title
stringlengths
5
182
body
stringlengths
104
38.4k
mitsubishi-evo-vi-edisi-tommi-makinen-ini-cecah-harga-rm573200
BERITA ANTARABANGSA Mitsubishi Evo VI Edisi Tommi Makinen Ini Cecah Harga RM573,200! Posted on May 6, 2021May 6, 2021 by Amirul Azreen Susulan pengumuman penarikan diri jenama Mitsubishi di United Kingdom, pengimport jenama itu, The Colt Car Company membuat keputusan untuk melepaskan beberapa koleksi babitkan model Evo. Berlangsung di Automotive Auctions, pembeli diberi peluang untuk membida model Mitsubishi yang diidamkan. Bagaimanapun, fokus utama sesi lelongan itu membabitkan sebuah Mitsubishi Evo VI Edisi Tommi Makinen dengan perbatuan serendah 10,000km telah terjual dengan harga GBP100,100 (RM573,200)! Penjualan itu mengatasi rekod jualan GBP99,000 (RM566,900) melibatkan sebuah Evo IX yang dijual empat tahun lalu. Mitsubishi memperkenalkan model Evo VI Edisi Tommi Makinen pada Januari 2000 sebagai penghargaan kepada kejayaan pelumba rali itu merangkul kejuaraan dunia rali WRC kali keempat berturut-turut. Berikut senarai model Mitsubishi Evo lain yang turut terjual: Mitsubishi Lancer Evolution IX MR FQ-360 oleh HKS – GBP68,900 (RM394,500)Mitsubishi Evo X model 40 (model terakhir edisi FQ-440 MR) – GBP58,100 (RM332,700) Mitsubishi Lancer Evo IX Group N Works Rally Car – GBP61,700 (RM353,300)Mitsubishi Mk1 Colt Lancer 1.4 Standard 2-Pintu – GBP15,000 (RM85,900)Mitsubishi Colt Galant 2000 GLII – GBP11,600 (RM66,400) Beberapa model lain turut terjual antaranya Mitsubishi Galant GLSi rally replica, Mk1 Shotgun, Jeep J27, Mk2 Shotgun V6 SWB, Outlander PHEV 2015 dan L200 Desert Warrior. Advertisements
hiap-aik-suzuki-racing-sedia-hadapi-msbk-2020
BERITA TEMPATAN MSBK Hiap Aik Suzuki Racing Sedia Hadapi MSBK 2020 Posted on September 20, 2020September 20, 2020 by Amirul Azreen Sempena Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK), Team Hiap Aik Suzuki Racing melancarkan pasukan yang akan beraksi di Litar Antarabangsa Sepang bermula 25 September ini. Team Hiap Aik Suzuki Racing meneruskan kepercayaan mereka dengan mempertaruhakn Cy Khoo #66 dan Jin Tw #7 yang akan beraksi menggunakan jentera Suzuki GSX-R1000. Bagaimanapun, disebabkan kekangan pandemik Covid-19, MSBK yang sepatutnya berlangsung untuk lima pusingan akan dipendekkan ke dua pusingan dengan masing -masing berlangsung pada 25 hingga 27 September dan 16 hingga 18 Oktober ini. Perkara itu disahkan sendiri penganjur utama, Pengarah Two Wheel Motor Racing (TWMR), Ron Hogg, yang turut hadir di pelancaran Hiap Aik Suzuki Racing. Turut hadir menjayakan pelancaran ini adalah wakil penaja utama Mobil dan Winmaster Sdn Bhd selaku pengedar helmet SHARK dan Furygan di Malaysia. Dalam perkembangan sama, MSBK kali ini akan menyaksikan pengenalan kelas baharu, Underbone 150 yang akan dilangsungkan mengikut spesifikasi sama seperti Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC). Menariknya, kelas ini terbuka kepada semua pasukan dan pelumba. Advertisements
aprilia-rs660-hampiri-pelancaran-dah-ada-yang-bayar-booking
BERITA TEMPATAN Aprilia RS660 Hampiri Pelancaran, Dah Ada Yang Bayar “Booking” Posted on March 9, 2021March 9, 2021 by Amirul Azreen Kami telah pun melaporkan bahawa Aprilia RS660 semakin menghampiri pelancaran di Malaysia dan akan ditawarkan dengan harga promosi sekitar RM6X,XXX. Bagaimanapun, kami difahamkan bahawa ada pihak yang telah pun membuat bayaran tempahan (booking) bagi menjadi antara yang terawal memiliki motosikal segment middleweight serba baharu itu. Aprilia RS660 dilengkapi enjin 659cc (foward-facing) parallel-twin DOHC yang menawarkan 100hp pada 10,500rpm dan 67Nm pada 8,500rpm di samping hanya seberat 169 kilogram (kering)! Jentara ini juga menawarkan tangki berkapasiti 15 liter (termasuk tangki simpanan 4 liter). Sementara itu menurut Aprilia, RS660 ini turut didatangkan dengan pelbagai teknologi dan sistem terkini antaranya traction control, cruise control dan lima mod tunggangan (tiga untuk jalan raya dan dua untuk litar). Sistem penyerap hentakan hadir menerusi fork depan USD boleh laras 41mm dari Kayaba dan monoshock boleh laras (rebound dan spring preload). Sistem membrek pula dikendalikan kaliper radial Brembo 4 piston dengan brek cakera berukuran 320mm dan kaliper Brembo dua piston belakang termasuk cakera brek 220mm. Pada masa sama, Aprilia turut mendedahkan RS660 akan ditawarkan dengan warna Acid Gold (terbaru), Lava Red dan Apex Black. Advertisements
bina-11-bonggol-jalan-raya-dengan-duit-i-sinar-lelaki-ini-mohon-maaf
BERITA TEMPATAN Bina 11 Bonggol Jalan Raya Dengan Duit i-Sinar, Lelaki Ini Mohon Maaf Posted on January 14, 2021January 14, 2021 by Amirul Azreen Seorang lelaki berusia 40 tahun telah memohon maaf atas tindakannya membina 11 bonggol di jalan tepi rumahnya yang terletak di Kampung Padang Luas, Jertih. Nor Muhammad Roslam Harun telah membelanjakan RM1,080 daripada wang i-Sinar RM5,000 yang diperolehinya untuk membuat bonggol tersebut. Bagaimanapun, pembinaan 11 bonggol dalam jarak kurang 40 meter itu telah menyusahkan penduduk setempat sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa. “Semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semula bonggol termasuk dua bonggol asal,” jelasnya. Difahamkan, Roslam membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan yang dipandu laju di kawasan tersebut. “Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur. Saya tertekan sangat dengan masalah ini,” tambahnya. – BERNAMA Advertisements
yamaha-bakal-perkenalkan-tracer-versi-250cc
Moto Malaya Yamaha Bakal Perkenalkan Tracer Versi 250cc? Posted on June 3, 2021June 3, 2021 by Amirul Azreen Segmen motosikal ‘adventure touring’ sememangnya antara model yang paling menjadi tumpuan sejak beberapa tahun ini. Ini kerana, motosikal segmen ini menawarkan aspek praktikal dan prestasi yang sesuai digunakan dalam apa jua senario. Dalam perkembangan terkini, Yamaha telah memfailkan ‘trademark’ Tracer di India sekaligus beri bayangan model itu bakal diperkenalkan di pasaran tersebut buat julung kalinya. Bagaimanapun, melihat kepada Yamaha tidak pernah memasarkan jentera atas 250cc di India, memberi bayangan bahawa model ‘Tracer’ ini bukan merujuk kepada Tracer 7 (700cc) mahupun Tracer 9 (900cc). Senario ini sekaligus menandakan Yamaha mungkin membangunkan Tracer dengan versi 250cc untuk pasaran negara itu. Ketika ini, Yamaha hanya mengedarkan model MT dan R di India dengan versi 250cc merupakan sesaran enjin tertinggi ditawarkan. Maka, bukan satu kejutan jika Yamaha mahu meneruskan populariti segmen motosikal kecil dengan mengguna pakai nama Tracer sebagai tawaran berbeza. Apa yang pasti, ketika ini semuanya hanyalah khabar angin namun jika mengambil kira situasi semasa di India, sememangnya dakwaan ini ada isinya. Apa sekalipun, nantikan pengesahan rasmi dari pihak Yamaha. – Visordown Advertisements
saya-tak-faham-mengapa-jentera-pasukan-satelit-ducati-lebih-laju-dovizioso
Moto Malaya Saya Tak Faham Mengapa Jentera Pasukan Satelit Ducati Lebih Laju – Dovizioso Posted on August 11, 2020August 11, 2020 by Amirul Azreen Pelumba Ducati Factory, Andrea Dovizioso meluahkan rasa tidak puas hati terhadap prestasi jenteranya apabila sekadar menamatkan aksi GP Republik Czech di kedudukan ke-11. Rakan sepasukan, Danilo Petrucci juga mempamerkan tunggangan hambar apabila sekadar mendapat tempat ke-12 di Brno. Bagaimanapun, nasib lebih baik menimpa pelumba pasukan satelit Ducati, Johann Zarco yang mendapat tempat ketiga setelah bermula di petak pertama. Johann Zarco Jack Miller, dari pasukan Pramac Racing turut menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9 sekaligus menandakan keputusan lebih baik berbanding pasukan Factory Ducati. Jack Miller Situasi itu membuatkan Dovizioso seakan tidak berpuas hati dengan jenteranya. “Kami perlu cuba memahami apa yang berlaku, kami perlu mendapatkan seseorang yang boleh mengenal pasti apa yang sedang berlaku. “Pecco (Bagnaia) cukup laju ketika di Jerez dan kali ini giliran Zarco, kami perlu mengkaji data mereka dan cuba mengesan apa yang perlu kami lakukan. “Harapnya sebelum aksi di Austria kami akan menjumpai jawapan,” jelasnya. Andrea Dovizioso Namun, Dovizioso tidak berselindung daripada kekecewaanya dengan apa yang menimpa setakat ini. “Ini merupakan kali kedua (selepas Bagnaia) seorang pelumba Ducati yang menggunakan tetapan berbeza menamatkan perlumbaan di kedudukan lebih baik berbanding kami. “Kami telah mengambil segala pengalaman dalam tempoh tiga tahun ini untuk mencapai keputusan yang baik. Kami telah melakukan pelbagai perubahan dan mendapat keputusan yang disasarkan namun kali ini tiada apa yang menjadi,” tambahnya. Aksi MotoGP kembali bersambung hujung minggu ini di Austria. Advertisements
cub-prix-buka-tirai-musim-2020-hujung-minggu-ini-di-sepang
Moto Malaya Cub Prix Buka Tirai Musim 2020 Hujung Minggu Ini Di Sepang Posted on July 14, 2020July 14, 2020 by Amirul Azreen Selepas berbulan kejohanan sukan permotoran di Malaysia ditangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saingan Cub Prix 2020 kembali membuka tirai pada 17 dan 18 Julai ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Berikut kalendar Cub Prix bagi musim 2020: Bagaimanapun, pembukaan tirai musim 2020 kali ini hanya melibatkan pelumba dan pihak yang terlibat dengan tiada penonton dibenarkan untuk hadir selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP). Ikuti kami di YouTube dan Instagram! Advertisements
suzuki-kongsi-teaser-gsx-s1000-baharu-lancar-26-april-ini
BERITA ANTARABANGSA Suzuki Kongsi ‘Teaser’ GSX-S1000 Baharu, Lancar 26 April Ini! Posted on April 6, 2021April 6, 2021 by Amirul Azreen Setelah memperkenalkan Hayabusa serba baharu dan Burgman 400, Suzuki bakal melancarkan GSX-1000 2021 pada 26 April ini. Pengumuman tersebut dibuat menerusi pekongsian video ‘teaser’ yang dimuat naik ke laman YouTube Suzuki Global. Meskipun video berdurasi 17 saat itu tidak mendedahkan rupa jentera terbabit namun jelas memaparkan rekaan lampu depan serba baharu yang menempatkan tiga lampu LED. Bagaimanapun, GSX-1000 baharu ini dijangka mengekalkan enjin 999cc 4-inline namun telah dinaik taraf kepada Euro 5 maka dijangka akan menawarkan kuasa yang berbeza berbanding 145hp dan 106Nm yang terdapat pada model terakhir yang dilancarkan enam tahun lalu. Suzuki GSX-1000 baharu ini akan dilancarkan secara atas talian pada 26 April ini. Advertisements
bmw-motorrad-lancar-g-310-r-baharu
Moto Malaya BMW Motorrad Lancar G 310 R Baharu Posted on November 20, 2020November 20, 2020 by Amirul Azreen BMW Motorrad memperkenalkan G 310 R buat julung kalinya pada 2017 dan sejak itu motosikal hasil kerjasama dengan TVS itu terus mencetus populariti. Bagi tahun 2021, generasi kedua G 310 R kini tampil dengan beberapa ciri dipertingkat terutamanya bahagian enjin yang kini patuh Euro 5. Bagaimanapun, unit satu silinder 313cc dengan penyejukan cecair DOHC itu masih lagi menawarkan 34 hp pada 9,500rpm dan 28 Nm pada 7,500rpm. Meskipun begitu, BMW telah mempertingkatkan pengalaman tunggangan dengan ciri berikut: Electromotive throttle controller Lebih dikenali sebagai ‘electronic throttle grip’, ciri ini meningkatkan sensitiviti respon enjin mengikut pulasan throttle sekaligus memberi penunggang kawalan jentera yang lebih efisien. Automatic idle boost Sistem ini meningkatkan kelajuan jentera semasa bergerak selepas berada dalam keadaan pegun sekaligus mengelakkan senario jentera mati enjin secara tiba-tiba. Self-boosting anti-hopping clutch Ciri ini mengurangkan ‘engine drag torque’ sekaligus meningkatkan keselamatan menunggang terutamanya sewaktu mengenakan brek ketika menukar gear dengan kerap. Menurut BMW, ‘Self-boosting anti-hopping clutch’ ini juga merendahkan tekanan yang diperlukan ketika mengoperasikan lever klac. Selain daripada itu, G 310 R juga didatangkan dengan lampu LED penuh depan dan belakang termasuk lampu isyarat manakala lever tangan kini boleh diselaraskan secara empat tahap berbeza dan lebih mesra untuk penunggang bertangan kecil. BMW G 310 R 2021 ditawarkan dengan dua warna baharu, Polar White dan Limestone Metallic. Advertisements
motogp-morbidelli-kempunan-jentera-factory-yamaha-beri-penjelasan
Moto Malaya MotoGP: Morbidelli Kempunan Jentera Factory, Yamaha Beri Penjelasan Posted on February 19, 2021February 19, 2021 by Amirul Azreen Franco Morbidelli merupakan satu-satunya pelumba Yamaha musim 2021 yang tidak akan beraksi dengan jentera factory. Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu sebaliknya akan kekal dengan jentera A-spec YZR-M1 meskipun merekodkan tiga kemenangan dan menamatkan musim 2020 dibelakang juara, Joan Mir. *Fabio Quartararo beraksi dengan jentera factory Yamaha. Prinsipal pasukan Yamaha, Lin Jarvis, tampil memberi penjelasan mengenai situasi motosikal Morbidelli. “Spesifikasi jentera ditentukan oleh pihak Yamaha dan pasukan tetapi keadaan kewangan juga perlu diambil kira. Ini kerana jentera factory adalah jauh lebih mahal berbanding A-spec milik Morbidelli. “Covid-19 telah memberi tekanan besar terhadap penaja Yamaha. Jadi keadaan ekonomi kami tidak begitu baik. “Kepuutsan mengenai spesifikasi motosikal Franky (Morbidelli) telah diputuskan pertengahan tahun lalu maka keputusan itu tidak boleh diubah. “Adakah Franky layak mendapat spesifikasi terbaik? Ya. Adakah kemungkinan untuk dia mendapat jentera spesifikasi factory boleh berlaku? Jawapannya tidak,” jelas Jarvis. *Lin Jarvis Bagaimanapun, Jarvis yakin Morbidelli mampu melakar keputusan terbaik musim ini berdasarkan pencapaian 2020. “Seperti yang anda saksikan musim lalu, spesifikasi A-spec hampir sama dan berjaya merekodkan pencapaian baik. Tambahan pula, pembangunan enjin tahun ini dibekukan,” tambah Jarvis. Meskipun jentera A-spec Morbidelli adalah model 2019, namun berdasarkan prestasi musim lalu, Yamaha membuat keputusan untuk mengikut acuan jentera itu bagi musim 2021. Advertisements
ducati-superleggera-v4-kini-di-malaysia-rm888000
BERITA TEMPATAN Ducati Superleggera V4 Kini Di Malaysia – RM888,000! Posted on December 11, 2020December 11, 2020 by Amirul Azreen Ducati Malaysia telah melancarkan Superleggera V4 untuk pasaran tempatan yang hanya terhad kepada 500 unit seluruh dunia. Pelancaran ini juga menyaksikan Ducati Malaysia menyerahkan unit Superleggera V4 tersebut kepada pelanggan tunggal di Malaysia, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin. *Datuk Nazir Hussin pemilik tunggal Superleggera V4 2020 di Malaysia Panigale V4 Superleggera ini didatangkan dengan pelbagai teknologi terkini dan luar biasa meskipun tampak seakan-akan Panigale V4R. Ini kerana, Superleggera ini merupakan V4R yang telah diselubungi gentian karbon – sekaligus menjadikan jentera ini 16 kilogram lebih ringan pada 152.4 kilogram. Perkara pertama yang paling menonjol adalah kehadiran biplane winglet sementara bahagian fairing diinspirasikan dari livery Desmosedici GP-19. Superleggera ini juga merupakan Panigale paling berkuasa dengan 224hp dan 112Nm namun boleh dianjakkan ke 234hp menerusi kit prestasi. Fork depan dikendalikan Öhlins NPX 25/30 40mm dan penyerap hentakan belakang mengguna pakai Öhlins TTX 36 shock dengan spring titanium manakala brek dikendalikan sepasang kaliper brek monoblock Brembo Stylema R (4 piston) dan cakera brek 330mm (depan) serta 245mm (belakang). Sementara itu, setiap pembelian Ducati Superleggera V4 turut membolehkan pelanggan mengalami ‘SBK Experience’ dengan menunggang Ducati Panigale V4 R (spec WorldSBK) di litar Mugello, Itali. Bukan itu sahaja, daripada 500 pemilik Superleggera V4, 30 yang terpilih akan mendapat peluang alami ‘MotoGP Experience’ dengan menunggang jentera Ducati Desmosedici GP20 di litar bersama pelumba Ducati antaranya Jack Miller, Francesco Bagnaia, atau Johann Zarco. Advertisements
ducati-hypermotard-950-rve-kini-di-malaysia-rm80900
BERITA TEMPATAN Ducati Hypermotard 950 RVE Kini Di Malaysia – RM80,900! Posted on January 16, 2021January 16, 2021 by Amirul Azreen Ducati Hypemotard 950 RVE telah pun mendarat di Ducati Malaysia dan ditawarkan pada harga RM80,900. Hypermotard 950 RVE ini merupakan tawaran terbaru Ducati yang duduk di antara Hypermotard 950 dan Hypermotard 950 SP. Ciri utama 950 RVE ini adalah penggunan livery yang diinspirasikan daripada elemen ‘Graffiti’ di samping dibina berdasarkan jentera konsep Hypermotard 950 yang dipamerkan di Concorso d’Eleganza Villa d’Este. Model ini juga lengkap dengan ciri Ducati QS (quickshifter) secara standard yang sebelum ini hanya ditawarkan pada varian SP. Bagaimanapun, tidak seperti SP, RVE tidak dilengkapi dengan rim aluminium Marchesini dan penyerap tekanan Ohlins namun rekaan grafik itu sudah cukup membuatkan model ini menonjol. Ducati Hypermotard 950 RVE masih lagi didatangkan dengan enjin 937cc V-Twin Testatretta 11° yang menawarkan 114hp dan 96Nm tork di samping ciri menarik lain antaranya Bosch Cornering ABS EVO, Ducatio Traction Control (DTV) EVO dan Ducati Wheelie COntrol (DWC) EVO. Orang ramai yang berminat boleh singgah ke Ducati Malaysia Petaling Jaya bagi menyaksikan dengan lebih dekat tawaran terbaru ini. Advertisements
ekzos-bising-ini-monyet-takut-tuan-sebab-itu-saya-pakai
BERITA TEMPATAN “Ekzos Bising Ini Monyet Takut Tuan, Sebab Itu Saya Pakai” Posted on March 15, 2021March 15, 2021 by Amirul Azreen Demikian kenyataan salah seorang penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Khas Ekzos Bising yang dijalankan di Jalan Genuang, Segamat, pada Jumaat lalu. Menurut laporan, lelaki berusia 35 tahun itu merayu agar tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana mendakwa ekzos tersebut tidak mengganggu ketenteraman awam. “Ekzos bising ini monyet takut tuan, sebab itu saya pakai kalau hendak halau monyet dan babi hutan di kebun pisang,” katanya. Bagaimanapun, lelaki tersebut diarahkan ke Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah Polis Daerah (IPD) Segamat untuk pemeriksaaan bunyi ekzos oleh Jabatan Alam Sekitar. Difahamkan, lelaki tersebut antara sembilan motosikal yang gagal pemeriksaan pencemaran bunyi oleh JAS. Kesemuanya diminta mengubah kembali ke ekzos asal sekiranya mahu menuntu kembali motosikal masing-masing. – BH Advertisements
motogp-gp-argentina-amerika-ditunda
Moto Malaya MotoGP: GP Argentina, Amerika Ditunda Posted on January 23, 2021January 23, 2021 by Amirul Azreen Susulan pandemik Covid-19 yang masih lagi melanda memasuki tahun 2021, MotoGP membuat keputusan untuk menunda pusingan kedua dan ketiga membabitkan GP Argentina dan Amerika yang sepatutnya berlangsung pada 11 dan 18 April. Sebaliknya, Litar Losail, Qatar akan melangsungkan dua perlumbaan secara dua minggu berturut-turut pada 28 Mac dan 4 April manakala Litar Portimao ambil alih pusingan tiga pada 18 April. Meskipun kenyataan awal merujuk kepada penundaan GP Argentina dan Amerika namun hampir pasti perlumbaan di kedua-dua litar itu akan dibatalkan terutamanya di Amerika Syarikat selepas mengambil kira faktor logistik dan penularan Covid-19 di Austin, Texas. Pada masa sama, menggantikan pusingan kedua dan ketiga dengan Qatar dan Portimao dilihat sebagai tindakan tepat susulan Qatar antara negara yang berjaya mengekang pandemik tersebut sejak gelombang pertama Ogos tahun lalu di samping mempergiat program vaksin. Sementara Portimao berpengalaman dalam melangsungkan perlumbaan MotoGP dengan prosedur ketat musim lalu. Bagaimanapun, Dorna dijangka untuk tidak membenarkan kehadiran penonton di litar buat masa ini yang turut dijangka tidak akan memberi kesan kepada Qatar dan Jerez yang mendapat sokongan besar (kewangan) dari kerajaan masing-masing. Advertisements
honda-lancar-empat-varian-cb1300-super-four-2021-113hp-112nm
BERITA ANTARABANGSA Honda Lancar Empat Varian CB1300 Super Four 2021 – 113HP, 112Nm! Posted on January 12, 2021January 12, 2021 by Amirul Azreen Honda kembali menghidupkan budaya motosikal retro dengan melancarkan CB1300 Super Four. Empat varian ditawarkan; CB1300 Super Four, Super Bol d’Or, Super Four SP dan Super Four SP Bol d’Or. Honda CB1300 Super Four ini dilengkapi unit SC54E 4-inline dengan penyejukan cecair DOHC yang menjana 113hp pada 7,500rpm dan 112Nm pada 6,250rpm dan dipadankan dengan transmisi ‘wet-clutch’ 6-kelajuan. Meskipun berjiwa retro, CB1300 Super Four ini lengkap dengan teknologi terkini antaranya Honda Selectable Traction Control (HSTC) serta cruise control. Model ini juga lengkap dengan tiga mod tunggangan yang merangkumi Sport, Standard dan Rain. Antara ciri lain ditawarkan: Fork teleskopik Showa 43mm (Super Four/Bol d’Or) dan fork teleskopik Ohlins (SP)Kaliper brek Brembo M4-32 (SP)Tangki 22LBerat 266kg (Super Four), 272kg (Bol d’Or)Lampu LED penuhKetinggian tempat duduk berada pada 788mm Adakah pasaran Malaysia akan turut ditawarkan model ini pada masa akan datang? Advertisements
kerjasama-bajaj-triumph-ditunda-hingga-2023
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Motosikal Kerjasama Bajaj-Triumph Ditunda Hingga 2023 Posted on January 1, 2021January 1, 2021 by Amirul Azreen Motosikal sulung hasil kerjasama Bajaj-Triumph pada awalnya dijadual untuk dilancarkan pada 2021. Bagaimanapun, situasi Covid-19 yang melanda dunia telah memaksa perancangan Bajaj-Triumph ditunda sehingga 2023. Perkara itu dimaklumkan Pengarah Urusan Bajaj Auto LTD, Rajiv Bajaj, kepada ETAuto yang memaklumkan pandemik Covid-19 telah memaksa penangguhan tersebut. Namun, Bajaj mendedahkan model sulung itu akan diperkenalkan sekitar tahun 2022 atau 2023. Setakat ini, Bajaj masih enggan mendedahkan produk yang dibangunkan bersama Triumph Motorcycles itu namun terdapat dakwaan membabitkan Daytona, Triumph Tiger atau Bonneville berenjin kecil. Model baharu itu dijangka akan dipasarkan ke Asia Tenggara serta Amerika Latin dengan kilang Bajaj di Pune, India akan menjadi hub pengeluaran motosikal terbabit yang akan membawa lencana Triumph. Bajaj dan Triumph mengumumkan jalinan kerjasama ini pada 2017 dan membabitkan penghasilan motosikal di antara 200 hingga 750cc. – ICN Advertisements
aprilia-rs660-bakal-dilancarkan-di-malaysia-rm6xxxx
Moto Malaya Aprilia RS660 Bakal Dilancarkan Di Malaysia – RM6X,XXX? Posted on February 24, 2021February 24, 2021 by Amirul Azreen Kami difahamkan bahawa jentera ‘middleweight’ baharu Aprilia, RS660 bakal dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Meskipun tiada harga rasmi didedahkan namun dijangka pengedar rasmi Aprilia di Malaysia, Didi Resources, bakal menawarkan harga istimewa sempena pelancaran model itu nanti yang dijangka sekitar RM6X,XXX. Harga tersebut adalah lebih rendah berbanding jangkaan awal kami yang sebelum ini di antara RM70 ribu hingga RM80 ribu. Aprilia RS660 yang mendapat inspirasi daripada RSV4 1100 menawarkan lampu LED, daytime running light (DRL) dan fairing yang memberi penekanan terhadap aerodinamik. Enjin 659cc (foward-facing) parallel-twin DOHC itu menawarkan 100hp pada 10,500rpm dan 67Nm pada 8,500rpm di samping hanya seberat 169 kilogram (kering)! Jentara ini juga menawarkan tangki berkapasiti 15 liter (termasuk tangki simpanan 4 liter). Sementara itu menurut Aprilia, RS660 ini turut didatangkan dengan pelbagai teknologi dan sistem terkini antaranya traction control, cruise control dan lima mod tunggangan (tiga untuk jalan raya dan dua untuk litar). Sistem penyerap hentakan hadir menerusi fork depan USD boleh laras 41mm dari Kayaba dan monoshock boleh laras (rebound dan spring preload). Sistem membrek pula dikendalikan kaliper radial Brembo 4 piston dengan brek cakera berukuran 320mm dan kaliper Brembo dua piston belakang termasuk cakera brek 220mm. Pada masa sama, Aprilia turut mendedahkan RS660 akan ditawarkan dengan warna Acid Gold (terbaru), Lava Red dan Apex Black. Advertisements
motogp2021-morbidelli-pelumba-tunggal-yamaha-tanpa-jentera-factory
BERITA ANTARABANGSA MotoGP2021: Morbidelli Pelumba Tunggal Yamaha Tanpa Jentera ‘Factory’ Posted on January 18, 2021January 18, 2021 by Amirul Azreen Franco Morbidelli terus kempunan apabila bakal memulakan musim 2021 tanpa jentera Yamaha YZF-M1 Factory meskipun menamatkan musim 2020 di tempat kedua belakang juara dunia, Joan Mir. Perkara itu didedahkan prinsipal Petronas Sepang Racing Team (SRT) , Datuk Razlan Razali menerusi wawancara bersama GPone, baru-baru ini. Morbidelli beraksi dengan jentera M1 ‘Spec-A’ 2019 musim lalu namun berjaya menampilkan aksi cemerlang berbanding rakan sepasukan, Fabio Quartararo yang sering mengalami masalah teknikal dengan jentera M1 Factory. “Ketika Frankie (Morbidelli) memenangi perlumbaan di Misano, dia berjumpa dengan saya dan bertanya sama ada boleh atau tidak dia menggunakan jentera ‘factory’ musim depan. “Namun saya memberitahu bahawa kami telah cuba yang terbaik namun susulan kekangan kewangan perkara itu tidak dapat direalisasikan,” jelas Razlan. Morbidelli sebaliknya merekodkan tiga kemenangan dengan jentera 2019 itu sementara Quartararo dan Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) bergelut. “Selepas dia menang lagi di Valencia, saya bertanyakan soalan sama ada dia mahukan jentera M1 Factory musim depan (2021)? “Dia jawab tidak sebaliknya gembira dengan jentera sedia ada itu. Faktor psikologi main peranan kerana namanya ‘factory’ tetapi masih lagi jentera yang sama,” tambah Razlan. Razlan sekali lagi membuat permintaan sewaktu mesyuarat terakhir bersama Yamaha namun selepas mengambil kira pelbagai faktor dan kewanangan, permintaan itu tidak dapat ditunaikan. Bagaimanapun, Razlan mendedahkan jentera yang ditunggangi Morbidelli akan mendapat beberapa kemas kini bagi musim 2021. “Kami telah diberi jaminan jentera Morbidelli akan ditambah baik. Ini tahun ketiga Frankie bersama kami, jadi penting untuk dia berasa selesa dan gembira. Dia mengejutkan kami musim lalu terutamanya di separuh kedua musim 2020 apabila lebih konsisten berbanding Fabio (Quartararo). “Kami jangka dia mampu mencabar kejuaraan musim ini,” kata Razlan lagi. Beraksi dengan mesin ‘lama’ dilihat bukan satu isu buat Morbidelli tatkala jentera itu tidak mengalami sebarang isu teknikal dibandingkan dengan pelumba Yamaha lain apatah lagi pembangunan enjin baharu dibekukan sehingga hujung musim 2021. – GPOne Advertisements
honda-malaysia-buka-tempahan-cr-v-baharu-kini-dengan-honda-sensing
Moto Malaya Honda Malaysia Buka Tempahan CR-V Baharu – Kini Dengan Honda Sensing Posted on October 6, 2020October 6, 2020 by Amirul Azreen Honda Malaysia membuka tempahan bagi CR-V baharu di semua 101 pusat pengedar Honda seluruh negara. Honda CR-V merupakan antara SUV paling popular di Malaysia dengan lebih 36,000 unit telah pun terjual sejak 2017. Dikuasakan dengan enjin 1.5L VTEC Turbocharged, CR-V baharu ini menawarkan 193hp dan 243Nm. Bagaimanapun, ciri penting yang terdapat pada model ini adalah teknologi keselamatan generasi baharu, Honda SENSING yang terdapat pada Civic, Accord dan terbaru City RS. Sementara itu, antara ciri menarik lain terdapat pada CR-V baharu ini adalah seperti berikut: Adaptive Cruise Control (ACC)Low-Speed Follow (LSF)Forward Collision Warning (FCW)Collision Mitigation Braking System (CMBS)Lane Departure Warning (LDW)Road Departure Mitigation (RDM)Lane Keeping Assist System (LKAS)Auto High-Beam (AHB) Menurut Honda lagi, sistem Honda LaneWatch kini turut didatangkan secara standard. Honda LaneWatch berfungsi sebagai ‘mata’ tambahan bagi pemandu hasil daripada kamera yang diletakkan di bahagian cermin sisi sebelah kiri yang akan memaparkan rakaman di sebelah kiri sewaktu pemandu mahu membuat pertukaran lorong. Menurut Honda Malaysia, CR-V baharu ini akan dilancarkan pada suku ke-4 2020. Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my. Advertisements
hardwire-pelan-5-tahun-selamatkan-harley-davidson-dari-kejatuhan
Moto Malaya Hardwire: Pelan 5 Tahun Selamatkan Harley-Davidson Dari Kejatuhan Posted on February 4, 2021February 4, 2021 by Amirul Azreen Harley-Davidson seperti di ambang kejatuhan. Tahun 2020 ternyata sukar bagi semua pihak termasuklah Harley-Davidson. *Bekas CEO Harley-Davidson, Matt Levatich. Bermula dengan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Matt Levatich pada Mac 2020, Harley-Davidson kemudiannya membuat keputusan menutup operasi kilang di Bawal, India. Kemudian pada November tahun lalu, Harley-Davidson memutuskan kerjasama 20 tahun bersama Vance & Hines dalam perlumbaan American Flat Track serta NHRA Pro Stock Motorcycle. *Pembangunan Harley-Davidson Bronx dihentikan. Harley turut batalkan pembinaan model jenis ‘streetfighter’ Bronx serta disyaki menamatkan kerjasama dengan pengeluar China, Qianjiang Motorcycle, bagi motosikal bersesaran kecil, Harley-Davidson 338R meskipun model itu berpeluang menarik pembeli muda dengan harga lebih mampu milik berbanding tawaran sedia ada. Segala keputusan ini lahir dari buah fikiran CEO baharu, Jochen Zeitz, yang mahu syarikat itu kembali memfokuskan perniagaan ke akar umbi, jual motosikal kepada mereka yang berkemampuan. *CEO Harley-Davidson baharu, Jochen Zeitz. Bagaimanapun, segalanya seakan tidak menjadi apabila Harley-Davidson merekodkan kejatuhan jualan lebih 39 peratus pada suku terakhir tahun 2020 dengan hanya 145,200 unit motosikal diserahkan pada tahun lalu berbanding 214,900 unit pada 2019. Bagi memastikan jenama itu tidak terus catat kejatuhan pada tahun ini, Zeitz mengumumkan pelan lima tahun dikenali sebagai Hardwire. “Kami melancarkan Hardiwre dengan kemampuan, aset serta legasi yang tidak mampu ditandingi pesaing lain. Harley-Davidson adalah jenama paling diminati di dunia. “Pelan strategik ini akan membuka potensi yang lebih luas seterusnya meningkatkan permintaan terhadap Harley-Davidson,” jelas Zeitz. Sejauh mana kebenaran itu segalanya bergantung pada pelan Hardwire yang akan berjalan dari 2021 hingga 2025. *Harley-Davidson Pan America Antara langkah utama pelan tersebut adalah membelanjakan di antara USD190 juta hingga USD250 juta setiap tahun ke dalam mengukuhkan posisi jenama itu dalam segmen touring, cruiser serta trike dengan model baharu, Pan America menjadi fokus. Harley juga merancang memperkenalkan program pra-pemilikan motosikal di samping mewujudkan divisyen khas dalam pembangunan motosikal elektrik. Advertisements
honda-malaysia-lancar-city-generasi-ke-5-dari-rm74191
BERITA TEMPATAN Honda Honda Malaysia Lancar City Generasi Ke-5 – Dari RM74,191! Posted on October 13, 2020January 17, 2021 by Amirul Azreen Honda Malaysia dengan rasminya melancarkan Honda City Generasi Ke-5 untuk pasaran tempatan, hari ini. Honda City RS i-MMD Honda City Generasi ke-5 yang didatangkan dengan empat varian ini pastinya akan merevolusikan kereta segmen B dengan rekaan moden, pecutan mantap di samping ciri pemanduan yang lebih maju. Model ini juga kini tampil 111mm lebih panjang dan 54mm lebih lebar dan 10mm lebih rendah berbanding Generasi ke-4. Honda City Generasi ke-5 Sementara itu, varian tertinggi, RS merujuk kepada Road Sailing yang didatangkan dengan pengayaan lebih sporty dan menonjol dengan beberapa kombinasi serba baharu antaranya gril depan gloss black, front lip bercorak karbon, bumper baharu dengan diffuser, spoiler baharu dan cermin pintu gloss black. Enjin E:HEV dengan i-MMD Julung kalinya di Malaysia, City RS 2020 ini dikuasakan dengan i-MMD – sistem yang dikenali dunia sebagai e:HEV – yang akan memacu generasi baharu teknologi hibrid Honda yang mengutamakan alam sekitar tanpa mengorbankan pengalaman pemanduan. Meskipun i-MMD telah pun diperkenalkan ke model Honda yang lebih premium namun para jurutera di Honda R&D telah berjaya menghasilkan platform yang lebih kompak bagi dimuatkan ke dalam kenderaan yang lebih kecil. Lampu LED Sementara itu varian RS dan V menawarkan lampu depan dan belakang LED dan Daytime Running Light (DRL) serta lampu fog. Senario ini sekaligus menyaksikan City RS dengan i-MMD menawarkan 106hp dan 253Nm, tork yang lebih baik dari kenderaan Segmen-C dan setaraf Segmen-D atau enjin 2.5L. Pada masa sama, Honda City serba baharu ini juga didatangkan dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang terdapat pada tiga varian lain; V, E dan S yag menghasilkan 120hp dan 145Nm. Honda City 1.5 V City serba baharu juga akan didatangkan dengan teknologi Honda Sensing yang merangkumi ciri keselamatan berkelas dunia seperti berikut : Honda Lane Watch Honda LaneWatch (varian RS dan V)Electric Parking Brake (varian RS)Lampu LED baharu dengan DRL (varian RS dan V)Rim aluminium dua tona 16 inci (varian RS dan V) Honda City 2020 boleh didapati dengan harga berikut: Honda City RS i-MMD – *Januari 2021Honda City 1.5 V – RM89,800Honda City 1.5 E – RM84,800Honda City 1.5 S – RM76,800 Advertisements
moto-guzzi-v7-stone-v7-special-2021-diperkenalkan-850cc-65hp
BERITA ANTARABANGSA Moto Guzzi V7 Stone, V7 Special 2021 Diperkenalkan – 850cc, 65HP! Posted on December 14, 2020December 14, 2020 by Amirul Azreen Moto Guzzi telah memperkenalkan dua model V7 yang kini tampil dengan , spesifikasi lebih tinggi dan enjin baharu untuk 2021. *Moto Guzzi V7 Stone V7 merupakan model paling popular dan paling lama ditawarkan Moto Guzzi, dengan kilang Mandello del Lario telah menghasilkan model itu untuk tempoh 50 tahun. *Moto Guzzi V7 Special Bagaimanapun untuk 2021, Moto Guzzi telah menaik taraf model itu dengan ciri serba baharu antaranya enjin yang kini 850cc berbanding 744cc sebelum ini. *Enjin 850cc Hasilnya, V7 Stone dan Special menjana 25 peratus lebih kuasa, dari 52hp kepada 65hp dan 73.2Nm berbanding 59.6Nm sebelum ini. Moto Guzzi turut mendakwa 80 peratus daripada tork boleh didapati seawal 3,000rpm. Bagi mengendalikan kuasa yang lebih tinggi itu, V7 2021 ini dilengkapi dengan tayar belakang yang lebih lebar dan penyerap hentakan belakang Kayaba yang lebih besar. *Moto Guzzi V7 Stone Rekaan juga telah dikemas kini dengan bahagian panel tepi serba baharu dan mudguard belakang lebih pendek berbanding sebelum ini. Tahap keselesaan juga lebih baik dengan tempat duduk dan fork depan depan baharu di samping MGCT traction control (yang boleh dipadam). Advertisements
reviu-modenas-pulsar-rs200-2021-bawah-rm10k-ada-abs-tapi-kurang-diberi-perhatian
BERITA TEMPATAN REVIU MODENAS Pulsar RS200 2021: Bawah RM10k Ada ABS Tapi Kurang Diberi Perhatian Posted on April 6, 2021April 6, 2021 by Amirul Azreen MODENAS telah mengemas kini varian Pulsar RS200 dengan pilihan warna dan grafik baharu yang tampak lebih segar. Bagi tahun 2021, Pulsar RS200 tampil dengan tiga pilihan warna, Pearl Metallic White, Pewter Gray serta Burnt Red. RS200 merupakan keluarga Pulsar dengan fairing penuh sementara NS200 merupakan model gaya ‘naked’ namun kedua-duanya digerakan dengan enjin satu silinder 199cc SOCH. Ketika NS200 popular dikalangan peminat motosikal tempatan dan sering kelihatan di jalan raya, lain kisahnya bagi RS200. Berdasarkan maklum balas di laman sosial, rata-rata menyukai reka bentuk dan gaya ditawarkan kecuali beberapa aspek, antaranya bentuk lampu LED belakang dan tahap ‘capang’ cermin sisi. Perkara itu turut dibangkitkan pemilik motosikal itu sewaktu acara Let’s Talk anjuran MODENAS yang diadakan di sekitar ibu negara sebelum ini. Bagaimanapun, selepas diberi peluang menguji Pulsar RS200 di Litar Rakyat Kuala Selangor, kami berasakan sudah tiba masa RS200 2021 diberi perhatian berbanding sebelum ini. Enjin dan prestasi Pulsar RS200 dikuasakan dengan enjin satu siinder 199cc SOHC DTS-i dengan penyejukan cecair yang menjana 24hp pada 9,750rpm dan 18.6Nm pada 8,000rpm. Perlu diingatkan ini adalah enjin sama yang terdapat pada KTM 200 Duke (kecuali bahagian head yang telah ditukar bagi memuatkan tiga spark plug) yang menawarkan 26hp dan 19.5Nm. Berdasarkan perbandingan itu, kuasa yang ditawarkan RS200 dan 200 Duke tidak membawa perbezaan yang ketara. Bahkan, 24hp dan 18.6Nm merupakan kuasa yang mencukupi untuk kegunaan harian dan memadai untuk melayan selekoh di litar lumba di hujung minggu. Pemilik motosikal ini juga tidak akan berdepan masalah alat-ganti yang mudah didapati serta tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk servis dan penyelenggaraan. Reka bentuk Secara keseluruhan, rekaan RS200 tampak selari dengan rekaan semasa motosikal moden bawah 250cc dan sememangnya mensasarkan penunggang muda dan yang baru mula menjinak dengan motosikal besar. Tempat duduk juga selesa dan memudahkan penunggang meletakkan kaki atas permukaan jalan dengan lebih senang. Bahagian tangki juga menempatkan tank pad yang agak tebal bagi memastikan gegaran jentera kurang dirasai. Meskipun menawarkan ciri seakan motosikal ala sportsbike namun dengan handlebar yang tinggi, motosikal ini ditunggang dengan kedudukan yang menegak lantas menghadirkan keselesaan untuk perjalanan dekat dan jauh. Jika anda bukan jenis bergegas ke sana sini, RS200 tiada masalah untuk menunggang pada kelajuan 120km/j di lebuh raya. Bahagian lampu depan menampilkan rekaan yang moden dengan penggunaan lampu jenis projektor 55W low beam dan 65W high beam dan menawarkan pencahayaan yang baik. Berbalik tentang rekaan lampu belakang, alangkah bagusnya kalau rekaan sama pada NS200 dipinjamkan juga pada RS200 kerana rekaan sedia ada sukar untuk diungkap. Sebelum ada yang mencadangkan MODENAS perlu membuat beberapa perubahan terutamanya bahagian lampu belakang, perlu diingatkan MODENAS hanya melaksankana pemasangan tempatan (CKD) dan segala rekaan dibuat Bajaj Auto Ltd di Pune, India. Spesifikasi jentera Apa yang kami suka tentang motosikal 200cc ini adalah sistem ABS satu saluran oleh Bosch yang didatangkan secara standard. Ini kerana selain daripada moped, SYM VF3i 185, tiada motosikal bawah RM10,000 yang menawarkan ciri keselamatan ini. Penggunaan cakera brek 300mm depan dan 230mm belakang yang dipadankan bersama kaliper axial dari ByBre juga menawarkan brek yang efisien sementara penyerap hentakan jenis Nitrox dengan enam pelarasan menjaminkan tunggangan yang lebih lancar terutamanya di selekoh. Penggunaan tayar medium compound (berbanding hard compound pada model pertama) dari MRF memadai untuk memberi cengkaman secukupnya namun dinasihatkan untuk tukar ke pilihan yang lebih baik bagi yang mahukan cengkaman lebih baik terutamanya sewaktu hujan. Rumusan Secara peribadi, selepas menunggang di Litar Rakyat Kuala Selangor, kami berasakan Pulsar RS200 sememangnya sebuah motosikal yang menawarkan segala ciri yang wajib ada pada sebuah motosikal 200cc. Walaupun terdapat beberapa aspek yang boleh diperbaiki namun dengan harga RM9,900 (sebelum cukai jalan dan insurans) dan lengkap dengan ciri ABS, RS200 sememangnya motosikal yang berbaloi (value for money). Advertisements
kejayaan-ktm-hasil-sentuhan-pedrosa-oliviera
Moto Malaya Kejayaan KTM Hasil Sentuhan Pedrosa – Oliviera Posted on September 8, 2020September 8, 2020 by Amirul Azreen Aksi MotoGP akan kembali hujung minggu ini di Misano dengan KTM merancang meneruskan rentak positif setelah merekodkan kemenangan di GP Styria menerusi Miguel Oliviera. Miguel Oliveira Bagaimanapun, Oliviera bingkas memberi penghargaan kepada pelumba uji, Dani Pedrosa dalam membantu menghasilkan jentera RC16 yang mantap bagi musim 2020. Perkara itu turut diakui pesaing lain di kem kelas premier. “Mereka telah melangkah kedepan, terutamanya sejak ketibaan Dani (Pedrosa) . Cal Crutchlow “Dia telah melaksanakan tugas yang baik menguji jentera KTM dan saya yakin dia antara punca utama KTM kini memiliki jentera yang mampu membawa mereka muncul juara,” jelas Cal Crutchlow yang pernah bekerjasama dengan pelumba itu ketika di Honda. Oliviera (KTM Tech3) muncul pelumba KTM kedua musim ini untuk memenangi pusingan MotoGP selepas Brad Binder (Red Bull KTM) di Brno. “Jentera ini menampakkan kemajuan ketara berbanding musim lepas. Dani (Pedrosa) telah memberi input penting dalam pembangunan jentera ini. “RC16 ini lebih mudah untuk dijinakkan. Tunggangan lebih lancar dan seakan menyamai gaya Dani. Kerja kerasnya membuahkan hasil,” kata Oliviera. KTM RC16 Sementara itu, kejayaan tiga kali naik podium musim ini bermakna KTM kini telah hilang konsesi teknikal sekaligus menghadkan jumlah litar yang dibenarkan untuk diuji Pedrosa dan Mika Kallio bagi musim 2021. Bagaimanapun, bagi musim 2020, Pedrosa dan Kallio bebas menguji RC16 di sebarang litar tanpa sekatan. Baru-baru ini, Pedrosa sertai pelumba uji Ducati, Michele Pirro dan Lorenzo Savadori (Aprilia) bagi sesi ujian di Misano. Advertisements
anggota-trafik-tumbuk-penunggang-motosikal-pdrm-buka-siasatan
BERITA TEMPATAN Anggota Trafik Tumbuk Penunggang Motosikal, PDRM Buka Siasatan Posted on January 9, 2021January 9, 2021 by Amirul Azreen Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap seorang anggota polis trafik yang disyaki menumbuk penunggang motosikal. Siasatan tersebut dibuat setelah tular rakaman yang memaparkan seorang penunggang motosikal ditumbuk pegawai trafik di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur. Rakaman berdurasi 37 saat itu menampakan seorang anggota trafik seakan melepaskan tumbukan terhadap penunggang terbabit. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal memaklumkan bahawa insiden tersebut berlaku sekitar jam 8 hingga 9 pagi di Kilometer 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur. Menurutnya, motosikal tersebut dinaiki sepasang suami isteri (warga tempatan) dan didapati cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya. Bagaimanapaun, penunggang tersebut dipercayai melanggar kaki salah seorang anggota trafik sebelum ditahan anggota trafik lain dan dikenakan tindakan saman atas kesalahan tidak menggunakan lorong motosikal, tiada lesen serta memiliki cukai jalan tamat tempoh. Penunggang motosikal tersebut turut didapati memiliki 58 saman atas pelbagai kesalahan trafik. – BERNAMA Advertisements
razlan-razali-tinjau-keadaan-hafizh-syahrin
BERITA ANTARABANGSA Razlan Razali Tinjau Keadaan Hafizh Syahrin Posted on August 17, 2020August 17, 2020 by Amirul Azreen Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin mengalami situasi menggerunkan ketika aksi di GP Austria semalam selepas terlibat kemalangan ngeri. Hafizh menghentam jentera Enea Bastianini yang terjatuh dan tercampak beberapa meter akibat perlanggaran (head-on) tersebut. A crash for @eneabastianini triggered chaos in #Moto2! ?Thankfully, @Hafizh_pescao55 avoided serious injury after striking the bike! ?#AustrianGP ?? pic.twitter.com/X7Aihnr7Wu— MotoGP™? (@MotoGP) August 16, 2020 Senario itu turut mencetuskan kebimbangan peminat Hafizh di tanah air yang menyaksikan perlumbaan tersebut secara langsung, semalam. Bagaimanapun, Hafizh boleh menarik nafas lega apabila Aspar Team mengesahkan Hafizh tidak mengalami kecederaan serius. “Saya bernasib baik kerana tidak berlaku patah tulang. Kemalangan itu cukup mengerikan. Saya berasa sakit di bahagian kaki dan di pangkal paha tetapi telah disahkan tiada keretakan tulang berlaku. “Saya akan cuba pulih untuk kembali beraksi minggu ini,” jelasnya. Sementara itu, prinsipal pasukan Petronas SRT, Dato Razlan Razali turut singgah untuk meninjau keadaan Hafizh. Ketika lap 4 aksi Moto2, pelumba Italtrans, Bastianini hilang kawalan lalu terbabas dengan jenteranya berada di tengah-tengah litar. Ketika pelumba lain cuba mengelak, Hafizh yang berada di belakang Jake Dixon gagal melihat jentera tersebut lalu menghentamnya secara terus dan tercampak. Aksi Moto2 menyaksikan Jorge Martin merekodkan kemenangan dengan Luca Marini dan Marcel Schrotter lengkapkan podium di tempat kedua dan ketiga. Advertisements
mitsubishi-mulakan-pemasangan-xpander-di-kilang-pekan
BERITA TEMPATAN Mitsubishi Mulakan Pemasangan XPANDER Di Kilang Pekan Posted on October 29, 2020October 29, 2020 by Amirul Azreen Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan pemasangan XPANDER di kilang HICOM Automotive Manufacturers terletak di Pekan, Pahang. Menurut MMM, kilang terbabit mampu menghasilkan lebih 6,000 unit XPANDER setahun dan merupakan negara ketiga seleas Indonesia dan Vietnam dalam melaksanakan program CKD (complete knock-down). Kilang di Pekan itu turut menempatkan Body Shop, Painting Jigs and Tester Line dengan XPANDER turut menjalani proses pra-rawatan dan Electro Deposition dalam tangki ED. MMM turut menempatkan auditor dari Mitsubishi Motors Corporation (MMC) di Pekan bagi menjaminkan mutu dan kualiti XPANDER bertaraf tinggi seperti di kilang pengeluaran Mitsubishi di serata dunia. Mitsubishi XPANDER dijangka akan menarik ramai pembeli di Malaysia tatkala pasaran Indonesia merekodkan lebih 270,000 unit setakat ini. Mitsubishi XPANDER yang dijadualkan untuk dilancarkan pada November. Advertisements
kuala-lumpur-banjir-kilat-bukan-masalah-bagi-perodua-kelisa
Moto Malaya Kuala Lumpur Banjir Kilat Bukan Masalah Bagi Perodua Kelisa Posted on September 11, 2020September 11, 2020 by Amirul Azreen Ibu kota Kuala Lumpur dilanda banjir kilat semalam susulan hujan lebat turun tanpa henti untuk beberapa jam disebelah petang. Susulan itu, sebahagian besar Kuala Lumpur terutamanya disekitar Masjid Jamek, Dang Wangi dilanda banjir. Senario itu turut menyaksikan banyak kereta dan motosikal yang diletakkan di sekitar kawasan tersebut ditenggelami air. Bagaimanapun, ketika pemandu lain tidak dapat meneruskan perjalanan ekoran sebahagian besar jalan ditenggelami air, sebuah kereta jenis Perodua Kelisa mencuri tumpuan orang ramai apabila dengan selamba meredah banjir. Siapa sangka kereta bersaiz kecil itu mampu meredah air yang tinggi tanpa mengalami mati enjin? Tindakan pemandu Kelisa melepasi banjir itu turut mendapat sorakan orang ramai yang berada di kaki lima jalan raya tersebut. Perodua Kelisa Perodua Kelisa merupakan antara model popular diperkenalkan syarikat kereta nasional kedua negara ketika dilancarkan julung kalinya pada 2001 sebelum ditamatkan penghasilan pada 2009. Selain daripada tahan lasak (berdasarkan pengalaman sendiri) Kelisa juga dikenali sebagai kenderaan yang jimat minyak namun selepas kejadian semalam, profil Kelisa kini berkembang sebagai kereta yang berkebolehan meredah banjir. Advertisements
ducati-scrambler-desert-sled-terhad-kepada-800-unit-didedahkan-dengan-kerjasama-fasthouse
BERITA ANTARABANGSA Ducati Scrambler Desert Sled Terhad Kepada 800 Unit Didedahkan – Dengan Kerjasama Fasthouse! Posted on March 11, 2021March 11, 2021 by Amirul Azreen Sebagai penghargaan terhadap kejayaan pelumba, Jordan Graham dalam kelas Hooligan di Mint 400, Scrambler Ducati bersama Fasthouse memperkenalkan Scrambler Desert Sled Fasthouse edisi terhad. Terhad kepada 800 unit sahaja seluruh dunia, Ducati Scrambler Desert Sled Fasthouse ini dibina berasaskan model Desert Sled namun dibezakan dengan gabungan livery khas serta grafik yang terdapat pada jentera beraksi di Mint 400. Bahagian kerangka dengan warna Ducati Red itu juga turut dilengkapi dengan plat aluminium yang memaparkan nombor unit motosikal tersebut sekaligus menjadikan kesemua 800 unit berbeza dari satu sama lain. Bagaimanapun, Desert Sled Fasthouse ini masih dikuasakan enjin L-Twin 803cc yang menjana 73hp pada 8,250rpm dan 66.2Nm pada 5,750rpm. Bukan itu sahaja, kerjasama Scrambler Ducati bersama Fasthouse turut membabitkan koleksi pakaian dan aksesori dalam bentuk t-sehirt, kemeja, jaket dan topi. Advertisements
spyshot-aprilia-tuono-660-mula-jalani-ujian-jalan-raya
BERITA ANTARABANGSA SPYSHOT: Aprilia Tuono 660 Mula Jalani Ujian Jalan Raya Posted on December 23, 2020December 23, 2020 by Amirul Azreen Sejak Aprilia mendedahkan Tuono 660 sebagai jentera konsep di EICMA, rata-rata sudah tidak sabar untuk menyaksikan jentera itu dibawa ke peringkat pengeluaran. Sambutan positif terhadap RS660 menjadikan Aprilia antara jenama yang paling mencuri tumpuan bagi segmen motosikal pertengahan yang kini menantikan kemunculan Tuono 660. Menurut laporan media antarabangsa, Aprilia mendedahkan pembangunan Tuono 660 telah pun memasuki peringkat akhir dan imej ‘spyshot’ di Itali ini mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun, model 660 dari kilang Noale itu tidak akan terhenti dengan RS660 dan Tuono tatkala Aprilia turut bakal memperkenalkan jentera adventure, Tuareg 660. Bukan itu sahaja, Aprilia turut dicanang bakal memperkenalkan jentera 400cc bagi setiap model di atas. Senario ini sekaligus meletakkan Aprilia antara jenama Itali yang paling mencuri tumpuan bermula tahun depan. Advertisements
harley-davidson-pan-america-1250-dirasmikan-150hp-127nm
Moto Malaya Harley-Davidson Pan America 1250 Dirasmikan – 150HP, 127Nm! Posted on February 23, 2021February 23, 2021 by Amirul Azreen Motosikal adventure sulung Harley-Davidson akhirnya dilancarkan menerusi Pan America 1250 2021. MY21 Pan America Riding Photography Ini merupakan percubaan pertama syarikat dari Milwaukee, Amerika Syarikat itu dalam menembusi pasaran ADV yang selama ini telah pun diterajui beberapa jenama lain antaranya BMW, Ducati, Triumph dan Honda. Pan America Cut-Away-Engine Harley-Davidson Pan America 1250 tampil dengan dua varian, standard dan Special dan bernadikan enjin Revolution Max 1250 yang menawarkan 150hp pada 9,000rpm dan 127Nm pada 6,750rpm. Unit 1252cc baharu ini menawarkan dual spark, VVT dengan empat injap bagi setiap silinder dan ‘forged piston’. MY21 Pan America Riding Photography Kedua-dua varian ini berkongsi kerangka dan enjin yang sama namun varian Special dilengkapi dengan tetapan ‘suspension’ jenis trick semi-active serta Adaptive Ride Height. MY21 Pan America Riding Photography Menurut Harley-Davidson, Adaptive Ride Height ini berfungsi dengan merendahkan tempat duduk dari 890mm kepada 855mm sewaktu memberhentikan jentera bagi memudahkan kawalan sebelum meninggikan semula kepada 890mm sewaktu bergerak. Fungsi ini dipercayai bakal memberi kemudahan kepada semua jenis penunggang. MY21 Pan America Riding Photography Sementara itu, sistem membrek dikendalikan kaliper monoblock empat piston depan dan dua piston belakang. Pan America 1250 turut dilengkapi dengan paparan (touchscreen) TFT 6.8″, dengan lampu LED penuh, cornering ABS, ean-sensitive traction control, cruise control serta hill control sekaligus menyaksikan Pan America motosikal paling moden pernah dihasilkan Harley-Davidson setakat ini selepas LiveWire. MY21 Pan America Photography Antara ciri lain Pan America 1250: tangki 21Lberat 258kg (Special) 235kg (Standard)panjang 2,265mmlebar 965mmketinggian tempat duduk 850mmground clearance pada 210mmwheelbase 1,580mmtayar 120/70 R19 depan, 170/60 R17 belakangfor depan inverted 47mm, linkage-mounted monoshock belakang boleh laras Servis pertama diletakkan pada selepas 1,600km dan setiap 8,000km bagi servis seterusnya dengan waranti dua tahun serta perbatuan tanpa had. Advertisements
spyshot-benelli-trk-502x-serba-baharu-didedahkan
Moto Malaya SPYSHOT: Benelli TRK 502X Serba Baharu Didedahkan Posted on September 12, 2020September 12, 2020 by Amirul Azreen Tahun 2017 merupakan julung kalinya jenama motosikal Itali-Taiwan itu memperkenalkan TRK 502 untuk pasaran dunia. Benelli TRK 502 X Benelli TRK 502 merupakan motosikal segmen ‘adventure touring’ mampu milik yang menawarkan rekaan moden setaraf dengan jentera lain dalam segmennya meskipun taraf kualiti masih lagi dipersoalkan. Bagaimanapun, Benelli dijangka memperkenalkan 502 terbaru berdasarkan imej ‘spyshot’ yang bocor di internet. QJ SRT 500 Imej tersebut memaparkan sebuah jentera dengan lencana QJ SRT 500. Bagi yang tidak mengikut perkembangan semasa jenama Benelli, QJ Motor merupakan syarikat motosikal milik Qianjiang Motorcycle, syarikat sama yang memegang jenama Benelli. Sehingga kini, hampir kesemua motosikal QJ Motor dijenamakan semula sebagai Benelli untuk pasaran luar. Benello TRK 502 datang dengan dua varian, dan imej ‘spyshot’ tersebut memaparkan varian 502 X yang menampilkan rim jenis jejari (spoke) berbanding aloi. Bagaimanapun, perbezaan paling ketara ditonjolkan model baharu ini adalah rekaan yang lebih ‘kurus’ berbanding model sebelumnya sekaligus petanda positif dalam mengurangkan berat jentera dan memperbaiki prestasi enjin. Model ini dijangka mengekalkan enjin parallel-twin 500cc namun dengan kuasa yang dipertingkat berbanding 47hp pada model sebelumnya, swingarm aluminium dan sistem penyerap hentakan daripada Marzocchi. QJ SRT 500 Bahagian depan jelas memaparkan penggunaan lampu LED, dengan rekaan yang lebih tirus dan penghadang angin yang tinggi. Model ini juga didatangkan dengan ‘centre stand’ berdasarkan imej dikongsikan. Advertisements
garelli-perkenalkan-ciclone-e4-4kw-160nm
Moto Malaya Garelli Perkenalkan Ciclone E4 – 4kW, 160Nm Posted on August 11, 2020August 11, 2020 by Amirul Azreen Garelli merupakan syarikat motosikal yang ditubuhkan seawal 1919 dan terkenal dengan penghasilkan motosikal bersesaran kecil dan skuter. Bagaimanapun, Garelli terpaksa gulung tikar pada 1987 sebelum dihidupkan semula pada 2019 sebagai pengeluar motosikal elektrik, 100 tahun selepas ditubuhkan. Garelli Ciclone E4 merupakan tawaran baharu daripada syarikat itu yang dikemaskini daripada model sebelumnya. Ciclone E4 menawarkan 4kw dan 160Nm berbanding model sebelumnya Ciclone yang hanya menghasilkan 4kW. Kelajuan maksima turut dipertingkat daripada 45km/j kepada 70km/j – peningkatan sama yang dilaksanakan Vespa terhadap skuter elektriknya tahun lepas. Model ini turut menawarkan fork USD dan penyerap hentakan mono di samping tempat duduk pillion. Garelli Ciclone E4 ini juga boleh dipasang dengan tayar knobby bagi membenarkan penunggang menikmati tunggangan off-road. Model ini ditawarkan pada harga USD5,300 (RM22,262) dan ketika ini hanya dipasarkan sekitar Eropah. Advertisements
perkenalkan-vx310-jentera-cruiser-touring-pertama-zontes
BERITA ANTARABANGSA Zontes Perkenalkan VX310, Jentera Cruiser Touring Pertama Zontes Posted on July 30, 2020July 30, 2020 by Amirul Azreen Zontes merupakan satu daripada empat anak syarikat Tayo Motorcycle Technology yang bertanggungjawab menghasilkan lebih 1.2 juta motosikal dan skuter setahun. Zontes turut memasarkan tiga model di pasaran Malaysia antaranya ZT310-T, ZT310- R dan ZT310-X dengan masing-masing menawarkan pelbagai ciri terkini antaranya ABS, lampu LED depan dan belakang serta paparan LCD berwarna. Baru-baru ini, pengeluar motosikal berpangkalan di China itu turut akan melancarkan skuter maxi 310cc. Kini, mereka turut memperkenalkan sebuah jentera segmen cruiser touring menerusi VX310. Zontes VX310 seperti biasa menawarkan enjin 312cc satu silinder – sama seperti yang terdapat pada barisan model lain – yang menawarkan 35hp dan 30Nm. Menariknya, VX310 ini didatangkan dengan ‘single-sided swingarm’ dan penghadang angin boleh laras yang menjaminkan tunggangan lebih selesa. Unit ini turut disertakan dengan dua ruang letak barang di bahagian fairing depan yang membolehkan peranti seperti telefon pintar diletakkan. Pada masa sama, VX310 ini turut dilengkapi dengan lampu LED dan paparan TFT. Ketika ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada Zontes mengenai pelancaran model ini. Advertisements
pasangan-ini-beli-yamaha-nmax-dengan-31-beg-duit-syiling
BERITA ANTARABANGSA Pasangan Ini Beli Yamaha NMAX Dengan 31 Beg Duit Syiling Posted on April 16, 2021April 16, 2021 by Amirul Azreen Sepasang suami isteri di Indonesia menjadi viral apabila bertindak membeli sebuah motosikal jenis Yamaha NMAX dengan duit syiling. Totok Tri Bartonnanto bersama isterinya, Hasnaini, telah datang ke sebuah kedai motosikal di wilayah Kalimantan Timur dengan membawa 31 beg berisi duit syiling. Duit syiling tersebut merupakan wang yang telah dikumpul sejak beberapa tahun lepas dalam usaha membeli skuter 155cc tersebut. Difahamkan, kedua-duanya merupakan peminat skuter Yamaha dan telah pun memiliki model Aerox (NVX) di rumah. “Saya memang meminati motosikal jenama Yamaha dan sudah memiliki Yamaha Aerox (NVX) di rumah kami. “Kali ini, motosikal baharu dibeli atas nama saya sendiri,” jelas Hasnaini. Pada masa sama, Hasnaini menjelaskan bukan perkara pelik membuat bayaran dengan duit syiling. “Selagi ada nilai, tiada salah­nya. Terima kasih kepada kakitangan kedai Yamaha di sini yang membantu mengangkut puluhan plastik wang syiling kami yang digunakan untuk membayar harga motosikal baharu,” tambahnya. – Inibalikpapan Advertisements
suzuki-belang-150-gsx-r150-pemasangan-tempatan-akan-dilancarkan-di-malaysia
BERITA TEMPATAN Suzuki Belang 150, GSX-R150 Pemasangan Tempatan Akan Dilancarkan Di Malaysia? Posted on March 19, 2021March 19, 2021 by Amirul Azreen Rakan media di Paultan.org melaporkan bahawa Suzuki Malaysia, bakal melancarkan Belang Fi 150 dan GSX-R150 untuk pasaran tempatan. *Suzuki GSX-R150 Menurut laporan tersebut, dua model ini sedang menanti kelulusan VTA daripada Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) dan dijangka akan dilancarkan sekitar tahun ini. Lebih menarik, kedua-dua model bersesaran 150cc ini akan dipasarkan sebagai motosikal pemasangan tempatan (CKD) sekaligus memberi bayangan bahawa Belang 150 dan GSX-R150 akan dijual pada harga lebih rendah. *Suzuki Belang 150 Berdasarkan model Satria F150 yang dipasarkan di Indonesia, motosikal tersebut dikuasakan enjin 147.3cc DOHC dengan penyejukan cecair dan menawarkan 18.23hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 7,000rpm, sekaligus menjadikan motosikal ini lebih berkuasa berbanding Yamaha Y16ZR yang baru dilancarkan serta Honda RS150R. Sementara GSX-R150 menawarkan 19hp pada 10,500rpm dan 14Nm pada 9,000rpm. Suzuki Malaysia sememangnya tidak berselindung untuk memperkenalkan Belang 150 dan GSX-R150 untuk pasaran tempatan apabila berkongsi ‘teaser’ model itu pada September tahun lalu. Namun, setakat ini masih tiada kemas kini terbaru daripada laman sosial media syarikat itu mengenai kedua-dua model ini. – Paultan.org Advertisements
gaya-cafe-racer-honda-cb350-rs-dilancarkan-di-india
BERITA ANTARABANGSA Gaya Cafe Racer, Honda CB350 RS Dilancarkan Di India Posted on February 17, 2021February 17, 2021 by Amirul Azreen Honda dengan rasminya melancarkan CB350 RS untuk pasaran India. Khabar angin mengenai model berkonsepkan cafe racer ini mula bertiup kencang sejurus selepas Honda memperkenalkan H’ness CB350, tahun lalu. Honda H’ness CB350 merupakan usaha pengeluar motosikal Jepun itu mencabar dominasi Royal Enfield Classic 350 di India. Bagaimanapun, rata-rata berpendapat H’ness berpeluang menarik lebih ramai pembeli dengan pengayaan lebih moden, maka terhasilkan CB350 RS. Meskipun berlandaskan H’ness CB350 namun CB350 RS menampilkan elemen motosikal ‘cafe racer’ dengan kedudukan lebih kedepan hasil penggunaan ‘handlebar’ yang lebih rata dan lurus. Bahagian ekzos juga telah direka semula, kali ini lebih pendek dengan kemasan hitam berbanding krom pada H’ness. Seperti H’ness, CB350 RS ini turut dikuasakan dengan enjin 348cc satu-silinder yang menjana 21hp pada 5,500rpm dan 29Nm pada 3,000rpm dan dipadankan bersama transmisi 5-kelajuan dengan bantuan ‘slipper clutch’. Advertisements
motogpjorge-lorenzo-akui-sedang-berbincang-dengan-aprilia
Moto Malaya MotoGP:Jorge Lorenzo Akui Sedang Berbincang Dengan Aprilia Posted on November 3, 2020November 3, 2020 by Amirul Azreen Jorge Lorenzo mengesahkan dia sedang dalam perbincangan dengan Aprilia bagi peranan pelumba uji pasukan itu tahun depan. Bagaimanapun, juara dunia tiga kali itu mendedahkan pilihan pertamanya adalah terus kekal bersama Yamaha ketika ini. Menurut laporan AS.com, Lorenzo bertegas mahu terus kekal di Yamaha. *Jorge Lorenzo “Saya mahu terus memainkan peranan selaku pelumba uji di Yamaha. “Kerana saya telah meraih kejuaraan bersama mereka di samping selesa dengan jentera tetapi pilihan lain juga ada antaranya Aprilia,” jelasnya. Hubungan Lorenzo bersama Yamaha kelihatan runcing tatkala dia hanya membuat ujian menggunakan jentera 2019 di samping tidak diberi masa panjang sewaktu ujian di litar Portimao. Menurut Lorenzo, dia juga agak terkilan apabila diarahkan untuk turun ujian di Portimao diminit akhir meskipun dimaklumkan sebaliknya sebelum itu. “Saya hanya turun sewaktu Winter Test selama dua hari di Sepang dan kemudian baru-baru ini di Portimao “Pada Jun lalu sewaktu ‘lockdown’ Covid-19, saya dimaklumkan oleh Yamaha bahawa tiada lagi ujian dijalankan tahun ini jadi saya memperlahankan rentak. “Kemudian tiba-tiba Yamaha memaklumkan tentang ujian di Portimao di minit akhir dan waktu itu saya lakukan apa yang terdaya untuk mendapatkan rentak kerana sudah lapan bulan tidak menunggang jentera MotoGP. “Tetapi saya sudah kehilangan rentak, refleks dan reaksi terhadap jentera. Sukar untuk memberikan yang terbaik apabila terpaksa turun di minit akhir di samping menunggang jentera lama,” tambahnya. Pada masa sama, perbincangan bersama Aprilia membabitkan projek besar untuk mengembalikan jenama itu ke peringkat tinggi sepertimana dilakukan Dani Pedrosa di KTM. Lorenzo juga mendedahkan berminat untuk menjadi mentor kepada Andrea Iannone sekiranya dia dibenarkan beraksi musim depan. Sekiranya Lorenzo berhijrah ke Aprilia, desas desus mengatakan peranan itu bakal diambil alih Andrea Dovizioso. – AS.com Advertisements
persoalan-f1-bakal-kembali-ke-malaysia-ini-jawapan-ceo-litar-antarabangsa-sepang
Moto Malaya Persoalan F1 Bakal Kembali Ke Malaysia, Ini Jawapan CEO Litar Antarabangsa Sepang Posted on August 5, 2020August 5, 2020 by Amirul Azreen Baru-baru ini terdapat dakwaan bahawa Formula 1 akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tahun ini. Bagaimanapun, dakwaan itu dianggap sekadar khabar angin tatkala terlalu awal sekiranya F1 – yang kali terakhir dianjurkan pada 2017 – kembali tahun ini tatkala tahun depan merupakan jangka masa yang lebih realistik. Namun, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif mendedahkan sememangnya terdapat perancangan untuk F1 kembali ke Sepang tahun ini menggantikan GP Shanghai. “Sebenarnya kami menerima tawaran untuk mengadakan Formula 1 menggantikan Shanghai tahun ini susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara itu lebih runcing. “Bagaimanapun, mengambil kira situasi semasa di Malaysia, kami membuat keputusan untuk tidak meneruskan perancangan itu,”jelasnya. Meskipun didatangkan dengan tawaran itu, Azhan mendedahkan pihak SIC mengambil kira pelbagai faktor untuk tidak meneruskan perancangan tersebut termasuk mengadakan perlumbaan tanpa kehadiran penonton. Bagaimanapun, faktor kos yang tinggi ditambah tanpa kehadiran penonton tidak akan membawa pulangan yang berbaloi sekaligus jadi antara sebab rancangan itu dibatalkan. Advertisements
bmw-motorrad-perkenalkan-rantai-m-endurance-bebas-selenggara
BERITA ANTARABANGSA BMW Motorrad BMW Motorrad Perkenalkan Rantai M Endurance, Bebas Selenggara Posted on August 28, 2020August 28, 2020 by Amirul Azreen Penjagaan rantai motosikal merupakan antara perkara paling leceh untuk dilakukan namun dengan rantai M Endurance, dah tak perlu risau tentang penyelenggaraan. Penyelenggaraan melibatkan meletakkan minyak dan mencuci rantai langsung tidak perlu dilakukan bagi rantai M Endurance ini. Bukan itu sahaja, isu rantai kendur juga tidak akan berlaku sekaligus pengguna motosikal tak perlu lagi menegangkan semula rantai dari semasa ke semasa. Seperti produk sebelumnya, rantai M Endurance ini merupakan jenis X-ring dan menempatkan minyak pelincir di antara bahagian roller dan pin. Bagaimanapun, penambahbaikan terbaru dilaksanakan terhadap rantai M Endurance ini adalah menerusi salutan (coating) jenis ‘tetrahedrally amorphous carbon (ta-C)’ atau berlian industri di bahagian roller. Salutan ta-C ini sangat kukuh dan tidak akan pudar atau merosot dari semasa ke semasa malah mengurangkan tahap geseran di bahagian dalam rantai. Senario ini sekaligus bukan sahaja memudahkan penjagaan rantai dan motosikal malah mengurangkan kos penjagaan rantai dan lebih mesra alam. BMW S 1000 XR Rantai M Endurance ini kini boleh didapati bagi model BMW S 1000 RR dan S 1000 XR dengan model lain turut dijangka akan ditawarkan dengan rantai sama. Advertisements
jangan-baiki-jalan-berlubang-sendiri-itu-tugas-jkr-mb-perak
BERITA TEMPATAN Jangan Baiki Jalan Berlubang Sendiri, Itu Tugas JKR – MB Perak Posted on December 29, 2020December 29, 2020 by Amirul Azreen Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad, meminta orang ramai untuk tidak baiki pulih jalan berlubang dengan sendiri. Ini kerana baginya tindakan tersebut bukan setakat membahayakan diri sendiri malah pengguna jalan raya lain. “Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana setiap pembinaan jalan raya perlu mengikut spesifikasi tersendiri dan jika piawaian itu tidak dicapai, kerosakan yang sedikit boleh bertukar besar lantas membahayakan,” jelasnya. Kenyataan Saarani dibuat susulan beberapa perkongsian di laman sosial yang memaparkan orang awam menurap sendiri jalan berlubang susulan risau akan keselamatan pengguna jalan raya lain terutamanya penunggang motosikal. Menurut Saarani, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, telah pun memperbaiki 685 daripada 705 aduan kerosakan yang diterima sepanjang tahun 2020 ini. Sementara itu, badan bukan kerajaan (NGO), BROTHERHOOD, antara pihak yang memfokuskan dalam membantu menurap jalan berlubang susulan terdapat peningkatan kemalangan terutamanya yang menimpa penunggang motosikal di samping kerap mengetengahkan masalah jalan raya tidak diselenggara kepada pihak berwajib. – FMT Advertisements
pkp-dikenakan-terhadap-enam-daerah-di-selangor-bermula-6-mei
BERITA TEMPATAN PKP Dikenakan Terhadap Enam Daerah Di Selangor Bermula 6 Mei Posted on May 4, 2021May 4, 2021 by Amirul Azreen Kerajaan membuat keputusan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada enam daerah di Selangor berkuatkuasa 6 hingga 17 Mei ini. Perkara itu disampaikan Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menjelaskan enam daerah tersebut membabitkan Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat serta Sepang. Pelaksanaan PKP ini bermakna aktiviti rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan sama sekali sewaktu tempoh tersebut kecuali kecemasan. Sementara baki tiga daerah, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih lagi berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Menurut Ismail Sabri sewaktu sidang media harian, keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira peningkatan kes Covid-19 dalam negara. Advertisements
moto2-hafizh-teruja-diberi-kepercayaan-nts-rw-racing-gp-bagi-musim-2021
Moto Malaya Moto2: Hafizh Teruja Diberi Kepercayaan NTS RW Racing GP Bagi Musim 2021 Posted on November 9, 2020November 9, 2020 by Amirul Azreen Pelumba negara, Hafizh Syahrin akan terus kekal beraksi di kelas Moto2 musim depan setelah disahkan menyertai NTS RW Racing GP. Hafizh kehilangan tempat di Aspar Team selepas hanya semusim apabila pasukan itu membuat keputusan untuk menyerahkan kerusinya ke pelumba Moto3, Albert Arenas, yang ketika ini mendahului kejuaraan dunia kelas tersebut. Bagaimanapun, Hafizh menerusi pengurusnya sebelum ini mendedahkan sedang dalam perbincangan bersama dua pasukan sebelum mengesahkan kariernya musim 2021 bersama NTS. “Saya gembira kerana dapat kekal di Moto2 dan diberi keyakinan oleh NTS RW Racing GP. “Saya tahu banyak keringat diperlukan bagi membangunkan sebuah motosikal tetapi saya percaya akan projek ini. “Saya harap pengalaman saya ada akan membantu pasukan ini untuk melangkah lebih jauh. “Walaupun prestasi saya kurang baik musim ini namun saya teruja kerana diberi kepercayaan oleh NTS RW Racing GP,” jelas Hafizh. *Hafizh akan beraksi bersama NTS dalam ujian persendirian pada 26 dan 27 November ini di Jerez. Sementara itu, pengurus pasukan NTS, Jarno Janssen turut gembira kerana berjaya mendapatkan pelumba berpengalaman. “Kami bangga dan gembira kerana berjaya mendapatkan khidmat Hafizh. Dia bukan sahaja berpengalaman malah seorang individu yang baik. “Motosikal kami saban minggu semakin baik tetapi enjin kami masih lagi dalam peringkat pembangunan jadi kami mengharapkan input penting dari Hafizh,” katanya. Hafizh bakal bergandingan dengan pelumba muda dari Belgium, Barry Baltus yang baru berusia 16 tahun. Advertisements
yamaha-sah-bangunkan-jentera-tiga-silinder-turbo-847cc-180hp
Moto Malaya Yamaha Sah Bangunkan Jentera Tiga Silinder Turbo – 847cc, 180hp! Posted on November 6, 2020November 6, 2020 by Amirul Azreen Yamaha dedah sedang giat membangunkan enjin turbo tiga silinder berdasarkan paten yang difailkan ke Pejabat Paten Jepun. Difahamkan, pembangunan enjin turbo silinder ini mengguna pakai enjin 847cc yang terdapat pada MT-09 namun dengan sedikit perbezaan antaranya stroke yang lebih panjang (73mm) dan bore yang lebih kecil (67.5mm). *enjin 847cc 3 silinder turbo dibangunkan dari enjin MT-09 Fokus utama pembangunan enjin ini adalah bagi menghasilkan rev yang rendah namun dengan tork tinggi dan hasilnya, jentera ini mampu merekodkan 180hp pada 8,500rpm dengan tork sekitar 176Nm. Difahamkan, sekitar 90 peratus tork maksimum dihasilkan di antara 3,000rpm hingga 7,000rpm mengatasi angka yang dihasilkan Yamaha V-Max. Apa yang lebih mengagumkan, meskipun menjana kuasa tinggi, enjin ini menghasilkan tahap emisi karbon dioksida 30 peratus lebih rendah berbanding enjin NA (naturally aspirated) sekaligus mematuhi piawaian Euro5 yang berkuatkuasa di Eropah tahun depan. *Enjin ini menghasilkan 30 peratus emisi lebih rendah berbanding enjin NA Sementara itu, enjin tersebut turut disertakan dengan VVT (variable valve timing) di bahagian intake dan camshaft ezkos, sistem yang sebelum ini hanya didapati pada kereta moden. Bukan itu sahaja, Yamaha juga berjaya menyisihkan masalah ‘turbo lag’ dengan menggunakan kawalan boost elektronik dan hasilnya hanya 1 saat diperlukan untuk mencapai tork puncak ketika 3,000rpm semasa gear 3. *Sistem VVT menjaminkan pembakaran lebih efisien Meskipun paten yang dikongsikan memaparkan jentera menyamai MT-10 namun difahamkan imej tersebut hanyalah digunakan bagi menunjukkan enjin turbo terbabit bagaimanapun berdasarkan model yang ditawarkan Yamaha ketika ini, kemungkinan chasis dan rekaan MT-10 merupakan model paling sesuai untuk enjin tersebut. Persoalannya, adakah enjin ini akan diperkenalkan dalam masa terdekat? Jika Kawasaki mengambil masa lima tahun untuk membangunkan enjin supercharged H2, tidak terkejut jika Yamaha juga memerlukan tempoh masa yang sama. Advertisements
kawasaki-zx-25r-dilancarkan-di-indonesia-dari-rm28000
Moto Malaya Kawasaki ZX-25R Dilancarkan Di Indonesia – Dari RM28,000! Posted on July 11, 2020March 23, 2022 by Amirul Azreen Setelah beberapa tahun khabar angin mengenai kelahiran semula jentera 250cc 4-silinder daripada Kawasaki, pengeluar motosikal Jepun itu akhirya melancarkan ZX-25R dengan rasminya di Indonesia. Sejak dipertontonkan buat julung kalinya ketika di Tokyo Motor Show 2019, Kawasaki ZX-25R tak henti-henti menimbulkan pelbagai tanda tanya dan persoalan. Kini segalanya terjawab apabila Kawasaki Indonesia melancarkan ZX-25R dengan memperkenalkan dua varian. Varian standard ditawarkan pada harga IDR 96,000,000 (RM28,344) sementara SE, IDR 112,900,000 (RM33,334). Harga tersebut – sekiranya dipasarkan di Malaysia – meletakkan ZX-25R setaraf harga Ninja 400 ABS, Z400 SE ABS, Benelli TRK502, Honda CB500F, CBR500R dan CB500X. Bagaimanapun, tarikan utama model ini adalah orang ramai tidak perlu menaik taraf lesen B2 bagi merasai enjin 4-silinder. Sementara itu, Kawasaki Indonesia memperkenalkan empat warna, hijau lime, putih/hitam, hitam/biru dan hitam. Menurut info yang dikongsikan, jentera ini – seperti jangkaan – menghasilkan sekitar 50.3hp pada 15,500rpm dan 22.9Nm pada 14,500rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan. Data itu sekaligus menjadikan ZX-25R lebih berkuasa berbanding KTM RC 390 termasuk Ninja 400. Pada masa sama, versi SE menawarkan beberapa ciri menarik antaranya: ABS (dual-channel)KQS (Kawasaki Quickshifter Up/Down)Pillion coverPenghadang angin (smoke)Frame slider Kawasaki turut melengkapkan model ini dengan tangki 15L, fork USD dengan monoshock boleh laras (preload), kaliper empat pot dengan 310mm brek cakera depan dan 220mm belakang. Model ini juga didatangkan dengan lampu LED, paparan separa digital dan immobilizer sekiranya berlaku kecurian. Persoalannya, adakah kita bakal menerima ZX-25R bagi pasaran Malaysia? Advertisements
joe-flizzow-antara-pemilik-baharu-vespa-x-sean-wotherspoon-di-malaysia
Moto Malaya Joe Flizzow Antara Pemilik Baharu Vespa X Sean Wotherspoon Di Malaysia Posted on November 3, 2020November 3, 2020 by Amirul Azreen Rapper popular, Joe Flizzow muncul antara pemilik Vespa Primavera x Sean Wotherspoon di Malaysia. Perkara itu disahkan menerusi perkongsian di Facebook oleh Hup Seng Bikerz yang mengucapkan terima kasih kepada penyanyi itu yang hadir membuat pembelian. Berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik, Joe Flizzow tampil memakai Nike AirMax 97 X Sean Wotherspoon dan topi Nike Sean Wotherspoon sebagai tanda sokongan terhadap ikon dunia vintaj itu. Vespa Primavera X Sean Wotherspoon telah pun dilancarkan pada awal Oktober lalu oleh Didi Resources, selaku pengedar rasmi jenama itu di Malaysia. Vespa Primavera X Sean Wotherspoon edisi terhad ini ditawarkan pada harga RM24,960. Sementara itu, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan aksesori Vespa X Sean Wotherspoon ini boleh singgah ke Crossover di Sunway Pyramid. Advertisements
rali-dakar-2021-stefan-peterhansel-juara-kali-ke-14
BERITA ANTARABANGSA Rali Dakar 2021: Stefan Peterhansel Juara Kali Ke-14 Posted on January 15, 2021January 15, 2021 by Amirul Azreen Stefan Peterhansel telah merekodkan kejuaraan Rali Dakar buat kali ke-14 selepas memenangai edisi 2021 di Saudi Arabia. Dia berjaya mengetepikan saingan Nasser Al-Attiyah dan Carlos Sainz untuk muncul juara dengan kelebihan 14 minit 51s. Pelumba X-raid MINI itu hanya memenangi satu daripada 12 peringkat sahaja – catatan terendah sejak 2015 – namun berjaya meletakkan dirinya dalam tiga terbaik sepanjang tempoh perlumbaan di samping tidak pernah ketinggalan lebih lima minit berbanding pelumba lain. Peterhansel mengesahkan kejuaraan di hari terakhir di tempat ketiga, 15m 31s dihadapan Al-Attiyah. Kejayaan ini tiba 30 tahun selepas pelumba Perancis itu merekodkan kejuaraan sulung di Dakar ketika menunggang jentera Yamaha dalam kelas motosikal. Sementara itu, Al-Attiyah, meskipun menang lima peringkat terpaksa berputih mata tatkala hilang 12 minit dalam peringkat Prologue. Meskipun kembali merapatkan jurang sehingga enam minit pada Peringkat 8, masalah tayar pancit (tiga kali) dan hala tuju menjejaskan usahanya musim ini selepas menamatkan musim lalu di belakang Sainz. Advertisements
motogp-quartararo-rangkul-kemenangan-ketiga-mir-terus-cemerlang
Moto Malaya MotoGP: Quartararo Rangkul Kemenangan Ketiga, Mir Terus Cemerlang Posted on September 27, 2020September 27, 2020 by Amirul Azreen Fabio Quartararo kembali mendahului kejuaraan dunia MotoGP selepas mendominasi GP Catalunya, hari ini. Pelumba Petronas Yamaha SRT itu mempamerkan tunggangan konsisten untuk mengutip 25 mata sekaligus kembali meletakkan kedudukannya selaku pendahulu. You can hear how pumped up @FabioQ20 is!!! ?Scenes reminiscent of his maiden #Moto2 win here! ?#CatalanGP ? pic.twitter.com/AQcsj117eM— MotoGP™? (@MotoGP) September 27, 2020 Sementara itu, seorang lagi pesaing kejuaraan, Joan Mir (Suzuki Ecstar) mengulangi kejayaan di Misano minggu lalu apabila mendapat tempat kedua. Delight for the boys in blue! ?@Rins42 becomes the 13th different rider to stand on the podium this season! ?#MotoGP | #CatalanGP ? pic.twitter.com/be6oPtYtil— MotoGP™? (@MotoGP) September 27, 2020 Walaupun bermula di petak ke-8, senario itu tidak menyekat Mir untuk mengejar kelompok depan dan seterusnya merekodkan podium ketiga (empat keseluruhan) berturut-turut. Rakan sepasukan Suzuki, Alex Rins melengkapkan podium dengan tempat ketiga selepas berjaya memintas Franco Morbidelli (Petronas SRT) yang terpaksa berpuas hati dikedudukan keempat meskipun suatu ketika mendahului perlumbaan. Ini merupakan kejayaan sulung Suzuki untuk merekodkan ‘double-podium’ sejak tahun 2007 di Misano. Kejayaan Quartararo meletakkan dia kini dengan 108 mata, diikuti Mir, 100 mata dan Maverick Vinales, 90 mata. The man to beat once again! ?@FabioQ20 is back to his best! ?#CatalanGP ? pic.twitter.com/k8aKHDqASo— MotoGP™? (@MotoGP) September 27, 2020 Dalam perkembangan sama, juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi dalam penampilan ke-350 dalam karier di MotoGP, gagal menamatkan perlumbaan apabila terbabas dipertengahan perlumbaan. Pelumba berusia 41 tahun itu menjadi fokus tatkala disahkan menjadi pelumba Petronas SRT bagi musim 2021. Aksi MotoGP akan kembali bersambung pada 11 Oktober ini di GP Perancis. Advertisements
vespa-racing-sixties-mendarat-di-malaysia-dari-rm19100
Moto Malaya Vespa Racing Sixties Mendarat Di Malaysia – Dari RM19,100! Posted on July 10, 2020July 10, 2020 by Amirul Azreen Pengedar rasmi Vespa di Malaysia, Didi Resources melancarkan dua model edisi Racing Sixties bagi pasaran Malaysia. Dua model ini merangkumi Vespa GTS Super 300 dan Sprint edisi Racing Sixties yang merupakan edisi khas diinspirasikan daripada jentera perlumbaan. Elemen paling menonjol merupakan pilihan warna yang disertakan gabungan warna merah dan putih serta hijau dan kuning. Pada masa sama, kedua-dua model ini turut didatangkan dengan rekaan tempat duduk, rim dan kemasan baharu yang lebih menonjol. Inspirasi Racing Sixties ini datangnya daripada perlumbaan ‘gentleman riders’ yang diadakan pada era 60an. Antara ciri paling memberi tumpuan merupakan warna terang yang diterapkan yang sering dikaitkan dengan warna bendera yang diwakili pelumba. Vespa Racing Sixties ini benar-benar memaparkan semangat perlumbaan klasik seperti Targa Florio. Bagi melengkapkan lagi model edisi khas ini, beberapa aksesori dan pakaian turut diperkenalkan. Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan Vespa edisi terhad dengan harga berikut: Vespa GTS Super Racing Sixties – RM31,400Vespa Sprint Racing Sixtis – RM19,100 Advertisements
miliki-bmw-r-1250-rt-serba-baharu-dari-rm1738-sebulan
BERITA TEMPATAN Miliki BMW R 1250 RT Serba Baharu Dari *RM1,738 Sebulan! Posted on April 1, 2021April 1, 2021 by Amirul Azreen BMW Motorrad Malaysia telah pun melancarkan BMW R 1250 RT serba baharu bagi pasaran tempatan. Generasi baharu R 1250 RT ini tampil dengan pelbagai inovasi terkini yang menjaminkan tunggangan lebih selesa di samping menawarkan pengalaman menunggang berbeza. Model baharu ini tampil dengan rekaan fairing depan yang serba baharu dengan perincian terarah kepada aspek aerodinamik di samping rekaan lampu ‘adaptive LED’. Menurut BMW Motorrad Malaysia, R 1250 RT juga didatangkan dengan pelbagai kelengkapan yang kini didatangkan secara standard, antaranya luggage rack, tongkat tengah (centre stand), ‘pannier’ kiri dan kanan, penghadang angin boleh laras dan heated grips. Bagaimanapun, R 1250 RT 2021 ini masih lagi dikuasakan enjin boxer ikonik yang kini Euro 5, 1,254cc yang menawarkan 136hp pada 7,750rpm dan 143Nm pada 6,250rpm. Dibantu dengan teknologi ShiftCam baharu dari BMW, R 1250 RT kini menawarkan prestasi enjin yang lebih efisien dan dinamik semasa berada di rpm rendah dan tinggi. Pada masa sama, BMW Motorrad Telelever di suspension depan meningkatkan tahap keselesaan menunggang manakala BMW Motorrad Paralever di bahagian belakang menampilkan repson tunggangan yang lebih sensitif. Antara ciri menarik lain ditawarkan: Dynamic Traction Control (DTC)Tiga mod tunggangan (Dynamic Riding Mode)Engine Brake Control (MSR)BMW Motorrad Full Integral ABS ProActive Cruise Contro (didatangkan secara standard dengan Dynamic Package)BMW Motorrad Connectivityskrin TFT 10.25″Gear Shift Assistant ProKeyless Ride BMW R 1250 RT serba baharu ini ditawarkan pada harga RM142,500 dan boleh dimiliki hanya dari RM1,738 sebulan dengan Pelan Kewangan oleh BMW Group Financial Services Malaysia (*berdasarkan pinjaman 80 peratus bagi tempoh 4 tahun). Advertisements
ktm-1290-super-adventure-r-diperkenalkan-160hp-138nm
Moto Malaya KTM 1290 Super Adventure R Diperkenalkan – 160HP, 138Nm! Posted on February 24, 2021February 24, 2021 by Amirul Azreen Sebulan selepas pengeluar motosikal Austria itu memperkenalkan 1290 Super Adventure S, KTM kini merasmikan versi yang lebih memfokuskan ‘off-road’ menerusi 1290 Super Adventure R. Menurut KTM, model enduro ini mendapat pelbagai kemas kini terbaru bagi menjadikan motosikal ini lebih mudah ditunggang atas permukaan off-road di samping mencapai standard Euro 5. Bagi tahun 2021, pembinaan Super Adventure R memfokuskan kemampuan menunggang atas permukaan yang pelbagai dengan lebih mudah. Bahagian chasis telah direka semula dengan mengagih semula berat termasuk memendekkan ‘steering head’ sebanyak 15mm, memusingkan enjin kedepan sebanyak dua darjah serta memanjangkan swingarm dalam usaha meningkatkan kawalan dan kestabalilan. Keseimbangan motosikal dipertingkat dengan penggunaan tangki 23L serta bahagian subframe yang juga telah direka semula. Manakala sistem suspension dikendalikan oleh fork depan WP XPLOR 48mm serta penyerap hentakan tunggan WP PDS boleh laras di belakang. KTM 1290 Super Adventure R ini dikuasakan dengan enjin LC8 V-Twin (kini Euro 5) yang menjana 160hp pada 9,000rpm dan 138Nm pada 6,500rpm dengan berat 1.6kg lebih ringan berbanding model sebelumnya. Dalam usaha meningkatkan aliran udara yang lebih efisien, model baharu ini tampil degnan dua radiator berbanding satu unit pada model sebelumnya. KTM 1290 Super Adventure R 2021 ini ditawarkan pada harga EUR19,850 (RM97,561). Advertisements
motogp-yamaha-tak-puas-hati-dengan-taktik-marc-marquez-ketika-sesi-kelayakan
Moto Malaya MotoGP: Yamaha Tak Puas Hati Dengan Taktik Marc Marquez Ketika Sesi Kelayakan Posted on May 30, 2021May 30, 2021 by Amirul Azreen Pengurus pasukan Yamaha Factory Racing, Massimo Meregalli, meluahkan rasa tidak puas terhadap pelumba Repsol Honda, Marc Marquez membabitkan senario sewaktu sesi kelayakan Q1, semalam. Meregalli meyifatkan taktik Marquez terhadap Maverick Vinales sebagai tidak adil dan mengharapkan tindakan dikenakan terhadap pelumba itu. “Nampak gayanya Marc Marquez semakin menghampiri prestasi terbaiknya kerana dia sudah mula buat perangai lama. “Dia tidak sepatutnya melakukan perkara itu. Saya enggan meluahkan sepenuhnya pendapat jujur saya. “Saya harap tindakan akan diambil terhadapnya kerana bagi saya, kelakuannya tidak adil,” jelas Meregalli. Marquez telah mengikut rapat Vinales sebanyak dua kali sewaktu sesi Q1 yang berjalan selama 15 minit di litar Mugello. Vinales turut dilihat meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Marquez sewaktu sesi tersebut. Pelumba Yamaha itu turut cuba memasuki lorong pit dalam usaha meninggalkan Marquez namun rakan senegaranya itu turut mengekorinya masuk. Dalam usaha mengejar slot ke Q2, Vinales terpaksa mengejar catatan masa terbaik lantas tiada pilihan selain membiarkan Marquez ekori rapat di belakang. Bagaimanapun, taktik Marquez seakan menjadi apabila dia berjaya merekodkan catatan masa terpantas di Q1 dan mara ke Q2 sebelum menduduki petak ke-11. Sementara Vinales, gagal melangkah ke Q2 dan terpaksa bermula di petak ke-13. Dalam perkembangan sama, sesi kelayakan di Mugello menyaksikan Fabio Quartarao merekodkan petak pertama keempat berturut-turut musim ini. Dia bakal diiringi gandingan Ducati, Francesco Bagnaia dan Johann Zarco dengan masing-masing berpeluang merampas kedudukan pendahulu kejuaraan dunia ketika ini. – Motorsport Advertisements
bajaj-auto-pengeluar-motosikal-paling-bernilai-di-dunia-dengan-rm52-4-bilion
Moto Malaya Bajaj Auto Pengeluar Motosikal Paling Bernilai Di Dunia Dengan RM52.4 Bilion Posted on January 5, 2021January 5, 2021 by Amirul Azreen Pengeluar motosikal India, Bajaj Auto telah dinamakan sebagai pengeluar motosikal paling bernilai di dunia dengan nilai lebih USD13.6 bilion (RM52.4 bilion). Perkara itu didedahkan Pengarah Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj dalam satu kenyataan. “Fokus syarikat dalam pasaran motosikal di samping komitmen terhadap strategi pelbagai telah menjadikan Bajaj sebagai pengeluar motosikal paling bernilai di dunia,” jelasnya. Berpangkalan di Pune, India, Bajaj – yang juga pemilik KTM – berjaya menempatkan diri sebagai pemain utama di 70 pasaran motosikal dunia terutamanya di Asia dengan motosikal bersesaran kecil menjadi tarikan orang ramai. Meskipun penjualan motosikal Bajaj di India diatasi Hero Motocorp namun dari aspek ‘value for money’, Bajaj Auto diangkat sebagai jenama paling berbaloi. Pemilikan 47.97 peratus saham KTM AG – termasuk KTM, Husqvarna dan kini GASGAS – turut membantu dalam meningkatkan nilai Bajaj Auto di muka dunia. Jenama Bajaj dijangka akan terus berkembang selepas termeterainya kerjasama dengan Triumph Motorcycles pada 2017 yang menyaksikan kilang di Pune menghasilkan motosikal Triumph bersesaran kecil untuk pasaran dunia termasuk di Asia Tenggara. Advertisements
rm9600-otr-bagi-pulsar-ns200-abs-hanya-di-modenas-power-store
BERITA TEMPATAN RM9,600 OTR Bagi Pulsar NS200 ABS Hanya Di Modenas Power Store! Posted on November 2, 2020November 2, 2020 by Amirul Azreen Sempena tahun 2020 semakin menutup tirai, Modenas Power Store mengadakan promosi hujung tahun istimewa. Orang ramai kini boleh mendapatkan motosikal naked street popular, Modenas Pulsar NS200 ABS dengan harga RM9,600 OTR (termasuk cukai jalan dan insurans)! Pulsar NS200 ABS merupakan model terkini ditawarkan Modenas yang dilancarkan pada Disember 2019, Model ini didatangkan dengan enjin satu silinder 199.5cc SOCH dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 24hp pada 9,750rpmd dan 18.6Nm pada 8,000rpm. Lebih menarik, ini merupakan enjin sama yang terdapat pada KTM 200 Duke susulan Bajaj (sebelum dijenamakan sebagai Modenas di Malaysia) merupakan pemilik KTM lantas kedua-dua jenama ini berkongsi platform sama. 5 Sebab Modenas Pulsar NS200 ABS Motosikal ‘Beginner’ Terbaik Untuk Rakyat Marhaen Enjin ini juga tahan lasak dan menawarkan kelajuan maksima (atas kertas) sekitar 136km/j. Orang ramai yang berminat boleh hubungi Modenas Power Store di +60128003470 untuk pertanyaan lanjut. Promosi ini hanya sah di Modenas Power Store Kota Damansara. Advertisements
alex-marquez-layak-berada-di-repsol-honda
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya MotoGP 2020 Repsol Honda Alex Marquez Layak Berada Di Repsol Honda Posted on October 19, 2020October 19, 2020 by Amirul Azreen Juara dunia tiga kali MotoGP, Jorge Lorenzo menyifatkan Alex Marquez layak berada di pasukan Repsol Honda selepas kejayaan di Aragon, semalam. Marquez merekodkan tempat kedua berturut-turut seminggu selepas aksi mantap di Le Mans. Kejayaan Marquez turut mendapat pujian tiga kali juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo yang memaklumkan bahawa adik Marc Marquez itu layak berada di Repsol Honda. When I saw @alexmarquez73 in the top seven in the first laps I was surprised, but when I saw him second and fighting for the win I couldn’t believe it. Everything is possible in @motogp! Congratulations Alex, you have shown that you deserve to be in @HRC_MotoGP ?? pic.twitter.com/xKyjDdv6sx— Jorge Lorenzo (@lorenzo99) October 18, 2020 Apatah lagi selepas mempamerkan peningkatan mendadak jika dibandingkan dengan lapan pusingan sebelum itu. Marquez bergelut sewaktu ujian pra-musim (Winter Test) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan di Losail, Qatar, Februari lalu. Meskipun kalendar 2020 belum bermula, – ditangguh susulan pandemik Covid-19 – Repsol Honda telah pun membuat keputusan untuk menggantikan juara Moto2 2019 itu dengan pelumba Red Bull KTM, Pol Espargaro bagi musim 2021. *Pol Espargaro, Red Bull KTM Marquez disifatkan sebagai kurang berpengalaman di kelas premier dan belum bersedia untuk bersaing ditahap tertinggi apatah lagi belum serasi dengan jentera RC213V. Keputusan itu menyaksikan Marquez akan menggantikan Cal Crutchlow di LCR Honda namun akan mendapat sokongan sepenuhnya dengan jentera RC213V terbaru musim depan. *RC213V milik Alex Marquez Marquez membuka tirai 2020 dengan permulaan kurang memberangsangkan di GP Sepanyol apabila merekodkan tempat ke-12. Bagaimanapun, dia bangkit dengan aksi lebih baik di pusingan kedua apabila mendapat tempat ke-8 di Andalucia. Namun, dia kembali bergelut sejurus selepas itu apabila gagal menempatkan dirinya dalam kelompok 10 terbaik empat pusingan berturut-turut di Brno (15), Red Bull Ring (14), Styria (16) dan Misano (17). Persembahan di pusingan ketujuh sewaktu di GP Emilia Romagna merupakan pencapaian terbaiknya selepas itu apabila menduduki tempat k-7. Hakikatnya, kejayaan di Le Mans dan Aragon membuktikan Marquez sudah semakin serasi dengan jenteranya. Ini kerana tatkala jentera lain direka mengikut acuan pelumba, tuan punya badan perlu menyesuaikan diri dengan jentera di HRC. Jika ini kemampuan Marquez dengan tahap keserasian bersama RC213V berada di antara 70 hingga 80 peratus, bayangkan kebarangkalian yang boleh berlaku jika dia mencapai tahap 100 peratus? Advertisements
selebriti-langgar-sop-punca-jalan-gombak-lama-ditutup
BERITA TEMPATAN Selebriti Langgar SOP Punca Jalan Gombak Lama Ditutup? Posted on October 21, 2020October 21, 2020 by Amirul Azreen Minggu lalu, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terhadap negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Langkah tersebut diambil bagi menangani penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat. Antara aktiviti yang dilarang dilakukan sepanjang tempoh PKPB ini adalah merentas negeri. Namun, tular berita yang memaklumkan seorang pelakon wanita telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri dengan aktiviti berbasikal. Selebriti, Bella Daly telah ditahan semalam selepas dipercayai merentas negeri dengan menggunakan Jalan Gombak lama untuk ke Genting Sempah, Bentong, Pahang, Ahad lalu. Difahamkan, dia ditahan selepas memuat naik aktiviti berbasikal itu di laman sosial miliknya. Tangkapan selebriti tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe namun telah pun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil. Sementara itu, pihak berkuasa telah mengambil langkah drastik dengan menutup Jalan Gombak Lama menggunakan penghadang konkrit, tengah malam tadi susulan kejadian rentas negeri oleh selebriti tersebut. Bagaimanapun, tindakan itu dilihat menyukarkan orang asli dan penduduk disitu yang menggunakan jalan tersebut. – KOSMO Advertisements
proton-jual-11411-unit-pada-november-catat-18-peratus-kenaikan
Moto Malaya Proton Jual 11,411 Unit Pada November, Catat 18 Peratus Kenaikan Posted on December 3, 2020December 3, 2020 by Amirul Azreen Dengan tahun 2020 semakin melabuhkan tirai, Proton terus mencatatkan peningkatan penjualan kukuh dengan 11,411 unit telah pun dijual pada November. Angka itu menyaksikan peningkatan lebih 18 peratus berbanding bulan sama 2019 sekaligus menyumbang kepada 96,410 unit yang telah pun terjual setakat ini. Menurut Proton, meskipun penjualan November turun sedikir berbanding Oktober namun terdapat peningkatan dalam penyerahan Proton X50. Setakat ini, 1,756 unit telah pun diserahkan lantas menjadikan X50 model SUV B-segmen paling laris di Malaysia. Sementara itu, lebih 2,157 unit turut terjual bagi Proton X70 sekaligus menjadikan Proton sebagai peneraju segmen SUV. Berikut senarai penjualan model Proton pada November: Saga – 4,279 unitX70 – 2,157 unitPersona – 1,942 unitX50 – 1,756 unitExora – 629 unitIriz – 637 unit Advertisements
modenas-power-store-jayakan-ride-ke-gunung-lang-bersama-d4cm
Moto Malaya Modenas Power Store Jayakan ‘Ride’ Ke Gunung Lang Bersama D4CM! Posted on September 15, 2020September 15, 2020 by Amirul Azreen Modenas Power Store Kota Damansara telah menjadi titik pertemuan bagi sekumpulan pemilik motosikal Modenas Dominar D400 dari Dominar 400 Club Malaysia (D4CM) yang menunggang ke Gunung Lang di Ipoh, Perak, Sabtu lalu. Sebagai penghargaan, Modenas Power Store telah menyediakan sarapan kepada semua ‘rider’ yang terlibat malah salah seorang daripada ahli D4CM turut membawa pulang sebuah helmet SHARK Ridil tajaan Power Store! Bukan itu sahaja, sebelum berlepas setiap motosikal turut menjalani pemeriksaan hasil bantuan Master Mechanic, Faisal, bagi memastikan semua jentera dalam keadaan baik. Sebaik berlepas dan tiba di Gunung Lang, mereka kemudiannya bertemu dengan ahli D4CM dari Perak dan beberapa ‘rider’ lain sebelum meneruskan perjalanan ke Kellie’s Castle untuk sesi bergambar dan kemudian menuju ke resort Kuala Razila di Kampung Jahang. Kesemua yang terlibat turut sempat menikmati aktiviti menarik antaranya water rafting, cabutan bertuah dan minum petang sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Sementara itu, orang ramai yang berminat dengan Modenas Dominar D400 atau memerlukan servis boleh singgah ke Modenas Power Store Kota Damansara atau hubungi +60128003470 untuk maklumat lanjut. Advertisements
honda-st125-dax-hidup-semula-kembali-2021
BERITA ANTARABANGSA Honda ST125 DAX Hidup Semula, Kembali 2021? Posted on December 22, 2020December 22, 2020 by Amirul Azreen Susulan kejayaan motosikal retro, Monkey 125 dan Super Cub C125 di samping MSX125 Grom, Honda bakal menambah barisan motosikal cilik dengan menghidupkan semula ST125 Dax. Meskipun hanya sekadar khabar angin sebelum ini, Honda hampir pasti akan mengembalikan motosikal ikonik itu apabila memfailkan ‘trademark’ nama Honda ST125. Motosikal ini dijangka bernadikan enjin 125cc sama terdapat pada Monkey dan Super Cub dengan penyejukan udara (Euro 5) yang menawarkan 9.5hp pada 7,500rpm dan 10.4Nm pada 5,000rpm dan dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan. Honda ST125 diperkenalkan julung kalinya pada 1969 dan diberi jolokan Dax di Jepun serta ‘Trailsport’ di Amerika Syarikat. Sebaik diperkenalkan, Dax bingkas mencuri tumpuan apatah lagi selari dengan fesyen sekitar era 70an. Pengeluaran motosikal itu berterusan sehingga lewat 90an dan menawarkan rekaan hampir sama seperti Monkey terutamanya bahagian kerangka dan tayar serta enjin dari Honda Cub. Baru-baru ini, Honda turut memperkenalkan CT125 Trail Cub dan Hunter Cub. Advertisements
moto2-dari-p28-ke-p17-hafizh-syahrin-terus-perbaiki-kedudukan
BERITA ANTARABANGSA Moto2: Dari P28 Ke P17, Hafizh Syahrin Terus Perbaiki Kedudukan Posted on May 3, 2021May 3, 2021 by Amirul Azreen Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin melakar catatan terbaiknya musim ini apabila menamatkan aksi di GP Sepanyol di kedudukan ke-17. Meskipun masih belum mengutip mata selepas empat pusingan, ini merupakan persembahan terbaik Hafizh setakat ini apatah lagi bermula di kedudukan ke-28. Peningkatan prestasi itu turut mendapat perhatian peminat sukan permotoran tanah air yang mengharapkan pelumba NTS RW Racing itu terus berikan saingan terbaik menjelang pusingan kelima yang akan berlangsung di Le Mans pada 14 hingga 16 Mei depan. Persiapan Hafizh sebelum ini sedikit terkesan apabila terpaksa menjalani kuarantin wajib 7-hari di hotel selepas pulang dari Litar Portimao, April lalu. Dia turut meluahkan rasa kurang senang terhadap senario tersebut meskipun telah mendapat suntikan vaksin Pfizer sebelum ini. Dalam perkembangan sama, aksi Moto2 menyaksikan pelumba Federal Oil Gresini, Fabio Di Giannantonio muncul pemenang diikuti Marco Bezzechi (SKY Racing Team VR46) dan Sam Lowes (Elf Marc VDS Racing Team). Berikut keputusan penuh perlumbaan Moto2: Advertisements
kilang-helmet-arc-diarah-henti-operasi-kompaun-rm10000-ekoran-langgar-sop
BERITA TEMPATAN Moto Malaya Kilang Helmet ARC Diarah Henti Operasi, Kompaun RM10,000 Ekoran Langgar SOP Posted on June 2, 2021June 4, 2021 by Amirul Azreen Sebuah kilang pembuatan helmet motosikal di Butterworth, Pulau Pinang, telah diarahkan henti operasi dan dikenakan kompaun RM10,000. Menurut laporan media tempatan, kilang pengeluar helmet jenama ARC itu dikenakan tindakan ekoran mengisytiharkan pembuatan topi keledar sebagai kilang peralatan perlindungan diri (PPE). Pekara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor. “Mengikut senarai MITI, pembuatan topi keledar bukan keperluan dan pemiliknya diarahkan menutup operasinya serta-merta selain dikompaun RM10,000,” jelasnya. Pemeriksaan terhadap kilang tersebut dibantu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Bagaimanapun, kilang tersebut mematuhi kehadiran 60 peratus pekerja sahaja. – HM Advertisements
perodua-atasi-sasaran-jualan-dengan-220154-unit-terjual-pada-2020
BERITA TEMPATAN Perodua Atasi Sasaran Jualan Dengan 220,154 Unit Terjual Pada 2020 Posted on January 1, 2021January 1, 2021 by Amirul Azreen Perodua berjaya rekod 220,154 unit penjualan kenderaan pada tahun 2020 sekaligus atasi sasaran awal sebanyak 10,154 unit. Meskipun pengeluaran dihentikan pada Mac hingga Mei 2020 namun inisiatif pengecualian cukai jualan diperkenalkan kerajaan memberi impak positif terhadap penjualan Perodua. *Dato’ Zainal Abidin Ahmad Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad turut meluahkan rasa terima kasih terhadap kejayaan Perodua bagi tahun 2020. “Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana memilih Perodua dan kepada pihak kerajaan kerana melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan di bawah program PENJANA bagi mengekalkan momentum jualan industri automotif,” jelasnya. Perodua turut mengukuhkan status selaku pengeluar Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan satu juta unit diserahkan kepada pelanggan. Sementara itu, Dato’ Zainal turut mengjangkakan 2021 sebagai tahun lebih baik bagi jenama kereta nasional kedua negara itu. “Kami menjangkakan tahun yang lebih baik kerana terdapat petunjuk positif bahawa pandemik COVID-19 akan dapat diatasi dengan vaksin yang baru dikeluarkan. Kami akan mengumumkan sasaran 2021 kami pada masa yang terdekat,” tambahnya. Advertisements
beraksi-di-msbk-2021-dengan-honda-cbr250rr-hanya-rm30000
BERITA TEMPATAN Boon Siew Honda Beraksi Di MSBK 2021 Dengan Honda CBR250RR – Hanya RM30,000 Posted on September 3, 2020September 3, 2020 by Amirul Azreen Boon Siew Honda telah melancarkan inisiatif Boon Siew Honda 250cc Racing Support Program dalam usaha mengasah bakat baharu perlumbaan. Menerusi program ini bersama-sama dengan Malaysia Superbike Championship (MSBK), pelumba berpeluang beraksi dalam kelas MSBK250 menggunakan jentera Honda CBR250RR yang lengkap dengan kit perlumbaan. Orang ramai yang berminat untuk sertai MSBK kategori 250cc hanya perlu membayar RM30,000 bagi seunit motosikal CBR250RR dan BSH akan memasang segala kelengkapan perlumbaan berharga lebih RM50,000. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BSH, Yoshitaka Nakamura menyifatkan program ini sebagai usaha mempertingkatkan arena perlumbaan motosikal di Malaysia. Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan jentera perlumbaan ini boleh hubungi Two Wheels Motor Racing (TWMR) di 03-87338787. Hanya 10 unit ditawarkan bagi kumpulan pertama. Advertisements
ktm-890-adventure-r-dan-rally-dilancarkan-105hp-100nm
BERITA ANTARABANGSA KTM KTM 890 Adventure R Dan Rally Dilancarkan – 105hp, 100Nm! Posted on October 7, 2020October 7, 2020 by Amirul Azreen Tiada angin, tiada ribut, KTM melancarkan KTM 890 Adventure R dan 890 Adventure R Rally. KTM 890 Adventure R Selepas memperkenalkan KTM 890 Duke R tahun lalu, pengeluar motosikal Austria itu kini memperkenalkan versi ADV menerusi 890 Adventure R dan Rally. KTM 890 Adventure R Rally Kedua-dua model ini merupakan generasi baharu yang terbit daripada model sebelumnya, 790 Adventure yang diperkenalkan dua tahun lalu. Senario ini sekaligus menyaksikan KTM 890 Adventure R dan Rally kini tampil dengan enjin parallel-twin 899cc (Euro5) dengan penyejukan cecair yang menawarkan 105hp pada 8,000rpm dan 100Nm pada 6,500rpm berbanding 95hp dan 88Nm pada model 790 Adventure. KTM turut mendakwa kotak gear kali ini turut telah diperkemas bagi memastikan pertukaran gear lebih efisien dan pantas hasil bantuan klac yang telah diperkukuh di samping opsyen quickhsifter. Bukan itu sahaja, KTM turut menaik taraf sistem penyerap hentakan WP Xplor yang kini boleh laras sepenuhnya termasuk sistem ABS yang turut merangkumi off-road ABS dan cornering ABS. Kedua-dua varian turut dilengkapi KTM Motorcycle Traction Control (MTC), sistem yang bertindak mengukur tahap kegelinciran tayar dan ‘lean angle’ bagi memastikan kadar traction yang diperlukan sewaktu menunggang. Sementara itu, model ini turut didatangkan dengan paparan TFT 5 inci dan tangki berkapasiti 20L. Pada masa sama, pengalaman tunggangan diperkukuh dengan penunggangan fork USD WP XPLOR 48mm depan dan mono-shock WP XACT PDS belakang serta penggunaan tayar Metzeler Karoo 3 21’depan dan 19′ belakang. KTM turut memperkenalkan 890 Adventure R Rally Limited Edition yang dilengkapkan khas dengan ekzos Akrapovic, foot peg rali, tempat duduk enduro dan chasis yang telah ditala di samping pelindung tangki gentian karbon dan quickshifter. Ketika ini, masih tiada harga rasmi diumumkan bagi kedua-dua model. KTM 890 Adventure R Advertisements
honda-cbr600rr-2021-dilancarkan-di-jepun-rm63500
BERITA ANTARABANGSA Honda CBR600RR 2021 Dilancarkan Di Jepun – RM63,500! Posted on August 21, 2020January 17, 2021 by Amirul Azreen Honda CBR600RR 2021 akhirnya dilancarkan secara rasminya di Jepun selepas berbulan jentera sportsbike segmen pertengahan itu dicanang akan diperkenalkan. Media Jepun, Young Machine merupakan outlet pertama yang mencetuskan khabar angin tersebut dan seperti biasa, maklumat dalaman yang ternyata benar. Bagi tahun 2021, terdapat banyak penambahbaikan baharu bagi memastikan jentera sportsbike 600cc itu terus relevan masa kini. Didatangkan dengan enjin 599cc 4-inline DOCH, CBR600RR kini menawarkan 121hp pada 14,000rpm dan 64Nm pada 11,500rpm lebih tinggi berbanding model sebelumnya hasil bantuan camshaft, valve springs dan crankshaft serba baharu. Model ini turut menawarkan pelbagai ciri terkini antaranya sistem ABS, ride-by wire, traction control, wheelie control, fork Show Big Piston, dan slipper clutch. Malah, jentera ini turut didatangkan dengan sistem bi-directional quickshifter secara standard di samping kaliper brek Tokico dan tangki 18L. Rekaan keseluruhan Honda CBR600RR diinspirasikan daripada CBR1000RR-R Fireblade yang turut merangkumi winglet yang terletak di bahagian fairing depan kiri dan kanan jentera. Menariknya, ini merupakan julung kalinya ciri winglet diperkenalkan pada jentera sportsbike segmen pertengahan. Honda CBR600RR dipasarkan di Jepun dengan harga JPY1,606,000 (RM63,543). Adakah CBR600RR akan turut sama mendarat di Malaysia? Ikuti perkembangan di MotoMalaya.Net! Advertisements
kawasaki-ninja-zx-10r-dan-zx-10rr-2021-mendarat-dengan-skrin-tft-cruise-control
BERITA ANTARABANGSA Moto Malaya Kawasaki Ninja ZX-10R Dan ZX-10RR 2021 Mendarat – Dengan Skrin TFT, Cruise Control! Posted on November 24, 2020January 17, 2021 by Amirul Azreen Kawasaki akhirnya melancarkan ZX-10R dan ZX-10RR secara rasmi dengan pelbagai kemas kini dan pembaharuan bagi tahun 2021. Paling mencuri tumpuan adalah rekaan depan yang nyata berbeza dengan model sebelumnya. Model sebelum ini tampak lebih kemas dan kompak namun bagi 2021, Kawasaki melaksanakan rombakan besar-besaran dengan menghadirkan rekaan luar biasa. Meskipun ada yang akan mempersoal rekaan baharu ini tapi hakikatnya fokus utama pembangunan ZX-10R dan ZX-10RR ini adalah memastikan kejuaraan dunia di WSBK kekal jadi milik Kawasaki Racing Team (KRT) musim depan. Sebelum ini, ramai yang menyangka Kawasaki akan mengikut langkah pengeluar lain antaranya Ducati dengan memperkenalkan ciri winglet. Bagaimanapun, jurutera Kawasaki enggan ‘meniru’ lawannya di WSBK itu sebaliknya melaksanakan rekaan luar biasa di bahagian depan yang menempatkan lampu LED serta corong udara. Pada masa sama, fairing jentera baharu ini turut menghasilkan 17 peratus lebih ‘downforce’ berbanding model sedia ada. Kawasaki turut meninggikan penghadang angin sehingga 40mm dan tempat letak kaki (foot peg) 5mm lebih tinggi. Menariknya, ‘handlebar’ pada model 2021 ini turut mengikut acuan sama seperti yang terdapat pada mesin lumba milik Jonathan Rea! Kawasaki turut menunaikan permintaan ‘fanboy’ Ninja dengan memperkenalkan paparan TFT dengan keterhubungan Bluetooth, butang mod tunggangan mudah akses serta ‘electronic cruise control’. Bahagian chasis turut dikemas kini dengan bahagian pivot point swingarm kini 1mm lebih rendah dan 8mm lebih panjang sekaligus meningkatkan kestabilan dan cengkaman tayar. Enjin 998cc 4-inline juga kini berstatus Euro 5 dengan pelepasan emisi yang lebih rendah sekaligus menyaksikan pembakaran enjin lebih efisien di samping menawarkan kuasa sekitar 200hp pada 13,200rpm (300rpm lebih awal berbanding model 2019). Pada masa sama, Kawasaki masih mengekalkan sistem injap jenis ‘finger-follower valve actuation’ dari model 2019 yang menawarkan peningkatan kuasa di samping mengurangkan berat ‘valvetrain’. Ninja ZX-10R ini turut dilengkapi dengan sproket belakang 41t berbanding 39t manakala nisbah gear 1, 2 dan 3 juga lebih pendek bagi memperbaiki tahap pecutan. Sementara itu, Ninja ZX-10RR 2021 (edisi homologation) dengan terhad kepada 500 unit sahaja seluruh dunia turut menerima kemas kini ketara antaranya had RPM kini berada pada 14,700 berbanding 14,200 sebelum ini. Peningkatan RPM itu hasil sumbangan penggunaan ‘camshaft’ dan’valve spring’ baharu, piston Pankl (20g lebih ringan) dan piston pin bersalut DLC (diamond like carbon). Kawasaki Ninja ZX-10R didatangkan dengan pilihan warna Metallic Spark Black/Metallic Matte Carbon Gray dan KRT Edition (Lime Green/Ebony/Pearl Blizzard White manakala ZX-10RR hanya ditawarkan dengan warna ikonik Lime Green. Advertisements
onexox-persoal-tindakan-mam-kbs-serah-cek-rm50-ribu-kepada-kasma-tanpa-pengetahuan
BERITA TEMPATAN ONEXOX Persoal Tindakan MAM, KBS Serah Cek RM50 Ribu Kepada Kasma Tanpa Pengetahuan Posted on November 20, 2020November 20, 2020 by Amirul Azreen Demikian kenyataan berani pasukan ONEXOX TKKR SAG Team dalam satu perkongsian di Facebook, hari ini. Dalam perkongsian di laman sosial itu, ONEXOX TKKR SAG Team mempersoalkan tindakan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) menyerahkan cek berjumlah RM52,000 kepada pelumba Moto2, Kasma Daniel Kasmayudin. Salam semua Semalam ada video KASMA daniel mengucapkan terima kasih kepada MAM DAN KBS kerana membantu meringankan…Posted by Onexox TKKR SAG Team on Thursday, 19 November 2020 Difahamkan, MAM telah menyerahkan cek tersebut secara terus kepada pihak Kasma tanpa melalui ONEXOX selaku prinsipal pasukan. Perkara itu tercetus susulan terdapat video memaparkan Kasma mengucapkan terima kasih kepada MAM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana membantu meringankan masalah kewangan. Lantas, ONEXOX terkilan mengapa pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu apatah lagi pernah mengadakan perbincangan dengan pihak KBS untuk memohon tajaan Kasma sebelum ini. “Kepada MAM, kenapa perkara ini berlaku? “Kepada KBS, kenapa pasukan yang membawa Kasma dan mengeluarkan jutaan ringgit diketepikan? “Kepada MAM ini kurang ajar sangat?” demikian antara luahan ONEXOX di Facebook. Advertisements
miros-bangunkan-teknologi-amaran-pelanggaran-lidar-bagi-motosikal
BERITA TEMPATAN MIROS Bangunkan Teknologi Amaran Pelanggaran LIDAR Bagi Motosikal Posted on February 3, 2021February 3, 2021 by Amirul Azreen Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) memaklumkan sedang membangunkan teknologi Light Detection & Ranging Technology (LIDAR) dalam usaha mengurangkan risiko pelanggaran babitkan motosikal. Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah MIROS Dr Khairil Anwar Abu Kassim dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal. Menurutnya, teknologi tersebut berkeupayaan mengesan kehadiran kenderaan di hadapan lalu memberi amaran kepada penunggang untuk mengelak. “Amaran perlanggaran diberikan melalui tiga peringkat dan menekankan keupayaan untuk memastikan penunggang menyedari tepat pada masanya mengenai bahaya yang akan berlaku,” jelas Khairil. Jelasnya lagi, prinsip utama teknologi ini adalah berimpak tinggi, kos rendah dan mudah dipasang pada motosikal. LIDAR merupakan komponen utama bagi Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang telah digunakan secara meluas dalam kenderaan empat roda. Penggunaan sistem pengesanan seperti ini telah pun bertapak pada motosikal berkuasa tinggi antaranya BMW R 1250 RT 2021, Ducati Multistrada V4 2021 dan terbaru KTM 1290 Super Adventure S yang menggunakan teknologi radar bagi mengesan kenderaan lain. Advertisements
givi-b42n-antartica-rekaan-padu-kualiti-terbaik
Moto Malaya GIVI B42N Antartica: Rekaan Padu, Kualiti Terbaik Posted on July 17, 2020September 3, 2020 by Amirul Azreen Apabila bercakap tentang kotak simpan untuk motosikal, tak lain tak bukan nama GIVI akan mula dipetik dibibir pengguna dua roda. Manakan tidak, GIVI menawarkan ruang simpanan terbaik di samping selamat untuk sepanjang perjalanan di atas motosikal. Baru-baru ini, GIVI memperkenalkan ‘top case’ terbaru, B42N Antartica selepas seminggu berkongsi ‘teaser’ di laman media sosial. ‘Teaser’ yang pada awalnya bertujuan menarik minat orang ramai, kami sebagai pengamal media turut sama berasa teruja dan ketika peluang itu hadir untuk mencuba sendiri tawaran terbaru daripada GIVI Malaysia, kami semua tidak berfikir dua kali untuk ke GIVI Asia di Bukit Beruntung. Antartica merupakan kotak simpanan revolusi baharu daripada GIVI. Bukan sahaja menawarkan pelbagai ciri terkini dan selamat malah ini merupakan kotak simpan yang dibuat 100 peratus di Malaysia untuk pasaran seluruh dunia. Selepas lebih setahun enam bulan – daripada peringkat R&D ke pengeluaran – akhirnya Antartica dipertontonkan kepada umum beberapa hari lalu. Ciri paling menonjol adalah bahagian ‘Prismatic Reflective Insert’ yang terletak di dua penjuru depan yang menonjolkan lagi rupa keseluruhan model ini di samping menawarkan pencahayaan terbaik ketika berada di jalan raya. Pada masa sama, ruang 42L ditawarkan boleh memuatkan dua helmet semi jet (open face) atau satu helmet jenis modular dengan lebihan ruang boleh diisi dengan baju hujan dan sebagainya. Mungkin ada yang berpendapat saiz 42L terlalu besar terutamanya jika diletakkan pada motosikal kapcai tetapi hakikatnya ruang tersebut sangat praktikal dan tampak tak kekok apabila diletakkan pada motosikal kecil – penulis meletakkan pada skuter jenis Honda Vario. Pada awalnya, kami juga agak skeptikal tetapi selepas lihat dengan mata sendiri, Antartica nampak cocok dengan motosikal kapcai mahupun skuter. Sementara itu, Antartica terhasil dengan menggunakan bahan jenis Polypropylene (PP) kelas tertinggi sekaligus menjaminkan keutuhan dan tahan lasak. Ciri keselamatan juga dipertingkat dengan sistem ‘Micro 3 Locking’ yang kini lebih efisien dan selamat di samping penggunaan Senang cerita, barang yang disimpan – mengikut had berat yang ditetapkan – tidak akan melayang sewaktu menunggang dalam keadaan cuaca panas atau hujan lebat. B42N Antartica ditawarkan pada RM420 seunit dan sebelum ada yang mempersoalkan harga tersebut, diingatkan model ini juga didatangkan dengan waranti dua tahun sekaligus menjadikan kotak simpan ini pelaburan yang berbaloi untuk jangka masa panjang. Bagi yang berkenan, boleh tinjau GIVI Point seluruh negara atau di pengedar rasmi Ogos ini. Ikuti kami di YouTube dan Instagram! Advertisements
wmoto-rt3-dengan-enjin-250cc-dohc-dilancarkan-tangki-17l-23hp
BERITA TEMPATAN WMOTO RT3 Dengan Enjin 250cc DOHC Dilancarkan – Tangki 17L, 23HP! Posted on March 14, 2021March 14, 2021 by Amirul Azreen Segmen skuter maxi 250cc menjadi semakin rancak menerusi pelancaran WMOTO RT3. WMOTO RT3 merupakan skuter 250cc yang telah dijenamakan semula dari Zongshen Cylone. Skuter ini dikuasakan dengan enjin 247cc , satu silinder DOHC 4-valve yang menawarkan 23hp pada 8,000rpm dan 22.5Nm pada 6,500rpm. Enjin ini juga mencapai standard Euro 4 sekaligus menjaminkan kuasa dan penggunaan minyak yang efisien dalam kelasnya. Selain daripada enjin berkuasa, skuter ini turut tampil dengan pelbagai ciri terkini antaranya penggunaan sistem keyless yang praktikal. Fungsi ini membolehkan penunggang menghidupkan motosikal, membuka ruang letak barang dan tangki minyak tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket. WMOTO RT3 ini juga sesuai digunakan bagi tunggangan jarak jauh hasil bantuan tangki 17L. Sistem ‘suspension’ dikendalikan fork depan jenis teleskopik dan penyerap hentakan belakang berkembar manakala brek dikendalikan Bosch ABS dwi-saluran (dual-channel). Antara ciri menarik lain: ruang letak barang dengan pencahayaan LEDdua pengecas USBlampu LED penuhtayar 120/70 depan dan 140/60 belakanggabungan paparan meter digital LCD dan analog WMOTO RT3 ini boleh didapati di semua pengedar MForce Bike Holdings pada harga RM15,188 dan datang dengan tiga warna pilihan, Matte Grey, Glittery Blue, dan Red. Advertisements
mclaren-765lt-mendarat-di-malaysia-semua-10-unit-telah-terjual-rm1-4-juta
BERITA TEMPATAN McLaren 765LT Mendarat Di Malaysia, Semua 10 Unit Telah Terjual – RM1.4 Juta Posted on September 18, 2020September 18, 2020 by Amirul Azreen McLaren 765LT kini telah pun mendarat di Malaysia apabila dilancarkan di pusat pameran McLaren Kuala Lumpur, hari ini. McLaren 765LT ini dibina berdasarkan model 720S dan meskipun nama LT itu merujuk kepada F1 GTR Longtail yang beraksi di FIA GT Championship pada 1995 dan memenangi lebih 38 perlumbaan namun dalam kes 765LT ini, lebih merujuk kepada jentera berprestasi tinggi. Jika McLaren 720S disamakan dengan Tony Stark maka 765LT merupakan Tony Stark memakai sut Iron Man Mark 85. Model ini adalah lebih panjang namun lebih 80 kilogram ringan dan didatangkan dengan sistem elektronik canggih yang menawarkan ‘downforce’ 25 peratus lebih tinggi berbanding McLaren 720S. McLaren 765LT ini dikuasakan dengan enjin 4.0 Liter V8 yang menjana 765hp dan segala kuasa itu kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 7-kelajuan klac berganda. Bagi memastikan sistem membrek tidak gagal dalam menangani kuasa enjin, 765LT dilengkapi sistem brek yang sama terdapat pada McLaren Senna dengan corong penyejuk yang diinspirasikan daripada teknologi Formula 1. Menurut McLaren hanya 765 unit dihasilkan untuk seluruh dunia dan hanya 10 unit ditawarkan untuk pasaran Malaysia dan apa yang mengejutkan kesemuanya telah pun terjual dengan harga RM1.48 juta (sebelum cukai). Advertisements
honda-x-adv-2021-kini-di-malaysia-rm67799
BERITA TEMPATAN Honda X-ADV 2021 Kini Di Malaysia – RM67,799! Posted on May 3, 2021May 3, 2021 by Amirul Azreen Honda telah melancarkan X-ADV baharu bagi 2021 yang kini tampil dengan pengayaan dikemas kini dan lebih berkuasa. Honda X-ADV merupakan skuter maxi dengan elemen adventure popular sejak diperkenalkan julung kalinya pada 2016. Bagi tahun 2021, dengan penguatkuasaan Euro5, Honda telah melaksanakan beberapa perubahan ketara terhadap model tersebut. Antara kemas kini yang ketara dilaksanakan adalah bahagian enjin yang kini patuhi piawaian Euro5. Enjin parallel 2-silinder 745cc dengan penyejukan cecair SOCH kini menghasilkan 57.7hp pada 6,750rpm (naik 500rpm) dan 69Nm @ 4,750rpm berbanding 54hp dan 68Nm pada model sebelumnya. Menurut Honda, peningkatan kuasa itu berlaku dengan melaraskan semula ‘valve timing’ di antara kedua-dua silinder. Honda turut mendakwa unit baharu ini kini menghasilkan tork yang lebih lama berbandng model sebelumnya. Sistem elektronik turut dipertingkat dengan ciri ride-by-wire dilengkapi Honda Selectable Torque Control (HSTC) – yang boleh dinyah aktif – sekaligus memperkemaskan kawalan traction (traction control). Kota gear DCT (Dual Clutch Transmision) juga telah diperkemas bagi 2021 di samping paparan skrin TFT yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar menerusi Honda Smartphone Voice Control System. Meskipun bahagian rekaan tampak sama namun terdapat beberapa penambah baikan telah dilakukan terutamanya bahagian lampu depan yang kini dilengkapi LED DRL. Honda turut mereka semula tempat duduk yang kini memudahkan penunggang yang rendah meletakkan kaki ke permukaan bawah dengan lebih mudah meskipun pada ketinggian sama (820mm). Penghadang angin juga boleh dilaraskan dengan mudah (lima kedudukan) tanpa perlu menggunakan sebarang alat. Antara ciri menarik lain, Honda X-ADV 2021 ini menawarkan berat 236kg, 3kg lebih ringan berbanding generasi pertama hasil daripada kerangka (frame) yang lebih ringan. Untuk pasaran tempatan, Honda X-ADV ini ditawarkan pada harga RM67,799 dan didapati dengan tiga warna pilihan, Pearl Deep Mud Gray, Grand Prix Red dan Graphite Black. Advertisements
motogp-morbidelli-pelumba-utama-petronas-srt-razlan-razali
Moto Malaya MotoGP: Morbidelli Pelumba Utama Petronas SRT – Razlan Razali Posted on March 1, 2021March 1, 2021 by Amirul Azreen Demikian kenyataan dibuat prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali dalam temu bual bersama media tempatan, hari ini. Menurut Razlan meskipun pasukan itu tidak melabelkan siapa pelumba utama dan kedua dalam pasukan namun dia meletakkan Morbidelli sebagai tunjang utama dalam merebut kejuaraan MotoGP musim 2021. “Secara peribadi, saya berasakan Franky (Morbidelli) adalah pelumba nombor satu berdasarkan pencapaian dia musim lalu. “Kami cuba untuk tidak meletakkan sebaran label terhadap kedua-dua pelumba malah musim lalu juga kami tidak praktiskan siapa nombor satu walaupun jangkaan lebih tinggi diletakkan pada (Fabio) Quartararo. “Bagi saya, kami memberikan layanan yang sama tetapi kami akan memberi fokus lebih pada Franky. “Tetapi tak dilupakan yang kita bercakap tentang Valentino, dia boleh membuat kejutan. Dia cuma kurang bernasib baik musim lalu. Saya yakin dia akan kembali lebih kuat dan beraksi dengan penuh kompetitif dalam pusingan pertama,” jelas Razlan. Rossi bakal beraksi di bawah payung Petronas SRT selepas lapan tahun bersama pasukan factory Yamaha sebelum ini. Pelumba berusia 42 tahun itu menggantikan Quartararo yang berhijrah ke pasukan factory bagi bergandingan dengan Maverick Vinales. Musim lalu, Rossi sekadar mengutip 66 mata selepas 14 pusingan dengan hanya satu podium (GP Andalucia) di samping lima kali gagal menamatkan perlumbaan. Dalam perkembangan sama, Razlan turut merasmkikan pasukan Petronas SRT bagi menghadapi musim baharu secara strim langsung, hari ini. Pelancaran itu turut memperlihatkan julung kalinya jentera YZR-M1 2021 milik Rossi dan Morbidelli. Rossi akan teruskan musim 2021 dengan jentera ‘Factory-spec’ manakala Morbidelli bersama jentera ‘A-spec+’. Advertisements
miros-iktiraf-sym-vf3i-185-sebagai-kapcai-paling-selamat
BERITA TEMPATAN Moto Malaya MIROS Iktiraf SYM VF3i 185 Sebagai Kapcai Paling Selamat Posted on April 2, 2021April 2, 2021 by Amirul Azreen SYM VF3i 185 varian Limited Edition dan Pro telah diberi pengiktirafan sebagai motosikal paling selamat dengan penarafan lima bintang menerusi Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP). Motosikal tersebut diiktiraf Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Difahamkan, aspek penilaian tersebut mengambil kira empat ciri utama membabitkan pematuhan peraturan Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah, Pematuhan Pengeluaran(COP), ciri keselamatan dan program sokongan keselamatan pengguna. Pada masa sama, SYM VF3i 185 merupakan satu-satunya motosikal jenis moped yang ketika ini menawarkan ciri keselamatan Anti-lock Braking System (ABS). Dengan adanya ABS, sistem membrek motosikal bertambah efisien di samping mengelakkan daripada berlakunya tayar terkunci lalu tergelincir ketika membrek secara mengejut mahupun agresif. Menurut Ketua Pengarah MIROS, Dr. Khairil Anwar bin Abu Kassim, fungsi ABS pada model VF3i 185 telah diuji sendiri oleh pihak MIROS pada 17 Mac lalu. “Dengan bantuan ABS, kita dapat mengurangkan jumlah kematian yang melibatkan penunggang motosikal,” jelasnya. Advertisements
1949-kemalangan-maut-motosikal-direkodkan-sepanjang-tempoh-pkp
Moto Malaya 1,949 Kemalangan Maut Motosikal Direkodkan Sepanjang Tempoh PKP Posted on December 6, 2020December 6, 2020 by Amirul Azreen Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendedahkan 1,949 kemalangan maut membabitkan motosikal telah direkodkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari Mac hingga November 2020. Bimbang dengan angka terbabit, MIROS kini menggiatkan lagi usaha mencadangkan pembinaan laluan khas motosikal membabtikan sejumlah 101 jalan raya di Perak, Selangor dan Johor. Menurut MIROS cadangan itu sedang dalam perangkaan bersama-sama Kementerian Pengangkutan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dalam usaha merendahkan angka kematian melibatkan penunggang motosikal. Sebelum ini, pengerusi MIROS, Datuk Suret Singh mendedahkan menambah laluan motosikal terbukti dalam menurunkan kemalangan maut lebih 95 peratus sepertimana yang terlaksana di sepanjang Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway). Baginya, perkara ini dapat dicapai sekiranya laluan motosikal dibina dengan infrastruktur yang bagus termasuk penghadang yang lebih mesra motosikal berbanding penghadang yang diguna pakai ketika ini. Advertisements
pdrm-terima-laporan-influencer-rentas-negeri-hadir-majlis-kahwin-rakan
Moto Malaya PDRM Terima Laporan ‘Influencer’ Rentas Negeri Hadir Majlis Kahwin Rakan Posted on February 23, 2021February 23, 2021 by Amirul Azreen Semalam tular beberapa gambar memaparkan beberapa individu disyaki telah merentas negeri bagi menghadiri majlis perkahwinan rakan. Aktiviti rentas negeri adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga diberitahu kelak. Dalam perkembangan terbaru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan disahkan telah menerima laporan polis terhadap kesemua individu berkenaan atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata laporan terhadap kesemua individu telah difailkan petang semalam. “Polis telah membuka kertas siasatan terhadap beberapa individu yang telah menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di Kota Baru. “Gambar tersebut juga memaparkan tiada penjagaan jarak di antara mereka dengan pasangan pengantin. Mereka juga tidak memakai topeng muka,” jelasnya dalam satu kenyataan. – NST Advertisements
modenas-elegan-baharu-mendarat-19-november-ini
BERITA TEMPATAN Modenas Elegan Baharu Mendarat 19 November Ini? Posted on November 14, 2020November 14, 2020 by Amirul Azreen Modenas telah berkongsi imej ‘teaser’ di laman sosial yang didakwa membabitkan kemunculan model baharu bagi skuter maxi, Elegan. Menurut info dikongsikan, model terbabit akan dilancarkan pada 19 November ini menerusi siaran digital. Berdasarkan imej dikongsikan, jelas memaparkan skuter maxi, Modenas Elegan yang merupakan penjenamaan semula daripada Kymco X-Town 300i yang didatangkan dengan enjin 276cc yang menawarkan 24hp dan 25Nm. *KYMCO X-Town 300i Bagaimanapun, seperti Elegan 250 sebelum ini dijangka model terbabit akan menawarkan sesaran yang lebih rendah – 250cc – bagi menyesuaikan dengan pemegang lesen B2 di Malaysia. Maklumat lebih terperinci mengenai skuter maxi ini akan didedahkan pada 19 November nanti. Advertisements
yamaha-mt-07-2021-diperkenalkan-72-8hp-67nm
Moto Malaya Yamaha MT-07 2021 Diperkenalkan – 72.8HP, 67Nm! Posted on November 4, 2020November 4, 2020 by Amirul Azreen Selepas baru sahaja melancarkan MT-09 serba baharu minggu lalu, Yamaha kembali dengan memperkenalkan adiknya, MT-07 2021. Menariknya, MT-07 ini meneruskan rekaan lampu depan LED yang sama seperti terdapat pada MT-09 2021 dengan lampu projektor (high/low) berbentuk bulat di antara dua lampu sisi. Bagaimanapun, bahagian lain masih tampak tidak jauh berbeza melainkan bentuk tangki yang kini sedikit tinggi dengan panel tangki berlainan. Lampu isyarat depan kiri dan kanan juga tampil lebih pendek berbanding model sebelumnya di samping mengguna pakai lampu jenis LED. Bahagian belakang juga mengekalkan rekaan sama kecuali tempat letak nombor plat yang kini turut didatangkan dengan lampu isyarat jenis LED. Sementara itu, bahagian enjin telah dikemas kini bagi mencapai piawaian Euro5 antaranya intake, routing 2-into-1 ekzos dan ECU baharu sekaligus menyaksikan penurunan kuasa. MT-07 2021 kini menghasilkan 72.8hp pada 9,000rpm dan 67Nm pada 6,500rpm berbanding 75hp dan 67.79Nm pada model sebelum ini. Bagaimanapun, sistem membrek telah dipertingkat dengan cakera brek 298mm dengan ABS didatangkan secara standard di samping penggunaan tayar Michelin Road 5. Advertisements
gambaran-lebih-jelas-honda-forza-750-ditayangkan
Moto Malaya Gambaran Lebih Jelas Honda Forza 750 Ditayangkan! Posted on October 3, 2020October 3, 2020 by Amirul Azreen Akhirnya rupa bentuk Honda Forza 750 didedahkan menerusi video ‘teaser’ ketiga dikongsikan. Ketika Honda memuat naik video teaser pertama, hanya slogan ‘Forza family is getting bigger’ bagi memberi bayangan bahawa skuter maxi itu akan mendapat suntikan enjin lebih besar dipercayai nadi sama yang terdapat pada X-ADV dan NC750. Kemudian, ‘teaser’ kedua memaparkan beberapa ciri yang ditawarkan Forza 750 menerusi paparan TFT, lampu LED (depan dan belakang) dan mod tunggangan. Kini, berdasarkan teaser terbaru, rupa bentuk Forza 750 ini tampak lebih jelas. Meskipun tiada info lanjut namun berdasarkan rupa bentuk, jelas terdapat elemen X-ADV terutamanya di bahagian swingarm di samping jentera ini dijangka mendapat transmisi DCT (namun tanpa opsyen manual. Honda bakal merasmikan Forza 750 pada 14 Oktober ini. Advertisements
hlym-anjur-marshall-riding-training-untuk-pemilik-yamaha-24-oktober-ini
BERITA TEMPATAN Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. HLYM Anjur Marshall Riding Training Untuk Pemilik Yamaha 24 Oktober Ini Posted on September 21, 2020September 21, 2020 by Amirul Azreen Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akan menganjurkan Marshall Riding Training (MRT) pada 24 Oktober ini. Latihan tersebut memfokuskan kepada kemahiran menunggang motosikal dan tips keselamatan sewaktu menunggang secara berkumpulan dan akan diadakan di Kompleks Hong Leong Yamaha Motor di Sungai Buloh. Menurut info dikongsikan HLYM di Facebook, latihan tersebut adalah terbuka kepada orang ramai yang memiliki motosikal Yamaha termasuk lesen motosikal yang sah dan belum tamat tempoh. Orang ramai yang berminat hanya perlu membuat pembayaran RM150 dengan hari terakhir pendaftaran adalah pada 2 Oktober ini dan tempat adalah terhad. Pada masa sama, pihak HLYM mensyaratkan semua peserta untuk membawa kelengkapan menunggang sendiri antaranya topi keledar, jaket, sarung tangan dan kasut di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Pihak HLYM juga akan menyediakan makanan dan minuman sepanjang latihan dengan peserta yang berjaya melengkapkan latihan akan menerima sijil. Bagi yang berminat, boleh menghubungi 03-6157 7011 untuk pertanyaan lanjut atau emelkan kepada [email protected]. Advertisements
autologue-design-hasilkan-kit-adv-khas-pulsar-ns200
BERITA ANTARABANGSA Autologue Design Hasilkan Kit ADV Khas Pulsar NS200 Posted on January 17, 2021January 17, 2021 by Amirul Azreen Menyedari permintaan terhadap motosikal jenis touring semakin popular, Autologue Design, telah menghasilkan kit touring khas bagi Bajaj Pulsar NS200. Dijenamakan semula sebagai Modenas di Malaysia, Autologue Design merupakan pengeluar aksesori motosikal yang berpangkalan di India. Ketika KTM, Royal Enfield dan BMW telah pun memperkenalkan motosikal ADV bersesaran kecil menerusi 250 dan 390 Adventure, Himalayan dan G 310 GS, Bajaj masih belum memiliki model ADV sendiri. Oleh sebab itu, tawaran kit ADV dari Autologue Design ini sedikit sebanyak dapat menggembirakan pemilik motosikal Pulsar yang berpeluang menukar motosikal sports naked itu kepada jentera ADV. Kit tersebut yang dinamakan ‘NS-Xplorer’ merangkumi pelindung tangki, fender depan (beak) serta penghadang angin tinggi. Kit ini ditawarkan pada harga INR9,999 (bagi 30 pelanggan pertama) dan INR13,500 bagi pelanggan seterusnya. Pada masa sama, Autologue Design turut menawarkan kit touring bagi Bajaj Dominar 400 yang dinamakan kit X-Tour Advertisements
umw-toyota-panggil-semula-3923-unit-avanza-sempena-kempen-ganti-fuel-pump
Moto Malaya UMW Toyota Panggil Semula 3,923 Unit Avanza Sempena Kempen Ganti “Fuel Pump” Posted on March 4, 2021March 4, 2021 by Amirul Azreen UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan kempen servis khas menggantikan ‘fuel pump’ bagi model Toyota Avanza. Menurut UMW Toyota dalam satu kenyataan hari ini, kempen tersebut melibatkan lebih 3,923 unit Avanza yang dihasilkan dari Oktober 2017 hingga Jun 2019. Difahamkan, model yang terlibat mungkin akan mengalami kerosakan ‘fuel pump’ yang boleh menyebabkan enjin kehilangan kuasa lantas menyukarkan kereta untuk dihidupkan. Semua pemilik yang terkesan akan dimaklumkan mengenai pertukaran ‘fuel pump’ ini yang akan dilaksanakan secara percuma. Untuk maklumat lebih terperinci pemilik boleh menghubungi sebarang Pusat Servis Toyota atau hubungi 1800-8-TOYOTA. Advertisements
menteri-cadang-benarkan-e-bike-di-atas-jalan-raya
BERITA TEMPATAN Menteri Cadang Benarkan E-Bike Di Atas Jalan Raya Posted on August 24, 2020August 24, 2020 by Amirul Azreen Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencadangkan agar membenarkan orang ramai menggunakan e-bike di jalan raya awam bagi mengurangkan pencemaran udara. Menurutnya polisi baharu itu telah pun dipraktikan di China dengan lebih 4 juta pengguna menggunakan e-bike setiap hari di Shanghai. “Pastinya tahap emisi mereka akan menurun satu hari nanti, saya tak faham mengapa kita tidak menggunakan e-bike,” katanya. Dia turut meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk meneliti semula polisi penggunaan e-bike yang tidak membenarkan e-bike untuk beroperasi di jalan raya awam sebaliknya hanya dibenarkan di kawasan perumahan. Ini kerana mengambil kira faktor e-bike adalah jauh lebih perlahan berbanding kenderaan lain dan akan mengganggu kelancaran trafik. Ketika ini, e-bike dijual secara meluas di atas talian dengan harga ditawarkan bawah RM1,000. – FMT Advertisements
bangkitkan-isu-kip-berbasikal-berbanding-motorcross-tindakan-tidak-profesional-hafizh-syahrin
BERITA TEMPATAN Bangkitkan Isu KIP Berbasikal Berbanding Motorcross Tindakan Tidak Profesional – Hafizh Syahrin Posted on December 21, 2020December 21, 2020 by Amirul Azreen Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, akhirnya buka mulut mengenai isu persaraan rakan senegara, Khairul Idham Pawi @ KIP dari pentas Moto3. Petronas Sprinta Racing membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak KIP sekaligus memaksa pelumba berusia 22 tahun itu mengumumkan persaraan. Sebelum itu, prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali, mempersoal tindakan KIP yang tidak menjalani latihan ‘motorcross’ bersama pelumba lain sebaliknya sertai Hafizh Syahrin membuat kayuhan basikal. Hafizh kini membuka mulut dan berkongsi luahannya mengenai senario tersebut. “Saya mahu sentuh mengetahui satu isu mengenai Khairul Idham yang tidak berlatih motorcross tatkala berlatih berbasikal bersama saya. “Bagi saya, itu merupakan perkara yang tidak profesional untuk dibangkitkan kerana ia dilihat sebagai langkah untuk mencari alasan semata-mata. Tiada pelumba yang baru sahaja mengalami kemalangan yang serius mahu kembali berlatih secara agresif terutama sekali dalam motorcross,” jelasnya. Pada masa sama, Hafizh turut berkongsi pandangan mengenai status Petronas SRT sebagai pasukan MotoGP Malaysia yang ketiadaan pelumba negara bermula musim 2021. “Ya, kita boleh mengambil pelumba luar untuk membantu pasukan negara tetapi ketiadaan pelumba tempatan, ia dilihat sebagai pasukan bukan membela pelumba negara,” tambahnya. Dalam perkembangan sama, Hafizh bakal meneruskan aksi di Moto2 musim depan bersama NTS RW Racing GP setelah semusim bersama Aspar Team. Kalendar MotoGP 2021 bakal membuka tirai dengan Sepang Shakedown pada Februari. – SA Advertisements
video-flying-kick-penunggang-motosikal-polis-sarawak-buka-siasatan
BERITA TEMPATAN Video ‘Flying Kick’ Penunggang Motosikal, Polis Sarawak Buka Siasatan Posted on August 25, 2020August 25, 2020 by Amirul Azreen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak telah membuka kertas siasatan terhadap anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu yang dilihat menendang seorang penunggang motosikal dalam rakaman yang tular di media sosial, hari ini. Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail. “Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan namun tindakan akan diambil jika dia didapati cuai atau bertindak agresif ketika menjalankan tugas,” katanya kepada Harian Metro. Difahamkan, sekatan jalan tersebut merupakan sebahagian daripada pemeriksaan mengejut ‘Op Motosikal’ yang dijalankan. Berdasarkan rakmaan video berdurasi 15 saat itu, seorang penunggang motosikal telah membuat pusingan ‘U’ dalam percubaan melarikan diri daripada sekatan jalan raya oleh polis. Bagaimanapun, seorang anggota yang turut berada di situ telah bertindak menendang penunggang motosikal terbabit lalu menyebabkannya terjatuh. Difahamkan, pemeriksaan mendapati penunggang motosikal tersebut menunggang tanpa lesen memandu di samping memiliki cukai jalan tamat tempoh. Rakaman tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dengan ada yang menyokong tindakan anggota terbabit dan sebaliknya. – HM Advertisements
akrapovic-lancar-ekzos-khas-untuk-multistrada-v4-tingkat-kuasa-kepada-173hp
BERITA ANTARABANGSA Akrapovic Lancar Ekzos Khas Untuk Multistrada V4 – Tingkat Kuasa Kepada 173HP! Posted on December 19, 2020December 19, 2020 by Amirul Azreen Akrapovic dan Ducati telah menjalin kerjasama dalam menghasilkan dua produk eksklusif bagi Ducati Multistrada V4 yang bertujuan meningkatkan prestasi keseluruhan jentera. Sistem ekzos baharu ini berfungsi dalam meningkatkan prestasi jentera dalam kesemua mod tunggangan yang ditawarkan jentera tersebut. Mengambil kira faktor Multistrada V4 mampu menangani apa jua keadaan, Akrapovic dan Ducati telah menghasilkan dua jenis ekzos; sistem ekzos berprestasi tinggi dan ezkos dengan piawaian EC/ECE. Menurut Akrapovic, ekzos berprestasi tinggi itu dibina menggunakan bahan jenis ‘stainless steel’ dan disertakan dengan ‘muffler’ jenis titanium yang dipadankan dengan ‘end cap’ gentian karbon dan mampu meningkatkan kuasa kepada 174hp dan 133Nm berbanding 170hp dan 124Nm pada model standard. Ekzos ini juga 5 kilogram lebih ringan berbanding ekzos standard. Sementara ekzos dengan piawaian EC/ECE turut mengguna pakai bahan ringan di samping menghadirkan rekaan lebih agresif dan 0.7kg lebih ringan berbanding ekzos standard. Buat masa ini, Ducati Multistrada V4 telah pun ditawarkan di pasaran Eropah namun dijangka hanya akan memasuki pasaran Malaysia sekitar hujung suku pertama 2021. Advertisements
vr46-sah-sertai-motogp-2022-dikenali-aramco-racing-team-vr46
BERITA ANTARABANGSA MotoGP 2021 VR46 Sah Sertai MotoGP 2022, Dikenali ARAMCO Racing Team VR46 Posted on April 28, 2021April 28, 2021 by Amirul Azreen Pasukan VR46 sah sertai MotoGP musim depan dan akan beraksi di kelas premier sehingga 2026 setelah menandatangani perjanjian bersama penaja utama Saudi Aramco. Projek MotoGP tersebut berjaya dilunaskan hasil kerjasama dengan Tanal Entertainment Sport & Media, syarikat milik YM Putera Abdulaziz Al-Saud. “Tanal Entertainment Sport & Media, syarikat milik Putera Abdulaziz bin Abdullah Al-Saud, mengumumkan perjanjian strategik bersama pasukan VR46 Valentino Rossi di MotoGP. “VR46 akan membuat penampilan bermula 2022 bersama Tanal Entertainment Sport & Media dan Saudi Aramco sebagai penaja utama bagi tempoh 2022-2026. “ARAMCO Racing Team VR46 akan beraksi di litar dengan sokongan beberapa penaja penting lain di pentas dunia,” jelas Tanal Entertainment Sport & Media dalam satu kenyataan rasmi. Saudi Aramco bukan syarikat asing dalam sukan permotoran kerana telah pun terlibat dalam sukan Formula 1. Advertisements
ini-rupa-jelas-cfmoto-mt800-parallel-twin-799cc-dari-ktm
BERITA ANTARABANGSA Ini Rupa Jelas CFMoto MT800 – Parallel-Twin 799cc Dari KTM! Posted on December 4, 2020December 4, 2020 by Amirul Azreen Tahun ini, CFMoto telah pun melancarkan motosikal tourer menerusi 1250TR-G yang bernadikan enjin 1,279cc LC8 v-twin. CFMoto 1250TR-G 2021 Bagaimanapun, pengeluar motosikal China itu bakal memasuki segmen adventure menerusi MT800 yang akan digerakkan dengan enjin 799cc yang sama terdapat pada KTM 790 Adventure. Meskipun tular beberapa imej ‘spyshot’ MT800 yang diselaputi grafik ‘camo’ namun imej jelas model baharu itu telah didedahkan menerusi paten yang telah difailkan. CFMoto MT800 ini mencuri perhatian tatkala akan dipasarkan di seluruh dunia berbanding 1250TR-G yang ketika ini hanya untuk pasaran China. Apatah lagi perkongsian platform dengan KTM menjadikan MT800 antara model yang paling dinantikan bagi tahun 2021. Meskipun menawarkan enjin sama yang terdapat pada 790 Duke (The Scalpel) dan 790 Adventure namun unit tersebut dijangka akan ditala semula pada MT800. Pada masa sama paten yang didedahkan ini jelas memaparkan MT800 lebih kearah motosikal untuk kegunaan jalan raya berbanding ‘off-road’seperti yang ditawarkan 790 Adventure antaranya tempat duduk yang lebih ergonomik berbanding gaya ‘enduro’ yang lebih rata untuk 790 Adventure. *Paten dedah penggunaan rim jenis aloi Penggunaan rim 19″ depan dan 17″ belakang pada MT800 juga berbeza dengan 21″ depan dan 18″ belakang yang terdapat pada jentera KTM terbabit. Meskipun paten ini memaparkan rim jenis aloi namun dijangka CFMoto akan turut memperkenalkan varian dengan rim jenis spoke (lidi) seperti dalam imej spyshot sebelum ini. *CFMoto MT800 dengan rim jenis spoke Bukan itu sahaja, MT800 ini turut berkongsi kerangka (chasis) sama seperti 790 Adventure namun dengan rekaan swingarm yang berbeza. Kerjasama dengan KTM juga dijangka menyaksikan MT800 didatangkan dengan fork depan (upside/down) dari WP dan penggunaan sistem brek dengan ABS dari Bosch. Paten ini juga mendedahkan penggunaan skrin TFT berwarna yang berkemampuan dihubungkan dengan telefon pintar. Sementara itu, kami juga dimaklumkan bahawa MT800 ini akan turut dipasarkan di Malaysia sekaligus merancakan lagi segmen motosikal ‘adventure’ disini. Advertisements
motosikal-cruiser-benda-bd700-hampiri-peringkat-pengeluaran
Moto Malaya Motosikal Cruiser, Benda BD700 Hampiri Peringkat Pengeluaran Posted on July 14, 2020July 14, 2020 by Amirul Azreen Pengeluar motosikal di China semakin rancak memperkenalkan beberapa jentera baharu untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Baru-baru ini, Benelli menayangkan beberapa model dibina Zhejiang Qianjiang di China antaranya QJ SRK600 dan QJ1200. Pasaran motosikal China akan terus rancak apabila Benda Motorcycle, pengeluar motosikal negara itu bakal memperkenalkan crusier 700cc menerusi BD700. Perkara itu disahkan menerusi paten baharu yang difailkan syarikat motosikal terbabit. Jentera ini dianggap sebagai revolusi baharu motosikal jenama China tatkala rata-rata jenama lain menggunakan enjin ‘twin-cylinder’ (silinder berkembar), BD700 didatangkan dengan enjin empat-inline – ketika ini hanya ditawarkan motosikal 600cc daripada Benelli. Berdasarkan paten yang difailkan, saluran ekzos ditempatkan di bahagian bawah sementara radiator besar berada di belakang tayar depan. Sementara itu, rekaan keseluruhan tampak seakan diinspirasikan daripada Ducati Diavel dengan kedudukan ‘handle bar’ menawarkan tunggangan yang selesa. Menarik untuk menyaksikan rupa sebenar jentera ini sebaik dihasilkan dalam masa terdekat. Advertisements
buang-saka-dalam-sungai-pemilik-kenderaan-dikenakan-tindakan-jpj
BERITA TEMPATAN Buang ‘Saka’ Dalam Sungai, Pemilik Kenderaan Dikenakan Tindakan JPJ Posted on January 6, 2021January 6, 2021 by Amirul Azreen Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang dirakam membuang sampah ke dalam sungai, semalam. Rakaman berdurasi 20 saat tersebut memaparkan seorang wanita yang berada di bahagian penumpang telah keluar dari tingkap dan mencampak dua beg sampah ke dalam sungai. Menurut JP Kelantan, membuang sampah dari kenderaan bermotor adalah satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Kaedah 42 Kaedah-Kaedah Lalu-Lintas Jalan 1959. Pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan manakala sabitan kedua boleh dikenakan denda tak lebih RM4,000 atau penjara tidak lebih dua bulan. Sementara itu, tular perkongsian di Facebook yang mengatakan pemilik kenderaan terbabit sebenarnya membuang barang saka ke dalam sungai yang mengalir susulan pulang dari rawatan perubatan tradisional. Advertisements
motogp-pramac-kekal-sebagai-pasukan-satelit-ducati-hingga-2024
Moto Malaya MotoGP: Pramac Kekal Sebagai Pasukan Satelit Ducati Hingga 2024 Posted on May 28, 2021May 28, 2021 by Amirul Azreen Pramac Racing mengumumkan kontrak lanjutan sebagai pasukan sokongan factory Ducati untuk tiga musim lagi bermula dari 2022 hingga 2024. Perkara itu turut disahkan Pengarah Projek Ducati, Paolo Ciabatti. “Kami di Ducati berbesar hati kerana dapat memperbaharui kerjasama dengan Pramac Racing untuk tiga musim lagi di MotoGP. “Bersama Pramac Racing, kami telah mencapai pelbagai kejayaan bersama. Hasil kolaborasi ini, kami berjaya melahirkan ramai pelumba muda. “Tambahan lagi, kami yakin mampu mencapai lebih banyak kejayaan bersama Pramac,” jelas Ciabatti. Kerjasama antara Ducati-Pramac telah pun bermula sejak 2005 dan kekal kukuh saban tahan dengan kedua-duanya menyumbang aspek penting dalam pembangunan keduapdua pasukan. Pramac Racing meneruskan saingan MotoGP musim 2021 dengan sesi ujian bebas rasmi bermula hari ini di Mugello, Itali. Johann Zarco akan terus menerajui Pramac hujung minggu ini bersama-sama Michele Pirro yang menggantikan Jorge Martin sementara pelumba itu sembuh dari kecederaan. Advertisements
quartararo-menang-di-portimao-bagnaia-mir-lengkapkan-podium
Moto Malaya GP Portugal: Quartararo Menang Di Portimao, Bagnaia, Mir Lengkapkan Podium Posted on April 18, 2021April 18, 2021 by Amirul Azreen Fabio Quartararo sekali lagi mempamerkan tunggangan mantap untuk merekodkan kemenangan kedua musim ini di GP Portugal. Meskipun bermula di petak pertama, namun Quartararo dipintas Johann Zarco, Alex Rins dan Marc Marquez sebaik perlumbaan dimulakan. Bagaimanapun, pelumba Perancis itu bingkas memperbaiki tunggangan untuk kembali mengejar kelompok depan yang pada satu ketika diterajui Zarco, Rins dan Joan Mir. Manakala Marquez yang berada di kedudukan podium di awal perlumbaan mula kehilangan tempat dah menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9 dalam penampilan sulungnya selepas 265 diketepikan ekoran kecederaan. Sementara itu, tempat kedua jadi milik Francesco Bagnaia yang berjaya memintas Zarco ketika perlumbaan berbaki enam lap dengan pelumba Pramac itu kemudiannya kemalangan sejurus selepas itu. Bagnaia kini ditempat kedua kejuaraan dunia dengan 48 mata. Tempat ketiga jadi milik juara musim lalu, Mir yang kini mengutip 38 mata selepas tiga perlumbaan. Malang buat Rins yang pada satu ketika cuba mengejar Quartararo di hujung perlumbaan hilang kawalan jentera lalu terbabas. Nasib sama menimpa Zarco apabila jenteranya seakan hilang cengkaman di bahagian tayar depan lalu kemalangan. Turut gagal menamatkan pusingan kali ini, wakil Ducati, Jack Miller dan pelumba veteran, Valentino Rossi, dengan kedua-duanya kemalangan. Kemenangan Quartararo kini menempatkan pelumba itu mendahului kejuaraan dunia dengan 61 mata. Dalam perkembangan sama, Marquez mengutip mata pertama (9 mata) selepas hampir setahun tidak beraksi apabila melepasi garisan penamat di kedudukan ketujuh. The most deserving of rounds of applause! ???7th on @marcmarquez93‘s return! Truly heroic scenes ?#PortugueseGP ?? pic.twitter.com/SJYqGoYEbQ— MotoGP™? (@MotoGP) April 18, 2021 Enam kali juara dunia MotoGP itu dijangka akan terus perbaiki tunggangannya dalam pusingan seterusnya di Jerez dalam usaha mengembalikan prestasi sebelum ini. Keputusan penuh perlumbaan seperti berikut: Advertisements
musim-hujan-kembali-pengguna-jalan-raya-diminta-hati-hati-metmalaysia
Moto Malaya Musim Hujan Kembali, Pengguna Jalan Raya Diminta Hati-Hati – MetMalaysia Posted on September 26, 2020September 26, 2020 by Amirul Azreen Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa Malaysia akan menempuh musim monsun yang telah pun bermula 24 September lalu. MetMalaysia dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa monsun tersebut akan membawa hujan lebat dan angin kuat. Pada masa sama, monsun ini juga akan menyebabkan berlakunya banjir kilat dan merosakkan struktur yang rapuh lantas boleh membahayakan orang ramai. “Sewaktu peralihan monsun ini, cuaca hujan akan berlaku di sebelah petang dan awal malam di kebanyakan negeri di pantai barat Semenanjung termasuk di pantai barat Sabah dan tengah Sarawak,” jelas MetMalaysia. Sementara itu, orang ramai diminta berhati-hati terutamanya pengguna jalan raya yang digesa untuk memandu dan menunggang secara berhati-hati. Pemandu kereta dan penunggang motosikal juga diminta sentiasa memeriksa cuaca harian – menerusi aplikasi myCuaca – bagi memudahkan perjalanan. – Bernama Advertisements
honda-bigwing-mula-terima-tempahan-cbr250rr-harga-bawah-rm30k
Moto Malaya Honda BigWing Mula Terima Tempahan CBR250RR, Harga Bawah RM30k? Posted on September 8, 2020September 8, 2020 by Amirul Azreen Sejurus selepas pendedahan Boon Siew Honda (BSH) bakal membawa masuk CBR250RR hujung tahun ini, pengedar Honda mula membuka tempahan bagi model tersebut. Honda BigWing Petaling Jaya dan Honda BigWing Setapak mula mengiklankan pembukaan tempahan bagi CBR250RR. Senario ini sekaligus mengesahkan makluman yang diperoleh minggu lalu daripada orang besar di BSH. Menariknya, BSH bakal membawa masuk model terkini, CBR250RR SP yang menawarkan 41hp pada 13,000rpm dan 25Nm pada 11,000rpm di samping didatangkan dengan pelbagai ciri menarik lain antaranya fungsi quickshifter dan assist/slipper clutch. Antara ciri lain ditawarkan: ride-by-wiretiga mod tungganganpaparan LCDlampu LEDfork depan USD 37mmABS dual-channel Meskipun tiada sebarang harga rasmi yang didedahkan setakat ini namun Honda BigWing Petaling Jaya mendedahkan CBR250RR SP 2020 ini akan ditawarkan bawah RM30,000! Advertisements
11873-unit-terjual-pada-februari-bantu-proton-rekod-pegangan-pasaran-tertinggi
BERITA TEMPATAN 11,873 Unit Terjual Pada Februari Bantu Proton Rekod Pegangan Pasaran Tertinggi Posted on March 2, 2021March 2, 2021 by Amirul Azreen Susulan kejayaan menjual 11,873 unit kenderaan pada Februari lalu, Proton merekodkan pegangan pasaran sebanyak 27.1 peratus. Shanghai, China – May 24, 2017. Shanghai Poly Grand Theatre is familiar with Ando Tadao’s works in Shanghai. The theater is located in Jiading New Town, Jiading District, Shanghai, adjacent to Shanghai International Circuit, one of the landmark cultural facilities in Shanghai. Pegangan pasaran itu merupakan yang tertinggi pernah direkodkan sejak 2013 manakala penjualan 11,873 unit merupakan paling tinggi bagi bulan Februari dalam tempoh 10 tahun. Penjualan pada Februari juga naik lebih dua kali ganda berbanding 5,964 unit yang dijual pada Januari serta meningkat 19.9 peratus berbanding bulan sama tahun lalu. Bukan itu sahaja, Proton turut merekodkan penyerahan 3,345 unit X50 kepada pemilik baharu yang juga merupakan pencapaian tertinggi. Meskipun terdapat kelewatan susulan menerima lebih 30,000 unit tempahan menjelang akhir tahun 2020 namun Proton menjelaskan lebih 8,141 unit telah pun sampai ke tangan pengguna. Bagaimanapun, Proton Saga kekal menjadi model terlaris dengan 4,217 unit terjual diikuti Persona dengan 1,818 unit. Berikut senarai jualan mengikut model pada Februari 2021: Saga – 4,217 unitX50 – 3,345 unitPersona – 1,818 unitX70 – 1,457 unitIriz – 650 unitExora – 361 unit Advertisements
vespa-primavera-red-dilancarkan-di-malaysia-rm19500
Moto Malaya Vespa Primavera RED Dilancarkan Di Malaysia – RM19,500 Posted on September 24, 2020September 24, 2020 by Amirul Azreen Didi Resources selaku pengedar rasmi Vespa di Malaysia melancarkan Vespa Primavera RED edisi terhad yang lahir hasil kerjasama dua hala RED dan program Vespa for Children. Vespa Primavera RED 150 edisi terhad ini menawarkan pilihan warna serba merah termasuk di bahagian rim lantas menjadikan model ini serba unik. Turut menonjolkan lagi rupa keseluruhan model ini adalah logo ikonik Vespa yang kini diterapkan dengan lencana RED. Bagi menawarkan pengalaman unik, tempat duduk juga mengguna pakai kulit nubuck seperti yang terdapat pada Vespa 946. Bahagian enjin pula mengekalkan I-get 154.8cc satu silinder dengan Port Fuel Injection (PFI) yang menghasilkan 12.7hp pada 7,750rpm dan 12.8Nm pada 6,500rpm dan disalurkan menerusi tranmisi CVT. Sementara itu, sebagai kerjasama dengan RED, setiap pembelian Vespa Primavera RED ini USD100 (RM416) akan disalurkan kepada Global Fund dalam membantu mereka yang terkesan dengan HIV/AIDS. Primavera RED 150 ini ditawarkan pada harga RM19,500. RED merupakan pertubuhan yang dibangungan Bono (U2) bersama Bobby Shriver pada 2006 dan memfokuskan pada membantu mereka yang terkesan dengan HIV/AIDS. Setakat ini, RED telah pun membantu dalam menyumbang bantuan lebih USD500 juta kepada Global Fund dan telah pun membantu lebih 110 juta orang. Kerjasama RED dan program Vespa for Children kali ini akan menyaksikan Piaggio Group bersama-sama RED memberi sokongan kepada India yang muncul antara negara terkesan teruk dengan permasalahan ini. Ditubuhkan pada 2006 oleh Bono (U2) dan Bobby Shriver, RED telah pun menyumbangkan lebih USD500 juta kepada Global Fund dalam usaha memerangi AIDS. Advertisements
honda-forza-250-kini-di-malaysia-rm25388
BERITA TEMPATAN Honda Forza 250 Kini Di Malaysia – RM25,388 Posted on March 18, 2021March 18, 2021 by Amirul Azreen Sebulan selepas Honda Forza 250 mendarat di Indonesia, Boon Siew Honda mengumumkan skuter 250cc itu kini boleh didapati di Malaysia dengan harga RM25,388. Model serba baharu ini tampil dengan lampu LED penuh, penghadang angin 180mm boleh laras secara elektronik, kemasan dua-tona dan rim aloi di samping ruang letak barang boleh memuatkan dua helmet. Honda Forza 250 ini didatangkan dengan enjin 249cc SOHC eSP+ (enhanced Smart Power) yang menjana 22.7hp pada 7,750rpm serta 22.6Nm pada 6,250rpm. Bagi menyesuaikan dengan tunggangan jarak jauh, Forza 250 ini turut dilengkapi dengan tangki 11.7L. Sistem suspension hadir dalam bentuk fork depan jenis teleskopik serta penyerap hentakan belakang berkembar manakala sistem brek dikendalikan ABS dwi-saluran (dual-channel) serta cakera brek depan dan belakang. Antara ciri lain ditawarkan: berat 186 kilogramtangki 11.7 litertayar 120/70-15 depantayar 140/70-14 belakangketinggian tempat duduk 780mmHonda Smart Key (keyless)pengecas USBEmergency Stop Signal (ESS)Honda Selectable Torque Control (HSTC) Honda Forza 250 ini boleh didapati dalam tiga warna pilihan; Matte Gunpowder Black Metallic, Pearl Horizon White dan Candy Rosy Red. Advertisements
harley-davidson-catat-kerugian-besar-suku-ke-4-tahun-2020
BERITA ANTARABANGSA Harley-Davidson Catat Kerugian Besar Suku Ke-4 Tahun 2020 Posted on February 3, 2021February 3, 2021 by Amirul Azreen Apa nak jadi dengan Harley-Davidson? Pengeluar motosikal berpangkalan di Milwaukee, Amerika Syarikat itu merekodkan kejatuhan jualan lebih 39 peratus pada suku terakhir tahun 2020. Laporan terkini mendapati Harley-Davidson menyerahkan 145,200 motosikal pada tahun lepas, jatuh 32 peratus berbanding 214,900 unit diserahkan pada 2019. Ketika Harley-Davidson catat kejatuhan jualan, pesaing utama, Indian, rekodkan kenaikan penjualan lebih 30 peratus di Amerika Utara pada tempoh sama. *Harley-Davidson Pan America Menurut Polaris Inc, jualan Harley-Davidson di Amerika Utara merosot 15.4 peratus saban tahun. Bagi menangani senario mengejutkan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson, Jochen Zeitz, memperkenalkan pelan strategik lima tahun. Menurut Zeitz, pelan itu termasuk melabur di antara USD190 juta hingga USD250 juta setahun dalam cubaan mengukuhkan jenama itu dalam segmen touring, cruiser dan trike (motosikal roda tiga). Harley sebelum ini cuba mengembangkan pasaran motosikal kepada segmen yang lebih luas terutamanya pembeli muda antaranya dengan merancang memperkenalkan motosikal jenis ‘streetfighter’ Bronx dan jentera adventure, Pan America. *Harley-Davidson Bronx Namun di bawah kendalian Zeitz, dia memutuskan untuk membatalkan sepenuhnya Bronx. *Harley-Davidson 338R Bukan itu sahaja, kerjasama dengan pengeluar China, Qianjiang Motorcycle berkenaan dengan model 300cc juga seakan menerima nasib sama namun Qianjiang didakwa bakal meneruskan projek tersebut dibawah jenama QJ Motor. Ini kerana Zeitz mahu jenama itu kembali memfokuskan pada pelanggan yang benar-benar mampu berbanding mengembangkan demografik dengan mensasar pembeli baharu. Advertisements
saya-99-peratus-akan-berlumba-bersama-petronas-srt-bagi-2021-rossi
Moto Malaya Saya 99 Peratus Akan Berlumba Bersama Petronas SRT Bagi 2021 – Rossi Posted on July 16, 2020July 16, 2020 by Amirul Azreen Meskipun masih tiada sebarang hitam putih yang termeterai di antara Petronas Sepang Racing Team (SRT) dan Valentino Rossi namun pelumba itu mendedahkan dia hampir pasti akan berpindah. Malah, pelumba yang telah pun memasuki usia empat dekad itu mendedahkan dia mungkin akan beraksi sehingga 2022 bersama Petronas SRT. “Sudah tertulis yang saya akan menandatangani kontrak, saya juga telah berbincang dengan Yamaha dan Petronas. “Hanya perlu menyelesaikan beberapa perkara kecil, ketika ini juga saya sedang berbincang dengan pasukan teknikal tetapi saya boleh katakan 99 peratus akan berlumba bersama mereka (Petronas SRT),” katanya kepada GPOne. Pada masa sama, Rossi turut mendedahkan perancangannya selepas 2021. “Saya tidak mahu ke Petronas semata-semata untuk menghabiskan musim terakhir di MotoGP. Jadi selepas berbincang dengan Jarvis dan Yamaha, saya akan ditawarkan pilihan lanjutan kontrak ke 2022,” tambahnya. Ketika sesi ujian sulung di Jerez bagi menghadapi saingan pembukaan hujung minggu ini, Rossi berjaya merekodkan kedudukan kelima terpantas bagaimanapun dia masih belum berpuas hati. “Saya belum puas hati dengan keseimbangan jentera M1 ini, masih banyak yang perlu dilakukan,” kata Rossi. Saingan MotoGP akan kembali membuka tirai hujung minggu ini setelah sekian lama tergendala susulan pandemik Covid-19. – GPOne Advertisements
ktm-kekalkan-status-pedrosa-selaku-pelumba-uji-bagi-2021
BERITA ANTARABANGSA KTM Kekalkan Status Pedrosa Selaku Pelumba Uji Bagi 2021 Posted on December 20, 2020December 20, 2020 by Amirul Azreen KTM telah menyambung kontrak Dani Pedrosa dan Mika Kallio selaku pelumba uji MotoGP bagi musim 2021. KTM membuat peningkatan mendadak selepas mendapatkan khidmat Dani Pedrosa pada 2019 susulan persaraan pelumba itu dihujung musim 2018. Input Pedrosa telah menjadikan jentera RC16 itu merekodkan tiga kemenangan bagi musim 2020 menerusi Brad Binder dan Miguel Oliveira (Tech3). Pengendali KTM, Pit Beirer turut meluahkan rasa teruja selepas berjaya mengekalkan kedua-dua pelumba itu sebagai pelumba uji. “Kami telah berusaha dengan keras di belakang tabir bagi program MotoGP KTM bersama Mika (Kallio) dan Dani (Pedrosa). “Meskipun baru empat tahun tetapi kami sudah mampu menetapkan petanda aras baharu,” jelasnya. Sementara itu, Pedrosa turut berasa teruja kerana mampu membantu dalam pembangunan KTM di MotoGP. “KTM sangat serius untuk terus kedepan jadi saya gembira untuk terus membantu mereka dan pelumba untuk mencapai sasaran lebih besar,” katanya. Advertisements