaah kemestian dalam sambutannya, dan mereka yang meraikan hari\nlahir akan diberikan hadiah daripada kawan-kawan dan ahli keluarga. Kek akan\ndiletakkan dengan lilin kecil dan lagu hari lahir akan didendangkan. Individu\nyang menyambutnya akan melakukan hajat dan mereka percaya bahawa hajat itu\nharus dirahsiakan agar ia menjadi kenyataan. ", "Satu tradisi penting di Mexico adalah Quinceanera, iaitu sambutan\nhari lahir gadis yang ke-15 tahun. Sambutan hari lahir yang ke-15 ini adalah\nsebagai simbolik bagi gadis tersebut untuk menjadi seorang wanita, dan ia\ndilengkapi dengan pemakaian gaun formal oleh si gadis, pesta tari menari dan\nkek bertingkat. Kemeriahan majlis ini boleh disamakan dengan majlis\nperkahwinan. Selain daripada Quinceanera, majlis hari lahir biasa di\nMexico dipanggil sebagai fiesta, dan ia dimeriahkan dengan jamuan makanan\ntradisional seperti tacos dan pinata. Lagu hari lahir bagi masyarakat Mexico\npula dipanggil sebagai Las Mañanitas dan ia adalah menyerupai dengan\nlagu hari lahir yang biasa. ", "Di benua Afrika, yang terdiri daripada pelbagai puak yang berbeza, sambutan\nhari lahir yang dilakukan juga mempunyai ritual unik yang tersendiri. Di Ghana\ncontohnya, masyarakatnya meraikan hari lahir seseorang kanak-kanak dengan\nmengejutkannya daripada tidur dengan menggunakan ‘oto’, iaitu sejenis patty\nyang diperbuat daripada ubi keledek dan digoreng. Bagi puak Masai di Kenya\npula, salah satu ritual yang dilakukan bagi meraikan perubahan seorang budak\nlelaki memasuki alam dewasa (antara umur 14 hingga 16 tahun) adalah melengkapkan\nkehidupan secara sendirian di suatu perkampungan secara perkhemahan. Setelah\nmenyelesaikan proses ini, mereka akan diraikan dengan melakukan ‘jumping\ndance’. ", "Satu ritual yang unik bagi sambutan hari lahir mengikut tradisi Irish\nadalah ‘menghantukkan’ (bumping) kepala budak yang menyambut hari lahir.\nIa dilakukan oleh orang dewasa, iaitu dengan memegang kaki anak tersebut ke\natas, dan menghantukkan kepalanya dengan lembut ke lantai. Jumlah hantukan ini\nadalah bersamaan dengan umur budak tersebut. Bagi remaja yang telah memasuki\nusia 21 tahun pula, mereka akan diberikan ‘kunci rumah’ sebagai simbolik bahawa\nmereka telah dewasa dan boleh keluar masuk rumah sesuka hati mereka. ", "Berbanding parti yang formal, kanak-kanak Jepun biasanya akan melalui\nsambutan 7-5-3 (7-5-3 celebration) yang diadakan pada 15 November dan\ndipanggil sebagai Shichi-go-san. Disebabkan pada zaman purba,\nkanak-kanak sering meninggal dunia, maka apabila seorang budak lelaki mencecah\numur lima tahun, atau seorang budak perempuan mencecah umur tiga dan tujuh\ntahun, kanak-kanak ini akan diberikan pakaian yang paling cantik dan melawat kuil\nbagi menyatakan kesyukuran atas kesihatan yang diberi. Mereka juga dibenarkan\nuntuk membeli sebungkus gula-gula. ", "Uniknya di Belanda, budak lelaki dan perempuan akan merancang sendiri parti\nhari lahir mereka di rumah masing-masing. Tetamu akan mengucapkan selamat\nkepada orang yang menyambutnya dengan ucapan “Gefeliciteerd,”\niaitu tahniah, dan diikuti dengan ciuman dari pipi ke pipi. Ciuman ini dimulakan\npada pipi kanan, diikuti pipi kiri dan akhirnya pipi kanan semula. ", "Parti hari lahir yang diadakan untuk kanak-kanak di Brazil adalah sangat\nbesar dan meriah. Malah, mereka akan mengadakan tempat khas yang dipanggil buffet\ninfantil yang bertujuan khusus untuk sambutan hari lahir kanak-kanak. Satu\nlagi tradisinya adalah, kepingan kek pertama yang dipotong dalam sambutan hari\nlahir tersebut diberikan kepada kanak-kanak itu, tetapi kanak-kanak itu harus\nmemberikannya kepada orang terpenting dalam hidupnya seperti ibu bapanya. ", "Salah satu ritual lahir lahir di Korea Selatan ialah hwangap, iaitu\nmeraikan hari lahir ke-61 (60 tahun mengikut kiraan biasa) seseorang individu\nmengikut kiraan masyarakatnya. Ritual ini menunjukkan kembalinya pusingan bagi\ntahun kelahiran, iaitu lima kali pusingan bagi 12 tahun kitaran kalendar lunar.\nIa adalah petunjuk penting yang menunjukkan panjang umur, serta peralihan\nperanan seseorang individu yang aktif kepada peranan yang kurang aktif, seperti\npersaraan. ", "Selain daripada ritual dan tradisi yang\ntersendiri, terdapat juga makanan-makanan istimewa yang dihidangkan sewaktu\nsambutan hari lahir, iaitu:", "Di Denmark, mengikut tradisi Danish, sejenis roti bun yang dinamakan Fødselsdagsboller,\ndimakan pada waktu sarapan pagi pada hari lahir seseorang. Ia hanyalah roti\nbiasa yang diperbuat daripada campuran tepung, gula dan mentega, tetapi rasanya\ncukup lazat kerana dimakan panas-panas selepas dibakar. ", "Masyarakat Korea Selatan meraikan sambutan hari lahir mereka bukan dengan\nkek atau makanan manis yang lain, tetapi dengan memasak sup rumpai laut (seaweed\nsoup). Sup ini juga sebenarnya turut dimasak ketika meraikan seorang wanita\nyang baru melahirkan bagi memulihkan tenaga dan memberi khasiat untuk mereka. ", "Di Mexico, makanan tradisi yang dihidangkan dalam sambutan hari lahir\nsejenis puding beras yang dipanggil sebagai Arroz con Leche. Puding ini\nboleh dihidangkan secara panas atau sejuk dan menjadi suatu hidangan kemestian\nbagi sesuatu majlis di Mexico. ", "Masyarakat Australia meraikan hari lahir dengan suatu hidangan wajib, iaitu\nfairy bread. Ia bukanlah suatu hidangan yang luar biasa, kerana fairy bread ini\nsebenarnya hanyalah hidangan ringkas dengan roti bermentega dengan taburan gula\nberwarna-warni di atasnya, yang pastinya memberi kegembiraan buat kanak-kanak. ", "Hidangan dari Perancis ini merupakan antara hidangan istimewa bagi\nmajlis-majlis di negara tersebut. Ia adalah sejenis bebola pastri yang disusun\nsecara berlapis-lapis antara satu sama lain dan karamel akan dialirkan\nmelaluinya. Hidangan ini bukan sahaja enak, malah visualnya sahaja sudah cukup\nmengujakan sesiapa yang melihatnya. ", "Payesh adalah hidangan biasa di India yang disajikan pada hari keramaian\natau majlis tertentu, dan dihidangkan pada akhir jamuan makan. Ia adalah\npencuci mulut ringkas yang rasanya seperti puding beras, dan boleh diletakkan\npelbagai jenis rasa dan rempah yang berbeza di atasnya. ", "Hidangan Sweden ini merupakan sejenis kek cantik dengan bahagian atas yang\ndiperbuat daripada marzipan. Di bahagian dalam kek yang cantik adalah kek span,\ndengan inti pelbagai jem buah-buahan, krim pastri dan krim putar yang banyak. ", "Kesimpulan", "Sambutan hari lahir di setiap negara adalah\nberbeza mengikut tradisi masing-masing, dengan ritual dan makanan yang\ntersendiri. Pada hari ini, bukanlah suatu sambutan yang terpesong seperti di\nawal kewujudannya dahulu iaitu untuk menghalau roh jahat, tetapi lebih kepada\nsuatu majlis yang diadakan bagi menggembirakan hati orang yang menyambutnya,\nterutamanya kanak-kanak. Apa yang paling utama, sambutan hari lahir haruslah\ndiadakan secara sederhana dan tidak melampau batas. Selamat hari lahir! ", "RUJUKAN:", "Anonymous. (2017). How\nDid The Tradition of Birthdays Begin ? Retrieved November 3, 2019, from\nhttps://www.pumpitupparty.com/blog/how-did-the-tradition-of-birthdays-begin/%0AHave", "Argetsinger, K.\n(1992). Birthday Rituals : Friends and Patrons in Roman Poetry and Cult. JSTOR,\n11(2), 175–193.", "Bond, S. (2016). The\nHistory of the Birthday And The Roman Calendar. Retrieved November 5, 2019,\nfrom https://www.forbes.com/sites/drsarahbond/2016/10/01/the-history-of-the-birthday-and-the-\nroman-calendar/#243b66d87bdc", "Chin, S. (1991).\nKorean birthday rituals. Journalof Cross-Cultural Gerontology,\n(January), 1–8. https://doi.org/10.1007/BF00056752", "Diaz, A. (2019). Go\nShorty : 20 Birthday Food Traditions From Around The World. Retrieved November\n4, 2019, from\nhttps://www.therecipe.com/birthday-food-traditions-around-the-world/", "Soard, L. (2016).\nBirthday Traditions Around the World. Retrieved November 5, 2019, from\nhttps://family.lovetoknow.com/cultural- heritage-symbols/birthday-traditions-\naround-world" ]
https://www.thepatriots.asia/juri-wujudkan-anugerah-khas-semata-mata-untuk-p-ramlee/
Juri Wujudkan Anugerah Khas Semata-mata Untuk P Ramlee
[ "Pada 14 hingga 19 April 1963 telah diadakan Festival Filem Asia buat kali ke-10. Dan buat kali ke empat, Tokyo terpilih menjadi tuan rumah untuk mengajurkan sebuah festival filem yang sangat betprestij di rantau Asia.", "Delegasi dari Kuala Lumpur – Singapura diwakili oleh P.RAMLEE wakil tunggal dari Shaw Brothers manakala HUSSAIN HANIFF, LATIFAH OMAR, ROSYATIMAH, WAHID SATAY dan RAHMAH ALI mewakili Cathay-Keris. Antara filem Melayu yang bertanding di festival filem itu ialah IBU MERTUA KU (P.RAMLEE), LABU LABI (P.RAMLEE), CHUCHU DATOK MERAH (M.AMIN), MASOK ANGIN KELUAR ASAP (HUSSAIN HANIFF) dan BAYANGAN DI WAKTU FAJAR (USMAR ISMAIL).", "P.RAMLEE turut bertanding dalam ketegori Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem IBU MERTUA KU, tetapi beliau telah tewas di tangan salah seorang pelakon dari Seoul iaitu KIM SEUNG HO melalui filem ROMANCE GRAY. Sahabat P.RAMLEE dari Jepun TOSHIRO MIFUNE juga turut dicalonkan dalam ketegori sama tetapi turut tewas. P.RAMLEE tidak kecewa dengan kekalahannya itu, cuma beliau mengatakan jikalau Juri dari Indonesia mengundi beliau dengan memberi dua mata sudah cukup untuk membuatkan beliau menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik buat kali kedua. Akan tetapi filem IBU MERTUA KU berjaya memenangi anugerah Sinematografi Terbaik (hitam & putih) melalui A.BAKAR ALI.", "Setelah selesai semua penyampaian anugerah tersebut, salah seorang dari Juri yang ada telah meneliti filem IBU MERTUA KU. Beliau merujuk di atas kemenangan filem itu melalui Sinematografi Terbaik (hitam & putih). Apabila beliau teliti sedalamnya tentang filem itu, beliau mendapati filem ini sangat berbeza dengan filem-filem lain yang turut menyertai festival pada edisi itu. Mengapa insan yang bernama P.RAMLEE ini terlibat hampir keseluruhan di dalam pembikinan filem ini. Beliau PENGARAH, PELAKON, PENGGUBAH LAGU, PENYANYI dan PENULIS LAKON LAYAR untuk filem ini. Ini tidak pernah belaku katanya di dalam sejarah industri seni di asia malahan di dunia pada ketika itu.", "Lantas Juri itu tadi telah mengutarakan perkara ini kepada kesemua juri-juri yang lain. Di masa itu juga telah diadakan perbincangan “kilat” sesama juri untuk menentukan apakah pengiktirafan yang patut diberi kepada seorang insan yang bernama P.RAMLEE melalui filem IBU MERTUA KU. Ketika perbincangan itu berjalan, berlaku juga perselisihan pendapat dikalangan juri. Tetapi perkara itu dapat diselesaikan dan akhirnya menemui titik persamaan. Semua hadirin yang hadir pada ketika itu ternanti-nanti apakah yang dibincangkan oleh semua juri pada masa itu.", "Akhirnya, 12 juri yang mengadili festival pada edisi kali itu telah sepakat dan sebulat suara memberi anugerah dari GOLDEN HARVEST AWARDS : MOST VERSATILE TALENT (BAKAT SERBA BOLEH) kepada P.RAMLEE kerana kemampuan ajaibnya di dalam filem IBU MERTUA KU. Semua para hadirin yang hadir telah memberi standing ovation kepada P.RAMLEE termasuk bintang filem hindi yang terkemuka pada masa itu iaitu RAJ KAPOOR. Beliau mengatakan “He deserves it” (merujuk kepada P.Ramlee) kepada wartawan yang menemubual beliau.", "Anugerah ini satu-satunya ada pada P.RAMLEE dan tidak ada lagi dipertandingkan di mana-mana anugerah seni di dalam dunia selepas P.RAMLEE memenanginya. HANYA PADA P.RAMLEE SAHAJA." ]
https://www.thepatriots.asia/betul-ke-nenek-moyang-red-indian-ialah-orang-jomon-jepun/
Betul Ke Nenek Moyang Red Indian Ialah Orang Jomon Jepun?
[ "Pengkaji sejarah sentiasa percaya kebanyakan orang asli Amerika hari ini berasal dari Jepun kira-kira 15,000 tahun lalu. Kesimpulan itu dibuat berdasarkan penemuan artifak peralatan batu yang hampir sama dengan peralatan batu orang Jomon, kumpulan pemburu-pengumpul hasil yang tinggal di Jepun dari 15,000 hingga 300 SM. Mereka dikatakan berhijrah ke Amerika Utara dengan menggunakan Jambatan Darat Bering sehingga sampai ke pantai barat laut Amerika Utara.", "Tetapi satu kajian baru yang diterbitkan dalam jurnal PaleoAmerica mendedahkan orang asli Amerika berkemungkinan bukan berasal daripada orang Jomon. Kesimpulan itu dibuat selepas sekumpulan saintis diketuai oleh Profesor Richard Scott dari Universiti Nevada-Reno menganalisis sampel gigi lama yang ditemui di benua Amerika, Asia dan Pasifik.", "Analisis sampel gigi orang asli Amerika mendapati ia tidak mempunyai persamaan dengan orang Jomon. Lebih banyak ujian genetik yang dijalankan turut mengesahkan perkara sama. Profesor Scott menyifatkan keputusan tersebut tidak selari dengan teori arkeologi yang dikemukakan. Ini bukan bermakna mereka menolak teori Jambatan Darat Bering tetapi menolak teori orang asli Amerika merupakan keturunan orang Jomon.", "Dengan hanya 7% sampel gigi orang Jomon mempunyai persamaan dengan sampel orang asli Amerika bukan Artik, ini bermakna orang asli Amerika berasal dari lokasi berbeza. Profesor Scott percaya calon yang berkemungkinan lebih menepati profil genetik mereka berasal dari Siberia.", "Walaupun mereka bersetuju dengan keputusan kajian, ia masih terhad kepada sampel gigi dan DNA orang Jomon yang berusia kurang daripada 10,000 tahun selepas orang asli Amerika pertama tiba di Amerika. Tetapi mereka melihat ia merupakan proksi sah untuk populasi orang Jomon di Jepun yang wujud 5,000 hingga 6,000 tahun sebelumnya.", "Sebagai bukti tambahan kepada pendedahan maklumat baru ini, satu tapak kaki lama dijumpai di bekas tasik lama di Taman Negara White Sands, New Mexico. Kajian pengkaji arkeologi mendapati tapak kaki tersebut berusia antara 23,000 hingga 21,000 SM. Ini sekaligus menunjukkan manusia sudah lama berada di benua Amerika jauh lebih lama daripada apa yang disangka.", "Bagi ketua pengkaji Dr Sally Reynolds, ini menunjukkan manusia telah berhijrah lebih awal ke benua Amerika dengan menggunakan Jambatan Darat Bering. Tidak diketahui sama ada tapak kaki ini ada kaitan dengan orang asli Amerika atau tidak. Tetapi yang pasti, ia memu.sn.ahkan terus teori orang Jomon merupakan nenek moyang orang asli Amerika hari ini.", "RUJUKAN", "Felton, James. (2021, 13 Oktober). Native Americans Are Not Who We Thought They Were, Study Finds. IFLScience." ]
https://www.thepatriots.asia/penemuan-dead-sea-scroll-yang-baru/
Penemuan Dead Sea Scroll Yang Baru
[ "Takdir menentukan bahawa seorang kanak-kanak Badwi akan menemui Gua Qumran. Muhammed Ahmed al-Hamed sebenarnya tidak berniat untuk menerokai alam pun.", "Beliau hanya sedang mencari kambing yang hilang dan memasuki gua secara tidak sengaja. Selama ribuan tahun, gua ini menyimpan kitab dalam keadaan yang elok.", "Terdengar saja kisah ini, ramai dalam kalangan suku Ta’amireh mengunjungi gua tersebut. Dan mereka sebenarnya menemui Kitab Isaiah, Syarahan Habakkuk dan Peraturan Masyarakat.", "Suku Ta’amireh ini mempunyai tahap kebudayaan yang baik. Mereka tidak merosakkan kitab-kitab bersejarah ini. Ketika itu, mereka cuba menjual untuk mendapatkan wang.", "Tetapi pihak dihubungi mereka berpendapat yang Ta’amireh mencuri daripada sebuah kuil. Lama-kelamaan, penemuan ini mendapat perhatian John C. Trever yang memulakan suatu proses bersiri.", "Akhirnya, dunia mengetahui tentang kewujudan De.ad Sea Scroll yang merupakan sebuah koleksi 900 manuskrip dalam tulisan Yahudi (Lim & Collins, 2010).", "Usia kitab ini dikenal pasti menggunakan teknologi radiokarbon. Sebahagian besar ditulis berkemungkinan besar sekitar 200 S.M. (Lawler, 2010).", "Pihak sarjana membuat perbandingan terperinci dan mendapati bahawa kitab purba ini sebenarnya sama dengan hukum-hakam kitab-kitab moden.", "Yang berbeza cuma ciri-ciri kecil seperti ketinggian Jalut (Goliath). Kitab purba ini tidak dapat mengesahkan ketulenan Injil, kerana berasal daripada zaman sebelum kedatangan Nabi Isa (as).", "Penemuan Terbaru Di Jerusalem", "Gua Qumran bukan satu-satunya tempat yang menyimpan kitab purba ini. Tidak pasti sebenarnya kenapa gua menjadi tempat penyimpanan.", "Mungkin kerana satu masa dahulu bangsa Yahudi dibµrµ sana-sini oleh mµsµh asing. Jadi gua merupakan tempat bersesuaian untuk mengekalkan kandungan kitab.", "Sejak kebelakangan ini, sepasukan pakar arkeologi membuat penyelidikan di sebuah gua sekitar 40 kilometer daripada Jerusalem.", "Sebenarnya gua ini menjadi tempat teduhan buat pelarian-pelarian Yahudi silam. Tetapi mereka terbµnµh di situ dan ditemui sekitar 1960-an, berkurun-kurun selepas zaman peper.angan Yahudi dan Rom.", "Rangka mereka (juga kanak-kanak) berada dalam keadaan baik untuk kajian. Tetapi pada Mac 2021, pakar arkeologi turut menemui sesuatu yang jauh lebih penting untuk dibandingkan dengan rangka manusia.", "Mereka terjumpa beberapa cebisan D.ead Sea Scroll yang menulis ayat-ayat daripada Kitab Nahum dan Zechariah (Zion, 2021).", "Usia cebisan ini didapati sama dengan usia syiling dan anak pan.ah ditemui di kawasan tersebut, memberikan gambaran mudah tentang apa yang berlaku.", "Penemuan ini mengukuhkan lagi kekayaan artifak yang dimiliki Israel. Tidak perlu berasa cemburu pun, kerana Israel merupakan antara negara yang sangat aktif memelihara warisan kebangsaan.", "Kerajaan Israel tidak kedekut untuk mengeluarkan dana demi memajukan sebuah perbadanan khas untuk pengurusan artifak. Pertama sekali, Israel khuatir jika barang-barang bersejarah menjadi mang.sa penjar.ahan pihak tidak bertanggungjawab.", "Jelas sekali penemuan kitab purba ini tidak langsung mengubahkan apa-apa. Tetapi Israel sangat aktif membina sebuah kebudayaan, setelah berzaman-zaman kehilangan sebuah kedaulatan.", "Sebuah negara yang membangun dengan budaya tersendiri mempunyai legitimasi khusus untuk kekal di muka bumi ini. Dengan penemuan kitab purba, Israel lebih bersemangat untuk mengenal pasti barangan-barangan bersejarah lain.", "Tidak pelik jika satu hari Israel menemui artifak-artifak keagamaan yang jauh lebih bermakna, seperti Tongkat Musa (as). Kitab De.ad Sea Scrolls memang penting, kerana menghubungkan sejarah di sebalik Bibel sendiri.", "Walaupun sebuah warisan agama, penemuan ini mampu menarik perhatian orang ramai dan menjana pelancongan satu hari nanti.", "Dengan kepintaran akal, sesiapa sahaja boleh menukarkan barangan sejarah menjadi punca pendapatan negara. Percaturan Israel tentu sekali jauh lebih menguntungkan, untuk dibandingkan dengan negara-negara lain yang mensia-siakan warisan sejarah.", "Kalau bukan kerana jabatan kerajaan yang khas, tentu sekali bidang arkeologi Israel tidak akan mencapai tahap kemajuan sedia ada. Malah hari ini “Arkeologi Israel” sudah dipelbagaikan mengikut mazhab dan prosedur diamalkan secara berleluasa di seluruh negara.", "Penyelidikan yang dibuat secara berterusan mendedahkan satu realiti penting. Bahawa Israel mempunyai 30,000 tapak arkeologi, yang masih belum digali lagi. Sekarang cuba bayangkan jika Israel mengabaikan warisan ini.", "Kerana zaman sekarang, banyak negara rela mengetepikan warisan bangsa kerana motif politik.", "RUJUKAN:", "Lawler, A. (2010). Who Wrote the (ditapiskan) Sea Scrolls? Smithsonian Magazine.", "Lim, T.H., & Collins, J.J. (2010). The Oxford Handbook of The (ditapiskan) Sea Scrolls. Oxford University Press.", "Zion, I.B. (2021, Mac 16). Israeli experts announce discovery of more (ditapiskan) Sea scrolls. AP News." ]
https://www.thepatriots.asia/macam-mana-orang-kampung-rusia-hidup-dengan-suhu-71-celsius/
Macam Mana Orang Kampung Rusia Hidup Dengan Suhu -71 Celsius?
[ "Ada pepatah melihat Rusia sebagai beruang yang sedang tidur. Jangan diusik, kalau tidak berani tanggung. Memang bunyinya macam syok sendiri. Tetapi jika fikir balik, boleh nampak logik di sebalik pepatah tersebut. Rusia adalah negara paling besar di dunia ini. Walau bagaimanapun kerajaan Rusia tidak dapat memanfaatkan setiap inci tanah kerana sebahagian besar sudah beku selama ribuan tahun (Osborne, 2019). Ambil contoh “Russian Far East”, yang bersaiz 13 juta kilometer persegi. Bukan main besar lagi, tetapi populasinya tidak sampai 7 juta orang. Wilayah ini lebih besar sekalipun jika digandingkan dengan gabungan China dan India. “”", "Dan di sini terletak sebuah kampung dinamakan Oymyakon (Oimyakon) sempena sebatang sungai yang tidak beku pada musim salji (Pospelov, 1998). Suhu kampung ini selalunya dalam lingkungan 0°C. Dan kerap kali suhu turun sampai -71°C. Suasana sejuk tidak menjadi penghalang untuk penduduk kampung hidup. Namun impaknya jelas. Semasa zaman Soviet, ramai menghuni di Oymyakon. Mereka lebih rela hidup sara diri daripada dibelenggu kesusahan miskin bandar yang sentiasa kelaparan akibat kekurangan bekalan runcit.", "Jadi apabila Vladimir Putin berjaya membetulkan balik keadaan ekonomi, kampung ini mula terkesan. Penduduk kampung keluar merantau di kawasan bandar. Maka populasi kampung turun daripada 2,500 orang (zaman Soviet) sampai 900 orang (2018). Itu pun kerajaan Rusia tidak pasti, kerana ramai dalam kalangan 900 orang ini keluar masuk Oymyakon.", "Ada penduduk, ada keluarga. Ada keluarga, pasti ada kanak-kanak yang perlu bersekolah. Kerajaan sudah mengeluarkan perintah bahawa semua sekolah wajib tutup jika suhu turun ke paras -55°C. Logik di sini jelas – kampung ini berpenghuni. Mereka hidup di ceruk pedalaman yang suhu sangat rambang. Saintis berpendapat Oymyakon sentiasa sejuk disebabkan dua lembah yang terletak tidak jauh. Lembah-lembah ini menjadi “penarik” angin yang ditiup hanya sekitar kawasan kampung saja (Bijal, 2004).", "Menabur Salji Dalam Periuk Nasi", "Perspektif kampung sememangnya lain di mana-mana tempat pun. Gaji kecil sudah cukup untuk menampung hidup. Atas sebab itu ekonomi tempatan Oymyakon tidak mekar seperti bandar-bandar Rusia yang lain. Penduduk kampung mencari rezeki dengan menceburi industri perdagangan kulit berbulu dan perikanan beku. Ini sudah menjadi budaya di sekitar kampung-kampung Rusia, sampai mereka percaya “pantang larang” tertentu. Untuk pengetahuan semua, orang Rusia memang percaya benda-benda dianggap tahyul.", "Nelayan-nelayan ais pasti risau jika air terlalu tenang. Bukan ada buaya masalahnya. Buaya banyak hidup di bandar, berkaki dua dengan lidah bercabang. Air tenang di kampung Rusia selalunya ada Rusalka, sejenis hantu air bernajis pada mata warga Rusia. Mereka percaya habis barangkali kerana suasana sejuk (sesuai untuk mayat). Lari ke air ada Rusalka. Lari ke darat ada apa entahnya.", "Benda ini sama saja dengan kepercayaan Melayu pada pontianak dan langsuir yang selalu muncul di cermin ketika kalian tengok sebelum mandi. Ada memang ada. Tiada pun kata ada juga. Mereka hanya percaya pada Rusalka. Tidak bermakna mereka akan berhenti kerja terus. Dan peluang pekerjaan tidak terhad di kawasan perairan semata-mata. Di situ pun ada kilang-kilang kecil, terutamanya kilang tenaga elektrik yang sentiasa mengeluarkan asap (membakar arang batu).", "Sesama mereka pun akan berjual beli. Ramai dalam kalangan penduduk memelihara haiwan ternakan. Tetapi macam biasa, bukan senang. Kerana babi dan lembu juga perlu alat pemanas badan supaya tidak beku pada waktu malam (atau kena baham serigala yang lapar).", "Selama mana Oymyakon sejuk, selama itulah mereka kena tanggung hidup sebegini rupa. Sebab itulah orang berkata Rusia adalah beruang yang sedang tidur. Saintis hari ini mengesahkan bahawa Rusia semakin panas… dan sekitar 2080-an, Siberia mungkin akan cair habis. Bayangkan apa yang akan berlaku pada masa itu… apabila Rusia boleh memanfaatkan setiap inci tanahnya.", "Tentu sekali ekonomi perindustriannya meletup-letup.", "Banyak selok-belok menarik tentang Rusia menanti anda dengan hanya satu pembelian. Buku ini bercerita tentang pembangunan Rusia selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, dengan Vladimir Putin sebagai jendela penceritaan. Putin mengambil alih ketika Rusia berada di titik paling mengaibkan… dan hari ini, Rusia membangun sebagai sebuah kuasa dunia dibawah beliau. Link pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Putin-Tsar-Moden-Rusia-i.238336777.17912981320?sp_atk=66c8fcfc-d183-499b-9000-832e8b13510b", "RUJUKAN:", "Bijal, T. (2004, Mei 12). Life is a chilling challenge in subzero Siberia. National Geographic Channel.", "Osborne, H. (2019, Jun 6). Climate change could make Russia’s frozen Siberia far more habitable by the 2080s. Newsweek.", "Pospelov, E. (1998). Географические названия мира. Halaman 307. (dibantu Google Translate)." ]
https://www.thepatriots.asia/doggerland-benua-yang-tenggelam-di-eropah/
Doggerland: Benua Yang Tenggelam Di Eropah
[ "Doggerland adalah tanah yang telah ditenggelam di kawasan North Sea, menghubungkan kepulauan Britain ke tanah besar Eropah. Tanah ini tenggelam akibat kenaikan paras laut sekitar 6500 – 6200 SM. Kajian geologi menunjukkan Doggerland sememangnya menghubungkan pantai timur Britain ke Belanda, pantai barat Jerman dan Semenanjung Jutland.", "Tanah tersebut dinamakan sebagai Doggerland pada tahun 1900-an, mengambil nama Dogger Bank, beting pasir di North Sea. Nama Dogger pula adalah nama bot pemancing Belanda yang biasa belayar pada abad ke-17 Masihi. Doggerland berkemungkinan dulu adalah kawasan yang kaya dengan penempatan manusia pada fasa Mesolitik.", "Ketika pertengahan fasa Pleistocene (sekitar 2.5 juta tahun hingga 11,700 tahun lalu), kepulauan Britain adalah sebahagian dari Eropah yang digelar sebagai ‘Semenanjung Eropah’. Tiba musim pencairan glasier Anglian pada 450,000 tahun lalu, ia membentuk tasik glasier di ketiga-tiga kawasan Sungai Rhine, Scheldt, dan Thames.", "Limpahan berterusan dari ketiga-tiga tasik glasier itu membentuk sebuah aliran baru menghubungkan Sungai Thames (Britain) dengan Sungai Rhine dan Scheldt (Eropah), iaitu Sungai Channel. Sungai inilah yang berpotensi memisahkan Britain dari Eropah Ketika berlaku peristiwa kenaikan paras laut, walaupun sesetengah saintis berpendapat musim glasier seterusnya sekitar 340,000 – 240,000 tahun menyebabkan Britain terpisah.", "Semasa berlaku pembentukan glasier iaitu Last Glacial Maximum, sekitar 18,000 tahun dahulu, North Sea dan kepualauan British diliputi oleh ais glasier dan paras air laut Ketika itu turun sebanyak 120 meter. Pada 12,000 SM kemudian, cuaca semakin panas dan North Sea dan Sungai Channel semakin melebar, namun tanah Britain masih berhubung dengan Eropah. 10,000 SM kemudian, Doggerland terbentuk dengan tanah mempunyai lagun, paya bakau masin, tanah berlumpur, pantai, sungai, dan tasik.", "Tanah yang subur di pertengahan antara Britain dan Eropah ini menjadi kawasan pemburuan dan memancing yang efektif bagi manusia yang wujud pada fasa Mesolitik. Pada Zaman Ais, Eropah mengalami pencairan ais glasier terakhir, menjadikan paras air laut meningkat dan Doggerland yang kaya dengan sumber pemburuan telah tenggelam, manakala Britain terpisah terus dari Eropah pada 6500 SM. Tinggal pulau bernama Dogger Bank, saki baki Doggerland yang timbul sehingga ia tenggelam pada 5000 SM.", "Terdapat teori baharu tentang tenggelamnya Doggerland iaitu Doggerland tenggelam disebabkan berlakunya sebuah megatsunami atau tsunami gergasi pada 6200 SM. Megatsunami berlaku di Britain disebabkan oleh aktiviti kelongsoran tanah Norway bernama Storegga Slide. Kelongsoran ini menyebabkan gegaran berlaku di lautan, menyebabkan tsunami gergasi berlaku menenggelamkan tanah yang pernah diduduki oleh manusia Mesolitik. Megatsunami ini juga penyebab kepada pemisahan Britain dari Eropah.", "Pengetahuan tentang Doggerland sebenarnya tidak diketahui oleh para saintis sehinggalah pada akhir abad ke-19 Masihi, H. G. Wells, penulis Eropah yang prolifik menulis tentang kewujudan Doggerland dalam kisahnya ‘A Story of the Stone Age’ pada 1897. Tahun 1913, ahli paleobiologi (pengkaji flora dan fauna kuno) bernama Clement Reid mengkaji fosil tumbuhan, haiwan, dan batu api yang diambil dari Dogger Bank yang tenggelam. Kajian tersebut menunjukkan bahawa kesemua sampel ini wujud pada fasa Neolitik.", "Tahun 1990-an, ahli arkeologi bernama Bryony Coles yang bertanggungjawab menamakan ‘Doggerland’ mereka sebuah peta Doggerland. Peta tersebut direka mengikut analisis seismic yang diperoleh dari eksplorasi cari gali minyak di North Sea. Sekitar tahun 2003 dan 2007, University of Birmingham melaksanakan North Sea Palaeolandscapes Project, yang diketuai oleh pengkaji Vince Gaffney dan Ken Thomson, bertujuan untuk memetakan 23,000 kilometer persegi kawasan North Sea bagi membentuk peta Doggerland yang lebih jelas. Gambar (3) menunjukkan peta Doggerland yang direka oleh pihak university tersebut.", "Bagaimana dengan kehadiran manusia Mesolitik yang menetap di Doggerland? Adakah benar mereka menetap di situ? Terdapat cebisan tengkorak manusia Neanderthal bertarikh 40,000 tahun dulu ditemui di pantai Zeeland, Belanda. Ia menunjukkan kebarangkalian terdapat pemancing ikan pernah menetap di luar Belanda sehingga North Sea, lebih tepat Doggerland. Sehingga kini, para saintis Eropah masih berusaha memetakan Doggerland serta mencari sebarang penemuan artifak serta tulang temulang manusia Mesolitik yang mampu mengukuhkan sejarah penempatan manusia di Doggerland.", "Mungkinkah Doggerland adalah salah satu versi benua Atlantis yang tenggelam?", "RUJUKAN:", "Coles, B. J. (1998). “Doggerland: a Speculative Survey”. Proceedings of the Prehistoric Society. 64: 45–81", "Gaffney, Vincent; Fitch, Simon; Smith, David (2009). Europe’s Lost World: The Rediscovery of Doggerland. Council for British Archaeology.", "Spinney, Laura (December 2012). Robert Clark (photog.); Alexander Maleev (illus.). “The Lost World of Doggerland”. National Geographic. 222 (6): 132–143. Retrieved 03 May 2020." ]
https://www.thepatriots.asia/judas-iscariot-dalam-tradisi-agama-kristian/
Judas Iscariot Dalam Tradisi Agama Kristian
[ "Bagi\nyang menelusuri kisah Nabi Isa a.s, pasti sedia maklum pengkhianatan yang\ndilakukan oleh Yahudza atau Judas Iscariot mengikut tradisi agama Kristian\nterhadap baginda. Pengkhianatan yang dibuat olehnya menjadikan dia sebgaai pengkhianat\nyang paling dikenali dalam sejarah manusia dan menjadi label penghinaan bagi\nmana-mana manusia yang dianggap pengkhianat. Tetapi siapa sebenarnya Judas\nIscariot?", "Walaupun Bible tidak menyatakan secara terperinci identiti Judas, empat gospel yang diiktiraf gereja menamakannya sebagai sebahagian daripada 12 pengikut setia baginda. Dan menariknya, dia juga merupakan satu-satunya pengikut yang dikenali dalam Bible oleh bandar asalnya. Sesetengah cendekiawan teologi berpandangan nama keluarganya iaitu Iscariot merujuk kepada Queriot (Kerioth), sebuah bandar yang terletak di selatan Jerusalem. Menurut Prof Robert Cargill dari Universiti Iowa, nama Iscariot merujuk kepada dirinya berasal dari selatan Palestin sekaligus menjadikannya sebagai orang luar.", "Tetapi\nada yang berpandangan nama Iscariot itu merujuk kepada perkataan Sicarii atau\nkumpulan lelaki bersenjatakan pisau. Kelompok ini merupakan pemberontak Yahudi\nyang menentang pendudukan Rom dan melakukan pelbagai perlakuan ganas antara\n40-50 Masihi. Masalahnya, tiada sebarang kaitan yang dapat dikaitkan dengan\nJudas dalam Bible dan kumpulan tersebut hanya aktif selepas kematiannya. ", "Jadi\napa punca yang mendorong Judas mengkhianati Nabi Isa a.s? Ada berpandangan\npengkhianatan ini berlaku disebabkan sikap tamak. Boleh rujuk beberapa gospel\nyang memilih hujah ini:", "Then one of the twelve, who was\ncalled Judas Iscariot, went to the chief priests and said, ‘What will you give\nme if I betray him to you?’ They paid him thirty pieces of silver. And from\nthat moment he began to look for an opportunity to betray him. (Matthew 26:\n14-16)", "Then Judas Iscariot, who was one\nof the twelve, went to the chief priests in order to betray him to them. When\nthey heard it, they were greatly pleased, and promised to give him money. So he\nbegan to look for an opportunity to betray him. (Mark 14: 10-11)", "Judas dikatakan pergi berjumpa dengan pendeta-pendeta kuil yang berkuasa ketika itu sebagai badan berkuasa agama dan bersedia mengkhianati baginda dengan tukaran wang sebanyak 30 keping duit perak. Walaupun beberapa gospel lain menyatakan sebab berbeza yang membawa kepada ketamakan Judas, Book of John berpandangan dia sememangnya seorang lelaki tak bermoral sebelum menjadi pengikut Nabi Isa a.s dan dikatakan menyelewengkan duit yang digunakan untuk penyebaran agama.", "Ada pula yang menganggap motif pengkhianatan Judas ini bersifat politik. Menurut teori ini, Judas merasa kecewa apabila baginda tidak menunjukkan minat untuk membangkitkan semula gerakan pemberontakan terhadap Rom dan mengembalikan semula kedaulatan kerajaan Yahudi. Sementara menurut Cargill pula, Judas seperti mana orang-orang berkuasa dari kalangan Yahudi berpandangan jika wujud gerakan pemberontakan yang tercetus akibat gerakan dakwah Nabi Isa a.s, maka orang Yahudi bakal berhadapan nasib sama seperti di Sepphoris seabad sebelumnya. Tambah Cargill, “Mungkin dengan menyerahkan baginda, ia secara tidak langsung menghalang pemberontakan yang lebih besar.”", "Walau apa pun motif yang dinyatakan, yang pasti Judas membawa tentera-tentera Rom ke satu tempat bagi membolehkan mereka menahan Nabi Isa a.s. Berdasarkan al-Quran seperti yang disebut dalam ayat 158, Surah an-Nisa, baginda diselamatkan Allah s.w.t dan diangkat ke langit sementara wajah pengkhianat itu disamakan sepertinya dan dihukum salib. Dalam tradisi Kristian pula, selepas apa yang berlaku, Judas merasa bersalah dan cuba memulangkan 30 keping duit perak yang diterimanya tetapi ditolak. Tidak diketahui bagaimana dia mati. Book of Matthew menyatakan selepas dia meletakkan wang tersebut di atas tanah, Judas kemudiannya menggantung diri kerana merasa bersalah dengan pengkhianatannya. Sementara Book of Acts pula menyatakan dia jatuh ke tanah sebelum mati terbakar sebagai balasan mengkhianati Tuhan.", "Sejak itulah, nama Judas sentiasa dikaitkan dengan pengkhianatan dan terus menjadi sebutan sehingga hari ini. Dalam setiap karya sama ada lukisan atau kesusasteraan Barat, dia sentiasa diperlihatkan sebagai teman yang tidak setia dan pengkhianat. Antara contoh lukisan yang memaparkan imej ini ialah The Taking of Christ (Caravaggio) dan The Arrest of Christ (Kiss of Judas). Sementara dalam buku Dante Alighieri bertajuk Dante’s Inferno memaparkan Judas berada di tingkat terbawah neraka kerana khianat dan diletakkan bersama-sama dua pembunuh Julius Caesar, Brutus dan Cassius.", "RUJUKAN:1. BBC. The Passion. Judas. http://www.bbc.co.uk/thepassion/articles/judas.shtml", "2.\nPruitt, Sarah. (2019). Why Jesus Was Betrayed by Judas Iscariot. History. https://www.history.com/news/why-judas-betrayed-jesus" ]
https://www.thepatriots.asia/puteri-margaret-pemecah-tabu-perceraian-monarki/
Puteri Margaret: Pemecah Tabu Perceraian Monarki
[ "Semasa Ratu Elizabeth II ditabalkan sebagai pemerintah baru England menggantikan ayahandanya, Raja George VI pada tahun 1953, tumpuan seharusnya diberi kepada upacara pertabalan tersebut. Tetapi mata-mata yang menonton lebih berminat melihat kelakuan adinda ratu, Puteri Margaret dengan Kapten Peter Townsend yang berkhidmat dengan keluarga diraja. Intim dan mesra tetapi sudah cukup menimbulkan skandal dalam kalangan anggota kerabat diraja Britain. Bagi Puteri Margaret, ini bukan satu-satunya kontroversi yang dicetuskan sepanjang hayat baginda tetapi ia sedikit sebanyak mematahkan pelbagai mitos dan tabu menyelubungi monarki British.", "Hubungan Puteri Margaret dengan Townsend terjalin sejak awal tahun 1950-an lagi. Dikenali dengan rupa yang tampan dan pandai mengambil hati sesiapa, tidak mengejutkan mengapa adinda Ratu Elizabeth II ini boleh jatuh hati dengan kapten Tentera Udara Diraja Britain (RAF). Malangnya, kalau melihat statusnya, Townsend dilihat tidak sepadan dengan taraf Margaret sebagai anggota kerabat diraja. Walaupun hubungan cinta ini bijak dirahsiakan tetapi hubungan tersebut diketahui umum hingga mencetuskan skandal. Ini kerana demi meraih cinta Margaret, Townsend rela menceraikan isteri pertamanya, Cecil Rosemary Pawle dan melamar kekasihnya itu sebagai isterinya, satu cadangan yang dipersetujui baginda.", "Dan situasi ini sudah menimbulkan kegusaran dalam kalangan anggota kerabat istana. Ini kerana tindakan seorang pewaris takhta mengahwini orang biasa dan berstatus duda boleh diibaratkan menconteng arang monarki British. Sudahlah Gereja Anglican ketika itu memandang hina isu perceraian, situasi sebegini turut meletakkan Ratu dalam keadaan dilema memandangkan statusnya sebagai ketua negara dan ketua gereja. Sekiranya Elizabeth II membenarkan Puteri Margaret berkahwin dengan Townsend, ramai akan melihat baginda seolah-olah merestui perceraian.", "Ini ditambah pula dengan perlaksanaan Akta Perkahwinan Diraja 1772 yang digubal semasa pemerintahan moyang baginda, George III. Raja George III menggubal undang-undang tersebut kerana kebencian baginda terhadap mana-mana anggota kerabat diraja yang berkahwin dengan orang biasa. Menurut undang-undang tersebut, mana-mana keturunan baginda yang mahu berkahwin perlu mendapat keizinan diraja. Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka boleh berkahwin dalam masa setahun selagi mana dua badan utama Parlimen iaitu House of Commons dan House of Lords merestui perkahwinan tersebut. Dalam kes Margaret, baginda perlu mendapat izin kekandanya sendiri untuk mengahwini Townsend. Dan jika gagal, Margaret perlu merayu kepada Parlimen tetapi itu sudah pasti akan menimbulkan skandal lebih besar berbanding hubungannya dengan Townsend.", "Dan Margaret perlu mempertimbang faktor sejarah isu ini yang menyelubungi keluarga diraja 16 tahun sebelumnya. Pada tahun 1930-an, semua sedia maklum hubungan cinta bapa saudara baginda, Edward VIII dengan sosialit Amerika Syarikat berstatus janda, Wallis Simpson. Dan terima kasih kepada hubungan tersebut, baginda turun dari takhta demi mengejar cinta sejatinya itu. Akibatnya, Raja George VI menaiki takhta menggantikan kekandanya itu sebelum ia diambil alih oleh Elizabeth II. Dengan membuat permohonan sebegitu tatkala luka lama masih belum sembuh, ianya sesuatu yang mustahil untuk diperkenankan baginda. Ini ditambah respon orang ramai yang melihat pasangan ini sebagai tidak sepadan. Untuk memuaskan hati adindanya yang tercinta, Ratu memberi tempoh dua tahun sebelum Margaret boleh berkahwin dan menempatkan Townsend di sebuah pos di Brussels.", "Satu adegan yang dipaparkan dalam drama bersiri Netflix, The Crown yang menampilkan Claire Foy sebagai Ratu Elizabeth II, Matt Smith (Doctor Who) sebagai Putera Philip dan Vanessa Kirby (Jupiter Ascending) sebagai Puteri Margaret menunjukkan Ratu menghalang perkahwinan Margaret atas alasan menyelamatkan maruah monarki. Hakikatnya, baginda sebenarnya sudah bersedia memberi lampu hijau kepada perkahwinan tersebut. Ini ditambah pula Perdana Menteri ketika itu, Anthony Eden sendiri yang berstatus duda dan baru berkahwin semula. Antara ikrar Eden ialah meminda akta tersebut dengan menyingkirkan Margaret dari senarai pewarisan takhta tetapi masih mengekalkan statusnya sebagai anggota kerabat diraja Britain. Dalam suratnya kepada Perdana Menteri negara-negara Commonwealth, Eden menulis, “Tuanku tidak mahu menghalang kebahagiaan adindanya.” Beliau menambah dalam surat sama, “Penyingkirannya dari senarai pewarisan takhta sama sekali tidak akan mengubah kedudukan Puteri Margaret sebagai anggota kerabat diraja.” Catatan ini sebenarnya menunjukkan sentimen simpati Eden dan kabinet beliau terhadap baginda.", "Namun anehnya, tiga hari selepas draf pindaan undang-undang tersebut dikeluarkan, Puteri Margaret memutuskan untuk tidak berkahwin dengan Townsend. Tidak diketahui sama ada ia berkait dengan pindaan tersebut atau tidak. Yang pasti, perkahwinan yang dianggap menimbulkan skandal itu tidak berlaku akhirnya. Bagi Townsend pula, beliau berkahwin dengan seorang wanita Belgium bernama Marie-Luce Jamagne pada tahun 1959 di mana rupa parasnya mirip wajah Puteri Margaret. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.", "Setahun selepas bekas kekasihnya berkahwin, giliran Margaret pula berkahwin dengan seorang jurugambar bernama Antony Armstrong-Jones. Walaupun mempunyai latar belakang orang biasa, ramai menganggap beliau secocok dengan Puteri Margaret kerana datang dari sebuah keluarga cendekiawan dan seniman terkenal serta tidak pernah bercerai. Tetapi selepas selesai upacara perkahwinan yang berlangsung meriah, rumahtangga yang dibina berakhir dengan kegagalan. Walaupun perkahwinan baginda membantu memecah halangan taraf sosial Britain yang masih menebal, secara peribadi perkahwinan yang dibina itu sudah dilanda pelbagai masalah.", "Dari segi luaran, mereka cuma sepasang suami isteri biasa dalam era 60-an di mana masanya dihabiskan dengan parti, rakan-rakan dan kesenian. Namun di sebalik semua itu, perkahwinan tersebut runtuh berikutan sikap Margaret yang gemar berparti. Sementara Armstrong-Jones pula bermain kayu tiga di belakang baginda dengan mengadakan hubungan dengan lelaki dan wanita. Dalam buku biografi Snowdon: The Biography yang ditulis oleh Anne de Courcy, beliau berkata, “Aku tidak jatuh cinta dengan lelaki tetapi beberapa lelaki sudah mencintai aku.” Armstrong-Jones turut mempunyai hubungan sulit selama 20 tahun dengan seorang wanita bernama Ann Hills. Selepas 18 tahun, perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian dengan pendedahan gambar Margaret bersama seorang lelaki bernama Roddy Llewellyn yang diterbitkan dalam sebuah akhbar tabloid. Apabila ditanya wartawan, baginda mengakui perkahwinannya sudah berakhir dengan de Courcy menggelarnya ‘drama perkahwinan paling serius sejak insiden Edward VIII turun takhta’.", "Margaret mungkin tidak boleh mengahwini seorang duda tetapi baginda boleh meminta cerai dan kali ini, tiada siapa yang boleh menghalangnya. Buktinya pada tahun 1978, baginda anggota kerabat diraja British pertama yang bercerai dalam tempoh 77 tahun. Walaupun tindakannya itu dikecam ramai ketika itu, ia sebenarnya memecahkan tabu perceraian dalam kalangan anggota kerabat diraja Britain dan menunjukkan sisi realistik kehidupan cinta dan perkahwinan keluarga diraja. Sejak itulah, lebih ramai anggota kerabat diraja termasuk Putera Charles dan Puteri Diana memilih untuk berpisah. Dan dengan kadar perceraian kebangsaan yang semakin meningkat, Margaret menunjukkan kepada dunia bahawa anggota monarki British hanyalah manusia biasa dan kehidupan di istana sebenarnya tidaklah seindah seperti dibayangkan.", "Kini Akta Perkahwinan Diraja 1772 sudah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Pewarisan Takhta 2013. Hanya enam orang pertama dalam senarai pewarisan takhta saja yang perlu meminta izin raja atau ratu yang memerintah untuk berkahwin. Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Nick Clegg berkata, “Akta ini memperlihatkan penekanan kerajaan pada soal kesaksamaan yang telah diinjak berkurun lamanya atas sebab jantina dan keagamaan. Akta ini juga meletakkan undang-undang pewarisan takhta seiring dengan abad ke-21 dan struktur raja berperlembagaan moden.” Tidak diketahui sama ada kisah cinta Margaret ini menjadi punca kepada penggubalan undang-undang tersebut tetapi yang pasti, ia mengubah mentaliti rakyat Britain terhadap perkahwinan dan perceraian.", "SUMBER" ]
https://www.thepatriots.asia/7-wasiat-raja-raja-melayu/
7 Wasiat Raja-Raja Melayu
[ "“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.” – Wasiat Raja-Raja Melayu.", "7 Wasiat Raja-Raja Melayu:", "Malaysia ditubuhkan bersama aspirasi 7 Wasiat Raja-Raja Melayu.", "Ia diterjemahkan ke dalam 7 perkara dalam Perlembagaan Malaysia:", "Seksyen tersebut mengatakan “Mana-mana orang boleh diambil masuk ke angkatan tetap; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk ke dalam Askar Melayu Diraja.’ Askar Melayu Diraja diilhamkan pada tahun 1902 dan ditubuhkan pada tahun 1932 di bawah Malay Regiment Ordinance. Pasukan pertama Askar Melayu Diraja terdiri daripada 23 orang dan meningkat kepada 2 batalion pada tahun 1941. Aaskar Melayu Diraja pernah berperang dengan tentera Jepun di Pengkalan Chepa, Kelantan dan di Singapura dalam Perang Dunia Kedua.", "Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada 3 perkhidmatan iaitu udara, darat dan laut yang semuanya terbuka kepada semua kaum. Askar Melayu Diraja hanya satu komponen dalam pelbagau bidang ketenteraan dan berperanan mempertahankan negara dari ancaman dan pencorobohan dari negara luar. Tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan keselamatan dalam negara.", "4. Raja-Raja Melayu- Perkara 32. (Kepala Utama bagi Persekutuan dan Permaisurinya.)", "Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Raja Permaisuri Agong mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan itu 5 tahun.", "5. Islam- Perkara 3 Agama bagi Persekutuan.", "Islam ialah agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan, Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Agama Islam di negeri itu terasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.6. Bahasa Melayu- Perkara 152. Bahasa Kebangsaan.", "Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Mmelayu sebagai Bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak Bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana wam. Pindaan kepada perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenaan Majlis Raja-Raja Melayu. Bahasa Melayu perlu digunakan semasa majlis rasmi seperti di mahkamah.", "7. Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain- Perkara 153 (Perizaban kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu)", "Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan rizab kuota orang Melayu dan bumiputera dalam perkhidmatan awam, kemudahan pelajaran, permit dan lessen perniagaan.", "Bahasa menyatukan bangsa. Orang asing kat England pandai cakap english. Pekerja asing kat arab pandai ana enta. Tapi sayang kalau bergelar warganegara masih tak fasih berbahasa ibunda. Malah mempersoal kenapa kena berbahasa melayu? Bangsa2 hebat, memperkasakan bahasa ibunda bila nak majukan negara. Jika Bahasa Inggeris untuk England, Kenapa tidak bahasa melayu untuk Malaysia?", "Negara yang tidak ada raja akan mudah hangus dibakar konflik jangkitan luar. Lihatlah Syria, Libya dan Mesir yang membunuh atau membuang raja, tidak ke mana-mana. Turki pula bangkit bila semangat Kesultanan Uthmaniah dinaikkan semula, berkat roh sufi yang tidak mati. 2 negara yang dipayungi Allah kerana ada Raja dan adab yang tinggi, ialah England dan Jepun telah membuktikan raja sebagai symbol kesatuan. Royal blood di negara maju ini tidak terputus sejak berkurun lagi.", "Orang Melayu ialah tuan kepada tanah pertiwi ini sejak zaman berzaman. Menafikan fakta ini samalah seperti membutakan mata daripada sejarah. Setiap negara berbangga dengan sejarah negaranya. Mengapa tidak Malaysia dengan kesultanan Melayu?)", "Jika anda rasa Melayu bangsa racist. Anda silap.", "Melayu ialah bangsa paling kuat toleransi. Kerana dalam darah melayu sendiri ada berpuluh darah bangsa lain. Sampaikan makanan majoriti bangsa lain ada dalam tradisi orang melayu. Budaya bangsa lain banyak mempengaruhi budaya Melayu. Orang melayu ni peramah. Bila bercakap dengan bangsa lain, dia akan ikut gaya cakap bangsa lain tu. Orang Melayu ni pemurah. Perkampungan bangsa lain tidak dikacau.", "Tapi ingat, orang putih tidak menemukan perkataan amuk melainkan di alam melayu. Istilah mengamuk unik di nusantara. Orang Melayu bila lama diinjak, akan bangkit menerjang sang biadap.", "Pertahankan wasiat Raja-Raja melayu ni bukan tugas khusus mana-mana Parti. Ia tanggungjawab setiap rakyat Malaysia. Tidakkah tersisa rasa sayang pada pertiwi? Bila anda memburukkan pihak yang memikul tugas yang sebenarnya patut anda juga perjuangkan, bermakna anda bukan lagi rakyat Malaysia yang sejati. Tidak berbangga dengan darah yang mengalir di tubuh. Malu menjadi diri sendiri. Tidak punya harga diri.", "Jangan lupa jati diri!" ]
https://www.thepatriots.asia/1-mei-sebenarnya-hari-lawan-majikan/
1 Mei Sebenarnya Hari Lawan Majikan
[ "Kenapa 1 Mei ditetapkan sebagai Hari Pekerja? Sebab ia adalah untuk memperingati Peristiwa Haymarket yang berlaku di Chicago, US pada 4 Mei 1886.", "Waktu tu tak ada konsep pendidikan wajib, anak-anak kecil keluarga miskin pun kena bekerja untuk menambah mata pencarian.", "Buruh-buruh tak dapat complain sebab kapitalis (pemilik kilang) besar seperti Rockefeller, Vanderbilt, Carnegie & JP Morgan bukan saja menguasai ekonomi malah menguasai politik.", "Kesedaran hak buruh bermula di Eropah di pertengahan abad ke-19. Tokoh-tokoh seperti Karl Marx (bapa komunisme & sosialisme) menyedarkan buruh bahawa mereka adalah pencipta kekayaan yang sebenar, “hasut” buruh untuk bangkit menggulingkan kapitalis.", "Marx juga antara yang mempelopori idea waktu kerja yang terhad, dan ideanya mempengaruhi International Workingmen’s Association (IWA) pada tahun 1866 untuk perjuangkan waktu kerja 8 jam.", "1/3 hari untuk bekerja, 1/3 hari untuk tidur, 1/3 hari untuk “me time”.", "Bila idea tu sampai ke US, buruh pun mula lawan kapitalis, mogok tuntut 8 jam waktu rehat & kenaikan upah.", "Kapitalis selalunya akan guna kekerasan, sama ada pakai private guard atau panggil polis untuk suraikan mogok.", "Peristiwa Haymarket terjadi apabila buruh kilang McCormick Harvesting Machine berpiket di Medan Haymarket untuk membantah tindakan polis men3mbak mati seorang buruh pada hari sebelum yang tuntut rehat 8 jam. 3000 buruh turun mogok.", "Tapi tiba-tiba b0m meletup menyebabkan kekecohan, polis men3mbak ke arah buruh, menyebabkan seorang terbvnuh.’", "4 ketua buruh dituduh sebagai dalang kejadian b0m dan dihukum gantung.", "Pada tahun 1893, baru kerajaan tempat mengaku bahawa polis menerima rasuah untuk mencipta kekecohan supaya dapat suraikan mogok.", "2 tahun selepas Haymarket, American Federation of Labor menetapkan 1 Mei sebagai tarikh peringatan tragedi. Buruh bekerja 8 jam saja sbg tanda protes.", "Tahun seterusnya (1889), Second International (gabungan sosialis sedunia) juga menetapkan 1 Mei sebagai International Workers Day.", "Sebab itu Hari Buruh ada citra sosialis yang kuat.", "Di Malaysia zaman Tunku (1957-1970), Hari Buruh tidak digalakkan sebab kerajaan takut Hari Buruh akan galakkan fahaman komunisme.", "Keratan Berita Harian 1960/02/25. “Sudah banyak sangat hari kelepasan”. Amboi.", "Hanya bermula tahun 1972, baru Hari Buruh diwartakan sebagai cuti umum sebab Tun Razak (1970-1976) lebih terbuka kepada gerakan buruh.", "Keratan Berita Harian 1972/05/21.", "Tun Razak terpengaruh dengan fahaman sosialisme mazhab Fabian (sosialisme non-violent) semasa belajar di London. Siap join Labour Party.", "Sebab itu Tun Razak sangat peka dengan keadilan ekonomi & hak buruh, dan ada banyak simbolisme sosialis dalam dasarnya – “RED book”, “NEP”.", "Hari ini Hari Buruh dah transform jadi “Hari Pekerja”, golongan kolar putih yang selesa duduk ofis pun boleh bercuti sekali.", "Di luar negara sosialis & komunis masih mengadakan piket besar-besaran.", "Anda (termasuk aku) mungkin bukan seorang leftist atau sosialis, tapi tak dapat dinafikan ideologi kiri telah banyak menyumbang kepada kebajikan & kesejahteraan pekerja.", "Orang yang bijak tak akan terikat dengan kiri, kanan, tengah tapi memilih apa yang terbaik." ]
https://www.thepatriots.asia/ratu-hijau-dan-kerajaan-melayu-patani-menurut-ejen-mahkota-sepanyol/
Ratu Hijau Dan Kerajaan Melayu Patani Menurut Ejen Mahkota Sepanyol
[ "Jacques de Courte menyatakan pada tahun 1595 dia melintasi Ligor dan melihat sebuah menara ‘alcorane’ iaitu masjid yang besar di samping sebuah biara. Pada tahun 1602 beliau berlabuh di Patani dan sempat melihat Raja Hijau dan salah seorang adindanya barangkali Raja Biru yang duduk di sebalik tirai tembus di istananya. Raja Hijau telah mengirim kepada Gabenor Melaka sepucuk surat balas dan menganugerahkan sebuah kapal layar dan bekalan hadiah lain seperti beras dan ayam kambing untuk digunakan di sepanjang perjalanan pulang.", "De Courte sempat bersahabat dengan Che’ Tangan seorang nakhoda wanita yang menjadi ejen perdagangan Raja Hijau ke Johor dan Pahang. Beliau merupakan seorang wanita bangsawan yang dihormati masyarakat dan mempunyai ramai saudara mara di Patani yang bertugas sebagai nakhoda atau pembesar pembesar istana. Masalah utama Patani pada waktu itu adalah pergaduhan dan pertumpahan darah yang dicetuskan antara dua kuasa berseteru Belanda dan Kastilan menyebabkan suasana agak tidak tenteram.", "Agak menjengkelkan apabila budi bahasa orang Patani menerima sesiapa sahaja yang berlabuh ingin berdagang di negeri mereka tidak dihargai orang Eropah yang tamak dan suka bergaduh membawa budaya feudal kebenuaan tanah besar Eropah. Mereka seolah olah tidak dapat menghormati adat budaya dan kemakmuran sedia ada yang wujud di negeri negeri Islam yang terkenal mengamalkan aturan pasaran bebas. De Courte sendiri dalam satu peristiwa hampir dibunuh pada satu malam oleh askar askar Belanda namun beliau sempat diselamatkan oleh Che Tangan dan beberapa ratus ahli keluarga dan orang kampungnya sebelum beliau mengamanahkan saudaranya yang bernama Nakhoda Kemasik(Quevasse) untuk membawa De Courte keluar ke Melaka.", "Setelah berlayar beberapa hari anak anak kapal Nakhoda Kemasik cuba meninggalkan beliau keseorangan di Pulau Redang kerana tidak percayakannya sebagai orang putih yang terkenal suka berkhianat namun setelah dipujuk oleh nakhoda mereka mengambil beliau kembali dan sebagai tanda meminta maaf kelasi kelasi Patani itu menjamu De Courte dengan sebuah jamuan mewah nasi yang diberi lauk ayam dihidangkan di atas sebuah meja. Pelayaran disambung sehingga mereka terlihat sebuah kapal perang Peringgi milik Fransesco de Silva de Menes dan kapal Patani itu masuk berlindung ke kuala Sungai Johor. Mereka memberi alasan berhenti sebentar berhampiran Johor Lama untuk mengambil bekalan kayu. Dari situ mereka melepaskan beliau untuk pergi sendiri ke Melaka dan orang orang tersebut mudik naik ke Johor Baru atau kota Batu Sawar yang diperintah Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah atau Sultan Alauddin Riayat Syah III.", "Dalam gambar di bawah ini kita dapat melihat Raja Hijau duduk di atas gajah yang mempunyai hiasan bulu merak memegamg cokmar diiringi gajah gajah yang membawa wanita bangsawan Patani yang lain. Kelihatan mereka tidak bertudung dan bersanggul labuh. Askar askar bersenapang pula memakai pakaian Turki tidak seperti yang digambarkan filem Queen of Langkasuka manakala sebahagian lagi memakai zirah Peringgi yang dibeli daripada orang Portugis dahulu. Untuk pengetahuan pada waktu ini takhta Portugal dan Sepanyol disatukan dibawah satu pemerintahan beraja yang mempusakai warisan kedua dua kerajaan tersebut.", "Dalam satu lampiran surat lain yang ditulis oleh ejen Kastilan yang sama beliau mencadangkan agar raja Kastilan mengirim beberapa puluh armada kapal untuk menyerang Patani. Cadangan ini dibuat untuk merompak kekayaan Patani dan menumpaskan perdagangan Belanda melalui peperangan. Patani dikatakan sebagai sebuah negeri kaya yang menjadi pelabuhan dagangan pelbagai barangan antaranya adalah seperti lada hitam yang dibawa dari Inderagiri dan Jambi. Dari pelabuhan ini kapal Portugis atau Belanda akan membawanya ke Melaka, Goa, Hormuz dan seterusnya ke Eropah.", "De Courte sebenarnya telah melakukan kerja perisikan yang mantap. Beliau melaporkan suasana pantai Teluk Patani yang sesuai untuk pendaratan askar Kastilan dan seterusnya mereka boleh terus menyerbu bandar Patani yang tidak bertembok. Kota raja Patani dikatakan dilindungi tembok kayu balak besar seperti yang kita lihat pada lakaran kota Palembang oleh Belanda namun dinyatakan bahawa ada bahagian tembok yang reput dan repih tidak diselenggara termasuk gerbang pintu yang tidak berdaun. Meskipun begitu kota raja itu dijaga oleh ratusan lela perak yang tidak berapa bagus jika dibandingkan dengan meriam Eropah.", "Sekiranya rancangan ini berjaya maka pihak Kastilan merancang untuk mara pula ke Ligor dan Ayutia walaubagaimanapun cadangan ini tidak mendapat sambutan mungkin kerana raja Kastilan mendapati ia tidak realistik tambahan suasana yang menghalang penguasaan Kastilan di Hindia Timur akibat kekacauan di Eropah.", "Sumber : Peter Borschberg (2014)" ]
https://www.thepatriots.asia/tentang-cinta-dan-kontrak/
Tentang Cinta Dan Kontrak
[ "Ketiga-tiga keluarga organisme terawal, prokariot, eukariot dan arkea, kesemuanya mempunyai mekanisme untuk berkembang biak. Kemudian kita lihat pula organisme kompleks seperti siput dan manusia, juga mempunyai mekanisme untuk berkembang biak. Semua benda hidup mampu membiak.", "Kita lihat pula dari sudut pandangan dangkal manusia berkenaan cinta. Pernikahan ialah sejenis kontrak bagi memeterai keluarga. Menurut Bertrand Russell, manusia bernikah kerana mahu menjadikan memori indah mereka kekal selama-lamanya. Mereka bernikah kerana cinta. Namun, inilah benda yang aku ingin kritik, tekankan dan persoalkan. Apa itu cinta dari segi konteks marital love?", "Sekiranya kita berkahwin kerana mahu berkembang biak, maka apa beza kita dengan organisme halus? Sekiranya kita berkahwin kerana cinta sahaja, betulkah apa yang kita rasa cinta itu, cinta? Sejauh mana pemahaman kita tentang cinta?", "Selalunya dalam setiap kisah cinta pasti ada titik pertemuan antara dua insan berkenaan. Di sini, aku ingin tahu, apa yang menyebabkan A jatuh cinta pada B? Bermula daripada pertemuan tersebut, emosi mereka akan berkecamuk. Api, asid, lava, bom. Perasaannya meletup letup. Pelakuran nuklear. Aneurysm otak. Terasa seperti ingin terbang. Melayang-layang. Terapung. Titik noktah. Titik bermula. Adakah kerana rupanya? Kalau ya, sejujurnya itu bukan cinta. Itu hanyalah tindak balas biokimia hormon, feromon dan psikologi yang membawa kepada tujuan utama kewujudan makhluk yakni untuk sentiasa wujud. Membiak. Tak lain tak bukan, A jatuh cinta pada B kerana sistem biologinya mahu membiak.", "Sebut tentang biokimia, terbit satu lagi persoalan. Apakah minda kita ini hanyalah sebuah mesin yang sarat dengan bahan biokimia? Ini bermakna pemikiran kita tertakluk pada bahan kimia. Ini juga membawa makna kita tak mempunyai kesedaran. Tiada kesedaran bermakna tiada roh, sekaligus memberi makna kita tak mempunyai roh. Bagi kes ini, aku pilih untuk sanggah. Aku percaya pada roh. Aku juga percaya manusia mempunyai kehendak bebas. Adakah cinta itu naluri biologi ataupun entiti kehendak bebas?", "Bagi aku, cinta itu ialah esen. Bukan naluri biologi. Cinta boleh wujud tanpa mengira bentuk dan juga boleh wujud tanpa jasad. Kita ambil analogi ‘manusia terapung’ Ibnu Sina bagi hal ini. Katakanlah ada manusia terjatuh di satu lohong kelam buat selama-lamanya, tanpa penghujung. Pancainderanya tak mampu berfungsi. Sudah tak berguna. Manusia ini akan mula persoalkan apakah dia yang sedang terjatuh ini, berjasad ataupun tidak? Hal ini sebab dia tak boleh nak rasa apa-apa. Yang ada hanyalah pemikirannya sahaja. Kalau dia bersuara, nanti dia akan tanya, yang tu suara tekak atau suara hati? ", "Pada saat ini, yang wujud hanyalah esen sahaja. Tahap dekonstruksi terakhir. Kita aplikasikan ‘pisau Ockham’ di sini. Pancainderanya dianggap sudah mati, oleh itu kita buang benda tersebut. Yang ada hanyalah pemikiran/kesedarannya sahaja. Kita letakkan cinta di situ. Adakah dia mampu buang cinta? Seks, ya. Cinta, tak. Oleh itu, cinta ialah esen. Seks ialah kehendak sistem biologi manusia, cinta ialah sesuatu yang muncul bukan daripada sistem biologi, tapi mampu mempengaruhi sistem biologi.", "Sekarang, masuk satu persoalan. Cinta ni hasil takdir ataupun kehendak bebas? Sekiranya cinta itu esen, sekiranya cinta itu roh, mampukah cinta wujud tanpa melibatkan aspek jasmani?", "Katakanlah, aku adalah entiti yang tahu tentang takdir. Katakanlah, ada satu pasangan ni memang dah ditakdirkan untuk bersama sampai mati. Masalahnya di sini ialah mereka berdua ni buta, pekak, bisu dan lumpuh/cacat/amputasi kaki dan tangan. Ingat, cuma aku sahaja yang tahu bahawa mereka ni adalah pasangan yang ditakdirkan. Persoalan di sini ialah, mampukah mereka bercinta? Macam mana mereka nak bercinta? Macam mana aku nak yakinkan pada orang ramai bahawa mereka ni bercinta? Macam mana dua ketul daging hidup yang terputus hubungan dengan dunia luar, boleh bercinta? Aku namakan eksperimen pemikiran ni sebagai paradoks pasangan cacat sempena insipirasi aku daripada lagu One oleh Metallica. Cinta ni dah semacam paradoks teko Russel.", "Ini secara tak langsung telah menyebabkan aku runsing dan sakit kepala. Sebenarnya, cinta ni wujud atau tak? Kalau cinta itu bukanlah produk biologi, kenapa persoalan paradoks tadi tak boleh dijawab? Kalau cinta itu adalah perkara metafizik, kenapa kita perlu membiak? Bukanlah aku nak menolak cinta. Aku tahu cinta itu apa dan pernah rasakan benda tersebut. Sekali. Sekarang, ia sudah menjadi hal silam. Hati aku sudah tertutup. Sekarang, hal cinta dan berkahwin itu adalah benda yang terakhir sekali aku ambil kisah. The least of my concern. Cuma, itulah.. persoalan aku tak terjawab lagi.", "Jadi, menurut pemikiran aku yang dangkal, cinta itu adalah gabungan antara dua perkara tersebut dan saling melengkapi antara satu sama lain. Cinta itu adalah semacam dua benang; benang fizikal dan metafizikal, yang disulam dan menyambungkan antara insan ke insan yang lain." ]
https://www.thepatriots.asia/sistem-wakaf-solusi-terbaik-ekonomi-umat-islam/
Sistem Wakaf Solusi Terbaik Ekonomi Umat Islam
[ "Sejarah membuktikan bahawa wakaf memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Wakaf telah menjadi alat agihan semula kekayaan bagi mencapai pembangunan ekonomi dalam konteks menyeluruh sehingga memberi impak besar kepada masyarakat dan negara. Ini kerana wakaf telah memainkan peranan untuk menyediakan pendidikan, pusat kesihatan, tempat ibadat serta menyediakan kemudahan jalan raya, jambatan dan sebagainya. Dan ini secara tidak langsung membantu menambahbaik taraf kehidupan rakyat sesebuah negara.", "Kita tak perlu lihat jauh, mari kita renungi pembabitan Uthman bin Affan r.a dalam soal pewakafan telaga Rummah. Sebelum pembelian telaga tersebut, warga Madinah ketika itu terpaksa membayar harga mahal dengan seorang Yahudi semata-mata untuk mendapatkan satu-satunya sumber air bersih pada ketika itu berikutan musim kemarau. Tindakan sahabat Nabi yang berketurunan Bani Umayyah itu bukan saja menyebabkan beliau mendapat ganjaran syurga seperti dijanjikan Rasulullah s.a.w. Malah, ia sebenarnya membantu meringankan beban masyarakat yang dibelenggu masalah air ketika itu.", "Semasa pemerintahan Bani Abbasiyah atau lebih tepat era Khalifah Harun Ar-Rashid, permaisuri baginda Zubaidah binti Jaafar membelanjakan wang yang bukan sedikit untuk tujuan wakaf terutama membabitkan urusan jemaah haji. Antara projek yang dijalankan baginda bagi kemudahan jemaah haji ialah sebuah terusan dari Iraq ke Makkah untuk membekalkan air kepada jemaah, sebuah lebuh raya yang menghubungkan Makkah dengan Baghdad dan sebuah mata air yang digelar Perigi Zubaidah. Menurut Ibnu Battuta, semua tadahan, kolam atau perigi pada laluan Makkah-Baghdad direalisasikan menerusi projek yang dijalankan baginda.", "Menurut Murat Cizakca, wakaf wang yang dilaksanakan semasa zaman Kerajaan Uthmaniyyah pula banyak membantu dalam menyediakan pelbagai aktiviti pembangunan ekonomi dan bermanfaat kepada masyarakat seperti kemudahan pendidikan, kesihatan dan kebajikan. Wakaf wang dilaksanakan dengan cara wang yang diwakafkan tersebut dilaburkan dan hasil keuntungan dibelanjakan untuk benefisiari wakaf. Ini bermakna modal asal wang wakaf kekal dan tidak berkurangan. Ini dibuktikan pada tahun 1513 apabila El-Hac Sulayman El-Hac mewakafkan wang sebanyak 70,000 dirham. 30,000 dirham perak diwakafkan bagi pembinaan sekolah sementara bakinya dijadikan modal pelaburan berbentuk pinjaman. Mana-mana pihak yang meminjam dengannya memeterai kontrak murabahah dengan pulangan keuntungan sebanyak 10% setahun. Hasil keuntungan akan dibelanjakan mengikut beberapa kelas:", "Kebanyakan hasil laba wakaf wang semasa era Turki Uthmaniyah digunakan untuk perbelanjaan pentadbiran wakaf, pendidikan, makanan, keluarga pewakaf, institusi keadilan, perbelanjaan dan penyeleggaraan harta wakaf, masjid, sewa, keagamaan, sosial, cukai dan nazir wakaf.", "Wakaf terus memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi di seluruh dunia. Di Singapura misalnya, seramai 170,000 pekerja beragama Islam membuat caruman antara $2 hingga $11.50 sebulan dengan menggunakan mekanisme Tabung Simpanan Pekerja (CPF). Hasil caruman menyaksikan pengumpulan dana sebanyak $6 juta setiap tahun. Selain wakaf wang, terdapat 100 wakaf berdaftar di Singapura. Hasil dari perolehan harta wakaf diagihkan untuk masjid, madrasah, kebajikan, pengebumian, orang miskin dan lain-lain.", "Sementara di United Kingdom pula, pertubuhan Islamic Relief telah memperkenalkan beberapa bentuk wakaf untuk membantu umat Islam di seluruh dunia iaitu wakaf air dan sanitasi, wakaf korban, wakaf kesihatan, wakaf pendidikan, wakaf anak yatim, wakaf bantuan kecemasan, wakaf pendapatan bergenerasi dan wakaf dana masa hadapan. Antara pihak yang mendapat manfaat dari pelbagai projek wakaf ini ialah kanak-kanak Palestin, mangsa perang di Bosnia, rakyat miskin di Bangladesh, Mali, Sudan dan seumpamanya.", "Sementara di Kuwait pula, telah ditubuhkan Yayasan Wakaf Am Kuwait atau Kuwait Awqaf Public Foundation (KAPF) pada tahun 1993 yang mempunyai tujuan khusus untuk wakaf dan pembangunan projek-projek wakaf untuk masyarakat. Projek-projek yang dijalankan oleh KAPF telah memberi faedah yang berkesan kepada masyarakat. Antara projek yang dijalankan ialah memberi bantuan kewangan kepada pelajar miskin dan memberi bantuan kepada Pusat Autistik Kuwait. Aktiviti-aktiviti amal lain yang dilakukan oleh KAPF yang mematuhi syarat-syarat waqif ialah penyediaan minuman percuma di tempat awam, memberi bantuan makanan kepada orang susah, memberi bantuan pakaian kepada keluarga yang susah, menyediakan makanan di bulan Ramadan untuk keluarga yang susah dan memerlukan dan lain-lain lagi.", "Di Malaysia, usahlah memandang enteng sumbangan wakaf terutama dalam bidang pendidikan. Ini kerana sumbangan institusi ini kepada bidang pendidikan terutama pendidikan agama amat penting. Institusi wakaf pendidikan di Malaysia bermula dengan institusi pengajian pondok, diikuti sistem pengajian madrasah atau sekolah aliran Arab dan seterusnya setelah merdeka kerajaan mengambil alih institusi pendidikan wakaf ini untuk diurus mengikut persekolahan aliran perdana. Kajian oleh Ahmad Zaki Hj Abd Latiff mendapati bahawa pada masa kini institusi pendidikan wakaf di Malaysia adalah terdiri daripada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri (SAN), madrasah dan pondok. Sehingga tahun 2005 dianggarkan terdapat sebanyak 174 buah institusi wakaf pendidikan di Malaysia. Di Selangor saja, pembangunan Sekolah Rendah Agama di Pulau Indah dengan menggunakan sebahagian daripada dana saham wakaf sebanyak RM2 juta. Begitu juga dengan Pusat Maklumat Komuniti Siber, MAIS, di Wisma MAIS Seksyen 3, berjumlah RM 350 ribu, serta cadangan projek pembinaan perpustakaan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor berjumlah RM13.3 juta.", "Selain isu pendidikan, wakaf sebenarnya dianggap solusi terbaik berkenaan isu perumahan terutama perumahan kos rendah dan sederhana. Ini memberi peluang kepada kelompok yang tak berkemampuan terutama golongan miskin memiliki rumah. Di Melaka misalnya, Projek Rumah Pangsa Al-Ehsan bernilai RM2.27 juta telah dibangunkan atas Lot. 82 Tengkera, kawasan bandar daerah Melaka Tengah. Projek tersebut dibiayai oleh Tabung Amanah Saham Wakaf dan lebihan wang zakat. Bangunan yang dibina terdiri dari 40 unit kediaman dan 14 unit kedai. Tujuan pembinaannya adalah untuk disewakan kepada golongan miskin dan ibu tunggal. Pelaksanaan projek ini dapat membantu meningkatkan kehidupan keluarga miskin menduduki rumah yang lebih selesa dengan bayaran sewa yang rendah.", "Sementara di Pulau Pinang pula, beberapa projek pembangunan tanah wakaf untuk mendirikan kawasan perumahan telah dilaksanakan dan ada juga masih dalam perancangan seperti memanfaatkan tanah wakaf Khan Mohamad, dengan cadangan pembangunan 32 unit rumah pangsa kos sederhana (700 k.p) di atas tanah wakaf Khan Mohamed Lot 303 dan 304, Jalan Perak. Begitu juga projek penyediaan perumahan akan dibangunkan di atas tanah wakaf Masjid Sungai Nibong yang akan didirikan dengan satu blok pangsapuri kos sederhana rendah setinggi 24 tingkat yang mengandungi 152 unit di atas tanah Lot 1093 dan 1094, Mukim 12, daerah barat daya Pulau Pinang. Keluasan unit pangsapuri dianggarkan 700 kaki persegi hingga 740 kaki persegi. Manakala tanah wakaf Majis Alimsah Waley, Lebuh Chulia pula dibangunkan dengan 56 unit premis kediaman.", "Siapa sangka, institusi wakaf sebenarnya membuka jalan kepada penawaran kos rawatan kesihatan yang berpatutan dan tidak membebankan para pengguna yang menggunakan khidmat klinik atau hospital wakaf. Buktinya, kerjasama membabitkan syarikat Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) yang membawa kepada penubuhan Klinik Waqaf An-Nur, sebuah klinik kesihatan berasaskan konsep wakaf. JCorp mewakafkan Lot 85, 86 dan 87, Tingkat 3 Plaza Kotaraya bersebelahan Masjid An-Nur Johor Bahru sebagai tapak klinik dengan kos pembangunan keseluruhan RM500 ribu. Sehingga 2017, terdapat 19 buah rangkaian Klinik Waqaf An-Nur termasuk sebuah Hospital Waqaf An-Nur di Pasir Gudang ditubuhkan. 7 daripadanya di Johor, 2 di Negeri Sembilan, 5 di Selangor, 2 di Sarawak, 1 di Manjoi Perak,1 di Kelantan dan 1 di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Selain rangkaian Klinik Waqaf An-Nur, Waqaf An-Nur turut mempunyai lima unit klinik bergerak sumbangan dari Lembaga Zakat Selangor, Wakaf Selangor Muamalat, Yayasan Semesta Berdaftar yang diuruskan oleh KPJ Healthcare Berhad. Penubuhan Klinik Waqaf ini berjaya dilaksanakan dengan adanya kerjasama erat dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri berkenaan.", "Dari segi ekonomi pula, wakaf menggerakkan kegiatan ekonomi setempat dengan menyediakan pusat dan premis perniagaan. Dengan adanya pusat atau premis sebegini, ia sebenarnya menambah potensi ekonomi dalam kalangan masyarakat. Di Selangor, lima unit premis wakaf telah dibeli di Bandar Bukit Puchong menggunakan sumber dari Dana Saham Wakaf Selangor berjumlah RM1.05 juta. Premis perniagaan ini disewakan dan ianya memberi pulangan pendapatan kepada Majlis Agama Islam Selangor untuk dimasukkan ke dalam pendapatan hasil wakaf. Manakala di Johor, hasil dari kutipan saham wakaf digunakan untuk membina sebuah bangunan setinggi enam tingkat di Batu 6½ Tampoi dengan kos RM 4.99 juta yang dimanfaatkan sebagai Pusat Latihan dan Dakwah Saudara Baru dan ruang niaga yang disewakan kepada mereka yang berminat. Malah hasil dari perolehan sewaan bangunan ini digunakan pula untuk penyelenggaraan bangunan yang berkaitan serta untuk kebajikan am seperti pembelian sebuah van. Selain itu ia juga dimanfaatkan untuk pembinaan empat masjid dan madrasah di Kemboja serta pembelian pakaian sembahyang orang miskin di Kemboja.", "Tetapi kisah kejayaan utama wakaf korporat tidak sah jika tidak menyebut nama JCorp dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp). WANCorp bertindak menguruskan aset dan saham-saham syarikat dalam JCorp yang diwakafkan kepada WANCorp. WANCorp turut menubuhkan sebuah dana skim bernama Waqaf Dana Niaga (WDN) bagi membantu para peniaga kecil yang berhadapan dengan masalah mendapatkan pembiayaan bagi memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan sedia ada. Waqaf Dana Niaga ini berfungsi memberikan bantuan kewangan tanpa faedah secara mikro kredit kepada para peniaga. WANCorp telah memperuntukkan dana berjumlah RM500,000 untuk program ini dan seramai 400 orang peniaga telah mendapat manfaat daripada Dana Waqaf Niaga.", "Selain menyediakan sumber bagi tempat ibadat seperti surau dan masjid, institusi wakaf turut bertanggungjawab menyediakan fasiliti bagi memudahkan sebarang urusan membabitkan agama Islam. Di Selangor, Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Taman Bandaran Kelana Jaya telah dibina melalui Dana Saham Wakaf Selangor sepenuhnya berjumlah RM8 juta. Masjid An-Nur, Kampung Kunci Air Buang, Tanjung Karang telah dibina semula menggunakan sebahagian daripada Saham Wakaf Selangor berjumlah RM 350,000. Di Melaka pula, Projek Balai Cerapan Al-Hilal Tanjung Bidara dengan keluasan satu ekar dibina di atas tanah wakaf di Tanjung Bidara, Melaka. Pengurusan dan pembinaan Projek Balai Cerapan telah dilaksanakan oleh Pejabat Mufti Negeri Melaka. Kerajaan negeri membiayai projek berkenaan dengan kos berjumlah RM2.35 juta. Projek tersebut siap dibina pada akhir tahun 2002 dan mula beroperasi pada tahun 2003. Matlamat pembinaannya ialah untuk memudahkan melihat anak bulan dengan menggunakan teknologi terkini. Selain itu, balai tersebut juga digunakan sebagai tempat perbincangan kakitangan Pejabat Mufti Negeri Melaka.", "Institusi wakaf turut memberi sumbangan berguna dalam bidang pertanian. Pada tahun 1994, Kerajaan Johor menerusi kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bil. 1342 / 94 bertarikh 28 September 1994 (wakaf irshod) telah mewakafkan tanah seluas 3900 ekar di Mersing. Ladang Wakaf Johor ini dibangunkan menggunakan dana dari saham wakaf dan merupakan projek usaha sama antara Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) bagi mengusahakan ladang tersebut dengan tanaman sawit dan dijangkakan akan memperoleh hasil pada tahun 2010.", "Selain Johor, Terengganu turut menggerakkan usaha saham wakaf dalam bentuk pewakafan pokok dan ladang kelapa sawit. Pewakaf membeli tanah dan pokok kelapa sawit dan kemudiannya mewakafkan pokok dan tanah tersebut untuk digunakan hasilnya kepada anak-anak yatim yang diuruskan di bawah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (PERKAYA) Terengganu. Hasil dana dari pembelian pokok dan tanah tersebut akan digunakan untuk membayar pinjaman kepada Agro Bank kerana PERKAYA telah meminjam dari institusi perbankan tersebut untuk dijadikan modal penanaman kelapa sawit pada peringkat awalnya. Lebihan dana tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan anak-anak yatim, pengurusan PERKAYA dan pengurusan ladang kelapa sawit tersebut. Hasil dari Skim Wakaf Ladang Perkaya ini memberi pulangan sebanyak RM1.3 juta setahun. Malah dengan adanya projek wakaf ladang Perkaya ini menjadikan PERKAYA berdikari dalam menguruskan rumahrumah anak yatimnya di samping sumber yang lain iaitu dari Ladang Sawit Perkaya Sdn. Bhd. (RM1.2 juta setahun), Perkaya Bina Sdn. Bhd., Perkaya Urusniaga Sdn. Bhd., penyewaan Wisma Perkaya serta sumbangan orang ramai (hampir RM30,000 setahun).", "Siapa kata institusi wakaf langsung tidak menyumbang kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Sejarah menyaksikan institusi ini amat berjasa kepada negara-negara Islam sehingga ia ditiru dan dilaksanakan di negara bukan Islam. Nyatalah, institusi ini bukan saja bertindak sebagai ladang pahala berterusan tetapi juga sebagai ejen perubahan masyarakat dalam setiap aspek kehidupan.", "SUMBER", "Ab Rahman, Asmak. (2009). Universiti Malaya. PERANAN WAKAF DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI UMAT ISLAM DAN APLIKASINYA DI MALAYSIA. http://ejum.fsktm.um.edu.my/article/902.pdf" ]
https://www.thepatriots.asia/ubat-berkumur-ubat-ajaib-terbaru-boleh-ubati-covid-19/
Ubat Berkumur – ‘Ubat Ajaib’ Terbaru Boleh Ubati Covid-19
[ "Selalunya untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi, kita digalakkan memberus gigi dan berkumur bagi memastikan mulut dan gigi kelihatan sihat. Tetapi terima kasih kepada dakwaan seorang gabenor Jepun ini, ia mengundang panik dalam kalangan warga Jepun yang berlumba-lumba mendapatkan ubat kumur!", "Pada Selasa lepas, Gabenor Osaka, Hirofumi Yoshimura mendakwa bilangan virus dalam air liur 41 pesakit yang menunjukkan simptom ringan Covid-19 berkurangan selepas berkumur dengan ubat yang dicampur iodin povidon berbanding pesakit yang tidak mengunakan ubat tersebut. Kajian ini dikatakan dibuat di sebuah hospital di Osaka.", "Dalam satu sidang media yang diadakan di sebuah hotel di Osaka, Yoshimura menambah, “Mungkin kita boleh mengatasi Covid-19 dengan ubat kumur.” Apabila berita tersebut diketahui ramai, ia mendorong orang ramai membuat pembelian panik ubat kumur di farmasi-farmasi seluruh negara.", "Bila pembelian panik berlaku, sudah pasti rak-rak yang menempatkan ubat kumur kehabisan. Dalam satu ciapannya, seorang pengguna Twitter bernama @shotaro-1117 bertanya, “Ada sesiapa menghadapi masalah membeli ubat kumur? Saya sudah terlepas sebanyak empat kali.” Dalam ciapan yang sama, @shotaro-1117 turut menunjukkan empat rak ubat kumur yang kosong.", "Di kedai ubat Matsumotokiyoshi Holdings Co. di Chiyoda, Tokyo, semua ubat yang mengandungi iodin povidon habis dijual menjelang jam 3.30 petang. Tiga kedai ubat berhampiran di kawasan sama turut merekodkan kehabisan bekalan ubat iodin povidon. Manakala Amazon Jepun menyenaraikan ubat kumur sebagai antara produk yang habis dijual.", "Di Jepun, warganya suka berkumur kerana dilihat boleh mencegah penyakit seperti selsema dan demam semasa musim sejuk seperti membasuh tangan. Bagaimanapun, keberkesanannya dalam mencegah demam dan selsema masih lagi diperdebatkan.", "Ada juga mendakwa dengan berkumur, ia sedikit sebanyak turut membantu mengurangkan kes gelombang pertama Covid-19 di Jepun selain membasuh tangan dan memakai topeng muka. Tetapi sejak beberapa minggu ini, bilangan kes Covid-19 di seluruh negara semakin bertambah dengan bilangan kes di Osaka dijangka mengatasi bilangan kes di Tokyo walaupun mempunyai populasi yang lebih kecil.", "Dakwaan Yoshimura dilihat antara gagasan terdesak sesetengah pemimpin mencari penawar ajaib Covid-19 demi menjamin kemandirian politik mereka. Misalnya, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mendakwa hydroxychloroquine merupakan penawar Covid-19 yang berkesan walaupun saintis memberi amaran ia boleh memberi kesan sampingan termasuk s3rangan jantung.", "Bagi kerajaan Jepun pula, mereka sedar tentang komen kontroversi yang dibuat Yoshimura termasuk fakta penyelidik sedang menyemak sekiranya iodin povidon boleh menghalang Covid-19 dari bertambah buruk. Jurucakap kerajaan Yoshihide Suga berkata, “Kami akan memantau dengan lebih dekat perkembangan kajian ini.”", "Namun, ramai pakar merasa skeptik dengan dakwaan dan kajian yang dilakukan di Osaka. Pengerusi Persatuan Perubatan Jepun, Toshio Nakagawa melihat sebarang dakwaan iodin povidon boleh mengubati Covid-19 masih tidak disokong oleh bukti yang kukuh.", "Nakagawa berkata, “Saya faham gabenor (Yoshimura) mesti merasa risau dengan pertambahan kes secara tiba-tiba di wilayahnya dan tercari-cari berita baik. Saya tidak mahu menyerang dakwaan tersebut sebagai mengarut tetapi mengikut kedudukan persatuan kami, kita seharusnya bersikap tenang dan meneruskan penyelidikan.”", "Manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula langsung tidak berselindung dan membidas dakwaan tersebut melalui ciapan Twitter ini, “Tiada bukti saintifik yang menunjukkan ubat kumur boleh mencegah Covid-19.” Bagi penulis dan ahli farmasi Shuichi Aoshima, dakwaan sebegini boleh membawa kepada pertambahan bilangan kes negatif palsu membabitkan ujian PCR.", "Ini berikutan sebarang ujian PCR yang diambil selepas mengambil ubat sebegini boleh mengurangkan tahap sebenar bilangan virus dalam badan. Aoshima menambah dalam menerusi ciapan di Twitternya, “Ianya sama seperti menumpahkan iodin povidon dalam satu sampel virus.”", "RUJUKAN:", "Reidy, Gearoid. (2020). Experts shoot down Osaka governor’s claim that gargling helps beat virus. The Japan Times. https://www.japantimes.co.jp/news/2020/08/05/national/osaka-hirofumi-yoshimura-gargling-coronavirus/#.XyqN3Z4zaM8", "Reidy, Gearoid. (2020). Gargle medicine can fight coronavirus, Osaka governor says, citing limited data. The Japan Times. https://www.japantimes.co.jp/news/2020/08/04/national/gargle-medicine-coronavirus-osaka-governor-hirofumi-yoshimura/#.XyqN154zaM8", "Murakumi, Sakura. (2020). Gargling solution flies off Japan’s shelves after governor touts anti-virus effect. Reuters. https://www.reuters.com/article/us-health-coronavirus-japan-gargling/gargling-solution-flies-off-japans-shelves-after-governor-touts-anti-virus-effect-idUSKCN2510PQ" ]
https://www.thepatriots.asia/gempa-gempa-bumi-yang-merubah-sejarah-jepun/
Gempa-Gempa Bumi Yang Merubah Sejarah Jepun
[ "Semalam ialah ulang tahun ke-8 kejadian gempa bumi “The Great Tohoku Earthquake” atau “Tohoku Daishinsai” (東北大震災) yang berlaku pada 11 Mac 2011 di Jepun.", "Sejak itu, kerajaan Jepun menetapkan 2.46 petang, 11 Mac setiap tahun sebagai “moment of silence” bagi mengingati gempa bumi terkuat dalam sejarah Jepun tersebut (dengan 9.1 skala Richter, sama dengan gempa bumi Lautan Hindi 2004 yang mencetuskan tsunami) yang meragut nyawa hampir 20,000 manusia.", "The Great Tohoku Earthquake bersama-sama “The Great Kanto Earthquake” (1 September 1923) dan “The Great Hanshin Earthquake” (16 Januari 1995) ialah 3 kejadian gempa bumi yang paling banyak mengorbankan nyawa dalam sejarah moden Jepun sejak Pembaharuan Meiji 1868.", "Magnitud gempa bumi tahun 1923 lebih kecil (7.9), namun disebabkan ia berlaku di kawasan perbandaran Tokyo yang padat penduduk, maka jumlah korban adalah jauh lebih tinggi (140,000 orang). Manakala gempa bumi tahun 1995 tertumpu di kawasan Hanshin termasuk Kobe dan Osaka. Sementara itu gempa bumi 2011 paling banyak memberi kesan kepada bandar-bandar di sebelah pantai timur (Tohoku) Jepun seperti Sendai.", "Ketiga-tiga gempa bumi ini bukan sekadar bencana alam, tetapi ia juga mengubah landskap politik Jepun. Gempa bumi 1923 mencetuskan keadaan huru-hara, memaksa kerajaan Jepun ketika itu menguatkuasakan undang-undang darurat yang membolehkan kemunculan kerajaan fasis yang mengheret Jepun ke kancah peperangan dengan China dan US (1931-1945). ", "Manakala gempa bumi 1995 menamatkan pemerintahan kerajaan campuran dari tahun 1993-1996 yang ditubuhkan akibat Liberal Democratic Party (LDP) tidak berjaya memperolehi majoriti dalam pilihanraya 1993. Kegagalan kabinet Tomiichi Murayama menangani kesan gempa bumi, dan juga kejadian serangan gas sarin yang dilakukan oleh Aum Shinrikyo 2 bulan kemudian telah menggugat keyakinan rakyat terhadap kerajaan campuran. Tampuk pemerintahan kembali kepada LDP.", "Gempa bumi 2011 pula merupakan tamparan terhebat terhadap Democratic Party of Japan (DPJ) yang membentuk kerajaan sejak tahun 2009. Buat kali pertama dalam sejarah Jepun sejak 1955, LDP tewas dalam pilihanraya. Namun euforia hanya sekejap sahaja. Dalam masa setahun, sokongan terhadap DPJ merosot dari 70% kepada 20%, akibat kelemahan DPJ dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi. ", "Kelembapan respon DPJ terhadap gempa bumi dan kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima membuat rakyat “disillusioned” dengan DPJ. Akhirnya, setahun kemudian, DPJ terpaksa mempercepatkan pilihanraya. Bekas PM, Shinzo Abe berjaya memimpin LDP merampas balik tampuk pemerintahan dengan slogan “Nihon wo Torimodosu” (Take Back Japan).", "On the other side, kekerapan bencana alam seperti gempa bumi di Jepun telah membentuk “psyche” orang Jepun yang unik. Nilai-nilai hidup murni dan pandangan hidup orang Jepun ini bukan kita kata nak tiru terus boleh tiru, kebanyakannya adalah datang daripada pengalaman hidup mereka yang sering ditimpa bencana.", "Contoh macam disiplin diri orang Jepun. Orang Barat langsung tak dapat faham kenapa orang Jepun boleh jadi begitu tenang, beratur untuk mendapatkan bantuan. Kalau di US, dah siap merebut dan merompak. Tapi kekerapan bencana membuat orang Jepun ada sikap “redha”. Kalau berebut pun bukan boleh dapat apa, malah hanya akan menyusahkan orang.", "Bencana alam juga membentuk nilai estetika dan falsafah hidup orang Jepun. Disebabkan kekerapan gempa bumi, tak guna nak bina rumah-rumah besar yang sophisticated sebab boleh hancur dalam sekelip mata. Jadi orang Jepun lebih mementingkan konsep “minimalisme” – bukan saja lebih praktikal malah ketika bangunan runtuh, ia akan mengurangkan kerosakan harta benda dan kebahayaan. ", "Dengan kata lain, bangsa yang hebat lahir daripada ujian samada dalam bentuk ujian alam atau ujian manusia. Ujian alam seperti gempa bumi banyak membentuk sikap sabar dan praktikal orang Jepun, manakala ujian manusia seperti peperangan dan penindasan membentuk sikap kompetitif dan kelicikan bangsa seperti orang Korea dan orang Yahudi. ", "Bencana dan musibah, sebenarnya ialah ujian yang mengandungi hikmah untuk memperhebatkan sesebuah bangsa. Bangsa yang tidak pernah dilanda bencana akan sentiasa hidup dalam zon selesa, terlebih manja, dan tunggu saat tenggelam dalam edaran masa. ", "Dalam gambar: barisan orang Jepun beratur semasa menerima bantuan di Sendai, selepas gempa bumi 11 Mac 2011.\n\n" ]
https://www.thepatriots.asia/epidemik-pertama-ekonomi-dan-perkauman-amerika-syarikat/
Epidemik Pertama, Ekonomi Dan Perkauman Amerika Syarikat
[ "Pada awal abad ke-20, dunia sedang bergelut dengan wabak pandemik yang telah merebak dari China dan disebarkan melalui bandar-bandar pelabuhan di seluruh dunia.", "Oleh itu apabila seorang lelaki Cina berusia 41 tahun bernama Wong Chut King meninggal dunia di San Francisco akibat penyakit merbahaya ini pada bulan Mac 1900, tercetuslah kebimbangan besar tentang wabak itu yang akhirnya berjaya menjejaki bumi Amerika Syarikat dan kemudian dikenali dengan nama San Francrisco Epidemic Plague.", "Kronologi nya bermula dengan laporan yang mengejutkan mengenai penyakit pandemik yang berpusat dari China kemudian sampai ke pantai barat Amerika Syarikat.", "Pemeriksa kesihatan berusaha dengan teliti memeriksa para penumpang yang datang dari pelabuhan di Timur untuk menghalang kemasukan gejala wabak bubonic, mereka boleh kuarantin semua orang tetapi tidak mungkin mereka boleh “kuarantin” semua tikus yang menumpang di dalam kapal kargo di pelabuhan San Francisco.", "WABAK YANG MENCETUSKAN DISKRIMINASI KAUM", "Ada juga kemungkinan bahawa beberapa ekor tikus ini masuk melalui sistem pembetungan di Chinatown. Pada awal Januari, 1900 peningkatan dalam statistik kem4tian tikus secara tiba-tiba berlaku di kejiranan sempit Chinatown.", "Kemudian, pada 7 Februari 1900, seorang berbangsa Cina, Wong Chut King jatuh sakit dengan apa yang disangkakan oleh doktor Cina sebagai typhus atau gonorrhea.", "Wong adalah seorang lelaki bujang berusia 41 tahun yang tinggal di ruangan bawah tanah Hotel Globe, di persimpangan Jalan Grant dan Jackson, di tengah-tengah kawasan panas masyarakat Cina, yang dipenuhi dengan masalah sosial seperti kongsi gelap, pelacuran dan dadah.", "Para doktor merawatnya selama empat minggu, tetapi ubat-ubatan biasa tidak mendatangkan sebarang kesan positif. Selepas menderita selama empat minggu, dia meninggal dunia pada 5 Mac.", "Keesokan pagi nya, m4yatnya dibawa untuk diperiksa oleh pakar bedah polis San Francisco Frank P. Wilson. Wilson memanggil A.P. O’Brien, pegawai jabatan kesihatan bandar, selepas menemui kelenjar limfa membengkak yang meragukan.", "Wilson dan O’Brien kemudian memanggil Wilfred H. Kellogg, pakar bakteriologi kota San Francisco, dan tiga lelaki itu melakukan bedah siasat. Melihat melalui mikroskopnya, Kellogg menyangka dia melihat penyakit dari wabak bacilli.", "Penemuan mencurigakan itu mendorong Wilson dan O’Brien menggesa Lembaga Kesihatan bandar supaya kawasan Chinatown dikuarantin dengan segera.", "Menjelang subuh pada 7 Mac, 1900, Chinatown dikelilingi dengan tali sekatan dan dikepung oleh anggota polis yang menghalang akses keluar dan masuk semua orang. Kira-kira 25,000-35,000 penduduk tidak dibenarkan keluar.", "Jeneral Konsul Kerajaan Qing (China) membantah dengan mendakwa kuarantin itu satu bentuk diskriminasi dan meminta arahan untuk membatalkannya, tetapi datuk bandar San Francisco, James D. Phelan menegaskan bahawa orang Cina-Amerika adalah pengotor dan menjadi ancaman yang berterusan kepada kesihatan awam.", "Walau bagaimanapun, Lembaga Kesihatan menarik balik perintah kuarantin pada 9 Mac selepas ia berkuatkuasa hanya selama 2½ hari selepas aduan Jeneral Konsul Qing didapati terlalu besar untuk diabaikan, ditambah dengan keputusan makmal yang menyanggah teori bahawa wabak itu adalah penyebab kem4tian Wong Chut King.", "Kemudian pada 11 Mac, dua ekor babi guinea dan seekor tikus telah m4ti selepas terdedah kepada sampel dari mangsa, membuktikan wabak tersebut memang berlaku di Chinatown. Tanpa mengembalikan perintah kuarantin, Lembaga Kesihatan bertindak memeriksa setiap bangunan di Chinatown dalam usaha membasmi jangkitan.", "Harta benda dirampas, bangunan ditutup dan semuanya dibakar kerana disyaki mengandungi kotoran. Menggunakan kuasa fizikal, anggota polis menguatkuasakan pematuhan arahan Lembaga Pengarah. Masyarakat Cina yang marah dan bimbang bertindak balas dengan menyembunyikan orang mereka yang jatuh sakit.", "Selepas memeriksa sampel hasil daripada bedah siasat terhadap m4yat Wong, ketua Perkhidmatan Hospital Marin mengesahkan kebimbangan tersebut : wabak itu telah tiba ke Amerika Syarikat. Dan menambahkan lagi situasi buruk, ia dijangka tidak lagi akan meninggalkan Amerika.", "Kem4tian Wong menandakan permulaan wabak epidemik yang pertama di Amerika Syarikat, di mana ia menjangkiti sekurang-kurangnya 280 orang dan membunvh sekurang-kurangnya 172 dalam tempoh lapan tahun yang mendatang (jumlah kes dan kem4tian yang sebenarnya mungkin lebih tinggi).", "Penyakit itu mungkin sama dengan wabak Black De4th di Eropah jauh beberapa abad sebelum itu. Ia merupakan wabak bubonic dipercayai dibawa melalui tikus yang datang dari kapal-kapal pengangkut yang tiba di pantai California dari kawasan yang terjejas, kebanyakannya dari Asia terutamanya China.", "Sudah lah tidak memberi sebarang amaran kepada orang awam, pihak pengurusan bandar raya dan negeri, termasuk lah pihak gabenor California sendiri bertindak menafikan tentang cetusan wabak berpenyakit di bandar itu.", "FAKTOR EKONOMI JADI ALASAN", "Ekonomi menjadi faktor utama kerajaan merahsiakan bencana ini. Terdapat kerisauan di San Francisco dan ibukota negeri Sacramento bahawa sekiranya berita tentang wabak itu tersebar, ia akan melemahkan ekonomi California.", "Saya menemui faktor ini melalui buku karangan Marilyn Chase, pensyarah di UC Berkeley School of Journalism bertajuk The Barbary Plague: The Black De4th in Victorian San Francisco.", "“Terdapat ancaman yang sangat nyata bahawa industri penghasilan produk segar di California bernilai $ 40 juta akan hilang”.", "Kerajaan negeri itu didakwa telah mengarahkan dan bahkan mengadakan kolaborasi dengan para pakar bedah dan kesihatan Amerika Syarikat untuk memastikan isu penyebaran wabak itu terus menjadi satu rahsia.", "Perintah kerahsiaan tentang penyakit itu juga turut menggusarkan Dr. Joseph J. Kinyoun, ketua Marine Hospital Service di San Francisco yang telah mengenal pasti bakteria wabak yang ada pada m4yat Wong. Sebagai pegawai kesihatan awam, beliau bertekad untuk menghentikan penyakit ini daripada terus menyebar.", "Pada masa yang sama, ahli politik tempatan, pemilik perniagaan dan akhbar-akhbar tempatan bertindak mengabaikan sebarang kenyataan doktor tersebut, memetik kenyataan David K. Randall, wartawan Reuters dan penulis Black De4th At Golden Gate: The Race To Save America From The Bubonic Plague :", "“Kami mendapati akhbar tempatan memanggil dia (Dr. Kinyoun) palsu, menganggap dia seperti mencurigakan, menyiratkan bahawa dia hanya cuba memperoleh wang (dana) dari tabung awam dan ini semua dianggap penipuan yang besar,” katanya. Akhbar-akhbar ini malahan menuduh dia sengaja menyuntik m4yat dengan bakteria berpenyakit supaya dia kelihatan seperti pahlawan kerana akhirnya dia yang akan menamatkannya.", "Taikun-taikun perniagaan dan ahli politik menyahut seruan retorik ini. Seorang senator negeri di Sacramento berucap di dewan senat dengan mencadangkan bahawa Dr. Kinyoun harus dihukum gantung atas apa yang dilakukannya.", "KERAGUAN DALAM BIDANG SAINS PERUBATAN BAHARU", "Penafian berskala besar-besaran wabak ini juga merupakan sebahagian daripada penolakan terhadap jenis sains baru yang yang tidak ramai memahaminya. Dr. Kinyoun, yang kini dikenali sebagai bapa Institut Kesihatan Negara di Amerika Syarikat, berada di barisan hadapan dalam bidang bakterologi perubatan.", "Tidak seperti doktor-doktor dari era terdahulu, Dr. Kinyoun menggunakan mikroskop untuk mengkaji mikroorganisma pesakitnya yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Gabenor California waktu itu, Henry Gage, menolak sepenuhnya ilmu pengetahuan yang baru ini.", "Gage pada asasnya berpegang pada kenyataan beliau yang berbunyi : “Jika anda tidak dapat melihat penyakit itu, jika anda tidak dapat melihat apa yang berlaku, maka bagaimana kita boleh tahu ianya wujud?” ", "Dan seperti kebanyakan orang kulit putih lain di California, Gage tidak benar-benar yakin bahawa orang putih boleh dijangkiti wabak itu terlebih dahulu. Idea beliau yang bersifat perkauman itu ialah jika nenek moyang mereka boleh terselamat menghadapi wabak di Eropah, boleh jadi mereka sebagai keturunannya akan melalui proses perkembangan sistem imuniti.", "Bertentangan dan kontra sepenuhnya dengan kepercayaan yang sesat ini, wabak itu menjangkiti ramai orang kulit putih San Fransisco;  tetapi pada mulanya, ia menyebar di kalangan penduduk Chinatown ke tahap yang sangat teruk dahulu.", "Ramai penduduk kulit putih pada mulanya tidak ambil peduli kerana mereka berpegang kepada persepsi perkauman bahawa hanya pendatang Cina yang akan dijangkiti penyakit kerana mereka pembawa penyakit dan budaya pemakanan Cina yang kotor.", "Penduduk Chinatown kadang-kadang terpaksa menyembunyikan m4yat mangsa wabak bubonic itu demi untuk mengelakkan daripada diskriminasi kaum yang lebih meluas terhadap komuniti Cina.", "Masyarakat Cina di Chinatown cukup terdesak untuk memastikan ia kekal rahsia, dan mereka ada alasan yang kukuh merahsiakannya. Selepas kem4tian akibat wabak yang pertama disahkan dan sekatan dikenakan terhadap Chinatown, di mana penduduk tidak dapat keluar bekerja, mereka tidak boleh mendapatkan barangan dan makanan kerana dilarang dari masuk atau keluar hingga menyebabkan mereka kebuluran.", "Terdapat kebimbangan yang jelas tentang peningkatan mangsa wabak yang lebih ramai akan menyebabkan perintah kuarantin akan lebih ketat, sehingga mencetuskan keganasan seperti membakar bangunan, satu kaedah paling ekstrim untuk memer4ngi penyakit.", "Berita tentang wabak berpenyakit itu akhirnya berjaya menyebar keluar dari California. Akhbar luar negeri memetik berita-berita tentang wabak beberapa minggu selepas kem4tian Wong, dan Dr. Kinyoun menghantar memo tentang peningkatan wabak tersebut kepada pegawai tetap persekutuan.", "Seperti apa yang dijangkakan dan sangat dirisaukan oleh para pemimpin politik dan taikun perniagaan California, negeri-negeri lain telah mengancam akan menhentikan hubungan dan urusan perdagangan dengan California bagi mencegah wabak itu daripada tersebar.", "Pemimpin-pemimpin California terus cuba berdolak dalih. Dalam satu surat kepada setiausaha negara Amerika Syarikat yang ditandangani bersama jutawan jenama pakaian jeans San Francisco, Levi Strauss, Gabenor Gage menyalahkan Dr. Kinyoun atas tuduhan “wabak palsu” sebagaimana yang digelarnya, dan mendakwa San Francisco tidak pernah mencatatkan kes wabak.", "Setahun selepas k0rban wabak pertama meninggal dunia, Gage berjaya meyakinkan kerajaan persekutuan untuk memindahkan Dr. Kinyoun ke Detroit. Pada masa itu, terdapat kira-kira 100 jumlah kem4tian yang diketahui berpunca dari wabak tersebut.", "Ketika pilihan raya umum 1902 hampir tiba, ahli-ahli lembaga Southern Pacific memutuskan bahawa masa untuk kepimpinan politik baru telah tiba. Penafian umum Gage terhadap wabak itu yang dibuat untuk melindungi ekonomi negeri dan kepentingan perniagaan sekutu politiknya telah menjadi isu yang memalukan. Kedudukannya sebagai gabenor kemudian digantikan oleh George Pardee.", "BERAKHIRNYA PENULARAN TIDAK BERERTI WABAK TIDAK AKAN KEMBALI", "Orang yang menggantikan Dr. Kinyoun sebagai ketua Marine Hospital Service di San Francisco ialah Dr. Rupert Blue. Walaupun dia juga menghadapi tekanan dalam memer4ngi wabak itu, dia mempunyai kelebihan berbanding Kinyoun.", "Beliau menyampaikan maklumat saintifik dan perubatan kepada orang ramai dengan lebih baik, dan beliau memiliki kebolehan untuk memperoleh kepercayaan dari masyarakat Cina di bandar ini.", "Blue membantu menamatkan wabak melalui inisiatif untuk membersihkan bandar dan membasmi populasi tikus, di mana kutu dari tikus menjadi punca yang menjejaskan manusia dengan wabak itu.", "Menjelang tahun 1908, San Francisco pada dasarnya telah bebas dari wabak, dan akhbar-akhbar California mula melaporkan berita ini walaupun sebelum ini mereka sering menafikan kewujudan wabak tersebut.", "Bagaimanapun, ini tidak bermakna wabak itu telah meninggalkan negara ini. Amerika Syarikat masih melaporkan rata-rata tujuh kes wabak manusia setiap tahun menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.", "Hampir semua kes ini berlaku di barat Amerika Syarikat. Pada musim panas tahun 2019, laporan mengenai tupai tanah yang membawa wabak berpenyakit melalui kutu menyebabkan sebahagian pusat perlindungan haiwan liar di bawah Colorado Rocky Mountain Arsenal National Wildlife Refuge ditutup.", "Dalam laporan untuk bukunya, Marilyn Chase mendapati bahawa saintis di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Fort Collins percaya bahawa kuman yang kini wujud di seluruh barat berasal dari kuman yang mula-mula dibawa ke pelabuhan Amerika Syarikat oleh tikus dari kapal sekitar tahun 1900.", "Chase dan beberapa saintis lain percaya, kemungkinan besar kelewatan dalam mengawal wabak penyakit di San Francisco menjadi penyebab utama untuk ia terus tersebar dan berterusan sehingga masih gagal dihentikan sehingga saat ini.", "RUJUKAN:", "Marilyn Chase – The Barbary Plague: The Black De4th in Victorian San Francisco", "David Randall – Black De4th At Golden Gate: The Race To Save America From The Bubonic Plague" ]
https://www.thepatriots.asia/kitab-kitab-yang-diharamkan-apa-alasan-mahkamah/
Kitab-Kitab Yang Diharamkan: Apa Alasan Mahkamah?
[ "“[m]enyentuh kesucian Islam, mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang bercanggah dengan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah serta bertentangan dengan fatwa atau pednapat Jumhur Ulama dan menimbulkan keraguan dan kegelisahan awam.”", "“[d]isyaki melakukan kesalahan di bawah s. 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah   (Selangor) 1995 iaitu (1) Mana-mana orang yang:-", "(a) mencetak, menyiarkan, menerbitkan, merakamkan atau menyebarkan dengan apa-apa cara apa-apa buku atau dokumen atau apa-apa bentuk lain rakaman yang mengandungi apa-apa jua yang bertentangan dengan Hukum Syara’; atau", "(b) ada dalam miliknya apa-apa buku, dokumen atau bentuk lain rakaman sedemikian untuk dijual atau bagi maksud untuk disebarkan dengan apa-apa cara lain,", "adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. ", "(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana buku, dokumen atau bentuk lain rakaman yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan berkaitan dengan buku, dokumen atau bentuk lain rakaman itu.”", "“iv) [P]emohon kagum dan berkeinginan menjadi seperti Hassan Nashrullah iaitu pemimpin Hizbullah, gerakan Syiah di Lubnan. Kekaguman terhadap tokoh syiah ini jelas menampakkan kepercayaan Pemohon terhadap Syiah;", "v) [P]emohon juga memburuk-burukkan khalifah kedua Bani Umaiyyah iaitu Yazid anak Saidini Mu’awiyah bin Abu Sufyan dengan mengatakan Yazid adalah golongan fasik dan menyamakan seperti Zionis dan Hitler. Ungkapan “kita tidak boleh mengamalkan politik kotor ala Muawiyah dan Yazid” jelas menghina sahabat Rasulullah dan adalah merupakan ungkapan yang sering digunakan oleh penganut Mazhab Syiah;", "vi) Isi kandungan 4 Buku tersebut memuatkan ayat provokasi “wajib kita tebus kembali” untuk membangkitkan rasa marah terhadap Saidina Abu Bakar RA dan para                     sahabat beliau (dalam peristiwa rampasan Tanah Fadak) dan provokasi sebegini     dikhuatiri akan mewujudkan perbalahan antara golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan  golongan Syiah seperti yang berlaku di Syria sekarang;", "vii) Dalam hal ini, saya telah dinasihatkan oleh pakar-pakar daripada JAKIM dan sesungguhnya percaya bahawa memandangkan Negara ini mengamalkan ajaran Islam berdasarkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah ini dikhuatiri boleh mencetuskan ancaman keselamatan di kalangan ummah seperti yang berlaku di sebahagian Negara Arab sekarang;", "viii) Secara keseluruhannya, 4 Buku tersebut banyak mengandungi idea-idea yang mempropagandakan pegangan Syiah dan dikhuatiri akan menimbulkan kemarahan umat       Islam di Malaysia. Pemikiran sebegini boleh membawa kepada kecelaruan antara umat    Islam dan seterusnya mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan ummah sehingga       boleh membawa kepada perpecahan umat Islam yang mana akan memprejudiskan ketenteraman awam sekiranya ia dibiarkan berleluasa;", "ix) Tindakan saya mewartakan dan 4 Buku tersebut sebagai buku yang dilarang pencetakan dan pencetaknya selaras dengan bidang kuasa yang diberikan kepada saya untuk mengelakkan kekeliruan orang awam secara khususnya umat Islam di Negara ini dengan karya-karya yang cenderung ke arah ajaran Syiah yang ditulis oleh Pemohon dalam 4 Buku tersebut.", "x) Oleh itu, suatu keputusan dan tindakan segera harus dilaksanakan bagi menyekat 4 Buku tersebut daripada, antara lainnya, terus dicetak, diterbit dan/atau dipasarkan kepada umum di Negara ini.” (hlm. 10-11)", "ALASAN PENGHARAMAN", "“Isu “basic precepts of islam” ini termasuklah undang-undang atau syariah. Perlembagaan guna terma Undang-Undang Islam (kalau Melayunya Hukum Syariah). Di peringkat Persekutuan dengan Negeri, dua terma ini dipakai secara bertukar-tukar.”", "Kalau ikut konteks, “basic precepts of Islam” ini berdasarkan Ariffin Zakaria CJ dalam kes Fathul Bari Mat Jahya & Anor v. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan & Ors [2012] 4 CLJ 717 adalah aqidah, akhlak dan syariah. Jadi sebab itu Negeri ada bidangkuasa gubal undang-undang pasal undang-undang Islam ini tertakluk kepada Senarai II Jadual 9 Perlembagaan. Maka bila ada bidangkuasa, Negeri ada kuasa buat sekatan macam pengharaman buku ini ikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri masing-masing. Isu bidang kuasa (Isu 3) ini dalam kes Zi Publication dicabar sebab dikatakan bertentangan dengan fasal kebebasan Artikel 10 dalam Perlembagaan yang mengatakan hanya Parlimen sahaja boleh menyekat hak ini dan bukannya Dewan Perundangan Negeri Selangor. Kes ini lebih kepada isu pentafsiran “siapa sebenarnya ada bidang kuasa dalam Perlembagaan untuk sekat hak dan kebebasan?”.", "“Jika tiada keterangan yang menunjukkan bahawa terdapat kemudaratan kepada ketenteraman awam dikemukakan, kesimpulannya mestilah bahawa tiada kemudaratan berlaku pada ketenteraman awam. Jika dalam tempoh dua tahun buku itu berada dalam peredaran, dan tiada kemudaratan berlaku terhadap ketenteraman awam, maka ia boleh dikatakan bahawa buku itu mungkin tidak akan memudaratkan ketenteraman awam. Untuk berpuas hati bahawa buku itu akan memudaratkan ketenteraman awam walau pun pada hakikatnya tiada kemudaratan pada ketenteraman awam berlaku dalam tempoh dua tahun buku itu berada dalam peredaran, adalah keterlaluan dan melampau serta tidak logik sehingga ia terangkum dalam maksud ketidakmunasabahan Wednesbury dan tidak rasional.”", "MUHASABAH", "TRIVIA:", "NOTA KAKI", "[1] Senarai penerbitan haram di lawan web rasmi Kementerian Dalam Negeri : http://epq.kdn.gov.my/e-pq/index.php?mod=public", "2 ‘Buku Zaid Ibrahim, Benz Ali diharamkan’, Laman Berita The Malay Mail Online, (28 Disember 2017), http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/buku-zaid-ibrahim-benz-ali-diharamkan#umGiiTjKXbM2sump.97 > diakses pada (28 Disember 2017).", "3 Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2013/03/14/mahkamah-persekutuan-benarkan-buku-terbitan-sisters-in-islam/#b2v51Id8euAPdrdt.99", "4 Utusan Malaysia – Larangan buku tidak munasabah – mahkamah (28 Julai 2012), Laman Web Rasmi Sister in Islam, http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.1093.27 >diakses pada (28 Disember 017).", "5 Satu aplikasi Semakan Kehakiman No. R3-25-347-2008 kepada perintah tersebut", "6 Kes yang dirayu oleh KDN ke Mahkamah Rayuan.", "BIBLIOGRAFI", "Jeniri Amir, ‘Pengharaman Buku Islam: Antara Kawalan Dengan Kebebasan’, Laman Web Yayasan Pembangunan Buku Negara, Yayasan Pembangunan Buku Negara, 13 Disember 2016,  http://ypbn.my/ms/blog/2016/12/pengharaman-buku-islam-antara-kawalan-dengan-kebebasan/ >diakses pada (28 Disember 2017)." ]
https://www.thepatriots.asia/square-tower-kuching-sarawak/
Square Tower, Kuching, Sarawak
[ "DENGAN senibinanya yang berbentuk segiempat terletak betul-betul di kawasan tumpuan pelancong iaitu Tebingan Kuching menyebabkan ianya adalah antara bangunan bersejarah yang wajib dikunjungi apabila bertandang ke Kuching, Sarawak. Dek kerana rekabentuknya sedemikian ianya turut digelar sebagai bangunan empat segi atau Square Tower di Kuching, Sarawak.", "Square Tower merupakan antara bangunan tinggalan Brooke yang menjadi simbolik pemeritahan lebih 100 tahun di Sarawak. Mula dibina sekitar tahun 1879 iaitu di ketika Tuan Rajah Charles Brooke memerintah Sarawak Kingdom. Sewaktu era beliaulah sebenarnya banyak bangunan-bangunan yang mempunyai rekabentuk ala-ala Eropah dibina kerana polisinya yang mahukan Sarawak terutama sekali ibukotanya dikenali dunia sebagai satu tempat yang moden serta indah jauh dari pandangan dunia yang mengatakan hanya hutan belantara sahaja pada waktu itu.", "Fungsi utama Square Tower dibina pada asalnya adalah untuk menjadi salah satu daripada kubu pertahanan memandangkan ianya betul-betul terletak tepi Sungai Sarawak dan hanya perlu menyeberangi seberang sungai untuk ke Astana Negeri mahupun Fort Margherita. Oleh kerana di Fort Margherita pada masa itu turut menjadi penjara bagi menempatkan pesalah-pesalah Sarawak, Square Tower turut mempunyai fungsi yang sama iaitu sebagai penjara sementara bagi pesalah-pesalah sebelum diletakkan di Fort Margherita kemudiannya.", "Apabila Tuan Rajah Ketiga iaitu Rajah Charles Vyner Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1917 hingga 1946, fungsi untuk Square Tower turut bertukar. Dari hanya sebagai kubu pertahanan dan penjara sementara, bangunan ini telah dinaiktaraf menjadi dewan untuk bersosial bagi penjawat-penjawat awam Eropah dan golongan terbilang Sarawak berpesta seperti tari menari, menyaksikan persembahan teater atau muzikal atau mengadakan jamuan makan pada waktu-waktu tertentu. Dan pada akhir-akhir pemerintahan beliau, bangunan ini turut dijadikan sebagai asrama kediaman untuk pekerja-pekerja.", "Pada waktu Perang Dunia Kedua berlangsung walaupun pada hakikatnya Kuching turut dihujani dengan bom daripada Jepun mahupun tentera berikat pada waktu itu. Serangan pada waktu itu di dalam sejarah turut menyaksikan kawasan sekitarnya seperti Kampung Astana pernah terkena bedilan dan musnah terbakar. Manakala Square Tower terus tegap berdiri seadanya sehingga sekarang tanpa secarikpun kecacatan biarpun Kuching dihentam dengan begitu teruk sekali.", "Di dalam kronologi bersejarah Sarawak iaitu pada menjelang tengah malam 22 Julai 1963, di bangunan inilah sebenarnya menjadi saksi bisu bagaimana bendera Koloni Mahkota Sarawak British yang memerintah Sarawak semenjak dari tahun 1946 telah diturunkan dan seterusnya dikibarkan dengan megah bendera Sarawak zaman Brooke yang digunapakai sehingga tahun 1970 sebagai simbolik Sarawak ke arah berkerajaan sendiri. Ini kerana pada hari itulah Sarawak mempunyai barisan kabinet di kalangan anak watan dengan dipimpin oleh Mendiang Tan Sri Stephen Kalong Ningkan mengambilalih pentadbiran Sarawak dari Koloni Mahkota Sarawak British sehinggalah penubuhan Malaysia tanggal 16 September 1963 menyaksikan Sarawak mempunyai Tuan Gabenornya sendiri iaitu Tun Abang Openg menggantikan Sir Alexander Waddel, Gabenor terakhir Koloni Mahkota Sarawak British di Sarawak.", "Dek kerana ianya antara bangunan bersejarah yang mempunyai signifikasi yang kukuh di dalam memperjelaskan sejarah Sarawak maka bangunan yang berusia hampir 139 tahun (dikira sehingga 2018) ianya telah diwartakan sebagai bangunan yang dipulihara sepenuhnya iaitu di bawah The Antiquities Ordinance dan Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993.", "Tidak Kenal Maka Tidak Cinta", "-HB-", "#KamekSayangSarawakBah!", "Rujukan: ", "1. Kuching City From The Eyes Of Historical Buff\nhttp://blog.sarawakborneotour.com/P/96/Kuching-city-from-the-eyes-of-the-Historical-buff\n2. Square Tower\nhttps://sarawaktourism.com/attraction/square-tower/\n3. Fort Margherita\nhttps://sarawaktourism.com/attraction/fort-margherita/\n4. The Star Online, 19 March 2007 – Enlivening Brooke Legacy\nhttps://www.thestar.com.my/news/community/2007/03/19/enlivening-brooke-legacy" ]
https://www.thepatriots.asia/budaya-muzik-titanic-yang-tunjuk-kesombongan-orang-kaya-zaman-tu/
Budaya Muzik Titanic Yang Tunjuk Kesombongan Orang Kaya Zaman Tu
[ "Dalam filem Titanic, ada satu babak di mana para pemuzik bermain muzik di dek kelas pertama ketika Titanic sedang tenggelam. Menurut rekod rasmi, memang benar para pemuzik ini bermain muzik sehinggalah kapal tenggelam sepenuhnya.", "Kumpulan muzik ini mempunyai 8 orang ahli dan diketuai oleh Wallace Hartley, pemain biola. Mereka dikehendaki menghafal 352 buah lagu untuk dimainkan dan mereka medendangkan muzik ketika waktu makan, upacara keagamaan dan acara-acara lain.", "Sebaik sahaja Titanic berlanggar dengan aisberg pada malam 14 April itu, para pemuzik ini diarah untuk bermain muzik di dek untuk menenangkan para penumpang untuk menyelamatkan diri. Terdapat beberapa versi lagu terakhir dimainkan, iaitu versi pertama lagu Nearer My God To Thee dan versi kedua lagu Autumn.", "Kesemua mereka terus bermain muzik sehinggalah mereka menghembuskan di malam yang dingin itu dan dari lapan, hanya tiga sahaja mayat dijumpai, iaitu mayat Wallace Hartley, pemain biola 2 Jack “Jock” Hume dan pemain bassis John Clarke.", "Pada tahun 2013, biola milik Wallace Hartley telah berjaya dikenalpasti dan telah dilelong bernilai 1.7 juta US Dollar. Biola itu kini dipamerkan di Muzium Titanic, Tenneesse dan menjadi salah satu tarikan pengunjung di sana.", "p/s: Orang-orang kaya dulu nak mati pun ada iring muzik sampai ada satu dialog dalam filem Titanic “Music to drown by. Now I know I’m in first class.”.", "…", "Waktu kejadian Titanic, penumpang yang kekal di atas kapal memilih bermacam-macam cara untuk menghadapi kematian mereka dan kisah-kisah ini terdapat di dalam TITANIC DI HUJUNG JARI yang mana anda boleh dapati di pautan https://bit.ly/3WxGKKY" ]
https://www.thepatriots.asia/rejimen-askar-melayu-diraja-terawal-dalam-sejarah/
Rejimen Askar Melayu Diraja Terawal Dalam Sejarah
[ "Mungkin ramai yang menganggap Pasukan atau Rejimen Askar Melayu hanya ditubuhkan pada 1 Mac 1933 atas pembentangan usul oleh Walter Frederick Nutt(seorang ahli tidak rasmi Mesyuarat Majlis Persekutuan) pada 10 Julai dan 26 November 1913, oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhammad Shah ibni Yamtuan Antah pada 4 November 1914, oleh Sultan Perak Sultan Alang Iskandar ibni Sultan Idris Adhzam Shah dan oleh Undang Rembau, Dato’ Abdullah bin Hj Dahan pada 1919. Namun sebenarnya ia telah muncul lebih daripada tarikh-tarikh tersebut dengan tertubuhnya Rejimen Askar Melayu pada 1796.", "Pasukan ini tertubuh selepas Belanda menyerah kalah di Colombo, Ceylon (sekarang orang panggil Sri Lanka) dimana trup Melayu ini mengandungi lima kompeni bebas sebagai sebahagian daripada garison tetap. 800 anggota tentera pasukan ini ditempatkan di Colombo dan 200 lagi di Fort of Galle ( atu kubu belanda yang terletak di sebuah tanjung di selatan Sri Lanka kini ).", "Semasa menyertai trup ini, mereka telah diarahkan secara personal didalam perbarisan untuk menyerahkan keris mereka yang merupakan senjata peribadi orang Melayu ketika itu. Sejak itu, tiada lagi tentera Melayu yang menggunakan senjata tradisional sebagai senjata peribadi ketika berkhidmat dengan British.", "Rejimen Askar Melayu ditubuhkan semula untuk berkhidmat dibawah Syarikat Hindia Timur oleh Gabenor Frederick North bagi memelihara kedudukan mereka dan untuk mengelak daripada mengambil sumber dari kalangan tentera Madras kerana kekurangan anggota di Colombo. Di samping itu, mereka memberi layanan istimewa kepada pemimpin politik Melayu yang berlindung di Ceylon.", "Pemerintah pertama rejimen ini ialah Kapten Von Driberg. Sebuah kompeni Boy(putera) ditubuhkan sebagai perintis seperti di Maktab Tentera Diraja kini bagi menghasilkan calon-calon askar terbaik. Selain itu, sebuah pusat rekrut ditubuhkan di Prince of Wales Island (Pulau Pinang) dan Sultan Kedah pernah menghantar rakyatnya menyertai pasukan ini.", "Pada 25 April 1801, buat pertama kalinya tentera Melayu ini memakai tanda merah dan putih rejimen tetap infantri. Para pegawai Melayu menjadi antara orang Asia pertama yang mendapat Tauliah Diraja. Manakala, pada 31 Mei 1802 rejimen ini dianugerahkan panji-panji. Hebat bukan!? Jika kita memerhatikan semua ini kita akan terpegun kerana bukan senang nak mendapatkan panji-panji tau.", "Antara misi paling penting yang pernah dilakukan rejimen ini adalah Perang Kandy pertama dan kedua iaitu pada 1803 dan 1817. Hampir 300 anggota mati dalam peperangan dan antaranya ialah Kapten Noordin dalam Perang Kandy pertama. Selain itu, pasukan ini diberikan kepercayaan untuk mengawal pemberontakan kecil di Ceylon dan menempatkan detasmen di Hong Kong dan Labuan mulai 1847 dan 1870. Rejimen ini terus maju apabila mula memakai pakaian seragam dan cara berkawad infantri ringan pada 25 Julai 1814. Kemudian pada 1827, rejimen ini bertukar nama kepada Ceylon Rifle Regiment. Akhirnya, pasukan ini mendapat perintah untuk dibubarkan pada 1874.", "Lihatlah, hebat tentera Melayu ini rupa-rupanya. Jika kita mulai terlibat dalam misi pengaman PBB bermula di Congo pada 1960, seabad sebelum itu kita sudah mempunyai pasukan hebat yang berkhidmat di beberapa tempat serata Asia. Patutlah,Raja-raja dan para pembesar Melayu bertungkus lumus mahu anak Melayu terlibat dalam dalam tentera dan mempunyai pasukan sendiri kerana sejarah sudah membuktikan kita boleh!.", "Ini belum dikira, kehebatan dan keperwiraan orang Melayu dalam medan pertempuran sejak zaman kerajaan Melayu Melaka malahan lebih lama itu lagi.", "– Arifz Sukor –", "Rujukan:", "Wan Hashim Wan Teh, Perang Dunia Ke2, Peranan Askar Melayu Diraja, Dewan Bahasa Pustaka Kuala Lumpur", "Husainmiya, Orang Rejimen : The Malay of Ceylon Riffle Regiment, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi", "Syed Othman Syed Omar, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Universiti Malaya Kuala Lumpur" ]
https://www.thepatriots.asia/parti-semangat-46-parti-yang-paling-ditakuti-tun-m/
Semangat 46 – Parti Yang Paling Ditakuti Tun M
[ "Di dalam sejarah politik seorang negarawan bernama Mahathir Mohammad, beliau memang diketahui permainan liciknya di dalam politik hinggalah ke hari ini. Beliau memang diketahui amat mudah untuk menewaskan lawannya. Tetapi, ada satu parti yang beliau amat takuti. Bukan PKR, PAS ataupun DAP. Tetapi, Semangat 46 yang diasaskan oleh Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah.", "Penubuhan Parti Semangat 46 ataupun S46 bermula pasca pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987. Pertembungan pemilihan tersebut terbahagi kepada dua kem, iaitu kem A dan B.", "Team A  diterajui oleh Dr. Mahathir Mohammad, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak, Sanusi Junid, Mohammad Rahmat dan lain-lain manakala Sementara itu Team B dikepalai oleh Musa Hitam dan Tengku Razaleigh, serta mandapat dokongan kuat dari Shahrir Samad, Abdullah Badawi, Ajib Ahmad, Rais Yatim, Harun Idris, Marina Yusuf, Othman Saat, Radzi Sheikh Ahmad dan banyak lagi.", "Keputusan pertandingan tersebut menyaksikan hanya Abdullah Badawi sahaja berjaya memenangi jawatan Naib Jawatan dan Tengku Razaleigh tewas tipis dengan 43 undi walaupun beliau menang dari segi moral. Penyokong-penyokong Tengku Razaleigh berasa susah hati tentang pemilihan ini yang mereka berkeras mengatakan telah dimanipulasi.", "Mahathir membuat kemarahan mereka bertambah buruk apabila beliau menyingkirkan semua ahli Pasukan B daripada Kabinetnya. Oleh itu, 12 orang ahli UMNO mengemukakan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi untuk memperoleh perintah mahkamah yang mengisytiharkan bahawa keputusan pemilihan tidak sah supaya dapat mengadakan pemilihan yang baru.", "Plaintif-plaintif itu mendakwa bahawa 78 orang wakil telah dipilih daripada cawangan-cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan oleh itu, tidak layak mengundi. Mereka juga mendakwa bahawa beberapa dokumen mengenai pemilihan itu telah “diubah”. Walaupun Razaleigh bukannya antara kedua belas plaintif itu, beliau dipercayai secara meluas sebagai pembiaya dan penyelaras tuntutan mahkamah ini.", "Setelah melalui proses mahkamah, mahkamah mengisytiharkan pengharaman Parti UMNO. Tidak lama kemudian, Dr. Mahathir mengumumkan pendaftaran UMNO Baru. Kepimpinan UMNO Baru hampir terdiri pada keseluruhannya daripada ahli-ahli Pasukan A yang kemudian memulakan pemindahan aset UMNO “lama” ke UMNO baru dalam bulan-bulan yang berikut.", "Berikut dari peristiwa itulah menyaksikan bahawa tertubuhnya Parti Semangat 46 yang diasaskan oleh kumpulan Team B. Parti ini mendapat sokongan padu daripada kedua-dua bekas Presiden UMNO LAMA yakni, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Hussien Onn.", "Kedua-dua bekas Perdana Menteri Malaysia ini telah menggunakan daya inisatif mereka untuk cuba menubuhkan parti baru yang bernama ‘UMNO MALAYSIA’ bagi menggantikan UMNO LAMA. Namun tidak diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran. Lalu kedua-duanya menyertai kem Tengku Razaleigh.", "Pada 5 Mei 1989, secara rasmi parti ini ditubuhkan dan pada 12 Oktober 1989, Mesyuarat Agung Pertama berlangsung dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.", "Pilihanraya Umum 1990 menjadi ujian pertama buat parti yang baru ditubuhkan ini. S46 telah membentuk sebuah kerjasama dengan PAS dan dinamakan sebagai Angkatan Perpaduan Ummah.", "Sementara disatu pihak lain Semangat 46 menubuhkan juga GAGASAN RAKYAT yang terdiri daripada DAP, PRM, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Barisan Progresif India (IPF). Inilah idea permulaan yang seterusnya ditiru kembali oleh Anwar Ibrahim untuk menggabungkan parti-parti pembangkang bagi menubuhkan Barisan Alternatif yang akhirnya bertukar menjadi Pakatan Rakyat. Cetusan idea asalnya adalah daripada Ku Li dan ini memang menjadi satu catatan terpenting bagi sejarah Politik Malaysia Moden. Kekuatan Bapa Ekonomi Malaysia ini mampu menyatu padukan gabungan pembangkang.", "Di dalam pilihanraya Umum tersebut, APU telah berjaya menewaskan UMNO di Kelantan. Lebih manis, ia juga menandakan pengakhiran bagi UMNO yang telah berkuasa di Kelantan sejak 1978. Walaubagaimanapun, pengaruh S46 hanya tertumpu di Kelantan dan menyaksikan sokongan terhadap mereka merosot di dalam pilihanraya seterusnya walaupun mereka berjaya mengekalkan penguasaan di Kelantan.", "Ramai yang tidak mengetahui, mereka yang terlibat di dalam  S46 ini tidak pernah sekali sekali meninggalkan UMNO. Oleh sebab itu, atas nama bangsa Melayu dan perjuangannya, parti ini telah dibubarkan selepas Mesyuarat Agungnya di Hilton Hotel, Petaling Jaya pada 1996. Kebanyakan pemimpin mereka ini pulang semula ke pangkuan UMNO dan kali ini mereka lebih berhati-hati dengan permainan licik Sang Presiden." ]
https://www.thepatriots.asia/biografi-ringkas-rasulullah-s-a-w/
Biografi Ringkas Rasulullah S.A.W
[ "‎اللهم صل على سيدنا محمد", "قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعاً", "Katakanlah (Muhammad), “Wahai manusia! Sesungguhnya aku ini utusan Allah bagi kalian semua.”(Surah al-A’raf: ayat 158).", "Nama: Muhammad bin Abdullah", "Nama Bapa:Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah.", "Nama Ibu:Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah.", "Tarikh Lahir:Isnin, 12 Rabiulawal tahun ke-53 sebelum Hijrah / 570 Masihi.", "Tempat Lahir:Kota Makkah al-Mukarramah, berhampiran bukit Safa, yakni di rumah Abu Talib.", "Tarikh diangkat Menjadi Nabi:27 Ramadhan, tahun ke-13 sebelum Hijrah / 609 Masihi di Gua Hira’, Makkah al-Mukarramah.", "Wafat:Isnin, 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah / 632 Masihi di Madinah.", "Pekerjaan Baginda", "1. Pengembala kambing2. Berdagang sehingga umur 40 tahun.3. Bertugas secara rasmi sebagai Nabi dan Rasul", "Tanda Istimewa:Tanda kenabian di antara dua bahu yang sentiasa dinaungi oleh bayangan awan kemana sahaja baginda pergi.", "Nama Bidan:Shifa’ binti Auf", "Nama penjaga:Ummu Aiman", "Ibu Susuan:1. Tsuwaibah al-Aslamiyah2. Halimah binti Dzuaib as-Sa’diyah.", "Saudara Susuan Daripada Tsuwaibah:1. Abdullah bin Jahay2. Hamzah bin Abdul Mutallib3. Abu Salamah bin Abdul Asad4. Masruh bin Tsuwaibah", "Saudara Susuan Daripada Halimah:1. Abdullah bin al-Harith2. Anisah binti al-Harith3. Huzaifah bin al-Harith", "—–", "Nama Isteri Baginda:", "1. Siti Khadijah binti Khuwailid2. Saudah binti Zam’ah3. Aisyah binti Abu Bakar4. Hafsah binti Umar5. Zainab binti Khuzaimah6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah7. Zainab binti Jahsy8. Juwairiyah binti al-Harith9. Safiyyah binti Huyai10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan11. Maimunah binti al-Harith12. Mariah binti Syam’un", "*Kesemua isteri Baginda merupakan ibu tunggal, kecuali Aisyah. Dan tahukah anda bahawa Juwairiyah dan Safiyyah berbangsa Yahudi dan bukannya berbangsa Arab.", "—–", "Anak lelaki Baginda:", "1. al-Qasim2. Abdullah3. Ibrahim", "Anak perempuan Baginda:", "1. Zainab2. Ruqayyah3. Ummu Kalthum4. Fatimah", "Cucu lelaki Baginda:", "1. Ali2. Abdullah3. Al-Hassan4. Al-Hussain5. Yahya6. Muhammad", "Cucu perempuan Baginda:", "1. Umamah2. Ummu Kalthum3. Zainab4. Ruqayyah", "—–", "Senarai Senjata & Alatan Perang Baginda Rasulullah.", "Pedang. ( 9 )", "1. al-Ma’thur2. ZulFaqar3. ar-Rusub4. al-Qal’ei5. al-Hatfur6. al-‘Adbu7. al-Battar8. al-Mikhdam9. al-Qadib", "Tombak ( 3 )", "1. al-Mathna2. al-‘Anazah3. al-Baidho", "Baju Besi ( 7 )", "1. Zatul Fudul2. Zatul Hawais’i3. al-Sughudiah4. Zatul Wisyah5. al-Batra’6. Fiddon7. al-Khirnaq", "Busur Panah ( 5 )", "1. Azzaura’2. ar-Ruhaa’3. al-Kutum4. al-Shafra’5. al-Baidho", "Topi Besi ( 2 )", "1. Muwasyah2. al-Sabugh", "—–", "Peperangan yang disebut di dalam al-Quran.", "1. Ghazwah Badar (al-Anfal)2. Ghazwah Uhud (al-Imran)3. Ghazwah Khandak (al-Ahzab)4. Ghazwah Bani Quraidzah (al-Ahzab)5. Ghazwah Khaibar (al-Ahzab, al-Fath)6. Ghazwah Bani Nadhir (al-Haysr)7. Ghazwah Hudaibiyyah (al-Fath)8. Ghazwah Fathu Makkah (an-Nasr)9. Ghazwah Tabuk (at-Taubah)", "—–", "10 Sahabat Baginda Rasulullah SAW Yang Dijamin Syurga", "1. Abu Bakar As-Siddiq2. Umar bin Khattab3. Uthman bin Affan4. Ali bin Abi Talib5. Thalhah bin Abdullah6. Zubair bin Awaam7. Saad bin Abi Waqqas8. Said bin Zaid9. Abdur Rahman bin Auf10. Abu Ubaidillah bin Jarrah", "—–", "10 Amanat Rasullulah dalam Khutbah Terakhir Baginda pada 9 Zulhijjah, Tahun ke-10 Hijrah di Gunung Arafah.", "1. Menjaga jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.", "2. Jangan kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu.", "3. Meningatkan hari kematian dan hari pembalasan.", "4. Riba’ adalah diharamkan di sisi Islam.", "5. Berwaspada terhadap godaan syaitan demi keselamatan agama Islam walaupun dalam hal-hal yang kecil.", "6. Menjaga keharmonian suami isteri.", "7. Mengharamkan zina", "8. Sempurnakan lima (5) Rukun Islam.", "9. Mengekalkan ikatan silaturrahim sesama Islam. (semua umat Islam adalah bersaudara)", "10. Berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah.", "—–RUJUKAN:", "Biografi Muhammad Rasulullah SAW.ISBN 978-983-44690-0-9" ]
https://www.thepatriots.asia/penyebaran-wahabi-adalah-kehendak-amerika-putera-mahkota-saudi/
“Penyebaran Wahabi Adalah Kehendak Amerika.” – Putera Mahkota Saudi
[ "Mohammed bin Salman (MBS), Putera Mahkota Saudi berkata, “kami menyebarkan fahaman Wahhabi atas permintaan sekutu (baca: US) untuk menentang Soviet Union” (نشرنا الوهابية بطلب من الحلفاء لمواجهة الاتحاد السوفييتي).", "Benda tu memang betul pun. Sesiapa yang mempunyai fahaman paling asas tentang geopolitik pun tahu Saudi ialah sekutu US, dan kebanyakan masa fahaman Wahhabi/Salafi hanya digunakan sebagai alat untuk memajukan kepentingan bersama Saudi-US.", "Tak, teman tak kata Wahhabi/Salafi tu salah, rilek lah. Cuma kebanyakan masa, agama diperalatkan oleh pemerintah untuk mencapai kepentingan duniawi je.", "Pada 1950-an, Timur Tengah terbahagi kepada dua blok. Satu ialah blok republik sosialis yang diterajui oleh Mesir (Gamal Abdel Nasser) dan satu lagi ialah blok monarki konservatif yang diterajui oleh Banu Hasyim (keturunan Syarif Husain ibn Ali) di Jordan dan Iraq. Mesir sekutu Soviet manakala Jordan dan Iraq sekutu US. Persaingan di antara dua blok ini kekadang digelar sebagai “Arab Cold War” (الحرب العربية الباردة).", "Selepas Banu Hasyim digulingkan di Iraq pada tahun 1958, Saudi muncul sebagai pemimpin blok monarki. Untuk bersaing dengan Mesir, Saudi mula mengembangkan dakwah Salafi. Universiti Islam Madinah ditubuhkan pada tahun 1961. Muslim World League (Rabitah al-Alam al-Islam) ditubuhkan pada tahun 1962. Perhimpunan Belia Islam Dunia ditubuhkan pada tahun 1972. Semua adalah untuk menjadikan Salafisme sebagai ideologi alternatif kepada Nasionalisme Arab yang didukung oleh Mesir.", "Memandangkan Saudi sudah menggantikan tempat Banu Hasyim, US pun memberi sokongan material dan moral kepada kerja-kerja Saudi. Selepas Nixon buat perjanjian Petrodollar dengan Saudi pada 1970-an, Saudi bertambah kaya dengan peningkatan dalam pendapatan minyak. Maka lagi banyak sumber yang boleh digunakan untuk promote ideologi Salafi.", "Cara Saudi promosi Salafi pun berubah dari dakwah semata-mata kepada penubuhan milita bersenjata untuk “berjihad” di negara-negara di bawah pengaruh Soviet, terutamanya di Afghanistan selepas tahun 1979. CIA pun sama-sama melatih golongan “mujahideen” ini. Selain Afghanistan, di Bosnia dan di Chechnya pun boleh nampak bayang mujahideen tajaan Saudi ini. Ikutkan logik, takkan di tempat sepenting Syria tu Saudi tak letak siapa-siapa?", "Ye, tidak menafikan deme ini mungkin berniat untuk membela nasib saudara Islam. Tapi lebih banyak masa peranan deme adalah untuk memajukan kepentingan geopolitik US-Saudi. Dulu nak menentang Soviet, sekarang nak menentang Rusia.", "Bila kita cerita benda-benda macam ini (geopolitik), yang pro-Salafi janganlah cepat panas. Kita tak cakap pun siapa betul siapa salah. Kalau teman berada di tempat pemerintah Saudi, teman pun akan buat benda yang sama demi kepentingan Saudi.", "Cuma, kita nak bagitau bahawa pemerintah negara selalunya bertindak atas kepentingan geopolitik dan kepentingan rejim. Alasan agama sekadar apa yang kita panggil sebagai “smoke screen”.", "Sebelum Revolusi Iran tahun 1979, Raja Faisal dan Syah Pahlavi boleh je bercium mulut berpeluk-pelukan dan panggil “brother”, walaupun seorang Salafi, seorang Syiah Imamiyah. Cuma bezanya, Syah tu Syiah pro-US, Khomeini tu Syiah anti-US. Maka selepas tahun 1979, hubungan Saudi dan Iran bertukar dari sekutu menjadi seteru.", "Dan bukannya Saudi selama-lamanya akan jadi sekutu US. Bila dah tiada kepentingan bersama, maka Saudi akan meninggalkan US, atau US yang meninggalkan Saudi. Benda tu dah hampir berlaku pada zaman Obama, tapi sekarang mereka kembali melekat atas kepentingan bersama di Yaman dan di Israel.", "Kome pergilah tanya MBS. Kot-kot beliau pun setuju dengan teman.", "Jadi, keep calm and read geopolitics." ]
https://www.thepatriots.asia/joker-pagliacci-tragikomedi-kesihatan-mental/
Joker – Pagliacci, Tragikomedi & Kesihatan Mental
[ "Man goes to doctor. Says he’s depressed. Says life seems harsh and cruel.", "Says he feels all alone in a threatening world where what lies ahead is vague and uncertain.", "Doctor says – “Treatment is simple. Great clown Pagliacci is in town tonight. Go and see him. That should pick you up.”", "Man bursts into tears.", "Says “But doctor…I am Pagliacci.”", "“Good joke. Everybody laugh. Roll on snare drum. Curtains.”", "Sambung Rorschach lalu menutup cerita.", "Petikan dialog cerita Pagliacci tersebut adalah kisah klasik garis kesamaran antara komedi dan tragedi dalam kehidupan yang disampaikan oleh seorang watak fiksyen yang dikenali dengan nama Rorschach.", "Kisah ‘sad clown’ ataupun ‘tears of the clown’ yang merupakan suatu perlambangan ironi dalam kehidupan dengan mengambil idea yang sangat kontras dan semacam satu antithesis di mana kombinasi antara watak badut – yang sepatutnya sentiasa ceria dan gembira (dan lebih teruk secara asasnya kerja untuk menceriakan orang lain/penonton) – disatukan dengan spektrum kesedihan dan tragedi.", "Contoh mudah lain macam ni, bayangkan babak dalam filem Ant-Man (2015) ketika Luis menceritakan kepada Scott mengenai siri cerita menyayat hati dan sedihnya. Scott pon dah rasa nak kasihan tapi pada akhirnya Luis masih boleh berasa gembira disebabkan dipenghujungnya dia dapat mewarisi van keluarganya. Kedua-dua emosi sedih dan gembira dipancarkan dalam babak ini. Atau kisah sesuatu yang tragik tetapi diceritakan dalam lagak komedik.", "Seperti dalam salah satu episod siri Mr Bean di mana kereta kuning terkenal dia telah dileny3kkan dan dimvsnahkan oleh sebuah kereta kebal dalam satu pertunjukan. Menyaksikan perkara tersebut yang berlaku betul-betul dihadapannya, Mr Bean bersedih untuk seketika sambil mendekati ke arah keretanya yang telah r4nap, namun berasa gembira setelah dia menjumpai dan mendapati kunci engsel padlock keretanya masih boleh berfungsi dengan baik. Ya, bagi yang dah sudah lupa, Mr Bean menggunakan mangga padlock bagi mengunci keretanya.", "Menariknya lagi, kisah Rorschach mengenai Pagliacci ini diceritakan ketika dia sedang menyiasat mengenai pembvnuhan seorang watak yang dikenali sebagai The Comedian (Edward Blake) dalam novel grafik/ filem Watchmen (novel grafik: 1986/ filem: 2009). Di mana watak The Comedian itu pula adalah satu refleksi parodi kepada ideologi superhero dan usaha kecil penubuhan kumpulan penyelamat vigilante (dipanggil Watchmen) yang tak sepadan untuk membendung perangai dan muka sebenar sebahagian manusia yang penuh dengan sifat rakus dan kebinatangan (macam perbincangan antara Joker dan Batman dalam babak soal siasat filem The Dark Knight – “When the chips are down. These, these ‘civilised’ people, they’ll eat each other.”). Satu watak parodi bernama Sang Komedi yang m4ti dibvnuh, terperangkap dalam pelan besar untuk mengekang kerakusan berpolitik manusia yang ingin berper4ng nuklear.", "“Tonight, a comedian died in New York.” – Rorschach", "SIAPA PAGLIACCI?", "Kalau ikut sejarah, Pagliacci ini merupakan sebuah cerita dalam cerita (play within a play – lebih kurang macam pelakon berlakon melakonkan persembahan teater opera mereka dihadapan penonton yang berlakon menonton dihadapan penonton sebenar yang menonton secara langsung) untuk sebuah pementasan opera mereka.", "Pementasan tersebut mempunyai dua bahagian – prolog, babak satu dan diakhiri dengan babak dua. Dan semasa sesi prolog, salah seorang pelakon menempik bernyanyi dalam lenggok suara opera – “Para pelakon juga mempunyai perasaan.” (lebih kurang) – bagi memperingatkan para penonton mengenai intipati penting opera tersebut, sebelum cerita dimulakan dengan babak pertama.", "Dalam play opera tersebut, Pagliacci (watak yang dimainkan oleh lelaki bernama Canio) memegang watak utama dan merupakan ketua pasukan dalam kumpulan persembahan opera badut mereka (lebih tepat lagi nama aktiviti mereka ialah Commedia dell’arte). Cerita bermula dengan kumpulan mereka baru sampai ke sebuah bandar sebagai tempat pertunjukan mereka yang seterusnya.", "Kisah konfrontasinya bermula pada penghujung babak pertama apabila hasil daripada maklumat seorang penghasut bernama Tonio (juga dalam pasukan teater mereka), Pagliacci/Canio dapat menangkap perbuatan isterinya, bernama Nedda (yang merupakan watak pelakon pembantu bagi watak utama dalam pementasan mereka), menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum pertunjukan pasukan opera mereka bermula. Namun, sewaktu diserbu ketika sedang bercengkerama berdua-duaan, lelaki tersebut sempat melarikan diri dan Pagliacci/Canio gagal mengenalpasti wajah lembaga tersebut.", "Hampir-hampir Nedda nak kena pelangkung dengan Pagliacci/Canio sebelum rakannya menenangkannya dan mengingatkannya untuk memberi perhatian bagi pementasan mereka yang akan berlangsung dalam masa beberapa jam sahaja lagi.", "Di sinilah tragisnya bermula, dalam Pagliacci/Canio berhadapan masalah dalaman dan diselubungi dengan perasaan bercampur-baur marah, kecewa, sedih dan sebagainya, persembahan opera tetap perlu diteruskan. Jadi nak tak nak, terpaksalah ‘put on a happy face’ demi penonton untuk persembahan dengan semangat ‘the show must go on’. Ini betul-betul orang cakap bersembunyi disebalik senyuman (solekan, topeng, dan lain-lain).", "Diringkaskan cerita, ketika kumpulan opera sedang melangsungkan pementasan mereka dihadapan penonton pada babak terakhir, Pagliacci tiba-tiba triggered apabila mendengar satu ayat skrip yang diungkapkan oleh karakter Nedda yang berlakon sebagai watak Colombina (plot cerita pon kebetulan sama dengan isu yang baru sekejap tadi dihadapi oleh Pagliacci/Canio). Seterusnya Pagliacci semacam hilang kewarasan seraya terus-menerus menggertak Nedda untuk mendedahkan siapa kekasih gelap yang dijumpainya tadi.", "Pada masa ini Nedda/Colombina masih cuba sedaya-upaya untuk mengikuti skrip lakonan karakternya, tetapi Pagliacci/Canio dah lebuh tak peduli pasal watak dia dan pementasan mereka. Para penonton dibawah pula macam kaget melihat permainan emosi yang tampak begitu benar dipancarkan daripada Pagliacci/Canio. Tidak mereka ketahui, si Pagliacci/Canio dah bertindak bebas tanpa berlandaskan skrip pementasan.", "Namun ibarat mencurah air ke daun keladi, cinta curang haram Nedda ternyata lebih kuat dari cinta halalnya kepada suami sebenarnya, Paglicacci/Canio. Akibat tidak berpuas hati dengan semangat tidak-kena-tempat si Nedda yang masih keras kepala ingin merahsiakan identiti kekasihnya, tanpa berfikir panjang Pagliacci merentap sebilah pisau berdekatan (ada versi lain Tonio si penghasut yang pass pisau tu) dan terus menik4m Nedda. Mamp0s dia kat situ.", "“Laugh Pagliaccio/ Clown, at your broken love! Laugh at the grief that poisons your heart!”", "Jadi kalau untuk kes tragedi pementasan Pagliacci ni, filem paling dekat untuk dibuat bayangan adalah filem Birdman (or The Unexpected Virtue of Ignorance), keluaran tahun 2014. Filem yang ada kena-mengena jugak dengan tragedi semasa pementasan teater.", "Dalam filem Birdman pada babak terakhir dalam filem (dan jugak untuk play terakhir dalam cerita teater tersebut), *spoiler* watak utama yang dipegang Michael Keaton (bernama Riggan Thomson – seorang bintang filem Hollywood yang sudah lapuk) sudah mencapai stress kemuncak dengan segala macam hal terutama sekali pasal seorang pengkritik terkenal dan berpengaruh dalam bidang teaterism yang dah cakap siap-siap dan awal-awal pada Riggan (karakter Michael Keaton) untuk memberikan ulasan paling negatif untuk pementasan julung kalinya – perkara yang bisa mengganggu-gugat rancangan Riggan untuk mencapai sukses dalam bidang baharu yang diceburinya.", "Mengeruhkan lagi keadaan, Riggan dah melabur banyak dalam pementasan teater tersebut. Bak kata pepatah, ulasan negatif daripada pengkritik tersebut bakal mengebumikan permulaan karier Riggan sebagai seorang pelakon teater.", "Dalam skrip babak terakhir pementasan tersebut, Riggan perlu menemb4k kepalanya sendiri. Tapi kau bayangkan daripada menggunakan alatan prop, watak Michael Keaton tersebut sebaliknya memilih untuk menggunakan pist0l sebenar untuk menemb4k dirinya.", "Bukan untuk menjiwai watak, tapi mungkin disebabkan stress dengan pengkritik tersohor tersebut (dan jugak dengan perkara-perkara lain yang terjadi dalam hidupnya), dia mengambil keputusan membuat cubaan membvnuh diri secara langsung.", "Para penonton terkejut untuk beberapa ketika selepas temb4kan dilepaskan. Tapi kemudian semua bangun memberikan tepukan gemuruh (yang ketika itu mungkin diaorang ingat Riggan masih in-character tak bangun-bangun). Babak seterusnya dan terakhir yang sedikit surreal, menunjukkan Riggan terselamat kerana trajektori temb4kannya hanya menyinggah ke kawasan hidung dan cuma menyebabkan dia mengalami kecederaan.", "Dan disebabkan babak akhir aksi temb4k menggunakan pistol sebenar itu (sesuatu yang unexpected), pementasan tersebut dianggap pementasan moden paling hebat dan real pernah dipentaskan seterusnya menyebabkan pengkritik berpengaruh tersebut memberikan pujian melambung-lambung kepada Riggan (dan mentakrifkan pementasan teater Riggan itu sebagai suatu super-realism art form). Permulaan yang hebat bagi Riggan dalam karier barunya sebagai pelakon teater.", "Jadi berbalik semula, macam tu lah yang terjadi dengan Pagliacci ketika dia membvnuh si isteri durhakanya secara langsung dihadapan penonton ketika itu. Atas pentas, ia adalah persembahan yang tidak disangka-sangka. Di luar pentas secara realitinya, Pagliacci telah kehilangan isterinya dan berkemungkinan akan terus hidup dalam kemurungan dan delusional paranoia selepas itu.", "Betul-betul pengalaman sinematik yang sebenar! Kalah segala macam 3D, 4DX, IMAX dan segala waktu dengannya.", "Sejajar juga dengan pengakhiran Black Swan (2010) *spoiler* ketika penonton bersorak memberi tepukan gemuruh di akhir pertunjukan balet bertajuk Swan Lake selepas Nina (lakonan Natalie Portman) jatuh rebah ke bawah dari sebuah platform (skrip play yang menunjukkan Nina sebagai White Swan membvnuh diri).", "Atas pentas, Nina telah memberikan persembahan hebat penuh kemegahan dalam role dan skrip yang begitu kompleks untuk seorang ballerina bawakan (watak White Swan/Odette + watak Black Swan/Odile).", "Tapi keadaan sebenarnya, Nina membuat persembahan dalam keadaan mental dia yang tak stabil sambil berhalusinasi (kemungkinan schizophrenia) ditambah pula ketika dia sedang mengalami kecederaan akibat tvsukan serpihan kaca selang beberapa babak sebelum itu (yang ditik4mnya sendiri ketika sedang berhalusinasi).", "Selepas tersedar dari halusinasi dan mendapati dirinya cedera akibat tvsukan kaca pada badannya sewaktu berada di dalam bilik persalinan, Nina tanpa berlengah masa membaluti luka tersebut dan terus mengenakan solekan bagi babak terakhir tersebut sambil berlinangan air matanya mungkin kerana menahan sakit atau sudah sedar bahawa halusinasinya  semakin menjadi mudarat. Tapi walau apa pun, persembahan perlu diteruskan! (the show must go on!)", "Cuma untuk kes Nina, tema ‘persembahan perlu diteruskan’ bukan demi penonton sangat tetapi lebih kepada si Nina untuk mencapai kesempurnaan dia yang twisted sebagai seorang artis balet/ahli seni. Mungkin macam Icarus complex. Nina ibarat Icarus apabila dia dah tak ingat langsung pasal keadaan dan kecederaan dirinya dan terus begitu asyik tak ingat dunia in-character melakukan persembahan baletnya dihadapan penonton.", "Ibarat Icarus dalam mitologi Greek yang tidak mengendahkan arahan bapanya, bernama Daedalus, untuk tidak terbang terlalu tinggi berhampiran dengan matahari. Tapi sebab degil dan rasa syok dengan pengalaman terbang, Icarus lupa akan pesanan bapanya dan terus terbang semakin meninggi ke atas sehinggalah kepanasan matahari mencairkan wax yang menguatkan sayap buatan bapanya lalu Icarus jatuh rebah tenggalam dalam air dan m4ti lemas. (Ya aku pon tak faham kenapa tak terbang lari waktu senja atau malam je. Selesai masalah).", "Daedalus dalam filem Black Swan pula boleh dilihat dalam karakter ibu Nina yang dah berkali-kali menasihati Nina supaya jangan terlampau asyik sangat dengan pementasan baletnya, terutamanya apabila semakin menghampiri hari pembukaan. Tapi apa nak buat, Nina dah terlalu immersed dalam karakter pentasnya selain ingin mencapai kesempurnaan diri sampai ke satu tahap sudah berani menggunakan kekerasan fizikal melawan ibunya.", "Persamaan yang menyedihkan antara Riggan dan Nina – kedua-dua orang seni ini diperlihatkan sering diganggu halusinasi (schizophrenia) sehinggalah masing-masing dijemput aj4l.", "Dengan Nina melalui jalan yang lebih gelap manakala Riggan dipamerkan dengan sisi yang lebih tenang dan sudah rasa redha dan berlapang dada dengan kehidupan lepas dan sekarang, termasuk sudah berdamai dengan orang-orang terdekat dengan dia sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia. Artistik dan menarik kedua-dua filem ini. Terutamanya Birdman.", "Berbalik semula kepada isu utama, dalam pengakhiran opera/ teater Pagliacci selepas Pagliacci menik4m Nedda dan Silvio (kekasih gelap Nedda yang tiba-tiba muncul dan meluru ke arah mereka untuk membantu Nedda), Pagliacci yang sedang berperasaan bercampur-baur, berteriak dalam kesedihan kepada penonton – “Komedi telah tamat!”", "Teruk jugak rasanya apabila sifat kerjanya yang melibatkan untuk menceriakan orang lain tapi pada masa yang sama mempunyai masalah dalaman dan dilemma dalam institusi perkahwinannya. Di kala dia memberikan satu bentuk eskapisme kepada orang lain (untuk lari seketika dari masalah dan dunia realiti), tiada siapa pon yang peduli untuk ambil tahu tentang keadaan perasaan dan hatinya yang gundah-gulana ditik4m-tik4m dengan tekanan. Tapi apa nak buat, tugasan masih perlu dijalankan. Persembahan perlu diteruskan. Dah macam tercampuraduk antara fiksyen (lakonan pementasan) dan realiti (kecurangan isterinya).", "Ibarat menjadi b0m masa bergerak. Hanya menunggu masa untuk meletvp. Bak kata The Joker dalam novel grafik terkenal, Batman: The K1lling Joke (1988):-", " “All it takes is one bad day to reduce the sanest man alive to lunacy. That’s how far the world is from where I am. Just one bad day.”", "Titik persamaan Pagliacci cerita Rorschach dan Pagliacci Opera Itali adalah kedua-duanya merupakan satu kisah tragik diselubungi komedi yang berhubung kait antara satu sama lain selain berkesinambungan juga dengan perihal karakteristik dan latar belakang figura infamous arch-nemesis Batman yang juga dikenali sebagai the Clown Prince of Crime.", "THE JOKER", "Umum mengetahui bahawa watak The Joker versi layar lebar ada banyak inkarnasi dan versi. Daripada pelakon Cesar Romero, Jack Nicholson, Heath Ledger, Jared Leto, dan yang terbaru pastilah versi Joaquin Phoenix. Tapi dalam kebanyakan watak The Joker versi layar lebar, aku nak bincangkan mengenai 3 orang Joker ni sahaja kat sini:- Cesar Romero, Heath Ledger dan Joaquin Phoenix (seperti lampiran gambar).", "Persamaan signifikan Pagliacci dan 3 Joker ini yang paling jelas adalah secara visual di mana signature face paint mereka mempunyai kombinasi warna yang sama – putih, biru, dan merah (tapi dalam sesetengah versi, face paint make-up Pagliacci semudah putih + hitam).", "Bermula dengan Joker Cesar Romero, karakter Pagliacci sendiri ada membuat cameo apabila diperkenalkan dalam lore Joker/Batman dalam cerita siri televisyen Batman tahun 1966. Dalam episod yang bertajuk ‘The Joker is Wild’, Joker (Cesar Romero) telah hijack pasukan persembahan opera Pagliacci dan mengambil alih karakter Pagliacci sendiri dalam usahanya untuk mengaburi Batman bagi rancangan ‘pertunjukan’ khas dia.", "Kemudian Joker versi Heath Ledger pula pernah memberikan homage kepada karakter Pagliacci yang pernah muncul dalam episode Batman 1966 tersebut melalui topeng r0mpakan yang dipakainya ketika babak pembukaan yang menakjubkan bagi filem mahakarya, The Dark Knight (2008).", "Aku tak pasti siapa punya idea untuk guna topeng tersebut sebagai nod kepada siri televisyen Batman 1966, tapi bagus jugak la Christopher Nolan (atau pun adik dia Jonathan Nolan, merangkap penulis bersama) walaupun latar belakang mereka berdua bukanlah geek atau peminat dalam dunia komik atau lore Batman yang lain, masih boleh memberi ruang untuk meletakkan perkara-perkara easter egg detail macam ni.", "Bercakap pasal Joker Heath Ledger, kita semua sudah sedia maklum akan kisah tragis gelap hidup dia melalui dialog pasal kesan parut yang terdapat pada mulut dia. Hebatnya skrip untuk Joker (dibantu pula dengan lakonan padu Heath Ledger) hanya dengan dua parut tu Nolan bagi info bahawa *spoiler*:", "Kau nampak, bila skrip filem ditulis oleh top writer dengan arahan pengarah power, melalui parut tu sahaja dah cukup nak bagi latar belakang tragis untuk si Joker Heath Ledger ni – sesuai dengan watak Joker yang penuh dengan misteri dan tragedi. Dan kisah ni pon salah satu contoh terbaik macam mana kes tragedi bertukar menjadi komedi di pengakhiran.", "“Now I see the funny side. Now I’m always smiling.” – Joker (Heath Ledger)", "Sama ada tragikomedi, atau mungkin Joker Heath Ledger ni seorang psychotic optimist!", "Tapi sayang betul, tak dapat nak saksikan macam mana pulak Joker menceritakan kisah parut dia ni semasa babak akhir dia dengan Batman. Entah cerita mana yang dia akan beritahu dan manipulasi. At face value, sama ada salah satu parut dibuat oleh ayah dia, dan satu lagi dibuatnya sendiri. Ataupun salah seorang daripada mereka (ayah dia atau Joker) yang buat kedua-dua parut tu.", "Tapi secara tersiratnya, selain menjadi satu scare tactics Joker untuk bakal mangsanya, dua kisah parut tersebut juga adalah salah satu cara halus filem The Dark Knight menggunakan konsep infamous multiple choice backstory yang dicanang Joker dalam grafik novel Batman: The K1lling Joke (1988) tulisan Alan Moore.", "Sifat manipulasi Joker tidak terhenti setakat itu sahaja. Joker jugak menipu dengan menukar maklumat lokasi yang salah antara Rachel dengan Harvey Dent semasa kena ‘interrogate’ dengan Batman. Dan Batman ni pon satu, kata World’s Greatest Detective, takkan tak boleh nak tengok hint ekspresi muka atau pergerakan mata Joker masa dia bagitahu lokasi tu. Duh. Eloklah pon dengar cerita skrip filem The Batman arahan Matt Reeves akan fokuskan pada sisi detektif dan penyiasatan Batman.", "Joker tahu Batman akan pilih untuk selamatkan Rachel jadi dia beritahu lokasi yang salah sebab Harvey Dent merupakan bidak yang penting untuk Joker mengukuhkan lagi kawalan permainan caturnya (semacam trump card bagi Joker). Oleh itu, penting untuk Batman yang pergi selamatkan Harvey, dan bukannya anggota Gotham City Police Department (GCPD) kelolaan Commissioner Gordon.", "Di samping menggunakan Batman untuk menyelamatkan Harvey Dent, pada masa yang sama juga Joker turut membuatkan Batman jatuh termelutut hilang semangat buat seketika dengan kem4tian Rachel (akibat kelewatan anggota GCPD). Bak kata pepatah, membvnuh dua ekor burung dengan seketul batu (k1ll two birds with one stone). Perangai dan rancangan licik serampang dua mata daripada sang tuan boneka.", "Apa yang menariknya mengenai naratif ini adalah, seperti yang sedia maklum, ada dua letvpan yang dipasang Joker – satu untuk Harvey dan satu lagi untuk Rachel. Meskipun kedua-dua letvpan diaktifkan seperti yang dirancang, hanya satu letvpan sahaja yang sempat mengorbankan ny4wa.", "Perkara ini ibarat satu anggukan kepada origin Two-Face dalam skala besar, di mana kalau dalam sumber asal, kelahiran Two-Face bermula apabila Harvey Dent disimbah as1d ke mukanya namun sempat dielaknya sedikit dan hanya mengenai sebahagian satu sisi mukanya sahaja.", "Dan dalam The Dark Knight, dua letvpan dicipta tetapi hanya satu ny4wa sahaja yang melayang. Lahirlah sang Two-Face yang bukan setakat sakit secara fizikal pada separuh dari mukanya, tetapi juga terkesan hingga ke dalam jiwa sampai menjadi obses dengan dualiti dan diametrik malah menguatkan lagi sakit bipolar yang dihidapnya.", "Kembali semula kepada solekan Joker. Okay kalau nak ikutkan, Joker Cesar Romero dan Joker Heath Ledger hanya mengenakan topeng yang merujuk kepada karakter Pagliacci (sesuai dengan semangat babak untuk cerita masing-masing). Tetapi untuk Joker Joaquin Phoenix, warna face paint putih + biru + merah tersebut adalah muka sebenarnya tanpa mengenakan sebarang topeng. Ibarat Joker versi dia adalah satu representasi penjelmaan kepada Pagliacci sendiri.", "Namun begitu, bukan setakat pada visual fizikal sahaja, kisah Joker Joaquin Phoenix kali ini akan lebih terperinci kepada isu psikologi terutama pada sisi masalah kesihatan mental (kemurungan misalnya) – sama seperti apa yang dilalui oleh Pagliacci.", "Lebih terperinci berkemungkinan Joker Joaquin Phoenix kali ini mempunyai gangguan kondisi neurologi Pseudobulbar affect/PBA (ketawa atau tangisan secara tiba-tiba yang tidak boleh dikawal) seperti yang terdapat dalam beberapa babak ringkas dalam trailer pertama dan kedua termasuk melalui temu bual dengan pelakon utama Joaquin Phoenix sendiri.", "PUT ON A HAPPY FACE", "Dapat aku cakapkan, trailer pertama filem Joker merupakan antara trailer filem yang cantik, artistik, disunting dengan tersusun, dan rasa ‘lengkap’ tanpa perlu dirosakkan (secara sengaja atau tidak) dengan kemasukan jalan cerita atau plot-plot penting dalam filem. Pergh, kau tengok dia punya shot, framing cun, pilihan lagu latar 60-an yang tepat dengan tema (lagu Smile nanyian Jimmy Durante), pencahayaan baik, environment/dunia dan feel 80-an yang meyakinkan, tone, stail, sinematografi, dan lain-lain.", "Semua nampak kemas dan tersusun. Daripada sebesar-besar trailer tersebut menunjukkan perubahan Arthur Fleck berubah secara berperingkat sampai menjadi Joker (dalam konteks trailer tersebut), sehinggalah kepada perkara-perkara yang kecil macam penggunaan transition jenis wipe (dari kiri ke kanan) pada akhir trailer seolah-olah macam pintu lif yang dimasuki Joker tersebut yang tutup lantas menandakan penghabisan trailer tersebut.", "Tapi kat sini aku bukan nak bedah satu-satu shot/ babak dalam trailer filem Joker. Contohnya, sampah berlonggokan = NYC Garbage Strike reference – garbage strike di bandar New York ni banyak kali dah terjadi contohnya pada tahun 1968 dan tahun 1981 (dan dipenghujungnya, terdapat hint timeline tahun filem ini berlangsung).", "Nama kelab/bar Pogo’s = yang mungkin mengambil sempena sejarah badut pembvnuh di dunia sebenar dengan jolokan nama Pogo, dan kalau nak ikutkan design make-up Joker mempunyai persamaan yang lebih dengan design make-up Pogo. Anak muda di pintu gerbang = mungkin Bruce Wayne muda. Arkham State Hospital = Arkham Asylum.", "Thomas Wayne gaya seperti ahli politik/datuk bandar/calon jawatan President, dan sebagainya. Tapi apa yang aku nak fokuskan adalah intipati ‘roh’ background Pagliacci dan semangat tragikomedi yang berkemungkinan akan diketengahkan dalam filem ini.", "Pertama sekali, aku tertarik dengan line yang diujarkan oleh si Arthur Fleck (watak utama) dalam trailer filem Joker iaitu:-", "“I used to think that my life was a tragedy. But now I realize, it’s a comedy.”", "Tu dia, dah memang terang lagi bersuluh semangat tragikomedi ada dalam filem ini. (Pada aku, bagi kebanyakan orang, komedi merupakan salah satu cara dan mekanisma perlindungan bagi perkara sedih dan kisah tragedi yang terjadi dalam kehidupan. Ibarat penyembuh atau ubat kesedihan sementara. An act of escapism – macam nasihat si doktor kepada Pagliacci untuk dilakukannya dalam kisah yang diceritakan oleh Rorschach).", "Selain secara tersurat ada tunjuk jugak shot ‘tears of the clown’ semasa Joker buat senyum paksa guna jari dia. Menyedihkan dan menggentarkan. Ditambah pula dengan kehadiran score muzik daripada seorang komposer wanita berbakat kelahiran Iceland, Hildur Guðnadóttir, yang terkenal dengan penggunaan instrumen cello – alat muzik yang bisa membangkitkan suasana melankolik dan sedih. Pastilah akan menambahkan lagi perisa kesedihan dan tragedi dalam filem Joker. Kau dengarlah macam mana score siri power HBO yang bertajuk Chernobyl. Kedengaran gerun luar biasa (beliau juga merupakan komposer bagi filem Sicario: Day of Soldado, 2018).", "Di samping ditunjukkan sedikit sisi simpatetik dan jugak ada bagi teaser sisi personaliti dark twisted Arthur Fleck secara halus dalam trailer pertama. Kalau amati dengan lebih dekat pada satu babak dia tengah prep dan praktis lawaknya dengan menulis pada buku nota/jurnal peribadi dia – shot babak yang aku rasa penting untuk menunjukkan karakter Arthur Fleck/Joker – korang akan nampak beberapa lawak (pun jokes) dan punchline dalam format Q&A yang dikarang termasuklah salah satu contoh cheeky dark joke dia:- “Why are poor people always confused?” (punchline dia ada ditulis jugak dalam babak buku nota/jurnal dalam trailer tersebut).", "Kemungkinan lawak-lawak yang ditulis dalam jurnal/buku notanya adalah sebagai persediaan lawak untuk digunakannya sewaktu babak stand-up comedy di bar (Pogo’s). Dan mungkin kerana orang nampak lawaknya macam jenis sick joke yang menyebabkan susah penonton nak terima dan seterusnya menolak kehadiran dia.", "Dan jurnal peribadinya pada muka surat tersebut diakhiri dengan ayat:", "“The worst part about having a mental illness is – People expect you to behave, as if you don’t.”", "[Salah satu sebab kenapa ia adalah perkara yang tidak digalakkan sangat untuk menggunakan sesetengah ayat seperti ‘stay strong’ atau ‘kau kena jadi kuat sikit’ apabila ingin menenangkan seseorang yang sedang berada dalam keadaan yang terganggu minda dan jiwa mereka. Kerana ia seperti anda menyiratkan bahawa mereka tidak pernah mencuba. Dan berkemungkinan yang paling teruk apabila lidah sudah terungkap ayat seperti ‘iman kau lemah’. Wallahua’lam]", "Satu sisi adalah yang nampak jenaka dalam setiap perkara terutama hal-hal musibah dan satu lagi sisi pasal kesihatan mentalnya. Dan akan menjadi logik sikit untuk pamerkan perubahan keadaan mentalnya apabila tiba bahagian transformasi de-eskalasi Arthur Fleck kepada The Joker disebabkan kehadiran sisi gelapnya yang hanya menunggu masa untuk mengambil alih mindanya (yang tidak dipimpin dan tidak dibendung dengan baik oleh sistem kehidupan sosial di Gotham).", "Dulu kehidupan Arthur Fleck adalah ibarat satu tragedi (dan kemungkinan kelibat dan kehadiran emak dia sahaja menjadi seperti sinar kekuatan yang membuatkan dia masih boleh bertahan untuk meneruskan kehidupan dan sedaya-upaya menjadi waras), dan kebanyakan masyarakat nampak dia sebagai satu kewujudan individu lawak jenaka yang mereka boleh gelakkan dan permainkan.", "Bila dia dah transform menjadi The Joker, kehidupan penduduk Gotham (terutama mungkin golongan elitis dan kapitalis yang terganggu periuk nasi mereka) pula yang bertukar menjadi tragedi dan Joker pula melihat golongan kumpulan mereka sebagai satu lawak untuk dipermainkan, diporak-perandakan, dan diperkotak-katikkan (sekurang-kurangnya sehingga kehadiran Batman yang mungkin memberikan dia satu sense of purpose baharu).", "“Why would I do without you. Go back to ripping off mob dealers? No, no. You complete me.” – Joker (Heath Ledger)", "Tu dia, kan dah mendapat penduduk Gotham. Inilah dia kebangkitan komuniti working class/middle class di Gotham. Satu garis nipis dan halus antara jenaka (joke) dan tragedi.", "Transformasi kehidupan daripada sebuah tragedi (life is a tragedy) berubah menjadi jenaka (life is a joke/ comedy) dan sebaliknya. Sesuai dengan kata-kata ahli falsafah (Hegel dan Marx):- “History repeats itself.” “The first as tragedy, then as farce.”", "WE ARE ALL CLOWNS", "Tatkala trailer kedua merangkap trailer terakhir Joker (2019) pula menjengah untuk tontonan orang ramai, kata-kata ‘KITA SEMUA IALAH BADUT’ (terjemahan dalam Bahasa Melayu) yang tertulis pada sepanduk salah seorang perusuh berimejkan badut, sedikit sebanyak menarik perhatian.", "Jikalau dalam dunia sebenar, kita ada Million Mask March – gerakan perhimpunan pada setiap tahun berinspirasikan Guy Fawkes (siap memakai topeng macam dalam filem V for Vendetta, 2005) – selain juga dikatakan menyokong gerakan kumpulan cyber-hacktivist Anonymous. Manakala dalam dunia Gotham versi filem Joker pula, mereka mempunyai Clown Movement atau pon Angry Clown Movement agaknya.", "Gaya gerakan ala-ala anti-establishment, anarki (kekacauan berlaku dan secara tersurat menunjukkan salah seorang manusia bertopengkan badut tengah membawa lari sebuah kotak berisi seperti barang elektronik), rebellion left-wing movement yang dapat diperhatikan dengan lebih banyak babak-babak tersebut dalam trailer kedua ini.", "Di mana, kemungkinan gerakan clown-inspired ini adalah untuk melawan dan menyatakan ketidakpuasan hati kepada golongan filthy rich (*cough*Wall Street and elitists*cough*) – mungkin memang sama macam real-life inspiration protest Occupy Wall Street movement dalam dunia sebenar yang diadakan dan digerakkan bermula pada tahun 2011 sebagai satu bantahan kepada ketidaksamarataan kemewahan, kekayaan, pulangan, jurang kelas dan tatatingkat sosial dan ekonomi.", "Apabila bercakap mengenai gerakan-gerakan independen seperti ini, kemudian keluar pulak ayat macam anti-establishment, memang tidak dapat tidak, pasti akan teringatkan salah satu filem hebat lewat 1999/awal 2000, iaitu filem Fight Club arahan pengarah otai berkaliber bernama David Fincher. Ramai sudah mengetahui mengenai salah satu plot utama cerita Fight Club (Ya saya sedia maklum akan salah satu peraturan mereka – ‘You do not talk about Fight Club’) adalah mengenai usaha untuk mencipta satu pernyataan kepada golongan tertentu melalui gerakan underground Project Mayhem anti-consumerism, anti-materialism, anti-establishment, anti-capitalism, anti-corporation, dan sebagainya (satu bentuk sindiran kepada maskuliniti kata mereka), sehinggalah menjadi terlalu ekstrem dan bertukar menjadi sebuah kumpulan pengg4nas dengan rancangan akhirnya adalah untuk meletvpkan bangunan yang mengandungi maklumat kad kredit.", "Dan jika trailer pertama banyak memperlihatkan sudut patah hati, patah jiwa, dan patah semangat kelibat lelaki bernama Arthur Fleck, manakala trailer kedua pula lebih banyak menunjukkan tahap kegilaan (Arthur dan sebahagian masyarakat sejagat di Gotham) yang hampir menuju ke tahap maksima full throttle terhadap sistem sosial dan pihak berkuasa.", "Melalui trailer kedua, tampak dengan lebih jelas 3 fasa transformasi Arthur Fleck (melalui lakonan ekspresi muka Joaquin Phoenix yang begitu efektif) iaitu:", "Secara asasnya dalam Arthur Fleck menjadi si Arthur Fleck naif yang percayakan kegembiraan, kehidupan bermasyarakat tolong-menolong dan bertolak-ansur antara satu sama lain menggembleng tenaga tanpa prejudis berpaksikan kesaksamaan dan toleransi melalui akar umbi masyarakat sejagat (ha!).", "Contoh seperti babak dalam bas (seriously rasa kesian betul tengok muka dia lepas kena sound dengan mak budak tu – kau tengok balik macam mana dia terus rasa malu alah tunduk muka sambil anak mata pandang sekeliling tanpa arah tuju macam nak menahan sesuatu), babak dia sebagai anak yang soleh menjaga emak dia (terutama dalam trailer pertama), dan sebagainya.", "Tak banyak tunjuk, tapi salah satu babaknya ketika muka Arthur Fleck berubah bila menyaksikan perlian dan sindiran pengacara televisyen rancangan lewat malam, Murray Franklin, terhadap dia, babak masih sebagai Arthur Fleck berjalan mengharungi banjiran manusia dalam protes dan mogok badut. Proses dia mula menerima cahaya kebenaran twisted yang mula membuka (atau membutakan) matanya untuk masuk ke dalam kegelapan.", "Yang hat ni betul dibantu dengan lakonan dan ekspresi power daripada Joaquin Phoenix. Nampak dengan lebih jelas babak dia bersama ahli terapi dengan muka penuh darkly confident dan chilling semasa sesi terapi mingguan mereka. Dan yang lain-lain bila dia dah transform menjadi Joker yang lengkap.", "Jika trailer sebelumnya menggunapakai lagu 60-an bertajuk ‘Smile‘ nanyian Jimmy Durante sebagai muzik latar trailer tersebut dengan pitch low santai mendayu-dayu dan keawang-awangan – kali ini trailer kedua hadir dengan muzik lalar lagu 70-an ‘Send In The Clowns’ tulisan Stephen Sondheim yang guna pitch/note rendah dan terkadang bunyi bingit berorkestra (kemungkinan diintegrasi dengan skor alunan cello daripada komposer Hildur Guðnadóttir).", "Ada kemungkinan juga Arthur Fleck mengalami existential crisis (atau mungkin juga krisis identiti) dalam kehidupan awal dia disebabkan persisihan oleh sistem masyarakat sebelum dia menemui kemanisan dark side duniawi yang memberontakan. Atau pon sisi gelapnya sentiasa ada dalam diri dia, cuma baru terjaga daripada lelap seperti dialog yang diucapkan olehnya:", "“For my whole life. I didn’t know if I even really existed. But I do. And people are starting to notice.”", "Mungkin Arthur baru rasa seperti ‘hidup’ setelah orang perasan dia (atau ada kemungkinan semua perkara yang berlaku hanyalah cerminan delusinya sendiri). Dan yang menyedihkan, orang hanya mula perasan akan dia apabila dia membuat sesuatu ‘pertunjukan/performance’ yang mengambil perhatian orang. Dan semoga tuhan merahmati penduduk-penduduk di Gotham, kerana kebiasaannya pertunjukan yang dibuatnya itu bakal berakhir dengan perkara yang buruk dan tragedi.", "Ada persamaan macam pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai ‘bermasalah’ yang sentiasa buat ‘hal’ di sekolah. Ada kalanya ia adalah disebabkan mereka kurang mendapat perhatian di rumah atau mempunyai masalah dalam kehidupan mereka di luar sekolah (including not having a privilege). Jadi bila berada di sekolah, mereka cuba melanggar peraturan untuk mendapatkan perhatian misalannya. Tak payah pergi jauh, contoh paling masyhur sudah tentulah Naruto. Peh hebat betul cerita Naruto ni, banyak kisah-kisah pedoman hidup untuk dijadikan tauladan.", "Di samping itu, berlandaskan petikan yang diujarkan Bane “No one cared who I was til I put on the mask.” dalam filem The Dark Knight Rises (2012). Kes ini sama jugak bagi Arthur Fleck apabila orang ramai mula mengambil perhatian terhadapnya hanya setelah dia mengenakan solekan badut pada dirinya (setakat yang dicanang dalam trailer) dengan siap berpakaian sut penuh berketerampilan seraya berubah menjadi persona yang dikenali sebagai The Joker.", "“No one cared who I was til I put on the clown make-up.” – Arthur Fleck/Joker", "Berbalik kepada existential crisis, kadang-kala, apabila manusia bertemu dengan kebenaran yang sebenar (external foreign factor), setelah mempercayai sesuatu perkara itu bukanlah seperti yang dipercayainya sebelum ini, respon mental mereka sama ada akan jadi ‘unhinged’ (kerana tidak dapat menerima hakikat) dan kemudiannya mungkin akan menjadi agr3sif atau menjadi semakin reklusif hidup dalam isolasi.", "Sama kes kalau ada external stress factor yang mengganggu hidup dan fikiran, kau akan sama ada makan banyak atau hilang selera makan, lagi satu sama ada kau akan tidur banyak (walaupun tak mengantuk)/ banyak berbaring atau kau akan kurang tidur/tidur terganggu. Hasil penerimaan perubahan atau anjakan worldview yang baru yang mengubah diri dan cara berfikir.", "Apatah lagi dalam kes filem Joker (setakat yang dicanang dalam trailer), idola Arthur Fleck yang dikaguminya sendiri (dan kemungkinan pada Arthur sedikit sebanyak macam father figure bagi dia) iaitu pengacara TV rancangan lewat malam, Murray Franklin, berseloroh jadikan dia bahan lawak dan troll (mungkin dia tidak bermaksud secara peribadi) dalam rancangan komedi televisyen dia yang ditonton orang ramai. Satu penghinaan terbuka yang diterimanya semasa sedang menjaga ibunya yang sakit terlantar di hospital tidak sedarkan diri.", "Selain itu, dengan kehadiran trailer ini, filem Joker semakin nampak membentuk ke arah menjadi filem King of Comedy versi gritty hard serious R-rated filem. Bertambah menarik gayanya.", "“Well no one’s laughing now.” – Arthur Fleck", "Trailer pertama (secara rasminya dipanggil teaser trailer) lebih fokuskan untuk membangunkan suasana dan mood keseluruhan filem Joker. Namun demikian, perihal lain seperti sinematografi, tone, stail, camera shot, suntingan, dan lain-lain, tak perlulah nak sebutkan lagi, memang dah hebat dan cukup resepi.", "Aduh, kau tengok je lah shot pembukaan trailer ni melalui shot skyline bandar Gotham. Terbaik dan majestik. Trailer kedua (trailer akhir) pada aku lebih kepada nak membangkitkan keterujaan orang ramai dengan filem ini dengan menampilkan lebih banyak karakter bersama beberapa babak dan dialog yang sedikit panjang, termasuklah untuk membuatkan para peminat teruja dengan lontaran dialog:", "“When you bring me out, can you introduce me as Joker?” ", "Tu dia. Stage name.", "Teruja nak tengok macam mana pengarah, Todd Phillips, dan penulis bersama, Scott Silver (The Fighter, 2010/ 8 Mile, 2002) akan tweak isu Pagliacci-inspired tragedi/komedi nanti.", "A FAILED COMEDIAN", "Todd Phillips ni kalau nak ikutkan sebelum ni terus-terang cakap, memang rasa skeptikal dengan dia untuk menggalas tanggung jawab sebagai pengarah filem Joker dek kerana portfolio filem-filem arahannya sebelum ini yang lebih kepada menjadi dan tak menjadi (hit-and-miss).", "Tetapi melalui temu bual, trailer pertama termasuk kedua yang dikeluarkan, ditambah pula dengan penerimaan yang memberangsangkan daripada para pengkritik dan penonton pada tayangan filem festival di Venice dan Toronto bagi filem Joker, baru rasa mantap sikit dengan overall production dan creative team’s direction untuk filem ini.", "Sehinggalah yang paling besar sekali tentulah apabila Joker dinobatkan sebagai pemenang anugerah berprestij dan tertinggi di Venice Film Festival menerima anugerah the Golden Lion. Siapa sangka sutradara yang pernah mengarah filem komedi seperti The Hangover (2009) boleh memenangi anugerah ini melalui filem drama psikologikal serius.", "Kredit untuk Todd Phillips sebagai orang yang mencetuskan idea bagi filem jenis begini kepada Warner Bros. (WB).", "Tak silap aku masa awal-awal projek filem Joker dapat lampu hijau daripada WB, khabar angin mengatakan penerbit untuk filem ini ialah pengarah hebat dan berpengalaman iaitu Martin Scorsese. Tapi kemudiannya dia tak jadi nak menerbitkan filem Joker namun disambung tugas oleh salah seorang rakan baik merangkap orang kuat Scorsese sendiri iaitu seorang lagi penerbit yang berpengalaman, Emma Tillinger Koskoff, yang merupakan kolaborator lama Scorsese dan banyak menerbit filem-filem arahan Scorsese seperti The Wolf of Wall Street (2013), Silence (2016), dan yang terbaru, filem The Irishman (2019).", "Justeru, pengaruh Scorsese boleh dianggap masih ada lagi walaupun mungkin secara tidak langsung. Bradley Cooper (Silver Linings Playbook, 2012/ A Star is Born, 2018) – seorang pelakon Hollywood popular dan duta yang tidak asing lagi dengan kesedaran kesihatan mental – juga merupakan salah seorang penerbit eksekutif bagi filem Joker (para peminat ramai yang mengenali beliau sebagai seekor rakun).", "Walaupun Scorsese tidak terlibat secara terus dengan filem ini, macam aku cakapkan tadi, pengarah Todd Phillips bijak memberikan aura dan tenaga filem-filem lama arahan Scorsese dalam Joker, terutamanya filem The King of Comedy (1982) dan Taxi Driver (1976). Terasa kuat vibe kedua-dua filem cult ini dalam kedua-dua trailer Joker.", "Dengan Arthur Fleck yang dilihat seperti menyimpan jurnal harian peribadi sama macam Travis Bickle (watak utama Taxi Driver lakonan Robert Di Nero), kepada Arthur Fleck yang mempunyai mental yang tidak stabil sama macam Travis Bickle yang ada PTSD (dan berkemungkinan loneliness disorder juga), kepada karakter lakonan Zazie Beetz (Deadpool 2) nampak macam sebagai love interest/teman tapi mesra Arthur Fleck sama macam karakter Betsy pekerja kempen presidensi untuk Senator Palantine sebagai love interest Travis Bickle dalam Taxi Driver, kepada Thomas Wayne gaya macam orang politik penting di Gotham, *spoiler* macam karakter Senator Palantine yang nak bertanding bagi jawatan presiden (sebuah karakter di mana si Travis pernah melakukan cubaan membvnuh sebagai cara dia protes kepada golongan ahli politik – yang sebenarnya lebih kepada flawed protes Travis akibat Betsy dianggap tidak cuba untuk memahami Travis – macam yang dah disebutkan, Travis ni mentally unstable.", "Ada jugak yang cakap dia ni alt-right white supremacy), kepada perubahan Arthur Fleck daripada seorang mangsa pembulian dan penipuan kepada chain-smoking supervillain criminal, sama macam Travis Bickle daripada hanya seorang pemandu teksi entah siapa-siapa kepada ‘street anti-hero’ di kawasan kejiranan dia (dengan ‘menyelamatkan’ seorang remaja perempuan bawah umur dari industri pel4curan), kepada suasana kota New York yang berjaya dibangunkan dan dimasukkan untuk menjadi sebuah ‘karakter hidup’ dalam filem tersebut (yang harap dapat dibina untuk kota Gotham), kepada betapa character driven-nya filem Taxi Driver melalui watak Travis Bickle dari permulaan filem sampailah ke penghabisan (yang diharap juga dapat diterapkan untuk karakter Arthur Fleck/ The Joker).", "Kemudian apabila karakter Robert De Niro diperkenalkan pula sebagai pengacara untuk sebuah rancangan talk show, susah untuk tidak bayangkan persamaan dengan filem The King of Comedy. Di mana dalam filem tersebut watak utama yang dibawa oleh Robert De Niro sendiri yang bernama Rupert Pupkin, mencuba nasib untuk menjadi seorang stand-up comedian yang terkenal. Masalahnya, nak bermula dari bawah tak banyak masa sebab Rupert Pupkin bukannya muda lagi.", "Jadi disebabkan dia seorang yang oportunis dan berdedikasi (selain kuat berangan-angan atau mungkin jugak mengalami gangguan mental dan delusi), Rupert Pupkin berjumpa dengan seorang pengacara talk show/ stand-up comedian yang terkenal dan berjaya, untuk mencuba nasib.", "Apabila tidak dapat apa yang dihajatinya melalui jalan depan, Rupert Pupkin bersama-sama rakan subahatnya, menggunakan jalan belakang dengan mencvlik pengacara talk show yang terkenal tadi dan berunding dengan syarikat produksi talk show tersebut untuk melepaskan pengacara mereka jika membenarkan dia membuat stand-up comedy pada rancangan pengacara yang dicvliknya tadi, secara langsung untuk satu malam sahaja!", "Aku tak tahu nak cakap macam mana pasal filem The King of Comedy, tapi kalau nak ikutkan, filem ni rasa macam satu long gag berdurasi satu jam lebih di mana hanya pada penghujung cerita baru diberikan punchline lawak satirikalnya. Macam filem ini (dengan berdurasi 1 jam 49 minit) dibuat dan dicipta khas hanya untuk menyampaikan lawak dan punchline di penghujung filem.", "Dengan perangai Rupert Pupkin bersama-sama dengan muka tak bersalah dia, tak tahu nak kasihankan dia atau rasa annoyed dengan karakter dia. Tapi di pengakhiran hari, memang dialah orang terakhir yang dapat berketawa besar. And he who laughs last, laughs best. Betul-betul juvenal.", "“Better to be king for a night than schmuck for a lifetime.” – Rupert Pupkin", "Apatah lagi bagi peminat-peminat komik pula sudah pasti dapat rasai suasana dan reference daripada novel grafik Batman: The K1lling Joke (1988) dan The Dark Knight Returns (1986) – terutamanya Batman: The K1lling Joke. Dari kisah dia bergelut mencuba nasib untuk menjadi stand-up comedian (Batman: The K1lling Joke), kepada mempunyai masalah kewangan (Batman: The K1lling Joke), kepada kem4tian orang terdekat dengan dia (Batman: The K1lling Joke), kepada dijemput menjadi tetamu dalam satu talk show yang disiarkan secara langsung termasuk dengan kehadiran penonton (The Dark Knight Returns) – yang kemudiannya kalau dalam versi novel grafik/animasi, Joker pergi bvnuh semua penonton termasuk pengacara rancangan itu ketika sedang bersiaran secara langsung. Disebabkan filem Joker R-rated, kemungkinan untuk ada babak ala-ala ‘dark & disturbing’ macam ni agak tinggi. Jaga-jagalah Murray Franklin ya.", "Mungkin tak sebijik macam dalam komik, jadi peminat-peminat tegar komik DC bolehlah anggap macam Elseworlds Story dengan semangat imprint DC Black Label. Lagi pun Joker sendiri cakap “If I’m going to have a past, I prefer it to be multiple choice!”", "Apa-apa pon, perkara yang boleh nampak selain dari perjalanan dan perubahan karakter Arthur Fleck, Joker juga adalah kisah seorang anak dengan ibunya yang sudah dimamah usia. Inilah jadinya apabila seorang yang naif, baik dan lurus (okay, mungkin minda sedikit bercelaru dengan 2, 3 hint yang diberikan) yang masih percayakan dengan kewujudan kebaikan di dunia ini, akhirnya ditipu, dipermainkan dan disisih oleh dysfunctional society di kota Gotham.", "Keadaan bertambah buruk apabila kemungkinan satu-satunya sinar cahaya yang menyebabkan dia masih boleh mencari kaitan dengan dunia – iaitu emaknya – telah meninggal dunia (lagi teruk kalau ditunjukkan kem4tian emaknya hasil daripada ketidakcekapan sistem institusi rawatan sakit mental/hospital atau daripada tangan-tangan tersembunyi pihak atasan yang mengganggu institusi tersebut).", "Bhai, mana nak cari level-level supervillain anak yang soleh macam si Arthur Fleck/ Joker ni yang hormat dan masih menjaga emaknya yang berumur dan kemungkinan sakit atau menghidap advanced dementia, dengan penuh kasih sayang, keredhaan, ketawakalan, kesabaran dan langsung tak menunjukkan tanda-tanda keluhan dengan perkara yang terjadi. Aduh, anak syurga ni.", "Ini kalau nak bandingkan dengan budak-budak zaman sekarang tak, baru tahu bawak motor clutch dah pandai berlagak dengan mak bapak, guru-guru, dan orang tua. Itu baru masa budak-budak. Dah besar entah-entah balik kampung jenguk pon tak. Lagi teruk sebelah pagi buat amal buat baik, mai petang teguk arak main perempuan mengadu domba. Lepas tu berebut tinggalan harta dan tanah pusaka mak bapak. Bukan tak boleh baca perangai orang hujung zaman sekarang ni macam mana. Ye dak?", "Okay dan seterusnya akibat rasa seperti tertipu, diketepikan dan disisih dengan keadaan masyarakat, sistem kehidupan dan dunia, dalam mekanisma sistem pertahanan semula jadi respons lari-atau-lawan, Arthur Fleck membuat keputusan memilih untuk melawan (dan menggunakan keg4nasan) kembali masyarakat dan sistem kasta, termasuk jurang sosial yang pada hemat fikirannya yang bercelaru, perlu diajar cukup-cukup, dan dibentukkan semula mengikut acuannya yang tersendiri. Lahirlah seorang supercriminal mastermind membawa huru-hara di tanah Gotham.", "Untuk filem Joker, tarikan utamanya sudah pastilah pelakon Joaquin Phoenix bersama-sama method acting-nya. Seriously tengok la filem-filem lakonan dia macam Her (2013), You Were Never Really Here (2017), The Master (2012), dan sebagainya – tambah-tambah kalau ditonton dan digabungkan wataknya dalam You Were Never Really Here dan The Master, memang jadi menakutkan dan meng3rikan watak tu, boleh rasai kehadiran personifikasi The Joker.", "Dan sekiranya filem Joker menunjukkan penerimaan yang baik dan menerujakan daripada orang ramai, kemungkinan WB/DC akan menumpukan lebih perhatian bagi mempertimbangkan untuk meluluskan projek-projek filem arthouse ala-ala Joker ni untuk karakter antagonis DC yang lain pulak seperti Luthor, Ra’s al Ghul, Edward Nygma, Hugo Strange, Slade Wilson, Jervis Tetch, dan secara asasnya penjahat-penjahat rogues gallery Batman yang lain. Mungkin lepas tu boleh masukkan geng-geng hero pulak.", "Dan seperti sifat klasik utama The Joker yang pernah dipaparkan sebelum ini (Batman: The K1lling Joke, The Dark Knight, dan lain-lain) seperti kurang kasih sayang, kurang mendapat perhatian dan kurang sifat empati serta tidak pernah berputus asa ingin membuktikan kepada penonton eksklusifnya, Batman (termasuk juga orang lain), melalui ‘pertunjukan’ dan ‘persembahan’ dia, sama ada untuk mendapatkan perhatian Batman atau untuk membuktikan bahawa semua orang boleh terjerumus ke dalam lembah kegelapan dan kejahatan seperti dia, tidak mustahil filem Joker ini akan membawakan kisah seorang penghidap narcissistic/boderline personality disorder!", "EPILOG: TAPI DOKTOR, SAYALAH PAGLIACCI", "Walau apa pun, cerita Pagliacci yang disampaikan oleh Rorschach tersebut berkemungkinan hanyalah untuk cereka fiksyen sahaja selain terdapat rencah ironi sebagai satu bentuk jenaka (doktor menghantar pesakit untuk bertemu dengan diri pesakit sendiri).", "Namun, walaupun bunyi seperti satu jenaka dan gurauan, terdapat masalah sebenar yang terselindung di sebalik cerita tersebut dan apa lagi yang betul-betul benar dan bukan rekaan fiksyen adalah nama-nama seperti Robin Williams, Anthony Bourdain, Jonghyun, Chester Bennington, Avicii, yang terbaru Sulli, Goo Hara dengan penghibur dari seberang yang dikenali sebagai Samantha Lee,  termasuk lain-lain lagi – yang kesemuanya adalah seperti Pagliacci juga – bekerja dalam industri hiburan (showbiz) bagi menghiburkan orang lain.", "Tapi beginilah, untuk setiap Robin Williams, Anthony Bourdain, Chester Bennington, Avicii, dan yang lain-lain, terdapat juga contoh seperti The Rock, Sia, Chris Evans, Owen Wilson, Sophie Turner, Jim Carrey, Kendrick Lamar, Trevor Noah dan sebagainya.", "Ia merupakan perkara yang menyedihkan dengan apa yang berlaku kepada penghibur-penghibur yang telah meninggalkan kita akibat masalah kemurungan dan masalah kesihatan mental yang lain. Tetapi apa yang saya ingin maksudkan, di sebalik kesuraman yang dipaparkan di dada-dada akhbar fizikal atau pada skrin telefon pintar, masih terdapat lagi penghibur yang sehingga ke saat ini terus-menerus bertahan.", "Dan bercakap mengenai isu kemurungan, penyalahgunaan bahan berbahaya, dan bvnuh diri, saya teringat akan bait kata-kata yang pernah melintas dalam status media sosial daripada akaun dengan nama Shaykh Azhar Nasser:", "“If someone commits svicide in your community, the last thing you should be discussing is whether or not this person will end up in he1l. A better conversation would be about how to help people who have become so hopeless that svicide was the only way out in their eyes.”", "Bukanlah bermaksud secara tiba-tiba anda perlu berubah 180º menjadi orang yang sangat baik dan perlu melayan semua orang (tapi masih bagus jugak jika berbuat demikian). Tetapi sekurang-kurangnya, tolonglah jadi manusia yang boleh bertimbang-rasa, saling menghormati dan rasional terhadap orang lain.", "Hal ini kerana kita tidak tahu-menahu akan apa yang dilalui oleh orang lain yang berhadapan dan berurusan dengan kita. Kemungkinan mereka mempunyai masalah dan sedang mengalami kemurungan, sedang berlawan dengan kecelaruan keresahan (anxiety disorder) dan sebagainya.", "Mungkin sesetengah daripada kita juga pernah mengalaminya dan akhirnya berjaya mengharungi atau mengawal perkara-perkara tersebut. Namun yang demikian, tingkat toleransi dan daya ketahanan mental dan jiwa anda dengan orang lain berkemungkinan tidak berada pada tahap yang sama.", "Sesetengah daripada kita mungkin mempunyai cara dan kaedah tersendiri untuk melawan perasaan itu, sesetengah orang mungkin tiada dan tidak tahu bagaimana ingin keluar daripada perasaan dan situasi negatif tersebut. Oleh itu, merasa diri lebih bagus daripada orang lain juga tidak membantu dan bukannya tiket untuk kita berubah cara berbicara dengan nada yang berlagak dan meninggi diri.", "Ibarat pepatah Inggeris;", "“Say what you mean, but don’t say it mean.”", "Benda boleh cakap elok-elok, buat apa nak cakap lepas dan kasar kan?", "Dan setiap kali apabila bercakap mengenai subjek kemurungan, keseorangan (loneliness), ketiadaan (nothingness), dan sebagainya, petikan daripada puisi realistik daripada pemuisi terkenal, Ella Wheeler, pasti akan sentiasa terlintas dalam fikiran (juga pernah dipopularkan dalam filem thriller penuh debaran dari Korea Selatan bertajuk Oldboy, keluaran tahun 2003):", "“Laugh, and the world laughs with you;\nWeep, and you weep alone;” ", "Tapi macam nilah senang cerita. Puisi ini memang merupakan puisi yang terkenal, ya. Sementelahan sangat dekat dan berfungsi dalam dunia sebenar yang kita diami. Akan tetapi tidak lain tidak bukan, puisi ini masih hanya sebuah puisi, dan bukannya seperti satu garis panduan hidup. Jadi janganlah simpan atau pendam segala masalah atau kecelaruan yang melanda fikiran, hati, dan perasaan. Kumpulkan daya untuk meminta pertolongan daripada orang lain. Akui akan masalah anda tersebut dan anda tidak perlu menangis keseorangan.", "Seperti frasa daripada John Donne:- “ No man is an island.”", "Dan ingat, kemurungan bukan bermaksud gila.", "Akhirul kalam, depresi membvnuh dan masalah kesihatan mental (anxiety, bipolar, keinginan membvnuh diri, penyalahgunaan bahan terlarang, dan sebagainya) bukan perkara yang remeh dan merupakan sesuatu yang tidak lagi boleh dipandang enteng oleh penghidap termasuk juga masyarakat sekeliling.", "Dapatkan pertolongan dan sokongan dan jika anda tiada orang rapat yang boleh dipercayai untuk menceritakan masalah, tolong hubungi organisasi pertolongan profesional seperti Befrienders di 03-79568145 dan yang lain-lain. Ya, inilah antara bukti bahawa masih terdapat lagi manusia yang prihatin dan ingin menawarkan pertolongan kepada anda.", "Atau setidak-tidaknya, sekiranya anda tidak rasa ingin berkongsi masalah anda dan lebih memilih untuk mengelak daripada berhadapan atau berkomunikasi dengan orang lain, cuba mulakan dengan berjinak-jinak dengan haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, ikan, anjing, kura-kura dan sebagainya. Apa yang penting, kehadiran mereka sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam proses pemulihan.", "Sekurang-kurangnya ia merupakan satu langkah pertama kearah pembaikan. Usahlah mend3rita dan bersedih hati dalam diam. Ada sebab kenapa Helen (mendiang isteri John Wick) mengatur memberikan hadiah berupa seekor anak anjing kepada John untuk dibuat peneman dan memberikan dia semacam suatu asbab kelangsungan hidup apabila Helen meninggal dunia selepas sakit terlantar. Dalam semua keseriusan, tolong dapatkan rawatan perubatan dan pertolongan.", "Walau apa pun, hidup kita ini memang penuh dengan jatuh bangun dan pancaroba. Kesedihan, keseronokan, tragedi, kegembiraan, perkara baik dan perkara buruk, semuanya merupakan adat resam dalam kehidupan. Pada kebanyakan masa, secara asasnya, kita tidak dapat mengawal sebahagian perkara yang datang dalam kehidupan kita yang penuh dengan kerawakan yang tidak dapat diramalkan. Apa yang kita boleh buat dalam kerangka kehidupan ini adalah dengan mengawalselia diri sendiri dengan penuh cermat dan berhati-hati bagi mengelakkan daripada terbabas daripada trek jalan kehidupan.", "Ada orang kerap kali diuji dan ditimpa musibah dengan kesempitan hidup, kehilangan orang tersayang, masalah kewangan, dan sebagainya. Ada orang bernasib lebih baik dan dirahmati dengan kesenangan dan kebahagiaan. Sebahagian orang diuji pada awal kehidupannya, sebahagian lagi ada yang diuji pada pertengahan hidupnya dan ada juga yang diuji pada ketika usia senjanya. Kebanyakannya, kita semua menerima laluan dan haluan yang berbeza dalam kehidupan dan pilihan hidup.", "Tetapi sentiasalah sematkan dalam hati,", "“Dalam kesusahan pasti ada kesenangan.”/“Certainly with difficulty comes ease.”" ]
https://www.thepatriots.asia/tragedi-shuttle-columbia/
Tragedi Shuttle Columbia
[ "1 FEBRUARI 2003 menandakan 13 tahun insiden kemalangan Columbia yang memperlihatkan tewasnya 7 orang angkasawan Shuttle Columbia, misi STS-107 ketika pesawat orbiter mereka memasuki fasa re-entry.", "Shuttle Columbia musnah ketika meluncur memasuki atmosfera Bumi setelah usai misi saintifik selama 16 hari yang melibatkan 80 eksperimen saintifik yang terdiri dari eksperimentasi sains kehidupan, eksperimen fizik bendalir, sains bahan dan lain-lain.", "Insiden berlaku apabila haba panas kemasukan ke atmosfera menerobos masuk ke ruang sayap Shuttle dimana sebahagian dari jubin tahan haba yang melindungi pesawat tersebut tertanggal dalam jumlah yang signifikan ketika ia berlepas pada 16 Januari 2003.", "Jubin-jubin tahan haba yang diperbuat dari bahan seramik yang meliputi seluruh pesawat Shuttle itu bertindak sebagai perisai haba bagi melindungi pesawat, krew dan alatan saintifik ketika fasa re-entry yang mana hasil geseran pesawat dengan atmosfera Bumi yang mampu mencecah kelajuan sehingga Mach 25 dengan suhu yang terbentuk dari geseran udara tersebut mampu mencecah sehingga lebih 1600 darjah Celsius.", "Sebelum insiden tersebut berlaku, kawalan darat misi angkasa lepas NASA di Houston meneliti pergerakan Columbia sewaktu fasa re-entry, dan mendapati terdapat kejanggalan pada sistem hidraulik yang mana tekanannya adalah amat rendah.", "Sementara itu, ketika pesawat orbiter tersebut melintasi ruang udara Sacramento, terdapat saksi mendakwa melihat terdapat serpihan yang datang dari pesawat tersebut ketika ia menuju turun ke altitud lebih rendah.", "Ketika itu Columbia berada pada kelajuan Mach 22.8 pada ketinggian 70 kilometer dari permukaan Bumi.", "Kemudian, ia diikuti komunikasi dengan pesawat terputus.", "Stesen televisyen tempatan di Dallas sempat merakamkan imej Columbia sedang berkecai membentuk serpihan-serpihan yang lebih kecil dengan aliran ion yang membakar dengan panas seperti meteor yang sedang jatuh bergeser dengan atmosfera Bumi.", "Tekanan kabin didalam Columbia telah hilang, diikuti semua sistem hidraulik gagal berfungsi dengan kawalan darat gagal menghubungi sistem komunikasi Columbia.", "Serpihan yang berkecai diudara bertebaran merangkumi kawasan seluas 5180 kilometer persegi.", "Misi mencari dan menyelamat menemukan hampir 84 000 serpihan pesawat orbiter Columbia yang hanya mewakili 40 peratus dari jumlah keseluruhan serpihan yang sepatutnya.", "Krew ditemui dalam keadaan yang tidak dapat dikenal pasti secara pengecaman, dan ujian DNA dibuat bagi mengenal pasti ketujuh-tujuh angkawasan tersebut.", "Dalam misi STS-107, angkasawan yang tewas adalah :", "Komander Rick D. Husband\nWilliam C. McCool\nMichael P. Anderson\nIlan Ramon\nKalpana Chawla\nDavid M. Brown\nLaurel Blair Salton Clark", "Ilan Ramon merupakan angkasawan pertama Israel, manakala Kalpana Chawla merupakan jurutera aeroangkasa kelahiran India. David dan Laurel kedua-duanya adalah pakar bedah yang berkhidmat dengan Angkatan Laut Amerika, begitu juga William yang merupakan juruterbang Angkatan Laut Amerika. Komander misi, Rick D. Husband dan Michael P. Anderson adalah pegawai angkatan udara Amerika Syarikat.", "Kemalangan Columbia memberikan tamparan hebat kepada NASA, dan menyebabkan program Shuttle di hentikan selama 2 tahun bagi memberi laluan kepada suruhanjaya siasatan melakukan penelitian akan sebab-sebab insiden serta masa yang diperlukan untuk menemukan semula serpihan-serpihan yang bertaburan bagi siasatan kes kemalangan.", "Penerbangan Shuttle digantung pada masa sama, melewatkan pembinaan Stesen Angkasalepas Antarabangsa.", "Insiden Columbia memberikan lebih banyak peluang kepada Russia yang turut bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam pembangunan ISS, dimana kapal angkasa Soyuz TMA digunakan dengan lebih kerap bagi menghantar angkasawan, kargo saintifik dan kargo bekalan kepada ISS, tugas yang dilaksanakan sebelum ini oleh program Shuttle.", "Insiden kemalangan kedua Shuttle ini memberikan tekanan kepada NASA untuk membangunkan satu sistem naik taraf keselamatan krew yang lebih baik, selain membuka jalan untuk permulaan program-program kapal angkasa gantian yang lebih selamat dan efisien seperti Orion, selain ia turut menyaksikan penglibatan konsortium swasta seperti SpaceX dalam membangunkan kapal angkasa komersial." ]
https://www.thepatriots.asia/kelicikan-bank-menipu-sampai-hangus-hidup-orang/
Kelicikan Bank Menipu Sampai Hangus Hidup Orang
[ "Ramai tengah mengαdυh sekarang katanya hilang duit begitu banyak, padahal disimpan elok dalam akaun. Tidak pasti macam mana benda sebegini gila berlaku. Terjadi pula pada golongan terpelajar yang sudah pastinya arif tentang sepαk terαjαηg perbankan (NST, 2022). Bukan seorang saja masalahnya (Normawati, 2022). Rata-ratanya berkata mereka tidak pernah dapat apa-apa nombor pengesahan transaksi (OTP) untuk mengizinkan pemindahan wang sebegitu banyak. Kes ini patutnya bergegar di pentas politik, kerana benda ini boleh berlaku pada sesiapa saja.", "Seluruh dunia pernah bergegar apabila industri perbankan mula memandang enteng pada tanggungjawab mereka. Sekitar 1970-an, industri perbankan adalah sebuah pasaran yang membosankan. Orang datang bank untuk menyimpan duit, yang dibelanjakan bank demi keuntungan. Dan hasil keuntungan ini, bank mampu memberi pinjaman berfaedah (loan with interest). Jadi konsep bank adalah untung membuat untung – produk yang mencipta produk baru. Masuk 1990-an, bank meluaskan rantaian ini. Produk mencipta produk baru yang mencipta produk lebih baru. Rantaian bertambah; bank melebarkan untung.", "Puncanya adalah pemacuan ekonomi yang sangat baik. Antara 1980 sampai 2000, Amerika Syarikat boleh kata berada di puncak dari segi kewangan dan global. Kekayaan mereka memang luar biasa, tidak tercabar mana-mana musuh. Tetapi sekitar dekad inilah timbul satu musuh baharu, iaitu diri mereka sendiri. Sistem mereka bina membolehkan bank buat suatu alat. Kalau cakap terus, semua akan tarik muka sangka topik terlalu berat. Maka kena mudahkan pemahaman terlebih dahulu.", "Alat ini menunggang aset-aset bank sedia ada. Umumnya jutaan orang meminjam daripada bank untuk beli rumah. Jadi mereka perlu bayar dengan faedah. Katakanlah pinjam AS$50,000 dan bayar balik AS$270 setiap bulan selama 30 tahun. Cukup 30 tahun, jumlah bayaran adalah AS$97,200. Jadi bank mendapat untung sebanyak AS$47,200. Itu seorang. Kalau sejuta peminjam, sudah AS$47.2 bilion. Katakanlah bank ada 2,000 peminjam (AS$94.4 juta). Semua pinjaman ini disumbat dalam satu kolam, menjadi alat yang diceritakan tadi yang bernama “mortgage-backed security” (Erturk & Gabor, 2016).", "Kalau kolam kecil, memanglah nampak macam bangang. Tetapi bayangkan kalau kolamnya sebesar ini:", "Sekarang boleh nampak – konsepnya mudah: bangang mana yang takkan bayar pinjaman rumah? Jadi jaminan untung bank menjadi alat untuk membuat untung. Mereka menjualnya dalam bentuk bon pada agensi kerajaan atau bank pelaburan yang kemudian meminjamkannya pada pelabur-pelabur lain. Dan pada tahun 2002, bank-bank Amerika Syarikat rata-ratanya mengstrukturkan alat MBS menjadi satu jenis “kek”.", "Bon besar membuat kek yang dipotong pula untuk hidangan pelabur. Konsepnya masih sama: menjana pendapatan melalui faedah semata-mata. Tetapi macam biasa, kalangan pelabur pun ada kasta. Kek takkan dipotong secara saksama. Sesiapa yang bayar lebih, dapat potongan lebih besar. Jadi sekarang jika ada pembeli rumah tidak dapat bayar balik pinjaman, pelabur yang pegang potongan paling kecil akan kena dulu. Soalan sama masih menyantuni mereka: bangang mana yang takkan bayar pinjaman rumah?", "Dan santunan ini menjadi punca mereka bertambah tamak. Mereka meringankan kemudahan untuk buat pinjaman. Sampai ke tahap pengutip buah dengan pendapatan AS$14,000/tahun tanpa kemampuan bercakap bahasa Inggeris tiba-tiba layak pula pinjam untuk beli rumah AS$724,000. Kadar faedah ditetapkan pada masa itu sangat rendah (tetapi boleh diapung setiap tahun). Dan masuk tahun 2006, mimpi ngeri mula melanda apabila kadar faedah tunjuk trend kenaikan (kerana orang mampu pinjam untuk beli rumah).", "Tidak cukup dengan itu, mereka membuat sistem pertaruhan pada potongan kek tersebut. Sepotong kek katakanlah melibatkan pelaburan AS$1 juta. Dua orang belakang (biru cyan) membuat pertaruhan: “aku bet dia akan dapat duit tu.” Katakanlah untung bet ini adalah AS$2 juta. Kemudian dua orang di belakang dua orang ini (ungu magenta) membuat pertaruhan baru. “Aku bet orang depan kita dapat AS$2 juta tu”.", "Dan dua orang belakangnya (merah) sambung lagi dalam sebuah rantaian yang bergantung pada potongan kek tadi. Maka begitulah rantaiannya sampai ke orang belakang yang entahnya tidak tahu pun apa yang sedang dipertaruhkan. Benda AS$1 juta sekarang boleh jadi AS$200 bilion. Sekarang apa jadi kalau potongan kek tidak dapat AS$1 juta? Tetapi mana mungkin tidak dapat, sebab pelaburan potongan kek ini bergantung pada pinjaman rumah. Dan bangang mana yang takkan bayar pinjaman rumah?", "Dua tahun kemudian, dua benda berlaku: 1) orang sudah tidak mampu beli rumah dan 2) peminjam sedia ada tidak mampu bayar balik, kerana kadar faedah melambungkan bayaran bulanan mereka hingga ke tahap tidak mampu. Akhirnya apa jadi? Tengok balik soalan santunan mereka. Dan daripada bawah, sistem kewangan mereka bina mula runtuh… membαhαm pelabur kecil sampai besar kerana kek ibaratkan dibαling terus ke dinding. Pertaruhan semuanya masuk parit, menyebabkan krisis kewangan begitu kronik, teruk dan jijik.", "Dan percayalah, inilah punca ramai semakin hilang kepercayaan pada industri perbankan. Sekarang sudah ada alternatif seperti matawang kripto yang mampu menyimpan duit dalam sistem blok rantai katanya lebih selamat berbanding bank (David, 2022). Pengguna hanya perlu memastikan kesahihan sebuah kripto, seperti Bitcoin, Ethereum dan Uniswap misalnya. Dan satu-satunya bαhαyα kripto sah adalah turun naik nilainya. Kena berlaku adil – ini perkara biasa, kerana nilai emas pun ada naik turun.", "Sesiapa yang beli emas pada pertengahan 2020 pasti berputih mata kalau perlu jual setahun kemudian kerana nilai emas baru elok balik beberapa bulan lepas. Namun fenomena emas dan matawang kripto mudah difahami, berbanding alasan diberi pihak perbankan setiap kali masalah berbangkit.", "Kami menulis ikut semangat untuk bantu orang ramai dapatkan ilmu secara percuma. Sebab itu kami enggan buat konsep langganan artikel (subscription). Tetapi kami mohon jasa baik kalian untuk beli buku kami. Dengan pembelian buku, kalian sedang membantu kami teruskan semangat ini sampai bila-bila. Link pembelian: https://shopee.com.my/thepatriotsasia", "RUJUKAN:", "David, D. (2022, April 15). The Real Problem with Centralized Banks and Why Crypto Is Inevitable. Forbes.", "Erturk, I., & Gabor, D. (2016). The Routledge Companion to Banking Regulation and Reform. Taylor & Francis. Halaman 18", "Normawati, A. (2022, Ogos 19). Duit belanja kahwin RM27,000 lesap dari akaun bank. Sinar Harian.", "NST. (2022, Ogos 20). Doctor claims RM13k missing from CIMB account due to unauthorized transactions." ]
https://www.thepatriots.asia/tokugawa-ieyasu-penyatu-jepun-dan-pengasas-keshogunan-tokugawa/
Tokugawa Ieyasu – Penyatu Jepun Dan Pengasas Keshogunan Tokugawa
[ "Sepanjang Zaman Pertengahan di Jepun, kuasa sebenar berada dalam genggaman shogun. Satu-satunya pangkat yang mengatasi shogun ialah maharaja. Mencapai kedudukan shogun bagaimanapun bukanlah suatu hal yang mudah.", "Kisah hidup Tokugawa Ieyasu menampilkan contoh terbaik bagi menggambarkan kesabaran, ketahanan, dan kelicikan yang diperlukan bagi menjadi seorang shogun. Hal ini kerana beliau mendaki tangga sosial sebagai seorang tawa.nan dan mengakhirinya sebagai lelaki paling berkuasa yang bertanggungjawab menyatukan negara.", "Kejayaan Tokugawa Ieyasu dalam hayatnya cukup besar dan sesuai dijadikan sumber inspirasi bagi membuktikan betapa kesabaran mampu meraihkan kita banyak perkara. Tahun 1543 Masehi, Tokugawa Ieyasu dilahirkan sebagai putera seorang daimyō yang bernama Matsudaira Hirotada.", "Hirotada merupakan ketua klan Matsudaira, sebuah klan samurai yang mendakwa memiliki kaitan susur galur dengan klan Minamoto. Sebagai makluman, nama sebenar Tokugawa Ieyasu ialah Matsudaira Takechiyo.", "Tempoh kelahirannya menyaksikan klan Matsudaira menempuh situasi yang amat genting, hinggakan beliau sendiri dijadikan sebagai tahanan oleh daimyo yang berseteru dengan ayahnya. Pada usia enam tahun, Tokugawa kehilangan Hirotada yang dibu.nuh oleh orang bawahannya sendiri.", "Sepemergian Hirotada, tanah milik klan Matsudaira jatuh ke tangan lawan mereka. Tahun berganti tahun. Tokugawa mendewasa sebagai seorang yang tinggi cita-citanya. Memasuki tahun 1560, beliau berjaya membebaskan diri daripada pengaruh klan Imagawa yang telah lama menahannya.", "Ieyasu juga lama menyedari ketokohan Oda Nobunaga dan kelebihan jika memihakkan diri kepadanya. Justeru sesudah berakhir Pertem.pu.ran Okehazama yang melibatkan Nobunaga dan Imagawa Yoshimoto, Ieyasu segera menumpahkan kesetiaannya kepada Nobunaga.", "Usianya ketika itu baru mencecah 15 tahun, namun keterampilannya sebagai pemimpin sudah cukup matang. Tambahan, beliau berpeluang hidup sezaman dengan ramai tokoh besar Jepun, seperti Hattori Hanzō, Oda Nobunaga, Toyotomi Hideyoshi, dan lain-lain lagi.", "Sikit demi sedikit, keberadaan Ieyasu di sisi Nobunaga membantu beliau mere.but semula wilayah lama milik keluarganya. Begitu juga kedudukannya sebagai seorang daimyo.", "Pemerintahan Ieyasu menyaksikan berlaku banyak kempen keten.tera.an. Antara lain, beliau bersekutu dengan Shingen Takeda untuk mengha.puskan klan Imagawa dan menyerap seluruh wilayah mereka.", "Menjelang tahun 1567, Ieyasu berdiri sebagai penguasa Wilayah Mikawa yang memang selama ini berada dalam genggaman klan keluarganya. Nama Ieyasu kian digeruni. Beliau juga berhasrat menubuhkan klan tersendiri, yang diberi nama Tokugawa. Hasratnya itu menerima restu maharaja dan beliau pun ditabalkan sebagai ketua klan Tokugawa yang pertama.", "Tahun-tahun berikutnya, Ieyasu mengekalkan kedudukannya sebagai bawahan Oda Nobunaga. Pertem.puran demi pertem.puran disertai beliau, termasuklah kempen mene.waskan klan Takeda. Kon.flik dengan klan Takeda ini dicatatkan berlangsung selama hampir sedekad. Dalam sedekad itu juga, ketokohan Ieyasu semakin terpahat.", "Sejarah bergulir dengan pantas. Sejurus selepas klan Takeda tum.pas, tepatnya pada tahun 1582, Oda Nobunaga pula menggemparkan negara. Beliau dikhia.nati dan dibu.nuh oleh pengawal peribadinya sendiri di Kyoto.", "Ieyasu kekal setia di sisi klan Oda. Namun, ketiadaan tampuk kepimpinan yang mantap membuatkan segalanya run.tuh. Kerusi kuasa yang ditinggalkan Oda diisi oleh seorang daimyo lain yang cukup berpengaruh, iaitu Toyotomi Hideyoshi. Bagi Ieyasu, keadaan ini boleh membenihkan bibit percakaran antara dirinya dan Hideyoshi.", "Namun, Ieyasu memilih untuk berada di bawah perintah Hideyoshi dan sekali lagi meletakkan dirinya di dalam naungan seorang tokoh unggul negara – pertama bagi menjamin keselamatannya dan kedua, untuk menjadi batu loncatannya.", "Memasuki tahun 1590, Hideyoshi dan rakan-rakan sekutunya berjaya menum.paskan mu.suh utama mereka, iaitu klan Hōjō. Kemenangan ini disusuli perintah yang bakal mengubah sepenuhnya ranah kehidupan Ieyasu.", "Beliau diarahkan supaya memindahkan pusat kekuasaannya ke dataran Kantō. Perintah ini berpotensi merugikan dan merisikokan kedudukan Ieyasu. Pertama, kerana beliau terpaksa melepaskan wilayah lama yang diperoleh dengan susah-payah. Kedua, beliau terpaksa bergantung kepada samurai-samurai Hōjō yang baru sahaja ditundukkan.", "Ieyasu bagaimanapun tidak ingkar. Kekuasaannya kali ini berpangkalan di kampung nelayan Edo. Istana dibangunkan. Edo kemudian berkembang menjadi Tokyo, ibu negara Jepun moden.", "Pemindahan pusat kuasa nyatanya menguntungkan Ieyasu. Kesetiaan samurai-samurai Hōjō berjaya diperoleh. Infrastruktur di rantau Kantō dibaik-pulih. Wilayah naungannya pula berkembang luas. Hanya dalam tahun-tahun singkat, Ieyasu menempa nama sebagai antara manusia paling kaya di Jepun. Ketokohannya hanya dapat didahului oleh Hideyoshi.", "Sejurus selepas Toyotomi Hideyoshi mang.kat pada 1598, Jepun didominasi oleh Ieyasu. Namun ketika itu, beliau masih berada di bawah pengaruh Hideyoshi, yang digantikan oleh puteranya yang berusia lima tahun.", "Kesempatan tidak dilepaskan. Ieyasu segera mengisytiharkan kebebasan. Rakan-rakan sekutu yang dahulunya memu.suhi Toyotomi Hideyoshi dihubungi. Pengaruh Ieyasu kian berkembang, sekali gus mengundang permu.suhan Ishida Mitsunari (penasihat tertinggi Hideyoshi) dan Mōri Terumoto. Kedua-duanya menghimpunkan bala ten.tera bagi menyekat Ieyasu.", "Medan Sekigahara dijadikan sebagai saksi pertem.puran yang bakal menentukan untung nasib antara dua pihak. Sejarah mengenangnya sebagai salah sebuah pertem.puran paling penting dalam tamadun Jepun. Pada tarikh keramat 21 Oktober 1600 Masehi, lebih 200,000 orang ten.tera berlaga sen.jata dengan takdir menetapkan pakatan Mitsunari-Terumoto tum.pas.", "Kemenangan ini secara langsung mengangkat Ieyasu sebagai penguasa paling berpengaruh di negara matahari terbit. Tiga tahun berlalu. Ieyasu dikurniakan gelaran shogun oleh maharaja pada usia 60 tahun. Era keshogunan beliau, yang turut dikenali sebagai Zaman Edo, berpanjangan sehingga 260 lamanya (tumbang 1867).", "Pemerintahannya menyaksikan Edo berkembang pesat. Bermula sebagai kampung nelayan, Edo membangun menjadi sebuah bandar yang dihuni oleh puluhan ribu manusia. Hari ini, ia unggul sebagai antara bandar metropolitan paling maju, sesak, dan sibuk di dunia.", "Ieyasu bagaimanapun mengundurkan diri daripada kerusi shogun setelah berkuasa selama dua tahun. Tempatnya digantikan oleh putera beliau yang bernama Tokugawa Hidetada. Pun begitu, Ieyasu masih mengepalai klan Tokugawa dan menangani mu.suh-mu.suh beliau seperti Toyotomi Hideyori yang berpangkalan di Istana Osaka.", "Istana tersebut dike.pung oleh Ieyasu sebanyak dua kali, mengakibatkan kesemua ten.tera di dalamnya terbu.nuh termasuklah kerabat terakhir Toyotomi. Hideyori sendiri membu.nuh diri sekali gus mengakhiri jurai keluarga Toytomi.", "Pada tahun berikutnya, Ieyasu menggubal beberapa undang-undang penting bagi meneguhkan pemerintahannya dan mengawal pengaruh raja-raja wilayah. Antaranya termasuklah mengehadkan mereka supaya memiliki sebuah istana sahaja di wilayah masing-masing.", "Di samping itu, Ieyasu juga melebarkan pengaruhnya dalam istana maharaja. Secara bertahap tetapi pasti, autoriti maharaja dan sidang istananya di Kyoto dihakis sepenuhnya.", "Hubungan antarabangsa turut mengalami penambahbaikan sewaktu pemerintahan Ieyasu. Hal ini terbukti menerusi hubungan diplomatik yang dijalinkan dengan Portugal, England, dan Belanda. Secara langsung, perdagangan dua hala sebegini memacu ekonomi Jepun ke peringkat yang lebih tinggi.", "Tahun 1616, Ieyasu jatuh gering. Kesihatannya menyusut sejurus kembali daripada berbu.ru. Sebahagian sejarahwan berpendapat beliau jatuh sa.kit akibat makan tempura ikan kuku (sea bream tempura). Ada pula yang menyatakan ia berpunca daripada sifilis atau kanser perut. Apa yang pasti, ia mengakibatkan kema.tiannya di usia 73 tahun, pada tarikh 1 Jun 1616.", "Jasad Ieyasu dise.madikan di Kuil Kunōzan, Wilayah Shizuoka. Ma.kamnya kemudian dipindahkan ke Kuil Nikkō Tōshōgū pada tahun 1617, disebabkan lahir kultus yang memujanya sebagai Tōshō Daigongen (Cahaya Timur). Pada hari ini, kuil tersebut menjadi antara destinasi pelancongan yang tersohor di Jepun.", "Tidak disangkal, kesohorannya berkait rapat dengan ketokohan seorang Tokugawa Ieyasu – insan yang bermula sebagai tawa.nan yang tersepit dalam percakaran antara dua klan. Berbekalkan bakat dan tekad, beliau muncul sebagai antara lelaki paling berkuasa di Jepun pada zamannya – lelaki yang dikenang sebagai salah seorang dari tiga penyatu negara matahari terbit.", "Sebagai penutup, artikel ini kami akhiri dengan pesanan Ieyasu sendiri: “Orang yang kuat di dalam hidup adalah orang yang memahami makna sabar. Sabar bermaksud menahan diri daripada kemahuan. Dalam diri manusia, ada tujuh perasaan yang sentiasa mencengkam; gembira, marah, resah, suka, duka, takut, dan benci.", "Orang yang sabar adalah orang yang tidak kalah (terbawa-bawa) dek kesemua perasaan ini. Kalau diikutkan, aku ini bukanlah kuat mana. Cuma, aku memang dikenali sebagai seorang yang sentiasa cuba mengambil sikap sabar. Jadi, kalau anak cucu aku mahu jadi seperti aku, pertama-tama mereka mestilah mengamalkan sabar.”", "TERJEMAHAN\nAleksa Vučković. (16 Mac 2021). Tokugawa Ieyasu: Most Powerful Shogun and Great Unifier of Japan. Ancient Origins." ]
https://www.thepatriots.asia/makam-bapa-revolusi-bangsa-jepun-mikado-meiji/
Makam Bapa Revolusi Bangsa Jepun – Mikado Meiji
[ "Jepun merupakan sebuah negara yang unik, negara yang sangat moden dan pada masa yang sama, sangat tradisional. Di tengah-tengah pusat bandar Tokyo, terdapat sebuah makam suci yang dibangunkan khusus untuk salah seorang Maharaja Jepun yang paling penting, bersama permaisurinya. Makam Suci Shinto ini adalah salah sebuah makam termasyhur di Jepun dan merupakan mercu Zen yang terletak di jantung metropolis Tokyo yang sentiasa sesak dengan manusia.", "SEJARAH MAKAM SUCI MEIJI", "Maharaja Meiji (1852-1912) merupakan figura penggerak dalam sejarah Jepun moden. Pemerintahan beliau menyaksikan berlakunya modernisasi negara dan peperangannya dengan Cina dan Russia.", "Selepas kemangkatan Maharaja pada tahun 1912, anggota Diet Jepun mengeluarkan satu undang-undang yang memerintahkan pembinaan Makam Suci Shinto bagi mengenang maharaja itu. Maharaja dan permaisurinya, Permaisuri Shoken sering mengunjungi sebuah kebun kecil di Tokyo semasa hayatnya.", "Lantaran itu, tempat tersebut dipilih sebagai tapak bagi makam yang dirancang untuk dibina itu. Kerja-kerja pembinaan dimulakan pada tahun 1915 dan ia pembinaannya dilakukan oleh para sukarelawan daripada pertubuhan pemuda dan pertubuhan masyarakat. Binaan ini dibuka pada tahun 1920, namun kerja-kerja di lapangan masih terus berlanjutan sehingga tahun 1927.", "\nKeadaan ini mengisyaratkan betapa tingginya penghormatan mereka terhadap Maharaja Meiji dan permaisuri. Sejak dibuka pada tahun 1958, makam ini sering menerima kunjungan kehormat dari luar negara, termasuklah oleh presiden-presiden Amerika. Semasa berlangsungnya hari-hari cuti Tahun Baru, ramai masyarakat Jepun datang mengunjungi makam ini sebagai sebahagian daripada adat Hatsumode. ", "Walau bagaimanapun, jasad Maharaja dan permaisuri tidaklah disemadikan di sini, sebaliknya di Kyoto.Pembinaan makam suci ini disokong oleh pihak kerajaan dan ia digunakan oleh militaris Jepun sebagai bahan propaganda semasa berlangsungnya Perang Dunia ke-2. Semasa konflik ini berlaku, kompleks makam asal dimusnahkan oleh serangan udara yang dilancarkan oleh Amerika. Sesudah tamat peperangan, masyarakat Jepun memberikan sumbangan dana untuk membina semula makam tersebut.", "PEMANDANGAN DI MAKAM MEIJI", "Makam Suci Meiji terletak di sebuah hutan yang berkeluasan sekitar 150 ekar. Di sana terdapat banyak laluan pejalan kaki di samping terdapat juga sejumlah kebun. Laluan masuk ke makam tersebut adalah melalui gerbang Tori, yang dibina dengan gaya Shinto klasik. Gerbang ini berfungsi untuk menandakan sempadan antara kawasan keramat dan kawasan biasa, dan ia dicat dengan warna merah dan hitam. Makam ini diperbuat daripada bahan-bahan tradisional, seperti tembaga dan kayu sipres. Aksesnya juga perlu melalui tangga-tangga yang disediakan, dibina dalam gaya binaan Jepun yang dikenali sebagai nagare-zukuri. Makam dan bangunan-bangunan lain dibina dengan gaya asimetri, dan ia memiliki bumbung tebar layar yang cukup menonjol, mengatapi bangunan sehingga ke bahagian depan dan membentuk anjung.", "\nKompleks makam ini turut mengandungi sebuah muzium yang mengandungi banyak artifak berkaitan Maharaja Meiji dan relik dari zaman pemerintahannya. Muzium ini dibina dalam gaya yang dikenali sebagai Azekurazukuri dan binaan kayunya itu bersifat ringkas dan minimalis, dibumbungi atap tebar layar. Gaien pula adalah present bahagian luar dan kawasan ini meliputi sebuah ruang pameran yang dipenuhi dengan mural pasangan diraja itu. Terdapat juga sebuah ruangan awam yang bersaiz besar di sini, di samping berhampirannya terdapat sejumlah fasiliti sukan, termasuklah stadium Olimpik Tokyo.", "Naien pula adalah presint bahagian dalam, tempat di mana makam Maharaja dan Permaisuri bertempat. Terdapat sebuah perkarangan besar di sini. Banyak barangan sembah korban seperti tong sake dapat dilihat perkarangan itu. Malahan, terdapat juga doa-doa yang ditulis di atas kertas/tablet kayu yang digantung pada sebuah dinding di bahagian dalam presint. Di sana bahkan terdapat meja untuk memudahkan para pengunjung menulis doa mereka untuk digantung.", "\nMakam ini boleh diakses dengan pengangkutan awam, dan terdapat perkhidmatan keretapi bawah tanah disediakan di kawasan berhampiran. Makam ini dibuka pada awal pagi dan ditutup menjelang malam. Kompleks tarikan pelancong ini sering dikunjungi ramai pelawat sehingga ia sentiasa sibuk. Terdapat banyak aktiviti yang dapat dilakukan di sana. Malahan, pelbagai pesta dan keraian sering disambut di perkarangan makam ini pada setiap tahun. Antara keraian yang paling penting adalah Keraian Bunga Musim Luruh dan Keraian Tahun Baru. ", "AKTIVITI SEMASA MENGUNJUNGI MAKAM MEIJI", "Selalu juga dilangsungkan persembahan budaya tradisional Jepun, antaranya seperti persembahan memanah tradisional. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk mengunjungi kompleks makam ini. Pengunjung dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Shinto yang diadakan, namun mereka mestilah bertingkah sopan sepanjang berada di sana. Terdapat juga banyak penginapan yang disediakan berhampiran Makam Meiji ini, tetapi ada di antaranya yang agak mahal kosnya.", "TERJEMAHAN:", "Ed Whelan. (7 Disember 2019). The Meiji Shrine: An Oasis of Zen in the Center of Bustling Tokyo. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/meiji-shrine-0012969" ]
https://www.thepatriots.asia/theodora-dari-pelacur-menjadi-pemaisuri-teragung-byzantine-2/
Theodora: Dari Pelacur Menjadi Pemaisuri Teragung Byzantine
[ "Kalau ditanyakan kepada saya, senarai-senarai wanita hebat dalam sejarah, tentunya saya tidak teragak-agak meletakkan Theodora, kisah seorang pelacur, seorang wanita yang dari kelas terendah ketika zaman feudal dahulu, memanjat takhta sehingga namanya dikenang dalam sejarah sebagai wanita besi yang kerana sumbangannya pada Rom Timur atau lebih dikenali sebagai Byzantine. Mari saya perkenalkan kepada anda, isteri kepada maharaja terbaik Byzantine iaitu Justinian The Great atau dikenali juga sebagai Justinian I. Fakta menarik, di bawah Justinian I, empayar Byzantine mencapai zaman kemuncak perluasannya.", "Theodora ialah anak kepada seorang seorang pelatih beruang untuk pertunjukkan di Hippodrome, sebuah stadium yang dibina di Byzantine untuk aktiviti seperti lumba kuda, pertunjukkan ala-ala sarkas dan seumpama dengannya. Lahir pada sekitar 500 Masihi di wilayah sekitar Syria, beliau merupakan keturunan Yunani yang populasi berasal di pulau kecil Cyprus. Selepas pemergian ayahnya, Theodora mengabadikan kehidupannya sebagai pelakon, penghibur kaum lelaki (seperti menari dalam keadaan bogel, membenarkan para lelaki yang dihiburkannya memegang bahagian sulitnya), berbuat komedi dan juga dianggap sebagai pelacur kanak-kanak pada waktu itu.", "Hanya pada usia 16 tahun barulah Theodora membawa dirinya dari kehidupan awal di rumah pelacuran itu, menuju ke Iskandariah, Mesir lalu menukarkan kepercayaannya kepada ajaran Monophysitism, sejenis mazhab dalam agama Kristian yang mengatakan bahawa Jesus Christ (Nabi Isa) adalah ketuhanan dan kemanusiaan dipersatukan dalam satu kudrat atau “hakikat” tanpa pemisahan, tanpa sebarang kekeliruan dan tanpa alterasi. Mulai situ, Theodora mengumumkan bersara dari kerjaya awalnya dan mula mengembara ke Antioch di Syria, tinggal dengan seorang wanita Macedonia yang disyaki sebagai pengintip.", "Kemudian, pada usia 21 tahun, Theodora mengembara pula ke pusat pemerintahan Empayar Byzantine iaitu Konstantinople sebelum bertemu dengan Justinian, bakal suaminya yang merupakan anak petani dari Serbia yang dalam misi untuk membantu pakciknya, Justin I untuk naik ke takhta Byzantine. Apabila Maharaja Justin I mangkat, Justinian dipilih sebagai pewaris. Ketika itu, Justinian I sudahpun berkahwin dengan Theodora. Awalnya, perkahwinan mereka ditentang kerana undang-undang Byzantine ketika itu melarang para bangsawan berkahwin dengan wanita dari kelas bawahan seperti Theodora.", "Namun, Justinian I yang memang terkenal kerana jasanya membentuk kembali undang-undang Byzantine ketika itu, dan kodifikasi undang-undang yang dibuat oleh Justinian I masih dipelajari oleh pelajar undang-undang sehingga hari ini. Bahkan, jasa terlihat dalam usaha Theodora dalam mempengaruhi hal kodifikasi undang-undang yang dibuat ialah Justinian I. ", "Betapa banyak undang-undang baru yang diperkenalkan oleh Justinian I adalah banyak berkisarkan tentang hak-hak wanita seperti hak penceraian, hak kepada mas kahwin,  memastikan bahawa setiap bapa ayam dan pemilik rumah pelacuran tidak lagi membuat duit atas maruah wanita, dan pada kemuncak setiap undang-undang yang diperkenalkan oleh Theodora, rumah-rumah pelacuran berjaya dibasmi dari segenap sudut di Empayar Byzantine. ", "Bahkan, dalam perjuangannya memperjuangkan hak kaum wanita, Theodora juga membina rumah-rumah istimewa (safe house) untuk para wanita tinggal dalam keadaan aman. Sudah tentu, ini tidak mungkin dicapai kalau tidak kerana statusnya yang sebagai pemerintah bersama Byzantine berjaya Justinian I.", "Antara babak-babak yang sangat diingati mengenai Theodora ialah ketika Pemberontakan Nika, di mana ketika itu di Byzantine, terdapat dua paksi politik yang sering bersaing kuasa. Ketika pemberontakan itu berlaku melibatkan dua paksi politik ini, betapa mereka mahu menaikkan maharaja Byzantine yang baru iaitu Anastasius I dan menggulingkan Justinian I. ", "Pemberontakan jadi tidak terkawal memaksa Justinian untuk meninggalkan Byzantine dan menyembunyikan dirinya di sudut-sudut empayar. Namun, dalam pada ketika itu, betapa Theodora bangkit menentang pemberontak suaminya. Ucapan Theodora masih diingati sehingga ke hari ini di mana dalam persidangan Theodora sahaja yang mahu mempertahankan takhtanya dan menyeru supaya para mereka yang setia dengan Justinian melawan. Dan akhirnya, pemberontakan berjaya ditundukkan oleh Theodora.", "Sudah tentu, kisah-kisah yang penuh romantism di atas tidak akan mampu dicapai kalau tidak kerana permainan politik licik Theodora, yang datang dari pembunuhan, pengkhianatan, penderaan, dan seumpama dengannya. Kalau tidak, Theodora tidak akan bergelar sebagai Ms Machiavelli pada zaman moden ini, nama yang diambil daripada seorang tokoh yang terkenal dengan idea realpolitiknya.", "RUJUKAN:", "James A. S. Evans (2012) The empress Theodora. Partner of Justinian. University Of Texas Press", "Duffy, Stella (2010) Theodora: the empress from the brothel. The Guardians.", "Irving, Jenny (2013) Theodora: A True Heroine?. Ancient History Ecyclopedia.", "Brooklyn Museum. Theodora." ]
https://www.thepatriots.asia/siapakah-funan-sebenarnya-dalam-sejarah/
Siapakah Funan Sebenarnya Dalam Sejarah?
[ "Isu ini sudah lama diperdebatkan oleh Vickery (saya tidak gemar polisi Khmerization beliau), Pelliot, Dupont, Wheatley mahupun Coedes sendiri.", "Namun ada satu laporan dari pengembara China,Kang Tai dan Zhu Ying dari kerajaan Wu kira-kira pertengahan abad ketiga Masehi yang menyimpan petunjuk yang amat penting.", "Ia amat penting sehingga Vickery sendiri terpaksa mengubahsuai laporan pengembara China itu, untuk mengukuhkan bahawa bahasa Funan adalah dari kelompok Mon-Khmer.", "Ia amat penting sehingga mampu men-checkmate-kan teori Funan adalah kerajaan Khmer.", "Petikan dari rekod Kang Tai dan Zhu Ying melaporkan tentang negeri bernama Tun-Sun:", "“..The kingdom of Tun-sun depends on Funan; the king name is Kun Lun (Kamara). There were many Brahmans from India…”", "(Petikan saya ambil terus dari teks bahasa Inggeris yang diterjemah dari bahasa China)", "Kemudian disambung tentang keterangan mengenai adat pengebumian Tun-Sun yang aneh,seakan-akan budaya orang Majusi iaitu membiarkan mayat dimakan burung.Ini ada disentuh dalam buku-buku teks sejarah kita.", "Tun-Sun terletak di Segenting Kra atau utara semenanjung Malaysia. Rujuk Micheal Vickery  ‘Funan Reviewed : Deconstructing the Ancients ‘ juga Paul Wheatley dalam ‘The Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland’.", "Okay,dari Tun-Sun,kedua pengembara itu berlayar ke satu pulau yang besar:", "“…out of Tun-Sun, on a big island of the sea, there is the country of Pi Kien, located at 8,000 li from Funan. People say that the body of the king is big, twelve feet and his head of three feet. From long time ago, he did not die and nobody know his age. This king is supernatural and pious. Bad or good actions done by people of the kingdom, thing of the future, there is nothing that the king does not know. Also none dare to impose to him. Furthermore,in the south country people calls him the king with big neck. The habit of the country is to have houses for habitation, to wear cloths, to eat regular rice and not sweet rice. The language of the habitants differs a little from the Funan. There is a mountain that produces gold; gold appears on top of stone, in immense quantity…”", "Perhatikan, meninggalkan Tun-Sun mereka ke satu pulau besar dan bertemu dengan satu kerajaan bernama Pi-Kien.Ini jelas adalah sama dengan Kien-pi, iaitu panggilan China kepada Jambi atau Kampar di Sumatera. Namun dalam Kampai di Langkat juga kemungkinan kerana perjalanan ke Jambi/Kampar mungkin mengambil masa kerana lebih jauh.Jadi saya cenderung bahawa mereka sampai ke Pulau Kampai di Langkat.", "Kemudian di sini ia checkmate:", "“…the language of the habitants differs a little from the Funan..”", "Rekod pengembara China mengesahkan bahawa bahasa Pi-Kien/Kien-Pi adalah ‘berbeza sedikit’ dari Funan menunjukkan bahasa kerajaan di Sumatera itu adalah serumpun dengan bahasa Funan.", "Jika bahasa Funan adalah Khmer, sudah tentu ia dicatatkan ‘berbeza banyak’ atau ‘amat berbeza’.", "Apabila mengetahui Sumatera tidak mungkin terdapat bukti kewujudan orang Mon atau Khmer, Vickery dengan licik mengubah kepada baris ayat itu kepada keterangan tentang Tun-Sun. Apabila Tun-Sun memang di utara semenanjung,ia lebih logik apabila ingin dikaitkan dengan ‘kerajaan Mon’, walaupun orang Mon hanya buka kerajaan di Thaton, Hamsawati, Haripunjaya dan Dvaravati.", "I rest my case.", "~Srikandi" ]
https://www.thepatriots.asia/asal-usul-pawang-dalam-tamadun-melayu-menurut-kajian-orang-putih/
Asal Usul Pawang Dalam Tamadun Melayu Menurut Kajian Orang Putih
[ "William Skeat telah membaca satu kitab bagaimana asal usul pawang Melayu. Dia telah menamakan kitab tersebut sebagai “Introduction To Pawang Book” yang dipercayai menjadi manuskrip yang menjadi bahan rujukan untuk menjadi pawang.", "“Bahwa ini fasal pada menyatakan surat pawang yang pertama-tama keturunan Nabi ALLAH Adam, dengan berkat ilmu mukjizat Nabi kita Muhammad dengan berkat Dato Kathi Rabun Jalil, yang diam di Madinah yang sembahyang di Kaabah dengan berkat Tok Syeikh Alim Puteh yang bersandar di tiang arash, yang tahu Lokh Mahpar yang menyuratkan dua kali syahadah yang menghadap pintu Kaabah. ", "Dengan berkat Tok Saih Panjang yang berdiam dinding songsang serta berkat Tok Kuning Malim Jaya yang diam di Gunung Ledang dengan berkat Tok Puteh Sabun Mata yang berdiam di Gunong Berapi Tok Maalim Karimun yang berdiam di Pulau Karimun, dengan berkat Tok Lambang Lebar Daun yang diam di Hulu Palembang, dan berkat Tok Dang Pok Dang Leni, berkat wali ALLAH, dengan berkat Ibu bapa, dengan berkat mukjizat bulan dan matahari dan dengan berkat Sultan Manikam yang diam di Puncha Arash yang memegang sekelian benih Adam dan itulah adanya”", "Petikan Malay Magic William Skeat", "Gimlette (1915) pula menyatakan pula hasil tembualnya dengan Pawang Diraja Kelantan pawang bermula dengan orang yang bernama Akmal Hakim. Akmal Hakim ini panggilan yang lain untuk Lukmanul Hakim.", "Menurut Ronald Werner pula yang menemubual pawang kelantan menyatakan Muhammad Salleh pawang pertama yang diketahuinya. nHasil kajian temuramah dengan bomoh di Kedah, Kelantan dan Perak menyatakan Lukmanul Hakim sebagai bomoh pertama di muka bumi. Lukmanul Hakim diberikan ALLAH kitab dan ilmu perubatan lalu diamalkan dan diperturunkan.", "Pawang cuaca", "Menurut Walter Skeat, terdapat pelbagai jenis pawang Melayu. Antaranya ialah pawang cuaca. Pawang ini pandai dalam mengawal cuaca seperti angin dan hujan. Angin penting pada zaman dahulu kerana orang Melayu belayar untuk pelbagai tujuan antaranya perdagangan, menangkap ikan dan sebagainya. Jadi cuaca seperti angin memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh jika sedang belayar tiada tiupan angin maka jampi akan dibaca", "“Marilah Inche, marilah Tuan\nUreikan rambut kau yang panjang lampei”", "(Hanya sekerat sahaja jampi saya tulis kerana ianya menyeru nama satu makhluk)", "Jika angin terlalu kuat maka satu jampi akan diseru:", "“Telor chichak telor mengkarong\nKetiga dengan si labi labi\nPanchang ku chachak tengah harong\nAngin ribut tidak menjadi\nPuteh menjadi kabur\nHitam menjadi arang.”", "RUJUKAN:", "William Skeat. Malay Magic. 1900", "Ronald Werner. Practise Of Bomoh. 1986.", "Gimlette. Malay Poison an Charm Cures" ]
https://www.thepatriots.asia/kisah-terpencil-wanita-yang-memiliki-sistem-imun-yang-b-u-n-uh-hiv/
Kisah Terpencil Wanita Yang Memiliki Sistem Imun Yang Bυηυh HIV
[ "Diagnosis HIV boleh membυηυh jiwa seseorang, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang mengamalkan konsep αib. Mesti orang akan fikir bukan-bukan, padahal penyebaran HIV tidak semestinya melalui hubungan syαhωαt.", "Jangkitan HIV boleh berlaku dalam situasi tidak bersalah pun, misalnya isteri yang mendapat melalui kecurangan suami (Bevan & Gardner, 2017). Konsepnya mudah difahami: dua spesis Lentivirus yang berkeliaran dalam dunia ini, menunggu badan untuk dibiηαsαkαη melalui beberapa kaedah perantara.", "Tanpa sebarang rawatan, seorang yang terkena HIV boleh hidup dalam lingkungan 9-11 tahun sahaja. Untuk mengamalkan gaya hidup biasa dengan kekasih, pesαkit perlu makan ubat untuk memastikan bebanan virus dilantaikan (Rodger, et al., 2019). Tetapi ubat ini sangat mahal, dalam lingkungan AS$21,000 hingga AS$54,000 setahun.", "Walau bagaimanapun ada satu kes sangat terpencil berlaku di Esperanza, sebuah bandar Argentina yang terletak dalam negeri Santa Fe. Kes ini melibatkan seorang wanita yang hidupnya berubah habis pada tahun 2013.", "Itulah tahun wanita tersebut menerima diagnosis yang meruntun jiwa: positif HIV. Tetapi lapan tahun kemudian, HIV didapati hilang daripada sistem tubuh badannya… satu dapatan yang amat mengejutkan walaupun pengamal perubatan gali habis sel dalam dαrαhnya.", "Jadi timbul satu hipotesis bahawa wanita tersebut barangkali mempunyai sistem imun khas yang membυηυh HIV (Turk, et al., 2021). Cuma ada kebarangkalian yang HIV masih ada… sekadar terbeηαm sampai tidak dapat dikesan.", "Identiti wanita ini dirahsiakan oleh keranabudaya Argentina yang menghina golongan positif HIV. Tetapi perlu tahu yang beliau bukan orang pertama dengan sistem imuniti sebegini hebat.", "Tahun lalu, seorang wanita bernama Loreen Willenberg yang berjaya kalahkan HIV daripada tubuh badannya tanpa bantuan perubatan (Mandavilli, 2020).", "Willberg dan Wanita Esperanza bersama Pesαkit London dan Pesαkit Berlin adalah empat jaguh luar biasa yang dikategorikan sebagai “elite controller” (Gupta, et al., 2020).", "Golongan ini mempunyai sistem imun yang mampu mengawal penularan HIV dalam tubuh badan tanpa ubat. Menurut (Gebara, et al., 2019), hanya 1 peratus dalam kalangan pesαkit HIV adalah elite controller.", "Dan saintis masih bergelut untuk kenal pasti macam mana sistem imun menjadikan seseorang elite controller (Thompson, 2021). Cuma mereka sedang mengenal pasti jika sistem imun elite controller boleh ditiru orang lain melalui teknologi perubatan.", "Perjuangan Untuk Merawat ", "Dari dulu lagi saintis melihat “ubat penyembuh HIV” sebagai holy grail yang wajib ditunaikan. Sejak tahun 1981, seramai 32 juta orang sudah menjadi mαηgsα penyakit berkenaan dengan AIDS.", "Bertrilion sudah dihabiskan untuk tujuan penyelidikan, yang meluaskan pengetahuan sains tentang HIV. Tetapi sampai sekarang, hanya terapi antiretroviral (ART) sahaja paling berkesan melαωαη HIV. Itupun ART tidak menyembuh – sekadar mengekang morbiditi HIV.", "Kerana sifat HIV itu sendiri sangat cilik mengelak mekanisme imun yang sepatutnya menyingkirkan mikroorganisme asing.", "Sekalipun diserαηg ubat-ubatan moden, HIV sekadar bersembunyi dalam sebuah rizab yang bertakung dalam lapisan usus (Hopkin, 2008). Jadi mungkin HIV takkan boleh sembuh 100 peratus.", "Cuma berkat daripada penyelidikan yang agresif, sains menemui jalan untuk putuskan rantaian kebolehjangkitannya… sekali gus memudahkan urusan harian seseorang. Walau bagaimanapun, jika “elite controller” dapat dimarhaenkan sampai semua pesαkit HIV dapat manfaat… tentu sekali penyakit ini dapat dirawat sendiri.", "RUJUKAN:", "Bevan, T., & Gardner, L. (2017, Februari 2). “These things happen” says wife who forgave cheating husband for infecting her with HIV. Daily Mirror.", "Gebara, N., et al. (2019). HIV-1 elite controllers: an immunovirological review and clinical perspectives. J Virus Erad. 5 (3): 163-166.", "Gupta, R., et al. (2020). E vidence for HIV-1 cure after CCR5Δ32/Δ32 allogeneic haemopoietic stem-cell transplantation 30 months post analytical treatment interruption: a case report. The Lancet. 7 (5): 340-347.", "Hopkin, M. (2008). HIV can ‘never be cured’. Nature.", "Mandavilli, A. (2020, Ogos 26). A woman may have been cured of H.I.V. without medical treatment. The New York Times.", "Rodger, A., et al. (2019). (ditapiskan) of HIV transmission through condomless (ditapiskan) in serodifferent (ditapiskan) couples with the HIV-positive partner taking suppressive antiretroviral therapy (PARTNER): final results of a multicenter, prospective and observational study. Lancet. 393 (10189): 2428-2438.", "Thompson, J. (2021, November 20). Patient’s immune system ‘naturally’ cures HIV in the second case of its kind. Live Science.", "Turk, G., et al. (2021, November 16). A possible sterilizing cure of HIV-1 infection without stem cell transplantation. Annals of Internal Medicine." ]
https://www.thepatriots.asia/gerakan-memurnikan-bahasa-perihal-bahasa-melayu-vs-beka-melayu/
Gerakan Memurnikan Bahasa: Perihal Bahasa Melayu VS Beka Melayu
[ "Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa yang dituturkan oleh 300 juta penutur di seluruh dunia khususnya di Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Timur Timor, Filipina dan Palawan serta Pulau Krismas dan Pulau Kokos di Australia. Beka Melayu secara dasarnya ialah kepercayaan bahasa kosa kata jati lebih diutamakan berbanding kata pinjaman. Perkataan “bahasa” yang merupakan kata pinjaman bahasa Sanskrit, bhāṣā (भाषा) digantikan dengan “beka” yang secara harfiahnya bermaksud “berbual-bual”.  Untuk pengetahuan, perkataan “beka” merupakan serumpun dengan “Wika” dalam bahasa Tagalog.", "Persoalannya, bagaimana hendak mencipta “Beka Melayu”? Kosa kata Beka Melayu boleh dicipta dengan menggunakan gabungan asas perkataan jati seperti “Matahari” daripada perkataan “Mata” dan “Hari”. Selain itu, terjemahan langsung daripada bahasa asing seperti Hidrogen (Bahasa Yunani) kepada Akar Air (Beka Melayu) membantu penciptaan tersebut. Menambahkan makna asas perkataan jati seperti “Akar” bagi menggantikan istilah Sains “Zarah” (Particles) turut berupaya. Malah, perkataan secara langsung daripada Proto-Austronesia boleh digunakan jika bahasa moden tidak mempunyai perkataan tertentu.", "Antara kosa kata dalam Beka Melayu ialah “Kalilangit” dan “Kaliapi”. Perkataan “Kalilangit” dan “Kaliapi” masing-masing digunakan untuk menggantikan “Syurga” dan “Neraka”. Kedua-dua kosa kata jati itu terdiri daripada perkataan “Kali” serta “Langit” dan “Api”. Dalam Proto-Austronesia, “Kali” ialah imbuhan awalan yang menunjukkan hubungan alam ghaib.", "Selain itu, “Akar Air” dan “Akar Tajam” adalah contoh kosa kata dalam Beka Melayu. Perkataan tersebut masing-masing digunakan untuk menggantikan istilah Sains “Hidrogen” dan “Oksigen”. Kedua-dua kosa kata tersebut terdiri daripada perkataan “Akar” serta “Air” dan “Tajam”. Dalam Sains, molekul air terdiri daripada dua atom Hidrogen dan satu atom Oksigen. Dalam Sains juga, Oksigen berperanan dalam pembentukan asid.  Justeru, “Akar Air” terbentuk daripada pengetahuan Sains dalam bilangan Hidrogen yang lebih banyak daripada Oksigen di dalam setiap molekul air.", "Di samping itu, “Rumah Makan” atau “Balai Makan” adalah contoh kosa kata dalam Beka Melayu. Kedua-dua perkataan tersebut digunakan untuk menggantikan istilah sedia ada seperti “Restoran”, “Warung”, “Kedai Makan” dan sebagainya. Kedua-dua istilah tersebut terdiri daripada perkataan “Rumah”, “Makan” dan “Balai”.", "Kemudian, “Buah Api” adalah contoh kosa kata dalam Beka Melayu. Perkataan tersebut digunakan untuk menggantikan perkataan “Lampu”. Perkataan itu terdiri daripada perkataan “Buah” dan “Api”. Menurut Sejarah, Thomas Alva Edison berjaya membuat paten untuk lampu ciptaannya pada tahun 4 November 1879. Lampu tersebut seolah-olah seperti bentuk buah pir.  Bentuk buah tersebut menjadi ilham pembentukan istilah “Buah Api”.", " Seterusnya, “Nusaraya”, “Nusatengah” dan “Nusamatahari” adalah contoh kosa kata dalam Beka Melayu. Ketiga-tiga perkataan tersebut masing-masing digunakan untuk menggantikan nama tempat sedia ada iaitu “Indonesia”, “Singapura” dan “Jepun”. Perkataan tersebut terdiri daripada perkataan “Nusa” (Pulau), “Raya” (Besar), “Tengah” dan “Matahari”. Kedudukan geografi ketiga-tiga negara tersebut memberi ilham kepada istilah Beka Melayu. Nusaraya (Indonesia) mempunyai banyak pulau, Nusatengah (Singapura) dikelilingi oleh dua negara dan matahari terbit dahulu di Nusamatahari (Jepun).", " Akhir sekali, “Rumah Sembahyang” dan “Balai Sembahyang”  adalah contoh kosa kata dalam Beka Melayu. Kedua-dua perkataan tersebut digunakan untuk menggantikan istilah khusus tempat ibadat mengikut agama tertentu seperti Masjid, Surau, Gereja, Sinagog dan sebagainya. Perkataan tersebut terdiri daripada perkataan “Rumah”, “Balai” dan “Sembahyang”. Untuk pengetahuan, perkataan “sembahyang” terdiri daripada perkataan “Sembah” dan “Hiang” (Tuhan).", " Akhir kata, itu adalah contoh kosa kata dalam Beka Melayu. Antara kelebihan dalam kejayaan pembersihan bahasa Melayu ialah, penutur bahasa tersebut akan lebih mudah mempelajari dan memahami bahasa serumpun yang lain. Sebagai contoh, perkataan “balai” adalah serumpun dengan “fale” (Tonga), “hale” (Hawaii), “bahay” (Tagalog), “bai” (Palau) dan “walai” (Dusun). Keburukannya ialah, gerakan ini akan memperlahankan perolehan maklumat baharu. Sebagai contoh, ahli bahasa mengambil masa yang agak panjang untuk mencipta perkataan jati bagi menggantikan perkataan Selfie, Joystick, Games dan sebagainya. Masa yang panjang tersebut menyebabkan perkataan asing itu sebati dalam diri kita.", "Artikel disumbangkan oleh Alam Bahasa untuk The Patriots.\n" ]
https://www.thepatriots.asia/gigi-tumbuh-kat-ovari/
Gigi Tumbuh Kat Ovari
[ "Bagi mereka yang melihat gambar in,\npasti perkara pertama yang muncul di fikiran mereka adalah ini ketumbuhan.\nMalangnya, ini bukan. Ini sebenarnya ialah kanser ovari, dan benda putih tu\nsebenarnya gigi. ", "Ok, mungkin anda tengah pelik sekarang,\nkenapa boleh ada gigi dalam ovari manusia? Jauh kot daripada mulut. Sebabnya\nialah kanser tu terjadi di kawasan sel stem ovari.", "Ini ialah artikel tentang sel stem dan\nkepentingannya.", "Anda pernah terfikir tak dari mana\ndatang kita punya sel dan tisu badan. Dari mana sel kulit kita berasal? Dari\nmana sel darah kita dicipta? Mesti ada pencipta dan pengilangnya kan? Jawapan\nuntuk hal ini ialah sel stem. Sebelum sel darah jadi sel darah, dan sel kulit\njadi sel kulit, mereka adalah sel stem. Mak bapak segala sel.", "Benda ni sebenarnya dah wujud waktu kita\nbaru disenyawakan lagi. Selepas sperma ayah bersatu dengan ovum ibu, gabungan\nini akan mewujudkan zigot dan seterusnya, seketul daging yang masih tak\nspesifik sifat dan fungsinya. Bila cukup waktu, sebahagian daripada sel ini\nakan berubah menjadi spesifik lalu membentuk organ dan tisu manusia. Ini lah\nsel stem terawal dan yang paling bagus. Sel zigot totipotensi.", "Kalau tak faham dengan penjelasan di\natas, anggaplah sel stem ni macam tepung. Bila kita bentukkan dia, dia boleh\njadi macam macam kuih dan kek. Sama juga dengan sel stem. Dia sel yang tiada\nrupa dan sifat lagi, tapi bila dah sampai masa, dia akan berubah balik. Tapi,\napa yang bagus pasal sel stem ni ialah kalau kita rangsang dia dengan sel lain,\natau tampal sel stem ni kepada sel yang dah ada sifat, dia akan berubah menjadi\nsel bersifat tu. Sebagai contoh, kalau kita tampal sel stem ni dekat bahagian\nkaki terputus, dia akan berubah jadi sel sel di kaki dan akan tumbuhkan balik\nselagi cukup sel stem. Bayangkan, orang yang tempang semua tu, ada kaki balik.", "Satu lagi masalah perubatan yang boleh\ndirawat dengan sel stem ialah masalah organ rosak. Selalunya bila masalah macam\nni kita akan mintak organ dari penderma. Masalahnya, organ ni pun macam darah\njuga yang ada jenis macam A, B, AB dan O semua tu. Dalam kebanyakan kes, badan\nkita akan tolak organ orang lain kalau tak sama jenis. Sel darah putih akan\nmakan organ tu sampai mati.", "Kalau sesuai pun kena makan ubat pelemah imun sampai mati sebab kalau tak, sel darah putih akan makan. Organ yang paling sesuai ialah organ daripada kembar serias sebab DNA 99% sama. Tapi tu la, bukan semua orang ada kembar seiras. Jadi, kalau kita rangsang sel stem tu untuk tumbuh organ rosak pesakit berdasarkan DNA pesakit, tak ke kita akan dapat organ yang sama dengan organ asal pesakit? Mesti badan pesakit tu tak tolak punya. Takde la pesakit nak kena makan ubat pelemah imun sampai ke tua.", "Sebab itu zigot totipotensi ni dikira\nsel stem paling bagus, sebab dia ni dikira sel stem yang paling awal dan boleh\nikut apa apa acuan. Dia bukan setakat boleh cipta organ dan tisu baru, nak\ncipta satu badan terus pun boleh. Bila zigot ni dah membesar jadi manusia, sel\nstem totipotensi ni dah tiada, tapi kita ada sel stem lain macam sel puliropotensi\ndan multipotensi. Boleh je nak cipta satu organ terus, tapi lagi terbatas\nberbanding totipotensi. Contoh sel stem tersebut ialah tali pusat dan sel germa\ndi ovari dan testis. Sebab itu ada tumor ovari tu boleh ada mata, gigi dan\nrambut. Sebab sel tumor di situ pergi rangsang sel stem jadi tisu dan organ.", "Walau bagaimanapun, sel stem ni hanya boleh berfungsi kalau kita dedahkan dia pada sel yang sama spesis. Sel stem manusia tak akan berubah jadi sel tulang kalau tulang tu tulang lembu. Sama juga kalau kita guna sel stem ayam pada tikus. Tak jadi apa-apa. ", "Jadi kalau ada tukang jual ubat yang kata dia jual ubat sel stem, selalunya itu scam. Gila ke apa jual sel stem pokok untuk rawat manusia. Lagi bebal bila dia suruh kita makan sel stem tu untuk sembuh. Tak kisahlah kalau sel stem tu sel stem manusia pun, kalau dah masuk perut memang jadi makanan dan khasiat je la.", "RUJUKAN:", "Adewumi O, et al. (The International\nStem Cell Initiative) (July 2007). “Characterization of human embryonic\nstem cell lines by the International Stem Cell Initiative”. Nature\nBiotechnology. 25 (7): 803–16. doi:10.1038/nbt1318. PMID 17572666.", "Hans R. Schöler (2007). “The\nPotential of Stem Cells: An Inventory”. In Nikolaus Knoepffler; Dagmar\nSchipanski; Stefan Lorenz Sorgner (eds.). Human biotechnology as Social\nChallenge. Ashgate Publishing, Ltd.\np. 28. ISBN 978-0-7546-5755-2.", "Mitalipov S, Wolf D (2009). Totipotency,\npluripotency and nuclear reprogramming. Advances in Biochemical\nEngineering/Biotechnology. 114. pp. 185–199. Bibcode:2009esc..book..185M.\ndoi:10.1007/10_2008_45. ISBN 978-3-540-88805-5. PMC 2752493. PMID 19343304.", "Schöler, Hans R. (2007). “The\nPotential of Stem Cells: An Inventory”. In Nikolaus Knoepffler; Dagmar\nSchipanski; Stefan Lorenz Sorgner (eds.). Humanbiotechnology as Social\nChallenge. Ashgate Publishing.\np. 28. ISBN 978-0-7546-5755-2." ]
https://www.thepatriots.asia/kota-samarkand-pintu-ke-timur-dan-barat/
Kota Samarkand: Pintu Ke Timur Dan Barat
[ "Samarkand, atau juga dieja sebagai Samarqand, merupakan sebuah kota yang terletak di Uzbekistan moden, atau dahulunya disebut sebagai Transoxiana, Asia Tengah. Lokasi bandar ini yang terletak di Lembah Sungai Zerafshan memberikannya sumber alam yang banyak. Selain itu, Samarkand ini juga terletak di sepanjang Jalan Sutera yang menghubungkan Dunia Mediterranean dan Dunia Timur.", "Faktor yang kedua ini banyak menyumbang kepada perkembangan Samarkand dan ia menjadi salah sebuah kota teragung di Asia Tengah. Namun, sejarah Samarkand itu sendiri lebih mendahului laluan perdagangan masyhur itu dan ia merupakan salah sebuah kota paling tua dihuni secara berterusan di Asia Tengah.", "SAMARKAND PURBA", "Bukti arkeologi mendapati kawasan Samarkand sudah pun dihuni oleh manusia sejak kurun ke-14 Sebelum Masihi. Pada kurun ke-6 Sebelum Masihi, kota itu menjadi sebahagian daripada Empayar Achaemenid, iaitu apabila ia dit4kluk oleh Cyrus Agung. Pada era pemerintahan Darius Agung, Samarkand dijadikan sebagai ibu kota wilayah satrapi Sogdiana.", "Nama Samarkand berasal-usul daripada bahasa Sogdian, yang membawa maksud ‘Kubu Batu’. Malahan, ekskavasi arkeologi yang dijalankan di sana berjaya menemukan runtuhan kuil Sogdian purba. Selain itu, tidak banyak maklumat yang diketahui perihal Samarkand di zaman purba ini. Apapun, ilmuwan mengandaikan bahawa ia kerap dikunjungi oleh para pengembara dari Babylon, Assyria dan Parsi yang menuju ke China.", "PEN4KLUKAN SAMARKAND OLEH ALEXANDER AGUNG", "Pada kurun ke-4 Sebelum Masihi, Samarkand dit4kluk oleh Alexander Agung dalam kempennya menentang Empayar Achaemenid. Dalam sumber-sumber Yunani, Samarkand dipanggil sebagai Maracanda. Kota ini dijadikan sebagai pangkalan Alexander bagi melancarkan ekspedisi-ekspedisi ketenteraan yang selanjutnya di rantau itu.", "Samarkand juga dijadikan sebagai tempat berlangsungnya salah satu episod kehidupan yang paling masyhur bagi Alexander. Menurut sumber-sumber purba berkenaan Alexander, di kota inilah raja Macedonia itu membvnuh Cleitus, seorang pegawai tentera Macedonia yang pernah menyelamatkan beliau dalam Pertempuran Granicus, semasa berlakunya pertelagahan antara mereka berdua dalam keadaan mabuk.", "Selepas kem4tian Alexander, Samarkand menjadi sebahagian dari wilayah satrapi Baktria bagi Empayar Seleucid. Sekitar separuh kedua kurun ke-3 Sebelum Masihi, Empayar Seleucid disibukkan oleh pep3rangan menentang Empayar Ptolemy di Barat.", "Satrapi Baktria mengambil peluang ini untuk mengisytiharkan kemerdekaan dan membentuk Kerajaan Yunani-Baktria. Justeru, Samarkand diserap ke dalam entiti baru ini. Kejatuhan Kerajaan Yunani-Baktria di tangan Empayar Kushan memperlihatkan pemilikan Samarkand sekali lagi bertukar tangan", "SELEPAS ZAMAN KUSHAN", "Samarkand menempuh era kemunduran ketika berada di bawah kekuasaan Empayar Kushan, dan hanya mengalami kebangkitan semula beberapa kurun kemudian. Pada kurun ke-7 Masihi, Jalan Sutera kembali dibuka oleh Dinasti Tang.", "Hal ini membawakan kekayaan yang melimpah-ruah buat kota Samarkand, yang meraih banyak keuntungan daripada aktiviti perdagangan. Kediaman-kediaman bangsawan yang bertarikh antara kurun ke-6 dan kurun ke-8 Masihi ditemui di sana, sekaligus membuktikan kekayaan yang dikecapi oleh Samarkand pada zaman itu.", "PEN4KLUK-PEN4KLUK SAMARKAND YANG LAIN", "Samarkand kemudian dit4kluk oleh suku Turk, dan seterusnya oleh bangsa Arab sekitar permulaan kurun ke-8 Masihi. Berikutan pen4klukan oleh bangsa Arab ini, agama Islam menjadi agama dominan dalam kalangan penduduk kota itu.", "Pada tahun 1220 Masihi, Samarkand menerima pukulan yang dahsyat apabila ia dit4kluk oleh Monggol di bawah kepimpinan Genghis Khan. Catatan sejarah mendakwa bahawa hanya suku sahaja daripada populasi lamanya, atau bahkan kurang daripada itu, disisakan oleh Monggol. Malah, ramai artisan mahir dipindahkan dari kota itu untuk dibawa ke Monggolia.", "Pembinaan Masjid Jamek di Samarkand. Ilustrasi oleh Bihzad untuk Zafar-Nameh. Teks ini disalin di Herat pada 1467-68", "Kegemilangan Samarkand hanya dikecapi kembali pada tahun 1371, apabila seorang lagi pen4kluk agung, iaitu Timurlane, menjadikan Samarkand sebagai ibu kotanya. Justeru, kota itu segera diperkuatkan dengan tembok baharu. Sebuah citadel turut dibina. Tambahan lagi, sejumlah artisan mahir dipindahkan oleh Timurlane dari wilayah-wilayah t4klukannya yang lain ke Samarkand, di mana mereka ini kemudiannya mendirikan bangunan-bangunan baru di kota itu.", "Antara bangunan yang paling masyhur dibina di Samarkand pada era Timurid ialah Masjid Bibi-Khanum, Masjid Registan, Gur-i Amir (Makam Pemerintah, iaitu Permakaman Timurlane), dan Balai Cerap Ulugh-Be.", "Ramai sejarahwan yang mendakwa bahawa pada era pemerintahan Timur inilah Samarkand mengecapi zaman kemuncaknya. Selepas ketumbangan Timurid pada permulaan kurun ke-16 Masihi, Samarkand dit4kluk oleh suku gasar Uzbek.", "Dinasti baru, iaitu Dinasti Shaybani, memindahkan ibu kota dari Samarkand ke Bukhara. Apapun, kota ini terus diperindah oleh penguasa barunya. Misalnya pada tahun 1660 Masihi, tiga buah madrasah dibina di dataran Registan sekaligus membentuk rupa terakhir.", "TERJEMAHAN:", "Wu Mingren. (15 Februari 2016). Samarkand: An Ancient Link Between East and West. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/samarkand-ancient-link-between-east-and-west-005355" ]
https://www.thepatriots.asia/taburlah-bunga-di-atas-pusara/
Taburlah Bunga Di Atas Pusara
[ "“Andai kata kami gugur semua\nTaburlah bunga di atas pusara\nKami mohon doa\nMalaysia berjaya.”", "Lagu ‘Inilah Barisan Kita’ ni, sudah tentu semua rakyat Malaysia dah hafal kan. Lagi-lagi abang askar kita, yang lebih menjiwai dengan mempertaruhkan nyawa untuk negara. Jika terkorban, akan dimakamkan secara terhormat.  Seperti lagu tadi, taburlah bunga di atas pusara. Dah tu, siram air lagi. Eh? Kenapa kena tabur bunga, jirus air pulak? Abang askar kita buat benda bidaah ke?", "Haaa..di sinilah kena faham adat bersendi syariat, syariat bersendi kitabullah.", "Rasulullah ﷺ melalui kawasan perkuburan dari perkuburan di Madinah atau Makkah, lalu Baginda mendengar suara dua orang yang sedang diazab di dalam kubur mereka. Maka ﷺ bersabda: “Kedua-duanya diazab dan diazab kedua-duanya bukan kerana dosa besar”, kemudian Baginda bersabda:", "“Salah seorang daripada kedua-duanya diazab kerana tidak bersuci setelah kencing dan yang satu lagi kerana dia melaga-lagakan orang lain.” Kemudian, Rasulullah ﷺ meminta pelepah kurma dan membahagikannya kepada dua bahagian, lalu meletakkan (mencacak) setiap dua kubur itu dengan setiap pelepah. Lalu ditanya kepada Baginda: “Wahai Rasulullah ﷺ, kenapa Tuan berbuat sebegini?” Baginda bersabda: “Mudah-mudahan ia (pelepah) tadi boleh meringankan azab kedua-duanya selama ia belum kering. (HR Bukhari)", "Para ulama’ beristinbat daripada perbuatan Nabi ﷺ mencacak dua pelepah tamar di atas kubur, untuk bolehnya mencacak pokok dan bunga pada kuburan orang islam. Ia difatwakan dalam kitab al-Fatwa al-Hadisyyah. Imam Al-Qurtubi menyatakan, hadis ini merupakan isyarat, selama ianya basah, maka ia akan bertasbih, dan sekiranya ia sudah kering, maka jadilah dia sebagai “jamad”.", "Imam Nawawi mensyarahkan, “Hukuman kepadanya (ahli kubur) akan dikurangkan kerana selagi ia segar, ia akan menyebutkan tasbih.” Daripada ini ulama mengharuskan pula bacaan al-Quran dan berdoa di sisi kubur, kerana bacaan zikir daripada lidah manusia yakni khalifatullah lebih afdhal daripada tasbih pelepah tamar tadi.", "Namun meletakkan tumbuhan itu pun ada kebaikannya. Jikalau tidak, mengapa Nabi ﷺ mencacakkannya sedangkan boleh sahaja Nabi ﷺ berdoa semata-mata. Jikalau tidak, mengapa Nabi ﷺ mengatakan, “selama ia belum kering.” Maknanya kerana tasbih tumbuhan tadi, azab ahli kubur diringankan.", "Dalil agama ada 4 iaitu Al-Quran, Hadis, qias dan ijma’ ulama’. Perbuatan menabur bunga adalah qias atau kiasan kepada perbuatan Nabi memacak pelepah tamar. Kedua-duanya tumbuhan yang hidup. Sama. Begitu juga dengan menanam atau mencacak bunga.", "Bunga yang ditabur atas kubur itu, bukanlah benda mati. Ia berzikir dan bertasbih. Allah berfirman: “Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; hanya Allah lah yang mempunyai semua kerajaan dan semua pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (QS. At-Taghabun: 1)", "Macam mana pulak dengan menjirus air?", "Nabi ﷺ melakukan sedemikian pada kubur anak baginda, Saidina Ibrahim sebagaimana diriwayatkan oleh Imam asy-Syafie dan juga pada kubur Saad sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah. Nabi juga memerintahkan dijirus air pada kubur Saidina Uthman bin Mazhun sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Tirmizi.", "Syeikh Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi dalam kitabnya I’anah ath-Tholibin menyebutkan, “Dan (disunatkan) menyiram (menjirus) kubur dengan air agar debu-debu tanah tidak ditiup angin dan kerana bahawasanya Nabi ﷺ melakukan sedemikian pada kubur anak baginda Saidina Ibrahim”. Pada ayat lain, “Dan yang mustahab adalah air tersebut suci lagi menyucikan dan sejuk (air mutlaq) sebagai tafa’ul mudah-mudahan Allah menyejukkan kubur si mati.”", "Kitab Nihayah az-Zain menambah, “Tidak mengapa dengan sedikit air mawar kena malaikat menyukai bau yang harum.”", "Begitulah, tiada salahnya perbuatan menabur bunga dan menjirus air di atas kuburan. Manfaatnya, jikalau ahli kubur itu pendosa, maka azabnya akan diringankan. Jikalau ahli kubur itu orang soleh, maka darjatnya akan diangkat. Hati-hati menilai amalan orang tua-tua kita. Salah bicara, memecahbelahkan masyarakat. Ingat, kita bersyukur tidak berada di negara yang penduduknya tidak sibuk dikafir-kafirkan. Aman damai. Aqidah rasmi kita; Ahli Sunnah wal Jamaah. Sultan yang kita sayang pun Ahli Sunnah wal Jamaah. Alhamdulillah.", "Last sekali, ingat wasiat Altimet:", "Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa\nAmboi amboi\nAmboi amboi amboi amboi amboi amboi\nAmboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi\nAmboi amboi amboi amboi amboi amboi\nAmboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi", "RUJUKAN:" ]
https://www.thepatriots.asia/manna-salwa-makanan-dari-langit-untuk-bani-israil/
Manna & Salwa, Makanan dari Langit untuk Bani Israil
[ "Katalah korang tersesat dalam hutan. Lapar-lapar pulak, ada orang bagi makan free. Apa korang ucap? Mesti la terima kasih kan.", "Beza benor dengan Bani Israil. Diorang bukan order foodpanda tau. Allah turunkan Manna & Salwa istimewa dari langit! Dah la tak bagi 5 star, tu pun banyak complain?!", "Nabi Muhammad pernah diturunkan satu ayat Quran yang buat ramai Rabbai Yahudi tercengang. Macam mana tahu pasal ni??", "یَـٰبَنِیۤ إِسۡرَ ٰ⁠ۤءِیلَ ٱذۡكُرُوا۟ نِعۡمَتِیَ ٱلَّتِیۤ أَنۡعَمۡتُ عَلَیۡكُمۡ وَأَوۡفُوا۟ بِعَهۡدِیۤ أُوفِ بِعَهۡدِكُمۡ وَإِیَّـٰیَ فَٱرۡهَبُونِ﴿ ٤٠ ﴾\nWahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). (Al-Baqarah, Ayat 40)", "PERJANJIAN. Allah ungkit balik tentang perjanjian Bani Israil dalam Taurat yang telah Rabbai Yahudi sembunyikan. Patutnya, diorang mesti beriman dengan Nabi akhir zaman, yakni baginda Rasulullah. Diorang tak puas hati lahir Rasul dari bangsa Arab, bukan bangsa Yahudi. Ini menjadi sebab Rabbai menafikan kenabian Rasulullah. Dengan turunnya ayat di atas, terbongkarlah muslihat mereka selama ini.", "Tafsir Tabari sebut, sampai 6 nikmat besar Allah bagi pada diorang:", "Demi sebesar-besar nikmat iman, diutuskan ramai Rasul serta diturunkan kitab-kitab suci seperti Zabur, Taurat dan Injil. Kaum Yahudi tak dibiarkan merana, Allah selamatkan diorang daripada penindasan Firaun. Manjanya diorang, sampaikan bila berjalan merentasi padang pasir yang panas terik, diorang redup dinaungi awan. Bila lapar sewaktu sesat 40 hari, Allah turunkan Manna & Salwa dari langit. Tak cukup dengan itu, bila dahaga Nabi Musa ketuk batu dan keluarlah 12 pancuran mata air. Tu pun complain lebih.", "Manna & Salwa ni apa? Special tau Allah turunkan dari langit.", "Manna:", "Ada yang kata Luban (Arabic Gum). Tabsir Ibn Katsir sebut Manna turun pada diorang macam salji, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Turun time subuh sampailah terbit matahari. Makan masa tu, mencukup untuk seharian. Ada yang kata likatnya macam madu dan kena campur dengan air, baru diminum. Pendapat lain kata Manna ni roti. Ada yang bandingkan dengan madu yang kita biasa makan, Manna 70 kali ganda lagi lazat. Macam manisan halawiyat. Bani Israil minta ni dengan Nabi Musa bila kelaparan.", "Salwa:", "Sejenis burung macam puyuh. Burung made in paradise, dari syurga kau! Saiznya besar sikit daripada burung biasa. Ada yang kata serupa burung merpati. Bani Israil minta nak makan daging dengan Nabi Musa, lantas bertiuplah angin kepada mereka sambil membawakan Salwa.", "Bila dah dapat makan Manna & Salwa, diorang tanya lagi nak minum apa? Tu yang Nabi Musa ketuk batu dan memancarlah mata air segar sedia diminum.", "Tapi perangai Yahudi, memang kuat complain.", "Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya”. Nabi Musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”. Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh. (Surah Baqarah, Ayat 61)", "Jemput beli buku KITAB TAMADUN YAHUDI untuk tahu lagi banyak pasal bangsa Yahudi. Buku ini boleh dibeli di sini bit.ly/kitabtamadunyahudi" ]
https://www.thepatriots.asia/thomas-paine-individu-di-sebalik-dua-revolusi/
Thomas Paine – Individu di Sebalik Dua Revolusi
[ "Tidak ramai yang mengenali Thomas Paine, yang merupakan antara propagandis politik terulung dalam sejarah. Paine merupakan anak kelahiran Norfolk, England dan meninggal dunia pada 1809 pada usia 72 tahun dan dikebumikan di New York, Amerika Syarikat. Paine hidup ketika kurun mencatatkan dua revolusi besar yang tercetus pada masa itu iaitu di Perancis dan Amerika Syarikat. Beliau juga dianggap sebagai Bapa Pengasas AS.", "Ketika usia mudanya, Paine telah mencuba pelbagai pekerjaan namun semuanya gagal. Akhirnya, beliau telah memilih untuk menjadi pegawai percukaian namun dipecat pada tahun 1772 apabila desakan kerasnya untuk menaikkan gaji pekerja sebagai cara untuk menghapuskan rasuah tidak dipersetujui. Dalam keadaan tidak berpendapatan, beliau telah bertemu Benjamin Franklin yang mencadangkan beliau agar berhijrah ke Amerika untuk melakukaan kerja penulisan di sana.", "Common Sense ", "Paine bekerja di syarikat milik menantu Franklin iaitu Pennsylvania Magazine, di mana di sana beliau telah menerbitkan sejumlah artikel dan puisi. Kebetulan, ketika Paine tiba di Amerika pada tahun 1774, pertempuran antara pihak koloni Amerika dan penjajah British sedang sengit berlansung. Ketika inilah, beliau telah menghasilkan risalah paling popular pada ketika itu iaitu Common Sense.", "Common Sense merupakan risalah yang ditulis oleh Paine di mana isinya menyokong tenter4 koloni yang dipimpin George Washington. Dalam risalah tersebut, Paine beranggapan bahawa puak koloni sepatutnya tidak hanya memberontak menentang akta percukaian yang zalim, malah inilah peluang terbaik untuk menuntut kemerdekaan sepenuhnya dari empayar British.", "Tambah beliau, kerajaan pilihan rakyat adalah lebih mulia berbanding mana-mana bentuk kerajaan yang berasakan aristokrasi dan perwarisan, termasuk kerajaan monarki, yang merujuk kepada monarki England ketika itu. Menurutnya, tiada lagi saat terbaik pada masa akan datang untuk melepaskan diri dari cengkaman British, maka puak koloni perlu memenangi pertempuran ini.", "Betapa berpengaruhnya risalah Common Sense ini sehinggakan bapa pengasas Amerika Syarikat sendiri, John Adams menyebut bahawa ‘tanpa pena penulis Common Sense, perjuangan Washington akan menjadi sia-sia sahaja’. Risalah ini jugalah antara yang dirujuk dan membuka jalan ke arah Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat 1776. Pengaruh Common Sense juga dapat dibuktikan dengan rekod cetakan dan penjualannya yang mencecah 150 ribu pada akhir tahun 1776, satu angka yang luar biasa pada zaman tersebut.", "Ketika pe.ra.ng revolusi sedang hangat berlansung, tulisan Paine juga telah berjaya menyemarakkan semangat tentera-tentera koloni untuk terus menghimpit puak loyalist. Ketika musim sejuk Disember tahun 1776, tentera Washington berada dalam keadaan yang sangat teruk di mana sesetengah sejawaran berpendapat mereka berada di ambang perpecahan. Keadaan ini telah memberi inspirasi kepada Paine untuk menghasilkan satu lagi risalah yang bertajuk The American Crisis.", "Dari situlah wujudnya bait permulaan terkenal iaitu ‘These are the times that try men’s souls’. Risalah tersebut telah berjaya memberi inspirasi kepada tenter4 Washington di mana mereka telah berjaya memenangi Pertempuran Trenton yang dianggap sebagai medan pertempuran yang sangat signifikan di mana kemenangan Washington telah memberi banyak kelebihan kepada tenter4nya.", "Karier Politik", "Setelah Revolusi Amerika tamat, di situlah bermulanya karier politik Thomas Paine di mana beliau telah ditugaskan sebagai setiausaha di Jawatankuasa Kongres Bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan seterusnya sebagai kerani di Pennsylvania Assembly. Paine juga telah menulis preamble bagi satu akta yang telah membebaskan 6000 hamba di Amerika.", "Kembali ke England", "Setelah karier politiknya makin suram di Amerika Syarikat, Paine perlahan-lahan mula beralih arah bidang rekaan, antaranya pembuatan jambatan besi. Pada April 1787, beliau kembali ke Eropah untuk mempromosikan pelan jambatan yang ingin dibina merentasi Sungai Schuylkill berdekatan dengan Philadelphia. Di England, projeknya tidak dapat berjalan dengan lancar kerana isu politik sering menarik perhatiannya. Pada Disember 1789, beliau telah menerbitkan tulisan amaran berkenaan tindakan Perdana Menteri UK William Pitt.", "Dalam tulisannya itu, Paine telah memberi amaran terhadap cubaan William untuk melibatkan England dalam kancah pe.pera.ngan yang berlaku antara Perancis dan Republik Belanda.  Beliau memberi amaran kepada rakyat British bahawa perkara yang pasti jika pe.ran.g diisytiharkan adalah kenaikan cukai.", "Rights of Man ", "Pada masa itu, Revousi Perancis sedang rancak berlansung dan menjadi tajuk utama di serata Eropah. Seorang ahli falsafah berbangsa Irish, Edmund Burke merupakan seorang sarjana yang mengecam revolusi berdarah tersebut. Kecaman dan ketidaksetujuan beliau boleh dilihat melalui tulisannya dalam Reflections on the Revolution in France. Dalam tulisan tersebut, beliau mengecam tindakan melampau para revolusioner dan menganggap perjuangan mereka terlalu idealistik, samar, tiada objektif yang jelas serta terbuka kepada salah guna oleh pihak opportunis.", "Biarpun Paine mengagumi Burke atas sokongan beliau ke atas Revolusi Amerika, ternyata perkara itu tidak menghalang Paine untuk membuat kenyataan balas terhadapat Burke. Paine telah mempertahankan tindakan para revolusioner Perancis dalam tulisannya yang bertajuk Rights of Man pada 13 Mac 1971.", "Penerbitan risalah tersebut terus mendapat perhatian masyarakat kerana ia sememangya dijangkakan untuk membalas pendirian Burke. Dalam Rights of Man, Paine telah menyatakan sebab-sebab mengapa masyarakat Eropah berasa tidak puas hati terhadap monarki. Juga, Paine menyifatkan revolusi ialah satu bentuk penawar atau ganti rugi terhadap kerajaan yang korup dan pepe.ran.gan yang tidak berkesudahan.", "Apabila Burke membalas, Paine dengan pantas kembali dengan menerbitkan Rights of Man II pada 17 Februari 1792. Risalah tersebut sememangnya telah mencetuskan sensasi bukan sahaja di Eropah, malah Amerika Syarikat turut menerima penangannya. Sekurang-kurangnya, siri pertama Rights of Man telah diterbitkan sebanyak lapan kali di AS pada tahun ia diterbitkan.", "Secara umumnya, Rights of Man mempopularkan idea di mana kerajaan yang sah boleh dicapai hanya melalui persetujuan (consent), demokrasi dan sistem republik. Oleh kerana revolusi di Perancis tidak berlaku di UK, maka ada yang menggelar Rights of Man sebagai the Bible of British Radicalism kerana prinsip ideanya yang keras pada zaman tersebut.", "Fasa akhir kehidupan", "Paine telah pergi ke Perancis untuk melihat kerja-kerja terjemahan ke atas karyanya. Kebetulan, ketibaannya di Perancis adalah serentak dengan penangkapan monarki terakhir Perancis iaitu Louis XVI. Paine kemudiannya dihukum penjara atas pendiriannya yang tidak menyokong pelaksanaan hukuman ma.ti, yang pada ketika itu penggunaan guillotine adalah sangat popular dan ia juga menjadi alat yang mem4ancung Louis XVI di khalayak ramai.", "Setelah dibebaskan pada tahun 1794, Paine telah bertindak men.yer.ang rakan lamanya, George Washington kerana mempercayai bahawa Washington telah berkomplot dengan pemimpin revolusi Maximilien de Robespierre untuk memenjarakannya.", "Se.ra.ngan Paine ke atas Washington ibarat memakan diri kerana Washington adalah persona yang sangat popular dan mendapat sokongan penuh rakyatnya. Maka, populariti Paine di AS terus tenggelam walaupun pada awalnya Paine merupakan antara pencetus kejayaan Revolusi Amerika. Malah, pernah direkodkan bahawa seorang menteri di New York telah dipecat kerana telah berjabat tangan dengannya. Paine sudah tiada tempat di AS.", "Paine meninggal dunia pada 8 Jun 1809 di New York City, AS. Pada 1819, mayatnya telah dicuri oleh seorang wartawan radikalis bernama William Cobbett yang berhasrat mahu melakukan upacara pengebumian yang selayaknya bagi jasa Paine. Namun, rancangannya tidak berjaya dan sehingga sekarang tulang-belulang serta sisa mayatnya masih tidak diketahui lokasi dan keberadaannya.", "RUJUKAN:", "Thomas Paine (February 8, 2021). Encyclopedia Britannica. Encyclopedia Britannica, Inc. https://www.britannica.com/biography/Thomas-Paine", "History.com Editors (November 9, 2009). Thomas Paine. HISTORY. https://www.history.com/topics/american-revolution/thomas-paine" ]
https://www.thepatriots.asia/kisah-maharaja-rom-yang-sumbang-mahram-dengan-mak-sendiri/
Kisah Maharaja Rom Yang Sumbang Mahram Dengan Mak Sendiri
[ "Selalu kalau kita dengar kes raja kahwin pelik pelik ni, kita akan teringat pasal keluarga diraja Habsburg yang kahwin sumbang mahram antara pakcik dan anak saudara untuk kekalkan kuasa, tapi ada seorang maharaja Rom ni pelik sikit. Dia tak kahwin dengan mak sendiri, tapi sumbang mahram dengan mak sendiri.", "Sebagai latar belakang cerita, maharaja yang dimaksudkan itu ialah maharaja Nero dan ibunya, Agrippina. Agrippina ni gila kuasa. Masa dia masih jadi isteri kepada ayah Nero, maharaja Claudius, banyak bini bini Claudius yang lain mati sebab Agrippina hantar orang bunuh diorang. Claudius sendiri mati sebab kena racun dengan Agrippina. Jadi bila anak Agrippina dan Claudius naik takhta jadi maharaja Rom, suka la dia sebab dapat kawal kuasa Rom melalui anak dia.", "Tapi, maharaja Nero ni tak bodoh. Dia tau mak dia ni gila dan cuba kawal dia. Benda tu termasuk paksa Nero kahwin dengan adik tiri sendiri, dan Agrippina sendiri cuba bersumbang mahram dengan Nero. Jadi, Nero buat benda apa paling logik maharaja Rom lain buat – bunuh orang yang dia tak suka.", "Jadi Nero pun buat la satu komplot bunuh mak sendiri. Komplot pertama, racun mak dia gagal sebab mak dia kebal racun. Komplot kedua tenggelamkan kapal mak dia, berjaya cuma tu la, mak dia boleh pulak berenang rentas tasik tu. Tapi Nero ada backup plan. Sampai je Agrippina ke tebing tasik, dan pulang ke kota, terus dia kena bunuh dengan pengawal peribadi Nero. Habis cerita. Mungkin sebab dah fedup berapa kali orang cuba bunuh dia." ]
https://www.thepatriots.asia/gantung-tanglung-merah-kalau-perlukan-bantuan-dalam-sejarah-china/
Gantung Tanglung Merah Kalau Perlukan Bantuan Dalam Sejarah China
[ "Kelmarin tadi, tertularnya sebuah kempen menyeru rakyat yang tersangat memerlukan bantuan agar mengibarkan bendera putih di halaman rumah supaya pihak yang mampu dapat menyalurkan pertolongan sebaik mungkin.", "Sambil admin meneliti fenomena inisiatif ini, teringatkan pula kisah lagenda meriwayatkan asal-usul tanglung merah semasa Tahun Baru Cina.", "Diceritakan, pada ambang kejatuhan Dinasti Ming, bangkitnya pemberontakan pimpinan ‘Raja Rempuh’ (闯王) yakni Li Zicheng 李自成. Demi merancang serangannya di samping memahami keadaan semasa bandar Kaifeng, beliau menyamar sebagai pedagang untuk masuk ke situ. Dalam tinjauannya, terdengar sembang pakcik² bawang bahawa kekejaman Raja Rempuh boleh mengalahkan setan, apatah lagi mukanya macam setan.", "Sambil Li Zicheng menurunkan bakul berasnya, salah seorang pakcik bawang memanggilnya untuk bertanyakan sama ada ura-ura Raja Rempuh tersebut sahih atau tidak. Pada detik inilah, Li Zicheng merebut peluang ini untuk membetulkan salah tanggapan mereka, di samping menyuntik rancangan rahsia kepada mereka. Kata beliau:", "“Aku juga terdengar kata, barang siapa yang menggantungkan tanglung merah di depan rumahnya, maka datanglah bantuan Raja Rempuh apabila berlaku bencana besar.” ujar Li Zicheng. Tambah beliau lagi, sebarkanlah khabar baik ini di kalangan marhaen sahaja.", "Pada masa yang sama, kerajaan Dinasti Ming juga merancang dalam penghapusan pemberontakan ini. Oleh sebab bandar Kaifeng terletak berdekatan tebing Sungai Kuning (黄河), maka gabenor Kaifeng dengan sengajanya memerintahkan agar pintu empangan sungai tersebut dibuka demi melemaskan tentera Li Zicheng. Namun siapa sangka, air deras ini turut membanjiri bandar Kaifeng juga!", "Air banjir terus naik sehinggakan penduduk Kaifeng terpaksa naik ke bumbung demi menyelamatkan diri. Golongan kayangan juga tidak terkecuali. Melihat para fakir menjerit meminta tolong sambil memegang tanglung merah, si kayangan mentertawakan ‘kebodohan’ mereka menggunakan tanglung di siang hari.", "Pasukan tentera Li Zicheng pula berjaya meluncur masuk ke dalam bandar Kaifeng dengan sampan dan rakit. Dek menakluki Kaifeng, mereka cuba menyelamatkan marhaen seramai boleh. Berpandukan arahan Li Zicheng, mereka hanya menyelamatkan sesiapa yang mempunyai tanglung merah. Melihat bantuan tersebut dari jauh, si kayangan terkejut dan kesal kerana mentertawakan para fakir sebelum ini.", "Maka, demikianlah riwayat ini. Agar dikenang jasanya, tanglung merah akan menghiasi kediaman mereka setiap Tahun Baru Cina.", "Kendatipun kisah ini tidak lain hanyalah mitos, namun ia sebenarnya disulami daripada kisah benar. Sejarah menyaksikan bahawa pada tahun ke-15 Congzhen 崇祯 (1642), bandar Kaifeng pernah ditengelami banjir besar angkara kesilapan kerajaan Dinasti Ming dalam usaha menamatkan pengepungan Li Zicheng. Seramai 300,000 daripada sejumlah 378,000 penduduk telah terkorban dalam bencana ini. Bahkan, Kaifeng menjadi kota mati sehingga tahun 1662.", "Dinasti Ming digulingkan pada tahun 1644 setelah Li Zicheng berjaya menakluki Beijing. Istana Kota Larangan yang dibina atas impian Maharaja Yongle, pencetus kembara pelayaran Laksamana Zheng He, dibakar habis-habisan. Lebih menyedihkan, Maharaja Congzhen men.cabu.t nyawanya dengan mengg.antu.ng diri pada sebuah pohon seberang Kota Larangan yang musnah di depan matanya.", "Berbekalkan kemenangan ini, Li Zicheng mengisytiharkan bahawa Mandat Syurga telah berpindah kepadanya dan seterusnya menubuhkan Dinasti Shun(大顺). Namun mandat ini tidak bertahan lama dalam tangannya. Pasukan tentera Manchu pimpinan Putera Dorgon dan Panglima Wu Sangui berjaya menumpaskan kerajaan Shun dalam Pertempuran Gerbang Shanhai (山海关) dan Aisin Gioro Fulin mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Shunzi Dinasti Qing.", "Sebenarnya, tanglung berwarna telahpun wujud lebih awal lagi, sepertimana tercatat dalam Nan Shi 南史, zaman Dinasti Tang.", "Dewasa ini, tanglung merah menjadi lambang ceria yang mewarnai suasana Tahun Baru Cina sebagai perhiasan bertuah. Malah, ia menjadi salah sebuah lambang kebudayaan tradisional Cina. Walau bagaimanapun, kisah mitosnya sebagai alat seruan S.O.S. saranan Li Zicheng semakin dilupakan.", "N/T: Tidak kira apa cara sekalipun, marilah kita bersama-sama membantu jiran-jiran kita yang memerlukan dengan sebaik boleh, kerana kita adalah umat rahmat, kerana Nabi kita Rasulullāh ﷺ diutuskan sebagai rahmat sekalian alam; apatah lagi kembara Laksamana Zheng He mengeratkan lagi silaturahim sesama negara.", "RUJUKAN: ", "1) Kempen Bendera Putih", "• ‘Kibar bendera putih supaya kami tahu’, Harian Metro, 29 Jun 2021", "• 网民发起互助运动 缺粮缺必需品请“挂白旗”求助,东方日报,2021年6月29日", "2) Lagenda tanglung merah", "• Goh Pei Ki, Fu Chunjiang, Koh Kok Kiang; Origins of Chinese Festivals, Singapore: Asiapac, 2000: p.34-41", "• “In southwest Henan the ‘Red Lantern Dance’ was first performed to celebrate the triumphs of Li Zicheng and Zhang Xianzhong” Lihat Anne Elizabeth McLaren, Chinese Popular Culture and Ming Chantefables, Brill, 1998: p.93", "3) Sumber² Dinasti Ming:", "• Ming Shilu, bab 12《明崇祯实录,卷之十二 怀宗端皇帝十二》:「臣等守甚力,贼愤城不下,凿渠决河,以致不守\n• Ming Shi, bab Rekod Maharaja Zhuanglie《明史,庄烈帝本纪》:「九月,贼决河灌开封」\n• Ming Shi, bab Biografi Yang Wenyue 《明史,杨文岳传》:「贼既灌开封」", "4) Nan Shi, bab 1《南史,卷一:宋本纪上第一》「壁上挂葛灯笼」" ]
https://www.thepatriots.asia/komuniti-islam-di-caribbean/
Komuniti Islam Di Caribbean
[ "Caribbean terbentuk dari kepulauan yang berkeluasan sehingga 2400km, dikenali sebaai Antilles yang merentang dari Cuba di utara hingga ke Trinidad di selatan. Kepulauan Antilles dan Kepulauan Bahamas di sebelahnya membentuk rantau yang disebut sebagai Hindia Barat.Bagi sebilangan masyarakat, mereka berpendapat bahawa Islam dan Muslim merupakan satu fenomena baharu di rantau tersebut. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya kehadiran Muslim di sana memiliki sejarah yang jauh lebih panjang berbanding apa yang lazim dibayangkan. Sheikh Abdullah Hakim Quick di dalam bukunya yang berjudul Deeper Roots menukilkan “… sejarah Islam dan kaum Muslim di Caribbean merentang sehingga seribu tahun lamanya, jauh melangkaui interaksi antara masyarakat tempatan di sana dengan masyarakat Eropah yang berlaku enam kurun kemudian… Bukti yang mengesahkan kehadiran Muslim di Amerika purba datang dari sejumlah patung, tradisi lisan, artifak dan inskripsi.”Muslim telah menjadi sebahagian dari Caribbean sejak berabad-abad lamanya. Jauh sebelum Columbus dan mereka yang sesudahnya. Sebilangan besar hamba Afrika yang dibawa oleh para pedagang Eropah merentas Lautan Atlantik adalah beragama Islam. Mereka dipaksa meninggalkan agama dan identiti mereka. Sebahagian dari mereka berjaya melepaskan diri dari penghambaan dan menentang kekejamannya, namun kebanyakan mereka dipaksa mengorbankan agama.Muslim kemudiannya tiba di sana dengan jumlah yang besar sebagai tenaga kerja mahupun pedagang. Kebanyakannya dayang dari sub-benua India dan bagi Suriname, ada di antara mereka yang datang dari Indonesia.Pada hari ini, kaum Muslim boleh didapati di hampir seluruh pulau yang terdapat di Caribbean yang jumlahnya lebih dari 40 buah pulau. Dianggarkan bahawa populasi Muslim di sana melebihi setengah juta orang dan memiliki sekitar 400 hingga 500 buah masjid.Suriname, sebuah negara di Amerika Selatan namun terkait secara sejarah, budaya dan linguistik dengan Caribbean dinobatkan sebagai negara tunggal di hemisfera barat yang memiliki peratus penduduk Islam tertinggi. Dianggarkan bahawa 25% dari populasinya adalah penganut agama Islam.", "Keindahan rupa bumi di rantau ini setanding dengan keindahan dan sifat peramah para penduduknya. Islam tumbuh dengan mekar di ceruk dunia ini dan ia diterima secara meluas baik oleh masyarakat awam mahupun pihak pentadbir sebagai salah satu bahagian penting yang melengkapkan pembangunan Caribbean. Sebahagian pulau di sini memiliki sejarah lampau yang hitam, namun umat Islam di Caribbean mempunyai daya tahan yang tinggi dan telah menghadapi pelbagai cabaran dari tahun ke tahun.Masyarakat di seantero dunia seringkali bermimpi mahu menziarahi rantau ini. Keindahan Caribbean dianggap sebagai salah satu keajaiban ciptaan Tuhan. Jutaan manusia sanggup berkunjung ke sana sebagai pelancong baik dengan menaiki kapal layar mahupun kapal terbang. Pelancong-pelancong Muslim yang bertandang ke Caribbean juga tidak kurang banyaknya, memandangkan ramai dari kalangan Muslim di Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah menggemari keindahan dan atmosfera yang nyaman di kepulauan tersebut.Memandangkan komuniti Muslim mempunyai kedudukan yang cukup teguh di rantau berkenaan, akses makanan halal dan masjid menjadi lebih mudah buat para pelancong Muslim. Meluangkan masa untuk berpuasa di bulan Ramadhan dan menyambut Hari Raya di sana juga boleh menjadi satu pilihan yang amat baik. ", "RUJUKAN:Suleiman Bulbulia. (14 Februari 2017). A Community With History: This Is What Islam in the Caribbean Looks Like. Mvslim.https://mvslim.com/community-history-islam-caribbean-looks-like/ " ]
https://www.thepatriots.asia/lawak-rom-dah-2000-tahun-pun-masih-kelakar/
Lawak Rom Dah 2,000 Tahun Pun Masih Kelakar
[ "Pada satu hari, sorang suami yang misogynist jatuh sakit. Bini dia pun cakap, “Kalau abang mati, saya akan bunuh diri.” Tanpa belas, laki taguna tu balas, “Do me the favor, nak buat sekarang pun takpe.”Orang Rom dengar lawak atas ni, berdekah-dekah diorang ketawa. Bukan kita je tau ada Maharaja Lawak Mega, diorang pun ada. Makna kata orang Rom ni bukan rajin berperang dan berdagang je. Diorang pun ada life. Ada masa serius, ada masa melawak.Jokes tadi diambil daripada Philogelos, buku himpunan lawak Rom tertua. Ada 265 jenaka dalam tu. Ia ditulis pada abad ke-4 Masihi dalam Bahasa Greek. Kalau nak tau, Empayar Rom berpecah dua. Rom Barat pakai Bahasa Latin dan Rom Byzantine (Timur) pakai Bahasa Greek. Lawak diorang kalau dengar hari ni, mungkin kena censor kat tv. Ada unsur misogynist, 18SX, sexist dan racist.Sorang lelaki ditanya, kat rumah bini takut dia ke dia takut bini? Dengan berlagak dia jawab, “Bini aku punya takut kat aku, aku menguap je dia mencicit lari.”", "Macrobius, sorang penulis Rom catit dalam buku dia, Saturnalia:Sorang anak muda dari kampung datang ke bandar besar Roma. Dah tu, muka dia nak sama macam Maharaja Augustus. Pasal dia menarik perhatian orang ramai, Maharaja Augustus panggil lelaki ni ke istana. Dekat balairung, Maharaja tanya dia, “Bagitau aku anak muda, mak kau rajin ke datang Roma?” Dia jawab, “Dia tak pernah datang pun. Tapi bapak aku selalu la kat sini.” Ada yang lagi senang nak faham macam lawak dari Aulus Gellius dalam Noctes Atticae:Ada sorang lelaki yang jumpa pegawai kerajaan. Orang gomen nak tau dia ni bujang ke berkahwin. Pegawai tanya, “Sejujur-jujurnya, awak dah ada bini ke tidak?” Lelaki tu reply, “Saya memang dah ada bini, tapi saya tak dapat jamin saya jujur.”Di antara tokoh yang merekodkan lawak orang Rom ialah Marcus Tullius Cicero sorang ahli falsafah dan lawyer sezaman dengan Julius Caeser. Dia terkenal juga sebagai pak lawak. Cicero kata lawak orang Rom ada unsur: “ambiguity, the unexpected, wordplay, understatement, irony, ridicule, silliness, and pratfalls”Dalam De Divinatione, Cicero tulis:", "Pada suatu malam, seorang peserta lumba lari yang nak join sukan Olympic telah bermimpi. Dia nampak yang dia naik quadriga, sejenis kereta kuda yang ditarik oleh empat ekor kuda. Esok paginya, dia tanya sorang tukang tilik, apa makna mimpi tu? “Kau confirm menang punyalah! Maknanya kelajuan dan kegagahan seperti kuda-kuda,” ramal tukang tilik. Untuk dapatkan kepastian, dia tanya sorang lagi tukang tilik. Yang kedua ni jawab lain pulak: “Kau akan kalah. Kau tak faham ke, kan empat binatang tu yang sampai dulu sebelum kau!”Professor Mary Beard yang mengkaji sejarah Rom kata, diorang ni serupa je ketawa macam kita. “Hahaha!” Yang menarik, pada asalnya takde perkataan ‘senyum’ dalam Bahasa Latin. Jacques le Goff, ahli sejarah Perancis mengutarakan teori lawak jenaka adalah pengaruh budaya Zaman Pertengahan yang diwarisi dari Greek dan Rom.Ada juga lawak yang tak semua orang boleh gelak. Orang tertentu je yang boleh ketawa berdekah-dekah sambil orang lain diam terkebil-kebil. Sejarawan Rom, Gaius Suetonius Tranquillus tulis satu anekdot tentang Maharaja Rom, Gaius Iulius Caesar Germanicus (37-41 SM):Dalam satu makan malam, Caligula gelak berguling-guling. Ada sorang penasihat yang berbisik tanya, apa yang lawak sangat tuanku? Maharaja ni jawab, “Kau nak apa? Kalau aku cerita dan kau gelak, ada jugak kepala yang bergolek jap lagi.”" ]
https://www.thepatriots.asia/demokrasi-pemilik-kedai-manisan-atau-doktor/
Demokrasi: Pemilik Kedai Manisan Atau Doktor?
[ "Apabila kita memikirkan mengenai “Demokrasi”, kita sudah tentu akan terfikir mengenai kerajaan silam Yunani atau lebih spesifik lagi, Kerajaan Athens Purba yang mana tamadun inilah yang telah mewariskan sistem ini kepada kita, kerana melalui Kerajaan Athens Purba inilah, buat pertama kalinya dalam sejarah manusia rakyat telah terlibat secara langsung di dalam proses pembentukan kerajaan.", "Umum juga tahu selain daripada sistem demokrasi, satu lagi sumbangan dan pencapaian dalam peradaban manusia yang turut kita warisi daripada tamadun Yunani aka Greek Kuno ini adalah dalam sudut ilmu falsafah.", "Siapa yang tak kenal nama-nama tokoh falsafah seperti Socrates (“Bapa Falsafah Barat”), Plato (pengasas akedemi falsafah, pengarang karya “Republik”-negara harus diperintah oleh ilmuwan dan ahli falsafah), Aristotle (murid Plato, guru kepada Alexander the Great, membincangkan cara berfikir dengan teratur dalam karyanya “Politics”), ataupun Epicurus dan Zeno yang telah memperkenalkan teori ‘Asal Mula Negara” pasca kejatuhan Alexander the Great.", "*Kalau tak kenal boleh semak semula buku sejarah form 4*\n.", "Cumanya, sama ada anda tahu atau tidak, bahawa kedua-dua pencapaian dan warisan ini jarang sekali duduk sebumbung dan sebenarnya “Falsafah” adalah sangat curiga terhadap pencapaian yang lagi satu ini iaitu “Demokrasi”.", "Sebagai contoh, “Pengasas Falsafah Yunani” ataupun juga dikenali sebagai “Bapa Falsafah Barat”, – Socrates – telah digambarkan, dalam dialog Plato, sebagai seorang yang sangat pesimis dengan keseluruhan konsep demokrasi itu sendiri.", "Dalam Buku ke-Enam karya “Republik”, Plato telah menceritakan mengenai perbualan Socrates dengan seorang watak yang bernama Adeimantus dan yang mana Socrates telah cuba menerangkan kelemahan dalam system demokrasi dengan memberikan sebuah analogi mudah dengan menyamakan masyarakat sebagai sebuah kapal.", "“Jika anda sedang menaiki kapal laut untuk melayari sebuah perlayaran, Siapakah yang akan anda putuskan untuk menjadi pihak yang bertanggungjawab mengemudi kapal anda? Adakah sesiapa sahaja? Ataupun anda mahukan orang yang memang mempunyai pendidikan dan pengetahuan untuk memenuhi peraturan dan permintaan sesebuah pelayaran?”", "Tanya Socrates.", "“Mestilah yang kedua, itu sudah pasti!” – Jawab Adeimantus.", "“Jadinya, kenapakah kita harus befikir bahawa mana-mana orang tua adalah sesuai untuk menghakimi dan mengadili akan siapa yang harus diangkat untuk menjadi pemerintah sebuah negara?” balas Socrates.", "Kesimpulan atau hujah yang cuba dibawa oleh Socrates sebenarnya adalah –", "Pengundian di dalam sebuah pemilihan mahupun pilihanraya adalah kemahiran, bukannya sekadar intuisi rawak.", "Dan seperti mana-mana kemahiran yang lain, ianya perlu diajar secara bersistematik kepada orang ramai.", "Membiarkan rakyat mengundi tanpa pendidikan dan pengetahuan adalah sebuah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana ianya seolah-olah meletakkan mereka (golongan yang tidak bergetahuan) untuk bertanggungjawab “membawa sebuah Trireme (kapal perang greek kuno) pergi belayar ke Samos dalam keadaan rebut taufan.”\n.\n.\nSocrates juga percaya bahawa hanya yang berfikir sesebuah isu-isu secara rasional dan secara mendalam yang seharusnya dibiarkan untuk mengundi.", "Dan nampaknya, kita masyarakat hari ini seolah-olahnya telah melupakan perkara penting ini.", "Akan kewujudan perbezaan diantara demokrasi intelektual dan demokrasi oleh hak tidak kiralah hak kelahiran mahupun kewarganegaraan.", "Dimana kita telah memberikan hak mengundi ini kepada semua, tanpa meletakkan ‘essence’ kebijaksaan dan pengetahuan didalamnya.\n.\n.\nMalah Socrates sendiri pernah menyebut dan meramalkan perkara ini dengan tepat di mana apabila hak ini telah diberikan kepada semua, ia akan membawa kita kepada sebuah sistem yang dikenali sebagai “demagoguery” – iaitu sebuah sistem yang mana politik berunsurkan populis,menghasut dan eksploitasi keinginan manusia untuk sebuah jawapan mudah.", "Socrates pernah meminta kita untuk membayangkan perdebatan pilihanraya di anatara 2 orang calon yang mana seorang adalah doktor dan seorang lagi adalah pemilik kedai manisan.", "Dimana Pemilik kedai manisan akan berkata tentang calon saingannya:", "“Orang ini, telah melakukan banyak kejahatan pada anda. Dia menyakitkan kamu, memberikan ramuan ubatan yang pahit dan juga memberitahu kamu untuk jangan makan dan minum apa sahaja yang anda suka.", "Dia tidak akan menjamu kamu makan ataupun menyediakan pesta makanan yang ‘manis-manis’ macam yang saya akan buat jika saya dipilih kelak.”", "Maka Socrates telah mewujudkan sebuah pertanyaan kepada kita untuk untuk mempertimbangkan tindak balas penonton dengan memberikan sebuah persoalan:", "“Adakah anda fikir doktor akan dapat menjawab hujah pemilik kedai manisan itu secara efiktif?”", "Seperti memberi jawapan yang sebenar contohnya – “Saya telah menyusahkan anda semua dan telah melawan keinginan dan kehendak anda semua hanyalah untuk membantu anda”", "Bukankah jawapan sebegini akan menyebabkan kemarahan dan kebencian orang ramai dan pengundi itu sendiri?\n.\n.\nLebih tragis lagi, Socrates sendiri adalah diantara individu yang terkesan akibat kebodohan pengundi dari sistem demokrasi itu sendiri, kerana pada pada tahun 399 SM, ahli falsafah itu telah dibicarakan atas tuduhan palsu kononnya beliau telah merosakkan belia Athens dengan idea-idea falsafahnya.", "500 warga Athens ketika itu telah dilantik menjadi juri untuk menimbang kes itu dan akhirnya dengan margin 48%-52%, Bapa falsafah itu didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman mati dengan meminum tumbuhan beracun.\n.\n.\nSecara kesimpulannya, kita semua pada hari ini seolah-olahnya telah terlupa akan peringatan-peringatan yang telah diberikan oleh Socrates mengenai “Demokrasi”, dimana kita lebih suka untuk memikirkan bahawa demokrasi adalah sebuah langkah atau cara yang terbaik dan muktamad dalam prinsip kenegaraaan.", "Walhal ianya hanya akan berkesan sebagai sebuah sistem apabila ianya turut hadir dengan pendidikan, pengetahuan dan rasionaliti.", "Kerana tanpa perkara diatas, kita mungkin sebenarnya telah dan akan lebih banyak memilih “pemilik kedai manisan” dan sedikit dari golongan “doktor” sebagai pemimpin kita.", "Sekian.", "Rujukan:", "Intellectual democracy: Sweet-shop owners vs. Doctors\nhttps://www.businessdayonline.com/exclusives/analysis-sub/article/intellectual-democracy-sweet-shop-owners-vs-doctors/", "Why Socrates Hated Democracy\nhttps://www.nikosmarinos.com/why-socrates-hated-democracy.html" ]
https://www.thepatriots.asia/laser-mempunyai-graviti-yang-mampu-mengkoyakkan-fabrik-alam/
Laser Mempunyai Graviti Yang Mampu Mengkoyakkan Fabrik Alam
[ "Laser\nyang berkuasa mempunyai medan kegravitian yang mampu megherot (warping) fabrik alam di sekitar laser\ntersebut. Hal ini dapat membuatkan saintis lebih memahami bagaimana graviti\nberkelakuan di alam kuantum.", "Analoginya seperti sebatang kayu yang anda lontar ke fabrik kain. Kesan herotan fabrik kain tersebut dapat dianalogikan sebagai apa yang berlaku pada ruang. Cahaya mempunyai graviti kerana ia membawa tenaga. Menurut teori kerelatifan umum yang diasaskan oleh Einstein, apa sahaja yang mempunyai tenaga turut mempunyai graviti walaupun cahaya tidak berjisim. ", "Sekumpulan penyelidik dari Eberhard Karls University of Tubingen mengesahkan medan kegravitian yang dihasilkan oleh cahaya patut wujud walaupun terlalu kecil untuk dikesan. Secara prinsipnya, objek mampu mengorbit laser seperti mana bulan mengorbit bumi walaupun pengorbitan tersebut mungkin tidak stabil kerana graviti laser memudar secara perlahan.", "Mereka\njuga menemui fabrik ruang-masa diherot apabila pancaran laser itu diputarkan.\nFabienne Scheiter menyebut, “It’s like\nhow if you put a ball into honey and spin it, it drags along the honey around\nit.” Seperti objek lain, laser juga dapat memperlahankan masa kerana\ngangguan graviti. Tetapi perubahan masa itu tidak dapat dikesan kerana medan\nkegravitian yang dihasilkan terlalu lemah.", "Kalau\nkita dapat menghasilkan pengesan yang cukup berkuasa, ia mungkin dapat membantu\nkita untuk menghubungkan mekanik kuantum dan graviti yang selami ini bercanggah\nantara satu sama lain.", "Rujukan" ]
https://www.thepatriots.asia/realiti-korea-utara-darul-juche/
Realiti Korea Utara Darul Juche
[ "1. Korea Utara Darul Juche. Itulah nama gelaran yang diberikan oleh admin RAD pada Korea Utara selepas saya melahirkan suara hati untuk menulis mengenai Korea Utara. Artikel kali ini akan mengupas realiliti yang berlaku pada negara Korea Utara, pada kaca mata dua orang rakyat Korea yang memilih untuk memalingkan kesetiaan mereka daripada pemimpin agung mereka, iaitu Lee Hyeon-seo dan Park Yeon Mi yang mengupas tentang realiti di negara mereka dalam dua buah buku mereka, iaitu The Girl With Seven Names dan juga In Order To Lives.", "2. Korea Utara ialah sebuah negara yang mengamalkan idealogi Juche, yang saya kirakan ialah gabungan beberapa idealogi seperti nasionalisme, fasisme dan komunisme lalu diadaptasikan pada negara bangsa Korea, dengan usaha untuk mencipta “cult” sekitar Keluarga Kim yang merupakan pemerintah Korea Utara. Anda akan lebih memahami idealogi Juche yang dijunjung oleh Korea Utara selepas menyelami artikel ini bersama saya.", "3. Sejarah bangsa Korea adalah sangat panjang. Mereka pernah berpecah kepada tiga kerajaan, ketika period yang dikenali Zaman Tiga Kerajaan versi Korea, persis zaman Tiga Kerajaan di China ketika era kejatuhan Dinasti Han dan ke arah penubuhan Dinasti Jin. Bakeje, Silla dan Goryeo saling berperang antara satu sama lain sebelum disatukan oleh Goryeo, yang kemudian akan digantikan oleh Dinasti Joseon daripada 1392 Masihi sehinggalah pada 1897 Masihi apabila Korea memasuki zaman Empayar Moden yang agak pendek selepas dijajah oleh Jepun.", "4. Selepas kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua, maka berakhirlah penjajahan Jepun ke atas Bumi Korea, membawa dua kuasa dunia ke bumi Korea iaitu Soviet dan USA. Memandangkan bahagian Utara lebih dekat dengan Soviet, ketika itu fahaman komunisme sedang bercambah di sana. Di selatan Korea pula, mereka lebih dekat dengan fahaman kapitalisme. Rundingan awal antara Soviet dan USA untuk mewujudkan negara bangsa Korea yang bersatu gagal kerana perbezaan ideologi antara Utara dan Selatan, sehingga akhirnya menjurus kepada Perang Korea.", "5. Apabila pemimpin agung Korut yang pertama, Kim Il-Sung meminta bantuan daripada Soviet untuk menyerang bahagian Selatan Korea, memandangkan ketika itu pengaruh komunis sedang semakin melemah. Ketika tentera USA hampir kesemuanya sudah beredar dari selatan Korea, maka dengan restu Stalin, Kim Il-Sung melancarkan serangan ke atas Korea Selatan, memulakan Perang Korea. Akhirnya selepas perang yang hanya berkesudahan dengan kehilangan nyawa yang berjuta, sebuah perjanjian dimeterai menetapkan sempadan Korea Utara dan Selatan Moden yang kita kenali hari ini.", "6. Apabila terpisah satu bangsa menjadi dua kerana ideologi, maka bermulalah dua episod yang berbeza untuk abang dan adik. Puluhan tahun kemudian, lahirlah dua anak gadis yang akan menjadi mangsa kepada kekacauan perbezaan idealogi.", "7. Korea Utara ketika Lee Hyeon-seo dan juga Park Yeon Mi lahir sudah semakin berbeza apabila dinasti Kim mengambil alih. Mereka menjadi sebuah negara paling terisolasi daripada kancah dunia. Dinasti Kim memerintah dengan penuh propaganda dan kuku besi. Mungkin kita tidak akan melihat dasar kuku besi yang sekeras yang pernah kita lihat di Korea Utara.", "8. Untuk memastikan takhta Dinasti Kim ini kekal bertakhta, anda bakal dihidangkan dengan propaganda paling tersusun, tetapi sangatlah jijik untuk ditatap. Jadi, dari mana ya kita mahu bermula? Oh ya kata orang Melayu kita, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mungkin itulah yang menjadi pegangan Dinasti Kim.", "9. Propaganda mungkin bermula di rumah. Secara tidak langsungnya. Kononnya setiap rumah di Korea Utara akan menggantung gambar pemimpin mereka. Kim Il-Sung ketika usia mudanya, dalam uniform gerila komunis ketika beliau memimpin prajuit komunis menentang penjajah Jepun. Kemudian, foto Kim Jong-Il akan tergantung disebelah Kim Il-Sung. Setiap hari, kebanyakan keluarga Korea akan tunduk hormat di hadapan foto pemimpin mereka. Tidak akan ada sebarang foto di dalam rumah kebanyakan keluarga di Korea Utara yang akan berada pada paras yang lebih tinggi daripada foto pemimpin agung mereka. Bahkan kalau ada benda yang dijaga seperti nyawa sendiri, dan digilap setiap hari agak akan berkilat dalam setiap rumah keluarga di Korea Utara, saya akan bertaruh bahawa sudah tentu pemimpin agung mereka.", "10. Selalu berlaku, peristiwa seperti banjir besar yang menenggelamkan rumah, atau kebakaran, maka benda yang akan diselamatkan selepas ahli keluarga ialah foto pemimpim agung mereka. Bahkan siap ada yang mati menyelamatkan gambar-gambar ini. Contohnya, seorang ketua keluarga lebih rela lemas di dalam air bah sambil menjulang gambar pemimpin mereka, agar tidak terkena air. Berita kematian ini kemudian akan ditayangkan di satu-satunya siaran televisyen yang dibenarkan oleh kerajaan Korea Utara. Oh, sudah tentu untuk menyebarkan propaganda mereka. Rakyat Korea Utara akan digalakkan untuk mencontohi “para syuhada” yang sanggup mati untuk pemimpin agung mereka. Propaganda lain yang dimainkan di televiysen akan menunjukkan betapa saban hari pemimpin agung mereka melawat ke tapak-tapak dan lokasi yang menjadi punca sepencarian Korea Utara.", "11. Kemudian, pada usia sekitar 6 hingga 7 tahun, anda akan mula bersekolah. Maka, bermulalah proses “brain-wash” secara langsung berlaku pada setiap anak kecil malang Korea Utara. Silabus-silabus di Korea Utara kebanyakannya akan berkisarkan tentang keluarga Kim. Anda bayangkan, ketika hari pertama anda di sekolah, guru yang memasuki kelas anda akan memulakan kisah bagaimana pemimpin agung pertama Korea Utara dikatakan dilahirkan di salah satu gunung suci dalam sejarah Korea iaitu Gunung Baekdu. Kononnya kelahirannya disambut oleh dua buah pelangi dan bintang pula berkelip dengan sangat indah pada hari kelahirannya. Kononnya, hari kelahiran Kim Il-Sung disambut oleh seluruh dunia. Bahkan kisah-kisah mistik menyelubungi pemimpin mereka seperti mampu mengawal cuaca, kononnya dia telah menulis 15 buah buku ketika 3 tahun belajar di universiti, seorang genius perang yang hebat.", "12. Setiap pelajar akan “didera” untuk menghafal 10 ikrar yang biasanya melibatkan kesetiaan mereka pada pemimpin agung mereka setiap hari. Ikrar ini akan dilafazkan dan dilafazkan setiap hari sehingga ia jadi sebahagian daripada darah daging.", "13. Biasanya setiap pelajaran akan diselitkan dengan propaganda anti USA dan Korea Selatan. Kulit hadapan kebanyakan buku teks sekolah di Korea Utara akan ditampal dengan poster propaganda yang memaparkan tentera Amerika sedang menyeksa orang Korea, atau tentera Korea membunuh tentera Amerika. Kalau anda mempelajari sejarah, anda selalu diingatkan bahawa yang mencetuskan Perang Korea ialah Korea Selatan dan USA, tetapi hakikat sebenarnya Kim Il-Sung ialah dalang utama dengan bantuan Soviet.", "Kalau dalam pelajaran geografi, buku teks Korea Utara akan menempatkan gambar tanah yang berlumpur yang memaparkan bagaimana kononnya ladang-ladang di Korea Selatan tidak subur. Kononnya rakyat Korea Selatan sedang kebuluran dan mereka mengimpikan tanah di Korea Utara yang lebih subur. Namun, pemimpin agung mereka mempertahankan Korea Utara sehinggalah berjaya menyingkarkan USA yang kononnya menggunakan saudara sebangsa mereka di Korea Selatan. Bahkan, propaganda ini turut disematkan dalam subjek Matematik. Bayangkan… permasalahan matematik akan berbunyi lebih kurang seperti dibawah.", "“Kim Il-Sung berjaya menembak 7 orang tentera Yankee (panggilan Korea Utara untuk USA) daripada 30 orang. Berapakah jumlah tentera Yankee yang tinggal?”", "14. Senang cerita, setiap hari, anda akan ditanamkan dengan propaganda yang memfokuskan kepada The Holy Trinity Of North Korea. Tak akanlah tak ada yang cuba bangkit menentang rejim Dinasti Kim ini? Sudah tentu ada! Tetapi, langkah-langkah diktator yang digunakan oleh mereka sangatlah berkesan. Bahkan sehinggakan hari ini, mereka masih lagi dipuja sebagai wira.", "15. Contohnya, Dinasti Kim akan memastikan bahawa tiada ideologi cuba masuk ke dalam negara mereka. Agama dilarang sekali untuk bertapak di sana, adapun hanya untuk golongan elit sahaja. Sebagai contoh, musuh utama Dinasti Kim iaitu Kapitalisme. Anda tahu tak kebanyakan perniagaan anda akan dikawal oleh Dinasti Kim. Bukan semua orang mempunyai akses penuh untuk berniaga. Hatta anda meniagakan sebatang rokok pun adalah kesalahan yang sangat berat. Justeru, kebanyakan rakyat Korea Utara yang tidak diberikan akses perniagaan ini akan berniaga di pasaran gelap.", "16. Anda adalah dilarang untuk mendengarkan lagu-lagu atau menonton filem dari luar negara. Anda perlu akur dengan lagu-lagu dan filem yang disediakan oleh kerajaan anda. Sudah tentu, hiburan yang ditawarkan adalah yang sudah diperam dengan proganda demi propaganda. Anda akan dianggap sebagai pengkhianat kalau tertangkap mendengar lagu Bon Jovi bertajuk Always, atau menonton filem Train To Busan dari Korea Selatan. Tetapi bukannya tidak ada tersebar di kalangan rakyat Korea Utara. Mereka akan mendapatkannya dari pasaran gelap, terutama bandar dan pekan yang bersempadan dengan China. Stok-stok ini akan datang dari China.", "17. Untuk menghalang sebarang pemberontakan yang berlaku, rakyat Korea Utara sejak kecil sudah dididik untuk menjadi seorang yang penjaga tepi kain orang. Pada kadar hari tertentu, guru anda menyuruh setiap pelajar berdiri dan melaporkan tentang perkara yang mereka lihat agak mencurigakan, tidak senang atau kelihatan tidak cukup “Korea Utara” pada rakan-rakan mereka. Biasanya, para pelajar akan dipilih secara rawak.", "18. Tradisi ini bersambung di tempat kerja. Majikan akan menyoal setiap pekerja mereka, menyuruh mereka melaporkan sesuatu. Setiap pekerja pula wajib melaporkan perkara yang mencurigakan pada pandangan mata mereka, untuk melihatkan mereka benar-benar setia pada negara mereka. Ini akan mewujudkan paranoid dalam setiap jiwa rakyat Korea Utara kerana terbukti, sikap jaga tepi kain orang turut dibawa luar dari alam persekolahan dan pekerjaan. Anda akan diperhatikan oleh setiap jiran kawasan perumahan, rakan dan taulan, dan kalau anda kelihatan mencurigakan, anda akan dilaporkan pada pihak berkuasa.", "19. Perlu diketahui bahawa di Korea Utara juga terdapat sistem kasta yang sangat unik yang dipanggil sebagai Sistem Songbun. Kasta tertinggi dikenali sebagai Kelas Loyal, melibatkan mereka-mereka yang yang terbukti ikut berperang melawan pendudukan Jepun, atau berpihak dan terlibat dalam Perang Korea. Kasta kedua pula Kelas Neutral, yang melibatkan majoriti rakyat Korea Utara manakala Kelas Hostile ialah kelas yang menempatkan musuh-musuh politik pemimpin agung mereka, mereka yang tidak memihak kepada Korea Utara ketika perang atau terbukti membantu penjajah Jepun. Kebanyakan rakyat Korea tidak berani untuk melakukan sesuatu diluar kebatasan mereka kerana takut untuk terjerumsu ke kasta paling bawah dalam masyarakat Korea Utara.", "20. Lagipun, anda memang akan diajarkan dengan doktrin tidak ada yang lebih besar daripada Holy Trinity Korea Utara. Bayangkan, ketika anda berkahwin, gambar pra-perkahwinan atau selepas perkahwinan anda, anda harus bergambar di bawah patung gangsa milik Kim Il-Sung, menandakan betapa kuat pun cinta anda suami isteri, anda harus ingat sesungguhnya tidak ada yang lebih kuat daripada cinta pemimpin agung anda!", "21. Bahkan anda akan terkejut bercakap tentang hukuman yang diterapkan di Korea Utara. Kesalahan yang nampak kecil di mata anda, akan membawa kepada hukuman mati. Sebagai contoh, ketika kematian Kim Il-Sung, ada mereka yang terbukti melakukan aktiviti seludupan di Korea Utara, namun perbuatannya dianggap biadap lalu dihukum bunuh secara tembak di tempat awam. Ia boleh jadi di tepi jalan, di bawah pokok, di dataran dan lapangan. Tentera akan menembak kepala, tubuh, dan kaki secara berkala.", "22. Bercakap tentang kematian pemimpin agung mereka, saya ada kisah untuk dikongsikan. Selalunya apabila kes kematian Kim Il-Sung dan Kim Jong-Il dulu, sekolah, pejabat, kilang-kilang dan lombong akan ditutup untuk menangisi pemergian mereka, Kebiasaan rakyat Korea akan berkumpul diluar, sama ada dataran, di jalanan, di kaki lima semata-mata untuk menangisi pemergian mereka. Contohnya, para pelajar akan berkumpul di dataran untuk menangis selama berjam-jam. Anda akan diperhatikan sekiranya tidak menangis, atau dicurigai tidak menangis dengan bersungguh-sungguh! Kalau anda ketawa ketika orang lain menangis, percayalah mungkin hukuman mati akan menanti anda!", "23. Kebebasan tidak pernah wujud dalam kamus hidup rakyat Korea Utara. Karier anda akan ditentukan oleh pemerintah dalam kebanyakan waktu. Berimpian untuk menjadi penulis novel seperti saya, atau untuk menjadi ahli perniagaan hampir tidak wujud dalam hidup mereka. Bahkan, untuk melancong ke negeri lain di dalam Korea Utara juga dikawal oleh kerajaan. Anda perlu memiliki “travel pass” untuk membolehkan anda menaiki kereta api lama di Korea Utara, singgah ke negeri yang lain.", "24. Namun, kebanyakan kesedaran mula timbul dalam diri kebanyakan rakyat Korea Utara ketika Kebuluran Besar melanda Korea Utara pada 1994–1998. Selepas kejatuhan Soviet dan kebanyakan negara komunis, ekonomi Korea Utara terus runtuh kerana hilang kebergantungan pada Soviet. Bekalan makanan semakin berkurangan dan akhirnya kebuluran meletus. Dikatakan bahawa jumlah kematian mencecah daripada 350, 000 sehingga 3.5 juta orang kerana kekurangan zat makanan, memaksa negara lain dan PBB untuk membantu kerajaan Korea Utara yang jelas tidak mampu menangani keruntuhan ekonomi tersebut.", "25. Namun, ternyata kebuluran yang memakan jutaan nyawa tersebut pun tidak mampu menyedarkan majoriti rakyat Korea Utara, untuk menggulingkan rejim yang paling diktator di dunia. Bahkan kesempatan yang wujud diambil alih pula oleh Dinasti Kim untuk mencipta propaganda bahawa USA dan Korea Selatan yang bertanggungjawab ke atas Kebuluran Besar tersebut, dan menyeru setiap rakyat Korea Utara untuk berdiri di belakang Dinasti Kim. Ironinya, USA dan Korea Selatan adalah penyumbang bantuan makanan ketika Kebuluran Besar ini berlaku.", "Bacaan Lanjut:", "1. Hyeonseo Lee & David John. (2015) The Girl With Seven Names: A North Korean Defector’s Story.", "2. Park, Yeonmi & Maryanne Vollers. (2015) In Order to Live: A North Korean Girl’s Journey to Freedom." ]
https://www.thepatriots.asia/salleh-kamil-supervillain-paling-agung-sejarah-melayu/
Salleh Kamil: Supervillain Paling Agung Sejarah Melayu
[ "Suara dan gayanya memang cukup dikenali. Dia sering membawa peranan antagonis dalam filem-filem terbitan studio Jalan Ampas pada tahun 1950-an dan 1960-an. Inilah Salleh Kamil, “supervillain” paling agung dalam sejarah perfileman Melayu.", "Salleh Kamil atau nama sebenarnya Salleh bin Abdullah dilahirkan pada 24 April 1924 di Singapura. Sebelum menjadi pelakon filem, beliau bekerja sebagai pemandu teksi untuk mencari nafkah kehidupan.", "Dia sering menghantar orang ke studio Jalan Ampas. Penumpang teksinya terdiri daripada pelakon-pelakon yang bekerja di studio itu. Salah seorang yang kerap menjadi penumpangnya ialah P. Ramlee yang pada ketika itu tengah naik sebagai penyanyi dan pelakon.", "Setiap kali menghantar P. Ramlee, Salleh akan mengambil kesempatan untuk berbual tentang bekerja sebagai pelakon. Lama kelamaan, minatnya untuk berlakon itu timbul. Pada tahun 1951, Salleh memberanikan diri untuk pergi screen test dan nasib menyebelahi dirinya.", "Salleh diterima berlakon tapi dengan syarat dia perlu menukar namanya kerana di studio ketika itu sudah ada pelakon tambahan bernama Salleh Abdullah. Pihak studio mencadangkan agar dia menggunakan nama “Salleh Kamil” sebagai nama komersialnya.", "Kali pertama Salleh Kamil muncul di layar perak ialah menerusi filem Penghidupan (1951) sebagai watak penari tanpa dialog. Selepas berlakon dalam beberapa buah filem, Salleh mula diberi peranan sebagai watak jahat.", "Awal tahun 1950-an tu pelakon berwatak jahat belum ramai. Yang selalu berlakon watak jahat di studio Jalan Ampas ketika itu ialah A. Rahim dan Nordin Ahmad.", "Ketika P. Ramlee diangkat menjadi pengarah pada tahun 1955, dia telah memilih Salleh Kamil sebagai watak jahat utama kepada Salleh Kamil untuk filem Penarek Becha.", "Pemilihan itu sudah kena pada tempatnya kerana Salleh Kamil berjaya membawa peranan sebagai Ghazali itu dengan sangat baik sehingga membuatkan penonton meluat kepadanya.", "Menerusi filem Penarek Becha, Salleh Kamil telah berjaya mendapat Anugerah Seniman Pembantu Terbaik melalui satu pertandingan yang dianjurkan oleh Utusan Filem dan Sport, salah satu akhbar terbesar di Tanah Melayu pada tahun 1955. Ala-ala ABPBH jugalah anugerah ni.", "Setelah memenangi anugerah itu, nama Salleh Ghani menjadi semakin popular dan menjadi rebutan pengarah di studio Jalan Ampas untuk melakonkan watak jahat dalam filem mereka.", "Setiap kali ditanya rahsia kejayaannya sebagai pelakon watak jahat, Salleh Kamil akan memberi penghargaan kepada P. Ramlee yang dianggapnya sebagai orang yang bertanggungjawab menaikkan namanya.", "Komen Salleh Kamil terhadap berlakon sebagai penjahat dalam filem: “Hebat juga menjadi orang jahat ini. Peminat bukan sahaja mencemuh, ada juga yang meludah jika bertemu. Tetapi saya puas kerana watak itu berkesan.”", "Sebagai pelakon berwatak jahat, Salleh Kamil dibayar $350 sebulan. Selain daripada berlakon, dia juga turut menyumbang ilmu lakonannya dan sering menjadi penasihat babak pergaduhan kepada pelakon-pelakon lain seperti Jins Shamsudin, Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmood.", "Falsafah lakonan Salleh Kamil: “Untuk menimbulkan watak jahat di dalam lakonan bukanlah dibentuk dalam chorak air muka garang, perchakapan kasar dan pergerakan ganas. Ada tempatnya watak jahat dapat diperlihatkan dalam chara lemah lembut tetapi mampu menimbulkan kesan buruk”.", "Ketika dipilih untuk berlakon dalam filem 3 Abdul, P. Ramlee telah mengubah sedikit peranan jahat Salleh Kamil. Walaupun masih berperanan jahat tetapi diselitkan juga elemen komedi pada watak Kassim Patolan, tuan penasihat 25%.", "Salleh Kamil sangat gembira berlakon dalam filem 3 Abdul kerana ia memberi satu kelainan kepada watak jahat yang sering dibawa olehnya. Kata Salleh Kamil: “Menjadi seorang pelakon bukanlah semata-mata tergantung kepada bakat, tetapi perlu mendalami kepada tugas lakonan”.", "Sepanjang kariernya sebagai pelakon, Salleh Kamil telah berlakon lebih daripada 40 buah filem. Antara filem-filem lakonan Salleh Kamil:\n", "Apabila studio Jalan Ampas ditutup pada tahun 1967, Salleh Kamil memilih untuk terus bersara daripada berlakon. Dia meneruskan kehidupannya dengan kembali membawa teksi. Apabila ditanya tentang soal ini, Salleh Kamil jawab: “Nak cari makan. Apa nak dimalukan?”", "Dalam kebanyakan watak jahat yang dilakonkan oleh Salleh Kamil, yang paling meninggalkan kesan pada dirinya ialah ketika berlakon dalam filem Isi Neraka pada tahun 1960. Anda boleh baca kisahnya di sini: https://www.thepatriots.asia/salleh-kamil-menggigil-selepas-lafas-dialog-dalam-isi-neraka/", "Salleh Kamil telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Singapura pada 4 Julai 1998 ketika berusia 74 tahun. 4 Julai lepas, genap 23 tahun pemergian Salleh Kamil ke Rahmatullah.", "Al Fatihah buat rohnya." ]
https://www.thepatriots.asia/asal-usul-nama-jawatan-siak-di-masjid/
Asal Usul Nama Jawatan Siak Di Masjid
[ "Tiga jawatan yang sangat penting dalam institusi masjid ialah Imam, Bilal dan Siak. Jika jawatan Bilal iaitu muazzin diambil sempena nama sahabat Nabi, maka dari mana pula datangnya nama Siak (penjaga dan pembersih masjid)?", "Jika orang Aceh menyebut perkataan Syeikh sebagai Syiah (sebutannya Shiyah), orang Minang zaman dulu pula menyebut perkataan Syeikh dengan sebutan Siak. Maka Siak itu bermaksud orang yang alim dalam ilmu agama.", "Di samping itu, para pelajar yang menuntut ilmu agama di pondok yang disebut surau di Tanah Minang pula dipanggil dengan gelaran Urang Siak (Orang Syeikh). Antara amalan yang diterapkan oleh para guru kepada Urang Siak ialah membersihkan dan merapikan masjid-masjid dan surau-surau di Tanah Minang.", "Amalan berkhidmat kepada Rumah Allah ini diterapkan sebagai pendidikan tasawuf ke atas Urang-urang Siak (pelajar-pelajar) iaitu untuk membersihkan hati-hati mereka. Ini kerana ulama-ulama yang mengajar di surau-surau di Tanah Minang juga adalah guru-guru tarekat.", "Akhirnya, amalan membersihkan masjid-masjid dan surau-surau menjadi sangat sinonim dengan golongan Urang Siak ini. Maka setelah itu, mana-mana orang yang dipertanggung jawabkan membersih dan menjaga masjid turut mendapat gelaran Siak.", "Gelaran Siak bagi orang yang ditugaskan membersihkan dan menjaga masjid kemudiannya masyhur dan tersebar hingga ke Semenanjung Tanah Melayu. Ini tidak menghairankan memandangkan ramai orang dari Tanah Minang yang berhijrah ke Semenanjung.", "Gambar – Makam Siak Lengeh (Syeikh Lengeh), ulama dari Padang Panjang, Tanah Minang yang terawal membawa dakwah Islam di Kerinci (abad ke-15).", "– Surau (pondok) di Lubuk Bauk, Sumatera Barat. Prof Hamka semasa kecil pernah belajar di sini." ]
https://www.thepatriots.asia/kembara-mengimbau-tragedi-tsunami-acheh/
Kembara Mengimbau Tragedi Tsunami Acheh
[ "Kembara saya kali ini ke Bumi Serambi Mekah, Aceh ditemani sahabat-sahabat sepengajian ketika di universiti dahulu. Kembali kali ini seperti trip reunion, di mana kami bertemu semula di bumi bersejarah Aceh Darussalam, yang kaya dengan tradisi islam dan nusantara, keramahan dan kejujuran warganya serta keindahan alam yang mempesona.", "Aceh bukanlah asing bagi masyarakat Malaysia, wilayah ini merupakan salah satu daripada wilayah istimewa dalam negara Indonesia yang terletak di utara Kepulauan Sumatera. Banda utama bagi provinsi Aceh ialah Banda Aceh. Selain itu, Aceh juga berdekatan dengan pulau-pulau Andaman dan Nicobar, India dimana ianya hanya dipisahkan oleh Laut Andaman. Terdapat 10 kumpulan etnik di wilayah ini di mana suku Aceh mewakili 80 hingga 90% daripada jumlah populasi.", "Aceh dikenali umum sebagai wilayah yang mana bermulanya penyebaran Islam di Indonesia dan telah memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. Dipercayai, agama islam telah tiba di Aceh sekitar tahun 1250 masihi dan pada awal tahun 1700, Kerajaan Aceh tersohor sebagai kerajaan yang kaya, berkuasa dan berdaulat di sekitar Selat Melaka.", "Hari Pertama", "Perjalanan kami ke Banda Aceh bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan telah mengambil masa selama 1 jam 40 minit. Alhamdulilah, kami selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh pada pukul 8.25 pagi, waktu tempatan. Senibina lapangan terbang ini mempunyai kubah, memaparkan pengaruh Islam yang tebal dalam masyarakat Aceh.", "Sepanjang di Banda Aceh, kami telah menyewa sebuah kereta Avanza beserta dengan supir (pemandu) untuk membawa kami mengelilingi Banda Aceh. Agenda pertama kami di bumi Aceh ialah menikmati sarapan pagi dan makanan pertama yang masuk perut kami adalah nasi lemak Aceh. Nasi lemak Aceh berbeza dengan nasi lemak di Malaysia. Jangan terkejut ye. Kalau nak rasa, boleh lah berpetualang ke Aceh. Selepas menikmati makan pagi, kami memulakan kembara kami mengimbau tragedi tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004.", "Tempat pertama kami yang kami lawati ialah Kuburan Masal Siron yang mana merupakan salah satu monumen tsunami yang telah diwartakan oleh kerajaan Indonesia sebagai memperingati kejadian tsunami yang telah melanda Aceh kira kira 12 tahun yang lepas. Di kawasan perkuburan ini sahaja, seramai 46,718 mangsa korban Tsunami telah dikebumikan. Kawasan perkuburan ini sangat luas dan tidak mempunyai batu nisan. Disebabkan jumlah kematian yang tinggi dan mayat yang semakin membusuk, kerajaan membuat keputusan untuk mengebumikan mereka di dalam liang-liang lahad yang besar. Al-fatihah untuk semua mangsa korban tsunami Aceh.", "Selepas itu, kami berkunjung pula ke Muzium Tsunami. Apabila kami masuk ke muzium ini, kami berasa sebak, seakan-seakan mengajak kami mengimbau kejadian tsunami yang telah meragut hampir 200 ribu orang di Aceh sahaja. Pelbagai lukisan dan grafik yang memaparkan detik-detik cemas ketika berlakunya tsunami.", "Di dalam satu bilik, terdapat senarai nama mangsa yang terkorban yang diletakkan di dinding dan di bahagian atas sekali, tertera kalimah Allah, yang membawa makna semua manusia akhirnya kembali kepada pencipta mereka. Selain itu, terdapat pameran yang menunjukkan bantuan-bantuan kemanusiaan yang diterima oleh Indonesia daripada negara-negara luar.", "Yang pastinya, Malaysia selaku jiran tetangga terdekat dengan Aceh, Indonesia, merupakan antara negara-negara awal yang telah menghantar bantuan kecemasan bagi membantu mangsa disini selain terlibat aktif dengan pembinaan semula Aceh pasca tsunami. Kebetulan kami datang pada hari sabtu, oleh itu ramai rakyat tempatan yang datang melawat termasuk kumpulan-kumpulan kecil dari Malaysia.", "Kemudian, kami berkunjung pula Kapal PLTD Apung, iaitu sebuah kapal generator eletrik yang terdampar dibawa arus tsunami sejauh dari 2.5 km dari lokasi asal iaitu di Pelabuhan Ulee Lheuh. Kapal ini ketika ini merupakan “objek hidup” tanda keganasan tsunami yang telah membadai rumah-rumah, kapal-kapal hingga hancur dan lebur.", "Kami juga melawat Kapal Di Atas Rumah, Lampulo. Sebelum kejadian tsunami, kapal ini berada di limbungan Lampulo, namun disebabkan ombak besar tsunami, kapal ini telah diseret oleh arus deras dan terdampar di atas rumah milik keluarga Misbah. Hikmahnya, seramai 56 orang telah terselamat kerana sempat menyelamatkan diri di atas bot ketika kejadian tsunami.", "Kami menuju lokasi seterusnya iaitu Masjid Rahmatullah, yang terletak di Lampuuk iaitu kira-kira 40 minit dari Banda Aceh. Masjid ini terletak kira kira 400 meter dari kawasan pantai, tetapi terselamat ketika badai tsunami menerpa 12 tahun yang lepas. Masjid ini hanya satu-satunya bangunan yang berdiri kukuh, saat semua rumah-rumah, bangunan kedai dan lain-lain hancur musnah sekelip mata dibawa arus. Kuasa Allah membuktikan segala-galanya.", "Selepas menunaikan solat Zuhur, kami disapa oleh seorang warga tempatan iaitu Bapak Sulaiman, yang merupakan imam Masjid Rahmatullah yang terselamat semasa kejadian tsunami. Beliau telah menawarkan diri untuk berkongsi pengalaman tentang kejadian tsunami yang menimpa penduduk kampung di situ. Menurut beliau, ketika kejadian tsunami, ombak tsunami sangat tinggi hingga hampir-hampir melepasi kubah masjid. Beliau sendiri telah di bawa arus deras tsunami bersama-sama dengan ratusan mayat manusia, haiwan serta sampah sarap seperti kayu dan banyak lagi.", "Setelah berjam-jam di dalam air, beliau terselamat setelah berpaut pada kayu yang besar dan diselamatkan oleh pasukan penyelamat kemudiannya. Perasaan sedikit sebak apabila Imam Sulaiman memberitahu kami yang anak perempuan serta isterinya tidak dijumpai dan hilang hingga ke hari ini. Masjid Rahmatullah ini juga mengalami kerosakan kecil dan telah dibaiki dan di baik pulih dengan bantuan kerajaan Turki.", "Lawatan kami di sekitar Banda Acheh berakhir pada pukul 3.30 petang. Kami singgah sebentar di warung makanan di tepi jalan untuk menikmati Mee Aceh. Mee Aceh merupakan antara menu terkenal disini, agak sedap rasanya dan sekiranya saudara-saudari bertandang ke sini, jangan melepaskan peluang merasa Mee Aceh ye.", "Kemudian kami menuju ke Pelabuhan Ulee Lheuh untuk perjalanan ke Pulau Sabang pada pukul 4.00 petang.  Apabila sampai di Pelabuhan Bulohan (Pulau Sabang), kami disambut pemilik hotel tempat kami menginap selama 2 hari disini. Kami menaiki kereta beliau untuk ke Iboih, iaitu lokasi pelancongan utama di Pulau Sabang, di mana perjalanan kami mengambil masa selama 45 minit. Sepanjang perjalanan, beliau bercerita mengenai Pulau Sabang yang merupakan kawasan paling utara di negara Indonesia.", "Hari Ke-2", "Untuk hari kedua ini, kami mahu menjelajah keindahan Pulau Sabang, yang juga dikenali dengan nama Pulau Weh. Oleh itu, kami ber snorkelling di Pulau Rubiah yang terletak hanya 300-400 m dari Pantai Iboih. Keindahan Pulau Sabang ini masih terpelihara dan kebetulan ketika kami membuat aktiviti snorkelling cuaca disini mendung, memang sesuai untuk melihat keindahan alam bawah air Pulau Rubiah ini. Kami berpendapat, setelah beberapa kali ke pulau-pulau lain di Malaysia, Thailand dan Indonesia, Pulau Rubiah ini merupakan antara lokasi snorkelling dan diving yang tidak akan menghampakan anda. Tak percaya? boleh datang ke sini nanti. Sekiranya bernasib baik, ikan lumba-lumba akan turun bermain-main di sekitar pulau menurut penduduk tempatan.", "Selepas aktiviti snorkelling, kami menyewa motorsikal untuk menjelajah Pulau Sabang. Ada beberapa tempat yang kami sempat lawati memandangkan hari sudah petang. Kami menuju ke Kilometer Nol (Nol bermaksud kosong), yang terletak 8km dari Iboih. Jalan menuju ke Kilometer Nol ketika ini sedang dilebarkan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung memandangkan jumlah pelancong yang datang ke sini semakin meningkat. Kilometer Nol juga sangat signifikan kerana disini merupakan permulaan kilometer bagi negara Indonesia dan terletak berdekatan dengan laut Andaman.", "Kemudian, kami menuju pula ke lokasi wisata alam, Gua Sarang yang terletak di pinggir laut. Untuk ke Gua Sarang, kami meneruni cerun bukit untuk sampai ke kawasan pintu gua yang terletak di tepi laut. Keindahan kawasan sekitar Gua Sarang memang menakjubkan dengan air laut yang kehijauan. SubhanaAllah. Agak semput dan gigih juga untuk kami naik semula ke atas bukit. Selain itu, di Pulau Sabang juga terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang lain, namun tidak sempat kami lawati kerana kesuntukan masa. Kami menamatkan hari ke-2 dengan menikmati pemandangan matahari terbenam di Pantai Pasir Putih.", "Hari Ke-3", "Hari ke-3, pagi-pagi lagi kami sudah bersarapan dan berjalan kaki di sekitar Iboih memandangkan pukul 12.30 tengahari nanti kami perlu ke Pelabuhan Balohan untuk pulang semula ke Banda Aceh dengan kapal cepat (feri ekspres).", "Kami tiba di Banda Aceh pada pukul 4.00 petang. Pak supir menjemput kami untuk di hantar ke sebuah hotel, di mana kami menginap semalaman sebelum pulang ke tanah air esok. Kami memilih hotel ini kerana terletak di tengah-tengah kawasan bandar, berdekatan dengan Pasar Aceh dan juga Masjid Baiturrahman. Disebabkan kelaparan, kami mencari kedai makan yang berdekatan dengan masjid dan terus menunaikan solat d selepas itu. Masjid Raya Baiturrahman merupakan masjid utama di provinsi Aceh.", "Mengikut sejarah, masjid ini telah dibina pada tahun 1612 oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang merupakan antara sultan agung dalam sejarah Aceh. Ketika ini, kawasan masjid Baiturrahman sedang dalam pembinaan untuk pembesaran kawasan masjid dan dimana akan diletakkan payung besar seperti di Masjid Nabawi, Madinah. Kebetulan semasa kami solat, masjid dipenuhi oleh kumpulan kecil kanak-kanak seperti sedang mengikuti kelas KAFA.", "Selesai solat, kami berjalan kaki sekitar Pasar Aceh unrtuk mencari sedikit ole-ole untuk dibawa pulang ke tanah air. Antara cenderahati yang wajib di beli apabila ke Banda Aceh ialah kopi kerana dikatakan antara yang terkenal di dunia.", "Hari ke 4", "Hari ini merupakan hari terakhir kami di bumi Aceh ini. 4 hari di bumi Aceh, banyak yang kami pelajari. Kejadian tsunami besar 12 tahun yang lepas bukan hanya meninggalkan parut dalam pada warga Aceh, juga membawa sedikit rahmat setelah keamanan dicapai antara kerajaan pusat Indonesia dengan Gerakan Aceh Medeka (GAM). Kesempatan bertemu dengan warga juga memberi kesempatan kepada kami mendengar cerita-cerita kebesaran Tuhan selain melawat Pulau Sabang yang masih terpelihara keindahan alamnya.", "Selain itu, kami juga berbual mesra bersama warga tempatan disini dan kami dapati bahasa pertuturan mereka seperti bahasa melayu Malaysia, jadi mudah untuk difahami, malah warga nya sangat mesra. Antara perkara menarik yang saya dapati juga, ialah banyak sekali masjid yang dibina dengan kubah-kubah yang besar dan cantik, melambangkan pengaruh islam yang kuat berakar dalam warga tempatan. Sebagaimana yang diketahui, Aceh juga merupakan satu-satunya wilayah/negeri di Indonesia yang mempraktikkan hukuk-hukum syariah dalam kalangan warganya.", "Pengembaraan kami kali ini bukan seperti kembara yang lepas, ada sedikit hikmah dan tauladan yang kami bawa bersama, ada memori yang kami rakam.", "Selamat tinggal bumi Aceh. Inshaa Allah, bisa ketemu lagi!", "Nota: Gambar semua, hak milik saya" ]
https://www.thepatriots.asia/laksamana-cheng-ho-pengembara-lautan-agung-muslim/
Laksamana Cheng Ho: Pengembara Lautan Agung Muslim
[ "Antara\nasas awal kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka ialah hubungan\ndiplomatik yang dijalin dengan China. Ini tercapai menerusi penerimaan\nrombongan China diketuai Laksamana Yin Ching dan kemudiannya di bawah pimpinan Laksamana\nCheng Ho atau Zheng He. Cheng Ho bukan sekadar seorang pelayar yang hebat\ntetapi juga dianggap wira rakyat bagi rakyat China. Tetapi siapa Cheng Ho pada\npandangan sejarah.", "Latar belakang", "Cheng Ho dilahirkan pada tahun 1371 di bandar Jinning, Yunnan. Nama sebenar beliau ialah Ma He yang menunjukkan asal-usulnya sebagai seorang Muslim dari etnik Hui memandangkan Ma merujuk kepada nama Muhammad dalam versi China. Moyangnya Sayyid Ajjal Shams al-Din Omar merupakan Gabenor Yunnan semasa era awal pemerintahan Dinasti Yuan. Kedua-dua datuk dan bapanya memegang gelaran Hajji, sekaligus mendedahkan kedua-duanya pernah berangkat ke Baitullah untuk menunaikan fardu haji. Bapanya, Ma Hajji terus setia dengan Dinasti Yuan walaupun situasi menyaksikan pemberontak Ming sudah mula menguasai sebahagian besar China.", "Pada musim luruh 1381, pihak Ming menyerang Yunnan yang ketika itu diperintah Putera Basalawarmi yang berdarah Mongol. Yunnan jatuh ke tangan pemberontak dengan Ma Hajji terbunuh di medan pertempuran. Pada tahun itu juga, Cheng Ho ditangkap dan dikasi semasa berusia 10 tahun agar boleh berkhidmat sebagai seorang sida di Beiping (kini Beijing). Semasa di sinilah, beliau berkhidmat dalam isi rumah Putera Zhu Di yang juga bakal maharaja Yongle. Semasa di istana, beliau mencapai ketinggian 182 cm dan mempunyai suara yang kuat seperti loceng yang besar. Cheng Ho juga mahir berlawan dan taktik ketenteraan serta mengkaji Confucius dan Mencius. Ini menjadikannya sebagai orang kepercayaan utama baginda.", "Zhu Di/Yongle", "Selepas pengasas dinasti dan maharaja pertama Dinasti Ming, Hongwu mangkat pada tahun 1398, takhta diisi oleh cucundanya, Zhu Yunwen yang juga anak saudara Zhu Di. Bagaimanapun, itu mengundang rasa kurang senang baginda terhadap anak saudaranya yang kini bergelar Maharaja Jianwen. Akibatnya, satu kempen dilancarkan pada tahun 1399 untuk menggulingkan Jianwen dengan Cheng Ho merupakan sebahagian daripada orang kepercayaannya. Menjelang tahun 1402, Zhu Di berjaya menakluk Nanjing dan berjaya menewaskan pasukan Jianwen sekaligus membolehkannya bergelar Maharaja Yongle. ", "Tidak diketahui apa nasib yang menimpa Jianwen di mana ada berpandangan baginda mati dalam kebakaran istana. Sementara satu lagi teori mengatakan Jianwen terselamat dan meneruskan kehidupan sebagai sami Buddha. ", "Bagi membalas jasa semua yang terlibat, mereka diberi anugerah termasuk Cheng Ho. Nama asalnya Ma He digantikan nama kehormat Zheng He dan beliau turut dikurniakan sebuah rumah besar di Nanjing. Tetapi harga penguasaan takhta Yongle amat mahal. Bagi kebanyakan cendekiawan Confucius, apa yang dilakukannya itu salah kerana takhta hanya diwarisi oleh putera sulung raja dan keturunannya sedangkan Yongle merupakan putera keempat Hongwu. Ini menyebabkan baginda terus bergantung kepada kumpulan sida yang dipercayainya termasuk Cheng Ho sendiri.", "Sedar satu-satunya cara untuk menunjukkan pemerintahannya diiktiraf ialah pengiktirafan dari pemerintah-pemerintah luar, maka Yongle mengadakan ekspedisi diplomatik ke negara-negara luar dan memberi kepercayaan kepada Cheng Ho mengetuainya. Apabila pemerintah-pemerintah luar menghantar hadiah kepada maharaja-maharaja China, ia bertujuan untuk mendapatkan perlindungan atau kebenaran untuk berdagang di China. Walaupun hantaran sebegini tidaklah bernilai berbanding hadiah yang dikurniakan baginda, ia menunjukkan bahawa maharaja China merupakan pemerintah yang paling berkuasa di dunia. Walaupun sistem ini tidak diamalkan semasa Dinasti Yuan, Yongle melihat sistem ini cara terbaik untuk meyakinkan pegawai-pegawai istana bahawa baginda selayaknya berada di takhta. Ada juga berpandangan ekspedisi ini merupakan cara halus untuk memburu anak saudaranya, Jianwen yang dikatakan melarikan diri ke luar China tetapi tidak dipersetujui oleh ramai cendekiawan dan sejarawan.", "Ekspedisi\nini dikatakan sudah bermula pada tahun 1404 dan terdiri daripada 317 kapal\ntermasuk 62 baochuan, kapal yang terbesar di dunia pada ketika itu. Jong-jong\nChina ini digelar kapal harta karun dengan panjang 55 meter dan 8.5 meter lebar\n(ukuran sebenar kapal masih menjadi perdebatan dalam kalangan sejarawan).\nJong-jong yang menjadi sebahagian daripada armada laut Dinasti Ming ini dilihat\ntidaklah jauh berbeza dengan kapal-kapal yang disaksikan oleh Ibnu Battuta\nsemasa berada di China dan ini dicatatkan dalam kitab Rihlahnya. ", "Kebanyakan kapal dibina di limbungan kapal di Nanjing dan dilengkapi pelbagai inovasi menarik seperti ruang kedap air dan kompas magnetik. Kapal-kapal diisi dengan bekalan air bersih, makanan dan barangan mewah Dinasti Ming dengan tujuan menarik perhatian pemerintah-pemerintah tempatan tentang kekayaan dinasti berkenaan dan mendorong mereka menghantar sebahagian daripada hasil mereka sebagai hadiah kepada maharaja. Antara komoditi mewah yang dibawa ialah teh, barangan emas dan perak, tekstil dan tembikar. Kapal sebegini boleh membawa ramai krew antara 20,000 hingga 32,000 orang dan ini pada ekspedisi pertama. Mereka terdiri daripada tukang tilik, diplomat, tabib dan tentera serta dilengkapi kelengkapan pertahanan seperti meriam sekaligus membolehkan mereka mempertahankan diri sekiranya perlu.", "Ekspedisi perlayaran", "Untuk tiga ekspedisi pertama Cheng Ho iaitu pada tahun 1404, 1408 dan 1409, mereka berlayar mengikut laluan perdagangan utama ketika itu. Tiga ekspedisi ini menyaksikan beliau dan armadanya berlayar dari Vietnam hingga ke Kepulauan Nusantara sebelum merentasi timur Lautan Hindi untuk sampai di India dan Sri Lanka. Setiap kali tiba, Cheng Ho membawa mesej keamanan dan hasrat China mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan berkenaan. Bagi mengukuhkan lagi hubungan, beliau turut membawa hadiah-hadiah dan menjemput pemerintah tempatan atau mengutus seorang duta menghadap Maharaja Yongle. ", "Ramai pemerintah mengambil peluang berbuat demikian dan utusan-utusan ini kemudiannya dibawa ke China semasa dalam perjalanan pulang mereka. Namun, ada juga yang enggan berbuat demikian seperti kes pemerintah kerajaan Kotte di Sri Lanka, Alakesvara. Raja Alakesvara menolak kehadiran armada Ming di kawasan perairannya dan ini membawa kepada aktiviti lanun dan keganasan di perairan kerajaan berkenaan. Berang dengan tindakan baginda, Cheng Ho bersama 2,000 tentera menyerang Kotte dan berjaya menawan Alakesvara, kaum kerabatnya dan pegawai-pegawai istana. Walaupun tentera Kotte cuba bangkit merampas semula ibu kota mereka, semua cubaan berjaya dinafikan oleh tentera China.", "Selepas\ndibawa pulang ke China pada tahun 1411, Raja Kotte itu dipersembahkan di\nhadapan Maharaja Yongle. Maharaja Dinasti Ming itu memutuskan untuk membebaskan\nAlakesvara dan membenarkannya pulang ke Sri Lanka. Pada masa sama,\nParakramabahu VI ditabalkan sebagai pemerintah Kotte yang baru dengan sokongan\nChina sekaligus memulihkan kembali hubungan kedua-dua kerajaan. Penabalan\nParakramabahu VI juga turut membawa kepada kestabilan dan kegemilangan kepada\nkerajaan itu selama lebih 50 tahun. ", "Selain berurusan dengan pemerintah tempatan, adakalanya ekspedisi turut berhadapan masalah dengan lanun seperti kes Chen Zuyi. Ini dihadapi oleh Cheng Ho semasa ekspedisi perlayaran keduanya di mana Zuyi mencetuskan huru-hara di Palembang yang ketika itu merupakan sebahagian dari jajahan kerajaan Majapahit. Selepas mendapat tahu apa yang berlaku dari wakil Majapahit berdarah Hui, Shi Jinqing, armada Ming dan armada lanun pimpinan Zuyi bertembung di Palembang pada tahun 1407. Pertempuran laut itu menyaksikan angkatan lanun Zuyi musnah sama sekali dengan 5,000 lanun terbunuh, 10 kapal mereka musnah dan tujuh lagi ditawan armada laut Ming. ", "Ketua lanun itu bersama beberapa orangnya kemudian dibawa pulang ke China dengan mereka semua dihukum mati atas titah Maharaja Yongle pada Oktober 1407. Baginda turut memberi kurnia ganjaran kepada kru armada yang bertanggungjawab menewaskan lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka. Bagi Shi Jinqing pula, beliau dilantik sebagai pengawal keamanan di Palembang sebagai menghargai bantuan yang dihulurkan semasa Pertempuran Palembang. Perlantikan ini turut memudahkan urusan perdagangan China sekiranya mereka berlabuh di situ.", "Untuk ekspedisi keempat, perlayaran pada tahun 1413 menyaksikannya berlayar ke India tetapi tumpuan dihalakan pada bahagian selatan. Perlayaran ini menyaksikan armada Cheng Ho singgah di Calicut, Cochin dan Maldives. Perlayaran kemudiannya diteruskan ke Laut Arab di mana armada Ming singgah di Hormuz, Aden dan Jeddah. Di Jeddah, Cheng Ho membenarkan sekumpulan krunya yang beragama Islam turun dan meneruskan perjalanan ke Makkah untuk menunaikan fardu haji. Dalam ekspedisi keempat ini, 19 pemerintah tempatan menghantar duta dan hadiah kepada Maharaja Yongle. ", "Ekspedisi ini juga bertanggungjawab memulihkan kembali kedudukan seorang raja kerajaan Semudera (berkemungkinan Samudra Pasai) bernama Zainal Abidin selepas takhtanya dirampas oleh adindanya, Sekandar. Walaupun angkatan Sekandar cuba menewaskan tentera Ming tetapi cubaan tersebut gagal dan baginda kembali naik sebagai pemerintah di situ. Sekandar kemudiannya dibawa pulang ke China sebelum dihukum mati di khalayak ramai. Sementara Sultan Zainal Abidin yang terhutang budi dengan bantuan armada Cheng Ho mengirim hadiah kepada Maharaja Yongle sebagai tanda persahabatan.", "Bagi ekspedisi perlayaran kelima dan keenam, armada laut Ming berlayar sehingga ke benua Afrika dengan mereka mendarat di Mogadishu, Mombasa dan Malindi (kesemuanya berada di timur pesisir laut Afrika). Apabila Cheng Ho mendarat di situ, ia menjadikan beliau orang pertama yang mendarat di kawasan pesisir pantai Swahili. Pemerintah-pemerintah ini menghantar hadiah dan misi diplomatik masing-masing ke China. Antara hadiah yang dianggap pelik bin ajaib oleh Maharaja Yongle yang dibawa armada ini ialah zirafah (dianggap qilin iaitu sejenis unikorn China yang membawa pentanda nasib baik), singa, burung unta dan kuda belang. Selain itu, Cheng Ho turut membawa permata berharga, rempah-ratus, ubat-ubatan dan maklumat berkenaan budaya dan orang asing semasa dalam perlayaran.", "Sebaik\npulang dari perlayaran keenam, Cheng Ho diberitahu rakan baiknya Maharaja\nYongle mangkat pada tahun 1424 dan digantikan oleh puteranya, Zhu Gaozhi yang\nbergelar Maharaja Hongxi. Semasa pemerintahannya selama sembilan bulan, baginda\nmengarahkan semua bentuk ekspedisi perlayaran Ming dihentikan dan dana\nperlayaran disalurkan kepada mengukuhkan pertahanan negara dari ancaman Mongol\nserta penduduk-penduduk di wilayah yang dilanda kebuluran. Namun selepas\nbaginda mangkat pada tahun 1426, Maharaja Xuande yang menggantikan ayahandanya\nitu mengambil keputusan meneruskan semula ekspedisi perlayaran yang dihentikan\nsemasa era Hongxi.", "Ekspedisi\nterakhir ini menyaksikan armada kembali berlayar dari Kepulauan Nusantara\nhinggalah ke Semenanjung Tanah Arab dan Afrika. Antara tempat yang disinggahi\nialah Melaka, Surabaya, Palembang, Sri Lanka, Calicut dan Hormuz. Perlayaran\nyang bermula pada tahun 1431 ini berakhir pada tahun 1433 dengan armada membawa\n11 duta asing mengadap Maharaja Xuande. Antara pemerintah yang mengirim duta\nmereka ialah Sultan Zainal Abidin (Semudera), Raja Parakramabahu VI (Kotte) dan\nRaja Saifuddin (Hormuz).", "‘Perginya seorang laksamana’", "Tidak diketahui tahun sebenar Cheng Ho meninggal dunia. Ada yang mengatakan beliau kembali ke hadrat Ilahi pada tahun 1433 sebelum atau selepas perlayaran ketujuhnya. Ada pula yang berpandangan Cheng Ho kembali berkhidmat sebagai pelindung kota Nanjing dan mati pada tahun 1435. Tetapi jika menurut keterangan penduduk bahawa makamnya di Nanjing itu kosong, ini bermakna beliau kembali ke hadrat Ilahi semasa dalam perjalanan pulang pada tahun 1432 dan dikebumikan di tengah lautan.", "Selepas kematian Cheng Ho, musuh-musuhnya dari kelompok cendekiawan Confucius berusaha memadam semua rekod perlayaran beliau untuk dekad-dekad berikutnya kerana bimbang projek sebegini akan dibangkitkan. Pada tahun 1477 semasa pemerintahan Maharaja Chenghua, seorang sida bertanya ke mana perginya rekod-rekod perlayaran laksamana China terkenal itu. Cendekiawan-cendekiawan ini memberitahu kebanyakan rekod tersebut hilang ditelan zaman (lebih tepat dibakar). Tetapi cubaan mereka menghilangkan nama Cheng Ho gagal kerana kisahnya dinyatakan oleh beberapa anggota ekspedisi seperti Fei Xin, Gong Zhen dan Ma Huan yang kemudiannya menyertai beberapa ekspedisi perlayaran kerajaan. Armada laut Ming ini juga turut meninggalkan batu-batu penanda di tempat-tempat yang disinggahi mereka. ", "RUJUKAN:", "1.\nSzczepanski, Kallie. (2019). Biography of Zheng He, Chinese Admiral. ThoughtCo.\nhttps://www.thoughtco.com/zheng-he-ming-chinas-great-admiral-195236", "2.\nCartwright, Mark. (2019). The Seven Voyages of Zheng He. Ancient.eu. https://www.ancient.eu/article/1334/the-seven-voyages-of-zheng-he/" ]
https://www.thepatriots.asia/battlecry-buat-pejuang-agama-bangsa-tanahair/
‘Battlecry’ Buat Pejuang Agama, Bangsa & Tanahair
[ "Kita berjuang melindungi hak dan kepentingan Melayu-Bumiputra bukanlah sebab nama dia ‘Melayu-Bumiputra’. Kita berjuang bukanlah sebab apa-apa parti. Kita berjuang sebab musuh-musuh menindas secara terancang dan memfokuskan hanya atas manusia-manusia dan segala kemanusiaan yang terkelompok dalam Melayu-Bumiputra.", "Musuh menindas bukan sekadar ingin mencabut agama, identiti bangsa dan ‘nama’, tapi musuh ingin merampas tanahair kamu, hak-hak kamu, wang kamu, hartabenda kamu dan apa yang kamu berhak dapat dalam jaminan perlembagaan kamu. Musuh akan berusaha sedaya upaya sama ada dengan jalan depan, jalan tepi mahupun jalan belakang untuk mencabut apa yang kamu sepatutnya dapat dalam tangan kamu.", "Perhatikan, siapa majoriti luar bandar? Perhatikan bagaimana belanjawan negara untuk mereka dipotong dan dirampas. Perhatikan bagaimana para petani, nelayan dan orang miskin di kalangan mereka ditindas secara senyap. Perhatikan apabila kamu mempertahankan hak kamu, kamu dituduh ‘nazi’, ‘rasis’ dan ‘teroris’ sedangkan mereka boleh pula sesuka hati dibiarkan menjahanamkan hak-hak kamu malah politikus mereka kaya-raya bergaji besar lebih dari politikus kamu semua.", "Padahal mereka peruntukkan belanjawan hanya pada sesama mereka. Sekolah mereka. Perhatikan, apa jua usaha untuk memajukan negeri-negeri majoriti Melayu-Islam dan Bumiputra seperti negeri-negeri Pantai Timur dan di Borneo akan dicantas dan dibatalkan. Mengapa negeri-negeri ini susah benar untuk diwujudkan pengangkutan awam seperti jalan keretapi atau rel seperti LRT, MRT dan sebagainya? Hasilbumi seperti minyak dapat banyak dari negeri-negeri mana?", "Dahulu penjajah British miskinkan kamu, diskriminasikan kamu dan kayakan mereka supaya kamu lemah sebab kamu pribumi. Sekarang cara yang sama dipakai ke atas kamu supaya kamu lemah dan miskin, supaya kamu mudah disogok dan dicucuk hidung ke sana sini demi mendapatkan $$$. Bila kamu miskin, kamu akan menjadi lemah. Kamu akan susah untuk akses kepada pendidikan. Maka kamu akan menjadi bangsat di tanahair sendiri.", "Tandatangan semua petisyen untuk melindungi hak dan kepentingan kamu. Sertai semua rapat umum, perhimpunan dan acara-acara untuk menyuarakan kepentingan kamu. Kini perjuangan bukan lagi relevan untuk mempertahankan satu batang tubuh manusia yang menunggang nama ‘rakyat’ untuk mendapatkan kuasa, bukan lagi semata-mata ingin menjatuhkan satu batang tubuh sebab perbalahan kuasa, tapi kini perjuangan benar-benar berjuang untuk agama kamu, identiti kamu, setitik peluh kamu sebagai rakyat, wang dalam poket kamu yang sepatutnya kamu dapat… untuk menghidupkan keluarga kamu, anak cucu kamu.", "Musuh menindas kamu sebab kamu ialah Melayu-Bumiputra. Paling sadis, musuh menindas kamu sebab majoriti kamu beragama Islam. Untuk ini, kita lawan kezaliman mereka sampai titisan darah terakhir.", "~Srikandi" ]
https://www.thepatriots.asia/bantahan-ke-atas-claim-borobudur-ialah-istana-sulaiman/
Bantahan Ke Atas Claim Borobudur Ialah Istana Sulaiman
[ "Dari Surah Saba :– Jin-Jin bekerja untuk Nabi Sulaiman untuk membina bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung (ayat 13)– Allah gantikan kebun kaum Saba yang ingkar dengan kebun yang ditumbuhi buah pahit (ayat 16)", "Dengan memanipulasi tafsiran ayat al-Quran, golongan ini mendakwa:-1) Negeri Saba itu terletak di kawasan WonoSOBO, Jawa, Indonesia.2) Nama kerajaan Majapahit berasal dari nama buah Maja yang berasa pahit.3) Ratu Balqis itu sebenarnya Ratu Boko di Jawa yang juga menyembah matahari.4) Candi dan Patung di Jawa juga dibina oleh Jin Nabi Sulaiman.5) Perkampungan Sleman di Indonesia adalah wilayah kepunyaan Nabi Sulaiman.6) Borobudur itu Istana yang diarahkan pindah oleh Nabi Sulaiman.", "Sebelum mengulas lanjut, ayuh kenali apa itu Borobudur. Borobudur ialah candi Buddha mazhab Mahayana yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur adalah monumen Buddha terbesar di dunia yang dibina oleh Maharaja Samaratungga dari dinasti Sailendra sekitar tahun 750-850 Masihi.", "Borobudur kemudiannya tertimbus oleh lava debu gunung berapi sekitar 1006 Masihi. Sejak itu Borobudur berhenti menjadi tempat pemujaan penganut Buddha. Dengan kedatangan Islam pada kurun ke-14, Borobudur kian terpinggir.", "Tapak Borobudur ini hanya digali semula apabila Belanda datang menjajah Indonesia. Pada tahun 1968, Borobudur diwartakan sebagai salah satu keajaiban dunia dan diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1991.", "Hujah Balas :-1- Dalam sejarah, perkara yang paling mustahak adalah kronologi (timeline). Nabi Sulaiman hidup sekitar tahun 990 sebelum Masihi sehingga 930 sebelum Masihi. Manakala Borobudur dibina pada tahun 750 selepas Masihi. Ini bermakna, jarak waktu tersebut adalah 1680 tahun.", "2- Tadi mengenai latar masa. Sekarang latar tempat pula. Kerajaan Nabi Sulaiman adalah di sekitar Palestin dan sebahagian Syria sahaja manakala kerajaan Saba milik Ratu Balqis pula terletak di Yaman. Hal ini telah disepakati oleh sejarawan Yahudi, Kristian dan Islam pada zaman silam. Ingat senang ketiga-tiga agama ini nak bersepakat dalam sesuatu perkara?", "3- Binaan Borobudur adalah berteraskan ciri keJawaan serta Hindu-Buddha. Bahkan, ianya dibina khusus untuk penganut agama Buddha. Tak mungkin Nabi Sulaiman nak bina bangunan untuk Buddha sedangkan ketika itu, Buddha pun belum lahir.", "4- Persamaan nama dalam MajaPAHIT, WanaSOBO, Ratu Boko, Kampung Sleman dan lain-lain tak boleh terus disamakan dengan perkara-perkara dalam Quran. Mantiq yang terlampau dangkal. Cetek sangat. Sebab ada sama ja, terus claim itu Nabi Sulaiman punya. Lagipun, persamaan bunyi itu bukan lah 100% pun. Hanya dakwaan sipi-sipi sahaja.", "5- Sepatutnya, bukan Borobudur itu milik Nabi Sulaiman. Tetapi, Borobudur itulah yang meniru Sulaiman kerana Borobudur itu datang setelah zaman Nabi Sulaiman berlaku.", "6- Dalam al-Quran kata, Istana Ratu Saba di Yaman dipindahkan berdekatan dengan pusat kerajaan Nabi Sulaiman di Palestin. Tapi dah kenapa pula mereka mendakwa Borobudur yang kononnya Istana Sulaiman itu di bawa ke Pulau Jawa yang semakin jauh dari pusat kerajaan Nabi Sulaiman. Lagipula, claim yang mereka lakukan tak konsisten. Istana yang mereka claim tu Nabi Sulaiman atau Ratu Saba punya?", "7- Dalam Quran, disebut perihal Singgahsana. Tapi Borobudur ini candi, bukannya Singgahsana. Jauh beza fungsi antara Candi dan Singgahsana." ]
https://www.thepatriots.asia/kisah-cinta-abadi-tun-razak-dan-tun-rahah/
Kisah Cinta Abadi Tun Razak Dan Tun Rahah
[ "Cuaca kelihatan suram dan rintik-rintik hujan mulai turun di bumi Kuala Lumpur pada 18 Disember. Hari itu, perginya seorang figura yang amat penting bagi dua tokoh negara. Tun Hajjah Rahah Binti Tan Sri Haji Mohd Noah, isteri kepada Bapa Pembangunan Negara, Tun Abdul Razak dan ibunda kepada pemimpin yang sentiasa dekat di hati rakyat, Datuk Seri Najib telah pulang ke pangkuan Illahi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.", "Tun Rahah sememangnya seorang wanita yang romantis kepada suaminya dan ibu yang penyayang terhadap anaknya. Di sini, penulis hendak berkongsi detik-detik awal Tun Rahah dan Tun Razak sehinggalah berjaya mendidik anak-anak mereka dan salah seorang daripadanya memegang kerusi yang sama dipegang oleh bapanya.", "Segalanya bermula pada 1951 ketika Dato Hussein Bin Mohd Taib, bapa kepada Tun Razak dimasukkan ke h0sp1tal Bangsar atas alasan kesihatan. Pada suatu hari, sahabat baik Tun Razak, Tan Sri Taib Andak telah pergi melawat bapa sahabat baiknya itu.", "Dato Hussein berkata kepada Taib sudah tiba masanya Tun Razak untuk beristeri dan meminta Tan Sri Taib untuk mencarikan isteri yang sesuai untuknya. Pada ketika itu, Tun Razak bekerja sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.", "Beberapa hari kemudian, Tan Sri Taib membawa Tun Razak ke Johor Bahru dan menuju ke Sekolah Holy Infant Jesus untuk mengambil anaknya, Kalsom. Tetapi, hasrat sebenar Tan Sri Taib ialah untuk mempertemukan Tun Razak dan Tun Rahah yang mana pada ketika itu, Tun Rahah merupakan pelajar tingkatan lima di sekolah tersebut.", "Buat pengetahuan pembaca, Tun Rahah merupakan anak bongsu kepada Tan Sri Haji Mohd Noah yang merupakan Pengerusi UMNO Johor di awal penubuhannya dan merupakan Speaker Dewan Rakyat Pertama.", "Perancangan Tan Sri Taib berjaya.  Selepas itu, Tan Sri Taib pergi ke rumah Tan Sri Haji Mohd Noah untuk merisik bagi pihak Tun Razak.Di rumah, apabila Tun Rahah ditunjukkan gambar Tun Razak yang kurus dan segak sambil memakai kot, Tun Rahah bersetuju untuk menjadi tunangan Tun Razak. Mereka bertunang selama 9 bulan dan hanya berjumpa beberapa kali sahaja.", "Selepas 9 bulan, pada 4 September 1952, kedua-dua pasangan merpati dua sejoli ini akhirnya berkahwin dan memulakan kehidupan sebagai suami isteri. Rupa-rupanya, perkahwinan Tun Razak ini sebenarnya bukan sahaja atas kehendak bapanya, tetapi Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar juga berkehendak supaya Tun Razak beristeri  kerana Baginda bertitah semua pegawai kerajaan seeloknya beristeri dan tidak manis jika Tun Razak, seorang Setiausaha Kerajaan Negeri tidak beristeri.", "Sepanjang perkahwinan mereka, Tun Rahah menggambarkan Tun Razak sebagai suami yang penyayang, baik, tidak mudah murah dan suka berjenaka. Di dalam mana-mana majlis, Tun Rahah tetap di samping Tun Razak, tidak kira walau ke ceruk kampung sekali pun.", "Walaupun Tun Razak menjawat jawatan nombor 1 dalam negara, beliau juga tidak lupa akan keluarganya. Tun Razak sering membawa keluarganya berehat di tepi pantai atau pulang ke kampung.", "Sesekali, mereka juga melancong ke luar negara untuk  bercuti. Walaupun sebagai Perdana Menteri, Tun Razak sentiasa mengamalkan sikap bersederhana. Pernah semasa percutiannya ke Australia, Tun Razak meminta pegawainya untuk mencarikan hotel yang sederhana sahaja. Beliau juga mengajar Tun Rahah supaya tidak menunjuk-nunjuk atas segala hal.", "Semasa Tun Razak menghidap peny4k1t leukemia pada 1975, beliau merahsiakan perkara tersebut kepada isterinya. Namun, hari demi hari, Tun Rahah mengesyaki bahawa Tun Razak sedang s4kit tetapi beliau tidak mendapat agaknya, apakah peny4k1t suaminya itu. Ketika berlepas ke London, Tun Rahah tidak mengetahui bahawa p3ny4k1t suaminya itu bertambah berat.", "Pada Disember 1975, Tun Rahah bergegas ke London setelah diberitahu bahawa suaminya itu dalam keadaan tenat. Walaubagaimanapun, Datuk Seri Najib yang ketika itu belajar di London pulang ke Malaysia setelah melihat keadaan ayahnya bertambah baik. ", "Pada suatu hari, Tan Sri Taib Andak menziarahi Tun Razak di hospital. Tun Razak memesan kepadanya bahawa jangan diberitahu Tun Rahah bahawa beliau akan pergi.  Dua hari kemudian, Tun Razak pun akhirnya pergi buat selamanya meninggalkan isteri dan anak-anaknya.", "Selepas pemergian Tun Razak, Tun Rahah terus cekal menjalani kehidupan membesarkan anak-anaknya. Hasil kudrat usahanya, beliau menyaksikan sendiri anaknya, Datuk Seri Mohd Najib menjawat jawatan nombor satu kerajaan seperti Tun Razak.", "Tun Rahah juga menyaksikan kesan pemerintahan suaminya yang berkekalan hingga ke hari ini dan pemerintahan anaknya yang sentiasa dekat di hati rakyat persis suaminya itu.", "Pada 18 Disember, tulang belakang terpenting dua Perdana Menteri Malaysia ini pulang semula ke pangkuan Yang Maha Esa. Tun Rahah juga “bertemu” suaminya kembali setelah berada di alam yang berbeza selama 44 tahun.", "Lebih menarik, selain disatukan bersama suaminya, Tun Abdul Razak, Tun Rahah juga disatukan semula bersama-sama bapanya, Tan Sri Mohd Noah dan kakaknya, Tun Suhaila Mohd Noah yang mana-mana masing-masing dikebumikan saling berdekatan di antara satu sama lain di M4k4m Pahl4wan, Kuala Lumpur.", "Terima kasih Tun Rahah, tanpa Tun Rahah, takkan ada insan beribawa persis Tun Razak dan takkan lahirlah Dato Seri Najib yang berjiwa rakyat. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan yang beriman, kami pasti menyusul satu hari nanti.", "RUJUKAN:", "Sulaiman, T. (2016, January 14). When Tun Razak met Toh Puan Rahah…: New Straits Times. Retrieved December 19, 2020, from https://www.nst.com.my/news/2016/01/122100/when-tun-razak-met-toh-puan-rahah", "Maidin, Z. (n.d.). Tun Razak: Jejak bertapak seorang patriot. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd;Cheras,Malaysia;1997." ]
https://www.thepatriots.asia/tragedi-ketupat-berdarah-sambas-1999/
Tragedi Ketupat Berdarah Sambas 1999
[ "KETUPAT merupakan antara juadah istimewa bagi masyarakat Melayu di Nusantara dan kebiasaannya dihidangkan sewaktu perayaan istimewa misalnya ketika sambutan Hari Raya.  Dan mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah pula perkaitan ketupat dengan darah kerana ia seharusnya melambangkan keceriaan dan kegembiraan setelah sebulan menjalani ibadah puasa. ", "Kita sudah biasa dengan cerita-ceriti pertikaian kaum di bumi Kalimantan contohnya Perang Sampit yang melibatkan etnik Madura dengan Dayak yang berlaku pada abad ke 20.  Dalam pada itu mungkin ramai yang tidak mengetahui selain daripada pertikaian antara Madura dan Dayak, di Kalimantan juga pernah terjadi satu tragedi berdarah yang melibatkan Madura dan Melayu Sambas.  Ianya berlaku pada tahun 1999 atau untuk lebih mengkhusus pada tanggal 19 Januari 1999 bersamaan dengan 1 Syawal 1419 Hijriah di Kampung Parit Setia, Kecamatan Jawai, Kabupaten Sambas. ", "1 Syawal yang sepatutnya diraikan dengan gembira oleh orang Islam dengan tidak semena-mena menjadi sambutan hariraya aidilfitri paling tragis bagi masyarakat Melayu Sambas sehingga ianya akan dikenang sampai bila-bila kerana melibatkan gugurnya tiga orang anak Kampung Parit Setia akibat diradak dengan “cluit” yakni senjata orang Madura.  Difahamkan kejadian itu berlaku betul-betul usai sahaja masyarakat Melayu Sambas menjalankan solat sunat aidilfitri di masjid yang berdekatan. ", "Jika kita menggodek sejarah lama pertikaian antara orang Madura dengan Melayu Sambas bukanlah hanya terjadi pada tahun 1999 sahaja malah ianya boleh dijejaki sehingga ke tahun 1933 iaitu ketika Kerajaan Sukadana atau Ketapang masih lagi utuh berdiri di bumi Kalimantan. ", "Pada ketika itu dikatakan seorang nakhoda telah membawa 25 orang “hamba” dari Madura dan mereka dijual kepada saudagar Melayu Sambas yang mana menyaksikan mereka dijadikan buruh untuk membuka hutan untuk dijadikan kebun dan ladang. ", "Dek kerana tidak tertahan dengan kerja yang berat ditambahlagi tidak dibayar upah seperti yang dijanjikan maka mereka bangun menentang saudagar Melayu Sambas tersebut sehingga memaksa ada campurtangan daripada pihak istana untuk mendamaikannya. ", "Mungkin ia hanya satu sejarah lama dan kes-kes terpencil namun sejarah tetap sejarah sehinggalah ia seumpama api di dalam sekam yang lama-lama boleh besar apinya dan menyebabkan kemusnahan yang total.  Cuma apa yang terjadi pada tahun 1999 itu puncanya bukanlah sama sekali mengenai upah atau hamba yang melarikan diri sebaliknya melibatkan hal peribadi antara beberapa orang Madura yang mendiami Kampung Parit Setia dengan penduduk tempatan perkampungan tersebut. ", "Dikatakan asal bermulanya berlaku pada bulan Ramadhan iaitu beberapa hari sebelum sambutan Syawal dirayakan.  Ada beberapa orang Madura telah memasuki rumah seorang Melayu Sambas dikawasan tersebut dengan niat untuk mencuri.  Apabila orang kampung mendengar jeritan tuan rumah yang dimasuki pencuri maka pertolongan diberikan lantas pencuri-pencuri itu segera ditangkap.  Maka terjadilah episod tuduh menuduh antara mereka sehingga ada yang hilang sabar dan mula “datang tangan” ke atas pemuda-pemuda Madura tersebut sehingga cedera. ", "Bermula dari hari itulah masyarakat Madura yang mendiami Kampung Parit Setia sudah mula bermasam muka dengan masyarakat Melayu Sambas.  Rasa amarah yang dipendam lama-lama sudah tidak tertahan lebih-lebih lagi mereka berpendapat bukanlah niat pemuda-pemuda Madura itu untuk mencuri sebaliknya tersalah rumah kerana mereka di dalam keadaan mabuk selepas meminum arak.  Alasan mereka langsung tidak dapat diterima oleh masyarakat kampung dan berita Madura menjadi pencuri terus-terusan menjadi topik perbualan sehingga ke perkampungan yang berdekatan. ", "Akhirnya ada dikalangan masyarakat Madura yang mendiami Kampung Parit Setia telah mengambil tindakan berani mati dengan mengamuk di perkampungan tersebut ketika masyarakat Melayu Sambas sedang sibuk bermaaf-maafan kerana ianya adalah 1 Syawal. ", "Tidak tertahan diprovokasi ada Melayu Sambas sudah hilang sabar kerana kelihatannya Madura berani memijak kepala mereka lantas berlakulah perkelahian antara mereka.  Akibat daripada perkelahian yang tidak mampu diselesaikan malah semakin parah akhirnya ada beberapa orang lelaki Madura telah mengeluarkan “cluit”, senjata peribadi mereka sehingga menyebabkan tiga orang pemuda Melayu Sambas menemui ajal kerana kecederaan teruk. ", "Berita malang yang menimpa masyarakat Melayu Sambas di Kampung Parit Setia akhirnya tersebar ke kampung-kampung yang lain malah sehingga melangkaui daerah-daerah yang lain.  Masyarakat Melayu Sambas bangkit menuntut keadilkan kerana darah harus dibayar dengan darah bagi mereka.  Masyarakat Madura yang mendiami bumi Sambas harus diajar kerana walau bagaimanapun mereka sudah lama bermastautin tetap di Sambas mereka tetap orang asing. ", "Berlaku banyak rusuhan daripada Januari 1999 sehinggalah pada awal tahun 2000 yang mana ia melibatkan angkatan bersenjata turut campurtangan bagi meredakan keadaan genting.  Banyak harta benda yang musnah samada dibakar dengan sengaja dan sebagainya.  Perintah berkurung turut dikuatkuasakan namun perasaan benci semakin meluap-luap. ", "Bahkan diceritakan Melayu Sambas turut menerima bantuan daripada dayak-dayak di Sambas untuk sama-sama menghadapi amukan Madura pada ketika itu.  Dek kerana itulah jika Perang Sampit banyak menceritakan hal-hal supernatural perang Dayak maka begitulah juga tragedi ketupat berdarah kerana ianya juga melibatkan senjata serta magis masyarakat Dayak itu sendiri. ", "Tragedi ketupat berdarah selama ianya berlangsung telah mengorbankan kemusnahan yang besar iaitu 3,833 rumah terbakar dan rosak teruk, 12 buah kereta dan sembilan motosikal dibakar, lapan buah masjid dibakar dan dua buah sekolah rosak teruk. ", "Angka korban pula yang melibatkan masyarakat Melayu Sambas, Dayak dan Madura juga besar iaitu 1,189 orang mati terbunuh, 168 cedera teruk dan 34 orang cedera ringan.  Manakala 29,823 orang masyarakat Madura yang mendiami bumi Sambas pula diusir keluar dari bumi Sambas samada mereka terlibat atau tidak tanpa mengira lelaki, perempuan, tua atau muda asalkan mereka adalah masyarakat Madura. ", "Bagi mengenang tiga pemuda Melayu Sambas yang terbunuh ketika mempertahankan perkampungan mereka iaitu Kampung Parit Setia telah didirikan satu tugu yang dinamakan Tugu Ketupat Berdarah. ", "Replika tiga tangan yang mengangkat satu ketupat berdarah itu melambangkan tiga pemuda yang terbunuh ketika 1 Syawal 1419H atau bersamaan dengan 19 Januari 1999.  Tugu itu kekal sehingga ke hari ini bagi tatapan generasi mendatang tentang tragedi perkauman yang melibatkan Madura dan Melayu Sambas.", "-HB-", "#KamekSayangSarawakBah!", "RUJUKAN:" ]
https://www.thepatriots.asia/seandainya-peraaannnnng-saudara-mongol-berlaku-lebih-awal/
Seandainya Perαng Saudara Mongol Berlaku Lebih Awal
[ "Genghis Khan meninggal dunia pada September 1227, dipercayai akibat komplikasi setelah terjatuh dari kuda ditungganginya.", "Khan Agung Mongol itu tidak mati tanpa perancangan awal tentang siapa yang akan menggantikan dirinya, di mana, anak ketiganya, Ogedei akan mengambil alih kuasa selepas kematian Genghis Khan.", "Mungkin Genghis Khan mati dengan tenang kerana dia tahu tindakan itu sekurang-kurangnya telah menangguhkan krisis pewarisan takhta dan perαng saudara selama satu generasi kerana anak sulungnya yang mungkin bukan anak kandungnya iaitu Jochi, terlebih dahulu telah meninggal dunia.", "Ini menyebabkan spekulasi muncul bahawa Jochi sebenarnya telah diracun hingga mati oleh Genghis sendiri, menjadikan ia satu kebarangkalian yang agak besar sehingga tidak membenarkan keraguan munasabah.", "Dakwaan ini disokong oleh sejarawan Mongol, Frank McLynn. Namun, sama ada Jochi mati kerana sakit atau telah dibunuh oleh tangan-tangan misteri, itu semua berada di luar skop perbincangan ini.", "Titik perbezaan sejarah yang menjadi isu ialah Jochi, anak sulung Genghis, yang hidup di sebalik tahun 1227 yang kritikal. Untuk membincangkan apa yang akan jadi pada Empayar Mongol jika Jochi tidak mati lebih awal, maka kita anggap saja lah memang Genghis telah membunuh Jochi.", "Bayangkan apa yang akan berlaku jika Genghis Khan tersilap langkah. Jika Jochi terselamat dari menjadi sasaran bunuh ‘bapanya’ sendiri, kemungkinan besar Empayar Mongol dan sejarah dunia amnya, akan amat berbeza pada hari ini.", "Punca ketegangan antara Jochi dengan abangnya Chaghatai adalah persoalan tentang darah keturunan Jochi yang penuh misteri hingga masih tiada sebarang jawapan yang sahih mengenainya hari ini.", "Jochi dilahirkan pada tahun 1182 sejurus selepas Genghis Khan berjaya merampas semula isterinya Borte, yang sebelum itu telah diculik oleh suku Merkit, pesaing suku Mongol.", "Jadi, persoalan tentang siapa sebenarnya bapa kandung Jochi telah menjadi isu yang hangat diperkatakan di kalangan adik-beradiknya. Salasilah nasab yang dipersoalkan ini malah turut melibatkan maksud nama “Jochi” sendiri.", "Kebanyakan ahli linguistik Mongologi mentafsirkan nama Jochi sebagai istilah yang sama dengan perkataan ‘zochin’ dalam bahasa Mongolia moden, yang bermaksud ‘tetamu’.", "Genghis Khan boleh diberi kredit di atas perancangan warisan takhtanya. Dia banyak kali memperingatkan anak-anak lelakinya yang lain, yang mengikut turutan pewarisan (turutan kelahiran: Chagatai yang panas baran, Ogedei yang peramah dan Tolui yang suka berperαng) agar melayan Jochi dengan baik.", "Jika benar Jochi bukan anak Genghis sekali pun, dia masih anak yang lahir dari ibu yang sama walaupun dia mungkin adalah benih haram dari suku Merkit yang merupakan musuh suku Mongol.", "Pun begitu, Jochi dan adik beradiknya tetap memainkan peranan penting dalam perluasan Empayar Mongol yang dimulakan Genghis Khan, walaupun Genghis terpaksa memeningkan kepala untuk memisahkan Jochi dan Chagatai, yang sering bergaduh walaupun sedang mengepung kota musuh.", "Chagatai, anak kedua Genghis yang panas baran mengambil pendekatan peribadi yang serius, bahkan dia dianggap memiliki obsesi yang tinggi mahu menghapuskan Jochi.", "Chagatai memandang Jochi sebagai tidak layak walau hanya dipertimbangkan sebagai calon akhir untuk mewarisi kedudukan Khan Agung Mongol, menyebabkan mereka saling bersengketa.", "Chagatai tidak menganggap Jochi sebagai abangnya, malah dipandang sebagai anak haram suku Merkit. Setiap kali nama Jochi disebut, Chagatai akan membangkitkan persoalan keturunan Jochi hingga kadang kala mengganggu perbincangan lalu mengundang kemarahan Genghis.", "Setiap sumber sejarah bersetuju bahawa Chagatai adalah seorang yang tidak peduli akan pandangan orang lain dan panas baran. Frank McLynn juga menggambarkan Chagatai dalam dua sikap, pertama, dia membenci agama Islam. Kedua, dia menganggap Jochi sebagai duri dalam daging keluarganya.", "Jochi mungkin ada pandangan yang sama tentang Chagatai. Jadi, boleh dikatakan dua beradik ini tak pernah ada rasa kasih sayang persaudaraan.", "Sesiapa sahaja boleh bersabar apabila digelar sebagai anak haram dan diserang berkali-kali sebelum serangan itu menyentuh isu peribadi. Di sebalik persengketaan dengan Chaghatai, Jochi merupakan calon pewaris yang paling berfikiran terbuka dan tak ada masalah jika dikecualikan sebagai pewaris takhta Empayar Mongol.", "Pengecualian itu akan semakin menjauhkan dirinya daripada Genghis Khan, sekaligus membuka peluang keemasan kepada Chagatai untuk mengeksploitasi kebimbangan bapa mereka terhadap pengkhianatan semasa ketiadaan Jochi di sisi mereka.", "Menjelang tahun 1222, Empayar Mongol telah menguasai Empayar Khwarezmiyah, membuka jalan perkembangan Mongol ke arah barat dengan mudah. Sama ada sebelum perkembangan terbaru empayar atau selepas peristiwa penjarahan Nishapur yang berdarah, (tempat di mana penyair agung Attar dan ramai lagi tokoh disembelih) ketika inilah Khan Agung memutuskan untuk memuktamadkan keputusan siapa akan mewarisi takhta.", "Ada beberapa sumber-sumber berbeza yang mencadangkan bilakah keputusan ini ditentukan. Genghis sedar dia tak mungkin akan hidup selama-lamanya, jadi pelan tindakan segera perlu diputuskan. Maka, dia memanggil keempat-empat calon pewarisnya untuk berbincang.", "Genghis sebenarnya bukan hanya ada empat orang anak lelaki, bahkan lebih ramai dari itu. Dia ada sejumlah besar anak-anak dari isteri yang berbeza. Belum dikira lagi anak-anak angkat dari tamadun yang ditakluki atau anak-anak tenteranya yang menjadi yatim piatu yang dibawa masuk ke dalam keluarga diraja.", "Dalam pertemuan itu, segalanya tidak bermula dengan baik. Pada mulanya Jochi selaku anak sulung dikatakan sebagai calon pilihan Genghis. Namun ketika Genghis baru membuka mulut untuk meminta Jochi bercakap (semasa sedang berbincang), Chagatai segera mencelah:", "“Ketika kamu menyebut, ‘cakaplah, Jochi’, adakah kamu bermaksud hendak mengisytiharkan dia menggantikan kamu? Adakah kita akan merelakan diri kita diperintah oleh anak haram Merkit ini?”", "Ini mengakibatkan dua beradik itu bergaduh dengan tangan kosong sesama mereka. Genghis yang sedang buntu hanya mampu terdiam melihat putera-putera yang menjadi harapan Empayar Mongol masa hadapan sedang bergelut antara satu sama lain.", "Apabila perbincangan mengenai pewarisan kuasa itu bertukar menjadi pergaduhan hanya dalam tempoh lima minit pertama, Genghis sedar apa yang dirancang dari awal tak mungkin akan berakhir dengan baik. Oleh itu dia memikir pelan B.", "Pengawal-pengawal meleraikan Jochi dan Chagatai. Kedua-duanya masih dalam keadaan marah, tetapi akhirnya mereka bersetuju untuk menerima pilihan alternatif Genghis.", "Oleh kerana sudah jelas tidak boleh dipilih sama ada Jochi atau Chagatai, Genghis Khan turut mengenepikan anak bongsunya Tolui, kerana terlalu suka berperαng, (walaupun itu memang mengikut standard Mongol), maka Genghis mencalonkan Ogedei, anak ketiganya.", "Ogedei adalah seorang yang kurang agresif, bersopan (kecuali terhadap bangsa Han China) dan terkenal dengan sifat pemurahnya. Sebenarnya, ciri-ciri kepimpinan yang lebih mesra dan pemurah, bukanlah sesuatu yang asing dalam budaya Mongol walaupun mereka amat ganas semasa berperαng.", "Orang nomad tidak melihat ciri-ciri kemurahan hati sebagai satu perkara yang pelik dan unik, malah ianya ciri penting untuk seorang pemerintah. Sikap pemurah juga adalah kualiti peribadi yang sangat berperanan membawa Genghis Khan menduduki kuasa mutlaknya. Maka dalam kes ini, Ogodei telah memenuhi kehendak yang bapanya harapkan.", "Semua adik beradik mencapai persetujuan sebulat suara, Ogedei akan menjadi Khan Agung selepas kematian Genghis.  Genghis Khan telah melakukan segala terdaya untuk mendamaikan dua anaknya pada tahap yang sekurang-kurangnya boleh bertolak ansur antara satu sama lain.", "Namun demikianlah orang Mongol, tidak ada sebarang ancaman asing, pujukan, atau pembentukan pasukan kerahan paksa yang dapat menghentikan dua beradik itu daripada saling menyerang antara satu sama lain, bahkan persengketaan mereka melarat hingga membentuk dua pasukann tentera Mongol yang saling memusuhi antara satu sama lain.", "Ini menyebabkan kempen ketenteraan Genghis terhadap saki baki kota-kota bekas Empayar Khwarezmiyah yang sedang dikepung tentera Mongol ketika itu bukan sahaja berlangsung selama berbulan dari tempoh yang dijangkakan, bahkan mengakibatkan angka korban tentera Mongol kian bertambah walaupun tidak diserang tentera musuh.", "Ini kerana tentera Mongol di bawah perintah Chagatai dan Jochi terus bersengketa dan mensabotaj sesama mereka, hingga ke tahap berlaku pertempuran kecil, ini mengakibatkan pengepungan ke atas kota Ugrench berlangsung berbulan-bulan lebih lama daripada yang sepatutnya dan banyak nyawa tentera Mongol melayang sia-sia.", "Pada tahun 1223, Jochi yang kecewa meninggalkan keluarganya dan menuju ke wilayah di antara Laut Kaspia dan Laut Aral. Ketika itu, ia merupakan kemaraan ke arah barat yang paling jauh pernah dicapai Empayar Mongol. Selepas ini Jochi tidak akan dapat melihat bapanya hidup lagi.", "Hakikatnya, Genghis Khan sedar, bahawa empayar yang telah dibina dengan darah dan keringat ini tidak akan berada dalam bentuk yang boleh berkembang atau disatukan jika salah seorang di antara dua anaknya, iaitu Chagatai dan Jochi, masih hidup selepas dia meninggal dunia.", "Ditambah pula dengan tindakan ‘derhaka’ Jochi yang enggan melayan perintah Genghis agar pulang menghadapnya, dengan alasan tidak sihat, mungkin menjadi sesuatu yang ditafsirkan oleh Genghis sebagai tindakan pembangkang, sama ada Jochi benar-benar sakit atau sekadar alasan semata-mata.", "Ini membawa kepada perseteruan yang baharu antara dua beranak itu. Chagatai mungkin menggunakan peluang ini untuk memainkan peranan menghasut bapanya dengan pelbagai tafsiran negatif bagi menguatkan lagi imej antagonis dalam tindakan Jochi yang amat dia benci sejak azali itu.", "Sama ada Genghis Khan bertanggungjawab menyebabkan Jochi diracun atau tidak, tiada sesiapa akan tahu cerita yang sebenar. Hakikatnya, Jochi yang sihat walafiat, ketika berusia 40 tahun meninggal dunia pada awal tahun 1227. Namun kematiannya diisytiharkan sebagai berpunca dari penyakit.", "Selepas kematian Jochi, akhirnya Genghis Khan turut menyusul, Khan Agung itu meninggal dunia pada bulan Ogos di tahun yang sama Jochi meninggal dunia.", "Dan selepas dua tahun Tolui memangku takhta bagi pihak Khan Agung, Ogedei kemudian boleh ditabalkan secara rasmi dan meluaskan sempadan Empayar Mongol yang bersatu di luar bayangkan bapanya.", "Tetapi bagaimana jika Jochi tidak meninggal dunia sebelum Genghis?", "Empayar yang ditinggalkan oleh Genghis Khan sebahagian besarnya tertumpu di padang rumput Asia tengah. Mongol, seperti empayar nomad pastoral pendahulu mereka, seperti Xiongnu dan Hun boleh bergerak merentasi ‘lebuh raya’ lebih pantas daripada tamadun lain berkat sistem stesen hentian mereka, baka kuda berkualiti dan organisasi yang mantap.", "Walaupun begitu, kemungkinan besar orang-orang yang berada jauh di pinggir empayar Mongol seperti Jochi, akan menjadi orang terakhir yang mengetahui berita kematian Genghis Khan.", "Garis masa utama sejarah menyebut, Tolui ditinggalkan dengan lebih 100,000 tentera di bawah perintahnya, lebih besar jika dibandingkan dengan divisyen-divisyen tentera ‘Mongol tulen’ adik-beradiknya yang berjumlah 4,000 tentera setiap seorang.", "Sebagai calon pewaris yang paling muda, tradisi Mongol menetapkan Tolui menjaga tanah air Mongol di Asia Tengah. Masa selama dua tahun diperlukan untuk mengumpul orang-orang Mongol yang penting dari setiap sudut empayar dan menghimpunkan mereka di dalam kongres ‘kurultai’ bagi mengabsahkan pertabalan takhta Ogedei.", "Perkembangan Mongol perlahan di China Utara dan Timur Tengah, kemudian sebahagian besarnya terhenti. Pada masa ini Tolui adalah pemangku khan di empayar yang bersatu, dan mempunyai tentera yang paling besar, menjadikan dia pemain utama dalam drama adik beradik ini.", "Ini bermakna, sesiapa yang memihak kepada Tolui yang suka berperαng ini, akan berpotensi menjadi pemenang perαng saudara Mongol generasi pertama.", "Chagatai, kemungkinan besar, akan mempergunakan berita kematian bapanya (dan mungkin dia ada kelebihan kerana telah mendengar berita itu terlebih dahulu) sehingga ke potensi paling maksimum.", "Senario yang paling mungkin ialah Chagatai akan cuba melancarkan serangan mengejut ke atas abang yang dibencinya.", "Pertaruhannya ialah, dia boleh membawa tenteranya ke kem Jochi di antara laut Aral dan Kaspia sebelum berita kematian tersebar, dan mengakibatkan kekalahan teruk Jochi sebelum Jochi sempat untuk memobilisasikan tentera.", "Atau  sebelum mana-mana adik beradiknya sempat untuk mengecam atau mengambil tindakan secara rasmi bagi mengelakkan tindakan tersebut. Lebih baik meminta keampunan daripada keizinan.", "Sama ada serangan pertama ini berjaya atau tidak bukan isunya. Peperαngan padang rumput sudah lama menjadi tradisi yang berlarutan, berlangsung dari generasi ke generasi.", "Malah, perselisihan dan pembalasan dendam adalah pemboleh imbang utama dalam budyaa suku padang rumput, dari segi sejarah, sifat ini dieksploitasi oleh tamadun yang tidak aktif, terutamanya China, dalam memastikan musuh mereka lemah dan berpecah belah.", "Perαng Saudara Mongol Generasi Pertama", "Kita cuba melihat perspektif yang paling teruk dari sudut pandangan Chagatai. Dia berjaya menyerang hendap Jochi, tetapi hasilnya tidak seperti yang diingini: Jochi melarikan diri dan mengumpulkan kekuatan yang ada.", "Jochi berkemungkinan akan memohon kepada pemangku khan, Tolui, dan bakal pewaris yang sah, Ogedei, untuk mendapatkan bantuan dan menuntut keadilan di atas serangan tanpa provokasi ini.", "Kini tinggal tanda tanya tentang apa yang berlaku selepas itu, dengan dua adik-beradik yang tinggal didesak untuk memihak.", "Sekali lagi, jawapannya tak penting, kebenaran hakiki isu ini ialah ada perαng saudara Mongol berlaku pada generasi pertama, bukannya generasi ketiga (khususnya Perαng Saudara Toluid di antara anak-anak Tolui yang membantu mempercepatkan perpecahan empayar bersatu menjadi  empat negeri berasingan).", "Perαng saudara bermakna tempoh pengembangan (1229-1260) yang menandakan tempoh kekhaganan Ogedei, Guyuk dan Mongke berkemungkinan tidak berlaku. Empayar itu mungkin akan berpecah dan bergelut di dalam sempadan yang telah dibentuk semasa tahun 1227, atau selewat-lewatnya 1228.", "Walaupun dengan resolusi yang pantas mampu mendatangkan hasil yang berbeza, ia masih tiada kepastian, sebagai contoh, Tolui akan membenarkan Ogedei memerintah empayar selepas perαng selesai, menikmati peranannya sebagai kingmaker dan mengubah peranan itu menjadi setara dengan kuasa Khagan.", "Tatanan ketenteraman sosial yang getir telah disusun dengan susah payah oleh Genghis Khan seumur hidupnya akan dihancurkan bahkan oleh pertelingkahan dalaman tentera yang paling singkat, tanpa mengira kepentingan tradisi apa pun.", "Walaupun Genghis Khan terpaksa berpandangan jauh untuk melantik pewaris sebelum kematiannya, dia tidak meninggalkan mekanisme untuk meletakkan pewaris selepas Ogedei bagi memastikan konflik dan pertengkaran masa depan tidak berlanjutan.", "Empayar Mongol akan memakan dirinya sendiri hanya dalam satu generasi: paling baik pun ia hanya mampu distabilkan di bawah beberapa orang khan dan perlahan-lahan mula menyatu semula, paling teruk, ia akan berubah menjadi kerajaan-kerajaan kecil Asia tengah, tidak lagi berkembang sebagai empayar terbesar di dunia seperti sebelum itu.", "Ini bermakna, beberapa hal tentang ketamadunan yang pernah didengari oleh orang Mongol hanyalah sekadar sekilas pandang sahaja pada peringkat ini.", "Mari kita lihat secara ringkas apa yang berlaku, atau mungkin akan berlaku, jika Mongol terlibat dalam perαng saudara generasi pertama dan gagal untuk berkembang ke barat dengan cara yang lebih signifikan.", "Jika mereka terlibat dalam perαng saudara generasi pertama, maka mereka hampir tidak ada peluang untuk menakluki Dinasti Song Selatan, Dinasti Jin atau empayar di Korea. Semua ini memerlukan Empayar Mongol yang bersatu untuk menakluki mereka, justeru itu, fokus perkembangan ke arah barat agak kurang.", "Turki Seljuk Bertahan Lebih Lama", "Kaum Turki Seljuk adalah satu lagi empayar steppe yang berjaya dan menguasai timur tengah sekitar dua abad sebelum kemunculan Mongol. Empayar mereka merentangi sebahagian Anatolia dan sering berkonflik dengan Empayar Rom Timur atau Byzantine.", "Jika Mongol tidak mendorong ke Barat, Seljuk berkemungkinan akan meneruskan kelangsungan untuk beberapa dekad lagi dengan kekuatan yang lebih besar, menjadikan mereka bebas untuk menumpukan perhatian terhadap perαng salib Eropah daripada perlu berperαng di pelbagai pentas.", "Dalam sejarah, mereka bertahan dalam bentuk yang lemah sehingga 1307, Kesultanan Rum menjadi kesinambungan Seljuk di Anatolia tetapi kuasa mereka semakin lemah apabila Mongol menyerang Timur Tengah dan padang rumput Pontic.", "Kemaraan Mongol telah mencipta vakum kuasa yang membolehkan beylik kecil bernama Osmanli menjadi terkenal dan akhirnya bangkit sebagai Empayar Uthmaniyah untuk tempoh 600 tahun mendatang yang akan menggabungkan banyak bekas jajahan-jajahan Seljuk, Byzantine, dan Mamluk.", "Dengan berlakunya Perαng Saudara Mongol, tidak mungkin kita dapat melihat Empayar Uthmaniyah lahir dengan sejarah dan kronologi yang sama.", "Sebut tentang Empayar Byzantine, mereka ada sedikit masalah dengan Seljuk, dan sejumlah siri tikam belakang dan pengkhianatan dari ‘sekutu’ Eropah mereka berkaitan dengan siri Perαng Salib yang disengajakan terhadap Seljuk dan mereka sendiri.", "Semasa empayar sedang bergelut, Byzantine berada pada titik di mana, jika tanpa sekatan kuasa besar (katakan pencerobohan Mongol) mereka berkemungkinan dapat mengekalkan tanah Yunani, Balkan dan Dalmatia, walaupun tidak semestinya seluruh Anatolia.", "Tentera Salib adalah sekutu yang tidak menentu. Siapa yang boleh melupakan tahun 1204 di mana tentera Salib yang sepatutnya menyerang Palestin, tiba-tiba mensasarkan Konstantinople dan menjarahnya?", "Bagaimanapun, perkara yang perlu dibincangkan di sini adalah Byzantine akan bertahan lebih lama tanpa perlu menghadapi Uthmaniyah yang akan datang. Mereka akan mengekalkan kedudukan mereka sebagai pintu masuk antara Eropah dan Asia, posisi yang didambakan dalam dunia perdagangan dan pengaruh geopolitik", "‘Assassin’", "Bercakap tentang Palestin, Mongol telah berjaya menempatkan beberapa gabenor wilayah di timur tengah, tetapi tidak dapat mengawal sepenuhnya wilayah-wilayah itu bermula pada tahun 1219. Ini tidak disukai orang tempatan, terutamanya pengikut Nizari Ismailiyah, sebuah kultus Syiah yang lebih dikenali sekarang sebagai Hashashin.", "Mereka terkenal sebagai pembunuh upahan dan digeruni kerana mampu mencapai sesiapa sahaja orang penting dengan senjata mereka, dan menyumbang dalam memastikan timur tengah tidak stabil melalui pembunuhan politik yang disasarkan.", "Bayangkan jika kultus ini terselamat melepasi tahun 1253 —tanpa Hulagu Khan memusnahkan kubu mereka ketika bergerak melalui timur tengah. Sudah tentu, pada waktu itu di wilayah mereka sendiri, Naziri Ismaili adalah pemain utama dan akan terus wujud selagi Mongol tidak menuju ke barat.", "Kebangkitan Venetia Ditangguh", "Kesan gelombang Mongol yang terhad di padang rumput adalah tidak terhad kepada empayar besar. Pedagang Venetia, telah menjual peta Eropah kepada panglima tentera Mongol, Subutai sebagai pertukaran agar Mongol menimbulkan ancaman terhadap kuasa perdagangan saingan mereka, Genoa.", "Kemerosotan kuasa Byzantine di Dalmatia dan Yunani membuka pintu untuk kerajaan Venetia berkembang dan menjadi kuasa perdagangan utama dan penampan antara Uthmaniyah dalam garis masa sejarah, ini peluang yang dinafikan kepada mereka, sekurang-kurangnya dengan cara yang sama dalam kes ini di mana terdapat perαng saudara generasi pertama Mongol.", "Ini adalah dunia tanpa hubungan Mongol-Venetia yang mendalam— jadi, Eropah tiada akses ke Laluan Sutera, dan, tiadalah pengembaraan Marco Polo. Dunia akan menjadi tempat yang jauh lebih bersegmen untuk jangka masa yang lebih lama.", "Kievan Rus Terus Wujud", "Kuasa utama terakhir yang akan berubah kerana kurangnya dorongan Mongol dalam perkembangan kuasa, adalah Kievan Rus, yang berpusat di Kyiv di Ukraine hari ini. Mereka adalah kuasa-kuasa serantau yang besar.", "Dalam sejarah, Mongol telah mengalahkan Kievan Rus. Terutama sekali Mongol telah menewaskan gabungan kuasa tentera Slavik utama di padang rumput Pontic dalam pertempuran Sungai Kalkha di bawah pimpinan jeneral Subutai.", "Walau bagaimanapun, pangkalan kuasa utama Kievan Rus masih belum disentuh pada ketika ini dan dalam garis masa ini, Mongol mungkin tidak akan mencapai dan menjarah Kiev yang bermaksud kemungkinan besar empayar Slavik ini kekal tidak terusik sepanjang abad ini.", "Ini akan menghalang kemunculan kuasa yang timbul sebagai Ulus Jochi (Golden Horde) —yang memusnahkan dan mengasimilasikan suku kaum Kipchak di padang rumput Pontic dan memaksa negeri-negeri Rus menjadi pengikut.", "Paling ketara, Moscow berkemungkinan tidak muncul sebagai salah satu watak atau sejarah lewatnya akan tertulis tanpa peranannya sebagai tukang pemungut cukai untuk Mongol, atau pernah meningkat melebihi status negara kota. Begitu juga kebangkitan Novgorod untuk menonjol akan lebih dipertikaikan.", "Kesimpulan", "Jochi mungkin enggan mati dengan mudah pada 1227, namun gagal kerana dia menimbulkan ancaman kesulitan yang besar terhadap impian ayahnya tentang empayar bersatu. Jika keengganan itu berjaya, Jochi secara tidak sengaja akan menyelamatkan berjuta-juta nyawa daripada penaklukan Mongol, walaupun itu bukan niatnya.", "Perkembangan Mongol ke barat akan tersekat secara drastik walaupun tidak terhenti sepenuhnya. Dan kempen-kempen mereka terhadap negara-negara bertamadun di Asia (Dinasti Qara-khitai, Dinasti Song Selatan dan Goguryeo, dll) mungkin akan meninggalkan sedikit sahaja kesan sejarah." ]
https://www.thepatriots.asia/betul-ke-bola-sepak-berasal-daripada-england/
Betul Ke Bola Sepak Berasal Daripada England?
[ "Bagi peminat England, ketidakmampuan negara itu menjulang Piala Dunia dan Piala Eropah adalah satu pencapaian yang agak memalukan. Hal ini kerana mereka menyatakan England seharusnya tidak miliki masalah untuk memenangi sebarang kejohanan bola sepak kerana sukan tersebut berasal daripada negara mereka.", "Tetapi lain pula yang jadi kerana England seringkali buat lawak ketika beraksi di Piala Dunia dan Piala Eropah. Ditambah lagi England miliki pemain seperti Harry Maguire, makin jadi lawak corak permainan England. Persoalannya, betul ke bola sepak yang kita main petang-petang hari ini berasal daripada England?", "Jika nak bercakap tentang sukan yang memerlukan kita menyepak bola menggunakan kaki sudah wujud dalam kebanyakan tamadun. Jadi awal-awal, kenyataan bola sepak berasal daripada England adalah sangat dangkal. Namun, sukan seumpama itu tidak pernah berkembang menjadi bola sepak moden. Malah ada yang berkembang menjadi sukan lain seperti sepak takraw sebagai salah satu contoh.", "Sebenarnya bola sepak berasal daripada latihan ketenteraan untuk membentuk ketumbukkan Empayar Rom yang kuat dan berstamina tinggi. Latihan ketenteraan tersebut dipanggil sebagai Harpastum yang sering diamalkan secara intensiti tinggi oleh tentera Rom sebelum mula berperang. Harpastum ini dikatakan telah wujud sejak abad ke-5 sebelum masihi.", "Macam mana Harpastum dimainkan oleh tentera Rom?", "Untuk bermain Harpastum, anda memerlukan dua pasukan berjumlah 12 sehingga 14 orang pemain untuk berlawan sesama sendiri. Setelah itu kedua-dua pasukan perlu mengekalkan bola secara ball possession selama mungkin. Bagi pihak lawan yang mahu mendapatkan penguasaan bola, mereka dibenarkan untuk melakukan bentesan, memukul serta menanduk dada pemain lain tanpa dikenakan sebarang layangan kad. Nampak lebih kurang macam bola sepak moden tetapi bezanya adalah tentera Rom tidak menjaringkan gol ke gawang pihak lawan.", "Jadi apa kaitan antara Harpastum dan asal-usul bola sepak moden.", "Ceritanya begini, ketika Rom memasuki era Pax Romana, empayar itu telah menguasai hampir keseluruhan Eropah, Afrika Utara, Levant dan Asia Minor. Perluasan kuasa tersebut telah membuatkan tentera Rom perlu berpindah ke tanah jajahan lain untuk menahan serangan anasir luar. Secara tidak langsung, tentera Rom turut membawa Harpastum ke tanah jajahan seperti Kepulauan British.", "Apabila tentera Rom sedang berlatih, puak Briton yang menduduki kepulauan British telah melihat Harpastum. Sedikit demi sedikit, puak Briton mula mengadaptasi latihan ketenteraan tersebut sebagai permainan untuk mengisi waktu lapang.", "Walau bagaimanapun, rekod terawal tentang kewujudan Harpastum di kepulauan British adalah pada tahun 410 apabila Raja Vortigern telah mengarahkan pawang diraja untuk mencari kanak-kanak lelaki untuk dijadikan korban. Secara tidak sengaja, dia telah melihat kanak-kanak lelaki sedang menendang bola. Itulah bukti terawal, orang Inggeris bermain bola sepak.", "Selepas itu semuanya sudah menjadi sejarah dan bola sepak berjaya mencapai kegemilangan sebagai sukan paling popular walaupun pada asalnya adalah latihan ketenteraan sahaja.", "Kesimpulannya, bola sepak berasal daripada Empayar Rom ataupun lebih tepat lagi adalah Itali yang pernah menjadi pusat empayar tersebut. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menafikan sumbangan England dalam menstrukturkan kembali Harpastum kepada bola sepak moden yang kita kenali hari ini. Jika tidak kerana England, mungkin kita masih lagi bermain bola persis orang Rom yang sangat memerlukan ketahanan fizikal.", "RUJUKAN:", "Butterfield, D & McCormick, G. (n.d). Greeks, Romans, Monks and murder: Chaotic history of football in Britain. Antigone. " ]
https://www.thepatriots.asia/cucilah-tangan-sebelum-sentuh-muka/
Cucilah Tangan Sebelum Sentuh Muka
[ "Aku tertarik dengan satu dialog dari filem Contagion, babak mesyuarat Jabatan Kesihatan Minnesota.", "“Average human touch their face 2-3000 times perday, 3-5 times per minute” (Manusia menyentuh wajahnya sendiri 2 ke 3000 kali sehari, bersamaan 3-5 kali seminit.)", "Face atau wajah/muka bermakna daripada dagu sampai ke dahi. Termasuklah mulut, hidung, mata da telinga.", "Ini dipanggil Fomite, maksudnya sesuatu objek atau bahan yang menyebarkan jangkitan. Sebagai contoh, seorang positif telah bersin semasa dia berada didepan pintu pasaraya dan menyebarkan virus di bahagian pintu pasaraya itu. Orang yang masuk selepasnya memegang pintu tersebut dan memegang hidungnya lalu dijangkiti virus. Pintu itu ialah fomite, penyebar virus.", "Perlu kita faham, terdapat beberapa virus pandemik misalnya AIDS dan denggi yang berbeza cara sebaran. AIDS disebar melalui hubungan seks, pemindahan darah, penggunaan jarum kongsi dan jangkitan ibu kepada anak. Denggi pula melalui vektor iaitu gigitan nyamuk yang mempunyai virus denggi.", "COVID19 disebarkan melalui kandungan virus yang tersebar melalui partikel cecair yang dikeluarkan oleh pesakit semasa dia bersin dan batuk. Partikel itu tertinggal pada mana-mana bahagian yang terdedah dan kekal disitu untuk beberapa ketika sebelum virus itu mati dengan sendirinya.", "Sebab tu saranan pihak kesihatan kepada orang yang batuk dan bersin, pakai topeng muka. Supaya semasa anda bersin dan batuk, partikel cecair yang berkemungkinan mengandungi virus tidak terbebas keluar. Kalau anda tidak memakai topeng, tutup mulut dengan tangan kemudian cuci tangan menggunakan sabun.", "Untuk manusia yang sihat pula, pastikan anda mencuci tangan anda dengan sabun dengan kerap. Basuh baju anda bila pulang ke rumah. Cuci tangan sebelum makan dan minum. Jangan sentuh muka sekiranya tangan anda baru lepas menyentuh sesuatu yang berada ditempat awam.", "Masalah yang terjadi sekarang ialah seseorang yang positif COVID19 dah berlegar ke serata tempat sebelum dia disahkan positif. Ada dua sebab disini, satunya simptom yang lambat muncul menyebabkan dia merasa sihat dan tidak sedar kehadiran virus yang telah menghuni badan dia. Dan satu lagi sebab dia degil, pihak kesihatan dah nasihat dia supaya kuarantin diri dekat rumah tapi dia keluar juga.", "Ini juga punca kenapa perintah kawalan pergerakan ni dijalankan sebab banyak pesakit yang dah berlegar dekat seluruh pelusuk negara, menyebarkan virus tu tanpa mereka sedar. Pihak kesihatan tak boleh nak kesan mana tempat yang mengandungi virus sebab jumlah pesakit yang tidak sedar mempunyai simptom dan yang gagal kuarantinkan diri terlalu ramai.", "Biarkan virus yang dah tersebar pada sesuatu tempat tu mati dengan sendiri, atau dilakukan pembasmian kuman dan virus untuk mengelakkan jangkitan seterusnya.", "Untuk tempat kerja yang perlu beroperasi dalam tempoh PKP ni, ada beberapa keperluan yang perlu dipatuhi oleh pihak majikan sebelum tempat kerja tu dibenarkan untuk operasi.", "Antaranya ialah;", "Dalam satu graf yang dikeluarkan oleh CDC, kita boleh nampak perbezaan kes positif kepada orang yang telah menggunakan semua langkah pencegahan berbanding kes positif orang yang tidak mengamalkan langkah pencegahan.", "Kita sedang berlawan dengan satu benda yang tidak kelihatan. Kita tak tahu apa yang ada pada tombol pintu yang kita pegang, pada besi penghadang pada tangga, pada punat lif bangunan.", "Sebab tu kita disarankan supaya tidak sentuh muka, supaya mengurangkan risiko virus menjangkiti kita. Kalau kita dah basuh tangan dan menggunakan sanitizer, virus, kuman dan bakteria yang berada ditangan kita telah pun dibersihkan." ]
https://www.thepatriots.asia/apa-sebenarnya-yang-china-curi/
Apa Sebenarnya Yang China Curi?
[ "Teknologi. Bukan senang untuk buat benda baru, tetapi dalam sekejap boleh menjadi milik semua.", "Itulah lumrah bagi teknologi, selalunya untuk menambahbaikkan prasarana sedia ada.", "Dulu manusia menunggang kuda dan bergantung pada angin. Perubahan teknologi menyaksikan kereta dan pesawat menjadi pengangkutan utama.", "Tetapi seramai mana tahu nama Frederick Bremer (pencipta kereta berpetrol pada tahun 1982) dan The Wright Brothers? Yang orang ingat sekarang hanya jenama dan jenis sahaja.", "Tetapi dewasa ini, nama China sering diburukkan Amerika Syarikat. Katanya kerajaan Beijing sedang mer0mp4k teknologi yang penat Amerika Syarikat usahakan (Reuters, 2020).", "Robert Lightizer yang merupakan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat menganggarkan jumlah kerugian antara AS$225 bilion ke AS$600 bilion setiap tahun (Ferry, 2019). Jadi persoalannya: apa yang China buat sebenarnya.", "Pertama sekali, ada banyak beza antara “perubahan teknologi” dan “r0mp4kan teknologi”. Benar, Bremer menciptakan kereta berpetrol pertama. Tetapi hasil ciptaannya Bremer adalah seperti berikut:", "Kereta-kereta zaman sekarang pula jauh berlainan, kerana setiap jenama berusaha dengan gigih dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D)", "Jadi BMW mempunyai keluaran sendiri, yang tidak sama untuk dibandingkan dengan Mercedes Benz.", "Industri kereta pun telah dibahagikan kepada beberapa kelas seperti:", "Sebarang persamaan antara jenama pengeluar pun mungkin atas inspirasi atau ada perjanjian ‘rebadging’ seperti Honda Accord/Proton Perdana dan Daihatsu Sirion/Perodua Myvi.", "Bezza pula ialah kereta pertama yang direka Perodua sendiri, dengan kepakaran bahagian “Design and Styling” bimbingan Muhamad Zamuren Musa.", "Sekarang bayangkan jika jenama kereta China meniru Bezza dari kulit ke tulang. Tentu sekali Perodua bising.", "Itulah sebenarnya apa yang sedang berlaku antara Amerika Syarikat dan China. Pada April 2018, seorang agen perisikan China bernama Xu Yanjun tiba di Belgium bagi pihak Syarikat Penerbangan Komersil China (COMAC).", "Beliau sepatutnya bertemu dengan seorang jurutera General Electric (Amerika Syarikat). Yanjun percaya jurutera ini akan menjual teknologi penerbangan sulit GE. Tetapi Yanjun dib3rk4s dan terus dipenj4r4kan Belgium (AP & Reuters, 2018).", "Teknologi ini dijangka boleh membantu pembangunan sebuah pesawat iaitu C919 untuk bersaing dengan Airbus dan Boeing.", "Tetapi sejak melancarkan Program C919 pada tahun 2008, COMAC masih berdepan dengan banyak masalah (Qiu & Hepher, 2020).", "Sepatutnya COMAC membikin teknologi sendiri untuk melengkapkan pesawat (atau bekerjasama demi kebaikan kedua-dua pihak). Tetapi COMAC mencari jalan pintas demi kepentingan sendiri.", "Dengan jelas, ini merupakan suatu anc4m4n paling besar bagi Amerika Syarikat. Yanjun bukan satu-satunya orang dib3rk4s atas alasan ini.", "Christopher Wray yang mengetuai FBI melancarkan lebih 1,000 siasatan dengan 43 orang sekurang-kurangnya dib3rk4s dalam dua tahun antara 2019 hingga 2020 (Reuters, 2020).", "Malah ini juga bukan suatu masalah baharu. Menurut Laporan Cox, China didapati telah menj4r4h maklumat sulit Amerika Syarikat mengenai semua senj4t4 nuklear dalam negara.", "Ini terjadi pada tahun 1999. Sehingga hari ini, China telah mer0mp4k maklumat sulit mengenai W-56 Minuteman II, W-62 Minuteman III, W-76 Trident C-4 dan banyak lagi.", "Dengan kemajuan teknologi siber, s3r4ngan China dirancakkan lagi sampai ingin menutup mulut pun. Pada tahun 2013 misalanya, The New York Times digodam kerana mengkritik Wen Jiabao (Perlroth, 2013).", "Maka tidak peliklah kenapa White House dan Pentagon marah.", "RUJUKAN:", "AP & Reuters. (2018, Oktober 10). Senior Chinese official (ditapiskan) with (ditapiskan) US trade secrets. The Guardian.", "Ferry, J. (2019, Disember 16). How China (ditapiskan) an Entire Airplane. Industry Week.", "Perlroth, N. (2013, Januari 30). Hackers in China (ditapiskan) The Times For Last 4 Months. The New York Times.", "Reuters. (2020, Februari 6). China (ditapiskan) of technology is biggest law enforcement (ditapiskan) to US, FBI says. The Guardian.", "Qiu, S., & Hepher, T. (2020, Januari 10). China’s bid to challenge Boeing and Airbus falters. Reuters." ]
https://www.thepatriots.asia/mam-pusnya-seorang-abu-lahab/
Mam.pusnya Seorang Abu Lahab..
[ "Setiap tarikh mengandungi pelbagai peristiwa tertentu yang signifikan dalam sejarah manusia. Dalam bulan Ramadan, bulan ini dianggap signifikan kerana pada bulan inilah umat Islam mencapai kemenangan dalam pe.ra.ng pertama mereka iaitu Badar al-Kubra. Bulan ini juga menjadi saksi pemergian bapa saudara Rasulullah s.a.w merangkap musuh ketat baginda, Abu Lahab.", "Semasa Pertempuran Badar tercetus antara kelompok musyrikin Quraisy dengan Negara Islam Madinah (NIM), Abu Lahab tidak turun menyertai ke medan seperti pembesar-pembesar Quraisy lain. Sebaliknya, dia memilih menyewa khidmat adik Abu Jahal, al-As bin Hisham sebagai penggantinya. al-As berbuat demikian sebagai cara menyelesaikan hutangnya sebanyak 4,000 dirham dengan Abu Lahab.", "Seperti kita semua sedia maklum, 313 ten.te.ra Islam berjaya mengenepikan cabaran seribu sol.da.du Quraisy di medan Badar. Antara pembesar Quraisy yang m.a.ti di tangan pasukan NIM ialah Abu Jahal, Umayyah bin Khalaf, Rabiah bersaudara (Utbah dan Syaibah bin Rabiah) dan Uqbah bin Abi Mu’ayt. Kemenangan tersebut turut dibantu dengan bantuan para malaikat yang menyamar sebagai ten.te.ra berjubah putih.", "Kejutan ten.te.ra bantuan ini mengakibatkan ten.te.ra musyrikin berada dalam keadaan kucar-kacir. Malah, ada seseorang memilih melarikan diri daripada berdepan mereka iaitu iblis. Mengikut riwayat, dia menyamar sebagai Suraqah bin Malik semasa melarikan diri dari medan pertem.pu.ran.", "Kisah ini kemudiannya diketahui penduduk Makkah selepas ia dibawa oleh dua orang lelaki bernama al-Haismana dan Abdullah al-Khuza’i di khemah besar yang menempatkan Perigi Zamzam. Sebaik mendapat berita ma.la.ng tersebut, ramai merasa sedih dengan apa yang berlaku termasuk Abu Lahab. Tetapi dua orang merasa gembira dengan apa yang berlaku iaitu Lubaba binti al-Harith (Ummu Fadl) r.a dan hamba Abbas bin Abdul Mutalib r.a, Abu Rafi r.a.", "Tidak ramai tahu, seluruh isi keluarga bapa saudara Nabi s.a.w itu sudah memeluk Islam secara rahsia. Kedua-duanya tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dengan Abu Rafi menjerit, “Mereka merupakan para malaikat!”, merujuk kepada tentera berbaju putih yang dilihat kafir Quraisy. Panas hati dengan luahan hamba Abbas itu, Abu Lahab memaksanya berbaring di atas tanah dan mula m.emu.k.ul Abu Rafi.", "Berang dengan tindakan abang iparnya itu, Ummu Fadl m.emu.k.ul kepalanya dengan sebatang kayu besar sambil berkata, “Kamu memu.k.ulnya semasa tuannya tiada.” Ini sekaligus mengakibatkan Abu Lahab mengalami kecederaan teruk di kepala. Dia menderita selama seminggu sebelum kembali ke negeri cacing pada 24 Ramadan tahun kedua Hijrah.", "Menurut catatan sejarawan Ibnu Ishak, bau ma.y.at Abu Lahab sangat busuk sehingga mengakibatkan ramai orang menjauhkan diri termasuk anak-anaknya sendiri. Ini memaksa mereka membiarkan ma.y.at bapa mereka itu mereput di rumah selama dua hingga tiga malam. Situasi ini mengundang rasa kurang senang jiran tetangga dan menggesa mereka mengebumikan Abu Lahab secepat mungkin.", "Mereka mengarahkan sekumpulan hamba untuk membawa keluar ma.y.atnya dari rumah. Dari situ, ia dimandikan dari jarak jauh sebelum ditolak masuk ke dalam sebuah kubur di luar Makkah dengan sebatang galah. Kubur kemudiannya ditutup dengan batu-batu yang dilempar dari jauh.", "Begitulah pengakhiran musuh Allah yang terhina di sisinya. Abu Lahab menyangka kerana tidak pergi ke medan Badar, dia tidak akan mengalami situasi memalukan yang dialami rakan-rakannya. Rupanya, Tuhan sudah mencaturkan pengakhiran ngeri khas buatnya.", "RUJUKAN:", "Guillaume, A. (1955). The Life of Muhammad (Terjemahan Sirah Rasulullah oleh Muhammad ibn Ishak). Oxford University Press.", "al-Rahman Mubarakfuri, S, (2002). The Sealed Nectar: Biography of the Noble Prophet. Darussalam." ]
https://www.thepatriots.asia/bagaimana-mahu-membuatkan-orang-kaya-menderma-lebih-banyak/
Bagaimana Mahu Membuatkan Orang Kaya Menderma Lebih Banyak?
[ "Memberikan orang kaya perasaan dirinya berkuasa dapat mendorong mereka lebih banyak menderma kepada amal berbanding memberikan perasaan kuasa itu kepada semangat masyarakat. Ashley Willians dari Harvard Unversity menyatakan orang kaya lebih mementingkan keupayaan individu mereka untuk mengawal suatu acara berbanding dengan orang yang berpendapatan rendah. ", "Kumpulan Ashley Willians melakukan ujian sama ada kutipan derma dengan cara ini dapat meningkatkan kemurahan hati graduan kaya dari Ivy League Business School di U.S yang mempunyai purata gaji melebihi 100,000 dolar setahun. Surat dihantar kepada 12,000 alumni untuk meminta mereka menderma kepada sekolah.", "Surat-surat\ntersebut akan tertulis salah satu daripada perkataan berikut, “Sometimes, one person needs to come forward\nand take individual action” ataupun “Sometimes,\none community needs to come forward and support a common goal.”", "Dalam kalangan 4% penderma, yang menerima surat berfokuskan individual lebih tinggi dua kali ganda berbanding penderma yang menerima surat berfokuskan komuniti. Memberikan rasa kawalan kepada golongan bergaji tinggi membuatkan mereka memberikan lebih banyak. Willians percaya setiap organisasi yang memerlukan kutipan dana, patut gunakan cara ini.", "Pengutip\nderma sering menggunakan mesej betapa positifnya tindakan menderma itu kepada\nkomuniti. Tetapi sebenarnya menggunakan mesej yang memberikan kepentingan\nindividu tertentu lebih berkesan untuk mendapatkan kutipan yang tinggi.", "RUJUKAN:" ]
https://www.thepatriots.asia/falsafah-mulia-yang-dipegang-guan-yu/
Falsafah Mulia Yang Dipegang Guan Yu
[ "“Sesuatu yang telah lama berpecah, pasti akan kembali bersatu. Dan sesuatu yang telah lama bersatu pasti akan kembali berpecah. Demikianlah yang telah berlaku di dunia sejak dahulu kala.”  – Ayat pembukaan Hikayat Tiga Kerajaan.", "Berlatarkan sekitar awal abad ketiga, Dinasti Han yang pernah gemilang suatu ketika dahulu kini sedang berada di penghujung usianya. Mereka yang cuba meletakkan diri mereka sebagai pemerintah China seterusnya telah membawa empayar itu ke ambang pepe.rangan.", "Sida-sida istana berkomplot, pemerintah jatuh, dan pahlawan hebat dilahirkan dalam pertem.puran epik.  Rakyat jelata yang mendambakan keamanan, tertanya-tanya apa yang akan terjadi dalam hidup mereka apabila pe.rang tercetus di seluruh negara. Dinasti itu tampaknya telah kehilangan “Mandat Syurga”— apa seterusnya?", "Ini adalah latar belakang untuk karya sastera klasik Hikayat Tiga Kerajaan, salah satu daripada empat tonggak besar kesusasteraan China. Pengarang yang mencipta karya ini pada abad keempat belas, Luo Guanzhong, menggunakan sejarah dan cerita rakyat untuk mencipta novel fiksyen berwarna-warni yang mempamerkan hal ehwal politik dan sosial era itu.", "Ia bukan sekadar sebuah novel, malahan ianya merupakan salah satu bentuk alat propaganda kaum Han dalam usaha mereka mahu menggulingkan pemerintahanan Dinasti Yuan, pemerintahan bangsa Mongol yang sudah lama menjajah tanah air mereka.", "Selain itu, ia dianggap sebagai buku panduan kepada strategi ketenteraan yang telah disamakan dengan kitab Seni Pepe.rangan (The Art of W.ar) karya Sun Tzu. Melalui Hikayat Tiga Kerajaan, pembaca boleh bertemu berpuluh-puluh watak ikonik dari sejarah, dan menyaksikan pertem.puran dalam setiap skala.", "Tiga Kerajaan adalah teras identiti budaya Cina Han, dan terutamanya, konsep yi— unsur pengikat terpenting yang mengikat sebuah masyarakat yang harmoni.", "Tiga Kerajaan Berpe.rang", "Ketika para panglima wilayah berkumpul untuk bersaing demi ketuanan, tiga pemimpin utama akan muncul. Nama mereka ialah Liu Bei, Cao Cao, dan Sun Quan. Mereka ini adalah lelaki yang mempunyai perwatakan yang menggerunkan, kehebatan, dan tipu daya, masing-masing ingin melihat cita-cita dipenuhi.", "Mereka adalah penguasa kerajaan masing-masing iaitu Shu, Wei, dan Wu, dan masing-masing bercita-cita untuk menyatukan empayar “Di Bawah Syurga,” mengikut kaedah dan prinsip tersendiri.", "Dengan bantuan kebijaksanaan dan jiwa yang paling berani pada masa itu, ketiga-tiga kuasa ini bangkit untuk berkuasa dan terlibat dalam pertandingan epik demi masa depan China.", "Kerajaan Shu-Han", "Panglima Pe.rang Liu Bei ialah pengasas Kerajaan Shu. Tuntutannya terhadap takhta empayar adalah berdasarkan darah keturunannya yang merupakan sebahagian dari keluarga pemerintah Dinasti Han dan dengan itu dia berhak meneruskan warisan Han.", "Liu Bei digambarkan sebagai pesaing yang paling sah dan layak. Dia berpandangan jauh dan berjiwa besar, tetapi tak mempunyai sumber dan pengaruh kuasa seperti pesaingnya.", "Tetapi perwatakannya yang tinggi bertindak seperti magnet yang menarik minat beberapa tokoh yang bukan calang-calang orangnya — pakar strategi yang membingungkan mu.suh dan para pahlawan yang hampir sem.purna. Bersama-sama, mereka berjaya menubuhkan negeri mereka sendiri.", "Perikatan wira-wira ini bermula dalam salah satu daripada bab terawal Hikayat Tiga Kerajaan yang paling terkenal: Sumpah Tiga Bersaudara di Taman Persik. Liu Bei dan dua lagi pahlawan iaitu Zhang Fei dan Guan Yu bersumpah menjadi adik beradik sedar.ah.", "Ikatan antara ketiga-tiganya membentuk tema yang kuat yang terus bersatu di sepanjang kisah. Kemudian, pengaruh Liu Bei meningkat dengan cepat selepas mendapat bantuan seorang Taois dan pakar strategi bernama Zhuge Liang.", "Beberapa babak yang terkenal dalam novel ini, seperti Mengumpul Anak Panah Dengan Sampan Jerami adalah kesan dari eksploitasi karakter Zhuge.", "Kerajaan Wei", "Dari ketiga-tiga kerajaan yang bersaing ini, Cao Cao adalah yang paling bercita-cita tinggi dan merupakan saingan Liu Bei yang paling licik dan ke.jam. Berikut adalah contoh dialog antara Cao Cao dan salah seorang pegawai setianya:", "Cao Cao: Aku perlu meminjam sesuatu daripada kamu.  ", "Pegawai: Tentu saja boleh, apa itu?", "Cao Cao: Kepala kamu.  ", "Pegawai: Apa? Tapi apa kesalahan aku?", "Cao Cao: Kamu tak bersalah, aku cuma perlukan seseorang menjadi watak penjahat yang menyebabkan bekalan makanan tentera semakin kurang, jadi oleh kerana kamu adalah pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan bekalan, kepala kamu diperlukan untuk menaikkan kembali moral tentera.", "Pegawai: Tolonglah tuan, aku masih ada keluarga yang menunggu kepulanganku!", "Cao Cao: Jangan risau, aku akan pastikan nasib dan kebajikan keluarga kamu terbela.", "Cao Cao mempunyai angkatan tentera yang sangat besar dan kesetiaan sebahagian besar gabenor wilayah.  Beliau juga seorang penyair yang berprestasi, di mana karya-karyanya terus memberi impak yang signifikan terhadap gaya puisi Cina.", "Kerajaan Wu", "Sementara itu, keturunan Sun menguasai sebahagian besar kawasan di selatan China, termasuklah kawasan Vietnam moden. Pada usia 18 tahun, selepas Sun Ce dibu.nuh, adiknya Sun Quan mengambil alih kuasa.", "Semasa Pertem.puran Chi Bi yang sengit, Sun Quan bersekutu dengan Liu Bei untuk menghalang armasa tentera Cao Cao daripada mara dan menyeberangi Sungai Yangtze.", "Namun, persekutuan mereka tidak kekal lama, dan ketiga-tiga kerajaan itu terus bangkit dan bersaing untuk masa depan China. Tetapi dalam kisah memukau yang penuh dengan kejayaan dan pengor.banan ini, setiap episod akan kembali kepada prinsip yi.", "Maksud Yi", "Aksara Cina untuk Yi, 義, terdiri daripada 羊 (biri-biri) di atas dan 我 (aku, diriku) di bahagian bawah.  Dalam budaya Cina, biri-biri adalah simbol kemakmuran kerana sifatnya yang jinak dan patuh. Karakter “aku” 我 berasal dari skrip tulang ramalan kuno di mana ia mewakili alat pertem.puran yang lengkap dengan gigi tajam.", "Digabungkan, karakter Yi 義 secara literal bermaksud, “Aku adalah biri-biri.”  Secara simbolik, ia mencadangkan simbol pengor.banan di atas nama keadilan.", "Judul novel Hikayat Tiga Kerajaan dalam bahasa Cina, San Guo Yan Yi (三國演義), juga boleh diterjemahkan sebagai “Tiga Kerajaan Mempersembahkan Yi.”  Yi (disebut ee) lebih tepat diterjemahkan sebagai “kebenaran” atau “tanggungjawab.”  Walau bagaimanapun, konsep ini berkembang untuk merangkumi penghormatan, kebajikan, kesetiaan, tidak mementingkan diri sendiri, dan persaudaraan.", "Yi menerangkan hubungan yang baik antara pemerintah dan rakyat, bapa dan anak, suami dan isteri, dan antara saudara dan kawan. Dalam budaya masyarakat Cina tradisional, peraturan ini harus diterima iaitu tidak kira apa yang berlaku, seseorang wajib mematuhi yi.", "Mungkin jelmaan terulung prinsip yi boleh dilihat dalam watak panglima Guan Yu. Juga dikenali sebagai Dewa Guan Gong, generasi selepasnya mendirikan tokong bagj memperingatinya dan menyembahnya sebagai “Dewa Pe.rang.”", "Dalam awal kemunculannya semasa kesemua panglima pe.rang masih bersatu untuk menentang Dong Zhuo yang memperalatkan maharaja, dia bersetuju untuk menentang dengan mu.suh yang lebih kuat.", "Maka Cao Cao menuangkan semangkuk wain panas untuk mendoakan kejayaannya, tapi Guan Yu enggan meminumnya dan mengatakan yang dia akan kembali sebentar lagi. Beberapa minit kemudian, dia kembali membawa bersama kepala mu.suh yang dipen.ggal ketika mangkuk wainnya masih panas.", "Bersama dengan janggutnya yang lebat, semangat yi yang tidak terkalahkan itulah menjadikan dia antara tokoy yang paling diingati. Bahkan semasa di saat dia menghadapi ambang kekalahan, pahlawan yang sebelum itu tak pernah dikalahkan itu mengucapkan kata-kata keramat:", "“Sekiranya tembok kota ditakdirkan runtuh, itu bermakna kema.tian, itu sahaja. Batu jed boleh hancur, tetapi kau tak boleh mengubah keputihannya. Buluh boleh hangus, tetapi sendinya tak boleh dimus.nahkan. Tubuh mungkin binasa, tetapi namanya akan kekal untuk keturunannya.”", "Untuk melindungi keluarga ketuanya, Liu Bei, Guan Yu pernah membiarkan dirinya ditangkap oleh mu.suh sendiri, iaitu Cao Cao.", "Cao Cao, yang sudah lama mengagumi bakat Guan Yu sebagai seorang pahlawan, cuba memujuknya agar menyertai pihaknya dengan menawarkan harta yang tak pernah dia berikan kepada pegawainya yang lebih lama setia kepadanya. Bahkan, kuda Kelinci Merah yang pernah digunakan oleh Lu Bu juga diberikan kepada Guan Yu.", "Jika Guan Yu seorang lelaki yang lemah, dia pasti akan mudah mengalah, tetapi Guan Yu mengambil peluang yang muncul untuk melarikan diri. Dia mengharungi bahaya besar dan mengatasi kecederaan untuk membawa pulang anggota keluarga Liu Bei dengan selamat.", "Namun, dia tak pernah melupakan kemurahan hati Cao Cao yang memberikan dia pelbagai hadiah, bahkan, tak menghalang dia melarikan diri. Bertahun-tahun kemudian Cao Cao telah tewas dalam Pertem.puran Chi Bi cuba melarikan diri demi menyelamatkan nyawanya dengan sisa tenteranya yang telah mus.nah.", "Guan Yu dihantar untuk menamatkan riwayatnya, dia berjaya memintas Cao Cao di laluan gunung yang sempit. Berhadapan dengan Guan Yu yang gagah perkasa, Cao Cao yang putus asa dan keletihan mula menyerahkan diri kepada Guan Yu, namun siapa sangka, Guan Yu akhirnya melepaskan Cao Cao pergi.", "Dalam keadaan serba salah, Guan Yu telah memilih untuk menerima hu.kuman ma.ti kerana tindakannya yang lebih rela mengingkari arahan daripada dia mengkhianati prinsip yi dengan membu.nuh mu.suh yang tak berlaku ke.jam terhadapnya.", "Dah tentulah Guan Yu tak dihu.kum bu.nuh, kerana ternyata Zhuge Liang sengaja menghantarnya untuk membu.nuh Cao Cao kerana dia tahu Guan Yu tak akan dapat membu.nuhnya.", "Pakar strategi itu berbuat demikian kerana dia menyedari yang ketika itu China masih memerlukan Cao Cao untuk mengekalkan keseimbangan tiga kerajaan yang sama, tapi itu cerita yang lain.", "Walaupun Cao Cao banyak difitnah, dia masih merupakan contoh pemimpin yang mempunyai sifat yi yang lemah. Dia terkenal dengan kata-kata, “Aku lebih rela mengkhianati dunia daripada membiarkan dunia mengkhianati aku.”  ", "Falsafah peribadinya menjadi jelas dalam satu bab di mana Cao Cao yang dalam pelarian selepas cuba membu.nuh Dong Zhou, menerima perlindungan daripada abang angkat ayahnya, Lu Boshe.", "Semasa rakannya, Chen Gong, tersedar dari tidur, mereka terdengar bunyi seseorang mengasah pisau dan membincangkan tentang pembu.nuhan. Sikap Cao Cao yang paranoid tercetus hingga dia bersama Chen Gong telah membu.nuh seluruh keluarga Lu Boshe.", "Namun, mereka berdua kemudian mendapati yang ahli keluarga Lu Boshe hanyalah sedang bersiap untuk menyembelih seekor babi untuk dijamu buat mereka berdua.", "Apabila Lu Boshe kembali dari membeli wain di kota, Cao Cao menyedari dia akan bertanggungjawab. Jadi dia bertindak menghampiri Lu Boshe dan terus meni.kamnya sampai ma.ti.", "Dengan protagonis yang disinari dengan prinsip yi dan antagonis yang kekurangan yi, watak-watak Hikayat Tiga Kerajaan seperti Guan Yu meninggalkan pengajaran yang paling penting untuk generasi baru.", "Ia bukan sahaja mempunyai kesan yang mendalam terhadap budaya dan masyarakat Cina, novel ini ini menawarkan gambaran ke dalam dunia kuno yang penuh dengan keberanian moral dan kebenaran, dengan prinsip yi yang menyatukannya.", "Pengarangnya, Luo Guanzhong, percaya bahawa nasib setiap negara terukir dalam bintang, dan manusia ada keupayaan yang amat terbatas untuk mempengaruhi aliran besar sejarah.", "Walau bagaimanapun, beliau juga percaya bahawa jika rakyat jujur ​​dan berakhlak mulia, suatu bangsa mampu mencapai apa saja hal yang luar biasa, membawa kemuliaan kepada diri dan keluarga, meninggalkan warisan bersinar yang melampaui zaman.", "RUJUKAN:", "Archie, Lee C. (30 October 2000). “The Main Concepts of Confucianism”. Philosophy.lander.edu. Lander University." ]
https://www.thepatriots.asia/china-merahsiakan-penemuan-bangkai-kapal-yang-ada-60000-artifak-berharga/
China Merahsiakan Penemuan Bangkai Kapal Yang Ada 60,000 Artifak Berharga
[ "Nampaknya dalam dunia hari ini, banyak perkara yang dianggap rahsia tapi bocor juga. Daripada rahsia resepi ayam KFC hinggalah identiti kekasih, ada saja cara perkara ini diketahui orang. Jadi, mengapa China memilih merahsiakan lokasi bangkai kapal berusia 800 tahun selama beberapa dekad?", "Bangkai kapal yang dimaksudkan ialah bangkai kapal era Dinasti Song Selatan sekitar 1100. Bangkai kapal ini ditemui secara tidak sengaja oleh pasukan pencari dari Maritime Exploration pada tahun 1987. Syarikat yang berpangkalan di Britain itu diupah oleh sebuah syarikat China, Guangzhou Salvage untuk mencari sebuah kapal lama abad ke-18.", "Mengikut keterangan klien mereka, kapal yang dicari dilaporkan karam antara perairan Hong Kong dengan Pulau Hailing di Guandong. Berpandukan maklumat yang diberi, Maritime Exploration menghantar sepasukan penyelam untuk meninjau lokasi bangkai kapal yang dicari.", "Tetapi lain yang dicari, lain yang dijumpai. Mungkin itu ekspresi pasukan penyelam sebaik menemui kapal jong yang berukuran 100 kaki panjang berkenaan. Susulan itu, bangkai kapal era Dinasti Song Selatan itu dinamakan sebagai Nanhai No.1 berikutan ia merupakan kapal pertama yang ditemui di Laut China Selatan. Sementara Nanhai pula merupakan perkataan Cina untuk Laut China Selatan.", "Pada 1125, Dinasti Song kehilangan pengaruh di utara China. Ini memaksa dinasti itu berundur ke sebelah selatan dan menubuhkan ibu kota mereka di Lin’an (kini Hangzhou). Musuh-musuh Dinasti Song Selatan menyangka kedudukan mereka akan menjadi lemah berikutan tidak mempunyai akses terhadap Laluan Sutera – laluan perdagangan utama yang menghubungkan kerajaan-kerajaan timur dan barat.", "Tetapi dinasti itu mendapati kedudukan Lin’an amat strategik kerana ia memberi mereka akses kepada laluan perdagangan maritim merentasi Laut China Selatan. Lantas, Dinasti Song Selatan memberi fokus kepada aktiviti perdagangan maritim dan semua kerja yang berkait dengannya termasuk pembinaan kapal-kapal. Pengkaji arkeologi maritim percaya Nanhai No. 1 ini sepatutnya berlayar ke luar tetapi karam sebelum sempat meninggalkan Lin’an.", "Dapatan pasukan penyelam mendapati terdapat banyak artifak di Nanhai No. 1 masih dalam keadaan baik. Antara artifak yang ditemui ialah barangan porselin, duit syiling era Dinasti Song dan jongkong-jongkong perak. Bagaimanapun, Maritime Exploration tidak dapat membawa keluar semua artifak atas kekangan kewangan dan teknologi yang wujud ketika itu.", "Ini mengakibatkan Nanhai No. 1 terus bersemadi di dasar Laut China Selatan selama lebih 20 tahun. Sebaik menerima laporan bangkai kapal era Song wujud di lokasi yang dinyatakan, China memastikan lokasi Nanhai No. 1 dipantau oleh tentera laut mereka. Ini bagi mencegah sebarang cubaan mengeluarkan artifak-artifak daripada bangkai kapal berkenaan.", "Jika nelayan tempatan tertanya-tanya dengan kehadiran tentera laut China di situ, mereka hanya diberitahu terdapat bom era Perang Dunia Kedua (WWII) yang berpotensi mengancam keselamatan mereka. ‘Bohong sunat’ Beijing membantu mereka menjaga Nanhai No.1 tanpa sebarang masalah selama lebih 20 tahun.", "Menjelang 2002, pasukan pengkaji arkeologi telah menemui cara sesuai untuk menyelamatkan Nanhai No. 1. Caranya ialah dengan menurunkan sangkar besi khas seberat 3,000 tan ke lokasi bangkai kapal berkenaan. Bagi membantu mereka mengenalpasti lokasi Nanhai No. 1 dengan tepat, penderia-penderia dipasang di sepanjang lantai laut. Ini bertujuan memandu sangkar khas ini sampai ke bangkai kapal tanpa merosakkan artifak berharga yang ada di dalamnya.", "Dari situ, blok-blok konkrit akan diletakkan di atas sangkar berkenaan bagi menolak bahagian bawahnya melepasi lanar (silt) dan meletakkan ia di bawah Nanhai No. 1. Kemudian, pasukan penyelam akan memasukkan alang-alang pada lubang-lubang bahagian bawah sangkar bagi menutup bahagian berkenaan. Setelah blok-blok konkrit dialihkan, barulah sangkar yang mengandungi Nanhai No.1 diangkat keluar secara perlahan-lahan.", "Usaha ini direalisasikan pada Disember 2007 dengan Nanhai No.1 kemudiannya dipindahkan ke Muzium Laluan Sutera Maritim Guangdong di Pulau Hailing. Bagi mengelakkan bangkai kapal terjejas akibat pendedahan dengan unsur luar, Nanhai No. 1 diletakkan dalam kolam air khas dengan suhu air sama dari tempat ia diambil. Nampak remeh tetapi ia membantu pengkaji-pengkaji arkeologi meneruskan kajian terhadap Nanhai No. 1.", "Sejak itu, terdapat banyak artifak yang dikeluarkan daripada bangkai kapal berkenaan. Ini termasuk 100 artifak yang diperbuat daripada emas dan duit syiling era Song. Tetapi yang paling banyak sudah pastinya 60,000 barangan seramik era dinasti sama.", "Kebanyakan barang seramik ini turut diukir dengan lokasi asal tempat ia dihasilkan. Kebanyakan barang seramik ini dihasilkan di Jianning Fu, Fujian, China. Bagaimanapun, ada berpandangan ia dinamakan semula sebagai Jianning Lu sebagai merujuk kepada peristiwa pencerobohan Mongol pada 1278. Tidaklah salah untuk mengatakan ini merupakan versi terawal Made in China (Buatan China).", "Laluan laut yang menjadi talian hayat ekonomi Dinasti Song Selatan dikenali sebagai Laluan Sutera Maritim. Muncul pada masa sama Rom bangkit sebagai kuasa dominan di sebelah barat, ia menghubungkan Kepulauan Nusantara dengan India, Semenanjung Tanah Arab dan dunia Yunani-Rom di rantau Mediterranean.", "Kebanyakan duit syiling Song mempunyai simbol yang dikaitkan dengan era Xiaozong, maharaja ke-11 Dinasti Song dan kedua Dinasti Song Selatan. Xiaozong memerintah dari 1162 hingga 1187 tetapi hanya mendapat kuasa penuh sebagai maharaja selepas ayahandanya Maharaja Gaozong mangkat pada 1187. Bagaimanapun, kemangkatan ayahandanya itu mengakibatkan Xiaozong tidak mampu memerintah secara berkesan.", "Lantas, semua urusan kerajaan ketika itu diuruskan oleh putera mahkotanya, Zhao Dun. Menjelang 1189, Xiaozong turun takhta dan menabalkan puteranya sebagai maharaja Song baru dengan gelaran Guangzong. Baginda mengikut jejak langkah Gaozong sebagai Taishang Huang (maharaja yang telah bersara) dengan kuasa pemerintahan secara tidak langsung masih di tangan baginda. Xiaozong mangkat pada 1194 dengan Guangzong disingkirkan dan digantikan oleh puteranya, Zhao Kuo (Ningzong).", "Jadi, mengapa China sanggup merahsiakan hal ini selama lebih 20 tahun sebelum Nanhai No. 1 dikeluarkan pada 2007? Ia berkait dengan prestij mereka sebagai sebuah negara. Semasa 1987, Perang Dingin semakin berada di penghujung dengan China perlahan-lahan bangkit sebagai kuasa ekonomi baru. Menjelang 2007, kedudukan China sebagai kuasa ekonomi dunia sudah tidak boleh dicabar.", "Lantas, dengan mengeluarkan Nanhai No. 1 dari tempat persemadiannya di Laut China Selatan, ia menunjukkan tradisi perdagangan China sudah wujud sejak zaman-berzaman. Dengan inisiatif Belt and Road China sedang berjalan, Nanhai No. 1 bukan saja melambangkan kejayaan silam China sebagai negara pedagang. Malah, ia juga menonjolkan cita-citanya menerusi banyak projek yang diusahakan dengan negara-negara lain.", "RUJUKAN", "Nield, D. (2018, 18 Mei). A “Made in China” Label Solved The Mystery of an 800-Year-Old Shipwreck. ScienceAlert.", "Zhong, K. (2022, 14 Jun). China kept this 800-year-old shipwreck a secret for decades. National Geographic." ]
https://www.thepatriots.asia/konflik-maharaja-dan-pope-yang-mencetuskan-sekularism/
Konflik Maharaja dan Pope Yang Mencetuskan Sekularism
[ "Pada tahun 1046M, Maharaja Henry III (1017M – 1056M) telah melucutkan jawatan tiga orang bangsawan Rom yang mendakwa menjadi Paus, dan melantik seorang reformer dari Jerman sebagai Paus yang baru, iaitu Leo IX (1002M – 1054M).", "Pembaharuan institusi Paus bermula pada waktu pemerintahan beliau yang cuba memahsyurkan kembali perintah menentang simony, perkahwinan serta perlakuan tidak bermoral dalam kalangan para rahib dan paderi.", "Leo IX juga menekankan aspek pembaharuan dalam pentadbiran, terutamanya berhubungan dengan struktur organisasi Gereja, di mana ketaatan kepada Paus bukan sahaja dalam urusan spiritual semata-mata. Malah, mengiktiraf Paus sebagai ketua undang-undang yang sah ke atas seluruh Gereja Kristian.", "Gerakan Leo IX dan beberapa Paus reformer selepasnya meluas hingga ke Perancis, Itali dan Jerman. Walaupun begitu, gerakan ini hanya dapat sokongan apabila pemerintah sekular wilayah tersebut menyokongnya.", "Salah seorangnya adalah Maharaja Henry III sendiri. Pada tahun 1056M, kematian Maharaja Henry III telah meruntuhkan perlindungan ke atas Institusi Paus dan gerakan refomernya. Setelah kematian Paus Stephen IX (1020M – 1058M) pada tahun 1058 M, aristokrat Roman mengambil kesempatan tersebut untuk mengisi jawatan Paus dalam kalangan mereka.", "Nicholas II (990M – 1061M) telah dilantik sebagai Paus dalam kalangan reformer dan menjalinkan hubungan ketenteraan dengan penguasa Norman untuk menentang Paus aristokrat Rom. Akhirnya, Paus tersebut telah dihalau keluar dari Rom.", "Susulan itu, Nicholas II telah melancarkan peraturan baru mengenai perlantikan Paus berikutan kerancuan sistemnya yang tak menentu pada sebelum ini serta melindunginya daripada sebarang pengaruh aristokrat Rom dan mana-mana pemerintah sekular.", "Beliau meletakkan hak perlantikan Paus pada badan kardinal, menjadikan badan tersebut merupakan badan yang diiktiraf dan istimewa dalam Gereja. Peraturan ini memberikan rasa tidak senang kepada penasihat Maharaja Henry IV (1050M – 1106M) yang masih kecil, yang melihat peraturan itu mencabar maharaja yang turut mempunyai hak melantik Paus yang baru. Permusuhan antara pemangku maharaja muda dan Paus reformer telah mengeruhkan badan pentadbiran Kepausan dan pentadbiran empayar.", "Pentadbiran Empayar Rom Suci yang dibimbing oleh pemangku maharaja telah menimbulkan permusuhan dengan institusi Paus ketika diperintah oleh Nicholas II dan Alexander II (?M – 1073M).", "Setelah Maharaja Henry IV meningkat remaja, beliau cuba memperbaiki hubungan antara kedua-dua pentadbiran tersebut. Malah, Henry IV menyalahkan pemangkunya kerana mengeruhkan keadaan. Pada masa ini, kepausan ditadbir oleh Gregory VII (1015M – 1085M).", "Pentadbiran Gregory VII tidak beberapa baik pada peringkat awal berikutan perlantikannya telah melanggar peraturan yang pernah dikeluarkan oleh Nicholas II, iaitu perlantikan Paus oleh badan Kardinal. Beliau telah dilantik atas rusuhan yang berlaku dalam kalangan rakyat Rom.", "Gregory VII seorang reformer dan mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kepausan sebelum beliau dilantik menjadi Paus. Kelihatannya badan Kardinal tetap akan melantik Gregory VII sebagai Paus walaupun rusuhan tersebut tidak berlaku.", "Walau bagaimanapun, hubungan damai ini hanya berkekalan tidak sampai 5 tahun pun. Pada tahun 1075M, hubungan antara maharaja dan Paus mulai renggang atas beberapa isu seperti status jabatan raja Kristian, hubungan antara pihak berkuasa politik dan agama, serta batas pengawalan oleh maharaja dan Paus ke atas badan-badan agama.", "Kuasa maharaja ke atas badan-badan agama dikikis, terutamanya perlantikan badan-badan tertinggi seperti biskop dan abbots. Maharaja sudah tidak mempunyai kuasa perlantikan ke atas jawatan tersebut. Gregory VII mempunyai visi untuk membendung sebarang bentuk pencabulan jawatan badan agama.", "Hal ini tidak akan dapat dilaksanakan selagi terdapat campur tangan daripada mana-mana badan aristokrat dan pemerintah sekular.", "Maharaja Henry IV tidak menerima perkara ini kerana biskop dan abbots sangat memainkan peranan penting dalam pentadbirannya. Henry IV memberikan respon terhadap peraturan yang dikeluarkan oleh Gregory IV ini dengan melantik ketua biskop di Milan.", "Gregory IV membalas dengan memencilkan beberapa pembesar maharaja termasuk mereka yang terlibat dengan perlantikan ketua biskop itu. Ketegangan kedua-dua belah pihak, akhirnya mengakibatkan Henry IV sendiri dan sejumlah besar agamawan yang menyokongnya dipencilkan.", "Sejurus itu, Gregory IV mencetuskan peperangan antara Henry IV dengan musuhnya iaitu bangsawan Saxon. Akhirnya, pada Januari 1077, Henry IV mengambil kesempatan ke atas penipuan pengakuannya supaya mengaku kalah dengan menyerang hendap pasukan Saxon lalu Gregory VII melarikan diri dari Rom. Pada tahun 1085M, Gregory VII meninggal dalam pelarian di Salerno.", "Konflik yang berlaku antara Maharaja Henry IV dan Paus Gregory VII memperlihatkan perpecahan antara sistem politik empayar dan pentadbiran agama Kristian. Seolah-olah Gregory VII mahu memisahkan urusan agama daripada badan politik yang kita kenali sebagai sistem sekular.", "Untuk melicinkan urusan agama tanpa sebarang unsur korupsi dan pencabulan, Gregory VII mahu membersihkan sebarang campur tangan pemerintah dan aristokrat.", "Apa yang mahu dicapai oleh Gregory VII, tidak pernah beliau fikirkan untuk mewujudkan pemisahan antara Gereja dan empayar. Beliau dan Maharaja Henry IV sama-sama mahukan penyatuan badan politik dan badan agama dalam mengetuai masyarakat Kristian, tetapi konflik antara keduanya tidak dapat dielakkan.", "Gregory VII mempunyai metafora bahawa beliau dan Henry IV adalah dua mata dalam satu tubuh Kristian. Tetapi yang menjadi konflik tentang hal itu adalah mata mana yang patut mengetuai badan tersebut.", "Gregory VII dan Henry IV masih memegang tradisi Carolingian bahawa pemerintah sesebuah masyarakat Kristian mempunyai misi membawa masyarakatnya ke syurga dan dekat kepada Tuhan, tetapi yang menjadi isu adalah, siapakah di antara maharaja dan Paus yang patut menjadi pemerintah tertinggi.", "Tidak boleh ada dua kapten dalam satu kapal. Tanpa pemisahan badan spiritual dan badan duniawi, konflik mereka tidak akan pernah selesai. Sama ada maharaja ataupun Paus, keduanya mempunyai kuasa yang menyebabkan mereka tidak mampu mengalahkan antara satu sama lain.", "Mereka juga saling memerlukan antara satu sama lain dan tidak dapat membayangkan apa akibatnya kepada masyarakat apabila dua badan ini terpisah.", "Konflik ini membawa kepada perjanjian damai yang berlaku di Worms, Jerman pada tahun 1122M. Perjanjian ini menyelesaikan konflik dengan pemisahan antara urusan sivil dan urusan agama. Sejauh mana batas pemisahan itu menjadi konflik baru yang muncul selepas itu.", "Sekiranya, seorang paderi melakukan jenayah sivil, siapakah yang patut menghukum paderi tersebut? Maharaja ataupun Paus? Siapakah yang patut menggariskan peraturan terhadap pengesahan perkahwinan apabila datangnya isu pewarisan harta? Isu ini memberikan definisi batas pemisahan kedua-dua badan tersebut. Konflik ini merupakan salah satu tanda perubahan yang berlaku di Barat pada skala yang besar pada kurun mendatang." ]
https://www.thepatriots.asia/selepas-300-legasi-raja-leonidas-sparta/
Apa Yang Jadi Pada Sparta Selepas Kalah Dalam Pertempuran 300?
[ "Sesiapa yang pernah menonton filem 300 pasti masak dengan plot ini. 300 orang tentera Sparta diketuai Raja Leonidas (Gerard Butler) berdepan bala tentera Parsi di Thermopylae pada 480 SM. Kita tahu pengakhirannya tragis tetapi ia turut menjadi batu asas kepada legasi Leonidas untuk tahun-tahun selepasnya.", "Semasa Parsi menggerakkan kempen ketenteraan mereka terhadap Yunani pada abad kelima SM, negara-negara kota Yunani dalam keadaan berpecah. Negara-negara kota ini sentiasa berantakan antara satu sama lain. Hanya selepas Parsi mula mengancam kedudukan mereka menerusi Darius dan seterusnya Xerxes, barulah mereka bersatu.", "Leonidas yang ketika itu memerintah Sparta dipilih sebagai panglima perang untuk angkatan perang pakatan negara kota Yunani. Dan seperti dipaparkan dalam 300, baginda bersama askar-askar Yunani lain berlawan habis-habisan di Thermopylae bagi membantu sebahagian tentera Yunani lain berundur untuk berlawan pada hari yang lain.", "Cuma bezanya ialah bilangan sebenar yang setia bersama Leonidas bukan 300 tetapi 700 hingga 1,000 orang, menurut catatan sejarawan Yunani Herodotus. Bagi orang Sparta, walaupun diberi peluang untuk meloloskan diri oleh baginda, mereka lebih rela mati bersamanya. Askar-askar Yunani dari negara-negara kota lain turut membuat pilihan sama. Di Thermopylae, saki-baki tentera Yunani yang bertahan mati dibunuh termasuk Leonidas.", "Dengan mangkatnya Leonidas, Sparta kehilangan raja mereka yang disegani. Mengikut tradisi negara kota itu, terdapat dua raja yang memerintah dengan kedua-duanya datang dari keluarga Agiad dan Eurypontid. Dengan mitos mengatakan Leonidas merupakan raja berdarah Herakles/Hercules, maka bagi Sparta, hanya satu perkara yang dimahukan mereka dan negara-negara kota Yunani lain: dendam.", "Untuk tahun berikutnya, tentera Yunani berjaya mengalahkan tentera Parsi di Salamis (pertempuran tentera laut) dan Plataea (pertempuran darat). Di Plataea, pihak Yunani memulangkan kembali paku buah keras kepada pihak Parsi dengan menyembelih saki-baki tentera mereka di situ.", "Menurut Herodotus, di Plataea, orang Parsi menyangka kemenangan berada di pihak mereka selepas pihak Yunani berdepan kesukaran menembusi kem mereka. Ditambah lagi dengan ketiadaan bekalan akibat tindakan pihak Parsi, orang Yunani pura-pura berundur bagi mengumpan lawan mereka keluar.", "Sebaik mereka mengejar saki-baki pihak Yunani, alangkah terkejutnya tentera Parsi apabila bilangan mereka diatasi oleh sekutu-sekutu Yunani. Pertempuran di Plataea berakhir dengan kemenangan pantas pihak Yunani.", "Dan sebagai tukaran terhadap apa yang berlaku di Thermopylae, pihak Yunani membunuh semua tentera Parsi di situ. Dan tidak lama selepas itu, tentera Parsi ditewaskan di Mycale. Seperti di Plataea, tentera musuh dibunuh dengan kapal-kapal Parsi yang masih berlabuh dibakar hingga hangus.", "Menariknya, operasi dendam Sparta ini dinisbahkan kepada putera Leonidas, Pleistarchus. Tetapi hakikatnya, Pausanias, sebenarnya berperanan sebagai dalang operasi ini. Ini kerana baginda merupakan orang kedua dalam giliran menaiki takhta Sparta dan turut berperanan sebagai penjaga Pleistarchus. Justeru, kekejaman di Plataea dan Mycale berkemungkinan dilakukan atas titah Pausanias.", "Kisah Leonidas dan 300 turut menyumbang kepada konsep kenegaraan – satu konsep yang masih asing dalam dunia antikuiti. Tetapi negara-negara kota Yunani berkongsi musuh yang sama dan mahu melindungi tanah air mereka daripada ancaman Parsi. Atas sebab itu, untuk kesekian kalinya, mereka berlawan di bawah panji yang sama.", "Selepas Parsi dipaksa kembali ke tanah air mereka, ia memberi keyakinan kepada pihak Sparta untuk sebarang operasi ketenteraan mereka yang seterusnya. Ditambah lagi dengan keangkuhan pihak Athens, ini mendorong Sparta untuk mengakali bekas sekutu mereka dalam Perang Peloponessian bertahun-tahun kemudian.", "RUJUKAN", "Winters, R. (2018, 21 Februari). After 300: The Posthumous Vengeance of King Leonidas of Sparta. Ancient-Origins." ]
https://www.thepatriots.asia/qanaah-tawakal-sebahagia-burung/
Qanaah & Tawakal Sebahagia Burung
[ "Dunia di tangan, di hati jangan. Di zaman orang flex kekayaan dalam Instagram ni, definisi “cukup” semakin samar-samar. Kalau cukup makan minum pun, kita mungkin tiba-tiba rasa tak cukup bila tengok Instagram Stories kawan pergi bercuti kat London. Jadi apa makna cukup ni? Untuk menangani jiwa manusia yang tak pernah merasa cukup, Islam mengajar kita agar qanaah.Qanaah maksudnya keadaan jiwa yang merasa cukup. Rasulullah bersabda, “Bukanlah kekayaan itu pada banyaknya harta, namun kekayaan itu kaya jiwa, iaitu qanaah” (Hadis riwayat al-Bukhari). Zaman orang nak healing ni, apa kaitan qanaah dengan kebahagiaan? Disebutkan dalam hadis: “Akan masuk syurga suatu kaum yang hati mereka seperti hati burung”. Siapa mereka? Merekalah orang-orang yang bertawakal kepada Tuhan seperti tawakkalnya burung-burung. Kalau kita tengok binatang bernama burung, pagi-pagi hari sarangnya takde makanan. Burung akan keluar terbang pagi-pagi dan balik dalam keadaan perutnya kenyang. Makna kata, burung menjalani hidup dengan hati tenang dan perut kenyang. Rasulullah bersabda, “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (HR Ahmad)Sifat mulia ini kita boleh belajar daripada baginda sendiri. Pernah baginda balik ke rumah dan tiada makanan tersedia, baginda tidak merungut, bahkan mengatakan “hari ini aku berpuasa”. Sebagai muslim, qanaah atau rasa cukup ni, berakar daripada keimanan. Bukankah rukun iman ke-6 kita, percaya kepada qada’ dan qadar. Sifat qanaah adalah meyakini sepenuh hati yang rezeki kita sudah ditentukan di Luh Mahfuz dan kita tidak perlu terlalu bimbang dengan takdir Tuhan. Boleh jadi, dengan ketenangan hati, kita boleh buat keputusan-keputusan kewangan dengan lebih baik. Qanaah juga selamatkan kita daripada pembaziran. Kalau kita sudah merasa cukup, kita tidak lagi berbelanja banyak untuk makanan, hiburan dan percutian. Dengan ini, kewangan kita boleh jadi lebih baik.Kita sering tak bahagia, pasal kita rasa tak cukup. Beza dengan burung. Ia tahu yang Tuhan telah tetapkan rezekinya untuk hari tu. Jadi kerjanya cuma usaha. Soal rezeki, itu kerja Tuhan. Satu lagi yang menarik, Islam tidak membebankan seseorang di luar kemampuan sampaikan merasa resah. Contohnya, dalam kitab Ihya Ulumiddin oleh Imam Ghazali, disebut yang rumah-rumah isteri Nabi, berbeza simpanan makanannya. Ada yang simpanan makanan di rumahnya setahun, ada yang 40 hari dan ada yang sehari semalam. Yang sehari semalam adalah rumah Aisyah dan Hafsah. Jadi nak kata sini, kalau kita nak amalkan tawakal dan qanaah, memanglah sangat digalakkan. Cuma perlulah dari segi pelaksanaan; satu persatu dan mengikut kemampuan. Supaya tidak terlalu mengejut. Senang kata bertahap-tahap.Adakah sifat qanaah memusuhi kekayaan? Tidak. Dalam Islam, kekayaan atau harta datang bersama tanggungjawab. Rukun Islam ke-4 kita adalah menunaikan zakat. Zakat takkan wajib dikeluarkan kecuali dengan harta yang kita ada. Orang kaya ada tanggungjawab besar kepada komuniti. Ia bukan soal berapa banyak harta yang kamu ada, tetapi berapa banyak yang kamu sumbangkan. Contohnya, apabila Rasulullah umumkan siapa yang belikan Telaga Rummah, pasti Allah akan mengampuninya, segera Saidina Uthman bin Affan beli dan wakafkan telaga itu kepada Umat Islam. Jadi turunlah ayat al-Quran Surah Fajr ayat ke-27, sekaligus mengiktiraf Uthman sebagai memiliki jiwa yang tenang (nafsul mutmainnah). Pengurusan harta juga jangan ditolak tepi. Dalam satu kisah, Saidina Saad bin Abi Waqas pernah nak wasiatkan semua harta dia untuk wakaf Umat Islam lepas dia mati. Rasulullah halang. Yang dibolehkan wasiat hanya 1/3 daripada harta. Nampak tak, pengurusan harta pun penting." ]
https://www.thepatriots.asia/lima-putera-bugis-bersaudara/
Lima Putera Bugis Bersaudara
[ "Alam Melayu merangkumi sebuah kawasan kepulauan yang sangat luas yang meliputi hampir keseluruhan kepulauan Asia Tenggara, di samping kepelbagaian etnik Melayu yang mempunyai identiti mereka sendiri tetapi mereka disatukan dalam himpunan satu ikatan bangsa yang sama. Bangsa Melayu adalah bangsa pelayar dan kepulauan Alam Melayu adalah “kediaman besar” mereka. Mereka bebas merantau dan berdagang tanpa batasan negara seperti sekarang. Etnik Bugis adalah antara etnik Melayu yang terkenal dengan dunia pelayaran.", "Dalam budaya mereka, terdapat satu semangat yang dikaitkan dengan dunia pelayaran yang mereka kenali sebagai “pesompe’.” Kapal pelayaran mereka yang terkenal dalam alam Melayu dikenali sebagai Phinisi. Negeri masyarakat Bugis ialah selatan Sulawesi, dan ibu kota dan pelabuhannya ialah Makassar dan Gowa. Pada pertengahan abad ke-17, pusat kerajaan Makassar ditakluk oleh pihak Belanda dan menyebabkan penghijrahan besar-besaran masyarakat Bugis kerana mereka tidak rela tinggal di bawah penaklukan Belanda dan mereka juga tidak bebas berdagang di pelabuhan mereka sendiri.", "Dalam kitab Tuhfat an-Nafis, tiada cerita berkenaan penglibatan kelima-lima orang putera diraja Bugis dalam peperangan tersebut. Kemungkinan ketika itu, ayahanda mereka, Daeng Rilaga @ Rilekkek membawa mereka merantau ke negeri-negeri di Sulawesi, Borneo dan Kepulauan Laut Cina Selatan. Menurut Kitab Tuhfat al-Nafis, Daeng Rilaga merupakan salah seorang kerabat diraja Bugis-Luwu-Bone yang didakwa bersusur galur daripada keturunan Ratu Balqis pada zaman Nabi Sulaiman. Beliau dikurniakan lima orang putera yang sentiasa dibawa belayar bersama-sama. Kelima-lima orang putera tersebut bernama Opu Daeng Perani sebagai kakanda sulung, kedua Opu Daeng Menambun, ketiga Opu Daeng Marewah, keempat Opu Daeng Chelak dan adinda bongsu mereka ialah Opu Daeng Kemasi.", "Penglibatan lima orang putera Bugis bersaudara dalam Kesultanan Johor", "Johor adalah salah satu kuasa yang digeruni dan kesultanannya adalah legasi daripada Kesultanan Melaka. Walau bagaimanapun, Kesultanan Johor ketika awal abad ke-18 mula diperintah oleh sultan daripada keturunan Bendahara Johor. Ancaman daripada Siak menyebabkan Raja Muda Johor ketika itu, Raja Sulaiman, mengundang kelima-lima orang putera tersebut ke Johor untuk membantu baginda menghadapi ancaman tersebut.", "Sebelum mereka menyatakan persetujuan mereka membantu kerajaan Johor, kedua-dua belah pihak telah membuat perjanjian dan bersetuju bahawa sekiranya Johor berjaya memenangi ancaman tersebut, maka salah seorang daripada kelima-lima mereka akan dilantik sebagai Yamtuan Muda (Yang Dipertuan Muda) yang nasihat mereka akan sentiasa diikuti oleh sultan dan jawatan tersebut akan kekal sehingga ke anak cucu. Setelah tentera Johor berjaya mengusir tentera Siak dengan bantuan tentera Bugis pimpinan kelima-lima orang putera Bugis tersebut, maka pada tahun 1722, Opu Daeng Marewah telah dipilih oleh mereka menjawat jawatan sebagai Yang Dipertuan Muda Johor yang pertama dan bermulalah dinasti Yang Dipertuan Muda Bugis bersama-sama Sultan Johor memerintah Johor sehingga akhir abad ke-19. Setelah itu, kelima-lima mereka menabalkan Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.", "Perihal ringkas kelima-lima orang putera Bugis tersebut", "Kita dapat lihat di sini ketokohan kelima-lima orang putera Bugis bersaudara. Mereka adalah pemimpin yang kuat bukan sahaja dari segi ketenteraan, bahkan mereka juga pemimpin yang berwibawa. Sepanjang sejarah mereka di Johor, berapa banyak ancaman daripada luar seperti Siak dan juga ancaman daripada dalam seperti sekumpulan orang-orang Melayu Johor sendiri berjaya dipatahkan dan juga diselesaikan dengan bijaksana. Pertahanan kerajaan Johor yang sebelum itu lemah menjadi ‘kebal’ semasa pentadbiran mereka di Johor.", "Selain daripada bantuan ketenteraan, mereka menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan lain melalui ikatan perkahwinan dan kekeluargaan. Kita juga dapat lihat bagaimana luasnya pengaruh kelima-lima orang putera bersaudara tersebut dalam banyak kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu dan Kalimantan seperti Kedah, Perak, Matan dan Sambas, bahkan mereka juga memainkan peranan yang besar dalam pengasasan beberapa kesultanan di Tanah Melayu.", "Sekurang-kurangnya dua orang Sultan Terengganu yang pertama ditabalkan melalui kuasa Yamtuan Muda Johor. Kesultanan Johor dan Selangor sehingga kini adalah daripada keturunan mereka (keturunan Daeng Chelak dan Daeng Perani). Bahkan Kesultanan Riau-Lingga yang pernah wujud suatu ketika dahulu sebagai kerajaan Melayu yang kaya dengan karya-karya agama dan kesusasteraan juga legasi daripada keturunan mereka (Yamtuan Muda Johor). Rujuk rujukan-rujukan ilmiah di bawah untuk mengetahui lebih lanjut lagi sejarah mereka yang penuh dengan kehebatan dan konflik.", "Dalam sejarah mereka, kita dapat lihat bagaimana mereka bersatu sebagai adik-beradik dan juga bersatu bersama sebagai pemimpin dalam menentang musuh. Sebagai contoh, dalam Kitab Salasilah Melayu dan Bugis, Daeng Perani pernah mengatakan bahawa mereka lima beradik ibarat lima badan satu nyawa.", "Pada zaman pemerintahan Daeng Menambun sebagai Raja Mempawah, beliau pernah memohon bantuan daripada kedua-dua orang adindanya daripada dua kerajaan iaitu Daeng Chelak sebagai Yamtuan Muda Johor ketika itu dan Daeng Kemasi sebagai Pembesar Sambas untuk menghadapi ancamana daripada tentera Dayak daripada Kerajaan Pinang Sekayuk pimpinan pemerintah kerajaan tersebut iaitu Pangeran Dipati. Ketiga-tiga pasukan tentera daripada Mempawah, Johor dan Sambas pimpinan ketiga-tiga putera bersaudara tersebut bersatu menentang musuh yang sama dan mereka berjaya memenangi peperangan tersebut. Turut bersekutu dengan mereka ialah tentera Ratu Bagus iaitu Pemerintah Kerajaan Landak. S", "elepas peperangan tersebut, kaum Dayak yang terlibat diajarkan agama Islam. Jika Kesultanan Melaka mempunyai lima orang pahlawan bersaudara (seperguruan) iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu, maka ketahuilah bahawa dalam sejarah Kesultanan Johor juga mempunyai lima orang putera Bugis bersaudara.", "——————————————", "Rujukan", "Raja Ali Haji, diselia oleh Virginia Matheson Hooker, Tuhfat al-Nafis, Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998.", "Muhammad Hafiz Samsudin, “Sejarah Pengaruh Dinasti Yang Dipertuan Muda Bugis dalam Kesultanan Johor dan Riau-Lingga Pada Abad ke-18-19 M,” Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda seliaan Dr. Nurulwahidah Fauzi, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2013.", "Abdullah @ Zakaria Ghazali, “Johor dan Kepulauan Riau: Berlainan Negara Tetapi Bersaudara,” dalam Malaysia dari Segi Sejarah, Bil. 39, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 2011, hlm. 82-90.", "Ahmad Farhan Abdullah @ Zakaria, “Opu Bugis Lima Bersaudara: Peranan Daeng Menambun ibni Daeng Rilekkek dalam Kerajaan di Alam Melayu Pada Abad ke-18,” dalam Malaysia dari Segi Sejarah, Bil. 39, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 2011, hlm. 41-68." ]
https://www.thepatriots.asia/sumber-terbukaopen-source-dan-kemajuan-teknologi/
Sumber Terbuka (Open Source) Dan Kemajuan Teknologi
[ "Dalam tengah menyiapkan projek akhir tahun untuk bidang kejuruteraan Mekatronik, Ali terhenti. Ada satu masalah yang tidak boleh diselesaikannya. Diajukan pertanyaan kepada penyelianya, setelah mendapat jawapan. Ali pun mulakan kerja untuk menghidupkan “Mesin Penghapus Bawang” yang direka olehnya.", "Mesin itu menjadi titik antara dia akan dapat tamatkan pengajian pada semester ini ataupun terpaksa menambah semester pengajian lagi. Ketika cuba menghidupkan mesin itu, motor arus terus yang digunakan untuk mencincang bawang masih belum hidup. Buntu dengan keadaan Ali terus berputus asa. Dilanjutkan projek akhir tahunnya itu ke semester hadapan.", "Hampa dengan kegagalannya di semester yang lepas. Ali mencari kaedah untuk menyiapkan mesinnya dengan penggunaan perlatan yang akan memudahkannya mencari rujukan. Dengan adanya sumber terbuka yang di kongsi oleh orang lain di seluruh dunia. Ali dapat siapkan mesinnya akhirnya. Beruntunglah graduan zaman ini, taip soalan di google sahaja dah boleh dapat berbagai solusi. Cuma mereka harus pandai memilih solusi mana yang boleh digunakan.", "Itulah kuasa gerakan sumber terbuka, dengan itu kemajuan teknologi serta inovasi bertumbuh dengan rancaknya. Sehinggakan nilai kajian dan inovasi yang berlaku selama 10 tahun ini sudah mampu menandingi nilai kajian serta inovasi yang telah berlaku sepanjang 300 tahun yang lepas. Di sini saya akan terangkan bagaimana inisiatif sumber terbuka ini mampu meningkatkan kemajuan teknologi.", "Bayangkan ketika saya mempunyai satu idea untuk merekacipta sebuah robot mudah alih yang mampu memanjat bangunan dua tingkat. Maka saya mulakan proses mengkaji mekanisma, peralatan dan sistem yang diperlukan. Kita ringkaskan penerangan ini kepada bagaimana hendak membuatkan satu robot mudah alih. Dalam robot mudah alih terdapat tiga komponen utama untuk mengerakkannya.", "Dengan adanya sumber terbuka saya sudah tidak perlu mereka litar pemandu motor arus terus dan litar pengawal mikro sendiri. Saya boleh gunakan rekaan litar yang dikongsikan oleh orang lain dan seterusnya saya hanya perlu fokus terhadap algoritma pengaturcaraan dan mekanisma dalam robot mudah alih saya untuk memanjat bangunan setinggi dua tingkat. Di sini kita mampu singkat proses untuk merekacipta dan mengkaji sesuatu perkara.", "Jika saya kongsikan proses-proses saya untuk merekacipta robot tersebut. Pada masa hadapan akan ada orang lain pulak boleh gunakan rekaan sistem saya dan tingkatkan kemampuan robot tersebut untuk memanjat tingkat lima ataupun lebih. Banyak laman sesawang yang telah ada untuk berkongsi sumber terbuka ini. Tetapi kebanyakkan hanya fokus kepada perisian, pengaturcaraan dan litar elektronik. Sebagai contoh, Stackoverflow, Github, Instructable dan beberapa forum perbincangan yang lain.", "Tahukah anda bahawa sebanyakkan ‘super computer’ di dunia menggunakan Linux sebagai sistem pemprosesan. Linux juga adalah satu perisian sumber terbuka. Saya juga seorang pelajar yang mengambil subjek pengaturcaraan dalam pengawal mikro. Ketika saya mula belajar dulu tidak banyak sumber yang saya boleh rujuk sehingga satu perisian diperkenalkan iaitu Arduino.", "Sejak itu, makin banyak projek yang dikongsikan dan makin canggih inovasi yang dihasilkan. Bayangkan dalam masa 10 tahun kita sudah mampu mencapai tahap ini. Bagaimana pula kemajuan teknologi kita dalam 20-50 tahun akan datang. Dan juga kita sudah kearah revolusi industri 4.0 sekarang ini. Kerajaan Malaysia juga sudah mula mangambil langkah dalam menitik beratkan sumber terbuka ini dengan Pelan Induk untuk Perisian Sumber Terbuka (OSS) yang sebenarnya telah bermula dari tahun 2004 lagi.", "Sumber:" ]
https://www.thepatriots.asia/jaws-mewujudkan-perkataan-blockbuster/
Jaws: Mewujudkan Perkataan “Blockbuster”
[ "Ah…musim panas tahun 2018 sudahpun berakhir. Satu musim yang tidak mempunyai kesan dan impak yang signifikan pun pada kita rakyat Malaysia yang hidup di kawasan iklim tropika. Tetapi antara sedar ataupun tidak, bagi penggemar filem, musim panas selalunya ditemani dengan koleksi-koleksi filem hebat dan sangat dinanti-nantikan ditayangkan di pawagam. Bermula dengan Avengers: Infinity War ( 25 April 2018), diikuti oleh Deadpool 2, Solo: A Star Wars Story, Hereditary, Incredibles 2, Jurrasic World: Fallen Kingdom, Ant Man and the Wasp, Mission Impossible: Fallout dan diakhiri oleh Crazy Rich Asians yang ditayangkan pada bulan Ogos.", "Filem-filem yang ditayangkan dalam tempoh masa musim panas ini (dari bulan Mei ke bulan Ogos) dipanggil sebagai “summer blockbuster” (ataupun dalam Bahasa Melayu; pecah panggung) dan dihasilkan dan ditayangkan bagi mengaut sebanyak mungkin hasil jualan tiket dan akhirnya merebut takhta box office. Disebabkan itulah jika anda lihat dengan teliti senarai filem yang ditayangkan pada musim panas selalunya merupakan filem yang dihasilkan dengan bajet yang tinggi oleh produksi studio yang besar dan dipromosikan dengan rancak sekali kepada semua orang. Ini sebenarnya satu tradisi Hollywood yang dimulakan oleh sebuah filem yang diarahkan oleh Steven Spielberg dan ditayangkan pada musim panas tahun 1975, Jaws.", "Mewujudkan Fenomena “Blockbuster”", "Bagi mereka yang belum pernah menonton lagi filem yang mencetus fenomena ini, Jaws merupakan filem yang diadaptasi dari novel garapan Peter Benchley. Ia memaparkan kisah tentang seekor jerung putih gergasi yang mengganas di pesisir pantai Amity, dan diburu oleh Sherif pekan tersebut sambil dibantu oleh seorang ahli anthroplogis, dan juga seorang pemburu jerung professional. Jika dipandang sekali lalu, Jaws nampak seperti filem thriller biasa yang tidak ada sebarang keistimewaan pun. Ia cuma meneruskan legasi filem “monster thriller” yang meletakkan protagonis diburu oleh raksasa atau dalam kes filem ini, seekor jerung putih.", "Jaws juga bukanlah sebuah filem yang nampak mampu memberi pulangan yang lumayan berdasarkan kepada masalah-masalah yang dihadapi sewaktu penggambaran. Penerbit Universal Pictures, Richard D. Zanuck dan David Brown membeli hak adapatasi filem ini dari Peter Benchley dengan harga $175,000. Zanuck dan Brown akhirnya mengakui yang jika mereka membaca novel Benchley dengan lebih teliti, pasti mereka akan sedar yang filem seperti Jaws sangat sukar untuk dihasilkan (kerana kebanyakan adegan berlaku di laut, kewujudan jerung putih gergasi dan juga sebab-sebab lain).", "Zanuck dan Brown pada mulanya ingin mengupah pengarah berpengalaman bagi menggerakkan projek itu, namun selepas dipujuk sendiri oleh Spielberg, peranan pengarah dengan berat hatinya diserahkan kepada Spielberg. Pihak penerbit dan Universal kurang yakin Spielberg yang masih mentah itu mampu menggerakkan projek sebesar itu. Namun Spielberg melihat projek ini sebagai satu peluang untuk menunjukkan bakatnya dalam usaha untuk menjadi pengarah yang berjaya.", "Tetapi, jalan menuju kejayaan selalu penuh dengan onak dan duri. Spielberg sendiri apabila membaca novel Benchley, mengalami kesukaran untuk mengadaptasikan novel itu ke dalam skrip. Selepas 2 bulan usahanya tergantung, Spielberg mengupah seorang penulis skrip untuk membantunya menghasilkan skrip yang menepati citarasa beliau. Penggambaran Jaws juga diulit dengan pelbagai masalah. Pihak produksi menetapkan 55 hari sebagai tempoh waktu penggambaran untuk filem ini, namun disebabkan pelbagai masalah, tempoh penggambaran terpaksa dilanjutkan untuk kesekian kalinya.", "Ia sesuatu yang amat menakjubkan pada pemerhati dan pihak media apabila mendapat tahu yang filem itu akhirnya selesai penggambaran walaupun lewat hampir 2 bulan dari tarikh yang dijanjikan. Jaws meletakkan tekanan yang tinggi kepada Steven Spielberg, yang masih lagi dikira muda dikalangan pengkritik. Ramai juga yang berpendapat yang Universal sepatutnya memecat sahaja Spielberg kerana menghabiskan banyak masa dan duit untuk menghasilkan filem yang mungkin akhirnya tidak ke mana.", "Tetapi sangkaan pengkritik jauh meleset. Apabila Jaws ditayangkan, ia mendapat sambutan yang luar biasa dari penonton. Jaws berjaya mengutip sebanyak $7 juta dalam hanya 2 hari sahaja selepas ditayangkan. Jaws juga adalah filem Hollywood pertama yang berjaya mengutip $100 juta dalam hanya 2 bulan selepas ditayangkan. Secara keseluruhan, Jaws berjaya mengutip sebanyak $400 juta selepas ia diedar dan ditayangkan di seluruh dunia. Ia satu pencapaian yang julung-julung kalinya bagi sebuah filem Hollywood pada ketika itu.", "Oh, sedikit trivia, perkataan blockbuster ataupun pecah panggung itu sendiri tidak wujud sebelum Jaws. Jaws-lah filem yang bertanggungjawab mewujudkan fenomena dan frasa tersebut. Ketika Jaws ditayangkan di pawagam, penonton beratur panjang mengelilingi satu blok pawagam lantas mewujudkan perkataan “blockbuster” yang kita sering dengar digunakan secara meluas sekarang.", "Formula Kejayaan Jaws", "Sebelum Jaws, kebanyakan filem Hollywood ditayangkan mengikut kesesuaian masa dan atas permintaan studio. Kebanyakan studio berpendapat yang musim sejuk adalah waktu yang terbaik untuk menayangkan filem kerana musim sejuk adalah musim ramai orang bercuti. Namun, tidak semua filem yang ditayangkan pada musim sejuk dapat mengaut keuntungan yang tinggi. Godfather, filem yang berada pada tangga teratas box-office sebelum Jaws, ditayangkan pada bulan Mac.", "Kebanyakan studio perfileman tidak lansung menjangkakan yang musim panas adalah waktu yang sesuai untuk filem-filem mereka ditayangkan. Mereka mengjangkakan yang musim panas hanya dipenuhi oleh golongan remaja tidak berduit yang sedang menikmati percutian mereka.Ini menjadikan musim panas penuh dengan lambakan filem-filem yang kurang berkualiti dan tidak menarik perhatian ramai.", "Studio perfileman pada ketika itu juga mengambil inisiatif untuk menayangkan filem mereka secara berperingkat, dari beberapa pawagam, sehinggalah mengedarkannya ke seluruh Amerika Syarikat (ataupun dunia) berdasarkan sambutan orang ramai. Kebanyakan studio bertumpu kepada pawagam di sekitar Los Angeles bagi menilai tahap sambutan terhadap filem keluaran mereka.", "Universal Studios melancarkan strategi yang berbeza berbanding studio yang lain. Selain menayangkan filem itu pada bulan Jun, Universal menjalankan kempen promosi secara besar-besaran 2 bulan sebelum filem itu menjengah pawagam. Lebih dari $1 juta dibelanjakan untuk mempromosikan filem itu ke seluruh pelusuk Amerika Syarikat. 23 siri televisyen dibeli slot mereka untuk Universal menayangkan iklan promosi filem Jews selama 30 saat. Jaws juga dibuka serentak di seluruh 409 pawagam serata Amerika Syarikat menjadikan filem itu mudah didapati oleh orang ramai.", "Langkah dan strategi Universal Studios beserta komitmen Steven Spielberg dalam menghasilkan filem yang berkualiti dan menghiburkan akhirnya membuahkan hasil. Jaws berjaya mencipta fenomena dan menjadi perintis kepada “summer blockbuster” yang kita kenali dan gemari sekarang. Pada tahun 1977, 20th Century Fox, sebuah lagi studio perfileman Hollywood menayangkan filem Star Wars dengan menggunakan formula Jaws. Star Wars berjaya memecah rekod Jaws menjadi filem paling laris pada ketika itu. Ini membuktikan formula kejayaan Jaws berkesan dan akhirnya menjadi satu tradisi Hollywood sehingga sekarang. Kita perlu berterima kasih kepada Jaws, kerana tanpa filem ini, mungkin filem-filem blokbuster seperti Avengers dan juga Star Wars tidak akan wujud.", "Rujukan:", "Gray,Tim (Jun, 2015), “Jaws’ 40th Anniversary: How Steven Spielberg’s Movie Created the Summer Blockbuster” Variety", "Marcus,Dan (Mei, 2015), “Editorial: How the Original ‘Star Wars’ Redefined the Blockbuster” FirstShowing.net", "Erbland,Kate (Jun, 2017), “How ‘Jaws’ Forever Changed the Modern Day Blockbuster — And What Today’s Examples Could Learn From It” IndieWire", "Caffrey,Dan (Jun, 2015), “Why the Jaws Shark Looks Fake and How That Works to the Film’s Advantage” Consequence Of Sound", "C&B (2017), “Jaws: The Groundbreaking Summer Blockbuster that Changed Hollywood, and Our Summer Vacations, Forever” Cinephilia & Beyond" ]
https://www.thepatriots.asia/kenangan-kenangan-albert-einstein-di-singapura/
Apabila Albert Einstein Singgah Ke Singapura!
[ "Kepintaran Albert Einstein di dalam bidang Sains tidak dapat disangkal lagi. Negara-negara yang pernah dikunjungi oleh beliau amat bertuah kerana menjadi destinasi pilihan manusia pintar tersebut. Dalam banyak-banyak negara, Albert Einstein sebenarnya pernah menjejakkan kaki ke Singapura!", "Pada 2 November 1922, sebuah kapal penumpang dari Jepun, Kitano Maru tiba di Pelabuhan Singapura. Kapal itu membawa seorang penumpang yang termasyhur di dunia pada ketika itu, iaitu Albert Einstein bersama isterinya, Elsa.", "Einstein sebenarnya dalam perjalanan menuju ke Tokyo, Jepun kerana dijemput untuk memberikan syarahan di sebuah universiti di sana, beliau kemudian singgah ke Singapura untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat Yahudi di sana untuk menubuhkan Hebrew University di Jerusalem.", "Di Singapura, Einstein menggambarkan perairan Singapura sebagai laluan sempit diantara dua buah pulau. Mungkin gambaran Einstein ini berada di lokasi Collyer’s Quay yang terletak di Downtown Core. Dua pulau itu mungkin merujuk kepada Pulau Belakang M4t1 dan Pulau Brani. Kedatangan Einstein di Singapura disambut dengan gilang-gemilang oleh komuniti Yahudi di sana.", "Akhbar tempatan, The Straits Times melaporkan Saintis hebat Albert Einstein dan isteri dissambut oleh pemimpin komuniti Yahudi. Alfred Montor, seorang pedagang berlian menjadi hos Einstein sepanjang lawatan beliau ke Singapura.", "Montor juga turut bertindak sebagai penterjemah Einstein kerana Montor juga, seperti Einstein berasal dari Jerman. Einstein dibawa ke kediaman Montor untuk berehat. Di rumahnya, Einstein ditunjukkan sekotak barangan perak yang dimiliki oleh Montor sendiri.", "Selepas itu, Einstein diundang ke sebuah majlis yang dianjurkan oleh Sir Mennaseh Meyer, pemimpin Yahudi di Singapura di rumahnya, An Home. Kekayaan Meyer membuatkan Einstein terpegun.", "Einstein menggambarkan Meyer persis Croesus, raja legenda dari kerajaan Lydia yang begitu kaya. Einstein menggambarkan kediaman Meyer seperti istana besar. Dewan utamanya mempunyai ciri-ciri Moor dan terletak di atas bukit serta menghadap sebuah sinagog.", "Di samping kekaguman Einstein terhadap kekayaan Meyer, beliau juga kagum terhadap sosok tubuh pemimpin itu. Einstein menggambarkan Meyer seorang yang tinggi dan berbadan tegap walaupun sudah berusia dan mempunyai wajah yang serius serta pandangan yang t4j4m.", "Pandangan yang dilemparkan Meyer kepada Einstein membuatkan Einstein terfikir bagaimana caranya untuk mengajak Meyer untuk turut menyumbang kepada penubuhan Hebrew University ini. Kerana ini bukan harapan beliau sahaja, malah ini adalah harapan Ketua Organisasi Zion1s Antarabangsa, Chaimm Wezzman.", "Ketika majlis resepsi di kediaman Meyer, majlis itu dihadiri oleh semua pemimpin komuniti di Singapura. Einstein mencatat beberapa peristiwa termasuklah seorang paderi berbangsa Inggeris yang mempunyai hidung seperti kebanyakan bangsawan Inggeris.", "Einstein yang duduk bersama Meyer berdekatan dengan meja juruacara majlis kemudian diminta untuk memberikan ucapan.", "Di dalam ucapannya, Einstein memberi penghargaan kepada komuniti Yahudi di Singapura atas layanan baik mereka. Einstein juga sempat menerangkan betapa pentingnya sains di dalam kehidupan dan diakhiri dengan penerangan mengenai idea untuk menubuhkan Hebrew University.", "Pada petang itu, Einstein menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan di rumah Montor. Ketika majlis tersebut berlangsung, Einstein menggunakan kesempatannya untuk bersemuka dengan Menasseh Meyer secara peribadi untuk tujuan penubuhan Hebrew University itu.", "Keesokan harinya, Einstein meninggalkan Singapura dan menyambung pelajarannya ke Jepun. Seminggu selepas itu, Einstein dianugerahkan Anugerah Nobel di dalam bidang Fizik. Einstein menyedari bahawa permintaanya kepada Meyer untuk membiayai penubuhan Hebrew University tidak ditunaikan.", "Pada Januari 1923, selepas menamatkan siri syarahan  di Jepun, Einstein menjejakkan tapak sekali lagi ke Singapura di dalam perjalanannya menuju ke Palestin. Di dalam lawatan singkat beliau itu, beliau diundang ke majlis makan tengah hari bersama keluarga Montor. Petang  itu, beliau dibawa bersiar-siar ke Ladang Estet Keluarga Frankel di Siglap.", "Destinasi terakhir Einstein di Singapura ialah mengadakan lawatan ke rumah William Basapa di 549 Seranggoon Rd. William Basapa merupakan seorang pencinta haiwan. Basapa menunjukkan koleksi-koleksi peribadinya kepada Einstein berkenaan haiwan. Einstein menggambarkan Basapa sebagai pencinta haiwan yang budiman.", "Sejurus selepas itu, Einstein meneruskan perjalanannya ke Palestine bagi tujuan penubuhan Henrew University itu. Kali ini, misinya berjaya. Enstein berjaya mendapatkan 750 Pound dari Meyer dan komuniti Yahudi di Singapura bagi tujuan pembinaan universiti itu.", "RUJUKAN:", "(n.d.). Retrieved from https://www.onthepage.org/outsiders/einstein_in_singapore.htm", "Albert Einstein visited S’pore in 1922, met a 14-year-old boy named David Marshall. (n.d.). Retrieved December 21, 2020, from https://mothership.sg/2016/12/albert-einstein-visited-spore-in-1922-met-a-14-year-old-boy-named-david-marshall/" ]
https://www.thepatriots.asia/titanic-saksi-kisah-tenis-terhebat/
Titanic: Saksi Kisah Tenis Terhebat
[ "Peristiwa karamnya Titanic pada tahun 1912 ialah satu tragedi yang bukan saja memberi kesan kepada negara-negara yang terlibat dan industri perkapalan tetapi juga kepada para penumpangnya. Antara yang terkesan dengan tragedi ini ialah dua pemain tenis legenda Amerika Syarikat, Richard ‘Dick’ Williams dan Karl Behr. Walaupun kedua-duanya merupakan pesaing di gelanggang, ikatan yang terjalin dari tragedi Titanic sebenarnya menjadikan kisah mereka ini memberi inspirasi kepada ramai orang termasuk peminat tenis.", "Kedua-dua Williams dan Behr sedang mengejar cita-cita masing-masing sebagai antara pemain tenis terhebat ketika itu. Behr merupakan antara pemain beregu terbaik Amerika ketika itu dan pernah beraksi di pentas final Wimbledon dan Piala Davis. Tapi sayangnya dalam kedua-dua acara berkenaan, Behr dan regunya Beals Wright tewas kepada regu Norman Brookes-Tony Wilding. Sementara Williams pula sudah menempa nama sebagai pemain tenis perseorangan dan sudah dicanang akan menggegarkan arena tenis antarabangsa.", "Kedua-duanya memilih menaiki Titanic secara berasingan di Cherbourg, Perancis dan mempunyai alasan berbeza menaiki kapal berkenaan. Behr yang turut berkhidmat sebagai peguam sebenarnya sudah mempunyai teman istimewa iaitu seorang wanita berumur 19 tahun bernama Helen Newsom. Bagaimanapun, hubungan cinta Behr-Newsom tidak disukai ibu dan bapa tiri kekasihnya itu atas alasan jurang usia yang agak besar memandangkan Behr berumur 26 tahun ketika itu. Untuk mengelakkan hubungan cinta kedua-duanya semakin intim, ibu dan bapa tiri Newsom membawanya ke Eropah. Tetapi plot tersebut diketahui Behr dan beliau mengikut mereka ke Eropah secara senyap-senyap. Apabila Newsom menghantar mesej telegram bahawa dia dan keluarganya akan pulang dengan Titanic, pemain tenis itu segera menempah tiket kapal berkenaan dengan tujuan memberi kejutan kepada kekasihnya itu.", "Sementara Williams pula seharusnya bertolak lebih awal ke Amerika untuk bertanding dalam kejohanan tenis musim panas sebelum menyambung pelajaran di Harvard tetapi terpaksa menangguhkan perjalanan akibat penyakit rubela. Pemain yang ada hubungkait dengan Benjamin Franklin ini bagaimanapun bernasib baik kerana dapat pulang bersama bapanya, Charles Williams untuk perjalanan pertama Titanic.", "Perjalanan Titanic kelihatan lancar dan tanpa sebarang masalah. Pada malam 14 April, Williams dan bapanya makan malam bersama Kapten Edward Smith sebelum kembali ke bilik mereka. Dan sebelum tengah malam, kedua-duanya dikejutkan dengan bunyi perlanggaran kapal dengan aisberg. Pada mulanya, ini tidak membimbangkan Charles kerana sebarang kerosakan pada Titanic boleh ditampung dengan menutup lubang perlanggaran dengan kargo barang, sesuatu yang pernah dialaminya beberapa dekad sebelumnya. Walau bagaimanapun, mereka menurut arahan krew kapal memakai jaket keselamatan dan cuba memanaskan diri dengan berjalan di dek dan menunggang basikal di bilik senaman.", "Sementara Behr pula sedang lena bersama keluarga Newsom semasa peristiwa perlanggaran itu berlaku. Ini mengejutkan mereka, lantas memakai jaket keselamatan dan segera ke dek untuk menaiki bot keselamatan. Bila situasi menjadi semakin genting, mereka segera menaiki bot keselamatan dan melihat dengan penuh ketakutan tatkala Titanic mula karam pada awal pagi 15 April 1912. Semua pasti maklum polisi mendahulukan kanak-kanak dan wanita tetapi tak semua yang akan mematuhi polisi berkenaan. Dalam kes Behr, beliau diminta mengayuh bot yang separuh diisi penumpang dan krew oleh Pengerusi White Star Liner, J. Bruce Ismay. Ismay yang turut terselamat dari tragedi berkenaan dilabel pengecut kerana tingkah lakunya pada malam Titanic karam. Dalam satu temubual bersama Newark Evening News enam hari selepas tragedi, Behr berkata, “Pada ketika itu, kami menganggap ada banyak bot keselamatan untuk semua penumpang. Salah seorang penumpang wanita bertanya kepada Encik Ismay sama ada lelaki boleh pergi dengannya. Saya mendengar Encik Ismay menjawab secara perlahan: ‘Tiada masalah, puan.’ Kami semua masuk dalam bot. Pada ketika itu, ia masih belum penuh dan Encik Ismay mengarahkan seorang pegawai dan beberapa krew untuk menyertai kami.” Ini menyebabkan Behr dihantui perasaan bersalah dan terpaksa menghabiskan masa beberapa ketika di sanatorium untuk kembali pulih seperti sediakala.", "Sementara di dek pula ketika dua beranak itu membantu para penumpang menaiki bot keselamatan, Williams menoleh ke arah bapanya dan menjerit, “Lekas! Lompat!” Tatkala itu juga, salah satu daripada cerobong asap Titanic menghempap Charles sehingga mati dan hampir-hampir mengenai Williams. Williams terjatuh ke dalam air laut yang sejuk dan segera berenang ke bot keselamatan bersama 30 penumpang lain yang berpaut pada bot itu. Kesejukan air dapat dirasai sehingga ke paras pinggang dan tatkala kapal SS Carpathia tiba untuk menyelamatkan penumpang dan krew yang terselamat, 11 daripada mereka sudah mati. Dalam peristiwa itu, 1,500 penumpang dan krew terbunuh sementara 700 penumpang dan krew terselamat. Semasa krew Carpathia menyelamatkan Williams, mereka mendapati pemain tenis itu berbakat mengalami hipotermia dan kakinya saja menunjukkan keadaan yang membimbangkan.", "Seorang doktor yang memeriksa beliau mencadangkan kakinya dipotong untuk mengelak jangkitan gangren tetapi Williams bertegas, “Saya memerlukan dua kaki ini.” Sepanjang perjalanan Carpathia ke New York, beliau berjalan di dek setiap dua jam termasuk pada waktu malam untuk memulihkan semula peredaran darah pada bahagian kaki. Ternyata, kaedah yang dicuba itu menjadi dan dalam tempoh enam minggu, Williams kembali semula ke gelanggang. Semasa perjalanan sama, kedua-dua pemain tenis ini bertemu dan ia mewujudkan ikatan persahabatan yang terjalin untuk tahun-tahun mendatang. Williams turut mengucapkan terima kasih kepada Behr kerana tidak lokek menolong penumpang yang terselamat termasuk dirinya.", "Dan tidak lama selepas itu, dua lelaki di mana takdir menemukan mereka di atas Titanic bertemu semula di gelanggang tenis pada pusingan keempat Cabaran Longwood Bowl. 1,500 penonton yang hadir ketika itu menyaksikan pertarungan sengit sebanyak lima set yang menyaksikan kemenangan akhirnya memihak kepada Behr. Akhbar The Boston Globe melaporkan pada hari berikutnya jika ada salah seorang daripada 1,500 penonton yang pulang dengan rasa tidak puas hati, ternyata penonton tersebut sukar dipuaskan. Ini menunjukkan pertarungan Behr-Williams amat sengit di mana pada awalnya, kelebihan umur dan fizikal memihak kepada Williams. Tetapi Behr tetap tenang dan menggunakan pengalamannya untuk mengatasi rakannya itu 0-6, 7-9, 6-2, 6-1 dan 6-4. Kedua-duanya sekali lagi bertemu pada suku akhir Kejohanan Tenis Amerika Syarikat (kini Terbuka Amerika Syarikat) 1914 di Long Island beberapa minggu selepas itu. Tetapi tiada ulangan kejayaan Behr di situ dengan Williams berjaya membalas dendam kekalahannya dan bergelar juara tenis perseorangan kejohanan tahun tersebut.", "Tidak lama selepas itu, Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia Pertama (WWI) dan seperti warga Amerika lain, Behr mahu berkhidmat di perbatasan. Tetapi beliau ditolak atas alasan mempunyai darah keturunan Jerman. Behr yang juga rakan rapat Theodore Roosevelt menganjurkan satu perarakan besar di New York pada tahun 1916 sebagai menyokong usaha perang Amerika. Williams pula dapat berkhidmat bersama pihak tentera pada tahun 1916 dan berkhidmat sebagai pegawai artileri. Semasa di Paris, beliau diberi anugerah Croix de Guerre dan Chevalier de la Legion d’Honneur dan berpeluang mengenali tokoh utama konflik termasuklah Marshal Philippe Petain. Petain yang dianggap wira pada WWI kemudiannya menjadi protagonis rejim Vichy Perancis yang bersubahat dengan rejim Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua.", "Kedua-duanya mempunyai karier yang baik dalam sukan tenis dan pernah bermain bersama dalam Piala Davis. Sebelum menamatkan karier sebagai pemain, Williams menjadi sebahagian daripada pasukan Amerika Syarikat yang memenangi Piala Davis sebanyak lima kali dan acara beregu lelaki Wimbledon dan Kejohanan Tenis Amerika Syarikat serta pingat emas acara beregu campuran Sukan Olimpik 1924. Rekod Williams dalam acara beregu campuran Sukan Olimpik 1924 bertahan selama 88 tahun sebelum ia dipertandingkan semula pada Sukan Olimpik 2012. Acara tersebut dimenangi regu Belarus, Max Mirnyi-Victoria Azarenka. Selepas tidak lagi aktif di arena sukan, kedua-duanya mempunyai karier yang baik dalam bidang kewangan. Malah, Williams sendiri turut dilantik sebagai Presiden Persatuan Sejarah Pennsylvania.", "Setahun selepas tragedi Titanic, pasangan Behr-Newsom melangsungkan perkahwinan mereka pada Mac 1913. Ramai anggota media menganggap kisah cinta mereka itu kisah cinta sebenar setaraf kisah cinta Rose-Jack dalam Titanic dan menyangka mereka jatuh cinta semasa berada di Titanic. Malah, laporan akhbar salah siar kedua-duanya merupakan orang tidak dikenali yang dipertemukan oleh takdir dalam bot keselamatan. Ada juga laporan mendakwa Behr melamar Newsom semasa berada dalam bot keselamatan. Williams pula kehilangan isterinya pada tahun 1929 selepas 10 tahun berkahwin dan kembali berkahwin setahun berikutnya.", "Melihat kepada legasi yang mereka tinggalkan dalam sukan tenis, tidak hairanlah mengapa Dewan Kemasyhuran Tenis Antarabangsa memasukkan nama Williams pada tahun 1957. Sementara nama Behr pula dimasukkan selepas kematiannya pada tahun 1969.  Tetapi kejayaan sebenar mereka bukanlah di atas gelanggang tetapi terselamat dalam tragedi kapal yang digelar tidak boleh ditenggelamkan, Titanic.", "SUMBER" ]
https://www.thepatriots.asia/galileo-galilei-kisah-teleskop-ajaibnya/
Galileo Galilei: Kisah Teleskop Ajaibnya
[ "Galileo Galilei ini bukan pencipta teleskop pertama. Dia orang yang kedua. Orang yang pertama menciptanya adalah seorang tukang cermin mata, Hans Lippershey.", "Yang menariknya, apabila Galileo dapat khabar tentang penciptaan ini, dia cipta teleskopnya sendiri. Teleskop dia 30 kali ganda lebih power daripada yang asal.", "Orang masa itu kritik Galileo sebab ambil kesempatan ke atas ciptaan orang lain. Galileo balas, Hans cipta teleskop secara tak sengaja tapi dia cipta teleskop 100% daripada ilmu optiknya.", "Inilah beza orang yang faham sains dan orang yang hanya faham teknologi semata-mata.", "Dengan teleskop ini Galileo jumpa macam-macam penemuan baru berkenaan objek-objek samawi. Penemuan paling penting adalah penemuan bulan-bulan planet Musytari (Jupiter).", "Dia pelik, kalau Bumi sebagai pusat peredaran dan alam, kenapa bulan-bulan yang dia jumpa itu beredar mengelilingi Musytari. Maksudnya, Bumi bukanlah satu-satunya pusat perederan objek-objek samawi.", "Dia juga jumpa planet Zuhrah (Venus) mengelilingi Matahari. Galileo terus berpegang dengan konsep heliosentrism.", "Masa ini memang gila-gila Galileo dapat penentangan daripada para profesor sains Aristotelian. Galileo ini dah terlalu banyak idea dia menyanggah idea teras sains Aristotelian.", "Galileo nak tunjuk penemuan ini kepada para profesor ini. Tapi para profesor ini tak mahu pun tengok teleskop Galileo. Dia kata teleskop itu bermain dengan tipu helah.", "Galileo cuma gelak aje dengan sikap mereka. Dia tulis surat kepada Kepler dengan menyatakan para pengikut sains Aristotelian ini sebagai kebodohan luar biasa dan abadi.", "Nak bagi bukti, tak mahu tengok. Selepas itu kuat menafikan kebenaran.", "Galileo masa itu agak kebal juga sebab dia ada kawan-kawan dalam kalangan bangsawan dan ahli politik. Ini antara sebab kenapa dia mudah dapat jawatan profesor di universiti yang dia pernah kena tendang selain ke-genius-annya.", "#Kisah25AhliFizik" ]
https://www.thepatriots.asia/persiapan-kesihatan-sempena-musim-haji/
Persiapan Kesihatan Sempena Musim Haji
[ "Haji yang sempurna adalah idaman semua mukmin, jadi secara tidak langsung kesihatan Jemaah memainkan peranan penting untuk mengejar haji yang sempurna. Kesihatan yang baik semestinya akan membuat kita kekal bertenaga sepanjang menjalankan ibadah haji. Contoh aktiviti yang memerlukan kita kekal bertenaga semasa menunaikan haji ialah ibadah Sai yang difardukan dalam ibadah haji sebagai mengingati penat lelah Siti Hajar berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah demi mencari air. Secara puratanya Jemaah perlu berjalan sejauh 3 kilo meter. Justeru, artikel ini untuk tatapan kalian. Ini dipetik daripada artikel yang ditulis oleh Tabung Haji melalui Dr. Azah Abdul Samad yang bertarikh 31/7/2015 pada halaman 22. ", "1. Lakukan senaman secara berkala dan berperingkat. Mulakan dengan senaman ringan lalu perlahan-lahan aktiviti senaman ditingkatkan berdasarkan kemampuan individu-individu tertentu.", "2. Tabung Haji juga mahu mengingatkan agar para jemaah yang sudah lulus ujian pemeriksaan, namun kemudian mengalami sakit selepas itu dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pegawal perubatan yang dilantik. Jangan lupa untuk memasukkan maklumat kesihatan tentang penyakit dan ubat-ubatan dan rawatan dalam Buku Rekod Rawatan.", "3. Memandangkan juga aktiviti haji bakal memerlukan ketahanan tubuh yang kuat, dinasihatkan juga para jemaah untuk mengamalkan pemakanan Sihat di samping vitamin yang berfungsi menambahkan ketahanan badan.", "4. Para jemaah juga diingatkan untuk mengambil vaksin untuk penyakit Menigcoccal. Untuk pengetahuan semua, sejak tahun 2001 Masihi lagi, kerajaan Arab Saudi tutur mewajibkan pengambilan vaksin ini di samping pengambilan vaksin tambahan untuk penyakit seperti Sesonal Influenza dan Penumoccal.", "5. Kepada para perokok tegar di luar sana, dinasihatkan untuk mengambil kesempatan ini untuk berhenti merokok.", "6. Setiap jemaah dinasihatkan untuk mengenal pasti waris yang akan menemani. Peringatan juga kepada waris yang menemani ibu bapa yang uzur agar kekal istiqamah dalam menjalankan dua tanggungjawab di bumi Arab Saudi. Tanggungjawab sebagai seorang anak dan juga seorang gamba ALLAH tentunya.", "7. Semasa berada di Tanah Suci, digalakkan juga jemaah haji untuk membawa bersama penutup mulut dan hidung dan bahan pencuci tangan seperti hand sanitizer. Lagi-lagi ketika selepas batuk, bersin dan selepas bersalaman.", "8. Tidak digalakkan untuk para jemaah haji mengunjungi ladang ternakan untan dan haiwan lain semasa berada di tanah suci.", "9. Sekiranya para jemaah menunjukkan tanda-tanda gejala respiratori seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak yang berterusan, boleh dapatkan rawatan di klinik atau Hospital Tabung Haji di tanah suci.", "10. Kad Amaran Kesihatan akan diberikan kepada para jemaah haji sebaik sahaja mereka kembali ke tanah air. Para jemaah dinasihatkan untuk memantau suju badan dan penyakit demam, batuk, lelah selama 14 hari selepas tarikh pulang ke tanah air. Sekiranya gejala berterusan, berjumpalah dengan doctor yang berdekatan dan bawa Kad Amaran Kesihatan bersama. Dinasihatkan juga para pesakit yang menunjukkan tanda-tanda demikian untuk menghadkan pergaulan dengan orang ramai dan memakai penutup mulut dan hidung sekiranya terpaksa berbuat demikian" ]
https://www.thepatriots.asia/tragedi-pengusiran-lima-suku-asli-amerika/
Tragedi Pengusiran Lima Suku Asli Amerika
[ "Dalam sejarah Amerika, nama Lima Suku Peribumi digunakan bagi mewakili lima suku asli di Amerika Tenggara – iaitu Cherokee, Choctaw, Chickasaw, Creek, dan Seminole. Ketika awal kedatangan penja-jah dari benua Eropah, suku-suku asli ini menyambut mereka dengan penen-tangan keras. Namun lama-kelamaan, mereka terpaksa tunduk dan akur berasimilasi dengan pengaruh asing.", "Semuanya demi secebis harapan bahawa mereka bakal diberi peluang untuk terus menetap di tanah tumpah darah mereka. Namun sudah menjadi resmi penja-jah; datangnya tidak diundang, mukimnya sibuk menerajang. Kalau mengaut laba, tak lain mesti dengan siku.", "Kesudahannya, Lima Suku Peribumi diusir, wilayah mereka diram-pas, dan mereka sendiri, dipaksa berpindah ke  barat (kini Oklahoma). Jalur perjalanan yang ditempuhi mereka ini dikenang oleh sejarah sebagai ‘Jejak Air Mata’. Ia menyaksikan ribuan manusia terkor-ban akibat kebu-luran, kesejukan, dan sera-ngan penyakit.", "Titik hitam dalam sejarah awal Amerika ini terjadi sekitar tahun 1830an, tidak lama selepas Presiden Andrew Jackson menandatangani Akta Pengusiran Suku India Amerika.", "Tiga kurun interaksi dengan pendatang asing dari Eropah ternyata berakhir dengan tragedi. Carolina Utara, Georgia, Florida, Alabama, dan Tennessee yang selama ini menjadi kampung halaman suku-suku asli tersebut habis dikuasai oleh kerajaan Amerika.", "Tragedi yang turut melibatkan suku-suku lain seperti Sioux dan Ho Chunk ini berlaku dalam pola yang hampir serupa – Berinteraksi dengan pendatang dari Eropah; penyusutan populasi secara drastik akibat pepe-rangan, kebu-luran, perham-baan dan se-rangan penyakit; dan akhirnya dipaksa berpindah ke barat (Oklahoma); tempat untuk suku-suku asli yang tidak bertamadun dan tidak ada peradaban – dakwa penja-jah.", "Pada mulanya, mereka dituntut menjalani proses asimilasi supaya dapat diacu mengikut tatanan hidup yang sesuai dengan gaya Eropah-Amerika. Gagasan ‘mentamadunkan suku asli’ ini bertujuan menamatkan sengketa antara pendatang dan peribumi. Ia didokong oleh presiden pertama Amerika, George Washington  (1752-1758) dan beberapa pemimpin awal lain.", "Satu abad kemudian, Andrew Jackson mempelopori usaha pengusiran suku asli Amerika sebelum beliau menjadi presiden Amerika yang ketujuh (1829-1837). Sepanjang tahun 1814 sehingga 1824, Jackson berperanan besar dalam menjayakan 9 dari 11 rundingan yang bertujuan mengusir suku-suku asli di timur dan memindahkan mereka ke barat.", "Suku-suku asli tersebut akur terhadap rundingan ini dengan harapan dapat mengekalkan sebahagian kecil kampung halaman mereka, di samping mahu menghindari nasib yang lebih buruk jika menunjukkan penen-tangan.", "Namun, persetujuan terhadap rundingan ini membolehkan Amerika Syarikat menguasai tiga perempat Alabama dan Florida, serta sebahagian Georgia, Tennessee, Mississippi, dan Carolina Utara yang sejak sekian lama dihuni oleh masyarakat peribumi. Gelombang perpindahan pertama ini bagaimanapun bersifat sukarela, justeru hanya sejumlah kecil sahaja dari warga Creek, Cherokee, dan Choctaw yang berpindah ke wilayah baru.", "Selepas dilantik menjadi presiden Amerika Syarikat yang ketujuh, Andrew Jackson meneruskan usahanya mengusir suku-suku asli tersebut dengan menandatangani Akta Pengusiran Suku India Amerika. Akta ini membolehkan pihak kerajaan Amerika Syarikat menggantikan tanah-tanah yang diambil daripada suku asli di Timur dengan tanah yang dikhususkan untuk mereka di barat, disebut sebagai Indian Territory (kini sebahagian besar Oklahoma).", "Suku pertama yang dipaksa berpindah dari wilayah autonomi mereka ialah Choctaw, iaitu pada tahun 1831. Choctaw berasal dari Louisiana, Alabama dan Mississippi. Mississippi juga merupakan kampung halaman bagi suku Chickasaw, yang kemudiannya bergabung dengan Choctaw di Oklahoma.", "Sementara itu, suku Seminole sempat memberikan penen-tangan sehingga tahun 1840an, sebelum akhirnya terpaksa jua meninggalkan Florida. Dalam peristiwa Jejak Air Mata, suku Creek kehilangan 3,500 dari lebih 15,000 orang yang keluar berpindah. Angka kor-ban dalam suku Cherokee pula mencecah 4,000 hingga 5,000 orang.", "TERJEMAHAN\nMark Miller. (19 September 2018). The Tragedies that Befell the Five Civilized Tribes that were Forced to Trek the Trail of Tears. Ancient Origins.\nhttps://www.ancient-origins.net/history-important-events/trail-tears-0010725" ]
https://www.thepatriots.asia/dasar-penswastaan-bukan-solusi-penambahbaikan-perkhidmatan-awam/
Dasar Penswastaan Bukan Solusi Penambahbaikan Perkhidmatan Awam
[ "Beberapa hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyentuh soal dasar penswastaan semasa ditanya Datuk Seri Ismail Mohamad Said (BN-Kuala Krau) dalam sesi Parlimen hari ini. Dan seperti biasa, beliau menyifatkan saiz perkhidmatan awam ini terlalu besar dan perlu dikecilkan termasuk menimbang prospek melaksanakan semula Dasar Penswastaan Negara yang dilakukan pada tahun 1983. Tetapi sebelum kita membawang tak tentu hala, apa itu dasar penswastaan sebenarnya?", "Dasar penswastaan merujuk kepada proses perpindahan pemilikan sesebuah entiti atau aset milik kerajaan kepada pihak swasta. Apabila proses tersebut selesai, kerajaan tidak lagi menjadi pemilik sesebuah entiti atau aset berkenaan. Sejarah penswastaan ini sebenarnya bukan perkara baru kerana ia banyak muncul dalam lipatan sejarah. Dalam Tamadun Yunani, kebanyakan perkhidmatan kerajaan diserahkan kepada pengurusan pihak swasta. Sementara Empayar Rom pula menyaksikan kelibat individu dan syarikat swasta melakukan pelbagai perkhidmatan seperti kutipan cukai, mengupah tentera upahan, projek pembinaan dan korban untuk kuil dewa-dewi Rom.", "Pada abad ke-20 pula, negara pertama yang menggerakkan dasar ini ialah rejim Nazi Jerman menerusi pemindahan aset dan institusi kerajaan secara besar-besaran antara 1933 hingga 1937. Kebanyakan penerima proses penswastaan ini ialah organisasi-organisasi yang ada kaitan dengan rejim itu sendiri. Tetapi ia hanya menjadi popular pada tahun 80-an di seluruh dunia menerusi langkah penswastaan yang diperkenalkan Margaret Thatcher. Semasa era Thatcher, banyak institusi atau aset kerajaan diswastakan seperti British Telecom (1984), Rolls Royce (1987) dan Rover Group (1988).", "Thatcher berbuat demikian kerana percaya dasar ini boleh menghapuskan elemen korupsi dalam sosialisme dan memberi peluang kepada orang ramai menikmati kebebasan mereka. Tujuan di sebalik dasar ini untuk memastikan kuasa sesebuah negara dikurangkan dan mengukuhkan kuasa rakyat. Idea sebegini yang memberi ilham kepada Tun Dr Mahathir untuk melakukan perkara sama pada tahun 1983. ", "Menerusi ucapannya dalam Persidangan Industri Sekuriti di Malaysia pada tahun 1984, beliau melihat kerajaan tidak bijak menguruskan sesebuah perusahaan dengan licin walaupun dengan bantuan unsur monopoli dan kuasa kerajaan. Beliau berpandangan penswastaan merupakan langkah terbaik kerana pihak swasta lebih bermotivasi dan bijak dalam soal pengurusan. Ini sekaligus boleh menambahbaik prestasi ekonomi negara dan khususnya perkhidmatan awam yang diterjemah dalam bentuk pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.", "Sektor awam kerajaan bukan sahaja terlibat dalam menggubal dan melaksanakan dasar-dasar utama kerajaan tetapi juga terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia. Saiz sektor awam telah berkembang dengan begitu pesat sekali pada tahun 1970-an dan 1980-an dengan perbelanjaan sektor awam meningkat dari 28% pada tahun 1975 kepada 36% pada tahun 1982. Situasi ini dianggap membawa beban kewangan yang besar kepada pihak kerajaan. Selain itu, keadaan ekonomi yang meleset ketika itu turut menyumbang kepada pengenalan Dasar Penswastaan ini.", "Semasa diperkenalkan, dasar ini mempunyai beberapa objektif iaitu:", "1. Membantu pihak kerajaan mengurangkan beban kewangan mereka. Pada masa lepas, kerajaan membelanjakan jutaan ringgit dalam sektor kesihatan, pertahanan, air, api, landasan keretapi, pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya. Perbelanjaan ini terus meningkat dari semasa ke semasa dan kadar pulangan balik dianggap terlalu lambat dan sangat rendah. Selain itu, kerajaan juga terpaksa menyelenggara perkhidmatan dan pelaburan-pelaburan tertentu. Jumlah emolumen merupakan satu item yang terbesar iaitu lebih satu pertiga daripada keseluruhan perbelanjaan pengurusan. Perbelanjaan dalam bentuk pindahan juga telah meningkat dengan pesatnya pada ketika itu dan menjadi hampir setengah daripada perbelanjaan mengurus.", "2. Membantu menambahbaik kecekapan dan produktiviti kerja. Pencapaian kebanyakan perusahaan awam yang terlibat dalam bidang perdagangan dan perindustrian masih belum memuaskan walaupun mendapat akses monopoli dan pelbagai bentuk sokongan kerajaan.Dengan menswastakan beberapa perkhidmatan kerajaan ditambah dengan kepakaran dan akses peluang yang diberi oleh pihak swasta, ini dapat menambahbaik perkhidmatan tersebut.", "3. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pendapatan negara. Menerusi dasar ini, lebih banyak syarikat swasta yang diwujudkan secara langsung atau tidak langsung dapat meninggikan pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu, pihak kerajaan juga dapat menambah pendapatan menerusi kutipan cukai pendapatan dari syarikat-syarikat yang berkenaan.", "4. Pembahagian sumber dan kecekapan. Lebih banyak penglibatan kerajaan dalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan kerajaan terhadap sumber-sumber negara. Keputusan yang dibuat pula berdasarkan pertimbangan yang bukan bercorak pasaran. Sebahagian besar barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan mencerminkan nilai pasaran. Harga barangan tersebut berasaskan subsidi dan sumber yang diperuntukkan itu untuk pengeluarannya tidak dapat diagihkan dengan cekap. Subsidi dan pengekalan sikap yang berkehendakkan kebajikan akan menggalakkan rakyat terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. Keadaan ini tidak sesuai dengan kepentingan jangka panjang negara keseluruhannya.", "5. Mempercepat pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar Penswastaan dilihat membuka lebih banyak ruang penyertaan syarikat-syarikat Bumiputra bagi memenuhi aspirasi DEB.", "Bagi memastikan dasar ini berjalan lancar, kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa di Unit Perancang Ekonomi. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Unit Perancang Ekonomi dan dianggotai oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Hasil mensyuarat jawatankuasa ini, pihak jawatankuasa mengeluarkan dua garis panduan bagi memudahkan kerja penswastaan beberapa perkhidmatan oleh kementerian atau jabatan iaitu Garis Panduan Mengenai Penswastaan Untuk Kegunaan Pihak Swasta dan Garis Panduan Mengenai Penswastaan Untuk Agensi-Agensi Kerajaan. Dua garis panduan ini dikeluarkan pada 21 Januari 1985.", "Antara bentuk penswastaan yang dijalankan semasa dasar ini dilaksanakan ialah penjualan aset atau ekuiti yang melibatkan penjualan syarikat-syarikat kerajaan seperti Malaysia Airlines (MAS), Edaran Otomobil Berhad (EON) dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC). Ada juga membabitkan pajakan yang melibatkan pemindahan hak menggunakan aset kerajaan untuk tempoh tertentu seperti sebuah pusat penyembelihan khinzir di Shah Alam dan Depoh Baikpulih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).", "Selain itu, kerajaan juga menguruskan kontrak pengurusan yang melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan sektor swasta untuk menguruskan sesebuah entiti kerajaan di mana mereka dibayar yuran pengurusan seperti pemasaran masa siaran Radio Malaysia, akitiviti pemasaran RISDA dan soal pengurusan loji penapisan air di Empangan Semenyih. ", "Semasa penggal pertamanya sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir turut menswastakan projek-projek baru kemudahan awam yang biasakan diuruskan sektor awam seperti Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Laluan Kedua Ke Singapura (Second Link) dan projek bekalan air ke Ipoh. Bentuk penswastaan ini dirangka berdasarkan garis panduan yang ditentukan dalam strategi perlaksanaan dasar penswastaan. Bentuk penswastaan ini dipilih mengikut ciri-ciri aktiviti organisasi yang akan diswastakan bagi memastikan kelancaran perlaksanaan dasar berkenaan.", "Dasar ini sudah tentu ada pro dan kontranya. Bagi para penyokong dasar ini, terdapat beberapa kelebihan seperti:", "1. Mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan.", "2. Menurunkan kadar cukai.", "3. Penumpuan kekayaan di mana ia diterjemah dalam bentuk lebih banyak pelaburan yang merangsang modal pasaran dan menambah peluang pekerjaan.", "4. Syarikat lebih bersifat jangka panjang dalam setiap projek mereka berbanding kerajaan yang dilihat bersikap jangka pendek dalam setiap usaha mereka.", "5. Menambah unsur persaingan dalam pasaran.", "Bagaimanapun, dasar ini tidak terlepas dari pelbagai kritikan termasuk di Malaysia. Antara pelbagai kritikan yang dilemparkan ialah:", "1. Ketiadaan unsur ketelusan semasa proses penswastaan yang membawa kepada unsur salahguna kuasa dan rasuah terutama membabitkan pihak kerajaan dan swasta.", "2. Hanya memberi sedikit kesan pada peningkatan kecekapan dan produktiviti pekerja.", "3. Syarikat yang diswastakan tidak mengambil kira soal kepentingan awam kerana keutamaan mereka menjurus kepada soal keuntungan. Justeru, ini mendorong mereka mengenakan caj lebih mahal daripada memikirkan aspek kualiti penawaran perkhidmatan kepada pengguna.", "4. Kerajaan terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan yang diswastakan. Selain itu, sekiranya perkhidmatan yang diswastakan mengalami kerugian dan berhadapan prospek muflis, kerajaan juga tidak mempunyai pilihan melainkan mengambil alih semula perkhidmatan dengan harga yang jauh lebih tinggi.", "5. Penurunan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan berbanding semasa ia masih menjadi milik kerajaan.", "6. Pemecahan industri-industri yang mengakibatkan wujud kekeliruan siapa yang seharusnya bertanggungjawab lebih-lebih lagi bila berlakunya tragedi atau pengambilalihan sesebuah syarikat.", "7. Kerajaan tidak berpeluang menikmati keuntungan tambahan dari sesebuah aset atau institusi kerana keuntungan ini dinikmati oleh para pelabur luar.", "8. Prospek melihat aset atau institusi yang diswastakan jatuh ke tangan pihak asing sekaligus mencetuskan isu pemilikan aset.", "9. Kehilangan peluang pekerjaan lebih-lebih lagi bila pemilik baru memilih mengurangkan bilangan pekerja yang menyertai entiti swasta yang baru diwujudkan.", "Jika ada yang merasakan ombak penswastaan ini merupakan jalan terbaik untuk menambahbaik ekonomi negara, anda salah. Menurut Profesor Richard Lachmann dari Universiti Negeri New York, dasar penswastaan menyukarkan lagi sebarang usaha pembangunan negara menggunakan sumber dan kekuasaan yang dimiliki. ", "Sebarang slogan yang menyokong penswastaan seperti kos rendah tidak semestinya baik kerana ia boleh saja mengundang kerosakan jangka panjang. Beliau juga melihat pihak swasta terlalu mementingkan keuntungan dan hanya mementingkan kelompok tertentu sahaja sekaligus berlawanan dengan agenda kerajaan yang menyediakan perkhidmatan awam kepada semua pihak tanpa membeza-bezakan sesiapapun.", "Atas sebab inilah, wujud usaha di serata dunia di mana negara-negara berusaha mendapatkan semula aset atau institusi yang telah diswastakan. Di Malaysia misalnya, syarikat pengendali konsesi lebuhraya iaitu PLUS Expressway yang sebelum ini di tangan pihak swasta kini diletakkan di bawah penguasaan kerajaan melalui dua entiti kerajaan iaitu UEM Group (pegangan 51%) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (pegangan 49%). ", "Di Amerika Syarikat pula, mereka berjaya mendapatkan semula 85% akses perkhidmatan air kembali kepada pihak awam sementara 80% rangkaian bekalan elektrik Jerman kini dikawal dan diuruskan pihak berkuasa tempatan dan wilayah. Bak kata John McDonnell yang merupakan Chancellor of the Exchequer (sama taraf dengan Menteri Kewangan) bayang-bayang Parti Buruh, dasar penswastaan hanya menguntungkan kelompok tertentu dan merugikan rakyat untuk jangka masa panjang. Jadi soalan saya kepada empunya badan yang berkenaan, masih rasa dasar penswastaan jalan terbaik?", "SUMBER", "1. Suhael Adnan, Ahmad, Parzi, Mohd Nasaruddin dan Idris, Rohaniza. (2019). Berita Harian. Ada opsyen pindah pegawai awam ke swasta – PM. https://www.bharian.com.my/…/ada-opsyen-pindah-pegawai-awam…", "2. Edwards, Chris. (2017). Cato Institute. Margaret Thatcher’s Privatization Legacy. https://object.cato.org/…/cato-journal/2017/2/cj-v37n1-7.pdf", "3. Kirkby, Henry. (2013). The Guardian. Privatisation: the good, the bad, and the ugly. https://www.theguardian.com/…/12/privatisation-good-bad-ugly", "4. McDonnell, John. (2017). The Independent. The privatisation of our public services has been national failure – it’s time to take back control. https://www.independent.co.uk/…/privatisation-failure-energ…", "5. Lewis, Michael. (2018). MoneyCrashers.com. What Is Privatization of Public Services – Definition, Pros & Cons. https://www.moneycrashers.com/privatization-definition-pub…/", "6. Lachmann, Richard. (2017). TheConversation.com. Can the government save money by privatizing prisons, Medicare and other functions? https://theconversation.com/can-the-government-save-money-b…", "7. Pettinger, Tejvan. (2017). EconomicsHelp.org. Advantages and problems of privatisation. https://www.economicshelp.org/…/advantages-of-privatisation/" ]
https://www.thepatriots.asia/all-of-us-are-deeeaaad-berinspirasi-dari-peristiwa-sebenar/
All Of Us Are Deαd Berinspirasi Dari Peristiwa Sebenar
[ "Setelah kejayaan Train To Busan menawan dunia dengan amukan zombi, Korea Selatan terus menghasilkan begitu banyak series dan filem bertemakan zombi. Antaranya adalah Kingdom, Alive, Zombie Detective, Happiness dan yang terbaru adalah Al Of Us Are Deαd ataupun 지금 우리 학교는.", "Bertemakan amukan zombi di sekolah menengah yang memerlukan para pelajar bertahan untuk selamatkan diri, series ini sekali lagi menawan dunia dan berjaya mendaki takhta nombor 1.", "Walau bagaimanapun, ramai tidak sedar series ini memiliki banyak persamaan dengan tragedi Feri Sewol yang mengejutkan Korea Selatan pada tahun 2014.", "Jadi apa yang sama?", "Ketika babak di bilik muzik, pelajar Sekolah Menengah Hyosan yang masih bertahan telah mengambil kamera untuk merakam video. Dalam video itu mereka meminta maaf kepada ibu bapa dengan harapan dapat berjumpa lagi.", "Hal sama juga berlaku apabila pelajar daripada Sekolah Menengah Danwon yang terperangkap dalam Feri Sewol telah merakam video meminta maaf kepada ibu bapa dan berharap dapat diselamatkan.", "Babak di bilik muzik juga kita diperlihatkan oleh kesanggupan watak Lee Su-hyeok mengikat tangannya dengan watak Choi Nam-ra bagi mengelakkan dia keluar daripada kelas. Tindakan itu dibuat bagi memberikan keyakinan kepada yang lain bahawa Choi Nam-ra tidak bertukar menjadi zombi", "Perkara yang sama melanda Kim Su-jin dan Lee Jeong-jin ketika mayat mereka ditemui apabila tali jaket keselematan kedua-duanya terikat. Mereka lakukan hal tersebut dengan harapan jika salah seorang selamat, dia dapat selamatkan lagi seorang.", "Tentera yang sepatutnya datang menyelamatkan pelajar Sekolah Menengah Hyosan hanya berlegar-legar sahaja dengan helikopter di langit.", "Ketika mereka hampir sahaja diselamatkan, pihak tentera telah mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka di atas bumbung tanpa sebarang bantuan dengan alasan bimbang akan bertukar menjadi hambies.", "Sama seperti pelajar Sekolah Menengah Danwon, mereka telah diminta kekal di atas feri sementara kapten melarikan diri. Penyelamat yang dihantar pula sangat lambat untuk bertindak sehingga memaksa bot nelayan mengambil peranan itu dan ramai pelajar terkorban.", "Watak Lee Cheong-san telah mengorbankan dirinya dengan menarik perhatian zombi untuk memudahkan rakannya keluar daripada bangunan terbengkalai biarpun cintanya belum dibalas Nam On-jo.", "Pada akhirnya, Lee Cheong-san telah mαti apabila serpihan bοm yang dijatuhkan oleh pihak tentera mengenai bangunan terbengkainitu.", "Dalam tragedi Feri Sewol beberapa orang saksi melihat Jeong Cha-woong telah memberikan jaket keselamatan kepada rakannya yang lain.", "Selepas itu, dia telah bertindak untuk terjun ke laut bagi menyelamatkan rakan yang hampir lemas. Sayangnya, dia juga terkorban dalam nahas itu sama seperti Lee Cheong-san.", "Kita dapat melihat reben kuning telah diikat di pagar pusat kuarantin dan pokok dalam episod 12. Reben kuning itu tertulis harapan, permintaan maaf dan luahan perasaan terhadap rakan-rakan yang menjadi zombi dan mangsa letupan.", "Babak itu sebenarnya diambil daripada reben kuning yang diikat pada pagar dengan harapan mangsa-mangsa tragedi Feri Sewol dapat pulang dengan selamat. Senang cerita reben kuning itu melambangkan harapan masyarakat terhadap mangsa tragedi agar selamat.", "Kesimpulannya, apa yang cuba disampaikan oleh All Of Us Are Deαd adalah teguran dan sindiran kepada tindakan lambat Korea Selatan.", "Pelajar sekolah yang dianggap sebagai pewaris negara sebenarnya dipandang enteng oleh sesetengah pihak kerana dikatakan tidak memberi sumbangan.", "Pada akhirnya, kegagalan orang dewasa mengawal keadaan bikin pelajar sekolah semakin memberontak.", "Bak kata watak Nam On-jo dalam episod 12, kami tidak percaya lagi kepada orang dewasa.", "RUJUKAN:", "Adams, S. (2022, Febuari 8). Here’s Why “All Of Us Are Deαd” viewers believe the apocalyptic series is based on the Sewol Ferry Tragedy. Koreaboo. Dipetik daripada https://www.koreaboo.com/news/us-deαd-series-sewol-ferry-tragedy/", "Jae Ha-kim. (2022, Febuari 7). How “All of Us Are Deαd” uses a zombie attack to examine korean & global issues. Teen Vogue. Dipetik daripada https://www.teenvogue.com/story/how-all-of-us-are-deαd-uses-a-zombie-attack-to-examine-korean-and-global-issues", "Simons, R. (2022, Febuari 8). Why viewers are comparing Netflix’s ‘All of Us Are Deαd’ to the Sewol Ferry Tragedy. Newsweek. Dipetik daripada https://www.newsweek.com/all-us-are-deαd-netflix-sewol-ferry-disaster-comparisons-explained-1677079" ]
https://www.thepatriots.asia/mitos-gerhana-matahari-di-kalangan-kaum-seluruh-dunia/
Mitos Gerhana Matahari Di Kalangan Kaum Seluruh Dunia
[ "Dari sudut astronomi, gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di kedudukan antara bumi dan matahari dan menutup sebahagian atau seluruh cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, namun bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan yang berjarak antara 384,400 kilometer dari bumi lebih dekat berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149, 680, 000 kilometer. Jarak matahari dari bumi adalah lebih kurang 400 kali jarak bulan (dari bumi) sementara diameter matahari pula lebih kurang 400 kali diameter bulan. Oleh sebab nisbah-nisbah ini agak sama, dari bumi, saiz matahari dan bulan kelihatan agak sama, lebih kurang 0.5 darjah sudut dalam ukuran sudut.", "Gerhana matahari berlaku kerana fenomena alam yang bergerak mengikut sistem semula jadi dan prosesnya telah pun diperbincangkan melalui fakta saintifik menerusi kajian-kajian pakar astronomi. Namun demikian, pada zaman dahulu dan barangkali sehingga ke hari ini. Terdapat banyak kisah dongeng dan mitos kebudayaan berkenaan gerhana matahari yang meniti di bibir-bibir kaum seluruh dunia. Kebanyakannya telah menjadikan gerhana sebagai simbol kepada ketakutan.", "Perkataan gerhana berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud “pengabaian”. Secara literalnya, gerhana dilihat seolah-olah sedang mengabaikan bumi sehingga bumi terpaksa bergelap daripada cahaya matahari. Gerhana pula seringkali ditafsirkan sebagai penjelmaan naga atau syaitan yang sedang menelan matahari. Masyarakat China purba kebiasaannya akan memalu gendang bagi menakutkan naga yang sedang menelan matahari. Di India berbeza pula, mereka akan berendam di dalam air sehingga paras leher, lalu melakukan aksi penyembahan menurut kepercayaan mereka seolah-olah sedang membantu matahari melawan naga.", "Menurut David Dearbon, seorang ahli astrophysicist berkata, “Agak masuk akal apabila gerhana matahari dianggap sebagai sial. Pada kebudayaan tamadun awal, matahari dilihat sebagai pemberi kehidupan yang dilihat wujud pada setiap hari. Apabila muncul sesuatu yang cuba ‘mengancam’ matahari, ia dianggap sebagai petaka yang sangat buruk.”", "Mitos Babylon", "Lebih kurang 2000 tahun yang lalu, kerajaan Babylon mampu membuat perkiraan bahawa terdapat 38 kemungkinan gerhana akan berlaku dalam tempoh 223 bulan, iaitu jumlah keseluruhannya adalah 18 tahun. Ahli Astronomi moden menamakan tempoh 223 bulan itu sebagai Kitaran Saros. Menurut juru ilmu di Babylon, gerhana bulan membawa ramalan tentang kematian raja. Tetapi syarat untuk kemunculan nasib malang itu tidak terlalu mudah. Jika Musyhtari kelihatan semasa kejadian gerhana, maka raja akan selamat. Nampaknya gerhana matahari mempunyai perkaitan yang rapat mengenai kesihatan dan kehidupan seseorang raja. Dalam hal tersebut, sekiranya gerhana matahari berlaku. Satu mekanisma telah dirancang untuk menyelamatkan nyawa raja, iaitu Ritual Pengganti Raja.", "Terdapat lebih kurang 30 catatan tentang ritual ini dalam pelbagai surat dari Assyria. Dalam rujukan awalnya, seorang raja di Bandar Isin, Erra Imitti telah diganti dengan seorang tukang kebun bernama Enlil Bani sebagai pengganti raja dalam ritual yang akan dijalankan. Nasib baik untuk tukang kebun itu, raja yang asal mati semasa makan sup panas, dan pekebun itu kekal menduduki takhta dan menjadi raja dengan nasib yang baik. Cerita tersebut dianggap sebagai fakta dan telah memerintah di Isin pada abad ke 19 Sebelum Masihi. Bagaimanapun, kisah itu tetap dianggap sebagai lagenda dan disampaikan bertujuan untuk menerangkan tentang penurunan takhta dari satu keluarga atau keturunan yang lain, bukan mengikut garisan keturunan.", "Mitos Vietnam", "Di Vietnam, penduduknya percaya bahawa gerhana matahari berlaku kerana matahari sedang dimakan oleh seekor katak gergasi. Menurut kisahnya, katak gergasi itu yang diikat dengan rantai emas di sebuah kolam oleh Hanh (Dewa dalam kepercayaan rakyat Vietnam) cuba melepaskan diri apabila tuannya sedang tidur. Gadis Bulan akan bergegas mengejutkan Hanh kerana hanya Hanh seorang yang mampu membuatkan katak gergasi memuntahkan bulan itu semula.", "Mitos China", "Dalam mitos China purba, gerhana matahari berlaku apabila makhluk naga dari langit menelan matahari. Malah turut mempercayai naga yang sama menyerang bulan semasa gerhana bulan. Dalam bahasa Cina, penggunaan terma gerhana ialah “chih” yang bermaksud “makan.” Dalam catatan China purba, gerhana matahari ditafsirkan sebagai “matahari sudah dimakan”. Sudah menjadi tradisi bagi masyarakat China purba untuk memalukan gendang dan periuk supaya bunyi bising itu dapat menghalau naga semasa kejadian gerhana berlaku. Malah, dalam kejadian yang berlaku pada abad ke-19, tentera laut China menembak meriam semasa gerhana bulan untuk menakutkan naga yang sedang makan bulan.", "Mitos Hindu", "Seperti yang tercatat dalam mitologi India purba, Syaitan Rahu telah mencuri ramuan ajaib supaya dapat hidup kebal buat selama-lamanya. Perbuatan tersebut disaksikan oleh bulan dan matahari lalu mereka memberi amaran kepada Dewa Vishnu. Seperti yang diceritakan dalam dongeng, Vishnu memenggal kepala Syaitan Rahu namun kepalanya tetap hidup buat selama-lamanya sementara badannya pula lebur dan mati. Kerana rasa terhina dan mahukan keadilan, Rahu mengejar bulan dan matahari lalu dia menangkap dan menelannya. Namun tanpa kerongkong, matahari dan bulan hanya melepasi menerusi kepalanya sahaja.", "Mitos Afrika", "Puak Batammaliba di Togo dan Benin, Afrika melihat gerhana sebagai peluang untuk menamatkan persengketaan lama. Dalam mitos ini, gerhana berlaku disebabkan pergaduhan matahari dan bulan. Apabila gerhana melanda, puak Batammaliba berkumpul bersama sebagai satu komuniti dan cuba menamatkan perbalahan sesama mereka sebagai cara menggalakkan matahari dan bulan agar berbuat perkara yang sama.", "Mitos Korea", "Dalam kisah mitos yang tercatat dalam Hangugui- Seolwo (Kisah Dongeng Rakyat Korea), terdapat banyak alam kayangan. Salah satunya ialah kerajaan kegelapan yang bernama Gamangnara. Raja Gamangnara berasa penat dengan kegelapan dan mula mendambakan cahaya matahari dan bulan. Dia menghantar makhluk anjing gergasi bernama Bul-Gae untuk mengejar matahari dan membawanya pulang ke alam kegelapan. Namun demikian, semasa Bul-Gae cuba menggigit matahari, kepanasannya telah membakar mulut anjing gergasi itu sehingga dia terpaksa melepaskannya pergi.", "Raja Gamangnara berasa sangat murka dan menghantar seekor lagi anjing yang lebih ganas untuk menangkap bulan pula, sekurang-kurangnya. Namun, bulan terlalu sejuk dan membekukan mulut anjing gergasi. Meskipun berasa kecewa, Raja Gamangnara tetap berterusan menghantar anjing-anjingnya untuk menangkap bulan dan matahari dan tetap berakhir dengan kegagalan. Semasa kejadian gerhana, bahagian gelap yang melindungi bulan dan matahari dipercayai sebahagian daripada kesan gigitan dan terlindung oleh mulut Bul-Gae.", "Kepercayaan lain berkenaan gerhana matahari", "1) Sesetengah bangsa Itali percaya Bunga yang ditanam semasa gerhana matahari lebih cerah dan cantik berbanding bunga yang ditanam pada hari lain.", "2) Ramai orang di India berpuasa semasa gerhana bulan atau matahari atas kepercayaan makanan yang dimasak semasa gerhana akan mengandungi racun. Malah sebahagian mengatakan minum air turut menjadi larangan. Sebahagian yang lain pula memilih untuk berpuasa sebagai alasan spiritual dan berdoa bagi pembebasan dewa matahari.", "3) Salah satu mitos yang berterusan adalah dikatakan gerhana mampu membahayakan perempuan mengandung dan anak di dalam kandungan. Dalam setengah budaya, mereka percaya anak di dalam kandungan akan dibunuh oleh gerhana. Oleh itu, perempuan mengandung diperintahkan untuk duduk di dalam rumah.", "4) Di Artik, Dewi Matahari, Malina mengasingkan diri selepas bergaduh dengan abangnya, Dewa Bulan Anningan.Anningan pergi mengejarnya sehingga terlupa untuk makan dan lama kelamaan badannya menjadi semakin kecil. Kadang-kala, dia berjaya mengejar Malina tetapi segala-galanya bertukar gelap, menjadi punca kepada gerhana matahari.", "5) Puak Tewa di New Mexico percaya gerhana matahari berlaku kerana matahari sedang marah lalu membuat keputusan meninggalkan langit dan kembali ke dunia kayangan. Tetapi, matahari sentiasa berlapang dada untuk kembali semula ke langit.", "6) Kaum Yunani Purba percaya gerhana berlaku kerana dewa sedang marah terhadap manusia. Menurut ramalan, benca dan kemusnahan akan menyusul selepas matahari.", "Ketakutan dan ramalan terhadap gerhana masih lagi wujud sehingga ke hari ini walaupun kajian sains astronomi telah membuktikan mengenai proses kejadian seterusnya menafikan mitos-mitos yang mendakwa bahawa gerhana membawa sial kepada umat manusia. Bahkan umat Islam juga telah diajar oleh Rasulullah bahawa gerhana tidak memberi sebarang sial malah menggalakkan penganutnya mendirikan solat sunat gerhana sebagai tanda mengagungkan kebesaran TUHAN.", "Rujukan:", "1) https://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_matahari", "2) https://en.wikipedia.org/wiki/Vietnamese_mythology", "3) https://en.wikipedia.org/wiki/Bulgae", "4) http://www.infoastronomy.org/2016/02/bagaimana-proses-terjadinya-gerhana-matahari.html", "5) http://www.exploratorium.edu/eclipse-archive/dragon.html", "6) https://www.livescience.com/60084-eclipses-were-omens-in-ancient-world.html", "7) https://www.timeanddate.com/eclipse/solar-eclipse-myths.html", "8) http://news.nationalgeographic.com/news/2013/11/131101-solar-eclipse-myth-legend-space-science/", "9) http://www.bibalex.org/eclipse2006/HistoricalObservationsofSolarEclipses.htm", "10) http://www.ajc.com/news/national/sun-eating-demons-bizarre-but-brilliant-myths-and-superstitions-about-solar-eclipses/QTAmVLA9m1z4KVCUIeTVuI/", "11) http://journaltimes.com/news/world/variations-on-ancient-solar-eclipse-myths/article_a2fe300b-eccd-5a32-92d8-9be519780ad4.html" ]
https://www.thepatriots.asia/krisis-perbankan-yang-pernah-menimpa-israel/
Krisis Perbankan Yang Pernah Menimpa Israel
[ "Tentu sekali ramai tidak tahu tentang krisis perbankan yang pernah menimpa Israel pada tahun 1983. Apa yang berlaku jelas membuktikan bahawa Israel bukanlah sebuah dunia kewangan serba kebal.", "Malah apabila Israel mengisytiharkan kemerdekaan, seluruh dunia menahan ketawa melihat produk eksport mereka.", "Kepimpinan Levi Eshkol (1963-1969) dan Golda Meir (1969-1974) menyuburkan institusi perbankan negara. Semasa 1970-an pula, Bank Hapoalim mula mengawal harga saham dalam pasaran bursa.", "Tindakan Hapoalim sebenarnya mudah. Bank ini menggalakkan orang ramai melabur dalam saham dengan jaminan palsu yang harga saham akan terus meningkat (Blass & Grossman, 1996).", "Orang ramai pun membeli, dan Hapoalim memperolehi permodalan lebih tinggi. Sesiapa yang tidak mampu tetapi berminat pula boleh membuat pinjaman untuk melabur. Jadi bank mendapat keuntungan daripada kadar faedah pula.", "Taktik ini dihidu bank-bank lain, seperti Clali, Igud, Leumi dan sebagainya. Jelas sekali mereka sedang memanipulasikan institusi perbankan.", "Kegiatan mereka tidak sah di sisi undang-undang – tetapi mereka menipu dalam laporan akhir tahun untuk meloloskan diri daripada cengkaman suruhanjaya kerajaan.", "Satu-satunya bank yang enggan menyertai langkah manipulasi ini ialah First International Bank of Israel.", "Pihak perbankan juga pandai memanipulasikan fakta. Selama ini kerajaan Israel menggalakkan orang ramai membuat pinjaman bank. Pihak bank pula digalakkan membeli bon kerajaan.", "Jadi kerajaan dengan cara ini boleh mencetak wang. Bank-bank yang memanipulasi menggunakan hujah ini sebagai penampan.Dan saham tanpa henti dikeluarkan (dan dibeli) sepanjang 1970-an hingga awal 1980-an.", "Mula-mula nampak berjaya. Bank menjadi besar. Banyak cawangan dibangunkan, memberikan peluang pekerjaan kepada ribuan orang. Mereka meneruskan amalan ini, kerana sesiapa yang berhenti akan nampak lemah.", "Malah Yoram Aridor yang menjaga portfolio kewangan dibawah Menachem Begin juga menyertai skim pelaburan saham ini. Jadi orang ramai menjadi yakin, yakin dan yakin.", "Malapetaka", "Jumlah pasaran perbankan melambung tinggi, tetapi pulangan modal mula mengecut. Bermula 1980 hingga 1982, pulangan 41 peratus turun ke 28 peratus. Pada tahun 1983, langit Tel Aviv semakin runtuh.", "Semua bank sudah tahu yang amalan manipulasi sebegini sedang mengembangkan tanpa membangun. Ibaratkan belon: tiba masa akan meletup.", "Kementerian Kewangan pula rela diam daripada berlaku jujur, hingga sanggup melemahkan matawang shekel untuk menghentikan kegiatan manipulasi.", "Kemudian Amerika Syarikat datang, bukan untuk membantu. Sebaliknya dolar Amerika sebenarnya membuat hal.", "Ramai menjual saham bank Israel untuk membeli dolar Amerika. Pada 2 Oktober 1983, orang melepaskan pegangan saham begitu banyak (satu hari itu lebih banyak daripada seluruh September).", "Jadi sekarang saham berapungan dalam bursa, tidak bernilai dan perlu dibeli pada harga tinggi supaya bank boleh mengekalkan pasaran.", "Selama beberapa hari, situasi ini berlarutan dan Menteri Kewangan seolah-olah berpihak pada bank. Ketika ini orang sudah tidak berpegang pada kerajaan.", "Yoram Aridor mempunyai solusi: hadkan pembelian AS$, dan semua wajib melabur dalam saham bank.", "Namun pada 6 Oktober, bursa saham hancur berderai. Aridor membuat keputusan untuk menggunakan duit awam supaya boleh membantu bank. Bursa saham ditutup beberapa minggu, dan matawang shekel menjunam 23 peratus.", "Kerajaan Israel tidak membantu bank secara percuma. Krisis perbankan ini terlalu kritikal, kerana kos bantuan mencecah AS$6.9 bilion (KDNK Israel 1983 ialah AS$27 bilion). Krisis ini menyebabkan Clali, Hapoalim dan Leumi dimiliki kerajaan (Levin, 1999).", "Artikel ini turut boleh dibaca di portal kewangan dan ekonomi kami, The Outlook. " ]
https://www.thepatriots.asia/pokok-tropika-amazon-kelirukan-saintis-selama-50-tahun/
Pokok Tropika Amazon Kelirukan Saintis Selama 50 Tahun
[ "Dalam hutan hujan tropika Amazon, banyak pokok-pokok eksotik yang hanya ditemui di Amazon dan ramai saintis menemui spesis-spesis pokok Amazon yang unik. Namun ada satu spesis pokok tropika yang menjadi misteri bagi saintis selama 50 tahun. Apakah pokok yang begitu lama mengelirukan saintis ini?", "Robin Foster, ahli botani dari Institut Smithsonian menyatakan kekeliruan akan spesis pokok tropika berbunga yang tumbuh di pinggir Sungai Manu. Biasanya beliau cepat mengenal pasti spesis pokok apabila sekali pandang, namun spesis pokok yang beliau temui pada 1973 ini tidak dapat mengenalpasti kerana banyak ciri pada pokok itu ditemui pada keluarga pokok berbunga lain.", "Pokok tropika ini berbunga pada akhir musim kering dan hujan, serta mempunyai bunga ‘jantan’ dan ‘betina’ berasingan. Semasa kedua-dua musim ini berlaku, pokok ini berbuah dengan saiznya kecil, berwarna jingga, dan berbentuk seperti tanglung kertas. Rasa buah ini pula manis dan mempunyai rasa berkrim.", "Pokok tropika misteri ini telah diambil sampel dia kemudian menunjukkan kepada ahli botani lain untuk mengenal pasti apakah spesis pokok itu, namun kebanyakan mereka seperti Foster, bingung akan ciri-ciri terdapat pada pokok tersebut.", "Menurut ahli botani lapangan bernama Nancy Hensold, beliau berusaha identifikasikan spesis pokok misteri ini melalui teknik membedah ovari bunga dan menangkap gambar debunganya, namun beliau masih gagal mengenal pasti sepenuhnya.", "Bagaimana dengan kajian DNA? Pada awalnya kajian ini juga gagal kerana spesimen kering yang dikaji kekurangan bahan genetik. Walau bagaimanapun, ahli ekologi dari Manu National Park bernama Patricia Álvarez-Loayza mempunyai spesimen pokok yang masih segar.", "Setelah diselidik organel nukleus dan kloroplas (chloroplast) dalam pokok misteri ini, mereka telah menemui bahawa pokok ini termasuk dalam keluarga Picramniaceae. Tetapi saintis masih tidak berpuas hati kerana pokok ini sangat berbeza dengan pokok dari keluarga Picramniaceae yang buahnya warna hijau dan tidak berbentuk tanglung kertas.", "Justeru, saintis bersepakat bahawa pokok tropika yang berbuah tanglung kertas ini berada di kumpulan genus baharu dinamakan sebagai Aenigmanu yang bermaksud ‘Misteri Manu’. Nama spesis pula ialah ‘alvareziae’, sempena nama Álvarez-Loayza yang banyak membantu dalam kajian pokok misteri ini. Maka, nama saintifik pokok tersebut ialah Aenigmanu alvareziae.", "Pokok ini mempunyai kepentingan bagi kaum asal Machiguenga di tenggara Peru sebagai ubat. Martin Cheek iaitu ahli taksanomi dari London’s Royal Botanic Gardens menyatakan bahawa khasiat pokok Aenigmanu harus dikaji kerana ia mempunyai ubat anti-kanser.", "Walaupun mereka telah menamakan spesis pokok ini, namun populasi pokok Aenigmanu berkurang secara mendadak dan hanya beberapa lokasi saja tumbuhan ini ditemui. Maka, saintis mengisytiharkan bahawa pokok Aenigmanu sebagai spesis terancam. Mereka kini berusaha memulihara spesis pokok ini agar dapat mengkajinya lebih lanjut.", "RUJUKAN:", "Koumoundouros, Tessa. (8 Oktober 2021). This Unusual Plant From The Amazon Rainforest Has Baffled Scientists For 50 Years. Science Alert." ]
https://www.thepatriots.asia/elon-musk-cabar-pbb-guna-6-billion-hartanya-tamatkan-kebuluran-pbb-sahut/
Elon Musk Cabar PBB Guna 6 Billion Hartanya Tamatkan Kebuluran, PBB Sahut!
[ "Peralihan zaman membuat Elon Musk jadi orang paling kaya dunia. Dulu dunia bergantung pada industri bahan api semulajadi seperti petrol untuk sektor automotif.", "Komitmen Amerika Syarikat, China dan Kesatuan Eropah ke arah kereta elektrik telah menaikkan saham banyak pengeluar sub-sektor berkenaan.", "Musk pula sudah lama menggerakkan jenteranya melalui Tesla sekadar tunggu dapat untung. Pada masa sama, SpaceX memenuhi kehendak NASA yang ingin beralih daripada kapal angkasa space shuttle.", "Dua syarikat ini melonjakkan nama Musk ke takhta paling atas, melepasi Bill Gates, Mark Zuckerberg dan Warren Buffett.", "Gates sekarang ini lebih menumpukan perhatian pada kerja amal. Beliau sangat terkenal dengan kegigihan dalam penyelidikan vaksin, yang terbukti menyelamatkan ribuan di Afrika. Buffett juga terkenal dengan kerja amal, siap pernah menderma AS$25 bilion pada tahun 2009.", "Identiti mereka dalam dunia amal sudah kukuh. Musk pula bukan sama sekali tangkai jering. Tetapi beliau banyak menderma dalam teknologi seperti sistem tenaga suria, Big Green, Wikimedia dan sebagainya.", "Sebelum ini nama Musk tidak dipandang sangat. Malah Tim Cook daripada Apple sendiri tidak ingin berjumpa apabila Musk datang dengan niat untuk menjual Tesla (Lambert, 2020).", "Tetapi apabila Tesla menjadi orang paling kaya dunia, nama beliau menjadi sasaran.", "Seruan Daripada South Carolina", "David Beasley pernah menjadi gabenor bagi negeri South Carolina atas tiket Republikan. Kapasiti ini membuka jalan kepada pelantikan sebagai Pengarah Eksekutif bagi Program Makanan Dunia (WFP) dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.", "WFP adalah sebuah organisasi kemanusiaan paling besar dunia yang secara khusus ingin memεrαηgi kebuluran demi jaminan makanan. Walaupun berbunyi agenda globalisasi, 97 juta orang sedang hidup dengan bantuan WFP. Beasley kiranya pandai buat kerja.", "Untuk mendapatkan dana, Beasley baru-baru ini ada cakap sesuatu yang mungkin panas pada telinga Elon Musk. “Golongan hartawan perlu galas tanggungjawab sekali seumur hidup. AS$6 bilion untuk bantu 42 juta orang yang akan mati tanpa bantuan kita.” (McSweeney & Pourahmadi, 2021).", "Dua nama dipetik: Musk dan Jeff Bezos (pengasas Amazon). Permintaan ini sebenarnya tidak salah pun. Harta billionaire di Amerika Syarikat melambung hampir dua kali ganda, meskipun dalam keadaan serba serbi pαηdεmik.", "AS$6 bilion hanya 0.12 peratus sahaja daripada jumlah harta mereka kumpul sepanjang pαηdεmik… sementara 22.8 juta rakyat Afghanistan berada pada ambang kebuluran teruk.", "Ada satu benda yang membezakan Musk dengan hartawan lain. Beliau lantang sebenarnya. Jadi dengar seruan ini, Musk pun membalas: “aku sanggup jual saham Tesla dan derma jika kalian boleh buktikan (AS$6 bilion boleh bantu bab kebuluran).” (Tan, 2021).", "Orang ramai pun gelak di alam maya seolah-olah “abang besar” sudah meηcαbαr “elitis global”. Lama juga WFP senyap, seolah-olah sudah terciduk.", "Diam-Diam Ubi Berisi", "Dari awal lagi point utama David Beasley sudah disalah erti. Beasley cakap “AS$6 bilion boleh bantu menyelesaikan kebuluran global”. Orang baca, “AS$6 bilion akan menyelesaikan kebuluran global.” Beza dari segi konteks dan makna.", "Kerana WFP menjana AS$8.4 bilion pada tahun 2020, terlalu cukup untuk selesaikan kebuluran global kalau itu yang Beasley cakap demikian hari.", "Walaupun ada salah faham konteks, Beasley masih menyahut cαbαrαη Musk. Jumlah AS$6.6 bilion akan dibahagikan dalam tiga bentuk: 1) AS$3.5 bilion untuk beli dan hantar makanan, 2) AS$2 bilion pula dijadikan bantuan tunai dan baucer makanan dan 3) AS$700 juta lagi untuk menguruskan program makanan bersesuaian dengan keperluan semasa. Selebihnya disimpan untuk pengurusan, pentadbiran dan ketelusan.", "Buat masa sekarang, Musk belum menjawab. Tetapi balasan Beasley menunjukkan yang krisis kebuluran sedang bertambah buruk sejak COVID-19 melanda. Komitmen beliau membuka bayangan tentang nasib rakyat Malaysia yang sekarang ini lapar dalam negara aman", "RUJUKAN: ", "Lambert, F. (2020, Disember 22). Elon Musk reveals he looked to sell Tesla to Apple for a fraction of its current value. Electrek.", "McSweeney, E., & Pourahmadi, A. (2021, November 1). 2% of Elon Musk’s wealth could help solve world hunger, says director of UN food scarcity organization. CNN.", "Tan, H. (2021, November 1). The UN says $6B from the world’s billionaires could solve a hunger crisis. Elon Musk says he will sell Tesla stock and donate proceeds if the UN can prove that. Yahoo." ]
https://www.thepatriots.asia/12924-2/
Peradaban Atlantis
[ "Kisah tamadun Atlantis tercatat dalam karya Plato iaitu ‘Timaeus’ dan ‘Critias’. Karya ini ditulis dalam bentuk dialog antara dua orang ahli politik, iaitu Critias dan Hermocrates dan dua orang ahli falsafah iaitu Socrates dan Timaeus.", "Dalam ‘Critias’, pengenalan dimulakan dengan pembahagian kawasan untuk dikuasai antara dewa-dewa Yunani. Dewa Poseidon diberikan sebuah pulau seluas neara Libya dan Asia Kecil yang terdiri daripada gunung-ganang.", "Pulau tersebut terletak melepasi Gerbang Hercules (Pillar of Hercules) yang menjadi laluan laut antara Sepanyol dan Afrika menuju Lautan Atlantik.", "Pada satu hari, Poseidon jatuh cinta pada seorang manusia bernama Cleito. Poseidon bentukkan pulau yang dia kuasai itu seperti gambar di bawah sebagai anugerah percintaannya.", "Tiga lorong air dan tembok yang mengelilingi pusat seperti cincin itu dibangunkan untuk melindungi Cleito. Mereka melahirkan lima orang anak.", "Salah seorangnya adalah dewa Atlas. Kebetulan nama Atlas anak Poseidon ini sama dengan titan Atlas yang sangat popular sebagai titan yang telah memikul dunia sebagai hukuman setelah perang antara dewa-dewa dan titan-titan.", "Nama Lautan Atlantik (Sea of Atlas) dan kota Atlantis (Island of Atlas) adalah bersempena dengan nama Atlas ini. Atlas merupakan raja pertama kota tersebut.", "Atlantis merupakan kerajaan yang kaya dan subur. Tatanan masyarakatnya sangat sempurna dan mempunyai leluhur yang tinggi. Kaya juga dengan pengetahuan.", "Dalam karya ‘Timaeus’, Socrates pernah membayangkan sebuah masyarakat yang sempurna seperti yang pernah dijelaskan panjang lebar dalam karya ‘Republic’ iaitu konsep ‘Philosopher King’.", "Socrates bertanya kepada tiga orang yang terlibat dalam dialog ini contoh-contoh masyarakat tersebut. Critias menyebut peradaban Atlantis. Socrates sebenarnya membayang Athens sebagai masyarakat yang sempurna kerana terdiri banyak sekolah falsafah.", "Apabila Atlantis mula berkuasa, mereka menguasai banyak wilayah di sekitar wilayah utara Afrika sehinggalah mereka diundurkan oleh tentera Athens.", "Ketamakan dan kegilaan kuasa dalam kerajaan Atlantis telah membuatkan dewa-dewa murka lalu banjir besar menimpa kerajaan ini. Lalu, Atlantis pun tenggelam tidak ditemui.", "Karya ini mempunyai pelbagai tafsiran, tapi ahli-ahli sejarah bersepakat kota ini adalah kota fiksyen yang Plato jadikan sebagai alegori untuk menjelaskan konsep masyarakat sempurna yang dipimpin oleh ahli falsafah.", "Ada juga tafsiran lain bahawa Atlantis ini sebenarnya benua Amerika yang waktu itu masyarakat dunia Eropah belum lagi menemuinya. Banyaklah tafsiran dibuat.", "Tapi kisah Atlantis ini sangat popular dalam pelbagai kisah fiksyen di masa kini yang telah menjadi ‘pop-culture’." ]
https://www.thepatriots.asia/apa-kaitan-antara-sufisme-dan-lirik-lagu-melayu/
Apa Kaitan Antara Sufisme Dan Lirik Lagu Melayu?
[ "Terkadang ketika terdengar sebuah lagu, kita merasakan ianya seseolah bukan berbicara mengenai cinta kepada kekasih semata-mata. Lagu tersebut seperti memiliki maksud yang kedua sehingga ada yang cuba mengaitkan dengan sufisme ataupun ketuhanan. Betul ke? Saya akan ulas dalam artikel ini.", "Lagu adalah komposisi material pada penyesuaian perkataan lain untuk nyanyian atau bertujuan untuk dinyanyikan. Murphey (1992) menamakan lagu sebagai “ibu remaja”. Beliau mengatakan “ibu” dalam kenyataannya bermaksud bahasa yang sangat efektif dan bermusim yang digunakan orang dewasa untuk berkomunikasi dengan bayi.", "Zurinah Hassan (1982) berpendapat lirik dapat menerangkan kisah atau pemikiran dalam sesebuah lagu serta mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat. Pada pendapat peribadi saya, lagu adalah gabungan alat muzik, lirik yang berkualiti dan lontaran padu suara seorang vokalis.", "Sebelum itu mari kita kenal secara ringkas apa itu sufisme.", "Menurut Hamka (2016), sufi pada hakikatnya adalah satu tindakan yang bertujuan untuk memperbaiki budi dan membersihkan hati. Beliau juga berpendapat jalan sufi dan tasawuf pada mulanya memakai perasaan tetapi akhirnya menggunakan iradat (kemahuan).", "Maksudnya di sini, sufi adalah salah satu cara untuk umat Islam membaiki segala amal ibadah yang selama ini tertinggal untuk dilaksanakan. Sufi juga merupakan sebuah jalan untuk mencapai satu peringkat dalam ibadah sehingga terlalu asyik terhadap cinta tuhan. Pada permulaannya, langkah untuk menuju ke jalan sufi itu pasti akan dimulakan dengan perasaan yang ingin berubah untuk lebih mendekati tuhan. Bagi mereka yang berjaya melepasinya akan mula tenggelam dalam cinta tuhan atas kemahuan individu itu sendiri.", "Seterusnya, menurut Hamzah Fansuri (dalam A. Hasmy, 2019), sufi adalah rindu-dendam; rindu kepada Mahbubnya, Kekasihnya, Khaliqnya, Allah Yang Maha Esa. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa syair yang dikarang sendiri oleh beliau iaitu Syair Perahu dan Syair Nama-Nama Tuhan. Syair-syair tersebut dipenuhi dengan kalimah memuji Yang Maha Esa tanda cinta paling agung. Kesufian Hamzah Fansuri dapat dilihat dengan sangat jelas melalui sajaknya ciptaannya iaitu:", "Hamzah miskin hina dan karam,\nBermain mata dengan Rabbul Alam\nSelamnya sangat terlalu dalam\nSeperti mayat sudah tertanam.", "Orang-orang sufi secara asasnya sudah terbiasa menggelarkan diri mereka sebagai hina, lemah dan miskin di hadapan kekuasaan Allah. Perkataan hina dan lemah itu adalah representasi kepada sifat manusia itu sendiri yang tidak sempurna melainkan Tuhan Yang Satu. Bukan itu sahaja, Hamzah Fansuri juga menerangkan tentang keadaan seorang hamba yang tenggelam dalam mendapatkan cinta Tuhan (A. Hasjmy, 2019).", "Tambahan pula, situasi tersebut boleh dikaitkan dengan beberapa lagu yang dikatakan memiliki beberapa unsur rindu-dendam kepada tuhan. Sebagai contoh, Asyik nyanyian Damasutra merupakan salah satu lagu yang memiliki unsur rindu dan cinta kepada tuhan.", "Bukan itu sahaja, syair dan lagu yang mengandungi kalimah memuji Tuhan sering dipandang sebagai sebuah kesalahan besar apabila tidak diletakkan dalam genre nasyid. Oleh itu, Hamzah Fansuri mengunakan syair sebagai sebuah cara menyampaikan unsur sufi kepada masyarakat pada ketika itu.", "Jadi apa kaitan pula antara lagu dan sufisme?", "Sufisme dalam lagu bermaksud unsur keislaman atau ketuhanan dalam lagu yang bukan hanya bergenre nasyid sahaja. Mungkin ada yang berasa pelik bagaimana unsur ketuhanan mampu digaulkan dalam sebuah lagu bukan bergenre nasyid.", "Berdasarkan sejarah, menurut Masroer Ch. Jb. (2015) suatu ketika dahulu wali songo memasukkan unsur Islam ke dalam kebudayaan Nusantara seperti tarian Barongan dan wayang kulit. Konsep ini jugalah yang digunakan oleh penulis lirik untuk memasukkan unsur ketuhanan dalam lagu dengan keindahan bahasa yang puitis.", "Masalahnya sekarang lagu-lagu yang dikatakan ada unsur sufisme ini banyak dimasukkan dengan elemen rock sehingga ramai tidak menyedari maksud sebenar. Sebagai contoh, lagu Seruan daripada Lefthanded yang sebenarnya menyeru kita untuk pergi sembahyang disampaikan dalam genre rock keras ataupun heavy metal.", "Hal ini juga dapat dibuktikan melalui kenyataan Habsah Hassan (2011) iaitu lirik yang dihasilkan hanya untuk memenuhi tuntutan nota lagu yang disulami dengan penggunaan tatabahasa yang salah tanpa lirik dapat dihayati sepenuhnya. Hujahan tersebut mungkin berdasarkan lambakan lagu-lagu era kini yang hanya enak di halwa tetapi kurang daripada segi maksudnya.", "Tambahan pula, lagu-lagu yang masyhur dalam arena arus perdana kebanyakannya adalah mengenai cinta. Bermula daripada era Kassim Selamat and The Swallow sehingga ke era Aiman Tino, lagu cinta senantiasa merajai hati pendengar. Menurut Fernandez (2011), kebanyakan lirik lagu lebih memberi tumpuan terhadap cinta sedangkan ianya juga boleh dikaitkan dengan soal alam dan isu sosial yang berlaku di sekeliling kita.", "Kenyataan ini menunjukkan lagu sering kali dianggap sebagai melalaikan apabila terlalu fokus kepada cinta. Situasi ini mungkin berpunca daripada sifat masyarakat Malaysia yang terlalu inginkan karya-karya berunsurkan cinta. Melodi lagu yang mendayu-dayu serta barisan lirik merayu sang kekasih sudah berakar umbi di dalam budaya Malaysia itu sendiri.", "Apa-apapun, unsur sufisme dalam lagu bukanlah sesuatu perkara yang baru malahan sangat sinonim dengan industri muzik Malaysia. Namun begitu, ianya banyak disampaikan secara tersirat. Era 80-an dan 90-an menunjukkan kebangkitan lagu-lagu berunsurkan sufisme sehingga menjadi malar segar sehingga ke hari ini.", "Memasuki era 2000, lagu berunsur sufisme semakin kurang dan jika ada pun hanyalah lagu-lagu daripada kumpulan Spider. Menjelang era 2010 hingga 2020, lagu berunsurkan sufisme kelihatan begitu kurang. Walaubagaimanapun, ianya masih ada melalui lagu Mista Pollution dan Servants of Alamin nyanyian Budak Nakal Hujung Simpang serta Purbawara.", "Konklusinya, lagu yang bukan bergenre nasyid juga mampu menyampaikan gagasan sufisme walaupun secara tersirat. Bukan itu sahaja, lagu juga tidak boleh dianggap sebagai melalaikan hanya kerana berunsurkan cinta tanpa memahami mesej yang cuba disampaikan. Oleh itu, lagu yang bagus apabila mampu meninggalkan kesan kepada pendengarnya serta mampu memberikan kefahaman yang berlainan daripada kebiasaan.", "RUJUKAN:", "Hasjmy. (2019). Ruba’i Hamzah Fansuri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.", "Fernandez, F. (2011, Mei 21). Getaran Jiwa: Irama, Lagu dan Sastera, Khas Buat Penulis Lirik. Dipetik dari https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2011/05/21/getaran-jiwa-irama-lagu-dan-sastera-khas-buat-penulis-lirik.", "Habsah Hassan. (2011, Mei 24). Hilangnya Nilai Sastera dalam Lirik Lagu. Dipetik dari http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=2045.", "Hamka. (2016). Perkembangan dan Pemurnian Tasawuf. Jakarta: Repbulika Publisher", "Masroer Ch. Jb. (2015). Spiritualitas Islam Dalam Budaya Wayang Kulit Masyarakat Jawa dan Sunda. Jurnal Sosiologi Agama, 9(1), 38-56.", "Murphey, T. (1992). Music and Song. Oxford: Oxford University Press.", "Zurinah Hassan. (1982). Lirik Lagu-lagu Pop Melayu: Nilai Keindahannya Terabai. Kuala Lumpur: Dewan Budaya." ]
https://www.thepatriots.asia/perkuburan-berusia-3000-tahun-ditemui-di-chiba/
Perkuburan Berusia 3,000 Tahun Ditemui Di China
[ "Selepas dua tahun membuat ekskavasi di Yinxu, Anyang, sekumpulan ahli arkeologi dari Institut Arkeologi dan Relik Kebudayaan Anyang telah menemui perkuburan lama era Dinasti Shang/Yin yang berusia 3,000 tahun. Ia merupakan satu penemuan yang luar biasa kerana dinasti ini merupakan dinasti pemerintah terawal China. Dinasti ini dikenali kerana memperkenalkan pelbagai inovasi dalam pelbagai bidang seperti ketenteraan, matematik dan astronomi.", "Yinxu merupakan ibu kota Dinasti Shang yang diasaskan oleh pemerintah ke-20 dinasti itu, Pan Geng pada 1300 SM. Memandangkan ia digunakan sebagai ibu kota kerajaan selama 255 tahun, tinggalan istana dan kuil diraja merupakan hadiah terbaik bagi komuniti arkeologi China. Kawasan perkuburan yang ditemui beberapa hari lepas milik sebuah puak bernama Ce.", "Para pengkaji berpandangan sedemikian selepas melihat banyak artifak mengandungi inskripsi Ce yang masih utuh dan diperbuat daripada batu, jed dan gangsa. Selain itu, mereka turut menemui 18 buah tapak bangunan, 24 buah makam, empat lubang kuda dan kereta kuda. Ketika ini, mereka sedang berusaha mengenalpasti kaitan status sosial puak Ce. Ini termasuk pembahagian pekerja dan hubungan dengan Dinasti Shang.", "Pengarah institut Kong Deming melihat kebanyakan artifak yang ditemui di situ sebagai jarang dan bernilai. Ini berikutan penemuan pelbagai perhiasan mewah pada rangka pahlawan dan kuda yang ditanam di situ. Ini termasuk topi pahlawan yang dihias dengan ikatan-ikatan cangkerang dan venier emas dan pelapik gangsa pada sesetengah rangka kuda. Dengan artifak sebegini, ia menunjukkan taraf kekayaan dan kedudukan sosial pemiliknya ketika itu.", "Penemuan artifak-artifak ini bukan sekadar menunjukkan pencapaian hebat Dinasti Shang dalam bidang ketenteraan. Malah, ia turut menonjolkan sebab kerajaan ini terkenal iaitu suka berperang secara berterusan. Benar, kereta kuda terawal China dikatakan diperkenalkan pada 1200 SM oleh Wu Ding. Tetapi dengan penemuan di Yinxu ini, ia memberi peluang kepada komuniti arkeologi mempelajari lebih lanjut tentang keupayaan versi awal kereta kebal di medan peperangan.", "RUJUKAN", "Cowie, A. (2022, 7 Januari). Unique Bronze Age Clan Cemetery Excavated in Anyang, China. Ancient-Origins.", "Xinhua. (2022, 6 Januari). 3,000-year-old clan cemetery uncovered in central China. The Star.", "Sumber gambar: Institut Arkeologi dan Relik Kebudayaan Anyang/Xinhua" ]
https://www.thepatriots.asia/gerakan-gerakan-intelektual-terawal-di-eropah/
Gerakan-Gerakan Intelektual Terawal Di Eropah
[ "Gerakan intelektual di Barat bermula dengan kemahiran membaca dalam kalangan masyarakat. Selepas kejatuhan Rom hinggalah kurun ke-12 M, tidak sampai 50% daripada jumlah populasi di Itali yang pandai membaca, meskipun Itali merupakan wilayah Barat yang paling awal menitik beratkan soal pendidikan.", "Sekolah mula ditubuhkan ketika zaman Dinasti Carolingian oleh Charlemagne (742M – 814M) pada sekitar tahun 800M. Tetapi ia tidak begitu aktif, malah kualiti dan kuantitinya juga sangat rendah. Selepas 200 tahun menghadapi peperangan dari pencerobohan Viking, sekolah-sekolah ditutup.", "Pada sekitar tahun 1100M, sekolah mula aktif kembali, tetapi ditubuhkan di gereja dan biara. Maka, hanya golongan agamawan yang diberikan pendidikan asas. Pendidikan asas ini berbentuk kemahiran membaca bahasa Latin, dan fokus kepada bahan bacaan Bible dan doa.", "Pada awalnya, pihak Gereja memberikan orang biasa pendidikan ini, tetapi terlalu sedikit jumlahnya dan diabaikan keistimewaannya selepas itu. Walaupun begitu, terdapat beberapa sekolah alternatif yang bebas daripada Gereja yang turut memberikan pendidikan asas ini yang boleh dihadiri oleh orang biasa.", "Sehingga tahun 1200M, agamawan adalah golongan yang mendominasi pendidikan. Selepas itu, sekolah alternatif mula aktif menerima pelajar. Kebanyakan daripada pelajar tersebut melihat pendidikan sebagai sebuah status yang tinggi. Ada juga yang mahu memenuhi badan-badan kerajaan, dan juga seorang peniaga yang memerlukan kemahiran membaca, mengira dan mengkatalog dokumen.", "Tidak lama selepas itu, penggunaan bahasa Latin sebagai bahasa utama ditukar kepada bahasa vernakular di Eropah dalam pendidikan. Sekolah alternatif ini juga mengaktifkan pendidikan bidang selain bidang agama.", "Pada kurun ke-12 M juga, universiti ditubuhkan. Sistem universiti sememangnya berasal dari Eropah walaupun pendidikan tinggi sudah lama wujud sejak zaman Yunani lagi. Tetapi pendidikan era Yunani adalah bebas, tidak mempunyai kurikulum dan tidak berogranisasi seperti pendidikan tinggi di Eropah Zaman Pertengahan yang lebih berorganisasi dan mempunyai fakulti.", "Istilah ‘universiti’ pada asalnya bermaksud persatuan yang mengumpulkan pelajar dan guru bertujuan pendidikan serta mempunyai hak dan kepentingan tersendiri. Lama-kelamaan istilah tersebut telah sinonim dengan institut pengajian tinggi.", "Universiti pada masa itu menyediakan pendidikan tinggi yang tidak disediakan di sekolah dan lebih fokuskan kepada pengajian dalam bidang teologi, undang-undang, perubatan dan liberal arts. Liberal arts adalah pengajian teks-teks klasik Rom dan Yunani. Antara universiti terawal adalah Universiti Paris di Perancis, dan Universiti Bologna di Itali.", "Sejajar dengan perkembangan institusi pendidikan, aktiviti penterjemahan dan pengajian teks-teks lama mula dijalankan. Karya-karya Yunani dan Rom serta kajian santifik oleh orang Arab mula diterjemah ke dalam bahasa Latin. Aktiviti ini sangat aktif di Sepanyol dan Sicily kerana interaksi dengan orang Arab dan Yahudi yang dapat membantu mereka untuk menterjemah.", "Pada peringkat awal, banyak karya Yunani diterjemah melalui terjemahan bahasa Arab yang sedia ada kerana tidak ramai sarjana Barat pada waktu itu yang celik dalam bahasa Yunani. Kemudian, kemunculan sejumlah mereka yang mahir dalam bahasa tersebut mula menterjemah teks Yunani tanpa melalui apa-apa perantaraan bahasa lain.", "Pada sekitar tahun 1260M, hampir semua karya Aristotle dapat dibaca dalam bahasa Latin, juga karya-karya saintifik Ptolemy, Euclid dan Galen. Sarjana Barat juga mula membaca karya-karya falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan Ibnu Rushd. Pencapaian dalam aktiviti terjemahan dan pengajian ini, Barat mula membina pemikiran dan kajian santifik mereka sendiri.", "Scholatism merupakan gerakan pemikiran yang terawal di Barat. Secara terminologi ‘Scholatic’ berasal daripada bahasa Latin ‘scholasticus’ yang bermaksud kaedah atau jalan pengajian sekolah. Ia bukan sekadar kaedah, tetapi sebuah pemikiran yang cuba menyatukan ilmu akal, iaitu ilmu yang diperoleh melalui pemerhatian, pengalaman dan penaakulan manusia, dengan ilmu wahyu.", "Ilmu akal yang dirujuk adalah falsafah klasik, dan ilmu wahyu adalah ajaran Kristian. Dalam hal ini, terdapat sarjana Barat yang merujuk falsafah Islam kerana sarjana Islam juga cuba menyatukan falsafah Yunani dan ajaran Islam itu sendiri. Tambahan lagi, tidak terdapat perbezaan ketara antara Islam dan Kristian.", "Antara tokoh terawal dalam gerakan ini adalah Peter Abelard (1079M – 1142M) yang mahir dalam ilmu teologi dan logik. Sumbangan terbesarnya dalam perkembangan Scholatism adalah karya Sic et Non (“Ya dan Tidak”) yang memaparkan koleksi kenyataan yang pernah diucapkan oleh ilmuan dua generasi awal Kristian (seperti tabi’in dan tabi’ tabi’in dalam Islam) seperti St. Ambrose, St. Augustine, St. Gregory dan St. Basil.", "Abelard menimbulkan persoalan ‘ya’ dan ‘tidak’ kepada kenyataan tersebut. Seterusnya, kaedah Scholatis digunakan untuk menyatukan hujah-hujah yang digunakan untuk mengiyakan dan menidakkan kenyataan tersebut. Dalam karya tersebut, Abelard tidak memberitahu sebarang solusi dalam karyanya, tetapi beliau cuba membuktikan kesucian Bible, serta mahu teologi diajar dan dikaji secara menyeluruh seperti ilmu sains.", "Gerakan Scholatism dikembangkan dengan kemunculan karya Book of Sentences oleh pelajar Alebard, Peter Lombard (1100M – 1160M) yang memuatkan segala persoalan asas teologi. Hujah-hujah persoalan tersebut diambil dari Bible dan autoriti Kristian lalu memberikan pertimbangan ke atasnya.", "Seterusnya, Scholatism dikembangkan lagi dengan memasukkan pemikiran-pemikiran Yunani dan Islam setelah karya mereka diterjemah. Pada pertengahan kurun ke-13 M, sarjana Barat mengikuti kaedah Lombard yang fokus pada teologi Kristian, dan pada masa yang sama mereka juga ambil pertimbangan dengan kaedah sarjana Yunani dan sarjana Islam.", "Dengan cara ini, mereka cuba membina sebuah sistem pemahaman terhadap alam yang mengharmonikan alam kepercayaaan dan ilmu alamiah yang sebelumnya dipisahkan (Judith G. Coffin, Robert C. Stacey, Robert E. Lerner & Standish Meacham, 2002).\nAntara intelektualis yang cuba membawa keharmonian ini adalah St. Thomas Aquinas (1225M – 1274M) yang memegang prinsip akal dan rasional dapat mempertahankan kepercayaan dan iman. Beliau percaya bahawa, penciptaan alam adalah hasil daripada rahmat Tuhan.", "Maka, tidak menjadi satu kesalahan apabila mengkaji ilmu alamiah untuk mencapai kerangka teologi walaupun beliau sedar akan hakikat kepastian yang mutlak hanya dapat dicapai melalui wahyu dalam Bible.", "Aquinas menggerakkan pemikiran ini dengan mengharmonikan falsafah Yunani, terutamanya pemikiran Aristotle, dan teologi Kristian. Beliau juga tidak menolak mengenai hal-hal berkaitan dengan kepercayaan yang tidak dapat dijelaskan dengan logik akal.\nPada masa yang sama, Aquinas tidak memandang remeh terhadap akal dan rasional manusia. Antara karyanya yang terpenting adalah Summa Contra Gentiles dan Summa Theologica." ]
https://www.thepatriots.asia/bagaimana-masjid-mampu-menahan-tsunami/
Bagaimana Masjid Mampu Menahan Tsunami?
[ "Antara sebab utama sesetengah masjid masih berdiri ketika banjir adalah kerana masjid banyak ‘lompong’ dan pintu masuk. Masjid kebanyakannya berdiri dengan tiang yang banyak. Banyak pula lubang di sana sini di dinding-dinding masjid.", "Apabila berlakunya langgaran banjir atau tsunami, hentaman yang masjid terima tak begitu kuat kerana masjid bagi air lalu (flow) melalui ‘lompong-lompong’ yang luas itu. Bila banyak ruang yang luas terbuka ini, hentaman rendah, tekanan pun rendah.", "Banyak bangunan seperti rumah-rumah di sekeliling masjid mudah runtuh sebab rumah ini dibina dengan cara ‘tertutup’. Yang terbuka cuma pintu kecil keluar masuk dan tingkap yang kecil.", "Bila ada hentaman banjir atau tsunami, air tak dapat lalu (flow) dengan baik. Jadi hentamannya akan jadi kuat dan tekanannya akan jadi lebih tinggi, sebab itulah mudah hancur.", "Ia tak macam masjid yang lebih terbuka.", "Selain itu, masjid juga dibina daripada bahan yang lebih kuat berbanding rumah-rumah di sekeliling. Masjid banyak duit, nak cari bahan yang kuat bukan benda susah. Saban tahun ‘renovate’.", "Rakyat biasa mana mampu nak ‘renovate’ setiap tahun. Jadi, berdasarkan perkongsian ringkas di atas, kita boleh katakan bahawa faktor seni bina dan bahan binaan yang dipasakkan pada masjidlah yang menjadi sebab-musabab rumah ALLAH ini mampu berdiri tanpa dibawa oleh air bah ketika tsunami atau banjir.", "Dan ingin kami tegaskan bahawa artikel ini bukanlah untuk menidakkan kuasa TUHAN. Malah, post ini lagi meraihkan kekuasaaan TUHAN. Bukankah sains itu sendiri adalah ilmu TUHAN? Menerangkan setiap peristiwa yang dicetuskan oleh TUHAN melalui skop sains tidak pernah salah dan sebuah dosa.", "Tahukah anda, dapat gunakan akal kita untuk menjelaskan kuasa Tuhan merupakan suatu yang ajaib. Kerana akal adalah antara ciptaaan Tuhan yang paling agung. Mengapa kita sering anggap sesuatu yang kelihatan ajaib, hebat, hanya mampu dijelaskan melalui cara ghaib sahaja?" ]
https://www.thepatriots.asia/kenapa-negara-koloni-british-lagi-kaya-dari-jajahan-barat-yang-lain/
Kenapa Negara Koloni British Lagi Kaya Dari Jajahan Barat Yang Lain?
[ "Tirai bagi zaman kolonialisme telah lama ditutup. Dan kesan\ndaripada dasar-dasar antarbaangsa empayar yang menyertainya telah mencapai\nsuatu takat didih dengan sebuah peperangan besar. Menurut seorang penulis\nInggeris bernama Herbert George Wells, Perang Dunia Pertama merupakan sebuah\n“peperangan untuk menamatkan semua peperangan”. Sebelum pembunuhan Franz\nFerdinand menjadi percikan api, minyak yang telah lama bertakung merupakan\nhasil usaha beberapa empayar. Antara permainan mereka dalam geopolitik\nantarabangsa ialah penjajahan. ", "Pemain-pemain utama dalam zaman ini ialah British, Belanda,\nSepanyol, Portugis, Belanda dan Rusia. Selama beratus tahun empayar-empayar\nyang disenaraikan bertembung antara satu sama lain. Wilayah-wilayah yang\nmenjadi rebutan imperialisme ialah Asia Tengah (Uzbekistan ke Afghanistan) dan\nAsia Selatan (India). Bermakna Perang Dingin yang ditanding antara Rusia dan\nAmerika Syarikat pernah berlaku antara dua empayar iaitu Rusia dan British. ", "Kedua-dua empayar ini sedang bangkit. Rusia takut kuasa\nketenteraan dan perdagangan British, yang takut semangat juang Rusia dalam\nusaha menakluki “mahkota imperialisme” iaitu India. Dalam persaingan politik\ndan diplomasi ini, Rusia dan Britain masing-masing menggunakan negara\nsekeliling demi kepentingan sendiri. Dan Perancis dibawah Napoleon Bonaparte\npun tidak mahu ketinggalan. Konflik berkemuncak sehingga berlakunya Perang\nCrimea.", "Dan akhirnya meletus pula Perang Dunia Pertama yang\nmengakhiri kolonialisme. Banyak negara diisytiharkan merdeka daripada penjajah.\nSelepas berpuluh-puluh tahun ditinggalkan penjajah, setiap negara ini\nmelaksanakan dasar sendiri. Namun jelas dan nyata, negara-negara jajahan British lebih kaya berbanding negara-negara\njajahan empayar lain. Ekonomi Indonesia (Belanda) mungkin telah menyentuh\nangka trilion dalam nilai dolar. Namun dari segi setiap kepala (per capita), Malaysia (British)\nsebenarnya lebih dari dua kali ganda\nlebih kaya berbanding negara jiran tersebut.", "Perbezaan yang sama boleh dijejak antara Malaysia dan\nFilipina (Sepanyol). Dan banyak negara bekas sentuhan British pun mempunyai\nkelebihan yang sama. Salah satu daripadanya ialah Israel yang pada awalnya\nhanya mampu menghulurkan gigi dan kaki palsu sebagai antara bahan untuk pasaran\ndunia. Ditertawakan, perubahan Israel boleh dikatakan “dari porselin ke\nplastik” dengan kebangkitan ekonomi start-up dibawah pengurusan Benjamin\nNetanyahu sebagai Menteri Kewangan. ", "Perkara ini berlaku disebabkan konflik dalaman politik British sendiri. Selama 200 tahun, rakyat\ndi England keluar untuk mencari peluang di negara-negara jajahan. Di sebalik\ntirai besi yang menyaksikan kedatangan polis dan tentera bersenjata, British\njuga membawa kaum keluarga untuk tinggal jauh daripada masalah-masalah Perang\nNapoleon (1802-1813) misalnya. Tidak cukup dengan peperangan, mereka juga\nberdepan dengan pergesaran politik dalaman. ", "Migrasi yang sama tidak dilihat dalam Perancis, Belanda dan\nJerman sebagai contohnya. Aktiviti Belanda hanya boleh dilihat di Afrika\nSelatan sahaja yang dibangunkan dengan pesat sambil menganak-haramkan (lebih\nteruk daripada menganaktirikan) bangsa tempatan. Maka pendatang-pendatang\nBritish ini membina tempat tinggal di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New\nZealand, turut menghalau bumiputera tempatan juga. Idea dan teknologi British\ndicetuskan di negara baru. Dengan erti kata lain, mereka menerokai tanah baharu bukannya menjajah untuk ekonomi\nsemata-mata. ", "Sumber dan pasaran\ndidominasi dan dikawal mereka, tidak seperti empayar-empayar lain yang\nhanya mengambil kesempatan. Infrastruktur sosial dan fizikal menjaminkan\nkemandirian negara tersebut. Dan migrasi ini terhenti sekitar abad ke-18 untuk\nditekankan terhadap Malaysia, India dan Mesir pula. Tetapi anak-anak muda\nsahaja dihantar, bukannya kaum keluarga yang memberikan peluang besar (tetapi\nterhad) kepada bangsa-bangsa tempatan. Memandangkan tanah-tanah ini tidak\nditerokai, British menekankan fokus terhadap ekonomi semata-mata. ", "Dan politik tempatan di Jerman dan Itali pula mula bergegar\ndengan ramai dalam kalangan rakyat mencari peluang di bumi lain. Sebahagian\nbesar mendapatkan tempat teduh di Amerika Syarikat, yang sebelum 1905 tidak\nlangsung menubuhkan rang undang-undang kewarganegaraan. Sesiapa sahaja yang\nberlabuh boleh bersaing.", "Apabila British pergi, boleh dikatakan zon jajahan terbelah dua: antara kaya (Amerika Syarikat dan Australia) dan papa kedana (Zimbabwe dan Sudan). Perkara ini berlaku disebabkan dasar luar negara London sendiri. Yang kaya merupakan negara-negara diterokai, sementara kemiskinan melanda bagi negara-negara dieksploitasi ekonominya sahaja. Afrika Selatan dibedil teruk selepas Belanda mengangkat kaki.RUJUKAN: Quorra. https://www.quora.com/Why-do-the-former-colonies-of-Britain-tend-to-be-wealthier-overall-than-the-former-colonies-of-France-the-Netherlands-Spain-or-Portugal " ]
https://www.thepatriots.asia/hikayat-hang-tuah-dikarang-oleh-partisan-laksamana-johor-dan-nasionalis-melayu/
Hikayat Hang Tuah Dikarang Oleh Partisan Laksamana Johor Dan Nasionalis Melayu
[ "Menurut Kassim Ahmad(1992) tidaklah diketahui siapakah yang sebenarnya mengarang Hikayat Hang Tuah ini namun dalam pada itu apabila kita menelusuri hikayat ini kita akan mendapati bahawa ia ditulis dengan tujuan tertentu oleh penulis yang tertentu.", "Hikayat Hang Tuah terlalu banyak berkias dan diolah untuk menyampaikan maklumat berbeza dengan genre Sulalatus Salatin. Jelas bahawa ia ditulis tidak sebagai rujukan bersejarah mengenai salasilah raja-raja Melayu dan kisah-kisahnya merupakan mesej dalam konteks dan latar zaman akhir Johor Lama yang dilakonkan disebalik latar zaman Melaka.", "Hikayat ini tamat dikarang pada tahun 1717 yakni disebutkan “tujuh likur(dua puluh tujuh) Jamadilakhir pada hari Ahad jam pukul empat petang sanah 1295″ pada ketika Johor sedang mula akan hancur diperebutkan antara Bugis dengan Siak. Dinasti Melaka tamat pada 1699 dengan mangkatnya Marhum Dijulang angkara komplot kaum Bendahara dan pembesar istana.", "Pembesar yang taat seperti Seri Bija Wangsa dibunuh dan digambarkan dalam filem kita sebagai watak tukang fitnah dan orang jahat sedangkan Hikayat Siak menyatakan beliau ialah ‘Hamba Melayu” yang menyerahkan nyawanya sebagai galang ganti nyawa baginda Marhum Mangkat Dijulang.", "Keluarga laksamana pula dilupa dan dipinggirkan setelah Laksamana Tun Abdul Jamil juga telah dibunuh atas perintah Bendahara Johor. Laksamana untuk pengetahuan kita ialah bapa kepada Cik Pong yakni bonda Raja Kecil Siak yang menyatakan baginda ialah waris tunggal Marhum maka ini menunjukkan selain hikayat ini memihak kepada faksi laksamana secara tidak langsung ia menyokong kedudukan Raja Kecil Siak di Johor. Pendek kata Raja Kecil atau nama asalnya Raja Bujang ialah cucu kepada laksamana pada sebelah ibunya.", "Hikayat ini cuba mencungkil kembali romansi perihal kaum laksamana Melayu yang setia dan taat tapi kemudian ghaib entah ke mana pengaruhnya pada zaman interregnum sultan-sultan bendahara Johor dari keluarga peranakan Hadhrami. Jelas matlamat hikayat ini ditulis pada fasal paling awal dan pada baris paling atas untuk mencungkil perihal yang tersebut.", "“…Ini hikayat Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya.” (Kassim Ahmad, 1992)", "Pada masa huru-hara negeri Melayu ini hikayat ini diharapkan dapat menghidupkan kembali kemegahan bangsa Melayu di Riau dan Semenanjung melalui watak laksamana sebagai ikon budiman.", "Jika diperhatikan bahagian Laksamana Hang Tuah yang berasal dari Bugis tidak disebut dengan timbul pula versi asalnya dari negeri Melayu, banyak bayangan linguistik bahasa klasik semenanjung seperti mika, kelik dan banyak elemen yang membuatkan kita terbayang akan pengaruh Patani dan Perak turut terdapat dalam hikayat ini.", "Agak menarik apabila hikayat ini diakhiri dengan fasal penaklukan Melaka oleh pakatan Johor-Belanda pada tahun 1640 yang turut disertai bendahara dinasti Melayu yang asal dan Laksamana Tun Abdul Jamil, begitu juga kisah Hang Tuah yang berakhir di Hulu Perak yakni di Raman.", "-tm" ]
https://www.thepatriots.asia/jenazah-nabi-danial-rasulullah-menjemput-hujan/
Jenazah Nabi Danial & Rasulullah Menjemput Hujan
[ "Korang tahu tak masa tentera Islam kalahkan Parsi, diorang jumpa satu jenazah yang masih sempurna atas katil. Tak reput atau berbau macam mayat biasa. Tahu tak dah berapa lama jenazah ni wafat? 1,100 tahun lebih dah!", "Jenazah ini adalah Nabi Danial. Ia djumpai di Istana Khurmuzan, Tustar. Imam al-Bayhaqi meriwatkannya dalam Dalalil Nubuwwah.", "Dah kenapa orang Tustar tak kuburkan?", "Bila ditanya, mereka menjawab dengan satu jawaban mengejutkan. Rupa-rupanya setiap kali hujan tidak turun, jenazah Nabi Danial akan dikeluarkan dan diletak di padang luas. Lalu mereka meminta hujan dengan keberkatan jenazah baginda. Tanpa menunggu lama, titisan-titisan hujan akan jatuh dan membasahi bumi. Hal ni disaksikan oleh sahabat Nabi, Abu Musa Asyaari.", "Dia juga menjumpai kitab suci di sisi jenazah Nabi Danial. Setelah diterjemah kepada bahasa arab oleh Abu Khalid bin Dinar, alangkah mengejutkan isi kitab tersebut sebenarnya berkenaan Nabi Muhammad di akhir zaman. Kitab suci ini diserahkan kepada Umar al-Khattab. Entah berkait ataupun tidak, Book of Daniel tercantum dalam Bible orang Kristian.", "Khalifah Umar Al-Khattab seterusnya mengarahkan jenazah Nabi Danial dikuburkan, “sesungguhnya jasad ini adalah Nabi di antara para Nabi. Api tidak akan membakar jasad para Nabi dan bumi tidak akan merosaknya. Kerana itu, hendaklah kau dan seorang sahabatmu menguburkannya di tempat yang tidak ada seorang pun yang mengetahuinya kecuali kalian berdua.” 13 liang lahad digali pada siang hari. Lalu pada malam hari, jenazah Nabi Danial dimakamkan dalam salah satu lubang kubur tersebut.", "Masjid Nabi Danial boleh disinggahi kat Iskandariah, Mesir. Alamatnya: Al Naby Danyal, Kom Ad Dakah Gharb, Al Attarin, Alexandria Governorate 5371040, Egypt.", "Sultanul Ulama’ Izzuddin bin Abdus Salam menyifatkan semua mukjizat yang berlaku kepada Nabi-Nabi sebelum ini, boleh berlaku kepada Nabi Muhammad SAW. Jika Nabi Musa mengeluarkan air dari batu, Rasulullah pula mengeluarkan air dari jari jemarinya. Jika Nabi Musa membelah lautan, Rasulullah pula membelah bulan. Jika Nabi Isa menyembuhkan orang buta, Rasulullah memulih semula mata yang terkeluar dari lubangnya.", "Jika jenazah Nabi Danial ada barakah menurunkan hujan, begitu juga Nabi kita.", "Kalau korang perasan, dekat atas kubah hijau Rasulullah di Masjid Nabawi, terdapat bonjolan petak. Ada yang cakap pernah ada orang naik atas kubah, lepastu kena panah petir. Tak. Sebenarnya bonjolan petak tersebut adalah tingkap yang bawahnya makam Nabi Muhammad. Apa gunanya? Jikalau Madinah lama tak turun hujan, maka tingkap di atas kubuh itu akan dibuka. Lazimnya hujan akan segera turun. Jika tidak turun juga, tingkap di atas makam Nabi sendiri akan dibuka. Maknanya dah dua lapisan tingkap dibuka. Langit pun malu memandang ke bumi yang menyimpan jenazah Rasulullah, lalu menitislah hujan membasahi tanah.", "Perbezaan kita Umat Muhammad dengan orang Tustar adalah pada adab. Sebaik saja Rasulullah wafat, jenazah baginda segera diuruskan para sahabat. Berbeza dengan orang Tustar yang membiarkan jenazah Nabi Danial di atas katil dan sekadar memanfaatkannya bagi meminta hujan.", "Perbuatan ini dinamakan tabaruk.", "Ia tidak salah dalam agama dengan sokongan banyak nas dan contoh dari Salafussoleh. Dalam Al-Quran, kita boleh jumpai ayat Nabi Yaakub menyapu muka dengan baju Nabi Yusuf. Serta merta katarak yang membutakan matanya sembuh. Bukanlah baju Nabi Yusuf itu yang menyembuhkan, tetapi Allah yang menyembuhkan. Perbuatan menyapu dengan baju itu hanyalah mengambil barakah.", "فَلَمَّآ أَن جَآءَ ٱلْبَشِيرُ أَلْقَىٰهُ عَلَىٰ وَجْهِهِۦ فَٱرْتَدَّ بَصِيرًا ۖ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّىٓ أَعْلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ\nTatkala telah tiba pembawa kabar gembira itu, maka diletakkannya baju gamis itu ke wajah Ya’qub, lalu kembalilah dia dapat melihat. Berkata Ya’qub: “Tidakkah aku katakan kepadamu, bahwa aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah Yunus, Ayat 96)", "Sahabat Nabi mengambil berkat dari baginda. Ali ibn Ali Talib minum darah bekam Nabi, Ummu Salamah ambil peluh Nabi jadi minyak wangi, Muawiyah Abi Sufian simpan kuku Nabi agar dikuburkan bersamanya dan Khalid al-Walid menyimpan rambut Nabi dalam topi perangnya.", "Selagi tidak berlaku syirik, tidaklah dilarang. Tabaruk bukanlah satu kesalahan asalkan berpandu syarak dan bertopang adab. Salafussoleh telah mencontohkan yang terbaik. Tidak seperti orang Tustar yang membiarkan Nabi Danial tidak dikuburkan, Umat Muhammad mememuliakan jenazah Razulullah. Hatta bertabaruk dengan jenazah baginda pun dibuat jendela istimewa!" ]
https://www.thepatriots.asia/age-of-empires-ii-the-rises-of-the-rajas-tamadun-melayu-dalam-permainan-video/
Age Of Empires II: The Rises of The Rajas – Tamadun Melayu Dalam Permainan Video
[ "Akhirnya admin berjaya juga mendapat akses ke permainan strategi komputer yang terbaharu Age of Empires II: The Rise of the Rajas.", "Untuk makluman ia merupakan lanjutan daripada beberapa siri AOE terdahulu yang menampilkan pelbagai ketamadunan dunia bermula dari Eropah, Timur Tengah dan Timur Jauh, ia kemudian berkembang dengan memperluaskan skop kepada ketamadunan Afrika, India dan eksplorasi konkuistador Iberia di rantau Atlantik, membuatkan admin terfikir bahawa ia seolah-olah garapan semula komuniti AOE yang sebelum ini kecewa apabila siri ketiganya, AOE3 tidak begitu mesra pemain walaupun grafiknya begitu hidup mirip produksi permainan Lord of The Ring, The Settlers dan lain-lain.", "Hal ini seolah-olah memberi petunjuk bahawa penggemar setia dan ‘noob-noob’ baharu AOE akan terus tenggelam dalam ektsensi AOE2 dalam tahun-tahun akan mendatang.", "Cuma admin selaku peminat tegar sejak dari bangku sekolah rendah lagi, hampir 15 tahun silam, mendapati agak leceh apabila harus menggunakan perisian ‘Steam’ online untuk bermain. Admin yakin rata-riti penggemar ada cara untuk memintas halangan ini dan menikmati isinya yang mengujakan.", "Seperkara, tidak dinafikan bahawa orang yang memperkenalkan permainan ini kepada admin dan permainan ini sendiri adalah sebab bagi terpupuknya minat admin secara mendalam terhadap bidang sejarah dan ketamadunan.", "AOE memberi impak yang besar dan berterusan, memberi ruang penyertaan yang lebih bagi pemain-pemain untuk mengolah sendiri corak dan desain permainan misalnya melalui ‘Editor’-nya. Mode ‘single player’ atau ‘campaign’ selalunya akan habis. Ia mengundang kebosanan tetapi amat menarik dalam tempoh peningkatan usia dan era intermisi yang penuh dengan ‘install’ dan ‘uninstall’ seseorang yang gemar akan latar ketamadunan akan sentiasa mencari jalan untuk memuatnaik AOE2 semula kerana fungsi editor-nya. Ia boleh menghidupkan imaginasi dan fantasi ‘geek’ sejarah untuk membina satu ‘scenario’ sebuah rantau, sebuah kerajaan, atau yang paling digemari admin adalah membina sebuah kota ibunegara ketamadunan yang bermacam-macam mengikut pengetahuan sejarah yang infiniti.", "AOE2: Kebangkitan Raja-raja ini sebenarnya amat ditunggu-tunggu ramai terutamanya oleh ‘gamers’ yang menjadi sebahagian daripada 200 ke 300 juta penduduk berbudaya, berbahasa dan berdarah Melayu di seluruh dunia bahkan penggemar-penggemarnya yang lain. Dari satu sudut kita melihat bahawa tindakan menampilkan ‘extension’ ini adalah strategi produser untuk menarik perniagaan dari rantau yang sedang membangun dan antara pengguna terbesar perisian dan perantian maya dan eletronik.", "Tidak ada yang lebih menggembirakan penduduk rantau Melayu dan Asia Tenggara daripada diwujudkan tamadun-tamadun:", "-Melayu\n-Khmer\n-Burma\n-Vietnam", "Tamadun Melayu ini admin dan beberapa rakan sepermainan mendapati agak dicemari dengan campur-aduk yang agak teruk antara identiti Melayu dan identiti Jawa cuma rasionalnya kita boleh menganggap bahawa persembahan ‘Melayu’ oleh produser kali ini cuba merangkumkan ras ketimuran ini yang wujud dalam ratusan bahkan ribuan etnik ke dalam satu rumpun linguistik yang dikenali sebagai ‘the Malay speakers’ yakni yang menghuni dari Laut Swahili di barat menganjur sehingga ke Laut Rapa Nui dan Hawai’i di timur, dan keluasan ini cuba direpresentasikan oleh kerajaan Majapahit. Agak tidak sesuai sebenarnya kerana ada saudara kerajaan Kejawaan ini yang lebih layak dipilih sebagai identiti pusat ‘Melayu’ yakni Srivijaya dan negeri-negeri purba di Semenanjung seperti Langkasuka dan Chih-tu.", "Kemungkinan yang timbul akan ‘misrepresentation’ ini adalah disebabkan sebahagian besar rantau Asia Tenggara ini masih diselubungi kesamaran dan dalam pemahaman ketamadunan perspektif dunia intelektual Eropah, sejarah Alam Melayu dan Asia Tenggara ini masih bukan sejarah tetapi masih dalam peringkat perdebatan dan penghasilan teori-teori. Tidak ada yang pasti untuk dijadikan satu stereotaip atau silibus yang nyata apakah itu yang dinamakan sejarah sebenar alam sebelah sini pada zaman purba.", "Jika diperhatikan juga rupa ‘the Malays’ dalam permainan ini juga agak janggal apabila berlaku kekeliruan untuk benar-benar mengasingkan yang mana ciri Jawa dan yang mana ciri Melayu secara etnik. Jika ingin dikatakan Jawa, pelbagai elemen seperti suara pemain kelihatannya Melayu, manakala jika ingin dikatakan Melayu desain dan ‘storyline’-nya memang Jawa dengan Raja Jayanegaranya, Gajah Mada dan ibukota Trowulan.", "Hal ini memang boleh membentur konflik antara celik budaya-celik-budaya Malaysia dan Indonesia khasnya Indonesia kerana Gajah Mada seolah-olah dinafikan kejawaannya dan menggambarkan ia sebagai seorang tokoh Malay akan mengundang salah faham bahawa ia beridentitikan Melayu yang lazim dirujuk bertempat di Malaysia. Buka tengok ‘campaign’ dan anda akan perhatikan ikon klik masuk itu diletak jauh di sekitar Sulawesi dan Maluku. Apakah cara untuk meneutralkan perebutan identiti Melayu-Jawa ini?", "Apapun masalah timbul apabila admin memerhatikan yang ‘portrayal’ orang Melayu dan bangsawan Jawa di sini amatlah buruk dari sudut attitude. Mereka disebut cerdik, tetapi tepatnya admin sebut licik dan bernafsu buas sentiasa berebutkan kuasa. Ramai yang akan kepanasan telinga jika mendengar suara sinematik yang bercerita dengan aksen Manglish-Inglish nya yang seolah-olah dibuat-buat ditambahkan lagi dengan kisah-kisah yang lebih ‘made-up’ daripada berkonotasi ‘historical’ atau epik. Mengapa tiba-tiba keluar kisah sang kancil? Apakah benar Gajah Mada itu seorang yang gila kuasa yang apabila tua mati dalam persaraan yang penuh hina? Apakah Raja Jayanegara benar-benar mati dibunuh tuan doktornya sendiri?", "Apakah raja-raja Melayu di Dharmasaraya dan Tumasik benar-benar akhirnya ‘vanished’ hilang lenyap selama-lamanya ditakluk Majapahit? Ia mengundang persoalan sejauh mana penguasaan sejarah team produser tamadun Melayu kerana banyak representasi bersifat anakronikal walaupun secara umum ia masih tepat dalam ruang rantau yang sama. Kita sedar hakikat permainan eletronik tidaklah begitu senang untuk bisa menjadi senyata benda yang nyata tetapi ia tidak mustahil pula dipenuhi dengan perkembangan industri permainan eletronik sebagai wadah pendidikan yang turut digemari golongan ulat buku(silverfish yang membinasa?) dan intelektual yang hipster.", "Dengan tidak menafikan kecanggihan grafiknya, pemain tamadun Melayu dalam pada itu akan menghadapi masalah untuk bermain sebagai kerajaan Melayu yang sudah salin memasuki agama Islam kerana desain unit-unit bangunan dan ketenteraannya memang berunsur era Hindu-Buddha. Bagaimana mahu bermain sebagai kerajaan Melaka atau Patani yang Islam?", "Bagi yang bijak admin kira ada kaedahnya dengan bermain sebagai player tamadun India, kerana banyak bangunan dan unitnya mirip identiti Melayu selepas era Melaka. Bangunan yang bersifat domestik seperti Town Center dan House, atau ekonomikal seperti Mill, Dock, dan Market pula bolehlah disusunkan sebagai player ‘Malay’ kerana bentuknya memang kena dengan identiti Melayu. Ia evergreen. Cuma masih dipertikaikan senibina Melayu Hindu-Buddha pun agak ketara bau Khmernya meskipun kita tahu perkaitan antaranya memang wujud. Castle Melayu agak janggal kerana berbentuk struktur vertical macam piramid Mayan sedangkan dalam sejarah kita tidak memiliki struktur castle, tetapi kita lebih kepada ‘palace’ yang horizontal dengan bumbungan hingga tujuh ‘pangkat’ dan taman bunga di sekelilingnya. Wonder-nya pula berupa seperti Borobudur, Cham Tower atau Prambanan tapi sekali lagi agak tak realistik dan deviant.", "Disamping itu, permainan yang bagus adalah bergantung kepada usaha yang ditunjukkan pengeluar bagi aspek latar seperti ‘terrain’, unit ‘gaia'(alamiah) dan ‘map generator’ kerana kita bermain dengan keinginan terhadap ciri realisme persekitaran. Siri AOE ini memberi tambahan yang banyak terhadap bentuk tanih, gunung bersalji, pohon-pohon renjung hutan khatulistiwa Asia Tenggara, hutan bakau, pasir pantai, air terjun, ngarai, sawah padi yang menjadi alternatif paling ‘ngam’ setelah bertahun-tahun bermain hanya dengan ‘farm’, kerbau, badak sumbu dan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang unik.", "Unit ketenteraan pula rata-rata masih terkebelakang dan kurang inovasi, semata-mata bergantung kepada introduksi watak-watak tokoh Melayu, unit elit istana yang bersenjatakan kerambit. Di sini admin lihat ada anakronikal pada keguguran penggunaan keris oleh unit istana yang tidak syak lagi adalah senjata yang tidak dapat dipisahkan dengan bangsawan dan hulubalang Melayu.", "Unit-unit di barrack, stable, archery range, monastery, dock, siege workshop juga tidak ada inovasi yang menarik terutamanya yang paling disesali produser melupakan pelbagai jenis kapal Melayu yang sepatutnya diberikan penekanan lebih daripada tamadun lain memandangkan mereka memilih untuk meng’highlight’kan peranan talasokrasi(geo-politi kelautan) sebagai identiti Melayu.", "Masih banyak yang perlu diterokai dalam permainan Age of Empires II: The RIse of The Rajas ini cuma dalam masa terdekat ini admin memang banyak menghadam produksinya dari aspek desain grafik, sejarah, budaya dan linguistik. Ulasan dari sudut ‘gameplay’ akan datang diulas lagi oleh rakan admin kita yang lain.", "Admin fikir, seminggu dua ini paling lekas admin mahu desain satu ibukota kerajaan Patani, Kelantan atau Kedah dengan sawah padi yang terbentang dengan alor-alornya. Muaranya dijaga menara Sea Fortification dengan aliran keluar masuk kapal perang, kapal dagang Cina dan Arab dan perahu-perahu ‘canoe’ yang memeriahkan suasana negeri raja-raja yang kaya raya ini.", "Dengan keluarnya siri Kebangkitan Raja-raja ini kita melihat akan realiti pengiktirafan terhadap budaya rantau dan rumpun Melayu. Ia bukanlah maya yang tidak wujud dan meminjam-minjam identiti luar tanpa rupa muka yang tersendiri. Ia sebuah ketamadunan langka yang bersejarah sebahagiannya kekal diingati sebagai legenda dan mitos agung yang diwarisi rantau yang makmur ini pada hari ini dinikmati oleh peribuminya dan sekelian dagang. Ia suatu kemuliaan dan penghormatan terhadap bangsa yang menjadi sukuan daripada 10 bahagian penduduk dunia. -tm" ]
https://www.thepatriots.asia/adakah-itachi-seorang-hero/
Adakah Itachi Seorang Hero?
[ "Watak Itachi dikatakan seorang shinobi yang genius. Naik pangkat yang tinggi ketika umurnya yang muda. Perkara menarik yang menjadi penumpuan watak Itachi adalah tindakan membunuh seluruh ahli puak keluarganya, Uchiha dan menjadi sumber perkembangan watak adiknya, Sasuke.", "Kalau sesiapa dah tonton anime dan dah baca manga ini sampai habis, kita akan tahu Itachi lakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas puak Uchiha adalah sebab untuk mempertahankan Konoha. Selepas pembunuhan itu, Itachi keluar daripada kampung dan dipandang oleh orang Konoha sendiri sebagai pengkhianat dan penjenayah.", "Di sini mungkin kita boleh buat dua kesimpulan berkenaan Itachi, iaitu Itachi terpaksa berkorban untuk mempertahankan Konoha ataupun dia tidak terpaksa melakukan hal itu sebab dia memang memilih untuk melakukan hal itu. Bagi aku, Itachi adalah pada kesimpulan kedua. Itachi tidak memiliki psikologi ‘matyr complex’ yang memenuhi kehendak psikologinya untuk menjadi ‘kambing hitam’ demi mempertahankan Konoha.", "Macam Madara dan ahli-ahli Uchiha yang lain, Itachi cintakan keamanan. Malah, ayah Itachi, Uchiha Fugaku sendiri pun tidak mahu pertumpahan darah berlaku lagi antara Uchiha dan keluarga Senju. Fugaku memilih untuk melakukan kudeta dengan menjatuhkan Danzo dan Hiruzen supaya Uchiha dapat menguasai tampuk pemerintahan. Fugaku lakukan hal ini kerana melihat Uchiha semakin disisihkan.", "Kita mungkin boleh lihat apa yang mahu dilakukan oleh Fugaku dapat mengurangkan pertumpahan darah. Tetapi di mata Itachi kudeta tersebut mungkin akan menimbulkan perang saudara kerana kuasa diambil secara rampasan.", "Itachi membesar dalam suasana shinobi berperang dengan pelbagai sebab. Ketika mempunyai pilihan antara sama ada memilih untuk membunuh keluarganya ataupun menyertai kudeta, Itachi memilih untuk membunuh puaknya sendiri kerana dapat mengelakkan tumpah darah dan huru-hara dalam Konoha.", "Menurut Jean-Paul Sartre, ahli falsafah Perancis, kewujudan kita adalah sebuah kebebasan. Kita bebas melakukan apa-apa pilihan tanpa pengaruh dan tekanan sosial di sekeliling. Orang yang membuat pilihan dengan kepercayaan bahawa ‘dia tidak mempunyai pilihan lain’ adalah orang yang mempunyai ‘bad faith’. Idea ‘bad-faith’ dibawa oleh Sartre sendiri bahawa, pilihan yang dibuat oleh seorang individu kerana tekanan sosial akan melahirkan nilai yang palsu dan mengabaikan kebebasan mutlak dalam dirinya.", "Aku katakan Itachi seorang Sartrean Existentialist sebab kita boleh nampak Itachi boleh ‘move on’ selepas melakukan pembunuhan itu. Dia tidak meratap-ratap, menyesal ataupun apa saja yang dia lakukan atas sebab ‘dia terpaksa berkorban’. Dia memilih jalan itu kerana dia faham dan dia mahu.", "Itachi cintakan kemanan dan kampungnya (nasionalis). Dia dibesarkan sebagai seorang shinobi yang paling kurang, pembunuhan terpaksa berlaku. Dia juga membesar sebagai seorang yang tidak terlalu bersosial. Ketika menjadi skuad ANBU, Itachi tidak teragak-agak untuk membunuh musuhnya walaupun musuh itu sudah terdaya lagi untuk melaksanakan misi. Maka, pilihan dia membunuh keluarganya kerana dia memang memilih untuk menjaga keamanan, bukan sebagai individu korban yang dia relakan.", "Ada beza antara merelakan diri menjadi korban dengan memilih untuk mempertahankan sesuatu. Pilihan Itachi memang berat, iaitu sama ada untuk memilih kampung ataupun puaknya. Dia pun tahu, kalau secara individu, memang tidak semua yang setuju dengan rancangan Fugaku, tetapi secara kolektif begitulah. Bukannya Itachi tidak tahu. Pilihan yang berat itu, dia berkehendak untuk memilih yang menjadi tujuan kewujudannya menjaga Konoha, bukan merelakan diri menjadi korban kerana Konoha.", "Seterusnya, pada peringkat awal, kita akan melihat Itachi adalah seorang yang paling teruk kerana sanggup membunuh puaknya sendiri yang masa itu kita sangka demi untuk mendapatkan Mangekyou Sharingan. Selepas segalanya didedahkan, kita akan dapati Itachi sebagai seorang hero sebab sanggup berkorban untuk Konoha, which bagi aku istilah ‘sanggup berkorban’ agak tidak sesuai untuk Itachi sebab Itachi memilih bukan pasrah.", "Itachi memilih untuk membentuk diri dan kewujudannya dengan mempertahankan Konoha melalui pembunuhan puaknya sendiri. Bukan kerana dia mahu mengorbankan hidup dan identitinya demi Konoha.", "Jadi, anda rasa dia seorang hero Konoha?", "Entahlah, bagi aku, kalau dia seorang yang ‘berkorban’ mungkin dia kelihatan lebih heroic kerana sanggup mengorbankan kehidupannya di Konoha untuk melindungi kampung itu. Tetapi, sebab kalau ikut definisi eksistentialism yang aku letakkan pada Itachi, kelihatannya Itachi agak less heroic sebab dia tidak berkorban apa-apa, cuma itu pilihan dia mahu buat macam itu walaupun ia pilihan yang berat. Melainkan dia membunuh Sasuke juga sebab Itachi sangat sayangkan Sasuke." ]
https://www.thepatriots.asia/presiden-amerika-syarikat-paling-teruk-dalam-sejarah/
Presiden Amerika Syarikat Paling Teruk Dalam Sejarah
[ "Kalau tanya soalan ini di Amerika Syarikat, jawapan mesti antara Donald Trump dan Joe Biden. Siapa yang undi Trump akan kata Biden. Siapa yang tidak undi Trump mesti kata Trump. Hanya segelintir akan cakap Barack Obama atau George W. Bush.", "Hakikatnya bukan Bush, Obama atau Trump. Mereka ada baik buruk masing-masing. Tetapi antara semua penguasa Amerika Syarikat, ada seorang yang layak digelar paling teruk dalam sejarah.", "Presiden ini mula berkuasa pada tahun 1857, ketika Amerika Syarikat sangat panas dengan polemik perhαmbααn. Pada ketika itu, Mahkamah Persekutuan sedang berbincang tentang kes Dred Scott.", "Senang cakap, seorang hαmbα sedang cuba membebaskan diri. Suasana cacamarba ini mewarnai karier politik James Buchanan, yang ada buat campurtangan dalam Mahkamah Persekutuan (Baker, 2004).", "Patutnya institusi presiden dan mahkamah tidak bercampur antara satu sama lain. Tetapi Buchanan pergi berbisik dengan salah seorang hakim mahkamah, supaya kes Dred Scott digagalkan.", "Apabila hαmbα berkenaan tidak mendapat kebebasan, geng sebelah utara Amerika Syarikat pun benganglah. Mereka menunggang arus habis-habisan untuk mengkritik Buchanan.", "Akan tetapi, kritikan sebegini hanya diterima sesama mereka sahaja. Geng sebelah Selatan sebenarnya bersetuju dengan pendirian Buchanan. Jadi geng Utara cari isu lain, yang datang bergolek dalam masa beberapa bulan.", "Pentadbiran Buchanan mula bergelut dengan krisis ekonomi. Sebanyak 1,400 bank persekutuan rαnαp, termasuk 5,000 perniagaan yang menjadi tulang belakang pekerjaan negara.", "Ketika ini, geng Selatan senyum sambil menghisap paip kerana geng Utara saja yang banyak menjadi penganggur.", "Sudahlah salah guna kuasa, kena krisis ekonomi pula. Masalah tidak terhenti di sini. Buchanan pergi berperαηg pula… bukan dengan negara lain, tetapi dengan negeri Utah yang mengamalkan mazhab pro-poligami.", "Ketika ini, geng poligami (Latter-Day Saints) tidak suka dengan campurtangan persekutaun. Mereka banyak mengganggu urusan pegawai kerajaan. Jadi Buchanan datang dengan bαlα teηterα besar dalam satu operasi yang dipanggil “Kesilapan Buchanan” kerana:", "Kedangkalan pentadbiran Buchanan menimbulkan persaingan dalam kalangan Parti Demokratik. Ramai ahli politik tidak berpuas hati dengannya. Antara adalah Stephen Douglas, yang digelar Gergasi Kecil.", "Tubuh badan yang kecil tidak menjadi penghalang buat Douglas, kerana suaranya boleh merµntµhkan langit politik. Buchanan dan Douglas tidak peduli pasal hal kepartian. Dua-dua sama Demokrat tetapi mereka bertembung dalam isu Kansas pula.", "Ya, selepas Utah – Buchanan pergi cari pasal di Kansas. Masalah Kansas berkaitan dengan hal perhαmbααn. Sebelum dibawa masuk ke Amerika Syarikat, wilayah Kansas mendapat hak pilihan: teruskan perhαmbααn atau tidak.", "Hak ini membahagikan politik Kansas. Ada cakap teruskan. Ada yang cakap tidak. Pihak “terus” membentuk kerajaan berpusat di bandar Lecompton. Manakala pihak “henti” membentuk kerajaan di Topeka. Dua kerajaan dalam satu negeri. Dan Buchanan menyokong Lecompton (Donovan, 2004).", "Lalu Buchanan melantik seorang pembesar bernama Robert Walker untuk meluluskan perlembagaan pro-perhαmbααn untuk Kansas. Walker pula pergi buat referendum bertanya secara terbuka.", "Apabila bertanya sebegini, memang bercampurlah pendapat. Di sini sudah cukup untuk tahu tahap populariti Buchanan, yang mula tersisih hanya dengan sokongan Selatan sahaja.", "Buchanan tahu yang keajaiban 1856 (tahun beliau menang pilihan raya) takkan berlaku. Sebelum ini, beliau menang pun kerana ada pertandingan tiga penjuru. Parti “American” menjadi pengganggu undi.", "Dalam pilihan raya 1861, empat parti akan bertanding sekali: Republican, Southern Democratic, Constitutional Union dan Democratic. Maka beliau membuat keputusan untuk tidak bertanding, diganti naibnya iaitu John Breckinridge yang tewas pada tangan Abraham Lincoln.", "Lincoln menang saja, banyak negeri Selatan mengisytihar keluar daripada Amerika Syarikat… semuanya adalah angkara Buchanan yang tidak berjaya merapatkan saf sosial dalam negara. Kedangkalan pentadbiran Buchanan menjadi punca… beliau adalah Presiden paling teruk dalam sejarah.", "RUJUKAN:", "Baker, J. (2004). James Buchanan. Times Book. Halaman 85-86.", "Donovan, S. (2004). James Buchanan. Twenty-First Century Books. Halaman 86." ]
https://www.thepatriots.asia/kenapa-matawang-singapura-dan-brunei-sama-nilai/
Kenapa Matawang Singapura dan Brunei Sama Nilai?
[ "Korang tahu kan matawang Singapura dan Brunei sama nilai? Sebab mereka buat Perjanjian Currency Interchangeability (CIA).", "Tapi tak ramai tahu Malaysia pernah join CIA ni. Ya! RM1.00 dulu bernilai SGD1.00! Asas CIA senang jer. Setiap negara ada pihak berkuasa kewangan (monetary authority). Negara-negara yang masuk CIA ni mengiktiraf matawang satu sama lain. Jadi pihak berkuasa kewangan wajib terima dan tukar. Nilai kena sama.", "Sebab tu duit Brunei ‘sepatutnya’ diterima jer kat Singapura. Begitu juga duit Singapura ‘patutnya’ diterima kat Brunei. Sebab kedua-duanya “duit yang sama”. Ada perniagaan yang tak tahu benda ni. Mereka reject. Tapi perniagaan yang tahu akan terima.", "–", "Ambang PBAKL2023 dah ni. Jumpa korang semua nanti sepanjang tempoh PBAKL2023.", "–", "Sistem ni dah ada sejak 1967 lagi. Tapi nak faham, kena langkau ke 1 Januari 1952. Waktu tu Malaya hantar menteri kewangan pergi jumpa Setiausaha Kewangan Singapura, Gabenor Sarawak, Gabenor Borneo Utara (British Sabah) dan Residen Brunei.", "Persetujuan Bersama Pra-Kemerdekaan", "Secara bersama, mereka mencapai persefahaman. Kena ketepikan semua matawang sedia ada. Guna matawang “The Malaya and British Borneo Dollar”. Ni jadi universal currency kat Malaya + Singapura + Borneos. Kemudian Malaya dan Borneo merdeka… bentuk negara bersama Singapura. 1965, Singapura diisytihar negara merdeka.", "Jadi sekarang pengguna asal “The Malaya and British Borneo Dollar” dah jadi tiga negara – Malaysia, Singapura dan Brunei. Memandangkan mereka dah bertaut, jadi buat jer lah Interchangeability Agreement tu. Ketiga-tiga matawang bernilai sama. Bayangkan. RM1.00 tu sama nilai dengan SGD1.00.", "Idea ni agak bagus. Ada integrasi ekonomi. Kemudahan nak berdagang. Jadi secara rasmi, ada kesatuan matawang kat sini… tak sama macam EU sekarang sebab mereka pakai Euro. Sini pula tiga matawang. Cuma kalau bayar nasi ayam kat Singapura guna Ringgit kira tiada masalah.", "Dengan cara ni, korang fikir je lah betapa luasnya jaringan perniagaan. Pelancongan? Perbelanjaan? Shopping sakan? Memang dahsyat. Licin jer proses. Tak terdedah pada naik-turun kadar tukaran matawang. Jadi semua peniaga tak ubah tanggapan untung rugi. Tapi itulah, benda ni tak lama.", "Malaysia Keluar CIA 1967", "Kena ada kerjasama sangat mendalam antara tiga negara. Kerajaan pula wajib sekepala. Sistem kewangan semua kena stabil. Kalau salah satu engara kena krisis, ada risiko nak kena kesan domino. Sebab semua matawang interlinked dah kan… asalnya nampak mudah. Makin lama susah.", "Malaysia keluar daripada CIA pada 1973. Ada dua hujah kat sini:", "1. Keluar sebab nak ada ‘kemerdekaan ekonomi’\n2. Keluar sebab faktor politik.", "Kita fokus 1. dulu sebab nampak lagi akademik. Malaysia dan Singapura dah mula ikut haluan berbeza. Saya nampak Tun Abdul Razak pragmatik.", "Tun Abdul Razak ni fokus pada “equal outcome”. Lee Kuan Yew pula fokus “equal opportunities”. Nama jer sama equal, tapi cara pelaksanaan jauh berbeza. Ideologi ekonomi juga tak sama.", "Bawah CIA, keputusan Singapura dikhuatiri akan bagi kesan kat Malaysia. Ni yang buat masalah.", "Jadi Malaysia bawa haluan sendiri pada 1973. Dan Currency Interchangeability Agreement diperbaharui dengan framework baru… melibatkan hanya Brunei dan Singapura.", "Akhbar ni menyatakan Menteri Kewangan Malaysia (Tun Tan Siew Sin) buat U-Turn. Asalnya bagi jaminan:", "“Malaysia takkan keluar CIA”. Tapi seminggu kemudian, dia dilaporkan umum Malaysia akan membelahkan “Bursa Saham Malaysia-Singapore”. Dan buat bursa saham sendiri.", "Dan menariknya, zaman tu sangat ramai orang buang matawang Singapura dan tukar ke Ringgit. Sebab lepas 19 Mei, tak boleh guna dah kat Malaysia. Sejarah tertulis. Ringgit bawa haluan sendiri. Dan pada 1990, SGD1 = RM1.47.", "2000? SGD1 = RM2.20.", "Dan sekarang SGD1 = RM3.34+.", "Sementara Brunei dan Singapura tak pernah ubah. Macam mana Brunei buat SGD1=BD1? Sedangkan mereka bergantung pada minyak. Dia senang jer. Walaupun GDP Brunei sering kembang kuncup, tu tak jadi penghalang nak pastikan matawang sama nilai. Brunei cuma perlu ada foreign exchange reserves yang cukup nak defend Brunei Dollar. Kira ni tambatan lah. Kita nampak macam Brunei rugi. Kena burn banyak cash.", "Cara ni menurut IMF stabilkan sistem kewangan Brunei. Sebab SGD ni satu dunia tahu keutuhannya. Sebab apa SGD sangat utuh? Well, ekonomi mereka terurus dengan cekap. Ada hub perkapalan bagai. Politiknya pula sangat stabil. Dasar kewangan setiap tahun bagus. Pelabur sangat suka tuang duit kat Singapura. Sebab ease-of-doing-business mantap. Ada ketelusan. Kira kerajaan Singapura buat benda-benda betul pastikan SGD tu utuh.", "Jadi sementara Singapura jaga matawang, Brunei kena jaga foreign exchange reserves jer. Apa benda ni? Ni kira segala aset dimiliki sebuah bank negara tapi dalam matawang asing. Selalunya benda ni bank negara guna nak mempengaruhi dasar kewangan. Malah Brunei tak sakit kepala apa. Singapura adalah rakan dagang yang utama.", "Singapura pula dapat apa? Dapat pasaran lagi besar untuk aliran SGD. Populasi Brunei betul tak ramai mana. 460,000+ orang. Tapi tengok pada keadaan, mereka boleh tahan berduit. Jadi benda ni bagi win-win situation pada Singapura juga.", "In the long run, semua orang happy. Brunei lagi selesa buat CIA dengan Singapura. Malaysia lagi selesa bergerak sendiri." ]
https://www.thepatriots.asia/revolusi-anak-muda-chelsea-fc/
Revolusi Anak Muda Chelsea FC
[ "Bola sepak Eropah kini kembali lagi dengan musim baharu 2020/2021 setelah mendapat rehat yang singkat sebaik sahaja tamatnya musim 2019/2020 pada bulan Ogos 2020 yang lepas.", "Ya, dunia, termasuklah industri sukan masih lagi berasa terkejut dengan kesan daripada penularan w4bak global yang mula merebak luas sekitar bulan Febuari/Mac yang lepas, seraya turut menrencatkan perjalanan liga-liga utama di Eropah bagi musim 19/20.", "Sehinggakan kebanyakan badan-badan bola sepak memutuskan untuk memberhentikan kebanyakan perlawanan bola sepak buat sementara waktu sehinggalah disambung semula pada sekitar bulan Jun 2020 tempoh hari bagi menghabiskan saki-baki musim 19/20 tanpa kehadiran penonton. Sungguhpun begitu, aktiviti-aktiviti utama perlu diteruskan juga tetapi semestinya dengan kaedah pengawasan dan pencegahan yang teliti.", "Musim baharu yang masih berasa sedikit janggal lagi ini menyebabkan kebanyakan kelab-kelab bola sepak utama di sekitar Eropah lebih berkira-kira untuk membeli dan membawa masuk pemain-pemain baharu dek kerana lebih ingin mengawal situasi kewangan kelab dalam waktu yang tidak menentu ini.", "Apatah lagi hasil untung daripada penjualan tiket pastinya bakal jatuh merudum akibat pengurangan kedatangan penonton yang menjadi lebih terhad di stadium pada musim ini.", "Walaupun begitu, ia tidak menjadi halangan bagi pasukan biru terkenal yang berlokasi di barat daya London, Chelsea, apabila dengan gahnya telah berbelanja sakan bagi mendapatkan khidmat beberapa pemain berkaliber lagi mengujakan bagi memperkasakan pasukan. Mari tinjau lima pemain baharu yang telah menyarung jersi biru keramat pasukan yang dikenali dengan jolokan nama The Blues ini.", "1) Hakim Ziyech: Hakim Yang Bakal Menghukum Pasukan Lawan Dengan Penuh Saksama", "Bermain di bahagian sayap, salah satu aset terbaik bersesuaian dengan posisi pemain kelahiran Morocco (Maghribi) ini adalah hantaran lintangnya yang tepat dan berbah4ya. Pin-point pass yang sungguh oh-so-satisfying untuk disaksikan tidak kira sama ada anda berada di pihak lawan atau penyokong.", "Selain pilihan s3rangan melalui jarak jauh/long range, gaya permainan Ziyech juga termasuk dengan mengucar-ngacirkan pertahanan lawan menggunakan dribbling skill dan kelajuannya.", "sebelum dia cut-inside dan melakukan k1ller pass kepada rakan sepasukan lain di dalam kotak penalti atau terus merembat ke arah pintu gol lawan.", "Pemain yang pandai main long-range dan suka dribble sebelum cut inside ni merupakan mimpi ng3ri kepada lawan terutama kepada pasukan yang suka bermain negative football atau ultra-defensif jenis park-the-bus.", "Gayanya bermain persis gaya Arjen Robben ketika di Bayern Munich bermain pada posisiyang sama, yakni right wing forward.", "Sebagai seorang inverted winger, kaki kirinya yang lebih dominan memberikan Ziyech kelebihan semasa bermain di bahagian kanan apabila hantaran bolanya bertukar menjadi lebih berbah4ya dengan melencong laju ke arah dalam kotak penalti sebelum bakal disambut oleh rakan sepasukan yang sudah berlari menghampiri penghujung tiang gol.", "Case in point, para penyokong Chelsea tidak perlu menunggu lama apabila Ziyech telah menunjukkan kualiti trait-nya dalam perlawanan pemanas badan menentang Brighton pada penghujung Ogos tempoh hari apabila cross dari sebelah kanan menuju tepat mencari Callum Hudson-Odoi (CHO). Tetapi sayang sekali bola hantaran Ziyech disambut dengan tandukan CHO yang kurang kemas.", "Namun, hero The Blues baharu, Timo Werner, dengan pantas membaca trajektori lantunan bola muntah tersebut dan serta-merta melulu laju bagi meletakkan bola di belakang jaring gol lawan.", "Lorong sebelah kanan Chelsea pada musim ini pastinya menjadi salah satu kawasan anc4man terbesar buat pasukan lawan. Selain daripada crossing menuju ke dalam (inward) daripada Ziyech, Chelsea juga mempunyai hantaran lintang yang lebih tradisional daripada pemain bek kanan, Recce James (20), yang pernah disamakan dengan pakar sepakan percuma dan legenda pasukan kebangsaan England, David Beckham, oleh sebab kemampuan hantarannya yang sangat kemas dan tepat melalui kaki kanannya.", "Sebelum ini, peminat-peminat Chelsea sudah menyaksikan kehebatan Ziyech dengan lebihdekat bagaimana dia memporak-perandakan dan memberi ketidakselesaaan berpanjangan.", "Kepada barisan pertahanan Chelsea apabila pasukan London kendalian Frank Lampard (42) bertembung dengan Ziyech yang pada ketika itu menyarung jersi kelab Ajax Amsterdam pada musim lepas dalam kancah perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League).", "Di mana, perlawanan di antara dua buah pasukan muda berbakat dan hebat di Eropah itu boleh dikatakan antara perlawanan jenis high-octane dan menggila yang akhirnya berkesudahan dengan jaringan 4-4 – dengan Chelsea bangkit daripada ketinggalan jaringan 1-4 sebelum menyamakan kedudukan. (Chelsea kemudiannya berjaya ke peringkat seterusnya melalui kelebihan jaringan aggregate dengan Ziyech terlibat dalam penghasilan tiga biji gol bagi pasukan Ajax)", "“If you can’t beat them, join them”", "Hikayat mengatakan, hantaran lintang Ziyech ini sangat mahal sehinggakan sekali dia bagihantaran, serta-merta ibu-ibu di negara ini juga berebut untuk menerimanya. Dengan assist sebanyak 18 dan 9 jaringan gol yang tertulis dalam 34 perlawanannya pada musim lepas ketika bersama dengan Ajax, Ziyech merupakan satu prospek yang baik bagi  membantu rakan sepasukan baharunya bagi menempa jaringan dengan lebih banyak bermula dengan musim 20/21 ini.", "Setelah memenangi pelbagai kejuaraan termasuklah Liga Perdana Inggeris dengan Chelsea,Frank Lampard dan pengurusan Chelsea berbesar hati memberikan jalan keluar kepada bintang Brazil, Willian, untuk ke kelab jiran tetangga, Arsenal. Bukan untuk memenangi kejuaraan sangat (baca balik awal perenggan ini), tetapi bekemungkinan lebih untuk mendapatkan play time yang lebih banyak supaya mendapat kecergasan yang optimum yang berkemungkinan (sekali lagi) atas faktor untuk terus dipilih bagi mewakili pasukan Brazil di peringat antarabangsa. Ok jk. Friendly jibe je sahabat-sahabat Arsenal sekalian ya.", "Kita semua tahu warna biru sentiasa merajai London, dan ya, terkadang warna merah mengambil alih buat seketika. Tetapi apa yang pasti, kita semua boleh bersetuju bahawa London tidak akan sekali-kali bertukar warna menjadi putih. Khalas.", "Dengan pemergian Willian, adalah satu no-brainer apabila Ziyech telah diberi kepercayaan bagi menggalas tugas untuk mengambil sepakan penjuru dan juga sepakan percuma bagi skuad Chelsea.", "Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Hakim Ziyech tertarik untuk menyertai pasukan terhebat di London dan di England ini. Salah satunya adalah pelan jangka masa panjang dan pengaruh Frank Lampard itu sendiri. Tetapi aku turut berpendapat kejadian ini juga adalah antara penyumbang terbesar dalam membantu proses pemilihan Hakim bagi membuat keputusan yang tepat untuk menyertai Chelsea:", "Mungkin Ziyech bermatlamat untuk membalas dendam balik kat Tomori semasa sesi latihan di Cobham.", "Kesimpulannya untuk pertahanan lawan, keraplah melakukan kesilapan sebagai satu bonus supaya hakim yang satu ini dapat menjalankan tugasnya dengan menjatuhkan hukuman yang setimpal.", "2) Timo Werner: Penggempvr dan Pendominasi Hadapan Serba Boleh", "Pacing, finishing, versatility, rajin dan punyai semangat juang yang tinggi merupakan attribute yang sesuai bagi menggambarkan cara dan gaya bermain peny3rang prolifik yang berumur 24 tahun ini.", "Selain bermain sebagai seorang striker/centre-forward, Werner juga tidak lekok jika diberikan peranan bermain out-wide atau sebagai false 9 (atau No 10). Justeru, link-up play Werner bakal memberikan kelebihan kepada rakan sepasukannya yang lain pada bahagian s3rangan.", "36 gol dan 12 assist dalam 50 perlawanan pada musim lepas semasa bersama pasukan yang semakin meningkat naik, RB Leipzig, membuktikan dominasi unggulnya di bahagian hadapan sehinggakan telah menjadi buruan kebanyakan kelab-kelab ternama di Eropah.", "Antara kelab tersebut adalah Liverpool dengan pengurus sensasinya, Jürgen Klopp, sedikit sebanyak menunjukkan minatnya ke atas pemain kebangsaan Jerman ini. Alih-alih, Werner membuat pilihan yang bijak dengan menyertai pasukan The Blues. Lain macam bila difikirkan balik.", "Ye lah, Klopp tu orang Jerman jugak sama macam Werner. Selain itu, Liverpool masih segar dengan panggilan juara takhta liga musim lepas dan masih dilimpahi dengan kemasyhuran gelaran pasukan juara Eropah 18/19 (sebelum dimenangi oleh Bayern Munich baru-baru ini bagi musim 19/20 yang lepas). Justeru, menjadi suatu persoalan mengapa Werner tidak memilih untuk berhijrah ke Liverpool.", "Mungkin sekarang baru Klopp tahu dan kenal apa itu ‘The Abramovich Effect’, setelah tidak diaktifkan selama dua jendela perpindahan.", "Namun yang demikian, punyalah bengkek Klopp ni sampaikan belum apa-apa lagi dia sudah melakukan s3rangan permainan minda dengan mengeluarkan kenyataan perlian ke atas Chelsea kerana berbelanja besar bagi musim ini.", "Real jugak bila takde hujan takde ribut, tiba-tiba pasukan sang juara dah mula melakukan p3rang minda dan saraf. Mind games-nya pulak ditujukan kepada pasukan underdog muda berbakat pulak tu. Bukan apa, takkanlah dengan pasukan underdog pun nak bermain p3rang minda, ye dak. Tak manis orang tengok sebab nampak macam gugup.", "Selain pengaruh dan status Frank Lampard sebagai salah seorang bekas pemain ternama, mungkin Werner pun dah nampak bibit-bibit kejatuhan The Kop dan barangkali mengambil kira perkara tersebut juga dalam proses pemilihan kelab baharunya.", "Setelah peminat Liga Perdana Inggeris/ EPL syok menonton perseteruan individu di antara José Mourinho dengan Arsene Wenger sebelum-sebelum ini, mungkin inilah permulaan bahawa kita telah menemui perkelahian baharu yang seterusnya dalam Liga Perdana Inggeris bagi merancakkan dan menambahkan lagi drama buat generasi EPL terkini di antara Klopp dan Lampard.", "Tapi mujurlah jugak Lampard ni bukan jenis termakan umpan dan suka layan mind games sangat walaupun musim lepas dia ada bertekak jugak dengan staf Liverpool kerana tak puas hati dengan keputusan pengadil yang berat sebelah ketika dalam perlawanan liga.", "Baik. Kelibat kehadiran Werner, dengan yuran perpindahan sebanyak £48.6m ke Stamford Bridge, bakal menjadikan Chelsea sebagai sebuah pasukan mesin gol yang berwibawa. Apatah lagi dia juga cerdik mencari dan membuka ruang untuk rakan sepasukannya yang lain dalam usaha membuka kunci barisan pertahanan lawan – satu perkara yang bakal membuatkan pengurus-pengurus lawan s4kit kepala jika mengarahkan taktik man-marking kepada barisan s3rangan Chelsea kerana versatility dan kreativiti yang dipunyai dan dimiliki oleh pasukan yang pernah memenangi piala berprestij Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2012.", "Tidak perlu disangkal, dengan work-rate-nya yang menakjubkan bagi seorang peny3rang, Timo Werner bakal menjadi ayam tambatan baharu bagi skuad Chelsea moden ini.", "3) Kai Havertz: Permata di Tengah Padang (Ballon d’Or Winner In The Making?)", "Kai Havertz merupakan seorang pemain berposisi Att4cking Midfielder, atau orang panggil pemain No 10. Bertepatan dengan posisi kegemarannya, Havertz ni pandai create space, mempunyai ball control yang baik, vision dan decision making yang bagus, dan hebat dalam melakukan key pass/through ball.", "Kerana kekreatifannya di atas padang, satu perkara yang dapat dilihat dalam caranya bermain mengingatkan aku kepada cara permainan Kaka dan Mesut Özil semasa zaman peak mereka masing-masing di AC Milan dan Werder Bremen/ Real Madrid.", "Playmaker berbah4ya ini telah mencetak sebanyak 18 gol dan 11 assist dalam 48 perlawanan seraya menjadikannya sebagai tunjang tengah yang mudah menguasai kawasan selain turut mampu memberikan anc4man di bahagian udara.", "Dengan segala attribute, keupayaan membuat jaringan gol serta assist, dan mampu mengatur gerak s3rangan yang merbah4ya dari tengah padang, yuran perpindahan sebanyak £75.8m tampak seperti satu pelaburan yang amat berbaloi terutamanya apabila melihat umurnya yang masih muda (21 tahun).", "Ketibaan Kai Havertz di Chelsea pada musim 20/21 boleh diibaratkan seperti hype kedatangan Eden Hazard pada musim 12/13 yang lalu. Hazard hilang, Havertz berganti. Ngam.", "The sky’s the limit for Kai!", "4) Ben Chilwell: The Next Ashley Cole", "Boleh dikatakan kawasan pertahanan kiri Chelsea agak goyah pada musim lepas. Walaupun Marcos Alonso cemerlang dengan peranannya dalam membantu s3rangan di atas, tetapi dia tidak dapat menterjemahkan kecemerlangannya seperti dalam s3rangan semasa menjalankan tugas utamanya iaitu bertahan dan mengawal kubu. Manakala prestasi pemain pilihan lain, Emerson Palmieri, pula tidak cukup konsisten.", "Dengan itu, mendapatkan pemain left back kebangsaan England ini merupakan satu solusi yang tepat bagi mengatasi masalah di posisi kiri. Ia juga merupakan satu bonus bagi Chelsea kerana Chilwell sudah biasa dengan gaya permainan pantas dan berfizikal di EPL apabila telah bermain bersama-sama bekas pasukannya, Leicester City, selama 4 musim sebelum ini.", "Dengan baru berusia 23 tahun, hanya masa menjadi penentu sama ada Ben Chilwell mampu mencapai status legenda seperti bekas bintang pertahanan ‘The Old Guard’ Chelsea, Ashley Cole.", "Tak perlu lagi nak diperkenalkan dengan pemain bola seorang ini.", "Ya, Thiago Silva ni bukanlah berada dalam kategori umur-umur pemain muda, tetapi dengan pengalamannya yang luas dalam mengemudi barisan pertahanan, baik di peringkat kelab (AC Milan dan PSG) mahupun negara, khidmatnya amatlah diperlukan oleh Chelsea bagi memperkukuhkan benteng pertahanan yang sebelum ini telah dibolosi sebanyak 54 gol pada musim lepas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (berbanding 33 gol bolos oleh Liverpool dan 35 gol bolos oleh Manchester City sebagai benchmark).", "Agak kurang senang apabila memikirkan kelab sebesar Chelsea masih tidak menjumpai pasangan pertahanan tengah yang serasi antara Kurt Zouma (25), Andreas Christensen (24), Fikayo Tomori (22) atau termasuk juga bagi pemain yang lebih senior, iaitu pemain  pertahanan pasukan kebangsaan Jerman, Antonio Rüdiger (27).", "Kubu batu pertahanan yang dicipta melalui pasangan duo terbaik pada suatu ketika dahulu di antara John Terry dengan Ricardo Carvalho, pastinya masih menjadi igauan buat pasukan Chelsea yang baharu ini dalam usaha mencari dua centre-back tetap yang boleh diharap dapat menyekat dan mengurangkan gol bolos buat pasukan The Blues.", "Melalui perpindahan percuma, Thiago Silva yang juga merupakan bekas kapten pasukan Brazil, dijangka mampu meluruskan dan mengebalkan kembali barisan pertahanan Chelsea yang agak rapuh, sama ada berperanan sebagai pemain back-up yang aktif dalam kejohanan yang lebih selektif dan penting atau bermain bersebelahan dengan Antonio Rüdiger sebagai pasangan tengah berdua.", "Jika hebat meny3rang tempat lawan tetapi sering dicerob0hi di kawasan belakang, tiada guna jugak orang cakap. Unit s3rangan mungkin membolehkan anda memenangi perlawanan, tetapi ia juga memerlukan khidmat unit pertahanan bagi memberikan anda kemenangan dalam keseluruhan pep3rangan.", "Mencari Keserasian dan Keberkesanan Para Pemain", "Terdapat beberapa formasi yang mungkin menjadi pilihan Lampard, antaranya adalah:", "Dengan trio s3rangan – Werner, Havertz, Ziyech bermain di hadapan, dibantu oleh Tammy Abraham (22) atau Olivier Giroud, serta dua lagi pemain muda Pulisic (21) dan Callum Hudson-Odoi (19) di bahagian sayap.", "Manakala di bahagian tengah pula, kestabilan Ruben Loftus-Cheek (24) pasti ditag1h semula oleh Chelsea setelah banyak menghabiskan masanya di tepi padang dek kerana kec3deraan yang menimpanya pada musim lepas. Jika persembahan tidak meyakinkan, pemain berjersi nombor 8, Ross Barkley, sentiasa bersiap sedia bagi menjadi pengganti.", "Mateo Kovačić dan pemain tengah metronome, Jorginho, pula sudah sebati dengan peranan di kawasan tengah penyambung daripada barisan pertahanan kepada barisan s3rangan, selain mengawal tempo permainan.", "Andai kata salah seorang daripada mereka tidak berhati-hati dan menurun dari segi prestasi, Billy Gilmour (19), pemain tengah muda yang dianugerahi dengan ketenangan tahap tertinggi walau diasak macam mana sekalipun, bakal mengambil tempat mereka dengan mudah.", "Pasal Kante tak perlulah aku nak cakap lebih-lebih sebab ramai yang dah tahu; 71% muka bumi ini dilitupi oleh air, yang selebihnya oleh Kante.", "Dengan jentera s3rangan yang dikemudi dengan kuasa kejuruteraan Jerman melalui Werner dan Havertz, ditambah pula dengan kelajuan serta t3mbakan lintangan jarak jauh Ziyech dari sebelah kanan, bersama-sama dengan dribble lipas kudung daripada pemain nasional Amerika Syarikat (USMNT), Christian ‘Captain America’ Pulisic di bahagian kiri, Chelsea nampaknya telah mempunyai f1re power yang begitu padu bagi memulakan musim 20/21 dengan penuh keyakinan yang tinggi.", "Cuma perkara yang masih sedikit merisaukan adalah chemistry dan keupayaan barisan pertahanan termasuklah dengan prestasi penjaga gol (player-manager. lol) berharga £71.5m, Kepa Arrizabalaga. Jika Kepa dapat tingkatkan komunikasinya dengan barisan pertahanan di hadapannya serta mampu memberi arahan yang sebaiknya, nescaya kekebalan barisan belakang dapat ditingkatkan dengan lebih cemerlang pada musim ini.", "Jikalau Kepa masih tidak berada dalam keadaan cakna pada setiap masa atau masih buat hal di musim baharu ini dengan perangai dan prestasi lamanya, maka bersiap sedialah untuk digantikan dengan penjaga gawang baharu.", "Penjaga gol Stade Rennais, Edouard Mendy, mungkin?", "Dengan jendela perpindahan yang telah dianjakkan masanya dan hanya akan tamat pada 5 Oktober 2020, Frank Lampard dan Marina Granovskaia – direktor Chelsea merangkap orang kanan pemilik kelab, Roman Abramovich – pastinya telah mengintai beberapa nama pengganti untuk diletakkan dalam radar mereka sebelum melakukan sebarang transaksi di masa hadapan.", "Musim Penting Bagi Super Frankie", "Dengan berbelanja besar bagi mendapatkan sekurang-kurang empat rekrut utama yang segar, Frank Lampard setidak-tidaknya perlu menjulang piala FA (The FA Cup) pada musim ini.", "Dan sebagai seorang peminat yang rasional, aku meletakkan peratusan bagi Chelsea untuk memenangi liga sebanyak 80% (dengan tolakan 20% lagi adalah faktor nasib dan keceder4an pemain utama). Jika tidak, menjadi runner-up sudah cukup bagus bagi skuad berwajah baharu Chelsea ini.", "Pengurus muda Chelsea ini perlu bertindak dengan lebih proaktif berbanding menjadi reaktif bagi musim baharu yang penting ini I sports.yahoo.com", "Untuk saingan Liga Juara-Juara Eropah pula, paling tidak pun Lampard perlu memastikan", "Chelsea layak ke pusingan separuh akhir dan jika nasib menyebelahi Chelsea – seperti manaketika malam magikal itu di Munich – harapnya mereka berjaya melangkah ke perlawanan akhir yang bakal berlangsung di Atatürk Olympic Stadium, İstanbul, Turkey.", "Harapan lain aku adalah agar Lampard tidak melakukan eksperimentasi-eksperimentasinya pada musim ini atau meletakkan pemain-pemain utama di luar posisi natural mereka. Termasuklah mengambil tindakan yang berani untuk meletakkan pemain-pemain yang tidak perform di bangku simpanan (contohnya macam Mason Mount).", "Jika sasaran-sasaran dan harapan peribadi rasional aku ini pun tidak berjaya dikecapi olehnya, maka tunggulah ‘the wrath of Roman’ di penghujung musim kelak.", "Secara jujurnya, sebagai seorang peminat Chelsea moden yang telah banyak melihat kejayaan, kepahitan, jatuh bangun pasukan The Blues ini sejak dari bangku sekolah lagi, secara peribadi perkara yang diharapkan semenjak 3, 4 tahun lepas adalah untuk aku menyaksikan pasukan Chelsea mencapai status konsisten sebagai pasukan free-scoring yang digeruni dan mendominasi di bumi Eropah. Di samping dapat menterjemahkan permainan yang cantik dengan penuh taktikal. Sesuai dengan jolokan nama bagi sukan bola sepak iaitu ‘the beautiful game’.", "Menang satu atau dua piala setiap musim mencukupi dah. Dapat menang treble atau quadruple pulak adalah satu bonus. Okay, wishful thinking sangat.", "Apa-apa pun, may the best team win.", "Sekian.", "RUJUKAN:" ]
https://www.thepatriots.asia/istana-dracula-pusat-vaksinasi/
Istana Dracula Pusat Vaksinasi?!
[ "Sebut saja Dracula, ramai sudah membayangkan watak pontianak rekaan Bram Stoker itu yang menjadi igauan ngeri pembaca kisah seram. Tetapi tidak ramai tahu, sebuah istana di Transylvania menjadi inspirasi kediamannya kini menjadi antara pusat vaksinasi Covid-19 di Romania.", "Istana Bran yang wujud sejak abad ke-14 dipilih oleh Bucharest sebagai pusat vaksinasi Pfizer bagi menggalakkan ramai warganya mengambil vaksin Covid-19. Bagaimanapun, ini bukan sesuatu yang mudah jika menurut kaji selidik Globesec. Berdasarkan keputusan kajian, separuh daripada warga Romania merasa ragu-ragu untuk mengambil vaksin Covid-19 – antara kadar yang tertinggi di benua Eropah.", "Ketika ini, Romania merekodkan lebih sejuta kes sejak tahun lepas dengan 29,000 kes kema.ti.an dilaporkan. Istana Bran berharap menerusi inisiatif unik yang diperkenalkannya, ia dapat meningkatkan bilangan individu yang mendapat vaksin.", "Untuk sepanjang empat hujung minggu pada bulan Mei, pengunjung boleh muncul tanpa perlu mendapatkan temu janji untuk mendapatkan vaksin. Selepas mereka selesai mengambil vaksin, pengunjung akan dibawa melihat 52 peralatan se.ks.aan Zaman Pertengahan. Menurut pengarah pemasaran istana Alexandru Priscu, ia dibuat bagi menunjukkan apa yang dilalui mereka tidaklah seteruk apa yang dialami manusia pada Zaman Pertengahan.", "Istana Bran terletak di atas kaki bukit Pergunungan Carpathia, 170 km di utara Bucharest. Istana ini dikatakan pernah didiami Vlad the Imp.al.er atau Vlad Tepes yang menjadi inspirasi Stoker untuk watak Count Dracula.", "RUJUKAN:", "BBC News. (2021). Covid: Dracula’s castle in Romania offers tourists vaccine" ]
https://www.thepatriots.asia/richard-the-lionheart-sebelum-perang-salib-ketiga/
Richard The Lionheart Sebelum Perang Salib Ketiga
[ "Richard adalah anak lelaki ketiga kepada Raja England iaitu Henry II dan permaisurinya, Eleanor. Kedua-dua ibu dan bapa Richard adalah personaliti yang tidak kurang warna warninya dalam sejarah England. Eleanor sendiri adalah bekas isteri kepada Raja Perancis ketika itu iaitu Louis VII dan pernah menyertai Perang Salib Kedua bersama baginda.", "Apabila perkahwinan Eleanor dan Louis VII dibatalkan, Elenor terus mengambil peluang itu untuk mengahwini Henry II sebelum baginda ditabalkan menjadi Raja England.\nPerlu diketahui bahawa pada masa ini terdapat jajahan England yang sangat luas di tanah besar berhampiran dengan Perancis. Bahkan tempat asal usul kerabat diraja England iaitu Normandy, merupakan wilayah yang dinaungi oleh Raja Perancis. Normandy adalah wilayah milik Henry II dan ini menyebabkan Henry II juga merupakan vasal kepada Raja Perancis.", "Sebagai vasal, Henry II perlu melakukan persetiaan kepada Louis VII dan sebagai seorang raja yang berdaulat, Henry II keberatan untuk melakukannya kecuali mendapat manfaat atau terdesak. Selain itu terdapat pertikaian antara Richard dan Louis VII mengenai hak milik kawasan-kawasan antara sempadan Normany dan Perancis seperti Vexin.", "Pertikaian hak milik jajahan England di Perancis ini selain perkahwinan Henry II dan Eleanor menyebabkan hubungan England dan Perancis sentiasa tegang.\nTetapi Henry II bukan sahaja terpaksa berhadapan ancaman Perancis, anak-anaknya sendiri yang semakin dewasa juga akhirnya menjadi seterunya.", "Perang Saudara", "Putera sulung baginda iaitu Henry (Henry The Young King) memberontak kerana tidak diberikan lebih banyak kuasa otonomi untuk memerintah dan mendapatkan pendapatan selaku raja bersama England. Sebelum ini Henry The Young King telah ditabalkan menjadi raja muda oleh bapanya sebagai persediaan untuk memerintah England.", "Turut serta dalam pemberontakan dengan menyokong Henry The Young King ialah Richard dan adiknya George. Selain itu ramai bangsawan dan pembesar dari England dan Perancis memihak kepada Henry The Young King.", "Raja Louis VII dari Perancis juga turut memilih untuk memberi sokongan kepada Henry The Young King.", "Perang saudara antara bapa dan anak-anaknya pun bermula.", "Walau Henry The Young King mempunyai banyak sokongan, Henry II mempunyai pengalaman yang lebih luas tentang strategi peperangan daripada anak-anaknya. Lagipun, bagindalah yang meluaskan jajahan England sebelum ini. Dengan mudah, baginda menghancurkan pemberontakan itu dan menghukum anak-anaknya dengan mengurangkan pendapatan dan wilayah pemerintahan milik mereka. Permaisuri Eleanor juga ditahan dan dikurung kerana menyokong pemberontakan itu dengan menyebelahi anak-anaknya.", "Richard the Lionhearted", "Sebagai hukuman, Richard juga ditugaskan oleh bapanya untuk memusnahkan pertahanan-pertahanan yang dibina oleh bangsawan-bangsawan yang telah menyokong pemberontakan tempoh hari. Selama beberapa tahun, Richard melakukan tugas ini dengan efisien dan efektif. Pada masa inilah baginda mula digeruni dan mendapat gelaran Richard The Lionhearted oleh penduduk tempatan.", "Beberapa tahun selepas itu, Henry The Young King sekali lagi mengangkat senjata. Walaubagaimanapun, penentangannya kali ini adalah terhadap Richard. Alasan Henry The Young King untuk memerangi Richard adalah kerana adiknya itu telah membina kubu di wilayah miliknya.  Sekali lagi perang saudara berlaku di kalangan keluarga diraja England.", "Henry II yang sebenarnya tidak mahu memihak kepada sesiapa terpaksa memihak kepada Richard apabila baginda sendiri diserang secara tidak sengaja oleh bala tentera Henry The Young King.", "Tetapi kali ini, pemberontakan Henry The Young King tidak bertahan lama apabila baginda sendiri meninggal akibat penyakit disentri. Ini menyebabkan Richard menjadi waris takhta England yang seterusnya.", "Perseteruan antara England dan Perancis berterusan. Raja Philip II yang menggantikan Raja Louis VII sebagai Raja Perancis mula mempertikaikan status jajahan England berada di wilayah Perancis. Selain itu Philip II juga tidak berpuas hati dengan perjanjian-perjanjian lain yang dimeterai antara mereka sebelum ini yang masih tidak ditunaikan oleh England.", "Apabila England tidak memberi jawapan dan penyelesaian yang memuaskan terhadap isu-isu tersebut, Philip II pun memerangi England. Pertempuran demi pertempuran berlaku di jajahan dan wilayah Perancis dan England.", "Semboyan Perang Salib Ketiga", "Apabila berita Jerusalem kembali kepada orang Islam sampai kepada kedua-dua musuh ini, mereka menghentikan sengketa seketika untuk mengisytiharkan bahawa mereka akan menyertai perang salib yang akan datang.", "Tetapi belum sempat mereka melakukan persediaan, mereka kembali berperang antara satu sama lain.", "Persengkataan yang tidak henti-henti ini menyebabkan pembesar-pembesar di kedua-dua pihak meminta pemimpin mereka untuk berdamai. Kedua-dua raja Eropah itu akur dan memeterai perjanjian damai.", "Tetapi Richard tidak berpuas hati dengan perjanjian tersebut kerana ada antara syarat dalam perjanjian itu merugikan dirinya. Apabila baginda menyatakan ketidak puasan hatinya kepada Henry II, Raja England itu tidak memperdulikan kata-kata warisnya itu.", "Richard semakin tidak berpuas hati apabila mendapati bahawa ayahnya, seolah-olah melebih-lebihkan seorang lagi adik lelakinya iaitu Putera John dalam urusan pembahagian tanah dan jajahan.", "Apabila konflik antara Perancis dan England sekali lagi berlaku (walaupun telah berdamai sebelum ini), Richard mengambil tindakan nekad di luar janggkaan ayahnya. Pada persidangan damai seterusnya, Henry II terkejut apabila menyaksikan Richard datang bersama Philip II.", "Sebenarnya Philip II telah menghasut Richard dengan menanam tanggapan kepada baginda bahawa Henry II telah tidak lagi berkenan untuk menjadikan Richard sebagai waris takhtanya dan lebih suka supaya John menjadi Raja England yang seterusnya. Ini membuat Richard semakin tidak senang dengan ayahnya. Baginda tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada Henry The Young King berlaku kepadanya.", "Dalam persidangan itu, Richard mengumumkan bahawa baginda telah bersekutu dengan Phillip II untuk memerangi Henry II. Sekali lagi Richard memerangi ayahnya dan konflik ketenteraan menyelubungi England.", "Ini adalah satu pengkhianatan yang besar pada Henry II. Baginda cuba melawan persepakatan itu tetapi ternyata baginda sudah terlalu tua dan tidak lagi dapat berhadapan dengan dua orang muda yang sangat berbakat dalam strategi dan taktik peperangan. Akhirnya bagindabersetuju untuk berdamai dengan Richard dan Philip II.", "Tidak lama selepas itu baginda pun mangkat dan Richard pun menaiki takhta England.", "Sebaik sahaja ditabalkan, Raja Richard membuat perubahan pada pentadbiran England. Tetapi baginda masih sangat beria-ia untuk menyertai perang salib. Selain cukai Salahuddin yang bertujuan untuk mendapatkan dana perang, baginda juga melucutkan jawatan pegawai-pegawai dan menjual kembali jawatan tersebut kepada mereka.", "Semua ini bertujuan untuk mendapatkan dana untuk menyertai perang salib. Dengan dana yang ada ini, baginda membuat persediaan yang rapi untuk berangkat ke timur. Baginda mengarahkan pembinaan kapal-kapal serta menyediakan bekalan yang secukupnya untuk bala tenteranya.", "Apabila tiba masanya, baginda berangkat bersama Philip II ke timur menggunakan jalan laut. Di pertengahan jalan, mereka menggunakan jalan berbeza untuk ke sana. Sebelum tiba di timur, Richard sempat menyelesaikan konflik di Pulau Messina dan menakluk Cyprus." ]
https://www.thepatriots.asia/masa-depan-pembelajaran-atas-talian/
Masa Depan Pembelajaran Atas Talian
[ "Profesor dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat, Clayton Christensen menjangkakan dalam masa 10 tahun akan datang, 50% institusi pengajian tinggi yang masih mengamalkan cara tradisional iaitu pengajian di kampus secara fizikal, akan tidak boleh hidup lagi.", "Semuanya akan berjalan di atas talian dan fizikal. Kedua-duanya sekali digabungkan, atau lebih dikenali sebagai blended learning, tidaklah di kampus 100%, dan tidak juga atas talian 100%. Dua-dua, sama banyak. Tapi, tidak juga mustahil yang pengajian atas talian secara 100% akan juga terjadi, sepertimana yang dilakukan sekarang di Al-Madinah International University (MEDIU) dan Open University Malaysia (OUM).", "Universiti-universiti berkenaan ada tawarkan pengajian atas talian 100%. Ada juga kes yang mana masyarakat tinggal di dalam kawasan yang agak jauh dengan mana-mana institusi pengajian. Contohnya, Roxborough. Roxborough adalah satu pekan kecil di New Zealand.", "Kira-kira 175 kanak-kanak dari pekan itu yang tidak ke sekolah. Populasi masyarakat di situ pun sangat rendah. Mereka dapati yang amat susah untuk mengisi kekosongan jawatan guru untuk beberapa subjek membuatkan pelajar-pelajar di sekolah sana tidak dapat mempelajari subjek-subjek itu. Dah guru tak ada, nak belajar macam mana?", "Jadi, kesannya pelajar tak akan mendapat pendidikan yang mengikut piawaian sama rata dengan pelajar-pelajar di kawasan lain yang mana mereka mempunyai kakitangan guru yang mencukupi.", "Untuk menyelesaikan masalah sebegini, amatlah perlu untuk diaplikasikan pembelajaran di atas talian. Pelajar-pelajar di Roxborough pun dapat belajar daripada guru-guru yang mempunyai kepakaran dalam subjek-subjek tertentu yang di Roxborough tiada. Jadi, kenalah belajar dengan guru yang tinggal jauh. Maka, onlinelah jawapannya.", "Selain daripada itu juga, ada kes yang pelajar inginkan pendidikan yang baik dan pada masa yang sama, pelajar perlu memenuhi beberapa tanggungjawab untuk membangunkan keluarga, untuk menampung perbelanjaan dan sebagainya. Senang cerita, ada multiple commitments. Ada beberapa komitmen.", "Sebab itu, Dr. Irina Alvestad dari Universiti New Mexico-Los Alamos pernah berkata,", "“Today, more students have multiple commitments, and they navigate to the flexibility of online courses. Students take UNM-LA classes from all over the world. I have had students in Vienna and in the Philippines, and students who are deployed with the military.“", "Pembelajaran atas talian menawarkan fleksibiliti dalam menimba ilmu serta mendapatkan ijazah sarjana muda dan sebagainya. Bukan semua orang itu mampu untuk belajar sepenuh masa. Ada orang, rezekinya lain. Nak tak nak, kena bekerja. Tapi takkan nak bekerja saja? Mesti nakkan pendidikan supaya mudah-mudahan makin maju dalam industri.", "Improve diri sendiri bukan sekadar dari sudut pengalaman bekerja, namun secara teori pun makin banyak benda tahu. Itu lebih mantap buat seseorang individu dalam mengharungi cabaran dunia ketiga.", "Seterusnya, pendidikan atas talian ini lebih murah. Yang perlu ialah kos untuk belajar secara langsung dengan tenaga pengajar. Itu sahaja. Ia lebih murah berbanding dengan pembelajaran yang berorientasikan kampus. Nak kena bayar macam-macam.", "Pendidikan atas talian juga sangat-sangatlah mudah diakses. Semua orang sudah boleh akses kepada internet dan sebagainya. Tak perlu untuk tinggalkan pekerjaan hanya untuk sambung ijazah. Tak perlu untuk tinggalkan rumah (kalau ada tanggungjawab lain di rumah) kalau nak sambung diploma. Pilihlah pembelajaran atas talian dan teruskan menunaikan tanggungjawab peribadi terhadap ahli keluarga dan lain-lain.", "Cumanya, pada pendapat penulis, isu yang perlu difokuskan sekarang bukan fizikal atau atas talian, semua itu boleh dipelajari masa demi masa. Tapi, tumpuan dan kaedah belajar. Macam mana nak fokus? Macam mana nak belajar dengan berkesan?", "Ada orang, kalau sudah kaedah belajarnya itu sudah betul dan efektif bagi dia, letaklah dekat mana sekalipun, dia akan tetap berjaya dalam pelajaran juga. Jadi, masalah sekarang, macam mana nak belajar? Kaedah pembelajaran yang efektif, itu dia.", "Ada orang, lebih kepada pembacaan, dan ada orang, lebih kepada pendengaran seperti fokus dalam dewan kuliah ketika pensyarah mengajar dan lain-lain. Itu adalah perbahasan psikologi pendidikan. Lain artikel kita bahas pula tentang psikologi pendidikan.", "Akhirnya, pembelajaran atas talian bukan lagi pilihan pada masa depan, namun akan berlaku integrasi juga di antara pembelajaran atas talian dan di kampus. Itulah masa depan yang kita perlu bersedia untuk hadapi.", "Michael Barbour, pengarah pengajian kedoktoran di Universiti Sacred Heart di Amerika Syarikat. Universiti katolik pertama di sana. Beliau percaya yang kita sedang berada di ambang revolusi pendidikan. Beliau berkata,", "“There’s no question things are changing. One thing we can say is that the schools of tomorrow won’t look anything like the ones kids go to today.“", "RUJUKAN:", "The Future of Online Learning. https://www.onlinestudies.com/article/the-future-of-online-learning/", "6 Reasons Why Online Courses Are the Future of Education. https://goodmenproject.com/education-2/6-reasons-why-online-courses-are-the-future-of-education-cmtt/", "5 Reasons Why Online Learning is the Future of Education. https://www.educations.com/articles-and-advice/5-reasons-online-learning-is-future-of-education-17146", "Artikel dikirimkan oleh Sadiq Salihoddin untuk The Patriots. " ]
https://www.thepatriots.asia/ekonomi-alam-melayu-abad-ke-18/
Ekonomi Alam Melayu Abad Ke-18
[ "Selain menggalas tanggungjawab dalam struktur pentadbiran, masyarakat tempatan juga menjadi pemain utama dalam aspek ekonomi di kawasan tanah jajahan (Melaka dan Pulau Pinang) Kolonial Belanda dan Inggeris. Menerusi aktiviti tersebut (perdagangan), sesebuah kerajaan dapat mendapat menjana pendapatan yang sangat lumayan. Perkara ini telah dijelaskan oleh Tome Pires dalam bukunya yang terkenal iaitu Suma Oriental. Beliau mengibaratkan Melaka sebagai “Venice of the East” kerana melihat kepesatan aktiviti perdagangan yang memberikan hasil kekayaan yang melimpah-ruah buat Melaka pada awal abad ke-16. Beliau turut menambah:", "“Whoever is Lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.”", "Namun begitu, keadaan ini sedikit berubah selepas kedatangan penjajah. Walaupun demikian, masyarakat tempatan yang terdiri daripada kaum Melayu (Bugis/Jawa), Cina dan India (Keling/ Moor/ India Muslim) tetap berfungsi sebagai penggerak utama dalam aspek ekonomi.", "Antara kegiatan ekonomi yang dipelopori oleh masyarakat tempatan ialah dalam sektor perdagangan. Sekitar abad ke-17 dan abad ke-18, perdagangan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting kerana aktiviti inilah yang mengundang kepada peristiwa penjajahan kuasa-kuasa besar ke Alam Melayu bagi memonopoli aktiviti perdagangan. Semasa era penjajahan Belanda dan Inggeris di Melaka dan Pulau Pinang pada abad ke-18, pihak Kolonial tidak hanya bergantung kepada interaksi ekonomi dengan masyarakat Eropah dan pedagang luar semata-mata. Sebaliknya untuk menjana keuntungan yang berlipat kali ganda, mereka memerlukan khidmat pedagang tempatan. Disinilah bermulanya kebergantungan pihak Kolonial kepada usahawan tempatan. Semuanya berlaku disebabkan oleh kepentingan ekonomi dan kemajuan tanah jajahan.", "Untuk mengetahui berkenaan dengan latar belakang pedagang di Melaka dan Pulau Pinang pada abad ke-18, mereka boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Di Melaka, masyarakat pedagang tempatan terdiri daripada Orang Kacukan Belanda (Burgher), Melayu, Cina, Moor dan Keling. Di Pulau Pinang pula, golongan pedagang dan peniaga tempatan dipecahkan kepada beberapa kelompok seperti Melayu, Cina, Chulia, Bugis dan Orang Eropah. Antara pedagang terkenal semasa penjajahan Belanda di Melaka ialah Mirsa Muhammad Sia, Tso Anko, Malik Faizullah, Muthu Chitty dan Joost Koek. Mereka merupakan gologan peniaga-peniaga kaya yang memiliki kapal-kapal besar dan rangkaian perdagangan yang luas meliputi Melaka, Nagapatnam, Mergui, Batavia (Jakarta), Semarang dan Riau.", "Hal yang sama turut berlaku di Pulau Pinang, semasa fasa awal pembukaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Francis Light, hanya terdapat 31 orang pedagang yang mengunjungi pulau tersebut dan sudah tentu perkara ini merisaukan pihak British kerana tanpa adanya penglibatan para pedagang di pelabuhan tersebut, mereka tidak akan dapat menjayakan rancangan untuk memajukan serta menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah pelabuhan yang terkenal seperti yang berlaku di Melaka. Atas dasar tersebut, pihak Kolonial telah mengambil inisiatif dengan menggalakkan penglibatan masyarakat tempatan terutamanya pedagang Melayu untuk turut serta dalam aktiviti ekonomi di sana. Hasilnya telah menyebabkan kedatangan pedagang di Pulau Pinang meningkat pada tahun-tahun berikutnya.", "Semasa pemerintahan British di Pulau Pinang pada abad ke-18, terdapat dua orang pedagang tempatan yang sangat berjaya iaitu Tuanku Syed Hussain dan Nakhuda Kechil (Ketua Bazaar Melayu). Kedua-duanya orang pedagang tersebut adalah usahawan dan peniaga yang dipandang tinggi serta mempunyai jaringan ekonomi (trade networking) dengan peniaga-peniaga Eropah seperti John Palmer dari Kalkutta. Gambaran kekayaan Tuanku Syed Hussain dapat diterjemahkan menerusi sebuah peristiwa yang berlaku pada Julai 1815.", "Tuanku Syed Hussain telah menawarkan pinjaman sebanyak SpD 5,0000 kepada kerajaan Kolonial Pulau Pinang yang sedang mengalami krisis kewangan. Menerusi bantuan kewangan yang diberikan, kerajaan British telah menggunakannya untuk urusan pentadbiran dan penambahbaikan infrastruktur di kota pelabuhan tersebut. Hal yang demikian jelas menunjukkan betapa pihak Kolonial bergantung kepada pertolongan yang diberikan oleh usahawan tempatan bagi tujuan memajukan tanah jajahan.", "Selain itu, terdapat juga peniaga dan pedagang tempatan pertengahan (middle class traders) yang hanya memiliki kapal bersaiz kecil seperti perahu, pencalang, kakap dan banting. Walaupun demikian, mereka turut berperanan penting dalam sektor ekonomi kerana memiliki kemahiran dan kemampuan melakukan pelayaran jarak jauh. Skill atau kemahiran yang dimiliki oleh mereka sangat mustahak bagi memastikan pihak Kolonial mendapat bekalan stok komoditi yang mencukupi untuk dipasarkan di sekitar kota pelabuhan. Dalam masa yang sama, keupayaan mereka menjalankan perdagangan dalam jarak yang dekat juga telah menyebabkan pihak British sentiasa terpesona dan memberikan penghormatan yang tinggi kepada pedagang tempatan.", "RUJUKAN:", "Nordin Hussin. 2007. Trade and Society In The Straits Of Melaka: Dutch Melaka and English Penang 1780-1830. Copenhagen: NIAS Press.", "Armando Cortesau. 2005. The Suma Oriental of Tomé Pires: An Account of the East, from the Red Sea to Japan, Written in Malacca and India in 1512-1515, and the Book of Francisco Rodrigues, Rutter of a Voyage in the Red Sea, Nautical Rules, Almanack and Maps, Written and Drawn in the East Before 1515. New Delhi: Asian Educational Services." ]
https://www.thepatriots.asia/diplomasi-vs-konfrontasi-malaysia-dan-indonesia-2/
Diplomasi Vs. Konfrontasi: Malaysia Dan Indonesia
[ "“Awatlah hampa buat aku macam ini?”", "Demikian keluhan bercampur sedih Tunku Abdul Rahman selepas dipaksa memijak Pancasila (simbol Indonesia) oleh sekumpulan pemuda yang berdemonstrasi terhadap Indonesia ketika kemuncak Konfrontasi (1963-1966).", "Kata-kata Tunku menunjukkan sifat orang Melayu yang lembut, budiman dan mengelak konflik, atau kita panggil sebagai sifat “diplomatik”.", "Berbeza sekali dengan seruan Sukarno untuk “ganyang” Malaysia:", "“Semangat kita baja. Peluru kita banyak. Nyawa kita banyak. Bila perlu, satu-satu!”", "Seruan yang menzahirkan sifat Bangsa Indonesia yang keras, tekad dan “confrontational”.", "Dari zaman Srivijaya, Melaka hingga ke Pattani, Johor-Riau, tamadun Melayu merupakan pusat ekonomi pelabuhan. Selat Melaka yang berkedudukan strategik telah menarik pedagang-pedagang daripada Arab, India, China, Ryukyu malah Eropah.", "Peranan kerajaan-kerajaan Melayu ialah sebagai orang tengah antara mereka yang berasal daripada berbagai-bagai pelusuk negara. Sekiranya berlaku pertengkaran, orang Melayu akan bertindak sebagai pendamai (mediator). Trait sifat diplomatik seperti “sabar”, “cakap baik-baik” dan “jangan marah-marah” ditanam ke dalam diri orang Melayu. Gaya Bahasa Melayu yang penuh dengan kiasan dan ungkapan tidak langsung (indirect style) juga merupakan refleksi jati diri Melayu yang diplomatik.", "Tamadun Jawa (yang mendominasi budaya dan politik Indonesia) pula merupakan tamadun penakluk. Pulau Jawa kurang strategik berbanding Selat Melaka, maka kerajaan-kerajaan Jawa seperti Singhasari dan Majapahit perlu menguasai Tanah Melayu dan Sumatra melalui pendekatan ketenteraan yang agresif. Semangat kepahlawanan ditanamkan ke diri orang Jawa agar mereka dapat meredah samudera dan membina empayar.", "Perbezaan pendekatan dapat dilihat melalui perbandingan semangat penaklukan dalam Sumpah Palapa Gajah Mada (Majapahit) dan semangat pragmatisme dalam kata-kata Tun Perak (Melaka) yang berbunyi “daripada banyak seteru, baik banyak sahabat”.", "Orang Melayu mengambil iktibar daripada sang pelanduk yang mengalahkan musuh yang lebih kuat (buaya, harimau) melalui kepintaran atau “cunningness”. Jadi kerajaan Melayu lebih menekankan taktik-taktik diplomasi seperti perundingan, pembinaan pakatan (alignment / alliance) dan imbangan kuasa (balance of power).", "Kelebihan diplomasi ini membolehkan Malaysia mengharungi cabaran Konfrontasi. Kekuatan ketenteraan Malaysia ketika itu tidak setanding Indonesia. Selain bergantung kepada bantuan Komanwel, Malaysia membalas serangan Indonesia melalui “diplomatic blitz”. Tun Razak dengan tungkus lumusnya melawat berpuluh-puluh negara Afrika dan Asia dari 1963 hingga 1965 untuk dapatkan sokongan terhadap Malaysia.", "Atas usaha diplomasi itu, propaganda Indonesia bahawa Malaysia ialah sebuah “projek neokolonial” berjaya dipatahkan. Malaysia diterima oleh komuniti antarabangsa dan dilantik sebagai anggota Majlis Keselamatan UN untuk tahun 1965, menjadi negara Asia Tenggara kedua selepas Filipina yang menganggotai Majlis Keselamatan. Satu tamparan besar kepada Sukarno. Malah keputusan Sukarno menarik Indonesia keluar daripada UN membuat Indonesia semakin dipulaukan.", "Sukarno cuba meneruskan Konfrontasi dengan condong ke China. CONEFO (Conference of the New Emerging Forces) ditubuhkan pada Januari 1965 untuk mewujudkan “poros Jakarta-Peking-Pyongyang-Hanoi”. Ini satu tindakan ideologikal yang tidak mengambil kira prinsip “balance of power”, dan ia akhirnya memakan diri.", "Negara-negara Dunia Ketiga yang selama ini menyokong Indonesia mula berubah sikap. Gamal Abdel Nasser, presiden United Arab Republic (Mesir dan Syria) minta Sukarno jangan “buli” Malaysia. India memberi jaminan bahawa ia akan “melindungi” Malaysia. Usul Indonesia-China untuk mengutuk Malaysia pada Persidangan Afro-Asia Jun 1965 digagalkan.", "Diplomasi 1, Konfrontasi 0.", "Diplomasi adalah kekuatan Malaysia. Bukan saja dalam hubungan antarabangsa malah segala aspek. Inilah jati diri kita yang membezakan kita daripada negara jiran dan juga kebanyakan negara di dunia. Generasi kini dan masa depan wajar meneruskan legasi ini.", "Cuma yang sayangnya, keruntuhan jati diri menyebabkan generasi masa kini semakin hilang penghayatan seni diplomasi.", "(dalam gambar: perjumpaan antara Tunku dan Sukarno di Tokyo pada Jun 1963. Suasana ketika itu tegang, maka Melan Abdullah (wartawan Utusan) minta mereka senyum. Lantas Tunku mencarut menyebabkan Sukarno meletus ketawa)" ]
https://www.thepatriots.asia/ketidaksempurna-itu-sebuah-tarikan/
Ketidaksempurna Itu Sebuah Tarikan
[ "“Perhaps it is our imperfections that make us so perfect for each other.”\n", "–\nJane\nAusten", "Manusia\ndiciptakan oleh Tuhan sebagai mahkluk yang tidak sempurna. Kita tidak\nseharusnya mengharapkan yang sempurna kerana ia tidak wujud dalam diri setiap\nmanusia. Di sebalik ketidaksempurnaan masing-masing, psikologi sosial mendapati\nbahawa kita cenderung untuk tertarik kepada mereka yang mempamerkan ketidaksempurnaan.\n", "Dalam\nerti kata lain, kita kelihatan lebih menarik apabila kita melakukan kesilapan. Apatah\nlagi jika kita sememangnya mempunyai perwatakan yang menarik dan berkebolehan\ndalam sesuatu aspek, kita akan kelihatan lebih menarik apabila melakukan\nkesilapan. Namun, jika kita hanya manusia biasa yang tidak berkebolehan atau\ntidak mempunyai apa-apa bakat yang menonjol, melakukan kesilapan hanya akan\nmerendahkan daya tarikan kita.", "Dalam\npsikologi sosial, hal ini dinamakan “Kesan Kecanggungan” (Pratfall Effect). Daya tarikan seseorang itu mampu meningkat\nataupun merudum berdasarkan pencapaiannya secara umum. ", "Sebagai\ncontoh, berbanding seorang atlet biasa, seorang atlet larian yang sentiasa\nmemenangi tempat pertama dalam setiap acara larian akan kelihatan lebih menarik\ndi mata penyokongnya apabila dia kalah dalam satu ataupun dua acara larian yang\ndisertainya.", "Kajian\nmengenai Kesan Kecanggungan ini diperkenalkan oleh Elliot Aronson pada tahun\n1966. Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti kesan dan punca\nkesan ini termasuklah kesan jantina, keyakinan diri serta hubungan antara jenis\nkesilapan dengan daya tarikan.", "Menerusi eksperimen yang dijalankan oleh Aronson,\nsebanyak 48 orang pelajar lelaki dari University of Minnesota dijadikan subjek\ndan dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diminta mendengar satu\nrakaman temu bual yang merupakan uji bakat untuk sebuah program kuiz\ntelevisyen. Subjek diminta mendengar salah satu daripada rakaman berikut;", "Keputusan\ndaripada temu bual tersebut menunjukkan bahawa peserta uji bakat yang hebat\ntersebut mendapat markah keseluruhan sebanyak 92% manakala peserta uji bakat\nyang sederhana tersebut hanya mendapat markah sebanyak 30%. ", "Aronson\nseterusnya meneguhkan bukti “kehebatan” dan “kebiasaan” peserta-peserta\ntersebut dengan personaliti sebenar kedua-duanya. Peserta yang hebat tersebut\nmerupakan seorang pelajar contoh di sekolah, seorang editor majalah sekolah dan\nsalah seorang atlet larian sekolah. ", "Peserta\nyang sederhana pula hanya mempunyai pencapaian sederhana di sekolah, merupakan\nseorang proofreader untuk majalah\nsekolah di samping tidak layak menjadi atlet larian sekolah. ", "Setelah\nmendengar rakaman tersebut, subjek menjawab soalan-soalan tentang tanggapan\nmereka terhadap kedua-dua peserta. Keputusan membuktikan bahawa ternyata\npeserta yang hebat itu mempunyai daya tarikan yang lebih tinggi dan dianggap\nlebih menarik walaupun melakukan kesilapan manakala daya tarikan peserta yang\nsederhana didapati merudum apabila melakukan kesilapan.", "Natijahnya,\nseseorang yang hebat itu sering dianggap sebagai “superhuman” ataupun seorang manusia yang hebat dan sempurna.\nKehebatan dan kesempurnaan mereka tidak dapat dikaitkan dengan diri kita\nsebagai manusia yang kita anggap sederhana dan penuh ketidak-sempurnaan. ", "Namun\nbegitu, kita akan merasa lebih tertarik apabila manusia yang dianggap hebat ini\nmelakukan kesilapan kerana kita dapat merasakan ketidaksempurnaan mereka “dekat”\nataupun boleh dikaitkan dengan diri kita. Kita rasa kagum manusia yang hebat\nini berada setaraf dengan kita kerana kesilapan tersebut.", "Contoh\nkehidupan sebenar boleh dilihat pada aktres Hollywood\nterkenal, iaitu Jennifer Lawrence. Lawrence merupakan seorang aktres yang\nberbakat dan telah memenangi beberapa anugerah berprestij dalam dunia\nperfileman. ", "Jennifer\nLawrence. Gambar mula-mula yang digunakan untuk topik ini merupakan gambar\nLawrence terjatuh di tangga pentas ketika menerima Anugerah Oscar 2015.", "Namun\ndi sebalik kehebatan itu, beliau juga dikenali sebagai seorang aktres yang agak\nkekok terutamanya ketika insiden-insiden di mana beliau terjatuh di atas pentas\nsemasa menerima anugerah. ", "Di\nsebalik kesilapan dan kekekokan beliau itu, masyarakat khususnya peminat beliau\ntetap menggelar beliau sebagai seorang yang merendah diri dan “sederhana”. Hal\nini menjadikan peminat Lawrence bertambah kerana ramai yang merasakan bahawa\npersonaliti Lawrence yang bersahaja itu dekat dengan diri mereka sekali gus\nmenaikkan lagi populariti selebriti tersebut. ", "Namun\nbegitu, menurut Kay Deaux, Kesan Kecanggungan ini seringkali dikaitkan dengan\ngolongan lelaki. Deaux mengatakan bahawa wanita merupakan golongan yang lebih\ncenderung menganggap kesilapan yang dilakukan oleh kedua-dua jantina yang\nhebat, baik lelaki mahupun wanita, boleh meningkatkan daya tarikan yang sedia\nada. Kedua-dua jantina pula merasakan kesilapan yang dilakukan oleh seseorang\nyang sederhana itu tidak menarik. ", "Kesimpulannya,\nterimalah kesempurnaan diri kita kerana di luar sana, akan ada seseorang yang\nmerasakan ketidaksempurnaan kita ini menarik. Jangan pernah takut melakukan\nkesilapan kerana kita semua bukan sahaja belajar daripada kesilapan diri\nsendiri, bahkan kita juga mampu jatuh cinta atas kesilapan orang lain. ", "Ketidaksempurnaan itu merupakan kesempurnaan, paling-paling tidak daripada kaca mata mereka yang menyayangi diri kita. Justeru, bahagialah bagi diri mereka yang mampu melihat dan menerima ketidaksempurnaan diri sendiri sebelum mencari ketidaksempurnaan orang lain. ", "Anda sedang membaca sebahagian daripada bab The Human Complex. Hari ini pula merupakan hari terakhir untuk melakukan tempahan anda. Cepat dapatkan buku ini di www.wasap.my/60195812791. " ]
https://www.thepatriots.asia/apple-sedang-membangunkan-enjin-carian-tersendiri/
Apple Sedang Membangunkan Enjin Carian Tersendiri
[ "Selamat tinggal Google, Hello Apple Search.", "Selama beberapa tahun, Google telah mengadakan perjanjian dengan Apple di mana ia membayar berbilion dolar kepada Apple untuk tetap menjadi mesin pencari lalai di Safari untuk iOS, iPadOS, dan macOS. Persetujuan ini memastikan bahawa pengguna iPhone, iPad, dan Mac boleh mencari dengan Google semasa menggunakan Safari, kecuali mereka secara manual menukar enjin carian asal kepada Safari.", "Namun, perjanjian antara Apple dan Google mungkin akan segera berakhir. Pada bulan Julai 2020, Reuters melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran UK akan memeriksa perjanjian tersebut.", "Laporan media baru-baru ini menunjukkan, Apple akan segera membuat beberapa perubahan besar, yang mungkin juga termasuk enjin carian tersendiri. Sebab utama ini adalah kerana kesepakatan antara Apple dan Google.", "Mengapa Enjin Carian?", "Enjin carian dari Apple kemungkinan besar akan kelihatan dan berfungsi berbeza dari enjin carian lain seperti Google, Bing, dan DuckDuckGo. Itu mungkin kerana jika ikut pada rekod masa lalu, Apple yang suka melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza, dan mesin carian mereka akan mempunyai tujuan yang berbeza daripada memaparkan iklan dan melombong data.", "Enjin carian Apple akan berfungsi sebagai hab data yang sangat diperibadikan. Ianya akan serupa dengan Pembantu Google di Android, tetapi berbeza kerana (pada mulanya) tidak akan mempunyai iklan, akan bersifat peribadi, dan mempunyai integrasi yang lebih mendalam dengan OS.", "Mendapatkan pembelian dari pengguna akan menjadi lebih mudah kerana mereka memanfaatkan privasi, ditambah dengan integrasi dan pemperibadian data iCloud mereka yang lancar.", "1. Promosi aplikasi dalam hasil carian yang akan menguntungkan produk dan perkhidmatan Apple.", "2. Melemahkan monopoli Google dalam carian dan memberi kesan yang besar terhadap pendapatan iklan dan perlombongan data.", "3. Promosi produk dan perkhidmatan Apple, termasuk perkhidmatan yang sukar seperti Apple News dan Apple TV.", "Dengan kawalan dan penguncian ekosistem Apple, pengguna akan bergantung pada hasil carian yang diperibadikan yang hanya mungkin dilakukan melalui mesin carian mereka.", "4. Memperluaskan jajahan platform penyampaian iklan mereka akan membolehkan pembangun aplikasi mempromosikan aplikasi mereka dalam hasil carian.", "Adakah “Apple Search” akan menguasai SEO?", "Ini adalah soalan yang sukar untuk ditangani kerana setelah pengguna meninggalkan halaman carian web, enjin carian sebahagian besarnya tidak dapat mengesan sama ada pengalaman pengguna itu baik atau buruk. Namun, ketika pengguna mencari secara langsung dari peranti mereka, sistem operasi memiliki akses ke data rekod sejarah penglibatan mereka, yang bermaksud bahawa ia dapat dan akan menggunakan maklumat ini untuk memberi kedudukan hasil carian yang lebih tepat.", "Algoritma carian baru Apple akan mempertimbangkan faktor-faktor seperti berapa lama dan berapa kerap anda menghabiskan masa untuk terlibat dengan sekeping kandungan. Sebenarnya, penglibatan adalah salah satu faktor peringkat terpenting Apple dan hanya akan menjadi lebih penting seiring berjalannya waktu.", "Sebagai contoh, jika pengguna mencari resipi tertentu, Apple bukan sahaja dapat mengesan resipi mana yang paling banyak diklik tetapi juga resipi mana yang paling banyak digunakan oleh orang. Perubahan ini hanya bermaksud bahawa kandungan terbaik akan menang, dan syarikat permulaan dengan produk baru yang hebat dapat bersaing dengan saingan mereka yang lebih besar.", "Sekiranya Apple dapat memperoleh saiz pasaran yang mencukupi, ia akan memaksa SEO untuk menyesuaikan diri dan mengoptimumkan enjin carian mereka. Walaubagaimanapun, pada ketika ini, semuanya berdasarkan spekulasi.", "Mereka mungkin tidak mengeluarkan enjin carian. Ada kemungkinan juga pengguna iOS, iPadOS, dan macOS menggunakannya dan bahkan tidak menyedarinya. Sebagai contoh, ia dapat diintegrasikan dengan ketat ke dalam sistem operasi yang memberi amaran dan ciri Spotlight Searches akan perlahan-lahan mencuri pertanyaan yang dibuat di Google.", "Secara keseluruhan, pemenang terbesar SEO baru adalah pengguna akhir, yang kini dapat dengan mudah mencari dan menemui kandungan web dan aplikasi terbaik di tempat yang tepat pada waktu yang tepat.", "Nota Kaki:", "Saya percaya bahawa, dalam dunia SEO di masa hadapan, mereka yang memiliki sistem operasi akan memiliki pengalaman carian. Sistem operasi Android Google akan memberikan pengaruh lebih banyak kepada Google untuk meningkatkan kekuatan bahagian cariannya.", "Namun, dengan 43% pengguna mudah alih yang dikuasakan oleh iOS, Apple akan segera menjadi pemain utama dalam enjin carian.", "Yang paling rugi adalah syarikat seperti Microsoft, yang telah berjuang untuk mendapatkan daya tarikan dengan peranti mudah alih Windows, dan Yahoo, Ask, dan AOL, yang tidak mempunyai strategi sistem operasi mudah alih.", "Masih banyak yang harus dilihat seperti strategi tepat yang akan diambil oleh enjin carian Apple yang baru. Apple memang berpeluang bertarung dan mempunyai peluang dan sumber untuk bersaing bersama Google.", "Namun, persoalan sebenarnya adalah, adakah ia akan memberikan komitmen sepenuhnya atau membina pengalaman biasa-biasa saja yang tidak mempengaruhi siapa pun.", "RUJUKAN:", "Google is paying Apple billions per year to remain on the iPhone, Bernstein says. https://www.cnbc.com/2017/08/14/google-paying-apple-3-billion-to-remain-default-search–bernstein.html", "\nUK regulators take aim at Apple’s search engine deal with Google. https://www.reuters.com/article/us-apple-google/uk-regulators-take-aim-at-apples-search-engine-deal-with-google-idUSKBN242748", "Comscore Reports March 2015 U.S. Smartphone Subscriber Market Share. http://www.comscore.com/Insights/Market-Rankings/comScore-Reports-March-2015-US-Smartphone-Subscriber-Market-Share" ]
https://www.thepatriots.asia/stockholmes-syndrom-bila-yang-diculik-setia-kepada-penculik/
Stockholm Syndrom: Bila Yang Diculik Setia Kepada Penculik
[ "Ada sebuah kisah yang menarik tentang bagaimana seorang tawanan dalam kes rompakan bank boleh terhutang budi dan tertarik pada penjenayah yang mengurungnya.", "Tahun 1973, berlaku di Sweden. Seorang banduan, Jan Erik Olsson merancang satu rompakan bank iaitu  Sveriges Kreditbanken di Stockholmes. Dia menembak polis yang menjaga bank tersebut dan membawa bersamanya 4 orang pekerja bank sebagai tebusan.", "Mereka berada dalam sebuah bilik dalam bank tersebut bersama tawanan. Perkara ini berlanjutan selama 6 hari dari 23 Ogos hingga 28 Ogos.", "Bermacam-macam permintaan dari daripada Olsson terpaksa dilayan oleh pihak polis. Antaranya mahu wang tunai $700,000 dan sebuah kereta untuk melarikan diri.  Termasuk satu perkara yang besar ialah dia mahu rakan satu lokapnya iaitu Clark Olofsson dilepaskan dari penjara dan menyertainya dalam rompakan di bank. Perkara itu juga ditunaikan oleh pihak polis.", "Walau bagaimanapun, akhirnya pihak polis berjaya menebuk dinding dalam bank tempat mereka bersembunyi dan melancarkan serangan gas. Sejurus selepas itu, Olsson dan Olofsson menyerah diri dengan tawanan orang awam tidak dicederakan.", "Tetapi perkara peliknya ialah, apa yang berlaku kepada tawanan Olsson tersebut. Mereka mula merasa ada ’sentuhan emosi’ kepada perompak bank, Olsson dan Olofsson. Laporan mengatakan bahawa tawanan tersebut lebih takutkan polis berbanding perompak tersebut, setelah 6 hari dalam tawanan perompak. Mereka tidak mahu mendakwa dan memberikan penerangan terhadap apa yang berlaku kerana kasihankan perompak tersebut.", "Malah Olsson dan salah seorang tawanan, Kristin Ehnemerk menjadi kawan selepas daripada itu dan keluarga Kristin juga menjadi kawan kepada Olsson. Malah ada daripada tawanan tersebut yang melawat Olsson di penjara selepas daripada itu.", "Satu perkara yang pelik bagi seorang yang sudah ditawan oleh perompak, berada dengan perompak tetapi akhir sekali menjadi kasihan dan baik dengan perompak. Kerana itulah ahli psikologi menamakannya Stockholm Syndrome, yang mana istilah ini menjadi popular sekitar tahun 1974.", "Stockholm Syndrome adalah satu keadaan emosi di mana orang yang ditangkap, ditawan menjadi terhutang budi dan berterima kasih kepada orang yang menangkapnya. Logiknya ialah kerana orang yang menangkap itu tidak membunuhnya, maka dia terselamat.", "Itu adalah salah satu contoh bagaimana dan apa kisah bagaimana sindrom ini bermula. Namun ia tidak semestinya kita mesti ditawan dan ditangkap oleh perompak untuk mendapat sindrom ini. Minda juga boleh terjajah, ditawan dan dicuci oleh penjajah dan akhirnya ’Stockholm Syndrome’ terjadi kepada minda kita.", "Mentaliti minda terjajah selalu menganggap apa sahaja daripada Mat Salleh  sentiasa betul dan baik. Cara berpakaian mestilah cara mereka, cara berhibur mestilah cara mereka, malah cara berfikir juga mestilah daripada mereka. Pendek kata, apa sahaja daripada mereka adalah satu benda yang baik. Lebih teruk lagi kita mudah bersimpati kepada mereka dengan tidak bertempat.", "Ini dapat dilihat daripada fenomena yang kerap kita tengok apabila ramai pelancong-pelancong dari Barat sudah tidak malu lagi mengemis di negara kita, meminta sedekah untuk membiayai kos pelancongan mereka. Masihkah anda ingat? Perkara ini banyak berlaku terutamanya di negara-negara Asia seperti Malaysia dan Thailand kerana mereka tahu kita ini dari jenis yang mudah bersimpati.", "Ini adalah mentaliti minda terjajah. Kita sudah hilang pertimbangan. Hilang jati diri.", "Kita rasa kita kurang daripada mereka dan terhutang budi kepada mereka. Kita rasa kita perlu membalas jasa mereka. Tetapi bila difikirkan balik, bila mereka pernah menawan kita? Ya, mereka tidak pernah menawan kita. Tetapi pernah menjajah nenek moyang. British menjajah Tanah Melayu dari 1800-an hinggalah kita merdeka 1957.", "Jadi setiap kali kita merasa orang putih  itu banyak berjasa, ingat mereka juga pernah menjajah kita. Dan kita mungkin menjadi mangsa kepada ’Stockholm Syndrome’.", "RUJUKAN:\n", "Stockholm Syndrome: The True Story of Hostages Loyal to Their Captor. https://www.history.com/news/stockholm-syndrome" ]
https://www.thepatriots.asia/maruah-china-tercabar-apabila-orang-besar-amerika-buat-lawatan-di-taiwan/
Maruah China Tercabar Apabila Orang Besar Amerika Buat Lawatan Di Taiwan
[ "Taiwan kritikal kepada keselamatan China. China khuatir sekiranya Taiwan merdeka daripada pengaruhnya, Taiwan akan dipakai oleh musuhnya (US) untuk “chain” jalan laut China. Jadi China anggap lawatan Pelosi berniat beri sokongan moral kepada kemerdekaan Taiwan. Sebelum 1949, Tanah Besar China dan Taiwan berada di bawah pemerintahan kerajaan yang sama: Republik China (ROC). Dari 1947-1949 berlaku perang saudara antara kerajaan nasionalis ROC dan komunis. Komunis menang, dirikan Republik Rakyat China (PRC). Nasionalis undur ke Taiwan.", "Sebelum tu, apa kata korang beli buku DUNIA TANPA TEMBOK III? Buku ini adalah keluaran ketiga dalam siri trilogi Dunia Tanpa Tembok yang bercerita tentang isu geopolitik dalam gaya santai supaya mudah difahami semua. Banyak benda sedang berlaku sekarang, hasil daripada isu geopolitik yang sudah lama mendidih. Dengan membaca buku-buku Dunia Tanpa Tembok, korang boleh faham terus pasal isu global tanpa segan silu mampu berbincang secara mendalam. Link pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Dunia-Tanpa-Tembok-3-i.238336777.7938238833", "PRC anggap Taiwan ni “unfinished business” dan claim Taiwan perlu disatukan dengan China di bawah PRC. Pengalaman sejarah juga menunjukkan Taiwan yang dikuasai oleh kuasa asing akan melemahkan kerajaan di Tanah Besar China. Cuma, masa 1950an PRC belum ada tentera laut lagi, tak dapat nak takluk Taiwan. ROC juga buat pakatan ketenteraan dengan US untuk mencegah PRC.", "Tapi memasuki 1970an, US nak buat pakatan dengan PRC untik menentang Rusia. Maka US meninggalkan hubungan pakatan dengan ROC dan mendirikan hubungan diplomatik dengan PRC.", "Bila US buat macam tu, negara lain pun ikut. Maka status ROC jadi tergantung. Disebabkan kedua-dua PRC dan ROC pegang kepada prinsip “satu China”, negara hanya boleh pilih nak iktiraf ROC atau PRC. Of course orang nak pilih PRC sebab lebih besar. Dan itu menyebabkan Taiwan di bawah ROC dipulaukan dalam komuniti antarabangsa. Nak masuk UN tak boleh, nak masuk WHO tak boleh. Sebab seat China di pertubuhan-pertubuhan ini dah diduduki oleh China.", "Maka muncul gerakan “memerdekan Taiwan”. Gerakan ini anggap tidak relevan lagi nak anggap Taiwan sebagai bahagian China sebab ROC dah tak mampu nak tawan balik China. Taiwan di bawah ROC pun ada sistem politik-ekonomi tersendiri yang liberal, tidak lagi sesuai untuk disatukan dengan China bawah PRC (komunis).", "Parti Progresif Demokratik (DPP) yang mendukung kemerdekaan Taiwan telah memenangi pilihanraya 2000 dan kemudian 2016, dan itu menyebabkan hubungan China dan Taiwan semakin tegang. Nasionalis (Kuomintang) masih pegang kepada prinsip satu China dan bantah kemerdekaan Taiwan. Kerajaan DPP (termasuk kerajaan Tsai sekarang) juga cuba dapatkan sokongan US.", "Walaupun US dah tak ada hubungan diplomatik dan pakatan Taiwan, tapi dia masih ada hubungan tidak rasmi dengan ROC di Taiwan. Kalau wakil US biasa-biasa, China masih boleh terima dan setakat bising-bising. Tapi kalau Pelosi selaku ahli politik no. 3 US lawat Taiwan, China anggap tu dah keterlaluan dan cabar maruahnya.", "Plus China sekarang ada banyak masalah dalaman, tak boleh dilihat lemah lagi. So agak risky sebenarnya US jolok sarang tebuan time macam ni. Kalau Taiwan jadi Ukraine ke-2, kesan dia tak sama ek dengan Ukraine. Ukraine tu paling2 impact komoditi, harga makanan naik. Taiwan tu hub IT, lumpuh ekonomi dunia terus.", "Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:\nWorld Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9\nThe Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF" ]