Jeffrey04's picture
Upload folder using huggingface_hub
33ba968 verified

"meta": {
"source": "data/2020/session-2/inquiry-extract/1-20.pdf.pickle",
"year": 2020,
"session": 2,
"dun": "selangor"

"is_oral": true,
"inquirer": {
"name": "Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR",
"raw": "Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR",
"area": "N42 MERU"

"respondent": {
"name": "Y.A.B. Dato' Menteri Besar",
"raw": "Y.A.B. Dato' Menteri Besar"

"number": 17,
"title": "KEBAJIKAN PENIAGA DAN PENGANGGUR PASCA COVID 19",
"inquiries": [

"type": "listitem",
"value": "Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh membantu meringankan beban rakyat Selangor terutama penganggur untuk mencari pekerjaan pasca covid19?.",
"image": null

"type": "listitem",
"value": "Bagaimanakah pihak PBT boleh membantu peniaga/penjaja kecil yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan pasca covid19 bagi mendapatkan lesen perniagaan?",
"image": null

"responds": [

"type": "listitem",
"value": "a) Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pembangunan Generasi Muda, Sukan Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor akan meneruskan penganjuran Karnival Kerjaya Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor yang telah ditunda pada 15 Mac 2020 yang lalu kerana Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan berikutan penularan Covid 19. Karnival kerjaya dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ini akan menawarkan peluang pekerjaan terbuka kepada rakyat Selangor yang berumur dari 18 hingga 60 tahun. Sebanyak 30 majikan terpilih akan mengadakan temuduga terbuka mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara yang telah ditetapkan.",
"image": null

"type": "narrativetext",
"value": "Selain itu, perancangan Program Pembangunan Modal Insan pasca Covid 19 berkonsepkan latihan di mana program ini bukan sahaja mensasarkan khusus kepada golongan belia malah terbuka kepada remaja, wanita, veteran, dan komuniti. Program ini akan memfokuskan aspek kemahiran nilai tambah yang dapat menjana pendapatan individu dan juga keluarga. Ini bagi memastikan rakyat Selangor bijak untuk mencari peluang selain membantu mengurangkan kadar pengangguran di Selangor serta menerapkan budaya mencipta pekerjaan sendiri berbanding kebergantungan ekonomi individu terhadap pasaran kerja. Medium latihan adalah terdiri daripada latihan di dalam kelas dan latihan secara maya. Kerajaan Negeri Selangor juga akan berkerjasama dengan pusat latihan seperti Kolej Komuniti dan Giat Mara untuk memperkasa kemahiran dengan nilai tambah",
"image": null

"type": "narrativetext",
"value": "bagi rakyat Selangor. Di samping itu, MBI Selangor juga turut mengambil inisiatif dalam perancangan program mempertingkat kemahiran belia di mana jaminan pekerjaan akan diberikan kepada peserta program setelah tamat tempoh latihan bersama syarikat \u2013 syarikat yang terlibat.",
"image": null

"type": "narrativetext",
"value": "Kerajaan Negeri Selangor mempunyai jalinan kerjasama dengan pihak JobsMalaysia di mana laman web JobsMalaysia berfungsi sebagai padanan dan carian pekerjaan atas talian bagi seluruh rakyat Malaysia. Pencari kerja khususnya rakyat Selangor boleh mendaftar di laman web www.jobsmalaysia.gov.my untuk mencari pekerjaan semasa pasca Covid 19 dan mendapat notifikasi padanan pekerjaan melalui emel yang telah didaftarkan secara percuma.",
"image": null

"type": "listitem",
"value": "b) PBT sememangnya prihatin terhadap peniaga/ penjaja kecil yang terjejas. Justeru itu tindakan PBT untuk membantu peniaga/penjaja kecil yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan pasca Covid19 bagi mendapatkan lesen perniagaan adalah seperti berikut:",
"image": null

"type": "listitem",
"value": "i) Memudahkan permohonan permit penjaja secara atas talian (online);",
"image": null

"type": "listitem",
"value": "ii) Promosi tapak-tapak penjaja dan kiosk yang kosong mengikut SOP;",
"image": null

"type": "listitem",
"value": "iii) Membuat sistem giliran kepada tapak yang ramai penjaja agar semua berpeluang memulakan perniagaan;",
"image": null

"type": "listitem",
"value": "iv) Pembukaan peluang penjajaran baharu seperti hub lemang, buah bermusim; dan",
"image": null

"type": "listitem",
"value": "v) Melaksanakan segera arahan untuk membenarkan memulakan perniagaan mengikut SOP.",
"image": null

"akn": "<?xml version='1.0' encoding='utf-8'?>\n<akomaNtoso>\n <debate>\n <debateBody>\n <debateSection>\n <oralStatement>\n <question>\n <from>Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR</from>\n
\n
Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh membantu meringankan beban rakyat Selangor terutama penganggur untuk mencari pekerjaan pasca covid19?.
\n
\n
\n
Bagaimanakah pihak PBT boleh membantu peniaga/penjaja kecil yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan pasca covid19 bagi mendapatkan lesen perniagaan?
\n
\n </question>\n <answer>\n <from>Y.A.B. Dato' Menteri Besar</from>\n
\n
a) Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pembangunan Generasi Muda, Sukan Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor akan meneruskan penganjuran Karnival Kerjaya Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor yang telah ditunda pada 15 Mac 2020 yang lalu kerana Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan berikutan penularan Covid 19. Karnival kerjaya dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ini akan menawarkan peluang pekerjaan terbuka kepada rakyat Selangor yang berumur dari 18 hingga 60 tahun. Sebanyak 30 majikan terpilih akan mengadakan temuduga terbuka mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara yang telah ditetapkan.
\n
Selain itu, perancangan Program Pembangunan Modal Insan pasca Covid 19 berkonsepkan latihan di mana program ini bukan sahaja mensasarkan khusus kepada golongan belia malah terbuka kepada remaja, wanita, veteran, dan komuniti. Program ini akan memfokuskan aspek kemahiran nilai tambah yang dapat menjana pendapatan individu dan juga keluarga. Ini bagi memastikan rakyat Selangor bijak untuk mencari peluang selain membantu mengurangkan kadar pengangguran di Selangor serta menerapkan budaya mencipta pekerjaan sendiri berbanding kebergantungan ekonomi individu terhadap pasaran kerja. Medium latihan adalah terdiri daripada latihan di dalam kelas dan latihan secara maya. Kerajaan Negeri Selangor juga akan berkerjasama dengan pusat latihan seperti Kolej Komuniti dan Giat Mara untuk memperkasa kemahiran dengan nilai tambah
\n
bagi rakyat Selangor. Di samping itu, MBI Selangor juga turut mengambil inisiatif dalam perancangan program mempertingkat kemahiran belia di mana jaminan pekerjaan akan diberikan kepada peserta program setelah tamat tempoh latihan bersama syarikat \u2013 syarikat yang terlibat.
\n
Kerajaan Negeri Selangor mempunyai jalinan kerjasama dengan pihak JobsMalaysia di mana laman web JobsMalaysia berfungsi sebagai padanan dan carian pekerjaan atas talian bagi seluruh rakyat Malaysia. Pencari kerja khususnya rakyat Selangor boleh mendaftar di laman web www.jobsmalaysia.gov.my untuk mencari pekerjaan semasa pasca Covid 19 dan mendapat notifikasi padanan pekerjaan melalui emel yang telah didaftarkan secara percuma.
\n
\n
\n
b) PBT sememangnya prihatin terhadap peniaga/ penjaja kecil yang terjejas. Justeru itu tindakan PBT untuk membantu peniaga/penjaja kecil yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan pasca Covid19 bagi mendapatkan lesen perniagaan adalah seperti berikut:
\n
\n
\n
i) Memudahkan permohonan permit penjaja secara atas talian (online);
\n
\n
\n
ii) Promosi tapak-tapak penjaja dan kiosk yang kosong mengikut SOP;
\n
\n
\n
iii) Membuat sistem giliran kepada tapak yang ramai penjaja agar semua berpeluang memulakan perniagaan;
\n
\n
\n
iv) Pembukaan peluang penjajaran baharu seperti hub lemang, buah bermusim; dan
\n
\n
\n
v) Melaksanakan segera arahan untuk membenarkan memulakan perniagaan mengikut SOP.
\n
\n </answer>\n </oralStatement>\n </debateSection>\n </debateBody>\n </debate>\n</akomaNtoso>\n"