title
stringlengths
5
182
body
stringlengths
104
38.4k
dominasi-gp-aragon-marc-marquez-hampiri-kejuaraan-keenam
BERITA ANTARABANGSA Honda Moto Malaya motogp Dominasi GP Aragon, Marc Marquez Hampiri Kejuaraan Keenam Posted on September 23, 2019 by Amirul Azreen Pelumba Honda, Marc Marquez, menampilkan aksi mantap sebaik perlumbaan bermula apabila kekal di kedudukan pertama sehingga ke pusingan akhir. Sementara tempat kedua dan ketikga menjadi milik wakil Ducati, Andrea Dovizioso dan Jack Miller. Marquez menoktahkan kemenangan sebaik perlumbaan bermula apabila tiada cabaran yang berjaya ditampilkan pesaing lain. Pelumba Sepanyol itu menamatkan saingan dengan catatan masa 41 minit 57.221 saat sekaligus mengesahkan kemenangan kelapan musim ini. Keputusan tersebut turut menyaksikan Marquez menerajui kejuaraan musim ini dengan perbezaan 98 mata daripada pencabar terdekat, Dovizioso. Sementara itu, wakil tunggal negara, Hafizh Syahrin sekadar menamatkan perlumbaan di tempat terakhir. Dalam perkembangan lain, saingan Moto2 menyaksikan wakil Red Bull KTM Ajo, Brad Binder muncul juara selepas mengetepikan cabaran Jorge Navarro (kedua) dan Alex Marquez (ketiga). Manakala, kelas Moto3 berjaya dimenangi Aron Canet daripada Sterilgarda Max Racing Team diikuti Ai Ogura kedua dan Dennis Foggia, ketiga. Aksi MotoGP bakal bersambung pada 6 Oktober depan di Litar Antarabangsa Chang, Thailand. Advertisements
toyota-gazoo-racing-kembali-dengan-musim-ke-3
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Toyota Gazoo Racing Kembali Dengan Musim Ke-3! Posted on July 24, 2019July 24, 2019 by Amirul Azreen UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengumumkan Festival Toyota Gazoo Racing Musim ke-3 yang akan membuka tirai September ini. Musim baru ini kini melibatkan empat pusingan yang merangkumi lapan Toyota Vios Challenge One Make Races yang akan berlangsung di jalan raya dibina khas dan di Litar Antarabangsa Sepang. Tiga kelas perlumbaan dipertandingkan seperti edisi sebelum ini: Promotional Class – selebriti tempatan Sporting Class – pelumba amatur Super Sporting Class – pelumba profesional Musim ketiga ini juga akan menyaksikan perlumbaan di alam maya menerusi siri Gazoo Racing Velocity E-Sport yang telah diperkenalkan September tahun lalu. Seperkara lagi yang pasti akan menarik perhatian adalah Gazoo Racing Outlet yang akan memaparkan beberapa model Toyota antaranya Gazoo Racing Supra. Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor,  Akio Takeyama mahu orang ramai lebih mendekatkan diri dengan jenama Toyota. “Toyota telah mencapai pelbagai kejayaan terutamanya dalam arena perlumbaan jadi kami mahu peminat dan pelanggan kami menyelami sejarah Toyota. “Festival TGR bukan untuk menjual lebih banyak kereta tetapi lebih kepada meraikan kejayaan Toyota dalam perlumbaan global dari rali Dakar dan Kejuaraan Rali Dunia sehinggalah ke 24 Hours Le Mans, ” jelasnya. Sementara itu,  TGR turut menjadi medan pembangunan pelumba muda apabila Musim 2 menampilkan pelumba berusia 14 tahun beralih dari perlumbaan go-kart ke kereta saloon. Seperti dua edisi sebelum ini, Musim 3 akan membariskan selebriti tempatan antaranya: Shukri Yahya Shawn Lee Nabil Ahmad Khai Bahar Nabila Razali Wany Hasrita Janna Nick Diana Danielle Ain Edruce Syafiq Kyle Menariknya, Takeyama sendiri akan beraksi buat kali ketiga berturut-turut. Pada masa sama,  Presiden UMW Toyota, Ravindran K berkata festival TGR merupakan medan membuktikan kemampuan kereta Toyota. “Pengeluar kereta hari ini berkongsi objektif yang sama iaitu menghasilkan kenderaan yang praktikal,  mampu milik dan boleh diharap tetapi bagi Toyota bukan sahaja penting untuk kami memenuhi sasaran ini malah menawarkan pengalaman terbaik buat pelanggan kami,” jelasnya. Musim 3 turut dirancakkan dengan penaja rasmi antaranya Toyo Tires,  Denso,  TRD Asia, Moty, Enkei,  M7 dan Toyota Capital Asia. Advertisements
pandu-uji-jentera-idaman-di-litar-antarabangsa-sepang-hujung-minggu-ini
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Pandu Uji Jentera Idaman Di Litar Antarabangsa Sepang Hujung Minggu Ini! Posted on December 12, 2019 by Amirul Azreen   Tahun baru semakin hampir dan hajat untuk merasai motosikal berkuasa besar dan kereta idaman belum kesampaian? Apa kata datang ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini. Sempena Races of Malaysia (ROM) 2019 yang akan berlangsung hujung minggu ini di SIC, terdapat juga sesi tunggang uji yang akan dijalankan di Kompleks SIC. Triumph Street Triple RS 2020 Sesi tunggang uji tersebut melibatkan beberapa jentera Triumph, Harley-Davidson dan Moto Guzzi. Moto Guzzi V85TT Pada masa sama, sesi pandu uji turut ditawarkan bagi model Perodua, Hyundai dan Mitsubishi. Hyundai Santa Fe Kedua-dua sesi ini terbuka kepada orang ramai yang hadir di ROM 2019 pada 14 dan 15 Disember ini. Sesi tunggang/pandu uji ini bertujuan untuk merealisasikan impian menaiki jentera idaman di samping membantu membuat keputusan pembelian pada masa akan datang. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan di SIC sempena ROM 2019 di samping menyaksikan pelumba negara, Hafizh Syahrin dan Azlan Shah Kamaruzamn beraksi! ROM 2019 bakal menyaksikan dua kateogri jentera dipertandingakan, World Touring Car Cup (WTCR) dan Sepang 8 Hours! Advertisements
harga-aprilia-rs250-sp-diumumkan-rm46000
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Harga Aprilia RS250 SP Diumumkan – RM46,000! Posted on May 2, 2020 by Amirul Azreen Aprilia RS250 sememangnya cukup ikonik apatah lagi pernah ditunggang Valentino Rossi. Jentera ini turut mencetuskan fenomena bukan sahaja di litar malah di atas jalan raya dengan banyak model replika dihasilkan. Jentera 250cc dua lejang semakin menyepi dengan kehadiran enjin empat lejang yang lebih mesra alam namun segmen itu kini semakin mendapat tempat menerusi Honda CBR250RR dan akan datang, Kawasaki ZX-25R. Aprilia bakal merancakkan lagi segmen 250cc menerusi RS250 SP, jentera yang dibina khas untuk litar lumba itu ditawarkan dengan harga EUR9,700 (RM46,248)! Dibina hasil kerjasama dengan pakar motosikal mini, Ovale, projek ini merupakan inisiatif Aprilia untuk membantu melahirkan lebih ramai pelumba muda di Itali yang ketika ini ketinggalan di belakang Sepanyol. Aprilia RS250 SP ini memiliki berat hanya 105 kilogram dan menawarkan 28hp. Antara ciri menarik lain: penyerap hentakan Ohlins brek Brembo rim ringan Marchesini Menurut info, jentera ini telah direka khas untuk penunggang seawal 11 tahun! Ketika ini tiada maklumat sama ada Aprilia bercadang untuk menghasilkan versi jalan raya. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!   Advertisements
bajaj-ktm-bangunkan-skuter-dan-moped-elektrik-2022
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Bajaj-KTM Bangunkan Skuter Dan Moped Elektrik 2022 Posted on April 13, 2020 by Amirul Azreen Berdasarkan laporan baharu, difahamkan Bajaj Auto dan KTM akan menghasilkan motosikal elektrik bagi pasaran domestik dan antarabangsa. Menurut laporan moneycontrol.com, moped dan skuter elektrik itu akan menggunakan enjin elektrik kapasiti rendah dan proses pengeluaran akan bermula pada 2022 di kilang Bajaj Auto, Pune, India. Pada April tahun lalu, Pierer Mobility Group and Bajaj Auto telah menjalankan projek pembangunan jentera elektrik bagi Powered Two Wheeler (PTW) yang menawarkan kuasa di antara 4 hingga 13.4 hp. Menurut Pengerusi Pierer Mobility dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTM AG, Stefan Pierer, beberapa varian elektrik skuter akan dihasilkan bermula 2022. Berdasarkan laporan tahunan, Pierer Mobility, jentera elektrik tersebut akan dijual oleh kedua-dua jenama (Bajaj dan KTM). Ketika ini, pasaran moped di India dimonopoli TVS Motor yang telah memaparkan penjualan yang konsisten untuk beberapa tahun terutamanya menerusi TVS XL. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI   Advertisements
marquez-mampu-atasi-rekod-sembilan-kejuaraan-dunia-saya-rossi
BERITA ANTARABANGSA Honda Moto Malaya motogp Yamaha Marquez Mampu Atasi Rekod Sembilan Kejuaraan Dunia Saya – Rossi Posted on October 10, 2019 by Amirul Azreen Pelumba ikon MotoGP, Valentino Rossi mengakui tidak akan terkejut sekiranya Marc Marquez berjaya merekodkan sembilan kejuaraan dunia dalam kariernya. Marquez mengesahkan kejuaraan MotoGP buat kali keenam di kelas premier selepas muncul juara di GP Thailand, baru-baru ini. Dia kini memiliki rekod lapan kejuaraan termasuk satu kejuaraan dunia bagi segmen 125cc dan Moto2. Kejayaan Marquez turut menerima pujian Rossi dan menjangkakan pelumba berusia 26 tahun itu akan memintas statusnya selaku pemegang sembilan kejuaraan dunia. “Saya jangka Marquez mampu mengatasi rekod saya tetapi pada masa sama saya juga mahu memohon maaf kerana mensia-siakan beberapa peluang untuk muncul juara selepas itu. “Tetapi Marquez menyebabkan saya hilang satu peluang untuk muncul juara buat kali ke-10,” jelas Rossi merujuk kepada musim 2015 yang berakhir dengan kontroversi. Dalam perkembangan sama, Marquez enggan menafikan peluang untuk mengejar rekod 15 kejuaraan milik Giacomo Agostini. 15 Tailandia GP 3, 4, 5 y 6 de octubre de 2019, circuito de Chang, TailandiaMotogp, MGP, Mgp, MotoGP “Kami amat rapat dan saya pernah mendengar kenyataan ini sebelum ini. Saya enggan mengatakan senario itu 100 peratus mustahil tetapi rekod itu amat sukar untuk dikejar. “Saya perlu memenangi dua kali ganda daripada kejuaraan yang saya lakar ketika ini. Saya tidak obses untuk mengejar nama sebaliknya keutamaan saya adalah menikmati perlumbaan tersebut,” tambahnya. Advertisements
tempahan-volkswagen-arteon-dibuka-harga-dari-rm290-ribu
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Tempahan Volkswagen Arteon Dibuka – Harga Dari RM290 Ribu! Posted on July 22, 2019 by Amirul Azreen Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menerima tempahan awal bagi Volkswagen Arteon serba baharu. Model yang diimport sepenuhnya itu dijual pada harga di antara RM290,000 dan RM310,000 dan akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan akan datang. Arteon merupakan sebuah model ‘fastback’ dengan lima pintu yang menawarkan kombinasi di antara rekaan avant-garde dan pemanduan dinamik sekaligus mencerminkan nama yang diberikan. ‘Art’merujuk kepada seni dan reka bentuk harmoni sementara ‘eon’ melambangkan Arteon sebagai model premium Volkswagen. Arteon turut merangkul anugerah ‘Golden Steering Wheel 2017’ di Eropah. Model baharu ini dijana dengan enjin turbocharged 2.0L TSI yang disalurkan menerusi transmisi wet klac 7-kelajuan (DSG) dan menghasilkan 280hp dan 340Nm tork. Pelanggan juga disajikan dengan skrin paparan 9.2 inci, Active Info Display TFT yang turut membenarkan pemandu membuat tetapan mengikut cita rasa sendiri. Bukan itu sahaja, Volkswagen turut melengkapkan Arteon dengan kamera 360 darjah bagi meningkatkan keselamatan! Orang ramai yang berminat diminta layari laman sesawang Volkswagen untuk mendapatkan jemputan eksklusif bagi menyaksikan Arteon dengan lebih dekat. Advertisements
pdrm-terima-honda-civic-sebagai-kereta-pengiring-apec-2020
BERITA TEMPATAN Moto Malaya PDRM Terima Honda Civic Sebagai Kereta Pengiring APEC 2020? Posted on March 6, 2020March 13, 2020 by Amirul Azreen Berdasarkan beberapa perkongsian gambar di laman sosial, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima beberapa unit Honda Civic. Meskipun tiada pengesahan namun terdapat dakwaan bahawa barisan kereta tersebut akan digunakan selaku kereta pengiring ketika persidangan Kerjasama Ekonomo Asia-Pasifik (APEC) 2020. Apa sekalipun, barisan Honda Civic terbabit nampak gah dengan lencana dan warna korporat PDRM. Sementara itu, rata-rata netizen turut mencurahkan rasa bangga dan teruja kerana menyaksikan jentera popular itu akan bertindak selaku kereta penguatkuasa negara. Bagaimanapun, ketika ini masih tiada pengesahan sama ada barisan Civic terbabit akan terus diguna pakai PDRM tatkala baru-baru ini badan penguatkuasaan itu juga bakal menerima lebih 425 unit Toyota Corolla Altis. Model Altis terbabit akan menggantikan Proton Wira dan Waja selaku kereta peronda. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
jom-tunggang-uji-modenas-pulsar-ns200-abs-hujung-minggu-ini
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Jom Tunggang Uji Modenas Pulsar NS200 ABS Hujung Minggu Ini! Posted on February 10, 2020February 10, 2020 by Amirul Azreen Niat nak beli motosikal jenis naked sport tapi teringin nak tunggang uji terlebih dahulu? Jom beramai-ramai singgah di Modenas Powerstore, Kota Damansara pada 15-16 Februari ini untuk merasai sendiri Modenas Pulsar NS200 ABS 2020! Pulsar NS200 merupakan model paling popular dalam keluarga Modenas sejak menjalinkan kerjasama dengan Bajaj dan bagi 2020, model popular itu kini dipertingkat dengan sistem Anti-Lock Braking System (ABS) single-channel. Fungsi ABS penting dalam memastikan jentera sentiasa berada dalam terkawal tidak kira dalam apa jua keadaan terutamanya ketika menghadapi permukaan jalan yang basah atau berpasir. Dalam pasaran, jentera yang menawarkan sistem ABS rata-rata mencecah harga puluhan ribu ringgit tetapi Modenas Powerstore menawarkan Pulsar NS200 ABS 2020 dengan harga RM9,780 (merangkumi cukai julan dan insurans first party). Bagi yang hadir untuk sesi tunggang uji, jangan lupa untuk membawa lesen dan IC untuk pendaftaran. Orang ramai boleh menguji jentera terbabit sekitar Kota Damansara dibawah pemantauan marshall. Jadi kalau berminat untuk mencuba sendiri Pulsar NS200 ABS jom beramai-rami ke Modenas Powerstore Kota Damansara pada 15-16 Februari ini!   Advertisements
ducati-amerika-syarikat-panggil-semula-651-unit-panigale-1199-dan-1299
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Ducati Amerika Syarikat Panggil Semula 651 Unit Panigale 1199 Dan 1299 Posted on October 3, 2019 by Amirul Azreen Ducati Amerika Syarikat telah memanggil semula model Panigale 1199 SL (2014-2018), Panigale R V2 (2014-2018), Panigale 1299 SL (2014-2018) dan Panigale 1299 FE (2014-2018) yang dijangka melibatkan lebih 651 unit. Ducati mendapati terdapat beberapa kes telah berlakunya limpahan minyak enjin yang kemudiannya akan mengalir ke airbox lalu mengena bahagian tayar belakang menerusi airbox drain. Senario itu amat membahayakan tatkala boleh menyebabkan tayar belakang hilang cengkaman lalu membawa kepada kemalangan. Meskipun tiada laporan kemalangan sedemikian dilaporkan setakat ini namun Ducati enggan mengambil risiko tersebut lalu membuat keputusan untuk memanggil semula unit terlibat. Menurut agensi keselamatan jalan raya Amerika Syarikat, NHTSA, panggilan semula akan berkuatkuasa 28 Oktober ini dan pemilik yang terlibatkan akan dijemput untuk membuat temu janji. Jentera terkesan kemudiannya akan dikemas kini dengan kit blow-by valve serba baharu yang akan memastikan airbox drain tidak lagi menyalurkan limpahan minyak tersebut. (SUMBER: Ride Apart) Advertisements
reviu-modenas-pulsar-ns200-abs-bukan-lagi-aku-brek-sendiri
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Reviu Modenas Pulsar NS200 ABS: Bukan Lagi ‘Aku Brek Sendiri’ Posted on February 1, 2020 by Amirul Azreen Jangan salah faham, anda masih perlu mengenakan brek sendiri tetapi kali ini dipermudah dan lebih selamat dengan adanya ABS. Selepas beberapa tahun sejak Bajaj memperkenalkan Pulsar NS200 di pasaran Malaysia menerusi penjenamaan semula Modenas, akhirnya versi ABS diperkenalkan. Baru-baru ini, kami berpeluang menguji sendiri kemampuan versi ABS ini ketika sesi Media Ride yang dianjurkan Modenas yang melibatkan jarak sekitar 110 kilometer dari Shah Alam ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebelum bercerita panjang tentang NS200 ABS ini, perlu diingatkan varian baharu ini masih mengekalkan semua ciri sama yang terdapat pada Pulsar NS200 tanpa ABS. Apa itu ABS? Klik SINI kalau nak fahami lebih mendalam. Dalam erti kata lain, ABS memastikan motosikal anda tidak terkunci tayar ketika membrek lantas memastikan jentera kekal stabil. Bagaimanapun, tidak seperti ABS yang terdapat pada model Dominar D400 dan RS200 yang didatangkan dengan ABS dual-channel, Pulsar NS200 ABS dilengkapi dengan sistem single-channel khusus bagi tayar depan. Agak mengecewakan tetapi memahami Bajaj/Modenas cuba mengekalkan harga bawah RM10,000 – NS200 ABS ditawarkan pada harga RM9,650 – memperkenalkan sistem single-channel memang relevan. Soalan cepumas, sebagus mana sebenarnya varian ABS jika dibandingkan dengan tanpa ABS? Sejujurnya kami memaklumkan bahawa ABS ini membuatkan situasi membrek lebih meyakinkan. Sepanjang perjalanan yang ditempuhi, fungsi ABS ini sangat membantu meskipun ada kalanya kami merasakan ABS tersebut bertindak agak lambat seperti yang diharapkan – perlu diingatkan jentera yang kami uji belum habis ‘pantang’ dengan rata-rata merekodkan perbatuan sekitar 5km sahaja sebelum memulakan perjalanan. Apa sekalipun, ciri lain turut menghasilkan keputusan positif dengan penggunaan kompaun tayar MRF yang lebih lembut sekaligus menghadirkan cengkaman yang baik. Kami turut diberi peluang untuk menguji kelajuan NS200 ABS ini di atas lebuhraya dan telah merekodkan kelajuan sekitar 135 hingga 140km/j dengan speedometer betul-betul menyentuh kawasan ‘redline’. Secara keseluruhan, Modenas NS200 ABS ini menghadirkan fungsi yang sesuai bagi yang mencari keterujaan dalam kawasan bandar dan tunggangan di laluan berselekoh – sebagai contoh, Kuala Klawang dan Ulu Yam. Lebih penting, tiada jentera bersesaran 200cc dengan kemampuan ABS lain yang mampu menawarkan harga bawah RM10 ribu. Advertisements
dakwa-motosikal-rosak-pasangan-warga-emas-ini-rupanya-scammer
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Dakwa Motosikal Rosak, Pasangan Warga Emas Ini Rupanya ‘Scammer’ Posted on September 25, 2019 by Amirul Azreen Seorang netizen telah berkongsikan pengalaman menerusi laman sosial Facebook menceritakan pengalamannya berdepan pasangan warga emas yang tampak memerlukan bantuan sebelum mengetahui cerita sebenar. Menurut perkongsian tersebut, dia terserempak dengan pasangan warga emas terbabit berdiri di tepi jalan dengan si isteri sedang memegang tongkat sementara kaki kanannya dibalut. Kesian dengan keadaan mereka, netizen itu kemudiannya memberhentikan kenderaan untuk menawarkan pertolongan. Warga emas itu kemudiannya memaklumkan bahawa mereka tidak berasal dari situ malah telah menunggang motosikal bersama isterinya dari Pulau Pinang sebelum motosikalnya telah dilanggar kereta lain. Prihatin, netizen tersebut kemudiannya menawarkan pertolongan untuk tolong hantar pasangan terbabit bersama-sama motosikal mereka. Bagaimanapun, warga emas terbabit menolak pelawaan itu sebaliknya memberitahu dia memerlukan RM150 untuk menghubungi bantuan lori penunda. “Saya memberitahu bahawa saya tiada duit sebanyak itu kemudiannya dia meminta RM20. “Saya mula berasa was-was apabila saya berulang kali menawarkan untuk menghantar mereka dan motosikal tersebut ke destinasi dituju tetapi dia tetap bertegas meminta RM150 untuk khidmat lori tunda,”katanya. Selepas itu, dia dimaklumkan oleh orang lain yang lalu lalang disitu bahawa pasangan warga emas terbabit sering berlegar dikawasan sekitar dan menceritakan kisah sama bagi mendapatkan wang. Menurut laporan World of Buzz, pasangan warga emas terbabit turut kelihatan di Hospital Serdang dan Sungai Besi dan menggunakan modus operandi sama. (SUMBER: World Of Buzz) Advertisements
nombor-plat-vdv-8-catat-bidaan-tertinggi-rm73000
Moto Malaya Nombor Plat VDV 8 Catat Bidaan Tertinggi RM73,000! Posted on August 29, 2019August 29, 2019 by Amirul Azreen   Nombor plat kenderaan bernombor VDV 8 telah merekodkan bidaan tertinggi dengan RM73,000 sejak nombor siri tersebut dilancarkan pada 15 Ogos lalu. Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Datuk Ismail Mohd Zawawi, nombor siri DVD berjaya merekodkan kutipan RM1.5 juta. “Sejumlah 1,654 pembida telah terlibat dalam sesi bidaan tersebut,” katanya menurut laporan NST. Difahamkan nombor plat VDV 26 telah menerima 13 bidaan, diikuti VDV 88, VDV 99 dan VDV 77 dengan 12 bidaan. Sementara itu, bagi nombor siri VDU yang dilancarkan pada 8 Ogos lalu telah berjaya mencatat kutipan RM1.06 juta dari sejumlah 727 pembida. Menurut Ismail lagi, siri seterusnya, VDW akan bermula pada 5 September ini dan akan ditutup empat hari kemudian. Segala bidaan dijalankan secara atas talian menerusi JPJeBid. (SUMBER: NST) Advertisements
pelumba-tempatan-tunjuk-belang-aksi-enduro-gabit-menang-lagi
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Pelumba Tempatan Tunjuk Belang Aksi Enduro, Gabit Menang Lagi Posted on July 29, 2019July 29, 2019 by Amirul Azreen Gabit Saleh meneruskan kemaraan di hari kedua GIVI Rimba Raid apabila memenangi kategori terbuka perlumbaan Enduro semalam selepas mempertahankan kejuaraan Kelas A pada Sabtu. Pelumba ‘off-road’ negara itu menamatkan lima pusingan dengan catatan masa terpantas di antara 37 pelumba lain dengan 1 jam 20 minit 36.490 saat sekaligus mengukuhkan namanya dalam arena off-road. Tempat kedua jadi milik Ahmad Lezzam Roslim dengan catatan masa 1 jam 20 minit 42.859 saat diikuti Richard Lim ketiga dengan 1 jam 25 minit 15.784 saat. Sementara itu bagi kategori veteran menyaksikan 53 pelumba berentap bagi merebut kejuaraan dengan Rohaizam Rizal Mansor muncul juara dengan catatan masa 47 minit 40.073 saat diikuti Mohd Fauzi Ali kedua dengan 49 minit 26.849 saat dan Lai Kok Hing ketiga yang hanya dipisahkan beberapa saat di belakang. Kategori novice menyaksikan Muhammad Fareez Burhanuddin juara dengan 55 minit 51.473 saat diikuti Mohammad Syamin kedua dengan 56 minit 46.992 saat sementara Michael Soh ketiga dengan 56 minit 50.331 saat. Aksi Enduro melengkapkan GIVI Rimba Raid yang memasuki hari kedua semalam sekaligus mengukuhkan pertandingan itu dipersada tempatan dan antarabangsa. Hari pertama yang berlangsung pada Sabtu melibatkan acara tumpuan ‘jungle race’ menyaksikan Gabit berjaya mempertahankan kejuaraan dimenangni tahun lalu di Mat Daling. Perlumbaan itu turut menampilkan pelumba jemputan dari Chile, Jeremias Israel yang merupakan pelumba raki Dakar Honda. Saksikan rangkuman hari kedua Rimba Raid di bawah: Advertisements
dorna-bantu-pelepasan-khairul-idham-pawi-ke-sepanyol
Moto Malaya Dorna Bantu Pelepasan Khairul Idham Pawi Ke Sepanyol Posted on July 7, 2020July 7, 2020 by Amirul Azreen Pelumba Petronas Sprinta Racing, Khairul Idham Pawi, sepatutnya berangkat ke Jerez , Sepanyol awal minggu ini sebagai persiapan menghadapi saingan Moto3 yang kembali bersambung bulan ini. Namun, dia terkandas susulan peraturan baharu Eropah yang hanya membenarkan 15 negara – Malaysia tidak tersenarai – untuk masuk ke Sepanyol. Bagaimanapun, pelumba berusia 21 tahun itu mampu menarik nafas lega apabila Dorna dengan bantuan kerajaan Sepanyol telah memberi kebenaran untuk terbang ke negara itu. Pelepasan sama turut diberikan kepada dua lagi pelumba negara yang bersaing di Moto2, Hafizh Syahrin (Aspar Team) dan Kasma Daniel (Onexox TKKR SAG Team). Aksi MotoGP akan membuka tirai pada 17-19 Julai ini di Jerez. Advertisements
remaja-17-tahun-bonceng-mayat-teman-wanita-sebelum-tinggalkan-di-garaj
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Remaja 17 Tahun Bonceng Mayat Teman Wanita Sebelum Tinggalkan Di Garaj Posted on April 13, 2020 by Amirul Azreen Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bertindak meninggalkan mayat kekasihnya di garaj rumah milik ibu bapa mangsa selepas terlibat kemalangan awal pagi Ahad. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon yang menjelaskan bahawa mayat mangsa dijumpai atuknya sekitar jam 10 pagi di garaj letak kereta. Difahamkan, remaja lelaki terbabit dan mangsa telah keluar berjalan-jalan sekitar jam 3.30 pagi sambil menunggang motosikal sebelum merempuh kerbau yang melintas sekitar Felda Keratong 3. Menurut kenyataan Azari, sejurus selepas kemalangan yang menyebabkan mangsa maut susulan kecederaan parah di kepala remaja lelaki terbabit bertindak memboncengkan mangsa pulang ke rumah keluarga mangsa dan meninggalkannya di garaj sebelum berlalu pergi kerana takut dimarahi. Remaja lelaki terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut sementara mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah, Rompin, untuk jalani bedah siasat- Bernama Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
jangan-penting-diri-hafizh-syahrin
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Jangan Penting Diri- Hafizh Syahrin Posted on March 24, 2020 by Amirul Azreen Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, menggesa orang ramai untuk tidak mementingkan diri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerajaan melaksanakan PKP dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 yang telah pun diumumkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Meskipun PKP telah pun memasuki hari ketujuh hari ini namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang degil tatkala terdapat 10 peratus – atau 3 juta – yang ingkar. “Kita tidak boleh penting diri. Duduk rumah dan tunggu tindakan seterusnya oleh pihak kerajaan, sama-sama kita boleh membendung penularan Covid-19,” tegas Hafizh. Hafiz yang ketika ini berada di rumah selepas beraksi di aksi pembukaan Moto2 di Qatar sebelum kalendar MotoGP 2020 turut ditunda susulan Covid-19 menggunakan peluang sedia ada untuk membuat senaman di rumah. “Saya hanya cuba memastikan kesihatan dan tubuh badan berada dalam keadaan baik,” tambahnya. Menurut kalendar terkini MotoGP, aksi pembukaan tirai akan dibawa ke Litar Jerez pada Mei seandainya Covid-19 berjaya ditangani. (SUMBER: NST) Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
berdepan-penggantungan-4-tahun-iannone-yakin-tidak-bersalah
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya motogp Berdepan Penggantungan 4 Tahun, Iannone Yakin Tidak Bersalah Posted on December 18, 2019 by Amirul Azreen Andrea Iannone yakin mampu menterbalikkan keputusan FIM untuk menggantungnya susulan gagal ujian doping. FIM dalam satu kenyataan semalam membuat keputusan menggantung Iannone susulan ujian doping Agensi Anti Doping Dunia (WADA) yang dijalankan terhadapnya ketika di GP Malaysia, November lalu didapati positif penggunaan bahan terlarang jenis steroid. Bagaimanapun, pelumba berusia 30 tahun itu masih boleh memfailkan ujian sampel B. Sementara itu, Iannone menjelaskan di laman sosial Instagram miliknya bahawa dia tidak terkesan dengan penggantungan tersebut. “Saya terkejut dengan berita ini tetapi buat masa ini saya masih belum menerika sebarang maklumat rasmi. “Sepanjang tahun ini saya telah menjalani pelbagai ujian dan semuanya negatif jadi untuk kali ini juga saya yakin penamat yang positif,” jelasnya. Jika didapati bersalah, Iannone bakal berdepan penggantungan maksimum selama 4 tahun. Advertisements
yamaha-perkenalkan-tenere-700-rally-edition-untuk-pasaran-eropah
Moto Malaya Yamaha Perkenalkan Tenere 700 Rally Edition Untuk Pasaran Eropah Posted on June 26, 2020June 26, 2020 by Amirul Azreen Yamaha perkenalkan Tenere 700 versi Rally Edition untuk pasaran Eropah. Menariknya, model ini menampilkan pilihan warna dan grafik yang ditonjolkan model Tenere sulung – XT 600 – pada Rali Dakar 1983. Terdapat beberapa penambahbaikan baharu yang diperkenalkan terhadap versi Rally Edition ini antaranya tempat duduk rali yang direka khas kini 20mm lebih tinggi berbanding tempat duduk standard sekaligus menawarkan penunggang ketinggian yang lebih selesa dan tempat duduk menegak. Bukan itu sahaja, Rally Edition ini turut disertakan dengan ekzos slip-on daripada Akrapovic, pelindung haba karbon dan Db killer. Komponen premium lain yang turut disertakan adalah skid plate dengan ketebalan 4mm, pelindung radiator dan pelindung rantai. Yamaha turut menawarkan sebuah toolbox yang boleh dipasang di skid plate tersebut sementara pencahayaan ditawarkan menerusi penggunaan lamp u LED. Tenere 700 Rally Edition ini dikuasakan dengan enji 689cc CP2 yang menawarkan 72hp dan 68Nm pada 6,500rpm. Jentera ini ditawarkan pada harga EUR11,572 (RM55,707). Ikuti kami di YouTube dan Instagram! Advertisements
ducati-perkenalkan-hypermotard-950-rve-2020
Moto Malaya Ducati Perkenalkan Hypermotard 950 RVE 2020 Posted on June 16, 2020June 16, 2020 by Amirul Azreen Kalau ada yang bercadang untuk meraikan tahun 2020 dengan Ducati Hypermotard 950, mungkin rancangan itu perlu ditangguh kerana Ducati baharu sahaja melancarkan Hypermotard 950 RVE. Versi baharu ini mendapat perhatian umum apabila dipaparkan sebagai jentera konsep di Concorso d’Eleganza Villa d’Este 2019. Model ini menampakkan grafiti yang menonjol dengan perkataan Hyper di samping dinaik taraf dengan quickshifter (DQS) yang didatangkan secara standard yang sebelum ini hanya ditawarkan pada varian SP. Bagaimanapun, tidak seperti SP, RVE tidak dilengkapi dengan rim aluminium Marchesini dan penyerap tekanan Ohlins namun rekaan grafik itu sudah cukup membuatkan model ini menonjol. Ducati Hypermotard 950 RVE masih lagi didatangkan dengan enjin 937cc V-Twin Testatretta 11° yang menawarkan 114hp dan 96Nm tork di samping ciri menarik lain antaranya Bosch Cornering ABS EVO, Ducatio Traction Control (DTV) EVO dan Ducati Wheelie COntrol (DWC) EVO. Ketika ini, tiada maklumat rasmi sama ada varian RVE ini akan diperkenalkan di Malaysia namun orang ramai masih lagi mendapatkan varian standard pada haga RM75,900. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! Advertisements
bersara-atau-sertai-petronas-yamaha-antara-pilihan-valentino-rossi
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya motogp Yamaha Bersara Atau Sertai Petronas Yamaha Antara Pilihan Valentino Rossi Posted on January 30, 2020January 30, 2020 by Amirul Azreen Sumber: Valeyellow46 @ Instagram Setelah Yamaha mengumumkan keputusan untuk menggantikan Valentino Rossi dengan Fabio Quartararo pada 2021, pelumba Itali itu kini perlu membuat keputusan mengenai masa depannya. Bagaimanapun, lagenda MotoGP itu hanya akan membuat keputusan mengenai masa depannya di arena perlumbaan pertengahan musim 2020. Pelumba berusia 40 tahun itu – yang telah merekodkan 89 kemenangan dan tujuh kejuaraan dunia – gagal melakar kemenangan sejak 2017 dan hanya menamatkan musim 2019 di kedudukan ketujuh keseluruhan. Meskipun Yamaha telah mengikat kontrak lanjutan dua tahun bersama Maverick Vinales sehingg 2022 dan mendapatkan khidmat Quartararo bermula 2021, Rossi menegaskan dia masih belum sedia membuat sebarang keputusan. Dia kini mempunyai dua pilihan, sama ada membuat keputusan untuk bersara atau beralih ke pasukan satelit, Petronas Yamaha. “Selepas beberapa perubahan teknikal termasuk ketibaan ketua kru baharu, sasaran saya tahun ini adalah kembali menjadi kompetitif dan meneruskan karier saya selaku pelumba MotoGP. “Bagaimanapun, saya perlu mencari jawapan dengan beraksi dalam beberapa perlumbaan sebelum membuat keputusan,” jelas Rossi. Yamaha dalam satu kenyataan berkata, “Sekiranya Rossi membuat keputusan untuk terus berlumba pada 2021, kami beri jaminan dia akan mendapat jentera YZR-M1 dan sokongan penuh kejuruteraan Yamaha Motor Co. Ltd.” Rossi bakal memulakan ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang pada 7 hingga 9 Februari ini. Advertisements
dari-masalah-kewangan-ke-kes-penipuan-norton-motorcycle-bakal-terkubur
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Dari Masalah Kewangan Ke Kes Penipuan, Norton Motorcycle Bakal Terkubur? Posted on February 1, 2020 by Amirul Azreen Norton Commando Sport Baru-baru ini, media luar melaporkan Norton Motorcycle berdepan masalah kewangan yang serius sehingga gagal menjelaskan cukai. Mereka kini ditempatkan dalam pentadbiran atas kegagalan melunaskan cukai di samping tidak mampu menyiapkan tempahan motosikal. Senario ini sekaligus menyaksikan lebih 100 pekerja di kilang Castle Donington berdepan dilema. Ditubuhkan di Birmingham, Norton mula menghasilkan motosikal seawal tahun 1902 sebelum terlibat dalam perlumbaan Isle of Man TT. Antara jentera yang terkenal adalah Dominator dan Commando sementara Interpol dipilih sebagai jentera rasmi polis United Kingdom pada 1980. Norton Dominator Norton berdepan masalah kewangan bermula tahun 2008, tetapi diselamatkan jutawan pemaju, Stuart Garner. Pada Mei tahun lalu, tatkala terdapat khabar angin syarikat itu kembali bergelut, Garner bagaimanapun menegaskan perniagaan mereka kukuh di samping mendedahkan akan membuka kilang baharu. Stuart Garner Bagaimanapun, awal tahun ini, dia kemudiannya memaklumkan Norton mempunyai tunggakan cukai sekitar GBP300,000 (RM1.6 juta). Bukan itu sahaja, dua lagi syarikat milik Garner turut dibawa ke pentadbiran. RideApart pernah melaporkan situasi kewangan Norton pada 2019 namun dibidas Garner sendiri yang menegaskan dakwaan itu tidak berasas. Norton V4 RR Pada hujung 2018, Norton membuka tempahan awal bagi model Atlas 650 dan V4 RR dan walaupun telah menerima banyak tempahan – dengan bayaran penuh – daripada pelanggan yang masih meletakkan kepercayaan, tidak ada satu unit pun yang berjaya dihasilkan apatah lagi diserahkan kepada pelanggan sehingga kini. Norton Atlas Ranger Norton Motorcycle mendakwa mereka tidak ada kewangan yang mencukupi untuk menghasilkan jentera terbabit meskipun mendapat suntikan kewangan daripada kerajaan dan bantuan pinjaman. Kini, Norton dan Stuart Garner didakwa terlibat dalam kes penipuan persaraan yang membabitkan lebih ratusan ribu dollar Amerika. Jadi dilihat dari mata kasar, masa depan Norton Motorcycle tampak gelap melainkan ada ‘penyelamat’ baharu namun dengan Brexit telah pun dilaksanakan, kebarangkalian untuk Norton terkubur agak tinggi. Advertisements
5-motosikal-250cc-bawah-rm20-ribu-yang-tak-segan-untuk-dirisik
Moto Malaya 5 Motosikal 250cc Bawah RM20 Ribu Yang Tak Segan Untuk Dirisik Posted on June 23, 2020June 23, 2020 by Amirul Azreen Bagi yang mencari keterujaan yang lebih berbanding yang ditawarkan motosikal kapcai, jentera 250cc merupakan segmen yang paling sesuai untuk diterokai. Bukan sahaja harga ditawarkan tak perit – bergantung kepada kewangan juga – malah servis dan penjagaan tidak terlalu membakar poket. Apatah lagi ketika pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap keadaan semasa kewangan masing-masing, motosikal merupakan pengangkutan terbaik bagi memudahkan pergerakan di samping menawarkan penjimatan terbaik. Bagi memudahkan pencarian kami senaraikan 5 motosikal 250cc bawah RM20,000 yang tak segna untuk dirisik di kedai motosikal kawasan anda: Benelli Leoncino 250 ABS Lengkap dengan Anti-lock Brake System (ABS), Leoncino ini menawarkan ciri sama yang terdapat pada varian 500cc namun dengan sesaran enjin yang lebih kecil. Rekaan cafe racer dengan suntikan moden juga menampakkan gaya yang menarik perhatian dan ditawarkan pada harga RM14,688! Benelli TRK 251 Tak minat gaya cafe racer dan mahukan gaya praktikal? TRK 251 merupakan pilihan terbaik. Menerapkan DNA TRK 502, model ini menawarkan 26.8hp @ 10,500rpm menerusi enjin satu silinder 249cc dengan DOHC. Rekaan motosikal tourer dengan ‘ground clearance’ yang tinggi termasuk tangki 18L memastikan model ini cukup sesuai untuk tunggangan harian dan jarak jauh. Modenas Elegan 250 Mencari skuter dengan tahap keselesaan terbaik, Modenas Elegan 250 merupakan pilihan tepat dengan harga sekitar RM13,599 sahaja. Motosikal jenis skuter sememangnya mudah dikendalikan dan sangat sesuai untuk kegunaan urban. Meskipun ketiadaan fungsi ABS namun ciri lain seperti DRL, paparan LCD yang jelas dan tempat duduk selesa menjadikan skuter ini sebagai pilihan tepat untuk kegunaan harian. Elegan 250 merupakan alternatif paling mampu milik jika dibandingkan dengan sepupunya Kymco Downtown 250i (RM22,790) malah SYM Cruisym 250i (RM20,021) dan Kawasaki J300 (RMRM31,498) ditawarkan pada harga yang lebih tinggi. CFMoto 250NK Kalau inginkan jentera berkonsepkan motosikal naked dan moden, CFMoto 250NK merupakan model pilihan. Apa yang menarik perhatian, dengan harga RM12,800 (standard) dan RM13,800 (SE), model ini didatangkan dengan ABS dan paparan berwarna TFT secara standard. Dijana dengan enjin 250cc, jentera ini menawarkan sekitar 20hp dan 22Nm pada 7,500rpm. Benelli TNT 249S 2020 Jentera terbaru ditawarkan Benelli bagi tahun 2020, TNT 249s menggantikan model sebelumnya TNT 250. Ditawarkan pada harga sekitar RM15,888, Benelli TNT 249s menawarkan bunyi yang sedap seakan 4-silinder dan kuasa sekitar 31.5hp dan 20 Nm. Ciri lain yang menarik perhatian adalah penggunaan lampu LED, fork USD dengan cakera brek berkembar. Diharapkan perkongsian ini membantu dalam mencari jentera 250cc di bawah bajet RM20,000 untuk kegunaan harian. Bagaimanapun, perlu diingatkan untuk mengenal pasti kemudahan mendapatkan alat ganti dan pusat servis terdekat untuk masa akan datang. Ikuti kami di YouTube dan Instagram! Advertisements
motosikal-diubah-suai-lebih-stabil-berbanding-standard-kilang-achey
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Motosikal Diubah Suai Lebih Stabil Berbanding Standard Kilang – Achey Posted on September 12, 2019 by Amirul Azreen Sumber: Acheykintangkintung @ Instagram Pelawak, Achey Bocey mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penjual aksesori motosikal seandainya mahu membanteras trend pengubahsuaian motosikal. Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, menegaskan bahawa pihaknya sedang memantau pengubahsuaian motosikal dikalangan artis dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan seandainya memiliki bukti yang mencukupi. Mohd Nasir Hamzah, atau Achey juga antara selebriti yang gemar melakukan pengubahsuain motosikal dan berkongsi di laman sosial. “Ubahsuai motosikal boleh membawa keputusan yang positif. “Motosikal yang baru keluar dari kilang yang hanya mampu mencapai kelajuan 120 km/j akan menjadi lebih stabil selepas diubahsuai,” katanya kepada Harian Metro. Bagaimanapun, dia mengakui tidak menyokong pengubahsuaian motosikal yang menjurus kepada pencemaran bunyi serta digunakan untuk perlumbaan haram. Pada masa sama, Achey mahu pihak polis mengambil tindakan terhadap kedai aksesori dan bukannya menyita motosikal ini. “Perlu adil, nak saman pemilik motosikal, kedai aksesori juga perlu disaman. Kes ini sama sahaja seperti penagih dan pengedar dadah,” tambahnya. Achey turut meluahkan rasa bimbang dengan kerugian yang terpaksa dipikul golongan Bumiputera yang rata-rata menjadi pemilik kedai aksesori motosikal di Malaysia. Sumber: ZizanRazak869 @ Instagram Dalam perkembangan sama, Zizan Razak, turut meminta pihak berkuasa untuk tidak memberikan tumpuan terhadap motosikal jenis Yamaha Y15ZR (YSuku) semata-mata. Dia – yang merupakan antara selebriti terawal terjebak dalam pengubahsuaian motosikal sebelum diikuti rakan artis lain, Shuib Sepahtu, Ajak Shiro dan Datuk Aliff Shukri – menyifatkan trend ubah suai motosikal hanyalah minat untuk menghasilkan motosikal yang cantik. “Saya minat motosikal sejak di bangku sekolah tetapi ketika itu saya masih belum mampu untuk buat apa yang saya minat,” jelasnya. (SUMBER: Harian Metro) Advertisements
insiden-cop-tempat-letak-kereta-jadi-viral-di-laman-sosial
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Insiden ‘Cop’ Tempat Letak Kereta Jadi Viral Di Laman Sosial Posted on August 5, 2019 by Amirul Azreen Sebuah video menjadi viral di Facebook menunjukkan dua buah kereta berebut tapak letak kereta di Aeon Cheras Selatan. Pengguna Facebook, Engku Iskandar berkongsi pengalamannya yang ketika itu sedang memandu kereta jenis Honda BR-V. Ketika sedang mengundur masuk, secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota Vios cuba mencuri masuk menerusi ruang sempit. Saksikan video rakaman di bawah: Dalam video tersebut jelas menunjukkan seorang lelaki telah mengarahkan isterinya yang memandu Vios tersebut untuk masuk ke tapak terbabit. Difahamkan lelaki terbabit telah bertindak ‘cop’ parking tersebut sementara menunggu isterinya datang dengan kereta. Bagaimanapun, hakikatnya tindakan tersebut menyalahi undang-undang dan lelaki tersebut boleh berdepan hukuman penjara selama enam bulan atau denda RM2,000! Advertisements
1-hingga-3-mei-bukan-tarikh-dibenarkan-pergerakan-antara-negeri-ismail-sabri
BERITA TEMPATAN Moto Malaya 1 Hingga 3 Mei Bukan Tarikh Dibenarkan Pergerakan Antara Negeri – Ismail Sabri Posted on April 26, 2020 by Amirul Azreen Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan bahawa terdapat kekeliruan apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan 1 hingga 3 Mei sebagai kebenaran pergerakan. “Sebenarnya, apa yang saya sebutkan sehingga 1 Mei merujuk kepada tempoh pendaftaran menerusi aplikasi Gerak Malaysia. “Siapa yang tiada aplikasi tersebut bleh mendaftar di balai polis terdekat,” jelasnya ketika sesi sidang media harian di Putrajaya, hari ini. Ismail Sabri turut menjelaskan bahawa selepas 1 Mei, pihak kerajaan memerlukan masa untuk mengumpul maklumat dan berbincang bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan PDRM. Menurutnya, kebenaran untuk pergerakan antara negeri perlu diteliti terlebih dahulu dengan dibawa ke mesyuarat khas MKN yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pendaftaran menerusi Gerak Malaysia boleh dilakukan bermula 29 April ini hingga 1 Mei dan arahan seterusnya akan diumumkan kemudian. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, pergerakan antara negeri tidak dibenarkan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
geely-berminat-ambil-alih-aston-martin
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Geely Berminat Ambil Alih Aston Martin? Posted on January 11, 2020 by Amirul Azreen Geely telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan Aston Martin bagi menyuntik bantuan kewangan terhadap pengeluar kereta premium mewah itu. Tindakan itu dilihat sebagai langkah pertama bagi Geely – yang turut memiliki Lotus dan Volvo – memiliki pegangan dalam syarikat berpangkalan di United Kingdom tersebut. Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa suntikan kewangan terbabit menjurus kepada perkongsian teknologi dan bukannya pelaburan secara menyeluruh. Sementara itu, Daimler – Geely memiliki 10 peratus saham – turut menyalurkan teknologi dan enjin kepada Aston sebelum ini. Aston Martin memerlukan suntikan kewangan susulan mengalami kejatuhan nilai saham sehingga 70 peratus sejak membuat keputusan untuk menjadi syarikat awam pada 2018. Pada masa sama, Geely bukan satu-satunya pelabur yang berminat malah, jutawan Formula 1, Lawrence Stroll, turut berminat untuk melabur lebih GBP200 juta bagi memiliki 19.9 peratus saham Aston Martin. (SUMBER: Financial Times) Advertisements
honda-ex5-milik-padin-musa-kena-curi-di-kepala-batas
BERITA TEMPATAN Honda Honda EX5 Milik Pa’din Musa Kena Curi Di Kepala Batas Posted on June 5, 2020 by Amirul Azreen Lagenda papan luncur negara, Pa’din Musa, yang kini terlibat dalam arena kustom motosikal memaklumkan bahawa motosikal Honda EX5 miliknya telah dicuri. Menerusi perkongsian di Instagram dan Facebook Padin Musa, motosikal tersebut telah dicuri ketika diletakkan di Jalan Seri Serdang, Kepada Batas, Pulau Pinang untuk makan tengah hari. “Dukacita dimaklumkan, EX5 aku telah hilang dicuri lebih kurang jam 1.50pm hingga 2.45pm di Jalan Seri Serdang, Kepala Batas. Ditinggalkan sebentar sebab pi makan tengahari. Walaupun harga tak seberapa tapi harap kalau ternampak bolehlah roger dan harap boleh share2 di group2 berkaitan. Terima kasehh semua…” Menariknya, motosikal kesayangan Padin itu turut pernah membuat penampilan dalam dokumentari 150CC Skate Tour oleh Abah & Sons. Diharapkan motosikal kesayangan Padin dijumpai semula menerusi bantuan orang ramai dan pihak berkuasa. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! Advertisements
ops-mabuk-berkuatkuasa-buru-pemandu-mabuk-seluruh-negeri
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Ops Mabuk Berkuatkuasa, Buru Pemandu Mabuk Seluruh Negeri Posted on February 22, 2020 by Amirul Azreen Bagi yang mungkin menyedari terdapat lambakan sekatan jalan dijalankan disekitar ibu kota ketika ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan Ops Mabuk bagi menangani masalah pemandu mabuk. Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias mendedahkan bahawa operasi sekatan jalan Ops Mabuk sedang dijalankan seluruh negara setiap hari. Menurut laporan Malay Mail, Bukit Aman telah mengarahkan semua ibu pejabat kontinjen polis seluruh negara untuk menjalan Ops Mabuk setiap hari. “Operasi yang berjalan di Kuala Lumpur kini telah dipanjangkan ke serata negeri,” jelas Datuk Azisman. Setakat ini, lebih 316 pengguna jalan raya telah ditahan bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk bagi bulan Januari sahaja. “Tahun lalu, dari 20,996 pengguna jalan raya yang telah ditahan, 1,116 daripadanya didapati memandu dalam keadaan mabuk. “Berdasarkan statistik, meskipun angka kecil namun terdapat peningkatan dalam kes pemandu mabuk tahun ini,” tambahnya. Tedahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mendedahkan pihak kerajaan bercadang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan mengetatkan hukuman terhadap pemandu mabuk dengan hukuman denda sehingga RM100,000 dan penjara hingga 20 tahun. (SUMBER: MalayMail) Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
mini-ev-x2-kereta-elektrik-berharga-rm13800-bakal-masuk-malaysia
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Mini EV X2: Kereta Elektrik Berharga RM13,800 Bakal Masuk Malaysia? Posted on May 2, 2020May 3, 2020 by Amirul Azreen Beberapa gambar yang memaparkan sebuah kereta elektrik Mini EV X2 berlegar di laman sosial Facebook menarik perhatian netizen. Hal ini kerana, kereta elektrik tersebut dikhabarkan akan dijual dengan hanya RM13,800 (harga promosi berbanding RM18,800) sahaja menurut risalah yang dikongsikan. Bukan itu sahaja, rekaan keseluruhan yang kompak dan comel di samping menawarkan motor elektrik pastinya mengujakan rakyat Malaysia yang mengharapkan kenderaan empat roda dengan harga mampu milik. Sebuah laman sesawang khas miniev.online dan akaun Facebook turut diwujudkan bagi rakyat Malaysia yang memaparkan maklumat dan risalah lebih terperinci mengenai model elektrik ini. Menurut info yang dikongsikan, Mini EV X2 mampu bergerak sejauh 120km dengan setiap – 8 jam – cas penuh dan menawarkan kelajuan maksima di antara 50 hingga 80 km/j. Ciri menarik lain yang ditawarkan: paparan meter digital skrin sesentuh 9 inci lampu LED kamera undur cakera brek depan dan belakang ruang tempat letak barang 850L *tak dapat dipastikan kebenaran sebab macam tak masuk akal* Sekiranya ada yang berminat, disarankan untuk bersabar kerana berdasarkan info dikongsikan Abang Gan dari Pandulaju, semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati tiada sebarang permohonan diterima mengenai kenderaan terbabit. Mini EV X2 ini juga belum mendapat kelulusan VAT untuk berada di atas jalan raya. Oleh itu, orang ramai diminta untuk tidak  melakukan sebarang tempahan atau permohonan terlebih dahulu terhadap sebarang kenderaan yang masih belum menerima kelulusan VAT daripada pihak JPJ. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!       Advertisements
vespa-x-dior-946-ini-baru-hypebeast
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Vespa X Dior 946: Ini Baru Hypebeast! Posted on June 13, 2020 by Amirul Azreen Jenama Vespa dan Dior berkongsi satu persamaan dengan kedua-duanya ditubuhkan pada tahun 1946. Bagaimanapun, kedua-dua jenama itu tidak pernah menjalinkan sebarang kolaborasi, sehinggalah hari ini apabila Vespa dan Dior bekerjasama dalam menghasilkan skuter edisi terhad 946. Vespa 946 merupakan model perdana dalam keluarga Vespa dan terkenal sebagai skuter pilihan pereka Itali, Giorgio Armani. Memasuki tahun 2020, Vespa 946 kini mendapat sentuhan Pengarah Artistik Dior bagi pakaian wanita, Maria Grazia Chiuri. Vespa 946 X Dior ini menampilkan warna ‘beige’ dan keemasan di samping logo Dior yang terpapar di bawah tempat duduk. Bukan itu sahaja, model ini turut didatangkan dengan helmet dan tempat letak barang Dior Oblique. Dior dan Vespa akan memperkenalkan skuter edisi terhad ini pada 2021. Advertisements
honda-cbr600rr-r-dalam-pembikinan
BERITA ANTARABANGSA Honda Moto Malaya Honda CBR600RR-R Dalam Pembikinan? Posted on March 28, 2020March 28, 2020 by Amirul Azreen Honda CBR600RR dijangka akan membuat penampilan semula dengan mengguna pakai rekaan sama yang terdapat pada CBR1000RR-R Fireblade 2020. Itu adalah dakwaan Young Machine yang berkongsi imej tersebut di laman mereka dengan nama CBR600RR-R. Tidak seperti laporan lain, dakwaan Young Machine – termasuk gambaran render – sering kali tepat terutamanya jika melibatkan jenama Honda, pelik tapi benar. CBR600RR mula menyepi pada 2017 apabila disekat daripada memasuki pasaran Eropah dan Asia susulan gagal mematuhi piawaian emsisi Euro4. Meskipun, Honda memperkenalkan CBR650R yang menawarkan tunggangan selesa dan lebih relevan untuk perjalanan harian namun masih ramai yang mengharapkan kehadiran CBR600RR. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
covid-19-504-sekatan-jalan-tangani-individu-ingkar-perintah-kawalan-pergerakan
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Covid-19: 504 Sekatan Jalan Tangani Individu Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Posted on March 20, 2020 by Amirul Azreen Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengerahkan lebih 8,600 anggota seluruh negara dalam usaha memastikan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan. Perintah Kawalan Pergerakan telah pun diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19. Setakat ini, hanya 60 peratus orang awam yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan tersebut. Bagi memastikan orang ramai patuh arahan untuk berada di rumah, PDRM mengadakan sekatan jalan di seluruh negara di samping melakukan rondaan di kawasan perumahan, kedai dan pusat membeli-belah. Menurut laporan The Star, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mahu orang ramai mengikut arahan yang telah dikuatkuasakan itu. “Kami mengharapkan orang ramai memberi kerjasama kerana kami enggan virus itu merebak,” jelasnya. Setakat ini, lebih 504 sekatan jalan telah pun dilaksanakan bagi menjalankan semakan dan memberitahu orang awam untuk berada di rumah. Pada masa sama, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan bahawa jika senario bertambah runcing, pihaknya akan membuat penahan terhadap individu yang ingkar perintah tersebut. (SUMBER: The Star) Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
rm30-sebulan-untuk-kereta-rm12-untuk-motosikal-skim-subsidi-minyak-bersasaran
BERITA TEMPATAN Moto Malaya RM30 Sebulan Untuk Kereta, RM12 Untuk Motosikal – Skim Subsidi Minyak Bersasaran Posted on October 7, 2019 by Amirul Azreen Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesahkan bahawa Skim Subsidi Minyak Bersasaran akan berkuatkuasa 1 Januari 2020 depan. Menerusi skim ini, pihak kerajaan akan menyalurkan wang tunai kepada akaun penerima sekali bagi setiap empat bulan. Menurutnya, “kadar subsidi RM30 sebulan bagi kereta sementara RM12 sebulan bagi motosikal.” Kerajaan menjangkakan lebih 2.9 juta rakyat akan menerima manfaat daripa skim baharu ini. (SUMBER : Bernama) Advertisements
bmw-x6-versi-lembaga-hitam-bakal-buat-penampilan-di-frankfurt-motorshow
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya BMW X6 Versi ‘Lembaga Hitam’ Bakal Buat Penampilan Di Frankfurt Motorshow Posted on August 28, 2019 by Amirul Azreen Frankfurt Motorshow bakal digemparkan dengan kehadiran ‘lembaga hitam’ yang datang dalam bentuk BMW X6. Menurut BMW, kenderaan tersebut merupakan satu-satunya kereta yang memaparkan penggunaan Vantablack. Penggunaan Vantablack pada asalnya dihasilkan untuk komponen yang digunakan di angka lepas susulan memiliki daya tahan haba yang sangat tinggi. Tidak seperti warna lain yang memantulkan cahaya, Vanta (Vertically Aligned Nano Tube Array) menyerap 99.96 peratus cahaya. Difahamkan, warna yang digunakan terhadap BMW X6 ini dikenali sebagai Vantablack VBX2 dan tidak seperti Vantablack asli – yang boleh membuatkan objek kelihatan seperti lohong hitam – VBX2 memantul 1 peratus cahaya. “Jika kami menggunakan warna Vantablack asli, hampir pasti ia akan membuatkan mereka yang melihat berasa bingung kerana kereta tersebut akan kelihatan seolah-oleh dua dimensi,” jelas Ben Jensen, pereka Vantablack. (SUMBER: Car Advice) Advertisements
yamaha-tracer-900-gt-tampil-dengan-dua-warna-baharu
Moto Malaya Yamaha Tracer 900 GT Tampil Dengan Dua Warna Baharu Posted on June 22, 2020June 22, 2020 by Amirul Azreen Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) memperkenalkan dua warna baharu bagi Yamaha Tracer 900 GT. Motosikal segmen ‘sport tourer’ itu kini didatangkan dengan warna Reddih Copper dan Midnight Silver. Yamaha Tracer 900 GT merupakan motosikal segmen touring yang bernadikan enjin CP3 (crossplane tiga silinder) yang terdapat pada jentera ‘naked’ MT-09. Menawarkan 115hp pada 10,000rpm dan 87.5Nm pada 8,500rpm, Tracer 900 GT turut dilengkapi dengan beberapa ciri menarik lain antaranya: quickshifterpenghadang angin boleh larascruise controlpaparan TFTsistem penyerap hentakan depan dan belakang boleh larasride by wireTraction Control dan ABS Meskipun didatangkan dengan warna baharu, Yamaha Tracer 900 GT masih mengekalkan harga sama, RM58,888! Advertisements
rasai-pengalaman-pemanduan-proton-iriz-r5-di-permainan-wrc-8
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Rasai Pengalaman Pemanduan Proton Iriz R5 Di Permainan WRC 8 Posted on September 5, 2019 by Amirul Azreen   Jika anda seorang ‘gamer’tegar dan meminati permainan berkonsepkan perlumbaan, sila bergegas ke kedai permaianan konsol atau PC mahupun X-Box kerana Bigben Interactive baru sahaja melancarkan World Rally Championship (WRC) 8, hari ini. Menariknya, WRC 8 bakal menampilkan Proton Iriz R5 yang baru sahaja memenangi perlumbaan Rali Woodpecker Stage 2019 baru-baru ini.   Jentera tersebut turut membuat penampilan di dalam trailer WRC 8 yang turut menampilkan sembilan kereta rali ikonik lain termasuklah kereta jenis Lancia. Saksikan trailer WRC 8 di bawah: Daripada sembilan kereta ikonik itu, hanya empat sahaja yang boleh didapati secara percuma dan salah satu diantaranya adalah Proton Iriz R5. Bagaimanapun, lima kereta lain hanya boleh dimiliki menerusi pembelian pek RWD Legends DLC dan Deluxe Edition. Menurut reviu oleh RealSport, WRC 8 merupakan permainan perlumbaan paling realistik tahun ini! WRC 8 dilancarkan hari ini dan boleh didapati untuk platform PS4, Xbox One dan PC. (SUMBER: Lowyat.net) Advertisements
converse-x-neighborhood-suntik-budaya-motosikal-dalam-chuck-70
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Converse X Neighborhood Suntik Budaya Motosikal Dalam Chuck 70 Posted on August 19, 2019August 19, 2019 by Amirul Azreen Sumber: Sneakernews Pereka Neighborhood, Shinsuke Takizawa, sekali lagi bergabung dengan Converse bagi menghasilkan kasut yang meraikan budaya motosikal di Jepun menerusi Chuck 70 dan Jack Purcell. Sebelum ini kedua-duanya telah pun menghasilkan kasut yang sama namun dengan pilihan warna berbeza. Bagaimanapun, gabungan kali ini menyaksikan Chuck 70 tampil dengan pilihan warna serba hitam namun masih mengekalkan strap yang dilabelkan “Shift” di sebelah kiri dan kanan bagi memudahkan penunggang motosikal menukar gear dengan lebih mudah dan selesa. Di bahagian bawah logo yang kali ini serba hitam turut memaparkan tulisan ‘Motorcycle’. Seperti keluran sebelumnya, Converse X Neighborhood adalah pilihan kasut yang sesuai bagi penunggang motosikal yang mencari ‘sneakers’ penuh gaya namun masih mengekalkan ciri praktikal sebagai kasut ‘riding’. Converse X Neighborhood akan dilancarkan secara atas talian di Converse.com pada 24 Ogos ini! (SUMBER: Sneakernews) Advertisements
pdrm-catat-1796-kes-ingkar-pkp
BERITA TEMPATAN Moto Malaya PDRM Catat 1,796 Kes Ingkar PKP Posted on March 26, 2020 by Amirul Azreen Sumber: IPD Petaling Jaya Sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, pihak berkuasa tempatan berdepan pelbagai karenah orang awam yang masih ingkar. Ketika PKP dilaksanakan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara bagi mengawal pergerakan orang awam. Bagaimanapun, dalam situasi tersebut pihak berkuasa berdepan dengan pelbagai situasi antaranya alasan yang tak munasabah daripada orang awam yang ditahan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner, Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah mendedahkan ada segelintir yang berpendapat jalan raya kosong adalah masa terbaik untuk meninjau Kuala Lumpur. “Ada yang tinggal di Kajang tetapi sanggup ke Kuala Lumpur membeli makanan. “Ada juga yang mendakwa dalam perjalanan ke bank meskipun waktu sudah melebihi 11 malam,” jelasnya. Sementara Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Mohd Mustafa Bidin mendedahkan pihaknya telah mengarahkan sebuah kereta untuk berpatah balik kerana membeli alasan untuk bersiar-siar di sekitar pulau. Seorang lelaki juga disekat daripada memasuki pulau gara-gara mengidam nasi kandar. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sendiri memaklumkan terdapat orang awam yang melanggar PKP gara-gara untuk membeli pemutar skru demi projek DIY. PDRM telah merekodkan lebih 1,796 kes ingkar PKP dengan 695 kes telah pun diambil tindakan. Pelaksanaan PKP merupakan langkah kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19. PKP yang sepatutnya berakhir 31 Mac ini telah dilanjutkan sehingga 14 April tatkala terdapat segelintir orang awam yang masih ingkar. Setakat ini, kes positif Covid-19 telah pun mencecah 2,031 dengan 23 kematian direkodkan sementara 215 telah pun pulih. (SUMBER: The Star) Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
perodua-ceriakan-wad-pediatrik-hospital-selayang
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Perodua Ceriakan Wad Pediatrik Hospital Selayang Posted on November 18, 2019 by Amirul Azreen Perodua kembali ke wad kanak-kanak Hospital Selayang bagi menyerahkan kelengkapan baharu serta beberapa barangan lain kepada pesakit dan staf menerusi inisiatif projek kemasyarakatan (CSR). Bukan itu sahaja, Perodua turut menaik taraf ruang permainan kanak-kanak hasil bantuan sukarela Perodua yang telah membersih, mengecat dan menggantikan kertas dinding baharu di samping turut memasang Smart TV dan lantai baharu. Antara sumbangan kelengkapan termasuk pulse oximeter dan tiga skrin mudah alih termasuk beberapa sampul berisi duit kepada 100 pesakit kanak-kanak. Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato Zainal Abidin Ahmad turut hadir bagi memeriahkan program CSR terbabit. “Sebagai syarikat yang mengambil berat, kami sentiasa mencari cara terbaik untuk membuat sumbangan kepada orang ramai. “Usaha kami tidak akan terhenti disini sebaliknya kami telah merancang pelbagai aktiviti untuk tahun akan datang termasuk tayangan filem, permainan puzzle dan origami. Kami juga merancang untuk mengadakan program derma buku untuk meningkatkan jumlah bahan bacaan di perpustakaan kanak-kanak. “Ini merupakan cara tak seberapa kami untuk mengucapkan terima kasih kepada staf pediatrik Hospital Selayang atas dedikasi mereka dalam menjaga pesakit kanak-kanak disini. Kami harap dengan cara ini dapat mengukir senyuman mereka,” jelasnya. Perodua telah pun berkunjung ke Hospital Selayang Februari lalu dan menyerahkan tiga pulse oximeter termasuk enam skrin mudah alih. Advertisements
poncharal-mahu-miguel-oliveira-kekal-di-tech3-bagi-musim-2020
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya motogp Poncharal Mahu Miguel Oliveira Kekal Di Tech3 Bagi Musim 2020 Posted on September 5, 2019 by Amirul Azreen Sumber: Miguel Oliveira @ Twitter Keputusan mengejut oleh Johann Zarco untuk meninggalkan pasukan KTM hujung musim ini mencetuskan persoalan, siapa yang bakal menjadi penggantinya bagi musim 2020? Tatkala rata-rata pelumba lain telah pun terikat, timbul dakwaan bahawa slot Zarco akan diisi pelumba muda Tech3, Miguel Oliveira. Pelumba Portugal itu tampak sebagai calon terbaik apatah lagi secara tidak langsung memiliki kontrak bersama KTM di Tech3. Bagaimanapun, sekiranya senario itu direalisasikan pastinya akan memeningkan kepada pengurus Tech3, Herve Poncharal, yang tidak sabar menyaksikan gandingan Oliveira dan Bradn Binder musim depan. “Saya sangat teruja dan bangga kerana kami memiliki gandingan terbaik bagi musim depan. “Miguel (Oliveira) seorang pelumba yang hebat. Saya sudah mengenalinya untuk beberapa tahun dan dia seorang yang baik. “Keputusan yang dilakar di Austria cukup membanggakan kerana meskipun tidak mendapat pakej yang mantap dia masih mampu mencatat keputusan baik. Saya anggap dia sebagai seorang hero. “Miguel dan Brad (Binder) pernah sepasukan sebelum ini tetapi saya dapat berasakan saingan sengit bakal ditampilkan kedua-dua pelumba ini. “Ketika saya sedang membayangan segala kemungkinan yang boleh dicapai dengan gandingan Miguel dan Brad tiba-tiba boom! Zarco membuat pengumuman mengejutkan itu!” jelas Poncharal. Poncharal telah ditanyakan tentang masa depan Oliveira berkali-kali dan ketika ini soalan itu merupakan pertanyaan wajib di setiap sidang media. Bagaimanapun, dia boleh menarik nafas lega takala pengurus KTM, Stefan Peirer, juga tidak bercadang untuk ‘mencuri’ Oliveira dari Tech3. “Saya mahu Miguel (Oliveira) kekal disini tetapi banyak perkara boleh berubah menuju November. “Kalau boleh saya mahu Miguel dan Brad bergandingan musim depan tetapi kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas perbincangan,” tambahnya. Terdahulu, Oliveira akui dia tertarik untuk berhijrah ke KTM seandainya peluang itu hadir. (SUMBER: Crash.net) Advertisements
nak-ekstra-rm20000-ini-cara-dia
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Nak Ekstra RM20,000? Ini Cara Dia.. Posted on December 3, 2019 by Amirul Azreen Shell Malaysia melancarkan kempen ‘Nak Ekstra RM20,000?’ sempena menyambut kedatangan tahun 2020. Kempen ini memberi seribu satu makna kepada rakyat Malaysia untuk menyambut tahun baru yang bakal menjelma kurang beberapa minggu lagi. Menurut kajian, 86 peratus rakyat Malaysia bimbang dengan kos sara hidup dan harga rumah yang semakin meningkat dan 76 peratus pula gusar dengan kadar hutang sementara 74 peratus berdepan dengan ketidaktentuan sumber pendapatan. Menyedari permasalahan ini, Shell menerusi kempen ‘Nak Ekstra RM20,000’ membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk membawa pulang RM20 ribu sekaligus menjamin tahun 2020 yang lebih baik. Bermual dari 1 Disember hingga 9 Februari 2020, Shell akan menghadiahkan RM1,000 sebagai hadiah saguhati kepada pemenang bertuah setiap minggu. Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading, Shairan Huzani Husain mengharapkan kempen ini sedikit sebanyak memberi sinar baharu menjelang tahun 2020. “Seperti Shell FuelSave 95 yang direka khas untuk pergi lebih jauh, kami berharap RM20,000 ini juga dapat membantu pelanggan. “Sama ada untuk menunaikan Umrah, perbelanjaan sekolah anak-anak, bayar bil atau membeli kereta baharu, Shell mahu memberikan peluang kepada pelanggan untuk pergi lebih jauh menuju tahun baharu,” jelasnya. Untuk sertai kempen ‘Nak Ekstra RM20,000’ anda hanya perlu ikut langkah berikut: Langkah 1. Belanja minimum RM40 dalam satu resit di sebarang stesen Shell Langkah 2. Hantar penyertaan beserta resit atau imbas kod QR untuk menghantar penyertaan secara online. Dalam perkembangan sama, Shell turut menawarkan ganjaran tambahan mnerusi kerjasama Touch ‘n Go dan BonusLink. Dari 1 Disember 2019 hingga 9 Februari 2020, pelanggan akan menikmati ‘cashback’ RM5 apabila berbelanja minimum RM40 di Shell menggunakan TnG eWallet dan hanya untuk 300,000 transaksi pertama. Advertisements
harga-gila-miliki-pulsar-rs200-serendah-rm10000
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Harga Gila, Miliki Pulsar RS200 Serendah RM10,000! Posted on December 12, 2019 by Amirul Azreen Bagi yang mencari ‘isteri’ baru selepas 18 kali mencuba, percubaan kali ke-19 mungkin bawa tuah dengan Modenas Powerstore di Kota Damansara menawarkan harga istimewa bagi beberapa model Modenas. Modenas Pulsar RS200 ABS Modenas Pulsar RS200 kini ditawarkan dengan harga RM10,000 (sebelum cukai jalan dan insuran) berbanding harga asal RM11,342! KLIK SINI untuk baca lebih lanjut tentang Modenas Pulsar RS200, Dominar D400 dan V15. Modenas Dominar D400 Bukan itu sahaja, harga gila turut ditawarkan bagi Modenas Dominar D400 yang kini hanya RM14,000 (sebelum cukai jalan dan insurans) dan RM5,500 bagi Modenas V15! Model yang baru sahaja dilancarka, Modenas Pulsar NS160 turut tidak terlepas daripada tawaran hujung tahun yang kini hanya RM7,000 sahaja! Modenas Pulsar NS160 Menariknya, pelanggan turut berpeluang untuk membawa pulang sebuah helmet baharu atau memilih dua servis percuma (500km dan 5000km) dengan setiap pembelian model diatas. Berikut senarai harga cukai jalan termasuk insurans (Allianz Insurance) bagi ketiga-tiga model: Modenas RS200 – RM461.05 Modenas Dominar D400 – RM710.30 Modenas Pulsar NS160 – RM368.60 Modenas V15 – RMRM334.55 Bagi yang berminat, anda boleh kunjungi Modenas Powerstore yang terletak di Sunsuria Avenue, Kota Damansara atau hubungi/WhatsApp +6012-8003470 untuk maklumat lanjut! Advertisements
maverick-vinales-kekal-bersama-yamaha-sehingga-2022
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya motogp Yamaha Maverick Vinales Kekal Bersama Yamaha Sehingga 2022 Posted on January 29, 2020January 29, 2020 by Amirul Azreen Maverick Vinales Maverick Vinales menamatkan desas-desus mengenai masa depannya apabila menandatangani kontrak baharu bersama Yamaha. Kontrak baharu itu sekaligus menyaksikan pelumba Sepanyol itu akan kekal bersama Monster Energy Yamaha sehingga musim 2022. I‘m extremely happy to announce that I renew my contract with @YamahaMotoGP for 2021-2022. ?? Our main objective is to be World Champion and try to bring Yamaha the number one honour again. I would like to say Thank you to Yamaha for their faith in me. ? Let’s do it #12gang! pic.twitter.com/Pr8VubdqSV — Maverick Viñales (@mvkoficial12) January 28, 2020 Pelumba berusia 25 tahun itu muncul nama besar pertama untuk menoktahkan komitmen sehingga dua tahun berbanding pelumba lain yang akan tamat kontrak hujung tahun ini. Senario ini menyaksikan Yamaha masih mempunyai satu slot kosong bagi musim 2021, sekiranya Valentino Rossi membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya hujung musim ini. Pada masa sama, pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo, turut disebut-sebut sebagai pasangan baharu Vinales bermula musim 2021, sekiranya tidak dipancing pasukan lain. Marc Marquez Dalam perkembangan lain, pertahan juara MotoGP, Marc Marquez, belum cukup bersedia untuk menghadapi ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang bermula 7 hingga 9 Februari ini. Ini kerana pelumba Repsol Honda itu masih lagi dalam proses pemulihan daripada kecederaan bahu yang dialaminya musim lalu. Menurutnya, dia kini hanya 60 hingga 70 peratus bersedia untuk memulakan kempen ujian pra-musim. “Bagi ujian di Malaysia, persediaan saya mungkin hanya 60 peratus tetapi sasaran utama adalah untuk bersedia 100 peratus ketika ujian pra-musim di Qatar,” jelasnya. (SUMBER: Crash.net) Advertisements
jentera-konsep-honda-cb4x-dibawa-ke-peringkat-pengeluaran
BERITA ANTARABANGSA Honda Moto Malaya Jentera Konsep Honda CB4X Dibawa Ke Peringkat Pengeluaran Posted on May 5, 2020 by Amirul Azreen Honda dilaporkan bakal memperkenalkan sebuah motosikal segmen ADV baharu berdasarkan paten yang difailkan ke Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah. Pengeluar motosikal Jepun itu telah pun memperkenalkan jentera konsep Honda CB4X ketika di EICMA tahun lalu. Bagaimanapun, berdasarkan paten yang difailkan baru-baru ini, Honda disahkan bakal membawa jentera konsep itu ke peringkat pengeluaran. Siapa sangka, model yang baru beberapa bulan ditayangkan sebagai konsep di Milan kini akan dihasilkan secara besar-besaran dalam tempoh singkat. Menggabungkan elemen sport dan touring, CB4X dijangka menghangatkan lagi segmen motosikal ADV yang ketika ini dihuni Yamaha Tracer, Kawasaki Versys dan BMW F 900 XR. Difahamkan, rekaan keseluruhan CB4X ini lahir daripada pejabat R&D Honda di Rome, Itali. Ketika ini tiada maklumat mengenai sesaran enjin yang ditawarkan namun terdapat laporan yang mendakwa jentera ini didatangkan dengan nadi sekitar 650cc ke atas dengan empat silinder. Sementara itu, difahamkan motosikal ADV ini didatangkan dengan rim 17 inci, lampu LED depan dan belakang, penghadang angin boleh laras dan paparan TFT berwarna dengan keterhubungan Bluetooth.- Ride Apart Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
jentera-adv-pertama-cfmoto-jalani-ujian-sulung
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Jentera ADV Pertama CFMoto Jalani Ujian Sulung Posted on March 17, 2020 by Amirul Azreen Percubaan pertama CFMoto dalam menerjah ke dalam segmen motosikal ‘adventure’ tampak positif menerusi jentera yang didapati sedang menjalani ujian. Hasil kerjasama dengan KTM yang termeterai pada 2017, CFMoto bertanggungjawab menghasilkan enjin KTM di China di samping menyuntik enjin sama ke dalam jentera konsep V.02 NK. Berdasarkan kerjasama itu, difahamkan jentera ADV terbabit mengguna pakai enjin 790cc parallel twin-cylinder yang terdapat pada Duke 790 namun tiada pengesahan daripada kedua belah pihak setakat ini. Dijangka jentera terbabit akan dilancarkan selewatnya hujung tahun ini dengan CFMoto bakal memasuki pasaran kompetitif yang ketika ini di banjiri jentera seperti KTM 790 Adventure, Yamaha Tenere 700 dan Suzuki V-Strom 650. Bagaimanapun, tak seperti jenama lain, CFMoto mampu menawarkan jentera ADV 790cc pada harga mampu milik. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
modenas-powerstore-dapat-sentuhan-pakar
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Modenas Powerstore Dapat Sentuhan Pakar! Posted on January 3, 2020 by Amirul Azreen Bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pemilik jentera Modenas Pulsar NS200, RS200, Dominar D400 dan V15, Modenas Powerstore kini berjaya mendapatkan khidmat pakar. Modenas Powerstore yang sebelum ini menggunakan perkhidmatan mekanik berpengalaman kini turut berjaya mendapat sentuhan seorang ‘master’mekanik. Memiliki pengalaman lebih 10 tahun bersama Modenas, Mohd Faisal Abdul Rahman, juga merupakan satu-satunya master mekanik di Malaysia yang mendapat suntikan ilmu daripada Bajaj. Pengetahuan dan skil dimiliki Faisal penting dalam memastikan setiap jentera yang dibawa ke Modenas Powerstore akan menjalani pemeriksaan rapi sebelum diservis atau dibaiki. Bagaimanapun, perkara yang harus dititik beratkan adalah setiap pemeriksaan dan penyelenggaran dilakukan akan mengikut skala yang betul bagi memastikan waranti setiap jentera tidak terusik. Sebagai pemilik motosikal Modenas/Bajaj, anda perlu faham pentingnya untuk menyerahkan jentera ke mekanik pakar yang mendapat pengiktirafan daripada pihak Bajaj daripada bengkel atau individu yang tiada kelayakan atau tidak bertauliah. Ini bagi memastikan jentera anda diservis dengan betul dan paling penting memastikan waranti tidak terganggu. Bukan itu sahaja, Modenas Powerstore kini turut berkeupayaan untuk membuat ujian diagnostik terhadap ECU jentera. Pemilik jentera Modenas Pulsar, Dominar dan V15 juga boleh mendapat info mengenai kepentingan ECU dan perkara yang boleh dilakukan bagi memastikan prestasi jentera kekal optimum. Bagi yang berminat untuk menghantar jentera masing-masing ke Modenas Powerstore untuk servis, penyelenggaraan dan baik pulih boleh hadir ke Modenas Powerstore yang terletak di Sunsuria Avenue, Kota Damansara. Anda juga boleh menghubungi/WhatsApp +60128003470 untuk maklumat lanjut.   Advertisements
umw-toyota-arahkan-semua-pengedar-henti-operasi-hingga-31-mac-ini
BERITA TEMPATAN UMW Toyota Arahkan Semua Pengedar Henti Operasi Hingga 31 Mac Ini Posted on March 18, 2020 by Amirul Azreen Sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, UMW Toyota mengumumkan bahawa setiap pengedar rasmi Toyota telah menghentikan operasi bermula hari ini hingga 31 Mac 2020. Keputusan itu dibuat bagi menghormati usaha kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19. Bagaimanapun, para pelanggan masih lagi boleh menghubungi pusat pengedar seperti biasa untuk pertanyaan. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha mengawal Covid-19 yang ketika ini telah pun meragut dua nyawa dengan 673 disahkan dijangkiti. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
brembo-derma-rm4-7-juta-ke-tabung-covid-19-itali
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Brembo Derma RM4.7 Juta Ke Tabung Covid-19 Itali Posted on April 21, 2020 by Amirul Azreen Bagi meringankan beban Itali dalam menangani pandemik Covid-19, Brembo telah menyalurkan bantuan sebanyak EUR1 juta (RM4.7 juta). Dana itu dibahagiakan kepada tiga pusat perubatan, Fondazione per la Ricerca Ospedale di Bergamo, Hospital Papa Giovanni XXIII dan Institut Mario Negri. Ibu pejabat Brembo terletak di Bandar Bergamo, utara Itali dan merupakan antara daerah yang terkesan teruk dengan pandemik tersebut. Menurut kenyataan, inisiatif penyaluran dana itu adalah bertujuan untuk membantu dalam penyelidikan vaksin Covid-19. Itali merupakan antara negara yang paling terjejas teruk dengan pandemik ini dengan lebih 181,228 kes positif direkodkan dan 24,114 kematian. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
rangka-motosikal-antara-punca-longkang-tersumbat-mpsj
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Rangka Motosikal Antara Punca Longkang Tersumbat – MPSJ Posted on December 26, 2019 by Amirul Azreen SUMBER: The Star Kebiasaannya, antara penyebab utama masalah longkang atau saluran tersumbat berpunca daripada longgokan sampah namun lain kisahnya bagi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Ketika menjalankan pembersihan berskala, kontraktor MPSJ menjumpai bukan hanya sampah malah kerangka motosikal dalam saluran longkang. Presiden MPSJ, Noraini Roslan, menegaskan ini merupakan antara cabaran yang terpaksa dihadapi petugas MPSJ dalam memastikan kelancaran saluran longkang. “Kontraktor kami berdepan pelbagai kesukaran dan bahaya antaranya saluran longkang terlalu kecil dan sempit di samping kejutan elektrik ekoran pemasangan kabel elektrik haram yang turut menyumbang kepada masalah banjir,” jelasnya. Menurut Noraini, masalah longkang tersumbat akan kembali berlaku kurang seminggu selepas pembersihan dijalankan. Lebih 170 saluran longkang sekitar perbandaran Subang Jaya dibersihkan terutamanya di hujung tahun. (SUMBER: The Star) Advertisements
helmet-apa-nak-beli-kalau-bajet-rendah-hanya-rm450-untuk-shark-ridil
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Helmet Apa Nak Beli Kalau Bajet Rendah? Hanya RM450 Untuk SHARK Ridil Posted on September 6, 2019October 18, 2019 by Amirul Azreen Helmet merupakan kelengkapan wajib bagi seorang penunggang motosikal tetapi hakikatnya nak memiliki helmet yang berkualiti dan berjenama selalunya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Tetapi jika anda berkunjung ke Power Store Modenas yang terletak Sunsuria Avenue, Kota Damansara, terdapat satu helmet yang akan memadam stigma – kalau berjenama mesti mahal.   Perkenalkan SHARK Ridil, helmet yang menawarkan pelbagai ciri tak kira untuk kegunaan harian, menempuh perjalanan jauh mahupun di litar yang berharga hanya RM450! Antara ciri menarik yang terdapat pada SHARK Ridil: bahagian cengkerang diperbuat daripada resin thermoplastic tahan lasak lohong udara dioptimumkan menerusi rekaan Computational Fluid Dynamics (CFD) didatangkan dengan sunvisor visor anti-calar tempat pemasangan Pinlock anti-kabus disediakan SHARK Easy Fit memudahkan pemakaian cermin mata padding mudah dibuka dan dibasuh Menariknya, bagi helmet yang menawarkan harga marhaen ini, rekaan keseluruhan tetap menampakkan sebuah helmet premium seperti varian SHARK Race-R Pro. Berat sekitar 1,500 gram turut menjaminkan pemakaian selesa bagi penunggang apatah lagi hanya dibezakan 180 gram jika dibandingkan dengan helmet SHARK karbon! Apa tunggu lagi? Bergegas ke Power Store Modenas di Kota Damansara atau hubungi/WhatsApp 012-8003470  untuk mendapatkan SHARK Ridil dengan hanya RM450! Advertisements
trend-pengubahsuaian-ysuku-dalam-pemerhatian-polis-bukit-aman
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Trend Pengubahsuaian YSuku Dalam Pemerhatian Polis – Bukit Aman Posted on September 9, 2019September 9, 2019 by Amirul Azreen Berpunca daripada trend mengubah suai motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang tengah hangat ketika ini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain menegaskan motosikal yang melanggar undang-undang jalan raya akan berdepan tindakan disita. Trend mengubah suai motosikal amat popular dikalangan pemilik Yamaha Y15ZR (Ysuku) ketika ini. Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari (atau buat-buat tak tahu) bahawa sebarang modifikasi yang boleh memberi kesan terhadap prestasi enjin dan kelajuan adalah salah di sisi undang-undang. Menurut laporan Berita Harian, Datuk Mohd Nadzri Hussain menjelaskan bahawa adalah satu kesalahan jika mengubahsuai kelajuan sesebuah motosikal itu. “Jika YSuku itu dijual dengan spesifikasi kelajuan 110 km/j maka mengubah suai hingga mampu mencapai kelajuan 140 km/j adalah salah disisi undang-undang jalan raya. “Pihak berkuasa turut bimbang kelajuan tersebut tidak dapat ditampung motosikal terbabit sekaligus akan menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan maut,” katanya ketika Op Khas Kenderaan Perdagangan yang dilaksanakan di Plaza Tol Duta, malam tadi. Menurutnya lagi, pihak polis dan JPJ akan meningkatkan kekerapan operasi dan sekatan jalan bagi membendung trend pengubahsuaian motosikal. (SUMBER: Berita Harian) Advertisements
vios-challenge-shukri-yahaya-juara-di-batu-kawan-janna-nick-kemalangan
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Vios Challenge: Shukri Yahaya Juara Di Batu Kawan, Janna Nick Kemalangan Posted on February 16, 2020February 18, 2020 by Amirul Azreen Shukri Yahaya merampas kemenangan perlumbaan dua Vios Challenge kategori promotional selepas berjaya menyekat kemaraan Nabil Ahmad di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini. Shukri yang menamatkan aksi perlumbaan satu semalam di tempat ketiga, mempamerkan pemanduan lebih konsisten kali ini. Sementara itu, Nabil harus berpuas hati di tempat kedua tatkala berjaya mengekalkan tempat kedua sepertimana dilakukannya semalam. Bagaimanapun, tumpuan sepanjang perlumbaan terarah kepada tempat ketiga, Shawn Lee dan Janna Nick. Kedua-duanya berentap untuk merebut tempat ketiga tatkala Shawn mengekori rapat Janna sepanjang perlumbaan. Ketika aksi berbaki 4 lap, Shawn Lee tampil lebih agresif dan cuba memintas Janna namun berlaku pelanggaran sehingga menyebabkan jentera Janna terpaksa bersara lebih awal. Penentuan juara Vios Challenge bagi kategori promotional akan ditentukan di peringkat akhir Toyota Gazoo Racing Festival yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, selepas ini. Advertisements
polis-tidak-akan-berlembut-dengan-individu-ingkar-pkp-fasa-2
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Polis Tidak Akan Berlembut Dengan Individu Ingkar PKP Fasa 2 Posted on April 3, 2020 by Amirul Azreen Bagi memastikan pematuhan 100 peratus terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi akan menggunakan pendekatan lembut terhadap individu yang ingkar. Amaran terbabit diutarakan sendiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mendapati masih ada yang melanggar PKP menerusi ucapan, semalam. Kerajaan menguatkuasakan PKP bermula 18 Mac lalu sebelum Fasa 2 bermula, 1 April lalu dan akan berlanjutan sehingga 14 April dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19. Setakat ini, lebih 4,189 individu telah pun ditahan – atas kesalahan ingkar PKP – dengan 1,449 telah dikenakan tindakan mahkamah. Semalam, empat lelaki telah dikenakan hukuman denda penjara tujuh hari dan denda RM1,000 gara-gara kantoi berkonvoi dari Cheras ke Negeri Sembilan sewaktu PKP. Pelaksanaan PKP merupakan pendekatan terbaik dalam memastikan Covid-19 dibendung tatkala kes positif telah pun mencecah 3,116 dengan 50 kematian direkodkan – The Sun Daily Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
vios-challenge-pelumba-15-tahun-juara-kategori-sporting-class
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Vios Challenge: Pelumba 15 Tahun Juara Kategori Sporting Class Posted on September 7, 2019 by Amirul Azreen Pelumba pasukan S&D Motorsports, Hayden Haikal, muncul juara perlumbaan kedua Vios Challenge kategori Sporting Class. Pelumba berusia 15 tahun itu berjaya mengetepikan saingan daripada Wong Chin Eeg (kedua) dan Kenneth Koh (ketiga) untuk muncul juara dengan catatan masa 29 minit 26.191 saat. Hayden mengekori rapat Wong Chin Eeg sebaik perlumbaan bermula dan berjaya menjarakan kedudukan dengan pelumba ketiga. Ketika perlumbaan berbaki 13 pusigan, Hayden berjaya mencuri ruang untuk memintas Wong lalu memastikan kedudukan tidak berubah sehingga ke pusingan akhir. Dalam perlumbaan pertama semalam, Hayden sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-4. Ini merupakan kejayaan kedua Hayden di Vios Challenge selepas menjuarai kategori sama di pusingan akhir Toyota Gazoo Racing Festival yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang. Kejayaan Hayden turut membuktikan ojektif Toyota dalam membantu melahirkan bakat muda tempatan berjaya dilaksanakan. Dalam perkembangan lain, saingan kedua Super Sporting menyaksikan William Ho dari Toyotsu Racing muncul juara dengan catatan masa 28 minit 00.917 saat sekaligus memperbaiki catatan semalam di aksi pertama apabila sekadar menamatkan aksi di tempat ke-6. Tempat kedua jadi milik Freddie Ang (Telagamas Toyota) dan Kenny Lee (Kegani Racing) ketiga. Sementara itu, Tengku Djan Ley – yang menduduki tempat kedua dalam perlumbaan pertama semalam – terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat hari ini. Dia yang mewakili pasukan 23 Motors gagal mencari peluang terbaik membuat pintasan tatkala keadaan litar yang sempit. Advertisements
promosi-2020-modenas-powerstore-nak-bagi-helmet-hjc-percuma
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Promosi 2020: Modenas Powerstore Nak Bagi Helmet HJC Percuma! Posted on February 10, 2020 by Amirul Azreen Sempena memasuki tahun 2020, Modenas Powerstore mengadakan promosi istimewa kepada para pengunjung! Bagi setiap pelanggan yang datang hantar jentera Modenas Pulsar NS/RS, Dominar dan V15 untuk servis, setiap pelanggan akan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah berupa sebuah helmet HJC CS-15 bernilai RM519! Menariknya, promosi tersebut akan berjalan setiap bulan hingga Disember 2020, ini bermakna seorang pelanggan bertuah akan membawa balik helmet baharu setiap bulan. Bukan itu sahaja, dengan setiap pembelian Modenas Pulsar NS200 ABS di Modenas Powerstore, pelanggan akan menerima sebuah helmet full-face jenama SOL bernilai RM250. Semua promosi ini adalah ekslusif bagi pelanggan Modenas Powerstore di Kota Damansara. Sementara itu, bagi yang berminat untuk tunggang uji Modenas Pulsar NS200 ABS 2020, orang ramai dijemput hadir ke Modenas Powerstore di Kota Damansara pada 15-16 Februari ini. Peluang tunggang uji disediakan bagi pengungjung yang hadir pada hari tersebut. Advertisements
motosikal-ditenggelami-air-ini-jaminan-ducati-malaysia-pj
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Motosikal Ditenggelami Air, Ini Jaminan Ducati Malaysia PJ Posted on April 17, 2020April 17, 2020 by Amirul Azreen Ducati Malaysia PJ menjadi viral semalam tatkala tular gambar yang memaparkan beberapa jentera Ducati ditenggelami air. Difahamkan, insiden tersebut berlaku susulan hujan lebat yang melanda di sebelah petang yang menyebabkan aliran longkang tersumbat lalu menyebabkan air melimpah. Berdasarkan gambar yang tular, jelas kelihatan antara jentera yang ditenggelami air melibatkan Ducati Panigale, Multistrada dan Monster. Kami di MotoMalaya berjaya mendapatkan penjelasan Next Bike Sdn Bhd – selaku pengedar Ducati di Malaysia – mengenai situasi tersebut. “Pihak pengurusan Next Bike Sdn Bhd sedar akan banjir kilat yang melanda Ducati Malaysia PJ. Kami beri jaminan bahawa tiada kecederaan dilaporkan dana kejadian itu sedang dikawal. “Kepentingan pelanggan, kakitangan dan orang awam tetap menjadi keutamaan kami meskipun diwaktu kejadian seperti ini. “Kami telah memaklumkan kepada para pelanggan bahawa jentera mereka selamat,” jelas Pengurus Besar Next Bike Sdn Bhd, Dennis Michael. Pelanggan yang berasa bimbang boleh menarik nafas lega atas jaminan yang diberikan Ducati PJ. Sementara itu, bagi jentera yang ditenggelami air, kami yakin mekanik di pusat servis Ducati PJ mampu melakukan magis dalam memastikan setiap bahagian berfungsi seperti sedia kala dengan menggantikan bahagian elektronik yang terkesan. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
aprilia-pagani-150-dilancarkan-di-china-18hp-14nm
Moto Malaya Aprilia Pagani 150 Dilancarkan Di China – 18hp, 14Nm Posted on June 22, 2020June 22, 2020 by Amirul Azreen Rakan Piaggio di China, Zongshen Piaggio Foshan Motor telah melancarkan sebuah motosikal berkonsepkan cafe racer di bawah jenama Aprilia. Diberi nama Aprilia Pagani 150, motosikal tersebut ditawarkan pada harga 21,800 Yuan (RM13, 187). Bagi pasaran China, Pagani 150 ini berkongsi platform sama seperti produk Aprilia lain termasuk Terra 150 dan GPR150. Aprilia Pagani 150 didatangkan dengan enjin bersesaran 150cc dengan penyejukan cecair yang menawarkan 18hp pada 9,750rpm dan 14Nm pada 7,500rpm. Kuasa tersebut kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan sementara sistem ABS ditawarkan sebagai ciri tambahan. Difahamkan, Aprilia Pagani 150 akan kekal sebagai produk pasaran tempatan (China) sahaja seperti varian 150 lain. Advertisements
aprilia-rs660-masuk-pasaran-malaysia-hujung-tahun
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Aprilia RS660 Masuk Pasaran Malaysia Hujung Tahun Posted on January 3, 2020 by Amirul Azreen Aprilia RS660 Jentera yang diperkenalkan di EICMA 2019, Aprilia RS660 akan dibawa masuk ke pasaran negara, hujung tahun ini. Aprilia RS660 Perkara itu disahkan sendiri Ketua Pemasaran Piaggio Asia Pasifik, Nicola Capello, ketika memperkenalkan Aprilia RSV4 X bersama Max Biaggi di Le Noir, Kuala Lumpur, malam tadi. Aprilia RSV4 X Berita tersebut bukan satu kejutan tatkala Capello turut mendedahkan Malaysia merupakan antara pasaran utama bagi jenama itu di Asia. Aprilia RS660 Aprilia RS660 merupakan superbike segmen pertengahan namun turut disuntik dengan pelbagai teknologi terkini setanding dengan abangnya, RSV4 1100 Factory. Advertisements
layan-pelancaran-range-rover-evoque-baharu-26-jun-ini
Moto Malaya Layan Pelancaran Range Rover Evoque Baharu 26 Jun Ini! Posted on June 19, 2020June 19, 2020 by Amirul Azreen Jaguar Land Rover Malaysia menjemput orang ramai menyaksikan pelancaran Range Rover Evoque baharu menerusi siaran strim langsung 26 Jun ini. Strim langsung tersebut akan disiarkan menerusi laman Facebook Land Rover Malaysia pada jam 11 pagi. Ini merupakan julung kalinya Jaguar Land Rover Malaysia mengadakan pelancaran model baharu menerusi siaran strim langsung namun orang ramai akan mendapat maklumat lebih terperinci mengenai model terbabit. Antara ciri terbaru yang diperkenalkan pada Evoque 2020 ini adalah teknologi ClearSight yang merangkumi ClearSight Rear View Mirror yang akan memaparkan skrin video HD apabila diaktifkan. Evoque baharu ini juga merupakan kenderaan Land Rover pertama yang mengguna pakai Smart Settings – teknologi A.I yang akan membaca pemanduan pemandu sekaligus membuat tetapan mengikut kesesuaian. Bukan itu sahaja, ciri ini juga akan belajar tetapan suhu, media dan nombor telefon yang sering diguna pakai pemandu. Pelanggan juga boleh menikmati ruang letak barang yang luas, 591 liter yang boleh ditingkatkan kepada 1,383 liter apabila kerusi barisan kedua dilipat. Maklumat lebih terperinci termasuk harga akan didedahkan pada hari pelancaran tersebut. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! Advertisements
castrol-raikan-sumbangan-mekanik-dengan-hari-mekanik-malaysia
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Castrol Raikan Sumbangan Mekanik Dengan Hari Mekanik Malaysia Posted on November 29, 2019 by Amirul Azreen Peneraju minyak dunia, Castrol Malaysia melancarkan Hari Mekanik Malaysia sebagai penghargaan kepada semua mekanik. Inisiatif ini dijalankan susulan kejayaan pertandingan ‘Castrol Super Mechanic’ yang dijalankan pada 2017 dan 2018 bagi mempertingkat skil setiap mekanik dengan memberikan mereka platform untuk bertanding antara satu sama lain. Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei-Shan menyifatkan Hari Mekanik Malaysia sebagai penghargaan terbesar kepada para mekanik di Malaysia. “Mekanik memainkan peranan penting bukan sahaja dalam memulihkan kenderaan bahkan turut memastikan keselamatan pemandu dan penunggang berada dalam keadaan terbaik. Hari Mekanik Malaysia menghargai sumbangan mekanik dalam industri automotif negara,” jelasnya. Pelbagai acara akan dijalankan sempena kempen ini yang berlangsung bulan ini hingga September 2020 antaranya melakukan persinggahan ke bengkel di seluruh negara. Orang ramai boleh mencalonkan mekanik pilihan mereka menerusi proses pencalonan atas talian. Sekiranya calon bagi kategori kereta dan trak menang, pencalon akan turut memenangi servis satu tahun percuma sementara pencalon bagi kategori motosikal akan membawa pulang empat botol satu liter Castrol POWER1 10W-40. Pada masa sama, Castrol menawarka promo ekslusif, diskaun RM30 daripada jumlah bil apabila menghantar kenderaan untuk diservis di sebarang bengkel Castrol Auto Service dan diskaun RM3 bagi pemilik motosikal yang servis di Castrol Bike Point. Pelancaran Hari Mekanik Malaysia akan diadakan pada 18 Mac 2020. Advertisements
alex-lebih-layak-bukan-zarco-espargaro
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya motogp Alex Lebih Layak, Bukan Zarco – Espargaro Posted on November 18, 2019 by Amirul Azreen Ketika rata-rata berpendapat Johann Zarco sebagai calon sesuai untuk menggantikan Jorge Lorenzo di Repsol Honda musim depan, Aleix Espargaro berpendapat sebaliknya. Pelumba Aprilia Racing, Espargaro berpendapat Alex Marquez sebagai calon yang lebih baik untuk digandingkan dengan Marc Marquez musim depan. “Jika Honda membuat keputusan untuk mengambil Alex, saya rasa itu keputusan yang baik. “Saya akan melakukan perkara sama jika saya diberikan peluang untuk membuat pilihan. Alex merupakan juara Moto2 dan sudah tentu Marc akan gembira apabila digandingkan dengan adiknya,” katanya. Bagi Espargaro, Zarco tidak layak untuk menunggang jentera Honda. “Jika Zarco dianggap sebagai calon yang layak menunggang jentera Honda, saya dan Pol (Espargaro) sepuluh kali lebih layak! “Jadi jika mereka memilih Alex selaku juara dunia Moto2, saya rasa dia memang layak,” tambahnya. Difahamkan, Honda sedang mempertimbangkan keputusan untuk menandatangani (Alex) Marquez berbanding Zarco susulan insiden yang berlaku di kem KTM. KTM sebelum ini bersetuju dengan permintaan Zarco agar kontraknya ditamatkan setahun lebih awal namun pelumba Perancis itu kemudiannya membuat kejutan apabila membuat keputusan untuk meninggalkan KTM lebih awal dari ditetapkan. “Sikap Zarco tidak profesional. Aprilia mengetahui berapa kali saya menangis musim lalu dan berapa kali saya menangis musim ini tetapi ini adalah tanggungjawab kami. “Ramai pihak yang telah melaburkan masa dan wang ke dalam projek ini jadi untuk mana-mana pelumba membuat kenyataan ‘This bike is shit, I go home’ membuktikan bahawa dia tidak layak untuk mendapat jentera terbaik dalam saingan MotoGP,” tegasnya. Sekiranya Alex (Marquez) sah sertai abangnya di Repsol Honda, Zarco dikhabarkan akan mengisi kekosongan di Marc VDS Moto2. Advertisements
perang-menentang-covid-19-belum-tamat-pkp-dilanjutkan-hingga-28-april-pm
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Perang Menentang Covid-19 Belum Tamat, PKP Dilanjutkan Hingga 28 April – PM Posted on April 10, 2020 by Amirul Azreen Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 15 hingga 28 April 2020. Ini merupakan lanjutan kedua dilaksanakan kerajaan selepas PKP sebelum ini yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac telah dipanjangkan sehingga 14 April. Pengumuman baharu ini bermakna PKP akan dilanjutkan sehingga memasuki bulan puasa sekaligus bermakna tiadanya bazar Ramadhan dan solat tarawih dalam usaha mengekang penularan Covid-19. Menurut ucapan Perdana Menteri hari ini, kerajaan turut akan mengetatkan kawalan di sempadan bagi memastikan pergerakan dipantau dengan lebih terperinci. Pada masa sama, kerajaan akan membenarkan beberapa sektor ekonomi terpilih kembali beroperasi secara berperingkat. Senarai sektor yang dibenarkan akan diumumkan dalam masa terdekat. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! Advertisements
pengganti-lamborghini-aventador-ditangguh-sehingga-2024
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Pengganti Lamborghini Aventador Ditangguh Sehingga 2024 Posted on August 7, 2019 by Amirul Azreen Setakat ini segala perancangan Lamborghini sedang berjalan dengan baik terutamanya selepas memperkenalkan model Urus yang berjaya menggandakan penjualan bagi separuh pertama 2019. Bagaimanapun, masa depan pengeluar kereta berpangkalan di Sant’Agata, Itali masih terumbang ambing dengan Automobile melaporkn Ketua Pegawai Eksekutif VW, Herbert Diess masih tidak berpuas hati dengan prestasi kewangan semasa mereka. Teka-teki masa depan Lamborghini kini diteruskan apabila dilaporkan pengganti baharu bagi model Aventador ditangguh sehingga 2024. Menurut laporan, Audi – syarikat pemilik Lamborghini di bawah VW Group – enggan membelanjakan wang untuk mengemaskini enjin V12 Aventador mengikut piawaian ’emission’ Eropah. Sebaliknya, pengeluar kereta Jerman itu mahu melabur dalam enjin V8 hibrid sekaligus ‘supercar’ Lamborghini selepas ini mungkin perlu melupakan enjin V12. Ketika ini, Porsche, Ferrari dan McLaren telah pun mengalihkan tumpuan ke arah kereta elektrik kecuali Lamborghini. Awal tahun ini, wujud laporan bahawa Lamborghini mungkin akan menghasilkan Aventador dengan tiga motor elektrik yang mampu menjana 1,100 hp. (SUMBER: Motor1.com) Advertisements
perah-250km-j-di-jambatan-pulau-pinang-penunggang-ninja-zx6r-ini-ditahan
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Perah 250KM/J Di Jambatan Pulau Pinang, Penunggang Ninja ZX6R Ini Ditahan Posted on April 22, 2020April 22, 2020 by Amirul Azreen   Seorang remaja lelaki telah ditahan pihak polis susulan tindakannya menunggang secara berbahaya di atas jambatan Pulau Pinang, baru-baru ini. Menerusi video berdurasi 2 minit 20 saat yang tular di laman sosial Facebook, jelas menunjukkan penunggang tersebut merekodkan kelajuan membahayakan sehingga 250 km/j sambil menunggang motosikal jenis Kawasaki ZX6R. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh ketika rakaman tersebut dibuat. Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut DSP Ridzuan bin Ishak bersama Insp Abdul Sah bin Ibbah dan Team PG85 mengesahkan penahanan tersebut hasil maklumat orang awam. Berdasarkan perkongsian di Facebook IPD Timur Laut, Pulau Pinang, remaja itu kini berdepan penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 jika didapati bersalah. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
orang-ramai-terpaksa-tunggu-lebih-lama-untuk-khidmat-grab-12-oktober-ini
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Orang Ramai Terpaksa Tunggu Lebih Lama Untuk Khidmat Grab, 12 Oktober Ini Posted on October 10, 2019 by Amirul Azreen Pengguna perkhidmatan e-hailing Grab, dijangka akan berdepan masa menunggu lebih lama susulan peraturan e-hailing dikuatkuasa 12 Oktober. Menurut maklumat semasa yang dikongsikan Grab ketika ini, daripada 150,000 pemandu disasarkan, hanya 41 peratus yang memiliki lesen PSV. Sementara itu, lebih 22 peratus telah pun menarik diri ekoran kegagalan untuk mematuhi peraturan baharu terbabit. Sumber: Grab Malaysia Ketika ini,  Grab menerima lebih satu juta tempahan perkhidmatan setiap hari dengan pelanggan boleh mendapat pemandu dalam tempoh enam minit. Bagaimanapun, senario itu bakal berubah hujung minggu ini. “Dengan jumlah pemandu lebih rendah di atas jalan, pelanggan mungkin berdepan situasi perlu menunggu lebih lama terutamanya ketika waktu puncak dan semasa musim hujan,” Grab menyebut dalam satu kenyataan. Grab turut memaklumkan setiap pengguna perkhidmatan e-hailing mereka menerusi aplikasi yang digunakan. Sementara itu, Grab menyambut baik kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, bahawa pemandu Grab tidak perlu mencetak permit kenderaan e-hailing untuk ditayangkan. Advertisements
niat-membantu-bengkel-sanggup-baiki-motosikal-secara-hutang-tapi-pelanggan-pula-lesap
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Niat Membantu, Bengkel Sanggup Baiki Motosikal Secara Hutang Tapi Pelanggan Pula Lesap Posted on July 26, 2023July 26, 2023 by Amirul Azreen Sebuah bengkel di Lembah Klang yang popular membaiki motosikal jenis Modenas Dominar dan Pulsar mencuri tumpuan di media sosial.  Ini kerana perkongsian terbaru oleh bengkel berkenaan menceritakan bagaimana mereka membantu seorang pelanggan wanita untuk membaiki motosikal jenis Modenas Pulsar RS200.  Berdasarkan perkongsian di Facebook, pelanggan tersebut telah meminta tolong bengkel untuk membaik pulih motosikalnya – walaupun tiada duit yang cukup –  kerana amat memerlukannya untuk pekerjaan menghantar barangan.  Atas dasar budi bicara , bengkel tersebut bersetuju membaiki motosikal pelanggan terbabit secara berhutang agar pelanggan boleh melakukan kerja dan mencari dana untuk membuat bayaran.  Namun, difahamkan pelanggan tersebut lesap sejak sebelum Aidilfitri hingga ke hari ini dan gagal membuat sebarang bayaran.  Perkongsian itu juga mendapat pelbagai reaksi di Facebook dengan rata-rata menasihatkan pemilik bengkel untuk mewajibkan deposit terlebih dahulu di samping ada yang mencadangkan untuk membuat perjanjian bertulis sebelum menawarkan perkhidmatan baik pulih secara berhutang. Advertisements
kawasaki-vulcan-bakal-dapat-suntikan-enjin-supercas
BERITA ANTARABANGSA Kawasaki Kawasaki Vulcan Bakal Dapat Suntikan Enjin Supercas! Posted on May 28, 2020 by Amirul Azreen Kalau dakwaan timbul daripada pihak lain mungkin kami sendiri akan menganggap laporan itu sebagai bicara kosong tetapi jika sumber itu datangnya dari Young Machine, lain pula ceritanya. Majalah dua roda dari Jepun itu melaporkan Kawasaki bakal memperkenalkan Vulcan dengan enjin H2 supercas (supercharge) 1000cc! Imej render yang dikongsikan memberi bayangan rupa Vulcan dengan enjin supercas tersebut termasuk corong udara ikonik yang terdapat pada jenter supercas Kawasaki lain seperti H2 dan H2SX. Sementara aspek lain mengekalkan elemen cruiser yang terdapat pada model Vulcan sebelumnya. Bagaimanapun, sekiranya dakwaan Young Machine betul (mereka jarang membuat dakwaan yang salah), Vulcan dengan enjin supercas bakal muncul sebagai motosikal cruiser paling berkuasa – tatkala enjin H2 tersebut berupaya menghasilkan lebih 200hp. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! Advertisements
servis-e-hailing-dan-penghantaran-guna-motosikal-perlu-jalani-program-cssp
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Servis E-hailing Dan Penghantaran Guna Motosikal Perlu Jalani Program CSSP Posted on August 28, 2019 by Amirul Azreen Kementerian Pengangkutan akan memastikan semua motosikal yang terlibat dengan servis e-hailing dan penghantaran perlu menjalani Program Sokongan Keselamatan Perjalanan (CSSP). CSSP merupakan program yang dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dikalangan penunggang motosikal. Cadangan meluluskan servis e-hailing motosikal di Malaysia oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen dengan ada yang menyokong dan sebaliknya Menurut laporan NST, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyifatkan ini adalah peluang terbaik bagi pihak kerajaan merangka langkah keselamatan terbaik bagi mengubah cara penunggang motosikal menunggang. “Kami tidak ada sebarang peraturan yang terperinci bagi mengawal servis penghantaran menggunakan motosikal meskipun servis ini telah pun berjalan hampir 20 tahun. “Rangka keselamatan ini bukan sahaja akan dikenakan terhadap servis e-hailing motosikal malah servis penghantaran makanan, dokumen dan barangan,”jelasnya. (SUMBER: NST) Advertisements
tak-perlu-lagi-rasa-cuak-dengan-kehadiran-jpj-ketika-ujian-memandu
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Tak Perlu Lagi Rasa Cuak Dengan Kehadiran JPJ Ketika Ujian Memandu Posted on August 27, 2019 by Amirul Azreen Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memberi sokongan sepenuhnya terhadap sistem ujian elektronik bagi menggantikan sistem lama yang diguna pakai sebelum ini. Sebelum ini, setiap ujian memandu mewajibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) untuk duduk di sebelah pemandu. Pengenalan kepada ujian elektronik dengan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) dan sensor membolehkan sistem lama itu diberhentikan. Namun, Menteri Pengangkutan itu menegaskan beberapa perkara perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum peralihan ke sistem ujian elektronik dijalankan. “Ujian elektronik akan menggantikan ujian manual dalam masa terdekat namun institut memandu perlu menjalani beberapa proses bagi mendapat kelulusan terlebih dahulu,” katanya menurut laporan The Star. Bagaimanapun, Loke menjelaskan kementerian tidak tergesa-gesa untuk langkah baharu itu diperkenalkan. “Selepas sistem ujia elektrik dilaksanakan, segalanya akan dilakukan menerusi komputer tanpa perlu campur tangan sebarang individu. “Tiada lagi pegawai JPJ duduk disebelah pemandu sebaliknya sensor dan kamera akan dipasang di litar dan di dalam kereta,”tambahnya. Pada masa sama, Loke menyifatkan penggunaan sistem baharu ini – yang akan terus disambungkan terus kepada sistem mySIKAP di JPJ – akan menjimatkan masa JPJ. (SUMBER: The Star) Advertisements
gadis-superman-ditahan-pihak-polis
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Gadis ‘Superman’ Ditahan Pihak Polis Posted on January 10, 2020 by Amirul Azreen Gadis ‘Superman’ yang menjadi viral baru-baru ini gara-gara melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal kini telah ditahan pihak polis. Video berdurasi 1 minit 6 saat itu memaparkan seorang remaja berusia 17 tahun melakukan aksi ‘Superman’ ketika sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR. Dia ditahan selepas menyerah diri – sambil ditemani bapa saudara – di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Maran, 3 Januari lalu. Saksikan rakaman video tersebut dibawah: Menurut Ketua Polis Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abdul Rahman, pasukan khas telah ditubuhkan bagi mengenal pasti identiti remaja terbabit setelah videonya tular di Facebook. Difahamkan, gadis tersebut mengakui melakukan aksi berbahaya itu dengan menunggang motosikal milik bapa saudaranya di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) pada 1 Januari lalu. Pihak polis turut mendedahkan bahawa ketika kejadian berlaku, gadis itu tidak memiliki lesen dan saman juga dikenakan atas kesalahan terbabit. (SUMBER: Sinar Harian) Advertisements
honda-malaysia-hentikan-operasi-hingga-31-mac-2020
BERITA TEMPATAN Honda Moto Malaya Honda Malaysia Hentikan Operasi Hingga 31 Mac 2020 Posted on March 17, 2020 by Amirul Azreen Susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Honda Malaysia membuat keputusan untuk memberhentikan operasi kilang di Pegoh, Melaka. Kilang tersebut akan kembali beroperasi pada 1 April 2020. Perdana Menteri membuat pengumuman tersebut malam tadi sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19. Setakat ini, Malaysia merekodkan 574 kes Covid-19 dengan 811 masih lagi dalam siasatan sementara 42 lagi telah disahkan sembuh berdasarkan info yang boleh didapati di outbreak.my. Kilang Honda kini mempunyai dua saluran pemasangan selepas saluran pertama bermula operasi pada 2003 sebelum saluran kedua diperkenalkan pada 2014. Kilang tersebut kini mampu menghasilkan 300,000 unit kenderaan dalam tempoh tiga tahun berbanding 11 tahun yang diperlukan bagi mencapai angka sama sebelum ini. Honda Malaysia kini menghasilkan tujuh model melibatkan l Accord, City, Civic, CR-V, Jazz, HR-V dan BR-V. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
program-bengkel-havoline-autopro-kukuhkan-reputasi-caltex-di-malaysia
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Program Bengkel Havoline autoPro Kukuhkan Reputasi Caltex Di Malaysia Posted on July 29, 2019 by Amirul Azreen   Chevron Malaysia Limited yang menguruskan Caltex di Malaysia, melancarkan program bengkel Caltex Havoline autoPro di Pusat Servis Osaga, Kajang. Menerusi program ini, reputasi Caltex sebagai peneraju industri akan terus diperkukuhkan dengan memberikan jaminan terbaik kepada pelanggan sementara program ini akan membuatkan bengkel terlibat tampak lebih profesional sekaligus membuatkan pelanggan rasa lebih selesa apatah lagi kenderaan mereka akan diservis menggunakan minyak Caltex Halvoline. Caltex Havoline autoPro merupakan progam yang dicipta khas bagi mereka yang terlibat dalam industri automotif untuk memperkembangkan lagi perniagaan mereka. Pusat Servis Osaga merupakan antara bengkel rakan kongsi pertama yang berdaftar dengan program ini. Antara kebaikan menyertai program tersebut adalah: boleh disertai oleh pelbagai bengkel tanpa mengira jumlah pelanggan program komprehensif melibatkan latihan, insentif dan suntikan kewangan meningkatkan imej setiap rakan kongsi Kelayakan penyertaan berdasarkan berapa banyak produk Caltex dijual dengan rakan kongsi terbaik akan mendapat penjenamaan oleh Caltex Havoline autoPro . Pengurus Perniagaa, AP Cluster, Chevron Lubricants, Najam Shamsuddin meluahkan rasa gembira dengan program baharu ini. “Kami berbesar hati kerana dapat membawakan program yang mengujakan kepada rakan kongsi kami termasuk pengguna menerusi program Caltex Havoline autoPro. Minyak dan pelincir kami telah dibuktikan sebagai produk yang berjaya memenuhi jangkaan pelanggan. “Kini kami memulakan pengembaraan baharu yang akan membantu rakan kongsi kami dalam mengukuhkan jenama mereka tanpa sebarang caj royalti.” katanya. Sementara itu, Pengurus Pusat Servis Osaga, Yap Wai Ching turut berasa teruja dengan kerjasama ini. ” Kami bangga kerana muncul antara bengkel sulung yang menyertai program ini.  Ini juga membuktikan Caltex mempercayai kebolehan kami sebagai rakan kongsi. Program Caltex Havoline autoPro  ini juga akan memastikan pelanggan kami akan terus mendapat servis terbaik!” jelasnya. Antara bengkel pertama yang menjalinkan kerjasama adalah Pusat Servis Kereta Kian Ann di Setapak yang telah pun menjalinkan kerjasama dengan Caltex lebih 30 tahun. Kini diterajui pemilik generasi kedua, Edmund Tan, program Caltex Havoline autoPro akan mempertingkatkan lagi pengalaman pelanggan. “Caltex telah memberi sokongan di peringkat awal lagi menerusi ayah saya yang telah memulakan perniagaan ini pada tahun 1989.  Kami berjaya memberikan servis terbaik kepada pelanggan kami dengan bantuan Caltex,” ujarnya. Bagi meraikan pelancaran program Caltex Havoline autoPro, promosi istimewa menanti 100 pelanggan pertama yang mendaftar dengan Pusat Servis Osaga bermula hari ini. 50 pelanggan pertama yang berdaftar akan mendapat caj buruh percuma bagi servis biasa dan Techron Concentrate Plus bernilai RM100 50 pelanggan berikutnya berpeluang mendapat caj buruh percuma (tukar minyak enjin bernilai RM50) Untuk maklumat lanjut, layarai www.caltex.com/my.   Advertisements
dreamedge-dengan-bantuan-daihatsu-motor-bangunkan-kereta-nasional-ketiga
BERITA TEMPATAN Moto Malaya DreamEDGE Dengan Bantuan Daihatsu Motor Bangunkan Kereta Nasional Ketiga Posted on August 9, 2019August 9, 2019 by Amirul Azreen Putrajaya mengumumkan syarikat kejuruteraan swasta tempatan, DreamEDGE menjadi pemacu utama dalam merealisasikan kereta nasional ketiga dalam satu sidang media yang berlangsung di Cyberjaya, hari ini. Pengumuman tersebut dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YB Datuk Darell Leiking dengan model pertama adalah sebuah kereta sedan akan dilancarkan pada 2021. Menurut pihak DreamEDGE, kereta nasional ketiga negara ini akan dibangunkan sepenuhnya oleh jurutera tempatan dengan bantuan teknologi maju oleh Daihatsu Motor. Sementara itu, Datuk Darell Leiking turut menegaskan bahawa tiada suntikan kewangan daripada pihak kerajaan dalam projek kereta nasional ketiga ini. Menurutnya lagi, kereta nasional baharu ini akan tampil dengan rekaan eksklusif namun masih mengekalkan status sebagai kereta mampu milik dengan model prototaip dijangka siap pada Mac 2020 sebelum model sebenar akan dilancarkan setahun kemudian. YB Darell turut mendedahkan bahawa model sulung yang akan dilancarkan adalah jenis sedan C-segment. Setakat ini, tiada kata putus mengenai enjin yang akan digunakan termasuk nama bagi kereta nasional baharu itu. Advertisements
isuzu-malaysia-beri-jaminan-cepatkan-serahan-300-tempahan-kenderaan
BERITA TEMPATAN Isuzu Malaysia Beri Jaminan Cepatkan Serahan 300 Tempahan Kenderaan Posted on May 18, 2020 by Amirul Azreen Isuzu Malaysia tekad cepatkan serahan kenderaan kepada pelanggan yang tertangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Ini melibatkan pelanggan yang telah membuat tempahan sebelum PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu. Menurut info dikongsikan, lebih 300 tempahan telah diterima sebelum PKP lantas Isuzu Malaysia beri pelanggan yang terkesan akan diberi keutamaan khas agar kenderaan dapat diserahkan secepat mungkin. Jaminan itu disuarakan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki. “Walaupun pelanggan memahami keadaan yang menyebabkan kelewatan ini, kami juga faham bahawa ketika di dalam keadaan mencabar seperti sekarang, mereka memerlukan kenderaan Isuzu lebih lagi untuk membantu mereka terus bergerak ke hadapan dengan kecekapannya serta tahan lasak. “Adalah menjadi matlamat kami untuk memastikan semua pelanggan menerima kenderaan Isuzu D-Max baru mereka secepat mungkin,” jelasnya. Bagi menjaminkan keselamatan staf dan pelanggan, setiap penyerahan keneraan akan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
tunggang-bmw-s-1000-xr-dari-kl-ke-london-tapi
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Tunggang BMW S 1000 XR Dari KL Ke London Tapi… Posted on November 20, 2019November 20, 2019 by Amirul Azreen Sumber: Paul Wong @ Facebook Rancangan untuk mengembara di kota London selepas menunggang ribuan batu dari Kuala Lumpur bertukar menjadi mimpi ngeri apabila jentera ditunggang, BMW S 1000 XR hilang di Jalan Tooley, London. Menurut laporan media tempatan, Paul Wong kehilangan jentera terbabit di tempat letak motosikal di hadapan Shad Indian Restaurant di Jalan Tooley. BMW S 1000 XR berwarna merah tersebut telah pun melunaskan impian Paul untuk menunggang dari Kuala Lumpur ke London bermula 28 September lalu. Difahamkan, kes kecurian motosikal berkuasa besar di kota London sedang berleluasa dengan pencuri menjadikan motosikal pelancong luar sebagai sasaran utama. (SUMBER: Careta) Advertisements
brixton-bakal-memperkenalkan-jentera-1200cc
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Brixton Bakal Memperkenalkan Jentera 1200cc Posted on April 24, 2020 by Amirul Azreen Brixton Motorcycles akan melancarkan jentera 1200cc untuk pasaran dunia. Meskipun dihasilkan di China namun rekaan dan pembangunan model baru itu dijalankan di Krups, Austria oleh KSR Group pemilik syarikat Brixton. Difahamkan, motosikal terbabit akan dijenamakan sebagai KSR Moto untuk pasaran Eropah. Brixton mendedahkan jentera 1200cc buat julung kalinya di EICMA tahun dan kini hampir pasti akan dihasilkan untuk pasaran dunia. Tatkala dunia kini berdepan pandemik Covid-19, jentera baharu ini mungkin akan dilancarkan secara atas talian. Ketika ini masih tiada maklumat mengenai spesifikasi diguna pakai selain daripada rekaan keseluruhan tampak seakan berinspirasikan daripada Triumph Bonneville T120. Bagaimanapun, dijangkakan model baharu dari Brixton ini menawarkan harga jauh lebih mampu milik berbanding motosikal lain dalam segmen sama. Jenama Brixton juga tidak asing di Malaysia dengan beberapa model 150cc telah pun diperkenalkan. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
sym-vf3i-v2-dilancarkan-harga-dari-rm8338
BERITA TEMPATAN Moto Malaya SYM VF3i V2 Dilancarkan – Harga Dari RM8,338! Posted on October 31, 2019 by Amirul Azreen Mforce Bike Holdings telah melancarkan SYM VF3i V2 185cc yang telah dikemaskini dengan empat warna baharu. SYM VF3i merupakan jentera jenis ‘supercub’ dengan enjin terbesar dalam kelasnya namun masih didatangkan dengan harga mampu milik. Menyedari tahap populariti jentera tersebut semakin meningkat, versi baharu ini dijangka dapat menarik lebih ramai pembeli terutamanya yang mencari kapcai yang tampil berbeza. Rujuk spesifikasi di bawah: Bukan itu sahaja, SYM VF3i V2 ini turut dilengkapi engan enjin yang mematuhi piawaian Euro 3 dan brek cakera bersaiz 250mm depan dan 200mm belakang. Menurut Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, Asri Ahmad, SYM VF3i V2 ini boleh didapati diseluruh negara dalam masa terdekat. Model V2 ini ditawarkan dengan harga RM8,338 bagi warna biru, merah dan kelabu sementara V2 edisi khas (warna emas) ditawarkan dengan harga RM8,638. Advertisements
perkenalkan-logo-baharu-bayerische-motoren-werke
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Perkenalkan Logo Baharu Bayerische Motoren Werke Posted on March 5, 2020 by Amirul Azreen Selepas lebih 20 tahun, BMW membuat keputusan untuk mengolah logo sedia ada bagi tahun 2020. Pengeluar kenderaan Jerman itu bertindak memberi nafas baharu kepada logo ikonik mereka dengan membuang lingkaran hitam dan memilih lingkaran ‘transparent’ sementara aspek lain tampak lebih moden. Sementara itu, lencana biru dan putih di dalam lingkaran kekal dengan warna biru dan putih. Timbalan Presiden BMW, Jans Thiemer mengesahkan perkara ini dan memaklumkan bahawa logo baharu itu akan diguna pakai serta-merta di semua platform termasuk media sosial. “Logo baharu ini menandakan usaha kami untuk tampil lebih telus dan jelas di samping tampak lebih relevan bagi dunia mobiliti dan keterujaan pemanduan masa depan,” jelasnya. Bagaimanapun, difahamkan logo baharu itu tidak akan diguna pakai terhadap setiap kenderaan yang dihasilkan meskipun jentera Concept i4 memaparkan logo baharu terbabit. Logo sedia ada ketika ini membuat penampilan pertama pada 1997 dengan BMW telah melaksanakan lebih enam kali pertukaran logo dalam sejarah 103 tahun syarikat itu. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
tukar-beg-udara-takata-honda-malaysia-panggil-balik-23476-unit-kenderaan
BERITA TEMPATAN Honda Moto Malaya Tukar Beg Udara Takata, Honda Malaysia Panggil Balik 23,476 Unit Kenderaan Posted on October 7, 2019 by Amirul Azreen Honda Malaysia memanggil semula 23,476 unit kenderaan bagi menggantikan beg udara Takata di bahagian depan sebagai langkah berjaga-jaga. Menurut maklumat yang dikongsikan Honda, kenderaan yang terkesan adalah: Jadual 1: Model terlibat bagi pertukaran beg udara Takata bahagian pemandu Jadual 2: Model terlibat bagi pertukaran beg udara Takata bahagian penumpang depan Pada masa sama, Honda Malaysia turut memohon maaf terhadap sebarang kesulitan yang terpaksa dihadapi pemilik kenderaan yang terkesan dengan panggilan semula ini. Bagaimanapun, sebagai pihak yang mengambil berat terhadap keselamatan pelanggan, Honda menyifatkan langkah ini perlu diambil dan menggesa orang ramai yang terlibat untuk segera menukar beg udara Takata di bahagian depan secepat mungkin. Ini kerana, beg udara sedia ada adalah tidak selamat dan boleh menyebabkan kecederaan kepada pemandu sekiranya diaktifkan ketika perlanggaran. Segala kos pertukaran beg udara tersebut akan ditanggung sepenuhnya pihak Honda. Advertisements
mahukan-per-bezza-an-tempahan-perodua-bezza-2020-kini-dibuka
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Mahukan Per-Bezza-an? Tempahan Perodua Bezza 2020 Kini Dibuka! Posted on January 3, 2020 by Amirul Azreen Perodua memulakan tahun 2020 dengan membuka tempahan bagi Bezza 2020 – versi yang telah dinaik taraf dengan pelbagai pemanduan dan ciri keselamatan terkini. Menggunakan maklum balas pelanggan sebagai asas naik taraf, Bezza 2020 didatangkan dengan empat varian: 1.0 G MT – RM34,580 1.0 G AT – RM36,580 1.3 X AT – RM43,980 1.3 V AV – RM49,980 Tempahan boleh dibuat disemua 186 pusat jualan seluruh negara. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad menyifatkan Perodua Bezza sebagai kenderaan cita rasa ramai. “Perodua Bezza merupakan sedan pertama kami dan juga sedan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama di Malaysia, dengan upper-body yang direka sepenuhnya oleh kami. “Ia terbukti popular di kalangan rakyat Malaysia, dengan jualan 184,000 unit sejak pelancarannya pada Julai 2016. “Perodua Bezza menawarkan kecekapan bahan api, kualiti, praktikaliti, kos pemilikan rendah dan ruang dalaman yang luas di samping boleh dipercayai dan mudah dipandu – semua dalam satu pakej yang kompak dan menarik – menjadikannya kenderaan yang menepati citarasa dan diminati ramai,” jelasnya. Rujuk spesifikasi dibawah: Antara ciri baharu yang terdapat pada model 2020: gril hadapan bampar lampu depan LED rim aloi 15 inci (X dan AV) warna baharu – Garnet Red (varian 1.3L) dan Garnet Grey Varian AV turut didatangkan dengan Sistem Bantuan Pemanduan Selamata (ASA) 2.0 yang terdiri daripada: Pengesan Pejalan Kaki Amaran Pra-Pelanggaran Brek Pra-Pelanggaran Amaran Pergerakan Hadapan Kawalan Kesilapan Pedal Perodua Bezza 2020 didatangkan dengan waranti lima tahun atau 150,000km (mana yang sampai dahulu). Advertisements
haramkan-kapcai-tak-praktikal-anthony-loke
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Haramkan Kapcai Tak Praktikal – Anthony Loke Posted on October 30, 2019 by Amirul Azreen Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan bahawa tindakan untuk mengharamkan kapcai adalah tidak praktikal meskipun terdapat beberapa individu menyuarakan cadangan tersebut. “Meskipun terdapat kumpulan bukan kerajaan yang menggesa agar mengharamkan penggunaan motosikal kapcai tetapi kami perlu mengambil kira aspek praktikal kerana terdapat lebih 16 juta pengguna kapcai di Malaysia. “Ramai yang akan terkesan dengan pengharaman ini,” jelasnya menurut laporan The Star. Meskipun ketika ini kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan motosikal elektrik namun isu mengharamkan kapcai tidak pernah timbul. Dia turut menegaskan pihak kerajaan turut tidak akan mempertimbangkan untuk mengharamkan kapcai di lebuhraya. Sebaliknya, dibawah rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan akan mewujudkan laluan motosikal di beberapa kawasan yang dikenal pasti memerlukan laluan khas. Baru-baru ini, aktivis keselamatan jalan raya, Shahrim Tamrin, menggesa kerajaan untuk mengharamkan penggunaan kapcai di Malaysia dan sebaliknya beralih kepada penggunaan motosikal berkuasa elektrik yang hanya mampu merekodkan kelajuan 70km/j. Terdahulu pada 2017, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor pernah mencadangkan untuk mengharamkan kapcai di sekitar Kuala Lumpur bagaimanapun tindakan tersebut mendapat kecaman hebat. (SUMBER: The Star) Advertisements
ugut-wanita-mengandung-pemandu-audi-ditahan-polis
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Ugut Wanita Mengandung, Pemandu Audi Ditahan Polis Posted on November 11, 2019 by Amirul Azreen Seorang pemandu wanita yang sarat tujuh bulan berdepan situasi menakutkan apabila seorang lelaki secara tiba-tiba menghentikan kenderaan lalu menggertaknya dalam satu insiden di Plentong, Johor Bahru. Menerusi perkongsian video di Facebook, wanita berusia 26 tahun itu sedang memandu dalam lorongnya dan ketika menyelusuri selekoh ke kiri, terdapat sebuah kereta jenis Audi TT cuba memintas. Bagaimanapun, sejurus selepas itu, Audi tersebut secara tiba-tiba mengejar wanita terbabit lalu memberhentikan kenderaan. Saksikan rakaman video tersebut dibawah: Lelaki tersebut didakwa tidak berpuas hati kerana pemandu wanita terbabit tidak memberi ruang untuknya memintas meskipun mengakui memberitahu wanita tersebut dia tidak memberikan isyarat untuk memintas. Rakaman video ‘dashcam’ tersebut turut memaparkan lelaki itu menunjukkan isyarat lucah terhadap wanita terbabit. Kurang beberapa jam selepas video tersebut menjadi viral di laman sosial, pemandu lelaki tersebut telah ditahan pihak berkuasa pada Ahad untuk siasatan lanjut. Menurut laporan China Press, pemandu Audi tersebut berusia 27 tahun dan berasal dari Masai, Johor.   Advertisements
mahu-elak-bayar-cukai-enam-buah-lamborghini-huracan-antara-disita-jkdm
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Mahu Elak Bayar Cukai, Enam Buah Lamborghini Huracan Antara Disita JKDM Posted on September 6, 2019 by Amirul Azreen Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis @ Facebook Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merampas 21 kenderaan mewah pelbagai jenama antaranya Lamborghini Huracan dalam rampasan yang bernilai lebih RM12.2 juta di dua gudang berasingan di Shah Alam. Menurut laporan Berita Harian, kesemua kenderaan terbabit telah dibawa masuk dari Jepun dalam percubaan untuk mengelak daripada membayar duti import. Sitaan gudang pertama – yang melibatkan empat buah Toyota Estima, dua Mercedes Benz dan sebuah BMW serta Toyota Alphard – membabitkan cukai sebanyak RM644,000 manakala sitaan di gudang kedua – yang melibatkan enam Lamborghini dan tujuh unit Toyota Vellfire – melibatkan cukai lebih RM7.5 juta. Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis @ Facebook Difahamkan, kesemua pemilik kenderaan terbabit merupakan orang kenamaan di Malaysia. Merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasaan dan Pematuhan JKDM, Datuk Azimah Abd Hamid, semua kenderaan yang disita masih belum didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tempoh dua tahun. Operasi ini dijalankan bagi membanteras penyalagunaan lesen import yang dikekluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). (SUMBER: Berita Harian) Advertisements
14-pelanggan-bertuah-shell-rimula-dibawa-ke-barcelona
BERITA TEMPATAN Moto Malaya 14 Pelanggan Bertuah Shell Rimula Dibawa Ke Barcelona! Posted on November 7, 2019 by Amirul Azreen SRUS, Barcelona, 2019 Shell Malaysia telah membawa 14 pelanggan bertuah Shell Rimula ke Shell Ultimate Stopover 2019 di Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini. Pelanggan bertuah tersebut menyertai 180 lain dari 18 buah negara dalam kunjungan lima hari empat malam tersebut yang ditanggung sepenuhnya oleh Shell. SRUS, Barcelona, 2019 Kunjungan tersebut memberi peluang kepada para peserta menyelami dunia Shell Rimula sambil meninjau pemandangan, seni dan kebudayaan terdapat di Sepanyol. Pada masa sama, mereka turut didedahkan dengan proses penghasilan rangkaian kuasa dan teknologi baharu. Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, menyifatkan kunjungan tersebut membolehkan Shell mempamerkan kemampuan mereka dalam menghasilkan enjin diesel dalam senario yang santai dan menyeronokkan. SRUS, Barcelona, 2019 “Begitu banyak perkara yang berlaku di belakang tabir di makmal Shell kami yang selalunya tidak dapat disaksikan oleh para pelanggan kami. Shell Rimula Ultimate Stopover tahunan ini menyediakan persekitaran yang terbaik bagi para pelanggan kami untuk mendapat akses secara langsung kepada panel pakar dan saintis di Shell. SRUS, Barcelona, 2019 “Para pelanggan kami diberi peluang untuk berehat daripada kesibukan rutin harian mereka supaya benar-benar dapat mengalami dunia Shell Rimula menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang dengan rapi, seperti memandu, menikmati sajian, menerokai sains dan mewujudkan perangkaian,” jelasnya. Edisi 2020 bakal menyaksikan calon bertuah akan dibawa ke Tokyo, Jepun. Advertisements
karnival-gen-blu-yamaha-2019-bakal-lakar-rekod-baharu
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Yamaha Karnival Gen Blu Yamaha 2019 Bakal Lakar Rekod Baharu Posted on August 1, 2019 by Amirul Azreen Acara yang paling dinanti-nanti tahun ini itu bakal berlangsung pada 4 Ogos ini di MAEPS, Serdang dengan bertujuan untuk meraikan semua penunggang motosikal Yamaha. Seorang pengunjung bertuah akan berpeluang untuk membawa pulang sebuah Yamaha MT-09 serba baharu menerusi cabutan bertuah. Orang ramai yang hadir hanya perlu membelanjakan lebih RM80 dalam satu resit di karnival tersebut bagi melayakkan diri. Peminat Yamaha juga berpeluang untuk membeli cenderamata rasmi Yamaha dan beberapa barangan lain dengan diskaun sehingga 50 peratus. Banyak acara turut menanti pengunjung yang hadir antaranya: permainan fun fair tunggang uji motosikal Yamaha Tornado Box permainan simulasi aksi lagak ngeri oleh penunggang lelaki dan wanita Bukan itu sahaja, pengunjung turut akan disajikan dengan pertandingan kustom Yamaha dengan jentera terbaik akan memenangi RM1,000 tunai dan jaket khas dari Kushitani. Sebanyak 40 motosikal bakal bertanding dalam kategori retro, street, kapchai dan skuter automatik. Bagi memeriahkan lagi suasana, pengunjung turut akan menerima layanan daripada penyanyi rock Malaysia, Faizal Tahir. Jangan lupa bertandang ke MAEPS, Serdang pada 4 Ogos ini! Advertisements
wada-mahukan-penggantungan-empat-tahun-terhadap-iannone
BERITA ANTARABANGSA motogp WADA Mahukan Penggantungan Empat Tahun Terhadap Iannone Posted on June 11, 2020 by Amirul Azreen Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) mahu penggantungan empat tahun dikenakan terhadap Andrea Iannone. Iannone dikenakan penggantungan 18 bulan oleh FIM setelah didapati gagal ujian doping yang dijalankan terhadapnya secara rawak ketika di GP Malaysia, tahun lalu. Bagaimanapun, dia berpeluang mengurangkan tempoh penggantungan menerusi Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Meskipun begitu, dia kini berdepan laluan berliku tatkala WADA mahukan tindakan penggantungan maksimum – empat tahun – dikenakan terhadap pelumba Aprilia itu. Perkara itu disahkan sendiri Presiden FIM, Jorge Viegas. “WADA berasakan penggantungan – 18 bulan – itu tidak memadai,” jelasnya. Senario ini sekaligus bakal memberi kesan besar terhadap karier Iannone yang mungkin perlu mengumumkan persaraan sekiranya keputusan CAS berpihak kepada WADA. CAS dalam satu kenyataan turut menjelaskan bahawa mereka telah menerima rayuan daripada Iannone dan WADA berkenaan dengan keputusan diambil oleh FIM bertarikh 31 Mac 2020 dengan mengenakan penggantungan 18 bulan. “Iannone mahu mencabar keputusan FIM sementara WADA mahukan penggantungan empat tahun terhadap pelumba itu.” Iannone yang sebelum ini perlu menjalani penggantungan sehingga 16 Jun 2021, kini berdepan masa depan yang tidak menentu setelah ujian doping mendapati dia positif drostanolone, sejenis sterod dalam ujian sampel A dan B. Advertisements
ganti-butang-tombol-gear-honda-malaysia-panggil-semula-7050-unit-cr-v-2018
BERITA TEMPATAN Honda Moto Malaya Ganti Butang Tombol Gear, Honda Malaysia Panggil Semula 7,050 Unit CR-V 2018 Posted on July 31, 2019 by Amirul Azreen Honda Malaysia mengumumkan sejumlah 7,050 unit CR-V 2018 perlu digantikan ‘gear push knob button’ sebagai langkah berjaga-jaga. Bagaimanapun, setiap model sedia ada yang dijual tidak terkesan dengan kempen kemaskini produk ini. Kempen ini adalah langkah berjaga-jaga bagi menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi Honda CR-V 2018 berkaitan dengan tuil gear terutamanya ketika mahu mengubah daripada ‘parking’ kepada posisi lain. Penggantian ini tidak akan dikenakan sebarang caj dan segala kos yang terlibat akan ditanggung pihak Honda Malaysia. Pelanggan yang terkesan akan dimaklumkan menerusi surat makluman yang yang mengandungi segala perincian mengenai kemaskini yang dijalankan. Orang ramai yang menerima makluman ini diminta untuk segera membawa kenderaan mereka ke pengedar Honda terdekat. Hubungi 1-800-88-20020 atau layari www.honda.com.my untuk maklumat lanjut. Advertisements
proton-x70-ckd-x50-akan-dilancarkan-tahun-ini-dr-li-chunrong
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Proton X70 CKD, X50 Akan Dilancarkan Tahun Ini – Dr Li Chunrong Posted on January 21, 2020 by Amirul Azreen Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong mendedahkan pihaknya akan melancarkan Proton X70 CKD dalam masa terdekat. Pengumuman itu dibuat ketika sesi makan tengah hari yang diadakan di Hotel Hilton, Petaling Jaya, semalam. Model CKD ini akan tampil rekaan sama dengan versi CBU namun dengan beberapa perubahan kecil antaranya logo berbentuk bulat di bahagian depan dan belakang berbanding sebelum ini. Kuasa enjin juga dipertingkat kepada 181 hp dan 300 Nm. Sementara itu, Dr Li turut mengesahkan Proton X50 akan dilancarkan di Malaysia tahun ini. Model berdasarkan Geely Binyue itu akan menjadi kenderaan kedua diperkenalkan selepas melancarkan X70 CKD. Menariknya, X50 akan terus dipasarkan sebagai versi CKD dan bukannya CBU sepertimana yang ditawarkan X70 pada awal pengenalan, ini kerana model X50 yang dikilangkan di China hanya ditawarkan dalam versi pemanduan sebelah kiri sekaligus tidak boleh dieksport. Advertisements
yamaha-nmax-2020-dilancarkan-di-indonesia-tangki-7-1l-dual-channel-abs
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Yamaha NMax 2020 Dilancarkan Di Indonesia – Tangki 7.1L, Dual Channel ABS Posted on December 5, 2019 by Amirul Azreen Penantian dua tahun untuk menyaksikan skuter popular, Yamaha NMax menjalani penambahbaikan akhirnya tiba dengan model 2020 di lancarkan di Indonesia, baru-baru ini. Meskipun tampak sama namun Yamah NMax 2020 kini didatangkan dengan pelbagai ciri terkini antaranya: Dual channel ABS Lampu LED DRL Teknologi Start Stop Smart Motor Generator Keyless USB Charger Panel digital LCD Tangki 7.1L Menariknya, model 2020 ini turut dilengkapi dengan ‘traction control’. Penunggang juga boleh berhubung dengan panel LCD melalui telefon pintar menerusi aplikasi Yamaha Y-Connect yang membolehkan panel memaparkan mesej, panggilan dan sistem navigasi. Sementara itu , enjin 155cc ini mampu menghasilkan 15hp pada 8,000rpm dan 13.9Nm pada 6,500rpm. Advertisements
motogp-zarco-sah-sertai-avintia-ducati-musim-2020
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya motogp MotoGP: Zarco Sah Sertai Avintia Ducati Musim 2020 Posted on December 7, 2019 by Amirul Azreen Sumber: Johann Zarco @ Instagram Meskipun tiada pengumuman rasmi namun Johann Zarco difahamkan telah bersetuju untuk mewakili pasukan Avintia Ducati di MotoGP musim depan. Sebelumm ini, Zarco dicanang sebagai pengganti Jorge Lorenzo di Repsol Honda namun segala peluang tertutup apabila pasukan juara dunia itu memilih pelumba Moto2, Alex Marquez sebagai pelumba baharu. Avintia mempunyai kekosongan selepas memberitahu Karel Abraham bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan musim depan sekaligus membuka slot buat Zarco meskipun sebelum ini dia bertegas lebih baik turun ke Moto2 daripada sertai pasukan yang masih lagi terumbag ambing. Bagaimanapun, menerusi temu bual dengan Moto Journal, Zarco difahamkan telah pun mengesahkan tempatnya di Avintia bagi musim 2020. Dia mendedahkan keputusannya dipengaruhi Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Corse, Gigi Dall’lgna yang berjaya meyakinkannya sertai Avintia. Sumber: Asphalt & Rubber Difahamkan, kontrak Zarco berhubung terus dengan Ducati factory. “Saya tidak menandatangani kontrak bersama Avintia tetapi dengan Ducati,” jelasnya. Dia turut tekad mensasarkan kedudukan tujuh terbaik musim depan lantas merebut slot pasukan Ducati factory bagi musim 2021. Zarco bakal membuat penampilan sulung bersama Avintia Ducati di Winter Test, Litar Antarabangsa Sepang, Februari depan. Advertisements
suzuki-raider-r150fi-dengan-warna-baharu-bakal-dilancarkan-suzuki-malaysia
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Suzuki Raider R150Fi Dengan Warna Baharu Bakal Dilancarkan – Suzuki Malaysia Posted on July 26, 2023July 26, 2023 by Amirul Azreen Suzuki Malaysia dalam satu perkongsian terbaru di media sosial bakal melancarkan Raider R150Fi terbaru yang tampil dengan warna lebih segar.  Dengan tema ‘New Colour, New Spirit’, Raider R150Fi itu dijangka tampil dengan pilihan warna baru dan grafik lebih segar.  Meskipun tidak diketahui warna dan grafik apa yang akan ditawarkan namun tinjauan di akaun Facebook Pengerusi Eksekutif Kumpulan AMI, Ahmad Faez Yahaya, menunjukkan bahagian belakang beberapa model Suzuki Raider F150i.   Namun tidak dapat dipastikan sama ada model ditayangkan itu merujuk kepada model yang akan diperkenalkan pihak Suzuki Malaysia tidak lama lagi.  Apa yang pasti, Raider R150Fi yang dikemas kini itu akan terus dikuasakan enjin satu silinder 147.3cc DOCH dengan penyejukan cecair yang menawarkan 18hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 8,500rpm.  Advertisements
pusat-servis-hyundai-kembali-beroperasi
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Pusat Servis Hyundai Kembali Beroperasi Posted on April 23, 2020 by Amirul Azreen Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk kembali mengoperasikan pusat servis bermula 20 April lalu. Sehingga kini, kesemua SDAH pusat servis Hyundai telah pun kembali beroperasi. Bagaimanapun, selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kesemua pusat servis beroperasi pada kadar minima sementara servis hanya dijalankan mengikut janji temu. Pada masa sama, bagi menjaminkan keselamatan, kesemua pusat servis turut menjalankan disinfeksi secara kerap termasuk saringan suhu badan kepada staf dan pelanggan di pintu masuk. Bagi yang mahu membuat janji temu, pelanggan perlu menghubuni pusat servis Hyundai terdekat yang terletak di: Ara Damansara, Petaling Jaya – 03-7628 2500 Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur – 03-7984 5388 Ipoh, Perak – 05-2533 399 Georgetown dan Prai, Pulau Pinang – 04-2811 210 Skudai, Johor – 07-2340 714 Waktu operasi dihadkan dari 9 pagi hingga 4 petang dari Isnin hngga Jumaat dan 9 pagi hingga 12 tengah hari bagi hari Sabtu. Untuk maklumat lanjut, layari www.hyundai.com.m atau hubungi khidmat pelanggan di 1300-13-200. Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram! VIDEO HARI INI Advertisements
11567-unit-diserahkan-pada-2019-jenama-bmw-kekal-teguh-di-malaysia
BERITA TEMPATAN Moto Malaya 11,567 Unit Diserahkan Pada 2019, Jenama BMW Kekal Teguh Di Malaysia Posted on February 4, 2020 by Amirul Azreen BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih 11,567 unit kenderaan pada 2019 sekaligus mengukuhkan kedudukan jenama itu di Malaysia. Jumlah tersebut merangkumi kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad yang telah diserahkan kepada pelanggan masing-masing tahun lalu. Daripada angka jumlah itu, 3,148 daripadanya melibatkan kenderaan elektrik BMW dan MINI sekaligus menyumbang kepada 17,000 unit kenderaan elektrik telah pun sampai ke tangan pelanggan sejak 2015. Ini bermakna, BMW menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai kenderaan elektrik pilihan sehingga kini lantas memantapkan kedudukan BMW dalam arena mobiliti elektrik negara. Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, meluahkan rasa bangga atas kejayaan ini. “Berlatarbelakangkan cabaran yang wujud dalam sektor automotif pada tahun lalu, kami berbangga untuk melakar kejayaan ini dalam segmen kenderaan elektrik di Malaysia dan di seluruh dunia – yang menegaskan harapan kami untuk tahun ini. “Kami komited untuk terus menerajui arena mobiliti elektro di Malaysia, khususnya menjelang pengumuman Polisi Automotif Nasional yang bakal melihat kenderaan elektrik memainkan peranan yang penting untuk mendorong sektor automotif ke aras yang lebih tinggi,” ujarnya. Bagi membuktikan komitmen BMW dalam menerajui mobiliti elektrik dalam negara, lebih 30 Fasiliti Pengecasan BMW i telah pun diwujudkan. Tidak hairanlah, BMW berjaya melahirkan lebih 9,300 pemilik baharu di Malaysia tahun lalu dengan BMW 3 Series menjadi pilihan tatkala 2,514 unit telah diserahkan – 1,000 unit melibatkan BMW 330e M Sport. Sementara BMW 5 Series telah menerima lebih 2,000 pemilik baharu. Kesan positif turut dipamerkan BMW X dengan lebih 3,985 unit berjaya diserahkan tahun lalu yang menyaksikan BMW X3 menjadi penyumbang tertinggi dengan 1,354 unit diserahkan. Pada masa sama, 1,142 unit MINI telah diserahkan pada 2019 yang diiterajui oleh MINI Countryman yang menyumbang kira-kira separuh daripada jumlah penyerahan yang dicatat – 685 unit. Advertisements
saya-membuat-keputusan-untuk-bersara
BERITA ANTARABANGSA Honda Moto Malaya motogp “Saya Membuat Keputusan Untuk Bersara” Posted on November 14, 2019November 15, 2019 by Amirul Azreen Pelumba Repsol Honda, Jorge Lorenzo telah mengadakan sidang media mengejut bagi mengumumkan keputusannya untuk bersara, hari ini. Tiga kali juara dunia MotoGP itu, mengumumkan keputusan tersebut sambil ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpelta menjelang GP Valencia, perlumbaan penutup tirai MotoGP musim ini. Meskipun kontrak bersama Honda hanya akan berakhir 2021 namun prestasi terumbang-ambing musim ini memberi kesan mendalam terhadap kariernya. Pelumba berusia 32 tahun itu memulakan karier pada 2002 dan sehingga kini telah pun merekodkan lima kejuaraan dan 68 kemenangan merentas semua kelas perlumbaan. Ketika ini timbul dakwaan bahawa tempat Lorenzo bakal diisi bekas pelumba Redbull KTM MotoGP, Johan Zarco, yang ketika ini menggantikan Takaaki Nakagami di LCR Honda susulan kecederaan. Advertisements
miliki-mini-edisi-60-tahun-dengan-bayaran-bulanan-bermula-rm3358
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Miliki MINI Edisi 60 Tahun Dengan Bayaran Bulanan Bermula RM3,358! Posted on August 13, 2019 by Amirul Azreen MINI Malaysia memperkenalkan MINI edisi terhad bagi menyambut ulang tahun ke-60 kereta ikonik itu. Hanya 60 unit ditawarkan bagi pasaran Malaysia yang menampilkan ciri dan rekaan eksklusif bagi meraikan 60 tahun MINI. Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl menyifatkan model edisi terhad ini menyingkap kembali kewujudan MINI sepanjang 60 tahun ini. “Sepanjang 60 tahun ini MINI telah memikat hati jutaan peminat. MINI Edisi 60 Tahun ini diserlahkan lagi dengan pilihan warna ‘British Green’ sebagai penghargaan kepada MINI British Racing. “MINI Edisi 60 Tahun ini menonjol dengan rekaan penuh gaya dan berperwatakan namun masih mengekalkan sentuhan asli MINI,” jelasnya. Model edisi terhad ini didatangkan dengan pelbagai ciri eksklusif antaranya: Bonnet Stripes Logo Projection Door Sill Walknappa Leather Steering Wheel Leather Lounge in Dark Moon Rim 17 inci dengan spoke dua tona MINI edisi terhad ini didatangkan dengan varian MINI Cooper S 3 Pintu yang turut dilengkapi pakej kelengkapan 60 Years Chili yang terdiri daripada: Lampu depan LED Lampu fog LED Lampu isyarat putih Lampu belakang LED dengan rekaan Union Jack Spoiler Model khas ini turut didatangkan dengan enjin dua liter empat silinder MINI TwinPower Turbo yang menghasilkan 192hp dan 280NM dan mampu mencapai kelajuan maksima 235km/j. Penggunan tetapan Sports Suspension turut menjanjikan pengalaman pemanduan mengujakan. Bagi meraikan ulang tahun ke-60 MINI, pelanggan ang mendaftar MINI Edisi 60 Tahun ini dari sekarang hingga 31 Ogos 2019 berhak menikmati program Servis + Baiki MINI 60 Bulan. Tawaran ini menjanjikan pelanggan perlindungan servis percuma selama 60 bulan atau 80,000km (mana yang sampai dulu). Menerusi MINI Financing ditawarkan BMW Group Financial Services Malaysia, pelanggan boleh menikmati MINI edisi terhad ini dengan bayaran bulanan bermula RM3,358! MINI Edisi 60 Tahun ini ditawarkan pada harga RM255,888. Advertisements
mercedes-amg-gt-r-dan-gt-c-kini-di-malaysia-harga-dari-rm1-5-juta
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Mercedes AMG GT R Dan GT C Kini Di Malaysia – Harga Dari RM1.5 juta Posted on October 18, 2019 by Amirul Azreen Sebut sahaja AMG, ramai yang boleh menjangka apakah yang ditawarkan Mercedes. Sejak diperkenalkan lima tahun lalu, AMG GT tidak pernah gagal dalam mencapai taraf pemanduan baharu yang terhasil daripada DNA perlumbaan. Timbalan Presiden, Penjualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Michael Jopp, menyifatkan AMG GT R dan GT C sebagai jentera yang mencerminkan identiti Mercedes. “Tampak brutal, berkuasa dan tangkas dan ciri ini sahaja sudah cukup untuk melambangkan Mercedes AMG. Meskipun baru sahaja dilahirkan beberapa tahun lalu namun model ini tidak pernah gagal mencuri perhatian peminat kereta sport,” jelasnya. Enjin Nadi Mercedes AMG GT R didatangkan dalam bentuk AMG 4.0 liter V8 turbo yang mampu menghasilkan 585hp dan 700Nm tork yang kemudiannya disalurkan menerusi transmisi tujuh kelajuan SPEEDSHIFT DCT. AMG GT R hanya memerlukan 3.6 saat untuk merekodkan 0 hingga 100lm/j dengan kelajuan maksima mencecah 318km/j. Tidak hairanlah, AMG GT R diberi jolokan sebagai ‘The Beast Of Green Hell’ apabila mencatat 7:10.9 minit di Nurburgring Nordschleife. Sementara itu GT C – yang digerakkan dengan enjin sama – menghasilkan 557hp dan 680Nm tork dan hanya dibezakan satu saat dengan GT R dalam perlumbaan 0-100km/j. Rekaan Bahagian depan yang rendah dengan rekaan gril yang didakwa Mercedes diinspirasikan daripada muncung ikan jerung meningkatkan lagi aliran udara sejuk lantas menjaminkan prestasi enjin kekal efisien. Menariknya, ketika memandu pada kelajuan 80km/j menggunakan mod RACE, komponen gentian karbon – dengan berat hanya 2 kilogram – yang berada di bawah jentera akan bergerak 40 milimeter ke bawah bagi mengubah aliran udaran. Ciri ini membuatkan AMG GT R dapat dikendalikan dengan lebih mudah terutamanya ketika menyelusuri selekoh. AMG GT meneruskan kesinambungan penggunaan lampu LED berprestasi tinggi seperti yang terdapat pada GT 4-pintu coupe. Bumbung gentian karbon dengan kaliper berwarna kuning menyerlahkan lagi DNA perlumbaan pada AMG GT R sementara AMG GT C didatangkan dengan sunroof panaromic dengan kaliper berwarna merah. Kedua-dua AMG GT R dan GT C dilengkapi dengan paparan digital 12.3 inci dan 10.25 inci bagi sistem hiburan di tengah-tengah konsol. Sementara itu, Mercedes Benz turut menawarkan Pakej Litar AMG bagi AMG GT R yang terdiri daripada: sistem perlindungan roll-over tali pinggang empat-poin pemadam api 2kg Mercedes Benz AMG GT R ditawarkan dengan harga RM1,712,888 sementara GT C, RM1,558,888. Bagi yang meminati jentera yang berinspirasikan litar lumba ini hubungi 1-800-88-1133 atau hadir ke Mercedes-Benz Autohaus terdekat. Advertisements
onexox-tkkr-sag-team-sedia-hadapi-musim-2020
BERITA TEMPATAN Moto Malaya motogp ONEXOX TKKR SAG Team Sedia Hadapi Musim 2020 Posted on February 13, 2020 by Amirul Azreen Pasukan ONEXOX TKKR SAG Team hari ini mengumumkan barisan pelumba rasmi bagi saingan Moto2, ARRC, Cub Prix dan Malaysia Superbike Championship bagi musim 2020. Menerusi perkongsian di Facebook pasukan itu, Kasma Daniel Kasmyuddin akan membuat penampilan sulung di Moto2 musim ini. Dia disahkan menjadi pelumba baharu pasukan itu pada 20 November lalu – menggantikan Tetsuta Nagashima – dan akan digandingkan bersama Remy Gardner. Pelumba berusia 19 tahun itu akan menggunakan segala pengalaman beraksi di FIM CEV Repsol Moto2 dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) untuk melakar nama di Moto2 musim ini. Sumber: ONEXOX TKKR SAG Team Sementara itu, Azlan Shah Kamaruzman dijangka akan turun dengan sasaran mempertahankan kejuaraan ASB1000 ARRC yang dimenanginya musim lalu. Dia akan bergandingan dengan rakan sepasukan baharu, Markus Reiterberger, menggunakan jentera BMW S 1000 RR 2019. Pada masa sama, kategori Supersport 600 menyaksikan ONEXOX menamakan Ramdan Rosli dan Nazirul Izzat manakala Muzakkir Mohamed, Rey Ratukore dan Syafieq Aiman akan beraksi di AP250. Ahmad Fazli Sham, Wahyu Ali, Faiz Zekri dan Hafiza Rofa melengkapkan pasukan bagi kateogri UB150. Ramdan dan Azlan Shah akan turut bergandingan bagi aksi Malaysia Superbike Championship bagi kategori 1000cc. Bagaimanapun, tumpuan pastinya diberikan terhadap Azlan Shah dalam kemampuannya mempertahankan kejuaraan ASB1000 di samping musim sulung Kasma Danile di Moto2. Advertisements
bukan-isu-laluan-motosikal-tetapi-penunggang-harus-dipersalahkan
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Bukan Isu Laluan Motosikal Tetapi Penunggang Harus Dipersalahkan? Posted on July 24, 2019 by Amirul Azreen   Media MalayMail hari ini memuat naik laporan khas mengenai keadaan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan bagaimanapun, ruangan komen netizen turut mencuri perhatian. Berdasarkan beberapa komen yang dikongsikan, ada yang berpendapat laluan motosikal bukan satu isu sebaliknya, penunggang motosikal yang harus dipertanggungjawabkan. Berikut antara komen diutarakan: “Ini bukan tentang laluan motosikal. Tak boleh ke penunggang motosikal hanya menggunakan laluan paling kiri terutamanya di lebuhraya LDP? Mereka gemar menyelinap diantara kenderaan lain dan ada segelintir mereka akan memarahi pemandu kereta jika kami cuba memintas” “Penunggang motosikal menyusahkan orang ramai!” Tidak dinafikan terdapat penunggang motosikal yang tidak menggunakan laluan motosikal disediakan namun pelbagai faktor memainkan peranan terhadap tindakan itu antaranya keadaan laluan disediakan tidak menjamin keselamatan penunggang. Pada masa sama, rata-rata yang menggunakan laluan paling kiri adalah kenderaan besar antaranya bas dan lori yang turut boleh mengancam nyawa penunggang motosikal. Semalam, pasangan suami isteri maut di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur lalu mencetuskan perdebatan di laman sosial mengenai status keselamatan laluan tersebut. Difahamkan kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda CBR500R tidak sempat mengelak daripada kemalangan lain yang berlaku dihadapan mereka. Dalam isu ini, sememangnya mudah untuk menuding jari kepada pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal yang dianggap sebagai ‘menyusahkan’ pemandu kereta. Bagaimanapun, hakikatnya penunggang motosikal lebih berisiko untuk berdepan bahaya dengan statistik oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), mendedahkan seramai 4,348 kematian daripada 6,740 kemalangan pada 2017 membabitkan penunggang motosikal. Diharapkan pihak berwajib dapat menyelesaikan isu laluan motosikal terutamanya di lebuhraya agar dapat menjamin keselamatan penunggang sekaligus tidak lagi dilabel sebagai entiti yang ‘menyusahkan’ oleh pemandu kereta lain. Advertisements
kes-kecurian-pasukan-angel-nieto-tiga-pekerja-keselamatan-dicekup
BERITA TEMPATAN Moto Malaya motogp Kes Kecurian Pasukan Angel Nieto, Tiga Pekerja Keselamatan Dicekup Posted on November 4, 2019 by Amirul Azreen Baru-baru ini Malaysia diaibkan dengan kes kecurian di tapak pasukan Moto2, Angel Nieto di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Beberapa alat ganti antaranya fork depan dan belakang, kaliper brek dan peralatan lain telah dicuri sehingga memaksa Angel Nieto meminjam peralatan pasukan lain. Bagaimanapun, menurut laporan Sinar Harian, tiga pegawai keselamatan telah pun ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian yang dianggarkan bernilai RM200,000. Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah mengesahkan tangkapan tiga lelaki tempatan berusia 20 hingga 30 tahun itu. Difahamkan, ketiga-tiga pekerja keselamatan terbabit bertugas di lokasi kejadian namun pihak polis masih menyiasat rakaman CCTV untuk mendapatkan butiran lanjut. (SUMBER: Sinar Harian) Advertisements