original
stringlengths
28
38.9k
cleaned
stringlengths
3
11.7k
no_page
int64
0
70k
actual_no_page
int64
1
252
date
unknown
url
stringlengths
60
60
DR.1.4.2003 33 Akhir sekali Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memang tidak ada, saya tidak jadi bercakap, saya sudah check tidak ada Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak ada baiklah. Beberapa Ahli: [Bangun] Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Nanti saya belum katup pun lagi kata- kata, minta dia duduk Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap sedikit lagi. Beberapa Ahli: [Ketawa] Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Dengan ini nampak,….. ini tidak hormat saya. Saya hendak bercakap semua berdiri. Can you sit-down all of you [Ketawa] Yang Berhormat saya hendak bercakap satu lagi perkara dengan lafaz bismillahir rahmanir rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Petaling Jaya Utara. 12.29 tgh. Puan Chew Mei Fun [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya cuma berhasrat menyentuh sedikit tentang masalah keselamatan komuniti. Tuan Yang di-Pertua, kestabilan sosial adalah syarat utama dalam memperkukuhkan ekonomi negara, tetapi malangnya kes-kes jenayah kecil seperti meragut beg, pecah rumah, pecah kereta yang sering berlaku di seluruh negara khususnya di kawasan bandar telah menjejaskan ketenteraman hidup rakyat termasuk keselamatan nyawa dan harta benda rakyat. Mengikut perangkaan negeri-negeri yang mempunyai kadar jenayah yang paling tinggi ialah Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak. Jika melihat kepada bandar Petaling Jaya, Johor Bahru adalah antara dua bandar yang kadar jenayahnya yang paling tinggi. Tuan Yang di-Pertua, pada pendapat saya untuk menurunkan kadar jenayah di kawasan bandar, langkah-langkah yang berkesan dan sikap khidmat ikhlas yang disyorkan oleh Ketua Polis Negara adalah penting tetapi apa yang lebih berkesan ialah tambah anggota polis yang buat masa kini begitu kurang. Sebagai contoh, untuk memperbaiki masalah keselamatan Petaling Jaya Utara yang semakin membimbangkan, saya telah menggabungkan hampir kesemua persatuan-persatuan penduduk, Rukun Tetangga, pertubuhan-pertubuhan agama dan badan bukan kerajaan di kawasan Petaling Jaya Utara untuk menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan telah banyak beri cadangan kepada Polis Daerah dan OCPD Petaling Jaya juga telah melakukan banyak perubahan dan pembaikan atas kapasiti beliau. Tetapi hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah kekurangan anggota polis yang begitu serius di Petaling Jaya. Tuan Yang di-Pertua, kadar jenayah di Petaling Jaya sendiri sahaja telah lebih tinggi daripada kadar jenayah di banyak negeri dalam negara dan malangnya tahap kekurangan anggota polis di Petaling Jaya juga merupakan yang tertinggi di dalam negara. Baru-baru ini saya terbaca berita bahawa salah seorang OCPD daerah, polis di dalam negeri Selangor menyeru semasa dialog bersama penduduk bahawa nisbah di antara anggota polis dan penduduk di daerahnya ialah seorang anggota polis berbanding dengan 1,000 penduduk lantas menghadapi masalah kekurangan anggota polis. Tetapi Tuan Yang di-Pertua, nisbah di antara anggota polis dengan penduduk di kawasan saya ialah seorang anggota polis berbanding dengan 5,000 orang penduduk. Kami tidak mengharapkan kerajaan meningkatkan bilangan anggota polis sama dengan negara maju yang nisbahnya seorang anggota polis berbanding dengan 250 hingga 270 orang penduduk. Kami hanya meminta perbandingan ini diperbaiki secara berperingkat sehingga sekurang-kurangnya seorang anggota polis berbanding dengan 1,000 penduduk maka kami sudah rasa puas hati. Saya telah banyak kali mengemukakan permintaan ini di Parlimen tetapi entah kenapa permintaan yang begitu mudah dan disokong dengan sebab- sebab yang begitu kukuh nampaknya tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Akhir sekali Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memang tidak ada, saya tidak jadi bercakap, saya sudah check tidak ada Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak ada baiklah. Beberapa Ahli: [Bangun] Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Nanti saya belum katup pun lagi kata- kata, minta dia duduk Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap sedikit lagi. Beberapa Ahli: [Ketawa] Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Dengan ini nampak,..... ini tidak hormat saya. Saya hendak bercakap semua berdiri. Can you sit-down all of you [Ketawa] Yang Berhormat saya hendak bercakap satu lagi perkara dengan lafaz bismillahir rahmanir rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Petaling Jaya Utara. 12.29 tgh. Puan Chew Mei Fun [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya cuma berhasrat menyentuh sedikit tentang masalah keselamatan komuniti. Tuan Yang di-Pertua, kestabilan sosial adalah syarat utama dalam memperkukuhkan ekonomi negara, tetapi malangnya kes-kes jenayah kecil seperti meragut beg, pecah rumah, pecah kereta yang sering berlaku di seluruh negara khususnya di kawasan bandar telah menjejaskan ketenteraman hidup rakyat termasuk keselamatan nyawa dan harta benda rakyat. Mengikut perangkaan negeri-negeri yang mempunyai kadar jenayah yang paling tinggi ialah Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak. Jika melihat kepada bandar Petaling Jaya, Johor Bahru adalah antara dua bandar yang kadar jenayahnya yang paling tinggi. Tuan Yang di-Pertua, pada pendapat saya untuk menurunkan kadar jenayah di kawasan bandar, langkah-langkah yang berkesan dan sikap khidmat ikhlas yang disyorkan oleh Ketua Polis Negara adalah penting tetapi apa yang lebih berkesan ialah tambah anggota polis yang buat masa kini begitu kurang. Sebagai contoh, untuk memperbaiki masalah keselamatan Petaling Jaya Utara yang semakin membimbangkan, saya telah menggabungkan hampir kesemua persatuan-persatuan penduduk, Rukun Tetangga, pertubuhan-pertubuhan agama dan badan bukan kerajaan di kawasan Petaling Jaya Utara untuk menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan telah banyak beri cadangan kepada Polis Daerah dan OCPD Petaling Jaya juga telah melakukan banyak perubahan dan pembaikan atas kapasiti beliau. Tetapi hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah kekurangan anggota polis yang begitu serius di Petaling Jaya. Tuan Yang di-Pertua, kadar jenayah di Petaling Jaya sendiri sahaja telah lebih tinggi daripada kadar jenayah di banyak negeri dalam negara dan malangnya tahap kekurangan anggota polis di Petaling Jaya juga merupakan yang tertinggi di dalam negara. Baru-baru ini saya terbaca berita bahawa salah seorang OCPD daerah, polis di dalam negeri Selangor menyeru semasa dialog bersama penduduk bahawa nisbah di antara anggota polis dan penduduk di daerahnya ialah seorang anggota polis berbanding dengan 1,000 penduduk lantas menghadapi masalah kekurangan anggota polis. Tetapi Tuan Yang di-Pertua, nisbah di antara anggota polis dengan penduduk di kawasan saya ialah seorang anggota polis berbanding dengan 5,000 orang penduduk. Kami tidak mengharapkan kerajaan meningkatkan bilangan anggota polis sama dengan negara maju yang nisbahnya seorang anggota polis berbanding dengan 250 hingga 270 orang penduduk. Kami hanya meminta perbandingan ini diperbaiki secara berperingkat sehingga sekurang-kurangnya seorang anggota polis berbanding dengan 1,000 penduduk maka kami sudah rasa puas hati. Saya telah banyak kali mengemukakan permintaan ini di Parlimen tetapi entah kenapa permintaan yang begitu mudah dan disokong dengan sebab- sebab yang begitu kukuh nampaknya tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
33
45
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
34 DR.1.4.2003 Baru-baru ini Polis Daerah Petaling Jaya telah dibahagikan kepada kawasan utara dan selatan dengan menempatkan seorang Timbalan Ketua Polis Daerah di setiap kawasan untuk meningkatkan perkhidmatan keselamatan. Ini adalah satu langkah yang dialu-alukan oleh penduduk tetapi Tuan Yang di-Pertua, apa yang mengecewakan kami ialah pembahagian Daerah Polis di Petaling Jaya Selatan dan Petaling Jaya Utara ini tidak disertai dengan penambahan anggota polis tetapi hanya memindahkan anggota polis sedia ada dari balai-balai polis sekarang ke Balai Polis Daerah Petaling Jaya Selatan. Langkah ini telah menyebabkan balai-balai polis yang sudah menghadapi masalah kekurangan anggota polis dalam soal penugasan kini terpaksa berhadapan dengan masalah kekurangan anggota polis yang lebih serius. Tuan Yang di-Pertua, menurut jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pagi tadi, walaupun pihak polis telah memohon untuk menambah 12,000 anggota polis tetapi masih belum diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Oleh itu dengan ikhlas saya meminta Jabatan Perkhidmatan Awam tidak payah lagi mengkaji tetapi luluskan terus untuk menambahkan anggota polis yang dipohon oleh pihak polis khususnya di Petaling Jaya dan kawasan lain yang menghadapi kekurangan anggota polis yang sama dengan segera. Tidak kira betapa ikhlasnya anggota polis jika tidak dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan para penduduk tetap akan merungut. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen kawasan Petaling Jaya Utara saya dengan ini ingin mencadangkan Kementerian Dalam Negeri menjadikan Petaling Jaya sebagai tempat yang menjalankan projek jenayah sifar dengan menubuhkan satu pasukan khas yang khusus menangani kes rompakan di kawasan Petaling Jaya Utara selain daripada pasukan yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, pasukan khas ini akan bertanggungjawab ke atas kerja-kerja pencegahan dan kes rompakan. Selain daripada langkah menggunakan polis wanita menyamar sebagai pejalan kaki biasa untuk mengumpan penjenayah melakukan kesalahan yang sedang dijalankan oleh Polis Daerah Petaling Jaya saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mencontohi cara yang diamalkan di luar negara seperti di Beijing, China dengan memasang televisyen litar tertutup (close circuit television) dengan izin, dan stesen laporan kes elektronik di semua kawasan yang kerap berlaku kes rompakan. Kesemua televisyen litar tertutup ini bersambung dengan sebuah pusat kawalan sementara stesen laporan kes elektronik diadakan di setiap jalan. Apabila berlakunya kes jenayah, mangsa dan orang awam yang nampak kes berlaku boleh pergi ke stesen laporan elektronik yang berada di setiap jalan dengan menekan satu butang untuk berhubung dengan pusat kawalan serta-merta dan seterusnya bercakap melalui skrin dengan anggota polis yang bertugas di pusat kawalan secara langsung. Pada masa yang sama kesemua televisyen litar tertutup yang dipasangkan di sana telah merakamkan semua keadaan yang berlaku di tempat kejadian dan pusat kawalan telah menghubungi anggota polis berdekatan untuk mengambil tindakan supaya penjenayah tidak dapat melarikan diri. Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun ini akan melibatkan perbelanjaan tetapi memelihara keamanan dan memastikan penduduk hidup dalam keadaan yang selamat merupakan tanggungjawab kerajaan yang penting dan tidak boleh diabaikan sama sekali. Justeru itu, saya berharap cadangan di atas dapat dilaksanakan. Selain daripada itu saya berpendapat cara pihak polis pada masa kini yang hanya mengedarkan risalah mengajak orang ramai bagaimana mencegah jenayah adalah tidak mencukupi. Pada pendapat saya, cara yang lebih berkesan adalah menunjukkan cara mencegah jenayah di atas pentas dengan mengadakan demonstrasi dan pertunjukan di tempat orang ramai berkumpul di seluruh negara supaya penonton tidak dapat lupa tentang cara pencegahan yang ditunjukkan kepada mereka. Jawatankuasa keselamatan kawasan Petaling Jaya Utara yang ditubuhkan oleh saya dengan bantuan daripada polis Petaling Jaya akan mengadakan pertunjukan sebegini di tempat-tempat awam Petaling Jaya mulai Mei tahun ini dan diharap ianya dapat menjadi satu rujukan bagi pihak polis. Akhir sekali saya mencadangkan kerajaan mengubah undang-undang menetapkan kesemua bahagian depan dan belakang rumah perlu dipasangkan lampu dan dinyalakan mulai jam 7.30 malam dan pada masa yang sama mengarahkan semua majlis
Baru-baru ini Polis Daerah Petaling Jaya telah dibahagikan kepada kawasan utara dan selatan dengan menempatkan seorang Timbalan Ketua Polis Daerah di setiap kawasan untuk meningkatkan perkhidmatan keselamatan. Ini adalah satu langkah yang dialu-alukan oleh penduduk tetapi Tuan Yang di-Pertua, apa yang mengecewakan kami ialah pembahagian Daerah Polis di Petaling Jaya Selatan dan Petaling Jaya Utara ini tidak disertai dengan penambahan anggota polis tetapi hanya memindahkan anggota polis sedia ada dari balai-balai polis sekarang ke Balai Polis Daerah Petaling Jaya Selatan. Langkah ini telah menyebabkan balai-balai polis yang sudah menghadapi masalah kekurangan anggota polis dalam soal penugasan kini terpaksa berhadapan dengan masalah kekurangan anggota polis yang lebih serius. Tuan Yang di-Pertua, menurut jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pagi tadi, walaupun pihak polis telah memohon untuk menambah 12,000 anggota polis tetapi masih belum diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Oleh itu dengan ikhlas saya meminta Jabatan Perkhidmatan Awam tidak payah lagi mengkaji tetapi luluskan terus untuk menambahkan anggota polis yang dipohon oleh pihak polis khususnya di Petaling Jaya dan kawasan lain yang menghadapi kekurangan anggota polis yang sama dengan segera. Tidak kira betapa ikhlasnya anggota polis jika tidak dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan para penduduk tetap akan merungut. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen kawasan Petaling Jaya Utara saya dengan ini ingin mencadangkan Kementerian Dalam Negeri menjadikan Petaling Jaya sebagai tempat yang menjalankan projek jenayah sifar dengan menubuhkan satu pasukan khas yang khusus menangani kes rompakan di kawasan Petaling Jaya Utara selain daripada pasukan yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, pasukan khas ini akan bertanggungjawab ke atas kerja-kerja pencegahan dan kes rompakan. Selain daripada langkah menggunakan polis wanita menyamar sebagai pejalan kaki biasa untuk mengumpan penjenayah melakukan kesalahan yang sedang dijalankan oleh Polis Daerah Petaling Jaya saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mencontohi cara yang diamalkan di luar negara seperti di Beijing, China dengan memasang televisyen litar tertutup (close circuit television) dengan izin, dan stesen laporan kes elektronik di semua kawasan yang kerap berlaku kes rompakan. Kesemua televisyen litar tertutup ini bersambung dengan sebuah pusat kawalan sementara stesen laporan kes elektronik diadakan di setiap jalan. Apabila berlakunya kes jenayah, mangsa dan orang awam yang nampak kes berlaku boleh pergi ke stesen laporan elektronik yang berada di setiap jalan dengan menekan satu butang untuk berhubung dengan pusat kawalan serta-merta dan seterusnya bercakap melalui skrin dengan anggota polis yang bertugas di pusat kawalan secara langsung. Pada masa yang sama kesemua televisyen litar tertutup yang dipasangkan di sana telah merakamkan semua keadaan yang berlaku di tempat kejadian dan pusat kawalan telah menghubungi anggota polis berdekatan untuk mengambil tindakan supaya penjenayah tidak dapat melarikan diri. Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun ini akan melibatkan perbelanjaan tetapi memelihara keamanan dan memastikan penduduk hidup dalam keadaan yang selamat merupakan tanggungjawab kerajaan yang penting dan tidak boleh diabaikan sama sekali. Justeru itu, saya berharap cadangan di atas dapat dilaksanakan. Selain daripada itu saya berpendapat cara pihak polis pada masa kini yang hanya mengedarkan risalah mengajak orang ramai bagaimana mencegah jenayah adalah tidak mencukupi. Pada pendapat saya, cara yang lebih berkesan adalah menunjukkan cara mencegah jenayah di atas pentas dengan mengadakan demonstrasi dan pertunjukan di tempat orang ramai berkumpul di seluruh negara supaya penonton tidak dapat lupa tentang cara pencegahan yang ditunjukkan kepada mereka. Jawatankuasa keselamatan kawasan Petaling Jaya Utara yang ditubuhkan oleh saya dengan bantuan daripada polis Petaling Jaya akan mengadakan pertunjukan sebegini di tempat-tempat awam Petaling Jaya mulai Mei tahun ini dan diharap ianya dapat menjadi satu rujukan bagi pihak polis. Akhir sekali saya mencadangkan kerajaan mengubah undang-undang menetapkan kesemua bahagian depan dan belakang rumah perlu dipasangkan lampu dan dinyalakan mulai jam 7.30 malam dan pada masa yang sama mengarahkan semua majlis.
34
46
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 35 perbandaran mesti memasang lampu jalan yang mencukupi serta menyelenggara lampu jalan yang rosak secara tetap. Tuan Yang di-Pertua, saya hanya membincangkan satu topik pada hari ini. Justeru itu, saya berharap topik ini boleh mendapat perhatian yang khusus. Dengan cadangan-cadangan di atas, saya menyokong penuh ke atas Akta Perbekalan Tambahan 2003. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Pokok Sena. 12.37 tgh. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana peluang diberikan kepada saya untuk turut terlibat dalam perbahasan perbekalan tambahan ini. Pertama saya ingin menyentuh soal isu peperangan ke atas Iraq. Kita seperti mana yang disebut oleh wakil daripada Sri Gading tadi bahawa kita masih lagi berperang dengan kata-kata dan kita mengharapkan bahawa seluruh negara yang anti kepada peperangan ini akan melakukan dan mengambil langkah-langkah dan tindakan yang lebih praktikal untuk memastikan supaya satu tekanan perlu dilakukan ke atas Amerika dan sekutu-sekutunya bagi menghentikan peperangan ini. Sebab itu kita mencadangkan sebelum ini bahawa satu tindakan pemboikotan ataupun pemulauan ke atas barang-barang keluaran daripada Amerika harus dilakukan secara yang lebih strategik dan terancang. Walaupun kerajaan melalui Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengatakan bahawa kerajaan tidak akan menghentikan pengimportan barang- barang daripada Amerika tetapi terpulanglah kepada rakyat dan pemborong-pemborong kerana itu adalah hak mereka untuk membeli ataupun memulau. Tetapi pemulauan ini tidak akan berjaya dilakukan tanpa penglibatan media arus perdana yang dikuasai oleh kerajaan yang perlu diberikan hint untuk mereka turut terlibat dalam pembentukan budaya baru untuk menolak arus budaya yang telah dibentuk oleh Amerika. Selama ini media-media ini telah turut kempen di dalam melariskan barang-barang Amerika. Umpamanya medialah juga mengiklankan tentang wujud budaya Coca Cola, budaya KFC, budaya Pizza Hut dan sebagainya. Tetapi kalau media tidak memainkan peranan maka sudah tentu kesedaran yang tinggi di kalangan masyarakat Malaysia tidak boleh berlaku untuk melakukan pemboikotan terhadap barang-barang seperti ini. Sebab itu saya mencadangkan supaya seharusnya kerajaan memberikan suatu tumpuan yang serius untuk kita memulakan satu langkah untuk menyedarkan negara-negara yang lain untuk turut terlibat dalam kempen pemulauan seperti ini. Yang keduanya seperti yang pernah saya sebut sebelum ini bahawa perlu untuk kita membawa ada satu usaha daripada berbagai-bagai pihak termasuk daripada negara kita untuk membawa Amerika dan sekutunya ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Tetapi malangnya, soalnya ialah kerana Malaysia sendiri belum ratify terhadap Rome Statute iaitu di bawah Mahkamah Jenayah Antarabangsa ini. Maknanya kita belum lagi mengesahkan Rome Statute sebab itu kita tidak ada locus standi untuk hendak membawa kes itu ke Mahkamah Antarabangsa. Sebab itu saya hendak minta penjelasan kenapa kerajaan masih lagi belum ratify Rome Statute ini iaitu suatu yang boleh mengesah dan kemudian kita akan mempunyai locus standi untuk membawa mana-mana pihak dan mana-mana negara yang melakukan jenayah peperangan ini ke Mahkamah Antarabangsa. Sebab itu dalam hal ini saya mengharapkan kerajaan memberikan penjelasan kenapa masih belum ratify Rome Statute ini. Kemudian untuk lobi seterusnya saya kira bahawa walaupun kita masih belum lagi ratify Rome Statute tetapi masih ada ruang untuk sekurang-kurangnya mengambil langkah-langkah awal terhadap Amerika iaitu melalui penggunaan mahkamah kebangsaan kita sendiri pun kita masih boleh menggunakan mahkamah kebangsaan untuk file dengan syarat satu report yang dibuat oleh rakyat Iraq ke atas perkara ini dan kita boleh usaha untuk bawa seorang individu Iraq untuk buat report dan kemudian kita akan isytihar di mahkamah ini jika Bush dan Blair datang ke sini maka dia akan dibawa ke mahkamah ini.
perbandaran mesti memasang lampu jalan yang mencukupi serta menyelenggara lampu jalan yang rosak secara tetap. Tuan Yang di-Pertua, saya hanya membincangkan satu topik pada hari ini. Justeru itu, saya berharap topik ini boleh mendapat perhatian yang khusus. Dengan cadangan-cadangan di atas, saya menyokong penuh ke atas Akta Perbekalan Tambahan 2003. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Pokok Sena. 12.37 tgh. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana peluang diberikan kepada saya untuk turut terlibat dalam perbahasan perbekalan tambahan ini. Pertama saya ingin menyentuh soal isu peperangan ke atas Iraq. Kita seperti mana yang disebut oleh wakil daripada Sri Gading tadi bahawa kita masih lagi berperang dengan kata-kata dan kita mengharapkan bahawa seluruh negara yang anti kepada peperangan ini akan melakukan dan mengambil langkah-langkah dan tindakan yang lebih praktikal untuk memastikan supaya satu tekanan perlu dilakukan ke atas Amerika dan sekutu-sekutunya bagi menghentikan peperangan ini. Sebab itu kita mencadangkan sebelum ini bahawa satu tindakan pemboikotan ataupun pemulauan ke atas barang-barang keluaran daripada Amerika harus dilakukan secara yang lebih strategik dan terancang. Walaupun kerajaan melalui Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengatakan bahawa kerajaan tidak akan menghentikan pengimportan barang- barang daripada Amerika tetapi terpulanglah kepada rakyat dan pemborong-pemborong kerana itu adalah hak mereka untuk membeli ataupun memulau. Tetapi pemulauan ini tidak akan berjaya dilakukan tanpa penglibatan media arus perdana yang dikuasai oleh kerajaan yang perlu diberikan hint untuk mereka turut terlibat dalam pembentukan budaya baru untuk menolak arus budaya yang telah dibentuk oleh Amerika. Selama ini media-media ini telah turut kempen di dalam melariskan barang-barang Amerika. Umpamanya medialah juga mengiklankan tentang wujud budaya Coca Cola, budaya KFC, budaya Pizza Hut dan sebagainya. Tetapi kalau media tidak memainkan peranan maka sudah tentu kesedaran yang tinggi di kalangan masyarakat Malaysia tidak boleh berlaku untuk melakukan pemboikotan terhadap barang-barang seperti ini. Sebab itu saya mencadangkan supaya seharusnya kerajaan memberikan suatu tumpuan yang serius untuk kita memulakan satu langkah untuk menyedarkan negara-negara yang lain untuk turut terlibat dalam kempen pemulauan seperti ini. Yang keduanya seperti yang pernah saya sebut sebelum ini bahawa perlu untuk kita membawa ada satu usaha daripada berbagai-bagai pihak termasuk daripada negara kita untuk membawa Amerika dan sekutunya ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Tetapi malangnya, soalnya ialah kerana Malaysia sendiri belum ratify terhadap Rome Statute iaitu di bawah Mahkamah Jenayah Antarabangsa ini. Maknanya kita belum lagi mengesahkan Rome Statute sebab itu kita tidak ada locus standi untuk hendak membawa kes itu ke Mahkamah Antarabangsa. Sebab itu saya hendak minta penjelasan kenapa kerajaan masih lagi belum ratify Rome Statute ini iaitu suatu yang boleh mengesah dan kemudian kita akan mempunyai locus standi untuk membawa mana-mana pihak dan mana-mana negara yang melakukan jenayah peperangan ini ke Mahkamah Antarabangsa. Sebab itu dalam hal ini saya mengharapkan kerajaan memberikan penjelasan kenapa masih belum ratify Rome Statute ini. Kemudian untuk lobi seterusnya saya kira bahawa walaupun kita masih belum lagi ratify Rome Statute tetapi masih ada ruang untuk sekurang-kurangnya mengambil langkah-langkah awal terhadap Amerika iaitu melalui penggunaan mahkamah kebangsaan kita sendiri pun kita masih boleh menggunakan mahkamah kebangsaan untuk file dengan syarat satu report yang dibuat oleh rakyat Iraq ke atas perkara ini dan kita boleh usaha untuk bawa seorang individu Iraq untuk buat report dan kemudian kita akan isytihar di mahkamah ini jika Bush dan Blair datang ke sini maka dia akan dibawa ke mahkamah ini.
35
47
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
36 DR.1.4.2003 Seperti mana yang pernah berlaku dalam kes Sabra dan Shatila suatu ketika dahulu apabila seorang rakyat Palestin telah membuat report kepada mahkamah Belgium dan mahkamah Belgium telah mengisytiharkan bahawa jika Perdana Menteri Israel pada waktu itu datang ke Belgium maka dia akan ditangkap dan diseret ke mahkamah. Walaupun kalau kita buat begitu mungkin Bush tidak akan datang ke negara kita tetapi sekurang-kurangnya kita telah melakukan satu move untuk memperlihatkan dan mengajak seluruh masyarakat antarabangsa untuk melakukan satu proses yang sedemikian rupa. Kerana sukar juga pertama kerana kita tidak ratify Rome Statute. Yang keduanya, Amerika sendiri pun tidak ratify Rome Statute. Kita dengan Amerika pun serupa juga dalam hal ini tidak ratify. Bermakna bila tidak ratify masing-masing tidak ada locus standi untuk mendakwa dan didakwa. Sebab itu cara prosesnya ialah melalui mahkamah kebangsaan walaupun saya katakan tadi tidak mungkin Blair ataupun Bush datang ke negara kita tetapi sekurang- kurangnya kita telah memperlihatkan sesuatu yang lebih praktikal daripada retorik dalam membawa usul dalam Dewan, dalam persidangan-persidangan antarabangsa kerana saya rasa ini soal kita hendak tebus maruah kita atas Resolusi 678 yang kita turut terlibat dalam tahun 1991 untuk mengizinkan Amerika menyerang Iraq. Inilah peluang untuk kita memperlihatkan usaha kita untuk menebus maruah atas kesilapan. Sebab itu kami menyokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri kerana ini adalah satu usul hendak tebus maruah negara kita atas kesilapan kita dalam tahun 1991 yang menyokong Resolusi 678 di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Yang kedua, saya hendak sentuh Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi ialah soal Sekolah Agama Rakyat. Ini SAR bukan SARS. [Tepuk] Sebab walaupun saya telah sentuh di dalam perbahasan …. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, SAR? Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: SAR, tidak ada “S". Walaupun saya telah sentuh dalam perbahasan Titah tetapi Setiausaha Parlimen dalam jawapan penggulungannya menjawab bahawa segala isu SAR sila rujuk kepada jawapan Menteri Pendidikan pada 17 haribulan sedangkan jawapan penjelasan yang dibuat oleh Menteri itu saya telah pun memberikan ulasan dan membuat satu sanggahan dengan mengemukakan beberapa fakta-fakta yang baru untuk menolak penjelasan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan. Sebab Menteri Pendidikan memberikan alasan bahawa pemberhentian per kapita ia disebabkan oleh kelemahan akademik sekolah agama rakyat dan Perdana Menteri mengatakan bahawa pemberhentian per kapita disebabkan kerana mengajar ajaran salah. Ini pun sudah ada percanggahan. Saya hendak tumpukan atas isu yang dibawa oleh Menteri Pendidikan iaitu kelemahan akademik. Jadi, kerana sudah lemah akademik kita berhentikan per kapita. Ini seolah-olah seorang bapa anak dia bawa balik laporan kemajuan sekolah tunjukkan dekat dia tidak ada A. Esok dia beritahu kepada anak dia mulai hari ini bapa hentikan bekalan duit sekolah kamu sebab bapa sudah bantu lama kamu, kamu tidak dapat prestasi akademik yang baik. Sebab bagi saya bahawa hujah yang ditunjukkan dengan perbandingan yang dibuat itu perbandingan yang tidak adil, perbandingan antara sekolah kebangsaan dengan sekolah agama rakyat. Saya kata masih tidak adil. Bukan sekadar antara sekolah asrama penuh dengan sekolah agama rakyat sebab pengumpulan yang diambil peratus kelulusan dan juga jumlah mata pelajaran yang mendapat A di sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan dan sebagainya itu dikumpul daripada keseluruhan keputusan sekolah kebangsaan seluruh negara kita termasuk sekolah dalam bandar dan sekolah luar bandar sedangkan mengikut laporan yang pernah ditulis oleh A. Kadir Yassin dalam Berita Harian mengatakan bahawa satu perbezaan yang sangat ketara perbezaan akademik sekolah dalam bandar dengan sekolah di luar bandar dan juga sekolah dalam kawasan sesak dalam bandar dengan sekolah dalam bandar yang tidak sesak sudah berbeza keputusan peperiksaan dia. Tetapi, apabila dicampur semua keputusan ini, maka sudah tentulah kita akan mendapat satu pencapaian yang baik, menunjukkan angka peratus yang tinggi sekolah kebangsaan. Sebab sekolah kebangsaan dimaksudkan itu termasuklah Victoria Institute, Penang Free School, Convent Bukit Nenas, Sultan Abdul Hamid College, Sekolah Sultanah Asma.
Seperti mana yang pernah berlaku dalam kes Sabra dan Shatila suatu ketika dahulu apabila seorang rakyat Palestin telah membuat report kepada mahkamah Belgium dan mahkamah Belgium telah mengisytiharkan bahawa jika Perdana Menteri Israel pada waktu itu datang ke Belgium maka dia akan ditangkap dan diseret ke mahkamah. Walaupun kalau kita buat begitu mungkin Bush tidak akan datang ke negara kita tetapi sekurang-kurangnya kita telah melakukan satu move untuk memperlihatkan dan mengajak seluruh masyarakat antarabangsa untuk melakukan satu proses yang sedemikian rupa. Kerana sukar juga pertama kerana kita tidak ratify Rome Statute. Yang keduanya, Amerika sendiri pun tidak ratify Rome Statute. Kita dengan Amerika pun serupa juga dalam hal ini tidak ratify. Bermakna bila tidak ratify masing-masing tidak ada locus standi untuk mendakwa dan didakwa. Sebab itu cara prosesnya ialah melalui mahkamah kebangsaan walaupun saya katakan tadi tidak mungkin Blair ataupun Bush datang ke negara kita tetapi sekurang- kurangnya kita telah memperlihatkan sesuatu yang lebih praktikal daripada retorik dalam membawa usul dalam Dewan, dalam persidangan-persidangan antarabangsa kerana saya rasa ini soal kita hendak tebus maruah kita atas Resolusi 678 yang kita turut terlibat dalam tahun 1991 untuk mengizinkan Amerika menyerang Iraq. Inilah peluang untuk kita memperlihatkan usaha kita untuk menebus maruah atas kesilapan. Sebab itu kami menyokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri kerana ini adalah satu usul hendak tebus maruah negara kita atas kesilapan kita dalam tahun 1991 yang menyokong Resolusi 678 di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Yang kedua, saya hendak sentuh Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi ialah soal Sekolah Agama Rakyat. Ini SAR bukan SARS. [Tepuk] Sebab walaupun saya telah sentuh di dalam perbahasan .... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, SAR?. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: SAR, tidak ada "S". Walaupun saya telah sentuh dalam perbahasan Titah tetapi Setiausaha Parlimen dalam jawapan penggulungannya menjawab bahawa segala isu SAR sila rujuk kepada jawapan Menteri Pendidikan pada 17 haribulan sedangkan jawapan penjelasan yang dibuat oleh Menteri itu saya telah pun memberikan ulasan dan membuat satu sanggahan dengan mengemukakan beberapa fakta-fakta yang baru untuk menolak penjelasan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan. Sebab Menteri Pendidikan memberikan alasan bahawa pemberhentian per kapita ia disebabkan oleh kelemahan akademik sekolah agama rakyat dan Perdana Menteri mengatakan bahawa pemberhentian per kapita disebabkan kerana mengajar ajaran salah. Ini pun sudah ada percanggahan. Saya hendak tumpukan atas isu yang dibawa oleh Menteri Pendidikan iaitu kelemahan akademik. Jadi, kerana sudah lemah akademik kita berhentikan per kapita. Ini seolah-olah seorang bapa anak dia bawa balik laporan kemajuan sekolah tunjukkan dekat dia tidak ada A. Esok dia beritahu kepada anak dia mulai hari ini bapa hentikan bekalan duit sekolah kamu sebab bapa sudah bantu lama kamu, kamu tidak dapat prestasi akademik yang baik. Sebab bagi saya bahawa hujah yang ditunjukkan dengan perbandingan yang dibuat itu perbandingan yang tidak adil, perbandingan antara sekolah kebangsaan dengan sekolah agama rakyat. Saya kata masih tidak adil. Bukan sekadar antara sekolah asrama penuh dengan sekolah agama rakyat sebab pengumpulan yang diambil peratus kelulusan dan juga jumlah mata pelajaran yang mendapat A di sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan dan sebagainya itu dikumpul daripada keseluruhan keputusan sekolah kebangsaan seluruh negara kita termasuk sekolah dalam bandar dan sekolah luar bandar sedangkan mengikut laporan yang pernah ditulis oleh A. Kadir Yassin dalam Berita Harian mengatakan bahawa satu perbezaan yang sangat ketara perbezaan akademik sekolah dalam bandar dengan sekolah di luar bandar dan juga sekolah dalam kawasan sesak dalam bandar dengan sekolah dalam bandar yang tidak sesak sudah berbeza keputusan peperiksaan dia. Tetapi, apabila dicampur semua keputusan ini, maka sudah tentulah kita akan mendapat satu pencapaian yang baik, menunjukkan angka peratus yang tinggi sekolah kebangsaan. Sebab sekolah kebangsaan dimaksudkan itu termasuklah Victoria Institute, Penang Free School, Convent Bukit Nenas, Sultan Abdul Hamid College, Sekolah Sultanah Asma.
36
48
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 37 Sekolah-sekolah ini, walaupun mereka bukan sekolah asrama penuh, dia sekolah harian. Tetapi, kemasukan mereka ke sekolah ini ialah 5 A daripada UPSR. Jadi, kalau kumpul ini, sudah tentulah sekolah kebangsaan akan menunjukkan satu angka pencapaian yang baik daripada Sekolah Agama Rakyat. Sepatutnya saya katakan di sini bahawa perbandingan yang adil ialah perbandingan antara Sekolah Agama Rakyat dengan sekolah kebangsaan di luar bandar. Saya bawa beberapa contoh keputusan peperiksaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan antara Sekolah Agama Rakyat dengan sekolah kebangsaan di luar bandar. [Menunjukkan hard copy yang dibawa] Saya ambil Sekolah Menengah Agama Darul Saa'dah dalam kawasan Pokok Sena. Saya hendak baca ringkas dalam keputusan SPM. Untuk tahun 2002, mata pelajaran bahasa Malaysia – 92.9%, bahasa Inggeris – 50.0%, Sejarah – 77.1%, Matematik – 68.2%, Sains – 93.5%. Ini, antara mata pelajaran-mata pelajaran yang teras. Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Pauh dalam kawasan Perdana Menteri, jaraknya lima kilometer daripada kawasan saya, sebab kawasan saya itu sempadan dengan kawasan Kubang Pasu. Maaf, perbandingan yang ada kepada saya ialah dalam PMR sebab keputusan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Pauh ini ialah dalam PMR. PMR bagi Sekolah Agama Darul Saa’dah ini dalam tahun 2002, mata pelajaran Bahasa Malaysia – 99.2%, Bahasa Inggeris – 59.6%, Matematik – 942%, Sains – 95.8%. Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Pauh ini, mata pelajaran Bahasa Malaysia – 97.58%, Bahasa Inggeris – 53.98% lebih rendah daripada Sekolah Agama Rakyat, kemudian Sejarah – 89.97%, Matematik – 84.72% lebih rendah daripada keputusan Sekolah Agama Rakyat. Kemudian, Sekolah Menengah Agama Rakyat Makarimul Akhlak dalam kawasan saya, dalam kawasan Langgar. Saya ambil SPM sahaja untuk meringkaskan masa. Mata pelajaran Bahasa Malaysia – 100%, Bahasa Inggeris – 63.1%, Sejarah – 91.5%, Matematik – 83.1%, Sains – 96.9%. Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar, satu kilometer jarak dia. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat….. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sila gulung. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Baik, hendak gulung. Mata pelajaran Bahasa Malaysia – 83.5%, Bahasa Inggeris – 31.4.1%, Matematik – 59.0% lebih rendah daripada Sekolah Agama Rakyat. Banyak kalau saya hendak baca kelulusan-kelulusan perbandingan yang boleh saya buat antara Sekolah Agama Rakyat dengan sekolah kebangsaan di luar bandar, khususnya di dalam negeri Kedah yang menunjukkan bahawa sama ada Sekolah Agama Rakyat itu lebih baik daripada sekolah kebangsaan ataupun ia mempunyai persamaan. Ini menunjukkan bahawa Menteri Pendidikan mengatakan bahawa satu kerugian kepada bantuan kerajaan kepada Sekolah Agama Rakyat kerana tidak mampu bawa lonjakan akademik adalah tidak betul. Keputusan ini menunjukkan bahawa bantuan ini tidak sia-sia, sebaliknya bantuan kepada sekolah kebangsaan itulah lebih sia-sia. Sebabnya saya katakan begini, Sekolah Agama Rakyat, kementerian kata gurunya tidak mempunyai kelulusan Ikhtisas, iaitu tidak ada latihan. Pelajarnya lemah, kelengkapan mengajarnya tidak cukup, gajinya rendah…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat….. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: ….….tetapi mampu bawa lonjakan yang baik. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa cukup. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Ya, saya gulung, yang terakhir ini. Sedangkan sekolah kebangsaan, gurunya terlatih, gajinya cukup, budaknya baik, kelengkapan makmal sains ada, makmal komputer tidak ada. Di Sekolah Agama Rakyat tidak ada makmal sains. Balang air di kantin ada. Tetapi, mampu membawa lonjakan pencapaian akademik yang
Sekolah-sekolah ini, walaupun mereka bukan sekolah asrama penuh, dia sekolah harian. Tetapi, kemasukan mereka ke sekolah ini ialah 5 A daripada UPSR. Jadi, kalau kumpul ini, sudah tentulah sekolah kebangsaan akan menunjukkan satu angka pencapaian yang baik daripada Sekolah Agama Rakyat. Sepatutnya saya katakan di sini bahawa perbandingan yang adil ialah perbandingan antara Sekolah Agama Rakyat dengan sekolah kebangsaan di luar bandar. Saya bawa beberapa contoh keputusan peperiksaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan antara Sekolah Agama Rakyat dengan sekolah kebangsaan di luar bandar. [Menunjukkan hard copy yang dibawa] Saya ambil Sekolah Menengah Agama Darul Saa'dah dalam kawasan Pokok Sena. Saya hendak baca ringkas dalam keputusan SPM. Untuk tahun 2002, mata pelajaran bahasa Malaysia- 92.9%, bahasa Inggeris- 50.0%, Sejarah- 77.1%, Matematik- 68.2%, Sains- 93.5%. Ini, antara mata pelajaran-mata pelajaran yang teras. Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Pauh dalam kawasan Perdana Menteri, jaraknya lima kilometer daripada kawasan saya, sebab kawasan saya itu sempadan dengan kawasan Kubang Pasu. Maaf, perbandingan yang ada kepada saya ialah dalam PMR sebab keputusan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Pauh ini ialah dalam PMR. PMR bagi Sekolah Agama Darul Saa'dah ini dalam tahun 2002, mata pelajaran Bahasa Malaysia- 99.2%, Bahasa Inggeris- 59.6%, Matematik- 942%, Sains- 95.8%. Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Pauh ini, mata pelajaran Bahasa Malaysia- 97.58%, Bahasa Inggeris- 53.98% lebih rendah daripada Sekolah Agama Rakyat, kemudian Sejarah- 89.97%, Matematik- 84.72% lebih rendah daripada keputusan Sekolah Agama Rakyat. Kemudian, Sekolah Menengah Agama Rakyat Makarimul Akhlak dalam kawasan saya, dalam kawasan Langgar. Saya ambil SPM sahaja untuk meringkaskan masa. Mata pelajaran Bahasa Malaysia- 100%, Bahasa Inggeris- 63.1%, Sejarah- 91.5%, Matematik - 83.1%, Sains- 96.9%. Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar, satu kilometer jarak dia. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat..... Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sila gulung. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Baik, hendak gulung. Mata pelajaran Bahasa Malaysia- 83.5%, Bahasa Inggeris- 31.4.1%, Matematik- 59.0% lebih rendah daripada Sekolah Agama Rakyat. Banyak kalau saya hendak baca kelulusan-kelulusan perbandingan yang boleh saya buat antara Sekolah Agama Rakyat dengan sekolah kebangsaan di luar bandar, khususnya di dalam negeri Kedah yang menunjukkan bahawa sama ada Sekolah Agama Rakyat itu lebih baik daripada sekolah kebangsaan ataupun ia mempunyai persamaan. Ini menunjukkan bahawa Menteri Pendidikan mengatakan bahawa satu kerugian kepada bantuan kerajaan kepada Sekolah Agama Rakyat kerana tidak mampu bawa lonjakan akademik adalah tidak betul. Keputusan ini menunjukkan bahawa bantuan ini tidak sia-sia, sebaliknya bantuan kepada sekolah kebangsaan itulah lebih sia-sia. Sebabnya saya katakan begini, Sekolah Agama Rakyat, kementerian kata gurunya tidak mempunyai kelulusan Ikhtisas, iaitu tidak ada latihan. Pelajarnya lemah, kelengkapan mengajarnya tidak cukup, gajinya rendah.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat..... Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: ........tetapi mampu bawa lonjakan yang baik. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa cukup. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Ya, saya gulung, yang terakhir ini. Sedangkan sekolah kebangsaan, gurunya terlatih, gajinya cukup, budaknya baik, kelengkapan makmal sains ada, makmal komputer tidak ada. Di Sekolah Agama Rakyat tidak ada makmal sains. Balang air di kantin ada. Tetapi, mampu membawa lonjakan pencapaian akademik yang.
37
49
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
38 DR.1.4.2003 baik. Sebab itu, saya hendak sebut di sini, bahawa saya minta kerajaan untuk pertimbangkan kembali, untuk memberikan semula bantuan per kapita, kerana ini adalah hak tax payer, pembayar cukai. Ini adalah wang pembayar cukai. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik Yang Berhormat. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Yang seharusnya diberikan kembali kepada rakyat yang berhak untuk mendapat agihan wang yang lebih adil. Habis? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Baik, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Shah Alam. 12.51 tgh. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Kerk Kim Hock: Bila saya boleh dapat giliran? Beritahu saya, bila…….[Bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat…. Tuan Kerk Kim Hock: Biar saya……. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, macam mana saya boleh beritahu bila boleh Yang Berhormat? Tuan Kerk Kim Hock: Bila saya dapat? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya tidak boleh beritahu….. Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, tidak payah soal ini. Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, sila duduk. Shah Alam. Tuan Kerk Kim Hock: Saya minta perhatian…..[Menyampuk] [Bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, jangan pertikaikan kuasa saya.. Tuan Kerk Kim Hock: [Terus bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat….. Tuan Kerk Kim Hock: Saya minta, saya minta banyak kali…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, semua orang pun tunggu. Tuan Kerk Kim Hock: Saya tahu, saya minta, ada giliran tak? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak, tidak. Tuan Kerk Kim Hock: Tidak ada giliran? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak ada, tidak ada. Tuan Kerk Kim Hock: Semua orang pun tidak ada giliran?
baik. Sebab itu, saya hendak sebut di sini, bahawa saya minta kerajaan untuk pertimbangkan kembali, untuk memberikan semula bantuan per kapita, kerana ini adalah hak tax payer, pembayar cukai. Ini adalah wang pembayar cukai. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik Yang Berhormat. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Yang seharusnya diberikan kembali kepada rakyat yang berhak untuk mendapat agihan wang yang lebih adil. Habis? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Baik, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Shah Alam. 12.51 tgh. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Kerk Kim Hock: Bila saya boleh dapat giliran? Beritahu saya, bila.......[Bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.... Tuan Kerk Kim Hock: Biar saya....... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, macam mana saya boleh beritahu bila boleh Yang Berhormat? Tuan Kerk Kim Hock: Bila saya dapat? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya tidak boleh beritahu..... Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, tidak payah soal ini. Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, sila duduk. Shah Alam. Tuan Kerk Kim Hock: Saya minta perhatian.....[Menyampuk] [Bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, jangan pertikaikan kuasa saya.. Tuan Kerk Kim Hock: [Terus bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat..... Tuan Kerk Kim Hock: Saya minta, saya minta banyak kali.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, semua orang pun tunggu. Tuan Kerk Kim Hock: Saya tahu, saya minta, ada giliran tak? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak, tidak. Tuan Kerk Kim Hock: Tidak ada giliran? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak ada, tidak ada. Tuan Kerk Kim Hock: Semua orang pun tidak ada giliran?.
38
50
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 39 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak, tidak. Saya…… Tuan Kerk Kim Hock: Semua orang tidak ada? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak ada, satu pun tidak ada. Tidak ada nama? Tuan Kerk Kim Hock: Tuan Yang di-Pertua, be fair. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak ada, tidak ada. Tuan Chow Kon Yeow: [Bercakap tanpa pembesar suara] [Memprotes] [Berjalan keluar Dewan] Tuan Kerk Kim Hock: Tidak, tidak Yang Berhormat… Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Ini apa ini Tuan Yang di-Pertua? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan buang masa Yang Berhormat Kota Melaka. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan ucapan. Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk] [Bercakap tanpa pembesar suara] Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Saya minta point of order. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat…… Tuan Kerk Kim Hock: [Masih bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, apa Yang Berhormat cuba hendak cakap. Tuan Kerk Kim Hock: Saya kata, bila saya akan dapat? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya mana tahu Yang Berhormat. Peraturan Mesyuarat, bila saya tengok siapa bangun dulu, saya beri peluang. Tuan Kerk Kim Hock: Tidak pernah nampak saya? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat….. Tuan Kerk Kim Hock: Tidak pernah nampak? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat….. Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk] [Bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya pun kena fikir tetapi juga….. Tuan Kerk Kim Hock: Itu pasal saya tanya bila akan dapat? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya tidak boleh beritahu Yang Berhormat. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Insya-Allah, petang ini ya. Duduklah Yang Berhormat. Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara] Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Don’t waste our timelah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yalah Yang Berhormat. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya penaklukan Amerika Syarikat di Iraq ini sebagaimana yang dijangkakan oleh sesetengah pihak, ia akan selesai dalam waktu yang sekelip mata nampaknya jauh meleset. Tetapi, pada kita dengan izin Tuan Yang di-Pertua, life must go on, show must go
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak, tidak. Saya...... Tuan Kerk Kim Hock: Semua orang tidak ada?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak ada, satu pun tidak ada. Tidak ada nama?. Tuan Kerk Kim Hock: Tuan Yang di-Pertua, be fair. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak ada, tidak ada. Tuan Chow Kon Yeow: [Bercakap tanpa pembesar suara] [Memprotes] [Berjalan keluar Dewan]. Tuan Kerk Kim Hock: Tidak, tidak Yang Berhormat... Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Ini apa ini Tuan Yang di-Pertua?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan buang masa Yang Berhormat Kota Melaka. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan ucapan. Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk] [Bercakap tanpa pembesar suara]. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Saya minta point of order. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat...... Tuan Kerk Kim Hock: [Masih bercakap tanpa pembesar suara]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, apa Yang Berhormat cuba hendak cakap. Tuan Kerk Kim Hock: Saya kata, bila saya akan dapat?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya mana tahu Yang Berhormat. Peraturan Mesyuarat, bila saya tengok siapa bangun dulu, saya beri peluang. Tuan Kerk Kim Hock: Tidak pernah nampak saya?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat..... Tuan Kerk Kim Hock: Tidak pernah nampak?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat..... Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk] [Bercakap tanpa pembesar suara]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya pun kena fikir tetapi juga..... Tuan Kerk Kim Hock: Itu pasal saya tanya bila akan dapat?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya tidak boleh beritahu Yang Berhormat. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Insya-Allah, petang ini ya. Duduklah Yang Berhormat. Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara]. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Don't waste our timelah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yalah Yang Berhormat. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya penaklukan Amerika Syarikat di Iraq ini sebagaimana yang dijangkakan oleh sesetengah pihak, ia akan selesai dalam waktu yang sekelip mata nampaknya jauh meleset. Tetapi, pada kita dengan izin Tuan Yang di-Pertua, life must go on, show must go.
39
51
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
40 DR.1.4.2003 on. Saya yakin bahawa pihak kerajaan terutama pihak Perbendaharaan tentulah sedang mengadakan review dan membuat penilaian semula tentang bajet yang dikemukakan dalam Dewan yang mulia ini pada bulan September kerana pada masa itu, jangkaan peperangan akan berlaku akhirnya telah pun berlaku. Saya ingin tahu, apakah langkah-langkah mengawal tekanan ekonomi yang akan berlaku jikalau peperangan ini berterusan? Saya lihat dalam Dow Jones dan juga dalam penganalisa ekonomi, dia menganggarkan peperangan itu pada tiga kategori. Pertama, peperangan akan diselesaikan dalam tempoh satu bulan, short term. Yang kedua dalam mid term ataupun dalam long term dan tentunya akan memberikan kesan ekonomi kepada Malaysia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kita sedar bahawa negara kita bergantung kepada perdagangan antarabangsa terutama eksport Malaysia khususnya barangan elektronik, minyak sawit, kereta serta barangan lain seperti makanan halal ke Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Asia Barat akan terjejas. Oleh kerana suasana dan iklim ekonomi global menjadi tidak ketentuan, tentulah masalah FDI ini juga akan menjadi satu perkara yang menjejaskan kepada pelabur-pelabur dan kos penghantaran eksport akan juga terjejas kerana handling cost akan menjadi lebih tinggi. Saya ingin sebut dalam Dewan ini tentang beberapa perkara khususnya dan saya rasa bahawa apa yang berlaku di Iraq ini sebagai contoh, 5,000 kereta Proton yang bernilai RM150 juta ke Iraq telah pun terjejas walaupun pihak Proton mengatakan bahawa kesan ia tidak ada sangat, tetapi saya yakin kalau perkara ini berterusan, order ataupun pesanan yang ke hadapan, akan juga berterusan. Ini bukan hanya berlaku di Iraq tetapi juga di negara-negara Teluk. Jadi, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan supaya kita dapat menangani masalah ini? Salah satu perkara yang dibincangkan pada masa ini kerana kita sedar bahawa kerajaan mempunyai stand yang kuat dan kukuh dan kita menentang penaklukan terhadap rakyat Iraq ini tentang unilateral action yang dibuat oleh Amerika ini adalah satu perbuatan kerja haram. Ada orang mengatakan kita akan mendapat backlash daripada Kerajaan Amerika. Saya rasa bahawa, perkara ini, pihak kerajaan jangan rasa gundah-gulana kerana kita berada dalam peringkat yang majoriti kerana banyak negara dalam dunia ini berada dalam keadaan yang sama dengan kita menentang keganasan yang dibuat oleh Amerika dan sekutunya terhadap rakyat Iraq. Tetapi, oleh kerana Amerika menjadi kita punya rakan perdagangan yang agak besar dan saya kira bahawa kerajaan harus mengadakan beberapa langkah bagi mengatasi supaya kita punya trade dengan Amerika ini dapat diteruskan, kerana kita punya domestik semakin tidak cukup untuk kita menjana kekuatan ekonomi kita. Tetapi, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan bahawa baru-baru ini, Kementerian Kewangan mengumumkan langkah-langkah untuk membaiki semula rumah-rumah terbengkalai, peruntukan RM300 juta yang telah pun dibagikan. Saya kira juga tentulah pihak kerajaan tengah menilai mana-mana projek yang perlu dilaksanakan ataupun tidak disegerakan. Tetapi, saya merayu kepada pihak kerajaan supaya projek-projek yang akan memberikan manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat secara keseluruhannya hendaklah diutamakan. Ini kerana dalam membangunkan domestik ekonomi kita ini Tuan Yang di- Pertua, kita perlu mengadakan dengan izin multiplier effect. Kalau projek itu dibelanjakan RM500 juta, kalau dia punya churning, dia punya turnaround empat kali, dia sudah boleh dapat RM2 bilion. Jadi, projek-projek yang memerlukan dan memberikan kemanfaatan kepada rakyat contohnya supaya rumah-rumah yang terbengkalai ini dapat diatasi, dapat menggalakkan domestic spending ini, saya rasa bahawa pihak kerajaan harus menggalakkan pendekatan ini. Salah satu usaha yang disarankan dalam pembentangan Bajet 2003 ialah untuk meminta dan menghidupkan iklim dan suasana yang sihat supaya pihak swasta juga dapat turut serta untuk membangun dan menjana ekonomi kita. Oleh kerana dalam masalah yang kita hadapi pada hari ini dengan keadaan yang tidak ketentuan ini, ini memberikan pihak swasta pertimbangan yang lebih konservatif untuk terus membelanjakan ekonomi. Jadi, saya mohon pihak kerajaan supaya menilai balik
on. Saya yakin bahawa pihak kerajaan terutama pihak Perbendaharaan tentulah sedang mengadakan review dan membuat penilaian semula tentang bajet yang dikemukakan dalam Dewan yang mulia ini pada bulan September kerana pada masa itu, jangkaan peperangan akan berlaku akhirnya telah pun berlaku. Saya ingin tahu, apakah langkah-langkah mengawal tekanan ekonomi yang akan berlaku jikalau peperangan ini berterusan? Saya lihat dalam Dow Jones dan juga dalam penganalisa ekonomi, dia menganggarkan peperangan itu pada tiga kategori. Pertama, peperangan akan diselesaikan dalam tempoh satu bulan, short term. Yang kedua dalam mid term ataupun dalam long term dan tentunya akan memberikan kesan ekonomi kepada Malaysia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kita sedar bahawa negara kita bergantung kepada perdagangan antarabangsa terutama eksport Malaysia khususnya barangan elektronik, minyak sawit, kereta serta barangan lain seperti makanan halal ke Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Asia Barat akan terjejas. Oleh kerana suasana dan iklim ekonomi global menjadi tidak ketentuan, tentulah masalah FDI ini juga akan menjadi satu perkara yang menjejaskan kepada pelabur-pelabur dan kos penghantaran eksport akan juga terjejas kerana handling cost akan menjadi lebih tinggi. Saya ingin sebut dalam Dewan ini tentang beberapa perkara khususnya dan saya rasa bahawa apa yang berlaku di Iraq ini sebagai contoh, 5,000 kereta Proton yang bernilai RM150 juta ke Iraq telah pun terjejas walaupun pihak Proton mengatakan bahawa kesan ia tidak ada sangat, tetapi saya yakin kalau perkara ini berterusan, order ataupun pesanan yang ke hadapan, akan juga berterusan. Ini bukan hanya berlaku di Iraq tetapi juga di negara-negara Teluk. Jadi, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan supaya kita dapat menangani masalah ini?. Salah satu perkara yang dibincangkan pada masa ini kerana kita sedar bahawa kerajaan mempunyai stand yang kuat dan kukuh dan kita menentang penaklukan terhadap rakyat Iraq ini tentang unilateral action yang dibuat oleh Amerika ini adalah satu perbuatan kerja haram. Ada orang mengatakan kita akan mendapat backlash daripada Kerajaan Amerika. Saya rasa bahawa, perkara ini, pihak kerajaan jangan rasa gundah-gulana kerana kita berada dalam peringkat yang majoriti kerana banyak negara dalam dunia ini berada dalam keadaan yang sama dengan kita menentang keganasan yang dibuat oleh Amerika dan sekutunya terhadap rakyat Iraq. Tetapi, oleh kerana Amerika menjadi kita punya rakan perdagangan yang agak besar dan saya kira bahawa kerajaan harus mengadakan beberapa langkah bagi mengatasi supaya kita punya trade dengan Amerika ini dapat diteruskan, kerana kita punya domestik semakin tidak cukup untuk kita menjana kekuatan ekonomi kita. Tetapi, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan bahawa baru-baru ini, Kementerian Kewangan mengumumkan langkah-langkah untuk membaiki semula rumah-rumah terbengkalai, peruntukan RM300 juta yang telah pun dibagikan. Saya kira juga tentulah pihak kerajaan tengah menilai mana-mana projek yang perlu dilaksanakan ataupun tidak disegerakan. Tetapi, saya merayu kepada pihak kerajaan supaya projek-projek yang akan memberikan manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat secara keseluruhannya hendaklah diutamakan. Ini kerana dalam membangunkan domestik ekonomi kita ini Tuan Yang di- Pertua, kita perlu mengadakan dengan izin multiplier effect. Kalau projek itu dibelanjakan RM500 juta, kalau dia punya churning, dia punya turnaround empat kali, dia sudah boleh dapat RM2 bilion. Jadi, projek-projek yang memerlukan dan memberikan kemanfaatan kepada rakyat contohnya supaya rumah-rumah yang terbengkalai ini dapat diatasi, dapat menggalakkan domestic spending ini, saya rasa bahawa pihak kerajaan harus menggalakkan pendekatan ini. Salah satu usaha yang disarankan dalam pembentangan Bajet 2003 ialah untuk meminta dan menghidupkan iklim dan suasana yang sihat supaya pihak swasta juga dapat turut serta untuk membangun dan menjana ekonomi kita. Oleh kerana dalam masalah yang kita hadapi pada hari ini dengan keadaan yang tidak ketentuan ini, ini memberikan pihak swasta pertimbangan yang lebih konservatif untuk terus membelanjakan ekonomi. Jadi, saya mohon pihak kerajaan supaya menilai balik.
40
52
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 41 tentang peranan dan tanggungjawab pihak-pihak swasta terutamanya syarikat-syarikat gergasi yang kerajaan mempunyai direct investment ini supaya, kalau perbelanjaan yang dikeluarkan terutama tentang kontrak yang hendak dikeluarkan, local content ini mesti dipertekankan. Jadi, kalau local content ini dipertekankan, maknanya duit itu boleh kita pusingkan dalam kita punya pelaburan. Begitu juga dalam melihat pasaran. Kita harus melihat pasaran. Selain kita menilai balik pasaran yang tradisional, saya rasa bahawa kerajaan dan juga pihak swasta harus melihat alternatif umpamanya dengan Kesatuan Eropah. Saya dimaklumkan bahawa Pesuruhanjaya Perdagangan EU, akan melawat Malaysia bulan ini untuk berbincang dengan menteri dan juga pihak swasta dan supaya kita ada satu pengkhususan supaya EU ini akan menjadi satu market yang akan mengimbangkan dengan tekanan ekonomi yang akan berlaku. Yang kedua ialah tentang sasaran utama pasaran juga hendaklah sekarang ini ditumpukan dan dihalakan ke China, Jepun dan Asia Tenggara serta negara-negara NAM yang berkeupayaan. Ini saya rasa bahawa peranan dan tanggungjawab yang harus akan dimainkan oleh pihak kerajaan dan juga swasta. Jadi Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali bahawa saya harap supaya kerajaan akan memikir dan mencari langkah-langkah pre-emptive bagaimana jikalau kita menghadapi peperangan dan ketidakstabilan politik ini dalam jangka panjang yang ke hadapan ini, supaya langkah-langkah untuk menentukan kesejahteraan rakyat itu dapat dipertahankan dan diperkukuhkan. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari. Mesyuarat disambung semula pada jam 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua: Mesyuarat disambung semula. Ya, Kota Melaka. 2.31 ptg. Tuan Kerk Kim Hock: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin meminta Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat supaya memanggil satu mesyuarat dengan segera untuk meminda provisi yang nampaknya tidak praktikal lagi yang wujud dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat seperti peraturan 65(7). Di mana telah dihadkan bahawa perbahasan dasar perbekalan tambahan diberikan sebanyak satu hari maksimum sahaja. Saya rasa kita harus …. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sebagai ahli, sila, sila bentangkan surat ya! Tuan Kerk Kim Hock: Saya ahli tetapi saya tidak cukup kuat seperti Tuan Yang di-Pertua, tapi saya harap Tuan Yang di-Pertua ambil inisiatif untuk mengambil satu mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, peperangan telah bermula di Iraq dan tidak ada sesiapa tahu bila tamatnya dan akan tamatnya perang ini dan saya merujuk kepada tajuk berita di beberapa akhbar tempatan yang mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan pakej komprehensif rangsang ekonomi hadapi perang Iraq akan dibuat pada bulan Mac, tetapi sehingga sekarang kita belum tahu apakah spesific action yang akan diambil oleh kerajaan tetapi saya ingin ambil kesempatan ini untuk meminta satu penjelasan daripada kerajaan iaitu saya merujuk kepada laporan akhbar Nanyang Siang Pau hari ini di mana ada laporan telah mengatakan kerajaan telah membatalkan letter of intend beberapa projek yang berjumlah berpuluhan billion dan projek- projek yang di mana letter of intend itu telah ditarik balik atau dibatalkan termasuk circular jalan-jalan dan juga hospital dan mengikut sumber yang realible, yang boleh dipercayai
tentang peranan dan tanggungjawab pihak-pihak swasta terutamanya syarikat-syarikat gergasi yang kerajaan mempunyai direct investment ini supaya, kalau perbelanjaan yang dikeluarkan terutama tentang kontrak yang hendak dikeluarkan, local content ini mesti dipertekankan. Jadi, kalau local content ini dipertekankan, maknanya duit itu boleh kita pusingkan dalam kita punya pelaburan. Begitu juga dalam melihat pasaran. Kita harus melihat pasaran. Selain kita menilai balik pasaran yang tradisional, saya rasa bahawa kerajaan dan juga pihak swasta harus melihat alternatif umpamanya dengan Kesatuan Eropah. Saya dimaklumkan bahawa Pesuruhanjaya Perdagangan EU, akan melawat Malaysia bulan ini untuk berbincang dengan menteri dan juga pihak swasta dan supaya kita ada satu pengkhususan supaya EU ini akan menjadi satu market yang akan mengimbangkan dengan tekanan ekonomi yang akan berlaku. Yang kedua ialah tentang sasaran utama pasaran juga hendaklah sekarang ini ditumpukan dan dihalakan ke China, Jepun dan Asia Tenggara serta negara-negara NAM yang berkeupayaan. Ini saya rasa bahawa peranan dan tanggungjawab yang harus akan dimainkan oleh pihak kerajaan dan juga swasta. Jadi Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali bahawa saya harap supaya kerajaan akan memikir dan mencari langkah-langkah pre-emptive bagaimana jikalau kita menghadapi peperangan dan ketidakstabilan politik ini dalam jangka panjang yang ke hadapan ini, supaya langkah-langkah untuk menentukan kesejahteraan rakyat itu dapat dipertahankan dan diperkukuhkan. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari. Mesyuarat disambung semula pada jam 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua: Mesyuarat disambung semula. Ya, Kota Melaka. 2.31 ptg. Tuan Kerk Kim Hock: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin meminta Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat supaya memanggil satu mesyuarat dengan segera untuk meminda provisi yang nampaknya tidak praktikal lagi yang wujud dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat seperti peraturan 65(7). Di mana telah dihadkan bahawa perbahasan dasar perbekalan tambahan diberikan sebanyak satu hari maksimum sahaja. Saya rasa kita harus .... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sebagai ahli, sila, sila bentangkan surat ya! Tuan Kerk Kim Hock: Saya ahli tetapi saya tidak cukup kuat seperti Tuan Yang di-Pertua, tapi saya harap Tuan Yang di-Pertua ambil inisiatif untuk mengambil satu mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, peperangan telah bermula di Iraq dan tidak ada sesiapa tahu bila tamatnya dan akan tamatnya perang ini dan saya merujuk kepada tajuk berita di beberapa akhbar tempatan yang mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan pakej komprehensif rangsang ekonomi hadapi perang Iraq akan dibuat pada bulan Mac, tetapi sehingga sekarang kita belum tahu apakah spesific action yang akan diambil oleh kerajaan tetapi saya ingin ambil kesempatan ini untuk meminta satu penjelasan daripada kerajaan iaitu saya merujuk kepada laporan akhbar Nanyang Siang Pau hari ini di mana ada laporan telah mengatakan kerajaan telah membatalkan letter of intend beberapa projek yang berjumlah berpuluhan billion dan projek- projek yang di mana letter of intend itu telah ditarik balik atau dibatalkan termasuk circular jalan-jalan dan juga hospital dan mengikut sumber yang realible, yang boleh dipercayai.
41
53
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
42 DR.1.4.2003 projek-projek termasuk juga smart school. Jadi apakah maksud ini, adakah sebahagian daripada penyusunan semula ekonomi negara atau ini seperti diramalkan di sini kemungkinan kerajaan menghadapi sesuatu masalah? Jadi adakah ini betul atau tidak, saya percaya ini adalah betul oleh kerana ini nampaknya adalah daripada sumber yang boleh dipercayai. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga membawa beberapa perkara dan sebenarnya saya pun pernah bawa tetapi tidak ada jawapan iaitu saya minta supaya Jabatan Audit Negara boleh memandang serius tiga perkara dan melakukan penyiasatan yang menyeluruh supaya boleh mendapat tahu perkara yang sebenarnya dan membuat satu laporan khas kepada Parlimen itu. Iaitu yang pertama berkenaan dengan isu peruntukan bagi projek-projek kecil di sesuatu kawasan pilihan raya. Saya pernah dapat aduan yang mana saya pernah timbulkan dalam Dewan ini iaitu daripada Johor di mana ada orang mengadu ada pemimpin Barisan Nasional yang berjanji akan memberikan satu set televisyen tapi syaratnya mesti mengambil televisyen itu dari satu kedai sahaja, spesifik kedai. Dan apabila mereka pergi ambil televisyen itu kos televisyen itu sebenarnya telah dinaikkan dan lebih tinggi daripada nilai pasaran, itu yang pertama. Yang kedua saya mendapat aduan daripada seseorang di Negeri Sembilan di mana satu persatuan telah dapat peruntukan sebanyak RM1000 untuk stationary dan juga syarat ialah pergi ambil daripada satu kedai stationary yang spesifik tetapi nilai yang cuma boleh dapatkan ialah RM900. Yang RM100 itu merupakan satu kickback dan saya tahu satu kes di Melaka di mana walaupun peruntukan telah dibahagikan kepada satu tokong untuk membeli kerusi tetapi satu kerusi pun tidak ada Tuan Yang di-Pertua. Apabila siasatan dilakukan nampaknya wang telah digunakan untuk beberapa orang untuk pergi melancong. Akhirnya kerusi barulah dibeli apabila siasatan dilakukan, jadi masalah saya Tuan Yang di-Pertua, orang-orang ini dia tidak berani tampil ke hadapan. Jadi saya mintalah Jabatan Audit Negara saya pernah minta masuk dan siasat dengan baik-baik dan buat satu laporan khas kepada Parlimen. Terutama sekali dalam bulan September tahun lalu kerajaan telah meluluskan satu peruntukan yang khas di mana kawasan pilihan raya urban atau bandar diberikan RM3 juta dan semi urban RM5 juta dan di Sarawak dapat RM7 juta. Ini adalah angka yang besar sekali dan saya harap ada transparency. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, ada satu laporan akhbar di sini di mana akhbar yang bertarikh, Berita Harian yang bertarikh 14 Mei tahun 2002, saya baca di sini “Pada majlis yang sama Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka menerima sumbangan derma tabung Barisan Nasional sebanyak RM463,000 daripada exco ADUN dan pihak berkuasa tempatan.” Saya telah buat beberapa kenyataan yang boleh difahami dan dibaca oleh semua anggota exco negeri Melaka tidak ada orang hendak jawab. Saya bawa soalan ini di Parlimen dan ditolak oleh kerana ini adalah di luar bidang kuasa negeri. Saya minta Jabatan Audit Negara masuk siasat. Saya mengakui saya tidak dapat memberikan maklumat oleh kerana tidak ada orang akan beritahu kepada saya tetapi bila saya lawat pihak berkuasa tempatan di Melaka ada orang kata dengan saya kita khuatir satu hari tidak dapat gaji pun sebab ada sumbangan yang telah dibuat. Jadi I speak the truth, you find the proof for me please, oleh kerana saya memang tidak ada cara untuk mendapatkan buktinya tetapi sampai hari ini berapa kali saya timbulkan tidak ada orang berani menafikan. Ini sangat serius, wang kerajaan dan wang rakyat didermakan kepada tabung Barisan Nasional inilah apa yang berlaku di Melaka. Satu kes lagi yang saya minta supaya Jabatan Audit Negara membuat satu siasatan sebenarnya Adun-adun DAP dari Melaka pernah membuat permintaan tetapi nampaknya tidak ada kes, saya timbulkan tempoh hari di hadapan Menteri Jelebu saya rasa, dan dia kata kemungkinan itu berlaku, saya kata itu bukan. Ini jawapan-jawapan lisan bagi Persidangan Yang Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kesepuluh. Di mana ini ia lain daripada Dewan Rakyat, dia bagi semua butir-butir yang kita tanya, apakah tuntutan yang telah dibuat semua ADUN di negeri Melaka dan sini saya pernah kata bahawa jelasnya ada penyelewengan dan saya minta supaya siasat macam Ketua Menteri Melaka pada 29 Januari 2001 menghadiri Mesyuarat Tertinggi 4B di Ipoh, Perak, minta wang daripada kerajaan sudah lulus dapat. Pada 22 Februari 2001
projek-projek termasuk juga smart school. Jadi apakah maksud ini, adakah sebahagian daripada penyusunan semula ekonomi negara atau ini seperti diramalkan di sini kemungkinan kerajaan menghadapi sesuatu masalah? Jadi adakah ini betul atau tidak, saya percaya ini adalah betul oleh kerana ini nampaknya adalah daripada sumber yang boleh dipercayai. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga membawa beberapa perkara dan sebenarnya saya pun pernah bawa tetapi tidak ada jawapan iaitu saya minta supaya Jabatan Audit Negara boleh memandang serius tiga perkara dan melakukan penyiasatan yang menyeluruh supaya boleh mendapat tahu perkara yang sebenarnya dan membuat satu laporan khas kepada Parlimen itu. Iaitu yang pertama berkenaan dengan isu peruntukan bagi projek-projek kecil di sesuatu kawasan pilihan raya. Saya pernah dapat aduan yang mana saya pernah timbulkan dalam Dewan ini iaitu daripada Johor di mana ada orang mengadu ada pemimpin Barisan Nasional yang berjanji akan memberikan satu set televisyen tapi syaratnya mesti mengambil televisyen itu dari satu kedai sahaja, spesifik kedai. Dan apabila mereka pergi ambil televisyen itu kos televisyen itu sebenarnya telah dinaikkan dan lebih tinggi daripada nilai pasaran, itu yang pertama. Yang kedua saya mendapat aduan daripada seseorang di Negeri Sembilan di mana satu persatuan telah dapat peruntukan sebanyak RM1000 untuk stationary dan juga syarat ialah pergi ambil daripada satu kedai stationary yang spesifik tetapi nilai yang cuma boleh dapatkan ialah RM900. Yang RM100 itu merupakan satu kickback dan saya tahu satu kes di Melaka di mana walaupun peruntukan telah dibahagikan kepada satu tokong untuk membeli kerusi tetapi satu kerusi pun tidak ada Tuan Yang di-Pertua. Apabila siasatan dilakukan nampaknya wang telah digunakan untuk beberapa orang untuk pergi melancong. Akhirnya kerusi barulah dibeli apabila siasatan dilakukan, jadi masalah saya Tuan Yang di-Pertua, orang-orang ini dia tidak berani tampil ke hadapan. Jadi saya mintalah Jabatan Audit Negara saya pernah minta masuk dan siasat dengan baik-baik dan buat satu laporan khas kepada Parlimen. Terutama sekali dalam bulan September tahun lalu kerajaan telah meluluskan satu peruntukan yang khas di mana kawasan pilihan raya urban atau bandar diberikan RM3 juta dan semi urban RM5 juta dan di Sarawak dapat RM7 juta. Ini adalah angka yang besar sekali dan saya harap ada transparency. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, ada satu laporan akhbar di sini di mana akhbar yang bertarikh, Berita Harian yang bertarikh 14 Mei tahun 2002, saya baca di sini "Pada majlis yang sama Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka menerima sumbangan derma tabung Barisan Nasional sebanyak RM463,000 daripada exco ADUN dan pihak berkuasa tempatan." Saya telah buat beberapa kenyataan yang boleh difahami dan dibaca oleh semua anggota exco negeri Melaka tidak ada orang hendak jawab. Saya bawa soalan ini di Parlimen dan ditolak oleh kerana ini adalah di luar bidang kuasa negeri. Saya minta Jabatan Audit Negara masuk siasat. Saya mengakui saya tidak dapat memberikan maklumat oleh kerana tidak ada orang akan beritahu kepada saya tetapi bila saya lawat pihak berkuasa tempatan di Melaka ada orang kata dengan saya kita khuatir satu hari tidak dapat gaji pun sebab ada sumbangan yang telah dibuat. Jadi I speak the truth, you find the proof for me please, oleh kerana saya memang tidak ada cara untuk mendapatkan buktinya tetapi sampai hari ini berapa kali saya timbulkan tidak ada orang berani menafikan. Ini sangat serius, wang kerajaan dan wang rakyat didermakan kepada tabung Barisan Nasional inilah apa yang berlaku di Melaka. Satu kes lagi yang saya minta supaya Jabatan Audit Negara membuat satu siasatan sebenarnya Adun-adun DAP dari Melaka pernah membuat permintaan tetapi nampaknya tidak ada kes, saya timbulkan tempoh hari di hadapan Menteri Jelebu saya rasa, dan dia kata kemungkinan itu berlaku, saya kata itu bukan. Ini jawapan-jawapan lisan bagi Persidangan Yang Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kesepuluh. Di mana ini ia lain daripada Dewan Rakyat, dia bagi semua butir-butir yang kita tanya, apakah tuntutan yang telah dibuat semua ADUN di negeri Melaka dan sini saya pernah kata bahawa jelasnya ada penyelewengan dan saya minta supaya siasat macam Ketua Menteri Melaka pada 29 Januari 2001 menghadiri Mesyuarat Tertinggi 4B di Ipoh, Perak, minta wang daripada kerajaan sudah lulus dapat. Pada 22 Februari 2001.
42
54
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 43 menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di tingkat 38, PWTC. Ini mesyuarat UMNO pun boleh buat tip, claim RM300 elaun hidup harian. Bila berjumpa Perdana Menteri ada saya tidak pertikai. Seorang Ahli: [Menyampuk] Tuan Kerk Kim Hock: 28 Februari dari rumah ke Sri Perdana, Putrajaya mesyuarat bersama Perdana Menteri itu tidak ada masalah. Tapi ada banyak masalah, macam Yang Berhormat Dato’ Hamid bin Nordin, ini Speaker Tuan Yang di-Pertua, 17 November 2000 ke Perhimpunan Agung UMNO khas di pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur dan bermalam pun buat claim, ini semua tengok kebas wang rakyat. 18 November 2000 ke perhimpunan agung juga UMNO khas di pusat perdagangan, PWTC banyak Tuan Yang di-Pertua, semua ini siapa Datuk Poh Ah Tian exco negeri Melaka dari 25 November 2000 dari pejabat bertolak ke Lunas, Kedah untuk menghadiri perjumpaan dan perbincangan dengan masyarakat Tionghua, ini berkempen semua orang tahu, tapi dapat tuntutan perjalanan. 27 Disember 2000 dari rumah bertolak ke Tebung untuk menghadiri rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil fitri pergi dan balik, saya melawat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semua sendiri saya bayar, tanggungan saya. Ini boleh claim, kalau saya claim dengan Parlimen saya rasa semua orang ketawa, tapi banyak lagi Tuan Yang di-Pertua, ini semua berlaku di Melaka jadi saya minta supaya Jabatan Audit Negara buatlah sesuatu. Lagi satu Tuan Yang di-Pertua, Exco UMNO Datuk Haji Ibrahim bin Durun, 7 Januari 2001 ke Kuala Lumpur menghadiri mesyuarat ke FAM, di Wisma FAM. Ini pun boleh claim, banyak lagi FAM, ini semua saya kata ini memang menipu wang rakyat, siapa lagi, Datuk Haji Mukmin Exco lagi, 5 Februari 2001 dari pejabat bertolak ke aras tujuh UMNO bahagian Batu Berendam untuk pertemuan dengan pentadbir UMNO cawangan Paya Rumput dan UMNO cawangan Paya Besar, ini pun claim daripada kerajaan. Ada orang DAP sudah buat laporan BPR tetapi semua tidak ada jawapan. Banyak lagi dia pergi ke mesyuarat UMNO. MIC pun banyak Tuan Yang di-Pertua, ini tidak tahu macam mana ini boleh berlaku tapi kita sudah buat laporan tidak ada apa-apa jawapan MIC Datuk Ragavan pun, di sini Tuan Yang di-Pertua, saya petik sahaja 17 Januari 2001 dari rumah ke Melaka Seri Negeri ke pejabat MIC. Semua samalah Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Gam Bung Liong Tuan Yang di-Pertua, Mesyuarat Jawatankuasa ‘Jongker Walk’ di bilik persatuan bina badan Melaka, di mana tempat ini? Di rumah dia sendiri Tuan Yang di-Pertua. [Dewan menjadi riuh dengan sorakan dari pembangkang] Macam mana saya pun tidak tahu ini boleh berlaku. Ini lagi satu 4 Oktober 2000 hadiri majlis hari ulangtahun kali 70, Encik Lu Kim Ming, orang harijadi, dia pergi dia pun claim. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, kalau ada harijadi sila panggil sayalah, bolehlah ya! Tapi saya tidak ada claim ya! Ini semua mesyuarat macam-macam yang berlaku seperti perjumpaan dengan Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Lim Liong Sik, tidak tahu bentuk apa pun ada claim. Ada yang sangat ketara Tuan Yang di-Pertua seperti menghadiri majlis Deepavali di rumah Dato’ R. Ragavan, boleh tidak saya claim sebagai MP kalau saya melawat kawan-kawan? Tidak pernah kita buat Tuan Yang di-Pertua. Tapi ini semua berlaku dan ini ada satu lagi Tuan Yang di-Pertua, 29 Oktober 2000 hantar Dato’ Wira Gam Bung Liong ini mungkin driver dia tulislah. Menghadiri Jawatankuasa Pusat MCA di Pulau Pinang. Puan Chong Eng: Hah! Ini pun boleh. Tuan Kerk Kim Hock: Ini pun boleh, tengok ini semua very blatant obvious, ini semua penipu wang rakyat. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat cukuplah, cukuplah. Tuan Kerk Kim Hock: Okeylah! Saya tidak gunakan perkataan ini. Tuan Yang di-Pertua: Masa sudah cukup Yang Berhormat.
menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di tingkat 38, PWTC. Ini mesyuarat UMNO pun boleh buat tip, claim RM300 elaun hidup harian. Bila berjumpa Perdana Menteri ada saya tidak pertikai. Seorang Ahli: [Menyampuk]. Tuan Kerk Kim Hock: 28 Februari dari rumah ke Sri Perdana, Putrajaya mesyuarat bersama Perdana Menteri itu tidak ada masalah. Tapi ada banyak masalah, macam Yang Berhormat Dato' Hamid bin Nordin, ini Speaker Tuan Yang di-Pertua, 17 November 2000 ke Perhimpunan Agung UMNO khas di pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur dan bermalam pun buat claim, ini semua tengok kebas wang rakyat. 18 November 2000 ke perhimpunan agung juga UMNO khas di pusat perdagangan, PWTC banyak Tuan Yang di-Pertua, semua ini siapa Datuk Poh Ah Tian exco negeri Melaka dari 25 November 2000 dari pejabat bertolak ke Lunas, Kedah untuk menghadiri perjumpaan dan perbincangan dengan masyarakat Tionghua, ini berkempen semua orang tahu, tapi dapat tuntutan perjalanan. 27 Disember 2000 dari rumah bertolak ke Tebung untuk menghadiri rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil fitri pergi dan balik, saya melawat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semua sendiri saya bayar, tanggungan saya. Ini boleh claim, kalau saya claim dengan Parlimen saya rasa semua orang ketawa, tapi banyak lagi Tuan Yang di-Pertua, ini semua berlaku di Melaka jadi saya minta supaya Jabatan Audit Negara buatlah sesuatu. Lagi satu Tuan Yang di-Pertua, Exco UMNO Datuk Haji Ibrahim bin Durun, 7 Januari 2001 ke Kuala Lumpur menghadiri mesyuarat ke FAM, di Wisma FAM. Ini pun boleh claim, banyak lagi FAM, ini semua saya kata ini memang menipu wang rakyat, siapa lagi, Datuk Haji Mukmin Exco lagi, 5 Februari 2001 dari pejabat bertolak ke aras tujuh UMNO bahagian Batu Berendam untuk pertemuan dengan pentadbir UMNO cawangan Paya Rumput dan UMNO cawangan Paya Besar, ini pun claim daripada kerajaan. Ada orang DAP sudah buat laporan BPR tetapi semua tidak ada jawapan. Banyak lagi dia pergi ke mesyuarat UMNO. MIC pun banyak Tuan Yang di-Pertua, ini tidak tahu macam mana ini boleh berlaku tapi kita sudah buat laporan tidak ada apa-apa jawapan MIC Datuk Ragavan pun, di sini Tuan Yang di-Pertua, saya petik sahaja 17 Januari 2001 dari rumah ke Melaka Seri Negeri ke pejabat MIC. Semua samalah Tuan Yang di-Pertua, Dato' Gam Bung Liong Tuan Yang di-Pertua, Mesyuarat Jawatankuasa 'Jongker Walk' di bilik persatuan bina badan Melaka, di mana tempat ini? Di rumah dia sendiri Tuan Yang di-Pertua. [Dewan menjadi riuh dengan sorakan dari pembangkang] Macam mana saya pun tidak tahu ini boleh berlaku. Ini lagi satu 4 Oktober 2000 hadiri majlis hari ulangtahun kali 70, Encik Lu Kim Ming, orang harijadi, dia pergi dia pun claim. [Ketawa]. Tuan Yang di-Pertua, kalau ada harijadi sila panggil sayalah, bolehlah ya! Tapi saya tidak ada claim ya! Ini semua mesyuarat macam-macam yang berlaku seperti perjumpaan dengan Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Lim Liong Sik, tidak tahu bentuk apa pun ada claim. Ada yang sangat ketara Tuan Yang di-Pertua seperti menghadiri majlis Deepavali di rumah Dato' R. Ragavan, boleh tidak saya claim sebagai MP kalau saya melawat kawan-kawan? Tidak pernah kita buat Tuan Yang di-Pertua. Tapi ini semua berlaku dan ini ada satu lagi Tuan Yang di-Pertua, 29 Oktober 2000 hantar Dato' Wira Gam Bung Liong ini mungkin driver dia tulislah. Menghadiri Jawatankuasa Pusat MCA di Pulau Pinang. Puan Chong Eng: Hah! Ini pun boleh. Tuan Kerk Kim Hock: Ini pun boleh, tengok ini semua very blatant obvious, ini semua penipu wang rakyat. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat cukuplah, cukuplah. Tuan Kerk Kim Hock: Okeylah! Saya tidak gunakan perkataan ini. Tuan Yang di-Pertua: Masa sudah cukup Yang Berhormat.
43
55
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
44 DR.1.4.2003 Tuan Kerk Kim Hock: Tuan Yang di-Pertua, saya habiskan, jadi Tuan Yang di- Pertua ini adalah semua perkara yang serius dan ada juga yang saya pernah sebut di mana beliau pun pernah buat tuntutan apabila melawat seorang pemimpin MCA bernama Wong Su Tang di hospital di Melaka juga. Tuan Yang di-Pertua, saya pun tidak tahu hendak buat apa apabila kerajaan tidak mahu ambil serius, saya tidak mahu lagi menaruh harapan kepada BPR dalam kes ini saya minta supaya Jabatan Audit Negara memandang serius ini dan buat satu laporan khas kepada Parlimen, itu sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Bagan Datok. 2.45 ptg. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datok]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara. Pertamanya ialah mengenai ke arah mewujudkan kumpulan bertaraf global. Saya ingin menyokong saranan Yang Amat Berhormat Pemangku Perdana Menteri yang telah melontarkan pandangannya pada 3 November tahun lalu bahawa belia perlu mempunyai tiga kemahiran atau tiga bidang keterampilan iaitu dalam bidang perniagaan, dalam bidang teknikal dan dalam bidang kepimpinan. Kita mahu melihat program yang lebih jelas mengenai perkara ini kerana belia- belia yang terdiri daripada mereka yang berumur 18 hingga 40 tahun sebenarnya mewakili kira-kira 70% daripada seluruh rakyat Malaysia. Mereka sebenarnya adalah pemimpin di kawasan masing-masing, mereka adalah pengundi dan mereka adalah merupakan sumber tenaga manusia yang sangat diperlukan oleh negara bagi memacu negara ke arah kegemilangan. Saya ingin mencadangkan, yang pertama, satu daripada cara memajukan belia ialah dengan menggalakkan mereka untuk berpersatuan. Kini hampir 5 juta daripada 10 juta golongan belia yang berumur daripada 15 hingga 40 tahun masih tidak menganggotai mana-mana pertubuhan belia. Kempen hendaklah diadakan secara besar-besaran bagi menggerakkan agar kumpulan ini menyertai persatuan-persatuan belia dan satu peruntukan mesti dikeluarkan bagi menguruskan agar keterlibatan mereka dalam persatuan-persatuan belia ini dapat dipertingkatkan. Kerana dalam kajian rambang yang dilakukan oleh beberapa pihak terutamanya NGO mendapati bahawa sebahagian besar mereka yang tidak menganggotai pertubuhan belia ini banyak menghabiskan masa di dalam aktiviti yang tidak memberikan faedah secara langsung kepada diri mereka ataupun komuniti yang belia-belia wakili. Yang kedua, satu peruntukan bagi membantu aktiviti-aktiviti persatuan belia hendaklah dikaji dari segi keberkesanannya. Saya harap pihak kementerian bukan sekadar mengkaji tetapi untuk meneliti, memantau secara terperinci kerana banyak kelab belia yang masih lesu lagi dan kelesuan ini menyebabkan pertubuhan-pertubuhan belia tidak dianggap relevan oleh kumpulan belia sendiri. Oleh yang demikian, para belia harus dilatih dan pihak-pihak persatuan belia harus diberikan peruntukan agar aktiviti belia tidak dilaksanakan oleh jabatan atau pihak kerajaan sahaja tetapi dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan belia ini. Yang ketiga, keberkesanan latihan bagi mewujudkan 200,000 pemimpin belia melalui peruntukan yang telah disebutkan sebanyak RM14.3 juta adalah satu peruntukan yang dianggap besar tetapi saya fikir keberkesanan daripada pelaksanaannya harus dibuat dengan lebih teliti dan modul latihan dan kumpulan mana yang harus diberikan latihan perlu diteliti. Banyak pihak yang mendakwa sebagai konsultan atau syarikat yang menawarkan latihan kepimpinan, latihan teknikal dan latihan keterampilan yang lain kepada pertubuhan- pertubuhan belia ataupun kepada individu belia. Tetapi masih banyak lagi pertubuhan- pertubuhan belia dan kumpulan belia ini yang layu, yang tidak bermaya dan saya fikir tiba
Tuan Kerk Kim Hock: Tuan Yang di-Pertua, saya habiskan, jadi Tuan Yang di- Pertua ini adalah semua perkara yang serius dan ada juga yang saya pernah sebut di mana beliau pun pernah buat tuntutan apabila melawat seorang pemimpin MCA bernama Wong Su Tang di hospital di Melaka juga. Tuan Yang di-Pertua, saya pun tidak tahu hendak buat apa apabila kerajaan tidak mahu ambil serius, saya tidak mahu lagi menaruh harapan kepada BPR dalam kes ini saya minta supaya Jabatan Audit Negara memandang serius ini dan buat satu laporan khas kepada Parlimen, itu sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Bagan Datok. 2.45 ptg. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datok]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara. Pertamanya ialah mengenai ke arah mewujudkan kumpulan bertaraf global. Saya ingin menyokong saranan Yang Amat Berhormat Pemangku Perdana Menteri yang telah melontarkan pandangannya pada 3 November tahun lalu bahawa belia perlu mempunyai tiga kemahiran atau tiga bidang keterampilan iaitu dalam bidang perniagaan, dalam bidang teknikal dan dalam bidang kepimpinan. Kita mahu melihat program yang lebih jelas mengenai perkara ini kerana belia- belia yang terdiri daripada mereka yang berumur 18 hingga 40 tahun sebenarnya mewakili kira-kira 70% daripada seluruh rakyat Malaysia. Mereka sebenarnya adalah pemimpin di kawasan masing-masing, mereka adalah pengundi dan mereka adalah merupakan sumber tenaga manusia yang sangat diperlukan oleh negara bagi memacu negara ke arah kegemilangan. Saya ingin mencadangkan, yang pertama, satu daripada cara memajukan belia ialah dengan menggalakkan mereka untuk berpersatuan. Kini hampir 5 juta daripada 10 juta golongan belia yang berumur daripada 15 hingga 40 tahun masih tidak menganggotai mana-mana pertubuhan belia. Kempen hendaklah diadakan secara besar-besaran bagi menggerakkan agar kumpulan ini menyertai persatuan-persatuan belia dan satu peruntukan mesti dikeluarkan bagi menguruskan agar keterlibatan mereka dalam persatuan-persatuan belia ini dapat dipertingkatkan. Kerana dalam kajian rambang yang dilakukan oleh beberapa pihak terutamanya NGO mendapati bahawa sebahagian besar mereka yang tidak menganggotai pertubuhan belia ini banyak menghabiskan masa di dalam aktiviti yang tidak memberikan faedah secara langsung kepada diri mereka ataupun komuniti yang belia-belia wakili. Yang kedua, satu peruntukan bagi membantu aktiviti-aktiviti persatuan belia hendaklah dikaji dari segi keberkesanannya. Saya harap pihak kementerian bukan sekadar mengkaji tetapi untuk meneliti, memantau secara terperinci kerana banyak kelab belia yang masih lesu lagi dan kelesuan ini menyebabkan pertubuhan-pertubuhan belia tidak dianggap relevan oleh kumpulan belia sendiri. Oleh yang demikian, para belia harus dilatih dan pihak-pihak persatuan belia harus diberikan peruntukan agar aktiviti belia tidak dilaksanakan oleh jabatan atau pihak kerajaan sahaja tetapi dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan belia ini. Yang ketiga, keberkesanan latihan bagi mewujudkan 200,000 pemimpin belia melalui peruntukan yang telah disebutkan sebanyak RM14.3 juta adalah satu peruntukan yang dianggap besar tetapi saya fikir keberkesanan daripada pelaksanaannya harus dibuat dengan lebih teliti dan modul latihan dan kumpulan mana yang harus diberikan latihan perlu diteliti. Banyak pihak yang mendakwa sebagai konsultan atau syarikat yang menawarkan latihan kepimpinan, latihan teknikal dan latihan keterampilan yang lain kepada pertubuhan- pertubuhan belia ataupun kepada individu belia. Tetapi masih banyak lagi pertubuhan- pertubuhan belia dan kumpulan belia ini yang layu, yang tidak bermaya dan saya fikir tiba.
44
56
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 45 masanya pihak kementerian yang dipimpin oleh sahabat saya yang cukup proaktif, yang cukup agresif di dalam melatih belia ini untuk berada di garisan hadapan bagi membawa generasi belia ini ke hadapan bagi menentukan mereka dijadikan sebagai kumpulan utama untuk menuju ke arah kecemerlangan. Cadangan yang keempat, Tuan Yang di-Pertua, saya menghargai peruntukan sebanyak RM126 juta pada tahun ini – peruntukan tambahannya. Dan, saya harap peruntukan yang besar ini harus memberikan tumpuan ataupun fokus kepada sebarang latihan melalui IKBN di mana saya berpendapat bahawa usaha untuk mewujudkan kumpulan belia yang profesional, yang bertaraf global harus dilakukan dengan cukup teliti. Saya harap peristiwa berlaku kebakaran di IKBN di Dusun Tua harus dielakkan. Saya harap kumpulan belia ini harus menghargai usaha kerajaan. Kerajaan telah memberikan pendidikan percuma, memberikan wang elaun tetapi mereka bakar, marah. Jadi, pembentukan sahsiah ini, keperibadian ini harus dilakukan oleh pihak pegawai- pegawai Kementerian Belia dan Sukan dan saya harap ia bukan hasutan pembangkang yang menyebabkan belia-belia berkenaan merusuh ataupun membakar kawasan-kawasan berkenaan. Dan, mungkin juga secara relatifnya, saya merasakan bahawa saya selalu dekat dengan pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan, saya rasa mereka harus dibela. Sebab dari segi taraf pengajian, taraf kedudukan mereka, umpamanya pegawai-pegawai belia di peringkat daerah, hendak duduk dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah tetapi taraf mereka cuma taraf pegawai separa ikhtisas, jadi bagaimana mereka hendak duduk at par, dengan izin, dengan pegawai-pegawai profesional yang lain. Bagaimana mereka hendak membela persatuan-persatuan belia yang kebanyakan keahliannya berkelulusan lebih daripada itu, yang berijazah, yang golongan profesional. Jadi mereka rasa rendah diri. Ataupun ada pegawai-pegawai yang berijazah tetapi tidak ada jawatan yang berkenaan, jadi mereka terpaksa berada dalam kedudukan yang lama. Jadi, siapalah yang hendak bersemangat kalau gaji-gaji lama, kedudukan lama, kemudian rasa kecil hati pula dengan kumpulan lain yang diberikan kenaikan pangkat lebih cepat? Saya fikir JPA harus membantu Kementerian Belia dan Sukan, harus membantu Jabatan Belia dan harus juga menaikkan taraf Ketua Pengarah Belia sendiri dari segi kedudukannya. Saya rasa tiba masanya untuk jadi JUSA yang lebih tinggi supaya kementerian itu mempunyai Ketua Pengarah yang lebih credible statusnya, maka lebih bersemangatlah dia bekerja. Saya juga ingin mencadangkan supaya Tabung Ekonomi Belia dihidupkan semula, diaktifkan semula kerana selama ini tabung ini telah banyak membantu belia-belia tetapi apabila tabung ini telah dikurangkan peruntukannya dan mungkin saya dapat tahu dihentikan peruntukannya, saya fikir Yang Berhormat bagi Shah Alam setuju, Yang Berhormat bagi Kluang setuju, Yang Berhormat bagi Serdang setuju dan Yang Berhormat bagi Sri Gading tentu setuju, sebab anak-anaknya kebanyakannya belia supaya Tabung Ekonomi Belia ini diaktifkan semula, peruntukannya diperbanyakkan semula, biarlah sebuah bank perdagangan umpamanya diberikan tasking untuk membantu Kementerian Belia dan Sukan yang mungkin kekurangan pegawai ekonomi untuk melihat viability sesuatu projek yang hendak dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya Program Rakan Muda diaktifkan semula dan saya yakin program yang berhasrat untuk mewujudkan kecerdasan minda, mewujudkan belia yang lebih bermoral, belia yang lebih berdaya tahan dan berketerampilan, yang seharusnya harus relevan dengan dukungan ke arah memajukan Malaysia dari segi aktiviti-aktiviti yang relevan dengan kehendak semasa. Dalam hal ini saya fikir tentu pegawai-pegawai di Kementerian Belia dan Sukan khususnya Menterinya, Timbalan Menterinya, Setiausaha Parlimennya dan pegawai-pegawai kanannya terpanggil untuk mencanaikan saranan yang saya kongsi dengan Yang Berhormat bagi Shah Alam supaya dapat diambil kira. Perkara kedua yang ingin saya lontarkan juga di sini ialah mengenai pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Kita ketahui bahawa Kementerian Sumber Manusia telah meluluskan pembukaan dan
masanya pihak kementerian yang dipimpin oleh sahabat saya yang cukup proaktif, yang cukup agresif di dalam melatih belia ini untuk berada di garisan hadapan bagi membawa generasi belia ini ke hadapan bagi menentukan mereka dijadikan sebagai kumpulan utama untuk menuju ke arah kecemerlangan. Cadangan yang keempat, Tuan Yang di-Pertua, saya menghargai peruntukan sebanyak RM126 juta pada tahun ini- peruntukan tambahannya. Dan, saya harap peruntukan yang besar ini harus memberikan tumpuan ataupun fokus kepada sebarang latihan melalui IKBN di mana saya berpendapat bahawa usaha untuk mewujudkan kumpulan belia yang profesional, yang bertaraf global harus dilakukan dengan cukup teliti. Saya harap peristiwa berlaku kebakaran di IKBN di Dusun Tua harus dielakkan. Saya harap kumpulan belia ini harus menghargai usaha kerajaan. Kerajaan telah memberikan pendidikan percuma, memberikan wang elaun tetapi mereka bakar, marah. Jadi, pembentukan sahsiah ini, keperibadian ini harus dilakukan oleh pihak pegawai- pegawai Kementerian Belia dan Sukan dan saya harap ia bukan hasutan pembangkang yang menyebabkan belia-belia berkenaan merusuh ataupun membakar kawasan-kawasan berkenaan. Dan, mungkin juga secara relatifnya, saya merasakan bahawa saya selalu dekat dengan pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan, saya rasa mereka harus dibela. Sebab dari segi taraf pengajian, taraf kedudukan mereka, umpamanya pegawai-pegawai belia di peringkat daerah, hendak duduk dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah tetapi taraf mereka cuma taraf pegawai separa ikhtisas, jadi bagaimana mereka hendak duduk at par, dengan izin, dengan pegawai-pegawai profesional yang lain. Bagaimana mereka hendak membela persatuan-persatuan belia yang kebanyakan keahliannya berkelulusan lebih daripada itu, yang berijazah, yang golongan profesional. Jadi mereka rasa rendah diri. Ataupun ada pegawai-pegawai yang berijazah tetapi tidak ada jawatan yang berkenaan, jadi mereka terpaksa berada dalam kedudukan yang lama. Jadi, siapalah yang hendak bersemangat kalau gaji-gaji lama, kedudukan lama, kemudian rasa kecil hati pula dengan kumpulan lain yang diberikan kenaikan pangkat lebih cepat? Saya fikir JPA harus membantu Kementerian Belia dan Sukan, harus membantu Jabatan Belia dan harus juga menaikkan taraf Ketua Pengarah Belia sendiri dari segi kedudukannya. Saya rasa tiba masanya untuk jadi JUSA yang lebih tinggi supaya kementerian itu mempunyai Ketua Pengarah yang lebih credible statusnya, maka lebih bersemangatlah dia bekerja. Saya juga ingin mencadangkan supaya Tabung Ekonomi Belia dihidupkan semula, diaktifkan semula kerana selama ini tabung ini telah banyak membantu belia-belia tetapi apabila tabung ini telah dikurangkan peruntukannya dan mungkin saya dapat tahu dihentikan peruntukannya, saya fikir Yang Berhormat bagi Shah Alam setuju, Yang Berhormat bagi Kluang setuju, Yang Berhormat bagi Serdang setuju dan Yang Berhormat bagi Sri Gading tentu setuju, sebab anak-anaknya kebanyakannya belia supaya Tabung Ekonomi Belia ini diaktifkan semula, peruntukannya diperbanyakkan semula, biarlah sebuah bank perdagangan umpamanya diberikan tasking untuk membantu Kementerian Belia dan Sukan yang mungkin kekurangan pegawai ekonomi untuk melihat viability sesuatu projek yang hendak dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya Program Rakan Muda diaktifkan semula dan saya yakin program yang berhasrat untuk mewujudkan kecerdasan minda, mewujudkan belia yang lebih bermoral, belia yang lebih berdaya tahan dan berketerampilan, yang seharusnya harus relevan dengan dukungan ke arah memajukan Malaysia dari segi aktiviti-aktiviti yang relevan dengan kehendak semasa. Dalam hal ini saya fikir tentu pegawai-pegawai di Kementerian Belia dan Sukan khususnya Menterinya, Timbalan Menterinya, Setiausaha Parlimennya dan pegawai-pegawai kanannya terpanggil untuk mencanaikan saranan yang saya kongsi dengan Yang Berhormat bagi Shah Alam supaya dapat diambil kira. Perkara kedua yang ingin saya lontarkan juga di sini ialah mengenai pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Kita ketahui bahawa Kementerian Sumber Manusia telah meluluskan pembukaan dan.
45
57
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
46 DR.1.4.2003 operasi sebanyak 1,850 pusat-pusat latihan bertauliah dalam Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan atau dikenali sebagai MLVK. Dan kini sebahagian besarnya terpaksa ditutup ekoran pembekuan tabung ini. Persoalannya, benarkah ada 100,000 pelajar dengan sejumlah 15,000 tenaga pengajar dalam MLVK seluruh negara ini, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Minta Yang Berhormat gulung, Yang Berhormat. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Saya akan gulung ini, Tuan Yang di-Pertua. Yang keduanya, MLVK ini mula beroperasi pada 2 Januari 2001 dan selepas setahun tiba- tiba sahaja diadakan pembekuan terhadap pinjaman ini. Mesti ada sebabnya, saya hendak tahu apa sebabnya. Saya khuatir akan ada penyalahgunaan, saya tidak mahu menuduh tetapi saya harap kementerian boleh menjelaskannya. Yang ketiga, bagaimana begitu mendadak penubuhan kolej ini daripada 500 buah kepada 1,850 buah semuanya. Saya difahamkan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM170 juta setahun dan ada permintaan dinaikkan hingga menjadi RM500 juta setahun. Saya hendak tahu apa rasionalnya? Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya dalam penggulungan ini. Kementerian Sumber Manusia perlu menyiasat, apakah benar dakwaan bahawa ada pihak yang mengaut untung dengan membuat pendaftaran palsu pelajar-pelajar yang dapat peruntukan RM5000 seorang. Bayangkanlah jika ada 100 orang di sebuah kolej yang setengahnya hanya sebuah rumah kedai tetapi dinaikkan taraf sebagai kolej. [Tepukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang] Jadi, saya harap tidak ada yang mengambil untung atas angin. Dan, yang keduanya, kementerian perlu mendakwa mereka yang menipu dan mengambil kesempatan kerana matlamat murni MLVK telah disalahgunakan. [Sorakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang] Saya harap Tuan Yang di-Pertua, ini bukan pandangan pembangkang, saya penyokong kerajaan utama dan saya harap perkara ini diberikan perhatian. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, sebagai penggulungan saya ingin mengalu-alukan tabung RM10 juta kepada rakyat Iraq yang kita bantu dan saya ucapkan syabas kepada Kerajaan Malaysia. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Batu. 2.57 ptg. Tuan Ng Lip Yong [Batu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang untuk membahaskan Supplementary Bill ini. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara saya ingin membangkitkan. Pertamanya berkenaan dengan Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan biasanya tiap-tiap tahun dapat peruntukan yang terbesar dalam Budget kita dan ini adalah satu tujuan yang betul. Kerajaan Barisan Nasional mementingkan pendidikan anak-anak kita. Tetapi dalam peruntukan ini, pada saya biasanya keutamaan diberi kepada pembinaan sekolah baru atau infrastruktur baru. Tetapi penyelenggaraan atau maintenance sekolah yang sedia ada kurang. Saya bagi contoh, macam baru-baru ini kita ada satu rancangan daripada Kementerian Pendidikan untuk mengadakan makmal komputer di semua sekolah. Bila kita bina makmal komputer yang baru, kita perlukan bekalan elektrik tetapi di sekolah-sekolah itu, banyak sekolah termasuk sekolah dalam kawasan saya, bekalan elektrik tidak cukup. [Disampuk] Mereka minta tambah dan kalau kita hendak tambah bekalan elektrik, kita mesti ada substation yang baru dan tidak ada peruntukan untuk kemudahan itu. Saya bangkitkan perkara ini sebab mengkritik kerajaan bukan monopoli pembangkang sahaja, [Sorakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang] kita pun boleh. Itu adalah tugas kita juga, tetapi kita bagi cadangan yang membina. Itu berbeza
operasi sebanyak 1,850 pusat-pusat latihan bertauliah dalam Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan atau dikenali sebagai MLVK. Dan kini sebahagian besarnya terpaksa ditutup ekoran pembekuan tabung ini. Persoalannya, benarkah ada 100,000 pelajar dengan sejumlah 15,000 tenaga pengajar dalam MLVK seluruh negara ini, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Minta Yang Berhormat gulung, Yang Berhormat. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Saya akan gulung ini, Tuan Yang di-Pertua. Yang keduanya, MLVK ini mula beroperasi pada 2 Januari 2001 dan selepas setahun tiba- tiba sahaja diadakan pembekuan terhadap pinjaman ini. Mesti ada sebabnya, saya hendak tahu apa sebabnya. Saya khuatir akan ada penyalahgunaan, saya tidak mahu menuduh tetapi saya harap kementerian boleh menjelaskannya. Yang ketiga, bagaimana begitu mendadak penubuhan kolej ini daripada 500 buah kepada 1,850 buah semuanya. Saya difahamkan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM170 juta setahun dan ada permintaan dinaikkan hingga menjadi RM500 juta setahun. Saya hendak tahu apa rasionalnya? Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya dalam penggulungan ini. Kementerian Sumber Manusia perlu menyiasat, apakah benar dakwaan bahawa ada pihak yang mengaut untung dengan membuat pendaftaran palsu pelajar-pelajar yang dapat peruntukan RM5000 seorang. Bayangkanlah jika ada 100 orang di sebuah kolej yang setengahnya hanya sebuah rumah kedai tetapi dinaikkan taraf sebagai kolej. [Tepukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang] Jadi, saya harap tidak ada yang mengambil untung atas angin. Dan, yang keduanya, kementerian perlu mendakwa mereka yang menipu dan mengambil kesempatan kerana matlamat murni MLVK telah disalahgunakan. [Sorakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang] Saya harap Tuan Yang di-Pertua, ini bukan pandangan pembangkang, saya penyokong kerajaan utama dan saya harap perkara ini diberikan perhatian. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, sebagai penggulungan saya ingin mengalu-alukan tabung RM10 juta kepada rakyat Iraq yang kita bantu dan saya ucapkan syabas kepada Kerajaan Malaysia. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Batu. 2.57 ptg. Tuan Ng Lip Yong [Batu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang untuk membahaskan Supplementary Bill ini. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara saya ingin membangkitkan. Pertamanya berkenaan dengan Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan biasanya tiap-tiap tahun dapat peruntukan yang terbesar dalam Budget kita dan ini adalah satu tujuan yang betul. Kerajaan Barisan Nasional mementingkan pendidikan anak-anak kita. Tetapi dalam peruntukan ini, pada saya biasanya keutamaan diberi kepada pembinaan sekolah baru atau infrastruktur baru. Tetapi penyelenggaraan atau maintenance sekolah yang sedia ada kurang. Saya bagi contoh, macam baru-baru ini kita ada satu rancangan daripada Kementerian Pendidikan untuk mengadakan makmal komputer di semua sekolah. Bila kita bina makmal komputer yang baru, kita perlukan bekalan elektrik tetapi di sekolah-sekolah itu, banyak sekolah termasuk sekolah dalam kawasan saya, bekalan elektrik tidak cukup. [Disampuk] Mereka minta tambah dan kalau kita hendak tambah bekalan elektrik, kita mesti ada substation yang baru dan tidak ada peruntukan untuk kemudahan itu. Saya bangkitkan perkara ini sebab mengkritik kerajaan bukan monopoli pembangkang sahaja, [Sorakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang] kita pun boleh. Itu adalah tugas kita juga, tetapi kita bagi cadangan yang membina. Itu berbeza.
46
58
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 47 dengan cadangan dari pembangkang. Itu adalah salah satu contoh. Saya berharap Kementerian Pendidikan akan ambil perhatian tentang perkara ini. Selain daripada itu, rancangan Kolej Komuniti, saya rasa kita tidak perlu menunggu sehingga kita bina lebih banyak Kolej Komuniti. Kita boleh pakai sekolah-sekolah yang sedia ada. Pada waktu malam kita boleh pakai sekolah-sekolah untuk kolej komuniti. Kalau kita ambil cara ini kita akan menjimatkan banyak perbelanjaan. Perkara yang kedua tentang Kementerian Kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, pandangan saya standard kesihatan negara kita ini sangat memuaskan dari segi perkhidmatan kesihatan yang basic. Kementerian Kesihatan juga tiap-tiap tahun mendapat lebih peruntukan tambahan. Kita membina banyak hospital baru, hospital yang canggih dan pada sayalah, kita tidak boleh melanjutkan keadaan ini. Kita tidak boleh tiap-tiap tahun tambah lagi bajet untuk kesihatan. Ini disebabkan kos rawatan dan kos perubatan naik tiap-tiap tahun. Apa yang kita perlu buat ialah prevention is better than cure, dengan izin. Kita mesti minta rakyat kita jaga kesihatan mereka sendiri. Mereka yang tidak menjaga kesihatan sendiri kalau masih hendak hisap rokok, mendapat lung cancer, itu pada pandangan saya, kita jangan bagi subsidi. [Dewan riuh] Mungkin ini cadangan controversial tetapi pada saya, kita mesti menjaga kesihatan sendiri supaya kerajaan atau rakyat kita tidak dibebankan dengan kos yang tinggi. Perkara ketiga tentang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Tuan Yang di-Pertua, kerja memantau harga barangan nampaknya memuaskan. Tetapi saya minta kementerian juga menjaga caj atau menyiasat caj yang dikenakan oleh syarikat-syarikat profesional seperti peguam, akauntan dan sebagainya sebab biasanya kita tidak tahu berapa dia akan caj. Berapa kita kena bayar bila kita menggunakan perkhidmatan dari akauntan atau peguam dan kalau kita tengok akauntan, satu syarikat yang boleh dikatakan syarikat dormant akauntan biasanya caj RM500, walaupun syarikat itu tidak berfungsi. Bila kita tanya mengapa caj begitu banyak? Dia kata, kita punya association punya kadar. Association sudah menentukan caj ini. Tetapi siapa yang ada di dalam persatuan itu? Semua akauntan sendiri. Ini bermakna dia sendiri yang menentukan satu caj yang kena kepada semua syarikat. Perkara yang terakhir Tuan Yang di-Pertua tentang k-ekonomi kita. Tiap-tiap tahun kita kata, kita hendak ke arah knowledge economy, tetapi untuk kita membuat begitu, kita mesti infrastruktur, e-infrastructure atau electronic infrastructure yang memuaskan. Baru-baru ini, minggu lepas saya pun sudah bangkitkan satu soalan kepada Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia berkenaan dengan Streamix Broadband Service yang dibekalkan oleh Telekom. Tuan Yang di-Pertua, Broadband Service ini telah selama tidak kurang dari satu bulan tidak bagi servis yang broadband, lebih sempit dari narrow band. Kalau kita pakai Broadband Service ini, kita kena tunggu dan tunggu. Pada pandangan saya, kita tidak boleh terima sebab-sebab macam Denior of Service, sebab biasanya kita kira masa Internet. Satu tahun Internet bersamaan tiga atau empat tahun. Ini bermakna kalau satu bulan kita tidak boleh membaiki perkhidmatan ini, ini bermakna tiga atau empat bulan kita tidak ada servis ini. Ini adalah satu contoh baik apa yang telah dibangkitkan oleh Pemangku Perdana Menteri kita, kita ada First World Infrastructure tetapi kita tidak ada First World Management. [Tepuk] [Sorak] Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad: Apa pasal tepuk tangan. Tuan Ng Lip Yong: Terima kasihlah. Tadi saya kata, ini bukan monopoli Pembangkang, kita bangkitkan supaya kita akan membaiki atau menaik taraf perkhidmatan yang diberi oleh syarikat-syarikat kita. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat bagi Parit Buntar.
dengan cadangan dari pembangkang. Itu adalah salah satu contoh. Saya berharap Kementerian Pendidikan akan ambil perhatian tentang perkara ini. Selain daripada itu, rancangan Kolej Komuniti, saya rasa kita tidak perlu menunggu sehingga kita bina lebih banyak Kolej Komuniti. Kita boleh pakai sekolah-sekolah yang sedia ada. Pada waktu malam kita boleh pakai sekolah-sekolah untuk kolej komuniti. Kalau kita ambil cara ini kita akan menjimatkan banyak perbelanjaan. Perkara yang kedua tentang Kementerian Kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, pandangan saya standard kesihatan negara kita ini sangat memuaskan dari segi perkhidmatan kesihatan yang basic. Kementerian Kesihatan juga tiap-tiap tahun mendapat lebih peruntukan tambahan. Kita membina banyak hospital baru, hospital yang canggih dan pada sayalah, kita tidak boleh melanjutkan keadaan ini. Kita tidak boleh tiap-tiap tahun tambah lagi bajet untuk kesihatan. Ini disebabkan kos rawatan dan kos perubatan naik tiap-tiap tahun. Apa yang kita perlu buat ialah prevention is better than cure, dengan izin. Kita mesti minta rakyat kita jaga kesihatan mereka sendiri. Mereka yang tidak menjaga kesihatan sendiri kalau masih hendak hisap rokok, mendapat lung cancer, itu pada pandangan saya, kita jangan bagi subsidi. [Dewan riuh] Mungkin ini cadangan controversial tetapi pada saya, kita mesti menjaga kesihatan sendiri supaya kerajaan atau rakyat kita tidak dibebankan dengan kos yang tinggi. Perkara ketiga tentang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Tuan Yang di-Pertua, kerja memantau harga barangan nampaknya memuaskan. Tetapi saya minta kementerian juga menjaga caj atau menyiasat caj yang dikenakan oleh syarikat-syarikat profesional seperti peguam, akauntan dan sebagainya sebab biasanya kita tidak tahu berapa dia akan caj. Berapa kita kena bayar bila kita menggunakan perkhidmatan dari akauntan atau peguam dan kalau kita tengok akauntan, satu syarikat yang boleh dikatakan syarikat dormant akauntan biasanya caj RM500, walaupun syarikat itu tidak berfungsi. Bila kita tanya mengapa caj begitu banyak? Dia kata, kita punya association punya kadar. Association sudah menentukan caj ini. Tetapi siapa yang ada di dalam persatuan itu? Semua akauntan sendiri. Ini bermakna dia sendiri yang menentukan satu caj yang kena kepada semua syarikat. Perkara yang terakhir Tuan Yang di-Pertua tentang k-ekonomi kita. Tiap-tiap tahun kita kata, kita hendak ke arah knowledge economy, tetapi untuk kita membuat begitu, kita mesti infrastruktur, e-infrastructure atau electronic infrastructure yang memuaskan. Baru-baru ini, minggu lepas saya pun sudah bangkitkan satu soalan kepada Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia berkenaan dengan Streamix Broadband Service yang dibekalkan oleh Telekom. Tuan Yang di-Pertua, Broadband Service ini telah selama tidak kurang dari satu bulan tidak bagi servis yang broadband, lebih sempit dari narrow band. Kalau kita pakai Broadband Service ini, kita kena tunggu dan tunggu. Pada pandangan saya, kita tidak boleh terima sebab-sebab macam Denior of Service, sebab biasanya kita kira masa Internet. Satu tahun Internet bersamaan tiga atau empat tahun. Ini bermakna kalau satu bulan kita tidak boleh membaiki perkhidmatan ini, ini bermakna tiga atau empat bulan kita tidak ada servis ini. Ini adalah satu contoh baik apa yang telah dibangkitkan oleh Pemangku Perdana Menteri kita, kita ada First World Infrastructure tetapi kita tidak ada First World Management. [Tepuk] [Sorak]. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad: Apa pasal tepuk tangan. Tuan Ng Lip Yong: Terima kasihlah. Tadi saya kata, ini bukan monopoli Pembangkang, kita bangkitkan supaya kita akan membaiki atau menaik taraf perkhidmatan yang diberi oleh syarikat-syarikat kita. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat bagi Parit Buntar.
47
59
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
48 DR.1.4.2003 3.05 ptg. Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali [Parit Buntar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menyentuh hanya beberapa perkara sahaja Tuan Yang di-Pertua mengenai dasar ini. Pertama ialah dasar mengenai pembahagian kekayaan negara ataupun k-ekonomi yang disebutkan oleh pembahas sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, dalam keluaran majalah Malaysian Business 28 Februari 2003, senarai 40 orang terkaya di Malaysia disiarkan dalam majalah tersebut. Antara rumusan yang dibuat: (i) tokoh korporat bukan bumiputera jauh lebih kaya dan lebih ramai daripada tokoh korporat bumiputera. Contohnya kekayaan lapan tokoh korporat Melayu yang tersenarai iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, Tan Sri Mustafa Kamal Abu Bakar, Raja Dato’ Seri Elina Raja Azlan Shah, Dato’ Hamdan Mohamad, Tan Sri Rozali Ismail, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Salleh Sulong dan Tengku Dato’ Yaakob Tengku Abdullah tidak dapat menandingi kekayaan Tan Sri T. Ananda Krishnan, seorang yang menduduki tangga teratas dalam senarai tersebut; (ii) tokoh korporat Melayu kebanyakannya tidak mampu menongkah cabaran krisis ekonomi. Buktinya Tan Sri Tajuddin Ali, Tan Sri Abdul Halim Saad dan Tan Sri Abdul Rashid Hussin yang pernah menghiasi senarai yang sama sebelum ini sudah terkeluar daripada bersama-sama kemerosotan empayar korporat masing-masing; (iii) orang Melayu masih gagal melaksanakan dasar ekonomi yang dapat mengimbangi pengagihan kekayaan di antara masyarakat bumiputera dan masyarakat bukan bumiputera. Ini memandangkan tokoh korporat bukan bumiputera terus menguasai sebahagian besar kekayaan negara sedangkan tokoh-tokoh korporat bumiputera hanya menikmati sekelumit sahaja. Sudahlah sasaran Dasar Ekonomi Baru 1970–1990 untuk melihat masyarakat bumiputera memegang 30% kekayaan negara gagal dicapai dalam jangka waktu yang digariskan. Masuk ke alaf baru pun matlamat ini tampak masih jauh daripada jangkauan. Tuan Yang di-Pertua, itu dia punya mukadimah pembukaan yang disebutkan di dalam Malaysian Business. Soalnya Tuan Yang di-Pertua, daripada awal-awal lagi sebenarnya soal dasar dan saya timbulkan ini kerana kepentingan merupakan satu perkara yang sangat penting dalam konteks Nation Building Malaysia bagi dekad-dekad yang akan datang. Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, kita lihat ada pertarungan sebenarnya dari falsafah dasar untuk melahirkan masyarakat bumiputera, masyarakat perniagaan, perindustrian, perdagangan bumiputera ada yang mengatakan kita perlu bilangan yang ramai dan ada yang mengatakan kita tidak perlu bilangan yang ramai. Tetapi apa yang pastinya Tuan Yang di-Pertua, 10 orang bilionair Melayu misalnya yang dilahirkan, itu pun tidak dapat bertahan, tidak dapat bersaing bila mereka diserang oleh ribut pasir ekonomi. Tetapi Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama kalau kita dapat melahirkan 10,000 jutawan, usahawan bumiputera, saya rasa k-kekayaan negara itu dapat dikongsi dengan lebih munasabah bukan sahaja oleh orang yang mampu berkecimpung dalam bahagian ini, tetapi dari segi trickling down effect Tuan Yang di-Pertua mungkin dapat disalurkan kepada rakyat yang banyak. 23 juta rakyat hanya memandang sahaja. Memandang hari ini manusia naik, besok jatuh. Hari Ahad naik hari Isnin jatuh. Hari Selasa naik hari Rabu jatuh. Itu yang tergambar di kepala kita. Tetapi gambaran ini Tuan Yang di-Pertua kalau dapat disemak dengan lebih lanjut lagi sebagaimana yang dipersoalkan, banyak dipersoalkan ialah apa
3.05 ptg. Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali [Parit Buntar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menyentuh hanya beberapa perkara sahaja Tuan Yang di-Pertua mengenai dasar ini. Pertama ialah dasar mengenai pembahagian kekayaan negara ataupun k-ekonomi yang disebutkan oleh pembahas sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, dalam keluaran majalah Malaysian Business 28 Februari 2003, senarai 40 orang terkaya di Malaysia disiarkan dalam majalah tersebut. Antara rumusan yang dibuat: (i) tokoh korporat bukan bumiputera jauh lebih kaya dan lebih ramai daripada tokoh korporat bumiputera. Contohnya kekayaan lapan tokoh korporat Melayu yang tersenarai iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, Tan Sri Mustafa Kamal Abu Bakar, Raja Dato' Seri Elina Raja Azlan Shah, Dato' Hamdan Mohamad, Tan Sri Rozali Ismail, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Salleh Sulong dan Tengku Dato' Yaakob Tengku Abdullah tidak dapat menandingi kekayaan Tan Sri T. Ananda Krishnan, seorang yang mendudukitangga teratas dalam senarai tersebut; (ii) tokoh korporat Melayu kebanyakannya tidak mampu menongkah cabaran krisis ekonomi. Buktinya Tan Sri Tajuddin Ali, Tan Sri Abdul Halim Saad dan Tan Sri Abdul Rashid Hussin yang pernah menghiasi senarai yang sama sebelum ini sudah terkeluar daripada bersama-sama kemerosotan empayar korporat masing-masing; (iii) orang Melayu masih gagal melaksanakan dasar ekonomi yang dapat mengimbangi pengagihan kekayaan di antara masyarakat bumiputera dan masyarakat bukan bumiputera. Ini memandangkan tokoh korporat bukan bumiputera terus menguasai sebahagian besar kekayaan negara sedangkan tokoh-tokoh korporat bumiputera hanya menikmati sekelumit sahaja. Sudahlah sasaran Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 untuk melihat masyarakat bumiputera memegang 30% kekayaan negara gagal dicapai dalam jangka waktu yang digariskan. Masuk ke alaf baru pun matlamat ini tampak masih jauh daripada jangkauan. Tuan Yang di-Pertua, itu dia punya mukadimah pembukaan yang disebutkan di dalam Malaysian Business. Soalnya Tuan Yang di-Pertua, daripada awal-awal lagi sebenarnya soal dasar dan saya timbulkan ini kerana kepentingan merupakan satu perkara yang sangat penting dalam konteks Nation Building Malaysia bagi dekad-dekad yang akan datang. Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, kita lihat ada pertarungan sebenarnya dari falsafah dasar untuk melahirkan masyarakat bumiputera, masyarakat perniagaan, perindustrian, perdagangan bumiputera ada yang mengatakan kita perlu bilangan yang ramai dan ada yang mengatakan kita tidak perlu bilangan yang ramai. Tetapi apa yang pastinya Tuan Yang di-Pertua, 10 orang bilionair Melayu misalnya yang dilahirkan, itu pun tidak dapat bertahan, tidak dapat bersaing bila mereka diserang oleh ribut pasir ekonomi. Tetapi Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama kalau kita dapat melahirkan 10,000 jutawan, usahawan bumiputera, saya rasa k-kekayaan negara itu dapat dikongsi dengan lebih munasabah bukan sahaja oleh orang yang mampu berkecimpung dalam bahagian ini, tetapi dari segi trickling down effect Tuan Yang di-Pertua mungkin dapat disalurkan kepada rakyat yang banyak. 23 juta rakyat hanya memandang sahaja. Memandang hari ini manusia naik, besok jatuh. Hari Ahad naik hari Isnin jatuh. Hari Selasa naik hari Rabu jatuh. Itu yang tergambar di kepala kita. Tetapi gambaran ini Tuan Yang di-Pertua kalau dapat disemak dengan lebih lanjut lagi sebagaimana yang dipersoalkan, banyak dipersoalkan ialah apa.
3
60
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 49 kesannya kepada ekonomi. Apakah kesannya kepada rakyat. Apa kesannya kepada usaha untuk melahirkan masyarakat perdagangan, perindustrian, perusahaan di kalangan bumiputera. Apa yang hendak disebutkan Tuan Yang di-Pertua ialah, yang pertama sekali bahawa peneraju negara ini akan berubah. Penerajuan negara akan berubah dalam bulan Oktober ini. Saya mengharapkan supaya ada perubahan dasar dari segi perkongsian k- ekonomi negara dan mestilah berani paling tidaknya supaya kita dapat mengkaji dan membedah siasat dasar yang selama ini telah menunjukkan kegagalan bukan sahaja dasar itu gagal, pelaksanaannya gagal bahkan daripada sudut melahirkan kebaikan kepada masyarakat bumiputera khususnya Tuan Yang di-Pertua telah terbukti secara statistiknya adalah gagal. Statistik tidak pernah bohong, kecuali apa yang disebutkan oleh kerajaan itu adalah merupakan statistik bohongan. Tetapi apa yang hendak disebutkan Tuan Yang di- Pertua, yang kedua yang perlu kita bentangkan di sini dan memikirkan di sini ialah selain daripada kita memikirkan tentang mengkaji balik, adakah kerajaan akan mengkaji balik dasar menyusun semula masyarakat perdagangan, perniagaan dan perindustrian negara pada keseluruhannya. Atau adakah kerajaan akan mengkaji semula dasar penyertaan bumiputera dalam sektor korporat negara dengan melihat pendekatan quality versus quantity. Apa yang perlu diberikan perhatian Tuan Yang di-Pertua, ialah kepada polisi, pembuat polisi, penyelenggara-penyelenggara dan pengendali-pengendali polisi ini harus memikirkan semula perkara ini. Sudah banyak diperkatakan, sudah banyak ditulis, puluhan tesis-tesis Ph.D telah ditulis tentang penyertaan kekayaan negara di kalangan rakyat yang terbanyak. Tetapi jelas Tuan Yang di-Pertua, dasar yang ada tidak relevan lagi. Dasar yang ada tidak mampu sebenarnya membantu mana-mana kaum terutamanya bumiputera untuk menyaingi teman- teman yang bukan bumiputera dalam bidang pembangunan ekonomi. Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, dasar ini adalah dasar yang lebih menguntungkan UMNO kerana dasar ini adalah dasar UMNO base. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, apa yang hendak dilahirkan ialah usahawan-usahawan UMNO, orang korporat UMNO, bilionair-bilionair UMNO yang kesemuanya Tuan Yang di-Pertua boleh dikatakan berpusat dalam lingkaran dan legaran daripada pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO. Jika ini diteruskan Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita akan pergi kepada suatu keadaan di mana negara ini akan musnah, di mana nation building akan musnah, di mana masyarakat akan mengharapkan kepada pimpinan yang akan dapat menyelamatkan umat ini Tuan Yang di-Pertua, juga akan musnah. Perkara yang kedua yang saya hendak kaitkan Tuan Yang di-Pertua ialah tentang amanah saham. Amanah saham kalau kita tengok sejarahnya di awal-awal tahun 90-an ditubuhkan untuk memberikan ruang kepada sebahagian besar daripada rakyat terutamanya rakyat-rakyat kecil Tuan Yang di-Pertua menyertai amanah saham yang telah dilahirkan itu. Dan kita dapati di peringkat awal-awal 1994 hingga 1998 terdapat keadaan bull run 1996. Bull run maknanya harga saham yang naik, harga saham yang meningkat sebab itu pulangan yang diberikan kepada mereka begitu meningkat. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, bila dicadangkan ditubuhkan amanah saham di peringkat kerajaan negeri, kerajaan negeri berlumba-lumba menubuhkan amanah saham. Tetapi Tuan Yang di-Pertua, bila berlaku keadaan ekonomi yang merudum, maka amanah saham ini adalah di antaranya yang paling merudum sekali dalam peruduman indikator-indikator yang lain. Daripada peruduman ini Tuan Yang di-Pertua, sebanyak RM26.4 bilion terlibat dalam proses penurunan peruduman amanah saham ini dan kalau hendak dilihat Tuan Yang di-Pertua bahawa dari segi apa pulangan yang didapati dari segi NAVnya Tuan Yang di-Pertua, Net Asset Valuenya kita dapati Amanah Saham Sabah tinggi 22 sen seunit sahaja. Amanah Saham Johor 20 sen. Amanah Saham Dana Johor 18 sen. Amanah Saham Pahang 38 sen. Amanah Saham Kedah 33 sen. Amanah Saham Selangor 31 sen dan yang tertinggi Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana juga pelaburan FDI yang tertinggi di Malaysia, yang tertinggi sekali di Terengganu iaitu 52 sen.
kesannya kepada ekonomi. Apakah kesannya kepada rakyat. Apa kesannya kepada usaha untuk melahirkan masyarakat perdagangan, perindustrian, perusahaan di kalangan bumiputera. Apa yang hendak disebutkan Tuan Yang di-Pertua ialah, yang pertama sekali bahawa peneraju negara ini akan berubah. Penerajuan negara akan berubah dalam bulan Oktober ini. Saya mengharapkan supaya ada perubahan dasar dari segi perkongsian k- ekonomi negara dan mestilah berani paling tidaknya supaya kita dapat mengkaji dan membedah siasat dasar yang selama ini telah menunjukkan kegagalan bukan sahaja dasar itu gagal, pelaksanaannya gagal bahkan daripada sudut melahirkan kebaikan kepada masyarakat bumiputera khususnya Tuan Yang di-Pertua telah terbukti secara statistiknya adalah gagal. Statistik tidak pernah bohong, kecuali apa yang disebutkan oleh kerajaan itu adalah merupakan statistik bohongan. Tetapi apa yang hendak disebutkan Tuan Yang di- Pertua, yang kedua yang perlu kita bentangkan di sini dan memikirkan di sini ialah selain daripada kita memikirkan tentang mengkaji balik, adakah kerajaan akan mengkaji balik dasar menyusun semula masyarakat perdagangan, perniagaan dan perindustrian negara pada keseluruhannya. Atau adakah kerajaan akan mengkaji semula dasar penyertaan bumiputera dalam sektor korporat negara dengan melihat pendekatan quality versus quantity. Apa yang perlu diberikan perhatian Tuan Yang di-Pertua, ialah kepada polisi, pembuat polisi, penyelenggara-penyelenggara dan pengendali-pengendali polisi ini harus memikirkan semula perkara ini. Sudah banyak diperkatakan, sudah banyak ditulis, puluhan tesis-tesis Ph.D telah ditulis tentang penyertaan kekayaan negara di kalangan rakyat yang terbanyak. Tetapi jelas Tuan Yang di-Pertua, dasar yang ada tidak relevan lagi. Dasar yang ada tidak mampu sebenarnya membantu mana-mana kaum terutamanya bumiputera untuk menyaingi teman- teman yang bukan bumiputera dalam bidang pembangunan ekonomi. Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, dasar ini adalah dasar yang lebih menguntungkan UMNO kerana dasar ini adalah dasar UMNO base. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, apa yang hendak dilahirkan ialah usahawan-usahawan UMNO, orang korporat UMNO, bilionair-bilionair UMNO yang kesemuanya Tuan Yang di-Pertua boleh dikatakan berpusat dalam lingkaran dan legaran daripada pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO. Jika ini diteruskan Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita akan pergi kepada suatu keadaan di mana negara ini akan musnah, di mana nation building akan musnah, di mana masyarakat akan mengharapkan kepada pimpinan yang akan dapat menyelamatkan umat ini Tuan Yang di-Pertua, juga akan musnah. Perkara yang kedua yang saya hendak kaitkan Tuan Yang di-Pertua ialah tentang amanah saham. Amanah saham kalau kita tengok sejarahnya di awal-awal tahun 90-an ditubuhkan untuk memberikan ruang kepada sebahagian besar daripada rakyat terutamanya rakyat-rakyat kecil Tuan Yang di-Pertua menyertai amanah saham yang telah dilahirkan itu. Dan kita dapati di peringkat awal-awal 1994 hingga 1998 terdapat keadaan bull run 1996. Bull run maknanya harga saham yang naik, harga saham yang meningkat sebab itu pulangan yang diberikan kepada mereka begitu meningkat. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, bila dicadangkan ditubuhkan amanah saham di peringkat kerajaan negeri, kerajaan negeri berlumba-lumba menubuhkan amanah saham. Tetapi Tuan Yang di-Pertua, bila berlaku keadaan ekonomi yang merudum, maka amanah saham ini adalah di antaranya yang paling merudum sekali dalam peruduman indikator-indikator yang lain. Daripada peruduman ini Tuan Yang di-Pertua, sebanyak RM26.4 bilion terlibat dalam proses penurunan peruduman amanah saham ini dan kalau hendak dilihat Tuan Yang di-Pertua bahawa dari segi apa pulangan yang didapati dari segi NAVnya Tuan Yang di-Pertua, Net Asset Valuenya kita dapati Amanah Saham Sabah tinggi 22 sen seunit sahaja. Amanah Saham Johor 20 sen. Amanah Saham Dana Johor 18 sen. Amanah Saham Pahang 38 sen. Amanah Saham Kedah 33 sen. Amanah Saham Selangor 31 sen dan yang tertinggi Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana juga pelaburan FDI yang tertinggi di Malaysia, yang tertinggi sekali di Terengganu iaitu 52 sen.
49
61
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
50 DR.1.4.2003 Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya hendak sebutkan di sini, soalannya Tuan Yang di-Pertua mengapa tidak ada tindakan yang konkrit bila melibatkan pelabur-pelabur kecil yang kerugian ada yang pinjam bank, ada yang hutang saudara, ada yang menjualkan tanah-tanah dan harta benda mereka kerana dijangkakan pulangan daripada saham ini begitu hebat, maka mereka menjualkan segala-galanya. Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan berada dalam keadaan tidak boleh angkat kepala pun, tidak boleh angkat mata pun. Mereka merayu dan terus merayu sampai hari ini Tuan Yang di-Pertua, tidak ada lagi tindakan yang konkrit daripada pihak kerajaan. Ada cadangan supaya ditubuhkan Tuan Yang di-Pertua, yang namanya Special Purpose Vehicle (SPV) hendak mengkonsolidasikan seluruh Amanah Saham negeri itu supaya bertenaga lagi, supaya ada kekuatan lagi, tetapi sampai hari ini tidak dengar cerita, pasal apa, pasal saya fikir yang terlibat ialah golongan-golongan kecil, golongan-golongan marhain, tetapi kalau yang terlibat itu ahli-ahli korporat yang besar-besar, nama-nama yang besar untuk menyelamatkan syarikat-syarikat besar, seperti UEM, Renong, Celcom, MAS, MRCB, rasanya kerajaan tidak akan waste even a single day, berlari ke depan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat ini. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, tentang PKEN, saya hendak pergi kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, sama juga dengan Amanah Saham, hampir seluruhnya Perbadanan Kemajuan Ekonomi berada dalam keadaan tahap yang sangat- sangat daif, saya ambil misalnya Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang, gagal membayar hutang RM1.2 bilion, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor, melalui Johor Coop, terhutang RM5.4 bilion dan begitu juga Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak misalnya, gagal melunaskan hutang, hatta hutang-hutang yang kecil pun gagal dilunaskan oleh perbadanan-perbadanan ini. Tuan Yang di-Pertua, apa yang hendak disebutkan ialah kalau dapat kita memberi perhatian kepada perjalanan PKEN-PKEN ini, kerana sebahagian besar daripada allocation kewangan setiap tahun yang diberikan kepada bumiputera diberikan kepada PKEN-PKEN yang merupakan machinery atau jentera yang akan menyelamatkan masyarakat Melayu terutamanya masyarakat bandar dan pinggir bandar dan luar bandar untuk sama-sama menyertai peluang-peluang ekonomi yang dapat disajikan oleh perbadanan-perbadanan berikut. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan kalau dapat pihak-pihak yang berkenaan dapat mengkaji, yang pertama sekali mengkaji keberkesanan PKEN, yang kedua mengkaji apa sebabnya PKEN tidak berjalan dengan lancar, dibandingkan dengan gergasi-gergasi lain yang sama dengan PKEN, yang sama dengan paid-up capitalnya, yang sama dengan bila ditubuhkan dari segi masa penubuhannya dan sebagainya, yang sama pengalamannya, tetapi jelas bahawa PKEN-PKEN ini hampir seluruhnya tidak dapat bertahan. Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga dan akhirnya, setakat mana sebenarnya PKEN ini dapat menjana dan dapat mengedepankan orang Melayu terutamanya dalam konteks macam yang saya sebutkan di awal tadi, untuk menyertai lapangan perniagaan, lapangan perdagangan dan juga lapangan perindustrian ini. Tuan Yang di-Pertua, sebagai penggulungannya, saya sangat-sangat mengharapkan tiga perkara yang saya sebutkan tadi, iaitu tentang melahirkan usahawan- usahawan, ali-ahli korporat bumiputera ini dalam konteks sama ada kualiti lebih baik daripada kuantiti dan sebagainya. Yang kedua, tentang persoalan Amanah Saham yang jauh tertinggal, bahkan dibandingkan dengan saham-saham private, saham-saham komersial yang kebanyakannya berjaya tetapi Amanah Saham yang sama yang dikendalikan di peringkat negeri, nampaknya tidak berjaya, kecuali Terengganu sahaja yang dapat menunjukkan sedikit tanda-tanda kejayaan dan PKEN harus diberikan perhatian semula, supaya dasar mengenai PKEN ini dapat dirangka, dirombak semula sesuai dengan tuntutan masa, tempat dan keadaan. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya hendak sebutkan di sini, soalannya Tuan Yang di-Pertua mengapa tidak ada tindakan yang konkrit bila melibatkan pelabur-pelabur kecil yang kerugian ada yang pinjam bank, ada yang hutang saudara, ada yang menjualkan tanah-tanah dan harta benda mereka kerana dijangkakan pulangan daripada saham ini begitu hebat, maka mereka menjualkan segala-galanya. Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan berada dalam keadaan tidak boleh angkat kepala pun, tidak boleh angkat mata pun. Mereka merayu dan terus merayu sampai hari ini Tuan Yang di-Pertua, tidak ada lagi tindakan yang konkrit daripada pihak kerajaan. Ada cadangan supaya ditubuhkan Tuan Yang di-Pertua, yang namanya Special Purpose Vehicle (SPV) hendak mengkonsolidasikan seluruh Amanah Saham negeri itu supaya bertenaga lagi, supaya ada kekuatan lagi, tetapi sampai hari ini tidak dengar cerita, pasal apa, pasal saya fikir yang terlibat ialah golongan-golongan kecil, golongan-golongan marhain, tetapi kalau yang terlibat itu ahli-ahli korporat yang besar-besar, nama-nama yang besar untuk menyelamatkan syarikat-syarikat besar, seperti UEM, Renong, Celcom, MAS, MRCB, rasanya kerajaan tidak akan waste even a single day, berlari ke depan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat ini. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, tentang PKEN, saya hendak pergi kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, sama juga dengan Amanah Saham, hampir seluruhnya Perbadanan Kemajuan Ekonomi berada dalam keadaan tahap yang sangat- sangat daif, saya ambil misalnya Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang, gagal membayar hutang RM1.2 bilion, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor, melalui Johor Coop, terhutang RM5.4 bilion dan begitu juga Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak misalnya, gagal melunaskan hutang, hatta hutang-hutang yang kecil pun gagal dilunaskan oleh perbadanan-perbadanan ini. Tuan Yang di-Pertua, apa yang hendak disebutkan ialah kalau dapat kita memberi perhatian kepada perjalanan PKEN-PKEN ini, kerana sebahagian besar daripada allocation kewangan setiap tahun yang diberikan kepada bumiputera diberikan kepada PKEN-PKEN yang merupakan machinery atau jentera yang akan menyelamatkan masyarakat Melayu terutamanya masyarakat bandar dan pinggir bandar dan luar bandar untuk sama-sama menyertai peluang-peluang ekonomi yang dapat disajikan oleh perbadanan-perbadanan berikut. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan kalau dapat pihak-pihak yang berkenaan dapat mengkaji, yang pertama sekali mengkaji keberkesanan PKEN, yang kedua mengkaji apa sebabnya PKEN tidak berjalan dengan lancar, dibandingkan dengan gergasi-gergasi lain yang sama dengan PKEN, yang sama dengan paid-up capitalnya, yang sama dengan bila ditubuhkan dari segi masa penubuhannya dan sebagainya, yang sama pengalamannya, tetapi jelas bahawa PKEN-PKEN ini hampir seluruhnya tidak dapat bertahan. Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga dan akhirnya, setakat mana sebenarnya PKEN ini dapat menjana dan dapat mengedepankan orang Melayu terutamanya dalam konteks macam yang saya sebutkan di awal tadi, untuk menyertai lapangan perniagaan, lapangan perdagangan dan juga lapangan perindustrian ini. Tuan Yang di-Pertua, sebagai penggulungannya, saya sangat-sangat mengharapkan tiga perkara yang saya sebutkan tadi, iaitu tentang melahirkan usahawan- usahawan, ali-ahli korporat bumiputera ini dalam konteks sama ada kualiti lebih baik daripada kuantiti dan sebagainya. Yang kedua, tentang persoalan Amanah Saham yang jauh tertinggal, bahkan dibandingkan dengan saham-saham private, saham-saham komersial yang kebanyakannya berjaya tetapi Amanah Saham yang sama yang dikendalikan di peringkat negeri, nampaknya tidak berjaya, kecuali Terengganu sahaja yang dapat menunjukkan sedikit tanda-tanda kejayaan dan PKEN harus diberikan perhatian semula, supaya dasar mengenai PKEN ini dapat dirangka, dirombak semula sesuai dengan tuntutan masa, tempat dan keadaan. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.
50
62
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 51 Tuan Yang di-Pertua: Tuaran. 3.18 ptg. Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya juga ingin turut mengambil bahagian dalam perbahasan Perbekalan Tambahan ini. Jika kita lihat dalam Bajet 2003 dahulu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memfokuskan sebenarnya dalam bagaimana kita akan mengatasi kerenah ekonomi pada tahun 2003 ini. Dan sudah dianggapkan bahawa pada ketika itu bahawa kebarangkalian untuk kemasukan tambahan FDI akan menurun, tidak akan sebegitu baik berbanding dengan tahun-tahun yang lepas oleh kerana persaingan kita dengan negara-negara luar. Kebetulan pula sekarang ini dengan adanya keadaan pencerobohan di Iraq maka barangkali daya saing kita untuk menarik FDI ini akan lebih menurun lagi. Oleh itu, saranan ataupun fokus dalam Bajet pada tahun 2003 yang dibentangkan tahun lepas iaitu ekonomi negara kita hendaklah dijanakan oleh kekuatan dalaman iaitu dengan is a private sector driven dan oleh usahawan-usahawan tempatan dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada kerajaan, bagaimanakah seluruh jentera kerajaan nanti akan digemblengkan untuk bukan sahaja menangani impak perang di Iraq ini, tetapi juga bagaimana kita untuk mempertahankan pertumbuhan ekonomi yang telah disasarkan untuk tahun ini. Saya ambil sebagai sedikit contoh dalam soal keusahawanan, bagaimana kita menjana usahawan-usahawan, ada beberapa tabung yang sering diperkatakan dilaksanakan oleh pelbagai kementerian misalannya dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar ada Skim Pembiayaan Ekonomi Desa. Kita ingin tahu, sudah berapa banyakkah dana yang telah digemblengkan, berapa orang peminjam dan sebagainya. Dalam soal ini, saya sendiri selepas mendapat taklimat, mendapat banyak maklumat daripada kementerian, pihak Menteri, dan sehinggakan saya mengambil pegawai-pegawai untuk membantu, menulis kertas kerja dan sebagainya kepada usahawan-usahawan di peringkat kawasan, tetapi sehingga pada hari ini di kawasan saya belum satu orang pun yang lulus, yang mendapat dana, dan saya difahamkan bahawa masalahnya di peringkat bank, sebenarnya 70% daripada bank, 30% adalah geran daripada kerajaan, tetapi sehingga pada hari ini untuk kawasan saya, saya tidak tahu untuk kawasan lain, belum ada yang lulus dan saya fikir untuk bagi kita untuk mengadakan usahawan-usahawan kecil ini, dalam keadaan ekonomi sekarang ini, saya ingat ini amat kita perlukan. Tuan Yang di-Pertua, yang kedua ialah Skim Pembiayaan Pelancongan. Saya ingin tahu setakat ini berapa sudah dana yang telah diberikan dan masih adakah lagi. Kita lihat misalannya dalam keadaan ekonomi yang ada sekarang, saya fikir ramai usahawan dalam bidang pelancongan ini yang ingin memperkukuhkan lagi, memperkuatkan lagi perusahaan mereka dan skim seperti ini amat diperlukan. Yang keduanya, ialah Skim Usahawan Tani Komersial Siswazah, yang disalurkan oleh kerajaan melalui Bank Pertanian. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta kepada Bank Pertanian iaitu RM1 juta untuk apa yang dipanggil program sangkut dan yang RM19 juta untuk pinjaman. Ini adalah diberikan kepada graduan siswazah yang tidak mendapat pekerjaan dan sebagainya. Kalau kita lihat program ini pinjaman yang maksimum, pinjaman yang akan diberikan ialah RM50,000 dan dana yang disediakan ialah RM20 juta, kalau kita berikan, kita akan beri pinjaman sebanyak RM50,000 bererti kita akan hanya memberi 380 peminjam sahaja. Dan kalau kita lihat pada tahun lepas, bilangan graduan yang telah memohon untuk mendapatkan Diploma Pendidikan, jumlahnya ialah lebih kurang 35,000 dan yang telah diterima untuk mengambil Diploma Pendidikan hanyalah 5,000 iaitu bererti bahawa ada 30,000 lagi siswazah, ini hanya mereka yang telah respons untuk memohon untuk mendapat Diploma Pendidikan.
Tuan Yang di-Pertua: Tuaran. 3.18 ptg. Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya juga ingin turut mengambil bahagian dalam perbahasan Perbekalan Tambahan ini. Jika kita lihat dalam Bajet 2003 dahulu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memfokuskan sebenarnya dalam bagaimana kita akan mengatasi kerenah ekonomi pada tahun 2003 ini. Dan sudah dianggapkan bahawa pada ketika itu bahawa kebarangkalian untuk kemasukan tambahan FDI akan menurun, tidak akan sebegitu baik berbanding dengan tahun-tahun yang lepas oleh kerana persaingan kita dengan negara-negara luar. Kebetulan pula sekarang ini dengan adanya keadaan pencerobohan di Iraq maka barangkali daya saing kita untuk menarik FDI ini akan lebih menurun lagi. Oleh itu, saranan ataupun fokus dalam Bajet pada tahun 2003 yang dibentangkan tahun lepas iaitu ekonomi negara kita hendaklah dijanakan oleh kekuatan dalaman iaitu dengan is a private sector driven dan oleh usahawan-usahawan tempatan dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada kerajaan, bagaimanakah seluruh jentera kerajaan nanti akan digemblengkan untuk bukan sahaja menangani impak perang di Iraq ini, tetapi juga bagaimana kita untuk mempertahankan pertumbuhan ekonomi yang telah disasarkan untuk tahun ini. Saya ambil sebagai sedikit contoh dalam soal keusahawanan, bagaimana kita menjana usahawan-usahawan, ada beberapa tabung yang sering diperkatakan dilaksanakan oleh pelbagai kementerian misalannya dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar ada Skim Pembiayaan Ekonomi Desa. Kita ingin tahu, sudah berapa banyakkah dana yang telah digemblengkan, berapa orang peminjam dan sebagainya. Dalam soal ini, saya sendiri selepas mendapat taklimat, mendapat banyak maklumat daripada kementerian, pihak Menteri, dan sehinggakan saya mengambil pegawai-pegawai untuk membantu, menulis kertas kerja dan sebagainya kepada usahawan-usahawan di peringkat kawasan, tetapi sehingga pada hari ini di kawasan saya belum satu orang pun yang lulus, yang mendapat dana, dan saya difahamkan bahawa masalahnya di peringkat bank, sebenarnya 70% daripada bank, 30% adalah geran daripada kerajaan, tetapi sehingga pada hari ini untuk kawasan saya, saya tidak tahu untuk kawasan lain, belum ada yang lulus dan saya fikir untuk bagi kita untuk mengadakan usahawan-usahawan kecil ini, dalam keadaan ekonomi sekarang ini, saya ingat ini amat kita perlukan. Tuan Yang di-Pertua, yang kedua ialah Skim Pembiayaan Pelancongan. Saya ingin tahu setakat ini berapa sudah dana yang telah diberikan dan masih adakah lagi. Kita lihat misalannya dalam keadaan ekonomi yang ada sekarang, saya fikir ramai usahawan dalam bidang pelancongan ini yang ingin memperkukuhkan lagi, memperkuatkan lagi perusahaan mereka dan skim seperti ini amat diperlukan. Yang keduanya, ialah Skim Usahawan Tani Komersial Siswazah, yang disalurkan oleh kerajaan melalui Bank Pertanian. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta kepada Bank Pertanian iaitu RM1 juta untuk apa yang dipanggil program sangkut dan yang RM19 juta untuk pinjaman. Ini adalah diberikan kepada graduan siswazah yang tidak mendapat pekerjaan dan sebagainya. Kalau kita lihat program ini pinjaman yang maksimum, pinjaman yang akan diberikan ialah RM50,000 dan dana yang disediakan ialah RM20 juta, kalau kita berikan, kita akan beri pinjaman sebanyak RM50,000 bererti kita akan hanya memberi 380 peminjam sahaja. Dan kalau kita lihat pada tahun lepas, bilangan graduan yang telah memohon untuk mendapatkan Diploma Pendidikan, jumlahnya ialah lebih kurang 35,000 dan yang telah diterima untuk mengambil Diploma Pendidikan hanyalah 5,000 iaitu bererti bahawa ada 30,000 lagi siswazah, ini hanya mereka yang telah respons untuk memohon untuk mendapat Diploma Pendidikan.
51
63
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
52 DR.1.4.2003 Ini bererti bahawa ramai sebenarnya siswazah yang tidak mempunyai pekerjaan dan berpotensi untuk memasuki program ini, tetapi saya telah bertanya kepada ramai siswazah yang telah cuba untuk memohon memasuki program ini dan mereka menyatakan bahawa proses permohonan mereka ini terlalu lambat, mengambil masa berbulan-bulan, itu pun mereka sendiri datang ke Kuala Lumpur menghantar ke Ibu Pejabat di sini, itu belum lagi yang dihantar daripada Johor, daripada Pulau Pinang, barangkali lebih teruk dari Sabah, sebab lebih jauh, sampai ke sini. Jadi proses ini perlu dipercepatkan supaya akan memberi galakan kepada para peserta, para siswazah, kalau sudah menunggu berbulan-bulan belum lagi diproses, tentu sekali para pemohon ini akan tidak terdorong lagi untuk meneruskan usaha mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin respons sedikit tentang saranan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan yang kita baca dalam akhbar baru-baru ini bahawa besar kemungkinan oleh kerana keadaan Perang di Iraq dan ada pula penyakit baru daripada Hong Kong dan Taiwan ini dan sebagainya, maka beberapa sektor pelancongan akan terjejas dan antara yang terjejas ialah ejen pelancongan dan sebagainya. Dan beliau mencadangkan bahawa ejen-ejen ini harus memfokuskan kepada pelancongan domestik dan memfokuskan barangkali kepada pasaran pelajar (student). Saya ingat ini adalah satu cadangan yang amat baik, persoalan saya di sini ialah bagaimanakah kementerian-kementerian yang ada dapat disynergieskan untuk mencapai matlamat ini. Misalannya kalau pelajar ini melancong, katakan daripada Kuala Lumpur ke Sabah ataupun ke Sarawak misalannya, dalam pelancongan tersebut kita dapat mencapai matlamat kita untuk integrasi nasional, perpaduan nasional dan sebagainya di samping itu kita dapat mempromosikan lagi pelancongan. Tetapi dalam soal ini, di mana kesungguhan, adakah benar-benar pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan ini memanggil misalannya Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dengan Kementerian Pendidikan untuk membincangkan soal ini, sebab banyak sudah diperkatakan. Saya telah berbincang dengan seorang yang terlibat dalam pelancongan ini dan telah cuba meminta maklumat daripada Kementerian Pendidikan dalam soal pelancongan pelajar, tetapi mengatakan bahawa begitu tidak menggalakkan. Jadi dalam keadaan ekonomi sekarang ini, saya hendak mencadangkan supaya soal-soal ini dapat diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, khususnya dalam soal menyusun semula keutamaan- keutamaan dalam Kementerian Kewangan berhubung dengan projek-projek untuk tahun 2003 ini. Saya difahamkan beberapa letter of intent telah ditarik balik dan sesetengah daripada projek ini adalah projek yang sebenarnya tidak tersenarai dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Ada juga yang tersenarai dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Persoalan saya di sini ialah ada projek yang besar, yang lebih RM200 juta atau RM300 juta tidak tersenarai dalam Rancangan Malaysia Kelapan tetapi dapat juga letter of intent. Sudah dapat letter of intent dia pun memulakan kerja-kerja surveying dan sebagainya, sudah buat kerja survey barangkali sudah membelanja lebih kurang RM300,000 dapat surat ditarik balik. Bagaimana, apa akan jadi kepada penerima pelaksana yang menerima letter of intent ini? Satu contohnya, Tuan Yang di-Pertua, ialah satu jalan yang melalui kawasan saya sendiri daripada Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) melalui Kiulu sampai ke Ranau yang dianggarkan lebih kurang RM300 juta dan ini pihak pelaksana sudah mendapatkan surat letter of intent tetapi sekarang sudah ditarik balik dan pada sesi bulan Jun yang lalu, saya sudah bertanya di Dewan ini dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya memberitahu saya bahawa ini tidak termasuk dalam Rancangan Malaysia Kelapan, tetapi pada bulan September ada sudah pihak kontraktor yang menerima letter of intent, kadang- kadang ini. Saya amat berterima kasih, sebab sejak tahun 2001 saya telah berjuang meminta supaya jalan ini dibina, sebab ianya amat diperlukan tetapi sekarang ia sudah ditarik balik,
Ini bererti bahawa ramai sebenarnya siswazah yang tidak mempunyai pekerjaan dan berpotensi untuk memasuki program ini, tetapi saya telah bertanya kepada ramai siswazah yang telah cuba untuk memohon memasuki program ini dan mereka menyatakan bahawa proses permohonan mereka ini terlalu lambat, mengambil masa berbulan-bulan, itu pun mereka sendiri datang ke Kuala Lumpur menghantar ke Ibu Pejabat di sini, itu belum lagi yang dihantar daripada Johor, daripada Pulau Pinang, barangkali lebih teruk dari Sabah, sebab lebih jauh, sampai ke sini. Jadi proses ini perlu dipercepatkan supaya akan memberi galakan kepada para peserta, para siswazah, kalau sudah menunggu berbulan-bulan belum lagi diproses, tentu sekali para pemohon ini akan tidak terdorong lagi untuk meneruskan usaha mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin respons sedikit tentang saranan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan yang kita baca dalam akhbar baru-baru ini bahawa besar kemungkinan oleh kerana keadaan Perang di Iraq dan ada pula penyakit baru daripada Hong Kong dan Taiwan ini dan sebagainya, maka beberapa sektor pelancongan akan terjejas dan antara yang terjejas ialah ejen pelancongan dan sebagainya. Dan beliau mencadangkan bahawa ejen-ejen ini harus memfokuskan kepada pelancongan domestik dan memfokuskan barangkali kepada pasaran pelajar (student). Saya ingat ini adalah satu cadangan yang amat baik, persoalan saya di sini ialah bagaimanakah kementerian-kementerian yang ada dapat disynergieskan untuk mencapai matlamat ini. Misalannya kalau pelajar ini melancong, katakan daripada Kuala Lumpur ke Sabah ataupun ke Sarawak misalannya, dalam pelancongan tersebut kita dapat mencapai matlamat kita untuk integrasi nasional, perpaduan nasional dan sebagainya di samping itu kita dapat mempromosikan lagi pelancongan. Tetapi dalam soal ini, di mana kesungguhan, adakah benar-benar pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan ini memanggil misalannya Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dengan Kementerian Pendidikan untuk membincangkan soal ini, sebab banyak sudah diperkatakan. Saya telah berbincang dengan seorang yang terlibat dalam pelancongan ini dan telah cuba meminta maklumat daripada Kementerian Pendidikan dalam soal pelancongan pelajar, tetapi mengatakan bahawa begitu tidak menggalakkan. Jadi dalam keadaan ekonomi sekarang ini, saya hendak mencadangkan supaya soal-soal ini dapat diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, khususnya dalam soal menyusun semula keutamaan- keutamaan dalam Kementerian Kewangan berhubung dengan projek-projek untuk tahun 2003 ini. Saya difahamkan beberapa letter of intent telah ditarik balik dan sesetengah daripada projek ini adalah projek yang sebenarnya tidak tersenarai dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Ada juga yang tersenarai dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Persoalan saya di sini ialah ada projek yang besar, yang lebih RM200 juta atau RM300 juta tidak tersenarai dalam Rancangan Malaysia Kelapan tetapi dapat juga letter of intent. Sudah dapat letter of intent dia pun memulakan kerja-kerja surveying dan sebagainya, sudah buat kerja survey barangkali sudah membelanja lebih kurang RM300,000 dapat surat ditarik balik. Bagaimana, apa akan jadi kepada penerima pelaksana yang menerima letter of intent ini?. Satu contohnya, Tuan Yang di-Pertua, ialah satu jalan yang melalui kawasan saya sendiri daripada Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) melalui Kiulu sampai ke Ranau yang dianggarkan lebih kurang RM300 juta dan ini pihak pelaksana sudah mendapatkan surat letter of intent tetapi sekarang sudah ditarik balik dan pada sesi bulan Jun yang lalu, saya sudah bertanya di Dewan ini dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya memberitahu saya bahawa ini tidak termasuk dalam Rancangan Malaysia Kelapan, tetapi pada bulan September ada sudah pihak kontraktor yang menerima letter of intent, kadang- kadang ini. Saya amat berterima kasih, sebab sejak tahun 2001 saya telah berjuang meminta supaya jalan ini dibina, sebab ianya amat diperlukan tetapi sekarang ia sudah ditarik balik,
52
64
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 53 persoalannya sekarang ialah apakah masa hadapan projek yang telah ditarik balik, apakah ia akan diteruskan ataupun bagaimana? Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama juga ada projek yang termasuk dalam Rancangan Malaysia Yang Ketujuh, tetapi sehingga pada hari ini belum dilaksanakan, ini yang persoalan kita ini, letter of intent pun belum dapat, yang Rancangan Malaysia Yang Ketujuh, tetapi yang belum masuk dapat letter of intent, jadi barangkali di sini saya ingin minta sedikit penjelasan bagaimana perkara-perkara seperti ini dapat diatasi. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin melihat sedikit dalam soal peranan Lembaga Kemajuan Wilayah dalam pembangunan wilayah dalam segi pembangunan negara kita. Isu di sini ialah peruntukan yang diberikan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar iaitu peruntukan untuk pemodenan desa dan juga peruntukan untuk membina ataupun membangun pusat pertumbuhan desa. Kalau kita lihat tengok dalam belanjawan setiap tahun, peruntukan untuk dua program ini disalurkan melalui Lembaga Kemajuan Wilayah. Persoalannya di sini bagaimana pula dengan negeri-negeri yang tidak mempunyai Lembaga Kemajuan Wilayah, kita ada KEDA, kita ada PERDA, kita ada KEJORA tetapi di Sabah kita ada Tiada Kesedar, Tiada Sabah, Sarawak punya tiada. Bagaimana pula, dari manakah nanti peruntukan- peruntukan untuk pemodenan desa ini disalurkan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Lembaga Kemajuan Wilayah. Saya fikir peranan Lembaga Kemajuan Wilayah ini perlu diperhalusi, dikaji dan bagi tempat-tempat misalannya di Sabah dan di Sarawak ini barangkali dipertimbangkan supaya diadakan juga Lembaga Kemajuan Wilayah di kedua-dua negeri tersebut supaya kita mendapat manfaat seperti mana yang dinikmati oleh negeri-negeri yang mempunyai Lembaga Kemajuan Wilayah selama ini. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali dalam soal pembasmian kemiskinan. Dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja tempoh hari saya telah membawa isu bagaimana kita dapat mencapai sasaran 0.5% kadar kemiskinan menjelang tahun 2005 seperti mana yang disasarkan oleh Rancangan Malaysia Kelapan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menjawab saya dan menyatakan bahawa Unit Perancang Ekonomi telah menjalankan penyiasatan isi rumah di Sabah dan di Sarawak dan telah diselesaikan dalam masa empat bulan sahaja. Pada bulan Mac sehingga bulan Julai iaitu 4 bulan. Persoalan saya ialah dalam masa empat bulan ini dapatkah diselesaikan satu penyiasatan yang perlu mendapatkan maklumat yang terperinci, sebab menurut Rancangan Malaysia Kelapan ini selepas daripada penyiasatan ini akan dilahirkan program-program untuk membasmi kemiskinan secara khusus menurut keadaan sosio-ekonomi di bawah negeri ini iaitu di Sabah dan Sarawak. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Mesyuarat] Saya ingin bertanya sama ada pihak kerajaan nanti akan mengadakan program yang saya nyatakan tadi dan di mana pula nanti agensi yang akan melaksanakan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat cukup. Tuan Wilfred Madius Tangau: Okay, saya hendak gulung. Adakah nanti program ini akan dilaksanakan melalui KPLB ataupun apakah nanti ini akan dilaksanakan oleh agensi-agensi negeri? Dalam soal itu, siapakah nanti yang akan membuat pemantauan. Dan akhir sekali dalam soal kemiskinan ini kita tidak tahu bahawa kerajaan telah membelanjakan begitu banyak peruntukan untuk...
persoalannya sekarang ialah apakah masa hadapan projek yang telah ditarik balik, apakah ia akan diteruskan ataupun bagaimana? Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama juga ada projek yang termasuk dalam Rancangan Malaysia Yang Ketujuh, tetapi sehingga pada hari ini belum dilaksanakan, ini yang persoalan kita ini, letter of intent pun belum dapat, yang Rancangan Malaysia Yang Ketujuh, tetapi yang belum masuk dapat letter of intent, jadi barangkali di sini saya ingin minta sedikit penjelasan bagaimana perkara-perkara seperti ini dapat diatasi. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin melihat sedikit dalam soal peranan Lembaga Kemajuan Wilayah dalam pembangunan wilayah dalam segi pembangunan negara kita. Isu di sini ialah peruntukan yang diberikan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar iaitu peruntukan untuk pemodenan desa dan juga peruntukan untuk membina ataupun membangun pusat pertumbuhan desa. Kalau kita lihat tengok dalam belanjawan setiap tahun, peruntukan untuk dua program ini disalurkan melalui Lembaga Kemajuan Wilayah. Persoalannya di sini bagaimana pula dengan negeri-negeri yang tidak mempunyai Lembaga Kemajuan Wilayah, kita ada KEDA, kita ada PERDA, kita ada KEJORA tetapi di Sabah kita ada Tiada Kesedar, Tiada Sabah, Sarawak punya tiada. Bagaimana pula, dari manakah nanti peruntukan- peruntukan untuk pemodenan desa ini disalurkan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Lembaga Kemajuan Wilayah. Saya fikir peranan Lembaga Kemajuan Wilayah ini perlu diperhalusi, dikaji dan bagi tempat-tempat misalannya di Sabah dan di Sarawak ini barangkali dipertimbangkan supaya diadakan juga Lembaga Kemajuan Wilayah di kedua-dua negeri tersebut supaya kita mendapat manfaat seperti mana yang dinikmati oleh negeri-negeri yang mempunyai Lembaga Kemajuan Wilayah selama ini. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali dalam soal pembasmian kemiskinan. Dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja tempoh hari saya telah membawa isu bagaimana kita dapat mencapai sasaran 0.5% kadar kemiskinan menjelang tahun 2005 seperti mana yang disasarkan oleh Rancangan Malaysia Kelapan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menjawab saya dan menyatakan bahawa Unit Perancang Ekonomi telah menjalankan penyiasatan isi rumah di Sabah dan di Sarawak dan telah diselesaikan dalam masa empat bulan sahaja. Pada bulan Mac sehingga bulan Julai iaitu 4 bulan. Persoalan saya ialah dalam masa empat bulan ini dapatkah diselesaikan satu penyiasatan yang perlu mendapatkan maklumat yang terperinci, sebab menurut Rancangan Malaysia Kelapan ini selepas daripada penyiasatan ini akan dilahirkan program-program untuk membasmi kemiskinan secara khusus menurut keadaan sosio-ekonomi di bawah negeri ini iaitu di Sabah dan Sarawak. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Mesyuarat]. Saya ingin bertanya sama ada pihak kerajaan nanti akan mengadakan program yang saya nyatakan tadi dan di mana pula nanti agensi yang akan melaksanakan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat cukup. Tuan Wilfred Madius Tangau: Okay, saya hendak gulung. Adakah nanti program ini akan dilaksanakan melalui KPLB ataupun apakah nanti ini akan dilaksanakan oleh agensi-agensi negeri? Dalam soal itu, siapakah nanti yang akan membuat pemantauan. Dan akhir sekali dalam soal kemiskinan ini kita tidak tahu bahawa kerajaan telah membelanjakan begitu banyak peruntukan untuk...
53
65
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
54 DR.1.4.2003 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat cukup. Tuan Wilfred Madius Tangau: ...pembasmian kemiskinan. Bagaimana pula dengan mengenal pasti golongan-golongan miskin ? Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukup Yang Berhormat. Tuan Wilfred Madius Tangau: Saya ingin menyokong. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tanah Merah. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Menghulur tangan bersalam dengan Tanah Merah] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Setiu tak payahlah kerana dia bersalam bermakna dia bersetujulah, tak payah. [Ketawa] Tanah Merah. 3.32 ptg. Tuan Saupi bin Daud [Tanah Merah]: Dia wakil pada saya, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi kita semua telah mendengar, terutama sekali saya tertarik kepada Sri Gading bila bercakap tentang serangan Amerika terhadap Iraq. Beliau begitu bersemangat sekali dan telah menggambarkan Bush itu mempunyai tiga sifat termasuklah buta, bisu dan sebagainya. Kita semua memperingati nasib anak-anak, isteri dan juga seluruh kaum keluarga Iraq yang menghadapi masalah perang ini, dan bantuan-bantuan kemanusiaan telah dihantar oleh semua pihak, termasuk yang menyerang sendiri pun menghantar bantuan kemanusiaan. Cuma dalam hal ini saya ingin menarik perhatian kepada keadaan kita di Malaysia sendiri di mana kita juga sedar bahawa di dalam penjara-penjara kita terdapat tahanan- tahanan yang belum tentu mereka ini bersalah, yang mana saya ingin memberi penjelasan dan juga menyokong cadangan yang dibuat oleh Suhakam terutama sekali di dalam membicarakan tahanan-tahanan ISA. Jawatankuasa ini telah mengemukakan satu cadangan yang begitu baik dengan 18 cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan. Salah satu daripada cadangannya yang kontroversi dan mendapat liputan akhbar ialah meminta supaya kerajaan memberi nafkah ataupun bantuan kemanusiaan kepada anak- anak dan kaum keluarga tahanan ISA ini. Hari ini dalam membincangkan peruntukan tambahan berjumlah lebih daripada RM16 bilion, saya rasa perlu juga kita memikirkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Suhakam ini kerana kita tahu bahawa Suhakam ini terbentuk di atas dasar kerajaan untuk menangani, juga membantu dan menyelia hak asasi manusia. Sayangnya kalau kita lihat kepada keputusan yang dibuat oleh mahkamah sendiri pada 6 September 2002 yang telah memutuskan tahanan-tahanan ISA iaitu di bawah Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negara bahawa Ketua Polis Negara tidak sah dan mala fide ataupun berniat jahat terhadap penahanan ISA ini ataupun mangsa-mangsa ISA ini. Mereka tidak dibebaskan sampai ke hari ini. Yang pentingnya ialah saya ingin menyatakan bahawa mungkin walaupun saya tidak bercakap mewakili keluarga mangsa ISA tetapi di atas kesedaran sebagai seorang rakyat yang juga diberi hak untuk menyuarakan hak asasi manusia. Saya rasa cadangan yang diberikan oleh pihak Suhakam ini hendaklah dilihat dan diteliti dengan begitu baik tanpa mempunyai syak wasangka yang tertentu kerana kita melihat bahawa pihak Suhakam telah menyatakan dan menjalankan tugas-tugasnya dengan teliti dan telah membuat siasatan ini memakan masa selama tiga bulan iaitu bermula pada bulan Jun hingga Ogos 2002, dan ia juga dibawa oleh Timbalan Pengerusi Suhakam sendiri, Tan Sri Harun Hashim.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat cukup. Tuan Wilfred Madius Tangau: ...pembasmian kemiskinan. Bagaimana pula dengan mengenal pasti golongan-golongan miskin ? Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukup Yang Berhormat. Tuan Wilfred Madius Tangau: Saya ingin menyokong. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tanah Merah. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Menghulur tangan bersalam dengan Tanah Merah] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Setiu tak payahlah kerana dia bersalam bermakna dia bersetujulah, tak payah. [Ketawa] Tanah Merah. 3.32 ptg. Tuan Saupi bin Daud [Tanah Merah]: Dia wakil pada saya, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi kita semua telah mendengar, terutama sekali saya tertarik kepada Sri Gading bila bercakap tentang serangan Amerika terhadap Iraq. Beliau begitu bersemangat sekali dan telah menggambarkan Bush itu mempunyai tiga sifat termasuklah buta, bisu dan sebagainya. Kita semua memperingati nasib anak-anak, isteri dan juga seluruh kaum keluarga Iraq yang menghadapi masalah perang ini, dan bantuan-bantuan kemanusiaan telah dihantar oleh semua pihak, termasuk yang menyerang sendiri pun menghantar bantuan kemanusiaan. Cuma dalam hal ini saya ingin menarik perhatian kepada keadaan kita di Malaysia sendiri di mana kita juga sedar bahawa di dalam penjara-penjara kita terdapat tahanan- tahanan yang belum tentu mereka ini bersalah, yang mana saya ingin memberi penjelasan dan juga menyokong cadangan yang dibuat oleh Suhakam terutama sekali di dalam membicarakan tahanan-tahanan ISA. Jawatankuasa ini telah mengemukakan satu cadangan yang begitu baik dengan 18 cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan. Salah satu daripada cadangannya yang kontroversi dan mendapat liputan akhbar ialah meminta supaya kerajaan memberi nafkah ataupun bantuan kemanusiaan kepada anak- anak dan kaum keluarga tahanan ISA ini. Hari ini dalam membincangkan peruntukan tambahan berjumlah lebih daripada RM16 bilion, saya rasa perlu juga kita memikirkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Suhakam ini kerana kita tahu bahawa Suhakam ini terbentuk di atas dasar kerajaan untuk menangani, juga membantu dan menyelia hak asasi manusia. Sayangnya kalau kita lihat kepada keputusan yang dibuat oleh mahkamah sendiri pada 6 September 2002 yang telah memutuskan tahanan-tahanan ISA iaitu di bawah Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negara bahawa Ketua Polis Negara tidak sah dan mala fide ataupun berniat jahat terhadap penahanan ISA ini ataupun mangsa-mangsa ISA ini. Mereka tidak dibebaskan sampai ke hari ini. Yang pentingnya ialah saya ingin menyatakan bahawa mungkin walaupun saya tidak bercakap mewakili keluarga mangsa ISA tetapi di atas kesedaran sebagai seorang rakyat yang juga diberi hak untuk menyuarakan hak asasi manusia. Saya rasa cadangan yang diberikan oleh pihak Suhakam ini hendaklah dilihat dan diteliti dengan begitu baik tanpa mempunyai syak wasangka yang tertentu kerana kita melihat bahawa pihak Suhakam telah menyatakan dan menjalankan tugas-tugasnya dengan teliti dan telah membuat siasatan ini memakan masa selama tiga bulan iaitu bermula pada bulan Jun hingga Ogos 2002, dan ia juga dibawa oleh Timbalan Pengerusi Suhakam sendiri, Tan Sri Harun Hashim.
54
66
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 55 Saya merasakan bahawa pihak kerajaan perlu melihat keadaan sebenar kerana kita tahu keadaan setengah-setengah daripada keluarga tahanan ini begitu kabur dari segi pendapatannya dan ada di antara isteri-isteri terpaksa menjual nasi lemak untuk menyara hidup keluarga. Begitu juga kalau kita lihat, saya ingin menyebutkan walaupun Nik Adli adalah anak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, tetapi isterinya terpaksa melaksanakan kerja-kerja sebagai seorang isteri untuk menanggung kehidupan anak-anaknya. Bagi kita, saya rasa suatu perkara yang wajib ke atas kita semua untuk menanggung dan melihat keadaan ini. Saya juga ingin memetik komen daripada Profesor Datuk Mohd. Hamdan, dalam temu ramah yang telah dibuat yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada 9 Mac 2003 di mana beliau juga memberi pendapat bahawa dari segi ekonomi kerajaan bersungguh- sungguh untuk menyelesaikannya tetapi di dalam soal hak asasi manusia iaitu hak berhimpun secara aman, Suhakam sendiri merasakan hak itu wajar diberi. Begitu juga dengan kebebasan media, bukan kebebasan melulu tetapi kebebasan yang bertanggungjawab wajar diberi. Ini adalah suatu pandangan yang ikhlas daripada seorang ahli Suhakam. Kita mengharapkan bahawa pihak kerajaan mempunyai sifat yang telus apabila berdepan dengan negara ataupun berdepan dengan masyarakat luar, hak asasi manusia ini telah digunakan di bawah Suhakam untuk melindungi kerajaan dalam mempertahankan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan. Itu salah satu perkara yang ingin saya perkatakan iaitu tentang pemberian hak asasi dan juga hak bantuan kepada mangsa-mangsa ISA. Jadi, saya minta pihak kementerian sejauh manakah cadangan dan pandangan yang telah dikemukakan oleh pihak Suhakam pada tempoh hari telah didengar, diambil pertimbangan dan juga dibuat cadangan-cadangan kepada pandangan tersebut. Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai program kitar semula. Kitar semula ini saya rasa sudah banyak kali yang dicadangkan, dikempen di dalam TV dan sebagainya tetapi satu pun tidak dilaksanakan di negeri Kelantan, di mana-mana sahaja di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT). Saya pernah menanya kepada pihak kementerian kerana pernah suatu ketika dahulu pihak kementerian telah meluluskan pusat kitar semula di Majlis Daerah Tanah Merah, tetapi akhirnya ditarik balik kerana tidak mempunyai peruntukan, katanya. Saya rasa itu adalah satu alasan yang tidak betul. Takkanlah di dalam meluluskan ataupun membuat perbelanjaan yang besar, program sebagaimana kitar semula ini tidak dapat diluluskan di pihak-pihak berkuasa tempatan terutama sekali di negeri Kelantan. Saya rasa tidak sepatutnya kerajaan bertindak double standard dalam hal ini. Jadi, kita merasakan bahawa perkara-perkara yang begini penting hendaklah diambil tindakan bersama. Yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kita ingin tahu sejauh mana wang rakyat yang dilaporkan, yang diselewengkan oleh bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar berjumlah RM36.7 juta. Adakah dengan perisytiharan oleh pihak UMNO iaitu menyusun semula UMNO Kelantan dengan wajah baru yang dikatakan perubahan telah bermula di Kelantan dengan menurunkan pangkat Timbalan Pengerusi iaitu yang diwakili oleh bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar telah menyelesaikan soal wang rakyat ataupun PRT yang berjumlah RM36.7 juta. Rakyat Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia masih tertanya- tanya supaya kes ini dibawa ke depan dan insya-Allah, sebagaimana kata Dungun tadi supaya orang-orang sahaja tidak memadai diheret ke mahkamah tetapi kita minta supaya pihak atasan ataupun pihak yang terlibat hendaklah dibawa ke muka pengadilan. Yang akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ialah saya ingin menyentuh soal kematian akibat kemalangan di antara kenderaan-kenderaan kecil dengan kenderaan-kenderaan besar. Kita lihat pada hari ini kenderaan-kenderaan besar terutama sekali lori, bas dan sebagainya menghadapi kebebasan seolah-olah kepada pemandunya dan banyak nyawa yang telah diragut di dalam kemalangan-kemalangan besar ini. Saya takut pemandu- pemandu ini adalah merupakan seorang pemandu upahan yang dirancang khas kerana seolah-olah kalau kita lihat banyak kemalangan yang dibuat ataupun yang berlaku ini seolah-olah disengajakan, termasuklah kematian sekeluarga polis di Negeri Sembilan kalau tak silap saya tempoh hari. Mereka ini seolah-olah berlindung di bawah Akta Kesalahan
Saya merasakan bahawa pihak kerajaan perlu melihat keadaan sebenar kerana kita tahu keadaan setengah-setengah daripada keluarga tahanan ini begitu kabur dari segi pendapatannya dan ada di antara isteri-isteri terpaksa menjual nasi lemak untuk menyara hidup keluarga. Begitu juga kalau kita lihat, saya ingin menyebutkan walaupun Nik Adli adalah anak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, tetapi isterinya terpaksa melaksanakan kerja-kerja sebagai seorang isteri untuk menanggung kehidupan anak-anaknya. Bagi kita, saya rasa suatu perkara yang wajib ke atas kita semua untuk menanggung dan melihat keadaan ini. Saya juga ingin memetik komen daripada Profesor Datuk Mohd. Hamdan, dalam temu ramah yang telah dibuat yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada 9 Mac 2003 di mana beliau juga memberi pendapat bahawa dari segi ekonomi kerajaan bersungguh- sungguh untuk menyelesaikannya tetapi di dalam soal hak asasi manusia iaitu hak berhimpun secara aman, Suhakam sendiri merasakan hak itu wajar diberi. Begitu juga dengan kebebasan media, bukan kebebasan melulu tetapi kebebasan yang bertanggungjawab wajar diberi. Ini adalah suatu pandangan yang ikhlas daripada seorang ahli Suhakam. Kita mengharapkan bahawa pihak kerajaan mempunyai sifat yang telus apabila berdepan dengan negara ataupun berdepan dengan masyarakat luar, hak asasi manusia ini telah digunakan di bawah Suhakam untuk melindungi kerajaan dalam mempertahankan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan. Itu salah satu perkara yang ingin saya perkatakan iaitu tentang pemberian hak asasi dan juga hak bantuan kepada mangsa-mangsa ISA. Jadi, saya minta pihak kementerian sejauh manakah cadangan dan pandangan yang telah dikemukakan oleh pihak Suhakam pada tempoh hari telah didengar, diambil pertimbangan dan juga dibuat cadangan-cadangan kepada pandangan tersebut. Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai program kitar semula. Kitar semula ini saya rasa sudah banyak kali yang dicadangkan, dikempen di dalam TV dan sebagainya tetapi satu pun tidak dilaksanakan di negeri Kelantan, di mana-mana sahaja di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT). Saya pernah menanya kepada pihak kementerian kerana pernah suatu ketika dahulu pihak kementerian telah meluluskan pusat kitar semula di Majlis Daerah Tanah Merah, tetapi akhirnya ditarik balik kerana tidak mempunyai peruntukan, katanya. Saya rasa itu adalah satu alasan yang tidak betul. Takkanlah di dalam meluluskan ataupun membuat perbelanjaan yang besar, program sebagaimana kitar semula ini tidak dapat diluluskan di pihak-pihak berkuasa tempatan terutama sekali di negeri Kelantan. Saya rasa tidak sepatutnya kerajaan bertindak double standard dalam hal ini. Jadi, kita merasakan bahawa perkara-perkara yang begini penting hendaklah diambil tindakan bersama. Yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kita ingin tahu sejauh mana wang rakyat yang dilaporkan, yang diselewengkan oleh bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar berjumlah RM36.7 juta. Adakah dengan perisytiharan oleh pihak UMNO iaitu menyusun semula UMNO Kelantan dengan wajah baru yang dikatakan perubahan telah bermula di Kelantan dengan menurunkan pangkat Timbalan Pengerusi iaitu yang diwakili oleh bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar telah menyelesaikan soal wang rakyat ataupun PRT yang berjumlah RM36.7 juta. Rakyat Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia masih tertanya- tanya supaya kes ini dibawa ke depan dan insya-Allah, sebagaimana kata Dungun tadi supaya orang-orang sahaja tidak memadai diheret ke mahkamah tetapi kita minta supaya pihak atasan ataupun pihak yang terlibat hendaklah dibawa ke muka pengadilan. Yang akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ialah saya ingin menyentuh soal kematian akibat kemalangan di antara kenderaan-kenderaan kecil dengan kenderaan-kenderaan besar. Kita lihat pada hari ini kenderaan-kenderaan besar terutama sekali lori, bas dan sebagainya menghadapi kebebasan seolah-olah kepada pemandunya dan banyak nyawa yang telah diragut di dalam kemalangan-kemalangan besar ini. Saya takut pemandu- pemandu ini adalah merupakan seorang pemandu upahan yang dirancang khas kerana seolah-olah kalau kita lihat banyak kemalangan yang dibuat ataupun yang berlaku ini seolah-olah disengajakan, termasuklah kematian sekeluarga polis di Negeri Sembilan kalau tak silap saya tempoh hari. Mereka ini seolah-olah berlindung di bawah Akta Kesalahan.
55
67
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
56 DR.1.4.2003 Jalan Raya ataupun Akta Kesalahan Lalu Lintas dan jumlah yang kita lihat, saya rasa suatu kemalangan jalan raya yang agak besar dalam melibatkan kematian. Umpamanya pada tahun 2001 seluruh.... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat cukup. Tuan Saupi bin Daud: ...jumlah kematian 5,849 orang, tetapi pada 2001 yang melibatkan kenderaan kecil dan kenderaan besar ini kematian 243 orang pada tahun 2001 Pada tahun 2002 juga jumlah yang sama iaitu 244 orang telah terlibat dengan kematian... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa cukup Yang Berhormat. Tuan Saupi bin Daud: ... yang melibatkan kenderaan kecil dan besar. Jadi, saya minta pihak kementerian dan kerajaan kalau boleh melaksanakan undang-undang yang lebih ketat sebagaimana yang diharapkan oleh seluruh rakyat negara ini di dalam menangani masalah ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terima kasih. Selangau. 3.43 ptg. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh [Selangau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, nampaknya tak dapat kesemua cakap hari ini kerana Menteri menjawab. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: Saya sudah lama tunggu. Saya ucapkan banyak terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2002) 2003 di peringkat dasar. Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah, kita bersyukur kepada Tuhan oleh kerana negara kita aman dan makmur, rakyat yang berbilang kaum, agama, kebudayaan dapat hidup satu rumpun keluarga Malaysia yang begitu harmoni di bawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional sekarang. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama telah bersimpati dengan rakyat di negara Iraq yang sedang diperangi oleh Amerika Syarikat. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa sangat terhad saya hanya menyentuh beberapa perkara sahaja yang saya fikir penting bagi rakyat di kawasan Selangau dan sebagainya. Pertama, saya ingin menyentuh pelaksanaan projek pre-emptive. Rakyat di kawasan luar bandar keseluruhannya terutamanya di kawasan luar bandar di negeri Sarawak memang mengucapkan banyak terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana telah mengagihkan peruntukan pre-emptive kepada pembangunan di kawasan luar bandar. Walaupun demikian, oleh kerana negeri Sarawak negeri yang terbesar di Malaysia di mana lojistiknya kawasan besar, saya harap kalau tahun ini insya-Allah, kita ada projek pre-emptive, saya bercadang bahawa projek ini dapat dilaksanakan dengan awalnya. Tidak seperti tahun dahulu di mana projek ini dilaksanakan pada penghujung tahun dalam November dan Disember. Oleh kerana negeri Sarawak musim itu dilanda oleh musim tengkujuh atau hujan, kebanyakan projek ini tidak dapat dibuat dalam dua bulan yang begitu singkat. Jadi, saya harap projek ini dapat diberi lebih awal, sekurang-kurangnya dalam bulan Jun ataupun penghujung bulan Ogos selewat-lewatnya dibuat pada tahun ini. Dan juga saya mencadangkan projek ini patut diagihkan dengan banyak lagi kepada kawasan- kawasan luar bandar di Sarawak memandangkan negeri Sarawak yang besar dan dari segi kemudahan infrastrukturnya seperti jalan-jalan kampung, jalan-jalan rumah panjang atau jalan-jalan yang menghubungi sekolah masih berkurangan kalau dibandingkan dengan negeri-negeri atau kampung-kampung yang berada di Semenanjung Malaysia.
Jalan Raya ataupun Akta Kesalahan Lalu Lintas dan jumlah yang kita lihat, saya rasa suatu kemalangan jalan raya yang agak besar dalam melibatkan kematian. Umpamanya pada tahun 2001 seluruh.... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat cukup. Tuan Saupi bin Daud: ...jumlah kematian 5,849 orang, tetapi pada 2001 yang melibatkan kenderaan kecil dan kenderaan besar ini kematian 243 orang pada tahun 2001 Pada tahun 2002 juga jumlah yang sama iaitu 244 orang telah terlibat dengan kematian... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa cukup Yang Berhormat. Tuan Saupi bin Daud: ... yang melibatkan kenderaan kecil dan besar. Jadi, saya minta pihak kementerian dan kerajaan kalau boleh melaksanakan undang-undang yang lebih ketat sebagaimana yang diharapkan oleh seluruh rakyat negara ini di dalam menangani masalah ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terima kasih. Selangau. 3.43 ptg. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh [Selangau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, nampaknya tak dapat kesemua cakap hari ini kerana Menteri menjawab. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: Saya sudah lama tunggu. Saya ucapkan banyak terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2002) 2003 di peringkat dasar. Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah, kita bersyukur kepada Tuhan oleh kerana negara kita aman dan makmur, rakyat yang berbilang kaum, agama, kebudayaan dapat hidup satu rumpun keluarga Malaysia yang begitu harmoni di bawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional sekarang. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama telah bersimpati dengan rakyat di negara Iraq yang sedang diperangi oleh Amerika Syarikat. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa sangat terhad saya hanya menyentuh beberapa perkara sahaja yang saya fikir penting bagi rakyat di kawasan Selangau dan sebagainya. Pertama, saya ingin menyentuh pelaksanaan projek pre-emptive. Rakyat di kawasan luar bandar keseluruhannya terutamanya di kawasan luar bandar di negeri Sarawak memang mengucapkan banyak terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana telah mengagihkan peruntukan pre-emptive kepada pembangunan di kawasan luar bandar. Walaupun demikian, oleh kerana negeri Sarawak negeri yang terbesar di Malaysia di mana lojistiknya kawasan besar, saya harap kalau tahun ini insya-Allah, kita ada projek pre-emptive, saya bercadang bahawa projek ini dapat dilaksanakan dengan awalnya. Tidak seperti tahun dahulu di mana projek ini dilaksanakan pada penghujung tahun dalam November dan Disember. Oleh kerana negeri Sarawak musim itu dilanda oleh musim tengkujuh atau hujan, kebanyakan projek ini tidak dapat dibuat dalam dua bulan yang begitu singkat. Jadi, saya harap projek ini dapat diberi lebih awal, sekurang-kurangnya dalam bulan Jun ataupun penghujung bulan Ogos selewat-lewatnya dibuat pada tahun ini. Dan juga saya mencadangkan projek ini patut diagihkan dengan banyak lagi kepada kawasan- kawasan luar bandar di Sarawak memandangkan negeri Sarawak yang besar dan dari segi kemudahan infrastrukturnya seperti jalan-jalan kampung, jalan-jalan rumah panjang atau jalan-jalan yang menghubungi sekolah masih berkurangan kalau dibandingkan dengan negeri-negeri atau kampung-kampung yang berada di Semenanjung Malaysia.
56
68
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 57 Tuan Yang di-Pertua, yang kedua saya juga ingin menyentuh Kementerian Pendidikan. Banyak sekolah di negeri Sarawak atau di kawasan-kawasan luar bandar iaitu belum mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, telefon dan sebagainya. Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak apa Yang Berhormat, dia hendak bercakap. Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk] Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: Dan lebih-lebih lagi….. Jangan pujilah. Ini floor saya. Lebih-lebih lagi di kawasan saya, tempoh hari ada sebuah sekolah yang bernama Sekolah Rendah Iban Union di kawasan ‘Ulu Arip’ di daerah Selangau telah terbakar dan mengorbankan lebih kurang 5 orang murid. Jadi, saya harap sekolah-sekolah seperti di kawasan luar bandar itu dibekalkan sekurang-kurangnya dengan pemadam api atau pemancut air, water pump dan sebagainya. Begitu juga bukan hanya dibekalkan dengan pemadam api sahaja, saya harap guru-guru di sekolah itu dilatih atau diberi kursus supaya mereka tahu bagaimana cara untuk menggunakan alat-alat seperti yang berikut. Selain daripada itu juga saya telah mengemukakan beberapa perkara yang agak spesifik berkenaan dengan dua buah daerah di kawasan saya, Selangau, sebuah daerah baru di Selangau dan juga daerah Tatau, di mana dua buah daerah ini pada dua tahun yang lepas telah terbakar melibatkan lebih kurang 30 buah kedai. Kedua-dua daerah ini agak jauh dari bahagian Bintulu di daerah Tatau, lebih kurang 70 kilometer dari bahagian Bintulu di mana Balai Bomba Bintulu tidak dapat menolong mereka atau tidak dapat membantu oleh kerana hendak pergi ke daerah Tatau mengambil masa lebih 40 minit dengan land cruiser. Bila mereka datang ke tempat itu, kesemua kedai yang 30 buah itu telah terbakar. Begitu juga di kawasan saya, Selangau, lebih kurang 80 kilometer dari bandar Sibu di mana di Sibu mempunyai balai bomba tetapi di Selangau tidak ada. Jadi, mengambil masa lebih kurang 1 jam baru pegawai-pegawai bomba dari Sibu datang ke Selangau. Jadi, apabila mereka datang ke tempat itu pun begitu juga. Jadi, saya minta supaya dua daerah kecil itu dibekalkan dengan balai bomba dan sebagainya. Selain daripada itu juga, saya masih di tajuk atau topik Kementerian Pendidikan tadi berkenaan dengan kolej komuniti. Memang rakyat di kawasan luar bandar berterima kasih kepada kerajaan yang begitu membuat polisi dan mereka menunggu-nunggu supaya kolej komuniti itu dapat dibina di tiap-tiap kawasan Parlimen di seluruh Malaysia iaitu 193 kawasan Parlimen. Tetapi saya memang setuju dengan Yang Berhormat bagi Tambun yang menyatakan bahawa di Semenanjung ini, oleh kerana kawasan Parlimen agak kecil sedikit, jadi kolej komuniti dapat dibina dan digabungkan dan kalau kawasan Parlimen itu kecil, tiga kawasan dapat sebuah kolej komuniti sahaja. Tetapi di Sarawak, kawasan Parlimen dekat sebesar dengan sebuah negeri. Misalnya di Selangau, kawasan Parlimen saya fikir lebih besar daripada negeri Pahang, di mana ia pun jauh daripada sekolah-sekolah teknik dan vokasional dan kebanyakan murid- murid lepasan sekolah SPM dan PMR yang tidak bekerja, mereka susah untuk mencari tempat belajar atau kursus mengambil bahagian dalam bidang teknikal. Jadi, saya harap kolej komuniti ini akan dibina dengan cepat di kawasan-kawasan yang memerlukan seperti kawasan-kawasan luar bandar di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, di Sarawak kebanyakan kawasan Parlimen yang 28 itu adalah kawasan luar bandar. Kalau saya tidak silap, hanya dua buah kawasan sahaja yang di dalam bandar iaitu Parlimen Kuching dan Parlimen Sibu. Yang lain semua kawasan luar bandar seperti Batang Lupar, Lubok Antu, Kapit, Baram dan sebagainya. Saya juga ingin bertanya kepada kementerian, oleh kerana tempoh hari saya difahamkan bahawa kolej komuniti ini hanya dapat dibina di sebuah tanah iaitu kepunyaan
Tuan Yang di-Pertua, yang kedua saya juga ingin menyentuh Kementerian Pendidikan. Banyak sekolah di negeri Sarawak atau di kawasan-kawasan luar bandar iaitu belum mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, telefon dan sebagainya. Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak apa Yang Berhormat, dia hendak bercakap. Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: Dan lebih-lebih lagi..... Jangan pujilah. Ini floor saya. Lebih-lebih lagi di kawasan saya, tempoh hari ada sebuah sekolah yang bernama Sekolah Rendah Iban Union di kawasan 'Ulu Arip' di daerah Selangau telah terbakar dan mengorbankan lebih kurang 5 orang murid. Jadi, saya harap sekolah-sekolah seperti di kawasan luar bandar itu dibekalkan sekurang-kurangnya dengan pemadam api atau pemancut air, water pump dan sebagainya. Begitu juga bukan hanya dibekalkan dengan pemadam api sahaja, saya harap guru-guru di sekolah itu dilatih atau diberi kursus supaya mereka tahu bagaimana cara untuk menggunakan alat-alat seperti yang berikut. Selain daripada itu juga saya telah mengemukakan beberapa perkara yang agak spesifik berkenaan dengan dua buah daerah di kawasan saya, Selangau, sebuah daerah baru di Selangau dan juga daerah Tatau, di mana dua buah daerah ini pada dua tahun yang lepas telah terbakar melibatkan lebih kurang 30 buah kedai. Kedua-dua daerah ini agak jauh dari bahagian Bintulu di daerah Tatau, lebih kurang 70 kilometer dari bahagian Bintulu di mana Balai Bomba Bintulu tidak dapat menolong mereka atau tidak dapat membantu oleh kerana hendak pergi ke daerah Tatau mengambil masa lebih 40 minit dengan land cruiser. Bila mereka datang ke tempat itu, kesemua kedai yang 30 buah itu telah terbakar. Begitu juga di kawasan saya, Selangau, lebih kurang 80 kilometer dari bandar Sibu di mana di Sibu mempunyai balai bomba tetapi di Selangau tidak ada. Jadi, mengambil masa lebih kurang 1 jam baru pegawai-pegawai bomba dari Sibu datang ke Selangau. Jadi, apabila mereka datang ke tempat itu pun begitu juga. Jadi, saya minta supaya dua daerah kecil itu dibekalkan dengan balai bomba dan sebagainya. Selain daripada itu juga, saya masih di tajuk atau topik Kementerian Pendidikan tadi berkenaan dengan kolej komuniti. Memang rakyat di kawasan luar bandar berterima kasih kepada kerajaan yang begitu membuat polisi dan mereka menunggu-nunggu supaya kolej komuniti itu dapat dibina di tiap-tiap kawasan Parlimen di seluruh Malaysia iaitu 193 kawasan Parlimen. Tetapi saya memang setuju dengan Yang Berhormat bagi Tambun yang menyatakan bahawa di Semenanjung ini, oleh kerana kawasan Parlimen agak kecil sedikit, jadi kolej komuniti dapat dibina dan digabungkan dan kalau kawasan Parlimen itu kecil, tiga kawasan dapat sebuah kolej komuniti sahaja. Tetapi di Sarawak, kawasan Parlimen dekat sebesar dengan sebuah negeri. Misalnya di Selangau, kawasan Parlimen saya fikir lebih besar daripada negeri Pahang, di mana ia pun jauh daripada sekolah-sekolah teknik dan vokasional dan kebanyakan murid- murid lepasan sekolah SPM dan PMR yang tidak bekerja, mereka susah untuk mencari tempat belajar atau kursus mengambil bahagian dalam bidang teknikal. Jadi, saya harap kolej komuniti ini akan dibina dengan cepat di kawasan-kawasan yang memerlukan seperti kawasan-kawasan luar bandar di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, di Sarawak kebanyakan kawasan Parlimen yang 28 itu adalah kawasan luar bandar. Kalau saya tidak silap, hanya dua buah kawasan sahaja yang di dalam bandar iaitu Parlimen Kuching dan Parlimen Sibu. Yang lain semua kawasan luar bandar seperti Batang Lupar, Lubok Antu, Kapit, Baram dan sebagainya. Saya juga ingin bertanya kepada kementerian, oleh kerana tempoh hari saya difahamkan bahawa kolej komuniti ini hanya dapat dibina di sebuah tanah iaitu kepunyaan.
57
69
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
58 DR.1.4.2003 kerajaan, state land. Jadi, dikebanyakan kawasan Parlimen luar bandar tidak mempunyai state land atau tanah kerajaan. Kebanyakannya dipunyai oleh tanah NCR yang bernama tanah bumiputera, di mana tidak ada state land dan saya harap diberi kelonggaran syarat supaya syarat-syarat itu dapat dipertimbangkan supaya kolej komuniti ini dapat dibina di kawasan luar bandar yang tidak ada tanah kerajaan. Memang tidak ramai orang hendak memberi tanah sebab kawasan yang diguna untuk pembinaan kolej itu sekurang-kurangnya 10 atau 15 ekar. Jadi, di kawasan Selangau…. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis Yang Berhormat. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: Jadi, di kawasan Selangau, untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, rakyat Selangau rela untuk memberi lebih kurang 15 ekar tanah kepada kerajaan untuk pendidikan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, masa sudah habis Yang Berhormat. Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: Jadi, untuk menggulung sedikit. Jadi, untuk menggulungnya saya harap…. Beberapa Ahli: [Menyampuk] Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: Belumlah, sedikitlah. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Biar dia hendak menggulung. Cepat Yang Berhormat. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: Jadi, saya harap projek-projek pre-emptive dan projek-projek anggaran perbelanjaan, kita dapat mengenal pasti untuk dibelanjakan dengan sebaiknya. Saya menyokong. Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Jeli, Jeli, Jeli. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya hanya membenarkan mungkin dua orang sahaja. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Allah! Bagi chance kepada semua, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Kalau benar terlalu lama dan kemudian kalau ada apa yang tidak disentuh, bolehlah tanya semasa menjawab. [Disampuk] Itu pandangan sayalah sebab kita tidak cukup masa. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Kata menteri jawab esok. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak apalah, hari ini mesti habiskan. [Disampuk] Walau bagaimanapun, walaupun dunia hendak kiamat, menteri jawab hari ini. [Ketawa] Bukit Mertajam. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Sampai malamlah, Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Bukit Mertajam, dia seorang perempuan. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Buat malamlah. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Bukit Mertajam. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Buat malam, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha.
kerajaan, state land. Jadi, dikebanyakan kawasan Parlimen luar bandar tidak mempunyai state land atau tanah kerajaan. Kebanyakannya dipunyai oleh tanah NCR yang bernama tanah bumiputera, di mana tidak ada state land dan saya harap diberi kelonggaran syarat supaya syarat-syarat itu dapat dipertimbangkan supaya kolej komuniti ini dapat dibina di kawasan luar bandar yang tidak ada tanah kerajaan. Memang tidak ramai orang hendak memberi tanah sebab kawasan yang diguna untuk pembinaan kolej itu sekurang-kurangnya 10 atau 15 ekar. Jadi, di kawasan Selangau.... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis Yang Berhormat. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: Jadi, di kawasan Selangau, untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, rakyat Selangau rela untuk memberi lebih kurang 15 ekar tanah kepada kerajaan untuk pendidikan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, masa sudah habis Yang Berhormat. Beberapa Ahli: [Bangun]. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: Jadi, untuk menggulung sedikit. Jadi, untuk menggulungnya saya harap.... Beberapa Ahli: [Menyampuk]. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: Belumlah, sedikitlah. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Biar dia hendak menggulung. Cepat Yang Berhormat. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: Jadi, saya harap projek-projek pre-emptive dan projek-projek anggaran perbelanjaan, kita dapat mengenal pasti untuk dibelanjakan dengan sebaiknya. Saya menyokong. Beberapa Ahli: [Bangun]. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Jeli, Jeli, Jeli. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya hanya membenarkan mungkin dua orang sahaja. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Allah! Bagi chance kepada semua, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kalau benar terlalu lama dan kemudian kalau ada apa yang tidak disentuh, bolehlah tanya semasa menjawab. [Disampuk] Itu pandangan sayalah sebab kita tidak cukup masa. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Kata menteri jawab esok. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak apalah, hari ini mesti habiskan. [Disampuk] Walau bagaimanapun, walaupun dunia hendak kiamat, menteri jawab hari ini. [Ketawa] Bukit Mertajam. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Sampai malamlah, Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Bukit Mertajam, dia seorang perempuan. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Buat malamlah. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Bukit Mertajam. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Buat malam, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha.
58
70
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 59 Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih. Puan Chong Eng: Hei, Bukit Mertajamlah. [Ketawa] 5.53 ptg. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya beberapa soalan tentang SARS, Severe Acute Respiratory Syndrome. Walaupun nanti Timbalan Menteri Kewangan yang akan jawab tetapi saya rasa tentu ada pegawai daripada Kementerian Kesihatan yang ada di sini. Surat khabar semalam dalam semua surat khabar Cina, pada front pagenya ialah mengenai ada tiga orang yang sudah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur dan juga Hospital Universiti yang dikatakan, disyaki menghidap SARS. Tetapi kita lihat masih ada yang mengatakan tidak ada SARS, Malaysia free from SARS. Ini The Star [Menunjukkan satu keratan akhbar] tetapi The Star pun kurang keyakinan kerana dia put in the inverted commas, kerana sampai hari semalam, dengan izin, ‘41 notification to our operation center from March 18 until yesterday’. Ini ialah yang dikatakan oleh Director General of Health, Dato’ Dr. Mohamad Taha. Dikatakan di Perak, di Hospital Ipoh pun ada empat kes. Di Johor, dilaporkan oleh NST, ada seorang yang disyaki menghidap SARS dan juga dikatakan semua hospital diarah mempunyai isolation wards for major hospital. Hospital Taiping telah bersedia untuk membeli kontena supaya kalau ada kes SARS, dia akan membeli kontena dan menjadikannya sebagai isolation wards. Tetapi pagi ini, semua surat khabar telah menukar front pagenya kerana diarah oleh Menteri Kesihatan, jangan menyiarkan berita SARS pada front pagenya. Saya ingin mendapat klarifikasi daripada Menteri. Hari ini dia tidak ada di sini. Dia pergi ke Johor untuk mengadakan satu tesis mengenai, saya rasa mengenai SARS. Saya rasa beliau perlu datang ke sini. Kalau tidak hari ini, hari esok [Tepuk] supaya dapat memberi satu laporan yang lebih jelas. [Disampuk] Ini tempat yang tepat supaya kita semua mendapat penjelasan yang jelas. Saya ingin bertanya, apakah perbezaan di antara suspected case dan notification? Kalau mereka bukan disyaki menghidap penyakit SARS ini, mengapa perlu dinotify kepada operation center? Why? Dan bolehkah kementerian memberi penjelasan, daripada 41 notification ini, ada berapa di antaranya mempunyai tiga sindrom iaitu mereka mempunyai demam yang melebihi 38 darjah Celcius, mempunyai sindrom kesukaran bernafas dan batuk kerana ketiga sindrom ini ialah yang dikatakan oleh WHO. Kalau mempunyai ketiga- tiga sindrom ini, itu ialah suspect SARS case. Sampai hari semalam, kementerian masih mengatakan tidak ada confirm case. Saya ingin bertanya bagaimana SARS ini diconfirm? Dia kata tidak ada orang yang mati kerana SARS. Kalau mengikut fahaman saya pun, tidak ada orang mati kerana AIDS kerana penyakit AIDS ini bukan mati kerana AIDS, tetapi kerana daya ketahanannya sudah kurang dan apa jua penyakit boleh mengakibatkan maut kepada beliau. Jadi, adakah ada orang akan mati kerana SARS ataupun kerana penyakit yang lain seperti mungkin jantung. Jadi, saya ingin tahu bagaimana hendak membuat confirmation dia adalah mati kerana SARS? Is that death a cause of SARS? Orang HIV tidak akan mati kerana HIV atau kerana AIDS. Saya juga mendapati bahawa window period iaitu masa dia dijangkiti hingga masa dia akan ada sindrom adalah 14 hari untuk SARS. Untuk HIV adalah tiga bulan. Pada waktu ini, orang yang dijangkiti mungkin dia sendiri tidak tahu dia telah dijangkiti tetapi dia boleh menjangkiti orang lain. Jadi, beberapa negara telah mengadakan measure iaitu kalau penduduk mereka datang ataupun balik dari tempat-tempat atau negara-negara yang high risk seperti Hong Kong, Kwangtung, Beijing atau Hanoi, mereka akan disuruh duduk di rumah, jangan pergi
Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih. Puan Chong Eng: Hei, Bukit Mertajamlah. [Ketawa]. 5.53 ptg. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya beberapa soalan tentang SARS, Severe Acute Respiratory Syndrome. Walaupun nanti Timbalan Menteri Kewangan yang akan jawab tetapi saya rasa tentu ada pegawai daripada Kementerian Kesihatan yang ada di sini. Surat khabar semalam dalam semua surat khabar Cina, pada front pagenya ialah mengenai ada tiga orang yang sudah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur dan juga Hospital Universiti yang dikatakan, disyaki menghidap SARS. Tetapi kita lihat masih ada yang mengatakan tidak ada SARS, Malaysia free from SARS. Ini The Star [Menunjukkan satu keratan akhbar] tetapi The Star pun kurang keyakinan kerana dia put in the inverted commas, kerana sampai hari semalam, dengan izin, '41 notification to our operation center from March 18 until yesterday'. Ini ialah yang dikatakan oleh Director General of Health, Dato' Dr. Mohamad Taha. Dikatakan di Perak, di Hospital Ipoh pun ada empat kes. Di Johor, dilaporkan oleh NST, ada seorang yang disyaki menghidap SARS dan juga dikatakan semua hospital diarah mempunyai isolation wards for major hospital. Hospital Taiping telah bersedia untuk membeli kontena supaya kalau ada kes SARS, dia akan membeli kontena dan menjadikannya sebagai isolation wards. Tetapi pagi ini, semua surat khabar telah menukar front pagenya kerana diarah oleh Menteri Kesihatan, jangan menyiarkan berita SARS pada front pagenya. Saya ingin mendapat klarifikasi daripada Menteri. Hari ini dia tidak ada di sini. Dia pergi ke Johor untuk mengadakan satu tesis mengenai, saya rasa mengenai SARS. Saya rasa beliau perlu datang ke sini. Kalau tidak hari ini, hari esok [Tepuk] supaya dapat memberi satu laporan yang lebih jelas. [Disampuk] Ini tempat yang tepat supaya kita semua mendapat penjelasan yang jelas. Saya ingin bertanya, apakah perbezaan di antara suspected case dan notification? Kalau mereka bukan disyaki menghidap penyakit SARS ini, mengapa perlu dinotify kepada operation center? Why? Dan bolehkah kementerian memberi penjelasan, daripada 41 notification ini, ada berapa di antaranya mempunyai tiga sindrom iaitu mereka mempunyai demam yang melebihi 38 darjah Celcius, mempunyai sindrom kesukaran bernafas dan batuk kerana ketiga sindrom ini ialah yang dikatakan oleh WHO. Kalau mempunyai ketiga- tiga sindrom ini, itu ialah suspect SARS case. Sampai hari semalam, kementerian masih mengatakan tidak ada confirm case. Saya ingin bertanya bagaimana SARS ini diconfirm? Dia kata tidak ada orang yang mati kerana SARS. Kalau mengikut fahaman saya pun, tidak ada orang mati kerana AIDS kerana penyakit AIDS ini bukan mati kerana AIDS, tetapi kerana daya ketahanannya sudah kurang dan apa jua penyakit boleh mengakibatkan maut kepada beliau. Jadi, adakah ada orang akan mati kerana SARS ataupun kerana penyakit yang lain seperti mungkin jantung. Jadi, saya ingin tahu bagaimana hendak membuat confirmation dia adalah mati kerana SARS? Is that death a cause of SARS? Orang HIV tidak akan mati kerana HIV atau kerana AIDS. Saya juga mendapati bahawa window period iaitu masa dia dijangkiti hingga masa dia akan ada sindrom adalah 14 hari untuk SARS. Untuk HIV adalah tiga bulan. Pada waktu ini, orang yang dijangkiti mungkin dia sendiri tidak tahu dia telah dijangkiti tetapi dia boleh menjangkiti orang lain. Jadi, beberapa negara telah mengadakan measure iaitu kalau penduduk mereka datang ataupun balik dari tempat-tempat atau negara-negara yang high risk seperti Hong Kong, Kwangtung, Beijing atau Hanoi, mereka akan disuruh duduk di rumah, jangan pergi.
59
71
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
60 DR.1.4.2003 ke mana-mana sehingga sepuluh hari. Kalau tidak ada tanda-tanda SARS, barulah mereka bebas bergerak. Ada pihak Singapura mengatakan bahawa SARS ini dijangkiti melalui close contact tetapi di Hong Kong, WHO tidak begitu pasti, mereka kata di Amoy Apartment telah kuarantin semua penduduk di situ…. Puan Fong Po Kuan: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Kenapa Yang Berhormat berdiri? Puan Chong Eng: ….kerana di Amoy Apartment ini, ramai orang dijangkiti dalam masa yang singkat. Adakah dia mungkin dijangkiti melalui airborne, udara. Kalau dia dijangkiti melalui udara, we are all in trouble kerana ini mungkin hanya di peringkat permulaan sahaja dan Singapura telah mengambil langkah supaya semua penumpang yang datang dari Hanoi, Kwangtung dan Hong Kong, mereka mesti diperiksa sebelum mereka masuk ke Singapura. Kalau didapati mereka mempunyai demam yang tinggi mereka terus di kuarantin di hospital. Begitu juga Hong Kong dan Amerika. Di Australia walaupun belum ada SARS case lagi.. Puan Fong Po Kuan: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, hendak minta jalan Yang Berhormat? Ya, ada yang minta jalan, Yang Berhormat. Puan Chong Eng: Okey. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, Batu Gajah ya. Puan Fong Po Kuan: Terima kasih Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam. Kalau kita tengok laporan surat khabar hari ini berkenaan kes SARS yang dilaporkan oleh Star dan New Straits Times. The Star melaporkan, “There have been no SARS cases, no suspected SARS cases or death caused by SARS.” Tetapi di NST berlainan pula. NST menyatakan bahawa terdapat 41 suspected cases dilaporkan, dikatakan oleh yang sama. Apakah keadaan di Ipoh sekarang? Empat telah dimasukkan ke hospital, suspected case tetapi laporan Star kata tidak ada, NST kata ada suspected. Sekarang, begitu risau sekali Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam, di Ipoh dan Teluk Intan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, persoalan Yang Berhormat. Puan Fong Po Kuan: Jadi apakah pandangan Yang Berhormat kalau kerajaan berterusan menutup maklumat berkenaan SARS ini, ia akan mengakibatkan kehilangan kredibiliti terhadap kementerian dan kerajaan. Sekarang orang sudah tidak percaya kerana tidak ambil kisah. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis, kalau jawab yang ini, habis Yang Berhormat. Puan Chong Eng: Terima kasih Yang Berhormat bagi Batu Gajah. Apa yang dimalukan ialah perkataan di antara Star dan NST kerana Star kata 41 notification tetapi NST katakan 41 suspected cases. Saya rasa ini adalah sama sahaja, notification means you suspect then you notify. So ini adalah sama sahaja tetapi Star kerana Menteri Kesihatan dari MCA jadi dia lebih careful, lebih cermat sedikit. [Ketawa] Dia pun cermat sedikitlah. Jadi di Australia belum ada any suspected of SARS case tetapi Australia telah mengambil langkah melarang sesiapa yang disyaki dijangkiti oleh SARS ini, jangan masuk Australia dan juga ada negara-negara yang lain, kalau dikatakan penduduk negara dia pun kalau telah dijangkiti di mana-mana negara, Singapura, Hong Kong atau China, beritahu mereka rawat di situ, jangan balik ke negara dia supaya penyakit ini tidak merebak. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis, Yang Berhormat.
ke mana-mana sehingga sepuluh hari. Kalau tidak ada tanda-tanda SARS, barulah mereka bebas bergerak. Ada pihak Singapura mengatakan bahawa SARS ini dijangkiti melalui close contact tetapi di Hong Kong, WHO tidak begitu pasti, mereka kata di Amoy Apartment telah kuarantin semua penduduk di situ.... Puan Fong Po Kuan: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kenapa Yang Berhormat berdiri?. Puan Chong Eng: ....kerana di Amoy Apartment ini, ramai orang dijangkiti dalam masa yang singkat. Adakah dia mungkin dijangkiti melalui airborne, udara. Kalau dia dijangkiti melalui udara, we are all in trouble kerana ini mungkin hanya di peringkat permulaan sahaja dan Singapura telah mengambil langkah supaya semua penumpang yang datang dari Hanoi, Kwangtung dan Hong Kong, mereka mesti diperiksa sebelum mereka masuk ke Singapura. Kalau didapati mereka mempunyai demam yang tinggi mereka terus di kuarantin di hospital. Begitu juga Hong Kong dan Amerika. Di Australia walaupun belum ada SARS case lagi.. Puan Fong Po Kuan: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, hendak minta jalan Yang Berhormat? Ya, ada yang minta jalan, Yang Berhormat. Puan Chong Eng: Okey. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, Batu Gajah ya. Puan Fong Po Kuan: Terima kasih Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam. Kalau kita tengok laporan surat khabar hari ini berkenaan kes SARS yang dilaporkan oleh Star dan New Straits Times. The Star melaporkan, "There have been no SARS cases, no suspected SARS cases or death caused by SARS." Tetapi di NST berlainan pula. NST menyatakan bahawa terdapat 41 suspected cases dilaporkan, dikatakan oleh yang sama. Apakah keadaan di Ipoh sekarang? Empat telah dimasukkan ke hospital, suspected case tetapi laporan Star kata tidak ada, NST kata ada suspected. Sekarang, begitu risau sekali Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam, di Ipoh dan Teluk Intan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, persoalan Yang Berhormat. Puan Fong Po Kuan: Jadi apakah pandangan Yang Berhormat kalau kerajaan berterusan menutup maklumat berkenaan SARS ini, ia akan mengakibatkan kehilangan kredibiliti terhadap kementerian dan kerajaan. Sekarang orang sudah tidak percaya kerana tidak ambil kisah. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis, kalau jawab yang ini, habis Yang Berhormat. Puan Chong Eng: Terima kasih Yang Berhormat bagi Batu Gajah. Apa yang dimalukan ialah perkataan di antara Star dan NST kerana Star kata 41 notification tetapi NST katakan 41 suspected cases. Saya rasa ini adalah sama sahaja, notification means you suspect then you notify. So ini adalah sama sahaja tetapi Star kerana Menteri Kesihatan dari MCA jadi dia lebih careful, lebih cermat sedikit. [Ketawa] Dia pun cermat sedikitlah. Jadi di Australia belum ada any suspected of SARS case tetapi Australia telah mengambil langkah melarang sesiapa yang disyaki dijangkiti oleh SARS ini, jangan masuk Australia dan juga ada negara-negara yang lain, kalau dikatakan penduduk negara dia pun kalau telah dijangkiti di mana-mana negara, Singapura, Hong Kong atau China, beritahu mereka rawat di situ, jangan balik ke negara dia supaya penyakit ini tidak merebak. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis, Yang Berhormat.
60
72
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 61 Puan Chong Eng: Jadi saya hendak menyeru kerajaan supaya telus dalam berita mengenai SARS ini kerana hanya rakyat kalau mendapat maklumat yang betul, mereka boleh menjaga diri sendiri. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup, Yang Berhormat. Puan Chong Eng: Kerajaan tidak dapat menjaga atau melindungi semua rakyat. Hanya rakyat yang boleh melindungi diri sendiri tetapi kita memerlukan maklumat yang tepat dan betul. Jadi, saya harap kerajaan akan menyiarkan semua berita mengenai situasi yang sebenarnya melalui radio, TV dan juga surat khabar. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi Sipitang, lepas itu Menteri menjawab. Sipitang. 4.04 ptg. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob [Sipitang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kesan perang masih berterusan. Hari ini hari ke-13 serangan atau pencerobohan terhadap Iraq. Yang kita lihat, yang pastinya ialah berlaku kematian baik di pihak tentera Iraq dan juga tentera penceroboh dan kemusnahan bangunan serta harta benda dan juga penderitaan… Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun dan bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dasar Yang Berhormat, dasar Yang Berhormat. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Sabarlah! Penderitaan di kalangan rakyat Iraq dan juga tentera yang menceroboh dan juga tentera Iraq. Walaupun Presiden Bush mengatakan akan menakluki Iraq dalam 48 jam tetapi bila kita melihat, ia sudah hari ke-13, lebih daripada itu. Mungkin 48 hari atau 48 bulan. [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, yang menjadi kerisauan kita ialah berapa lamakah lagi perang ini atau pencerobohan ini akan berakhir? Seharusnya Amerika telah melihat kerosakan yang banyak sepatutnya menghentikan serangan ini dan dengarlah rintihan rakyat di seluruh dunia, bantahan-bantahan di bandar-bandar dan juga negara-negara. Tuan Yang di-Pertua, yang menjadi kerisauan kita ialah sudah tentu kematian, kemusnahan dan penderitaan dan bagaimana pula dengan keadaan ekonomi, apakah dunia akan termasuk dalam kemelesetan ekonomi dunia dan kesan kepada negara kita. Saya minta penjelasan daripada Kementerian Kewangan apakah kita ini juga akan terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi negara ini oleh kerana perang tersebut? Apakah kerajaan pada masa ini memantau kedudukan kewangan negara dari segi pendapatan kita, dari segi industri kita, dari segi eksport kita? Apakah unjuran pendapatan negara pada tahun ini seperti yang dianggarkan dalam belanjawan yang dibentangkan pada tahun sudah? Apakah kita sudah memenuhi keperluan perbelanjaan mengikut pendapatan negara melihat kepada kesan yang mungkin kita terima daripada perang yang berlarutan ini? Tuan Yang di-Pertua, kita berharap kerajaan dapat memantau tiga bulan sekali, melihat kedudukan kewangan dan apakah tindakan-tindakan yang diambil untuk mengimbangi kedudukan ekonomi supaya negara kita tidak terjejas kedudukan ekonominya seperti kemelesetan ekonomi di masa yang lalu yang mana kita terpaksa mengadakan tindakan-tindakan tertentu untuk mengawal keadaan. Saya minta penjelasan daripada Menteri Kewangan apakah kita perlu berjimat cermat dari sekarang? Apakah kita perlu melihat, mengkaji semula projek-projek pembangunan kita dan membuat cuma yang penting, yang difikirkan mustahak dan melambatkan projek-projek tertentu untuk memastikan bahawa kita tidak terjerumus ke dalam perbelanjaan yang begitu besar memandangkan kesan ekonomi melalui perang ini akan berlanjutan.
Puan Chong Eng: Jadi saya hendak menyeru kerajaan supaya telus dalam berita mengenai SARS ini kerana hanya rakyat kalau mendapat maklumat yang betul, mereka boleh menjaga diri sendiri. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup, Yang Berhormat. Puan Chong Eng: Kerajaan tidak dapat menjaga atau melindungi semua rakyat. Hanya rakyat yang boleh melindungi diri sendiri tetapi kita memerlukan maklumat yang tepat dan betul. Jadi, saya harap kerajaan akan menyiarkan semua berita mengenai situasi yang sebenarnya melalui radio, TV dan juga surat khabar. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi Sipitang, lepas itu Menteri menjawab. Sipitang. 4.04 ptg. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob [Sipitang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kesan perang masih berterusan. Hari ini hari ke-13 serangan atau pencerobohan terhadap Iraq. Yang kita lihat, yang pastinya ialah berlaku kematian baik di pihak tentera Iraq dan juga tentera penceroboh dan kemusnahan bangunan serta harta benda dan juga penderitaan... Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun dan bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dasar Yang Berhormat, dasar Yang Berhormat. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Sabarlah! Penderitaan di kalangan rakyat Iraq dan juga tentera yang menceroboh dan juga tentera Iraq. Walaupun Presiden Bush mengatakan akan menakluki Iraq dalam 48 jam tetapi bila kita melihat, ia sudah hari ke-13, lebih daripada itu. Mungkin 48 hari atau 48 bulan. [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, yang menjadi kerisauan kita ialah berapa lamakah lagi perang ini atau pencerobohan ini akan berakhir? Seharusnya Amerika telah melihat kerosakan yang banyak sepatutnya menghentikan serangan ini dan dengarlah rintihan rakyat di seluruh dunia, bantahan-bantahan di bandar-bandar dan juga negara-negara. Tuan Yang di-Pertua, yang menjadi kerisauan kita ialah sudah tentu kematian, kemusnahan dan penderitaan dan bagaimana pula dengan keadaan ekonomi, apakah dunia akan termasuk dalam kemelesetan ekonomi dunia dan kesan kepada negara kita. Saya minta penjelasan daripada Kementerian Kewangan apakah kita ini juga akan terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi negara ini oleh kerana perang tersebut? Apakah kerajaan pada masa ini memantau kedudukan kewangan negara dari segi pendapatan kita, dari segi industri kita, dari segi eksport kita? Apakah unjuran pendapatan negara pada tahun ini seperti yang dianggarkan dalam belanjawan yang dibentangkan pada tahun sudah? Apakah kita sudah memenuhi keperluan perbelanjaan mengikut pendapatan negara melihat kepada kesan yang mungkin kita terima daripada perang yang berlarutan ini? Tuan Yang di-Pertua, kita berharap kerajaan dapat memantau tiga bulan sekali, melihat kedudukan kewangan dan apakah tindakan-tindakan yang diambil untuk mengimbangi kedudukan ekonomi supaya negara kita tidak terjejas kedudukan ekonominya seperti kemelesetan ekonomi di masa yang lalu yang mana kita terpaksa mengadakan tindakan-tindakan tertentu untuk mengawal keadaan. Saya minta penjelasan daripada Menteri Kewangan apakah kita perlu berjimat cermat dari sekarang? Apakah kita perlu melihat, mengkaji semula projek-projek pembangunan kita dan membuat cuma yang penting, yang difikirkan mustahak dan melambatkan projek-projek tertentu untuk memastikan bahawa kita tidak terjerumus ke dalam perbelanjaan yang begitu besar memandangkan kesan ekonomi melalui perang ini akan berlanjutan.
61
73
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
62 DR.1.4.2003 Tuan Yang di-Pertua, apakah juga kerajaan akan mengambil tindakan tegas dari sekarang menerangkan kepada ahli-ahli perniagaan, apakah kerajaan akan menganjurkan seminar-seminar ataupun majlis-majlis penerangan kepada ahli-ahli perniagaan dan badan- badan korporat tentang kesan yang mungkin akan menimpa ahli-ahli perniagaan dan juga ekonomi kita? Apakah kerajaan akan mencadangkan supaya penerangan kepada pegawai kerajaan supaya berjimat cermat di kalangan jabatan-jabatan, tidak berbelanja besar dan melihat keadaan ini sepanjang masa supaya tidak terjerumus kepada komitmen yang begitu tinggi. Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada keadaan yang ada sekarang ini, kita mungkin berhadapan dengan masalah. Apakah tindakan kerajaan untuk mengaktifkan usahawan-usahawan kecil di peringkat daerah, di peringkat kampung-kampung khususnya peniaga-peniaga runcit, kontraktor-kontraktor? Apakah pada tahun ini akan diadakan peruntukan khas untuk merangsang ekonomi seperti yang dibuat di masa yang lalu di mana lebih kurang RM1 bilion telah diperuntukkan untuk merangsang ekonomi di peringkat bawah? Apakah tahun ini ia akan dilaksanakan dan berapakah amaun yang difikirkan sesuai untuk memastikan bahawa keadaan aktiviti ekonomi di luar-luar bandar, di daerah seluruh negara akan dapat dikekalkan supaya aktiviti dan kegelisahan rakyat dapat diatasi? Tuan Yang di-Pertua, bagi negeri Sabah, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Musa Haji Aman yang telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru pada 27 Mac yang lalu. Beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang ke-13. Kita telah berpengalaman mempunyai Ketua Menteri setiap dua tahun. Kerajaan harus melihat perkara ini mengikut pengalaman yang lalu. Apakah pergiliran Ketua Menteri ini memberi manfaat kepada pembangunan Sabah dan ekonomi. Seharusnya kerajaan memikirkan apakah ia perlu lagi digilir-gilir setelah berpengalaman mempunyai enam Ketua Menteri dalam masa sembilan tahun yang lalu. Jadi apakah ia perlu diteruskan ataupun ia harus dihentikan mengikut pengalaman atau menimbang semula, mengkaji semula masalah-masalah yang telah timbul dan juga yang telah dihadapi. Begitu juga pada hari ini kita berharap kabinet baru yang dilantik pada pagi tadi berharap negeri Sabah akan lebih maju lagi di bawah kepimpinan Ketua Menteri yang baru dengan barisan kabinet yang baru. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri baru kerana ada wawasan yang akan menumpukan kepada industri pelancongan, pertanian dan juga pembuatan untuk negeri Sabah. Saya mohon Kerajaan Persekutuan memberi bantuan dan juga komitmen yang tinggi terhadap usaha negeri Sabah ini supaya negeri Sabah dapat maju bersama-sama dengan negeri-negeri yang maju di Semenanjung. Tuan Yang di-Pertua, walaupun ada keazaman Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang baru, tetapi masalah-masalah pokok yang besar perlu diselesaikan. Kita sudah mempunyai rangkaian jalan raya yang baik di negeri Sabah. Kita mempunyai kemudahan elektrik yang agak mencukupi tetapi kita mempunyai satu masalah yang menghambat kesungguhan pelancongan dan juga industri pembuatan iaitu masalah bekalan air di negeri Sabah. Kebanyakan loji-loji di daerah negeri Sabah ini telah pun berusia 30 tahun dan perlu diganti dengan yang baru. Begitu juga dengan paip-paip penyaluran air dari loji ini untuk daerah-daerah atau ke kampung-kampung telah pun lama dan banyak yang bocor dan perlu diganti dengan yang baru. Saya faham masalah air adalah di bawah kerajaan negeri tetapi pada masa ini kerajaan negeri tidak begitu berkemampuan untuk mengganti loji-loji yang baru ini. Jadi, saya mohon Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya apalah kiranya dapat melihat perkara ini. Kalau boleh untuk memastikan bahawa ekonomi negeri Sabah itu berkembang seperti negeri lain, masalah air ini kita selesaikan, kita bantu negeri Sabah ini supaya loji-loji yang lama ini, misalnya di kawasan saya, Tuan Yang di-Pertua, keperluan air pada hari ini ialah 4.5 juta liter sehari dan loji yang ada sekarang telah dibina pada tahun 1968 mempunyai kapasiti mengeluarkan air ialah 2 juta liter sehari. Jadi ertinya kita kekurangan 2.5 juta liter sehari. Oleh kerana paip yang lama bocor di sana-sini, unrevenue water yang tinggi, dengan izin, yang sampai kepada orang kampung lebih kurang 1.5 juta liter sehari sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, apakah juga kerajaan akan mengambil tindakan tegas dari sekarang menerangkan kepada ahli-ahli perniagaan, apakah kerajaan akan menganjurkan seminar-seminar ataupun majlis-majlis penerangan kepada ahli-ahli perniagaan dan badan- badan korporat tentang kesan yang mungkin akan menimpa ahli-ahli perniagaan dan juga ekonomi kita? Apakah kerajaan akan mencadangkan supaya penerangan kepada pegawai kerajaan supaya berjimat cermat di kalangan jabatan-jabatan, tidak berbelanja besar dan melihat keadaan ini sepanjang masa supaya tidak terjerumus kepada komitmen yang begitu tinggi. Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada keadaan yang ada sekarang ini, kita mungkin berhadapan dengan masalah. Apakah tindakan kerajaan untuk mengaktifkan usahawan-usahawan kecil di peringkat daerah, di peringkat kampung-kampung khususnya peniaga-peniaga runcit, kontraktor-kontraktor? Apakah pada tahun ini akan diadakan peruntukan khas untuk merangsang ekonomi seperti yang dibuat di masa yang lalu di mana lebih kurang RM1 bilion telah diperuntukkan untuk merangsang ekonomi di peringkat bawah? Apakah tahun ini ia akan dilaksanakan dan berapakah amaun yang difikirkan sesuai untuk memastikan bahawa keadaan aktiviti ekonomi di luar-luar bandar, di daerah seluruh negara akan dapat dikekalkan supaya aktiviti dan kegelisahan rakyat dapat diatasi?. Tuan Yang di-Pertua, bagi negeri Sabah, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Musa Haji Aman yang telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru pada 27 Mac yang lalu. Beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang ke-13. Kita telah berpengalaman mempunyai Ketua Menteri setiap dua tahun. Kerajaan harus melihat perkara ini mengikut pengalaman yang lalu. Apakah pergiliran Ketua Menteri ini memberi manfaat kepada pembangunan Sabah dan ekonomi. Seharusnya kerajaan memikirkan apakah ia perlu lagi digilir-gilir setelah berpengalaman mempunyai enam Ketua Menteri dalam masa sembilan tahun yang lalu. Jadi apakah ia perlu diteruskan ataupun ia harus dihentikan mengikut pengalaman atau menimbang semula, mengkaji semula masalah-masalah yang telah timbul dan juga yang telah dihadapi. Begitu juga pada hari ini kita berharap kabinet baru yang dilantik pada pagi tadi berharap negeri Sabah akan lebih maju lagi di bawah kepimpinan Ketua Menteri yang baru dengan barisan kabinet yang baru. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri baru kerana ada wawasan yang akan menumpukan kepada industri pelancongan, pertanian dan juga pembuatan untuk negeri Sabah. Saya mohon Kerajaan Persekutuan memberi bantuan dan juga komitmen yang tinggi terhadap usaha negeri Sabah ini supaya negeri Sabah dapat maju bersama-sama dengan negeri-negeri yang maju di Semenanjung. Tuan Yang di-Pertua, walaupun ada keazaman Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang baru, tetapi masalah-masalah pokok yang besar perlu diselesaikan. Kita sudah mempunyai rangkaian jalan raya yang baik di negeri Sabah. Kita mempunyai kemudahan elektrik yang agak mencukupi tetapi kita mempunyai satu masalah yang menghambat kesungguhan pelancongan dan juga industri pembuatan iaitu masalah bekalan air di negeri Sabah. Kebanyakan loji-loji di daerah negeri Sabah ini telah pun berusia 30 tahun dan perlu diganti dengan yang baru. Begitu juga dengan paip-paip penyaluran air dari loji ini untuk daerah-daerah atau ke kampung-kampung telah pun lama dan banyak yang bocor dan perlu diganti dengan yang baru. Saya faham masalah air adalah di bawah kerajaan negeri tetapi pada masa ini kerajaan negeri tidak begitu berkemampuan untuk mengganti loji-loji yang baru ini. Jadi, saya mohon Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya apalah kiranya dapat melihat perkara ini. Kalau boleh untuk memastikan bahawa ekonomi negeri Sabah itu berkembang seperti negeri lain, masalah air ini kita selesaikan, kita bantu negeri Sabah ini supaya loji-loji yang lama ini, misalnya di kawasan saya, Tuan Yang di-Pertua, keperluan air pada hari ini ialah 4.5 juta liter sehari dan loji yang ada sekarang telah dibina pada tahun 1968 mempunyai kapasiti mengeluarkan air ialah 2 juta liter sehari. Jadi ertinya kita kekurangan 2.5 juta liter sehari. Oleh kerana paip yang lama bocor di sana-sini, unrevenue water yang tinggi, dengan izin, yang sampai kepada orang kampung lebih kurang 1.5 juta liter sehari sahaja.
62
74
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 63 Jadi ertinya kita kekurangan 3 juta liter sehari untuk keperluan tempatan dan inilah yang menghambat. Apabila kajian dibuat oleh pelabur-pelabur, pengilang-pengilang yang akan membuat industri bahawa air tidak mencukupi, walaupun ada jalan yang baik, ada elektrik yang mencukupi tetapi air tidak mencukupi. Jadi ini masalah di daerah Sipitang. Begitu juga dengan daerah lain, Beaufort, kawasan Kinabalu, daerah Tenom dan boleh dikatakan seluruh daerah di negeri Sabah ini. Apalah kiranya Kerajaan Persekutuan melihat perkara ini kalau boleh diberikan geran ataupun soft loan untuk menyelesaikan masalah air ini. Kalau pemerhatian saya, 24 daerah kalau kita ganti satu daerah dengan perbelanjaan RM30 juta, sekitar RM600 juta sudah mencukupi. Jadi projek-projek yang besar misalnya lebuh raya yang tidak penting yang melibatkan perbelanjaan RM600 juta itu boleh kita perlahankan dahulu, kita bagi keutamaan kepada pembuatan atau penggantian loji-loji air yang baru ini supaya ekonomi di daerah itu boleh tumbuh, industri boleh masuk, pelancongan, hotel, resort, chalets boleh dibuat dan air yang mencukupi. Jadi, kita harap inilah yang kita minta daripada Kerajaan Persekutuan. Saya minta penjelasan daripada Menteri, apakah rancangan Kerajaan Pusat untuk membantu negeri Sabah ini supaya masalah air ini dapat diselesaikan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa cukup, Yang Berhormat. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Tuan Yang di-Pertua, saya gulung, penghabisan. Kita ucapkan tahniah kepada pihak keselamatan yang mengurangkan kes- kes jenayah tetapi kita lihat kecenderungan hari ini kebanyakan kes-kes jenayah ini undang-undang diletakkan di tangan sendiri. Kita berharap kementerian dapat membuat kajian siapakah penjenayah ini? Dari manakah asal usul mereka? Di manakah mereka belajar? Apakah yang menyebabkan mereka terdorong? Apakah kajian telah dibuat dari negeri manakah mereka banyak? Mungkin banyak daripada Kelantan atau Terengganu atau negeri lain yang kes-kes jenayah ini. Ada sekarang ini ialah mereka yang belajar di negeri lain misalnya di Afghanistan, di Pakistan, di Asia Barat….. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah, Yang Berhormat. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: …mempunyai jenayah sendiri. Kita kaji apakah aktiviti mereka ini dan kita selesaikan masalah ini. Saya menyokong, Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya jemput Timbalan Menteri menjawab. 4.01 ptg. Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh]: Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada ramai rakan-rakan kita yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2002 dan Usul-usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Yang Keempat 2002 di Dewan Rakyat. Mereka ialah Yang Berhormat-Yang Berhormat bagi Tambun, Marang, Parit Sulong, Gelang Patah, Kepong, Beluran, Sri Gading, Dungun, Batang Lupar, Kuala Pilah, Kemaman, Tebrau, Petaling Jaya Utara, Pokok Sena, Shah Alam, Kota Melaka, Bagan Datok, Batu, Parit Buntar, Tuaran, Tanah Merah, Selangau, Bukit Mertajam, dan akhir sekali Yang Berhormat bagi Sipitang. Saya juga menyatakan di sini bahawa segala persoalan itu saya akan cuba menjawabnya. Jika saya tidak dapat jawab pada ketika ini, pegawai-pegawai saya ada dan juga kementerian-kementerian ada untuk mencatitkan dan kita akan buat follow-through tentang teguran-teguran dan nasihat-nasihat Yang Berhormat sekalian.
Jadi ertinya kita kekurangan 3 juta liter sehari untuk keperluan tempatan dan inilah yang menghambat. Apabila kajian dibuat oleh pelabur-pelabur, pengilang-pengilang yang akan membuat industri bahawa air tidak mencukupi, walaupun ada jalan yang baik, ada elektrik yang mencukupi tetapi air tidak mencukupi. Jadi ini masalah di daerah Sipitang. Begitu juga dengan daerah lain, Beaufort, kawasan Kinabalu, daerah Tenom dan boleh dikatakan seluruh daerah di negeri Sabah ini. Apalah kiranya Kerajaan Persekutuan melihat perkara ini kalau boleh diberikan geran ataupun soft loan untuk menyelesaikan masalah air ini. Kalau pemerhatian saya, 24 daerah kalau kita ganti satu daerah dengan perbelanjaan RM30 juta, sekitar RM600 juta sudah mencukupi. Jadi projek-projek yang besar misalnya lebuh raya yang tidak penting yang melibatkan perbelanjaan RM600 juta itu boleh kita perlahankan dahulu, kita bagi keutamaan kepada pembuatan atau penggantian loji-loji air yang baru ini supaya ekonomi di daerah itu boleh tumbuh, industri boleh masuk, pelancongan, hotel, resort, chalets boleh dibuat dan air yang mencukupi. Jadi, kita harap inilah yang kita minta daripada Kerajaan Persekutuan. Saya minta penjelasan daripada Menteri, apakah rancangan Kerajaan Pusat untuk membantu negeri Sabah ini supaya masalah air ini dapat diselesaikan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa cukup, Yang Berhormat. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Tuan Yang di-Pertua, saya gulung, penghabisan. Kita ucapkan tahniah kepada pihak keselamatan yang mengurangkan kes- kes jenayah tetapi kita lihat kecenderungan hari ini kebanyakan kes-kes jenayah ini undang-undang diletakkan di tangan sendiri. Kita berharap kementerian dapat membuat kajian siapakah penjenayah ini? Dari manakah asal usul mereka? Di manakah mereka belajar? Apakah yang menyebabkan mereka terdorong? Apakah kajian telah dibuat dari negeri manakah mereka banyak? Mungkin banyak daripada Kelantan atau Terengganu atau negeri lain yang kes-kes jenayah ini. Ada sekarang ini ialah mereka yang belajar di negeri lain misalnya di Afghanistan, di Pakistan, di Asia Barat..... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah, Yang Berhormat. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: ...mempunyai jenayah sendiri. Kita kaji apakah aktiviti mereka ini dan kita selesaikan masalah ini. Saya menyokong, Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya jemput Timbalan Menteri menjawab. 4.01 ptg. Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh]: Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada ramai rakan-rakan kita yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2002 dan Usul-usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Yang Keempat 2002 di Dewan Rakyat. Mereka ialah Yang Berhormat-Yang Berhormat bagi Tambun, Marang, Parit Sulong, Gelang Patah, Kepong, Beluran, Sri Gading, Dungun, Batang Lupar, Kuala Pilah, Kemaman, Tebrau, Petaling Jaya Utara, Pokok Sena, Shah Alam, Kota Melaka, Bagan Datok, Batu, Parit Buntar, Tuaran, Tanah Merah, Selangau, Bukit Mertajam, dan akhir sekali Yang Berhormat bagi Sipitang. Saya juga menyatakan di sini bahawa segala persoalan itu saya akan cuba menjawabnya. Jika saya tidak dapat jawab pada ketika ini, pegawai-pegawai saya ada dan juga kementerian-kementerian ada untuk mencatitkan dan kita akan buat follow-through tentang teguran-teguran dan nasihat-nasihat Yang Berhormat sekalian.
63
75
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
64 DR.1.4.2003 Yang Berhormat bagi Tambun telah membangkitkan mengenai defisit yang berlaku, dan kita telah menyatakan bahawa anggaran kita, kemungkinan bajet kita, kita cuba capai defisit yang berimbang pada tahun 2005. Jadi, kalau kita lihat mengenai cara pengiraan defisit ini, untuk makluman Yang Berhormat, secara asasnya defisit diperolehi dengan menolak perbelanjaan daripada hasil. Dan memandangkan defisit akan menggambarkan keperluan pinjaman, jumlah perbelanjaan yang digunakan ialah perbelanjaan bersih, iaitu perbelanjaan pembangunan setelah ditolak terimaan balik pinjaman. Di samping itu juga, dalam peruntukan Belanja Mengurus yang dibentangkan di Parlimen, terdapat juga pindahan antara akaun yang pada asasnya tidak melibatkan aliran keluar tunai, umpamanya pindahan kepada wang pembangunan. Dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan sekarang, pindahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM14.8 bilion. Jumlah ini tidak diambil kira dalam pengiraan defisit Kerajaan Persekutuan. Jadi, kalau berdasarkan kepada akaun 2002 yang baru ditutup, pengiraan defisit kita, hasil yang kita dapat sebanyak RM83.5 bilion, perbelanjaan mengurus sebanyak RM68.7 bilion. Ini tidak termasuk pindahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM14.8 bilion. Akaun semasa yang kita pindahkan berjumlah RM14.8 bilion, perbelanjaan pembangunan berjumlah RM35.1 bilion. Jadi, defisit ialah RM20.3 bilion. Tuan Mohd Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang berdiri. Yang Berhormat bagi Jeli. Sila. Tuan Mohd Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama sekali, cara penyampaian itu, saya fikir, boleh berbeza-beza. Cuma persoalan saya, daripada RM14 bilion yang dipindahkan kepada Akaun Wang Berkanun itu untuk tujuan apa? RM14 bilion lebih yang dipindahkan kepada Akaun Wang Berkanun. Cuma apa yang saya perhatikan, kalaulah defisit ini, kalau dikira daripada dokumen yang diberikan, defisit daripada perkiraan ini lebih kurang RM28.79 bilion untuk tahun 2002, sedangkan keseluruhan perbelanjaan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2001 untuk dibelanjakan pada 2002 ialah sekitar RM100.5 bilion. Kalau mengikut kaedah biasa di dalam negara-negara yang lain - saya tidak tahu negara Malaysia yang serba boleh ini - di negara-negara lain, kalau lebih daripada 20% dia akan bentang bajet yang baru, kerana berlaku penambahan perbelanjaan lebih daripada 20% daripada anggaran asal belanjawan, kerana anggaran belanjawan asal yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada ketika itu hanyalah melibatkan kewangan lebih kurang RM100.52 bilion. Tetapi sekarang ini dengan berlakunya tambahan tiga empat kali tambahan, dan dalam empat kali tambahan ini melibatkan wang tambahan daripada RM152 bilion itu sebanyak RM28.79 bilion, dan kalau ikut kepada kaedah biasa negara lain, negara tersebut kena bentang bajet yang baru. Cuma di samping itu saya hendak tanya, walaupun RM14 bilion lebih itu dipindahkan kepada Akaun Wang Berkanun, siapa yang mendapat manfaat daripada wang berkanun tersebut? Minta penjelasan. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Saya ingat saya kena baca balik ucapan saya kalau Yang Berhormat tidak faham, ya? Dari segi perakaunan dan juga dari segi Perlembagaan (Constitution), kalau misalnya kita punya hasil terlalu banyak, kita akan pindahkan dari poket kanan ke poket kiri untuk menampung wang pembangunan. Kalau misalnya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang kepala “T” – Tanggungan, itu memang dalam Perlembagaan tidak boleh dipersoalkan, kerana “T” – Tanggungan ini ialah Gaji dan Elaun bagi Raja-raja dan Elaun atau Gaji bagi Hakim dan sebagainya. Itu memang selalunya, walaupun dipamerkan di sini di bawah “T”, tetapi tidak akan diperbincangkan. Kerana itu kita, mengikut Perlembagaan, telah pun tertanggung, maknanya kita sudah berhutang siang-siang dari segi itu.
Yang Berhormat bagi Tambun telah membangkitkan mengenai defisit yang berlaku, dan kita telah menyatakan bahawa anggaran kita, kemungkinan bajet kita, kita cuba capai defisit yang berimbang pada tahun 2005. Jadi, kalau kita lihat mengenai cara pengiraan defisit ini, untuk makluman Yang Berhormat, secara asasnya defisit diperolehi dengan menolak perbelanjaan daripada hasil. Dan memandangkan defisit akan menggambarkan keperluan pinjaman, jumlah perbelanjaan yang digunakan ialah perbelanjaan bersih, iaitu perbelanjaan pembangunan setelah ditolak terimaan balik pinjaman. Di samping itu juga, dalam peruntukan Belanja Mengurus yang dibentangkan di Parlimen, terdapat juga pindahan antara akaun yang pada asasnya tidak melibatkan aliran keluar tunai, umpamanya pindahan kepada wang pembangunan. Dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan sekarang, pindahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM14.8 bilion. Jumlah ini tidak diambil kira dalam pengiraan defisit Kerajaan Persekutuan. Jadi, kalau berdasarkan kepada akaun 2002 yang baru ditutup, pengiraan defisit kita, hasil yang kita dapat sebanyak RM83.5 bilion, perbelanjaan mengurus sebanyak RM68.7 bilion. Ini tidak termasuk pindahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM14.8 bilion. Akaun semasa yang kita pindahkan berjumlah RM14.8 bilion, perbelanjaan pembangunan berjumlah RM35.1 bilion. Jadi, defisit ialah RM20.3 bilion. Tuan Mohd Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang berdiri. Yang Berhormat bagi Jeli. Sila. Tuan Mohd Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama sekali, cara penyampaian itu, saya fikir, boleh berbeza-beza. Cuma persoalan saya, daripada RM14 bilion yang dipindahkan kepada Akaun Wang Berkanun itu untuk tujuan apa? RM14 bilion lebih yang dipindahkan kepada Akaun Wang Berkanun. Cuma apa yang saya perhatikan, kalaulah defisit ini, kalau dikira daripada dokumen yang diberikan, defisit daripada perkiraan ini lebih kurang RM28.79 bilion untuk tahun 2002, sedangkan keseluruhan perbelanjaan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2001 untuk dibelanjakan pada 2002 ialah sekitar RM100.5 bilion. Kalau mengikut kaedah biasa di dalam negara-negara yang lain- saya tidak tahu negara Malaysia yang serba boleh ini- di negara-negara lain, kalau lebih daripada 20% dia akan bentang bajet yang baru, kerana berlaku penambahan perbelanjaan lebih daripada 20% daripada anggaran asal belanjawan, kerana anggaran belanjawan asal yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada ketika itu hanyalah melibatkan kewangan lebih kurang RM100.52 bilion. Tetapi sekarang ini dengan berlakunya tambahan tiga empat kali tambahan, dan dalam empat kali tambahan ini melibatkan wang tambahan daripada RM152 bilion itu sebanyak RM28.79 bilion, dan kalau ikut kepada kaedah biasa negara lain, negara tersebut kena bentang bajet yang baru. Cuma di samping itu saya hendak tanya, walaupun RM14 bilion lebih itu dipindahkan kepada Akaun Wang Berkanun, siapa yang mendapat manfaat daripada wang berkanun tersebut? Minta penjelasan. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Saya ingat saya kena baca balik ucapan saya kalau Yang Berhormat tidak faham, ya?. Dari segi perakaunan dan juga dari segi Perlembagaan (Constitution), kalau misalnya kita punya hasil terlalu banyak, kita akan pindahkan dari poket kanan ke poket kiri untuk menampung wang pembangunan. Kalau misalnya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang kepala "T"- Tanggungan, itu memang dalam Perlembagaan tidak boleh dipersoalkan, kerana "T"- Tanggungan ini ialah Gaji dan Elaun bagi Raja-raja dan Elaun atau Gaji bagi Hakim dan sebagainya. Itu memang selalunya, walaupun dipamerkan di sini di bawah "T", tetapi tidak akan diperbincangkan. Kerana itu kita, mengikut Perlembagaan, telah pun tertanggung, maknanya kita sudah berhutang siang-siang dari segi itu.
64
76
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 65 Jadi, kalau kita lihat dari segi perkiraan kita selalunya, apabila banyak hasil yang kita kutip, kita akan pindahkan duit itu mengikut Perlembagaan kepada Pembangunan, kerana kalau terlalu banyak hasil sangat di situ, duit kita pendam di situ pun tidak guna, ya. Jadi, di sinilah kita melihat bahawa akaun tahun 2002 yang baru ditutup, kita punya hasil RM83.5 bilion, perbelanjaan mengurus RM68 bilion dan lebihan akaun semasa RM14.8 bilion, yang kita masukkan daripada poket kanan ke poket kiri. Perbelanjaan pembangunan RM35.1 bilion dan defisit kita ialah RM20.3 bilion. Kalau misalnya Yang Berhormat mengatakan tadi, kalau lebih daripada 20% kita bentangkan semula bajet, belum pernah berlaku perkara seperti ini, ya. Tetapi cuma sekarang ini, oleh kerana ramai yang telah menyatakan, dan Yang Berhormat bagi Marang juga telah menyatakan bahawa dalam keadaan suasana yang tidak menentu ini, adakah kita perlu membentangkan insentif, pre-emptive ataupun apa juga yang dinamakan, saya telah pun menjawab dalam sesi soal jawab lisan hari itu, bahawa Perdana Menteri sendiri akan mengemukakan perkara baru. Saya hendak kaitkan sedikit, sebelum ini ialah mengenai banyak Yang Berhormat telah mengatakan bahawa kalau dilihat dari segi perbelanjaan kita, kita habis Rancangan Malaysia Kelapan hingga 2005. Sekarang tanggungan kontrak kita sebanyak RM79.1 bilion, dan kita rasakan projek ini, seperti yang dikatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi, kita akan teruskan. Komponen projek yang diberi keutamaan tetapi belum dilaksanakan, maka bolehlah ia ditangguhkan. Jadi, sekarang ini kita sedang review balik. Ini kalau misalnya, Yang Berhormat bagi Parit Buntar dia tahu tentang project planning dan project cycle ini, kita ada, katakan project loop, di mana kita akan tengok monitoring kita, sama ada pada tempoh pertengahan ini ada excess ataupun kurang atau berlebih dan sebagainya. Dari segi itu kita akan monitor balik bagaimana perbelanjaan kita dapat kita laksanakan seperti yang telah kita jadualkan. Kalau misalnya kompleks itu besar sangat, jadi perkara yang core sahaja yang kita buat, yang kecil itu kita tunda kemudian supaya dapat kita mengendalikan projek itu dengan lekas, dan saya di sini mengakui bahawa projek LoA, LoI yang dikatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang ditarik balik dan sebagainya, adalah tidak benar, kerana projek LoA iaitu Letter of Award telah dikeluarkan sebanyak RM13.8 bilion dan akan terus dilaksanakan, namun boleh dipanjangkan tempoh pelaksanaannya. Tuan Mohd Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun] Dato’ Kamaruddin bin Jaffar: [Bangun] Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Nanti sekejap ya. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Nanti sekejap. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Yang ketiganya, projek yang telah dikeluarkan LoI, Letter of Intent sebanyak RM16.3 bilion akan diteruskan. Namun ia akan dikaji semula kaedah pelaksanaannya, termasuk hanya memulakan kerja reka bentuk supaya peruntukan Rancangan Malaysia Kelapan dapat kita kurangkan. Projek yang diluluskan oleh Jemaah Menteri hendaklah dilaksanakan dengan mengambil kira keadaan sekeliling. Selain daripada itu, ada juga projek yang dikatakan oleh rakan-rakan kita tadi – LoI telah pun diberi tetapi telah ditarik balik. Ini ada lima projek, iaitu jambatan Kuala Telemong-Sungai Tunggu ke Pasir Tinggi; Jalan Padang Tagong ke Kampung Durian Telor, iaitu di Besut; jambatan dari Kampung Binjai di Kemaman; menaik taraf IKBN Wakaf Tapai di Terengganu dan Loji Rawatan Air Kumbahan, Jelutong di Pulau Pinang. Ini kerana harganya tidak dapat lagi kita serasikan di antara harga yang diminta oleh pemborong ataupun kontraktor dengan harga yang diminta oleh kerajaan. Jadi, buat sementara waktu kita tarik balik. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, dua orang berdiri, Yang Berhormat bagi Tumpat dengan Yang Berhormat bagi Jeli.
Jadi, kalau kita lihat dari segi perkiraan kita selalunya, apabila banyak hasil yang kita kutip, kita akan pindahkan duit itu mengikut Perlembagaan kepada Pembangunan, kerana kalau terlalu banyak hasil sangat di situ, duit kita pendam di situ pun tidak guna, ya. Jadi, di sinilah kita melihat bahawa akaun tahun 2002 yang baru ditutup, kita punya hasil RM83.5 bilion, perbelanjaan mengurus RM68 bilion dan lebihan akaun semasa RM14.8 bilion, yang kita masukkan daripada poket kanan ke poket kiri. Perbelanjaan pembangunan RM35.1 bilion dan defisit kita ialah RM20.3 bilion. Kalau misalnya Yang Berhormat mengatakan tadi, kalau lebih daripada 20% kita bentangkan semula bajet, belum pernah berlaku perkara seperti ini, ya. Tetapi cuma sekarang ini, oleh kerana ramai yang telah menyatakan, dan Yang Berhormat bagi Marang juga telah menyatakan bahawa dalam keadaan suasana yang tidak menentu ini, adakah kita perlu membentangkan insentif, pre-emptive ataupun apa juga yang dinamakan, saya telah pun menjawab dalam sesi soal jawab lisan hari itu, bahawa Perdana Menteri sendiri akan mengemukakan perkara baru. Saya hendak kaitkan sedikit, sebelum ini ialah mengenai banyak Yang Berhormat telah mengatakan bahawa kalau dilihat dari segi perbelanjaan kita, kita habis Rancangan Malaysia Kelapan hingga 2005. Sekarang tanggungan kontrak kita sebanyak RM79.1 bilion, dan kita rasakan projek ini, seperti yang dikatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi, kita akan teruskan. Komponen projek yang diberi keutamaan tetapi belum dilaksanakan, maka bolehlah ia ditangguhkan. Jadi, sekarang ini kita sedang review balik. Ini kalau misalnya, Yang Berhormat bagi Parit Buntar dia tahu tentang project planning dan project cycle ini, kita ada, katakan project loop, di mana kita akan tengok monitoring kita, sama ada pada tempoh pertengahan ini ada excess ataupun kurang atau berlebih dan sebagainya. Dari segi itu kita akan monitor balik bagaimana perbelanjaan kita dapat kita laksanakan seperti yang telah kita jadualkan. Kalau misalnya kompleks itu besar sangat, jadi perkara yang core sahaja yang kita buat, yang kecil itu kita tunda kemudian supaya dapat kita mengendalikan projek itu dengan lekas, dan saya di sini mengakui bahawa projek LoA, LoI yang dikatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang ditarik balik dan sebagainya, adalah tidak benar, kerana projek LoA iaitu Letter of Award telah dikeluarkan sebanyak RM13.8 bilion dan akan terus dilaksanakan, namun boleh dipanjangkan tempoh pelaksanaannya. Tuan Mohd Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]. Dato' Kamaruddin bin Jaffar: [Bangun]. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Nanti sekejap ya. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Nanti sekejap. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Yang ketiganya, projek yang telah dikeluarkan LoI, Letter of Intent sebanyak RM16.3 bilion akan diteruskan. Namun ia akan dikaji semula kaedah pelaksanaannya, termasuk hanya memulakan kerja reka bentuk supaya peruntukan Rancangan Malaysia Kelapan dapat kita kurangkan. Projek yang diluluskan oleh Jemaah Menteri hendaklah dilaksanakan dengan mengambil kira keadaan sekeliling. Selain daripada itu, ada juga projek yang dikatakan oleh rakan-rakan kita tadi- LoI telah pun diberi tetapi telah ditarik balik. Ini ada lima projek, iaitu jambatan Kuala Telemong-Sungai Tunggu ke Pasir Tinggi; Jalan Padang Tagong ke Kampung Durian Telor, iaitu di Besut; jambatan dari Kampung Binjai di Kemaman; menaik taraf IKBN Wakaf Tapai di Terengganu dan Loji Rawatan Air Kumbahan, Jelutong di Pulau Pinang. Ini kerana harganya tidak dapat lagi kita serasikan di antara harga yang diminta oleh pemborong ataupun kontraktor dengan harga yang diminta oleh kerajaan. Jadi, buat sementara waktu kita tarik balik. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, dua orang berdiri, Yang Berhormat bagi Tumpat dengan Yang Berhormat bagi Jeli.
65
77
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
66 DR.1.4.2003 Tuan Mohd Apandi bin Haji Mohamad: Jeli. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Tidak, bagi Yang Berhormat bagi Tumpat. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Tumpat ya? Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Ya, Yang Berhormat bagi Tumpat. Dato’ Kamaruddin bin Jaffar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Had 10 minitkah Tuan Yang di-Pertua? [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak, Yang Berhormat. [Ketawa] Seorang Ahli: Ada had, ada had. Dato’ Kamaruddin bin Jaffar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ringkaskan sahaja, Yang Berhormat. Dato’ Kamaruddin bin Jaffar: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau projek-projek ini ditunda, yang belanjawan tambahan ini sebanyak RM21 bilion lebih, untuk selesaikan apa yang dibelanjakan tahun 2002. Tahun 2003, sudah tiga bulan. Projek-projek ditunda walaupun jawapan Yang Berhormat atau ulasan tadi ada hendak tentukan jumlah sebenar. Ada juga kata, Menteri Kewangan baru, kena cari kontraktor baru dan sebagainya. [Ketawa] Tetapi yang saya hendak tahu, kalau belanjawan tambahan ini untuk tahun 2002, sekarang ini sudah ada masalah perbelanjaan dan kewangan di Perbendaharaan. Kemungkinan besar belanjawan tambahan baru akan dibawa ke Dewan ini. Jadi, bolehkah tidak kita dapat jaminan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan Yang Berhormat Menteri Kewangan nombor satu tidak ada, Yang Berhormat Menteri Kewangan nombor dua tidak ada, Yang Berhormat Timbalan Menterilah yang ada keupayaan, walaupun RM21 bilion dan sebagainya, bolehkah beri jaminan yang belanjawan tambahan nanti akan dibentangkan secepat mungkin, dan tidak setelah RM21 bilion, RM30 bilion dibelanjakan baru hendak dibawa ke Dewan ini, satu setengah hari hendak dibahas, dan banyak Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam BBC kata, “Apa hendak dibahas lagi, sudah dibelanja semua itu”, adakah kita boleh dapat jaminan awal bahawa belanjawan tambahan nanti akan dibentangkan jauh lebih awal, dan seboleh- bolehnya, kalau terpaksa, panggil sidang Dewan khas untuk mendengar pembentangan permohonan untuk mendapatkan belanjawan tambahan tahun 2003 untuk membelanjakan projek-projek yang sekarang ini ditangguhkan dan ditarik balik. Terima kasih. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. Ini bukan maknanya belanjawan tambahan tetapi dikatakan pre-emptive ataupun insentif, untuk yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Marang hari itu, supaya dapat kita melihat suasana keadaan sekarang yang tidak menentu kerana geo-politik kita sekarang ini agak kelam kabut. Jadi, dalam keadaan ini, kita menyangkakan hari itu bahawa pertumbuhan ekonomi kita pada tahun 2003 seperti yang diumumkan oleh Bank Negara baru-baru iaitu 4.5% berbanding pencapaian menggalakkan sebanyak 4.2% pada tahun 2002. Jadi, jangkaan prestasi ekonomi yang terus berkembang pada tahun 2003 dibuat dengan mengambil kira persekitaran luar yang tidak menentu, dan di mana pertumbuhan ekonomi negara akan teruji, terutamanya oleh faktor domestik di samping sokongan daripada peningkatan permintaan luar yang sederhana. Oleh kerana persekitaran- persekitaran itu sudah jauh bezanya daripada apa yang telah kita rancangkan, jadi kita akan mengharapkan dengan adanya pre-emptive ini dapat membantu suasana yang berkenaan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya Yang Berhormat bagi Jeli.
Tuan Mohd Apandi bin Haji Mohamad: Jeli. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Tidak, bagi Yang Berhormat bagi Tumpat. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Tumpat ya?. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Ya, Yang Berhormat bagi Tumpat. Dato' Kamaruddin bin Jaffar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Had 10 minitkah Tuan Yang di-Pertua? [Ketawa]. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak, Yang Berhormat. [Ketawa]. Seorang Ahli: Ada had, ada had. Dato' Kamaruddin bin Jaffar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ringkaskan sahaja, Yang Berhormat. Dato' Kamaruddin bin Jaffar: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau projek-projek ini ditunda, yang belanjawan tambahan ini sebanyak RM21 bilion lebih, untuk selesaikan apa yang dibelanjakan tahun 2002. Tahun 2003, sudah tiga bulan. Projek-projek ditunda walaupun jawapan Yang Berhormat atau ulasan tadi ada hendak tentukan jumlah sebenar. Ada juga kata, Menteri Kewangan baru, kena cari kontraktor baru dan sebagainya. [Ketawa] Tetapi yang saya hendak tahu, kalau belanjawan tambahan ini untuk tahun 2002, sekarang ini sudah ada masalah perbelanjaan dan kewangan di Perbendaharaan. Kemungkinan besar belanjawan tambahan baru akan dibawa ke Dewan ini. Jadi, bolehkah tidak kita dapat jaminan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan Yang Berhormat Menteri Kewangan nombor satu tidak ada, Yang Berhormat Menteri Kewangan nombor dua tidak ada, Yang Berhormat Timbalan Menterilah yang ada keupayaan, walaupun RM21 bilion dan sebagainya, bolehkah beri jaminan yang belanjawan tambahan nanti akan dibentangkan secepat mungkin, dan tidak setelah RM21 bilion, RM30 bilion dibelanjakan baru hendak dibawa ke Dewan ini, satu setengah hari hendak dibahas, dan banyak Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam BBC kata, "Apa hendak dibahas lagi, sudah dibelanja semua itu", adakah kita boleh dapat jaminan awal bahawa belanjawan tambahan nanti akan dibentangkan jauh lebih awal, dan seboleh- bolehnya, kalau terpaksa, panggil sidang Dewan khas untuk mendengar pembentangan permohonan untuk mendapatkan belanjawan tambahan tahun 2003 untuk membelanjakan projek-projek yang sekarang ini ditangguhkan dan ditarik balik. Terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. Ini bukan maknanya belanjawan tambahan tetapi dikatakan pre-emptive ataupun insentif, untuk yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Marang hari itu, supaya dapat kita melihat suasana keadaan sekarang yang tidak menentu kerana geo-politik kita sekarang ini agak kelam kabut. Jadi, dalam keadaan ini, kita menyangkakan hari itu bahawa pertumbuhan ekonomi kita pada tahun 2003 seperti yang diumumkan oleh Bank Negara baru-baru iaitu 4.5% berbanding pencapaian menggalakkan sebanyak 4.2% pada tahun 2002. Jadi, jangkaan prestasi ekonomi yang terus berkembang pada tahun 2003 dibuat dengan mengambil kira persekitaran luar yang tidak menentu, dan di mana pertumbuhan ekonomi negara akan teruji, terutamanya oleh faktor domestik di samping sokongan daripada peningkatan permintaan luar yang sederhana. Oleh kerana persekitaran- persekitaran itu sudah jauh bezanya daripada apa yang telah kita rancangkan, jadi kita akan mengharapkan dengan adanya pre-emptive ini dapat membantu suasana yang berkenaan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya Yang Berhormat bagi Jeli.
66
78
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 67 Tuan Mohd Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya agak tertarik dengan hujah yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa RM14 bilion itu hasil daripada poket kanan dimasukkan ke dalam simpanan ke poket kiri. Tetapi sekiranya wang itu kita tidak gunakan - kita anggapkan tidak digunakan - sekiranya wang itu tidak ditransfer kepada tabung, defisitnya masih lagi RM22 bilion. Defisitnya adalah RM22 bilion tanpa wang RM14 bilion itu dipindahkan kepada Akaun Kumpulan Wang Amanah. Jadi saya hendak bertanya atas justifikasi apa? RM22 bilion adalah defisit. Defisit mestilah pinjaman, mesti dicover melalui pinjaman, yang mana sudah tentu pinjaman mestilah faedahnya lebih tinggi daripada simpanan kita RM14 bilion. Kenapa kita tidak kurangkan defisit itu daripada RM22 bilion? Maknanya kita hanya meminjam RM22 bilion instead of pinjam sampai RM36 atau RM37 bilion yang mana kesannya dari segi faedah lebih teruk kita tanggung daripada kesan kita menyimpan. Itu satu. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat] Yang kedua kita tertanya-tanya kalau duit kita sudah banyak, kita simpan di situ tiba-tiba atas alasan apa sekarang pada bulan April sama ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri atau Yang Amat Berhormat Pemangku Perdana Menteri akan mengeluarkan Malaysian Government Security lebih kurang RM18 bilion. Bila dikeluarkan security bermakna kerajaan berhutang RM18 bilion. Pada masa yang sama mengikut laporan akhbar dalam semua business section, pada masa yang sama juga kerajaan akan mengeluarkan sovereign bonds di luar negara yang berjumlah 2 bilion Amerika. 2 bilion Amerika bermakna RM7.6 bilion. Jadi, untuk apa kita hendak membuat pinjaman sampai RM25.6 bilion, sama pinjaman dalam negeri dan luar negeri untuk menampung perjalanan perbelanjaan negara kalau kita boleh menggunakan RM14 bilion yang kita simpan itu? Jadi saya minta sedikit penjelasan tentang tindakan yang diambil untuk lebih baik meminjam daripada menyimpan. Minta penjelasan. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saya tahu sama ada saya confused atau Yang Berhormat confused dalam perkara ini. Dari jumlah RM16,725,583,452.00, sejumlah RM14,816,512,074.00 perlu dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembangunan untuk membayar perbelanjaan pembangunan. Jadi, saya katakan mengikut sub-seksyen 10A Akta Prosedur Kewangan 1997 bayaran daripada akaun hasil yang disatukan ke dalam kumpulan wang tertentu termasuk Kumpulan Wang Pembangunan hendaklah dilaksanakan melalui peruntukan undang-undang. Oleh yang demikian lebihan daripada pindahan daripada hasil disatukan sebanyak RM14,816,512,074.00 perlu ditunjukkan sebagai perbelanjaan mengurus di bawah Maksud B.30 peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun. Perpindahan ini dilakukan setiap tahun apabila terdapat lebihan daripada akaun hasil yang disatukan. Ini saya rasa daripada dahulu lagi sampai sekarang saya menerangkan bahawa kita mengeluarkan daripada poket kiri masuk ke poket kanan kerana hasil kita lebih. Jadi, apa gunanya hasil itu lebih ditinggalkan di situ, kita ambil separuhnya di bawah subseksyen 10A Akta Prosedur Kewangan 1997 untuk membayar pembangunan. Jadi, ini tidak ada dakwa-dakwi, pasal ini di bawah subseksyen 10A Prosedur Kewangan 1997 membenarkan bahawa hasil yang disatukan dalam kumpulan tertentu dimasukkan dalam jumlah pembangunan. Jadi, ini selalu kita lakukan pada setiap tahun dan perkara ini tidak didakwa-dakwi. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita faham, kita pindah itu kerana hasil kita RM83 bilion, perbelanjaan mengurus kita RM68 atau RM69 bilion. Itu kita faham, tetapi kita kena ingat perbelanjaan kita termasuk mengurus dan juga pembangunan lebih daripada RM110
Tuan Mohd Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya agak tertarik dengan hujah yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa RM14 bilion itu hasil daripada poket kanan dimasukkan ke dalam simpanan ke poket kiri. Tetapi sekiranya wang itu kita tidak gunakan- kita anggapkan tidak digunakan- sekiranya wang itu tidak ditransfer kepada tabung, defisitnya masih lagi RM22 bilion. Defisitnya adalah RM22 bilion tanpa wang RM14 bilion itu dipindahkan kepada Akaun Kumpulan Wang Amanah. Jadi saya hendak bertanya atas justifikasi apa? RM22 bilion adalah defisit. Defisit mestilah pinjaman, mesti dicover melalui pinjaman, yang mana sudah tentu pinjaman mestilah faedahnya lebih tinggi daripada simpanan kita RM14 bilion. Kenapa kita tidak kurangkan defisit itu daripada RM22 bilion? Maknanya kita hanya meminjam RM22 bilion instead of pinjam sampai RM36 atau RM37 bilion yang mana kesannya dari segi faedah lebih teruk kita tanggung daripada kesan kita menyimpan. Itu satu. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]. Yang kedua kita tertanya-tanya kalau duit kita sudah banyak, kita simpan di situ tiba-tiba atas alasan apa sekarang pada bulan April sama ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri atau Yang Amat Berhormat Pemangku Perdana Menteri akan mengeluarkan Malaysian Government Security lebih kurang RM18 bilion. Bila dikeluarkan security bermakna kerajaan berhutang RM18 bilion. Pada masa yang sama mengikut laporan akhbar dalam semua business section, pada masa yang sama juga kerajaan akan mengeluarkan sovereign bonds di luar negara yang berjumlah 2 bilion Amerika. 2 bilion Amerika bermakna RM7.6 bilion. Jadi, untuk apa kita hendak membuat pinjaman sampai RM25.6 bilion, sama pinjaman dalam negeri dan luar negeri untuk menampung perjalanan perbelanjaan negara kalau kita boleh menggunakan RM14 bilion yang kita simpan itu? Jadi saya minta sedikit penjelasan tentang tindakan yang diambil untuk lebih baik meminjam daripada menyimpan. Minta penjelasan. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saya tahu sama ada saya confused atau Yang Berhormat confused dalam perkara ini. Dari jumlah RM16,725,583,452.00, sejumlah RM14,816,512,074.00 perlu dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembangunan untuk membayar perbelanjaan pembangunan. Jadi, saya katakan mengikut sub-seksyen 10A Akta Prosedur Kewangan 1997 bayaran daripada akaun hasil yang disatukan ke dalam kumpulan wang tertentu termasuk Kumpulan Wang Pembangunan hendaklah dilaksanakan melalui peruntukan undang-undang. Oleh yang demikian lebihan daripada pindahan daripada hasil disatukan sebanyak RM14,816,512,074.00 perlu ditunjukkan sebagai perbelanjaan mengurus di bawah Maksud B.30 peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun. Perpindahan ini dilakukan setiap tahun apabila terdapat lebihan daripada akaun hasil yang disatukan. Ini saya rasa daripada dahulu lagi sampai sekarang saya menerangkan bahawa kita mengeluarkan daripada poket kiri masuk ke poket kanan kerana hasil kita lebih. Jadi, apa gunanya hasil itu lebih ditinggalkan di situ, kita ambil separuhnya di bawah subseksyen 10A Akta Prosedur Kewangan 1997 untuk membayar pembangunan. Jadi, ini tidak ada dakwa-dakwi, pasal ini di bawah subseksyen 10A Prosedur Kewangan 1997 membenarkan bahawa hasil yang disatukan dalam kumpulan tertentu dimasukkan dalam jumlah pembangunan. Jadi, ini selalu kita lakukan pada setiap tahun dan perkara ini tidak didakwa-dakwi. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita faham, kita pindah itu kerana hasil kita RM83 bilion, perbelanjaan mengurus kita RM68 atau RM69 bilion. Itu kita faham, tetapi kita kena ingat perbelanjaan kita termasuk mengurus dan juga pembangunan lebih daripada RM110.
67
79
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
68 DR.1.4.2003 bilion. Lebih daripada RM110 bilion menyebabkan RM110 tolak RM83 bilion hasil menyebabkan defisit kita RM22 bilion. Kita faham kena pindah, maknanya kalau kita sudah pindah hakikatnya kita terpaksa berhutang berdasar kepada RM68 bilion daripada RM110 bilion bermakna kita terpaksa lebih daripada RM36 bilion kita berhutang. Walau pun kita faham dari segi undang-undang, kita transfer, kita faham mungkin alasan-alasan okey. Pada tahun tersebut perbelanjaan mengurus sekitar RM68 bilion seperti yang dikatakan, juga dibentangkan dalam belanjawan. Income kita daripada cukai- cukai dan sebagainya hendak RM83 bilion. Okey kita ada di situ lebih kurang dalam RM14 bilion, wang lebihan yang kita masukkan dalam Wang Akaun Berkanun. Kita faham tetapi walaupun begitu kita kena ingat, bermakna perbelanjaan mengurus campur dengan perbelanjaan pembangunan lebih daripada RM110 bilion. Jadi, hakikatnya perbelanjaan ditolak dengan pendapatan RM83 bilion itu masih negara menghadapi defisit lebih daripada RM22 bilion. Sebab itu saya punya justifikasi Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: RM20.3 bilion. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: RM20.3 bilion. Jadi, justifikasi kita sekarang ini maknanya kita terpaksa meminjam besar walaupun itu pindah, ini meminjam besar, saya tahu undang-undang. Jadi, kita tengok kenapa kita perlu meminjam dengan besar, kenapa kita tidak mengambil duit ini juga daripada kita meminjam. Kerana bila meminjam faedahnya lebih besar ditanggung oleh negara kita. Itu satu, itu belum lagi mengambil kira projek-projek yang default payment, banyak projek default payment, berbilion-bilion yang mungkin sampai 2003, 2004. Itu belum mengambil kira lagi, kalau maknanya pendapatannya kita boleh pada tahun 2003 atau pendapatan yang kita dapat pada 2004 mungkin sebahagian besarnya sudah perlu diallocate untuk membayar default payment yang telah dijalankan. Dengan sebab itu pada masa yang sama sekarang ini antara RM18 bilion yang akan dikeluarkan daripada Malaysian Government Security, RM5.5 bilion adalah wajib dibayar hutang. Sudah ada. Ini bermakna kita sudah hilang RM5.5 bilion daripada RM18 bilion. Sebab itulah saya mencadangkan supaya pihak kerajaan lebih banyak menggunakan tabung kita daripada meminjam. Pokok pangkal kita kena bayar juga bila meminjam seperti mana kita kena membayar pinjaman wajib sekarang ini RM5.5 bilion dalam waktu yang terdekat. Sekian, terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih. Kalau kita melihat belanjawan keseluruhannya defisit kita masih lagi manageable di peringkat pertengahan. Ini pun saya sudah menjawab dahulu dan tidak perlu saya mengulangi lagi. Selain daripada itu kita banyak duit daripada EPF dan lain-lain dan daripada akta peruntukan mereka, apabila mereka hendak membeli, hendak melabur dan sebagainya terutamanya mereka hendaklah melabur atau membeli daripada MGS tadi. Jadi, di situlah kita melihat bahawa tabungan-tabungan yang ada didomestik ini dapat kita gunakan untuk saluran pembangunan kerana itu mesti, dan di situ mempunyai akta EPF dan lain-lain, supaya pertamanya… Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Tambun bangun. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: … MGS itu terpaksa dijual dahulu kepada EPF, kalau tidak EPF peruntukan reserve terlalu banyak tetapi digunakan. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyentuh tentang ramalan pertumbuhan pada tahun ini iaitu 4.5%. Kita tahu bahawa ramalan ini adalah berasaskan kepada assumptions atau andaian. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya kita dapat mempunyai satu - fokus yang agak realistik, adakah dari segi andaian ini kita telah betul- betul mengkaji sama ada andaian yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia tersebut kita berpuas hati ataupun tidak. Sejauh mana andaian tersebut mengambil kira kesan daripada peperangan. Sedalam mana fokus tersebut diambil kira, terima kasih.
bilion. Lebih daripada RM110 bilion menyebabkan RM110 tolak RM83 bilion hasil menyebabkan defisit kita RM22 bilion. Kita faham kena pindah, maknanya kalau kita sudah pindah hakikatnya kita terpaksa berhutang berdasar kepada RM68 bilion daripada RM110 bilion bermakna kita terpaksa lebih daripada RM36 bilion kita berhutang. Walau pun kita faham dari segi undang-undang, kita transfer, kita faham mungkin alasan-alasan okey. Pada tahun tersebut perbelanjaan mengurus sekitar RM68 bilion seperti yang dikatakan, juga dibentangkan dalam belanjawan. Income kita daripada cukai- cukai dan sebagainya hendak RM83 bilion. Okey kita ada di situ lebih kurang dalam RM14 bilion, wang lebihan yang kita masukkan dalam Wang Akaun Berkanun. Kita faham tetapi walaupun begitu kita kena ingat, bermakna perbelanjaan mengurus campur dengan perbelanjaan pembangunan lebih daripada RM110 bilion. Jadi, hakikatnya perbelanjaan ditolak dengan pendapatan RM83 bilion itu masih negara menghadapi defisit lebih daripada RM22 bilion. Sebab itu saya punya justifikasi. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: RM20.3 bilion. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: RM20.3 bilion. Jadi, justifikasi kita sekarang ini maknanya kita terpaksa meminjam besar walaupun itu pindah, ini meminjam besar, saya tahu undang-undang. Jadi, kita tengok kenapa kita perlu meminjam dengan besar, kenapa kita tidak mengambil duit ini juga daripada kita meminjam. Kerana bila meminjam faedahnya lebih besar ditanggung oleh negara kita. Itu satu, itu belum lagi mengambil kira projek-projek yang default payment, banyak projek default payment, berbilion-bilion yang mungkin sampai 2003, 2004. Itu belum mengambil kira lagi, kalau maknanya pendapatannya kita boleh pada tahun 2003 atau pendapatan yang kita dapat pada 2004 mungkin sebahagian besarnya sudah perlu diallocate untuk membayar default payment yang telah dijalankan. Dengan sebab itu pada masa yang sama sekarang ini antara RM18 bilion yang akan dikeluarkan daripada Malaysian Government Security, RM5.5 bilion adalah wajib dibayar hutang. Sudah ada. Ini bermakna kita sudah hilang RM5.5 bilion daripada RM18 bilion. Sebab itulah saya mencadangkan supaya pihak kerajaan lebih banyak menggunakan tabung kita daripada meminjam. Pokok pangkal kita kena bayar juga bila meminjam seperti mana kita kena membayar pinjaman wajib sekarang ini RM5.5 bilion dalam waktu yang terdekat. Sekian, terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih. Kalau kita melihat belanjawan keseluruhannya defisit kita masih lagi manageable di peringkat pertengahan. Ini pun saya sudah menjawab dahulu dan tidak perlu saya mengulangi lagi. Selain daripada itu kita banyak duit daripada EPF dan lain-lain dan daripada akta peruntukan mereka, apabila mereka hendak membeli, hendak melabur dan sebagainya terutamanya mereka hendaklah melabur atau membeli daripada MGS tadi. Jadi, di situlah kita melihat bahawa tabungan-tabungan yang ada didomestik ini dapat kita gunakan untuk saluran pembangunan kerana itu mesti, dan di situ mempunyai akta EPF dan lain-lain, supaya pertamanya... Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Tambun bangun. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: ... MGS itu terpaksa dijual dahulu kepada EPF, kalau tidak EPF peruntukan reserve terlalu banyak tetapi digunakan. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyentuh tentang ramalan pertumbuhan pada tahun ini iaitu 4.5%. Kita tahu bahawa ramalan ini adalah berasaskan kepada assumptions atau andaian. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya kita dapat mempunyai satu- fokus yang agak realistik, adakah dari segi andaian ini kita telah betul- betul mengkaji sama ada andaian yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia tersebut kita berpuas hati ataupun tidak. Sejauh mana andaian tersebut mengambil kira kesan daripada peperangan. Sedalam mana fokus tersebut diambil kira, terima kasih.
68
80
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 69 Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat, seperti mana yang saya katakan tadi bahawa prospek pertumbuhan ekonomi dunia turut terjejas oleh ketidaktentuan jiwa politik dan ekonomi serta kesan negatif kenaikan harga minyak terhadap penggunaan dan pelaburan sektor swasta. Memandangkan kepada keadaan yang semakin tidak menentu ini, pertumbuhan ekonomi global dijangka akan meningkat sederhana pada kadar 3.1% sahaja. Berasaskan kepada pertumbuhan dunia sederhana sedikit peningkatan dalam industri elektronik sedunia, harga komuniti yang kekal kukuh dan peningkatan dalam perdagangan intra serantau, pertumbuhan KDNK benar di Malaysia berpotensi untuk kekal di sekitar 4.5% pada tahap 2003. Kalau saya ditanya saya akan mengatakan bahawa upward trend daripada per letakkan figure 4.5% ini. Kerana kalau 4.5% ini tidak tercapai maka orang mengatakan tidak tercapai, tetapi kalau kita mengatakan ia merupakan upward trend daripada 4.2 ke 4.5 maknanya meningkatlah. Permintaan dalam negeri juga disokong oleh pertumbuhan permintaan luar negeri yang sederhana dan sementara sektor orang awam akan terus menyokong pertumbuhan negara. Permintaan sektor swasta pula dijangka memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi pada tahun 2003 dan asas ekonomi dalam negeri yang bertambah baik akan memberi sokongan kepada penggunaan yang kukuh dan pemulihan yang berterusan dalam pelaburan swasta. Jadi, pertumbuhan dijangka menyeluruh dan dicerminkan dalam kesemua sektor ekonomi, nilai ditambah, sektor perkilangan dijangka meningkat 5%, sektor pertanian dijangka meningkat 1.5%, sektor perkhidmatan pertumbuhan dijangka mapan pada 4.4%, sektor perlombongan dijangka kekal mapan pada 4.5%. Walau bagaimanapun, aktiviti pembinaan dijangka akan menjadi perlahan 1.9% pada tahun 2003 ini. Jadi, asas ekonomi Malaysia dijangka akan kekal kukuh pada 2003, inflasi dijangka akan sederhana kepada 1.5% sementara pasaran pekerja dijangka akan kekal memuaskan. Berikutan matangnya beberapa bon dan pinjaman yang diperolehi terdahulu, hutang luar negara yang belum dijelaskan dijangka berkurangan kepada RM184.5 bilion pada akhir tahun 2003 atau bersamaan 52.3% daripada KNK yang dikatakan pinjaman defisit sederhana. Kalau kita lihat …. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun] Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Lagi? Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya agak sedikit keliru, Yang Berhormat, mungkin saya terpaksa. Saya ada membaca laporan daripada Bank Dunia tentang pinjaman sebenarnya kerajaan. Bahkan saya ke Mekah untuk Umrah baru-baru ini bulan puasa sekitar 23 Ramadan juga berita yang sama keluar dalam The Arab News yang mengatakan bahawa hutang kerajaan atau the public debt is equivalent to 75.1% daripada KDNK negara Malaysia. Dia menyatakan bahawa ianya lebih tinggi daripada Thailand, lebih kurang dalam 60.8% hutang awam. Jadi, kalau misal kata dasar daripada maklumat World Bank, kalau betul maklumat World Bank itu kalau dicampur dengan 2002 defisit RM22 bilion, sedangkan KDNK negara kita sekitar RM350 ke RM400 bilion. Jadi macam mana? Saya pun susah hendak faham. Kalau dengar di Malaysia alhamdulillah, itu harapan kita, tetapi laporan Bank Dunia mengatakan 75.1% untuk akhir 2001 campur dengan RM22 bilion defisit di mana ianya diakui oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pada akhir 2002, bermakna sudah bertambah. Jadi, kalau dengan menganggarkan KDNK kita sekitar RM350 bilion ke RM400 bilion maknanya mungkin sekarang sudah menjadi 80% lebih. Itu tidak mengambil kira lagi defisit yang sudah pasti berlaku untuk akaun 2003 yang jelas dalam pembentangan belanjawan. Jadi, macam mana kita hendak rebut supaya jangan Bank Dunia menghantar kepada Arab News, kepada South China Morning Post, supaya jangan membuat semacam
Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat, seperti mana yang saya katakan tadi bahawa prospek pertumbuhan ekonomi dunia turut terjejas oleh ketidaktentuan jiwa politik dan ekonomi serta kesan negatif kenaikan harga minyak terhadap penggunaan dan pelaburan sektor swasta. Memandangkan kepada keadaan yang semakin tidak menentu ini, pertumbuhan ekonomi global dijangka akan meningkat sederhana pada kadar 3.1% sahaja. Berasaskan kepada pertumbuhan dunia sederhana sedikit peningkatan dalam industri elektronik sedunia, harga komuniti yang kekal kukuh dan peningkatan dalam perdagangan intra serantau, pertumbuhan KDNK benar di Malaysia berpotensi untuk kekal di sekitar 4.5% pada tahap 2003. Kalau saya ditanya saya akan mengatakan bahawa upward trend daripada per letakkan figure 4.5% ini. Kerana kalau 4.5% ini tidak tercapai maka orang mengatakan tidak tercapai, tetapi kalau kita mengatakan ia merupakan upward trend daripada 4.2 ke 4.5 maknanya meningkatlah. Permintaan dalam negeri juga disokong oleh pertumbuhan permintaan luar negeri yang sederhana dan sementara sektor orang awam akan terus menyokong pertumbuhan negara. Permintaan sektor swasta pula dijangka memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi pada tahun 2003 dan asas ekonomi dalam negeri yang bertambah baik akan memberi sokongan kepada penggunaan yang kukuh dan pemulihan yang berterusan dalam pelaburan swasta. Jadi, pertumbuhan dijangka menyeluruh dan dicerminkan dalam kesemua sektor ekonomi, nilai ditambah, sektor perkilangan dijangka meningkat 5%, sektor pertanian dijangka meningkat 1.5%, sektor perkhidmatan pertumbuhan dijangka mapan pada 4.4%, sektor perlombongan dijangka kekal mapan pada 4.5%. Walau bagaimanapun, aktiviti pembinaan dijangka akan menjadi perlahan 1.9% pada tahun 2003 ini. Jadi, asas ekonomi Malaysia dijangka akan kekal kukuh pada 2003, inflasi dijangka akan sederhana kepada 1.5% sementara pasaran pekerja dijangka akan kekal memuaskan. Berikutan matangnya beberapa bon dan pinjaman yang diperolehi terdahulu, hutang luar negara yang belum dijelaskan dijangka berkurangan kepada RM184.5 bilion pada akhir tahun 2003 atau bersamaan 52.3% daripada KNK yang dikatakan pinjaman defisit sederhana. Kalau kita lihat .... Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Lagi?. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya agak sedikit keliru, Yang Berhormat, mungkin saya terpaksa. Saya ada membaca laporan daripada Bank Dunia tentang pinjaman sebenarnya kerajaan. Bahkan saya ke Mekah untuk Umrah baru-baru ini bulan puasa sekitar 23 Ramadan juga berita yang sama keluar dalam The Arab News yang mengatakan bahawa hutang kerajaan atau the public debt is equivalent to 75.1% daripada KDNK negara Malaysia. Dia menyatakan bahawa ianya lebih tinggi daripada Thailand, lebih kurang dalam 60.8% hutang awam. Jadi, kalau misal kata dasar daripada maklumat World Bank, kalau betul maklumat World Bank itu kalau dicampur dengan 2002 defisit RM22 bilion, sedangkan KDNK negara kita sekitar RM350 ke RM400 bilion. Jadi macam mana? Saya pun susah hendak faham. Kalau dengar di Malaysia alhamdulillah, itu harapan kita, tetapi laporan Bank Dunia mengatakan 75.1% untuk akhir 2001 campur dengan RM22 bilion defisit di mana ianya diakui oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pada akhir 2002, bermakna sudah bertambah. Jadi, kalau dengan menganggarkan KDNK kita sekitar RM350 bilion ke RM400 bilion maknanya mungkin sekarang sudah menjadi 80% lebih. Itu tidak mengambil kira lagi defisit yang sudah pasti berlaku untuk akaun 2003 yang jelas dalam pembentangan belanjawan. Jadi, macam mana kita hendak rebut supaya jangan Bank Dunia menghantar kepada Arab News, kepada South China Morning Post, supaya jangan membuat semacam.
69
81
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
70 DR.1.4.2003 itu capital kita kerana kasihan. Kalau 50% kenapa ditulis 75%. Apa peranan kita hendak memperbetulkan fakta Bank Dunia ini? Minta penjelasan Timbalan Menteri. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saya akan membawa perkara ini kepada Bank Negara. Saya baharu dapat laporan daripada Bank Negara, mungkin ada di atas meja Yang Berhormat-Yang Berhormat. Jadi, saya bacakan di sini, [Ketawa] jadi kita akan membawa perkara ini semula tetapi apa yang saya bacakan di sini daripada Bank Negara yang mengatakan 52.3% daripada KNK. Asas ekonomi Malaysia dijangka akan kekal kukuh pada 2003, inflasi dijangka akan menyederhana 1.5%, hutang luar negara.. Tuan Haji Husam bin Haji Musa: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: .... yang belum dijelaskan dijangka akan berkurangan.. Pertumbuhan KDNK…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri.. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: .. Ya. Tuan Haji Husam bin Haji Musa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada kesempatan berucap walaupun kita luluskan belanjawan RM21 bilion tetapi kita sangat bertuah kerana berbincang satu hari sudah boleh diluluskan. Saya ada sedikit soalan tentang bon. Saya ada membaca surat khabar tentang bon yang dikeluarkan oleh Putrajaya Holdings dalam dua tiga yang lepas RM850 juta untuk membina kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan juga Wisma Putra yang sudah pun ada bangunan dan juga melengkapkan Kompleks Kementerian Kewangan. Kita tahu macam mana Renong yang telah disusun semula dan apabila kita reflect kenapa Renong menghadapi masalah ialah kerana bon yang tidak dapat dijelaskan, hutang yang tidak dapat dijelaskan. Adakah dalam keadaan ekonomi yang gawat sekarang ini kita tidak membuat preference apakah projek yang kita berikan keutamaan seperti mana kehendak Tambun. Kita banyak projek mewah dan mega tetapi apakah di sana tidak ada keutamaan untuk kita berikan keutamaan peruntukan ini dan kita mengelakkan untuk membuat pinjaman yang boleh menjerumuskan kita kepada kegawatan ekonomi pada masa akan datang. Rumah Timbalan Perdana Menteri adakah sangat mendesak sekarang ini? Boleh tidak kita tumpang ke rumah Perdana Menteri buat sementara ini? Kerana Perdana Menteri pun sudah bercuti sekarang dan dia hendak berhenti tiga bulan lagi. Itu satu. Kalau kita lihat semula mengapa kita mengalami kegawatan ekonomi, satu daripada yang dicadangkan ialah kerana kita berbelanja melebihi daripada keupayaan kita dan sebab itu cadangan yang dibuat pada waktu itu ialah corrective surgery rather than quit fix, dengan izin seperti yang kita buat sekarang. Sebab itu kalau kita meluluskan belanjawan tambahan ini untuk pre-empetive, tetapi kita tidak menjelaskan kepada Dewan ini apa kesan perbelanjaan RM21 bilion ini dan apakah pilihan yang lebih baik untuk kita berbelanja dengan jumlah yang sama besar tetapi dengan kesan yang lebih banyak. Umpamanya satu sekolah empat tingkat boleh dibina tetapi adakah itu keperluan sekarang, apa tidak kita guna peruntukan itu untuk membina perkara lain yang lebih mustahak dan sebagainya. Jadi bukan kita tidak bersetuju dengan pre-empetive tetapi kita mempersoalkan cara-cara pelaksanaan ini dan juga tujuan sebenar daripada pelaksanaan ini. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. itu pasalnya sekarang ini kita hendak mengkaji balik semua projek yang saya katakan tadi di mana LoI telah diberi, kalau misalnya tidak mendapat persetujuan di antara kedua-dua pihak kita hentikan dulu, kalau misalnya komponen projek keutamaannya memuncak tetapi ada sub-sub arrears itu yang boleh kita ketepikan dahulu, kita ketepikan dahulu dan projek yang diluluskan oleh Jemaah Menteri kalau dilihatkan perlu dilaksanakan dengan mengambil kira kekangan siling, kita akan buat begitu. Sekarang ini saya harapkan pada
itu capital kita kerana kasihan. Kalau 50% kenapa ditulis 75%. Apa peranan kita hendak memperbetulkan fakta Bank Dunia ini? Minta penjelasan Timbalan Menteri. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saya akan membawa perkara ini kepada Bank Negara. Saya baharu dapat laporan daripada Bank Negara, mungkin ada di atas meja Yang Berhormat-Yang Berhormat. Jadi, saya bacakan di sini, [Ketawa] jadi kita akan membawa perkara ini semula tetapi apa yang saya bacakan di sini daripada Bank Negara yang mengatakan 52.3% daripada KNK. Asas ekonomi Malaysia dijangka akan kekal kukuh pada 2003, inflasi dijangka akan menyederhana 1.5%, hutang luar negara.. Tuan Haji Husam bin Haji Musa: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: .... yang belum dijelaskan dijangka akan berkurangan.. Pertumbuhan KDNK.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri.. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: .. Ya. Tuan Haji Husam bin Haji Musa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada kesempatan berucap walaupun kita luluskan belanjawan RM21 bilion tetapi kita sangat bertuah kerana berbincang satu hari sudah boleh diluluskan. Saya ada sedikit soalan tentang bon. Saya ada membaca surat khabar tentang bon yang dikeluarkan oleh Putrajaya Holdings dalam dua tiga yang lepas RM850 juta untuk membina kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan juga Wisma Putra yang sudah pun ada bangunan dan juga melengkapkan Kompleks Kementerian Kewangan. Kita tahu macam mana Renong yang telah disusun semula dan apabila kita reflect kenapa Renong menghadapi masalah ialah kerana bon yang tidak dapat dijelaskan, hutang yang tidak dapat dijelaskan. Adakah dalam keadaan ekonomi yang gawat sekarang ini kita tidak membuat preference apakah projek yang kita berikan keutamaan seperti mana kehendak Tambun. Kita banyak projek mewah dan mega tetapi apakah di sana tidak ada keutamaan untuk kita berikan keutamaan peruntukan ini dan kita mengelakkan untuk membuat pinjaman yang boleh menjerumuskan kita kepada kegawatan ekonomi pada masa akan datang. Rumah Timbalan Perdana Menteri adakah sangat mendesak sekarang ini? Boleh tidak kita tumpang ke rumah Perdana Menteri buat sementara ini? Kerana Perdana Menteri pun sudah bercuti sekarang dan dia hendak berhenti tiga bulan lagi. Itu satu. Kalau kita lihat semula mengapa kita mengalami kegawatan ekonomi, satu daripada yang dicadangkan ialah kerana kita berbelanja melebihi daripada keupayaan kita dan sebab itu cadangan yang dibuat pada waktu itu ialah corrective surgery rather than quit fix, dengan izin seperti yang kita buat sekarang. Sebab itu kalau kita meluluskan belanjawan tambahan ini untuk pre-empetive, tetapi kita tidak menjelaskan kepada Dewan ini apa kesan perbelanjaan RM21 bilion ini dan apakah pilihan yang lebih baik untuk kita berbelanja dengan jumlah yang sama besar tetapi dengan kesan yang lebih banyak. Umpamanya satu sekolah empat tingkat boleh dibina tetapi adakah itu keperluan sekarang, apa tidak kita guna peruntukan itu untuk membina perkara lain yang lebih mustahak dan sebagainya. Jadi bukan kita tidak bersetuju dengan pre-empetive tetapi kita mempersoalkan cara-cara pelaksanaan ini dan juga tujuan sebenar daripada pelaksanaan ini. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. itu pasalnya sekarang ini kita hendak mengkaji balik semua projek yang saya katakan tadi di mana LoI telah diberi, kalau misalnya tidak mendapat persetujuan di antara kedua-dua pihak kita hentikan dulu, kalau misalnya komponen projek keutamaannya memuncak tetapi ada sub-sub arrears itu yang boleh kita ketepikan dahulu, kita ketepikan dahulu dan projek yang diluluskan oleh Jemaah Menteri kalau dilihatkan perlu dilaksanakan dengan mengambil kira kekangan siling, kita akan buat begitu. Sekarang ini saya harapkan pada.
70
82
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 71 bulan April ini insya-Allah perkara ini dapat diselaraskan memandangkan dari segi persekitaran yang begitu bergolak. Jadi, Yang Berhormat bagi Tambun juga telah membangkitkan mengenai jawatankuasa iaitu mengenai pakej dasar baru ini. Yang Berhormat bagi Tambun telah mengkhususkan secara spesifik mengenai delivery system. Dalam usaha untuk menggubal pakej dasar baru ini, 9 jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi merangka dasar dan strategi yang meliputi usaha-usaha memperbaiki delivery system sektor awam untuk mempromosikan sumber-sumber pertumbuhan baru, memantapkan pasaran modal, menggalakkan pelaburan tempatan, meningkatkan kecekapan dan pungutan hasil kerajaan, memantau dasar makro ekonomi dan mengawal defisit, menggalakkan pelaburan, pelancongan dan pendidikan, memajukan sektor pertanian dan membangun ekonomi luar bandar serta meningkatkan tahap keselamatan negara. Di samping itu sebuah jawatankuasa lagi ditubuhkan dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan daya saing negara. Saya penuh yakin jawatankuasa- jawatankuasa ini akan dapat merangka dasar dan strategi baru yang sesuai dan berkesan untuk membolehkan ekonomi negara terus berkembang dalam persekitaran luar yang semakin mencabar. Kalau kita lihat jawatankuasa mengenai pakej dasar baru ini pertamanya menggalakkan pelaburan tempatan, mempromosikan sumber-sumber pertumbuhan baru, memantapkan pasaran modal, memajukan sektor pertanian dan pembangunan luar bandar, memperbaiki delivery system sektor awam, meningkatkan kecekapan dan pungutan hasil kerajaan, memantau dasar makro ekonomi dan mengawal defisit, menggalakkan pelaburan pelancongan dan pendidikan, meningkatkan tahap keselamatan negara ini, semuanya insya-Allah akan realignedkan balik semula pakej-pakej yang telah kita adakan. Pertumbuhan ekonomi dan perdagangan antarabangsa di awal tahun 2003 kurang meyakinkan. Kesan kelembapan ekonomi utama terutamanya di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun dan di samping itu krisis di Timur Tengah telah memburukkan lagi keadaan ketidaktentuan ekonomi kita. Ekonomi negara telah pulih pada 2002 seperti mana saya katakan tadi 4.2% berbanding dengan 0.4% tahun sebelumnya. Dalam usaha untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi ini kerajaan telah merangka strategi dan melaksanakan pelbagai langkah termasuk fiskal, kewangan dan juga pentadbiran. Sebahagian daripada langkah-langkah ini telah diumumkan, dilaksanakan dan Yang Amat Berhormat Pemangku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 1 telah mengumumkan 10 langkah untuk merancakkan lagi dan memantapkan prestasi pasaran modal. Kerajaan juga akan mengumumkan pada satu masa yang sesuai yang terdekat satu pakej strategi bertujuan untuk memperkukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi khususnya melalui penjana punca-punca dalam negeri. Pakej strategi ini memberi tumpuan kepada langkah-langkah spesifik yang dijangka akan memberi impak segera kepada ekonomi negara di samping menjadi asas kepada pertumbuhan yang lebih kukuh dalam tempoh sederhana dan juga jangka panjang. Pakej ini telah digubal melalui perbincangan dan perakuan oleh 10 jawatankuasa yang telah saya katakan tadi dan pada keseluruhannya jawatankuasa-jawatankuasa tersebut telah memberi tumpuan kepada perkara-perkara berikut: (i) meningkatkan pelaburan swasta; (ii) meningkat daya saing negara; (iii) meningkatkan keberkesanan delivery system kita; (iv) memantapkan dasar fiskal; dan (v) mempromosikan punca pertumbuhan baru. Yang Berhormat bagi Tambun juga telah menyatakan bahawa ….. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: [Bangun]
bulan April ini insya-Allah perkara ini dapat diselaraskan memandangkan dari segi persekitaran yang begitu bergolak. Jadi, Yang Berhormat bagi Tambun juga telah membangkitkan mengenai jawatankuasa iaitu mengenai pakej dasar baru ini. Yang Berhormat bagi Tambun telah mengkhususkan secara spesifik mengenai delivery system. Dalam usaha untuk menggubal pakej dasar baru ini, 9 jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi merangka dasar dan strategi yang meliputi usaha-usaha memperbaiki delivery system sektor awam untuk mempromosikan sumber-sumber pertumbuhan baru, memantapkan pasaran modal, menggalakkan pelaburan tempatan, meningkatkan kecekapan dan pungutan hasil kerajaan, memantau dasar makro ekonomi dan mengawal defisit, menggalakkan pelaburan, pelancongan dan pendidikan, memajukan sektor pertanian dan membangun ekonomi luar bandar serta meningkatkan tahap keselamatan negara. Di samping itu sebuah jawatankuasa lagi ditubuhkan dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan daya saing negara. Saya penuh yakin jawatankuasa- jawatankuasa ini akan dapat merangka dasar dan strategi baru yang sesuai dan berkesan untuk membolehkan ekonomi negara terus berkembang dalam persekitaran luar yang semakin mencabar. Kalau kita lihat jawatankuasa mengenai pakej dasar baru ini pertamanya menggalakkan pelaburan tempatan, mempromosikan sumber-sumber pertumbuhan baru, memantapkan pasaran modal, memajukan sektor pertanian dan pembangunan luar bandar, memperbaiki delivery system sektor awam, meningkatkan kecekapan dan pungutan hasil kerajaan, memantau dasar makro ekonomi dan mengawal defisit, menggalakkan pelaburan pelancongan dan pendidikan, meningkatkan tahap keselamatan negara ini, semuanya insya-Allah akan realignedkan balik semula pakej-pakej yang telah kita adakan. Pertumbuhan ekonomi dan perdagangan antarabangsa di awal tahun 2003 kurang meyakinkan. Kesan kelembapan ekonomi utama terutamanya di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun dan di samping itu krisis di Timur Tengah telah memburukkan lagi keadaan ketidaktentuan ekonomi kita. Ekonomi negara telah pulih pada 2002 seperti mana saya katakan tadi 4.2% berbanding dengan 0.4% tahun sebelumnya. Dalam usaha untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi ini kerajaan telah merangka strategi dan melaksanakan pelbagai langkah termasuk fiskal, kewangan dan juga pentadbiran. Sebahagian daripada langkah-langkah ini telah diumumkan, dilaksanakan dan Yang Amat Berhormat Pemangku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 1 telah mengumumkan 10 langkah untuk merancakkan lagi dan memantapkan prestasi pasaran modal. Kerajaan juga akan mengumumkan pada satu masa yang sesuai yang terdekat satu pakej strategi bertujuan untuk memperkukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi khususnya melalui penjana punca-punca dalam negeri. Pakej strategi ini memberi tumpuan kepada langkah-langkah spesifik yang dijangka akan memberi impak segera kepada ekonomi negara di samping menjadi asas kepada pertumbuhan yang lebih kukuh dalam tempoh sederhana dan juga jangka panjang. Pakej ini telah digubal melalui perbincangan dan perakuan oleh 10 jawatankuasa yang telah saya katakan tadi dan pada keseluruhannya jawatankuasa-jawatankuasa tersebut telah memberi tumpuan kepada perkara-perkara berikut: (i) meningkatkan pelaburan swasta; (ii) meningkat daya saing negara; (iii) meningkatkan keberkesanan delivery system kita; (iv) memantapkan dasar fiskal; dan. (v) mempromosikan punca pertumbuhan baru. Yang Berhormat bagi Tambun juga telah menyatakan bahawa ..... Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: [Bangun].
71
83
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
72 DR.1.4.2003 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Tambun bangun. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Delivery system sudah ada.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Tambun bangun. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Sedikit sahaja, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat ada menyentuh mengenai dengan rancangan kerajaan hendak buat pakej dan sebagainya. Sama dalam laporan Bank Negara yang mengatakan sektor swasta ini akan jadi engine of growth dapat diterima oleh sektor swasta. Di dalam ucapan saya tadi saya ada menyatakan bahawa saya tidak begitu yakin sangat dengan sektor swasta. Saya hendak dapat pandangan daripada Yang Berhormat. Mengapa saya tidak yakin kerana kapasiti sektor swasta ini tidak begitu tinggi. Jadi, apakah dengan ada pakej baru ini tiba-tiba sektor swasta kita ini boleh bertukar berlaku pembangunan kapasiti kerana kita tahu banyak masalah daripada falsafah pelaksanaan, risiko bisnes infrastruktur dan sebagainya berhadapan dengan masalah. Jadi, minta pandangan Yang Berhormat. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak ada angka di sini. Tetapi apa yang telah saya perkatakan dalam jawapan lisan dahulu sekarang ini kalau kita tengok dari segi percentage import barang-barang yang tidak ada percentage daripada eksport kita barang-barang yang kita hantar ke luar negara dengan percentage barang-barang hasil mahsul daripada negara kita sendiri nampaknya ada kekangan di situ di mana dalaman telah memainkan peranan. Saya telah pun dimaklumkan oleh MITI bahawa mereka sekarang ini sedang ada perbincangan berkala dengan pihak swasta supaya dapat mereka menyegerakan dan menjuruskan semua aktiviti kepada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat hari itu supaya tidak ada berlaku masalah-masalah kegawatan ekonomi seperti yang telah kita hadapi pada tempoh hari. Marang… Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Parit Buntar. Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Ini tentang fiscal stimulus packages ini, pada 17 Januari 2003, Perdana Menteri sendiri dalam satu sidang akhbar menyatakan tidak perlu fiscal stimulus packages, tidak perlu dia kata. If we do not have the money dia kata, we will not pump prime. Kemudian itu bila ditanya oleh reporter lagi, when asked if the government was still considering an additional fiscal stimulus, jawabnya it’s not necessary. Kemudian itu pada 20 Januari 2003, Menteri Kewangan II pula mengatakan, Jamaluddin said, “Prime Minister Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad who is also Finance Minister will announce the strategy.” On January 17, Dr. Mahathir had plate down the need for the package, saying there wouldn’t be one if funds were tight. Jadi, macam mana cerita ini, boleh main-mainkah kita benda-benda macam ini kepada rakyat, orang yang mendengar dan sebagainya. Sekali hendak ada pakej, sekali tidak ada pakej. Menteri Kewangan I kata ada pakej, Menteri Kewangan II kata tidak ada pakej. Saya hendak sebutkan ini yang dikatakan flip-flop statement semacam ini. Saya rasa statement sebegini ini bukan cerita-cerita mengenai hal-hal hendak tanam ubi, hendak tanam keladi. Ini sebenarnya cerita kenegaraan, cerita nation building, cerita mengenai kehidupan dan keberlangsungan negara pada masa akan datang. Terima kasih. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih. Pada ketika itu perang belum berlaku tetapi masalah-masalah kegawatan ekonomi itu telah sedikit demi sedikit kita nampak, di mana BSKL jatuh dan sebagainya. Jadi, kita lihat bahawa semua orang merasakan, menunggukan bilakah akan perang. Jadi, masalah ekonomi serantau, ekonomi dunia dan ekonomi negara kita pun turut juga terbantut.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Tambun bangun. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Delivery system sudah ada.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Tambun bangun. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Sedikit sahaja, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat ada menyentuh mengenai dengan rancangan kerajaan hendak buat pakej dan sebagainya. Sama dalam laporan Bank Negara yang mengatakan sektor swasta ini akan jadi engine of growth dapat diterima oleh sektor swasta. Di dalam ucapan saya tadi saya ada menyatakan bahawa saya tidak begitu yakin sangat dengan sektor swasta. Saya hendak dapat pandangan daripada Yang Berhormat. Mengapa saya tidak yakin kerana kapasiti sektor swasta ini tidak begitu tinggi. Jadi, apakah dengan ada pakej baru ini tiba-tiba sektor swasta kita ini boleh bertukar berlaku pembangunan kapasiti kerana kita tahu banyak masalah daripada falsafah pelaksanaan, risiko bisnes infrastruktur dan sebagainya berhadapan dengan masalah. Jadi, minta pandangan Yang Berhormat. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak ada angka di sini. Tetapi apa yang telah saya perkatakan dalam jawapan lisan dahulu sekarang ini kalau kita tengok dari segi percentage import barang-barang yang tidak ada percentage daripada eksport kita barang-barang yang kita hantar ke luar negara dengan percentage barang-barang hasil mahsul daripada negara kita sendiri nampaknya ada kekangan di situ di mana dalaman telah memainkan peranan. Saya telah pun dimaklumkan oleh MITI bahawa mereka sekarang ini sedang ada perbincangan berkala dengan pihak swasta supaya dapat mereka menyegerakan dan menjuruskan semua aktiviti kepada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat hari itu supaya tidak ada berlaku masalah-masalah kegawatan ekonomi seperti yang telah kita hadapi pada tempoh hari. Marang... Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Parit Buntar. Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Ini tentang fiscal stimulus packages ini, pada 17 Januari 2003, Perdana Menteri sendiri dalam satu sidang akhbar menyatakan tidak perlu fiscal stimulus packages, tidak perlu dia kata. If we do not have the money dia kata, we will not pump prime. Kemudian itu bila ditanya oleh reporter lagi, when asked if the government was still considering an additional fiscal stimulus, jawabnya it's not necessary. Kemudian itu pada 20 Januari 2003, Menteri Kewangan II pula mengatakan, Jamaluddin said, "Prime Minister Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad who is also Finance Minister will announce the strategy." On January 17, Dr. Mahathir had plate down the need for the package, saying there wouldn't be one if funds were tight. Jadi, macam mana cerita ini, boleh main-mainkah kita benda-benda macam ini kepada rakyat, orang yang mendengar dan sebagainya. Sekali hendak ada pakej, sekali tidak ada pakej. Menteri Kewangan I kata ada pakej, Menteri Kewangan II kata tidak ada pakej. Saya hendak sebutkan ini yang dikatakan flip-flop statement semacam ini. Saya rasa statement sebegini ini bukan cerita-cerita mengenai hal-hal hendak tanam ubi, hendak tanam keladi. Ini sebenarnya cerita kenegaraan, cerita nation building, cerita mengenai kehidupan dan keberlangsungan negara pada masa akan datang. Terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih. Pada ketika itu perang belum berlaku tetapi masalah-masalah kegawatan ekonomi itu telah sedikit demi sedikit kita nampak, di mana BSKL jatuh dan sebagainya. Jadi, kita lihat bahawa semua orang merasakan, menunggukan bilakah akan perang. Jadi, masalah ekonomi serantau, ekonomi dunia dan ekonomi negara kita pun turut juga terbantut.
72
84
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 73 Apabila perang berlaku, seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Tambun tadi, kita terpaksa membuat new alignment. Jadi, perkara-perkara baru telah timbul dan kita mengatakan bahawa pada bulan April, insya-Allah, perkara ini akan kita isytiharkan. Jadi, masalahnya sekarang Yang Berhormat, kita kena flexible sedikit kerana suasana begitu dinamik dan kita tidak hendak jadi dinosaur dan kita harapkan bahawa proaktif kita terhadap perkara ini yang telah kita alami dahulu dapat kita menjaga ekonomi kita dengan sepatutnya. Yang Berhormat bagi Marang telah pun menyatakan mengenai peruntukan tambahan oleh Kementerian Luar Negeri atas alasan kementerian tidak memainkan peranan proaktif dalam menyelesaikan isu perang di Iraq melalui forum antarabangsa seperti PBB, NAM dan OIC menyarankan agar PBB dipindahkan ke neutral seperti Switzerland supaya mengurangkan penguasaan US dalam PBB ini. Jadi, persoalan sama ada Malaysia tidak memainkan peranan di dalam menyelesaikan isu perang di Iraq adalah tidak munasabah, kerana isu Iraq adalah isu yang paling banyak diperdebatkan di forum-forum antarabangsa termasuk di dalam Pertubuhan Persidangan Islam OIC sendiri. Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri telah memainkan peranan yang amat aktif di dalam memperjuangkan nasib rakyat Iraq sebelum peperangan bermula. Satu contoh yang jitu ialah sesi konsultasi tidak rasmi di antara ketua-ketua negara Islam yang telah diadakan pada 26 Februari 2003 sehari selepas tamatnya Sidang Kemuncak ke-13, Negara-negara Berkecuali (NAM) baru-baru ini. Semasa sesi konsultasi tersebut Malaysia secara terang dan lantang menyuarakan pendapatnya yang jelas menolak peperangan ke atas Iraq, apatah lagi ia tidak berlandaskan undang-undang antarabangsa. Semasa sesi tersebut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyuarakan pendapat betapa berpengaruhnya negara-negara Islam jika mereka menggunakan minyak dan sumber-sumber kewangan sebagai senjata untuk memberi tekanan ke atas Amerika Syarikat untuk tidak menyerang Iraq. Seterusnya Malaysia telah memberikan desakan supaya diadakan satu sesi sidang kemuncak tergempar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang telah diadakan sejurus selepas itu pada 5 Mac 2003 di Doha, Qatar. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah sekali lagi menyuarakan pendapat Malaysia bahawa negara-negara Islam mampu menyekat kehendak Amerika Syarikat untuk menyerang Iraq jika mereka bersatu dan memberi tekanan agar tidak bertindak melulu. Tambahan pula peperangan di Iraq akan menyebabkan keadaan di Timur Tengah menjadi lebih tidak stabil dan boleh menggugat keselamatan melalui serangan pengganas antarabangsa. Sebaliknya, mereka perlu menyelesaikan isu Iraq melalui Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu kerana ia merupakan isu antarabangsa dan forum yang sesuai. Tetapi seperti mana biasa kita tahu bahawa negara-negara Arab ini nampaknya tidak bersatu, maka oleh kerana itulah boleh dibuat pecah perintah dan Amerika boleh menempatkan senjata-senjata mereka di setengah-setengah negara Arab. Yang Berhormat bagi Dungun telah membangkitkan mengenai keperluan auditan untuk Wang Ehsan. Untuk makluman Yang Berhormat, semua urusan kewangan adalah dibuat mengikut peraturan dan prosedur kewangan yang berkuat kuasa. Ini termasuklah keperluan diadakan kelulusan perbelanjaan yang sah, mengemukakan dokumen-dokumen sokongan tertentu dan membuat semakan ke atas perbelanjaan yang dikemukakan termasuk menjalankan auditan. Mengenai percakapan saya yang dikatakan telah pun membuat dua-dua parti telah membuat laporan polis. Saya rasakan, saya menyatakan bahawa saya berceramah satu jam setengah, satu pun tidak dilaporkan tetapi apabila saya minum, datang orang bertanya kepada saya, kalaulah misalnya negeri Terengganu ini kalah lagi bagaimana? Sama ada kita hendak hentikan Wang Ehsan atau tidak? Tetapi saya memandang secara optimis bahawa insya-Allah Barisan Nasional akan menang dan kita akan tambah lagi duit. [Ketawa] [Tepuk]
Apabila perang berlaku, seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Tambun tadi, kita terpaksa membuat new alignment. Jadi, perkara-perkara baru telah timbul dan kita mengatakan bahawa pada bulan April, insya-Allah, perkara ini akan kita isytiharkan. Jadi, masalahnya sekarang Yang Berhormat, kita kena flexible sedikit kerana suasana begitu dinamik dan kita tidak hendak jadi dinosaur dan kita harapkan bahawa proaktif kita terhadap perkara ini yang telah kita alami dahulu dapat kita menjaga ekonomi kita dengan sepatutnya. Yang Berhormat bagi Marang telah pun menyatakan mengenai peruntukan tambahan oleh Kementerian Luar Negeri atas alasan kementerian tidak memainkan peranan proaktif dalam menyelesaikan isu perang di Iraq melalui forum antarabangsa seperti PBB, NAM dan OIC menyarankan agar PBB dipindahkan ke neutral seperti Switzerland supaya mengurangkan penguasaan US dalam PBB ini. Jadi, persoalan sama ada Malaysia tidak memainkan peranan di dalam menyelesaikan isu perang di Iraq adalah tidak munasabah, kerana isu Iraq adalah isu yang paling banyak diperdebatkan di forum-forum antarabangsa termasuk di dalam Pertubuhan Persidangan Islam OIC sendiri. Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri telah memainkan peranan yang amat aktif di dalam memperjuangkan nasib rakyat Iraq sebelum peperangan bermula. Satu contoh yang jitu ialah sesi konsultasi tidak rasmi di antara ketua-ketua negara Islam yang telah diadakan pada 26 Februari 2003 sehari selepas tamatnya Sidang Kemuncak ke-13, Negara-negara Berkecuali (NAM) baru-baru ini. Semasa sesi konsultasi tersebut Malaysia secara terang dan lantang menyuarakan pendapatnya yang jelas menolak peperangan ke atas Iraq, apatah lagi ia tidak berlandaskan undang-undang antarabangsa. Semasa sesi tersebut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyuarakan pendapat betapa berpengaruhnya negara-negara Islam jika mereka menggunakan minyak dan sumber-sumber kewangan sebagai senjata untuk memberi tekanan ke atas Amerika Syarikat untuk tidak menyerang Iraq. Seterusnya Malaysia telah memberikan desakan supaya diadakan satu sesi sidang kemuncak tergempar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang telah diadakan sejurus selepas itu pada 5 Mac 2003 di Doha, Qatar. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah sekali lagi menyuarakan pendapat Malaysia bahawa negara-negara Islam mampu menyekat kehendak Amerika Syarikat untuk menyerang Iraq jika mereka bersatu dan memberi tekanan agar tidak bertindak melulu. Tambahan pula peperangan di Iraq akan menyebabkan keadaan di Timur Tengah menjadi lebih tidak stabil dan boleh menggugat keselamatan melalui serangan pengganas antarabangsa. Sebaliknya, mereka perlu menyelesaikan isu Iraq melalui Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu kerana ia merupakan isu antarabangsa dan forum yang sesuai. Tetapi seperti mana biasa kita tahu bahawa negara-negara Arab ini nampaknya tidak bersatu, maka oleh kerana itulah boleh dibuat pecah perintah dan Amerika boleh menempatkan senjata-senjata mereka di setengah-setengah negara Arab. Yang Berhormat bagi Dungun telah membangkitkan mengenai keperluan auditan untuk Wang Ehsan. Untuk makluman Yang Berhormat, semua urusan kewangan adalah dibuat mengikut peraturan dan prosedur kewangan yang berkuat kuasa. Ini termasuklah keperluan diadakan kelulusan perbelanjaan yang sah, mengemukakan dokumen-dokumen sokongan tertentu dan membuat semakan ke atas perbelanjaan yang dikemukakan termasuk menjalankan auditan. Mengenai percakapan saya yang dikatakan telah pun membuat dua-dua parti telah membuat laporan polis. Saya rasakan, saya menyatakan bahawa saya berceramah satu jam setengah, satu pun tidak dilaporkan tetapi apabila saya minum, datang orang bertanya kepada saya, kalaulah misalnya negeri Terengganu ini kalah lagi bagaimana? Sama ada kita hendak hentikan Wang Ehsan atau tidak? Tetapi saya memandang secara optimis bahawa insya-Allah Barisan Nasional akan menang dan kita akan tambah lagi duit. [Ketawa] [Tepuk].
73
85
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
74 DR.1.4.2003 Dan sekali lagi ditanya, adakah berkemungkinan bahawa Wang Ehsan ini ataupun sekarang Dana Khas dibahagikan kepada negeri yang miskin seperti Kelantan dan sebagainya. Saya katakan, dunia ini serba berkemungkinan, yang tidak boleh diubah hanya Quran dan Hadis yang sahih. Jadi, berkemungkinan boleh. Jadi, berkemungkinan itulah yang ditonjolkan sehingga menyebabkan dua-dua pihak marah kepada saya dan berkemungkinan bak kata rakan-rakan daripada PAS mengatakan kemungkinan agaknya nanti masa election besok saya tidak dapat sokongan daripada Terengganu nanti. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Setiu bangun. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin mencadangkan berhubung dengan Wang Ehsan ataupun royalti minyak Terengganu sebab biasa dibangkitkan oleh pihak Ketua Backbencher dan Setiausaha Backbencher yang menyatakan bahawa Terengganu semasa Kerajaan BA yang dipimpin oleh PAS ini telah menyalahgunakan RM432 juta wang daripada royalti minyak itu. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri setuju supaya tatacara kewangan perbendaharaan yang diapply di seluruh negeri, maknanya adakah berbeza di negeri Terengganu berbanding negeri lain? Kalau sama, apakah ada cadangan supaya diberi taklimat khusus kepada wakil-wakil Backbencher yang saya rasa kurang faham soal tatacara kewangan ini. Terima kasih. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Masalahnya kalau kita tengokkan masalah salah guna kewangan ini merata-rata ya. Duit zakat pun salah guna pun ada, ya. Kalau kita lihat dari segi angka di sini setakat 15 Mac 2003 sebanyak RM1,672 juta telah diperuntukkan kepada negeri Terengganu yang disalurkan melalui 12 kementerian. Pembahagian peruntukan mengikut tahunan adalah seperti berikut: Tahun Peruntukan 2000 RM360,000 juta 2001 RM750,000 juta 2002 RM939,000 juta 2003 sehingga 15 Mac RM 77,390 juta Kalau kita lihat dari segi prosedurnya, mengikut prosedur kerajaan, sebagaimana saya katakan dahulu, kita ada satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) sendiri dengan kementerian-kementerian lain. Jadi, jawatankuasa inilah yang menentukan apakah projek-projek yang akan dijalankan. Kalau kita tengok dari segi kementerian-kementerian, dan dari segi aktiviti yang diluluskan mengikut kementerian: (i) pembinaan berstruktur; (ii) pendidikan; (iii) sosial dan kebajikan; (iv) kegiatan ekonomi; (v) projek perumahan; (vi) latihan keusahawanan; (vii) pembangunan minda; dan (viii) kemudahan pelancongan.
Dan sekali lagi ditanya, adakah berkemungkinan bahawa Wang Ehsan ini ataupun sekarang Dana Khas dibahagikan kepada negeri yang miskin seperti Kelantan dan sebagainya. Saya katakan, dunia ini serba berkemungkinan, yang tidak boleh diubah hanya Quran dan Hadis yang sahih. Jadi, berkemungkinan boleh. Jadi, berkemungkinan itulah yang ditonjolkan sehingga menyebabkan dua-dua pihak marah kepada saya dan berkemungkinan bak kata rakan-rakan daripada PAS mengatakan kemungkinan agaknya nanti masa election besok saya tidak dapat sokongan daripada Terengganu nanti. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Setiu bangun. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin mencadangkan berhubung dengan Wang Ehsan ataupun royalti minyak Terengganu sebab biasa dibangkitkan oleh pihak Ketua Backbencher dan Setiausaha Backbencher yang menyatakan bahawa Terengganu semasa Kerajaan BA yang dipimpin oleh PAS ini telah menyalahgunakan RM432 juta wang daripada royalti minyak itu. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri setuju supaya tatacara kewangan perbendaharaan yang diapply di seluruh negeri, maknanya adakah berbeza di negeri Terengganu berbanding negeri lain? Kalau sama, apakah ada cadangan supaya diberi taklimat khusus kepada wakil-wakil Backbencher yang saya rasa kurang faham soal tatacara kewangan ini. Terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Masalahnya kalau kita tengokkan masalah salah guna kewangan ini merata-rata ya. Duit zakat pun salah guna pun ada, ya. Kalau kita lihat dari segi angka di sini setakat 15 Mac 2003 sebanyak RM1,672 juta telah diperuntukkan kepada negeri Terengganu yang disalurkan melalui 12 kementerian. Pembahagian peruntukan mengikut tahunan adalah seperti berikut: Tahun Peruntukan 2000 RM360,000 juta 2001 RM750,000 juta 2002 RM939,000 juta 2003 sehingga 15 Mac RM 77,390 juta. Kalau kita lihat dari segi prosedurnya, mengikut prosedur kerajaan, sebagaimana saya katakan dahulu, kita ada satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) sendiri dengan kementerian-kementerian lain. Jadi, jawatankuasa inilah yang menentukan apakah projek-projek yang akan dijalankan. Kalau kita tengok dari segi kementerian-kementerian, dan dari segi aktiviti yang diluluskan mengikut kementerian: (i) pembinaan berstruktur; (ii) pendidikan; (iii) sosial dan kebajikan; (iv) kegiatan ekonomi; (v) projek perumahan; (vi) latihan keusahawanan; (vii) pembangunan minda; dan (viii) kemudahan pelancongan.
74
86
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 75 Jadi, perbelanjaan-perbelanjaan ini mengikut prosedur dan yang diminta oleh Yang Berhormat bagi Marang supaya ada audit tentang perkara ini, kita alu-alukanlah perkara ini. Yang Berhormat bagi Dungun telah membangkitkan mengenai keperluan Wang Ehsan sudah saya jawab tadi. Ini mengenai Yang Berhormat bagi Parit Sulong. Yang Berhormat bagi Parit Sulong telah menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil di pintu-pintu masuk untuk memastikan penyakit SARS tidak merebak ke Semenanjung Malaysia terutama bagi pekerja-pekerja yang communicate setiap hari. Ini pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam dengan lebih luas lagi. Langkah-langkah aktif yang diambil untuk mencegah penyakit SARS ini dari merebak ke Semenanjung Malaysia termasuk seperti berikut: (i) pembukaan bilik operasi SARS di peringkat Kementerian Kesihatan sejak 17.03.2003; (ii) menasihati orang ramai khususnya di negeri Johor yang bekerja di Singapura mengenai penyakit SARS dan langkah-langkah yang perlu diamalkan dengan segera; (iii) menyediakan kemudahan khusus di hospital bagi mengurus pesakit yang mempunyai tanda-tanda khusus yang boleh dikaitkan dengan penyakit SARS; (iv) risalah mengenai SARS untuk diedarkan kepada orang umum termasuk kepada pekerja-pekerja yang menggunakan pintu masuk di Tambak Johor; (v) kain rentang mengenai pengawasan terhadap penyakit SARS telah dipasang di pintu masuk Tambak Johor; (vi) help alert cards juga dihalalkan kepada semua yang masuk ke negara ini; (vii) penyaringan penumpang yang masuk ke Malaysia menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa. Jadi, inilah yang sedang dijalankan. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat bagi Parit Sulong bangun. Ya! Ahli Yang Berhormat bagi Parit Sulong. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya membangkitkan soal adakah pengusaha-pengusaha penerbangan yang datang dari negara-negara yang dikatakan sebagai punca penyakit berkenaan juga diminta oleh Malaysia untuk menjalankan langkah-langkah pencegahan umpamanya penerbangan- penerbangan dari negara China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam dan Singapura. Adakah pengusaha-pengusaha syarikat penerbangan telah diminta oleh Malaysia untuk melakukan langkah-langkah pencegahan ini. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat tahu sama ada benar ataupun tidak bahawa Singapura sekarang menuduh bahawa penyakit ini datangnya dari Malaysia. Apa sahaja yang berlaku di Singapura, datangnya dari Malaysia. Adakah ini betul dan bagaimana kita hendak mengatasi tuduhan seperti ini? Terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Maklumat dan tindakan yang perlu diambil mengenai penyakit telah diedarkan kepada semua syarikat penerbangan yang beroperasi di negara-negara yang terbabit dan tindakan- tindakan yang perlu diambil termasuklah memastikan penumpang-penumpang dengan tanda-tanda penyakit SARS tidak dibenarkan menaiki pesawat. Ini daripada pangkal lagi sama ada di Hong Kong, Taiwan, negara China dan di tempat-tempat yang sedemikian.
Jadi, perbelanjaan-perbelanjaan ini mengikut prosedur dan yang diminta oleh Yang Berhormat bagi Marang supaya ada audit tentang perkara ini, kita alu-alukanlah perkara ini. Yang Berhormat bagi Dungun telah membangkitkan mengenai keperluan Wang Ehsan sudah saya jawab tadi. Ini mengenai Yang Berhormat bagi Parit Sulong. Yang Berhormat bagi Parit Sulong telah menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil di pintu-pintu masuk untuk memastikan penyakit SARS tidak merebak ke Semenanjung Malaysia terutama bagi pekerja-pekerja yang communicate setiap hari. Ini pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam dengan lebih luas lagi. Langkah-langkah aktif yang diambil untuk mencegah penyakit SARS ini dari merebak ke Semenanjung Malaysia termasuk seperti berikut: (i) pembukaan bilik operasi SARS di peringkat Kementerian Kesihatan sejak 17.03.2003; (ii) menasihati orang ramai khususnya di negeri Johor yang bekerja di Singapura mengenai penyakit SARS dan langkah-langkah yang perlu diamalkan dengan segera; (iii) menyediakan kemudahan khusus di hospital bagi mengurus pesakit yang mempunyai tanda-tanda khusus yang boleh dikaitkan dengan penyakit SARS; (iv) risalah mengenai SARS untuk diedarkan kepada orang umum termasuk kepada pekerja-pekerja yang menggunakan pintu masuk di Tambak Johor; (v) kain rentang mengenai pengawasan terhadap penyakit SARS telah dipasang di pintu masuk Tambak Johor; (vi) help alert cards juga dihalalkan kepada semua yang masuk ke negara ini; (vii) penyaringan penumpang yang masuk ke Malaysia menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa. Jadi, inilah yang sedang dijalankan. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat bagi Parit Sulong bangun. Ya! Ahli Yang Berhormat bagi Parit Sulong. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya membangkitkan soal adakah pengusaha-pengusaha penerbangan yang datang dari negara-negara yang dikatakan sebagai punca penyakit berkenaan juga diminta oleh Malaysia untuk menjalankan langkah-langkah pencegahan umpamanya penerbangan- penerbangan dari negara China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam dan Singapura. Adakah pengusaha-pengusaha syarikat penerbangan telah diminta oleh Malaysia untuk melakukan langkah-langkah pencegahan ini. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat tahu sama ada benar ataupun tidak bahawa Singapura sekarang menuduh bahawa penyakit ini datangnya dari Malaysia. Apa sahaja yang berlaku di Singapura, datangnya dari Malaysia. Adakah ini betul dan bagaimana kita hendak mengatasi tuduhan seperti ini? Terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Maklumat dan tindakan yang perlu diambil mengenai penyakit telah diedarkan kepada semua syarikat penerbangan yang beroperasi di negara-negara yang terbabit dan tindakan- tindakan yang perlu diambil termasuklah memastikan penumpang-penumpang dengan tanda-tanda penyakit SARS tidak dibenarkan menaiki pesawat. Ini daripada pangkal lagi sama ada di Hong Kong, Taiwan, negara China dan di tempat-tempat yang sedemikian.
75
87
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
76 DR.1.4.2003 Keduanya, penumpang-penumpang dengan tanda demam selesema jika dikesan dalam penerbangan, perlu memakai topeng mulut dan juruterbang pesawat perlu memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa Lapangan terbang, mengadakan Health Desk di KLIA bagi memeriksa penumpang dari negara-negara yang terbabit dan jika perlu akan merujukkan ke hospital jika memerlukan pemeriksaan kesihatan selanjutnya. Kementerian Kesihatan berhubung rapat dengan konsultan di negara-negara terbabit melalui Wisma Putra untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan keadaan penyakit di negara-negara tersebut. Kalau diminta mewujudkan Task Force antara agensi-agensi pelancongan, kawalan keselamatan dan imigresen sebagaimana cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Parit Sulong, akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, pada masa ini Kementerian Kesihatan berhubung rapat dan mendapat kerjasama penuh dari Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Imigresen, Kementerian Pendidikan dan lain-lain agensi dalam menangani masalah ini khususnya di pintu masuk. Puan Chong Eng: [Bangun] Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun] Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Bangun] Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam. Puan Chong Eng: Terima kasih. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menerima jawapan sebagaimana soalan saya tadi. Apa perbezaannya di antara notification case, dikatakan ada 41 notification telah dibuat. Di dalam NST menyatakan 41 suspected case. Jadi yang saya tanya ialah 41 suspected case ini, berapa ramai yang mempunyai symptom yang dikatakan oleh WHO. Bolehkah Yang Berhormat memberikan maklumat lanjut mengenai tiga orang yang baru-baru ini telah mati di GH dan UH. Mengapa kalau ini bukan suspected SARS case, mengapa mayatnya diarahkan supaya dibakar pada hari mayat itu dikeluarkan dari hospital dan juga bagaimana SARS itu, adakah orang akan mati kerana SARS ataupun kerana failure yang lain? Terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Yang Berhormat, saya Doktor Falsafah, bukan doktor medical ya? Kalau hendak ditanya pasal itu. Tetapi walau bagaimanapun, saya minta pegawai memaklumkan kepada Menteri yang berkenaan apabila menjawab dalam peringkat Jawatankuasa. Diharap perkara ini yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam itu dapat dinyatakan sekali. Tuan Liow Tiong Lai: [Bangun] Puan Fong Po Kuan: [Bangun] Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Bentong, Batu Gajah dan Parit Sulong. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ya, Ahli Yang Berhormat bagi Bentong dahulu. Tuan Liow Tiong Lai: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berhubung dengan penjelasan tentang penubuhan Bilik Operasi, tadi Yang Berhormat ada menjelaskan bahawa Bilik Operasi telah diwujudkan untuk memantau wabak SARS ini dan kita ingin mendapat tahu bahawa Bilik Operasi yang ditubuhkan itu di setiap negeri ataupun di pusat sahaja dan sama ada hospital-hospital yang telah dikhaskan sahaja boleh merawat SARS ini ataupun semua klinik ataupun semua hospital. Saya rasa adalah tidak wajar kalau kita merujuk semua pesakit SARS ini kepada semua klinik atau semua hospital. Hanya kalau boleh kita khaskan satu-satu hospital sahaja di setiap negeri yang boleh merawat SARS ini. Saya rasa kalau dia suatu wabak
Keduanya, penumpang-penumpang dengan tanda demam selesema jika dikesan dalam penerbangan, perlu memakai topeng mulut dan juruterbang pesawat perlu memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa Lapangan terbang, mengadakan Health Desk di KLIA bagi memeriksa penumpang dari negara-negara yang terbabit dan jika perlu akan merujukkan ke hospital jika memerlukan pemeriksaan kesihatan selanjutnya. Kementerian Kesihatan berhubung rapat dengan konsultan di negara-negara terbabit melalui Wisma Putra untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan keadaan penyakit di negara-negara tersebut. Kalau diminta mewujudkan Task Force antara agensi-agensi pelancongan, kawalan keselamatan dan imigresen sebagaimana cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Parit Sulong, akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, pada masa ini Kementerian Kesihatan berhubung rapat dan mendapat kerjasama penuh dari Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Imigresen, Kementerian Pendidikan dan lain-lain agensi dalam menangani masalah ini khususnya di pintu masuk. Puan Chong Eng: [Bangun]. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Bangun]. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam. Puan Chong Eng: Terima kasih. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menerima jawapan sebagaimana soalan saya tadi. Apa perbezaannya di antara notification case, dikatakan ada 41 notification telah dibuat. Di dalam NST menyatakan 41 suspected case. Jadi yang saya tanya ialah 41 suspected case ini, berapa ramai yang mempunyai symptom yang dikatakan oleh WHO. Bolehkah Yang Berhormat memberikan maklumat lanjut mengenai tiga orang yang baru-baru ini telah mati di GH dan UH. Mengapa kalau ini bukan suspected SARS case, mengapa mayatnya diarahkan supaya dibakar pada hari mayat itu dikeluarkan dari hospital dan juga bagaimana SARS itu, adakah orang akan mati kerana SARS ataupun kerana failure yang lain? Terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Yang Berhormat, saya Doktor Falsafah, bukan doktor medical ya? Kalau hendak ditanya pasal itu. Tetapi walau bagaimanapun, saya minta pegawai memaklumkan kepada Menteri yang berkenaan apabila menjawab dalam peringkat Jawatankuasa. Diharap perkara ini yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam itu dapat dinyatakan sekali. Tuan Liow Tiong Lai: [Bangun]. Puan Fong Po Kuan: [Bangun]. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Bentong, Batu Gajah dan Parit Sulong. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ya, Ahli Yang Berhormat bagi Bentong dahulu. Tuan Liow Tiong Lai: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berhubung dengan penjelasan tentang penubuhan Bilik Operasi, tadi Yang Berhormat ada menjelaskan bahawa Bilik Operasi telah diwujudkan untuk memantau wabak SARS ini dan kita ingin mendapat tahu bahawa Bilik Operasi yang ditubuhkan itu di setiap negeri ataupun di pusat sahaja dan sama ada hospital-hospital yang telah dikhaskan sahaja boleh merawat SARS ini ataupun semua klinik ataupun semua hospital. Saya rasa adalah tidak wajar kalau kita merujuk semua pesakit SARS ini kepada semua klinik atau semua hospital. Hanya kalau boleh kita khaskan satu-satu hospital sahaja di setiap negeri yang boleh merawat SARS ini. Saya rasa kalau dia suatu wabak.
76
88
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 77 yang berbahaya dan Bilik Operasi itu perlulah memberi maklumat yang lebih terperinci, kita meminta media massa memberi bantuan yang dapat. Minta penjelasan. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ya, kita sekarang ini banyak Bilik Operasi. Di Kementerian Kewangan pun ada Bilik Operasi melihat keadaan ekonomi kita – perang Iraq. Kementerian Dalam Negeri pun ada Bilik Operasi melihat supaya institusi- institusi kita tidak ditutupkan. Kementerian Luar Negeri pun ada Bilik Operasi, kalau ada rakyat-rakyat kita di luar negara yang hendak balik dan sebagainya. Bilik Operasi SARS di peringkat kementerian ini telah pun ditubuhkan pada 17 Mac 2003. Walau bagaimanapun, Bilik Operasi di tiap-tiap negeri ada. Saya menyanjung tinggi pandangan Ahli Yang Berhormat tadi bahawa kita sekarang ini macam di Kuala Lumpur sahaja, kita ada hospital-hospital yang tertentu sahaja yang mengendalikan kes ini. Jadi kita mengharapkan siapa yang baru balik dari Taiwan, siapa yang baru balik daripada Hong Kong, siapa yang baru balik dari negara China, laporkan kepada hospital ini dan hospital ini akan mengambil tindakan supaya kita hendak tengok sama ada positif atau negatif tentang SARS ini. Seperti sekarang ini kita ada GH, kita ada juga di Putrajaya. Rakan saya baru masuk di Putrajaya, ada dua orang di sana. Yang Berhormat baru balik daripada negara China terus melaporkan diri di Putrajaya. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun] Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Bangun] Puan Fong Po Kuan: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada tiga Ahli Yang Berhormat bangun. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ahli Yang Berhormat bagi Batu Gajah. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Eh, Tebrau? Puan Fong Po Kuan: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita boleh nampak di dalam Dewan ini, ramai Ahli yang begitu prihatin, begitu risau, begitu semakin meragui sama kerajaan dapat menangani SARS ini. Saya haraplah Yang Berhormat Menteri Kesihatan dapat hadir ke Dewan ini setiap pagi untuk memberi satu laporan ...... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya, ya! Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin: [Ketawa] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Menyampuk] Puan Fong Po Kuan: .....berkenaan status SARS ini agar tidak menyulitkan Yang Berhormat Timbalan Menteri. [Dewan riuh] Saya juga ingin mencadangkan dan harap pegawai mengambil perhatian agar setiap pelancong yang memasuki Malaysia, kerajaan mewajibkan mereka menyatakan di manakah mereka akan tinggal di Malaysia selepas mereka sampai di Malaysia agar boleh dikesan apabila kita mendapati salah seorang penumpang kapal terbang ini didapati mempunyai symptom SARS ini. Saya berharap agar pegawai-pegawai balik dan panggil Menteri datang. Walaupun Menteri itu bukan berkelulusan kedoktoran, saya pohon penjelasan. Puan Chong Eng: [Menyampuk] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ini SARS ini........[Menggelengkan kepala] Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana yang saya katakan tadi, kita ambil daripada pangkalnya sahaja. Sekarang ini kalau misalnya daripada Taiwan di mana orang hendak naik, di situ telah pun di screen. Apabila datang ke Kuala Lumpur, dalam kad imigresen itu Yang Berhormat tentu ada di
yang berbahaya dan Bilik Operasi itu perlulah memberi maklumat yang lebih terperinci, kita meminta media massa memberi bantuan yang dapat. Minta penjelasan. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ya, kita sekarang ini banyak Bilik Operasi. Di Kementerian Kewangan pun ada Bilik Operasi melihat keadaan ekonomi kita- perang Iraq. Kementerian Dalam Negeri pun ada Bilik Operasi melihat supaya institusi- institusi kita tidak ditutupkan. Kementerian Luar Negeri pun ada Bilik Operasi, kalau ada rakyat-rakyat kita di luar negara yang hendak balik dan sebagainya. Bilik Operasi SARS di peringkat kementerian ini telah pun ditubuhkan pada 17 Mac 2003. Walau bagaimanapun, Bilik Operasi di tiap-tiap negeri ada. Saya menyanjung tinggi pandangan Ahli Yang Berhormat tadi bahawa kita sekarang ini macam di Kuala Lumpur sahaja, kita ada hospital-hospital yang tertentu sahaja yang mengendalikan kes ini. Jadi kita mengharapkan siapa yang baru balik dari Taiwan, siapa yang baru balik daripada Hong Kong, siapa yang baru balik dari negara China, laporkan kepada hospital ini dan hospital ini akan mengambil tindakan supaya kita hendak tengok sama ada positif atau negatif tentang SARS ini. Seperti sekarang ini kita ada GH, kita ada juga di Putrajaya. Rakan saya baru masuk di Putrajaya, ada dua orang di sana. Yang Berhormat baru balik daripada negara China terus melaporkan diri di Putrajaya. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Bangun]. Puan Fong Po Kuan: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada tiga Ahli Yang Berhormat bangun. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ahli Yang Berhormat bagi Batu Gajah. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Eh, Tebrau?. Puan Fong Po Kuan: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita boleh nampak di dalam Dewan ini, ramai Ahli yang begitu prihatin, begitu risau, begitu semakin meragui sama kerajaan dapat menangani SARS ini. Saya haraplah Yang Berhormat Menteri Kesihatan dapat hadir ke Dewan ini setiap pagi untuk memberi satu laporan ...... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya, ya!. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin: [Ketawa]. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Menyampuk]. Puan Fong Po Kuan: .....berkenaan status SARS ini agar tidak menyulitkan Yang Berhormat Timbalan Menteri. [Dewan riuh]. Saya juga ingin mencadangkan dan harap pegawai mengambil perhatian agar setiap pelancong yang memasuki Malaysia, kerajaan mewajibkan mereka menyatakan di manakah mereka akan tinggal di Malaysia selepas mereka sampai di Malaysia agar boleh dikesan apabila kita mendapati salah seorang penumpang kapal terbang ini didapati mempunyai symptom SARS ini. Saya berharap agar pegawai-pegawai balik dan panggil Menteri datang. Walaupun Menteri itu bukan berkelulusan kedoktoran, saya pohon penjelasan. Puan Chong Eng: [Menyampuk]. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ini SARS ini........[Menggelengkan kepala]. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana yang saya katakan tadi, kita ambil daripada pangkalnya sahaja. Sekarang ini kalau misalnya daripada Taiwan di mana orang hendak naik, di situ telah pun di screen. Apabila datang ke Kuala Lumpur, dalam kad imigresen itu Yang Berhormat tentu ada di.
77
89
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
78 DR.1.4.2003 mana hendak tinggal, berapa hari hendak tinggal dan sebagainya. Ini dapat kita pantau. Mana yang lepas daripada negara-negara ini seperti negara China, Hong Kong, Taiwan dan sebagainya maknanya dia telah pun discreen di pangkal. Lepas itu dia masuk ke kapal terbang mungkin dia kena. Katakanlah dia kena dan di sini pun kita ada membuat pemantauan dengan adanya jawatankuasa yang telah pun saya katakan tadi. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun] Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Bangun] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Ahli Yang Berhormat bagi Tebrau. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tebrau, Tebrau. Tebrau. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ahli Yang Berhormat bagi Tebrau. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Ketawa] Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Menyampuk] Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Hah, Okey. Hah. Yang lain sila duduk [Ketawa] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Cakap sahajalah. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin: [Ketawa] Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang kita tengah serius berhubung dengan penyakit SARS yang berlaku di negara lain. Saya cuma hendak tahu Yang Berhormat, saya tidak tahu kementerian dapat menyiasat atau tidak penyakit SARS ini, dia berpunca daripada apa benda? Puan Chong Eng: Tidak tahu. Puan Fong Po Kuan: Belum tahu lagi. Beberapa Ahli: [Menyampuk] Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ya, makanan atau daging, sebab yang kena ini, saya tidak tahulah. Saya dapati yang kena ini adakah macam satu kaum sahaja yang terkena. Saya minta maaflah, saya tidak tahu sama ada betulkah atau tidak. Macam mana ini. Saya nampak berita yang dibaca nama-nama yang menghidap penyakit, dia berpunca daripada Hong Kong, Taiwan dan Kanada pun terkena kepada satu kaum. Saya tidak tahu punca yang sebenarnya kalau dapat WHO ini ataupun ada hubungan tentang penyakit ini berpunca daripada mana supaya kalau kita tahu, Yang Berhormat, memang kata belum tahu tetapi kerajaan boleh minta daripada negeri yang berkenaan tentang punca-punca dan sebab menjadikan penyakit SARS ini begitu teruk sekali hingga membawa maut kalau SAR yang biasanya ini kita tahulah puncanya daripada PAS. Jadi, yang ini saya tidak tahu puncanya daripada mana. Terima kasih. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Ketawa] Beberapa Ahli: [Ketawa] Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saintis-saintis belum dapat lagi mengenal pasti punca daripada mana. Dia kata punca daripada angin sahaja. Angin! Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Angin Tebrau. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Bukan angin Tebrau, angin sahaja. [Ketawa] Jadi di sini juga kita melihat kalau misalnya HIV kalau berpunca daripada angin ini kita kena betul ya? Kalau misalnya ada pula kawan kita baik lelaki baik perempuan, kita dekat dia pun berpunca daripada angin dan sebagainya, nanti berjangkit dan sebagainya.
mana hendak tinggal, berapa hari hendak tinggal dan sebagainya. Ini dapat kita pantau. Mana yang lepas daripada negara-negara ini seperti negara China, Hong Kong, Taiwan dan sebagainya maknanya dia telah pun discreen di pangkal. Lepas itu dia masuk ke kapal terbang mungkin dia kena. Katakanlah dia kena dan di sini pun kita ada membuat pemantauan dengan adanya jawatankuasa yang telah pun saya katakan tadi. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Bangun]. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Ahli Yang Berhormat bagi Tebrau. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tebrau, Tebrau. Tebrau. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ahli Yang Berhormat bagi Tebrau. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Ketawa]. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Menyampuk]. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Hah, Okey. Hah. Yang lain sila duduk [Ketawa]. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Cakap sahajalah. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin: [Ketawa]. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang kita tengah serius berhubung dengan penyakit SARS yang berlaku di negara lain. Saya cuma hendak tahu Yang Berhormat, saya tidak tahu kementerian dapat menyiasat atau tidak penyakit SARS ini, dia berpunca daripada apa benda?. Puan Chong Eng: Tidak tahu. Puan Fong Po Kuan: Belum tahu lagi. Beberapa Ahli: [Menyampuk]. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ya, makanan atau daging, sebab yang kena ini, saya tidak tahulah. Saya dapati yang kena ini adakah macam satu kaum sahaja yang terkena. Saya minta maaflah, saya tidak tahu sama ada betulkah atau tidak. Macam mana ini. Saya nampak berita yang dibaca nama-nama yang menghidap penyakit, dia berpunca daripada Hong Kong, Taiwan dan Kanada pun terkena kepada satu kaum. Saya tidak tahu punca yang sebenarnya kalau dapat WHO ini ataupun ada hubungan tentang penyakit ini berpunca daripada mana supaya kalau kita tahu, Yang Berhormat, memang kata belum tahu tetapi kerajaan boleh minta daripada negeri yang berkenaan tentang punca-punca dan sebab menjadikan penyakit SARS ini begitu teruk sekali hingga membawa maut kalau SAR yang biasanya ini kita tahulah puncanya daripada PAS. Jadi, yang ini saya tidak tahu puncanya daripada mana. Terima kasih. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Ketawa]. Beberapa Ahli: [Ketawa]. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saintis-saintis belum dapat lagi mengenal pasti punca daripada mana. Dia kata punca daripada angin sahaja. Angin!. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Angin Tebrau. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Bukan angin Tebrau, angin sahaja. [Ketawa] Jadi di sini juga kita melihat kalau misalnya HIV kalau berpunca daripada angin ini kita kena betul ya? Kalau misalnya ada pula kawan kita baik lelaki baik perempuan, kita dekat dia pun berpunca daripada angin dan sebagainya, nanti berjangkit dan sebagainya.
78
90
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 79 Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun] Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saya tidak mahu memanjangkan...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli Yang Berhormat bagi Parit Sulong, kita ada lagi berapa minit? 16 minit. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: 16 minit sahaja lagi, Tuan Yang di- Pertua. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Saya hendak sebab soalan saya tadi penting, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Itu sebab selepas ini Ahli Yang Berhormat bagi Parit Sulong. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Apa lagi yang ............ Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Soal tuduhan daripada Singapura yang mengatakan sekarang apa yang berlaku di negara dia berpunca daripada sini, saya minta kerajaan memandang serius perkara ini, itu sahaja saya minta supaya disampaikan mesej itu. Terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat, kita akan minta Kementerian Luar Negeri akan mengambil saranan Yang Berhormat katakan tadi. Mengenai Marang, PDRM mengamalkan double standard di dalam menerima aduan dan sebagainya, ini saya rasakan cuma tohmahan sahaja dan PDRM menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan di kawasan KLCC, saya rasakan kalau semuanya macam yang kita buat dalam Parlimen ini, semua menyokong, jadi kalau masa Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan mengadakan perhimpunan, semua menyokong, tidak payah ada perhimpunan-perhimpunan yang lain, saya rasakan negara kita akan aman. Tetapi kalau misalnya pergerakan-pergerakan, kumpulan-kumpulan yang tidak mengikut seperti mana yang kita katakan, supaya apa sahaja perhimpunan mendapat permit, dan jika permit tidak dapat tentulah perkara ini tidak boleh diabaikan. KDN belum …. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Hulu Terengganu. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Polis, polis. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saya rasa cuma tinggal sedikit sahaja lagi. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Sedikit sahaja, polis. Sedikit sahaja. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saya beri sedikit sahaja. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat menyebut tadi berkenaan dengan double standard polis ini tohmahan dan sebagainya, sebenarnya sejak akhir-akhir ini memang jelas bahawa polis dipengaruhi oleh UMNO ataupun polis bersekongkol dengan UMNO, saya cuba hendak menyebutkan di antara beberapa contoh di Kuala Terengganu baru-baru ini bagaimana UMNO boleh mengadakan satu program bersama dengan PDRM atas nama parti UMNO, atas nama Pemuda UMNO Terengganu mengadakan program bersama, sedang yang kita hendak ialah polis ini bersih, tidak nampak memihak bukan sahaja memihak, tidak nampak memihak tetapi dalam kes ini nampaknya polis mengadakan program bersama, satu majlis nasyid mesra rakyat anjuran Pemuda UMNO dan polis.
Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saya tidak mahu memanjangkan...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli Yang Berhormat bagi Parit Sulong, kita ada lagi berapa minit? 16 minit. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: 16 minit sahaja lagi, Tuan Yang di- Pertua. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Saya hendak sebab soalan saya tadi penting, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Itu sebab selepas ini Ahli Yang Berhormat bagi Parit Sulong. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Apa lagi yang ............ Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Soal tuduhan daripada Singapura yang mengatakan sekarang apa yang berlaku di negara dia berpunca daripada sini, saya minta kerajaan memandang serius perkara ini, itu sahaja saya minta supaya disampaikan mesej itu. Terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat, kita akan minta Kementerian Luar Negeri akan mengambil saranan Yang Berhormat katakan tadi. Mengenai Marang, PDRM mengamalkan double standard di dalam menerima aduan dan sebagainya, ini saya rasakan cuma tohmahan sahaja dan PDRM menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan di kawasan KLCC, saya rasakan kalau semuanya macam yang kita buat dalam Parlimen ini, semua menyokong, jadi kalau masa Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan mengadakan perhimpunan, semua menyokong, tidak payah ada perhimpunan-perhimpunan yang lain, saya rasakan negara kita akan aman. Tetapi kalau misalnya pergerakan-pergerakan, kumpulan-kumpulan yang tidak mengikut seperti mana yang kita katakan, supaya apa sahaja perhimpunan mendapat permit, dan jika permit tidak dapat tentulah perkara ini tidak boleh diabaikan. KDN belum .... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Hulu Terengganu. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Polis, polis. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saya rasa cuma tinggal sedikit sahaja lagi. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Sedikit sahaja, polis. Sedikit sahaja. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saya beri sedikit sahaja. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat menyebut tadi berkenaan dengan double standard polis ini tohmahan dan sebagainya, sebenarnya sejak akhir-akhir ini memang jelas bahawa polis dipengaruhi oleh UMNO ataupun polis bersekongkol dengan UMNO, saya cuba hendak menyebutkan di antara beberapa contoh di Kuala Terengganu baru-baru ini bagaimana UMNO boleh mengadakan satu program bersama dengan PDRM atas nama parti UMNO, atas nama Pemuda UMNO Terengganu mengadakan program bersama, sedang yang kita hendak ialah polis ini bersih, tidak nampak memihak bukan sahaja memihak, tidak nampak memihak tetapi dalam kes ini nampaknya polis mengadakan program bersama, satu majlis nasyid mesra rakyat anjuran Pemuda UMNO dan polis.
79
91
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
80 DR.1.4.2003 Begitu juga dalam bulan yang lepas, beberapa program ceramah bersama, walaupun anjuran jawatankuasa hal ehwal khas, tetapi ahli-ahli panelnya terdiri daripada pemimpin UMNO negeri. Ini sudah tentu menimbulkan kecurigaan rakyat, adakah polis ini bebas ataupun telah menjadi ahli UMNO dan sebagainya. Oleh sebab itu, saya suka juga hendak menyebut di antara yang berlaku di peringkat pentadbiran polis Terengganu …. ` Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat hendak minta penjelasan ataupun hendak menyampaikan perkara yang baru? Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Baik, penjelasan sedikit lagi tambahan. Kes yang berlaku ini, …. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada perkara juga boleh kita bangkitkan semasa di peringkat Jawatankuasa. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Jawatankuasalah. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Okey, okey. Okeylah setengah minit Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Berapa minit? Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Bukan setengah jam, setengah minit. Okey. Bagaimana kes yang berlaku kes tertunggak oleh kerana pihak polis sibuk dengan aktiviti UMNO sehingga berlaku di Pejabat Polis Kuala Terengganu, bagaimana beberapa anggota polis memberitahu di Kuala Terengganu sahaja lebih daripada 80 hingga 100 kes di mana permohonan daripada anggota untuk mendapat elaun untuk anggota yang duduk di luar kerana pihak polis tidak dapat menjaga dari segi maintenance bangunan polis sehingga lift tidak ada dan sebagainya, menyebabkan ada setengah anggota yang saya difahamkan keguguran anak kerana masalah ini terpaksa tinggal di luar, tetapi tidak dapat dibereskan dari segi pentadbiran ….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukuplah. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Okeylah Tuan Yang di-Pertua. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ya, saya agak keliru kerana kita rasakan segala aktiviti yang hendak diselenggarakan oleh sesiapa juga mesti dapat permit. Itu syarat pertama. Dengan siapa dia bergabung, itu tidak menjadi masalah. Kalau misalnya polis bergabung dengan NGO di kawasan saya, untuk mengadakan pencegahan dadah di sekolah-sekolah, kenapa tidak? Kerana ini pun tugas polis dan itu juga tugas NGO. Jadi, saya berharap kalau banyak kes yang Yang Berhormat bangkitkan nanti, nanti ada backlog nanti, nampak sangat PAS di negeri Terengganu ini tidak sukakan polis, jadi ini kita minta kita redakan perkara ini ya. Dari segi Kepong, dalam tahun 2003 kerajaan akan mengambil - pengambilan 4,500 pegawai dan anggota secara berperingkat-peringkat, seramai 12,000 tambahan masih di peringkat kajian dan belum diputuskan oleh JPA dan Perbendaharaan negara, kerajaan sentiasa prihatin akan keperluan penambahan anggota PDRM. Di sini juga dibangkitkan oleh PJ Utara tentang nisbah satu polis, 2,000 orang, satu polis 5,000 orang oleh Kepong, kita sedang mengambil perhatian. Dungun pula, polis tidak layak untuk mengambil tindakan dalam jenayah perdagangan. Kerajaan salah guna kuasa dengan menggunakan polis untuk mengambil suatu tindakan, keganasan meningkat seperti berlaku rompakan di Johor dan sebagainya, memang terdapat Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan yang ditugaskan khusus mengendalikan kes-kes melibatkan jenayah putih ataupun jenayah perdagangan. Adalah tidak benar menuduh pihak kerajaan menyalahgunakan kuasa dalam mengambil apa-apa tindakan, pihak polis mengambil tindakan peraturan undang-undang yang telah pun ditetapkan.
Begitu juga dalam bulan yang lepas, beberapa program ceramah bersama, walaupun anjuran jawatankuasa hal ehwal khas, tetapi ahli-ahli panelnya terdiri daripada pemimpin UMNO negeri. Ini sudah tentu menimbulkan kecurigaan rakyat, adakah polis ini bebas ataupun telah menjadi ahli UMNO dan sebagainya. Oleh sebab itu, saya suka juga hendak menyebut di antara yang berlaku di peringkat pentadbiran polis Terengganu .... ` Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat hendak minta penjelasan ataupun hendak menyampaikan perkara yang baru?. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Baik, penjelasan sedikit lagi tambahan. Kes yang berlaku ini, .... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada perkara juga boleh kita bangkitkan semasa di peringkat Jawatankuasa. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Jawatankuasalah. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Okey, okey. Okeylah setengah minit Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Berapa minit?. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Bukan setengah jam, setengah minit. Okey. Bagaimana kes yang berlaku kes tertunggak oleh kerana pihak polis sibuk dengan aktiviti UMNO sehingga berlaku di Pejabat Polis Kuala Terengganu, bagaimana beberapa anggota polis memberitahu di Kuala Terengganu sahaja lebih daripada 80 hingga 100 kes di mana permohonan daripada anggota untuk mendapat elaun untuk anggota yang duduk di luar kerana pihak polis tidak dapat menjaga dari segi maintenance bangunan polis sehingga lift tidak ada dan sebagainya, menyebabkan ada setengah anggota yang saya difahamkan keguguran anak kerana masalah ini terpaksa tinggal di luar, tetapi tidak dapat dibereskan dari segi pentadbiran ..... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukuplah. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Okeylah Tuan Yang di-Pertua. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ya, saya agak keliru kerana kita rasakan segala aktiviti yang hendak diselenggarakan oleh sesiapa juga mesti dapat permit. Itu syarat pertama. Dengan siapa dia bergabung, itu tidak menjadi masalah. Kalau misalnya polis bergabung dengan NGO di kawasan saya, untuk mengadakan pencegahan dadah di sekolah-sekolah, kenapa tidak? Kerana ini pun tugas polis dan itu juga tugas NGO. Jadi, saya berharap kalau banyak kes yang Yang Berhormat bangkitkan nanti, nanti ada backlog nanti, nampak sangat PAS di negeri Terengganu ini tidak sukakan polis, jadi ini kita minta kita redakan perkara ini ya. Dari segi Kepong, dalam tahun 2003 kerajaan akan mengambil- pengambilan 4,500 pegawai dan anggota secara berperingkat-peringkat, seramai 12,000 tambahan masih di peringkat kajian dan belum diputuskan oleh JPA dan Perbendaharaan negara, kerajaan sentiasa prihatin akan keperluan penambahan anggota PDRM. Di sini juga dibangkitkan oleh PJ Utara tentang nisbah satu polis, 2,000 orang, satu polis 5,000 orang oleh Kepong, kita sedang mengambil perhatian. Dungun pula, polis tidak layak untuk mengambil tindakan dalam jenayah perdagangan. Kerajaan salah guna kuasa dengan menggunakan polis untuk mengambil suatu tindakan, keganasan meningkat seperti berlaku rompakan di Johor dan sebagainya, memang terdapat Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan yang ditugaskan khusus mengendalikan kes-kes melibatkan jenayah putih ataupun jenayah perdagangan. Adalah tidak benar menuduh pihak kerajaan menyalahgunakan kuasa dalam mengambil apa-apa tindakan, pihak polis mengambil tindakan peraturan undang-undang yang telah pun ditetapkan.
80
92
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 81 Keadaan jenayah masih terkawal, pihak PDRM sentiasa memastikan keadaan keselamatan negara terjamin, bagi mengatasi masalah tersebut, pihak PDRM telah pun mengemukakan permohonan untuk menambah anggota. Di kawasan saya, kita campurkan RELA sekali dengan polis untuk mereka membuat …… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, banyak lagikah? Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ya, saya hendak habiskan, untuk membuat rondaan dan sebagainya. Gelang Patah juga mengatakan bahawa kes-kes yang terlibat dalam pengedaran pil Ecstasy dan penguatkuasaan sentiasa kita akan lakukan dari masa ke semasa untuk bersama dengan jabatan lain termasuk pihak berkuasa tempatan untuk mengatasi masalah ini, dan pemeriksaan air kencing ke atas pengunjung pusat hiburan juga dijalankan, begitu juga sampai ke peringkat sekolah. Yang Berhormat dari Beluran telah membangkitkan mengenai Kementerian Pendidikan menjadi integrasi kaum sebagai agenda utama dan kita harapkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai mata pelajaran, kegiatan kokurikulum dan juga aktiviti sukan sebagai contoh dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dan aspek-aspek yang terdapat dalam mata pelajaran ini memberi penekanan kepada pengemukaan nilai-nilai murni seperti patriotisme perpaduan, kerjasama dan toleransi ke arah melahirkan warga negara yang berguna. Kerajaan telah membina dan melaksanakan program sekolah wawasan di mana murid-murid sekolah pelbagai aliran belajar dalam satu kompleks dan rancangan integrasi murid untuk perpaduan di bawah program ini pelajar-pelajar, SK, SJK(C), SJK(T) daripada pelbagai kaum akan menikmati aktiviti sukan bersama dan cara ini akan melahirkan semangat berpasukan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Larut. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Sedikit sahaja. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Sedikit sahaja. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan produk tempatan digunakan sepenuhnya, ini dibangkitkan oleh Shah Alam dan kita ada Pekeliling Perbendaharaan SPP Bil: 7/2002 yang menetapkan bahawa produk tempatan hendaklah digunakan sepenuhnya oleh agensi kerajaan masing-masing. Dan kita berharapkan bahawa dengan adanya Pekeliling Perbendaharaan ini, semua agensi kerajaan akan memulakan komponen-komponen local di dalam projek-projek yang berkenaan. Kementerian Kewangan telah juga mendapat kerjasama daripada IKRAM dan juga SIRIM, dipertanggungjawabkan untuk menyegerakan senarai-senarai barangan dan mutu-mutu yang ditetapkan. Beluran juga telah pun mengatakan langkah Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah perpaduan tadi, yang telah pun saya sebutkan dan juga mengapa Kementerian Pendidikan menamatkan bantuan per kapita kepada SAR berdasarkan pencapaian akademik, ini Ahli Yang Berhormat bagi Pokok Sena, jadi memang tidak dinafikan terdapat sebilangan kecil SAR yang mempunyai prestasi yang boleh dipuji, namun pada keseluruhannya prestasi SAR adalah terkebelakang jika dibandingkan dengan sekolah lain seperti SMSK, SMKAA, dan Smart. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Dato’ minta jalan sedikit. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Kalau kita tengok dari segi peratusan sahaja, ini pun juga mengelirukan, kalau misalnya lima orang mengambil peperiksaan dan lima orang dapat semuanya lulus, itu menunjukkan lima orang itu 100%, tetapi kalau dari segi bilangannya lebih banyak lagi bilangan yang lulus di sekolah aliran
Keadaan jenayah masih terkawal, pihak PDRM sentiasa memastikan keadaan keselamatan negara terjamin, bagi mengatasi masalah tersebut, pihak PDRM telah pun mengemukakan permohonan untuk menambah anggota. Di kawasan saya, kita campurkan RELA sekali dengan polis untuk mereka membuat ...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, banyak lagikah?. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ya, saya hendak habiskan, untuk membuat rondaan dan sebagainya. Gelang Patah juga mengatakan bahawa kes-kes yang terlibat dalam pengedaran pil Ecstasy dan penguatkuasaan sentiasa kita akan lakukan dari masa ke semasa untuk bersama dengan jabatan lain termasuk pihak berkuasa tempatan untuk mengatasi masalah ini, dan pemeriksaan air kencing ke atas pengunjung pusat hiburan juga dijalankan, begitu juga sampai ke peringkat sekolah. Yang Berhormat dari Beluran telah membangkitkan mengenai Kementerian Pendidikan menjadi integrasi kaum sebagai agenda utama dan kita harapkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai mata pelajaran, kegiatan kokurikulum dan juga aktiviti sukan sebagai contoh dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dan aspek-aspek yang terdapat dalam mata pelajaran ini memberi penekanan kepada pengemukaan nilai-nilai murni seperti patriotisme perpaduan, kerjasama dan toleransi ke arah melahirkan warga negara yang berguna. Kerajaan telah membina dan melaksanakan program sekolah wawasan di mana murid-murid sekolah pelbagai aliran belajar dalam satu kompleks dan rancangan integrasi murid untuk perpaduan di bawah program ini pelajar-pelajar, SK, SJK(C), SJK(T) daripada pelbagai kaum akan menikmati aktiviti sukan bersama dan cara ini akan melahirkan semangat berpasukan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Larut. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Sedikit sahaja. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Sedikit sahaja. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan produk tempatan digunakan sepenuhnya, ini dibangkitkan oleh Shah Alam dan kita ada Pekeliling Perbendaharaan SPP Bil: 7/2002 yang menetapkan bahawa produk tempatan hendaklah digunakan sepenuhnya oleh agensi kerajaan masing-masing. Dan kita berharapkan bahawa dengan adanya Pekeliling Perbendaharaan ini, semua agensi kerajaan akan memulakan komponen-komponen local di dalam projek-projek yang berkenaan. Kementerian Kewangan telah juga mendapat kerjasama daripada IKRAM dan juga SIRIM, dipertanggungjawabkan untuk menyegerakan senarai-senarai barangan dan mutu-mutu yang ditetapkan. Beluran juga telah pun mengatakan langkah Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah perpaduan tadi, yang telah pun saya sebutkan dan juga mengapa Kementerian Pendidikan menamatkan bantuan per kapita kepada SAR berdasarkan pencapaian akademik, ini Ahli Yang Berhormat bagi Pokok Sena, jadi memang tidak dinafikan terdapat sebilangan kecil SAR yang mempunyai prestasi yang boleh dipuji, namun pada keseluruhannya prestasi SAR adalah terkebelakang jika dibandingkan dengan sekolah lain seperti SMSK, SMKAA, dan Smart. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Dato' minta jalan sedikit. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Kalau kita tengok dari segi peratusan sahaja, ini pun juga mengelirukan, kalau misalnya lima orang mengambil peperiksaan dan lima orang dapat semuanya lulus, itu menunjukkan lima orang itu 100%, tetapi kalau dari segi bilangannya lebih banyak lagi bilangan yang lulus di sekolah aliran.
81
93
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
82 DR.1.4.2003 perdana daripada sekolah aliran SAR. Jadi, ini Yang Berhormat, kalau air mendidih di kaki kiri, air terlampau sejuk di kaki kanan, you don’t feel comfortable. Kalau tidak boleh dari segi averagenya. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Minta jalan sedikit. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Jadi, Yang Berhormat, tentang Batang Lupar untuk kemahiran komunikasi, di sini kita ada kursus komunikasi yang dibuat di setiap universiti dan juga ada kaunselor di sekolah yang memberikan perhatian kepada kemahiran komunikasi dan kemahiran mendengar dan kita harapkan seperti mana Yang Berhormat katakan tadi, tidak tahu berterima kasih ini akan dapat dijelmakan dari segi moralnya, kaedah pembelajaran, pengajaran pedagogi (pedagogue,) ‘endadogi’ dan sebagainya. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Minta jalan Dato’. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Pokok Sena. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Yang Berhormat dari Kepong telah pun meminta supaya pendidikan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyemak semula sistem pendidikan bagi mewujudkan pendidikan bertaraf dunia. Tidak timbul isu untuk mewujudkan Suruhanjaya Diraja untuk menyemak sistem pendidikan negara, sebaliknya Kementerian Pendidikan sentiasa mengkaji dan membuat pembaharuan untuk menjadikan sistem pendidikan yang sedia ada lebih relevan dengan keperluan semasa. Tunggulah nanti jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri Murad untuk mendapatkan feedback daripada sekolah-sekolah yang berkenaan. Yang Berhormat bagi Kemaman menyatakan pelajar di IPTA melacur dalam mencari pendapatan yang lebih. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP-IPTA) sentiasa pantau [Ketawa] aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Pihak Kementerian Pendidikan setakat ini tidak menerima sebarang laporan daripada IPTA mengenai penglibatan pelajar dalam aktiviti pelacuran. [Disampuk] Mengenai underground economy tadi saya akan menjawab secara bertulis, saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa kita telah pun meminta supaya lesen itu dikurangkan supaya ramai dapat diaturkan dan kita harapkan bahawa hari itu Kuala Terengganu telah menyangkal perkara ini dan Yang Berhormat telah menjawab bagi pihak saya. Terima kasih. Yang Berhormat bagi Gelang Patah telah membangkitkan kenapa respons adalah lama selepas aduan dibuat. Memang tidak dinafikan ada berlaku sedikit kelewatan dalam menangani aduan daripada mangsa. Walau bagaimanapun, pihak polis sentiasa mencuba untuk memaparkan dan membaiki tahap response time yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Antaranya meningkatkan kecekapan melalui pembangunan IT, contohnya membangunkan sistem police reporting system (PRS) dan keadaan ini dapat mencepatkan dan memendekkan response time. Selain daripada itu, polis perlu meningkatkan usaha untuk memberi penerangan dan diedarkan risalah mengenai cara-cara mencegah jenayah. Pihak PDRM sering mengadakan kempen pencegah jenayah di sekolah-sekolah, mengadakan risalah dan juga keselamatan di kawasan-kawasan perumahan. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat akan diambil perhatian untuk meningkatkan lagi usaha-usaha di masa akan datang. Yang Berhormat bagi Gelang Patah juga telah memberikan cadangan penguatkuasaan di pusat-pusat perjudian. PDRM sentiasa membuat serbuan, tangkapan dari masa ke semasa di pusat perjudian. Bagi mengatasi masalah kebocoran maklumat ini, serbuan secara mengejut dilakukan dari masa ke semasa. Pihak PDRM sentiasa memastikan agar operasi yang dijalankan supaya tidak dapat dikesan oleh pihak-pihak tertentu. Kalau di Selangor, Menteri Besar sendiri turun ke perkarangan. Bilangan pusat hiburan telah bertambah dan kes-kes terlibat dalam pengedaran pil ecstasy, saya telah pun jawab dan operasi ini kita akan jalankan dari masa ke semasa.
perdana daripada sekolah aliran SAR. Jadi, ini Yang Berhormat, kalau air mendidih di kaki kiri, air terlampau sejuk di kaki kanan, you don't feel comfortable. Kalau tidak boleh dari segi averagenya. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Minta jalan sedikit. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Jadi, Yang Berhormat, tentang Batang Lupar untuk kemahiran komunikasi, di sini kita ada kursus komunikasi yang dibuat di setiap universiti dan juga ada kaunselor di sekolah yang memberikan perhatian kepada kemahiran komunikasi dan kemahiran mendengar dan kita harapkan seperti mana Yang Berhormat katakan tadi, tidak tahu berterima kasih ini akan dapat dijelmakan dari segi moralnya, kaedah pembelajaran, pengajaran pedagogi (pedagogue,) 'endadogi' dan sebagainya. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Minta jalan Dato'. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Pokok Sena. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Yang Berhormat dari Kepong telah pun meminta supaya pendidikan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyemak semula sistem pendidikan bagi mewujudkan pendidikan bertaraf dunia. Tidak timbul isu untuk mewujudkan Suruhanjaya Diraja untuk menyemak sistem pendidikan negara, sebaliknya Kementerian Pendidikan sentiasa mengkaji dan membuat pembaharuan untuk menjadikan sistem pendidikan yang sedia ada lebih relevan dengan keperluan semasa. Tunggulah nanti jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri Murad untuk mendapatkan feedback daripada sekolah-sekolah yang berkenaan. Yang Berhormat bagi Kemaman menyatakan pelajar di IPTA melacur dalam mencari pendapatan yang lebih. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP-IPTA) sentiasa pantau [Ketawa] aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Pihak Kementerian Pendidikan setakat ini tidak menerima sebarang laporan daripada IPTA mengenai penglibatan pelajar dalam aktiviti pelacuran. [Disampuk]. Mengenai underground economy tadi saya akan menjawab secara bertulis, saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa kita telah pun meminta supaya lesen itu dikurangkan supaya ramai dapat diaturkan dan kita harapkan bahawa hari itu Kuala Terengganu telah menyangkal perkara ini dan Yang Berhormat telah menjawab bagi pihak saya. Terima kasih. Yang Berhormat bagi Gelang Patah telah membangkitkan kenapa respons adalah lama selepas aduan dibuat. Memang tidak dinafikan ada berlaku sedikit kelewatan dalam menangani aduan daripada mangsa. Walau bagaimanapun, pihak polis sentiasa mencuba untuk memaparkan dan membaikitahap response time yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Antaranya meningkatkan kecekapan melalui pembangunan IT, contohnya membangunkan sistem police reporting system (PRS) dan keadaan ini dapat mencepatkan dan memendekkan response time. Selain daripada itu, polis perlu meningkatkan usaha untuk memberi penerangan dan diedarkan risalah mengenai cara-cara mencegah jenayah. Pihak PDRM sering mengadakan kempen pencegah jenayah di sekolah-sekolah, mengadakan risalah dan juga keselamatan di kawasan-kawasan perumahan. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat akan diambil perhatian untuk meningkatkan lagi usaha-usaha di masa akan datang. Yang Berhormat bagi Gelang Patah juga telah memberikan cadangan penguatkuasaan di pusat-pusat perjudian. PDRM sentiasa membuat serbuan, tangkapan dari masa ke semasa di pusat perjudian. Bagi mengatasi masalah kebocoran maklumat ini, serbuan secara mengejut dilakukan dari masa ke semasa. Pihak PDRM sentiasa memastikan agar operasi yang dijalankan supaya tidak dapat dikesan oleh pihak-pihak tertentu. Kalau di Selangor, Menteri Besar sendiri turun ke perkarangan. Bilangan pusat hiburan telah bertambah dan kes-kes terlibat dalam pengedaran pil ecstasy, saya telah pun jawab dan operasi ini kita akan jalankan dari masa ke semasa.
82
94
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
DR.1.4.2003 83 Yang lain-lain Ahli-ahli Yang Berhormat banyak menyentuh mengenai peperangan Iraq. [Disampuk] Saya akan beri secara bertulis kepada Yang Berhormat. Angka-angkanya ada. [Disampuk] Amanah Saham Negeri yang dibangkitkan oleh Parit Buntar. Kerajaan belum buat keputusan muktamad mengenai kaedah yang terbaik untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Tabung Unit Amanah Saham yang ditaja oleh kerajaan-kerajaan negeri. Tetapi saya ingin membuat pembetulan kepada Kemaman dan juga kepada Parit Buntar, yang tinggi sekali ialah daripada Sarawak iaitu RM1.00 bukannya daripada Terengganu. [Dewan riuh] Yang Berhormat bagi Kota Melaka, aduan-aduan Melaka membuat tuntutan rasmi kerajaan terhadap urusan politik dan urusan peribadi. Perkara ini telah dibangkitkan di masa lalu dan pihak Jabatan Audit telah menjalankan pemeriksaan audit dan memorandum mengenainya telah pun disenaraikan kepada Pejabat Ketua Menteri Melaka. Kalau kita lihat dari segi BPRnya kita ada satu arahan di mana dalam siasatan tidak boleh dikeluarkan kes- kes penyiasatan sehingga dapat penyiasatan itu selesai. Itu yang pentingnya. Seksyen 21(4) Akta Pencegah Rasuah 1997 yang telah dikuatkuasakan pada 28 Januari 1998 menyatakan "Sesuatu aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang kepada mana-mana orang selain pegawai-pegawai badan dan pendakwa raya sehinggalah orang tertuduh dipertuduh di mahkamah atas sesuatu kesalahan di bawah akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain daripada aduan ini." Peruntukan tersebut jelas melarang sebarang pendedahan terhadap aduan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada mana-mana orang selain daripada pegawai badan dan pendakwa raya. Oleh itu, adalah terlalu awal untuk mengaitkan nama-nama individu dengan kes yang disiasat sehingga semua bukti dan keterangan diperolehi dan kes siasatan dirujukkan kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis: Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima bilion empat ratus lima belas juta sembilan ratus sembilan belas ribu dan satu ratus ringgit (RM5,415,919,100) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2002, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat, 2002 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 2003
Yang lain-lain Ahli-ahli Yang Berhormat banyak menyentuh mengenai peperangan Iraq. [Disampuk] Saya akan beri secara bertulis kepada Yang Berhormat. Angka-angkanya ada. [Disampuk]. Amanah Saham Negeri yang dibangkitkan oleh Parit Buntar. Kerajaan belum buat keputusan muktamad mengenai kaedah yang terbaik untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Tabung Unit Amanah Saham yang ditaja oleh kerajaan-kerajaan negeri. Tetapi saya ingin membuat pembetulan kepada Kemaman dan juga kepada Parit Buntar, yang tinggi sekali ialah daripada Sarawak iaitu RM1.00 bukannya daripada Terengganu. [Dewan riuh]. Yang Berhormat bagi Kota Melaka, aduan-aduan Melaka membuat tuntutan rasmi kerajaan terhadap urusan politik dan urusan peribadi. Perkara ini telah dibangkitkan di masa lalu dan pihak Jabatan Audit telah menjalankan pemeriksaan audit dan memorandum mengenainya telah pun disenaraikan kepada Pejabat Ketua Menteri Melaka. Kalau kita lihat dari segi BPRnya kita ada satu arahan di mana dalam siasatan tidak boleh dikeluarkan kes- kes penyiasatan sehingga dapat penyiasatan itu selesai. Itu yang pentingnya. Seksyen 21(4) Akta Pencegah Rasuah 1997 yang telah dikuatkuasakan pada 28 Januari 1998 menyatakan "Sesuatu aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang kepada mana-mana orang selain pegawai-pegawai badan dan pendakwa raya sehinggalah orang tertuduh dipertuduh di mahkamah atas sesuatu kesalahan di bawah akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain daripada aduan ini.". Peruntukan tersebut jelas melarang sebarang pendedahan terhadap aduan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada mana-mana orang selain daripada pegawai badan dan pendakwa raya. Oleh itu, adalah terlalu awal untuk mengaitkan nama-nama individu dengan kes yang disiasat sehingga semua bukti dan keterangan diperolehi dan kes siasatan dirujukkan kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis: Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima bilion empat ratus lima belas juta sembilan ratus sembilan belas ribu dan satu ratus ringgit (RM5,415,919,100) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2002, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat, 2002 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 2003.
83
95
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
84 DR.1.4.2003 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran- butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut, hendaklah disahkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ini di peringkat Jawatankuasa boleh kita sambung pada hari esok. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 10.00 pagi hari esok. Dewan ditangguhkan pada pukul 6.31 petang.
dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran- butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut, hendaklah disahkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ini di peringkat Jawatankuasa boleh kita sambung pada hari esok. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 10.00 pagi hari esok. Dewan ditangguhkan pada pukul 6.31 petang.
84
96
"2003-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042003.pdf
ii DR.1.4.2010 13. Yang Amat Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal, D.S.A.P., P.G.D.K., D.M.S.M. (Semporna) – UMNO 14. “ Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, D.S.P.N., S.M.J., P.I.S. (Pasir Gudang) – UMNO 15. “ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Mustapa Mohamed (Jeli) – UMNO 16. ” Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Kota Marudu) – PBS 17. “ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas (Betong) – PBB 18. “ Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen, D.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.K., D.P.M.P., P.J.K. (Raub) – MCA 19. “ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar, D.G.S.M., D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang) – UMNO 20. “ Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., S.S.A.P., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok) – UMNO 21. “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, D.S.N.S., D.S.A.P., A.N.S., J.P. (Tampin) – UMNO 22. “ Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai, D.G.S.M., S.S.A.P., D.I.M.P., S.M.P., (Bentong) – MCA 23. “ Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek (Kemaman) – UMNO 24. “ Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam (Segamat) – MIC 25. “ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, D.I.M.P., D.M.S.M., A.D.K. (Bera) – UMNO 26. “ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Kong Cho Ha (Lumut) – MCA 27. “ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, S.S.A.P., D.G.P.N., D.I.M.P. – Senator 28. “ Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Anifah bin Haji Aman, S.S.A.P. (Kimanis) – UMNO 29. “ Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin, D.P.T.J. – Senator 30. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Idris Jala – Senator
13. Yang Amat Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri. Mohd. Shafie bin Haji Apdal, D.S.A.P., P.G.D.K., D.M.S.M. (Semporna)- UMNO. 14. " Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, D.S.P.N., S.M.J., P.I.S. (Pasir Gudang)- UMNO. 15. " Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Mustapa Mohamed (Jeli)- UMNO. 16. " Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Kota Marudu)- PBS. 17. " Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas (Betong)- PBB. 18. " Menteri Pelancongan, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, D.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.K., D.P.M.P., P.J.K. (Raub)- MCA. 19. " Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar, D.G.S.M., D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang)- UMNO. 20. " Menteri Pertahanan, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., S.S.A.P., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok)- UMNO. 21. " Menteri Kerja Raya, Dato' Shaziman bin Abu Mansor, D.S.N.S., D.S.A.P., A.N.S., J.P. (Tampin)- UMNO. 22. " Menteri Kesihatan, Dato' Seri Liow Tiong Lai, D.G.S.M., S.S.A.P., D.I.M.P., S.M.P., (Bentong)- MCA. 23. " Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek (Kemaman)- UMNO. 24. " Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam (Segamat)- MIC. 25. " Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, D.I.M.P., D.M.S.M., A.D.K. (Bera)- UMNO. 26. " Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Kong Cho Ha (Lumut)- MCA. 27. " Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, S.S.A.P., D.G.P.N., D.I.M.P.- Senator. 28. " Menteri Luar Negeri, Dato' Sri Anifah bin Haji Aman, S.S.A.P. (Kimanis)- UMNO. 29. " Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin, D.P.T.J.- Senator. 30. " Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Idris Jala- Senator.
13
4
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
iv DR.1.4.2010 20. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I, Dr. Hou Kok Chung (Kluang) – MCA 21. “ Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II, Dato’ Saifuddin bin Abdullah, D.S.A.P., D.P.M.P., D.S.M. (Temerloh) – UMNO 22. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I, Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir (Jerlun) – UMNO 23. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Dato’ Jacob Dungau Sagan, P.S.B.S., J.B.S., K.M.N., P.P.B., P.P.N. (Baram) – SPDP 24. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Haji Fadillah bin Yusof (Petra Jaya) – PBB 25. ” Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (Pensiangan) – PBRS 26. “ Timbalan Menteri Pelancongan, Dato’ Dr. James Dawos Mamit, P.S.B.S., P.P.B., P.P.S., P.P.D. (Mambong) – PBB 27. “ Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani I, Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum, S.I.M.P., D.S.D.K., D.M.S.M., D.I.M.P., D.S.M., A.M.K., B.K.M., P.J.K., J.P. (Kubang Pasu) – UMNO 28. “ Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II, Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim (Batang Lupar) – PBB 29. “ Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing) – UMNO 30. “ Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin) – SUPP 31. “ Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin, P.G.D.K., A.D.K. (Papar) – UMNO 32. “ Timbalan Menteri Belia dan Sukan I, Dato’ Razali bin Haji Ibrahim (Muar) – UMNO 33. “ Timbalan Menteri Belia dan Sukan II, Datuk Wee Jeck Seng (Tanjong Piai) – MCA 34. “ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Maznah Mazlan – Senator 35. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Tan Lian Hoe, D.P.M.P. (Gerik) – GERAKAN 36. “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, P.G.D.K., S.P.D.K., J.M.N., J.P. (Beaufort) – UMNO 37. “ Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun, D.S.I.S. – Senator 38. “ Timbalan Menteri Luar Negeri I, Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu – Senator 39. “ Timbalan Menteri Luar Negeri II, Dato’ Lee Chee Leong, D.P.M.P., A.M.P. (Kampar) – MCA
20. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I, Dr. Hou Kok Chung. (Kluang)- MCA. 21. " Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II, Dato' Saifuddin bin Abdullah, D.S.A.P., D.P.M.P., D.S.M. (Temerloh)- UMNO. 22. " Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I, Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir (Jerlun)- UMNO. 23. " Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Dato' Jacob Dungau Sagan, P.S.B.S., J.B.S., K.M.N., P.P.B., P.P.N. (Baram)- SPDP. 24. " Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Haji Fadillah bin Yusof (Petra Jaya)- PBB. 25. " Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (Pensiangan)- PBRS. 26. " Timbalan Menteri Pelancongan, Dato' Dr. James Dawos Mamit, P.S.B.S., P.P.B., P.P.S., P.P.D. (Mambong)- PBB. 27. " Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani I, Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum, S.I.M.P., D.S.D.K., D.M.S.M., D.I.M.P., D.S.M., A.M.K., B.K.M., P.J.K., J.P. (Kubang Pasu)- UMNO. 28. " Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II, Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim (Batang Lupar)- PBB. 29. " Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing)- UMNO. 30. " Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato' Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin)- SUPP. 31. " Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin, P.G.D.K., A.D.K. (Papar)- UMNO. 32. " Timbalan Menteri Belia dan Sukan I, Dato' Razali bin Haji Ibrahim (Muar)- UMNO. 33. " Timbalan Menteri Belia dan Sukan II, Datuk Wee Jeck Seng (Tanjong Piai)- MCA. 34. " Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Maznah Mazlan- Senator. 35. " Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Tan Lian Hoe, D.P.M.P. (Gerik)- GERAKAN. 36. " Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, P.G.D.K., S.P.D.K., J.M.N., J.P. (Beaufort)- UMNO. 37. " Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun, D.S.I.S.- Senator. 38. " Timbalan Menteri Luar Negeri I, Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu - Senator. 39. " Timbalan Menteri Luar Negeri II, Dato' Lee Chee Leong, D.P.M.P., A.M.P. (Kampar)- MCA.
20
6
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
vi DR.1.4.2010 24. Yang Berhormat Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah (Limbang) – PBB 25. “ Dato’ Henry Sum Agong (Lawas) – PBB 26. “ Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron, D.M.S.M., D.S.M. (Tangga Batu) – UMNO 27. “ Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib, D.I.M.P., S.A.P., A.A.P., A.M.P., P.K.C. (Maran) – UMNO 28. “ Dato’ Ismail Kasim, D.P.M.P., S.M.P., A.M.P. (Arau) – UMNO 29. “ Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said (Kuala Krau) – UMNO 30. “ Dato’ Seri Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P., S.A.P. (Rompin) – UMNO 31. “ Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan (Keningau) – PBS 32. “ Datuk Juslie Ajirol (Libaran) – UMNO 33. “ Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) – UMNO 34. “ Tuan Liang Teck Meng (Simpang Renggam) – GERAKAN 35. “ Dato’ Haji Lilah Yasin, D.S.N.S. (Jempol) – UMNO 36. “ Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh, P.G.D.K., J.S.M., A.D.K., B.S.K. (Putatan) – UPKO 37. “ Tuan Masir Kujat, P.P.B. (Sri Aman) – PRS 38. “ Tuan Matulidi bin Jusoh, P.P.N., P.J.K. (Dungun) – UMNO 39. “ Datuk Md. Sirat Abu, D.M.S.M., K.M.N., B.K.T., P.J.K., J.P. (Bukit Katil) – UMNO 40. “ Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz (Sri Gading) – UMNO 41. “ Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman, D.I.M.P., A.M.P. (Lipis) – UMNO 42. “ Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee, D.P.M.T., D.M.S.M., K.M.N., A.M.N. (Setiu) – UMNO 43. “ Dato’ Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri, D.M.P.T. (Kuala Nerus) – UMNO 44. “ Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman, A.M.N., P.J.C., P.J.K. (Hulu Terengganu) – UMNO 45. “ Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria, A.M.P. (Parit) – UMNO 46. “ Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad (Kangar) – UMNO 47. “ Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.M.S., D.P.T.J., S.S.A.P., J.P. (Sepang) – UMNO 48. “ Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo M. Toyad, P.N.B.S., P.G.B.K., J.B.S. (Mukah) – PBB 49. “ Puan Hajah Nancy binti Shukri (Batang Sadong) – PBB 50. “ Datuk Hajah Norah binti Abd. Rahman (Tanjong Manis), P.J.N. – PBB 51. “ Dato’ Noraini binti Ahmad (Parit Sulong) – UMNO
24. Yang Berhormat Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah (Limbang)- PBB. 25. " Dato' Henry Sum Agong (Lawas)- PBB. 26. " Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron, D.M.S.M., D.S.M. (Tangga Batu)- UMNO. 27. " Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib, D.I.M.P., S.A.P., A.A.P., A.M.P., P.K.C. (Maran)- UMNO. 28. " Dato' Ismail Kasim, D.P.M.P., S.M.P., A.M.P. (Arau)- UMNO. 29. " Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said (Kuala Krau)- UMNO. 30. " Dato' Seri Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P., S.A.P. (Rompin)- UMNO. 31. " Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan (Keningau)- PBS. 32. " Datuk Juslie Ajirol (Libaran)- UMNO. 33. " Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau)- UMNO. 34. " Tuan Liang Teck Meng (Simpang Renggam)- GERAKAN. 35. " Dato' Haji Lilah Yasin, D.S.N.S. (Jempol)- UMNO. 36. " Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh, P.G.D.K., J.S.M., A.D.K., B.S.K. (Putatan)- UPKO. 37. " Tuan Masir Kujat, P.P.B. (Sri Aman)- PRS. 38. " Tuan Matulidi bin Jusoh, P.P.N., P.J.K. (Dungun)- UMNO. 39. " Datuk Md. Sirat Abu, D.M.S.M., K.M.N., B.K.T., P.J.K., J.P. (Bukit Katil)- UMNO. 40. " Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz (Sri Gading)- UMNO. 41. " Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman, D.I.M.P., A.M.P. (Lipis)- UMNO. 42. " Dato' Haji Mohd. Jidin bin Shafee, D.P.M.T., D.M.S.M., K.M.N., A.M.N. (Setiu)- UMNO. 43. " Dato' Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri, D.M.P.T. (Kuala Nerus)- UMNO. 44. " Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman, A.M.N., P.J.C., P.J.K. (Hulu Terengganu)- UMNO. 45. " Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria, A.M.P. (Parit)- UMNO. 46. " Dato' Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad (Kangar)- UMNO. 47. " Dato' Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.M.S., D.P.T.J., S.S.A.P., J.P. (Sepang)- UMNO. 48. " Dato' Sri Dr. Muhammad Leo M. Toyad, P.N.B.S., P.G.B.K., J.B.S. (Mukah)- PBB. 49. " Puan Hajah Nancy binti Shukri (Batang Sadong)- PBB. 50. " Datuk Hajah Norah binti Abd. Rahman (Tanjong Manis), P.J.N.- PBB. 51. " Dato' Noraini binti Ahmad (Parit Sulong)- UMNO.
24
8
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
x DR.1.4.2010 10. Yang Berhormat Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang) 11. “ Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu) 12. “ Tuan Mohd. Firdaus Jaafar (Jerai) 13. “ Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli (Kuala Krai) 14. “ Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman (Pendang) 15. “ Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria (Padang Terap) 16. “ Tuan Muhammad bin Haji Husain (Pasir Puteh) 17. “ Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) 18. “ Tuan Haji Nasharudin Mat Isa (Bachok) 19. “ Tuan Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) 20. “ Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud (Kota Raja) 21. “ Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) 22. “ Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling) 23. “ Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah, D.J.M.K. (Kota Bharu) AHLI (Bebas) 1. Yang Berhormat Datuk Chua Soon Bui, P.G.D.K. (Tawau) – SAPP 2. “ Datuk Eric E. Majimbun, P.G.D.K. (Sepanggar) – SAPP 3. “ Dato’ Ibrahim Ali, D.J.M.K., D.P.M.S., D.M.S.M. (Pasir Mas) 4. “ Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri (Bagan Serai) 5. “ Tuan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) 6. “ Dato’ Seri Zahrain bin Mohamed Hashim, D.S.P.N., P.J.K. (Bayan Baru) 7 “ Tuan Zulkifli bin Noordin (Kulim Bandar Baharu)
10. Yang Berhormat Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang) 11. " Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu) 12. " Tuan Mohd. Firdaus Jaafar (Jerai) 13. " Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli (Kuala Krai) 14. " Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman (Pendang) 15. " Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria (Padang Terap) 16. " Tuan Muhammad bin Haji Husain (Pasir Puteh) 17. " Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) 18. " Tuan Haji Nasharudin Mat Isa (Bachok) 19. " Tuan Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) 20. " Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud (Kota Raja) 21. " Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) 22. " Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling) 23. " Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah, D.J.M.K. (Kota Bharu). AHLI (Bebas) 1. Yang Berhormat Datuk Chua Soon Bui, P.G.D.K. (Tawau)- SAPP 2. " Datuk Eric E. Majimbun, P.G.D.K. (Sepanggar)- SAPP 3. " Dato' Ibrahim Ali, D.J.M.K., D.P.M.S., D.M.S.M. (Pasir Mas) 4. " Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri (Bagan Serai) 5. " Tuan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) 6. " Dato' Seri Zahrain bin Mohamed Hashim, D.S.P.N., P.J.K. (Bayan Baru) 7 " Tuan Zulkifli bin Noordin (Kulim Bandar Baharu).
10
12
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Khamis, 1 April 2010 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Luar Negeri menyatakan tentang hubungan luar dan dua hala negara dengan negara- negara luar di peringkat antarabangsa. Timbalan Menteri Luar Negeri I [Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mengamalkan dasar luar yang berteraskan prinsip hubungan baik dan mesra serta kerjasama erat di pelbagai peringkat dengan negara-negara di mana Malaysia mempunyai hubungan diplomatik. Objektif utama dasar ini adalah untuk melindungi, mempertahankan dan mempromosi kepentingan geopolitik dan strategik negara di persada antarabangsa. Di dalam melaksanakan dasar ini, Malaysia mengambil pendekatan diplomasi proaktif yang menekankan prinsip menghormati kedaulatan serta tidak campur tangan dalam urusan dalam negara lain dan menitikberatkan prinsip prosper thy neighbour dan demi kemakmuran bersama. Tuan Yang di-Pertua, di peringkat pelbagai hala, Malaysia bekerjasama erat dengan negara-negara yang sependapat dengan isu-isu sejagat dan kepentingan bersama seperti pembangunan, ekonomi, kewangan, keselamatan, alam sekitar, hak asasi manusia, nuklear dan sebagainya. Hubungan dan kerjasama ini dilaksanakan melalui keahlian Malaysia di dalam pertubuhan- pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti ASEAN, Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara- negara Berkecuali (NAM), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Komanwel dan lain-lain lagi. Melalui pertubuhan-pertubuhan ini, Malaysia mengutarakan pandangan dan pendirian mengenai isu-isu antarabangsa tersebut. Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dua hala secara formal dengan 128 buah negara. Melalui hubungan diplomatik ini, Malaysia berjaya menjalin serta meningkatkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang yang memberi faedah bersama seperti kerjasama di bidang politik, ekonomi, keselamatan, saintifik dan sosiobudaya. Penekanan juga diberikan kepada Kerjasama Selatan-Selatan dan Perkongsian Pintar di dalam hubungan dan kerjasama dua hala ini terutamanya
MALAYSIA DEWAN RAKYAT Khamis, 1 April 2010 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN. 1. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Luar Negeri menyatakan tentang hubungan luar dan dua hala negara dengan negara- negara luar di peringkat antarabangsa. Timbalan Menteri Luar Negeri I [Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mengamalkan dasar luar yang berteraskan prinsip hubungan baik dan mesra serta kerjasama erat di pelbagai peringkat dengan negara-negara di mana Malaysia mempunyai hubungan diplomatik. Objektif utama dasar ini adalah untuk melindungi, mempertahankan dan mempromosi kepentingan geopolitik dan strategik negara di persada antarabangsa. Di dalam melaksanakan dasar ini, Malaysia mengambil pendekatan diplomasi proaktif yang menekankan prinsip menghormati kedaulatan serta tidak campur tangan dalam urusan dalam negara lain dan menitikberatkan prinsip prosper thy neighbour dan demi kemakmuran bersama. Tuan Yang di-Pertua, di peringkat pelbagai hala, Malaysia bekerjasama erat dengan negara-negara yang sependapat dengan isu-isu sejagat dan kepentingan bersama seperti pembangunan, ekonomi, kewangan, keselamatan, alam sekitar, hak asasi manusia, nuklear dan sebagainya. Hubungan dan kerjasama ini dilaksanakan melalui keahlian Malaysia di dalam pertubuhan- pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti ASEAN, Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara- negara Berkecuali (NAM), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Komanwel dan lain-lain lagi. Melalui pertubuhan-pertubuhan ini, Malaysia mengutarakan pandangan dan pendirian mengenai isu-isu antarabangsa tersebut. Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dua hala secara formal dengan 128 buah negara. Melalui hubungan diplomatik ini, Malaysia berjaya menjalin serta meningkatkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang yang memberi faedah bersama seperti kerjasama di bidang politik, ekonomi, keselamatan, saintifik dan sosiobudaya. Penekanan juga diberikan kepada Kerjasama Selatan-Selatan dan Perkongsian Pintar di dalam hubungan dan kerjasama dua hala ini terutamanya.
1
15
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
2 DR.1.4.2010 dengan negara-negara membangun di Hemisfera Selatan. Hubungan dan kerjasama baik dengan negara-negara ini sentiasa dipupuk dan ditingkatkan dari semasa ke semasa melalui pelbagai aktiviti termasuk pertukaran lawatan kepimpinan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan, rundingan serta mesyuarat tahunan di pelbagai peringkat, hubungan dan kerjasama baik dua hala ini telah memberi banyak manfaat dan menyumbang kepada pembangunan Malaysia seperti di bidang perdagangan, pelaburan, pelancongan dan sebagainya. Sekian, terima kasih. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang jelas bahawa prinsip ataupun dasar luar negara kita adalah mesra, baik dan memainkan peranan untuk mempertahankan serta mempromosikan negara kita di dalam berbagai-bagai bidang. Walau bagaimanapun, apakah langkah-langkah yang lebih tegas diambil oleh negara kita dengan cubaan beberapa buah negara asing yang cuba mencampuri urusan dalaman negara kita dalam berbagai-bagai bidang sama ada dalam bidang kehakiman, dalam bidang kemanusiaan dan sebagainya. Apakah Malaysia juga memainkan peranan untuk mempertahankan cubaan-cubaan ini daripada berlarutan pada masa akan datang? Terima kasih. Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya memang Malaysia berpegang kepada dasar luar negara iaitu ia tidak mencampuri urusan dalaman sesebuah negara. Pada masa yang sama, agar negara-negara lain juga memahami akan dasar negara kita iaitu tidak mahu negara luar campur tangan dalam urusan kita. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau kita lihat sejak kebelakangan ini, memang terdapat beberapa negara cuba campur tangan dalam urusan perundangan kita dan sebagainya. Kita telah pun meminta negara-negara tersebut supaya tidak mencampuri urusan dalaman negara kita dan kita memang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan apa-apa jua dalam apa keadaan pun. ■1010 Jadi, saya menyentuh sekali lagi iaitu kalau kita lihat contohnya di mana 50 Ahli Parlimen dari Australia telah meminta untuk menggugurkan kes di negara Malaysia. Jadi kita dengan sekeras-kerasnya kita telah pun menyatakan bahawa mereka tidak seharusnya campur tangan. Kalau kita lihat memang Australia pun menyatakan itu adalah pendirian individu bukan pendirian negara tersebut. Sekian. Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Ya, memang dasar kerajaan bahawa kita tidak mahu mencampuri urusan negara lain dan kita juga tidak mahu negara lain mencampuri urusan dalam negara kita. Kita sudah mempunyai dasar luar yang jelas, negara-negara yang kita perlu ada hubungan diplomatik tetapi persoalannya sekarang ini ialah dalam masa yang sama bila kita tidak mahu negara luar mencampuri urusan negara kita, persoalannya sekarang ini ialah kita sendiri yang mengundang untuk menyebabkan orang lain mencampuri urusan negara kita. Beberapa Ahli: [Menyampuk] Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Saya lihat bahawa pengambilan APCO Worldwide ini... Beberapa Ahli: [Menyampuk]
dengan negara-negara membangun di Hemisfera Selatan. Hubungan dan kerjasama baik dengan negara-negara ini sentiasa dipupuk dan ditingkatkan dari semasa ke semasa melalui pelbagai aktiviti termasuk pertukaran lawatan kepimpinan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan, rundingan serta mesyuarat tahunan di pelbagai peringkat, hubungan dan kerjasama baik dua hala ini telah memberi banyak manfaat dan menyumbang kepada pembangunan Malaysia seperti di bidang perdagangan, pelaburan, pelancongan dan sebagainya. Sekian, terima kasih. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang jelas bahawa prinsip ataupun dasar luar negara kita adalah mesra, baik dan memainkan peranan untuk mempertahankan serta mempromosikan negara kita di dalam berbagai-bagai bidang. Walau bagaimanapun, apakah langkah-langkah yang lebih tegas diambil oleh negara kita dengan cubaan beberapa buah negara asing yang cuba mencampuri urusan dalaman negara kita dalam berbagai-bagai bidang sama ada dalam bidang kehakiman, dalam bidang kemanusiaan dan sebagainya. Apakah Malaysia juga memainkan peranan untuk mempertahankan cubaan-cubaan ini daripada berlarutan pada masa akan datang? Terima kasih. Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya memang Malaysia berpegang kepada dasar luar negara iaitu ia tidak mencampuri urusan dalaman sesebuah negara. Pada masa yang sama, agar negara-negara lain juga memahami akan dasar negara kita iaitu tidak mahu negara luar campur tangan dalam urusan kita. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau kita lihat sejak kebelakangan ini, memang terdapat beberapa negara cuba campur tangan dalam urusan perundangan kita dan sebagainya. Kita telah pun meminta negara-negara tersebut supaya tidak mencampuri urusan dalaman negara kita dan kita memang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan apa-apa jua dalam apa keadaan pun. #1010. Jadi, saya menyentuh sekali lagi iaitu kalau kita lihat contohnya di mana 50 Ahli Parlimen dari Australia telah meminta untuk menggugurkan kes di negara Malaysia. Jadi kita dengan sekeras-kerasnya kita telah pun menyatakan bahawa mereka tidak seharusnya campur tangan. Kalau kita lihat memang Australia pun menyatakan itu adalah pendirian individu bukan pendirian negara tersebut. Sekian. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Ya, memang dasar kerajaan bahawa kita tidak mahu mencampuri urusan negara lain dan kita juga tidak mahu negara lain mencampuri urusan dalam negara kita. Kita sudah mempunyai dasar luar yang jelas, negara-negara yang kita perlu ada hubungan diplomatik tetapi persoalannya sekarang ini ialah dalam masa yang sama bila kita tidak mahu negara luar mencampuri urusan negara kita, persoalannya sekarang ini ialah kita sendiri yang mengundang untuk menyebabkan orang lain mencampuri urusan negara kita. Beberapa Ahli: [Menyampuk]. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Saya lihat bahawa pengambilan APCO Worldwide ini... Beberapa Ahli: [Menyampuk].
2
16
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 3 Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: APCO Worldwide. Ya, ini APCO Worldwide sebab... Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: APCO Worldwide ialah di dalamnya terdapat kepentingan Israel dan lembaga penasihatnya ialah bekas Menteri Israel. Bermakna bahawa dia adalah rakyat Israel Beberapa Ahli: Ya. [Tepuk] Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: ...yang kita tidak punya hubungan diplomatik dengan negara haram Israel tetapi sekarang kita telah mengambil APCO Worldwide untuk menjadi penasihat kepada perkara-perkara tertentu dalam negara kita yang... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Penjelasanlah. Boleh... Yang Berhormat boleh dengar balik. Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: ...sudah tentu ini akan memberikan atau menjejaskan keselamatan negara kita, satu. Yang keduanya ialah ia juga apabila kita katakan bahawa kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel [Dewan riuh] Tiba-tiba kita mengambil syarikat daripada Israel, syarikat yang ada kepentingan Israel. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Soalan. Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: ...yang ada rakyat Israel di dalam lembaga itu untuk memberikan nasihat kepada negara kita... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baiklah, Yang Berhormat. Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tidakkah ini menjejaskan imej negara kita kepada pandangan negara-negara luar, khususnya negara- negara OIC yang tidak ada hubungan dengan negara haram Israel ini. Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya ketandusan idea... [Tepuk] Kerana soalan yang sama diulang beberapa kali. [Dewan riuh] Sebenarnya kalau kita lihat... Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Sebab soalan itu tidak dijawab, tidak pernah dijawab jelas. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena. Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Saya telah pun menyatakan pendirian iaitu pendirian Malaysia iaitu kita tidak akan campur tangan dalam urusan negara lain dan negara lain juga tidak campur tangan dalam urusan negara kita. Seorang Ahli: Tidak jawab. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Macam mana mahu jawab. Tidak ada yang perlu dijawab. Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Kita sama-sama menghormati tidak kira negara lain atau negara kita menghormati apa yang ada pada dasar-dasar luar negara kita. Terima kasih.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: APCO Worldwide. Ya, ini APCO Worldwide sebab... Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: APCO Worldwide ialah di dalamnya terdapat kepentingan Israel dan lembaga penasihatnya ialah bekas Menteri Israel. Bermakna bahawa dia adalah rakyat Israel. Beberapa Ahli: Ya. [Tepuk]. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: ...yang kita tidak punya hubungan diplomatik dengan negara haram Israel tetapi sekarang kita telah mengambil APCO Worldwide untuk menjadi penasihat kepada perkara-perkara tertentu dalam negara kita yang... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Penjelasanlah. Boleh... Yang Berhormat boleh dengar balik. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: ...sudah tentu ini akan memberikan atau menjejaskan keselamatan negara kita, satu. Yang keduanya ialah ia juga apabila kita katakan bahawa kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel [Dewan riuh] Tiba-tiba kita mengambil syarikat daripada Israel, syarikat yang ada kepentingan Israel. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Soalan. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: ...yang ada rakyat Israel di dalam lembaga itu untuk memberikan nasihat kepada negara kita... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baiklah, Yang Berhormat. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tidakkah ini menjejaskan imej negara kita kepada pandangan negara-negara luar, khususnya negara- negara OIC yang tidak ada hubungan dengan negara haram Israel ini. Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya ketandusan idea... [Tepuk] Kerana soalan yang sama diulang beberapa kali. [Dewan riuh] Sebenarnya kalau kita lihat... Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Sebab soalan itu tidak dijawab, tidak pernah dijawab jelas. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena. Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Saya telah pun menyatakan pendirian iaitu pendirian Malaysia iaitu kita tidak akan campur tangan dalam urusan negara lain dan negara lain juga tidak campur tangan dalam urusan negara kita. Seorang Ahli: Tidak jawab. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Macam mana mahu jawab. Tidak ada yang perlu dijawab. Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Kita sama-sama menghormati tidak kira negara lain atau negara kita menghormati apa yang ada pada dasar-dasar luar negara kita. Terima kasih.
3
17
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
4 DR.1.4.2010 Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tidak ada idea nampaknya, tidak ada idea. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat. Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Jawapan yang tidak ada idea. [Ketawa] 2. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [Jerai] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan tindakan dan langkah yang diambil bagi membanteras SMS menawarkan video lucah yang makin berleluasa kebelakangan ini. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [Puan Heng Seai Kie]: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon izin untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Batang Sadong bertarikh 12 April 2010 kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu tindakan kerajaan terhadap isu SMS video lucah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baiklah, Yang Berhormat. Puan Heng Seai Kie: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, tindakan menyalurkan, menghebahkan dan menerima video lucah adalah salah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Akta 588. Antara langkah-langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi membanteras SMS yang menawarkan video lucah adalah dengan menubuhkan Biro Aduan SKMM sebagai pusat untuk menerima semua jenis aduan termasuklah pengiriman SMS lucah. Di samping itu, forum kandungan komunikasi dan multimedia Malaysia juga telah ditubuhkan di bawah seksyen 212, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebagai satu badan kawal selia industri di bawah SKMM bagi menyelia kandungan yang disebarkan oleh media-media elektronik berangkai. Sekian, terima kasih. Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua dan Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adalah pertama sekali sudah ada usaha untuk membanteras SMS lucah ini. Satu perkara yang cukup membimbangkan kita apabila ia sampai ke tangan anak-anak ataupun di kalangan remaja. Ia sesuatu yang amat malang dan mengaibkan kita semualah. Soalan saya, berapakah kes yang sudah pun selesai dan tindakan yang telah pun diambil ke atas mereka yang mengirim ini kerana difahamkan melalui nombor-nombor yang didaftar melalui syarikat-syarikat telekomunikasi. Pohon jawapan dan bagaimana mengatasinya. Terima kasih. Puan Heng Seai Kie: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tahun 2009, bilangan kes yang disiasat atas aduan ialah sebanyak 66 kes. Daripada itu sebanyak 75 jenis perkhidmatan SMS yang menggunakan 42 kod ringkas oleh 15 penyedia perkhidmatan SMS telah digantung perkhidmatannya kerana menghantar SMS yang tidak bermoral termasuklah video lucah dan satu kes telah dibawa ke mahkamah. Sekian, terima kasih. Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya ialah kalau sudah ada jawatankuasa khas tadi, adakah kita dapat berpeluang untuk forward, dengan
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tidak ada idea nampaknya, tidak ada idea. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Jawapan yang tidak ada idea. [Ketawa]. 2. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [Jerai] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan tindakan dan langkah yang diambil bagi membanteras SMS menawarkan video lucah yang makin berleluasa kebelakangan ini. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [Puan Heng Seai Kie]: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon izin untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Batang Sadong bertarikh 12 April 2010 kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu tindakan kerajaan terhadap isu SMS video lucah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baiklah, Yang Berhormat. Puan Heng Seai Kie: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, tindakan menyalurkan, menghebahkan dan menerima video lucah adalah salah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Akta 588. Antara langkah-langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi membanteras SMS yang menawarkan video lucah adalah dengan menubuhkan Biro Aduan SKMM sebagai pusat untuk menerima semua jenis aduan termasuklah pengiriman SMS lucah. Di samping itu, forum kandungan komunikasi dan multimedia Malaysia juga telah ditubuhkan di bawah seksyen 212, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebagai satu badan kawal selia industri di bawah SKMM bagi menyelia kandungan yang disebarkan oleh media-media elektronik berangkai. Sekian, terima kasih. Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua dan Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adalah pertama sekali sudah ada usaha untuk membanteras SMS lucah ini. Satu perkara yang cukup membimbangkan kita apabila ia sampai ke tangan anak-anak ataupun di kalangan remaja. Ia sesuatu yang amat malang dan mengaibkan kita semualah. Soalan saya, berapakah kes yang sudah pun selesai dan tindakan yang telah pun diambil ke atas mereka yang mengirim ini kerana difahamkan melalui nombor-nombor yang didaftar melalui syarikat-syarikat telekomunikasi. Pohon jawapan dan bagaimana mengatasinya. Terima kasih. Puan Heng Seai Kie: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tahun 2009, bilangan kes yang disiasat atas aduan ialah sebanyak 66 kes. Daripada itu sebanyak 75 jenis perkhidmatan SMS yang menggunakan 42 kod ringkas oleh 15 penyedia perkhidmatan SMS telah digantung perkhidmatannya kerana menghantar SMS yang tidak bermoral termasuklah video lucah dan satu kes telah dibawa ke mahkamah. Sekian, terima kasih. Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya ialah kalau sudah ada jawatankuasa khas tadi, adakah kita dapat berpeluang untuk forward, dengan.
4
18
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 5 izin, SMS yang kita terima itu. Kalau kita hendak report selalu, sebab ini adalah satu perkara yang kerap sangat berlaku. Hampir setiap hari kita menerima SMS seperti ini dan seperti mana yang rakan kita di sebelah tadi mengatakan ia boleh jatuh ke tangan kanak-kanak. Jadi kalau ada cara yang paling ringkas untuk kita menghantar, to forward, dengan izin, SMS tersebut dengan nombor yang menghantar kepada kita untuk rujukan segera pihak yang berkuasa. Terima kasih. Puan Heng Seai Kie: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang dikemukakan. Saya pertama sekali mengucapkan terima kasih atas keprihatinan yang telah ditunjukkan oleh Yang Berhormat atas perkara ini. Jadi jawapannya, ya iaitu semua SMS boleh di forward kan secara terus kepada SKMM dan SKMM akan mengambil tindakan segera untuk siasatan. Sekian, terima kasih. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup, cukuplah Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Minta satu sahaja sebab ini penting. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah, Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Untuk kepentingan negara ini, Tuan Yang di-Pertua. 3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan] minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) tindakan yang diambil oleh pihak kementerian ke atas keadaan sekolah di Sabah dan Sarawak yang telah uzur misalnya SK Tanjung Aru 1, dalam kawasan Parlimen Putatan; dan (b) mengapa tidak ada sekolah dari Sabah dan Sarawak tersenarai dalam SBP (Sekolah Berprestasi Tinggi) dan siapa harus dipersalahkan. Timbalan Menteri Pelajaran [Datuk Ir. Wee Ka Siong]: Tuan Yang di- Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah menyenaraikan Sekolah Kebangsaan Anjung Aru 1, Putatan di bawah Program Rendah Akademik untuk pembinaan bangunan baru. Namun demikian disebabkan kekangan kewangan, projek ini terpaksa ditangguhkan. Namun demikian, Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Sabah telah melakukan kerja-kerja pembaikan bumbung pada tahun 2009 dengan kos sebanyak RM200 ribu. Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji untuk memberi peruntukan tambahan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf di sekolah tersebut. Jika terdapat peruntukan, dijangkakan kerja pembaikan akan disiapkan sebelum penghujung tahun 2010. Kementerian Pelajaran akan menyenaraikan projek penggantian penuh Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru ke dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk dilaksanakan pada pusingan kedua pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Bagi menjawab soalan seksyen ‘b’, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pemilihan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) tidak berdasarkan negeri,
izin, SMS yang kita terima itu. Kalau kita hendak report selalu, sebab ini adalah satu perkara yang kerap sangat berlaku. Hampir setiap hari kita menerima SMS seperti ini dan seperti mana yang rakan kita di sebelah tadi mengatakan ia boleh jatuh ke tangan kanak-kanak. Jadi kalau ada cara yang paling ringkas untuk kita menghantar, to forward, dengan izin, SMS tersebut dengan nombor yang menghantar kepada kita untuk rujukan segera pihak yang berkuasa. Terima kasih. Puan Heng Seai Kie: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang dikemukakan. Saya pertama sekali mengucapkan terima kasih atas keprihatinan yang telah ditunjukkan oleh Yang Berhormat atas perkara ini. Jadi jawapannya, ya iaitu semua SMS boleh di forward kan secara terus kepada SKMM dan SKMM akan mengambil tindakan segera untuk siasatan. Sekian, terima kasih. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup, cukuplah Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Minta satu sahaja sebab ini penting. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah, Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Untuk kepentingan negara ini, Tuan Yang di-Pertua. 3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan] minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) tindakan yang diambil oleh pihak kementerian ke atas keadaan sekolah di Sabah dan Sarawak yang telah uzur misalnya SK Tanjung Aru 1, dalam kawasan Parlimen Putatan; dan (b) mengapa tidak ada sekolah dari Sabah dan Sarawak tersenarai dalam SBP (Sekolah Berprestasi Tinggi) dan siapa harus dipersalahkan. Timbalan Menteri Pelajaran [Datuk Ir. Wee Ka Siong]: Tuan Yang di- Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah menyenaraikan Sekolah Kebangsaan Anjung Aru 1, Putatan di bawah Program Rendah Akademik untuk pembinaan bangunan baru. Namun demikian disebabkan kekangan kewangan, projek ini terpaksa ditangguhkan. Namun demikian, Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Sabah telah melakukan kerja-kerja pembaikan bumbung pada tahun 2009 dengan kos sebanyak RM200 ribu. Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji untuk memberi peruntukan tambahan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf di sekolah tersebut. Jika terdapat peruntukan, dijangkakan kerja pembaikan akan disiapkan sebelum penghujung tahun 2010. Kementerian Pelajaran akan menyenaraikan projek penggantian penuh Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru ke dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk dilaksanakan pada pusingan kedua pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Bagi menjawab soalan seksyen 'b', untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pemilihan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) tidak berdasarkan negeri,
5
19
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
6 DR.1.4.2010 lokasi dan jenis sekolah seperti yang dibangkitkan oleh kerana SBT merupakan sekolah yang terbaik antara yang terbaik dari semua aspek yang telah dinilai secara menyeluruh dan tidak hanya memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata. ■1020 Kementerian berpandangan sekiranya pemilihan masih mengekalkan berdasarkan negeri-negeri dan jenis sekolah maka pelan hala tuju, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) tidak akan mencapai matlamat bagi merealisasikan Wawasan 2020. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang tidak sebegitu jelas dan cukup. Saya rasa soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri sudah pun bersedia sebab kita ada perbincangan di luar tadi. Soalan tambahan saya, sebelum soalan sekolah ini adalah sekolah yang pertama. Untuk makluman Yang Berhormat sekolah yang pertama antara yang dibina di negeri Sabah oleh Kerajaan British semasa dahulu. Ini untuk membolehkan anak-anak bumiputera di Tanjung Aru dan di Kota Kinabalu dan anak-anak kakitangan kerajaan. Saya juga tinggal di sana dahulu dan saya menduduki peperiksaan Darjah 6 saya di sekolah ini. Sekolah ini adalah yang tercanggih semasa itu. Cantik ada padang dan itulah sekolah antara pertama yang dibuat bata, simen. Seorang Ahli: [Menyampuk] Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Sabarlah dengarlah dahulu. Baru-baru ini saya melawat sekolah itu dengan jemputan PIBG. Saya melihat menitis air mata saya nampak. Diselimuti oleh hutan belukar, paritnya tersumbat, nyamuk aedes di situ, kaki budak-budak sekolah itu bengkak bengkuk. Seorang Ahli: Pegawai tidur. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Begini kah untuk mencapai SBT negeri Sabah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya soalan Yang Berhormat. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Jadi saya telah memberi peruntukan untuk buat car park, parking untuk semua ibu bapa untuk mengambil budak supaya tidak menjejaskan lalu lintas berdekatan dengan sekolah itu. Saya difahamkan Pengarah turun padang selepas saya melawat sekolah ini. Jawapan yang bahawa bumbung itu diperbaiki saya rasa itu tidak betul. Saya tengok bilik sekolah itu masih berbanjir dan padang masih banjir. Cuba tengok sekali lagi Yang Berhormat. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Putatan yang merupakan seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Saya tahu Yang Berhormat membawa TV3 datang bersama dan menceritakan betapa peritnya anak-anak di situ. Akan tetapi lantaran daripada lawatan Yang Berhormat percayalah bahawa kementerian sedang mengambil tindakan. Oleh sebab itu dalam jawapan saya kata pada tahun lalu kita memberi peruntukan RM200,000 dan dilaksanakan untuk tujuan pembaikan bumbung. Ini adalah satu projek yang mana kita akan senaraikan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Jadi sebab itulah apabila kita hendak buat satu bangunan gantian yang baru sementara itu mana yang perlu di baik pulih akan di
lokasi dan jenis sekolah seperti yang dibangkitkan oleh kerana SBT merupakan sekolah yang terbaik antara yang terbaik dari semua aspek yang telah dinilai secara menyeluruh dan tidak hanya memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata. #1020 Kementerian berpandangan sekiranya pemilihan masih mengekalkan berdasarkan negeri-negeri dan jenis sekolah maka pelan hala tuju, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) tidak akan mencapai matlamat bagi merealisasikan Wawasan 2020. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang tidak sebegitu jelas dan cukup. Saya rasa soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri sudah pun bersedia sebab kita ada perbincangan di luar tadi. Soalan tambahan saya, sebelum soalan sekolah ini adalah sekolah yang pertama. Untuk makluman Yang Berhormat sekolah yang pertama antara yang dibina di negeri Sabah oleh Kerajaan British semasa dahulu. Ini untuk membolehkan anak-anak bumiputera di Tanjung Aru dan di Kota Kinabalu dan anak-anak kakitangan kerajaan. Saya juga tinggal di sana dahulu dan saya menduduki peperiksaan Darjah 6 saya di sekolah ini. Sekolah ini adalah yang tercanggih semasa itu. Cantik ada padang dan itulah sekolah antara pertama yang dibuat bata, simen. Seorang Ahli: [Menyampuk]. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Sabarlah dengarlah dahulu. Baru-baru ini saya melawat sekolah itu dengan jemputan PIBG. Saya melihat menitis air mata saya nampak. Diselimuti oleh hutan belukar, paritnya tersumbat, nyamuk aedes di situ, kaki budak-budak sekolah itu bengkak bengkuk. Seorang Ahli: Pegawai tidur. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Begini kah untuk mencapai SBT negeri Sabah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya soalan Yang Berhormat. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Jadi saya telah memberi peruntukan untuk buat car park, parking untuk semua ibu bapa untuk mengambil budak supaya tidak menjejaskan lalu lintas berdekatan dengan sekolah itu. Saya difahamkan Pengarah turun padang selepas saya melawat sekolah ini. Jawapan yang bahawa bumbung itu diperbaiki saya rasa itu tidak betul. Saya tengok bilik sekolah itu masih berbanjir dan padang masih banjir. Cuba tengok sekali lagi Yang Berhormat. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Putatan yang merupakan seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Saya tahu Yang Berhormat membawa TV3 datang bersama dan menceritakan betapa peritnya anak-anak di situ. Akan tetapi lantaran daripada lawatan Yang Berhormat percayalah bahawa kementerian sedang mengambil tindakan. Oleh sebab itu dalam jawapan saya kata pada tahun lalu kita memberi peruntukan RM200,000 dan dilaksanakan untuk tujuan pembaikan bumbung. Ini adalah satu projek yang mana kita akan senaraikan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Jadi sebab itulah apabila kita hendak buat satu bangunan gantian yang baru sementara itu mana yang perlu di baik pulih akan di.
6
20
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 7 baik pulih. Saya tadi telah menjawab bahawa sekiranya Yang Berhormat kita dapat peruntukan sahaja kita akan bantu sekolah itu. Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi memang relevan dan kita akan memastikan dari segi kebersihan, dari segi penyelenggaraan bangunan itu dapat dibuat dengan lebih sempurna. Berbalik pada soalan Yang Berhormat yang mengatakan bahawa sekolah ini adalah sekolah yang berprestij. Saya menganggap ini adalah tanggungjawab kementerian ataupun jabatan kita untuk membantu semua sekolah termasuklah sekolah yang terletaknya di sebelah lapangan terbang ini. Saya sendiri pernah melalui sekolah ini. Saya ingin maklumkan pada Yang Berhormat, sebenarnya peruntukan yang diberikan pada lapan buah sekolah di Putatan melebihi RM2 juta pada tahun lalu. Ini sama ada sedar atau tidak saya rasa penyelenggaraan bangunan sekolah itu telah dibuat. Akan tetapi sekadar mana yang ia dapat dilaksanakan sama ada dapat membaiki sepenuhnya atau tidak itu bergantung kepada kemampuan kewangan kita. Jadi saya mengambil nota tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan kita sama-sama memantau dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh wakil rakyat. Terima kasih. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Saya sebenarnya simpati dengan Putatan kita berjiran di sini. Sebenarnya bukan satu, dua sekolah yang disebut oleh Yang Berhormat Putatan sahaja bahkan di seluruh negeri Sabah kita nampak di luar bandar, di Sabah dan Sarawak ini sekolah di luar bandar daif. Jadi bolehkah Yang Berhormat mungkin kalau boleh kerana biasanya tidak boleh. Akan tetapi kalau boleh semua masalah sekolah termasuk pembaikan yang kecil-kecil RM2,000, RM3,000 yang dihantar pergi kementerian dibagi salinan kepada wakil rakyat, Ahli Parlimen supaya kami yang kejar ini. Bolehkah tidak? Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Yang Berhormat itu cadangan yang baik. Saya yakin perkara ini boleh dilakukan setelah kementerian atau jabatan melaksanakan projek itu kita maklumkan kepada Ahli Parlimen. Ini juga untuk manfaat bersama. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Sebelum detail lagi, sebelum. Apabila sekolah mengemukakan masalah mereka bagi kita satu salinan supaya kami sebagai wakil rakyat boleh menghubungi pihak atasan untuk mendapatkan peruntukan. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kementerian tidak mempunyai masalah untuk memaklumkan kepada wakil rakyat apabila kita sudah ada duit dan diluluskan dan kita maklumkan pada wakil rakyat. Yang Berhormat sebut tadi keadaan sekolah daif di Sabah. Nampaknya kita telah membuat satu bancian. Sekolah kebangsaan yang daif di Sabah 150 dan sekolah menengah kebangsaan daif iaitu 58 buah. Ada juga sekolah kebangsaan menumpang ada 11, sekolah menengah kebangsaan menumpang 16. Bermaksud kita akan beri keutamaan kepada projek-projek ini khususnya sekolah menumpang dan daif. Kita memang memberi perhatian khusus kepada negeri Sabah yang mana kita rasakan mereka begitu mendahagakan peruntukan untuk membaiki keadaan yang daif ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya melihat bahawa Yang Berhormat Kuala Kedah tidak berada dalam Dewan untuk Soalan Nombor 4.
baik pulih. Saya tadi telah menjawab bahawa sekiranya Yang Berhormat kita dapat peruntukan sahaja kita akan bantu sekolah itu. Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi memang relevan dan kita akan memastikan dari segi kebersihan, dari segi penyelenggaraan bangunan itu dapat dibuat dengan lebih sempurna. Berbalik pada soalan Yang Berhormat yang mengatakan bahawa sekolah ini adalah sekolah yang berprestij. Saya menganggap ini adalah tanggungjawab kementerian ataupun jabatan kita untuk membantu semua sekolah termasuklah sekolah yang terletaknya di sebelah lapangan terbang ini. Saya sendiri pernah melalui sekolah ini. Saya ingin maklumkan pada Yang Berhormat, sebenarnya peruntukan yang diberikan pada lapan buah sekolah di Putatan melebihi RM2 juta pada tahun lalu. Ini sama ada sedar atau tidak saya rasa penyelenggaraan bangunan sekolah itu telah dibuat. Akan tetapi sekadar mana yang ia dapat dilaksanakan sama ada dapat membaiki sepenuhnya atau tidak itu bergantung kepada kemampuan kewangan kita. Jadi saya mengambil nota tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan kita sama-sama memantau dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh wakil rakyat. Terima kasih. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Saya sebenarnya simpati dengan Putatan kita berjiran di sini. Sebenarnya bukan satu, dua sekolah yang disebut oleh Yang Berhormat Putatan sahaja bahkan di seluruh negeri Sabah kita nampak di luar bandar, di Sabah dan Sarawak ini sekolah di luar bandar daif. Jadi bolehkah Yang Berhormat mungkin kalau boleh kerana biasanya tidak boleh. Akan tetapi kalau boleh semua masalah sekolah termasuk pembaikan yang kecil-kecil RM2,000, RM3,000 yang dihantar pergi kementerian dibagi salinan kepada wakil rakyat, Ahli Parlimen supaya kami yang kejar ini. Bolehkah tidak?. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Yang Berhormat itu cadangan yang baik. Saya yakin perkara ini boleh dilakukan setelah kementerian atau jabatan melaksanakan projek itu kita maklumkan kepada Ahli Parlimen. Ini juga untuk manfaat bersama. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Sebelum detail lagi, sebelum. Apabila sekolah mengemukakan masalah mereka bagi kita satu salinan supaya kami sebagai wakil rakyat boleh menghubungi pihak atasan untuk mendapatkan peruntukan. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kementerian tidak mempunyai masalah untuk memaklumkan kepada wakil rakyat apabila kita sudah ada duit dan diluluskan dan kita maklumkan pada wakil rakyat. Yang Berhormat sebut tadi keadaan sekolah daif di Sabah. Nampaknya kita telah membuat satu bancian. Sekolah kebangsaan yang daif di Sabah 150 dan sekolah menengah kebangsaan daif iaitu 58 buah. Ada juga sekolah kebangsaan menumpang ada 11, sekolah menengah kebangsaan menumpang 16. Bermaksud kita akan beri keutamaan kepada projek-projek ini khususnya sekolah menumpang dan daif. Kita memang memberi perhatian khusus kepada negeri Sabah yang mana kita rasakan mereka begitu mendahagakan peruntukan untuk membaiki keadaan yang daif ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya melihat bahawa Yang Berhormat Kuala Kedah tidak berada dalam Dewan untuk Soalan Nombor 4.
7
21
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
8 DR.1.4.2010 [Soalan No.4 – Y.B. Tuan Haji Ahmad Kasim (Kuala Kedah) tidak hadir] 5. Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [Jerantut] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan adakah satu kajian perlu dibuat untuk memastikan jalan-jalan yang dibina di luar bandar tidak terputus waktu musim tengkujuh oleh banjir kilat. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II [Datuk Joseph Entulu anak Belaun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat pada masa ini tiada kajian khusus yang dibuat bagi mengelakkan masalah jalan terputus waktu musim tengkujuh oleh banjir kilat. Walau bagaimanapun sebelum pembinaan jalan dimulakan kajian ke atas siasatan tanah, kerja-kerja ukur dan reka bentuk jalan dibuat oleh perunding yang dilantik dan disemak oleh Jabatan Teknikal iaitu Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran. Semasa kajian ini dibuat segala aspek keselamatan seperti banjir dan lain- lain aspek keselamatan pengguna diambil kira. Bagi memastikan jalan-jalan yang dibina masih boleh digunakan walaupun dalam musim tengkujuh ataupun banjir kilat. Namun begitu sekiranya jalan yang dibina tidak dapat digunakan atau rosak akibat banjir, kementerian ini akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan, kecemasan selaras dengan peraturan kewangan yang membenarkan sesuatu kerja itu dilaksanakan dengan segera. Sekian. Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Ada dua perkara yang saya hendak bangkit yang sudah sedikit sebanyak terjawab. Akan tetapi saya minta jasa baik pihak kementerian membuat satu lagi pemantauan terhadap jalan-jalan yang masih lagi banyak terputus waktu musim tengkujuh. Ini kerana akan membebankan juga wang ringgit kerajaan pada tiap-tiap tahun. Umpamanya di kawasan saya masih lagi lima, enam tempat yang terputus waktu musim tengkujuh. Jadi kalau apa yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawasanya kajian ini semua dibuat oleh pihak perunding. Saya minta jasa baik kementerian kalau boleh memperketatkan lagi cara-cara untuk kita memilih perunding-perunding ini. Mereka juga perlu disiasat dari segi tentang kerja untuk mereka mencadangkan sesuatu kepada pihak kerajaan sebelum mereka melaksanakan tugas mereka. Terima kasih. ■1030 Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Jerantut. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa ataupun banyak faktor yang boleh menyebabkan jalan ini terputus walaupun kajian ataupun reka bentuk ini dibuat mengambil kira bermacam-macam faktor apabila kita membina jalan raya. Kadangkala jalan yang terputus ini ialah jalan yang sudah siap berpuluh tahun dahulu dan kita tidak dapat ramal apa yang akan berlaku di masa hadapan yang begitu jauh dari masa kita membina jalan ini. Akan tetapi kita sedar kepentingan ataupun perlunya mengambil tindakan segera kerana kita tidak dapat mengambil kira semua faktor untuk mengelakkan jalan ini terputus. Maka, di bawah Arahan Perbendaharaan 59 kita benarkan owner, orang yang membina jalan itu, bukannya kontraktor tetapi sama ada kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan ataupun PBT yang bertanggungjawab ke atas jalan tersebut membenarkan mereka ini mengambil langkah dengan segera tanpa mengikut peraturan biasa perolehan dan sebagainya supaya tindakan pembaikan
[Soalan No.4- Y.B. Tuan Haji Ahmad Kasim (Kuala Kedah) tidak hadir]. 5. Dato' Seri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [Jerantut] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan adakah satu kajian perlu dibuat untuk memastikan jalan-jalan yang dibina di luar bandar tidak terputus waktu musim tengkujuh oleh banjir kilat. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II [Datuk Joseph Entulu anak Belaun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat pada masa ini tiada kajian khusus yang dibuat bagi mengelakkan masalah jalan terputus waktu musim tengkujuh oleh banjir kilat. Walau bagaimanapun sebelum pembinaan jalan dimulakan kajian ke atas siasatan tanah, kerja-kerja ukur dan reka bentuk jalan dibuat oleh perunding yang dilantik dan disemak oleh Jabatan Teknikal iaitu Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran. Semasa kajian ini dibuat segala aspek keselamatan seperti banjir dan lain- lain aspek keselamatan pengguna diambil kira. Bagi memastikan jalan-jalan yang dibina masih boleh digunakan walaupun dalam musim tengkujuh ataupun banjir kilat. Namun begitu sekiranya jalan yang dibina tidak dapat digunakan atau rosak akibat banjir, kementerian ini akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan, kecemasan selaras dengan peraturan kewangan yang membenarkan sesuatu kerja itu dilaksanakan dengan segera. Sekian. Dato' Seri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Ada dua perkara yang saya hendak bangkit yang sudah sedikit sebanyak terjawab. Akan tetapi saya minta jasa baik pihak kementerian membuat satu lagi pemantauan terhadap jalan-jalan yang masih lagi banyak terputus waktu musim tengkujuh. Ini kerana akan membebankan juga wang ringgit kerajaan pada tiap-tiap tahun. Umpamanya di kawasan saya masih lagi lima, enam tempat yang terputus waktu musim tengkujuh. Jadi kalau apa yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawasanya kajian ini semua dibuat oleh pihak perunding. Saya minta jasa baik kementerian kalau boleh memperketatkan lagi cara-cara untuk kita memilih perunding-perunding ini. Mereka juga perlu disiasat dari segi tentang kerja untuk mereka mencadangkan sesuatu kepada pihak kerajaan sebelum mereka melaksanakan tugas mereka. Terima kasih. #1030 Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Jerantut. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa ataupun banyak faktor yang boleh menyebabkan jalan ini terputus walaupun kajian ataupun reka bentuk ini dibuat mengambil kira bermacam-macam faktor apabila kita membina jalan raya. Kadangkala jalan yang terputus ini ialah jalan yang sudah siap berpuluh tahun dahulu dan kita tidak dapat ramal apa yang akan berlaku di masa hadapan yang begitu jauh dari masa kita membina jalan ini. Akan tetapi kita sedar kepentingan ataupun perlunya mengambil tindakan segera kerana kita tidak dapat mengambil kira semua faktor untuk mengelakkan jalan ini terputus. Maka, di bawah Arahan Perbendaharaan 59 kita benarkan owner, orang yang membina jalan itu, bukannya kontraktor tetapi sama ada kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan ataupun PBT yang bertanggungjawab ke atas jalan tersebut membenarkan mereka ini mengambil langkah dengan segera tanpa mengikut peraturan biasa perolehan dan sebagainya supaya tindakan pembaikan.
8
22
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 9 ini dibuat dengan cepat. Walau bagaimanapun kita akan ambil kira juga cadangan Yang Berhormat Jerantut tadi iaitu supaya sekiranya ada jalan yang baru dibina kemudian terputus akibat banjir kilat dan sebagainya, kita akan siasat sama ada jalan itu terputus akibat salah reka bentuk ataupun disebabkan faktor-faktor yang di luar dugaan. Sekian, terima kasih. Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita semua tahu dan dapat menerima hakikat bahawa banjir kilat dan musim tengkujuh memang datangnya secara bermusim, setiap tahun dan ada kalanya kita boleh menjangka bencana alam berkala ini boleh berlaku setiap tahun. Saya hendak rujuk kepada satu laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Audit Negara berkenaan usaha untuk memastikan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terutama atas usaha untuk memastikan bahawa jalan-jalan di luar bandar dapat dipastikan di dalam keadaan yang baik terutama pada musim-musim yang saya sebutkan tadi. Antara laporannya menyebut bahawa pada laporan yang terbaru diedarkan kepada kita menyebut bahawa baki geran pembangunan termasuk pembangunan untuk jalan-jalan kecil di luar bandar bagi Badan-badan Berkanun Persekutuan masih berbaki sebanyak RM8.34 bilion dan disebut bahawa belum dibelanjakan kerana masalah pengurusan. Saya hendak bertanya dalam soalan tambahan ini, adakah masalah pengurusan ini juga berkait rapat dengan masalah untuk akses ataupun untuk pergi ke kawasan-kawasan yang dikatakan terlibat secara massive dalam musim tengkujuh ini? Sekiranya jumlah ini gagal dibelanjakan saya rasa ini adalah sebahagian besar daripada peruntukan untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang sepatutnya ditumpukan khas untuk tujuan-tujuan membaiki kemudahan asas untuk penduduk di luar bandar. Terima kasih. Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa sebab baki ini masih wujud. Beberapa jalan di luar bandar sekarang menghadapi masalah dari segi pelaksanaan. Misalnya di Sarawak, ada satu batang jalan dekat Mukah ada masalah dengan kontraktor dan rundingan sedang dibuat sekarang sama ada hendak menamatkan kontrak syarikat tersebut ataupun mengambil tindakan yang sewajarnya. Tentang sama ada baki duit tersebut termasuk duit untuk mengatasi masalah banjir kilat ini, itu sebenarnya tidak wujud. Baki-baki yang ada di mana ada juga baki sebenarnya bukan “baki” tetapi ada masalah sistem merekodkan tahap perbelanjaan tidak terkini yang misalnya di beberapa agensi. Saya ambil contoh di Sarawak juga. Sistem yang diguna pakai di satu agensi tidak begitu up to date. Ini bermakna tidak sampai RM8 bilion lebih kalau diambil kira dengan tepat apakah baki yang sebenarnya wujud. Walau bagaimanapun saya akan lihatlah di kementerian kita nanti kenapa ada masalah dari segi pengurusan yang menyebabkan baki ini tertinggal. Akan tetapi setahu saya tidak begitu banyak projek yang lewat jadual di dalam kementerian kita. Sekian, terima kasih. [Soalan No. 6 – Y.B. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) tidak hadir]
ini dibuat dengan cepat. Walau bagaimanapun kita akan ambil kira juga cadangan Yang Berhormat Jerantut tadi iaitu supaya sekiranya ada jalan yang baru dibina kemudian terputus akibat banjir kilat dan sebagainya, kita akan siasat sama ada jalan itu terputus akibat salah reka bentuk ataupun disebabkan faktor-faktor yang di luar dugaan. Sekian, terima kasih. Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita semua tahu dan dapat menerima hakikat bahawa banjir kilat dan musim tengkujuh memang datangnya secara bermusim, setiap tahun dan ada kalanya kita boleh menjangka bencana alam berkala ini boleh berlaku setiap tahun. Saya hendak rujuk kepada satu laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Audit Negara berkenaan usaha untuk memastikan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terutama atas usaha untuk memastikan bahawa jalan-jalan di luar bandar dapat dipastikan di dalam keadaan yang baik terutama pada musim-musim yang saya sebutkan tadi. Antara laporannya menyebut bahawa pada laporan yang terbaru diedarkan kepada kita menyebut bahawa baki geran pembangunan termasuk pembangunan untuk jalan-jalan kecil di luar bandar bagi Badan-badan Berkanun Persekutuan masih berbaki sebanyak RM8.34 bilion dan disebut bahawa belum dibelanjakan kerana masalah pengurusan. Saya hendak bertanya dalam soalan tambahan ini, adakah masalah pengurusan ini juga berkait rapat dengan masalah untuk akses ataupun untuk pergi ke kawasan-kawasan yang dikatakan terlibat secara massive dalam musim tengkujuh ini? Sekiranya jumlah ini gagal dibelanjakan saya rasa ini adalah sebahagian besar daripada peruntukan untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang sepatutnya ditumpukan khas untuk tujuan-tujuan membaiki kemudahan asas untuk penduduk di luar bandar. Terima kasih. Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa sebab baki ini masih wujud. Beberapa jalan di luar bandar sekarang menghadapi masalah dari segi pelaksanaan. Misalnya di Sarawak, ada satu batang jalan dekat Mukah ada masalah dengan kontraktor dan rundingan sedang dibuat sekarang sama ada hendak menamatkan kontrak syarikat tersebut ataupun mengambil tindakan yang sewajarnya. Tentang sama ada baki duit tersebut termasuk duit untuk mengatasi masalah banjir kilat ini, itu sebenarnya tidak wujud. Baki-baki yang ada di mana ada juga baki sebenarnya bukan "baki" tetapi ada masalah sistem merekodkan tahap perbelanjaan tidak terkini yang misalnya di beberapa agensi. Saya ambil contoh di Sarawak juga. Sistem yang diguna pakai di satu agensi tidak begitu up to date. Ini bermakna tidak sampai RM8 bilion lebih kalau diambil kira dengan tepat apakah baki yang sebenarnya wujud. Walau bagaimanapun saya akan lihatlah di kementerian kita nanti kenapa ada masalah dari segi pengurusan yang menyebabkan baki ini tertinggal. Akan tetapi setahu saya tidak begitu banyak projek yang lewat jadual di dalam kementerian kita. Sekian, terima kasih. [Soalan No. 6- Y.B. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) tidak hadir].
9
23
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
10 DR.1.4.2010 7. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah strategi kerajaan untuk menambah nilai dan menaikkan tahap pendapatan penduduk luar bandar terutamanya di Sarawak dan Sabah. Berapakah peruntukan dan jenis projek-projek yang diagihkan untuk tahun ini (2010) dan yang dirancang untuk RMK-10. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II [Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mewujudkan Program Peningkatan Pendapatan Rakyat sebagai salah satu daripada KPI Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Program ini bertujuan untuk membantu golongan sasar yang terdiri daripada keluarga miskin tegar dan miskin untuk mempertingkatkan pendapatan mereka di dalam sektor tanaman, ternakan dan perikanan serta perniagaan hasil pertanian atau industri asas tani dan penghasilan produk-produk industri asas tani. Pada tahun 2010 kementerian telah menerima peruntukan berjumlah RM55.2 juta untuk melaksanakan program tersebut. Kementerian menyasarkan sebanyak 3,000 keluarga miskin tegar dan 1,000 keluarga miskin seluruh Malaysia akan dibantu. Sebanyak RM5.966 juta adalah untuk negeri Sabah untuk membantu 420 orang keluarga tersebut dan RM5.846 juta untuk negeri Sarawak iaitu membantu seramai 425 keluarga miskin tegar dan miskin. Kementerian telah memuktamadkan cadangan permohonan Projek Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk pertimbangan Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri. Pada masa ini pihak Unit Perancangan Ekonomi sedang menimbang permohonan projek kementerian yang di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Terima kasih. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Kita memang faham dan sedar bahawa banyak usaha yang telah dijalankan oleh kementerian dalam meningkatkan pendapatan orang yang miskin di kawasan pedalaman. Akan tetapi saya melihat apa yang telah diumumkan dan yang telah dijalankan oleh kementerian adalah mungkin saya boleh katakan tidak sampai kepada golongan sasaran yang sebenarnya. Belum lagi di kawasan-kawasan pedalaman di Sarawak, di Kanowit umpamanya. Banyak usaha seperti projek impak besar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi seperti tanaman kekal, pengeluaran makanan yang amat disokong oleh kita semua. Soalan saya adalah, adakah projek-projek ini akan menyeluruh untuk dilaksanakan di pelbagai kawasan Parlimen terutama di kawasan Parlimen kita di Sarawak dan Sabah yang masih amat memerlukan projek-projek sebegini? Saya tidak melihat ini mungkin akan dilaksanakan di kawasan Parlimen di Kanowit terutamanya. Di Kanowit kita mempunyai banyak tanah dan kawasan lapang terutama juga orang-orang miskin yang memerlukan projek ini. Minta penjelasan. ■1040 Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, memang kita begitu prihatin di atas keluhan Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat, memanglah apa-apa program yang kita jalankan adalah berterusan dan kali ini pada tahun 2009 kita hanya dapat menjangkau ke 30 kawasan Parlimen tetapi tahun ini kita merancang untuk menjangkau ke-61 kawasan Parlimen dan terima kasih kepada Yang Berhormat. Ini kerana Yang Berhormat, sesiapa senarai yang dipilih ini adalah di dalam senarai e-Kasih. Itu adalah keutamaan dan pada masa yang sama Yang Berhormat, kita memang menggalakkan supaya kita sebagai wakil rakyat sentiasa dapat mengemaskinikan senarai e-Kasih ini supaya, insya-Allah semua kumpulan sasaran yang kita hendak sasarkan itu dapat kita masukkan di dalam apa jua program kementerian.
7. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah strategi kerajaan untuk menambah nilai dan menaikkan tahap pendapatan penduduk luar bandar terutamanya di Sarawak dan Sabah. Berapakah peruntukan dan jenis projek-projek yang diagihkan untuk tahun ini (2010) dan yang dirancang untuk RMK-10. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II [Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mewujudkan Program Peningkatan Pendapatan Rakyat sebagai salah satu daripada KPI Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Program ini bertujuan untuk membantu golongan sasar yang terdiri daripada keluarga miskin tegar dan miskin untuk mempertingkatkan pendapatan mereka di dalam sektor tanaman, ternakan dan perikanan serta perniagaan hasil pertanian atau industri asas tani dan penghasilan produk-produk industri asas tani. Pada tahun 2010 kementerian telah menerima peruntukan berjumlah RM55.2 juta untuk melaksanakan program tersebut. Kementerian menyasarkan sebanyak 3,000 keluarga miskin tegar dan 1,000 keluarga miskin seluruh Malaysia akan dibantu. Sebanyak RM5.966 juta adalah untuk negeri Sabah untuk membantu 420 orang keluarga tersebut dan RM5.846 juta untuk negeri Sarawak iaitu membantu seramai 425 keluarga miskin tegar dan miskin. Kementerian telah memuktamadkan cadangan permohonan Projek Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk pertimbangan Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri. Pada masa ini pihak Unit Perancangan Ekonomi sedang menimbang permohonan projek kementerian yang di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Terima kasih. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Kita memang faham dan sedar bahawa banyak usaha yang telah dijalankan oleh kementerian dalam meningkatkan pendapatan orang yang miskin di kawasan pedalaman. Akan tetapi saya melihat apa yang telah diumumkan dan yang telah dijalankan oleh kementerian adalah mungkin saya boleh katakan tidak sampai kepada golongan sasaran yang sebenarnya. Belum lagi di kawasan-kawasan pedalaman di Sarawak, di Kanowit umpamanya. Banyak usaha seperti projek impak besar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi seperti tanaman kekal, pengeluaran makanan yang amat disokong oleh kita semua. Soalan saya adalah, adakah projek-projek ini akan menyeluruh untuk dilaksanakan di pelbagai kawasan Parlimen terutama di kawasan Parlimen kita di Sarawak dan Sabah yang masih amat memerlukan projek-projek sebegini? Saya tidak melihat ini mungkin akan dilaksanakan di kawasan Parlimen di Kanowit terutamanya. Di Kanowit kita mempunyai banyak tanah dan kawasan lapang terutama juga orang-orang miskin yang memerlukan projek ini. Minta penjelasan. #1040. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, memang kita begitu prihatin di atas keluhan Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat, memanglah apa-apa program yang kita jalankan adalah berterusan dan kali ini pada tahun 2009 kita hanya dapat menjangkau ke 30 kawasan Parlimen tetapi tahun ini kita merancang untuk menjangkau ke-61 kawasan Parlimen dan terima kasih kepada Yang Berhormat. Ini kerana Yang Berhormat, sesiapa senarai yang dipilih ini adalah di dalam senarai e-Kasih. Itu adalah keutamaan dan pada masa yang sama Yang Berhormat, kita memang menggalakkan supaya kita sebagai wakil rakyat sentiasa dapat mengemaskinikan senarai e-Kasih ini supaya, insya-Allah semua kumpulan sasaran yang kita hendak sasarkan itu dapat kita masukkan di dalam apa jua program kementerian.
7
24
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 11 Jadi oleh yang demikian Yang Berhormat, saya memang begitu prihatin dan terima kasih Yang Berhormat. Kita akan pastikan bahawa projek-projek ini atau program ini juga turun ke kawasan Kanowit dan di mana senarai itu Yang Berhormat, keutamaan diberi kepada yang tersenarai di dalam e-Kasih. Jadi kami berharap juga bahawa sama-samalah kita menjalankan tugas kita supaya semua kumpulan miskin tegar dan miskin ini dapat kita senaraikan secepat mungkin di dalam e-Kasih. Terima kasih Yang Berhormat. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang pagi ini ceria sebagai Timbalan Menteri Pertanian, berpakaian hijau pula itu. Memang ngamlah. [Tepuk] Jadi kami daripada parti hijau ini berasa seronok hendak bertanya soalan. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua... Beberapa Ahli: [Menyampuk] Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Ya, ya, tidak apa. Pakaian sahaja. Daripada 48,000 saya rasa senarai miskin tegar di seluruh negara, kementerian menjangkakan bahawa 3,000 daripadanya akan dapat manfaat daripada program yang telah dijawab dalam soalan ini. Ini bermakna peratusannya agak kecil. Walaupun kita faham bahawa tidak semestinya semua 48,000 ini perlu menikmati tetapi saya menjangkakan program-program pertanian sebegini amat sesuai dan rapat dengan kumpulan miskin tegar terutamanya yang di luar bandar. Jadi agak-agaknya untuk mencapai satu peratusan yang munasabah, mendekati 48,000 ini berapa lama agaknya kementerian akan menetapkan sasarannya supaya dapat dimanfaatkan? Terima kasih. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat, warna ini bukan hak sesuatu parti. Saya hendak pakai hijaukah, hendak pakai birukah itu hak saya sebagai rakyat Malaysia. [Tepuk] Saya boleh memakai apa sahaja warna Yang Berhormat ya. Dato' Ismail Kasim [Arau]: Favorite color Yang Berhormat Kuala Krai. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Jadi warna ini tidak sepatutnya menjadi isu. Jadi kalau Yang Berhormat hendak pakai biru, biru tua sekali-skala... Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Dengan pakaian yang dalam itu. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: ....pun dialu-alukan. Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Melambangkan hati. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Hendak pakai merah jambu yang Puteri pun dialu-alukan. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Kalau saya pakai biru, buruk benar rupanya. [Ketawa] Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Yang Berhormat, color ini pun bukan menunjukkan kepada PAS sahaja, ia campur-campur, multicolor. Sekarang ini retro, color retro. Jadi Yang Berhormat, color itu tidak... Jadi terima kasih Yang Berhormat. Memanglah Yang Berhormat 3,000 ini sasaran kami adalah daripada kumpulan di dalam e-Kasih adalah di dalam sasaran kami iaitu petani, penternak dan nelayan. Memang Yang Berhormat dan
Jadi oleh yang demikian Yang Berhormat, saya memang begitu prihatin dan terima kasih Yang Berhormat. Kita akan pastikan bahawa projek-projek ini atau program ini juga turun ke kawasan Kanowit dan di mana senarai itu Yang Berhormat, keutamaan diberi kepada yang tersenarai di dalam e-Kasih. Jadi kami berharap juga bahawa sama-samalah kita menjalankan tugas kita supaya semua kumpulan miskin tegar dan miskin ini dapat kita senaraikan secepat mungkin di dalam e-Kasih. Terima kasih Yang Berhormat. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang pagi ini ceria sebagai Timbalan Menteri Pertanian, berpakaian hijau pula itu. Memang ngamlah. [Tepuk] Jadi kami daripada parti hijau ini berasa seronok hendak bertanya soalan. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua... Beberapa Ahli: [Menyampuk]. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Ya, ya, tidak apa. Pakaian sahaja. Daripada 48,000 saya rasa senarai miskin tegar di seluruh negara, kementerian menjangkakan bahawa 3,000 daripadanya akan dapat manfaat daripada program yang telah dijawab dalam soalan ini. Ini bermakna peratusannya agak kecil. Walaupun kita faham bahawa tidak semestinya semua 48,000 ini perlu menikmati tetapi saya menjangkakan program-program pertanian sebegini amat sesuai dan rapat dengan kumpulan miskin tegar terutamanya yang di luar bandar. Jadi agak-agaknya untuk mencapai satu peratusan yang munasabah, mendekati 48,000 ini berapa lama agaknya kementerian akan menetapkan sasarannya supaya dapat dimanfaatkan? Terima kasih. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat, warna ini bukan hak sesuatu parti. Saya hendak pakai hijaukah, hendak pakai birukah itu hak saya sebagai rakyat Malaysia. [Tepuk] Saya boleh memakai apa sahaja warna Yang Berhormat ya. Dato' Ismail Kasim [Arau]: Favorite color Yang Berhormat Kuala Krai. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Jadi warna ini tidak sepatutnya menjadi isu. Jadi kalau Yang Berhormat hendak pakai biru, biru tua sekali-skala... Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Dengan pakaian yang dalam itu. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: ....pun dialu-alukan. Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Melambangkan hati. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Hendak pakai merah jambu yang Puteri pun dialu-alukan. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Kalau saya pakai biru, buruk benar rupanya. [Ketawa]. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Yang Berhormat, color ini pun bukan menunjukkan kepada PAS sahaja, ia campur-campur, multicolor. Sekarang ini retro, color retro. Jadi Yang Berhormat, color itu tidak... Jadi terima kasih Yang Berhormat. Memanglah Yang Berhormat 3,000 ini sasaran kami adalah daripada kumpulan di dalam e-Kasih adalah di dalam sasaran kami iaitu petani, penternak dan nelayan. Memang Yang Berhormat dan.
11
25
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
12 DR.1.4.2010 saya akui 3,000 ini pun tidak mencukupi. Akan tetapi kita harus ingat juga selain daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, semua kementerian juga ada KPI nya yang juga membantu golongan ini. Jadi insya-Allah Yang Berhormat, sebenarnya 48,000 ini kalau dari segi program yang kita dengar daripada keseluruhan kementerian, sebenarnya ramai juga mereka ini yang kita selalu mendengar pula daripada maklum balas nampaknya yang 48,000 ini memang sudah dijaga dengan sebaik yang mungkin. Tadi saya telah membuat seruan supaya selain daripada 48,000 yang ada di dalam e-Kasih – sebenarnya e-Kasih ini ada 200,000 lebih Yang Berhormat ya. Kami tahu sebab kami buat bancian untuk program SUBUR. Insya-Allah, sebab SUBUR ini semua orang makan nasi. Jadi sebenarnya ramai lagi mungkin yang tercicir di luar sana yang kita sebagai wakil rakyat tidak kira kami Barisan Nasional memang kami diarah tetapi minta juga wakil rakyat di seberang sana walaupun nampaknya Barisan Nasional yang menerajui tetapi sama-samalah kita ingat kepada kumpulan yang tercicir ini supaya kita dapat bantu. Jadi bagi kami 200,000 lebih ini, insya-Allah dijaga dengan baik tetapi kami hendak yang lain itu yang mungkin tidak tercapai. Jadi kita harus menjalankan tugas kita dengan sebaik yang mungkin. Insya-Allah Yang Berhormat. 8. Datuk Chua Soon Bui [Tawau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:- (a) apakah rancangan kementerian untuk menyekat perdagangan manusia yang haram melibatkan perempuan dari Indonesia ke Tawau (seperti yang dilaporkan TV3) di pelabuhan “Batu” di Tawau, di mana aktiviti penyeludupan minyak, beras dan gula yang bersubsidi melalui “Batu” untuk transaksi di pertengahan laut juga serius; dan (b) adakah kementerian mempunyai sebarang rancangan untuk membina kemudahan baru yang baik untuk membendung masalah-masalah yang membawa kerugian besar kepada negara dalam pencapaian NKRA. Timbalan Menteri Dalam Negeri II [Tuan Jelaing anak Mersat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tawau yang telah mengemukakan pertanyaan berkaitan dengan kawasan dia sendiri. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kerajaan memandang serius jenayah pemerdagangan dan penyeludupan orang. Kesungguhan Malaysia menangani isu pemerdagangan orang telah dimanifestasikan dengan mewujudkan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 iaitu Akta 670 yang telah diluluskan pada 24 April 2007 dan telah berkuat kuasa sepenuhnya mulai Februari 2008. Jabatan Peguam Negara juga telah mengarahkan supaya kes-kes berkaitan warga asing kecuali kesalahan-kesalahan jenayah yang jelas di bawah akta-akta lain seperti bunuh dan mengedar dadah, disiasat terlebih dahulu di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga telah melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan Anti Pemerdagangan Orang tahun 2010 hingga tahun 2015 sebagai instrumen bagi menangani jenayah ini terutamanya yang menyentuh mengenai bidang pencegahan, pemulihan dan perlindungan mangsa pemerdagangan orang termasuk pendakwaan.
saya akui 3,000 ini pun tidak mencukupi. Akan tetapi kita harus ingat juga selain daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, semua kementerian juga ada KPI nya yang juga membantu golongan ini. Jadi insya-Allah Yang Berhormat, sebenarnya 48,000 ini kalau dari segi program yang kita dengar daripada keseluruhan kementerian, sebenarnya ramai juga mereka ini yang kita selalu mendengar pula daripada maklum balas nampaknya yang 48,000 ini memang sudah dijaga dengan sebaik yang mungkin. Tadi saya telah membuat seruan supaya selain daripada 48,000 yang ada di dalam e-Kasih- sebenarnya e-Kasih ini ada 200,000 lebih Yang Berhormat ya. Kami tahu sebab kami buat bancian untuk program SUBUR. Insya-Allah, sebab SUBUR ini semua orang makan nasi. Jadi sebenarnya ramai lagi mungkin yang tercicir di luar sana yang kita sebagai wakil rakyat tidak kira kami Barisan Nasional memang kami diarah tetapi minta juga wakil rakyat di seberang sana walaupun nampaknya Barisan Nasional yang menerajui tetapi sama-samalah kita ingat kepada kumpulan yang tercicir ini supaya kita dapat bantu. Jadi bagi kami 200,000 lebih ini, insya-Allah dijaga dengan baik tetapi kami hendak yang lain itu yang mungkin tidak tercapai. Jadi kita harus menjalankan tugas kita dengan sebaik yang mungkin. Insya-Allah Yang Berhormat. 8. Datuk Chua Soon Bui [Tawau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:- (a) apakah rancangan kementerian untuk menyekat perdagangan manusia yang haram melibatkan perempuan dari Indonesia ke Tawau (seperti yang dilaporkan TV3) di pelabuhan "Batu" di Tawau, di mana aktiviti penyeludupan minyak, beras dan gula yang bersubsidi melalui "Batu" untuk transaksi di pertengahan laut juga serius; dan (b) adakah kementerian mempunyai sebarang rancangan untuk membina kemudahan baru yang baik untuk membendung masalah-masalah yang membawa kerugian besar kepada negara dalam pencapaian NKRA. Timbalan Menteri Dalam Negeri II [Tuan Jelaing anak Mersat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tawau yang telah mengemukakan pertanyaan berkaitan dengan kawasan dia sendiri. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kerajaan memandang serius jenayah pemerdagangan dan penyeludupan orang. Kesungguhan Malaysia menangani isu pemerdagangan orang telah dimanifestasikan dengan mewujudkan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 iaitu Akta 670 yang telah diluluskan pada 24 April 2007 dan telah berkuat kuasa sepenuhnya mulai Februari 2008. Jabatan Peguam Negara juga telah mengarahkan supaya kes-kes berkaitan warga asing kecuali kesalahan-kesalahan jenayah yang jelas di bawah akta-akta lain seperti bunuh dan mengedar dadah, disiasat terlebih dahulu di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga telah melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan Anti Pemerdagangan Orang tahun 2010 hingga tahun 2015 sebagai instrumen bagi menangani jenayah ini terutamanya yang menyentuh mengenai bidang pencegahan, pemulihan dan perlindungan mangsa pemerdagangan orang termasuk pendakwaan.
12
26
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 13 Pelan Tindakan Kebangsaan ini menekankan kepada pentingnya kerjasama pintar di semua peringkat di mana ianya memerlukan penyertaan daripada pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan. Selain daripada itu, pendekatan secara komprehensif dan bersepadu di kalangan agensi-agensi kerajaan adalah kritikal untuk menangani jenayah ini secara berkesan. Jenayah pemerdagangan orang adalah fenomena global yang melibatkan sindiket-sindiket jenayah rentas sempadan. Sehubungan itu, kerjasama di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa adalah diperlukan untuk membanteras jenayah ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penguatkuasaan di pintu-pintu masuk sempadan telah diperketatkan bagi menangani masalah penyeludupan ini. Malaysia juga bekerjasama dengan negara-negara jiran bagi membantu melicinkan proses penyiasatan dan penangkapan. Masalah ini juga telah diambil tindakan dan masih dalam siasatan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan berusaha bersungguh-sungguh membanteras gejala penyeludupan ini di mana pelbagai inisiatif telah diambil dengan memberi pendedahan mengenai perkara ini di media- media cetak dan media elektronik untuk pengetahuan masyarakat. Dengan usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan, diharapkan supaya kegiatan penyeludupan ini dapat ditangani dengan segera bagi membendung kegiatan yang boleh dianggap menyalahi undang-undang negara ini. Datuk Chua Soon Bui [Tawau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita menghargai tindakan dan operasi dibuat oleh pihak kementerian. Adakah itu benar atau bermaksud adalah peningkatan permintaan untuk bekalan perdagangan manusia perempuan di Malaysia memandangkan insiden yang besar berlaku di Sandakan baru-baru ini melibatkan tangkapan ramai perempuan misalnya dari Filipina? ■1050 Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah rang undang-undang yang sedia ada mencukupi untuk mengawal perdagangan manusia perempuan khususnya anak bawah umur dan hukuman bagi yang terlibat. Ini kerana memandangkan banyak kes-kes terlibat berlaku di Tawau dan Sandakan, saya ingin mencadangkan di sini, pusat perlindungan dibina di Sandakan dan Tawau dan bukan di Kota Kinabalu sahaja. Saya ingin tahu juga berapa ramai individu yang telah ditangkap dan didakwa atas kesalahan perdagangan manusia ini. Sekian, terima kasih. Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Yang Berhormat. Banyak soalan tambahannya. Yang pertama sekali, kita ucapkan terima kasih juga kepada Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat lain yang menghargai usaha penguatkuasaan dari pelbagai agensi-agensi kerajaan kita di Malaysia di sini. Yang kedua tadi, soalan Yang Berhormat adakah permintaan yang meningkat di Malaysia yang menyebabkan banyak perempuan-perempuan dari Filipina seperti ini Sabah ini sudah meningkat, saya tidak pastilah. Ini mengikut rules of supply and demand dengan izin. [Ketawa] Yang ketiga Yang Berhormat, undang-undang kita di Malaysia di sini adalah mencukupi untuk melindungi mereka yang diseludup ataupun di trafik seperti perempuan dan anak-anak di bawah umur. Satu daripada hukuman yang berat adalah untuk kanak-kanak di bawah umur ini, kalau sindiket atau ketua sindiket ini ditangkap, dia akan dipenjarakan 20 tahun dan hukuman wang ringgit yang besar juga. Yang keempat, cadangan Yang Berhormat kita sedar hanya satu tempat perlindungan di Sabah itu iaitu di Kota Kinabalu dan tangkapan di Sandakan,
Pelan Tindakan Kebangsaan ini menekankan kepada pentingnya kerjasama pintar di semua peringkat di mana ianya memerlukan penyertaan daripada pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan. Selain daripada itu, pendekatan secara komprehensif dan bersepadu di kalangan agensi-agensi kerajaan adalah kritikal untuk menangani jenayah ini secara berkesan. Jenayah pemerdagangan orang adalah fenomena global yang melibatkan sindiket-sindiket jenayah rentas sempadan. Sehubungan itu, kerjasama di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa adalah diperlukan untuk membanteras jenayah ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penguatkuasaan di pintu-pintu masuk sempadan telah diperketatkan bagi menangani masalah penyeludupan ini. Malaysia juga bekerjasama dengan negara-negara jiran bagi membantu melicinkan proses penyiasatan dan penangkapan. Masalah ini juga telah diambil tindakan dan masih dalam siasatan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan berusaha bersungguh-sungguh membanteras gejala penyeludupan ini di mana pelbagai inisiatif telah diambil dengan memberi pendedahan mengenai perkara ini di media- media cetak dan media elektronik untuk pengetahuan masyarakat. Dengan usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan, diharapkan supaya kegiatan penyeludupan ini dapat ditangani dengan segera bagi membendung kegiatan yang boleh dianggap menyalahi undang-undang negara ini. Datuk Chua Soon Bui [Tawau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita menghargai tindakan dan operasi dibuat oleh pihak kementerian. Adakah itu benar atau bermaksud adalah peningkatan permintaan untuk bekalan perdagangan manusia perempuan di Malaysia memandangkan insiden yang besar berlaku di Sandakan baru-baru ini melibatkan tangkapan ramai perempuan misalnya dari Filipina? #1050. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah rang undang-undang yang sedia ada mencukupi untuk mengawal perdagangan manusia perempuan khususnya anak bawah umur dan hukuman bagi yang terlibat. Ini kerana memandangkan banyak kes-kes terlibat berlaku di Tawau dan Sandakan, saya ingin mencadangkan di sini, pusat perlindungan dibina di Sandakan dan Tawau dan bukan di Kota Kinabalu sahaja. Saya ingin tahu juga berapa ramai individu yang telah ditangkap dan didakwa atas kesalahan perdagangan manusia ini. Sekian, terima kasih. Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Yang Berhormat. Banyak soalan tambahannya. Yang pertama sekali, kita ucapkan terima kasih juga kepada Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat lain yang menghargai usaha penguatkuasaan dari pelbagai agensi-agensi kerajaan kita di Malaysia di sini. Yang kedua tadi, soalan Yang Berhormat adakah permintaan yang meningkat di Malaysia yang menyebabkan banyak perempuan-perempuan dari Filipina seperti ini Sabah ini sudah meningkat, saya tidak pastilah. Ini mengikut rules of supply and demand dengan izin. [Ketawa]. Yang ketiga Yang Berhormat, undang-undang kita di Malaysia di sini adalah mencukupi untuk melindungi mereka yang diseludup ataupun di trafik seperti perempuan dan anak-anak di bawah umur. Satu daripada hukuman yang berat adalah untuk kanak-kanak di bawah umur ini, kalau sindiket atau ketua sindiket ini ditangkap, dia akan dipenjarakan 20 tahun dan hukuman wang ringgit yang besar juga. Yang keempat, cadangan Yang Berhormat kita sedar hanya satu tempat perlindungan di Sabah itu iaitu di Kota Kinabalu dan tangkapan di Sandakan,
13
27
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
14 DR.1.4.2010 Tawau, Semporna dan sebagainya perlu kita hantar ke Kota Kinabalu. Sekiranya Yang Berhormat cadangan ini, silalah panjangkan kepada pihak yang tertentu. Untuk makluman juga, semalam kita baru membuat memorandum of understanding dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan mungkin juga ada dicadangkan tempat-tempat perlindungan baru yang akan dibuat di tempat-tempat yang tertentu di Malaysia, di sini. Jadi, individu-individu yang... Kes yang telah dikendalikan, ditangkap dan pertuduhan - banyak sedikit ini, Yang Berhormat. Seksyen 13 - sebanyak 35 pertuduhan iaitu di bawah kesalahan perdagangan orang dengan cara ancaman, kekerasan dan sebagainya. Apabila disabitkan kesalahan, akan dihukum penjara tidak kurang tiga tahun. Seksyen 14 - sebanyak 18 pertuduhan iaitu berkaitan dengan kanak-kanak. Apabila didapati salah di bawah seksyen ini akan dihukum penjara selama tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga didenda. Seksyen 15 - ada tiga pertuduhan selama ini iaitu mana-mana orang yang mendapat keuntungan daripada pengeksploitasian orang yang diperdagangkan, apabila disabitkan kesalahan akan dihukum penjara selama tidak melebihi 15 tahun dan boleh juga didenda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak melebihi RM500,000. Di bawah Seksyen 23(2) - sebanyak lima pertuduhan Yang Berhormat, iaitu kesalahan obligasi pemunya, operator atau nakhoda pengangkutan yang mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkutan itu digunakan bagi maksud membawa seseorang ke dalam negara tanpa dokumen atau bagi maksud melakukan sesuatu perbuatan perdagangan orang. Datuk Siringan Gubat [Ranau]: [Bangun] Tuan Jelaing anak Mersat: Jadi, itulah rekod-rekod yang telah dikuatkuasakan selama ini. Sekian. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya juga mengalu- alukan rakan-rakan saya daripada Parlimen Tangga Batu, Tuan Yang di-Pertua dengan izin. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kita faham Kementerian Dalam Negeri mempunyai sasaran-sasaran yang begitu mencabar di dalam bidang keberhasilan utama yang ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Antaranya ialah menyempurnakan pembinaan-pembinaan infrastruktur bagi pintu-pintu masuk seperti CIQ di pelabuhan-pelabuhan utama dan juga lapangan-lapangan terbang utama. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah yang sedang berlaku kepada kompleks CIQ di muara Sungai Melaka yang telah hampir tiga tahun tergendala pembinaannya? Saya percaya ia amat rapat dengan soalan (b) pada soalan asal. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Oleh kerana soalan ini agak spesifik sedikit Yang Berhormat, saya akan jawab ini secara bertulis dan saya akan suruh pegawai ini nanti buat jawapan - kerana CIQ ini yang belum siap. Datuk Siringan Gubat [Ranau]: [Bangun] Tuan Jelaing anak Mersat: Ini berkaitan juga dengan satu fakta yang kita di sini pun, Dewan yang mulia ini tahu bahawa Malaysia ini kita ada 4,470
Tawau, Semporna dan sebagainya perlu kita hantar ke Kota Kinabalu. Sekiranya Yang Berhormat cadangan ini, silalah panjangkan kepada pihak yang tertentu. Untuk makluman juga, semalam kita baru membuat memorandum of understanding dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan mungkin juga ada dicadangkan tempat-tempat perlindungan baru yang akan dibuat di tempat-tempat yang tertentu di Malaysia, di sini. Jadi, individu-individu yang... Kes yang telah dikendalikan, ditangkap dan pertuduhan- banyak sedikit ini, Yang Berhormat. Seksyen 13- sebanyak 35 pertuduhan iaitu di bawah kesalahan perdagangan orang dengan cara ancaman, kekerasan dan sebagainya. Apabila disabitkan kesalahan, akan dihukum penjara tidak kurang tiga tahun. Seksyen 14- sebanyak 18 pertuduhan iaitu berkaitan dengan kanak-kanak. Apabila didapati salah di bawah seksyen ini akan dihukum penjara selama tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga didenda. Seksyen 15- ada tiga pertuduhan selama ini iaitu mana-mana orang yang mendapat keuntungan daripada pengeksploitasian orang yang diperdagangkan, apabila disabitkan kesalahan akan dihukum penjara selama tidak melebihi 15 tahun dan boleh juga didenda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak melebihi RM500,000. Di bawah Seksyen 23(2)- sebanyak lima pertuduhan Yang Berhormat, iaitu kesalahan obligasi pemunya, operator atau nakhoda pengangkutan yang mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkutan itu digunakan bagi maksud membawa seseorang ke dalam negara tanpa dokumen atau bagi maksud melakukan sesuatu perbuatan perdagangan orang. Datuk Siringan Gubat [Ranau]: [Bangun]. Tuan Jelaing anak Mersat: Jadi, itulah rekod-rekod yang telah dikuatkuasakan selama ini. Sekian. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya juga mengalu- alukan rakan-rakan saya daripada Parlimen Tangga Batu, Tuan Yang di-Pertua dengan izin. [Tepuk]. Tuan Yang di-Pertua, kita faham Kementerian Dalam Negeri mempunyai sasaran-sasaran yang begitu mencabar di dalam bidang keberhasilan utama yang ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Antaranya ialah menyempurnakan pembinaan-pembinaan infrastruktur bagi pintu-pintu masuk seperti CIQ di pelabuhan-pelabuhan utama dan juga lapangan-lapangan terbang utama. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah yang sedang berlaku kepada kompleks CIQ di muara Sungai Melaka yang telah hampir tiga tahun tergendala pembinaannya? Saya percaya ia amat rapat dengan soalan (b) pada soalan asal. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Oleh kerana soalan ini agak spesifik sedikit Yang Berhormat, saya akan jawab ini secara bertulis dan saya akan suruh pegawai ini nanti buat jawapan- kerana CIQ ini yang belum siap. Datuk Siringan Gubat [Ranau]: [Bangun]. Tuan Jelaing anak Mersat: Ini berkaitan juga dengan satu fakta yang kita di sini pun, Dewan yang mulia ini tahu bahawa Malaysia ini kita ada 4,470.
14
28
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 15 kilometer panjangnya pantai di Semenanjung Malaysia dan di Sarawak ini - he coastal area dengan izin. Jadi ini satu fakta yang begitu menyukarkan kita dalam membuat kawalan kepada pendatang asing lebih-lebih lagi dari negara jiran yang hanya perantaraan kita adalah lautan ataupun kawasan perairan yang begitu sempit. 9. Datuk Abdul Wahab bin Dolah [Igan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah kemajuan yang dicapai dalam kerja-kerja menaik taraf Jalan Metading – Selangan, di bahagian Mukah yang jaraknya sejauh 53 kilometer di mana pembinaannya telah pun dimulakan pada tahun 2007 dan dijangka siap pada Julai 2010. Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato' Yong Khoon Seng]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek naik taraf Jalan Metading ke Selangan, Sarawak merupakan jalan negeri dan ia terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak. JKR Sarawak telah memaklumkan bahawa projek ini telah diberikan oleh kerajaan negeri kepada M/S Naim Cendera Sdn. Bhd. untuk pelaksanaan secara reka dan bina. Tempoh kontrak asal ialah 36 bulan tetapi kini setelah diberi kelulusan lanjutan masa, tarikh siap baru dijadualkan pada 29 Mac 2011. Skop kerjanya ialah menaik taraf jalan sedia ada kepada standard R-5 sepanjang 52.4 kilometer di mana harga kontrak berjumlah RM202,381,592.29. Kemajuan fizikal projek ialah 2.63% sebenar berbanding 10.93% jadual. Kelewatan projek adalah berpunca daripada masalah pengambilan tanah dan gangguan penggunaan pengangkutan industri iaitu lori arang batu yang keluar masuk menggunakan jalan yang sedang dibina dan jalan alternatif yang seterusnya merosakkan kedua-dua jalan ini terutamanya ketika musim hujan. Walaupun projek ini bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya secara langsung, namun kementerian ini telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak untuk membantu dan mencari jalan penyelesaian serta berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih. ■1100 Datuk Abdul Wahab bin Dolah [Igan]: Oleh kerana projek ini adalah projek Kerajaan Negeri Sarawak, saya tidak ingin membuat soalan lanjutan. Terima kasih. [Ketawa] 10. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan kematian akibat penyakit AIDS dalam 5 tahun yang lalu serta langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini serta keberkesanannya. Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Puchong di atas soalan yang dikemukakan. Sehingga akhir tahun 2009, jumlah terkumpul kes HIV yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan adalah seramai 87,710 orang. Dari jumlah tersebut seramai 15,317 orang atau pun 17.5% telah menjadi kes AIDS. 13,394 orang iaitu 15.3% telah meninggal dunia dan menjadikan mereka yang masih hidup dengan virus HIV seramai 74,316 orang.
kilometer panjangnya pantai di Semenanjung Malaysia dan di Sarawak ini- he coastal area dengan izin. Jadi ini satu fakta yang begitu menyukarkan kita dalam membuat kawalan kepada pendatang asing lebih-lebih lagi dari negara jiran yang hanya perantaraan kita adalah lautan ataupun kawasan perairan yang begitu sempit. 9. Datuk Abdul Wahab bin Dolah [Igan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah kemajuan yang dicapai dalam kerja-kerja menaik taraf Jalan Metading- Selangan, di bahagian Mukah yang jaraknya sejauh 53 kilometer di mana pembinaannya telah pun dimulakan pada tahun 2007 dan dijangka siap pada Julai 2010. Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato' Yong Khoon Seng]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek naik taraf Jalan Metading ke Selangan, Sarawak merupakan jalan negeri dan ia terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak. JKR Sarawak telah memaklumkan bahawa projek ini telah diberikan oleh kerajaan negeri kepada M/S Naim Cendera Sdn. Bhd. untuk pelaksanaan secara reka dan bina. Tempoh kontrak asal ialah 36 bulan tetapi kini setelah diberi kelulusan lanjutan masa, tarikh siap baru dijadualkan pada 29 Mac 2011. Skop kerjanya ialah menaik taraf jalan sedia ada kepada standard R-5 sepanjang 52.4 kilometer di mana harga kontrak berjumlah RM202,381,592.29. Kemajuan fizikal projek ialah 2.63% sebenar berbanding 10.93% jadual. Kelewatan projek adalah berpunca daripada masalah pengambilan tanah dan gangguan penggunaan pengangkutan industri iaitu lori arang batu yang keluar masuk menggunakan jalan yang sedang dibina dan jalan alternatif yang seterusnya merosakkan kedua-dua jalan ini terutamanya ketika musim hujan. Walaupun projek ini bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya secara langsung, namun kementerian ini telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak untuk membantu dan mencari jalan penyelesaian serta berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih. #1100 Datuk Abdul Wahab bin Dolah [Igan]: Oleh kerana projek ini adalah projek Kerajaan Negeri Sarawak, saya tidak ingin membuat soalan lanjutan. Terima kasih. [Ketawa]. 10. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan kematian akibat penyakit AIDS dalam 5 tahun yang lalu serta langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini serta keberkesanannya. Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Puchong di atas soalan yang dikemukakan. Sehingga akhir tahun 2009, jumlah terkumpul kes HIV yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan adalah seramai 87,710 orang. Dari jumlah tersebut seramai 15,317 orang atau pun 17.5% telah menjadi kes AIDS. 13,394 orang iaitu 15.3% telah meninggal dunia dan menjadikan mereka yang masih hidup dengan virus HIV seramai 74,316 orang.
15
29
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
16 DR.1.4.2010 Bagi tempoh lima tahun yang lalu, bilangan kematian akibat AIDS adalah seramai 4,660 orang, iaitu 984 pada tahun 2005, 976 pada tahun 2006, 1,179 pada tahun 2007, 900 pada tahun 2008 dan 621 pada tahun 2009. Kerajaan amat serius untuk menangani wabak HIV AIDS ini. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, Malaysia telah mengambil langkah-langkah menangani HIV AIDS ini pada tahun 1985 iaitu setahun sebelum penyakit ini mula kesan di negara ini. Langkah-langkah pencegahan kawalan, rawatan dan sokongan bagi HIV AIDS ini telah dimantapkan dan pada tahun 2006, kerajaan telah meluluskan Pelan Strategik Kebangsaan mengenai HIV AIDS 2006/2010 atau National Strategic Plan on HIV AIDS dengan izin, selari dengan hasrat untuk mencapai matlamat pembangunan milenium negara bagi menghentikan dan membalikkan penularan jangkitan HIV. Bagi mengurangkan kematian akibat HIV AIDS ini, antara strategi yang digunakan adalah dengan pemberian rawatan Anti Viral atau (ARV). Dengan pemberian rawatan ini, jangka hayat pesakit telah dapat dipanjangkan di samping kualiti kehidupan mereka menjadi semakin baik dan mereka mampu bekerja seperti orang-orang lain yang sihat. Menyedari hakikat tersebut, pada tahun 2004 kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menyediakan ubat yang berkualiti untuk diberikan kepada pesakit HIV AIDS. Kini rawatan secara tiga dalam satu bagi ARV ini telah dilaksanakan dengan meluas dan pada tahun 2009, seramai hampir 10,000 pesakit telah diberikan rawatan tersebut. Hasil daripada rawatan tersebut, sejak tiga tahun kebelakangan ini kadar kematian akibat HIV AIDS telah menurun dengan ketara. Bagi maksud rawatan yang meliputi pemberian Antiretroviral serta ujian yang berkaitan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM32.5 juta setahun. Bagi memastikan rawatan ini dimanfaatkan kepada pesakit HIV AIDS, kerajaan telah memperluaskan kebolehcapaian rawatan dengan melatih para doktor di kalangan pakar perubatan keluarga di samping pakar perubatan penyakit berjangkit yang sedia ada. Sehingga akhir tahun 2009, seramai 180 orang pakar perubatan keluarga telah dilatih untuk maksud ini dan mereka mampu memberikan rawatan kepada pesakit AIDS di seluruh negara. Untuk membolehkan lebih ramai lagi pesakit dirawat, kerajaan sedang bercadang untuk meningkatkan layak diberikan rawatan ARV dari paras CD4, 200 ke bawah kepada paras CD4, 350 ke bawah. Dengan kaedah ini, lebih ramai pesakit akan mendapat akses kepada rawatan ARV pada peringkat yang lebih awal dan pesakit HIV AIDS akan dapat menjalani hidup yang lebih berkualiti, di samping itu memanjangkan hayat mereka. Terima kasih. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin menyatakan bahawa memang terdapat usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi maslah AIDS dan ini memang kita alu-alukan. AIDS merupakan satu perkara yang serius dan kami perlu prihatin dan cuba sedaya upaya untuk mengatasinya. Soalan yang saya ingin tanyakan adalah, baru-baru ini kita lihat bahawa ada cadangan Klinik 1Malaysia ditubuhkan. Saya ingin tahu sama ada klinik-klinik ini akan disediakan dengan facility untuk mengubati pesakit-pesakit AIDS dan juga kos yang dianggarkan untuk rawatan bagi setiap pesakit AIDS? Memandangkan masalah yang timbul, adakah kerajaan akan membuat persediaan supaya dapat
Bagi tempoh lima tahun yang lalu, bilangan kematian akibat AIDS adalah. seramai 4,660 orang, iaitu 984 pada tahun 2005, 976 pada tahun 2006, 1,179 pada tahun 2007, 900 pada tahun 2008 dan 621 pada tahun 2009. Kerajaan amat serius untuk menangani wabak HIV AIDS ini. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, Malaysia telah mengambil langkah-langkah menangani HIV AIDS ini pada tahun 1985 iaitu setahun sebelum penyakit ini mula kesan di negara ini. Langkah-langkah pencegahan kawalan, rawatan dan sokongan bagi HIV AIDS ini telah dimantapkan dan pada tahun 2006, kerajaan telah meluluskan Pelan Strategik Kebangsaan mengenai HIV AIDS 2006/2010 atau National Strategic Plan on HIV AIDS dengan izin, selari dengan hasrat untuk mencapai matlamat pembangunan milenium negara bagi menghentikan dan membalikkan penularan jangkitan HIV. Bagi mengurangkan kematian akibat HIV AIDS ini, antara strategi yang digunakan adalah dengan pemberian rawatan Anti Viral atau (ARV). Dengan pemberian rawatan ini, jangka hayat pesakit telah dapat dipanjangkan di samping kualiti kehidupan mereka menjadi semakin baik dan mereka mampu bekerja seperti orang-orang lain yang sihat. Menyedari hakikat tersebut, pada tahun 2004 kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menyediakan ubat yang berkualiti untuk diberikan kepada pesakit HIV AIDS. Kini rawatan secara tiga dalam satu bagi ARV ini telah dilaksanakan dengan meluas dan pada tahun 2009, seramai hampir 10,000 pesakit telah diberikan rawatan tersebut. Hasil daripada rawatan tersebut, sejak tiga tahun kebelakangan ini kadar kematian akibat HIV AIDS telah menurun dengan ketara. Bagi maksud rawatan yang meliputi pemberian Antiretroviral serta ujian yang berkaitan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM32.5 juta setahun. Bagi memastikan rawatan ini dimanfaatkan kepada pesakit HIV AIDS, kerajaan telah memperluaskan kebolehcapaian rawatan dengan melatih para doktor di kalangan pakar perubatan keluarga di samping pakar perubatan penyakit berjangkit yang sedia ada. Sehingga akhir tahun 2009, seramai 180 orang pakar perubatan keluarga telah dilatih untuk maksud ini dan mereka mampu memberikan rawatan kepada pesakit AIDS di seluruh negara. Untuk membolehkan lebih ramai lagi pesakit dirawat, kerajaan sedang bercadang untuk meningkatkan layak diberikan rawatan ARV dari paras CD4, 200 ke bawah kepada paras CD4, 350 ke bawah. Dengan kaedah ini, lebih ramai pesakit akan mendapat akses kepada rawatan ARV pada peringkat yang lebih awal dan pesakit HIV AIDS akan dapat menjalani hidup yang lebih berkualiti, di samping itu memanjangkan hayat mereka. Terima kasih. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin menyatakan bahawa memang terdapat usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi maslah AIDS dan ini memang kita alu-alukan. AIDS merupakan satu perkara yang serius dan kami perlu prihatin dan cuba sedaya upaya untuk mengatasinya. Soalan yang saya ingin tanyakan adalah, baru-baru ini kita lihat bahawa ada cadangan Klinik 1Malaysia ditubuhkan. Saya ingin tahu sama ada klinik-klinik ini akan disediakan dengan facility untuk mengubati pesakit-pesakit AIDS dan juga kos yang dianggarkan untuk rawatan bagi setiap pesakit AIDS? Memandangkan masalah yang timbul, adakah kerajaan akan membuat persediaan supaya dapat.
16
30
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 17 diberikan rawatan ini secara percuma kepada mereka yang dijangkiti, khususnya mereka yang datangnya dari kalangan kaum miskin. Dalam perkara itu juga, sama ada kerajaan mengambil tindakan untuk meningkatkan pendidikan khususnya di kalangan pemuda-pemudi berkenaan dengan masalah AIDS ini, khususnya berkenaan dengan pendidikan seks untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kerajaan belum mempunyai perancangan untuk mengadakan rawatan penyakit HIV ini di klinik 1Malaysia. Walau bagaimanapun sebenarnya semua klinik kesihatan kita mempunyai rawatan penyakit HIV atau pun sekurang-kurangnya saringan kepada penyakit HIV, untuk pengetahuan Yang Berhormat. Untuk menjawab persoalan Yang Berhormat mengenai kos. Sebenarnya dari segi perancangan atau pun dari segi kos yang diberikan terutama sekali dari segi Harm Reduction Program, kerajaan telah membelanjakan kos sebanyak RM70 juta untuk melaksanakan aktiviti Program Harm Reduction yang telah dilaksanakan sejak tahun 2006 sehinggalah Disember 2009. Pelaksanaan Program Harm Reduction ini Yang Berhormat Puchong, sebenarnya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan mengambil kira pandangan beberapa pihak seperti pihak polis, AADK, badan-badan bukan kerajaan dan juga Kementerian Kesihatan sendiri. Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, Kementerian Kesihatan sebenarnya juga telah memberikan bantuan-bantuan kewangan kepada agensi-agensi kerajaan yang lain seperti JAKIM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Penjara, Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan juga Kementerian Pertahanan, dari segi aktiviti yang berkaitan dengan ujian serta rawatan pesakit HIV ini. Bantuan kepada badan-badan bukan kerajaan juga diberikan seperti Majlis AIDS Malaysia, Kelab PROSTAR dan juga Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam. Jadi, di samping jumlah RM32.5 juta dan ditambah dengan Program Harm Reduction sebanyak RM70 juta, kita juga memberikan bantuan- bantuan seperti yang saya nyatakan tadi, sama ada kepada agensi kerajaan atau badan-badan bukan kerajaan Yang Berhormat. Jadi, untuk menjawab kepada persoalan sama ada kerajaan bersedia untuk memberikan rawatan percuma. Sebenarnya rawatan yang diberikan oleh kerajaan ini adalah percuma Yang Berhormat tanpa mengenakan apa-apa bayaran walau sesen pun daripada pesakit-pesakit atau penghidap HIV. Jadi, untuk menjawab persoalan sama ada pihak kementerian akan meningkatkan pendidikan. Yang Berhormat di bawah Pelan Strategik Pencegahan AIDS, memang kita telah menggariskan beberapa program yang dilaksanakan dan mengikut pelan itu kita ada enam strategi. Di bawah keenam-enam strategi itu juga, kita telah menggariskan beberapa program. Bukan sahaja memberikan tumpuan kepada rawatan tetapi kita menekankan kepada program-program pencegahan. Terutama sekali kita adakan di sekolah-sekolah dan juga universiti- universiti menyasarkan kepada golongan sasaran kita iaitu seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, di kalangan remaja-remaja dan belia-belia kita. Terima kasih.
diberikan rawatan ini secara percuma kepada mereka yang dijangkiti, khususnya mereka yang datangnya dari kalangan kaum miskin. Dalam perkara itu juga, sama ada kerajaan mengambil tindakan untuk meningkatkan pendidikan khususnya di kalangan pemuda-pemudi berkenaan dengan masalah AIDS ini, khususnya berkenaan dengan pendidikan seks untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kerajaan belum mempunyai perancangan untuk mengadakan rawatan penyakit HIV ini di klinik 1Malaysia. Walau bagaimanapun sebenarnya semua klinik kesihatan kita mempunyai rawatan penyakit HIV atau pun sekurang-kurangnya saringan kepada penyakit HIV, untuk pengetahuan Yang Berhormat. Untuk menjawab persoalan Yang Berhormat mengenai kos. Sebenarnya dari segi perancangan atau pun dari segi kos yang diberikan terutama sekali dari segi Harm Reduction Program, kerajaan telah membelanjakan kos sebanyak RM70 juta untuk melaksanakan aktiviti Program Harm Reduction yang telah dilaksanakan sejak tahun 2006 sehinggalah Disember 2009. Pelaksanaan Program Harm Reduction ini Yang Berhormat Puchong, sebenarnya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan mengambil kira pandangan beberapa pihak seperti pihak polis, AADK, badan-badan bukan kerajaan dan juga Kementerian Kesihatan sendiri. Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, Kementerian Kesihatan sebenarnya juga telah memberikan bantuan-bantuan kewangan kepada agensi-agensi kerajaan yang lain seperti JAKIM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Penjara, Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan juga Kementerian Pertahanan, dari segi aktiviti yang berkaitan dengan ujian serta rawatan pesakit HIV ini. Bantuan kepada badan-badan bukan kerajaan juga diberikan seperti Majlis AIDS Malaysia, Kelab PROSTAR dan juga Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam. Jadi, di samping jumlah RM32.5 juta dan ditambah dengan Program Harm Reduction sebanyak RM70 juta, kita juga memberikan bantuan- bantuan seperti yang saya nyatakan tadi, sama ada kepada agensi kerajaan atau badan-badan bukan kerajaan Yang Berhormat. Jadi, untuk menjawab kepada persoalan sama ada kerajaan bersedia untuk memberikan rawatan percuma. Sebenarnya rawatan yang diberikan oleh kerajaan ini adalah percuma Yang Berhormat tanpa mengenakan apa-apa bayaran walau sesen pun daripada pesakit-pesakit atau penghidap HIV. Jadi, untuk menjawab persoalan sama ada pihak kementerian akan meningkatkan pendidikan. Yang Berhormat di bawah Pelan Strategik Pencegahan AIDS, memang kita telah menggariskan beberapa program yang dilaksanakan dan mengikut pelan itu kita ada enam strategi. Di bawah keenam-enam strategi itu juga, kita telah menggariskan beberapa program. Bukan sahaja memberikan tumpuan kepada rawatan tetapi kita menekankan kepada program-program pencegahan. Terutama sekali kita adakan di sekolah-sekolah dan juga universiti- universiti menyasarkan kepada golongan sasaran kita iaitu seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, di kalangan remaja-remaja dan belia-belia kita. Terima kasih.
17
31
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
18 DR.1.4.2010 ■1110 Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [Tuaran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, saya – memandangkan tahap keseriusan begitu seriusnya wabak HIV dan AIDS di negara kita ini. Saya ingin bertanya sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk mengenakan compulsory medical test kepada bakal-bakal yang mendirikan rumah tangga sebelum kahwin sama ada kerajaan ingin – memerlukan medical test. Keduanya Yang Berhormat, dalam ucapan saya baru-baru ini saya telah menyentuh tentang kes-kes insiden di mana ada orang yang bekerja di Semenanjung, meninggal dunia dan dia dihantar balik ke Sabah, kerandanya dibalut, tidak dibenarkan buka dan terus diminta untuk dikebumikan dan saya difahamkan bahawa ahli keluarga itu tidak dimaklumkan secara jelas apakah sebabnya kematian itu dan hanya sangkaan luar. Seperti tindakan kementerian mengenai penyakit-penyakit lain seperti denggi berdarah dan sebagainya, apabila seseorang itu menghidapinya, maka ahli keluarga sekelilingnya disiasat secara medical dan adakah kementerian membuat sedemikian kepada mereka ini. Ini disebabkan ada kes-kes yang apabila keluarga itu ditanya apa sebab ahli keluarga meninggal, mereka tidak tahu dan mereka hanya mengatakan pihak hospital tidak membenarkan keranda itu dibuka dan terus dikebumikan, terima kasih. Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat Tuaran di atas persoalan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, memang benar kita mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan jangkitan HIV di kalangan yang berkahwin melalui ujian saringan HIV, program ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2001 di kalangan pasangan orang Islam dan ianya telah berjalan dengan lancar dan – tapi kita tidak mengenakan ataupun memberikan penekanan kepada golongan yang bukan Islam, kita tidak lagi mewajibkan kepada golongan bukan Islam. Namun walau bagaimanapun, ianya terbuka kepada mana-mana individu yang berkahwin sama ada Islam atau lain- lain agama untuk melakukan pemeriksaan di klinik-klinik kesihatan kita. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada tahun lepas sahaja hampir 120,000 pasangan telah menjalani ujian saringan pra perkahwinan dan ujian saringan sukarela ini juga dilaksanakan di facility kesihatan untuk mereka yang ingin mengetahui status HIV masing-masing. Di samping itu juga Yang Berhormat, mereka yang didapati positif akan diberikan kaunseling mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah penularan HIV kepada pasangan masing- masing. Jadi untuk menjawab persoalan Yang Berhormat yang kedua tadi iaitu sama ada pihak pesakit dimaklumkan mengenai status penyakit ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia, dari segi dasarnya Yang Berhormat, memang kita akan maklumkan dan sekiranya keranda itu – kita mengemukakan larangan untuk membuka keranda itu disebabkan oleh penyakit yang dihidapi, selalunya dari segi dasar kita, kita memang akan maklumkan kepada keluarga pesakit tersebut, namun saya juga meminta Yang Berhormat, mungkin untuk kes ini secara spesifik kita akan siasat mengapa keadaan tersebut berlaku dan sekiranya Yang Berhormat boleh memaklumkan kepada saya mengenai maklumat tersebut, kita akan perincikan kemudian.
#1110 Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [Tuaran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, saya- memandangkan tahap keseriusan begitu seriusnya wabak HIV dan AIDS di negara kita ini. Saya ingin bertanya sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk mengenakan compulsory medical test kepada bakal-bakal yang mendirikan rumah tangga sebelum kahwin sama ada kerajaan ingin- memerlukan medical test. Keduanya Yang Berhormat, dalam ucapan saya baru-baru ini saya telah menyentuh tentang kes-kes insiden di mana ada orang yang bekerja di Semenanjung, meninggal dunia dan dia dihantar balik ke Sabah, kerandanya dibalut, tidak dibenarkan buka dan terus diminta untuk dikebumikan dan saya difahamkan bahawa ahli keluarga itu tidak dimaklumkan secara jelas apakah sebabnya kematian itu dan hanya sangkaan luar. Seperti tindakan kementerian mengenai penyakit-penyakit lain seperti denggi berdarah dan sebagainya, apabila seseorang itu menghidapinya, maka ahli keluarga sekelilingnya disiasat secara medical dan adakah kementerian membuat sedemikian kepada mereka ini. Ini disebabkan ada kes-kes yang apabila keluarga itu ditanya apa sebab ahli keluarga meninggal, mereka tidak tahu dan mereka hanya mengatakan pihak hospital tidak membenarkan keranda itu dibuka dan terus dikebumikan, terima kasih. Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat Tuaran di atas persoalan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, memang benar kita mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan jangkitan HIV di kalangan yang berkahwin melalui ujian saringan HIV, program ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2001 di kalangan pasangan orang Islam dan ianya telah berjalan dengan lancar dan- tapi kita tidak mengenakan ataupun memberikan penekanan kepada golongan yang bukan Islam, kita tidak lagi mewajibkan kepada golongan bukan Islam. Namun walau bagaimanapun, ianya terbuka kepada mana-mana individu yang berkahwin sama ada Islam atau lain- lain agama untuk melakukan pemeriksaan di klinik-klinik kesihatan kita. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada tahun lepas sahaja hampir 120,000 pasangan telah menjalani ujian saringan pra perkahwinan dan ujian saringan sukarela ini juga dilaksanakan di facility kesihatan untuk mereka yang ingin mengetahui status HIV masing-masing. Di samping itu juga Yang Berhormat, mereka yang didapati positif akan diberikan kaunseling mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah penularan HIV kepada pasangan masing- masing. Jadi untuk menjawab persoalan Yang Berhormat yang kedua tadi iaitu sama ada pihak pesakit dimaklumkan mengenai status penyakit ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia, dari segi dasarnya Yang Berhormat, memang kita akan maklumkan dan sekiranya keranda itu- kita mengemukakan larangan untuk membuka keranda itu disebabkan oleh penyakit yang dihidapi, selalunya dari segi dasar kita, kita memang akan maklumkan kepada keluarga pesakit tersebut, namun saya juga meminta Yang Berhormat, mungkin untuk kes ini secara spesifik kita akan siasat mengapa keadaan tersebut berlaku dan sekiranya Yang Berhormat boleh memaklumkan kepada saya mengenai maklumat tersebut, kita akan perincikan kemudian.
18
32
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 19 11. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah langkah-langkah kerajaan bagi memastikan pelajar-pelajar kita di universiti tempatan dan di universiti luar negara tidak terpengaruh dan tidak terlibat dalam kegiatan keganasan (terrorists) antarabangsa. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I [Dr. Hou Kok Chung]: Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sehingga kini Kementerian Pengajian Tinggi tiada menerima sebarang laporan tentang penglibatan pelajar kita di sini dan luar negara dalam kegiatan terrorisme. Sungguhpun demikian, Jabatan Penuntut Malaysia Luar Negara di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Perwakilan Malaysia di luar negara serta pejabat-pejabat agensi penaja sepanjang masa memantau perkembangan pelajar Malaysia di luar negara bagi memastikan mereka tidak terlibat di dalam kegiatan- kegiatan yang diragui. Perhubungan rapat di antara pihak kementerian dengan pihak berkuasa keselamatan dalam dan luar negara turut membantu dalam pemantauan pelajar-pelajar bagi mengelakkan mereka terlibat dalam kegiatan terrorisme. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah pelajar-pelajar kita di luar negara adalah seramai 59,105 orang di mana lebih 21,520 orang adalah pelajar tajaan dan selebihnya seramai 37,585 orang di bawah pembiayaan sendiri. Di IPT tempatan pula terdapat lebih 860,000 orang pelajar kita. Kementerian sentiasa mendampingi pelajar melalui program khusus seperti perjumpaan melalui Majlis Perwakilan Pelajar dan persatuan-persatuan pelajar luar negara menerusi program-program seperti kenegaraan dan kepimpinan, perpaduan dan integrasi, keusahawanan dan pembangunan kerjaya serta kesukanan dan kebudayaan. Kementerian juga menggalakkan pemimpin-pemimpin negara yang berada di luar negara untuk berjumpa pelajar-pelajar kita untuk mendampingi mereka sambil mengemaskinikan mereka dengan perkembangan di Malaysia. Bagi pelajar-pelajar di IPT tempatan, mereka sudah pun diwajibkan mengambil modul-modul di bawah program pembangunan sahsiah yang dapat membina jati diri dan juga menyuntik rasa cinta kepada keamanan dan kesejahteraan negara, sekian terima kasih. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu juga oleh sebab memang kita baca dalam surat khabar tentang penglibatan rakyat Malaysia yang disyaki itu adalah satu kegiatan fanatik yang mungkin mencondong kepada terrorisme. Jadi saya hendak tahu adakah Kementerian Pengajian Tinggi pada masa ini bercadang untuk menghalang pelajar-pelajar kita dari melanjutkan pengajian mereka di universiti-universiti atau kolej tertentu yang sering didakwa mengeluarkan golongan fanatik yang cenderung kepada kegiatan terrorisme. Dr. Hou Kok Chung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Pengajian Tinggi mengamalkan dasar bahawa pemilihan institusi pengajian tinggi di luar negara oleh pelajar terutamanya mereka yang ditaja sendiri adalah merupakan hak mutlak mereka, sebab itu kementerian tiada cengkaman terhadap pemilihan mereka. Namun mereka tetap dilayan, dipantau serta didampingi sama seperti pelajar-pelajar yang lain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kita mempunyai 10 buah Jabatan Penuntut Malaysia Luar Negara (MSD) dalam urusan menjaga hal ehwal pelajar-pelajar kita di luar negara. MSD kini terdapat di Jakarta, Wellington, Sydney, Perth, London, Los Angeles, Washington, Ottawa, Kaherah dan Yaman, sekian.
11. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah langkah-langkah kerajaan bagi memastikan pelajar-pelajar kita di universiti tempatan dan di universiti luar negara tidak terpengaruh dan tidak terlibat dalam kegiatan keganasan (terrorists) antarabangsa. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I [Dr. Hou Kok Chung]: Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sehingga kini Kementerian Pengajian Tinggi tiada menerima sebarang laporan tentang penglibatan pelajar kita di sini dan luar negara dalam kegiatan terrorisme. Sungguhpun demikian, Jabatan Penuntut Malaysia Luar Negara di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Perwakilan Malaysia di luar negara serta pejabat-pejabat agensi penaja sepanjang masa memantau perkembangan pelajar Malaysia di luar negara bagi memastikan mereka tidak terlibat di dalam kegiatan- kegiatan yang diragui. Perhubungan rapat di antara pihak kementerian dengan pihak berkuasa keselamatan dalam dan luar negara turut membantu dalam pemantauan pelajar-pelajar bagi mengelakkan mereka terlibat dalam kegiatan terrorisme. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah pelajar-pelajar kita di luar negara adalah seramai 59,105 orang di mana lebih 21,520 orang adalah pelajar tajaan dan selebihnya seramai 37,585 orang di bawah pembiayaan sendiri. Di IPT tempatan pula terdapat lebih 860,000 orang pelajar kita. Kementerian sentiasa mendampingi pelajar melalui program khusus seperti perjumpaan melalui Majlis Perwakilan Pelajar dan persatuan-persatuan pelajar luar negara menerusi program-program seperti kenegaraan dan kepimpinan, perpaduan dan integrasi, keusahawanan dan pembangunan kerjaya serta kesukanan dan kebudayaan. Kementerian juga menggalakkan pemimpin-pemimpin negara yang berada di luar negara untuk berjumpa pelajar-pelajar kita untuk mendampingi mereka sambil mengemaskinikan mereka dengan perkembangan di Malaysia. Bagi pelajar-pelajar di IPT tempatan, mereka sudah pun diwajibkan mengambil modul-modul di bawah program pembangunan sahsiah yang dapat membina jati diri dan juga menyuntik rasa cinta kepada keamanan dan kesejahteraan negara, sekian terima kasih. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu juga oleh sebab memang kita baca dalam surat khabar tentang penglibatan rakyat Malaysia yang disyaki itu adalah satu kegiatan fanatik yang mungkin mencondong kepada terrorisme. Jadi saya hendak tahu adakah Kementerian Pengajian Tinggi pada masa ini bercadang untuk menghalang pelajar-pelajar kita dari melanjutkan pengajian mereka di universiti-universiti atau kolej tertentu yang sering didakwa mengeluarkan golongan fanatik yang cenderung kepada kegiatan terrorisme. Dr. Hou Kok Chung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Pengajian Tinggi mengamalkan dasar bahawa pemilihan institusi pengajian tinggi di luar negara oleh pelajar terutamanya mereka yang ditaja sendiri adalah merupakan hak mutlak mereka, sebab itu kementerian tiada cengkaman terhadap pemilihan mereka. Namun mereka tetap dilayan, dipantau serta didampingi sama seperti pelajar-pelajar yang lain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kita mempunyai 10 buah Jabatan Penuntut Malaysia Luar Negara (MSD) dalam urusan menjaga hal ehwal pelajar-pelajar kita di luar negara. MSD kini terdapat di Jakarta, Wellington, Sydney, Perth, London, Los Angeles, Washington, Ottawa, Kaherah dan Yaman, sekian.
19
33
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
20 DR.1.4.2010 Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Soalan saya ialah jumlah yang diberikan oleh kementerian tadi iaitu 21,000 penuntut yang di bawah pembiayaan kerajaan, saya kira begitu banyak sebenarnya jumlah pelajar yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. ■1120 Memandangkan universiti-universiti awam yang ada dalam negara kita jumlahnya lebih kurang 20 buah ditambah lagi institusi pengajian tinggi swasta yang bercambah seperti cendawan dalam negara kita. Adakah pihak kementerian bercadang untuk mengkaji semula penghantaran pelajar-pelajar Malaysia yang dibiayai oleh pihak kementerian keluar negara memandangkan kursus-kursus yang ditawarkan di universiti dalam negara kita juga kompetitif seperti mana yang ditawarkan oleh universiti di luar negara. Adakah kerajaan bercadang hanya menghantar pelajar-pelajar yang mana course mereka tidak wujud ataupun tidak begitu ramai yang ditawarkan dalam negara kita. Melainkan courses yang tidak ada dalam negara kita dan kita hantar keluar, dia boleh menjimatkan banyak perbelanjaan kerajaan tambah lagi dengan 10 MSD yang diwujudkan kita terpaksa keluarkan kos yang lain untuk tanggung semua perbelanjaan ini. Terima kasih. Dr. Hou Kok Chung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penghantaran pelajar ke luar negara memang merupakan dasar kerajaan kita. Kementerian Pengajian Tinggi memang mementingkan pengantarabangsaan. Ini merupakan satu cara supaya generasi yang akan datang mendapat suasana yang lebih globalisasi ataupun pengantarabangsaan. Jadi kerajaan kini akan terus menghantar pelajar keluar negara. Di samping itu, kita juga cuba menarik pelajar dari luar negara untuk belajar di sini. Ini memanglah merupakan satu cara supaya kita dapat mencapai matlamat pengantarabangsaan. Sekian, terima kasih. 12. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [Ketereh] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan: (a) berapakah jumlah wang yang perlu dibelanjakan untuk menanggung peningkatan kos dalam 16 projek MRSM yang melebihi bajet asal; dan (b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku atau sekurang-kurangnya mengurangkan kesan peningkatan kos yang mendadak. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II [Datuk Joseph Entulu anak Belaun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat dari Ketereh. Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat 16 projek MRSM yang dilaksanakan di bawah RMK-9 melebihi dari bajet asal. Sejumlah lebih RM500 juta diperlukan untuk menampung peningkatan projek-projek tersebut. Oleh yang demikian pada masa ini Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan MARA sedang berusaha mencari kaedah penyelesaian untuk menangani masalah ini. Antara langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian dan MARA untuk mengurangkan kesan dan peningkatan kos yang mendadak adalah seperti berikut: (i) sebarang permohonan dengan izin variation order (VO) bagi projek-projek yang sedang berjalan tidak akan
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Soalan saya ialah jumlah yang diberikan oleh kementerian tadi iaitu 21,000 penuntut yang di bawah pembiayaan kerajaan, saya kira begitu banyak sebenarnya jumlah pelajar yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. #1120 Memandangkan universiti-universiti awam yang ada dalam negara kita jumlahnya lebih kurang 20 buah ditambah lagi institusi pengajian tinggi swasta yang bercambah seperti cendawan dalam negara kita. Adakah pihak kementerian bercadang untuk mengkaji semula penghantaran pelajar-pelajar Malaysia yang dibiayai oleh pihak kementerian keluar negara memandangkan kursus-kursus yang ditawarkan di universiti dalam negara kita juga kompetitif seperti mana yang ditawarkan oleh universiti di luar negara. Adakah kerajaan bercadang hanya menghantar pelajar-pelajar yang mana course mereka tidak wujud ataupun tidak begitu ramai yang ditawarkan dalam negara kita. Melainkan courses yang tidak ada dalam negara kita dan kita hantar keluar, dia boleh menjimatkan banyak perbelanjaan kerajaan tambah lagi dengan 10 MSD yang diwujudkan kita terpaksa keluarkan kos yang lain untuk tanggung semua perbelanjaan ini. Terima kasih. Dr. Hou Kok Chung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penghantaran pelajar ke luar negara memang merupakan dasar kerajaan kita. Kementerian Pengajian Tinggi memang mementingkan pengantarabangsaan. Ini merupakan satu cara supaya generasi yang akan datang mendapat suasana yang lebih globalisasi ataupun pengantarabangsaan. Jadi kerajaan kini akan terus menghantar pelajar keluar negara. Di samping itu, kita juga cuba menarik pelajar dari luar negara untuk belajar di sini. Ini memanglah merupakan satu cara supaya kita dapat mencapai matlamat pengantarabangsaan. Sekian, terima kasih. 12. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [Ketereh] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan: (a) berapakah jumlah wang yang perlu dibelanjakan untuk menanggung peningkatan kos dalam 16 projek MRSM yang melebihi bajet asal; dan (b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku atau sekurang-kurangnya mengurangkan kesan peningkatan kos yang mendadak. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II [Datuk Joseph Entulu anak Belaun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat dari Ketereh. Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat 16 projek MRSM yang dilaksanakan di bawah RMK-9 melebihi dari bajet asal. Sejumlah lebih RM500 juta diperlukan untuk menampung peningkatan projek-projek tersebut. Oleh yang demikian pada masa ini Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan MARA sedang berusaha mencari kaedah penyelesaian untuk menangani masalah ini. Antara langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian dan MARA untuk mengurangkan kesan dan peningkatan kos yang mendadak adalah seperti berikut: (i) sebarang permohonan dengan izin variation order (VO) bagi projek-projek yang sedang berjalan tidak akan.
20
34
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 21 diluluskan kerana ia akan mengakibatkan peningkatan kos. Walau bagaimanapun sekiranya sesuatu projek perlu melibatkan VO, kos yang terlibat perlulah munasabah; (ii) setiap projek yang akan dilaksanakan hendaklah berdasarkan siling projek yang telah diluluskan. Namun begitu, sekiranya terdapat projek yang mana kosnya melebihi siling setelah ditender maka ia akan dikemukakan kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) untuk dimuktamadkan; (iii) permohonan projek secara rundingan terus tidak akan dipertimbangkan kerana ia akan melibatkan kos yang lebih tinggi berbanding projek yang ditender; dan (iv) memastikan setiap pelan dan reka bentuk binaan bangunan dilaksanakan berpandukan kepada arahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba supaya tiada sebarang arahan pindaan kerja dikeluarkan yang akan mengakibatkan peningkatan kos. Selain itu juga kementerian dan MARA akan terus memantau secara dekat dan kerap ke atas pelaksanaan projek-projek supaya tiada kelewatan berlaku. Langkah ini boleh mengelakkan penamatan kontrak dan seterusnya menghindarkan projek ditender semula yang akan mengakibatkan peningkatan kos. Sekian, terima kasih. Tuan Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir [Ketereh]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita tahu jumlah RM500 juta ini besar. Saya berpendapat pandangan sayalah mungkin satu semakan khusus boleh dibuat di kalangan pemberi jawatankuasa tender peringkat MARA ataupun juga faktor campur tangan daripada politik yang menyebabkan kos meningkatkan begitu banyak sekali. Saya ambil contoh umpamanya pembinaan Maktab Rendah Sains MARA di Tumpat, kontraktornya berkait rapat dengan pimpinan UMNO di negeri Kelantan. Begitu juga dengan pembinaan Maktab Rendah Sains MARA di Tanah Merah yang mana majlis pecah tanahnya telah dibuat dua tahun lebih dahulu tetapi bangunannya sampai hari ini belum didirikan lagi. Kontraktornya ada kaitan secara langsung dan tidak langsung dengan pimpinan UMNO di peringkat bahagian tertentu. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya demi kebaikan rakyat semua. Terima kasih. Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat dari Ketereh. Tidak ada kaitan langsung peningkatan kos ataupun kelewatan pelaksanaan berkaitan dengan sama ada orang itu adalah kontraktor yang berkawan rapat ataupun dekat dengan orang yang dalam komiti-komiti tender ini. Tidak ada langsung. Akan tetapi banyak sebab kenapa kos ini meningkat. Pertama misalnya bajet asal bagi kebanyakan projek di bawah RMK-9 telah dikurangkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada pertengahan tahun 2005. Sedangkan pada ketika itu projek telah ditawarkan kepada kontraktor. Jadi nampak melebihi siling lah sebab sudah diturunkan oleh EPU silingnya. Kedua peningkatan kos terpaksa diperhalusi semula selaras dengan arahan Kementerian Kewangan melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan 3/2008
diluluskan kerana ia akan mengakibatkan peningkatan kos. Walau bagaimanapun sekiranya sesuatu projek perlu melibatkan VO, kos yang terlibat perlulah munasabah; (ii) setiap projek yang akan dilaksanakan hendaklah berdasarkan siling projek yang telah diluluskan. Namun begitu, sekiranya terdapat projek yang mana kosnya melebihi siling setelah ditender maka ia akan dikemukakan kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) untuk dimuktamadkan; (iii) permohonan projek secara rundingan terus tidak akan dipertimbangkan kerana ia akan melibatkan kos yang lebih tinggi berbanding projek yang ditender; dan. (iv) memastikan setiap pelan dan reka bentuk binaan bangunan dilaksanakan berpandukan kepada arahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba supaya tiada sebarang arahan pindaan kerja dikeluarkan yang akan mengakibatkan peningkatan kos. Selain itu juga kementerian dan MARA akan terus memantau secara dekat dan kerap ke atas pelaksanaan projek-projek supaya tiada kelewatan berlaku. Langkah ini boleh mengelakkan penamatan kontrak dan seterusnya menghindarkan projek ditender semula yang akan mengakibatkan peningkatan kos. Sekian, terima kasih. Tuan Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir [Ketereh]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita tahu jumlah RM500 juta ini besar. Saya berpendapat pandangan sayalah mungkin satu semakan khusus boleh dibuat di kalangan pemberi jawatankuasa tender peringkat MARA ataupun juga faktor campur tangan daripada politik yang menyebabkan kos meningkatkan begitu banyak sekali. Saya ambil contoh umpamanya pembinaan Maktab Rendah Sains MARA di Tumpat, kontraktornya berkait rapat dengan pimpinan UMNO di negeri Kelantan. Begitu juga dengan pembinaan Maktab Rendah Sains MARA di Tanah Merah yang mana majlis pecah tanahnya telah dibuat dua tahun lebih dahulu tetapi bangunannya sampai hari ini belum didirikan lagi. Kontraktornya ada kaitan secara langsung dan tidak langsung dengan pimpinan UMNO di peringkat bahagian tertentu. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya demi kebaikan rakyat semua. Terima kasih. Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat dari Ketereh. Tidak ada kaitan langsung peningkatan kos ataupun kelewatan pelaksanaan berkaitan dengan sama ada orang itu adalah kontraktor yang berkawan rapat ataupun dekat dengan orang yang dalam komiti-komiti tender ini. Tidak ada langsung. Akan tetapi banyak sebab kenapa kos ini meningkat. Pertama misalnya bajet asal bagi kebanyakan projek di bawah RMK-9 telah dikurangkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada pertengahan tahun 2005. Sedangkan pada ketika itu projek telah ditawarkan kepada kontraktor. Jadi nampak melebihi siling lah sebab sudah diturunkan oleh EPU silingnya. Kedua peningkatan kos terpaksa diperhalusi semula selaras dengan arahan Kementerian Kewangan melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan 3/2008.
21
35
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
22 DR.1.4.2010 yang memberi garis panduan menyemak semula kos projek berikutan kenaikan kos bahan binaan. Antara yang dibenarkan iaitu dalam Perkara 15 ialah perubahan harga (variation of price) bagi bahan binaan sehingga 50% bagi projek reka dan bina (design and build). Satu lagi faktor ialah harga tanah yang meningkatkan berikutan terdapat tambahan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air, elektrik dan talian telefon yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Sekian, terima kasih. Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan bajet untuk MRSM dan juga Kolej MARA untuk tahun 2010 dikurangkan melebihi 35% berbanding dengan Bajet 2009 sebenarnya ada mempunyai satu kesan yang cukup mendalam sekali bukan sahaja dari segi mengurus bahkan dalam usaha untuk kita melahirkan modal insan kepada kebanyakan murid-murid bumiputera. Soalan saya adakah kerajaan akan mengkaji semula terutamanya untuk belanja mengurus untuk penggal kedua ini supaya memastikan supaya MRSM kita akan terus dapat berjalan seperti biasa terima kasih. Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat dari Jasin. Sebenarnya memang pada keseluruhannya kos mengurus di kementerian ini akan diturunkan lebih daripada RM200 juta. Sekian, terima kasih. 13. Dato' Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan masalah kebanjiran warganegara asing dan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi ‘membersihkan’ dan ‘memutihkan’ mereka ini yang memang terkenal kedatangan mereka ke negara ini menjadi samseng dan melakukan jenayah termasuk jenayah membunuh. Timbalan Menteri Dalam Negeri II [Tuan Jelaing anak Mersat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar yang mengemukakan pertanyaan nombor 13. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kehadiran warganegara asing sama ada bertujuan melancong dan bekerja telah memberi sumbangan besar dalam industri berkenaan, di samping membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ada segelintir warganegara asing ini yang melanggar undang-undang negara seperti terlibat dalam kegiatan jenayah. Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia adalah didapati 3,060 kes jenayah indeks yang melibatkan warganegara asing iaitu 1.46% daripada sejumlah 209, 417 kes jenayah yang telah direkodkan bagi tahun 2009. ■1130 Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian tidak memandang ringan kehadiran warganegara asing di Malaysia. Bagi memperkemaskan aspek rekod, pemantauan dan pengesanan terhadap warganegara asing, kerajaan telah memutuskan untuk mewujudkan satu makmal iaitu management lab khas untuk mencari penyelesaian mengenai isu-isu ini. Malahan Yang Berhormat, makmal ini sedang berjalan sekarang di Putrajaya. Langkah ini bertujuan mencari resolusi yang berkesan termasuk dari aspek undang-undang-undang, sistem, prosedur dan penguatkuasaan. Sekian, terima kasih. Dato’ Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terus kepada soalan tambahan. Adakah tindakan tegas akan diambil oleh pihak kementerian agar warganegara asing ini lebih menghormati undang-undang di negara kita serta
yang memberi garis panduan menyemak semula kos projek berikutan kenaikan kos bahan binaan. Antara yang dibenarkan iaitu dalam Perkara 15 ialah perubahan harga (variation of price) bagi bahan binaan sehingga 50% bagi projek reka dan bina (design and build). Satu lagi faktor ialah harga tanah yang meningkatkan berikutan terdapat tambahan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air, elektrik dan talian telefon yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Sekian, terima kasih. Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan bajet untuk MRSM dan juga Kolej MARA untuk tahun 2010 dikurangkan melebihi 35% berbanding dengan Bajet 2009 sebenarnya ada mempunyai satu kesan yang cukup mendalam sekali bukan sahaja dari segi mengurus bahkan dalam usaha untuk kita melahirkan modal insan kepada kebanyakan murid-murid bumiputera. Soalan saya adakah kerajaan akan mengkaji semula terutamanya untuk belanja mengurus untuk penggal kedua ini supaya memastikan supaya MRSM kita akan terus dapat berjalan seperti biasa terima kasih. Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat dari Jasin. Sebenarnya memang pada keseluruhannya kos mengurus di kementerian ini akan diturunkan lebih daripada RM200 juta. Sekian, terima kasih. 13. Dato' Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan masalah kebanjiran warganegara asing dan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi 'membersihkan' dan 'memutihkan' mereka ini yang memang terkenal kedatangan mereka ke negara ini menjadi samseng dan melakukan jenayah termasuk jenayah membunuh. Timbalan Menteri Dalam Negeri II [Tuan Jelaing anak Mersat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar yang mengemukakan pertanyaan nombor 13. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kehadiran warganegara asing sama ada bertujuan melancong dan bekerja telah memberi sumbangan besar dalam industri berkenaan, di samping membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ada segelintir warganegara asing ini yang melanggar undang-undang negara seperti terlibat dalam kegiatan jenayah. Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia adalah didapati 3,060 kes jenayah indeks yang melibatkan warganegara asing iaitu 1.46% daripada sejumlah 209, 417 kes jenayah yang telah direkodkan bagi tahun 2009. #1130 Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian tidak memandang ringan kehadiran warganegara asing di Malaysia. Bagi memperkemaskan aspek rekod, pemantauan dan pengesanan terhadap warganegara asing, kerajaan telah memutuskan untuk mewujudkan satu makmal iaitu management lab khas untuk mencari penyelesaian mengenai isu-isu ini. Malahan Yang Berhormat, makmal ini sedang berjalan sekarang di Putrajaya. Langkah ini bertujuan mencari resolusi yang berkesan termasuk dari aspek undang-undang-undang, sistem, prosedur dan penguatkuasaan. Sekian, terima kasih. Dato' Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terus kepada soalan tambahan. Adakah tindakan tegas akan diambil oleh pihak kementerian agar warganegara asing ini lebih menghormati undang-undang di negara kita serta.
22
36
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 23 lebih memahami budaya masyarakat tempatan? Apakah kerajaan bercadang untuk mengenakan syarat di masa yang akan datang supaya latar belakang pekerja-pekerja di yang disahkan oleh pihak berwajib negara tersebut diperoleh? Terima kasih. Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Sudah tentu negara kita memang menghargai cadangan Yang Berhormat tadi yang berkaitan dengan memberitahu lebih awal ataupun mengadakan satu taklimat kepada warga asing yang akan datang bekerja di sini berkaitan dengan budaya kita di sini dan langkah-langkah yang tertentu akan diambil selepas kita tahu apakah resolusi-resolusi yang kita dapat daripada management lab kita. Buat sementara waktu pihak kementerian dan kerajaan akan meneruskan dan meningkatkan lagi usaha-usaha untuk kita membanteras gejala-gejala seperti jenayah yang dibuat oleh pekerja asing ini sama ada mereka ada pas atau tanpa pas iaitu PATI seperti yang berlaku baru-baru ini di satu kawasan di Kuala Lumpur di sini iaitu di Brickfields di mana pihak polis dan pihak berkuasa tempatan bekerjasama untuk mendapatkan pengawalan ataupun membanteras jenayah yang dibuat oleh warga asing. Sekian. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli Yang Berhormat setakat itulah Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan telah tamat] 11.34 pg. Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir [Ketereh]: Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat. Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir [Ketereh]: Ya, saya mahu penjelasan sedikit. Pada 30 Mac 2010 lepas saya sudah hantar satu usul yang berbunyi: “Bahawa Dewan ini telah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini membincangkan kejadian bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaya Terengganu yang sedang dalam pembinaan runtuh petang semalam yang mengakibatkan seorang buruh mati dan empat cedera”. Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Runtuh pula? Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir [Ketereh]: Saya terima surat daripada Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa usul ini tidak dapat bincangkan kerana tindakan telah diambil. Bagi saya tindakan kementerian ini tidak berkesan. Oleh sebab itu saya rasa usul ini perlu dibincangkan kerana keruntuhan ini berlaku di Terengganu. Boleh jadi banyak kejadian di Terengganu runtuh sekarang ini. Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu]: Itulah hebatnya Terengganu, hebat Terengganu. Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir [Ketereh]: Saya minta supaya pertimbangan Tuan Yang di-Pertua supaya usul ini boleh dibincangkan atau dibahaskan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, saya dimaklumkan bahawa usul ini telah pun ditolak dalam kamar Tuan Yang di-
lebih memahami budaya masyarakat tempatan? Apakah kerajaan bercadang untuk mengenakan syarat di masa yang akan datang supaya latar belakang pekerja-pekerja di yang disahkan oleh pihak berwajib negara tersebut diperoleh? Terima kasih. Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Sudah tentu negara kita memang menghargai cadangan Yang Berhormat tadi yang berkaitan dengan memberitahu lebih awal ataupun mengadakan satu taklimat kepada warga asing yang akan datang bekerja di sini berkaitan dengan budaya kita di sini dan langkah-langkah yang tertentu akan diambil selepas kita tahu apakah resolusi-resolusi yang kita dapat daripada management lab kita. Buat sementara waktu pihak kementerian dan kerajaan akan meneruskan dan meningkatkan lagi usaha-usaha untuk kita membanteras gejala-gejala seperti jenayah yang dibuat oleh pekerja asing ini sama ada mereka ada pas atau tanpa pas iaitu PATI seperti yang berlaku baru-baru ini di satu kawasan di Kuala Lumpur di sini iaitu di Brickfields di mana pihak polis dan pihak berkuasa tempatan bekerjasama untuk mendapatkan pengawalan ataupun membanteras jenayah yang dibuat oleh warga asing. Sekian. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli Yang Berhormat setakat itulah Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan telah tamat]. 11.34 pg. Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir [Ketereh]: Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat. Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir [Ketereh]: Ya, saya mahu penjelasan sedikit. Pada 30 Mac 2010 lepas saya sudah hantar satu usul yang berbunyi: "Bahawa Dewan ini telah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini membincangkan kejadian bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaya Terengganu yang sedang dalam pembinaan runtuh petang semalam yang mengakibatkan seorang buruh mati dan empat cedera". Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Runtuh pula? Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir [Ketereh]: Saya terima surat daripada Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa usul ini tidak dapat bincangkan kerana tindakan telah diambil. Bagi saya tindakan kementerian ini tidak berkesan. Oleh sebab itu saya rasa usul ini perlu dibincangkan kerana keruntuhan ini berlaku di Terengganu. Boleh jadi banyak kejadian di Terengganu runtuh sekarang ini. Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu]: Itulah hebatnya Terengganu, hebat Terengganu. Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir [Ketereh]: Saya minta supaya pertimbangan Tuan Yang di-Pertua supaya usul ini boleh dibincangkan atau dibahaskan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, saya dimaklumkan bahawa usul ini telah pun ditolak dalam kamar Tuan Yang di-.
23
37
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
24 DR.1.4.2010 Pertua. Lazimnya adalah apabila usul ditolak di dalam kamar seperti Peraturan Mesyuarat 18(8) ia tidak harus dibahaskan dan dikemukakan di dalam Dewan ini. Minta maaf Yang Berhormat. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua Peraturan Mesyuarat 23(5) – Setiausaha adalah diberi kuasa untuk menyunting pertanyaan-pertanyaan dihantar kepada Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Paya Besar tadi Soalan 13. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kurang senang dengan penggunaan perkataan ”membersihkan”, dan ”memutihkan” mereka ini yang memang terkenal dengan kedatangan mereka ke negara ini menjadi samseng dan melakukan jenayah termasuk jenayah membunuh. Perkataan “membersihkan”, dan ”memutihkan”. Saya rasa kita perlu berhati-hati menggunakan perkataannya supaya jangan ada sebarang stereotaip Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya pohon perhatian diberi dalam perkara ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, setiap soalan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ke Dewan Parlimen ini ditapis oleh satu jawatankuasa dan saya yakin bahawa jawatankuasa telah pun meneliti setiap perkataan yang ada dan saya tidak ada komen lanjutan mengenai perkara ini Yang Berhormat. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua, mendengar penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu prosesnya jawatankuasa tetapi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat seandainya beberapa kenyataan itu yang nampaknya bercanggah melayani prasangka buruk kepada mana-mana kaum ataupun dalam konteks ini di kalangan penduduk negara asing itu tidak dibolehkan. Soalan itu boleh diteruskan tetapi penjelasan Menteri yang menjawab harus membetulkan. Jikalau tidak ia seperti mengesahkan sikap prasangka kaum pada jiran tetangga dan ini yang menimbulkan salah faham berterusan dengan negara-negara jiran kerana kita tidak teliti dan cermat tatkala menyalahkan dan memfitnahkan rakan-rakan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya akan mengambil perhatian dan memaklumkan kepada jawatankuasa Yang Berhormat. RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE MESYUARAT RANG UNDANG-UNDANG PERDAGANGAN STRATEGIK 2010 Bacaan Kali Yang Pertama Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai kawalan ke atas eksport, pemindahan, transit dan pembrokeran barang strategik termasuk senjata dan bahan berkaitan dan aktiviti lain yang akan atau boleh memudahkan reka bentuk untuk kemajuan dan penghasilan senjata pemusnah besar-besaran dan sistem penghantaran dan untuk membuat peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya selaras dengan keselamatan negara dan obligasi antarabangsa Malaysia; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada mesyuarat kali ini.
Pertua. Lazimnya adalah apabila usul ditolak di dalam kamar seperti Peraturan Mesyuarat 18(8) ia tidak harus dibahaskan dan dikemukakan di dalam Dewan ini. Minta maaf Yang Berhormat. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua Peraturan Mesyuarat 23(5)- Setiausaha adalah diberi kuasa untuk menyunting pertanyaan-pertanyaan dihantar kepada Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Paya Besar tadi Soalan 13. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kurang senang dengan penggunaan perkataan "membersihkan", dan "memutihkan" mereka ini yang memang terkenal dengan kedatangan mereka ke negara ini menjadi samseng dan melakukan jenayah termasuk jenayah membunuh. Perkataan "membersihkan", dan "memutihkan". Saya rasa kita perlu berhati-hati menggunakan perkataannya supaya jangan ada sebarang stereotaip Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya pohon perhatian diberi dalam perkara ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, setiap soalan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ke Dewan Parlimen ini ditapis oleh satu jawatankuasa dan saya yakin bahawa jawatankuasa telah pun meneliti setiap perkataan yang ada dan saya tidak ada komen lanjutan mengenai perkara ini Yang Berhormat. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua, mendengar penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu prosesnya jawatankuasa tetapi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat seandainya beberapa kenyataan itu yang nampaknya bercanggah melayani prasangka buruk kepada mana-mana kaum ataupun dalam konteks ini di kalangan penduduk negara asing itu tidak dibolehkan. Soalan itu boleh diteruskan tetapi penjelasan Menteri yang menjawab harus membetulkan. Jikalau tidak ia seperti mengesahkan sikap prasangka kaum pada jiran tetangga dan ini yang menimbulkan salah faham berterusan dengan negara-negara jiran kerana kita tidak teliti dan cermat tatkala menyalahkan dan memfitnahkan rakan-rakan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya akan mengambil perhatian dan memaklumkan kepada jawatankuasa Yang Berhormat. RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE MESYUARAT. RANG UNDANG-UNDANG PERDAGANGAN STRATEGIK 2010. Bacaan Kali Yang Pertama. Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai kawalan ke atas eksport, pemindahan, transit dan pembrokeran barang strategik termasuk senjata dan bahan berkaitan dan aktiviti lain yang akan atau boleh memudahkan reka bentuk untuk kemajuan dan penghasilan senjata pemusnah besar-besaran dan sistem penghantaran dan untuk membuat peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya selaras dengan keselamatan negara dan obligasi antarabangsa Malaysia; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada mesyuarat kali ini.
24
38
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 25 RANG UNDANG-UNDANG PEMBEKALAN TAMBAHAN (2010) 2010 Bacaan Kali Yang Pertama Rang undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan 2010 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud- maksud yang tertentu bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Dr. Awang Adek Hussin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada mesyuarat kali ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada menerima permohonan daripada pihak kerajaan untuk mendahulukan beberapa rang undang-undang dalam susunan atur Aturan Urusan Mesyuarat. Oleh yang demikian saya membenarkan diberi keutamaan dalam susunan Aturan Urusan Mesyuarat pada hari Isnin 5 April 2010, rang undang- undang seperti berikut: (i) Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010; (ii) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009; (iii) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010; (iv) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010; dan diikuti dengan rang undang-undang yang lain. USUL WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT 11.39 pg. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Usul Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 5 hari bulan April 2010.” Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
RANG UNDANG-UNDANG PEMBEKALAN TAMBAHAN (2010) 2010. Bacaan Kali Yang Pertama. Rang undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan 2010 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud- maksud yang tertentu bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato' Dr. Awang Adek Hussin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada mesyuarat kali ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada menerima permohonan daripada pihak kerajaan untuk mendahulukan beberapa rang undang-undang dalam susunan atur Aturan Urusan Mesyuarat. Oleh yang demikian saya membenarkan diberi keutamaan dalam susunan Aturan Urusan Mesyuarat pada hari Isnin 5 April 2010, rang undang- undang seperti berikut: (i) Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010; (ii) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009; (iii) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010; (iv) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010; dan diikuti dengan rang undang-undang yang lain. USUL. WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT. 11.39 pg. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; "Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Usul Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 5 hari bulan April 2010.". Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
25
39
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
26 DR.1.4.2010 ■1140 USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:- “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.” [31 Mac 2010] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya jemput Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 11.41 pg. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Seri Panglima Lajim Ukin]: Bismillaahir rahmaanir rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakam ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja yang menyentuh tentang bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Dewan yang mulia ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan Yang Berhormat Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja di Dewan yang mulia ini, saya ingin mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya mengelakkan budaya fitnah seperti mana yang disebut oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah Tuanku pada hari Isnin 15 Mac 2010, di mana ke bawah Duli Baginda telah melahirkan rasa kesedihan Baginda kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongan, putar balik fakta terutamanya di media baru. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Puchong ada membangkitkan mengenai dengan tindakan menyenaraihitamkan pemaju dan ahli lembaga pengarah yang menyebabkan projek terbengkalai. Kementerian telah pun menyenaraihitamkan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat yang terlibat dalam projek perumahan terbengkalai. Sungguhpun begitu kementerian tidak mempunyai kuasa bagi menghalang mana-mana individu tersebut daripada menubuhkan
#1140 USUL. MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG. Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:- "Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas." [31 Mac 2010]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya jemput Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 11.41 pg. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Seri Panglima Lajim Ukin]: Bismillaahir rahmaanir rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakam ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja yang menyentuh tentang bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Dewan yang mulia ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan Yang Berhormat Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja di Dewan yang mulia ini, saya ingin mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya mengelakkan budaya fitnah seperti mana yang disebut oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah Tuanku pada hari Isnin 15 Mac 2010, di mana ke bawah Duli Baginda telah melahirkan rasa kesedihan Baginda kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongan, putar balik fakta terutamanya di media baru. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Puchong ada membangkitkan mengenai dengan tindakan menyenaraihitamkan pemaju dan ahli lembaga pengarah yang menyebabkan projek terbengkalai. Kementerian telah pun menyenaraihitamkan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat yang terlibat dalam projek perumahan terbengkalai. Sungguhpun begitu kementerian tidak mempunyai kuasa bagi menghalang mana-mana individu tersebut daripada menubuhkan.
26
40
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 27 syarikat baru dalam apa-apa perniagaan kerana Akta Syarikat 1965 adalah di luar kawalan selia kementerian. Walau bagaimanapun kementerian tidak akan meluluskan mana-mana permohonan lesen pemajuan perumahan bagi syarikat pemaju yang mempunyai ahli-ahli lembaga pengarah syarikat yang telah disenaraihitamkan termasuk syarikat baru yang ditubuhkan. Sehingga 5 Mac 2010, sebanyak 1,120 pemaju dan 3,933 ahli lembaga pengarah syarikat telah disenaraihitamkan oleh kementerian. Sebagai langkah penambahbaikan kementerian kini dalam proses meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] untuk mewujudkan peruntukan spesifik yang membolehkan tindakan pendakwaan dapat diambil ke atas pemaju yang gagal menyiapkan projek dalam satu tempoh yang diperuntukkan. Sekiranya syarikat tersebut digulung tindakan dapat diambil ke atas ahli lembaga pengarah syarikat semasa kesalahan dilakukan. Selain daripada itu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan maklum isu sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Ranau berhubung dengan Projek Pembinaan Rumah Kos Rendah di Tanah Merah Ranau di keluasan 20 ekar yang terbengkalai sejak 2002. Menyedari kenyataan Ahli Yang Berhormat Ranau bahawa peruntukan sebanyak RM7 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk 200 unit rumah adalah tidak mencukupi. Kementerian ini telah pun menyenaraikan program PPR Ranau disewa melibatkan 300 unit rumah sebagai salah satu projek yang akan dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan membangkitkan isu berhubung penyelenggaraan dan pengurusan harta tanah bersama di mana kegagalan penghuni rumah gagal membayar yuran penyelenggaraan menyebabkan kerosakan lif dan sebagainya. Kementerian mengakui bahawa wujudnya permasalahan yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat tersebut. Namun demikian melalui pelaksanaan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663], program pendidikan yang berterusan kepada semua pihak yang terlibat dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, kementerian yakin bahawa permasalahan ini dapat dikurangkan dan seterusnya diselesaikan. Akta 663 telah memberikan kuasa kepada Pesuruhjaya Bangunan di pihak berkuasa tempatan (PBT) selaku pelaksana akta tersebut untuk mengambil tindakan di bawah seksyen 34 ke atas penghuni yang gagal menjelaskan yuran penyelenggaraan dan apabila disabit boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000 dan boleh didenda selanjutnya tidak lebih RM50 bagi setiap kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai Akta 663 ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa agak tidak berkesan. Walaupun Pesuruhjaya Bangunan ini telah diberi kuasa untuk mendakwa mereka yang tidak membayar yuran-yuran maintenance, tetapi dalam praktikalnya ini tidak berlaku. Langkah-langkah yang perlu diambil misalnya setelah tidak dibayar, maintenance company ataupun JMB terpaksa memberitahu COB dahulu. Kemudian COB baru mengambil tindakan ke atas pemunya yang tidak membayar. Setahu saya di negeri Selangor, dalam kes-kes ini, belum ada satu lagi surat yang dihantar kepada pemunya yang tidak membayar dan akhirnya hutang menjadi begitu tinggi sehingga menyebabkan tidak dapat dibayar langsung.
syarikat baru dalam apa-apa perniagaan kerana Akta Syarikat 1965 adalah di luar kawalan selia kementerian. Walau bagaimanapun kementerian tidak akan meluluskan mana-mana permohonan lesen pemajuan perumahan bagi syarikat pemaju yang mempunyai ahli-ahli lembaga pengarah syarikat yang telah disenaraihitamkan termasuk syarikat baru yang ditubuhkan. Sehingga 5 Mac 2010, sebanyak 1,120 pemaju dan 3,933 ahli lembaga pengarah syarikat telah disenaraihitamkan oleh kementerian. Sebagai langkah penambahbaikan kementerian kini dalam proses meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] untuk mewujudkan peruntukan spesifik yang membolehkan tindakan pendakwaan dapat diambil ke atas pemaju yang gagal menyiapkan projek dalam satu tempoh yang diperuntukkan. Sekiranya syarikat tersebut digulung tindakan dapat diambil ke atas ahli lembaga pengarah syarikat semasa kesalahan dilakukan. Selain daripada itu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan maklum isu sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Ranau berhubung dengan Projek Pembinaan Rumah Kos Rendah di Tanah Merah Ranau di keluasan 20 ekar yang terbengkalai sejak 2002. Menyedari kenyataan Ahli Yang Berhormat Ranau bahawa peruntukan sebanyak RM7 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk 200 unit rumah adalah tidak mencukupi. Kementerian ini telah pun menyenaraikan program PPR Ranau disewa melibatkan 300 unit rumah sebagai salah satu projek yang akan dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan membangkitkan isu berhubung penyelenggaraan dan pengurusan harta tanah bersama di mana kegagalan penghuni rumah gagal membayar yuran penyelenggaraan menyebabkan kerosakan lif dan sebagainya. Kementerian mengakui bahawa wujudnya permasalahan yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat tersebut. Namun demikian melalui pelaksanaan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663], program pendidikan yang berterusan kepada semua pihak yang terlibat dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, kementerian yakin bahawa permasalahan ini dapat dikurangkan dan seterusnya diselesaikan. Akta 663 telah memberikan kuasa kepada Pesuruhjaya Bangunan di pihak berkuasa tempatan (PBT) selaku pelaksana akta tersebut untuk mengambil tindakan di bawah seksyen 34 ke atas penghuni yang gagal menjelaskan yuran penyelenggaraan dan apabila disabit boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000 dan boleh didenda selanjutnya tidak lebih RM50 bagi setiap kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai Akta 663 ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa agak tidak berkesan. Walaupun Pesuruhjaya Bangunan ini telah diberi kuasa untuk mendakwa mereka yang tidak membayar yuran-yuran maintenance, tetapi dalam praktikalnya ini tidak berlaku. Langkah-langkah yang perlu diambil misalnya setelah tidak dibayar, maintenance company ataupun JMB terpaksa memberitahu COB dahulu. Kemudian COB baru mengambil tindakan ke atas pemunya yang tidak membayar. Setahu saya di negeri Selangor, dalam kes-kes ini, belum ada satu lagi surat yang dihantar kepada pemunya yang tidak membayar dan akhirnya hutang menjadi begitu tinggi sehingga menyebabkan tidak dapat dibayar langsung.
27
41
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
28 DR.1.4.2010 Kedua adalah apabila JMB ini ditubuhkan, pemaju ataupun maintenance, badan pengurusan itu tidak menyerahkan maklumat-maklumat yang dia ada seperti siapa pemunya, alamat dan akaun sinking fund dan akaun maintenance, semuanya tidak diserahkan kepada JMB dan JMB amat sukar menjalankan tanggungjawab serta tidak ada apa-apa di dalam akta ini yang compel pemaju ataupun badan pengurusan yang dilantik oleh pemaju itu dari segi undang-undang tindakan ke atas mereka untuk menyerahkan maklumat-maklumat ini kepada JMB yang baru. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong duduk dulu, Yang Berhormat. Saya hendak memperingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian pencelahan adalah berbangkit daripada apa yang dijawab oleh Timbalan Menteri. Kalau kita membawa perkara baru ia boleh diberhentikan oleh Yang di-Pertua di bawah Peraturan 35. Jadi, saya mintalah pencelahan berhubung dengan apa yang disebut oleh Timbalan Menteri yang kurang jelas ataupun ucapan Yang Berhormat sendiri dijawab oleh Timbalan Menteri kurang jelas. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Apakah perlu saya menjelaskan kepada Yang Berhormat Kota Raja tentang perkara yang disebutkan sebentar tadi. Saya ingat tidak perlu sebab saya telah pun menjawab bahawa Akta 663 itu sebenarnya akta yang telah ditentukan. Sama ada akta ini efektif ataupun tidak berasaskan kepada mereka yang melaksanakan tugas ini. Kalau soal surat tidak diberikan kepada penghuni dan sebagainya itu bukan disebabkan akta, tetapi disebabkan pelaksanaan, bukan akta kerana akta ini cukup baik. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bangun] Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Mahu lagi? Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua. Merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi berhubung tindakan yang diambil terhadap pemaju yang telah menyebabkan beberapa projek perumahan terbengkalai, saya ingin memaklumkan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kementerian, di negeri Selangor sahaja terdapat lebih 141 projek yang terbengkalai hasil pentadbiran yang lama. Namun kerajaan negeri yang baru bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi menyelamatkan projek- projek ini khususnya untuk membantu dan melindungi pembeli-pembeli rumah yang berkenaan. ■1150 Persoalannya, sejauh mana peruntukan ini telah digunakan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian bagi melindungi pembeli-pembeli yang jumlahnya agak besar akibat projek-projek yang terbengkalai, tenat dan sakit bukan sahaja di negeri Selangor tetapi di beberapa negeri yang lain? Saya juga ingin mengetahui berapa ramai kah yang telah mendapat manfaat daripada peruntukan ini sekiranya kementerian dan juga Yang Berhormat Menteri ingin membantu pembeli-pembeli yang berkenaan? Sudah tentulah akhirnya saya ingin mengetahui sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi membantu menyelamatkan projek- projek dan rumah-rumah yang terbengkalai yang jumlahnya semakin hari semakin meningkat? Terima kasih.
Kedua adalah apabila JMB ini ditubuhkan, pemaju ataupun maintenance, badan pengurusan itu tidak menyerahkan maklumat-maklumat yang dia ada seperti siapa pemunya, alamat dan akaun sinking fund dan akaun maintenance, semuanya tidak diserahkan kepada JMB dan JMB amat sukar menjalankan tanggungjawab serta tidak ada apa-apa di dalam akta ini yang compel pemaju ataupun badan pengurusan yang dilantik oleh pemaju itu dari segi undang-undang tindakan ke atas mereka untuk menyerahkan maklumat-maklumat ini kepada JMB yang baru. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong duduk dulu, Yang Berhormat. Saya hendak memperingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian pencelahan adalah berbangkit daripada apa yang dijawab oleh Timbalan Menteri. Kalau kita membawa perkara baru ia boleh diberhentikan oleh Yang di-Pertua di bawah Peraturan 35. Jadi, saya mintalah pencelahan berhubung dengan apa yang disebut oleh Timbalan Menteri yang kurang jelas ataupun ucapan Yang Berhormat sendiri dijawab oleh Timbalan Menteri kurang jelas. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Apakah perlu saya menjelaskan kepada Yang Berhormat Kota Raja tentang perkara yang disebutkan sebentar tadi. Saya ingat tidak perlu sebab saya telah pun menjawab bahawa Akta 663 itu sebenarnya akta yang telah ditentukan. Sama ada akta ini efektif ataupun tidak berasaskan kepada mereka yang melaksanakan tugas ini. Kalau soal surat tidak diberikan kepada penghuni dan sebagainya itu bukan disebabkan akta, tetapi disebabkan pelaksanaan, bukan akta kerana akta ini cukup baik. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bangun]. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Mahu lagi?. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua. Merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi berhubung tindakan yang diambil terhadap pemaju yang telah menyebabkan beberapa projek perumahan terbengkalai, saya ingin memaklumkan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kementerian, di negeri Selangor sahaja terdapat lebih 141 projek yang terbengkalai hasil pentadbiran yang lama. Namun kerajaan negeri yang baru bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi menyelamatkan projek- projek ini khususnya untuk membantu dan melindungi pembeli-pembeli rumah yang berkenaan. #1150. Persoalannya, sejauh mana peruntukan ini telah digunakan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian bagi melindungi pembeli-pembeli yang jumlahnya agak besar akibat projek-projek yang terbengkalai, tenat dan sakit bukan sahaja di negeri Selangor tetapi di beberapa negeri yang lain?. Saya juga ingin mengetahui berapa ramai kah yang telah mendapat manfaat daripada peruntukan ini sekiranya kementerian dan juga Yang Berhormat Menteri ingin membantu pembeli-pembeli yang berkenaan? Sudah tentulah akhirnya saya ingin mengetahui sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi membantu menyelamatkan projek- projek dan rumah-rumah yang terbengkalai yang jumlahnya semakin hari semakin meningkat? Terima kasih.
28
42
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 29 Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Gombak. Terima kasih juga atas makluman ada 141 projek yang terbengkalai. Akan tetapi, barangkali untuk makluman Yang Berhormat Gombak, projek itu masih lagi belum terbengkalai kerana kita ada tiga kategori soal projek perumahan ini iaitu sakit, lewat dan terbengkalai. Jadi itu mungkin merupakan projek-projek sakit. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat juga menyalahkan bahawa di bawah pentadbiran kerajaan yang lepas, Kerajaan Barisan Nasional. Akan tetapi pada saya, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam soal ini. Ini kerana kerajaan hanya meluluskan tentang soal lesen pemajuan, tapak di mana mereka mahu majukan. Selepas itu, barulah tanggungjawab pemaju. Jadi kita tidak boleh mengaibkan. Esok kalau berlakunya kelewatan projek di Selangor pun, mungkin kita juga tidak boleh menyalahkan Kerajaan Selangor yang ada, sebabnya ia melibatkan mereka yang sebagai pemaju. Keduanya ialah tentang Akta 118 yang disebutkan oleh Yang Berhormat Gombak iaitu tentang kuasa Menteri. Kuasa Menteri itu memang ada dalam akta tersebut tetapi kita tidak boleh terus mengambil tindakan ataupun terus mengambil alih projek tersebut setelah proses-proses yang telah kita buat melalui mahkamah dan sebagainya. Itu dalam akta tersebut. Kita tidak boleh – katakan kita berpendapat hari ini kita hendak mengambil satu projek yang terbengkalai, kita perlu pergi ke mahkamah dan selepas itu mahkamah membuat keputusan dan barulah ada kuasa menteri untuk mengambil alih projek tersebut. Jadi, itulah untuk makluman Yang Berhormat. Seterusnya. Sungguh pun demikian, sehingga kini belum ada penghuni yang gagal menjelaskan yuran penyelenggaraan, telah didenda atau dibawa ke mahkamah. Kenyataan ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan yang menyatakan bahawa Akta 663 lebih memihak kepada pemaju adalah suatu kenyataan yang tidak benar sama sekali. Sekali lagi bohong lah. Akta 663 memperuntukkan tanggungjawab bersama di antara pemaju dan pemilik tetap berkaitan pengurusan bangunan dan harta bersama dalam pemajuan perumahan berstrata. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (GNB) untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan. Di samping itu, pemilik tetap juga bertanggungjawab membayar fi bagi tujuan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan dan akta bersama. Kementerian menyedari terdapat beberapa kelemahan dalam Akta 663 dan sedang dalam proses mengkaji semula akta tersebut dan akan membawa untuk pertimbangan kerajaan pada akhir tahun 2010. Tuan Yang di-Pertua, Dewan ini telah digamatkan dengan isu pilihan raya kerajaan tempatan seperti mana yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari Bagan, Petaling Jaya Utara dan Serdang. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, semasa pilihan raya peringkat kerajaan tempatan pertama kali diperkenalkan di Tanah Melayu oleh British pada tahun 1857, sambutan yang diberikan tidak begitu menggalakkan kerana tidak ramai yang dapat memenuhi syarat-syarat kelayakan dan syarat-syarat seorang calon pengundi pada masa itu. Pilihan raya kerajaan tempatan yang diadakan pertama kali tersebut adalah memilih tiga daripada lima ahli Majlis Perbandaran Georgetown, Kota Melaka, Singapura dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sistem pemilihan bagi kerusi ahli majlis yang dilaksanakan sejak tahun 1857 telah dimansuhkan apabila
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Gombak. Terima kasih juga atas makluman ada 141 projek yang terbengkalai. Akan tetapi, barangkali untuk makluman Yang Berhormat Gombak, projek itu masih lagi belum terbengkalai kerana kita ada tiga kategori soal projek perumahan ini iaitu sakit, lewat dan terbengkalai. Jadi itu mungkin merupakan projek-projek sakit. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat juga menyalahkan bahawa di bawah pentadbiran kerajaan yang lepas, Kerajaan Barisan Nasional. Akan tetapi pada saya, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam soal ini. Ini kerana kerajaan hanya meluluskan tentang soal lesen pemajuan, tapak di mana mereka mahu majukan. Selepas itu, barulah tanggungjawab pemaju. Jadi kita tidak boleh mengaibkan. Esok kalau berlakunya kelewatan projek di Selangor pun, mungkin kita juga tidak boleh menyalahkan Kerajaan Selangor yang ada, sebabnya ia melibatkan mereka yang sebagai pemaju. Keduanya ialah tentang Akta 118 yang disebutkan oleh Yang Berhormat Gombak iaitu tentang kuasa Menteri. Kuasa Menteri itu memang ada dalam akta tersebut tetapi kita tidak boleh terus mengambil tindakan ataupun terus mengambil alih projek tersebut setelah proses-proses yang telah kita buat melalui mahkamah dan sebagainya. Itu dalam akta tersebut. Kita tidak boleh- katakan kita berpendapat hari ini kita hendak mengambil satu projek yang terbengkalai, kita perlu pergi ke mahkamah dan selepas itu mahkamah membuat keputusan dan barulah ada kuasa menteri untuk mengambil alih projek tersebut. Jadi, itulah untuk makluman Yang Berhormat. Seterusnya. Sungguh pun demikian, sehingga kini belum ada penghuni yang gagal menjelaskan yuran penyelenggaraan, telah didenda atau dibawa ke mahkamah. Kenyataan ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan yang menyatakan bahawa Akta 663 lebih memihak kepada pemaju adalah suatu kenyataan yang tidak benar sama sekali. Sekali lagi bohong lah. Akta 663 memperuntukkan tanggungjawab bersama di antara pemaju dan pemilik tetap berkaitan pengurusan bangunan dan harta bersama dalam pemajuan perumahan berstrata. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (GNB) untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan. Di samping itu, pemilik tetap juga bertanggungjawab membayar fi bagi tujuan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan dan akta bersama. Kementerian menyedari terdapat beberapa kelemahan dalam Akta 663 dan sedang dalam proses mengkaji semula akta tersebut dan akan membawa untuk pertimbangan kerajaan pada akhir tahun 2010. Tuan Yang di-Pertua, Dewan ini telah digamatkan dengan isu pilihan raya kerajaan tempatan seperti mana yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari Bagan, Petaling Jaya Utara dan Serdang. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, semasa pilihan raya peringkat kerajaan tempatan pertama kali diperkenalkan di Tanah Melayu oleh British pada tahun 1857, sambutan yang diberikan tidak begitu menggalakkan kerana tidak ramai yang dapat memenuhi syarat-syarat kelayakan dan syarat-syarat seorang calon pengundi pada masa itu. Pilihan raya kerajaan tempatan yang diadakan pertama kali tersebut adalah memilih tiga daripada lima ahli Majlis Perbandaran Georgetown, Kota Melaka, Singapura dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sistem pemilihan bagi kerusi ahli majlis yang dilaksanakan sejak tahun 1857 telah dimansuhkan apabila.
29
43
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
30 DR.1.4.2010 British memperkenalkan sistem pelantikan sepenuhnya melalui pengenalan Ordinan Perbendaharaan 1913. Selain daripada itu, pergolakan politik tanah Melayu khususnya selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, British berpandangan bahawa kemasukan pendatang yang semakin meningkat pada tahun tersebut menyebabkan proses pilihan raya kerajaan tempatan tidak sesuai diadakan. Untuk makluman, seksyen 15(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dengan jelas menyatakan bahawa semua peruntukan berhubung dengan pilihan raya kerajaan tempatan hendaklah terhenti berkuat kuasa atau mempunyai kesan. Undang-undang kerajaan tempatan di Sabah dan juga Sarawak pula tidak memperuntukkan tentang pilihan raya kerajaan tempatan. Atas sebab-sebab keselamatan yang berpunca daripada konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia, kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 3 September 1964 dan seterusnya menghentikan pilihan raya kerajaan tempatan melalui Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) – peraturan-peraturan darurat menggantung pilihan raya kerajaan tempatan pada tahun 1965. Walaupun pelbagai pihak masih lagi membangkitkan tentang perlunya mewujudkan semula pilihan raya kerajaan tempatan, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya 6 April 2005 telah memutuskan supaya tiada pilihan raya diadakan untuk memilih ahli-ahli majlis PBT. Kerajaan berpendapat, pilihan raya kerajaan tempatan tidak perlu diadakan kerana boleh menjejaskan penubuhan pihak berkuasa tempatan (PBT) selaku agensi barisan hadapan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Di samping itu, terdapat juga kemungkinan wujud unsur-unsur kurang sihat oleh pihak-pihak tertentu yang berteraskan kepentingan politik masing- masing. Pilihan raya kerajaan tempatan bukanlah faktor yang menentukan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan PBT. Kecekapan PBT adalah berdasarkan gabungan pelbagai faktor seperti kepimpinan yang dinamik, tenaga kerja yang mahir dan terlatih, proses dan prosedur kerja yang cepat dan mudah, perancangan bandar yang mampan, keseragaman undang-undang dan peraturan, pengurusan sumber asli dan kewangan yang cekap, pelaksanaan projek pembangunan yang berkesan dan sebagainya. Pilihan Raya Umum ke-12 bagi 222 kawasan Parlimen di seluruh Malaysia telah melibatkan kos sebanyak RM142,317,172 dan dijangka kos untuk menganjurkan pilihan raya kerajaan tempatan akan melibatkan kos yang hampir sama dengan satu pilihan raya umum. Setiap kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa melalui Akta 171 untuk melantik sesiapa sahaja ahli majlis mengikut seksyen akta tersebut. Selain daripada itu, seksyen 10 Local Government Ordinance 1961 (Sabah no. 11 of 1991) dengan izin dan seksyen 13 Local Authorities Ordinance 1996 (Chapter 20) memperuntukkan perkara yang sama bagi Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) tanpa perlu diadakan pilihan raya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Bagan turut membangkitkan kejayaan Pulau Pinang melantik YDP Majlis Perbandaran Pulau Pinang pertama dalam kalangan wanita dan menyarankan supaya Kerajaan Pusat memberikan peluang sama rata kepada wanita dalam lapangan kerjayanya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pulau Pinang
British memperkenalkan sistem pelantikan sepenuhnya melalui pengenalan Ordinan Perbendaharaan 1913. Selain daripada itu, pergolakan politik tanah Melayu khususnya selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, British berpandangan bahawa kemasukan pendatang yang semakin meningkat pada tahun tersebut menyebabkan proses pilihan raya kerajaan tempatan tidak sesuai diadakan. Untuk makluman, seksyen 15(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dengan jelas menyatakan bahawa semua peruntukan berhubung dengan pilihan raya kerajaan tempatan hendaklah terhenti berkuat kuasa atau mempunyai kesan. Undang-undang kerajaan tempatan di Sabah dan juga Sarawak pula tidak memperuntukkan tentang pilihan raya kerajaan tempatan. Atas sebab-sebab keselamatan yang berpunca daripada konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia, kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 3 September 1964 dan seterusnya menghentikan pilihan raya kerajaan tempatan melalui Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu)- peraturan-peraturan darurat menggantung pilihan raya kerajaan tempatan pada tahun 1965. Walaupun pelbagai pihak masih lagi membangkitkan tentang perlunya mewujudkan semula pilihan raya kerajaan tempatan, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya 6 April 2005 telah memutuskan supaya tiada pilihan raya diadakan untuk memilih ahli-ahli majlis PBT. Kerajaan berpendapat, pilihan raya kerajaan tempatan tidak perlu diadakan kerana boleh menjejaskan penubuhan pihak berkuasa tempatan (PBT) selaku agensi barisan hadapan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Di samping itu, terdapat juga kemungkinan wujud unsur-unsur kurang sihat oleh pihak-pihak tertentu yang berteraskan kepentingan politik masing- masing. Pilihan raya kerajaan tempatan bukanlah faktor yang menentukan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan PBT. Kecekapan PBT adalah berdasarkan gabungan pelbagai faktor seperti kepimpinan yang dinamik, tenaga kerja yang mahir dan terlatih, proses dan prosedur kerja yang cepat dan mudah, perancangan bandar yang mampan, keseragaman undang-undang dan peraturan, pengurusan sumber asli dan kewangan yang cekap, pelaksanaan projek pembangunan yang berkesan dan sebagainya. Pilihan Raya Umum ke-12 bagi 222 kawasan Parlimen di seluruh Malaysia telah melibatkan kos sebanyak RM142,317,172 dan dijangka kos untuk menganjurkan pilihan raya kerajaan tempatan akan melibatkan kos yang hampir sama dengan satu pilihan raya umum. Setiap kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa melalui Akta 171 untuk melantik sesiapa sahaja ahli majlis mengikut seksyen akta tersebut. Selain daripada itu, seksyen 10 Local Government Ordinance 1961 (Sabah no. 11 of 1991) dengan izin dan seksyen 13 Local Authorities Ordinance 1996 (Chapter 20) memperuntukkan perkara yang sama bagi Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) tanpa perlu diadakan pilihan raya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Bagan turut membangkitkan kejayaan Pulau Pinang melantik YDP Majlis Perbandaran Pulau Pinang pertama dalam kalangan wanita dan menyarankan supaya Kerajaan Pusat memberikan peluang sama rata kepada wanita dalam lapangan kerjayanya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pulau Pinang.
30
44
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 31 bukanlah pertama tetapi Sabah adalah yang pertama melantik wanita sebagai Yang di-Pertua atau pun Presiden Majlis Perbandaran Sandakan. Untuk makluman, Kerajaan Pusat tidak mengamalkan... Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Hendak bertanya apa lagi? Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kerajaan Barisan Nasional telah memerintah selama 50 tahun lebih tetapi hanya seorang DO wanita ataupun YDP wanita yang dilantik. Akan tetapi Pulau Pinang hanya perintah dua tahun sahaja dan seorang wanita telah dilantik. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang lebih sensitif, lebih gender sensitif. Ini yang pertama. Kedua, saya hendak bertanya adakah satu roadmap atau tidak? Berapakah YDP wanita akan dilantik dalam masa lima tahun yang akan datang? Ini yang pertama. ■1200 Kedua ialah mengenai pilihan raya kerajaan tempatan, ini merupakan satu cacatan sistem demokrasi kita kerana lihat di mana pun, sistem kita ialah daripada Komanwel di mana kerajaan atau negara Komanwel yang tidak ada pilihan raya kerajaan tempatan. Saya rasa sekiranya kita hendak jadi sebuah negara yang maju, sebuah negara yang boleh membanggakan di dunia, kita haruslah beri rakyat untuk memilih Ahli Majlis Perbandaran mereka dan bukan menggunakan alasan-alasan yang tidak boleh diterima seperti hendak jimatkan wang, seperti dia akan jadi polemik... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, ya baik Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Sekiranya begitu, mengapa adakan pilihan raya besar? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah faham Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Jadi saya hendak minta juga supaya Barisan Nasional kembalikan hak pilihan raya tempatan kepada rakyat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat, hendak bagi? Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tidak perlu. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Benda yang sama, sedikit sahaja hendak tambah. Baik terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. berhubung dengan isu kerajaan tempatan, saya melihat alasan-alasan yang diberi, konfrontasilah, inilah, itulah - ini memang sudah tidak lagi relevan, yang pentingnya kita hendak pertanggungjawaban. Kita kata apa yang penting adanya perancangan bandar, adanya kakitangan yang cekap, ini itu dan sebagainya. Akan tetapi persoalannya pertanggungjawaban, siapa yang kita hendak pertanggungjawaban sekiranya perancangan itu tidak baik. Maka di sinilah kita sebut tentang soal meningkatkan nilai-nilai demokrasi, memberikan hak
bukanlah pertama tetapi Sabah adalah yang pertama melantik wanita sebagai Yang di-Pertua atau pun Presiden Majlis Perbandaran Sandakan. Untuk makluman, Kerajaan Pusat tidak mengamalkan... Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Hendak bertanya apa lagi?. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kerajaan Barisan Nasional telah memerintah selama 50 tahun lebih tetapi hanya seorang DO wanita ataupun YDP wanita yang dilantik. Akan tetapi Pulau Pinang hanya perintah dua tahun sahaja dan seorang wanita telah dilantik. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang lebih sensitif, lebih gender sensitif. Ini yang pertama. Kedua, saya hendak bertanya adakah satu roadmap atau tidak? Berapakah YDP wanita akan dilantik dalam masa lima tahun yang akan datang? Ini yang pertama. #1200. Kedua ialah mengenai pilihan raya kerajaan tempatan, ini merupakan satu cacatan sistem demokrasi kita kerana lihat di mana pun, sistem kita ialah daripada Komanwel di mana kerajaan atau negara Komanwel yang tidak ada pilihan raya kerajaan tempatan. Saya rasa sekiranya kita hendak jadi sebuah negara yang maju, sebuah negara yang boleh membanggakan di dunia, kita haruslah beri rakyat untuk memilih Ahli Majlis Perbandaran mereka dan bukan menggunakan alasan-alasan yang tidak boleh diterima seperti hendak jimatkan wang, seperti dia akan jadi polemik... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, ya baik Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Sekiranya begitu, mengapa adakan pilihan raya besar?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah faham Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Jadi saya hendak minta juga supaya Barisan Nasional kembalikan hak pilihan raya tempatan kepada rakyat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat, hendak bagi?. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tidak perlu. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Benda yang sama, sedikit sahaja hendak tambah. Baik terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. berhubung dengan isu kerajaan tempatan, saya melihat alasan-alasan yang diberi, konfrontasilah, inilah, itulah- ini memang sudah tidak lagi relevan, yang pentingnya kita hendak pertanggungjawaban. Kita kata apa yang penting adanya perancangan bandar, adanya kakitangan yang cekap, ini itu dan sebagainya. Akan tetapi persoalannya pertanggungjawaban, siapa yang kita hendak pertanggungjawaban sekiranya perancangan itu tidak baik. Maka di sinilah kita sebut tentang soal meningkatkan nilai-nilai demokrasi, memberikan hak.
31
45
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
32 DR.1.4.2010 kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan dan ada kuasa bila mereka tidak puas hati dengan tindakan-tindakan pihak berkuasa tempatan dan sebagainya. Kalau kita tidak ada pilihan raya pihak berkuasa tempatan (local council elections), bagaimana kita boleh jamin bahawa pihak diberikan amanah untuk mentadbir pembangunan dan perancangan untuk bandar itu benar-banar akan khuatir dan takut kepada rakyat yang warga bandar raya berkenaan. Kalau sampah tidak dikutip dan sebagainya lalu perkhidmatan ini mesti juga dipertingkatkan melalui sistem pertanggungjawaban yang hanya dapat dijamin melalui local council elections. Terima kasih. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih kedua-dua Ahli Yang Berhormat yang saya percaya prihatin juga tetapi kita juga prihatin juga untuk kepentingan rakyat dan juga kesejahteraan rakyat. Bagi Ahli Yang Berhormat mengatakan ada suatu sahaja dilantik di Pulau Pinang ialah memang pada satu ketika dahulu memang keadaannya belum lagi mengizinkan. Sekarang sudah ramai wanita, pada ketika dulu mungkin tidak ramai lagi wanita yang berkelayakan, sekarang sudah banyak wanita yang berkelayakan. Jadi itu pada saya, bukan satu ramai lagi. Saya akan sebut di sini - saya akan sebut sampai kepada ramai ahli Majlis Daerah ataupun berapa lama Yang Dipertua Majlis Daerah, berapa ramai DO wanita ada di sini nanti saya akan sebut sebentar lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kalau di Sarawak resident Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Resident pun ada. Jadi bagi Yang Berhormat Shah Alam tentang pilihan raya - apakah Yang Berhormat bersetuju ataupun mengatakan bahawa orang-orang ataupun Yang di-Pertua yang dilantik di Selangor tidak berkelayakan, yang tidak boleh merancang? Apakah Yang Berhormat setuju? Kalau Yang Berhormat setuju maknanya kelemahan Kerajaan Negeri Selangor melantik orang yang tidak berkelayakan. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya ingat mengenai Yang Berhormat Timbalan Menteri tanya saya, saya boleh jawab ya Tuan Yang di- Pertua. Kita bukan kata tidak dilantik itu tidak efektif ataupun tidak baik, tetapi kita hendak satu sistem yang lebih berkesan. Kalau kita tidak berpuas hati dengan apa yang ada dan kita tidak berusaha untuk pertingkatkan lagi keberkesanan itu maka kita akan kekal dalam tahap dan takuk yang sama. Ini merupakan satu cadangan yang perlu diambil kira secara serius dan tidak saja diketepikan dengan alasan konfrontasi. Sekarang ini kita bukan berada dalam suasana konfrontasi. Alasan yang seperti itu tidak perlu diberikan dan kita lihat kepada negara-negara yang maju yang lain, yang bagaimana mereka menjalankan local council election dan kesan daripadanya. Maka saya mengharapkan Kerajaan Barisan Nasional mempunyai satu minda yang terbuka, berlapang dada. Jangan dengar cadangan daripada pihak yang bukan daripada pihak Barisan Nasional, terus hendak di bakul sampahkan. Itu adalah satu kaedah dan pendekatan yang tidak baik. Alasan yang kita hendak ialah pertanggungjawaban dan effectiveness dan rakyat penduduk warga bandar raya rasa dia ada hak. Terima kasih. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Ya, saya sudah faham. Tentang tanggungjawab, setiap pegawai yang kita lantik adalah pegawai yang bertanggungjawab. Kerajaan bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai yang berwibawa yang mempunyai perancangan untuk membangunkan satu kawasan. Bukan sengaja kerajaan melantik orang yang tidak berkelayakan ataupun kerajaan walaupun melalui pelantikan sekarang ini.
kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan dan ada kuasa bila mereka tidak puas hati dengan tindakan-tindakan pihak berkuasa tempatan dan sebagainya. Kalau kita tidak ada pilihan raya pihak berkuasa tempatan (local council elections), bagaimana kita boleh jamin bahawa pihak diberikan amanah untuk mentadbir pembangunan dan perancangan untuk bandar itu benar-banar akan khuatir dan takut kepada rakyat yang warga bandar raya berkenaan. Kalau sampah tidak dikutip dan sebagainya lalu perkhidmatan ini mesti juga dipertingkatkan melalui sistem pertanggungjawaban yang hanya dapat dijamin melalui local council elections. Terima kasih. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih kedua-dua Ahli Yang Berhormat yang saya percaya prihatin juga tetapi kita juga prihatin juga untuk kepentingan rakyat dan juga kesejahteraan rakyat. Bagi Ahli Yang Berhormat mengatakan ada suatu sahaja dilantik di Pulau Pinang ialah memang pada satu ketika dahulu memang keadaannya belum lagi mengizinkan. Sekarang sudah ramai wanita, pada ketika dulu mungkin tidak ramai lagi wanita yang berkelayakan, sekarang sudah banyak wanita yang berkelayakan. Jadi itu pada saya, bukan satu ramai lagi. Saya akan sebut di sini- saya akan sebut sampai kepada ramai ahli Majlis Daerah ataupun berapa lama Yang Dipertua Majlis Daerah, berapa ramai DO wanita ada di sini nanti saya akan sebut sebentar lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kalau di Sarawak resident Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Resident pun ada. Jadi bagi Yang Berhormat Shah Alam tentang pilihan raya- apakah Yang Berhormat bersetuju ataupun mengatakan bahawa orang-orang ataupun Yang di-Pertua yang dilantik di Selangor tidak berkelayakan, yang tidak boleh merancang? Apakah Yang Berhormat setuju? Kalau Yang Berhormat setuju maknanya kelemahan Kerajaan Negeri Selangor melantik orang yang tidak berkelayakan. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya ingat mengenai Yang Berhormat Timbalan Menteri tanya saya, saya boleh jawab ya Tuan Yang di- Pertua. Kita bukan kata tidak dilantik itu tidak efektif ataupun tidak baik, tetapi kita hendak satu sistem yang lebih berkesan. Kalau kita tidak berpuas hati dengan apa yang ada dan kita tidak berusaha untuk pertingkatkan lagi keberkesanan itu maka kita akan kekal dalam tahap dan takuk yang sama. Ini merupakan satu cadangan yang perlu diambil kira secara serius dan tidak saja diketepikan dengan alasan konfrontasi. Sekarang ini kita bukan berada dalam suasana konfrontasi. Alasan yang seperti itu tidak perlu diberikan dan kita lihat kepada negara-negara yang maju yang lain, yang bagaimana mereka menjalankan local council election dan kesan daripadanya. Maka saya mengharapkan Kerajaan Barisan Nasional mempunyai satu minda yang terbuka, berlapang dada. Jangan dengar cadangan daripada pihak yang bukan daripada pihak Barisan Nasional, terus hendak di bakul sampahkan. Itu adalah satu kaedah dan pendekatan yang tidak baik. Alasan yang kita hendak ialah pertanggungjawaban dan effectiveness dan rakyat penduduk warga bandar raya rasa dia ada hak. Terima kasih. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Ya, saya sudah faham. Tentang tanggungjawab, setiap pegawai yang kita lantik adalah pegawai yang bertanggungjawab. Kerajaan bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai yang berwibawa yang mempunyai perancangan untuk membangunkan satu kawasan. Bukan sengaja kerajaan melantik orang yang tidak berkelayakan ataupun kerajaan walaupun melalui pelantikan sekarang ini.
32
46
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 33 Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun] Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tunggu dahulu, ini floor saya. Yang melantik ini bukanlah Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri yang mempunyai kuasa semua Yang di-Pertua, semua Ahli-ahli Majlis Daerah. Jadi mengapa dipersalahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Jadi pada saya tidak ada - saya tidak beri laluan lagi sebab panjang jawapan saya ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Menteri tidak mahu bagi jalan lagi Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Mertajam. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Cukup, cukup Yang Berhormat sudah dua kali bangun. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Cukup Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tidak mengapa, tidak mengapa. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Di Pulau Pinang, kita dipilih oleh rakyat dan rakyat hendak pilihan raya kerajaan tempatan dan sekiranya Barisan kata, ”Rakyat Didahulukan”... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Kenapa rakyat mahu pilihan raya, yang mereka mahu ialah rakyat memilih kerajaan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Bukit Mertajam, duduk Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Kalau rakyat didahulukan, kehendak rakyat mesti didahulukan. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Ya. ya, ya Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tidak, tidak... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Kerajaan yang sekarang ini dipilih oleh rakyat. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Minta penjelasan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Menteri, jangan bagi laluan lagilah. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tidak, orang baik dia beri... [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya mengikuti hujah... [Disampuk] Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini sangka buruk ini, kata orang lain jahat. Bukan kamu sahaja yang baik ya... [Ketawa] Yang Berhormat Kinabatangan kata yang lain ini jahat, tidak betul ini Tuan Yang di- Pertua, perlu tarik balik itu. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini lagi sudah kena gantung, parti dia ini gantung dia. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini niat jahat... [Ketawa]
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tunggu dahulu, ini floor saya. Yang melantik ini bukanlah Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri yang mempunyai kuasa semua Yang di-Pertua, semua Ahli-ahli Majlis Daerah. Jadi mengapa dipersalahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Jadi pada saya tidak ada- saya tidak beri laluan lagi sebab panjang jawapan saya ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Menteri tidak mahu bagi jalan lagi Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Mertajam. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Cukup, cukup Yang Berhormat sudah dua kali bangun. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Cukup Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tidak mengapa, tidak mengapa. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Di Pulau Pinang, kita dipilih oleh rakyat dan rakyat hendak pilihan raya kerajaan tempatan dan sekiranya Barisan kata, "Rakyat Didahulukan"... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Kenapa rakyat mahu pilihan raya, yang mereka mahu ialah rakyat memilih kerajaan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Bukit Mertajam, duduk Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Kalau rakyat didahulukan, kehendak rakyat mesti didahulukan. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Ya. ya, ya. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tidak, tidak... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Kerajaan yang sekarang ini dipilih oleh rakyat. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Minta penjelasan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Menteri, jangan bagi laluan lagilah. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tidak, orang baik dia beri... [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya mengikuti hujah... [Disampuk]. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini sangka buruk ini, kata orang lain jahat. Bukan kamu sahaja yang baik ya... [Ketawa] Yang Berhormat Kinabatangan kata yang lain ini jahat, tidak betul ini Tuan Yang di- Pertua, perlu tarik balik itu. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini lagi sudah kena gantung, parti dia ini gantung dia. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini niat jahat... [Ketawa].
33
47
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
34 DR.1.4.2010 Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Bukan saya niat jahat, saya cakap saya orang baik. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Bukanlah, orang jahat dia bagi... [Ketawa] Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat Menteri saya sebenarnya mengikuti perkembangan tuntutan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk transparent, untuk memberi mandat kepada rakyat memilih pemimpin pegawai-pegawai di peringkat kerajaan tempatan. Akan tetapi sebenarnya, semua ini retorik. Apa yang mereka tuntut itu adalah kepentingan politik bukan kepentingan rakyat. Berapa juta sangat di Pulau Pinang di banding dengan seluruh negara - 26 juta. Tidak ada juga tuntutan. Yang anehnya kerajaan Kelantan pun tidak mahu, cuma Selangor dan Pulau Pinang, bukan ka ini ada double standard di kalangan kerajaan-kerajaan yang mereka miliki. Terima kasih. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Itulah sebenarnya jawapannya... Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tidak betul itu, mengikut kehendak rakyat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya ingat Menteri menjawab... Tidak mengapa Yang Berhormat. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Rakyat dalam manifesto ada kata hendakkan local council elections - rakyatlah. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: [Bangun] Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Duduklah Yang Berhormat Shah Alam. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Duduklah, duduklah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya ingat Yang Berhormat Menteri menjawab dengan tepat sekalilah. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Boleh mencelah, saya tidak pernah mencelah. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ini kuasa kerajaan negeri. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta jalan. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Untuk makluman, Kerajaan Pusat tidak pernah berdiskriminasi gender dan sentiasa mengiktiraf kaum wanita untuk memasuki jawatan-jawatan utama termasuklah... Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta jalan. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: ...Di peringkat membuat keputusan seperti isu pelantikan YDP ini. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Yang Berhormat Menteri saya meminta jalan. Yang Berhormat Menteri. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Di kalangan sesi persidangan Dewan Negara yang lalu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Bukan saya niat jahat, saya cakap saya orang baik. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Bukanlah, orang jahat dia bagi... [Ketawa]. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat Menteri saya sebenarnya mengikuti perkembangan tuntutan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk transparent, untuk memberi mandat kepada rakyat memilih pemimpin pegawai-pegawai di peringkat kerajaan tempatan. Akan tetapi sebenarnya, semua ini retorik. Apa yang mereka tuntut itu adalah kepentingan politik bukan kepentingan rakyat. Berapa juta sangat di Pulau Pinang di banding dengan seluruh negara- 26 juta. Tidak ada juga tuntutan. Yang anehnya kerajaan Kelantan pun tidak mahu, cuma Selangor dan Pulau Pinang, bukan ka ini ada double standard di kalangan kerajaan-kerajaan yang mereka miliki. Terima kasih. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Itulah sebenarnya jawapannya... Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tidak betul itu, mengikut kehendak rakyat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya ingat Menteri menjawab... Tidak mengapa Yang Berhormat. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Rakyat dalam manifesto ada kata hendakkan local council elections- rakyatlah. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: [Bangun]. Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Duduklah Yang Berhormat Shah Alam. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Duduklah, duduklah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya ingat Yang Berhormat Menteri menjawab dengan tepat sekalilah. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Boleh mencelah, saya tidak pernah mencelah. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ini kuasa kerajaan negeri. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta jalan. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Untuk makluman, Kerajaan Pusat tidak pernah berdiskriminasi gender dan sentiasa mengiktiraf kaum wanita untuk memasuki jawatan-jawatan utama termasuklah... Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta jalan. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: ...Di peringkat membuat keputusan seperti isu pelantikan YDP ini. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Yang Berhormat Menteri saya meminta jalan. Yang Berhormat Menteri. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Di kalangan sesi persidangan Dewan Negara yang lalu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah...
34
48
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 35 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Dia tidak beri Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: ...Menyatakan bahawa terdapat peningkatan di Majlis Daerah pihak berkuasa tempatan daripada kalangan wanita daripada 10.4% kepada tahun 2004 kepada 12.2% pada tahun 2008 - itu jawapan Yang Berhormat. Kementerian percaya peratusan ini terus meningkat di masa akan datang... Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Akan tetapi berapa YDP wanita? Beri berapa YDP wanita. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: ...Selaras dengan pelaksanaan dasar wanita negara yang turut menekankan aspek kesaksamaan gender. Selain daripada itu, pelantikan Ahli Majlis dan Datuk Bandar atau Yang di-Pertua sesuatu PBT adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171), Section 10 Local Government Ordinance, 1961 (Ordinance No. 11 Of 1991) dan Section 13 Local Authorities Ordinance, 1996 (Chapter 20). Apa lagi Yang Berhormat? Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tadi Yang Berhormat kata akan memberikan jumlah berapa bilangannya. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Ya, sekejap lagi, akan sampai. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Akan sampai ya? Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Akan sampai. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Belum sampai Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya hendak tahu bilangan YDP wanita. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Yang Berhormat duduk di sini, tunggu sampai habis. ■1210 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Bukit Mertajam jangan, jangan Yang Berhormat. Tunggu Menteri habis satu perkara ini perkara ini, kalau ia tidak keluar baru Yang Berhormat berdiri. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerajaan boleh negeri melantik sesiapa sahaja yang difikirkan layak mengikut kriteria pelantikan seperti yang diperuntukkan di dalam akta tersebut ialah: (i) bermastautin dalam kawasan PBT yang berkenaan, bermastautin dalam kawasan PBT yang berkenaan bukan daripada Melaka; (ii) berpengalaman luas dalam hal ehwal Kerajaan Tempatan, memperoleh kejayaan dalam sesuatu profesion, perdagangan dan perindustrian; dan (iii) mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan kaum mereka dalam sesebuah kawasan PBT.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Dia tidak beri Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: ...Menyatakan bahawa terdapat peningkatan di Majlis Daerah pihak berkuasa tempatan daripada kalangan wanita daripada 10.4% kepada tahun 2004 kepada 12.2% pada tahun 2008- itu jawapan Yang Berhormat. Kementerian percaya peratusan ini terus meningkat di masa akan datang... Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Akan tetapi berapa YDP wanita? Beri berapa YDP wanita. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: ...Selaras dengan pelaksanaan dasar wanita negara yang turut menekankan aspek kesaksamaan gender. Selain daripada itu, pelantikan Ahli Majlis dan Datuk Bandar atau Yang di-Pertua sesuatu PBT adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171), Section 10 Local Government Ordinance, 1961 (Ordinance No. 11 Of 1991) dan Section 13 Local Authorities Ordinance, 1996 (Chapter 20). Apa lagi Yang Berhormat?. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tadi Yang Berhormat kata akan memberikan jumlah berapa bilangannya. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Ya, sekejap lagi, akan sampai. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Akan sampai ya?. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Akan sampai. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Belum sampai Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya hendak tahu bilangan YDP wanita. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Yang Berhormat duduk di sini, tunggu sampai habis. #1210. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Bukit Mertajam jangan, jangan Yang Berhormat. Tunggu Menteri habis satu perkara ini perkara ini, kalau ia tidak keluar baru Yang Berhormat berdiri. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerajaan boleh negeri melantik sesiapa sahaja yang difikirkan layak mengikut kriteria pelantikan seperti yang diperuntukkan di dalam akta tersebut ialah: (i) bermastautin dalam kawasan PBT yang berkenaan, bermastautin dalam kawasan PBT yang berkenaan bukan daripada Melaka; (ii) berpengalaman luas dalam hal ehwal Kerajaan Tempatan, memperoleh kejayaan dalam sesuatu profesion, perdagangan dan perindustrian; dan. (iii) mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan kaum mereka dalam sesebuah kawasan PBT.
35
49
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
36 DR.1.4.2010 Oleh yang demikian, isu jantina tidak timbul dalam pelantikan YDP dan Ahli-ahli Majlis PBT, kerana faktor utama yang diambil kira adalah kebolehan dan kemahiran individu tersebut. Untuk makluman... Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Saya sudah sampai, saya sampai di situ. Untuk makluman sejumlah 404 orang, mewakili 12.6% daripada jumlah 3,215 jumlah keseluruhan Ahli-ahli Majlis PBT di seluruh negara bagi tahun 2007 terdiri daripada kaum wanita. 404 orang mewakili 12.6% daripada jumlah 3,215 pada tahun 2007 adalah mewakili kaum wanita. Faham? Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Faham... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin [Beaufort]: Faham, selain daripada YDP, Majlis juga diterajui oleh wanita iaitu Majlis Daerah Kota Marudu, Puan Luvita Koisun dengan izin, Majlis Daerah perbandaran Sungai Petani, Puan Rozaina binti Dato' Paduka Haji Radzi dan Majlis Daerah Kubang Pasu, Dato' Hajah Che Barni binti Mohd Noor. Manakala empat PBT mempunyai setiausaha wanita iaitu majlis Perbandaran Bentong, Majlis Perbandaran Hang Tuah, Majlis Perbandaran Lubuk Antu dan Majlis Daerah Simunjan. Sebelum ini juga, Yang Berbahagia Datuk Adeline Leong pernah dilantik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Pertama Sandakan pada tahun 2000 sehingga tahun 2004 sebelum Pulau Pinang. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bangun] Datuk Seri Panglima Lajim Ukin [Beaufort]: Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Batang Sadong, Yang Berhormat berdiri kerana apa? Saya sudah bagi angka, figure... [Ketawa] Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tadi kata apabila sampai sini akan beri peluang, akan beri jalan... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: ...Peluang apa? Saya sudah jawab, Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Boleh tidak? Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Saya tidak bagi jumlah, saya sudah jawab. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Bagi jalan, minta jalan. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Saya... Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Minta jalan. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin [Beaufort]: Mohon maaf kepada Yang Berhormat, saya bercakap ini... Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya hendak tanya... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Yang Berhormat sudah tiga kali berdiri dan saya telah pun bagi jawapan kepada Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Yang saya hendak tanya ialah, tiga orang... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tidak, tidak bagi laluan. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...YDP wanita merupakan berapa peratus, di dalam keseluruhan...
Oleh yang demikian, isu jantina tidak timbul dalam pelantikan YDP dan Ahli-ahli Majlis PBT, kerana faktor utama yang diambil kira adalah kebolehan dan kemahiran individu tersebut. Untuk makluman... Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Saya sudah sampai, saya sampai di situ. Untuk makluman sejumlah 404 orang, mewakili 12.6% daripada jumlah 3,215 jumlah keseluruhan Ahli-ahli Majlis PBT di seluruh negara bagi tahun 2007 terdiri daripada kaum wanita. 404 orang mewakili 12.6% daripada jumlah 3,215 pada tahun 2007 adalah mewakili kaum wanita. Faham?. Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Faham... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin [Beaufort]: Faham, selain daripada YDP, Majlis juga diterajui oleh wanita iaitu Majlis Daerah Kota Marudu, Puan Luvita Koisun dengan izin, Majlis Daerah perbandaran Sungai Petani, Puan Rozaina binti Dato' Paduka Haji Radzi dan Majlis Daerah Kubang Pasu, Dato' Hajah Che Barni binti Mohd Noor. Manakala empat PBT mempunyai setiausaha wanita iaitu majlis Perbandaran Bentong, Majlis Perbandaran Hang Tuah, Majlis Perbandaran Lubuk Antu dan Majlis Daerah Simunjan. Sebelum ini juga, Yang Berbahagia Datuk Adeline Leong pernah dilantik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Pertama Sandakan pada tahun 2000 sehingga tahun 2004 sebelum Pulau Pinang. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bangun]. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin [Beaufort]: Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Batang Sadong, Yang Berhormat berdiri kerana apa? Saya sudah bagi angka, figure... [Ketawa]. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tadi kata apabila sampai sini akan beri peluang, akan beri jalan... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: ...Peluang apa? Saya sudah jawab, Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Boleh tidak?. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Saya tidak bagi jumlah, saya sudah jawab. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Bagi jalan, minta jalan. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Saya... Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Minta jalan. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin [Beaufort]: Mohon maaf kepada Yang Berhormat, saya bercakap ini... Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya hendak tanya... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Yang Berhormat sudah tiga kali berdiri dan saya telah pun bagi jawapan kepada Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Yang saya hendak tanya ialah, tiga orang... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tidak, tidak bagi laluan. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...YDP wanita merupakan berapa peratus, di dalam keseluruhan...
36
50
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 37 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat dia tidak bagi jalan Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Sudah bagi, sudah bagi... [Dewan riuh] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sekarang sudah bagi Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Banyak terima kasih kerana memberi angka-angka seperti ini dan saya hendak tanya ialah tiga orang YDP wanita merupakan berapa peratusnya? Empat orang Setiausaha Majlis Perbandaran ataupun Kerajaan Tempatan berapa peratusnya, yang di sini ialah di Pulau Pinang, dua orang YDP, seorang wanita... [Dewan riuh] Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Baru dua tahun, kalau untuk Barisan Nasional sudah 53 tahun, sebenarnya, seharusnya ada beratus-ratus YDP wanita baru betul, tetapi hanya ada tiga orang. Ini merupakan diskriminasi terhadap wanita dan katakan bahawa sekarang sudah ramai wanita yang berkelayakan, tahun ini, tahun lepas... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Baiklah Yang Berhormat, saya sudah faham.. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tahun 2008, berapa wanita dilantik. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun] Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Saya faham Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Sebagai YDP. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Berapa banyak sudah wanita terkena diskriminasi dalam ini negara? Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Banyak. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jadi gabenor ada, jadi Menteri ada, Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Di depan Yang Berhormat pun ada Menteri. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tidak ada Perdana Menteri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat sudah, sudah Yang Berhormat. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Belum ada kelayakan. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Bukit Mertajam. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau ada jawapan baru kita bagi. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...YDP.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat dia tidak bagi jalan Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Sudah bagi, sudah bagi... [Dewan riuh]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sekarang sudah bagi Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Banyak terima kasih kerana memberi angka-angka seperti ini dan saya hendak tanya ialah tiga orang YDP wanita merupakan berapa peratusnya? Empat orang Setiausaha Majlis Perbandaran ataupun Kerajaan Tempatan berapa peratusnya, yang di sini ialah di Pulau Pinang, dua orang YDP, seorang wanita... [Dewan riuh]. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Baru dua tahun, kalau untuk Barisan Nasional sudah 53 tahun, sebenarnya, seharusnya ada beratus-ratus YDP wanita baru betul, tetapi hanya ada tiga orang. Ini merupakan diskriminasi terhadap wanita dan katakan bahawa sekarang sudah ramai wanita yang berkelayakan, tahun ini, tahun lepas... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Baiklah Yang Berhormat, saya sudah faham.. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tahun 2008, berapa wanita dilantik. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun]. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Saya faham Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Sebagai YDP. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Berapa banyak sudah wanita terkena diskriminasi dalam ini negara?. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Banyak. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jadi gabenor ada, jadi Menteri ada, Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Di depan Yang Berhormat pun ada Menteri. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tidak ada Perdana Menteri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat sudah, sudah Yang Berhormat. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Belum ada kelayakan. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Ketawa]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Bukit Mertajam. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau ada jawapan baru kita bagi. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...YDP.
37
51
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
38 DR.1.4.2010 Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ...Ini ucapan politiklah Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Jadi sekarang kita tahu, Menteri sudah duduk Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Yang Berhormat Kinabatangan Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Bukit Mertajam duduk Yang Berhormat, sudah habislah. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Jadi sudah jelas bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak memberi kepentingan kepada keseimbangan gender di dalam perjawatan-perjawatan yang tinggi. Akan tetapi di dalam universiti sekarang ini dikatakan bahawa ingin mengimbangkan gender, itu saya setuju tetapi mengimbangkan semua bidang, bukan di dalam universiti sahaja. Bolehkah, setuju tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Saya tidak setuju kalau pembangkang... [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat saya ingat kita boleh memperjuangkan mana-mana isu di Parlimen, tetapi ikutlah peraturan Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Pertama perkara yang baru dikemukakan fasal percentage, berapa banyak percentage Yang Di-Pertua, jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh jawab sebab saya pun tidak ada apa kalkulator di sini, terima kasih. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Jadi boleh... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: ...Duduk, duduk! Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak bagi lagi Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: ...Tidak bagi lagi, cukuplah, cukuplah. Saya sudah jawab, saya sudah bagi angka dan you menyebut tentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya pun setuju, jadi apa lagi? Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]:Yang Berhormat Timbalan Menteri... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Sudahlah, sudah Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Biasanya mengikut... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Okey saya teruskan Tuan Yang di- Pertua. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Amalan, kalau tidak ada angka, berilah jawapan yang bertulis. Bolehkah Yang Berhormat Menteri, ikut amalan ini? Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tidak, sebenarnya saya beritahu tadi kuasa kerajaan negeri... Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Bukan saya Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Ini bukan Federal, bukan saya
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ...Ini ucapan politiklah Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Jadi sekarang kita tahu, Menteri sudah duduk Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Yang Berhormat Kinabatangan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Bukit Mertajam duduk Yang Berhormat, sudah habislah. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Jadi sudah jelas bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak memberi kepentingan kepada keseimbangan gender di dalam perjawatan-perjawatan yang tinggi. Akan tetapi di dalam universiti sekarang ini dikatakan bahawa ingin mengimbangkan gender, itu saya setuju tetapi mengimbangkan semua bidang, bukan di dalam universiti sahaja. Bolehkah, setuju tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Saya tidak setuju kalau pembangkang... [Ketawa]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat saya ingat kita boleh memperjuangkan mana-mana isu di Parlimen, tetapi ikutlah peraturan Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Pertama perkara yang baru dikemukakan fasal percentage, berapa banyak percentage Yang Di-Pertua, jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh jawab sebab saya pun tidak ada apa kalkulator di sini, terima kasih. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Jadi boleh... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: ...Duduk, duduk!. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak bagi lagi Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: ...Tidak bagi lagi, cukuplah, cukuplah. Saya sudah jawab, saya sudah bagi angka dan you menyebut tentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya pun setuju, jadi apa lagi?. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]:Yang Berhormat Timbalan Menteri... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Sudahlah, sudah. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Biasanya mengikut... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Okey saya teruskan Tuan Yang di- Pertua. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ...Amalan, kalau tidak ada angka, berilah jawapan yang bertulis. Bolehkah Yang Berhormat Menteri, ikut amalan ini?. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tidak, sebenarnya saya beritahu tadi kuasa kerajaan negeri... Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Bukan saya. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Ini bukan Federal, bukan saya.
38
52
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 39 Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Ini bukan Federal, bukan kuasa Kerajaan Pusat yang melantik Yang di-Pertua, Ahli Majlis Daerah di seluruh negara. Kuasa negeri, kalau boleh lantiklah semua wanita baru kita tahu. Boleh tidak Pulau Pinang melantik semua wanita PBT, boleh atau tidak? Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Itu bukan isunya. Isunya adakah... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Jadi isunya ialah kerajaan... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat sudahlah. Yang Berhormat Bukit Mertajam sudahlah. Itu bukan caranya Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat ini sudah lama sahaja dalam Dewan ini, tetapi tidak ikut peraturan, ikutlah peraturan Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: No, tidak ada biasanya Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Kalau Yang Berhormat dan juga Menteri tidak boleh beri apa-apa angka atau peratusan, biasanya akan diberi, kalau Yang Berhormat yang lebih... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat, nanti saya beri penjelasan. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Ia akan memberi secara bertulis. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat! Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat. Nanti saya beri penjelasan. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat, saya beri penjelasan. Menteri boleh tidak menjawab pun kalau dia mahu dalam dewan ini Yang Berhormat. Peraturan ada, jadi lebih lagi
Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Ini bukan Federal, bukan kuasa Kerajaan Pusat yang melantik Yang di-Pertua, Ahli Majlis Daerah di seluruh negara. Kuasa negeri, kalau boleh lantiklah semua wanita baru kita tahu. Boleh tidak Pulau Pinang melantik semua wanita PBT, boleh atau tidak?. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Itu bukan isunya. Isunya adakah... Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Jadi isunya ialah kerajaan... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat sudahlah. Yang Berhormat Bukit Mertajam sudahlah. Itu bukan caranya Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat ini sudah lama sahaja dalam Dewan ini, tetapi tidak ikut peraturan, ikutlah peraturan Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: No, tidak ada biasanya Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Kalau Yang Berhormat dan juga Menteri tidak boleh beri apa-apa angka atau peratusan, biasanya akan diberi, kalau Yang Berhormat yang lebih... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat, nanti saya beri penjelasan. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Ia akan memberi secara bertulis. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat!. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat. Nanti saya beri penjelasan. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat, saya beri penjelasan. Menteri boleh tidak menjawab pun kalau dia mahu dalam dewan ini Yang Berhormat. Peraturan ada, jadi lebih lagi.
39
53
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
40 DR.1.4.2010 menulis. Itu atas budi bicara Menteri, jadi peraturan patut dipatuhi, kalau tidak, tidak guna kita berbahas. Sila Yang Berhormat Menteri. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mahu tanya Tuan Yang di-Pertua. Berapa banyak Exco Kerajaan Negeri di Pulau Pinang yang dia sudah pilih sewaktu dia menjadi pemerintah. Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah Yang Berhormat Menteri. Sila. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam cuba hendak mempelawa saya supaya saya buat commitment. Saya tidak boleh commitment untuk menjawab secara bertulis sebab kuasa melantik YDP, Yang di-pertua, Majlis Perbandaran, Ahli Majlis Daerah kuasa bidang negeri. Macam mana saya commit di sini? Tidak boleh saya jawab secara bertulis, tidak boleh di bawah akta yang saya sebut tadi. Terima kasih. Ahli Yang Berhormat daripada Batang Sadong dan Yang Berhormat Lipis telah membangkitkan tentang isu pemasangan CCTV bagi membendung kes-kes jenayah terutama sekali pembuangan bayi dan kawalan secara langsung oleh persatuan penduduk terhadap unit CCTV disediakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediakan sebanyak 496 CCTV kepada 25 PBT di Semenanjung Malaysia bagi membantu usaha-usaha pencegahan jenayah. Lokasi CCTV yang ditentukan oleh pihak PBT dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), berdasarkan kepada indeks jenayah termasuk kawasan perumahan komersial dan perniagaan. Pemasangan CCTV adalah seterusnya akan dilaksanakan berdasarkan hot spot di mana kawasan kecenderungan jenayah yang telah ditentukan oleh pihak PDRM. Setakat ini pihak kementerian sedang dalam proses pemasangan CCTV fasa pertama dan akan membuat pertimbangan bagi pemasangan fasa kedua. Mengenai kawalan secara langsung oleh persatuan penduduk terhadap unit CCTV yang disediakan ini, ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa pemasangan CCTV adalah secara sewaan dan akan dipantau oleh PBT serta pihak polis mempunyai Command Centre dengan izin, masing-masing. Penduduk tidak boleh diberikan tanggungjawab untuk menyelenggarakan CCTV atas sebab-sebab seperti berikut: (i) Ia menggunakan teknologi yang memerlukan kepakaran dan kos yang terlibat adalah tinggi; (ii) pemantauan dilakukan 24 jam;dan (iii) Polis perlu bertindak pantas ke atas sesuatu kejadian yang dikesan. Untuk makluman, kos sewaan satu unit CCTV bagi tempoh satu bulan ialah sebanyak RM2,012 setahun iaitu RM24,144 dan untuk 60 bulan iaitu lima tahun sebanyak RM120,720,00. ■1220 Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Kota Raja membangkitkan isu lesen penjualan arak yang menjadi satu kekangan PBT bagi mengawal peruncit berlesen dalam menjual arak. Sebagaimana yang kita ketahui, lesen penjualan minuman keras dikeluarkan oleh pejabat daerah dan undang-
menulis. Itu atas budi bicara Menteri, jadi peraturan patut dipatuhi, kalau tidak, tidak guna kita berbahas. Sila Yang Berhormat Menteri. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mahu tanya Tuan Yang di-Pertua. Berapa banyak Exco Kerajaan Negeri di Pulau Pinang yang dia sudah pilih sewaktu dia menjadi pemerintah. Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah Yang Berhormat Menteri. Sila. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam cuba hendak mempelawa saya supaya saya buat commitment. Saya tidak boleh commitment untuk menjawab secara bertulis sebab kuasa melantik YDP, Yang di-pertua, Majlis Perbandaran, Ahli Majlis Daerah kuasa bidang negeri. Macam mana saya commit di sini? Tidak boleh saya jawab secara bertulis, tidak boleh di bawah akta yang saya sebut tadi. Terima kasih. Ahli Yang Berhormat daripada Batang Sadong dan Yang Berhormat Lipis telah membangkitkan tentang isu pemasangan CCTV bagi membendung kes-kes jenayah terutama sekali pembuangan bayi dan kawalan secara langsung oleh persatuan penduduk terhadap unit CCTV disediakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediakan sebanyak 496 CCTV kepada 25 PBT di Semenanjung Malaysia bagi membantu usaha-usaha pencegahan jenayah. Lokasi CCTV yang ditentukan oleh pihak PBT dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), berdasarkan kepada indeks jenayah termasuk kawasan perumahan komersial dan perniagaan. Pemasangan CCTV adalah seterusnya akan dilaksanakan berdasarkan hot spot di mana kawasan kecenderungan jenayah yang telah ditentukan oleh pihak PDRM. Setakat ini pihak kementerian sedang dalam proses pemasangan CCTV fasa pertama dan akan membuat pertimbangan bagi pemasangan fasa kedua. Mengenai kawalan secara langsung oleh persatuan penduduk terhadap unit CCTV yang disediakan ini, ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa pemasangan CCTV adalah secara sewaan dan akan dipantau oleh PBT serta pihak polis mempunyai Command Centre dengan izin, masing-masing. Penduduk tidak boleh diberikan tanggungjawab untuk menyelenggarakan CCTV atas sebab-sebab seperti berikut: (i) Ia menggunakan teknologi yang memerlukan kepakaran dan kos yang terlibat adalah tinggi; (ii) pemantauan dilakukan 24 jam;dan. (iii) Polis perlu bertindak pantas ke atas sesuatu kejadian yang dikesan. Untuk makluman, kos sewaan satu unit CCTV bagi tempoh satu bulan ialah sebanyak RM2,012 setahun iaitu RM24,144 dan untuk 60 bulan iaitu lima tahun sebanyak RM120,720,00. #1220. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Kota Raja membangkitkan isu lesen penjualan arak yang menjadi satu kekangan PBT bagi mengawal peruncit berlesen dalam menjual arak. Sebagaimana yang kita ketahui, lesen penjualan minuman keras dikeluarkan oleh pejabat daerah dan undang-.
40
54
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 41 undang yang berkaitan dengan perlesenan penjualan minuman arak adalah di Akta Kastam 1967 (Akta 235) dan Akta Eksais 1976 (Akta 1976) di bawah Akta Jabatan Kastam Diraja. PBT hanya mengeluarkan lesen premis perniagaan berdasarkan kepada Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian. Oleh kerana, perlesenan penjualan minuman keras bukanlah di bawah bidang kuasa PBT, kementerian ini tidak mempunyai maklumat mengenai dengan jumlah lesen menjual arak sebagaimana yang dipohon Ahli Yang Berhormat daripada Kota Raja. Kementerian ini juga mengambil maklum cadangan Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam berhubung dengan penggubalan dan penguat kuasa akta berkenaan dengan pengeluaran lesen cyber cafe bagi mengurangkan penyalahgunaan cyber cafe. Untuk makluman Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 4 Oktober 2000 telah memutuskan tiada lesen baru dikeluarkan bagi maksud yang sama. Bagi tujuan membendung penyalahgunaan premis perniagaan dan pusat siber, cyber café, kementerian ini telah mengeluarkan pekeliling bertarikh kepada 22 Julai 2004 kepada semua pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan. Pelesenan cyber cafe adalah tertakluk kepada undang-undang kecil, tred perniagaan dan perindustrian lain-lain undang-undang kecil PBT yang berkaitan. Untuk makluman kementerian ini dalam proses menggubal undang- undang kecil pusat siber dan cyber cafe bagi memastikan operasi premis yang melibatkan mesin-mesin komputer tidak disalah tafsirkan sehingga dijadikan pusat hiburan atau tempat perjudian. Selain itu, aktiviti di pusat siber dan cyber cafe dihadkan bagi mengelakkan aktiviti yang tidak bermoral selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 558) UKK yang akan digubal ini turut menggariskan larangan penyebaran memuat turun permainan video, gambar lucah, dan sebagainya. Ahli Yang Berhormat Bakri turut membangkitkan isu tandas awam yang menyebabkan faktor busuk, kecil dan tidak selesa serta mengemukakan pertanyaan berhubung dengan kos anggaran pembinaan satu unit tandas awam bertaraf lima bintang. Untuk makluman tiada kos tertentu yang ditetapkan bagi pembinaan tandas awam bertaraf lima bintang dan kosnya adalah bergantung kepada lokasi dan spesifikasi yang ditetapkan. Sebagai contoh, tandas awam yang bertaraf lima bintang di street toilet yang dibina oleh DBKL di kawasan tumpuan orang ramai contohnya di Jalan Bukit Bintang melibatkan kos sebanyak RM200,000 sahaja. Untuk amalan Ahli Yang Berhormat juga, Kerajaan Persekutuan tidak menyediakan peruntukan khas bagi membaiki tandas-tandas awam yang rosak, kerja-kerja penyelenggaraan tandas adalah di bawah tanggungjawab pihak PBT dan pemilik facility tersebut. Contohnya Rehat dan Rawat (R&R), restoran, kedai makan, stesen minyak, pusat membeli belah, dan sebagainya. Sungguh pun demikian, kerajaan ada memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta kepada semua PBT bagi skop projek seperti infrastruktur dan kemudahan awam termasuklah menaik taraf tandas. Ia dianggarkan sebanyak 40,000 unit tandas awam di seluruh Malaysia. Pada tahun 2009, 10,000 tandas awam telah pun diaudit. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat... Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: [Bangun] Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Daripada Pair Salak pula membangkitkan mengenai dengan peranan majlis bandar raya yang meningkatkan
undang yang berkaitan dengan perlesenan penjualan minuman arak adalah di Akta Kastam 1967 (Akta 235) dan Akta Eksais 1976 (Akta 1976) di bawah Akta Jabatan Kastam Diraja. PBT hanya mengeluarkan lesen premis perniagaan berdasarkan kepada Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian. Oleh kerana, perlesenan penjualan minuman keras bukanlah di bawah bidang kuasa PBT, kementerian ini tidak mempunyai maklumat mengenai dengan jumlah lesen menjual arak sebagaimana yang dipohon Ahli Yang Berhormat daripada Kota Raja. Kementerian ini juga mengambil maklum cadangan Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam berhubung dengan penggubalan dan penguat kuasa akta berkenaan dengan pengeluaran lesen cyber cafe bagi mengurangkan penyalahgunaan cyber cafe. Untuk makluman Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 4 Oktober 2000 telah memutuskan tiada lesen baru dikeluarkan bagi maksud yang sama. Bagi tujuan membendung penyalahgunaan premis perniagaan dan pusat siber, cyber cafe, kementerian ini telah mengeluarkan pekeliling bertarikh kepada 22 Julai 2004 kepada semua pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan. Pelesenan cyber cafe adalah tertakluk kepada undang-undang kecil, tred perniagaan dan perindustrian lain-lain undang-undang kecil PBT yang berkaitan. Untuk makluman kementerian ini dalam proses menggubal undang- undang kecil pusat siber dan cyber cafe bagi memastikan operasi premis yang melibatkan mesin-mesin komputer tidak disalah tafsirkan sehingga dijadikan pusat hiburan atau tempat perjudian. Selain itu, aktiviti di pusat siber dan cyber cafe dihadkan bagi mengelakkan aktiviti yang tidak bermoral selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 558) UKK yang akan digubal ini turut menggariskan larangan penyebaran memuat turun permainan video, gambar lucah, dan sebagainya. Ahli Yang Berhormat Bakri turut membangkitkan isu tandas awam yang menyebabkan faktor busuk, kecil dan tidak selesa serta mengemukakan pertanyaan berhubung dengan kos anggaran pembinaan satu unit tandas awam bertaraf lima bintang. Untuk makluman tiada kos tertentu yang ditetapkan bagi pembinaan tandas awam bertaraf lima bintang dan kosnya adalah bergantung kepada lokasi dan spesifikasi yang ditetapkan. Sebagai contoh, tandas awam yang bertaraf lima bintang di street toilet yang dibina oleh DBKL di kawasan tumpuan orang ramai contohnya di Jalan Bukit Bintang melibatkan kos sebanyak RM200,000 sahaja. Untuk amalan Ahli Yang Berhormat juga, Kerajaan Persekutuan tidak menyediakan peruntukan khas bagi membaikitandas-tandas awam yang rosak, kerja-kerja penyelenggaraan tandas adalah di bawah tanggungjawab pihak PBT dan pemilik facility tersebut. Contohnya Rehat dan Rawat (R&R), restoran, kedai makan, stesen minyak, pusat membeli belah, dan sebagainya. Sungguh pun demikian, kerajaan ada memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta kepada semua PBT bagi skop projek seperti infrastruktur dan kemudahan awam termasuklah menaik taraf tandas. Ia dianggarkan sebanyak 40,000 unit tandas awam di seluruh Malaysia. Pada tahun 2009, 10,000 tandas awam telah pun diaudit. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat... Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: [Bangun]. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Daripada Pair Salak pula membangkitkan mengenai dengan peranan majlis bandar raya yang meningkatkan.
41
55
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
42 DR.1.4.2010 ekonomi masyarakat bumiputera di bandar-bandar. Pihak PBT boleh membantu meningkatkan ekonomi masyarakat bandar dengan menyediakan tapak serta lesen permit khusus bagi perniagaan kecil meliputi pasar awam, penjaja statik, penjaja bergerak dan pasar awam. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengeluarkan pekeliling Bilangan 3 tahun 2008 bertarikh kepada 30 Jun 2008 untuk tujuan pengeluaran permit perniagaan kecil oleh pihak berkuasa tempatan kepada semua kerajaan negeri dan PBT bertujuan untuk memberikan penjelasan dan panduan tentang langkah-langkah untuk memudahkan dan... Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Menteri, boleh tanya satu soalan? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Boleh. Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang tadi punya. Okey. Terima kasih. Di sini saya hendak tanya seperti di kawasan saya, kebanyakan tandas awam tidak beroperasi. Ini ialah tanggungjawab siapa? Majlis Perbandaran Muar atau siapa? Ini kerana di Bandar Muar Kerajaan Malaysia kata hendak menarik pelancong tetapi kebanyakan tandas tidak beroperasi. So, minta penjelasan dari Menteri memandangkan kerajaan ingin bangunkan bandar Muar sebagai tapak pelancongan baru, kalau masalah bekalan tandas ini berlaku, adakah ini suatu kecacatan? Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih lah sahabat saya daripada Bakri. Sebenarnya jawapan telah saya buat bahawa semua tandas awam adalah dipertanggungjawabkan kepada semua PBT, di mana terletaknya tandas awam itu, maka PBT yang di kawasan itulah yang bertanggungjawab sama ada membina, membaiki, dan menyelenggarakan. Itu jawapan saya Yang Berhormat. Mempercepatkan lagi pengeluaran lesen permit dan perniagaan kecil khususnya kepada bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, mengenai permohonan Ahli Yang Berhormat Parit Sulong untuk memasang sepuluh tiang lampu untuk dipasang di Kampung Rangkaian. Suka saya maklumkan bahawa ianya perlu dipohon oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) Daerah Batu Pahat dengan menggunakan borang yang standard dan mendapat anggaran kos daripada pihak-pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), permohonan kemudian hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kampung Baru, Jabatan Kerajaan Tempatan atau JKT di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk pertimbangan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan membangkitkan isu tindakan persatuan penduduk terpaksa mengambil tindakan dengan membina halangan dan jalan perumahan demi untuk menjaga keselamatan komuniti merupakan satu tindakan yang menyalahi undang-undang. Sebagai usaha mengurangkan kadar jenayah kawasan perumahan khususnya di kawasan perumahan yang baru, pihak pemaju hendaklah mengambil kira keperluan menjaga keselamatan penduduk dalam kawasan perumahan terlibat bagi mengelakkan penduduk mengambil tindakan berlawanan dengan undang- undang. Untuk makluman garis panduan, guide in gated community sedang disediakan oleh kementerian melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa dengan mengambil kira pandangan dan cadangan masyarakat setempat dan persekutuan penduduk menerusi sesi perbincangan dan bengkel yang diadakan.
ekonomi masyarakat bumiputera di bandar-bandar. Pihak PBT boleh membantu meningkatkan ekonomi masyarakat bandar dengan menyediakan tapak serta lesen permit khusus bagi perniagaan kecil meliputi pasar awam, penjaja statik, penjaja bergerak dan pasar awam. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengeluarkan pekeliling Bilangan 3 tahun 2008 bertarikh kepada 30 Jun 2008 untuk tujuan pengeluaran permit perniagaan kecil oleh pihak berkuasa tempatan kepada semua kerajaan negeri dan PBT bertujuan untuk memberikan penjelasan dan panduan tentang langkah-langkah untuk memudahkan dan... Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Menteri, boleh tanya satu soalan?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Boleh. Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang tadi punya. Okey. Terima kasih. Di sini saya hendak tanya seperti di kawasan saya, kebanyakan tandas awam tidak beroperasi. Ini ialah tanggungjawab siapa? Majlis Perbandaran Muar atau siapa? Ini kerana di Bandar Muar Kerajaan Malaysia kata hendak menarik pelancong tetapi kebanyakan tandas tidak beroperasi. So, minta penjelasan dari Menteri memandangkan kerajaan ingin bangunkan bandar Muar sebagai tapak pelancongan baru, kalau masalah bekalan tandas ini berlaku, adakah ini suatu kecacatan?. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih lah sahabat saya daripada Bakri. Sebenarnya jawapan telah saya buat bahawa semua tandas awam adalah dipertanggungjawabkan kepada semua PBT, di mana terletaknya tandas awam itu, maka PBT yang di kawasan itulah yang bertanggungjawab sama ada membina, membaiki, dan menyelenggarakan. Itu jawapan saya Yang Berhormat. Mempercepatkan lagi pengeluaran lesen permit dan perniagaan kecil khususnya kepada bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, mengenai permohonan Ahli Yang Berhormat Parit Sulong untuk memasang sepuluh tiang lampu untuk dipasang di Kampung Rangkaian. Suka saya maklumkan bahawa ianya perlu dipohon oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) Daerah Batu Pahat dengan menggunakan borang yang standard dan mendapat anggaran kos daripada pihak-pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), permohonan kemudian hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kampung Baru, Jabatan Kerajaan Tempatan atau JKT di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk pertimbangan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan membangkitkan isu tindakan persatuan penduduk terpaksa mengambil tindakan dengan membina halangan dan jalan perumahan demi untuk menjaga keselamatan komuniti merupakan satu tindakan yang menyalahi undang-undang. Sebagai usaha mengurangkan kadar jenayah kawasan perumahan khususnya di kawasan perumahan yang baru, pihak pemaju hendaklah mengambil kira keperluan menjaga keselamatan penduduk dalam kawasan perumahan terlibat bagi mengelakkan penduduk mengambil tindakan berlawanan dengan undang- undang. Untuk makluman garis panduan, guide in gated community sedang disediakan oleh kementerian melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa dengan mengambil kira pandangan dan cadangan masyarakat setempat dan persekutuan penduduk menerusi sesi perbincangan dan bengkel yang diadakan.
42
56
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
DR.1.4.2010 43 Halangan fizikal atau pemasangan bomb gate di pintu masuk kawasan perumahan adalah tidak dibenarkan dan menyalahi peruntukan seksyen 80 Akta Pengangkatan Jalan Raya 1987 (Akta 333), seksyen 46(1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan seksyen 62 dan 136 Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) yang tidak membenarkan sebarang sekatan atau halangan ke atas sesuatu atau merentasi jalan yang merupakan reserve dan kegunaan awam. Oleh yang demikian, atau cadangan untuk meminda perundangan yang berkaitan bagi pembinaan halangan bomb gate hendaklah dikaji bersama dengan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Bachok agar komponen-komponen seperti rekreasi, pendidikan, dan sebagainya perlu dikenal pasti di kawasan-kawasan perumahan sebelum sesuatu projek diluluskan. Untuk makluman Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui JPBD telah menggubal dasar-dasar garis panduan dan piawaian berkaitan dengan keperluan, menyediakan tanah lapang dan rekreasi dan kemudahan awam di kawasan awam di kawasan perumahan. Dasar sedia ada telah menetapkan setiap perumahan perlu memperuntukkan 10% daripada keluasan tapak untuk tujuan tanah lapang. Bagi kemudahan pendidikan satu unit sekolah rendah perlu disediakan bagi setiap 3,000 penduduk dengan keluasan dua hingga empat hektar. Manakala bagi sekolah menengah, satu unit sekolah menengah perlu disediakan bagi 9,000 penduduk dengan keluasan tiga hingga enam hektar kerana pada itu meluluskan kebenaran merancang bagi sesuatu pembangunan, PBT perlu merujuk kepada cadangan-cadangan di dalam Rancangan Tempatan yang telah disediakan bagi memastikan kemudahan yang disediakan mencukupi dan memenuhi keperluan penduduk. ■1230 Kementerian ini turut mengambil maklum isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri berhubung dengan kejadian kemalangan yang kerap berlaku di jalan-jalan PBT dan masalah projek penyenggaraan jalan di kawasan Majlis Perbandaran Muar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jua, kementerian ini telah pun memperuntukkan sebanyak RM2,392,230.00 kepada Majlis Perbandaran Muar bagi melaksanakan projek pembinaan menaikkan taraf jalan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ahli Yang Berhormat Sekijang membangkitkan isu mengenai infrastruktur awam khususnya terminal bas bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam. Sebagaimana yang dinyatakan di bawah National Key Result Area (NKRA) dengan izin, dan menyarankan agar PBT mengambil langkah wajar memasukkan, menyalurkan peruntukan secukupnya bagi objektif tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat NKRA Urban Public Transport (UPT) sedang diterajui oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) yang bertujuan mempertingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih efisien, di mana peringkat awal pelaksanaan NKRA UPT akan tertumpu di kawasan Lembah Klang. Sehubungan dengan itu, kementerian ini dan MOT bersama dengan PBT Lembah Klang telah menubuhkan satu Jawatankuasa Tugas Teras NKRA Urban Public Transport bagi pelaksanaan inisiatif mempertingkatkan kualiti dan bilangan hentian bas dari dalam dan sekitar Lembah Klang. Jawatankuasa ini ditubuhkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mana Jabatan Kerajaan Tempatan bertindak sebagai urus setia bagi memastikan pelaksanaan lebih kurang 800 buah hentian bas berbumbung yang baru dan juga yang di naik
Halangan fizikal atau pemasangan bomb gate di pintu masuk kawasan perumahan adalah tidak dibenarkan dan menyalahi peruntukan seksyen 80 Akta Pengangkatan Jalan Raya 1987 (Akta 333), seksyen 46(1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan seksyen 62 dan 136 Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) yang tidak membenarkan sebarang sekatan atau halangan ke atas sesuatu atau merentasi jalan yang merupakan reserve dan kegunaan awam. Oleh yang demikian, atau cadangan untuk meminda perundangan yang berkaitan bagi pembinaan halangan bomb gate hendaklah dikaji bersama dengan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Bachok agar komponen-komponen seperti rekreasi, pendidikan, dan sebagainya perlu dikenal pasti di kawasan-kawasan perumahan sebelum sesuatu projek diluluskan. Untuk makluman Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui JPBD telah menggubal dasar-dasar garis panduan dan piawaian berkaitan dengan keperluan, menyediakan tanah lapang dan rekreasi dan kemudahan awam di kawasan awam di kawasan perumahan. Dasar sedia ada telah menetapkan setiap perumahan perlu memperuntukkan 10% daripada keluasan tapak untuk tujuan tanah lapang. Bagi kemudahan pendidikan satu unit sekolah rendah perlu disediakan bagi setiap 3,000 penduduk dengan keluasan dua hingga empat hektar. Manakala bagi sekolah menengah, satu unit sekolah menengah perlu disediakan bagi 9,000 penduduk dengan keluasan tiga hingga enam hektar kerana pada itu meluluskan kebenaran merancang bagi sesuatu pembangunan, PBT perlu merujuk kepada cadangan-cadangan di dalam Rancangan Tempatan yang telah disediakan bagi memastikan kemudahan yang disediakan mencukupi dan memenuhi keperluan penduduk. #1230. Kementerian ini turut mengambil maklum isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri berhubung dengan kejadian kemalangan yang kerap berlaku di jalan-jalan PBT dan masalah projek penyenggaraan jalan di kawasan Majlis Perbandaran Muar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jua, kementerian ini telah pun memperuntukkan sebanyak RM2,392,230.00 kepada Majlis Perbandaran Muar bagi melaksanakan projek pembinaan menaikkan taraf jalan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ahli Yang Berhormat Sekijang membangkitkan isu mengenai infrastruktur awam khususnya terminal bas bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam. Sebagaimana yang dinyatakan di bawah National Key Result Area (NKRA) dengan izin, dan menyarankan agar PBT mengambil langkah wajar memasukkan, menyalurkan peruntukan secukupnya bagi objektif tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat NKRA Urban Public Transport (UPT) sedang diterajui oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) yang bertujuan mempertingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih efisien, di mana peringkat awal pelaksanaan NKRA UPT akan tertumpu di kawasan Lembah Klang. Sehubungan dengan itu, kementerian ini dan MOT bersama dengan PBT Lembah Klang telah menubuhkan satu Jawatankuasa Tugas Teras NKRA Urban Public Transport bagi pelaksanaan inisiatif mempertingkatkan kualiti dan bilangan hentian bas dari dalam dan sekitar Lembah Klang. Jawatankuasa ini ditubuhkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mana Jabatan Kerajaan Tempatan bertindak sebagai urus setia bagi memastikan pelaksanaan lebih kurang 800 buah hentian bas berbumbung yang baru dan juga yang di naik.
43
57
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf
44 DR.1.4.2010 taraf pada tahun 2010 mengikut reka bentuk piawaian yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat adalah terdiri daripada Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Klang. Status terkini PBT dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang mengenal pasti lokasi yang strategik dan kritikal bagi pembinaan hentian bas berbumbung yang perlu di naik taraf agar setiap kawasan perumahan dan komersial terletak dalam lingkungan 400 meter daripada hentian bas yang terletak serta dilengkapi dengan kemudahan ciri-ciri yang sewajarnya. Kementerian ini menyediakan peruntukan bagi pelaksanaan projek-projek meningkatkan kualiti kemudahan awam seperti hentian dan terminal bas di semua kawasan PBT. Kementerian akan menimbangkan sewajarnya sekiranya ada permohonan daripada pihak PBT. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Sungai Petani telah mengemukakan persoalan berhubung dengan campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam hal ehwal pungutan sampah yang selama ini dipertanggungjawabkan kepada PBT. Untuk makluman, hasrat Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pengambilan pengurusan sisa pepejal adalah bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di samping melindungi kesihatan awam dan menangani pencemaran alam sekitar. Kebanyakan PBT tidak mempunyai punca kewangan yang mencukupi untuk menampung kos pengurusan sisa pepejal. Pelbagai bantuan telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada PBT yang meliputi peruntukan kewangan, kenderaan dan peralatan bagi mengurus sisa pepejal. Sejumlah RM1,738,000.00... Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: [Bangun] Dato' Ismail Kasim [Arau]: Minta laluan? Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Sebentar Yang Berhormat Arau. Saya perbetulkan ayat. RM1,7,380,000.00 syiling untuk pengurusan sisa pepejal di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Silakan. Dato' Ismail Kasim [Arau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung dengan kedudukan penubuhan Perbadanan Sisa Pepejal Negara yang satu masa dahulu kerajaan ada mengumumkan bahawa perbadanan ini ditubuhkan untuk melancarkan urusan pentadbiran dan juga perjalanan sisa pepejal negara ini. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sejauh ini bagaimana kedudukan ataupun status Perbadanan Sisa Pepejal Negara ini. Adakah masih lagi relevan untuk dilaksanakan ataupun kerajaan merasakan pada masa kini ianya tidak perlu lagi ataupun tidak perlu lagi ianya berfungsi untuk menjalankan tanggungjawabnya. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Yang Berhormat Timbalan Menteri minta laluan sekali. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Sama. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Senafas sekali. Soalan
taraf pada tahun 2010 mengikut reka bentuk piawaian yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat adalah terdiri daripada Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Klang. Status terkini PBT dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang mengenal pasti lokasi yang strategik dan kritikal bagi pembinaan hentian bas berbumbung yang perlu di naik taraf agar setiap kawasan perumahan dan komersial terletak dalam lingkungan 400 meter daripada hentian bas yang terletak serta dilengkapi dengan kemudahan ciri-ciri yang sewajarnya. Kementerian ini menyediakan peruntukan bagi pelaksanaan projek-projek meningkatkan kualiti kemudahan awam seperti hentian dan terminal bas di semua kawasan PBT. Kementerian akan menimbangkan sewajarnya sekiranya ada permohonan daripada pihak PBT. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Sungai Petani telah mengemukakan persoalan berhubung dengan campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam hal ehwal pungutan sampah yang selama ini dipertanggungjawabkan kepada PBT. Untuk makluman, hasrat Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pengambilan pengurusan sisa pepejal adalah bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di samping melindungi kesihatan awam dan menangani pencemaran alam sekitar. Kebanyakan PBT tidak mempunyai punca kewangan yang mencukupi untuk menampung kos pengurusan sisa pepejal. Pelbagai bantuan telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada PBT yang meliputi peruntukan kewangan, kenderaan dan peralatan bagi mengurus sisa pepejal. Sejumlah RM1,738,000.00... Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: [Bangun]. Dato' Ismail Kasim [Arau]: Minta laluan?. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Sebentar Yang Berhormat Arau. Saya perbetulkan ayat. RM1,7,380,000.00 syiling untuk pengurusan sisa pepejal di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Silakan. Dato' Ismail Kasim [Arau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung dengan kedudukan penubuhan Perbadanan Sisa Pepejal Negara yang satu masa dahulu kerajaan ada mengumumkan bahawa perbadanan ini ditubuhkan untuk melancarkan urusan pentadbiran dan juga perjalanan sisa pepejal negara ini. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sejauh ini bagaimana kedudukan ataupun status Perbadanan Sisa Pepejal Negara ini. Adakah masih lagi relevan untuk dilaksanakan ataupun kerajaan merasakan pada masa kini ianya tidak perlu lagi ataupun tidak perlu lagi ianya berfungsi untuk menjalankan tanggungjawabnya. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Yang Berhormat Timbalan Menteri minta laluan sekali. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Sama. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Senafas sekali. Soalan.
44
58
"2010-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042010.pdf