title
stringlengths
5
182
body
stringlengths
104
38.4k
naza-kia-motor-petaling-jaya-red-cube-tidak-lagi-beroperasi
BERITA TEMPATAN Naza Kia Motor Petaling Jaya RED CUBE Tidak Lagi Beroperasi Posted on October 30, 2020October 30, 2020 by Amirul Azreen Pusat pameran dan servis 3S terkemuka, Naza Kia Motor Petaling Jaya Red Cube yang menghiasai Lebuhraya Persekutan Petaling Jaya sejak 2011 kini telah pun ditutup. Menurut laporan rakan media di DSF, pusat itu ditutup dan akan diambil alih jenama automotif dari China. Laporan tersebut dianggap sebagai satu kejutan tatakala baru-baru ini Naza Kia baru sahaja melancarkan Kia Seltos Crossover pada 11 September lalu dengan orang ramai boleh membuat tempahan di pusat Naza Kia Motor Petaling Jaya RED CUBE tersebut. Kia RED CUBE merupakan inisiatif Kia Motors Korea dalam meneruskan kesinambungan identiti jenama itu di serata dunia lantas menyediakan pengalaman terbaik kepada setiap pelanggan yang hadir ke pusat pameran dan servis Kia. Menariknya, Malaysia merupakan negara kedua selepas Korea Selatan untuk mengikut identiti pusat pameran RED CUBE ini yang seterusnya turut diperkenalkan di China, Mexico, England, Kanada dan terbaru di India. Apa yang pasti, kita nantikan pengesahan dari pihak Naza Kia sendiri mengenai perkara ini. – DSF Advertisements
yamaha-bakal-bangunkan-mt-07-versi-fairing-penuh
BERITA ANTARABANGSA Yamaha Bakal Bangunkan MT-07 Versi Fairing Penuh? Posted on February 21, 2021February 21, 2021 by Amirul Azreen Yamaha telah pun menghentikan pengeluaran YZF-R6 ekoran peraturan ketat membabitkan piawaian Euro 5 di Eropah. Namun, model itu akan terus dibina untuk kegiatan litar lumba sahaja sebagai model bukan homologasi. Walaupun tindakan itu menerima kritikan namun melihat kepada keadaan semasa, segmen motosikal sportsbike 600cc semakin kurang mendapat perhatian. Bagaimanapun, Yamaha didakwa bakal mengikut langkah Aprilia, Honda serta Kawasaki dalam memperkenalkan motosikal jenis supersport dengan fairing penuh berlandaskan model sedia ada, MT-07. Enjin CP2 pada MT-07 ketika ini menawarkan 74hp dan 68Nm dan agak jauh jika dibandingkan dengan Aprilia RS660 serta Honda CBR650R yang menjana 90hp ke atas. Melainkan, Yamaha menala semula enjin 689cc DOCH parallel-twin bagi menyesuaikan dengan sebuah motosikal supersports. Senario itu mampu dilakukan kerana terdapat sebuah pasukan yang bertanding di Amerika Syarikat berjaya meningkatkan kuasa enjin kepada 79hp sekaligus beri bayangan syarikat berpangkalan di Iwata, Jepun itu mampu meningkatkan prestasi enjin termasuk tork. Sebelum ini, media Jepun, Young-Machine turut pernah melaporkan bahawa model R7 bakal dibangunkan. Advertisements
ktm-250-adventure-didedahkan-di-india
BERITA ANTARABANGSA KTM KTM 250 Adventure Didedahkan Di India Posted on October 14, 2020October 14, 2020 by Amirul Azreen KTM 250 Adventure akhirnya didedahkan di India selepas berbulan khabar angin termasuk imej intipan berlegar beberapa bulan lalu. Jenama motosikal Austria itu sebenarnya merancang untuk memperkenalkan 250 Adventure pada suku pertama tahun ini namun membatalkan hasrat susulan pandemik Covid-19. Sebaliknya, Bajaj-KTM hanya sempat melancarkan Husqvarna Svartpilen dan Vitpilen 250 pada Februari. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, KTM 250 Adventure itu telah didedahkan menerusi majlis untuk para pengedar KTM di negara India. Menurut laporan, meskipun pelancaran rasmi masih belum dilakukan namun pendedahan jentera tersebut kepada pengedar di India memberi gambaran lebih jelas. Jelas daripada video tersebut, KTM 250 Adventure menawarkan rekaan yang diinspirasikan daripada 390 Adventure antaranya paparan TFT berwarna dan Daytime Running Light (DRL) dengan lampu utama jenis halogen (LED sepenuhnya pada 390 Adventure). Namun begitu, 250 Adventure dijangka tidak akan dilengkapi dengan fungsi ABS off-road, sistem traction control dan mod tunggangan seperti 390 Adventure. KTM 250 Adventure menawarkan enjin 249cc dengan penyejukan cecair (liquid-cooled) satu silinder yang terdapat pada 250 Duke yang menghasilkan 30hp pada 9,000rpm dan 24Nm pada 7,500rpm. Advertisements
suzuki-lancar-swift-sport-hybrid-world-champion-edition-rm102400
Moto Malaya Suzuki Lancar Swift Sport Hybrid World Champion Edition – RM102,400! Posted on February 9, 2021February 9, 2021 by Amirul Azreen Sempena kejayaan pelumba Suzuki MotoGP, Joan Mir, dalam merangkul kejuaraan dunia musim 2020, Suzuki memperkenalkan Swift Sport Hybrid World Champion Edition. Aspek paling unik tentang Suzuki Swift ini adalah pemilihan ‘livery’ sama yang diguna pakai pada jentera Suzuki GSX-RR pasukan Suzuki Ecstar musim lalu. Gabungan warna biru metalik dengan kemasan perak tersebut juga diinspirasikan daripada pasukan Suzuki pertama yang beraksi di kejuaraan dunia pada 1960. Sementara itu, ruang dalam diwarnai dengan kemasan kuning fluorescent terutamanya di bahagian pintu depan, dan dashboard. Menariknya, setiap daripada bahagian ini menampilkan tandatangan Joan Mir sendiri. Suzuki Swift Sport Hybrid World Champion Edition ini didatangkan dengan enjin 1.4 Boosterjet K14D yang dipadangkan dengan Suzuki Hybrid 48V Technology dan menawarkan 129Hp serta 235Nm pada 2,000 dan 3,000rpm. Menurut Suzuki, Swift edisi khas ini hanya boleh ditempah menerusi laman atas talian Suzuki pada harga EUR20,900 (RM102,400). Advertisements
motogp-protege-valentino-rossi-ungguli-aksi-di-misano
Moto Malaya MotoGP: ‘Protege’ Valentino Rossi Ungguli Aksi Di Misano Posted on September 13, 2020September 13, 2020 by Amirul Azreen Pelumba Petronas SRT, Franco Morbidelli, merekodkan kemenangan sulung di kelas premier MotoGP apabila mengungguli Litar Misano, hari ini. Pelumba Itali itu, yang memualakan aksi di petak ke-2 bingkas merampas kedudukan pertama sebaik perlumbaan bermula dan mengekalkan dominasi sehingga ke lap terakhir dengan catatan masa 42 minit 02.272 saat. Ini merupakan kejayaan pertama Morbidelli dalam kelas premier dalam tahun keduanya bersama Petronas SRT. The fourth new #MotoGP winner of 2020!!! ?Congratulations @FrankyMorbido12! ?#FrankySaysRelax | #SanMarinoGP ?? pic.twitter.com/ySB7AjBGGM— MotoGP™? (@MotoGP) September 13, 2020 Sementara itu, wakil Pramac Ducati, Francesco Bagnaia yang terlepas beberapa pusingan ekoran kecederaan menampilkan tunggangan mantap untuk menduduki tempat kedua dengan catatan masa 42′ 04.489s. Justice for the podium heartbreak at Jerez! ?@PeccoBagnaia takes his FIRST EVER #MotoGP podium! ?#SanMarinoGP ?? pic.twitter.com/wxyuyQMEy0— MotoGP™? (@MotoGP) September 13, 2020 Bagnaia yang bermula di petak ke-6 gagal mempertahankan kedudukan sebaik perlumbaan bermula namun kembali memintas satu demi satu pelumba termasuk rakan sepasukan Jack Miller untuk menduduki tempat kedua. Joan Mir pintas Rossi di lap terakhir Tempat ketiga jadi milik wakil Suzuki Ecstar, Joan Mir, yang berjaya memintas Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha) ketika di lap terakhir. Fabio Quartararo terbabas di Turn 4 Sementara itu, Fabio Quartararo hilang status selaku pendahulu kejuaraan apabila gagal menamatkan perlumbaan setelah dua kali mengalami kemalangan di Turn 4 dan Turn 6. Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso kini mendahului kejuaraan dengan 76 mata – 1 mata dihadapan Quartararo – manakala Miller ketiga dengan 63 mata diikuti Mir dengan 60 mata. Menariknya, Valentino Rossi yang suatu ketika berada di kedudukan kedua, boleh meluahkan rasa bangga apabila menyaksikan bekas protege Akademi Rider VR46, Morbidelli dan Bagnaia melengkapkan podium satu dua. ???Well worth the wait, right @FrankyMorbido12? ?#FrankySaysRelax| #SanMarinoGP ?? pic.twitter.com/2jvE0MzqR7— MotoGP™? (@MotoGP) September 13, 2020 Pelumba berusia 42 tahun itu turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pelumba itu sebaik perlumbaan berakhir. Morbidelli merupakan protege pertama Rossi di usia 13 tahun dan ketika Akademi Rider VR46 ditubuhkan, Morbidelli merupakan ahli pertama pada 2013. Advertisements
hlym-perkenalkan-warna-baharu-yzf-r15-rm11988
Moto Malaya HLYM Perkenalkan Warna Baharu YZF-R15 – RM11,988! Posted on October 21, 2020October 21, 2020 by Amirul Azreen Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan dua warna baharu bagi Yamaha YZF-R15 2020. Bermula bulan ini, orang ramai yang berminat mendapatkan model terbabit boleh memilih di antara warna Race Blu atau Hitam pada harga RM11,988. Pilihan warna Race Blu kini tampak lebih menonjolkan warna rasmi Yamaha sementara warna Hitam menampakkan jentera yang lebih agresif. Bagaimanapun, tiada perubahan dilakukan kepada bahagian enjin yang masih lagi kekal 155cc satu silinder dengan VVA yang menghasilkan 19hp dan 14.7Nm dan disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan assist/slipper clutch. Advertisements
spyshot-honda-civic-generasi-ke-11-didedahkan
Moto Malaya SPYSHOT: Honda Civic Generasi Ke-11 Didedahkan Posted on November 13, 2020November 13, 2020 by Amirul Azreen Honda bakal memperkenalkan Civic generasi baharu berdasarkan video ‘teaser’ yang dimuat naik. Berdasarkan video bedurasi kurang 15 saat itu, Honda bakal perkenalkan Civic Prototype pada 17 November ini di platform Twitch. Meskipun model ditayangkan tersebut hanya ‘prototaip’ namun dijangka akan menawarkan rekaan menyamai model sebenar berdasarkan ‘prototaip’ lain yang telah didedahkan sebelum ini. Walaupun video tersebut menampakkan secebis daripada rupa keseluruhan Civic baharu ini namun sedikit sebanyak memberi gambaran Honda beralih ke rekaan berbeza. Bagaimanapun, gambaran lebih jelas didedahkan menerusi imej ‘spyshot’ yang memaparkan Civic baharu itu menjalani ujian di Jerman. Terlindung di sebalik corak ‘camouflage’, Civic baharu ini jelas menampilkan rekaan berlainan dan tidak lagi mendendangkan rupa ‘kanjo’ berbanding model sebelumnya. *Sumber: CarScoops Sebaliknya, reka bentuk Civic baharu ini seakan menyamai Accord di samping gril yang lebih lebar di bahagian depan yang dihimpit dengan penggunaan lampu LED dan DRL kiri dan kanan. Sementara bahagian belakang juga seakan hilang bentuk ‘coupe’ dan tampak lebih formal. *Sumber: CarScoops Bagaimanapun, selain daripada reka bentuk yang hanya boleh dinilai secara ringkas, tiada maklumat rasmi mengenai enjin yang bakal menjana Civic baharu ini namun segalanya mungkin terjawab pada 17 November ini. Advertisements
hp-corse-lancar-ekzos-slip-on-evoextreme-untuk-bmw-s-1000-xr
Moto Malaya HP Corse Lancar Ekzos ‘Slip-On’ Evoextreme Untuk BMW S 1000 XR Posted on January 9, 2021January 9, 2021 by Amirul Azreen Pengeluar ekzos, HP Corse telah memperkenalkan varian baharu bagi Evoextreme yang dicipta khas bagi jentera BMW S 1000 XR. Pemilik S 1000 XR model 2015 hingga 2019 kini boleh menikmati ekzos Evoextreme tawaran HP Corse yang lengkap dengan DB killer dan ditawrakan dengan tiga pilihan ,’light satin steel’,’black steel’ atau titanium. Ketiga-tiga ekzos ini adalah unit slip-om 260mm 2-in-1 dengan setiap varian didatangkan dengan pelindung gentian karbon serta end-cap gentian karbon termasuk logo HP Corse yang diukir dengan laser (laser engraved). Menurut HP Corse, produk baharu ini mencapai piawaian Euro 4 namun tidak didedahkan berat bersih ekzos tersebut. HP Corse merupakan jenama dari Itali yang mempunyai rangkaian pengedar luas di serata dunia antaranya Australia, Belgium, Republik Czech, Perancis, Jerman, Indonesia, Malaysia, Singapore, Jepun, New Zealand, Poland, Portugal, Monaco, Slovenia, Sepanyol, Switzerland, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Advertisements
spyshotcfmoto-mt800-lancar-disember-ini-di-china
Moto Malaya SPYSHOT:CFMoto MT800 Lancar Disember Ini Di China? Posted on October 29, 2020October 29, 2020 by Amirul Azreen Pada Januari lalu, CFMoto memaklumkan bahawa mereka sedang membangunkan sebuah motosikal adventure dengan enjin KTM. Motosikal itu yang diberi nama MT800 kini kelihatan lebih jelas berdasarkan imej intipan yang tular di media sosial, baru-baru. CFMoto MT800 ini pada awalnya dirancang untuk dilancarkan pada September namun ditangguh sehingga penghujung Disember atau awal Januari 2021 susulan pandemik Covid-19. Bagaimanapun, beberapa gambar yang tular ini mendedahkan rupa bentuk jelas MT800 termasuk enjin (KTM) parallel-twin 799cc LC8 yang tampak sama seperti yang terdapat pada KTM 790 Adventure. Enjin terbabit menawarkan 95hp pada 8,00rpm dan 88Nm pada 6,500rpm. Walaupun mengguna pakai fork depan WP seperti yang ditawarkan KTM namun MT800 ini lebih memfokuskan tunggangan atas jalan raya berbanding ‘off-raoad’. Meskipun ini percubaan baharu CFMoto namun hasil kerjasama KTM, MT800 ini pastinya akan memberi saingan terhadap BMW F 750 GS, F 850 GS malah Triumph Tiger 900! Apa yang pasti, MT800 ini akan menawarkan harga yang jauh lebih rendah. Dalam perkembangan lain, CFMoto telah pun memperkenalkan motosikal sport touring menerusi CFMoto 1250 TR-G yang merupakan model paling berkuasa pernah dihasilkan pengeluar motosikal China dengan 140hp hasil daripada enjin 1,279cc V-Twin dari KTM. Sumber di Malaysia turut memaklumkan bahawa 1250 TR-G ini akan turut dilancarkan disini pada 2021. Advertisements
motogp-pelumba-kritik-keputusan-teruskan-perlumbaan-susulan-kematian-dupasquier
Moto Malaya MotoGP: Pelumba Kritik Keputusan Teruskan Perlumbaan Susulan Kematian Dupasquier Posted on May 31, 2021May 31, 2021 by Amirul Azreen Aksi MotoGP di Litar Mugello telah dibayangi dengan berita kematian pelumba Moto3, Jason Dupasquier. Pelumba berusia 19 tahun itu disahkan meninggal dunia semalam susulan mengalami kecederaan serius ekoran kemalangan ketika sesi kelayakan pada Sabtu. Bagaimanapun, saingan Moto2 dan MotoGP tetap dijalankan yang menyaksikan Fabio Quartararo merekodkan kemenangan ketiga musim ini. Namun, terdapat beberapa pelumba antaranya Francesco Bagnaia yang menyuarakan kritikan kerana membenarkan perlumbaan diteruskan. “Kita tidak sepatutnya berlumba hari ini. “Selepas berita kematian Dupasquier diumumkan, saya memberitahu pasukan saya keengganan untuk berlumba hari ini (semalam). “Walaupun saya cuba mengekalkan fokus namun aamat sukar. Bagi saya, kita tidak sepatutnya berlumba hari ini. “Jika perkara sama menimpa seorang pelumba MotoGP, sudah tentu perlumbaan ini akan dibatalkan. “Saya tidak berpuas hati kerana seseorang memutuskan kami perlu meneruskan perlumbaan hari ini selepas berita menyedihkan diumumkan,” jelas Bagnaia. Nada sama turut disuarakan Danilo Petrucci dan Aleix Espargaro. “Sukar untuk keluar berlumba hari ini. Saya rasa jijik memikirkan kami perlu keluar berlumba ketika seorang pelumba berusia 19 tahun telah meninggal dunia. “Bagi saya perkara ini tidak normal,” kata Petrucci. “Dia hanya berusia 19 tahun. Dia masih seorang kanak-kanak. “Hari ini (semalam), dalam tempoh 10 minit, dari memberikan penghormatan kami terus menarik visor turun untuk meneruskan perlumbaan. “Sukan permotoran ini kadang kala kejam, saya berasa cukup sedih,” ujar Petrucci. Sementara itu, pelumba veteran dan tujuh kali juara dunia MotoGP, Valentino Rossi, turut berkongsi pendapatnya mengenai tragedi menimpa Dupasquier. “Pertama sekali, saya mengucapkan takziah kepada keluarga, pasukan dan rakan kepada Dupasquier. “Selepas berita pemergiannya, kita mula tertanya-tanya sama ada wajarkah meneruskan perlumbaan. “Bagi saya meneruskan perlumbaan ini tidak masuk akal tetapi sama juga jika sebaliknya berlaku kerana tiada apa yang kita lakukan hari ini dapat mengubah apa yang telah berlaku. “Kejadian seumpamanya membuatkan kita mula mempersoalkan sebab mengapa kita berlumba,” jelas Rossi. Namun, bagi Rossi tiada unsur diskriminasi yang berlaku dalam keputusan meneruskan perlumbaan di Mugello. “Pada 2011 sewaktu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), kami tidak berlumba kerana (Marco) Simoncelli ditimpa kemalangan sewaktu perlumbaan. “Tetapi ketika tragedi menimpa Luis Salom (sesi ujian) di Barcelona dan Shoya Tomizawa (perlumbaan) di Misano, perlumbaan tetap berjalan. “Namun, secara peribadi, saya setuju jika perlumbaan hari ini tidak diteruskan,” tambah Rossi. Saingan MotoGP pada Ahad menyaksikan Fabio Quartararo muncul juara diikuti Miguel Oliveira dan Joan Mir. Advertisements
bmw-motorrad-perkenalkan-paparan-tft-serba-baharu
BERITA ANTARABANGSA BMW Motorrad Perkenalkan Paparan TFT Serba Baharu Posted on September 3, 2020September 3, 2020 by Amirul Azreen BMW Motorrad telah memperkenalkan paparan TFT BMW Motorrad Connected serba baharu yang kini didatangkan dengan sistem navigasi terbina. Sistem navigasi ini boleh diakses menerusi aplikasi Connectivity App yang dimuat turun ke telefon pintar sekaligus menggantikan sistem navigasi ‘turn-by-turn’ yang ketika ini ditawarkan paparan TFT sedia ada. Menurut info yang dikongsikan menerusi podcast BMW Motorrad, sistem baharu ini secara tidak langsung akan menjadikan sistem navigasi atau GPS lain tidak lagi diperlukan tatkala sistem terbaru BMW Motorrad ini turut menawarkan peta ‘offline’ dan lebih mesra pengguna. BMW R 1250 RT Melihat kepada saiz dan bentuk paparan TFT serba baharu ini, dijangkakan paparan ini akan diperkenalkan pada model ‘touring’ BMW Motorrad antaranya R1250RT dan K1600GT berbanding R 1250 GS dan GS Adventure. Bagi menggunakan sistem navigasi baharu ini, pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Connectivity App di telefon pintar dan menghubungkan aplikasi tersebut ke paparan TFT menerusi Bluetooth. Paparan TFT itu kemudiannya akan memaparkan navigasi seperti diatas di samping menjawab telefon dan mendengar lagu. Advertisements
wordsbkredding-mahu-kembali-ke-motogp-jika-berjaya-tumbangkan-rea
BERITA ANTARABANGSA WordSBK: Redding Mahu Kembali Ke MotoGP Jika Berjaya Tumbangkan Rea Posted on July 11, 2020July 11, 2020 by Amirul Azreen Scott Redding mendedahkan niatnya untuk kembali ke MotoGP namun mahu melakukannya selepas berjaya merangkul kejuaraan WorldSBK. Bagaimanapun, untuk melakukannya, dia perlu mengetepikan saingan lima kali juara dunia, Jonathan Rea dari Kawasaki. Redding seakan bangkit semula selepas meninggalkan projek MotoGP Aprilia pada penghujung 2018. Dia muncul juara British Superbike Championship dalam percubaan pertamanya pada 2019 sebelum ditawarkan kontrak bersama Ducati di WorldSBK. Pelumba berusia 27 tahun itu kini dilihat mempunyai peluang cerah tahun ini menunggang Panigale V4R. “Superbike memang berbebza. Disini saya diberi sokongan untuk mendapatkan apa yang saya mahu tetapi yang paling penting sebuah jentera yang membolehkan saya melakar kemenangan. “Tetapi sasaran saya bukan untuk kekal disini tetapi untuk melakar kemenangan dan kemudian kembali ke MotoGP sekiranya peluang itu hadir,” katanya kepada GPOne. Advertisements
orang-lain-pun-kami-minta-maaf-jkr
BERITA TEMPATAN Orang Lain Pun Kami Minta Maaf Juga – JKR Posted on December 29, 2020December 29, 2020 by Amirul Azreen Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith menjelaskan permohonan maaf terhadap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin tidak seharusnya dibuat secara terbuka. Kenyataan itu dibuat setelah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat telah memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, baru-baru ini yang terlibat kemalangan semasa berbasikal ekoran terlanggar lubang. Pothole, ditch, KJ. 2020 keeps giving. https://t.co/BjZHuo4cvP pic.twitter.com/WZJJn1q8X0— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) December 27, 2020 Bagaimanapun, Datuk Eddin menyifatkan pemohonan itu seharusnya dibuat secara terus kepada Khairy sendiri. “Saya secara peribadi berpendapat permohonan maaf itu tidak perlu dibuat secara terbuka sebaliknya hanya ditujukan secara peribadi kepada Khairy sendiri, itu lebih baik,” jelasnya. Pada masa sama, Eddin menempelak dakwaan pihaknya hanya membuat permohonan maaf terhadap individu berkepentingan sahaja. “Dalam kes di Tebrau sebelum ini, kita ada memohon maaf juga. Saya sendiri turun melihat keadaan di situ. Soalnya bukan kepada menteri saja, kepada orang lain juga kita minta maaf,” jelasnya kepada Harian Metro. Pada masa sama, dia mendedahkan JKR perlu masa bagi memperbaiki keadaan jalan di seluruh negara yang menelan belanja lebih RM1 bilion setahun. 28Dec2020/Selangor [Update] porthole di Jalan Seri Cheeding lokasi dimana Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi…Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, 28 December 2020 Sementara itu, jalan berlubang yang menyebabkan Khairy kemalangan telah pun diperbaiki sehari selepas dia memuat naik gambar insiden di laman media sosial. – HM Advertisements
motogp-jorge-lorenzo-mengganas-lagi-kali-ini-persoal-karier-18-tahun-aleix-espargaro
BERITA ANTARABANGSA MotoGP 2021 MotoGP: Jorge Lorenzo “Mengganas” Lagi, Kali Ini Persoal Karier 18 Tahun Aleix Espargaro Posted on March 9, 2021March 9, 2021 by Amirul Azreen Setelah terbabit dalam isu bertikam lidah dengan Jack Miller di media sosial, Jorge Lorenzo kembali mencuri tumpuan dengan perkongsian terbaru di Twitter. *Jorge Lorenzo Bekas juara dunia tiga kali itu telah memuat naik ‘screenshot’ yang diambil dari Wikipedia mengenai sejarah karier pelumba Aprilia, Aleix Espargaro. ?????????????????????….!!!!!!!!0 victories in 18 years really!!?? I knew your manager is a beast but the fact that you are still in motogp can be just magic… ?‍♂️✨???????????????????‍♂️?‍♂️At least Cal and Jack won a few races… https://t.co/BMzQBoMuQB pic.twitter.com/uUrClfF4fO— Jorge Lorenzo (@lorenzo99) March 8, 2021 Dia turut berkongsi kapsyen yang menyebut,” 0 kemenangan dalam (tempoh) 18 tahun? Saya tahu pengurus kamu seorang yang hebat tetapi sangat ajaib bagaimana kamu masih berada dalam (perlumbaan) MotoGP. “Sekurang-kurangnya Cal (Crutchlow) dan Jack (Miller) telah pun memenangi beberapa perlumbaan,” katanya. I prefer to be good human than a champion! Love u Cal! ?❤️ https://t.co/Wpq8YjeBYy— Aleix Espargaró (@AleixEspargaro) March 7, 2021 Perkongsian itu merupakan respon Lorenzo terhadap beberapa kenyataan Espargaro yang mengherdik rakan senegaranya itu ekoran komen yang dibuat di Instagram terhadap kemalangan yang menimpa Crutchlow sewaktu di Turn 2 pada hari pertama ujian pra-musim di Losail, Qatar. ?????? https://t.co/REpIphPkSY— Aleix Espargaró (@AleixEspargaro) March 8, 2021 Espargaro turut tertawakan perkongsian Lorenzo di Twitter apabila 59.3 peratus enggan bekas juara dunia itu berkongsi pendapatnya menjelang pembukaan tirai MotoGP musim 2021. Advertisements
michelin-failkan-paten-fender-belakang-sebagai-motor-tambahan
BERITA ANTARABANGSA Michelin Failkan Paten Fender Belakang Sebagai Motor Tambahan Posted on January 20, 2021January 20, 2021 by Amirul Azreen Kebiasannya ‘rear fender’ bukan sahaja bertindak sebagai mudguard tambahan motosikal malah sebagai pemegang nombor plat. Meskipun bukan semua motosikal dilengkapi dengan ‘rear fender’ namun penggunaan alat itu semakin mendapat tempatn. Bagaimanapun, pengeluar tayar, Michelin, melihat ‘rear fender’ mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai penggerak tayar belakang tambahan yang boleh membantu sewaktu motosikal sedang bergerak perlahan termasuk sewaktu mengundur. Berdasarkan dokumen yang dipatenkan, ‘rear fender’ tersebut mempunyai beberapa ‘roller’ tersembunyi di bahagian dalam dan dikuasakan dengan motor kecil. Komponen tersebut boleh diaktifkan dengan menghidupakan butang yang terletak di handlebar yang akan memutarkan tayar kedepan mahupun kebelakang. Paten itu merujuk komponen tersebut sebagai motor 3.6V DC yang mampu menjana 2 hingga 4Nm dengan Michelin mendakwa kuasa itu cukup untuk menggerakan motosikal dengan kelajuan 1km/j. Apa yang pasti, ciri ini sangat membantu ketika jentera (terutamanya yang berat) berada di kawasan berbukit atau di ruang sempit. Pada masa sama, ‘rear fender’ oleh Michelin ini juga boleh dipasang hampir pada semua model yang mengguna pakai swingarm konvensional. Walaupun paten ini tidak semestinya membawa kepada peringkat pengeluaran namun menarik untuk mengetahui para jurutera di Michelin bukan sekadar memfokuskan pada pembangunan tayar semata-mata. Advertisements
motogp-lorenzo-angkat-kaki-ke-aprilia-musim-depan
Moto Malaya MotoGP: Lorenzo Angkat Kaki Ke Aprilia Musim Depan? Posted on October 30, 2020October 30, 2020 by Amirul Azreen Baru-baru ini, Aprilia telah mencuri tumpuan apabila menggantikan Bradley Smith dengan Lorenzo Savadori. Kini timbul dakwaan bahawa juara dunia tiga kali MotoGP, Jorge Lorenzo sedang dalam perbincangan dengan pasukan dari Noale, Itali itu. Difahamkan, Aprilia berminat mendapatkan khidmat Lorenz sebagai penunggang uji pasukan itu musim depan. Lorenzo sertai Monster Energy Yamaha sebagai pelumba uji bagi musim 2020. Bagaimanapun, dia hanya terlibat dengan satu sesi ujian sahaja di Portimao sejak ‘Winter Test’ di Sepang, itupun menggunakan jentera YZR-M1 2019. Yamaha juga tidak menggunakan khidmat Lorenzo sewaktu Rossi diketepikan ekoran positif Covid-19 di Aragon. Menurut laporan Speedweek, Lorenzo sedang dalam perbincangan dengan Aprilia tetapi segalanya bergantung kepada bayaran. Sekiranya dakwaan ini benar, projek baharu bersama Aprilia akan membantu kedua belah pihak bagi menghadapi musim depan sepertimana yang dilakukan Dani Pedrosa terhadap KTM musim ini. Persoalannya, jika Lorenzo angkat kaki ke Aprilia, siapakah yang bakal dipikat selaku pelumba uji pasukan itu musim depan? Advertisements
miros-cadang-wujudkan-lesen-nombor-plat-untuk-basikal
BERITA TEMPATAN MIROS Cadang Wujudkan Lesen, Nombor Plat Untuk Basikal Posted on September 16, 2020September 16, 2020 by Amirul Azreen Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mencadangkan agar perkenalkan nombor plat dan lesen bagi penunggang basikal. Cadangan itu dibangkitkan susulan tular beberapa isu membabitkan penunggang basikal baru-baru ini yang kelihatan menjalankan aktiviti di lebuhraya. Senario itu turut mencetuskan pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata menyifatkan tindakan itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah orang lain. Perkara itu dinyatakan Ketua Pegarah MIROS, Dr. Khairil Anwar Abu Kassim dalam usaha menjaga keselamatan penunggang basikal daripada terdedah dengan kemalangan di jalan raya. “MIROS sedang mengkaji keperluan lesen dan nombor plat untuk basikal memandangkan ia menjadi trend dan minat bagi kebanyakkan masyarakat,” jelasnya kepada Utusan Malaysia. Aktiviti berbasikal menjadi trend di Malaysia ketika ini dengan rata-rata memilih untuk melakukan kayuhan jauh sehingga puluhan kilometer berbanding kayuhan konvensional di kawasan perumahan, taman dan pusat rekreasi. – Utusan Malaysia Advertisements
mforce-melancarkan-sym-vf3i-pro-v3-rm9338
BERITA TEMPATAN MForce Holdings SYM MForce Melancarkan SYM VF3i Pro (V3) – RM9,338 Posted on October 10, 2020October 10, 2020 by Amirul Azreen MForce Bike Holdings Sdn Bhd, selaku pengedar motosikal SYM di Malaysia baharu sahaja melancarkan VF3i generasi ketiga (V3) menerusi VF3i Pro. Model V3 ini menawarkan grafik dan pilihan warna baharu namun masih lagi mengekalkan nadi 183cc satu silinder yang menawarkan 19.7hp pada 9,000rpm dan 17.4Nm pada 7,500rpm. Bukan itu sahaja, antara ciri lain dikekalkan daripada VF3i LE termasuklah rekaan keseluruhan, penggunaan lampu LED, speedometer, lever klac dan brek boleh laras dan ABS satu saluran serta tangki 7 liter. SYM VF3i Pro ini menawarkan pilihan warna merah, biru dan emas dengan kesemuanya dilengkap rim 17 inci warna emas dengan penggunaan tayar 90/80 depan dan 120/70 belakang. Sistem membrek ditawarkan menerusi cakera brek depan 250mm dan 200mm belakang. Menurut SYM, VF3i Pro ini boleh didapati di semua pengedar rasmi bermula 15 Oktober ini. SYM VF3i Pro turut didatangkan dengan waranti dua tahun dan 20,000km perbatuan (mana yang sampai dahulu). Advertisements
vespa-primavera-x-sean-wotherspoon-kini-di-malaysia-rm24960
BERITA TEMPATAN Vespa Primavera X Sean Wotherspoon Kini Di Malaysia – RM24,960! Posted on October 8, 2020October 8, 2020 by Amirul Azreen Setelah sekian lama gambar kolaborasi di antara Vespa dan Sean Wotherspoon tular, akhirnya Vespa Primavera X Sean Wotherspoon dilancarkan di Malaysia. Vespa Primavera X Sean Wotherspoon ini mencuri perhatian apabila julung kalinya dipertontonkan kepada dunia di Milan tahun lalu. Dunia hypebeast dan peminat barangan vintaj mengenali Sean Wotherspoon sebagai ikon dunia fesyen vintaj Amerika Syarikat. Sean Wotherspoon Selepas mengukir nama dengan Nike menerusi Nike Air Max 97/1 Sean Wotherspoon, dia bingkas menarik perhatian Vespa lantas lahirnya Vespa Primavera X Sean Wotherspoon. Nike Air Max 97/1 Sean Wotherspoon Jika Nike Air Max 97/1 Sean Wotherspoon menampilkan pelbagai letusan warna, Vespa Primavera 2020 X Sean Wotherspoon turut menampilkan impak sama dengan pilihan warna aquamarine, hijau, merah dan kuning serta puith dan panel berwarna hitam serta panel krom. Menariknya, tempat duduk menggunakan bahan jenis baldu yang merupakan julung kalinya diguna pakai terhadap sebuah jentera dua roda. Bagi mengetengahkan kolaborasi ini, beberapa aksesori lain turut akan diperkenalkan. Vespa Primavera X Sean Wotherspoon edisi terhad ini ditawarkan pada harga RM24,960. Orang ramai yang mahu melihat dengan lebih dekat boleh kunjungi Crossover Sunway Pyramid bermula hari ini di samping mendapatkan aksesori dan pakaian. Advertisements
tak-rugi-satu-sen-pun-kalau-berhenti-di-lampu-merah-azizulhasni
BERITA TEMPATAN Tak Rugi Satu Sen Pun Kalau Berhenti Di Lampu Merah – Azizulhasni Posted on September 20, 2020September 20, 2020 by Amirul Azreen Baru-baru ini, hangat dibincangkan mengenai trend berbasikal di Malaysia. Terbaru, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan lesen dan nombor plat bagi penunggang basikal susulan aktiviti itu kini dibawa ke jalan raya awam termasuk lebuhraya. Atlet berbasikal negara dan ranking nombor dua dunia keirin, Azizulhasni Awang kemudian berkongsi pendapatnya di laman Facebook mengenai isu berbasikal di Malaysia. Kini, Azizul – dengan jolokan The Pocket Rocketman – bersuara sekali lagi, kali ini menegur penunggang basikal yang gagal mengikut peraturan jalan raya. Azizul dalam perkongsian terbarunya, membangkitkan beberapa isu kepada penunggang basikal termasuk yang melakukan kayuhan secara semberono. “Disini saya memohon jasa baik kepada semua yang berkayuh basikal, sama ada mereka yang melakukan kayuhan sosial, kayuhan untuk kesihatan mahupun mereka yang berkayuh secara kompetitif,tolong patuhi peraturan jalan raya!” tegas Azizul. Bekas juara dunia keirin 2017 itu turut menyelar penunggang basikal yang gagal mengikut peraturan jalan raya seperti rakaman video ‘dashcam’ yang dikongsikan. “Saya pernah tegur beberapa kaki basikal muda mudi suatu masa dahulu kerana melihat aksi mereka seperti merempit di atas jalan raya (kayuh macam atuk nenek die punye jalan). “Kita rasa kita hebat atas jalanraya tapi kalau kene langgar dengan kenderaan lain macam mana?,” tambahnya. Kumpulan penunggang basikal berhimpun dengan tepi jalan sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain di Puncak Genting Peras, Ulu Langat. Pada masa sama, Azizul turut meminta penunggang basikal untuk menghormati pengguna jalan raya lain. “Tolong ‘respect’ pengguna jalan raya yang lain. Mereka bayar cukai jalan dan mereka ada hak yang lebih berbanding kita. Bak kata omputih ‘Treat people the way you want to be treated’. “‘Respect is earned, not given,” jelasnya. Dalam perkembangan sama, PDRM turut menegaskan bahawa kesalahan menunggang di lebuhraya boleh berdepan denda tak lebih RM1,000 dan penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya sekali. Advertisements
saya-mampu-cabar-kelompok-depan-hafizh-syahrin
BERITA ANTARABANGSA MotoGP 2020 Saya Mampu Cabar Kelompok Depan – Hafizh Syahrin Posted on July 20, 2020July 20, 2020 by Amirul Azreen Pelumba negara, Hafizh Syahrin mempamerkan tunggangan mantap untuk menamatkan aksi Moto2 di kedudukan ke-6 di GP Sepanyol, semalam. Pelumba Aspar Team itu berjaya mengutip 10 mata meskipun pada awalnya memulakan perlumbaan di kedudukan ke-15. “Saya gembira dengan keputusan perlumbaan ini, dari kedudukan ke-15 dan naik ke tempat ke-6 merupakan kebangkitan yang baik. “Saya rasa mampu beri tentangan terhadap kelompok depan tetapi bermula di kedudukan belakang menyukarkan keadaan. Kami tidak bernasib baik dengan pemilihan tayar ketika sesi kelayakan kedua (Q2),” jelasnya. Hafizh terpaksa kembali ke Moto2 selepas dua tahun bergelut di kelas premier ketika bersama pasukan Tech3. Aron Canet Menariknya, ketika pelumba lain menggunakan jentera Kalex, Hafizh dan rakan sepasukan Aron Canet (tempat ke-5) berjaya memberi tekanan meskipun dengan jentera Speed Up. Malah, Hafizh turut mengatasi dua pelumba daripada pasukan Petronas, Xavi Vierge (ke-19) Jake Dixon (ke-23) dan turut menjadi ‘highlight’ pengulas ketika dia memintas Vierge. Aksi Moto2 bersambung di GP Andalucia litar sama hujung minggu ini Advertisements
pembatalan-motogp-perlu-demi-keselamatan-semua-pihak-sic
Moto Malaya Pembatalan MotoGP Perlu Demi Keselamatan Semua Pihak – SIC Posted on August 6, 2020August 6, 2020 by Amirul Azreen Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antabarangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif mendedahkan pembatalan GP Malaysia merupakan keputusan yang sukar namun perlu bagi menjaminkan keselamatan semua pihak terutamanya pengunjung. Penganjur MotoGP, Dorna telah mengumumkan perlumbaan 13 pusingan di sekitar Eropah namun meletakkan beberapa venue lain dalam pertimbangan termasuk Malaysia. Bagaimanapun, bagi mempertimbangkan penganjuran di Malaysia, Dorna meletakkan syarat untuk membenarkan kehadiran pengunjung. Namun,mengambil kira situasi pandemik Covid-19 dengan terdapat pertambahan kes positif, SIC membuat keputusan untuk membatalkan aksi tahun ini bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin. “Bagi membenarkan SIC meneruskan penganjuran MotoGP tahun ini, kami perlu memastikan kes positif Covid-19 berada di paras kosong. Ini penting bagi memastikan keselamatan orang ramai tidak terjejas. “Bagaimanapun, setelah mengambil kira semua faktor, kami membuat keputusan untuk membatalkan aksi musim ini,” jelas Azhan. Keputusan tersebut dibuat bersama pihak berwajib dalam memastikan penularan wabak Covid-19 dikawal. Sementara itu, Azhan tidak berselindung untuk SIC terus menghidupkan Litar Antarabangsa Sepang dengan pelbagai acara lain antaranya Track Day dan beberapa penganjuran lain bagi memastikan sukan permotoran dua dan empat roda termasuk pembangunan pelumba muda diteruskan. Aksi MotoGP bersambung hujung minggu ini di Brno, Republik Czech. Advertisements
sekolah-wheelie-jadi-sasaran-ops-khas-ekzos-bising
BERITA TEMPATAN ‘Sekolah Wheelie’ Jadi Sasaran Ops Khas Ekzos Bising Posted on March 15, 2021March 15, 2021 by Amirul Azreen Taman Kota Masai yang popular dengan aktiviti bermotosikal telah menjadi sasaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dalam Ops Khas Ubah Ekzos Bising. Dikenali sebagai ‘sekolah wheelie’ kawasan Taman Kota Masai telah dikesan sebagai lokasi panas dalam pelaksanaan Ops Khas tersebut. Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, empat operasi khas telah pun dijalankan di kawasan tersebut sejak 1 Mac lalu. Ops Khas tersebut menyaksikan lebih 4,400 kenderaan telah diperiksa dengan 817 saman dikeluarkan berkaitan ekzos manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengeluarkan 138 kompaun diikuti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan 146 saman. “Polis turut menyita 276 kenderaan atas pelbagai kesalahan termasuk melakukan modifikasi yang menyalahi undang-undang,” jelas Ayob Khan. Ops Khas Ekzos Bising merupakan operasi besar-besaran membabitkan anggota penguatkuasaan tempatan dalam mengekang gejala ekzos bising setelah menerima pelbagai aduan terhadap isu itu selama ini. Advertisements
motogp-vinales-menang-aksi-pembukaan-rossi-morbidelli-bergelut
BERITA ANTARABANGSA MotoGP: Vinales Menang Aksi Pembukaan, Rossi-Morbidelli Bergelut Posted on March 29, 2021March 29, 2021 by Amirul Azreen Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Valentino Rossi dan Franco Morbidelli, seakan bergelut sepanjang perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail yang menyaksikan Maverick Vinales muncul pemenang selepas 20 lap. Pelumba Pramac (Ducati), Johann Zarco serta pelumba factory Ducati, Francesco Bagnaia, melengkapkan podium kedua dan ketiga. Bagaimanapun, berbeza kisahnya buat pelumba Petronas SRT, Rossi dan Morbidelli, yang gagal pamer aksi memberangsangkan apabila sekadar menamatkan pusingan pertama di tempat ke-12 dan 18. Meskipun memulakan perlumbaan di petak ke-4 selepas aksi kelayakan yang mantap pada Sabtu, Rossi gagal menempatkan dirinya di kelompok depan apabila jatuh ke kedudukan ke-7. Bagaimanapun, masalah tayar yang dihadapinya musim lalu kembali menghantui pada aksi pembukaan 2021 lalu menyaksikan pelumba 42 tahun itu jatuh ke kedudukan ke-12. “Selepas aksi kelayakan semalam, kami jangkakan keputusan yang lebih baik tetapi sewaktu perlumbaan saya bergelut selepas beberapa lap ekoran masalah tayar. “Perkara ini turut berlaku sewaktu ujian bebas pada Jumaat, kami cuba lakukan sesuatu namun masalah itu tidak berjaya diselesaikan. “Entah kenapa tayar belakang hilang cengkaman jadi selepas beberapa lap saya tidak cukup pantas,” jelas Rossi. Sementara itu, Morbidelli mengesahkan jentera ‘A-spec’ miliknya mengalami masalah teknikal membabitkan ‘suspension’ belakang. “Masalah ini perlu disiasat kerana situasi ini telah pun berlaku sebelum ini tetapi sewaktu perlumbaan isu ini lebih ketara jadi saya tiada pilihan selain meneruskan perlumbaan. “Ekoran tiada ‘damping’ dari ‘suspension’ belakang, sukar untuk saya mengambil selekoh maka terpaksalah berlumba satu saat lebih perlahan dari kelajuan perlumbaan,” kata Morbidelli. Pusingan kedua GP Qatar akan berlangsung pada 4 April ini. Advertisements
tempahan-toyota-innova-2021-dibuka-dari-rm111622
BERITA TEMPATAN Tempahan Toyota Innova 2021 Dibuka – Dari RM111,622 Posted on January 5, 2021January 5, 2021 by Amirul Azreen UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah membuka tempahan bagi Toyota Innova 2021 dengan pelbagai kemas kini dan ciri keselamatan baharu ditawarkan. Tiga varian berikut ditawarkan: Toyota Innova 2.0X – RM129,677Toyota Innova 2.0G – RM121,483Toyota Innova 2.0E – RM111,622 Kekal dengan elemen ‘crossover’, model 2021 ini datang dengan rekaan depan baharu yang tampil lebih kemas dengan gabungan warna warna dan krom di bahagian gril dan cermin sisi yang dipadankan dengan lampu isyarat bagi varian X dan G. Lampu fog juga telah dikemas kini bagi menghadirkan rupa yang lebih teguh. Sementara itu, varian X tampil dengan gaya lebih eksklusif antaranya ‘wheel arch moulding’, ‘bodyside moulding’ serta ‘side skirt’ yang meningkatkan lagi pengayaan sporty. Varian X juga datang dengan rim 17-inci Dark Mica Metallic serta spoiler di bahagian belakang. Ruang dalam diserlahkan dengan skrin 9 inci yang menawarkan ciri infotainmen termasuk Panoramic View Monitar (PVM) 3D yang juga didatangkan secara standard pada ketiga-tiga varian. Hasil daripada maklumbalas pelanggan, Toyota turut menambah port pengecas UBS – dua diepan dan satu dibelakang – dengan keupayaan Fast Charging manakala konsol tengah turut menempatkan fungsi wireless-charging. Antara ciri lain ditawarkan: Blind Spot Monitor (BSM)Rear Cross Traffic Alert (RCTA)7 beg udara SRSElectronic Brakeforce Distribution (EBD)Brake Assist (BA)Vehicle Stability Control (VSC)Traction Control (TRC)Emergency Stop Signal (ESS)Hill-start Assist Control (HAC) Sebagai langkah keselamatan ekstra, UMW Toyota turut melengkapkan Innova dengan Toyota Vehicle Telematics System (VTS) yang boleh mengesan lokasi dan kedudukan kenderaan menggunaan GPS dan teknologi GSM sekaligus membantu dalam situasi kecurian kereta. Orang ramai boleh membuat tempahan di pusat pameran Toyota seluruh negara atau secara atas talian di build.toyota.com.my. Advertisements
triumph-speed-triple-1200-rs-2021-serba-baharu-dilancarkan-178hp-125nm
BERITA ANTARABANGSA Triumph Speed Triple 1200 RS 2021 Serba Baharu Dilancarkan – 178HP, 125Nm! Posted on January 26, 2021June 5, 2021 by Amirul Azreen Triumph Motorcycles telah pun melancarkan Speed Triple 1200 RS serba baharu secara strim langsung, hari ini. Bagi tahun 2021, Speed Triple tampil dengan enjin lebih besar dan berkuasa, 1,160cc tiga silinder yang kini menjana 178hp (180 PS) pada 10,750rpm (naik 30 PS) dan 125Nm pada 9,000rpm (naik 8Nm). Menurut Triumph, enjin ini telah direka semula secara menyeluruh dengan setiap elemen telah dibangunkan dengan memfokuskan peningkatan prestasi di samping menurunkan berat keseluruhan sekaligus unit ini 7 kilogram lebih ringan berbanding Speed Triple sebelumnya. Enjin ini juga menyalurkan kuasa dan tork lebih tinggi sekalgus menjadikan Speed Triple 1200 RS 2021 sebagai model paling berprestasi tinggi. ‘Red line’ juga naik 650rpm kepada 11,150rpm bagaimanapun, penyampaian kuasa dan tork sewaktu rpm rendah (low) dan pertengahan (mid) masih ikonik seperti Speed Triple sebelumnya. Tidak hairanlah, nisbah kuasa-berat (power to weight) naik 25 peratus berbanding generasi Speed Triple sebelumnya serta hampir dua kali ganda berbanding model 1994. Triumph juga mendakwa generasi baharu ini juga menawarkan bunyi paling terbaik susulan penerapan sistem ekzos dan ‘intake’ serba baharu. Kotak gear dan klac juga dipertingkat dengan penggunaan transmisi 6-kelajuan serta klac slip dan assist lebih ringan dengan bantuan kompaun friction terkini yang mengurangkan penggunaan plat klac sekaligus meningkatkan kawalan sewaktu turunkan gear ketika dalam kelajuan tinggi. Antara ciri menarik lain ditawarkan: fork depan Ohlins NIX30 (USD) boleh laras (preload/rebound/compressionmonoshock jenis twin tube Ohlins TTX36 (preload/rebound/compression)tayar Metzeler RACETEC RRCornering ABS dan Cornering Traction Control (dengan IMU)paparan TFT 5″lima mod tungganganTriumph Shift Assist (Quickshifter)lampu LED penuhsistem keylessMy Triumph Connectivityberat 198kg Sementara itu sistem membrek dikendalikan kaliper brek jenis radial (berkembar) Brembo Stylema yang dipadankan dengan cakera brek 320mm di bahagian depan serta kaliper dua piston Brembo di bahagian belakang. Triumph Speed Triple 1200 RS ini juga lengkap dengan sistem cruise control yang didatangkan secara standard termasuk penggunaan bateri jenis lithium ion. Menariknya, Triumph Motorcycles juga menawarkan 35 jenis aksesori kepada pelanggan yang berminat memperibadikan Speed Triple 2021 ini mengikut cita rasa masing-masing. Menurut Triumph Motorcyles UK, Speed Triple 1200 RS ini ditawarkan pada harga GBP15,100 (RM83,567). *tukaran langsung Advertisements
honda-cbr150r-2020-dilancarkan-di-thailand-17-1hp-14-4nm
BERITA ANTARABANGSA Honda CBR150R 2020 Dilancarkan Di Thailand – 17.1HP, 14.4Nm! Posted on December 7, 2020December 7, 2020 by Amirul Azreen Honda telah melancarkan CBR150R 2020 di Thailand yang kini tampil dengan empat pilihan warna baharu. Diinspirasikan daripada ‘abang besar’, CBR650R dan CBR1000RR-R, model 2020 ini masih lagi mengekalkan enjin 149cc, satu silinder dengan penyejukan cecair yang menjana 17.1hp dan 14.4Nm seperti model sebelumnya. Bagaimanapun, kemas kini terbaru menyaksikan CBR150R datang dengan pilihan warna baharu seperti berikut: hitam matte, grafik merahmerah dengan grafik hitam (rim merah)hitam matte, grafik jingga (rim jingga) Kemudian, model ini turut tampil dengan pilihan warna unik yang menggabungkan warna kelabu/hitam dan merah dengan rim depan merah dan belakang hitam. Meskipun terdapat persaingan sengit di antara CBR150R dan Yamaha R15 di Thailand namun model Honda itu tidak dipasarkan di Malaysia ketika ini sekaligus menyaksikan R15 lebih popular disini. Advertisements
fast-bikes-lancar-triumph-trident-2021-di-malaysia-rm43900
Moto Malaya Fast Bikes Lancar Triumph Trident 2021 Di Malaysia – Dari RM43,900! Posted on February 18, 2021February 18, 2021 by Amirul Azreen Fast Bikes Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia melancarkan Trident 660 untuk pasaran tempatan. Menurut Fast Bikes, lebih 50 unit telah pun ditempah dengan motosikal terbabit akan sampai di pengedar 20 Februari ini. Kemunculan semula Trident serba baharu ini menandakan langkah terbaru Triumph dalam mencabar segmen motosikal pertengahan yang sebelum ini didominasi motosikal Jepun, Kawasaki Z650 dan Yamaha MT-07. Bagaimanapun, Triumph mengharapkan DNA enjin tiga silinder 660cc itu mampu meletakkan diri mereka sebagai pilihan utama segmen itu bagi 2021 apatah lagi diberi jolokan sebagai jentera ‘entry-level’ dengan harga berpatutan. Triumph Trident didatangkan dengan enjin 3 silinder 660cc dengan penyejukkan cecair yang menghasilakn 80hp pada 10,250rpm dan 64Nm pada 6,250rpm. Enjin tersebut merupakan unit yang diguna pakai pada Street Triple S namun telah dikemas kini secara besar-besaran lantas menyaksikan 90 peratus daripada tork dihasilkan dari 3,600rpm hingga 9,750rpm. Kuasa enjin kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dibantu dengan klac assist/slipper. Triumph turut menawarkan opsyen quickshifter bagi pelanggan yang berminat. Selain daripada penggunaan kerangka (frame) jenis tubular steel, Trident turut dilengkapi dengan fork depan (upside down) Showa 41mm serta mono-shock RSU dengan preload boleh laras. Sistem brek dikendalikan oleh kaliper dua piston Nissin (depan) dengan cakera brek berkembar 310mm manakala kaliper brek satu piston (belakang) dengan cakera brek 255mm di samping Anti-lock Braking System (ABS) dua saluran. Menurut Triumph, kerangka Trident ini adalah serba baharu dengan rekaan tersebut tidak pernah diterapkan pada mana-mana model syarikat itu sebelum ini. Antara ciri lain ditawarkan: dua mod tunggangan – Rain/Roadlampu LED penuh (depan dan belakang)modul Bluetoothpaparan TFT dengan rev-counter LCDtraction control Sementara itu, Trident 2021 ini didatangkan dengan empat pilihan warna; Crystal White dan Sapphire Black serta Silver Ice/Diablo Red dan Stealthy Matt Jet Black/Matt Silver Ice. Triumph Motorcycles Malaysia menawarkan Trident ini pada harga beriku mengikut warna: Crystal White dan Sapphire Black – RM43,900Silver Ice/Diablo Red dan Stealthy Matt Jet Black/Matt Silver Ice – RM44,900 Setiap pembelian didatangkan dengan waranti dua tahun dengan perbatuan tanpa had dengan jarak waktu servis diletakkan pada 16,000km. Advertisements
kawasaki-zx-10r-dan-zx-10rr-dikemas-kini-bagi-2021
BERITA ANTARABANGSA Kawasaki Kawasaki ZX-10R Dan ZX-10RR Dikemas Kini Bagi 2021 Posted on October 14, 2020October 14, 2020 by Amirul Azreen Dalam tempoh kurang dua bulan dari sekarang, Kawasaki bakal melancarkan enam jentera baharu bagi tahun 2021. Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada maklumat terperinci apakah antara jentera yang akan diperkenalkan namun dapat dipastikan salah satu daripadanya adalah Kawasaki ZX-10R dan ZX-10RR. Namun, berdasarkan laporan, jentera tersebut bukanlah merujuk kepada model serba baharu sebaliknya sekadar kemas kini daripada model sedia ada. Antara penambahbaikan yang akand dilaksanakan adalah bahagian enjin yang didakwa akan menghasilkan kuasa kuda dan tork yang lebih tinggi. Kemas kini itu adalah sebahagian daripada usaha untuk membantu Kawasaki di pentas Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK). Langkah itu juga dijangka akan membawa perubahan terhadap ‘engine mounting’ dan beberapa ciri enjin lain. Menurut laporan, rekaan keseluruhan akan terus kekal sama seperti versi sedia ada namun dengan aerodinamik yang lebih baik termasuk penggunaan winglet yang ketika ini merupakan keperluan ‘homologation’ di WSBK. Senario ini mungkin juga menyaksikan Kawasaki akhirnya akan perkenalkan paparan digital berwarna pada ZX-10R dan ZX-10RR. Kawasaki akan melancarkan enam model baharu itu pada 23 November ini. – Asphalt & Rubber Advertisements
bmw-malaysia-bersama-shell-lancar-program-penjagaan-kereta-premium
BERITA TEMPATAN BMW Shell Malaysia BMW Malaysia Bersama Shell Lancar Program Penjagaan Kereta Premium Posted on August 24, 2020August 24, 2020 by Amirul Azreen BMW Malaysia dengan kerjasama Shell Malaysia memperkenalkan program servis dan selenggara minyak enjin dan alat ganti yang menawarkan Shell Helix Ultra Profesional ABB 5W-40. Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, menyifatkan kerjasama berterusan bersama Shell membolehkan kedua-dua pihak menawarkan perkhidmatan terbaik. “Di BMW Malaysia, kami percaya bahawa usaha sama signifikan yang dijalin dengan pihak-pihak utama dalam industri dapat membuahkan pengalaman pemilikan premium yang terunggul buat pelanggan kami. “Shell terus berperanan sebagai rakan kongsi strategik kepada jenama BMW secara global, dan usaha sama ini telah membolehkan kedua-dua pihak membekalkan nilai dan servis yang terbaik buat para pelanggan di seluruh negara,” jelasnya. Shell menjadi satu-satunya pembekal yang disyorkan bagi minyak enjin berjenama BMW yang tulen serta minyak enjin pasaran sekunder (aftermarket) bagi semua jenama dalam BMW Group di rantau ini,sejak 2015. Menerusi program ini, terdapat dua pakej ditawarkan; Pakej Servis Minyak BMW (BMW Oil Service Package) dan Pakej Nilai Servis BMW (BMW Service Value Package) yang akan menjaminkan perlindungan dan jangka hayat enjin lebih lama. Bukan itu sahaja, pelanggan juga berpeluang bawa pulang sebuah BMW M4 Motorsport Collectible Remote Car edisi terhad yang bernilai RM250 bagi setiap pembelian pakej servis yang ditawarkan pada harga RM500. Para pelanggan boleh membuat janji temu dengan mudah bagi Pakej Servis Minyak BMW atau Pakej Nilai Servis BMW di mana-mana Pusat Pengedaran BMW Bertauliah. Program ini ditawarkan mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020, untuk maklumat lanjut, sila layari BMW.com.my Advertisements
suzuki-kemas-kini-rekaan-dan-enjin-hayabusa-bagi-2021
BERITA ANTARABANGSA suzuki Suzuki Kemas Kini Rekaan Dan Enjin Hayabusa Bagi 2021 Posted on October 13, 2020October 13, 2020 by Amirul Azreen Suzuki Hayabusa akan kembali dengan rekaan lebih ‘segar’ dan enjin lebih berkuasa bagi tahun 2021. Khabar angin mengenai Hayabusa baharu mula bertiup kencang kebelakangan ini selepas jentera itu dihentikan penjualan di Eropah pada 2018 dan beberapa negara lain susulan peraturan emisi yang ketat. Suzuki Hayabusa julung kalinya diperkenalkan pada tahun 1999 sebelum generasi kedua dilancarkan lapan tahun kemudian. Namun 10 tahun berlalu, hanya warna dan grafik Hayabusa dikemaskini lantas jentera ikonik itu terus kekal dengan imej ‘lama’ tanpa paparan digital, lampu LED dan sistem traction control yang kini ditawarkan secara standard pada jenama lain. Bagaimanapun, segalanya bakal berubah tahun depan selepas Suzuki telah pun memfailkan beberapa paten di Jepun termasuk kerangka baharu, sistem ekzos serta butang start/stop. Bukan itu sahaja, enjin 1,340cc sedia ada juga dijangka akan dipertingkat kepada 1,440cc yang akan menawarkan kuasa sekitar 190hp di samping menerapkan penggunaan lampu LED, cornering ABS, traction control dan mod menunggang. Menurut laporan media antarabangsa, Suzuki dijangka memperkenalkan Hayabusa dinaik taraf ini pada pertengahan 2021. Advertisements
proton-saga-edisi-ulang-tahun-dilancarkan-aksesori-boleh-dibeli-berasingan
Moto Malaya Proton Saga Edisi Ulang Tahun Dilancarkan, Aksesori Boleh Dibeli Berasingan Posted on July 9, 2020July 9, 2020 by Amirul Azreen Bagi meraikan ulang tahun Proton Saga ke-35, Proton melancarkan Proton Saga edisi Ulang Tahun Ke-35, hari ini. Terhad kepada 1,100 unit sahaja, Proton Saga edisi khas ini merupakan penghargaan kepada model itu yang telah menyumbang banyak dalam menaikkan jenama Proton dan Malaysia. Edisi terhad ini didatangkan dengan warna hitam dan kuning eksklusif di bahagian luar dan dalam. Antara ciri yang didatangkan pada model edisi terhad ini adalah: Front SkirtingSide Skirtings,Door VisorsHood InsulatorTrunk Lid CoverBoot Tray Menariknya, aksesori – bernilai RM2,350 – ini turut boleh dibeli secara berasingan dan dipasang pada model Saga 2019. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Li Chunrong berkata, “Saga Edisi Ulang Tahun adalah hadiah istimewa pada hari yang istimewa untuk rakyat Malaysia. Ini merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda kepada Saga sejak 35 tahun yang lalu. Anda boleh membuat tempahan pada hari ini dengan mengunjungi pusat jualan kami atau melakukannya secara dalam talian.” Proton Saga Edisi Ulang Tahun Ke-35 ditawarkan pada harga RM39, 300. Dalam perkembangan sama, demi menjaminkan kesihatan pemilik Proton, setiap pembelian kereta Proton – Saga, Persona, iriz dan Exora – akan dilengkapi penapis kabin N95 yang sebelum ini hanya ditawarkan pada model X70. Advertisements
19-kenderaan-elak-bayar-tol-sejak-beberapa-tahun-syarikat-ini-diarah-bayar-rm518369
BERITA TEMPATAN 19 Kenderaan Elak Bayar Tol Sejak Beberapa Tahun, Syarikat Ini Diarah Bayar RM518,369! Posted on April 15, 2021April 15, 2021 by Amirul Azreen Sebuah syarikat logistik telah diarah untuk membuat pembayaran RM518,369.27 kepada Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) atas kegagalan pemandu majikan tersebut membuat bayaran tol dalam tempoh beberapa tahun. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Berjasa Logistic Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Sin Kung Logistics (KL) Sdn Bhd) harus dipertanggungjawabkan atas tindakan 19 buah kenderaan dengan sengaja elak dari membayar tol di Lebuhraya PLUS. Keputusan tersebut dibuat setelah Berjaya Logistics Sdn Bhd membuat rayuan terhadap tuntutan M518,369.27 dengan kos RM100,000 oleh pihak PLUS. Sementara itu, PLUS dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya memandang serius tindakan elak membayar tol terutamanya oleh pemandu lori dan kenderaan syarikat logistik. “PLUS memandang serius tindakan segelintir pemandu kenderaan yang dengan sengaja mengelak untuk membayar tol. “PLUS juga memohon kerjasama semua syarikat logistik dan pemilik kenderaan berat supaya memandang serius perkara ini dan seterusnya memantau tindakan pemandu dan/atau pekerja mereka. “Di samping itu, PLUS telah mengenalpasti beberapa taktik penipuan tol yang digunakan oleh pemandu-pemandu kenderaan berat dan sedang mengambil langkah-langkah pencegahan yang perlu termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.” Advertisements
motogp-marquez-jalani-pembedahan-ketiga-rehat-enam-bulan
Moto Malaya MotoGP: Marquez Jalani Pembedahan Ketiga, Rehat Enam Bulan Posted on December 4, 2020December 4, 2020 by Amirul Azreen Juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez telah selesai menjalani pembedahan ketiga di lengan kanan di Madrid. Bagaimanapun, dia kini berdepan tempoh pemulihan yang dijangka memakan masa hingga enam bulan. Pelumba Repsol Honda itu mengalami kecederaan serius selepas kemalangan dalam pusingan pertama di Jerez pada Julai lalu. Meskipun menjalani pembedahan pertama, dia membuat kejutan apabila cuba kembali empat hari kemudian untuk GP Andalucia. Keputusan itu bagaimanapun memberi kesan negatif sehingga menyebabkan plat besi yang diletakkan rosak dan terpaksa menjalani pembedahan kedua lantas memaksa Marquez undur diri dari musim 2020. Laporan mengenai pembedahan ketiga timbul awal bulan lalu tatkala proses pemulihan kecederaan pelumba itu memakan masa yang lebih lama dari jangkaan. Pembedahan tersebut yang dijalankan pada Khamis mengambil masa lebih lapan jam yang menyaksikan doktor mengekstrak tulang pinggul (tinggi dengan sel darah merah) dan dicantumkan ke tulang humerus di lengan kanan. Plat besi baharu turut dimasukkan menggantikan plat besi yang diletakkan sebelum ini. Marquez perlu berehat lebih enam bulan sekaligus menyaksikan dia bakal terlepas aksi pembuka tirai di GP Qatar yang akan berlangsung pada 28 Mac depan. Advertisements
spyshotyamaha-nvx-155-2021-didedahkan
BERITA TEMPATAN Yamaha SPYSHOT:Yamaha NVX 155 2021 Didedahkan? Posted on September 22, 2020September 22, 2020 by Amirul Azreen Tular di media sosial negara jiran, Indonesia yang memaparkan imej sebuah motosikal skuter yang didakwa sebagai model ‘facelift’ bagi Yamaha NVX 155 2021. Dikenali sebagai Aerox di negara jiran. gambar yang memfokus bahagian depan itu jelas menampakkan rekaan yang jauh berbeza berbanding NVX sedia ada. Bentuk lampu hadapan yang sebelum ini lebih tirus kini tampak lebih menonjol dan panjang namun seakan menghilangkan pengayaan sporty seperti sebelum ini. Bahagian panel di atas lampu depan juga seakan lebih mendongak namun mungkin disebabkan sudut pengambilan gambar tersebut. Yamaha NVX 155 Meskipun tiada gambar belakang namun dijangka terdapat sedikit olahan kecil dilaksanakan namun masih tidak dipastikan sama ada Yamaha akan mengekalkan penggunaan brek jenis dram di bahagian belakang atau beralih ke penggunaan cakera. Bagaimanapun, rakan media di Indonesia, Iwanbanaran.com berjaya mendapat ‘spyshot’ yang memaparkan imej bahagian sisi yang lebih jelas kiriman pengikut. Sumber: Iwanbanaran.com Gambar tersebut jelas memaparkan rekaan penutup radiator yang berbeza di samping ruang tempat letak kaki yang lebih tirus di samping bentuk ekzos yang lebih lurus Ketika ini, tiada pengesahan bila model ini akan dilancarkan dan sama ada akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Advertisements
gp-styria-espargaro-terpantas-sesi-kelayakan-nakagami-lakar-kejutan
BERITA ANTARABANGSA MotoGP 2020 GP Styria: Espargaro Terpantas Sesi Kelayakan, Nakagami Lakar Kejutan Posted on August 22, 2020August 22, 2020 by Amirul Azreen Pelumba Red Bull KTM, Pol Espargaro merekodkan masa terpantas ketika sesi kelayakan GP Styria buat julung kalinya di kelas premier. Ini juga merupakan petak pertama sulung buat kem KTM selepas empat tahun bersaing di kelas premier. Pol Espargaro Espargaro merekodkan catat masa 1 minit 23.580 saat untuk memulakan perlumbaan di petak pertama esok di Litar Red Bull Ring. Dia bagaimanapun mengetepikan pelumba Jepun, Takaaki Nakagmi (LCR Honda) yang sebelum itu membuat kejutan apabila merekodkan masa terpantas dengan 1’23.602s. Takaaki Nakagami Johan Zarco merekodkan masa terpantas ketiga dengan 1’23.632s namun pelumba Avintia Ducati itu terpaksa memulakan aksi di laluan pit esok susulan dikenakan denda atas kejadian kemalangan yang berlaku minggu lalu membabitkan Franco Morbidelli. Momentum Espargaro diharapkan berterusan dalam hari perlumbaan tatkala dia gagal menamatkan aksi dalam dua pusingan sebelum ini gara-gara terlibat kemalangan. Sementara itu, pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir, meneruskan kecemerlangan minggu lalu apabila merekodkan petak kelima diikuti Jack Miller, yang meskipun bergelut dengan kecederaan bahu masih mampu mempamerkan tunggangan pantas, hari ini. Fabio Quartararo Wakil Petronas Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo yang cemerlang dalam dua aksi pembukaan musim ini terpaksa berpuas hati di petak ke-10 diikuti rakan sepasukan, Franco Morbidelli di petak ke-11. Berikut keputusan penuh sesi Kelayakan 2 (Q2): Advertisements
honda-beat-2020-enjin-kerangka-tangki-dan-lampu-baharu-rm5555
BERITA TEMPATAN Boon Siew Honda Honda Beat 2020: Enjin, Kerangka, Tangki Dan Lampu Baharu – RM5,555! Posted on October 11, 2020October 11, 2020 by Amirul Azreen Boon Siew Honda telah memperkenalkan Honda Beat 2020 secara strim langsung malam tadi. Bagi tahun 2020, Honda Beat menawarkan enjin eSP baharu dengan suntikan PGM-FI. Enjin ini kini menghasilkan 8.6hp pada 7,500rpm dan 9.53Nm pada 5,500rpm di samping mematuhi piawaian Euro4 dan standard kenderaan cekap tenaga EEV menerusi penjimatan bahan api 59.1km/L. Penggunaan kerangka baharu turut meningkatkan keselesaan tunggangan tatkala kerangka ini adalah 4 kilogram lebih ringan berbanding model terdahulu. Kapasiti tangki turut dipertingkat dari 4L ke 4.2L sementara ruang letak barang ini 11.7L, naik 0.5L berbanding model sebelum ini. Lampu depan LED juga serba baharu di samping rekaan speedometer, cermin sisi, rim yang telah dikemas kini dan pembuka tempat duduk baharu. Honda Beat 2020 terus mengguna pakai sistem membrek Combi Brake System (CBS) seperti yang terdapat pada Honda Vario 150 bagi menjaminkan tahap membrek terbaik. Honda Beat 2020 ini ditawarkan dengan empat pilihan warna, Vivacity Red,Force Silver Metallic, Pearl Nightfall Blue dan Space Magenta Metallic dengan kesemuanya boleh didapati dengan harga RM5,555. Advertisements
motogp-shark-helmets-jadi-helmet-rasmi-jorge-martin-musim-2021
BERITA ANTARABANGSA MotoGP: SHARK Helmets Jadi Helmet Rasmi Jorge Martin Musim 2021 Posted on January 7, 2021January 7, 2021 by Amirul Azreen Jorge Martin bakal beraksi di musim pertama MotoGP dengan helmet baharu selepas menandatangani kontrak bersama pengeluar helmet dari Perancis, SHARK Helmets. [Inside Racing] SHARK is proud to announce the arrival of a new SHARK Rider ?? The young @Jorge.Martin.Almoguera.88…Posted by SHARK Helmets on Wednesday, 6 January 2021 Martin bakal mengenakan helmet SHARK Race-R Pro GP FIM terbaru bagi musim 2021 bersama pasukan baharu, Pramaca Racing (Ducati) setelah beraksi cemerlang di Moto2 bersama Red Bull KTM Ajo musim lalu. *Johann Zarco Juara dunia Moto3 2018 itu akan digandingkan bersama Johann Zarco yang turut sama memakai helmet SHARK. *Miguel Oliveira Pelumba berusia 22 tahun itu sertai Zarco, Miguel Oliveira dan Iker Lecuona di MotoGP sebagai pelumba SHARK Helmets. Martin menamatkan musim 2020 bersama KTM Ajo dengan dua kemenangan dan lapan podium sekaligus dicanang antara pelumba yang harusi diberikan perhatian bagi musim 2021. Advertisements
rompak-stesen-minyak-sebelum-lari-dengan-benelli-trk-502
Moto Malaya Rompak Stesen Minyak Sebelum Lari Dengan Benelli TRK 502 Posted on September 9, 2020September 9, 2020 by Amirul Azreen Dua lelaki bertindak merompak sebuah stesen minyak Shell Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis awal pagi tadi. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai terbabit yang mula tular di laman sosial hari ini jelas menampakkan dua suspek lelaki terlibat dalam rompakan di stesen terbabit. Kedua-duanya memasuki premis dengan memakai topi keledar dan topeng muka Kedua-dua suspek telah menyerbu ke dalam premis sambi bersenjatakan pisau dan merompak duit stesen minyak terbabit sebelum melarikan diri. Pada masa sama, rakaman CCTV jelas menampakkan suspek melarikan diri menggunakan jentera Benelli TRK502. Advertisements
motogp-razlan-rancang-petronas-srt-jalani-ujian-persendirian-di-eropah
BERITA ANTARABANGSA MotoGP: Razlan Rancang Petronas SRT Jalani Ujian Persendirian Di Eropah Posted on January 15, 2021January 15, 2021 by Amirul Azreen Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali menyifatkan persiapan pasukan itu tidak terjejas meskipun ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dibatalkan. Dorna Sports, FIM, IRTA dan SIC telah pun mengesahkan pembatalan Sepang Shakedown dan ujian rasmi di Sepang susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di samping pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri. Ujian Pra-Musim MotoGP Batal, Aktiviti Lain Ditunda Sepanjang PKP – SIC Menurut Razlan pihaknya menghormati keputusan itu termasuk pelaksanaan PKP oleh kerajaan Malaysia dalam mengekang Covid-19. *Datuk Razlan Razali, Franco Morbidelli Razlan memaklumkan bakal berbincang dengan pengurus pasukan, Johan Stigfelt, untuk mengadakan tiga ujian persendirian di Eropah susulan terdapat kebimbangan Dorna akan turut membatalkan ujian pra-musim di Sepanyol. “Saya difahamkan yang Dorna Sports berkemungkinan membatalkan satu lagi ujian MotoGP yang sepatutnya diadakan di Sirkit Jerez (di Sepanyol) dari 16-18 Mac akibat COVID-19,” katanya. Setakat ini ujian pra-musim di Litar Losail, Qatar, masih lagi dalam perancangan. “Saya percaya yang ujian di Qatar (dari 10-12 Mac) adalah lebih daripada mencukupi untuk pasukan kami memperbaiki motosikal kami, terutamanya aerodinamik termasuk mengurangkan berat motosikal, sebelum perlumbaan sebenar,” jelasnya. Aksi MotoGP kembali membuka tirai pada 26-28 Mac ini di Qatar. – BERNAMA Advertisements
30-unit-kawasaki-zr-250-56-unit-kr-150-antara-149-kenderaan-dilelong-akan-pdrm-p-pinang
BERITA TEMPATAN 30 Unit Kawasaki ZR 250, 56 Unit KR 150 Antara 149 Kenderaan Dilelong Akan PDRM P. Pinang Posted on August 22, 2020August 22, 2020 by Amirul Azreen Polis Diraja Malaysia (PDRM) cawangan Pulau Pinang, bakal melelong 149 unit kereta dan motosikal dengan harga bermula serendah RM300. Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Penang Kini, tarikh lelongan akan berlangsung pada 27 Ogos ini pada jam 10 pagi. Pembida yang berminat sertai lelongan perlu mendaftar dengan bayaran deposit 5 peratus daripada harga simpanan atau maksimum RM1,000. Berdasarkan senarai kenderaan yang akan dilelong, antara motosikal yang ditawarkan adalah: Kawasaki ZR250Kawasaki KR 150Naza NBM 125Modenas EleganModenas Kriss 120Honda CBX 750Honda VFR800 Sementara itu kereta pelbagai jenama turut ditawarkan antaranya: Mitsubishi PajeroProton WiraProton IswaraProton WajaProton PerdanaLand Rover 110 2.5Perodua RusaPerodua KancilInikom PermaKia PregioFord TransitFord EconovanIsuzu Trooper. Advertisements
dovizioso-pencabar-utama-kejuaraan-musim-ini-quartararo
BERITA ANTARABANGSA motogp Dovizioso Pencabar Utama Kejuaraan Musim Ini – Quartararo Posted on August 17, 2020August 17, 2020 by Amirul Azreen Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo menyifatkan Andrea Dovizioso sebagai pencabar utamanya dalam perebutan kejuaraan musim ini. Pelumba Ducati MotoGP itu merekodkan kemenangan di GP Austria semalam sekaligus melengkapkan kecemerlangan Ducati di Litar Red Bull Ring buat kali ke-50. Kemenangan itu membawa seribu satu makna buat Dovizioso yang turut mengesahkan 2020 merupakan musim terakhirnya bersama Ducati sehari sebelum perlumbaan berlangsung. Pendahulu kejuaraan, Quartararo bergelut dengan masalah jentera sepanjang perlumbaan lalu menyaksikannya menamatkan aksi di kedudukan ke-8. “Saya mengalami masalah brek yang serius dalam bahagian pertama dan kedua perlumbaan tetapi saya cuba lakukan yang terbaik dan berjaya memperbaiki kedudukan,” jelas Quartararo yang tersasar jauh ketika di Turn 4. Kemenangan Dovizioso turut meletakkan pelumba Itali itu hanya 9 mata dibelakang Quartararo yang kini perlu kembali semula di litar sama hujung minggu ini. “Dovizioso lebih berpengalaman berbanding Maverick Vinales, dia tahu bagaimana untuk berdepan situasi seperti ini dan dia juga cukup hebat ketika lap terakhir. “Jentera Ducati memiliki kelajuan maksima yang mantap jadi sukar untuk memintas dia ketika perlumbaan sementara Vinales dan saya memiliki jentera yang lebih kurang sama dan berdepan masalah sama,” tambah Quartararo. Petronas SRT perlu kembali mengkaji masalah jentera yang dihadapi Quartararo jika mahu terus mengekalkan pelumba Perancis itu selaku pendahulu kejuaraan MotoGP kerana hakikatnya Dovizioso – yang kini dalam mood ‘nothing to lose – mampu melakar sesuatu musim ini. – GPOne Advertisements
yamaha-dedah-mt-09-sp-2021-lengkap-dengan-cruise-control-monoshock-ohlins-dan-fork-kayaba
Moto Malaya Yamaha Dedah MT-09 SP 2021- Lengkap Dengan Cruise Control, Monoshock Ohlins dan Fork Kayaba! Posted on November 11, 2020November 11, 2020 by Amirul Azreen Baru-baru ini Yamaha telah melancarkan MT-09 2021 yang dikemas kini dengan enjin serba baharu bagi mematuhi piawaian Euro5. Yamaha MT-09 2021 Dilancarkan – 117HP, 93Nm! Bagaimanapun, pengeluar motosikal Jepun itu turut memperkenalkan versi SP yang dilengkapi pelbagai sistem dan teknologi tinggi. Selain daripada menerapkan rekaan sama seperti yang terdapat pada MT-09 2021, antara penambahbaikan ketara adalah penggunaan sistem IMU seperti yang terdapat pada R1 M yang mengawal ABS, lean sensitive traction control, slide control dan wheelie control. Model SP ini turut dilengkapi dengan fungsi quickshifter yang didatangkan secara standard seperti yang ditawarkan MT-09 2021. Sementara itu, versi SP ini turut didatangkan dengan gabungan monoshock belakang (boleh laras) dari Ohlins dan fork depan Kayaba dengan kemasan DLC (diamond-like coating) dengan compression damping boleh laras bagi kelajuan tinggi dan rendah. MT-09 SP ini juga dilengkapi dengan sistem cruise control yang didatangkan secara standard. Selain itu, model SP ini juga mendapat pilihan warna yang diinspirasikan daripada YZF-R1M. Menurut Yamaha, MT-09 SP ini akan dipasarkan di Eropah sekitar Mac 2021 namun tidak dapat dipastikan tarikh untuk pasaran Malaysia. Advertisements
ayah-kip-tuntut-razlan-razali-disingkir-dari-sukan-permotoran-negara
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Ayah KIP Tuntut Razlan Razali Disingkir Dari Sukan Permotoran Negara Posted on December 22, 2020December 22, 2020 by Amirul Azreen Pawi Omar, ayah kepada bekas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi, mendesak agar prinsipal Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali disingkir dari sukan permotoran negara. Luahan itu dibuat diruangan komen media sosial Facebook dan mula tular di beberapa ‘page’ permotoran tempatan. Menerusi luahan itu, Pawi meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyingkirkan Razlan bagi membela nasib pelumba tempatan. Kontrak KIP tidak disambung Petronas Sprinta Racing selepas Razlan mendedahkan pelumba 22 tahun itu gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan pasukan meskipun menurunkan dia dari Moto2 ke Moto3. KIP kemudiannya membuat pengumuman mengejut apabila mengumumkan persaraan selepas gagal menandatangani sebarang kontrak bersama pasukan lain. Senario itu lantas menyaksikan tiada wakil pelumba tempatan di Petronas SRT dengan Hafizh Syahrin menjadi wakil tunggal di Moto2 manakala status Kasma Daniel Kasmayudin masih menjadi tanda tanya. Sementara itu, peminat sukan permotoran turut berbeza pendapat dengan ada yang mengecam ketiadaan pelumba tempatan di Petronas SRT manakala ada yang menyifatkan pelumba tempatan belum cukup hebat untuk bersaing di MotoGP. Dalam kenyataan terbaru, Hafizh turut mempertahankan KIP dengan membidas kenyataan Razlan yang mengkritik tindakan pelumba itu tidak sertai latihan motorcross sebaliknya bersama Hafizh membuat kayuhan basikal. Advertisements
1100-unit-proton-saga-edisi-ulang-tahun-habis-dijual-dalam-lima-hari
Moto Malaya 1,100 Unit Proton Saga Edisi Ulang Tahun Habis Dijual Dalam Lima Hari Posted on July 24, 2020July 24, 2020 by Amirul Azreen Asalkan edisi terhad memang akan sentiasa ada permintaan, begitulah yang berlaku pada 1,100 unit Proton Saga Edisi Ulang Tahun yang habis dijual dalam masa lima hari. Unit edisi khas ini telah dilancarkan pada 9 Julai lalu bagi meraikan ulang tahun ke-35 Saga. Model ini – yang berdasarkan varian Premium AT – hanya terhad kepada 1,100 unit sahaja dan menampilkan pilihan warna Quartz Black dengan gabungan warna kuning keemasan. Bagaimanapun, tiada perubahan dilaksanakan terhadap bahagian enjin yang masih lagi mengekalkan 1.3L empat silinder yang menghasilkan 95 hp dan 120 Nm yang disalurkan menerusi transmisi 4-kelajuan automatik dari Hyundai. Edisi Ulang Tahun ini ditawarkan pada harga RM39,300. Advertisements
jelajah-vespa-racing-sixites-bermula
BERITA TEMPATAN Jelajah Vespa Racing Sixites Bermula! Posted on July 23, 2020July 23, 2020 by Amirul Azreen Sempena pelancaran Vespa Racing Sixties di Malaysia baru-baru ini, Vespa Malaysia telah menganjurkan jelajah seluruh negara yang telah pun bermula awal bulan ini di Motoplex Petaling Jaya. Motoplex Petaling Jaya merupakan rumah baharu bagi jenama Piaggio di Malaysia. Hari pertama jelajah tersebut mengumpulkan tak kurang 100 pemilik Vespa seluruh negara termasuk Presiden Vespa Club Malaysia, Mohd Hanif dan Danny Saadin selaku naib presiden. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah sesi tunggang uji Vespa Racing Sixties dan permainan atas talian Vespa Racing Sixties Game Activation yang boleh dinikmati menerusi www.vesparacingsixties.com. Jelajah Vespa Racing Sixties Tour akan terus berlangsung menemui peminat Vespa seluruh Semenanjung sehingga 31 Ogos ini. Sementara itu, mereka yang hadir ke Motoplex Petaling Jaya berpeluang menyaksikan pelbagai aksesori ditawarkan dengan harga menarik. Advertisements
modenas-kriss-110-dapat-kemas-kini-baharu-dengan-cakera-brek-port-usb-dan-petunjuk-gear
BERITA TEMPATAN Modenas Kriss 110 Dapat Kemas Kini Baharu – Dengan Cakera Brek, Port USB Dan Petunjuk Gear! Posted on December 17, 2020December 17, 2020 by Amirul Azreen Motosikal ikonik MODENAS, Kriss 110, mendapat kemas kini terbaru yang memfokuskan peningkatan ciri keselamatan. MODENAS Kriss 110 kini tampil dengan cakera brek di bahagian depan yang menjaminkan tahap membrek lebih efisien bagi tahun 2020. Bukan itu sahaja, varian Kriss 110 Disc Brake ini juga lengkap dengan penyerap hentakan (belakang) berkembar di samping penggunaan tayar jenis ‘tubeless’. Meskipun dengan pertambahan ciri baharu, motosikal ini masih lagi ringan dengan hanya 97 kilogram. Bagaimanapun, model baharu ini masih lagi bernadikan enjin satu silinder 107cc SOHC dengan penggunaan karburator yang menjana 6.5hp pada 8,000rpm dan 6.7Nm pada 6,000rpm. Bahagian depan turut dikemas kini dengan lampu depan ‘multi-reflector’ yang menjaminkan pencahayaan terbaik di samping rekaan grafik serba baharu. Antara ciri baharu lain ditawarkan: paparan digital dan petunjuk gear baharuport pengecas USBruang letak barang 6.6Llampu kecemasan (hazard light) Model ini juga menawarkan pilihan warna merah termasuk dengan pilihan warna biru dan hitam yang ditawarkan sebelum ini. MODENAS menawarkan Kriss 110 Disc Brake ini pada harga RM3,877 (sebelum cukai jalan dan insurans). Advertisements
pkpb-dilanjutkan-hingga-9-november-bagi-selangor-kuala-lumpur-dan-putrajaya
BERITA TEMPATAN PKPB Dilanjutkan Hingga 9 November Bagi Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Posted on October 26, 2020October 26, 2020 by Amirul Azreen Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah pun berkuatkuasa pada 14 Oktober lalu bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan sepatutnya berakhir pada 27 Oktober ini. Bagaimanapun,susulan kes positif berada di paras tinggi, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan PKPB (dua minggu) bagi tiga kawasan terbabit sehingga 9 November. Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Dato Seri Sabri Yaakob, sewaktu sidang media harian PKPP, hari ini. Terkini, Malaysia merekodkan 1,240 kes positif dengan 1,238 kes adalah kes tempatan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 27,805 kes. Advertisements
ini-5-benda-perlu-beli-selepas-memiliki-motosikal-panas
BERITA TEMPATAN Ini 5 Benda Perlu Beli Selepas Memiliki Motosikal ‘Panas’ Posted on November 14, 2020November 14, 2020 by Amirul Azreen Menurut Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia (VTREC), Yamaha 135LC merupakan motosikal paling panas di Malaysia. *Perbandingan statistik kecurian motosikal bagi suku pertama 2020 dan 2019 Lebih 343 unit Yamaha 135LC dilarikan pada suku pertama 2020 diikuti Yamaha Y125ZR dengan 124 unit dan seterusnya Honda C100. Antara sumbangan terbesar kepada kecurian membabitkan model ini kerana adanya permintaan besar dalam pasaran. *Nur Athirah menerima hadiah berupa Yamaha 135LC dari Tengku Permaisuri Selangor selepas motosikalnya (model sama) dicuri di Batu Caves. Yamaha 135LC masih lagi antara motosikal (kapcai) paling popular di Malaysia. Menyedari perkara ini, kami senaraikan lima (5) benda yang wajib dibeli sekiranya bercadang untuk memiliki motosikal ‘panas’. Penutup motosikal (bike cover) Selain daripada berfungsi sebagai pelindung daripada panas dan hujan, penutup motosikal juga dapat menyelamatkan jentera menjadi sasaran pencuri. Motosikal yang terdedah akan memudahkan pencuri mengenal pasti model lantas lebih cenderung untuk dicuri. Pengunci cakera brek (disc brake lock) Alat yang wajib ada bagi semua jenis motosikal dari kapcai sehinggalah ke jentera berkuasa tinggi. Pengunci cakera brek meningkatkan lagi tahap keselamatan motosikal dengan menyukarkan pencuri melarikan jentera dengan lebih muda. Orang ramai digesa untuk mendapatkan pengunci cakera brek berkualiti bagi melidungi motosikal. Pengunci handle (handle lock) Satu lagi alat yang harus dibeli bagi meningkatkan tahap keselamatan motosikal. Seperti namanya, pengunci handle berfungsi dengan mengunci ‘lever’ brake bagi memastikan motosikal tidak mudah dialihkan ketika berada dalam keadaan pegun. Jenama aksesori motosikal terkenal di Malaysia, GIVI turut memperkenalkan pengunci handle TL12 yang berkualiti dengan harga mampu milik. Alat pengesan GPS (GPS Tracker) GPS Tracker merupakan alat yang sangat penting tidak kira untuk apa jua kenderaan terutamanya motosikal. Motosikal yang dipasang dengan GPS Tracker dapat dikesan dengan mudah menggunakan telefon pintar sekiranaya dicuri. Seorang pengguna Twitter turut berkongsi bagaimana dia menjumpai semula motosikal dalam tempoh dua jam selepas dicuri pada 17 Ogos lalu. GPS Tracker boleh dibeli dengan mudah di kedai motosikal atau secara atas talian dengan harga sekitar RM100 ke atas. Skru khas kaliper brek Kecurian kaliper brek (brake calliper) semakin menjadi-jadi di Malaysia dengan rata-rata motosikal berkuasa tinggi paling berisiko berdepan situasi ini. Apatah lagi sekiranya kaliper brek jenama Brembo yang menelan harga ribuan ringgit untuk diganti yang kini turut popular dipakai pada motosikal kapcai? Skru khas ini mencecah harga sekitar RM170 ke atas namun satu pelaburan yang berbaloi bagi motosikal kesayangan. Kelima-lima benda ini sememangnya menelan sedikit kos namun berbaloi untuk pelaburan jangka panjang. Jika boleh bertukar-tukar coverset, cermin sisi dan master pump jenis botol hampir setiap bulan apa salahnya kali ini membeli sesuatu yang boleh mengelakkan daripada jentera kesayangan dicuri supaya tidak menyesal di kemudian hari. Advertisements
tutup-laluan-motosikal-dihujung-minggu-untuk-kegunaan-penunggang-basikal
Moto Malaya “Tutup Laluan Motosikal Dihujung Minggu Untuk Kegunaan Penunggang Basikal” Posted on January 4, 2021January 4, 2021 by Amirul Azreen Demikian cadangan yang disuarakan Pengasas Komuniti Plan A Bukit Jelutong, Faz Adhili, dalam usaha memastikan keselamatan penunggang basikal terjamin. Faz meminta agar laluan motosikal di lebuhraya utama membabitkan Lebuhraya Persekutuan, Kesas dan Guthrie ditutup setiap hujung minggu bagi membenarkan penunggang basikal beriadah dengan selamat. “Ini kerana pada hari minggu aliran trafik di laluan motosikal terutamanya di Lembah Klang sangat rendah. “Saya berpendapat pendekatan ini sangat efektif dan berkesan dan memerlukan toleransi semua pihak untuk jayakannya,” jelasnya dalam program AWANI pagi. Cadangan tersebut dikemukakan kerana berpendapat laluan khas basikal yang disediakan di sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur tidak dapat digunakan sebaiknya susulan terdapat halangan antaranya kereta yang diparkir. Dalam perkembangan sama, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, turut menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membina lebih banyak laluan basikal. – AWANI Advertisements
spyshot-ktm-390-adventure-jalani-ujian-jalan-raya-di-malaysia
BERITA TEMPATAN Moto Malaya SPYSHOT: KTM 390 Adventure Jalani Ujian Jalan Raya Di Malaysia! Posted on October 12, 2020October 12, 2020 by Amirul Azreen KTM Malaysia hampir pasti melancarkan KTM 390 Adventure selepas jentera itu dirakam menjalani ujian jalan raya. Beberapa imej yang memaparkan jentera tersebut menjalani ujian jalan raya tular di media sosial baru-baru ini. Meskipun terselindung di sebalik warna serba gelap namun jelas memaparkan susuk motosikal adventure bersesaran kecil, KTM 390 Adventure. Model tersebut walaupun belum dilancarkan di Malaysia namun telah pun didapati di negara lain awal tahun ini. KTM 390 Adventure yang berkongsi enjin sama dengan 390 Duke merupakan jentera ADV yang diilhamkan daripada versi yang lebih besar, 790 Adventure yang telah pun dilancarkan awal 2019. Meskipun sekadar bersesaran 373.2cc satu silinder yang menawarkan 43hp dan 37Nm namun masa yang diberikan terhadap pembinaan jentera tersebut membuktikan KTM memberi tumpuan sepenuhnya dalam menghasilkan jentera adventure segmen entry-level yang berkualiti. Model baharu ini menawarkan beberapa ciri menarik antaranya: Kerangka steel trellisABS dan Cornering ABS (Street dan Off-Road)Paparan TFTRantai x-ringKaliper brek empat piston ByBre (By Brembo)Fork depan WP boleh larasSistem KTM My Ride Sementara itu, kami menjangkakan 390 Adventure ini akan didapati selewatnya hujung tahun ini. Advertisements
motogp-spesifikasi-berbeza-espargaro-persoal-tak-dapat-layanan-sama-rata
Moto Malaya MotoGP: Spesifikasi Berbeza, Espargaro Persoal Tak Dapat Layanan Sama Rata Posted on May 4, 2021May 4, 2021 by Amirul Azreen Pelumba Repsol Honda, Pol Espargaro, mula menyuarakan ketidak puasan hati terhadap HRC yang tidak memberikan layanan sama rata. Espargaro kecewa apabila mengetahui bahawa dia mendapat jentera RC213V dengan spesifikasi berbeza berbanding Marc Marrquez. Pelumba Sepanyol itu sertai Repsol Honda dari KTM pada hujung musim lalu dalam usaha mengejar kedudukan lebih baik dan hanya bersaing bersama Marquez sewaktu Di Portimao selepas rakan sepasukannya itu diketepikan ekoran masalah kecederaan. Bagaimanapun, selepas aksi di Jerez yang menyaksikan dia menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10, di belakang Marquez, Espargaro meluahkan kekecewaannya terhadap situasi yang dihadapi ketika ini. “Jentera tiada cengkaman dan kelajuan juga tidak berapa baik. Saya tidak dapat menunggang dengan lancar. “Saya hanya seorang pekerja, jadi apa sahaja pakej yang mereka (HRC) beri, saya akan cuba yang terbaik dan kemudian membuat keputusan mana satu yang lebih baik. “Kami semua menggunakan pakej yang berlainan, Marquez guna pakej lain, saya guna pakej lain malah pasukan satelit juga menggunakan mesin yang berbeza. “Akan tetapi, masalahnya sekarang saya tidak dapat mengukur sama ada saya, jentera atau pakej yang digunakan yang tidak cukup bagus. Saya bingung,” jelas Espargaro. Susulan permasalahan ini, Espargaro menjelaskan dia tidak dapat menghulur sebarang bantuan dalam pembangunan jentera ketika ini. “Berdasarkan pengamatan saya, saya tidak dapat membantu mereka (HRC) dan mereka juga tidak dapat membantu saya kerana setiap pelumba mendapat pakej berbeza,” tambahnya. Walaupun baru sertai Repsol Honda, Espargaro tidak malu untuk menyuarakan pendapatnya apatah lagi tidak berpuas hati HRC mengikut telunjuk Marquez dalam pembangunan jentera. Bagaimanapun, tindakan HRC memfokuskan pembangunan RC213V mengikut acuan Marquez bukan lagi satu kejutan, apabila langkah itu menghadiahkan enam kejuaraan dunia MotoGP sebelum ini. Walaupun situasi semasa adalah sukar, bagi HRC, Marquez adalah bintang utama pasukan itu. Saingan MotoGP kembali bersambung pada 14-16 Mei ini di Litar Le Mans. – Visordown Advertisements
minyak-sintetik-penuh-emos-7000e-penuhi-keperluan-motosikal-modenas
Moto Malaya Minyak Sintetik Penuh EMOS 7000E Penuhi Keperluan Motosikal MODENAS! Posted on October 2, 2020October 2, 2020 by Amirul Azreen Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan siri minyak enjin sintetik penuh menerusi EMOS 7000E SAE 10W-50. EMOS 7000E merupakan minyak enjin khas yang diformulasikan untuk motosikal jenis ‘street bike’ dengan campuran bahan tambahan premium dan minyak asas Polyalphaolefins (PAO) dan Ester berkualiti tinggi. Menurut MODENAS, minyak dengan standard API SN dan JASO MA2 ini ditawarkan pada harga RM62 sebotol (1 Liter). Pengenalan kepada produk baharu ini merupakan antara inisiatif MODENAS dalam menawarkan minyak enjin terbaik kepada pemilik motosikal MODENAS> Pelinciran yang berkualiti memastikan prestasi enjin terus berada di tahap optimum di samping mengekalkan ketahanan. “Di MODENAS, kami mahu semua pelanggan kami memanfaatkan motosikal mereka dengan sebaik mungkin. Dengan memperkenalkan pelincir 100% sintetik ini, semua penunggang motosikal di luar sana akan dapat menikmati produk premium berkualiti tinggi dengan harga yang sangat berpatutan. “EMOS 7000E bukan hanya akan memaksimumkan prestasi motosikal, tetapi juga memberikan kos penyelenggaraan yang lebih rendah dengan memberikan perlindungan dan kebersihan enjin yang sangat baik,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MODENAS, Roslan Roskan. EMOS 7000E ini boleh didapati di semua cawangan pusat servis MODENAS, MODENAS Service Plus termasuk di MODENAS Power Store Kota Damansara. Advertisements
motogp-oliveira-dominasi-aksi-penutup-tirai-2020-di-litar-portimao
BERITA ANTARABANGSA MotoGP: Oliveira Dominasi Aksi Penutup Tirai 2020 Di Litar Portimao Posted on November 22, 2020November 22, 2020 by Amirul Azreen Miguel Oliveira berjaya merekodkan kemenangan kedua musim ini setelah mendominasi aksi penutup tirai 2020 di laman sendiri. Pelumba Tech3 KTM itu berjaya mengekalkan kedudukan selaku pendahulu sehingga ke lap terakhir selepas mencatat masa terpantas sewaktu sesi kelayakan, semalam. The final race winner of 2020! ?? @_moliveira88 ?#PortugueseGP ?? pic.twitter.com/wWLtl1yb9u— MotoGP™? (@MotoGP) November 22, 2020 Tempat kedua jadi milik pelumba Pramac Racing, Jack Miller selepas berjaya memintas Franco Morbidelli di sektor terakhir. Kejayaan Miller turut membantu Ducati memenangi Kejuaraan Dunia Pengeluar 2020 buat kali pertama sejak 2007. A burnout to celebrate Ducati clinching the Constructors World Championship for the first time since 2007! ?#PortugueseGP ?? pic.twitter.com/IFNOFFOC1a— MotoGP™? (@MotoGP) November 22, 2020 Sementara itu, Joan Mir, yang telah pun mengesahkan status selaku juara dunia minggu lalu gagal menamatkan perlumbaan apabila jenteranya mengalami masalah teknikal. *Joan Mir mengesahkan kejuaraan dunia di Valencia minggu lalu. Manakala rakan sepasukan di Suzuki Ecstar, Alex Rins menamatkan musim 2020 di kedudukan ketiga kejuaraan dunia. Dalam perkembangan lain, Enea Bastianini merangkul kejuaraan dunia Moto2 selepas mengutip 205 mata meskipun menamatkan aksi di tempat kelima. Pelumba Onexox TKKR SAG Team, Remy Gardner berjaya merekodkan kemenangan sulung di Moto2 selepas mengetepikan cabaran Luca Marini manakala Sam Lowes ketiga. Bastianini akan melangkah ke kelas premier musim depan bergandingan dengan Marini di Avintia Ducati manakala Gardner akan ke Ajo KTM di Moto2. Manakala Moto3 menyaksikan Albert Arenas dinobat juara dunia dengan 174 mata dalam aksi penuh sengit di Portugal. Pelumba Aspar Team itu hanya empat mata dihadapan Tony Arbalino dan Ai Ogura. Kejayaan Arenas turut menyaksikan pelumba itu akan beraksi di Moto2 musim depan. Dalam perkembangan berbeza, wakil Ducati, Andrea Dovizioso mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan itu selepas lapan tahun bersama. Cal Crutchlow turut meninggalkan LCR Honda selepas tempatnya diisi Alex Marquez musim depan namun akan bertkhidmat selaku pelumba uji Yamaha selepas ini. The end of an era ?@ValeYellow46 completes his last race in full factory blue ?#PortugueseGP ?? pic.twitter.com/RIJM8IK9Wu— MotoGP™? (@MotoGP) November 22, 2020 Valentino Rossi turut meninggalkan pasukan factory Yamaha selepas 15 tahun bersama pasukan itu. Rossi akan mewakili Petronas Sepang Racing Team (SRT) bagi musim 2021. MotoGP akan kembali membuka tirai dengan Sepang Shakedown (Winter Test) pada Februari 2021. Advertisements
ducati-kongsi-7-langkah-untuk-fahami-hati-budi-panigale-v4-2021-anda
BERITA ANTARABANGSA Ducati Kongsi 7 Langkah Untuk Fahami ‘Hati Budi’ Panigale V4 2021 Anda! Posted on May 6, 2021November 10, 2021 by Amirul Azreen Jika anda antara yang telah pun ‘terbeli’ Panigale V4 2021 dari Ducati Malaysia namun masih cuba fahami segala fungsi yang ditawarkan, jangan risau, anda hanya perlu mengikuti perkongsian terbaru oleh Ducati. Ducati bakal berkongsi tujuh siri video di laman rasmi syarikat itu dan di saluran YouTube yang memfokuskan terhadap memahami jentera Panigale V4 2021 dengan lebih teliti. Menariknya, segala info tersebut akan disampaikan sendiri penguji jentera rasmi Ducati, Alessandro Valia dan Ketua Pembangunan Superbike Ducati, Carlo Ricci Maccarini. Video tersebut yang berlatarbelakangkan Litar Misano akan berkongsi cara betul untuk mengguna pakai ciri yang ditawarkan termasuk aspek elektronik yang boleh membantu meningkatkan prestasi terutamanya bagi yang mahu memasuki litar. Tujuh siri video tersebut membabitkan topik berikut: EP1:Product OverviewEP2:Product NoveltiesEP3:Cornering ABS SettingsEP4:Cornering ABS Front OnlyEP5:Ohlins Electronic Suspension ControlEP6:Ducati Traction Control EVO 3EP7:Riding Mode Settings Ketika ini, episod pertama dan kedua telah pun dimuat naik ke laman YouTube Ducati sementara baki lima episod akan disiarkan sekitar bulan ini. Perlu diingatkan video tersebut disampaikan dalam Bahasa Itali namun dengan sari kata Bahasa Inggeris. EP1:Product Overview EP2:Product Novelties Advertisements
husqvarna-kembali-di-malaysia-dengan-vitpilen-svartpilen-tahun-depan
BERITA TEMPATAN Husqvarna Kembali Di Malaysia Dengan Vitpilen, Svartpilen Tahun Depan Posted on November 29, 2020December 4, 2020 by Amirul Azreen Baru-baru ini kami dimaklumkan bahawa Husqvarna akan kembali di Malaysia dibawah kendalian syarikat baharu. Menurut info yang diperolehi, Husqvarna Malaysia akan melancarkan dua model baharu tahun depan menerusi Vitpilen dan Svartpilen. Kami juga dimaklumkan bawah model yang akan dibawa masuk membabitkan varian 250 dan (mungkin) 401 sekaligus bakal merancakkan lagi pasaran motosikal di Malaysia. *Husqvarna Vitpilen 250 Pada 2018, kami telah dimaklumkan bahawa Vitpilen 401 dan Svartpilen 401 akan dilancarkan di Malaysia namun sejurus selepas itu, jenama Sweden itu terus menyepi. *Husqvarna Svartpilen 250 Bagaimanapun, pengendali baharu Husqvarna ini dilihat akan kembali menapak jenama itu dengan lebih kukuh di Malaysia tahun depan. Advertisements
motogp-didakwa-sindir-kemalangan-crutchlow-miller-bidas-lorenzo
BERITA ANTARABANGSA MotoGP: Didakwa Sindir Kemalangan Crutchlow, Miller Bidas Lorenzo Posted on March 8, 2021March 8, 2021 by Amirul Azreen Laman media sosial MotoGP menjadi panas gara-gara memuat naik imej kemalangan menimpa pelumba uji Yamaha, Cal Crutchlow. Crutchlow kemalangan di Selekoh 2 (Turn 2) di Litar Antarabangsa Losail sewaktu sesi ujian pra-musim 2021. Dia sertai beberapa pelumba lain yang terbabas di Selekoh 2 sebaik selepas suhu litar turun ekoran cuaca bertukar malam. View this post on Instagram A post shared by MotoGP (@motogp) Bagaimanapun, komen tiga kali juara dunia, Jorge Lorenzo dengan kenyataan, “I told you,” mencetuskan rasa tidak puas hati ramai pihak, antaranya pelumba Ducati, Jack Miller. Jack Miller dalam komen membalas meminta pelumba Sepanyol itu untuk menjadi lebih matang dan bukannya bersikap seperti budak kecil. Ini buka kali pertama keduanya bertikam ledah dengan Lorenzo dan Miller beberapa kali membidas satu sama lain di dalam dan luar paddock sebelum ini. Hari pertama ujian pra-musim menyaksikan pelumba Aprilia, Aleix Espargaro merekodkan masa terpantas diikuti Stefan Bradl kedua dan pertahan juara, Joan Mir, ketiga. Advertisements
pbt-kaji-urusan-pelupusan-kereta-usang-dan-terbiar
BERITA TEMPATAN PBT Kaji Urusan Pelupusan Kereta Usang Dan Terbiar Posted on February 6, 2021February 6, 2021 by Amirul Azreen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendedahkan bahawa kajian bagi memperhalusi urusan pelupusan kereta terbiar dan usang akan dimulakan. Kajian tersebut melibatkan lima pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK). Isu pelupusan kereta usang itu telah pun dibangkitkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin sewaktu lawatan ke MPKj, semalam. Zuraida mahu PBT mengambil langkah lebih cepat dalam menangani isu pelupusan kereta usang. Pada 2019, lebih 207 kenderaan (127 motosikal dan 80 kereta) usang dan terbiar dikesan di sekitar Putrajaya sahaja. Difahamkan, PBT akan memberi notis sebanyak tiga kali sebelum tindakan selanjutnya diambil. – BERNAMA Advertisements
morbidelli-raih-kemenangan-kedua-suzuki-terus-gah
BERITA ANTARABANGSA MotoGP 2020 MotoGP: Morbidelli Raih Kemenangan Kedua, Suzuki Terus Gah Posted on October 25, 2020October 25, 2020 by Amirul Azreen Franco Morbidelli merekodkan kemenangan kedua musim ini selepas mengungguli GP Teruel. Ini kejayaan kedua pelumba Petronas Sepang Racing Team (SRT) itu musim ini selepas merekodkan kemenangan pertama musim ini di Misano, September lalu. Who said this man was out of championship contention!!! ? @FrankyMorbido12 takes his second #MotoGP win! ?#AlcanizGP ? pic.twitter.com/7izLWqrDLJ— MotoGP™? (@MotoGP) October 25, 2020 Kejayaan Morbidelli menyaksikan dia kini menduduki tempat keempat kejuaraan dunia, dengan 112 mata dan hanya dipisahkan 11 mata di belakang rakan sepasukan, Fabio Quartararo yang terpaksa berpuas hati di kedudukan ke-8. Tempat kedua dan ketiga didominasi pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins dan Joan Mir. Handshakes all round for the @suzukimotogp teammates! ?How impressive have these two been this year?! ?#AlcanizGP ? pic.twitter.com/ip25p73XEI— MotoGP™? (@MotoGP) October 25, 2020 Keputusan ini turut menyaksikan Mir terus mendahului kejuaraan dunia MotoGP dengan 137 mata meskipun memulakan perlumbaan di petak ke-12. Sementara itu, Takaaki Nakagami yang memulakan aksi di petak pertama selepas melakar masa terpantas ketika sesi kelayakan, berputih mata apabila mengalami kemalangan sebaik perlumbaan bermula. First lap heartbreak for @takanakagami30!!! ?The pole man crashes from the lead! ?#AlcanizGP ? pic.twitter.com/PZcjETH6Xn— MotoGP™? (@MotoGP) October 25, 2020 Ini merupakan kali pertama pelumba LCR Honda itu tidak mengutip sebarang mata selepas tidak pernah gagal menduduki kelompok 10 terbaik dalam 10 pusingan sebelum ini. *Alex Marquez alami kemalangan Nasib malang turut menimpa pelumba Repsol Honda, Alex Marquez selepas merekodkan dua tempat kedua berturut-turut sebelum ini. Dalam perkembangan sama, Fabio Quartararo perlu bangkit pada pusingan seterusnya di Litar Circuit Ricardo Tormo pada 8 November ini bagi menghidupkan peluang merampas kedudukan selaku pendahulu. Advertisements
ktm-390-adventure-kini-dibuka-untuk-tempahan-anggaran-rm3xxxx
Moto Malaya KTM 390 Adventure Kini Dibuka Untuk Tempahan – Anggaran RM3X,XXX! Posted on October 20, 2020October 20, 2020 by Amirul Azreen Minggu lalu, tular beberapa gambar memaparkan KTM 390 Adventure sedang menjalani ujian jalan raya di Malaysia. *TKM 390 Adventure jalani ujian jalan raya di Malaysia Gambar tersebut jelas menampakkan susuk 390 Adventure, yang telah pun dilancarkan di pasaran antarabangsa sebelum ini. Bagaimanapun, jentera tersebut sah bakal hampiri pelancaran di Malaysia tatkala beberapa pengedar rasmi KTM di sini telah pun membuka tempahan bagi motosikal ‘adventure’ itu. *KTM 390 Adventure Menurut info yang dikongsikan, KTM 390 Adventure itu akan ditawarkan sekitar RM3X,XXX dan akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini. KTM 390 Adventure – yang berkongsi enjin sama dengan 390 Duke – bersesaran 373.2cc satu silinder yang menawarkan 43hp dan 37Nm. Model baharu ini menawarkan beberapa ciri menarik antaranya: Kerangka steel trellisABS dan Cornering ABS (Street dan Off-Road)Paparan TFTRantai x-ringKaliper brek empat piston ByBre (By Brembo)Fork depan WP boleh larasSistem KTM My Ride Advertisements
rasmi-suv-baharu-perodua-kini-dibuka-untuk-tempahan-dari-rm62500
BERITA TEMPATAN RASMI: SUV Baharu Perodua Kini Dibuka Untuk Tempahan – Dari RM62,500! Posted on February 19, 2021February 19, 2021 by Amirul Azreen Perodua kini membuka tempahan bagi tiga varian SUV D55L di Semenanjung Malaysia dengan harga bermula dari RM62,500 hingga RM73,400. Dicanang sebagai model Perodua paling canggih, D55L merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build yang memfokuskan gaya, keselamatan, teknologi serta kelengkapan terbaik. Menurut Perodua, D55L ini juga dilengkapi Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) yang mampu beroperasi pada kelajuan tinggi berbanding model lain. Antara ciri keselamatan ditawarkan merangkumi Lane Departure Warning and Prevention serta Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Cruise Control yang ditawarkan pada varian AV. Perodua D55L ini juga merupakan model sulung yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2 di samping muncul sebagai kenderaan berkuasa turbo pertama Perodua. Model ini juga buat julung kalinya tampil dengan transmisi jenis CVT lalu menyumbang kepada kecekapan bahan api paling efisien dalam kelasnya. Kesemua varian didatangkan dengan lampu LED namun H dan AV mendapat Adaptive Driving Beam serta panel meter TFT 7″ dengan sistem pengecaman suara. Varian X didatangkan dengan tiga warna pilihan; Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue sementara H menawarkan Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue serta Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red. Manakala varian tertinggi, AV tampil dengan warna Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Diamond White, Pearl Delima Red. Setiap pembelian didatangkan dengan waranti lima tahun atau 150,000 km (mana yang sampai dulu). *kredit foto: The Ajerul Advertisements
larangan-rentas-daerah-di-sabah-berkuatkuasa-3-oktober-ini
Moto Malaya Larangan Rentas Daerah Di Sabah Berkuatkuasa 3 Oktober Ini Posted on October 1, 2020October 1, 2020 by Amirul Azreen Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan larangan rentas negeri bermula 3 Oktober ini. Keputusan tersebut dibuat selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang setakat ini turut mencetuskan penularan baharu di Semenanjung. Larangan rentas daerah tersebut akan berkuatkuasa sehingga 16 Oktober depan. “Sepanjang tempoh ini, mereka yang dikuarantin dan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan,” jelasnya dalam kenyataan media. Bagaimanapun, perkhidmatan perlu (essential services) akan terus dibenarkan melakukan rentas daerah. Sementara itu, Ismail Sabri menjelaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang dijalankan di empat daerah – Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna – kekal seperti biasa. Advertisements
raikan-hari-terakhir-peperiksaan-63-calon-spm-disaman-14-motosikal-disita
BERITA TEMPATAN Raikan Hari Terakhir Peperiksaan, 63 Calon SPM Disaman, 14 Motosikal Disita Posted on March 4, 2021March 4, 2021 by Amirul Azreen Seramai 63 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah disaman gara-gara meraikan hari terakhir peperiksaan di atas jalan raya. Kesemua yang berusia 18 tahun itu disaman dalam Ops Khas sempena ubah suai ekzos dan pemantaun calon SPM di Jalan Pantai Puteri dan Dataran Klebang. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya, sejumlah 92 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Antara kesalahan tersebut adalah gagal pamer lesen P dan L, aksesori tidak sempurna, ubah suai ekzos, tidak memakai topi keledar, tiada nombor pendaftaran, tiada lesen, nombor plat tidak mengikut pendaftaran, tiada insurans, dan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh. Pada masa sama, lebih 14 buah motosikal turut disita. – SH Advertisements
bagi-tahu-kami-jika-ada-jalan-berlubang-dbkl
BERITA TEMPATAN Bagi Tahu Kami Jika Ada Jalan Berlubang – DBKL Posted on January 7, 2021January 7, 2021 by Amirul Azreen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan orang ramai untuk menghubungi pihaknya sekiranya mengesan sebarang kerosakan jalan raya. DBKL menerusi perkongsian di Facebook memuat naik kerja-kerja tampalan jalan oleh Unit Rondaan DBKL berhampiran Muzium Tekstil, Jalan Hishamuddin lewat malam, 6 Januari lalu. Bagi tahu kami… Kerja-kerja tampalan jalan oleh Unit Rondaan DBKL berhampiran Muzium Tekstil, Jalan Hishamuddin pada…Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Wednesday, 6 January 2021 Menerusi perkongsian itu, orang awam diminta menghubungi talian WhatsApp di +601162396652 atau Pusat Panggilan Setempat DBKL di 1-800-88-3255 sekiranya mengesan jalan berlubang. Isu jalan berlubang semakin runcing di Malaysia dengan setiap tahun terdapat kes kemalangan maut berpunca dari jalan berlubang, terbaru membabitkan warga emas berusia 75 tahun serta seorang penghantar makanan GrabFood. Sementara itu, Brotherhood Malaysia, merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang giat memerangi isu jalan berlubang dengan membuat tampalan jalan secara sukarela dalam usaha mengurangkan kemalangan jiwa berpunca daripada masalah tersebut. Advertisements
cev-2021-hakim-danish-sertai-sharul-ezwan-di-etc
Moto Malaya CEV 2021: Hakim Danish Sertai Sharul Ezwan Di ETC Posted on June 1, 2021June 1, 2021 by Amirul Azreen Juara Kejuaraan SIC MiniGP Musim Pertama, Hakim Danish, bakal membuat penampilan di European Talent Cup (ETC) 2021 pada 13 Jun ini di litar Catalunya. Hakim bakal mewakili Liqui Moly Intact SIC Racing Team bersama rakan sepasukan, Sharul Ezwan. Pelumba berusia 14 tahun itu telah menampilkan prestasi membanggakan di Idemitsu Asia Talent Cup (IATC) di Qatar apabila berjaya merekodkan tiga podium dalam musim pertamanya. Susulan kejayaan di IATC, Liqui Moly Intact SIC Racing Team telah menjemput Hakim untuk beraksi di ETC dalam usaha memberikan pendedahan perlumbaan di peringkat lebih tinggi dan kompetitif. Penglibatan Hakim di ETC menyaksikan terdapat empat wakil negara yang bersaing di FIM CEV Repsol antaranya, Adam Norrodin di Kejuaraan Eropah Moto2, Syarifuddin Azman @ Damok di Kejuaraan Dunia Junior Moto3 dan Sharul Ezwan di ETC. Hakim turut berkongsi keterujaanya untuk beraksi di ETC. “Saya bersyukur dan teruja untuk berlumba di ETC dan berdepan saingan daripada pelumba Eropah bersama rakan sepasukan, Sharul Ezwan. “Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penaja, terutamanya IntactGP dan SIC. Pastinya peluang ini akan memberikan pengalaman yang terbaik,” jelasnya. Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, turut meluahkan rasa yakin terhadap Hakim. “Saya bersyukur kerana Hakim Danish diberikan peluang ini. Terima kasih kepada IntactGP dan SIC. “Dia seorang yang berbakat, dan ETC merupakan platform terbaik untuk untuk mengutip pengalaman berlumba bersama pelumba Eropah. “Kami yakin dia mampu besaing dengan baik,” ujar Zulfahmi. Advertisements
rupa-jelas-honda-cb1100x-didedahkan-pencabar-yamaha-tracer-9
BERITA ANTARABANGSA Rupa Jelas Honda CB1100X Didedahkan, Pencabar Yamaha Tracer 9? Posted on November 25, 2020November 25, 2020 by Amirul Azreen Young Machine pernah melaporkan bahawa Honda bakal merealisasikan jentera konsep CB4X yang ditayangkan di EICMA tahun lalu. Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, Honda dicanang bakal membawa unit enjin parallel-twin dari CRF1100L Africa Twin berbanding 4-inline. Kini, tular imej yang memaparkan rupa jelas CB1100X yang bakal diperkenalkan Honda. Imej tersebut sekali lagi didedahkan Young Machine, media sama yang membuat pendedahan mengenai Rebel 1100 beberapa bulan sebelum model itu dilancarkan, hari ini. Meskipun tiada pengesahan dari pihak Honda mengenai jentera ini namun mengambil kira gambar ini didedahkan Young Machine sendiri, kebarangkalian untuk menyaksikan jentera ini diperkenalkan kelak amat tinggi. Enjin 1,084cc parallel-twin ini menjana 107hp pada Africa Twin dan 87hp pada Rebel 1100 namun dijangka CB1100X bakal menawarkan kuasa di antara kedua-dua model tersebut. Kami berasakan ini adalah model berkonsepkan ‘sport-touring’ yang bakal memberi saingan terhadap Tracer 9 dan BMW F 900 XR. Advertisements
5-sebab-berbaloi-beli-toyota-hilux-rogue-2-8l-2020
BERITA TEMPATAN 5 Sebab Berbaloi Beli Toyota Hilux Rogue 2.8L 2020 Posted on October 8, 2020October 8, 2020 by Amirul Azreen Baru-baru ini kami berpeluang mengikuti sesi pemanduan Toyota Hilux Rogue 2.8L yang bermula di UMW Toyota sehingga ke Janda Baik. Umum mengetahui Toyota Hilux merupakan trak pikap paling laris di Malaysia dengan generasi kelapan telah pun diperkenalkan pada tahun 2015 sebelum menjalani dua kemaskini ‘facelift’ pada 2017. Bagaimanapun, bagi memastikan Hilux terus kekal relevan bagi tahun 2020, Toyota memperkenalkan varian Rogue 2.8L yang bukan sahaja telah dinaik taraf dari aspek reka bentuk malah ciri keselamatan. Ini lima (5) sebab kami rasa Toyota Hilxu Rogue 2.8L berbaloi untuk dibeli. Lima varian ditawarkan mengikut cita rasa pelanggan Bagi tahun 2020, Toyota menawarkan lima varian Hilux termasuk harga seperti berikut: Hilux Rogue 2.8 Double Cab AT (Flagship)Hilux 2.4 V AT Double CabHilux 2.4 E AT Double CabHilux 2.4 G MT Double CabHilux 2.4 MT Single Cab Toyota Safety Sense (TSS) Pada masa ini, aspek keselamatan harus menjadi penanda aras bagi semua jenis kenderaan termasuk bagi trak pikap. Sistem TSS yang terdapat pada Hilux Rogue ini merangkumi tiga aspek: Pre-Collision System (PCS)Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)Lane Departure Assist (LDA) Pada masa sama, Hilux Rogue ini turut didatangkan dengan pelbagai bantuan pemanduan lain antaranya Blind Spot Monitor dengan Rear CrossTraffic Alert, Downhill Assist Control, Hill Start Assist Control, Trailer Sway Control, Vehicle Stability Control dan Traction Control, Brake Assist serta ABS dengan Brakeforce Distribution. Tak lupa juga, terdapat 7 beg udara SRS ditawarkan diruang dalam! Enjin berkuasa tapi lebih jimat! Toyota telah melaksanakan kemaskini terhadap bahagian enjin 2.8L turbodiesel dari aspek kuasa kuda dan tork. Enjin Hilux Rogue itu kini menghasilkan 204hp pada 3,400rpm dan 500Nm pada 1,600 hingga 2,,800rpm dan meskipun terdapat peningkatan kuasa, Toyota berjaya melaksanakan penjimatan minyak lebih 4 peratus! Sementara enjin 2.4L bagi empat varian lain kini menawarkan Variable Nozzle Turbocharger (VNT) dan sistem ‘commonrail’ bagi memastikan penjimatan minyak lima peratus lebih baik. Kemaskini baharu ini menyaksikan Hilux baharu ini menawarkan tempoh servis yang lebih panjang daripada 5,000km/tiga bulan kepada 10,000km/enam bulan lantas menyumbang kepada penjimatan kos selenggara. Lebih stabil, lancar dan senyap! Sepanjang pemanduan dari Shah Alam sehingga ke Janda Baik cukup selesa dan stabil meskipun ada masanya menyelusuri permukaan yang tidak rata. Kesemua ini terhasil daripada bantuan Auto Limited Slip Differential (Auto LSD) serta Traction Control yang memastikan cengkaman berada di tahap tertinggi. Menariknya, Auto LSD ini bertindak lebih pantas berbanding sistem 4×4 konvensional. Toyota turut memberi penekanan terhadap ruang kabin yang kini dihindari daripada bunyi bising sewaktu memandu. Anti-pencuri Menariknya, kelima-lima varian didatangkan dengan sistem sekuriti yang merangkumi immobilizer enjin, sensor kabin dan penggera. Sementara sistem Vehicle Telematics System (VTS) – yang didatagkan secara standard pada Hilux Rogue dan 2.4V – berfungsi menyalurkan info lokasi semasa kenderaan menggunakan signal GPS. Kesemua sistem ini memastikan pemilik kenderaan tidak perlu gusar ketika meninggalkan kenderaan di parkir. Demikian lima sebab kami berasakan Toyota Hilux 2020 terutamanya Rogue 2.8L adalah berbaloi untuk dibeli apatah lagi Toyota turut menawarkan waranti 5 tahun atau 150,000km bagi setiap pembelian. Bagaimanapun, jika anda masih belum yakin, Toyota turut menawarkan sesi pandu uji di semua pusat pameran rasmi Toyota seluruh negara. Advertisements
suzuki-dedah-gixxer-akan-mendarat-di-malaysia
BERITA TEMPATAN suzuki Suzuki Dedah Gixxer Akan Mendarat Di Malaysia Posted on October 6, 2020October 6, 2020 by Amirul Azreen Suzuki Malaysia mendedahkan akan membawa masuk model Gixxer bagi pasaran Malaysia. Perkara itu disahkan menenerusi perkongsian terbaru di Facebook Suzuki Malaysia, semalam. Suzuki Gixxer didatangkan dalam dua versi, fairing dan naked dengan dua sesaran enjin ditawarkan, 150cc dan 250cc. Bagaimanapun, dijangkakan Suzuki Malaysia akan memfokuskan pada versi naked menerusi varian 150cc dan 250cc. Suzuki Gixxer 150 Gixxer 150 menawarkan enjin 155cc satu silinder dengan penyejukkan udara yang menghasilkan 13hp pada 8,000rpm dan 13.8Nm pada 6,000rpm yang disalurkan menerusi transmisi 5-kelajuan. Suzuki Gixxer 250 Manakala Gixxer 250 menawarkan 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300rpm hasil daripada enjin 249cc satu silnder dengan penyejukan minyak. Kotak gear pula menawarkan transmisi 6-kelajuan. Suzuki Gixxer SF 250 Sementara versi dengan fairing (SF) bagi kedua-dua model – 150 dan 250cc – menawarkan spesifikasi sama termasuk fork teleskopik, paparan digital, lampu depan dan belakang LED. Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada versi 150cc atau 250cc yang akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia ketika ini. Baru-baru ini, Suzuki Malaysia turut memberi bayangan akan mengembalikan Belang Fi 150 dan GSX-R. Advertisements
saya-dah-menyampah-tanya-yamaha-apa-masalah-sebenar-vinales
Moto Malaya Saya Dah Menyampah, Tanya Yamaha Apa Masalah Sebenar – Vinales Posted on November 23, 2020November 23, 2020 by Amirul Azreen MotoGP musim 2020 akhirnya menutup tirai dengan pusingan di Litar Portimao, Portugal, menyaksikan Miguel Oliveira muncul pemenang. Namun, pusingan akhir itu merupakan mimpi ngeri buat pelumba Yamaha apabila Maverick Vinales, Valentino Rossi dan Fabio Quartararo (Petronas SRT) sekadar menduduki tempat ke 11, 12 dan 14 dengan jentera YZR-M1 2020. *Morbidelli raih tempat ketiga di GP Portugal Franco Morbidelli merupakan satu-satunya pelumba Yamaha (Petronas SRT) yang cemerlang apabila menaiki podium di tempat ketiga meskipun dengan jentera ‘spec A 2019’. Vinales yang beberapa kali berdepan masalah jentera termasuk terpaksa bermula di lorong pit di Valencia tidak mampu menyembunyikan kekecewaannya terhadap jentera 2020 itu. “Jentera M1 itu seakan tidak berfungsi. Tanya Yamaha apa masalah sebenar. “Secara jujur, saya dah letih nak bercakap tentang perkara yang sama berulang kali. “Saya tidak suka memberi alasan tetapi kadang kala bercakap saja tidak berguna kerana kami masih tiada penyelesaian terhadap masalah ini. “Situasi ini bukan mudah buat saya, meskipun saya cuba kekal tenang dan positif,” jelasnya. Walaupun kenyataan Vinales ini dibuat selepas selesai sesi kelayakan pada Sabtu apabila dia sekadar mendapat petak ke-8, rasa kecewa terhadap jentera M1 itu nyata berasas apabila sekadar menghuni tempat ke-12 di hari perlumbaan. *Vinales raih tempat ke-11 di GP Portugal Vinales turut mempersoal mengapa beberapa individu penting tiba-tiba hilang antaranya seorang juruteknik Ohlins termasuk seorang jurutera Jepun. Musim 2020 juga menghampakan bagi Quartararo yang pada awalnya mendahului kejuaraan dunia sebelum masalah jentera menghimpit kariernya dalam musim terakhir bersama Petronas SRT. Sekiranya Yamaha gagal mencari jalan penyelesaian apatah lagi pembangunan enjin baharu dibekukan sehingga penhujung tahun depan, mimpi ngeri akan terus menghantui para pelumba Yamaha musim 2021. MotoGP kembali membuka tirai Februari depan dengan sesi ujian Sepang Shakedown. – GPOne Advertisements
motogp-bagnaia-ambil-alih-kerusi-dovizioso-di-ducati-2021
BERITA ANTARABANGSA MotoGP 2020 MotoGP: Bagnaia Ambil Alih Kerusi Dovizioso Di Ducati 2021 Posted on August 22, 2020August 22, 2020 by Amirul Azreen Pasukan Ducati MotoGP, sedang dalam perbincangan bersama Francesco Bagnaia bagi menggantikan Andrea Dovizioso yang akan meninggalkan pasukan itu hujung musim ini. Andrea Dovizioso Dovizioso mengumumkan hasratnya untuk berhijrah ketika di GP Austria minggu lalu menerusi pengurusnya yang membuat pendedahan di Sky Italia. Berita itu hadir selepas Ducati dan Dovizioso gagal mencapai persetujuan mengenai kontrak lanjutan selepas beberapa bulan perbincangan meskipun pelumba berusia 33 tahun itu muncul tempat kedua kejuaraan dunia dalam 3 tahun berturut-turut. Pada masa sama, Ducati turut akan mempertaruhkan Jack Miller musim depan menggantikan Danilo Petrucci. Jack Miller Miller yang pada awalnya akan dipasangkan dengan Dovizioso kini dikhabarkan akan bergandingan dengan rakan sepasukan di Pramac, Pecco Bagnaia. Bagnaia ketika ini sedang dalam perbincangan untuk kontrak lanjutan dua tahun namun masih belum dipastikan sama ada kontrak tersebut adalah bersama Pramac atau bersama pasukan Factory Ducati. Perkara itu disahkan Pengarah Sukan Ducati, Paolo Ciabatti. “Kami sedang dalam perbincangan untuk memperbaharui kontrak Bagnaia untuk dua tahun tetapi kami akan buat keputusan kemudian sama ada untuk Pramac atau bersama pasukan factory Ducati,” jelasnya. Sementara itu, Ciabatti turut mendedahkan pihaknya turut bercadang untuk terus memberi kepercayaan terhadap Johann Zarco di Pramac musim depan. Johann Zarco “Kami bercadang untuk teruskan bersama Zarco musim depan, di samping menarik seorang pelumba Itali di Moto2 untuk bersama kami di MotoGP,” tambahnya. Advertisements
kembali-ke-ducati-hanya-angan-angan-lorenzo-ciabatti
Moto Malaya Kembali Ke Ducati Hanya Angan-Angan Lorenzo – Ciabatti Posted on July 18, 2020July 18, 2020 by Amirul Azreen Pengarah Sukan Ducati, Paolo Ciabatti, menafikan dakwaan Jorge Lorenzo yang sebelum ini mendedahkan sedang dalam perbincangan bersama pasukan itu. Pada awalnya, timbul khabar angin mengatakan Ducati kononnya berminat untuk mendapatkan semula khidmat Lorenzo. Lorenzo kemudiannya ‘mendedahkan’ bahawa pihaknya sedang dalam perbincangan dengan Ducati beberapa minggu lalu. Bagaimanapun, Ciabatti seakan menutup desas-desus itu dengan mengesahkan bahawa tiada sebarang perbincangan berlangsung. “Tiada apa yang berlaku pun ketika ini tetapi memang jelas Jorge (Lorenzo) berminat untuk pulang ke Ducati dan melakar sesuatu sebelum bersara. “Tetapi segalanya hanya dalam kepada Jorge ketika ini,” jelasnya. Ducati masih belum mengesahkan slot dua pelumba bagi musim 2021 tatkala Andrea Dovizioso masih belum menurunkan sebarang tandatangan untuk terus kekal bersama pasukan itu. Sementara, Petrucci bakal berhijrah ke Redbull KTM Tech3 dengan tempatnya diisi dengan Jack Miller. – GPOne Advertisements
husqvarna-901-norden-hampiri-pelancaran
BERITA ANTARABANGSA Husqvarna 901 Norden Hampiri Pelancaran Posted on December 9, 2020December 9, 2020 by Amirul Azreen Husqvarna hampir pasti bakal memperkenalkan motosikal ‘adventure touring’ 901 Norden berdasarkan imej ‘spyshot’ yang memaparkan jentera tersebut menjalani ujian jalan raya. Ketika pengeluar lain terkejar-kejar memperkenalkan model baharu sempena 2021, Husqvarna memilih pendekatan lebih waspada sebaliknya memfokuskan terhadap pembangunan 901 Norden. Model ini bakal menjadi jentera Husqvarna paling besar dan berkuasa dalam usaha memberi saingan terhadap segmen motosikal ADV buat julung kalinya. Untuk pengetahuan, Husqvarna merupakan anak syarikat milik KTM maka tidak hairanlah 901 Norden ini dibina berdasarkan KTM 890 Adventure dan menyerupai model konsep yang didedahkan di EICMA 2019. Gambar yang mula tersebar oleh Motorrad.de ini memaparkan 901 Norden dalam bentuk ‘production-ready’dan julung kalinya didedahkan. Ketika ini masih belum tiada tarikh rasmi pelancaran model ini namun menurut Husqvarna model ini akan diperkenalkan pada awal 2021. – Motorradonline.de Advertisements
bmw-motorrad-malaysia-lancar-s-1000-rr-baharu-rm121500
Moto Malaya BMW Motorrad Malaysia Lancar S 1000 RR Baharu – RM121,500! Posted on February 26, 2021February 26, 2021 by Amirul Azreen Generasi terbaru superbike BMW S 1000 RR mendarat di Malaysia dengan harga ditetapkan pada RM121,500! Bagi 2021, jentera bernadikan teknologi Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) ini didatangkan dengan pakej M secara standard seperti model 2019 yang merangkumi rim gentian karbon M, tempat duduk M sport serta bateri ringan M. Model ini ditawarkan dengan tiga warna pilihan, Hockenheim Silver,Blackstorm Metallic, serta kombinasi Light White, Racing Blue Metallic dan Racing Red yang merupakan pakej warna khas BMW Motorrad Motorsport. Seperti model sebelumnya, S 1000 RR 2021 ini masih mengekalkan enjin 4-inline 999cc yang menarakan 207 hp pada 13,500rpm seta 113Nm pada 11,000rpm dan mampu merekodkan kelajuan maksima 299km/j serta teknologi ShiftCam BMW. Model ini juga kekal menawarkan ciri berikut: empat mod tunggangan – Rain, Road, Dynamic dan Race serta Riding Mode ProDynamic Traction Control (DTC)ABS proDynamic Damping Control(DDC)Hill Start ControlHP Shift Assistant Pro BMW S 1000 RR baharu ini juga tampil dengan paparan TFT 6.5″ yang menawarkan kebolehan BMW Connectivity yang boleh dihubungkan dengan aplikasi BMW Motorrad Connected App. Pada masa sama, BMW Motorrad Malaysia turut menawarkan program lanjutan waranti, servis dan minyak enjin premium yang boleh dinikmati bagi setiap pembelian motosikal. Advertisements
harga-belum-umum-proton-sahkan-terima-20000-unit-tempahan-x50
Moto Malaya Harga Belum Umum, Proton Sahkan Terima 20,000 Unit Tempahan X50 Posted on October 3, 2020October 3, 2020 by Amirul Azreen Proton mengesahkan telah menerima lebih 20,000 unit tempahan Proton X50 meskipun harga rasmi model itu masih belum diumumkan. Perkara itu disahkan sendiri Pegawai Eksekutif Proton EDAR, Roslan Abdullah. ““Pihak Proton ingin berterima kasih kepada para pelanggan yang menunjukkan minat yang amat tinggi kepada Proton X50. Kami di Proton akan memberi tumpuan kepada proses pengeluaran untuk memenuhi permintaan pelanggan dalam tiga bulan terakhir 2020, pada masa yang sama memberi penekanan terhadap kualiti produk,”jelasnya, Setakat kini, Proton telah melaksanakan dua previu rasmi namun kedua-duanya tidak membabitkan sebarang pendedahan harga bagi model segmen-B ini. Proton X50 ditawarkan dengan empat varian; Standard, Executive, Premium dan Flagship dengan tiga varian pertama dilengkapi enjin 1.5T manakala 1.5TGDi hanya didapati pada model Flagship. https://www.facebook.com/watch/?v=788646021937240 Enjin 1.5T tersebut menghasilkan 150hp dan 226Nm manakala 1.5TGDi menawarkan 177hp dan 250Nm. Advertisements
yamaha-nmax-kekal-sebagai-skuter-rasmi-motogp
Moto Malaya Yamaha NMAX Kekal Sebagai Skuter Rasmi MotoGP Posted on April 22, 2021April 22, 2021 by Amirul Azreen Yamaha dan Dorna meneruskan kerjasama sebagai pembekal skuter rasmi petugas di kejuaraan dunia MotoGP. Pengeluar motosikal Jepun itu akan terus membekalkan skuter jenis Yamaha NMAX 125 terbaru di paddock MotoGP untuk beberapa tahun akand datang. Dorna telah pun memberi kepercayaan kepada Yamaha sebagai pembekal skuter bagi semua pasukan di MotoGP sejak tahun 2005. “Yamaha telah menjadi pembekal rasmi skuter kepada Dorna Sports dan Kejuaraan Dunia MotoGP sejak 2005 dan kami berbangga kerjasama ini akan berterusan. “Kami akan membekal beberapa unit NMAX 125 yang menawarkan ketangkasan, kelincahan dan kestabilan di samping ruang letak barang yang luas. NMAX 125 ini merupakan skuter terlaris di Eropah dan Asia maka cukup sesuai bagi memenuhi permintaan di paddock MotoGP,” jelas Pengarah Pemasaran Dan Permotoran Yamaha Motor Europe, Paolo Pavesio. Perjanjian tersebut turut menyaksikan petugas MotoGP turut menerima skuter NMAX 125 bagi memudahkan pergerakan di samping menjaminkan tahap keselamatan terbaik. Menurut laporan, Dorna telah pun menerima 25 unit Yamaha NMAX 125 ketika di GP Portugal baru-baru ini. Pada masa sama, Pengarah Urusan Dorna Sports, Pau Serracanta, turut berkongsi keterujaan sama mengenai kerjasama ini. “Kami sangat gembira kerana dapat meneruskan kerjasama dengan Yamaha sebagai pembekal skuter di MotoGP. “Yamaha membekalkan skuter yang cukup berkualiti dan mudah dikendalikan oleh kakitangan Dorna sekitar paddock MotoGP,” jelasnya. Yamaha NMAX merupakan antara skuter terlaris di Malaysia namun hanya didapati dengan varian 155cc. Advertisements
pasukan-malaysia-tapi-tiada-pelumba-tempatan-razlan-razali
BERITA TEMPATAN FIM CEV Moto3 Junior Moto3 Petronas Sprinta Racing Pasukan Malaysia Tapi Tiada Pelumba Tempatan – Razlan Razali Posted on October 22, 2020October 22, 2020 by Amirul Azreen Prinsipal pasukan PETRONAS Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali, memahami kecaman yang dilontarkan terhadapnya susulan pasukan itu menyingkirkan Khairul Idham Pawi musim depan. *Khairul Idham Pawi Karier KIP bersama PETRONAS Sprinta Moto3 berakhir hujung musim ini selepas pasukan itu tidak bercadang menawarkan kontrak sambungan. Bagaimanapun, Razlan bingkas dihujani kecaman tatkala rata-rata mempersoal objektif PETRONAS SRT yang sepatutnya mengutamakan pembangunan pelumba tempatan. *Khairul Idham Pawi bersama John McPhee Apatah lagi apabila seorang lagi pelumba tempatan, Hafizh Syahrin yang beraksi di Moto2 turut sama akan meninggalkan kelas itu susulan digantikan pelumba Moto3, Albert Arenas, musim depan. Menurut Razlan, dia memahami kritikan yang dilontarkan terhadapnya. *Prinspial PETRONAS SRT, Datuk Razlan Razali “Saya faham kekecewaan dan kecaman daripada orang ramai. Pasukan Malaysia tapi tiada pelumba tempatan. “Saya terima kritikan itu dan saya membaca semua maklum balas daripada mereka. Tapi kita perlukan pelumba yang boleh memberikan saingan kompetitif. “Saya harap peminat bersabar,” jelasnya kepada Harian Metro. Sementara itu, PETRONAS memiliki tiga pelumba tempatan yang sedang beraksi di CEV, Adam Norrodin, Syarifuddin Azman dan Muhammad Shahrul Ezwan Shahril. Namun, Razlan menegaskan pihaknya enggan tergesa-gesa dalam menawarkan kontrak MotoGP. *Khairul Idham Pawi “Untuk membentuk seorang pelumba memerlukan masa. Mereka akan beraksi di Kejohanan Dunia bila sampai masanya. Saya tidak mahu membawa mereka kerana terdesak, saya mahu mereka benar-benar bersedia untuk memberikan cabaran bersaing di peringkat lebih besar,” tambahnya. Pada masa sama, Razlan menjelaskan PETRONAS SRT telah memberikan peluang kepada KIP untuk pamer peningkatan sebelum ini. “Sebagai pasukan profesional, kita ada sasaran. Sasaran yang diletakkan kepada KIP bukan tinggi. “Kami faham situasinya. Kami bertolak ansur dengan sasaran daripada kelompok 15 terbaik ke kelompok 20 terbaik sehinggalah kami memberitahunya jangan sehingga tercorot. “Ketika pelumba lain pamer peningkatan, pelumba tempatan kita tidak. Maka kami sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi,” kata Razlan. Bagaimanapun, Razlan tetap memberikan talian hayat kepada pelumba berusia 22 tahun itu untuk kembali beraksi di Kejuaraan Eropah FIM CEV namun dengan syarat KIP perlu pamer peningkatan dalam baki empat aksi di Moto3 musim ini. – HM Advertisements
ottimo-bakal-sertai-perang-supermoped-di-malaysia
BERITA TEMPATAN Ottimo Bakal Sertai Perang Supermoped Di Malaysia? Posted on April 14, 2021April 14, 2021 by Amirul Azreen Jenama motosikal tempatan, Ottimo Technologies Sdn Bhd (Ottimo), dicanang bakal bangunkan motosikal jenis ‘supermoped’ yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. Info tersebut didedahkan menerusi saluran YouTube Geng Tayar Besar (GTB) yang baru-baru ini melawat studio reka bentuk Ottimo di Sungai Petani, Kedah. Sewaktu lawatan, terdapat beberapa konsep yang turut dikongsikan dengan rata-rata merujuk kepada sebuah motosikal moped. Menariknya, berdasarkan laporan media tempatan, supermoped Ottimo itu akan dikuasakan enjin 175cc yang diperoleh daripada pembekal enjin luar. Enjin itu akan dipadankan bersama chasis serba baharu yang dibangunkan pihak Ottimo sendiri. Persoalannya, dengan pasaran supermoped semakin rancak dengan Yamaha Y16ZR, SYM VF3i dan terbaru Benelli R18i, bilakah jangkaan produk terbaru Ottimo ini akan dilancarkan? – Funtasticko.net Advertisements
akta-pengangkutan-jalan-pindaan-2020-hantui-pemandu-mabuk-bermula-23-oktober
BERITA TEMPATAN Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 Hantui Pemandu Mabuk Bermula 23 Oktober Posted on October 22, 2020October 22, 2020 by Amirul Azreen Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 akan mula dikuatkuasakan pada 23 Oktober (esok). Perkara itu disahkan sendiri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang akan membawa hukuman lebih berat bagi kesalahan jalan raya khususnya membabitkan Seksyen 41 hingga 45. * Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong “Kami berharap pindaan ini akan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang,” jelasnya dalam satu kenyataan. Pindaan Seksyen 41 menyaksikan memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian akan dikenakan hukuman penjara 5 hingga 10 tahun dengan denda di antara RM20,000 hingga RM50,000. Seksyen 44 pula menyaksikan kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan hingga menyebabkan kematian akan dikenakan penjara di antara 10 hingga 15 tahun serta denda di antara RM50,000 hingga RM100,000 selain hilang kelayakan memandu untuk 10 tahun bagi kesalahan pertama. Manakala kesalahan kedua membawa kepada hukuman penjara 15 hingga 20 tahun dengan denda tidak kurang dari RM100,000 dan tidak lebih RM150,000 di samping hilang kelayakan lesen untuk tempoh 20 tahun. Pindaan 2020 terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum ini dilaksanakan selepas berlakunya beberapa kemalangan terutamanya mengaitkan pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah hingga menyebabkan kematian. Terbaru, seorang pemandu wanita berusia 23 tahun dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun dan denda RM8,000 susulan menyebabkan kematian tentera ekoran memandu di bawah pengaruh dadah. Advertisements
sic-minigp-musim-2-25-bakat-muda-dipilih-ikuti-program-akar-umbi
BERITA TEMPATAN SIC MiniGP Musim 2: 25 Bakat Muda Dipilih Ikuti Program Akar Umbi Posted on March 31, 2021March 31, 2021 by Amirul Azreen Sesi pemilihan bagi Kejohanan SIC MiniGP Musim Ke-2 telah pun berakhir pada hujung minggu lalu yang menyaksikan 25 bakat muda berusia 9 hingga 14 tahun telah dipilih. Kesemua calon akan mengikuti program akar umbi sukan permotoran dua roda dalam usaha melahirkan bakat muda baharu negara dalam sukan permotoran. Seramai 63 peserta telah sertai sesi pemilihan kali ini yang terpaksa dianjakkan ke hari kedua ekoran cuaca buruk yang berlangsung pada hari pertama. Peserta telah melalui pelbagai ujian antaranya pengendalian jentera, ketahanan mental dan fizikal dan telah dinilai dari segi teknik, fokus dan kemahiran. *Saidatul Zakirah (kiri) antara 63 peserta yang layak ke sesi pemilihan akhir namun tak berjaya melepasi kriteria tapisan. SIC MiniGP terbukti membantu dalam menggilap bakat muda negara antaranya juara musim pertama, Hakim Danish, yang berjaya merekodkan tempat ketiga dalam perlumbaan 1 dan perlumbaan 2 di Asia Talent Cup 2021 yang berlangsung di Qatar baru-baru ini. *Hakim Danish (paling kanan) berjaya naik podium dalam Perlumbaan 1 dan 2. Empat pusingan SIC MiniGP Musim ke-2 akan berlangsung kali ini membabitkan 10 perlumbaan: Pusingan 1 – 19 hingga 20 JunPusingan 2 – 17 hingga 18 JulaiPusingan 3 – 14 hingga 15 OgosPusingan Akhir – 10 hingga 11 September Sementara itu, pengurus pasukan ZK Racing dan bekas pelumba Moto2 dan Moto3, Zulfahmi Khairuddin, berkongsi rasa teruja dengan kumpulan peserta kali ini. *Zulfahmi Khairuddin “Saya sangat teruja untuk memulakan musim ke-2 ini dan berharap dapat melatih mereka sebaik mungkin untuk melahirkan pelumba-pelumba yang lebih kompetitif melalui program ini. Terima kasih saya ucapkan diatas sokongan yang telah diberikan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Sepang International Circuit (SIC) dan semua penaja-penaja teknikal untuk program ini. “Sememangnya bukan mudah untuk kami mencari bakat-bakat yang terbaik untuk melengkapkan barisan pelumba pada musim ini. Kebanyakan mereka telah membuat persediaan awal dari segi kajian dan latihan sebelum hadir ke sesi pemilihan dan saya kagum dengan kemahiran yang mereka tunjukkan,” jelasnya. Advertisements
sanggup-jual-honda-ek9-vtec-turbo-demi-bantu-pusat-tahfiz
BERITA TEMPATAN Sanggup Jual Honda EK9 VTEC Turbo Demi Bantu Pusat Tahfiz Posted on February 11, 2021February 11, 2021 by Amirul Azreen Pengusaha pasar raya, Abdul Rahman Mat Isa telah menderma sebanyak RM78,000 kepada sebuah pusat tahfiz di Lanchang hasil jualan kereta kesayangan, Honda EK9 VTEC Turbo. Menerusi pendedahan di laman sosial, Abdul Rahman telah mengeluar belanja tinggi untuk lakukan pengubahsuaian kereta tersebut namun tetap berhasrat untuk menjualnya pada harga RM75,0000 dan menyalurkan keseluruhan penjualan kereta itu kepada pusat tahfiz yang terleta di Kampung Dala, Lanchang. Bagaimanapun, pembeli kereta tersebut telah menambah lagi RM3,000 untuk mencukupkan jumlah RM78,000. Difahamkan, kereta tersebut telah dijual kepada pemilik perniagaan kereta terpakai dari Shah Alam. Menurut penjelasan rakan baik Abdul Rahman, Mohd Nizam Hashim, sumbangan tersebut bertujuan membantu pusat tahfiz itu yang musnah teruk ekoran dilanda banjir baru-baru ini. –SH Advertisements
motogp-ktm-sasar-kejuaraan-musim-2021
Moto Malaya MotoGP: KTM Sasar Kejuaraan Musim 2021 Posted on January 3, 2021January 3, 2021 by Amirul Azreen Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTM, Stefan Pierer, berasakan pasukan KTM Factory Racing sudah bersedia untuk mencabar kejuaraan MotoGP 2021. Sasaran baharu itu diletakkan susulan kejayaan KTM merangkul tiga kemenangan, lapan podium dan tempat kelima carta kejuaraan dunia menerusi Pol Espargaro. Meskipun Espargaro berhijrah ke Honda Repsol musim depan namun KTM masih mampu memberi saingan sengit menerusi Brad Binder, Miguel Oliveira dan rekrut baharu, Danilo Petrucci di KTM Tech3. Menurut Pierer, pencapaian 2020 menjangkau sasaran awal. CEO KTM, Stefan Pierer “Sasaran 2020 melebihi jangkaan. Kami kini mempunyai asas teknikal kukuh bagi membolehkan beberapa pelumba untuk merekodkan kemenangan di samping memberi pelumba muda peluang terbaik sepertimana yang ditonjolkan Brad Binder dan Ikerr Lecuona. “Sasaran utama kami musim depan adala mencabar kejuaraan dan menang jika boleh,” jelas Pierer. Sementara itu, KTM turut melanjutkan kontrak Dani Pedorsa dan Mika Kallio selaku pelumba uji pasukan itu bagi musim 2021 pada hujung Disember lalu. Rata-rata menyifatkan keputusan merekrut Pedrosa antara penyumbang kejayaan RC16 bagi musim 2020. Advertisements
bmw-r-18-versi-touring-dilancarkan-dengan-cruise-control
BERITA ANTARABANGSA BMW BMW Motorrad BMW R 18 Versi ‘Touring’ Dilancarkan – Dengan ‘Cruise Control’! Posted on October 23, 2020October 23, 2020 by Amirul Azreen BMW Motorrad telah memperkenalkan R 18 Classic yang merupakan versi ‘touring’ berbanding R 18 yang diperkenalkan sebelum ini. BMW R 18 ini didatangkan dengan penghadang angin yang besar, tempat duduk pillion, saddlebag, cruise control, lampu LED tambahan dan rim depan 16 inci. Seperti R 18, varian Classic ini juga diinspirasikan daripada BMW R 5 yang diperkenalkan pada 1936. Segala elemen yang ditawarkan pada R 18 terdapat pada R 18 CLassic antaranya enjin ‘boxer’ terbesar dalam keluarga BMW Motorrad, 1,802cc yang menjana 91hp pada 4,750rpm dan 152Nm pada 3,000rpm. Menurut BMW, penghadang angin pada R 18 Classic ini boleh ditanggalkan. Sementara itu, bagi menjaminkan tunggagan lebih selesa, tempat duduk pada R 18 Classic ini lebih tebal berbanding pada R 18 sekaligus menawarkan ketinggian tempat duduk 0.8 inci lebih tinggi. Tayar depan R 18 Classic berukuran 16′ berbanding 19′ pada R 18 namun kedua-duanya mengguna pakai saiz tayar belakang yang sama, 180/65-16. Pada masa sama, tiga mod tunggangan ditawarkan; Rain, Rock dan Roll di samping Automatic Stability Control dan drag control. Bagaimanapun, tidak seperti R18, versi Classic ini lengkap dengan sistem ‘electronic cruise control’ yang didatangkan secara standard. Harga rasmi akan diumumkan kemudian. Advertisements
tak-perlu-ke-puspakom-kalau-cukai-jalan-tamat-tempoh-tak-lebih-3-tahun
Moto Malaya Tak Perlu Ke PUSPAKOM Kalau Cukai Jalan Tamat Tempoh Tak Lebih 3 Tahun Posted on September 4, 2020September 4, 2020 by Amirul Azreen Pemilik kenderaan persendirian yang memiliki kereta atau motosikal dengan cukai jalan tamat tempoh tidak lebih tiga tahun tidak perlu menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM, berkuat kuasa hari ini. Sumber: BERNAMA Perkara itu diumumkan sendiri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam usaha mengurangkan beban ditanggungi rakyat sewaktu pandemik Covid-19. Menurut rekod, lebih 4.27 juta kenderaan memiliki cukai jalan tamat tempoh di antara satu hingga tiga tahun. Sebelum ini, sebarang kenderaan yang memiliki cukai jalan tamat tempoh selepas 12 bulan perlu menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM sebelum dibenarkan memperbaharui cukai jalan tersebut. Dalam perkembangan sama, diskaun 70 peratus bayaran balik kompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sepatutnya berakhir 31 Ogos lalu telah dilanjutkan sehingga 30 September ini. Advertisements
ducati-streetfighter-v4-dibuka-untuk-tempahan
BERITA TEMPATAN Ducati Malaysia Ducati Streetfighter V4 Dibuka Untuk Tempahan – Dari RM120 Ribu! Posted on October 16, 2020October 16, 2020 by Amirul Azreen Tahun lalu, kami berpeluang menghadiri Ducati World Premier 2020 (DWP2020) di Rimini, Itali bagi menyaksikan pelancaran sulung, Ducati Streetfighter V4 dan V4S serta Panigale V2. *Ducati Streetfighter V4 Selang 10 bulan kemudian, Panigale V2 dilancarkan di Malaysia dan kini Ducati Streetfighter V4 turut mendarat dengan Ducati Malaysia turut membuka tempahan bagi jentera hyper naked tersebut. Ducati Streetfigher V4 didatangkan dengan enjin 1,103cc Desmosedici Stradale V4 yang menghasilkan 208 hp – kurang 6 hp daripada Panigale V4 – pada 12,750rpm dan 123Nm pada 11,500rpm. *enjin 1,103cc Desmosedici Stradale V4 Pada masa samsa, Streetfighter V4 didatangkan dengan beberapa pakej elektronik: ABS Cornering EVODucati Traction Control (DTC) EVO 2Ducati Slide Control (DSC)Ducati Wheelie Control (DWC) EVODucati Power Launch (DPL)Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2Engine Brake Control (EBC) EVO Seperti barisan Ducati lain, Streetfighter V4 juga didatangkan dengan tiga mod tunggangan – Street, Sport dan Race. *Ducati Streetfighter V4 dan V4S Bagi yang inginkan keterujaan yang lebih tinggi, Ducati turut menawarkan Streetfighter V4 S yang menawarkan beberapa ciri premium antaranya: Ducati Electronic Suspension (DES) EVOFork Öhlins NIX-30 dengan sistem kawalan Öhlins Smart EC 2.0Penyerap hentakan Öhlins TTX 36 dengan sistem kawalan Öhlins Smart EC 2.0Öhlins steering damper dengan sistem kawalan Öhlins Smart EC 2.0Forged aluminium Marchesini wheels Orang ramai kini boleh membuat tempahan bagi Streetfighter V4 dan V4S di Ducati Malaysia dengan masing-masing ditawarkan di antara RM120 ribu hingga RM150 ribu. Advertisements
triumph-speed-triple-1200-rs-tiba-di-malaysia-rm99900
BERITA TEMPATAN Triumph Speed Triple 1200 RS Tiba Di Malaysia – RM99,900! Posted on April 27, 2021April 27, 2021 by Amirul Azreen Triumph Speed Triple 1200 RS 2021 telah pun selamat tiba di Malaysia menerusi sesi ‘unboxing’ yang dijalankan secara strim langsung oleh Fast Bikes Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi tunggal jenama Triumph Motorcycles di Malaysia. Bagi tahun 2021, Speed Triple tampil dengan enjin lebih besar dan berkuasa, 1,160cc tiga silinder yang kini menjana 178hp (180 PS) pada 10,750rpm (naik 30 PS) dan 125Nm pada 9,000rpm (naik 8Nm). Menurut Triumph, enjin ini telah direka semula secara menyeluruh dengan setiap elemen telah dibangunkan dengan memfokuskan peningkatan prestasi di samping menurunkan berat keseluruhan sekaligus unit ini 7 kilogram lebih ringan berbanding Speed Triple sebelumnya. Enjin ini juga menyalurkan kuasa dan tork lebih tinggi sekalgus menjadikan Speed Triple 1200 RS 2021 sebagai model paling berprestasi tinggi. ‘Red line’ juga naik 650rpm kepada 11,150rpm bagaimanapun, penyampaian kuasa dan tork sewaktu rpm rendah (low) dan pertengahan (mid) masih ikonik seperti Speed Triple sebelumnya. Tidak hairanlah, nisbah kuasa-berat (power to weight) naik 25 peratus berbanding generasi Speed Triple sebelumnya serta hampir dua kali ganda berbanding model 1994. Triumph juga mendakwa generasi baharu ini juga menawarkan bunyi paling terbaik susulan penerapan sistem ekzos dan ‘intake’ serba baharu. Kotak gear dan klac juga dipertingkat dengan penggunaan transmisi 6-kelajuan serta klac slip dan assist lebih ringan dengan bantuan kompaun friction terkini yang mengurangkan penggunaan plat klac sekaligus meningkatkan kawalan sewaktu turunkan gear ketika dalam kelajuan tinggi. Antara ciri menarik lain ditawarkan: fork depan Ohlins NIX30 (USD) boleh laras (preload/rebound/compressionmonoshock jenis twin tube Ohlins TTX36 (preload/rebound/compression)tayar Metzeler RACETEC RRCornering ABS dan Cornering Traction Control (dengan IMU)paparan TFT 5″lima mod tungganganTriumph Shift Assist (Quickshifter)lampu LED penuhsistem keylessMy Triumph Connectivityberat 198kg Sementara itu sistem membrek dikendalikan kaliper brek jenis radial (berkembar) Brembo Stylema yang dipadankan dengan cakera brek 320mm di bahagian depan serta kaliper dua piston Brembo di bahagian belakang. Triumph Speed Triple 1200 RS ini juga lengkap dengan sistem cruise control yang didatangkan secara standard termasuk penggunaan bateri jenis lithium ion. Menurut Triumph Motorcycles Malaysia, Speed Triple 1200 RS 2021 ini ditawarkan pada harga RM99,900 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Advertisements
morbidelli-bakal-angkat-kaki
BERITA ANTARABANGSA MotoGP: Morbidelli Bakal Angkat Kaki Ke ARAMCO Racing Team VR46? Posted on May 2, 2021May 2, 2021 by Amirul Azreen “Tahun depan, berkemungkinan besar saya akan mendapat jentera ‘factory’,” demikian pendedahan dibuat Franco Morbidelli selepas merekodkan tempat kedua dalam sesi kelayakan di GP Sepanyol meskipun menunggang jentera 2019. Tahun lalu, Morbidelli telah pun menandatangani kontrak eksklusif dua tahun bersama Petronas Sepang Racing Team (PSRT) dan merupakan pelumba YZR-M1 tunggal yang tidak mengikat kontrak secara langsung bersama Yamaha. Bagaimanapun, tiada pengesahan sama ada situasi tersebut menyumbang kepada Morbidelli tidak mendapat jentera ‘factory’ musim ini dengan pengarah urusan Yamaha, Lin Jarvis, mendakwa kekangan kewangan sebagai punca. Kemudian, PSRT masih belum menandatangani kontrak lanjutan bersama Yamaha untuk meneruskan kerjasama bagi musim 2022 dengan terdapat ura-ura bahawa kolaborasi itu akan berpindah ke ARAMCO Racing Team VR46. Sekiranya Yamaha memilih VR46 sebagai pasukan satelit musim depan, senario itu mungkin membolehkan Morbidelli berhijrah dan mendapat layanan ‘factory’ yang diidamkannya. Morbidelli sebelum itu akui mendapat layanan tidak adil apabila muncul pelumba tunggal Yamaha yang beraksi musim ini dengan jentera YZR-M1 2019 berbanding Fabio Quartararo, Maverick Vinales dan rakan sepasukan Valentino Rossi yang menerima jentera ‘factory-spec’ terkini. Advertisements
mitsubishi-xpander-kini-dibuka-untuk-tempahan-1-5l-mivec
BERITA TEMPATAN Mitsubishi Motors Malaysia Mitsubishi XPander Kini Dibuka Untuk Tempahan – 1.5L MIVEC! Posted on October 22, 2020October 22, 2020 by Amirul Azreen Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menerima tempahan bagi Mitsubishi XPander, menjelang pelancaran pada November ini. Tempahan bagi kenderaan jenis ‘crossover’ dengan tujuh tempat duduk itu kini boleh dibuat di setiap pusat pameran rasmi Mitsubishi seluruh negara. Mitsubishi XPander dikuasakan dengan enjin (blok aluminium) 1.5L MIVEC yang menjana 105hp pada 6,500rpm dan 141Nm pada 4,000rpm dan digerakan menerusi transmisi 4-kelajuan automatik. Bahagian luar XPander meneruskan kesinambungan rekaan ‘Dynamic Shield’ yang terdapat pada semua model Mitsubishi di samping pakej lampu LED dan rim aloi 16 inci dua-tona (dual-tone). Bagi menjaminkan pemanduan selesa, XPander turut menawarkan 205mm ‘ground clearance’. Sementara itu, bahagian dalam pula memfokuskan terhadap memaksimumkan ruang bagi keselesaan penumpang dengan ketinggian 1,730mm, panjang 4,475mm dan lebar 1,750mm sekaligus menjaminkan keluasan ruang kaki. Mitsubishi XPander juga merupakan satu-satunya kereta dalam segmennya yang membolehkan tempat duduk barisan kedua dan ketiga dilipat sepenuhnya bagi menawarkan ruang letak barang yang lebih luas. Model ini turut dilengkapi dengan ruang simpan pelbagai guna, side pocket di barisan ketiga, cup holder, cargo floor box, dan ruang letak barang lain. Manakala ruang infotainmen hadir dalam bentuk paparan 9′ yang menyokong Apple Carplay dan Android Auto. Antara ciri keselamatan ditawarkan adalah: beg udara SRSAnti-lock Braking System (ABS)Electronic Brake-Force Distributor (EBD)Active Stability Control (ASC)Brake Assist System (BA)Hill Start Assist (HSA)Rest ReminderBrake Override System (BOS) Menariknya, MMM turut menawarkan pakej istimewa yang merangkumi All Around Monitor (ARM), Driving Video Recorder (DVR) dan kerusi kulit. Sementara itu, pelanggan di Johor dan Perak boleh melihat Mitsubishi XPander dengan lebih dekat seperti dibawah: 23-25 Oktober – Toppen Mall, Johor Bahru29 Oktober – 1 November – Ipoh Parade, Perak Advertisements
yamaha-sah-bangunkan-yzf-r7-kongsi-enjin-mt-07
BERITA ANTARABANGSA Yamaha Sah Bangunkan YZF-R7, Kongsi Enjin MT-07 Posted on March 11, 2021March 11, 2021 by Amirul Azreen Baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan Yamaha Motor Co. Ltd bakal bangunkan sebuah motosikal baharu dengan nama YZF-R7. Dalam perkembangan terkini, Yamaha disahkan bakal memperkenalkan motosikal tersebut menerusi dokumen CARB yang telah difailkan di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, motosikal tersebut bukanlah meneruskan sejarah R7 dengan enjin 750cc 4-silinder yang pernah gah satu ketika dulu. Sebaliknya, dokumen tersebut merujuk bahawa R7 itu akan mengguna pakai enjin 689cc parallel-twin yang terdapat pada MT-07 dan Tenere 700. Ini bermakna, model baharu ini adalah MT-07 versi fairing penuh. Menurut laporan, Yamaha R7 akan tampil dengan pilihan warna Yamaha blue dan hitam namun info lebih terperinci masih kekal jadi tanda tanya. Apa yang pasti, R7 ini sedikit sebanyak menghadirkan berita gembira buat peminat motosikal yang berduka cita dengan keputusan Yamaha untuk menghentikan pengeluaran YZF-R6 kecuali untuk kegunaan di litar susulan penguatkuasaan Euro 5. Namun, berbanding R6 yang lebih berkuasa dengan kuasa kuda berada pada 117hp, enjin parallel-twin pada MT-07 hanya menawarkan 72.4hp pada 9,000rpm. Yamaha R7 ini dijangka akan diperkenalkan sebagai model 2022. – Motorcycle.com Advertisements
harley-davidson-qianjiang-motorcycle-bangunkan-model-kedua-bersama
BERITA ANTARABANGSA Harley-Davidson, Qianjiang Motorcycle Bangunkan Model Kedua Bersama? Posted on January 10, 2021January 10, 2021 by Amirul Azreen Umum mengetahui Harley-Davidson bakal perkenalkan jentera bersesaran kecil hasil kerjasama dengan pengeluar motosikal China, Qianjiang Motorcycles. Hampir setahun sejak imej ‘spyshot’ Harley-Davidson 338R didedahkan kepada umum sebagai motosikal jenis ‘naked’ yang bakal dipasarkan. *Harley-Davidson 338R Bagaimanapun, difahamkan Harley-Davidson dan Qianjiang dilaporkan bakal membangunkan jentera kedua susulan imej ‘render’ terbaru dikongsikan syarikat itu. Meskipun tiada info terperinci didedahkan namun imej tersebut memaparkan nama QJMotor SRV300. Model itu dijangka mengguna pakai unit 300 cc sama yang digunakan pada 338R. Namun, sejauh mana kebenaran mengenai pembangunan motosikal tersebut masih lagi menjadi tanda tanya. Ini kerana kerjasama Harley-Davidson dan Qianjiang Motorcycle merupakan usahasama bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harley-Davidson, Matt Levatich, sementara masih tiada pengumuman rasmi perjanjian itu akan diteruskan di bawah CEO baharu, Jochen Zeitz. Advertisements
ini-mungkin-12-motosikal-yang-bakal-masuk-malaysia-2021
BERITA TEMPATAN Ini (Mungkin) 12 Motosikal Yang Bakal Masuk Malaysia 2021! Posted on November 27, 2020January 17, 2021 by Amirul Azreen Tahun 2020 semakin hampir untuk melabuhkan tirai namun itu tidak menjadi penghalang buat pengeluar motosikal dunia berkejar-kejar dalam memperkenalkan model baharu. Senario itu selain daripada berpunca dari pelaksanaan Euro 5 di Eropah, tahun 2021 dijangka bakal berlakunya permintaan tinggi terhadap jentera dua roda susulan pandemik Covid-19 ketika ini seperti yang dilaporkan Frost & Sullivan. Malaysia juga tidak akan terlepas dengan beberapa model turut dijangka akan dilancarkan disini. Ini 12 motosikal yang mungkin mendarat di Kuala Lumpur pada 2021. Ducati Multistrada V4 *Peluang masuk Malaysia: 10/10 Motosikal ‘adventure touring’ ini tampil dengan enjin 1,158cc serba baharu yang dinamakan Granturismo V4 yang menawarkan 170hp dan 125Nm. Major service interval kini ditetapkan pada 60,000km berbanding 30,000km sebelum ini tatkala Ducati memilih valve spring berbanding Desmodromic valve yang telah diguna pakai sejak era 60an. Melihat kepada Ducati Malaysia menawarkan kesemua model untuk pasaran tempatan sebelum ini, kami yakin jentera ini akan turut mendarat tahun depan. Yamaha Tracer 9 dan Tracer 9 GT *Peluang masuk Malaysia: 10/10 Motosikal ‘sport touring’ paling popular di Malaysia kini tampil dengan enjin lebih besar 890cc (Euro 5) yang menjana 117hp berbanding 113hp sebelum ini. Model ini juga dilengkapi dengan sistem kawalan IMU 6-axis yang terdapat pada jentera sportsbike YZF-R1. Honda X-ADV 750 2021 *Peluang masuk Malaysia: 10/10 Skuter adventure dari Honda ini tampil lebih memukau bag 2021 dengan enjin 754cc parallel 2-silinder kini menawarkan 57.7hp dan 69Nm berbanding 54hp dan 68Nm pada model sebelumnya. Model 2021 ini juga didatangkan dengan ride-by-wire Honda Selectable Torque Control (HSTC) di samping skrin TFT berwarna yang boleh dihubungkan ke telefon pintar. Aprilia RS660 *Peluang masuk Malaysia: 10/10 Perkara itu disahkan sendiri Ketua Pemasaran Piaggio Asia Pasifik, Nicola Capello, ketika memperkenalkan Aprilia RSV4 X bersama Max Biaggi di Le Noir, Kuala Lumpur, Januari lalu. Model ini pada awalnya dicanang akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini namun pelancaran itu mungkin ditangguh ke 2021 susulan pandemik Covid-19. Honda ADV 150 *Peluang masuk Malaysia: 10/10 Ada yang mungkin skeptikal namun maklumat kemasukan skuter ADV 150 ini disampaikan kepada kami oleh orang besar Boon Siew Honda sendiri. Skuter ini dijangka akan masuk pasaran sekitar suku pertama 2021. Honda ADV 150 merupakan skuter yang menawarkan rekaan seperti X ADV 750 dan mengguna pakai enjin 150cc daripada PCX dan menawarkan 14.2hp pada 8,500rpm. Menariknya, sudah ada pihak yang membayar wang tempahan pada September lalu. Kawasaki ZX-10R dan ZX-10RR 2021 *Peluang masuk Malaysia: 10/10 Jentera kemenangan Kawasaki Racing Team (KRT) di pentas Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK) tampil lebih garang untuk 2021. Masih lagi mengekalkan kuasa 200hp, jentera ini kini tampil dengan skrin TFT berwarna dan sistem cruise control! Bersandarkan kepada Kawasaki menawarkan semua jenis model sebelum ini, kami yakin model ini akan turut mendarat di Malaysia tahun depan. Triumph Trident 660 2021 *Peluang masuk Malaysia: 10/10 Antara motosikal paling dinantikan tahun depan apabila pengedar Triumph Motorcycles di Malaysia, Fastbikes mengesahkan jentera ini akan mendarat pada suku pertama 2021. Menariknya, ini merupakan percubaan sulung Triumph dalam menawarkan motosikal mampu milik bagi segmen pertengahan yang sengit dengan Yamaha MT-07, Kawasaki Ninja 650 dan Honda CB650R. Triumph Tiger 850 Sport *Peluang masuk Malaysia: 10/10 Sebuah lagi model dari kilang Hinckley bakal mendarat di Malaysia. Meskipun datang dengan enjin sama yang terdapat pada Tiger 900 namun model ini lebih jinak dan mudah kawal dengan 88hp dan 81Nm berbanding 94hp dan 86Nm yang ditawarkan Tiger 900. Fastbikes sendiri mendedahkan harga bagi Tiger 850 Sport ini akan diumumkan tahun depan sekaligus beri bayangan model ini akan turut berada di pasaran. CFMoto MT800 *Peluang masuk Malaysia: 8/10 Motosikal adventure sulung dari CFMoto ini yang mengguna pakai enjin LC8 799cc parallel-twin yang terdapat pada KTM 790 Adventure hasil kerjasama dengan KTM. Dijadualkan akan dilancarkan di China pada hujung tahun ini, kami dimaklumkan jentera ini akan turut mendarat di Malaysia tahun depan namun tidak didedahkan mengenai jangka masa yang spesifik. Husqvarna Vitpilen dan Svartpilen *Peluang masuk Malaysia: 10/10 Percaya atau tidak, kami dimaklumkan bahawa Husqvarna akan kembali di Malaysia menerusi dua model, Vitpilen dan Svartpilen yang akan dilancarkan pada Januari 2021. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kedua-dua model terbabit membabitkan model 701, 401 atau 250 ketika ini. Kawasaki ZX-25R *Peluang masuk Malaysia: 5/10 Kawasaki ZX-25R merupakan motosikal 250cc dengan empat silinder dan telah pun dilancarkan di Indonesia awal tahun ini. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada model ini akan dilancarkan di Malaysia susulan masih menantikan sama ada model ini akan dibawa masuk oleh pihak MODENAS hasil kerjasama dengan KHI (Kawasaki Heavy Industries) atau tidak. Honda Winner X *Peluang masuk Malaysia: 4/10 Peminat kapcai di Malaysia masih ternanti-nanti Honda RS150R akan tampil dengan bentuk Winner X yang dipasarkan di Vietnam. Hanya Winner X dilihat mampu mengubat kekecewaan terhadap RS150R V2 yang tampil dengan rekaan Supra GTR 150 yang dipasarkan di Indonesia. Bagaimanapun, masih tiada sebarang berita mengenai model ini dari pihak Boon Siew Honda namun harapan untuk menyaksikan Winner X tampil menerusi RS150R V3 itu masih ada. Demikian 12 motosikal yang kami rasakan mungkin akan mendarat di Malaysia tahun depan namun apa yang pasti, pasaran dua roda akan bertambah rancak dengan pelbagai model akan dilancarkan. Advertisements
49-lagi-kakitangan-proton-di-shah-alam-positif-covid-19
BERITA TEMPATAN proton 49 Lagi Kakitangan Proton Di Shah Alam Positif Covid-19 Posted on October 19, 2020October 19, 2020 by Amirul Azreen Pada 14 Oktober lalu, PROTON mengesahkan salah seorang daripada kakitangan di Shah Alam telah positif Covid-19. Kini, pengeluar kereta nasional itu mengesahkan (dalam satu kenyataan media) susulan daripada satu kes itu, 49 kakitangan lagi telah disahkan positif Covid-19 dengan kesemuanya daripada Divisyen Kejuruteraan di Shah Alam. Sehubungan itu, Proton telah pun mengarahkan kakitangan bahagian perkhidmatan bukan keperluan (non-essential) untuk melakukan kuarantin kendiri di rumah masing-masing dalam usaha mengekang penularan. Sementara itu, Proton beri jaminan bahawa prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat kini dilaksanakan terhadap semua kakitangan dan pelanggan yang hadir ke Proton Centre of Excellence (COE) di Shah Alam. Dalam perkembangan lain, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan terdapat 865 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 858 daripadanya membabitkan kes tempatan. Setakat ini, 190 kematian telah pun dicatatkan dengan jumlah kes aktif mencecah 7, 456. Advertisements
suzuki-belang-150-bakal-dilancarkan-di-malaysia
Moto Malaya Suzuki Belang 150 Bakal Dilancarkan Di Malaysia? Posted on September 29, 2020September 29, 2020 by Amirul Azreen Suzuki Malaysia bakal mengembalikan model moped popular, Suzuki Belang Fi 150! Suzuki Belang Fi 150 Perkara itu didedahkan menerusi perkongsian terbaru di Facebook Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB), hari ini. Walaupun sekadar memaparkan bahagian lampu depan namun jelas merujuk kepada Suzuki Belang 150! Umum mengetahui Suzuki Belang merupakan antara jentera popular di rantau Asia Tenggara yang turut dikenali sebagai Raider R150 di Vietnam dan Satria F150 di Indonesia. Suzuki Belang Fi ini menawarkan enjin 147.3cc dengan silinder tunggal yang menawarkan 18.2hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 8,500rpm. Info terbaru dari dari SMSB ini memberi bayangan bahawa Suzuki Malaysia serius untuk kembali lebih kuat dengan memfokuskan kepada model moped selain daripada jentera berkuasa tinggi. Baru-baru ini SMSB turut berkongsi bahawa mereka bakal melancarkan model GSX-R untuk pasaran tempatan namun masih belum dipastikan model sesaran enjin mana yang akan diperkenalkan. Advertisements
syarikat-swasta-ambil-peluang-diskaun-70-peratus-jpj-bayar-saman-rm500000
Moto Malaya Syarikat Swasta Ambil Peluang Diskaun 70 Peratus JPJ Bayar Saman RM500,000 Posted on September 9, 2020September 9, 2020 by Amirul Azreen Sebuah syarikat swasta menggunakan peluang diskaun 70 peratus bagi bayaran balik saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membayar saman tertunggak RM500,000. Perkara itu didedahkan Ketua Penguatkuasa JPJ Selangor, Mohamad Hafiz Usman yang turut memaklumkan bahawa JPJ Selangor telah mengutip bayaran balik saman lebih 1.6 juta setakat 31 Ogos 2020 yang melibatkan 21,476 saman. Syarikat yang menjalankan perniagaan cucian itu menggunakan tawaran diskaun 70 peratus untuk menjelaskan tunggakan setengah juta ringgit. Sementara itu, Mohamad Hafiz yakin lebih ramai pihak yang akan tampil untuk menjelaskan tunggakan sebelum tarikh akhir diskaun 70 peratus berakhir hujung bulan ini. Diskaun 70 peratus ditawarkan bagi semua jenis saman kecuali individu yang terlibat dengan kes mahkamah. – Bernama Advertisements
moto2-saya-masih-cuba-memahami-jentera-hafizh-syahrin
BERITA ANTARABANGSA Moto2: Saya Masih Cuba Memahami Jentera – Hafizh Syahrin Posted on April 2, 2021April 2, 2021 by Amirul Azreen Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, mendedahkan masih memerlukan masa untuk mencapai keserasian dengan jentera baharu menjelang pusingan kedua di Litar Antarabangsa Losail, hujung minggu ini. Pelumba NTS RW Racing GP itu gagal menamatkan perlumbaan pada aksi pembukaan minggu lalu selepas hanya menyempurnakan 11 lap. “Saya masih cuba memahami jentera baharu ini secepat mungkin, walaupun masih belum terima banyak maklumat tetapi saya akan cuba sebaik mungkin minggu ini.’ “Saya akui agar sukar, tetapi masih bersemangat untuk teruskan bersaing dan memahami jentera dengan lebih baik,” jelasnya. Minggu lalu, Hafizh mendedahkan jenteranya mengalami masalah teknikal membabitkan bahagian ‘rectifier’ sehingga menyebabkan enjin jentera terhenti. Advertisements
gp-austria-vinales-terpantas-sesi-kelayakan
motogp GP Austria: Vinales Terpantas Sesi Kelayakan Posted on August 15, 2020August 15, 2020 by Amirul Azreen Pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales akan memulakan perlumbaan di petak pertama esok selepas merekodkan masa terpantas ketika sesi kelayakan di Red Bull Ring, hari ini. Pole position for @mvkoficial12!!! ?What a turnaround for @YamahaMotoGP as the Spaniard pips @jackmilleraus and @FabioQ20 for pole! ?#AustrianGP ?? pic.twitter.com/ztdR5U4xo5— MotoGP™? (@MotoGP) August 15, 2020 Vinales merekodkan catatan masa 1 minit 23.450 saat diikuti Jack Miller (Pramac Ducati) dengan 1’23.518s sementara pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo (Petronas SRT) melengkapkan barisan depan dengan catatan masa 1’23.537s. Sementara itu, pelumba Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso – yang membuat kejutan untuk tidak bersama pasukan itu musim depan – menduduki petak ke-4 disusuli Pol Espargaro dari Red Bull KTM. Menariknya, Vinales bukanlah terpantas di empat sektor di Red Bull Ring dengan Ducati mengungguli Sektor 1,2 dan 4 menerusi Miller dan Dovizioso sementara Alex Rins (Suzuki) terpantas di Sektor 3. Dalam perkembangan sama, juara GP Republik Czech minggu lalu, Brad Binder (Red Bull KTM) bakal memulakan aksi di petak ke-17 dengan catatan masa 1’24.485s. Advertisements
suzuki-raider-r150fi-dengan-warna-baharu-bakal-dilancarkan-suzuki-malaysia
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Suzuki Raider R150Fi Dengan Warna Baharu Bakal Dilancarkan – Suzuki Malaysia Posted on July 26, 2023July 26, 2023 by Amirul Azreen Suzuki Malaysia dalam satu perkongsian terbaru di media sosial bakal melancarkan Raider R150Fi terbaru yang tampil dengan warna lebih segar.  Dengan tema ‘New Colour, New Spirit’, Raider R150Fi itu dijangka tampil dengan pilihan warna baru dan grafik lebih segar.  Meskipun tidak diketahui warna dan grafik apa yang akan ditawarkan namun tinjauan di akaun Facebook Pengerusi Eksekutif Kumpulan AMI, Ahmad Faez Yahaya, menunjukkan bahagian belakang beberapa model Suzuki Raider F150i.   Namun tidak dapat dipastikan sama ada model ditayangkan itu merujuk kepada model yang akan diperkenalkan pihak Suzuki Malaysia tidak lama lagi.  Apa yang pasti, Raider R150Fi yang dikemas kini itu akan terus dikuasakan enjin satu silinder 147.3cc DOCH dengan penyejukan cecair yang menawarkan 18hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 8,500rpm.  Advertisements
larangan-rentas-negeri-kekal-hingga-80-peratus-rakyat-divaksin
Moto Malaya Larangan Rentas Negeri Kekal Hingga 80 Peratus Rakyat Divaksin Posted on February 27, 2021February 27, 2021 by Amirul Azreen Kerajaan akan mempertimbangkan kebenaran merentas negeri selepas 80 peratus rakyat telah divaksin. Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah susulan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Bercakap kepada media tempatan menerusi strim video, Tan Sri Noor Hisham juga menjangkakan negara memerlukan enam hingga sembilan bulan bagi mencapai imuniti kelompok (herd imunity). “Sepanjang tempoh itu, kita menggunakan dua pendekatan iaitu kesihatan awam menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan strategi vaksinasi,” jelasnya. Pada masa sama, kerajaan juga akan mempertimbangkan untuk membenarkan perjalanan rentas negara sebaik imuniti kelompok berjaya dicapai. – BH Advertisements
cev-adam-terus-cemerlang-di-moto2-naik-podium-di-tempat-ketiga
Moto Malaya CEV: Adam Terus Cemerlang Di Moto2, Naik Podium Di Tempat Ketiga Posted on May 10, 2021May 10, 2021 by Amirul Azreen Pelumba Moto2 negara di Kejuaraan Motosikal Eropah CEV, Adam Norrodin, terus mengorak langkah cemerlang apabila menamatkan aksi di tempat ketiga di Litar Ricardo Tormo di Valencia, Sepanyol, pada Ahad. Ini merupakan podium kedua berturut-turut bagi pelumba pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing Team itu selepas melakar kejayaan sama di Litar Estoril pada 25 April lalu. Adam menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 14minit 43.890 saat sementara pasukan Boscoscuro Talent Team-ciatt merekodkan kemenangan satu dua menerui Fermin Aldeguer dan Alonso Lopez. Sementara itu, Adam turut sempat mengucapkan Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Raya di samping pengurus pasukan, Zulfahmi Khairuddin, sebelum aksi di Valencia dimulakan. Kejayaan ini meletakkan Adam di kedudukan ketiga dalam perebutan kejuaraan Moto2 CEV dengan 45 mata, 30 mata di belakang pendahulu, Aldeguer. Dalam perkembangan lain, pelumba negara di saingan Moto3 CEV, Syarifuddin Azman @ Damok, berjaya mengutip empat mata apabila menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan ke-12 sebelum terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ke-19 pada Perlumbaan 2. Seorang lagi wakil negara, Muhammad Sharul Ezwan Sharil di kelas European Talent Cup, menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan ke-20 sebelum memperbaiki kedudukan di Perlumbaan 2 dengan tempat ke-16. Kejuaraan Motosikal Eropah CEV akan kembali bersambung di Litar Catalunya bulan depan. Advertisements
ducati-perkenalkan-empat-model-scrambler-2021
Moto Malaya Ducati Perkenalkan Empat Model Scrambler 2021! Posted on November 12, 2020November 12, 2020 by Amirul Azreen Ducati bakal membuka tirai 2021 dengan empat lagi model dibawah payung Scrambler. Berdasarkan pelancaran menerusi Ducati World Premier 2020 secara web-series, empat model baharu Scrambler telah diperkenalkan; Ducati Scrambler Nightshift, Desert Sled Sparkling Blue, Icon Ducati Red dan 1100 Dark PRO. *Ducati Scrambler Nightshift Bagaimanapun, Scrambler Nightshift paling mencuri tumpuan tatkala pereka di Borgo Panigale seakan mengambil resepi dari Icon, Full Throttle dan Cafe Racer dan kemudian menggaul kesemuanya ke dalam satu kuali. Hasilnya, sebuah motosikal yang bukan sahaja tampak jahat malah kemas hasil daripada pilihan warna Aviator Grey yang pastinya menganjakan meter ‘hensem’ si penunggang. Tempat duduk pillion juga yakni lebih selesa dengan permukaan yang rata. Menurut Ducati, penggunaan handlebar yang lebih lebar ini juga dipinjamkan daripada Scrambler 110 Sport Pro di samping penggunaan lampu LED, rim spoke dan tayar Pirelli MT60. Meskpun model ini masih lagi didatangkan dengan enjin sama seperti barisan Scrambler 800 lain, 803cc L-Twin yang menawarkan 73hp dan 66.2Nm namun telah dikemaskini bagi mematuhi piawain Euro 5. Sementara itu, Ducati Scrambler Icon turut dikemas kini bagi tahun 2021 dengan tawaran warna ‘Ducati Red’ di samping enjin 803cc L-Twin yang kini Euro 5. *Ducati Scrambler Icon ‘Ducati Red’ 2021 Ducati turut melaksanakan kemas kini terhadap Scrambler Desert Sled yang kini tampil dengan warna ‘Sparkling Blue’ di samping penggunaan rim spoke keemasan. *Scrambler Desert Sled ‘Sparkling Blue’ 2021 Fork depan juga telah dipertingkat dengan 200mm travel, dan tempat duduk baharu dengan lining anti-gelincir sekaligus menjaminkan tunggangan off-road yang lebih selesa dan terkawal. *Ducati Scrambler 1100 Dark Pro Kemudian, Ducati perkenalkan 1100 Dark PRO, seperti namanya, model ini mendapat sentuhan warna serba hitam dengan gabungan hitam matte dan anodized aluminium. Advertisements
gambaran-penuh-triumph-trident-2021-didedahkan-hampiri-pelancaran
Moto Malaya Gambaran Penuh Triumph Trident 2021 Didedahkan, Hampiri Pelancaran! Posted on September 30, 2020September 30, 2020 by Amirul Azreen Triumph Motorcycles hampir pasti melancarkan Trident 2021 apabila jentera itu kini memasuki ujian fasa akhir. Kali pertama didedahkan pada Ogos lalu menerusi prototaip dengan rupa serba putih, kali ini Triumph bertindak mendedahkan jentera itu dalam bentuk pra-produksi. Memakaikan livery ‘camo’ yang memaparkan lencana syarikat itu, imej baharu ini menampakkan Trident 2021 dalam keadaan yang sangat jelas. Model ini tampak sama seperti prototaip sebelum ini namun menawarkan fungsi sepenuhnya sebagai sebuah motosikal. Antara ciri jelas kelihatan adalah cermin sisi, lampu isyarat (kiri dan kanan), tempat letak nombor plat jenis tyre hugger dan penggunaan fork depan dari Showa. Meskipun Trident ini tidak lah mengikut acuan sama seperti model terdahulu namun beberapa ciri ikonik masih lagi dikekalkan antaranya lampu depan dan paparan meter berbentuk bulat. Menariknya, Triumph melabelkan Trident ini sebagai jentera ‘entry-level’ dengan harga kompetitif dalam usaha meluaskan portfolio jenama itu ke semua peringkat pembeli. Menurut Triumph, Trident 2021 kini telah pun menjalani ujian terakhir di kilang Hinckley, United Kingdom dan maklumat lebih terperinci mengenai jentera ini akan didedahkan dalam masa terdekat. Advertisements