title
stringlengths
5
182
body
stringlengths
104
38.4k
moto2-hafizh-syahrin-tamatkan-gp-republik-czech-dalam-kelompok-10-terbaik
Moto Malaya Moto2: Hafizh Syahrin Tamatkan GP Republik Czech Dalam Kelompok 10 Terbaik Posted on August 9, 2020August 9, 2020 by Amirul Azreen Hafizh berjaya menambah kutipan mata apabila menamatkan perlumbaan di GP Republik Czech di kedudukan ke-9. Pelumba berusia 26 tahun itu merekodkan aksi mantap ketika sesi kelayakan semalam apabila berjaya menduduki petak ke-4. Bagaimanapun, sebaik perlumbaan dilepaskan hari ini, pelumba Aspar Team itu hilang enam kedudukan untuk menduduki tempat ke-10. Namun, dia kembali memperkemaskan tunggangan untuk menduduki tempat ke-9 sehingga ke lap terakhir untuk membawa pulang 7 mata dihadapan rakan sepasukan Aron Canet. Hafizh telah pun mengumpul 17 mata setakat ini selepas tiga pusingan. Keputusan ini sedikit sebanyak mengubat kekecewaan GP Andalucia apabila dia gagal menamatkan perlumbaan susulan masalah tayar dua minggu lalu. Aksi di Moto2 menyaksikan Enea Bastianini (Italtrans Racing Team) muncul pemenang dengan catatan masa 39 minit 13.926 saaat, dihadapan Sam Lowes dengan Joe Roberts, ketiga. Kemenangan Bastianini turut meletakkan dirinya sebagai pendahulu kejuaraan setakat ini dengan 73 mata diikuti Luca Marini 58 mata dan Tetsuta Nagashima, 55 mata. Dalam perkembangan sama, seorang lagi wakil negara di Moto2, Kasma Danial (Onexox TKKR SAG Team) kurang bernasib baik apabila gagal menamatkan aksi di Brno selepas 16 lap. Berikut keputusan penuh di Moto2: Advertisements
bmw-malaysia-dengan-kerjasama-allianz-tawar-perkhidmatan-pintu-ke-pintu
Moto Malaya BMW Malaysia Dengan Kerjasama Allianz Tawar Perkhidmatan Pintu Ke Pintu Posted on August 6, 2020August 6, 2020 by Amirul Azreen Mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan pelanggan, BMW Malaysia menawarkan perkhidmatan dari pintu ke pintu. Menerusi inisiatif ini, wakil BMW akan datang ke rumah untuk mengambil kenderaan dan akan dihantar ke pusat servis rasmi BMW pilihan pelanggan menggunakan trak ‘flatbed’. Kereta tersebut kemudiannya akan dipulangkan kepada pemilik sebaik selesai. Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, menyifatkan servis ini sebagai langkah ke depan oleh BMW. “Perkhidmatan Pintu ke Pintu ini merupakan satu langkah ke hadapan yang lazim bagi kami dalam usaha untuk menawarkan perkhidmatanyang terbaikbuat para pelanggan. “Perkhidmatan baharu ini bukan sahaja akan meminimumkan sentuhan fizikal antara pelanggan dan wakil pengedar BMW ketika normal baharu ini, malah turut menawarkan kemudahan dengan mengintegrasikan perkhidmatan premium kami ke dalam rutin harian para pelanggan. “Dengan beradaselangkah di hadapan, kami dapat melangsungkan penawaranpengalaman pemilikan yang terbaik buat pelanggan-pelanggankami, di samping memaksimumkan efisiensi barisan wakil pengedar kam,” jelasnya. Perkhidmatan baharu ini direalisasikan menerusi kerjasama dengan Allianz Worldwide Partners sekaligus menjaminkan keselamatan semua pihak dengan mengurangkan interaksi di antara pelanggan dan pihak BMW lantas selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan kerajaan. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini sila KLIK SINI. Advertisements
honda-cr-v-baharu-dilancarkan-dari-rm139-ribu
Moto Malaya Honda CR-V Baharu Dilancarkan – Dari RM139 Ribu! Posted on November 5, 2020November 5, 2020 by Amirul Azreen Kenderaan popular bagi segmen SUV, Honda CR-V baharu telah dilancarkan untuk pasaran tempatan, hari ini. Honda Malaysia telah pun membuka tempahan bagi CR-V baharu ini pada Oktober lalu dan telah pun menerima lebih 600 unit tempahan. Menariknya, lebih 104,000 unit model pemasangan tempatan (CKD) ini telah pun terjual sejak 2003. Honda CR-V yang dikemas kini bagi tahun 2020 ini dikuasakan dengan enjin 1.5L VTEC Turbocharged yang menawarkan 190hp dan 243Nm. Honda Malaysia turut memperkenalkan varian tertinggi yang didatangkan dengan sistem 4WD di samping lengkap dengan ciri penuh Honda SENSING yang merangkumi: Adaptive Cruise ControlLow Speed FollowForward Collision WarningCollision Mitigation Braking SystemLane Departure WarningRoad Departure MitigationLane Keep Assist SystemAuto High Beam Ciri lain yang telah dikemas kini adalah gril serba hitam dengan lampu LED Honda Signature, bampar depan baharu dengan wing-style fascia chrome, kemasan gelap di bahagian belakang, kemasan krom pada ekzos serta rim 18 inci dua tona. Antara ciri keselamatan lain ditawarkan: Enam beg udaraHands-Free Power TailgateRemote Engine StartRemote Retractable Door MirrorsHonda LaneWatchEmergency Stop SignalABSVehicle Stability Assist (VSA)Agile Handling Assist (AHA)Hill Start Assist (HSA)Emergency Stop Signal (ESS)Electronic Brake Distributio (EBD)Brake Assist (BA)Auto Brake Hold (ABH)Walk Away Auto LockDriver Attention Monitor Sementara itu Honda CR-V didatangkan dengan lima pilihan warna; Lunar Silver Metallic, Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic, Dark Olive Metallic dan Platinum White Pearl (warna baharu). Senarai harga Honda CR-V baharu mengikut varian adalah seperti berikut: 1.5L TCP- 4WD : RM162,910.181.5L TC-P 2WD : RM157,615.912.0L 2WD : RM139,912.53 Advertisements
pembeli-mengadu-tayar-tak-bagus-ini-respon-penjual-michelin
Moto Malaya Pembeli Mengadu Tayar Tak Bagus, Ini Respon Penjual Michelin Posted on September 10, 2020September 15, 2020 by Amirul Azreen Seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati dengan pembelian tayar dibuat menerusi aplikasi atas talian, bulan lalu. Difahamkan, pelanggan tersebut telah membeli tayar menerusi Shopee namun perlu hadir ke bengkel penjual di Kepong bagi pemasangan (percuma) termasuk balancing. Bagaimanapun, pelanggan tersebut berkongsi reviu satu bintang di ruang reviu penjual terbabit dan menyatakan bagaimana dia terbabas ketika menyelusuri selekoh di lebuhraya Karak meskipun tidak memandu dengan laju. Dia kemudiannya turut mengkritik bahawa si penjual tidak melakukan ‘balancing’ dengan baik selepas tayar dipasang dan tiada sebarang kad waranti disediakan. Bagaimanapun, menerusi info yang dibalas si penjual mendedahkan, pelanggan itu hanya membeli dua pasang tayar jenis Michelin XM2+ yang direka khas untuk pemanduan selesa dan bukannya khas untuk prestasi di atas jalan raya yang basah. Malah, penjual menjelaskan balancing hanya dilakukan terhadap dua tayar Michelin yang dibeli dan bukannya dua unit tayar lama jenama Silverstone. Apa yang mencuri perhatian adalah respon terakhir si penjual kepada pelanggan, ‘pandu (Perodua) Axia macam Mercedes A Class, sejujurnya apa yang kamu jangkakan daripada Axia?’ Advertisements
cfmoto-melancarkan-1250rt-g-bernadikan-enjin-ktm-lc-8-1279cc
Moto Malaya CFMoto Melancarkan 1250RT-G, Bernadikan Enjin KTM LC-8 1279cc Posted on September 22, 2020September 22, 2020 by Amirul Azreen Kerjasama CFMoto bersama KTM mula membuahkan hasil apabila memperkenalkan 1250RT-G di China International Motorcycle Exhibition (CIMA) 2020. Muncul julung kalinya sebelum ini sebagai jentera khas milik pihak polis negara itu, CFMoto akhirnya perkenalkan 1250RT-G untuk orang awam. Motosikal segmen ‘grand tourer’ ini merupakan jentera paling berkuasa ditawarkan CFMoto hasil bantuan enjin KTM LC-8 1,279cc yang menawarkan 140hp dan 121Nm. Selain daripada enjin, kerjasama CFMoto-KTM turut menyaksikan penggunaan teknologi dan sistem yang premium antaranya penggunaan kaliper brek radial Brembo, fork depan dan penyerap hentakan belakang WP. Bukan itu sahaja, 1250RT-G juga menawarkan sistem audio JBL terbina dan paparan TFT berukuran 12.3 inci yang memaparkan info tekanan tayar dan tetapan sistem ‘suspension’, empat mod tunggangan, sistem navigasi dan multimedia. Menariknya, sistem Bluetooth turut didatangkan secara standard selain daripada penghadang angin boleh laras. Difahamkan, CFMoto 1250RT-G akan dipasarkan awal tahun 2021 dengan tiada sebarang harga rasmi diumumkan lagi setakat ini. Advertisements
perlu-ada-perundangan-khas-untuk-rakaman-dashcam-wee-ka-siong
Moto Malaya Perlu Ada Perundangan Khas Untuk Rakaman ‘Dashcam’ – Wee Ka Siong Posted on September 8, 2020September 8, 2020 by Amirul Azreen Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, mahukan kajian terperinci dijalankan melibatkan rakaman video ‘dashcam’ bagi kelancaran proses tuntutan , perundangan jenayah atau sivil di mahkamah. ‘Dashcam’ menjadi medium penting bagi semua pengguna jalan raya di Malaysia terutamanya bagi memberi gambaran jelas sebarang insiden yang berlaku. Dr Wee Ka Siong turut bersetuju sebarang penggunaan alat merekod kemalangan adalah sesuatu yang baik dan wajar kerana boleh dijadikan bahan bukti penting di mahkamah. Lantas, beliau mahukan perundangan lebih terperinci diwujudkan agar penggunaan rakaman ‘dashcam’ boleh digunakan dengan efisien. “Tanpa adanya satu peruntukan perundangan dan peraturan jelas, saya khuatir sebarang perlakuan direkodkan tidak boleh digunakan dalam tuntutan atau prosiding mahkamah atau perundangan kelak. “Perkara ini kelak akan menyebabkan orang ramai menyalahkan kerajaan kerana mewajibkan penggunaan satu peralatan tidak boleh digunakan di mahkamah,” katanya kepada Berita Harian. Sementara itu, beliau tidak menolak cadangan untuk mewajibkan pemasangan ‘dashcam’ oleh semua pengeluar kenderaan jika perundangan membabitkan ‘dashcam’ diwujudkan. – BH Advertisements
tonton-pelancaran-toyo-tires-proxes-cr1-19-november-ini-dan-berpeluang-menangi-satu-set-tayar-baharu
Moto Malaya Tonton Pelancaran Toyo Tires Proxes CR1 19 November Ini Dan Berpeluang Menangi Satu Set Tayar Baharu! Posted on November 9, 2020November 10, 2020 by Amirul Azreen Orang ramai akan disajikan dengan pelancaran model terbaru Toyota Tires, Proxes CR1 secara virtual pada 19 November ini. Proxes CR1 merupakan tayar yang direka khas bagi menawarkan pemanduan mantap di atas permukaan kering dan basah di samping ketahanan yang lebih tinggi. Toyo Tires turut memberi penekanan terhadap pembangunan Proxes CR1 bagi menjamin pengalaman pemanduan premium, lancar dan selesa bagi kenderaan penumpang termasuk SUV. Menariknya, orang ramai yang menyaksikan pelancaran virtual itu akan disajikan dengan maklumbalas secara peribadi oleh pelumba drift profesional, Tengku Djan Ley bin Tengku Mahaleel yang menguji Proxes CR1 menggunakan keretanya, Mercedes-Benz C230. Dia turut menguji kemampuan tayar baharu itu di tapak letak kereta Setia City Convention Centre. Bukan itu sahaja, bagi merancakkan lagi pelancaran produk baharu Toyo Tyres ini, 53 individu bertuah juga juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah. Tiga pemenang pertama yang klik LIKE, SHARE serta menjawab kesemua lima soalan dengan tepat akan membawa pulang satu set tayar Proxes CR1! Manakala 50 pemenang lain akan menerima kad petrol Petronas bernilai RM20! Orang ramai boleh menonton pelancaran virtual tersebut di laman Facebook, ToyoTyreMy pada 19 November ini pada jam 9 malam. Advertisements
wmoto-es125-dilancarkan-dengan-tangki-3l-pengecas-usb
Moto Malaya WMoto ES125 Dilancarkan – Dengan Tangki 3L, Pengecas USB! Posted on February 2, 2021February 2, 2021 by Amirul Azreen MForce Bike Holdings Sdn Bhd membuka tirai 2021 dengan pelancaran skuter cilik, WMoto ES125 selepas menutup tirai 2020 dengan motosikal cruiser V16. Dua varian ditawarkan untuk pasaran tempatan, ES125 Standard dan ES125 Special Edition (SE) yang dibezakan dengan pilihan warna. Versi standard ditawarkan pada harga RM4,588 dan datang dengan tiga warna pilihan; merah, hitam dan kelabu manakala varian SE (dengan pilihan warna stunning turqoise) dijual dengan harga RM4,888. WMoto ES125 dilengkapi dengan enjin satu silinder 118.8cc dengan penyejukan udara yang menjana 8.7hp pada 7,500rpm dan 9.5Nm pada 6,000rpm yang dipadankan dengan transmisi CVT. Menurut MForce, enjin ini dikuasakan dengan teknologi ECS (Environment Care System) yang mesra alam. Sistem ‘suspension’ pula dikendalikan fork teleskopik dengan penyerap hentakan di belakang. Antara ciri menarik lain: berat 95 kilogramtangki 3Lruang letak barang 9Lpengecas USBdua slot letak barangDRL (daytime running light) Advertisements
cfmoto-kongsi-imej-rasmi-mt800
Moto Malaya CFMoto Kongsi Imej Rasmi 800MT Posted on January 18, 2021January 18, 2021 by Amirul Azreen CFMoto akhirnya mendedahkan imej rasmi motosikal adventure, 800MT selepas beberapa kali gambar ‘spyshot’ berlegar di internet sebelum ini. Meskipun pengeluar motosikal China itu tidak mendedahkan sebarang info lebih terperinci, 800MT jelas memaparkan reka bentuk motosikal ADV lebih konvensional – bukannya bercirikan ‘off-road’- berbanding KTM. Seperti dilaporkan sebelum ini, 800MT merupakan produk keluaran CFMoto hasil kerjasama dengan pengeluar motosikal Austria, KTM yang turut menyaksikan CFMoto selaku anak syarikat Zhejiang Chunfeng Power Co menghasilkan Duke 125, 250, 390 di pasaran China. Kerjasama ini turut menyaksikan CFMoto menghasilkan 1250 TR-G. Selain daripada mengguna pakai enjin parallel-twin 799cc LC8 yang sama terdapat pada KTM 790 Adventure, 800MT juga didatangkan dengan chasis yang sama kecuali bahagian swingarm yang telah direka semula. Difahamkan 800MT ini seberat 231 kilogram, 16kg lebih berat berbanding KTM 890 Adventure (model terkini). Perkongsian imej rasmi ini sekaligus beri bayangan 800MT ini semakin hampiri pelancaran dan menurut sumber, model ini akan turut diperkenalkan di pasaran Malaysia. Advertisements
bmw-malaysia-perkenalkan-x3-m-dan-x4-m-competition-dari-rm886551
Moto Malaya BMW Malaysia Perkenalkan X3 M Dan X4 M Competition – Dari RM886,551! Posted on August 14, 2020August 14, 2020 by Amirul Azreen BMW Malaysia perkenalkan buat julung kalinya BMW X3 M Competition dan X4 M Competition di Secret Garage @ M Town, hari ini. BMW X3 M COMPETITION BMW X3 M Competition dan X4 M Competition mengembangkan lagi portfolio BMW X bagi segmen Sports Activity Vehicles (SAV) dan Sports Activity Coupe (SAC). Kedua-dua model ini didatangkan dengan enjin 3.0L M TwinPower Turbo straight-six yang menawarkan 510hp dan 600Nm pada 2,600 – 5,950rpm dan membolehkan pencapaian kelajuan maksima sekitar 250km/j dan 0-100km dalam 4.1 saat. BMW X4 M COMPETITION Kuasa kemudiannya disalurkan menerusi penggunaan transmisi 8-kelajuan M Steptronic dengan Drivelogic dengan tiga mod pemanduan ditawarkan, ‘Efficient’, ‘Sport’ dan ‘Sport Plus’. Bahagian chasis turut ddipertingkat dengan komponen spesifik-M yang bukan hanya meningkatkan prestasi malah kawalan dan dinamik keseluruhan jentera. Ruang dalam X3 M dan X4 M Competition memfokuskan kepada keselesaan dengan suasana kokpit ikonik M yang diperlihatkan di bahagian entry sills, stering, butang M Drive dan butang Start/Stop. BMW X3 M Competition ini turut menawarkan ruang letak barang yang luas dengan kapasiti 550L yang boleh meningkat kepada 1,600L sementara X4 M Competition menawarkan 1,430L – dari 525L – jika kerusi belakang dilipat. Kedua-dua model didatangkan dengan pelbagai ciri inovasi tinggi antaranya: Head-Up DisplayParking Assistant Plus – Surround View dan Remote 3D ServiceSkrin Kawaln 10.25 inciBMW Gesture COntrolBMW ConnectedDriveDriving Assistant PlusParking Assistant PlusComfort AccessSistem bunyi dari Harman Kardon dengan kuasa amp 600W Bagi yang berminat, BMW Malaysia menawarkan enam pilihan warna yang merangkumi Alpine White, Black Sapphire, Donington Grey, Phytonic Blue, Sophisto Grey dan terbaru, Toronto Red. BMW X3 M dan X4 M Competition boleh didapati di seluruh pengedar BMW bermula 14 Ogos ini dengan harga berikut: BMW X3 M Competition : RM886,551.58BMW X4 M Competition : RM904, 276.60 Advertisements
dwp2021-ducati-perkenalkan-supersport-950
Moto Malaya DWP2021: Ducati Perkenalkan SuperSport 950! Posted on November 19, 2020November 19, 2020 by Amirul Azreen Episod 3 Web Series Ducati World Premier 2021 menyaksikan pengeluar motosikal Itali itu memperkenalkan SuperSport 950 dan 950 S. Ducati SuperSport 950 mendapat kemas kini terbaru bagi tahun 2021 membabitkan reka bentuk diinspirasikan daripada Panigale dan beberapa ciri elektronik terkini. Dalam usaha meneruskan kesinambungan rekaan yang terdapat pada Panigale, Ducati turut membawa rekaan lampu depan ikonik kepada SuperSport 950 yang turut sama menampilkan lampu LED dengan ‘kening’ DRL (daytime running light) dengan pertambahan sirip bagi meningkatkan rupa agresif. Kemas kini untuk 2021 menyaksikan enjin Testastretta 937cc dengan silinder berkembar kini mematuhi piawaian Euro 5 dan masih lagi menghasilkan 110hp pada 9,000rpm dan 93Nm pada 6,500rpm seperti model sebelumnya. Antara penambah baikan baharu, SuperSport 950 2021 kini menawarkan tiga mod tunggangan; Sport, Touring dan Urban di samping quickshifter. Pengalaman menunggang turut dipertingkat dengan IMU Bosch 6-axis yang berfungsi dengan memantau ‘lean angle’ sekaligus menyuntik keyakinan penunggang sewaktu di selekoh. Ducati turut memperkenalkan paparan TFT 4.3 inci bagi tahun 2021. Pada masa sama, Ducati turut menawarkan SuperSport 950S yang lengkap dengan sistem ‘suspension’ elektronik dari Ohlins. Advertisements
kawasaki-zx-25r-se-dilancarkan-di-thailand-rm36000
BERITA ANTARABANGSA Kawasaki ZX-25R SE Dilancarkan Di Thailand – RM36,000! Posted on July 15, 2020September 3, 2020 by Amirul Azreen Selepas dilancarkan di Indonesia baru-baru ini, Kawasaki ZX-25R turut diperkenalkan di Thailand ketika Pameran Motor Antarabangsa Bangkok. Jentera 250cc dengan 4-silinder itu ditawarkan pada harga THB269,000 (RM36,379). Ketika pelancaran di Indonesia, model tersebut ditawarkan dengan dua varian, standard dan SE namun pasaran Thailand hanya ditawarkan dengan varian SE. Kawasaki ZX-25R menawarkan 50hp pada 15,500rpm dan 22.9Nm tork pada 14,500rpm dan turut dilengkapi Kawasaki Quick Shifter dengan transmisi 6-kelajuan. Sejak dipertontonkan buat julung kalinya ketika di Tokyo Motor Show 2019, Kawasaki ZX-25R tak henti-henti menimbulkan pelbagai tanda tanya dan persoalan. Namun segala persoalan terjawab ketika pelancaran sulung di Indonesia, baru-baru ini. Varian SE menawarkan pelbagai ciri menarik antaranya: ABS (dual-channel)KQS (Kawasaki Quickshifter Up/Down)Pillion coverPenghadang angin (smoke)Frame slider Persoalannya, adakah kita bakal menerima ZX-25R bagi pasaran Malaysia? Advertisements
individu-terima-dua-dos-vaksin-akan-dibenarkan-rentas-negeri-seperti-biasa
Moto Malaya Individu Terima Dua Dos Vaksin Akan Dibenarkan Rentas Negeri Seperti Biasa Posted on April 2, 2021April 2, 2021 by Amirul Azreen Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan kebenaran rentas negeri bagi individu yang telah menerima dua dos vaksin Covid-19. Menurutnya, perkara itu telah pun dibawakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas keputusan kajian terbaru mendapati individu yang menerima dua dos vaksin didapati selamat untuk bergerak kesana sini. “Pada awalnya, timbul pendapat bahawa penerima vaksin selamat dari jangkitan namun berpotensi untuk menjadi pembawa. Namun, perkata itu didapati tidak betul,” jelasnya. Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menjelaskan bahawa perjalanan antarabangsa juga akan dibenarkan bagi individu yang telah menerima dua dos vaksin di samping mendedahkan perbincangan dengan beberapa negara bagi membenarkan rakyat Malaysia yang telah divaksin untuk bertandang juga telah dimulakan. Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Immunisasi Kebangsaan Covid-19, Khairy Jamaluddin mendedahkan setakat ini 7.5 juta rakyat Malaysia telah pun mendaftarkan diri menerusi aplikasi MySejahtera. Advertisements
motogp-jack-miller-teruja-dilabel-pelumba-pilihan-musim-2021
BERITA ANTARABANGSA MotoGP: Jack Miller Teruja Dilabel ‘Pelumba Pilihan’ Musim 2021 Posted on March 16, 2021March 16, 2021 by Amirul Azreen Jack Miller menamatkan ujian pra-musim lima hari di Qatar sebagai pelumba terpantas setelah mencatat masa 1 minit 53.183 saat. Wakil Ducati MotoGP itu antara pelumba yang berjaya menjalani ujian simulasi perlumbaan sebenar dengan catatan masa konsisten 1m 54s. Keputusan ujian pra-musim ini secara tidak langsung meletakkan Miller antara pelumba pilihan bagi merebut kejuaraan musim 2021 yang akan membuka tirai di litar sama, dua minggu lagi. Miller mengakui dilabel pelumba pilihan adalah satu perasaan yang mengujakan namun menegaskan dia dan Ducati tidak harus mendabik dada. “Sejujurnya, saya menikmati perasaan ini kerana perkara ini tidak pernah berlaku kepada saya di MotoGP. “Tetapi perkara paling utama adalah untuk tidak mendabik dada dan terus bekerja keras bagi mencapai sasaran,” jelasnya. Miller masih belum merekodkan sebarang kemenangan di MotoGP sejak melakukannya pada 2016 di Dutch TT ketika bersama Marc VDS. Baru-baru ini, pelumba Yamaha, Fabio Quartararo, turut meluahkan kebimbangan terhadap prestasi Ducati sewaktu ujian pra-musim. “Dalam litar ini, kerisauan itu ada kerana Losail mempunyai bahagian lurus lebih 1 kilometer jadi kami sedikit risau,” katanya. Advertisements
aprilia-tuono-v4-tampil-dengan-ciri-touring-bagi-2021
Moto Malaya Aprilia Tuono V4 Tampil Dengan Ciri ‘Touring’ Bagi 2021 Posted on April 12, 2021April 12, 2021 by Amirul Azreen Setelah menaik taraf RSV4 bagi tahun 2021, Aprilia turut melaksanakan kemas kini terhadap model ‘streetfighter’ Tuono V4. Bagi tahun 2021, Tuono V4 dan Tuono V4 Factory kini tampil dengan perbandingan lebih ketara. Berbanding Tuono V4 Factory yang menawarkan elemen lebih agresif sepertimana yang terdapat pada RSV4, Tuono V4 kini dilengkapi ciri sebuah motosikal ‘touring’. *Aprilia Tuono V4 Factory 2021 Ciri ‘touring’ tersebut jelas kelihatan menerusi penggunaan penghadang angin lebih tinggi, tempat duduk pillion lebih tebal dan lebar yang dipadankan bersama pemegang. *Aprilia Tuono V4 2021 Pada masa sama, ketika Tuono V4 Factory dilengkpai sistem suspenson elektronik separa aktif dari Ohlins, Tuono V4 tampil dengan suspension mekanikal dari Sachs. Bukan itu sahaja, Aprilia turut menawarkan aksesori ‘touring’ tambahan termasuk ‘panniers’. Menurut Aprilia, Tuono V4 2021 didatangkan dengan ciri ‘dual-layer fairing’ yang sebelum ini diperkenalkan pada Tuono 660. Berdasarkan gambar yang dikongsikan, jelas Tuono V4 2021 turut dilengkapi dengan swingarm underslung jenis aluminum. Bagaimanapun, model 2021 ini masih lagi mengekalkan enjin V4, 1077cc dengan homologasi Euro 5 yang menawarkan 175hp dan 121Nm yang terdapat pada model sebelumnya. Namun Tuono V4 2021 didatangkan dengan Aprilia Performance Ride Control (APRC) yang telah dinaik taraf dengan penggunaan ECU Magneti Marelli 11MP. Advertisements
tekanan-sebenar-adalah-mereka-yang-bergelut-untuk-hidup-bukan-kejuaraan-motogp-joan-mir
Moto Malaya Tekanan Sebenar Adalah Mereka Yang Bergelut Untuk Hidup Bukan Kejuaraan MotoGP – Joan Mir Posted on November 10, 2020November 10, 2020 by Amirul Azreen Pendahulu kejuaraan MotoGP, Joan Mir mengambil pendekatan rendah diri dalam merebut kejuaraan musim 2020. Suzuki mula menampakan persaingan serius sejak musmim lalu dengan Alex Rins berjaya merekodkan dua kemenangan sementara Mir mengutip 92 mata untuk menamatkan musim 2019 di kedudukan ke-12. Memasuki musim 2020 dengan berbaki dua pusingan, Mir kini berjaya menempatkan dirinya sebagai pendahulu kejuaraan. *Mir memenangi GP Eropah diikuti rakan sepasukan Alex Rins dan Pol Espargaro Siapa sangka walaupun gagal menamatkan perlumbaan (DNF) sebanyak dua kali di awal musim, dia kini selangkah untuk merekodkan kejuaraan dunia sulung dalam kariernya. “Saya rasa kami telah membuktikan bahawa tekanan perlumbaan bukan satu perlumbaan bagi kami. “Bukan bermakna tekanan itu tiada tetapi kami sentiasa memberikan fokus terhadap apa yang kami lakukan. “Di penghujung hari, ini adalah kerja kami jadi tekanan sebenar itu tiada,” jelasnya. Bagi Mir, tekanan sebenar adalah mereka yang sedang bergelut dengan kehidupan di luar MotoGP apatah lagi sewaktu dunia sedang dilanda wabak Covid-19. We're incredibly lucky to do what we do ❤️Lovely words from @JoanMirOfficial when he was asked about pressure in racing ?#EuropeanGP ?? pic.twitter.com/It3vpl7QUl— MotoGP™? (@MotoGP) November 8, 2020 “Tekanan sebenar adalah mereka yang tidak mampu nak bayar sewa rumah dan memberi makan kepada keluarga terutamanya dalam situasi sekarang. “Setiap kali saya ditanyakan soalan mengenai tekanan, bagi saya tekanan itu tiada. Ini adalah tugas saya dan saya mampu melakukannya. Saya dikira bertuah,” tambahnya. Mir juga tidak menunjukkan keterujaan yang melampau selepas memenangi GP Eropah baru-baru ini di samping selesa mendahului kejuaraan dunia dengan 162 mata. Advertisements
kymco-sahkan-pengeluaran-revonex-akan-dilakukan-di-itali
BERITA ANTARABANGSA KYMCO Sahkan Pengeluaran RevoNEX Akan Dilakukan Di Itali Posted on December 2, 2020December 2, 2020 by Amirul Azreen Sejak diperkenalkan di EICMA tahun lalu sebagai jentera konsep, ramai yang bertanyakan bila motosikal elektrik itu akan dihasilkan untuk pasaran dunia. Persoalan itu akhirnya terjawab apabila Pengerusi Gwangyang Group, Ke Shengfeng mendedahkan RevoNEX telah pun dibawa ke peringkat pengeluaran. Bagaimanapun, lebih menarik lagi apabila KYMCO (anak syarikat Gwangyang Group) mendedahkan pengeluaran model elektrik itu akan dilakukan di Itali. “RevoNEX telah mencuri perhatian seluruh dunia sejak diperkenalkan tahun lalu. Pembangunana RevoNEX dilakukan dengan penggunaan teknologi dan inovasi terkini dalam usaha meletakkan unit ini sebagai generasi baru motosikal elektrik. “Disini saya mengumumkan bahawa pengeluaran RevoNEX bakal dilakukan di Eropah sekaligus menjadikan model ini sebagai motosikal elektrik pertama yang akan dipasarkan di seluruh dunia di bawah jenama KYMCO ‘Made in Italy’,” jelas Shengfeng. KYMCO RevoNEX merupakan motosikal elektrik yang mampu merekodkan 0-100km/j dengan hanya 3.9 saat dan 100-200km/j pada 8.7 saat. Kawalan motosikal ini dilaksanakan menerusi transmisi manual 6-kelajuan. Dalam perkembangan lain, KYMCO telah pun melancarkan sebuah lagi motosikal elektrik menerusi F9, baru-baru ini. Berbanding RevoNEX yang lebih berkuasa, KYMCO F9 dibina untuk kegunaan harian. Advertisements
proton-iriz-dan-saga-r3-limited-edition-dilancarkan-dari-rm42300
BERITA TEMPATAN Proton Iriz Dan Saga R3 Limited Edition Dilancarkan – Dari RM42,300! Posted on February 18, 2021February 18, 2021 by Amirul Azreen Proton dengan rasminya melancarkan Iriz dan Saga R3 Limited Edition serta Exora dan Persona Black Edition untuk pasaran tempatan, hari ini. Empat model edisi khas ini meneruskan kesinambungan atas kejayaan Saga Edisi Ulang Tahun dengan 1,100 unit habis dijual kurang lima hari selepas pelancaran. Proton Persona dan Exora Black Edition Kedua-dua model ini didatangkan dengan pilihan warna hitam dengan kemasan berwarna emas yang diserlahkan di bahagian bumper dan roda aloi. Ruang dalam pula menawarkan tempat duduk kulit serba hitam termasuk penutup pintu serta konsol lantai. Proton Exora tampil dengan monitor overhead manakala Persona mendapat bumbung dalam berwarna hitam. Kedua-dua model ini ditawarkan pada harga berikut: Proton Persona Black Edition – RM54,700 (2,000 unit sahaja)Proton Exora Black Edition – RM67,800 (500 unit sahaja) Proton Iriz dan Saga R3 Limited Edition Kedua-dua model ini didatangkan dengan gabungan warna hitam dan kuning di bahagian luar dan dalama yang merupakan warna ikonik R3 di samping penggunaan rim 16-inci R3 bagi Iriz dan 15-inci bagi Saga. Iriz dan Saga R3 ini juga lengkap dengan kit lengkap R3 yang sporty. Kedua-dua model ini ditawarkan pada harga berikut: Proton Iriz R3 Limited Edition – RM52,900 (1,000 unit sahaja)Proton Saga R3 Limited Edition – RM42,300 (3,000 unit sahaja) Advertisements
yamaha-nmax-2020-kini-di-malaysia-rm8998
BERITA TEMPATAN Yamaha NMAX 2020 Kini Di Malaysia – RM8,998! Posted on December 1, 2020December 1, 2020 by Amirul Azreen Generasi baharu Yamaha NMAX akhirnya mendarat di pasaran Malaysia menerusi pelancaran secara strim langsung oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), hari ini. Model baharu ini kini menawarkan lampu depan LED penuh yang menawarkan pencahayaan lebih luas ideal untuk tunggangan di waktu malam manakala lampu belakang juga telah direka semula dengan empat strip LED. Menariknya, model ini juga tampil dengan ciri lampu kecemasan (hazard lights) sekaligus meningkatkan tahap keselamatan penunggang. Paparan meter juga dipertingkat dengan skrin jenis LCD yang boleh diakses dengan butang yang terletak di sebelah kiri ‘handle. Model baharu ini juga tampil dengan enjin Blue Core SOHC 155cc dengan penyejukan cecair yang telah diperkemas dengan Starter Generator Control Unit yang menjaminkan bunyi yang lebih senyap sewaktu enjin dihidupkan. Antara ciri menarik lain ditawarkan: soket 12VSistem Stop & Starttempat letak kaki lebih lebarruang letak barang 23.3L Orang ramai yang berminat boleh kunjungi pengedar Yamaha dan dapatkan NMAX 2020 ini dengan tawaran harga RM8,998 (sebelum cukai jalan dan insurans). Advertisements
motogp-rampas-tanah-orang-asli-pbb-kecam-pembinaan-litar-mandalika-di-indonesia
BERITA ANTARABANGSA MotoGP 2021 MotoGP: Rampas Tanah Orang Asli, PBB Kecam Pembinaan Litar Mandalika Di Indonesia Posted on April 11, 2021April 11, 2021 by Amirul Azreen Pembinaan Litar Jalan Raya Mandalika di Indonesia telah mendapat perhatian Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB dalam satu kenyataan mengecam pendekatan yang digunakan dalam pembinaan litar tersebut yang dijadualkan akan melangsungkan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) dan kejuaraan MotoGP. Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pihak PBB mendapati Indonesia telah mencabul hak asasi orang asli di kepulauan Lombok. Wartawan khas PBB, Olivier De Schutter mendedahkan petani dan nelayan dari suku kaum Sasaktelah menerima pelbagai ugutan dan gertakan. “Menurut sumber yang boleh dipercayai, penduduk tempatan telah diugut dan dipaksa keluar daripada tanah mereka tanpa sebarang bayaran pampasan. “Meskipun kami membuat penemuan ini, namun Agensi Pembangunan Pelancongan Indonesia (ITDC) enggan membuat bayaran pampasan mahupun cuba menyelesaikan masalah tanah ini.” Pembangunan sektor pelancongan di Lombok semakin pesat dengan Litar Jalan Raya Mandalika bakal menjadi daya tarikan utama. Baru-baru ini, pihak Dorna bersama FIM turut terbang ke Lombok bagi meninjau pembinaan litar tersebut yang dijadualkan akan menganjurkan MotoGP pada 2022. – Race.com Advertisements
rupa-jelas-yamaha-yzf-r7-didedahkan
Moto Malaya Rupa Jelas Yamaha YZF-R7 Didedahkan! Posted on May 14, 2021May 14, 2021 by Amirul Azreen Baru-baru ini, Yamaha Motor Europe telah memuat naik video ‘teaser’ kedua yang memfokuskan tentang sebuah model baharu bakal dilancarkan. Berbanding video ‘teaser’ pertama yang dikongsi sebelum ini, klip berdurasi 28 saat ini mendedahkan tarikh pelancaran rasmi R7, yang dijadualkan pada 18 Mei ini termasuk gambaran lampu depan jentera tersebut. Bagaimanapun, kurang 24 jam daripada video ‘teaser’ kedua itu dimuat naik, beberapa imej jelas memaparkan jentera R7 itu telah didedahkan kepada umum. Menariknya, berdasarkan imej ini, memberi pencerahan terdapat beberapa aspek megnenai model supersport baharu Yamaha ini. Selain daripada dikuasakan enjin CP2 689cc yang sama terdapat pada MT-07, R7 ini tampil dengan elemen rekaan sama seperti yang terdapat pada R6 termasuk panel depan dan penggunaan fork jenis USD. Namun, terdapat beberapa aspek yang terus dikongsi dari MT-07 antaranya bahagian kerangka dan swingarm termasuk lampu depan projektor LED. Pada masa sama, ketika segmen supersport pertengahan menawarkan tempat duduk yang lebih menegak dengan handlebar yang sedikit tinggi seperti Aprilia RS660, Tuono 660, Honda CBR650R serta Kawasaki Ninja 650 namun R7 tampil lebih agresif dengan penggunaan handlebar jenis clip-on. Info lebih lanjut mengenai R7 ini akan didedahkan pada 18 Mei ini. Advertisements
polis-nafi-larangan-pemakaian-cermin-mata-hitam-semasa-memandu
BERITA TEMPATAN Polis Nafi Larangan Pemakaian Cermin Mata Hitam Semasa Memandu Posted on March 19, 2021March 19, 2021 by Amirul Azreen Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan bahawa pemandu yang mengenakan cermin mata hitam akan dikenakan tindakan saman. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain menjawab dakwaan yang dibuat oleh klip audio yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini. Audio tersebut mendakwa pemandu kereta dan lori yang memakain cermin mata hitam akan dikenakan kompaun RM500. Individu yang membuat rakaman audio itu turut mendakwa dirinya disaman atas ‘kesalahan’ tersebut. Menurut Nadzri, dakwaan tersebut tidak betul kerana tiada peruntukan dalam undang-undang yang menyatakan menjadi satu kesalahan memakai cermin mata hitam. Pada masa sama, orang ramai diminta untuk berhenti daripada berkongsi mesej seumpamanya tanpa usul periksa terlebih dahulu.- The Star Advertisements
proton-jual-109716-unit-kereta-pada-2020-saga-dan-persona-paling-popular
BERITA TEMPATAN Proton Jual 109,716 Unit Kereta Pada 2020, Saga Dan Persona Paling Popular! Posted on January 4, 2021January 4, 2021 by Amirul Azreen Proton berjaya mengatasi penjualan pada 2019 dengan lebih 109,716 unit direkodkan bagi tahun 2020. Angka itu menyaksikan Proton mencatat peningkatan jualan lebih 8 peratus (daripada 100,821 unit terjual pada 2019) meskipun pengeluaran kenderaan dihentikan selama dua bulan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). *Proton X50 Model yang menggerakkan penjualan bagi tahun 2020 adalah Persona, Iriz, Exora dan Saga sementara X50 mengatasi jangkaan meskipun dilancarkan pada penghujung tahun. Proton Saga menjadi model paling laris bagi tahun 2020 manakala X50 dan X70 menjadikan Proton sebagai jenama SUV nombor satu di Malaysia. *Proton X70 Berikut senarai jualan mengikut model: Saga – 46,527 unit *kedua tertinggi dalam sedan Segmen-APersona – 23,917 unit *tertinggi dalam Segmen-BExora – 5,849 unit *tertinggi dalam MPV Segmen-CIriz – 7, 636 unit *ketiga tertinggi dalam hatchback Segmen-BX70 – 21,944 unit *tertinggi dalam SUV Segmen-CX50 – 3,787 unit *ketiga tertinggi dalam SUV Segmen-B Proton juga merekodkan peningkatan jumlah eksport sebanyak 49.8 peratus sekaligus menyumbang kepada prestasi cemerlang bagi 2020. Advertisements
71127-saman-dikeluarkan-sepanjang-operasi-ekzos-bising-jspt
Moto Malaya 71,127 Saman Dikeluarkan Sepanjang Operasi Ekzos Bising – JSPT Posted on April 2, 2021April 2, 2021 by Amirul Azreen Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan 71,127 saman sepanjang tempoh Operasi Khas Ubahsuai Ekzos dari 1 hingga 31 Mac lalu. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, daripada jumlah tersebut, 6,954 saman membabitkan kesalahan ekzos bising melibatkan 4,926 motosikal, 1,627 kereta dan 401 bagi kenderaan lain. Azisman turut mendedahkan sejumlah 2,696 motosikal, 66 kereta dan 19 kenderaan lain telah disita bagi pemeriksaan lanjut namun diserahkan semula setelah ekzos dikembalikan dalam keadaan asal. “Operasi dilancarkan bertujuan menguatkuasakan undang-undang kepada pengguna jalan raya terutama pemilik serta penunggang motosikal yang melakukan ubahsuai ekzos sehingga mendatangkan bunyi bising,” jelasnya. – BH Advertisements
honda-sah-hidupkan-semula-transalp-kongsi-enjin-nc750
BERITA ANTARABANGSA Honda Sah Hidupkan Semula Transalp, Kongsi Enjin NC750 Posted on March 3, 2021March 3, 2021 by Amirul Azreen Honda sah akan kembalikan Transalp setelah memfailkan tanda dagangan (trademark) di Amerika Syarikat. Transalp dijangka akan memberi saingan terhadap motosikal adventure segmen pertengahan (middleweight) yang ketika ini dibarisi BMW F 850 GS, KTM 790 Adventure dan Yamaha Tenere 700. Nama Transalp kembali timbul apabila media Jepun, Young-Machine mendakwa Honda bakal menghidupkan semula motosikal itu tahun ini. Difahamkan, Transalp merupakan satu daripada tiga motosikal yang akan diperkenalkan Honda dengan enjin parallel-twin NC750 manakala dua daripadanya membabitkan sebuah motosikal jenis scrambler dan naked. Bagaimanapun, berbanding Honda CB500X dan NC750X, Transalp dijangka menawarkan ciri ADV setanding dengan pesaing lain dalam segmen tersebut. Advertisements
masuk-laluan-motosikal-aplikasi-waze-disalahkan
Moto Malaya Masuk Laluan Motosikal, Aplikasi Waze Disalahkan Posted on September 4, 2020September 4, 2020 by Amirul Azreen Tindakan pemandu kereta memasuki laluan motosikal dan membahayakan penunggang motosikal lain semakin kerap berlaku. Beberapa minggu lalu, sebuah kereta jenis Toyota Vios bukan sahaja memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan malah melawan arus hingga menyebabkan kemalangan seorang penunggang motosikal. https://www.facebook.com/watch/?v=600573130641070&extid=hbYmSrJPLSewWtsI Kemudian, sebuah kereta jenis Perodua Bezza turut dirakam memasuki laluan motosikal di lebuhraya sama dan membahayakan penunggang di lorong terbabit. Kini, menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, kedua-dua pemandu tersebut mengakui memandu menggunakan aplikasi Waze. https://www.facebook.com/watch/?v=326549198550137&extid=ktmrBg83vUMu9T2y “Kedua-dua pemandu berkenaan membuat pengakuan awal memaklumkan mereka memandu menggunakan aplikasi Waze yang mengarahkan untuk masuk ke sebuah lorong kecil,” jelasnya. Kedua-dua pemandu tersebut telah pun dipanggil membuat keterangan di IPD Petaling Jaya, Rabu lalu. Menurut Nik Ezanee, kedua-dua pemandu boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan jika disabit kesalahan. Rakaman kedua-dua insiden tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menggesa agar tindakan lebih tegas di ambil bagi memastikan nyawa penunggang motosikal terus dilindungi. –HM Advertisements
motogp-marquez-jalani-pembedahan-kedua-plat-titanium-didapati-rosak
Moto Malaya MotoGP: Marquez Jalani Pembedahan Kedua, Plat Titanium Didapati Rosak Posted on August 4, 2020August 4, 2020 by Amirul Azreen Marc Marquez terpaksa menjalani pembedahan kedua dan perlu duduk di hospital lebih 48 jam susulan plat titanium yang dimasukan ketika pembedahan pertama didapati telah rosak. Senario tersebut berlaku gara-gara dia turun beraksi ketika sesi ujian bebas dan melakukan beberapa pusingan sewaktu kelayakan di GP Andalucia dua minggu lalu. Marquez menjalani pembedahan pertama – dengan doktor memasukkan plat titanium – ekoran kemalangan ketika aksi pembukaan GP Sepanyol, 19 Julai lalu. Dia bagaimanapun mengejutkan ramai pihak apabila kembali empat hari kemudian di litar sama sebagai persiapan menghadapi GP Andalucia. Namun, dia buat keputusan untuk tidak meneruskan dengan sesi kelayakan akibat mengalami kesakitan dan bercadang untuk mengambil masa jurang dua minggu sebelum GP Republik Czech untuk kembali pulih. Malang menimpa apabila plat titanium tersebut kini didapati telah rosak atas faktor hadapi tekanan daripada Marquez sendiri sekaligus memerlukan pembedahan kedua di Barcelona. Meskipun tulang lengan Marquez tidak terjejas namun dia wajib tinggal di hospital 48 jam untuk pantauan rapat oleh doktor. Aksi MotoGP kembali bersambung di Brno, Republik Czech hujung minggu ini. Advertisements
pandu-bmw-630i-m-sport-remaja-18-tahun-dicekup-terlibat-kegiatan-edar-dadah
BERITA TEMPATAN Pandu BMW 630i M-Sport, Remaja 18 Tahun Dicekup Terlibat Kegiatan Edar Dadah Posted on February 5, 2021February 5, 2021 by Amirul Azreen Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan telah menahan lima individu termasuk seorang ayah bersama anaknya berusia 18 tahun kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dadah. Penahanan itu sekaligus membongkar kehidupan ‘mewah’ remaja terbabit antaranya memiliki sebuah kereta jenis BMW 630i M-Sport. Menurut laporan akhbar tempatan, ayah remaja tersebut bekerja sebagai penjual besi buruk di Tanah Merah. Ketua JSJN Kelanta, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar menjelaskan penangkapan anak beranak tersebut berlaku sejam selepas pihaknya menahan tiga individu lain berusia 22, 25 dan 28 tahun. Dalam serbuan itu, polis turut menemukan 800 pil kuda bernilai RM8,000 sebelum pasangan anak beranak itu membawa pihak polis ke kawasan semak yang merupakan tempat penyembunyian dadah jenis pil kuda, syabu dan heroin yang dianggarkan lebih RM112,000. Polis turut menyita lima motosikal pelbagai jenis serta dua kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Satria. Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Advertisements
castrol-nobat-20-mekanik-sebagai-hero-sempena-hari-mekanik-malaysia
Moto Malaya Castrol Nobat 20 Mekanik Sebagai ‘Hero’ Sempena Hari Mekanik Malaysia Posted on September 29, 2020September 29, 2020 by Amirul Azreen Seramai 20 mekanik di Malaysia telah menerima anugerah Castrol Unsung Heroes sempena kempen Hari Mekanik Malaysia Castrol. Penghargaan tersebut dibuat sebagai inisiatif dalam menghargai pakar dalam bidang penyelenggaraan automotif. Antara penerima anugerah adalah mekanik dalam platform kereta/trak dan motosikal yang berasal dari Selangor, Perak, Pahang, Johor dan Sabah. Menurut Castrol, para penerima anugerah sepatuntya diraikan ketika anugerah Hari Mekanik Malaysia pada 18 Mac lalu namun susulan pandemik Covid-19 dan arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) acara tersebut ditangguh dan akan dilangsungkan di Subang Jaya. Castrol Malaysia and Singapore Marketing Director, Keow Mei-Shan. \ Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, Keow Mei-Shan beri jaminan akan terus memberi fokus terhadap meraikan komuniti di Malaysia. “Peluang untuk meraikan hero-hero ini adalah perkara besar bagi kami di Castrol dan 20 anugerah ini mencerminkan usaha kami dalam menghargai mekanik dalam industri automotif,” jelasnya. Advertisements
bajaj-bakal-lahirkan-pencabar-royal-enfield-350
BERITA ANTARABANGSA Bajaj Bakal Lahirkan Pencabar Royal Enfield 350? Posted on October 7, 2020October 7, 2020 by Amirul Azreen Bajaj Auto LTD dilaporkan telah memfailkan nama bagi model baharu yang didakwa akan mencabar Royal Enfield 350 di India. Didaftarkan atas nama NEURON, model baharu ini dijangka menawarkan rekaan moden-klasik seangkatan dengan RE 350, Benelli Imperiale 400 termasuk Honda H’ness CB 350 yang baharu sahaja dilancarkan. Walaupun tiada pengesahan NEURON merupakan model jenis cruiser moden-klasik seperti yang ditawarkan RE 350 namun media negara itu kuat melaporkan sebaliknya. Jika benar, maka NEURON dicanang akan didatangkan dengan enjin 373.3cc satu silinder dengan penyejukkan cecair yang sama terdapat pada Dominar 400. Bajaj (Modenas) Dominar 400 Ketika ini, Bajaj telah pun menawarkan model berkongsepkan cruiser menerusi model Avenger namun rekaan klasik itu tidak dapat menandingi ciri moden yang terdapat pada H’ness CB 350. Pada masa sama, timbul laporan NEURON mungkin bukan sebuah motosikal sebaliknya merujuk kepada sistem keterhubungan yang merangkumi sistem Bluetooth. Advertisements
jpj-spad-tawar-diskaun-70-peratus-bayar-saman
Moto Malaya JPJ, SPAD Tawar Diskaun 70 Peratus Bayar Saman Posted on July 29, 2020July 29, 2020 by Amirul Azreen Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menawarkan diskaun bayaran balik saman 70 peratus bermula 1 hingga 31 Ogos ini. Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sempena sambutan bulan kemerdekaan. Bayaran balik saman tersebut membabitkan saman yang dikeluarkan atas kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya. Menurut Dr Wee Ka Siong, bayaran balik saman dengan diskaun 70 peratus tersebut boleh dilakukan di semua pejabat dan cawangan JPJ, kaunter UTC serta atas talian menersi portal mySIKAP, JPJ Mobile dan kiosk JPJ. Pada masa sama, mereka yang telah disenarai hitam perlu hadir ke pejabat JPJ terlebih dahulu sebelum urusan pembayaran dibenarkan. Advertisements
bmw-330li-m-sport-2021-dilancarkan-rm300800
BERITA TEMPATAN BMW 330Li M Sport 2021 Dilancarkan – RM300,800! Posted on April 9, 2021April 9, 2021 by Amirul Azreen Pasaran tempatan akhirnya disajikan dengan BMW 3 Series dengan ‘wheelbase’ panjang menerusi BMW 330Li M Sport yang ditawarkan pada harga RM300,800. Pelancaran model ini turut menandakan varian 3 Series pemasangan tempatan pertama yang tampil dengan ‘wheelbase’ panjang. Hasilnya, panjang kenderaan kini berada pada 4,819mm, manakala jarak antara roda berada pada 2,961mm diikuti tinggi 1,441mm. Angka ini turut menyumbang kepada keluasan ruang dalam sekaligus meningkatkan tahap keselesaan bukan sahaja pemandu malah penumpang. Menurut BMW Malaysia, 330Li M Sport ini mengekalkan enjin 2.0L TwinPower Turbo yang menawarkan 258hp dan 400Nm dan dipadankan bersama transmisi Steptronic Sport. Bagi yang mengejar kelajuan, BMW Malaysia memaklumkan bahawa kelajuan model ini telah dihadkan kepada 250km/j. Sementara itu, model M Sport ini turut disertakan dengan rim aloi 18″ jenis double-spoke, ekzos trapezoid, bumbung panorama dan fungsi ‘welcome light’. Antara ciri menarik lain ditawarkan: paparan digital 12.3″ BMW Live Cockpit Professionalskrin sesentuh 10.25″ BMW Navigation System ProfessionalCruise Control dengan fungsi membrekParking AssistantBMW Active Pedestrian Safety BMW 330Li M Sport ini turut dilengkapi dengan fungsi Driving Asisstant yang merangkumi: lane departure warninglane change warningfront collision warningcross traffic warningrear collision prevention Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan BMW 330Li M Sport ini dengan dua pilihan warna; Mineral White dan Carbon Black. Dalam perkembangan sama, BMW Malaysia turut melancarkan model BMW X3 varian standard, X3 sDrive20i yang ditawarkan pada harga RM286,674. Advertisements
aprilia-flat-tracker-dalam-pembikinan-di-china
BERITA ANTARABANGSA Aprilia Flat Tracker Dalam Pembikinan Di China Posted on November 28, 2020November 28, 2020 by Amirul Azreen Kerjasama Piaggio bersama pengeluar motosikal di China, Zongshen, menyaksikan paten terbarumemaparkan sebuah Aprilia flat tracker. Difahamkan, paten terbaru itu telah pun difailkan pihak Zongshen-Piaggio Foshan pada Julai lalu di China National Intellectual Property Administration. Paten tersebut dilabel sebagai Flat yang bernadikan enjin 150cc sekaligus beri bayangan ini adalah sebuah jentera berkonsepkan flat track 150cc. Melihat kepada bahagian kerangka, model baharu ini mempunyai rekaan sama seperti yang terdapat pada Zongshen-Aprilia Cafe 150 namun dijangka bernadikan enjin yang sama terdapat pada Zongshen-Aprilia Terra 150. Menariknya, motosikal ini juga didatangkan dengan panel yang menempatkan nombor jentera seperti sebuah flat track sejati namun, masih terdapat ruang kecil dibahagian bahawa yang dijangka menempatkan lampu jenis LED. Zongshen-Aprilia flat track ini juga mengguna pakai tayar 19′ depan dan belakang dengan rim jenis spoke bagaimanapun penggunaan fender depan, plate holder, cermin sisi dan lampu masih lagi menampilkan ciri sebuah streetbke. Sayangnya, model ini dijangka hanya ditawarkan untuk pasaran China sepertimana model lain di bawah payung Zongshen-Aprilia. Advertisements
perhimpunan-motosikal-sturgis-dikaitkan-dengan-250000-kes-covid-19-di-as
Moto Malaya Perhimpunan Motosikal Sturgis Dikaitkan Dengan 250,000 Kes Covid-19 Di AS Posted on September 14, 2020September 14, 2020 by Amirul Azreen Perhimpunan Motosikal Sturgis, telah dilabel sebagai ‘super-spreader’ apabila kajian mendapati acara itu telah menyumbang lebih 19 peratus daripada kes positif yang direkodkan minggu lalu. Meskipun angka kes positif Covid-19 mencecah 6.7 juta di Amerika Syarikat namun perhimpunan yang memasuki ulang tahun ke-80 itu terus berjalan seperti biasa. Media tempatan melaporkan acara tahun ini berlangsung lebih meriah dengan majoriti yang terlibat langsung tidak mempraktikan pemakaian topeng muka dan penjagaan jarak. Ada sebuah bar turut mengadakan pertandingan bersin bagi membuktikan Covi-19 bahaya seperti yang disangkakan. Bagaimanapun, kajian baharu yang dijalankan mendapati acara itu kini menjadi penyumbang kepada lebih 250,000 kes positif baharu Covid-19. Kajian oleh Universiti San Diego itu turut mendapati perhimpunan tersebut menyebabkan kerajaan perlu membelanjakan lebih USD12 bilion untuk kos rawatan dan pemeriksaan. Difahamkan, para penyelidik dari universiti berkenaan telah mengesan lokasi individu yang menyertai Sturgis 2020 serta destinasi yang dituju kemudian menjalankan siasatan kes Covid-19 di setiap lokasi individu tersebut telah pergi. Keputusan kajian mendapati kawasan yang terdapat individu menghadiri Sturgis telah mempamerkan peningkatan kes Covid-19 lebih 10 peratus. Advertisements
indian-motorcycle-bakal-kembali-dengan-pengedar-baharu-di-malaysia
Moto Malaya Indian Motorcycle Bakal Kembali Dengan Pengedar Baharu Di Malaysia? Posted on March 12, 2021March 12, 2021 by Amirul Azreen Timbul khabar angin mengatakan Indian Motorcycle bakal kembali di Malaysia dibawah kendalian pengedar baharu. Menurut laporan rakan media di Paultan.org, pengedar baharu tersebut bakal membuka semula rangkaian Indian Motorcycle di Malaysia seawal bulan Mei ini. Difahamkan, pusat pameran rasmi Indian Motorcycle Malaysia akan berpusat di Kuala Lumpur dengan penghantaran kumpulan pertama motosikal akan berlaku pada Jun. Apa yang menarik, pengedar baharu itu didakwa akan membawa masuk enam model popular, membabitkan Indian FTR Race dan Black. Laporan tersebut turut mendedahkan bahawa pengedar baharu itu juga akan menawarkan servis jualan motosikal, servis selepas jualan (after sales) di samping menawarkan aksesori dan alat ganti bagi Indian Motorcycles. – Paultan.org Advertisements
honda-cbr150r-2021-dirasmikan-dengan-abs-17hp
Moto Malaya Honda CBR150R 2021 Dirasmikan Di Indonesia – Dengan ABS, 17HP! Posted on January 12, 2021January 12, 2021 by Amirul Azreen Astra Honda Motor (AHM) telah pun melancarkan Honda CBR150R 2021 secara strim langsung di Indonesia. Menariknya, seperti info yang didakwa sebelum ini Honda CBR150R ini sememangnya didatangkan dengan fork jenis upside down, kaliper axial Nissin di samping reka bentuk diinspirasikan daripada CBR250RR. Honda CBR150R 2021 ini didatangkan dengan unit enjin 1 silinder 150cc DOHC dengan penyejukan cecair yang menjana 17hp pada 9,000rpm dan 14.4Nm pada 7,000rpm yang dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan dengan bantuan slipper clutch. AHM turut melengkapkan model 2021 ini dengan Anti-lock Braking System (ABS) serta Emergency Stop Signal (ESS) namun varian tanpa ABS turut diperkenalkan. Sementara itu, AHM turut menawarkan varian MotoGP Edition ABS yang ditawarkan pada harga IDR40.2 juta (RM11,556) manakala varian standard dengan ABS dijual pada harga IDR39.3 juta (RM11,298). Advertisements
motogp-tulang-lengan-marquez-disahkan-retak-bakal-terlepas-beberapa-pusingan
Moto Malaya MotoGP: Tulang Lengan Marquez Disahkan Retak, Bakal Terlepas Beberapa Pusingan Posted on July 20, 2020July 20, 2020 by Amirul Azreen Marc Marquez bakal diketepikan buat sementara waktu daripada saingan MotoGP susulan mengalami kemalangan ngeri di GP Sepanyol, semalam. Marquez merupakan fokus perlumbaan semalam sebelum alami kemalangan apabila dia yang bermula di petak ketiga, terbabas dan terpaksa mengejar semula kelompok depan dari kedudukan ke-16. Dia kemudiannya mempamerkan tunggangan agresif untuk memintas pelumba lain dengan mudah sehingga berjaya menempatkan diri kembali di kedudukan ketiga. Dalam usaha mengejar Maverick Vinales di tempat kedua, dia mengalami highside di selekoh sama lalu meranapkan peluangnya mengutip sebarang mata dalam aksi pembukaan musim ini. Sumber: MotoGP @ Twitter Kemalangan itu turut menyebabkan lengan tangannya disahkan retak. Insiden tersebut turut dijangka memberi kesan terhadap usahanya mempertahankan kejuaraan kelas premier selepas Fabio Quartararo memenangi perlumbaan semalam. Sementara itu, Marquez akan ke Hospital Univeritari Dexeus di Barcelona hari ini bagi menjalani pembedahan. Dia dijangka akan terlepas beberapa pusingan musim ini dengan pusingan kedua (GP Andalucia) akan bersambung hujung minggu ini di litar sama. Advertisements
gp-portugal-marc-marquez-penuh-emosi-kembali-berlumba-selepas-265-hari
BERITA ANTARABANGSA MotoGP 2021 GP Portugal: Marc Marquez Penuh Emosi Kembali Berlumba Selepas 265 Hari Posted on April 19, 2021April 19, 2021 by Amirul Azreen Marc Marquez berjaya mengutip mata pertamanya selepas hampir setahun tidak berlumba ekoran kecederaan. Enam kali juara dunia MotoGP itu muncul pelumba Honda terpantas di GP Portugal apabila melepasi garisan penamat di kedudukan ketujuh selepas 25 lap dengan Fabio Quartararo muncul pemenang, diikuti Francesco Bagnaia kedua dan Joan Mir, ketiga. Bagaimanapun, sebaik kembali ke paddock, Marquez seakan dilanda pelbagai emosi. Pada hari biasa, kedudukan ketujuh mungkin akan mencetuskan pelbagai persoalan terhadap persembahan pelumba Sepanyol itu. Namun, setelah berehat 265 hari, keputusan di Litar Autódromo Internacional do Algarve ternyata membawa seribu satu makna terhadap pelumba berusia 28 tahun itu. “Saya bukan jenis mempamerkan emosi tetapi sebaik tiba di paddock dan melihat semua mekanik, saya tidak dapat menahan perasaan. “Saya menanti sekian lama agar hari ini tiba, untuk menamatkan perlumbaan MotoGP. Ini adalah langkah terbesar dalam proses pemulihan saya. “Merasai kembali perasaan sebagai pelumba MotoGP adalah impian saya dan saya berjaya melakukannya hari ini,” jelas Marquez. Marquez berjaya menempatkan dirinya di kedudukan ketiga sebaik perlumbaan dilepaskan namun mula ketinggalan ekoran tidak mampu menangani tekanan. “Lap pertama sangat sukar kerana saya berada di tempat yang tidak sepatutnya. Seperti berada di sekolah apabila bermain bola dengan pelajar lebih senior!” ujar Marquez. Pelumba Repsol Honda itu akan kembali beraksi di pusingan empat MotoGP di Jerez pada hujug bulan ini, litar sama yang menjadi saksi kemalangan ngeri yang menimpa Marquez, tahun lalu. Advertisements
pm-kuatkuasa-pkp-seluruh-negara
BERITA TEMPATAN PM Kuatkuasa PKP Seluruh Negara Posted on May 10, 2021May 10, 2021 by Amirul Azreen Selepas mengambil kira kes harian Covid-19 dalam negara, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Pelaksanaan PKP itu dengan larangan baharu berkaitan aktiviti Aidilfitri akan berkuat kuasa bermula Rabu ini. Selain daripada larangan rentas negeri dan daerah yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Sabtu, larangan baharu ini merangkumi perkara berikut: aktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur TIDAK DIBENARKAN.solat sunat Aidilfitri DIBENARKAN dengan kehadiran jemaah TAK LEBIH 50 ORANG bagi masjid dan surau boleh tampung 1,000 jemaah dan TAK LEBIH 20 ORANG bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang 1,000 jemaah. Menurut kenyataan dikeluarkan pejabat Perdana Menteri hari ini, tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta aktiviti sosial, sukan dan pendidikan bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun sementara larangan dan arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021. Bagaimanapun, sektor ekonomi masih lagi dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan pematuhan SOP ketat dengan majikan wajib melaksana dasar Work From Home dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus di tempat kerja. Setakat 10 Mei 2021, kes positif harian Covid-19 mencecah 3,807. Advertisements
223-kemalangan-di-selangor-berpunca-daripada-jalan-rosak-sejak-2018
BERITA TEMPATAN 223 Kemalangan Di Selangor Berpunca Daripada Jalan Rosak Sejak 2018 Posted on January 7, 2021January 7, 2021 by Amirul Azreen Lebih 223 kemalangan berpunca daripada jalan raya berlubang dan rosak direkodkan di Selangor sejak 2018 hingga 2020. Perkara itu didedahkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Supt Azman Shari’at yang turut memaklumkan 148 daripadanya membabitkan kemalangan maut. Menurut Azman, penunggang motosikal merekodkan kemalangan maut paling tinggi di Selangor susulan keadaan jalan rosak dengan 116 kes diikuti pemandu kereta (26kes) dan pemandu lori (enam kes) serta pemandu van (satu kes). “Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan jumlah kemalangan itu akibat kecuaian pengguna jalan raya sendiri antaranya memandu melebihi had laju bukan semata-mata keadaan fizikal jalan raya sahaja,” jelas Azman. Isu jalan raya berlubang semakin hangat dibincangkan ketika ini dengan orang ramai mempersoal tindakan pihak berwajib yang gagal memastikan jalan raya berada dalam keadaan baik. Terbaru seorang penunggang motosikal berusia 75 tahun maut selepas terbabas ekoran terlanggar lubang diikuti seorang penghantar makanan GradFood turut jadi mangsa jalan berlubang berhampiran The Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini. – BERNAMA Advertisements
yamaha-y16zr-vva-mendarat-di-malaysia-rm10888
BERITA TEMPATAN Yamaha Y16ZR VVA Mendarat Di Malaysia – RM10,888! Posted on March 18, 2021June 5, 2021 by Amirul Azreen Hong Leong Yamaha Motor dengan rasminya melancarkan Yamaha Y16ZR VVA serba baharu untuk pasaran tempatan. Motosikal ‘kapcai’ popular di Malaysia itu kni tampil dengan enjin lebih besar dan dipadankan dengan sistem VVA (variable valve actuation). Mendapat inspirasi daripada ‘abang besar’ Yamaha YZF-R1, rekaan keseluruhan Y16ZR ini tampil lebih agresif dan moden terutamanya bahagian depan yang lebih menonjol dengan lampu depan LED manakala lampu belakang menampilkan bentuk sama yang ditawarkan R15. Sementara itu, motosikal ini digerakkan dengan enjin 155cc SOHC sama yang memacu R15 dan MT-15 yang menjana 17.7hp pada 9,500rpm dan 14.4Nm pada 8,000rpm yang dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan (dengan bantuan klac assist/slipper). Mengikut acuan model terkini Yamaha, Y16ZR ini juga dilengkapi paparan LCD yang menawarkan informasi kelajuan, RPM dan ‘gear indicator’ manakala bahagian ‘handle’ kanan diletakkan butang ‘kill switch’. Model 2021 ini juga mengguna pakai sistem Smart Key (keyless) di samping menawarkan pengecas USB termasuk penggunaan kaliper brek dua piston (bagi varian Premium) serta tangki yang lebih besar, 5.4L berbanding model sebelumnya. Setiap pembelian motosikal baharu ini jugak akan disertakan dengan “key pouch” dari Royal Selangor bagi 5000 unit pertama. Yamaha Y16ZR ini boleh didapati di semua pengedar rasmi Yamaha bermula 31 Mac 2021 dengan tiga pilihan warna, Phantom Grey, Arrow Blue dan Raging Yellow. Motosikal ini ditawarkan pada harga RM10,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Advertisements
lee-lam-thye-gesa-kerajaan-tambah-laluan-motosikal-hadkan-kelajuan
BERITA TEMPATAN Lee Lam Thye Gesa Kerajaan Tambah Laluan Motosikal, Hadkan Kelajuan Posted on November 2, 2020November 2, 2020 by Amirul Azreen Aktivis sosial dan pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, menggesa kerajaan untuk mewujudkan laluan berasingan bagi motosikal di seluruh negara. Menurut Lee Lam Thye, tindakan kerajaan meluluskan pindaan Akta Pengangkutan Jalan bagi menangani insiden membabitkan pemandu mabuk sememangnya dipuji namun menyifatkan keutamaan yang sama tidak diberikan kepada penunggang motosikal. “Cadangan ini berkenaan dengan keselamatan penunggang motosikal yang merupakan pengguna jalan raya paling terdedah dengan kemalangan maut. “Contoh terbaik adalah laluan motosikal di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan dari Petaling Jaya hingga ke Klang. “Menurut statistik, purata hanya dua kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal berlaku dalam setahun,” jelasnya. Sementara itu, aktivis tersebut turut mencadangkan agar kerajaan menghadkan kelajuan motosikal. “Langkah kedua adalah menggubal undang-undang bagi menghadkan kelajuan motosikal yang kini menjadi kebiasaan untuk menunggang secara melulu dan laju tanpa perlu risau akan dikenakan tindakan. “Bagi mengurangkan perbelanjaan dalam menyediakan laluan berasingan bagi motosikal, pihak berkuasa seperti Kementerian Pengangkutan dan polis boleh hadkan penunggang motosikal untuk menunggang hanya di lorong lebuh raya paling kiri. “Hanya dengan cara ini, kenderaan dua roda tidak boleh menggunakan di lorong laju yang menjadi antara penyebab utama kemalangan maut di kalangan penunggang motosikal. “Ikatan Komuniti Selamat melihat cadangan ini boleh dilaksanakan dan praktikal. Hanya berlandaskan logik akal,” tambahnya. – Bernama Advertisements
honda-cbr600rr-dilancarkan-21-ogos-ini-bakal-masuk-malaysia
BERITA ANTARABANGSA Honda CBR600RR Dilancarkan 21 Ogos Ini, Bakal Masuk Malaysia? Posted on August 18, 2020August 18, 2020 by Amirul Azreen Baru-baru ini, Honda memuat naik video ‘teaser’ berdurasi 1 minit 16 saat yang memaparkan tawaran baharu, CBR600RR. Video tersebut turut memaparkan rupa keseluruhan jentera 600cc ini yang direka berdasarkan model CBR1000RR-R 2020. Honda CBR1000RR-R Kini berdasarkan laporan media antarabangsa, difahamkan Honda CBR600RR tidak akan dibawa masuk ke pasaran tertentu dunia ekoran peraturan ketat membabitkan piawaian Euro5. Ini kerana, jentera tersebut difahamkan masih belum mencapai piawaian Euro5 sekaligus menafikan Honda daripada memperkenalkan CBR600RR di Eropah dan Amerika Syarikat. Wakil penjual Honda di Amerika Syarikat turut mengesahkan mereka tidak akan menjual model untuk untuk pasaran AS. Senario ini sekaligus memberi bayangan bahawa jentera tersebut akan difokuskan terhadap pasaran dunia lain terutamanya di Asia. Ketika ini, Boon Siew Honda telah pun melancarkan Honda CBR1000RR-R dan varian SP berharga RM198,800 untuk pasaran Malaysia, dan melihat kepada trend itu, kemungkinan CBR600RR turut sama akan mendarat di Kuala Lumpur. Advertisements
ini-dia-triumph-speed-triple-1160-baharu
Moto Malaya Ini Dia Triumph Speed Triple 1160 Baharu? Posted on July 9, 2020July 9, 2020 by Amirul Azreen Empat tahun lalu, Triumph memperkenalkan Speed Triple generasi terbaru dengan enjin 1,050cc yang mematuhi piawaian Euro 4. Bagaimanapun, beberapa tahun selepas itu, nama Speed Triple mula ketinggalan tatkala pengeluar lain memperkenalkan motosikal ‘hypernaked’ yang lebih menonjol antaranya Ducati Streetfighter V4, Kawasaki ZH2 dan KTM 1290 Super Duke R. Empat tahun kemudian dengan Eropah menguatkuasakan Euro 5, setiap pengeluar kini terpaksa mengerahkan bahagian pengeluaran untuk menaik taraf model sedia ada. Senario ini memaksa Triumph untuk kembali mereka semula Speed Triple dari akar umbi. Tidak hairanlah terdapat laporan bahawa Triumph sedang membina Speed Triple baharu dengan enjin yang lebih besar. Sumber Imej: Ride Apart Perkara itu kemudiannya disahkan menerusi gambar ‘spyshot’ yang tular. Menariknya, generasi Speed Triple baharu ini menawarkan kemas kini sama seperti yang terdapat pada Street Triple namun dengan pengayaan lebih agresif. Bagaimanapun, bahagian yang menjadi tumpuan utama terarah kepada bahagian enjin yang jelas tampak berbeza seperti 1050 sedia bukan sahaja rupa keseluruhan malah aspek ‘crankcase’ juga berbeza. Senario ini sekaligus menguatkan khabar angin tentang enjin 1,160cc yang bakal diperkenalkan. Advertisements
tatacara-pemakaian-helmet-dan-pakaian-sesuai-jadi-fokus-advokasi-bkjrjpj-dan-mkjr
BERITA TEMPATAN Tatacara Pemakaian Helmet Dan Pakaian Sesuai Jadi Fokus Advokasi BKJR,JPJ Dan MKJR Posted on March 24, 2021March 24, 2021 by Amirul Azreen Bahagian Keselamatan Jalan Raya dan Penguatkuasaan (BKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Putrajaya telah menjalankan program advokasi bertempat di laluan motosikal hentian sebelah Plaza Tol Puchong-Putrajaya. Program tersebut memfokuskan terhadap meningkatkan kesedaran serta pengetahuan orang awam mengenai kepentingan keselamatan jalan raya. Antara yang ditekankan dalam program tersebut adalah tatacara pemakaian helmet yang betul di samping memastikan helmet mengikut piawaian SIRIM. Pada masa sama, pegawai JPJ yang berada disitu turut memberi peringatan untuk memakai pakaian yang sesuai semasa menunggang antaranya tidak memakai seluar pendek dan selipar. Bukan itu sahaja, program tersebut turut menyaksikan orang ramai diberikan helmet baharu secara percuma dengan konsep tukar topi keledar lama dan tidak mengikut spesifikasi di samping mengedar risalah tentang tip keselamatan. Advertisements
motogp-rossi-kembali-beraksi-di-valencia-vinales-terpaksa-bermula-di-lorong-pit
Moto Malaya MotoGP: Rossi Kembali Beraksi Di Valencia, Vinales Terpaksa Bermula Di Lorong Pit Posted on November 7, 2020November 7, 2020 by Amirul Azreen Valentino Rossi akan kembali beraksi di GP Kelayakan bermula dengan sesi kelayakan yang berlangsung, hari ini. Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP itu terlepas dua pusingan di Aragon selepas didapati positif Covid-19 dan kemudian terlepas sesi ujian bebas pada Jumaat apabila keputusannya masih lagi positif awal minggu ini. Bagaimanapun, keputusan negatif yang dirakam sewaktu ujian PCR pada Khamis dan Jumaat menyaksikan Rossi dibenarkan untuk kembali disatukan bersama Yamaha dan beraksi di Gran Premio de Europa. Ini bermakna, pelumba gantian Garrett Gerloff yang sempat beraksi pada Jumaat dengan merekodkan P16 di FP1 dan P19 ketika FP2 sewaktu ujian bebas akan kembali menyerahkan jentera YZR-M1 kepada Rossi. Dalam perkembangan sama, Maverick Vinales terpaksa bermula di ‘pit lane’ susulan terpaksa mengguna pakai enjin keenam bagi aksi di Valencia sekaligus melanggar kuota lima enjin yang dibenarkan musim ini. *Vinales telah pun menggunakan kesemua lima enjin yang diperuntukkan musim ini. Rakan sepasukan Rossi itu juga perlu bermula lima saat selepas perlumbaan bermula. Senario ini sekaligus menyekat hasrat Vinales untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Joan Mir yang ketika ini hanya dipisahkan dengan 19 mata di tempat ketiga kejuaran dunia MotoGP. Advertisements
yamaha-lancar-tmax-edisi-ulang-tahun-ke-20-hanya-560-unit-dibina
Moto Malaya Yamaha Lancar TMAX Edisi Ulang Tahun Ke-20 – Hanya 560 Unit Dibina! Posted on March 5, 2021March 5, 2021 by Amirul Azreen Yamaha Motor Co. Ltd telah melancarkan TMAX edisi khas sempena meraikan ulang tahun ke-20 skuter itu. Terhad kepada 560 unit seluruh dunia, Yamaha TMAX edisi khas ini didatangkan dengan panel jenis gentian karbon di bahagian kiri dan kanan, di fender depan dan pelindung ekzos. Antara ciri lain ditawarkan: Exclusive carbon shell designSpecial heated grips and saddleExclusive colour560cc EURO5 approved engineDynamic and aggressive body designElectric windshieldcruise controlIntegrated LED front arrowsFully equipped with best-in-class specificationsLightweight aluminium frameTraction control and D-MODESpacious storage compartmentKeyless ignition Smart KeyMonochrome TFT instrumentationMotorcycle type suspension with optimized settingsCenter stand locking system Setiap model edisi khas ini juga didatangkan dengan nombor siri sebagai menandakan 560 unit dihasilkan. Model ini juga ditawarkan dengan warna khas, Tech Graphite, yang menonjolkan lagi rupa keseluruhan skuter ini bersama panel jenis gentian karbon. Bagaimanapun, motosikal jenis ‘sport scooter’ ini masih lagi dikuasakan enjin 560cc sama yang terdapat pada model 2020 yang menawarkan 47.6hp pada 7,500rpm dan 55.7Nm pada 5,250rpm. Model khas ini akan ditawarkan secara atas talian sahaja bermula 31 Mac 2021. Advertisements
bmw-perkenalkan-m-1000-rr-2021-212hp-112nm
BERITA ANTARABANGSA BMW BMW Motorrad BMW Perkenalkan M 1000 RR 2021 – 212HP, 112Nm! Posted on September 23, 2020January 17, 2021 by Amirul Azreen BMW Motorrad dengan rasminya memperkenalkan jentera sulung dengan lencana ‘M’ menerusi BMW M 1000 RR. BMW M 1000 RR ini merupakan jentera yang telah dipertingkat daripada model asas, S 1000 RR 2020. Rekaan keseluruhan masih lagi menampilkan BMW S 1000 RR namun dengan ciri tambahan antaranya ‘winglet’ yang diperbuat daripada gentian karbon. Winglet tersebut yang juga didapati pada Ducati V4S 2020, membantu menghasilkan ‘downforce’ yang lebih tinggi sekaligus mengurangkan berlakunya ‘wheelie’ dan meningkatkan ‘traction control’ jentera. BMW M 1000 RR ini dilengkapi dengan enjin 999cc 4-inline dengan penyejukan cecair dan teknologi ShiftCam seperti yang terdapat pada S 1000 RR. Bagaimanapun, BMW telah menyuntik penggunaan Mahle ‘forged two-rings piston’ yang diperkuat dengan dua ‘crossbars’ tambahan yang 11 gram lebih ringan . berbanding yang terdapat pada S 1000 RR. Bukan itu sahaja, BMW turut mengguna pakai titanium con-rods yang dibekalkan Pankl menggantikan ‘tempered steel con-rods’ pada S 1000 RR sekaligus meningkatkan RPM enjin dari 14,6000 kepada 15,100. Bagi meningkatkan lagi prestasi dan tahap efisien enjin, M 1000 RR ini juga dilengkapi dengan corong kemasukan udara boleh ubah dengan bantuan servomotor yang berkemampuan mengubah saiz corong sewaktu kelajuan tinggi. Menurut BMW, hasil naik taraf ini menyaksikan M 1000 RR kini menawarkan 212hp pada 14,500rpm dan 112Nm pada 11,000rpm. BMW turut mendakwa terdapat peningkatan tork yang ketara dari 6,100rpm kepada 9,500rpm. Pada masa sama, BMW M 1000 RR ini juga didatangkan dengan ekzos titanium yang menggunakan dua ‘catalytic converters’ tiga arah dan didakwa hanya seberat 7kg berbanding 11kg yang terdapat pada S 1000 RR. Empat mod tunggangan ditawarkan kepada penunggang menerusi Raid, Road, Dynamic dan Race namun BMW turut menawarkan tiga mod Race Pro boleh laras mengikut cita rasa. Sementara itu, fork USD 45mm depan masih sama seperti yang terdapat pada S 1000 RR namun dengan penggunaan bahan – solid aluminium – yang lebih ringan. Sistem brek dengan teknologi WSBK turut diguna pakai menerusi kaliper brek M yang dibekalkan oleh Nissin namun telah dimodifikasi bagi menawarkan prestasi lebih efisien dan ringan. Kaliper ini dipasangkan dengan cakera brek 320mm yang sedikit tebal berbanding pada S 1000 RR dengan dua jenis pad brek ditawarkan BMW bagi kegunaan di jalan raya dan litar. Seperti biasa, BMW menawarkan tiga pakej berbeza bagi M 1000 RR menerusi pakej M, M Competition dan M karbon dan didatangkan dengan satu pilihan warna sahaja, Light White dengan rekaan grafik M Motorsport. Setakat ini, BMW masih belum mengumumkan harga rasmi bagi jentera ini. Advertisements
skuter-adv-pertama-dari-kymco-dilancarkan
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Skuter ADV Pertama Dari KYMCO Dilancarkan, Perkenalkan DT X360! Posted on November 26, 2020November 26, 2020 by Amirul Azreen Pengeluar motosikal Taiwan, KYMCO, julung kalinya memperkenalkan skuter adventure (ADV) menerusi DT X360. Bagaimanapun, khabar angin yang mendakwa skuter tersebut akan dikuasakan dengan enjin AK550 parallel-twin tidak benar dengan KYMCO menggunakan enjin satu silinder 320cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 29hp pada 7,250rpm dan 30 Nm pada 5,750rpm. KYMCO DT X360 ini juga didatagkan dengan traction control di samping sistem keyless dan penggunaan lampu LED penuh serta skrin berwarna. Sementara itu, bagi menyesuaikan dengan elemen ADV model ini lengkap dengan tayar ADV separa knobby 120/80-14 depan dan 150/7-13 belakang termasuk tangki 12.5L. Sistem ‘suspension’ hadir menerusi fork teleskopik depan dan dikendalikan penyerap hentakan belakang jenis ‘twin-shock’. Menariknya, ruang letak barang di bawah tempat duduk boleh memuatkan dua helmet ‘full-face’! Ergonomik tempat duduk dengan ketinggian 800mm dan handlebar lebar menonjolkan lagi elemen ADV. Advertisements
saga-dan-x70-bantu-proton-rekod-jualan-tertinggi-dalam-tempoh-8-tahun
Moto Malaya Saga Dan X70 Bantu PROTON Rekod Jualan Tertinggi Dalam Tempoh 8 Tahun Posted on August 4, 2020August 4, 2020 by Amirul Azreen Penjualan kenderaan bagi pasaran tempatan semakin meningkat susulan insentif pengecualian cukai diperkenalkan kerajaan dengan PROTON mendominasi pasaran jualan lebih 63.2 peratus. PROTON berjaya menjual lebih 13,216 unit kenderaan pada Julai tahun ini, rekod tertinggi dalam tempoh 8 tahun sejak 2012. Proton Saga Edisi Ulang Tahun Empat model muncul tarikan utama pembeli dengan Proton Saga sekali muncul kenderaan segmen-A paling popular dengan 5,421 unit terjual – 1,100 daripadanya hasil daripada edisi khas ulang tahun. Proton X70 Proton X70 turut meneruskan populariti dengan lebih 3,087 uni terjual sekaligus mengukuhkan kedudukan selaku SUV paling laku. Proton Persona Proton Persona dan Exora turut merekodkan penjualan baik dengan 3,043 unit (Persona) dan 792 unit (Exora) berjaya dijual. Saga, X70, Persona Dan Exora Bantu PROTON Rekod Jualan Tertinggi Dalam Tempoh 8 Tahun Advertisements
boon-siew-honda-rasmikan-honda-adv-150-rm11999
BERITA TEMPATAN Boon Siew Honda Rasmikan Honda ADV 150 – RM11,999! Posted on February 5, 2021June 5, 2021 by Amirul Azreen Sejak membuat penampilan sulung di Gaikindo Indonesia International Auto Show pada 2019, Honda ADV 150 bingkas mencuri perhatian ramai. Reka bentuk ala ‘adventure’ yang dipinjamkan dari ‘abang besar’ X-ADV 750 itu seakan memberi nafas baharu pada segmen skuter 150cc. Meskipun bersaiz kecil namun model ini turut dilengkapi dengan cermin penghadang angin boleh laras dan ruang simpan yang berkapasiti 28L di bawah tempat duduk. Pada masa sama, Honda ADV 150 turut dilengkapi dengan fork teleskopik dan penyerap hentakan Showa di bahagian belakang dan beberapa ciri keselamatan penting, antaranya Anti-lock Braking System (ABS) tunggal. Antara ciri menarik lain ditawarkan: lampu kecemasan (hazard light)skrin LCD digitalpengceas USBkeyless Model ini juga tampil dengan rim aloi berukuran 14 inci depan dan 13 inci di belakang yang dipadankan dengan tayar jenis ‘dual-purpose’. Dijanakan enjin sama yang menghidupkan PCX 150, ADV 150 tampil dengan enjin 149.3cc SOHC satu silinder dengan sistem Idling Stop yang menghasilkan 14.6hp pada 8,500rpm dan 13.8Nm pada 6,500rpm. Honda ADV 150 ini tampil dengan dua warna pilihan Vivacity Red dan Mat Charcoal Gray Metallic dan ditawarkan pada harga RM11,999. Advertisements
moto2-bezzecchi-tiada-lesen-tunggang-motosikal
BERITA ANTARABANGSA MotoGP 2020 Moto2: Bezzecchi Tiada Lesen Tunggang Motosikal Posted on November 22, 2020November 22, 2020 by Amirul Azreen Pelumba Sky Racing VR46, Marco Bezzecchi telah menerima sebuah jentera Triumph Street Triple RS 765 sebagai hadiah kemenangan merangkul Triumph Triple Trophy. Anugerah itu merujuk kepada kejayaan Bezzecchi – selain daripada memenangi perlumbaan di Moto2 – merekodkan top speed tertinggi (7 mata), petak pertama (6 mata) dan lap terpantas (5 mata). Bagaimanapun, Bezzecchi tidak akan dapat merasa jentera 765cc dengan livery khas itu ekoran tidak memiliki lesen motosikal awam. Siapa sangka pelumba VR46 itu yang hanya 23 mata ketinggalan dibelakang pendahulu kejuaraan Moto2 Enea Bastianini masih ketiadaan lesen menunggang awam? “Saya tidak pernah memiliki sebuah motosikal sendiri jadi tiada keperluan untuk memiliki lesen, tetapi itu perkara pertama yang saya akan lakukan selepas ini,” jelasnya. Menurut Bezzecchi, motosikal itu merupakan satu kejutan yang telah dihadiahkan kepadanya ketika berada di pit-lane Litar Portimao. “Sudah tentu saya teruja mendapat motosikal yang mempunyai enjin sama seperti jentera Moto2 saya. Sememangnya jentera Moto2 berbeza tetapi ini adalah sebuah jentera yang cukup berkuasa untuk ditunggang di jalan raya!” tambahnya. Advertisements
honda-indonesia-lancar-cbr250rr-sp-quickshifter-versi-garuda-x-samurai
Moto Malaya Honda Indonesia Lancar CBR250RR SP Quickshifter Versi Garuda X Samurai! Posted on August 21, 2020August 21, 2020 by Amirul Azreen Honda CBR250RR merupakan antara motosikal sportsbike 250cc yang paling popular di Asia terutamanya di Asian Tenggara namun sehingga kini masih belum memasuki pasaran Malaysia. Memasuki Suku Ketiga 2020, Honda melancarkan CBR250RR SP Quickshifter edisi terhad yang diberi nama Garuda X Samurai untuk pasaran Indonesia. Edisi terhad ini didatangkan dengan rekaan grafik lain daripada yang lain yang menawarkan elemen Garuda (warna emas) di sebelah kiri dan Samurai (warna merah) di bahagian kanan jentera sementara keseluruhan motosikal dilitupi pilihan warna hitam. Bagi menonjolkan lagi rupa keseluruhan jentera, model ini turut didatangkan dengan rim berwarna emas. Sementara itu, rekaan keseluruhan masih tampak sama dengan model CBR250RR sedia ada. Bagi edisi terhad ini, tiada perubahan dilakukan terhadap bahagian spesifikasi yang masih lagi menawarkan enjin 249.7cc inline twin yang menghasilkan 41hp dan 13,000 rpm serta 25Nm pada 11,000rpm. Honda CBR250RR ini turut dilengkapi dengan fork Showa USD dengan penyerap hentakan mono dibelakang boleh laras dan cakera brek 310mm dengan kaliper brek 2 piston. Honda CBR250RR ‘Garuda X Samurai’ edisi terhad ini Advertisements
sym-maxsym-tl-500-2020-ada-di-pengedar-disember-ini
BERITA TEMPATAN SYM Maxsym TL 500 2020 Ada Di Pengedar Disember Ini Posted on November 26, 2020November 26, 2020 by Amirul Azreen MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar motosikal SYM di Malaysia memaklumkan bahawa skuter maxi, SYM Maxsym TL 500 2020 akan mendarat di pengedar seluruh negara bermula Disember ini. Dilancarkan pada Mei lalu, skuter dengan 465cc dua silinder ini menawarkan 40hp pada 6,750rpm dan 42.5Nm pada 6,250rpm. Ditawarkan pada harga RM35,888 antara ciri lain ditawarkan skuter maxi ini adalah seperti berikut: fork (USD) 41mmmonoshock dengan suspension multi-linkskrin TFT 4.5 inci dengan auto dimmerlampu LED penuhtangki 12.5 literABS dual-channelcakera brek depan (berkembar) 275mmcakera brek belakang (tunggal) 275mmtempat duduk ergonomik Sementara itu, SYM juga akan membawa masuk skuter baharu, Jet X 150 dan Jet 4 RX pada suku pertama 2021. SYM JET 4 RX SYM Jet 4 RX paling mencuri tumpuan tatkala menampilkan rekaan moden dan sporty yang dijangka mampu memberi persaingan kepada skuter 150 lain. Advertisements
kawasaki-klr650-2022-ini-8-perkara-anda-perlu-tahu
BERITA ANTARABANGSA Kawasaki KLR650 2022: Ini 8 Perkara Anda Perlu Tahu! Posted on January 27, 2021January 27, 2021 by Amirul Azreen Berita baik bagi pencinta motosikal ‘dual-sport’, Kawasaki mengumumkan kembalinya KLR650. Antara motosikal paling popular Kawasaki sejak diperkenalkan pada 1987, KLR650 akan kembali bagi tahun 2022 selepas kali terakhir dikemas kini pada 2008. Bagi memudahkan pembaca, kami senarai 10 perkara tentang Kawasaki KLR650 yang anda perlu tahu: Enjin Kawasaki mengekalkan enjin satu silinder 652cc DOHC dengan penyejukan cecair namun perubahan paling ketara adalah penggunaan suntikan bahan api Keihin EFI menggantikan karburetor di samping throttle body 40mm. Enjin baharu ini juga menawarkan penjimatan terbaik dengan penggunaan sensor oksigen (O2 sensor) di samping timing cam baharu dan diameter ekzos yang lebih kecil. Transmisi Kawasaki mengekalkan DNA KLR650 dengan penggunaan transmisi 5-kelajuan namun dengan beberapa perubahan mekanikal antaranya gear keteiga mendapat fork shift baharu manakala pelepasan klac (clutch release) mengguna pakai jenis thrust-needle bearing berbanding ball bearing. Swingarm dan kerangka belakang Swingarm kini 1.2 inci lebih panjang berbanding model sebelumnya sekaligus menjadikan KLR650 2022 lebih stabil. Sistem ‘suspension’ Kawasaki mengekalkan penggunaan fork konvensional (tidak boleh laras) namun spring lebih keras di kiri dan kanan dengan ‘suspension travel’ lebih memfokus ciri ‘adventure’ berbanding ‘dual-sport’. Bagaimanapun, monoshock belakang boleh laras bagi spring-preload dan rebound. Sistem membrek Kawasaki menawarkan versi ABS bagi KLR650 yang dipadankan bersama cakera breka 300mm depan manakala cakera brek belakang adalah 1mm lebih tebal. Penyalaan Kawasaki KLR650 lengkap dengan penggunaan lampu jenis LED manakala paparan meter mengguna paki skrin jenis LCD berbanding analog. Tayar Kawasaki KLR650 ini didatangkan dengan rim jenis spoke 17 inci depan dan 21 inci belakang yang dipadankan dengan tayar Dunlop K750. Keselesaan menunggang Kawasaki telah mengemas kini rekaan dan tahap praktikal KL650 bagi memfokuskan keselesaan terbaik dengan handlebar dan foot peg 0.4 inci lebih lebar manakala tangki berkapasiti 23L memastikan kaki penunggang lebih selesa ketika tunggangan jarak jauh. Penghadang angin juga dua inci lebih tinggi dan boleh dinaikkan 1.2 inci lebih tinggi untuk tunggangan di lebuhraya. Advertisements
pemandu-toyota-vios-masuk-laluan-motosikal-lawan-arus-serah-diri
Moto Malaya Pemandu Toyota Vios Masuk Laluan Motosikal, Lawan Arus Serah Diri Posted on August 22, 2020August 22, 2020 by Amirul Azreen Susulan rakaman video kamera aksi GoPro ya g tular semalam yang memaparkan sebuah kereta jenis Toyota Vios memasuki lorong motosikal dan melawan arus di Lebuhraya Persekutuan, pemandu terbabit dilaporkan telah menyerah diri di Balai Trafik Kuala Lumpur, siang tadi. Menurut perkongsian di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, kes kini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Video berdurasi 40 saat itu memaparkan rakaman dari penunggang motosikal jenis Yamaha R15 yang terbabas gara-gara terpaksa brek mengejut apabila melihat sebuah kereta Vios (putih) keluar dari terowong laluan motosikal terbabit. Bagaimanapun, klip tersebut menunjukkan bahawa kereta Vios itu tidak berhenti dan meneruskan perjalanan seperti biasa. Insiden kereta memasuki laluan motosikal menjadi topik hangat kebelakangan ini tatkala beberapa kejadian telah pun berlaku sekaligus membawa nyawa penunggang motosikal. Advertisements
suzuki-perkenal-dua-warna-baharu-v-strom-1050-xt-bagi-2021
Moto Malaya Suzuki Perkenal Dua Warna Baharu V-Strom 1050 XT Bagi 2021 Posted on February 13, 2021February 13, 2021 by Amirul Azreen Suzuki berkongsi gambar rasmi dua pilihan warna baharu bagi V-Strom 1050 XT yang ditawarkan bagi tahun 2021. Corak pertama menggabungkan pilihan warna hitam dengan rim berwarna emas serta grafik berwarna kelabu. Sementara model kedua menawarkan warna kelabu yang dipadankan dengan rim berwarna biru gelap. Selain daripada pilihan warna baharu, V-Strom 1050 XT ini kekal dengan enjin silinder berkembar (Euro 5) yang menawarkan 107.4hp yang dipadankan dengan Suzuki Intelligent Ride System (SIRS). SIRS merupakan sistem kawalan elektronik terkini yang mengawal IMU 6-axis oleh Bosch yang berfungsi meningkatkan tunggangan serta keselamatan dalam apa jua keadaan. Pakej SIRS merangkumi ciri berikut: ride-by-wirecruise controlelectronic traction control boleh larasSuzuki Drive Mode Selectorhill start assistAnti-lock Braking System (ABS)Slope Dependent Control SystemLoad Dependent Control System Ketika ini model adventure dari Suzuki ini masih belum diperkenalkan di Malaysia tatkala masih menanti status rasmi mengenai Suzuki Malaysia. Advertisements
ducati-panigale-v4-kini-di-malaysia-dari-rm132900
BERITA TEMPATAN Ducati Malaysia Ducati Panigale V4 2020 Kini Di Malaysia – Dari RM132,900! Posted on August 27, 2020January 17, 2021 by Amirul Azreen Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 2020 untuk pasaran tempatan. Model yang dinaiktaraf daripada V4 sebelumnya ini kini didatangkan dengan ciri ‘winglet’ (Aero Pack) yang sebelum ini hanya terdapat pada varian V4 R. Selain daripada itu, Panigale V4 2020 juga menjalani beberapa penambahbaikan dengan Ducati mendakwa jentera itu kini lebih ‘mesra pengguna’, dan kurang memenatkan berbanding model sebelumnya. Aero Pack juga meningkatkan laluan udara sekaligus mempertingkatkan tahap kestabilan jentera dengan bahagian kerangka depan turut diperkukuhan bagi memberi pengalaman tunggangan yang lebih ‘sedap’. Menurut Ducati, jentera V4 2020 ini telah dinaik taraf berdasarkan input daripada pemilik Ducati seluruh dunia yang kemudiannya disampaikan kepada jurutera Ducati Corse bagi menjalankan analisis sekaligus membawa kepada penambahbaikan aerodinamik, chasis, kawalan elektronik dan perubahan kepada pemetaan Ride-By-Wire. Mengambil kira semua faktor ini, Panigale V4 2020 ini kini lebih pantas di litar berbanding model sebelumnya. Pelumba uji, Michele Pirro, merekodkan catatan masa 0.4 saat lebih pantas berbanding model 2019! Ducati Panigale V4 2020 didatangkan dengan enjin Desmosedici Stradale 90 darjah V4 1103cc dengan penyejukan cecair yang menjana 214hp dan 124Nm dan disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan Ducati Quick Shift (DQS) up/down EVO 2. Varian standard dilengkapi engan fork Showa BPF boleh laras sepenuhnya manakala varian V4 S didatangkan fork elektronik Ohlins, yang mengguna pakai Ohlins Smart EC (Kawalan Elektronik) Generasi Kedua yang kini berupaya meneroka kemampuan sebenar IMU 6D. Sementara penyerap hentakan belakang mengguna pakai unit Sachs yang disambungkan kepada swingarm aluminium ‘single-sided’. Sistem brek pula dikendalikan oleh kaliper brek 4-piston Brembo Monobloc Stylema (M4.30) pada cakera 330mm di bahagian depan dan 245mm belakang. Antara ciri lain ditawarkan: Tangki 16LBerat 175kg (kering)Ketinggian tempat duduk 835mmDucati Power Launch (DPL)Ducati Quick Shift (DQS) up/down EVO 2Lampu LED dengan DRLStering damper SachsLampu isyarat auto-off Ducati Panigale V4 2020 ini ditawarkan pada harga RM132,900 manakala varian V4S, RM172,000. Advertisements
perbaharui-lesen-dan-cukai-jalan-motosikal-di-myeg
Moto Malaya Perbaharui Lesen Dan Cukai Jalan Motosikal Di MyEG! Posted on October 2, 2020October 2, 2020 by Amirul Azreen MyEG memperluaskan servis yang ditawarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan pembaharuan cukai jalan motosikal dan Lesen Memandu Kompeten (CDL). Dijadualkan akan beroperasi di portal MyEG pada 9 Oktober dan 16 Oktober ini, perkhidmata baharu ini akan ditawarkan seiring dengan servis sedia ada MyEG. Servis pembaharuan cukai jalan motosikal dan CDL secara atas talian ini dijangka memudahkan ramai penunggang motosikal di Malaysia. MyEG telah pun menawarkan servis atas talian bagi JPJ sejak 2007 menerusi pembaharan cukai jalan kereta, semakan dan bayaran saman, ujian berkomputer dan perpindahan hak milik kenderaan. Inisiatif terbaru MyEG ini sejajar dengan situasi Covid-19 yang melanda negara di mana penunggang motosikal tidak perlu bersesak membuat urusan di kaunter JPJ. Layari MyEg.com.my untuk maklumat lanjut. Advertisements
previu-sym-jet-x-enjin-euro-4-12hp
BERITA TEMPATAN Previu: SYM Jet X – Enjin Euro 4, 12HP! Posted on April 20, 2021April 20, 2021 by Amirul Azreen MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama SYM di Malaysia, melancarkan SYM Jet X untuk pasaran tempatan. SYM Jet X ini merupakan motosikal jenis skuter yang sertai segmen 150cc di Malaysia. SYM Jet 150 merupakan skuter 150cc yang turut dipasarkan di negara jiran, Thailand, dengan nama GPX Drone 150. Model ini didatangkan dengan enjin 149.6cc satu silinder SOHC dengan penyejukan cecair yang digerakan dengan transmisi jenis CVT. Model ini juga menawarkan ciri moden antaranya penggunaan lampu LED penuh depan dan belakang dengan DRL (daytime running light) serta skrin jenis LCD. Sementara itu sistem membrek dikendalikan CBS (Combine Braking System) dan dipadankan bersama cakera brek depan dan belakang. Selain daripada menawarkan ruang letak barang dengan kapasiti 18L, Jet X 150 ini turut tampil dengan slot pengecas USB QC 2.0. Menariknya, sistem penyerap hentakan berkembar belakang boleh diselaraskan dengan tiga tahap berbeza mengikut kesesuaian. Menurut MForce, SYM Jet X ini akan mula dijual antara bulan Mei hingga Jun dan akan ditawarkan di antara RM8,000 hingga RM10,000. Advertisements
honda-adv-150-masuk-malaysia-2021
BERITA TEMPATAN Honda ADV 150 Masuk Malaysia 2021 Posted on September 3, 2020September 3, 2020 by Amirul Azreen Sejak Honda ADV 150 diperkenalkan julung kalinya di Gaikindo Indonesia International Auto Show 2019 (GIIAS), rata-rata peminat motosikal turut menanti bila model itu akan di bawa masuk ke pasaran Malaysia. Selain Indonesia, hampir semua negara jiran menawarkan ADV 150 ini kecuali Malaysia setakat ini. Namun, berdasarkan info yang diperoleh ketika pelancaran Honda Rebel 2020 semalam, kami dimaklumkan bahawa Honda ADV 150 akan masuk ke pasaran Malaysia tahun depan. Honda ADV 150 merupakan motosikal jenis skuter yang menawarkan elemen adventure menerusi jarak kelegaan tanah 165mm serta fork Showa 116mm. Bernadikan enjin 150cc model ini menawarkan 14.2hp pada 8,500rpm. Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah penghadang angin boleh laras, adaptor mengecas 12 volt dan ruang letak barang 27 liter di bawah tempat duduk serta sistem keyless. Ketika ini, segmen skuter 150cc di Malaysia hanya menawarkan Honda Vario, Yamaha NMax serta NVX dan kemasukan ADV 150 pastinya akan merancakkan lagi segmen tersebut. Ketika dilancarkan di Amerika Syarikat tahun ini, ADV 150 ditawarkan pada harga USD4,299 (RM16,500). Dalam perkembangan lain, Boon Siew Honda (BSH) turut akan memperkenalkan CBR250RR untuk pasaran Malaysia hujung tahun ini. Advertisements
gagal-pasang-brek-lampu-dan-loceng-penunggang-basikal-di-putrajaya-bakal-dikenakan-tindakan
BERITA TEMPATAN Gagal Pasang Brek, Lampu Dan Loceng, Penunggang Basikal Di Putrajaya Bakal Dikenakan Tindakan Posted on January 3, 2021January 3, 2021 by Amirul Azreen Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya akan mula mengenakan tindakan undang-undang terhadap penunggang basikal yang gagal mematuhi peraturan jalan raya di sekitar Putrajaya, bermula 9 Januari ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali dalam satu kenyataan mendedahkan tindakan tersebut akan diambil pasukannya mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. Menurut Mohd Fadzil, basikal yang tidak lengkap dengan ciri keselamatan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau didakwa di mahkamah. Sementara itu, Polis Daerah Putrajaya akan turut menguatkuasakan undang-undang terhadap penunggang basikal yang melanggar peraturan jalan raya dengan tidak menggunakan laluan ditetapkan, menunggang secara melulu serta tidak mematuhi papan tanda. Difahamkan, Putrajaya dibanjiri lebih seribu penunggang basikal di hujung minggu dengan tahun 2020 menyaksikan 11 kes kemalangan direkodkan dengan satu kematian. Advertisements
binder-sertai-petronas-sprinta-moto3-gardner-tinggalkan-onexox-tkkr-sag-team
BERITA ANTARABANGSA Moto2 Moto3 Binder Sertai Petronas Sprinta Moto3, Gardner Tinggalkan ONEXOX TKKR SAG Team Posted on September 17, 2020September 17, 2020 by Amirul Azreen Petronas Sprinta Racing telah berjaya mendapatkan khidmat Darryn Binder bagi musim 2021 Moto3. Adik kepada Brad Binder itu membuat penampilan sulung di Moto3 pada 2015 merupakan pelumba tonggak bagi CIP Green Power musim ini namun bakal beralih daripada jentera KTM buat julung kalinya sejak 2016 kepada NSF250RW. Pelumba berusia 22 tahun itu menyatakan rasa teruja atas peluang baharu bersama Petronas Sprinta. “Saya sangat gembira kerana dapat menyertai Petronas Sprinta Racing musim depan. Saya teruja ketika peluang itu ditawarkan dan saya yakin kami memiliki pakej terbaik untuk melakar keputusan musim depan,” jelas Binder. Sementara itu, pengumuman ini hadir selepas John McPhee berjaya merekodkan kemenangan sulung Moto3 di Misano minggu lalu, keputusan itu menyaksikan dia kini hanya 14 mata dibelakang pendahulu kejuaraan. Dalam perkembangan lain, pelumba ONEXOX TKKR SAG Team Moto2, Remy Gardner, sah sertai Red Bull KTM Ajo Moto2 musim depan. Gardner yang kini memasuki musim kelimanya di Moto2 (musim kedua bersama ONEXOX) akan menggantikan Jorge Martin, yang dicanang akan ke Pramac Ducati MotoGP musim depan. “Saya sangat gembira dengan peluang sertai pasukan impian saya. Saya teruja dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Red Bull dan KTM. Terima kasih kepada mereka atas peluang yang diberikan,” katanya. Pengarah Permotoran KTM, Pit Beirer juga meluahkan keyakinan terhadap Gardner. “Saya lega kerana Remy (Gardner) akan berada di bawah payung kami. Kami berasakan dia seorang pelumba yang istimewa dan memiliki skil terbaik berlumba,” jelasnya. Advertisements
cfmoto-700cl-x-masuk-malaysia-hujung-tahun-ini-rm3xxxx
Moto Malaya CFMOTO 700CL-X Masuk Malaysia Hujung Tahun Ini – RM3X,XXX? Posted on March 1, 2021March 1, 2021 by Amirul Azreen CFMOTO 700CL-X telah pun dilancarkan secara global pada Julai tahun lalu secara strim langsung. Motosikal ini merupakan antara tawaran terbaru CFMOTO hasil kerjasama dengan pengeluar motosikal Austria, KTM. Jentera berkonsepkan scrambler dan cafe-racer ini menggabungkan elemen klasik dan moden hasil rekaan Kiska, syarikat pereka yang turut bertanggungjawab mereka bberapa jentera KTM dan Husqvarna. Dalam perkembangan terbaru, difahamkan CFMOTO 700CL-X ini akan turut dipasarkan di Malaysia sekitar hujung tahun 2021. Di China, motosikal ini dijual pada harga CNY45,800 (RM28,700) manakala dipasarkan di Filipina pada harga PHP369,800 (RM30,700) sekaligus beri bayangan model tersebut akan dijual sekitar harga RM3X,XXX. CFMOTO 700CL-X ini didatankan dengan tiga varian, Sports, Heritage dan Adventure dengan masing-masing dikuasakan enjin 692cc dengan silinder berkembar yang menawarkan sekitar 74hp dan 67Nm. Beberapa ciri menarik lain turut ditawarkan di bahagian enjin antaranya ‘split-type connection rod’, forged piston’, ‘elctronic throttle dan slipper clutch’. Jentera dengan berat 183 kilogram ini menawarkan lampu LED (depan dan belakang), sistem ABS, cruise control, port mengecas USB di bawah tempat duduk dan kawalan perlindungan elektronik. Jentera dengan berat 183 kilogram ini menawarkan lampu LED (depan dan belakang), sistem ABS, cruise control, port mengecas USB di bawah tempat duduk dan kawalan perlindungan elektronik – mungkin merujuk kepada sistem penggera. Advertisements
lakaran-ducati-monster-821-2021-didedahkan-menanti-pelancaran
BERITA ANTARABANGSA ducati Lakaran Ducati Monster 821 2021 Didedahkan, Menanti Pelancaran Posted on September 17, 2020September 17, 2020 by Amirul Azreen Lakaran Ducati Monster 821 2021 akhirnya didedahkan sekaligus beri bayangan pengeluar motosikal Itali itu sedang bergegas dalam perkenalkan barisan model 2021. Ketika semua pengeluar menjadikan EICMA sebagai platform pelancaran model baharu setiap tahun, langkah berbeza diambil tahun ini tatkala EICMA 2020 telah pun dibatalkan. Lantas Ducati juga perlu memperkenalkan model 2021 menggunakan platform berbeza sepertimana yang telah dilaksanakan sebelum ini menerusi pelancaran secara strim langsung. Meskipun sekadar lakaran namun kami menjangka ini adalah model sebenar yang akan dilancarkan tatkala lakaran ini tersebar seiring dengan imej ujian ‘off-road’ yang dijalani Multistrada V4S. Bagaimanapun, hampir pasti Monster 821 akan diperkenalkan bagi memberi saingan kepada jenama lain yang telah pun dilancarkan antaranya BMW F900 R dan Duke 890. Advertisements
generasi-ke-7-hyundai-elantra-kini-dibuka-untuk-tempahan-dari-rm1xx888
BERITA TEMPATAN Generasi Ke-7 Hyundai Elantra Kini Dibuka Untuk Tempahan – Dari RM1XX,888! Posted on November 30, 2020November 30, 2020 by Amirul Azreen Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) kini mula menerima tempahan bagi Hyundai Elantra generasi ke-7 untuk pasaran tempatan. Elantra serba baharu ini akan mewarnai pasaran segmen-C di Malaysia selepas pengeluar kereta Korea Selatan itu memperkenalkan Sonata, tahun ini. Bagi tahun 2020, Elantra tampil dengan elemen rekaan terkini yang digelar sebagai ‘Futuristic Parametric Dynamics’. Selain daripada aspek rekaan, Hyundai turut memfokuskan pembaharuan enjin yang kini tampi dengan enjin Smartstream G1.6 MPi yang menawarkan 123hp pada 6,300rpm dan 154Nm 4,500rpm. Menariknya, Elantra baharu ini juga muncul sebagai model Hyundai sulung yang dilengkapi transmisi IVT (Intelligent Variable Transmission) yang dijamin bakal menawarkan prestasi dan penjimatan minyak efisien. Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung menyifatkan Elantra baharu ini akan merancakkan lagi pasaran empat roda di Malaysia. “Bukan sahaja menayangkan imej sporty dan sofistikated, model ini juga dijamin menawarkan pengalaman pemanduan yang memuaskan. Pemanduan lebih dinamik dengan IVT yang meningkatkan penjimatan, prestasi dan tahap responsif,” jelasnya. Ruang dalam juga dipertingkat dengan penggunaan skrin TFT Supervison 10.25inci dan paparan 8 inci jenis terapung (floating display). Menurut Hyundai, Elantra baharu ini juga menawarkan pengalaman ruang dalam paling progresif dalam kelasnya. Hyundai Elantra akan dijual pada harga (jangkaan) RM1XX,888 dan dibuka untuk tempahan dengan bayaran RM777. Orang ramai yang berminat boleh layari www.hyundai.com.my atau singgah di pengedar rasmi terdekat untuk membuat tempahan. Advertisements
toyota-corolla-cross-kini-di-malaysia-dari-rm124000
BERITA TEMPATAN Toyota Corolla Cross Kini Di Malaysia – Dari RM124,000! Posted on March 25, 2021June 5, 2021 by Amirul Azreen UMW Toyota Malaysia (UMWT) melancarkan Toyota Corolla Cross serba baharu untuk pasaran tempatan. Untuk pasaran negara, Toyota Corolla Cross datang dalam dua varian, 1.8V dan 1.8G dan merupakan model CBU yang diimport dari Thailand dengan masing-masing ditawarkan dengan harga RM134,000 dan RM124,000. Bagaimanapun, menurut UMWT, model pemasangan tempatan CKD akan diperkenalkan sekitar hujung tahun ini. Seperti model baharu Toyota lain, Corolla Cross tampil dengan platform Toyota New Global Architecture (TNGA), yang menjamin kestabilan serta ketahanan semasa pemanduan. Corolla Cross ini menawarkan panjang keseluruhan 4,460mm, lebar 1,825mm dan ketiggian 1,620mm di samping jarak kelegaan tanah (ground clearance) pada 161mm. Varian 1.8G merupakan model standard yang menawarkan lampu jenis halogen di bahagian depan serta LED di belakang manakala varian 1.8V tampil dengan pencahayaan Bi-LED penuh dengan fungsi Daytime Running Light (DRL). Bagaimanapun, kedua-dua varian menawarkan tempat duduk dengan kemasan kulit serta pencahayaan LED di panel pintu manakala tempat duduk pemandu boleh diselaraskan secara elektronik. Bahagian infotainmen tampil dengan skrin 9″ yang turut memaparkan imej dari ‘reverse camera’ manakala ruang hadapan pemandu menempatkan paparan 4.2″ Multi-Informaton Display (MID). Sementara itu, Toyota Corolla Cross dikuasakan dengan enjin 1.8L DOHC dengan dual VVT-i yang menawarkan 137.2hp pada 6,400rpm dan 172Nm pada 4,000rpm dan dipadankan bersama transmisi 7-kelajuan Sequential Shiftmatic (CVT). Sewaktu sesi ujian pemanduan, kami dapati radius pusingan 5.2 meter (terbaik dalam kelasnya) memudahkan pemandu untuk membuat pusingan dengan lebih mudah dan selamat. Antara ciri menarik lain ditawarkan: Keterhubungan Apple CarPlay/Android AutoRuang letak barang 440LBukaan sudut depan 18 darjahToyota Safety Sense (TSS) 2.0 (1.8V sahaja) menawarkan Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA) dengan Steering Assist, Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Lane Tracing Assist (LTA) dan Automatic High Beam(AHB)Digital Video Recorder (DVR)Vehicle Telematic System (VTS)7 beg udara SRSISOFIX Toyota Corolla Cross ditawarkan dengan lima pilihan warna – Red Mica Metallic, Platinum White Pearl, Metalstream Metallic, Graphite Metallic dan Nebula Blue Metallic. Advertisements
pkpp-orang-ramai-dibenarkan-balik-kampung-sempena-aidiladha
Moto Malaya PKPP: Orang Ramai Dibenarkan Balik Kampung Sempena Aidiladha Posted on July 27, 2020July 27, 2020 by Amirul Azreen Kerajaan tidak akan menyekat hasrat orang ramai untuk pulang ke kampung hujung minggu ini bagi menyambut Aidiladha. Perkara itu disahkan Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. Ismail Sabri menjawab spekulasi yang tular di media sosial ekoran ada yang menjangkakan kerajaan akan melarang orang ramai pulang ke kampung susulan kebimbangan peningkatan kes baharu Covid-19, baru-baru ini. Bagaimanapun, orang ramai digesa untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan. “Kita jaga kita, kita kena pastikan SOP dipatuhi. Mereka (orang awam) bebas untuk balik,” jelasnya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKKP). Advertisements
nakagami-tandatangan-kontrak-lanjutan-bersama-lcr-honda
BERITA ANTARABANGSA MotoGP 2020 MotoGP: Nakagami Tandatangan Kontrak Lanjutan Bersama LCR Honda Posted on October 22, 2020October 22, 2020 by Amirul Azreen Takaaki Nakagami akan terus kekal bersama LCR Honda di MotoGP untuk beberapa tahun akan datang selepas menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan itu. Pelumba Jepun itu menampilkan persembahan terbaiknya setakat ini apabila hanya dipisahkan 29 mata dibelakang pendahulu kejuaraan, Joan Mir. Meskipun beraksi dengan jentera RC213V 2019 – jentera sama yang bantu kejuaraan dunia Marc Marquez di Repsol Honda musim lalu – dia masih mampu memberi saingan sengit apatah lagi tidak pernah gagal menduduki kelompok 10 terbaik selepas 10 pusingan setakat ini. *Takaaki Nakagami beraksi dengan jentera RC213V 2019 LCR mengharapkan pelumba berusia 28 tahun itu diberikan jentera terkini bagi saingan musim 2021 tatkala dia mendahului pelumba Honda lain. Bagaimanapun, Honda Racing Corporation (HRC) dalam kenyataan tidak mendedahkan jentera apa yang akan digunakan musim depan di samping berapa tahun kontrak yang ditawarkan. “Saya gembira untuk terus beraksi bersama LCR Honda Idemitsu untuk tahun 2021 dan seterusnya,” jelas Nakagami. Nakagami akan digandingkan dengan Alex Marquez di LCR Honda musim depan yang akan beraksi dengan jentera terkini. *Alex Marquez sertai LCR Honda musim 2021 (Alex) Marquez menggantikan Cal Crutchlow yang didakwa akan sertai Aprilia pada 2021 sekiranya penggantungan Andrea Iannone terus berjalan. Advertisements
aprilia-tuareg-660-didedahkan
Moto Malaya SPYSHOT: Aprilia Tuareg 660 Didedahkan! Posted on September 25, 2020September 25, 2020 by Amirul Azreen Ketika Aprilia menayangkan Tuono 660 dan RS660 di EICMA tahun lalu terdapat sebuah lagi jentera yang turut ditayangkan namun terlindung di dalam ruang berkaca dan dipenuhi dengan tumbuhan. Aprilia juga tidak mendedahkan sebarang informasi mengenai jentera tersebut namun hanya membiarkan orang ramai membuat spekulasi sendiri. Bagaimanapun, bagi yang melihat dengan teliti jelas terpampang nama ‘Tuareg’ di bahagian sisi tangki di dalam balang kaca tersebut sekaligus menandakan usaha Aprilia untuk kembali ke segmen motosikal adventure. Kini, media Itali, motoblog.it berjaya mendapatkan imej intipan yang didakwa merupakan Aprilia Tuareg 660 sedang menjalani ujian di negara itu. Sekali imbas, Aprilia Tuareg 660 ini menampakkan bayangan Yamaha Tenere 700 dan Honda Africa Twin susulan elemen jentera enduro menerusi ketinggian tempat duduk, penggunaan tayar spoke, penghadang angin tinggi dan skid plate. Tatkala Aprilia disahkan akan melancarkan RS660 tahun ini, tarikh pelancaran bagi Tuono 660 masih belum diumumkan sekaligus beri bayangan mungkin pengeluar motosikal Itali itu bercadang merasmikan Tuono 660 serentak bersama Tuareg 660 ini? Advertisements
tak-puas-hati-sering-banjir-lelaki-ini-lepaskan-anak-ikan-di-laluan-motosikal
Moto Malaya Tak Puas Hati Sering Banjir, Lelaki Ini Lepaskan Anak Ikan Di Laluan Motosikal Posted on September 30, 2020September 30, 2020 by Amirul Azreen Seorang lelaki bertindak melepaskan sekumpulan anak ikan pelbagai jenis di terowong laluan motosikal Lebuhraya Persekutan. Difahamkan, dia bertindak sedemikian kerana terowong motosikal itu telah pun banjir lebih tiga bulan lamanya. Video berdurasi 2 minit 36 saat itu jelas menunjukkan lelaki tersebut melepaskan beberapa beg plastik berisi anak ikan ke kawasan terbabit. Tindakannya itu jelas merupakan satu bentuk sindiran kepada pihak berkuasa kerana tidak bertindak segera dalam memperbaiki laluan tersebut. Video tersebut setakat ini telah pun merekodkan lebih 100 ribu tontonan. Bagi yang kerap menggunakan laluan itu, terowong tersebut sudah lama tidak boleh digunakan sebaliknya penunggang motosikal dialihkan ke laluan sebelah kiri melintasi stesen minyak Petronas dan Shell sebelum kembali masuk ke laluan motosikal. Bagaimanapun, penunggang perlu memperlahankan motosikal dan memerhatikan kenderaan lain yang cuba masuk ke stesen minyak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sebelum meneruskan perjalanan dan kembali memasuki laluan motosikal seperti di atas. Advertisements
porsche-718-cayman-gt4-dan-718-spyder-diperkenalkan-dari-rm970000
Moto Malaya Porsche 718 Cayman GT4 Dan 718 Spyder Diperkenalkan – Dari RM970,000 Posted on July 17, 2020September 3, 2020 by Amirul Azreen Kedua-dua model ini menandakan kembalinya enjin ‘flat-six’ dalam keluarga ‘mid-engine’ Porsche. Model 718 ini menawarkan enjin 4.0L enam-silinder yang telah direka semula berdasarkan enjin turbo yang ditawarkan siri 911 Carrera. Porsche 718 Cayman GT4 Hasilnya, model baharu ini menawarkan kuasa di antara 35 hingga 45hp lebih tinggi berbanding model sebelumnya dan 420Nm pada 5,000 dan 6,800rpm. Porsche 718 Cayman GT4 Kedua-duanya mampu merekodkan 0-100km/j dalam masa 4.4 saat dengan kelajuan maksima mampu mencecah lebih 300km/j. OLYMPUS DIGITAL CAMERA Antara ciri baharu diperkenalkan adalah ‘adaptive cylinder control’ yang berkeupayaan mengubah suntikan bahan api ke dalam tabung silinder. Porsche 718 Spyder Sementara itu, 718 GT4 dan Spyder ini julung kalinya dilengkapi dengan suntikan piezo yang berfungsi dengan menyuntik lima suntikan berasingan ketika proses suntikan bahan api bagi memastikan pembakaran yang sempurna. Pada masa sama, kotak gear manual 6-kelajuan memastikan pemanduan sporty yang lebih mengujakan. Porsche 718 Spyder Sementara itu, Porsche juga menawarkan pakej Clubsport bagi 719 Cayman GT4 yang merangkumi tetapan untuk litar lumba antaranya roll bar, pemadam api dan tali pinggang keledar enam poin di bahagian pemandu. OLYMPUS DIGITAL CAMERA Sementara pakej Classic bagi Spyder meningkatkan lagi ruang dalam dengan pilihan warna kulit dua tona Bordeaux Red/Black. Antara ciri baharu yang diperkenalkan adalah penggunaan tayar prestasi tinggi, brek kaliper aluminium sementara Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB) juga ditawarkan sebagai pilihan tambahan. Porsche 718 Cayman GT4 dan 718 Spyder ditawarkan pada harga RM999,000 dan RM970,000. Advertisements
lexus-lm350-dilancarkan-rm1-15-juta-lebih-10-tempahan-sudah-diterima
BERITA TEMPATAN Lexus LM350 Dilancarkan – RM1.15 Juta, Lebih 10 Tempahan Sudah Diterima Posted on April 15, 2021April 15, 2021 by Amirul Azreen Segmen kereta mewah di Malayia rata-rata memfokuskan gaya dan prestasi berbanding praktikal dan selesa. Bagi memenuhi kriteria pemilik yang mahukan ciri mewah, penuh gaya namun selesa seakan terbang dalam ‘business class’, Lexus Malaysia kini menawarkan LM 350. Tergolong dalam kategori ‘Luxury Mover’ (LM) Lexus, LM 350 ini menggabungkan ciri mewah, selesa serta layanan berkonsepkan ‘Omotenashi’. Rekaan keseluruhan LM 350 sememangnya melambangkan kemewahan terutamaya penggunaan kemasan jenis krom yang memenuhi ruang gril. Penggunaan lampu jenis triple-beam LED dengan DRL (Daytime Running Light) serta lampu belakang yang bersambung menimbulkan ciri elegan dan unik. Sementara itu, LM 350 ini tampil dengan rim aloi 18″ yang berkemampuan mengurangkan gangguan bunyi bising daripada memasuki ruang dalam sekaligus meningkatkan tahap keselesaan penumpang. Sebagai sebuah MPV mewah, LM 350 ini hanya boleh menempatkan empat individu pada satu masa dengan ruang tempat duduk belakang hanya menawarkan dua tempat duduk sahaja. Ruang tempat duduk belakang sememangnya menetapkan petanda aras baharu bagi sebuah kereta MPV mewah dengan ruang kabin yang luas dan mnyelesakan. Bukan setakat bertindak sebagai kerusi biasa, sebaliknya dua tempat duduk dibelakang menawarkan fungsi urutan dan mampu menyalurkan udara sejuk/panas mengikut ketetapan. Ruang belakang juga dipisahkan dengan penggunaan cermin jenis eletrochromatic yang menyalurkan aliran elektrik bagi mengkaburkan pemandangan sekaligus mewujudkan privasi di antara tempat duduk depan dan belakang. Antara ciri lain ditawarkan: paparan HD 26″ dengan pelbagai fungsiskrin 12.3″ dengan ciri ‘touchscreen’19 sistem pembesar suara Mark Levinsonpeti sejuk mini Meskipun berkonsepkan MPV, LM 350 ini dilengkapi enjin berkuasa dengan 3.5L V6 yang menjana 269hp dan 361Nm. Lexus LM 350 ini kini dibuka untuk pembelian dengan harga RM1,148,000 (sebelum cukai jalan dan insurans) dan didatangkan dengan waranti lima tahun. Menariknya, meskipun mencecah harga tujuh angka, Lexus Malaysia telah pun menerima lebih 10 tempahan bagi model ini. Advertisements
moto2-jentera-saya-kurang-aerodinamik-dan-kelajuan-di-laluan-lurus-hafizh-syahrin
Moto Malaya Moto2: Jentera Saya Kurang Aerodinamik Dan Kelajuan Di Laluan Lurus – Hafizh Syahrin Posted on June 1, 2021June 1, 2021 by Amirul Azreen Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, meneruskan misi kutipan mata apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik musim ini di GP Itali, hujung minggu lalu. Senario itu sekaligus menyaksikan Hafizh berjaya melunaskan objektif awal setelah menyertai NTS RW Racing bagi musim 2021. Bagaimanapun, menurut Hafizh masih terdapat banyak aspek yang perlu diperbaiki bagi memastikan jentera yang ditunggang terus memberi saingan. Antaranya memperbaiki ciri aerodinamik dan kelajuan jentera sewaktu di laluan lurus. “Banyak kali di laluan lurus, rider lain mudah memotong saya. “Jadi saya memberi saingan di bahagian corner dan sewaktu membrek tetapi agak sukar di laluan lurus. “Ini kerana jentera saya masih kurang aerodinamik dan kelajuan di laluan lurus,” jelas Hafizh sewaktu sesi temu bual secara atas talian, baru-baru ini. Hafizh berpeluang menamatkan aksi di Mugello di tempat ke-8 namun dipintas Cameron Beaubier beberapa meter dari garisan penamat sekaligus perlu berpuas hati dengan keduudkan ke-9. Namun, keputusan tersebut sedikit sebanyak membuktikan Hafizh semakin mencapai keserasian dengan chasis NTS yang merupakan chasis baharu dalam saingan Moto2. Saingan Moto2 kembali bersambung hujung minggu ini di Litar Catalunya, Sepanyol. Advertisements
atc2021-hakim-danish-naik-podium-dalam-perlumbaan-pertama-dan-kedua
BERITA ANTARABANGSA ATC2021: Hakim Danish Naik Podium Dalam Perlumbaan Pertama Dan Kedua Posted on March 29, 2021March 29, 2021 by Amirul Azreen Hakim Danish berjaya menaiki podium dalam perlumbaan pertama dan kedua dalam pusingan pertama Asia Talent Cup 2021 di Qatar. Pelumba berusia 14 tahun itu berjaya mengekalkan rentak konsisten dalam kedua-dua perlumbaan meskipun ini merupakan penampilan sulungnya di ATC 2021 setelah menjuarai SIC MiniGP tahun lalu. Sewaktu perlumbaan pertama, keputusan perlumbaan terpaksa ditentukan menerusi ‘photo finish’ tatkala jarak Hakim bersama pemenang tempat kedua, Gun Mie hanya dipisahakn beberapa detik. Sementara itu, dua lagi wakil negara, Sharul Sharil dan Danial Sharil mengisi tempat ke-5 dan ke-7. Memasuki perlumbaan kedua, Hakim mengekalkan rentak konsisten untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, di belakag Kanta Hamada manakala Taiyo Furusato yang muncul pemenang di perlumbaan pertama kekal menjuarai perlumbaan kedua. Hakim pada suatu ketika mengekori rapat Furusato namun pelumba Jepun itu berjaya mejarakkan diri sebelum Hamada menggunakan pengalamannya untuk memecut dan sampai ke garisan penamat terlebih dahulu. Pusingan kedua ATC 2021 bersambung di litar sama pada hujung minggu ini. Advertisements
500-unit-ktm-1290-super-duke-rr-habis-dijual-tak-sampai-satu-jam
BERITA ANTARABANGSA 500 Unit KTM 1290 Super Duke RR Habis Dijual Tak Sampai Satu Jam! Posted on April 13, 2021April 13, 2021 by Amirul Azreen Baru-baru ini KTM telah pun melancarkan 1290 Super Duke RR yang terhad kepada 500 unit seluruh dunia. Motosikal tersebut dibina berlandaskan 1290 Super Duke R namun telah dinaik taraf dengan beberapa ciri premium antaranya panel gentian karbon (carbon fiber), fungsi ‘fast throttle’, ekzos slip on Akrapovic, tayar Michelin Power Cup2 dan fork depan WP Apex Pro 7548 Close Cartridge. Model RR ini juga 9kg lebih ringan berbanding Super Duke R. Namun, versi ‘RR’ masih lagi didatangkan dengan enjin 1,301 LC8, V-Twin Euro 5 yang sama terdapat pada Duke R. Bagaimanapun, laporan terbaru mendedahkan bahawa kesemua 500 unit Super Duke RR ini telah pun habis dijual dalam tempoh 48 minit! Senario ini sekaligus menandakan populariti KTM terus berkembang meskipun 1290 Super Duke RR ini ditawarkan pada harga EUR25,690 (RM126,400). Advertisements
motogp-dorna-irta-bincang-dengan-kerajaan-malaysia-rangka-pelan-ujian-pra-musim-di-sepang
BERITA ANTARABANGSA MotoGP: Dorna, IRTA Bincang Dengan Kerajaan Malaysia Rangka Pelan Ujian Pra-Musim Di Sepang Posted on January 1, 2021January 1, 2021 by Amirul Azreen MotoGP sedang dalam perbincangan dengan kerajaan Malaysia membabitkan ujian pra-musim yang akan diadakan pada Februari. Menurut laporan Motorsport.com, Dorna Sports, IRTA bersama-sama Prinsipal Petronas SRT, Datuk Razlan Razali telah mengadakan perbincangan bersama kerajaan Malaysia untuk beberapa bulan dalam merangka pelan terbaik yang membolehkan pegawai MotoGP memasuki negara dengan sedikit kelonggaran. Hal ini kerana semua pengunjung ke Malaysia perlu menjalani kuarantin wajib minimum tujuh hari di samping keputusan ujian PCR negatif sebelum dibenarkan untuk keluar ke tempat awam. Peraturan semasa kerajaan Malaysia itu dilihat boleh memberi kesan terhadap persediaan Sepang Shakedown yang dijadualkan berlangsung pada 19-21 Februari ini. Sementara itu, MotoGP dijangka akan melaksanakan sistem ‘bubble’ di ‘paddock’ SIC sepertimana yang dijalankan sepanjang musim 2020 ini dalam usaha mengekang penularan Covid-19. Meskipun usaha memastikan ujian pra-musim di Sepang berjalan, MotoGP telah pun merangka pelan sokongan dengan mengadakan ujian pra-musim di Jerez sekiranya Sepang Shakedown tidak dapat diadakan. – Motorsport.com Advertisements
triumph-trident-2021-akan-dilancarkan-di-malaysia-dalam-masa-terdekat-rm3xxxx
BERITA TEMPATAN Triumph Trident 2021 Akan Dilancarkan Di Malaysia Dalam Masa Terdekat – RM3X,XXX? Posted on January 6, 2021January 6, 2021 by Amirul Azreen Sejak dilancarkan di Eropah pada Oktober 2020, Triumph Motorcycles kembali menjadi sebutan peminat motosikal dunia menerusi Trident 660. Tawaran terbaru bagi motosikal segmen pertengahan, Triumph meletakkan Trident sebagai jentera paling mampu milik ang lahir daripada kilang di Hinckley, United Kingdom. Sementara itu, kami dimaklumkan bahawa Triumph Trident 2021 ini bakal mendarat di pasaran Malaysia tidak lama lagi menerusi Fast Bikes Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi jenama itu di Malaysia. Meskipun harga tidak didedahkan namun kami difahamkan, Triumph Motorcycles Malaysia telah pun menerima beberapa tempahan. Bagaimanapun, kami menjangka Trident 660 ini akan ditawarkan pada harga antara RM3X,XXX dan RM4X,XXX. Jika benar, maka pastinya Triumph Trident bakal merancakan lagi pasaran 600-750cc di Malaysia yang ketika ini hanya terdiri dari Yamaha MT-07, Kawasaki Ninja 650, Z 650, Honda CBR650R serta CB650R. Trident 2021 didatangkan dengan enjin 3 silinder 660cc dengan penyejukkan cecair yang menghasilakn 80hp pada 10,250rpm dan 64Nm pada 6,250rpm. Enjin tersebut merupakan unit yang diguna pakai pada Street Triple S namun telah dirombak semula lantas menyaksikan 90 peratus daripada tork dihasilkan dari 3,600rpm hingga 9,750rpm. Kuasa enjin kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dibantu dengan klac assist/slipper. Triumph turut menawarkan opsyen quickshifter (aftermarket) bagi pelanggan yang berminat. Selain daripada penggunaan kerangka (frame) jenis tubular steel, Trident turut dilengkapi dengan fork depan (upside down) Showa 41mm serta mono-shock RSU dengan preload boleh laras. Sistem brek dikendalikan oleh kaliper dua piston Nissin (depan) dengan cakera brek berkembar 310mm manakala kaliper brek satu piston (belakang) dengan cakera brek 255mm di samping Anti-lock Braking System (ABS) dua saluran. Antara ciri lain ditawarkan: dua mod tunggangan – Rain/Roadlampu LED penuh (depan dan belakang)modul Bluetoothpaparan TFT dengan rev-counter LCDtraction control Advertisements
jpj-bantu-pdrm-sepanjang-tempoh-pkp
BERITA TEMPATAN JPJ Bantu PDRM Sepanjang Tempoh PKP Posted on January 19, 2021January 19, 2021 by Amirul Azreen Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menggerakan 1,200 pegawai untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerjasama dua pihak ini dilihat penting dalam memastikan pematuhan SOP dilaksanakan dengan lebih efisien sepanjang PKP. Menurut JPJ dalam satu kenyataan menyebut, “gerak kerja seumpama ini akan memberi keutamaan khusus kepada beberapa kawasan dan lokaliti tertentu di seluruh negara yang menjadi tumpuan utama pengguna jalan raya. “Ia akan dilaksanakan melalui tiga strategi utama iaitu rondaan jalan utama negeri dan lebuh raya; sekatan jalan raya yang mengkhususkan kenderaan awam; dan pemeriksaan serta pemantauan di terminal bas utama (TBS).” Difahamkan langkah ini diambil susulan terdapat peningkatan mendadak kes positif Covid-19 saban hari yang disumbang oleh ketidak patuhan SOP. – BERNAMA Advertisements
bmw-c-400-x-dan-c-400-gt-dinaik-taraf-untuk-2021
BERITA ANTARABANGSA BMW C 400 X Dan C 400 GT Dinaik Taraf Untuk 2021 Posted on March 25, 2021March 25, 2021 by Amirul Azreen BMW Motorrad melancarkan C 400 X dan C 400 GT yang telah dikemas kini dengan beberapa ciri baharu. *BMW C 400 GT 2021 Bagi tahun 2021, enjin 350cc satu silinder ini kini berstatus Euro 5 namun kekal menawarkan 34hp pada 7,500rpm dan 35Nm pada 5,750rpm serta dipadankan bersama transmisi jenis CVT (Continuously Variable Transmission). *BMW C 400 GT Pada masa sama, BMW turut memperkenalkan fungsi ‘electronic throttle grip’ di samping sistem pengurusan enjin baharu. Beberapa bahagian enjin juga telah dikemas kini antaranya, catalytic converter, O2 sensor, cylinder head, wiring harness dan kelajuan idle. *BMW C 400 X Susulan mencapai piawaian Euro 5, enjin juga lebih lancar dan lebih sensitif kepada pulasan throttle manakala gegaran sewaktu dalam ‘idle’ kurang dirasai. Sistem ‘Automatic Stability Control'(ASC) turut dioptimumkan bagi model 2021 antaranya kalibrasi boleh dilakuakn secara automatik berbanding manual seperti sebelum ini antaranya ketika pertukaran tayar. *BMW C 400 X Menurut BMW Motorrad, ASC tidak lagi perlu dinyahaktifkan ketika menunggang atas permukaan basah dan licin. Ruang letak barang dengan Flexcase 45L kini menerima pencahayaan lebih baik dengan cahaya datang dari atas berbanding sisi seperti model sebelum ini. Selain daripada soket 12V, ruang letak barang di bahagian depan sebelah kanan kini menempatkan port pengecas USB. BMW C 400 X didatangkan dengan tiga warna pilihan, Blackstorm metallic, Granite Grey sementara varian Style Sport datang dengan warna Blackstorm Metallic dan Racingblue Metallic. Manakala C 400 GT datang dengan warna Alpine White dan Kallisto Grey dan Blackstorm Metallic bagi varian Style Triple Black. Advertisements
ducati-streetfighter-v4-panigale-v2-mendarat-di-malaysia-dalam-masa-terdekat
BERITA TEMPATAN Ducati Streetfighter V4, Panigale V2 Mendarat Di Malaysia Dalam Masa Terdekat? Posted on August 15, 2020August 15, 2020 by Amirul Azreen Sejak menghadiri pelancaran Ducati Streetfighter V4 dan Panigale V2 di Rimini, Itali, Oktober tahun lalu, kami ternanti-nanti bilakah model ini akan dibawa ke Kuala Lumpur. Persoalan itu semakin membuak-membuak tatkala masih tiada pengesahan daripada pihak Ducati Malaysia mengenai kedua-dua model ini. Kini, timbul maklumat baharu yang seakan memberi bayangan Streetfighter V4 dan Panigale V2 akan mendarat dalam masa terdekat. Ini susulan maklumat jangkaan harga yang didedahkan di laman sosial Facebook oleh Speed House MY bagi kedua-dua model terbabit. Berdasarkan perkongsian itu, Streetfighter V4 dijangka ditawarkan sekitar RM119,000 manakala varian V4S, RM159,900 sementara Panigale V2 dianggarkan sekitar RM109,900. Ducati Streetfighter V4 S Ducati Streetfighter V4 merupakan motosikal jenis ‘hyper naked’ yang menawarkan lebih 200hp hasil daripada enjin yang telah ditala daripada nadi sama yang terdapat pada Panigale V4. Manakala varian SP menawarkan spesifikasi yang lebih tinggi antaranya fork depan elektronik dari Ohlins, ekzos Akrapovic dan pakej elektronik. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Streetfighter V4 KLIK SINI. Sementara itu, Panigale V2 juga sertai barisan jentera yang diperkenalkan ketika Ducati World Premier (DWP) 2020. Ducati Panigale V2 Berdasarkan penerangan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, V2 merupakan jentera sportsbike yang dibina bukan sahaja memfokuskan terhadap kegunaan di litar malah jalan raya. Ducati Panigale V2 Lebih jinak berbanding V4, Panigale V2 menawarkan enjin 955cc yang menghasilkan sekitar 155hp. Bacaan lanjut mengenai Panigale V2 sila KLIK SINI. Perlu dimaklumkan masih tiada sebarang pengesahan daripada pihak Next Bike Sdn Bhd – selaku pengedar rasmi Ducati di Malaysia – mengenai kemasukan Streetfighter V4 dan Panigale V2 namun ikuti perkembangan selanjutnya mengenai kedua-dua model ini di MotoMalaya.Net! Advertisements
givi-malaysia-perkenalkan-b42n-antartica
Moto Malaya GIVI Malaysia Perkenalkan B42N Antartica Posted on July 15, 2020September 3, 2020 by Amirul Azreen Pengeluar aksesori yang terkenal dengan kotak simpanan motosikal, GIVI telah melancarkan model ‘top case’ baharu, B42N Antartica, hari ini. GIVI turut melakar sejarah baharu apabila melancarkan produk ini menerusi siaran strim langsung di Facebook GIVI Malaysia. GIVI Antartica didatangkan dengan reka bentuk baharu yang lebih dinamik hasil penyelidikan dan pembangunan yang menyeluruh. Elemen primastik dengan keupayaan reflektif di empat penjuru menjadikan model ini antara yang menawarkan ciri kebolehnampakan yang tinggi ketika berada di jalan raya. Menawarkan kapasiti 42 liter, model ini menawarkan ruang yang lebih besar dan mampu memuatkan sehingga dua buah helmet ‘open face’ atau satu helmet jenis modular. Sebagai ciri keselamatan, B42N Antartica ini juga dilengkapi sistem micro 3 locking yang kini lebih efisien dan selamat. Model ini mengguna pakai bahan Polypropylene (PP) kelas tertinggi dengan gabungan teknik ‘injection’ bagi memastikan model ini kekal kukuh seperti yang terdapat pada ‘top case’ lain. Orang ramai boleh mula mendapatkan B42N Antartica ini di GIVI Point seleuruh negara bermula Ogos ini dengan harga RM420 sahaja. Advertisements
spyshot-benelli-302r-dikemas-kini-bagi-2022-enjin-euro-5
BERITA ANTARABANGSA SPYSHOT: Benelli 302R Dikemas Kini Bagi 2022 – Enjin Euro 5! Posted on March 16, 2021March 16, 2021 by Amirul Azreen Jenama motosikal Itali-Taiwan, Benelli, bakal melaksanakan kemas kini baharu terhadap model 302R bagi 2022. Perkara itu didedahkan menerusi gambar ‘spyshot’ yang dikongsikan. Gambar tersebut jelas memaparkan beberapa aspek baharu yang telah dikenalkan antaranya rekaan yang lebih renceng (slim). Bagaimanapun, perubahan paling ketara adalah kedudukan lampu yang menegak yang digabungkan dengan fairing lebih agresif dan aerodinamik. Meskipun reka bentuk tangki tidak dapat dilihat dengan jelas namun dijangka akan mengekalkan rekaan sama kecuali bahagian tempat duduk yang kini berbeza. Pada masa sama, dijangkakan Benelli 302R ini akan terus dikuasakan dengan enjin 300cc parallel-twin yang menjana 36hp namun akan dinaik taraf ke Euro 5. Apa yang menarik, model ini didakwa 8 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya. Advertisements
kawasaki-zx-10rr-2021-kini-di-thailand-rm162700
BERITA ANTARABANGSA Kawasaki ZX-10RR 2021 Kini Di Thailand – RM162,700! Posted on December 1, 2020December 1, 2020 by Amirul Azreen Thailand International Motor Expo 2020 membuka tirai dengan pelancaran Kawasaki ZX-10RR 2021, hari ini. Seminggu selepas pelancaran global model itu, Thailand muncul negara Asia Tenggara pertama yang memperkenalkan ZX-10RR 2021. Thailand International Motor Expo 2020 edisi ke-37 ini menempatkan pelbagai pengeluar motosikal dunia dan akan berlangsung sehingga 13 Disember ini. Terhad kepada 500 unit seluruh dunia, Kawasaki ZX-10RR ini tampil dengan pelbagai kemaskini terbaru bagi tahun 2021 antaranya reka bentuk berbeza di samping pengenalan kepada skrin TFT dan sistem cruise control. Meskipun ada yang akan mempersoal rekaan baharu ini tapi hakikatnya fokus utama pembangunan ZX-10R dan ZX-10RR ini adalah memastikan kejuaraan dunia di WSBK kekal jadi milik Kawasaki Racing Team (KRT) musim depan. Menariknya bagi tahun 2021 dikala pengeluar lain memperkenalkan ciri ‘winglet’ Kawasaki melakukan rombakan besar terhadap bahagian depan. Rekaan lampu depan kini tampak lebih agresif dan unik diinspirasikan daripada model H2. Pada masa sama, fairing jentera baharu ini turut menghasilkan 17 peratus lebih ‘downforce’ berbanding model sedia ada. Menariknya, ‘handlebar’ pada model 2021 ini turut mengikut acuan sama seperti yang terdapat pada mesin lumba milik Jonathan Rea! Kawasaki turut memperkenalkan paparan TFT dengan keterhubungan Bluetooth, butang mod tunggangan mudah akses serta ‘electronic cruise control’. Bahagian chasis turut dikemas kini dengan bahagian pivot point swingarm kini 1mm lebih rendah dan 8mm lebih panjang sekaligus meningkatkan kestabilan dan cengkaman tayar. Enjin 998cc 4-inline juga kini berstatus Euro 5 dengan pelepasan emisi yang lebih rendah sekaligus menyaksikan pembakaran enjin lebih efisien di samping menawarkan kuasa sekitar 201hp. Kawasaki Ninja ZX-10RR 2021 ini ditawarkan di Thailand dengan harga THB1,208,000 (RM162,700). Advertisements
tiada-lagi-surat-cinta-dari-pihak-berkuasa-berhubung-ekzos-bising
BERITA TEMPATAN Tiada Lagi Surat ‘Cinta’ Dari Pihak Berkuasa Berhubung Ekzos Bising Posted on March 28, 2021March 28, 2021 by Amirul Azreen Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tidak mengenakan tindakan saman terhadap pemilik motosikal ekzos bising. Sebaliknya, pemilik akan diberi tindakan advokasi menerusi Notis 114 yang memerlukan pemilik motosikal untuk tampil memberi keterangan di sebarang cawangan JPJ terdekat bagi membantu siasatan. Wee mendedahkan bahawa keputusan itu dicapai setelah meneliti ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pada masa sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, difahamkan telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, bagi mencapai persefahaman tindakan advokasi memandangkan langkah baharu ini membabitkan polis trafik. Sebelum ini, pelaku berdepan tindakan saman sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atas kesalahan mengubah suai ekzos. Polis juga berkuasa untuk menyita motosikal pemilik sehingga pemilik menukar semula ke ekzos standard. Menurut laporan media tempatan, sebanyak 10,166 saman atas pelbagai kesalahan telah pun dikeluarkan sepanjang Ops Khas Ubah Suai Ekzos yang dijalankan seluruh negara bermula 1 Mac lalu. – BERNAMA Advertisements
aktiviti-berbasikal-luar-bidang-kuasa-kami-jpj
Moto Malaya Aktiviti Berbasikal Luar Bidang Kuasa Kami – JPJ Posted on September 14, 2020September 14, 2020 by Amirul Azreen Susulan tular gambar sekumpulan individu berbasikal di tengah jalan raya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata mereka akan bekerjasama dengan badan penguatkuasa lain dalam membendung aktiviti berbasikal di lebuhraya. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharudin Khalid menjelaskan bahawa menurut undang-undang, penunggang basikal adalah di luar bidang kuasa mereka. “Kami hanya boleh bekerjasama dengan badan penguatkuasa lain dalam menyelesaikan masalah ini. Kami tiada kuasa untuk mengenakan saman,” katanya kepada media, hari ini. Imej sekumpulan penunggang basikal melakukan aktiviti di lebuhraya mengundang pelbagai reaksi orang ramai terutamanya pengguna jalan raya dan netizen. Rata-rata berpendapat tindakan berbasikal di kawasan tersebut bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah orang lain. Advertisements
triumph-trident-2021-mendarat-di-eropah-660cc-80hp
BERITA ANTARABANGSA Triumph Trident 2021 Mendarat Di Eropah – 660cc, 80HP! Posted on October 30, 2020January 17, 2021 by Amirul Azreen Triumph Motorcycles akhirnya melancarkan Trident, motosikal ikonik dari kilang Hinckley itu kembali bagi tahun 2021. Kemunculan semula Trident serba baharu ini menandakan langkah terbaru Triumph dalam mencabar segmen motosikal pertengahan yang sebelum ini didominasi motosikal Jepun, Kawasaki Z650 dan Yamaha MT-07. Bagaimanapun, Triumph mengharapkan DNA enjin tiga silinder 660cc itu mampu meletakkan diri mereka sebagai pilihan utama segmen itu bagi 2021 apatah lagi diberi jolokan sebagai jentera ‘entry-level’ dengan harga berpatutan. Trident 2021 didatangkan dengan enjin 3 silinder 660cc dengan penyejukkan cecair yang menghasilakn 80hp pada 10,250rpm dan 64Nm pada 6,250rpm. Enjin tersebut merupakan unit yang diguna pakai pada Street Triple S namun telah dikemas kini secara besar-besaran lantas menyaksikan 90 peratus daripada tork dihasilkan dari 3,600rpm hingga 9,750rpm. Kuasa enjin kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dibantu dengan klac assist/slipper. Triumph turut menawarkan opsyen quickshifter (aftermarket) bagi pelanggan yang berminat. Selain daripada penggunaan kerangka (frame) jenis tubular steel, Trident turut dilengkapi dengan fork depan (upside down) Showa 41mm serta mono-shock RSU dengan preload boleh laras. Sistem brek dikendalikan oleh kaliper dua piston Nissin (depan) dengan cakera brek berkembar 310mm manakala kaliper brek satu piston (belakang) dengan cakera brek 255mm di samping Anti-lock Braking System (ABS) dua saluran. Menurut Triumph, kerangka Trident ini adalah serba baharu dengan rekaan tersebut tidak pernah diterapkan pada mana-mana model syarikat itu sebelum ini. Antara ciri lain ditawarkan: dua mod tunggangan – Rain/Roadlampu LED penuh (depan dan belakang)modul Bluetoothpaparan TFT dengan rev-counter LCDtraction control Triumph Trident ini ditawarkan pada harga GBP7,195 (RM38,763). *tukaran langsung Menariknya pihak Fast Bikes Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia mendedahkan Trident 2021 ini akan turut mendarat di Malaysia pada suku pertama tahun depan! Advertisements
kayuh-basikal-di-lebuhraya-cetus-kemarahan-netizen
Moto Malaya Kayuh Basikal Di Lebuhraya Cetus Kemarahan Netizen Posted on September 14, 2020September 14, 2020 by Amirul Azreen Umum mengetahui trend berbasikal semakin hangat di Malaysia, ada yang berbasikal di kawasan perumahan, taman dan laluan motosikal. Bagaimanapun, ada juga yang memilih untuk membuat kayuhan di lebuhraya sekaligus mengundang rasa tidak puas hati pengguna jalan raya dan netizen. Laman Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis telah memuat naik dua gambar yang memaparkan sekumpulan individu berbasikal di lebuhraya. Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dengan rata-rata mengecam tindakan mereka yang dianggap tidak saya nyawa dan membahayakan pengguna jalan raya lain. Gambar tesebut memaparkan beberapa individu mengenakan pemakaian jaket jenis hi-vis bagi kelihatan lebih jelas oleh pengguna jalan raya lain ketika membuat kayuhan. Ada juga yang menyamakan mereka yang berbasikal ini dengan geng basikal lajak kerana meskipun berlainan peringkat umur namun kedua-duanya tetap membahayakan nyawa termasuk pengguna jalan raya lain apabila melakukan aktiviti di lebuhraya. Jangan lupa kongsikan pendapat anda di ruangan komen! Advertisements
perkenalkan-quantic-helmet-sport-touring-baharu-dari-arai-dengan-ece22-06
BERITA ANTARABANGSA Perkenalkan Quantic, Helmet Sport Touring Baharu Dari Arai – Dengan ECE22.06 Posted on December 16, 2020December 16, 2020 by Amirul Azreen Awal tahun ini, Economic Comission for Europe (ECE) mengumumkan naik taraf standard pensijilan helmet dari ECE22.05 kepada 22.06 yang lebih ketat. Antara ujian baharu yang dikenakan adalah mengenakan impak dan tekanan terhadap sudut baharu berbanding serta menjalankan ujian terhadap ciri spesifik antaranya sun visor dan pad boleh tinggal di dalam helmet. Pengeluar helmet telah pun dibenarkan mendapat pengesahan ECE22.06 bermula Jun lalu dan mempunyai masa sehingga 2023 untuk mematuhi standard baharu tersebut. Bagaimanapun, Arai menjadi pengilang pertama yang mematuhi standard baharu tersebut menerusi Quantic yang merupakan helmet jenis sport touring. Menurut Arai, Quantic merupakan helmet segmen pertengahan yang direka khas bagi menjaminkan keselesaan sewaktu tunggangan jarak jauh. Bahagian tempurung luar (outer shell) mengguna pakai bahan jenis ‘Peripherally Belted e-Complex Laminate Construction’ atau PB e-cLc, bahan sama yang digunakan pada model Arai lain antaranya Concept-X. Helmet ini menawarkan enam corong udara dengan dua daripadanya bersepadu dengan lencana Arai di bahagian depan. Arai Quantic menawarkan visor VAS Max Vision dengan Pinlock tersedia dan menerapkan penggunaan sistem satu selak (latch) yang diinspirasikan daripada helmet Formula 1 bagi membenarkan pembukaan dibuat dengan satu jari sahaja. Advertisements
permaisuri-selangor-hadiahkan-nur-athirah-yamaha-135lc-baharu
Moto Malaya Permaisuri Selangor Hadiahkan Nur Athirah Yamaha 135LC Baharu Posted on November 6, 2020November 6, 2020 by Amirul Azreen Nur Athirah, seorang penghantar makanan bersama Food Panda telah menjadi mangsa kecurian motosikal dalam kejadian yang berlaku di Batu Caves, baru-baru ini. *Nur Athirah sewaktu ditimpa kejadian di Batu Caves Kejadian itu turut mendapat perhatian Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan menyampaikan sumbangan peribadi berupa sebuah Yamaha 135LC baharu kepada mangsa. Baginda menzahirkan rasa sedih terhadap nasib malang yang menimpa Nur Athirah apatah lagi mangsa merupakan anak kedua dari tiga beradik tinggal di Batu Caves yang menjadi penyara keluarga. “Di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain. “Diharap dengan sumbangan ini Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga,” titah baginda. Sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz. Sebelum ini, Nur Athirah turut memohon bantuan orang ramai untuk mengesan motosikal Yamaha 135LC miliknya dengan nombor plat BQF2182 yang hilang. Advertisements
ini-4-tawaran-menanti-pelanggan-ducati-my-sempena-kempen-stay-safe-ride-free
BERITA TEMPATAN Ini 4 Tawaran Menanti Pelanggan Ducati MY Sempena Kempen ‘Stay Safe, Ride Free’ Posted on February 1, 2021February 1, 2021 by Amirul Azreen Meskipun negara masih terpalit dengan pandemik Covid-19, Ducati Malaysia tekad menceriakan peminat motosikal di sini menerusi kempen ‘Stay Safe, Ride Free’. Sempena kempen ini yang telah pun berjalan sejak Januari tahun lalu dan diteruskan sehingga sambutan Tahun Baru Cina, Ducati Malaysia menawarkan pelbagai tawaran menarik di pusat pameran Ducati di Petaling Jaya, Sungai Buloh dan Pulau Pinang. Berikut empat tawaran menarik oleh Ducati MY sempena kempen ‘Stay Safe, Ride Free’: Pelbagai model dengan tawaran menakjubkan Ducati Malaysia menawarkan pakej pemilikan menarik bagi motosikal terpilih yang boleh diakses menerusi platform media sosial. Pakej ini diyakini akan menawarkan kepuasan pemilikan dan nilai terbaik bagi model Ducati atau Ducati Scrambler. Nikmati Ducati Smart Jacket Bernilai RM4,300 Dengan Setiap Pembelian Mementingkan aspek keselamatan, Ducati Malaysia kini menawarkan Ducati Smart Jacket – bernilai RM4,300 – secara percuma dengan setiap pembelian motosikal. Ducati Smart Jacket dilengkapi dengan ciri beg-udara yang akan melindungi tubuh badan penunggang sewaktu berlakunya kemalangan. Cabutan bertuah Pelanggan yang membuat pembelian RM210 ke atas dalam satu resit secara atas talian di Facebook Ducati Malaysia berpeluang memenangi hadiah sehingga RM1,999! Kempen ini bertujuan menawarkan pengalaman pembelian secara selamat di samping menikmati peluang memenangi cabutan bertuah dengan pemenang akan diumumkan di platform media sosial Ducati MY. Ducati on Demand Memahamai kesukaran pemilik untuk hadir dengan motosikal untuk khidmat servis dan baik pulih sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ducati Malaysia menawarkan khidmat Ducati on Demand (DOD). Menerusi servis ini, pelanggan (sekitar Lembah Klang) hanya perlu membuat bayaran RM100 dan pihak Ducati akan mengendalikan proses pengambilan dan penghantaran motosikal ke pusat servis Ducati. Sementara itu, orang ramai dinasihati untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikuatkuasakan kerajaan dan nikmati tawaran terbaik dari Ducati MY tanpa perlu hadir ke pusat pameran secara fizikal. Advertisements
kawasaki-zx-10rr-muncul-terpantas-atasi-jentera-motogp-dalam-ujian-bebas
BERITA ANTARABANGSA Kawasaki ZX-10RR Muncul Terpantas Atasi Jentera MotoGP Dalam Ujian Bebas Posted on April 23, 2021April 23, 2021 by Amirul Azreen Jonathan Rea muncul pelumba terpantas dalam sesi ujian bebas yang dijalankan di Aragon bersama beberapa jentera MotoGP lain. Pertahan juara Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) itu muncul pelumba terpantas selepas 65 lap dalam sesi ujian pertama di Motorland, mengatasi pelumba uji Yamaha dan KTM, Cal Crutchlow dan Dani Pedrosa. Rea yang menunggang Kawasaki ZX-10RR mencatat masa terpantas 1 minit 49.338 saat diikuti Crutchlow (YZR-M1) dengan 1m49.460s Rakan sepasukan Rea, Alex Lowes, muncul pelumba ketiga terpantas dengan 1m49.470s diikuti Pedrosa (RC16) dengan 1m49.912s. Crutchlow yang menunggang jentera ‘factory’ MotoGP cuba mengatasi catatan masa Rea namun gagal. Berikut adalah catatan masa Ujian Bebas hari pertama: Johnathan Rea (Kawasaki WSBK) 1m49.338sCal Crutchlow (Yamaha MotoGP) 1m49.460sAlex Lowes (Kawasaki WSBK) 1m49.470sDani Pedrosa (KTM MotoGP) 1m49.912sGarrett Gerloff (Yamaha GRT WSBK) 1m50.557sAndrea Locatelli (Yamaha PATA WSBK) 1m51.550ss Advertisements
ktm-250-adventure-dipasarkan-mac-2021-rm21500
BERITA TEMPATAN KTM 250 Adventure Dipasarkan Mac 2021 – RM21,500 Posted on December 29, 2020December 29, 2020 by Amirul Azreen Baru-baru ini Eurotech Wheel, selaku pengedar jenama KTM di Malaysia, telah pun melancarkan KTM 390 Adventure untuk pasaran tempatan. Reviu KTM 390 Adventure 2021: Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu! Pada majlis sama, KTM Malaysia turut memperkenalkan 250 Adventure 2021. Mengikut acuan sama seperti 390 Adventure namun dengan beberapa perubahan, 250 Adventure ditawarkan pada harga RM21,500 (sebelum cukai jalan dan insurans). KTM 250 Adventure didatangkan dengan nadi sama yang menghidupkan Duke 250 dengan enjin satu silinder 248.8cc yang menjana 29.5hp dan 24Nm yang dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan. Bagaimanapun, ketika 390 Adventure didatangkan dengan ciri terkini antaranya paparan TFT 5″ dan lampu LED penuh, 250 Adventure dilengkapi paparan LCD serta lampu halogen. Pada masa sama, KTM 250 Adventure turut dilengkapi dengan fork depan 43mm WP Apex dan monoshock belakang WP Apex namun kedua-duanya tidak boleh diselaraskan sepertimana ditawarkan 390 Adventure. Sistem brek dikendalikan kaliper radial 4-piston depan dan satu piston belakang yang dipadankan dengan sistem Anti-lock Braking System (ABS) dwi-saluran pada cakera brek 320mm (depan) dan 230mm (belakang). Menurut KTM Malaysia, orang ramai yang berminat boleh menantikan KTM 250 Adventure boleh didapati di pasaran sekitar bulan Mac 2021. Advertisements
kawasaki-ninja-zx-14r-2021-dipanggil-semula-komponen-brek-tak-lengkap
BERITA ANTARABANGSA Kawasaki Ninja ZX-14R 2021 Dipanggil Semula, Komponen Brek Tak Lengkap Posted on December 7, 2020December 7, 2020 by Amirul Azreen Kawasaki Motors Corporation di Amerika Syarikat telah panggil semula beberapa model Ninja ZX-14R 2021. Panggilan semula itu membabitkan 84 unit motosikal ZX-14R 2021 susulan ‘brake master cylinder’ ketiadaan beberapa komponen dalaman yang boleh menganggu saliran cecair hidraulik sekaligus boleh menyebabkan brek depan tidak berfungsi dengan baik. Kawasaki dalam satu kenyataan menjelaskan telah menerima laporan dalaman daripadap pembekal dan mengesahkan terdapat komponen yang hilang dan mungkin berpunca daripada kesilapan oleh seorang pekerja sewaktu pemasangan. Sementara itu, Kawasaki AS menasihatkan pemilik untuk tidak menunggang jentera terkesan sehingga bahagian ‘brake master cylinder’ itu digantikan. Advertisements
motogp-gp-malaysia-dibatalkan
Moto Malaya MotoGP: GP Malaysia Dibatalkan Posted on July 31, 2020July 31, 2020 by Amirul Azreen Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengumumkan pembatalan Shell Malaysia MotoGP 2020. Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini. Mengikut perancangan acara permotoran terbesar di Malaysia itu sepatutnya berlangsung pada 30 Oktober hingga 1 November ini namun pandemik Covid-19 telah memaksa penganjur, Dorna Sports mengadakan 13 pusingan perlumbaan di sekitar Eropah sahaja. Keputusan ini menyaksikan Malaysia sertai Amerika, Argentina dan Thailand dalam senarai perlumbaan ‘flyaway’ yang dibatalkan. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, meluahkan rasa dukacita terhadap pembatalan musim ini apatah lagi dalam tahun pertamanya sebagai CEO baharu menggantikan Dato Razlan Razali. CEO SIC, Azhan Shafriman Hanif “Kami berasa kecewa kerana tidak dapat menyaksikan pelumba dan pasukan tempatan – Hafizh Syahrin, Kasma Daniel, Khairul Idham Pawi serta Petronas Sepang Racing Team (SRT) – beraksi di laman sendiri. “Bagaimanapun, susulan pandemik Covid-19, kami juga perlu mengambil kira keselamatan orang ramai. “Apa yang penting adalah mengekalkan sokongan terhadap pelumba tempatan yang sedang bersaing ketika ini. Kami berharap akan kembali lebih hebat bagi musim 2021,” jelasnya. Ini merupakan julung kalinya GP Malaysia tidak akan berlangsung selepas lebih 20 tahun penganjuran. Sementara itu, orang ramai yang sudah pun membeli tiket lebih awal boleh memohon bayaran balik dengan menghantar maklumat menerusi e-mel ke [email protected]. Advertisements
harga-proton-x50-diumumkan-dari-rm79200
Moto Malaya Proton Harga Proton X50 Diumumkan – Dari RM79,200! Posted on October 27, 2020January 17, 2021 by Amirul Azreen Proton akhirnya mengumumkan harga rasmi bagi Proton X50 menerusi pelancaran secara strim langsung, hari ini. Selepas lebih sebulan mendedahkan maklumat tentang spesifikasi, enjin, prestasi dan ciri keselamatan, akhirnya Proton melancarkan X50 secara rasmi termasuk harga. Antara ciri pertama yang didedahkan adalah Proton X50 ini akan didatangkan dengan dua varian enjin, 1.5L turbo dan 1.5L TGDi (turbo gasoline direct injection). Kedua-dua varian enjin ini didatangkan dengan pakej transmisi klac berkembar 7-kelajuan (DCT). Enjin 1.5L T ditawarkan bagi varian Standard, Premium dan Executive dan menghasilkan 150hp pada 4,000rpm dan 226Nm pada 1,500rpm. Sementara enjin 1.5L TGDi – yang hanya terdapat pada model ‘flagship – menghasilkan 177hp dan 250Nm. Hasilnya, model Proton X50 ini mampu merekodkan 0-100km/j dibawah 7.9 saat dan dibuktikan menerusi perlumbaan drag apabila X50 berjaya mengatasi dua model lain, Honda HRV dan BMW X1. Aspek pemanduan turut dilaksanakan menerusi ujian slalom dan ternyata pengalaman memandu cukup cekap dan selesa hasil bantuan Electronic Stability Control, Traction Control System dan Drag Torque Control. Bukan itu sahaja, Proton turut mengumumkan X50 ini merupakan kereta pertama dalam segmennya yang menawarkan Pemanduan Autonomi Level 2, teknologi yang sering terdapat pada jenama premium Eropah. Antara aspek Pemanduan Autonomi Level 2 itu melibatkan: Intelligent Cruise Control (ICC)Auto Park Assist (APA)Autonomous Emergency BrakingForward Collision WarningLane Keep Assist *Senarai harga dan pakej Orang ramai kini boleh mendapatkan Proton X50 dengan harga berikut: 1.5T Standard – RM79,2001.5T Executive – RM84,8001.5T Premium – RM93,2001.5 TGDi Flagship – RM103,300 Advertisements
kawasaki-zx-25r-dilancarkan-di-indonesia-dari-rm28000-2
Moto Malaya Kawasaki ZX-25R Dilancarkan Di Indonesia – Dari RM28,000! Posted on July 11, 2020March 6, 2022 by Amirul Azreen Setelah beberapa tahun khabar angin mengenai kelahiran semula jentera 250cc 4-silinder daripada Kawasaki, pengeluar motosikal Jepun itu akhirya melancarkan ZX-25R dengan rasminya di Indonesia. Sejak dipertontonkan buat julung kalinya ketika di Tokyo Motor Show 2019, Kawasaki ZX-25R tak henti-henti menimbulkan pelbagai tanda tanya dan persoalan. Kini segalanya terjawab apabila Kawasaki Indonesia melancarkan ZX-25R dengan memperkenalkan dua varian. Varian standard ditawarkan pada harga IDR 96,000,000 (RM28,344) sementara SE, IDR 112,900,000 (RM33,334). Harga tersebut – sekiranya dipasarkan di Malaysia – meletakkan ZX-25R setaraf harga Ninja 400 ABS, Z400 SE ABS, Benelli TRK502, Honda CB500F, CBR500R dan CB500X. Bagaimanapun, tarikan utama model ini adalah orang ramai tidak perlu menaik taraf lesen B2 bagi merasai enjin 4-silinder. Sementara itu, Kawasaki Indonesia memperkenalkan empat warna, hijau lime, putih/hitam, hitam/biru dan hitam. Menurut info yang dikongsikan, jentera ini – seperti jangkaan – menghasilkan sekitar 50.3hp pada 15,500rpm dan 22.9Nm pada 14,500rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan. Data itu sekaligus menjadikan ZX-25R lebih berkuasa berbanding KTM RC 390 termasuk Ninja 400. Pada masa sama, versi SE menawarkan beberapa ciri menarik antaranya: ABS (dual-channel)KQS (Kawasaki Quickshifter Up/Down) Pillion coverPenghadang angin (smoke)Frame slider Kawasaki turut melengkapkan model ini dengan tangki 15L, fork USD dengan monoshock boleh laras (preload), kaliper empat pot dengan 310mm brek cakera depan dan 220mm belakang. Model ini juga didatangkan dengan lampu LED, paparan separa digital dan immobilizer sekiranya berlaku kecurian. Persoalannya, adakah kita bakal menerima ZX-25R bagi pasaran Malaysia? Advertisements
mv-agusta-bakal-melancarkan-motosikal-adv-500cc-dan-1000cc
Moto Malaya MV Agusta Bakal Melancarkan Motosikal ADV 500cc Dan 1000cc Posted on November 8, 2020November 8, 2020 by Amirul Azreen Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MV Agusta, Timur Sardarov, mendedahkan perancangan syarikat itu dalam satu temu bual baru-baru ini. Menurut Sardarov, MV Agusta bakal membangunkan motosikal adventure dengan dua platform, 500cc parallel-twin dan 1000cc 4-inline. Cadangan memfokuskan pembangunan motosikal ADV itu dilihat langkah tepat dalam mengetengahkan jenama MV Agusta tatkala pengeluar lain sudah pun memiliki model adventure sendiri. Ketika ini, MV Agusta hanya menawarkan tiga segmen motosikal; supersport, roadster dan touring. *MV Agusta Superveloce 800 Sardarov turut mendedahkan mereka akan mengumumkan secara rasmi perancangan itu dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang. Ahli peniagaan itu mengambil alih MV Agusta pada Disember 2018 dari keluarga Castiglioni ketika masa depan MV Agusta berada dalam situasi tidak menentu. *MV Agusta Brutale 1000RR Bagi tahun 2020, meskipun dilanda pandemik Covid-19, MV Agusta telah pun melancarkan lima model baharu, sesuatu yang tidak pernah dilakukan jenama Itali itu. Dalam perkembangan sama, Sardarov turut mendedahkan pihaknya juga sedang membangunkan enjin 950cc baharu manakala enjin 800cc sedia ada sedang dikemas kini bagi mematuhi piawaian Euro5. – Bennetts Advertisements
motogp-valentino-rossi-kembali-positif-covid-19
Moto Malaya MotoGP: Valentino Rossi Kembali Positif Covid-19 Posted on November 12, 2020November 12, 2020 by Amirul Azreen Berita mengejut hadir dari kem Monster Energy Yamaha apabila pelumba veteran, Valentino Rossi disahkan kembali positif Covid-19. Rossi terlepas dua pusingan di Aragon Oktober lalu apabila dia didapati positif selepas aksi di Le Mans. Meskipun masih lagi positif pada Selasa minggu lalu, dia kemudiannya dibenarkan beraksi di Valencia selepas ujian PCR pada Khamis dan Jumaat mendapati negatif. Bagaimanapun, dia gagal menamatkan aksi selepas lima lap susulan masalah mekanikal. Kini, Rossi berdepan satu lagi berita buruk apabila disahkan positif Covid-19 dalam ujian pada Selasa. Seperti minggu sebelumnya, Rossi perlu menjalani ujian kedua sebelum dibenarkan beraksi hujung minggu ini. Sekiranya masih positif, Rossi bakal terlepas aksi terakhirnya bersama pasukan factory Yamaha di Portugal selepas disahkan sertai Petronas SRT bagi musim 2021. Dalam perkembangan sama, keputusan positif Rossi mencetuskan persoalan tentang keberkesanan ujian PCR dan sama ada dia benar-benar bebas Covid-19 sewaktu dibenarkan beraksi di GP Eropah minggu lalu. Advertisements
5-mentaliti-mat-moto-yang-perlu-diubah-di-malaysia
Moto Malaya 5 Mentaliti Mat Moto Yang Perlu Diubah Di Malaysia Posted on July 17, 2020July 17, 2020 by Amirul Azreen Pejam celik, kita sudah pun memasuki pertengahan tahun 2020 dan walaupun Malaysia masih ketandusan kereta terbang seperti yang dibayangkan lebih 20 tahun dulu namun kemajuan teknologi automotif terus diketengahkan. Dunia motosikal turut bergerak selaras dengan perubahan teknologi dengan ada pengeluar mengalih fokus menghasilkan jentera dengan enjin elektrik sepenuhnya seperti Harley Davidson Livewire dan akan datang, Kymco RevoNEX. Apatah lagi, setiap motosikal kini hampir pasti dilengkapi sistem keselamatan terkini dengan teknologi seperti Anti-lock Braking System (ABS) – yang pada awalnya hanya didapati pada jentera ‘bangsawan’ – kini merupakan tawaran standard hampir semua segmen motosikal termasuk kapcai. Bagaimanapun, perkembangan teknologi semasa tidak bermakna akan didukung oleh mentaliti yang setaraf dengan ada di antara kita masih berada ditakuk lama. Mentaliti ini bukan sahaja membawa impak negatif kepada komuniti motosikal di Malaysia malah turut menyuntik pengaruh buruk kepada mereka yang mahu mula berjinak dengan jentera dua roda. Sini kami kongsikan lima mentaliti mat motor yang perlu diubah di Malaysia. 1. Langgar Lampu Merah Baru-baru ini seorang lelaki dirakam melanggar lampu merah dan akibatnya dia menyebabkan dua penunggang dari arah lain terlibat kemalangan. Jika terlibat kemalangan berseorangan tak mengapa – sebab sendiri cari masalah – tetapi jika melibatkan nyawa orang lain? Pesan kami, apa salahnya tunggu seminit dua, destinasi dituju tak lari mana pun. 2. Menyelinap Keluar Masuk Trafik Sesuka Hati Sebagai penunggang motosikal, antara kelebihan utama adalah boleh mengelak daripada tersangkut semasa trafik sesak dengan menyelinap di antara kereta. Namun, ada yang gemar keluar masuk di antara kereta sehingga tidak mempedulikan kedatangan motosikal lain hingga berlakunya perlanggaran. Penulis sendiri dah beberapa kali dilanggar mat motor yang keluar di antara kenderaan lain tanpa melihat terlebih dahulu. 3. Pakai Jaket Terbalik (Tanpa butang, zip dengan baik) https://www.facebook.com/watch/?v=951486451887159&external_log_id=75c929fc-86cb-482d-afd2-f1c9d709145c&q=jaket%20terbalik Konsep pemakaian jaket terbalik ini sudah pun berjalan berpuluh tahun lamanya. Budaya ini kekal ‘relevan’ sehingga kini susulan cara tersebut mudah dan cepat dalam usaha memastikan tangan dan badan tidak terkena sinaran UV sehingga boleh menyebabkan kulit yang cerah berseri bertukar sawo matang. Bagaimanapun, cara ini boleh membawa padah dengan berlakunya beberapa kes di mana bahagian jaket yang tidak di zip dengan baik tersangkut di tayar belakang lalu berlakunya kemalangan. Nasihat kami, pakai jaket sebaiknya atau sarungkan ‘arm sleeve’ bagi melindungi kulit. 4. Enggan Guna Laluan Motosikal Topik ini sering mencetuskan perdebatan dengan setiap penunggang motosikal menyuarakan pendapat berbeza. Calon A berpendapat laluan motosikal sedia ada membahayakan sementara Calon B berpendapat sebaliknya. Tapi jika membincangkan soal keselamatan, sebagai penunggang motosikal jika berlakunya kemalangan di lebuh raya yang menawarkan laluan khas, kita akan sentiasa dilabel sebagai pihak yang salah. Sebaiknya gunakan kemudahan sedia ada namun tunggang dengan berhemat dan tidak melebihi 70km/j. Bagaimanapun, tak dinafikan sesetengah laluan tidak sesuai digunakan antaranya di sepanjang Lebuhraya Persekutuan dengan adanya bahagian yang sempit dan membahayakan yang harus diberikan tumpuan pihak berwajib. 5. Harga Nak EX-5 Tapi Kualiti Serupa CBR Ini merupakan antara dilema dihadapi penjual motosikal, alat ganti dan aksesori. Rata-rata pemilik motosikal mengejar kualiti yang terbaik namun terdapat segelintir yang mengharapkan kualiti itu didatangkan dengan harga yang rendah. Hakikatnya, motosikal, alat ganti atau aksesori yang berkualiti akan didatangkan dengan harga yang setaraf, meskipun perlu berbelanja lebih namun ketahanan ditawarkan bahan berkualiti memberi jaminan yang lebih baik. Meskipun terdapat pelbagai perangai penunggang motosikal di luar sana namun ini tidak bermakna hanya kumpulan ini harus mengubah mentaliti, malah pemandu kereta juga tidak terlepas daripada memiliki mentaliti negatif sehingga boleh membahayakan nyawa orang lain. Ikuti 5 Mentaliti Yang Perlu Diubah Pemandu Kereta Di Malaysia dalam perkongsian seterusnya. Advertisements