original
stringlengths
23
38.9k
cleaned
stringlengths
0
11.7k
no_page
int64
0
70k
actual_no_page
int64
1
252
date
unknown
url
stringlengths
60
60
DR.1.4.2014 31 pernah memegang majoriti satu kerusi dan dia memerintah. Kita tidak ambil pendekatan proportionate system seperti yang diamalkan. Kita mengamalkan “1Man, 1Vote, 1Value”, yes. Manakala, yang lain-lain yang ada sekarang ini ialah kita hendak sebutkan di sini bahawa tiap-tiap pengundi mempunyai hak satu undi. Tidak ada dua undi, tidak ada pengundi luar yang boleh mengundi. Tidak ada pengundi Bangladesh. Siapa yang cuba menyebut bahawa ada pengundi Bangla yang mengundi di Malaysia baru-baru ini, itu adalah satu perbuatan fitnah di luar keilmuan kemanusiaan. Sebab apa? Tidak pernah mana-mana bukan warganegara yang boleh mengundi di Malaysia. Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Yang Berhormat Menteri tidak ada pengundi di Malaysia ini yang berketurunan Bangladeshkah? Mereka mungkin telah menukar citizenship mereka. Beberapa Ahli: [Menyampuk] Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Nampaknya sudah tidak faham bahasa yang saya sebut. Saya kata tidak ada seorang pun bukan warganegara yang boleh mengundi. Kalau dia asalnya daripada Timbaktukah ataupun Nigeria tetapi dia warganegara Malaysia dia boleh mengundi. Ataupun dia daripada Cypruskah atau Turkikah kalau dia warganegara Malaysia dia boleh mengundi. Ataupun dia daripada mana-mana dia boleh mengundi. Akan tetapi bukan warganegara tidak boleh mengundi. Itu ialah prinsip yang diterima pakai. Perkataan one man, one vote, one value ini ialah dalam first-past-the-post kita mengambil kira “1Man”, kita mengambil kira “1Vote” dan kita mengambil kira juga “1Value”, tetapi pendekatannya ialah majoriti mudah. Yang ini ialah proportionate system di mana mereka mengundi ikut parti dan sebagainya. Yang Berhormat ini sistem yang diamalkan di Malaysia. Kalau sekiranya kita hendak ubah sistem, maka kita kena ubah Perlembagaan, peraturan dan sebagainya. Timbalan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya cukuplah. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Ini Perlembagaan yang kita ada dan kita ikuti. Jadi dengan itu first-past-the-post, majoriti mudah telah diterima pakai dan kehadiran Yang Berhormat pun ramai di sini pada persidangan kali ini ialah berdasarkan sistem majoriti mudah. Majoriti mudah kita boleh buat pilihan raya kecil, sampai orang boleh berhenti, wakil rakyat boleh berhenti dan kita terpaksa buat pilihan raya kecil. Ini majoriti mudah. Akan tetapi proportionate system ia tidak ada pilihan raya kecil. Beberapa Ahli: [Bangun] Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Ya Yang Berhormat Kulai, I ingat Yang Berhormat Kulai lastlah kerana kita akan bincang banyak tajuk yang lain. Kita kena ingat bahawa kita hanya bincang khusus kepada B.6 di bawah tajuk yang khusus, pilihan raya dan juga lain-lain. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Akan tetapi yang ini ialah soal dasar. Kita boleh bincang soal dasar sekejap lagi. Yang Berhormat Kulai ini sebab apa– baru… Okey, sila. Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Okey Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut bahawa memang warganegara Malaysia hanya yang mengundi dalam pilihan raya. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya cukuplah mengenai pilihan raya, cukuplah. Dasar sudah cukup. Ini peringkat Jawatankuasa. Cukuplah Yang Berhormat Menteri di peringkat dasar. Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Ya, tetapi Yang Berhormat Menteri sudah izinkan. Sedikit sahaja. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Last, last, last. Saya hendak tanya di sini sama ada Menteri setuju atau pun kementerian ada rancangan supaya kita boleh melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik. Oleh sebab sampai hari ini kita masih ada lebih
pernah memegang majoriti satu kerusi dan dia memerintah. Kita tidak ambil pendekatan proportionate system seperti yang diamalkan. Kita mengamalkan "1Man, 1Vote, 1Value", yes. Manakala, yang lain-lain yang ada sekarang ini ialah kita hendak sebutkan di sini bahawa tiap-tiap pengundi mempunyai hak satu undi. Tidak ada dua undi, tidak ada pengundi luar yang boleh mengundi. Tidak ada pengundi Bangladesh. Siapa yang cuba menyebut bahawa ada pengundi Bangla yang mengundi di Malaysia baru-baru ini, itu adalah satu perbuatan fitnah di luar keilmuan kemanusiaan. Sebab apa? Tidak pernah mana-mana bukan warganegara yang boleh mengundi di Malaysia. Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Yang Berhormat Menteri tidak ada pengundi di. Malaysia ini yang berketurunan Bangladeshkah? Mereka mungkin telah menukar citizenship mereka. Beberapa Ahli: [Menyampuk]. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Nampaknya sudah tidak faham bahasa yang. saya sebut. Saya kata tidak ada seorang pun bukan warganegara yang boleh mengundi. Kalau dia asalnya daripada Timbaktukah ataupun Nigeria tetapi dia warganegara Malaysia dia boleh mengundi. Ataupun dia daripada Cypruskah atau Turkikah kalau dia warganegara Malaysia dia boleh mengundi. Ataupun dia daripada mana-mana dia boleh mengundi. Akan tetapi bukan warganegara tidak boleh mengundi. Itu ialah prinsip yang diterima pakai. Perkataan one man, one vote, one value ini ialah dalam first-past-the-post kita mengambil kira "1Man", kita mengambil kira "1Vote" dan kita mengambil kira juga "1Value", tetapi pendekatannya ialah majoriti mudah. Yang ini ialah proportionate system di mana mereka mengundi ikut parti dan sebagainya. Yang Berhormat ini sistem yang diamalkan di Malaysia. Kalau sekiranya kita hendak ubah sistem, maka kita kena ubah Perlembagaan, peraturan dan sebagainya. Timbalan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya cukuplah. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Ini Perlembagaan yang kita ada dan kita ikuti. Jadi dengan itu first-past-the-post, majoriti mudah telah diterima pakai dan kehadiran Yang Berhormat pun ramai di sini pada persidangan kali ini ialah berdasarkan sistem majoriti mudah. Majoriti mudah kita boleh buat pilihan raya kecil, sampai orang boleh berhenti, wakil rakyat boleh berhenti dan kita terpaksa buat pilihan raya kecil. Ini majoriti mudah. Akan tetapi proportionate system ia tidak ada pilihan raya kecil. Beberapa Ahli: [Bangun]. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Ya Yang Berhormat Kulai, I ingat Yang. Berhormat Kulai lastlah kerana kita akan bincang banyak tajuk yang lain. Kita kena ingat bahawa kita hanya bincang khusus kepada B.6 di bawah tajuk yang khusus, pilihan raya dan juga lain-lain. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Akan tetapi yang ini ialah soal dasar. Kita boleh. bincang soal dasar sekejap lagi. Yang Berhormat Kulai ini sebab apa- baru... Okey, sila. Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Okey Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima. kasih Tuan Pengerusi. Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut bahawa memang warganegara Malaysia hanya yang mengundi dalam pilihan raya. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya cukuplah. mengenai pilihan raya, cukuplah. Dasar sudah cukup. Ini peringkat Jawatankuasa. Cukuplah Yang Berhormat Menteri di peringkat dasar. Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Ya, tetapi Yang Berhormat Menteri sudah izinkan. Sedikit sahaja. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Last, last, last. Saya hendak tanya di sini sama ada. Menteri setuju atau pun kementerian ada rancangan supaya kita boleh melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik. Oleh sebab sampai hari ini kita masih ada lebih.
31
45
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
32 DR.1.4.2014 kurang empat juta warganegara Malaysia. Walaupun mereka sudah mencapai umur 21 tahun, tetapi mereka tidak layak undi kerana mereka tidak membuat pendaftaran. Jadi saya rasa cadangan untuk membuat pendaftaran pengundi secara automatik, bukan sahaja disokong oleh Pakatan Rakyat, tetapi dalam sebuah forum Yang Berhormat Rembau pun setuju dengan cadangan ini. Bukan itu sahaja UMNO Johor juga dalam mesyuarat mereka telah menyatakan bahawa mereka sokong dengan cadangan ini. Begitu juga Yang Berhormat Johor Bahru. Beliau dalam satu program. Apabila ditanya oleh wartawan, beliau juga menyatakan bahawa beliau juga setuju dengan cadangan ini. Walaupun beliau tidak ada dalam Dewan ini, mungkin nanti beliau masuk beliau bolehlah nyatakan lagi. Jadi saya hendak tanya di sini, memang kita setuju bahawa warganegara Malaysia semua layak untuk mengundi. Jadi bolehkah kita laksanakan sistem untuk pendaftaran pengundi secara automatik supaya semasa PRU-14 semua warga Malaysia yang mencapai umur 21 tahun mereka boleh undi. Ini kerana sekarang perlu pergi ke post office, perlu pergi ke pejabat SPR untuk membuat pendaftaran. Saya rasa ini adalah satu pembaziran masa dan wang, terima kasih. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Pengerusi saya berterima kasih kepada Yang Berhormat yang telah menimbulkan perkara ini. Akan tetapi pendaftaran online ini saya telah jawab dalam jawapan bertulis baru-baru ini. Yang Berhormat boleh tengok tentang jawapan yang telah saya berikan. Iaitu kenapa kita buat pendaftaran seperti yang ada sekarang kerana peraturan mengehendaki kita berbuat demikian. Jadi kita tidak buat apa yang tidak telah ditentukan oleh peraturan. Peraturan memestikan kita ikut apa yang telah kita laksanakan sekarang. Jadi kalau sekiranya kita hendak buat apa pun di sinilah tempatnya kita harus membuat pindaan. Kita boleh bercakap, SPR boleh meneliti, tetapi SPR juga kena masuk ke Dewan ini untuk dipertimbangkan apa-apa perubahan. Pada masa sekarang kerajaan berpuas hati tentang peraturan dan juga undang-undang yang sedia ada. Kita akan meneruskannya terutamanya dalam persempadanan semula. Kita juga meneliti pandangan-pandangan yang telah dibawa oleh Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat dari Kinabatangan. Saya harap semua Yang Berhormat berpuas hati dan saya berterima kasih. Semoga kita berjumpa lagi di ruang yang lain. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM53,364,492 untuk Maksud B.6; dan RM55,600,000 untuk Maksud B.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM53,364,492 untuk Maksud B.6; dan RM55,600,000 untuk Maksud B.7 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual] Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.6 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.6 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013] Maksud B.12 [Jadual] – Maksud P.10 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] – Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Kepala Bekalan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahaskan. Tidak ada ya? Ya Yang Berhormat Sungai Siput, sila.
kurang empat juta warganegara Malaysia. Walaupun mereka sudah mencapai umur 21 tahun, tetapi mereka tidak layak undi kerana mereka tidak membuat pendaftaran. Jadi saya rasa cadangan untuk membuat pendaftaran pengundi secara automatik, bukan sahaja disokong oleh Pakatan Rakyat, tetapi dalam sebuah forum Yang Berhormat Rembau pun setuju dengan cadangan ini. Bukan itu sahaja UMNO Johor juga dalam mesyuarat mereka telah menyatakan bahawa mereka sokong dengan cadangan ini. Begitu juga Yang Berhormat Johor Bahru. Beliau dalam satu program. Apabila ditanya oleh wartawan, beliau juga menyatakan bahawa beliau juga setuju dengan cadangan ini. Walaupun beliau tidak ada dalam Dewan ini, mungkin nanti beliau masuk beliau bolehlah nyatakan lagi. Jadi saya hendak tanya di sini, memang kita setuju bahawa warganegara Malaysia semua layak untuk mengundi. Jadi bolehkah kita laksanakan sistem untuk pendaftaran pengundi secara automatik supaya semasa PRU-14 semua warga Malaysia yang mencapai umur 21 tahun mereka boleh undi. Ini kerana sekarang perlu pergi ke post office, perlu pergi ke pejabat SPR untuk membuat pendaftaran. Saya rasa ini adalah satu pembaziran masa dan wang, terima kasih. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Pengerusi saya berterima kasih kepada Yang Berhormat yang telah menimbulkan perkara ini. Akan tetapi pendaftaran online ini saya telah jawab dalam jawapan bertulis baru-baru ini. Yang Berhormat boleh tengok tentang jawapan yang telah saya berikan. Iaitu kenapa kita buat pendaftaran seperti yang ada sekarang kerana peraturan mengehendaki kita berbuat demikian. Jadi kita tidak buat apa yang tidak telah ditentukan oleh peraturan. Peraturan memestikan kita ikut apa yang telah kita laksanakan sekarang. Jadi kalau sekiranya kita hendak buat apa pun di sinilah tempatnya kita harus membuat pindaan. Kita boleh bercakap, SPR boleh meneliti, tetapi SPR juga kena masuk ke Dewan ini untuk dipertimbangkan apa-apa perubahan. Pada masa sekarang kerajaan berpuas hati tentang peraturan dan juga undang-undang yang sedia ada. Kita akan meneruskannya terutamanya dalam persempadanan semula. Kita juga meneliti pandangan-pandangan yang telah dibawa oleh Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat dari Kinabatangan. Saya harap semua Yang Berhormat berpuas hati dan saya berterima kasih. Semoga kita berjumpa lagi di ruang yang lain. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM53,364,492 untuk Maksud B.6; dan RM55,600,000 untuk Maksud B.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM53,364,492 untuk Maksud B.6; dan RM55,600,000 untuk Maksud B.7 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual] Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.6 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.6 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]. Maksud B.12 [Jadual]- Maksud P.10 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013]-. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Kepala Bekalan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahaskan. Tidak ada ya? Ya Yang Berhormat Sungai Siput, sila.
32
46
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 33 12.28 tgh. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini Maksud B.12. Di sini di B.12 ini mengandungi 80% daripada tambahan dari segi nilainya RM2 bilion lebih daripada RM2.4 bilion yang diminta dalam tambahan kedua ini adalah di bawah B.12, so 80%. Akan tetapi dalam kertas yang ada di sini tidak sebut secara terperinci apakah sebabnya yang dikatakan peruntukan kepada kumpulan wang terkanun, tetapi yang ditulis di sini butir-butirannya tidak banyak. Kita tidak diberitahu. Jika kita tengok dalam anggaran asal tahun lalu 2013, B.12 adalah RM2.9 bilion. Kali ini tambahan yang diminta ialah RM2.1 bilion hampir doublelah. Jadi kita tahulah duit itu telah dibayar. Akan tetapi kenapa ini tidak cukup? Kenapa dulu kita hanya minta RM2.9 bilion sekarang kita minta RM2 bilion lagi, bukan satu jumlah yang kecil. Begitu besar. Ini untuk Bekalan for empat ribu. Jadi adakah cost overrun? Apakah sebab? Akan tetapi ini semua tidak diberitahu dalam kenyataan yang diberi pada kita. Kita diminta luluskan satu perbelanjaan tambahan sebanyak RM2 bilion, tetapi kenapa dia overrun RM2 bilion ini yang merupakan hampir sama the same amount yang diperuntukkan dahulu tidak diberitahu. ■1230 So how do we make a decision? Kita kena tanya, what happened. How come ini jadi terlalu begitu besar kerana rakyat di luar sana mereka ada satu persepsi dalam hal-hal perbelanjaan untuk pembangunan ada ketirisan yang besar. Kos projek, sebut harga, kadang-kadang 100% atau 200% lebih. Itu persepsi orang luar. Sekarang apabila saya balik ke Sungai Siput saya beritahu orang kita sudah lulus bajet sebanyak RM2 bilion ini tanpa bertanya what happened di mana ada cost overrun. I think we are not doing our job properly. So saya harap sebelum kita luluskan RM2 bilion ini kita diberitahu oleh Menteri apakah sebabnya cost overrun sebesar ini dan itu pun tidak diberitahu di dalam kertas yang diberi ini. So if we pass this tanpa kita dapat jawapan ertinya kita betul-betul rubberstamp sahaja. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Jasin bangun. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Terima kasih. Yang Berhormat hendak tanya saya? Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Ya. Yang Berhormat, sebenarnya apa Yang Berhormat bangkitkan tadi adalah perkara yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri semalam. Sebenarnya jumlah RM2.099 ini adalah peruntukan kepada kumpulan wang yang terkanun, bukan perbelanjaan. Ia adalah perpindahan satu daripada hasil lebihan daripada pendapatan. Jadi Yang Berhormat Menteri sudah terangkan semalam semasa Yang Berhormat tidak ada. Ini kerana kita tidak mahu apa juga cerita boleh dijadikan persepsi yang disebabkan oleh bukan sahaja satu perkara yang boleh menyebabkan pembohongan, minta maaf, saya cakap ini dan boleh jadi penipuan dan boleh jadi fitnah. Ini kerana perkara yang tidak ada tetapi kita adakan. Sebenarnya kerana kita tidak ada di dalam Dewan semalam. Kalau Yang Berhormat ada di Dewan, Yang Berhormat dapat mendengar penjelasan yang cukup tepat dari Yang Berhormat Menteri. Ini bukan perbelanjaan. Ini perpindahan untuk meluluskan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia Perkara 100. Itu sebabnya. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Hendak berucap? Belum lagi. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Okeylah Yang Berhormat Jasin. Terima kasih atas penjelasan tetapi saya harap Yang Berhormat Menteri pun akan address isu ini kerana ini penting. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila Yang Berhormat Pandan. Selepas Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Menteri menjawab.
12.28 tgh. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini Maksud B.12. Di sini di B.12 ini mengandungi 80% daripada tambahan dari segi nilainya RM2 bilion lebih daripada RM2.4 bilion yang diminta dalam tambahan kedua ini adalah di bawah B.12, so 80%. Akan tetapi dalam kertas yang ada di sini tidak sebut secara terperinci. apakah sebabnya yang dikatakan peruntukan kepada kumpulan wang terkanun, tetapi yang ditulis di sini butir-butirannya tidak banyak. Kita tidak diberitahu. Jika kita tengok dalam anggaran asal tahun lalu 2013, B.12 adalah RM2.9 bilion. Kali ini tambahan yang diminta ialah RM2.1 bilion hampir doublelah. Jadi kita tahulah duit itu telah dibayar. Akan tetapi kenapa ini tidak cukup? Kenapa dulu kita hanya minta RM2.9 bilion sekarang kita minta RM2 bilion lagi, bukan satu jumlah yang kecil. Begitu besar. Ini untuk Bekalan for empat ribu. Jadi adakah cost overrun? Apakah sebab? Akan tetapi ini semua tidak diberitahu dalam kenyataan yang diberi pada kita. Kita diminta luluskan satu perbelanjaan tambahan sebanyak RM2 bilion, tetapi kenapa dia overrun RM2 bilion ini yang merupakan hampir sama the same amount yang diperuntukkan dahulu tidak diberitahu. #1230. So how do we make a decision? Kita kena tanya, what happened. How come ini jadi terlalu begitu besar kerana rakyat di luar sana mereka ada satu persepsi dalam hal-hal perbelanjaan untuk pembangunan ada ketirisan yang besar. Kos projek, sebut harga, kadang-kadang 100% atau 200% lebih. Itu persepsi orang luar. Sekarang apabila saya balik ke Sungai Siput saya beritahu orang kita sudah lulus bajet sebanyak RM2 bilion ini tanpa bertanya what happened di mana ada cost overrun. I think we are not doing our job properly. So saya harap sebelum kita luluskan RM2 bilion ini kita diberitahu oleh Menteri apakah sebabnya cost overrun sebesar ini dan itu pun tidak diberitahu di dalam kertas yang diberi ini. So if we pass this tanpa kita dapat jawapan ertinya kita betul-betul rubberstamp sahaja. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat. Jasin bangun. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Terima kasih. Yang Berhormat. hendak tanya saya?. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Ya. Yang Berhormat, sebenarnya apa Yang Berhormat bangkitkan tadi adalah perkara yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri semalam. Sebenarnya jumlah RM2.099 ini adalah peruntukan kepada kumpulan wang yang terkanun, bukan perbelanjaan. Ia adalah perpindahan satu daripada hasil lebihan daripada pendapatan. Jadi Yang Berhormat Menteri sudah terangkan semalam semasa Yang Berhormat tidak ada. Ini kerana kita tidak mahu apa juga cerita boleh dijadikan persepsi yang disebabkan oleh bukan sahaja satu perkara yang boleh menyebabkan pembohongan, minta maaf, saya cakap ini dan boleh jadi penipuan dan boleh jadi fitnah. Ini kerana perkara yang tidak ada tetapi kita adakan. Sebenarnya kerana kita tidak ada di dalam Dewan semalam. Kalau Yang Berhormat ada di Dewan, Yang Berhormat dapat mendengar penjelasan yang cukup tepat dari Yang Berhormat Menteri. Ini bukan perbelanjaan. Ini perpindahan untuk meluluskan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia Perkara 100. Itu sebabnya. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Hendak berucap?. Belum lagi. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Okeylah Yang Berhormat Jasin. Terima kasih atas penjelasan tetapi saya harap Yang Berhormat Menteri pun akan address. isu ini kerana ini penting. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila Yang. Berhormat Pandan. Selepas Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Menteri menjawab.
33
47
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
34 DR.1.4.2014 12.32 tgh. Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyambut apa yang cuba dijawab bagi Yang Berhormat Jasin bagi pihak Yang Berhormat Menteri. Tidak mengapa, kita tunggu jawapan Yang Berhormat Menteri tetapi kita faham bahawa kalau dari segi perbelanjaan... Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Pandan, kepala dan butiran. Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Kepala B.12 Butiran – Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun sebanyak RM2.099 bilion. Yang menjadi perbincangan sejak semalam kalau mengikut Yang Berhormat Jasin ialah RM2.099 ini ialah perpindahan yang bukan satu perbelanjaan. Kita faham bahawa untuk menampung perbelanjaan pembangunan, prosedur mengikut Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 kalau tidak silap saya ialah segala wang yang akan dibelanjakan bagi tujuan pembangunan perlulah diletakkan di dalam Kumpulan Wang Pembangunan ini. Yang itu kita faham. Akan tetapi apabila satu lebihan wang sebanyak RM2.1 bilion daripada akaun disatukan ini dipindahkan lagi ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan, ini bermakna dengan izin, Tuan Pengerusi, bahawa kerajaan- the government is anticipating a cost overrun. Oleh sebab itulah awal- awal lagi RM2.1 bilion ini dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan. Saya bersetuju 100% dengan Yang Berhormat Sungai Siput tadi bahawa walaupun secara prosedur dan prosesnya ia dikategorikan sebagai bukan perbelanjaan baru tetapi kita tahu apabila telah masuk ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan dan wang ini dimasukkan pada masa kerajaan mengalami defisit maknanya kerajaan sedang menjangkakan bahawa projek-projek yang telah dibentangkan itu akan ada kos overrun. Yang Berhormat Sungai Siput. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Tolong beri penjelasan. Pada fahaman saya ini untuk bajet tambahan untuk tahun lalu. Jadi ertinya bukan jangkaan. Ini telah pun dibelanjakan. Jadi ada bukan jangkaan overrun tetapi ada overrun juga. Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Ini Yang Berhormat Menteri kena jawab tetapi pemahaman saya Tuan Pengerusi ialah kerana belanja pembangunan ini tidak dibelanjakan dalam satu tahun. Betul Yang Berhormat Menteri? Ia dibelanjakan mengikut tahun. Kalau satu projek itu ambil masa lima tahun maka setiap tahun diperuntukkan sejumlah untuk tahun itu dan segala wang itu perlu dikumpulkan di dalam satu Kumpulan Wang Amanah Pembangunan yang daripada itulah dibelanjakan untuk projek-projek ini. Jadi Yang Berhormat Sungai Siput walaupun dengan izin Tuan Pengerusi, it is actually a running fund, a revolving fund. Maknanya walaupun perbelanjaan ini untuk tahun 2013 tetapi projek itu mungkin bermula pada tahun 2012 dan habis pada tahun 2014 atau tahun 2015, peruntukan yang telah ditetapkan dalam belanjawan yang lepas bagi tujuan pembangunan itu tidak mencukupi dan lebih banyak wang yang perlu dibubuh di situ, dimasukkan di situ mungkin akan dibelanjakan dalam tahun 2014, 2015 dan lain-lain. Akan tetapi yang penting ialah apabila dalam keadaan kerajaan tahu bahawa belanja mengurus sudah lebih, defisit sudah lebih, wang lebih daripada akaun disatukan itu apabila dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan maknanya kerajaan sudah pun tahu bahawa ada cost overrun. Itu maksud saya. Jadi saya minta, pendek sahaja Yang Berhormat Menteri, saya minta kita tidak berselindung di sebalik proses dan prosedur. Yang Berhormat Jasin tidak perlu bangun sekali lagi untuk menerangkan ini prosedur. Kita faham ini prosedur tetapi yang tersembunyi di sebalik prosedur itu yang penting. Jadi kalau boleh Yang Berhormat Menteri perlu jelaskan terus- yang ini yang kita sudah anticipate cost overrun, sebut yang mana, kementerian yang mana, barulah Dewan ini boleh buat keputusan dengan lebih baik. Bukan hanya dibentangkan kepada kita dengan berselindungkan kepada proses-proses dan prosedur seperti yang dibawa oleh Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin bangun balik. Ya, Yang Berhormat Jasin. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih, Yang Berhormat Pandan. Sebenarnya ini tidak ada soal untuk kita panjang-panjangkan cerita ini. Perkara ini cukup mudah sekali kerana ini satu prosedur kewangan. Apabila ada lebihan, wang ini disatukan semula untuk membiayai apa juga kos-kos pembangunan akan datang. Itu pertama.
12.32 tgh. Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya. menyambut apa yang cuba dijawab bagi Yang Berhormat Jasin bagi pihak Yang Berhormat Menteri. Tidak mengapa, kita tunggu jawapan Yang Berhormat Menteri tetapi kita faham bahawa kalau dari segi perbelanjaan... Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat. Pandan, kepala dan butiran. Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Kepala B.12 Butiran- Peruntukan. kepada Kumpulan Wang Terkanun sebanyak RM2.099 bilion. Yang menjadi perbincangan sejak semalam kalau mengikut Yang Berhormat Jasin ialah RM2.099 ini ialah perpindahan yang bukan satu perbelanjaan. Kita faham bahawa untuk menampung perbelanjaan pembangunan, prosedur mengikut Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 kalau tidak silap saya ialah segala wang yang akan dibelanjakan bagi tujuan pembangunan perlulah diletakkan di dalam Kumpulan Wang Pembangunan ini. Yang itu kita faham. Akan tetapi apabila satu lebihan wang sebanyak RM2.1 bilion daripada akaun disatukan ini dipindahkan lagi ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan, ini bermakna dengan izin, Tuan Pengerusi, bahawa kerajaan- the government is anticipating a cost overrun. Oleh sebab itulah awal-. awal lagi RM2.1 bilion ini dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan. Saya bersetuju 100% dengan Yang Berhormat Sungai Siput tadi bahawa walaupun secara prosedur dan prosesnya ia dikategorikan sebagai bukan perbelanjaan baru tetapi kita tahu apabila telah masuk ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan dan wang ini dimasukkan pada masa kerajaan mengalami defisit maknanya kerajaan sedang menjangkakan bahawa projek-projek yang telah dibentangkan itu akan ada kos overrun. Yang Berhormat Sungai Siput. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Tolong beri penjelasan. Pada. fahaman saya ini untuk bajet tambahan untuk tahun lalu. Jadi ertinya bukan jangkaan. Ini telah pun dibelanjakan. Jadi ada bukan jangkaan overrun tetapi ada overrun juga. Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Ini Yang Berhormat Menteri kena jawab. tetapi pemahaman saya Tuan Pengerusi ialah kerana belanja pembangunan ini tidak dibelanjakan dalam satu tahun. Betul Yang Berhormat Menteri? Ia dibelanjakan mengikut tahun. Kalau satu projek itu ambil masa lima tahun maka setiap tahun diperuntukkan sejumlah untuk tahun itu dan segala wang itu perlu dikumpulkan di dalam satu Kumpulan Wang Amanah Pembangunan yang daripada itulah dibelanjakan untuk projek-projek ini. Jadi Yang Berhormat Sungai Siput walaupun dengan izin Tuan Pengerusi, it is actually a running fund, a revolving fund. Maknanya walaupun perbelanjaan ini untuk tahun 2013 tetapi projek itu mungkin bermula pada tahun 2012 dan habis pada tahun 2014 atau tahun 2015, peruntukan yang telah ditetapkan dalam belanjawan yang lepas bagi tujuan pembangunan itu tidak mencukupi dan lebih banyak wang yang perlu dibubuh di situ, dimasukkan di situ mungkin akan dibelanjakan dalam tahun 2014, 2015 dan lain-lain. Akan tetapi yang penting ialah apabila dalam keadaan kerajaan tahu bahawa belanja mengurus sudah lebih, defisit sudah lebih, wang lebih daripada akaun disatukan itu apabila dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan maknanya kerajaan sudah pun tahu bahawa ada cost overrun. Itu maksud saya. Jadi saya minta, pendek sahaja Yang Berhormat Menteri, saya minta kita tidak berselindung di sebalik proses dan prosedur. Yang Berhormat Jasin tidak perlu bangun sekali lagi untuk menerangkan ini prosedur. Kita faham ini prosedur tetapi yang tersembunyi di sebalik prosedur itu yang penting. Jadi kalau boleh Yang Berhormat Menteri perlu jelaskan terus- yang ini yang kita sudah anticipate cost overrun, sebut yang mana, kementerian yang mana, barulah Dewan ini boleh buat keputusan dengan lebih baik. Bukan hanya dibentangkan kepada kita dengan berselindungkan kepada proses-proses dan prosedur seperti yang dibawa oleh Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin bangun balik. Ya, Yang Berhormat Jasin. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih, Yang Berhormat. Pandan. Sebenarnya ini tidak ada soal untuk kita panjang-panjangkan cerita ini. Perkara ini cukup mudah sekali kerana ini satu prosedur kewangan. Apabila ada lebihan, wang ini disatukan semula untuk membiayai apa juga kos-kos pembangunan akan datang. Itu pertama.
12
48
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 35 Keduanya, apabila kita pindahkan wang ini kepada wang disatukan tadi, kita kena dapatkan kelulusan daripada Dewan. Saya rasa peruntukan tambahan kali ini adalah peruntukan tambahan yang paling terbaik sekali. Kerana apa? Mungkin Yang Berhormat ketawa tetapi kos sebenarnya, kos mengurus yang kita minta ini hanya lebih kurang RM300 juta sahaja. Tidak ada masalah. Negeri Selangor meminta satu jumlah yang paling besar. Itu tidak cakap tetapi kenapakah benda macam ini kita panjang-panjangkan? Benda mudah, paling mudah. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 100, perkara ini hendaklah dibentangkan kepada Dewan untuk kelulusan walaupun ianya perpindahan wang. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Tuan Pengerusi, saya hendak gulung. Saya jawab dan saya gulung dengan itu. Pertama, memang betul ini proses dan prosedur biasa. Semasa Kementerian Kewangan memberikan RM250 juta kepada NFC itulah alasannya, proses dan juga prosedur biasa. Akan tetapi tidak diikuti dengan baik dan lima atau enam tahun kemudian kita tahu wang itu hilang entah ke mana. Oleh sebab itu saya minta Dewan supaya jangan bersembunyi dan terima bulat-bulat. Kalau ini proses, ini prosedur biasa, kalau semua yang berlaku sebelum ini melibatkan wang rakyat adalah mengikut kalau ikut kerajaan, mengikut proses dan prosedur biasa. Itu yang pertama. Keduanya, saya hendak tutup soal lebihan ini. Yang Berhormat Jasin kata ada lebih RM2 bilion, maka bolehlah dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan. Dalam keadaan negara, kerajaan berhadapan dengan beberapa keputusan kewangan. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Saya tidak sebut pindahkan wang pembangunan. Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Nanti dulu, saya habiskan. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Untuk membiayai pembangunan. Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Saya tidak beri laluan Yang Berhormat Jasin ya. Dalam keadaan kerajaan berhadapan dengan beberapa pilihan contohnya, ada RM2 bilion lebih daripada Kumpulan Wang Disatukan. Sama ada hendak belanja RM2 bilion itu untuk kurangkan harga minyak, untuk kurangkan harga gula ataupun dimasukkan ke dalam satu tabung wang amanah pembangunan yang hanya boleh digunakan untuk projek-projek. ■1240 Itu maksud saya dalam keadaan yang mana kerajaan perlu buat keputusan sama ada untuk bantu sekolah, untuk bantu harga barang, turunkan harga barang atau ambil wang itu letak di dalam Kumpulan Wang Pembangunan. Saya rasa dan saya rasa ramai yang bersetuju termasuk daripada yang sebelah sana diam-diam bersetuju, kalau sudah ada wang lebih macam itu bukankah lebih baik dibelanjakan terus kepada rakyat daripada disimpan kerana kita menganggarkan projek-projek yang ada itu sudah tentu terlebih kos yang perlu dibayar pada masa akan datang. Jadi dengan itu, Tuan Yang di-Pertua saya ucap terima kasih dan mohon mencadangkan. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Tuan Pengerusi, sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab saya hendak sedikit penjelasan. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Adakah kita ini berbincang sekali gus B dengan P? Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sekali. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Sekali, jawab. Saya ingin meminta sedikit penjelasan P.10 tetapi sudah terlepas. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila.
Keduanya, apabila kita pindahkan wang ini kepada wang disatukan tadi, kita kena. dapatkan kelulusan daripada Dewan. Saya rasa peruntukan tambahan kali ini adalah peruntukan tambahan yang paling terbaik sekali. Kerana apa? Mungkin Yang Berhormat ketawa tetapi kos sebenarnya, kos mengurus yang kita minta ini hanya lebih kurang RM300 juta sahaja. Tidak ada masalah. Negeri Selangor meminta satu jumlah yang paling besar. Itu tidak cakap tetapi kenapakah benda macam ini kita panjang-panjangkan? Benda mudah, paling mudah. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 100, perkara ini hendaklah dibentangkan kepada Dewan untuk kelulusan walaupun ianya perpindahan wang. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Tuan Pengerusi, saya hendak gulung. Saya jawab dan saya gulung dengan itu. Pertama, memang betul ini proses dan prosedur biasa. Semasa Kementerian Kewangan memberikan RM250 juta kepada NFC itulah alasannya, proses dan juga prosedur biasa. Akan tetapi tidak diikuti dengan baik dan lima atau enam tahun kemudian kita tahu wang itu hilang entah ke mana. Oleh sebab itu saya minta Dewan supaya jangan bersembunyi dan terima bulat-bulat. Kalau ini proses, ini prosedur biasa, kalau semua yang berlaku sebelum ini melibatkan wang rakyat adalah mengikut kalau ikut kerajaan, mengikut proses dan prosedur biasa. Itu yang pertama. Keduanya, saya hendak tutup soal lebihan ini. Yang Berhormat Jasin kata ada lebih RM2 bilion, maka bolehlah dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan. Dalam keadaan negara, kerajaan berhadapan dengan beberapa keputusan kewangan. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Saya tidak sebut pindahkan. wang pembangunan. Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Nanti dulu, saya habiskan. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Untuk membiayai. pembangunan. Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Saya tidak beri laluan Yang Berhormat. Jasin ya. Dalam keadaan kerajaan berhadapan dengan beberapa pilihan contohnya, ada RM2 bilion lebih daripada Kumpulan Wang Disatukan. Sama ada hendak belanja RM2 bilion itu untuk kurangkan harga minyak, untuk kurangkan harga gula ataupun dimasukkan ke dalam satu tabung wang amanah pembangunan yang hanya boleh digunakan untuk projek-projek. #1240. Itu maksud saya dalam keadaan yang mana kerajaan perlu buat keputusan sama ada untuk bantu sekolah, untuk bantu harga barang, turunkan harga barang atau ambil wang itu letak di dalam Kumpulan Wang Pembangunan. Saya rasa dan saya rasa ramai yang bersetuju termasuk daripada yang sebelah sana diam-diam bersetuju, kalau sudah ada wang lebih macam itu bukankah lebih baik dibelanjakan terus kepada rakyat daripada disimpan kerana kita menganggarkan projek-projek yang ada itu sudah tentu terlebih kos yang perlu dibayar pada masa akan datang. Jadi dengan itu, Tuan Yang di-Pertua saya ucap terima kasih dan mohon mencadangkan. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang. Berhormat Timbalan Menteri. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Tuan Pengerusi, sebelum Yang. Berhormat Timbalan Menteri menjawab saya hendak sedikit penjelasan. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Adakah kita ini berbincang sekali gus. B dengan P?. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sekali. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Sekali, jawab. Saya ingin meminta. sedikit penjelasan P.10 tetapi sudah terlepas. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila.
35
49
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
36 DR.1.4.2014 Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Di bawah Kepala P.10 Butiran 70101 - Johor Corporation. Saya difahamkan digunakan untuk membuat jeti, jadi kenapa Johor Corporation ini diberi pinjaman. Adakah kerana dia satu kontraktor ataupun dia satunya syarikat swasta yang membina jeti itu dan bagaimana pembayaran balik kepada kerajaan? Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, terima kasih. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. 12.42 tgh. Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Hulu Langat. Pindahan wang RM2.099 bilion dari Kumpulan Wang Disatukan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan tiada kaitan dengan cost overrun. Ini adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 100, apa-apa pengeluaran dari Kumpulan Wang Disatukan perlu melalui kelulusan Parlimen. Ini amalan biasa apabila terdapat lebihan hasil pada setiap tahun setelah sekian lama dan apabila terdapat lebihan hasil maka defisit akan mengecil. Kita jadikan lebihan itu masukkan dalam Kumpulan Wang Pembangunan kerana kita ingin mengecilkan defisit dan pada ketika yang sama sewaktu kita mengecilkan defisit itu, RM2 bilion itu digunakan untuk perbelanjaan pembangunan, perkhidmatan ekonomi, perkhidmatan sosial keselamatan. Itu yang kita lakukan dan saya telah terangkan semalam sekali lagi memindahkan lebihan hasil pada Kumpulan Wang Disatukan ke Kumpulan Wang Pembangunan bertujuan untuk membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pembangunan atau mengurangkan defisit. Ianya merupakan satu prosedur kewangan selaras dengan Perkara 100 dan ia perlu diluluskan dalam satu Rang Undang-undang Perbekalan. Jadi tiada kaitan dengan cost overrun sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pandan tadi. Saya juga ingin menyatakan bahawa kenapa kita ada lebihan RM2.099 bilion itu? Ini adalah kerana kecekapan di akhir tahun pada bulan 11, pada bulan 12 terutama Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga Kastam memungut hasil dan kebanyakan juga syarikat-syarikat membayar hasil mereka pada hujung tahun. Untuk Bajet 2013 pembentangannya dibuat pada bulan September 2012 anggaran pendapatan pada ketika itu tidak dapat menjangkakan bahawa ada lagi RM2 bilion yang boleh dikutip pada hujung 2013. Jadi apabila kita dapat RM2 bilion itu masuk dalam Kumpulan Wang Disatukan untuk dikeluarkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan ia perlu diluluskan dalam Rang Undang-undang di sini. Satu lagi mengenai... Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Mencelah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan itu akan tetapi dengan hasil yang lebih itu tidakkan kerajaan memikirkan beberapa pilihan yang lain untuk menggunakan wang lebihan RM2 bilion itu dengan cara yang lebih baik. Contohnya kalau yang difikirkan untuk mengurangkan defisit, kenapa tidak dibayar beberapa hutang supaya hutang yang kurang itu akan mengurangkan defisit dan juga hutang yang kurang apabila dibayar lebih awal akan mengurangkan bayaran faedah yang sekarang ini menjadi beban yang besar. Supaya dalam tahun-tahun yang akan datang itu akan mengurangkan lagi beban kepada kerajaan. Apa yang saya persoalkan bukan soal pindah wang kepada proses dan prosedur. Sama ada memindahkan lebihan itu untuk dibelanjakan semata-mata kepada projek itu adalah satu keputusan yang baik di pihak kerajaan. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika menjawab soalan nombor 1 telah menyatakan bahawa projek pembangunan ini tidak mencukupi kerana kita terlalu banyak memberikan subsidi, RM43 bilion subsidi, RM46 bilion pembangunan. Itu sebab kita pindahkan untuk pembangunan dan bukan tujuan-tujuan lain seperti membayar khidmat hutang sebagaimana Yang Berhormat Pandan nyatakan itu dan hasil daripada itu kita telah menurunkan defisit. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: [Bangun]
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Di bawah Kepala P.10 Butiran 70101- Johor Corporation. Saya difahamkan digunakan untuk membuat jeti, jadi kenapa Johor Corporation ini diberi pinjaman. Adakah kerana dia satu kontraktor ataupun dia satunya syarikat swasta yang membina jeti itu dan bagaimana pembayaran balik kepada kerajaan? Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, terima kasih. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. 12.42 tgh. Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Hulu Langat. Pindahan wang RM2.099 bilion dari Kumpulan Wang Disatukan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan tiada kaitan dengan cost overrun. Ini adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 100, apa-apa pengeluaran dari Kumpulan Wang Disatukan perlu melalui kelulusan Parlimen. Ini amalan biasa apabila terdapat lebihan hasil pada setiap tahun setelah sekian lama dan apabila terdapat lebihan hasil maka defisit akan mengecil. Kita jadikan lebihan itu masukkan dalam Kumpulan Wang Pembangunan kerana kita ingin mengecilkan defisit dan pada ketika yang sama sewaktu kita mengecilkan defisit itu, RM2 bilion itu digunakan untuk perbelanjaan pembangunan, perkhidmatan ekonomi, perkhidmatan sosial keselamatan. Itu yang kita lakukan dan saya telah terangkan semalam sekali lagi memindahkan lebihan hasil pada Kumpulan Wang Disatukan ke Kumpulan Wang Pembangunan bertujuan untuk membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pembangunan atau mengurangkan defisit. Ianya merupakan satu prosedur kewangan selaras dengan Perkara 100 dan ia perlu diluluskan dalam satu Rang Undang-undang Perbekalan. Jadi tiada kaitan dengan cost overrun sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pandan tadi. Saya juga ingin menyatakan bahawa kenapa kita ada lebihan RM2.099 bilion itu? Ini adalah kerana kecekapan di akhir tahun pada bulan 11, pada bulan 12 terutama Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga Kastam memungut hasil dan kebanyakan juga syarikat-syarikat membayar hasil mereka pada hujung tahun. Untuk Bajet 2013 pembentangannya dibuat pada bulan September 2012 anggaran pendapatan pada ketika itu tidak dapat menjangkakan bahawa ada lagi RM2 bilion yang boleh dikutip pada hujung 2013. Jadi apabila kita dapat RM2 bilion itu masuk dalam Kumpulan Wang Disatukan untuk dikeluarkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan ia perlu diluluskan dalam Rang Undang-undang di sini. Satu lagi mengenai... Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Mencelah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan itu akan tetapi dengan hasil yang lebih itu tidakkan kerajaan memikirkan beberapa pilihan yang lain untuk menggunakan wang lebihan RM2 bilion itu dengan cara yang lebih baik. Contohnya kalau yang difikirkan untuk mengurangkan defisit, kenapa tidak dibayar beberapa hutang supaya hutang yang kurang itu akan mengurangkan defisit dan juga hutang yang kurang apabila dibayar lebih awal akan mengurangkan bayaran faedah yang sekarang ini menjadi beban yang besar. Supaya dalam tahun-tahun yang akan datang itu akan mengurangkan lagi beban kepada kerajaan. Apa yang saya persoalkan bukan soal pindah wang kepada proses dan prosedur. Sama ada memindahkan lebihan itu untuk dibelanjakan semata-mata kepada projek itu adalah satu keputusan yang baik di pihak kerajaan. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika menjawab soalan nombor 1 telah menyatakan bahawa projek pembangunan ini tidak mencukupi kerana kita terlalu banyak memberikan subsidi, RM43 bilion subsidi, RM46 bilion pembangunan. Itu sebab kita pindahkan untuk pembangunan dan bukan tujuan-tujuan lain seperti membayar khidmat hutang sebagaimana Yang Berhormat Pandan nyatakan itu dan hasil daripada itu kita telah menurunkan defisit. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: [Bangun].
36
50
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 37 Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Pada tahun sudah dijangka defisit ialah 4%, tahun ini dijangka 3.5% tetapi oleh kerana kaedah kita, maka kita telah menurunkan defisit pada tahun 2013 ialah 3.9% ataupun 0.1% lebih baik daripada jangkaan 4% itu. Sila. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Sungai Siput. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya masih tidak jelas, jadi ertinya kali ini kita dapat RM2 bilion extra daripada kutipan kita. Jadi adakah ertinya perbelanjaan pembangunan kita- dahulu kita hendak pinjam kerana kita tidak dapat cukup, kali ini kita dapat pindah daripada kutipan kita daripada tax kita, kita dapat pindah dalam bajet pembangunan. Jadi ertinya, adakah yang kita pinjam untuk pembangunan, yang kita cadangkan dalam tahun 2013 itu, adakah kita dapat kurangkan pinjaman itu sebanyak RM2 bilion kerana kita dapat lebihan di sini kita pindah ke- atau adakah apa yang kita dahulu cadangkan kita hendak pinjam daripada pihak lain sekarang kita dapat kurangkan RM2 bilion?... Adakah itu benar? Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Benar. Untuk Yang Berhormat Hulu Langat semasa permohonan di EPU, JPM, Johor Corporation memohon secara pinjaman dan bukan secara geran langsung dan Johor Corporation kena membayar kepada Kementerian Kewangan dengan kadar faedah 4% dan jumlah pinjaman adalah RM68 juta. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ada sedikit perkara. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Ya. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Jasin. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Saya suka apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi lebihan. Lebihan wang ini adalah untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan pembayaran pembangunan ini ialah terpulang kepada kebijaksanaan kerajaan dan kita yakin bahawa kalau tidak kerana kebijaksanaan kerajaan untuk menguruskan kewangan tidak akan kewangan kita sekarang berada pada tahap 4.7 pertumbuhan ekonomi kita, satu yang pertama. Yang kedua, defisit sebenarnya adalah hutang. Yang Berhormat Pandan tadi ada sebut fasal hutang. Saya hendak minta kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri terangkan sedikit tentang hutang negara kerana inilah perkara yang selalu dispin, yang selalu diputar beli, yang selalu dibuat pembohongan seolah-olah kerajaan kita menanggung hutang yang besar. Saya hendak minta kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri terangkan perkara ini. Ini penting Yang Berhormat supaya orang-orang luar di sana, rakyat tidak ditipu dengan segala pembohongan dan juga bidaah yang disampaikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. [Tepuk] Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Terima kasih Yang Berhormat Jasin kerana banyak membantu. Saya sebahagiannya saya sudah terangkan semalam hutang kita, kita sendiri yang meletakkan siling 55% tidak boleh lebih daripada KDNK. Kita sendiri yang letakkan siling itu. Negara-negara lain ada yang 100% daripada KDNK macam Singapura, negara yang selalu disebut sebagai contoh kepada pihak pembangkang. Walaupun negara itu hanya sebesar Bandar raya Kuala Lumpur agaknya lebih besar dua kali ganda daripada Bandar raya Kuala Lumpur sahaja. Hendak disamakan semuanya dengan Singapura itu tidak logik kerana negara kita terlalu luas. Begitu juga dengan negara-negara yang lain hutangnya siling daripada KDNK itu terpulang kepada peratusan itu terpulang kepada negara itu. Kita sendiri yang meletakkan 55% dan sekarang ini 53% adalah 1%, 2% lagi. Hutang kita ini 97% adalah daripada sumber dalaman dan 3% sahaja daripada hutang luar negara. Oleh kerana itu kita berada dalam usaha yang terkawal. Bayaran khidmat hutang kita 8.8% daripada keseluruhan bajet Kerajaan Persekutuan dan 8.8% ini bererti ada lagi banyak duit kita untuk kita gunakan dalam pentadbiran am, emolumen, pemberian subsidi, perbelanjaan lain dan juga perbelanjaan pembangunan. Ia masih lagi di dalam kawalan. Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Pada tahun sudah dijangka defisit ialah 4%, tahun ini dijangka 3.5% tetapi oleh kerana kaedah kita, maka kita telah menurunkan defisit pada tahun 2013 ialah 3.9% ataupun 0.1% lebih baik daripada jangkaan 4% itu. Sila. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang. Berhormat Sungai Siput. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya masih tidak jelas, jadi ertinya kali ini kita dapat RM2 bilion extra daripada kutipan kita. Jadi adakah ertinya perbelanjaan pembangunan kita- dahulu kita hendak pinjam kerana kita tidak dapat cukup, kali ini kita dapat pindah daripada kutipan kita daripada tax kita, kita dapat pindah dalam bajet pembangunan. Jadi ertinya, adakah yang kita pinjam untuk pembangunan, yang kita cadangkan dalam tahun 2013 itu, adakah kita dapat kurangkan pinjaman itu sebanyak RM2 bilion kerana kita dapat lebihan di sini kita pindah ke- atau adakah apa yang kita dahulu cadangkan kita hendak pinjam daripada pihak lain sekarang kita dapat kurangkan RM2 bilion?... Adakah itu benar?. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Benar. Untuk Yang Berhormat Hulu Langat. semasa permohonan di EPU, JPM, Johor Corporation memohon secara pinjaman dan bukan secara geran langsung dan Johor Corporation kena membayar kepada Kementerian Kewangan dengan kadar faedah 4% dan jumlah pinjaman adalah RM68 juta. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Yang Berhormat Timbalan. Menteri, saya ada sedikit perkara. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Ya. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang. Berhormat Jasin. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Saya suka apabila Yang. Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi lebihan. Lebihan wang ini adalah untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan pembayaran pembangunan ini ialah terpulang kepada kebijaksanaan kerajaan dan kita yakin bahawa kalau tidak kerana kebijaksanaan kerajaan untuk menguruskan kewangan tidak akan kewangan kita sekarang berada pada tahap 4.7 pertumbuhan ekonomi kita, satu yang pertama. Yang kedua, defisit sebenarnya adalah hutang. Yang Berhormat Pandan tadi ada sebut fasal hutang. Saya hendak minta kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri terangkan sedikit tentang hutang negara kerana inilah perkara yang selalu dispin, yang. selalu diputar beli, yang selalu dibuat pembohongan seolah-olah kerajaan kita menanggung hutang yang besar. Saya hendak minta kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri terangkan perkara ini. Ini penting Yang Berhormat supaya orang-orang luar di sana, rakyat tidak ditipu dengan segala pembohongan dan juga bidaah yang disampaikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. [Tepuk]. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Terima kasih Yang Berhormat Jasin kerana. banyak membantu. Saya sebahagiannya saya sudah terangkan semalam hutang kita, kita sendiri yang meletakkan siling 55% tidak boleh lebih daripada KDNK. Kita sendiri yang letakkan siling itu. Negara-negara lain ada yang 100% daripada KDNK macam Singapura, negara yang selalu disebut sebagai contoh kepada pihak pembangkang. Walaupun negara itu hanya sebesar Bandar raya Kuala Lumpur agaknya lebih besar dua kali ganda daripada Bandar raya Kuala Lumpur sahaja. Hendak disamakan semuanya dengan Singapura itu tidak logik kerana negara kita terlalu luas. Begitu juga dengan negara-negara yang lain hutangnya siling daripada KDNK itu terpulang kepada peratusan itu terpulang kepada negara itu. Kita sendiri yang meletakkan 55% dan sekarang ini 53% adalah 1%, 2% lagi. Hutang kita ini 97% adalah daripada sumber dalaman dan 3% sahaja daripada hutang luar negara. Oleh kerana itu kita berada dalam usaha yang terkawal. Bayaran khidmat hutang kita 8.8% daripada keseluruhan bajet Kerajaan Persekutuan dan 8.8% ini bererti ada lagi banyak duit kita untuk kita gunakan dalam pentadbiran am, emolumen, pemberian subsidi, perbelanjaan lain dan juga perbelanjaan pembangunan. Ia masih lagi di dalam kawalan. Terima kasih.
37
51
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
38 DR.1.4.2014 ■1250 Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM2,099,876,700 untuk Maksud B.12 di bawah Kementerian Kewangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM2,099,876,700 untuk Maksud B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual] Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM60,800,020 untuk Maksud P.10 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM60,800,020 untuk Maksud P.10 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013] Maksud B.62 [Jadual] - Maksud P.62 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] - Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Kepala Bekalan B.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri terbuka untuk dibahaskan. Namun oleh sebab P.62 hanya token sahaja, P.62 tidak perlu dibahaskan. B.62 sahaja dibahaskan ya. Sila. 12.51 tgh. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020200 – Logistik, berkenaan Polis Diraja Malaysia. Sebanyak RM10 juta dibekalkan untuk membeli motosikal untuk Unit Peronda PDRM. Memang saya ada nampak pasukan-pasukan ini di kawasan saya, terutamanya di Seksyen 17, PJ. Di mana kawasan ini merupakan satu kawasan yang dikatakan ‘kawasan hitam’, kawasan di mana setiap hari berlakunya kes ragut, kes samun. Saya ada nampak sebelum itu usaha-usaha dijalankan oleh pihak PDRM di mana mereka mendirikan pondok polis sementara di kawasan itu. Selepas itu membekalkan motosikal untuk rondaan dengan enam biji, lapan biji bersama dan saya rasa ini satu usaha yang agak baik. Akan tetapi masalah sekarang ini di Seksyen 17, kadar jenayah masih berlaku berleluasa. Masih kita dengar setiap hari, ada kes ragut, ada kes merompak. Saya hendak tahu, apakah cara ataupun cara yang berkesan ataupun cara yang telah dilakukan untuk mengurangkan kes jenayah di Seksyen 17, PJ ini. Walaupun di Seksyen 17 ada satu pondok, bukan pondok, ada satu pejabat polis di Seksyen 17, Jalan 17/47. Akan tetapi seolah-olah pejabat ini tidak ada pegawai ataupun polis di sana. Keadaan kedai polis itu, pejabat polis itu tutup, sentiasa tutup. So, saya haraplah pihak polis boleh menggunakan pejabat itu sebagai satu tempat untuk penduduk mengadu ataupun membuat laporan polis di kawasan itu. Oleh sebab setiap kali masalah kes berlaku, penduduk perlu pergi ke tempat yang jauh untuk membuat laporan polis. Mereka perlu ke Damansara Utama. Polis Damansara Utama agak jauh dari tempat itu. Banyak kes ragut yang berlaku di Seksyen 17 ini banyak yang tidak dilaporkan kerana mereka tidak percaya lagi polis untuk kendali kes ini. Setiap kali mereka pergi ke polis itu, polis memberi layanan yang agak buruk, yang macam layanan yang tidak peduli langsung. Mereka perli pula kepada si pengadu ini, “Ini kes banyak kali ini, setiap kali ada, hari-hari berlaku berulang-ulang”. So, macam ada niat tidak mahu pengadu itu untuk buat laporan polis. Saya rasa ini satu cara yang agak tidak elok dan saya harap perkara ini dapat diatasi.
#1250 Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM2,099,876,700 untuk Maksud B.12 di bawah Kementerian Kewangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM2,099,876,700 untuk Maksud B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM60,800,020 untuk Maksud P.10 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM60,800,020 untuk Maksud P.10 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]. Maksud B.62 [Jadual]- Maksud P.62 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013]-. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Kepala Bekalan B.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri terbuka untuk dibahaskan. Namun oleh sebab P.62 hanya token sahaja, P.62 tidak perlu dibahaskan. B.62 sahaja dibahaskan ya. Sila. 12.51 tgh. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020200- Logistik, berkenaan Polis Diraja Malaysia. Sebanyak RM10 juta dibekalkan untuk membeli motosikal untuk Unit Peronda PDRM. Memang saya ada nampak pasukan-pasukan ini di kawasan saya, terutamanya di Seksyen 17, PJ. Di mana kawasan ini merupakan satu kawasan yang dikatakan 'kawasan hitam', kawasan di mana setiap hari berlakunya kes ragut, kes samun. Saya ada nampak sebelum itu usaha-usaha dijalankan oleh pihak PDRM di mana mereka mendirikan pondok polis sementara di kawasan itu. Selepas itu membekalkan motosikal untuk rondaan dengan enam biji, lapan biji bersama dan saya rasa ini satu usaha yang agak baik. Akan tetapi masalah sekarang ini di Seksyen 17, kadar jenayah masih berlaku berleluasa. Masih kita dengar setiap hari, ada kes ragut, ada kes merompak. Saya hendak tahu, apakah cara ataupun cara yang berkesan ataupun cara yang telah dilakukan untuk mengurangkan kes jenayah di Seksyen 17, PJ ini. Walaupun di Seksyen 17 ada satu pondok, bukan pondok, ada satu pejabat polis di Seksyen 17, Jalan 17/47. Akan tetapi seolah-olah pejabat ini tidak ada pegawai ataupun polis di sana. Keadaan kedai polis itu, pejabat polis itu tutup, sentiasa tutup. So, saya haraplah pihak polis boleh menggunakan pejabat itu sebagai satu tempat untuk penduduk mengadu ataupun membuat laporan polis di kawasan itu. Oleh sebab setiap kali masalah kes berlaku, penduduk perlu pergi ke tempat yang jauh untuk membuat laporan polis. Mereka perlu ke Damansara Utama. Polis Damansara Utama agak jauh dari tempat itu. Banyak kes ragut yang berlaku di Seksyen 17 ini banyak yang tidak dilaporkan kerana mereka tidak percaya lagi polis untuk kendali kes ini. Setiap kali mereka pergi ke polis itu, polis memberi layanan yang agak buruk, yang macam layanan yang tidak peduli langsung. Mereka perli pula kepada si pengadu ini, "Ini kes banyak kali ini, setiap kali ada, hari-hari berlaku berulang-ulang". So, macam ada niat tidak mahu pengadu itu untuk buat laporan polis. Saya rasa ini satu cara yang agak tidak elok dan saya harap perkara ini dapat diatasi.
38
52
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 39 Berkenaan dengan kes jenayah juga berlaku di kawasan saya iaitu Taman Seri Manja, PJS3. Kes baru-baru ini hanya berlaku pada minggu lepas. Seorang lepasan SPM, adik Mohd. Asri bin Rasi, umur 19 tahun disamun, ditikam mati. Kes ini berlaku di Desa Sepakat, Taman Seri Manja, PJS3. Berlaku pada 27 Mac, 5.30 pagi dan dia ditikam sampai mati dan motosikal barunya dicuri, bukan dicuri, dirampas oleh penyamun itu. Beliau dimasukkan ke hospital, meninggal pada 30 hari bulan Mac. Adik Mohd. Asri ini tinggal di tempat kawasan saya, di PJ4/21A. Dia meninggal pada 30 hari bulan Mac dan semalam baru dikebumikan. Ini merupakan kes yang kelima yang melibatkan nyawa di Taman Seri Manja Tuan Pengerusi. Kawasan Taman Seri Manja memang merupakan satu kawasan hitam. Setiap hari ada berlaku kes meragut dan juga kes samun. Ada pondok polis di sana tetapi pondok polis di di PJS 3 ini langsung tidak dipakai. Pondok polis ini hanya diadakan untuk sebagai tempat rehat untuk polis tetapi tidak mengambil kes-kes laporan polis. Sebelum itu pada tahun lepas, saya ada bangkit kes di Parlimen yang sama, kes Cik Goh Li Kung, umur 27 tahun. Diragut, ditarik sampai jatuh, mati di tempat kejadian. So, saya rasa setiap bulan ada kes samun, ada kes ragut melibatkan nyawa. Saya hendak tanya, apakah langkah-langkah yang telah dijalankan oleh kementerian, terutamanya PDRM ini untuk membantu mengurangkan kes samun ini? Bagi tumpuan, di sini kita tidak nampak lagi ada usaha-usaha untuk bawa peronda motosikal untuk datang PJS 3 ini untuk membantu. Yang ada hanya kereta peronda polis di mana bilangannya amat kurang dan bukannya datang itu setiap jam di mana jangka waktu yang agak lama untuk melihat sebuah kenderaan peronda polis di sana. Saya rasa polis perlu tingkatkan kawalan dan juga saya rasa perlu buat sekatan jalan, terutama sebelah pagi ini di mana tempat ini memang saya rasa merupakan kawasan hitam yang amat perlu diperhatikan oleh polis. Saya hendak merujuk kepada perkara 040100 - Pengurusan Imigresen. Kita sudah tahu tentang kawalan di KLIA ini. Ada masalah kawalan Imigresen di mana dua orang asing dengan pasport palsu boleh dilepaskan dan masuk ke MH370. Ini bermakna kita ada masalah dari segi kawalan lemah di mana orang yang menggunakan pasport palsu pun boleh begitu mudah untuk masuk ke pesawat MH370. Dengan peralatan, dengan peruntukan... Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Yang Berhormat PJ. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Batu. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Berkenaan pasport palsu ini. Minggu lalu Yang Berhormat Menteri kata, bila pasport itu digunakan, dia masuk itu, dia menggunakan pasport Itali dan Austria dan keluar juga dengan Austria dan Itali. Saya hendak dapat pandangan dari PJS. Setakat ini kita sudah siasat begitu lama. Bermaksudnya, adakah Kerajaan Malaysia check dengan pihak Thailand sama ada pasport itu dicuri di Thailand, bila sudah tentu tak perlu check dengan INTERPOL pun, Thailand tahu pasport itu adalah dicuri. Jadi, adakah ini bermaksud kecuaian pihak Thailand membenarkan pasport yang dicuri itu digunakan untuk keluar daripada negara dia dan masuk ke negara kita dengan pasport yang dicuri. So, kalau itu betul, Kerajaan Malaysia patut mempertanggungjawabkan pihak Imigresen atas kecuaian Thailand. So, saya hendak dapat pandangan dan sokongan dari PJS. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat PJ Selatan sudah pukul satu. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Sambung. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Hendak sambung?... Hendak sambung?... Ya. Baiklah Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. [Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Berkenaan dengan kes jenayah juga berlaku di kawasan saya iaitu Taman Seri Manja, PJS3. Kes baru-baru ini hanya berlaku pada minggu lepas. Seorang lepasan SPM, adik Mohd. Asri bin Rasi, umur 19 tahun disamun, ditikam mati. Kes ini berlaku di Desa Sepakat, Taman Seri Manja, PJS3. Berlaku pada 27 Mac, 5.30 pagi dan dia ditikam sampai mati dan motosikal barunya dicuri, bukan dicuri, dirampas oleh penyamun itu. Beliau dimasukkan ke hospital, meninggal pada 30 hari bulan Mac. Adik Mohd. Asri ini tinggal di tempat kawasan saya, di PJ4/21A. Dia meninggal pada 30 hari bulan Mac dan semalam baru dikebumikan. Ini merupakan kes yang kelima yang melibatkan nyawa di Taman Seri Manja Tuan Pengerusi. Kawasan Taman Seri Manja memang merupakan satu kawasan hitam. Setiap hari ada berlaku kes meragut dan juga kes samun. Ada pondok polis di sana tetapi pondok polis di di PJS 3 ini langsung tidak dipakai. Pondok polis ini hanya diadakan untuk sebagai tempat rehat untuk polis tetapi tidak mengambil kes-kes laporan polis. Sebelum itu pada tahun lepas, saya ada bangkit kes di Parlimen yang sama, kes Cik Goh Li Kung, umur 27 tahun. Diragut, ditarik sampai jatuh, mati di tempat kejadian. So, saya rasa setiap bulan ada kes samun, ada kes ragut melibatkan nyawa. Saya hendak tanya, apakah langkah-langkah yang telah dijalankan oleh kementerian, terutamanya PDRM ini untuk membantu mengurangkan kes samun ini? Bagi tumpuan, di sini kita tidak nampak lagi ada usaha-usaha untuk bawa peronda motosikal untuk datang PJS 3 ini untuk membantu. Yang ada hanya kereta peronda polis di mana bilangannya amat kurang dan bukannya datang itu setiap jam di mana jangka waktu yang agak lama untuk melihat sebuah kenderaan peronda polis di sana. Saya rasa polis perlu tingkatkan kawalan dan juga saya rasa perlu buat sekatan jalan, terutama sebelah pagi ini di mana tempat ini memang saya rasa merupakan kawasan hitam yang amat perlu diperhatikan oleh polis. Saya hendak merujuk kepada perkara 040100- Pengurusan Imigresen. Kita sudah tahu tentang kawalan di KLIA ini. Ada masalah kawalan Imigresen di mana dua orang asing dengan pasport palsu boleh dilepaskan dan masuk ke MH370. Ini bermakna kita ada masalah dari segi kawalan lemah di mana orang yang menggunakan pasport palsu pun boleh begitu mudah untuk masuk ke pesawat MH370. Dengan peralatan, dengan peruntukan... Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Yang Berhormat PJ. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang. Berhormat Batu. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Berkenaan pasport palsu ini. Minggu lalu Yang Berhormat Menteri kata, bila pasport itu digunakan, dia masuk itu, dia menggunakan pasport Itali dan Austria dan keluar juga dengan Austria dan Itali. Saya hendak dapat pandangan dari PJS. Setakat ini kita sudah siasat begitu lama. Bermaksudnya, adakah Kerajaan Malaysia check dengan pihak Thailand sama ada pasport itu dicuri di Thailand, bila sudah tentu tak perlu check dengan INTERPOL pun, Thailand tahu pasport itu adalah dicuri. Jadi, adakah ini bermaksud kecuaian pihak Thailand membenarkan pasport yang dicuri itu digunakan untuk keluar daripada negara dia dan masuk ke negara kita dengan pasport yang dicuri. So, kalau itu betul, Kerajaan Malaysia patut mempertanggungjawabkan pihak Imigresen atas kecuaian Thailand. So, saya hendak dapat pandangan dan sokongan dari PJS. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang. Berhormat PJ Selatan sudah pukul satu. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Sambung. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Hendak. sambung?... Hendak sambung?... Ya. Baiklah Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. [Majlis Mesyuarat bersidang semula].
39
53
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
40 DR.1.4.2014 [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat, kita tempohkan Mesyuarat sehingga jam 2.30 petang. [Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari.] [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan untuk menyambung. 2.32 ptg. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyambung perbahasan saya. Tadi Yang Berhormat Batu ada sebut tentang pasport palsu yang digunakan oleh dua orang penumpang pesawat MH370 yang boleh begitu senang lepas di imigresen. Saya juga hendak tanya Yang Berhormat Menteri tentang pasport palsu yang digunakan oleh dua orang penumpang ini, bagaimana mereka guna pasport ini masuk ke Malaysia? Adakah mereka menggunakan pasport ini masuk melalui sempadan Thailand ke Malaysia atau kedua-dua warga Australia dengan Italian ini. Adakah mereka masuk dari negara asal gunakan pasport asal mereka ke Malaysia atau mereka selepas berada di Malaysia, membeli pasport palsu ini daripada pihak ketiga? Walaupun jawapan telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri sebelum itu kata mereka masuk dari Thailand ke Malaysia. Adakah kementerian memastikan dan merujuk perkara ini kepada Thailand? Mengapa mereka boleh masuk guna pasport masuk dari Thailand ke Malaysia? Siapa yang bertanggungjawab tentang perkara ini? Kita guna sebanyak RM6 juta lebih kurang untuk beli peralatan mengambil gambar secara live iaitu on the spot di KLIA dan di tempat-tempat lain untuk mengesan mereka yang masuk ke Malaysia. Saya juga hendak tahu tentang pasport palsu ini. Adakah mereka merupakan satu tempat kawasan yang begitu senang untuk beli pasport, guna pasport palsu untuk ke negara lain? Saya hendak dapatkan jawapan ini daripada Yang Berhormat Menteri. Selepas kejadian insiden ini, adakah pihak kementerian akan mengubah SOP yang sedia ada di mana SOP yang sekarang saya nampak ada masalah kelonggaran? Begitu senang orang boleh masuk tanpa dikesan. Walaupun Yang Berhormat Menteri kata kita hendak rujuk kepada INTERPOL. Memang berpuluh juta orang yang guna pasport palsu ini. Adakah kenyataan itu benar yang INTERPOL ini sebelum itu mengesan ada lebih berpuluh juta kes pasport palsu ini? Kadang merujuk kepada INTERPOL memang satu cara kerja yang susah dan SOP yang bakal diperkenalkan. Saya hendak dapat kepastian bila kita akan memperkenalkan SOP yang baru di lapangan terbang KLIA dan juga tempat- tempat lain di kawasan orang asing masuk ke Malaysia? Sebagai penggulungan, yang pertama tentang kes jenayah di kawasan saya dan juga seluruh Petaling Jaya. Saya haraplah, walaupun kita guna apa cara pun kes jenayah percentage masih tinggi di Petaling Jaya. Ini ada kaitan dengan cara tindakan pihak polis terutama OCPD Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed yang begitu lemah untuk mengendalikan kes jenayah terutama di Petaling Jaya. Peratusan semakin bertambah. Saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri perlu ambil langkah adakah kita perlu untuk menukar OCPD ini kerana terlalu lama di Petaling Jaya? Dia tidak boleh selesaikan kes-kes jenayah selama ini. Dia dilantik semenjak tahun 2007 sampai sekarang, sudah tujuh atau lapan tahun tetapi kes-kes jenayah tidak boleh selesai.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat, kita tempohkan Mesyuarat sehingga jam 2.30 petang. [Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari.] [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan untuk menyambung. 2.32 ptg. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyambung perbahasan saya. Tadi Yang Berhormat Batu ada sebut tentang pasport palsu yang digunakan oleh dua orang penumpang pesawat MH370 yang boleh begitu senang lepas di imigresen. Saya juga hendak tanya Yang Berhormat Menteri tentang pasport palsu yang digunakan oleh dua orang penumpang ini, bagaimana mereka guna pasport ini masuk ke Malaysia? Adakah mereka menggunakan pasport ini masuk melalui sempadan Thailand ke Malaysia atau kedua-dua warga Australia dengan Italian ini. Adakah mereka masuk dari negara asal gunakan pasport asal mereka ke Malaysia atau mereka selepas berada di Malaysia, membeli pasport palsu ini daripada pihak ketiga? Walaupun jawapan telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri sebelum itu kata mereka masuk dari Thailand ke Malaysia. Adakah kementerian memastikan dan merujuk perkara ini kepada Thailand? Mengapa mereka boleh masuk guna pasport masuk dari Thailand ke Malaysia? Siapa yang bertanggungjawab tentang perkara ini? Kita guna sebanyak RM6 juta lebih kurang untuk beli peralatan mengambil gambar secara live iaitu on the spot di KLIA dan di tempat-tempat lain untuk mengesan mereka yang masuk ke Malaysia. Saya juga hendak tahu tentang pasport palsu ini. Adakah mereka merupakan satu tempat kawasan yang begitu senang untuk beli pasport, guna pasport palsu untuk ke negara lain? Saya hendak dapatkan jawapan ini daripada Yang Berhormat Menteri. Selepas kejadian insiden ini, adakah pihak kementerian akan mengubah SOP yang sedia ada di mana SOP yang sekarang saya nampak ada masalah kelonggaran? Begitu senang orang boleh masuk tanpa dikesan. Walaupun Yang Berhormat Menteri kata kita hendak rujuk kepada INTERPOL. Memang berpuluh juta orang yang guna pasport palsu ini. Adakah kenyataan itu benar yang INTERPOL ini sebelum itu mengesan ada lebih berpuluh juta kes pasport palsu ini? Kadang merujuk kepada INTERPOL memang satu cara kerja yang susah dan SOP yang bakal diperkenalkan. Saya hendak dapat kepastian bila kita akan memperkenalkan SOP yang baru di lapangan terbang KLIA dan juga tempat- tempat lain di kawasan orang asing masuk ke Malaysia? Sebagai penggulungan, yang pertama tentang kes jenayah di kawasan saya dan juga seluruh Petaling Jaya. Saya haraplah, walaupun kita guna apa cara pun kes jenayah percentage masih tinggi di Petaling Jaya. Ini ada kaitan dengan cara tindakan pihak polis terutama OCPD Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed yang begitu lemah untuk mengendalikan kes jenayah terutama di Petaling Jaya. Peratusan semakin bertambah. Saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri perlu ambil langkah adakah kita perlu untuk menukar OCPD ini kerana terlalu lama di Petaling Jaya? Dia tidak boleh selesaikan kes-kes jenayah selama ini. Dia dilantik semenjak tahun 2007 sampai sekarang, sudah tujuh atau lapan tahun tetapi kes-kes jenayah tidak boleh selesai.
40
54
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 41 Kita harap kalau boleh tukarkan OCPD, beri orang baru untuk ambil alih baru boleh selesai masalah ini. Kita tidak mahu dengar alasan lagi kekurangan kereta ronda atau kekurangan pihak polis. Kita sudah beri banyak peruntukan. Rondaan motosikal, sudah beri kuda pun ada untuk buat rondaan tambah kereta lagi untuk rondaan tetapi masalah samun, masalah tikam, dan kematian berlaku berulang-ulang di Taman Medan, Taman Dato Harun, dan juga Taman Sri Manja, Petaling Jaya. So, saya harap pihak kementerian perlu ambil langkah yang tegas untuk menukarkan OCPD Petaling Jaya ini. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu Gajah. 2.37 ptg. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Pengerusi. P.62 Butiran 021000. Dari tahun 2010 hingga tahun 2012, hanya dalam tempoh dua tahun telah berlaku kehilangan sebanyak 44 senjata api, pistol dan revolver daripada anggota PDRM. Punca kehilangan adalah jelas iaitu kecuaian. Adakah kehilangan senjata api itu ada hubung kait dengan pertambahan jumlah kes tembak mati yang amat kerap berlaku pada tahun 2012 dan juga pada tahun 2013? Apakah tindakan yang telah diambil terhadap semua anggota PDRM yang cuai itu? Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk menyelesaikan kehilangan aset PDRM pada masa akan datang? Kerajaan telah senaraikan sebanyak 49 buah kumpulan samseng ataupun kongsi gelap. Setakat ini berapakah kongsi gelap itu telah berjaya dibendung oleh PDRM? Adakah jumlah 49 buah pertubuhan itu masih wujud lagi, sudah berkurangan atau sudah bertambah? Berapakah jumlah anggota kongsi gelap yang sudah ditangkap dan dihukum sejak Januari 2013? ■1440 Apakah hasil yang dicapai oleh kerajaan melalui Operasi Cantas yang telah dilakukan pada tahun lepas? Pada tahun 2013, PDRM telah membuat temu duga seramai 5,900 orang calon konstabel wanita. Berapakah di antara mereka yang telah dipilih untuk menjalani latihan? Ini adalah penting untuk meningkatkan penglibatan kaum wanita dalam PDRM. Pada masa ini hanya 10.4% adalah dari kalangan wanita yang menjadi anggota polis. Butiran 04000, saya mohon Yang Berhormat Menteri menyatakan kos pengoperasian yang ditanggung oleh kerajaan untuk Jabatan Sukarelawan Malaysia. Apakah bentuk-bentuk tanggungan kerajaan untuk jabatan ini? Berapakah elaun yang dibayar bagi 2.88 juta orang anggota RELA ini? Adakah elaun ini mencukupi atau kerajaan mempunyai cadangan untuk menaikkan elaun mereka? Jika ya, apakah quantumnya? Butiran 21000 - Pasukan PDRM perlu memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan rakyat. Untuk itu mereka memerlukan kelengkapan dan senjata yang kemas kini. Apakah jenis senjata api yang digunakan oleh anggota PDRM biasa dan anggota yang menjalankan tugas-tugas yang khas? Dari manakah senjata api itu dibeli? Berapakah kos pembelian satu unit senjata api mengikut jenis yang dibeli? Adakah senjata api yang digunakan adalah setanding dengan negara- negara di peringkat antarabangsa? Butiran 57000 - Terdapat hanya 47% daripada jumlah lokap yang ada dilengkapi dengan kamera litar tertutup, CCTV. Sebanyak 53% daripada lokap masih tidak mempunyai CCTV. Adakah kerajaan akan memasang semua lokap dengan CCTV pada tahun ini? Adakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan supaya CCTV yang dipasang aktif digunakan setiap masa? Berapakah jumlah bilik soal siasat yang masih tidak dilengkapi dengan CCTV di negara kita? Apakah kerajaan berhasrat untuk mencapai 100% penggunaan CCTV di semua bilik soal siasat di negara kita? Berbalik kepada Operasi Cantas. Dalam Operasi Cantas yang dilakukan pada 17 Ogos 2013 hingga 21 Oktober 2013, sebanyak 20,980 orang telah ditangkap dan 584 senjata api dan senjata merbahaya telah dirampas. Adakah kerajaan berhasrat untuk membuat operasi yang sama pada tahun ini untuk membendung jenayah? Hasil daripada Operasi Cantas yang dilakukan pada tahun lepas, sebanyak 378 kes siasatan telah dibuka di bawah Akta Pertubuhan 1966. Sebanyak 69 kes di bawah Akta Pencegahan Jenayah
Kita harap kalau boleh tukarkan OCPD, beri orang baru untuk ambil alih baru boleh selesai masalah ini. Kita tidak mahu dengar alasan lagi kekurangan kereta ronda atau kekurangan pihak polis. Kita sudah beri banyak peruntukan. Rondaan motosikal, sudah beri kuda pun ada untuk buat rondaan tambah kereta lagi untuk rondaan tetapi masalah samun, masalah tikam, dan kematian berlaku berulang-ulang di Taman Medan, Taman Dato Harun, dan juga Taman Sri Manja, Petaling Jaya. So, saya harap pihak kementerian perlu ambil langkah yang tegas untuk menukarkan OCPD Petaling Jaya ini. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu Gajah. 2.37 ptg. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Pengerusi. P.62 Butiran 021000. Dari tahun 2010 hingga tahun 2012, hanya dalam tempoh dua tahun telah berlaku kehilangan sebanyak 44 senjata api, pistol dan revolver daripada anggota PDRM. Punca kehilangan adalah jelas iaitu kecuaian. Adakah kehilangan senjata api itu ada hubung kait dengan pertambahan jumlah kes tembak mati yang amat kerap berlaku pada tahun 2012 dan juga pada tahun 2013? Apakah tindakan yang telah diambil terhadap semua anggota PDRM yang cuai itu? Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk menyelesaikan kehilangan aset PDRM pada masa akan datang? Kerajaan telah senaraikan sebanyak 49 buah kumpulan samseng ataupun kongsi gelap. Setakat ini berapakah kongsi gelap itu telah berjaya dibendung oleh PDRM? Adakah jumlah 49 buah pertubuhan itu masih wujud lagi, sudah berkurangan atau sudah bertambah? Berapakah jumlah anggota kongsi gelap yang sudah ditangkap dan dihukum sejak Januari 2013? #1440 Apakah hasil yang dicapai oleh kerajaan melalui Operasi Cantas yang telah dilakukan pada tahun lepas? Pada tahun 2013, PDRM telah membuat temu duga seramai 5,900 orang calon konstabel wanita. Berapakah di antara mereka yang telah dipilih untuk menjalani latihan? Ini adalah penting untuk meningkatkan penglibatan kaum wanita dalam PDRM. Pada masa ini hanya 10.4% adalah dari kalangan wanita yang menjadi anggota polis. Butiran 04000, saya mohon Yang Berhormat Menteri menyatakan kos pengoperasian yang ditanggung oleh kerajaan untuk Jabatan Sukarelawan Malaysia. Apakah bentuk-bentuk tanggungan kerajaan untuk jabatan ini? Berapakah elaun yang dibayar bagi 2.88 juta orang anggota RELA ini? Adakah elaun ini mencukupi atau kerajaan mempunyai cadangan untuk menaikkan elaun mereka? Jika ya, apakah quantumnya? Butiran 21000- Pasukan PDRM perlu memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan rakyat. Untuk itu mereka memerlukan kelengkapan dan senjata yang kemas kini. Apakah jenis senjata api yang digunakan oleh anggota PDRM biasa dan anggota yang menjalankan tugas-tugas yang khas? Dari manakah senjata api itu dibeli? Berapakah kos pembelian satu unit senjata api mengikut jenis yang dibeli? Adakah senjata api yang digunakan adalah setanding dengan negara- negara di peringkat antarabangsa? Butiran 57000- Terdapat hanya 47% daripada jumlah lokap yang ada dilengkapi dengan kamera litar tertutup, CCTV. Sebanyak 53% daripada lokap masih tidak mempunyai CCTV. Adakah kerajaan akan memasang semua lokap dengan CCTV pada tahun ini? Adakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan supaya CCTV yang dipasang aktif digunakan setiap masa? Berapakah jumlah bilik soal siasat yang masih tidak dilengkapi dengan CCTV di negara kita? Apakah kerajaan berhasrat untuk mencapai 100% penggunaan CCTV di semua bilik soal siasat di negara kita? Berbalik kepada Operasi Cantas. Dalam Operasi Cantas yang dilakukan pada 17 Ogos 2013 hingga 21 Oktober 2013, sebanyak 20,980 orang telah ditangkap dan 584 senjata api dan senjata merbahaya telah dirampas. Adakah kerajaan berhasrat untuk membuat operasi yang sama pada tahun ini untuk membendung jenayah? Hasil daripada Operasi Cantas yang dilakukan pada tahun lepas, sebanyak 378 kes siasatan telah dibuka di bawah Akta Pertubuhan 1966. Sebanyak 69 kes di bawah Akta Pencegahan Jenayah.
41
55
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
42 DR.1.4.2014 1958 dan 144 kes siasatan telah dibuka di bawah kesalahan senjata api dan senjata berjadual. Daripada jumlah ini, berapakah telah dituduh di mahkamah? Apakah hukuman yang telah dijatuhkan kepada pesalah-pesalah ini? Sila beri penjelasan atau penerangan yang detail. Butiran 24000 - Masalah mat rempit. Hanya 449 tangkapan dibuat pada tahun 2011. Pada tahun 2012 pula hanya 139 kes ditangkap. Berapakah jumlah kes tangkapan mat rempit pada tahun 2013? Saya merasakan jumlah tangkapan adalah terlalu sedikit berbanding dengan masalah sebenar di luar. Ratusan motosikal dan orang awam boleh berkumpul di satu tempat untuk melihat lumba haram tetapi pihak polis tidak mengetahui perkara ini. Saya rasa cukup hairan kenapa tidak boleh tahu tempat dan bila lumba haram ini dilakukan sedangkan semua aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pihak pembangkang boleh dikesan dan diketahui oleh special branch polis. Kenapa aktiviti mat rempit ini tidak boleh dikesan? Apakah ini disebabkan oleh PDRM kekurangan alat-alat bantuan teknik untuk mengesan aktiviti-aktiviti ini ataupun sengaja diabaikan? Dan akhir sekali... Serang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tuan V. Sivakumar [Batu Gajah]: Ya, last point. Butiran 040100. Berhubung dengan peristiwa MH370, isu pasport palsu telah menjatuhkan maruah negara khususnya Jabatan Imigresen. Yang Berhormat Menteri mungkin kata ini bukannya isu pasport palsu tetapi orang palsu tetapi implikasinya sama. Orang yang tidak patut naik kapal terbang itu sudah naik kapal terbang. Itulah kesannya. Bagaimana dua orang itu boleh masuk dan ke luar negara ini dengan begitu mudah, melepasi semua saringan atau kawalan di negara kita? Baru sekarang saya lihat dalam butiran, kerajaan bercadang membeli peralatan mengambil gambar secara live capture di kaunter pasport dengan harga RM5.99 juta. Saya rasa negara-negara lain sudah lama menggunakan sistem ini. Adakah kerajaan mengaku kelemahan dalam pengurusan dalam ini? Itu saja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Tanjong selepas itu Yang Berhormat boleh jawab. Hendak berucapkah? Tidak bangun pun? Tuan Ng Wei Aik [Tanjong]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk Maksud B.62, Butiran 020000 - Polis Diraja Malaysia di bawah logistik di mana saya ingin membangkitkan satu isu berkenaan dengan permohonan polis bantuan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Ini adalah satu permohonan yang telah dikemukakan sejak awal tahun 2011 tetapi telah ditolak oleh mantan Ketua Polis Negara melalui surat bertarikh 11 Mac 2011 di mana baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengemukakan satu surat rayuan kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk membuat rayuan semula supaya permohonan polis bantuan dapat dipertimbangkan semula atas beberapa alasan yang amat penting. Satu adalah perluasan baru sempadan pentadbiran MPPP di mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Warta pada 21 November telah menambah keluasan 30,000 hektar di Pulau Pinang. Jadi dengan peluasan kawasan pentadbiran MPPP, maka unit polis bantuan amatlah perlu ditubuhkan dengan segera. Kedua adalah penganugerahan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008. Dengan Georgetown dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia, kita dapat menarik minat banyak pelancong asing datang ke negeri Pulau Pinang, khususnya datang ke Georgetown. Jikalau kes ragut tidak dapat ditangani dengan baik dengan adanya polis bantuan, maka dia akan meninggalkan satu imej yang tidak baik kepada pelancong asing serta memudaratkan usaha kita untuk membangunkan industri pelancongan dalam negara kita. Ketiga adalah kemunculan atendan tempat letak kereta haram secara berleluasa. Walaupun kita cuba menangani masalah ini tetapi MPPP seringnya perlu dapat bantuan daripada pihak polis. Akan tetapi pihak polis juga selalunya tidak dapat memberi bantuan atau kerjasama yang sepenuhnya kerana pihak polis juga ada kerja-kerja lain yang perlu ditanggung. Jadi kita rasanya lebih baik jikalau ada Unit Polis Bantuan dapat ditubuhkan, maka atendan tempat letak kereta secara haram ini dapat ditangani oleh MPPP sendiri. Keempat adalah isu yang penting adalah penguatkuasaan terhadap kesalahan-kesalahan
1958 dan 144 kes siasatan telah dibuka di bawah kesalahan senjata api dan senjata berjadual. Daripada jumlah ini, berapakah telah dituduh di mahkamah? Apakah hukuman yang telah dijatuhkan kepada pesalah-pesalah ini? Sila beri penjelasan atau penerangan yang detail. Butiran 24000- Masalah mat rempit. Hanya 449 tangkapan dibuat pada tahun 2011. Pada tahun 2012 pula hanya 139 kes ditangkap. Berapakah jumlah kes tangkapan mat rempit pada tahun 2013? Saya merasakan jumlah tangkapan adalah terlalu sedikit berbanding dengan masalah sebenar di luar. Ratusan motosikal dan orang awam boleh berkumpul di satu tempat untuk melihat lumba haram tetapi pihak polis tidak mengetahui perkara ini. Saya rasa cukup hairan kenapa tidak boleh tahu tempat dan bila lumba haram ini dilakukan sedangkan semua aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pihak pembangkang boleh dikesan dan diketahui oleh special branch polis. Kenapa aktiviti mat rempit ini tidak boleh dikesan? Apakah ini disebabkan oleh PDRM kekurangan alat-alat bantuan teknik untuk mengesan aktiviti-aktiviti ini ataupun sengaja diabaikan?. Dan akhir sekali... Serang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Tuan V. Sivakumar [Batu Gajah]: Ya, last point. Butiran 040100. Berhubung. dengan peristiwa MH370, isu pasport palsu telah menjatuhkan maruah negara khususnya Jabatan Imigresen. Yang Berhormat Menteri mungkin kata ini bukannya isu pasport palsu tetapi orang palsu tetapi implikasinya sama. Orang yang tidak patut naik kapal terbang itu sudah naik kapal terbang. Itulah kesannya. Bagaimana dua orang itu boleh masuk dan ke luar negara ini dengan begitu mudah, melepasi semua saringan atau kawalan di negara kita? Baru sekarang saya lihat dalam butiran, kerajaan bercadang membeli peralatan mengambil gambar secara live capture di kaunter pasport dengan harga RM5.99 juta. Saya rasa negara-negara lain sudah lama menggunakan sistem ini. Adakah kerajaan mengaku kelemahan dalam pengurusan dalam ini? Itu saja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Tanjong selepas. itu Yang Berhormat boleh jawab. Hendak berucapkah? Tidak bangun pun?. Tuan Ng Wei Aik [Tanjong]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk. Maksud B.62, Butiran 020000- Polis Diraja Malaysia di bawah logistik di mana saya ingin membangkitkan satu isu berkenaan dengan permohonan polis bantuan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Ini adalah satu permohonan yang telah dikemukakan sejak awal tahun 2011 tetapi telah ditolak oleh mantan Ketua Polis Negara melalui surat bertarikh 11 Mac 2011 di mana baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengemukakan satu surat rayuan kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk membuat rayuan semula supaya permohonan polis bantuan dapat dipertimbangkan semula atas beberapa alasan yang amat penting. Satu adalah perluasan baru sempadan pentadbiran MPPP di mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Warta pada 21 November telah menambah keluasan 30,000 hektar di Pulau Pinang. Jadi dengan peluasan kawasan pentadbiran MPPP, maka unit polis bantuan amatlah perlu ditubuhkan dengan segera. Kedua adalah penganugerahan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008. Dengan Georgetown dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia, kita dapat menarik minat banyak pelancong asing datang ke negeri Pulau Pinang, khususnya datang ke Georgetown. Jikalau kes ragut tidak dapat ditangani dengan baik dengan adanya polis bantuan, maka dia akan meninggalkan satu imej yang tidak baik kepada pelancong asing serta memudaratkan usaha kita untuk membangunkan industri pelancongan dalam negara kita. Ketiga adalah kemunculan atendan tempat letak kereta haram secara berleluasa. Walaupun kita cuba menangani masalah ini tetapi MPPP seringnya perlu dapat bantuan daripada pihak polis. Akan tetapi pihak polis juga selalunya tidak dapat memberi bantuan atau kerjasama yang sepenuhnya kerana pihak polis juga ada kerja-kerja lain yang perlu ditanggung. Jadi kita rasanya lebih baik jikalau ada Unit Polis Bantuan dapat ditubuhkan, maka atendan tempat letak kereta secara haram ini dapat ditangani oleh MPPP sendiri. Keempat adalah isu yang penting adalah penguatkuasaan terhadap kesalahan-kesalahan.
1,958
56
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 43 lalu lintas. Kita berharap permohonan tersebut dapat dipertimbangkan atas desakan- desakan tersebut. Kedua adalah berkenaan butiran terhadap - saya ingin merujuk Butiran 04000 - Imigresen, di bawah pengurusan imigresen di mana dalam bulan Julai lepas saya telah bertanyakan satu isu berkenaan dengan Pejabat Imigresen Georgetown di mana Pejabat Imigresen Georgetown sekarang ditempatkan di satu premis yang kecil lagi sempit dan Yang Berhormat Menteri telah memberi satu jawapan bahawa pihak imigresen sedang merancang untuk membuka ruang pejabat baru di kawasan sekitarnya bagi menambah baik lagi tahap perkhidmatan kaunter-kaunternya. ■1450 Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri yang berkenaan, setakat mana usaha-usaha telah diambil untuk mendapatkan satu premis baru atau untuk memperluaskan ruang pejabat yang sedia ada. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya Yang Berhormat Pokok Sena, dan selepas itu Menteri jawab. 2.50 ptg. Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin turut terlibat dalam perbahasan B.62 Kementerian Dalam Negeri berkaitan dengan imigresen ini. Saya tidak pasti sama ada sudah disentuh oleh rakan-rakan yang lain kerana saya baru masuk sesi petang ini. Akan tetapi berkaitan dengan MH370 baru-baru ini timbul soal iaitu orang yang menggunakan pasport curi yang telah diguna oleh dua orang warga Iran, dikatakan mencuri pasport orang lain. Mengikut INTERPOL, telah pun mengeluarkan satu pangkalan data mereka yang menyebut bahawa data kehilangan hampir 40.2 juta pasport dan diberikan respons oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dalam Dewan ini sendiri, beliau mengatakan bahawa jika kita menggunakan pangkalan data INTERPOL itu akan memperlahankan dan melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter. Jadi, saya agak terkejut apabila INTERPOL menafikan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, kata mereka sebenarnya kalau kita menggunakan pangkalan data mereka, kita hanya perlu mengambil masa 0.2 saat untuk proses pemeriksaan tersebut. Saya tidaklah hendak katakan bahawa apa yang disebut oleh INTERPOL itu perfect, tetapi mereka yang membuat pangkalan data itu, sudah tentu mereka telah membuat ujian terlebih dahulu sama ada dari segi jangka masa dan juga kebolehan pegawai untuk melaksanakannya. Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Yang Berhormat Pokok Sena, sedikit- INTERPOL. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya Yang Berhormat Pokok Sena, adakah Yang Berhormat Pokok Sena sedar bahawa INTERPOL telah pun dua hari yang lepas mengeluarkan satu kenyataan yang tegas menyebabkan kerajaan kita berada dalam defensif di mana INTERPOL menyatakan dengan izin Tuan Pengerusi, “Malaysia's decision not to consult Interpol's Stolen and Lost Travel Documents (SLTD) database before allowing travellers to enter the country or board planes cannot be defended by falsely blaming technology or INTERPOL. If there is any responsibility or blame for this failure, it rests solely with Malaysia's Immigration Department”. Menunjukkan bahawa INTERPOL menyatakan bahawa jangan salahkan teknologi yang INTERPOL ada, kalau tidak rujuk makna itu memang kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Mohon penjelasan Yang Berhormat Pokok Sena. Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ya terima kasih rakan saya Yang Berhormat Bukit Katil yang memperjelaskan lagi apa yang dimaksudkan oleh INTERPOL. Satu persoalan yang kita hendak tahu juga hari ini sebelum saya pergi kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil, saya hendak habiskan apa yang saya katakan tadi. Sudah tentu INTERPOL dari segi teknologi, mereka sudah membuat uji kaji terlebih dahulu untuk menentukan jangka masa yang akan diperlukan apabila pangkalan data itu dibuat. Sepatutnya bagi saya bahawa kita berterima kasih kepada Interpol yang telah menyenaraikan pangkalan data 40.2 juta pasport yang hilang, pasport yang dicuri dan
lalu lintas. Kita berharap permohonan tersebut dapat dipertimbangkan atas desakan- desakan tersebut. Kedua adalah berkenaan butiran terhadap- saya ingin merujuk Butiran 04000- Imigresen, di bawah pengurusan imigresen di mana dalam bulan Julai lepas saya telah bertanyakan satu isu berkenaan dengan Pejabat Imigresen Georgetown di mana Pejabat Imigresen Georgetown sekarang ditempatkan di satu premis yang kecil lagi sempit dan Yang Berhormat Menteri telah memberi satu jawapan bahawa pihak imigresen sedang merancang untuk membuka ruang pejabat baru di kawasan sekitarnya bagi menambah baik lagi tahap perkhidmatan kaunter-kaunternya. #1450 Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri yang berkenaan, setakat mana usaha-usaha telah diambil untuk mendapatkan satu premis baru atau untuk memperluaskan ruang pejabat yang sedia ada. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya Yang Berhormat Pokok Sena, dan selepas itu Menteri jawab. 2.50 ptg. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin turut terlibat dalam perbahasan B.62 Kementerian Dalam Negeri berkaitan dengan imigresen ini. Saya tidak pasti sama ada sudah disentuh oleh rakan-rakan yang lain kerana saya baru masuk sesi petang ini. Akan tetapi berkaitan dengan MH370 baru-baru ini timbul soal iaitu orang yang menggunakan pasport curi yang telah diguna oleh dua orang warga Iran, dikatakan mencuri pasport orang lain. Mengikut INTERPOL, telah pun mengeluarkan satu pangkalan data mereka yang menyebut bahawa data kehilangan hampir 40.2 juta pasport dan diberikan respons oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dalam Dewan ini sendiri, beliau mengatakan bahawa jika kita menggunakan pangkalan data INTERPOL itu akan memperlahankan dan melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter. Jadi, saya agak terkejut apabila INTERPOL menafikan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, kata mereka sebenarnya kalau kita menggunakan pangkalan data mereka, kita hanya perlu mengambil masa 0.2 saat untuk proses pemeriksaan tersebut. Saya tidaklah hendak katakan bahawa apa yang disebut oleh INTERPOL itu perfect, tetapi mereka yang membuat pangkalan data itu, sudah tentu mereka telah membuat ujian terlebih dahulu sama ada dari segi jangka masa dan juga kebolehan pegawai untuk melaksanakannya. Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Yang Berhormat Pokok Sena, sedikit- INTERPOL. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya Yang Berhormat Pokok Sena, adakah Yang Berhormat Pokok Sena sedar bahawa INTERPOL telah pun dua hari yang lepas mengeluarkan satu kenyataan yang tegas menyebabkan kerajaan kita berada dalam defensif di mana INTERPOL menyatakan dengan izin Tuan Pengerusi, "Malaysia's decision not to consult Interpol's Stolen and Lost Travel Documents (SLTD) database before allowing travellers to enter the country or board planes cannot be defended by falsely blaming technology or INTERPOL. If there is any responsibility or blame for this failure, it rests solely with Malaysia's Immigration Department". Menunjukkan bahawa INTERPOL menyatakan bahawa jangan salahkan teknologi yang INTERPOL ada, kalau tidak rujuk makna itu memang kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Mohon penjelasan Yang Berhormat Pokok Sena. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ya terima kasih rakan saya Yang Berhormat Bukit Katil yang memperjelaskan lagi apa yang dimaksudkan oleh INTERPOL. Satu persoalan yang kita hendak tahu juga hari ini sebelum saya pergi kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil, saya hendak habiskan apa yang saya katakan tadi. Sudah tentu INTERPOL dari segi teknologi, mereka sudah membuat uji kaji terlebih dahulu untuk menentukan jangka masa yang akan diperlukan apabila pangkalan data itu dibuat. Sepatutnya bagi saya bahawa kita berterima kasih kepada Interpol yang telah menyenaraikan pangkalan data 40.2 juta pasport yang hilang, pasport yang dicuri dan.
43
57
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
44 DR.1.4.2014 sebagainya. Malah saya pernah sebut dalam Dewan yang mulia ini bahawa di Malaysia sendiri pun ada pihak atau ejen pekerja asing yang melarikan pasport pekerja mereka. Telah pun dibuat laporan polis. Saya difahamkan ribuan pasport pekerja asing yang telah dilarikan oleh ejen. Jadi, kita tidak tahu apa jadi dengan pasport yang telah dilarikan sama ada ia telah digunakan oleh pihak sindiket untuk menjual kepada pihak lain yang akhirnya akan digunakan pasport itu. Jadi, balik kepada apa yang disebut oleh rakan saya Yang Berhormat Bukit Katil, jadi kerajaan kena jelaslah. Kerajaan merujuk atau tidak kepada pangkalan data tersebut? Kerajaan telah merujuk ataupun tidak? Kalau ia merujuk, satu kalau ia merujuk, keduanya kenapa kerajaan menyalahkan kepada teknologi yang dikatakan lambat, yang dikatakan perlahan? Adakah kerajaan telah membuat ujian ke atas perkara tersebut iaitu pihak imigresen membuat ujian ke atas pangkalan data tersebut untuk hendak lihat sama ada memakan masa atau pun tidak? Jadi kalau buat ujian, kita hendak tahu bahawa apabila kita buat ujian itu ia memakan masa berapa lama? Hendak belek, orang Kedah panggil ‘belek’, tengok macam mana. Jadi kita hendak tengok berapa lama masa yang digunakan? Kalau ikut INTERPOL, dia kata 0.2 second. Maknanya tidaklah lama. Apa salahnya kalau perlahan sedikit pun, bagi sayalah argument kita, kalau boleh kita hendak cepat untuk memudahkan proses orang keluar masuk ke dalam negara kita, pelancong asing. Akan tetapi Kementerian Dalam Negeri kena lihat juga apabila polis tengah bawa kereta umpamanya, kalau kita memandu dia suruh kita perlahan untuk hendak mengelak kemalangan. Jadi, yang ini dia tidak mahu check, dia kata lambat. Tiba-tiba kapal terbang hilang. Kalau bawa kereta laju, polis tahan sebab dia kata itu bahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Akan tetapi apabila datang pemeriksaan imigresen, hendak check pangkalan data tidak boleh nanti perlahan, slow dari segi keluar masuk. Akan tetapi akhirnya akibat daripada hujah kita kata slow itu, kapal terbang hilang. Sampai sekarang pun tidak jumpa sehingga kita pun jadi pening sekarang ini sebab kapal terbang hilang Tuan Pengerusi. Hari itu Perdana Menteri kata, “Ia berakhir di Selatan Lautan Hindi.” Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, imigresen Yang Berhormat. Kapal terbang tidak masuk imigresen. Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ya imigresen, pasal kawan itu pakai pasport palsu. Kawan itu pakai pasport palsu naik kapal terbang MH370... [Ketawa] Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Sudah jauh melencong. Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Sekejap. Jadi, semalam pula pemangku Menteri Pengangkutan kata Perdana Menteri kata, tidak terhempas. Dia hanya kata berakhir di situ. Jadi, sekarang ini kita hendak tahu berakhir itu duduk di mana- duduk area ataskah, atau di bawahkah? Dia kata, “Berakhir di Selatan Lautan Hindi.” Kita pun jadi pening. Saya berharap kalau boleh KDN kena check balik ini, sebab permit surat khabar bawah KDN kan, teruk sekarang- Ketua-ketua Pengarang kena tukar. Mereka yang kata, “Pusara di lautan”. Pasal apa? Pasal mereka pi faham Perdana Menteri kata begitu padahal pemangku Menteri Pengangkutan kata, “Perdana Menteri tidak kata terhempas” Jadi yang mereka kata, “Pusara di lautan” pasal apa? Perdana Menteri kata, “Ia berakhir di Selatan Lautan Hindi.” Lagi pening. Kita pun tidak tahu sekarang ini ada di mana. Jadi, bagi saya maknanya kalau begitu, Ketua-ketua Pengarang ini kena keluarkanlah. Maknanya hangpa bodoh, tidak faham bahasa Perdana Menteri... [Ketawa][Dewan riuh] Tidak faham bahasa Perdana Menteri... Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat... Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Sebelah sana pun tidak faham juga. Yang Berhormat Bagan Serai pun tidak faham juga? Pening! Kita ini jadi complicated. Jadi, berbalik kepada imigresen sebab dua orang itu kita tidak tahu. Dua orang itu berakhir di mana, yang pakai pasport curi. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun] Tuan R. Sivarasa [Subang]: Boleh saya pergi dahulu?
sebagainya. Malah saya pernah sebut dalam Dewan yang mulia ini bahawa di Malaysia sendiri pun ada pihak atau ejen pekerja asing yang melarikan pasport pekerja mereka. Telah pun dibuat laporan polis. Saya difahamkan ribuan pasport pekerja asing yang telah dilarikan oleh ejen. Jadi, kita tidak tahu apa jadi dengan pasport yang telah dilarikan sama ada ia telah digunakan oleh pihak sindiket untuk menjual kepada pihak lain yang akhirnya akan digunakan pasport itu. Jadi, balik kepada apa yang disebut oleh rakan saya Yang Berhormat Bukit Katil, jadi kerajaan kena jelaslah. Kerajaan merujuk atau tidak kepada pangkalan data tersebut? Kerajaan telah merujuk ataupun tidak? Kalau ia merujuk, satu kalau ia merujuk, keduanya kenapa kerajaan menyalahkan kepada teknologi yang dikatakan lambat, yang dikatakan perlahan? Adakah kerajaan telah membuat ujian ke atas perkara tersebut iaitu pihak imigresen membuat ujian ke atas pangkalan data tersebut untuk hendak lihat sama ada memakan masa atau pun tidak?. Jadi kalau buat ujian, kita hendak tahu bahawa apabila kita buat ujian itu ia memakan masa berapa lama? Hendak belek, orang Kedah panggil 'belek', tengok macam mana. Jadi kita hendak tengok berapa lama masa yang digunakan? Kalau ikut INTERPOL, dia kata 0.2 second. Maknanya tidaklah lama. Apa salahnya kalau perlahan sedikit pun, bagi sayalah argument kita, kalau boleh kita hendak cepat untuk memudahkan proses orang keluar masuk ke dalam negara kita, pelancong asing. Akan tetapi Kementerian Dalam Negeri kena lihat juga apabila polis tengah bawa kereta umpamanya, kalau kita memandu dia suruh kita perlahan untuk hendak mengelak kemalangan. Jadi, yang ini dia tidak mahu check, dia kata lambat. Tiba-tiba kapal terbang. hilang. Kalau bawa kereta laju, polis tahan sebab dia kata itu bahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Akan tetapi apabila datang pemeriksaan imigresen, hendak check pangkalan data tidak boleh nanti perlahan, slow dari segi keluar masuk. Akan tetapi akhirnya akibat daripada hujah kita kata slow itu, kapal terbang hilang. Sampai. sekarang pun tidak jumpa sehingga kita pun jadi pening sekarang ini sebab kapal terbang hilang Tuan Pengerusi. Hari itu Perdana Menteri kata, "Ia berakhir di Selatan Lautan Hindi.". Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, imigresen Yang. Berhormat. Kapal terbang tidak masuk imigresen. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ya imigresen, pasal kawan itu pakai pasport palsu. Kawan itu pakai pasport palsu naik kapal terbang MH370... [Ketawa]. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Sudah jauh melencong. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Sekejap. Jadi, semalam pula. pemangku Menteri Pengangkutan kata Perdana Menteri kata, tidak terhempas. Dia hanya kata berakhir di situ. Jadi, sekarang ini kita hendak tahu berakhir itu duduk di mana- duduk area ataskah, atau di bawahkah? Dia kata, "Berakhir di Selatan Lautan Hindi." Kita pun jadi pening. Saya berharap kalau boleh KDN kena check balik ini, sebab permit surat khabar bawah KDN kan, teruk sekarang- Ketua-ketua Pengarang kena tukar. Mereka yang kata, "Pusara di lautan". Pasal apa? Pasal mereka pi faham Perdana Menteri kata begitu padahal pemangku Menteri Pengangkutan kata, "Perdana Menteri tidak kata terhempas" Jadi yang mereka kata, "Pusara di lautan" pasal apa? Perdana Menteri kata, "Ia berakhir di Selatan Lautan Hindi." Lagi pening. Kita pun tidak tahu sekarang ini ada di mana. Jadi, bagi saya maknanya kalau begitu, Ketua-ketua Pengarang ini kena keluarkanlah. Maknanya hangpa bodoh, tidak faham bahasa Perdana Menteri... [Ketawa][Dewan riuh] Tidak faham bahasa. Perdana Menteri... Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat... Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Sebelah sana pun tidak faham juga. Yang Berhormat Bagan Serai pun tidak faham juga? Pening! Kita ini jadi complicated. Jadi, berbalik kepada imigresen sebab dua orang itu kita tidak tahu. Dua orang itu berakhir di mana, yang pakai pasport curi. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]. Tuan R. Sivarasa [Subang]: Boleh saya pergi dahulu?.
44
58
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 45 Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya hanya hendak sebut bahawa kisah dua orang yang pakai pasport yang dicuri itu hanya dikesan oleh kerana kapal terbang itu hilang. Kalau kapal terbang itu tidak hilang, mungkin perkara ini akan berlaku dan berjalan dengan biasa sahaja dan tidak ada orang pun perasan. Lalu kita pun tidak tahu sebenarnya sudah berapa ramai orang yang menggunakan pasport yang dicuri ataupun pasport palsu yang telah bolos dalam sistem imigresen kita. Ini memang seharusnya satu perkara yang diambil berat dan saya berpegang kepada janji Menteri Dalam Negeri yang mengatakan dia akan mempertingkatkan. Akan tetapi mempertingkatkan itu saya tidak hendak lihat berbelanja dengan ratusan juta kerana apa yang dikatakan oleh INTERPOL sebenarnya benda ini perkara yang mudah. Sistem sudah ada, maklumat itu sudah ada. Hanya jalankan software yang berkenaan untuk hendak cari pasport-pasport yang sudah tersenarai. Apa pandangan Yang Berhormat Pokok Sena dalam soal ini? ■1500 Tuan R. Sivarasa [Subang]: Yang Berhormat Pokok Sena, boleh saya sambung sebelum beri penjelasan? Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ya, ya. Tuan R. Sivarasa [Subang]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Ini ringkas sahaja. Pandangan tadi Yang Berhormat Pokok Sena tentang kegunaan database dapat INTERPOL saya hendak minta penjelasan sedikit. Ini sebab Yang Berhormat Bagan Datoh- Menteri Dalam Negeri telah beri kenyataan awam, bahawa negara kita tidak ada hubungan dengan INTERPOL dan menggunakan database itu. Ini sebab kononnya ialah kalau kita sambung dengan database itu akan melambatkan kegunaan database kita di sini. Ini yang bagi saya nampak bagi saya peliklah sebab saya gunakan contoh yang biasa ya. Biasa kita buat pencarian kepada Google, so kita masuk dalam laptop kita atau ipad kita, kita hubung pada database Google. Database Google dengan jelas adalah database yang terlalu besar. Akan tetapi kita tidak boleh kata bila saya hubung pada database Google itu akan melambatkan operasi komputer saya, memang kita tidak boleh cakap macam itu. Jadi saya pun kurang fahamlah macam mana Menteri Dalam Negeri boleh kata kalau kita sambung pada database itu dapat pencarian pada 40 juta pasport yang dicuri itu, itu akan melambatkan pemprosesan data di sini. Ini yang saya memang saya ada masalah besar untuk memahami. Bagi saya tidak ada kaitan dengan dua isu itu. Sepatutnya kita patut boleh sambung pada database itu macam negara-negara lain buat dan mengikut INTERPOL sendiri hanya perlu 0.2 saat sahaja untuk buat pencarian untuk menentukan sama ada pasport yang kita ada dalam tangan kita ini adalah dalam database 40 juta itu. Jadi saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Pokok Senalah apa yang patut Menteri Dalam Negeri buat dengan hal ini. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ya, saya bersetuju dengan rakan saya daripada Yang Berhormat Subang tadi bahawa sepatutnya kerajaan kena jawab. Macam saya katakan tadi, kerajaan guna pangkalan data ataupun tidak? Semudah itu membuat kenyataan mengatakan bahawa ia memperlahankan proses keluar-masuk. Sama ada diguna ataupun tidak, ataupun pangkalan data itu hanya duduk dalam bakul sampah sahaja. Itu maknanya penjelasan yang perlu diberikan oleh kerajaan. Yang Berhormat Shah Alam- saya bersetuju dengan Yang Berhormat Shah Alam bahawa memang jawapan Menteri hari itu, Menteri hanya menjawab kepada saya dalam Dewan ini mengatakan bahawa mereka itu sebenarnya bukan pengganas. Isunya bukan mereka itu pengganas ataupun tidak, isunya ialah kita. Kita bagaimana orang boleh membolos imigresen kita dan sebagainya dengan begitu mudah. Isunya kalau kita tidak menggunakan pangkalan data yang telah pun disediakan oleh INTERPOL. Oleh sebab itu saya bersetuju dengan Yang Berhormat Shah Alam bahawa kenyataan Menteri untuk mempertingkatkan segala kemudahan yang lebih baik dan sebagainya. Akan tetapi mestilah dengan pastikan supaya tidak ada unsur-unsur ketirisan, kebocoran yang boleh menyebabkan kita terpaksa menanggung kerugian yang lebih besar. Jadi saya minta supaya Menteri jawab. Walaupun yang hadir ini ialah Timbalan Menteri
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Pokok. Sena. Saya hanya hendak sebut bahawa kisah dua orang yang pakai pasport yang dicuri itu hanya dikesan oleh kerana kapal terbang itu hilang. Kalau kapal terbang itu tidak hilang, mungkin perkara ini akan berlaku dan berjalan dengan biasa sahaja dan tidak ada orang pun perasan. Lalu kita pun tidak tahu sebenarnya sudah berapa ramai orang yang menggunakan pasport yang dicuri ataupun pasport palsu yang telah bolos dalam sistem imigresen kita. Ini memang seharusnya satu perkara yang diambil berat dan saya berpegang kepada janji Menteri Dalam Negeri yang mengatakan dia akan mempertingkatkan. Akan tetapi mempertingkatkan itu saya tidak hendak lihat berbelanja dengan ratusan juta kerana apa yang dikatakan oleh INTERPOL sebenarnya benda ini perkara yang mudah. Sistem sudah ada, maklumat itu sudah ada. Hanya jalankan software yang berkenaan untuk hendak cari pasport-pasport yang sudah tersenarai. Apa pandangan Yang Berhormat Pokok Sena dalam soal ini?. #1500. Tuan R. Sivarasa [Subang]: Yang Berhormat Pokok Sena, boleh saya sambung. sebelum beri penjelasan?. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ya, ya. Tuan R. Sivarasa [Subang]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih. kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Ini ringkas sahaja. Pandangan tadi Yang Berhormat Pokok Sena tentang kegunaan database dapat INTERPOL saya hendak minta penjelasan sedikit. Ini sebab Yang Berhormat Bagan Datoh- Menteri Dalam Negeri telah beri kenyataan awam, bahawa negara kita tidak ada hubungan dengan INTERPOL dan menggunakan database itu. Ini sebab kononnya ialah kalau kita sambung dengan database itu akan melambatkan kegunaan database kita di sini. Ini yang bagi saya nampak bagi saya peliklah sebab saya gunakan contoh yang biasa ya. Biasa kita buat pencarian kepada Google, so kita masuk dalam laptop kita atau ipad kita, kita hubung pada database Google. Database Google dengan jelas adalah database yang terlalu besar. Akan tetapi kita tidak boleh kata bila saya hubung pada database Google itu akan melambatkan operasi komputer saya, memang kita tidak boleh. cakap macam itu. Jadi saya pun kurang fahamlah macam mana Menteri Dalam Negeri boleh kata kalau kita sambung pada database itu dapat pencarian pada 40 juta pasport yang dicuri itu, itu akan melambatkan pemprosesan data di sini. Ini yang saya memang saya ada masalah besar untuk memahami. Bagi saya tidak ada kaitan dengan dua isu itu. Sepatutnya kita patut boleh sambung pada database itu macam negara-negara lain buat dan mengikut INTERPOL sendiri hanya perlu 0.2 saat sahaja untuk buat pencarian untuk menentukan sama ada pasport yang kita ada dalam tangan kita ini adalah dalam database 40 juta itu. Jadi saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Pokok Senalah apa yang patut Menteri Dalam Negeri buat dengan hal ini. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ya, saya bersetuju dengan. rakan saya daripada Yang Berhormat Subang tadi bahawa sepatutnya kerajaan kena jawab. Macam saya katakan tadi, kerajaan guna pangkalan data ataupun tidak? Semudah itu membuat kenyataan mengatakan bahawa ia memperlahankan proses keluar-masuk. Sama ada diguna ataupun tidak, ataupun pangkalan data itu hanya duduk dalam bakul sampah sahaja. Itu maknanya penjelasan yang perlu diberikan oleh kerajaan. Yang Berhormat Shah Alam- saya bersetuju dengan Yang Berhormat Shah Alam bahawa memang jawapan Menteri hari itu, Menteri hanya menjawab kepada saya dalam Dewan ini mengatakan bahawa mereka itu sebenarnya bukan pengganas. Isunya bukan mereka itu pengganas ataupun tidak, isunya ialah kita. Kita bagaimana orang boleh membolos imigresen kita dan sebagainya dengan begitu mudah. Isunya kalau kita tidak menggunakan pangkalan data yang telah pun disediakan oleh INTERPOL. Oleh sebab itu saya bersetuju dengan Yang Berhormat Shah Alam bahawa kenyataan Menteri untuk mempertingkatkan segala kemudahan yang lebih baik dan sebagainya. Akan tetapi mestilah dengan pastikan supaya tidak ada unsur-unsur ketirisan, kebocoran yang boleh menyebabkan kita terpaksa menanggung kerugian yang lebih besar. Jadi saya minta supaya Menteri jawab. Walaupun yang hadir ini ialah Timbalan Menteri.
45
59
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
46 DR.1.4.2014 kerana saya difahamkan Menteri berada di Benu, India. Dia pergi lawatan ke India, ke Bangladesh dan sebagainya. Cuma kita doalah supaya biar selamatlah tidak berada di Selatan Lautan Hindilah. Kita doalah supaya dia selamat. Saya percaya bahawa, saya percaya dia pergi ke Bangladesh itu atas isu mungkin pekerja asing. Akan tetapi pekerja asing yang masih belum jawab isunya ialah pasport yang telah pun dilarikan oleh ejen pekerja asing. Repot polis telah dibuat dengan begitu banyak. Jadi kita minta penjelasan daripada pihak kerajaan untuk memperjelaskan segala kekeliruan yang timbul ini. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya sila Yang Berhormat Menteri. Banyak yang melencong Yang Berhormat. 3.04 ptg. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat buku bajet tambahan hanya dua subject matter yang perlu dibincangkan dalam ini iaitu satu berhubung dengan soalan motosikal. Kedua berhubung dengan imigresen di lapangan terbang. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Jadi soalan-soalan yang lain itu sebenarnya tidak termasuk dalam perbahasan ini. Minta maaf saya akan sebut secara jelas ya. Ia tidak perlu dijawab- walau bagaimanapun saya jawab juga... [Ketawa] Ini sebab kasihan tengok kawan-kawan berdiri lama-lama sangat, bercakap. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Yang Berhormat beginilah ya soalan yang semua sebut. Yang Berhormat Subang sudah sebut, Menteri sudah jawab kata dia. Soalan dua passenger dari Iran itu. Juga Yang Berhormat PJ Selatan sudah kata pun itu jawapan dia, ada lagi seorang lagi Yang Berhormat sebut juga. Jadi kalau saya lihat peraturan suatu pertanyaan yang telah diberi jawapan tidak payah dijawab lagi, itu peraturan. Jadi saya sebagai bekas duduk dekat atas sana tahu peraturan ini kena bagi tahu juga Yang Berhormat, tidak perlu jawapan lagi. Jadi saya jawab secara benda lain bukan untuk menafikan ataupun mengesahkan apa yang Menteri jawab. Secara umumnya Jabatan Imigresen untuk melanggan sistem INTERPOL telah diteliti oleh kementerian. Kementerian berpandangan bahawa kaedah melanggan secara terus dengan sistem tersebut tidak memberi pulangan yang terbaik. Ini kerana selain ia melibatkan kos yang tinggi, itu untuk melanggan, dia juga perlu diintegrasikan dengan sistem yang ada yang diguna pakai oleh pihak JIM. Jadi kalau penjelasan kepada statement ini ialah begini kalau kos melanggan itu satu kos dan kos untuk memakaikan sistem itu satu kos dia dua kos sudah. Kalau satu kos lagi untuk menggantikan semua sistem yang telah dipakai oleh pihak JIM semua lapangan terbang seluruh negara sekarang, itu satu kos yang begitu besar sudah perlu kita ambil kira. Jadi dalam keadaan sedemikian pihak kementerian telah memikirkan supaya kita perkenalkan satu sistem iaitu Advance Passenger Screening System (APSS), yang mana sistem tersebut berupaya untuk membuat saringan awal yang akan digunakan terhadap semua penggambaran yang akan memasuki sempadan Malaysia pengembara. APSS juga akan dapat membantu JIM dari segi memberi amaran awal kepada JIM bahawa pihak berkuasa dapat mengenal pasti pengembara yang berisiko tinggi. APSS juga memberi respons yang cepat dari pangkalan data yang telah diintegrasi seperti INTERPOL, Lost Installment Passport dan APEC, Regional Movement and Alert System (RMAS). Kementerian bercadang mengguna pakai sepenuh sistem APSS tersebut menjelang Jun 2014. Mengikut maklumat yang diperoleh bilangan negara yang melanggan dan mengguna pakai secara sepenuhnya sistem INTERPOL adalah sekitar 70 buah negara. Jadi Yang Berhormat dia begini Yang Berhormat, apa yang berlaku, apabila seseorang menggunakan pasport yang dibeli ataupun pasport yang palsu dari luar negara, dia pertama kali memasuki negara kita biometrik kita melihat matching, thumbprintnya dimatch dengan muka dia. Walaupun dalam sudut - dia tahu yang pasport itu adalah palsu, dia bukan orang yang dibutirkan dalam pasport tetapi as far as kita punya mesin biometrik kata, orang dalam gambar itu adalah orang dalam detail, dalam pasport itu.
kerana saya difahamkan Menteri berada di Benu, India. Dia pergi lawatan ke India, ke Bangladesh dan sebagainya. Cuma kita doalah supaya biar selamatlah tidak berada di Selatan Lautan Hindilah. Kita doalah supaya dia selamat. Saya percaya bahawa, saya percaya dia pergi ke Bangladesh itu atas isu mungkin pekerja asing. Akan tetapi pekerja asing yang masih belum jawab isunya ialah pasport yang telah pun dilarikan oleh ejen pekerja asing. Repot polis telah dibuat dengan begitu banyak. Jadi kita minta penjelasan daripada pihak kerajaan untuk memperjelaskan segala kekeliruan yang timbul ini. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya sila Yang Berhormat Menteri. Banyak yang melencong Yang Berhormat. 3.04 ptg. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat buku bajet tambahan hanya dua subject matter yang perlu dibincangkan dalam ini iaitu satu berhubung dengan soalan motosikal. Kedua berhubung dengan imigresen di lapangan terbang. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Jadi soalan-soalan yang lain itu sebenarnya tidak termasuk dalam perbahasan ini. Minta maaf saya akan sebut secara jelas ya. Ia tidak perlu dijawab- walau bagaimanapun saya jawab juga... [Ketawa] Ini sebab kasihan tengok kawan-kawan berdiri lama-lama sangat, bercakap. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Yang Berhormat beginilah ya soalan yang semua sebut. Yang Berhormat Subang sudah sebut, Menteri sudah jawab kata dia. Soalan dua passenger dari Iran itu. Juga Yang Berhormat PJ Selatan sudah kata pun itu jawapan dia, ada lagi seorang lagi Yang Berhormat sebut juga. Jadi kalau saya lihat peraturan suatu pertanyaan yang telah diberi jawapan tidak payah dijawab lagi, itu peraturan. Jadi saya sebagai bekas duduk dekat atas sana tahu peraturan ini kena bagi tahu juga Yang Berhormat, tidak perlu jawapan lagi. Jadi saya jawab secara benda lain bukan untuk menafikan ataupun mengesahkan apa yang Menteri jawab. Secara umumnya Jabatan Imigresen untuk melanggan sistem INTERPOL telah diteliti oleh kementerian. Kementerian berpandangan bahawa kaedah melanggan secara terus dengan sistem tersebut tidak memberi pulangan yang terbaik. Ini kerana selain ia melibatkan kos yang tinggi, itu untuk melanggan, dia juga perlu diintegrasikan dengan sistem yang ada yang diguna pakai oleh pihak JIM. Jadi kalau penjelasan kepada statement ini ialah begini kalau kos melanggan itu satu kos dan kos untuk memakaikan sistem itu satu kos dia dua kos sudah. Kalau satu kos lagi untuk menggantikan semua sistem yang telah dipakai oleh pihak JIM semua lapangan terbang seluruh negara sekarang, itu satu kos yang begitu besar sudah perlu kita ambil kira. Jadi dalam keadaan sedemikian pihak kementerian telah memikirkan supaya kita perkenalkan satu sistem iaitu Advance Passenger Screening System (APSS), yang mana sistem tersebut berupaya untuk membuat saringan awal yang akan digunakan terhadap semua penggambaran yang akan memasuki sempadan Malaysia pengembara. APSS juga akan dapat membantu JIM dari segi memberi amaran awal kepada JIM bahawa pihak berkuasa dapat mengenal pasti pengembara yang berisiko tinggi. APSS juga memberi respons yang cepat dari pangkalan data yang telah diintegrasi seperti INTERPOL, Lost Installment Passport dan APEC, Regional Movement and Alert System (RMAS). Kementerian bercadang mengguna pakai sepenuh sistem APSS tersebut menjelang Jun 2014. Mengikut maklumat yang diperoleh bilangan negara yang melanggan dan mengguna pakai secara sepenuhnya sistem INTERPOL adalah sekitar 70 buah negara. Jadi Yang Berhormat dia begini Yang Berhormat, apa yang berlaku, apabila seseorang menggunakan pasport yang dibeli ataupun pasport yang palsu dari luar negara, dia pertama kali memasuki negara kita biometrik kita melihat matching, thumbprintnya dimatch dengan muka dia. Walaupun dalam sudut- dia tahu yang pasport itu adalah palsu, dia bukan orang yang dibutirkan dalam pasport tetapi as far as kita punya mesin biometrik kata, orang dalam gambar itu adalah orang dalam detail, dalam pasport itu.
46
60
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 47 Apabila dia masuk sekali itu, itulah orang dia dan itu juga pasport diguna pakai, itu orang juga yang keluar. Melainkan orang itu sudah pernah masuk ke sini menggunakan pasport lain dahulu dan butiran yang sama baru dia boleh mengecam. Melainkan dia ada sistem perhubungan dengan pihak Interpol Data System ataupun pengenal Advance Passenger Screening System ini kita perkenalkan. Ini sebab Advance Passenger Screening System ini ada mempunyai data maklumat berhubung dengan pasport-pasport yang hilang dan dimatch dengan muka-muka orang yang mengguna ataupun disimpan dalam pasport tersebut. Itulah apa yang berlaku pada kemasukan dua orang ini kenapa dia tidak dapat dicam. ■1510 Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan, Yang Berhormat. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Ya, Yang Berhormat. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, baik terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Kalau boleh saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan angka untuk mengatakan bahawa ia terlalu mahal dan sebagainya. Selepas itu pada masa yang sama kita pun hendak belanja juga untuk hendak upgrade kita punya sistem yang sedia ada. Maka apakah perbandingan kos penggunaan sistem INTERPOL yang keseluruhannya dan berbanding dengan sistem yang kita hendak upgrade, yang kita hendak perkenalkan sendiri tetapi yang mempunyai akses kepada pangkalan data INTERPOL. Ini yang saya faham. Maknanya apa yang kita hendak lakukan ialah kita hendak upgrade sistem yang kita sedia ada tetapi sistem yang kita ada apabila sudah diupgrade ini, akses kepada pangkalan data INTERPOL itu masih kita akan dapat lakukan. Berkenaan kenyataan bahawa terlalu mahal, terlalu mahal, terlalu mahal, kita tidak tahu apakah yang dikatakan terlalu mahal itu dan hendak bandingkan pula dengan yang kita hendak buat yang mungkin kita tidak yakin sejauh mana keberkesanannya. Ini kerana bagi saya, yang terpenting ialah akses kepada pangkalan data INTERPOL itu yang diupgrade dan dengan sendirinya kita boleh mengesan sekiranya ada mana-mana nombor pasport yang telah dilaporkan sebagai dicuri ataupun yang hilang dan diguna pula oleh mana-mana penumpang. Saya rasa kalau boleh minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan jawapan yang lebih precise. Terima kasih. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Yang Berhormat, saya menyambut baik soalan Yang Berhormat dan saya bersetuju dengan apa yang Yang Berhormat cakap. Akan tetapi, advance passengers screening system ini juga dilink dengan INTERPOL, Yang Berhormat. Maknanya, apa yang Yang Berhormat kehendaki di Dewan ini, dicadangkan di Dewan ini supaya kita punya sistem dilink dengan INTERPOL punya database akan dilaksanakan menerusi advance passengers screening system ini. Jadi daripada sudut kewangannya, Tuan Pengerusi, saya belum boleh menjawab kerana saya bimbang perundingan di antara kerajaan dengan pihak yang memperkenalkan sistem ini supaya di integratekan bukan sahaja INTERPOL, selagi-lagi ada maklumat berhubung dengan kehilangan pasport dan sebagainya akan dilinkkan dengan sistem ini. Belum lagi kita dapat. Cara pembayaran itu, adakah kerajaan yang akan bayar ataupun dibuat secara macam penswastaan. Penswastaan ini sistemnya mungkin passenger yang masuk ke Malaysia itu kena bayar berapa kosnya dengan sebagainya supaya mengurangkan kos kepada kerajaan tetapi passenger yang masuk ke Malaysia ini akan membayar sendiri kos kemasukan mereka semasa membeli tiket umpamanya. Sistem ini ialah masa dia membeli tiket. Bila tiket telah diberi kepada dia, dia kata hendak datang ke Malaysia, pada ketika itu sistem ini akan dilaksanakan dan akan screen dia punya latar belakang, dia punya keselamatan dan sebagainya. Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma penjelasan daripada kerajaan tentang yang diumumkan tadi soal advance passengers screening system (APSS). Saya jadi bimbang bila Yang
Apabila dia masuk sekali itu, itulah orang dia dan itu juga pasport diguna pakai, itu. orang juga yang keluar. Melainkan orang itu sudah pernah masuk ke sini menggunakan pasport lain dahulu dan butiran yang sama baru dia boleh mengecam. Melainkan dia ada sistem perhubungan dengan pihak Interpol Data System ataupun pengenal Advance Passenger Screening System ini kita perkenalkan. Ini sebab Advance Passenger Screening System ini ada mempunyai data maklumat berhubung dengan pasport-pasport yang hilang dan dimatch dengan muka-muka orang yang mengguna ataupun disimpan dalam pasport tersebut. Itulah apa yang berlaku pada kemasukan dua orang ini kenapa dia tidak dapat dicam. #1510. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan, Yang. Berhormat. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Ya, Yang Berhormat. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, baik terima kasih Yang. Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Kalau boleh saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan angka untuk mengatakan bahawa ia terlalu mahal dan sebagainya. Selepas itu pada masa yang sama kita pun hendak belanja juga untuk hendak upgrade kita punya sistem yang sedia ada. Maka apakah perbandingan kos penggunaan sistem INTERPOL yang keseluruhannya dan berbanding dengan sistem yang kita hendak upgrade, yang kita hendak perkenalkan sendiri tetapi yang mempunyai akses kepada pangkalan data INTERPOL. Ini yang saya faham. Maknanya apa yang kita hendak lakukan ialah kita hendak upgrade sistem yang kita sedia ada tetapi sistem yang kita ada apabila sudah diupgrade ini, akses kepada pangkalan data INTERPOL itu masih kita akan dapat lakukan. Berkenaan kenyataan bahawa terlalu mahal, terlalu mahal, terlalu mahal, kita tidak tahu apakah yang dikatakan terlalu mahal itu dan hendak bandingkan pula dengan yang kita hendak buat yang mungkin kita tidak yakin sejauh mana keberkesanannya. Ini kerana bagi saya, yang terpenting ialah akses kepada pangkalan data INTERPOL itu yang diupgrade dan dengan sendirinya kita boleh mengesan sekiranya ada mana-mana nombor pasport yang telah dilaporkan sebagai dicuri ataupun yang hilang dan diguna pula oleh mana-mana penumpang. Saya rasa kalau boleh minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan jawapan yang lebih precise. Terima kasih. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Yang Berhormat, saya menyambut. baik soalan Yang Berhormat dan saya bersetuju dengan apa yang Yang Berhormat cakap. Akan tetapi, advance passengers screening system ini juga dilink dengan INTERPOL, Yang Berhormat. Maknanya, apa yang Yang Berhormat kehendaki di Dewan ini, dicadangkan di Dewan ini supaya kita punya sistem dilink dengan INTERPOL punya database akan dilaksanakan menerusi advance passengers screening system ini. Jadi daripada sudut kewangannya, Tuan Pengerusi, saya belum boleh menjawab kerana saya bimbang perundingan di antara kerajaan dengan pihak yang memperkenalkan sistem ini supaya di integratekan bukan sahaja INTERPOL, selagi-lagi ada maklumat berhubung dengan kehilangan pasport dan sebagainya akan dilinkkan dengan sistem ini. Belum lagi kita dapat. Cara pembayaran itu, adakah kerajaan yang akan bayar ataupun dibuat secara macam penswastaan. Penswastaan ini sistemnya mungkin passenger yang masuk ke. Malaysia itu kena bayar berapa kosnya dengan sebagainya supaya mengurangkan kos kepada kerajaan tetapi passenger yang masuk ke Malaysia ini akan membayar sendiri kos kemasukan mereka semasa membeli tiket umpamanya. Sistem ini ialah masa dia membeli tiket. Bila tiket telah diberi kepada dia, dia kata hendak datang ke Malaysia, pada ketika itu sistem ini akan dilaksanakan dan akan screen dia punya latar belakang, dia punya keselamatan dan sebagainya. Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Terima kasih. Tuan Pengerusi. Saya cuma penjelasan daripada kerajaan tentang yang diumumkan tadi soal advance passengers screening system (APSS). Saya jadi bimbang bila Yang.
47
61
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
48 DR.1.4.2014 Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa kemungkinan ada swasta yang akan terlibat dan sebagainya kerana saya percaya APSS ini kalau betul pangkalan data boleh semak criminal background, dengan izin dan sebagainya, ini membabitkan security ataupun keselamatan apatah lagi pasca ataupun post MH370 ini, kita menekankan soal keselamatan yang bukan sedikit kosnya malah kita terpaksa berhadapan dengan risiko yang lebih besar. Sebab itu saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya inginkan penjelasan. Saya difahamkan. Kalau mengikut pembacaan saya bahawa APSS ini dilancarkan as a pilot project by the immigration and check point security of Singapore. Saya percaya kalau itu berlaku, bermakna Kerajaan Singapura sudah pasti ada beberapa penilaian terhadap program ini. Apakah kerajaan mengambil iktibar ataupun membuat kajian perbandingan supaya APSS ini kita boleh kurangkan kos. Dalam masa yang sama kita tidak swastakan mana-mana syarikat. Biar kerajaan take control kerana ini membabitkan soal security. Terima kasih. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tambah daripada apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil. Saya merasakan bahawa persoalan keselamatan ini memang tidak perlu ataupun tidak patut kita swastakan, lebih-lebih lagi apabila disebut bahawa kosnya akan ditanggung oleh pihak penumpang itu sendiri. Maknanya kalau kita sudah ada dia punya sistem di mana kita akan charge bila dia beli tiket ataupun apa juga yang bayar untuk visa, apa-apa itu, maka ia akan termasuk dalam kos untuk advance passengers screening system ini. Maka saya tidak nampak ada perlunya untuk usaha penswastaan. Dalam soal ini, ia merupakan persoalan keselamatan, nyawa penumpang- penumpang yang menaiki mana-mana pesawat pada masa yang akan datang. Maka kita tidak mahu ada satu keadaan di mana perkiraan kewangan itu mengatasi perkiraan keselamatan. Kalau kita swastakan, kita khuatir pada ketika-ketika yang tertentu, mungkin ada usaha untuk melakukan penjimatan. Maka screening itu tidak dilakukan dengan 100% pada setiap ketika kerana hendak maximize keuntungan dan sebagainya kerana dia pihak swasta. Maka ia merupakan satu perkara yang tidak boleh kita terima dan kompromi. Seharusnya, persoalan keselamatan ini tidak boleh kita swastakan dan kita hendak tentukan ia satu usaha yang akan thorough, ia akan telus, ia terperinci dan walau apa sekali kos, akhirnya keuntungan itu bukan merupakan perkiraan yang terpenting. Maka ia perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dengan mengenakan charge yang minimum dan bukan untuk mendapat keuntungan tetapi pada masa yang sama menjamin keselamatan. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat. Ada kalanya memang banyak perkara yang baik keluar daripada Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Bukit Katil. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bukan ada kalanya, Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi biasanya... [Ketawa] Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Itu Tuan Pengerusi, lagipun benda macam ini saya tidak mahulah gaduh dengan kawan. Sudah lama sangat. Subjektiflah benda itu. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat, memang kita tidak akan berkompromi dalam sudut keselamatan negara. Penswastaan yang saya sebut di sini mungkin, saya gunakan perkataan mungkin sebab ia terlalu awal bagi saya untuk mengatakan sebab belum diputus oleh pihak kerajaan dan kementerian. Kementerian mencadangkan dan kerajaan akan meluluskan apa sahaja sistem yang diperkenalkan sama ada dia penswastaan lagi, Yang Berhormat. Khazanah pun penswastaan juga. Jadi dia wholly owned by kerajaan. Jadi jangan dikelirukan- dia hanya kepunyaan ‘A’, ‘B’ atau ‘C’. ‘A’ anak ‘B’ dan sebagainya. Penswastaan ini mungkin kerajaan wholly owned dan sebagainya. Bermacam-macam. Jadi itu semua option yang kita lihat. Walau bagaimanapun, kita juga sudah kaji. Terima kasih maklumat berhubung dengan Singapura telah memperkenalkan. Sebenarnya, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Afrika Selatan, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu pun sudah melaksanakan sistem yang sama, Yang Berhormat. Maknanya kita bukanlah datang dengan benda yang unik atau benda yang belum dipakai oleh orang lain yang kita hendak perkenalkan. Hanya sudut cara sistem ini, macam mana kita hendak mengolahnya.
Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa kemungkinan ada swasta yang akan terlibat dan sebagainya kerana saya percaya APSS ini kalau betul pangkalan data boleh semak criminal background, dengan izin dan sebagainya, ini membabitkan security ataupun keselamatan apatah lagi pasca ataupun post MH370 ini, kita menekankan soal keselamatan yang bukan sedikit kosnya malah kita terpaksa berhadapan dengan risiko yang lebih besar. Sebab itu saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya inginkan penjelasan. Saya difahamkan. Kalau mengikut pembacaan saya bahawa APSS ini dilancarkan as a pilot project by the immigration and check point security of Singapore. Saya percaya kalau itu berlaku, bermakna Kerajaan Singapura sudah pasti ada beberapa penilaian terhadap program ini. Apakah kerajaan mengambil iktibar ataupun membuat kajian perbandingan supaya APSS ini kita boleh kurangkan kos. Dalam masa yang sama kita tidak swastakan mana-mana syarikat. Biar kerajaan take control kerana ini membabitkan soal security. Terima kasih. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Baik, terima kasih Yang Berhormat. Timbalan Menteri. Saya hendak tambah daripada apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Bukit Katil. Saya merasakan bahawa persoalan keselamatan ini memang tidak perlu ataupun tidak patut kita swastakan, lebih-lebih lagi apabila disebut bahawa kosnya akan ditanggung oleh pihak penumpang itu sendiri. Maknanya kalau kita sudah ada dia punya sistem di mana kita akan charge bila dia beli tiket ataupun apa juga yang bayar untuk visa, apa-apa itu, maka ia akan termasuk dalam kos untuk advance passengers screening system ini. Maka saya tidak nampak ada perlunya untuk usaha penswastaan. Dalam soal ini, ia merupakan persoalan keselamatan, nyawa penumpang- penumpang yang menaiki mana-mana pesawat pada masa yang akan datang. Maka kita tidak mahu ada satu keadaan di mana perkiraan kewangan itu mengatasi perkiraan keselamatan. Kalau kita swastakan, kita khuatir pada ketika-ketika yang tertentu, mungkin ada usaha untuk melakukan penjimatan. Maka screening itu tidak dilakukan dengan 100% pada setiap ketika kerana hendak maximize keuntungan dan sebagainya kerana dia pihak swasta. Maka ia merupakan satu perkara yang tidak boleh kita terima dan kompromi. Seharusnya, persoalan keselamatan ini tidak boleh kita swastakan dan kita hendak tentukan ia satu usaha yang akan thorough, ia akan telus, ia terperinci dan walau apa sekali kos, akhirnya keuntungan itu bukan merupakan perkiraan yang terpenting. Maka ia perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dengan mengenakan charge yang minimum dan bukan untuk mendapat keuntungan tetapi pada masa yang sama menjamin keselamatan. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat. Ada kalanya memang banyak perkara yang baik keluar daripada Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Bukit Katil. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bukan ada kalanya, Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi biasanya... [Ketawa]. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Itu Tuan Pengerusi, lagipun benda. macam ini saya tidak mahulah gaduh dengan kawan. Sudah lama sangat. Subjektiflah benda itu. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat, memang kita tidak akan berkompromi dalam sudut keselamatan negara. Penswastaan yang saya sebut di sini mungkin, saya gunakan perkataan mungkin sebab ia terlalu awal bagi saya untuk mengatakan sebab belum diputus oleh pihak kerajaan dan kementerian. Kementerian mencadangkan dan kerajaan akan meluluskan apa sahaja sistem yang diperkenalkan sama ada dia penswastaan lagi, Yang Berhormat. Khazanah pun penswastaan juga. Jadi dia wholly owned by kerajaan. Jadi jangan dikelirukan- dia hanya kepunyaan 'A', 'B' atau 'C'. 'A' anak 'B' dan sebagainya. Penswastaan ini mungkin kerajaan wholly owned dan sebagainya. Bermacam-macam. Jadi itu semua option yang kita lihat. Walau bagaimanapun, kita juga sudah kaji. Terima kasih maklumat berhubung dengan Singapura telah memperkenalkan. Sebenarnya, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Afrika Selatan, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu pun sudah. melaksanakan sistem yang sama, Yang Berhormat. Maknanya kita bukanlah datang dengan benda yang unik atau benda yang belum dipakai oleh orang lain yang kita hendak perkenalkan. Hanya sudut cara sistem ini, macam mana kita hendak mengolahnya.
48
62
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 49 Sebenarnya memakan masa yang panjang sedikit sebab Yang Berhormat Menteri dan saya pun masuk tidak sampai pun satu tahun. Daripada peringkat itulah, sistem ini kita fikir dalam kementerian. Jadi Yang Berhormat, kita cukup yakin bahawa semua elemen yang Yang Berhormat Shah Alam sebut tadi tidak mengkompromikan keselamatan negara oleh kerana hendak mencari keuntungan dan juga tidak melihat kepada sudut keuntungan tetapi pentingnya ialah untuk keselamatan negara dan keselamatan kapal terbang. Keselamatan lapangan-lapangan terbang kita di seluruh negara itu yang kita pentingkan. Jadi Yang Berhormat, insya-Allah kita akan maklumkan kepada Parlimen apabila benda ini dilaksanakan nanti. Sistem ini dilaksanakan nanti. ■1520 Yang Berhormat, panjang sangat sudah cerita soal memperkenalkan apa sistem kita hendak perkenalkan untuk keselamatan di lapangan terbang dan menjamin supaya mereka yang masuk ke dalam kapal terbang itu tidak menggunakan dokumen-dokumen sebagaimana yang berlaku pada MH370 itu. Jadi kita telah jawab Yang Berhormat. Jadi saya kembali kepada yang disoal oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Ini memang banyak benda yang relevan. Persoalan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, kadar jenayah terutama kes ragut di Seksyen 17 Taman Sri Manja dengan merujuk kes yang berlaku pada 27 Mac dan mangsa telah meninggal dunia pada 30 Mac telah menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkannya. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan juga membangkitkan tentang kesukaran orang awam untuk membuat laporan polis walau terdapat pondok polis di kawasan berkenaan. Sebenarnya Yang Berhormat, kes ini masih dalam siasatan polis di bawah seksyen 302 iaitu bunuh dan sehingga sekarang belum ada tangkapan yang dibuat. Soal pondok polis yang disebut oleh Yang Berhormat, dua tiga perkara saya hendak sebut tadi. Satu, tidak cukup anggota. Kedua, tidak terima report. Ketiga, layanan tidak berapa baik. Yang Berhormat, sebenarnya yang akhir itu Yang Berhormat sebut secara khusus OCPD itu. Sudah lama sangat berkhidmat di sana. Saya akan jawab satu persatu Yang Berhormat. Pertamanya pondok polis ini ialah sebagai tempat pertemuan, converging point, ia bukan polis station yang sebenar, bukan berfungsi sebagai pondok polis. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, sistem yang kita perkenalkan semenjak tahun 2005, saya sendiri terlibat Yang Berhormat, meminda undang-undang Penal Code dan CPC 2005 untuk mengubah sistem yang diperkenalkan dahulu sebelum itu dalam undang-undang yang sama bahawa apabila polis diberikan maklumat berhubung dengan berlakunya satu- satu kesalahan ataupun jenayah, mesti menerima laporan tersebut tidak kira di mana sama ada naik kereta MPV ataupun dia naik motor- URB, dia berjalan, ataupun di bit, dia kena terima laporan daripada orang awam. Tujuan undang-undang ini dipinda, semangatnya ialah untuk mendekatkan perkhidmatan polis kepada masyarakat. Jadi, kita ambil berat soalan Yang Berhormat sebut bahawa ada kadangkalanya polis tidak menerima laporan. Jadi kita akan susulkan perkara ini Yang Berhormat dan terima kasih atas maklum balas yang telah Yang Berhormat sebut tadi. Keduanya ialah soal rondaan MPV dan motosikal. Soal motosikal Yang Berhormat, sebagaimana yang telah dimaklumkan pada bajet Perdana Menteri yang lepas bahawa kita bercadang hendak mengadakan 5,000 motor untuk URB iaitu Unit Rondaan Bermotor di seluruh negara. Sehingga sekarang ini kita sudah beli 1,800 dan 1,800 ini kita telah agih ke seluruh negara, tiap-tiap negeri sudah kita agih. Memang saya mengatakan belum lagi mencukupi kerana target kita ialah, sasaran kita ialah 5,000 unit, kita hanya baru beli 1,800. Bajet yang diluluskan oleh Dewan ini juga Tuan Yang di-Pertua. Jadi dalam keadaan sedemikian, memang ada dari sudut yang belum lagi mencukupi. Walau bagaimanapun, rondaan 24 jam ketika ini terdapat 51 motosikal yang ditempatkan di Balai Polis Seapark, Sungai Way, Balai Polis Damansara yang akan membuat rondaan secara terus selama 24 jam di kawasan tersebut. Memandangkan kawasan tanggungjawab yang begitu luas, pihak polis tidak berupaya membuat rondaan di semua kawasan di Petaling Jaya. Berkenaan kes ragut tadi Yang Berhormat, polis memang
Sebenarnya memakan masa yang panjang sedikit sebab Yang Berhormat Menteri dan saya pun masuk tidak sampai pun satu tahun. Daripada peringkat itulah, sistem ini kita fikir dalam kementerian. Jadi Yang Berhormat, kita cukup yakin bahawa semua elemen yang Yang Berhormat Shah Alam sebut tadi tidak mengkompromikan keselamatan negara oleh kerana hendak mencari keuntungan dan juga tidak melihat kepada sudut keuntungan tetapi pentingnya ialah untuk keselamatan negara dan keselamatan kapal terbang. Keselamatan lapangan-lapangan terbang kita di seluruh negara itu yang kita pentingkan. Jadi Yang Berhormat, insya-Allah kita akan maklumkan kepada Parlimen apabila benda ini. dilaksanakan nanti. Sistem ini dilaksanakan nanti. #1520. Yang Berhormat, panjang sangat sudah cerita soal memperkenalkan apa sistem kita hendak perkenalkan untuk keselamatan di lapangan terbang dan menjamin supaya mereka yang masuk ke dalam kapal terbang itu tidak menggunakan dokumen-dokumen sebagaimana yang berlaku pada MH370 itu. Jadi kita telah jawab Yang Berhormat. Jadi saya kembali kepada yang disoal oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Ini memang banyak benda yang relevan. Persoalan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, kadar jenayah terutama kes ragut di Seksyen 17 Taman Sri Manja dengan merujuk kes yang berlaku pada 27 Mac dan mangsa telah meninggal dunia pada 30 Mac telah menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkannya. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan juga membangkitkan tentang kesukaran orang awam untuk membuat laporan polis walau terdapat pondok polis di kawasan berkenaan. Sebenarnya Yang Berhormat, kes ini masih dalam siasatan polis di bawah seksyen 302 iaitu bunuh dan sehingga sekarang belum ada tangkapan yang dibuat. Soal pondok polis yang disebut oleh Yang Berhormat, dua tiga perkara saya hendak sebut tadi. Satu, tidak cukup anggota. Kedua, tidak terima report. Ketiga, layanan tidak berapa baik. Yang Berhormat, sebenarnya yang akhir itu Yang Berhormat sebut secara khusus OCPD itu. Sudah lama sangat berkhidmat di sana. Saya akan jawab satu persatu Yang Berhormat. Pertamanya pondok polis ini ialah sebagai tempat pertemuan, converging point, ia bukan polis station yang sebenar, bukan berfungsi sebagai pondok polis. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, sistem yang kita perkenalkan semenjak tahun 2005, saya sendiri terlibat Yang Berhormat, meminda undang-undang Penal Code dan CPC 2005 untuk mengubah sistem yang diperkenalkan dahulu sebelum itu dalam undang-undang yang sama bahawa apabila polis diberikan maklumat berhubung dengan berlakunya satu- satu kesalahan ataupun jenayah, mesti menerima laporan tersebut tidak kira di mana sama ada naik kereta MPV ataupun dia naik motor- URB, dia berjalan, ataupun di bit, dia kena terima laporan daripada orang awam. Tujuan undang-undang ini dipinda, semangatnya ialah untuk mendekatkan perkhidmatan polis kepada masyarakat. Jadi, kita ambil berat soalan Yang Berhormat sebut bahawa ada kadangkalanya polis tidak menerima laporan. Jadi kita akan susulkan perkara ini Yang Berhormat dan terima kasih atas maklum balas yang telah Yang Berhormat sebut tadi. Keduanya ialah soal rondaan MPV dan motosikal. Soal motosikal Yang Berhormat, sebagaimana yang telah dimaklumkan pada bajet Perdana Menteri yang lepas bahawa kita bercadang hendak mengadakan 5,000 motor untuk URB iaitu Unit Rondaan Bermotor di seluruh negara. Sehingga sekarang ini kita sudah beli 1,800 dan 1,800 ini kita telah agih ke seluruh negara, tiap-tiap negeri sudah kita agih. Memang saya mengatakan belum lagi mencukupi kerana target kita ialah, sasaran kita ialah 5,000 unit, kita hanya baru beli 1,800. Bajet yang diluluskan oleh Dewan ini juga Tuan Yang di-Pertua. Jadi dalam keadaan sedemikian, memang ada dari sudut yang belum lagi mencukupi. Walau bagaimanapun, rondaan 24 jam ketika ini terdapat 51 motosikal yang ditempatkan di Balai Polis Seapark, Sungai Way, Balai Polis Damansara yang akan membuat rondaan secara terus selama 24 jam di kawasan tersebut. Memandangkan kawasan tanggungjawab yang begitu luas, pihak polis tidak berupaya membuat rondaan di semua kawasan di Petaling Jaya. Berkenaan kes ragut tadi Yang Berhormat, polis memang.
49
63
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
50 DR.1.4.2014 mengambil berat dan mengambil tindakan berhubung dengan apa Yang Berhormat sebutkan sebelum itu tadi. Itu dua perkara yang besar Yang Berhormat bangkitkan. Saya bangkit kepada Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat, sebenarnya soalan RELA itu, ia RM10 sahaja. RM10 kalau saya jawab panjang-panjang pun, Tuan Pengerusi kata itu token sahaja, tidak payah. Jadi walau bagaimanapun, saya ada sedikit jawapan di sini. Berhubung dengan itu juga, kehilangan senjata Yang Berhormat sebut. Memang kita tahu ia ada masuk dalam Laporan Audit dan sebagainya. Itu juga tidak ada termasuk dalam ini kerana ia adalah soalan motor dan soalan imigresen punya facial record di lapangan terbang. Jadi nampaknya Yang Berhormat, benda-benda yang relevan semua sudah saya jawab. Mana-mana soalan yang dibangkitkan, dua-dua Yang Berhormat daripada Tanjong dan juga daripada Batu Gajah tadi, soalannya kita akan jawab secara bertulis kerana tidak perlu dijawab di sini oleh kerana ia bukan ada hubung kait dengan dua agenda yang telah ditetapkan oleh kertas dalam bajet ini. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM15,995,600 untuk Maksud B.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM15,955,600 untuk Maksud B.62 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual] Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM70 untuk Maksud P.62 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM70 untuk Maksud P.62 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013] Maksud B.21 [Jadual] - Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Kepala Bekalan B.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terbuka untuk dibahaskan. [Tiada perbahasan] Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM20,000,000 untuk Maksud B.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM20,000,000 untuk Maksud B.21 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual] Maksud P.22 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] - Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Kepala Pembangunan P.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terbuka untuk dibahaskan. Yang Berhormat Tenom.
mengambil berat dan mengambil tindakan berhubung dengan apa Yang Berhormat sebutkan sebelum itu tadi. Itu dua perkara yang besar Yang Berhormat bangkitkan. Saya bangkit kepada Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat, sebenarnya soalan RELA itu, ia RM10 sahaja. RM10 kalau saya jawab panjang-panjang pun, Tuan Pengerusi kata itu token sahaja, tidak payah. Jadi walau bagaimanapun, saya ada sedikit jawapan di sini. Berhubung dengan itu juga, kehilangan senjata Yang Berhormat sebut. Memang kita tahu ia ada masuk dalam Laporan Audit dan sebagainya. Itu juga tidak ada termasuk dalam ini kerana ia adalah soalan motor dan soalan imigresen punya facial record di lapangan terbang. Jadi nampaknya Yang Berhormat, benda-benda yang relevan semua sudah saya jawab. Mana-mana soalan yang dibangkitkan, dua-dua Yang Berhormat daripada Tanjong dan juga daripada Batu Gajah tadi, soalannya kita akan jawab secara bertulis kerana tidak perlu dijawab di sini oleh kerana ia bukan ada hubung kait dengan dua agenda yang telah ditetapkan oleh kertas dalam bajet ini. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM15,995,600 untuk Maksud B.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM15,955,600 untuk Maksud B.62 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM70 untuk Maksud P.62 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM70 untuk Maksud P.62 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]. Maksud B.21 [Jadual]-. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Kepala Bekalan B.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terbuka untuk dibahaskan. [Tiada perbahasan] Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM20,000,000 untuk Maksud B.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM20,000,000 untuk Maksud B.21 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]. Maksud P.22 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013]-. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Kepala Pembangunan P.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terbuka untuk dibahaskan. Yang Berhormat Tenom.
50
64
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 51 3.28 ptg. Datuk Raime Unggi [Tenom]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga turut ingin berbahas dalam Perbekalan Tambahan ini berkenaan dengan P.22 bagi Maksud 02300 berkenaan dengan Jalan-jalan Luar Bandar. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Tuan Pengerusi, pada penggal lepas beberapa jalan luar bandar telah diluluskan di kawasan saya. Antaranya iaitu jalan raya Korolok, antara Jalan Marais dan juga jalan di Kampung Mengusok dan juga jalan raya di Kampung Gomisi Tuan Pengerusi. Dalam perbahasan ini Tuan Pengerusi, saya ingin tanya kepada pihak kementerian berkenaan jalan raya Korolok ini. Seperti mana saya nyatakan tadi telah diluluskan pada penggal lepas jalan-jalan luar bandar yang tidak silap saya lebih kurang antara RM7 juta atau RM8 juta telah diluluskan oleh pihak kementerian. Akan tetapi nampaknya Tuan Pengerusi, jalan tersebut tidak dapat dilaksanakan. Pada kali ini peruntukan tambahan sebanyak RM72 juta, bagi Sabah sebanyak RM18 juta. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah peruntukan ini ataupun projek jalan raya Korolok ini, jalan luar bandar ini telah dapat dilaksanakan dengan adanya peruntukan tambahan ini. ■1530 Beberapa kali telah saya lihat telah dibangkitkan sama ada di peringkat daerah hinggalah di peringkat Parlimen. Ini kerana jalan raya ini amat penting kerana kampung tersebut memerlukan jalan tersebut kerana terdapat sekolah dan menjadi salah satu penghubungan utama bagi kampung tersebut yang mana jalan raya Krolok ini. Begitu juga Tuan Pengerusi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan dengan perancangan jalan-jalan luar bandar ini. Saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan dengan keutamaan-keutamaan yang telah kita senaraikan pada masa-masa yang lalu untuk supaya jalan-jalan ini dapat dinaik taraf. Saya kira apabila pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar memberi peruntukan kepada jalan- jalan luar bandar di kawasan saya, begitu amat membantu kepada kawasan-kawasan yang terlibat. Yang pertama, ingin saya nyatakan senarai yang telah saya utamakan dalam soal pembangunan jalan-jalan luar bandar ini. Jalan raya ring road di antara Pa-Seberang dan juga Inubai dan begitu juga dengan jalan raya Pengansamon dan juga jalan raya Ring Road Kuala Tumani dan juga Bangkulin. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian. Adakah jalan-jalan ini telah disenaraikan dan bilakah akan dilaksanakan oleh pihak kementerian? Mungkin boleh dilaksanakan melalui peruntukan tambahan seperti mana yang termaktub dalam Akta Perbekalan Tambahan ini. Jadi, saya harap pihak kementerian dapat memberi pertimbangan dan juga kelulusan supaya beberapa jalan ini dapat diberi keutamaan pada tahun ini untuk membantu masyarakat atau pun kampung-kampung yang terlibat di mana jalan-jalan ini adalah merupakan jalan-jalan utama. Tuan Pengerusi, jadi saya harap terutama kepada jalan Krolok tadi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian. Oleh sebab jalan ini telah lama diluluskan dan ianya berserta dengan jalan raya Merais yang pada penggal lepas telah dilaksanakan dan beberapa jalan yang lain. Cuma tinggal jalan ini sahaja belum dapat dilaksanakan. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kota Raja. 3.33 ptg. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud P.22 - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Juga mengenai 02300 – Jalan-Jalan Luar Bandar.
3.28 ptg. Datuk Raime Unggi [Tenom]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga turut ingin berbahas dalam Perbekalan Tambahan ini berkenaan dengan P.22 bagi Maksud 02300 berkenaan dengan Jalan-jalan Luar Bandar. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Tuan Pengerusi, pada penggal lepas beberapa jalan luar bandar telah diluluskan di kawasan saya. Antaranya iaitu jalan raya Korolok, antara Jalan Marais dan juga jalan di Kampung Mengusok dan juga jalan raya di Kampung Gomisi Tuan Pengerusi. Dalam perbahasan ini Tuan Pengerusi, saya ingin tanya kepada pihak kementerian berkenaan jalan raya Korolok ini. Seperti mana saya nyatakan tadi telah diluluskan pada penggal lepas jalan-jalan luar bandar yang tidak silap saya lebih kurang antara RM7 juta atau RM8 juta telah diluluskan oleh pihak kementerian. Akan tetapi nampaknya Tuan Pengerusi, jalan tersebut tidak dapat dilaksanakan. Pada kali ini peruntukan tambahan sebanyak RM72 juta, bagi Sabah sebanyak RM18 juta. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah peruntukan ini ataupun projek jalan raya Korolok ini, jalan luar bandar ini telah dapat dilaksanakan dengan adanya peruntukan tambahan ini. #1530 Beberapa kali telah saya lihat telah dibangkitkan sama ada di peringkat daerah hinggalah di peringkat Parlimen. Ini kerana jalan raya ini amat penting kerana kampung tersebut memerlukan jalan tersebut kerana terdapat sekolah dan menjadi salah satu penghubungan utama bagi kampung tersebut yang mana jalan raya Krolok ini. Begitu juga Tuan Pengerusi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan dengan perancangan jalan-jalan luar bandar ini. Saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan dengan keutamaan-keutamaan yang telah kita senaraikan pada masa-masa yang lalu untuk supaya jalan-jalan ini dapat dinaik taraf. Saya kira apabila pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar memberi peruntukan kepada jalan- jalan luar bandar di kawasan saya, begitu amat membantu kepada kawasan-kawasan yang terlibat. Yang pertama, ingin saya nyatakan senarai yang telah saya utamakan dalam soal pembangunan jalan-jalan luar bandar ini. Jalan raya ring road di antara Pa-Seberang dan juga Inubai dan begitu juga dengan jalan raya Pengansamon dan juga jalan raya Ring Road Kuala Tumani dan juga Bangkulin. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian. Adakah jalan-jalan ini telah disenaraikan dan bilakah akan dilaksanakan oleh pihak kementerian? Mungkin boleh dilaksanakan melalui peruntukan tambahan seperti mana yang termaktub dalam Akta Perbekalan Tambahan ini. Jadi, saya harap pihak kementerian dapat memberi pertimbangan dan juga kelulusan supaya beberapa jalan ini dapat diberi keutamaan pada tahun ini untuk membantu masyarakat atau pun kampung-kampung yang terlibat di mana jalan-jalan ini adalah merupakan jalan-jalan utama. Tuan Pengerusi, jadi saya harap terutama kepada jalan Krolok tadi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian. Oleh sebab jalan ini telah lama diluluskan dan ianya berserta dengan jalan raya Merais yang pada penggal lepas telah dilaksanakan dan beberapa jalan yang lain. Cuma tinggal jalan ini sahaja belum dapat dilaksanakan. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kota Raja. 3.33 ptg. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud P.22- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Juga mengenai 02300- Jalan-Jalan Luar Bandar.
51
65
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
52 DR.1.4.2014 Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang peruntukan menaik taraf jalan-jalan di kawasan-kawasan kampung tradisional, terutamanya di kawasan Kota Raja. Saya dapati bahawa jalan-jalan di kampung-kampung, saya tidak pasti adakah hanya jalan-jalan yang berturap tar sahaja yang diberi perhatian oleh kementerian? Bagaimana dengan jalan-jalan di dalam kampung sendiri yang biasanya diturap hanya dengan dipanggil, crusher run. Jadi, selama lima tahun di Kota Raja saya dapati bahawa kampung-kampung seperti Kampung Johan Setia, Kampung Jawa, Jalan Kebun tidak diberi perhatian sepatutnya oleh Kementerian Luar Bandar. Saya bangkitkan perkara ini di dalam ucapan terima kasih saya kepada Titah Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini kerana tidak ada usaha untuk menaiktarafkan jalan-jalan kampung ini. Kepayahan kami adalah apabila pihak-pihak PBT enggan menggunakan atau pun tidak dapat menggunakan peruntukan MARRIS untuk jalan-jalan kampung. Ini tidak difahami oleh rakyat jelata yang tinggal di kampung-kampung tradisional. Mereka mempunyai persepsi bahawa kerajaan negeri menganaktirikan mereka kerana tidak menaiktarafkan jalan-jalan kampung ini. Jadi, saya minta kementerian memberi perhatian kepada kampung-kampung tradisional kerana di masa-masa yang lampau, di masa-masa sebelum ini, jalan-jalan ini diberi perhatian oleh kementerian. Akan tetapi apabila Selangor diambil alih oleh Pakatan Rakyat, kita nampak jalan-jalan kampung tidak diberi perhatian. Kawasan-kawasan yang mungkin saya sendiri lihatlah DUN di mana dimenangi oleh Barisan Nasional, jalannya cantik. Diberi peruntukan untuk naik taraf jalan-jalan ini. Jadi, saya harap kampung-kampung di bawah Pakatan Rakyat tidak dianaktirikan. Ini kerana mereka ini juga perlu diberi hak mereka dan juga dilayan sama rata seperti kampung-kampung tradisional lain. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sibuti. 3.36 ptg. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin hendak bercakap pasal P.22 02300 - Jalan-Jalan Luar Bandar. Terima kasih kepada kerajaan kerana banyak kawasan saya di luar bandar sudah dinaiktaraf. Saya hendak mohon pertambahan, jika boleh pihak kementerian Luar Bandar menyiapkan jalan raya daripada Kampung Kuala Sibuti ke Kampung Pejuang Kelulit yang tengah-tengah antara sekolah ke jambatan itu belum siap lagi. Jalan di beberapa buah sekolah-sekolah di luar bandar dan juga di kampung- kampung Bakam di Sibuti masih perlu jalan-jalan untuk dinaik taraf. Di kawasan-kawasan saya di luar bandar banyak sudah dinaik taraf. Kawasan ini mohonlah penambahan baik di peruntukan yang akan datang. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Seremban. 3.37 ptg. Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga hendak menyentuh sedikit berkenaan dengan Butiran Projek 02300 – Jalan-Jalan Luar Bandar. Khususnya peruntukan RM45.2 juta untuk Sarawak. Rakan saya juga pemimpin daripada Sarawak- minggu lepas saya ada pergi melawat sebuah rumah panjang di Kuala Sigu memakai bot, dua-tiga jam daripada Sebauh dalam Parlimen Bintulu. Kita pergi melawat rumah panjang tersebut kerana DAP ada sebuah program di Sarawak yang bernama “Impian Sarawak”, untuk membantu masyarakat-masyarakat di luar bandar. Terutamanya rumah-rumah panjang yang tidak mendapat perhatian daripada kerajaan. Ada rumah panjang ini yang sudah berpuluh tahun tetapi tidak ada kemudahan air paip. Jadi, Impian Sarawak adalah satu projek untuk membantu mereka secara sukarela memasang paip sepanjang 4 kilometer daripada atas bukit untuk sampai ke rumah panjang tersebut.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang peruntukan menaik taraf jalan-jalan di kawasan-kawasan kampung tradisional, terutamanya di kawasan Kota Raja. Saya dapati bahawa jalan-jalan di kampung-kampung, saya tidak pasti adakah hanya jalan-jalan yang berturap tar sahaja yang diberi perhatian oleh kementerian? Bagaimana dengan jalan-jalan di dalam kampung sendiri yang biasanya diturap hanya dengan dipanggil, crusher run. Jadi, selama lima tahun di Kota Raja saya dapati bahawa kampung-kampung seperti Kampung Johan Setia, Kampung Jawa, Jalan Kebun tidak diberi perhatian sepatutnya oleh Kementerian Luar Bandar. Saya bangkitkan perkara ini di dalam ucapan terima kasih saya kepada Titah Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini kerana tidak ada usaha untuk menaiktarafkan jalan-jalan kampung ini. Kepayahan kami adalah apabila pihak-pihak PBT enggan menggunakan atau pun tidak dapat menggunakan peruntukan MARRIS untuk jalan-jalan kampung. Ini tidak difahami oleh rakyat jelata yang tinggal di kampung-kampung tradisional. Mereka mempunyai persepsi bahawa kerajaan negeri menganaktirikan mereka kerana tidak menaiktarafkan jalan-jalan kampung ini. Jadi, saya minta kementerian memberi perhatian kepada kampung-kampung tradisional kerana di masa-masa yang lampau, di masa-masa sebelum ini, jalan-jalan ini diberi perhatian oleh kementerian. Akan tetapi apabila Selangor diambil alih oleh Pakatan Rakyat, kita nampak jalan-jalan kampung tidak diberi perhatian. Kawasan-kawasan yang mungkin saya sendiri lihatlah DUN di mana dimenangi oleh Barisan Nasional, jalannya cantik. Diberi peruntukan untuk naik taraf jalan-jalan ini. Jadi, saya harap kampung-kampung di bawah Pakatan Rakyat tidak dianaktirikan. Ini kerana mereka ini juga perlu diberi hak mereka dan juga dilayan sama rata seperti kampung-kampung tradisional lain. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sibuti. 3.36 ptg. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin hendak bercakap pasal P.22 02300- Jalan-Jalan Luar Bandar. Terima kasih kepada kerajaan kerana banyak kawasan saya di luar bandar sudah dinaiktaraf. Saya hendak mohon pertambahan, jika boleh pihak kementerian Luar Bandar menyiapkan jalan raya daripada Kampung Kuala Sibuti ke Kampung Pejuang Kelulit yang tengah-tengah antara sekolah ke jambatan itu belum siap lagi. Jalan di beberapa buah sekolah-sekolah di luar bandar dan juga di kampung- kampung Bakam di Sibuti masih perlu jalan-jalan untuk dinaik taraf. Di kawasan-kawasan saya di luar bandar banyak sudah dinaik taraf. Kawasan ini mohonlah penambahan baik di peruntukan yang akan datang. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Seremban. 3.37 ptg. Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga hendak menyentuh sedikit berkenaan dengan Butiran Projek 02300- Jalan-Jalan Luar Bandar. Khususnya peruntukan RM45.2 juta untuk Sarawak. Rakan saya juga pemimpin daripada Sarawak- minggu lepas saya ada pergi melawat sebuah rumah panjang di Kuala Sigu memakai bot, dua-tiga jam daripada Sebauh dalam Parlimen Bintulu. Kita pergi melawat rumah panjang tersebut kerana DAP ada sebuah program di Sarawak yang bernama "Impian Sarawak", untuk membantu masyarakat-masyarakat di luar bandar. Terutamanya rumah-rumah panjang yang tidak mendapat perhatian daripada kerajaan. Ada rumah panjang ini yang sudah berpuluh tahun tetapi tidak ada kemudahan air paip. Jadi, Impian Sarawak adalah satu projek untuk membantu mereka secara sukarela memasang paip sepanjang 4 kilometer daripada atas bukit untuk sampai ke rumah panjang tersebut.
52
66
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 53 Cuma apabila saya melawat tempat itu, salah satu aduan yang telah disampaikan oleh penduduk-penduduk di sana ialah kekurangan jalan iaitu tidak ada jalan langsung untuk sampai ke rumah panjang itu. Kebanyakan penduduk di sana perlu memakai bot untuk keluar. Apabila kita menjalankan projek ini, kita hendak mengangkut paip ke rumah panjang tersebut. Apabila sampai ke satu jambatan untuk menghubungkan Sebauh dengan Kuala Sigu ini, jambatan itu cukup usang. Lori tidak boleh masuk, tidak boleh guna dan terpaksa menggunakan 4WD. Pipe part itu terpaksa ditarik melalui bot melalui sungai untuk sampai ke rumah panjang tersebut. Jadi, langsung tidak ada kemudahan jalan untuk menghubungkan Kuala Sigu ini dengan jalan-jalan besar ke Sebauh atau pun ke Bintulu. Jadi, saya memohon perhatian daripada Timbalan Menteri Yang Berhormat Kapit, kawan baik saya daripada Sarawak yang saya rasa pemimpin yang cukup adil. Harap memberikan perhatian kepada kemudahan jalan kerana tidak ada lagi jalan menghubungkan Kuala Sigu ini dengan pekan-pekan yang lain. Jadi, harap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberikan perhatian, melaksanakan projek tersebut untuk membantu rakyat di Kuala Sigu. Terima kasih. ■1540 Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jelebu. 3.40 ptg. Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bercakap berkaitan dengan P.22 Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Satu perkara sahaja Tuan Pengerusi iaitu ada satu Projek Jalan Luar Bandar yang sudah pun dipersetujui di Jalan Fasa 2, Kampung Chenah. Fasa satu sudah siap, fasa dua sudah dipersetujui dengan peruntukan lebih daripada RM60 juta, sekitar sepuluh ataupun sekitar lima ke enam kilometer. Jadi pada hemat kami, kami dapati tidak perlu kementerian berbelanja begitu besar kerana apa yang diperlukan- kerana yang fasa satu itu pun sudah cukup mahal kerana standard jalan yang dibuat itu jalan highway dan ini jalan menuju ke perkampungan Orang Asli dan ia tidak pernah dirundingkan dan apa yang kita mahu ialah jalan-jalan perkampungan Orang Asli yang ada 14 itu sebenarnya yang patut ditingkatkan. Oleh kerana itu saya mohon kementerian supaya mengkaji semula projek ini dan membuat agihan kepada semua jalan yang menuju ke perkampungan Orang Asli dan itu lebih besar manfaat dan impaknya dan jalan yang hendak dibuat pada fasa dua itu tidak mempunyai keperluan yang mendesak begitu tinggi mutunya. Jadi sebab itu saya mohon supaya kementerian mengkaji semula supaya peruntukan yang begitu besar dapat dinikmati secara lebih meluas dan menyeluruh kepada semua kampung Orang Asli di kawasan Jelebu khususnya. Jadi selain daripada itu, terima kasihlah kementerian sudah banyak membuat dan memajukan jalan-jalan kampung yang sepatutnya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Lipis. 3.42 ptg. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin berbahas maksud P.22 Bil. 23000 – Jalan Luar Bandar. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana tidak henti-henti membela nasib rakyat kampung untuk memastikan bahawasanya pembinaan jalan-jalan di kampung ini dapat diteruskan khususnya di dalam kawasan-kawasan yang masih pedalaman dan kawasan- kawasan yang di luar bandar. Jadi Program Jalan Luar Bandar ini amat berkesan sekali untuk memastikan kenikmatan kita semua untuk membaiki dan memperluaskan sistem dari segi sistem pengangkutan mungkin kerana untuk mempermudah perjalanan dari satu kampung ke satu kampung yang mungkin destinasinya agak jauh. Dalam hubungan ini, jalan luar bandar ini adalah merupakan di bina mengikut bentuk permukaan yang mungkin lebih tinggi bagi memastikan tempoh gunanya yang kebanyakannya terpaksa penyelenggaraan dilaksanakan dari semasa ke semasa.
Cuma apabila saya melawat tempat itu, salah satu aduan yang telah disampaikan oleh penduduk-penduduk di sana ialah kekurangan jalan iaitu tidak ada jalan langsung untuk sampai ke rumah panjang itu. Kebanyakan penduduk di sana perlu memakai bot untuk keluar. Apabila kita menjalankan projek ini, kita hendak mengangkut paip ke rumah panjang tersebut. Apabila sampai ke satu jambatan untuk menghubungkan Sebauh dengan Kuala Sigu ini, jambatan itu cukup usang. Lori tidak boleh masuk, tidak boleh guna dan terpaksa menggunakan 4WD. Pipe part itu terpaksa ditarik melalui bot melalui sungai untuk sampai ke rumah panjang tersebut. Jadi, langsung tidak ada kemudahan jalan untuk menghubungkan Kuala Sigu ini dengan jalan-jalan besar ke Sebauh atau pun ke Bintulu. Jadi, saya memohon perhatian daripada Timbalan Menteri Yang Berhormat Kapit, kawan baik saya daripada Sarawak yang saya rasa pemimpin yang cukup adil. Harap memberikan perhatian kepada kemudahan jalan kerana tidak ada lagi jalan menghubungkan Kuala Sigu ini dengan pekan-pekan yang lain. Jadi, harap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberikan perhatian, melaksanakan projek tersebut untuk membantu rakyat di Kuala Sigu. Terima kasih. #1540 Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jelebu. 3.40 ptg. Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bercakap berkaitan dengan P.22 Butiran 02300- Jalan-jalan Luar Bandar. Satu perkara sahaja Tuan Pengerusi iaitu ada satu Projek Jalan Luar Bandar yang sudah pun dipersetujui di Jalan Fasa 2, Kampung Chenah. Fasa satu sudah siap, fasa dua sudah dipersetujui dengan peruntukan lebih daripada RM60 juta, sekitar sepuluh ataupun sekitar lima ke enam kilometer. Jadi pada hemat kami, kami dapati tidak perlu kementerian berbelanja begitu besar kerana apa yang diperlukan- kerana yang fasa satu itu pun sudah cukup mahal kerana standard jalan yang dibuat itu jalan highway dan ini jalan menuju ke perkampungan Orang Asli dan ia tidak pernah dirundingkan dan apa yang kita mahu ialah jalan-jalan perkampungan Orang Asli yang ada 14 itu sebenarnya yang patut ditingkatkan. Oleh kerana itu saya mohon kementerian supaya mengkaji semula projek ini dan membuat agihan kepada semua jalan yang menuju ke perkampungan Orang Asli dan itu lebih besar manfaat dan impaknya dan jalan yang hendak dibuat pada fasa dua itu tidak mempunyai keperluan yang mendesak begitu tinggi mutunya. Jadi sebab itu saya mohon supaya kementerian mengkaji semula supaya peruntukan yang begitu besar dapat dinikmati secara lebih meluas dan menyeluruh kepada semua kampung Orang Asli di kawasan Jelebu khususnya. Jadi selain daripada itu, terima kasihlah kementerian sudah banyak membuat dan memajukan jalan-jalan kampung yang sepatutnya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Lipis. 3.42 ptg. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin berbahas maksud P.22 Bil. 23000- Jalan Luar Bandar. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana tidak henti-henti membela nasib rakyat kampung untuk memastikan bahawasanya pembinaan jalan-jalan di kampung ini dapat diteruskan khususnya di dalam kawasan-kawasan yang masih pedalaman dan kawasan- kawasan yang di luar bandar. Jadi Program Jalan Luar Bandar ini amat berkesan sekali untuk memastikan kenikmatan kita semua untuk membaiki dan memperluaskan sistem dari segi sistem pengangkutan mungkin kerana untuk mempermudah perjalanan dari satu kampung ke satu kampung yang mungkin destinasinya agak jauh. Dalam hubungan ini, jalan luar bandar ini adalah merupakan di bina mengikut bentuk permukaan yang mungkin lebih tinggi bagi memastikan tempoh gunanya yang kebanyakannya terpaksa penyelenggaraan dilaksanakan dari semasa ke semasa.
53
67
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
54 DR.1.4.2014 Kalau melihat dari segi Parlimen saya sendiri, kebanyakan jalan-jalan ini telah melebihi usia yang begitu tinggi dan memerlukan banyak peruntukan untuk ditambah baik. Jadi dalam soal ini kalau kita melihat daripada peruntukan yang dibentangkan, bajet tambahan sebanyak RM72.7 juta, mungkin masih banyak yang diperlukan daripada itu kalau kita melihat daripada wakil-wakil tidak kira sama ada daripada sebelah sana ataupun di sebelah sini, masih memerlukan banyak peruntukan untuk memastikan kenikmatan bagi penduduk-penduduk luar bandar. Khususnya hari ini kita tahu penduduk-penduduk luar bandar juga telah banyak mengusahakan dari segi ladang, kelapa sawit, getah dan sebagainya. Sudah pastilah hasil ini juga perlu dikeluarkan dengan begitu baik. Kalau jalan tidak baik, mungkin kalau musim hujan yang masih ada jalan-jalan kampung, mungkin agak sukar untuk mengeluarkan hasil- hasil ini. Jadi saya berpendapat walaupun bajet tambahan, jalan-jalan luar bandar ini, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mestilah kalau boleh menambahkan bajet yang lebih besar kalau dibandingkan RM72.7 juta ini saya fikir satu negeri pun sudah tidak cukup agaknya, ia perlukan tambahan. Jadi saya menyokong penuh. Maka dapatlah kita melaksanakan perkara-perkara itu. Satu lagi seperkara yang amat penting, saya berpendapat semasa ini, jalan-jalan di kampung ada kampung yang sangat jauh tetapi jalan ada. Cuma jalan sepuluh kaki sahaja, sesetengahnya tidak ada tempat berselisih. Jadi saya cadangkan supaya dalam bajet tambahan ini diambil kira juga supaya pelebaran jalan sekurang-kurangnya menambah empat kaki lagi, daripada sepuluh kaki menjadi kepada 14 kaki, sekurang- kurangnya kita dapat berselisih. Walau bagaimanapun, kalau dalam kawasan saya, Parlimen Lipis boleh dikatakan hampir habis jalan-jalan kampung dibina tetapi jalannya agak kecil. Kalau boleh ditumpukan kepada kampung-kampung pedalaman yang agak jauh mungkin 15 kilometer atau 16 kilometer, jalannya ada tetapi agak sempit yang terpaksa kalau musim-musim perayaan seperti kahwin, hari raya, dan sebagainya agak sukar kerana mereka pulang ke kampung, sudah pasti anak-anak kita sekarang ini yang telah berjaya di bawah Kerajaan Barisan Nasional ini kebanyakannya mempunyai kereta yang mesti dibawa balik ke kampung. Jadi kita berharap supaya tambahan ini melibatkan pelebaran jalan dan seperkara yang akhirnya, sebelum ini ada satu jalan yang telah dibina, dalam pembinaan tetapi di tengahnya masih belum ada jalan. Maknanya maksud saya, jalan tersebut dari jalan di kawasan saya Parlimen Lipis, dari Kampung Bukit Kota ke Kampung Aur Gading, jalannya dah siap dibina oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kemudian dibina pula dari Felda Chegar Perah ke Kampung Chegar Perah, dalam pembinaan, tinggalnya di tengahnya tidak ada jalan. Ia boleh melibatkan terlalu banyak kampung, di tengahnya masih tinggal tetapi saya dimaklumkan dalam perancangan iaitu jalan Kampung Chegar Perah ke Felda Chegar Perah Fasa Dua. Apa yang saya mohon kalau boleh difikirkan untuk bagi tambahan daripada bajet tambahan ini. Saya mohon menyokong. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sibu. 3.47 ptg. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mahu membahaskan Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Saya di sini mahu mengambil perhatian kementerian tentang satu jalan di Kapit, Jalan Nanga Yong... Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Kawasan Timbalan Menteri itu. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Ya, Jalan Nanga Yong sana kerana di sana sudah ada papan tanda jalan tetapi jalan belum ada lagi, belum buat lagi, dan belum siap lagi. Jadi saya menerima banyak aduan dari penduduk-penduduk di Nanga Yong sana... Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Papan tanda pasal jalankah Yang Berhormat? Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Pardon? Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Papan tanda itu pasal jalankah ataupun pasal lain?
Kalau melihat dari segi Parlimen saya sendiri, kebanyakan jalan-jalan ini telah melebihi usia yang begitu tinggi dan memerlukan banyak peruntukan untuk ditambah baik. Jadi dalam soal ini kalau kita melihat daripada peruntukan yang dibentangkan, bajet tambahan sebanyak RM72.7 juta, mungkin masih banyak yang diperlukan daripada itu kalau kita melihat daripada wakil-wakil tidak kira sama ada daripada sebelah sana ataupun di sebelah sini, masih memerlukan banyak peruntukan untuk memastikan kenikmatan bagi penduduk-penduduk luar bandar. Khususnya hari ini kita tahu penduduk-penduduk luar bandar juga telah banyak mengusahakan dari segi ladang, kelapa sawit, getah dan sebagainya. Sudah pastilah hasil ini juga perlu dikeluarkan dengan begitu baik. Kalau jalan tidak baik, mungkin kalau musim hujan yang masih ada jalan-jalan kampung, mungkin agak sukar untuk mengeluarkan hasil- hasil ini. Jadi saya berpendapat walaupun bajet tambahan, jalan-jalan luar bandar ini, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mestilah kalau boleh menambahkan bajet yang lebih besar kalau dibandingkan RM72.7 juta ini saya fikir satu negeri pun sudah tidak cukup agaknya, ia perlukan tambahan. Jadi saya menyokong penuh. Maka dapatlah kita melaksanakan perkara-perkara itu. Satu lagi seperkara yang amat penting, saya berpendapat semasa ini, jalan-jalan di kampung ada kampung yang sangat jauh tetapi jalan ada. Cuma jalan sepuluh kaki sahaja, sesetengahnya tidak ada tempat berselisih. Jadi saya cadangkan supaya dalam bajet tambahan ini diambil kira juga supaya pelebaran jalan sekurang-kurangnya menambah empat kaki lagi, daripada sepuluh kaki menjadi kepada 14 kaki, sekurang- kurangnya kita dapat berselisih. Walau bagaimanapun, kalau dalam kawasan saya, Parlimen Lipis boleh dikatakan hampir habis jalan-jalan kampung dibina tetapi jalannya agak kecil. Kalau boleh ditumpukan kepada kampung-kampung pedalaman yang agak jauh mungkin 15 kilometer atau 16 kilometer, jalannya ada tetapi agak sempit yang terpaksa kalau musim-musim perayaan seperti kahwin, hari raya, dan sebagainya agak sukar kerana mereka pulang ke kampung, sudah pasti anak-anak kita sekarang ini yang telah berjaya di bawah Kerajaan Barisan Nasional ini kebanyakannya mempunyai kereta yang mesti dibawa balik ke kampung. Jadi kita berharap supaya tambahan ini melibatkan pelebaran jalan dan seperkara yang akhirnya, sebelum ini ada satu jalan yang telah dibina, dalam pembinaan tetapi di tengahnya masih belum ada jalan. Maknanya maksud saya, jalan tersebut dari jalan di kawasan saya Parlimen Lipis, dari Kampung Bukit Kota ke Kampung Aur Gading, jalannya dah siap dibina oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kemudian dibina pula dari Felda Chegar Perah ke Kampung Chegar Perah, dalam pembinaan, tinggalnya di tengahnya tidak ada jalan. Ia boleh melibatkan terlalu banyak kampung, di tengahnya masih tinggal tetapi saya dimaklumkan dalam perancangan iaitu jalan Kampung Chegar Perah ke Felda Chegar Perah Fasa Dua. Apa yang saya mohon kalau boleh difikirkan untuk bagi tambahan daripada bajet tambahan ini. Saya mohon menyokong. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sibu. 3.47 ptg. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mahu membahaskan Butiran 02300- Jalan-jalan Luar Bandar. Saya di sini mahu mengambil perhatian kementerian tentang satu jalan di Kapit, Jalan Nanga Yong... Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Kawasan Timbalan Menteri itu. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Ya, Jalan Nanga Yong sana kerana di sana sudah ada papan tanda jalan tetapi jalan belum ada lagi, belum buat lagi, dan belum siap lagi. Jadi saya menerima banyak aduan dari penduduk-penduduk di Nanga Yong sana... Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Papan tanda pasal jalankah Yang Berhormat? Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Pardon? Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Papan tanda itu pasal jalankah ataupun pasal lain?.
54
68
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 55 Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Jalan. Jadi haraplah kementerian boleh cepatkan projek itu supaya mereka boleh pakai jalan itu. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Limbang. 3.48 ptg. Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah [Limbang]: Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kapit suruhkah yang tadi itu?... [Ketawa]. Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah [Limbang]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hanya mahu menyentuh tentang Butiran 202300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Sebagai dengan izin, reminder- saya telah pun beberapa kali bertanyakan pasal Jalan Telahak-Meritam-Bong Abai. Sekarang ini Fasa 2 lah. Fasa 1 telah siap. Fasa 2 ini retender, dan keadaannya begitu teruk di kawasan itu. Saya mengharapkan, memintalah kepada kerajaan untuk memastikan this retendering dapat dilaksanakan because jalan itu sendiri sudah memang teruklah sekarang, yang telah pun dibuat ini sudah sampai agregat dan sudah berlaku hakisan. Ini boleh menambahkan kos lagilah kalau lambat. Seterusnya ialah, jalan ini juga berhenti di tengah-tengah hutanlah, Fasa 2 ini. Jadi saya berharap, saya telah pun meminta juga supaya disambung Fasa 3 supaya jalan ini sampai menuju ke Pekan Limbanglah, ya. Satu lagi ialah tentang Jalan Bawang Ubur, Oil Palms scheme Jalan Bawang Ubur yang di seberang Sungai Limbang pada masa ini pun juga telah pun delay terlalu lama. Walaupun kontraktor telah pun sedang membinanya, tetapi delay itu rasanya boleh melemahkan semangat kita jugalah. Jadi kita minta kepada kerajaan khususnya di projek luar bandar inilah, memastikan ianya dapat disiapkan dan juga iaitu tentang kontraktor sebagai pengalaman sayalah, saya ada risau sedikit takut dengan izin, make sure we choose the right contractor to do this, you know. ■1550 The right contractor yang ada pengalaman buat jalan. Kadang-kadang kalau salah orang, bukan saya hendak bangkitkan tetapi make sure. Jadi sebab ini impaknya kepada rakyat, kalau terlalu lama, makin mahal lagi. Jadi saya minta kepada Jalan Bawang Ubur ini, kalau boleh apabila sudah siap ia hanya peringkat sampai batu sahaja. Saya pun telah meminta supaya ianya dinaikkan taraf sebagai jalan bertar juga. Ya, itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat Menteri. 3.50 ptg. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Alexander Nanta Linggi]: Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya menggulung bagi pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbelanjaan Tambahan Tahun 2013 ini. Saya mengucapkan terima kasih juga kepada beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Tuan Pengerusi, pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengemukakan permohonan melalui surat bertarikh 18 Mac 2013 mengenai permohonan peruntukan tambahan yang telah diluluskan bagi melaksanakan projek-projek infrastruktur di bawah kementerian. Permohonan adalah dibuat berdasarkan justifikasi seperti berikut ini. Permohonan peruntukan tambahan sebanyak RM72.7 juta yang telah diluluskan kepada KKLW untuk membiayai sepuluh buah projek Kementerian Luar Bandar dan Wilayah melalui Waran yang telah diberikan. Peruntukan tambahan sebanyak itu adalah untuk projek-projek seperti mana yang telah dicatat untuk Sarawak RM45.2 juta dan untuk diberi Sabah RM18 juta dan untuk Semenanjung RM9.5 juta. Projek-projek tersebut adalah projek Jalan Linuyunkan ke Pinangah, Fasa 2, Sandakan Sabah sepanjang 7.2 kilometer. Spesifikasi JKRnya R3 yang dalam perancangan peruntukannya adalah RM5 juta.
Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Jalan. Jadi haraplah kementerian boleh cepatkan projek itu supaya mereka boleh pakai jalan itu. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Limbang. 3.48 ptg. Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah [Limbang]: Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kapit suruhkah yang tadi itu?... [Ketawa]. Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah [Limbang]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hanya mahu menyentuh tentang Butiran 202300- Jalan-jalan Luar Bandar. Sebagai dengan izin, reminder- saya telah pun beberapa kali bertanyakan pasal Jalan Telahak-Meritam-Bong Abai. Sekarang ini Fasa 2 lah. Fasa 1 telah siap. Fasa 2 ini retender, dan keadaannya begitu teruk di kawasan itu. Saya mengharapkan, memintalah kepada kerajaan untuk memastikan this retendering dapat dilaksanakan because jalan itu sendiri sudah memang teruklah sekarang, yang telah pun dibuat ini sudah sampai agregat dan sudah berlaku hakisan. Ini boleh menambahkan kos lagilah kalau lambat. Seterusnya ialah, jalan ini juga berhenti di tengah-tengah hutanlah, Fasa 2 ini. Jadi saya berharap, saya telah pun meminta juga supaya disambung Fasa 3 supaya jalan ini sampai menuju ke Pekan Limbanglah, ya. Satu lagi ialah tentang Jalan Bawang Ubur, Oil Palms scheme Jalan Bawang Ubur yang di seberang Sungai Limbang pada masa ini pun juga telah pun delay terlalu lama. Walaupun kontraktor telah pun sedang membinanya, tetapi delay itu rasanya boleh melemahkan semangat kita jugalah. Jadi kita minta kepada kerajaan khususnya di projek luar bandar inilah, memastikan ianya dapat disiapkan dan juga iaitu tentang kontraktor sebagai pengalaman sayalah, saya ada risau sedikit takut dengan izin, make sure we choose the right contractor to do this, you know. #1550 The right contractor yang ada pengalaman buat jalan. Kadang-kadang kalau salah orang, bukan saya hendak bangkitkan tetapi make sure. Jadi sebab ini impaknya kepada rakyat, kalau terlalu lama, makin mahal lagi. Jadi saya minta kepada Jalan Bawang Ubur ini, kalau boleh apabila sudah siap ia hanya peringkat sampai batu sahaja. Saya pun telah meminta supaya ianya dinaikkan taraf sebagai jalan bertar juga. Ya, itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat Menteri. 3.50 ptg. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Alexander Nanta Linggi]: Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya menggulung bagi pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbelanjaan Tambahan Tahun 2013 ini. Saya mengucapkan terima kasih juga kepada beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Tuan Pengerusi, pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengemukakan permohonan melalui surat bertarikh 18 Mac 2013 mengenai permohonan peruntukan tambahan yang telah diluluskan bagi melaksanakan projek-projek infrastruktur di bawah kementerian. Permohonan adalah dibuat berdasarkan justifikasi seperti berikut ini. Permohonan peruntukan tambahan sebanyak RM72.7 juta yang telah diluluskan kepada KKLW untuk membiayai sepuluh buah projek Kementerian Luar Bandar dan Wilayah melalui Waran yang telah diberikan. Peruntukan tambahan sebanyak itu adalah untuk projek-projek seperti mana yang telah dicatat untuk Sarawak RM45.2 juta dan untuk diberi Sabah RM18 juta dan untuk Semenanjung RM9.5 juta. Projek-projek tersebut adalah projek Jalan Linuyunkan ke Pinangah, Fasa 2, Sandakan Sabah sepanjang 7.2 kilometer. Spesifikasi JKRnya R3 yang dalam perancangan peruntukannya adalah RM5 juta.
55
69
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
56 DR.1.4.2014 Jalan Topokon, Jalan Wangkod, Gohtong Tamparuli, Sabah sepanjang 12 kilometer. Spesifikasi JKR 3 dalam perancangan akan menggunakan belanja RM13 juta. Jalan Bukit Tungku Sayat Soh dan Serembat di Lubuk Antu, Sarawak untuk sepanjang 18.5 kilometer adalah untuk menaiktarafkan jalan gravel kepada jalan berturap, dengan standard spesifikasi JKR R2 tender semula- ini RM11.7 juta. Jalan Engkelili Nanga Bulo Sri Aman, Sarawak yang sepanjang 15 kilometer- naik taraf jalan gravel dan subtended kepada jalan berturap. Jalan JKR 2, tender semula RM13.7 juta. Jalan Sayat ke Nanga Kumpang, Sri Aman Sarawak. Panjangnya satu kilometer- 12 jambatan, 30 meter, dan 450 meter spesifikasi JKR 1- premiks dalam pra-pelaksanaan, dan dalam proses penentuan tapak yang akan menggunakan belanja RM10.76 juta. Jalan penghubung desa ke Kampung Medang, Betong di Sarawak juga. Panjangnya lapan kilometer. Membina jalan gravel berbatu dalam perancangan RM5 juta. Jambatan ke Rantau Panjang Kota Tinggi, Johor- 2.2 kilometer panjangnya yang ada sebuah jambatan 100 meter, standard JKR2. Jalan sepanjang 22 kilometer dari standard JKR 1 premix pra-pelaksanaan dalam proses pengambilan tanah- sebanyak RM4.5 juta akan digunakan.; Jalan dari Nanga Jagau ke Nanga Nguling 6.5 kilometer. Ini yang menyambung sebahagian daripada jalan dari Kapit, Song, Sipan, Numun, dan Kerawit. Ini sebahagian daripadanya JKR R1 dalam perancangan dan ini menggunakan RM5 juta. Jalan Tembangau 3 ke FT 1579 ini di Bera, Pahang, panjangnya 4.5 kilometer spesifikasi standard JKR R2 dalam perancangan yang menggunakan RM2 juta; dan Menaik taraf jalan C118 seksyen 17 ke 25 di Bera, Pahang, panjangnya lapan kilometer. Spesifikasi standard JKR R2 dalam perancangan RM3 juta akan digunakan. Jadi untuk perbelanjaan tambahan ini keseluruhannya adalah 82.9 kilometer yang menggunakan seperti yang dimaklumkan di sini RM72.7 juta adalah peruntukan tambahan. Jadi ini secara detail atau terperinci mengenai peruntukan tambahan yang kita hendak minta diluluskan. Untuk menjawab kepada Yang Berhormat Tenom, pembinaan jalan di kawasan ataupun tidak dibenarkan disebabkan alignment jalan tersebut melalui kawasan hutan bakau dan sebarang bentuk pembangunan adalah tidak dibenarkan. Namun begitu rundingan berterusan sedang dijalankan dengan Jabatan Hutan Sabah, Jalan Koloroh tadi, ya. Jadi Kerang Ring Road, Pekan Selangau, ini di Tenom juga... ya? Datuk Raime Unggi [Tenom]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh? Datuk Alexander Nanta Linggi: Boleh. Datuk Raime Unggi [Tenom]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan Jalan Koloroh tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, peruntukan yang saya khuatir begini. Perbincangan telah dilaksanakan di peringkat negeri berkenaan dengan masalah yang dihadapi untuk membina jalan tersebut dengan Jabatan Perhutanan. Saya rasa Kerajaan Negeri Sabah mempunyai satu center service untuk menyelesaikan masalah di peringkat dalaman. Cuma saya ingin mendapat kepastian Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, peruntukan ini telah diluluskan dan menghadapi masalah di peringkat negeri berkenaan dengan kebenaran pihak Jabatan Perhutanan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah peruntukan ini masih lagi tersedia dan saya khuatir dengan polisi kerajaan apabila sesuatu peruntukan tidak dapat dibelanjakan pada tahun semasa, peruntukan ini mungkin terpaksa ditarik balik. Bagi saya Tuan Pengerusi, bahawa jalan ini memang amat penting. Biarpun menghadapi beberapa masalah dan saya percaya di peringkat kerajaan negeri akan dapat menyelesaikannya di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri yang dimaklumkan kepada saya melalui Mesyuarat Pembangunan Daerah. Saya harap peruntukan ini tidak akan hilang begitu sahaja dan saya harap pihak kementerian sekiranya masalah ini telah diselesaikan, saya harap projek ini dapat dilaksanakan seberapa segera yang boleh sebab terdapat sebuah sekolah di sana. Sebuah sekolah rendah yang mana guru-guru tersebut sering kali menyatakan kepada saya
Jalan Topokon, Jalan Wangkod, Gohtong Tamparuli, Sabah sepanjang 12. kilometer. Spesifikasi JKR 3 dalam perancangan akan menggunakan belanja RM13 juta. Jalan Bukit Tungku Sayat Soh dan Serembat di Lubuk Antu, Sarawak untuk sepanjang 18.5 kilometer adalah untuk menaiktarafkan jalan gravel kepada jalan berturap, dengan standard spesifikasi JKR R2 tender semula- ini RM11.7 juta. Jalan Engkelili Nanga Bulo Sri Aman, Sarawak yang sepanjang 15 kilometer- naik taraf jalan gravel dan subtended kepada jalan berturap. Jalan JKR 2, tender semula RM13.7 juta. Jalan Sayat ke Nanga Kumpang, Sri Aman Sarawak. Panjangnya satu kilometer- 12 jambatan, 30 meter, dan 450 meter spesifikasi JKR 1- premiks dalam pra-pelaksanaan, dan dalam proses penentuan tapak yang akan menggunakan belanja RM10.76 juta. Jalan penghubung desa ke Kampung Medang, Betong di Sarawak juga. Panjangnya lapan kilometer. Membina jalan gravel berbatu dalam perancangan RM5 juta. Jambatan ke Rantau Panjang Kota Tinggi, Johor- 2.2 kilometer panjangnya yang ada sebuah jambatan 100 meter, standard JKR2. Jalan sepanjang 22 kilometer dari standard JKR 1 premix pra-pelaksanaan dalam proses pengambilan tanah- sebanyak RM4.5 juta akan digunakan.; Jalan dari Nanga Jagau ke Nanga Nguling 6.5 kilometer. Ini yang menyambung sebahagian daripada jalan dari Kapit, Song, Sipan, Numun, dan Kerawit. Ini sebahagian daripadanya JKR R1 dalam perancangan dan ini menggunakan RM5 juta. Jalan Tembangau 3 ke FT 1579 ini di Bera, Pahang, panjangnya 4.5 kilometer spesifikasi standard JKR R2 dalam perancangan yang menggunakan RM2 juta; dan. Menaik taraf jalan C118 seksyen 17 ke 25 di Bera, Pahang, panjangnya lapan kilometer. Spesifikasi standard JKR R2 dalam perancangan RM3 juta akan digunakan. Jadi untuk perbelanjaan tambahan ini keseluruhannya adalah 82.9 kilometer yang menggunakan seperti yang dimaklumkan di sini RM72.7 juta adalah peruntukan tambahan. Jadi ini secara detail atau terperinci mengenai peruntukan tambahan yang kita hendak minta diluluskan. Untuk menjawab kepada Yang Berhormat Tenom, pembinaan jalan di kawasan ataupun tidak dibenarkan disebabkan alignment jalan tersebut melalui kawasan hutan. bakau dan sebarang bentuk pembangunan adalah tidak dibenarkan. Namun begitu rundingan berterusan sedang dijalankan dengan Jabatan Hutan Sabah, Jalan Koloroh tadi, ya. Jadi Kerang Ring Road, Pekan Selangau, ini di Tenom juga... ya?. Datuk Raime Unggi [Tenom]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh?. Datuk Alexander Nanta Linggi: Boleh. Datuk Raime Unggi [Tenom]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan Jalan. Koloroh tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, peruntukan yang saya khuatir begini. Perbincangan telah dilaksanakan di peringkat negeri berkenaan dengan masalah yang dihadapi untuk membina jalan tersebut dengan Jabatan Perhutanan. Saya rasa Kerajaan Negeri Sabah mempunyai satu center service untuk menyelesaikan masalah di peringkat dalaman. Cuma saya ingin mendapat kepastian Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, peruntukan ini telah diluluskan dan menghadapi masalah di peringkat negeri berkenaan dengan kebenaran pihak Jabatan Perhutanan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah peruntukan ini masih lagi tersedia dan saya khuatir dengan polisi kerajaan apabila sesuatu peruntukan tidak dapat dibelanjakan pada tahun semasa, peruntukan ini mungkin terpaksa ditarik balik. Bagi saya Tuan Pengerusi, bahawa jalan ini memang amat penting. Biarpun menghadapi beberapa masalah dan saya percaya di peringkat kerajaan negeri akan dapat menyelesaikannya di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri yang dimaklumkan kepada saya melalui Mesyuarat Pembangunan Daerah. Saya harap peruntukan ini tidak akan hilang begitu sahaja dan saya harap pihak kementerian sekiranya masalah ini telah diselesaikan, saya harap projek ini dapat dilaksanakan seberapa segera yang boleh sebab terdapat sebuah sekolah di sana. Sebuah sekolah rendah yang mana guru-guru tersebut sering kali menyatakan kepada saya.
56
70
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 57 bahawa mereka memerlukan jalan luar bandar yang utama. Jadi saya harap peruntukan ini tidak hilang begitu sahaja dan saya harap pihak kementerian dapat melaksanakan projek ini walaupun menghadapi beberapa masalah. Terima kasih Tuan Pengerusi. Datuk Alexander Nanta Linggi: Terima kasih Yang Berhormat Tenom atas makluman itu. Untuk peruntukan itu, kalau dalam masa yang current peruntukan bagi sedia ada. Akan tetapi kalau terlalu lama, perkara ini tidak dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri. Mungkinlah masa itu nanti, peruntukan ini mungkin akan dialih untuk kita melaksanakan projek-projek lain. Jadi kami memerlukan kerjasama daripada pihak Yang Berhormat juga untuk bersama-sama kerajaan negeri sama-sama berunding bagaimana kita dapat sampai ke satu penemuan untuk kita menyelesaikan masalah ini di peringkat perbincangan. ■1600 Jadi, kerajaan ataupun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tahu sangatlah akan keperluan projek-projek seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Tenom tadi mengenai keperluan rakyat ataupun sekolah di kawasan itu. Berkenaan dengan ring road- sehingga kini pihak kementerian belum menerima sebarang permohonan daripada pihak berkuasa kerajaan. Mohon maaf kerana jawapan ini bukan untuk Sarawak. Tidak mengapa, untuk ring road seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenom tadi, maklumat tidak ada pada saya buat masa kini. Jadi, biarlah saya bagi pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memberi penjelasan secara bertulis tentang ring road ini... Datuk Raime Unggi [Tenom]: Terima kasih Yang Berhormat. Datuk Alexander Nanta Linggi: Ya. Datuk Raime Unggi [Tenom]: Sedikit Yang Berhormat, sedikit Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan penyenaraian ini. Adakah penyenaraian yang diterima oleh pihak kementerian tentang jalan-jalan luar bandar ini terutama bagi kita di Sabah, adakah menerimanya daripada JKR ataupun daripada kami sendiri? Saya ingin mendapat kepastian. Ini kerana daripada masa-masa yang lalu Tuan Pengerusi, saya menghadapi masalah apabila soal-soal keutamaan untuk upgrading jalan-jalan luar bandar. Saya mendapati ada beberapa jalan itu tidak sesuai untuk dilaksanakan. Apa yang lebih utama ada lagi beberapa jalan yang patut diberi perhatian oleh pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Saya rasa kalau dalam soal penyenaraian ini, saya minta supaya pihak kementerian melihat kembali, mengkaji semula dan mendapat feedback daripada kami sebagai Ahli-ahli Parlimen di kawasan-kawasan terutama di kawasan Tenom untuk melihat keutamaan projek-projek pembangunan jalan raya luar bandar ini. Saya kira pada masa- masa yang lalu terdapat beberapa masalah di mana jalan-jalan tersebut dibina tidak menepati sasaran kepada kehendak kita sebagai wakil-wakil dan juga pihak kementerian. Saya harap perkara ini dapat diberi perhatian. Terima kasih Tuan Pengerusi. Datuk Alexander Nanta Linggi: Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Kementerian boleh mengambil perhatian dan mengambil maklum akan saranan Yang Berhormat Tenom, sebab kita tahu Ahli-ahli Yang Berhormat yang mewakili kawasan tertentu itu sepatutnya memang lebih tahu, lebih peka dengan keperluan. Akan tetapi kerajaan negeri di mana-mana negeri juga mestilah atau pun seharusnya ada juga kepentingan. Jadi kita tidak boleh mengatakan kita tidak memerlukan senarai dari... sebab kerajaan negeri mewakili negeri. Jadi tidak mengapa, kalau Yang Berhormat sebagai wakil rakyat kepada sesuatu kawasan itu memerlukan, selama ini kita juga menerima cadangan daripada Yang Berhormat iaitu termasuk Yang Berhormat Tenom juga. Jadi Yang Berhormat Tenom ya, sesetengah projek diterima adalah seperti mana yang telah saya sebut tadi, terus daripada wakil rakyat dan juga JKR. Keutamaannya memang kita perlu berbincang dan menerima pakai atau mengguna pakai opinion ataupun apa yang hendak oleh kerajaan negeri. Jadi, saya beralih kepada Yang Berhormat Sibuti. Yang Berhormat Sibuti hanya menyarankan pada kementerian agar kawasan seperti kawasan di Sibuti masih memerlukan lagi banyak projek-projek jalan luar bandar dan jalan kampung seperti mana yang telah disebut. Kita akan menerima sajalah cadangan-cadangan daripada Ahli-ahli
bahawa mereka memerlukan jalan luar bandar yang utama. Jadi saya harap peruntukan ini tidak hilang begitu sahaja dan saya harap pihak kementerian dapat melaksanakan projek ini walaupun menghadapi beberapa masalah. Terima kasih Tuan Pengerusi. Datuk Alexander Nanta Linggi: Terima kasih Yang Berhormat Tenom atas makluman itu. Untuk peruntukan itu, kalau dalam masa yang current peruntukan bagi sedia. ada. Akan tetapi kalau terlalu lama, perkara ini tidak dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri. Mungkinlah masa itu nanti, peruntukan ini mungkin akan dialih untuk kita melaksanakan projek-projek lain. Jadi kami memerlukan kerjasama daripada pihak Yang Berhormat juga untuk bersama-sama kerajaan negeri sama-sama berunding bagaimana kita dapat sampai ke satu penemuan untuk kita menyelesaikan masalah ini di peringkat perbincangan. #1600. Jadi, kerajaan ataupun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tahu sangatlah akan keperluan projek-projek seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Tenom tadi mengenai keperluan rakyat ataupun sekolah di kawasan itu. Berkenaan dengan ring road- sehingga kini pihak kementerian belum menerima sebarang permohonan daripada pihak berkuasa kerajaan. Mohon maaf kerana jawapan ini bukan untuk Sarawak. Tidak mengapa, untuk ring road seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenom tadi, maklumat tidak ada pada saya buat masa kini. Jadi, biarlah saya bagi pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memberi penjelasan secara bertulis tentang ring road ini... Datuk Raime Unggi [Tenom]: Terima kasih Yang Berhormat. Datuk Alexander Nanta Linggi: Ya. Datuk Raime Unggi [Tenom]: Sedikit Yang Berhormat, sedikit Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan penyenaraian ini. Adakah penyenaraian yang diterima oleh pihak kementerian tentang jalan-jalan luar bandar ini terutama bagi kita di Sabah, adakah menerimanya daripada JKR ataupun daripada kami sendiri? Saya ingin mendapat kepastian. Ini kerana daripada masa-masa yang lalu Tuan Pengerusi, saya menghadapi masalah apabila soal-soal keutamaan untuk upgrading jalan-jalan luar bandar. Saya mendapati ada beberapa jalan itu tidak sesuai untuk dilaksanakan. Apa yang lebih utama ada lagi beberapa jalan yang patut diberi perhatian oleh pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Saya rasa kalau dalam soal penyenaraian ini, saya minta supaya pihak kementerian melihat kembali, mengkaji semula dan mendapat feedback daripada kami. sebagai Ahli-ahli Parlimen di kawasan-kawasan terutama di kawasan Tenom untuk melihat keutamaan projek-projek pembangunan jalan raya luar bandar ini. Saya kira pada masa- masa yang lalu terdapat beberapa masalah di mana jalan-jalan tersebut dibina tidak menepati sasaran kepada kehendak kita sebagai wakil-wakil dan juga pihak kementerian. Saya harap perkara ini dapat diberi perhatian. Terima kasih Tuan Pengerusi. Datuk Alexander Nanta Linggi: Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Kementerian boleh mengambil perhatian dan mengambil maklum akan saranan Yang Berhormat Tenom, sebab kita tahu Ahli-ahli Yang Berhormat yang mewakili kawasan tertentu itu sepatutnya memang lebih tahu, lebih peka dengan keperluan. Akan tetapi kerajaan negeri di mana-mana negeri juga mestilah atau pun seharusnya ada juga kepentingan. Jadi kita tidak boleh mengatakan kita tidak memerlukan senarai dari... sebab kerajaan negeri mewakili negeri. Jadi tidak mengapa, kalau Yang Berhormat sebagai wakil rakyat kepada sesuatu kawasan itu memerlukan, selama ini kita juga menerima cadangan daripada Yang Berhormat iaitu termasuk Yang Berhormat Tenom juga. Jadi Yang Berhormat Tenom ya, sesetengah projek diterima adalah seperti mana yang telah saya sebut tadi, terus daripada wakil rakyat dan juga JKR. Keutamaannya memang kita perlu berbincang dan menerima pakai atau mengguna pakai opinion ataupun apa yang hendak oleh kerajaan negeri. Jadi, saya beralih kepada Yang Berhormat Sibuti. Yang Berhormat Sibuti hanya menyarankan pada kementerian agar kawasan seperti kawasan di Sibuti masih memerlukan lagi banyak projek-projek jalan luar bandar dan jalan kampung seperti mana yang telah disebut. Kita akan menerima sajalah cadangan-cadangan daripada Ahli-ahli.
57
71
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
58 DR.1.4.2014 Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Sibuti kemukakan kepada kementerian supaya kami dapat menyenaraikan juga keperluan. Pelaksanaannya adalah tertakluk kepada kalau projek itu besar, yang menggunakan belanja yang besar, ia seharusnya diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan tertakluk kepada kewangan semasa kerajaan ataupun yang telah diluluskan untuk projek-projek itu dilaksanakan. Itu pokoknya. Yang Berhormat Seremban, terima kasihlah Yang Berhormat Seremban kerana membantu kami di Sarawak untuk bersuara. Jadi Yang Berhormat jauh, dari Seremban ke Bintulu. Impian Sarawak, parti DAP ini program baik tetapi terlalu sedikitlah Yang Berhormat kalau dibandingkan dengan apa Barisan Nasional telah buat selama ini [Tepuk] Akan tetapi tidak mengapa, nanti dulu saya jelaskan dulu. Don’t worry saya akan bagi peluang [Ketawa] Sabar kawan, sebab dia betul-betul kawan ini. Jadi, kalau dikatakan di Bintulu ini Yang Berhormat, Yang Berhormat Bintulu memang sesuai atau pun Yang Berhormat yang begitu lantang sekali bersuara selama ini sejak masuk Parlimen juga dulu untuk menyarankan kepada kerajaan agar kesemuanya keperluan rakyat, masyarakat di kawasan Bintulu ini diberi keutamaan. Jadi kalau Yang Berhormat Seremban telah pergi ke Bintulu membantu Yang Berhormat Bintulu, bagi saya, saya terimalah, saya alu-alukan. Bagi Yang Berhormat Bintulu, mungkin dia terima juga sebab sudah membantu beliau. Akan tetapi perkara ini pernah Yang Berhormat Bintulu ajukan dan minta kepada kementerian oleh kerana kawasan itu begitu luas sekali di Sarawak. Seluruh negeri ini, tadi semasa kita berehat pada tengah hari saya berbincang juga dengan Yang Berhormat Kuching tentang begitu luasnya Sarawak dan begitu banyaknya keperluan termasuk jalan-jalan dan bekalan air, bekalan elektrik di luar bandar. Jadi tidak mengapa, jangan risau, kita akan buat sejauh mana kita boleh. Oleh kerana kita ini ada kekangan kewangan, kita perlulah agihkan kepada kesemua kawasan bukan sekadar sebuah kawasan saja. Oleh kerana Sarawak adalah negeri yang masih lagi begitu luas, yang begitu agak kurang daripada adanya rangkaian jalan raya, jalan luar bandar dan juga jalan penghubung desa, jadi keperluan ini mesti ada. Kita akan teruskan sebab dalam ucapan penggulungan di peringkat dasar, saya jelas mengatakan ataupun memberitahu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini akan secara berperingkat-peringkat dan berterusan. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Bangun] Datuk Alexander Nanta Linggi: Oleh kerana kita tertakluk kepada kewangan yang ada kepada kita. Oleh kerana itu saya berterima kasih Yang Berhormat mengambil bahagian dalam perbahasan menyokong Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini mendapat tambahan RM72,700,020 ini. Kalau boleh, mengapa tidak disebut Yang Berhormat Seremban agar kementerian ini mendapat lebih daripada yang kami minta ini? Bolehlah sedikit. Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya Yang Berhormat, kita bukan bantu Ahli Parlimen Bintulu, kita bantu rakyat. Program Impian Sarawak itu tidak seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, “Sedikit saja berbanding dengan apa yang dibuat oleh kerajaan”. Memang lah kita sedikit sebab itu adalah wang yang kita kutip daripada derma rakyat, daripada masyarakat di Semenanjung untuk membantu rakyat luar bandar di Sarawak. Solidarity bersama dengan rakyat luar bandar Sarawak. Memang sedikit sebab ini bukan wang pembayar cukai. Kerajaan pakai wang pembayar cukai untuk membantu, itu yang pertama. Kedua, saya hendak tekankan yang Kuala Sigu tadi, tempat yang saya maksudkan tadi, memang saya rasa kementerian perlu melihat kepada keperluan masyarakat di sana kerana saya rasa tempat itu memang amat terpencil dan amat dipinggirkan. Ini kerana saya pergi sana dua hari, saya difahamkan bahawa budak-budak sekolah di sana ada dua, tiga buah sekolah. So, disebabkan kerana tidak ada kemudahan jalan, tidak ada banyak kemudahan untuk penduduk-penduduk di sana, ada dua, tiga buah sekolah, cuti dua tiga minggu sudah. Cuti kemarau sebab tidak ada bekalan air di sekolah, mereka terpaksa cuti. Bayangkan, ini saya rasa adalah amat ketinggalan untuk anak-anak kita di sekolah-sekolah sana apabila kerana tidak ada kemudahan, mereka terpaksa berhenti, sekolah tidak dapat dibuka. Jadi saya harap kementerian, memang kita menyokong untuk menambah peruntukkan untuk kementerian yang diwakili oleh Yang Berhormat. Akan tetapi saya rasa peruntukan itu perlu benar-benar sampai ke tempat-tempat masyarakat yang amat memerlukan peruntukan itu. Terima kasih.
Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Sibuti kemukakan kepada kementerian supaya kami dapat menyenaraikan juga keperluan. Pelaksanaannya adalah tertakluk kepada kalau projek itu besar, yang menggunakan belanja yang besar, ia seharusnya diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan tertakluk kepada kewangan semasa kerajaan ataupun yang telah diluluskan untuk projek-projek itu dilaksanakan. Itu pokoknya. Yang Berhormat Seremban, terima kasihlah Yang Berhormat Seremban kerana membantu kami di Sarawak untuk bersuara. Jadi Yang Berhormat jauh, dari Seremban ke Bintulu. Impian Sarawak, parti DAP ini program baik tetapi terlalu sedikitlah Yang Berhormat kalau dibandingkan dengan apa Barisan Nasional telah buat selama ini [Tepuk] Akan tetapi tidak mengapa, nanti dulu saya jelaskan dulu. Don't worry saya akan bagi peluang [Ketawa] Sabar kawan, sebab dia betul-betul kawan ini. Jadi, kalau dikatakan di Bintulu ini Yang Berhormat, Yang Berhormat Bintulu memang sesuai atau pun Yang Berhormat yang begitu lantang sekali bersuara selama ini sejak masuk Parlimen juga dulu untuk menyarankan kepada kerajaan agar kesemuanya keperluan rakyat, masyarakat di kawasan Bintulu ini diberi keutamaan. Jadi kalau Yang Berhormat Seremban telah pergi ke Bintulu membantu Yang Berhormat Bintulu, bagi saya, saya terimalah, saya alu-alukan. Bagi Yang Berhormat Bintulu, mungkin dia terima juga sebab sudah membantu beliau. Akan tetapi perkara ini pernah Yang Berhormat Bintulu ajukan dan minta kepada kementerian oleh kerana kawasan itu begitu luas sekali di Sarawak. Seluruh negeri ini, tadi semasa kita berehat pada tengah hari saya berbincang juga dengan Yang Berhormat Kuching tentang begitu luasnya Sarawak dan begitu banyaknya keperluan termasuk jalan-jalan dan bekalan air, bekalan elektrik di luar bandar. Jadi tidak mengapa, jangan risau, kita akan buat sejauh mana kita boleh. Oleh kerana kita ini ada kekangan kewangan, kita perlulah agihkan kepada kesemua kawasan bukan sekadar sebuah kawasan saja. Oleh kerana Sarawak adalah negeri yang masih lagi begitu luas, yang begitu agak kurang daripada adanya rangkaian jalan raya, jalan luar bandar dan juga jalan penghubung desa, jadi keperluan ini mesti ada. Kita akan teruskan sebab dalam ucapan penggulungan di peringkat dasar, saya jelas mengatakan ataupun memberitahu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini akan secara berperingkat-peringkat dan berterusan. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Bangun]. Datuk Alexander Nanta Linggi: Oleh kerana kita tertakluk kepada kewangan. yang ada kepada kita. Oleh kerana itu saya berterima kasih Yang Berhormat mengambil bahagian dalam perbahasan menyokong Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini mendapat tambahan RM72,700,020 ini. Kalau boleh, mengapa tidak disebut Yang Berhormat Seremban agar kementerian ini mendapat lebih daripada yang kami minta ini? Bolehlah sedikit. Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya. Yang Berhormat, kita bukan bantu Ahli Parlimen Bintulu, kita bantu rakyat. Program Impian Sarawak itu tidak seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, "Sedikit saja berbanding dengan apa yang dibuat oleh kerajaan". Memang lah kita sedikit sebab itu adalah wang yang kita kutip daripada derma rakyat, daripada masyarakat di Semenanjung untuk membantu rakyat luar bandar di Sarawak. Solidarity bersama dengan rakyat luar bandar Sarawak. Memang sedikit sebab ini bukan wang pembayar cukai. Kerajaan pakai wang pembayar cukai untuk membantu, itu yang pertama. Kedua, saya hendak tekankan yang Kuala Sigu tadi, tempat yang saya maksudkan tadi, memang saya rasa kementerian perlu melihat kepada keperluan masyarakat di sana kerana saya rasa tempat itu memang amat terpencil dan amat dipinggirkan. Ini kerana saya pergi sana dua hari, saya difahamkan bahawa budak-budak sekolah di sana ada dua, tiga buah sekolah. So, disebabkan kerana tidak ada kemudahan jalan, tidak ada banyak. kemudahan untuk penduduk-penduduk di sana, ada dua, tiga buah sekolah, cuti dua tiga minggu sudah. Cuti kemarau sebab tidak ada bekalan air di sekolah, mereka terpaksa cuti. Bayangkan, ini saya rasa adalah amat ketinggalan untuk anak-anak kita di sekolah-sekolah sana apabila kerana tidak ada kemudahan, mereka terpaksa berhenti, sekolah tidak dapat dibuka. Jadi saya harap kementerian, memang kita menyokong untuk menambah peruntukkan untuk kementerian yang diwakili oleh Yang Berhormat. Akan tetapi saya rasa peruntukan itu perlu benar-benar sampai ke tempat-tempat masyarakat yang amat memerlukan peruntukan itu. Terima kasih.
58
72
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 59 Datuk Alexander Nanta Linggi: Terima kasih Yang Berhormat Seremban, jelas. Saya tahu sangatlah sebab kawasan saya di Kapit mungkin ada kawasannya lebih sukar didatangi ataupun dilawati sepertimana juga kawasan di Bintulu ya. Jadi kalau Yang Berhormat Seremban hendak ceritakan, saya tahu sangat lah. Terima kasihlah atas pandangan dan saranan. Kami terima, kementerian dan kerajaan yang bertanggungjawab, hujah-hujah sebegini memang kita terima pakai, boleh diterima. ■1610 Kalaulah di mana-mana kawasan kita belum lagi sampaikan jalan ataupun bekalan air, elektrik dan jalan raya, bukan kita meminggirkan mereka dengan sengaja, tidak oleh kerana kemampuan kita. Jadi peruntukan ini jangan risau, kita akan gunakan segala- galanya untuk kita membina kesemua projek yang telah saya sebutkan dalam senarai yang diperlukan tadi. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Minta penjelasan. Datuk Alexander Nanta Linggi: Tidak apalah Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya hendak... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Minta penjelasan. Bolehlah. Datuk Alexander Nanta Linggi: Tidak ambil bahagian dalam perbahasan tadi. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tidak apa, tidak apa. Apa-apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pun saya sentuh. Kita orang Sarawak. Tadi saya meneliti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri kata itu alasan- alasan yang diberi bahawa keluasan Sarawak itu negeri yang begitu luas, kekangan kewangan itu. Saya nampak ini alasan-alasan yang selalunya diberi oleh kementerian semasa kita bangkitkan kemunduran pembangunan di Sarawak. Pembentukan Malaysia sudah 50 tahun. Alasan-alasan ini pun saya rasa sudah expired sebagai satu alasan yang munasabah. Apa sebab yang betul-betul Sarawak sampai hari ini masih terdapat kawasan- kawasan yang tidak ada jalan, tidak ada bekalan elektrik, tidak ada bekalan air- treated water supply adalah kekurangan political will of the part of Barisan Nasional Government. Saya rasa sepanjang masa itu Sarawak telah dijadikan fix deposit, dianggap sebagai fix deposit Barisan Nasional. Oleh itu, peruntukan yang begitu kurang tetapi sekarang masa sudah berbeza sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sarawak sudah menjadi king maker of the government. Oleh itu saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri jangan terima alasan-alasan itu sebagai satu justifikasi untuk kekurangan peruntukan untuk membangunkan rural area di Sarawak. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri kawasan sendiri pun amat mundurlah. Oleh itu saya haraplah Yang Berhormat Timbalan Menteri, kedua-dua kita adalah orang Sarawak. Datuk Alexander Nanta Linggi: Ya, Yang Berhormat. Okeylah. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Kita pun hendak tengok Sarawak membangun. Datuk Alexander Nanta Linggi: Kita jangan berpolitik sangat. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ini bukan politik ... Datuk Alexander Nanta Linggi: Fakta. Okey, boleh. You give back the floor... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Kalau kita meneliti apa yang diperuntukkan untuk Kuala Lumpur. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Bandar Kuching, jangan bertengkar Yang Berhormat. Datuk Alexander Nanta Linggi: Okey. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Okey, okey, saya akan...
Datuk Alexander Nanta Linggi: Terima kasih Yang Berhormat Seremban, jelas. Saya tahu sangatlah sebab kawasan saya di Kapit mungkin ada kawasannya lebih sukar didatangi ataupun dilawati sepertimana juga kawasan di Bintulu ya. Jadi kalau Yang Berhormat Seremban hendak ceritakan, saya tahu sangat lah. Terima kasihlah atas pandangan dan saranan. Kami terima, kementerian dan kerajaan yang bertanggungjawab, hujah-hujah sebegini memang kita terima pakai, boleh diterima. #1610 Kalaulah di mana-mana kawasan kita belum lagi sampaikan jalan ataupun bekalan air, elektrik dan jalan raya, bukan kita meminggirkan mereka dengan sengaja, tidak oleh kerana kemampuan kita. Jadi peruntukan ini jangan risau, kita akan gunakan segala- galanya untuk kita membina kesemua projek yang telah saya sebutkan dalam senarai yang diperlukan tadi. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Minta penjelasan. Datuk Alexander Nanta Linggi: Tidak apalah Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya hendak... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Minta penjelasan. Bolehlah. Datuk Alexander Nanta Linggi: Tidak ambil bahagian dalam perbahasan tadi. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tidak apa, tidak apa. Apa-apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pun saya sentuh. Kita orang Sarawak. Tadi saya meneliti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri kata itu alasan- alasan yang diberi bahawa keluasan Sarawak itu negeri yang begitu luas, kekangan kewangan itu. Saya nampak ini alasan-alasan yang selalunya diberi oleh kementerian semasa kita bangkitkan kemunduran pembangunan di Sarawak. Pembentukan Malaysia sudah 50 tahun. Alasan-alasan ini pun saya rasa sudah expired sebagai satu alasan yang munasabah. Apa sebab yang betul-betul Sarawak sampai hari ini masih terdapat kawasan- kawasan yang tidak ada jalan, tidak ada bekalan elektrik, tidak ada bekalan air- treated water supply adalah kekurangan political will of the part of Barisan Nasional Government. Saya rasa sepanjang masa itu Sarawak telah dijadikan fix deposit, dianggap sebagai fix deposit Barisan Nasional. Oleh itu, peruntukan yang begitu kurang tetapi sekarang masa sudah berbeza sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sarawak sudah menjadi king maker of the government. Oleh itu saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri jangan terima alasan-alasan itu sebagai satu justifikasi untuk kekurangan peruntukan untuk membangunkan rural area di Sarawak. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri kawasan sendiri pun amat mundurlah. Oleh itu saya haraplah Yang Berhormat Timbalan Menteri, kedua-dua kita adalah orang Sarawak. Datuk Alexander Nanta Linggi: Ya, Yang Berhormat. Okeylah. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Kita pun hendak tengok Sarawak membangun. Datuk Alexander Nanta Linggi: Kita jangan berpolitik sangat. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ini bukan politik ... Datuk Alexander Nanta Linggi: Fakta. Okey, boleh. You give back the floor... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Kalau kita meneliti apa yang diperuntukkan untuk Kuala Lumpur. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Bandar Kuching, jangan bertengkar Yang Berhormat. Datuk Alexander Nanta Linggi: Okey. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Okey, okey, saya akan...
59
73
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
60 DR.1.4.2014 Datuk Alexander Nanta Linggi: Duduk, boleh? Saya jelaskan. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa yang diperuntukkan oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Datuk Alexander Nanta Linggi: Saya boleh jelaskan. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Berkali-kali ganda lebih besar, banyak daripada apa yang diperuntukkan untuk Sarawak. Ini tidak boleh diterima dan sebagai Timbalan Menteri dari Sarawak. Datuk Alexander Nanta Linggi: Okey. Saya jelaskan. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Haruslah mengambil berat. Datuk Alexander Nanta Linggi: Saya jelaskanlah. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Alexander Nanta Linggi: Duduk, okey. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Timbalan Menteri, duduk dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Bandar Kuching duduk. Saya bukan apa, mahu buat pengumuman sekejap. Jadi supaya Ahli Yang Berhormat sejuk sedikit [Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi dari Arab Saudi yang diketuai oleh His Excellency Sheikh Saud Abdullah bin Al-Muejib, Member of the Supreme Judicial Council [Tepuk] Bersama-sama dengan 16 orang dalam delegasi ini. Semuanya terdiri daripada hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Arab Saudi. Kepada Excellency Sheikh Saud Abdullah bin Al-Muejib dan delegasi, Dewan ini mengalu- alukan kehadiran rombongan. Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Alexander Nanta Linggi: Ya, terima kasih. Tuan Pengerusi: Sudah sejuk sedikit bukan? Datuk Alexander Nanta Linggi: Okey, sejuk sedikit [Ketawa] Welcome to the Malaysian Parliament Sir. Kalau Yang Berhormat Bandar Kuching mengatakan Sarawak dipinggirkan, Sarawak tidak diambil perhatian, tetapi Yang Berhormat macam- Yang Berhormat ada di Dewankah semasa saya membuat penggulungan pada malam Rabu?... Tidak ada. Jelas. Sila rujuk kepada- saya tidak hendak ulang Tuan Pengerusi. Sila rujuk kepada Hansard. Jelas ada dalam jawapan itu. Begitu juga Yang Berhormat Kota Raja tidak ada dalam Dewan, saya telah jawab Yang Berhormat Kota Raja. Tadi bangkitkan juga dalam perbahasan. Nanti saya balik kepada Yang Berhormat Kota Raja. Jelas di dalam jawapan pada malam Rabu itu, berapa bilion yang telah diberikan kepada Sabah dan Sarawak [Tepuk] Kedua-dua negeri yang Kerajaan Malaysia, Kerajaan Barisan Nasional memikirkan kedua-dua buah negeri ini sangat memerlukan peruntukan yang begitu besar untuk kita menangani masalah bagi ketidakseimbangan pembangunan infrastruktur. Itu jawapannya. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Bangun] Datuk Alexander Nanta Linggi: Duduk. Saya tidak beri jalan Tuan Pengerusi. Saya tidak beri jalan sebab saya sudah beri jalan. Saya hendak buat penjelasan. This is not the dialogue bukan? Jadi, kalau Kerajaan Barisan Nasional tidak memikirkan dalam hal ini, tidak akan kita sudah diberi beberapa tahun ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Tengok! Kenapa tidak hendak menerima hakikatnya. Jelas di dalam setiap tahun- duduk dahulu. Jelas di dalam setiap tahun perbelanjaan Sarawak dan Sabah diberi pengagihan yang begitu besar, peruntukan. Hari ini juga dalam kita hendak meluluskan peruntukan tambahan. Tidak dengarkah tadi? Untuk Sarawak, RM45 juta lebih. Untuk Sabah [Disampuk] RM18 juta lebih. Tunggu dahulu. Ini tidak- tengok ini...
Datuk Alexander Nanta Linggi: Duduk, boleh? Saya jelaskan. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa yang diperuntukkan oleh. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?. Datuk Alexander Nanta Linggi: Saya boleh jelaskan. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Berkali-kali ganda lebih besar, banyak daripada apa yang diperuntukkan untuk Sarawak. Ini tidak boleh diterima dan sebagai Timbalan Menteri dari Sarawak. Datuk Alexander Nanta Linggi: Okey. Saya jelaskan. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Haruslah mengambil berat. Datuk Alexander Nanta Linggi: Saya jelaskanlah. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Alexander Nanta Linggi: Duduk, okey. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Timbalan Menteri, duduk dahulu Yang. Berhormat. Yang Berhormat Bandar Kuching duduk. Saya bukan apa, mahu buat pengumuman sekejap. Jadi supaya Ahli Yang Berhormat sejuk sedikit [Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi dari Arab Saudi yang diketuai oleh His Excellency Sheikh Saud Abdullah bin Al-Muejib, Member of the Supreme Judicial Council [Tepuk] Bersama-sama dengan 16 orang dalam delegasi ini. Semuanya terdiri daripada hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Arab Saudi. Kepada Excellency Sheikh Saud Abdullah bin Al-Muejib dan delegasi, Dewan ini mengalu- alukan kehadiran rombongan. Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Alexander Nanta Linggi: Ya, terima kasih. Tuan Pengerusi: Sudah sejuk sedikit bukan?. Datuk Alexander Nanta Linggi: Okey, sejuk sedikit [Ketawa] Welcome to the. Malaysian Parliament Sir. Kalau Yang Berhormat Bandar Kuching mengatakan Sarawak dipinggirkan, Sarawak tidak diambil perhatian, tetapi Yang Berhormat macam- Yang Berhormat ada di Dewankah semasa saya membuat penggulungan pada malam Rabu?... Tidak ada. Jelas. Sila rujuk kepada- saya tidak hendak ulang Tuan Pengerusi. Sila rujuk kepada Hansard. Jelas ada dalam jawapan itu. Begitu juga Yang Berhormat Kota Raja tidak ada dalam Dewan, saya telah jawab Yang Berhormat Kota Raja. Tadi bangkitkan juga dalam perbahasan. Nanti saya balik kepada Yang Berhormat Kota Raja. Jelas di dalam jawapan pada malam Rabu itu, berapa bilion yang telah diberikan kepada Sabah dan Sarawak [Tepuk] Kedua-dua negeri yang Kerajaan Malaysia, Kerajaan Barisan Nasional memikirkan kedua-dua buah negeri ini sangat memerlukan peruntukan yang begitu besar untuk kita menangani masalah bagi ketidakseimbangan pembangunan infrastruktur. Itu jawapannya. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Bangun]. Datuk Alexander Nanta Linggi: Duduk. Saya tidak beri jalan Tuan Pengerusi. Saya tidak beri jalan sebab saya sudah beri jalan. Saya hendak buat penjelasan. This is not the dialogue bukan?. Jadi, kalau Kerajaan Barisan Nasional tidak memikirkan dalam hal ini, tidak akan kita sudah diberi beberapa tahun ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Tengok! Kenapa tidak hendak menerima hakikatnya. Jelas di dalam setiap tahun- duduk dahulu. Jelas di dalam setiap tahun perbelanjaan Sarawak dan Sabah diberi pengagihan yang begitu besar, peruntukan. Hari ini juga dalam kita hendak meluluskan peruntukan tambahan. Tidak dengarkah tadi? Untuk Sarawak, RM45 juta lebih. Untuk Sabah [Disampuk] RM18 juta lebih. Tunggu dahulu. Ini tidak- tengok ini...
60
74
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 61 Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: RM45 juta, mana? Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Bandar Kuching. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Di antara... Datuk Alexander Nanta Linggi: Untuk Semenanjung, kalau kita ambil perbandingan, hanya RM9 juta peruntukan tambahan. Kita dengar kawan-kawan yang mewakili kawasan pedalaman di Semenanjung. Banyak juga keperluan mereka tetapi mereka menyokong kita di Sarawak dan di Sabah untuk mendapat peruntukan yang begitu besar [Tepuk] Terimalah. Jangan semata-mata mempolitikkan semuanya. Tidak bolehlah begitu. Duduk, duduk, saya tidak bagi. Tuan Pengerusi, selanjutnya saya teruskan... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tidak bagi? Tuan Pengerusi: Sila, sila. Datuk Alexander Nanta Linggi: Saya tidak menanya apa-apa, saya tidak menjawab apa-apa. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tidak bagi? Perbahasan- perbahasan harus two ways flow…. Datuk Alexander Nanta Linggi: Saya menjelaskan apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. Jadi kalau saya ... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tidak bagi lagi? Datuk Alexander Nanta Linggi: Saya sudah bagi peluang tadi. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ya, saya hendak minta penjelasan lagi, tambahan. Datuk Alexander Nanta Linggi: Saya duduk. Semasa saya beri peluang, saya duduk. Jadi saya sudah menjelaskan ... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Penjelasan... Datuk Alexander Nanta Linggi: Kerajaan Barisan Nasional... Datuk Hajah Norah Abd. Rahman [Tanjong Manis]: [Bangun] Datuk Alexander Nanta Linggi: Duduk. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengeruhkan keadaan lagi. Datuk Alexander Nanta Linggi: Tuan Pengerusi, bolehkah suruh dia duduk? Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tidak jelas lagi. Datuk Alexander Nanta Linggi: [Disampuk] Yang Berhormat Bandar Kuching, kerajaan ada political will. Kerajaan negeri yang dipimpin Seorang Ahli: Yang Berhormat Tanjong Manis bangun. Datuk Hajah Norah Abd. Rahman [Tanjong Manis]: Yang Berhormat Tanjong Manis. Datuk Alexander Nanta Linggi: Kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib, Ahli Parlimen Pekan ada political will untuk membantu kami di Sarawak dan di Sabah [Tepuk] Jangan kata tidak ada. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita dengar dahulu suara daripada wanita, Yang Berhormat Tanjong Manis. Datuk Alexander Nanta Linggi: Bolehlah. Suara wanita merdu. Sila. Datuk Hajah Norah Abd. Rahman [Tanjong Manis]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya amat bersyukur kepada hadrat Allah SWT kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Kerajaan Barisan
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: RM45 juta, mana?. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Bandar Kuching. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Di antara... Datuk Alexander Nanta Linggi: Untuk Semenanjung, kalau kita ambil. perbandingan, hanya RM9 juta peruntukan tambahan. Kita dengar kawan-kawan yang mewakili kawasan pedalaman di Semenanjung. Banyak juga keperluan mereka tetapi mereka menyokong kita di Sarawak dan di Sabah untuk mendapat peruntukan yang begitu besar [Tepuk] Terimalah. Jangan semata-mata mempolitikkan semuanya. Tidak bolehlah begitu. Duduk, duduk, saya tidak bagi. Tuan Pengerusi, selanjutnya saya teruskan... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tidak bagi?. Tuan Pengerusi: Sila, sila. Datuk Alexander Nanta Linggi: Saya tidak menanya apa-apa, saya tidak. menjawab apa-apa. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tidak bagi? Perbahasan- perbahasan harus two ways flow.... Datuk Alexander Nanta Linggi: Saya menjelaskan apa yang ditanya oleh Yang. Berhormat Bandar Kuching. Jadi kalau saya ... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tidak bagi lagi?. Datuk Alexander Nanta Linggi: Saya sudah bagi peluang tadi. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ya, saya hendak minta penjelasan. lagi, tambahan. Datuk Alexander Nanta Linggi: Saya duduk. Semasa saya beri peluang, saya. duduk. Jadi saya sudah menjelaskan ... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Penjelasan... Datuk Alexander Nanta Linggi: Kerajaan Barisan Nasional... Datuk Hajah Norah Abd. Rahman [Tanjong Manis]: [Bangun]. Datuk Alexander Nanta Linggi: Duduk. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Penjelasan Yang Berhormat. Timbalan Menteri mengeruhkan keadaan lagi. Datuk Alexander Nanta Linggi: Tuan Pengerusi, bolehkah suruh dia duduk?. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tidak jelas lagi. Datuk Alexander Nanta Linggi: [Disampuk] Yang Berhormat Bandar Kuching, kerajaan ada political will. Kerajaan negeri yang dipimpin. Seorang Ahli: Yang Berhormat Tanjong Manis bangun. Datuk Hajah Norah Abd. Rahman [Tanjong Manis]: Yang Berhormat Tanjong. Manis. Datuk Alexander Nanta Linggi: Kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat. Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib, Ahli Parlimen Pekan ada political will untuk membantu kami di Sarawak dan di Sabah [Tepuk] Jangan kata tidak ada. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita dengar dahulu suara. daripada wanita, Yang Berhormat Tanjong Manis. Datuk Alexander Nanta Linggi: Bolehlah. Suara wanita merdu. Sila. Datuk Hajah Norah Abd. Rahman [Tanjong Manis]: Terima kasih Tuan. Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya amat bersyukur kepada hadrat Allah SWT kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Kerajaan Barisan.
61
75
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
62 DR.1.4.2014 Nasional telah memberikan peruntukan yang amat besar [Disampuk] [Tepuk] Ini terutamanya semenjak RMK-10 ini. Akan tetapi kita masih banyak kekurangan infrastruktur. Saya setuju juga sedikit yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tetapi kita mesti faham. Rakyat di luar bandar kampungnya kecil-kecil, jauh-jauh. Untuk satu infrastruktur untuk dikembangkan terutamanya di kawasan luar bandar yang mempunyai tanah gambut yang amat teruk di antara enam meter sehingga sepuluh meter atau kaki, harga untuk membangunkan sebatang jalan mungkin sepuluh kali ganda lebih mahal daripada di bandar seperti di Kuala Lumpur ataupun di mana-manalah di serata Semenanjung. Di Sabah pun tidak mempunyai tanah gambut sebanyak seperti di Sarawak. Jadi perhatian untuk mendapat dana lebih, akan ternampak lebih jelas kenapa Sarawak mempunyai dana yang banyak tetapi infrastrukturnya masih tidak mencukupi. Tanah di Sarawak lebih besar daripada seluruh negeri di seluruh Malaysia ini. Sambil ini pun saya hendak mengambil peluang, hendak pohon ingatkan Menteri daripada segi jalan luar bandar di Pulau Bruit yang saya sudah bawa banyak kali untuk melihat saya Timbalan Menteri pohonlah untuk kita di Tanjong Manis kerana dari utara Tanjong Manis sampai ke selatan untuk sampai ke sekolah menengah itu lebih dari 30 kilometer, tanahnya tanah gambut, amat challenging, saya tahu untuk mendirikan jalan raya itu, sungguh mahal dan sungguh challenging. ■1620 Akan tetapi kalau kita hendak kira daripada segi economic of scale, daripada rakyat cuma 10,000 dan mungkin dana yang akan dibelanjakan lebih daripada RM500 juta, kita tidak boleh buat bandingan economic of scale, kita mesti melihat keperluan asas rakyat. Jadi saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri menyokong kita. Datuk Alexander Nanta Linggi: Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis kerana membantu menjelaskan kepada kawan-kawan kita yang duduk di sebelah sana, jadi jelas sekali. Juga fakta-fakta yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Tanjong Manis tadi adalah begitu jelas sekali, tepat sekali mengapa kadang kala kita tidak dapat mempercepatkan mengikut kehendak kita untuk membina projek-projek asas yang diperlukan sangat itu kerana keluasan dan permukaan bumi di negeri Sarawak. Jadi peruntukan tahunan Bandar Kuching ke Sarawak dan Sabah lebih daripada 50% bajet tahunan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah setiap tahun dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Jadi, janganlah dituduh seolah-olah kementerian tidak mengambil berat tentang keperluan masyarakat di luar bandar di Sarawak. Jadi Yang Berhormat Jelebu, selepas Yang Berhormat Jelebu. Terima kasih Yang Berhormat Jelebu, saya mendengar Yang Berhormat Jelebu, jawapan yang begitu lengkap sekali telah saya sebut dan ada di dalam Hansard. Saya baru rujuk ada dalam Hansard, pada malam Rabu, 26 Mac semasa menggulung Tuan Pengerusi, saya tidak kira sama ada Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan, ada di dalam Dewan atau tidak ada dalam Dewan, saya jawab dengan teliti sekali kerana jawapan yang disediakan oleh kementerian adalah banyak makluman ada di dalamnya dan juga perlu dicatatkan dalam rekod kita di dalam Dewan ini supaya pengundi-pengundi di kawasan- tahulah kalau mereka hendak rujuk kepada Hansard, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mewakili mereka ini ada bersuara untuk kawasan-kawasan mereka. Yang Berhormat Jelebu, terima kasih kerana mengambil pertimbangan dan mengatakan kalau boleh lebih ada projek-projek yang menelan kos yang rendah tetapi banyak kepada perkampungan, lebih-lebih lagi kepada perkampungan Orang-orang Asli. Daripada kita hendak ada yang dengan standard R3 yang begitu tinggi ataupun yang lebih daripada itu yang menelan belanja begitu besar, tetapi ia mungkin tidak melayan ataupun membantu mereka yang di pedalaman. Pandangan yang begitu boleh dikatakan consider sekali memikirkan pihak lain. Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu]: [Bangun] Datuk Alexander Nanta Linggi: Ada? Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma saya hendak tahu ada tidak kemungkinan kementerian hendak mengkaji semula keputusan itu? Ini kerana sekarang ini masalah yang saya hadapi ialah semua kampung-kampung lain menuntut projek yang serupa. Saya fikir projek ini memang
Nasional telah memberikan peruntukan yang amat besar [Disampuk] [Tepuk] Ini. terutamanya semenjak RMK-10 ini. Akan tetapi kita masih banyak kekurangan infrastruktur. Saya setuju juga sedikit yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tetapi kita mesti faham. Rakyat di luar bandar kampungnya kecil-kecil, jauh-jauh. Untuk satu infrastruktur untuk dikembangkan terutamanya di kawasan luar bandar yang mempunyai tanah gambut yang amat teruk di antara enam meter sehingga sepuluh meter atau kaki, harga untuk membangunkan sebatang jalan mungkin sepuluh kali ganda lebih mahal daripada di bandar seperti di Kuala Lumpur ataupun di mana-manalah di serata Semenanjung. Di Sabah pun tidak mempunyai tanah gambut sebanyak seperti di Sarawak. Jadi perhatian untuk mendapat dana lebih, akan ternampak lebih jelas kenapa Sarawak mempunyai dana yang banyak tetapi infrastrukturnya masih tidak mencukupi. Tanah di Sarawak lebih besar daripada seluruh negeri di seluruh Malaysia ini. Sambil ini pun saya hendak mengambil peluang, hendak pohon ingatkan Menteri daripada segi jalan luar bandar di Pulau Bruit yang saya sudah bawa banyak kali untuk melihat saya Timbalan Menteri pohonlah untuk kita di Tanjong Manis kerana dari utara Tanjong Manis sampai ke selatan untuk sampai ke sekolah menengah itu lebih dari 30 kilometer, tanahnya tanah gambut, amat challenging, saya tahu untuk mendirikan jalan raya itu, sungguh mahal dan sungguh challenging. #1620. Akan tetapi kalau kita hendak kira daripada segi economic of scale, daripada rakyat cuma 10,000 dan mungkin dana yang akan dibelanjakan lebih daripada RM500 juta, kita tidak boleh buat bandingan economic of scale, kita mesti melihat keperluan asas rakyat. Jadi saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri menyokong kita. Datuk Alexander Nanta Linggi: Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. kerana membantu menjelaskan kepada kawan-kawan kita yang duduk di sebelah sana, jadi jelas sekali. Juga fakta-fakta yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Tanjong Manis tadi adalah begitu jelas sekali, tepat sekali mengapa kadang kala kita tidak dapat mempercepatkan mengikut kehendak kita untuk membina projek-projek asas yang diperlukan sangat itu kerana keluasan dan permukaan bumi di negeri Sarawak. Jadi peruntukan tahunan Bandar Kuching ke Sarawak dan Sabah lebih daripada 50% bajet tahunan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah setiap tahun dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Jadi, janganlah dituduh seolah-olah kementerian tidak mengambil berat tentang keperluan masyarakat di luar bandar di Sarawak. Jadi Yang Berhormat Jelebu, selepas Yang Berhormat Jelebu. Terima kasih Yang Berhormat Jelebu, saya mendengar Yang Berhormat Jelebu, jawapan yang begitu lengkap sekali telah saya sebut dan ada di dalam Hansard. Saya baru rujuk ada dalam Hansard, pada malam Rabu, 26 Mac semasa menggulung Tuan Pengerusi, saya tidak kira sama ada Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan, ada di dalam Dewan atau tidak ada dalam Dewan, saya jawab dengan teliti sekali kerana jawapan yang disediakan oleh kementerian adalah banyak makluman ada di dalamnya dan juga perlu dicatatkan dalam rekod kita di dalam Dewan ini supaya pengundi-pengundi di kawasan- tahulah kalau mereka hendak rujuk kepada Hansard, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. yang mewakili mereka ini ada bersuara untuk kawasan-kawasan mereka. Yang Berhormat Jelebu, terima kasih kerana mengambil pertimbangan dan mengatakan kalau boleh lebih ada projek-projek yang menelan kos yang rendah tetapi banyak kepada perkampungan, lebih-lebih lagi kepada perkampungan Orang-orang Asli. Daripada kita hendak ada yang dengan standard R3 yang begitu tinggi ataupun yang lebih daripada itu yang menelan belanja begitu besar, tetapi ia mungkin tidak melayan ataupun membantu mereka yang di pedalaman. Pandangan yang begitu boleh dikatakan consider sekali memikirkan pihak lain. Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu]: [Bangun]. Datuk Alexander Nanta Linggi: Ada?. Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu]: Terima kasih Yang Berhormat. Timbalan Menteri. Cuma saya hendak tahu ada tidak kemungkinan kementerian hendak mengkaji semula keputusan itu? Ini kerana sekarang ini masalah yang saya hadapi ialah semua kampung-kampung lain menuntut projek yang serupa. Saya fikir projek ini memang.
62
76
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 63 wajar untuk ditarik semula dan dikaji semula kerana kos dan pulangan itu tidak setimpal, tidak berbaloi. Bahasa yang paling tepat itu tidak berbaloi kerana lebih kurang enam kilometer dengan kos RM60 juta, saya fikir jalan itu tidak memerlukan standard itu. Itu maksudnya. Jadi sebab itu kalau hendak menunggu lagi RM60 juta, datang lagi ke Jelebu untuk kawasan ini, saya tidak tahulah bila akan sampai lagi. Terima kasih. Datuk Alexander Nanta Linggi: Kita ambil pandangan dan buat masa sekarang saya tidak dapat menjawab dengan jawapan yang tepat kerana ia memerlukan adakah kontrak dan sebagainya peruntukan sebegitu. Kalaulah itu cadangan Yang Berhormat yang mewakili kawasan itu, silalah kemukakan kepada kementerian cadangan itu. Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu]: Saya sudah tulis kepada Yang Berhormat Menteri. Datuk Alexander Nanta Linggi: Sudah tulis, terima kasih. Kita akan melihat semula dan maklum kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Lipis, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Lipis yang membantu tadi. Ini kerana kebanyakannya yang diutarakan oleh Yang Berhormat Lipis adalah boleh dikatakan cadangan ataupun idea-idea bagaimana membantu kementerian untuk kita membela nasib mereka di luar bandar. Ada juga cadangan untuk mencadangkan KKLW mendapat peruntukan tambahan yang lebih besar. Itu yang kami suka mendengarnya Yang Berhormat Lipis kerana banyak keperluan. Kalau Yang Berhormat- Yang Berhormat lain bersuara seperti Yang Berhormat Lipis tadi, jelas sekali untuk didengar oleh pihak yang memberikan kita peruntukan ini iaitu pihak Kementerian Kewangan. Barulah kita seronok, kita boleh buat lebih lagi. Kita melebarkan jalan yang sempit, kita panjangkan jalan yang mungkin tidak sampai ke desa dan sebagainya. Jadi saya tidak mahu terlalu panjang lebar menghuraikan perkara ini kerana ini peringkat dasar kalau kita menyentuh hal ini. Ini kerana sekarang kita di peringkat Jawatankuasa, jadi kita harus spesifik kepada projek-projek ataupun peruntukan yang sedia ada. Jadi terima kasih Yang Berhormat Lipis- Bukit Kota, Jengka pun ada yang telah disebutkan tadi, sudah dicatat oleh pegawai-pegawai yang juga ada di dalam Dewan ini. Kami akan melihat kepada itu dan kami menjemput Yang Berhormat Lipis bolehlah membantu dan tulis surat kepada kementerian mengenai cadangan. Yang Berhormat Sibu. Yang Berhormat Sibu ada tidak? Yang Berhormat Sibu ada di dalam Dewan? Tidak ada. Yang Berhormat Sibu memperjuangkan Jalan Yong Kapit, saya lebih tahulah. Ini kawasan saya. Tuan Pengerusi, apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Sibu ini, sebab Yang Berhormat Sibu ini dia jarang sekali ke Kapit. Kalau pergi pun semasa hendak berkempen ataupun hendak menjalankan tugas politik, jadi tidak tahulah papan tanda itu. Kalaulah disebut Nanga Yong itu, hanya 12 kilometer daripada Pekan Kapit. Sekarang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tengah buat dua kilometer pertama daripada Kapit-Nanga Belitik-Nanga Nyikau dua kilometer telah siap diturap R3. Daripada Nanga Nyikau, Rumah Bajau Nanga Nyikau ke Nanga Yong, Syarikat Musyati Sdn Bhd yang membina dalam pelaksanaan. Jadi belum siap, tetapi jalan sudah sampai. Kalau menggunakan pacuan empat roda itu terus boleh sampai. Jadi ada jambatan yang besar di Sungai Yong nanti. Jadi, di manakah maksud Yang Berhormat Sibu ini? Kalau Yang Berhormat maksudkan ada sebuah jalan yang sudah lama dahulu diluluskan tetapi tidak dibina oleh sebab jalan itu tidak perlu lagi dibina, sudah ada jalan yang kita bina ini. Jadi Yang Berhormat Sibu ini, I think you’re barking up the wrong treelah kata orang, minta izin Tuan Pengerusi, dia tidak tahulah. Akan tetapi tidak apalah telah membantu saya di Kapit, suarakan supaya saya mendapat lebih peruntukan, pergi menyimpang ke kawasan lain. Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Akan tetapi Yang Berhormat Sibu pun tidak sabarlah, tidak ada dalam Dewan ini. Yang Berhormat Limbang, saya kalau boleh, kalau diizinkan Tuan Pengerusi, kalau dalam peraturan boleh cadangkan kepada Yang Berhormat Limbang sila rujuk kepada muka surat 187 di Hansard, malam mesyuarat kita haru Rabu, minggu lepas dalam jawapan saya. Ini kerana Yang Berhormat di dalam perbahasan di peringkat dasar telah menyentuh perkara yang sama dan jawapan-jawapan atau penjelasan-penjelasan ada di sana yang begitu detil sekali. Jadi Yang Berhormat Limbang, jadi kontraktor itu, the right contractor, saya bersetuju juga supaya tidak ada projek-projek ini terjejas oleh sebab
wajar untuk ditarik semula dan dikaji semula kerana kos dan pulangan itu tidak setimpal, tidak berbaloi. Bahasa yang paling tepat itu tidak berbaloi kerana lebih kurang enam kilometer dengan kos RM60 juta, saya fikir jalan itu tidak memerlukan standard itu. Itu maksudnya. Jadi sebab itu kalau hendak menunggu lagi RM60 juta, datang lagi ke Jelebu untuk kawasan ini, saya tidak tahulah bila akan sampai lagi. Terima kasih. Datuk Alexander Nanta Linggi: Kita ambil pandangan dan buat masa sekarang. saya tidak dapat menjawab dengan jawapan yang tepat kerana ia memerlukan adakah kontrak dan sebagainya peruntukan sebegitu. Kalaulah itu cadangan Yang Berhormat yang mewakili kawasan itu, silalah kemukakan kepada kementerian cadangan itu. Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu]: Saya sudah tulis kepada Yang. Berhormat Menteri. Datuk Alexander Nanta Linggi: Sudah tulis, terima kasih. Kita akan melihat. semula dan maklum kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Lipis, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Lipis yang membantu tadi. Ini kerana kebanyakannya yang diutarakan oleh Yang Berhormat Lipis adalah boleh dikatakan cadangan ataupun idea-idea bagaimana membantu kementerian untuk kita membela nasib mereka di luar bandar. Ada juga cadangan untuk mencadangkan KKLW mendapat peruntukan tambahan yang lebih besar. Itu yang kami suka mendengarnya Yang Berhormat Lipis kerana banyak keperluan. Kalau Yang Berhormat- Yang Berhormat lain bersuara seperti Yang Berhormat Lipis tadi, jelas sekali untuk didengar oleh pihak yang memberikan kita peruntukan ini iaitu pihak Kementerian Kewangan. Barulah kita seronok, kita boleh buat lebih lagi. Kita melebarkan jalan yang sempit, kita panjangkan jalan yang mungkin tidak sampai ke desa dan sebagainya. Jadi saya tidak mahu terlalu panjang lebar menghuraikan perkara ini kerana ini peringkat dasar kalau kita menyentuh hal ini. Ini kerana sekarang kita di peringkat Jawatankuasa, jadi kita harus spesifik kepada projek-projek ataupun peruntukan yang sedia ada. Jadi terima kasih Yang Berhormat Lipis- Bukit Kota, Jengka pun ada yang telah disebutkan tadi, sudah dicatat oleh pegawai-pegawai yang juga ada di dalam Dewan ini. Kami akan melihat kepada itu dan kami menjemput Yang Berhormat Lipis bolehlah membantu dan tulis surat kepada kementerian mengenai cadangan. Yang Berhormat Sibu. Yang Berhormat Sibu ada tidak? Yang Berhormat Sibu ada di dalam Dewan? Tidak ada. Yang Berhormat Sibu memperjuangkan Jalan Yong Kapit, saya lebih tahulah. Ini kawasan saya. Tuan Pengerusi, apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Sibu ini, sebab Yang Berhormat Sibu ini dia jarang sekali ke Kapit. Kalau pergi pun semasa hendak berkempen ataupun hendak menjalankan tugas politik, jadi tidak tahulah papan tanda itu. Kalaulah disebut Nanga Yong itu, hanya 12 kilometer daripada Pekan Kapit. Sekarang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tengah buat dua kilometer pertama daripada Kapit-Nanga Belitik-Nanga Nyikau dua kilometer telah siap diturap R3. Daripada Nanga Nyikau, Rumah Bajau Nanga Nyikau ke Nanga Yong, Syarikat Musyati Sdn Bhd yang membina dalam pelaksanaan. Jadi belum siap, tetapi jalan sudah sampai. Kalau menggunakan pacuan empat roda itu terus boleh sampai. Jadi ada jambatan yang besar di Sungai Yong nanti. Jadi, di manakah maksud Yang Berhormat Sibu ini? Kalau Yang Berhormat maksudkan ada sebuah jalan yang sudah lama dahulu diluluskan tetapi tidak dibina oleh sebab jalan itu tidak perlu lagi dibina, sudah ada jalan yang kita bina ini. Jadi Yang Berhormat Sibu ini, I think you're barking up the wrong treelah kata orang, minta izin Tuan. Pengerusi, dia tidak tahulah. Akan tetapi tidak apalah telah membantu saya di Kapit, suarakan supaya saya mendapat lebih peruntukan, pergi menyimpang ke kawasan lain. Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Akan tetapi Yang Berhormat Sibu pun tidak sabarlah, tidak ada dalam Dewan ini. Yang Berhormat Limbang, saya kalau boleh, kalau diizinkan Tuan Pengerusi, kalau dalam peraturan boleh cadangkan kepada Yang Berhormat Limbang sila rujuk kepada muka surat 187 di Hansard, malam mesyuarat kita haru Rabu, minggu lepas dalam jawapan saya. Ini kerana Yang Berhormat di dalam perbahasan di peringkat dasar telah menyentuh perkara yang sama dan jawapan-jawapan atau penjelasan-penjelasan ada di sana yang begitu detil sekali. Jadi Yang Berhormat Limbang, jadi kontraktor itu, the right contractor, saya bersetuju juga supaya tidak ada projek-projek ini terjejas oleh sebab.
63
77
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
64 DR.1.4.2014 kerenah kontraktor. Saya rasa kita semua di dalam Dewan ini bersetuju sangat dengan saranan supaya the right contractor kita pilih mengikut kaedah ataupun cara kita. Ada? Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah [Limbang]: Ada sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Alexander Nanta Linggi: Boleh. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang]: Tadi ada dua yang Telahak, Bong Abai memang betul dalam dasar tetapi ada satu itu, Buang Ubur itu tidak disentuh dalam dasar tetapi juga dalam proses dibina pun delay juga sekarang tetapi belum lagi sampai ke peringkat untuk diterminatelah. Jadi kita minta bantuan dari kementerian untuk memastikan. ■1630 Datuk Alexander Nanta Linggi: Okey, KKLW buat masa ini kita mengambil maklum sebab dalam yang kita perlu bahaskan adalah begitu spesifik. Sepuluh buah projek telah saya sebut tadi. Jadi apa yang dipohon oleh Yang Berhormat Limbang itu, kami boleh memberi penjelasan secara bertulis kepada Yang Berhormatlah. Jadi Tuan Pengerusi, setakat itu sahajalah penggulungan daripada kami Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah... Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Datuk Alexander Nanta Linggi: Yang Berhormat Kota Raja betul. Maaf. Minta maaf. Tuan Pengerusi saya silaplah, saya terlupa kerana Yang Berhormat Bandar Kuching yang mengganggu sikit tadi. Akan tetapi dia tidak mengganggu. Okeylah, dia menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen. Saya hendak rujuk dalam- boleh juga saya minta Yang Berhormat Kota Raja rujuk kepada muka surat 189 di Hansard, dalam ucapan penggulungan di peringkat dasar minggu lepas. Oleh sebab di dalam sana kita dengan jelaslah memberi penjelasan kepada isu-isu yang dibangkitkan, isu-isu yang sama dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi. Isu itu kenapa jalan-jalan di kawasan beliau tidak diturap. Kementerian akan membuat siasatan tapak bagi menentukan sama ada jalan-jalan di kawasan kampung tradisional seperti Kampung Jalan Setia termasuk di bawah skop jalan KKLW, PBT atau JKR. Kalau… Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Okey, saya hendak minta penjelasan sedikit. Bila saya maksudkan dengan jalan-jalan luar bandar, jalan dalam kawasan itu, main road yang dibuat jalan bertar itu memang JKR. Apa yang saya maksudkan adalah jalan- jalan kampung. Jalan-jalan di antara lot-lot dan sebagainya yang sebelum ini sama ada diberi jalan tar kecil ataupun diturap dengan batu kerikil. Jadi selama lima tahun ini, jalan-jalan ini tidak mempunyai apa-apa peruntukan, jadi mereka menuntut ini daripada Ahli Parlimen. Katanya ini adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Itu yang saya hendak penjelasan. Bidang tugas siapa itu? Ini kerana seperti yang saya sebutkan tadi, kita tidak boleh hendak divide MARRIS punya itu kepada jalan- jalan kampung. Datuk Alexander Nanta Linggi: Yang Berhormat, ini dalam kawasan Yang Berhormat ya, Parlimen? Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Ya. Datuk Alexander Nanta Linggi: Ya. Ini kerana kita sudah sebut dengan ikhlas kita hendak pergi tengok di mana yang diperlukan untuk masyarakat di tempat itu, kita akan bantu. Jadi kalau disebut mengapa lima tahun ini, tidak perlulah saya menjawab Yang Berhormat ya. Kadangkala- bukan kadangkalalah. Sememangnya kawasan kita di Malaysia ini memang luaslah seperti mana yang telah saya tekankan tadi ataupun kementerian telah jelaskan sudah beberapa kali. Jadi, kita perlu melihat ke depanlah. Kalau ada keperluan, sila berhubung dengan pihak kami, kementerian dan sebab ini adalah disebut oleh Yang Berhormat Menteri sendiri kepada kami di kementerian, kita membantu di mana sahaja. Kalau ada keperluan dan juga tertakluk kepada adanya kewanganlah. Akan tetapi kalau peruntukan itu tidak besar, kewangan yang perlu kita beri tidak besar juga, mungkin kita dapat mempercepatkan. Terima kasih.
kerenah kontraktor. Saya rasa kita semua di dalam Dewan ini bersetuju sangat dengan saranan supaya the right contractor kita pilih mengikut kaedah ataupun cara kita. Ada?. Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah [Limbang]: Ada sedikit Yang Berhormat. Timbalan Menteri. Datuk Alexander Nanta Linggi: Boleh. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang]: Tadi ada dua yang Telahak, Bong Abai memang betul dalam dasar tetapi ada satu itu, Buang Ubur itu tidak disentuh dalam dasar tetapi juga dalam proses dibina pun delay juga sekarang tetapi belum lagi sampai ke peringkat untuk diterminatelah. Jadi kita minta bantuan dari kementerian untuk. memastikan. #1630. Datuk Alexander Nanta Linggi: Okey, KKLW buat masa ini kita mengambil. maklum sebab dalam yang kita perlu bahaskan adalah begitu spesifik. Sepuluh buah projek telah saya sebut tadi. Jadi apa yang dipohon oleh Yang Berhormat Limbang itu, kami boleh memberi penjelasan secara bertulis kepada Yang Berhormatlah. Jadi Tuan Pengerusi, setakat itu sahajalah penggulungan daripada kami Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah... Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Datuk Alexander Nanta Linggi: Yang Berhormat Kota Raja betul. Maaf. Minta. maaf. Tuan Pengerusi saya silaplah, saya terlupa kerana Yang Berhormat Bandar Kuching yang mengganggu sikit tadi. Akan tetapi dia tidak mengganggu. Okeylah, dia menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen. Saya hendak rujuk dalam- boleh juga saya minta Yang Berhormat Kota Raja rujuk kepada muka surat 189 di Hansard, dalam ucapan penggulungan di peringkat dasar minggu lepas. Oleh sebab di dalam sana kita dengan jelaslah memberi penjelasan kepada isu-isu yang dibangkitkan, isu-isu yang sama dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi. Isu itu kenapa jalan-jalan di kawasan beliau tidak diturap. Kementerian akan membuat siasatan tapak bagi menentukan sama ada jalan-jalan di kawasan kampung tradisional seperti Kampung Jalan Setia termasuk di bawah skop jalan KKLW, PBT atau JKR. Kalau... Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Okey, saya hendak minta penjelasan sedikit. Bila saya maksudkan dengan jalan-jalan luar bandar, jalan dalam kawasan itu, main road yang dibuat jalan bertar itu memang JKR. Apa yang saya maksudkan adalah jalan- jalan kampung. Jalan-jalan di antara lot-lot dan sebagainya yang sebelum ini sama ada diberi jalan tar kecil ataupun diturap dengan batu kerikil. Jadi selama lima tahun ini, jalan-jalan ini tidak mempunyai apa-apa peruntukan, jadi mereka menuntut ini daripada Ahli Parlimen. Katanya ini adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Itu yang saya hendak penjelasan. Bidang tugas siapa itu? Ini kerana seperti yang saya sebutkan tadi, kita tidak boleh hendak divide MARRIS punya itu kepada jalan- jalan kampung. Datuk Alexander Nanta Linggi: Yang Berhormat, ini dalam kawasan Yang. Berhormat ya, Parlimen?. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Ya. Datuk Alexander Nanta Linggi: Ya. Ini kerana kita sudah sebut dengan ikhlas. kita hendak pergi tengok di mana yang diperlukan untuk masyarakat di tempat itu, kita akan bantu. Jadi kalau disebut mengapa lima tahun ini, tidak perlulah saya menjawab Yang Berhormat ya. Kadangkala- bukan kadangkalalah. Sememangnya kawasan kita di Malaysia ini memang luaslah seperti mana yang telah saya tekankan tadi ataupun kementerian telah jelaskan sudah beberapa kali. Jadi, kita perlu melihat ke depanlah. Kalau ada keperluan, sila berhubung dengan pihak kami, kementerian dan sebab ini adalah disebut oleh Yang Berhormat Menteri sendiri kepada kami di kementerian, kita membantu di mana sahaja. Kalau ada keperluan dan juga tertakluk kepada adanya kewanganlah. Akan tetapi kalau peruntukan itu tidak besar, kewangan yang perlu kita beri tidak besar juga, mungkin kita dapat mempercepatkan. Terima kasih.
64
78
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 65 Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Alexander Nanta Linggi: Terima kasih Tuan Pengerusi. Penggulungan di peringkat Jawatankuasa dari KKLW telah selesai. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Terima kasih. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM72,700,020 untuk Maksud P.22 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM72,700,020 untuk Maksud P.22 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013] Maksud B.23 [Jadual] - Maksud P.23 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] - Tuan Pengerusi: Kepala Bekalan B.23 dan Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar terbuka untuk dibahaskan. Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Pengerusi: Sila, sila Yang Berhormat Kuantan. 4.34 ptg. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas di peringkat Jawatankuasa Kepala B.23 dan P.23 Butiran 07200 dan Butiran 16700. Di bawah Butiran 07200 iaitu Jabatan Alam Sekitar. Saya ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan accident lori yang membawa bahan daripada Lynas yang telah accident- kemalangan, dan tumpah bahan-bahan yang dibawa di kilometer 149- Kuala Lumpur- Kuantan, di Lancang specifically. Tuan Pengerusi, walaupun Ketua Polis Daerah mengatakan bahan itu tidak berbahaya, tetapi Ketua Polis Daerah juga mengatakan bahawa, “Kalau boleh jangan masuk sungai, sebab kalau masuk sungai ikan mati.” Jadi ia tidak berbahaya, tetapi kalau masuk sungai, ikan mati. Saya perlu penjelasan dari Jabatan Alam Sekitar, daripada pihak kementerian apa yang dimaksudkan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah ini. Kedua, saya juga ingin bertanya dan memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan cecair kimia yang tumpah tersebut. Dikatakan bahawa bahan tersebut ialah NDPR (chloride solution). NDPR ialah satu bahan yang separuh siap. Dia bukan finish product dengan izin, dia semi finish product. Saya ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri bahawa di dalam preliminary- PEIA yang diluluskan ke atas Lynas pada tahun 2008, dia mengatakan bahawa yang akan dieksport ialah didymium oxide, bukan didymium chloride. Didymium chloride ialah campuran ND dan PR. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apabila Pegawai Perhubungan Awam Lynas mengatakan bahawa produk ini, chloride solution ini akan dieksport, dibawa ke Port Klang untuk dieksport. Persoalannya, kenapa kita benarkan mereka mengeksport chloride solution sedangkan dalam PEIA mengatakan bahawa yang akan dieksport ialah oxide. Apa penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar. Dalam PEIA tidak sebut pun fasal chloride ini yang boleh dieksport. Dia sebut hanya oxide. Oxide itu dalam bentuk serbuk. Jadi apabila tumpahnya cecair kimia ini kita timbul persoalan, “Eh macam mana pula cecair kimia yang tumpah? Kenapa pula chloride ini yang akan dieksport? Kenapa pula hendak eksport ikut Pelabuhan Klang dan bukan Pelabuhan Kuantan?” Ini semua persoalan-persoalan yang sebelum ini di dalam PEIA dia tidak sebut ini Tuan Pengerusi. Dia tidak sebut. Macam mana boleh lulus PEIA, tidak sebut fasal chloride ini, sebut oxide
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Alexander Nanta Linggi: Terima kasih Tuan Pengerusi. Penggulungan di peringkat Jawatankuasa dari KKLW telah selesai. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Terima kasih. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM72,700,020 untuk Maksud P.22 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM72,700,020 untuk Maksud P.22 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]. Maksud B.23 [Jadual]- Maksud P.23 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013]-. Tuan Pengerusi: Kepala Bekalan B.23 dan Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar terbuka untuk dibahaskan. Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Pengerusi: Sila, sila Yang Berhormat Kuantan. 4.34 ptg. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas di peringkat Jawatankuasa Kepala B.23 dan P.23 Butiran 07200 dan Butiran 16700. Di bawah Butiran 07200 iaitu Jabatan Alam Sekitar. Saya ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan accident lori yang membawa bahan daripada Lynas yang telah accident- kemalangan, dan tumpah bahan-bahan yang dibawa di kilometer 149- Kuala Lumpur- Kuantan, di Lancang specifically. Tuan Pengerusi, walaupun Ketua Polis Daerah mengatakan bahan itu tidak berbahaya, tetapi Ketua Polis Daerah juga mengatakan bahawa, "Kalau boleh jangan masuk sungai, sebab kalau masuk sungai ikan mati." Jadi ia tidak berbahaya, tetapi kalau masuk sungai, ikan mati. Saya perlu penjelasan dari Jabatan Alam Sekitar, daripada pihak kementerian apa yang dimaksudkan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah ini. Kedua, saya juga ingin bertanya dan memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan cecair kimia yang tumpah tersebut. Dikatakan bahawa bahan tersebut ialah NDPR (chloride solution). NDPR ialah satu bahan yang separuh siap. Dia bukan finish product dengan izin, dia semi finish product. Saya ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri bahawa di dalam preliminary- PEIA yang diluluskan ke atas Lynas pada tahun 2008, dia mengatakan bahawa yang akan dieksport ialah didymium oxide, bukan didymium chloride. Didymium chloride ialah campuran ND dan PR. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apabila Pegawai Perhubungan Awam Lynas mengatakan bahawa produk ini, chloride solution ini akan dieksport, dibawa ke Port Klang untuk dieksport. Persoalannya, kenapa kita benarkan mereka mengeksport chloride solution sedangkan dalam PEIA mengatakan bahawa yang akan dieksport ialah oxide. Apa penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar. Dalam PEIA tidak sebut pun fasal chloride ini yang boleh dieksport. Dia sebut hanya oxide. Oxide itu dalam bentuk serbuk. Jadi apabila tumpahnya cecair kimia ini kita timbul persoalan, "Eh macam mana pula cecair kimia yang tumpah? Kenapa pula chloride ini yang akan dieksport? Kenapa pula hendak eksport ikut Pelabuhan Klang dan bukan Pelabuhan Kuantan?" Ini semua persoalan-persoalan yang sebelum ini di dalam PEIA dia tidak sebut ini Tuan Pengerusi. Dia tidak sebut. Macam mana boleh lulus PEIA, tidak sebut fasal chloride ini, sebut oxide.
65
79
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
66 DR.1.4.2014 kalau hendak eksport, tapi tiba-tiba chloride yang Allah hendak tunjuk tumpah dan accident. Bagaimana penguatkuasaan? Apa yang Jabatan Alam Sekitar buat? Saya pernah menyebut kepada Timbalan Menteri satu ketika dulu berkenaan dengan EQA sekarang yang mewajibkan detail environmental impact assessment ke atas industri seperti Lynas. Yang Berhormat Timbalan Menteri kata hendak study, sampai sekarang ini tidak dapat jawapan lagi. Sekarang kita tengok pula berlaku accident. Kemalangan tumpah pula sesuatu bahan cecair kimia yang kononnya hendak dieksport oleh Lynas, yang sepatutnya mereka tidak eksport pun bahan itu. Mereka seharusnya eksport bahan the finish product iaitu dalam bentuk oxide. Ini semua persoalan-persoalan yang melibatkan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar yang telah meluluskan PEIA ke atas Lynas, yang seharusnya Jabatan Alam Sekitar boleh jawab kenapa perkara ini berlaku. Kalau Jabatan Alam Sekitar, Menteri yang bertanggungjawab lihat kepada Ashton Proposal yang Lynas terima kelulusan di Australia pada tahun 1992, ada komitmen daripada Ashton pada ketika itu untuk memastikan keselamatan sekiranya berlaku accident. Di sini, apa dia komitmen daripada Lynas sekiranya berlaku accident? Lynas membayar third party untuk membawa dia punya bahan-bahan ini. Daripada laporan polis itu bahawa, kenyataan OCPD mengatakan bahawa driver itu tidak ikat ketat-ketat. Jadi siapa yang bertanggungjawab? Takkan kita hendak tunggu accident yang lebih besar ataupun kita hendak tunggu nanti accident kena air pula macam OCPD kata, “Asal tidak kena air, kalau kena air nanti ikan mati.” ■1640 Jadi, ini merupakan isu yang harus ditangani dan harus dijawab oleh pihak kementerian. Macam mana boleh lulus PEIA tetapi tidak ikut. Lulus, PEIA kata oxide. Yang eksport ini oxide. Sekali yang dia bawak chloride, unfinished products, semi finished products dan dia nyatakan secara terang bahawa dia akan, Lynas Public Relation Officer, Amin Abdullah kata, ia akan eksport. Kenapa melalui Port Klang pula? Kenapa tidak melalui Kuantan Port? Kenapa melalui jalan raya yang melibatkan manusia di kiri kanan jalan raya, yang ada banyak rumah dan penduduk? Jadi, ini persoalan-persoalan yang saya pohon penjelasan yang teliti, secara detail daripada pihak Jabatan Alam Sekitar, pihak Menteri apabila menjawab nanti. Isu yang kedua di bawah Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan Program Saliran Bandar di Kuantan. Ini kerana setiap kali hujung tahun dan hujan lebat, bandar Kuantan akan hadapi keadaan banjir kilat. Banjir kilat ini banyak merosakkan stok-stok di kedai di bandar apabila banjir naik. Kedai-kedai yang dinaiki air, maka akan rosaklah barang-barang ataupun stok mereka. Jadi, setiap kali ini berlaku dan saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah yang sedang dilakukan dalam konteks saliran bandar. Keduanya ialah berkenaan dengan tebatan banjir. Saya sudah nyatakan di sini juga, di Dewan yang mulia ini kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan ban banjir di Sungai Isap yang pecah, pohon penjelasan. Menteri kata hendak turun ke bawah dan study. Kemudian saya juga hendak tanya berkenaan dengan sistem perparitan terancang di Tanjung Lumpur selepas daripada jambatan terus ke Kempadang. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa apabila jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan itu dibina pada hujung 1980-an, maka membangunlah industri restoran-restoran ikan bakar. Kalau Tuan Pengerusi pergi Kuantan pun, Tuan Pengerusi pergi makan ikan bakar dekat Tanjung Lumpur ya, memang terkenal di situ, banyak kedai ikan bakar di kiri kanan. Akan tetapi adakah Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi sedar bahawa di situ tidak ada monsoon drain? Air kotor daripada restoran-restoran itu tidak ada sistem perparitan yang terancang. Tidak ada tempat dia hendak pergi dan saya terima banyak aduan daripada rumah-rumah di belakang restoran-restoran itu yang mengatakan air kotor. Air kotor basuh ikan, basuh ayam dari restoran-restoran itu mengalir ke rumah-rumah mereka. Jadi, bagaimana pembangunan ini tidak bersekali dengan sistem perparitan terancang? Sepanjang daripada jambatan Tanjung Lumpur itu terus ke Kempadang. Setiap kali hujan lebat kita akan nampak air kotor. Setiap kali hujung tahun apabila hujan lebat berlaku, air ini memang kita nampak di parit-parit itu yang ada itu. Parit-parit itu kebanyakannya tidak ada penghujung. Dia mati di satu tempat. Kemudian kita jumpa lagi parit, dia mati lagi. Tidak ada satu sistem yang terancang.
kalau hendak eksport, tapi tiba-tiba chloride yang Allah hendak tunjuk tumpah dan accident. Bagaimana penguatkuasaan? Apa yang Jabatan Alam Sekitar buat?. Saya pernah menyebut kepada Timbalan Menteri satu ketika dulu berkenaan dengan EQA sekarang yang mewajibkan detail environmental impact assessment ke atas industri seperti Lynas. Yang Berhormat Timbalan Menteri kata hendak study, sampai sekarang ini tidak dapat jawapan lagi. Sekarang kita tengok pula berlaku accident. Kemalangan tumpah pula sesuatu bahan cecair kimia yang kononnya hendak dieksport oleh Lynas, yang sepatutnya mereka tidak eksport pun bahan itu. Mereka seharusnya eksport bahan the finish product iaitu dalam bentuk oxide. Ini semua persoalan-persoalan. yang melibatkan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar yang telah meluluskan PEIA ke atas Lynas, yang seharusnya Jabatan Alam Sekitar boleh jawab kenapa perkara ini berlaku. Kalau Jabatan Alam Sekitar, Menteri yang bertanggungjawab lihat kepada Ashton Proposal yang Lynas terima kelulusan di Australia pada tahun 1992, ada komitmen daripada Ashton pada ketika itu untuk memastikan keselamatan sekiranya berlaku accident. Di sini, apa dia komitmen daripada Lynas sekiranya berlaku accident? Lynas membayar third party untuk membawa dia punya bahan-bahan ini. Daripada laporan polis itu bahawa, kenyataan OCPD mengatakan bahawa driver itu tidak ikat ketat-ketat. Jadi siapa yang bertanggungjawab? Takkan kita hendak tunggu accident yang lebih besar ataupun kita hendak tunggu nanti accident kena air pula macam OCPD kata, "Asal tidak kena air, kalau kena air nanti ikan mati.". #1640. Jadi, ini merupakan isu yang harus ditangani dan harus dijawab oleh pihak kementerian. Macam mana boleh lulus PEIA tetapi tidak ikut. Lulus, PEIA kata oxide. Yang eksport ini oxide. Sekali yang dia bawak chloride, unfinished products, semi finished products dan dia nyatakan secara terang bahawa dia akan, Lynas Public Relation Officer, Amin Abdullah kata, ia akan eksport. Kenapa melalui Port Klang pula? Kenapa tidak melalui Kuantan Port? Kenapa melalui jalan raya yang melibatkan manusia di kiri kanan jalan raya, yang ada banyak rumah dan penduduk? Jadi, ini persoalan-persoalan yang saya pohon penjelasan yang teliti, secara detail daripada pihak Jabatan Alam Sekitar, pihak Menteri apabila menjawab nanti. Isu yang kedua di bawah Butiran 16700- Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan Program Saliran Bandar di Kuantan. Ini kerana setiap kali hujung tahun dan hujan lebat, bandar Kuantan akan hadapi keadaan banjir kilat. Banjir kilat ini banyak merosakkan stok-stok di kedai di bandar apabila banjir naik. Kedai-kedai yang dinaiki air, maka akan rosaklah barang-barang ataupun stok mereka. Jadi, setiap kali ini berlaku dan saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah yang sedang dilakukan dalam konteks saliran bandar. Keduanya ialah berkenaan dengan tebatan banjir. Saya sudah nyatakan di sini juga, di Dewan yang mulia ini kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan ban banjir di Sungai Isap yang pecah, pohon penjelasan. Menteri kata hendak turun ke bawah dan study. Kemudian saya juga hendak tanya berkenaan dengan sistem perparitan. terancang di Tanjung Lumpur selepas daripada jambatan terus ke Kempadang. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa apabila jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan itu dibina pada hujung 1980-an, maka membangunlah industri restoran-restoran ikan bakar. Kalau Tuan Pengerusi pergi Kuantan pun, Tuan Pengerusi pergi makan ikan bakar dekat Tanjung Lumpur ya, memang terkenal di situ, banyak kedai ikan bakar di kiri kanan. Akan tetapi adakah Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi sedar bahawa di situ tidak ada monsoon drain? Air kotor daripada restoran-restoran itu tidak ada sistem perparitan yang terancang. Tidak ada tempat dia hendak pergi dan saya terima banyak aduan daripada rumah-rumah di belakang restoran-restoran itu yang mengatakan air kotor. Air kotor basuh ikan, basuh ayam dari restoran-restoran itu mengalir ke rumah-rumah mereka. Jadi, bagaimana pembangunan ini tidak bersekali dengan sistem perparitan terancang? Sepanjang daripada jambatan Tanjung Lumpur itu terus ke Kempadang. Setiap kali hujan lebat kita akan nampak air kotor. Setiap kali hujung tahun apabila hujan lebat berlaku, air ini memang kita nampak di parit-parit itu yang ada itu. Parit-parit itu kebanyakannya tidak ada penghujung. Dia mati di satu tempat. Kemudian kita jumpa lagi parit, dia mati lagi. Tidak ada satu sistem yang terancang.
66
80
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 67 Jadi, saya amat kesal dengan keadaan ini kerana pembangunan atau development ini haruslah sustainable. Ia harus tidak ada kompromi ke atas kesihatan, kebersihan dan penduduk sekitar. Saya mahu raikan semua industri dan membina ekonomi tempatan. Kita hendak kalau boleh menyemarakkan lagi industri ikan bakar dan restoran seafood di situ, makanan laut di situ. Kalau tidak ada sistem perparitan terancang ini, maka kita kompromi di atas kebersihan. Kita kompromi di atas penduduk sekeliling yang terpaksa menerima bahananya. Oleh sebab saya pergi tengok sendiri apabila mereka mengadu. Saya tengok, eh, sebab dia punya parit tidak ada end, dia mati. Kemudian ada lagi parit, dia mati lagi. Dia tidak ada satu monsoon drain yang betul-betul terancang. Jadi, saya pohon sangat penjelasan di bawah Butiran 16700 - Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar, ini tiga perkara iaitu saliran bandar. Keduanya, ban banjir di Sungai Isap, Tanah Putih dan ketiganya, berkenaan dengan sistem perparitan terancang di Tanjung Lumpur terus ke Kempadang. Yang saya sudah cek ialah di bawah JPS yang memang mereka kata tidak ada. Memang mereka kata tidak ada dan sedang berusaha untuk mencari bajet untuk membuat sistem perparitan yang terancang tersebut. Saya difahamkan dalam RM39 juta diperlukan kalau hendak buat sistem perparitan terancang, monsoon drain sepanjang lepas jambatan itu ke Kempadang. Saya mohon Yang Berhormat Menteri beri penjelasan berkenaan perkara ini. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Putatan. 6.45 ptg. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut menimbulkan beberapa perkara di bawah Maksud B.23 dan B.33 di dalam Butiran 07100 – PERHILITAN, sampailah Butiran 16700 - Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar, secara keseluruhan. Saya hanya cakap buat satu atau dua perkara sahaja tentang konservasi giant panda ini. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian kenapa kita tiba-tiba melaksanakan program konservasi giant panda ini. Adakah ini satu daripada kerjasama antara negara lain dan negara kita. Bahkan hidupan liar kita di negara ini banyak lagi yang perlu dilihat dan perlu dijaga dan perlu dibuat satu sebagai konservasi. Terutama sekali hidupan-hidupan liar kita yang terkenal dengan pembangunan dalam perladangan, misalnya di Sabah dan Sarawak. Jadi, saya mahu tahu rancangan kerajaan terhadap gajah- gajah pigmi di negeri Sabah yang kian mengecil habitat hidupan liar ini disebabkan oleh kepesatan pembangunan, perladangan dan pertanian. Itu pertama Tuan Pengerusi. Seterusnya, kita juga melihat daripada spesies sungai, ikan-ikan sungai yang sungai-sungai kita ini agak tercemar sekali. Sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuantan, terutama sekali apabila sungai-sungai kita tercemar, maka spesies ikan yang biasanya membiak di perparitan dan sungai-sungai kita agak bahaya, terutama sekali akibat daripada pembangunan, pembalakan dan sebagainya. Yang kita tahu baru- baru ini di Sungai Bali di Sarawak pun ada runtuhan tanah dan mengakibatkan beberapa jenis atau spesies ikan mati. Soal Rancangan Tebatan Banjir (RTB) ini Yang Berhormat Menteri, di kawasan Kota Kinabalu ini sering saya menerima SMS atau text message daripada penduduk yang bermastautin di pinggir-pinggir sungai di Sembulan dan Sungai Petagas. Saya rasa tempat- tempat lain juga seperti Padas di mana baru-baru ini mengalami banjir yang begitu teruk sekali, di Keningau dan Tenom. Apabila kita melihat sungai-sungai itu Tuan Pengerusi, ia agak cetek sekali dan banyak tumbuhan sudah menjadi kelihatan tidak dipelihara. The rehabilitation of this river has not been done for so long. Jadi, saya minta apakah perancangan pihak kementerian apabila melihat sungai-sungai kita ini agak menjadi cetek dan mengecil disebabkan pembangunan di sekeliling kawasan itu. Di mana pembangunan, menembok tanah, potong bukit dan ia menjadi sungai yang agak keruh. Bukan sahaja itu Tuan Pengerusi, juga sampah sarap yang dibuang tidak ketentuan menyebabkan terapung- apung bahan-bahan plastik di depan bandar raya Kota Kinabalu. Juga daripada sungai- sungai yang mengalir ke pantai. ■1650 Kita melihat sungai-sungai yang cetek ini agak terhakis dan ada juga yang erosion dan accretion disebabkan pola-polanya menjadi cetek sekali. Jadi ini saya harap pihak
Jadi, saya amat kesal dengan keadaan ini kerana pembangunan atau development ini haruslah sustainable. Ia harus tidak ada kompromi ke atas kesihatan, kebersihan dan penduduk sekitar. Saya mahu raikan semua industri dan membina ekonomi tempatan. Kita hendak kalau boleh menyemarakkan lagi industri ikan bakar dan restoran seafood di situ, makanan laut di situ. Kalau tidak ada sistem perparitan terancang ini, maka kita kompromi di atas kebersihan. Kita kompromi di atas penduduk sekeliling yang terpaksa menerima bahananya. Oleh sebab saya pergi tengok sendiri apabila mereka mengadu. Saya tengok, eh, sebab dia punya parit tidak ada end, dia mati. Kemudian ada lagi parit, dia mati lagi. Dia tidak ada satu monsoon drain yang betul-betul terancang. Jadi, saya pohon sangat penjelasan di bawah Butiran 16700- Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar, ini tiga perkara iaitu saliran bandar. Keduanya, ban banjir di Sungai Isap, Tanah Putih dan ketiganya, berkenaan dengan sistem perparitan terancang di Tanjung Lumpur terus ke Kempadang. Yang saya sudah cek ialah di bawah JPS yang memang mereka kata tidak ada. Memang mereka kata tidak ada dan sedang berusaha untuk mencari bajet untuk membuat sistem perparitan yang terancang tersebut. Saya difahamkan dalam RM39 juta diperlukan kalau hendak buat sistem perparitan terancang, monsoon drain sepanjang lepas jambatan itu ke Kempadang. Saya mohon Yang Berhormat Menteri beri penjelasan berkenaan perkara ini. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Putatan. 6.45 ptg. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut menimbulkan beberapa perkara di bawah Maksud B.23 dan B.33 di dalam Butiran 07100- PERHILITAN, sampailah Butiran 16700- Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar, secara keseluruhan. Saya hanya cakap buat satu atau dua perkara sahaja tentang konservasi giant panda ini. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian kenapa kita tiba-tiba melaksanakan program konservasi giant panda ini. Adakah ini satu daripada kerjasama antara negara lain dan negara kita. Bahkan hidupan liar kita di negara ini banyak lagi yang perlu dilihat dan perlu dijaga dan perlu dibuat satu sebagai konservasi. Terutama sekali hidupan-hidupan liar kita yang terkenal dengan pembangunan dalam perladangan, misalnya di Sabah dan Sarawak. Jadi, saya mahu tahu rancangan kerajaan terhadap gajah- gajah pigmi di negeri Sabah yang kian mengecil habitat hidupan liar ini disebabkan oleh kepesatan pembangunan, perladangan dan pertanian. Itu pertama Tuan Pengerusi. Seterusnya, kita juga melihat daripada spesies sungai, ikan-ikan sungai yang sungai-sungai kita ini agak tercemar sekali. Sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuantan, terutama sekali apabila sungai-sungai kita tercemar, maka spesies ikan yang biasanya membiak di perparitan dan sungai-sungai kita agak bahaya, terutama sekali akibat daripada pembangunan, pembalakan dan sebagainya. Yang kita tahu baru- baru ini di Sungai Bali di Sarawak pun ada runtuhan tanah dan mengakibatkan beberapa jenis atau spesies ikan mati. Soal Rancangan Tebatan Banjir (RTB) ini Yang Berhormat Menteri, di kawasan Kota Kinabalu ini sering saya menerima SMS atau text message daripada penduduk yang bermastautin di pinggir-pinggir sungai di Sembulan dan Sungai Petagas. Saya rasa tempat- tempat lain juga seperti Padas di mana baru-baru ini mengalami banjir yang begitu teruk sekali, di Keningau dan Tenom. Apabila kita melihat sungai-sungai itu Tuan Pengerusi, ia agak cetek sekali dan banyak tumbuhan sudah menjadi kelihatan tidak dipelihara. The rehabilitation of this river has not been done for so long. Jadi, saya minta apakah perancangan pihak kementerian apabila melihat sungai-sungai kita ini agak menjadi cetek dan mengecil disebabkan pembangunan di sekeliling kawasan itu. Di mana pembangunan, menembok tanah, potong bukit dan ia menjadi sungai yang agak keruh. Bukan sahaja itu Tuan Pengerusi, juga sampah sarap yang dibuang tidak ketentuan menyebabkan terapung- apung bahan-bahan plastik di depan bandar raya Kota Kinabalu. Juga daripada sungai- sungai yang mengalir ke pantai. #1650 Kita melihat sungai-sungai yang cetek ini agak terhakis dan ada juga yang erosion dan accretion disebabkan pola-polanya menjadi cetek sekali. Jadi ini saya harap pihak.
67
81
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
68 DR.1.4.2014 kementerian walaupun saya telah pun membawa perkara ini kerap kali dan bertubi-tubi di Parlimen ini, namun rasa saya tindakan ataupun perhatian kepada pihak kementerian ini agak lembap sedikit. Saya cakapkan lembap sedikit sebab daripada teguran itu beberapa tahun, tidak ada satu pun projek yang dilaksanakan di Kota Kinabalu selain daripada usaha Dewan Bandaraya sendiri. Saya mintalah dari pihak kementerian pusat supaya memberi sedikit perhatian kepada sungai-sungai yang cetek ini. Kalau boleh kawasan saya di Putatan itu yang sering juga mengalami banjir kilat. Jadi saya rasa yang susunan kepada rumah-rumah juga itu saya rasa pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga duduk sama di sini juga melihat perkara yang penduduk-penduduk yang duduk di tebing-tebing jalan ini membahayakan nyawa mereka di waktu banjir. Saya harap pihak kementerian juga - sebab mesti diselitkan sebab dia berada di dalam Dewan. Jadi pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini tolonglah kalau buat satu projeklah mendalamkan sungai-sungai yang cetek itu supaya tidak lagi kita mengalami banjir dan tidak mengganggu ataupun menelefon wakil rakyat pada jam 4 atau jam 3 pagi untuk melawat rumah-rumahnya. Banyak kehilangan benda dan kerugian begitu tinggi. Sekiranya kalau pihak kementerian melaksanakan pendalaman sungai dan pemuliharaan sungai itu, saya rasa memadailah kalau ini dilihat oleh rakyat kita supaya kita diundi lagi pada masa PRU-14 supaya Pakatan Rakyat ataupun pihak pembangkang tidak dapat membuat apa-apa hal di kawasan kita sendiri. Jadi itu sahajalah Tuan Pengerusi. Terima kasih. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: [Bangun] Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Kota Raja. 4.52 ptg. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut membahaskan maksud P.23 mengenai Butiran 07100 – PERHILITAN. Hanya beberapa soalan sahaja mengenai butirannya iaitu peruntukan RM10 juta untuk membiayai projek Pusat Pemeliharaan dan Pameran Giant Panda. Saya ingin tahu, setahu saya itu yang termasuk giant panda ini ada seekor. Adakah RM10 juta ini untuk seekor panda dan berapa lama lagi panda ini akan menjadi tetamu kita ini? Seterusnya adakah ini anggaran untuk setahun ataupun untuk selama panda itu berada di sini? Kedua ialah mengenai Butiran 07200 – Jabatan Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tuan Pengerusi, saban tahun negara kita dilanda oleh jerebu. Setiap tahun ada sahaja alasannya. Kalau beberapa tahun yang sudah kita menyalahkan yang jerebu itu berasal dari Tanah Seberang. Akan tetapi kali ini oleh kebakaran yang agak merata disebabkan kemarau yang panjang. Perkara jerebu ini berulang saban tahun bukan perkara baru. Jadi persoalannya apakah persediaan kita untuk menghadapi musim kemarau dan tanah-tanah yang selalu terbakar ini adalah tanah-tanah gambut. Jadi saya kira RM2 juta ini program pengawasan hutan melalui udara adalah mungkin untuk helikopter ataupun kapal terbangkah untuk mengawasi kawasan yang terbakar. Cuma saya ingin tahu, apakah perancangan jangka masa panjang untuk kita menghalang ataupun mengurangkan pembakaran terbuka ini terutamanya di tanah-tanah gambut? Saya biasa bertanya tentang apakah perancangan jangka masa panjang tanah- tanah gambut ini? Kebanyakan pembangunan sudah encroach ataupun sudah masuk kawasan tanah-tanah gambut yang pada suatu masa dahulu adalah tanah-tanah pertanian. Pertembungan ini menyebabkan kawasan-kawasan perumahan yang berdekatan dengan tanah-tanah gambut ini dalam kawasan saya di Klang itu masih lagi sebahagian besar ada lagi kawasan pertanian. Jadi jangka panjang, bagaimanakah kita hendak memastikan bahawa tanah-tanah ini lembap sepanjang tahun, tidak mudah terbakar dan dapat menghindar daripada keadaan jerebu setiap tahun. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang tebatan banjir. Butiran 16700 – RTB ini dan saliran bandar. Memang hari itu Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menjawab bahawa perparitan di dalam kawasan bandar adalah di bawah kuasa PBT. Akan tetapi saya
kementerian walaupun saya telah pun membawa perkara ini kerap kali dan bertubi-tubi di Parlimen ini, namun rasa saya tindakan ataupun perhatian kepada pihak kementerian ini agak lembap sedikit. Saya cakapkan lembap sedikit sebab daripada teguran itu beberapa tahun, tidak ada satu pun projek yang dilaksanakan di Kota Kinabalu selain daripada usaha Dewan Bandaraya sendiri. Saya mintalah dari pihak kementerian pusat supaya memberi sedikit perhatian kepada sungai-sungai yang cetek ini. Kalau boleh kawasan saya di Putatan itu yang sering juga mengalami banjir kilat. Jadi saya rasa yang susunan kepada rumah-rumah juga itu saya rasa pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga duduk sama di sini juga melihat perkara yang penduduk-penduduk yang duduk di tebing-tebing jalan ini membahayakan nyawa mereka di waktu banjir. Saya harap pihak kementerian juga- sebab mesti diselitkan sebab dia berada di dalam Dewan. Jadi pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini tolonglah kalau buat satu projeklah mendalamkan sungai-sungai yang cetek itu supaya tidak lagi kita mengalami banjir dan tidak mengganggu ataupun menelefon wakil rakyat pada jam 4 atau jam 3 pagi untuk melawat rumah-rumahnya. Banyak kehilangan benda dan kerugian begitu tinggi. Sekiranya kalau pihak kementerian melaksanakan pendalaman sungai dan pemuliharaan sungai itu, saya rasa memadailah kalau ini dilihat oleh rakyat kita supaya kita diundi lagi pada masa PRU-14 supaya Pakatan Rakyat ataupun pihak pembangkang tidak dapat membuat apa-apa hal di kawasan kita sendiri. Jadi itu sahajalah Tuan Pengerusi. Terima kasih. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: [Bangun] Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Kota Raja. 4.52 ptg. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut membahaskan maksud P.23 mengenai Butiran 07100- PERHILITAN. Hanya beberapa soalan sahaja mengenai butirannya iaitu peruntukan RM10 juta untuk membiayai projek Pusat Pemeliharaan dan Pameran Giant Panda. Saya ingin tahu, setahu saya itu yang termasuk giant panda ini ada seekor. Adakah RM10 juta ini untuk seekor panda dan berapa lama lagi panda ini akan menjadi tetamu kita ini? Seterusnya adakah ini anggaran untuk setahun ataupun untuk selama panda itu berada di sini? Kedua ialah mengenai Butiran 07200- Jabatan Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tuan Pengerusi, saban tahun negara kita dilanda oleh jerebu. Setiap tahun ada sahaja alasannya. Kalau beberapa tahun yang sudah kita menyalahkan yang jerebu itu berasal dari Tanah Seberang. Akan tetapi kali ini oleh kebakaran yang agak merata disebabkan kemarau yang panjang. Perkara jerebu ini berulang saban tahun bukan perkara baru. Jadi persoalannya apakah persediaan kita untuk menghadapi musim kemarau dan tanah-tanah yang selalu terbakar ini adalah tanah-tanah gambut. Jadi saya kira RM2 juta ini program pengawasan hutan melalui udara adalah mungkin untuk helikopter ataupun kapal terbangkah untuk mengawasi kawasan yang terbakar. Cuma saya ingin tahu, apakah perancangan jangka masa panjang untuk kita menghalang ataupun mengurangkan pembakaran terbuka ini terutamanya di tanah-tanah gambut? Saya biasa bertanya tentang apakah perancangan jangka masa panjang tanah- tanah gambut ini? Kebanyakan pembangunan sudah encroach ataupun sudah masuk kawasan tanah-tanah gambut yang pada suatu masa dahulu adalah tanah-tanah pertanian. Pertembungan ini menyebabkan kawasan-kawasan perumahan yang berdekatan dengan tanah-tanah gambut ini dalam kawasan saya di Klang itu masih lagi sebahagian besar ada lagi kawasan pertanian. Jadi jangka panjang, bagaimanakah kita hendak memastikan bahawa tanah-tanah ini lembap sepanjang tahun, tidak mudah terbakar dan dapat menghindar daripada keadaan jerebu setiap tahun. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang tebatan banjir. Butiran 16700- RTB ini dan saliran bandar. Memang hari itu Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menjawab bahawa perparitan di dalam kawasan bandar adalah di bawah kuasa PBT. Akan tetapi saya.
68
82
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 69 cuma ingin menyebut di sini bahawa saya rasa tidak ada penyelarasan terutamanya di dalam kebenaran merancang yang diluluskan oleh PBT-PBT. Mungkin di atas kertas diperlukan kelulusan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk meluluskan sesuatu projek perumahan tetapi pada realitinya di bawah, bila kita berbual dengan kakitangan kerajaan ia setakat orang kata meluluskan kerana masing-masing merasakan bahawa PBT yang bertanggungjawab dan mereka hanya luluskan begitu. Tidak ada sebenarnya turun ke padang atau ke tanah melihat keadaan pun agak kurang dan akhirnya misalnya di kawasan Klang, perparitan yang besar tidak bertambah. Pada 20 hingga 30 tahun yang sudah masih lagi parit yang sama dan sungai yang sama tetapi proses perbandaran terus berlaku. Sekiranya JPS tidak meletakkan syarat, saya faham katanya ada pelan pengairan induk atau begitu tetapi sejauh mana pelan ini diikuti? Saya fikir perkara ini perlu diselaraskan, kalau tidak biasanya akibat kurang telitinya kita di dalam penambahan saliran baru, maka yang akhir menjadi mangsa banjir kilat ini adalah kawasan-kawasan kampung yang tanahnya lebih rendah dan apabila kawasan-kawasan pembinaan bandar baru naik disyaratkan oleh PBT supaya dinaikkan, ditambak tanah hingga menjadi tinggi daripada paras banjir. Akhirnya bila hujan, air semuanya akan menumpu ke kawasan-kawasan rendah. Jadi saya ingin sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bagaimana ini dapat diatasi? Terima kasih. Tuan Pengerusi: Sila, Yang Berhormat Bagan Serai. 4.58 ptg. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada P.23 Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar. Seperti yang semua sedia maklum, Daerah Kerian di Parlimen Bagan Serai telah dikenal pasti sebagai salah satu daerah yang sering mengalami banjir dan ini adalah kerana beberapa faktor-faktor: (i) hujan lebat dalam tempoh yang lama kesan daripada perubahan cuaca global; (ii) kawasan tadahan sungai luas dan hulunya kawasan tadah bukit; dan (iii) pelepasan air empangan perlu dilakukan dalam kuantiti yang besar bagi mengelakkan kerosakan empangan dan landasan kereta api tenggelam. Kawasan banjir berada di dalam kawasan imbangan sungai dataran rendah dan dipengaruhi pasang surut air laut. Paras air bawah tanah di kawasan banjir adalah tinggi dan air pembukaan tidak dapat masuk dan bertakung di permukaan. Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang pada tahun 2012 telah meluluskan Rancangan Tebatan Banjir di Kerian dan projek sedang berjalan dengan baik sekali. Jadi pada tahun lepas dan juga pada tahun ini, Projek Rancangan Tebatan Banjir di Parlimen Bagan Serai sedang berjalan dan kita dapati kes- kes banjir telah berkurangan sejak dari permulaannya. Walau bagaimanapun, pihak JPS telah memaklumkan kepada saya memohon tambahan siling peruntukan sebab tidak kecukupan. Jadi projek ini dijangkakan untuk siap sepenuhnya pada tahun 2015. ■1700 Tuan Pengerusi, antara masalah yang timbul ketika ini adalah masalah pengambilan tanah untuk rancangan tebatan banjir ini di mana kawasan-kawasan yang perlu dibuat ban telah melalui rumah-rumah penduduk tempatan. Beberapa tempat penduduk kampung terpaksa berpindah meninggalkan kampung halaman yang mereka telah duduk lebih dari sepuluh tahun. Ada yang sudah menduduki tempat itu selama tiga generasi. Jadi mereka memanglah terpaksa berkorban tetapi perasaannya agak terhiris. Terkini, ada 15 keluarga di Kampung Alor Setanggok, Mukim Semanggol yang terpaksa keluar dari tempat mereka untuk tinggal di tempat lain. Lima keluarga yang tinggal
cuma ingin menyebut di sini bahawa saya rasa tidak ada penyelarasan terutamanya di dalam kebenaran merancang yang diluluskan oleh PBT-PBT. Mungkin di atas kertas diperlukan kelulusan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk meluluskan sesuatu projek perumahan tetapi pada realitinya di bawah, bila kita berbual dengan kakitangan kerajaan ia setakat orang kata meluluskan kerana masing-masing merasakan bahawa PBT yang bertanggungjawab dan mereka hanya luluskan begitu. Tidak ada sebenarnya turun ke padang atau ke tanah melihat keadaan pun agak kurang dan akhirnya misalnya di kawasan Klang, perparitan yang besar tidak bertambah. Pada 20 hingga 30 tahun yang sudah masih lagi parit yang sama dan sungai yang sama tetapi proses perbandaran terus berlaku. Sekiranya JPS tidak meletakkan syarat, saya faham katanya ada pelan pengairan induk atau begitu tetapi sejauh mana pelan ini diikuti? Saya fikir perkara ini perlu diselaraskan, kalau tidak biasanya akibat kurang telitinya kita di dalam penambahan saliran baru, maka yang akhir menjadi mangsa banjir kilat ini adalah kawasan-kawasan kampung yang tanahnya lebih rendah dan apabila kawasan-kawasan pembinaan bandar baru naik disyaratkan oleh PBT supaya dinaikkan, ditambak tanah hingga menjadi tinggi daripada paras banjir. Akhirnya bila hujan, air semuanya akan menumpu ke kawasan-kawasan rendah. Jadi saya ingin sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bagaimana ini dapat diatasi? Terima kasih. Tuan Pengerusi: Sila, Yang Berhormat Bagan Serai. 4.58 ptg. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada P.23 Butiran 16700- Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar. Seperti yang semua sedia maklum, Daerah Kerian di Parlimen Bagan Serai telah dikenal pasti sebagai salah satu daerah yang sering mengalami banjir dan ini adalah kerana beberapa faktor-faktor: (i) hujan lebat dalam tempoh yang lama kesan daripada perubahan cuaca global; (ii) kawasan tadahan sungai luas dan hulunya kawasan tadah bukit; dan (iii) pelepasan air empangan perlu dilakukan dalam kuantiti yang besar bagi mengelakkan kerosakan empangan dan landasan kereta api tenggelam. Kawasan banjir berada di dalam kawasan imbangan sungai dataran rendah dan dipengaruhi pasang surut air laut. Paras air bawah tanah di kawasan banjir adalah tinggi dan air pembukaan tidak dapat masuk dan bertakung di permukaan. Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang pada tahun 2012 telah meluluskan Rancangan Tebatan Banjir di Kerian dan projek sedang berjalan dengan baik sekali. Jadi pada tahun lepas dan juga pada tahun ini, Projek Rancangan Tebatan Banjir di Parlimen Bagan Serai sedang berjalan dan kita dapati kes- kes banjir telah berkurangan sejak dari permulaannya. Walau bagaimanapun, pihak JPS telah memaklumkan kepada saya memohon tambahan siling peruntukan sebab tidak kecukupan. Jadi projek ini dijangkakan untuk siap sepenuhnya pada tahun 2015. #1700 Tuan Pengerusi, antara masalah yang timbul ketika ini adalah masalah pengambilan tanah untuk rancangan tebatan banjir ini di mana kawasan-kawasan yang perlu dibuat ban telah melalui rumah-rumah penduduk tempatan. Beberapa tempat penduduk kampung terpaksa berpindah meninggalkan kampung halaman yang mereka telah duduk lebih dari sepuluh tahun. Ada yang sudah menduduki tempat itu selama tiga generasi. Jadi mereka memanglah terpaksa berkorban tetapi perasaannya agak terhiris. Terkini, ada 15 keluarga di Kampung Alor Setanggok, Mukim Semanggol yang terpaksa keluar dari tempat mereka untuk tinggal di tempat lain. Lima keluarga yang tinggal.
69
83
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
70 DR.1.4.2014 di tanah bergeran sudah mendapat pampasan dan mula membuat rumah di tanah sendiri. Akan tetapi, masalah timbul ada lima keluarga yang tinggal di tanah TOL, iaitu tempat pendudukan sementara, telah diberi notis pada 20 Mac untuk berpindah selewat-lewatnya pada 30 April ini. Jadi mereka telah diberi notis tanpa diberitahu dengan jelas ke mana mereka patut pergi, penempatan baru yang mereka boleh pergi dan tanpa ada pemberian ex-gratia untuk membantu. Dalam lawatan saya baru-baru ini, ada juga rumah-rumah yang saya pergi ada orang-orang tua yang sakit, yang kami susah hati agak begitu murung sekali keadaannya. Jadi mereka ini tidak tahu mana hendak pergi. Mereka ini miskin, petani, ibu tunggal dan tidak ada tanah. Ada yang datang berjumpa dengan ketua kampung menangis-nangis bertanyakan dan memohon pertolongan. Tuan Pengerusi, mereka ini adalah penyokong-penyokong kerajaan. Peti undi di Kampung Tua telah kalah selama 12 kali pilihan raya, dan PRU-13 baru-baru ini, peti undi ini telah kita menang dan ada penduduk kampung agak begitu sensitif dan agak marahlah dalam lawatan saya. Ada yang bertanya kepada saya, adakah ini hadiah pilihan raya untuk kami? Jadi, saya ada beberapa cadangan kerana projek ini masih lagi belum dijalankan. Kemungkinan bolehkah laluan ban ini dibuat lencongan, projek ini dibuat lencongan. Kerajaan saya percaya akan lebih berjimat dengan cara ini. Mintalah dapat menolong orang-orang susah ini dengan memberi penempatan baru dan meminta pemberian ex- gratia untuk membantu. Apakah bentuk bantuan yang kerajaan boleh berikan di saat-saat yang genting begini untuk orang-orang miskin di kawasan Parlimen Bagan Serai? Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Kulai. 5.02 ptg. Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Dua perkara yang ingin saya sentuhkan. Maksud B.23, Butiran 160000 di mana sebanyak RM5.6 juta adalah diminta untuk melaksanakan Program Kerjasama Konservasi Giant Panda, dan juga di bawah P.23, Butiran 07100 di mana peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta dikehendaki bagi membiayai projek pembinaan Pusat Pemeliharaan dan Pameran Giant Panda. Jadi saya hendak tanya di sini, selain daripada RM5.6 juta dan juga RM10 juta yang diminta dalam bajet tambahan ini, sebenarnya kita telah memperuntukkan RM25 juta untuk program giant panda ini. Jadi nampaknya perbelanjaan kita untuk giant panda ini menjadi semakin besar. Jadi saya hendak tanya di sini, berapa banyak keuntungan yang kita boleh dapat dengan membawa dua ekor giant panda ini dari negara China ke Malaysia? Saya hendak tanya memandangkan tragedi MH370 ini telah saya rasa amat menyedihkan hati warga di negara China, saya hendak tanyalah, sama ada giant panda ini masih akan datang ke negara kita ataupun tidak? Duta ataupun Kerajaan Negara China mereka tidak takutkah kalau kedua-dua panda ini juga hilang?... [Dewan riuh] Saya hendak tanya juga sekiranya ada apa-apa yang malang berlaku kepada giant panda ini seperti sakit atau mati, saya rasa ini ada kemungkinan yang berlaku, berapa banyak pampasan yang kita perlu bayar kepada Kerajaan Negara China? Selain daripada itu, satu perkara lagi yang saya ingin... [Dewan riuh] Bukan Menteri, sila senyap okey. Saya tunggu jawapan daripada Timbalan Menteri... [Dewan riuh] Kalau hendak minta penjelasan boleh berdiri. Siapa hendak minta penjelasan, sila berdiri. Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Belud hendak jadi backbencher balik ke sinilah... [Dewan riuh] Okey, perkara kedua, Butiran 060000 – Alam Sekitar di bawah Pengawasan dan Penguatkuasaan. Saya ada satu isu di kawasan Parlimen Kulai yang saya ingin bawa di sini. Satu kilang yang panggil Tay Lian Hoe Metal Sdn. Bhd. yang terletak di Jalan Kota Tinggi didapati bahawa mereka ada lori yang bawa sisa pepejal ke tanah mereka dan juga membuat pembakaran secara terbuka.
di tanah bergeran sudah mendapat pampasan dan mula membuat rumah di tanah sendiri. Akan tetapi, masalah timbul ada lima keluarga yang tinggal di tanah TOL, iaitu tempat pendudukan sementara, telah diberi notis pada 20 Mac untuk berpindah selewat-lewatnya pada 30 April ini. Jadi mereka telah diberi notis tanpa diberitahu dengan jelas ke mana mereka patut pergi, penempatan baru yang mereka boleh pergi dan tanpa ada pemberian ex-gratia untuk membantu. Dalam lawatan saya baru-baru ini, ada juga rumah-rumah yang saya pergi ada orang-orang tua yang sakit, yang kami susah hati agak begitu murung sekali keadaannya. Jadi mereka ini tidak tahu mana hendak pergi. Mereka ini miskin, petani, ibu tunggal dan tidak ada tanah. Ada yang datang berjumpa dengan ketua kampung menangis-nangis bertanyakan dan memohon pertolongan. Tuan Pengerusi, mereka ini adalah penyokong-penyokong kerajaan. Peti undi di Kampung Tua telah kalah selama 12 kali pilihan raya, dan PRU-13 baru-baru ini, peti undi ini telah kita menang dan ada penduduk kampung agak begitu sensitif dan agak marahlah dalam lawatan saya. Ada yang bertanya kepada saya, adakah ini hadiah pilihan raya untuk kami? Jadi, saya ada beberapa cadangan kerana projek ini masih lagi belum dijalankan. Kemungkinan bolehkah laluan ban ini dibuat lencongan, projek ini dibuat lencongan. Kerajaan saya percaya akan lebih berjimat dengan cara ini. Mintalah dapat menolong orang-orang susah ini dengan memberi penempatan baru dan meminta pemberian ex- gratia untuk membantu. Apakah bentuk bantuan yang kerajaan boleh berikan di saat-saat yang genting begini untuk orang-orang miskin di kawasan Parlimen Bagan Serai? Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Kulai. 5.02 ptg. Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Dua perkara yang ingin saya sentuhkan. Maksud B.23, Butiran 160000 di mana sebanyak RM5.6 juta adalah diminta untuk melaksanakan Program Kerjasama Konservasi Giant Panda, dan juga di bawah P.23, Butiran 07100 di mana peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta dikehendaki bagi membiayai projek pembinaan Pusat Pemeliharaan dan Pameran Giant Panda. Jadi saya hendak tanya di sini, selain daripada RM5.6 juta dan juga RM10 juta yang diminta dalam bajet tambahan ini, sebenarnya kita telah memperuntukkan RM25 juta untuk program giant panda ini. Jadi nampaknya perbelanjaan kita untuk giant panda ini menjadi semakin besar. Jadi saya hendak tanya di sini, berapa banyak keuntungan yang kita boleh dapat dengan membawa dua ekor giant panda ini dari negara China ke Malaysia? Saya hendak tanya memandangkan tragedi MH370 ini telah saya rasa amat menyedihkan hati warga di negara China, saya hendak tanyalah, sama ada giant panda ini masih akan datang ke negara kita ataupun tidak? Duta ataupun Kerajaan Negara China mereka tidak takutkah kalau kedua-dua panda ini juga hilang?... [Dewan riuh] Saya hendak tanya juga sekiranya ada apa-apa yang malang berlaku kepada giant panda ini seperti sakit atau mati, saya rasa ini ada kemungkinan yang berlaku, berapa banyak pampasan yang kita perlu bayar kepada Kerajaan Negara China? Selain daripada itu, satu perkara lagi yang saya ingin... [Dewan riuh] Bukan Menteri, sila senyap okey. Saya tunggu jawapan daripada Timbalan Menteri... [Dewan riuh] Kalau hendak minta penjelasan boleh berdiri. Siapa hendak minta penjelasan, sila berdiri. Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Belud hendak jadi backbencher balik ke sinilah... [Dewan riuh] Okey, perkara kedua, Butiran 060000- Alam Sekitar di bawah Pengawasan dan Penguatkuasaan. Saya ada satu isu di kawasan Parlimen Kulai yang saya ingin bawa di sini. Satu kilang yang panggil Tay Lian Hoe Metal Sdn. Bhd. yang terletak di Jalan Kota Tinggi didapati bahawa mereka ada lori yang bawa sisa pepejal ke tanah mereka dan juga membuat pembakaran secara terbuka.
70
84
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 71 Sebenarnya saya telah membawa isu ini kepada Jabatan Alam Sekitar Johor dan serbuan telah dibuat juga bersama-sama dengan JAS pada awal tahun ini tetapi malangnya, sampailah sekarang, kompaun telah diisu kepada syarikat ini, ini maklumat yang saya terima daripada JAS Johor, tetapi pembakaran secara terbuka masih berlaku. Apabila kita sembang dengan pemandu lori yang membawa sisa pepejal itu, beliau cakap bahawa sebenarnya beliau bawa sisa pepejal ini dari negara Singapura dan mereka buang sisa pepejal ini di Kulai di tanah yang saya syak dimiliki oleh Syarikat Tay Lian Hoe Metal Sdn. Bhd. dan mereka buat pembakaran di sana. Jadi saya ingin membawa isu ini kepada perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana saya rasa saya sudah bawa isu ini kepada JAS Johor tetapi sampai sekarang isu ini masih tidak dapat diatasi. Jadi saya mintalah perhatian dan juga kerjasama daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya isu pembakaran secara terbuka ini bolehlah diatasi di kawasan Parlimen Kulai supaya udara di kawasan saya menjadi lebih segar dan tidaklah ada isu pencemaran udara lagi. Sekian sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Gerik. 5.07 ptg. Dato’ Hasbullah bin Osman [Gerik]: Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya suka merujuk Maksud P.23, Butiran 07200 yang mengatakan tambahan untuk Program Pengawasan Hutan Melalui Udara. Setakat ini saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah maksud pengawasan hutan melalui udara? Apakah kena hendak beli helikopter? Juga setakat ini, sejauh mana kementerian dalam pemantauan, kecurian balak yang berlaku di seluruh negara dapat dibasmi? Dengan kata lain, dengan adanya peruntukan ini, apakah sebenarnya kejayaan di peringkat kementerian mengawasi soal kecurian balak-balak yang ada di dalam negara? Perkara yang kedua, di Royal Belum saya mendapati kecurian pokok gaharu bukan sekadar, ini bukan tuduhan atau dakwaan saya, bukan sekadar dicuri oleh pemburu- pemburu haram untuk mendapatkan kayu gaharu tetapi juga difahamkan terdapat dari luar negara iaitu daripada Thailand. Setakat mana dengan adanya pengawasan udara ini, langkah pencegahan ini boleh memberi kejayaan untuk memastikan sumber khazanah negara yang kaya ini dapat dibanteras? Dalam masa yang sama, kita menghadapi musim kemarau yang panjang dari bulan 12 sehingga hari ini- tanda-tanda hujan turun nampaknya pada minggu ini dan minggu sudah- berlaku banyak kebakaran hutan simpan. Bagaimana pihak kementerian mengambil tindakan langkah pencegahan untuk mengatasi kebakaran yang berlaku di merata-rata tempat hutan simpan? Ini kerana dilihat pengawasan di peringkat udara ini bolehlah kita terjemahkan bahawa perkara-perkara yang saya nyatakan tadi dapat dipantau. ■1710 Saya juga beralih kepada Butiran 13400 – Pembangunan Sumber Asli Negara. Maksudnya saya memahami daripada konteks ini ialah air takungan dalam tasik, dalam sungai perlulah diawasi supaya air ini tidak tercemar kerana bilamana berlaku musim kemarau ini kita merasai air dirawat kurang, air sumber asli pun kurang. Kalau adapun air yang sumber asli tadi mungkin tidak boleh diproses untuk dirawat air minuman. Maka sejauh manakah kementerian mengawasi seluruh tasik dan sungai-sungai dalam negara yang berkemungkinan besar boleh kita jadikan air rawat untuk diminum kerana hasil daripada pembangunan yang ada. Saya ambil contoh Tasik Temenggor merupakan tasik untuk air minuman tetapi dilihat pengawalan untuk pencemaran contoh, setengah-setengah penggunaan bot, boathouse kawalannya tidak nampak sebaik mungkin. Minyak hitam yang masuk dalam tasik, najis yang kita tidak tahu kemungkinan dibuang di dalam. Saya tidak buat tuduhan tetapi saya melihat daripada jauh kemungkinan terbuang dalam tasik itu sendiri. Mohon penjelasan pihak kementerian, bagaimana pengawasan tersebut dapat dijaga? Seperkara lagi soal sumber air, apabila kerajaan negeri dan mungkin di peringkat kementerian meluluskan kawasan perlombongan bijih timah dalam kawasan saya di Telok
Sebenarnya saya telah membawa isu ini kepada Jabatan Alam Sekitar Johor dan serbuan telah dibuat juga bersama-sama dengan JAS pada awal tahun ini tetapi malangnya, sampailah sekarang, kompaun telah diisu kepada syarikat ini, ini maklumat yang saya terima daripada JAS Johor, tetapi pembakaran secara terbuka masih berlaku. Apabila kita sembang dengan pemandu lori yang membawa sisa pepejal itu, beliau cakap bahawa sebenarnya beliau bawa sisa pepejal ini dari negara Singapura dan mereka buang sisa pepejal ini di Kulai di tanah yang saya syak dimiliki oleh Syarikat Tay Lian Hoe Metal Sdn. Bhd. dan mereka buat pembakaran di sana. Jadi saya ingin membawa isu ini kepada perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana saya rasa saya sudah bawa isu ini kepada JAS Johor tetapi sampai sekarang isu ini masih tidak dapat diatasi. Jadi saya mintalah perhatian dan juga kerjasama daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya isu pembakaran secara terbuka ini bolehlah diatasi di kawasan Parlimen Kulai supaya udara di kawasan saya menjadi lebih segar dan tidaklah ada isu pencemaran udara lagi. Sekian sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Gerik. 5.07 ptg. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya suka merujuk Maksud P.23, Butiran 07200 yang mengatakan tambahan untuk Program Pengawasan Hutan Melalui Udara. Setakat ini saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah maksud pengawasan hutan melalui udara? Apakah kena hendak beli helikopter? Juga setakat ini, sejauh mana kementerian dalam pemantauan, kecurian balak yang berlaku di seluruh negara dapat dibasmi? Dengan kata lain, dengan adanya peruntukan ini, apakah sebenarnya kejayaan di peringkat kementerian mengawasi soal kecurian balak-balak yang ada di dalam negara? Perkara yang kedua, di Royal Belum saya mendapati kecurian pokok gaharu bukan sekadar, ini bukan tuduhan atau dakwaan saya, bukan sekadar dicuri oleh pemburu- pemburu haram untuk mendapatkan kayu gaharu tetapi juga difahamkan terdapat dari luar negara iaitu daripada Thailand. Setakat mana dengan adanya pengawasan udara ini, langkah pencegahan ini boleh memberi kejayaan untuk memastikan sumber khazanah negara yang kaya ini dapat dibanteras? Dalam masa yang sama, kita menghadapi musim kemarau yang panjang dari bulan 12 sehingga hari ini- tanda-tanda hujan turun nampaknya pada minggu ini dan minggu sudah- berlaku banyak kebakaran hutan simpan. Bagaimana pihak kementerian mengambil tindakan langkah pencegahan untuk mengatasi kebakaran yang berlaku di merata-rata tempat hutan simpan? Ini kerana dilihat pengawasan di peringkat udara ini bolehlah kita terjemahkan bahawa perkara-perkara yang saya nyatakan tadi dapat dipantau. #1710 Saya juga beralih kepada Butiran 13400- Pembangunan Sumber Asli Negara. Maksudnya saya memahami daripada konteks ini ialah air takungan dalam tasik, dalam sungai perlulah diawasi supaya air ini tidak tercemar kerana bilamana berlaku musim kemarau ini kita merasai air dirawat kurang, air sumber asli pun kurang. Kalau adapun air yang sumber asli tadi mungkin tidak boleh diproses untuk dirawat air minuman. Maka sejauh manakah kementerian mengawasi seluruh tasik dan sungai-sungai dalam negara yang berkemungkinan besar boleh kita jadikan air rawat untuk diminum kerana hasil daripada pembangunan yang ada. Saya ambil contoh Tasik Temenggor merupakan tasik untuk air minuman tetapi dilihat pengawalan untuk pencemaran contoh, setengah-setengah penggunaan bot, boathouse kawalannya tidak nampak sebaik mungkin. Minyak hitam yang masuk dalam tasik, najis yang kita tidak tahu kemungkinan dibuang di dalam. Saya tidak buat tuduhan tetapi saya melihat daripada jauh kemungkinan terbuang dalam tasik itu sendiri. Mohon penjelasan pihak kementerian, bagaimana pengawasan tersebut dapat dijaga? Seperkara lagi soal sumber air, apabila kerajaan negeri dan mungkin di peringkat kementerian meluluskan kawasan perlombongan bijih timah dalam kawasan saya di Telok.
71
85
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
72 DR.1.4.2014 Intan, sering berlaku iaitu pencemaran air akibat daripada perlombongan bijih timah. Pernah sekali saya meminta pejabat daerah buat satu spot check di mana pihak pelombong bijih timah tadi menjual amang kepada pihak lain, memberi alasan untuk membersihkan pasir. Sebenarnya mereka mencuci bijih timah menggunakan bahan ada beberapa sungai yang utama tercemar kerana hasil daripada pembersihan bijih timah tersebut. Minta kementerian memantau benda ini melalui Jabatan Alam Sekitar jangan pula di Daerah Hulu Perak tanah tinggi, bila kita hendak tanam pokok getah di kawasan tanah tinggi lebih daripada 500 ekar maka Jabatan Alam Sekitar pun sibuklah dengan peraturan-peraturan yang tertentu. Bila hendak dapat bantuan daripada kerajaan tidak boleh dibangunkan tanaman pokok getah kononnya ketinggiannya lebih daripada 300 meter menyebabkan tidak boleh tanam pokok getah di kawasan tinggi yang akhirnya saya menghadapi masalah Orang Asli kita tidak boleh tanamkan pokok getah untuk pembangunan mereka pada masa depan. Jadi itu sahaja yang saya hendak membahaskan pada petang ini. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Sila Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. 5.13 ptg. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 07100 – PERHILITAN tentang RM10 juta dibelanjakan untuk pembinaan Pusat Pemeliharaan dan Pameran Giant Panda dan juga kerja-kerja berkaitan Zoo Negara. Saya hendak dapat kepastian jumlah kos yang terlibat untuk membawa dua ekor giant panda ini ke Malaysia. Di sini sebut RM10 juta. Kalau ikut anggaran, ia lebih daripada RM25 juta untuk membawa dua ekor panda untuk datang ke sini dan untuk dipamerkan. Saya juga hendak dapat kepastian bagaimana pulangan untuk dapat balik RM25 juta ini? Tiket untuk masuk ini, berapakah caj tiket masuk untuk setiap tiket? Saya hendak dapat satu angka ini. Adakah panda ini dibawa ke sini hanya untuk dua tahun? Adakah kementerian bercadang supaya kita bawa panda ini lebih dua tahun atau selama-lamanya di sini kalau mengizinkan. Saya juga hendak tahu tentang makanan untuk panda ini. Saya difahamkan panda ini makanan special dia bamboo. Bamboo itu bukan bamboo di Malaysia yang boleh dimakan oleh panda. So, adakah perancangan telah dijalankan supaya kita menanam bamboo khas untuk panda ini dan syarikat mana yang dapat kontrak ini? Berapakah syarikat yang dapat kontrak dan juga kawasan-kawasan yang dikenal pasti untuk menanam bamboo ini kerana panda ini akan sampai ke Malaysia pada bulan April iaitu bulan ini. So,saya rasa segala makanan sudah siap sedia untuk mereka termasuk bamboo ini. Saya juga hendak merujuk kepada perkara Butiran 080200 – Perkhidmatan Teknikal Untuk Program Kerjasama Konservasi Giant Panda. Mengapa kita hendak belanjakan sejumlah RM5.648 juta untuk program ini? Di hutan kita tidak ada panda. Kita hanya meminjam dua ekor sahaja tetapi kita perlu spend RM5.6 million dengan izin, untuk program kerjasama ini. Adakah kita hantar pegawai-pegawai kita ke China untuk belajar bagaimana untuk memelihara giant panda ini? Kalau boleh wang ini digunakan, dipakai untuk memelihara haiwan-haiwan seperti tiger ataupun badak di hutan kita, di mana sebelum itu kita memang menghadapi masalah kewangan untuk kita memelihara haiwan- haiwan yang saya rasa di Malaysia ini semakin lupus di mana pada hari ini bilangan harimau dan juga badak semakin berkurangan. Apakah rancangan dan juga kewangan yang akan digunakan setiap tahun untuk menjalankan kerja-kerja program memelihara spesies harimau, badak dan juga haiwan lain yang semakin pupus di Malaysia ini? Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi: Sila. 5.17 ptg. Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud P.23 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Butiran 07100 – PERHILITAN. Saya menyokong usaha kerajaan bagi projek pembinaan pusat pemuliharaan dan pameran giant panda dan kerja-kerja berkaitan Zoo Negara yang baru diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Saya yakin projek yang dijalankan ini bukan
Intan, sering berlaku iaitu pencemaran air akibat daripada perlombongan bijih timah. Pernah sekali saya meminta pejabat daerah buat satu spot check di mana pihak pelombong bijih timah tadi menjual amang kepada pihak lain, memberi alasan untuk membersihkan pasir. Sebenarnya mereka mencuci bijih timah menggunakan bahan ada beberapa sungai yang utama tercemar kerana hasil daripada pembersihan bijih timah tersebut. Minta kementerian memantau benda ini melalui Jabatan Alam Sekitar jangan pula di Daerah Hulu Perak tanah tinggi, bila kita hendak tanam pokok getah di kawasan tanah tinggi lebih daripada 500 ekar maka Jabatan Alam Sekitar pun sibuklah dengan peraturan-peraturan yang tertentu. Bila hendak dapat bantuan daripada kerajaan tidak boleh dibangunkan tanaman pokok getah kononnya ketinggiannya lebih daripada 300 meter menyebabkan tidak boleh tanam pokok getah di kawasan tinggi yang akhirnya saya menghadapi masalah Orang Asli kita tidak boleh tanamkan pokok getah untuk pembangunan mereka pada masa depan. Jadi itu sahaja yang saya hendak membahaskan pada petang ini. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Sila Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. 5.13 ptg. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 07100- PERHILITAN tentang RM10 juta dibelanjakan untuk pembinaan Pusat Pemeliharaan dan Pameran Giant Panda dan juga kerja-kerja berkaitan Zoo Negara. Saya hendak dapat kepastian jumlah kos yang terlibat untuk membawa dua ekor giant panda ini ke Malaysia. Di sini sebut RM10 juta. Kalau ikut anggaran, ia lebih daripada RM25 juta untuk membawa dua ekor panda untuk datang ke sini dan untuk dipamerkan. Saya juga hendak dapat kepastian bagaimana pulangan untuk dapat balik RM25 juta ini? Tiket untuk masuk ini, berapakah caj tiket masuk untuk setiap tiket? Saya hendak dapat satu angka ini. Adakah panda ini dibawa ke sini hanya untuk dua tahun? Adakah kementerian bercadang supaya kita bawa panda ini lebih dua tahun atau selama-lamanya di sini kalau mengizinkan. Saya juga hendak tahu tentang makanan untuk panda ini. Saya difahamkan panda ini makanan special dia bamboo. Bamboo itu bukan bamboo di Malaysia yang boleh dimakan oleh panda. So, adakah perancangan telah dijalankan supaya kita menanam bamboo khas untuk panda ini dan syarikat mana yang dapat kontrak ini? Berapakah syarikat yang dapat kontrak dan juga kawasan-kawasan yang dikenal pasti untuk menanam bamboo ini kerana panda ini akan sampai ke Malaysia pada bulan April iaitu bulan ini. So,saya rasa segala makanan sudah siap sedia untuk mereka termasuk bamboo ini. Saya juga hendak merujuk kepada perkara Butiran 080200- Perkhidmatan Teknikal Untuk Program Kerjasama Konservasi Giant Panda. Mengapa kita hendak belanjakan sejumlah RM5.648 juta untuk program ini? Di hutan kita tidak ada panda. Kita hanya meminjam dua ekor sahaja tetapi kita perlu spend RM5.6 million dengan izin, untuk program kerjasama ini. Adakah kita hantar pegawai-pegawai kita ke China untuk belajar bagaimana untuk memelihara giant panda ini? Kalau boleh wang ini digunakan, dipakai untuk memelihara haiwan-haiwan seperti tiger ataupun badak di hutan kita, di mana sebelum itu kita memang menghadapi masalah kewangan untuk kita memelihara haiwan- haiwan yang saya rasa di Malaysia ini semakin lupus di mana pada hari ini bilangan harimau dan juga badak semakin berkurangan. Apakah rancangan dan juga kewangan yang akan digunakan setiap tahun untuk menjalankan kerja-kerja program memelihara spesies harimau, badak dan juga haiwan lain yang semakin pupus di Malaysia ini? Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi: Sila. 5.17 ptg. Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud P.23 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Butiran 07100- PERHILITAN. Saya menyokong usaha kerajaan bagi projek pembinaan pusat pemuliharaan dan pameran giant panda dan kerja-kerja berkaitan Zoo Negara yang baru diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Saya yakin projek yang dijalankan ini bukan.
72
86
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 73 sahaja menjadi satu daya tarikan yang baru di negara ini malah ia dapat memperkukuhkan jalinan kerjasama antara Malaysia dan China yang telah pun terbina sejak sekian lama. Saya juga percaya projek ini nanti dapat memberikan kesedaran kepada orang awam terhadap pentingnya pemuliharaan hidupan liar yang semakin pupus. Menyentuh soal hidupan haiwan liar terdapat masalah yang saya fikir perlu diambil perhatian oleh pihak PERHILITAN di negeri Pahang yang diancam oleh serangan gajah liar. Ancaman ini bukan sahaja memusnahkan kebun-kebun dan hasil tanaman para petani sehingga menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian beribu-ribu ringgit setelah tanaman mereka musnah. Malah punca bekalan air penduduk di kawasan yang terlibat juga turut terjejas akibat dikotori oleh gajah-gajah liar tersebut. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan baik, saya bimbang akan terdapat lebih banyak lagi tanaman yang akan dimusnahkan oleh gajah liar ini malah para petani juga akan takut untuk turun ke kebun-kebun dan akhirnya sumber pendapatan mereka turut terjejas. Oleh itu, saya berharap agar gajah-gajah liar ini dapat ditangkap supaya tidak lagi menjadi ancaman kepada petani dan penduduk. Malah saya merasakan satu kaedah yang lebih efisien perlu difikirkan bagi mengelakkan serangan berulang di kawasan yang terlibat ini. Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuantan berhubung dengan longkang-longkang monsun yang kurang di bandar Kuantan. Bukan saja di bandar tetapi juga di luar kawasan bandar di Kuantan turut terlibat dengan kawasan saya. Itu sebab setiap tahun apabila hujan kawasan- kawasan seperti Permatang Badak, Sungai Isap sebagainya selalu ditenggelami air. ■1720 Oleh itu saya berharap pihak kementerian membuat satu kajian yang mendalam berhubung dengan permasalahan banjir yang terlibat di kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi. Malah di Sungai Lembing umpamanya Sungai Kuala Kenau, kalau empat jam hujan lebat, bandar Sungai Lembing akan dinaiki air. Satu ketika saya rasa dalam tahun 2003, kerajaan telah melantik satu kontraktor untuk menyedut pasir-pasir yang ada di sungai tersebut tetapi memandangkan kontraktor ini mendapati ada keuntungan lain selain dari pasir, mereka menumpukan perhatian mereka kepada menyedut bijih-bijih, saki baki bijih timah yg ada di Sungai Lembing hinggakan kerajaan terpaksa membatalkan kontrak tersebut. Sekarang ini kalau kita lihat pasir di Sungai Kuala Kenau ini sudah telah menghampiri tebing. Oleh sebab itu dua jam ataupun empat jam hujan di Kuantan ataupun di Sungai Lembing, Kuala Kenau ini akan dilimpahi air dan akhirnya bandar Sungai Lembing akan ditenggelami air. Oleh itu mohon pihak kementerian dapat membuat satu kajian yg menyeluruh dan terperinci agar kita dapat mengatasi masalah-masalah banjir ini. Kalau dulu dikatakan jambatan menjadi masalah, tetapi sekarang ini apabila kerajaan telah meluluskan tiga buah jambatan yang baru, maka masalah jambatan tidak lagi menjadi kesulitan kepada penduduk tetapi pasir yang dalam yang telah naik hingga ke paras tebing, perlu diambil perhatian oleh pihak kementerian. Sekiranya ini dapat diatasi saya percaya, masalah banjir di Sungai Lembing akan diatasi. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Sila Yang Berhormat Batu Gajah. 5.22 ptg. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya agak tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Gerik tadi iaitu berkaitan dengan Butiran 07200, Jabatan Alam Sekitar iaitu berkaitan dengan pembalakan haram di mana beliau mengatakan bahawa pokok gaharu dicuri bukan saja daripada orang-orang dalam negara kita, tetapi juga daripada negara Thailand. Saya rasa sungguh peliklah bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan negara kita, kita ada polis, kita ada polis hutan, kita ada tentera, kita ada imigresen, kita ada Kastam, kita ada Jabatan Hutan. Ada banyak agensi penguatkuasaan tetapi perkara ini juga berlaku dan sekarang kerajaan pula membuat peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta untuk membiayai program pengawasan hutan melalui udara.
sahaja menjadi satu daya tarikan yang baru di negara ini malah ia dapat memperkukuhkan jalinan kerjasama antara Malaysia dan China yang telah pun terbina sejak sekian lama. Saya juga percaya projek ini nanti dapat memberikan kesedaran kepada orang awam terhadap pentingnya pemuliharaan hidupan liar yang semakin pupus. Menyentuh soal hidupan haiwan liar terdapat masalah yang saya fikir perlu diambil perhatian oleh pihak PERHILITAN di negeri Pahang yang diancam oleh serangan gajah liar. Ancaman ini bukan sahaja memusnahkan kebun-kebun dan hasil tanaman para petani sehingga menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian beribu-ribu ringgit setelah tanaman mereka musnah. Malah punca bekalan air penduduk di kawasan yang terlibat juga turut terjejas akibat dikotori oleh gajah-gajah liar tersebut. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan baik, saya bimbang akan terdapat lebih banyak lagi tanaman yang akan dimusnahkan oleh gajah liar ini malah para petani juga akan takut untuk turun ke kebun-kebun dan akhirnya sumber pendapatan mereka turut terjejas. Oleh itu, saya berharap agar gajah-gajah liar ini dapat ditangkap supaya tidak lagi menjadi ancaman kepada petani dan penduduk. Malah saya merasakan satu kaedah yang lebih efisien perlu difikirkan bagi mengelakkan serangan berulang di kawasan yang terlibat ini. Butiran 16700- Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuantan berhubung dengan longkang-longkang monsun yang kurang di bandar Kuantan. Bukan saja di bandar tetapi juga di luar kawasan bandar di Kuantan turut terlibat dengan kawasan saya. Itu sebab setiap tahun apabila hujan kawasan- kawasan seperti Permatang Badak, Sungai Isap sebagainya selalu ditenggelami air. #1720 Oleh itu saya berharap pihak kementerian membuat satu kajian yang mendalam berhubung dengan permasalahan banjir yang terlibat di kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi. Malah di Sungai Lembing umpamanya Sungai Kuala Kenau, kalau empat jam hujan lebat, bandar Sungai Lembing akan dinaiki air. Satu ketika saya rasa dalam tahun 2003, kerajaan telah melantik satu kontraktor untuk menyedut pasir-pasir yang ada di sungai tersebut tetapi memandangkan kontraktor ini mendapati ada keuntungan lain selain dari pasir, mereka menumpukan perhatian mereka kepada menyedut bijih-bijih, saki baki bijih timah yg ada di Sungai Lembing hinggakan kerajaan terpaksa membatalkan kontrak tersebut. Sekarang ini kalau kita lihat pasir di Sungai Kuala Kenau ini sudah telah menghampiri tebing. Oleh sebab itu dua jam ataupun empat jam hujan di Kuantan ataupun di Sungai Lembing, Kuala Kenau ini akan dilimpahi air dan akhirnya bandar Sungai Lembing akan ditenggelami air. Oleh itu mohon pihak kementerian dapat membuat satu kajian yg menyeluruh dan terperinci agar kita dapat mengatasi masalah-masalah banjir ini. Kalau dulu dikatakan jambatan menjadi masalah, tetapi sekarang ini apabila kerajaan telah meluluskan tiga buah jambatan yang baru, maka masalah jambatan tidak lagi menjadi kesulitan kepada penduduk tetapi pasir yang dalam yang telah naik hingga ke paras tebing, perlu diambil perhatian oleh pihak kementerian. Sekiranya ini dapat diatasi saya percaya, masalah banjir di Sungai Lembing akan diatasi. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Sila Yang Berhormat Batu Gajah. 5.22 ptg. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya agak tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Gerik tadi iaitu berkaitan dengan Butiran 07200, Jabatan Alam Sekitar iaitu berkaitan dengan pembalakan haram di mana beliau mengatakan bahawa pokok gaharu dicuri bukan saja daripada orang-orang dalam negara kita, tetapi juga daripada negara Thailand. Saya rasa sungguh peliklah bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan negara kita, kita ada polis, kita ada polis hutan, kita ada tentera, kita ada imigresen, kita ada Kastam, kita ada Jabatan Hutan. Ada banyak agensi penguatkuasaan tetapi perkara ini juga berlaku dan sekarang kerajaan pula membuat peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta untuk membiayai program pengawasan hutan melalui udara.
73
87
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
74 DR.1.4.2014 Jadi saya tidak tahu, apa maksud sebenar program pengawasan hutan melalui udara ini? Harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi penjelasan yang terperinci berkenaan dengan projek yang akan dilaksanakan ini. Satu lagi masalah ini adalah masalah berkaitan di kawasan saya, di kawasan Parlimen Batu Gajah. Saya pernah membangkitkan isu ini sebelum dalam Dewan yang mulia ini. Sebuah kilang memproses sisa ayam di kawasan Taman Silibin, Ipoh. Kilang ini mengeluarkan bau yang begitu busuk sekali dan perkara ini telah dibawa kepada perhatian Majlis Bandaraya Ipoh dan juga kepada Jabatan Alam Sekitar. Saya difahamkan bahawa kilang yang beroperasi di kawasan itu tidak mempunyai lesen dan aduan dibuat oleh penduduk Taman Silibin, Taman Rishah, Taman Pertama Desa Rishah dan beberapa taman di sekitar tetapi saya tidak tahu kenapa pihak berkuasa tidak mahu mengambil apa- apa tindakan terhadap kilang tersebut. Aduan yang dibuat ini adalah sangat serius. Kami telah mengadakan perjumpaan dengan pegawai daripada MBI. Kami telah mengadakan perjumpaan dengan pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar. Akan tetapi setakat ini, tidak ada siapa yang berani mengambil tindakan terhadap kilang tersebut. Saya rasa syak wasangkalah. Ada sesuatu yang tidak kena. Kenapa boleh ada walaupun begitu ramai yang membuat aduan tentang masalah ini tetapi hanya satu kilang. Ia masih boleh beroperasi dan kerajaan lepaskan kilang tersebut. Saya terima aduan bahawa masalah bau busuk ini sehingga ada yang muntah-muntah di rumah dan ada yang merasa begitu malu apabila ada kunjungan daripada saudara mara ataupun tetamu datang ke rumah mereka sebab bau itu begitu busuk sekali. Selain daripada itu, penduduk kawasan itu juga rasa risau ataupun bimbang bahawa harga tanah ataupun harta di kawasan itu akan turun disebabkan oleh masalah ini. Saya berani menyebutkan nama syarikat itu di sini. Syarikatnya bernama Syarikat Taison Fertilizer Sdn. Bhd. dan saya tidak tahu apa keistimewaan yang ada pada syarikat ini. Walaupun ia membawa mudarat kepada sebegitu ramai penduduk di kawasan itu tetapi tidak ada apa-apa tindakan susulan yang telah diambil oleh mana-mana jabatan. Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan kenapa perkara ini berterusan sehingga ke hari ini. Berkaitan dengan Butiran 07100, saya hanya ada beberapa soalan yang saya akan kemukakan iaitu apakah syarat-syarat permohonan lesen daripada Jabatan PERHILITAN untuk menjalankan aktiviti perniagaan hidupan liar? Setakat ini berapakah jumlah lesen yang telah dikeluarkan dan masih berkuat kuasa sehingga hari ini? Berapakah orang yang telah melanggar syarat-syarat lesen yang dikeluarkan dan apakah tindakan- tindakan yang telah diambil oleh kerajaan terhadap mereka? Itu saja Tuan Pengerusi. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Terima kasih. Ya, sila. 5.26 ptg. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut serta bersama dalam membahaskan bajet tambahan Maksud P.23, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di bawah tajuk 07100 yang melibatkan pusat pemeliharaan dan pameran giant panda dan kerja-kerja berkaitan di Zoo Negara yang melibatkan tambahan yang saya juga ingin mendapat kenal pasti apakah keuntungan-keuntungan yang kita peroleh daripada projek yang begitu besar sekali. Saya kaitkan perkara ini kerana kita juga mempunyai permasalahan yang agak lain yang seperti dikatakan oleh Yang Berhormat Paya Besar sebentar tadi, saya sangat menyokong kerana dalam usaha kita untuk menghalau gajah-gajah liar di kawasan saya juga turut terlibat di dalam kawasan Parlimen Lipis yang mempunyai banyak gajah liar tetapi dalam usaha ini kadang-kadang peruntukannya kita tidak peroleh. Kita sudah hantar surat beberapa kali yang juga boleh melibatkan ancaman kepada penduduk khususnya yang bekerja kampung, yang bekerja menoreh getah dan sebagainya yang selalu diancam oleh masalah gajah liar dan sedangkan kita berbelanja besar untuk giant panda ini yang saya juga tidak kenal pasti apakah keuntungannya.
Jadi saya tidak tahu, apa maksud sebenar program pengawasan hutan melalui udara ini? Harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi penjelasan yang terperinci berkenaan dengan projek yang akan dilaksanakan ini. Satu lagi masalah ini adalah masalah berkaitan di kawasan saya, di kawasan Parlimen Batu Gajah. Saya pernah membangkitkan isu ini sebelum dalam Dewan yang mulia ini. Sebuah kilang memproses sisa ayam di kawasan Taman Silibin, Ipoh. Kilang ini mengeluarkan bau yang begitu busuk sekali dan perkara ini telah dibawa kepada perhatian Majlis Bandaraya Ipoh dan juga kepada Jabatan Alam Sekitar. Saya difahamkan bahawa kilang yang beroperasi di kawasan itu tidak mempunyai lesen dan aduan dibuat oleh penduduk Taman Silibin, Taman Rishah, Taman Pertama Desa Rishah dan beberapa taman di sekitar tetapi saya tidak tahu kenapa pihak berkuasa tidak mahu mengambil apa- apa tindakan terhadap kilang tersebut. Aduan yang dibuat ini adalah sangat serius. Kami telah mengadakan perjumpaan dengan pegawai daripada MBI. Kami telah mengadakan perjumpaan dengan pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar. Akan tetapi setakat ini, tidak ada siapa yang berani mengambil tindakan terhadap kilang tersebut. Saya rasa syak wasangkalah. Ada sesuatu yang tidak kena. Kenapa boleh ada walaupun begitu ramai yang membuat aduan tentang masalah ini tetapi hanya satu kilang. Ia masih boleh beroperasi dan kerajaan lepaskan kilang tersebut. Saya terima aduan bahawa masalah bau busuk ini sehingga ada yang muntah-muntah di rumah dan ada yang merasa begitu malu apabila ada kunjungan daripada saudara mara ataupun tetamu datang ke rumah mereka sebab bau itu begitu busuk sekali. Selain daripada itu, penduduk kawasan itu juga rasa risau ataupun bimbang bahawa harga tanah ataupun harta di kawasan itu akan turun disebabkan oleh masalah ini. Saya berani menyebutkan nama syarikat itu di sini. Syarikatnya bernama Syarikat Taison Fertilizer Sdn. Bhd. dan saya tidak tahu apa keistimewaan yang ada pada syarikat ini. Walaupun ia membawa mudarat kepada sebegitu ramai penduduk di kawasan itu tetapi tidak ada apa-apa tindakan susulan yang telah diambil oleh mana-mana jabatan. Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan kenapa perkara ini berterusan sehingga ke hari ini. Berkaitan dengan Butiran 07100, saya hanya ada beberapa soalan yang saya akan kemukakan iaitu apakah syarat-syarat permohonan lesen daripada Jabatan PERHILITAN untuk menjalankan aktiviti perniagaan hidupan liar? Setakat ini berapakah jumlah lesen yang telah dikeluarkan dan masih berkuat kuasa sehingga hari ini? Berapakah orang yang telah melanggar syarat-syarat lesen yang dikeluarkan dan apakah tindakan- tindakan yang telah diambil oleh kerajaan terhadap mereka? Itu saja Tuan Pengerusi. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Terima kasih. Ya, sila. 5.26 ptg. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut serta bersama dalam membahaskan bajet tambahan Maksud P.23, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di bawah tajuk 07100 yang melibatkan pusat pemeliharaan dan pameran giant panda dan kerja-kerja berkaitan di Zoo Negara yang melibatkan tambahan yang saya juga ingin mendapat kenal pasti apakah keuntungan-keuntungan yang kita peroleh daripada projek yang begitu besar sekali. Saya kaitkan perkara ini kerana kita juga mempunyai permasalahan yang agak lain yang seperti dikatakan oleh Yang Berhormat Paya Besar sebentar tadi, saya sangat menyokong kerana dalam usaha kita untuk menghalau gajah-gajah liar di kawasan saya juga turut terlibat di dalam kawasan Parlimen Lipis yang mempunyai banyak gajah liar tetapi dalam usaha ini kadang-kadang peruntukannya kita tidak peroleh. Kita sudah hantar surat beberapa kali yang juga boleh melibatkan ancaman kepada penduduk khususnya yang bekerja kampung, yang bekerja menoreh getah dan sebagainya yang selalu diancam oleh masalah gajah liar dan sedangkan kita berbelanja besar untuk giant panda ini yang saya juga tidak kenal pasti apakah keuntungannya.
74
88
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 75 Jadi kita sebenarnya lebih baiklah kita pentingkan kepada masyarakat-masyarakat yang lebih memerlukan. Saya dimaklumkan seekor gajah memerlukan RM45,000 untuk memindahkan gajah ini. Jika dibandingkan gajah-gajah liar yang hadir ke dalam kawasan kita yang melibatkan orang kampung tidak boleh menoreh dan dia memusnahkan harta benda orang-orang kampung khususnya getah yang baru ditanam, getah yang sudah lama ditanam, sawit yang sudah lama ditanam dan kita membuat anggaran kos kerugian daripada gajah liar ini melebihi berjuta-juta ringgit. Hasil daripada orang kampung yang tanam enam ekar, tujuh ekar, lapan ekar dan sebagainya dan kadang-kadang gajah ini mengambil garam ke rumah orang. Ini kita susah sangat hendak dapat bajet. Saya beberapa kali minta bajet untuk memindahkan gajah-gajah liar ini tetapi dalam soal panda kita mohon untuk bajet tambahan tetapi dalam soal ini kerajaan seharusnya memikir sehabis baik dalam hal gajah liar ini. Ini bukan melibatkan soal harta benda tetapi melibatkan juga nyawa manusia, masyarakat setempat. Gajah boleh tidur dekat rumah orang. Saya pergi sendiri. Saya pergi sendiri melihat tempat gajah tidur. Paling tinggi Perhilitan hanya pergi tembak ke langit untuk menghalau gajah tersebut. Dalam masa tiga hari gajah itu datang balik yang menyebabkan tidak boleh mereka hendak pergi kerja kerana ketakutan akan gajah liar itu. Saya juga hendak bertukar kepada tajuk 07200 - Jabatan Alam Sekitar. Saya bersetuju dengan saranan untuk gunakan helikopter tetapi apakah tujuan kita untuk mengenal pasti hutan-hutan terbakar. Bukan sekadar hutan-hutan terbakar. ■1730 [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] Kita juga mesti kenal pasti apakah sikap pelombong-pelombong yang menyebabkan boleh kepada 13400 pembangunan sumber air negara. Ini boleh menjejaskan air. Kalau saya Sungai Lipis ataupun juga bercantum dengan Sungai Pahang yang hari ini kelihatan begitu keruh sekali seperti teh tarik. Kalau hendak teh tarik, kita boleh ambil air sungai buat teh tarik, tambah susu sahaja. Akan tetapi apakah peranan daripada Jabatan Alam Sekitar untuk mengenal pasti yang sungai ini akan berkeadaan baik. Kita hendak penjelasan kerana sungai ini amat penting kepada negara kita. Air sangat penting. Kita ada permasalahan air yang besar sekali sedangkan sungai hari ini begitu keruh disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab di atas pencemaran alam sekitar ini sendiri. Saya kenal pasti sebab kawasan saya. Baru-baru ini hari Ahad saya pergi untuk majlis gotong-royong. Saya pergi tengok sungai dengan sangkutan pokok-pokok tumbang, tidak ditadbir urus dengan baik. Ini adalah salah satu punca yang menyebabkan juga sungai itu akan menjadi lebih cetek dan akan tidak dapat membekalkan air dengan banyak. Sedangkan kita melihat daripada peruntukan ini apakah ia akan dijamin untuk Jabatan Alam Sekitar untuk memastikan bahawasanya sungai-sungai ini tidak tercemar. Kawasan saya terlalu banyak pembinaan lombong-lombong. Lombong emas, lombong bijih besi. Keuntungan hanya kepada mereka yang melombong sahaja tetapi kepada penduduk ada ketikanya terpaksa air diputuskan sehingga tiga hari atau ketujuh hari kerana air ini amat tercemar sekali. Ini yang harus diberi perhatian. Bukan kepada panda sebenarnya diberi perhatian. Beri perhatian kepada sungai-sungai dan alam sekitar kita ini untuk memastikan yang kita ini berada dalam keadaan yang cukup baik sekali. Ini yang saya rasa perlu lebih besar bajetnya untuk memastikan keselesaan rakyat itu sendiri, keselesaan kepada semua termasuk diri saya. Kadang-kadang terpaksa menghadapi air putus, Sungai Lipis bukan kecil. Sungai besar adalah sungai terpanjang dalam Semenanjung dan boleh menyebabkan punca air di negeri Pahang mungkin boleh melibatkan pembekalan sehingga ke Selangor boleh terjejas daripada punca-punca air ini. Saya beralih kepada 16700 iaitu Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan saliran bandar. Saya amat kecewa sekali, saya amat menyokong saranan daripada Yang Berhormat Paya Besar sebentar tadi mungkin daripada Yang Berhormat Kuantan ada menyebut. Saya keluar sekejap tadi, tidak perasan Yang Berhormat Kuantan sebut atau tidak sebut di dalam ini tidak dimasukkan tebatan banjir di dalam kawasan Paya Besar dan Kuantan.
Jadi kita sebenarnya lebih baiklah kita pentingkan kepada masyarakat-masyarakat yang lebih memerlukan. Saya dimaklumkan seekor gajah memerlukan RM45,000 untuk memindahkan gajah ini. Jika dibandingkan gajah-gajah liar yang hadir ke dalam kawasan kita yang melibatkan orang kampung tidak boleh menoreh dan dia memusnahkan harta benda orang-orang kampung khususnya getah yang baru ditanam, getah yang sudah lama ditanam, sawit yang sudah lama ditanam dan kita membuat anggaran kos kerugian daripada gajah liar ini melebihi berjuta-juta ringgit. Hasil daripada orang kampung yang tanam enam ekar, tujuh ekar, lapan ekar dan sebagainya dan kadang-kadang gajah ini mengambil garam ke rumah orang. Ini kita susah sangat hendak dapat bajet. Saya beberapa kali minta bajet untuk memindahkan gajah-gajah liar ini tetapi dalam soal panda kita mohon untuk bajet tambahan tetapi dalam soal ini kerajaan seharusnya memikir sehabis baik dalam hal gajah liar ini. Ini bukan melibatkan soal harta benda tetapi melibatkan juga nyawa manusia, masyarakat setempat. Gajah boleh tidur dekat rumah orang. Saya pergi sendiri. Saya pergi sendiri melihat tempat gajah tidur. Paling tinggi Perhilitan hanya pergi tembak ke langit untuk menghalau gajah tersebut. Dalam masa tiga hari gajah itu datang balik yang menyebabkan tidak boleh mereka hendak pergi kerja kerana ketakutan akan gajah liar itu. Saya juga hendak bertukar kepada tajuk 07200- Jabatan Alam Sekitar. Saya bersetuju dengan saranan untuk gunakan helikopter tetapi apakah tujuan kita untuk mengenal pasti hutan-hutan terbakar. Bukan sekadar hutan-hutan terbakar. #1730 [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa]. Kita juga mesti kenal pasti apakah sikap pelombong-pelombong yang menyebabkan boleh kepada 13400 pembangunan sumber air negara. Ini boleh menjejaskan air. Kalau saya Sungai Lipis ataupun juga bercantum dengan Sungai Pahang yang hari ini kelihatan begitu keruh sekali seperti teh tarik. Kalau hendak teh tarik, kita boleh ambil air sungai buat teh tarik, tambah susu sahaja. Akan tetapi apakah peranan daripada Jabatan Alam Sekitar untuk mengenal pasti yang sungai ini akan berkeadaan baik. Kita hendak penjelasan kerana sungai ini amat penting kepada negara kita. Air sangat penting. Kita ada permasalahan air yang besar sekali sedangkan sungai hari ini begitu keruh disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab di atas pencemaran alam sekitar ini sendiri. Saya kenal pasti sebab kawasan saya. Baru-baru ini hari Ahad saya pergi untuk majlis gotong-royong. Saya pergi tengok sungai dengan sangkutan pokok-pokok tumbang, tidak ditadbir urus dengan baik. Ini adalah salah satu punca yang menyebabkan juga sungai itu akan menjadi lebih cetek dan akan tidak dapat membekalkan air dengan banyak. Sedangkan kita melihat daripada peruntukan ini apakah ia akan dijamin untuk Jabatan Alam Sekitar untuk memastikan bahawasanya sungai-sungai ini tidak tercemar. Kawasan saya terlalu banyak pembinaan lombong-lombong. Lombong emas, lombong bijih besi. Keuntungan hanya kepada mereka yang melombong sahaja tetapi kepada penduduk ada ketikanya terpaksa air diputuskan sehingga tiga hari atau ketujuh hari kerana air ini amat tercemar sekali. Ini yang harus diberi perhatian. Bukan kepada panda sebenarnya diberi perhatian. Beri perhatian kepada sungai-sungai dan alam sekitar kita ini untuk memastikan yang kita ini berada dalam keadaan yang cukup baik sekali. Ini yang saya rasa perlu lebih besar bajetnya untuk memastikan keselesaan rakyat itu sendiri, keselesaan kepada semua termasuk diri saya. Kadang-kadang terpaksa menghadapi air putus, Sungai Lipis bukan kecil. Sungai besar adalah sungai terpanjang dalam Semenanjung dan boleh menyebabkan punca air di negeri Pahang mungkin boleh melibatkan pembekalan sehingga ke Selangor boleh terjejas daripada punca-punca air ini. Saya beralih kepada 16700 iaitu Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan saliran bandar. Saya amat kecewa sekali, saya amat menyokong saranan daripada Yang Berhormat Paya Besar sebentar tadi mungkin daripada Yang Berhormat Kuantan ada menyebut. Saya keluar sekejap tadi, tidak perasan Yang Berhormat Kuantan sebut atau tidak sebut di dalam ini tidak dimasukkan tebatan banjir di dalam kawasan Paya Besar dan Kuantan.
75
89
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
76 DR.1.4.2014 Saya mohon kepada kementerian supaya meneliti di atas 16700 kepada bajet tebatan banjir di negeri Pahang iaitu di Kuantan dan juga di Paya Besar. Kita semua tahu baru-baru ini banjir besar yang melibatkan Kuantan sehingga habis semua, berhempas pulas semua orang tidak kira UMNO, PKR, semuanya berhempas pulas untuk memastikan yang terlibat dengan banjir ini berada dalam keadaan selesa. Akan tetapi malangnya dalam bajet yang begitu besar sekali bajet di bawah tebatan banjir iaitu yang agak besar tambatan banjir ini tidak termasuk di dalam Kuantan dan Paya Besar. Sedangkan Paya Besar adalah punca tebatan banjir yang boleh menyebabkan Kuantan banjir. Jadi saya mohon supaya kementerian beri perhatian kepada tebatan banjir di negeri Pahang. Saya mohon menyokong. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Ipoh Timur. 5.34 ptg. Tuan Su Keong Siong [Ipoh Timur]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak bangkitkan satu isu di bawah butiran 060300 iaitu alam sekitar, pengawasan dan penguatkuasaan. Saya hendak bangkitkan satu isu iaitu masalah yang sedang berlaku di Ipoh iaitu masalah tapak pelupusan sampah yang mendatangkan bau busuk kepada penduduk-penduduk sekitar di kawasan Papan dekat dengan Ipoh. Walaupun masalah ini telah pun diadu kepada kerajaan negeri tetapi tiada jalan penyelesaian dapat dicapai. Oleh itu saya hendak tanya Menteri, apakah kaedah ataupun pemantauan dan penguatkuasaan yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini yang telah pun berlarutan dalam tahun yang kedua sekarang. Ini adalah satu tempat di mana kawasan tersebut satu tapak pelupusan sampah yang baru dan penduduk-penduduk di situ adalah sedia ada. Bukannya mereka pindah ke tapak berdekatan tetapi sampah yang datang ke situ. Jadi saya harap kami dapat mengadakan perbincangan ataupun satu laporan agar masalah ini dapat diselesaikan. Walaupun kerajaan negeri telah pun mengatakan lebih daripada satu tahun yang lalu mereka akan selesaikan tetapi sehingga hari ini saya masih mendapat aduan walaupun tidak dalam kawasan saya. Akan tetapi aduan datang kepada kami. Saya harap agar Jabatan Alam Sekitar boleh membuat satu penguatkuasaan terhadap Majlis Bandaraya Ipoh untuk mengadakan satu kaedah di mana ia akan mengurangkan bau busuk itu. Saya harap kementerian dapat memberi perhatian dan tindakan sewajarnya dalam isu ini. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Jerantut. 5.36 ptg. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh kepada perkara 07200 iaitu mengenai dengan pengawasan alam sekitar di bawah Program Pengawasan Hutan melalui mel udara. Tahniah kepada kementerian kerana ini merupakan kaedah baru sebagai tambahan untuk memantau alam sekitar kita. Cuma saya mengharapkan kalau boleh ditambah RM2 juta ini, kerana saya rasa setakat ini pemantauan terhadap alam sekitar kadang-kadang rakyat kita menyifatkan kerajaan tidak begitu serius dalam menangani alam sekitar khususnya melibatkan penerokaan hutan sama ada secara haram ataupun secara halal. Kalau di negeri Pahang, seperti mana rakan saya Yang Berhormat Lipis tadi ditambah satu lagi pencemaran alam sekitar ini ialah dengan penerokaan lombong-lombong kerana aktiviti perlombongan ini sebahagian daripadanya saya amat yakin bahawa mereka kurang mematuhi peraturan-peraturan alam sekitar seperti yang telah disyaratkan. Mungkin akibat daripada kurang pemantauan, kerakusan mereka ini, pengusaha- pengusaha lombong dan pengusaha-pengusaha balak ini mengakibatkan pencemaran sungai yang begitu hebat berlaku terutamanya di kawasan-kawasan yang Parlimennya terdiri daripada banyak kawasan pedalaman yang masih lagi ada hutan yang besar seperti di Jerantut, Lipis dan sebahagian dari Kuala Krau mungkin.
Saya mohon kepada kementerian supaya meneliti di atas 16700 kepada bajet tebatan banjir di negeri Pahang iaitu di Kuantan dan juga di Paya Besar. Kita semua tahu baru-baru ini banjir besar yang melibatkan Kuantan sehingga habis semua, berhempas pulas semua orang tidak kira UMNO, PKR, semuanya berhempas pulas untuk memastikan yang terlibat dengan banjir ini berada dalam keadaan selesa. Akan tetapi malangnya dalam bajet yang begitu besar sekali bajet di bawah tebatan banjir iaitu yang agak besar tambatan banjir ini tidak termasuk di dalam Kuantan dan Paya Besar. Sedangkan Paya Besar adalah punca tebatan banjir yang boleh menyebabkan Kuantan banjir. Jadi saya mohon supaya kementerian beri perhatian kepada tebatan banjir di negeri Pahang. Saya mohon menyokong. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Ipoh Timur. 5.34 ptg. Tuan Su Keong Siong [Ipoh Timur]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak bangkitkan satu isu di bawah butiran 060300 iaitu alam sekitar, pengawasan dan penguatkuasaan. Saya hendak bangkitkan satu isu iaitu masalah yang sedang berlaku di Ipoh iaitu masalah tapak pelupusan sampah yang mendatangkan bau busuk kepada penduduk-penduduk sekitar di kawasan Papan dekat dengan Ipoh. Walaupun masalah ini telah pun diadu kepada kerajaan negeri tetapi tiada jalan penyelesaian dapat dicapai. Oleh itu saya hendak tanya Menteri, apakah kaedah ataupun pemantauan dan penguatkuasaan yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini yang telah pun berlarutan dalam tahun yang kedua sekarang. Ini adalah satu tempat di mana kawasan tersebut satu tapak pelupusan sampah yang baru dan penduduk-penduduk di situ adalah sedia ada. Bukannya mereka pindah ke tapak berdekatan tetapi sampah yang datang ke situ. Jadi saya harap kami dapat mengadakan perbincangan ataupun satu laporan agar masalah ini dapat diselesaikan. Walaupun kerajaan negeri telah pun mengatakan lebih daripada satu tahun yang lalu mereka akan selesaikan tetapi sehingga hari ini saya masih mendapat aduan walaupun tidak dalam kawasan saya. Akan tetapi aduan datang kepada kami. Saya harap agar Jabatan Alam Sekitar boleh membuat satu penguatkuasaan terhadap Majlis Bandaraya Ipoh untuk mengadakan satu kaedah di mana ia akan mengurangkan bau busuk itu. Saya harap kementerian dapat memberi perhatian dan tindakan sewajarnya dalam isu ini. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Jerantut. 5.36 ptg. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh kepada perkara 07200 iaitu mengenai dengan pengawasan alam sekitar di bawah Program Pengawasan Hutan melalui mel udara. Tahniah kepada kementerian kerana ini merupakan kaedah baru sebagai tambahan untuk memantau alam sekitar kita. Cuma saya mengharapkan kalau boleh ditambah RM2 juta ini, kerana saya rasa setakat ini pemantauan terhadap alam sekitar kadang-kadang rakyat kita menyifatkan kerajaan tidak begitu serius dalam menangani alam sekitar khususnya melibatkan penerokaan hutan sama ada secara haram ataupun secara halal. Kalau di negeri Pahang, seperti mana rakan saya Yang Berhormat Lipis tadi ditambah satu lagi pencemaran alam sekitar ini ialah dengan penerokaan lombong-lombong kerana aktiviti perlombongan ini sebahagian daripadanya saya amat yakin bahawa mereka kurang mematuhi peraturan-peraturan alam sekitar seperti yang telah disyaratkan. Mungkin akibat daripada kurang pemantauan, kerakusan mereka ini, pengusaha- pengusaha lombong dan pengusaha-pengusaha balak ini mengakibatkan pencemaran sungai yang begitu hebat berlaku terutamanya di kawasan-kawasan yang Parlimennya terdiri daripada banyak kawasan pedalaman yang masih lagi ada hutan yang besar seperti di Jerantut, Lipis dan sebahagian dari Kuala Krau mungkin.
76
90
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 77 Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya terima kasih. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Jadi daripada segi ini dengan adanya kaedah pemantauan melalui udara, kerajaan dapat mengesan dengan lebih cepat apakah punca-punca pencemaran. Bukan sahaja dapat mengesan tetapi yang lebih penting yang boleh meyakinkan kepada rakyat terbanyak ialah tindakan penguatkuasaan hasil daripada pemantauan kita. Seperti dalam sidang yang lalu, saya juga telah memaklumkan mengenai dengan pencemaran sungai kerana kalau dilihat di kawasan Jerantut sendiri iaitu sungai-sungai yang menjadi sumber utama bekalan air di daerah Jerantut malah di sepanjang daerah- daerah di Pahang seperti Parlimen Kuala Krau, Temerloh, Maran hingga ke Pekan berpunca dari kawasan hulu iaitu di sebelah kawasan Parlimen Jerantut dan juga Lipis. Kalaulah pencemaran ini berlaku, pencemaran sungai akibat daripada perlombongan yang paling teruknya bukan sahaja warna air seperti mana sahabat saya Yang Berhormat Lipis tadi kata macam teh tarik tetapi yang lebih membimbangkan saya ialah kandungan logam berat yang berada di dalam air itu. Jadi kandungan logam ini kita tidak dapat tengok dengan mata kasar. Kesan dan akibatnya ialah rakyat terbanyak menjadi mangsa kerana kesihatan mereka tergugat, terganggu akibat daripada penggunaan air yang berpunca daripada masalah pencemaran sungai. Jadi saya sangat berharap agar kerajaan melalui peruntukan ini melalui kaedah ini dapat memperkasakan lagi usaha mengawasi keadaan alam sekitar kita terutama seperti yang saya katakan tadi kawasan Parlimen Jerantut ini pusat pelancongan iaitu Taman Negara. Taman Negara ini kalau orang datang ke Taman Negara khususnya pelancong luar datang kerana dia hendak melihat eko pelancongan yang ada di Taman Negara. ■1740 Kalau hutan ini dimusnahkan kerana apa tujuan sekalipun, kalau hutan yang merupakan produk utama pelancongan di Taman Negara ini kita gadaikan dengan pembangunan yang tidak terancang, sudah pasti saya amat yakin kehadiran pelancong ke Taman Negara akan berkurangan. Ini sekali lagi memberi kesan besar kepada khususnya penduduk yang bergantung kepada pelancongan itu sendiri akan kehilangan punca pendapatan. Jadi Tuan Pengerusi, saya sekali lagi menegaskan agar proses pemantauan melalui udara ini dapat memberikan keyakinan kepada rakyat agar usaha kerajaan ini memberikan hasil yang terbaik. Saya juga menyokong kalau sekiranya ada tambahan peruntukan mengenai dengan Kepala 16700 iaitu penempatan banjir terutama di kawasan Kuantan dan juga Paya Besar. Apalah kiranya RM10 juta ini kalau boleh ditambah dan dikongsi kepada Kuantan kerana kita lihat bahawa baru-baru ini lebih daripada 40,000 orang yang menjadi mangsa perpindahan banjir dan sudah pastilah nilai kerugiannya jutaan ringgit juga. Jadi biarlah kita berusaha untuk mengatasi dahulu selain daripada kita mengatasi selepas banjir. Sekian, saya mohon menyokong. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Gopeng. 5.41 ptg. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada Butiran 07100, pameran giant panda. Seperti mana yang sedia maklum, kita tahu peruntukan yang sebelum ini RM30,670,200 anggaran yang asal dan ini merupakan tambahan RM10 juta kepada apa yang dianggarkan. Ini bermakna perbelanjaan keseluruhan RM40 juta. Kita tahu kedua-dua giant panda ini- FU WA dan Feng Yi dijangka akan tiba mungkin bulan ini atau bulan depan. Sewa ini untuk masa sepuluh tahun. Cuma masalah sekarang, kita tahu jangka hayat giant panda ini lebih kurang 20 tahun. Antara panda yang kita akan sewa ini berumur lapan tahun pada tahun ini. Jadi ini bermakna akhir sewa ini mungkin sudah hampir penghujung jangka hayat kedua-dua panda tersebut. Jadi, bagaimana kita hendak pastikan bahawa perbelanjaan yang kita keluarkan RM40 juta ini dapat pulangan yang sewajarnya. Ini sebab kalau kita lihat untuk kos untuk menjaga panda ini setahun sekurang-kurangnya RM500 ribu hingga RM1 juta setiap tahun.
Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya terima kasih. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Jadi daripada segi ini dengan adanya kaedah pemantauan melalui udara, kerajaan dapat mengesan dengan lebih cepat apakah punca-punca pencemaran. Bukan sahaja dapat mengesan tetapi yang lebih penting yang boleh meyakinkan kepada rakyat terbanyak ialah tindakan penguatkuasaan hasil daripada pemantauan kita. Seperti dalam sidang yang lalu, saya juga telah memaklumkan mengenai dengan pencemaran sungai kerana kalau dilihat di kawasan Jerantut sendiri iaitu sungai-sungai yang menjadi sumber utama bekalan air di daerah Jerantut malah di sepanjang daerah- daerah di Pahang seperti Parlimen Kuala Krau, Temerloh, Maran hingga ke Pekan berpunca dari kawasan hulu iaitu di sebelah kawasan Parlimen Jerantut dan juga Lipis. Kalaulah pencemaran ini berlaku, pencemaran sungai akibat daripada perlombongan yang paling teruknya bukan sahaja warna air seperti mana sahabat saya Yang Berhormat Lipis tadi kata macam teh tarik tetapi yang lebih membimbangkan saya ialah kandungan logam berat yang berada di dalam air itu. Jadi kandungan logam ini kita tidak dapat tengok dengan mata kasar. Kesan dan akibatnya ialah rakyat terbanyak menjadi mangsa kerana kesihatan mereka tergugat, terganggu akibat daripada penggunaan air yang berpunca daripada masalah pencemaran sungai. Jadi saya sangat berharap agar kerajaan melalui peruntukan ini melalui kaedah ini dapat memperkasakan lagi usaha mengawasi keadaan alam sekitar kita terutama seperti yang saya katakan tadi kawasan Parlimen Jerantut ini pusat pelancongan iaitu Taman Negara. Taman Negara ini kalau orang datang ke Taman Negara khususnya pelancong luar datang kerana dia hendak melihat eko pelancongan yang ada di Taman Negara. #1740 Kalau hutan ini dimusnahkan kerana apa tujuan sekalipun, kalau hutan yang merupakan produk utama pelancongan di Taman Negara ini kita gadaikan dengan pembangunan yang tidak terancang, sudah pasti saya amat yakin kehadiran pelancong ke Taman Negara akan berkurangan. Ini sekali lagi memberi kesan besar kepada khususnya penduduk yang bergantung kepada pelancongan itu sendiri akan kehilangan punca pendapatan. Jadi Tuan Pengerusi, saya sekali lagi menegaskan agar proses pemantauan melalui udara ini dapat memberikan keyakinan kepada rakyat agar usaha kerajaan ini memberikan hasil yang terbaik. Saya juga menyokong kalau sekiranya ada tambahan peruntukan mengenai dengan Kepala 16700 iaitu penempatan banjir terutama di kawasan Kuantan dan juga Paya Besar. Apalah kiranya RM10 juta ini kalau boleh ditambah dan dikongsi kepada Kuantan kerana kita lihat bahawa baru-baru ini lebih daripada 40,000 orang yang menjadi mangsa perpindahan banjir dan sudah pastilah nilai kerugiannya jutaan ringgit juga. Jadi biarlah kita berusaha untuk mengatasi dahulu selain daripada kita mengatasi selepas banjir. Sekian, saya mohon menyokong. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Gopeng. 5.41 ptg. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada Butiran 07100, pameran giant panda. Seperti mana yang sedia maklum, kita tahu peruntukan yang sebelum ini RM30,670,200 anggaran yang asal dan ini merupakan tambahan RM10 juta kepada apa yang dianggarkan. Ini bermakna perbelanjaan keseluruhan RM40 juta. Kita tahu kedua-dua giant panda ini- FU WA dan Feng Yi dijangka akan tiba mungkin bulan ini atau bulan depan. Sewa ini untuk masa sepuluh tahun. Cuma masalah sekarang, kita tahu jangka hayat giant panda ini lebih kurang 20 tahun. Antara panda yang kita akan sewa ini berumur lapan tahun pada tahun ini. Jadi ini bermakna akhir sewa ini mungkin sudah hampir penghujung jangka hayat kedua-dua panda tersebut. Jadi, bagaimana kita hendak pastikan bahawa perbelanjaan yang kita keluarkan RM40 juta ini dapat pulangan yang sewajarnya. Ini sebab kalau kita lihat untuk kos untuk menjaga panda ini setahun sekurang-kurangnya RM500 ribu hingga RM1 juta setiap tahun.
77
91
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
78 DR.1.4.2014 Kita juga tahu bahawa Zoo Negara, walaupun Zoo Negara tetapi Zoo Negara diuruskan bukan oleh kerajaan tetapi oleh NGO. Jadi kalau ada tiket-tiket yang dijual dan dapat pulangan pun, pulangan itu kepada Zoo Negara bukan kepada Kerajaan Malaysia, bukan kepada rakyat Malaysia. Jadi, bagaimana kita hendak pastikan ada pulangan yang sewajarnya. Bukan setakat itu, kita juga tahu apabila projek ini diumumkan pada peringkat awal, memang dikatakan bahawa antara kos untuk membina habitat untuk giant panda ini RM15 juta dikeluarkan oleh 1MDB. Setakat mana sumbangan daripada 1MDB? Saya harap Menteri boleh jawab. Saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain berkenaan dengan prioriti kita untuk memelihara binatang-binatang jenis spesies yang mungkin di bawah apa yang dikatakan endangered species. Misalannya Orang Utan, Sumatran Rhino, Malayan Tapir, Sumatran Tiger. Jadi saya hendak tanya kepada Menteri, setakat mana perbelanjaan setiap tahun untuk kita memastikan Orang Utan di Malaysia tidak jadi extinct. Perbelanjaan setiap tahun berapa? Jadi ini adalah bawah 07100. Satu perkara lain, Rancangan Tebatan Banjir – 16700. Masalah ini saya pernah bangkitkan berkenaan dengan tebatan banjir di sepanjang Sungai Pinji daripada Tanjung Rambutan ke kawasan Kampung Baru Ampang di kawasan Parlimen Gopeng dan ke Ipoh Timur dan seterusnya ke Desa Pakatan di bawah kawasan Parlimen Gopeng. Pernah disebut di dalam Dewan ini bahawa Menteri mengatakan bahawa ada rancangan untuk buat satu RESERVORl di Tanjung Rambutan dengan kos RM20 juta. Jadi ingin dapat jawapan, setakat mana progress rancangan tersebut supaya rakyat di sekitar kawasan Sungai Pinji tidak lagi menghadapi masalah apabila hujan lebat dapat banjir pula. Jadi ini saya mohon jawapan daripada Menteri. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Silam sila. 5.46 ptg. Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur [Silam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh satu butiran sahaja dalam kementerian ini iaitu 16700 - Rancangan Tebatan Banjir. Untuk makluman Dewan ini, projek tebatan banjir di Lahad Datu bermula pada tahun 2004 dengan nilai silingnya RM150 juta. Projek ini merangkumi tiga batang sungai iaitu Sungai Pancuran, Sungai Tabanak dan Sungai Sapagaya. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan dan juga kepada Jabatan Perparitan dan Saliran Sabah yang telah melaksanakan dengan baik projek ini iaitu dua batang sungai iaitu Sungai Pancuran dan Sungai Tabanak yang saya dilaporkan sudah hampir 90% selesai diperbaiki. Sebenarnya tidak lagi berlaku banjir kilat yang sering berlaku sebelum ini. Namun, Sungai Sapagaya belum lagi disentuh sehingga sekarang dan setiap kali hujan berlaku dua atau tiga jam, maka akan berlaku banjir kilat di sungai ini. Jadi saya ingin tahu, apakah sebabnya projek Sungai Sapagaya ini tidak dilaksanakan sehingga hari ini? Sebenarnya projek ini sudah lama bermula iaitu tahun 2004. Jadi saya ingin tahu, apakah sebabnya Sungai Sapagaya ini tidak dapat dilaksanakan dan sekarang ini sering berlaku banjir kilat. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kluang. 5.47 ptg. Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama saya cadang kalau boleh ketiga-tiga kementerian, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi perlukan penyelarasan yang lebih kerap dan lebih baik terutamanya untuk cerun- cerun yang tidak- kita perlukan lebih banyak survey. Buat masa ini, penyelidikan ataupun survey untuk cerun adalah dijalankan oleh IKRAM tetapi biasanya kerajaan negeri perlu mengeluarkan kos yang tinggi tetapi ini perlu dijalankan.
Kita juga tahu bahawa Zoo Negara, walaupun Zoo Negara tetapi Zoo Negara diuruskan bukan oleh kerajaan tetapi oleh NGO. Jadi kalau ada tiket-tiket yang dijual dan dapat pulangan pun, pulangan itu kepada Zoo Negara bukan kepada Kerajaan Malaysia, bukan kepada rakyat Malaysia. Jadi, bagaimana kita hendak pastikan ada pulangan yang sewajarnya. Bukan setakat itu, kita juga tahu apabila projek ini diumumkan pada peringkat awal, memang dikatakan bahawa antara kos untuk membina habitat untuk giant panda ini RM15 juta dikeluarkan oleh 1MDB. Setakat mana sumbangan daripada 1MDB? Saya harap Menteri boleh jawab. Saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain berkenaan dengan prioriti kita untuk memelihara binatang-binatang jenis spesies yang mungkin di bawah apa yang dikatakan endangered species. Misalannya Orang Utan, Sumatran Rhino, Malayan Tapir, Sumatran Tiger. Jadi saya hendak tanya kepada Menteri, setakat mana perbelanjaan setiap tahun untuk kita memastikan Orang Utan di Malaysia tidak jadi extinct. Perbelanjaan setiap tahun berapa? Jadi ini adalah bawah 07100. Satu perkara lain, Rancangan Tebatan Banjir- 16700. Masalah ini saya pernah bangkitkan berkenaan dengan tebatan banjir di sepanjang Sungai Pinji daripada Tanjung Rambutan ke kawasan Kampung Baru Ampang di kawasan Parlimen Gopeng dan ke Ipoh Timur dan seterusnya ke Desa Pakatan di bawah kawasan Parlimen Gopeng. Pernah disebut di dalam Dewan ini bahawa Menteri mengatakan bahawa ada rancangan untuk buat satu RESERVORl di Tanjung Rambutan dengan kos RM20 juta. Jadi ingin dapat jawapan, setakat mana progress rancangan tersebut supaya rakyat di sekitar kawasan Sungai Pinji tidak lagi menghadapi masalah apabila hujan lebat dapat banjir pula. Jadi ini saya mohon jawapan daripada Menteri. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Silam sila. 5.46 ptg. Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur [Silam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh satu butiran sahaja dalam kementerian ini iaitu 16700- Rancangan Tebatan Banjir. Untuk makluman Dewan ini, projek tebatan banjir di Lahad Datu bermula pada tahun 2004 dengan nilai silingnya RM150 juta. Projek ini merangkumi tiga batang sungai iaitu Sungai Pancuran, Sungai Tabanak dan Sungai Sapagaya. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan dan juga kepada Jabatan Perparitan dan Saliran Sabah yang telah melaksanakan dengan baik projek ini iaitu dua batang sungai iaitu Sungai Pancuran dan Sungai Tabanak yang saya dilaporkan sudah hampir 90% selesai diperbaiki. Sebenarnya tidak lagi berlaku banjir kilat yang sering berlaku sebelum ini. Namun, Sungai Sapagaya belum lagi disentuh sehingga sekarang dan setiap kali hujan berlaku dua atau tiga jam, maka akan berlaku banjir kilat di sungai ini. Jadi saya ingin tahu, apakah sebabnya projek Sungai Sapagaya ini tidak dilaksanakan sehingga hari ini? Sebenarnya projek ini sudah lama bermula iaitu tahun 2004. Jadi saya ingin tahu, apakah sebabnya Sungai Sapagaya ini tidak dapat dilaksanakan dan sekarang ini sering berlaku banjir kilat. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kluang. 5.47 ptg. Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama saya cadang kalau boleh ketiga-tiga kementerian, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi perlukan penyelarasan yang lebih kerap dan lebih baik terutamanya untuk cerun- cerun yang tidak- kita perlukan lebih banyak survey. Buat masa ini, penyelidikan ataupun survey untuk cerun adalah dijalankan oleh IKRAM tetapi biasanya kerajaan negeri perlu mengeluarkan kos yang tinggi tetapi ini perlu dijalankan.
78
92
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 79 Kedua ialah isu tentang penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar. Saya cadang lebih ramai ahli penguat kuasa diberikan kepada Jabatan Alam Sekitar. Juga pemantauan dari pelbagai pihak terdiri daripada NGO, rakyat, feed back ataupun pandangan rakyat perlu diambil kira. Banyak contoh telah diberikan oleh Ahli kedua-dua pihak. Saya hanya hendak berikan satu contoh ialah kilang getah di Buloh Kasap Segamat di mana bau getah ini agak kuat dan bau ini telah membawa kesan buruk kepada penduduk di Buloh Kasap Segamat. Ini berjalan bertahun-tahun tidak ada tindakan sampai rakyat pun rasa ada aduan pun tidak akan diterima ataupun diambil tindakan. ■1750 Ini saya rasa perlu diambil kira dan saya harap kementerian boleh mengambil tindakan untuk memastikan keadaan kualiti udara kita sentiasa baik untuk semua rakyat. Saya juga hendak cadang sumber-sumber air- walaupun ini melibatkan beberapa kementerian dan juga kerajaan negeri tetapi kita harus jadikan ini satu prioriti. Satu keutamaan untuk memastikan semua kerajaan negeri mewartakan daerah-daerah ataupun kawasan-kawasan water conservation ataupun sumber air bukan sahaja di sekeliling tetapi lebih luas. Kawasan hutan untuk sumber air ini tidak harus ada aktiviti-aktiviti plantation ataupun pembangunan. Itu harus diwartakan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Parit Sulong. Macam melompat ya Yang Berhormat Parit Sulong. [Ketawa] Sila. 5.51 ptg. Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Duduk lama. Itu menunjukkan keringanan. Jadi, kena lebih makanlah. Balik di belakang, saya makan. Saya hendak merujuk kepada satu Butiran 16700 - Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Saya sudah beberapa kali- setiap kali ada peluang untuk bercakap mengenai tebatan banjir, saya akan bercakap. Kali ini juga saya hendak membawa lebih kurang isu yang sama, cuma saya hendak minta supaya pihak kementerian supaya memberi makluman kepada kita semua. Kalau misalnya kementerian ini memperuntukkan berapa kewangan itu, ia menentukan kawasan manakah yang diberi peruntukan dahulu. Itu yang saya hendak tahu. Ini kerana kawasan saya, kawasan Parlimen Parit Sulong ini antara kawasan yang setiap tahun akan terkena bencana banjir sama ada banjir kilat ataupun banjir termenung. Jadi, apabila kementerian mengagihkan peruntukan ini, adakah ia berdasarkan kepada jumlah peserta ataupun mangsa yang terlibat ataupun kekerapan waktu banjir itu ataupun mengikut mangsa banjir yang terlibat. Jadi, saya hendak minta supaya kementerian memaklumkan kepada– pertanyaan yang saya utarakan ini. Saya sudah banyak kali mengatakan bahawa apabila kita pergi ke pihak jabatan, mereka akan kata tidak ada bajet, tidak ada bajet, sedangkan perkara ini setiap tahun berlaku. Apabila hujan turun beberapa hari, akan terdapatnya banjir. Saya juga telah mencadangkan kepada pihak agensi supaya apabila melakukan korekan di parit-parit itu supaya dilakukan secara berskala. Akan tetapi saya dimaklumkan disebabkan kekangan kewangan. Jadi, saya harap pada kali ini pihak kementerian dapat meneliti untuk memastikan bahawa kemudahan yang ada ini adalah secara berterusan dan bukannya sekali. Bila sudah banjir, baru hendak mohon, baru hendak bagi, baru hendak bincang. Jadinya, kalau macam itu dia tidak akan selesaikan apa-apa juga masalah. Bajet kalau kata tidak cukup, saya susahlah Tuan Pengerusi, saya hendak menerima alasan bajet tidak cukup, bajet tidak cukup sedangkan perkara ini setiap tahun ia berlaku. Jadi, saya harap pihak kementerian akan meneliti mengikut bagaimana, di mana ataupun keadaan di tempat ataupun di Parlimen berkenaan. Diharap bajet itu dapat diberikan kepada agensi yang berkaitan mengikut keperluan di setiap daerah. Itu sahajalah antara lain yang saya hendak bangkitkan. Walaupun satu perkara Tuan Pengerusi tetapi saya rasa perkara ini sangat penting kerana ia melibatkan ramai mangsa apabila terkena banjir. Terima kasih banyak-banyak. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Kedua ialah isu tentang penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar. Saya cadang lebih ramai ahli penguat kuasa diberikan kepada Jabatan Alam Sekitar. Juga pemantauan dari pelbagai pihak terdiri daripada NGO, rakyat, feed back ataupun pandangan rakyat perlu diambil kira. Banyak contoh telah diberikan oleh Ahli kedua-dua pihak. Saya hanya hendak berikan satu contoh ialah kilang getah di Buloh Kasap Segamat di mana bau getah ini agak kuat dan bau ini telah membawa kesan buruk kepada penduduk di Buloh Kasap Segamat. Ini berjalan bertahun-tahun tidak ada tindakan sampai rakyat pun rasa ada aduan pun tidak akan diterima ataupun diambil tindakan. #1750 Ini saya rasa perlu diambil kira dan saya harap kementerian boleh mengambil tindakan untuk memastikan keadaan kualiti udara kita sentiasa baik untuk semua rakyat. Saya juga hendak cadang sumber-sumber air- walaupun ini melibatkan beberapa kementerian dan juga kerajaan negeri tetapi kita harus jadikan ini satu prioriti. Satu keutamaan untuk memastikan semua kerajaan negeri mewartakan daerah-daerah ataupun kawasan-kawasan water conservation ataupun sumber air bukan sahaja di sekeliling tetapi lebih luas. Kawasan hutan untuk sumber air ini tidak harus ada aktiviti-aktiviti plantation ataupun pembangunan. Itu harus diwartakan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Parit Sulong. Macam melompat ya Yang Berhormat Parit Sulong. [Ketawa] Sila. 5.51 ptg. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Duduk lama. Itu menunjukkan keringanan. Jadi, kena lebih makanlah. Balik di belakang, saya makan. Saya hendak merujuk kepada satu Butiran 16700- Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Saya sudah beberapa kali- setiap kali ada peluang untuk bercakap mengenai tebatan banjir, saya akan bercakap. Kali ini juga saya hendak membawa lebih kurang isu yang sama, cuma saya hendak minta supaya pihak kementerian supaya memberi makluman kepada kita semua. Kalau misalnya kementerian ini memperuntukkan berapa kewangan itu, ia menentukan kawasan manakah yang diberi peruntukan dahulu. Itu yang saya hendak tahu. Ini kerana kawasan saya, kawasan Parlimen Parit Sulong ini antara kawasan yang setiap tahun akan terkena bencana banjir sama ada banjir kilat ataupun banjir termenung. Jadi, apabila kementerian mengagihkan peruntukan ini, adakah ia berdasarkan kepada jumlah peserta ataupun mangsa yang terlibat ataupun kekerapan waktu banjir itu ataupun mengikut mangsa banjir yang terlibat. Jadi, saya hendak minta supaya kementerian memaklumkan kepada- pertanyaan yang saya utarakan ini. Saya sudah banyak kali mengatakan bahawa apabila kita pergi ke pihak jabatan, mereka akan kata tidak ada bajet, tidak ada bajet, sedangkan perkara ini setiap tahun berlaku. Apabila hujan turun beberapa hari, akan terdapatnya banjir. Saya juga telah mencadangkan kepada pihak agensi supaya apabila melakukan korekan di parit-parit itu supaya dilakukan secara berskala. Akan tetapi saya dimaklumkan disebabkan kekangan kewangan. Jadi, saya harap pada kali ini pihak kementerian dapat meneliti untuk memastikan bahawa kemudahan yang ada ini adalah secara berterusan dan bukannya sekali. Bila sudah banjir, baru hendak mohon, baru hendak bagi, baru hendak bincang. Jadinya, kalau macam itu dia tidak akan selesaikan apa-apa juga masalah. Bajet kalau kata tidak cukup, saya susahlah Tuan Pengerusi, saya hendak menerima alasan bajet tidak cukup, bajet tidak cukup sedangkan perkara ini setiap tahun ia berlaku. Jadi, saya harap pihak kementerian akan meneliti mengikut bagaimana, di mana ataupun keadaan di tempat ataupun di Parlimen berkenaan. Diharap bajet itu dapat diberikan kepada agensi yang berkaitan mengikut keperluan di setiap daerah. Itu sahajalah antara lain yang saya hendak bangkitkan. Walaupun satu perkara Tuan Pengerusi tetapi saya rasa perkara ini sangat penting kerana ia melibatkan ramai mangsa apabila terkena banjir. Terima kasih banyak-banyak. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
79
93
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
80 DR.1.4.2014 5.54 ptg. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh B.23 dan P.23. Mungkin isu kilang Eastern Steel Mill di Teluk Kalong, Kemaman akan menjadi satu isu yang agak besar seperti Lynas jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Adalah difahamkan bahawasanya Eastern Steel, sebuah syarikat daripada negara China berhasrat untuk mengerjakan lebih kurang 6,000 ekar lombong bijih di Bukit Besi, Terengganu dan ia akan memproses besi ini di kilang membakar di Telok Kalong. Ada juga yang telah dinyatakan dalam laporan yang kita dapati bahawasanya bijih besi ini mengandungi kandungan sulfur atau sulphur content yang amat tinggi, di mana ia akan mencemarkan alam sekitar apabila ia dibakar. Daripada contoh-contoh yang kita telah didapati bahawasanya negara seperti Australia dan juga Brazil. Walaupun begitu besar tetapi mereka tidak membenarkan besi-besi yang kandungan sulfurnya begitu tinggi dibakar di negara mereka tetapi dibawa keluar dan dibakar di negara China sendiri. Sehinggakan Australia membina satu landasan kereta api untuk membawa barangan ini keluar ke pelabuhan mereka untuk di proses di negara China, di mana kita sedia maklum pencemaran alam sekitar mereka amatlah dahsyat. Apakah langkah-langkah pencegahan atau jaga-jaga untuk kita memastikan bahawasanya pencemaran yang tidak diingini tidak berlaku di Telok Kalong. Ini kerana Telok Kalong bertempat di kawasan strategik pelancongan pantai timur. Betul-betul di antara kawasan Dungun yang mempunyai kawasan peranginan seperti Tanjong Jara dan hotel-hotel lain dan juga Cherating yang mempunyai Club Med dan Hyatt di Kuantan. Di mana apa-apa pencemaran alam akan menjejas dengan teruknya, alam sekitar dan mencemarkan industri pelancongan. Kita mesti ingat bahawasanya pelancongan ini merupakan satu sustainable development, dengan izin, yang boleh diambil keuntungan dalam jangka masa panjang. Sementara perkilangan ataupun pembakaran bijih-bijih besi ini merupakan unsustainable dan pollution centric development. Inilah yang saya ingin bangkitkan di sini. Apakah yang kita akan lakukan untuk memastikan melalui peninjauan oleh Jabatan Alam Sekitar supaya langkah yang sepatutnya diambil. Ini kerana saya telah menulis kepada Jabatan Alam Sekitar untuk meminta laporan. Apa yang dikatakan bahawasanya laporan telah submitted to them by China top business steel. Akan tetapi apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan sulphur content yang akan dibakar ini tidak akan terus mencemarkan alam sekitar kita. Ini kerana ia merupakan satu unsur yang agak tidak diingini di pantai timur di mana sumber pelancongan kita dalam jangka masa panjang akan terjejas teruk. Saya mohon perhatian daripada pihak Jabatan Alam Sekitar. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Batu Pahat. Yang Berhormat Kapar dulu, selepas itu Yang Berhormat Batu Pahat. Kemudian, Yang Berhormat Menteri menjawab. 5.58 ptg. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian untuk berbincang Maksud B.23 - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ada empat perkara. Perkara pertama ada kena mengena dengan point pertama yang menekankan sebanyak RM5,648,800 untuk pelaksanaan program kerjasama konservasi giant panda. Bila saya tengok kepada butiran secara terperinci, saya mendapati RM5.6 juta ini, butiran terperincinya adalah berkisar kepada Program Khusus. Butiran 140100 – Bertugas ke Luar Negara dan “One-Off”. Butiran 160330 – Ibu Pejabat. Saya perlu penjelasan secara terperinci bagaimana program khusus bertugas ke luar negara ini dimasukkan dalam program kerjasama konservasi giant panda. Mengapa RM381,400 dibelanjakan di bawah tajuk, “140100 - Bertugas ke Luar Negara”, dan juga RM5,267,400 juga dibelanjakan dalam bentuk “One-Off”. Saya memerlukan jawapan secara terperinci untuk kedua-dua butiran ini.
5.54 ptg. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh B.23 dan P.23. Mungkin isu kilang Eastern Steel Mill di Teluk Kalong, Kemaman akan menjadi satu isu yang agak besar seperti Lynas jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Adalah difahamkan bahawasanya Eastern Steel, sebuah syarikat daripada negara China berhasrat untuk mengerjakan lebih kurang 6,000 ekar lombong bijih di Bukit Besi, Terengganu dan ia akan memproses besi ini di kilang membakar di Telok Kalong. Ada juga yang telah dinyatakan dalam laporan yang kita dapati bahawasanya bijih besi ini mengandungi kandungan sulfur atau sulphur content yang amat tinggi, di mana ia akan mencemarkan alam sekitar apabila ia dibakar. Daripada contoh-contoh yang kita telah didapati bahawasanya negara seperti Australia dan juga Brazil. Walaupun begitu besar tetapi mereka tidak membenarkan besi-besi yang kandungan sulfurnya begitu tinggi dibakar di negara mereka tetapi dibawa keluar dan dibakar di negara China sendiri. Sehinggakan Australia membina satu landasan kereta api untuk membawa barangan ini keluar ke pelabuhan mereka untuk di proses di negara China, di mana kita sedia maklum pencemaran alam sekitar mereka amatlah dahsyat. Apakah langkah-langkah pencegahan atau jaga-jaga untuk kita memastikan bahawasanya pencemaran yang tidak diingini tidak berlaku di Telok Kalong. Ini kerana Telok Kalong bertempat di kawasan strategik pelancongan pantai timur. Betul-betul di antara kawasan Dungun yang mempunyai kawasan peranginan seperti Tanjong Jara dan hotel-hotel lain dan juga Cherating yang mempunyai Club Med dan Hyatt di Kuantan. Di mana apa-apa pencemaran alam akan menjejas dengan teruknya, alam sekitar dan mencemarkan industri pelancongan. Kita mesti ingat bahawasanya pelancongan ini merupakan satu sustainable development, dengan izin, yang boleh diambil keuntungan dalam jangka masa panjang. Sementara perkilangan ataupun pembakaran bijih-bijih besi ini merupakan unsustainable dan pollution centric development. Inilah yang saya ingin bangkitkan di sini. Apakah yang kita akan lakukan untuk memastikan melalui peninjauan oleh Jabatan Alam Sekitar supaya langkah yang sepatutnya diambil. Ini kerana saya telah menulis kepada Jabatan Alam Sekitar untuk meminta laporan. Apa yang dikatakan bahawasanya laporan telah submitted to them by China top business steel. Akan tetapi apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan sulphur content yang akan dibakar ini tidak akan terus mencemarkan alam sekitar kita. Ini kerana ia merupakan satu unsur yang agak tidak diingini di pantai timur di mana sumber pelancongan kita dalam jangka masa panjang akan terjejas teruk. Saya mohon perhatian daripada pihak Jabatan Alam Sekitar. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Batu Pahat. Yang Berhormat Kapar dulu, selepas itu Yang Berhormat Batu Pahat. Kemudian, Yang Berhormat Menteri menjawab. 5.58 ptg. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian untuk berbincang Maksud B.23- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ada empat perkara. Perkara pertama ada kena mengena dengan point pertama yang menekankan sebanyak RM5,648,800 untuk pelaksanaan program kerjasama konservasi giant panda. Bila saya tengok kepada butiran secara terperinci, saya mendapati RM5.6 juta ini, butiran terperincinya adalah berkisar kepada Program Khusus. Butiran 140100- Bertugas ke Luar Negara dan "One-Off". Butiran 160330- Ibu Pejabat. Saya perlu penjelasan secara terperinci bagaimana program khusus bertugas ke luar negara ini dimasukkan dalam program kerjasama konservasi giant panda. Mengapa RM381,400 dibelanjakan di bawah tajuk, "140100- Bertugas ke Luar Negara", dan juga RM5,267,400 juga dibelanjakan dalam bentuk "One-Off". Saya memerlukan jawapan secara terperinci untuk kedua-dua butiran ini.
5
94
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 81 Kedua adalah mengenai Pusat Pemeliharaan dan Pameran Giant Panda juga. Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel, Malaysia telah bersedia sepenuhnya untuk menerima kemasukan dua ekor giant panda dari China pada hujung bulan April nanti. Liputan ini bertarikh 27 Januari, menyatakan bahawa kompleks giant panda yang terletak di Zoo Negara hampir siap sepenuhnya dan bersedia menerima kedatangan Fu Wa panda jantan, dan Feng Yi panda betina yang akan diterbangkan oleh MAS Kargo tanpa sebarang bayaran. Itu jangan tanya saya. ■1800 Sebelum ini, menurut liputan berita 12 April 2013, tahun lepas, bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menjangka bahawa projek pembinaan Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi di Zoo Negara yang mula dijalankan sejak April 2013 itu bakal disiapkan pada bulan November tahun lalu. Namun, merujuk kepada liputan akhbar terkini dan kenyataan Dato’ G. Palanivel pada awal tahun ini, jelas kompleks tersebut masih belum disiapkan sempurna pada bulan Januari. Persoalan saya ialah, minta penjelasan daripada Menteri berhubung kelewatan Kompleks Giant Panda disiapkan dan nyatakan status terkini tentang perkembangan pembinaan dan pengubahsuaian kompleks tersebut. Jangan-jangan panda itu sampai, kompleks pula tidak disediakan. Jadi minta penjelasan. Saya juga tertarik dengan dua panda tadi. Macam saya katakan tadi, satu adalah panda jantan dan satu lagi ialah panda betina. Ada apa-apa rasional di sebalik satu jantan dan satu betina?... [Dewan riuh] Saya minta kementerian tolong jelaskan. Mana tahu ada program selanjutnya kah? Mana tahu kita hasilkan panda sendiri kah? Minta Menteri jelaskan. Soalan keempat saya adalah kena mengena dengan kementerian juga, saya minta memberi penjelasan tentang pertambahan perbelanjaan bagi projek ini. Dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ini, sejumlah RM15,648,800 telah diperuntukkan iaitu sebanyak RM10 juta bagi pembangunan dan RM5,648,800 bagi pengurusan. Ditambah pula dengan RM25 juta yang telah pun diperuntukkan seperti yang dinyatakan oleh Menteri sendiri, projek giant panda ini telah membelanjakan kira-kira RM40 juta. Saya minta Menteri menjelaskan RM40 juta dibelanjakan untuk program ini, adakah pendapatan kita berbaloi pada masa-masa kita sedang mengalami krisis kewangan? Saya minta Menteri jelaskan. Terima kasih Tuan Pengerusi, salam reformasi. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila Yang Berhormat Batu Pahat. 6.02 ptg. Datuk Mohd. Idris bin Jusi [Batu Pahat]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Parlimen sekalian. Saya merujuk kepada Maksud P.23 Butiran 07200 – Jabatan Alam Sekitar. Tuan Pengerusi, saya ingin memulakan perbahasan ringkas ini dengan memetik ayat Al-Quran Nur Karim surah Ar-Rum, ayat 41 yang memberikan maksud, “Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka (manusia) sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar”. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Tuan Pengerusi, kita ingin menarik perhatian sebenarnya kepada alam sekitar, akibat daripada pembangunan kuari di kawasan Batu Pahat khususnya yang telah pun berjalan di Minyak Beku dan yang akan dibuka pula nanti di ladang kelapa sawit di Sungai Ayam berhampiran ataupun bersebelahan dengan Hutan Simpan Banang. Saya ada kesempatan pergi melawat pada hujung minggu ini Tuan Pengerusi, dibawa oleh penduduk-penduduk kampung dan kita melihat bahana yang akan menimpa kawasan ini kerana kawasan yang hendak dicadangkan untuk dibuka ini jalannya melalui sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Banang Jaya dan PIBGnya telah mengadakan protes, bahkan kalau ikut laporan mereka telah membuat laporan polis dan juga laporan SPRM membantah projek itu kerana ia memberikan kesan yang buruk bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga kepada keselamatan murid-murid dan juga guru dan staf sekolah-sekolah berkenaan.
Kedua adalah mengenai Pusat Pemeliharaan dan Pameran Giant Panda juga. Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel, Malaysia telah bersedia sepenuhnya untuk menerima kemasukan dua ekor giant panda dari China pada hujung bulan April nanti. Liputan ini bertarikh 27 Januari, menyatakan bahawa kompleks giant panda yang terletak di Zoo Negara hampir siap sepenuhnya dan bersedia menerima kedatangan Fu Wa panda jantan, dan Feng Yi panda betina yang akan diterbangkan oleh MAS Kargo tanpa sebarang bayaran. Itu jangan tanya saya. #1800 Sebelum ini, menurut liputan berita 12 April 2013, tahun lepas, bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menjangka bahawa projek pembinaan Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi di Zoo Negara yang mula dijalankan sejak April 2013 itu bakal disiapkan pada bulan November tahun lalu. Namun, merujuk kepada liputan akhbar terkini dan kenyataan Dato' G. Palanivel pada awal tahun ini, jelas kompleks tersebut masih belum disiapkan sempurna pada bulan Januari. Persoalan saya ialah, minta penjelasan daripada Menteri berhubung kelewatan Kompleks Giant Panda disiapkan dan nyatakan status terkini tentang perkembangan pembinaan dan pengubahsuaian kompleks tersebut. Jangan-jangan panda itu sampai, kompleks pula tidak disediakan. Jadi minta penjelasan. Saya juga tertarik dengan dua panda tadi. Macam saya katakan tadi, satu adalah panda jantan dan satu lagi ialah panda betina. Ada apa-apa rasional di sebalik satu jantan dan satu betina?... [Dewan riuh] Saya minta kementerian tolong jelaskan. Mana tahu ada program selanjutnya kah? Mana tahu kita hasilkan panda sendiri kah? Minta Menteri jelaskan. Soalan keempat saya adalah kena mengena dengan kementerian juga, saya minta memberi penjelasan tentang pertambahan perbelanjaan bagi projek ini. Dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ini, sejumlah RM15,648,800 telah diperuntukkan iaitu sebanyak RM10 juta bagi pembangunan dan RM5,648,800 bagi pengurusan. Ditambah pula dengan RM25 juta yang telah pun diperuntukkan seperti yang dinyatakan oleh Menteri sendiri, projek giant panda ini telah membelanjakan kira-kira RM40 juta. Saya minta Menteri menjelaskan RM40 juta dibelanjakan untuk program ini, adakah pendapatan kita berbaloi pada masa-masa kita sedang mengalami krisis kewangan? Saya minta Menteri jelaskan. Terima kasih Tuan Pengerusi, salam reformasi. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila Yang Berhormat Batu Pahat. 6.02 ptg. Datuk Mohd. Idris bin Jusi [Batu Pahat]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Parlimen sekalian. Saya merujuk kepada Maksud P.23 Butiran 07200- Jabatan Alam Sekitar. Tuan Pengerusi, saya ingin memulakan perbahasan ringkas ini dengan memetik ayat Al-Quran Nur Karim surah Ar-Rum, ayat 41 yang memberikan maksud, "Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka (manusia) sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar". [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Tuan Pengerusi, kita ingin menarik perhatian sebenarnya kepada alam sekitar, akibat daripada pembangunan kuari di kawasan Batu Pahat khususnya yang telah pun berjalan di Minyak Beku dan yang akan dibuka pula nanti di ladang kelapa sawit di Sungai Ayam berhampiran ataupun bersebelahan dengan Hutan Simpan Banang. Saya ada kesempatan pergi melawat pada hujung minggu ini Tuan Pengerusi, dibawa oleh penduduk-penduduk kampung dan kita melihat bahana yang akan menimpa kawasan ini kerana kawasan yang hendak dicadangkan untuk dibuka ini jalannya melalui sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Banang Jaya dan PIBGnya telah mengadakan protes, bahkan kalau ikut laporan mereka telah membuat laporan polis dan juga laporan SPRM membantah projek itu kerana ia memberikan kesan yang buruk bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga kepada keselamatan murid-murid dan juga guru dan staf sekolah-sekolah berkenaan.
81
95
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
82 DR.1.4.2014 Kuari ini juga berdekatan dengan Sekolah Menengah Sains yang tidak jauh daripada situ dan juga kem tentera yang baru dibuka untuk mengimbangkan pengundi di Batu Pahat. Kemudian kita juga melihat bahawa apabila diletupkan kawasan kuari itu, ia juga memberi kesan kepada hutan Banang kerana kuari itu di atas cerun, dan bila diletupkan, ada kesan kepada hutan Banang yang sebelah atasnya. Ia juga memberi kesan kepada sumber air juga yang kemudian melibatkan, menyusahkan atau memberi kesan kepada petani-petani yang mengadakan ternakan air tawar di situ. Tuan Pengerusi, atas akibat-akibat ini, bahana-bahana ini, kita ingin meminta perhatian khusus daripada Menteri dan kementerian supaya melihat atau meneliti projek ini. Sekiranya korban pembangunan itu lebih besar daripada faedah yang didapati, kita mengharapkan supaya cadangan syarikat ini, ada nama syarikat bersama-sama saya ini, saya ingat tidak perlu sebutkan, supaya ianya dibatalkan dan bolehlah berpindah ke tempat lain yang tidak melibatkan kawasan sekolah, kawasan tentera dan juga persekitaran yang sebenarnya di Minyak Beku itu juga kawasan pelancongan. Jadi, terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila Yang Berhormat Menteri. 6.07 ptg. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato' Dr. James Dawos Mamit]: Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana menyentuh pelbagai perkara yang berkaitan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Perkara-perkara yang sering disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ialah yang berkaitan dengan rancangan tebatan banjir dan saliran bandar, dan kedua, penguatkuasaan dan pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar. Akan tetapi semuanya ini tidak disenaraikan di dalam bajet tambahan. Untuk rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang menyebut semuanya ini, saya akan beri jawapan bertulis. Ini saya akan tanggung, beri jawapan bertulis. Saya cuma hendak sentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan giant panda. Pertamanya yang menyebut tentang giant panda adalah Yang Berhormat Kota Raja. Kedua adalah Yang Berhormat Kulai juga menyentuh tentang giant panda. Selain daripada itu ialah Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Lipis juga ada sebut tentang giant panda dan Yang Berhormat Gopeng juga ada sebut tentang giant panda. Saya ingin menjelaskan di sini ... Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Anak muda Kapar jangan lupa, Yang Berhormat Menteri. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Oh! Yang Berhormat Kapar ya. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Empat soalan tadi terperinci, thank you. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Okey, Yang Berhormat Kapar yang bawa empat perkara tadi. Terima kasih Yang Berhormat Kapar yang membawa empat perkara tentang giant panda termasuk kenapa satu ekor jantan namanya Fu Wa dan satu ekor betina namanya Feng Yi. ■1810 Ini tentang giant panda yang kita akan bawa masuk ke Malaysia. Peruntukan dipohon, ini bagi bajet tambahan, ialah bagi tujuan untuk melaksanakan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 12 Oktober 2012 dan 19 Disember 2012 bagi tujuan melaksanakan obligasi negara di bawah perjanjian Projek Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda di antara Malaysia dan Republik Rakyat China yang ditandatangani pada 15 Jun 2012.
Kuari ini juga berdekatan dengan Sekolah Menengah Sains yang tidak jauh daripada situ dan juga kem tentera yang baru dibuka untuk mengimbangkan pengundi di Batu Pahat. Kemudian kita juga melihat bahawa apabila diletupkan kawasan kuari itu, ia juga memberi kesan kepada hutan Banang kerana kuari itu di atas cerun, dan bila diletupkan, ada kesan kepada hutan Banang yang sebelah atasnya. Ia juga memberi kesan kepada sumber air juga yang kemudian melibatkan, menyusahkan atau memberi kesan kepada petani-petani yang mengadakan ternakan air tawar di situ. Tuan Pengerusi, atas akibat-akibat ini, bahana-bahana ini, kita ingin meminta perhatian khusus daripada Menteri dan kementerian supaya melihat atau meneliti projek ini. Sekiranya korban pembangunan itu lebih besar daripada faedah yang didapati, kita mengharapkan supaya cadangan syarikat ini, ada nama syarikat bersama-sama saya ini, saya ingat tidak perlu sebutkan, supaya ianya dibatalkan dan bolehlah berpindah ke tempat lain yang tidak melibatkan kawasan sekolah, kawasan tentera dan juga persekitaran yang sebenarnya di Minyak Beku itu juga kawasan pelancongan. Jadi, terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila Yang Berhormat Menteri. 6.07 ptg. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato' Dr. James Dawos Mamit]: Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana menyentuh pelbagai perkara yang berkaitan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Perkara-perkara yang sering disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ialah yang berkaitan dengan rancangan tebatan banjir dan saliran bandar, dan kedua, penguatkuasaan dan pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar. Akan tetapi semuanya ini tidak disenaraikan di dalam bajet tambahan. Untuk rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang menyebut semuanya ini, saya akan beri jawapan bertulis. Ini saya akan tanggung, beri jawapan bertulis. Saya cuma hendak sentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan giant panda. Pertamanya yang menyebut tentang giant panda adalah Yang Berhormat Kota Raja. Kedua adalah Yang Berhormat Kulai juga menyentuh tentang giant panda. Selain daripada itu ialah Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Lipis juga ada sebut tentang giant panda dan Yang Berhormat Gopeng juga ada sebut tentang giant panda. Saya ingin menjelaskan di sini ... Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Anak muda Kapar jangan lupa, Yang Berhormat Menteri. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Oh! Yang Berhormat Kapar ya. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Empat soalan tadi terperinci, thank you. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Okey, Yang Berhormat Kapar yang bawa empat perkara tadi. Terima kasih Yang Berhormat Kapar yang membawa empat perkara tentang giant panda termasuk kenapa satu ekor jantan namanya Fu Wa dan satu ekor betina namanya Feng Yi. #1810 Ini tentang giant panda yang kita akan bawa masuk ke Malaysia. Peruntukan dipohon, ini bagi bajet tambahan, ialah bagi tujuan untuk melaksanakan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 12 Oktober 2012 dan 19 Disember 2012 bagi tujuan melaksanakan obligasi negara di bawah perjanjian Projek Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda di antara Malaysia dan Republik Rakyat China yang ditandatangani pada 15 Jun 2012.
82
96
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 83 Melalui usaha kerjasama konservasi ini, Malaysia akan berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi giant panda terutamanya untuk meningkatkan kemahiran dan perkongsian kepakaran tempatan terutamanya dalam pembiakan artificial insemination, kajian genetik dan kajian perilaku giant panda. Peruntukan tambahan ini diperlukan memandangkan peruntukan sedia ada pada tahun 2013 tidak mencukupi untuk melaksanakan keputusan Jemaah Menteri yang dimuktamadkan pada pertengahan tahun 2012. Jumlah peruntukan yang dipohon sebanyak RM5,648,800 adalah untuk membiayai keperluan penyediaan penerimaan giant panda iaitu pemberian sumbangan kepada Malaysian Zoological Society ataupun MZS untuk persediaan penempatan giant panda di Zoo Negara. Kos perkhidmatan pakar RRC, latihan lawatan teknikal dan mesyuarat berkaitan pengurusan giant panda serta kos promosi dan publisiti iaitu di bawah Butiran 140100 termasuk bertugas di luar negara. Ini adalah latihan untuk pegawai veterinar. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kapar. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Saya belum habis lagi. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Belum bagi laluan. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Nanti selepas saya habis ini, boleh minta penjelasan, Yang Berhormat Kapar. Ringkasan perincian peruntukan adalah seperti berikut: Bil. Jenis Peruntukan Jumlah Peruntukan (RM) 1 Geran one-off kepada Zoo Negara 5,000,000 2 Pengangkutan giant panda 20,000 3 Perkhidmatan pakar giant panda RRC 62,440 4 Kos latihan, lawatan rasmi dan mesyuarat teknikal luar negara 381,330 5 Kos promosi dan publisiti (CAPA) 185,000 Jumlah 5,648,800 Selain daripada itu, untuk Butiran 07100, Pembinaan Pusat Pemuliharaan dan Pameran Giant Panda. Pusat ini adalah dibina di Zoo Negara. Sebanyak RM15 juta ditanggung oleh 1MDB. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tanggung RM10 juta, ini di dalam bajet tambahan yang dipohon. Jumlah keseluruhan ialah RM25 juta. Akan tetapi, siling projek ataupun kos projek ini ialah RM24,900,000. Ini kesemuanya untuk Zoo Giant Panda. Majlis sending off giant panda akan diadakan pada 15 April. Jadi ianya akan dibawa ke Kuala Lumpur pada masa itu juga dan akan sampai ke KLIA pada pukul 6.30 pagi. Ini adalah majlis sending off giant panda. Ada soalan tambahan untuk giant panda? Okey, Yang Berhormat Kapar. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Saya memang minat panda, tidak ada masalah. Pertama Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengan izin Tuan Pengerusi, tadi mengenai Butiran 140100 – Program Kursus, berapa ramai pegawai yang terlibat dan berapa lama jangka masa latihan telah dijalankan? Nanti apabila sampai ke Malaysia, adakah pegawai-pegawai yang bekerja dari warga tempatan atau masih lagi kita akan gunakan kepakaran dari negara China? Minta penjelasan, Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Sama, panda.
Melalui usaha kerjasama konservasi ini, Malaysia akan berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi giant panda terutamanya untuk meningkatkan kemahiran dan perkongsian kepakaran tempatan terutamanya dalam pembiakan artificial insemination, kajian genetik dan kajian perilaku giant panda. Peruntukan tambahan ini diperlukan memandangkan peruntukan sedia ada pada tahun 2013 tidak mencukupi untuk melaksanakan keputusan Jemaah Menteri yang dimuktamadkan pada pertengahan tahun 2012. Jumlah peruntukan yang dipohon sebanyak RM5,648,800 adalah untuk membiayai keperluan penyediaan penerimaan giant panda iaitu pemberian sumbangan kepada Malaysian Zoological Society ataupun MZS untuk persediaan penempatan giant panda di Zoo Negara. Kos perkhidmatan pakar RRC, latihan lawatan teknikal dan mesyuarat berkaitan pengurusan giant panda serta kos promosi dan publisiti iaitu di bawah Butiran 140100 termasuk bertugas di luar negara. Ini adalah latihan untuk pegawai veterinar. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kapar. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Saya belum habis lagi. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Belum bagi laluan. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Nanti selepas saya habis ini, boleh minta penjelasan, Yang Berhormat Kapar. Ringkasan perincian peruntukan adalah seperti berikut: Bil. Jenis Peruntukan Jumlah Peruntukan (RM) 1 Geran one-off kepada Zoo Negara 5,000,000 2 Pengangkutan giant panda 20,000 3 Perkhidmatan pakar giant panda RRC 62,440 4 Kos latihan, lawatan rasmi dan mesyuarat teknikal luar negara 381,330 5 Kos promosi dan publisiti (CAPA) 185,000 Jumlah 5,648,800 Selain daripada itu, untuk Butiran 07100, Pembinaan Pusat Pemuliharaan dan Pameran Giant Panda. Pusat ini adalah dibina di Zoo Negara. Sebanyak RM15 juta ditanggung oleh 1MDB. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tanggung RM10 juta, ini di dalam bajet tambahan yang dipohon. Jumlah keseluruhan ialah RM25 juta. Akan tetapi, siling projek ataupun kos projek ini ialah RM24,900,000. Ini kesemuanya untuk Zoo Giant Panda. Majlis sending off giant panda akan diadakan pada 15 April. Jadi ianya akan dibawa ke Kuala Lumpur pada masa itu juga dan akan sampai ke KLIA pada pukul 6.30 pagi. Ini adalah majlis sending off giant panda. Ada soalan tambahan untuk giant panda? Okey, Yang Berhormat Kapar. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Saya memang minat panda, tidak ada masalah. Pertama Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengan izin Tuan Pengerusi, tadi mengenai Butiran 140100- Program Kursus, berapa ramai pegawai yang terlibat dan berapa lama jangka masa latihan telah dijalankan? Nanti apabila sampai ke Malaysia, adakah pegawai-pegawai yang bekerja dari warga tempatan atau masih lagi kita akan gunakan kepakaran dari negara China? Minta penjelasan, Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Sama, panda.
83
97
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
84 DR.1.4.2014 Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Gopeng. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Tambahan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan projek giant panda ini, saya pernah sebut dari segi kewangan sebab apabila ada satu isu berkenaan kos untuk menjaga kedua-dua panda tersebut selama 10 tahun, setiap tahun perbelanjaannya berapa? Siapa yang akan tanggung perbelanjaan tersebut? Kedua, dari segi urusan kos seterusnya apabila ada kutipan tiket dan sebagainya, siapa yang akan dapat pulangan tersebut? Adakah Zoo Negara ataupun kementerian? Jadi ini saya harap dapat diperjelaskan. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Gopeng atas pertanyaan itu tadi. Pertamanya daripada Yang Berhormat Kapar. Pakar dari China diperlukan pada permulaan tiga bulan. Mereka datang untuk tiga bulan di sini kerana pegawai kita dari Jabatan PERHILITAN telah pun dihantar ke negara China untuk latihan. Jadi mereka ini dilatih semenjak giant panda itu di dalam kuarantin di negara China, sebab ianya dikuarantinkan di Dujiangyan Giant Panda Rescue and Disease Control Centre. Ianya di situ sekarang dalam tempoh satu bulan sehingga 15 April apabila giant panda akan dibawa ke sini. Hasil daripada itu, pakar dari China juga akan datang ke sini dan berada di sini selama tiga bulan untuk mengawasi apa yang pakar-pakar Malaysia akan buat kerana mereka sudah pun dilatih, jadi mereka akan buat. ■1820 Daripada segi perbelanjaan oleh sebab Zoo Negara ada mempunyai Malaysian Zoological Society (MZS), maka pengurusan ini akan dibuat oleh Malaysian Zoological Society (MZS). Yuran masuk dalam Zoo Negara adalah dipungut oleh MZS dan wang ini adalah kepunyaan MZS. Jadi, pakar daripada Jabatan PERHILITAN akan terus juga bertugas untuk melihat progress kehidupan giant panda di zoo negara itu kerana artificial insemination adalah sangat penting dalam perkara ini. Apabila kita sudah ada anak panda, maka kita akan hantar balik seperti mana perjanjian yang telah pun ditandatangani. Jadi, diharapkan nanti dengan adanya Zoo Panda akan lebih banyak pelawat-pelawat, pelancong dari luar negara dan juga pelancong daripada negara-negara kita sendiri. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, ada dua yang bangun. Yang Berhormat Kampar dan Yang Berhormat Gopeng. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Gopeng, Gopeng. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Yang Berhormat Gopeng dengan Yang Berhormat Kampar lagi? Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang mana satu? Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Okey, silakan. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mula dahulu. Sebab saya ada bangkitkan soal jangka hayat panda tersebut lebih kurang 20 tahun. Yang formerly, yang akan datang itu umur 8 tahun. Kalau selepas 10 tahun dia sudah 18 tahun. Kemungkinan ada kebarangkalian kedua-dua giant panda itu mungkin mati semasa jagaan Malaysia ini. Apakah implikasi sekiranya ada berlaku kematian dan sebagainya? Adakah negara China akan gantikan dengan giant panda yang baru atau macam mana? Ini pertama. Kedua, tadi saya sudah bangkitkan. Ini menunjukkan bahawa perbelanjaan yang kementerian keluarkan itu satu sen pun tidak dapat kecuali ada pulangan dari segi imej, mungkin hubungan dengan negara China dalam saat-saat MH370 ini. Akan tetapi cuma kita ada prioriti yang lain untuk pelihara misalannya orang utan dan sebagainya. Saya rasa mungkin prioriti kita sudah lari dari prioriti yang sepatutnya. Kita sepatutnya pakar dalam memelihara orang utan, Sumatran tiger dan sebagainya dan bukan pakar dalam untuk memelihara giant panda. Oleh sebab itu, kita tidak boleh lawan dengan negeri China yang ada banyak giant panda tersebut. Sekian.
Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat. Gopeng. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Tambahan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan projek giant panda ini, saya pernah sebut dari segi kewangan sebab apabila ada satu isu berkenaan kos untuk menjaga kedua-dua panda tersebut selama 10 tahun, setiap tahun perbelanjaannya berapa? Siapa yang akan tanggung perbelanjaan tersebut? Kedua, dari segi urusan kos seterusnya apabila ada kutipan tiket dan sebagainya, siapa yang akan dapat pulangan tersebut? Adakah Zoo Negara ataupun kementerian? Jadi ini saya harap dapat diperjelaskan. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Kapar dan Yang. Berhormat Gopeng atas pertanyaan itu tadi. Pertamanya daripada Yang Berhormat Kapar. Pakar dari China diperlukan pada permulaan tiga bulan. Mereka datang untuk tiga bulan di sini kerana pegawai kita dari Jabatan PERHILITAN telah pun dihantar ke negara China untuk latihan. Jadi mereka ini dilatih semenjak giant panda itu di dalam kuarantin di negara China, sebab ianya dikuarantinkan di Dujiangyan Giant Panda Rescue and Disease Control Centre. Ianya di situ sekarang dalam tempoh satu bulan sehingga 15 April apabila giant panda akan dibawa. ke sini. Hasil daripada itu, pakar dari China juga akan datang ke sini dan berada di sini selama tiga bulan untuk mengawasi apa yang pakar-pakar Malaysia akan buat kerana mereka sudah pun dilatih, jadi mereka akan buat. #1820. Daripada segi perbelanjaan oleh sebab Zoo Negara ada mempunyai Malaysian Zoological Society (MZS), maka pengurusan ini akan dibuat oleh Malaysian Zoological Society (MZS). Yuran masuk dalam Zoo Negara adalah dipungut oleh MZS dan wang ini adalah kepunyaan MZS. Jadi, pakar daripada Jabatan PERHILITAN akan terus juga bertugas untuk melihat progress kehidupan giant panda di zoo negara itu kerana artificial insemination adalah sangat penting dalam perkara ini. Apabila kita sudah ada anak panda, maka kita akan hantar balik seperti mana perjanjian yang telah pun ditandatangani. Jadi, diharapkan nanti dengan adanya Zoo Panda akan lebih banyak pelawat-pelawat, pelancong dari luar negara dan juga pelancong daripada negara-negara kita sendiri. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, ada dua yang. bangun. Yang Berhormat Kampar dan Yang Berhormat Gopeng. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Gopeng, Gopeng. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Yang Berhormat Gopeng dengan Yang. Berhormat Kampar lagi?. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang mana satu?. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Okey, silakan. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mula dahulu. Sebab saya ada bangkitkan soal jangka hayat panda tersebut lebih kurang 20 tahun. Yang formerly, yang akan datang itu umur 8 tahun. Kalau selepas 10 tahun dia sudah 18 tahun. Kemungkinan ada kebarangkalian kedua-dua giant panda itu mungkin mati semasa jagaan Malaysia ini. Apakah implikasi sekiranya ada berlaku kematian dan sebagainya? Adakah negara China akan gantikan dengan giant panda yang baru atau macam mana? Ini pertama. Kedua, tadi saya sudah bangkitkan. Ini menunjukkan bahawa perbelanjaan yang kementerian keluarkan itu satu sen pun tidak dapat kecuali ada pulangan dari segi imej, mungkin hubungan dengan negara China dalam saat-saat MH370 ini. Akan tetapi cuma kita ada prioriti yang lain untuk pelihara misalannya orang utan dan sebagainya. Saya rasa mungkin prioriti kita sudah lari dari prioriti yang sepatutnya. Kita sepatutnya pakar dalam memelihara orang utan, Sumatran tiger dan sebagainya dan bukan pakar dalam untuk memelihara giant panda. Oleh sebab itu, kita tidak boleh lawan dengan negeri China yang ada banyak giant panda tersebut. Sekian.
84
98
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 85 Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Yang Berhormat Kapar atau Petaling Jaya Selatan. Yang mana satu Yang Berhormat? Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Petaling Jaya Selatan. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Petaling Jaya Selatan? Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Yang Berhormat Kapar dahulu, lepas itu Petaling Jaya Selatan. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila Yang Berhormat Kapar. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Yang Berhormat Menteri minat dengan Kapar. Yang Berhormat Menteri, tadi saya tanya tentang RM381,400 ini digunakan untuk pegawai dilatih di China. Saya ulang balik soalan saya, berapa ramai pegawai yang terlibat dan berapa lama jangka masa latihan ini? Itu yang pertama. Kedua adalah tentang pembiakan dan bila ada kelahiran anak kita hantar pulang balik ke negara China. Bagaimana itu boleh membantu negara kita? Saya tekankan tadi RM40 juta telah dibelanjakan. Macam mana ini boleh memberi pendekatan kepada negara? Hubungan diplomatik satu hal. Pada waktu yang sama bagaimana benda ini dengan izin, beneficial to our country? Minta penjelasan, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya tadi Yang Berhormat Menteri kata kos keseluruhan merupakan RM25 juta. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kapar duduk diam. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Untuk tahun yang berikutnya… Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ini pasal panda. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Setiap tahun kos pemeliharaan giant panda ini berapa? Seorang Ahli: Bukan pandan tetapi panda. [Ketawa] Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Panda, panda. Giant panda. [Ketawa] Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Lidah itu kasi betul sedikit, lidah itu. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Saya juga hendak tahu tentang bekalan bamboo ini. Adakah bamboo ini dihasilkan, ditanam di negara kita atau import terus daripada China? Kalau bamboo ini tanam di Malaysia, apakah syarikat yang dapat kontrak ini dan mereka tanam di mana? Ini perlu dijelaskan sebab panda ini tinggal di sini bukan dua tahun, tiga tahun. Mungkin 10 tahun. Perlu ada satu supply yang kekal untuk mereka. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Menteri. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih. Saya mengucapkan terima kasih kepada tiga sahabat yang lagi menyentuh tentang perkara yang berkaitan dengan panda. Pertamanya Yang Berhormat Gopeng. Yang Berhormat Gopeng lagi menyebut tentang artificial insemination sebab dia kata kalau panda ini mati sebab umur panda 20, kan? Itu limit umur panda kalau 18 tahun mati. Akan tetapi pegawai yang telah pun dihantarkan untuk berlatih di situ mereka memang tahu, memang akan tahu sebab mereka adalah pegawai veterinar. Pegawai veterinar sememangnya pakar-pakar yang mengubati binatang-binatang jika binatang sakit. Untuk artificial insemination, mereka inilah yang bertanggungjawab. Mereka memang sudah pakar dan mereka akan terus menjalankan tugas di sini. Jadi, kita harapkan nanti apabila artificial insemination sudah pun berjaya walaupun panda di negara
Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Yang. Berhormat Kapar atau Petaling Jaya Selatan. Yang mana satu Yang Berhormat?. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Petaling Jaya Selatan. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Petaling Jaya. Selatan?. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Yang Berhormat Kapar dahulu, lepas itu Petaling. Jaya Selatan. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila Yang. Berhormat Kapar. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Yang Berhormat Menteri minat. dengan Kapar. Yang Berhormat Menteri, tadi saya tanya tentang RM381,400 ini digunakan untuk pegawai dilatih di China. Saya ulang balik soalan saya, berapa ramai pegawai yang terlibat dan berapa lama jangka masa latihan ini? Itu yang pertama. Kedua adalah tentang pembiakan dan bila ada kelahiran anak kita hantar pulang balik ke negara China. Bagaimana itu boleh membantu negara kita? Saya tekankan tadi RM40 juta telah dibelanjakan. Macam mana ini boleh memberi pendekatan kepada negara? Hubungan diplomatik satu hal. Pada waktu yang sama bagaimana benda ini dengan izin, beneficial to our country? Minta penjelasan, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang. Berhormat Petaling Jaya Selatan. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Yang Berhormat Menteri, saya. hendak tanya tadi Yang Berhormat Menteri kata kos keseluruhan merupakan RM25 juta. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang. Berhormat Kapar duduk diam. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Untuk tahun yang berikutnya... Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ini pasal panda. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Setiap tahun kos pemeliharaan giant panda ini berapa?. Seorang Ahli: Bukan pandan tetapi panda. [Ketawa]. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Panda, panda. Giant panda. [Ketawa]. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Lidah itu kasi betul sedikit, lidah itu. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Saya juga hendak tahu tentang. bekalan bamboo ini. Adakah bamboo ini dihasilkan, ditanam di negara kita atau import terus daripada China? Kalau bamboo ini tanam di Malaysia, apakah syarikat yang dapat kontrak ini dan mereka tanam di mana? Ini perlu dijelaskan sebab panda ini tinggal di sini bukan dua tahun, tiga tahun. Mungkin 10 tahun. Perlu ada satu supply yang kekal untuk mereka. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang. Berhormat Menteri. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih. Saya mengucapkan terima kasih. kepada tiga sahabat yang lagi menyentuh tentang perkara yang berkaitan dengan panda. Pertamanya Yang Berhormat Gopeng. Yang Berhormat Gopeng lagi menyebut tentang artificial insemination sebab dia kata kalau panda ini mati sebab umur panda 20, kan? Itu limit umur panda kalau 18 tahun mati. Akan tetapi pegawai yang telah pun dihantarkan untuk berlatih di situ mereka memang tahu, memang akan tahu sebab mereka adalah pegawai veterinar. Pegawai veterinar sememangnya pakar-pakar yang mengubati binatang-binatang jika binatang sakit. Untuk artificial insemination, mereka inilah yang bertanggungjawab. Mereka. memang sudah pakar dan mereka akan terus menjalankan tugas di sini. Jadi, kita harapkan nanti apabila artificial insemination sudah pun berjaya walaupun panda di negara.
85
99
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
86 DR.1.4.2014 kita 18 tahun, dua-dua ini mungkin mati. Itu sudah ada anak yang membela nasib panda yang sudah tua ini. [Ketawa] Jadi, ini yang kita harapkan daripada pakar-pakar kita yang sudah pun dilatih. Tentang orang utan ini, sememangnya kita sudah ada pakar orang utan. Walaupun saya bukan zoologist, saya juga orang hutan kerana saya dilahirkan di dalam hutan di rumah panjang. Background saya adalah ekologi hutan dan alam sekitar. Saya juga orang hutan. Itu saya punya background tetapi kita ada pakar orang utan. Kita sudah tahu orang utan bahkan saya juga buat banyak penyelidikan dahulu untuk mewartakan kawasan-kawasan hutan untuk orang utan termasuk bekerjasama dengan pihak Indonesia agar hutan di kawasan sempadan akan terus dipelihara. Akan tetapi Indonesia tidak meneruskan projek seperti ini dan oleh kerana pembakaran terbuka yang dilakukan di Kalimantan, maka orang utan sudah pun berhijrah ke negara kita. Tidak menggunakan pasport. [Ketawa] Terus melalui hutan juga. Jadi, orang utan lebih banyak lagi di negara kita sekarang. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Yang Berhormat Menteri… Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Apa? Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Minta maaf, minta maaf Yang Berhormat Menteri. Berapa ramai pegawai yang terlibat sebab kos kita adalah RM381,400. So, saya hendak tahu berapa pegawai yang terlibat dalam program kursus ke negara China itu? Terima kasih. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Oh! Terima kasih. Pegawai yang terlibat adalah 8 orang keeper, yang telah pun di… Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya termasuk Yang Berhormat Kapar ini. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Jangka masa latihan dengan izin? Dato’ Dr. James Dawos Mamit: …Dan empat orang pegawai veterinar. Jadi, memang ramailah mereka ini sebab mereka sudah pun dilatih dan mereka akan tahu apa yang akan perlu dibuat. ■1830 Soalan daripada sahabat, Yang Berhormat PJ Selatan ini tentang makanan. Makanan adalah daun buluh dan spesies buluh ini ada di negara kita dan telah pun dikenal pasti oleh pihak FRIM (Forest Research Institute Malaysia) dan pihak FRIM juga akan meneruskan usaha ini supaya bekalan buluh ini akan sentiasa ada bahkan sekarang ‘gajah’ itu sedang dalam kuarantin di Dujiangyan. Beberapa Ahli: Panda, panda. Dato Dr. James Dawos Mamit: Sorry, panda. Panda sedang dalam kuarantin di Dujiangyan. Buluh daripada negara kita dihantar ke sana supaya ‘gajah’ ini... Seorang Ahli: Gajah lagi? Dato Dr. James Dawos Mamit: Eh! Panda ini. Kenapa kepala saya ini gajah? Sebab ramai rakan-rakan yang sebut gajah tadi. [Ketawa] Jadi panda ini akan dilatih untuk makan buluh kita dan oleh sebab itulah semasa panda di dalam kuarantin di dalam satu bulan ini, kita sudah tahu memang buluh ini memang disukai oleh panda sebagai makanan mereka. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Panda last question, Menteri. Dato Dr. James Dawos Mamit: Panda lagi ada Yang Berhormat Kapar? Yang Berhormat Kapar ini berminat sangatlah Yang Berhormat Kapar. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Boleh Tuan Pengerusi? Soalan terakhir. Dato Dr. James Dawos Mamit: Okeylah, satu sahaja. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Menteri, satu sahaja, last one. Menteri, baby panda ini dengan izin Tuan Pengerusi, anak panda yang dilahirkan
kita 18 tahun, dua-dua ini mungkin mati. Itu sudah ada anak yang membela nasib panda yang sudah tua ini. [Ketawa] Jadi, ini yang kita harapkan daripada pakar-pakar kita yang sudah pun dilatih. Tentang orang utan ini, sememangnya kita sudah ada pakar orang utan. Walaupun saya bukan zoologist, saya juga orang hutan kerana saya dilahirkan di dalam hutan di rumah panjang. Background saya adalah ekologi hutan dan alam sekitar. Saya juga orang hutan. Itu saya punya background tetapi kita ada pakar orang utan. Kita sudah tahu orang utan bahkan saya juga buat banyak penyelidikan dahulu untuk mewartakan kawasan-kawasan hutan untuk orang utan termasuk bekerjasama dengan pihak Indonesia agar hutan di kawasan sempadan akan terus dipelihara. Akan tetapi Indonesia tidak meneruskan projek seperti ini dan oleh kerana pembakaran terbuka yang dilakukan di Kalimantan, maka orang utan sudah pun berhijrah ke negara kita. Tidak menggunakan pasport. [Ketawa] Terus melalui hutan juga. Jadi, orang. utan lebih banyak lagi di negara kita sekarang. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Yang Berhormat Menteri... Dato' Dr. James Dawos Mamit: Apa?. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Minta maaf, minta maaf Yang. Berhormat Menteri. Berapa ramai pegawai yang terlibat sebab kos kita adalah RM381,400. So, saya hendak tahu berapa pegawai yang terlibat dalam program kursus ke negara China itu? Terima kasih. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Oh! Terima kasih. Pegawai yang terlibat adalah 8 orang keeper, yang telah pun di... Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya termasuk Yang. Berhormat Kapar ini. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Jangka masa latihan dengan izin?. Dato' Dr. James Dawos Mamit: ...Dan empat orang pegawai veterinar. Jadi, memang ramailah mereka ini sebab mereka sudah pun dilatih dan mereka akan tahu apa yang akan perlu dibuat. #1830. Soalan daripada sahabat, Yang Berhormat PJ Selatan ini tentang makanan. Makanan adalah daun buluh dan spesies buluh ini ada di negara kita dan telah pun dikenal pasti oleh pihak FRIM (Forest Research Institute Malaysia) dan pihak FRIM juga akan meneruskan usaha ini supaya bekalan buluh ini akan sentiasa ada bahkan sekarang 'gajah' itu sedang dalam kuarantin di Dujiangyan. Beberapa Ahli: Panda, panda. Dato Dr. James Dawos Mamit: Sorry, panda. Panda sedang dalam kuarantin di. Dujiangyan. Buluh daripada negara kita dihantar ke sana supaya 'gajah' ini... Seorang Ahli: Gajah lagi?. Dato Dr. James Dawos Mamit: Eh! Panda ini. Kenapa kepala saya ini gajah? Sebab ramai rakan-rakan yang sebut gajah tadi. [Ketawa] Jadi panda ini akan dilatih untuk makan buluh kita dan oleh sebab itulah semasa panda di dalam kuarantin di dalam satu bulan ini, kita sudah tahu memang buluh ini memang disukai oleh panda sebagai makanan mereka. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Panda last question, Menteri. Dato Dr. James Dawos Mamit: Panda lagi ada Yang Berhormat Kapar? Yang. Berhormat Kapar ini berminat sangatlah Yang Berhormat Kapar. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Boleh Tuan Pengerusi? Soalan. terakhir. Dato Dr. James Dawos Mamit: Okeylah, satu sahaja. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Menteri, satu sahaja, last one. Menteri, baby panda ini dengan izin Tuan Pengerusi, anak panda yang dilahirkan.
86
100
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 87 di luar negeri oleh pasangan yang dipinjamkan itu mesti dipulangkan selepas berusia tiga tahun. Adakah ini betul? Kalau betul kita kena pulangkan balik apabila dia berusia tiga tahun, apa beneficial dengan izin for our country, Menteri? Tiga tahun susah payah kita jaga lepas itu kena pulangkan balik ke negara China. So apa rasional dia dan mengapa kita setuju dengan persetujuan sebegitu? Penjelasan Menteri. Tuan Pengerusi, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Dato Dr. James Dawos Mamit: Sahabat saya Yang Berhormat Kapar, terima kasih atas pertanyaan begitu banyak tentang panda. Kalau anak panda ini sudah berumur tiga tahun, maka giant panda dua ini jantan dan betina akan dihantar baliklah. Jadi yang berumur tiga tahun ini anak panda adalah kepunyaan negara kita, ibu dan bapa kepada anak panda ini akan dihantar balik. Kita akan bela anak panda ini dan ianya adalah satu produk untuk pelawat melihat di Zoo Negara. Begitu juga dengan negara-negara lain yang sudah pinjam panda dari negara China. Mereka mesti pulangkan kalaulah panda sudah menghasilkan anak-anak seperti ini, tiga tahun. Ibu dan bapa anak panda ini dihantar balik ke negara China, okey. Nanti apabila ianya sampai ke sini dan dikuarantin satu bulan, maka pada bulan Mei, selepas perasmian pada bulan Mei nanti, lawatan akan dirasmikan. Jadi orang ramai pun boleh mula pergi dan melihat panda, siapa yang berminat untuk melihat panda. Untuk pertanyaan-pertanyaan yang lain yang berkaitan dengan RTB itu di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran. Projek rancangan tebatan banjir. Sebenarnya peruntukan ini adalah untuk tebatan banjir Sungai Jimah, Mukim Jimah, Port Dickson. Projek ini di Mukim Jimah dilaksanakan pada tahun 2013 dan tahun ini juga. Permohonan tambahan ini adalah berdasarkan surat daripada EPU, Jabatan Perdana Menteri. Maka, peruntukan ini diberikan peruntukan tambahan untuk pengambilan balik tanah untuk kerja membaiki sungai, mendalam, melebar dan melurus dan untuk kerja melindungi tebing, pembinaan, pembaikan struktur dan jambatan, pembetung dan sebagainya serta juga untuk pembinaan dan pembaikan jalan. Jadi, bajet diperlukan bajet tambahan. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Boleh mohon penjelasan sikit? Tuan Pengerusi. Dato Dr. James Dawos Mamit: Untuk rakan-rakan yang lain yang sebut masalah banjir di kawasan masing-masing, saya akan beri jawapan bertulis sebab Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian seperti saya sendiri juga, banjir berlaku di kawasan saya. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Pengkalan Chepa bangun. Dato Dr. James Dawos Mamit: Sekejap. Oleh itu, saya memang prihatin dengan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian tentang masalah berterusan sebegini. Banjir kilat dan banjir termenung dan sebagainya. Okey, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, tentang banjir ya. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Menteri. Saya ingin mohon penjelasan iaitu apakah kriteria ataupun asas pertimbangan Sungai Jimah dipilih untuk diadakan projek tebatan banjir ini kerana kita tahu di tempat- tempat lain, banjir berlaku puluhan tahun, setiap saban tahun berlaku. Umpamanya di Rantau Panjang dan juga di Kuantan yang sampaikan banjir seperti satu bencana. Jadi soalan saya adalah apakah kriteria jabatan ataupun kementerian memilih sesuatu tempat untuk diadakan projek tebatan banjir. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Parit Sulong sekali. Sila. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih. Saya akur dengan apa Yang Berhormat Menteri katakan tadi tetapi saya harap jawapan bertulis itu betul-betul jawapan bertulislah sebab kadang-kadang bertulis-tulis tak tulis-tulis pun Yang Berhormat Menteri. Jadinya saya harap pihak Yang Berhormat boleh bagi jawapan itu sebagai bertulis kerana itu sangat penting untuk makluman dan pengetahuan kami di peringkat Parlimen. Terima kasih.
di luar negeri oleh pasangan yang dipinjamkan itu mesti dipulangkan selepas berusia tiga tahun. Adakah ini betul? Kalau betul kita kena pulangkan balik apabila dia berusia tiga tahun, apa beneficial dengan izin for our country, Menteri? Tiga tahun susah payah kita jaga lepas itu kena pulangkan balik ke negara China. So apa rasional dia dan mengapa kita setuju dengan persetujuan sebegitu? Penjelasan Menteri. Tuan Pengerusi, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Dato Dr. James Dawos Mamit: Sahabat saya Yang Berhormat Kapar, terima. kasih atas pertanyaan begitu banyak tentang panda. Kalau anak panda ini sudah berumur tiga tahun, maka giant panda dua ini jantan dan betina akan dihantar baliklah. Jadi yang. berumur tiga tahun ini anak panda adalah kepunyaan negara kita, ibu dan bapa kepada anak panda ini akan dihantar balik. Kita akan bela anak panda ini dan ianya adalah satu produk untuk pelawat melihat di Zoo Negara. Begitu juga dengan negara-negara lain yang sudah pinjam panda dari negara China. Mereka mesti pulangkan kalaulah panda sudah menghasilkan anak-anak seperti ini, tiga tahun. Ibu dan bapa anak panda ini dihantar balik ke negara China, okey. Nanti apabila ianya sampai ke sini dan dikuarantin satu bulan, maka pada bulan Mei, selepas perasmian pada bulan Mei nanti, lawatan akan dirasmikan. Jadi orang ramai pun boleh mula pergi dan melihat panda, siapa yang berminat untuk melihat panda. Untuk pertanyaan-pertanyaan yang lain yang berkaitan dengan RTB itu di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran. Projek rancangan tebatan banjir. Sebenarnya peruntukan ini adalah untuk tebatan banjir Sungai Jimah, Mukim Jimah, Port Dickson. Projek ini di Mukim Jimah dilaksanakan pada tahun 2013 dan tahun ini juga. Permohonan tambahan ini adalah berdasarkan surat daripada EPU, Jabatan Perdana Menteri. Maka, peruntukan ini diberikan peruntukan tambahan untuk pengambilan balik tanah untuk kerja membaiki sungai, mendalam, melebar dan melurus dan untuk kerja melindungi tebing, pembinaan, pembaikan struktur dan jambatan, pembetung dan sebagainya serta juga untuk pembinaan dan pembaikan jalan. Jadi, bajet diperlukan bajet tambahan. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Boleh mohon penjelasan sikit? Tuan. Pengerusi. Dato Dr. James Dawos Mamit: Untuk rakan-rakan yang lain yang sebut masalah. banjir di kawasan masing-masing, saya akan beri jawapan bertulis sebab Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian seperti saya sendiri juga, banjir berlaku di kawasan saya. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang. Berhormat Pengkalan Chepa bangun. Dato Dr. James Dawos Mamit: Sekejap. Oleh itu, saya memang prihatin dengan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian tentang masalah berterusan sebegini. Banjir kilat dan banjir termenung dan sebagainya. Okey, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, tentang banjir ya. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan. Menteri. Saya ingin mohon penjelasan iaitu apakah kriteria ataupun asas pertimbangan Sungai Jimah dipilih untuk diadakan projek tebatan banjir ini kerana kita tahu di tempat- tempat lain, banjir berlaku puluhan tahun, setiap saban tahun berlaku. Umpamanya di Rantau Panjang dan juga di Kuantan yang sampaikan banjir seperti satu bencana. Jadi soalan saya adalah apakah kriteria jabatan ataupun kementerian memilih sesuatu tempat untuk diadakan projek tebatan banjir. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang. Berhormat Parit Sulong sekali. Sila. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih. Saya akur dengan apa. Yang Berhormat Menteri katakan tadi tetapi saya harap jawapan bertulis itu betul-betul jawapan bertulislah sebab kadang-kadang bertulis-tulis tak tulis-tulis pun Yang Berhormat Menteri. Jadinya saya harap pihak Yang Berhormat boleh bagi jawapan itu sebagai bertulis kerana itu sangat penting untuk makluman dan pengetahuan kami di peringkat Parlimen. Terima kasih.
87
101
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
88 DR.1.4.2014 Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Yang Berhormat Kuala Terengganu. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu]: Tuan Pengerusi, saya harap Yang Berhormat juga akan memberi jawapan bertulis tentang pencemaran alam kilang di Teluk Kalong, Kemaman. Terima kasih. Dato Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Sulong dan Kuala Terengganu. Saya memang sudah mencatatkan apa yang disebutkan, yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan banjir termasuk juga Kuantan dan yang lain-lain. Jadi oleh itu saya akan memberi jawapan bertulis dan perkara yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah perkara yang amat penting untuk rekod kementerian juga supaya mana tempat yang belum lagi menjalankan kajian perlu dijalankan kajian supaya reka bentuk struktur yang diperlukan untuk RTB nanti boleh dibuat. Oleh itu saya memang mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang banjir berlaku di kawasan masing-masing. Untuk Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi, apakah kriteria-kriteria Sungai Jimah di Port Dickson. Kriteria Sungai Jimah, mungkin Jimah yang dipilih di Port Dickson. ■1840 Ini adalah berasaskan daripada permohonan kerajaan negeri yang menyentuh tentang keperluan untuk menangani banjir di Sungai Jimah di Port Dickson. Kedua, Port Dickson adalah satu kawasan atau pun tourism destination, kawasan yang dilawati oleh pelancong-pelancong juga dari luar negara. Selain daripada itu, Yang Berhormat juga menyebut tentang pembangunan sumber air negara. Walaupun ini adalah token RM20 sahaja untuk mengekalkan butiran ini. Akan tetapi ini adalah penting untuk tindakan yang perlu diambil pada masa hadapan iaitu untuk Projek Integrated Atmospheric and Radar-Satellite, Model-Base Rainfall and Flood Forecasting for Main River Basin. Jadi ini adalah penting, inilah yang saya sebut tadi. Akan tetapi peruntukan ini sangat kecil, RM10 sahaja. Itulah sebabnya saya maklumkan tadi saya akan ambil jawapan yang bertulis kerana ini adalah satu perancangan di peringkat dasar. Akan tetapi nanti untuk kawasan-kawasan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat senang kementerian buat perancangan dan reka bentuk struktur untuk menangani projek rancangan tebatan banjir ini. Untuk Jabatan Alam Sekitar, ramai juga rakan-rakan menyebut tentang Jabatan Alam Sekitar ini iaitu pengawasan dan penguatkuasaan. Butiran ini 060000, ini adalah untuk kerja-kerja kecemasan, pembaikan tanah runtuh di Institut Alam Sekitar Malaysia iaitu EiMAS. Ada tanah runtuh di sana dan diperlukan peruntukan untuk mempercepatkan kerja ini. Kalau tidak bangunan akan rosak disebabkan tanah runtuh. Oleh itu kerja-kerja penyiasatan tapak untuk peruntukan ini, reka bentuk dan pembinaan bagi menyelamatkan bangunan pentadbiran EiMAS yang paling hampir dengan tanah runtuh dan menstabilkan cerun runtuhan supaya tiada pergerakan tanah aktif lagi, pergerakan tanah yang menyebabkan tanah runtuh. Inilah duit yang diperlukan RM492,350 ini bukan sebenarnya untuk tugas-tugas pengawasan penguatkuasaan. Akan tetapi tugas- tugas untuk penguatkuasaan ini akan diteruskan oleh Jabatan Alam Sekitar. Lebih-lebih lagi tentang isu-isu yang disebut oleh rakan-rakan Yang Berhormat. Ada syarikat ayam lah yang buat pekan berbau, kampung pun berbau, kawasan perumahan berbau dan ada lagi kilang steel mill ini yang mengeluarkan iaitu solid waste yang sememangnya beracun. Pagi tadi rakan-rakan Yang Berhormat sekalian, saya bentangkan satu kertas kerja di persidangan FMM Integrated Solid Waste Management. Tajuk kertas saya ialah ‘Integrated Solid Waste Management for Environmental Sustainability’. Siapa yang berminat, saya boleh bagi dengan rakan-rakan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu. Oleh itu peranan Jabatan Alam Sekitar adalah amat penting untuk mengawasi dan menguatkuasakan perundangan supaya alam sekitar kita tidak tercemar dan tidak terjejas. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kluang bangun. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Yang Berhormat Kluang? Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya.
Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Yang. Berhormat Kuala Terengganu. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu]: Tuan Pengerusi, saya. harap Yang Berhormat juga akan memberi jawapan bertulis tentang pencemaran alam kilang di Teluk Kalong, Kemaman. Terima kasih. Dato Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit. Sulong dan Kuala Terengganu. Saya memang sudah mencatatkan apa yang disebutkan, yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan banjir termasuk juga Kuantan dan yang lain-lain. Jadi oleh itu saya akan memberi jawapan bertulis dan perkara yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah perkara yang amat penting untuk rekod kementerian juga supaya mana tempat yang belum lagi menjalankan kajian perlu dijalankan kajian supaya reka bentuk struktur yang diperlukan untuk RTB nanti boleh dibuat. Oleh itu saya memang mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang banjir berlaku di kawasan masing-masing. Untuk Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi, apakah kriteria-kriteria Sungai Jimah di Port Dickson. Kriteria Sungai Jimah, mungkin Jimah yang dipilih di Port Dickson. #1840. Ini adalah berasaskan daripada permohonan kerajaan negeri yang menyentuh tentang keperluan untuk menangani banjir di Sungai Jimah di Port Dickson. Kedua, Port Dickson adalah satu kawasan atau pun tourism destination, kawasan yang dilawati oleh pelancong-pelancong juga dari luar negara. Selain daripada itu, Yang Berhormat juga menyebut tentang pembangunan sumber air negara. Walaupun ini adalah token RM20 sahaja untuk mengekalkan butiran ini. Akan tetapi ini adalah penting untuk tindakan yang perlu diambil pada masa hadapan iaitu untuk Projek Integrated Atmospheric and Radar-Satellite, Model-Base Rainfall and Flood Forecasting for Main River Basin. Jadi ini adalah penting, inilah yang saya sebut tadi. Akan tetapi peruntukan ini sangat kecil, RM10 sahaja. Itulah sebabnya saya maklumkan tadi saya akan ambil jawapan yang bertulis kerana ini adalah satu perancangan di peringkat dasar. Akan tetapi nanti untuk kawasan-kawasan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat senang kementerian buat perancangan dan reka bentuk struktur untuk menangani projek rancangan tebatan banjir ini. Untuk Jabatan Alam Sekitar, ramai juga rakan-rakan menyebut tentang Jabatan Alam Sekitar ini iaitu pengawasan dan penguatkuasaan. Butiran ini 060000, ini adalah untuk kerja-kerja kecemasan, pembaikan tanah runtuh di Institut Alam Sekitar Malaysia iaitu EiMAS. Ada tanah runtuh di sana dan diperlukan peruntukan untuk mempercepatkan kerja ini. Kalau tidak bangunan akan rosak disebabkan tanah runtuh. Oleh itu kerja-kerja penyiasatan tapak untuk peruntukan ini, reka bentuk dan pembinaan bagi menyelamatkan bangunan pentadbiran EiMAS yang paling hampir dengan tanah runtuh dan menstabilkan cerun runtuhan supaya tiada pergerakan tanah aktif lagi, pergerakan tanah yang menyebabkan tanah runtuh. Inilah duit yang diperlukan RM492,350 ini bukan sebenarnya untuk tugas-tugas pengawasan penguatkuasaan. Akan tetapi tugas- tugas untuk penguatkuasaan ini akan diteruskan oleh Jabatan Alam Sekitar. Lebih-lebih lagi tentang isu-isu yang disebut oleh rakan-rakan Yang Berhormat. Ada syarikat ayam lah yang buat pekan berbau, kampung pun berbau, kawasan perumahan berbau dan ada lagi kilang steel mill ini yang mengeluarkan iaitu solid waste yang sememangnya beracun. Pagi tadi rakan-rakan Yang Berhormat sekalian, saya bentangkan satu kertas kerja di persidangan FMM Integrated Solid Waste Management. Tajuk kertas saya ialah 'Integrated Solid Waste Management for Environmental Sustainability'. Siapa yang berminat, saya boleh bagi dengan rakan-rakan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu. Oleh itu peranan Jabatan Alam Sekitar adalah amat penting untuk mengawasi dan menguatkuasakan perundangan supaya alam sekitar kita tidak tercemar dan tidak terjejas. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat. Kluang bangun. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Yang Berhormat Kluang?. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya.
88
102
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 89 Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Yang Berhormat Kluang, okey. Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tentang solid waste. Apa peranan kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan peranan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar? Terima kasih. Tentang segi isu solid waste. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Sebenarnya peranan kerajaan tempatan adalah juga penting bagi penguatkuasaan dan pengawasan. Akan tetapi kalau PBT tidak buat tugasan seperti ini, kalau lah seperti satu contoh, Sungai Ferringhi dan Pantai Ferringhi itu seharusnya PBT lah yang bertanggungjawab tetapi atas kompelin awam tentang perkara ini. Maka Jabatan Alam Sekitar buat penyiasatan tentang pencemaran sungai di situ. Oleh itu, kerajaan tempatan seharusnya bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar untuk memastikan bahawa sungai tidak tercemar kerana pembuangan sampah, pembuangan sisa-sisa seperti heavy metal atau pun logam berat di dalam sungai itu amatlah berbahaya. Ini kerana semua pembuangan lebih-lebih lagi organic waste atau pun sisa-sisa organik. Ini akan menyebabkan pembiakan bakteria, coliform bacteria di sungai yang sekiranya kalau kita mandi di sungai, berenang di sungai, kulit kita juga akan terjejas disebabkan bakteria terlalu banyak, kandungan bakteria di sungai. Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Maaf Yang Berhormat Menteri. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Apatah lagi logam berat, logam berat, heavy metal ini sebab ada ikan atau pun ikan bottom feeders. Sebab logam berat ini ianya bercampur dengan tanah atau pun kelodak di landasan sungai ini, ikan-ikan ini atau pun udang di bawah itu atau pun ketam memang di bawah itu mencari makan. Ia makan tanah di bawah itu, lepas itu keluarkan lagi. Akan tetapi apa yang berlaku adalah logam berat masuk ke dalam daging ikan atau pun di dalam daging udang itu, nanti kalau kita makan sudah pasti kita akan kena keracunan makanan atau pun food poisoning. Jadi ini memang... Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Maaf Yang Berhormat Menteri, maaf Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: ...Kita perhatikan dan PBT seharusnya membuat penguatkuasaan juga selain daripada Jabatan Alam Sekitar. Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Maaf Yang Berhormat Menteri. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Akan tetapi kita selalu menasihati, ya? Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Penjelasan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sini, sini, sini Yang Berhormat Menteri. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Yang Berhormat Kluang? Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kluang. Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Ya minta penjelasan. Soalan saya ini ialah apakah peranan kementerian Yang Berhormat dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya tanya soalan itu kerana tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tentang solid waste. Akan tetapi dasar solid waste ini walaupun kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin ada pandangan tentang solid waste tetapi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan hendak teruskan dengan program incinerator. So, apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang incinerator dan adakah dasar Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercanggah dengan pendirian Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. ■1850 Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih kerana menyentuh perkara ini tetapi ia tidak ada di dalam bajet tambahan. Oleh itu, kalau ia tidak ada dalam bajet tambahan, kalau saya hendak beri lecture di sini, ia mengambil masa selama satu jam kerana ia berkaitan yang kedua ini kita kena buat perbandingan. Saya juga ada buat reka bentuk tentang sanitary landfill dan juga tentang incinerator. Di Kuching, kita
Dato' Dr. James Dawos Mamit: Yang Berhormat Kluang, okey. Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tentang solid waste. Apa peranan kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan peranan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar? Terima kasih. Tentang segi isu solid waste. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Sebenarnya peranan kerajaan tempatan adalah. juga penting bagi penguatkuasaan dan pengawasan. Akan tetapi kalau PBT tidak buat tugasan seperti ini, kalau lah seperti satu contoh, Sungai Ferringhi dan Pantai Ferringhi itu seharusnya PBT lah yang bertanggungjawab tetapi atas kompelin awam tentang perkara ini. Maka Jabatan Alam Sekitar buat penyiasatan tentang pencemaran sungai di situ. Oleh itu, kerajaan tempatan seharusnya bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar untuk memastikan bahawa sungai tidak tercemar kerana pembuangan sampah, pembuangan sisa-sisa seperti heavy metal atau pun logam berat di dalam sungai itu amatlah berbahaya. Ini kerana semua pembuangan lebih-lebih lagi organic waste atau pun sisa-sisa organik. Ini akan menyebabkan pembiakan bakteria, coliform bacteria di sungai yang sekiranya kalau kita mandi di sungai, berenang di sungai, kulit kita juga akan terjejas disebabkan bakteria terlalu banyak, kandungan bakteria di sungai. Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Maaf Yang Berhormat Menteri. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Apatah lagi logam berat, logam berat, heavy metal ini sebab ada ikan atau pun ikan bottom feeders. Sebab logam berat ini ianya bercampur dengan tanah atau pun kelodak di landasan sungai ini, ikan-ikan ini atau pun udang di bawah itu atau pun ketam memang di bawah itu mencari makan. Ia makan tanah di bawah itu, lepas itu keluarkan lagi. Akan tetapi apa yang berlaku adalah logam berat masuk ke dalam daging ikan atau pun di dalam daging udang itu, nanti kalau kita makan sudah pasti kita akan kena keracunan makanan atau pun food poisoning. Jadi ini memang... Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Maaf Yang Berhormat Menteri, maaf Yang. Berhormat Menteri, minta penjelasan. Dato' Dr. James Dawos Mamit: ...Kita perhatikan dan PBT seharusnya membuat. penguatkuasaan juga selain daripada Jabatan Alam Sekitar. Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Maaf Yang Berhormat Menteri. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Akan tetapi kita selalu menasihati, ya?. Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Penjelasan Yang Berhormat Menteri. Yang. Berhormat Menteri sini, sini, sini Yang Berhormat Menteri. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Yang Berhormat Kluang?. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang. Berhormat Kluang. Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Ya minta penjelasan. Soalan saya ini ialah. apakah peranan kementerian Yang Berhormat dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya tanya soalan itu kerana tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tentang solid waste. Akan tetapi dasar solid waste ini walaupun kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin ada pandangan tentang solid waste tetapi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan hendak teruskan dengan program incinerator. So, apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang incinerator dan adakah dasar Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercanggah dengan pendirian Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. #1850. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih. kerana menyentuh perkara ini tetapi ia tidak ada di dalam bajet tambahan. Oleh itu, kalau ia tidak ada dalam bajet tambahan, kalau saya hendak beri lecture di sini, ia mengambil masa selama satu jam kerana ia berkaitan yang kedua ini kita kena buat perbandingan. Saya juga ada buat reka bentuk tentang sanitary landfill dan juga tentang incinerator. Di Kuching, kita.
89
103
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
90 DR.1.4.2014 punya adalah integrated. Satu untuk sanitary landfill, satu untuk incinerator. Kita ada kedua- duanya sekali. Jadi, kita tahu kelemahan. Saya tahu kelemahan sebab saya yang mula- mula dahulu bertanggungjawab atas perancangan dan reka bentuk ini bersama dengan seorang pakar dari Germany. Jadi, ini mengambil masa yang agak panjang nanti. Jadi itu sahaja yang saya boleh menerangkan kepada Yang Berhormat tentang incinerator kalau dibandingkan dengan sanitary landfill. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, panjang lagi Yang Berhormat? Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Satu lagi. Ini saya mesti. [Ketawa] Saya mesti maklumkan kepada rakan-rakan, kawan-kawan Yang Berhormat tentang program pengawasan hutan melalui udara oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Butiran P.07200 iaitu RM2 juta ini adalah untuk menjalankan perkhidmatan menyediakan penebangan bagi tujuan pengawasan hutan melalui udara di Semenanjung Malaysia. Untuk Jabatan Alam Sekitar dan agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, nilainya ini untuk Semenanjung Malaysia adalah RM912,500 dengan tempoh kontrak kepada syarikat selama satu tahun. Keduanya adalah perkhidmatan menyediakan penebangan bagi tujuan pengawasan hutan melalui udara Sabah dan Sarawak untuk Jabatan Alam Sekitar dan agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. So, nilai tender ini di Sabah dan Sarawak adalah RM912,500 dengan tempoh kontrak juga satu tahun. Jadi ini adalah diperlukan kerana pertamanya, pengawasan daripada udara adalah amat penting. Kadangkala kita tidak tahu apa yang berlaku di tempat-tempat ataupun di hutan-hutan yang mana tidak ada jalan raya untuk kita pergi ke situ. Maka, kegunaan helikopter diteruskan. Selain daripada itu, selama ini Jabatan Alam Sekitar juga mengawasi kawasan- kawasan lain untuk menilai pencemaran lebih-lebih lagi di sungai, pencemaran di tanah kerana sisa-sisa toksik ataupun hazardous kadang-kadang dibawa dari utara untuk dirawat di Bukit Nanas di Negeri Sembilan. Bukan semuanya dibawa ke situ. Ada kala syarikat membuang separuh daripada sisa-sisa toksik itu tidak tahu. Mungkin di ladang kelapa sawitkah dan di dalam sungai. Ini kerana apabila mereka bawa sisa-sisa toksik ke Bukit Nanas untuk dirawat, mereka perlu membayar. Jadi untuk mengurangkan kos, sudah tentu mereka kemungkinan buat itu. Oleh itu, pengawasan menggunakan helikopter daripada udara adalah amat penting. Selain daripada itu sekarang, kementerian sudah pun menubuhkan Bahagian Geospatial, maklumat geospatial. Ini kita menggunakan GPS, kita menggunakan remote sensing, kita menggunakan Geographic Information System (GIS). Kalau kita dapat semua maklumat ini dengan tempoh yang singkat, maka kita boleh terus pergi membuat penguatkuasaan di tempat yang begitu. Oleh itu, saya sememangnya menyokong apa yang disentuh dan disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tentang masalah alam sekitar, masalah banjir dan saya akan berusaha memberi ucapan bertulis. Sorry... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Memberi jawapan bertulis ataupun maklumat bertulis kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Satu sahaja. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Supaya kita semua akan menjaga alam sekitar, bukan hanya tanggungjawab saya sendiri. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Satu sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Sepang. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Okey. Last ya? Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Okey. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Timbalan Menteri, berkaitan dengan isu perhutanan tadi tentang Timbalan Menteri mengatakan ada pengawasan tentang penebangan hutan melalui
punya adalah integrated. Satu untuk sanitary landfill, satu untuk incinerator. Kita ada kedua-. duanya sekali. Jadi, kita tahu kelemahan. Saya tahu kelemahan sebab saya yang mula- mula dahulu bertanggungjawab atas perancangan dan reka bentuk ini bersama dengan seorang pakar dari Germany. Jadi, ini mengambil masa yang agak panjang nanti. Jadi itu sahaja yang saya boleh menerangkan kepada Yang Berhormat tentang incinerator kalau dibandingkan dengan sanitary landfill. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, panjang lagi. Yang Berhormat?. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Satu lagi. Ini saya mesti. [Ketawa] Saya mesti. maklumkan kepada rakan-rakan, kawan-kawan Yang Berhormat tentang program pengawasan hutan melalui udara oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Butiran P.07200 iaitu RM2 juta ini adalah untuk menjalankan perkhidmatan menyediakan penebangan bagi tujuan pengawasan hutan melalui udara di Semenanjung Malaysia. Untuk Jabatan Alam Sekitar dan agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, nilainya ini untuk Semenanjung Malaysia adalah RM912,500 dengan tempoh kontrak kepada syarikat selama satu tahun. Keduanya adalah perkhidmatan menyediakan penebangan bagi tujuan pengawasan hutan melalui udara Sabah dan Sarawak untuk Jabatan Alam Sekitar dan agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. So, nilai tender ini di Sabah dan Sarawak adalah RM912,500 dengan tempoh kontrak juga satu tahun. Jadi ini adalah diperlukan kerana pertamanya, pengawasan daripada udara adalah amat penting. Kadangkala kita tidak tahu apa yang berlaku di tempat-tempat ataupun di hutan-hutan yang mana tidak ada jalan raya untuk kita pergi ke situ. Maka, kegunaan helikopter diteruskan. Selain daripada itu, selama ini Jabatan Alam Sekitar juga mengawasi kawasan- kawasan lain untuk menilai pencemaran lebih-lebih lagi di sungai, pencemaran di tanah kerana sisa-sisa toksik ataupun hazardous kadang-kadang dibawa dari utara untuk dirawat. di Bukit Nanas di Negeri Sembilan. Bukan semuanya dibawa ke situ. Ada kala syarikat membuang separuh daripada sisa-sisa toksik itu tidak tahu. Mungkin di ladang kelapa sawitkah dan di dalam sungai. Ini kerana apabila mereka bawa sisa-sisa toksik ke Bukit Nanas untuk dirawat, mereka perlu membayar. Jadi untuk mengurangkan kos, sudah tentu mereka kemungkinan buat itu. Oleh itu, pengawasan menggunakan helikopter daripada udara adalah amat penting. Selain daripada itu sekarang, kementerian sudah pun menubuhkan Bahagian Geospatial, maklumat geospatial. Ini kita menggunakan GPS, kita menggunakan remote sensing, kita menggunakan Geographic Information System (GIS). Kalau kita dapat semua maklumat ini dengan tempoh yang singkat, maka kita boleh terus pergi membuat penguatkuasaan di tempat yang begitu. Oleh itu, saya sememangnya menyokong apa yang disentuh dan disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tentang masalah alam sekitar, masalah banjir dan saya akan berusaha memberi ucapan bertulis. Sorry... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Memberi jawapan bertulis ataupun maklumat. bertulis kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Satu sahaja. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Supaya kita semua akan menjaga alam sekitar, bukan hanya tanggungjawab saya sendiri. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Satu sahaja Yang Berhormat. Timbalan Menteri, Yang Berhormat Sepang. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Okey. Last ya?. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Okey. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Yang. Berhormat Timbalan Menteri. Timbalan Menteri, berkaitan dengan isu perhutanan tadi tentang Timbalan Menteri mengatakan ada pengawasan tentang penebangan hutan melalui.
90
104
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 91 udara. Akan tetapi saya rasa, saya ingin mendapatkan maklumat daripada Timbalan Menteri, apakah yang telah dilakukan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini berhubung dengan penebangan hutan-hutan di tepi-tepi lebuh raya ini? Kalau dahulu, kalau mungkin 10 tahun, 15 tahun dahulu kita lihat kawasan lebuh raya kita ini khususnya Lebuhraya PLUS ini, dari selatan ke utara, kita boleh melihat suasana hijau yang begitu menyamankan. Kalau kita drive itu kita rasa satu suasana yang begitu seronok. Akan tetapi sekarang kalau kita lihat penebangan ini ataupun pembotakan tanah- tanah di lebuh raya semakin berlaku seolah-olah tidak ada satu kawalan dan ini sekali gus kita rasa sedikit sebanyak boleh menyumbang kepada kepanasan ini. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian ada membuat pemantauan tentang penebangan hutan ataupun kawasan-kawasan hijau di sepanjang lebuh raya? Saya rasa kena ada satu kawalan dan saya harap pihak kementerian mengambil tindakan proaktif untuk sekurang-kurangnya mengawal. Kita mesti ada satu tahap peratusan berapa yang kita boleh tebang dan sebagainya. Jadi saya harap kementerian boleh memberikan jawapan terhadap isu ini. Terima kasih. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat atas pandangan Yang Berhormat tentang penebangan hutan di sepanjang lebuh raya. Ini disebabkan pembangunan yang diperlukan. Pertamanya di lebuh raya, apabila lebuh raya dibina, maka hutan perlu ditebang untuk kegunaan untuk lebuh raya. Selain daripada itu, jika tanah di tepi-tepi lebuh raya itu sudah pun diguna pakai untuk ladang dan juga untuk aktiviti pertanian, ia juga ditebang. Akan tetapi untuk Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhutanan mewartakan hutan simpan kekal. Hutan simpan kekal ini sememangnya tidak boleh ditebang kecuali kawasan yang digazetkan sebagai Hutan Pengeluaran. Jadi apabila hutan simpan kekal ditebang, maka itu adalah satu kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara. Akan tetapi, hutan adalah di bawah tanggungjawab negeri, semua hutan kerana di dalam Schedule 9 dalam Perlembagaan iaitu Senarai 1 adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Senarai 2 di bawah tanggungjawab kerajaan negeri dan Senarai 3 concurrent di bawah tanggungjawab kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat. ■1900 Jadi, hutan adalah di bawah kerajaan negeri. Lesen untuk pembalakan adalah dikeluarkan oleh kerajaan negeri tetapi Kerajaan Pusat selalu berbincang. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di bawah Kerajaan Pusat selalu berbincang dengan kerajaan negeri mengenai kawasan manakah hutan simpan kekal yang diperlukan. Ahli-ahli Yang Berhormat juga perlu tahu bahawa hutan adalah amat penting kepada kita kerana hutan menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis. Satu hektar hutan di negara kita menyerap lima tan gas karbon dioksida setiap tahun. Kita ada lebih 22 juta hektar hutan di dalam negara kita. Jadi, bayangkan kalau kita darab dengan 22 juta ini untuk satu tahun, itulah jumlah gas karbon dioksida yang diserap. Ini amat penting untuk kita memelihara hutan kerana pokok menyerap gas karbon dioksida. Terima kasih Yang Berhormat kerana memberikan pandangan tentang penebangan hutan di tepi jalan ataupun di lebuh raya. Dengan maklumat yang saya sudah pun berikan Tuan Pengerusi, itulah sahaja yang saya boleh saya sampaikan, yang lain semuanya saya akan beri jawapan secara bertulis. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM8,439,150 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM8,439,150 untuk Maksud B.23 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual] Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM22,000,020 untuk Maksud P.23 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
udara. Akan tetapi saya rasa, saya ingin mendapatkan maklumat daripada Timbalan Menteri, apakah yang telah dilakukan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini berhubung dengan penebangan hutan-hutan di tepi-tepi lebuh raya ini? Kalau dahulu, kalau mungkin 10 tahun, 15 tahun dahulu kita lihat kawasan lebuh raya kita ini khususnya Lebuhraya PLUS ini, dari selatan ke utara, kita boleh melihat suasana hijau yang begitu menyamankan. Kalau kita drive itu kita rasa satu suasana yang begitu seronok. Akan tetapi sekarang kalau kita lihat penebangan ini ataupun pembotakan tanah- tanah di lebuh raya semakin berlaku seolah-olah tidak ada satu kawalan dan ini sekali gus kita rasa sedikit sebanyak boleh menyumbang kepada kepanasan ini. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian ada membuat pemantauan tentang penebangan hutan ataupun kawasan-kawasan hijau di sepanjang lebuh raya? Saya rasa kena ada satu kawalan dan saya harap pihak kementerian mengambil tindakan proaktif untuk sekurang-kurangnya mengawal. Kita mesti ada satu tahap peratusan berapa yang kita boleh tebang dan sebagainya. Jadi saya harap kementerian boleh memberikan jawapan terhadap isu ini. Terima kasih. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat atas pandangan. Yang Berhormat tentang penebangan hutan di sepanjang lebuh raya. Ini disebabkan pembangunan yang diperlukan. Pertamanya di lebuh raya, apabila lebuh raya dibina, maka hutan perlu ditebang untuk kegunaan untuk lebuh raya. Selain daripada itu, jika tanah di tepi-tepi lebuh raya itu sudah pun diguna pakai untuk ladang dan juga untuk aktiviti pertanian, ia juga ditebang. Akan tetapi untuk Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhutanan mewartakan hutan simpan kekal. Hutan simpan kekal ini sememangnya tidak boleh ditebang kecuali kawasan yang digazetkan sebagai Hutan Pengeluaran. Jadi apabila hutan simpan kekal ditebang, maka itu adalah satu kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara. Akan tetapi, hutan adalah di bawah tanggungjawab negeri, semua hutan kerana di dalam Schedule 9 dalam Perlembagaan iaitu Senarai 1. adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Senarai 2 di bawah tanggungjawab kerajaan negeri dan Senarai 3 concurrent di bawah tanggungjawab kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat. #1900. Jadi, hutan adalah di bawah kerajaan negeri. Lesen untuk pembalakan adalah dikeluarkan oleh kerajaan negeri tetapi Kerajaan Pusat selalu berbincang. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di bawah Kerajaan Pusat selalu berbincang dengan kerajaan negeri mengenai kawasan manakah hutan simpan kekal yang diperlukan. Ahli-ahli Yang Berhormat juga perlu tahu bahawa hutan adalah amat penting kepada kita kerana hutan menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis. Satu hektar hutan di negara kita menyerap lima tan gas karbon dioksida setiap tahun. Kita ada lebih 22 juta hektar hutan di dalam negara kita. Jadi, bayangkan kalau kita darab dengan 22 juta ini untuk satu tahun, itulah jumlah gas karbon dioksida yang diserap. Ini amat penting untuk kita memelihara hutan kerana pokok menyerap gas karbon dioksida. Terima kasih Yang Berhormat kerana memberikan pandangan tentang penebangan hutan di tepi jalan ataupun di lebuh raya. Dengan maklumat yang saya sudah pun berikan Tuan Pengerusi, itulah sahaja yang saya boleh saya sampaikan, yang lain semuanya saya akan beri jawapan secara bertulis. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM8,439,150 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]. [Wang sebanyak RM8,439,150 untuk Maksud B.23 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa. perbelanjaan sebanyak RM22,000,020 untuk Maksud P.23 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan].
91
105
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
92 DR.1.4.2014 [Wang sebanyak RM22,000,020 untuk Maksud P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013] Maksud P.24 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] – Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Maksud Pembangunan P.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Oleh sebab hanya token, ia tidak perlu dibahas. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.24 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.24 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013] Maksud P.25 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] – Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Maksud Pembangunan P.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Nibong Tebal. 7.03 mlm. Dato’ Mansor bin Othman [Nibong Tebal]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Maksud P.25, Butiran 13003 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia: Program Pembangunan – Infrastruktur Asas, yang memohon peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta yang dikehendaki bagi membiayai projek merobohkan dan membina semula Kompleks Pekan Rabu di Alor Setar yang merupakan projek baru dan tidak disediakan dalam peruntukan 2013. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanyakan tentang kewajaran permohonan peruntukan ini di bawah SKM kerana ini adalah pembangunan infrastruktur. Pada pandangan saya, SKM memerlukan lebih banyak peruntukan untuk melaksanakan program-program bagi menggalak dan memperkukuhkan gerakan koperasi bagi membudayakan koperasi di negara ini. Ini kerana koperasi juga memainkan peranan yang cukup penting, menyumbang agak signifikan ke arah pertumbuhan ekonomi negara. Lagipun Pekan Rabu ini adalah satu ikonik di Kedah. Jadi, apa salahnya kalau Kerajaan Negeri Kedah pun yang membangunkan kompleks ini. Dengan menghabiskan peruntukan yang banyak, yang baik untuk program-program penggalakan dan penumbuhan koperasi. Disasarkan kepada organisasi-organisasi akar umbi seperti petani, nelayan, sekolah dan lain-lain organisasi di akar umbi supaya pembudayaan gerakan koperasi di Malaysia ini boleh ditingkatkan dengan cukup efisien. Keduanya Tuan Pengerusi, kalaulah sekiranya diluluskan juga. Saya ingin tahu siapakah yang menguruskan Pekan Rabu ini. Adakah di bawah kelolaan SKM ataupun di bawah agensi-agensi lain iaitu persoalan tambahan. Sehubungan dengan itu, kita dapati juga yang berniaga di Pekan Rabu mungkin bukan orang tempatan. Jadi, saya tidak nampak sekali lagi kewajaran kenapa SKM terpaksa dibebankan dengan pembangunan Kompleks Pekan Rabu ini. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jerlun.
[Wang sebanyak RM22,000,020 untuk Maksud P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]. Maksud P.24 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013]-. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Maksud Pembangunan P.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Oleh sebab hanya token, ia tidak perlu dibahas. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.24 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.24 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]. Maksud P.25 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013]-. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Maksud Pembangunan P.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Nibong Tebal. 7.03 mlm. Dato' Mansor bin Othman [Nibong Tebal]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Maksud P.25, Butiran 13003- Suruhanjaya Koperasi Malaysia: Program Pembangunan- Infrastruktur Asas, yang memohon peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta yang dikehendaki bagi membiayai projek merobohkan dan membina semula Kompleks Pekan Rabu di Alor Setar yang merupakan projek baru dan tidak disediakan dalam peruntukan 2013. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanyakan tentang kewajaran permohonan peruntukan ini di bawah SKM kerana ini adalah pembangunan infrastruktur. Pada pandangan saya, SKM memerlukan lebih banyak peruntukan untuk melaksanakan program-program bagi menggalak dan memperkukuhkan gerakan koperasi bagi membudayakan koperasi di negara ini. Ini kerana koperasi juga memainkan peranan yang cukup penting, menyumbang agak signifikan ke arah pertumbuhan ekonomi negara. Lagipun Pekan Rabu ini adalah satu ikonik di Kedah. Jadi, apa salahnya kalau Kerajaan Negeri Kedah pun yang membangunkan kompleks ini. Dengan menghabiskan peruntukan yang banyak, yang baik untuk program-program penggalakan dan penumbuhan koperasi. Disasarkan kepada organisasi-organisasi akar umbi seperti petani, nelayan, sekolah dan lain-lain organisasi di akar umbi supaya pembudayaan gerakan koperasi di Malaysia ini boleh ditingkatkan dengan cukup efisien. Keduanya Tuan Pengerusi, kalaulah sekiranya diluluskan juga. Saya ingin tahu siapakah yang menguruskan Pekan Rabu ini. Adakah di bawah kelolaan SKM ataupun di bawah agensi-agensi lain iaitu persoalan tambahan. Sehubungan dengan itu, kita dapati juga yang berniaga di Pekan Rabu mungkin bukan orang tempatan. Jadi, saya tidak nampak sekali lagi kewajaran kenapa SKM terpaksa dibebankan dengan pembangunan Kompleks Pekan Rabu ini. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jerlun.
92
106
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 93 7.06 mlm. Dato’ Othman bin Aziz [Jerlun]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Saya juga turut hendak berbahas sedikit mengenai Kepala P.25, Butiran 13003 - Suruhanjaya Koperasi Malaysia: Program Pembangunan – Infrastruktur Asas. Peruntukan tambahan diminta diberikan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi program pembangunan infrastruktur asas bernilai RM5 juta, khusus untuk pembangunan semula Pekan Rabu di Alor Setar. Jadi, kita menyedari bahawa seperti Yang Berhormat Nibong Tebal sebutkan tadi, Pekan Rabu di Alor Setar ini adalah sebuah institusi atau landmark yang menjadi ikon kepada Bandaraya Alor Setar itu sendiri. Terletak di antara Jalan Tunku Ibrahim dan Jalan Langgar. Ditubuhkan, bermula sejarahnya pada 1920. Semasa itu Allahyarham Tunku Yaacob mula menubuhkan pasar Pekan Rabu ini di Tanjung Chali, kemudian dipindahkan pada tahun 1932 di tempat sekarang kemudian dibangunkan, dibuat secara dalam bentuk syarikat kerjasama pada tahun 1940. Ketika ini, di bawah Koperasi Pekan Rabu Berhad yang mempunyai ahli sebanyak 1,300 orang. Menjadi satu tempat di mana peniaga-peniaga yang terlibat daripada ahli-ahli koperasi ini 100% adalah orang-orang Melayu yang memasarkan produk-produk tradisional kraf seperti tepak sirih, keris dan sebagainya, kuih-muih tradisional, produk-produk ikan, downstream seperti ikan pekasam, ikan kering kemudian baju Melayu, songkok, kain songket sepertimana Pasar Payang di Kuala Terengganu. Kemudian barang-barangan untuk pergi ke umrah, sudah tentu juga ada gerai-gerai makan dan minum hatta kepada produk seperti belacan dan sebagainya. Jadi, sudah tentulah seperti yang kita sedar bahawa sebagai ikon, satu jenama yang unggul di Kedah ini, kerajaan juga telah pun menyediakan pelbagai kemudahan sehinggalah mewujudkan Pekan Rabu yang ada ketika ini. Pada akhir 70-an, awal 80-an dan juga dibuat escalator untuk memudahkan orang ramai pergi ke Pekan Rabu kerana kita sedar Jalan Tunku Ibrahim itu agak sibuk, jadi dibuatkan escalator ini. Akan tetapi untuk mengembangkan lagi pembangunan Pekan Rabu ini, pada 27 Mac 2013, kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk projek pembangunan semula Pekan Rabu berjumlah RM55.58 juta. Ketika itu Yang Berhormat Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah pun melancarkan projek ini iaitu untuk merobohkan bangunan lama serta membina semula bangunan sehingga tujuh tingkat melibatkan 360 lot kedai dan juga menyelesaikan masalah tempat letak kereta iaitu dengan membina 387 parkir ataupun tempat letak kereta. ■1910 Jadi kita sedar bahawa salah satu kelemahan yang ada di Pekan Rabu hari ini adalah masalah parking di mana tidak ada tempat parking yang khusus dan mungkin saya ingat dalam perancangan ini, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan kepada kita antara komponennya ialah membina parkir bertingkat, jadi boleh menyelesaikan masalah parking kerana memang sibuk Jalan Tunku Ibrahim dan juga Jalan Langgar di tengah- tengah Bandaraya Alor Setar. Jadi kita berbanggalah dengan kelulusan awal yang telah diberikan oleh kerajaan. Saya Jerlun menyokong peruntukan yang dimohon sebanyak RM5 juta untuk permulaan kerja-kerja ini. Cuma, persoalan-persoalan yang timbul adalah adakah design ataupun reka bentuk bangunan baru itu telah pun siap? Kemudian seterusnya bilakah projek ini akan dimulakan dan bila pula projek ini akan disiapkan? Sudah tentulah kita bimbang, takut, jangan salah pilih kontraktor kerana nanti mungkin takut terbengkalai sebab bangunan ini memang siapa pun kalau pergi Alor Setar mesti lalu dan jumpa bangunan ini. Jadi kita bimbang dan takut nanti masalah terbengkalai projek tersebut. Kemudian sudah tentu isu yang seterusnya adalah berkaitan dengan relocation penempatan pemindahan sementara peniaga-peniaga yang sedia ada ini. Diharapkan tidak menimbulkan isu-isu yang boleh sehingga menjejaskan perniagaan mereka yang begitu teruk. Akan tetapi saya yakin, mereka pun sebagai ahli-ahli koperasi di situ bersetuju untuk berpindah sementara dan sanggup berkorban untuk disiapkan projek yang baru ini. Jadi sesungguhnya kita berharaplah kepada kementerian memastikan reka bentuk dan juga yang penting sekali ialah pelantikan kontraktor itu adalah betul-betul orang yang mampu melaksanakan kerja mengikut jadual dan mempunyai modal yang cukup dan yang penting ia tidak terbengkalai. Itu yang kita bimbangkan.
7.06 mlm. Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Saya juga turut hendak berbahas sedikit mengenai Kepala P.25, Butiran 13003- Suruhanjaya Koperasi Malaysia: Program Pembangunan- Infrastruktur Asas. Peruntukan tambahan diminta diberikan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi program pembangunan infrastruktur asas bernilai RM5 juta, khusus untuk pembangunan semula Pekan Rabu di Alor Setar. Jadi, kita menyedari bahawa seperti Yang Berhormat Nibong Tebal sebutkan tadi, Pekan Rabu di Alor Setar ini adalah sebuah institusi atau landmark yang menjadi ikon kepada Bandaraya Alor Setar itu. sendiri. Terletak di antara Jalan Tunku Ibrahim dan Jalan Langgar. Ditubuhkan, bermula sejarahnya pada 1920. Semasa itu Allahyarham Tunku Yaacob mula menubuhkan pasar Pekan Rabu ini di Tanjung Chali, kemudian dipindahkan pada tahun 1932 di tempat sekarang kemudian dibangunkan, dibuat secara dalam bentuk syarikat kerjasama pada tahun 1940. Ketika ini, di bawah Koperasi Pekan Rabu Berhad yang mempunyai ahli sebanyak 1,300 orang. Menjadi satu tempat di mana peniaga-peniaga yang terlibat daripada ahli-ahli koperasi ini 100% adalah orang-orang Melayu yang memasarkan produk-produk tradisional kraf seperti tepak sirih, keris dan sebagainya, kuih-muih tradisional, produk-produk ikan, downstream seperti ikan pekasam, ikan kering kemudian baju Melayu, songkok, kain songket sepertimana Pasar Payang di Kuala Terengganu. Kemudian barang-barangan untuk pergi ke umrah, sudah tentu juga ada gerai-gerai makan dan minum hatta kepada produk seperti belacan dan sebagainya. Jadi, sudah tentulah seperti yang kita sedar bahawa sebagai ikon, satu jenama yang unggul di Kedah ini, kerajaan juga telah pun menyediakan pelbagai kemudahan sehinggalah mewujudkan Pekan Rabu yang ada ketika ini. Pada akhir 70-an, awal 80-an dan juga dibuat escalator untuk memudahkan orang ramai pergi ke Pekan Rabu kerana kita sedar Jalan Tunku Ibrahim itu agak sibuk, jadi dibuatkan escalator ini. Akan tetapi untuk mengembangkan lagi pembangunan Pekan Rabu ini, pada 27 Mac 2013, kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk projek pembangunan semula Pekan Rabu berjumlah RM55.58 juta. Ketika itu Yang Berhormat Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah pun melancarkan projek ini iaitu untuk merobohkan bangunan lama serta membina semula bangunan sehingga tujuh tingkat melibatkan 360 lot kedai dan juga menyelesaikan masalah tempat letak kereta iaitu dengan membina 387 parkir ataupun tempat letak kereta. #1910. Jadi kita sedar bahawa salah satu kelemahan yang ada di Pekan Rabu hari ini adalah masalah parking di mana tidak ada tempat parking yang khusus dan mungkin saya ingat dalam perancangan ini, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan kepada kita antara komponennya ialah membina parkir bertingkat, jadi boleh menyelesaikan masalah parking kerana memang sibuk Jalan Tunku Ibrahim dan juga Jalan Langgar di tengah- tengah Bandaraya Alor Setar. Jadi kita berbanggalah dengan kelulusan awal yang telah diberikan oleh kerajaan. Saya Jerlun menyokong peruntukan yang dimohon sebanyak RM5 juta untuk permulaan kerja-kerja ini. Cuma, persoalan-persoalan yang timbul adalah adakah design ataupun reka bentuk bangunan baru itu telah pun siap? Kemudian seterusnya bilakah projek ini akan dimulakan dan bila pula projek ini akan disiapkan? Sudah tentulah kita bimbang, takut, jangan salah pilih kontraktor kerana nanti mungkin takut terbengkalai sebab bangunan ini memang siapa pun kalau pergi Alor Setar mesti lalu dan jumpa bangunan ini. Jadi kita bimbang dan takut nanti masalah terbengkalai projek tersebut. Kemudian sudah tentu isu yang seterusnya adalah berkaitan dengan relocation. penempatan pemindahan sementara peniaga-peniaga yang sedia ada ini. Diharapkan tidak menimbulkan isu-isu yang boleh sehingga menjejaskan perniagaan mereka yang begitu teruk. Akan tetapi saya yakin, mereka pun sebagai ahli-ahli koperasi di situ bersetuju untuk berpindah sementara dan sanggup berkorban untuk disiapkan projek yang baru ini. Jadi sesungguhnya kita berharaplah kepada kementerian memastikan reka bentuk dan juga yang penting sekali ialah pelantikan kontraktor itu adalah betul-betul orang yang mampu melaksanakan kerja mengikut jadual dan mempunyai modal yang cukup dan yang penting ia tidak terbengkalai. Itu yang kita bimbangkan.
93
107
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
94 DR.1.4.2014 Cuma lagi satu isunya ialah mungkin kementerian atau mungkin juga melalui koperasi kena pastikan, seperti Yang Berhormat Nibong Tebal sebutkan tadi, juga mungkin ada satu dua orang yang bukan warganegara berniaga di situ. Tetapi kita sedia maklumlah, di Kedah ini terutama sekali Kedah dan Perlis, memang kita tidak dapat lari daripada kurang-kurangnya turut mempromosikan produk-produk keluaran negara jiran iaitu Siam. Jadi kita tidak mahulah barangan Siam ini mendominasi Pekan Rabu di masa yang akan datang. Jadi, terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Jerlun menyokong. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab. 7.13 mlm. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah]: Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, pertama saya pohon banyak maaf kerana suara saya kurang baik hari ini. Tuan Pengerusi, walaupun begitu, saya cuba untuk menjelaskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau kurang jelas, saya minta maaf kerana sudah dua hari suara saya sudah… Saya ingat saya boleh jelaskan dua persoalan ini. Pertama, terima kasih kepada Yang Berhormat Nibong Tebal, masih ada dalam Dewan. Untuk makluman Yang Berhormat, agensi pelaksanaan projek Pekan Rabu ini ialah JKR. Peniaga di Kompleks Pekan Rabu ialah warga tempatan, anak jati Kedah yang juga merupakan anggota Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad. Untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan Kompleks Pekan Rabu ini adalah di bawah Lembaga Koperasi itu sendiri. Sebab itu projek ini diletakkan di bawah koperasi kerana Koperasi Pekan Rabu ini diwujudkan dan didaftar di bawah Akta Koperasi 1993 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Jadi, projek ini selepas daripada ini akan diurus tadbir oleh Koperasi Pekan Rabu sendiri. Untuk makluman Yang Berhormat dari Jerlun, mengenai dengan apa yang telah dibangkitkan mengenai dengan tapak pelaksanaan projek, di antara 18 hingga 26 bulan yang akan kita laksanakan. Saya ingin jelaskan kepada Yang Berhormat mengenai dengan status apa yang disoalkan oleh Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, reka bentuk pengubahsuaian bagi penempatan sementara seperti Yang Berhormat sebut itu di dalam dan juga di luar iaitu akan diletakkan di Bangunan Ukir Mall yang telah siap oleh pihak ICU, Jabatan Perdana Menteri. Iklan untuk kerja-kerja pengubahsuaian telah pun dibuat pada 26 Mac yang lalu. Keduanya untuk hendak melaksanakan projek ini, pre-lab value engineering dengan izin, akan diadakan pada 4 April 2014 manakala lab VE akan diadakan pada 14 hingga 18 April 2014 nanti. Ketiganya, bagi hendak memastikan projek ini juga, soil investigation sedang dibuat oleh Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik JKR. Design review akan dimuktamadkan oleh arkitek CNS dan juga MNE pada 25 April nanti. Iklan untuk tawaran pra kelayakan bagi projek ini akan dibuka pada 8 April 2014 dan akan ditutup pada 24 April 2014. Selepas itu, iklan kepada kontraktor yang telah disenaraikan pendek akan dibuka pada 16 Mei 2014 dan dokumen tender akan dijual kepada kontraktor pada 19 Mei 2014 dan ditutup pada 10 Jun 2014 untuk memastikan supaya kontraktor-kontraktor apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi dapat kita pastikan. Oleh sebab itu, ada kontraktor yang telah di senarai pendekkan. Selepas itu, letter of award dijangka akan dikeluarkan pada 29 Julai 2014. Untuk makluman Yang Berhormat juga, tarikh masuk tapak adalah pada 20 Ogos 2014. Tempoh pajakan seperti saya sebutkan tadi, tempoh projek ini ialah 18 hingga 26 bulan. Kaedah pelaksanaan projek adalah 50% integrated bolding system iaitu pasang siap dan 50% lagi secara konvensional. Pihak JKR telah pun memulakan proses penyediaan dokumen pelawaan bagi proses prequalification dengan izin. JKR akan mengemukakan
Cuma lagi satu isunya ialah mungkin kementerian atau mungkin juga melalui koperasi kena pastikan, seperti Yang Berhormat Nibong Tebal sebutkan tadi, juga mungkin ada satu dua orang yang bukan warganegara berniaga di situ. Tetapi kita sedia maklumlah, di Kedah ini terutama sekali Kedah dan Perlis, memang kita tidak dapat lari daripada kurang-kurangnya turut mempromosikan produk-produk keluaran negara jiran iaitu Siam. Jadi kita tidak mahulah barangan Siam ini mendominasi Pekan Rabu di masa yang akan datang. Jadi, terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Jerlun menyokong. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab. 7.13 mlm. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato' Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah]: Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, pertama saya pohon banyak maaf kerana suara saya kurang baik hari ini. Tuan Pengerusi, walaupun begitu, saya cuba untuk menjelaskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau kurang jelas, saya minta maaf kerana sudah dua hari suara saya sudah... Saya ingat saya boleh jelaskan dua persoalan ini. Pertama, terima kasih kepada Yang Berhormat Nibong Tebal, masih ada dalam Dewan. Untuk makluman Yang Berhormat, agensi pelaksanaan projek Pekan Rabu ini ialah JKR. Peniaga di Kompleks Pekan Rabu ialah warga tempatan, anak jati Kedah yang juga merupakan anggota Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad. Untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan Kompleks Pekan Rabu ini adalah di bawah Lembaga Koperasi itu sendiri. Sebab itu projek ini diletakkan di bawah koperasi kerana Koperasi Pekan Rabu ini diwujudkan dan didaftar di bawah Akta Koperasi 1993 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Jadi, projek ini selepas daripada ini akan diurus tadbir oleh Koperasi Pekan Rabu sendiri. Untuk makluman Yang Berhormat dari Jerlun, mengenai dengan apa yang telah dibangkitkan mengenai dengan tapak pelaksanaan projek, di antara 18 hingga 26 bulan yang akan kita laksanakan. Saya ingin jelaskan kepada Yang Berhormat mengenai dengan status apa yang disoalkan oleh Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, reka bentuk pengubahsuaian bagi penempatan sementara seperti Yang Berhormat sebut itu di dalam dan juga di luar iaitu akan diletakkan di Bangunan Ukir Mall yang telah siap oleh pihak ICU, Jabatan Perdana Menteri. Iklan untuk kerja-kerja pengubahsuaian telah pun dibuat pada 26 Mac yang lalu. Keduanya untuk hendak melaksanakan projek ini, pre-lab value engineering dengan izin, akan diadakan pada 4 April 2014 manakala lab VE akan diadakan pada 14 hingga 18 April 2014 nanti. Ketiganya, bagi hendak memastikan projek ini juga, soil investigation sedang dibuat oleh Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik JKR. Design review akan dimuktamadkan oleh arkitek CNS dan juga MNE pada 25 April nanti. Iklan untuk tawaran pra kelayakan bagi projek ini akan dibuka pada 8 April 2014 dan akan ditutup pada 24 April 2014. Selepas itu, iklan kepada kontraktor yang telah disenaraikan pendek akan dibuka pada 16 Mei 2014 dan dokumen tender akan dijual kepada kontraktor pada 19 Mei 2014 dan ditutup pada 10 Jun 2014 untuk memastikan supaya kontraktor-kontraktor apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi dapat kita pastikan. Oleh sebab itu, ada kontraktor yang telah di senarai pendekkan. Selepas itu, letter of award dijangka akan dikeluarkan pada 29 Julai 2014. Untuk makluman Yang Berhormat juga, tarikh masuk tapak adalah pada 20 Ogos 2014. Tempoh pajakan seperti saya sebutkan tadi, tempoh projek ini ialah 18 hingga 26 bulan. Kaedah pelaksanaan projek adalah 50% integrated bolding system iaitu pasang siap dan 50% lagi secara konvensional. Pihak JKR telah pun memulakan proses penyediaan dokumen pelawaan bagi proses prequalification dengan izin. JKR akan mengemukakan.
94
108
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 95 unjuran aliran tunai projek bagi tahun 2014 selewat-lewatnya 31 Mac 2014. Jadi insya-Allah Yang Berhormat, apa Yang Berhormat sebutkan tadi akan dipastikan agar tarikh dan juga kontraktor yang akan melaksanakan projek ini dapat menjalankan dengan sebaik mungkin. Untuk makluman Yang Berhormat juga, memang projek ini adalah RM55.8 juta keseluruhannya. Pada tahun 2013 inilah peruntukan yang dipohon sebanyak RM5 juta untuk kita... RM5 juta ini diperlukan untuk urusan pembayaran premium tanah setelah mengambil kira nilai pasaran yang ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di Alor Setar. Insya-Allah pada tahun 2014 ini sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan dan tahun 2015 sebanyak RM30.58 juta untuk keseluruhan projek ini. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM5,325,350 untuk Maksud P.25 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM5,325,350 untuk Maksud P.25 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013] Maksud B.27 [Jadual] – Maksud P.27 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] – Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Kepala Bekalan B.27 dan Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Tenom. ■1920 7.20 mlm. Datuk Raime Unggi [Tenom]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut ingin berbahas dalam Perbekalan Tambahan ini bagi B.27, Kementerian Kerja Raya yang mana seperti yang tertulis dalam buku ini di mana Kementerian Kerja Raya telah diberi sebanyak RM50 juta untuk peruntukan tambahan bagi membaiki kerosakan infrastruktur jalan-jalan yang rosak akibat banjir di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tuan Pengerusi, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri KKR kerana telah datang dan meninjau beberapa masalah yang dihadapi oleh orang-orang di kawasan saya terutama berkenaan dengan jalan-jalan raya selepas Tenom telah dilanda banjir. Cuma Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian dan JKR, setelah daripada lawatan tersebut, adakah peruntukan sebanyak RM50 juta ini juga jalan-jalan di Tenom, jalan-jalan utama, federal road di antara Tenom ke Mabong, di antara Tenom Taman Pertanian ataupun Inubai ataupun Tenom-Keningau yang mana bukan sahaja telah dilanda banjir tetapi telah mengakibatkan ada beberapa tempat atau lokasi sepanjang jalan federal road ini telah mengalami hakisan tebing yang amat teruk dan menyebabkan hari ini jalan-jalan raya tersebut telah sempit dan menyebabkan kesukaran para pengguna untuk melalui kawasan-kawasan tersebut. Begitu juga Tuan Pengerusi, berkenaan dengan P.27 Butiran 61000 berkenaan dengan membaiki jajaran Pan Borneo ini. Cuma saya ingin mengambil sedikit kesempatan dalam Dewan yang mulia ini, Tuan Pengerusi, saya ingin supaya pihak kementerian dapat mempertimbangkan semula jajaran Pan Borneo ini. Kalau dilihat jajaran ini, ia cuma melalui Tenom sahaja. Dari Sarawak dan terus pergi ke Kimanis, Kimanis melalui Keningau. Apa kiranya Tuan Pengerusi, kalau boleh pihak kementerian melihat jajaran dari Sepitang ke Mabong ke Tenom, Tenom ke Keningau dan terus ke Tawau. Saya kira ini amat penting juga. Sebenarnya apabila adanya jajaran Pan Borneo ini, sebenarnya memberi impak yang baik kepada kawasan saya Tuan Pengerusi, yang mana bila mempunyai jalan yang bagus, Tenom banyak hasil pertanian yang boleh membantu untuk memasarkan lagi hasil- hasil pertanian ini. Mungkin ke Brunei Darussalam, mungkin ke Sarawak, Limbang ataupun
unjuran aliran tunai projek bagi tahun 2014 selewat-lewatnya 31 Mac 2014. Jadi insya-Allah Yang Berhormat, apa Yang Berhormat sebutkan tadi akan dipastikan agar tarikh dan juga kontraktor yang akan melaksanakan projek ini dapat menjalankan dengan sebaik mungkin. Untuk makluman Yang Berhormat juga, memang projek ini adalah RM55.8 juta keseluruhannya. Pada tahun 2013 inilah peruntukan yang dipohon sebanyak RM5 juta untuk kita... RM5 juta ini diperlukan untuk urusan pembayaran premium tanah setelah mengambil kira nilai pasaran yang ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di Alor Setar. Insya-Allah pada tahun 2014 ini sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan dan tahun 2015 sebanyak RM30.58 juta untuk keseluruhan projek ini. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM5,325,350 untuk Maksud P.25 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM5,325,350 untuk Maksud P.25 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013] Maksud B.27 [Jadual]- Maksud P.27 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013]-. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Kepala Bekalan B.27 dan Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Tenom. #1920 7.20 mlm. Datuk Raime Unggi [Tenom]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut ingin berbahas dalam Perbekalan Tambahan ini bagi B.27, Kementerian Kerja Raya yang mana seperti yang tertulis dalam buku ini di mana Kementerian Kerja Raya telah diberi sebanyak RM50 juta untuk peruntukan tambahan bagi membaiki kerosakan infrastruktur jalan-jalan yang rosak akibat banjir di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tuan Pengerusi, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri KKR kerana telah datang dan meninjau beberapa masalah yang dihadapi oleh orang-orang di kawasan saya terutama berkenaan dengan jalan-jalan raya selepas Tenom telah dilanda banjir. Cuma Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian dan JKR, setelah daripada lawatan tersebut, adakah peruntukan sebanyak RM50 juta ini juga jalan-jalan di Tenom, jalan-jalan utama, federal road di antara Tenom ke Mabong, di antara Tenom Taman Pertanian ataupun Inubai ataupun Tenom-Keningau yang mana bukan sahaja telah dilanda banjir tetapi telah mengakibatkan ada beberapa tempat atau lokasi sepanjang jalan federal road ini telah mengalami hakisan tebing yang amat teruk dan menyebabkan hari ini jalan-jalan raya tersebut telah sempit dan menyebabkan kesukaran para pengguna untuk melalui kawasan-kawasan tersebut. Begitu juga Tuan Pengerusi, berkenaan dengan P.27 Butiran 61000 berkenaan dengan membaiki jajaran Pan Borneo ini. Cuma saya ingin mengambil sedikit kesempatan dalam Dewan yang mulia ini, Tuan Pengerusi, saya ingin supaya pihak kementerian dapat mempertimbangkan semula jajaran Pan Borneo ini. Kalau dilihat jajaran ini, ia cuma melalui Tenom sahaja. Dari Sarawak dan terus pergi ke Kimanis, Kimanis melalui Keningau. Apa kiranya Tuan Pengerusi, kalau boleh pihak kementerian melihat jajaran dari Sepitang ke Mabong ke Tenom, Tenom ke Keningau dan terus ke Tawau. Saya kira ini amat penting juga. Sebenarnya apabila adanya jajaran Pan Borneo ini, sebenarnya memberi impak yang baik kepada kawasan saya Tuan Pengerusi, yang mana bila mempunyai jalan yang bagus, Tenom banyak hasil pertanian yang boleh membantu untuk memasarkan lagi hasil- hasil pertanian ini. Mungkin ke Brunei Darussalam, mungkin ke Sarawak, Limbang ataupun.
95
109
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
96 DR.1.4.2014 Labuan sendiri dan saya kira jajaran ini cukup penting kepada kami. Jadi saya hari ini Tuan Pengerusi, saya harap pihak kementerian boleh membuat satu jajaran supaya kami di Tenom mendapat limpahan daripada pembangunan yang saya kira satu projek yang besar bagi kita di negeri Sabah terutamanya untuk membangunkan dan meluaskan jalan-jalan utama di negeri Sabah. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kulai. 7.24 mlm. Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Hanya satu perkara sahaja di bawah Butiran 90000 – Lain-lain Pembinaan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya tentang siasatan terhadap peristiwa siling runtuh di Hospital Serdang. Saya rasa Hospital Serdang itu menggunakan peruntukan sebanyak RM690 juta untuk membina hospital itu dan ia beroperasi sejak Disember 2005. Akan tetapi dalam tempoh dua atau tiga tahun ini, siling di hospital itu telah runtuh sebanyak tujuh kali. Jadi saya rasa hendak tanyalah apa hasil siasatan Kementerian Kerja Raya terhadap peristiwa tersebut? Saya rasa hospital ini tidak sampai sepuluh tahun tetapi struktur silingnya nampaknya tidak berapa stabil. Jadi saya ingin bertanya apa hasil siasatan daripada Kementerian Kerja Raya dan sama ada kontraktor untuk Hospital Serdang itu didapati bahawa mereka telah bersalah? Ini kerana kalau menurut satu jawapan yang saya terima daripada kementerian pada hari ini, dalam jawapan itu tertulis bahawa Jabatan Kerja Raya dijangka akan memanggil tender bagi tujuan membaiki kerosakan siling di hospital berkenaan pada bulan ini. Akan tetapi soalan ini tidak dijawab sama ada tindakan telah diambil terhadap kontraktor ataupun mana-mana pihak dan apakah sebab siling di hospital itu sering runtuh dan sama ada kontraktor yang membina hospital ini akan dipertanggungjawabkan. Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Limbang. 7.26 mlm. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin hendak menyentuh Butiran 70000 – Projek Memperelok Jalan-jalan. Saya ingin menyentuh tentang di mana Limbang dan Lawas mendapat RM140 juta di mana Limbang sebanyak RM71 juta untuk menaik taraf Pan Borneo. Saya tahu RM71 juta memang tidak boleh hendak memperelok semua sepanjang jalan yang ada dari sempadan Brunei menuju ke sempadan satu lagi untuk Parlimen Limbang di Pan Borneo yang hanyalah sepanjang 52 kilometer. Akan tetapi certain contract telah pun diaward untuk menaik taraf jalan ini. Jadi saya hendak membawa perkara ini iaitu untuk rehabilitation contohnya. Saya dapati ianya telah pun diaward tender kepada kontraktor tetapi apabila mereka hendak melaksanakan, mereka sendiri pun mengajak saya sendiri hendak tengok. Mereka ini membuat apa yang telah pun disebut dalam kontrak. This chainage to this chainage to this chainage tetapi mereka ini bukan apa, saya mengucapkan terima kasihlah. Mereka ajak saya sendiri naik kereta, tengok sepanjang jalan, tengok tempat-tempat yang telah ditetapkan ini. Saya pun terkejut juga. Kenapa yang tempat elok kita buat? Kita target tempat-tempat yang kurang itu yang perlunya. Kenapa kita berulang-ulang hendak membaiki tempat yang elok? Jadi saya hendak mempersoalkan sedikit di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa, who is actually doing this investigation on the ground, di mana sepatutnya dibuat dan di mana tidak. Ini bukan lagi cerita - saya duduk sendiri dengan kontraktor daripada JKR, duduk dalam kereta, jalan tengok tempat-tempat ini. Memang betul apa yang mereka katakan. Ini tidak payah buat, ini sudah elok. Banyak lagi yang tidak elok sepanjang jalan 52 kilometer itu. Betullah, sebab kalau kita berulang-ulang buat tempat elok, sampai bila tempat yang tidak elok ini akan diperbaiki?
Labuan sendiri dan saya kira jajaran ini cukup penting kepada kami. Jadi saya hari ini Tuan Pengerusi, saya harap pihak kementerian boleh membuat satu jajaran supaya kami di Tenom mendapat limpahan daripada pembangunan yang saya kira satu projek yang besar bagi kita di negeri Sabah terutamanya untuk membangunkan dan meluaskan jalan-jalan utama di negeri Sabah. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kulai. 7.24 mlm. Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Hanya satu perkara sahaja di bawah Butiran 90000- Lain-lain Pembinaan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya tentang siasatan terhadap peristiwa siling runtuh di Hospital Serdang. Saya rasa Hospital Serdang itu menggunakan peruntukan sebanyak RM690 juta untuk membina hospital itu dan ia beroperasi sejak Disember 2005. Akan tetapi dalam tempoh dua atau tiga tahun ini, siling di hospital itu telah runtuh sebanyak tujuh kali. Jadi saya rasa hendak tanyalah apa hasil siasatan Kementerian Kerja Raya terhadap peristiwa tersebut? Saya rasa hospital ini tidak sampai sepuluh tahun tetapi struktur silingnya nampaknya tidak berapa stabil. Jadi saya ingin bertanya apa hasil siasatan daripada Kementerian Kerja Raya dan sama ada kontraktor untuk Hospital Serdang itu didapati bahawa mereka telah bersalah? Ini kerana kalau menurut satu jawapan yang saya terima daripada kementerian pada hari ini, dalam jawapan itu tertulis bahawa Jabatan Kerja Raya dijangka akan memanggil tender bagi tujuan membaiki kerosakan siling di hospital berkenaan pada bulan ini. Akan tetapi soalan ini tidak dijawab sama ada tindakan telah diambil terhadap kontraktor ataupun mana-mana pihak dan apakah sebab siling di hospital itu sering runtuh dan sama ada kontraktor yang membina hospital ini akan dipertanggungjawabkan. Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Limbang. 7.26 mlm. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin hendak menyentuh Butiran 70000- Projek Memperelok Jalan-jalan. Saya ingin menyentuh tentang di mana Limbang dan Lawas mendapat RM140 juta di mana Limbang sebanyak RM71 juta untuk menaik taraf Pan Borneo. Saya tahu RM71 juta memang tidak boleh hendak memperelok semua sepanjang jalan yang ada dari sempadan Brunei menuju ke sempadan satu lagi untuk Parlimen Limbang di Pan Borneo yang hanyalah sepanjang 52 kilometer. Akan tetapi certain contract telah pun diaward untuk menaik taraf jalan ini. Jadi saya hendak membawa perkara ini iaitu untuk rehabilitation contohnya. Saya dapati ianya telah pun diaward tender kepada kontraktor tetapi apabila mereka hendak melaksanakan, mereka sendiri pun mengajak saya sendiri hendak tengok. Mereka ini membuat apa yang telah pun disebut dalam kontrak. This chainage to this chainage to this chainage tetapi mereka ini bukan apa, saya mengucapkan terima kasihlah. Mereka ajak saya sendiri naik kereta, tengok sepanjang jalan, tengok tempat-tempat yang telah ditetapkan ini. Saya pun terkejut juga. Kenapa yang tempat elok kita buat? Kita target tempat-tempat yang kurang itu yang perlunya. Kenapa kita berulang-ulang hendak membaiki tempat yang elok? Jadi saya hendak mempersoalkan sedikit di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa, who is actually doing this investigation on the ground, di mana sepatutnya dibuat dan di mana tidak. Ini bukan lagi cerita- saya duduk sendiri dengan kontraktor daripada JKR, duduk dalam kereta, jalan tengok tempat-tempat ini. Memang betul apa yang mereka katakan. Ini tidak payah buat, ini sudah elok. Banyak lagi yang tidak elok sepanjang jalan 52 kilometer itu. Betullah, sebab kalau kita berulang-ulang buat tempat elok, sampai bila tempat yang tidak elok ini akan diperbaiki?.
96
110
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 97 Jadi saya minta kepada kementerian review balik tempat-tempat yang telah dikatakan sepatutnya chainage ini chainage ini. Ini kerana semasa saya sendiri turun melihat setelah diajak oleh kontraktor dan juga JKR di Limbang – sebab mereka pun fikir juga, nanti Yang Berhormat bising dia kata. Memanglah. It was my job before. I know. Betul juga. Kenapa yang elok dibuat? Jadi mereka telah berjanji kepada saya untuk review balik mana yang hendak dibuat dan mana yang tidak. Sepatutnya tengok balik mana chainage patut dibuat. Saya tunggu sampai hari ini belum ada khabar berita. Sebab, betul juga, saya tidak apa, rakyat kata kenapa tempat yang elok dibuat, yang tidak elok tidak dibuat? Persoalan balik kepada rakyat juga. Pengguna jalan raya ini adalah rakyat yang terbanyak. Jadi saya mintalah jangan sampai kita pula, jabatan, agensi, kementerian nanti dikatakan, ya lah, minta maaflah ya, biasalah kita on the ground ini kadang-kadang, “Butakah? Tidak nampakkah? Mana satu patut bikin, mana satu tidak?” Ini biasalah kita dengar, kita on the ground ini. Jadi saya mintalah kalau perkara ini kerja-kerja hendak dibuat yang dalam program untuk membaiki jalan Pan Borneo di Parlimen Limbang yang RM71 juta ini dilihat semula kandungannya, perisiannya whether, ya lah, perincian kerja- kerja yang hendak dibuat itu. Saya mintalah kepada kementerian. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih. ■1930 Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sepang. 7.30 mlm. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya hanya ingin menyentuh Butiran 70000 – Projek Memperelok Jalan- jalan dan juga Butiran 81000 – Membina Jalan-jalan Baru (Projek Baru). Saya hanya ingin memfokuskan tentang pertamanya, saya ingin bertanyakan kepada pihak Menteri, apakah status pemulihan ataupun pembaikan semula jambatan yang runtuh di Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya ELITE yang berhampiran dengan Science Park 2? Jadi saya ingin tahu sebab saya hampir selalulah lalu, kawasan itu masuk dalam kawasan Sepang. Saya ingin bertanya kementerian, apakah statusnya sebab saya lihat macam seolah-olah tidak ada satu kerja-kerja pemulihan dilakukan. Jadi saya ingin tahu apakah yang telah dilakukan untuk memulihkan jambatan itu kerana ramai daripada pengguna- pengguna jalan raya di situ khususnya yang bekerja di Putrajaya dan tinggal di kawasan sama ada di Puchong ataupun Sepang, mereka melalui kawasan itu. Selalu mereka menyatakan bahawa khususnya pada hari Jumaat sebelah petang berlaku kesesakan yang agak teruk di situ kerana jalan dilencongkan. Jadi, saya ingin bertanyakan apakah status kerja-kerja pemulihan yang telah dibuat dan kalau belum dibuat, boleh terangkan kenapakah tidak berlaku kerja-kerja pemulihan itu? Bukan sahaja ia menyebabkan pemandangan – sakitlah mata kita memandang itu dan juga menyusahkan pengguna-pengguna di situ, pengguna jalan raya. Seterusnya Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanyakan berkaitan dengan di sini ada peruntukan sebanyak RM49,555,000 untuk Membina Jalan-Jalan Baru (Projek Baru). Saya ingin bertanyakan, adakah pihak kementerian mempunyai satu perancangan untuk menyelesaikan masalah kesesakan akibat jalan yang sempit yang dilalui oleh volum kenderaan yang begitu tinggi terutamanya pada hujung-hujung minggu, dari simpang empat yang berhampiran dengan Litar F1 untuk pergi ke kawasan Pekan Lama Sepang dan seterusnya Sungai Pelek. Kawasan itu memang kawasan yang selalu mengalami kesesakan yang teruk khususnya di hujung minggu, jadi saya ingin bertanyakan adakah pihak kementerian ingin ataupun mempunyai perancangan untuk sama ada membesarkan jalan ataupun untuk mengelakkan kesesakan yang timbul di kawasan tersebut. Terakhirnya, saya juga minta supaya pihak kementerian dapat mengambil satu inisiatif untuk apa dipanggil untuk menimbangkan untuk membina flyover di kawasan jalan raya, lebuh raya antara Dengkil ke Bangi yang berhampiran dengan simpang empat yang pergi menuju ke Dengkil, daripada KLIA sebelah kiri pergi Dengkil dan sebelah kanan pergi ke Bangi dan kalau terus ke Putrajaya. Di situ pun berlaku kesesakan setiap petang yang begitu panjang. Jadi penduduk meminta saya untuk menyuarakan adakah kerajaan
Jadi saya minta kepada kementerian review balik tempat-tempat yang telah dikatakan sepatutnya chainage ini chainage ini. Ini kerana semasa saya sendiri turun melihat setelah diajak oleh kontraktor dan juga JKR di Limbang- sebab mereka pun fikir juga, nanti Yang Berhormat bising dia kata. Memanglah. It was my job before. I know. Betul juga. Kenapa yang elok dibuat? Jadi mereka telah berjanji kepada saya untuk review balik mana yang hendak dibuat dan mana yang tidak. Sepatutnya tengok balik mana chainage patut dibuat. Saya tunggu sampai hari ini belum ada khabar berita. Sebab, betul juga, saya tidak apa, rakyat kata kenapa tempat yang elok dibuat, yang tidak elok tidak dibuat? Persoalan balik kepada rakyat juga. Pengguna jalan raya ini adalah rakyat yang terbanyak. Jadi saya mintalah jangan sampai kita pula, jabatan, agensi, kementerian nanti dikatakan, ya lah, minta maaflah ya, biasalah kita on the ground ini kadang-kadang, "Butakah? Tidak nampakkah? Mana satu patut bikin, mana satu tidak?" Ini biasalah kita dengar, kita on the ground ini. Jadi saya mintalah kalau perkara ini kerja-kerja hendak dibuat yang dalam program untuk membaiki jalan Pan Borneo di Parlimen Limbang yang RM71 juta ini dilihat semula kandungannya, perisiannya whether, ya lah, perincian kerja- kerja yang hendak dibuat itu. Saya mintalah kepada kementerian. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih. #1930 Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sepang. 7.30 mlm. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya hanya ingin menyentuh Butiran 70000- Projek Memperelok Jalan- jalan dan juga Butiran 81000- Membina Jalan-jalan Baru (Projek Baru). Saya hanya ingin memfokuskan tentang pertamanya, saya ingin bertanyakan kepada pihak Menteri, apakah status pemulihan ataupun pembaikan semula jambatan yang runtuh di Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya ELITE yang berhampiran dengan Science Park 2? Jadi saya ingin tahu sebab saya hampir selalulah lalu, kawasan itu masuk dalam kawasan Sepang. Saya ingin bertanya kementerian, apakah statusnya sebab saya lihat macam seolah-olah tidak ada satu kerja-kerja pemulihan dilakukan. Jadi saya ingin tahu apakah yang telah dilakukan untuk memulihkan jambatan itu kerana ramai daripada pengguna- pengguna jalan raya di situ khususnya yang bekerja di Putrajaya dan tinggal di kawasan sama ada di Puchong ataupun Sepang, mereka melalui kawasan itu. Selalu mereka menyatakan bahawa khususnya pada hari Jumaat sebelah petang berlaku kesesakan yang agak teruk di situ kerana jalan dilencongkan. Jadi, saya ingin bertanyakan apakah status kerja-kerja pemulihan yang telah dibuat dan kalau belum dibuat, boleh terangkan kenapakah tidak berlaku kerja-kerja pemulihan itu? Bukan sahaja ia menyebabkan pemandangan- sakitlah mata kita memandang itu dan juga menyusahkan pengguna-pengguna di situ, pengguna jalan raya. Seterusnya Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanyakan berkaitan dengan di sini ada peruntukan sebanyak RM49,555,000 untuk Membina Jalan-Jalan Baru (Projek Baru). Saya ingin bertanyakan, adakah pihak kementerian mempunyai satu perancangan untuk menyelesaikan masalah kesesakan akibat jalan yang sempit yang dilalui oleh volum kenderaan yang begitu tinggi terutamanya pada hujung-hujung minggu, dari simpang empat yang berhampiran dengan Litar F1 untuk pergi ke kawasan Pekan Lama Sepang dan seterusnya Sungai Pelek. Kawasan itu memang kawasan yang selalu mengalami kesesakan yang teruk khususnya di hujung minggu, jadi saya ingin bertanyakan adakah pihak kementerian ingin ataupun mempunyai perancangan untuk sama ada membesarkan jalan ataupun untuk mengelakkan kesesakan yang timbul di kawasan tersebut. Terakhirnya, saya juga minta supaya pihak kementerian dapat mengambil satu inisiatif untuk apa dipanggil untuk menimbangkan untuk membina flyover di kawasan jalan raya, lebuh raya antara Dengkil ke Bangi yang berhampiran dengan simpang empat yang pergi menuju ke Dengkil, daripada KLIA sebelah kiri pergi Dengkil dan sebelah kanan pergi ke Bangi dan kalau terus ke Putrajaya. Di situ pun berlaku kesesakan setiap petang yang begitu panjang. Jadi penduduk meminta saya untuk menyuarakan adakah kerajaan.
97
111
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
98 DR.1.4.2014 bersedia untuk membina flyover untuk menyelesaikan masalah kesesakan yang teruk di kawasan tersebut? Itu sahaja, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jasin. 7.34 mlm. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja, yang pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada pihak kementerian kerana telah banyak membantu dalam bukan sahaja membina bahkan penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan. Saya ada satu perkara sahaja. Saya tidak akan jemu untuk membangkitkan perkara ini kerana pada setiap tahun saya telah membangkitkan perkara ini bahkan pada penggal yang lepas saya telah pun dijanjikan supaya pembinaan jalan ini dilaksanakan dalam rolling plan ke-4. Malangnya dalam rolling plan ke-4 pun projek ini saya tengok sudah hilang iaitu satu projek jalan empat lorong dari Tangkak, Jasin ke Ayer Keroh. Jalan empat lorong ini telah pun diluluskan semasa projek penyelenggaraan. Saya fikir Yang Berhormat Ledang pun faham perkara ini, dalam kawasan beliau. Projek ini hanya sempat dilaksanakan untuk 2 pakej sahaja iaitu pakej pertama dan pakej keempat sahaja. Pakej pertama daripada kawasan Yang Berhormat Ledang, Tangkak sampai satu kawasan namanya Kemengkang. Selepas itu, pakej pertama daripada Ayer Keroh sampai dekat ‘Ona’ sahaja tetapi Pakej Kedua dan Pakej Ketiga masih belum dilaksanakan. Bayangkanlah kalau jalan ini hanya separuh jalan sahaja dilaksanakan. Jadi, kami memang mengharapkan sangat kalau boleh pihak kementerian melaksanakan pembinaan Pakej Kedua dan Pakej Ketiga ini kalau boleh dengan kadar segera supaya kita dapat meningkatkan lagi pembangunan Bandar Jasin yang jauh ketinggalan ini. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kota Melaka. 7.36 mlm. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bangkit dua perkara sahaja Butiran 81000 – Membina Projek Jalan-jalan Baru (Projek Baru). Saya sudah beberapa kali bangkit di Dewan yang mulia ini tentang Jalan Pesisiran Pantai di Melaka yang telah saya ingat melebihi 10 tahun telah diumumkan. Mengapa projek ini berhenti di Taman Melaka Raya? Bahagian menyambung Taman Melaka Raya ke Padang Temu sudah beberapa tahun masih tidak ada nampak sebarang perkembangan. Saya beberapa kali tanya di Dewan ini dan yang akhir saya dapat jawapan dari kementerian ialah kajian yang terperinci yang terakhir pun semua sudah dibuat. Mereka akan laksanakan projek ini dalam satu masa yang terdekat. Akan tetapi saya ingin tanya adakah projek ini telah dibatalkan kerana nampak ada projek tambak laut akan berlangsung di kawasan yang berkaitan. Saya difahamkan satu jambatan perlu dibina bagi menyambungkan kedua-dua tempat ini tetapi saya tidak tahu apakah perancangan kementerian. Saya harap saya dapatkan satu jawapan yang lebih tepat, kalau tidak kita sama-sama kena tunggu kerana jalan pesisiran pantai ini ialah satu perancangan yang terbaik sekali untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas di kawasan Melaka Raya dan juga Bandar Raya Melaka. Saya harap dapat satu jawapan. Kedua, tentang Butiran 70000 – Projek Memperelok Jalan-jalan. Saya ingin tahu dalam perancangan, tahun ini berapa batang jalan di Melaka akan dapat dinaiktarafkan kerana keadaan jalan-jalan di Melaka ini sangat amat tidak memuaskan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Paya Besar. 7.39 mlm. Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama Butiran 70000 – Projek Memperelok Jalan-jalan. Seperti yang kementerian sedia maklum
bersedia untuk membina flyover untuk menyelesaikan masalah kesesakan yang teruk di kawasan tersebut? Itu sahaja, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jasin. 7.34 mlm. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja, yang pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada pihak kementerian kerana telah banyak membantu dalam bukan sahaja membina bahkan penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan. Saya ada satu perkara sahaja. Saya tidak akan jemu untuk membangkitkan perkara ini kerana pada setiap tahun saya telah membangkitkan perkara ini bahkan pada penggal yang lepas saya telah pun dijanjikan supaya pembinaan jalan ini dilaksanakan dalam rolling plan ke-4. Malangnya dalam rolling plan ke-4 pun projek ini saya tengok sudah hilang iaitu satu projek jalan empat lorong dari Tangkak, Jasin ke Ayer Keroh. Jalan empat lorong ini telah pun diluluskan semasa projek penyelenggaraan. Saya fikir Yang Berhormat Ledang pun faham perkara ini, dalam kawasan beliau. Projek ini hanya sempat dilaksanakan untuk 2 pakej sahaja iaitu pakej pertama dan pakej keempat sahaja. Pakej pertama daripada kawasan Yang Berhormat Ledang, Tangkak sampai satu kawasan namanya Kemengkang. Selepas itu, pakej pertama daripada Ayer Keroh sampai dekat 'Ona' sahaja tetapi Pakej Kedua dan Pakej Ketiga masih belum dilaksanakan. Bayangkanlah kalau jalan ini hanya separuh jalan sahaja dilaksanakan. Jadi, kami memang mengharapkan sangat kalau boleh pihak kementerian melaksanakan pembinaan Pakej Kedua dan Pakej Ketiga ini kalau boleh dengan kadar segera supaya kita dapat meningkatkan lagi pembangunan Bandar Jasin yang jauh ketinggalan ini. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kota Melaka. 7.36 mlm. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bangkit dua perkara sahaja Butiran 81000- Membina Projek Jalan-jalan Baru (Projek Baru). Saya sudah beberapa kali bangkit di Dewan yang mulia ini tentang Jalan Pesisiran Pantai di Melaka yang telah saya ingat melebihi 10 tahun telah diumumkan. Mengapa projek ini berhenti di Taman Melaka Raya? Bahagian menyambung Taman Melaka Raya ke Padang Temu sudah beberapa tahun masih tidak ada nampak sebarang perkembangan. Saya beberapa kali tanya di Dewan ini dan yang akhir saya dapat jawapan dari kementerian ialah kajian yang terperinci yang terakhir pun semua sudah dibuat. Mereka akan laksanakan projek ini dalam satu masa yang terdekat. Akan tetapi saya ingin tanya adakah projek ini telah dibatalkan kerana nampak ada projek tambak laut akan berlangsung di kawasan yang berkaitan. Saya difahamkan satu jambatan perlu dibina bagi menyambungkan kedua-dua tempat ini tetapi saya tidak tahu apakah perancangan kementerian. Saya harap saya dapatkan satu jawapan yang lebih tepat, kalau tidak kita sama-sama kena tunggu kerana jalan pesisiran pantai ini ialah satu perancangan yang terbaik sekali untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas di kawasan Melaka Raya dan juga Bandar Raya Melaka. Saya harap dapat satu jawapan. Kedua, tentang Butiran 70000- Projek Memperelok Jalan-jalan. Saya ingin tahu dalam perancangan, tahun ini berapa batang jalan di Melaka akan dapat dinaiktarafkan kerana keadaan jalan-jalan di Melaka ini sangat amat tidak memuaskan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Paya Besar. 7.39 mlm. Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama Butiran 70000- Projek Memperelok Jalan-jalan. Seperti yang kementerian sedia maklum.
98
112
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 99 baru-baru ini Daerah Kuantan keseluruhannya mengalami banjir besar, jadi banyak jalan- jalan yang rosak akibat dari banjir ini. Walaupun saya sebahagian di bawah sahaja Daerah Kuantan ini kerana kita ada tiga Parlimen tetapi saya merangkumi kesemua disebabkan Yang Berhormat Indera Mahkota tidak ada, Yang Berhormat Kuantan tidak ada, jadi saya tolong perjuangkan keseluruhan Bandar Kuantan. [Tepuk] Jadi tolonglah. Saya rasa perbelanjaan tidak mungkin sampai RM5 juta untuk membaiki dan saya difahamkan melalui mesyuarat tindakan daerah Jumaat lepas, JKR dan juga pejabat daerah telah pun mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan negeri jalan-jalan yang perlu diperbaiki. ■1940 Kedua, Butiran 81000 – Membina Jalan-jalan Baru, projek baru. Saya seperti mana kata Yang Berhormat Jasin tadi tak jemu-jemu untuk membangkitkan masalah Jalan Sungai Lembing ke Jerantut. Jalan ini telah pun diumumkan kelulusannya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan RMKe-10. Jadi saya berharap kerajaan ambil maklum dan kalau boleh disegerakan pembinaan jalan ini kerana sekiranya jalan ini dapat dibina dengan kadar segera, Sungai Lembing akan menjadi bandar transit kepada orang-orang daripada Lepeh, daripada Raub, daripada Jerantut untuk ke Kuantan. Dengan itu ekonomi orang-orang Sungai Lembing akan meningkat. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya menyokong. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kota Raja. 7.41 mlm. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin juga membahaskan Maksud P.27, Butiran Projek 81000 – Membina Jalan-jalan Baru. Saya ingin bertanya kepada Menteri mengenai status Jalan Bukit Kemuning yang saya kira, maklumat yang saya ada, reka bentuk bagi cadangan projek ini telah pun dibuat dan sepatutnya pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Hingga ke hari ini tak nampak bayang bila projek ini akan dilaksanakan. Untuk makluman memang berlaku kesesakan jalan raya di sepanjang Bukit Kemuning sebelum bulatan Jalan Kebun itu sendiri. Saya mengucapkan terima kasih kerana bulatan Jalan Kebun ini telah dinaiktarafkan namun ia tidak menyelesaikan masalah lalu-lintas di situ. Sepatutnya ada flyover baru yang bersama dengan projek Jalan Bukit Kemuning ini. saya juga ingin bertanya, berapakah kos sebenarnya untuk projek ini? Ini kerana mungkin saya diberitahu tentang projek ini bergantung sama ada mempunyai peruntukan atau tidak. Jadi sudah beberapa kali katanya ditangguh. Jadi bolehkah saya mendapat sedikit maklumat bila projek ini akan dimulakan kerana sudah lama diluluskan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jerlun. 7.42 mlm. Dato’ Othman bin Aziz [Jerlun]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sekejap, sikit sahaja. Khusus ini sebab orang kampung. Kepala P.27, Butiran 70000. [Disampuk] Ini orang kampung kacau sangat sebab saya pun sudah bawa benda ini di dalam persidangan yang lalu. Bercakap tentang projek Jalan F7. Jalan F7 ini, Alor Setar- Kangar- Padang Besar sepanjang 81.85 kilometer. Jadi antara Alor Setar ke sempadan Daerah Kota Setar ke Daerah Kubang Pasu itu dia ada jalan yang diperluaskan dan ada side table untuk laluan motosikal. Akan tetapi apabila dia masuk Parlimen Jerlun daripada kilometer 14 ke kilometer 15 itu, sehingga kilometer 25 ke sempadan Perlis, dia balik jalan biasa. Kemudian bila dia masuk negeri Perlis, dia balik, dia luas balik. Jadi Jerlun ini, sepanjang lebih kurang sepuluh kilometer itu tidak ada jalan yang luaslah. Jadi saya hendak minta, mohon statuslah. Kalau boleh jalan yang telah disediakan sejak tahun 1989 dan kalau dari segi kajian trafik JKR pun sudah tepu statusnya. Maka kita
baru-baru ini Daerah Kuantan keseluruhannya mengalami banjir besar, jadi banyak jalan- jalan yang rosak akibat dari banjir ini. Walaupun saya sebahagian di bawah sahaja Daerah Kuantan ini kerana kita ada tiga Parlimen tetapi saya merangkumi kesemua disebabkan Yang Berhormat Indera Mahkota tidak ada, Yang Berhormat Kuantan tidak ada, jadi saya tolong perjuangkan keseluruhan Bandar Kuantan. [Tepuk] Jadi tolonglah. Saya rasa perbelanjaan tidak mungkin sampai RM5 juta untuk membaiki dan saya difahamkan melalui mesyuarat tindakan daerah Jumaat lepas, JKR dan juga pejabat daerah telah pun mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan negeri jalan-jalan yang perlu diperbaiki. #1940 Kedua, Butiran 81000- Membina Jalan-jalan Baru, projek baru. Saya seperti mana kata Yang Berhormat Jasin tadi tak jemu-jemu untuk membangkitkan masalah Jalan Sungai Lembing ke Jerantut. Jalan ini telah pun diumumkan kelulusannya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan RMKe-10. Jadi saya berharap kerajaan ambil maklum dan kalau boleh disegerakan pembinaan jalan ini kerana sekiranya jalan ini dapat dibina dengan kadar segera, Sungai Lembing akan menjadi bandar transit kepada orang-orang daripada Lepeh, daripada Raub, daripada Jerantut untuk ke Kuantan. Dengan itu ekonomi orang-orang Sungai Lembing akan meningkat. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya menyokong. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kota Raja. 7.41 mlm. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin juga membahaskan Maksud P.27, Butiran Projek 81000- Membina Jalan-jalan Baru. Saya ingin bertanya kepada Menteri mengenai status Jalan Bukit Kemuning yang saya kira, maklumat yang saya ada, reka bentuk bagi cadangan projek ini telah pun dibuat dan sepatutnya pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Hingga ke hari ini tak nampak bayang bila projek ini akan dilaksanakan. Untuk makluman memang berlaku kesesakan jalan raya di sepanjang Bukit Kemuning sebelum bulatan Jalan Kebun itu sendiri. Saya mengucapkan terima kasih kerana bulatan Jalan Kebun ini telah dinaiktarafkan namun ia tidak menyelesaikan masalah lalu-lintas di situ. Sepatutnya ada flyover baru yang bersama dengan projek Jalan Bukit Kemuning ini. saya juga ingin bertanya, berapakah kos sebenarnya untuk projek ini? Ini kerana mungkin saya diberitahu tentang projek ini bergantung sama ada mempunyai peruntukan atau tidak. Jadi sudah beberapa kali katanya ditangguh. Jadi bolehkah saya mendapat sedikit maklumat bila projek ini akan dimulakan kerana sudah lama diluluskan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jerlun. 7.42 mlm. Dato' Othman bin Aziz [Jerlun]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sekejap, sikit sahaja. Khusus ini sebab orang kampung. Kepala P.27, Butiran 70000. [Disampuk] Ini orang kampung kacau sangat sebab saya pun sudah bawa benda ini di dalam persidangan yang lalu. Bercakap tentang projek Jalan F7. Jalan F7 ini, Alor Setar- Kangar- Padang Besar sepanjang 81.85 kilometer. Jadi antara Alor Setar ke sempadan Daerah Kota Setar ke Daerah Kubang Pasu itu dia ada jalan yang diperluaskan dan ada side table untuk laluan motosikal. Akan tetapi apabila dia masuk Parlimen Jerlun daripada kilometer 14 ke kilometer 15 itu, sehingga kilometer 25 ke sempadan Perlis, dia balik jalan biasa. Kemudian bila dia masuk negeri Perlis, dia balik, dia luas balik. Jadi Jerlun ini, sepanjang lebih kurang sepuluh kilometer itu tidak ada jalan yang luaslah. Jadi saya hendak minta, mohon statuslah. Kalau boleh jalan yang telah disediakan sejak tahun 1989 dan kalau dari segi kajian trafik JKR pun sudah tepu statusnya. Maka kita.
99
113
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
100 DR.1.4.2014 minta diperluaskan sikit supaya mudah orang-orang kampung ini hendak bawa padi dan sebagainyalah. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kota Kinabalu. 7.44 mlm. Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Perkara di bawah Maksud P.27, Butiran 61000 bahawa Kementerian Kerja Raya telah menambah peruntukan wang rakyat sebanyak RM141 juta untuk membaiki jalan-jalan raya di negeri Sabah dan Sarawak termasuk Lebuh Raya Pan Borneo. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bahawa kenapa perbelanjaan bagi maksud itu akan melebihi sehingga menuntut tambahan? Bukankah bajet untuk membaiki jalan raya dan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo telah pun dicadangkan dan diluluskan di dalam Belanjawan Tahunan 2013. Jikalau Belanjawan telah meluluskan perbelanjaan untuk projek-projek pembinaan, naiktaraf dan membaiki jalan raya pada tahun ini, maka ia seharusnya mempunyai peruntukan yang cukup untuk melaksanakan projek tersebut. Adakah peruntukan yang ditambah ini, adakah untuk menambah projek menambahkan projek yang selain daripada projek yang sedia ada? Jika ya, di mana projek- projek tersebut telah terlibat? Di manakah peruntukan ini akan digunakan dan adakah ini khas untuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo. Tuan Pengerusi, Kerajaan Persekutuan telah menambah peruntukan setiap tahun. Saya merasakan bahawa keadaan ini tidak harus berterusan sedangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berkata, kita hendak menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Saya boleh terima jika tujuan peruntukan tambahan sebanyak RM141 juta ialah untuk menambah projek-projek pembinaan naik taraf atau membaiki jalan raya di Sabah dan di Sarawak dan bukannya menambah perbelanjaan ke atas apa-apa projek yang telah sedia ada dalam Belanjawan. Akan tetapi sekiranya RM141 juta ini ditambah kerana over budget dengan izin ataupun perbelanjaan tersebut telah melebihi belanja sebenar tanpa penjelasan, maka ia adalah satu pembaziran yang teruk dan membuktikan kementerian ini melaksanakan projek tersebut tidak efisien. Tuan Pengerusi, wang-wang ini adalah wang rakyat (public trans). Oleh itu saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan atas penggunaan peruntukan tersebut di bawah Maksud 27 yang diperuntukkan di dalam rang undang-undang. Tuan Pengerusi, sekian terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Lipis. 7.48 mlm. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pun hanya ringkas sahaja dan mengambil masa yang singkat. Cuma saya berpendapat KKR adalah merupakan kementerian yang sentiasa memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Tidak seperti yang baru dikatakan, hanya untuk membazir duit rakyat. Saya hendak berbahas atas tajuk Projek Memperelok Jalan di bawah 07000. Saya tidak pasti sama ada peruntukan tambahan ini melibatkan jalan yang melibatkan banyak kerosakan iaitu jalan di antara Lipis ke Jerantut dan mungkin Jerantut ke Kuala Krau, kawasan Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Jalan ini merupakan sangat penting sekali kerana perhubungan antara Lipis ke Kuantan dan ini telah diguna pakai oleh lori-lori yang agak berat menyebabkan jalan ini kekerapan pecah dan selalunya akan menyebabkan kemalangan serta menyebabkan kerosakan kereta. Saya seperti Yang Berhormat Jasin, seperti Yang Berhormat Paya Besar tidak akan jemu-jemu bercakap tentang soal jalan ini. saya berharap supaya dalam bajet
minta diperluaskan sikit supaya mudah orang-orang kampung ini hendak bawa padi dan sebagainyalah. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kota Kinabalu. 7.44 mlm. Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Perkara di bawah Maksud P.27, Butiran 61000 bahawa Kementerian Kerja Raya telah menambah peruntukan wang rakyat sebanyak RM141 juta untuk membaiki jalan-jalan raya di negeri Sabah dan Sarawak termasuk Lebuh Raya Pan Borneo. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bahawa kenapa perbelanjaan bagi maksud itu akan melebihi sehingga menuntut tambahan? Bukankah bajet untuk membaiki jalan raya dan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo telah pun dicadangkan dan diluluskan di dalam Belanjawan Tahunan 2013. Jikalau Belanjawan telah meluluskan perbelanjaan untuk projek-projek pembinaan, naiktaraf dan membaiki jalan raya pada tahun ini, maka ia seharusnya mempunyai peruntukan yang cukup untuk melaksanakan projek tersebut. Adakah peruntukan yang ditambah ini, adakah untuk menambah projek menambahkan projek yang selain daripada projek yang sedia ada? Jika ya, di mana projek- projek tersebut telah terlibat? Di manakah peruntukan ini akan digunakan dan adakah ini khas untuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo. Tuan Pengerusi, Kerajaan Persekutuan telah menambah peruntukan setiap tahun. Saya merasakan bahawa keadaan ini tidak harus berterusan sedangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berkata, kita hendak menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Saya boleh terima jika tujuan peruntukan tambahan sebanyak RM141 juta ialah untuk menambah projek-projek pembinaan naik taraf atau membaiki jalan raya di Sabah dan di Sarawak dan bukannya menambah perbelanjaan ke atas apa-apa projek yang telah sedia ada dalam Belanjawan. Akan tetapi sekiranya RM141 juta ini ditambah kerana over budget dengan izin ataupun perbelanjaan tersebut telah melebihi belanja sebenar tanpa penjelasan, maka ia adalah satu pembaziran yang teruk dan membuktikan kementerian ini melaksanakan projek tersebut tidak efisien. Tuan Pengerusi, wang-wang ini adalah wang rakyat (public trans). Oleh itu saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan atas penggunaan peruntukan tersebut di bawah Maksud 27 yang diperuntukkan di dalam rang undang-undang. Tuan Pengerusi, sekian terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Lipis. 7.48 mlm. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pun hanya ringkas sahaja dan mengambil masa yang singkat. Cuma saya berpendapat KKR adalah merupakan kementerian yang sentiasa memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Tidak seperti yang baru dikatakan, hanya untuk membazir duit rakyat. Saya hendak berbahas atas tajuk Projek Memperelok Jalan di bawah 07000. Saya tidak pasti sama ada peruntukan tambahan ini melibatkan jalan yang melibatkan banyak kerosakan iaitu jalan di antara Lipis ke Jerantut dan mungkin Jerantut ke Kuala Krau, kawasan Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Jalan ini merupakan sangat penting sekali kerana perhubungan antara Lipis ke Kuantan dan ini telah diguna pakai oleh lori-lori yang agak berat menyebabkan jalan ini kekerapan pecah dan selalunya akan menyebabkan kemalangan serta menyebabkan kerosakan kereta. Saya seperti Yang Berhormat Jasin, seperti Yang Berhormat Paya Besar tidak akan jemu-jemu bercakap tentang soal jalan ini. saya berharap supaya dalam bajet.
100
114
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 101 tambahan ini boleh membantu bagi jalan tersebut. Yang lalu pun saya sudah bercakap dalam sidang bajet yang lalu. ■1950 Maknanya saya hendak dapat kepastian sama ada bajet tambahan ini terlibat dengan jalan tersebut. Seperkara lagi ada membina jalan-jalan baru iaitu projek baru seperti Yang Berhormat Paya Besar katakan tadi dia hanya menyebut dari Kuantan sehingga Jerantut. Macam dia tidak hendak bagi orang Lipis pergi ke Kuantan. Sebab itu dia separuh sahaja. Saya juga telah menyebut... Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Minta laluan. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Paya Besar bangun Yang Berhormat. Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Untuk Jerantut ke Lipis itu Ahli Parlimen Lipis kena berjuang. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sedang dalam perjuangan. Untuk Jerantut dia berjuang, untuk Lipis dia tidak berjuang. Di mana keadilannya? Dalam sidang bajet yang lalu saya ada menyebut tentang soal sambungan Jerantut ke Lipis dan yang menjawab tidak silap saya Yang Berhormat Timbalan Menteri dia kata dia akan masukkan ke dalam bajet tapi saya tidak tahulah ke dalam bajet yang mana. Yang akan datang, akan datang mungkin, bersidang akan datang pun tidak tahulah ataupun pilihan raya yang akan datang. Saya pun tidak pasti. Itu sebab saya ingin bertanya dari segi soal membina jalan-jalan baru ini saya mohon jasa baik. Ini bagi memastikan pembangunan seimbang di Pahang Barat itu sendiri. Maknanya Pahang Barat Jerantut, Lipis, Raub dan Bentong. Seperkara lagi saya hendak tanya status jalan di bawah CSR yang melibatkan antara Lipis, Raub dan Bentong. Hampir siap sekarang ini antara Gua Musang ke Lipis. Jadi status dia ini adalah salah satu penyumbang kepada ekonomi dan kemudahan bagi dua atau tiga negeri yang boleh berjalan lancar untuk memastikan setiap musim perayaan termasuk juga musim cuti persekolahan dan sebagainya melibatkan jammed yang amat teruk di antara bandar Lipis, Jerantut dan Bentong. Ini adakah termasuk dalam jalan baru ataupun telah diperancangkan dan bilakah pembinaannya. Seperkara lagi dalam membina jalan-jalan baru ini jalan antara Jerantut – Benta yang juga difahamkan sebelum saya jadi ADUN lagi sudah diluluskan. Sehinggalah saya jadi Ahli Parlimen tidak buat-buat lagi. Jadi saya hendak tahu status tersebut. Sudah berapa kali pecah tanah. Tanah memang pecah tapi jalan memang tidak ada. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kluang. 7.52 mlm. Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama saya minta status Jalan Batu Pahat di kawasan Parlimen Kluang dan kawasan Parlimen Ayer Hitam. Pemisah jalan yang telah disebut beberapa kali dan saya minta kementerian beritahu status. Kedua saya ingin ambil kesempatan ini untuk membincang isu-isu terkandung dalam The Independent Advisory Panel to the Ministry of Transport Malaysia Report on Genting Highland Bus Crash. Saya tidak akan bincang isu yang melibatkan MOT tetapi hanya membincangkan isu yang melibatkan Kementerian Kerja Raya terutama yang melibatkan JKR. Dalam laporan yang saya sebutkan tadi ada dikatakan Ketua Pengarah JKR tidak hadir dalam interview session (sesi temu duga) yang Ketua Pengarah diminta untuk hadir dan dalam laporan ini yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan saya petik di sini. “The DG of PWD did not turn up for the interview session. Instead, a representative was sent but he was not able to provide clarifications needed by the Panel. Subsequently, the Panel sent an official letter dated on 10th December 2013 to the DG of PWD to express the Panel’s
tambahan ini boleh membantu bagi jalan tersebut. Yang lalu pun saya sudah bercakap dalam sidang bajet yang lalu. #1950 Maknanya saya hendak dapat kepastian sama ada bajet tambahan ini terlibat dengan jalan tersebut. Seperkara lagi ada membina jalan-jalan baru iaitu projek baru seperti Yang Berhormat Paya Besar katakan tadi dia hanya menyebut dari Kuantan sehingga Jerantut. Macam dia tidak hendak bagi orang Lipis pergi ke Kuantan. Sebab itu dia separuh sahaja. Saya juga telah menyebut... Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Minta laluan. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Paya Besar bangun Yang Berhormat. Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Untuk Jerantut ke Lipis itu Ahli Parlimen Lipis kena berjuang. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sedang dalam perjuangan. Untuk Jerantut dia berjuang, untuk Lipis dia tidak berjuang. Di mana keadilannya? Dalam sidang bajet yang lalu saya ada menyebut tentang soal sambungan Jerantut ke Lipis dan yang menjawab tidak silap saya Yang Berhormat Timbalan Menteri dia kata dia akan masukkan ke dalam bajet tapi saya tidak tahulah ke dalam bajet yang mana. Yang akan datang, akan datang mungkin, bersidang akan datang pun tidak tahulah ataupun pilihan raya yang akan datang. Saya pun tidak pasti. Itu sebab saya ingin bertanya dari segi soal membina jalan-jalan baru ini saya mohon jasa baik. Ini bagi memastikan pembangunan seimbang di Pahang Barat itu sendiri. Maknanya Pahang Barat Jerantut, Lipis, Raub dan Bentong. Seperkara lagi saya hendak tanya status jalan di bawah CSR yang melibatkan antara Lipis, Raub dan Bentong. Hampir siap sekarang ini antara Gua Musang ke Lipis. Jadi status dia ini adalah salah satu penyumbang kepada ekonomi dan kemudahan bagi dua atau tiga negeri yang boleh berjalan lancar untuk memastikan setiap musim perayaan termasuk juga musim cuti persekolahan dan sebagainya melibatkan jammed yang amat teruk di antara bandar Lipis, Jerantut dan Bentong. Ini adakah termasuk dalam jalan baru ataupun telah diperancangkan dan bilakah pembinaannya. Seperkara lagi dalam membina jalan-jalan baru ini jalan antara Jerantut- Benta yang juga difahamkan sebelum saya jadi ADUN lagi sudah diluluskan. Sehinggalah saya jadi Ahli Parlimen tidak buat-buat lagi. Jadi saya hendak tahu status tersebut. Sudah berapa kali pecah tanah. Tanah memang pecah tapi jalan memang tidak ada. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kluang. 7.52 mlm. Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama saya minta status Jalan Batu Pahat di kawasan Parlimen Kluang dan kawasan Parlimen Ayer Hitam. Pemisah jalan yang telah disebut beberapa kali dan saya minta kementerian beritahu status. Kedua saya ingin ambil kesempatan ini untuk membincang isu-isu terkandung dalam The Independent Advisory Panel to the Ministry of Transport Malaysia Report on Genting Highland Bus Crash. Saya tidak akan bincang isu yang melibatkan MOT tetapi hanya membincangkan isu yang melibatkan Kementerian Kerja Raya terutama yang melibatkan JKR. Dalam laporan yang saya sebutkan tadi ada dikatakan Ketua Pengarah JKR tidak hadir dalam interview session (sesi temu duga) yang Ketua Pengarah diminta untuk hadir dan dalam laporan ini yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan saya petik di sini. "The DG of PWD did not turn up for the interview session. Instead, a representative was sent but he was not able to provide clarifications needed by the Panel. Subsequently, the Panel sent an official letter dated on 10th December 2013 to the DG of PWD to express the Panel's.
101
115
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
102 DR.1.4.2014 disappointment for his absence.” Dalam muka surat 17 laporan yang sama adalah dikatakan bahawa the absent of the DG of PWD, JKR for the interview session... Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, which butiran are you referring to? Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Dasar. Okey, saya habiskan. Saya hanya minta jawapan kerana ini... Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Habiskan. Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: ...Melibatkan jalan raya. The absent of the DG of PWD for interview session without any notice is not acceptable by the panel. The DG had further demonstrated his low priority and seriousness towards road safety by assigning one of the senior principal assistant directors to represent PWD, and he could not provide any clarification on important issues sought by the panel. Saya hendak minta kementerian supaya beritahu Dewan ini kerana tidak ada kesempatan untuk membahas laporan ini secara terperinci tapi dalam laporan tersebut telah disebutkan banyak isu tentang keselamatan jalan raya yang melibatkan JKR dan saya harap Kementerian Kerja Raya boleh maklumkan Dewan ini tentang isu-isu yang dibangkit dalam laporan tersebut yang melibatkan JKR. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kota Samarahan. 7.56 mlm. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pun ringkas sahaja. Saya ingin bercakap dengan Maksud P.27 Butiran 90000 – Lain- lain Pembinaan. Yang ini merujuk kepada projek pembinaan jambatan Samarahan. Projek jambatan Samarahan ini merupakan projek yang lama dimohon dan ditunggu oleh rakyat kawasan Kota Samarahan. Memandangkan ia amat penting bukan sahaja sebagai jalan pengangkutan bagi daerah Asajaya tetapi ia juga merupakan jalan penghubung antara daerah Asajaya dan juga daerah Samarahan dan ia juga merupakan pelengkap kepada pembinaan jalan coastal road negeri Sarawak ataupun jalan pesisir pantai di Sarawak. Oleh itu, saya ingin hendak bertanya tentang status dan kita sebenarnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan projek pembinaan jambatan Samarahan ini pada awal tahun lepas dan kita dimaklumkan pembinaannya akan bermula pada awal tahun 2014. Oleh itu, saya ingin hendak membawa suara rakyat, rintihan rakyat, keluhan rakyat di kawasan saya walaupun projek ini telah diumumkan sudah lulus dan akan dibuat, namun begitu sampai sekarang belum lagi jelas dari sudut kedudukan projeknya. Oleh itu, saya ingin hendak mohon status projek ini dan kita harap dengan penjelasan ini rakyat di kawasan Samarahan dapat reda sedikit memandangkan situasi ataupun kepentingan yang amat mendesak pada masa ini. Begitu juga saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan permohonan jejantas. Yang ini saya telah kemukakan juga dalam titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari itu. Namun begitu bila saya rujuk kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri perkara ini akan direfer kepada kerajaan negeri memandangkan permohonan ini di atas jalan negeri. Permohonan ini sebenarnya merentasi jalan persekutuan iaitu Jalan Dato’ Musa di hadapan pintu utama lama UNIMAS. Pembinaan jejantas ini amat penting untuk kepentingan masyarakat Samarahan khasnya para pelajar UNIMAS dan UiTM. Oleh itu, saya sekali lagi merayu kepada kementerian untuk mempertimbangkan lagi permohonan ini untuk keselesaan, kesejahteraan rakyat khasnya di Kota Samarahan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sandakan. Selepas itu Yang Berhormat Parit. Selepas Yang Berhormat Parit setakat itu besok Yang Berhormat Menteri jawab.
disappointment for his absence." Dalam muka surat 17 laporan yang sama adalah dikatakan bahawa the absent of the DG of PWD, JKR for the interview session... Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, which butiran are you referring to? Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Dasar. Okey, saya habiskan. Saya hanya minta jawapan kerana ini... Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Habiskan. Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: ...Melibatkan jalan raya. The absent of the DG of PWD for interview session without any notice is not acceptable by the panel. The DG had further demonstrated his low priority and seriousness towards road safety by assigning one of the senior principal assistant directors to represent PWD, and he could not provide any clarification on important issues sought by the panel. Saya hendak minta kementerian supaya beritahu Dewan ini kerana tidak ada kesempatan untuk membahas laporan ini secara terperinci tapi dalam laporan tersebut telah disebutkan banyak isu tentang keselamatan jalan raya yang melibatkan JKR dan saya harap Kementerian Kerja Raya boleh maklumkan Dewan ini tentang isu-isu yang dibangkit dalam laporan tersebut yang melibatkan JKR. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kota Samarahan. 7.56 mlm. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pun ringkas sahaja. Saya ingin bercakap dengan Maksud P.27 Butiran 90000- Lain- lain Pembinaan. Yang ini merujuk kepada projek pembinaan jambatan Samarahan. Projek jambatan Samarahan ini merupakan projek yang lama dimohon dan ditunggu oleh rakyat kawasan Kota Samarahan. Memandangkan ia amat penting bukan sahaja sebagai jalan pengangkutan bagi daerah Asajaya tetapi ia juga merupakan jalan penghubung antara daerah Asajaya dan juga daerah Samarahan dan ia juga merupakan pelengkap kepada pembinaan jalan coastal road negeri Sarawak ataupun jalan pesisir pantai di Sarawak. Oleh itu, saya ingin hendak bertanya tentang status dan kita sebenarnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan projek pembinaan jambatan Samarahan ini pada awal tahun lepas dan kita dimaklumkan pembinaannya akan bermula pada awal tahun 2014. Oleh itu, saya ingin hendak membawa suara rakyat, rintihan rakyat, keluhan rakyat di kawasan saya walaupun projek ini telah diumumkan sudah lulus dan akan dibuat, namun begitu sampai sekarang belum lagi jelas dari sudut kedudukan projeknya. Oleh itu, saya ingin hendak mohon status projek ini dan kita harap dengan penjelasan ini rakyat di kawasan Samarahan dapat reda sedikit memandangkan situasi ataupun kepentingan yang amat mendesak pada masa ini. Begitu juga saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan permohonan jejantas. Yang ini saya telah kemukakan juga dalam titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari itu. Namun begitu bila saya rujuk kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri perkara ini akan direfer kepada kerajaan negeri memandangkan permohonan ini di atas jalan negeri. Permohonan ini sebenarnya merentasi jalan persekutuan iaitu Jalan Dato' Musa di hadapan pintu utama lama UNIMAS. Pembinaan jejantas ini amat penting untuk kepentingan masyarakat Samarahan khasnya para pelajar UNIMAS dan UiTM. Oleh itu, saya sekali lagi merayu kepada kementerian untuk mempertimbangkan lagi permohonan ini untuk keselesaan, kesejahteraan rakyat khasnya di Kota Samarahan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sandakan. Selepas itu Yang Berhormat Parit. Selepas Yang Berhormat Parit setakat itu besok Yang Berhormat Menteri jawab.
102
116
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
DR.1.4.2014 103 7.59 mlm. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin memberi sedikit bantahan mengikut butiran 61000. Mengikut ini satu peruntukan tambahan begitu banyak RM141 juta tapi di sini kita tidak tahu berapa perbelanjaan yang dipakai untuk membaiki projek jalan-jalan di mana. Jadi semua ini untuk jajahan Pan Borneo atau tidak. Jadi di sini saya minta Yang Berhormat Menteri boleh mengasingkan peruntukan Pan Borneo ini satu peruntukan sebab kita faham Pan Borneo ini satu projek mega lebuh raya yang memerlukan banyak peruntukan. Jadi kita harap lain kali peruntukan membaiki jalan lain boleh diasingkan. Jadi kita pun faham. Satu lagi mengikut Butiran 90000. Yang ini pun ada peruntukan tambahan sebanyak RM105 juta, adakah dikehendaki untuk membiayai perbelanjaan di bawah AP55. Kita tidak faham AP55 apa itu bagi kerja-kerja pembaikan cerun ini. Jadi saya mahu minta satu penjelasan peruntukan ini adakah untuk jalan-jalan persekutuan di Sabah atau tidak. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Parit. 8.01 mlm. Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama saya menimbulkan Perkara 61000 – Naik Taraf Jalan. Saya hendak membangkitkan masalah Jalan Parit - Seputeh sepanjang 13 kilometer yang telah saya bangkitkan beberapa kali tapi hingga hari ini tidak nampak lara lagi bila hendak buat. Jadi saya harap KKR akan menimbangkan perkara ini sebab rakyat di sana telah bising dan selalu keluar surat khabar dan sekali dua kali masuk dalam siaran televisyen. Itu yang pertama. Kemudian perkara 70000 – Memperelokkan Jalan. Di kawasan saya di Seri Iskandar ke Bota ada jalan yang permukaannya tidak rata dan selalu berlaku kemalangan iaitu dekat dengan Stesen Komunikasi TLDM, Seri Iskandar. Saya harap KKR dapat tengok perkara ini. Yang ketiga ialah saya hendak mencadangkan kepada JKR supaya menggantikan sistem kelubung kepada jambatan di Serapoh dan Simpang Tiga di mana punca kepada banjir akibat daripada kelubung yang sering tersumbat. Kalau digantikan dengan jambatan maka air ini akan cepat lalu dan ini akan mengelakkan berlaku banjir. Itu sahaja, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya, setakat itu sahaja perbahasan untuk kementerian. Esok Yang Berhormat Menteri akan mula menjawab. [Majlis mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi hari Rabu 2 April 2014. [Dewan ditangguhkan pada pukul 8.03 malam]
7.59 mlm. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin memberi sedikit bantahan mengikut butiran 61000. Mengikut ini satu peruntukan tambahan begitu banyak RM141 juta tapi di sini kita tidak tahu berapa perbelanjaan yang dipakai untuk membaiki projek jalan-jalan di mana. Jadi semua ini untuk jajahan Pan Borneo atau tidak. Jadi di sini saya minta Yang Berhormat Menteri boleh mengasingkan peruntukan Pan Borneo ini satu peruntukan sebab kita faham Pan Borneo ini satu projek mega lebuh raya yang memerlukan banyak peruntukan. Jadi kita harap lain kali peruntukan membaiki jalan lain boleh diasingkan. Jadi kita pun faham. Satu lagi mengikut Butiran 90000. Yang ini pun ada peruntukan tambahan sebanyak RM105 juta, adakah dikehendaki untuk membiayai perbelanjaan di bawah AP55. Kita tidak faham AP55 apa itu bagi kerja-kerja pembaikan cerun ini. Jadi saya mahu minta satu penjelasan peruntukan ini adakah untuk jalan-jalan persekutuan di Sabah atau tidak. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Parit. 8.01 mlm. Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama saya menimbulkan Perkara 61000- Naik Taraf Jalan. Saya hendak membangkitkan masalah Jalan Parit- Seputeh sepanjang 13 kilometer yang telah saya bangkitkan beberapa kali tapi hingga hari ini tidak nampak lara lagi bila hendak buat. Jadi saya harap KKR akan menimbangkan perkara ini sebab rakyat di sana telah bising dan selalu keluar surat khabar dan sekali dua kali masuk dalam siaran televisyen. Itu yang pertama. Kemudian perkara 70000- Memperelokkan Jalan. Di kawasan saya di Seri Iskandar ke Bota ada jalan yang permukaannya tidak rata dan selalu berlaku kemalangan iaitu dekat dengan Stesen Komunikasi TLDM, Seri Iskandar. Saya harap KKR dapat tengok perkara ini. Yang ketiga ialah saya hendak mencadangkan kepada JKR supaya menggantikan sistem kelubung kepada jambatan di Serapoh dan Simpang Tiga di mana punca kepada banjir akibat daripada kelubung yang sering tersumbat. Kalau digantikan dengan jambatan maka air ini akan cepat lalu dan ini akan mengelakkan berlaku banjir. Itu sahaja, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya, setakat itu sahaja perbahasan untuk kementerian. Esok Yang Berhormat Menteri akan mula menjawab. [Majlis mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi hari Rabu 2 April 2014. [Dewan ditangguhkan pada pukul 8.03 malam].
103
117
"2014-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042014.pdf
ii DR.1.4.2015 17. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum, P.S.A.T., D.I.M.P., D.S.N.S., D.S.D.K., P.A.T., J.S.M., K.A.T., K.M.N., A.M.K., P.J.M. [Jerai] - UMNO 18. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Idris Jala - Senator 19. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, P.G.D.K., S.P.D.K., P.S.M., J.P. [Pensiangan] - PBRS 20. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu anak Belaun, P.P.D., P.B.S. [Selangau] – PRS 21. “ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim, P.G.B.K., P.B.S., P.P.B. [Batang Lupar] - PBB 22. “ Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., A.B.S. [Petrajaya] - PBB 23. “ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Hasan bin Malek, D.S.N.S., D.M.S.M., D.S.M., J.P., K.M.N., A.M.N., P.M.C., P.J.K., B.K.C., D.S.A.P. [Kuala Pilah] - UMNO 24. “ Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, P.J.N., J.B.S., K.M.N. [Serian] - SUPP 25. “ Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, S.S.A.P., D.G.S.M., S.I.M.P., S.J.M.K., D.M.S.M., P.J.N., D.S.D.K., D.S.A.P., K.M.N., D.I.M.P. [Putrajaya] - UMNO 26. “ Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Haji Idris Jusoh, S.S.M.Z., D.P.M.T., P.J.K. [Besut] - UMNO 27. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan bin Kassim [Arau] - UMNO 28. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Abdul Wahid Omar - Senator 29. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kwan - Senator 30. “ Menteri Belia dan Sukan, Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau] - UMNO 31. “ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd. Rahman Dahlan, D.I.M.P., A.D.K. [Kota Belud] - UMNO 32. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Puan Hajah Nancy binti Shukri, K.M.N. [Batang Sadong] - PBB 33. “ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin, P.G.D.K. [Ranau] – UPKO 34. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, D.M.S.M. [Ayer Hitam] - MCA 35. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mah Siew Keong, A.M.P., D.P.M.P. [Telok Intan] – GERAKAN TIMBALAN MENTERI 1. Yang Berhormat Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dato’ Noriah binti Kasnon, D.P.S.M., D.S.A.P., S.M.S., P.J.K. [Sungai Besar] - UMNO 2. “ Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Saravanan a/l Murugan [Tapah] - MIC 3. “ Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Hamzah bin Zainudin, D.P.M.P., D.P.T.J., K.M.N., A.M.P., P.P.T., J.P. [Larut] - UMNO
17. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum, P.S.A.T., D.I.M.P., D.S.N.S., D.S.D.K., P.A.T., J.S.M., K.A.T., K.M.N., A.M.K., P.J.M. [Jerai]- UMNO 18. " Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Idris Jala- Senator 19. " Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, P.G.D.K., S.P.D.K., P.S.M., J.P. [Pensiangan]- PBRS 20. " Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu anak Belaun, P.P.D., P.B.S. [Selangau]- PRS 21. " Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim, P.G.B.K., P.B.S., P.P.B. [Batang Lupar]- PBB 22. " Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., A.B.S. [Petrajaya]- PBB 23. " Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Sri Hasan bin Malek, D.S.N.S., D.M.S.M., D.S.M., J.P., K.M.N., A.M.N., P.M.C., P.J.K., B.K.C., D.S.A.P. [Kuala Pilah]- UMNO 24. " Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Richard Riot anak Jaem, P.J.N., J.B.S., K.M.N. [Serian]- SUPP 25. " Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, S.S.A.P., D.G.S.M., S.I.M.P., S.J.M.K., D.M.S.M., P.J.N., D.S.D.K., D.S.A.P., K.M.N., D.I.M.P. [Putrajaya]- UMNO 26. " Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Haji Idris Jusoh, S.S.M.Z., D.P.M.T., P.J.K. [Besut]- UMNO 27. " Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan bin Kassim [Arau] - UMNO 28. " Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Abdul Wahid Omar- Senator 29. " Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kwan- Senator 30. " Menteri Belia dan Sukan, Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau]- UMNO 31. " Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd. Rahman Dahlan, D.I.M.P., A.D.K. [Kota Belud]- UMNO 32. " Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Puan Hajah Nancy binti Shukri, K.M.N. [Batang Sadong]- PBB 33. " Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin, P.G.D.K. [Ranau]- UPKO 34. " Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, D.M.S.M. [Ayer Hitam]- MCA 35. " Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Mah Siew Keong, A.M.P., D.P.M.P. [Telok Intan]- GERAKAN. TIMBALAN MENTERI. 1. Yang Berhormat Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dato' Noriah binti Kasnon, D.P.S.M., D.S.A.P., S.M.S., P.J.K. [Sungai Besar]- UMNO 2. " Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Saravanan a/l Murugan [Tapah]- MIC 3. " Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato' Hamzah bin Zainudin, D.P.M.P., D.P.T.J., K.M.N., A.M.P., P.P.T., J.P. [Larut]- UMNO.
17
4
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
iv DR.1.4.2015 25. Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib, , S.A.P., A.A.P., A.M.P., P.K.C., D.I.M.P. [Maran] - UMNO 26. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi, D.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., P.P.T., P.J.K., J.P., P.B.S., A.B.S. [Kapit] - PBB 27. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, D.M.S.M. [Tangga Batu] - UMNO 28. “ Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, [kosong] AHLI-AHLI (BN) 1. Yang Berhormat Datuk Aaron Ago anak Dagang, P.J.N. [Kanowit] - PRS 2. “ Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir, D.S.M.S. [Kulim-Bandar Baharu] - UMNO 3. “ Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad, D.M.S.M, S.S.A.P, P.J.N., D.P.M.K. [Mersing] - UMNO 4. “ Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim, P.J.N., D.I.M.P., J.P., S.P.D.K. [Baling] - UMNO 5. “ Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh, P.G.D.K., J.P. [Kalabakan] - UMNO 6. “ Dato’ Abdul Manan Ismail, D.I.M.P., P.K.C. [Paya Besar] - UMNO 7. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad, D.I.M.P., S.M.P., A.M.P. [Lipis] - UMNO 8. “ Datuk Haji Abdul Wahab bin Haji Dolah, J.B.K., P.G.B.K [Igan] - PBB 9. “ Dato’ Ahmad Fauzi Zahari, D.P.T.J. [Setiawangsa] - UMNO 10. “ Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah, D.C.S.M., D.M.S.M., K.M.N., P.J.K. [Jasin] - UMNO 11. “ Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub, P.J.N. [Machang] - UMNO 12. “ Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang, J.B.K., P.B.S., A.B.S. [Sibuti] - PBB 13. “ Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] - UMNO 14. “ Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa, P.S.M., S.P.D.K., D.G.S.M., S.I.M.P. [Ketereh] - UMNO 15. “ Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] - UMNO 16. “ Tuan Anyi Ngau [Baram] - SPDP 17. “ Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said, D.P.M.K. [Pengerang] - UMNO 18. “ Datuk Bung Moktar bin Radin, P.G.D.K., A.S.D.K., A.D.K. [Kinabatangan] - UMNO 19. “ Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, A.M.N., P.S.K. [Setiu] - UMNO 20. “ Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur, P.G.D.K. [Silam] - UMNO 21. “ Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang] - PBB 22. “ Dato’ Hasbullah bin Osman, D.P.M.P., A.M.P., J.P. [Gerik] - UMNO 23. “ Dato’ Henry Sum Agong, P.B.S., P.S.B.S. [Lawas] - PBB 24. “ Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, D.I.M.P [Tanah Merah] - UMNO 25. “ Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim, D.I.M.P., J.M.N., K.M.N., B.C.M., P.B.B., P.J.P., J.P. [Kuala Selangor] - UMNO
25. Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib, , S.A.P., A.A.P., A.M.P., P.K.C., D.I.M.P. [Maran]- UMNO 26. " Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi, D.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., P.P.T., P.J.K., J.P., P.B.S., A.B.S. [Kapit]- PBB 27. " Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, D.M.S.M. [Tangga Batu]- UMNO 28. " Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, [kosong]. AHLI-AHLI (BN). 1. Yang Berhormat Datuk Aaron Ago anak Dagang, P.J.N. [Kanowit]- PRS 2. " Dato' Abd. Aziz Sheikh Fadzir, D.S.M.S. [Kulim-Bandar Baharu]- UMNO 3. " Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad, D.M.S.M, S.S.A.P, P.J.N., D.P.M.K. [Mersing]- UMNO 4. " Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim, P.J.N., D.I.M.P., J.P., S.P.D.K. [Baling]- UMNO 5. " Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh, P.G.D.K., J.P. [Kalabakan]- UMNO 6. " Dato' Abdul Manan Ismail, D.I.M.P., P.K.C. [Paya Besar]- UMNO 7. " Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad, D.I.M.P., S.M.P., A.M.P. [Lipis]- UMNO 8. " Datuk Haji Abdul Wahab bin Haji Dolah, J.B.K., P.G.B.K [Igan]- PBB 9. " Dato' Ahmad Fauzi Zahari, D.P.T.J. [Setiawangsa]- UMNO 10. " Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah, D.C.S.M., D.M.S.M., K.M.N., P.J.K. [Jasin]- UMNO 11. " Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub, P.J.N. [Machang]- UMNO 12. " Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang, J.B.K., P.B.S., A.B.S. [Sibuti]- PBB 13. " Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]- UMNO 14. " Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa, P.S.M., S.P.D.K., D.G.S.M., S.I.M.P. [Ketereh]- UMNO 15. " Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]- UMNO 16. " Tuan Anyi Ngau [Baram]- SPDP 17. " Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said, D.P.M.K. [Pengerang]- UMNO 18. " Datuk Bung Moktar bin Radin, P.G.D.K., A.S.D.K., A.D.K. [Kinabatangan]- UMNO 19. " Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, A.M.N., P.S.K. [Setiu]- UMNO 20. " Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur, P.G.D.K. [Silam]- UMNO 21. " Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang]- PBB 22. " Dato' Hasbullah bin Osman, D.P.M.P., A.M.P., J.P. [Gerik]- UMNO 23. " Dato' Henry Sum Agong, P.B.S., P.S.B.S. [Lawas]- PBB 24. " Dato' Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, D.I.M.P [Tanah Merah]- UMNO 25. " Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim, D.I.M.P., J.M.N., K.M.N., B.C.M., P.B.B., P.J.P., J.P. [Kuala Selangor]- UMNO.
25
6
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
vi DR.1.4.2015 55. Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin Mohamed, P.G.D.K. [Pulai] - UMNO 56. “ Datuk Seri Ong Ka Chuan, S.P.M.P., D.P.M.P., P.M.P. [Tanjong Malim] - MCA 57. “ Dato’ Wira Othman bin Abdul, D.G.M.K., D.S.S.A., S.D.K,. A.M.K. [Pendang] - UMNO 58. “ Dato’ Othman bin Aziz, D.S.D.K., B.K.M., A.S.K. [Jerlun] - UMNO 59. “ Datuk Raime Unggi, P.G.D.K. [Tenom] - UMNO 60. “ Datuk Seri Reezal Merican, D.I.M.P., S.S.A.P. [Kepala Batas] - UMNO 61. “ Datuk Rozman bin Isli, K.M.W, P.P.N [Labuan] - UMNO 62. “ Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] - PBB 63. “ Datuk Sapawi bin Haji Ahmad, P.G.D.K., A.S.D.K., J.P. [Sipitang] - UMNO 64. “ Datuk Shabudin bin Yahaya, P.J.K. [Tasek Gelugor] - UMNO 65. “ Ir. Shaharuddin bin Ismail, P.M.P., P.J.K. [Kangar] - UMNO 66. “ Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad, P.S.M., S.U.M.W. [Johor Bahru] - UMNO 67. ” Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, D.P.M.P., S.M.S., P.P.N., P.P.T. [Lenggong] - UMNO 68. “ Datuk Seri Shaziman bin Abu Mansor, D.G.S.M., D.S.A.P., D.S.N.S. [Tampin] - UMNO 69. “ Tengku Razaleigh Hamzah, D.K., S.P.M.K., P.S.M., S.S.A.P., S.P.M.S. [Gua Musang] - UMNO 70. “ Dato’ Seri Tiong King Sing, S.S.S.A., D.S.S.A., J.P. [Bintulu] - SPDP 71. “ Tuan Wilson Ugak anak Kumbong [Hulu Rajang] - PRS 72. “ Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, D.P.M.P., A.M.P. [Kuala Kangsar] - UMNO 73. “ Datuk Wee Jeck Seng, D.M.S.M. [Tanjong Piai] - MCA 74. “ Datuk William @ Nyallau anak Badak, P.B.B., P.P.S. [Lubok Antu] - PRS 75. “ Tan Sri William Mawan Ikom, P.S.M., P.N.B.S., P.G.B.K., A.M.N., P.B.S [Saratok] - SPDP 76. “ Datuk Zahidi bin Zainul Abidin, D.M.S.M., S.M.P. [Padang Besar] - UMNO 77. “ Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail, A.N.S., P.M.C., P.J.K. [Jelebu] - UMNO AHLI-AHLI (PKR) 1. Yang Berhormat Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] 2. “ Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [Permatang Pauh] 3. “ Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] 4. “ Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] 5. “ Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu] 6. “ Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.M.P., P.P.N. [Indera Mahkota] 7. “ Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] 8. “ Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]
55. Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin Mohamed, P.G.D.K. [Pulai]- UMNO 56. " Datuk Seri Ong Ka Chuan, S.P.M.P., D.P.M.P., P.M.P. [Tanjong Malim]- MCA 57. " Dato' Wira Othman bin Abdul, D.G.M.K., D.S.S.A., S.D.K,. A.M.K. [Pendang]- UMNO 58. " Dato' Othman bin Aziz, D.S.D.K., B.K.M., A.S.K. [Jerlun]- UMNO 59. " Datuk Raime Unggi, P.G.D.K. [Tenom]- UMNO 60. " Datuk Seri Reezal Merican, D.I.M.P., S.S.A.P. [Kepala Batas]- UMNO 61. " Datuk Rozman bin Isli, K.M.W, P.P.N [Labuan]- UMNO 62. " Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan]- PBB 63. " Datuk Sapawi bin Haji Ahmad, P.G.D.K., A.S.D.K., J.P. [Sipitang]- UMNO 64. " Datuk Shabudin bin Yahaya, P.J.K. [Tasek Gelugor]- UMNO 65. " Ir. Shaharuddin bin Ismail, P.M.P., P.J.K. [Kangar]- UMNO 66. " Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad, P.S.M., S.U.M.W. [Johor Bahru]- UMNO 67. " Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, D.P.M.P., S.M.S., P.P.N., P.P.T. [Lenggong]- UMNO 68. " Datuk Seri Shaziman bin Abu Mansor, D.G.S.M., D.S.A.P., D.S.N.S. [Tampin]- UMNO 69. " Tengku Razaleigh Hamzah, D.K., S.P.M.K., P.S.M., S.S.A.P., S.P.M.S. [Gua Musang]- UMNO 70. " Dato' Seri Tiong King Sing, S.S.S.A., D.S.S.A., J.P. [Bintulu]- SPDP 71. " Tuan Wilson Ugak anak Kumbong [Hulu Rajang]- PRS 72. " Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, D.P.M.P., A.M.P. [Kuala Kangsar]- UMNO 73. " Datuk Wee Jeck Seng, D.M.S.M. [Tanjong Piai]- MCA 74. " Datuk William @ Nyallau anak Badak, P.B.B., P.P.S. [Lubok Antu]- PRS 75. " Tan Sri William Mawan Ikom, P.S.M., P.N.B.S., P.G.B.K., A.M.N., P.B.S [Saratok]- SPDP 76. " Datuk Zahidi bin Zainul Abidin, D.M.S.M., S.M.P. [Padang Besar]- UMNO 77. " Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail, A.N.S., P.M.C., P.J.K. [Jelebu]- UMNO. AHLI-AHLI (PKR). 1. Yang Berhormat Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] 2. " Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Permatang Pauh] 3. " Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] 4. " Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] 5. " Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu] 6. " Dato' Fauzi bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.M.P., P.P.N. [Indera Mahkota] 7. " Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] 8. " Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar].
55
8
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
viii DR.1.4.2015 12. Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook [Seremban] 13. “ Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] 14. “ Dato’ Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz [Raub] 15. “ Tuan Ng Wei Aik [Tanjong] 16. “ Tuan Nga Kor Ming [Taiping] 17. “ Dato’ Ngeh Koo Ham, D.P.M.P. [Beruas] 18. “ Dr. Ong Kian Ming [Serdang] 19. “ Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong] 20. “ Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] 21. “ Puan P. Kasthuriraani A/P Patto [Batu Kawan] 22. “ Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] 23. “ Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [Bukit Gelugor] 24. “ Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam] 25. “ Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] 26. “ Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] 27. “ Tuan Su Keong Siong [Ipoh Timur] 28. “ Tuan Tan Kok Wai [Cheras] 29. “ Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] 30. “ Tuan Teo Kok Seong [Rasah] 31. “ Puan Teo Nie Ching [Kulai] 32. “ Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] 33. “ Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] 34. “ Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu] 35. “ Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan] 36. “ Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera] AHLI-AHLI (PAS) 1. Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] 2. “ Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [Kubang Kerian] 3. “ Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [Bachok] 4. “ Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] 5. “ Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] 6. “ Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa] 7. “ Dato’ Kamarudin bin Jaffar, D.S.N.S., B.C.M. [Tumpat] 8. “ Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam] 9. “ Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar, D.S.D.K. [Pokok Sena] 10. “ Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang] 11. “ Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] 12. “ Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali, D.M.P. [Kuala Nerus]
12. Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook [Seremban] 13. " Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] 14. " Dato' Mohd. Ariff Sabri bin Abdul Aziz [Raub] 15. " Tuan Ng Wei Aik [Tanjong] 16. " Tuan Nga Kor Ming [Taiping] 17. " Dato' Ngeh Koo Ham, D.P.M.P. [Beruas] 18. " Dr. Ong Kian Ming [Serdang] 19. " Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong] 20. " Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] 21. " Puan P. Kasthuriraani A/P Patto [Batu Kawan] 22. " Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] 23. " Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [Bukit Gelugor] 24. " Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam] 25. " Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] 26. " Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] 27. " Tuan Su Keong Siong [Ipoh Timur] 28. " Tuan Tan Kok Wai [Cheras] 29. " Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] 30. " Tuan Teo Kok Seong [Rasah] 31. " Puan Teo Nie Ching [Kulai] 32. " Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] 33. " Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] 34. " Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu] 35. " Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan] 36. " Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]. AHLI-AHLI (PAS). 1. Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] 2. " Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [Kubang Kerian] 3. " Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [Bachok] 4. " Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] 5. " Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] 6. " Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa] 7. " Dato' Kamarudin bin Jaffar, D.S.N.S., B.C.M. [Tumpat] 8. " Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam] 9. " Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar, D.S.D.K. [Pokok Sena] 10. " Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang] 11. " Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] 12. " Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali, D.M.P. [Kuala Nerus].
12
10
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
DR.1.4.2015 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA Rabu, 1 April 2015 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah perbelanjaan tahunan yang dikeluarkan bagi menampung segala kos yang melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), termasuk kos serbuan/siasatan, kos makan minum semasa dalam tahanan, kos penghantaran pulang ke negara asal dan sebagainya serta langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan perbelanjaan tersebut. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Batu datang dari Batu Pahat, Soalan satu akan dijawab. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, kos perbelanjaan tahunan yang ditanggungkan oleh kerajaan bagi menampung segala kos yang melibatkan pendatang asing atau PATI termasuk kos serbuan dan siasatan, kos makanan minuman semasa dalam tahanan, kos penghantaran pulang ke negara asal bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM29,611,324.57. Untuk makluman Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua kos serbuan dan siasatan tidak dapat dinyatakan secara terperinci dan dijumlahkan atau di quantify dengan izin, oleh kerana kaedah dan keanggotaan pegawai yang menyertai operasi adalah berbeza dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, sepanjang tahun 2014 sebanyak 5,452 operasi telah dilaksanakan dan seramai 37,644 orang PATI telah ditangkap. Mereka seterusnya telah ditempatkan di depot tahanan imigresen sementara menunggu penghantaran pulang ke negara asal. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini antara langkah yang diambil bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam perkara ini adalah melalui pelaksanaan Program Penghantaran Pulang PATI yang menyerah diri secara sukarela bermula 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Di bawah program tersebut mana-mana PATI yang menyerah diri akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 dan bayaran pas khas sebanyak RM100 serta dikecualikan pendakwaan di bawah seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 iaitu Akta 155. Iaitu melibatkan kesalahan masuk dan tinggal tanpa pas atau permit yang sah serta seksyen 15(4) di bawah akta yang sama iaitu melibatkan kesalahan tanpa alasan yang munasabah, didapati tinggal di Malaysia selepas permit dan pas tamat tempoh. PATI yang berkenaan juga telah disenaraihitamkan daripada memasuki negara dan biometrik diambil boleh membantu dalam mengesan dan mencegah jenayah dari memasuki negara ini kali yang kedua. Sejumlah 112,276 orang PATI telah menyerah diri
MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA Rabu, 1 April 2015 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN. 1. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah perbelanjaan tahunan yang dikeluarkan bagi menampung segala kos yang melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), termasuk kos serbuan/siasatan, kos makan minum semasa dalam tahanan, kos penghantaran pulang ke negara asal dan sebagainya serta langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan perbelanjaan tersebut. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Batu datang dari Batu Pahat, Soalan satu akan dijawab. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, kos perbelanjaan tahunan yang ditanggungkan oleh kerajaan bagi menampung segala kos yang melibatkan pendatang asing atau PATI termasuk kos serbuan dan siasatan, kos makanan minuman semasa dalam tahanan, kos penghantaran pulang ke negara asal bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM29,611,324.57. Untuk makluman Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua kos serbuan dan siasatan tidak dapat dinyatakan secara terperinci dan dijumlahkan atau di quantify dengan izin, oleh kerana kaedah dan keanggotaan pegawai yang menyertai operasi adalah berbeza dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, sepanjang tahun 2014 sebanyak 5,452 operasi telah dilaksanakan dan seramai 37,644 orang PATI telah ditangkap. Mereka seterusnya telah ditempatkan di depot tahanan imigresen sementara menunggu penghantaran pulang ke negara asal. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini antara langkah yang diambil bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam perkara ini adalah melalui pelaksanaan Program Penghantaran Pulang PATI yang menyerah diri secara sukarela bermula 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Di bawah program tersebut mana-mana PATI yang menyerah diri akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 dan bayaran pas khas sebanyak RM100 serta dikecualikan pendakwaan di bawah seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 iaitu Akta 155. Iaitu melibatkan kesalahan masuk dan tinggal tanpa pas atau permit yang sah serta seksyen 15(4) di bawah akta yang sama iaitu melibatkan kesalahan tanpa alasan yang munasabah, didapati tinggal di Malaysia selepas permit dan pas tamat tempoh. PATI yang berkenaan juga telah disenaraihitamkan daripada memasuki negara dan biometrik diambil boleh membantu dalam mengesan dan mencegah jenayah dari memasuki negara ini kali yang kedua. Sejumlah 112,276 orang PATI telah menyerah diri.
1
13
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
2 DR.1.4.2015 untuk pulang ke negara asal melalui program bagi tahun 2014 yang melibatkan kutipan kompaun sebanyak RM33,657,024 dan pas khas sebanyak RM11,227,600. Kerajaan tidak mengalami kerugian, walau bagaimanapun, menanggung kos yang tinggi dalam operasi penguatkuasaan. Makanan minuman, kemudahan asas yang lain mengikut standard antarabangsa. Kerajaan tidak lagi perlu menanggung kos perbelanjaan penghantaran pulang PATI. Memandangkan segala kos pulang ke negara asal adalah ditanggung oleh PATI itu sendiri ataupun keluarganya ataupun saudara mara PATI ataupun kerajaan atau kedutaan negara asal PATI tersebut. Pelaksanaan Program 3+1 juga didapati turut dapat membantu mengurangkan kesesakan di depot tahanan imigresen. Sekian Tuan Yang di-Pertua. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, dalam keadaan negara yang sepatutnya mengambil kira punca-punca untuk penjimatan perbelanjaan. Berapa lamakah tempoh bagi seorang PATI berada di dalam tahanan? Saya ada pergi melawat penjara di bawah sebuah NGO baru-baru ini. Saya ingin merakamkan di sini kepada Kerajaan Malaysia terutamanya kerana layanan yang diberi kepada PATI adalah sangat baik dan memuaskan. Mereka juga dilengkapkan dengan beberapa kemahiran yang mana jika mereka pulang ke negara mereka, mereka boleh menambah ilmu. Persoalannya berapa lama mereka akan ditahan di sini kerana kosnya pasti melibatkan dalam perbelanjaan negara kita. Apakah tindakan kerajaan bagi mengatasi masalah kemasukan PATI ini kerana ianya jelas mendatangkan kerugian kepada negara dan rakyat Malaysia secara menyeluruhnya. Sekian terima kasih. ■1010 Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas persoalan Yang Berhormat. Ada dua persoalan sebenarnya. Satu, soalan lawatan Yang Berhormat dan berjumpa PATI yang ditahan di depot penjara. Saya ingin juga menjelaskan di sini bahawa kita banyak bekerjasama dengan pihak NGO termasuk SUHAKAM, United Nations High Commissioner for Refugees dan badan Red Cross antarabangsa untuk memastikan standard yang kita perkenalkan ini diterima pakai dan diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa. Jadi dalam keadaan inilah kenapa penjagaan kita, walaupun mereka telah melakukan kesalahan, mereka juga dijaga dengan begitu rupa dan mendapat pengiktirafan antarabangsa bahawa depot tahanan ataupun penjara di mana kita menahan PATI ini dapat accreditation dengan izin, daripada pihak antarabangsa. Itu yang pertama. Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, soalan tahanan berapa lama. Secara puratanya, tahanan di depoh kita tidak melebihi daripada tiga bulan sebenarnya. Akan tetapi, ada juga di kalangan mereka ini ditahan lebih panjang masanya daripada itu sampai lapan bulan oleh kerana masalah kita mendapat dokumen dari negara tersebut, daripada kedutaan negara-negara asal ataupun mereka tidak diterima oleh mereka dari negara asal oleh sebab, umpamanya kalau dari Myanmar, mungkin tidak diterima berlandaskan fakta- fakta yang tertentu. Jadi dalam keadaan sedemikian, mereka ini berada di tahanan lebih panjang daripada yang perlu ataupun secara puratanya. Walau bagaimanapun, kita akan terus berusaha, berbincang dengan pihak kedutaan-kedutaan yang terlibat supaya mereka ini boleh dipercepatkan pemberian dokumen perjalanan untuk mereka dihantar pulang ke negara asal mereka. Saya cukup yakin ia akan mengurangkan kos perbelanjaan yang kerajaan belanjakan. Walau bagaimanapun, keseluruhannya bukan kita hendak melihat keuntungan dan kerugian dalam kita menjaga pihak PATI dalam tahanan kita. Dalam sudut apa yang saya telah sebutkan awal tadi, bahawa kita tidak sebenarnya berbelanja berlebihan sangat daripada apa yang kita kutip daripada mereka dari sudut kompaun dan juga kos pemberian pas sementara untuk mereka sebelum dihantar pulang ke negara asal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Berapakah jumlah perbelanjaan dan bilangan penguat kuasa yang diperlukan oleh pihak kementerian untuk menyelesaikan masalah yang berpanjangan, berdekad-dekad ini, memandangkan jalan tikus Thailand dan Malaysia pun lebih 600 dan bagaimana Yang Berhormat dapat menyelesaikan masalah ini?
untuk pulang ke negara asal melalui program bagi tahun 2014 yang melibatkan kutipan kompaun sebanyak RM33,657,024 dan pas khas sebanyak RM11,227,600. Kerajaan tidak mengalami kerugian, walau bagaimanapun, menanggung kos yang tinggi dalam operasi penguatkuasaan. Makanan minuman, kemudahan asas yang lain mengikut standard antarabangsa. Kerajaan tidak lagi perlu menanggung kos perbelanjaan penghantaran pulang PATI. Memandangkan segala kos pulang ke negara asal adalah ditanggung oleh PATI itu sendiri ataupun keluarganya ataupun saudara mara PATI ataupun kerajaan atau kedutaan negara asal PATI tersebut. Pelaksanaan Program 3+1 juga didapati turut dapat membantu mengurangkan kesesakan di depot tahanan imigresen. Sekian Tuan Yang di-Pertua. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, dalam keadaan negara yang sepatutnya mengambil kira punca-punca untuk penjimatan perbelanjaan. Berapa lamakah tempoh bagi seorang PATI berada di dalam tahanan? Saya ada pergi melawat penjara di bawah sebuah NGO baru-baru ini. Saya ingin merakamkan di sini kepada Kerajaan Malaysia terutamanya kerana layanan yang diberi kepada PATI adalah sangat baik dan memuaskan. Mereka juga dilengkapkan dengan beberapa kemahiran yang mana jika mereka pulang ke negara mereka, mereka boleh menambah ilmu. Persoalannya berapa lama mereka akan ditahan di sini kerana kosnya pasti melibatkan dalam perbelanjaan negara kita. Apakah tindakan kerajaan bagi mengatasi masalah kemasukan PATI ini kerana ianya jelas mendatangkan kerugian kepada negara dan rakyat Malaysia secara menyeluruhnya. Sekian terima kasih. #1010. Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas persoalan Yang Berhormat. Ada dua persoalan sebenarnya. Satu, soalan lawatan Yang Berhormat dan berjumpa PATI yang ditahan di depot penjara. Saya ingin juga menjelaskan di sini bahawa kita banyak bekerjasama dengan pihak NGO termasuk SUHAKAM, United Nations High Commissioner for Refugees dan badan Red Cross antarabangsa untuk memastikan standard yang kita perkenalkan ini diterima pakai dan diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa. Jadi dalam keadaan inilah kenapa penjagaan kita, walaupun mereka telah melakukan kesalahan, mereka juga dijaga dengan begitu rupa dan mendapat pengiktirafan antarabangsa bahawa depot tahanan ataupun penjara di mana kita menahan PATI ini dapat accreditation dengan izin, daripada pihak antarabangsa. Itu yang pertama. Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, soalan tahanan berapa lama. Secara puratanya, tahanan di depoh kita tidak melebihi daripada tiga bulan sebenarnya. Akan tetapi, ada juga di kalangan mereka ini ditahan lebih panjang masanya daripada itu sampai lapan bulan oleh kerana masalah kita mendapat dokumen dari negara tersebut, daripada kedutaan negara-negara asal ataupun mereka tidak diterima oleh mereka dari negara asal oleh sebab, umpamanya kalau dari Myanmar, mungkin tidak diterima berlandaskan fakta- fakta yang tertentu. Jadi dalam keadaan sedemikian, mereka ini berada di tahanan lebih panjang daripada yang perlu ataupun secara puratanya. Walau bagaimanapun, kita akan terus berusaha, berbincang dengan pihak kedutaan-kedutaan yang terlibat supaya mereka ini boleh dipercepatkan pemberian dokumen perjalanan untuk mereka dihantar pulang ke negara asal mereka. Saya cukup yakin ia akan mengurangkan kos perbelanjaan yang kerajaan belanjakan. Walau bagaimanapun, keseluruhannya bukan kita hendak melihat keuntungan dan kerugian dalam kita menjaga pihak PATI dalam tahanan kita. Dalam sudut apa yang saya telah sebutkan awal tadi, bahawa kita tidak sebenarnya berbelanja berlebihan sangat daripada apa yang kita kutip daripada mereka dari sudut kompaun dan juga kos pemberian pas sementara untuk mereka sebelum dihantar pulang ke negara asal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Berapakah jumlah perbelanjaan dan bilangan penguat kuasa yang diperlukan oleh pihak kementerian untuk menyelesaikan masalah yang berpanjangan, berdekad-dekad ini, memandangkan jalan tikus Thailand dan Malaysia pun lebih 600 dan bagaimana Yang Berhormat dapat menyelesaikan masalah ini?.
2
14
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
DR.01.04.2015 3 Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasihlah kepada soalan Yang Berhormat dari Kepong. Kita menerima hakikat bahawa di sempadan utara Malaysia di antara Kelantan, Perak, Perlis, Kedah dengan Thailand mempunyai jalan tikus yang banyak, dan juga di sempadan negeri Sarawak dan Sabah. Sarawak sahaja mempunyai sempadan sepanjang 2,000 kilometer dari Tanjung Datu iaitu kawasan saya hingga ke kawasan Ba’kelalan dan juga Sabah yang mempunyai kurang lebih 800 kilometer. Ini semua boleh dibolosi Yang Berhormat, oleh pihak-pihak pendatang asing. Selagi Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang boleh menampung hidup mereka mencari kehidupan yang lebih baik daripada negara mereka sendiri, sepanjang itulah sempadan kita akan terus dibolosi oleh pihak-pihak ini. Bukan kerana mereka nak melakukan kesalahan di negara ini tetapi untuk mencari kesenangan hidup yang mungkin tidak didapati di negara asal mereka. Jadi selagi gula ini ada di negara kita, sepanjang itulah semut akan datang, Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, perbincangan di antara Kementerian Dalam Negeri dan juga Yang Berhormat Menteri yang jaga MKN ada dekat sini, berterusan untuk mencari sumber kewangan untuk kita membuat tembok di sempadan utara negara kita dengan Thailand. Ini sebenarnya secara prinsipnya kita sudah bersetuju Yang Berhormat tetapi kosnya yang begitu tinggi. Menteri sendiri dah bagi tahu tetapi walau bagaimanapun, kementerian masih memikirkan dan juga MKN bersama memikirkan mekanisme supaya mengurangkan kos kerajaan tapi hendak melaksanakan juga tembok ini secara sistem- sistem lain termasuklah juga benteng-benteng tertentu di Sarawak dan juga di Sabah termasuk membina dan merancang pembinaan pos dan CIQ yang lebih banyak lagi di Sarawak dan di Sabah yang kita rancang sekarang ini. Akan tetapi Yang Berhormat, constraint kita ialah daripada sudut kos, perbelanjaan yang begitu besar untuk melaksanakan program yang kerajaan lihat penting dan perlu dilaksanakan. Terima kasih Yang Berhormat. 2. Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan status terkini rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan bilakah ia akan dimuktamadkan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato' Sri Mustapa bin Mohamed]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua. Saya tak dengar pantun tadi, tak boleh jawablah. Pantun lain. “Pagi-pagi kita menguap, soalan TPP saya jawab”... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan hari ini bersama soalan Yang Berhormat Klang, soalan nombor 54 dan soalan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai pada 7 April 2015 akan datang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed: Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Nerus kerana telah membangkitkan soalan untuk meminta saya memberi status terkini rundingan TPPA. Daripada semasa ke semasa memang kerajaan memberikan status terkini termasuklah kepada kokus Parlimen. Kokus Parlimen diketuai oleh Yang Berhormat Jasin. Kita mengadakan pertemuan 3 Mac, yang terakhir. Kita sepuluh kali dah berjumpa. Lima daripada pembangkang, enam daripada kerajaan. Saya pernah sebut lima tapi sebenarnya enam kerajaan dan lima pembangkang termasuklah Yang Berhormat dari Johor Bahru dan diketuai oleh Yang Berhormat Jasin. Kali terakhir kita berjumpa, saya berjumpa dengan kokus Parlimen yang mewakili pelbagai parti ialah pada 3 Mac yang lalu dan dalam pertemuan tersebut, saya telah update, telah kemas kini status terkini.
Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasihlah kepada soalan Yang Berhormat dari Kepong. Kita menerima hakikat bahawa di sempadan utara Malaysia di antara Kelantan, Perak, Perlis, Kedah dengan Thailand mempunyai jalan tikus yang banyak, dan juga di sempadan negeri Sarawak dan Sabah. Sarawak sahaja mempunyai sempadan sepanjang 2,000 kilometer dari Tanjung Datu iaitu kawasan saya hingga ke kawasan Ba'kelalan dan juga Sabah yang mempunyai kurang lebih 800 kilometer. Ini semua boleh dibolosi Yang Berhormat, oleh pihak-pihak pendatang asing. Selagi Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang boleh menampung hidup mereka mencari kehidupan yang lebih baik daripada negara mereka sendiri, sepanjang itulah sempadan kita akan terus dibolosi oleh pihak-pihak ini. Bukan kerana mereka nak melakukan kesalahan di negara ini tetapi untuk mencari kesenangan hidup yang mungkin tidak didapati di negara asal mereka. Jadi selagi gula ini ada di negara kita, sepanjang itulah semut akan datang, Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, perbincangan di antara Kementerian Dalam Negeri dan juga Yang Berhormat Menteri yang jaga MKN ada dekat sini, berterusan untuk mencari sumber kewangan untuk kita membuat tembok di sempadan utara negara kita dengan Thailand. Ini sebenarnya secara prinsipnya kita sudah bersetuju Yang Berhormat tetapi kosnya yang begitu tinggi. Menteri sendiri dah bagi tahu tetapi walau bagaimanapun, kementerian masih memikirkan dan juga MKN bersama memikirkan mekanisme supaya mengurangkan kos kerajaan tapi hendak melaksanakan juga tembok ini secara sistem- sistem lain termasuklah juga benteng-benteng tertentu di Sarawak dan juga di Sabah termasuk membina dan merancang pembinaan pos dan CIQ yang lebih banyak lagi di Sarawak dan di Sabah yang kita rancang sekarang ini. Akan tetapi Yang Berhormat, constraint kita ialah daripada sudut kos, perbelanjaan yang begitu besar untuk melaksanakan program yang kerajaan lihat penting dan perlu dilaksanakan. Terima kasih Yang Berhormat. 2. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan status terkini rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan bilakah ia akan dimuktamadkan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato' Sri Mustapa bin Mohamed]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua. Saya tak dengar pantun tadi, tak boleh jawablah. Pantun lain. "Pagi-pagi kita menguap, soalan TPP saya jawab"... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan hari ini bersama soalan Yang Berhormat Klang, soalan nombor 54 dan soalan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai pada 7 April 2015 akan datang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed: Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Nerus kerana telah membangkitkan soalan untuk meminta saya memberi status terkini rundingan TPPA. Daripada semasa ke semasa memang kerajaan memberikan status terkini termasuklah kepada kokus Parlimen. Kokus Parlimen diketuai oleh Yang Berhormat Jasin. Kita mengadakan pertemuan 3 Mac, yang terakhir. Kita sepuluh kali dah berjumpa. Lima daripada pembangkang, enam daripada kerajaan. Saya pernah sebut lima tapi sebenarnya enam kerajaan dan lima pembangkang termasuklah Yang Berhormat dari Johor Bahru dan diketuai oleh Yang Berhormat Jasin. Kali terakhir kita berjumpa, saya berjumpa dengan kokus Parlimen yang mewakili pelbagai parti ialah pada 3 Mac yang lalu dan dalam pertemuan tersebut, saya telah update, telah kemas kini status terkini.
3
15
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
4 DR.1.4.2015 Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya hendak maklumkan beberapa perkara berkaitan dengan rundingan TPP. Banyak kali saya dah maklum dalam Dewan ini. Saya ambil kesempatan untuk memberi sedikit update. Sebagai latar belakang, Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 buah negara yang menyertai rundingan ini bermula Oktober 2010. Lima tahun dah kita berunding TPP ataupun Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik ini. Ia merupakan satu perjanjian yang kontroversi kerana ia adalah komprehensif daripada segi liputannya. Kalau perjanjian biasa meliputi perdagangan, barangan dan perkhidmatan tetapi TPP merangkumi juga isu buruh, alam sekitar, syarikat milik kerajaan, perolehan kerajaan dan hak harta intelek. Ini antara perkara-perkara baru yang dirundingkan di bawah TPP. Oleh itu ia kontroversial bukan sahaja di Malaysia, negara-negara lain di Jepun, Amerika Syarikat pun menimbulkan banyak kontroversi. Oleh itu, perlu diadakan banyak engagement di Malaysia. Saya nak maklumkan bahawa perundingan ini melibatkan beberapa peringkat. Yang pertama, peringkat pegawai, hampir kesemua kementerian terlibat dan yang kedua peringkat Menteri. Setakat ini saya sendiri telah terlibat dalam sepuluh mesyuarat menteri- menteri TPP. Di peringkat Ketua-ketua Kerajaan, lima kali telah diadakan di peringkat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dengan pemimpin-pemimpin yang lain. Itu daripada segi prosesnya. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana ia mempunyai banyak implikasi kepada kerajaan dan rakyat, ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat banyak kali, maka kita telah buat keputusan untuk membuat kajian kos faedah ataupun cost benefit analysis. ■1020 Kita sudah laksanakan peringkat interim, awalan sudah selesai. Sekarang ini peringkat akhir dan kita sudah melantik dua pihak. Satu, untuk melaksanakan kajian kepentingan negara ataupun national interest study. Kedua ialah analisis kos faedah oleh sebuah firma perunding antarabangsa. Jadi syarikat-syarikat telah pun memulakan kerja dan skopnya adalah seperti berikut: (i) kesan kepada kedaulatan negara dan ruang dasar negara termasuklah bilangan undang-undang yang perlu dipinda ataupun yang perlu digubal berikutan sekiranya kita menyertai TPP; (ii) impak TPP kepada bumiputera; (iii) impak ke atas industri kecil sederhana tempatan; dan (iv) sekiranya Malaysia tidak menyertai TPP, apa kosnya? Ini kerana kita sebagai sebuah negara perdagangan - iaitu nombor empat dalam dunia yang kebergantungannya kepada perdagangan. Pertama ialah Hong Kong, kedua ialah Singapura, ketiga ialah Vietnam. Kita nombor empat dalam dunia, kita banyak bergantung kepada perdagangan dan pelaburan. Pelaburan asing juga memainkan peranan penting dalam negara kita iaitu kira-kira 50%, 55% ataupun 60% daripada pelaburan baru dalam sektor pembuatan umpamanya datang dari luar negara. Semalam saya melawat Kulim Hi-Tech Park dan dapat bersama-sama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah dan di sana ada 32 buah syarikat kebanyakannya asing. Di sana, syarikat-syarikat telah melabur USD34 bilion. Ini satu contoh di Kulim yang mana kita mempunyai ramai ataupun banyak pelabur asing. Jadi Malaysia sebuah negara perdagangan, bergantung kepada perdagangan dan juga pelaburan asing. Oleh itu, kita menyertai beberapa perjanjian antarabangsa termasuklah perjanjian perdagangan. Itulah sebabnya kenapa kita rasakan perlu kita terus berunding TPP. Apa pun, kita akan laksanakan kajian analisis kos faedah ataupun cost benefit analysis dengan mendalam. Kita juga telah buat komitmen bahawa Parlimen akan membahaskan TPP ini. Jadi kita menjangkakan bulan Julai akan siap cost benefit analysis. Kita akan berunding dengan Pejabat Speaker bila masa yang sesuai untuk membentangkan isu ini kepada Ahli Parlimen untuk dibuat keputusan, untuk membolehkan kita mendapat panduan daripada rakyat termasuk Ahli Parlimen.
Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya hendak maklumkan beberapa perkara berkaitan dengan rundingan TPP. Banyak kali saya dah maklum dalam Dewan ini. Saya ambil kesempatan untuk memberi sedikit update. Sebagai latar belakang, Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 buah negara yang menyertai rundingan ini bermula Oktober 2010. Lima tahun dah kita berunding TPP ataupun Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik ini. Ia merupakan satu perjanjian yang kontroversi kerana ia adalah komprehensif daripada segi liputannya. Kalau perjanjian biasa meliputi perdagangan, barangan dan perkhidmatan tetapi TPP merangkumi juga isu buruh, alam sekitar, syarikat milik kerajaan, perolehan kerajaan dan hak harta intelek. Ini antara perkara-perkara baru yang dirundingkan di bawah TPP. Oleh itu ia kontroversial bukan sahaja di Malaysia, negara-negara lain di Jepun, Amerika Syarikat pun menimbulkan banyak kontroversi. Oleh itu, perlu diadakan banyak engagement di Malaysia. Saya nak maklumkan bahawa perundingan ini melibatkan beberapa peringkat. Yang pertama, peringkat pegawai, hampir kesemua kementerian terlibat dan yang kedua peringkat Menteri. Setakat ini saya sendiri telah terlibat dalam sepuluh mesyuarat menteri- menteri TPP. Di peringkat Ketua-ketua Kerajaan, lima kali telah diadakan di peringkat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dengan pemimpin-pemimpin yang lain. Itu daripada segi prosesnya. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana ia mempunyai banyak implikasi kepada kerajaan dan rakyat, ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat banyak kali, maka kita telah buat keputusan untuk membuat kajian kos faedah ataupun cost benefit analysis. #1020. Kita sudah laksanakan peringkat interim, awalan sudah selesai. Sekarang ini peringkat akhir dan kita sudah melantik dua pihak. Satu, untuk melaksanakan kajian kepentingan negara ataupun national interest study. Kedua ialah analisis kos faedah oleh sebuah firma perunding antarabangsa. Jadi syarikat-syarikat telah pun memulakan kerja dan skopnya adalah seperti berikut: (i) kesan kepada kedaulatan negara dan ruang dasar negara termasuklah bilangan undang-undang yang perlu dipinda ataupun yang perlu digubal berikutan sekiranya kita menyertai TPP; (ii) impak TPP kepada bumiputera; (iii) impak ke atas industri kecil sederhana tempatan; dan. (iv) sekiranya Malaysia tidak menyertai TPP, apa kosnya?. Ini kerana kita sebagai sebuah negara perdagangan- iaitu nombor empat dalam dunia yang kebergantungannya kepada perdagangan. Pertama ialah Hong Kong, kedua ialah Singapura, ketiga ialah Vietnam. Kita nombor empat dalam dunia, kita banyak bergantung kepada perdagangan dan pelaburan. Pelaburan asing juga memainkan peranan penting dalam negara kita iaitu kira-kira 50%, 55% ataupun 60% daripada pelaburan baru dalam sektor pembuatan umpamanya datang dari luar negara. Semalam saya melawat Kulim Hi-Tech Park dan dapat bersama-sama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah dan di sana ada 32 buah syarikat kebanyakannya asing. Di sana, syarikat-syarikat telah melabur USD34 bilion. Ini satu contoh di Kulim yang mana kita mempunyai ramai ataupun banyak pelabur asing. Jadi Malaysia sebuah negara perdagangan, bergantung kepada perdagangan dan juga pelaburan asing. Oleh itu, kita menyertai beberapa perjanjian antarabangsa termasuklah perjanjian perdagangan. Itulah sebabnya kenapa kita rasakan perlu kita terus berunding TPP. Apa pun, kita akan laksanakan kajian analisis kos faedah ataupun cost benefit analysis dengan mendalam. Kita juga telah buat komitmen bahawa Parlimen akan membahaskan TPP ini. Jadi kita menjangkakan bulan Julai akan siap cost benefit analysis. Kita akan berunding dengan Pejabat Speaker bila masa yang sesuai untuk membentangkan isu ini kepada Ahli Parlimen untuk dibuat keputusan, untuk membolehkan kita mendapat panduan daripada rakyat termasuk Ahli Parlimen.
4
16
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
DR.01.04.2015 5 Sebenarnya esok dan lusa, kita ada program yang besar di MITI. Esok, saya akan adakan Town Hall Meeting di MATRADE daripada 9.00 pagi hingga 11.00 pagi yang mana saya akan menjawab semua soalan yang dibangkitkan oleh peserta. Kita telah menulis kepada semua parti politik kerajaan dan pembangkang untuk menghantar wakil dan juga NGO, persatuan perniagaan dan individu. Kita menjangkakan 700 orang atau 800 orang akan hadir dan kita juga akan ada woksyop bermula pagi, petang, esok dan hari Jumaat. Jadi dua hari kita ada perbincangan secara terbuka mengenai TPP dan tujuannya ialah untuk membolehkan kita mendapat pandangan daripada rakyat dan ini penting untuk memandu kita bagi mengharungi cabaran-cabaran. Kita ada beberapa cabaran. Pertama berkaitan dengan isu bumiputera. Ini termasuklah perolehan kerajaan kerana TPP juga berkaitan dengan untuk membuka sektor perolehan kerajaan kepada negara-negara TPP. Ada isu-isu yang berkaitan dengan syarikat milik kerajaan, ada isu berkaitan dengan mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur - Negara (ISDS), ada juga isu-isu berkaitan dengan hak harta intelek. Perundingan ini adalah satu perundingan yang amat rumit dan kita telah mendapat banyak pandangan Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia. Insya-Allah, mana-mana pandangan yang kita rasakan munasabah, kita akan ambil kira. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia terus - saya tahu bahawa banyak pihak dalam Dewan ini ataupun di luar yang mendesak supaya kerajaan berhenti untuk berunding dengan negara lain. Kerajaan berpendapat bahawa sebagai sebuah negara yang banyak bergantung kepada perdagangan dan pelaburan asing, adalah wajar kita terus berbincang dengan rakan-rakan kita untuk memastikan bahawa Malaysia terus menjadi satu destinasi pelaburan dan perdagangan yang utama di rantau ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang beri jawapan yang menarik pada pagi ini. Saya setuju seperti disebut oleh Menteri tadi bahawa perjanjian ini ialah satu perjanjian kontroversi yang sudah berlarutan lima tahun lamanya. Selalunya dalam isu seumpama ini, kita akan diberitahu oleh kerajaan ia bagus untuk negara, bagus untuk rakyat, samalah seperti GST bagus untuk negara, bagus untuk rakyat. Itu janji manis. Akan tetapi hakikatnya, perkongsian yang disebut oleh Menteri sebentar tadi, ia membentuk satu penjajahan melibatkan kedaulatan negara di samping penjajahan ekonomi oleh negara kapitalis yang lebih besar lagi. Persoalan saya ialah, jika selepas kajian benefit dibuat sama ada oleh kerajaan, adakah kerajaan juga bersedia untuk membentuk satu jawatankuasa luar daripada kerajaan untuk juga mengkaji kebaikan dan keburukan TPPA dan bersediakah kerajaan jika terbukti keburukan melebihi daripada manfaat ataupun sekurang-kurangnya manfaat dan keburukan sama banyak? Adakah kerajaan bersedia untuk menarik balik TPPA ini atas dasar konsep kalau kita ambil kaedah Islam, dar’ul mafasid, “Menolak keburukan lebih baik daripada menarik manfaat”? Terima kasih. Dato’ Sri Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, bagus atau tidak bagus ini biasalah. Apa juga langkah yang kita ambil, ada yang bagus, ada yang tidak bagus. Tidak ada semuanya bagus. Itu lumrah alam kita sebagai manusia, tidak maksum dan tidak ada siapa yang sempurna, kita manusia tidak sempurna. Jadi Tuan Yang di-Pertua, yang penting kita akan adakan kajian cost benefit analysis dan selepas itu kerajaan akan buat keputusan, kita akan tetapkan pendirian. Selepas itu kita akan datang ke Parlimen dan Ahli Parlimen akan membuat keputusan sama ada hendak buat jawatankuasa - Ahli Parlimen akan menentukannya. Ini ialah satu tindakan kerajaan yang dengan izin, unprecedented, tidak pernah. Sebenarnya perjanjian perdagangan, saya sendiri sudah tandatangan lima dan yang terakhir dengan Turki. Insya-Allah akan berkuat kuasa beberapa bulan lagi, lima. Jadi tidak pernah kita bawa ke Parlimen tetapi oleh kerana ini merupakan satu perkara yang amat penting, kita buat keputusan untuk datang ke sini dan Ahli Parlimen akan buat cadangan,
Sebenarnya esok dan lusa, kita ada program yang besar di MITI. Esok, saya akan adakan Town Hall Meeting di MATRADE daripada 9.00 pagi hingga 11.00 pagi yang mana saya akan menjawab semua soalan yang dibangkitkan oleh peserta. Kita telah menulis kepada semua parti politik kerajaan dan pembangkang untuk menghantar wakil dan juga NGO, persatuan perniagaan dan individu. Kita menjangkakan 700 orang atau 800 orang akan hadir dan kita juga akan ada woksyop bermula pagi, petang, esok dan hari Jumaat. Jadi dua hari kita ada perbincangan secara terbuka mengenai TPP dan tujuannya ialah untuk membolehkan kita mendapat pandangan daripada rakyat dan ini penting untuk memandu kita bagi mengharungi cabaran-cabaran. Kita ada beberapa cabaran. Pertama berkaitan dengan isu bumiputera. Ini termasuklah perolehan kerajaan kerana TPP juga berkaitan dengan untuk membuka sektor perolehan kerajaan kepada negara-negara TPP. Ada isu-isu yang berkaitan dengan syarikat milik kerajaan, ada isu berkaitan dengan mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur- Negara (ISDS), ada juga isu-isu berkaitan dengan hak harta intelek. Perundingan ini adalah satu perundingan yang amat rumit dan kita telah mendapat banyak pandangan Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia. Insya-Allah, mana-mana pandangan yang kita rasakan munasabah, kita akan ambil kira. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia terus- saya tahu bahawa banyak pihak dalam Dewan ini ataupun di luar yang mendesak supaya kerajaan berhenti untuk berunding dengan negara lain. Kerajaan berpendapat bahawa sebagai sebuah negara yang banyak bergantung kepada perdagangan dan pelaburan asing, adalah wajar kita terus berbincang dengan rakan-rakan kita untuk memastikan bahawa Malaysia terus menjadi satu destinasi pelaburan dan perdagangan yang utama di rantau ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang beri jawapan yang menarik pada pagi ini. Saya setuju seperti disebut oleh Menteri tadi bahawa perjanjian ini ialah satu perjanjian kontroversi yang sudah berlarutan lima tahun lamanya. Selalunya dalam isu seumpama ini, kita akan diberitahu oleh kerajaan ia bagus untuk negara, bagus untuk rakyat, samalah seperti GST bagus untuk negara, bagus untuk rakyat. Itu janji manis. Akan tetapi hakikatnya, perkongsian yang disebut oleh Menteri sebentar tadi, ia membentuk satu penjajahan melibatkan kedaulatan negara di samping penjajahan ekonomi oleh negara kapitalis yang lebih besar lagi. Persoalan saya ialah, jika selepas kajian benefit dibuat sama ada oleh kerajaan, adakah kerajaan juga bersedia untuk membentuk satu jawatankuasa luar daripada kerajaan untuk juga mengkaji kebaikan dan keburukan TPPA dan bersediakah kerajaan jika terbukti keburukan melebihi daripada manfaat ataupun sekurang-kurangnya manfaat dan keburukan sama banyak? Adakah kerajaan bersedia untuk menarik balik TPPA ini atas dasar konsep kalau kita ambil kaedah Islam, dar'ul mafasid, "Menolak keburukan lebih baik daripada menarik manfaat"? Terima kasih. Dato' Sri Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, bagus atau tidak bagus ini biasalah. Apa juga langkah yang kita ambil, ada yang bagus, ada yang tidak bagus. Tidak ada semuanya bagus. Itu lumrah alam kita sebagai manusia, tidak maksum dan tidak ada siapa yang sempurna, kita manusia tidak sempurna. Jadi Tuan Yang di-Pertua, yang penting kita akan adakan kajian cost benefit analysis dan selepas itu kerajaan akan buat keputusan, kita akan tetapkan pendirian. Selepas itu kita akan datang ke Parlimen dan Ahli Parlimen akan membuat keputusan sama ada hendak buat jawatankuasa- Ahli Parlimen akan menentukannya. Ini ialah satu tindakan kerajaan yang dengan izin, unprecedented, tidak pernah. Sebenarnya perjanjian perdagangan, saya sendiri sudah tandatangan lima dan yang terakhir dengan Turki. Insya-Allah akan berkuat kuasa beberapa bulan lagi, lima. Jadi tidak pernah kita bawa ke Parlimen tetapi oleh kerana ini merupakan satu perkara yang amat penting, kita buat keputusan untuk datang ke sini dan Ahli Parlimen akan buat cadangan,
5
17
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
6 DR.1.4.2015 jawatankuasa atau tidak, tertakluk kepada Ahli Parlimen. Apa yang penting, ada kajian cost benefit analysis. Kita akan bentang dalam Dewan Rakyat ini dan akan dihebahkan juga pada umum dan rakyat akan berhak membuat pandangan dan melalui Ahli Parlimen mereka, kita harap Ahli Parlimen akan menyatakan sama ada buruk lebih banyak daripada baik ataupun baik lebih banyak daripada buruk. Ini akan ditentukan oleh Parlimen Malaysia pada masa yang akan ditentukan oleh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Datuk Seri Reezal Merican [Kepala Batas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucap terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membuat penelitian yang cukup mendalam melalui cost benefit analysis. Sebab apa pun yang disebut oleh Menteri tadi, tetapi TPPA ini masih lagi mengundang skeptisisme. Ini juga terdorong kerana disebabkan kerjasama multilateral free trade ini telah mengasingkan negara China, sebuah negara yang secara regional dekat dengan kita dan negara the fast growing and the highest growth in the world. Malahan kalau diambil kira market pun, ia hampir membentuk 1/5 daripada keseluruhan market dunia. Jadi soalan saya, apakah pihak kerajaan melihat seandainya terdapat kekangan- kekangan dalam kita untuk bersetuju tentang TPPA ini, apakah pihak kerajaan akan menilai satu lagi bentuk kerjasama yang telah dicadangkan oleh pihak China iaitu ialah Free Trade Area of the Asia Pacific (FTAAP) yang dibangkitkan di dalam Mesyuarat APEC pada tahun lalu yang dipersetujui hampir 50% anggota APEC yang mana negara itu membabitkan negara China dan dilihat market dia lebih friendly dan mungkin kerjasama blok ini akan jauh lebih memberi manfaat seandainya TPPA ini tidak dapat direalisasikan? Terima kasih. Dato’ Sri Mustapa Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Tuan Yang di-Pertua, negara-negara APEC ini bilangannya 21 buah negara dan telah menjadi aspirasi negara APEC untuk mewujudkan satu kawasan perdagangan bebas dalam kalangan negara APEC menjelang tahun 2020. Jadi kita ada lima tahun lagi. Pada sidang kemuncak APEC di Beijing pada tahun lepas yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya pun hadir bersama, telah dikeluarkan satu kenyataan dan kenyataan itu merupakan kenyataan yang dipersetujui oleh semua, bukan 50% Yang Berhormat, 100% bersetuju. Semua negara APEC bersetuju dengan cadangan negara China untuk diwujudkan Free Trade Area of the Asia Pacific (FTAAP) 2020. Itu maknanya semua negara bersetuju bahawa kita hendak wujudkan kawasan bebas cukai dalam kalangan kesemua negara APEC. Itu antara sebab kenapa APEC ditubuhkan lebih 20 tahun yang lalu. ■1110 Sehubungan ini, saya hendak maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa beberapa perjanjian perdagangan yang ada dibincangkan ini termasuklah TPP ini dianggap sebagai satu building block. elari dengan hasrat untuk mewujudkan FTAAP pada tahun 2020. Maknanya ada negara-negara yang tertentu berpendapat bahawa TPP ini tidak bercanggah dengan hasrat untuk mewujudkan FTAAP, malah ia dilihat sebagai membantu mewujudkan satu kawasan bebas cukai. Itu daripada segi faktanya. Isu yang dibangkitkan ialah China dengan Amerika. Ada yang berpendapat bahawa ini merupakan langkah geopolitik ataupun politik Amerika untuk mengekang pengaruh beberapa negara lain termasuklah negara China. Kita tidak tahu apa niat negara lain. Kita melihat ini dalam konteks negara kita Malaysia sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat kita hendak lihat apa faedah untuk kita, apa kos. Kita tidak pernah menyatakan semua ada faedah. Kita terus menyatakan bahawa kos ada juga tetapi kalau faedah itu jauh melebihi kos, maka kenapa tidak kita terlibat dalam perjanjian ini. Jadi Malaysia tidak melihat ini sebagai satu usaha yang jelas untuk mengekang pengaruh negara tertentu. Kita lihat dari sudut Malaysia. Akhir sekali kepentingan negara dan kedaulatan negara sama ada ia akan membawa faedah kepada negara kita Malaysia. Itulah yang menjadi pertimbangan terpenting bagi Malaysia, bukan kepentingan negara- negara lain.
jawatankuasa atau tidak, tertakluk kepada Ahli Parlimen. Apa yang penting, ada kajian cost benefit analysis. Kita akan bentang dalam Dewan Rakyat ini dan akan dihebahkan juga pada umum dan rakyat akan berhak membuat pandangan dan melalui Ahli Parlimen mereka, kita harap Ahli Parlimen akan menyatakan sama ada buruk lebih banyak daripada baik ataupun baik lebih banyak daripada buruk. Ini akan ditentukan oleh Parlimen Malaysia pada masa yang akan ditentukan oleh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Datuk Seri Reezal Merican [Kepala Batas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucap terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membuat penelitian yang cukup mendalam melalui cost benefit analysis. Sebab apa pun yang disebut oleh Menteri tadi, tetapi TPPA ini masih lagi mengundang skeptisisme. Ini juga terdorong kerana disebabkan kerjasama multilateral free trade ini telah mengasingkan negara China, sebuah negara yang secara regional dekat dengan kita dan negara the fast growing and the highest growth in the world. Malahan kalau diambil kira market pun, ia hampir membentuk 1/5 daripada keseluruhan market dunia. Jadi soalan saya, apakah pihak kerajaan melihat seandainya terdapat kekangan- kekangan dalam kita untuk bersetuju tentang TPPA ini, apakah pihak kerajaan akan menilai satu lagi bentuk kerjasama yang telah dicadangkan oleh pihak China iaitu ialah Free Trade Area of the Asia Pacific (FTAAP) yang dibangkitkan di dalam Mesyuarat APEC pada tahun lalu yang dipersetujui hampir 50% anggota APEC yang mana negara itu membabitkan negara China dan dilihat market dia lebih friendly dan mungkin kerjasama blok ini akan jauh lebih memberi manfaat seandainya TPPA ini tidak dapat direalisasikan? Terima kasih. Dato' Sri Mustapa Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Tuan Yang di-Pertua, negara-negara APEC ini bilangannya 21 buah negara dan telah menjadi aspirasi negara APEC untuk mewujudkan satu kawasan perdagangan bebas dalam kalangan negara APEC menjelang tahun 2020. Jadi kita ada lima tahun lagi. Pada sidang kemuncak APEC di Beijing pada tahun lepas yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya pun hadir bersama, telah dikeluarkan satu kenyataan dan kenyataan itu merupakan kenyataan yang dipersetujui oleh semua, bukan 50% Yang Berhormat, 100% bersetuju. Semua negara APEC bersetuju dengan cadangan negara China untuk diwujudkan Free Trade Area of the Asia Pacific (FTAAP) 2020. Itu maknanya semua negara bersetuju bahawa kita hendak wujudkan kawasan bebas cukai dalam kalangan kesemua negara APEC. Itu antara sebab kenapa APEC ditubuhkan lebih 20 tahun yang lalu. #1110. Sehubungan ini, saya hendak maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa beberapa perjanjian perdagangan yang ada dibincangkan ini termasuklah TPP ini dianggap sebagai satu building block. elari dengan hasrat untuk mewujudkan FTAAP pada tahun 2020. Maknanya ada negara-negara yang tertentu berpendapat bahawa TPP ini tidak bercanggah dengan hasrat untuk mewujudkan FTAAP, malah ia dilihat sebagai membantu mewujudkan satu kawasan bebas cukai. Itu daripada segi faktanya. Isu yang dibangkitkan ialah China dengan Amerika. Ada yang berpendapat bahawa ini merupakan langkah geopolitik ataupun politik Amerika untuk mengekang pengaruh beberapa negara lain termasuklah negara China. Kita tidak tahu apa niat negara lain. Kita melihat ini dalam konteks negara kita Malaysia sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat kita hendak lihat apa faedah untuk kita, apa kos. Kita tidak pernah menyatakan semua ada faedah. Kita terus menyatakan bahawa kos ada juga tetapi kalau faedah itu jauh melebihi kos, maka kenapa tidak kita terlibat dalam perjanjian ini. Jadi Malaysia tidak melihat ini sebagai satu usaha yang jelas untuk mengekang pengaruh negara tertentu. Kita lihat dari sudut Malaysia. Akhir sekali kepentingan negara dan kedaulatan negara sama ada ia akan membawa faedah kepada negara kita Malaysia. Itulah yang menjadi pertimbangan terpenting bagi Malaysia, bukan kepentingan negara- negara lain.
6
18
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
DR.01.04.2015 7 Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya apabila perkara TPPA dibawa ke Parlimen, adakah Parlimen diberi kuasa untuk undi sokong atau bantah TPPA? Kalau undi itu dibuat dan keputusan dibuat oleh Parlimen, adakah keputusan itu diterima oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Terima kasih. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed: Ini isu yang pernah dibangkitkan dalam Dewan ini. Kalau dirujuk ke Parlimen dan Parlimen membuat satu keputusan, sudah pasti kerajaan akan menjadikan itu sebagai panduan untuk membuat keputusan dan panduan itu sudah pasti satu panduan yang kuat. Jadi saya tidak boleh pre-empt dengan izin, apa yang akan berlaku tetapi hakikat bahawa dibawa ke sini dengan izin ia akan jadi mockery kalau kerajaan tidak mengambil kira pandangan Ahli Parlimen. Setakat itu sahaja yang boleh saya nyatakan pada masa ini kerana kita belum sampai ke peringkat bulan Julai, Ogos apabila isu ini akan dibawa dibentangkan dalam Parlimen untuk keputusan. Terima kasih. [Soalan No. 3 – Y.B. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah (Jasin) tidak hadir] 4. Dr. Ong Kian Ming [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status terkini pembinaan laluan keluar MEX di Seri Kembangan, tarikh jangkaan siap dan kadar tol yang akan dikenakan. Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Serdang atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga 30 Mac 2015, status kemajuan semasa projek membina persimpangan bertingkat Seri Kembangan ke Lebuhraya Kuala Lumpur Putrajaya (MEX) telah mencapai kemajuan 70% siap. Projek dengan kos RM112 juta ini telah memulakan pembinaan pada bulan Disember 2013 dan dijangka siap pada bulan Disember 2015. Mengenai penetapan kadar tol di susur keluar berkenaan ia akan diumumkan kerajaan sebaik sahaja keseluruhan projek ini disiapkan akhir tahun nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak memberi satu cadangan lepas itu saya mohon penjelasan ataupun respons daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan bahawa pemegang konsesi MEX ini telah mendapatkan keuntungan yang begitu banyak di mana kos pembinaan RM1.3 bilion ini sebahagian besar ditampung oleh Kerajaan Pusat di mana RM976.6 juta diberikan sebagai satu geran oleh Putrajaya kepada pemegang konsesi dan tempoh konsesi ini untuk 33 tahun anggaran profit (keuntungan) ialah RM3 bilion. Jadi pada masa yang sama cost interchange ini, RM20 juta diberikan oleh Putrajaya sebagai kos untuk mengambil alih tanah. Cadangan saya ialah supaya tidak mengenakan tol kepada pengguna yang akan keluar ataupun masuk menggunakan exit di Seri Kembangan memandangkan bahawa keuntungan pemegang konsesi adalah banyak. Itu yang pertama. Kedua, saya rasa kutipan tol yang akan didapati oleh pemegang konsesi akibat daripada peningkatan trafik dan juga penambahan kereta yang menggunakan MEX Highway ini keluar di Salak South dan juga di Putrajaya akan menambahkan keuntungan MEX dan cukup untuk menampung kos pembinaan interchange ini. Saya rasa buat masa sekarang ada juga pengguna yang menggunakan MEX Highway misalnya keluar ataupun masuk di KESAS ataupun keluar dan masuk di Jalan Kuchai Lama yang tidak perlu bayar
Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya apabila perkara TPPA dibawa ke Parlimen, adakah Parlimen diberi kuasa untuk undi sokong atau bantah TPPA? Kalau undi itu dibuat dan keputusan dibuat oleh Parlimen, adakah keputusan itu diterima oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Terima kasih. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed: Ini isu yang pernah dibangkitkan dalam Dewan ini. Kalau dirujuk ke Parlimen dan Parlimen membuat satu keputusan, sudah pasti kerajaan akan menjadikan itu sebagai panduan untuk membuat keputusan dan panduan itu sudah pasti satu panduan yang kuat. Jadi saya tidak boleh pre-empt dengan izin, apa yang akan berlaku tetapi hakikat bahawa dibawa ke sini dengan izin ia akan jadi mockery kalau kerajaan tidak mengambil kira pandangan Ahli Parlimen. Setakat itu sahaja yang boleh saya nyatakan pada masa ini kerana kita belum sampai ke peringkat bulan Julai, Ogos apabila isu ini akan dibawa dibentangkan dalam Parlimen untuk keputusan. Terima kasih. [Soalan No. 3- Y.B. Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah (Jasin) tidak hadir]. 4. Dr. Ong Kian Ming [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status terkini pembinaan laluan keluar MEX di Seri Kembangan, tarikh jangkaan siap dan kadar tol yang akan dikenakan. Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Serdang atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga 30 Mac 2015, status kemajuan semasa projek membina persimpangan bertingkat Seri Kembangan ke Lebuhraya Kuala Lumpur Putrajaya (MEX) telah mencapai kemajuan 70% siap. Projek dengan kos RM112 juta ini telah memulakan pembinaan pada bulan Disember 2013 dan dijangka siap pada bulan Disember 2015. Mengenai penetapan kadar tol di susur keluar berkenaan ia akan diumumkan kerajaan sebaik sahaja keseluruhan projek ini disiapkan akhir tahun nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak memberi satu cadangan lepas itu saya mohon penjelasan ataupun respons daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan bahawa pemegang konsesi MEX ini telah mendapatkan keuntungan yang begitu banyak di mana kos pembinaan RM1.3 bilion ini sebahagian besar ditampung oleh Kerajaan Pusat di mana RM976.6 juta diberikan sebagai satu geran oleh Putrajaya kepada pemegang konsesi dan tempoh konsesi ini untuk 33 tahun anggaran profit (keuntungan) ialah RM3 bilion. Jadi pada masa yang sama cost interchange ini, RM20 juta diberikan oleh Putrajaya sebagai kos untuk mengambil alih tanah. Cadangan saya ialah supaya tidak mengenakan tol kepada pengguna yang akan keluar ataupun masuk menggunakan exit di Seri Kembangan memandangkan bahawa keuntungan pemegang konsesi adalah banyak. Itu yang pertama. Kedua, saya rasa kutipan tol yang akan didapati oleh pemegang konsesi akibat daripada peningkatan trafik dan juga penambahan kereta yang menggunakan MEX Highway ini keluar di Salak South dan juga di Putrajaya akan menambahkan keuntungan MEX dan cukup untuk menampung kos pembinaan interchange ini. Saya rasa buat masa sekarang ada juga pengguna yang menggunakan MEX Highway misalnya keluar ataupun masuk di KESAS ataupun keluar dan masuk di Jalan Kuchai Lama yang tidak perlu bayar.
7
19
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
8 DR.1.4.2015 tol. Jadi saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri juga boleh memberi satu consideration untuk tidak mengenakan tol kerana apabila mereka menggunakan Salak South exit... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ringkaskan Yang Berhormat. Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: ...RM1.50, kalau hendak guna Putrajaya RM2.50. Terima kasih. Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Yang Berhormat Serdang sebenarnya tidak mengemukakan soalan tetapi lebih berbentuk cadangan. Cadangan Yang Berhormat agar tol tidak dikenakan ini bukan untuk Kementerian Kerja Raya untuk membuat keputusan tetapi ia akan disampaikan dan seterusnya akan diputuskan oleh kerajaan Yang Berhormat seperti yang saya katakan dalam awal jawapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu Lebuh raya MEX ini memang menjadi laluan untuk segera daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya dan persimpangan bertingkat yang menghubungkan Lebuhraya MEX dan Seri Kembangan ini telah dimulakan pembinaannya seawal tahun 2012 dan kita tahu laluan sejauh 10 kilometer yang memasuki lebuh raya ini kos pembinaannya terutamanya berkaitan dengan pengambilan tanah ini bernilai hampir RM20 juta. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah nilai RM20 juta ini mencukupi memandangkan nilai tanah yang sudah semakin meningkat pada hari ini dan berapakah jumlah jangkaan kenderaan yang akan melalui persimpangan baru tersebut selepas ia dibuka nanti. Terima kasih. Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat Sekijang atas soalan yang dikemukakan. Sebenarnya dalam kos projek terutama sekali dalam kos pengambilan tanah hanya RM20 juta yang terlibat Yang Berhormat. Mengenai jangkaan trafik memandangkan cadangan persimpangan bertingkat Seri Kembangan ini adalah satu projek yang dilaksanakan khusus untuk menyuraikan trafik. Soalan mengenai spesifik berapa jumlah trafik yang akan terlibat selepas sahaja siapnya persimpangan ini akan saya berikan Yang Berhormat secara bertulis kerana saya tidak ada faktanya pada ketika ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 5. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pekerja kontrak dalam sektor awam ketika ini dan adakah kerajaan bercadang untuk menyerap secara tetap dan automatik kepada mereka yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor tujuh bertarikh 6 April 2015 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang memandangkan ia melibatkan isu yang sama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Sila Yang Berhormat. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2015 bilangan pegawai kontrak dalam perkhidmatan awam adalah seramai 47,728 orang. Setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk menyerapkan secara tetap dan automatik kepada mereka yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun. Oleh itu, kerajaan tidak memberi komitmen bahawa pegawai kontrak akan dilantik serta diserap secara automatik ke jawatan tetap. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah menjadi tanggungjawab pegawai lantikan kontrak untuk memohon jawatan tetap dengan pihak berkuasa melantik yang berkenaan berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman yang dimiliki. Pengalaman berkhidmat dengan kerajaan merupakan satu kelebihan untuk dipertimbangkan pelantikan ke jawatan tetap. Terima kasih.
tol. Jadi saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri juga boleh memberi satu consideration untuk tidak mengenakan tol kerana apabila mereka menggunakan Salak South exit... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ringkaskan Yang Berhormat. Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: ...RM1.50, kalau hendak guna Putrajaya RM2.50. Terima kasih. Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Yang Berhormat Serdang sebenarnya tidak mengemukakan soalan tetapi lebih berbentuk cadangan. Cadangan Yang Berhormat agar tol tidak dikenakan ini bukan untuk Kementerian Kerja Raya untuk membuat keputusan tetapi ia akan disampaikan dan seterusnya akan diputuskan oleh kerajaan Yang Berhormat seperti yang saya katakan dalam awal jawapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu Lebuh raya MEX ini memang menjadi laluan untuk segera daripada Kuala Lumpur ke Putrajaya dan persimpangan bertingkat yang menghubungkan Lebuhraya MEX dan Seri Kembangan ini telah dimulakan pembinaannya seawal tahun 2012 dan kita tahu laluan sejauh 10 kilometer yang memasuki lebuh raya ini kos pembinaannya terutamanya berkaitan dengan pengambilan tanah ini bernilai hampir RM20 juta. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah nilai RM20 juta ini mencukupi memandangkan nilai tanah yang sudah semakin meningkat pada hari ini dan berapakah jumlah jangkaan kenderaan yang akan melalui persimpangan baru tersebut selepas ia dibuka nanti. Terima kasih. Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat Sekijang atas soalan yang dikemukakan. Sebenarnya dalam kos projek terutama sekali dalam kos pengambilan tanah hanya RM20 juta yang terlibat Yang Berhormat. Mengenai jangkaan trafik memandangkan cadangan persimpangan bertingkat Seri Kembangan ini adalah satu projek yang dilaksanakan khusus untuk menyuraikan trafik. Soalan mengenai spesifik berapa jumlah trafik yang akan terlibat selepas sahaja siapnya persimpangan ini akan saya berikan Yang Berhormat secara bertulis kerana saya tidak ada faktanya pada ketika ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 5. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pekerja kontrak dalam sektor awam ketika ini dan adakah kerajaan bercadang untuk menyerap secara tetap dan automatik kepada mereka yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor tujuh bertarikh 6 April 2015 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang memandangkan ia melibatkan isu yang sama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Sila Yang Berhormat. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2015 bilangan pegawai kontrak dalam perkhidmatan awam adalah seramai 47,728 orang. Setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk menyerapkan secara tetap dan automatik kepada mereka yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun. Oleh itu, kerajaan tidak memberi komitmen bahawa pegawai kontrak akan dilantik serta diserap secara automatik ke jawatan tetap. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah menjadi tanggungjawab pegawai lantikan kontrak untuk memohon jawatan tetap dengan pihak berkuasa melantik yang berkenaan berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman yang dimiliki. Pengalaman berkhidmat dengan kerajaan merupakan satu kelebihan untuk dipertimbangkan pelantikan ke jawatan tetap. Terima kasih.
8
20
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
DR.01.04.2015 9 ■1040 Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri. Dalam kawasan saya, ibu bapa sering bertanyakan bila pegawai kontrak dapat diserapkan. Oleh sebab mereka tiap-tiap tahun menghadapi kerisauan kerana mungkin disambung, mungkin tidak. Setiap ibu bapa yang hantar anak-anak belajar sehingga peringkat pengajian tinggi mempunyai satu impian untuk anak mereka dapat jawatan tetap dalam kerajaan. Begitu juga kita tahu, Jabatan Perkhidmatan Awam jabatan yang mengawal pengambilan pegawai-pegawai dan kakitangan, menjaga kenaikan pangkat. Pegawai-pegawai pula menjadi pengerusi tender dan pelbagai-bagainya di tiap-tiap jabatan. Akan tetapi kadang-kadang pembangkang memberi tuduhan kononnya Ketua UMNO yang bagi projek. Oleh sebab itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Sejauh mana pihak JPA merujuk kepada Yang Berhormat Menteri soal-soal JPA? Ini kerana bila berbangkit masalah, setiap Ahli Parlimen akan bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Mohon penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, pegawai kontrak ini, saya menjawab soalan yang ditanya tadi iaitu sama ada mereka ini dilantik selepas lima tahun, secara automatik dipertimbangkan jawatan tetap. Saya jawab bahawa tidak. Akan tetapi walau bagaimanapun, kita kena ingat bahawa kerajaan sentiasa prihatin kepada masalah rakyat dan benda ini telah pun diperbincangkan dari semasa ke semasa. Cuma buat masa ini, kita belum ada polisi bahawa mereka akan dilantik secara automatik. Akan tetapi sudah pasti ia menjadi pertimbangan kerajaan dari semasa ke semasa. Cuma tentang jumlah tahun itu, kita serah kepada Yang Amat Perdana Menteri untuk mempertimbangkannya dan saya percaya benda ini sedang diberi perhatian yang serius. Saya sedar bahawa memang kalau berdasarkan pasaran sekarang, semua orang mempunyai kelulusan yang hebat. Akan tetapi bukan semua orang yang dapat dilantik ke jawatan tetap, setengahnya kontrak dan sebagainya. Jadi, kita mengambil kira perkara ini dan saya sentiasa maklum kepada mereka yang mendapat jawatan tetap bahawa walaupun mereka tetap tetapi masih banyak yang layak di luar sana yang tidak dapat dilantik secara tetap. Jadi, yang tetap hendaklah bekerja bersungguh-sungguh dan bersyukur ke hadrat Allah Subhana Wata’ala. Berhubung dengan kompelin bahawa terdapat anggota-anggota kerajaan, termasuk Ketua Jabatan yang kononnya dituduh terlibat dengan pemberian kontrak dan sebagainya. Saya hendak memberi tahu bahawa memang Pengerusi Jawatankuasa Kontrak ialah ketua jabatan yang berkenaan sama ada KSU ataupun ketua jabatan yang berkenaan. Sudah pasti mereka yang membuat pemilihan bersama dengan jawatankuasa. Akan tetapi berhubung dengan tuduhan yang dibuat dari semasa ke semasa, tuduhan ini selalunya dibuat oleh orang yang tidak dapat kontrak. Saya rasa tuduhan itu tidak tetap. Walau bagaimanapun, oleh sebab benda ini dibangkitkan dari semasa ke semasa, beri saya sedikit tempoh untuk membolehkan ia dimaklumkan dengan secara rasmi nanti bahawa tuduhan tersebut timbul kerana sebab-sebab tertentu. Jadi, pada masa sekarang ini jawapan saya ialah tidak ada. Akan tetapi kalau dibangkitkan dari semasa ke semasa, kita hendaklah mengikut proses biasa, report pada SPRM dan sebagainya. Akan tetapi di pihak kerajaan sendiri, untuk memastikan supaya kita bersih daripada tuduhan tersebut, kita ada Laporan Audit yang dibuat dua kali setahun. Laporan Audit akan dibawa kepada PAC yang mana anggota pembangkang berada dalam PAC. Selepas itu tindakan akan diambil kepada mereka yang didapati salah laku dan sebagainya. Sama ada JPA sentiasa beri taklimat kepada saya, kalau saya minta, mereka bagi taklimat. Akan tetapi mungkin ada benda-benda lain yang mereka rasa tidak perlu dirujuk kepada saya, mereka rujuk kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang itu saya tidak tahu, sebab kecuali benda-benda itu yang memerlukan saya mengetahuinya, maka
#1040. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri. Dalam kawasan saya, ibu bapa sering bertanyakan bila pegawai kontrak dapat diserapkan. Oleh sebab mereka tiap-tiap tahun menghadapi kerisauan kerana mungkin disambung, mungkin tidak. Setiap ibu bapa yang hantar anak-anak belajar sehingga peringkat pengajian tinggi mempunyai satu impian untuk anak mereka dapat jawatan tetap dalam kerajaan. Begitu juga kita tahu, Jabatan Perkhidmatan Awam jabatan yang mengawal pengambilan pegawai-pegawai dan kakitangan, menjaga kenaikan pangkat. Pegawai-pegawai pula menjadi pengerusi tender dan pelbagai-bagainya di tiap-tiap jabatan. Akan tetapi kadang-kadang pembangkang memberi tuduhan kononnya Ketua UMNO yang bagi projek. Oleh sebab itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Sejauh mana pihak JPA merujuk kepada Yang Berhormat Menteri soal-soal JPA? Ini kerana bila berbangkit masalah, setiap Ahli Parlimen akan bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Mohon penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, pegawai kontrak ini, saya menjawab soalan yang ditanya tadi iaitu sama ada mereka ini dilantik selepas lima tahun, secara automatik dipertimbangkan jawatan tetap. Saya jawab bahawa tidak. Akan tetapi walau bagaimanapun, kita kena ingat bahawa kerajaan sentiasa prihatin kepada masalah rakyat dan benda ini telah pun diperbincangkan dari semasa ke semasa. Cuma buat masa ini, kita belum ada polisi bahawa mereka akan dilantik secara automatik. Akan tetapi sudah pasti ia menjadi pertimbangan kerajaan dari semasa ke semasa. Cuma tentang jumlah tahun itu, kita serah kepada Yang Amat Perdana Menteri untuk mempertimbangkannya dan saya percaya benda ini sedang diberi perhatian yang serius. Saya sedar bahawa memang kalau berdasarkan pasaran sekarang, semua orang mempunyai kelulusan yang hebat. Akan tetapi bukan semua orang yang dapat dilantik ke jawatan tetap, setengahnya kontrak dan sebagainya. Jadi, kita mengambil kira perkara ini dan saya sentiasa maklum kepada mereka yang mendapat jawatan tetap bahawa walaupun mereka tetap tetapi masih banyak yang layak di luar sana yang tidak dapat dilantik secara tetap. Jadi, yang tetap hendaklah bekerja bersungguh-sungguh dan bersyukur ke hadrat Allah Subhana Wata'ala. Berhubung dengan kompelin bahawa terdapat anggota-anggota kerajaan, termasuk Ketua Jabatan yang kononnya dituduh terlibat dengan pemberian kontrak dan sebagainya. Saya hendak memberi tahu bahawa memang Pengerusi Jawatankuasa Kontrak ialah ketua jabatan yang berkenaan sama ada KSU ataupun ketua jabatan yang berkenaan. Sudah pasti mereka yang membuat pemilihan bersama dengan jawatankuasa. Akan tetapi berhubung dengan tuduhan yang dibuat dari semasa ke semasa, tuduhan ini selalunya dibuat oleh orang yang tidak dapat kontrak. Saya rasa tuduhan itu tidak tetap. Walau bagaimanapun, oleh sebab benda ini dibangkitkan dari semasa ke semasa, beri saya sedikit tempoh untuk membolehkan ia dimaklumkan dengan secara rasmi nanti bahawa tuduhan tersebut timbul kerana sebab-sebab tertentu. Jadi, pada masa sekarang ini jawapan saya ialah tidak ada. Akan tetapi kalau dibangkitkan dari semasa ke semasa, kita hendaklah mengikut proses biasa, report pada SPRM dan sebagainya. Akan tetapi di pihak kerajaan sendiri, untuk memastikan supaya kita bersih daripada tuduhan tersebut, kita ada Laporan Audit yang dibuat dua kali setahun. Laporan Audit akan dibawa kepada PAC yang mana anggota pembangkang berada dalam PAC. Selepas itu tindakan akan diambil kepada mereka yang didapati salah laku dan sebagainya. Sama ada JPA sentiasa beri taklimat kepada saya, kalau saya minta, mereka bagi taklimat. Akan tetapi mungkin ada benda-benda lain yang mereka rasa tidak perlu dirujuk kepada saya, mereka rujuk kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang itu saya tidak tahu, sebab kecuali benda-benda itu yang memerlukan saya mengetahuinya, maka.
9
21
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
10 DR.1.4.2015 saya tahulah. Mana yang saya tidak tahu, maka saya tidak tahulah. Jadi, sebab benda itu tidak perlu saya tahu dan tidak perlu saya umumkan ataupun tidak ada pertanyaan mengenai perkara tersebut, maka saya pun tidak menjawabnya. Akan tetapi kalau ada sekiranya perkara tersebut yang ada hubung kait yang ditanya kepada saya, saya akan menjawabnya. Saya mengambil pendekatan yang mudah iaitu memberi ruang seluas-luasnya untuk anggota kerajaan bertindak dan menjalankan tugas masing-masing dengan penuh kebebasan. Akan tetapi kalau sekiranya ada perkara-perkara yang orang tidak puas hati, maka kita akan ambil tindakan yang sewajarnya. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menanti soalan nombor tiga tidak dapat tadi. Yang Berhormat Menteri, seperti mana Yang Berhormat Menteri beri jawapan tadi, lebih daripada 47 ribu orang pekerja kontrak yang berada pada tahap ini. Seperti mana amalan biasa Tuan Yang di-Pertua, pekerja kontrak berlaku daripada generasi kepada generasi dan terutama di sektor pendidikan, PBT dan di semua kementerian bermasalah berdepan dengan pekerja kontrak. Masalahnya ialah apabila mereka tua, dia tidak ada masa depan. Maknanya, dia tidak ada pencen, dia tidak ada apa dan yang menyedihkan lagi ialah mereka ini bekerja lebih 10 tahun. Ada lebih berbelas tahun pun ada Yang Berhormat Menteri dan ini memberikan satu isyarat bahawa perlu ada sesuatu yang perlu dilakukan. Soalan saya ialah apakah langkah KPI yang boleh diambil oleh kerajaan untuk memastikan pekerja kontrak ini dapat dalam tempoh kelayakan. Sekurang-kurangnya ada tempoh macam lebih 10 tahun kah yang boleh mereka harapkan dalam bertugas untuk mereka diserapkan kepada pekerja tetap. Jadi, ada sesuatu yang boleh menanti mereka sekurang-kurangnya dan ini akan memberikan motivasi kepada mereka untuk bekerja dengan lebih efisien dan lebih baik. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Ya, soalan yang baik seperti juga soalan asal yang ditanya oleh Yang Berhormat Gerik tadi. Yang Berhormat, saya tahu akan tanya soalan berapakah pegawai KEMAS, tapi terlupa ya? Pegawai KEMAS yang bertaraf kontrak 17,075 dan 2 ribu daripada mereka jawatan tetap. Jadi, untuk ingatan ke depan ini bahawa 15 ribu lebih tidak tetap dan 2 ribu tetap. Jadi, jumlah 17,075. Yang Berhormat, berhubung dengan kontrak ini, kita tahu bahawa mereka ini bila diambil bekerja, mereka orang yang bekerja ini faham bahawa mereka diambil bekerja secara kontrak ya, pekerja kontrak. Akan tetapi iaitu mereka yang diambil bekerja secara contract for service sebanyak 3,867 atau 8.1% sementara contract of service 43,861 orang ataupun 91.9%. Bila mereka diambil bekerja, mereka tahu bahawa ini kerja kontrak. Cuma sekarang ini menjadi tugas wakil rakyat untuk memperjuangkan supaya orang yang kontrak itu dapat kerja tetap. Ini perjuangan kita dan mereka yang bekerja itu mereka faham bahawa itu kerja kontrak dan ada kerja tetap. Ada yang dapat tetap, tetap. Ada yang dapat kontrak, kontrak. Jadi, orang yang bekerja kontrak sepatutnya faham bahawa mereka bukan tetap. Mereka kontrak, itu yang pertama. Sekarang ini perjuangan kita wakil-wakil rakyat, Wakil Rakyat Barisan Nasional terutamanya, juga wakil rakyat pembangkang untuk memperjuangkan supaya mereka ini dapat tetap. Akan tetapi orang yang dapat kontrak ini Yang Berhormat, dia kelebihannya satu yang utama. Bila ada pekerjaan tetap mereka meminta, mereka markah lebih sedikit daripada orang yang baru untuk memohon kerja. Itu kelebihannya. Mereka kena bersyukur itu. Banyak daripada mereka yang dapat kerja tetap ini ialah mereka yang asalnya kontrak. Akan tetapi oleh sebab pengalaman mereka bekerja, mereka boleh menjawab soalan dengan baik dan menunjukkan sifat confident dan sebagainya, mereka lebih mudah untuk dapat kerja. ■1050 Ini kelebihan yang pertama yang harus kita terima iaitu orang yang bekerja kontrak sekurang-kurangnya mendapat kelebihan bila mereka ditemu duga untuk jawatan tetap. Nombor dua, saya hendak beritahu bahawa kerajaan tidak berdiam diri tentang apa-apa perkara yang menimbulkan resah gelisah rakyat terutamanya anggota kerajaan. Jadi, perkara ini diberi pertimbangan dari semasa ke semasa dan diperbincangkan dari
saya tahulah. Mana yang saya tidak tahu, maka saya tidak tahulah. Jadi, sebab benda itu tidak perlu saya tahu dan tidak perlu saya umumkan ataupun tidak ada pertanyaan mengenai perkara tersebut, maka saya pun tidak menjawabnya. Akan tetapi kalau ada sekiranya perkara tersebut yang ada hubung kait yang ditanya kepada saya, saya akan menjawabnya. Saya mengambil pendekatan yang mudah iaitu memberi ruang seluas-luasnya untuk anggota kerajaan bertindak dan menjalankan tugas masing-masing dengan penuh kebebasan. Akan tetapi kalau sekiranya ada perkara-perkara yang orang tidak puas hati, maka kita akan ambil tindakan yang sewajarnya. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menanti soalan nombor tiga tidak dapat tadi. Yang Berhormat Menteri, seperti mana Yang Berhormat Menteri beri jawapan tadi, lebih daripada 47 ribu orang pekerja kontrak yang berada pada tahap ini. Seperti mana amalan biasa Tuan Yang di-Pertua, pekerja kontrak berlaku daripada generasi kepada generasi dan terutama di sektor pendidikan, PBT dan di semua kementerian bermasalah berdepan dengan pekerja kontrak. Masalahnya ialah apabila mereka tua, dia tidak ada masa depan. Maknanya, dia tidak ada pencen, dia tidak ada apa dan yang menyedihkan lagi ialah mereka ini bekerja lebih 10 tahun. Ada lebih berbelas tahun pun ada Yang Berhormat Menteri dan ini memberikan satu isyarat bahawa perlu ada sesuatu yang perlu dilakukan. Soalan saya ialah apakah langkah KPI yang boleh diambil oleh kerajaan untuk memastikan pekerja kontrak ini dapat dalam tempoh kelayakan. Sekurang-kurangnya ada tempoh macam lebih 10 tahun kah yang boleh mereka harapkan dalam bertugas untuk mereka diserapkan kepada pekerja tetap. Jadi, ada sesuatu yang boleh menanti mereka sekurang-kurangnya dan ini akan memberikan motivasi kepada mereka untuk bekerja dengan lebih efisien dan lebih baik. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Ya, soalan yang baik seperti juga soalan asal yang ditanya oleh Yang Berhormat Gerik tadi. Yang Berhormat, saya tahu akan tanya soalan berapakah pegawai KEMAS, tapi terlupa ya? Pegawai KEMAS yang bertaraf kontrak 17,075 dan 2 ribu daripada mereka jawatan tetap. Jadi, untuk ingatan ke depan ini bahawa 15 ribu lebih tidak tetap dan 2 ribu tetap. Jadi, jumlah 17,075. Yang Berhormat, berhubung dengan kontrak ini, kita tahu bahawa mereka ini bila diambil bekerja, mereka orang yang bekerja ini faham bahawa mereka diambil bekerja secara kontrak ya, pekerja kontrak. Akan tetapi iaitu mereka yang diambil bekerja secara contract for service sebanyak 3,867 atau 8.1% sementara contract of service 43,861 orang ataupun 91.9%. Bila mereka diambil bekerja, mereka tahu bahawa ini kerja kontrak. Cuma sekarang ini menjadi tugas wakil rakyat untuk memperjuangkan supaya orang yang kontrak itu dapat kerja tetap. Ini perjuangan kita dan mereka yang bekerja itu mereka faham bahawa itu kerja kontrak dan ada kerja tetap. Ada yang dapat tetap, tetap. Ada yang dapat kontrak, kontrak. Jadi, orang yang bekerja kontrak sepatutnya faham bahawa mereka bukan tetap. Mereka kontrak, itu yang pertama. Sekarang ini perjuangan kita wakil-wakil rakyat, Wakil Rakyat Barisan Nasional terutamanya, juga wakil rakyat pembangkang untuk memperjuangkan supaya mereka ini dapat tetap. Akan tetapi orang yang dapat kontrak ini Yang Berhormat, dia kelebihannya satu yang utama. Bila ada pekerjaan tetap mereka meminta, mereka markah lebih sedikit daripada orang yang baru untuk memohon kerja. Itu kelebihannya. Mereka kena bersyukur itu. Banyak daripada mereka yang dapat kerja tetap ini ialah mereka yang asalnya kontrak. Akan tetapi oleh sebab pengalaman mereka bekerja, mereka boleh menjawab soalan dengan baik dan menunjukkan sifat confident dan sebagainya, mereka lebih mudah untuk dapat kerja. #1050. Ini kelebihan yang pertama yang harus kita terima iaitu orang yang bekerja kontrak sekurang-kurangnya mendapat kelebihan bila mereka ditemu duga untuk jawatan tetap. Nombor dua, saya hendak beritahu bahawa kerajaan tidak berdiam diri tentang apa-apa perkara yang menimbulkan resah gelisah rakyat terutamanya anggota kerajaan. Jadi, perkara ini diberi pertimbangan dari semasa ke semasa dan diperbincangkan dari.
10
22
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
DR.01.04.2015 11 semasa ke semasa. Kita berdoa semoga akan tiba masanya mungkin akan dipertimbangkan apa Yang Berhormat akan sebutkan tadi atau pun kita terus berada dalam keadaan sekarang tetapi dalam bentuk kelebihan bahawa pegawai kontrak kelebihannya ialah bila minta kerja tetap mereka ada markah yang lebih daripada orang lain. Akan tetapi, saya hendak beritahu Yang Berhormat di samping kerja kontrak ini, ada kerja yang kurang sedikit daripada kontrak. Kontrak ini dapat gaji bulanan. Ini kerja yang dipanggil sambilan harian. Ini pula minta kalau boleh mereka dapat kontrak. Jadi Yang Berhormat tengok peringkat-peringkat yang ada itu. Pekerja sambilan harian minta dapat kontrak. Yang kontrak dapat tetap. Jadi, kerajaan akan mempertimbangkannya dari semasa ke semasa tetapi sekurang-kurangnya bagi mereka yang bekerja walaupun sebagai kontrak bersyukur alhamdulillah kerana mereka berada dalam jawatan tersebut. Ini kerana dalam keadaan dunia yang mencabar dan gawat ini Malaysia masih mampu mempertahankan pegawai kontrak walaupun ada pelbagai tekanan dan inilah suatu kewajaran yang harus kita ucapkan terima kasih pada kerajaan. Akan tetapi kerajaan tidak pernah melupakan bahawa pegawai kontrak ini berada dalam keadaan begitu sahaja tetapi mereka sedang dilihat sejauh mana kerajaan mampu untuk mempertimbangkan mereka ke tempat yang lebih bagus. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Lembah Pantai tidak berada di Dewan pada ketika ini untuk soalan nombor 6. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan. [Soalan No. 6 – Y.B. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Lembah Pantai) tidak hadir] 7. Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kemungkinan ekonomi negara akan dilanda kesan atau kegagalan sistemik (systemic effect atau systemic failure) akibat daripada ketidaktentuan ekonomi global yang dialami sekarang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Abdul Wahid Omar]: Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Yang Berhormat Parit, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ketidaktentuan ekonomi global dijangka tidak akan mengakibatkan kegagalan sistematik ataupun systemic effect atau pun systemic failure kepada kedudukan ekonomik negara. Ini kerana asas ekonomi negara ketika ini adalah kukuh untuk menangani persekitaran luar yang tidak menentu. Saya bagi mungkin lima sebab mengapa saya mengatakan tersebut. Pertama sekali ialah kerana kita telah pun mempelbagaikan asas struktur ekonomi kita di mana kita tidak terlalu bergantung kepada mana-mana subsektor ataupun komoditi. Sebagai contohnya sumbangan sektor perkhidmatan kepada ekonomi kita telah meningkat kepada tahap 55%, sumbangan sektor pembuatan pada tahap 25% dan penggantungan kita kepada sektor komoditi, minyak dan gas pada kadar 15%. Keduanya adalah kedudukan persekitaran pasaran domestik kita yang stabil, sebagai contoh kadar inflasi negara kita terkawal pada kadar kurang daripada 3% sejak lima tahun yang lepas dan dijangka terus rendah berikutan jatuhan harga minyak mentah dan juga harga komoditi dunia. Kita juga menikmati kadar guna tenaga penuh semenjak 20 tahun yang lalu dan kini kadar pengangguran adalah rendah,h sekitar 3%. Ini banyak membantu dalam menstabilkan kedudukan domestik kita. Ketiga ialah dalam konteks saiz kedudukan imbangan pembayaran kita yang kekal berdaya tahan di mana baki akaun semasa negara telah pun meningkat daripada RM39.9
semasa ke semasa. Kita berdoa semoga akan tiba masanya mungkin akan dipertimbangkan apa Yang Berhormat akan sebutkan tadi atau pun kita terus berada dalam keadaan sekarang tetapi dalam bentuk kelebihan bahawa pegawai kontrak kelebihannya ialah bila minta kerja tetap mereka ada markah yang lebih daripada orang lain. Akan tetapi, saya hendak beritahu Yang Berhormat di samping kerja kontrak ini, ada kerja yang kurang sedikit daripada kontrak. Kontrak ini dapat gaji bulanan. Ini kerja yang dipanggil sambilan harian. Ini pula minta kalau boleh mereka dapat kontrak. Jadi Yang Berhormat tengok peringkat-peringkat yang ada itu. Pekerja sambilan harian minta dapat kontrak. Yang kontrak dapat tetap. Jadi, kerajaan akan mempertimbangkannya dari semasa ke semasa tetapi sekurang-kurangnya bagi mereka yang bekerja walaupun sebagai kontrak bersyukur alhamdulillah kerana mereka berada dalam jawatan tersebut. Ini kerana dalam keadaan dunia yang mencabar dan gawat ini Malaysia masih mampu mempertahankan pegawai kontrak walaupun ada pelbagai tekanan dan inilah suatu kewajaran yang harus kita ucapkan terima kasih pada kerajaan. Akan tetapi kerajaan tidak pernah melupakan bahawa pegawai kontrak ini berada dalam keadaan begitu sahaja tetapi mereka sedang dilihat sejauh mana kerajaan mampu untuk mempertimbangkan mereka ke tempat yang lebih bagus. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Lembah Pantai tidak berada di Dewan pada ketika ini untuk soalan nombor 6. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan. [Soalan No. 6- Y.B. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Lembah Pantai) tidak hadir]. 7. Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kemungkinan ekonomi negara akan dilanda kesan atau kegagalan sistemik (systemic effect atau systemic failure) akibat daripada ketidaktentuan ekonomi global yang dialami sekarang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Sri Abdul Wahid Omar]: Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Yang Berhormat Parit, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ketidaktentuan ekonomi global dijangka tidak akan mengakibatkan kegagalan sistematik ataupun systemic effect atau pun systemic failure kepada kedudukan ekonomik negara. Ini kerana asas ekonomi negara ketika ini adalah kukuh untuk menangani persekitaran luar yang tidak menentu. Saya bagi mungkin lima sebab mengapa saya mengatakan tersebut. Pertama sekali ialah kerana kita telah pun mempelbagaikan asas struktur ekonomi kita di mana kita tidak terlalu bergantung kepada mana-mana subsektor ataupun komoditi. Sebagai contohnya sumbangan sektor perkhidmatan kepada ekonomi kita telah meningkat kepada tahap 55%, sumbangan sektor pembuatan pada tahap 25% dan penggantungan kita kepada sektor komoditi, minyak dan gas pada kadar 15%. Keduanya adalah kedudukan persekitaran pasaran domestik kita yang stabil, sebagai contoh kadar inflasi negara kita terkawal pada kadar kurang daripada 3% sejak lima tahun yang lepas dan dijangka terus rendah berikutan jatuhan harga minyak mentah dan juga harga komoditi dunia. Kita juga menikmati kadar guna tenaga penuh semenjak 20 tahun yang lalu dan kini kadar pengangguran adalah rendah,h sekitar 3%. Ini banyak membantu dalam menstabilkan kedudukan domestik kita. Ketiga ialah dalam konteks saiz kedudukan imbangan pembayaran kita yang kekal berdaya tahan di mana baki akaun semasa negara telah pun meningkat daripada RM39.9.
11
23
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
12 DR.1.4.2015 bilion pada tahun 2015 kepada RM49.5 bilion pada tahun 2014. Ini merupakan 4.8% daripada pendapatan negara kasar untuk tahun 2014. Keempat adalah kedudukan reserve antarabangsa kita yang mana pada 13 Mac 2015 adalah berjumlah RM381.5 bilion bersamaan dengan USD 109.2 bilion. Paras reserve ini memadai untuk membiayai 7.8 bulan import tertangguh dan 1.1 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek. Sebagai perbandingan, semasa kali terakhir kadar mata wang Malaysia pada kadar RM3.67 untuk setiap Dolar Amerika, ketika itu kedudukan reserve kita adalah pada kadar RM79 bilion. Ini bermakna pada tahap RM109 bilion adalah lebih tinggi dan kalau kita bandingkan semasa ekonomi Asia yang merudum ataupun krisis ekonomi Asia tahun 1999 kedudukan reserve kita hanya pada kadar kurang daripada USD30 bilion. Kelima, antara yang penting sekali Tuan Yang di-Pertua ialah sistem kewangan dan perbankan negara kita yang kekal kukuh, yang mana bank-bank kita mempunyai nisbah jumlah modal yang melebihi paras pengawalseliaan minimum, kadar kecairan yang masih menyokong aktiviti ekonomi di mana nisbah pinjaman kepada deposit semasa adalah pada kadar 87% dan jumlah pinjaman tidak berbayar yang rendah. Untuk itu sistem kewangan kita dan perbankan negara mampu menghadapi sebarang ketidaktentuan ekonomi. Sebagai seorang bekas banker dengan izin, saya memang boleh confirm kan perkara ini yang mana bagi saya sistem kewangan negara kita merupakan antara yang paling terbaik, yang dikawal selia dan di supervise kan oleh Bank Negara Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya ialah negara kita telah pun berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 6% untuk tahun 2014 berbanding dengan 4.7% pada tahun 2013. Untuk tahun 2015 kita menjangkakan pertumbuhan ekonomi antara 4.5% hingga 5.5%. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa ketidaktentuan ekonomi global yang berpanjangan boleh menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi negara kita memandangkan Malaysia adalah sebuah ekonomi yang terbuka. Dalam hubungan ini, kita di pihak kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif serta melaksanakan strategi-strategi pengukuhan ekonomi yang berterusan seiring dengan perubahan senario ekonomi global bagi mengelakkan kegagalan sistemik kepada ekonomi kita. Terima kasih. Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas soalan tambahan. Antara faktor utama kemelesetan ekonomi negara tahun 1997, 1998 ialah kejatuhan nilai mata wang ringgit yang begitu teruk sehingga ke paras RM4.20 bersamaan USD1 pada satu peringkat. Faktor ini telah mencetuskan kegagalan sistematik kepada ekonomi negara sehingga menyebabkan hutang negara meningkat, kadar hutang tidak berbayar yang tinggi. Usahawan menjadi muflis, syarikat perniagaan terpaksa tutup kedai dan memberi kesan inflasi yang amat teruk terhadap rakyat. Pada krisis ekonomi 1997, 1998 kadar hutang negara ialah 32.2% dari KDNK tetapi sekarang telah meningkat kepada 55%. Soalan saya, sungguhpun tabung reserve negara telah banyak meningkat seperti Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, adakah itu dapat menjamin bahawa kegagalan sistematik tidak akan berlaku apabila melihat kepada nilai mata wang ringgit yang telah jatuh ke paras RM3.70 bersamaan UDS1 sekarang. Hampir sama dengan kesan ekonomi 1997, 1998 kerana ini ditambah dengan kadar hutang negara yang meningkat. Selain dari melakukan tambatan mata wang ringgit, apakah usaha lain yang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kegagalan sistemik ini tidak akan berulang lagi? Terima kasih. Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih sahabat dari Parit. Tuan Yang di-Pertua, ada banyak perbezaan kedudukan ekonomi kita sekarang berbanding dengan semasa krisis ekonomi Asia pada tahun 1997 dan 1998. Antaranya adalah, pertama sekali daripada segi kedudukan hutang sektor korporat pada masa dahulu amat tinggi dan di mana terdapat juga banyak korporat-korporat yang mempunyai hutang luar negara. Ini berbeza dengan kedudukan sekarang di mana kadar hutang korporat adalah lebih rendah dan kebanyakannya didominasi dalam mata wang Ringgit Malaysia.
bilion pada tahun 2015 kepada RM49.5 bilion pada tahun 2014. Ini merupakan 4.8% daripada pendapatan negara kasar untuk tahun 2014. Keempat adalah kedudukan reserve antarabangsa kita yang mana pada 13 Mac 2015 adalah berjumlah RM381.5 bilion bersamaan dengan USD 109.2 bilion. Paras reserve ini memadai untuk membiayai 7.8 bulan import tertangguh dan 1.1 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek. Sebagai perbandingan, semasa kali terakhir kadar mata wang Malaysia pada kadar RM3.67 untuk setiap Dolar Amerika, ketika itu kedudukan reserve kita adalah pada kadar RM79 bilion. Ini bermakna pada tahap RM109 bilion adalah lebih tinggi dan kalau kita bandingkan semasa ekonomi Asia yang merudum ataupun krisis ekonomi Asia tahun 1999 kedudukan reserve kita hanya pada kadar kurang daripada USD30 bilion. Kelima, antara yang penting sekali Tuan Yang di-Pertua ialah sistem kewangan dan perbankan negara kita yang kekal kukuh, yang mana bank-bank kita mempunyai nisbah jumlah modal yang melebihi paras pengawalseliaan minimum, kadar kecairan yang masih menyokong aktiviti ekonomi di mana nisbah pinjaman kepada deposit semasa adalah pada kadar 87% dan jumlah pinjaman tidak berbayar yang rendah. Untuk itu sistem kewangan kita dan perbankan negara mampu menghadapi sebarang ketidaktentuan ekonomi. Sebagai seorang bekas banker dengan izin, saya memang boleh confirm kan perkara ini yang mana bagi saya sistem kewangan negara kita merupakan antara yang paling terbaik, yang dikawal selia dan di supervise kan oleh Bank Negara Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya ialah negara kita telah pun berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 6% untuk tahun 2014 berbanding dengan 4.7% pada tahun 2013. Untuk tahun 2015 kita menjangkakan pertumbuhan ekonomi antara 4.5% hingga 5.5%. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa ketidaktentuan ekonomi global yang berpanjangan boleh menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi negara kita memandangkan Malaysia adalah sebuah ekonomi yang terbuka. Dalam hubungan ini, kita di pihak kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif serta melaksanakan strategi-strategi pengukuhan ekonomi yang berterusan seiring dengan perubahan senario ekonomi global bagi mengelakkan kegagalan sistemik kepada ekonomi kita. Terima kasih. Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas soalan tambahan. Antara faktor utama kemelesetan ekonomi negara tahun 1997, 1998 ialah kejatuhan nilai mata wang ringgit yang begitu teruk sehingga ke paras RM4.20 bersamaan USD1 pada satu peringkat. Faktor ini telah mencetuskan kegagalan sistematik kepada ekonomi negara sehingga menyebabkan hutang negara meningkat, kadar hutang tidak berbayar yang tinggi. Usahawan menjadi muflis, syarikat perniagaan terpaksa tutup kedai dan memberi kesan inflasi yang amat teruk terhadap rakyat. Pada krisis ekonomi 1997, 1998 kadar hutang negara ialah 32.2% dari KDNK tetapi sekarang telah meningkat kepada 55%. Soalan saya, sungguhpun tabung reserve negara telah banyak meningkat seperti Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, adakah itu dapat menjamin bahawa kegagalan sistematik tidak akan berlaku apabila melihat kepada nilai mata wang ringgit yang telah jatuh ke paras RM3.70 bersamaan UDS1 sekarang. Hampir sama dengan kesan ekonomi 1997, 1998 kerana ini ditambah dengan kadar hutang negara yang meningkat. Selain dari melakukan tambatan mata wang ringgit, apakah usaha lain yang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kegagalan sistemik ini tidak akan berulang lagi? Terima kasih. Dato' Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih sahabat dari Parit. Tuan Yang di-Pertua, ada banyak perbezaan kedudukan ekonomi kita sekarang berbanding dengan semasa krisis ekonomi Asia pada tahun 1997 dan 1998. Antaranya adalah, pertama sekali daripada segi kedudukan hutang sektor korporat pada masa dahulu amat tinggi dan di mana terdapat juga banyak korporat-korporat yang mempunyai hutang luar negara. Ini berbeza dengan kedudukan sekarang di mana kadar hutang korporat adalah lebih rendah dan kebanyakannya didominasi dalam mata wang Ringgit Malaysia.
12
24
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
DR.01.04.2015 13 ■1100 Keduanya, daripada segi kedudukan bank-bank ketika itu. Sebelum tahun 1998, Malaysia mempunyai sekitar 60 buah institusi perbankan yang datangnya dari pelbagai bentuk seperti ada bank perdagangan, bank saudagar, finance company, syarikat diskaun dan lain-lain. Lanjutan daripada krisis kewangan Asia, banyak pembaikan telah dilaksanakan. Antaranya, program konsolidasi sektor kewangan yang diterajui oleh Bank Negara Malaysia di mana lebih daripada 60 buah institusi kewangan ini telah digabungkan menjadi 10 buah kumpulan perbankan yang lebih besar, yang lebih teguh, mempunyai dana dan modal yang lebih tinggi dan diuruskan dengan lebih baik secara profesional dan juga dikawal selia dengan baik oleh Bank Negara Malaysia. Ini telah berterusan. Oleh sebab itulah semasa krisis ekonomi global pada tahun 2007 dan 2008, kita tidak terjejas dengan teruk berbanding dengan semasa krisis kewangan Asia tahun 1997 dan 1998. Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, daripada segi kedudukan hutang negara. Walaupun kita dapati bahawa memang ada peningkatan daripada segi peratusan hutang negara kepada GDP dengan izin, di bawah tahap bawah 55% sekarang ini, tetapi perlu diingatkan bahawa hutang-hutang ini hanya diambil untuk menampung perbelanjaan pembangunan dan kebanyakan hutang ini dalam bentuk mata wang Ringgit Malaysia. Jadi 97% daripada hutang negara didominasi dalam mata wang Ringgit Malaysia dan hanya 3% dalam mata wang asing. Untuk itu, berdasarkan kepada kedudukan tersebut, kita percaya bahawa apa yang kita alami sebelum ini, insya-Allah, tidak akan terkena pada Malaysia. Walau apapun, kita perlu peka akan kedudukan persekitaran yang mungkin berubah dari semasa ke semasa. Apa yang lebih penting kita terus mengukuhkan struktur ekonomi kita, terus memperkukuhkan kedudukan rizab negara kita dan juga terus memperkukuhkan kedudukan kewangan kerajaan. Oleh sebab itulah kita telah mensasarkan untuk consolidate, dengan izin, kedudukan fiskal kita dan seterusnya untuk mencapai satu sasaran bajet yang seimbang menjelang tahun 2020. Terima kasih. Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Seputeh tidak puas hati, Yang Berhormat. Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Yang Berhormat Seputeh ini kakak saya. Dia memang beri peluang jugalah. Yang Berhormat Menteri, saya mengikuti secara teliti jawapan Menteri tadi di mana Menteri telah katakan dalam Dewan yang mulia ini di mana sistem kewangan negara kita adalah antara yang paling kukuh dan kawal selia sistem kewangan kita juga adalah yang paling efisien. Bagaimanapun, adakah Yang Berhormat Menteri sedar mengikut Laporan GFI atau Global Financial Integrity- Menteri sudah senyum, dia tahu. Di mana Malaysia merupakan negara yang mengalami illicit outflow of money antara yang paling teruk di dunia sepanjang 10 tahun ini. Jumlah illicit outflow wang haram ini berjumlah RM1.1 trilion di mana negara paling teruk China, kedua Rusia, ketiga Mexico dan Malaysia menduduki tangga kelima. Maka saya mahu tahu... [Disampuk] Ini laporan terkini. Maka saya hendak tahu, apa mekanisme yang akan dilakukan oleh kerajaan... [Dewan riuh] Ini adakah terlibat dalam pengeluaran wang haram? Mengapakah bising sangat ini? Jika tidak, mengapakah bising? Oleh sebab itu saya hendak tanya, is this amount to internal bleeding of our economy system? Maka saya hendak tahu, apa rancangan dan mekanisme yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan illicit outflow, pengaliran wang haram ini tidak berlaku di Malaysia lagi? Sila jawab. Sekian, terima kasih.
#1100. Keduanya, daripada segi kedudukan bank-bank ketika itu. Sebelum tahun 1998, Malaysia mempunyai sekitar 60 buah institusi perbankan yang datangnya dari pelbagai bentuk seperti ada bank perdagangan, bank saudagar, finance company, syarikat diskaun dan lain-lain. Lanjutan daripada krisis kewangan Asia, banyak pembaikan telah dilaksanakan. Antaranya, program konsolidasi sektor kewangan yang diterajui oleh Bank Negara Malaysia di mana lebih daripada 60 buah institusi kewangan ini telah digabungkan menjadi 10 buah kumpulan perbankan yang lebih besar, yang lebih teguh, mempunyai dana dan modal yang lebih tinggi dan diuruskan dengan lebih baik secara profesional dan juga dikawal selia dengan baik oleh Bank Negara Malaysia. Ini telah berterusan. Oleh sebab itulah semasa krisis ekonomi global pada tahun 2007 dan 2008, kita tidak terjejas dengan teruk berbanding dengan semasa krisis kewangan Asia tahun 1997 dan 1998. Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, daripada segi kedudukan hutang negara. Walaupun kita dapati bahawa memang ada peningkatan daripada segi peratusan hutang negara kepada GDP dengan izin, di bawah tahap bawah 55% sekarang ini, tetapi perlu diingatkan bahawa hutang-hutang ini hanya diambil untuk menampung perbelanjaan pembangunan dan kebanyakan hutang ini dalam bentuk mata wang Ringgit Malaysia. Jadi 97% daripada hutang negara didominasi dalam mata wang Ringgit Malaysia dan hanya 3% dalam mata wang asing. Untuk itu, berdasarkan kepada kedudukan tersebut, kita percaya bahawa apa yang kita alami sebelum ini, insya-Allah, tidak akan terkena pada Malaysia. Walau apapun, kita perlu peka akan kedudukan persekitaran yang mungkin berubah dari semasa ke semasa. Apa yang lebih penting kita terus mengukuhkan struktur ekonomi kita, terus memperkukuhkan kedudukan rizab negara kita dan juga terus memperkukuhkan kedudukan kewangan kerajaan. Oleh sebab itulah kita telah mensasarkan untuk consolidate, dengan izin, kedudukan fiskal kita dan seterusnya untuk mencapai satu sasaran bajet yang seimbang menjelang tahun 2020. Terima kasih. Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Seputeh tidak puas hati, Yang Berhormat. Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Yang Berhormat Seputeh ini kakak saya. Dia memang beri peluang jugalah. Yang Berhormat Menteri, saya mengikuti secara teliti jawapan Menteri tadi di mana Menteri telah katakan dalam Dewan yang mulia ini di mana sistem kewangan negara kita adalah antara yang paling kukuh dan kawal selia sistem kewangan kita juga adalah yang paling efisien. Bagaimanapun, adakah Yang Berhormat Menteri sedar mengikut Laporan GFI atau Global Financial Integrity- Menteri sudah senyum, dia tahu. Di mana Malaysia merupakan negara yang mengalami illicit outflow of money antara yang paling teruk di dunia sepanjang 10 tahun ini. Jumlah illicit outflow wang haram ini berjumlah RM1.1 trilion di mana negara paling teruk China, kedua Rusia, ketiga Mexico dan Malaysia menduduki tangga kelima. Maka saya mahu tahu... [Disampuk] Ini laporan terkini. Maka saya hendak tahu, apa mekanisme yang akan dilakukan oleh kerajaan... [Dewan riuh] Ini adakah terlibat dalam pengeluaran wang haram? Mengapakah bising sangat ini? Jika tidak, mengapakah bising? Oleh sebab itu saya hendak tanya, is this amount to internal bleeding of our economy system? Maka saya hendak tahu, apa rancangan dan mekanisme yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan illicit outflow, pengaliran wang haram ini tidak berlaku di Malaysia lagi? Sila jawab. Sekian, terima kasih.
13
25
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
14 DR.1.4.2015 Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Tuan Yang di-Pertua, saya tersenyum sebab perkara ini setiap tahun dibangkitkan oleh pihak pembangkang dan setiap tahun pihak Bank Negara telah membuat penjelasan dan masih tidak faham-faham lagi [Ketawa] Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Saya bukan tidak faham. Keadaan tidak diperbaiki. Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Tuan Yang di-Pertua, walau apa pun, kebanyakan daripada gap yang disebutkan itu akibat transfer pricing dan juga akibat di mana banyak eksport dan import kita kepada negara seperti China dan sebagainya, sebagai contohnya, melalui negara-negara tertentu seperti Singapura dan juga Hong Kong. Saya minta mungkin agar Yang Berhormat Taiping boleh merujuk kembali kepada penjelasan yang telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia laporan tahun lepas lagi. Ia explanation yang serupa, Tuan Yang di-Pertua. Antara tujuan kita mengadakan GST, memandangkan tadi ada sebut GST, adalah untuk kita mengurangkan apa yang kita sebutkan tax gap di mana kita percaya ketika ini kita mempunyai satu tax gap, dengan izin, pada kadar 20%. Dengan pelaksanaan GST, antara manfaatnya yang baik adalah di mana kita dapat mengurangkan ketirisan ataupun tax leakages, dengan izin, dan ini bakal mempertingkatkan pendapatan kerajaan yang mana boleh digunakan bukan sahaja untuk mengurangkan kedudukan defisit fiskal kita tetapi juga dapat melaksanakan banyak program dan projek untuk manfaat rakyat seperti projek-projek jalan raya, jambatan di luar bandar, projek-projek pembinaan sekolah, hospital dan klinik desa yang banyak tertangguh sebelum ini. Jadi saya berharap dapat sokongan daripada semua agar kita dapat sama-sama melaksanakan sistem percukaian yang lebih transparent ini. Terima kasih. Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, boleh dapat soalan tambahan?... [Dewan riuh] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Labuan. Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Kelam kabut Yang Berhormat. Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Negara kita telah pun melaksanakan untuk beberapa tahun Economic Transformation Program yang digandingkan dengan Government Transformation Program untuk memastikan ekonomi kita terus meningkat daya saing dan delivery system menjadi lebih efisien untuk kita bergerak dengan lebih cepat dan membolehkan kita mencapai Wawasan 2020 diumumkan sebagai negara maju. Malah, negara kita Global Rating ada mengatakan yang recently dengan izin, ease of doing business pun sebenarnya agak tinggi, top five kalau saya tidak silap. Akan tetapi daripada pengalaman dan pengamatan yang kita ada, saya yakin ia berlaku di beberapa buah tempat di Malaysia dan termasuk di kawasan saya Labuan, ia macam tidak membayangkan ease of doing business itu rated seperti yang saya katakan tadi. Demand begitu tinggi dan keperluan begitu tinggi dan kita sedar pembangunan sepatutnya lebih private sector driven dan JV di antara private sector dengan kerajaan terutamanya untuk kawasan-kawasan yang tanahnya lebih sesuai untuk dibangunkan dan dibangunkan oleh pihak swasta perlu dilakukan dengan secepat mungkin untuk membolehkan kita respons kepada permintaan pasaran. Soalan saya, adakah kerajaan akan melihat dengan serius untuk melihat sistem ataupun birokrasi yang selama ini dilihat memberikan kekangan kepada keperluan- keperluan yang amat mendesak sebenarnya? Itulah sahaja soalan saya, Tuan Yang di- Pertua. ■1110 Dato’ Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih sahabat Yang Berhormat Labuan. Memang betul kita telah banyak melaksanakan program-program yang mana kita telah banyak mempermudah proses-proses untuk para pelabur datang ke negara kita dan ini selaras dengan Program Transformasi Ekonomi dan Government Transformation
Dato' Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Tuan Yang di-Pertua, saya tersenyum sebab perkara ini setiap tahun dibangkitkan oleh pihak pembangkang dan setiap tahun pihak Bank Negara telah membuat penjelasan dan masih tidak faham-faham lagi [Ketawa]. Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Saya bukan tidak faham. Keadaan tidak diperbaiki. Dato' Sri Abdul Wahid Omar: Tuan Yang di-Pertua, walau apa pun, kebanyakan daripada gap yang disebutkan itu akibat transfer pricing dan juga akibat di mana banyak eksport dan import kita kepada negara seperti China dan sebagainya, sebagai contohnya, melalui negara-negara tertentu seperti Singapura dan juga Hong Kong. Saya minta mungkin agar Yang Berhormat Taiping boleh merujuk kembali kepada penjelasan yang telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia laporan tahun lepas lagi. Ia explanation yang serupa, Tuan Yang di-Pertua. Antara tujuan kita mengadakan GST, memandangkan tadi ada sebut GST, adalah untuk kita mengurangkan apa yang kita sebutkan tax gap di mana kita percaya ketika ini kita mempunyai satu tax gap, dengan izin, pada kadar 20%. Dengan pelaksanaan GST, antara manfaatnya yang baik adalah di mana kita dapat mengurangkan ketirisan ataupun tax leakages, dengan izin, dan ini bakal mempertingkatkan pendapatan kerajaan yang mana boleh digunakan bukan sahaja untuk mengurangkan kedudukan defisit fiskal kita tetapi juga dapat melaksanakan banyak program dan projek untuk manfaat rakyat seperti projek-projek jalan raya, jambatan di luar bandar, projek-projek pembinaan sekolah, hospital dan klinik desa yang banyak tertangguh sebelum ini. Jadi saya berharap dapat sokongan daripada semua agar kita dapat sama-sama melaksanakan sistem percukaian yang lebih transparent ini. Terima kasih. Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, boleh dapat soalan tambahan?... [Dewan riuh]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Labuan. Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Kelam kabut Yang Berhormat. Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Negara kita telah pun melaksanakan untuk beberapa tahun Economic Transformation Program yang digandingkan dengan Government Transformation Program untuk memastikan ekonomi kita terus meningkat daya saing dan delivery system menjadi lebih efisien untuk kita bergerak dengan lebih cepat dan membolehkan kita mencapai Wawasan 2020 diumumkan sebagai negara maju. Malah, negara kita Global Rating ada mengatakan yang recently dengan izin, ease of doing business pun sebenarnya agak tinggi, top five kalau saya tidak silap. Akan tetapi daripada pengalaman dan pengamatan yang kita ada, saya yakin ia berlaku di beberapa buah tempat di Malaysia dan termasuk di kawasan saya Labuan, ia macam tidak membayangkan ease of doing business itu rated seperti yang saya katakan tadi. Demand begitu tinggi dan keperluan begitu tinggi dan kita sedar pembangunan sepatutnya lebih private sector driven dan JV di antara private sector dengan kerajaan terutamanya untuk kawasan-kawasan yang tanahnya lebih sesuai untuk dibangunkan dan dibangunkan oleh pihak swasta perlu dilakukan dengan secepat mungkin untuk membolehkan kita respons kepada permintaan pasaran. Soalan saya, adakah kerajaan akan melihat dengan serius untuk melihat sistem ataupun birokrasi yang selama ini dilihat memberikan kekangan kepada keperluan- keperluan yang amat mendesak sebenarnya? Itulah sahaja soalan saya, Tuan Yang di- Pertua. #1110. Dato' Sri Abdul Wahid Omar: Terima kasih sahabat Yang Berhormat Labuan. Memang betul kita telah banyak melaksanakan program-program yang mana kita telah banyak mempermudah proses-proses untuk para pelabur datang ke negara kita dan ini selaras dengan Program Transformasi Ekonomi dan Government Transformation.
14
26
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
DR.01.04.2015 15 Programme, dengan izin yang telah dilaksanakan. Sebab itulah kita telah mendapat peningkatan daripada segi pelbagai indeks yang dijalankan oleh pelbagai badan seperti Bank Dunia dan The World Economic Forum dan yang lain-lain. Untuk itu, kita juga telah berjaya untuk menarik pelaburan sebanyak RM35 bilion untuk tahun 2014 dalam satu suasana yang mencabar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa lagi isu-isu yang masih berbangkit, banyak isu tertentu yang isolated dari semasa ke semasa dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Untuk itu, kami di pihak kerajaan secara keseluruhannya dan MIDA terutamanya mengambil maklum akan isu-isu ini dan akan terus cuba mengatasi isu-isu yang berbangkit. Semasa itu, PEMUDAH akan terus mengenal pasti apa juga isu-isu ataupun proses yang perlu diperbaiki untuk masa hadapan. Terima kasih. 8. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli [Dungun] minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah bagi memastikan saham Felda Global Ventures (FGV) terus kekal berdaya saing. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Razali bin Ibrahim]: Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, jika dilihat daripada prestasi kewangan FGV untuk tahun 2014 seperti yang dilaporkan di Bursa Malaysia pada 24 Februari 2015, FGV sebenarnya mencatatkan keuntungan kasar sebanyak RM2.14 bilion dan keuntungan operasi sebanyak RM1.03 bilion, berbanding masing-masing RM878 juta dan RM610 juta bagi tahun 2013. Jumlah tersebut menunjukkan pencapaian yang lebih baik. Namun begitu, keuntungan bersih syarikat bagi tahun 2014 telah menurun kepada RM522 juta berbanding RM1.12 bilion pada tahun 2013. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah fair value charge, dengan izin yang perlu dipatuhi dalam loan lease agreement yang telah memberi kesan kepada prestasi akaun. Faktor lain ialah proses penanaman semula, faktor cuaca kemarau dan banjir serta ketidaktentuan harga minyak sawit mentah. Tuan Yang di-Pertua, faktor kejatuhan saham FGV ditentukan oleh pasaran dan keyakinan pelabur. FGV merupakan sebuah kumpulan perladangan yang mana 75% daripada pendapatannya adalah berdasarkan kepada komoditi sekali gus berkait rapat dengan pergerakan harga komoditi dunia. Harga minyak sawit mentah mula mencatatkan nilai lebih rendah berbanding tahun lalu bermula pada pertengahan tahun dan harga purata tidak banyak berubah sehingga Januari 2015. Purata harga minyak sawit mentah 2014 ialah RM2,410 per tan metrik. Pergerakan harga ini di luar kawalan FGV. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan meningkatkan semula keyakinan pelabur dan mengukuhkan syarikat melalui perniagaan hiliran untuk mengimbangi pendapatan agar tidak bergantung terus kepada perniagaan huluan semata-mata. Bagi mengukuhkan lagi operasi syarikat, FGV telah menekankan tiga aspek utama iaitu keberkesanan kos operasi, model perniagaan baru dan penstrukturan semula anak-anak syarikat kumpulan. Perancangan yang dibuat ini dijangka mampu mengembalikan semula keyakinan pelabur sekaligus memberi kesan positif kepada saham FGV untuk jangka masa panjang. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli [Dungun]: Atas jawapan yang telah diberikan, ada dua perkara penting yang ditekankan. Satu ialah berkaitan dengan syarikat FGV itu dan yang kedua ialah berkaitan dengan saham-saham yang dibeli oleh puluhan ribu peneroka. Ini mestilah dipastikan bahawa dalam menentukan saham Felda Global Ventures ini dapat berdaya saing supaya bebanan hutang yang ditanggung oleh para peneroka pada masa pengapungan IPO dibuat dengan jumlah nilai RM4.55 pada masa itu atas nilai korporat IPO itu dijamin akan mendapat menstabilkan keadaan. Saya pohon langkah-langlah tegas yang dijanjikan itu dapat diberikan satu jaminan supaya peneroka tidak terbeban dengan hutang yang sedia ada. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Programme, dengan izin yang telah dilaksanakan. Sebab itulah kita telah mendapat peningkatan daripada segi pelbagai indeks yang dijalankan oleh pelbagai badan seperti Bank Dunia dan The World Economic Forum dan yang lain-lain. Untuk itu, kita juga telah berjaya untuk menarik pelaburan sebanyak RM35 bilion untuk tahun 2014 dalam satu suasana yang mencabar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa lagi isu-isu yang masih berbangkit, banyak isu tertentu yang isolated dari semasa ke semasa dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Untuk itu, kami di pihak kerajaan secara keseluruhannya dan MIDA terutamanya mengambil maklum akan isu-isu ini dan akan terus cuba mengatasi isu-isu yang berbangkit. Semasa itu, PEMUDAH akan terus mengenal pasti apa juga isu-isu ataupun proses yang perlu diperbaiki untuk masa hadapan. Terima kasih. 8. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli [Dungun] minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah bagi memastikan saham Felda Global Ventures (FGV) terus kekal berdaya saing. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Razali bin Ibrahim]: Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, jika dilihat daripada prestasi kewangan FGV untuk tahun 2014 seperti yang dilaporkan di Bursa Malaysia pada 24 Februari 2015, FGV sebenarnya mencatatkan keuntungan kasar sebanyak RM2.14 bilion dan keuntungan operasi sebanyak RM1.03 bilion, berbanding masing-masing RM878 juta dan RM610 juta bagi tahun 2013. Jumlah tersebut menunjukkan pencapaian yang lebih baik. Namun begitu, keuntungan bersih syarikat bagi tahun 2014 telah menurun kepada RM522 juta berbanding RM1.12 bilion pada tahun 2013. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah fair value charge, dengan izin yang perlu dipatuhi dalam loan lease agreement yang telah memberi kesan kepada prestasi akaun. Faktor lain ialah proses penanaman semula, faktor cuaca kemarau dan banjir serta ketidaktentuan harga minyak sawit mentah. Tuan Yang di-Pertua, faktor kejatuhan saham FGV ditentukan oleh pasaran dan keyakinan pelabur. FGV merupakan sebuah kumpulan perladangan yang mana 75% daripada pendapatannya adalah berdasarkan kepada komoditi sekali gus berkait rapat dengan pergerakan harga komoditi dunia. Harga minyak sawit mentah mula mencatatkan nilai lebih rendah berbanding tahun lalu bermula pada pertengahan tahun dan harga purata tidak banyak berubah sehingga Januari 2015. Purata harga minyak sawit mentah 2014 ialah RM2,410 per tan metrik. Pergerakan harga ini di luar kawalan FGV. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan meningkatkan semula keyakinan pelabur dan mengukuhkan syarikat melalui perniagaan hiliran untuk mengimbangi pendapatan agar tidak bergantung terus kepada perniagaan huluan semata-mata. Bagi mengukuhkan lagi operasi syarikat, FGV telah menekankan tiga aspek utama iaitu keberkesanan kos operasi, model perniagaan baru dan penstrukturan semula anak-anak syarikat kumpulan. Perancangan yang dibuat ini dijangka mampu mengembalikan semula keyakinan pelabur sekaligus memberi kesan positif kepada saham FGV untuk jangka masa panjang. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli [Dungun]: Atas jawapan yang telah diberikan, ada dua perkara penting yang ditekankan. Satu ialah berkaitan dengan syarikat FGV itu dan yang kedua ialah berkaitan dengan saham-saham yang dibeli oleh puluhan ribu peneroka. Ini mestilah dipastikan bahawa dalam menentukan saham Felda Global Ventures ini dapat berdaya saing supaya bebanan hutang yang ditanggung oleh para peneroka pada masa pengapungan IPO dibuat dengan jumlah nilai RM4.55 pada masa itu atas nilai korporat IPO itu dijamin akan mendapat menstabilkan keadaan. Saya pohon langkah-langlah tegas yang dijanjikan itu dapat diberikan satu jaminan supaya peneroka tidak terbeban dengan hutang yang sedia ada. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
15
27
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
16 DR.1.4.2015 Dato’ Razali bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, kita akan ambil maklum tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun. Malahan, perlu saya perjelaskan di sini bahawa, sebenarnya hutang-hutang peneroka telah pun ditebus oleh pihak FELDA yang mana peneroka hanya perlu membayar RM50 sebulan selama 72 bulan dan dia akan terus menikmati dividen jika diberikan. Ini adalah salah satu cara yang dibuat FELDA bagi memastikan para peneroka tidak terus terbeban dengan pinjaman ketika mereka diberikan 800 saham seorang waktu disenaraikan. Maknanya secara mudah, pihak FELDA sebenarnya telah menebus pinjaman tersebut dan peneroka perlu membayar tanpa faedah dan secara mudah, ia dijamin oleh pihak FELDA. Mereka juga sebenarnya bebas untuk terus memegang ataupun melupuskan saham-saham yang telah diperuntukkan kepada setiap peneroka yang terlibat. Terima kasih Yang Berhormat. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, memandangkan dengan penurunan nilai ringgit dan juga penurunan harga nilai CPO, FGV sebagai sebuah syarikat yang bergantung kepada perniagaan. Saya ingin bertanya kepada Menteri, mampukah saham FGV kembali mencapai ke tahap yang lebih tinggi? Sekarang ini, lebih kurang RM2.10 sekurang- kurangnya kepada RM4.55 iaitu nilai asal dan bagaimanakah perancangan itu? Kalau ia mampu, agak-agaknya bilakah harga saham yang disasarkan itu akan tercapai? Terima kasih. Dato’ Razali bin Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat Sik, terima kasih Yang Berhormat semua kerana memberi penekanan terhadap keuntungan FGV, seterusnya dapat memberi faedah kepada peneroka. Pertama, seperti yang saya nyatakan tadi, kita menjangkakan bahawa dapat melakukan penjimatan hampir RM100 juta daripada keberkesanan kos operasi dan juga saya sebut tadi bahawa kita memperkenalkan model perniagaan baru iaitu dengan menubuhkan sebuah FGV Trading Sdn. Bhd yang akan menguruskan perdagangan 3 juta tan metrik minyak sawit mentah dan kita sasarkan pada tahun pertama, dapat membuat perolehan sebanyak RM2.5 bilion. Ketiganya saya juga menyebutkan tentang penstrukturan semula anak-anak syarikat yang ada di bawah FGV yang banyak ini, yang mana ada mencatatkan keuntungan, ada yang mempunyai liabiliti. Perkara ini akan disusun semula dan perkara ini semua akan dapat sekali lagi memberi faedah yang positif kepada masa hadapan saham FGV. Satu lagi saya perlu nyatakan di sini bahawa pada tahun 2012, jumlah pokok sawit tua yang dimiliki oleh FGV adalah dalam sekitar 57% dan sehingga sekarang kita dapat mengurangkan kepada 43%. Insya-Allah, kita jangkakan pada tahun 2020, jumlah pokok sawit muda kita akan dapat melepasi tahap 60%. Walaupun Yang Berhormat mengatakan bahawa harga minyak sawit mentah sekarang ini rendah, FGV mempunyai kawasan yang belum mengeluarkan hasil. Jadi, kita harap apabila sudah mula mengeluarkan hasil dan harga minyak sawit mentah dunia meningkat, pada ketika itu dia akan dapat memberi faedah yang besar kepada peneroka dan seterusnya dapat meningkatkan harga saham FGV itu sendiri. Pengumuman ini saya harap dapat memberikan keyakinan kepada mana- mana pelabur yang ingin membuat pelaburan dalam bidang komoditi minyak sawit. Untuk berbuat demikian kerana prospek masa hadapan FGV lebih baik apabila mengenai pokok- pokok muda yang bakal matang sekitar beberapa tahun lagi. Mengenai pertukaran mata wang, FGV dan mana-mana syarikat sebenarnya mempunyai faedah apabila melakukan urusan import dan eksport. Apabila kita eksport, kita tidak terkesan sangat dengan harga ringgit yang rendah. Malahan, ini semua adalah faktor yang menyumbang kepada penentuan kos operasi, kos keuntungan kasar dan keuntungan bersih sesebuah syarikat. Terima kasih Yang Berhormat. ■1120
Dato' Razali bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, kita akan ambil maklum tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun. Malahan, perlu saya perjelaskan di sini bahawa, sebenarnya hutang-hutang peneroka telah pun ditebus oleh pihak FELDA yang mana peneroka hanya perlu membayar RM50 sebulan selama 72 bulan dan dia akan terus menikmati dividen jika diberikan. Ini adalah salah satu cara yang dibuat FELDA bagi memastikan para peneroka tidak terus terbeban dengan pinjaman ketika mereka diberikan 800 saham seorang waktu disenaraikan. Maknanya secara mudah, pihak FELDA sebenarnya telah menebus pinjaman tersebut dan peneroka perlu membayar tanpa faedah dan secara mudah, ia dijamin oleh pihak FELDA. Mereka juga sebenarnya bebas untuk terus memegang ataupun melupuskan saham-saham yang telah diperuntukkan kepada setiap peneroka yang terlibat. Terima kasih Yang Berhormat. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, memandangkan dengan penurunan nilai ringgit dan juga penurunan harga nilai CPO, FGV sebagai sebuah syarikat yang bergantung kepada perniagaan. Saya ingin bertanya kepada Menteri, mampukah saham FGV kembali mencapai ke tahap yang lebih tinggi? Sekarang ini, lebih kurang RM2.10 sekurang- kurangnya kepada RM4.55 iaitu nilai asal dan bagaimanakah perancangan itu? Kalau ia mampu, agak-agaknya bilakah harga saham yang disasarkan itu akan tercapai? Terima kasih. Dato' Razali bin Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat Sik, terima kasih Yang Berhormat semua kerana memberi penekanan terhadap keuntungan FGV, seterusnya dapat memberi faedah kepada peneroka. Pertama, seperti yang saya nyatakan tadi, kita menjangkakan bahawa dapat melakukan penjimatan hampir RM100 juta daripada keberkesanan kos operasi dan juga saya sebut tadi bahawa kita memperkenalkan model perniagaan baru iaitu dengan menubuhkan sebuah FGV Trading Sdn. Bhd yang akan menguruskan perdagangan 3 juta tan metrik minyak sawit mentah dan kita sasarkan pada tahun pertama, dapat membuat perolehan sebanyak RM2.5 bilion. Ketiganya saya juga menyebutkan tentang penstrukturan semula anak-anak syarikat yang ada di bawah FGV yang banyak ini, yang mana ada mencatatkan keuntungan, ada yang mempunyai liabiliti. Perkara ini akan disusun semula dan perkara ini semua akan dapat sekali lagi memberi faedah yang positif kepada masa hadapan saham FGV. Satu lagi saya perlu nyatakan di sini bahawa pada tahun 2012, jumlah pokok sawit tua yang dimiliki oleh FGV adalah dalam sekitar 57% dan sehingga sekarang kita dapat mengurangkan kepada 43%. Insya-Allah, kita jangkakan pada tahun 2020, jumlah pokok sawit muda kita akan dapat melepasi tahap 60%. Walaupun Yang Berhormat mengatakan bahawa harga minyak sawit mentah sekarang ini rendah, FGV mempunyai kawasan yang belum mengeluarkan hasil. Jadi, kita harap apabila sudah mula mengeluarkan hasil dan harga minyak sawit mentah dunia meningkat, pada ketika itu dia akan dapat memberi faedah yang besar kepada peneroka dan seterusnya dapat meningkatkan harga saham FGV itu sendiri. Pengumuman ini saya harap dapat memberikan keyakinan kepada mana- mana pelabur yang ingin membuat pelaburan dalam bidang komoditi minyak sawit. Untuk berbuat demikian kerana prospek masa hadapan FGV lebih baik apabila mengenai pokok- pokok muda yang bakal matang sekitar beberapa tahun lagi. Mengenai pertukaran mata wang, FGV dan mana-mana syarikat sebenarnya mempunyai faedah apabila melakukan urusan import dan eksport. Apabila kita eksport, kita tidak terkesan sangat dengan harga ringgit yang rendah. Malahan, ini semua adalah faktor yang menyumbang kepada penentuan kos operasi, kos keuntungan kasar dan keuntungan bersih sesebuah syarikat. Terima kasih Yang Berhormat. #1120.
16
28
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
DR.01.04.2015 17 9. Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [Kuala Kangsar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah langkah-langkah drastik yang telah diambil oleh Kementerian bagi menangani kes penderaan kanak-kanak yang melibatkan tekanan emosi. Dan apakah peranan media melalui kementerian yang telah diambil demi membantu usaha tersebut. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar. Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani kes penderaan kanak-kanak termasuklah yang melibatkan tekanan emosi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang melibatkan penggubalan dasar, perundangan, penyediaan perkhidmatan sokongan serta juga pelaksanaan program advokasi. Antaranya adalah seperti berikut. Akta Kanak-kanak telah digubal pada tahun 2001 dan mereka yang melakukan penganiayaan atau mendedahkan kanak-kanak hingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal, emosi atau seksual boleh disabitkan di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak ini. Pesalah boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya. Majlis penyelaras bagi perlindungan kanak-kanak juga telah ditubuhkan bagi menasihati Menteri tentang aspek perlindungan kanak-kanak, seterusnya Majlis ini juga telah mewujudkan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak ataupun dipanggil PPKK yang anggotanya terdiri daripada pelindung iaitu pegawai kebajikan masyarakat, pegawai perubatan, pegawai kanan polis dan juga anggota masyarakat yang lain yang prihatin terhadap isu sosial yang melibatkan kanak-kanak. Fungsi utama PPKK adalah untuk menyelaras supaya perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak- kanak memerlukan atau disyaki memerlukan perlindungan. Pada masa ini terdapat 134 buah PPKK di seluruh negara. Ketiga, kita mempunyai dasar perlindungan kana-kanak. Kerajaan telah menggubal dasar perlindungan kanak-kanak pada bulan Julai 2009 untuk memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan sewajarnya. Dasar ini turut memastikan komitmen menyeluruh diambil oleh semua pihak termasuklah para ibu bapa atau penjaga kanak- kanak dalam melindungi kanak-kanak khususnya daripada sebarang bentuk keganasan mental, fizikal, kecederaan, pengabaian, penderaan atau eksploitasi dengan menyediakan persekitaran yang selamat dan juga mesra kepada kanak-kanak. Seterusnya kita juga menyediakan pusat aktiviti kanak-kanak. Pusat Aktiviti Kanak- Kanak ataupun PAKK ini ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan advokasi kepada keluarga dan kanak-kanak yang berisiko tinggi dalam aspek penderaan dan pengabaian. Kita juga menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa penderaan kanak-kanak bagi membantu mengukuhkan lagi emosi dan psikologi mereka. Kita juga menyediakan rumah kanak-kanak. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan 12 buah rumah kanak-kanak di seluruh negara untuk memberikan perlindungan kepada kanak- kanak yang didera. Pasukan Pencegah Penganiayaan dan Pengabaian Kanak-kanak (SCAN Team) juga diperkenalkan di 34 buah hospital kerajaan di seluruh negara. Pasukan ini berperanan khusus untuk mengendalikan kes dera dan penganiayaan kanak-kanak dan dilaksanakan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempunyai pakar pediatrik. Kita juga menyediakan Talian NUR 15999 dan Childline. Pada tahun 2007 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memperkenalkan perkhidmatan Talian NUR 15999. Talian ini membantu untuk memudahkan orang awam dan mangsa penderaan kanak-kanak membuat aduan dan mendapatkan khidmat nasihat. Pada bulan November 2010 pula, kementerian telah memperluaskan perkhidmatan Talian NUR 15999 dengan mewujudkan talian khusus bagi aduan kanak-kanak iaitu Childline 15999.
9. Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [Kuala Kangsar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah langkah-langkah drastik yang telah diambil oleh Kementerian bagi menangani kes penderaan kanak-kanak yang melibatkan tekanan emosi. Dan apakah peranan media melalui kementerian yang telah diambil demi membantu usaha tersebut. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar. Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani kes penderaan kanak-kanak termasuklah yang melibatkan tekanan emosi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang melibatkan penggubalan dasar, perundangan, penyediaan perkhidmatan sokongan serta juga pelaksanaan program advokasi. Antaranya adalah seperti berikut. Akta Kanak-kanak telah digubal pada tahun 2001 dan mereka yang melakukan penganiayaan atau mendedahkan kanak-kanak hingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal, emosi atau seksual boleh disabitkan di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak ini. Pesalah boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya. Majlis penyelaras bagi perlindungan kanak-kanak juga telah ditubuhkan bagi menasihati Menteri tentang aspek perlindungan kanak-kanak, seterusnya Majlis ini juga telah mewujudkan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak ataupun dipanggil PPKK yang anggotanya terdiri daripada pelindung iaitu pegawai kebajikan masyarakat, pegawai perubatan, pegawai kanan polis dan juga anggota masyarakat yang lain yang prihatin terhadap isu sosial yang melibatkan kanak-kanak. Fungsi utama PPKK adalah untuk menyelaras supaya perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak- kanak memerlukan atau disyaki memerlukan perlindungan. Pada masa ini terdapat 134 buah PPKK di seluruh negara. Ketiga, kita mempunyai dasar perlindungan kana-kanak. Kerajaan telah menggubal dasar perlindungan kanak-kanak pada bulan Julai 2009 untuk memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan sewajarnya. Dasar ini turut memastikan komitmen menyeluruh diambil oleh semua pihak termasuklah para ibu bapa atau penjaga kanak- kanak dalam melindungi kanak-kanak khususnya daripada sebarang bentuk keganasan mental, fizikal, kecederaan, pengabaian, penderaan atau eksploitasi dengan menyediakan persekitaran yang selamat dan juga mesra kepada kanak-kanak. Seterusnya kita juga menyediakan pusat aktiviti kanak-kanak. Pusat Aktiviti Kanak- Kanak ataupun PAKK ini ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan advokasi kepada keluarga dan kanak-kanak yang berisiko tinggi dalam aspek penderaan dan pengabaian. Kita juga menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa penderaan kanak-kanak bagi membantu mengukuhkan lagi emosi dan psikologi mereka. Kita juga menyediakan rumah kanak-kanak. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan 12 buah rumah kanak-kanak di seluruh negara untuk memberikan perlindungan kepada kanak- kanak yang didera. Pasukan Pencegah Penganiayaan dan Pengabaian Kanak-kanak (SCAN Team) juga diperkenalkan di 34 buah hospital kerajaan di seluruh negara. Pasukan ini berperanan khusus untuk mengendalikan kes dera dan penganiayaan kanak-kanak dan dilaksanakan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempunyai pakar pediatrik. Kita juga menyediakan Talian NUR 15999 dan Childline. Pada tahun 2007 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memperkenalkan perkhidmatan Talian NUR 15999. Talian ini membantu untuk memudahkan orang awam dan mangsa penderaan kanak-kanak membuat aduan dan mendapatkan khidmat nasihat. Pada bulan November 2010 pula, kementerian telah memperluaskan perkhidmatan Talian NUR 15999 dengan mewujudkan talian khusus bagi aduan kanak-kanak iaitu Childline 15999.
17
29
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
18 DR.1.4.2015 Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga menggunakan media sebagai saluran untuk melengkapkan usaha untuk menangani masalah penderaan kanak-kanak seperti berikut: (i) kenyataan media turut dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas sesuatu kes dera yang besar berlaku dengan mengambil reaksi daripada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan- timbalan Menteri serta pegawai kanan kementerian serta tindakan daripada agensi yang terlibat; (ii) hebahan dan publisiti melalui media menerusi penulisan rencana, advertorial di media cetak dan pesanan khidmat masyarakat (BSA) menerusi media elektronik; dan (iii) media sosial rasmi kementerian dan agensi termasuklah laman web, Facebook dan Twitter kementerian digunakan untuk menguar-uarkan langkah pencegahan dan tips menangani gejala ini serta fungsi dan peranan Talian NUR 15999 itu. Terima kasih. Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Terima kasih atas jawapan. Kita lihat bahawa banyak kes penderaan kanak-kanak telah meningkat secara mendadak. Akan tetapi daripada jawapan kementerian, kita banyak menumpu kepada mangsa ataupun kanak-kanak yang terdera. Akan tetapi kita mesti lihat kepada fakta pendera itu sendiri atau penjenayah di dalam satu tahap yang lebih luas. Ini kerana ia ada kaitan langsung dengan masalah kesihatan mental di kalangan pendera-pendera dan juga orang-orang dewasa. Kalau kita lihat kepada National Health and Mobility Survey, 12% daripada penduduk Malaysia yang berumur antara 18 hingga 60 tahun mengalami masalah kesihatan mental. Bermakna dalam Dewan ini pun mungkin ada kita mengalami sedikit masalah kesihatan mental. Daripada perangai yang kita tahu macam mana. Jadi saya ingin menyatakan bagaimanakah pihak kementerian melihat kepada perkara ini, masalah yang begitu serius yang mengejutkan. Ini kerana kita tahu bahawa kesihatan mental ini satu perkara yang benar-benar serius dan boleh menjejaskan negara yang mana kita mahu rakyatnya sihat fizikal, mental dan spiritual. Soalan saya adakah pihak kementerian benar-benar prihatin ataupun memberi satu perancangan dan bekerjasama dengan kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan lain-lain kementerian, Kementerian Penerangan untuk melihat perkara ini secara menyeluruh. Bukan hanya sekadar kepada melindungi mangsa-mangsa dera tetapi kepada pendera-pendera dan juga bakal-bakal penjenayah yang boleh membahayakan kesihatan rakyat negara kita keseluruhannya. Terima kasih. Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun: Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar di atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, pertama-tamanya tugas kita ialah kita beri perhatian kepada kanak-kanak yang didera itu. Ini kerana mereka adalah merupakan kumpulan sasar kita yang perlu kita jaga kebajikan mereka. Oleh sebab itulah kita banyak menyediakan pelbagai program seperti mana yang saya sebut tadi untuk memastikan kanak-kanak ini dapat kita jaga. Pertamanya jangan mereka terkena didera ini. Keduanya apabila berlaku penderaan maka kita selamatkan mereka dan kita cuba usaha supaya mereka dapat kita pulihkan, kita kembalikan ke dalam masyarakat. Akan tetapi dalam masa yang sama juga kita sedar bahawa memang dari tahun ke tahun ada sahaja berlakunya penderaan ini. Kalau kita tengok daripada segi statistiknya, penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak pada tahun 2010 hingga 2014 memang berlaku – kita ada jumlah 9,956 kes dan pada itu terdapat emosi itu adalah 476, fizikal – 5,004, seksual – 4,476. Pertamanya di bawah Akta Kanak-kanak itu memang kita hukum penjenayah ini yang menjadi pemangsa ini, abuser dengan izin, kita hukum mereka. Hukuman itu sehinggakan RM20,000 dan 10 tahun penjara. Mungkin dalam pindaan akan datang kita cuba tengok dan kita tingkatkan pula. Itu daripada segi kita menghukumlah Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga menggunakan media sebagai saluran untuk melengkapkan usaha untuk menangani masalah penderaan kanak-kanak seperti berikut: (i) kenyataan media turut dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas sesuatu kes dera yang besar berlaku dengan mengambil reaksi daripada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan- timbalan Menteri serta pegawai kanan kementerian serta tindakan daripada agensi yang terlibat; (ii) hebahan dan publisiti melalui media menerusi penulisan rencana, advertorial di media cetak dan pesanan khidmat masyarakat (BSA) menerusi media elektronik; dan. (iii) media sosial rasmi kementerian dan agensi termasuklah laman web, Facebook dan Twitter kementerian digunakan untuk menguar-uarkan langkah pencegahan dan tips menangani gejala ini serta fungsi dan peranan Talian NUR 15999 itu. Terima kasih. Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Terima kasih atas jawapan. Kita lihat bahawa banyak kes penderaan kanak-kanak telah meningkat secara mendadak. Akan tetapi daripada jawapan kementerian, kita banyak menumpu kepada mangsa ataupun kanak-kanak yang terdera. Akan tetapi kita mesti lihat kepada fakta pendera itu sendiri atau penjenayah di dalam satu tahap yang lebih luas. Ini kerana ia ada kaitan langsung dengan masalah kesihatan mental di kalangan pendera-pendera dan juga orang-orang dewasa. Kalau kita lihat kepada National Health and Mobility Survey, 12% daripada penduduk Malaysia yang berumur antara 18 hingga 60 tahun mengalami masalah kesihatan mental. Bermakna dalam Dewan ini pun mungkin ada kita mengalami sedikit masalah kesihatan mental. Daripada perangai yang kita tahu macam mana. Jadi saya ingin menyatakan bagaimanakah pihak kementerian melihat kepada perkara ini, masalah yang begitu serius yang mengejutkan. Ini kerana kita tahu bahawa kesihatan mental ini satu perkara yang benar-benar serius dan boleh menjejaskan negara yang mana kita mahu rakyatnya sihat fizikal, mental dan spiritual. Soalan saya adakah pihak kementerian benar-benar prihatin ataupun memberi satu perancangan dan bekerjasama dengan kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan lain-lain kementerian, Kementerian Penerangan untuk melihat perkara ini secara menyeluruh. Bukan hanya sekadar kepada melindungi mangsa-mangsa dera tetapi kepada pendera-pendera dan juga bakal-bakal penjenayah yang boleh membahayakan kesihatan rakyat negara kita keseluruhannya. Terima kasih. Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun: Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar di atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, pertama-tamanya tugas kita ialah kita beri perhatian kepada kanak-kanak yang didera itu. Ini kerana mereka adalah merupakan kumpulan sasar kita yang perlu kita jaga kebajikan mereka. Oleh sebab itulah kita banyak menyediakan pelbagai program seperti mana yang saya sebut tadi untuk memastikan kanak-kanak ini dapat kita jaga. Pertamanya jangan mereka terkena didera ini. Keduanya apabila berlaku penderaan maka kita selamatkan mereka dan kita cuba usaha supaya mereka dapat kita pulihkan, kita kembalikan ke dalam masyarakat. Akan tetapi dalam masa yang sama juga kita sedar bahawa memang dari tahun ke tahun ada sahaja berlakunya penderaan ini. Kalau kita tengok daripada segi statistiknya, penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak pada tahun 2010 hingga 2014 memang berlaku- kita ada jumlah 9,956 kes dan pada itu terdapat emosi itu adalah 476, fizikal- 5,004, seksual- 4,476. Pertamanya di bawah Akta Kanak-kanak itu memang kita hukum penjenayah ini yang menjadi pemangsa ini, abuser dengan izin, kita hukum mereka. Hukuman itu sehinggakan RM20,000 dan 10 tahun penjara. Mungkin dalam pindaan akan datang kita cuba tengok dan kita tingkatkan pula. Itu daripada segi kita menghukumlah Tuan Yang di- Pertua.
18
30
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
DR.01.04.2015 19 Akan tetapi daripada segi melihat bagaimana kita dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara ini, kita tahu di antara sebab-sebab berlakunya penderaan ataupun abuse terhadap kanak-kanak ya, ada yang disebabkan perpecahan keluarga, penceraian, perpisahan di antara kedua keluarga, disebabkan oleh bapa yang bukan sahaja sakit mental, tetapi kerana dia terlalu banyak minum arak menyebabkan dia jadi mabuk. Jadi ini juga menyebabkan dia jadi pendera. Banyak lagi sebab-sebab yang lain. Akan tetapi kita melihat ini setelah kita tahu ini kita buat kajian bagaimana kita dapat membantu. ■1130 Itu sebab kita ada juga program melalui LPPKN, program untuk keluarga. Program ini adalah untuk membantu supaya kita dapat meningkatkan kesedaran kedua-dua ibu bapa ini bagaimana untuk menjaga anak-anak mereka. Jika didapati ada simptom-simptom masalah dalam keluarga, maka mereka ini akan diberikan kaunseling oleh kaunselor- kaunselor yang ada di kementerian kita, insya-Allah. Saya juga ambil maklum tentang apa yang telah dikatakan Yang Berhormat tadi dan insya-Allah kita akan melihat lagi bagaimana kita dapat memastikan kerjasama yang erat akan dapat diwujudkan di antara kita dengan kementerian-kementerian yang lain kerana itulah cara Barisan Nasional bekerja. Bagaimana kita dapat membantu keluarga ini dan ibu bapa supaya mereka tidak lagi menjadi pendera (abuser) dengan izin, kepada anak-anak mereka. Terima kasih. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, selamat hari GST. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Sudah Yang Berhormat, sudah menyumbang kepada GSTkah Yang Berhormat? Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa yang mungkin kerajaan akan menimbangkan adakan hukuman yang lebih tinggi kepada pendera kanak-kanak. Saya cadangkan ini haruslah dikaji semula kerana bukan semua hukuman yang tinggi akan menegah sesetengah jenayah atau salah laku daripada berlaku. Kadang-kadang ia memberi tekanan kepada orang yang ingin melapor dan juga mangsa penderaan kanak-kanak kerana kalau bapa kamu mendera kamu, kamu tidak akan berani melaporkan, khususnya kepada kanak-kanak. Saya rasa ini adalah satu aspek yang perlu dikaji semula. [Dewan riuh] Tadi bila Timbalan Menteri jawab tentang ada Nur 15999, saya baru masuk Facebook dia, agak baru sedikit. Ramai orang tidak tahu ada talian Nur 15999. Kalau kerajaan boleh adakan lagu GST, panggil pegawai kastam menari dan menyanyi, saya rasakan dari segi peranan media, mungkin kementerian haruslah gunakan cara yang sama di mana Timbalan Menteri menyanyikan Nur 15999 yang boleh melaporkan penderaan kanak-kanak supaya ini dijadikan lebih popular. [Dewan riuh] Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Saya sokong. Cantik. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Kalau di antara kalangan Ahli Yang Berhormat yang ada pembangkang, kaunseling semua juga boleh panggil talian itu supaya ini dijadikan lebih popular. Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Setuju Menteri, setuju. Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Ini yang sakit mental ini.
Akan tetapi daripada segi melihat bagaimana kita dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara ini, kita tahu di antara sebab-sebab berlakunya penderaan ataupun abuse terhadap kanak-kanak ya, ada yang disebabkan perpecahan keluarga, penceraian, perpisahan di antara kedua keluarga, disebabkan oleh bapa yang bukan sahaja sakit mental, tetapi kerana dia terlalu banyak minum arak menyebabkan dia jadi mabuk. Jadi ini juga menyebabkan dia jadi pendera. Banyak lagi sebab-sebab yang lain. Akan tetapi kita melihat ini setelah kita tahu ini kita buat kajian bagaimana kita dapat membantu. #1130. Itu sebab kita ada juga program melalui LPPKN, program untuk keluarga. Program ini adalah untuk membantu supaya kita dapat meningkatkan kesedaran kedua-dua ibu bapa ini bagaimana untuk menjaga anak-anak mereka. Jika didapati ada simptom-simptom masalah dalam keluarga, maka mereka ini akan diberikan kaunseling oleh kaunselor- kaunselor yang ada di kementerian kita, insya-Allah. Saya juga ambil maklum tentang apa yang telah dikatakan Yang Berhormat tadi dan insya-Allah kita akan melihat lagi bagaimana kita dapat memastikan kerjasama yang erat akan dapat diwujudkan di antara kita dengan kementerian-kementerian yang lain kerana itulah cara Barisan Nasional bekerja. Bagaimana kita dapat membantu keluarga ini dan ibu bapa supaya mereka tidak lagi menjadi pendera (abuser) dengan izin, kepada anak-anak mereka. Terima kasih. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, selamat hari GST. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Sudah Yang Berhormat, sudah menyumbang kepada GSTkah Yang Berhormat?. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa yang mungkin kerajaan akan menimbangkan adakan hukuman yang lebih tinggi kepada pendera kanak-kanak. Saya cadangkan ini haruslah dikaji semula kerana bukan semua hukuman yang tinggi akan menegah sesetengah jenayah atau salah laku daripada berlaku. Kadang-kadang ia memberi tekanan kepada orang yang ingin melapor dan juga mangsa penderaan kanak-kanak kerana kalau bapa kamu mendera kamu, kamu tidak akan berani melaporkan, khususnya kepada kanak-kanak. Saya rasa ini adalah satu aspek yang perlu dikaji semula. [Dewan riuh]. Tadi bila Timbalan Menteri jawab tentang ada Nur 15999, saya baru masuk Facebook dia, agak baru sedikit. Ramai orang tidak tahu ada talian Nur 15999. Kalau kerajaan boleh adakan lagu GST, panggil pegawai kastam menari dan menyanyi, saya rasakan dari segi peranan media, mungkin kementerian haruslah gunakan cara yang sama di mana Timbalan Menteri menyanyikan Nur 15999 yang boleh melaporkan penderaan kanak-kanak supaya ini dijadikan lebih popular. [Dewan riuh]. Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Saya sokong. Cantik. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Kalau di antara kalangan Ahli Yang Berhormat yang ada pembangkang, kaunseling semua juga boleh panggil talian itu supaya ini dijadikan lebih popular. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Setuju Menteri, setuju. Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Ini yang sakit mental ini.
19
31
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
20 DR.1.4.2015 Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun: Tuan Yang di- Pertua, terima kasihlah Yang Berhormat Seputeh. Kita jangan main-mainlah. Bagi saya ini adalah perkara yang serius. Apabila kanak-kanak didera, ini adalah perkara yang serius. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Memang serius. Saya cadangkan ia jadi satu talian yang popular. Sekarang ramai tidak tahu, termasuk Tuan Yang di-Pertua pun tidak tahu. Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun: Bila dia perkara yang serius, tentulah bila kita mengkaji undang-undang itu, kita mendengar dari pelbagai pihak. Dari pelbagai pihak itu, pihak yang mempunyai kepentingan, stakeholders, wakil daripada kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya. Ada yang mengatakan bahawa perlunya kita meningkatkan punishment ini terhadap mereka yang abuser ataupun pendera ini. Jadi kita ambil kira. Kita dengar daripada Yang Berhormat Seputeh hari ini, kita dengarlah. Nanti kita beritahu Yang Berhormat Seputeh tidak mahu supaya dinaikkan ini sebab takut nanti orang tidak mahu buat pelaporan. Keputusan ini belum kita buat, tetapi ini adalah cadangan kita. Kita akan lihat secara menyeluruh Tuan Yang di-Pertua. Apa yang dikatakan Yang Berhormat Seputeh tadi untuk menyanyi, hendak suruh Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyanyi pula itu, kalau begitu tidak ada kerjalah orang lain. Kita beri chance orang lain juga kerja. Tidak payah kita menyanyi. Apa yang penting hari ini kita beritahu, kita maklum kepada orang ramai, Yang Berhormat yang ada di sini yang bijak pandai semua dengar, maklumkan kepada rakyat Yang Berhormat semua adanya kemudahan yang diberikan oleh kerajaan ini. Bukan sedikit-sedikit kalau ada, marah sahaja. Asyik mengata yang bukan-bukan. Beritahu that the government is providing all these good services for the rakyat, dengan izin. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Setakat itu sesi soal jawab untuk pagi ini. Masa terlalu lanjut Yang Berhormat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat] USUL WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT 11.35 pg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga 8.30 malam dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Khamis, 2 April 2015.” Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] RANG UNDANG-UNDANG
Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun: Tuan Yang di- Pertua, terima kasihlah Yang Berhormat Seputeh. Kita jangan main-mainlah. Bagi saya ini adalah perkara yang serius. Apabila kanak-kanak didera, ini adalah perkara yang serius. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Memang serius. Saya cadangkan ia jadi satu talian yang popular. Sekarang ramai tidak tahu, termasuk Tuan Yang di-Pertua pun tidak tahu. Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun: Bila dia perkara yang serius, tentulah bila kita mengkaji undang-undang itu, kita mendengar dari pelbagai pihak. Dari pelbagai pihak itu, pihak yang mempunyai kepentingan, stakeholders, wakil daripada kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya. Ada yang mengatakan bahawa perlunya kita meningkatkan punishment ini terhadap mereka yang abuser ataupun pendera ini. Jadi kita ambil kira. Kita dengar daripada Yang Berhormat Seputeh hari ini, kita dengarlah. Nanti kita beritahu Yang Berhormat Seputeh tidak mahu supaya dinaikkan ini sebab takut nanti orang tidak mahu buat pelaporan. Keputusan ini belum kita buat, tetapi ini adalah cadangan kita. Kita akan lihat secara menyeluruh Tuan Yang di-Pertua. Apa yang dikatakan Yang Berhormat Seputeh tadi untuk menyanyi, hendak suruh Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyanyi pula itu, kalau begitu tidak ada kerjalah orang lain. Kita beri chance orang lain juga kerja. Tidak payah kita menyanyi. Apa yang penting hari ini kita beritahu, kita maklum kepada orang ramai, Yang Berhormat yang ada di sini yang bijak pandai semua dengar, maklumkan kepada rakyat Yang Berhormat semua adanya kemudahan yang diberikan oleh kerajaan ini. Bukan sedikit-sedikit kalau ada, marah sahaja. Asyik mengata yang bukan-bukan. Beritahu that the government is providing all these good services for the rakyat, dengan izin. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Setakat itu sesi soal jawab untuk pagi ini. Masa terlalu lanjut Yang Berhormat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]. USUL. WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT. 11.35 pg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: "Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga 8.30 malam dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Khamis, 2 April 2015.". Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato' Dr. James Dawos Mamit]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]. RANG UNDANG-UNDANG.
20
32
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
DR.01.04.2015 21 RANG UNDANG-UNDANG DADAH BERBAHAYA (PINDAAN) (NO.2) 2014 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga 11.36 pg. Timbalan Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di- Pertua, saya ingin memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 ialah suatu akta yang memperuntukkan pindaan kepada sekyen 2, seksyen 4, seksyen 5, seksyen 6, seksyen 6B, seksyen 7 dan agenda utama Akta 234 bagi menyenaraikan kratom dan mitragynine sebagai dadah berbahaya serta menyediakan peruntukan untuk menyekat pengimportan, pengeksportan, pemilikan, penanaman dan pegusahaan kratom. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 diwujudkan bertujuan untuk meminda sekyen 2, seksyen 4, seksyen 5, seksyen 6, seksyen 6B, seksyen 7 serta Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]. Keperluan pindaan kepada Jadual Pertama Akta 234 adalah untuk menyenaraikan kratom dan alkaloidnya mitragynine sebagai dadah berbahaya. Manakala pindaan kepada seksyen 2 adalah untuk memasukkan takrif baru kratom. Keperluan kepada pindaan seksyen 4, seksyen 5, seksyen 6, seksyen 6B dan seksyen 7 adalah untuk mewujudkan kawalan ke atas kratom sebagai kawalan ke atas raw opium, coca leaves, poppy-straw dan cannabis iaitu menyediakan peruntukan untuk menyekat pengimportan, pengeksportan, pemilikan, penanaman serta pengusahaan kratom. Tuan Yang di-Pertua, Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] mula berkuat kuasa pada 1 November 1952 di Semenanjung Malaysia dan 1 Jun 1978 bagi Sabah dan Sarawak. Ini bertujuan untuk satu, mengawal pengimportan, pengeksportan, penghasilan, penjualan, penggunaan dan pemilikan dadah berbahaya dan bahan-bahannya dan memberi peruntukan khas berkaitan bidang kuasa mahkamah bagi kesalahan di bawah Akta 234. Akta 234 pada asasnya mengawal pokok-pokok dan bahan-bahan yang mempunyai kesan khayal dan menyebabkan kebergantungan kepadanya. Antara jenis pokok yang dikawal di bawah akta ini adalah pokok ganja, kanabis, pokok kopi, pokok koka, pokok-pokok yang disenaraikan dalam Bahagian I, Jadual Pertama Akta 234 adalah dikawal penanaman dan pengusahaannya di Malaysia. Kawalan yang dikenakan ke atas dadah berbahaya tersebut telah berjaya menyekat penanaman dan pengedarannya. Kini penagih mula beralih kepada air ketum yang mudah diperoleh terutama di Utara Semenanjung Malaysia. Pokok ketum juga dikenali sebagai pokok biak atau ketum iaitu sejenis tumbuhan daripada family Rubiaceae dan daripada jenis mitragyna. Daun kratom mengandungi beberapa alkaloid, antaranya ajmalicine, corynantheidine, 7- hydroxymitragynine, isomitraphylline, paynantheine, speciofoline, speciogynine dan mitragynine. Antara semua alkaloid ini, mitragynine merupakan alkaloid yang paling aktif dan bersifat psikoaktif. Mitragynine bertindak atas reseptor yang sama dengan reseptor opiat. ■1140 Justeru pengambilannya memberi kesan yang hampir sama dengan pengambilan dadah opiat lain yang dikawal di bawah Akta 234. Penyalahgunaan kratom mitragynine boleh mengakibatkan kesan buruk seperti hilang kawalan diri, rasa bosan dan malas, kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emposi, anak mata menjadi kecil, merasa
RANG UNDANG-UNDANG DADAH BERBAHAYA (PINDAAN) (NO.2) 2014. Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga. 11.36 pg. Timbalan Menteri Kesihatan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di- Pertua, saya ingin memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 ialah suatu akta yang memperuntukkan pindaan kepada sekyen 2, seksyen 4, seksyen 5, seksyen 6, seksyen 6B, seksyen 7 dan agenda utama Akta 234 bagi menyenaraikan kratom dan mitragynine sebagai dadah berbahaya serta menyediakan peruntukan untuk menyekat pengimportan, pengeksportan, pemilikan, penanaman dan pegusahaan kratom. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 diwujudkan bertujuan untuk meminda sekyen 2, seksyen 4, seksyen 5, seksyen 6, seksyen 6B, seksyen 7 serta Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]. Keperluan pindaan kepada Jadual Pertama Akta 234 adalah untuk menyenaraikan kratom dan alkaloidnya mitragynine sebagai dadah berbahaya. Manakala pindaan kepada seksyen 2 adalah untuk memasukkan takrif baru kratom. Keperluan kepada pindaan seksyen 4, seksyen 5, seksyen 6, seksyen 6B dan seksyen 7 adalah untuk mewujudkan kawalan ke atas kratom sebagai kawalan ke atas raw opium, coca leaves, poppy-straw dan cannabis iaitu menyediakan peruntukan untuk menyekat pengimportan, pengeksportan, pemilikan, penanaman serta pengusahaan kratom. Tuan Yang di-Pertua, Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] mula berkuat kuasa pada 1 November 1952 di Semenanjung Malaysia dan 1 Jun 1978 bagi Sabah dan Sarawak. Ini bertujuan untuk satu, mengawal pengimportan, pengeksportan, penghasilan, penjualan, penggunaan dan pemilikan dadah berbahaya dan bahan-bahannya dan memberi peruntukan khas berkaitan bidang kuasa mahkamah bagi kesalahan di bawah Akta 234. Akta 234 pada asasnya mengawal pokok-pokok dan bahan-bahan yang mempunyai kesan khayal dan menyebabkan kebergantungan kepadanya. Antara jenis pokok yang dikawal di bawah akta ini adalah pokok ganja, kanabis, pokok kopi, pokok koka, pokok-pokok yang disenaraikan dalam Bahagian I, Jadual Pertama Akta 234 adalah dikawal penanaman dan pengusahaannya di Malaysia. Kawalan yang dikenakan ke atas dadah berbahaya tersebut telah berjaya menyekat penanaman dan pengedarannya. Kini penagih mula beralih kepada air ketum yang mudah diperoleh terutama di Utara Semenanjung Malaysia. Pokok ketum juga dikenali sebagai pokok biak atau ketum iaitu sejenis tumbuhan daripada family Rubiaceae dan daripada jenis mitragyna. Daun kratom mengandungi beberapa alkaloid, antaranya ajmalicine, corynantheidine, 7- hydroxymitragynine, isomitraphylline, paynantheine, speciofoline, speciogynine dan mitragynine. Antara semua alkaloid ini, mitragynine merupakan alkaloid yang paling aktif dan bersifat psikoaktif. Mitragynine bertindak atas reseptor yang sama dengan reseptor opiat. #1140 Justeru pengambilannya memberi kesan yang hampir sama dengan pengambilan dadah opiat lain yang dikawal di bawah Akta 234. Penyalahgunaan kratom mitragynine boleh mengakibatkan kesan buruk seperti hilang kawalan diri, rasa bosan dan malas, kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emposi, anak mata menjadi kecil, merasa.
21
33
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
22 DR.1.4.2015 loya, mulut menjadi kering, kerap kencing, hilang selera makan dan kurang berat badan, sembelit dan juga insomnia. Pada masa ini mitragynine yang didapati di dalam daun kratom telah disenaraikan sebagai bahan psikotropik di bawah Jadual Ketiga, Akta Racun 1952, Akta 366 semenjak tahun 2003 dan terdapat kawalan ke atas aktiviti pengimportan, penjualan, pembekalan, pemilikan dan penggunaannya di bawah Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989. Di bawah akta dan peraturan ini, sesiapa yang mengimport, menjual, membekal, memiliki atau menggunakan bahan psikotropik yang disenaraikan di bawah Jadual Ketiga Akta 366 bertentangan dengan kehendak akta dan peraturan tersebut adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 30(5), Akta 366 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali. Tuan Yang di-Pertua, isu berkenaan dengan penyalahgunaan kratom telah sering dipaparkan di dada-dada akhbar malah sering diperdebatkan di Parlimen. Banyak pihak yang mahukan tindakan yang lebih tegas diambil bagi membendung ketagihan air kratom yang semakin membimbangkan ini. Usul untuk pengharaman penanaman kratom juga telah sering dibangkitkan dalam usaha untuk menyekat penyalahgunaan bahan tersebut. Semenjak mitragynine diwartakan sebagai bahan psikotropik di bawah Akta Racun 1952, Akta 366, penguatkuasaan ke atasnya dijalankan mengikut seksyen 30, akta tersebut. Kes- kes yang dibawa ke mahkamah adalah berkaitan dengan penjualan atau pemilikan air kratom. Penyalahgunaan air kratom terutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung kini telah mendatangkan masalah sosial yang berat dan mengancam ketenteraman masyarakat. Akta 366 yang mengawal mitragynine ini tidak cukup kuat untuk mengekang penyalahgunaan kratom ini. Adalah menjadi satu keperluan untuk menjadikan kratom dan alkaloidnya sebagai dadah berbahaya bagi memastikan kawalan yang lebih ketat dapat dilaksanakan. Seksyen 4 dan 5, Akta 234 memperuntukkan kawalan dan sekatan ke atas pengimportan dan pengeksportan dadah berbahaya di bawah Bahagian 1, Jadual Pertama iaitu raw opium, coca leaves, poppy straw dan cannabis. Tiada seorang pun boleh mengimport atau mengeksport dadah berbahaya tersebut melainkan orang tersebut telah mendapat kebenaran dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Menteri Kesihatan. Sekiranya disabitkan kesalahan melibatkan pengimportan dan pengeksportan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang daripada tiga tahun. Walau bagaimanapun peruntukan yang sama tidak terdapat bagi pokok kratom dan alkaloidnya. Penggunaan kratom adalah diharamkan di Thailand walaupun pokok itu merupakan spesies asli kepada negara tersebut. Akta Kratom 2486 yang berkuat kuasa pada 3 Ogos 1943 yang telah diluluskan oleh Kerajaan Thailand memperuntukkan larangan terhadap penanaman pokok kratom dan peruntukan penebangan semua pokok kratom sedia ada. Akibat penanaman kratom di Thailand, kini terdapat aktiviti penyeludupan daun kratom daripada negara ini ke negara jiran tersebut dan terdapat juga laporan tentang penyeludupan kratom ke Amerika Syarikat. Dengan menjadikan kratom sebagai dadah berbahaya akan membolehkan pengeksportan dan pengimportannya dikawal dengan lebih ketat dan pemantauan langsung dapat dilakukan. Seksyen 6, Akta 234 pula memperuntukkan kawalan dan sekatan ke atas pemilikan dadah berbahaya di bawah bahagian satu, jadual pertama. Tiada siapa boleh memiliki dadah berbahaya ini melainkan mempunyai kebenaran daripada Menteri Kesihatan seperti yang diberikan di bawah seksyen 4 dan 5, Akta 234 atau diberi kuasa di bawah peraturan yang diwujudkan di bawah Akta 234. Kawalan ke atas pemilikan kratom boleh dipertingkatkan jika ia dijadikan dadah berbahaya di mana penalti yang lebih tinggi juga boleh dikenakan ke atas pesalah. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan undang-undang sedia ada ke atas kratom iaitu di bawah Akta 366 adalah terbatas menyebabkan tindakan penguatkuasaan kurang berkesan kerana tindakan hanya boleh diambil terhadap cecair yang mengandungi alkaloid mitragynine sahaja. Di bawah Akta 234, raw opium, coca leaves, poppy straw dan cannabis yang disenaraikan dalam Bahagian 1, Jadual Pertama, Akta 234 tidak boleh ditanam atau diusahakan. Sekiranya disabitkan kesalahan kerana menanam atau mengusahakan tanaman, boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak melebihi enam
loya, mulut menjadi kering, kerap kencing, hilang selera makan dan kurang berat badan, sembelit dan juga insomnia. Pada masa ini mitragynine yang didapati di dalam daun kratom telah disenaraikan sebagai bahan psikotropik di bawah Jadual Ketiga, Akta Racun 1952, Akta 366 semenjak tahun 2003 dan terdapat kawalan ke atas aktiviti pengimportan, penjualan, pembekalan, pemilikan dan penggunaannya di bawah Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989. Di bawah akta dan peraturan ini, sesiapa yang mengimport, menjual, membekal, memiliki atau menggunakan bahan psikotropik yang disenaraikan di bawah Jadual Ketiga Akta 366 bertentangan dengan kehendak akta dan peraturan tersebut adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 30(5), Akta 366 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali. Tuan Yang di-Pertua, isu berkenaan dengan penyalahgunaan kratom telah sering dipaparkan di dada-dada akhbar malah sering diperdebatkan di Parlimen. Banyak pihak yang mahukan tindakan yang lebih tegas diambil bagi membendung ketagihan air kratom yang semakin membimbangkan ini. Usul untuk pengharaman penanaman kratom juga telah sering dibangkitkan dalam usaha untuk menyekat penyalahgunaan bahan tersebut. Semenjak mitragynine diwartakan sebagai bahan psikotropik di bawah Akta Racun 1952, Akta 366, penguatkuasaan ke atasnya dijalankan mengikut seksyen 30, akta tersebut. Kes- kes yang dibawa ke mahkamah adalah berkaitan dengan penjualan atau pemilikan air kratom. Penyalahgunaan air kratom terutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung kini telah mendatangkan masalah sosial yang berat dan mengancam ketenteraman masyarakat. Akta 366 yang mengawal mitragynine ini tidak cukup kuat untuk mengekang penyalahgunaan kratom ini. Adalah menjadi satu keperluan untuk menjadikan kratom dan alkaloidnya sebagai dadah berbahaya bagi memastikan kawalan yang lebih ketat dapat dilaksanakan. Seksyen 4 dan 5, Akta 234 memperuntukkan kawalan dan sekatan ke atas pengimportan dan pengeksportan dadah berbahaya di bawah Bahagian 1, Jadual Pertama iaitu raw opium, coca leaves, poppy straw dan cannabis. Tiada seorang pun boleh mengimport atau mengeksport dadah berbahaya tersebut melainkan orang tersebut telah mendapat kebenaran dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Menteri Kesihatan. Sekiranya disabitkan kesalahan melibatkan pengimportan dan pengeksportan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang daripada tiga tahun. Walau bagaimanapun peruntukan yang sama tidak terdapat bagi pokok kratom dan alkaloidnya. Penggunaan kratom adalah diharamkan di Thailand walaupun pokok itu merupakan spesies asli kepada negara tersebut. Akta Kratom 2486 yang berkuat kuasa pada 3 Ogos 1943 yang telah diluluskan oleh Kerajaan Thailand memperuntukkan larangan terhadap penanaman pokok kratom dan peruntukan penebangan semua pokok kratom sedia ada. Akibat penanaman kratom di Thailand, kini terdapat aktiviti penyeludupan daun kratom daripada negara ini ke negara jiran tersebut dan terdapat juga laporan tentang penyeludupan kratom ke Amerika Syarikat. Dengan menjadikan kratom sebagai dadah berbahaya akan membolehkan pengeksportan dan pengimportannya dikawal dengan lebih ketat dan pemantauan langsung dapat dilakukan. Seksyen 6, Akta 234 pula memperuntukkan kawalan dan sekatan ke atas pemilikan dadah berbahaya di bawah bahagian satu, jadual pertama. Tiada siapa boleh memiliki dadah berbahaya ini melainkan mempunyai kebenaran daripada Menteri Kesihatan seperti yang diberikan di bawah seksyen 4 dan 5, Akta 234 atau diberi kuasa di bawah peraturan yang diwujudkan di bawah Akta 234. Kawalan ke atas pemilikan kratom boleh dipertingkatkan jika ia dijadikan dadah berbahaya di mana penalti yang lebih tinggi juga boleh dikenakan ke atas pesalah. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan undang-undang sedia ada ke atas kratom iaitu di bawah Akta 366 adalah terbatas menyebabkan tindakan penguatkuasaan kurang berkesan kerana tindakan hanya boleh diambil terhadap cecair yang mengandungi alkaloid mitragynine sahaja. Di bawah Akta 234, raw opium, coca leaves, poppy straw dan cannabis yang disenaraikan dalam Bahagian 1, Jadual Pertama, Akta 234 tidak boleh ditanam atau diusahakan. Sekiranya disabitkan kesalahan kerana menanam atau mengusahakan tanaman, boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak melebihi enam.
22
34
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf
DR.01.04.2015 23 sebatan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 6b akta tersebut. Berbanding dengan kratom yang menghasilkan mitragynine, tiada peruntukan undang-undang yang menghalang atau mengawal penanamannya. Permintaan yang tinggi ke atas air kratom dan daunnya telah menggalakkan penanaman kratom diusahakan terutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung. Sekiranya perkara ini tidak dikekang, pembekalan dan penyalahgunaan kratom akan sukar untuk diatasi. Tanpa pindaan yang dicadangkan ini, segala usaha penguatkuasaan ke atas penyalahgunaan kratom akan menjadi sia-sia kerana sumber bekalan kratom yang mudah diperoleh. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, maka Kementerian Kesihatan mencadangkan kratom dimasukkan ke dalam Akta 234. Tuan Yang di-Pertua, walaupun daun kratom ada digunakan dalam rawatan tradisional namun ia semata-mata berasakan kepada maklumat tradisi dan sehingga kini tiada kajian secara klinikal dijalankan. Selain daripada itu, pada hari ini terdapat banyak alternatif lain yang boleh digunakan untuk tujuan rawatan tersebut. Terdapat juga kajian untuk menjadikan kratom sebagai rawatan gantian kepada ketagihan heroin. Namun, penggunaan kratom itu sendiri juga menunjukkan kebergantungan kepadanya. Tambahan lagi menjadikan kratom sebagai dadah berbahaya tidak akan menghalang sebarang bentuk kajian untuk diteruskan untuk dijalankan ke atasnya kerana Akta 234 membenarkan pemilikan untuk tujuan penyelidikan makmal. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 ini bertujuan membuat pindaan kepada Akta 234. Pertama bagi memasukkan takrif baru kratom dan menyenaraikan kratom berserta alkaloidnya iaitu mitragynine sebagai dadah berbahaya dalam Jadual Pertama, Akta 234. Kedua, menyekat pengimportan, pengeksportan dan pemilikan kratom. Ketiga, menyekat penanaman dan pengusahaan kratom. Keempat, mengadakan peruntukan kuasa untuk mengawal selia penghasilan dan urusan berkenaan kratom. Peruntukan-peruntukan substantif yang dicadangkan adalah seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2, Akta 234, bagi memasukkan takrif baru iaitu kratom. Fasal 3 bertujuan untuk meminda tajuk ‘part 2’ dengan memasukkan ‘kratom’ ke dalamnya untuk merangkumi kawalan ke atas kratom di bawah ‘part 2’ ini. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 4, Akta 234, untuk menyekat pengimportan kratom. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 5, Akta 234, untuk menyekat pengeksportan kratom. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 6, Akta 234, untuk menyekat pemilikan kratom. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 6B, Akta 234, untuk menyekat penanaman dan pengusahaan kratom. Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 7, Akta 234, untuk mengadakan peruntukan kuasa untuk mengawal selia penghasilan dan urusan berkenaan kratom. Fasal 9 bertujuan untuk meminda Jadual Pertama kepada Akta 234, untuk menyenaraikan kratom sebagai dadah berbahaya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada sesiapa yang menyokong?
sebatan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 6b akta tersebut. Berbanding dengan kratom yang menghasilkan mitragynine, tiada peruntukan undang-undang yang menghalang atau mengawal penanamannya. Permintaan yang tinggi ke atas air kratom dan daunnya telah menggalakkan penanaman kratom diusahakan terutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung. Sekiranya perkara ini tidak dikekang, pembekalan dan penyalahgunaan kratom akan sukar untuk diatasi. Tanpa pindaan yang dicadangkan ini, segala usaha penguatkuasaan ke atas penyalahgunaan kratom akan menjadi sia-sia kerana sumber bekalan kratom yang mudah diperoleh. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, maka Kementerian Kesihatan mencadangkan kratom dimasukkan ke dalam Akta 234. Tuan Yang di-Pertua, walaupun daun kratom ada digunakan dalam rawatan tradisional namun ia semata-mata berasakan kepada maklumat tradisi dan sehingga kini tiada kajian secara klinikal dijalankan. Selain daripada itu, pada hari ini terdapat banyak alternatif lain yang boleh digunakan untuk tujuan rawatan tersebut. Terdapat juga kajian untuk menjadikan kratom sebagai rawatan gantian kepada ketagihan heroin. Namun, penggunaan kratom itu sendiri juga menunjukkan kebergantungan kepadanya. Tambahan lagi menjadikan kratom sebagai dadah berbahaya tidak akan menghalang sebarang bentuk kajian untuk diteruskan untuk dijalankan ke atasnya kerana Akta 234 membenarkan pemilikan untuk tujuan penyelidikan makmal. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014 ini bertujuan membuat pindaan kepada Akta 234. Pertama bagi memasukkan takrif baru kratom dan menyenaraikan kratom berserta alkaloidnya iaitu mitragynine sebagai dadah berbahaya dalam Jadual Pertama, Akta 234. Kedua, menyekat pengimportan, pengeksportan dan pemilikan kratom. Ketiga, menyekat penanaman dan pengusahaan kratom. Keempat, mengadakan peruntukan kuasa untuk mengawal selia penghasilan dan urusan berkenaan kratom. Peruntukan-peruntukan substantif yang dicadangkan adalah seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2, Akta 234, bagi memasukkan takrif baru iaitu kratom. Fasal 3 bertujuan untuk meminda tajuk 'part 2' dengan memasukkan 'kratom' ke dalamnya untuk merangkumi kawalan ke atas kratom di bawah 'part 2' ini. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 4, Akta 234, untuk menyekat pengimportan kratom. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 5, Akta 234, untuk menyekat pengeksportan kratom. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 6, Akta 234, untuk menyekat pemilikan kratom. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 6B, Akta 234, untuk menyekat penanaman dan pengusahaan kratom. Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 7, Akta 234, untuk mengadakan peruntukan kuasa untuk mengawal selia penghasilan dan urusan berkenaan kratom. Fasal 9 bertujuan untuk meminda Jadual Pertama kepada Akta 234, untuk menyenaraikan kratom sebagai dadah berbahaya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada sesiapa yang menyokong?.
23
35
"2015-04-01T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01042015.pdf