title
stringlengths
5
182
body
stringlengths
104
38.4k
harley-davidson-putus-asa-di-india
Moto Malaya Harley-Davidson Putus Asa Di India Posted on September 28, 2020September 28, 2020 by Amirul Azreen Harley-Davidson telah membuat keputusan untuk menutup perniagaan di India yang merupakan pasaran motosikal terbesar dunia. Pengesahan itu dibuat menerusi pemfailan oleh U.S Securities and Exchange Comission bagi penutupan kilang di Bawal. Tindakan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif rombakan Rewire oleh Harley-Davidson dalam usaha mengembalikan kegemilangan jenama pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu. Awal tahun ini, Harley-Davidson melaporkan telah menjual lebih 25,000 unit selama 10 tahun di India namun penjualan global jatuh mendadak. Antara punca kejatuhan Harley-Davidson di India adalah kegagalan memahami konsep ‘mampu milik’ di negara itu dengan jentera bersesaran 125cc merupakan paling popular di negara itu. Meskipun telah beroperasi lebih 10 tahun, jelas Harley-Davidson bergelut untuk memahami pasaran di India yang ketika ini didominasi jenama seperti Royal Enfield, KTM dan Bajaj yang menawarkan harga yang jauh lebih mampu milik. Menurut laporan godigit berikut 10 motosikal paling popular di India dan kesemuanya menawarkan sesaran enjin di bawah 400cc. Royal Enfield Classic 350Royal Enfield Bullet 350Yamaha YZF R15 V3Yamaha MT-15Hero Splendor PlusBajaj Pulsar 150KTM 200 DukeBajaj Pulsar NS200KTM RC 125TVS Apache RTR 160 Namun begitu, jelas langkah baharu Harley-Davidson dengan kerjasama bersama QJMotor di China mampu membuka lembaran baharu menerusi Harley-Davidson 338R (338cc) yang dijangka akan diperkenalkan untuk pasaran Asia (dijangka) tahun depan sekaligus memperbaiki imej ‘putus asa’ Harley-Davidson di India. Advertisements
honda-vario-tampil-dengan-tiga-warna-baharu-rm7499
BERITA TEMPATAN Boon Siew Honda Honda Vario Tampil Dengan Tiga Warna Baharu – RM7,499 Posted on August 26, 2020August 26, 2020 by Amirul Azreen Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan tiga warna pilihan baharu bagi skuter popular, Honda Vario 150. Tiga warna baharu ini masih lagi mengekalkan warna merah, kuning dan biru namun telah dikemaskini dengan grafik futuristik dan elemen heksagon sekaligus membawakan imej moden. Tiga warna tersebut merangkumi Force SIlver Metallic, Pearl Magellanic Black dan Sword Silver Metallic dan bagi yang mencari kelainan, BSH turut menawarkan pilihan warna Repsol yang diinspirasikan daripada pasukan Repsol Honda di MotoGP. Honda Vario 150 menawarkan enjin 150cc yang menghasilkan 13.1hp dan 13.4Nm dengan ruang letak barang bawah tempat duduk berkapasiti 18 liter. Model ini turut menawarkan sistem tanpa kunci (HOnda SMART Key System) dengan fungsi idling stop di samping kluster digital LCD sepenuhnya. Vario juga menawarkan penjimatan minyak terbaik menerusi teknologi Honda Enhanced Smart Power (eSP) dan Honda Combi Brake System (CBS). Honda Vario 150 dengan pilihan warna baharu ini masih lagi ditawarkan pada harga RM7,499 manakala varian Repsol ditawarkan pada RM7,699 dan merangkumi waranti dua tahun atau 20,000km. Advertisements
rancak-wheelie-di-aidifitri-lelaki-ini-didenda-rm10000-lesen-digantung-5-tahun
Moto Malaya Rancak Wheelie Di Aidifitri, Lelaki Ini Didenda RM10,000, Lesen Digantung 5 Tahun Posted on May 19, 2021May 19, 2021 by Amirul Azreen Baru-baru ini tular video seorang penunggang motosikal telah melakukan aksi wheelie sewaktu perayaan Aidilfitri. Video berdurasi 28 saat itu memaparkan seorang penunggang telah melakukan pelbagai aksi dengan motosikal jenis Yamaha RXZ di sekitar ibu kota dengan hanya memakai kopiah. Bagaimanapun, video tersebut turut sampai ke tangan pihak penguatkuasa Kuala Lumpur. Dalam perkembangan terbaru, penunggang tersebut yang juga pemilik akaun Facebook Jeme Ganu, mendedahkan dia telah dikenakan denda RM10,000 di samping lesennya telah digantung selama 5 tahun. Advertisements
ini-pemilik-tunggal-ducati-superleggera-v4-2020-di-malaysia
BERITA TEMPATAN Ini Pemilik Tunggal Ducati Superleggera V4 2020 Di Malaysia Posted on November 28, 2020November 28, 2020 by Amirul Azreen ‘The Ultimate Machine’ dari Ducati, Superleggera V4 telah pun selamat diserahkan kepada seorang pelanggan disini. Meskipun maklumat mengenai pembelian itu tidak didedahkan secara rasmi namun difahamkan, pembelian Ducati Superleggera V4 itu mencecah harga RM1 juta. View this post on Instagram A post shared by MALAYSIA SUPERBIKE (@sbkmalaysia_) Penyerahan jentera itu kepada pelanggan, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin bertempat di Ducati Malaysia (Petaling Jaya) dapat disaksikan di laman sosial Instagram @sbkmalaysia_. View this post on Instagram A post shared by MALAYSIA SUPERBIKE (@sbkmalaysia_) Menurut info, Superleggera V4 itu merupakan unit ke 210 dari 500 unit yang dihasilkan seluruh dunia. Setiap pembelian Ducati Superleggera V4 turut membolehkan pelanggan mengalami ‘SBK Experience’ dengan menunggang Ducati Panigale V4 R (spec WorldSBK) di litar Mugello, Itali. Ducati Panigale V4 Superleggera Diperkenalkan – 224HP, 159KG! Bukan itu sahaja, daripada 500 pemilik Superleggera V4, 30 yang terpilih akan mendapat peluang alami ‘MotoGP Experience’ dengan menunggang jentera Ducati Desmosedici GP20 di litar bersama pelumba Ducati antaranya Jack Miller, Francesco Bagnaia, atau Johann Zarco. Advertisements
ducati-smart-jacket-dengan-perlindungan-beg-udara-kini-di-malaysia-rm4299
Moto Malaya Ducati Smart Jacket Dengan Perlindungan Beg Udara Kini Di Malaysia – RM4,299 Posted on February 22, 2021February 22, 2021 by Amirul Azreen Ducati terus kekal komited dalam mempertingkatkan tahap keselamatan penunggang motosikal dengan memperkenalkan Ducati Smart Jacket. Selain daripada membina motosikal dengan ciri keselamatan terkini, Ducati Smart Jacket merupakan ves inovatif terkini dengan beg udara terbina D-air® hasil kerjasama dengan Dainese. Ves tersebut berupaya menganalisi data 1,000 kali sesaat dengan bantuan unit kawalan elektronik bagi mengesan insiden tergelincir, high-side, pelanggaran serta impak dengan objek asing. Beg udara tersebut juga akan diaktifkan secara sama rata dan meliputi seluruh kawasan ves sekaligus melindungi penunggang. Menurut Ducati, ves tersebut menyamai tujuh pelindung tubuh Level 1 tanpa memerlukan pelindung keras di bahagian dalam. Ducati Smart Jacket boleh didapati pada harga RM4,299 di Ducati Malaysia. Advertisements
previu-wmoto-xtreme-150i-dengan-abs-dwi-saluran-tangki-11l
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Previu: WMOTO Xtreme 150i – Dengan ABS Dwi-Saluran, Tangki 11L Posted on April 20, 2021April 20, 2021 by Amirul Azreen Segmen skuter 150cc di Malaysia bakal dirancakkan lagi dengan WMOTO Xtreme 150i, skuter bercirikan ADV serba baharu. Xtreme 150i didatangkan dengan DNA adventure sepertimana yang ditawarakan Honda ADV 150. Motosikal ini didatangkan dengan enjin Euro 4, 149.3cc yang menawarkan 9.0 kW pada 8,500rpm dan 11.8 Nm pada 5,000rpm. WMOTO Xtreme 150i didatangkan dengan pelbagai ciri moden antaranya: lampu LED penuh depan dan belakang dengan Daytime Running Light (DRL)sistem Start/Stoppaparan digital LCDruang letak barang 13Lport pengecas USB dan outlet 12V Menariknya, WMOTO Xtreme 150i didatangkan dengan sistem membrek terkini menerusi ABS dwi-saluran dan tangki 11L dengan MForce mendakwa boleh mencapai jarak sehingga 400km (dengan kelajuan 80km/j). Motosikal ini turut didatangkan dengan penghadang angin boleh laras dengan mudah. Menurut MForce, WMOTO Xtreme 150i ini akan dijual bermula Mei hingga Jun dengan harga sekitar RM8,000 hingga RM10,000. Advertisements
motogp-davide-brivio-bukan-lagi-pengurus-pasukan-suzuki-ecstar
BERITA ANTARABANGSA MotoGP: Davide Brivio Bukan Lagi Pengurus Pasukan Suzuki Ecstar Posted on January 8, 2021January 8, 2021 by Amirul Azreen Selepas lapan tahun memegang jawatan selaku pengurus pasukan, kerjasama Davide Briviio dan Suzuki Ecstar akhirnya berakhir. Tahun 2020 merupakan kejayaan paling manis buat pengendali itu apabila berjaya membawa Suzuki kembali sebagai juara dunia menerusi Joan Mir di samping merangkul Kejuaraan Dunia Pasukan. Difahamkan, keputusan meninggalkan Suzuki Ecstar dibuat susulan berjaya membawa pasukan itu mencapai kejayaan di samping mahu mengejar cabaran baharu setelah 20 tahun di MotoGP dan 13 tahun bersama Suzuki Ecstar. Sementara itu terdapat dakwaan, Brivio bakal mengendalikan sebuah pasukan Formula 1. “Cabaran dan peluang baru telah ditawarkan kepada saya dan kemudiannya saya membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut. “Perkara yang paling sukar adalah meninggalkan pasukan ini. Sukar untuk saya mengucap selamat tinggal, saya amat berdukacita tetapi motivasi utama saya adalah untuk menghadapi cabaran baharu. “Merangkul kejuaraan dunia MotoGP adalah sesuatu yang akan terus terukir dalam sejarah Suzuki. “Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Suzuki atas kepercayaan mereka kepada saya dari awal lagi. “Menyaksikan Joan Mir muncul juara dunia merupakan impian jadi kenyataan bagi saya termasuk mereka semua yang telah bekerja keras selama ini. Saya selamanya akan jadi peminat Suzuki,” jelas Brivio dalam satu kenyataan. Aksi MotoGP kembali bersambung pada Februari menerusi ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Advertisements
ducati-multistrada-v4s-jalani-ujian-off-road-hampiri-peringkat-pengeluaran
Moto Malaya Ducati Multistrada V4S Jalani Ujian ‘Off-Road’, Hampiri Peringkat Pengeluaran Posted on September 14, 2020September 14, 2020 by Amirul Azreen Beberapa bulan lalu, beberapa imej memaparkan sebuah Ducati Multistrada sedang giat menjalani ujian jalan raya. Kemudian, Ducati sendiri mengesahkan mereka bakal perkenalkan Multistrada dengan enjin V4 namun tanpa mendedahkan tarikh rasmi pelancaran model tersebut. Kini, jentera itu diintip menjalani ujian ‘off-road’ dan jentera itu kini jelas kelihatan meskipun dengan litupan ‘camo’. Bagaimanapun, melihat kepada rupa keseluruhan yang memberikan gambaran jelas sedikit sebanyak beri bayangan bahawa model baharu itu hampiri peringkat pengeluaran. Menurut info, jentera ini dilaporkan menjalani ujian ‘off-road’ di sekitar Bologna, Itali. Membawa lencana V4, hampir pasti Multistrada V4S ini mengguna pakai nadi 1,103cc sama yang terdapat pada dua jentera Ducati lain, Panigale V4 dan Streetfighter V4 namun ada ura-ura mengatakan ini adalah enjin yang serba baharu dibangunkan kilang Borgo Panigale. Antara ciri lain yang dikenalpasti adalah penggunaan swingarm jenis ‘double-sided’ berbanding single-sided yang ikonik pada model Ducati lain. Meskipun belum ada tarikh rasmi namun kami menjangkakan model ini akan diperkenalkan hujung tahun ini dan akan dipasarkan 2021. Advertisements
rali-dakar-2021-terbabit-kemalangan-pierre-cherpin-meninggal-dunia
BERITA ANTARABANGSA Rali Dakar 2021: Terbabit Kemalangan, Pierre Cherpin Meninggal Dunia Posted on January 15, 2021January 15, 2021 by Amirul Azreen Pelumba Rali Dakar,, Pierre Cherpin, disahkan meninggal dunia setelah terbabit kemalangan pada 10 Januari lalu. Cherpin terbabit kemalangan semasa Peringkat 7 dari Ha’il ke Sakaka Di Arab Saudi selepas melepasi jarak 178 kilometer. Ketika kemalangan dengan jentera Honda CRF 300, pelumba berusia 52 tahun itu didapati tidak sedarkan diri dan telah digegaskan ke hospital Sakaka dengan pemeriksaan lanjut mendapati dia mengalami kecederaan kepala serius. Meskipun keadaannya menjadi stabil dan diletakkan dalam ‘induced coma’, dia meninggal dunia sewaktu dalam peringkat pemindahan ke hospital Lille di Perancis dari Jeddah. Ini merupakan penglibatan kali keempat Cherpin di Rali Dakar selepas membuat kemunculan sulung pada 2009 di Amerika Selatan. Menurut kenyataan dari penganjur, Cherpin sertai Rali Dakar bukan untuk menang, sebaliknya menggunakan peluang itu untuk menunggang motosikal bagi menikmati landskap pelbagai. “Segalanya mengujakan, menunggang motosikal merupakan minat saya,” kata Cherpin menuru penganjur. Bertanding dalam kategori ‘Original by Motul’ (kategori motosikal tanpa bantuan), Cherpin menduduki tempat ke-77 keseluruhan ketika Peringkat 6. Advertisements
honda-bakal-lancar-africa-twin-versi-190cc
Moto Malaya Honda Bakal Lancar Africa Twin Versi 190cc? Posted on May 4, 2021May 4, 2021 by Amirul Azreen Honda dilaporkan bakal memperkenalkan motosikal segmen adventure bersesaran bawah 200cc untuk pasaran Asia. Menurut laporan, motosikal yang didakwa versi mini Africa Twin itu akan dibina berlandaskan Honda Fight Hawk yang dijual di pasaran China Oleh sebab itu, Honda Africa Twin mini tersebut dijangka akan dikuasakan enjin 184cc satu silinder yang sama terdapat pada Fight Hawk dan menawarkan 17hp serta 16Nm. Enjin tersebut juga dipadankan bersama sistem suntikan bahan api PGM-FI, sekaligus menjaminkan pembakaran yang lebih efisien. Meskipun berkongsi platform sama namun, dijangka versi ADV itu akan tampil dengan tork yang lebih tinggi. Rekaan keseluruhan juga dijangka akan menampil acuan sama seakan Night Hawk namun dengan elemen CRF1100L Africa Twin. Antara ciri lain yang dibawa dari Fight Hawk adalah tangki 12L, lampu LED penuh, dan paparan digital. Meskipun Honda telah pun menawarkan pelbagai motosikal adventure antaranya CB500X dan Africa Twin namun dengan permintaan terhadap motosikal bersaiz kecil semakin meningkat, tidak hairan jika khabar angin mengenai Africa Twin versi mini ini bakal menjadi realiti. Advertisements
lelaki-simbah-air-bungkus-ikat-tepi-di-pondok-tol-dicekup
BERITA TEMPATAN Lelaki Simbah Air Bungkus Ikat Tepi Di Pondok Tol Dicekup Posted on October 6, 2020October 6, 2020 by Amirul Azreen Tindakan seorang lelaki menyimbah air ke jurutol di pondok tol Lebuhraya Kesas yang tular di media sosial kelmarin telah pun berakhir dengan penangkapan individu terbabit. Perkara itu disahkan sendiri Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman. Risikin mendedahkan selain daripada tindakan menyimbah air, suspek turut menghamburkan kata-kata berbaur ugutan kepada jurutol dalam insiden yang berlaku jam 7 pagi itu. Difahamkan, suspek memasuki lorong tol 30 untuk menambah nilai Tounch ‘n Go namun dimaklumkan oleh jurutol untuk melakukan sedemikian di lorong 28 yang merupakan lorong khas untuk tambah nilai. Selepas membuat demikian, suspek berlalu pergi sebelum kembali semula di lorong 30 dua jam kemudian dan bertindak menyimbah air bungkus ke jurutol. Sementara itu, pihak KESAS dalam satu kenyataan mendedahkan jurutol terbabit telah pun direhatkan dari bertugas ekoran terkesan dengan insiden tersebut. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – BH Advertisements
kondisi-nora-danish-jentera-motogp-ktm-rc16-untuk-dijual-hanya-rm1-4-juta
Moto Malaya Kondisi Nora Danish, Jentera MotoGP KTM RC16 Untuk Dijual – Hanya RM1.4 Juta Posted on August 1, 2020August 1, 2020 by Amirul Azreen Teringin nak rasa seperti Pol Espargaro di litar lumba? KTM menawarkan dua jentera MotoGP RC16 dengan harga EUR288,000 (RM1.4juta) (sebelum VAT) tetapi dengan harga tersebut anda juga akan menerima: race suit Pol Espargarohelmet perlumbaan dengan tandatangan Pol Espargaropakej MotoGP VIP bagi musim 2021 termasuk pas belakang tabir, berjumpa dengan pelumba MotoGP dan set pakaian lengkap Red Bull KTM Factory Racing Team KTM RC16 merupakan jentera yang bertanggungjawab membantu (Pol) Espargaro memulakan perlumbaan di barsian depan di Misano World Circuit Marco Simoncelli sebelum menamatkan perlumbaan di kedudukan 10 terbaik. Pihak yang berminat hanya perlu menghantar e-mel ke [email protected] untuk sebarang pertanyaan atau membuat pembelian. Bagaimanapun, KTM akan menentukan pembeli yang benar-benar layak untuk membeli kedua-dua jentera terbabit. Advertisements
hlym-kemas-kini-nmax-2021-dengan-dua-warna-baharu
Moto Malaya HLYM Kemas Kini NMax 2021 Dengan Dua Warna Baharu Posted on May 31, 2021May 31, 2021 by Amirul Azreen Skuter popular dari Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Yamaha NMax 2021 tampil dengna dua pilihan warna baharu, Power Grey dan Icon Grey. Meskipun kedua-duanya memfokuskan skema warna kelabu namun masing-masing tampak berbeza. Bagaimanapun, aspek teknikal kekal sama dengan NMax 2021 ini dikuasakan enjin satu silinder 155cc yang menawarkan 15.4PS dan 13.9Nm. Tiada perubahan harga diumumkan HLYM dengan kedua-dua warna baharu ini kekal dengan harga RM8,998. Advertisements
yamaha-125zr-ini-dipinang-dengan-mas-kahwin-rm85000-tunai
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Yamaha 125ZR Ini Dipinang Dengan Mas Kahwin RM85,000 Tunai! Posted on August 27, 2020August 28, 2020 by Amirul Azreen Beberapa bulan lalu, kecoh seantero Malaysia apabila sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ yang dijual dengan harga RM70,000. Kini timbul pula motosikal kapcai yang berjaya memecahkan harga tersebut apabila sebuah jentera jenis Yamaha 125ZR M1 edisi terhad dijual pada harga RM85,000! Berdasarkan perkongsian di laman sosial, seorang lelaki Vietnam difahamkan telah membeli jentera berkenaan dengan harga tak masuk akal itu. Difahamkan, jentera ini sememangnya dalam keadaan baharu dan tidak pernah didaftar oleh si penjual yang merupakan anak tempatan. Mohamad Azhar Mat Siam, mendedahkan dia meletakkan harga tersebut dengan niat untuk tidak menjual namun lelaki Vietnam terbabit masih menyatakan hasrat untuk membeli. “Tidak sangka dia terus memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank saya sebanyak RM30,000 petang semalam,” jelasnya kepada Harian Metro. Menurut Azhar, motosikal keluaran tahun 2003 terbabit telah dibeli dengan harga RM6,617.76 oleh arwah ayahnya. “Selama 17 tahun ini, motosikal itu hanya disimpan di dalam rumah,”tambahnya. Yamaha 125ZR M1 itu merupaka keluaran edisi khas yang diinspirasikan daripada YZR-M1 Gauloises. – HM Advertisements
perodua-catat-rekod-jualan-bulanan-tertinggi-26852-unit-terjual-pada-oktober
Moto Malaya Perodua Catat Rekod Jualan Bulanan Tertinggi, 26,852 Unit Terjual Pada Oktober Posted on November 3, 2020November 3, 2020 by Amirul Azreen Perodua telah mencatatkan rekod jualan bulanan tertinggi pada Oktober sekaligus mengatasi rekod jualan pada September. Lebih 26,852 unit kenderaan telah terjual pada Oktober sekaligus memadam rekod 25,035 unit terjual pada bulan sebelumnya. Berikut pecahan jualan mengikut unit bagi bulan Oktober: Myvi 8,052Axia 6,738Bezza 6,895Aruz 3,193Alza 1,974 Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato Zainal Abidin Ahmad, pencapaian ini cukup positif buat syarikat itu. “Pada September, kami telah mencapai jualan bulanan tertinggi sepanjang 27 tahun sejarah kami dan kini, kami telah mengatasi pencapaian tersebut. “Kejayaan ini penting buat kami kerana ia membuktikan komitmen kami terhadap penghantaran secepat mungkin dan juga peranan kami dalam memulihara ekosistem automotif. “Dalam Oktober sahaja, kami telah membelanjakan sebanyak RM600 juta untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan, seterusnya menghasilkan kesan pengganda ekonomi yang besar kepada ekosistem automotif tempatan, yang turut terkesan dengan pandemik yang kita hadapi sekarang,” jelasnya. Menurut Dato Zainal lagi, ketika ini kapasiti pengeluaran berada di tahap 98 peratus bagi Oktober dengan 26,362 unit dan merupakan pengeluaran tertinggi setakat ini dari kilang di Sungai Choh. Advertisements
pemandu-mabuk-pukul-pegawai-jbpm-cuba-larikan-diri-selepas-kemalangan
BERITA TEMPATAN Pemandu Mabuk Pukul Pegawai JBPM, Cuba Larikan Diri Selepas Kemalangan Posted on October 15, 2020October 15, 2020 by Amirul Azreen Tular rakaman video di media sosial yang memaparkan beberapa kenderaan telah terlibat kemalangan di Bandar Tun Hussein Onn menghala ke Cheras Selatan, hari ini. Dalam video berdurasi 1 minit 25 saat itu, jelas menunjukkan beberapa kenderaan telah dirempuh dipercayai oleh seorang pemandu yang didakwa berada dalam pengaruh alkohol. Lelaki tersebut turut dirakam cuba untuk melarikan diri sebelum disekat beberapa pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berada di tempat kejadian. @ Facebook Info Roadblock JPJ/Polis Dia kemudiannya bertindak agresif dengan menumbuk salah seorang pegawai sebelum dicekup beberapa pegawai JBPM lain. Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika ini telah pun memasuki hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir pada 27 Oktober ini susulan terdapat peningkatan kes Covid-19. Advertisements
ikut-panduan-jpj-ini-jika-mahu-tukar-warna-kenderaan
BERITA TEMPATAN Ikut Panduan JPJ Ini Jika Mahu Tukar Warna Kenderaan Posted on March 22, 2021March 22, 2021 by Amirul Azreen Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah memuat naik panduan bagi pemilik yang mahu menukar warna kenderaan. Menurut perkongsian itu pemilik hanya perlu mengikut langkah berikut sekiranya mahu menukar warna kenderaan. Tukar warna kenderaan Pemilik harus menukar warna kenderaan terlebih dahulu sebelum hadir ke pejabat JPJ. Kategori warna Jika kenderaan diwarnakan lebih dari satu warna, JPJ akan kategorikan warna kenderaan mengikut warna paling dominan (paling banyak). Borang JPJ K8 Pemilik dikehendaki mengisi butir-butir kenderaan dan serah kepada pegawai JPJ yang bertugas. Pegawai tersebut kemudiannya akan mengemaskini maklumat ke dalam sistem MySikap. Proses percuma Pemilik kenderaan tidak akan dikenakan sebarang bayaran sewaktu hadir ke pejabat JPJ bagi proses mengemaskini butiran kenderaan. Mengikut Seksyen (12) APJ 1987, setiap pemilik kenderaan yang menukar warna kenderaan perlu memaklumkan kepada JPJ bagi memudahkan proses rujukan sekiranya berlaku kemalangan atau sebagainya terhadap kenderaan terbabit. Advertisements
umum-persaraan-mam-mahu-pujuk-khairul-idham-pawi
Moto Malaya Umum Persaraan, MAM Mahu Pujuk Khairul Idham Pawi Posted on December 8, 2020December 8, 2020 by Amirul Azreen Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) mahu bekas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi @ KIP terus diberi peluang dalam sukan permotoran. KIP dalam satu temu bual bersama Nadi Arena, Astro Arena, meluahkan hasrat bersara dari sukan permotoran dan perkara itu ternyata mengejutkan ramai pihak termasuk MAM. Sehubungan itu, Setiausaha Agung MAM, Muizz Azli, mendedahkan akan duduk semeja dengan KIP bagi membincangkan masa depannya. “MAM akan mengadakan perjumpaan dengan Khairul Idham 15 Disember ini bagi mengetahui masalah sebenar. Dia seorang pelumba berbakat dan masih ada pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya,” jelasnya. KIP mencuri tumpuan apabila berjaya memenangi dua pusingan (GP Argentina dan GP Jerman) dalam satu musim pada 2016 di usia 18 tahun. Bagaimanapun, dalam musim 2020, dia gagal mempamerkan prestasi memberangsangkan bersama Petrona Sprinta Racing yang lantas membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya musim depan. Advertisements
proton-x50-segala-yang-kita-tahu
Moto Malaya Proton X50: Segala Yang Kita Tahu Kecuali Harga – 177hp, 250Nm! Posted on September 30, 2020October 1, 2020 by Amirul Azreen Kami menghadiri sesi ujian media bagi model ternanti-nanti Proton X50 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam. Acara tersebut memfokuskan pada tiga aspek utama; prestasi, pemanduan dan ciri keselamatan. Antara ciri pertama yang didedahkan adalah Proton X50 ini akan didatangkan dengan dua varian enjin, 1.5L turbo dan 1.5L TGDi (turbo gasoline direct injection). Kedua-dua varian enjin ini didatangkan dengan pakej transmisi klac berkembar 7-kelajuan (DCT). Enjin 1.5L T ditawarkan bagi varian Standard, Premium dan Executive dan menghasilkan 150hp pada 4,000rpm dan 226Nm pada 1,500rpm. Sementara enjin 1.5L TGDi – yang hanya terdapat pada model ‘flagship – menghasilkan 177hp dan 250Nm. Hasilnya, model Proton X50 ini mampu merekodkan 0-100km/j dibawah 7.9 saat dan dibuktikan menerusi perlumbaan drag apabila X50 berjaya mengatasi dua model lain, Honda HRV dan BMW X1. Aspek pemanduan turut dilaksanakan menerusi ujian slalom dan ternyata pengalaman memandu cukup cekap dan selesa hasil bantuan Electronic Stability Control, Traction Control System dan Drag Torque Control. Bukan itu sahaja, Proton turut mengumumkan X50 ini merupakan kereta pertama dalam segmennya yang menawarkan Pemanduan Autonomi Level 2, teknologi yang sering terdapat pada jenama premium Eropah. Antara aspek Pemanduan Autonomi Level 2 itu melibatkan: Intelligent Cruise Control (ICC)Auto Park Assist (APA)Autonomous Emergency BrakingForward Collision WarningLane Keep Assist RUMUSAN Secara keseluruhan kami mendapati Proton X50 ini melebihi jangkaan dari pelbagai segi apatah lagi berjaya menewaskan Jenama H ketika perlumbaan drag! Walaupun harga masih belum diumumkan tetapi kami yakin Proton X50 mampu menjadi ‘pisang goreng panas’ seandainya Proton bijak menyusun harga sepertimana yang berlaku pada Proton X70 yang sehingga kini masih lagi mendominasi penjualan segmennya. Advertisements
vespa-malaysia-lancar-sei-giorni-ii-edition-rm34500
BERITA TEMPATAN Moto Malaya vespa Vespa Malaysia Lancar Sei Giorni II Edition – RM34,500! Posted on August 30, 2020August 30, 2020 by Amirul Azreen Sempena dengan Vespa Day Malaysia yang dianjurkan di Lost World of Tambun, Didi Resources selaku pengedar jenama Vespa di Malaysia melancarkan Sei Giorni II Edition, hari ini. Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo, menyifatkan sambutan Vespa Day kali ini istimewa tatkala seiring dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang berlangsung esok. “Hari ini cukup istimewa, kami menggunakan peluang ini untuk mengadakan Vespa Day di Lost World of Tambun bagi meraikan Hari Kemerdekaan ke-63 negara bersama-sama 200 pemilik Vespa di samping melancarkan Sei Giorni II Edition,” jelasnya. Model Sei Giorni II Edition lahir daripada DNA perlumbaan berprestij yang Sei Giorni Internazionale yang diadakan di Varese, Itali apabila 10 jentera Vespa telah turun bertanding dengan motosikal lain dengan sembilan daripadanya mengutip pingat emas. Vespa Sei Giorni 2020 ini didatangkan dengan enjin 300 HPE (High Performance Engine) 300cc (278cc) satu silinder dengan penyejukkan cecair yang menjana 23.8hp pada 8,250rpm dan 26Nm pada 5,250rpm. Antara ciri utama yang membezakan Sei Giorni dengan model Vespa lain adalah kedudukan dan rekaan lampu yang ditempatkan di bahagian ‘mudguard’. Elemen lain yang turut dibawa daripada model terdahulu kepada model 2020 adalah tiub besi terdedah yang terdapat pada bahagian handlebar serta meter speedo analog dengan latar belakang putih. Pilihan warna Grey Titanio turut menyerlahkan rupa retro klasik Sei Giorni II Edition ini. Sementara itu, seperti model GTS, model ini turut menampilkan ruang letak helmet yang luas dan tempat duduk yang lebar dan selesa di samping port mengecas USB, lampu LED serta Anti-lock Braking System (ABS). Vespa Malaysia turut menawarkan pelbagai aksesori tambahan bagi Sei Giorni II antaranya: cermin penghadangtop box 36Lrak letak barang depan dan belakangkit perimeter guardsistem anti-kecurian mekanikal/elektronikbag kulit Vespa Malaysia menawarkan Sei Giorni II Edition dengan harga RM34,500 dengan setiap pembelian didatangkan lengkap dengan penghadang angin versi GTS, bracket top box dan top box berkapasiti 36L. Pada masa sama, Rewi mendedahkan kumpulan pertama Sei Giorni II Edition yang tiba di Malaysia telah pun ditempah sepenuhnya. Advertisements
anak-berang-janji-nak-hadiahkan-civic-tapi-dapat-myvi
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Anak Berang, Janji Nak Hadiahkan Civic Tapi Dapat Myvi Posted on January 26, 2021January 26, 2021 by Amirul Azreen Seorang individu telah meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak dihadiahkan sebuah Honda Civic seperti yang dijanjikan kepadanya. #UC21025 有时对我爸爸很失望。每天讲一套做一套。答应我的事情没有一样做到的。憋着很不爽想写出来。前几个月他答应要买honda…Posted by UTAR Confessions 2017/18 on Friday, 22 January 2021 Luahan itu dibuat menerusi laman Facebook UTAR Confessions terhadap ayahnya yang telah menghadiahkannya sebuah Perodua Myvi. Menerusi luahan tersebut, individu tersebut berasa malu dan marah dengan ‘hadiah’ tersebut kerana rata-rata kawannya memandu kereta jenis BMW dan Volkswagen. *Perodua Myvi “Dia mampu beli Myvi secara tunai tetapi tidak mampu belikan saya Civic yang hanya beza beberapa ribu sahaja? “Dia sendiri pandu Volvo yang berharga lebih RM300 ribu!,” jelas individu tersebut menerusi perkongsian itu. Menurutnya lagi, ayahnya telah berjanji untuk membelikan Honda Civic jika dia berjaya merekodkan markah tinggi sewaktu peperiksaan di samping membantu ayahnya di tempat kerja. “Apabila dua sudah tua, saya perlu menjaganya dengan baik kenapa dia tidak boleh melayan saya dengan baik ketika ini?” tambahnya. Advertisements
triumph-bakal-perkenalkan-motosikal-adventure-dan-adventure-sport-660cc
Moto Malaya Triumph Bakal Perkenalkan Motosikal Adventure Dan Adventure Sport 660cc Posted on November 6, 2020November 6, 2020 by Amirul Azreen Selepas melancarkan Triumph Trident 2021 baru-baru ini, jenama motosikal UK itu dilaporkan akan memperkenalkan dua lagi model dengan enjin 660cc. Triumph Trident merupakan jentera berkonsepkan moden retro yang bakal memberi saingan dalam segmen pertengahan menggunakan enjin 660cc. Kini timbul laporan bahawa Triumph bakal memperkenalkan dua lagi model bernadikan sesaran enjin yang sama berdasarkan gambar sewaktu pembentangan syarikat itu ketika persidangan bersama pengedar. Gambar tersebut memaparkan tiga model yang merangkumi motosikal adventure , roadster dan adventure sport dengan segmen roadster itu merujuk kepada Triumph Trident. Berdasarkan imej dikongsikan, motosikal adventure tersebut seakan menyamai elemen rekaan Triumph Tiger 900 2020 manakala adventure sport itu diinspirasikan daripada Tiger Sport. Senario itu jelas memaparkan perancangan Triumph untuk memperkenalkan sebuah jentera adventure dan adventure sport bernadikan enjin 660cc tiga silinder sekaligus terus mengorak langkah dalam segmen pertengahan. Jika Triumph mengetengahkan Trident 2021 sebagai motosikal paling mampu milik daripada jenama popular UK itu, adakah motosikal adventure dan adventure sport ini akan memberi penekanan kepada skop sama? – BikeWale Advertisements
motogp-rossi-masih-positif-covid-19-gerloff-pengganti-di-valencia
Moto Malaya MotoGP: Rossi Masih Positif Covid-19, Gerloff Pengganti Di Valencia Posted on November 4, 2020November 4, 2020 by Amirul Azreen Valentino Rossi mengakui berasa terkilan apabila ujian Covid-19 terbaru dilakukan masih lagi menghadirkan keputusan positif. Juara dunia sembila kali itu terlepas dua perlumbaan di Aragon apabila didapati positif Covid-19. Bagaimanapun, perancangannya untuk kembali di Valencia hujung minggu ini terpaksa dibatalkan susulan keputusan ujian Covid-19 yang dilakukan semalam masih lagi positif. Menurut peraturan FIM, setiap pelumba perlu merekodkan dua keputusan negatif dalam tempoh 48 jam. Menurut Yamaha, tempat Rossi akan diisi dengan pelumba Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) GRT Yamaha, Garret Gerloff. Rossi dalams satu kenyataan menjelaskan situasi semasanya. “Virus ini cukup kompleks dan serius, pada awalnya saya berasa tidak sihat sebelum kembali cergas beberapa hari selepas itu. “Situasi ini cukup sukar tetapi inilah dia,” katanya. Advertisements
tindakan-saman-individu-guna-nombor-plat-fancy-berasas-ketua-polis-johor
Moto Malaya Tindakan Saman Individu Guna Nombor Plat ‘Fancy’ Berasas – Ketua Polis Johor Posted on December 21, 2020December 21, 2020 by Amirul Azreen Baru-baru ini, viral rakaman video oleh seorang individu yang tidak berpuas hati apabila dikenakan saman susulan menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. Dalam kejadian yang berlaku di Johor Bahru itu, seorang lelaki bertindak melakukan provokasi terhadap anggota BSPT IPD Johor Bahru (JBS) kerana tidak puas hati dirinya menerima dua saman, nombor plat tidak timbul dan kilat serta melakukan pengubahsuaian pada ekzos. Rakaman berdurasi 1 minit 10 saat itu memaparkan lelaki itu menggunakan nombor plat fancy dan tidak mengikut spesifikasi. Lelaki tersebut kemudiannya turut direman selama tiga hari kerana didapati mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis sewaktu hendak beredar. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mempertahankan tindakan pihaknya dalam mengenakan saman terhadap individu yang menggunakan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi dalam satu operasi di negeri itu. “Semalam ada diviralkan satu video seorang pemuda yang mempertikai tindakan polis menyaman tetapi kalau ikutkan, kami ada asas sebab nombor dia memang tidak ikut spesifikasi ditetapkan,” jelasnya. – Bernama Advertisements
pulang-ke-malaysia-hafizh-berang-perlu-jalani-kuarantin-7-hari
Moto Malaya Pulang Ke Malaysia, Hafizh Berang Perlu Jalani Kuarantin 7-Hari Posted on April 23, 2021April 23, 2021 by Amirul Azreen Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, meluahkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa menjalani kuarantin 7-hari sebaik pulang ke Malaysia. Hafizh pulang ke tanah air selepas berakhirnya kejuaraan dunia MotoGP pusingan ketiga di Portugal minggu lalu. Dia terpaksa jalani kuarantin wajib meskipun telah menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech. Bagi Hafizh, atlet negara yang pulang ke tanah air dan telah pun menjalani ‘swab test’ dan mengambil suntikan vaksin seharusnya dibenarkan pulang ke rumah. “Seronok tengok atlet Eropah yang balik dari me­nyertai perlumbaan terus menjalani latihan. Tiada kuarantin sebab mereka telah menjalani ujian dan negatif sebelum tiba ke rumah. “Sebab itu kebanyakan atlet Eropah lebih berjaya daripada kita kerana negara mereka faham tentang atlet. Kita tidak minta pun dilayan seperti orang atasan ataupun raja, tetapi biarlah ada kelonggaran buat atlet jalani latihan atau kuarantin di rumah. “Tujuan kita balik bukan untuk seronok-seronok seperti orang biasa tetapi atas sebab-sebab tertentu. Kos di Eropah sangat tinggi, bila atlet tidak pamerkan aksi terbaik kita juga kena kritik,” demikian antara luahan Hafizh di media sosial Instagram miliknya. Menurut pelumba berusia 26 tahun itu, kuarantin wajib di hotel menyukarkan persiapan bagi menghadapi pusingan seterusya Moto2 di Jerez, Sepanyol. “Campak atlet ke hotel kua­rantin lepas itu ada perlumbaan minggu depan, apa yang atlet boleh buat dalam hotel seminggu? Tidur makan sahaja, nak tingkatkan prestasi jauh lagi jawabnya. Kalau di rumah ada segala peralatan untuk jalani latihan,” tambahnya. Saingan MotoGP akan kembali bersambung bermula dengan ujian bebas pada 30 April di Litar Jererz. Advertisements
yamaha-tracer-7-gt-2021-mendarat-di-eropah-malaysia-terus-kempunan
Moto Malaya Yamaha Tracer 7 GT 2021 Mendarat Di Eropah – Malaysia Terus Kempunan? Posted on November 18, 2020November 18, 2020 by Amirul Azreen Selain daripada memperkenalkan Tracer 9 dan Tracer 9 GT, Yamaha turut melancarkan Tracer 7 GT 2021. Berlandaskan Yamaha MT-07 2021 yang dilancarkan minggu lalu, Tracer 7 GT ini turut hadir dengan enjin dua silinder DOHC 689cc dengan penyejukan cecair yang menawarkan 72.3hp pada 8,750 rpm dan 67Nm pada 6,500rpm. Tampil dengan elemen ‘touring’, Tracer 7 GT ini dilengkapi dengan penghadang angin 92mm lebih tinggi dan 70mm lebih lebar berbanding model sebelumnya di samping ketinggian tempat duduk sekitar 840mm. Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah paparan LCD pelbagai fungsi, tangki 17 liter, fork depan teleskopik 41mm, serta penyerap hentakan belakang boleh laras (preload dan rebound) manakala pencahayaan dikendalikan lampu LED penuh. Sistem membrek hadir menerusi cakera brek berkembar 282mm (depan) dan cakera brek (single) 245mm belakang yang terdapat pada rim 17 inci di depan dan belakang. Ketika ini, tiada pengesahan sama ada model ini akan mendarat di Malaysia namun melihat kepada trend terdahulu, kemungkinan orang ramai akan terus kempunan untuk menyaksikan Tracer 7 GT ini diperkenalkan. Terdahulu, Yamaha turut melancarkan Tracer 9 dan Tracer 9 GT. Advertisements
mv-agusta-raikan-ulang-tahun-dengan-superveloce-75-anniversario
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya MV Agusta Raikan Ulang Tahun Dengan Superveloce 75 Anniversario Posted on November 14, 2020November 14, 2020 by Amirul Azreen Sempena ulang tahun ke-75, MV Agusta telah melancarkan Superveloce 75 Anniversario edisi terhad. *MV Agusta Superveloce 75 Anniversario Orang ramai yang berminat boleh memiliki sebahagian daripada sejarah sambutan ulang tahun MV Agusta dengan Superveloce 75 Anniversario yang terhad kepada 75 unit sahaja seluruh dunia. *terhad kepada 75 unit seluruh dunia Penjualan Superveloce 75 Anniversario ini akan bermula ada 15 November ini dan akan berjalan untuk 75 jam sahaja. *memaparkan gabungan warna bendera Itali MV Agusta Superveloce 75 Anniversario ini berkongsi enjin tiga silinder sama seperti F3 800 dan Superveloce 800 yang menjana 147hp pada 13,000rpm dan mampu merekodkan kelajuan maksima sekitar 240km/j. Jentera edisi terhad ini memaparkan warna bendera Itali dan grafik khas yang turut digabungkan dengan rim berwarna hitam dan emas. Setiap pembelian MV Agusta Superveloce 75 Anniversario akan disertakan dengan sijil pengesahan (certificate of authenticity) di samping sistem ekzos tiga paip (khas untuk litar lumba sahaja), unit kawalan dengan pemetaan khas serta penutup khas. Advertisements
generasi-baharu-modenas-dominar-d400-hampiri-pelancaran
BERITA TEMPATAN Generasi Baharu Modenas Dominar D400 Hampiri Pelancaran? Posted on May 20, 2021May 20, 2021 by Amirul Azreen Modenas Dominar D400 merupakan motosikal segmen ‘touring’ yang telah pun berada di pasaran tempatan sejak dilancarkan sekitar April 2018. Selain daripada Pulsar NS200 dan RS200, Dominar merupakan model yang ditawarkan Modenas hasil penjenamaan semula dari jenama motosikal India, Bajaj Auto. Bagaimanapun, setakat ini tiada penambahbaikan terbaru diperkenalkan Modenas selain mengemaskini pilihan warna dengan tawaran warna merah dan biru. Namun, dalam perkembangan terbaru, kami difahamkan Modenas bakal melancarkan generasi baharu Dominar D400 tidak lama lagi. Dikenali sebagai Dominar UG di India, generasi baharu itu telah pun dilancarkan pada pertengahan tahun 2019 dan tampil dengan pelbagai ciri terbaru sesuai dengan jolokan UG atau ‘Upgrade’. Model baharu itu masih lagi didatangkan dengan enjin 373.3cc satu silinder namun mendapat tetapan DOHC berbanding SOHC sebelum ini. Hasilnya, Dominar UG kini menawarkan 39.5hp, naik 5hp berbanding generasi sebelumnya. Bukan itu sahaja, model baharu ini juga tampil dengan fork jenis USD 43mm, ekzos berkembar, kusyen baharu, side stand lebih kukuh, kuasa membrek lebih jitu, serta fungsi petunjuk gear. Cakera brek 320mm juga kini berada di sebelah kiri yang dipadankan bersama kaliper brek radial dari ByBre. Melihat kepada ciri ditawarkan, kami menjangkakan terdapat sedikit peningkatan harga berbanding Dominar sebelum ini yang ditawarkan pada harga sekitar RM13,000. Apa yang pasti, model dinaik taraf ini pastinya akan menarik perhatian penunggang motosikal yang berminat menaik taraf ke jentera bersesaran lebih besar namun dengan harga yang lebih mampu milik berbanding jenama lain dalam segmennya. Advertisements
lambakan-helmet-tiruan-kejar-keuntungan-atas-nyawa-orang-lain-atau-sekadar-penuhi-permintaan
Moto Malaya Lambakan Helmet Tiruan, Kejar Keuntungan Atas Nyawa Orang Lain Atau Sekadar Penuhi Permintaan? Posted on July 10, 2020July 10, 2020 by Amirul Azreen ‘Supply and demand’. Konsep perniagaan yang cukup mudah untuk difahami, sekiranya ada permintaan maka menjadi ‘tanggungjawab’ penjual untuk memenuhi kehendak pelanggan. Betul ke semudah itu? Helmet merupakan elemen penting bagi penunggang motosikal, bukan sebagai alat bergaya tetapi penyelamat ketika menunggang di jalan raya. Bagaimanapun, ramai yang terpaksa berputih masa helmet berpangkat ‘high end’ ditawarkan pada harga yang tinggi. Kini, semua orang ‘mampu’ memiliki helmet seperti Arai, AGV dan SHOEI pada harga yang jauh lebih murah sehingga tak masuk akal menerusi helmet tiruan. Penjual helmet tiruan ini juga mudah dihubungi menerusi platform laman sosial antaranya di Instagram dan Facebook – dan platform e-dagang lain seperti Lazada dan Shopee – dan menawarkan helmet tiruan pelbagai jenama. Persoalannya, apakah etika sebagai penjual untuk mengaut untung untuk dengan penjualan helmet tiruan yang tidak selamat? Apatah lagi, penjualan helmet tiruan adalah salah di sisi undang-undang tatkala melanggar hak cipta jenama terbabit. Setiap helmet original yang dijual di Malaysia perlu ada tanda SIRIM atau ECE22.05 yang bermakna helmet tersebut telah menjalani ujian keselamatan dan ketahanan sekaligus menawarkan perlindungan terbaik bagi si pemakai. Manakala helmet tiruan, tidak menjalani sebarang ujian sekaligus sebagai pengguna kita tidak tahu sejauh mana tahap selamat yang ditawarkan. Sekurang-kurangnya, helmet MS88 juga telah mendapat kelulusan SIRIM setelah menjalani ujian ketahanan berbanding helmet tiruan. Pada masa sama, harga bagi memiliki sebuah helmet tiruan tidak murah seperti yang disangka – hanya murah jika dibandingkan dengan versi original. Sebagai contoh, helmet SHOEI J-Stream original mencecah harga ribuan ringgit manakala versi ‘tiruan’ ditawarkan pada harga sekitar RM200 hingga RM400. Tahukah anda, dengan RM400 orang ramai boleh mendapatkan sebuah helmet berkualiti dan original antaranya SHARK Ridil yang ditawarkan pada harga RM450 sahaja. SHARK Ridil juga menawarkan waranti 5 tahun. Kami juga mendapati ada pihak menjual AGV Pista GPR Carbon pada harga bawah RM1,000 meskipun dengan nilai sama orang ramai boleh mendapatkan sebuah helmet original dan pastinya lebih selamat? Bagi yang rajin melayan YouTube, terdapat sebuah video yang dikongsi Bike Stop memaparkan bagaimana sebuah helmet tiruan jenama AGV terbelah dua meskipun hanya diuji dengan kelajuan sekitar 48km/j. Hasil ujian tersebut bukan sahaja mengejutkan malah menggerunkan sekiranya membayangkan kejadian sama menimpa penunggang ketika berlakunya kemalangan. Bagi mengekang penjualan helmet tiruan, bukan sahaja pihak kerajaan perlu memainkan peranan malah orang ramai juga perlu proaktif untuk tidak memburu helmet yang ada nama semata-mata untuk menarik perhatian penunggang motosikal lain ketika sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Percayalah, tiada yang ambil peduli pun. Kepada si penjual, fokuslah kepada penjualan helmet original dan selamat kerana itu adalah tanggungjawab semua peniaga kepada pelanggan, jangan nanti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNKK) datang tanya apa khabar. Pada masa sama, badan penguatkuasa juga harus lebih tegas terutamanya pihak kastam bagi memastikan helmet tiruan ini tidak terus menembusi sempadan negara. Ikuti kami di YouTube dan Instagram! Advertisements
shark-race-r-pro-lorenzo-2021-gp-kini-di-malaysia-promo-rm2999
BERITA TEMPATAN SHARK Race R Pro Lorenzo 2021 GP Kini Di Malaysia – Promo RM2,999! Posted on January 18, 2021January 18, 2021 by Amirul Azreen SHARK Helmets Malaysia kini menawarkan helmet Race R Pro Lorenzo 2021 GP Edition untuk pasaran tempatan. Orang ramai kini boleh mendapatkan helmet serba baharu ini pada harga promosi RM2,999 berbanding harga biasa RM4,700. Selain daripada mencapai piawaian ECE22.05 dan FIM, SHARK Race R Pro Lorenzo 2021 GP ini diperbuat daripada bahan jenis gentian karbon (carbon fibre) dan datang dengan dua warna pilihan, Carbon Anthracite Red or Carbon Anthracite Blue. Spoiler besar di bahagian belakang tersebut menawarkan aerodinamik terbaik di samping mudah tanggal sewaktu kemalangan bagi mengelakkan daripada berlakunya impak sekunder. Bukan itu sahaja, helmet ini turut mengguna pakai visor Optical Class 1 yang menjaminkan penglihatan terbaik bagi si pemakai. Orang ramai yang berminat boleh hadir di setiap pengedar sah SHARK Helmet Malaysia di seluruh Malaysia. Advertisements
honda-accord-kekal-kereta-segmen-d-paling-popular
Moto Malaya Honda Accord Kekal Kereta Segmen-D Paling Popular Posted on September 5, 2020September 5, 2020 by Amirul Azreen Honda Accord generasi ke-10 merekodkan penjualan memberangsangka sejak dilancarkan pada Februari tahun ini dengan lebih 920 unit telah pun terjual. Varian tertinggi, 1.5L VTEC Turbocharged Premium (TCP) menjadi varian popular dengan sumbangan lebih 78 peratus daripada keseluruhan penjualan setakat ini. Menurut Honda Malaysia, lebih 500 unit telah pun diserahkan kepada pelanggan sekaligus menyaksikan Accord terus mendominasi pasaran segmen-D bagi separuh pertama 2020. Menariknya, rata-rata pembeli gemar dengan pilihan warna Platinum White Pearl dengan lebih 33 peratus tempahan. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama menyifatkan pengenalan kepada enjin 1.5L VTEC Turbocharged menjadi tarikan utama yang membawa kepada penjualan tersebut. “Sejak dilancarkan, tempahan dan penjualan model ini meningkat terutamanya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Inisiatif kerajaan dalam memperkenalkan pengecualian cukai jualan turut membantu meningkatkan jualan. “Kami mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas kepercayaan mereka terhadap Honda Accord,” jelasnya. Honda Accord menawarkan kuasa sekitar 201hp dengan 260Nm dan angka itu adalah lebih tinggi berbanding enjin 2.4L. Ciri Honda SENSING turut menjadikan Accord tarikan utama bagi sedan Segmen-D di samping ciri keselamatan 5-bintang oleh ASEAN NCAP. Honda Accord kini ditawarkan pada harga berikut: Accord 1.5 TC Standard – RM178,203Accord 1.5 TC Platinum White Pearl – RM178,566Accord TC-P Standard – RM187,390Accrod TC-P Platinum White Pearl – RM187,754 Advertisements
cfmoto-250-sr-dilancarkan-dari-rm15800
Moto Malaya CFMoto 250 SR Dilancarkan – Dari RM15,800! Posted on July 25, 2020July 25, 2020 by Amirul Azreen CFMoto akhirnya melancarkan model sportbike segmen 250cc menerusi 250 SR, hari ini. CFMOTO 250SR Produk terbaru ini menawarkan enjin satu silinder DOHC 249.2cc yang menghasilkan 28hp pada 9,750rpm dan 22Nm pada 7,500rpm. Menariknya, cylinder head jentera ini turut dilengkapi teknologi kedap bunyi dengan mengurangkan gegaran di ‘cam chain’ sekaligus memastikan kuasa disalurkan dengan efisien. Malah, ‘built-in balance shaft’ turut membantu dalam mengekalkan rev yang lancar dan lebih selesa. Sistem membrek pula dikendalikan kaliper 4-piston dengan cakera brek 292mm (depan) dan 220mm belakang yang turut disokong oleh Continental ABS. Tawaran paling menonjol adalah paparan skrin TFT berwarna dengan ‘auto-adjust’ yang akan menetapkan kecerahan mengikut keadaan. Antara ciri menarik lain terdapat pada CFMOTO 250 SR: Kerangka ‘lightweight’Fork depan USD 37mm dan monoshock belakangTayar radial CST berprestasi tinggi Sementara, pencahayaan disampaikan menerusi penggunaan lampu LED sepenuhnya (depan dan belakang). Pada masa sama, CFMOTO turut akan menawarkan pelbagai kit ubahsuai (modification kit) bagi memenuhi permintaan pelanggan yang akan dilancarkan kemudian antaranya melibatkan ‘clutch/brake lever’, clutch lever guard, kit footpeg dan beberapa aksesori lain. CFMOTO 250 SR LE Orang ramai boleh mendapatkan CFMOTO 250 SR bermula Ogos dengan harga RM15,800 bagi varian standard dan RM17,800 bagi varian LE (terhad kepada 30 unit). Setiap pembelian didatangkan dengan waranti dua tahun dengan perbatuan tanpa had. Advertisements
kawasaki-rancang-bangunkan-zx-4r-dengan-enjin-4-inline
Moto Malaya Kawasaki Rancang Bangunkan ZX-4R Dengan Enjin 4-Inline? Posted on May 18, 2021May 18, 2021 by Amirul Azreen Walaupun pasaran Malaysia masih kempunan namun sejak Kawasaki melancarkan ZX-25R, motosikal itu bingkas mencuri tumpuan terutamaya di pasaran negara jiran hasil penggunaan enjin 4-inline meskipun bersesaran 250cc. Bagi meneruskan kesinambungan itu, timbul khabar angin yang mendakwa Kawasaki merancang untuk membangunkan versi ZX-4R dengan enjin 4-inline. Menurut laporan Young Machine, perkara itu akan dicapai dengan membesarkan bore enjin ZX-25R, menukar piston dan crank dan dipadankan dengan ECU yang telah dinaik taraf. Seperti ZX-25R sebelum ini, dijangka ZX-4R juga akan menawarkan prestasi dan spesifikasi lebih tinggi berbanding Ninja 400. Meskipun sekadar khabar angin namun disebabkan dakwaan itu ditimbulkan media Jepun, Young Machine, senario ini sudah boleh dianggap berasas berdasarkan laporan lain sebelum ini. Sementara itu di pasaran Malaysia, masih lagi menanti khabar berita ZX-25R yang sehingga kini masih tak nampak ‘batang hidung’ pun lagi. Advertisements
motogp-rins-rangkul-kemenangan-sulung-mir-pendahulu-kejuaraan-baharu
Moto Malaya MotoGP: Rins Rangkul Kemenangan Sulung, Mir Pendahulu Kejuaraan Baharu Posted on October 18, 2020October 18, 2020 by Amirul Azreen Alex Rins berjaya merekodkan kemenangan sulung di kelas premier, hari ini. Wakil Suzuki Ecstar itu muncul pelumba kelapan yang merangkul kemenangan selepas 10 pusingan setakat ini. Sementara rakan sepasukan, Joan Mir kini muncul pendahulu kejuaraan baharu selepas menamatkan aksi di tempat ketiga. Dia kini didepan dengan 121 mata, 6 mata dihadapan Fabio Quartararo yang menamatkan aksi di luar kutipan mata. *Joan Mir pendahulu kejuaraan MotoGP 2020 Pelumba Petronas Sepang Racing Team (SRT) itu sekadar menamatkan aksi di tempat ke-18 meskipun bermula di petak pertama selepas mengungguli sesi kelayakan semalam. Sementara itu, Alex Marquez turut mencuri tumpuan apabila berjaya merekodkan podium kedua berturut-turut di tempat kedua selepas Le Mans, minggu lalu. *Alex Marquez Pelumba Repsol Honda itu sekali lagi menunjukkan keserasian dengan jentera RC213V meskipun bermula di petak ke-11. "Hello everyone! I'm the brother of @alexmarquez73!" – @marcmarquez93 That's one proud brother and teammate! ??#AragonGP ? pic.twitter.com/VlsIokQoTd— MotoGP™? (@MotoGP) October 18, 2020 Marquez cuba memberi saingan kepada Rins dengan perlumbaan berbaki 4 lap namun keadaan tayar yang mula hilang cengkaman sehingga dia hampir hilang kawalan mengekang hasrat itu. Pada masa sama, pelumba LCR Honda, Takaaki Nakagami dan Cal Crutchlow turut mempamerkan aksi memberangsangkan dengan kedua-duanya menamatkan aksi dalam kelompok 10 terbaik. Menariknya, selepas 10 perlumbaan, Nakagami tidak pernah gagal menduduki kelompok 10 terbaik setakat ini meskipun menunggang jentera RC213V 2019 yang membantu Marc Marquez menjulang kejuaraan musim lalu. *Takaaki Nakagami sewaktu Winter Test di Sepang Pelumba Jepun itu turut mengumpul 92 mata setakat ini di kedudukan kelima, 29 mata dibelakang pendahulu, Joan Mir. Advertisements
honda-cbf190r-bakal-diperkenalkan-di-pasaran-luar-selain-china-malaysia-tersenarai
Moto Malaya Honda CBF190R Bakal Diperkenalkan Di Pasaran Luar Selain China, Malaysia Tersenarai? Posted on August 10, 2020August 10, 2020 by Amirul Azreen Jika melihat kepada trend masa kini, segmen motosikal 200cc semakin mendapat tempat temasuk di Malaysia. Modenas Pulsar NS200/RS200, KTM Duke/RC 200, GPX Gentleman 200 dan TVS Apache 200 merupakan antara jentera yang popular disini namun sayangnya tiada pengeluar Jepun – Honda dan Yamaha – yang menawarkan model segmen 200cc tersebut. Modenas Pulsar NS200 Berbeza kisahnya di China apabila Honda memasarkan CBF190R, sebuah motosikal naked sport. Menurut laporan, Honda bakal memperkenalkan CBF190R di luar pasaran China apabila telah pun memfailkan paten di India sekaligus menandakan kemasukan model itu kelak. Honda CBF190R didatangkan dengan enjin 184cc satu silinder dengan penyejukan cecair yang menawarkan 16.6 hp dan 16.3 Nm. KTM Duke 200 Ketika ini tiada pengesahan sama ada model ini akan diperkenalkan di Malaysia namun sekiranya perkara itu berlaku Honda perlu meningkatkan sesaran enjin ke sekitar 200cc tatkala Pulsar NS200/RS200 menawarkan kuasa lebih tinggi, 24.5hp sementara Duke 200, 25hp. Bukan itu sahaja, Pulsar NS200/RS200 serta Duke 200 turut didatangkan dengan Anti-lock Braking System (ABS) secara standard. Advertisements
5-motosikal-yang-kami-harap-masuk-malaysia
Moto Malaya 5 Motosikal Yang Kami Harap Masuk Malaysia Posted on August 4, 2020August 4, 2020 by Amirul Azreen Malaysia sememangnya boleh dianggap antara pasaran besar motosikal Asia Tenggara namun kita masih ketinggalan di belakang Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Ini kerana kadar pengguna motosikal di empat negara terbabit adalah jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia. Jadi tidak hairanlah, tak semua model motosikal diperkenalkan di Kuala Lumpur meskipun terdapat permintaan tinggi terhadap beberapa jentera. Berikut lima motosikal yang kami sendiri berharap akan masuk Malaysia. Honda CBR250RR Sejak diperkenalkan untuk pasaran Indonesia dan Jepun pada 2016 termasuk beberapa pasaran lain kemudiannya, jentera ini masih lagi tidak dibawa masuk di Malaysia. Bernadikan 250cc, Honda CBR250RR ini didatangkan dengan pelbagai ciri menarik antaranya ABS dan fungsi quickshifter! Terdapat ura-ura mengatakan jentera ini akan diperkenalkan kelak namun sehingga kini masih tiada pengumuman rasmi daripada pihak Boon Siew Honda. Kawasaki ZX-25R Sejak Kawasaki mengembalikan jentera 250cc 4-inline ini – yang menghasilkan 50hp dan 22.9Nm – kami di MotoMalaya sering mendapat pertanyaan bilakah model ini akan dibawa masuk walhal kami sendiri sedang bertanyakan soalan sama. Namun, segalanya terletak pada bahu Kawasaki Heavy Industries (KHI) dalam menentukan siapkah yang akan membawa masuk model ini sama ada kerjasama baharu bersama Modenas atau Kawasaki Malaysia Sdn Bhd (KMSB) sendiri. Kawasaki ZX-25R terus menceutskan pelbagai tanda tanya tatkala telah pun dilancarkan di Indonesia dengan Thailand dan Filipina turut disahkan menerima model baharu ini. Yamaha Tracer 700 Yamaha Tracer 900 dan 900 GT merupakan motosikal ‘sport touring’ popular di Malaysia. Model sport touring itu menjadi kegilaan tatkala menawarkan enjin CP3 847cc efisien yang terdapat pada MT-09 dan berterusan sehingga Hong Leong Yamaha Motor memperkenalkan Tracer 900 GT pada 2019. Bagaimanapun, terdapat sebuah lagi model ‘sport touring’ yang masih belum dibawa masuk HLYM sehingga kini, Yamaha Tracer 700. Jentera 689cc ini menawarkan 73.8hp pada 9000rpm dan 68Nm pada 6,500rpm. Sekiranya diperkenalkan di Malaysia, pastinya akan menarik lebih ramai pembeli tatkala menawarka harga lebih rendah berbanding varian 900 yang ketika ini ditawarkan pada RM52,000. Honda Winner X Setakat 2019, pengguna motosikal persendirian di Malaysia mencapai angka lebih 12 juta dengan rata-rata memiliki motosikal kapcai. Meskipun begitu, terdapat sebuah model yang masih belum dibawa masuk ke pasaran tempatan, Honda Winner X. Tahun lalu, ada khabar angin mengatakan model ini akan dibawa masuk hujung 2019 sebagai RS150R V2 namun apa yang berlaku Boon Siew Honda melancarkan model V2 berdasarkan Supra GT 150 yang diperkenalkan untuk pasaran Indonesia. Honda Winner X ternyata tampil lebih moden apatah lagi menawarkan ciri keselamatan penting antaranya ABS. Yamaha TW200 Ini antara motosikal pilihan kami, diperkenalkan sejak 1987 motosikal 196cc satu silinder dual-sport ini sememangnya membawa imej tahan lasak sehingga Shinji Kazama sendiri menunggangnya ke Kutub Utara dan Kutub Selatan. Meskipun tidak menawarkan kuasa yang tinggi – hanya sekitar 16hp dan 15Nm – namun ketahanan ditawarkan TW200 ini tidak dapat dinafikan. Sekiranya diperkenalkan di Malaysia – dengan model baharu telah pun dilancarkan di Amerika Syarikat pada 2018 – pastinya akan mencuri tumpuan pembeli yang mencari sesuatu yang boleh diasak setiap hari tanpa perlu risau dengan ketahanan jentera. Persoalannya, adakah salah satu daripada jentera di atas akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat atau sekadar tinggal harapan? Ikuti kami di YouTube dan Instagram! Advertisements
ducati-perkenalkan-multistrada-950-s-dengan-warna-gp-white
Moto Malaya Ducati Perkenalkan Multistrada 950 S Dengan Warna ‘GP White’ Posted on July 10, 2020September 3, 2020 by Amirul Azreen Baru-baru ini, pengeluar motosikal Itali itu memperkenalkan Panigale V2 dengan pilihan warna putih ‘White Rosso’ kini, langkah sama diterapkan pada model tourer, Multistrada 950 S. Mulitstrada 950 S itu ditawarkan dengan warna ‘GP White’ bagi tahun 2021. Pilihan warna putih ini diinspirasikan daripada grafik Ducati MotoGP namun dengan gabungan warna kelabu. Warna baharu ini dihasilkan daripada kilang Borgo Panigale dengan motif utama menonjolkan lagi gaya sporty Multistrada 950 S ini. Ducati Multistrada 950 S merupakan antara tourer paling mencuri tumpuan sejak diperkenalkan di pasaran tempatan pertengahan tahun lalu. Model ini menawarkan 113hp pada 9,000rpm dan 96Nm pada 7,750rpm menerusi enjin 937cc Testastretta. Pelbagai ciri ditawarkan antaranya: paparan TFT 5 inciDucati Quick Shift up/downDucati Skyhook Suspension (DSS) systemDucati Traction Controlfull-LED headlight with Ducati Cornering LightsHydraulic clutchHands-Free SystemBacklit handlebar controls + more Ketika ini, tiada maklumat sama ada varian GP White ini akan tiba di Malaysia namun orang ramai boleh merisik Multistrada 950 S dengan warna Ducati Red pada harga RM95,900! Advertisements
ducati-panigale-v4s-hanya-dua-saat-di-belakang-jentera-motogp-di-jerez
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Ducati Panigale V4S Hanya Dua Saat Di Belakang Jentera MotoGP Di Jerez! Posted on February 16, 2021February 16, 2021 by Amirul Azreen Baru-baru ini, pasukan Ducati MotoGP berjaya mengumpulkan keenam-enam pelumba bagi musim 2021 untuk menjalani sesi ujian di litar Jerez. Jack Miller, Pecco Bagnaia, Johann Zarco, Jorge Martin, Luca Marini dan Enea Bastianini berpeluang menguji jentera Ducati GP21 serta beberapa unit Panigale V4S. Apa yang mengejutkan Panigale V4S itu merekodkan masa terpantas 1 minit 43.3 saat, hanya 2.2 saat dibelakang GP21 yang mencatat masa terbaik dengan 1′ 41.1s. Two Panigale V4S hunting the Motogp in Jerez: the Pani best lap was 1’ 43.3 vs 1’ 41.1 of MotoGP. Both on Michelin slick tires. Just a bit more than two seconds separates the fastests bikes on earth to a bike you can buy at your local Ducati dealership! Really impressive!! pic.twitter.com/7l3St8j75R— Claudio Domenicali (@domenicaliC) February 13, 2021 Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, kedua-dua jentera ini menggunakan tayar Michelin jenis slick sewaktu sesi ujian. Ducati Panigale V4S adalah jentera yang dibangunkan untuk jalan raya namun dengan DNA Ducati MotoGP. Bagnaia sendiri berasakan terdapat persamaan di antara Panigale V4S itu dengan jentera MotoGP. Antara teknologi dari MotoGP yang diperkenalkan pada V4S itu adalah, counter-rotating crankshaft, quickshifter dan kerangka ringan. Enjin 1,103cc itu menawarkan 211hp pada 13,000rpm dan 124Nm pada 10,000rpm. Advertisements
saya-tidak-dapat-hidup-tanpa-lumba-rali-karamjit-singh
BERITA TEMPATAN Saya Tidak Dapat Hidup Tanpa Lumba Rali – Karamjit Singh Posted on April 13, 2021April 13, 2021 by Amirul Azreen Lagenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh mengumumkan keputusan untuk kembali aktif dalam arena perlumbaan rali. Perkara itu diumumkan dalam satu sidang media yang diadakan di Lembah Klang, baru-baru ini. Karamjit bakal kembali beraksi bersama pasukan tajaan syarikat swasta, Cisco. Pengarah Urusan Cisco, Rabin Nijhar mendedahkan dia membuat keputusan untuk menghubungi Karamjit selepas membaca artikel mengenai situasi bekas pelumba itu Disember lalu. “Selepas tahun 2020, ketika saya sedang mencari peluang baharu, saya terbaca kisah Karamjit dan seterusnya kami di Cisco mempunyai peluang unik untuk menawarkan sesuatu. “Dari situ kami teruja untuk bersatu sebagai rakyat Malaysia bagi memberi sokongan kepada ikon negara,” kata Rabin. Karamjit akan kembali ke arena rali sejak kali terakhir beraksi pada 2018 dan akan disatukan semula bersama rakan baiknya dan petunjuk arah, Jagdev Singh. “Rali adalah minat saya dan telah menjadi karier saya sepanjang 30 tahun ini. Saya memandu secara profesional pada 1988 dan hanya baru-baru ini saya sukar untuk mendapatkan penaja. “Hakikatnya, saya tidak dapat hidup tanpa perlumbaan rali. Ini adalah semangat saya dan saya mahu berlumba seberapa banyak yang mampu,” jelasnya. Kisah Karamjit kembali mendapat perhatian apabila dia terpaksa mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing selepas terpaksa menjual rumah dan tiga kereta kesayangan termasuk duit simpanan wang pekerja (KWSP) bagi menanggung karier perlumbaan ralinya sejak 2012. Karamjit dan Cisco Racing akan kembali beraksi pada 26 dan 27 Jun ini di Kejuaraan Rali Kebangsaan Malaysia yang akan berlangsung di Sepang. Advertisements
bidaan-nombor-pendaftaran-ddx-dibuka-jam-12-malam-ini
BERITA TEMPATAN Bidaan Nombor Pendaftaran DDX Dibuka Jam 12 Malam Ini Posted on December 9, 2020December 9, 2020 by Amirul Azreen Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mensasarkan kutipan lebih RM2 juta bagi nombor pendaftaran DDX yang akan dibuka esok (10 Disember) hingga 14 Disember ini. Bidaan tersebut boleh dilakukan menerusi Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) yang akan bermula jam 12 tengah malam dengan keputusan bidaan akan diumumkan 15 Disember ini. Menurut Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf, nilai minimum ditetapkan seperti berikut: nombor biasa – RM300nombor popular – RM800nombor menarik – RM3,000nombor utama – RM20,000 Bidaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap berumur 18 tahun dengan setiap individu hanya layak memenangi maksimum tiga nombor pendaftaran manakala syarikat berdaftar dibenarkan hingga lima sahaja. Menurutnya lagi, nombor pendaftaran DDP hingga DDW telah pun mengutip lebih RM11.8 juta. Advertisements
110-unit-mv-agusta-superveloce-alpine-habis-terjual
BERITA ANTARABANGSA 110 Unit MV Agusta Superveloce Alpine Habis Terjual Posted on December 16, 2020December 16, 2020 by Amirul Azreen MV Agusta berjaya menjual kesemua 110 unit jentera edisi terhad, Superveloce Alpine kurang beberapa jam selepas motosikal itu dilancarkan secara strim langsung. Superveloce Alpine merupakan kerjasama MV Agusta bersama Alpine bagi meraikan kedua-dua jenama kerana sentiasa memberi penekanan terhadap aspek rekaan, kejuruteraan dan perlumbaan. Ciri utama Superveloce Alpine adalah penggunaan warna ‘electric blue’ yang diinspirasikan daripada Alpine 110 di samping penggunaan teknologi terkini antaranya keterhubungan MV Ride App, GPS tracking dan beberapa aksesori premium lain. Model ini dibina dengan bahan gentian karbon (carbon fiber) sebagai asas utama yang boleh dilihat di bahagian fairing bawah, fender depan dan belakang serta pelindung rantai manakala bahagian steering head memaparkan nombor unit edisi terhad dari 001 hingga 110. Enjin 798cc 3-inline (kini Euro 5) menawarkan 147hp pada 13,000rpm dan 88Nm pada 10,100rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan yang boleh diakses menerusi quickshifter (up/down). Antara ciri lain ditawarkan: kerangka steel trellis dengan swingamr aluminiumfork depan Marzocchi (USD) 43mmmonoshock belakang Progressive Sachtayar depan 120/70-17tayar belakang 180/70-17ABS Cornering Continental MK100 Sistem brek dikendalikan cakera brek (depan) 320mm dengan Brembo monoblock 4-piston dan 220mm (belakang) dengan kaliper Brembo 2-piston. MV Agusta menawarkan Superveloce Alpine ini dengan harga EUR36,300 (RM179,900). Advertisements
satu-nombor-untuk-segala-urusan-puspakom
BERITA TEMPATAN Satu Nombor Untuk Segala Urusan PUSPAKOM Posted on July 30, 2020July 30, 2020 by Amirul Azreen Orang ramai boleh menghubungi PUSPAKOM untuk apa jua urusan menerusi nombor khidmat pelanggan baharu di 03-5101 7000. Talian baharu tersebut menggantikan talian bebas tol PUSPAKOM 1800-88-6927 dan MyPUSPAKOM 1800-22-2210 bagi memudahkan urusan pelanggan. Waktu talian tersebut beroperasi adalah seperti berikut: Ahad – Jumaat: 8 pagi hingga 5 petangSabtu: 8 pagi hingga 1 petang Pengenalan kepada satu nombor tersebut bertujuan memudahkan pelanggan untuk menghubungi PUSPAKOM berbanding sebelum ini. Pada masa sama, PUSPAKOM turut menyediakan platform atas talian sebagai alternatif antaranya menerusi Live Chat dan E-mel. Ini merupakan inisiatif PUSPAKOM dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan secara berterusan. Advertisements
motogp-dovizioso-tinggalkan-ducati-di-mana-silapnya
Moto Malaya MotoGP: Dovizioso Tinggalkan Ducati, Di Mana Silapnya? Posted on August 16, 2020August 16, 2020 by Amirul Azreen Ketika sesi kelayakan GP Austria berlangsung semalam, pengurus Andrea Dovizioso mendedahkan pelumba itu tidak akan bersama Ducati bagi musim 2021. Simone Battistella membuat pendedahan mengejut tersebut ketika temu bual bersama Sky Italia. Ini bermakna Ducati bakal mempertaruhkan dua pelumba baharu bagi musim 2021, menerusi Jack Miller yang menggantikan Danilo Petrucci sementara calon pengganti Dovizioso kekal sebagai tanda tanya. Pelumba berusia 34 tahun dan Ducati seakan merpati dua sejoli sekaligus tiada siapa menyangka perkara sebegini akan berlaku. Persoalannya sekarang, dimana silapnya? Seperti pemain bola sepak Eropah yang mahu berhijrah atas faktor gaji, senario sama menimpa pelumba bintang itu. Segalanya bermula 5 tahun lalu pada 2015 apabila timbul dakwaan Ducati berminat untuk memancing Jorge Lorenzo dari Yamaha. Namun, senario itu kekal sebagai khabar angin tatkala Ducati sendiri bergelut untuk cuba mengekalkan Dovizioso dan Andrea Iannone dalam satu pasukan. Kemudian, timbul dakwaan Dovizioso terpaksa menerima keputusan potong gaji (pay cut) agar Ducati dapat memastikan kedua-dua pelumba kekal bersama. Bagaimanapun, segalanya berubah apabila Iannone melanggar Dovizioso ketika di GP Argentina 2016 dalam perebutan tempat pertama dan kedua. Senario itu turut menyebabkan Ducati membuat keputusan menyingkirkan Iannone dan menggantikannya dengan Lorenzo namun keputusan itu tidak mengubah nasib Dovizioso yang masih berdepan potongan gaji. Ketika Lorenzo ditawarkan kontrak dengan gaji besar, Dovizioso dibayar dengan gaji lebih kecil tetapi itu tidak menghalangnya daripada merekodkan kemenangan dan mencabar kejuaraan dunia sementara Lorezo bergelut untuk menyesuaikan diri dengan jentera Ducati. Meskipun Lorenzo meninggalkan Ducati, Dovizioso terus cekal bersama pasukan itu walaupun dengan bayaran yang lebih rendah dan terus memberi saingan kepada dominasi Marc Marquez. Lantas, bukan satu kejutan memasuki tahun 2020, Dovizioso dan Ducati gagal mencapai persetujuan ketika perbincangan kontrak lanjutan berlangsung. Mungkin Ducati secara tidak langsung sedar, Dovizioso tidak akan mampu mencabar Marquez sekaligus mencurahkan bayaran besar kepada pelumba yang berusia lebih tiga dekad itu bukan langkah yang munasabah. Malah, kegagalan Ducati menghasilkan jentera MotoGP mengikut acuan Dovizioso turut mengundang rasa ketidakpuasan hati pelumba kelahiran Forlimpopoli, Itali itu. Sekaligus membawa ke situasi semasa, apabila Battistella mendedahkan pelumba itu membuat keputusan untuk angkat kaki hujung musim ini. Apatah lagi apabila pengurus itu mendedahkan Dovi dan Ducati tidak pernah berbincang terma dan syarat sebaliknya kedua-duanya enggan meneruskan perbincangan sebelum topik bayaran gaji dibangkitkan. ? @AndreaDovizioso's time at Ducati will come to an end at the end of 2020! Dovizioso's manager admits that talks for 2021 have hit a roadblock! ?#AustrianGP ?? pic.twitter.com/iLvQ1q8U3X— MotoGP™? (@MotoGP) August 15, 2020 Persoalannya, adakah ini bermakna Dovizioso merajuk ekoran tidak dibayar gaji yang setimpal lantas membuat keputusan untuk menamatkan hubungan lapan tahun bersama Ducati? Tidak. Sebaliknya, mungkin pelumba itu mahu dianggap sebagai ‘berharga’ kepada pasukan itu selepas mengambil kira sumbangannya selama ini. The news that rocked the #MotoGP paddock yesterday! ?@AndreaDovizioso speaks for the first time since revealing his departure from @ducaticorse at the end of the season! ?️#AustrianGP ?? pic.twitter.com/2jYEuFb1Ww— MotoGP™? (@MotoGP) August 16, 2020 Situasi ini membawa kepada persoalan kedua, apakah destinasi seterusnya buat Dovizioso selepas ini? Advertisements
modenas-tawar-servis-pintu-ke-pintu-di-ipoh-kuantan
BERITA TEMPATAN MODENAS Tawar Servis Pintu Ke Pintu Di Ipoh Dan Kuantan Posted on August 14, 2020August 14, 2020 by Amirul Azreen Dalam usaha mempertingkatkan kualiti servis dan selepas jualan, MODENAS kini menawarkan perkhidmatan bergerak (mobile service) dari pintu ke pintu bagi semua motosikal dibawah jenama itu. Inisiatif ini telah pun berjalan sejak 8 Ogos lalu sempena dengan Ulang Tahun Ke-25 MODENAS. Menerusi perkhidmatan ini, orang ramai tidak perlu berpusu ke pusat servis MODENAS bagi proses selenggara dan servis sebaliknya mekanik bertauliah MODENAS akan dihantar terus ke pelanggan (dalam jarak 15 kilometer dari pusat servis). Orang ramai terutamanya di sekitar Ipoh, Perak dan Kuantan, Pahang yang berminat dengan perkhidmatan baharu ini boleh KLIK SINI untuk membuat tempahan atau hubungi nombor berikut: Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak: 04–4668117Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang: 04–4668199 Antara perkhidmatan ditawarkan adalah: Sementara itu, caj dikenakan adalah mengikut jenis penyelenggaraan termasuk RM10 bayaran caj perkhidmatan. Advertisements
volkswagen-passenger-car-malaysia-lancar-tiga-model-baharu-dari-rm164430
Moto Malaya Volkswagen Passenger Car Malaysia Lancar Tiga Model Baharu – Dari RM164,430 Posted on August 12, 2020August 12, 2020 by Amirul Azreen Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) melancarkan tiga model baharu di One Utama, hari ini. Tiga model tersebut membabtikan Arteon R-Line serta Passat R-Line dan SUV 7-tempat duduk, Tiguan Allspace. Volkswagen Arteon R-Line – dari RM220,043  Arteon R-Line merupakan model fastback lima pintu yang menawarkan rekaan avant-garde dengan pemanduan dinamik di samping mencerminkan nama ‘Art’ menerusi kesinambungan rekaan sekaligus mencerminkan model premium. Meskipunt tampil sporty namun Arteon R-Line ini menawarkan ciri praktikal antaranya ruang letak barang berkapasiti 563 liter yang mudah diakses menerusi Easy Open. Beberapa ciri ditawarkan antaranya: Dynamic Chassis Control (DCC) dengan Driving Mode SelectionDigital Cockpit – Apple CarPlaySistem audio premoum Dynaudio Arteon R-Line dilengkapi enjin turbo 2.0TSI dan kotak gear klac berkembar basah direct shift 7-kelajuan (DSG) yang telah ditambah baik yang mampu menghasilkan 190hp dan 320Nm untuk pengalaman pemanduan dinamik. Sementara itu, Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter turut berkongsi rasa teruja dengan pelancaran model ini. “Arteon yang mengagumkan ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Inilah model yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. “Sebagai model utama kami yang baru, Arteon nyata menaikkan lagi jenama Volkswagen kerana ia memiliki rekaan yang cantik, berprestasi tinggi dan memiliki fungsi terbaik. Pada masa yang sama menawarkan eksklusiviti. Dengan pakej R-Line, ia membuatkan Arteon lebih sporty,” jelasnya. Volkswagen Tiguan Allspace (Highline RM164,430 , R-Line RMRM208,553 ) Tiguan Allspace merupakan SUV 7-tempat duduk yang kini didatangkan dengan dua varian; TIguan Allspace Highline 1.4TSI dan Allspace R-Line 2.0TSI. Model yang dipasang di Pekan, Pahang ini tampil dengan ‘wheel base’ yang lebih panjang sekaligus menjaminkan keluasan yang lebih baik berbanding model sebelumnya. Tiguan Allspace ini menawarkan ruang letak barang seluas 700L ketika tempat duduk baris ketiga dilipat dan 1,775L sekiranya barisan kedua juga turut dilipat. Sementara itu, varian R-Line didatangkan dengan rim aloi Sebring berukuran 19 inci di samping menawarkan kuasa dan tork paling tinggi dalam kelasnya, malah model ini turut dilengkapi sistem pacuan empat roda 4Motion. Tiguan Allspace Highline menggabungkan enjin turbo pancitan terus 1.4TSI dengan kotak gear klac basah direct shift 6-kelajuan (DSG) yang menjana kuasa 150hp dan 250Nm. SUV ini juga menawarkan penggunaan bahan api sekitar 7.3L/100km. Ruang dalam juga tidak kurang hebat dengan ciri Digital Cockpit dan sistem infohibur Discover Pro infotainment 9.2 inci. Volkswagen Passat R-Line (diantara RM200,000 hingga RM210,000) Sementara itu, VPCM turut mendedahkan Passat R-Line serba baharu yang kini dibuka untuk tempahan. Passat R-Line tampil dengan kemasan yang sporty hasil daripada rekaan bampar hadapan dan belakang R-Line baharu, lencana sisi R-Line, kemasan krom dan rim aloi Verona bersaiz 19 inci. Ruang dalaman disajikan dengan kemasan R-Line dapat dilihat dengan jelas menerusi penggunaan kulit Nappa hitam gayaan karbon pada tempat duduk, stereng dan pedal sports aluminium. Model ini dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI baharu yang mampu menjana 190hp dan 320Nm. Enjin itu juga dipadankan dengan kotak gear klac berkembar basah direct shift (DSG) 7-kelajuan yang telah ditambah baik. Passat R-Line juga dilengkapi dengan ciri keselamatan yang telah dipertingkat menerusi ciri Side Assist dengan jarak pengesanan lebih 180 darjah di samping Rear Traffic Alert. Model ini juga dilengkapi dengan Discover Pro Volkswagen bersama skrin sentuh bersaiz 9.2 inci. Orang ramai yang berminat boleh mula membuat tempahan di pengedar sah Volkswagen seluruh negara atau layari www.volkswagen.com.my untuk maklumat lanjut. Advertisements
motosikal-150cc-ke-bawah-dapat-pengecualian-duti-eksais-bermula-1-april
Moto Malaya Motosikal 150cc Ke Bawah Dapat Pengecualian Duti Eksais Bermula 1 April Posted on March 18, 2021March 18, 2021 by Amirul Azreen Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan pengecualian duti eksais 100 peratus bagi motosikal pemasangan tempatan (CKD) bawah 150cc. Pengecualian itu akan dilaksanakan bermula 1 April hingga 31 Disember 2021. Duti eksais merupakan cukai yang dikenakan terhadap barangan yang diimport ke Malaysia lantas mampu memberi kesan terhadap penawaran harga yang ditetapkan untuk pasaran tempatan. Namun, dengan wujudnya pengecualian ini, dijangka akan berlakunya penurunan harga bagi motosikal CKD. Bagaimanapun, kerajaan menerusi sektor tertentu masih belum memaklumkan maklumat lebih terperinci mengenai pelaksanaan ini. Pengumuman pengecualian cukai ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan pada Rabu. Advertisements
pasukan-indonesia-dakwa-beraksi-di-moto2-musim-depan-bersama-sag-team
BERITA ANTARABANGSA Pasukan Indonesia Dakwa Beraksi Di Moto2 Musim Depan Bersama SAG Team? Posted on November 30, 2020November 30, 2020 by Amirul Azreen Sebuah pasukan berpangkalan di Indonesia Pertamina Mandalika Racing Team mendakwa mereka bakal bersaing di pentas Moto2 musim depan hasil kerjasama dengan SAG Racing Team. Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial Mandalika Racing Team (MRT). “Kami dengan gembiranya mengumumkan akan beraksi di Moto2 musim depan,” merupakan kapsyen yang dikongsi di laman sosial media pasukan itu. Persoalannya, umum mengetahui SAG Team merupakan pasukan yang bersaing di Moto2 bersama penaja utama ONEXOX sekaligus pengumuman oleh pasukan Indonesia itu mencetuskan pelbagai tanda tanya. Perkara itu turut sampai ke pengetahuan Onexox selaku penaja utama Onexox TKKR SAG Team. Sementara itu, pada masa sama, koresponden MotoGP, Simon Patterson, turut berasa bingung dengan pengumuman pasukan Indonesia itu. “Ramai yang bertanya tentang pasukan Indonesia yang membuat dakwaan besar mengenai perancangan mereka untuk 2021. “Setahu saya mereka tiada dalam senarai kemasukan dan saya juga tidak pernah dengar sebarang info mengenai mereka dari mana-mana pihak. “Mereka mendakwa telah bekerjasama dengan SAG Team untuk beraksi di Moto2 sedangkan SAG telah mempunyai dua pelumba dengan penaja utama dari Malaysia,” dedah Simon dalam perkongsian di Twitter. Hos terkenal MotoGP di Indonesa, Lucy Wiryono turut meluahkan pendapatnya mengenai pengumuman MRT. Baginya, pasukan itu seharusnya tidak melulu dalam membuat pengumuman seperti ini meskipun tiada sebarang pengesahan lagi. Bukan iu sahaja, terdapat juga laporan bahawa kononnya MRT akan menggantikan Kasma Daniel Kasmayudin dengan pelumba Indonesia, Dimas Ekky Pratama. Advertisements
motogp-ducati-tidak-akan-rasai-kehilangan-dovizioso-zarco
Moto Malaya MotoGP: Ducati Tidak Akan Rasai Kehilangan Dovizioso – Zarco Posted on January 21, 2021January 21, 2021 by Amirul Azreen Ujian pra-musim Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) sedang berlangsung ketika ini di Jerez namun akan disertai beberapa pelumba MotoGP antaranya Johann Zarco. Zarco, yang dinaik taraf ke Pramac Racing musim ini dari Avintia akan menunggang Ducati Panigale V4S bersama-sama pelumba uji Michele Pirro. Menjelang pembukaan tirai musim 2021, Zarco mengharapkan Ducati tidak akan merasai kehilangan Dovizioso. *Johann Zarco “Saya harap kami tidak akan merasai kehilangannya kerana itu bermakna kami sedang melakukan yang terbaik dan ke arah yang betul. “Bagi musim 2021, Ducati memiliki pelumba yang kompetitif dan mampu membantu pembangunan jentera,” jelasnya kepada GPOne. Bagaimanapun, Zarco akui menjadikan Dovizioso sebagai penanda aras di Pramac. “Saya tidak mempunyai sebarang pelumba spesifik untuk difokuskan tetapi Dovizioso kekal sebagai contoh terbaik berpandukan kejayaan dan podium yang telah direkodkan selama ini. “Dia juga mempunyai kawalan terhadap semua aspek jadi pastinya dia menjadi penanda aras saya,” tambah Zarco. *Peco Bagnaia Ducati mempertaruhkan muka baharu bagi pasukan factory dengan Jack Miller dan Francesco ‘Peco’ Bagnaia manakala Johann Zarco dan Jorge Martin mengisi slot di Pramac bagi musim 2021. Dalam perkembangan lain, Ducati telah menandatangani kontrak lanjutan bersama Dorna Sports yang bakal menyaksikan pasukan itu kekal di MotoGP hingga 2026. Advertisements
honda-forza-350-bakal-dilancarkan-di-thailand-2021
Moto Malaya Honda Forza 350 Bakal Dilancarkan Di Thailand 2021 Posted on July 14, 2020July 14, 2020 by Amirul Azreen Meskipun Honda Forza 300 tidak popular di Malaysia atas faktor perlu memiliki lesen B (full), skuter maxi itu memiliki daya tarikan tersendiri di benua lain. Apatah lagi kemas kini terbaru Forza 300 menawarkan Honda Selectable Torque Control, ciri penting bagi skuter dengan CVT. Kini, Honda Thailand telah berkongsi video ‘teaser’ yang memaparkan Forza 350! Seorang pengguna Facebook, Freeman Rider turut mendedahkan risalah yang memaparkan rupa jelas model yang dinaik taraf ke 350cc itu yang dijangka akan dilancarkan pada 2021. Difahamkan, enjin baharu 329.6cc itu akan menggantikan versi sedia ada, 279cc yang kini ditawarkan di pasaran Malaysia. Antara ciri lain yang ditawarkan pada Forza 350 adalah seperti berikut: penghadang angin boleh laraslampu isyarat berhenti kecemasanlampu LEDABS dwi-saluranHonda SMART keyHonda SMART controllerpengecas USB Sementara itu, pasaran Thailand akan mendapat empat warna pilihan, hitam, putih/biru, merah/hitam dan biru/hitam. Ikuti kami di YouTube dan Instagram! Advertisements
litar-portimao-tuan-rumah-pusingan-akhir-motogp-2020
Moto Malaya Litar Portimao Tuan Rumah Pusingan Akhir MotoGP 2020 Posted on August 11, 2020August 11, 2020 by Amirul Azreen MotoGP mengumumkan Litar Portimao, Portugal menjadi venue pusingan akhir aksi MotoGP musim 2020. Desas-desus mengenai Portugal menjadi tuan rumah pusingan akhir musim 2020 mula bertiup minggu lalu. Perkara itu bagaimanapun disahkan sendiri Presiden FIM, Jorge Viegas yang akan menganjurkan perlumbaan tersebut pada 20 hingga 22 November ini. “Kami dengan bangganya mengumumkan MotoGP akan kembali ke negara saya (Portugal) lapan tahun selepas penganjuran terakhir di Litar Estoril pada Mei 2012. “Saya mahu berterima kasih kepada Dorna, Autodromo Internacional do Algarve dan Persekutuan Motosikal Portugal kerana berjaya mencapai syarat untuk menjadikan Portugal venue perlumbaan akhir MotoGP musim 2020,” jelasnya. Ini merupakan kali pertama kejuaraan MotoGP kembali ke Portugal sejak 2012. Litar Portimao menghadirkan pengalaman unik bagi pelumba tatkala menawarkan permukaan seakan naik dan turun bukit susulan susun atur yang ‘old-school’. Portimao telah berada dalam senarai simpanan MotoGP sejak 2017 dan telah pun menjadi tuan rumah WorlSBK sejak 2008 sekaligus menjadikan venue ini sesuai untuk perlumbaan MotoGP. Advertisements
spyshot-pulsar-250-dikesan-jalani-ujian-jalan-raya
BERITA ANTARABANGSA SPYSHOT: Pulsar 250 Dikesan Jalani Ujian Jalan Raya Posted on February 26, 2021February 26, 2021 by Amirul Azreen Pengeluar motosikal India, Bajaj Auto, telah memulakan ujian jalan raya bagi generasi baharu Pulsar 250. Daripada gambar spyshot yang dikongsikan, jelas menunjukkan Pulsar 250 didatangkan dengan rekaan serba baharu. Gambar tersebut turut memberi bayangan bahawa Pulsar 250 tampak lebih besar berbanding varian 200cc dibantu dengan kerangka serta enjin baharu yang terdapat pada Dominar 250. Enjin satu silinder 248.7cc DOHC dengan penyejukan cecair itu menawarkan 27hp pada 8,500rpm serta 23.5Nm pada 6,500rpm dan dipadankan bersama transmisi 6 kelajuan dengan bantuan klac assist/slipper. Motosikal ini juga bakal dilengkapi ABS (dwi-saluran) berbanding satu saluran yang terdapat pada versi Pulsar 200. Ketika ini, motosikal Pulsar dipasarkan di Malaysia di bawah payung Modenas dan menawarkan Pulsar NS160, NS200 serta RS200 termasuk Dominar D400. – BW Advertisements
suzuki-lancar-model-baharu-secara-atas-talian-5-februari-ini
BERITA ANTARABANGSA Suzuki Lancar Model Baharu Secara Atas Talian 5 Februari Ini Posted on January 23, 2021January 23, 2021 by Amirul Azreen Bukan Suzuki Malaysia. Harap maklum. Sebaliknya, Suzuki Motor Corporation merancang untuk memperkenalkan beberapa barisan model 2021 secara atas talian pada 5 Februari ini. Acara tersebut yang dicanang sebagai ‘platform komunikasi generasi baharu’ itu membolehkan peminat dan bakal pelanggan motosikal Suzuki untuk menyertai pelancaran tersebut. Platform tersebut membenarkan orang ramai untuk mengakses setiap model dengan lebih teliti seperti berada di pelancaran fizikal dan berinteraksi dengan pengunjung lain. Meskipun tidak memberi bayangan model apa yang akan diperkenalkan namun mengambil kira EICMA 2019 sebagai kali terakhir Suzuki melancarkan model baharu menerusi V-Strom 1050, pelancaran atas talian ini dilihat sebagai medan terbaik untuk Suzuki membuat kejutan. Suzuki Hayabusa 2021 mungkin? Tidak lupa juga, Suzuki bakal memperkenalkan model dengan enjin parallel-twin baharu menggantikan SV650 dan V-Strom 650. Segalanya akan terjawab 5 Februari ini. Advertisements
honda-winner-x-dikesan-jalani-ujian-jalan-raya-lancar-dalam-masa-terdekat
Moto Malaya Honda Winner X Dikesan Jalani Ujian Jalan Raya, Lancar Dalam Masa Terdekat? Posted on March 25, 2021March 25, 2021 by Amirul Azreen Baru-baru ini, Yamaha telah pun melancarkan Y16ZR VVA yang merupakan generasi baharu motosikal jenis moped untuk pasaran tempatan. Kini, Boon Siew Honda, turut dicanang bakal memperkenalkan Winner X setelah motosikal itu dikesan menjalani ujian jalan raya di sini. Meskipun gambar tersebut diambil dari belakang namun berdasarkan reka bentuk lampu dan pemegang belakang sememangnya mengesahkan model tersebut sebagai Winner X, moped 150cc yang dipasarkan di Vietnam. Gambar ‘spy shot’ ini juga secara tidak langsung memberi bayangan bahawa Boon Siew Honda bakal memperkenalkan motosikal ini dalam masa terdekat. Berdasarkan Winner X yang diperkenalakn di Vietnam, motosikal itu dikuasakan enjin 150cc satu silinder PGM-Fi DOHC yang menawarkan 15.4hp pada 9,000rpm dan 13.5Nm pada 6,500rpm. Model ini turut dilengkapi dengan teknologi ABS (Anti-lock Braking System). Advertisements
rentas-negeri-dibenarkan-bermula-isnin
Moto Malaya Rentas Negeri Dibenarkan Bermula Isnin Posted on December 5, 2020December 5, 2020 by Amirul Azreen Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Sri Ismail Sabri, mengumumkan bahawa aktiviti rentas negeri dibenarkan bermula 7 Disember ini. Pengumuman itu dibuat sewaktu sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berlangsung hari ini. Sementara itu, PKPB di negeri Selangor dilanjutkan sehingga 20 Disember kecuali di Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor yang berakhir 6 Disember (esok) ini. Bagaimanapun, rentas negeri tidak dibenarkan bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menurut Ismail Sabri, pihak polis juga akan menamatkan sekatan jalan raya Isnin ini namun akan memfokuskan dalam penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP). Advertisements
gp-perancis-fabio-quartararo-tapau-sesi-kelayakan-di-laman-sendiri
BERITA ANTARABANGSA MotoGP 2020 GP Perancis: Fabio Quartararo ‘Tapau’ Sesi Kelayakan Di Laman Sendiri Posted on October 10, 2020October 10, 2020 by Amirul Azreen Fabio Quartararo bakal memulakan perlumbaan di SHARK Helmets Gran Prix of France di petak pertama selepas mencatat masa terpantas di sesi kelayakan, hari ini. Pelumba Petronas Sepang Racing Team (SRT) itu mencatat masa terpantas dengan 1 minit 31.315 saat ketika sesi kelayakan telah pun memasuki saat akhir. WHAT A SESSION!!! ?@FabioQ20 sees off the Ducati threat to grab pole with @jackmilleraus and @Petrux9 alongside him! ?#FrenchGP ?? pic.twitter.com/Arh3SPqcdS— MotoGP™? (@MotoGP) October 10, 2020 Keputusan tersebut sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada Quartararo untuk terus memburu kutipan mata penting dalam usaha mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan dunia ketika ini dengan 108 mata. Pelumba Pramac Racing, Jack Miller akan bermula dipetak kedua dengan masa 1′ 31.537s diikuti wakil Ducati, Danilo Petrucci ketiga dengan 1’31.674s. First front row since Mugello 2019 for @Petrux9! ? We all know what happened then! ?#FrenchGP ?? pic.twitter.com/pWsQFerMWM— MotoGP™? (@MotoGP) October 10, 2020 Ini merupakan kejayaan sulung Petrucci untuk kembali ke barisan pertama sejak Mugello tahun lalu. Pelumba veteran, Cal Crutchlow (LCR Honda) turut membuat kejutan apabila bakal memulakan aksi di petak keempat meskipun pada suatu ketika menduduki petak kedua sebelum Miller dan Petrucci melakar masa lebih baik. Wakil Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales sertai Crutchlow di barisan kedua diikuti Andrea Dovizioso dari Ducati. Sementara itu, seorang lagi wakil tuan rumah, Johann Zarco akan memulakan perlumbaan esok di petak ke-9. Dalam perkembangan sama, pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir perlu bekerja keras esok untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu kejuaraan apabila sekadar merekodkan petak ke-14 dengan catatan masa 1’32.187s . Perlumbaan GP Perancis akan bermula esok jam 4.30 petang (waktu Malaysia). Advertisements
pusat-3s-honda-baharu-dibuka-di-shah-alam
BERITA TEMPATAN Pusat 3S Honda Baharu Dibuka Di Shah Alam Posted on July 14, 2020July 21, 2020 by Amirul Azreen Honda Malaysia telah membuka pusat 3S baharu oleh Elmina Motors Sdn Bhd di Shah Alam. Ini merupakan pusat 3S Honda yang ke-28 bagi daerah Tengah yang dijamin akan memenuhi kehendak pelanggan di kawasan sekitar bagi servis selepas jualan dan pelanggan baharu. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama menyifatkan kejayaan pembukaan pusat 3S ini disumbang oleh para petugas barisan hadapan yang berjaya mengawal pandemik Covid-19. “Petugas barisan hadapan telah berjaya mengawal penularan Covid-19. Pengorbanan mereka telah membawa kita ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). “Pada masa sama, kami akan memastikan pembukaan pusat 3S ini akan membantu menjana ekonomi negara di samping memastikan SOP ketak dipatuhi,” jelasnya. Menerusi tawaran baharu ini, orang ramai juga boleh memandu uji model Honda termasuk tiga model baharu yang dilancarkan tahun ini, Accord, Civic dan BR-V. Elmina Motors telah membelanjakan lebih RM21.8 juta bagi membangunkan pusat 3S baharu ini yang mempunyai keluasan sekitar 85,377 kaki persegi. Pusat ini juga menawarkan 20 tempat letak kereta yang merangkumi 12 tempat servis, empat tapak baik pulih biasa dan dua tapak servis tayar. Pelanggan juga boleh nikmati WIFI, tempat duduk selesa, Kids Corner dan makan serta minuman percuma di samping beberapa servis lain antaranya, cuci kereta, pembaharuan cukai jalan dan insurans. Advertisements
mitsubishi-xpander-sah-masuk-malaysia-tahun-ini
Moto Malaya Mitsubishi XPANDER Sah Masuk Malaysia Tahun Ini Posted on July 28, 2020July 28, 2020 by Amirul Azreen Sejak tular gambar yang menampakkan sebuah model SUV daripada Mitsubishi, ramai yang bertanyakan sama ada model tersebut akan diperkenalkan. Persoalan itu akhirnya terjawab apabila Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengesahkan bahawa akan melancarkan SUV 7-tempat duduk itu tahun ini. Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kejayaan penjualan XPANDER di pasaran Indonesia dan seluruh Asia Tenggara.\ Mitsubishi XPANDER diterapkan dengan konsep rekaan ‘Dynamic Shield’ yang terletakn dibahagian depan hampir kesemua model baharu Mitsubishi. Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi, menyifatkan XPANDER sebagai model paling penting bagi MMM. “Mitsubishi XPANDER bukan sahaja penting buat MMM malah untuk seluruh pasaran Asia Tenggara. Setakat Jun 2020, lebih 265,000 unit telah pun terjual. “Kejayaan penjualan XPANDER di pasaran Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam mencerminkan kesesuaian jentera ini untuk pasaran Malaysia. “Kami di MMM teruja untuk melancarkan model ini di Malaysia tahun ini,” jelasnya. Nantikan pengumuman pelancaran daripada MMM! Advertisements
motogp-lorenzo-label-aksi-rossi-di-jerez-sebagai-lembab
BERITA ANTARABANGSA MotoGP: Lorenzo Label Aksi Rossi Di Jerez Sebagai ‘Lembab’ Posted on May 7, 2021May 7, 2021 by Amirul Azreen Jorge Lorenzo sekali lagi berkongsi pendapatnya tentang perlumbaan MotoGP di di saluran YouTube 99seconds miliknya. Bekas tiga kali juara dunia MotoGP itu kali ini menganalis persembahan pelumba veteran, Valentino Rossi di GP Sepanyol, baru-baru ini. Seperti video sebelum ini, Lorenzo juga tidak berselindung berkongsi pendapatnya tentang prestasi tujuh kali juara dunia MotoGP itu di Jerez. “Saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari Rossi di Jerez atau sekurang-kurangnya memperbaiki keputusan perlumbaan. “Dia juga jarang muncul di kaca tv dan beberapa kali dia tersasar dari landasan. “Bukan sahaja dia lembab, pergerakan dia juga perlahan. Kita akan lihat sekiranya dia mampu membuat kejutan selepas ini,” jelasnya. Tonton analisis Jorge Lorenzo di saluran 99seconds di bawah: Selain dari Rossi, Lorenzo turut menganalisis kemenangan Jack Miller, dan meskipun dia memuji pelumba Australia itu, Lorenzo percaya Miller kurang kejituan untuk melakar kemenangan. Aksi MotoGP kembali bersambung minggu depan di Litar Le Mans. Advertisements
ducati-multistrada-v4-hampiri-pelancaran-di-malaysia
BERITA TEMPATAN Ducati Multistrada V4 Hampiri Pelancaran Di Malaysia? Posted on February 15, 2021February 15, 2021 by Amirul Azreen Ducati telah memperkenalkan Multistrada V4 secara rasmi menerusi Ducati World Premier 2021 yang disiarkan secara atas talian pada November, tahun lalu. Bagaimanapun, setakat ini motosikal segmen ‘adventure’ dari Itali itu masih belum dirasmikan di Malaysia. Namun, kami difahamkan bahawa model serba baharu itu akan diperkenalkan pada awal suku kedua tahun ini oleh pihak Next Bike Sdn Bhd selaku pengedar jenama Ducati di Malaysia. Ducati Multistrada V4 ini didatangkan dengan enjin serba baharu, dinamakan Granturismo V4 yang bersesaran 1,158cc yang menawarkan 170hp pada 10,500rpm dan 125Nm pada 8,750rpm. Unit ini tidak lagi mengguna pakai injap Desmodromic seperti jentera Ducati lain sebaliknya menerapkan injap spring (valve spring) sekaligus meletakkan ‘major service interval’ berada pada 60,000km berbanding 30,000km sebelum ini. Ducati menawarkan tiga varian Mulitstrada ini untuk pasaran dunia, V4 (standard) lengkap dengan warna Ducati red dan rim serba hitam, V4 S hadir dengan pilihan warna Aviator Grey serta fungsi quickshifter (up/down) manakala V4 S Sport ditawarkan dengan livery Sport serta ekzos Akrapovic (jenis gentian karbon) dan fender depan gentian karbon. Namun tidak dipastikan varian mana yang akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan. Antara ciri paling mencuri tumpuan pada model baharu ini adalah penggunaan sistem radar dari Bosch (depan dan belakang) yang menawarkan fungsi ‘adaptive cruise control’ serta blind spot detection yang sebelum ini hanya terdapat pada kenderaan empat roda. Nantikan perkembangan terkini mengenai motosikal ‘adventure’ dari Ducati ini hanya di MotoMalaya.Net! Advertisements
acara-berbasikal-akan-kerap-diadakan-di-sepang-azhan
BERITA TEMPATAN Acara Berbasikal Akan Kerap Diadakan Di Sepang – Azhan Posted on January 15, 2021January 15, 2021 by Amirul Azreen Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Azhan Shafriman Hanif, mendedahkan acara berbasikal akan diadakan lebih kerap di litar tersebut. Azhan turut menjelaskan bahawa Litar Sepang bukan eksklusif kepada sukan permotoran sahaja malah terbuka untuk semua pihak yang berminat untuk mengadakan program di litar tersebut. Ini kerana fokus baharu SIC adalah membuka peluang kepada orang awam untuk merasai sendiri pengalaman berada di atas litar dengan akses yang lebih mudah menerusi acara berbasikal, larian dan sebagainya. Bukan itu sahaja, Azhan turut menjemput badan korporat dan individu untuk menganjurkan apa sahaja majlis dan acara di SIC. Pembukaan SIC kepada orang awam dilihat sebagai cara alternatif bagi membolehkan sebarang dana dibangunkan disamping mencapai objektif untuk ‘merakyatkan Litar Antarabangsa Sepang’ susulan pandemik Covid-19 menyaksikan GP Malaysia musim lalu dibatalkan termasuk ujian pra-musim MotoGP yang sepatutnya diadakan Februari ini. Bagaimanapun, Azhan menjelaskan jika sebarang permotoran antarabangsa diadakan, SIC bakal mengambil pendekatan sistem ‘bubble’ bagi mengekang penularan Covid-19. Advertisements
bsh-melancarkan-honda-rebel-2020-rm32899
Moto Malaya BSH Melancarkan Honda Rebel 2020 – RM32,899! Posted on September 2, 2020September 2, 2020 by Amirul Azreen Boon Siew Honda melancarkan Honda Rebel 500 2020 di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini. Honda Rebel merupakan jentera konsep ‘cruiser’ segmen pertengahan yang telah pun diperkenalkan pada 2018. Bagi tahun 2020, pelbagai kemaskini telah pun dilaksanakan dengan sistem ‘assist & slipper clutch’ menjadi tambahan baharu. Sistem itu kini meningkatkan kemudahan pertukaran gear sehingga 30 peratus berbanding model sebelumnya termasuk fork depan baharu yang kini dilengkapi spring lebih utuh bagi menjaminkan keselesaan lebih baik. Model ini masih lagi didatangkan dengan enjin 471cc ‘parallel-twin’ (EURO4) yang menawarkan 45.9hp pada 8,500rpm dan 43Nm pada 6,500rpm. Antara ciri baharu lain yang turut diperkenalkan adalah lampu LED penuh depan dan belakang serta instrumen meter baharu dan kerangka belakang yang baharu bagi menawarkan tempat duduk yang lebih selesa. Honda Rebel 2020 kini ditawarkan pada harga RM32,899! Advertisements
honda-kongsi-teaser-forza-lebih-besar-pencabar-tmax-560
Moto Malaya Honda Kongsi ‘Teaser’ Forza Lebih Besar, Pencabar TMax 560? Posted on September 9, 2020September 9, 2020 by Amirul Azreen Honda bakal kembangkan portfolio Forza dengan versi yang lebih besar berdasarkan ‘teaser’ baharu yang dimuat naik di laman YouTube, Isnin lalu. Model ‘flagship’ ini dijangka bakal menjadi pesaing kepada skuter maxi Yamaha, TMax 560. Video ‘teaser’ berdurasi 15 saat itu tidak memaparkan dengan jelas model Forza serba baharu itu namun berdasarkan beberapa petunjuk, jelas menunjukkan ini adalah model yang lebih besar. Honda Forza 350 Pada masa sama, Honda baru sahaja melancarkan versi 350cc ketika di Pameran Motor Bangkok, Julai lalu, menggantikan model sebelumnya yang bersesaran 300cc. Senario ini sekaligus beri bayangan, Forza baharu ini adalah versi yang lebih besar berkemungkinan atas 500cc dengan Motorcycle News mendakwa sebagai pengganti kepada sebuah lagi skuter maxi, NCX 750cc. Honda bakal perkenalkan Forza serba baharu ini secara rasmi pada 14 Oktober ini. Advertisements
honda-terima-lebih-1400-tempahan-bagi-br-v-baharu-dalam-sebulan
Moto Malaya Honda Terima Lebih 1,400 Tempahan Bagi BR-V Baharu Dalam Sebulan Posted on July 23, 2020July 23, 2020 by Amirul Azreen Honda Malaysia mengumumkan pencapaian terbaru apabila lebih 1,400 tempahan telah diterima dalam masa sebulan bagi model BR-V baharu. Sejak diperkenalkan pada 2017, BR-V bingkas menjadi SUV 7-tempat duduk popular dengan lebih 32,600 unit telah pun terjual. Menurut Honda, 42 peratus daripada 1,400 tempahan itu datangnya daripada kawasan Tengah dengan 85 peratus daripadanya merupakan varian V dan selebihnya melibatkan varian E. Sementara 24 peratus daripadanya melibatkan pilihan warna Modern Steel Metallic. BR-V 2020 ini menarik perhatian tatkala didatangkan dengan beberapa penambahbaikan antaranya bahagian ekterior kini lebih moden di samping enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang menawarkan 120hp. Ruang tempat barang yang luas juga menjadi tarikan dengan 223L (tempat duduk dinaikan) dan 539L (tempat duduk diturunkan). Segala aspek ini menjadikan BR-V model pilihan bagi keluarga baharu atau pasangan muda yang mahukan gabungan elemen sporty dan praktikal. Bagi yang berminat untuk membuat tempahan rujuk harga semasa dibawah: Untuk maklumat lebih terperinci orang ramai dijemput hadir ke mana-mana pengedar rasmi Honda atau layari www.honda.com.my Advertisements
isuzu-d-max-1-9-versi-stealth-mendarat-di-malaysia-rm125799
Moto Malaya Isuzu D-Max 1.9 Versi ‘Stealth’ Mendarat Di Malaysia – RM125,799 Posted on August 6, 2020August 18, 2020 by Amirul Azreen Kami sememangnya antara peminat Isuzu D-Max 1.9L sejak diperkenalkan tahun lalu jadi sebaik Isuzu mengumumkan previu varian Stealth ini, kami terus bergegas untuk menyaksikan model ini dengan lebih dekat. Meskipun diberi nama ‘Stealth’ yang bermaksud ‘secara sembunyi’ namun tiada apa yang ‘sembunyi’ mengenai varian baru ini sebaliknya D-Max 1.9L ini tampak lebih menonjol. Isuzu D-Max Stealth ini merupakan model dibina berdasarkan varian 4×4 Premium Automatic yang didatangkan dengan enjin 1.9L Ddi Blue Power dan hanya terhad kepada 180 unit! Model ini didatangkan dengan dua warna pilihan, Stallion Black Metallic dan Silky White Pearl tapi kami lebih gemar menggelar dua pilihan warna ini sebagai Snake Eyes dan Storm Shadow, watak dalam G.I Joe! Isuzu D-Max Stealth ini tampil menonjol dengan penggunaan komponen berwarna hitam menggantikan krom pada bahagian gril depan, lampu depan, lampu fog, kemasan bumper, rail bumbung dan bumper belakang. Bukan itu sahaja, Stealth turut dilengkapi rim 18 inci dua-tona dengan kemasan merah yang menaikkan lagi imej ‘bad boy’. Bagaimanapun, bagi kami ciri paling terutama atau ‘piece de resistance’ terletak di bahagian sisi trak pikap ini menerusi sistem Powerstep. Power Step ini berfungsi dengan menawarkan tapak sokongan untuk pemandu dan penumpang memijak ketika cuba masuk ke dalam kenderaan. Tapak sokongan itu akan terkeluar secara automatik ketika pintu dibuka namun akan kembali ‘tersorok’ di bahagian sisi sebaik pintu ditutup. Ruang dalam pula menyerlah dengan tempat duduk kulit berwarna merah dengan tulisan Stealth berwarna perak sekaligus menampakkan elemen sport. Ciri keselamatan juga dipertingkat dengan kamera rakaman ‘dascham’ iROAD depan dan belakang yang bukan sahaja merakam ketika memandu malah ketika berada dalam tempatk letak kereta. Fungsi ‘Mod Parking’ akan diaktifkan dengan penggunaan sensor yang akan mengesan jika terdapat sebarang insiden tidak diingini berlaku di depan dan belakang. Dashcam ini juga boleh disambung ke telefon pintar bagi memudahkan lagi penggunaan. Bagi yang berminat Isuzu D-Max Stealth ini ditawarkan pada harga RM125,799 (Semenanjung Malaysia) dan RM128,176 di Sabah serta RM128,220.30 di Sarawak. Isuzu Malaysia turut menawarkan sports roll bar secara percuma atau tambah RM2,000 berbanding RM5,000 untuk T-Lid Cover bagi yang membuat tempahan pada Ogos. Untuk maklumat lanjut layari www.isuzu.net.my/pickup atau Facebook Isuzu Malaysia. Advertisements
motogp-marquez-sah-terlepas-dua-aksi-pembukaan-di-qatar
BERITA ANTARABANGSA MotoGP: Marquez Sah Terlepas Dua Aksi Pembukaan Di Qatar Posted on March 23, 2021March 23, 2021 by Amirul Azreen Marc Marquez mengesahkan dirinya tidak akan terlibat dalam pusingan pertama dan kedua MotoGP di Litar Antarabangsa Losail, Qatar. Pelumba Repsol Honda itu membuat keputusan terbabit selepas menjalani dua sesi ‘track day’ dengan jentera RC213V-S di Barcelona dan Portimao, minggu lalu. “Selepas mendapat nasihat doktor, mereka menasihati saya bawah penting untuk tidak beraksi di GP Qatar dan meneruskan proses pemulihan untuk beberapa minggu lagi. “Sudah tentu saya mahu terlibat dalam aksi pembukaan tetapi kami perlu memastikn saya kembali pulih sepenuhnya sebelum turun beraksi,” jelasnya. Juara dunia enam kali itu kemudian mengesahkan akan terlepas aksi pusingan kedua di litar sama pada April 4 nanti di laman sosial Instagram. Advertisements
emisi-euro5-menandakan-penamat-bagi-aprilia-shiver-dan-dorsoduro
Moto Malaya Emisi Euro5 Menandakan Penamat Bagi Aprilia Shiver Dan Dorsoduro? Posted on October 20, 2020October 20, 2020 by Amirul Azreen Aprilia mungkin menghentikan pengeluaran Shiver dan Dorsoduro susulan peraturan pengawalan emisi Euro5. Meskipun Aprilia masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi namun dengan kedua-dua model hanya mencapai standard Euro4 ketika ini, senario itu hampir pasti akan berlaku. *Aprilia Shiver 900 Melainkan pengeluar motosikal Itali bercadang untuk menghasilkan enjin baharu bagi Shiver dan Dorsoduro. Bagaimanapun, ketiadaan ‘spyshot’ yang memaparkan Shiver atau Dorsoduro dengan enjin baharu di sekitar kilang di Noale, Itali seakan memberi gambaran bahawa Aprilia tidak bercadang meneruskan pengeluaran kedua-dua model terbabit. *Aprilia Dorsoduro 900 Apatah lagi, Aprilia dilihat sibuk memberi fokus kepada RS660 yang baru dilancarkan, serta Tuono 660 di samping Tuareg 660 turut dilihat menjalani ujian ketika ini. Atas faktor itu, kebarangkalian untuk Aprilia mengetepikan Shiver dan Dorsoduro adalah tinggi apatah lagi enjin 660 yang dibangunkan itu dilihat sebagai masa depan baharu Aprilia untuk beberapa tahun akan datang. Sekiranya Aprilia masih berminat untuk meneruskan legasi Shiver dan Dorsoduro, mungkin mengguna pakai enjin 660 adalah langkah seterusnya bagi mereka. Advertisements
nikmati-rebat-sehingga-rm5000-bagi-setiap-pembelian-honda-city-dan-br-v
BERITA TEMPATAN Nikmati Rebat Sehingga RM5,000 Bagi Setiap Pembelian Honda City Dan BR-V! Posted on March 22, 2021March 22, 2021 by Amirul Azreen Sempena kempen ‘1 Million Dreams’, Honda Malaysia kini menawarkan rebat bernilai RM5,000 bagi setiap pembelian Honda City dan BR-V. Rebat istimewa ini merupakan tawaran tambahan daripada promosi kempen Honda 1 Milion Dreams. Menurut Honda Malaysia, orang ramai boleh menikmati rebat tunai, baucar servis dan baucar alat ganti bernilai sehingga RM5,000 bagi yang mendaftarkan City baharu dan BR-V dari 16 Mac hingga 31 Mac ini. Honda Malaysia turut menggesa orang ramai untuk mendaftarkan kenderaan secepat mungkin di pengedar Honda terdekat sebelum 31 Mac ini. Honda City serba baharu ini dikuasakn enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menawarkan 121PS dan 145Nm serta dipadankan bersama transmisi CVT. Manakala model terbaru BR-V, yang diperkenalkan pada tahun 2020 kekal sebagai antara model paling popular dengan enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang menawarkan 120PS. Advertisements
ducati-multistrada-v4-tak-perlu-servis-desmo
BERITA ANTARABANGSA ducati Ducati Multistrada V4 Tak Perlu Servis Desmo? Posted on October 23, 2020October 23, 2020 by Amirul Azreen Ducati yang selama ini terkenal dengan penggunaan injap Desmodromic valve actuation membuat keputusan untuk menyisihkan sistem itu bagi Multistrada V4. *enjin V4 Granturismo yang diguna pakai Multistrada V4 Pengeluar motosikal premium Itali itu telah pun memulakan proses pengeluaran Multistrada V4 baru-baru ini. Bagaimanapun, Ducati turut mendedahkan bahawa jarak waktu servis utama (major service interval) adalah 60,000km. Menariknya, jarak waktu servis yang besar itu membuktikan Ducati mengetepikan penggunaan injap Desmodromic yang telah pun diguna pakai pada semua model Ducati sejak lewat 60an. Perkembangan baharu itu dilihat sebagai langkah Ducati dalam memfokuskan terhadap memanjangkan jangka hayat berbanding prestasi enjin. Sebaliknya, Multistrada V4 ini akan mengguna pakai ‘valve spring’ sekaligus memanjangkan jarak waktu servis utama berbanding 30,000km sebelum ini. Injap Desmodromic tidak bergantung pada spring untuk menyalurkan gas ke enjin. Sebaliknya, enjin dengan injap desmodromic mempunyai dua ‘cam’ serta dua ‘actuators’ yang bertindak membuka dan menutup tanpa perlunya penggunaan spring. Senario ini menyaksikan enjin Ducati mampu menahan RPM yang lebih tinggi berbanding enjin dengan injap spring. Bagi memastikan enjin konvensional (dengan injap spring) mampu menangani RPM tinggi, spring lebih berat digunakan. *Motosikal pertama di dunia lengkap dengan sistem radar Dalam perkembangan sama, Ducati Multistrada V4 ini turut didatangkan dengan sistem radar yang julung kalinya diperkenalkan pada sebuah motosikal. Sistem radar itu menyumbang kepada penggunaan ‘adaptive cruise control’di samping mempertingkatkan ciri keselamatan model terbabit. Advertisements
pdrm-cadang-kenderaan-guna-e-plate-sebagai-langkah-cegah-jenayah
BERITA TEMPATAN PDRM Cadang Kenderaan Guna ‘E-Plate’ Sebagai Langkah Cegah Jenayah Posted on May 6, 2021May 6, 2021 by Amirul Azreen Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan agar semua kenderaan mengguna pakai nombor pendaftaran jenis ‘e-plate’ yang lengkap dengan cip keselamatan sebagai langkah cegah jenayah dalam negara. Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed,. Menurut Datuk Huzir, cadangan tersebut antara yang telah dikemukakan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan untuk dipertimbangkan. Baginya, sudah tiba masa Malaysia menyeragamkan nombor pendafaran yang lengkap dengan cip keselamatan bagi mencegah jenayah. “Sukar untuk individu atau penjenayah membuat nombor pendaftaran palsu dan sebagainya kerana ia diselaraskan dan hanya satu badan atau jabatan membuat nombor pendaftaran. “Ia akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan ketidakpatuhan pengguna jalan raya, termasuk tidak mematuhi lampu isyarat, jelas Huzir. Langkah tersebut juga dilihat dapat membantu JSJ menangani kes kecurian kenderaan yang merupakan antara penyumbang tertinggi kes jenayah di Malaysia. – BH Advertisements
selangor-kuala-lumpur-putrajaya-dikenakan-pkpb-semula
BERITA TEMPATAN Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya Dikenakan PKPB Semula Posted on October 12, 2020October 12, 2020 by Amirul Azreen Kerajaan membuat keputusan untuk kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. PKPB akan berkuatkuasa bermula 12.01 malam daripada 14 hingga 27 Oktober ini. Perkara itu diumumkan sendiri, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di samping mengambil kira peningkatan kes positif Covid-19 dalam negara. Perlaksanaan PKPB menyaksikan pergerakan rentas daerah adalah tidak dibenarkan namun pekerja yang perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan. Pada masa sama, hanya dua orang dari isi rumah dibenarkan untuk keluar memberi barangan keperluan. Sementara itu setiap institut pengajian termasuk sekolah, pegajian tinggi, latihan kemahrian, tadika, taska, pusat dan tahfiz ditutup. Rumah ibadat termasuk masjid dan surau juga ditutup manakala segala majlis tidak dibenarkan untuk diadakan termasuk segala pusat hiburan. Bagaimanapun, segala aktiviti ekonomi di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berjalan seperti biasa. Advertisements
mv-agusta-superveloce-800-2020-dilancarkan-di-eropah-rm98000
Moto Malaya MV Agusta Superveloce 800 2020 Dilancarkan Di Eropah- RM98,000! Posted on August 8, 2020August 8, 2020 by Amirul Azreen Awal tahun ini, MV Agusta telah berkongsi beberapa imej Superveloce 800, sportsbike segmen pertengahan dengan enjin 799cc. Kini, pengeluar motosikal premium Itali itu berkongsi spesifikasi dan maklumat terperinci mengenai model tersebut. MV Agusta Superveloce 800 didatangkan dengan nadi sama yang terdapat pada F3 dengan enjin 3-inline yang menghasilkan 148hp pada 13,000rpm dan 88Nm pada 10,600rpm hasil bantuan 12 valve titanium. Menariknya, MV Agusta turut menawarkan kit ‘race’ yang akan meningkatkan kuasa ke 153hp pada 13,250rpm. Rekaan unik yang terdapat pada Superveloce 800 tertumpu kepada rekaan lampu bulat LED di bahagian depan yang seakan menonjolkan lagi elemen klasik. MV Agusta turut mendakwa telah melaksanakan pemetaan baharu terhadap sistem enjin bagi menjaminkan kuasa yang lebih responsif. Terdapat beberapa kemaskini elektronik yang terdapat pada F3 turut diperkenalkan pada Superveloce antaranya: empat tetapan enjin – Sport/Race/Rain/Customquickshifter MV EAS 2.1sistem traction control (8 peringkat) Fork depan menggunakan jenama Marzocchi sementara Sachs membekalkan penyerap hentakan belakang sementara sistem membrek menggunakan pakai Brembo 4 piston 34mm dengan cakera brek berukuran 320mm dan kaliper belakang 2 piston dengan brek cakera 220mm. Pada masa sama, sistem ABS Bosc 9 Plus dengan mod Race berfungsi dengan memastikan tayar belakang tidak terangkat ketika menekan brek. Sementara itu, MV Agusta turut menawarkan varian premium menerusi Serie Oro yang menggunakan fairing gentian karbon di samping penutup petrol yang direka khas yang digabungkan dengan kemasan kulit. MV Agusta Superveloce 800 ditawarkan dengan harga EUR19,000 (RM98,237) manakala Siri Oro EUR24,190 (RM119,415). Advertisements
pdrm-cadang-hadkan-motosikal-bawah-70cc-bagi-penunggang-20-tahun-ke-bawah
Moto Malaya PDRM Cadang Hadkan Motosikal Bawah 70cc Bagi Penunggang 20 Tahun Ke Bawah Posted on December 30, 2020December 30, 2020 by Amirul Azreen Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan cadangan perlesenan baharu kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) serta Kementerian Pengangkutan. Cadangan tersebut adalah menghadkan penunggang motosikal berusia di antara 16 hinnga 20 tahun untuk hanya dibenarkan menunggang motosikal 70cc ke bawah menjelang 2025. Perkara itu disuarakan sendiri Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Supt Bakri Zainal Abidin. “Kategori perlesenan baharu perlu dipertimbangkan untuk lima tahun akan datang bagi penunggang remaja yang menghadkan kepada motosikal berkapasiti kecil atau elektrik berkuasa rendah. “Hampir setiap tahun kemalangan maut motosikal membabitkan penunggang berusia di antara 16 hingga 20 tahun dan angka itu tidak berkurangan,” jelas Bakri. Dia turut menjelaskan bahawa motosikal ‘kapcai’ popular, Yamaha Y15ZR @ YSuku mampu mencecah kelajuan sekitar 160km/j. “Berdasarkan operasi yang telah dijalankan saban tahun, kami mendapati ‘kapcai’ sepert ini membahayakan golongan remaja dan pengguna jalan raya lain dan Ysuku adalah salah satu contoh,” tambahnya. – FMT Advertisements
benelli-dapat-suntikan-enjin-mv-agusta-brutale-1000
BERITA ANTARABANGSA Benelli Dapat Suntikan Enjin MV Agusta Brutale 1000 Posted on September 22, 2020September 22, 2020 by Amirul Azreen MV Agusta akan bergandingan pengeluar motosikal China, QJ Motor bagi membantu pengedaran jentera Itali itu di China. Bagaimanapun, kerjasama itu tidak berhenti disitu apabila QJ Motor – pemilik jenama Benelli – dicanang akan memperkenalkan jentera baharu yang akan mengguna pakai enjin daripada MV Agusta. Benelli turut berkongsi imej ‘kabur’ enjin empat silinder tersebut yang akan ditayangkan di CIMA, yang sedang pun berlangsung ketika ini. Gambar enjin itu sama dengan enjin yang diguna pakai MV Agusta pada model F4 (sportsbike) dan Brutale 1000 (naked). MV Agusta Brutale 1000 Namun, tidak dapat dipastikan sama ada penggunaan enjin tersebut hasil perjanjian dua hala atau MV Agusta telah pun menjual hak rekaan enjin tersebut kepada QJ Motor. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MV Agusta, Timur Sardarov, kerjasama ini menyaksikan mereka kini memasuki Fasa 2 dalam mengembangkan jenama MV Agusta. “Saya teruja dengan perjanjian bersama QJ motor yang sekaligus menjadikan MV Agusta sebagai jenama motosikal premium Itali nombor satu di China. “Kerjasama jangka panjang ini akan terus berkembang untuk 5 tahun akan datang. QJ merupakan pemain global yang besar dan saya yakin kami mampu berkembang pesat. “Kami juga sedang membangunkan sesuatu yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” jelasnya. Pengumuman itu mungkin merujuk kepada penggunaan enjin MV Agusta oleh Benelli bagi jentera berkuasa tinggi akan datang. Benelli 720S Ketika ini, Benelli 752S dan Leoncino 800 merupakan enjin (parallel-twin) terbesar ditawarkan Benelli. Meskipun dikilangkan di Wenling, China namun Benelli masih mengekalkan ibu pejabat dan R&D di Pesaro, Itali sekaligus mengekalkan kredibiliti sebagai jenama Itali. Tidak hairanlah, Benelli TRK 502 merupakan motosikal adventure paling laris dijual di Itali dalam tempoh dua tahun. Advertisements
ktm-malaysia-rasmikan-ktm-200-duke-2021-rm12888
Moto Malaya KTM Malaysia Rasmikan KTM 200 Duke 2021 – RM12,888! Posted on March 28, 2021March 28, 2021 by Amirul Azreen Jenama motosikal Austria, KTM, melancarkan 200 Duke 2021 untuk pasaran Malaysia menerusi pengedar rasmi, Eurotech Wheels. Bagi 2021, 200 Duke kekal menawarkan enjin 199.5cc satu silinder DOHC yang menawarkan 26hp pada 10,000rpm dan 19.4Nm pada 8,000rpm yang dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan. Bagaimanapun, bahagian lampu depan telah dinaik taraf berbanding model sebelumnya. Menurut KTM Malaysia, motosikal segmen ‘naked’ ini juga menawarkan tangki 13.4L serta hanya seberat 129.5kg (kering), 4 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya. Pengurangan berat itu dibantu oleh kerangka tubular dan sistem ekzos yang lebih ringan. Bukan itu sahaja, model 2021 ini juga tampil dengan pelbagai kemas kini terbaru antaranya penggunaan fork depan 43mm jenis ‘upside-down’serta penyerap hentakan tunggal belakang dari WP yang terbukti menawarkan kawalan yang lebih efisien. Manakala sistem membrek dikendalikan kaliper brek ByBre 4-pot dengan cakera brek 300mm depan serta kaliper ByBre satu pot belakang dengan cakera 230mm serta dibantu teknologi Anti-lock Braking System (ABS) satu saluran dari Bosch. Selain daripada menawarkan paparan jenis digital LCD sepenuhnya, model ini juga didatangkan dengan rim 17″ serta 800mm ketinggian tempat duduk. Orang ramai yang berminat boleh kunjungi pengedar KTM terdekat dan dapatkan KTM 200 Duke ini pada harga RM12,888! Advertisements
suzuki-gsx-s1000-serba-baharu-diperkenalkan-enjin-euro-5-150hp
Moto Malaya Suzuki GSX-S1000 Serba Baharu Diperkenalkan – Enjin Euro 5, 150HP! Posted on April 26, 2021April 26, 2021 by Amirul Azreen Suzuki melancarkan GSX-S1000 serba baharu, enam tahun selepas generasi pertama diperkenalkan pada 2015. Bagi tahun 2021, model generasi kedua tampil dengan rekaan serba baharu selain daripada menerima pelbagai naik taraf terkini sekaligus merevolusikan segmen motosikal ‘streetfigter’. Aspek paling menonjol adalah susunan lampu depan jenis LED heksagon sekaligus membuatkan GSX-S1000 ini lain dari yang lain. Rekaan yang lebih tirus dan minimalis digabungkan bersama rekaan tangki 19L serba baharu menghadirkan konsep reka bentuk yang lebih segar. Jurutera di Hamamatsu turut melaksanakan kemas kini terhadap enjin 999cc 4-inline yang kini mencapai standard Euro 5 dan kini menawarkan 150hp pada 11,000rpm berbanding 143hp pada generasi pertama. Suzuki GSX-S1000 2021 ini juga menyalurkan tork seawal RPM rendah dan pertengahan bagi menjaminkan tunggangan yang lebih lancar. Antara naik taraf lain yang dilakukan termasuk, intake baharu, camshaft ekzos dengan profil cam baharu, valve spring baharu dan kotak udara baharu. Model baharu ini juga tampil dengan pelbagai ciri elektronik terkini membabitkan: Suzuki Intelligent Ride System (SIRS)Suzuki Drive Mode Selector (SDMS)Suzuki Clutch Assist SystemQuickshifterTraction Control dengan lima mod berbezaSuzuki low-rpm assist Model ini turut didatangkan dengan paparan LCD digital yang sama terdapat pada GSX-R1000. Generasi kedua GSX-S1000 ini juga datang dengan handlebar 23mm lebih lebar dan 20mm lebih dekat dengan penunggang sekaligus meningkatkan keselesaan sewaktu menunggang. Antara ciri lain ditawarkan: fork depan boleh laras (preload/rebound) dari KYBcakera brek depan 310mm dengan kaliper monobloc Brembotangki 19L Advertisements
ducati-perkenalkan-monster-2021-18kg-lebih-ringan-111hp
BERITA ANTARABANGSA Ducati Perkenalkan Monster 2021 – 18kg Lebih Ringan, 111hp! Posted on December 3, 2020December 3, 2020 by Amirul Azreen Episod akhir web series Ducati World Premier 2021 (DWP2021) menampilkan Monster generasi baharu. Sejak Ducati memperkenalkan Monster pertama pada 1993, model itu muncul sebagai motosikal dari kilang Borgo Panigale paling popular dengan lebih 350,000 unit telah pun terjual dalam tempoh 30 tahun ini. Kejayaan itu sekaligus menyaksikan Ducati melengkapkan DWP2021 dengan Monster selepas melancarkan Multistrada V4, Panigale V4 SP dan Diavel 1260 Lamborghini. Bagi generasi baharu Monster, jurutera Ducati memfokuskan pembinaan dalam memberi penekanan terhadap rekaan kompak dan ringan. Menurut Ducati, segalanya tentang Monster 2021 ini adalah serba baharu namun masih lagi mengekalkan DNA model sebelumnya antaranya rekaan tangki jenis ‘bison back’ termasuk bentuk lampu bulat yang sekali imbas tampak seperti MV Agusta Brutale atau Dragster. Bagaimanapun, untuk 2021, Ducati menerapkan penggunaan kerangka depan jenis aluminium yang terdapat pada Panigale V4 dalam usaha merendahkan berat jenteras sekaligus menyaksikan motosikal ini menawarkan 166 kilogram. Setiap komponen juga telah direka semula dan hasilnya rim kini 1.7kg lebih ringan, swingarm 1.6kg lebih ringan dan berat subframe turun 1.9kg hasil daripada teknologi GFRP (Glass Fibre Reinforced Polymer) sekaligus menyaksikan penurunan berat sehingga 18kg. Ducati Monster 2021 ini juga bernadikan enjin baharu, Testastretta 937cc silinder berkembar (twin-cylinder) 11-darjah yang menjana 111hp pada 9,250rpm dan 95Nm pada 6,500rpm. Antara ciri lain ditawarkan: Ducati Quickshift (up/down)ABS CorneringTraction controlWheelie controlLaunch control.Tiga mod tunggangan; Sport, Urban dan TouringPaparan TFT 4.3 ini berwarna Monster 2021 ini boleh didapati dengan tiga warna pilihan, Ducati Red, Dark Stealth dengan rim hitam dan Aviator Grey dan rim GP Red. Advertisements
kerajaan-jepun-cadang-gabungkan-honda-nissan
BERITA ANTARABANGSA Kerajaan Jepun Cadang Gabungkan Honda-Nissan Posted on August 18, 2020August 18, 2020 by Amirul Azreen Kerajaan Jepun telah cuba mengusulkan cadangan untuk menggabungkan Nissan dan Honda ekoran terdapat kebimbangan mengenai masa depan negara itu dalam sektor pengeluaran kereta. Cadangan itu telah diusulkan pada penghujung 2019 atas kebimbangan Jepun kehilangan kelebihan sebagai antara negara pengeluar kereta terbesar dunia susulan peralihan ke kereta elektrik. Difahamkan, idea gabungan Nissan-Honda datangnya daripada penasihat Perdana Menteri, Shinzo Abe tatkala mereka bimbang kerjasama di antara Nissan dengan Renault SA of France semakin getir sejak 2018 susulan penahanan Carlos Ghosn atas kesalahan pecah amanah. Penasihat Abe bimbang, pertalian di antara Nissan dengan Renault akan membawa kepada kejatuhan syarikat itu lalu menjejaskan imej Nissan bersama-sama Mitsubishi Motors Corp yang turut sama terlibat dalam kerjasama tiga penjuru tersebut. Menurut laporan, difahamkan Nissan-Honda telah pun menolak cadangan gabungan tersebut dengan menunjuk kepada struktur rumit Nissan-Renault menjadi penyebab utama. Nissan turut menolak cadangan tersebut kerana mahu memfokuskan semula kerjasama dengan Renault. Di antara lapan pengeluar kereta Jepun, empat daripadanya – Mazda Motor Corp., Subaru Corp., Suzuki Motor Corp., dan Daihatsu Motor Co – mempunyai talian dengan Toyota Motor Corp sekaligus menjadikan Honda satu-satunya pengeluar tanpa jalinan kerjasama dengan pengeluar lain. – JT Advertisements
motogp-morbidelli-bakal-sertai-pasukan-factory-musim-2022
Moto Malaya MotoGP: Morbidelli Bakal Sertai Pasukan Factory Musim 2022 Posted on January 22, 2021January 22, 2021 by Amirul Azreen Franco Morbidelli menamatkan Kejuaraan Dunia MotoGP 2020 di belakang Joan Mir selepas 14 pusingan musim lalu. Pelumba Petronas Sepang Racing Team (SRT) itu, berjaya merekodkan tiga kemenangan meskipun menunggang YZR-M1 ‘Spec-A’ 2019 berbanding ‘Spec Factory’ yang ditunggang rakan sepasukan, Fabio Quartararo. Meskipun akan meneruskan musim 2021 dengan jentera sama, prinsipal Petronas SRT, Razlan Razali meluahkan keyakinan bekas graduan akademi VR46 itu mampu muncul juara dunia musim ini. “Dia lebih konsisten berbanding prestasi pelumba lain dan sebab itu, beliau mampu menduduki tangga kedua (belakang Mir) dan jika dia tidak berdepan masalah teknikal (pada musim ini), dia boleh jadi juara dunia,” jelas Razlan. Sekiranya sasaran itu berjaya direalisasikan, Razlan luah keyakinan Morbidelli pasti akan dipancing pasukan ‘Factory’ seperti Ducati dan Honda susulan kontraknya bersama Petronas SRT berakhir 2022. Bagaimanapun, Razlan mendedahkan pasukan itu hanya akan melepaskan Morbidelli dengan pampasan yang setimpal. Morbidelli bakal memulakan saingan MotoGP 2021 dengan mentor dan juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi di Petronas SRT bermula dengan ujian pra-musim di Litar Losail, Qatar. – BERNAMA Advertisements
wajarkah-kenderaan-elektrik-mudah-alih-dibenarkan-guna-jalan-raya-awam
Moto Malaya Wajarkah Kenderaan Elektrik Mudah Alih Dibenarkan Guna Jalan Raya Awam? Posted on September 7, 2020September 7, 2020 by Amirul Azreen Baru-baru ini tular rakaman video yang memaparkan seorang individu lelaki bergerak di jalan raya awam menggunakan sebuah unicycle elektrik. Rakaman video tersebut turut mencuri tumpuan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang memuat naik video itu di laman Facebook miliknya. Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap penggunaan kenderaan mikromobiliti ini di jalan raya awam yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah orang lain. “Ini bukan sebarang basikal kerana ianya merbahaya lebih-lebih lagi untuk digunakan di atas jalan raya. Ia perlu dikawal sebelum berlakunya kemalangan bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada pengguna jalan raya lain. “Isu keselamatan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya lain, kerana tiadanya perlindungan insurans. “Jika berlaku kemalangan, individu yang berkenaan akan menghadapi masalah kewangan. Bagi pengguna lain, mereka pula yang terpaksa keluarkan duit sendiri atau membuat tuntutan insurans sendiri bagi tujuan membaiki kenderaan atau untuk perlindungan kesihatan mereka,” jelasnya. Perkongsian Dr Wee Ka Siong di Facebook juga selaras dengan RUU Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 dalam usaha mengawal selia semua jenis kenderaan di samping mengetatkan undang-undang terhadap salah laku di jalan raya. “Setelah RUU Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 diwartakan dan menjadi undang-undang, Kementerian Pengangkutan akan mengelaskan jenis-jenis kenderaan di bawah kategori mikromobiliti ini. “Mana yang wajar dilesen dan didaftarkan, akan diwajibkan berbuat demikian. Mana-mana jenis yang dari segi keselamatan tidak sesuai digunakan secara bercampuran di atas jalan raya, akan dihalang daripada digunakan atas dasar keselamatan dan kepentingan pengguna jalan raya yang lain,” tambahnya. Meskipun kenderaan mikromobiliti digunakan secara meluas di sesetengah negara luar namun bukan bermakna resepi sama boleh diterapkan di Malaysia. Walaupun ada yang bermodalkan ‘dapat mengurangkan jumlah motosikal dan kereta’ di Malaysia dalam usaha menghalalkan penggunaan kenderaan mikromobiliti, namun hakikatnya pertambahan kenderaan pelbagai jenis akan memberi impak negatif terhadap keselamatan pengguna jalan raya lain. Advertisements
kononnya-motosikal-rosak-sebelum-samun-jadi-taktik-baharu-pencuri-pdrm
Moto Malaya Kononnya Motosikal Rosak Sebelum Samun Jadi Taktik Baharu Pencuri – PDRM Posted on November 6, 2020November 6, 2020 by Amirul Azreen Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya untuk berhati-hati untuk tidak menjadi mangsa kecurian. Ini kerana PDRM telah mengesan taktik terkini penjenayah yang berpura-pura mengalami kerosakan motosikal sebelum bertindak menyamun mangsa yang memberhentikan kenderaan untuk membantu. Peringatan tersebut dimuat naik ke laman Facebook Polis Diraja Malaysia yang mendedahkan modus operandi terbaru yang diguna pakai perompak. CRIME ALERT: AWAS! PURA-PURA MOTOSIKAL ROSAK SEBELUM SAMUN Jika anda memandu kenderaan secara berseorangan atau bersama…Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Friday, 6 November 2020 Menurut perkongsian itu, PDRM mendedahkan bahawa penjenayah akan berpura-pura memerlukan bantuan kerana motosikal rosak atau kehabisan minyak di bahu jalan. Sekiranya ada yang memberhentikan kenderaan dan cuba membantu, penjenayah ini akan terus mengacukan senjata seperti parang bagi merompak barang berharga milik mangsa sebelum melarikan diri. PDRM juga meminta orang ramai untuk berwaspada sebelum menghulurkan bantuan terutamanya di kawasan sunyi. Advertisements
progam-pembangunan-gazoo-racing-cungkil-pelumba-masa-depan-negara
BERITA TEMPATAN Progam Pembangunan Gazoo Racing Cungkil Pelumba Masa Depan Negara Posted on September 23, 2020September 23, 2020 by Amirul Azreen UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengumumkan Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing dalam usaha mengasah bakat muda negara di antara umur 14 hingga 20 tahun. Memfokuskan pada pelumba yang sedang transisi daripada perlumbaan go-kart kepada perlumbaan kereta saloon, program ini telah pun merekrut enam bakat baharu yang akan menerima latihan sebelum diberi peluang beraksi di Musim 4, Toyota Vios Challenge. Enam pelumba tersebut merangkumi Mika Hakimi dan Amer Harris (17 tahun), Naquib Azlan (20 tahun), Jwan Hii (18 tahun), Putera Adam (14 tahun) dan Troy Eimann (16 tahun). Menurut Ketua Pegawai Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama, menyifatkan Toyota Vios Challenge tak pernah gagal mencuri perhatian pelumba muda. “Antara kejayaan utama Toyota Vios Challenge adalah bukan sahaja menarik pelumba muda malah memberi mereka peluang untuk beraksi di samping pelumba berpengalaman. “Ketika Musim 3 Toyota Vios Challenge, kami sedar terdapat banyak penyertaan daripada pelumba muda sekaligus menjadikan perlumbaan ini platform terbaik dalam mengasah bakat. “Kejayaan Hayden Haikal – yang baru berusia 16 tahun – untuk menjuarai kategori Sporting Class sementara Bradley Benedict Anthony, 18 tahun, yang mendapat tempat kedua mengesahkan perkara itu,” jelasnya. Sementara itu, Takeyama menjelaskan semua enam pelumba akan menjalani latihan intensif di dalam dan luar litar dengan pemantauan rapi tenaga pengajar di Sekolah Gazoo Racing bermula bulan ini. Para peserta juga perlu memenuhi syarat bagi mendapatkan lesen pertandingan kebangsaan oleh Persatuan Permotoran Malaysia (MAM). Advertisements
spyshot-ktm-250-adventure-jalani-ujian-di-india
Moto Malaya SPYSHOT: KTM 250 Adventure Jalani Ujian Di India Posted on August 7, 2020August 7, 2020 by Amirul Azreen KTM mencuri tumpuan apabila memperkenalkan jentera 390 Adventure, awal tahun ini. Jentera tersebut bingkas memperkembangkan segmen bawah 400cc yang sebelum ini hanya menawarkan jentera berkonsepkan naked sport dan touring antaranya menerusi Duke 390 dan Bajaj Dominar D400. Kini, pengeluar motosikal Austria itu – yang mengilangkan jentera bawah 400cc di India hasil kerjasama dengan Bajaj – kini didapati sedang giat menjalankan ujian terhadap KTM Adventure varian 250cc. KTM 250 Adventure pastinya akan menarik lebih ramai pembeli tatkala segmen itu menawarkan harga yang lebih mampu milik di samping jenama KTM lebih kukuh berbanding pengeluar lain dalam segmennya. KTM 250 Adventure ini dijangka mengguna pakai enjin 248.8cc satu silinder yang terdapat pada Duke 250 yang menawarkan sekitar 30hp dan 24Nm. Difahamkan, model ini juga didatangkan dengan kotak gear 6-kelajuan dengan slipper clutch, dan quickshifter bi-directional serta sistem ABS. Berdasarkan gambar yang dikongsi, jelas memaparkan keseluruhan rupa 250 Adventure ini tak tumpah seperti 390 Adventure bagaimanapun dijangka terdapat beberapa perubahan kecil antaranya penggunaan lampu depan halogen berbanding LED sepenuhnya pada varian 390. Ketika ini, tiada pengesahan sama ada KTM Malaysia akan memperkenalkan 250 Adventure untuk pasaran tempatan tatkala 390 Adventure masih belum diperkenakan di sini. – GaadiWaadi Advertisements
tular-video-pandu-kereta-polis-cuba-kesan-kanak-kanak-darjah-tiga
Moto Malaya Tular Video Pandu Kereta, Polis Cuba Kesan Kanak-Kanak Darjah Tiga Posted on September 7, 2020September 7, 2020 by Amirul Azreen Rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu kereta jenis Proton Saga bukan sahaja mencuri perhatian warganet malah pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Rembau, Negeri Sembilan, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam, mengesahkan pihaknya kini sedang mengesan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut. “Kami akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video tular,” jelasnya kepada Sinar Harian. Rakaman berdurasi 54 saat itu menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki memakai baju biru dengan selamba memandu kereta jenis Proton Saga. Kanak-kanak tersebut turut memberitahu bahawa bapanya yang mengajar cara memandu kereta tersebut. – Sinar Harian Advertisements
mv-agusta-lancar-superveloce-alpine-hanya-110-unit-dibina-rm179900
BERITA ANTARABANGSA mv agusta MV Agusta Lancar Superveloce Alpine – Hanya 110 Unit Dibina, RM179,900! Posted on December 11, 2020December 11, 2020 by Amirul Azreen MV Agusta Superveloce Alpine 2021 merupakan projek kolaborasi bersama Alpine of France yang menyaksikan jentera edisi khas ini terhad kepada 110 unit seluruh dunia. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), MV Agusta, Timur Sardarov mendedahkan rata-rata pelanggan Alpine juga merupakan peminat MV Agusta lantas tercetusnya kerjasama ini. “Superveloce Alpine menggabungkan dua dunia termasuk aspek rekaan, personaliti dan gaya. Kami yakin jentera edisi terhad ini akan disambut baik oleh peminat dua roda dan sukan permotoran seluruh dunia,” jelasnya. Menurut MV Agusta, Monica Design Studio telah bekerjasama dengan pereka Alpine bagi melahirkan MV Agusta Superveloce Alpine 2021 dengan menzahirkan pilihan warna Blue Alpine dan Ago Silver. Bahagian fairing juga terpampang lencna Alpine A110. Model ini dibina dengan bahan gentian karbon (carbon fiber) sebagai asas utama yang boleh dilihat di bahagian fairing bawah, fender depan dan belakang serta pelindung rantai manakala bahagian steering head memaparkan nombor unit edisi terhad dari 001 hingga 110. Enjin 798cc 3-inline (kini Euro 5) menawarkan 147hp pada 13,000rpm dan 88Nm pada 10,100rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan yang boleh diakses menerusi quickshifter (up/down). Antara ciri lain ditawarkan: kerangka steel trellis dengan swingamr aluminiumfork depan Marzocchi (USD) 43mmmonoshock belakang Progressive Sachtayar depan 120/70-17tayar belakang 180/70-17ABS Cornering Continental MK100 Sementara itu, sistem brek dikendalikan cakera brek (depan) 320mm dengan Brembo monoblock 4-piston dan 220mm (belakang) dengan kaliper Brembo 2-piston. MV Agusta menawarkan Superveloce Alpine ini dengan harga EUR36,300 (RM179,900). Advertisements
kami-langsung-tak-pertimbang-dovizioso-razlan-razali
Moto Malaya Kami Langsung Tak Pertimbang Dovizioso – Razlan Razali Posted on September 9, 2020September 9, 2020 by Amirul Azreen Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali menegaskan pihaknya tidak bercadang untuk memikat Andrea Dovizioso bagi musim 2021. Penjelasan itu dibuat susulan terdapat khabar angin bahawa Petronas SRT berminat dengan khidmat pelumba Itali itu selepas disahkan bakal meninggalkan Ducati, hujung musim ini. Razlan dalam perkongsian terbaru di Facebook berkata, ‘Saya ingin menjelaskan, kami langsung tidak mempertimbangkan Dovi bagi musim 2021.” Terdahulu, Razlan akui dia dalam dilema sama ada membawa masuk legenda MotoGP, Valentino Rossi atau memberi slot itu kepada pelumba negara, Hafizh Syahrin. Menerusi temubual bersama StadiumAstro, Razlan akui berasa tersepit. “Saya memang tersepit dalam hal ini. “Saya seorang yang patriotik, kalau boleh saya nak letakkan pelumba negara kita. “Tetapi kami perlu membuat pemilihan berdasarkan keputusan dicapai kerana di tahap MotoGP, pelumba itu harus terus menyerlah dan bukannya mencari pendedahan setahun dua lagi,” jelasnya. Advertisements
17000-unit-toyota-dan-lexus-berjaya-dijual-pada-suku-pertama-2021
BERITA TEMPATAN 17,000 Unit Toyota Dan Lexus Berjaya Dijual Pada Suku Pertama 2021 Posted on April 7, 2021April 7, 2021 by Amirul Azreen UMW Toyota berjaya merekodkan jualan 17,000 unit bagi model Toyota dan Lexus pada Suku Pertama (Q1) 2021. Angka itu menyaksikan UMW Toyota merekodkan peningkatan 62 peratus berbanding tempoh sama pada 2020. Toyota Vios muncul sebagai model paling laris diikuti Hilux yang terus menjadi peneraju segmen trak pikap di Malaysia dengan lebih 56 peratus. Sementara itu, Toyota Yaris kekal mendahului segmen hatchbak bukan nasional bagi Q1 dengan 73 peratus manakala Vios dan Vios GRS turut menyumbang kepada perkembangan positif dengan 5,000 unit telah pun terjual sejak pelancaran. Bagaimanapun, penjualan GR Yaris paling mengejutkan dengan kurang 200 unit yang diperuntukan untuk pasaran Malaysia (dari 25,000 unit dibina untuk seluruh dunia) habis dijual dalam tempoh sebulan. Pada masa sama, sempena dengan ketibaan bulan Ramadan dan seterusnya Hari Raya, UMW Toyota memperkenalkan promosi ‘Countless Rewards’ yang membabitkan pengecualian cukai jualan di mana pelanggan boleh menikmati penjimatan terbaik sempena Aidilfitri. Advertisements
rasmi-sym-jet-x-dilancarkan-dari-rm8888
BERITA TEMPATAN RASMI: SYM Jet X Dilancarkan – Dari RM8,888! Posted on May 18, 2021May 18, 2021 by Amirul Azreen MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama SYM di Malaysia, melancarkan SYM Jet X untuk pasaran tempatan. SYM Jet X ini merupakan motosikal jenis skuter yang sertai segmen 150cc di Malaysia. SYM Jet 150 merupakan skuter 150cc yang turut dipasarkan di negara jiran, Thailand, dengan nama GPX Drone 150. Model ini digerakan dengan enjin 149.6cc satu silinder SOHC dengan penyejukan cecair dan dipadankan bersama transmisi jenis CVT. Model ini juga menawarkan ciri moden antaranya penggunaan lampu LED penuh depan dan belakang dengan DRL (daytime running light) serta skrin jenis LCD. Sementara itu sistem membrek dikendalikan CBS (Combine Braking System) dan dipadankan bersama cakera brek depan dan belakang. Selain daripada menawarkan ruang letak barang dengan kapasiti 18L, Jet X 150 ini turut tampil dengan slot pengecas USB QC 2.0. Menariknya, sistem penyerap hentakan berkembar belakang boleh diselaraskan dengan tiga tahap berbeza mengikut kesesuaian. Menurut MForce, SYM Jet X sudah boleh didapati di pengedar rasmi dengan harga berikut: Standard: RM8,888Special Edtiion: RM9,188 Advertisements
mrt-sah-jalin-kerjasama-dengan-sag-kasma-bakal-digantikan
BERITA ANTARABANGSA Moto2: MRT Sah Jalin Kerjasama Dengan SAG, Kasma Bakal Digantikan? Posted on December 4, 2020December 4, 2020 by Amirul Azreen SAG Racing Team sah bakal meneruskan aksi di Moto2 musim depan hasil kerjasama dengan pasukan Indonesia, Mandalika Racing Team (MRT). Perkara itu disahkan sendiri kedua-dua pasukan menerusi satu kenyataan rasmi. SAG Racing Team sebelum ini beraksi selama dua musim di pentas Moto2 bersama rakan kongsi dan penaja utama Onexox TKKR. Gandingan Onexox TKKR dan SAG Racing Team menyaksikan lima podium, satu kemenangan dan empat petak pertama berjaya dilakar oleh gandingan Remy Gardner dan pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin. Penyatuan baharu di antara MRT dan SAG Racing Team menyaksikan pasukan itu akan bertanding di bawah nama Pertamina Mandalika SAG Racing Team. Struktur baharu ini akan bergantung sepenuhnya terhadap pengalaman pelumba baharu, Thomas Luthi diikuti seorang lagi pelumba baharu yang akan diumumkan kemudian menggantikan Kasma meskipun pelumba itu masih lagi berbaki kontrak dua tahun. “Ketika ini, Kasma Daniel mempunyai kontrak bersama SAG Team namun keputusan akan dibuat dalam masa terdekat selepas mengambil kira kepentingan penaja utama,” jelas SAG Team. Sebelum ini, Kasma dicanang akan digantikan dengan pelumba Indonesia, Dimas Ekky Pratama. Sementara itu, principal pasukan SAG Team, Edu Perales turut mengucapkan terima kasih kepada Onexox TKKR. “Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Onexox TKKR terutamanya (Datuk) Bobie atas sokongan mereka selama dua musim sebelum ini,” jelasnya. Advertisements
benelli-dedah-spesifikasi-leoncino-800-fork-marzocchi-parallel-twin-754cc
Moto Malaya Benelli Dedah Spesifikasi Leoncino 800 – Fork Marzocchi, Parallel-Twin 754cc! Posted on November 13, 2020November 13, 2020 by Amirul Azreen Benelli merancakkan lagi motosikal segmen pertengahan (mid segment) dengan melancarkan Leoncino 800 dan 800 Trail. *Benelli Leoncino 800 Direka di Itali dan dihasilkan di China, anak syarikat Qianjiang Motorcycle itu mendedahkan Leoncino dengan enjin 754cc sekitar hujung tahun lalu selepas melakar kejayaan menerusi Leoncino 500. Dalam info terbaru didedahkan Benelli, Leoncino 800 ini didatangkan dengan kerangka jenis steel trellis (steel trellis frame) serta tangki 14 liter. *enjin parallel-twin 754cc Bahagian sisi tangki memaparkan lencana Benelli di samping angka 800 manakala fender depan seperti biasa terpampang maskot singa yang ikonik pada Leoncino. *lampu LED penuh depan dan belakang Rekaan lampu depan juga menggabungkan elemen moden dan klasik seperti mana yang dilaksanakan model dari pengeluar lain antaranya Triumph Trident dan Ducati Scrambler. *fork depan dan monoshock belakang boleh laras dari Marzocchi Menurut Benelli, Leoncino 800 ini menawarkan enjin 754cc parallel-twin (Euro 5) yang menjana 76.2hp pada 9,000rpm dan 68Nm pada 6,500rpm dengan segala kuasa itu disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan ‘slipper clutch’. Pengalaman tunggangan dipertingkat dengan penggunaan fork depan (inverted) 50mm dari Marzocchi boleh laras (rebound, compression dan preload) serta monocshock (boleh laras) manakala sistem membrek dikendalikan Brembo 4-piston. *kaliper Brembo 4-piston Sementara itu, bagi yang meminati pengayaan ala scrambler, Benelli turut menawarkan Leoncino 800 Trail. *Benelli Leoncino Trail Antara ciri yang diperkenalkan adalah kedudukan paip ekzos tinggi dan tampak klasik di samping penggunaan rim 19 inci depan (berbanding 17′ pada Leoncino 800) dan tayar knobby. *tayar 19′ depan Fork Marzocchi dan monoshock belakang juga menawarkan travel 5.5′- berbanding 5.1’pada model standard – sekaligus meningkatkan ketinggian tempat duduk ke 32.6′. Ketika ini Benelli masih belum mendedahkan sebarang maklumat harga mengenai Leoncino 800 dan 800 Trail ini namun pastinya akan jauh lebih rendah berbanding jenama lain dalam pasaran ketika ini. Advertisements
harga-rasmi-yamaha-mt-15-diumumkan-rm11988
Moto Malaya Harga Rasmi Yamaha MT-15 Diumumkan – RM11,988! Posted on November 19, 2020November 19, 2020 by Amirul Azreen Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan harga rasmi bagi MT-15. *Yamaha MT-15 dan MT-25 Orang ramai kini boleh mendapatkan Yamaha MT-15 dengan harga RM11,988 sebelum cukai jalan dan insurans dan memilih antara warna Ice Fluo atau Yamaha Blue. Yamaha MT-15 membuat penampilan sulung di Malaysia September lalu sewaktu pelancaran MT-25. Menariknya, MT-15 meneruskan DNA ‘Monster of Torque’ yang terdapat pada abang besar, MT-10, MT-09 dan MT-07. Membawa ciri ‘naked’, MT-15 menawarkan fork berwarna emas (tidak terdapat pada MT-25), dengan rekaan lampu depan (LED) seakaan MT-09 berbanding MT-25 yang memiliki bentuk lampu lebih tirus. Bentuk ‘ekor’ belakang juga mengekalkan rekaan sporty dengan penggunaan lampu LED sesuai dengan elemen ‘naked’ yang diketengahkan. Yamaha MT-15 didatangkan dengan enjin 155cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 18.5hp pada 10,000rpm dan 13.9Nm pada 8,500rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan. Sistem keselamatan utama pula terdiri dengan penggunaan Anti-lock Brake System (ABS) satu saluran (single-channel) dan High-Performance Variable Valves Actuation (VVA) dan Assist dan Slipper Clutch. Penggunaan chassis jenis Deltabox seperti yang terdapat pada R-15 juga menjaminkan tunggangan lebih cekap dan selesa. Antara ciri lain ditawarkan: tangki 10Ltinggi tempat duduk 810mmberat 138kgtayar (radial) depan 100/80-17tayar (radial) belakang 140/70-17cakera brek depan 282mmcakera brek belakang 220mm Menurut HLYM, setiap pembelian MT-15 akan didatangkan dengan kunci cakera brek Yamaha bernilai RM100! Advertisements
yamaha-mt-09-2021-dilancarkan-117hp-93nm
BERITA ANTARABANGSA Yamaha MT-09 2021 Dilancarkan – 117HP, 93Nm! Posted on October 28, 2020October 28, 2020 by Amirul Azreen Selepas tular beberapa gambar yang memaparkan reka bentuk MT-09 baharu, jentera naked dari Yamaha itu dilancarkan secara rasmi, hari ini. Jika dibandingkan dengan generasi kedua MT-09, generasi ketiga ini jelas tampil dengan rekaan serba baharu bagi tahun 2021. Yamaha MT-09 2021 kini didatangkan dengan enjin (lebih besar berbanding model sebelumnya) tiga silinder 890cc yang kini menjana 117hp dan 93Nm. Enjin serba baharu ini merupakan langkah kedepan Yamaha dalam mematuhi emisi Euro5 yang akan berkuatkuasa tahun depan. Meskipun sesaran lebih besar, namun enjin ini lebih ringan berbanding generasi sebelumnya. Sistem transmisi 6-kelajuan dibantu dengan klac assist/slipper yang dikelilingi kerangka Deltabox di samping subframe baharu. Malah, swingarm juga lebih ringan dengan penggunaan bahan jenis aluminium lantas menyaksikan Yamaha MT-09 2021 ini hanya seberat 189 kilogram. Sistem membrek hadir menerusi kaliper Nissin dan cakera brek 298mm di bahagian depan dan radial master cylinders dengan fork depan KYB dan penyerap hentakan belakang boleh laras (preload dan rebound). Lebih menarik, Yamaha turut melengkapkan MT-09 2021 dengan unit IMU enam-axis yang menawarkan ean-angle sensitive traction control, slide control, cornering ABS, rear-lift mitigation seperti yang terdapat pada YZF-R1. Antara ciri menarik lain ditawarkan: paparan TFT 3.5 inciquickshifter dengan auto-blipperlampu depan LED dengan DRL Advertisements
5-sebab-modenas-pulsar-ns200-abs-motosikal-beginner-terbaik-untuk-rakyat-marhaen
BERITA TEMPATAN Moto Malaya 5 Sebab Modenas Pulsar NS200 ABS Motosikal ‘Beginner’ Terbaik Untuk Rakyat Marhaen Posted on October 31, 2020October 31, 2020 by Amirul Azreen Segmen motosikal kapcai sememangnya mendominasi pasaran di Malaysia susulan menawarkan harga mampu milik, mudah dikendalikan dan tidak banyak karenah apatah lagi hadir dengan kos penyelenggaraan yang rendah. Namun, ada di antara kita yang turut memasang niat untuk naik taraf ke jentera lebih berkuasa bagi menikmati prestasi dan kelajuan yang lebih baik namun tidak memiliki bajet besar. Hakikatnya, tak semua mampu memiliki motosikal berkuasa tinggi, apatah lagi kebanyakan jenama motosikal meskipun bersesaran 200cc ditawarkan pada harga belasan ribu. *Modenas Pulsar NS200 ABS Bagaimanapun, terdapat sebuah motosikal 200cc yang bukan sahaja menawarkan ciri ‘big bike’ malah didatangkan dengan harga bawah RM10,000. Ini lima (5) sebab kenapa Modenas Pulsar NS200 ABS motosikal ‘beginner’ terbaik untuk rakyat marhaen. Reka bentuk moden *Reka bentuk bercirikan motosikal jenis naked Motosikal jenis ‘naked’ sememangnya menjadi idaman bagi setiap motosikal kerana menampilkan imej garang dan moden. Ketiadaan ‘fairing’ turut menyebabkan motosikal ini lebih ringan lantas mudah dikendalikan terutamanya sewaktu tunggangan di kawasan bandar. Modenas Pulsar NS200 ABS ini hanya seberat 154 kilogram. Tangki besar *Tangki berkapasiti 12L Pulsar NS200 ABS ini didatangkan dengan tangki berkapasiti 12L, terbesar bagi segmen motosikal 200cc dengan KTM 200 Duke pesaing terdekat, 11L. Motosikal ini turut menawarkan penjimatan terbaik bukan sahaja untuk kegunaan harian, malah untuk tunggangan jarak jauh. Anti-lock Braking System (ABS) *Sistem ABS dan kaliper ByBre Modenas Pulsar NS200 ini dilengkapi dengan ABS (satu saluran) bagi tahun 2020 berbanding model awal yang dilancarkan di Malaysia. Ini bermakna, ciri keselamatan telah dipertingkat dengan sistem paling penting masa kini. Sistem ABS memastikan tayar tidak akan terkunci sewaktu mengenakan brek terutamanya ketika menunggang di atas permukaan jalan yang basah lantas mengelakkan dari berlakunya gelincir. Sistem membrek juga dikendalikan dengan kaliper jenama ByBre (By Brembo). Enjin berkuasa dan tahan lasak *enjin satu silinder 199.5cc Motosikal ini didatangkan dengan enjin satu silinder 199.5cc SOCH dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 24hp pada 9,750rpmd dan 18.6Nm pada 8,000rpm. Lebih menarik, ini merupakan enjin sama yang terdapat pada KTM 200 Duke susulan Bajaj (sebelum dijenamakan sebagai Modenas di Malaysia) merupakan pemilik KTM lantas kedua-dua jenama ini berkongsi platform sama. Enjin ini juga tahan lasak dan menawarkan kelajuan maksima (atas kertas) sekitar 136km/j. Harga Mampu Milik Modenas Pulsar NS200 ABS ini ditawarkan pada hanya RM9,600 OTR! (hanya di Modenas Power Store Kota Damansara, dengan unit terhad). Jika menilai aspek enjin, ABS dan ciri lain ditawarkan, tiada siapa menyangka motosikal ini ditawarkan pada harga bawah RM10,000. Apatah lagi didatangkan sekali dengan waranti 2 tahun atau 20,000 km perbatuan (mana yang sampai dulu). Harga tersebut turut meletakkan Pulsar NS200 ABS sebagai pembelian lebih berbaloi berbanding motosikal lain dengan lingkungan harga sama seperti Yamaha Y15ZR, Brixton Cafe Racer 150, GPX Gentleman dan Honda RS150R yang tidak dilengkapi dengan ciri ABS. Sementara itu, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan Modenas Pulsar NS200 ABS ini boleh kunjungi Modenas Power Store di Kota Damansara atau hubungi +60128003470 untuk maklumat lanjut malah boleh bertemu dengan pemilik NS200 ABS lain yang menghantar jentera mereka untuk diservis bagi mendengar maklum balas secara terus. Advertisements
albert-arenas-ke-moto2-dengan-aspar-team-apa-nasib-hafizh-syahrin
BERITA ANTARABANGSA Moto2 Moto3 Albert Arenas Ke Moto2 Dengan Aspar Team, Apa Nasib Hafizh Syahrin? Posted on October 16, 2020October 16, 2020 by Amirul Azreen Pendahulu kejuaraan Moto3 ketika ini, Albert Arenas akan beraksi di Moto2 musim depan bersama pasukan semasa, Aspar Team. Dia akan digandingkan dengan Aron Canet yang ketika ini bersama Hafizh Syahrin di Moto2. Keputusan Aspar itu sekaligus menyaksikan Hafizh Syahrin diketepikan dari pasukan itu musim depan. *Hafizh Syahrin Peluang untuk Hafizh kekal di Moto2 musim 2021 juga tampak tipis tatkala rata-rata slot pasukan lain telah pun penuh. Jika Hafizh tidak berjaya kekal di Moto2, kelas kedua di MotoGP itu akan menyaksikan Kasma Danial Kasmayuddin dari pasukan ONEXOX TKKR SAG Team sebagai wakil tunggal negara. Kasma akan bersama ONEXOX sehingga 2022 selepas mengikat kontrak tiga tahun sebelum ini. *Albert Arenas Sementara itu, keputusan Aspar untuk menganugerahkan Arenas slot di Moto2 sebagai tindakan relevan tatkala pelumba itu mempamerkan aksi mantap di Moto3 musim ini. Menang dua pusingan berturut-turut di GP Qatar dan Jerez kemudian kembali merekodkan kemenangan di Red Bull Ring, Arenas kini mendahului kejuaraan dengan 135 mata, 6 mata dihadapan pencabar, Ai Ogura. Dalam perkembangan lain, Joe Roberts bakal menggantikan Enea Bastianini di Italtrans tahun depan. Advertisements
hanya-atlet-berpangkalan-di-luar-negara-boleh-ditemani-pasangan-imigresen
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Hanya Atlet Berpangkalan Di Luar Negara Boleh Ditemani Pasangan – Imigresen Posted on June 4, 2021June 5, 2021 by Amirul Azreen Baru-baru ini, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, meluahkan rasa kecewa terhadap Jabatan Imigresen Malaysia yang tidak memberi pelepasan terhadap isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf untuk bersamanya di luar negara. Bagaimanapun, pihak Imigresen dalam satu kenyataan menjelaskan kebenaran hanya diberikan atas sebab tertentu sahaja. “Merujuk kepada hantaran tular di media sosial oleh seorang pelumba motosikal berkenaan permohonan isteri beliau untuk keluar negara sudah pun ditolak. “Bagi tujuan melancong dan bercuti tidak dibenarkan keluar negara. Kelulusan diberikan kepada ahli sukan yang menetap dan berpangkalan di luar negara sahaja dibenarkan membawa pasangan. “Contohnya, pelumba basikal dan pemain golf profesional. Ahli sukan menyertai kejohanan secara on and off dan tidak menetap di luar negara, tidak dibenarkan membawa pasangan semasa menyertai kejohanan. “Hanya jurulatih dan kru profesional terbabit dibenarkan keluar bersama ahli sukan berkenaan.” Pada masa sama, Imigresen turut mendedahkan terdapat beberapa kes penyalahgunaan kelulusan permohonan keluar negara oleh warnganegara Malaysia menerusi pemeriksaan di pintu masuk negara. – HM Advertisements
honda-cb400f-dan-cb400x-2021-didedahkan-399cc-44hp
BERITA ANTARABANGSA Honda CB400F Dan CB400X 2021 Didedahkan – 399cc, 44HP! Posted on April 22, 2021April 22, 2021 by Amirul Azreen Honda telah melancarkan dua model baharu di Shanghai Auto Show menerusi CB400F dan CB400X 2021. Kedua-dua motosikal itu akan turut dipasarkan di China sebagai model pemasangan tempatan (CKD) oleh Wuyang Honda. Kedua-dua model ini menampilkan rupa hampir sama dengan versi 500cc namun dengan rekaan lampu LED yang kurang agresif. Honda CB400F Mengambil pendekatan sama seperti CB500F, model ini menampilkan DNA motosikal jenis ‘naked’ yang ditonjolkan menerusi tangki yang lebar, tempat duduk jenis split, dan corong udara di bahagian tangki dan ekor. CB400F ini juga didatangkan dengan handlebar jenis flat bag menghasilkan gaya duduk yang lebih agresif. Model ini menawarkan berat 188 kilogram dengan jarak antara tayar berada pada 1,416mm. Honda CB400X Dibangunkan mengikut acuan CB500X, rekaan keseluruhan motosikal segmen ‘touring’ ini hampir sama namun dengan beberapa ciri berbeza terutamanya bahagian lampu depan. Bagaimanapun, Honda mengekalkan penggunaan handlebar, tangki, dan penghadang angin yang sama terdapat pada CB500X. Menurut Honda, CB400X ini menawarkan berat sekitar 195kg sementara jarak antara tayar berada pada 1,416mm. Bagi pasaran China, CB400X ini didatangkan dengan dua varian; standard dan touring. Varian touring tampil dengan pelbagai aksesori antaranya panniers, top box dan crash guard. Honda CB400F dan CB400X ini dikuasakan dengan enjin parallel-twin 399cc dengan penyejukan cecair yang menjana 44.2hp dan 37Nm serta dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan. Kedua-dua model ini juga lengkap dengan paparan digital serta rim 17″. Ketika ini tiada pengesahan sama ada model ini akan diperkenalkan di Malaysia pada masa akan datang. Advertisements
niat-membantu-bengkel-sanggup-baiki-motosikal-secara-hutang-tapi-pelanggan-pula-lesap
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Niat Membantu, Bengkel Sanggup Baiki Motosikal Secara Hutang Tapi Pelanggan Pula Lesap Posted on July 26, 2023July 26, 2023 by Amirul Azreen Sebuah bengkel di Lembah Klang yang popular membaiki motosikal jenis Modenas Dominar dan Pulsar mencuri tumpuan di media sosial.  Ini kerana perkongsian terbaru oleh bengkel berkenaan menceritakan bagaimana mereka membantu seorang pelanggan wanita untuk membaiki motosikal jenis Modenas Pulsar RS200.  Berdasarkan perkongsian di Facebook, pelanggan tersebut telah meminta tolong bengkel untuk membaik pulih motosikalnya – walaupun tiada duit yang cukup –  kerana amat memerlukannya untuk pekerjaan menghantar barangan.  Atas dasar budi bicara , bengkel tersebut bersetuju membaiki motosikal pelanggan terbabit secara berhutang agar pelanggan boleh melakukan kerja dan mencari dana untuk membuat bayaran.  Namun, difahamkan pelanggan tersebut lesap sejak sebelum Aidilfitri hingga ke hari ini dan gagal membuat sebarang bayaran.  Perkongsian itu juga mendapat pelbagai reaksi di Facebook dengan rata-rata menasihatkan pemilik bengkel untuk mewajibkan deposit terlebih dahulu di samping ada yang mencadangkan untuk membuat perjanjian bertulis sebelum menawarkan perkhidmatan baik pulih secara berhutang. Advertisements
dua-wanita-ditahan-melakukan-aksi-superman-di-lebuhraya-kuala-lumpur-seremban
Moto Malaya Dua Wanita Ditahan Melakukan Aksi ‘Superman’ Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban Posted on August 8, 2020August 8, 2020 by Amirul Azreen Bukan sebagai pembonceng malah dua wanita ini antara enam individu ditahan gara-gara melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, awal pagi tadi. Keenam-enam individu tersebut yang merangkumi empat lelaki dan dua wanita ditahan menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan sekitar 1.40 pagi tadi oleh pegawai daripada Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Traifk (JSPT) Bukit Aman. Menurut kenyataan Timbalan Pengarah JSPT, Datuk Mohd Nadzri Hussain, kumpulan mat rempit itu – yang berusia di antara 20 hingga 27 tahun – didapati berlumba sesama sendiri sambil melakukan lagak ‘Superman’. “Mereka memberhentikan motosikal di sebuah stesen minyak di Technology Park, Sungai Besi dan ditahan dilokasi tersebut dan dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejaat Polis (Seremban),” jelasnya. – BH Advertisements
ducati-catat-penjualan-q3-terbaik-14694-unit-terjual-seluruh-dunia
Moto Malaya Ducati Catat Penjualan Q3 Terbaik – 14,694 Unit Terjual Seluruh Dunia! Posted on November 2, 2020November 2, 2020 by Amirul Azreen Meskipun tahun 2020 merupakan detik sukar bagi semua pihak susulan wabak Covid-19, Ducati masih mampu merekodkan penjualan Suku Ke-3 (Q3) terbaik pernah dilakukan. *Kilang Ducati di Borgo P Penjualan Q3 membabitkan bulan Jun hingga September menyaksikan lebih 14,694 unit terjual dengan bulan September mencatat penjualan tertinggi, 4,468 unit! China, Switzerland dan Jerman turut merekodkan penjualan lebih tinggi tahun ini berbanding tempoh sama pada 2019. *Ducati Streetfighter V4 Kami menjangkakan angka tinggi tersebut disumbang menerusi model premium terbaru membabitkan Panigale V4 dan Streetfighter V4 serta Panigale V2. *Ducati Panigale V4 Menurut Ducati, mengalihkan pelancaran motosikal ke platform digital menerusi strim langsung turut berjaya memastikan jenama itu terus disebut-sebut peminat di seluruh dunia. *Ducati Panigale V4R Dalam perkembangan sama, Ducati turut memperluaskan rangkaian dengan pembukaan pusat pameran di Rio de Janeiro, Vienna, Wolfsburg dan Antwerp. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali menyifatkan syarikat itu akan terus melaksanakan yang terbaik bagi para Ducatisti di seluruh dunia. Advertisements
ini-motosikal-ducati-monster-yang-ke-350000-diserahkan-kepada-pelanggan
BERITA ANTARABANGSA Ini Motosikal Ducati Monster Yang Ke-350,000 Diserahkan Kepada Pelanggan Posted on January 16, 2021January 16, 2021 by Amirul Azreen Ducati merekodkan pencapaian baharu apabila menyerahkan unit ke 350,000 Monster kepada pelanggannya. Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali dan Pengarah Pusat Rekaan Ducati, Andrea Ferraresi, telah menyerahkan sendiri unit ke 350,000 itu dalam bentuk Monster 1200 S ‘Black on Black’ kepada Ducatista, Sebastien Francois Yves Hervé De Rose. De Rose membuat tempahan motosikal tersebut dari pengedar Ducati di Milan namun telah dijemput khas ke kilang Borgo Panigale bagi penyerahan tersebut. Sebagai penghargaan, Monster 1200 S itu turut disertakan dengan plat yang memaparkan angka 350,000 termasuk sijil pengesahan yang ditandatangan Domenicali. *Ducati Monster 2021 Monster terus menjadi model paling popular dan paling lama ditawarkan Ducati sejak diperkenalkan pada 1992 menerusi Monster 600 dan kemudiannya 696 dan 1100 sehinggalah ke 797, 821, 1200 dan terbaru, Monster 2021 yang dijangka akan terus mengangkat nama Ducati dalam segmen motosikal jenis naked. Advertisements
honda-malaysia-panggil-semula-2784-unit-accord-dan-cr-v-berusia-20-tahun
Moto Malaya Honda Malaysia Panggil Semula 2,784 Unit Accord Dan CR-V Berusia 20 Tahun Posted on November 26, 2020November 26, 2020 by Amirul Azreen Honda Malaysia dalam satu kenyataan mengumumkan panggilan semula 2,784 unit model Accord dan CR-V berusia 20 tahun bagi menggantikan beg udara Takata. Daripada jumlah tersebut, 1,380 unit membabitkan Accord model 1999 manakala baki 1,404 unit lagi adalah CR-V model tahun 2000. Honda Malaysia percaya panggilan semula ini adalah penting sebagai langkah pencegahan bagi memastikan pemandu tidak akan berdepan masalah beg udara Takata tidak berfungsi dengan baik atau pecah. Menurut Honda, sehingga kini tiada lagi insiden kecederaan membabitkan beg udara Takata bahagian pemandu dari dua model ini. Sementara itu, pemilik yang terkesan akan dimaklumkan menerusi surat namun, Honda Malaysia menggesa semua pemilik terkesan untuk menghubungi pengedar rasmi Honda bagi membuat janji temu. Orang ramai yang mempunyai saudara mara yang memiliki Accord 1999 dan CR-V 2000 juga diminta untuk segera menghubungi Honda Malaysia bagi menggantikan beg udara tersebut secara percuma. Pada masa sama, orang ramai yang tidak pasti akan model yang dimiliki boleh menghubungi Honda di talian bebas tol 1-800-88-2020 untuk membuat semakan. Advertisements