title
stringlengths 5
182
| body
stringlengths 104
38.4k
|
---|---|
dari-kes-kecurian-ke-insiden-bertumbuk-di-pintu-masuk-apa-lagi-selepas-ini | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
motogp
Dari Kes Kecurian Ke Insiden Bertumbuk Di Pintu Masuk, Apa Lagi Selepas Ini?
Posted on November 4, 2019November 4, 2019 by Amirul Azreen
Pengunjung yang hadir ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menyaksikan perlumbaan Shell Malaysia MotoGP 2019 semalam disajikan dengan aksi bertumbuk yang berlaku di pintu masuk ke Grandstand.
Saksikan video tersebut dibawah:
http://motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2019/11/getfvid_76846401_583752922375284_5995221948416402748_n.mp4
Video berdurasi 23 saat yang dikongsikan Laman Facebook Sukan Star TV terbabit memaparkan seorang lelaki berbaju hitam cuba menendang petugas pintu memakai ves biru.
Bagaimanapun, dia kemudiannya bertindak menumbuk petugas tersebut sebelum sempat berlalu pergi.
Ketika ini tiada maklumat mengenai punca kejadian tersebut berlaku namun terdapat dakwaan lelaki berbaju hitam tersebut cuba memasuki kawasan Grandstand untuk menyaksikan upacara podium dengan menggunakan tiket untuk kawasan tempat duduk lain.
Difahamkan, lelaki tersebut telah pun ditahan untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, kelengkapan perlumbaan milik pasukan Moto2 Angel Nieto dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Kedua-dua insiden ini ternyata mengaibkan imej Malaysia di mata dunia apatah lagi Litar Antarabangsa Sepang menerima kunjungan ribuan pelancong luar negara.
Advertisements |
kawasaki-bakal-bangunkan-enjin-dua-lejang-hibrid-dengan-suntikan-supercharged | Moto Malaya
Kawasaki Bakal Bangunkan Enjin Dua Lejang Hibrid Dengan Suntikan ‘Supercharged’!
Posted on July 1, 2020July 1, 2020 by Amirul Azreen
Kawasaki bakal mengembangkan teknologi ‘supercharged’ ke platform baharu.
Bukan itu sahaja, daripada paten yang didedahkan jelas memaparkan sebuah enjin yang merangkumi sistem supercharged, hibrid dan dua lejang!
Bunyi macam tak masuk akal tetapi paten terbaru daripada Kawasaki itu mengesahkannya.
Daripada gambar rajah tersebut jelas menunjukkan sistem yang tak pernah dilihat daripada pengeluar motosikal lain.
Bagaimanapun, enjin hibrid yang dipaparkan bukanlah merujuk kepada parallel hibrid yang berfungsi dengan memberi sokongan kepada pembakaran dalam enjin bagi menggerakan kenderaan.
Sebaliknya, enjin ini menerapkan sistem serial hibrid yang mana kuasa elektrik digunakan sepenuhnya untuk memusingkan tayar manakala pembakaran dalam enjin hanya berfungsi untuk menghasilkan elektrik yang diperlukan.
Menariknya, Kawasaki bukan merancang untuk menggunakan sistem hibrid ini untuk menambah kuasa kepada enjin yang berkuasa sederhana agar dapat pergi lebih jauh seperti yang ditawarkan kenderaan empat roda dalam pasaran.
Pengeluar motosikal Jepun itu mahu menggunakan enjin berprestasi tinggi agar kuasa dihasilkan lebih lancar dan efisien.
Pada masa sama, segala teknologi itu akan dibangunkan dalam enjin dua lejang.
Bagaimanapun, gambar tersebut jelas menunjukkan enjin dua lejang dimaksudkan bukanlah yang enjin dua lejang konvensional yang biasa digunakan pada motosikal sebaliknya mengguna pakai ‘poppet valve’ termasuk ‘double overhead cam’ seperti yang terdapat pada enjin empat lejang.
Kemudian keseluruhan sistem tersebut akan menerima suntikan ‘supercharged’ seperti yang ditawarakan varian H2.
Meskipun tanggapan awal enjin ini akan diterapkan kepada jentera dua roda namun tak dinafikan kenderaan lain – buggy, jetski – turut dapat menikmati teknologi baharu ini. – CycleWorld
Advertisements |
fordzilla-taruhan-ford-di-arena-perlumbaan-e-sports | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Fordzilla Taruhan Ford di Arena Perlumbaan E-Sports
Posted on August 21, 2019 by Amirul Azreen
Ford bakal menampilkan Fordzilla sebagai pasukan pelumbaan e-sports yang akan bertanding di pentas dunia.
E-Sports tidak perlukan penjelasan, kalau ada yang rajin mengkaji tentang flat earth, illuminati dan yang seangkatan dengannya pastinya anda boleh mengakses internet untuk membaca tentang e-sports.
Apa yang pasti, dunia e-sports sedang berkembang dengan pesat dengan syarikat analisis ekonomi, Newzoo mendakwa pasaran e-sports akan bernilai USD1.1bilion tahun ini.
Mereka turut berkata penonton sukan ini akan meningkat kepada 453juta pada tahun sama, melebihi penduduk di United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Jadi tidak hairanlah Ford mahu menjadi sebahagian daripada dunia e-sports menerusi Fordzilla.
Ford bakal mengadakan sesi uji bakat di Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan United Kingdom bakal mencari ‘gamer’ terbaik yang akan membarisi Fordzilla.
Keputusna Ford untuk menyertai arena e-sports dijangka akan membuka pintu kepada pengeluar kereta lain untuk mengambil pendekatan sama dalam masa terdekat.
(SUMBER: esportsinsider)
Advertisements |
shell-dan-bonuslink-umum-pemenang-pertama-bawa-pulang-bmw-x3 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Shell Dan Bonuslink Umum Pemenang Pertama Bawa Pulang BMW X3!
Posted on October 15, 2019October 15, 2019 by Amirul Azreen
Shell dan Bonuslink hari ini mengumumkan pemenang hadiah utama pertama yang berjaya memenangi sebuah BMW X3 dalam satu majlis yang berlangsung di Shell TPM Bukit Jalil, hari ini.
Neeraj Kumar dari Pulau Pinang muncul pemenang bertuah diikuti tiga pemenang lain yang membawa pulang baucar Shell bernilai RM300.
Shell dan Bonuslink telah menganjurkan ‘Menangi 3 BMW X3’ sebagai penghargaan kepada pelanggan yang terus menerus menaruh kepercayaan terhadap dua jenama ini.
“Kami berbangga kerana dapat menganjurkan kempen ini bersama Bonuslink sebagai penghargaan kepada pelanggan kami. Di peringkat global, Shell merupakan rakan kongsi BMW Motorsport Premium Technology jadi kami berbesar hati dapat bersama BMW untuk menawarkan tiga unit BMW 3 xDrive30i Luxury sebagai hadiah utama.
“Menerusi kempen ini, kami tekad menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih baik dan selesa dengan BMW X3 ini,” jelas Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.
Advertisements |
pelajar-perempuan-dihalang-meninggalkan-rnr-dipaksa-bayar-rm150 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Pelajar Perempuan Dihalang Meninggalkan RnR, Dipaksa Bayar RM150
Posted on November 30, 2019 by Amirul Azreen
Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) menjadi tapak perhentian bagi setiap pemandu dan penunggang di jalan raya namun sejak kebelakangan ini, RnR bukan hanya tidak selamat malah menjadi sarang bagi individu tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter bernama Lisa, berkongsi pengalaman menakutkan apabila ditahan seorang lelaki di RnR Nilai Utara.
Dalam kejadian yang berlaku Khamis lalu, kereta jenis Perodua dipandu Lisa bergegar lalu memaksa dia dan rakannya berhenti di RnR berkenaan untuk periksa paras air radiator.
Ketika itu, tiada tanda yang menunjukkan suhu kereta meningkat lantas dia membuka bonet depan untuk menyejukkan kenderaan.
Tolong kami ?? kami dh call polis tpi tgh otw kami sumpah takut ni pic.twitter.com/pwtL3ADsaj
— Bul ?? (@lisaa_aa98) November 28, 2019
Kemudian, muncul seorang lelaki berusia 46 tahun dan mula bertanyakan tentang keadaan kereta terbabit.
Lelaki itu lalu meminta kain kotor dan mula meletakkan sesuatu ke dalam radiator sebelum menuang air tanpa bertanya terlebih dahulu.
Sejurus selepas itu, lelaki terbabit terus meminta bayaran sebanyak RM150 lantas membuatkan Lisa dan rakannya terkejut kerana menyangka lelaki terbabit ikhlas untuk membantu.
Selepas memaklumkan mereka tiada duit sebanyak itu, lelaki terbabit memaksa mereka melakukan pindahan duit secara atas talian dan mula memanggil beberapa lelaki lain untuk menghalang mereka meninggalkan RnR itu.
???? pic.twitter.com/zTi9Wu4Apm
— Bul ?? (@lisaa_aa98) November 28, 2019
Bagaimanapun, ketika berada di dalam kereta, Lisa dan rakannya berjaya menghubungi pihak polis yang kemudiannya tiba dan menahan lelaki terbabit.
(SUMBER: World Of Buzz)
Advertisements |
kem-repsol-honda-gusar-dengan-prestasi-rcv-2020 | BERITA ANTARABANGSA
Honda
Moto Malaya
motogp
Kem Repsol Honda Gusar Dengan Prestasi RCV 2020
Posted on February 25, 2020March 1, 2020 by Amirul Azreen
Ketika ujian pra-musim MotoGP membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) awal bulan ini, Repsol Honda gagal menempatkan diri dikalangan tiga terbaik bagi ketiga-tiga hari.
Tatkala ramai pihak mendakwa Marc Marquez masih bergelut dengan kecederaan namun selepas sesi ujian di Litar Losail, Qatar, kem Repsol Honda mula gemuruh.
Marquez sendiri mengakui dia tidak gusar dengan keadaan semasa bahunya sebaliknya bimbang jentera RCV 2020 tidak mempamerkan prestasi seperti yang diharapkan.
Memasuki malam terakhir di Losail, jurutera pasukan factory HRC bertindak meminjam RCV 2019 milik LCR Honda, Takaaki Nakagami lalu menyerahkan kepada Marquez dalam percubaan untuk mengesan apa yang tidak kena dengan jentera 2020.
Malah, pada hari terakhir ujian, Nakagami muncul pelumba Honda terpantas sekaligus meyakinkan Marquez untuk mencuba kembali jentera 2019.
Menurut laporan GPOne, komponen aerodinamik bahagian depan milik Crutchlow turut dibuka ketika sesi ujian semalam kelmarin, lantas memberi bayangan kem Honda sedang gusar tentang jentera mereka.
(SUMBER: GPOne)
Advertisements |
lebih-50000-bas-sekolah-haram-beroperasi-di-malaysia | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Lebih 50,000 Bas Sekolah Haram Beroperasi Di Malaysia, Salah Siapa?
Posted on October 9, 2019 by Amirul Azreen
Sumber: Astrid M @ Flickr
Sebagai ibu bapa, keselamatan anak-anak adalah keutamaan namun susulan kekurangan pilihan untuk menghantar anak ke sekolah, bas atau van ‘sapu’ yang menawarkan servis penghantaran ke sekolah menjadi pilihan utama.
Menurut laporan Berita Harian, ketika ini jumlah van, kereta, MPV dan bas sekolah haram yang menghantar kanak-kanak ke sekolah, tadika dan taksa telah pun melebihi 50,000!
Pada masa sama, Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) turut mendedahkan bahawa jumlah bas sekolah berdaftar di Malaysia turut berkurangan daripada 18,000 pada 2010 kepada 16,000 bagi 2019 meskipun lebih 8,000 lesen dikeluarkan setiap tahun.
Sementara itu, Angesi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menggesa agar pemilik operasi bas sekolah haram ini untuk mendaftar dan memohon lesen secepat mungkin bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kesulitan.
APAD dalam satu kenyataan menyebut, “Penggunaan perkhidmatan bas sekolah yang tidak sah bukan sahaja berisiko, tetapi juga mendedahkan anak mereka kepada bahaya kerana ia tidak mempunyai perlindungan insurans.”
Setakat ini, setiap bas sekolah yang berdaftar dengan APAD perlu menjalani pemeriksaan berkala -setiap enam bulan – menerusi PUSPAKOM bagi mengesahkan kenderaan digunakan menepati piawaian dan selamat.
Pada masa sama, pemandu turut perlu memiliki Lesen Memandu Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) yang mewajibkan mereka untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Persoalannya, apakah punca utama lambakan bas haram di Malaysia?
(SUMBER: Berita Harian)
Advertisements |
rossi-lorenzo-di-petronas-srt-pilihan-menarik-razlan-razali | BERITA ANTARABANGSA
motogp
Rossi-Lorenzo Di Petronas SRT Pilihan Menarik – Razlan Razali
Posted on February 17, 2020February 21, 2020 by Amirul Azreen
Sumber: MotoGP
Pengurus pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Dato Razlan Razali, akui mengandingkan Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo merupakan satu pilihan yang sangat menarik.
Pada masa sama, dia juga tidak menolak kemungkinan bahawa gandingan kedua-dua pelumba veteran itu mungkin agak rumit.
Petronas Yamaha SRT bakal kehilangan khidmat Fabio Quartararo tatkala dia telapun dilamar pasukan Factory Yamaha bagi musim 2021 sementara Franco Morbidelli memasuki tahun terakhir kontraknya musim ini.
Ini bermakna, Petronas mempunyai dua kekosongan seandainya tidak menyambung khidmat Morbidelli dan kebarangkalian menggabungkan Rossi dan Lorenzo dilihat sebagai salah satu pilihan yang ada bagi tahun 2021.
Rossi sendiri mengakui berminat untuk berhijrah ke Petronas sekiranya masih mahu meneruskan kariernya di usia 42 tahun.
“Petronas merupakan pilihan terbaik. Mereka memiliki pasukan muda yang berpotensi, kewangan yang kukuh dan mereka sangat serius,” ujar Rossi ketika ujian pra-musim di Sepang.
Sementara itu, terdapat spekulasi bahawa Lorenzo – yang telah kembali ke Yamaha selaku pelumba uji – akan membuat pusingan U daripada persaraan sekiranya berjaya menemui jentera yang laju.
Meskipun, ketika ini gandingan Rossi-Lorenzo sekadar satu kemungkinan tetapi Razlan mengakui akan mengambil kira kedua-dua pelumba itu bila sampai waktunya nanti.
“Rumit tetapi menarik. Musim 2020 masih belum membuka tirai jadi kami akan mempertimbangkan perkara ini bila sampai waktunya nanti,” jelas Razlan.
(SUMBER: Crash.net)
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
sic-kembali-beroperasi-tak-lebih-10-individu-dibenarkan-setiap-sesi | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
SIC Kembali Beroperasi, Tak Lebih 10 Individu Dibenarkan Setiap Sesi
Posted on May 14, 2020May 14, 2020 by Amirul Azreen
Selepas dua bulan ditutup susulan pandemik Covid-19, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini kembali beroperasi.
Bagi menjamin kesejahteraan kakitangan , pelumba, pasukan dan pengunjung, keseluruhan fasiliti telah pun disanitasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sementara itu, SIC telah menetapkan beberapa langkah yang perlu diambil semua pihak yang hadir ke Litar Sepang.
Pengunjung perlu mendaftarkan diri dan menjalani pemeriksaan suhu badan di kawasan khas sebelum memasuki premis.
Penjarakan sosial 1 meter perlu dipatuhi dengan mengikut tanda yang telah diletakkan sementara penggunaan ‘hand sanitizer’ dan topeng muka disediakan pihak SIC.
Pada masa sama, SIC menegaskan tidak lebih daripada 10 individu (peserta dan kru) dibenarkan dalam satu sesi namun sebarang acara perlumbaan masih belum dibenarkan.
SIC akan beroperasi dari jam 9 pagi hinga 4 petang.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
toyota-outrun-berjaya-raih-dana-rm151000 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Toyota Outrun Berjaya Raih Dana RM151,000
Posted on November 18, 2019 by Amirul Azreen
UMW Toyota Motor Sdn Bhd sentiasa mengambil serius dalam projek kemasyarakatan (CSR) dengan mengadakan pelbagai inisiatif antaranya memperbaiki kehidupan orang ramai.
Sempena dengan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik, Toyota Motor Corporation (TMC) telah memulakan kempen ‘Start Your Impossible’ (SYI) yang menggalakan orang ramai untuk melakukan yang mustahil.
Sebagai sokongan terhadap objektif TMC dalam melaksanakan Start Your Impossible, UMWT turut sama menghulurkan sokongan terhadap kempen terbabit dengan memperkenalkan dua acara kebajikan, Toyota Classic dan Toyota Outrun.
Dibawah payung ‘Start Your Impossible’, UMWT memperkenalkan DUAL HEROES CONCEPT yang menggambarkan seorang atlet tempatan yang sentiasa bertarung dengan kehidupan seharian dan sebagai atlet paralimpik negara.
Menerusi konsep ini, UMWT memilih Atlet Paralimpik Terbaik 2016, Abdul Latif Romly selaku duta SYI.
Latif dipilih susulan kejayaannya memecah rekod lompat jauh T20 sebanyak tiga kali di Sukan Paralimpik 2016.
Penganjuran Toyota Outrun yang diadakan di Bandar Rimbayu, Kota Kemuning baru-baru ini berjaya mencapai objektif apabila meraih dana lebih RM151,000 untuk Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
Angka tersebut berjaya dicapai apabila lebih 3,000 peserta menyertai larian 8 kilometer terbabit termasuk 20 individu kurang upaya.
Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K turut menghamburkan terima kasih kepada yang terlibat.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyertai larian Toyota Outrun ini. Dana yang dikutip akan digunakan sebaik mungkin oleh Majlis Olimpik Malaysia,” jelasnya.
Advertisements |
motogp-selepas-qatar-thailand-turut-batalkan-aksi-di-buriram | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
motogp
MotoGP: Selepas Qatar, Thailand Turut Batalkan Aksi Di Buriram
Posted on March 2, 2020March 2, 2020 by Amirul Azreen
Kerajaan Thailand turut membuat keputusan membatalkan pusingan kedua MotoGP di Buriram susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19.
Keputusan itu disahkan sendiri Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul selepas sesi mesyuarat bersama badan penganjur, hari ini.
“Langkah untuk membatalkan GP Thailand 2020 di Buriram perlu susulan penularan wabak Covid-19. Ini bagi membuktikan komitmen Thailand dalam menangani masalah ini,” jelasnya menurut Bangkok Post.
Thailand membuat penilaian tersebut setelah badan permotoran dunia (FIM) mengumumkan bahawa aksi kelas premier MotoGP di Qatar dibatalkan di samping negara itu kini merekodkan 43 kes Covid-19.
(SUMBER: Bangkok Post)
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
anthony-west-selar-fim-tuduh-marquez-dan-rossi-sebagai-penipu | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
motogp
Anthony West Selar FIM, Tuduh Marquez Dan Rossi Sebagai Penipu
Posted on January 26, 2020 by Amirul Azreen
Sumber: ARRC
Bekas pelumba MotoGP, Anthony West, melabelkan FIM sebagai korup selepas dia dituduh melanggar penggantungan doping oleh badan permotoran dunia itu.
Dia turut mendakwa juara dunia semasa MotoGP, Marc Marquez dan Valentino Rossi sering kali melakukan penipuan bagi merebut kejuaraan dunia.
Segala luahan itu dilakukan menerusi akaun Facebook miliknya:
West bergelut dengan kariernya di litar lumba susulan digantung FIM pada September 2018 ekoran gagal ujian doping buat kali kedua dalam kariernya.
Meskipun digantung, dia membuat keputusan beraksi di Kejohanan Superbike Brazil kerana mempercayai saingan itu tidak berada di bawah kuasa FIM.
Bagaimanapun, dia kemudiannya mendapat amaran dari pihak FIM yang memaklumkan bahawa dia telah melanggar penggantungan yang telah ditetapkan apabila berlumba dengan pasukan Kawasaki Brazil.
Dia turut dipanggil untuk menghadiri FIM International Disciplinary Court bagi menjelaskan tindakannya di samping digesa untuk tidak menyertai sebarang perlumbaan lain sehingga kesnya dibincangkan.
Berang dengan tindakan ini, West kemudiannya menyelar FIM sebagai badan yang korup kerana ‘mereka’ peraturan sendiri agar dia tidak dapat beraksi.
Bukan itu sahaja, dia turut menuduh FIM membenarkan Marquez untuk menjuarai Kejuaraan Moto2 Dunia dengan bantuan ECU khas sementara kejuaraan dunia 500GP Rossi dibantu dengan tayar khas.
Menurut perkongsian di Facebook, West turut menegaskan dia kini mahu bersara daripada arena perlumbaan.
Advertisements |
mercedes-amg-a35-4matic-kini-di-malaysia-rm348888 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Mercedes AMG A35 4MATIC Kini Di Malaysia – RM348,888
Posted on September 24, 2019 by Amirul Azreen
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan Mercedes-AMG A35 4MMATIC Sedan yang direka khas untuk golongan muda yang mencari kereta berprestasi tinggi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weinder menyifatkan Mercedes-AMG A35 4MMATIC Sedan sebagai kenderaan paling tepat untuk menjemput orang ramai merasai pengalaman pertama duni AMG Driving Performance.
“Kami mengangkat segala sejarah AMG ke era moden menerusi Mercedes-AMG A35 4MMATIC Sedan,” katanya.
Keterujaan sama turut dikongsikan Timbalan Presiden, Penjualan dan Pemasaran MBM, Michael Jopp.
“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Mercedes-AMG A35 4MMATIC Sedan kepada pasaran Malaysia. Kami yakin dengan pemanduan dinamik dan kuasa yang ditawarkan model ini akan menarik orang ramai dalam menyelami dunia AMG,” jelasnya.
Enjin 2.0L empat silinder turbo ini menghasilkan 306hp dan 400Nm pada 3,000rpm dan mampu merekodkan 0-100km/j dibawah 4.8 saat dengan segala kuasa itu kemudiannya disalurkan menerusi sistem pemanduan all-wheel 4MATIC.
Difahamkan, model baharu ini dilengkapi dengan program AMG DYNAMIC dibawah program AMG DYNAMIC SELECT yang berfungsi untuk meningkatkan lagi pemanduan.
Mercedes-AMG A35 4MMATIC Sedan turut didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan terbaik antaranya:
AMG RIDE CONTROL turut meningkatkan lagi keselesaan dengan sistem penyerap hentakan boleh laras yang membenarkan pemandu untuk membuat pilihan di antara tiga tetapan.
Mercedes-AMG A35 4MMATIC Sedan kini boleh dimiliki dengan harga RM348,888
Advertisements |
ducati-panigale-v4-superleggera-diperkenalkan-224hp-159kg | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Ducati Panigale V4 Superleggera Diperkenalkan – 224HP, 159KG!
Posted on February 7, 2020January 17, 2021 by Amirul Azreen
Ducati akhirnya mendedahkan Panigale V4 Superleggera 2020 selepas berminggu penantian.
Ramai yang menjangkakan jentera eksklusif ini akan diperkenalkan dalam masa terdekat selepas beberapa gambar termasuk spesifikasi jentera edisi terhad – hanya 500 unit dibina – ini bocor di internet.
Apatah lagi, beberapa klien penting Ducati telah menerima email secara langsung daripada Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali.
Panigale V4 Superleggera ini didatangkan dengan pelbagai teknologi terkini dan luar biasa meskipun tampak seakan-akan Panigale V4R.
Ini kerana, Superleggera ini merupakan V4R yang telah diselubungi gentian karbon – sekaligus menjadikan jentera ini 16 kilogram lebih ringan!
Perkara pertama yang paling menonjol adalah kehadiran biplane winglet yang tampak seakan kapal UFO mahluk asing sementara bahagian fairing didatangkan dengan livery Desmosedici GP-19.
Superleggera ini juga merupakan Panigale paling berkuasa dengan 224hp berjaya dihasilkan enjin 998cc Desmosedici Stradale.
Percaya atau tidak, Panigale V4 Superleggera ini hanya satu kilogram lebih berat berbanding Modenas Pulsar NS200!
Sistem penyerap hentakan pula dikendalikan fork tekanan Ohlins dan titanium shock manakala brek dikendalikan sepasang kaliper brek Brembo Stylema R.
Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan jentera unik ini, anda hanya perlu membelanjakan USD100,000 (RM413,500) dan Ducati akan turut sama menawarakan peluang menunggang WSBK Panigale V4 R dan Desmosedici GP20 di litar.
DU 2019-12-17 1708 RITRATTI
DU 2019-12-17 1708 RITRATTI
DU 2019-12-17 1708 RITRATTI
DU 2019-10-02 MECCANICA 1708
DU 2019-10-02 MECCANICA 1708
DU 2019-10-02 MECCANICA 1708
DU 2019-10-02 MECCANICA 1708
DU 2019-10-02 MECCANICA 1708
DU 2019-10-02 MECCANICA 1708
DU 2019-10-02 MECCANICA 1708
DU 2019-10-02 MECCANICA 1708
DU 2019-10-02 MECCANICA 1708
DU 2019-10-02 MECCANICA 1708
DU 2019-10-02 MECCANICA 1708
DU 2019-10-01 COMPONENTI 1708
DU 2019-10-01 COMPONENTI 1708
DU 2019-10-01 COMPONENTI 1708
DU 2019-10-01 COMPONENTI 1708
DU 2019-10-01 COMPONENTI 1708
Advertisements |
trak-pikap-tahan-lenjan-mitsubishi-triton-quest-dilancarkan-rm79890 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Trak Pikap Tahan Lenjan, Mitsubishi Triton Quest Dilancarkan – RM79,890!
Posted on November 14, 2019November 14, 2019 by Amirul Azreen
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), memperkenalkan kenderaan pikap serba boleh mampu milik, Mitsubishi Triton Quest, hari ini.
Triton Quest merupakan generasi keempat bagi varian Triton sejak diperkenalkan 2008 sebagai Triton Lite.
Quest merupakan varian Triton yang menawarkan spesifikasi tahan lasak sesuai bagi mereka yang mencari kenderaan pikap pelbagai guna.
Antara ciri utama Triton Quest adalah pemanduan mudah, enjin berkuasa, tahan lasak dan ruang tempat letak barang yang luas.
Model baharu ini juga lebih rendah bagi memudahkan pemunggahan barang dan mampu menampung berat sehingga 970 kilogram termasuk penumpang dan kargo sekaligus menjadikan Triton Quest pikap dengan ruang tempat letak barang paling luas bagi segmen ‘low rider’.
Meskipun ditawarkan dengan harga paling murah namun Triton Quest didatangkan dengan enjin 2.5 liter diesel berkuasa turbo yang menghasilkan 108.4hp dan 200Nm yang disalurkan menerusi transmisi manual lima kelajuan.
Pada masa sama, model ini turut didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan antaranya:
Electronic Time & Alarm (ETACS)
Lane Change Turn Signal System
Power Window Timer
Headlamp Auto Off
Open Door Alarm
Auto Door Relock System
Auto Speed Adjustable Wipers
Dual SRS Airbags
ABS
Menariknya, Mitsubishi Triton Quest merupakan jentera pikap paling mampu milik dalam pasaran dengan harga RM79,890 dan didatangkan dengan waranti lima tahun atau 100,000km.
Advertisements |
shell-malaysia-hulur-bantuan-kepada-barisan-hadapan-negara | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Shell Malaysia Hulur Bantuan Kepada Barisan Hadapan Negara!
Posted on April 8, 2020 by Amirul Azreen
Shell Malaysia menawarkan sokongan terhadap barisan hadapan negara menerusi beberapa inisiatif dengan harapan membantu dalam mengurangkan beban yang dihadapi hero negara.
Antaraya, menyumbang hand sanitizer, air mineral, makanan dan minuman kepada barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Malah, Shell turut menyumbang barangan keperluan kepada komuniti tempatan dan barisan hadapan menerusi stesen minyak Shell seluruh negara.
Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain menyifatkan inisiatif ini penting dalam mengharungi pandemik Covid-19.
“Untuk rakyat Malaysia terus hidup, penting untuk kita semua saling bantu-membantu antara satu sama lain. Shell komited dalam memastikan kehidupan komuniti berada dalam keadaan baik dan kami mahu melakukan yang terbaik dalam membantu barisan hadapan membendung pandemik ini.
“Kami juga memiliki barisan hadapan sendiri yang saban hari mengambil berat keperluan pelanggan. Sebagai perkhidmatan perlu, kami komited dalam memastikan rakyat Malayia mendapat keperluan masing-masing menerusi stesen minyak Shell,” jelansya.
Pada masa sama, bagi menghulur bantuan terhadap barisan hadapan, ahli Bonuslink boleh menawarkan sokongan dengan menyumbang setiap 100 mata -bersamaan RM1 – yang akan disalurkan kepada tabung Covid-19.
Sumbangan boleh dibuat menerusi www.bonuslink.com.my atau menerusi aplikasi Bonuslink.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
proton-saga-2019-model-popular-rakyat-malaysia-kembali-harga-dari-rm32800 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Proton Saga 2019: Model Popular Rakyat Malaysia Kembali, Harga Dari RM32,800!
Posted on August 6, 2019August 7, 2019 by Amirul Azreen
Selepas memperkenalkan kemaskini baharu bagi model Proton Persona, Iriz dan Exora sebelum ini, pengeluar kereta nasional itu melancarkan Proton Saga edisi baharu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC), hari ini.
Model pilihan utama rakyat Malaysia itu masih kekal dengan enjin 1.3 liter namun telah ditambah baik dengan transmisi empat kelajuan Hyundai Powertech – menggantikan CVT – yang dijamin menyuntik pemanduan lancar dan selesa serta paling penting, jimat minyak.
Seperti Iriz, Persona dan Exora, model ‘facelift’ Saga ini turut didatangkan dengan rekaan gril depan yang tampak moden dan lebih segar sesuai dengan peredaran masa.
Saga baharu ini turut menampilkan lampu LED di bahagian bumper depan bagi menyerlahkan lagi kehadiran di waktu siang dan malam.
Bagi mewujudkan rupa keseluruhan yang lebih sporty, Proton turut melengkapkan Saga dengan rekaan rim baharu.
Selain daripada perubahan di bahagian luar, bahagian dalam turut mendapat perubahan drastik terutamanya di bahagian ‘dashboard’.
Orang ramai kini disajikan dengan paparan hiburan terapung dan panel meter baharu.
Proton Saga 2019 turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan bertaraf tinggi antaranya:
Airbag SRS depan
ABS
Electronic Brake Distribution (EBD)
Brake Assist
Electronic Stability Control (ESC)
Traction Control System
Hill Hold Assist
Rear Seat ISOFIX
Front Parking Sensor
Rear Parking Sensor
Reverse Camera
Anti-Theft Alarm/Immobilizer
Proton Saga ‘facelift’ ini juga dijangka bakal menarik pembeli dengan harga mampu milik seperti berikut:
1.3L STANDARD MT – RM32,800
1.3L STANDARD AT – RM35,800
1.3L PREMIUM AT – RM39,800
Advertisements |
tempahan-dibuka-untuk-sym-maxsym-tl500-rm35888 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Tempahan Dibuka Untuk SYM Maxsym TL500- RM35,888!
Posted on April 18, 2020 by Amirul Azreen
Pengedar rasmi jenama SYM di Malaysia, MForce Bike Holdings membuka tempahan bagi SYM Maxsym TL500 2020.
Difahamkan, jentera ini sepatutnya dilancarkan bulan ini namun susulan Perintah Kawalan Pergerkan (PKP), perancangan itu dibawa ke tarikh lain yang akan diumumkan kemudian.
Bernadikan enjin dua silinder 465cc yang menghasilkan 40hp pada 6,750rpm dan 42.5Nm pada 6,250rpm, skuter ini mampu merekodkan kelajuan maksima (top speed) 139km/j.
Sementara itu, SYM Maxsym TL500 menggunakan kotak gear jenis CVT kuasa itu disalurkan menerusi penggunaan chain drive (rantai) dan bukannya belt drive berbanding skuter lain dalam pasaran.
Antara ciri lain yang terdapat pada SYM Maxsym TL500:
fork depan USD
monoshock
klac basah (wet clutch)
penghadang angin boleh laras (adjustable windshield)
tangki 12.5 liter
skrin TFT berwarna 4.5 inci
tayar 15′ = 120/70 depan dan 160/60 belakang
Pada masa sama, model ini turut dilengkapi dengan sistem ABS dan cakera brek hidraulik 275mm dan penggunaan lampu LED depan dan belakang.
Advertisements |
yamaha-ego-solariz-warna-baharu-harga-lama-rm5234 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Yamaha
Yamaha Ego Solariz: Warna Baharu, Harga Lama – RM5,234
Posted on December 11, 2019 by Amirul Azreen
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan empat kemasan warna baharu bagi Yamaha Ego Solariz 2019.
Warna baharu ini terdiri daripada Merah, Biru, Cyan dan Emas.
Ego Solariz merupakan skuter pilihan terbaik bagi mereka yang mahu berjinak dengan jentera dua roda dan boleh didapati di setiap pengedar rasmi Yamaha seluruh negara.
Harga RM5,234 turut dikekalkan bagi pilihan warna baharu ini.
Yamaha Ego Solariz menawarkan tangki 4.2 liter dengan berat 94 kilogram.
Dikuasakan enjin 125cc satu silinder dengan teknologi Blue Core, skuter ini menawarkan 9.4hp ada 8,000rpm dan 9.6Nm pada 5,500rpm.
Advertisements |
jatuh-sakit-di-dubai-ambulans-chevrolet-corvettte-dan-nissan-gt-r-sedia-membantu | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Jatuh Sakit Di Dubai? Ambulans Chevrolet Corvettte Dan Nissan GT-R Sedia Membantu!
Posted on October 10, 2019 by Amirul Azreen
Di negara lain, amat sukar untuk melihat kelibat sebuah ‘supercar’ tetapi di Dubai, ‘supercar’ digunakan sebagai kereta harian terutamanya bagi pihak berkuasa tempatan yang sememangnya menggunakan kereta berkuasa tinggi sebagai jentera peronda.
Bagaimanapun, kali ini servis ambulans Dubai turut dinaik taraf kepada penggunaan kereta ‘supercar’.
Dubai Corporation For Ambulance Services mengumumkan – menerusi laman Facebook – bahawa mereka telah mendapatkan dua jentera sebagai kenderaan kecemasan, sebuah Chevrolet Corvette dan Nissan GT-R.
Menurut laporan GTSpirit, kedua-dua jentera ini bukanlah bertindak sebagai ambulans tradisional yang akan membawa pesakit ke hospital, sebaliknya akan bertindak sebagai kenderaan respon pertama yang akan sampai ke tempat pesakit empat ke lapan minit lebih awal untuk menghulurkan bantuan sebelum ketibaan ambulans.
Sementara itu, kehadiran dua ambulans ‘supercar’ ini akan turut kelihatan di tempat tumpuan pelancong dan beberapa acara sukan terpilih.
Sebelum ini, Dubai Corporation Ambulance Service turut mengguna pakai Nissan 370Z dan Ford Mustang.
(SUMBER: Motor1.com)
Advertisements |
adam-norrodin-ganti-khairul-idham-pawi-di-gp-san-marino | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
motogp
Adam Norrodin Ganti Khairul Idham Pawi Di GP San Marino
Posted on September 3, 2019 by Amirul Azreen
Adam Norrodin bakal mengisi tempat Khairul Idham Pawi di Petronas Sprinta Racing Moto2 bagi perlumbaan di San Marino minggu depan.
Khairul Idham Pawi masih lagi dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan tangan yang serius.
Berdasarkan portfolio, Norrodin bukanlah nama asing bagi Petronas Sprinta tatkala pernah mewakili pasukan itu di saingan Moto3 pada tahun 2016-2018.
Bagaimanapun, aksi sulung Norrodin di Litar Antarabangsa Misano minggu depan bakal menyaksikan pelumba berusia 21 tahun itu merasai buat kali pertama keupayaan enjin Triumph.
Sementara itu, pengurus pasukan, Dato Razlan Razali menyifatkan pemilihan Norrodin tepat dengan objektif pasukan dalam membentuk pelumba tempatan berkeupayaan tinggi.
“Salah satu objektif utama kami adalah melahirkan bakat muda dikalangan pelumba tempatan. Tatkala Khairul Idham Pawi masih lagi dalam tempoh pemulihan, kami berasakan Adam Norrodin layak diberi peluang untuk mencuba kelas Moto2 di peringkat tinggi.
“Kami telah menggunakan khidmat pelumba berpengalaman bagi menggantikan Pawi jadi kami telah mendapat pelbagai maklum balas dari mereka.
“Peluang ini amat penting bagi membantu Adam dalam meningkatkan lagi perkembangannya,” ujar Razlan..
Advertisements |
hampir-semua-cawangan-toyota-dan-lexus-kembali-operasi | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Hampir Semua Cawangan Toyota Dan Lexus Kembali Operasi
Posted on May 4, 2020 by Amirul Azreen
Pusat jualan dan servis Toyota dan Lexus yang terletak dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kembali beroperasi hari ini.
Pengumuman itu dibuat UMW Toyota Motor (UMWT) yang membuka semula operasi dan premis tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengikut negeri masing-masing.
Semua cawangan akan beroperasi mengikut garis panduan yang wajib dipatuhi antaranya penjarakan sosial, sanitasi kerap serta bayaran tanpa tunai (cashless) bagi mengurangkan interaksi antara kakitangan dan pelanggan.
Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K menegaskan pihaknya akan menggariskan SOP ketat di semua cawangan.
“Kami akan mengikut panduan serta SOP yang gariskan dengan ketat di semua cawangan-cawangan rasmi yang mula beroperasi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pelanggan dan juga pekerja.
“Diharapkan para pelanggan dapat memahami semua keperluan yang diambil ini bagi menjamin kepentingan dan keselamatan umum,”jelasnya.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi 1800-8-TOYOTA (869682) atau 1-800-88-LEXUS (54987).
Advertisements |
saman-tertunggak-sejak-2000-seorang-warga-singapura-terpaksa-bayar-rm28000 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Saman Tertunggak Sejak 2000, Seorang Warga Singapura Terpaksa Bayar RM28,000
Posted on September 30, 2019 by Amirul Azreen
Seorang warga Singapura berusia 60 tahun terpaksa membayar RM28,000 tatkala memiliki lebih 116 saman tertunggak sejak tahun 2000.
Lelaki tersebut antara ribuan pengguna jalan raya lain yang ditahan dalam operasi Ostwa yang dijalankan berhampiran Muzium Tokoh, semalam.
Operasi tersebut turut dijalankan di kawasan rehat Gelang Patah.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Nadzri Hussain, lebih 3,174 saman yang dikeluarkan terhadap 2,687 warga Singapura dan 287 warga tempatan telah diselesaikan.
Difahamkan, jumlah kuitpan saman ketika ini telah mencapai RM611,000 bagaimanapun, Nadzri menjangkakan angka tersebut mampu naik sehingga RM750,000.
Menurut laporan Free Malaysia Today, sebanyak 247,278 saman tertunggak oleh warga Singapura sejak tahun 2000.
Berkuatkuasa esok (1 Oktober 2019), individu yang memandu kenderaan keluar dan masuk Malaysia perlu mendaftarkan kenderaan terbabit menerusi sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP).
Hanya kenderaan yang dipasang peranti VEP-RFID akan dibenarkan masukan ke dalam Malaysia sebaik dikuatkuasakan.
Pada masa sama, Nadzri menegaskan bahawa semua warga Singapura perlu melunaskan tunggakan saman sebelum dibenarkan kembali ke Singapura sebaik sistem VEP dilancarkan.
(SUMBER: Free Malaysia Today)
Advertisements |
pinjaman-360-macan-s-antara-tumpuan-utama-di-porsche-sportscar-together-day | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Pinjaman 360, Macan S Antara Tumpuan Utama di Porsche Sportscar Together Day
Posted on August 3, 2019 by Amirul Azreen
Antara acara ditunggu-tunggu peminat dan pemilik Porsche di Malaysia, Porsche Sportscar Together Day telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.
Acara tersebut merupakan julung kalinya diadakan di Malaysia selepas kejayaan pertama yang dianjurkan tahun lalu bagi meraikan ulangtahun ke-70 Porsche.
Sejarah baharu turut dilakar apabila Porsche Sportscar Together Day menyaksikan perhimpunan Porsche terbesar di litar lumba di Malaysia.
Selain daripada keseronokan berkongsi minat yang sama, Sime Darby Auto Performance (SDAP) turut mengumumkan program kewangan terbaru – Pinjaman 360 (360 Leasing) – yang membenarkan pemilik memandu model Porsche serba baharu selama tiga tahun atau 60,000km tanpa perlu bimbang tentang ‘resale value’.
Pelanggan hanya perlu membayar bayaran pinjaman setiap bulan sepanjang tempoh pinjaman tersebut dan sebaik tempoh berakhir, pelanggan diberi pilihan sama ada untuk naik taraf model Porsche.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan menikmati pakej insurans komprehensif termasuk cermin depan dan perlindungan daripada bencana alam, cukai jalan dan bantuan tepi jalan 24 jam oleh Porsche Assist.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang 360 Leasing, layari http://dealer.porsche.com/malaysia/. Kalkulator turut disediakan bagi memudahkan pelanggan membuat kiraan.
Sempena dengan Sportscar Together Day, SDAP turut memperkenalkan Macan S serbah baharu selepas melancarkan model asas – Macan – di pusat pameran Porsche Sungai Besi, baru-baru ini.
Turut menghangatkan acara hari ini, pengunjung disambut dengan barisan model Porsche 911 dari generasi pertama hingga terbaru, Porsche 911 Carrera 4S yang bernilai RM1.2 juta!
Kanak-kanak turut diberi peluang untuk merasai pengalaman pemanduan Porsche menerusi permainan e-sports dan Program Junior Porshce.
Advertisements |
jual-yamaha-rxz-2009-tujuh-buah-helmet-rm165-ribu | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Yamaha
Jual Yamaha RXZ 2009, Tujuh Buah Helmet – RM165 Ribu
Posted on December 9, 2019 by Amirul Azreen
Seorang pengguna Facebook, Apish Seth, menjadi viral apabila berniat untuk menjual sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dan tujuh buah helmet.
Bagaimanapun, yang mencuri perhatian adalah harga yang dipinta sebanyak RM165,000!
Menurut perkongsian terebut, jentera RXZ itu merupakan model tahun 2009 dan dilengkapi rim ar125 sementara tujuh helmet tersebut terdiri daripada jenama Arai dan Shoei.
Perkongsian tersebut setakat ini telah pun mencecah 1,700 komen dan 3,000 share dengan rata-rata netizen berpendapat harga yang diminta seakan tidak masuk akal.
Awal tahun ini, sebuah kedai motosikal mencuri tumpuan apabila mengiklankan dua motosikal jenis sama dengan harga RM47 ribu di Masai, Johor Bahru.
Persoalannya, adakah harga RM165 ribu ditawarkan berbaloi bagi sebuah motosikal RXZ dan tujuh buah helmet?
Advertisements |
ford-ranger-raptor-baharu-dapat-suntikan-enjin-2-7l-v6-325hp | Moto Malaya
Ford Ranger Raptor Baharu Dapat Suntikan Enjin 2.7L V6 – 325HP
Posted on July 7, 2020July 7, 2020 by Amirul Azreen
Generasi baharu Ford Ranger Raptor kini dalam pembikinan dengan wujudnya laporan Ford bakal melakukan pembaharuan dari segala aspek termasuk memperkenalkan enjin baharu.
Enjin 2.7L tersebut dikhabarkan akan menjana 325hp dan 542Nm yang akan disalurkan menerusi transmisi 10-kelajuan.
Bagaimanapun, bagi pasaran luar terutamanya di Asia dan Eropah, model ini akan ditawarkan dengan dua varian yang mengguna pakai enjin diesel.
Varian standard dijangka didatangkan dengan enjin 2.0L twin-turbo diesel yang menjana 210hp sementara varian 3.0L V6 diesel menawarkan 255hp dengan 600Nm.
Kedua-duanya dilengkapi dengan kotak gear 10-kelajuan dengan AWD.
Pada masa sama, dijangka model baharu ini juga akan menawarkan ruang yang lebih luas dengan pelbagai ciri keselamatan dan teknologi baharu akan diperkenalkan.
Advertisements |
modenas-power-store-kini-tawarkan-khidmat-towing-menerusi-moto-aid | Moto Malaya
Modenas Power Store Kini Tawarkan Khidmat Towing Menerusi Moto Aid!
Posted on June 17, 2020June 17, 2020 by Amirul Azreen
Perkara yang paling meresahkan ketika motor rosak adalah mencari jalan untuk membawa jentera kesayangan ke bengkel dengan mudah dan selamat.
Memahami perkara ini, Modenas Power Store Kota Damansara kini menawarkan khidmat towing menerusi Moto Aid bagi motosikal jenis Pulsar NS200/RS200, Dominar D400 dan V15.
Moto Aid merupakan antara syarikat towing dipercayai di Malaysia dengan hampir 10 tahun pengalaman mengendalikan motosikal rosak atau kemalangan di sekitar Lembah Klang, bahagian Selatan dan Utara tanah air.
Menariknya, perkhidmatan Moto Aid beroperasi selama 24 jam seminggu, 365 hari sekaligus memudahkan pemilik yang memerlukan jentera mereka untuk dihantar ke Modenas Power Store.
Menerusi kerjasama ini, pelanggan yang mahu menghantar jentera mereka ke Modenas Power Store akan ditawarkan dengan harga istimewa.
Bagi yang berminat untuk menghantar jentera untuk dibaik pulih atau membuat tuntutan insurans ekoran kemalangan, diminta hubungi Modenas Power Store di +60128003470.
Advertisements |
pelanggan-bertuah-bawa-pulang-bmw-z4-serba-baharu | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Pelanggan Bertuah Bawa Pulang BMW Z4 Serba Baharu!
Posted on February 24, 2020February 24, 2020 by Amirul Azreen
Siapa sangka, hadiah persaraan dari anak perempuan sendiri yang berupa sebuah BMW X1 yang dibeli di Quill Automobiles membawa tuah, apabila dia muncul pememang Hadiah Utama peraduan X Marks The Future Contest.
Dianjurkan oleh Quill Automobiles sebagai inisiatif dalam meraikan roadster klasik terbabit, lebih 3,000 penyertaan telah pun diterima dalam tempoh 6 bulan sejak dilancarkan pada Julai 2019.
Wong Ngai Chee muncul pemenang menerusi cabutan rawak sekaligus membawa pulang sebuah BMW Z4 serba baharu.
“Saya tidak merancang untuk hadir ke upacara tersebut, saya gembira saya mengambil keputusan untuk menghadirkan diri, hari ini,” jelas Wong yang terus menghubungi ahli keluarganya bagi menyampaikan berita baik itu.
Sementara itu, pemenang kedua, Millie Yap membawa pulang sebuah set bagasi TUMI bernilai RM2,690 diikuti pemenang ketiga, Angeline Kwan menerima baucar makan malam di Pe Petit Chef bernilai RM1,998.
Alex Tang, Pengedar Utama Quill Automobiles menyifatkan peraduan X Marks The Future sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan setia Quill Automobiles.
“Kami mahu pelanggan kami tahu bahawa setiap pembelian di Quill Automobiles merupakan pengalaman yang memuaskan. Ia merupakan suatu penghargaan buat kami untuk menghadiahkan para pelanggan yang sangat teruja untuk menang,” jelasnya.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
kenali-volskpod-motosikal-mini-berunsurkan-vw-beetle | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Kenali Volskpod, Motosikal Mini Berunsurkan VW Beetle
Posted on November 13, 2019 by Amirul Azreen
Budaya kereta kustom bukan perkara baharu apatah lagi menggunakan bahagian lama untuk menghidupkan kembali sebuah kereta lain tetapi menggunakan bahagian kereta lama untuk menghasilkan sebuah motosikal mini mungkin satu perkara asing.
Seorang pereka, Brent Walter, telah menghasilkan motosikal mini dengan menggunakan bahagian daripada Volkswagen Beetle Type 1.
Walter mengambil empat bahagian fender daripada Beetle Type 1 lalu menggabungkan enjin 79cc bagi menghasilkan Volkspod.
Rekaan keseluruhan tampak seperti jentera yang lahir di era 90an terutamanya dengan handlebar yang lebar serta lampu bulat di bahagian depan dan belakang yang menyamai rekaan pada Beetle Type-1.
Bagi yang menghargai era klasik, The Volkspod mungkin jentera yang sesuai untuk anda!
(SUMBER: YankoDesign)
Advertisements |
dorna-batal-motogp-musim-2020-pilihan-terakhir | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
motogp
Dorna: Batal MotoGP Musim 2020 Pilihan Terakhir
Posted on April 11, 2020 by Amirul Azreen
Dorna menegaskan bahawa cadangan untuk membatalkan musim MotoGP adalah pilihan terakhir.
Desas-desus mengenai pembatalan MotoGP musim 2020 timbul susulan pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.
Menurut FIM, sebarang kejuaraan dunia memerlukan sekurang-kurangnya 13 perlumbaan dan ketika ini peluang itu hampir terjejas dengan pembatalan beberapa venue.
“Kami sentiasa berbincang dengan FIM, IRTA MSMA dan promoter GP bagi mengenal pasti siuasi semasa. Sasaran kami adalah memastikan perlumbaan akan terus diadakan sebalik senario kembali selamat.
“Objektif utama adalah memastikan musim 2020 berjalan dengan seberapa banyak perlumbaan yang boleh, dan cadangan pembatalan musim ini adalah pilihan terakhir,” jelas Dorna dalam satu kenyataan.
Setakat ini, GP Qatar (dibatalkan) sementara, Thailand, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol, Perancis dan terbaru Itali telah pun ditunda ke tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
ducati-streetfighter-v4-178kg-208hp | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Ducati Streetfighter V4 – 178KG, 208HP
Posted on October 15, 2019October 15, 2019 by Amirul Azreen
Ducati memuat naik ‘teaser’ Streetfighter V4 terbaru di laman sosial Facebook dan Twitter mereka.
Video berdurasi hanya 24 saat itu mendedahkan beberapa ciri penting yang terdapat pada jentera tersebut.
Mengguna pakai enjin Desmosedici Stradale – Desmosedici bererti ‘desmodromic V4 sementara Stradale bermaksud ‘road’ – seperti yang terdapat pada Panigale V4.
Saksikan video teaser di bawah:
http://motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2019/10/Ducati-Streetfighter-V4.mp4
Dalam video tersebut, Ducati mendakwa jentera liar ini hanya 178 kilogram dan enjin tersebut mampu menjana 208hp!
Ducati Streetfigter V4 mencuri tumpuan sejak beberapa gambar didedahkan beberapa bulan lalu.
Jentera tersebut turut mencetus kontroversi di Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC) apabila meragut nyawa pelumba, Carlin Dunne, yang dipertanggungjawabkan untuk menguji jentera tersebut, Julai lalu.
Ducati bakal memperkenalkan Streetfighter V4 dan beberapa jentera lain di Ducati World Premier menerusi strim langsung, 23 Oktober ini.
Advertisements |
mercedes-ferrari-boleh-pergi-jalan-jeremy-clarkson | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Mercedes, Ferrari Boleh Pergi Jalan – Jeremy Clarkson
Posted on July 22, 2019July 22, 2019 by Amirul Azreen
Sumber: StadiumAstro
Baru-baru ini, selebriti terkenal dalam dunia automotif, Jeremy Clarkson meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sukan Formula 1 dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke Youtube.
“Ferrari can f**k off, Mercedes can f**k off,” demikian kenyataan pertamanya dalam video berdurasi 3.17 minit itu.
Clarkson sememangnya dikenali sebagai individu yang lantang dan bekas pengacara Top Gear itu – yang kini mengacarakan The Grand Tour bersama James May dan Richard Hammond – kembali mencetuskan kontroversi dengan mengkritik sukan F1 secara terbuka.
Menurut video yang dimuat naik Drivetribe, Clarkson menyifatkan F1 kini membosankan.
“Saya lebih sanggup melihat pokok tumbuh daripada menyaksikan F1. Sedangkan saya cintakan sukan F1!
“Pada pendapat saya, mereka perlu menyingkirkan pegawai perlumbaan (FIA). Mereka perlu sedar, penonton gemar sukan F1 kerana ia perlumbaan yang membahayakan dan berisiko tinggi.
“Pada masa sama, kereta yang dihasilkan perlu lebih kukuh dan kuat. Ketika ini setiap kali berlaku perlanggaran, cebisan chasis melayang sana sini,” jelasnya.
Clarkson turut mengambil peluang untuk mengkritik Ferrari dan Mercedes.
“Ferrari dan Mercedes boleh pergi jalan. Kita perlu mengembalikan status F1 sebagai sukan permotoran sebenar dan bukannya sebagai pusat latihan keselamatan.
“Hari ini saya lebih sanggup menyaksikan Formula E!” tambahnya.
Pengacara berusia 59 tahun itu turut menegaskan ada sesuatu yang tidak kena dengan F1 dan langkah drastik perlu diambil bagi menyelamatkan sukan itu.
“Ketika pusingan di Silverstone, saya menyaksikan sukan tenis sementara anak saya, yang mempunyai minat mendalam dengan kereta sibuk menonton aksi final kriket. Jelas terdapat sesuatu yang tidak kena dengan F1,” ujarnya lagi.
Saksikan video tersebut di bawah:
(SUMBER: Drivtribe @ Youtube)
Advertisements |
hari-ini-peluang-terakhir-untuk-pasang-rfid-secara-percuma | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Hari Ini Peluang Terakhir Untuk Pasang RFID Secara Percuma!
Posted on February 11, 2020 by Amirul Azreen
Bagi yang mahu memasang RFID secara percuma, hari ini merupakan hari terakhir bagi yang berminat kerana bermula 15 Februari, caj pemasangan RM35 dikenakan seperti yang diumumkan Touch ‘n Go baru-baru ini.
Meskipun masih berbaki tiga hari tetapi sistem RFID akan menjalani penyelenggaraan dari 12 hingga 14 Februari ini.
Menurut Touch ‘n Go, pemasangan tag RFID hanya boleh didapati di 14 lokasi sekitar Lembah Klang dan dua lokasi di Johor Bahru.
Bagi yang berminat untuk melakukan pemasangan hari ini diingatkan untuk mempunyai aplikasi Touch n’Go eWallet dan mendaftar DISINI.
Advertisements |
bodo-chronus-kereta-elektrik-popular-di-china-masuk-pasaran-eropah | BERITA ANTARABANGSA
Bodo Chronus, Kereta Elektrik Popular Di China Masuk Pasaran Eropah
Posted on May 19, 2020 by Amirul Azreen
Bukan salah ejaan ataupun ‘typo’, Bodo merupakan jenama kereta elektrik berkuasa rendah yang popular di China.
Menurut laporan Wall Street Journal, kereta elektrik ini merupakan jenis Low Speed Electric Vehicle (LSVE) dan cukup popular di negara tersebut sebagai kenderaan jarak dekat.
Dikenali sebagai Bodo Chronus (kami dah ‘check’ beberapa kali memang itulah namanya), kereta ini tidak memerlukan lesen untuk dipandu dan hanya boleh merekodkan kelajuan maksima sekitar 69 km/j sahaja.
Bodo mendakwa Chronus dikuasakan dengan motor 7.5kw dan menawarkan 10hp dan didakwa mampu pergi sejauh 120 kilometer dengan setiap caj penuh.
Bodo juga telah pun memecah pasaran Eropah menerusi Cyprus, Bulgaria, Malta dan Greece sekaligus membuktikan mereka sebenarnya agak bijak.
Bagaimanapun, meskipun tampak sebagai kereta murah, Bodo Chronus ditawarkan sekitar EUR12,900 (RM61,000). Terkejut? Kami pun sama.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
johor-dapat-suntikan-rm336-juta-untuk-naik-taraf-jalan-raya | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Johor Dapat Suntikan RM336 Juta Untuk Naik Taraf Jalan Raya
Posted on February 17, 2020 by Amirul Azreen
Gambar hiasan
Kerajaan negeri Johor telah diberikan suntikan dana sebanyak RM336 Juta oleh kerajaan pusat untuk naik taraf jalan raya di negeri itu.
Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, RM65 juta daripada dana terbabit telah pun disalurkan bagi fasa pertama projek Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).
Projek tersebut turut membuka peluang kepada lebih 545 tawaran bekerja dengan undian terbuka telah pun dijalankan bagi memberi peluang kepada semua kontraktor untuk mendapatkan pekerjaan terbabit.
“Cara ini akan memastikan pelantikan kontraktor adalah telus,” jelas Datuk Dr Sahruddin menurut laporan Bernama.
(SUMBER: theSundaily)
Jangan lupa ikuti kami di Youtube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
bengkel-ubah-suai-motosikal-dalam-pemantauan-bukit-aman | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Bengkel Ubah Suai Motosikal Dalam Pemantauan Bukit Aman
Posted on January 16, 2020 by Amirul Azreen
Sumber: Fiveprime
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, menegaskan pihaknya memandang serius aktiviti mengubah suai motosikal di Malaysia.
Kenyataan itu merujuk kepada budaya pengubahsuaian motosikal yang sering dilakukan terhadap kapcai 150cc kebawah bagi menambah kelajuan.
Menurut laporan Sinar Harian, Datuk Azisman mendedahkan bagi 2019, lebih 4,087 motosikal telah dikenakan tindakan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ).
Tambahnya lagi, Bukit Aman turut melakukan pemantauan dan risikan terhadap bengkel yang dikenal pasti terlibat dalam melakukan ubah suai dan menguji jentera terbabit di jalan raya awam.
Sekiranya didapati bersalah, pemilik bengkel akan berdepan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda RM2,000 di samping lesen digantung lebih setahun.
(SUMBER: Sinar Harian)
Advertisements |
anggap-avintia-pasukan-kerdil-zarco-mohon-maaf | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
motogp
Anggap Avintia Pasukan Kerdil, Zarco Mohon Maaf
Posted on January 23, 2020 by Amirul Azreen
Tatkala ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang semakin hampir, pelumba MotoGP, Johann Zarco membuat permohonan maaf terhadap pasukan baharunya, Avintia Ducati.
Zarco membuat kenyataan tersebut sebelum ditawarkan slot selaku pelumba bagi musim 2020.
Dia turut menegaskan lebih sanggup turun ke Moto2 daripada menyertai Avintia yang dianggapnya sebagai pasukan kerdil.
Pelumba Perancis itu bakal beraksi berbekalkan enjin Desmosedici musim lalu namun dengan sokongan Ducati yang telah menaik taraf status Avintia selaku pasukan satelit.
Bagaimanapun, Zarco menyifatkan komitmen Ducati untuk membantu Avintia mengubah pandangannya terhadap pasukan itu.
“Penglibatan Ducati menghilangkan kebimbangan saya. Meskipun membawa nama Avintia namun kami tahu ini adalah pasukan Ducati.
“Saya bercakap dengan Avintia, dan memohon maaf namun mereka akui dengan situasi mereka ketika itu tidak hairan tiada pelumba mahu sertai kami,” jelas Zarco.
Pada masa sama, Zarco yakin dia mampu merebut slot di pasukan factory Ducati.
“Saya perlu mendapatkan keputusan cemerlang dan menewaskan pelumba mereka untuk dipertimbangkan sebagai calon,” tambahnya.
Advertisements |
patah-tulang-selangka-doviziso-dikejarkan-ke-hospital | Moto Malaya
Patah Tulang Selangka, Doviziso Dikejarkan Ke Hospital
Posted on June 29, 2020June 29, 2020 by Amirul Azreen
Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso telah dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan tulang selangka (collarbone) selepas mengalami kemalangan.
Sumber: Andrea Dovizioso @ Twitter
Dia terlibat dalam kemalangan serius ketika perlumbaan motocross di Itali.
Selain aksi di MotoGP, Dovizioso sering melibatkan dengan sukan motocross dan sewaktu kejadian dia sedang bertanding di Faenza selepas mendapat kebenaran daripada pihak Ducati.
Bagaimanapun, dia mengalami kemalangan sebaik mendarat daripada melakukan lompatan dan insiden itu memberi impak serius terhadap tulang selangka- nya lantas digegaskan ke hospital Forli.
Pelumba berusia 34 tahun itu akan menjalani pembedahan di Modena dalam usaha menyiapkan diri menghadapi pembukaan tirai MotoGP pada 19 Julai ini di Jerez, Sepanyol.
Pembedahan tersebut dijangka akan merencatkan persiapan Dovizioso menjelang pembukaan musim ini.
Ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
marquez-menyamai-rekod-mick-doohan-zarco-bermula-di-petak-ketiga | BERITA ANTARABANGSA
Honda
Moto Malaya
motogp
Marquez Menyamai Rekod Mick Doohan, Zarco Bermula Di Petak Ketiga
Posted on August 4, 2019 by Amirul Azreen
Sumber: ultimatemotorcycling
Marc Marquez yang mengambil risiko dalam penggunaan tayar ketika sesi kelayakan di litar Brno semalam berjaya merekodkan petak pertama buat kali ke-58 sekaligus menyamai rekod disandang Mick Doohan.
Pelumba Repsol Honda itu memilih untuk menggunakan tayar jenis ‘slick’ meskipun hujan baharu sahaja berhenti dan berjaya mencatat masa 2 minit 02.753 saat – 2.524 saat lebih pantas berbanding Jack Miller daripada Pramac Ducati.
Sementara itu, pelumba Perancis, Johan Zarco – yang berjaya melepasi sesi kelayakan pertama buat julung kalinya musim ini – berjaya membawa pasukan KTM menduduki petak ketiga.
Dalam perkembangan sama, pencabar terdekat Marquez, Andrea Dovizioso (Ducati) yang ketinggalan 58 mata di belakang, bakal bermula di petak keempat.
Advertisements |
pandu-lalu-ujian-covid-19-di-klinik-kesihatan-pandamaran | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Pandu Lalu Ujian Covid-19 Di Klinik Kesihatan Pandamaran
Posted on April 15, 2020 by Amirul Azreen
Penduduk di Klang, Selangor boleh menjalani ujian Covid-19 dengan mudah menerusi konsep pandu lalu di Klinik Kesihatan Pandamaran di Port Klang.
Klinik kesihatan tersebut merupakan satu-satunya yang menawarkan ujian Covid-19 di Klang.
Bagaimanapun, ujian tersebut hanya dibenarkan bagi mereka yang telah membuat temu janji awal.
Menurut laporan The Star, orang ramai yang telah membuat temu janji akan menerima mesej daripada Jabatan Kesihatan Selangor atau Kementerian Kesihatan.
ADUN Pandamaran, Tony Leong menjelaskan bahawa orang ramai yang perlu menjalani ujian tersebut adalah mereka yang baru pulang dari luar negara atau ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19.
Ujian Covid-19 secara pandu lalu itu dilaksanakan di stadium hoki berhadapan dengan klinik tersebut dan menempatkan tiga kaunter ujian.
Orang awam yang telah membuat temu janji hanya perlu membawa kad pengenalan sebagai bukti.
Kemudian, petugas kesihatan akan membuat tiga ‘swab’ daripada lubang hidung kiri dan kanan serta mulut.
Seterusnya, akan menerima surat arahan untuk kuarantin diri selama 14 hari dari tarikh ujian.- The Star
Jangan lupa ikuti kami di Youtube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
hafizh-syahrin-kembali-ke-pangkuan-petronas-sprinta-di-moto2 | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
motogp
Hafizh Syahrin Kembali Ke Pangkuan Petronas Sprinta Di Moto2?
Posted on August 30, 2019 by Amirul Azreen
Sejak KTM Tech3 mengumumkan Brad Binder akan ambil alih tempat Hafizh Syahrin, desas-desus mengenai masa depan pelumba negara itu terus bertiup kencang.
Pelumba berusia 25 tahun itu sendiri mengakui telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pasukan di Moto2 tatkala kontraknya bersama Tech3 tidak lagi di sambung bagi musim 2020.
Sementara itu, keputusan mengejutkan daripada Johann Zarco yang mahu meninggalkan pasukan itu hujung musim ini turut mencetuskan spekulasi bahawa Tech3 akan menawarkan slot tersebut kepada Hafizh untuk digandingkan bersama Binder dengan pelumba kelahiran Selangor itu sendiri mengakui berharap dapat kekal di kelas premier MotoGP.
Bagaimanapun, timbul dakwaan baharu bahawa Hafizh akan kembali ke pangkuan Dato Razlan Razali dengan menyertai Petronas Sprinta di Moto2 berdasarkan senarai pelumba Moto2 bagi musim 2020 yang telah dikongsikan motorsport.com.
Merujuk kepada senarai tersebut, Hafizh bakal bergandingan dengan Xavi Vierge bagi musim 2020.
Vierge meninggalkan Marc VDS bagi membuka ruang kepada Sam Lowes menjadi pasangan baharu Alex Marquez.
(SUMBER: Motorsport.com)
Advertisements |
tvs-motor-berminat-ambil-alih-norton-motorcycles | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
TVS Motor Berminat Ambil Alih Norton Motorcycles?
Posted on April 10, 2020 by Amirul Azreen
Pengeluar motosikal India, TVS Motor Co. muncul antara pihak yang berminat untuk membida Norton Motorcycles.
Pengeluar motosikal berpangkalan di United Kingdom itu kini telah ditempatkan di bawah Administration atas kegagalan membayar hutang, Januari lalu.
Menurut Bloomberg, terdapat sumber yang mendedahkan bahawa TVS antara pembida yang berminat untuk memiliki Norton yang ketika ini dikendalikan BDO LLP.
Susulan kegagalan pengurusan, Norton yang menghasilkan motosikal seawal 1902 telah beberapa kali bertukar tangan dengan Stuart Garner muncul pemilik terakhir.
Garner ketika ini dalam penyiasatan Pension Regulator UK atas dakwaan pecah amanah ketika dia menjadi pemegang amanah tiga program pencen yang telah melabur ke dalam Norton sebelum ini.
Sementara itu, tindakan TVS untuk memiliki Norton Motorcycles adalah langkah relevan tatkala saham TVS jatuh lebih 40 peratus dalam usaha mengembangkan jenama ke penghasilan model yang lebih premium berbanding varian sedia ada.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
kawasaki-z-h2-akhirnya-didedahkan | BERITA ANTARABANGSA
Kawasaki
Moto Malaya
Kawasaki Z H2 Akhirnya Didedahkan!
Posted on October 23, 2019 by Amirul Azreen
Kawasaki Z H2 yang beberapa bulan ini dicanang akan diperkenalkan secara rasmi kepada orang ramai di Tokyo Motor Show akhirnya didedahkan menerusi perkongsian video di YouTube oleh Kawasaki Motors.
Saksikan video tersebut dibawah:
Seperti jentera lain dalam keluarga Z, Z H2 turut memaparkan intipati rekaan Sugomi sekaligus rupa keseluruhan model baharu ini tampak garang dan lebih ‘sporty’.
Ciri yang membuatkan Z H2 ini menyerlah telah pun diketahui lebih awal apabila Kawasaki mendedahkan keluarga Z bakal mendapat sentuhan enjin supercharger daripada H2.
Z H2 turut didatangkan dengan teknologi terkini antaranya paparan TFT dan beberapa ciri lain.
Berikut antara spesifikasi Z H2:
998cc dengan sistem penyejukan cecair empat-inline DOHC
fuel-injected dengan sistem supercharger
197hp pada 11,000rpm
137Nm pada 8,500rpm
Kawasaki Z H2 turut didatangkan dengan quickshifter dan ‘air intake’ krom yang menggabungkan DNA Z bersama-sama H2.
Advertisements |
benelli-502c-dan-150s-kini-di-malaysia-rm31580-dan-rm8580 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Benelli 502C Dan 150S Kini Di Malaysia – RM31,580 Dan RM8,580
Posted on September 22, 2019September 22, 2019 by Amirul Azreen
MForce Bikes Holding Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama motosikal Benelli di Malaysia, melancarkan dua model baharu – Benelli 502C dan 150S, hari ini.
Benelli 502C
Dicipta dengan identiti sebuah motosikal ‘cruiser’, 502C merupakan jentera yang menggabungkan rekaan elegan dan moden.
Seperti model Leoncino dan TRK, 502C turut didatangkan dengan enjin 500cc silinder berkembar dan DOHC yang menjana 47.6 hp pada 8,500rpm dan 45Nm pada 5,000 rpm dan mampu mencapai kelajuan maksima 160km/j.
Segala kuasa itu kemudiannya disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan dengan klac multiple wet bagi memastikan kelancaran pertukaran gear.
Sistem brek turut dipertingkat dengan penggunaan cakera brek 260mm semi-floating di bahagian depan dan 240mm di bahagian belakang serta kaliper brek Brembo 4 pot di bahagian depan serta satu pot di bahagian belakang.
Ciri cruiser yang terdapat pada Benelli 502C juga diperkukuhkan lagi dengan tangki 21L.
Benelli 502C didatangkan dengan tiga pilihan warna, Metallic Red, Matte Black dan Metallic Black dan boleh didapati hujung Oktober ini dengan harga RM31,588.
Rujuk spesifikasi di bawah:
Benelli 150S
Arena motosikal 150cc kini diperkembangkan lagi dengan Benelli 150S.
Dicipta untuk penunggang yang mahu berjinak dengan ‘motor besar’, Benelli 150S merupakan model serba baharu yang direka dengan ciri seakan motosikal berkapasiti kecil namun mempamerkan gaya sebuah motosikal ‘naked’.
Rekaan keseluruhan model ini cukup menonjol apatah lagi dengan pilihan warna neon green bagi model Special Edition pastinya akan mencuri tumpuan orang ramai.
Benelli 150S dilengkapi enjin 149.8cc satu silinder dengan sistem 3-Spark Plug yang menghasilkan 15.5 hp pada 8,500 rpm dan mampu merekodkan kelajuan maksima 130km/j.
Model ini juga tampak lebih menonjol dengan penggunaan lampu LED serta paparan digital LCD.
Benelli 150S boleh didapati dengan harga RM8,588 bagi versi standard dan RM8,888 bagi versi edisi khas.
Rujuk spesifikasi di bawah:
Advertisements |
ada-van-sendiri-raih-komisen-hingga-rm6000-bersama-pos-malaysia | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Ada Van Sendiri? Raih Komisen Hingga RM6,000 Bersama Pos Malaysia
Posted on April 28, 2020 by Amirul Azreen
Kalau merancang untuk mencari rezeki lebih dan kebetulan memiliki van sendiri, Pos Malaysia menawarkan komisen sehingga RM6,000 bagi yang berminat menjadi ejen penghantar.
Pengumuman tersebut dilakukan menerusi laman Facebook Pos Malaysia.
Pos Malaysia mencari pemilik van yang berminat untuk menjadi ejen penghantar separa masa bagi membantu menghantar barang ke pelanggan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Antara syarat yang perlu dipenuhi:
memiliki van komersil
berusia lebih 18 tahun dan warganegara Malaysia
memiliki lesen GDL yang sah
telefon pintar dengan Android 5.0 ke atas
Ketika ini lebih 33 kawasan sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak memerlukan ejen penghantar.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
gemar-menyendiri-87-peratus-rakyat-malaysia-pilih-pandu-sendiri-ke-tempat-kerja | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Gemar Menyendiri, 87 Peratus Rakyat Malaysia Pilih Pandu Sendiri Ke Tempat Kerja
Posted on November 5, 2019 by Amirul Azreen
Percaya atau tidak majoriti rakyat Malaysia lebih gemar memandu sendiri ke tempat kerja.
Berdasarkan kajian yang dijalankan Governance and Political Studies (Cent-GPS), lebih 87 peratus penduduk di Lembah Klang lebih gemar memandu kenderaan sendiri berbanding menaiki pengangkutan awam atau berkongsi kereta (carpool).
Angka tersebut meletakkan Malaysia antara yang tertinggi di dunia mengatasi Amerika Syarikat (66 peratus) dan Sepanyol (56 peratus).
Kajian tersebut melibatkan hampir 5,000 responden yang memandu kereta untuk ke Ampang, Seri Kembangan, Sungai Buloh dan Petaling Jaya dari 23 hingga 25 Oktober ketika waktu puncak di lebuhraya bertol.
Ini bermakna hanya 13 peratus yang pergi ke tempat kerja dengan berkongsi kereta.
Menurut laporan New Straits Times (NST), harga minyak serta tol yang berpatutan menjadi penyumbang utama terhadap penduduk di Lembah Klang untuk tidak berkongsi kereta atau menggunakan pengangkutan awam.
Bagaimanapun, golongan B40 akan terkesan sekiranya harga minyak dan tol dinaikan bagi mengawal jumlah kenderaan di atas jalan raya.
Kajian tersebut turut mendapati memandu sendiri ke tempat kerja mendatangkan ketenangan dan privasi terhadap pemandu di samping dapat mendengar lagu pilihan tanpa ‘gangguan’ rakan sekerja.
Pada masa sama, Cent-GPS turut menggesa kerajaan agar tidak memansuhkan tol atau meneruskan subsidi petrol.
“Tol perlu dilihat sebagai fungsi untuk mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya,” jelasnya.
(SUMBER: NST)
Advertisements |
dari-rm2688-sebulan-untuk-miliki-bwm-x1-sdrive20i-m-sport-dan-bmw-320i-sport | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Dari RM2,688 Sebulan Untuk Miliki BWM X1 sDrive20i M Sport Dan BMW 320i Sport
Posted on January 9, 2020 by Amirul Azreen
BMW Malaysia membuka tirai 2020 dengan pelancaran dua model baharu, BMW X1 sDrive20i M Sport dan BMW 320i Sport dengan kedua-duanya di pasang di Malaysia.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, menyifatkan dua model ini sebagai peneraju kereta yang dipasang dalam negara.
“Kami mengalu-alukan tahun 2020 dengan jilid baharu dalam Karya Pemanduan Mengujakan yang kami tawarkan, kali ini dengan BMW X1 sDrive20i M Sport dan BMW 320i Sport terbaharu; kedua-duanya dipasang di peringkat tempatan, serta tergolong dalam segmen portfolio kami di Malaysia yang paling laris.
“Varian BMW 3 Series ini mengetengahkan jiwa keterujaan moden dalam segmen sport, sementara jentera Sports Activity Vehicle (SAV) tersebut pula mempersembahkan nuansa kelasakan yang diperbaharui dalam rangkaian BMW X.
“Pada tahun 2019, lebih 2,500 unit model BMW 3 Series berjaya diserahkan. Kejayaan ini terus memperkasakan kedudukan kami sebagai peneraju segmen sedan sport premium di Malaysia, memangkin usaha kami untuk menambah lebih banyak kenderaan BMW yang dipasang di dalam negara melalui fasiliti kami yang terletak di Kulim,” jelasnya.
Menariknya, model X turut merekodkan penjualan positif.
“Model BMW X telah mencatat rekod penyerahan tertinggi di peringkat domestik pada tahun lalu, melakar lebih daripada 43% kenderaan dalam portfolio BMW yang diserahkan pada tahun 2019,” tambahnya.
BMW X1 sDrive20i M Sport
Berikut ciri menarik yang terdapat pada BMW X1 sDrive20i M Sport:
enjin 2.0L dengan tranmisi 7 kelajuan Steptronic Sport Dwi-Klac
kelajuan maksima 224km/j
192hp pada 5,000 hingga 6000 rpm
280 Nm pada 1,350 hingga 4,600 rpm
0-100km/j bawah 7.6 saat.
Ruang dalam BMW X1 sDrive20i M Sport menampilkan ciri serba baharu dengan kemasan warna aluminium dan krom pearl.
Orang ramai boleh memilih empat warna pilihan, Misano Blue, Black Sapphire, Alpine White dan Mineral Grey.
BMW X1 sDrive20i M Sport boleh didapati di pusat pameran rasmi BMW bermula 13 Januari ini dengan harga RM233,800.
BMW 320i Sport
Varian baharu ini merupakan model yang paling dinantikan keluarga BMW 3 Series bagi tahun 2020.
Didatangkan dengan enjin 2.0L TwinPower Turbo yang menghasilkan 184hp pada 5,000 hingga 6,500rpm, segala kuasa ini disalurkan menerusi transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan.
Model ini turu mampu merekodkan kelajuan maksima 235km/j dan mencatat 0-100km/j bawah 7.1 saat.
Buat julung kalinya, model ini turut dilengkapi dengan sistem Reversing Assistant.
BMW 320i Sport didatangkan dengan lima warna pilihan – Mediterranean Blue, Black Sapphire, Alpine White, Mineral Grey dan Sunset Orange.
Orang ramai boleh melihat dengan lebih dekat model baharu ini bermula 10 Januari 2020 dengan harga RM243,800.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan kedua-dua model ini, BMW Group Financial Services menawarkan Balloon Financing yang membolehkan orang ramai memiliki kereta idaman menerusi pelan ansuran bulanan bermula RM2,688 (BMW X1 sDrive20i M Sport) dan RM2,788 (BMW 320i Sport) – berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun.
Advertisements |
toyota-mahu-bina-bandar-prototaip-di-kaki-gunung-fuji | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Toyota Mahu Bina Bandar Prototaip Di Kaki Gunung Fuji
Posted on January 7, 2020 by Amirul Azreen
Sebut tentang Toyota, rata-rata mengaitkan syarikat gergasi itu dengan penghasilkan kenderaan empat roda namun pengeluar kereta Jepun itu mengumumkan perancangan masa depan baharu ketika di Pameran Elektrik Pengguna (CES) 2020.
Toyota bercadang membina sebuah bandar prototaip yang diberi nama Woven City di kaki gunung Fuji.
Menurut Toyota, bandar baharu itu akan dihubungkan sepenuhnya menerusi penggunaan bahan api hidrogen bagi menggerakkan keseluruhan ekosistem bandar terbabit.
Bertindak sebagai makmal gergasi, Woven City akan menempatkan penyelidik yang akan melaksanakan pelbagai ujian dan pembangunan teknologi antaranya autonomi, robotik, mobiliti persendirian dan A.I.
“Membina sebuah bandar memberikan peluang unik untuk membangunkan teknologo baharu bagi masa depan termasuk sistem operasi bagi seluruh infrastruktur bandar.
“Orang ramai, bangunan dan setiap kenderaan akan berhubung antara satu sama lain menerusi sensor dan data sekaligus memaksimumkan potensi,” jelas Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda.
Bagi memastikan perlaksanaan ini lancar, Toyota turut menjemput rakan kongsi komersil dan akademik termasuk saintis dan penyelidik seluruh dunia.
“Kami menjemput semua yang mahu mewujudkan masa depan yang lebih baik dan mengambill peluang ini untuk wujud dalam satu ekosistem unik ini,” tambah Akio lagi.
Rekaan keseluruhan Woven City akan diterajui arkitek Denmark, Bjarke Ingels dari Bjarke Ingels Group. Individu yang bertanggungjawab menghasilkan World Trade Centre, Lego House dan Google Mountain View.
Upacara pecah tanah dijangka bermula awal 2021.
Advertisements |
marquez-rossi-dan-quartararo-berentap-di-platform-e-sports | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
motogp
Marquez, Rossi Dan Quartararo Berentap Di Platform E-Sports
Posted on March 25, 2020 by Amirul Azreen
Meskipun aksi MotoGP musim 2020 tergendala susulan penularan wabak Covid-19, Marc Marquez dan Valentino Rossi akan meneruskan persaingan mereka di platform berbeza.
Penyandang juara dan sembilan kali juara dunia MotoGP itu antara nama besar yang akan terlibat dalam aksi MotoGP Esports, hujung minggu ini.
Aksi pembukaan MotoGP di Qatar dibatalkan sebelum penganjur di Thailand, Amerika Syarikat dan Argentina turut mengorak langkah sama.
Dijangka, perlumbaan pada Mei di Litar Jerez, Le Mans dan Mugello turut akan dianjakan ke tarikh baharu.
Bagi mengisi ketiadaan aksi perlumbaan dua roda, Dorna Sports mengadakan perlumbaan e-sports menerusi permainan MotoGP 19.
Selain Marquez dan Rossi, perlumbaan enam lap yang akan berlangsung di litar Mugello itu akan turut disertai Maverick Vinales, Fabio Quartararo dan Alex Rins.
Aksi tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi motogp.com.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
hafizh-syahrin-akui-bimbang-dengan-masa-depan-bagi-musim-2020 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Hafizh Syahrin Akui Bimbang Dengan Masa Depan Bagi Musim 2020
Posted on September 13, 2019 by Amirul Azreen
Sumber: Red Bull KTM @ Twitter
Hafizh Syahrin mengakui mula rasa bimbang tentang perancangannya bagi musim 2020.
Pelumba negara itu kehilangan tempat di saingan MotoGP musim depan apabila KTM Tech3 membuat keputusan membawa masuk Brad Binder untuk digandingkan dengan Miguel Oliviera.
Senario itu memaksa Hafizh untuk turun beraksi di kelas Moto2 bagaimanapun, menurut laporan Crash.net dia mengakui mula rasa gusar tatkala rata-rata slot telah pun diisi.
“Belum lagi!,” jawab Hafizh apabila ditanyakan tentang perancangannya musim depan.
“Sukar untuk berkata apa-apa ketika ini. Saya juga berasa bimbang, tak tahu ke mana destinasi saya selepas ini.
“Kemungkinan saya akan kekal di MotoGP, tetapi kita tunggu dan lihat keputusan selepas perbincangan hujung mingg ini,”tambahnya.
Keputusan mengejut oleh Johann Zarco untuk meninggalkan KTM hujung minggu ini bermakna masih ada kekosongan di KTM.
Bagaimanapun, Hafizh mendedahkan masih tiada perbincangan untuk kekal di Tech3 meskipun Miguel Oliveira beralih ke KTM.
(SUMBER: Crash.net)
Advertisements |
naza-automall-harga-runtuh-sempena-promosi-tengah-tahun | Moto Malaya
Naza Automall: Harga Runtuh Sempena Promosi Tengah Tahun
Posted on June 30, 2020June 30, 2020 by Amirul Azreen
Naza Automall mengadakan promosi tengah tahun sehingga 15 Julai ini.
Pelanggan boleh menikmati pelbagai diskaun dan harga istimewa di atas pengecualian cukai jualan yang telah diumumkan kerajaan.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga bakal menikmati faedah serendah 1.88 peratus dan waranti 1 tahun percuma bagi setiap jenama yang ditawarkan.
Pada masa sama, pelanggan boleh meninjau kenderaan diminati di rumah menerusi beberapa platform atas talian. Pihak Naza juga menyediakan panggilan video bagi yang mahukan interaksi dengan pihak jualan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza, Dato’ Nik Hamdam Nik Hassan menyifatkan langkah ini diperkenalkan bagi mereka yang enggan mengambil risiko dengan datang ke pusat pameran.
“Kami sentiasa mengutamakan kehendak pelanggan. Kami menggunakan peluang ini agar pelanggan boleh nikmati penjimatan lebih banyak.
“Memahami rata-rata sudah menyesuaikan diri dengan norma baharu kami menyediakan platform digital bagi memudahkan pelanggan,” jelasnya.
Sementara itu, bagi pelanggan yang berminat untuk memandu uji kenderaan, perlu membuat janji temu terlebih dahulu namun hanya dua individu dibenarkan berada dalam kenderaan pada satu masa.
Naza Automall dibuka dari Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 6 petang dan 10 pagi hingga 6 petang bagi hari Sabtu dan Ahad.
Advertisements |
nissan-370z-paul-walker-catat-penjualan-tertinggi-di-pusat-lelongan | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Nissan 370Z Paul Walker Catat Penjualan Tertinggi Di Pusat Lelongan
Posted on January 18, 2020January 18, 2020 by Amirul Azreen
Nissan 370Z yang membuat penampilan dalam filem kelima Fast & Furious milik Paul Walker merekodkan penjualan tertinggi bagi model itu di sebuah pusat lelongan.
Model 2009 itu merekodkan penjualan USD105,600 (RM428,218)185 ketika di tapak lelongan Barrett-Jackson Scottsdale 2020.
Bagaimanapun, kereta milik Paul Walker itu tampil dengan rekaan berbeza dalam filem terbabit dan dipandu pelakon wanita, Gal Gadot.
Meskipun tampak seperti menjalani pengubahsuaian enjin dengan kit turbo namun semua itu hanyalah untuk tayangan sahaja kerana 370Z ini masih lagi dalam keadaan standard dengan enjin 3.7 liter V6 yang menghasilkan 332hp.
Pada 2015, sebuah Toyota Supra MK4 yang dipandu Paul Walker dalam filem pertama Fast & Furious telah dijual dengan harga USD185,000 (RM750,193).
(SUMBER: Carscoops)
Advertisements |
reviu-volkswagen-beetle-1-2tsi-kisah-katak-ikonik-tiba-ke-penghujungnya | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Reviu Volkswagen Beetle 1.2TSI | Kisah ‘Katak’ Ikonik Tiba Ke Penghujungnya
Posted on November 9, 2019 by Amirul Azreen
Jika anda mencari senyuman dikalangan semua kereta yang terdapat di atas muka bumi, Volkswagen Beetle merupakan kereta yang tidak akan pernah gagal dalam mengukir senyuman bagi setiap pemerhati.
Bagaimanapun, selepas 81 tahun Beetle mewarnai jalan raya, jentera ikonik daripada Volkswagen itu bakal ditamatkan pengeluaran sejak kali pertama diperkenalkan pada 1938.
Meskipun dilihat sebagai jentera yang menghadirkan perasaan gembira, Beetle pernah dikaitkan dengan Adolf Hitler suatu ketika dahulu sebelum mendapat identiti sebagai ikon kelahiran semula Jerman selepas Perang Dunia Kedua.
Kemudian, memasuki era 60an, Beetle menjadi sebahagian daripada kehidupan generasi ‘Baby Boomers’ sehingga Mexico dan Amerika Latin meneruskan pengeluaran model pertama itu sehingga 2003 meskipun Amerika Syarikat bertindak sebaliknya pada 1979.
Memasuki era 90an, ketika Volkswagen bergelut dengan penjualan, Ketua Pegawai Eksekutif VW, Ferdinand Piech tekad mempopularkan jenama mereka dengan menghasilkan New Beetle – hasil bantuan atuknya, Ferdinand Porsche.
Kerjasama itu menjadi apabila Beetle kembali mendapat tempat di hati orang ramai apabila dilancarkan pada 1998.
Hasilnya, lebih 80,000 unit berjaya dijual setahun selepas itu namun sejurus selepas itu populariti Beetle mula menurun.
Volkswagen Malaysia telah menghubungi MotoMalaya untuk memandu uji Beetle 1.2TSI 2018, Volkswagen telah pun mengumumkan untuk memberhentikan pengeluaran model tersebut tahun ini.
Jadi kami cuba mencari apakah punca jentera yang suatu ketika dulu amat popular kini berdepan tahun akhirnya pada 2019?
Ketika dilancarkan pada 2018 dengan tema ‘The Icon Is Back’, aura yang dirasai ketika New Beetle dilancarkan pada 1999 seakan tidak lagi menyala.
Reka bentuk
Hakikatnya, reka bentuk keseluruhan model 2018 ini masih mengekalkan rupa ikonik Beetle dengan lampu berbentuk bulan di bahagian depan dan belakang.
Model ini turut menawarkan empat tempat duduk meskipun didatangkan dengan dua pintu sahaja meskipun pembeli kini lebih gemar mengejar empat hingga lima pintu dan lima hingga tujuh tempat duduk.
Ruang dalam juga tampak ketinggalan dengan bahagian pemandu masih lagi disajikan dengan meter analog berbanding digital yang terdapat pada jentera lain dalam kelasnya.
Pada masa sama, VW Beetle 1.2TSI masih lagi menggunakan sistem kunci tradisional berbanding sistem ‘keyless’ yang semakin popular meskipun dikalangan kereta lain yang menawarkan harga lebih murah – Beetle TSI ditawarkan pada harga RM152,390.
Enjin
Seperti didedahkan pada namanya, enjin 1.2 liter empat silinder dengan ‘turbocharger’ ini menghasilkan 105hp pada 5,000rpm dan 175Nm pada 1,400 hingga 4,000rpm yang kemudiannya disalurkan menerusi transmisi DSG (direct shift gearbox) tujuh kelajuan.
Tidak dinafikan pemanduan Beetle baharu ini memang ‘A’ meskipun tampak klasik tetapi pengalaman memandu sememangnya setaraf dengan jentera masa kini.
Ruang Dalam
Perkara pertama yang akan menyambut si pemandu dan penumpang adalah bahagian depan yang tampak cukup menyerlah dengan tema klasik Beetle terutamanya pilihan warna ‘dashboard’ yang menyamai bahagian luar.
Namun begitu, bagi sebuah kereta yang berharga RM152,390 ruang dalam tidak seluas yang disangka namun tempat duduk masih menawarkan keselesaan yang baik.
Ciri Keselamatan
Apa sekalipun, Volskwagen tidak mengambil ringan aspek keselamatan tatkala Beetle 1.2TSI ini didatangkan dengan pelbagai ciri penting antaranya:
ABS dengan Brake Assit
Ant-skid Regulator (ASR)
Anti-theft alarm
Brake pad wear indicator
Electronic Stability Control (ESC)
Hill Start Assist
Park Distance Control (depan dan belakang)
Teknologi Terkini
Meskipun tampil dengan imej klasik namun Beetle ini masih lagi didatangkan dengan pelbagai ciri terkini antaranya App-Connect, cruise control, lampu depan Bi-Xenon dan paddle shifters.
Rumusan
Jika Beetle baharu ini tampi dengan pelbagai ciri menarik apakah puncanya Volkswagen memutuskan untuk memberhentikan pengeluaran model ikonik ini?
Seperti yang dikongsikan, pembeli lebih gemar mencari kereta yang praktikal dengan empat pintu serta lima tempat duduk maka tidak hairanlah model Volkswagen lain lebih mendapat perhatian seperti Tiguan, Golf dan Passat.
Pada masa sama, ciri terkini seperti sistem ‘keyless’ dan paparan LCD serta bahagian infotainmen juga memainkan peranan dalam membuat pembelian sekaligus membuatkan Beetle dengan harga ditawarkan tidak lagi popular.
Advertisements |
modenas-dominar-d400-ini-diubah-menjadi-motosikal-scrambler | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Modenas Dominar D400 Ini Diubah Menjadi Motosikal Scrambler
Posted on April 29, 2020 by Amirul Azreen
Kedai kustom motosikal di Las Pinas, Filipina, MC Customs telah mengubah suai sebuah Bajaj Dominar D400 menjadi motosikal scrambler serba hitam.
Filipina merupakan antara pasaran eksport besar Bajaj Auto sekaligus tidak hairanlah ramai yang mencari kelainan bagi jentera Dominar mereka.
Bagaimanapun, MC Customs tidak melaksanakan ubah suai yang ketara sebaliknya hanya menambah dan menggantikan beberapa bahagian untuk menampakkan rupa sebuah scrambler.
Diberi nama projek ‘Lino’, antara bahagian yang diubah adalah penggunaan lampu bulat LED, lampu sisi bentuk bulat, bar hendal yang lebih tinggi, lampu isyarat di hujung bar, tayar knobby, pelana berwarna coklat dengan jahitan berbentuk berlian dan pilihan warna hitam glossy.
Sementara itu, tiada pengubahsuaian dilakukan terhadap bahagian enjin yang masih kekal standard 373.3cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 34hp dan 35Nm.
Dominar D400 turut popular di pasaran Malaysia – dijenamakan sebagai Modenas – dan kini ditawarkan pada harga RM13,788.
Orang ramai yang berminat dengan gaya scrambler ini mungkin boleh mengambil inspirasi daripada MC Customs Filipina.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
vinales-dominasi-litar-sepang-marquez-puas-hati-dengan-lap-pertama | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
motogp
Vinales Dominasi Litar Sepang, Marquez Puas Hati Dengan Lap Pertama
Posted on November 3, 2019 by Amirul Azreen
Sumber: MotoGP
Meskipun kehangatan merebut kejuaraan MotoGP telah pun berakhir di GP Thailand yang menyaksikan Marc Marquez merekodkan kejuaraan keenam MotoGP namun senario itu tidak memadam keterujaan di Shell Malaysia MotoGP, hari ini.
Pelumba Yamaha, Maverick Vinales berjaya melakar kemenangan kedua musim ini selepas memintas Jack Miller seawal lap pertama untuk terus mendominasi perlumbaan sehingga ke lap terakhir.
Sumber: MotoGP
Sementara Marquez, yang bermula di petak ke-11 susulan kemalangan di pusingan kelayakan, berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua manakala wakil Ducati, Andrea Dovizioso ketiga.
Malang untuk wakil Petronas Yamaha, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli – yang bermula di petak pertama dan ketiga – apabila terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tujuh dan keenam.
Meskipun tidak mampu mengulangi kejayaan di Litar Philip Island, minggu lalu namun Marquez tetap puas hati dengan prestasinya.
Sumber: Repsol Honda Team
“Lap pertama cukup mengagumkan, bukan hanya untuk saya malah untuk Dovi, kami memulakan perlumbaan dengan baik untuk menempatkan diri di kedudukan lima terbaik.
“Kemudian saya cuba mengejar Vinales dan mengharapkan dapat mengulangi senario di GP Australia tetapi selepas dua pusingan dia berada terlalu jauh didepan.
“Sukar untuk merapatkan jurang apabila dia berjaya memecut selaju itu,” ujar Marquez.
Setelah mengesahkan kejuaraan musim ini, Marquez dan Respol Honda akan cuba mengejar defisit dua mata dibelakang Ducati dalam perebutan kejuaraan pasukan terbaik 2019.
Advertisements |
umw-toyota-mula-terima-tempahan-untuk-toyota-rav4 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
UMW Toyota Mula Terima Tempahan Untuk Toyota RAV4
Posted on June 10, 2020 by Amirul Azreen
UMW Toyota Motor kini membuka tempahan bagi Japan Car of The Year 2019, Toyota RAV4, hari ini.
RAV4 generasi kelima ini dibangunkan dengan platform enjin Dynamic Force serta Toyota New Global Architecture (TNGA) yang memberikan tahap kuasa lebih tinggi.
Ciri keselamatan turut dipertingkat menerusi Toyota Safety Sense yang merangkumi:
Sistem Pra-Perlanggaran
Amaran Penukaran Lorong dengan Bantuan Stereng
Bantuan Pengesanan Lorong
Kawalan Melayar Radar Dinamik
Lampu Tinggi Automatik
Model baharu ini didatangkan dengan dua varian:
Toyota RAV4 2.5L – RM223,880
Toyota RAV4 2.0L – RM203,880
Senarai harga yang dikemaskini juga akan diumumkan kemudian termaktub kepada pengencualian cukai seperti yang diumumkan Perdan Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.
Layari www.toyota.com.my untuk maklumat lanjut.
Advertisements |
motogp-joan-mir-kekal-bersama-suzuki-hingga-2022 | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
motogp
MotoGP: Joan Mir Kekal Bersama Suzuki Hingga 2022
Posted on May 3, 2020 by Amirul Azreen
Suzuki akan terus mempertaruhkan Alex Rins dan Joan Mir selepas kedua-duanya menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2022.
Mir mengesahkan tempatnya bersama Suzuki selepas Rins turut membuat keputusan sama minggu lalu.
“Saya mengumumkan bahawa akan kekal bersama Suzuki bagi musim 2021 dan 2022.
“Kami telah mempamerkan kemajuan setiap kali ujian jadi saya yakin kami berpotensi besar.
“Sasaran saya adalah untuk menjadi antara pelumba terbaik MotoGP bersama Suzuki, kerana itulah saya memilih untuk kekal,” jelas Mir dalam satu kenyataan.
Mir muncul pelumba keenam untuk mengesahakn tempat di grid bagi musim depan dan hanya pasukan kedua yang telah melengkapkan barisan pelumba selepas pasukan factory Yamaha.
Sementara itu, pengurus pasukan, Davide Brivio meluahkan rasa gembira dengan persetujuan dicapai bersama Mir.
“Saya mahu berterima kasih kepada Mir kerana memberi kepercayaan kami dan seluruh Suzuki Motor Corporation yang sering menyokong kami.
“Kejayaan mengekalkan kedua-dua pelumba memberi harapan besar kepada kami,” katanya.
Sementara itu, MotoGP musim 2020 masih lagi terkandas susulan pandemik Covid-19 dengan terbaru, tiga pusingan telah pun dibatalkan melibatkan GP Jerman, Belanda dan Finland.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
chup-hyundai-i30-n-di-lazada-malaysia-bermula-2-disember-ini-271hp-353nm | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Chup Hyundai i30 N Di Lazada Malaysia Bermula 2 Disember Ini – 271hp, 353Nm!
Posted on November 28, 2019November 28, 2019 by Amirul Azreen
Teringin nak tampil unik untuk tahun 2020? Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) akan mengadakan penjualan eksklusif Hyundai i30 N menerusi Lazada Malaysia 12.12, bulan depan.
Terhad kepada 20 unit sahaja, kereta lima pintu segmen ‘hot hatch’ itu akan dibuka untuk tempahan awal bermula 2 Disember ini menerusi ciri ‘Chup Dulu’ Lazada.
Chup Dulu membenarkan pembeli untuk menikmati tawaran eksklusif dan harga istimewa bagi barangan terpilih dengan membuat bayaran deposit menerusi aplikasi Lazada.
Dari 2 hingga 11 Disember ini, orang ramai boleh ‘Chup’ Hyundai i30 N dengan membayar deposit 50 peratus – RM1,000 – daripada nilai caj tempahan RM2000 menerusi Lazada.
Kemudian pelanggan boleh membayar baki 50 peratus – RM1,000 – dari 12 hingga 14 Disember untuk mengesahkan tempahan.
HyperFocal: 0
Pihak Hyundai akan menghubungi pelanggan yang telah membuat bayaran tempahan penuh bagi proses pembelian di pusat pameran Hyundai.
Menariknya, 20 pelanggan pertama ini akan turut mendapat peluang melancong ke Korea bagi menghadiri sesi ‘track day’.
Hyundai i30 N didatangkan dengan dua varian:
Varian N – 246.5hp, 353 Nm (Transmisi 6 kelajuan – Manual)
Varian N Performance – 271.2hp, 353 Nm (Transmisi 6 kelajuan – Manual)
Bagaimanapun, hanya varian N Performance akan dijual untuk pasaran Malaysia yang turut dilengkapi rim aloi 19 inci, kaliper brek merah dengan logo N, tempat duduk pemandu dan penumpang elektronik, kemasan faux suede dan kulit.
Model ini turut memiliki pelbagai ciri terkini antaranya:
Electronic Stability Control (ESC)
Electronic Limited Slip Differential (E-LSD)
Lima mod pemanduan
Launch Control
Hyundai i30 N ditawarkan pada harga RM298,888 dan orang ramai boleh tinjau dengan lebih dekat di Sime Darby Auto Hyundai Jalan Klang Lama.
HyperFocal: 0
HyperFocal: 0
HyperFocal: 0
Advertisements |
sepang-8-hours-tindakan-meglio-memang-bodoh-van-der-mark | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Sepang 8 Hours: Tindakan Meglio Memang Bodoh – Van Der Mark
Posted on December 16, 2019 by Amirul Azreen
SUMBER: FIMEWC
Selepas berakhirnya aksi Sepang 8 Hours pada Sabtu, pelumba pilihan, Michael van der Mark yang mewakili pasukan Yamaha SIC mengalami kemalangan di awal perlumbaan.
Aksi yang sepatutnya bermula pada jam 1 petang terpaksa ditunda lebih lima jam susulan hujan lebat yang melanda Litar Antarbangsa Sepang (SIC).
Bagaimanapun, sebaik perlumbaan dimulakan, pelumba pertama Yamah SIC, van der Mark, mengalami insiden ‘highside’ susulan dilanggar Meglio dari bahagian dalam ketika memasuki selekoh terakhir.
The moment it went all wrong for @mikedimeglio63 and @mickeyvdmark ?#8hSepang #FIMEWC pic.twitter.com/DvtM1X2gcn
— FIM EWC (@FIM_EWC) December 14, 2019
Kejadian tersebut membuatkan kedua-dua pelumba terjatuh namun nasib van der Mark lebih malang apabila tercampak kedepan dari jenteranya sebelum seluruh tubuhnya menghentam litar.
Pelumba Yamaha SIC itu tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap lawannya itu.
“Saya tidak pasti apa yang Meglio cuba lakukan ketika selekoh terakhir tetapi jelas percaturannya tidak menjadi sehingga saya menjadi mangsa ‘highside.
“Tindakan Meglio memang bodoh,” jelasnya.
Pasukan Yamaha SIC menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh selepas pelumba kedua, Franco Morbidelli berjaya memperbaiki kedudukan.
Advertisements |
honda-perkenalkan-crf1100l-africa-twin-2020 | BERITA ANTARABANGSA
Honda
Moto Malaya
Honda Perkenalkan CRF1100L Africa Twin 2020
Posted on September 24, 2019 by Amirul Azreen
Sumber: Gear Patrol
Selepas mendengar keluhan peminat motosikal adventure, Honda memperkenalkan Africa Twin 2020 yang kini tampil lebih berkuasa dan ringan.
Honda telah mengikut jejak BMW untuk menghasilkan sebuah motosikal adventure yang lebih besar dan berkuasa dengan enjin 1084cc parallel twin.
Menurut laporan Gear Patrol, model baharu ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemas kini bersifat teknikal antaranya, kepala silinder yang telah direka semula, lengan silinder aluminium dan tetap ECU serba baharu.
Sumber: Gear Patrol
Model baharu ini juga dilengkapi dengan enam mod tunggangan – Tour, Urban, Gravel dan Off-Road.
Sistem ekzos yang terdapat pada model ini turut dilengkapi dengan kawalan injap ekzos yang membantu jentera menghasilkan 107hp.
Saksikan trailer Honda Africa Twin 2020 di bawah:
Ketika BMW memperkenalkan R1250 GS dan R1250 GS Adventure, berat kedua-dua jentera ini adalah sekitar 270 kilogram namun Honda berjaya menghasilkan Africa Twin 2020 dengan berat yang lebih ringan – sekitar 226kg sahaja bagi model standard.
Bagi memudahkan tunggangan, ketinggian tempat duduk Africa Twin 2020 ini juga boleh ditetapkan mengikut keselesaan – serendah 33.4 inci dan setinggi 35.2 inci.
Tidak ketinggalan, Africa Twin 2020 ini turut dilengkapi dengan sistem cruise control serta sistem penghubungan Android Auto dan Apple Car Play.
Di Amerika Syarikat, Africa Twin 2020 dijual dengan harga dari USD 14,399 (RM60,166).
(SUMBER: Gear Patrol)
Advertisements |
ceo-baharu-sic-terbuka-dengan-cadangan-kembalikan-formula-1 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
CEO Baharu SIC Terbuka Dengan Cadangan Kembalikan Formula 1
Posted on April 20, 2020 by Amirul Azreen
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif terbuka dengan cadangan menganjurkan semula Formula 1 (F1).
Bagaimanapun, dia mengakui pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum idea itu mampu dilaksana.
“Menganjurkan semula F1 bukan keutamaan saya ketiaka ini tetapi jika peluang itu hadir dengan tawaran yang baik saya akan memberi sokongan kerana sukan F1 membawa jenama Malaysia,” jelasnya kepada Bernama.
Malaysia muncul antara negara penganjur sejak 1999 sehingga 2017 selepas F1 gagal membawa pulangan yang memberangsangkan.
Kerajaan ketika itu turut mendedahkan antara faktor utama menghentikan penganjuran adalah disebabkan kos perbelanjaan mencecah RM300 juta.
Sementara itu, dua venue baharu, GP Vietnam dan GP Belanda telah dirancang menganjurkan F1 musim ini namun ditunda susulan pandemik Covid-19.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
yang-di-pertuan-agong-berjiwa-rakyat-bantu-mangsa-kemalangan-di-lebuhraya-elite | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Yang di-Pertuan Agong Berjiwa Rakyat, Bantu Mangsa Kemalangan Di Lebuhraya ELITE
Posted on September 1, 2019September 1, 2019 by Amirul Azreen
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sanggup turun daripada kenderaannya untuk memeriksa keadaan mangsa kemalangan, semalam.
Ketika dalam perjalanan pulang daripada menghadiri program ‘Anak-anak Malaysia Walk 2019’ yang berlangsung di Eco Ardence, Setia Alam, baginda menyedari seorang pemandu wanita telah mengalami kemalangan di persimpangan USJ, Lebuhraya ELITE.
Rakaman video itu dikongsikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menerusi akaun Instagram.
Saksikan perkongsian video tersebut dibawah:
http://motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2019/09/getfvid_10000000_530706061085785_5126545710968511011_n.mp4
Wanita tersebut mengalami cedera ringan apabilanya keretanya terbalik di laluan kanan.
Baginda lalu menitahkan pengiringnya untuk menghantar masa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.
Keprihatinan baginda turut mendapat reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa bangga terhadap sifat mesra rakyat yang ditonjolkan.
Jun lalu, seorang mangsa kemalangan di Putrajaya turut mendapat prihatin baginda yang sedang dalam perjalanan menghadiri Mesyuarat Pra-Kabinet dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Melawati, Kuala Lumpur.
Advertisements |
operasi-kaunter-jpj-kembali-sepenuhnya-bermula-18-mei | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Operasi Kaunter JPJ Kembali Sepenuhnya Bermula 18 Mei
Posted on May 15, 2020 by Amirul Azreen
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan kembali beroperasi sepenuhnya termasuk di cawangan Pos Malaysia bermula 18 Mei ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan ketika ini semua kakitangan JPJ sedang membuat persiapan untuk kembali beroperasi.
Kaunter JPJ akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4 petang (hari bekerja) dan dari 8 pagi hingga 1 tengah hari (hujung minggu) selama tujuh hari seminggu bagi memastikan segala urusan yang tertangguh sebelum ini diselesaikan sehingga diberitahu.
Sementara itu, setiap kaunter hanya akan menerima bayaran tunai dari jam 8 pagi hingga 11 pagi sementara selebihnya untuk bayaran secara e-tunai.
Bagaimanapun, Dr Wee mengingatkan orang ramai bahawa pengecualian pembaharuan lesen memandu dan menunggang motosikal masih lagi berkuatkuasa.
Sebelum ini, kaunter JPJ hanya dibuka bagi urusan kenderaan komersil sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – The Star
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
jawatan-kosong-di-harley-davidson-johor-bahru | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Jawatan Kosong Di Harley-Davidson Johor Bahru!
Posted on April 12, 2020 by Amirul Azreen
Harley-Davidson akan membuka pusat pengedar rasmi di Johor sekaligus mencari individu berminat untuk sertai pasukan baharu yang bertanggungjawab dalam menguruskan penjualan motosikal, servis selepas jualan, kewangan dan butik H-D.
Terletak di Jalan Skudai, Johor Bahru dan beroperasi di bawah Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd, pusat berukuran 12,000 kaki persegi itu menawarkan semua model Harley-Davidson termasuk alat ganti dan aksesori rasmi.
Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd turut mengendalikan Harley-Davidson Petaling Jaya dan Pulau Pinang.
Bagi yang berminat untuk menyertai pasukan Harley-Davidson Johor, Goh Brothers Motorcycles sedang mencari calon sesuai bagi jawatan berikut:
Sales Consultant
Service Consultant
Senior Technician
Boutique Consultant
Parts & Accessories Consultant
Parts & Warehouse Executive
Operations cum Admin Executive
Finance Executive
Harley-Davidson Johor Bahru menjemput individu yang berminat untuk menghantar permohonan – menerusi email – ke [email protected].
Advertisements |
tawaran-hebat-dari-naza-menanti-pelanggan-sempena-hari-merdeka | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Tawaran Hebat Dari Naza Menanti Pelanggan Sempena Hari Merdeka!
Posted on August 14, 2019 by Amirul Azreen
Sempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia ke-62 tahun ini, Kumpulan Automotif Naza menawarkan pelbagai tawaran istimewa Merdeka.
Terokai Keunikan Malaysia Bersama Kia
Naza Kia Malaysia memperkenalkan ‘Fuel Your Freedom,Discover Malaysia With Kia’ yang menawarkan 62 pelanggan bertuah untuk menikmati baucar petrol bernilai RM620!
Pelanggan hanya perlu mendaftar sebarang kenderaan Kia baharu dalam tempoh kempen berlangsung untuk memenangi baucar tersebut. Tawaran bermula dari 15 Ogos hingga 30 September 2019 di semua pengedar Kia.
Bawa Bulang Peugeot Baharu
Pengedar rasmi Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn Bhd menjanjikan tawaran istimewa bagi Peugeot 5008 SUV sepanjang bulan Ogos hingga September 2019.
Dengan hanya Rm161,888, pelanggan kini boleh bawa pulang sebuah SUV yang menawarkan ciri sebuah MPV! Peugeot 5008 SUV dengan tujuh tempat duduk ini telah merangkul beberapa anugerah antaranya 2018 CCT100 SUV of the Year, 2018 What Car? Best Large SUV, Cars Of Malaysia 2019 Best Family SUV dan DSF.my VOTY Awards 2019 7-Seater SUV of the Year.
Tampil Lebih Gah Dengan Citroen
Jika anda mencari sebuah MPV mesra keluarga, Naza Euro Motors Sdn bhd menawarkan Citroen Grand C4 Space Tourer pada harga istimewa sepanjang Ogos hingga 30 September 2019!
MPV keluarga ini boleh menjadi milik anda dengan hanya RM139,888!
Hangatkan Kemerdekaan Dengan Ducati
Teringin merancakkan sambutan Hari Merdeka ke-62 tahun ini? Ducati Malaysia menawarkan pelbagai tawaran istimewa dari 16 Ogos hingga 30 September ini.
Pelanggan yang membeli Ducati Panigale V4S akan mendapat aksesori Rizoma dan Ducati Performance bernilai RM6000 sementara setiap pembelian Multistrada 1260 S melayakkan anda mendapat rebat sehingga 50 peratus bagi ekzos Termignoni Racing Full System yang bernilai RM14,000!
Sementara itu setiap pembelian Scrambler Mach 2.0 akan berpeluang untuk memasang ekzos Termingnoni Slip-on bernilai RM7,000 dan lampu isyarat kiri dan kanan Scrambler LED bernilai RM1,800 secara percuma!
Tidak cukup dengan itu, pencinta Ducati turut ditawarkan rebat sehingga 50 peratus bagi pakaian Ducati dan Scrambler. Pelanggan sedia ada juga boleh menikmati ganjaran menerusi kempen Servis Ducati yang menawarkan 21-Point Bike Inspection bernilai Rm180, 25 peratus penjimatan terhadap pakej servis Desmo dan sehingga 20 peratus rebat bagi alat ganti sepanjang kempen Merdeka ini.
Advertisements |
niat-bersiar-siar-sebelum-sertai-lumba-haram-remaja-indonesia-antara-ditahan | Moto Malaya
Niat Bersiar-Siar Sebelum Sertai Lumba Haram, Remaja Indonesia Antara Ditahan
Posted on June 22, 2020June 22, 2020 by Amirul Azreen
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed mendedahkan pihaknya telah menahan 10 individu gara-gara terlibat dengan aktiviti lumba haram, semalam.
Kesemuanya didapati melakukan kesalahan terbabit di Jalan Bypass Port Dickson.
Difahamkan semua yang ditahan berusia antara 17 hingg 24 tahun dan ditahan dalam operasi OP Samseng Jalanan yang berjalan lebih empat jam bermula pukul 1 pagi.
Menurut Aidi, remaja Indonesia tersebut pada awalnya datang ke Port Dickson untuk bersiar-siar dengan rakannya sebelum membuat keputusan untuk sertai lumba haram terbabit.
Pada masa sama, pihak berkuasa turut mendapati terdapat pelajar institusi pembelajaran tinggi yang turut terlibat. – The Sun
Ikut kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
racun-2020-mendarat-honda-cbr1000rr-r-kini-di-malaysia | BERITA TEMPATAN
Honda
Moto Malaya
Racun 2020 Mendarat, Honda CBR1000RR-R Kini Di Malaysia!
Posted on December 13, 2019December 14, 2019 by Amirul Azreen
Setelah lebih sebulan diperkenalkan, Honda CBR1000RR-R 2020 kini dilancarkan di Malaysia!
Model baharu ini dipertontonkan buat kali pertama di Malaysia seiring dengan pembukaan tirai Sepang 8 Hours termasuk majlis pengumuman pasukan Honda Asia Dream Racing tahun depan.
Kuda liar daripada Honda ini difahamkan lahir menerusi kerjasama rapat dengan Honda Racing Corporation (HRC).
Menurut Honda, CBR1000RR-R ini menghasilkan 217hp pada 14,500rpm dan 113Nm pada 12,500rpm dan angka tersebut lebih tinggi berbanding model CBR1000RR SP 2019!
Pada masa sama, Honda turut mendakwa jentera 2020 ini mendapat suntikan teknikal dan teknologi jentera RCV213V-S yang ditunggangi juara dunia MotoGP, Marc Marquez.
Meskipun tampak lebih besar berbanding model terdahulu namun dengan bantuan HRC, setiap bahagian piston adalah 5 peratus lebih ringan.
Bagi memastikan suhu enjin kekal terkawal, penggunaan sistem multi-point dan multi-directional semburan minyak hanya beroperasi ketika berada dalam rpm tinggi sementara ketika berada rpm rendah, saluran minyak ditutup bagi memastikan tekanan minyak berada di tahap optimum.
Kerangka aluminium serba baharu dan swingarm yang lebih panjang turut diinspirasikan daripada RC213V-S.
Model standard menggunakan fork Big Piston (BPF) Showa 43mm dan penyerap hentakan belakang Showa Balance Free Rear Cushion Light (BFRC-L) boleh laras) serta kaliper brek empat piston oleh Nissin manakala versi SP menggunakan fork depan Ohlins NPX 43mm dan Ohlins Object Based Tuning generasi kedua bagi mengawal tetapan depan dan belakang.
Versi SP turut mengguna pakai kaliper brek Brembo Stylema empat piston sementara model standard didatangkan dengan kaliper brek Nissin.
Menariknya, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan CBR1000RR-R 2020 beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2020.
Harga bagi CBR1000RR-R ini akan diumumkan kemudian sebaik dilancarkan secara rasmi.
Advertisements |
triumph-rocket-3-r-dan-gt-mendarat-di-malaysia-harga-dari-rm130900 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Triumph Rocket 3 R Dan GT Mendarat Di Malaysia- Harga Dari RM130,900!
Posted on March 6, 2020March 26, 2020 by Amirul Azreen
Triumph Malaysia menerusi Fastbikes Sdn Bhd, melancarkan Triumph Rocket 3 R dan GT untuk pasaran tempatan, hari ini.
Meneruskan legasi Rocket III yang dilancarkan 16 tahun lalu, Triumph Rocket 3 R dan GT merupakan motosikal untuk pasaran umum dengan enjin terbesar pernah dihasilkan – 2,500cc – sekaligus muncul sebagai pesaing utama Ducati Diavel.
The Beast mungkin jolokan paling sesuai bagi Rocket 3 R dan GP namun jangan tertipu kerana jentera ini mampu merekodkan 0-100km/j dalam masa 3.2 saat!
Meskipun berat mencapai 362 kilogram, namun dengan 165hp pada 6,000rpm dan 220Nm pada 4,000rpm – bersamaan dengan tork yang ditawarkan Honda Civic 1.5 TC-P – Rocket 3 R dan GT sememangnya jentera sport cruiser yang pantas.
Triumph Rocket 3 GT
Segala kuasa itu kemudiannya disalurkan menerusi klac hidraulik dengan transmisi 6-kelajuan.
Terdapat dua varian ditawarkan bagi pasaran tempatan, Rocket 3 R dan Rocket 3 GT. Berdasarkan nama diberi, R merupakan versi sporty manakala GT menawarkan tunggangan santai dan jarak jauh.
Triumph Rocket 3 R
Kedua-duanya dilengkapi dengan penyerap hentakan Showa boleh laras – rebound dan compression bagi fork 47mm depan sementara kaliper brek Brembo M4 Stylema empat piston memastikan daya membrek efisien.
Antara ciri elektronik lain ditawarkan:
paparan skrin TFT-LCD
traction control
empat mod tunggangan
hill control
cruise control
keyless
ABS cornering
Bagi memastikan nadi 2.5L terus bernyawa Rocket 3 R dan GT didatangkan dengan tangki 18 liter.
Berikut harga yang ditawarkan:
Triumph Rocket 3 R – RM130,900
Triumph Rocket 3 GT – RM136,900
Triumph Rocket 3 GT
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
triumph-tiger-900-rally-dan-900-gt-buat-penampilan-sulung-disember-ini | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Triumph Tiger 900 Rally Dan 900 GT Buat Penampilan Sulung Disember Ini!
Posted on November 15, 2019 by Amirul Azreen
Triumph Tiger sentiasa ada tempat yang istimewa bagi MotoMalaya, sila KLIK SINI untuk tahu kenapa.
Kali ini, pengeluar motosikal Britain itu mengumumkan Triumph Tiger 900 akan dilancarkan pada bulan Disember ini.
Tiger 900 merupakan model yang dinaiktaraf daripada Tiger 800 yang akan dipasarkan khas bagi tahun 2020.
Difahamkan, Triumph akan memperkenalkan dua varian, Tiger 900 Rally dan Tiger 900 GT.
Ketika ini beberapa imej model baharu tersebut telah pun tersebar dan meskipun kurang jelas namun sedikit sebanyak memberi gambaran rupa baharu jentera adventure kegemaran kami.
Seperti Triumph Street Triple yang dilancarkan baru-baru ini, Tiger 900 turut didatangkan dengan lampu LED tirus.
Meskipun Triumph telah memperkenalkan pelbagai penambahbaikan bagi Tiger 800 2018 namun dijangkakan Tiger 900 akan turut dilengkapi dengan pelbagai sistem elektronik terkini.
Nantikan info rasmi mengenai Triumph Tiger 900 dan 900 GT sebaik dilancarkan pada 3 Disember ini.
Advertisements |
ktm-250-adventure-dilancarkan-bakal-masuk-pasaran-malaysia | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
KTM 250 Adventure Dilancarkan, Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
Posted on November 9, 2019 by Amirul Azreen
Pelancaran KTM 390 Adventure menerima pelbagai reaksi positif ketika didedahkan di EICMA 2019 baru-baru ini bagaimanapun, apa yang mengejutkan pengeluar motosikal Austria itu turut memperkenalkan 250 Adventure.
Meskipun tidak ditayangkan di EICMA, model baharu itu akan memasuki pasaran India sebagai jentera ‘entry-level’.
Menurut laporan media di India, jentera tersebut telah pun menjalani beberapa sesi ujian sebelum ini.
Rekaan luaran 250 Adventure tampak sama dengan versi 390 namun terdapat beberapa kekurangan antaranya, penggunaan lampu halogen berbanding LED, tiada fork USD boleh laras.
Versi 250 ini turut tidak menawarkan sistem Ride-by-Wire dan traction control seperti yang terdapat pada model 390 Adventure.
Bagaimanapun, KTM masih mengekalkan sistem ABS.
Difahamkan, model ini mengguna pakai enjin 248.8cc daripada KTM 250 Duke dan menghasilkan sekitar 29hp dan 24Nm tork yang kemudiannya disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan.
Advertisements |
honda-kolaborasi-dengan-evangelion-promosi-civic-hatchback | BERITA ANTARABANGSA
Honda
Moto Malaya
Honda Kolaborasi Dengan Evangelion, Promosi Civic Hatchback
Posted on March 26, 2020 by Amirul Azreen
Pengeluar kenderaan Jepun, Honda telah menubuhkan satu laman sesawang baharu yang mencetuskan pelbagai tanda tanya.
Laman tersebut, memaparkan nama Civic X Evangelion dan memaparkan masa yang sedang berjalan.
【CIVIC×EVANGELION】
本日より、特設サイト先行公開!
⇒https://t.co/FROnDMUhSy
#シン・シビック #シン・アオヤマ作戦
Collaboration with @evangelion_co
— Honda 本田技研工業(株) (@HondaJP) March 23, 2020
Senario itu sekaligus memberi bayangan bahawa Honda sedang merencanakan kolaborasi dengan francais anime, Evangelion untuk mempromosikan Civic hatchback di samping filem terbaru francais itu yang akan ditayangkan pada 27 Jun ini.
Laman sesawang itu menyatakan bahawa projek kolaborasi terbaru ini dirancang bagi menawarkan Civic baharu kepada orang ramai yang sentiasa mengejar evolusi terbaru sepertimana yang ditawarkan siri Evangelion.
Laman tersebut turut memaparkan ‘countdown’ yang akan mendedahkan segalanya.
Pada masa sama, Honda turut memuat naik beberapa video ‘teaser’.
Persoalannya, bagaimana bentuk kolaborasi Civic X Evangelion ini?
Advertisements |
puspakom-tawar-pemeriksaan-percuma-sempena-tahun-baru-cina | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
PUSPAKOM Tawar Pemeriksaan Percuma Sempena Tahun Baru Cina!
Posted on January 11, 2020 by Amirul Azreen
Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang semakin menghampiri, PUSPAKOM Sdn Bhd menganjurkan kempen #drivesafenoregrets Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela percuma kepada semua pemilik kenderaan persendirian.
Objektif kempen ini bertujuan membantu pemilik kenderaan agar dapat pulang ke pangkuan yang tersayang di kampung dengan selamat.
Kempen #drivesafenoregrets ini akan berjalan selama 11 hari bermula hari ini hingga 21 Januari 2020 di semua Pusat Pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM – kecuali Shah Alam dan Pasir Gudang khas untuk kenderaan berat.
Pada masa sama, PUSPAKOM turut menyediakan unit bergerak dibeberapa tempat terpilih:
Taman Pudu Ulu, Kuala Lumpur – 11 Januari
Dataran Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – 14 Januari
Tesco Extra Ampang – 18 Januari
Insa Dunia Food Court P. Pinang – 22 Januari
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Alor Setar – 23 Januari
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Encik Shukor Ismail mahu orang ramai menjalani pemeriksaan ini.
“Setiap kali menjelang perayaan, pemilik dan pemandu kenderaan yang bertanggungjawab akan terfikir untuk menyelenggara kenderaan mereka sebelum pulang ke kampung.
” Kami juga menggalakkan mereka untuk turut menjalani Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela Percuma yang ditawarkan PUSPAKOM.
“Pemeriksaan ini akan memberikan bacaan dan laporan prestasi 25 item pemeriksaan kenderaan iaitu termasuk keadaan tayar, gelincir sisi, suspensi, pelepasan asap, pemeriksaan bahagian atas dan bawah kenderaan, pemeriksaan cermin gelap dan lain-lain lagi,” jelasnya.
Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi 1-800-88-6927 atau layari www.puspakom.com.my
Advertisements |
aprilia-zongshen-bakal-perkenalkan-terra-250 | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Aprilia Bakal Perkenalkan Terra 250 Menerusi Kilang Zongshen
Posted on April 11, 2020April 11, 2020 by Amirul Azreen
Aprilia bakal perkenalkan motosikal segmen ‘adventure’ Terra 250 menerusi gambar intipan daripada kilang Zongshen di China.
Zongshen merupakan rakan kerjasama Aprilia di China yang turut bertanggungjawab menghasilkan Aprilia GPR250 sebelum ini.
Difahamkan, Terra 250 didatangkan dengan enjin sama yang terdapat pada GPR250 dan CFMoto 250Nk yang menjana 26hp dan 22Nm pada 6,000rpm dan mampu merekodkan kelajuan 140 km/j.
Rupa keseluruhan model baharu ini menunjukkan bahawa Terra 250 direka untuk keupayaan ‘off-road’ dengan kerangka split cradle, fork depan teleskopik, monoshock belakang, rim spoke (18′ depan dan 17′ belakang) dan tayar knobby.
Menurut laporan, gambar intipan tersebut memaparkan unit standard dan mungkin ada varian dengan spesifikasi yang lebih tinggi.
Persoalan sama ada model ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia belum dapat dipastikan namun Terra 250 pastinya dapat menarik peminat motosikal ADV.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
pescao-55-sah-mulakan-musim-2020-bersama-angel-nieto-di-moto2 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Pescao 55 Sah Mulakan Musim 2020 Bersama Angel Nieto Di Moto2
Posted on October 8, 2019 by Amirul Azreen
Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin, akhirnya mengesahkan khabar angin akan kembali ke Moto2 selepas mengumumkan menyertai pasukan Angel Nieto bagi musim 2020.
Anak kelahiran Selangor itu berhijrah dari Tech3 KTM selepas kontraknya tidak disambung dengan pasukan satelit KTM itu membuat keputusan menggantikan tempatnya dengan Brad Binder, musim depan.
Sebelum ini Hafizh dikaitkan dengan beberapa pasukan antaranya Petronas Sprinta di Moto2 namun pasukan kendalian Dato Razlan Razali itu bertindak melamar Jake Dixon dari Angel Nieto.
Pelumba berusia 25 tahun itu akan digandingkan dengan pelumba Sepanyol, Aron Canet, yang naik ke Moto2 selepas merebut kejuaraan di Moto3 musim ini.
Sementara itu, Hafizh yakin dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik bersama Angel Nieto musim depan.
“Kami mampu lakukan yang terbaik musim depan. Moto2 bukanlah kategori baharu bagi saya tetapi kini dipersembahkan dengan chasisi dan enjin yang lebih berkuasa.
“Saya pernah bersaing dengan majoriti pelumba dalam kelas ini jadi saya yakin akan dapat menduduki kelompok depan. Saya akan berikan yang terbaik untuk menempatkan diri dikalangan kelompok lima terbaik,” jelasnya.
(SUMBER: angelnietoteam.com)
Advertisements |
rali-dakar-alami-kemalangan-paulo-goncalves-disahkan-meninggal-dunia | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Rali Dakar: Alami Kemalangan, Paulo Goncalves Disahkan Meninggal Dunia
Posted on January 13, 2020 by Amirul Azreen
SUMBER: trtworld.com
Pelumba Portugal, Paulo Goncalves, telah meninggal dunia ketika mengalami kemalangan di peringkat ketujuh perlumbaan Rali Dakar di Arab Saudi, semalam.
Menurut pihak penganjur, pelumba berusia 40 tahun itu – yang membuat penampilan ke-13 sejak kali pertama menyertai perlumbaan itu pada 2006 – mengalami kemalangan 276 kilometer setelah berlepas dari Riyadh menuju ke Wadi Al Dawasir.
Berdasarkan kenyataan, helikopter telah dihantar bagi menghulurkan bantuan dan mendapati Goncalves tidak sedarkan diri.
Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Layla sebelum disahkan meninggal dunia.
Goncalves merupakan pesaing pertama yang meninggal dunia dalam perlumbaan terbabit sejak Michal Hernik di Argentina pada 2015.
Ketika perlumbaan pada Jumaat, Goncalves mengalami masalah enjin lalu terpaksa membuat pertukaran enjin secara bersendirian setelah pasukannya mengirim enjin baharu menerusi bantuan pasukan lawan.
Pelumba berpengalaman itu dengan tangkas menukar enjin terbabit lalu menyambung perlumbaan.
Aksi pada Ahad yang merangkumi jarak lebih 546km menyaksikan pelumba KTM, Kevin Benavides – yang turut memberhentikan jenteranya bagi menghulurkan bantuan kepada Goncalves – muncul juara.
Sementara juara bertahan, Toby Price – yang turut berhenti dan cuba membantu Goncalves – menamatkan aksi di tempat keempat.
(SUMBER: trtworld.com)
Advertisements |
lewis-hamilton-tak-puas-hati-formula-1-diteruskan | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Lewis Hamilton Tak Puas Hati Formula 1 Diteruskan
Posted on March 12, 2020 by Amirul Azreen
Juara dunia Formula 1, Lewis Hamilton menyuarakan rasa terkilan tatkala Formula 1 masih berjalan seperti biasa meskipun acara sukan besar lain telah pun dibatalkan.
Susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19, rata-rata acara sukan besar telah pun dibatalkan atau ditunda antaranya MotoGP dan NBA.
Malah, beberapa negara turut membatalkan sebarang acara yang melibatkan lebih 1,000 pengunjung.
Bagaimanapun, Formula 1 masih diteruskan dan situasi itu mencetuskan tanda tanya bagi Hamilton sendiri yang kini berada di Australia sebagai persediaan menghadapai GP Australia.
“Saya terkilan kami berada disini. Saya terkejut yang kami berada dalam bilik ini ketika ini,” apabila ditanyakan sama ada dia selesa untuk beraksi.
“Hari ini, (Presiden Amerika Syarikat) Donald Trump menutup sempadan daripada negara Eropah. NBA juga digantung (apabila pemain Utah Jazz, Rudy Gobert didapati positif Covid-19).
“Tetapi F1 masih berjalan seperti biasa. Jadi sudah tentu saya tidak berasa selesa,” jelasnya.
Ditanyakan apakah punca sukan permotoran terbesar dunia itu diteruskan, Hamilton menjawab “Mungkin sebab ‘cash is king’,”katanya.
Penganjuran F1 mencetuskan persoalan tatkala lima pegawai telah pun didapati positif Covid-19 dan senario itu membuatkan Hamilton agak kecewa.
“Saya rasa tidak perlu berselindung disebalik pendapat saya. Saya cuma boleh berharap peminat yang hadir untuk berjaga-jaga dan sentiasa membawa hand sanitizer,” tambahnya.
(SUMBER: motorsport.com)
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
135829-unit-kenderaan-bmw-m-sport-berjaya-dijual-pada-2019 | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
135,829 Unit Kenderaan BMW M Sport Berjaya Dijual Pada 2019
Posted on January 17, 2020 by Amirul Azreen
BMW M8 Coupe
BMW merekodkan penjualan terbaik bagi tahun 2019 dengan lebih 135,829 unit kenderaan berprestasi tinggi berjaya dijual.
Keputusan ini meletakkan BMW Group sebagai peneraju syarikat paling berjaya bagi tahun sama.
Sementara itu, 2019 turut merekodkan permintaan tinggi bagi model M Sport dan kelengkapan tambahan daripada BMW Individual.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW M GmbH, Markus Flasch, menyifatkan pengalaman pemanduan unik jadi punca jenama itu terajui segmen kenderaan berprestasi tinggi buat julung kalinya dalam tempoh 50 tahun.
Kejayaan BMW turut berpunca daripada pelancaran beberapa model baharu antaranya BMW X3 M, BMW X4 M dan BMW M8 Coupe serta BMW M8 Convertible.
Pasaran Amerika Syarikat jadi tumpuan terbesar dengan lebih 44,442 unit terjual diikuti Jerman, 26,110 unit, dan United Kingdom, 17,688 unit.
Bukan itu sahaja, penjualan BMW M juga menyumbang kepada penjualan keseluruhan jenama BMW di seluruh dunia.
Advertisements |
pemandu-myvi-lawan-arus-penunggang-motosikal-maut-dilanggar | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Pemandu Myvi Lawan Arus, Penunggang Motosikal Maut Dilanggar
Posted on May 16, 2020 by Amirul Azreen
Seorang penunggang motosikal telah maut manakala seorang lagi cedera parah apabila dilanggar sebuah Perodua Myvi yang melawan arus di Pulau Pinang.
Kejadian tersebut berlaku dari tol Jambatan Pulau Pinang menghala ke Lebuhraya Utara-Selatan.
Menurut ketua polis daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad, pemandu Myvi tersebut disyaki memandu dengan laju sebelum merempuh dua motosikal tersebut.
Mohamad Hafiz Bakri, 31 tahun maut ditempat kejadian manakala Lim Kar Tian, 34 tahun mengalami kecederaan serius di bahagian kaki.
Shafee turut mengesahkan bahawa pemandu tersebut melarikan diri sebaik mencetuskan perlanggaran dan ketika ini pihaknya sedang memeriksa CCTV di kawasan berkenaan bagi mengenal pasti pelaku.
Pada masa sama, dia menggesa orang ramai yang mempunyai informasi berkaitan kejadian untuk tampil ke balai polis berdekatan.- FMT
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
elak-guna-orang-tengah-berurusan-terus-dengan-kami-puspakom | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Elak Guna Orang Tengah, Berurusan Terus Dengan Kami – PUSPAKOM
Posted on August 16, 2019 by Amirul Azreen
Demikian kenyataan dikeluarkan PUSPAKOM sempena program bersama pelanggan bertemakan “PUSPAKOM Sedia Bantu!”.
Program tersebut berjalan di cawangan PUSPAKOM terpilih seluruh negara dari 19 Ogos ini hingga 2 Okotber 2019, dari jam 9 pagi hingga 4 petang.
Menerusi program ini, PUSPAKOM tekad mendekati pelanggan lantas mengelakkan daripada pelanggan diperdaya oleh orang tengah yang menyampaikan info tidak sahih tentang pemeriksaan kenderaan oleh pihak PUSPAKOM.
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail, menyifatkan program ini penting dalam menyalurkan ilmu kepada orang ramai.
“Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelanggan berhubung perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh PUSPAKOM supaya mereka boleh berurusan terus dengan PUSPAKOM dan bukan melalui orang tengah.
“Sering kali, PUSPAKOM menerima maklumbalas di mana pelanggan suka menggunakan orang tengah kerana mereka tidak faham tentang hal pemeriksaan kenderaan. Ini merupakan platform penting bagi PUSPAKOM menyalurkan maklumat yang sebenarnya.
“Kami berharap pelanggan dapat memahami proses dan maklumat pemeriksaan sebenar yang ditawarkan oleh PUSPAKOM sebelum mereka memilih untuk menggunakan khidmat orang tengah.
“Ini kerana ada pelanggan yang menggunakan khidmat orang tengah telah dikenakan caj perkhidmatan yang tinggi malah ditipu dengan janji seperti “pasti lulus” yang telah ditabur kepada mereka. Bayaran pemeriksaan PUSPAKOM adalah hanya di antara RM20 hingga RM90 sahaja bergantung kepada jenis pemeriksaan dan kenderaan.
“Ini secara tidak langsung dapat membantu pelanggan dalam menjimatkan kos serta menjawab segala persoalan dan kekeliruan di kalangan mereka,” jelasnya.
Sepanjang program ini berlangsung PUSPAKOM turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik antaranya:
Pendaftaran MyPUSPAKOM dengan pengesahan serta-merta (sila bawa bersama borang pendaftaran perniagaan SSM dan surat wakil).
Khidmat nasihat bagi memahami proses dan standard pemeriksaan dan syarat-syarat lulus sesebuah kenderaan.
Memperbaharui cukai jalan, lesen memandu, semak saman kenderaan oleh perkhidmatan bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pameran kenderaan komersial, penjagaan kenderaan dan keselamatan Buku Panduan Pemeriksaan percuma
Permainan Wheel of Fortune dan Mix & Match dengan hadiah menarik
Untuk maklumat lanjut, hubungi PUSPAKOM di talian 1-800-88-8927 atau layari www.puspakom.com.my
Advertisements |
diskaun-40-peratus-bagi-shark-spartan-carbon-di-modenas-powerstore | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Diskaun 40 Peratus Bagi SHARK Spartan Carbon Di Modenas Powerstore!
Posted on March 12, 2020 by Amirul Azreen
Helmet popular bagi kalangan peminat touring, SHARK kini menawarkan diskaun 40 peratus bagi Spartan Carbon.
Selain daripada penggunaan bahan gentian karbon – elemen mustahak nak nampak jahat – , SHARK Spartan Carbon ini turut menawarkan rekaan tampak garang dan sporty.
Antara ciri penting ditawarkan:
penggunaan bahan gentian karbon dan gentian kaca multiaxial
Multi-density EPS (melindungi kepala daripada tekanan G)
visor anti calar
Pinlock Max Vision tersedia
sistem Autoseal (kedap bunyi)
sun visor
waranti 5 tahun
Menariknya, SHARK Spartan Carbon turut didatangkan dengan penggunaan fabrik anti-bakteria AEGIS Microtech sekaligus menjaminkan kebersihan si pemakai.
Pada masa sama, seperti helmet SHARK lain, Spartan Carbon juga mesra pemakai kaca mata dengan ciri EasyFit.
Sementara itu, rekaan keseluruhan SHARK Spartan Carbon menjaminkan aerodinamik terbaik.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan SHARK Spartan Carbon yang kini ditawarkan serendah RM1,060 (selepas diskaun 40 peratus ) sila kunjungi Modenas Powerstore di Kota Damansara!
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
nikmati-penjimatan-sehingga-rm9000-dengan-setiap-pembelian-ford-ranger | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Nikmati Penjimatan Sehingga RM9,000 Dengan Setiap Pembelian Ford Ranger!
Posted on March 1, 2020 by Amirul Azreen
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) memperkenalkan promosi Ford Ranger XLT Family bermula hari ini hingga 31 Mei 2020.
Menerusi promosi ini, orang ramai ditawarkan penjimatan istimewa bagi XLT, XLT Plus dan XLT Special Edition.
Pelanggan yang berminat untuk membawa pulang sebuah Ford Ranger XLT Plus bakal menerima penjimatan sehingga RM7,188 manakala penjimatan sehingga RM8,000 menanti pelanggan yang berminat untuk mendapatkan Ford Ranger XLT Special Edition.
Ford Ranger XLT mampu menjana 157.8hp dan 385Nm sekaligus menjadikan trak pikap paling praktikal bagi rakyat Malaysia.
Bagi yang mengharapkan sesuatu yang ekstra, Ford Ranger XLT Special Edition didatangkan dengan paparan sesentuh 9-inci dengan ‘reverse camera’ dan sokongan Android Auto serta Apple CarPlay.
Sementara itu, bagi yang mengejar keterujaan, Ford Ranger XLT Plus menawarkan 178hp dan 420Nm menerusi enjin turbo 2.0L yang disalurkan menerusi transmisi 10-kelajuan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut layari Ford Malaysia.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
empat-pusat-servis-modenas-kembali-beroperasi-mengikut-temu-janji | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Empat Pusat Servis Modenas Kembali Beroperasi Mengikut Temu Janji
Posted on April 19, 2020April 20, 2020 by Amirul Azreen
Pengeluar motosikal nasional, MODENAS mengumumkan operasi selepas jualan kembali beroperasi seperti biasa bagi cawangan yang terpilih.
Keputusan itu selaras dengan penyataan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarbangsa dan Industri (MITI) yang membenarkan industri tertentu untuk kembali beroperasi.
Bagaimanapun, operasi selepas jualan MODENAS akan tertakluk kepada prosedur pengendalian standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19.
Antara Pusat Servis Modenas Terpilih yang akan kembali operasi adalah seperti berikut:
Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor
Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak
Pusat Servis MODENAS Gurun, Kedah
Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang
Waktu operasi adalah dua kali seminggu melibatkan hari Isnin dan Khamis sahaja dari 10 pagi hingga 3 petang.
Keempat-empat pusat servis yang dinyatakan akan mula operasi bermula 20 April ini dan akan berdasarkan temu janji yang telah ditetapkan.
Pelanggan yang berminat untuk membuat temu janji boleh layari http://bit.ly/mcobookaservice atau menghantar mesej WhatsApp ke +60195708135.
Pada masa sama, pelanggan datang untuk temu janji perlu memakai penutup muka dan mempraktikan penjarakan sosial.
Dalam perkembangan sama, Modenas Powerstore di Kota Damansara turut kembali beroperasi pada kadar minima.
Sebagai penghargaan kepada penat lelah petugas barisan hadapan, Modenas Powerstore menawarkan kos upah percuma dan diskaun 20 peratus untuk alat ganti bagi setiap pemilik motor Pulsar NS200/RS200 dan Dominar.
Bukan itu sahaja, Modenas Powerstore turut menerima motosikal kemalangan.
Orang ramai yang berminat perlu membuat temu janji dengan menghubungi +6019-8003470!
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
norton-jual-hak-rekaan-dan-penghasilan-enjin-961-ke-china | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Norton Jual Hak Rekaan Dan Penghasilan Enjin 961 Ke China
Posted on April 3, 2020April 3, 2020 by Amirul Azreen
Norton Commando SportNorton ketika ini telah diletakkan bawah pengendalian administration (insolvensi) susulan kegagalan membayar hutang.
Bagaimanapun, Motorfans.com.cn melaporkan ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stuart Garner, sempat memeterai perjanjian dengan CEO Jinlang, Wu Huacong, untuk menjual hak pemilikan dan rekaan enjin 961.
Laporan itu mendakwa perjanjian kerjasama strategik telah pun dimeterai yang bakal menyaksikan Jinlang ambil alih pengeluaran enjin dan pengedaran alat ganti kepada pemilik Norton 961 seluruh dunia.
Pada masa sama, Jinlang turut dibenarkan untuk mengeluarkan jenama sendiri menggunakan enjin tersebut.
Dakwaan ini ada asasnya tatkala Norton menghasilkan model Atlas dan Nomad menggunakan enjin 650cc menerusi kerjasama dengan Zongshen, jenama memiliki pertalian erat dengan Jinlang.
Sementara itu, Jilang mendakwa perjanjian dengan Garner tlah dilaksanakan sebelum Norton diletakkan dibawah jabatan insolvensi negara itu dan persetujuan pemilikan hak enjin 961 tiada kena mengena dengan situasi semasa.
Bagaimanapun, senario ini jelas menyokong dakwaan Garner cuba mengaut keuntungan sebaik menyedari Norton di ambang kejatuhan. – Visordown
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
rasmi-modenas-ninja-650-z650-dilancarkan-dari-rm34500 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
RASMI: Modenas Ninja 650, Z650 Dilancarkan – Dari RM34,500
Posted on July 17, 2023July 18, 2023 by Amirul Azreen
Sperti yang dijangka, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) dengan rasminya melancarkan Modenas Ninja 650 dan Z650 untuk pasaran tempatan.
Bagi pasaran tempatan, Modenas Ninja 650 ini datang dengan dua pilihan warna, Metallic Matte Graphenestell Gray (RM35,200) dan Lime Green/Ebony (RM35,900). Sementara Modenas Z650 pula ditawarkan pada harga RM34,500 bagi warna Metallic Spark Black dan RM35,200 bagi Metallic Matte Graphenesteel Gray.
Kedua-dua model ini dikuasakan enjin parallel-twin 649cc yang menawarkan 67.3hp pada 8,000rpm dan 65.7Nm pada 6,500rpm.
Menariknya, kedua-duanya merupakan model terbaru yang diperkenalkan untuk pasaran global pada September tahun lalu. Hasilnya, kedua-dua model ini dilengkapi fungsi Kawasaki Traction Control (KTRC) tiga peringkat yang boleh diselaraskan mengikut kesesuaian.
Dalam mod 1, sistem tersebut akan mengukur kadar pusingan tayar bagi meningkatkan tahap cengkaman sewaktu masuk dan keluar dari selekoh.
Sementara itu mod 2 pula boleh diaktifkan sekiranya menunggang di atas permukaan licin – jalan basah, berpasir dan berbatu. Mod 2 akan memastikan ‘traction control’ bertindak lebih cepat bagi mengimbangkan motosikal.
Bagi yang mahukan cabaran dan tunggangan lasak terutamanya di litar, pengguna juga boleh menyahaktifkan KTRC sekaligus.
Pengguna boleh akses fungsi KTRC menerusi paparan skrin TFT berwarna yang disertakan.
Penggunaan kerangka jenis steel trellis juga dikekalkan dan dipadankan bersama fork teleskopik 41mm di depan dan penyerap hentakan jenis ‘back-link’ di belakang.
Advertisements |
bantu-tunda-marc-marquez-hafizh-syahrin-dapat-pujian-netizen | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
motogp
Bantu Tunda Marc Marquez, Hafizh Syahrin Dapat Pujian Netizen
Posted on October 21, 2019 by Amirul Azreen
Meskipun sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-19 di GP Jepun, semalam, namun Hafizh Syahrin tetap mencuri tumpuan apabila membantu menunda juara MotoGP, Marc Marquez.
Marquez – yang turut menjuarai perlumbaan di Litar Motegi itu – mengalami masalah enjin sebaik menamatkan perlumbaan.
Saksikan rakaman di bawah:
http://motomalaya.net/blog/wp-content/uploads/2019/10/getfvid_74284702_190582645439847_6979591380126990484_n.mp4
Hafizh kemudiannya menghulurkan bantuan dengan menunda juara dunia enam kali itu.
Marquez mendominasi GP Jepun dengan catatan masa 32 minit 41.492 saat diikuti Fabio Quartararo dan Andrea Dovizisio, ketiga.
Bagaimanapun, aksi Hafizh di akhir perlumbaan terus mendapat pujian dari netizen.
Rakyat Malaysia bakal mendapat peluang untuk menyaksikan pelumba negara itu di Litar Antarabangsa Sepang, November depan untuk pusingan kedua terakhir MotoGP.
Advertisements |
letak-botol-air-dalam-kereta-boleh-mengundang-maut-pdrm | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Letak Botol Air Dalam Kereta Boleh Mengundang Maut – PDRM
Posted on February 14, 2020 by Amirul Azreen
Antara benda wajib ada dalam kereta masa kini adalah botol air tetapi ramai yang tidak sedar kehadiran botol tersebut mampu menyebabkan kemalangan jiwa.
Baru-baru ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook Polis Daerah Pendang menjelaskan bagaimana tindakan meletakkan botol air secara sesuka hati di dalam kereta sangat membahayakan.
Setiap kereta mempunyai tempat letak air sama ada di bahagian centre console atau di bahagian sisi pintu bagaimanapun, rata-rata menggunakan ruang yang ada untuk meletakkan benda lain.
Senario ini menyebabkan pemandu membuat pilihan untuk meletakkan botol air di ruang tempat letak kaki atau lantai.
Bagaimanapun, tindakan itu boleh membawa maut seandainya dalam keadaan kereta hilang kawalan dan botol bergolek ke bahagian bawah pedal brek.
“Saya perasan, ada diantara kita yang meletakkan botol tersebut di bawah kerusi sama ada di bawah kerusi pemandu ataupun di bawah kerusi penumpang.
“Perbuatan tersebut adalah salah satu perbuatan yang paling berbahaya. Jika kenderaan mula hilang kawalan, botol tersebut, sama ada yang bersaiz 250 ml atau 1.5 liter, atau pun lain-lain bekas minuman boleh tersangkut di bawah pedal brek.
“Tak kira bagaimana kuat sekalipun anda pijak pedal brek tersebut, ianya tidak membantu kerana tekanan yang amat tinggi diperlukan untuk membuatkan botol tersebut pecah,” menurut perkongsian terbabit.
Pada masa sama, perkongsian tersebut turut mengingatkan orang ramai yang tidak mempunyai ruang tempat letak yang mencukupi untuk membeli ‘cup holder’ tambahan.
Advertisements |
tujuh-unit-tesla-model-3-jadi-kereta-peronda-thailand | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Tujuh Unit Tesla Model 3 Jadi Kereta Peronda Thailand
Posted on April 21, 2020 by Amirul Azreen
Agensi Polis Thailand menerima keluarga baharu dikalangan kereta peronda apabila menerima tujuh unit Tesla Model 3.
Difahamkan, tujuh unit Model 3 itu dipinjamkan untuk lima tahun dan menelan belanja lebih USD2.7 juta (RM11 juta) atau USD385,714 seunit.
Ketujuh-tujuh unit tersebut telah pun selamat tiba di ibu pejabat polis Thailand di Dusit, Bangkok dan dilengkapi kelengkapan polis antaranya komputer dan siren.
Difahamkan, penggunaan kereta Tesla menjimatkan perbelanjaan penyelenggaraan kereta polis susulan kos penjagaan yang rendah sekaligus mengurangkan penggunaan duit pembayar cukai.
Tidak hairanlah, penggunaan kereta Tesla sebagai kereta peronda turut dilaksanakan beberapa jabatan polis di Amerika Syarikat antaranya Fremont, Bargersville, dan Westport. – driveteslacanada
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
honda-monkey-dapat-sentuhan-teknologi-ohlins | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Honda Monkey Dapat Sentuhan Teknologi Ohlins
Posted on September 5, 2019 by Amirul Azreen
Ohlins Asia telah menghasilkan penyerap hentakan khas untuk motosikal ‘funbike’ Honda Monkey 125, hari ini.
Meskipun Honda Monkey tidak mencapai populariti di Malaysia namun lain kisahnya di negara jiran, Thailand, dengan rata-rata menggunakan motosikal jenis ‘fun bike’ sebagai kaedah pengangkutan utama.
Menyedari perkara ini, Ohlins, selaku peneraju utama dalam teknologi penyerap hentakan telah menghasilkan produk khas bagi meningkatkan lagi keselesaan tunggangan Monkey dengan memperkenalkan kit redaman fork depan dan sistem penyerap hentakan belakang.
Pengurus Ohlins Asia, Alex D’Antoni mengakui berasa seronok sepanjang projek menghasilkan produk untuk Honda Monkey.
“Kami teruja sepanjang projek ini. Mengenakan penyerap hentakan berteknologi tinggi terhadap Honda Monkey ternyata meningkatkan lagi kemampuan serta keselesaan tunggangan. Dua faktor ini amat penting terutamanya dalam menempuh perjalanan harian di kawasan bandar yang sesak,” jelasnya.
Kit redaman depan Ohlins terbukti meningkatkan daya serap hentakan di samping mengoptimumkan kemampuan membrek.
Ohlins Asia telah mereka dua jenis penyerap hentakan belakang bagi Honda Monkey 125 iaitu penyerap hentakan berkembar STX 36 jenis emulsion – yang didatangkan dengan spring preload boleh laras – dan penyerap hentakan premium dengan gaya twin piggy back reservoir.
Kedua-dua produk ini mampu menahan berat penunggang lebih dari 80 kilogram.
Semua produk ini boleh didapati di setiap pengedar Ohlins di Asia.
Advertisements |
jururawat-dapat-ninja-400-baharu-siap-akrapovic-selepas-motosikal-sendiri-dicuri | BERITA ANTARABANGSA
Kawasaki
Moto Malaya
Jururawat Dapat Ninja 400 Baharu Siap Akrapovic Selepas Motosikal Sendiri Dicuri
Posted on April 16, 2020 by Amirul Azreen
Seorang petugas barisan hadapan, Mercedes Suarez yang bekerja sebagai jururawat di Texas kecewa apabila Kawasaki Ninja 250 tahun 2004 miliknya dicuri.
Meskipun pihak polis berjaya menangkap suspek namun mereka sempat merosakkan jentera tersebut yang telah dibina semula oleh Suarez bersama ayah tirinya.
Suarez menggunakan jentera tersebut sebagai kenderaan harian ke tempat kerja tatkala bertugas sebagai barisan hadapan di waktu pandemik Covid-19 melanda.
Menyedari perkara ini, seorang pemilik kedai motosikal Alamo Cycle Plex, Dave Sears – yang juga pengedar Kawasaki – bertindak menghubungi Kawasaki Amerika Utara bagi membincangkan usaha yang dapat dilakukan.
Sears kemudiannya menghubungi Suarez dan memaklumkan bahawa dia akan menerima sebuah Kawasaki Nina 400 serba baharu!
Bukan itu sahaja, jentera tersebut turut didatangkan terus dengan beberapa aksesori antaranya tank pad, frame sliders dan ekzos Akrapovic!
Sebuah bengkel turut menawarkan untuk membaiki semula Ninja 250 yang telah dirosakkan itu.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
motogp-andrea-iannone-digantung-18-bulan | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
motogp
MotoGP: Andrea Iannone Digantung 18 Bulan
Posted on April 1, 2020 by Amirul Azreen
Badan permotoran dunia, FIM, telah menggantung pelumba MotoGP, Andrea Iannone selama 18 bulan susulan gagal ujian doping.
Pelumba Aprilia Racing Team itu didapati positif bahan terlarang jenis steroid dalam ujian yang dijalankan terhadapnya ketika di GP Malaysia, tahun lalu.
Keputusan itu sekaligus menyaksikan Iannone bakal terlepas aksi MotoGP musim 2020 termasuk beberapa aksi pembukaan musim seterusnya.
Bagaiamanapun, Iannone masih lagi dibenarkan untuk membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) tatkala Aprilia mendakwa steroid tersebut telah dimasukkan ke dalam makanan pelumba terbabit tanpa pengetahuannya.
FIM dalam satu kenyataan berkata,” Andrea Iannone dikenakan penggantungan selama 18 bulan berkuatkuasa pada 17 Disember 2019 sehingga 16 Jun 2021.
“Susulan ujian doping rutin yang dijalankan ketika di GP Malaysia pada 3 November 2019, Andrea Iannone didapati positif Drostanolone metabolite.”
Kontrak Iannone bersama Aprilia akan berakhir hujung musim ini.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
pelumba-british-superbike-ben-godfrey-maut-kemalangan-ketika-track-day | Moto Malaya
Pelumba British Superbike, Ben Godfrey Maut Kemalangan Ketika Track Day
Posted on June 23, 2020June 23, 2020 by Amirul Azreen
Pelumba Kejuaraan Superbike British, Ben Godfrey meninggal dunia apabila terlibat kemalangan di litar perlumbaan Donington Park, Ahad lalu.
Ben Godfrey di Sepang 8 Hours 2019
Godfrey terjatuh daripada jenteranya apabila berlanggar dengan seorang lagi pelumba ketika acara No Limit Trackdays.
Pelumba berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara seorang lagi pelumba – lelaki berusia 31 tahun – dibawa ke Pusat Rawataan Queens untuk rawatan lanjut.
Pihak No Limit Trackdays dalam satu kenyataan memaklumkan, “ketika sesi kumpulan kedua keluar, Ben Godfrey telah berlanggar dengan seorang lagi pelumba lantas terjatuh daripada jenteranya.
“Dia mengalami kecederaan serius dan meskipun pihak perubatan bergegas memberi bantuan, dia meninggal dunia sejurus selepas itu.
“Kami dengan dukacita memaklumkan Ben meninggal dunia susulan kecederaan serius.”
Godfrey sepatutnya beraksi di Ducati TriOptions Cup tahun ini di Silverstone bersama pasukan BGR.
Dia juga pernah beraksi di Litar Antarabangsa Sepang bersama pasukan Mototech bagi saingan Sepang 8 Hours tahun lalu.
Ikuti kami di YouTube dan Instagram!
Advertisements |
honda-perkenalkan-cb-f-concept-2020 | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Honda Perkenalkan CB-F Concept 2020
Posted on March 27, 2020 by Amirul Azreen
Honda memperkenalkan CB-F Concept, jentera yang menggabungkan sejarah model CB dan teknologi terkini yang terdapat pada motosikal sportsbike.
Pada awalnya, jentera ini dirancang untuk diperkenalkan di Pameran Motosikal Osaka 2020 dan Pameran Motosikal Tokyo 2020 sebelum dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.
Menariknya, CB-F Concept ini masih lagi mengekalkan identiti CB900F – CB750F di Jepun.
Menurut Honda, jentera ini dilengkapi kerangka lighweight dengan struktur high-tensile steel mono-backbone sementara fork USD (upside down) menawarkan tunggangan selesa tak kira untuk kawasan urban dan laluan berliku,
Sementara, penyerap hentakan belakang mengguna pakai konfigurasi Pro-Arm aluminium ringan single-sided.
Dalam perkembangan lain, Honda akan turut memperkenalkan 29 model 2020 menerusi Honda Virtual Motorcycle Show hari ini.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!
VIDEO HARI INI
Advertisements |
pergerakan-antara-negeri-dibenarkan-dari-1-hingga-3-mei | BERITA TEMPATAN
Moto Malaya
Pergerakan Antara Negeri Dibenarkan Dari 1 Hingga 3 Mei
Posted on April 25, 2020April 25, 2020 by Amirul Azreen
View of KL on the 27jun 2013. All most with out haze. Taken at tasik Titiwangsa.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membenarkan pergerakan antara negeri dilaksanakan pada 1 hingga 3 Mei ini.
Kebenaran tersebut hanya dibenarkan bagi orang awam yang terkandas di kampung dan hendak pulang ke rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, hanya yang layak boleh membuat permohonan untuk pergerakan antara negeri mulai 26 April (esok) menerusi aplikasi Gerak Malaysia.
Sementara itu, bagi yang tiada aplikasi tersebut, orang awam perlu memndapatkan kebenaran bertulis di balai polis berhampiran namun Datuk Huzir menjelaskan keutamaan akan diberikan kepada pengguna aplikasi tersebut.
Bagi permohonan yang diterima, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi:
Tiada kemudahan makanan disediakan di Rehat dan Rawat (R&R) bagi Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
Surau ditutup dan aktiviti solat berjemaah tidak dibenarkan
Hanya fasiliti tandas awam dibuka
Pemandu yang meletakkan kereta di parkir R&R untuk berehat tidak dibenarkan berada di luar kenderaan.
Stesen minyak hanya beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Kenyataan media mengenai tatacara pendaftaran menerusi Gerak Malaysia akan dikeluarkan hari ini.- Bernama
Advertisements |
rizoma-lancar-aksesori-khas-moto-guzzi-v85tt | BERITA ANTARABANGSA
Moto Malaya
Rizoma Lancar Aksesori Khas Moto Guzzi V85TT
Posted on August 29, 2019 by Amirul Azreen
Disebabkan model klasik enduro Moto Guzzi V85TT semakin mendapat tempat di hati peminat dua roda terutamanya di Eropah, pengeluar aksesori motosikal, Rizoma, telah melancarkan koleksi aksesori khas bagi model tersebut.
Siapa yang tak kenal jenama Rizoma? Dari pengguna kapcai sehinggalah ke superbike. Rizoma sememangnya terkenal dengan penjualan aksesori yang membolehkan mana-mana jentera kelihatan lebih garang berbanding rupa standard.
Rizoma memperkenalkan 17 aksesori khas bagi Moto Guzzi V85TT yang terdiri daripada pelindung lampu depan, cermin anti silau dengan cermin aspheric, rali pegs (foot peg) bagi penunggang dan pembonceng, kickstand extension, pod lampu isyarat kiri dan kanan, serta lever brek dan klac.
Kesemua aksesori ini didatangkan dengan gabungan warna hitam dan merah dan boleh dipadankan dengan ketiga-tiga warna yang terdapat pada V85TT.
Difahamkan, setiap komponen berharga dari USD19 hingga USD192.
Menerusi aksesori ini, pemilik V85TT boleh mengubah jentera mengikut cita rasa sendiri. Meskipun rata-rata aksesori ini hanya akan mengubah nilai estetik namun penggunaan rali peg mampu membawa perbezaan ketara terutamanya ketika merentas permukaan ‘off-road’.
Pemilik V85TT boleh membuat tempahan di laman sesawang Rizoma.
(SUMBER: Ride Apart)
Advertisements |
ducati-streetfighter-v2-sedang-dalam-pembikinan | BERITA ANTARABANGSA
BERITA TEMPATAN
Ducati Streetfighter V2 Sedang Dalam Pembikinan?
Posted on December 16, 2019 by Amirul Azreen
Streetfighter V4
Selepas Ducati mencuri perhatian dunia dengan memperkenalkan Streetfighter V4, pengeluar motosikal Itali itu dikhabarkan bakal menghasilkan versi V2.
Panigale V4S
Menurut laporan MCN, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, membuat pendedahahan menarik mengenai perancangan untuk menghasilkan Ducati Streetfighter V2.
“Kami kini memiliki Panigale V2 yang menghasilkan 155hp dan menawarkan pengalaman menunggang sebuah sportbike yang tidak terlalu ekstrem.
“Jadi kami mahu menghasilkan sebuah motosikal naked dalam kategori sama,” Domenicali memberitahu MCN.
Panigale V2
Meskipun CEO Ducati itu tidak menyebut tentang menghasilkan sebuah Streetfighter V2 namun berdasarkan Streetfighter V4 yang lahir daripada Panigale V4R, kemungkinan senario sama akan berlaku terhadap Panigale V2.
Streetfighter V4
Ducati Streetfighter V2 dijangka menggunakan enjin 955cc V-Twin yang terdapat pada Panigale V2 di samping fork depan Showa boleh laras, penyerap hentakan Sachs dan kaliper brek Brembo Monoblock berkembar dan Cornering ABS.
Advertisements |