Jeffrey04's picture
Upload folder using huggingface_hub
33ba968 verified

"meta": {
"source": "data/2020/session-2/inquiry-extract/1-20.pdf.pickle",
"year": 2020,
"session": 2,
"dun": "selangor"

"is_oral": true,
"inquirer": {
"name": "Y.B. TUAN HARUMAINI BIN HAJI OMAR",
"raw": "Y.B. TUAN HARUMAINI BIN HAJI OMAR",
"area": "N07 BATANG KALI"

"respondent": {
"name": "Y.A.B. Dato' Menteri Besar",
"raw": "Y.A.B. Dato' Menteri Besar"

"number": 18,
"title": "PEMBANGUNAN LUAR BANDAR",
"inquiries": [

"type": "listitem",
"value": "Apakah peranan serta pembangunan di antara luar bandar dan bandar agar tidak jauh ketinggalan?",
"image": null

"responds": [

"type": "listitem",
"value": "telah mengambil pendekatan pembangunan bandar yang inklusif dan saksama di seluruh Negeri Selangor dengan turut juga memberi penekanan terhadap aspek pembangunan di kawasan luar bandar.",
"image": null

"type": "narrativetext",
"value": "YAB Dato\u2019 Menteri Besar Selangor di dalam ucapan Belanjawan Selangor tahun 2020 yang lalu telah menyampaikan hasrat dan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan semua lapisan masyarakat menikmati semua usaha pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan serta mempunyai hak dan peluang yang sama untuk melibatkan diri dalam pembangunan ekonomi mahupun pembangunan fizikal dan sosial.",
"image": null

"type": "narrativetext",
"value": "Pelbagai langkah dan strategi telah dirangka dan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan jurang pembangunan di antara bandar dan luar bandar dapat diimbangi agar tidak jauh ketinggalan seperti dengan menaik taraf kemudahan asas dan kemudahan infrastruktur Pihak Berkuasa Tempatan berstatus Majlis Daerah serta melancarkan Skim Air Darul Ehsan.",
"image": null

"type": "narrativetext",
"value": "Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memperkenalkan Pengurusan Sisa Pepejal Kawasan Desa yang lebih teratur bagi menguruskan sisa pepejal domestik di kawasan kampung-kampung di dalam Negeri Selangor untuk menangani isu longgokan sampah yang tidak terkawal serta pembuangan sampah oleh pihak- pihak tidak bertanggungjawab. Sebagai bukti komitmen dan kesungguhan tersebut, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM6.85 juta untuk pengurusan sisa pepejal dan sampah pukal strata bagi tahun 2020 kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak memiliki dana yang mencukupi bagi",
"image": null

"type": "narrativetext",
"value": "menyelesaikan masalah ini demi memastikan pengurusan kutipan sampah dapat dilaksanakan dengan lebih baik.",
"image": null

"type": "narrativetext",
"value": "Kesedaran berhubung kepentingan kitar semula dan peluang ekonomi yang boleh dijana oleh penduduk kampung turut diterapkan sebagai persediaan kepada penduduk luar bandar di dalam pengurusan sisa pepejal yang lebih baik melalui Program Kitar Semula Kampung Tradisi yang dilancarkan pada tahun ini.",
"image": null

"type": "narrativetext",
"value": "Kerajaan Negeri berkeyakinan bahawa program Kitar Semula Kampung Tradisi ini merupakan suatu langkah segera dan mempunyai penyelesaian bagi jangka panjang yang boleh dicapai. Pengwujudan pusat-pusat kitar semula di kawasan kampung dalam Negeri Selangor yang terpilih sebagai perintis diyakini berupaya untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat luar bandar akan kepentingan kitar semula ini.",
"image": null

"type": "narrativetext",
"value": "Selain itu, pelbagai program-program yang memfokuskan pemberdayaan ekonomi warga desa dan kampung tradisi serta meningkatkan taraf sosial rakyat negeri Selangor ke arah kesejahteraan negeri turut dirangka. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi telah melaksanakan program Sarang Ekonomi Desa semenjak tahun 2019 sebagai satu inisiatif baharu untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan golongan B40 di luar bandar melalui pemerkasaan pengusaha kegiatan ekonomi desa serta mewujudkan ekonomi luar bandar yang berdaya saing, selaras dengan matlamat untuk mengangkat jenama Made In Selangor.",
"image": null

"type": "narrativetext",
"value": "Terkini, pada 24 Jun 2020 yang lalu Kerajaan Negeri telah melancarkan Majlis Pelancaran Web Portal dan aplikasi Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (SELDEC) Rider. Melalui aplikasi SELDEC Rider, seramai hampir 300 penunggang motosikal telah mendaftar sebagai penghantar barangan secara sambilan. Sambutan menggalakkan ini membantu usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan ekonomi usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar yang menyertai SELDEC semenjak dilancarkan pada Oktober 2019. Penularan Wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyaksikan ramai golongan belia mendaftar sebagai Seldec Rider bagi menambah pendapatan sampingan. Kerajaan Negeri senantiasa menyemak, mengkaji dan merancang dari semasa ke semasa keperluan rakyat terutama di luar bandar bagi memastikan keperluan dari segi pembangunan asas fizikal dan sosial dapat dipenuhi seiring dengan cita \u2013 cita Kerajaan Negeri untuk merealisasikan impian menjadikan negeri Selangor sebagai Premier Regional Smart State 2025.",
"image": null

"akn": "<?xml version='1.0' encoding='utf-8'?>\n<akomaNtoso>\n <debate>\n <debateBody>\n <debateSection>\n <oralStatement>\n <question>\n <from>Y.B. TUAN HARUMAINI BIN HAJI OMAR</from>\n
\n
Apakah peranan serta pembangunan di antara luar bandar dan bandar agar tidak jauh ketinggalan?
\n
\n </question>\n <answer>\n <from>Y.A.B. Dato' Menteri Besar</from>\n
\n
telah mengambil pendekatan pembangunan bandar yang inklusif dan saksama di seluruh Negeri Selangor dengan turut juga memberi penekanan terhadap aspek pembangunan di kawasan luar bandar.
\n
YAB Dato\u2019 Menteri Besar Selangor di dalam ucapan Belanjawan Selangor tahun 2020 yang lalu telah menyampaikan hasrat dan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan semua lapisan masyarakat menikmati semua usaha pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan serta mempunyai hak dan peluang yang sama untuk melibatkan diri dalam pembangunan ekonomi mahupun pembangunan fizikal dan sosial.
\n
Pelbagai langkah dan strategi telah dirangka dan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan jurang pembangunan di antara bandar dan luar bandar dapat diimbangi agar tidak jauh ketinggalan seperti dengan menaik taraf kemudahan asas dan kemudahan infrastruktur Pihak Berkuasa Tempatan berstatus Majlis Daerah serta melancarkan Skim Air Darul Ehsan.
\n
Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memperkenalkan Pengurusan Sisa Pepejal Kawasan Desa yang lebih teratur bagi menguruskan sisa pepejal domestik di kawasan kampung-kampung di dalam Negeri Selangor untuk menangani isu longgokan sampah yang tidak terkawal serta pembuangan sampah oleh pihak- pihak tidak bertanggungjawab. Sebagai bukti komitmen dan kesungguhan tersebut, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM6.85 juta untuk pengurusan sisa pepejal dan sampah pukal strata bagi tahun 2020 kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak memiliki dana yang mencukupi bagi
\n
menyelesaikan masalah ini demi memastikan pengurusan kutipan sampah dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
\n
Kesedaran berhubung kepentingan kitar semula dan peluang ekonomi yang boleh dijana oleh penduduk kampung turut diterapkan sebagai persediaan kepada penduduk luar bandar di dalam pengurusan sisa pepejal yang lebih baik melalui Program Kitar Semula Kampung Tradisi yang dilancarkan pada tahun ini.
\n
Kerajaan Negeri berkeyakinan bahawa program Kitar Semula Kampung Tradisi ini merupakan suatu langkah segera dan mempunyai penyelesaian bagi jangka panjang yang boleh dicapai. Pengwujudan pusat-pusat kitar semula di kawasan kampung dalam Negeri Selangor yang terpilih sebagai perintis diyakini berupaya untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat luar bandar akan kepentingan kitar semula ini.
\n
Selain itu, pelbagai program-program yang memfokuskan pemberdayaan ekonomi warga desa dan kampung tradisi serta meningkatkan taraf sosial rakyat negeri Selangor ke arah kesejahteraan negeri turut dirangka. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi telah melaksanakan program Sarang Ekonomi Desa semenjak tahun 2019 sebagai satu inisiatif baharu untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan golongan B40 di luar bandar melalui pemerkasaan pengusaha kegiatan ekonomi desa serta mewujudkan ekonomi luar bandar yang berdaya saing, selaras dengan matlamat untuk mengangkat jenama Made In Selangor.
\n
Terkini, pada 24 Jun 2020 yang lalu Kerajaan Negeri telah melancarkan Majlis Pelancaran Web Portal dan aplikasi Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (SELDEC) Rider. Melalui aplikasi SELDEC Rider, seramai hampir 300 penunggang motosikal telah mendaftar sebagai penghantar barangan secara sambilan. Sambutan menggalakkan ini membantu usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan ekonomi usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar yang menyertai SELDEC semenjak dilancarkan pada Oktober 2019. Penularan Wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyaksikan ramai golongan belia mendaftar sebagai Seldec Rider bagi menambah pendapatan sampingan. Kerajaan Negeri senantiasa menyemak, mengkaji dan merancang dari semasa ke semasa keperluan rakyat terutama di luar bandar bagi memastikan keperluan dari segi pembangunan asas fizikal dan sosial dapat dipenuhi seiring dengan cita \u2013 cita Kerajaan Negeri untuk merealisasikan impian menjadikan negeri Selangor sebagai Premier Regional Smart State 2025.
\n
\n </answer>\n </oralStatement>\n </debateSection>\n </debateBody>\n </debate>\n</akomaNtoso>\n"