original
stringlengths
23
38.9k
cleaned
stringlengths
0
11.7k
no_page
int64
0
70k
actual_no_page
int64
1
252
date
unknown
url
stringlengths
60
60
DR.31.10.2017 47 dijual di Semenanjung Malaysia dan dibuang kepada warga Sabah untuk membeli. Banyak, Tuan Yang di-Pertua, and I think this is also another sign of poor economic management di state of Sabah. Pada masa yang sama juga, Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan untuk menghujah tentang hospital di daerah saya di Penampang yang tidak wujud, yang telah dilancarkan ataupun pecah tanah pada pilihan raya yang lepas. Menteri Kesihatan telah datang untuk pecah tanah tetapi selepas pilihan raya, banyak alasan kenapa tidak dibina Klinik Kesihatan Penampang. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Yang Berhormat Penampang. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Orang Penampang, warga Penampang terpaksa pergi ke Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan. Terpaksa mencari bilik rawatan di kawasan. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Yang Berhormat Penampang. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi bangun. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Minta maaf. Saya ingin mengambil... Minta maaf, nanti saya akan memberi ruangan. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Nanti, ya? Terima kasih. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Di Hospital Kota Kinabalu ini sesak Tuan Yang di-Pertua, sampai di Emergency Ward pun tidak ada kerusi. Jangan cakap pasal pesakit. Orang yang menunggu, yang sedih, yang ingin tahu kesihatan keluarga mereka tidak ada ruangan tempat duduk. Maka mereka duduk di luar hospital, ICU ini dan kadang- kadang mereka terpaksa tidur di lantai. There is something seriously wrong dengan management of the hospital dan saya pernah bawa soalan ini kepada Menteri dan beliau telah berjanji untuk membuat sesuatu siasatan kenapakah keadaan ini ada di Hospital Kota Kinabalu. Maka, sepatutnya Sabah mendapat tawaran yang paling baik. We must get a full attention daripada Federal Government because they collect kita punya revenue. Revenue yang tidak pernah dikembalikan. Maka kerap kali kita sebut berkenaan dengan Bahagian 10, Perlembagaan Persekutuan Malaysia di mana 40 peratus daripada cukai yang dikutip dari Sabah sepatutnya dikembalikan balik kepada orang Sabah sebagai pemberian khas seperti dijanjikan oleh pengasas dan founder of the Federation of Malaysia. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Boleh, Yang Berhormat Penampang? Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Okey, boleh. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Yang Berhormat Penampang, saya hendak tanya. Saya tertarik dengan Yang Berhormat Penampang punya model tadi 30:30:40. Saya hendak tanya, kalau 30:30:40, Sabah punya population about 3.5 million now. Sama macam Johorlah. Johor pun 3.5 million. Akan tetapi in terms of GDP, Selangor is the biggest, Klang Valley. Jadi kalau 30 Sabah, 30 Sarawak, kita Semenanjung kena share 40, bermakna Selangor will get much smaller. Jadi bagi saya tidak realistik. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Penampang? Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Jawapan saya berkaitan soalan Yang Berhormat Kota Tinggi adalah begini. Dalam Perjanjian Malaysia tahun 1963, adanya tinggal tiga signatory iaitu Sabah, Sarawak dan Persekutuan Malaya ataupun at the time Federation of Malaya. Perjanjian kita adalah untuk mentadbir Persekutuan Malaysia ini secara setaraf. Now, cadangan saya adalah on that basis ataupun dalam premis yang telah dipersetujui di mana kita mentadbir bersama. Bukannya seperti Johor dan Selangor. Itu adalah dalam ruangan Persekutuan Malaya pada waktu itu. Sabah, Sarawak dan Persekutuan Malaya adalah rakan setaraf.
dijual di Semenanjung Malaysia dan dibuang kepada warga Sabah untuk membeli. Banyak, Tuan Yang di-Pertua, and I think this is also another sign of poor economic management di state of Sabah. Pada masa yang sama juga, Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan untuk menghujah tentang hospital di daerah saya di Penampang yang tidak wujud, yang telah dilancarkan ataupun pecah tanah pada pilihan raya yang lepas. Menteri Kesihatan telah datang untuk pecah tanah tetapi selepas pilihan raya, banyak alasan kenapa tidak dibina Klinik Kesihatan Penampang. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Yang Berhormat Penampang. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Orang Penampang, warga Penampang terpaksa pergi ke Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan. Terpaksa mencari bilik rawatan di kawasan. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Yang Berhormat Penampang. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi bangun. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Minta maaf. Saya ingin mengambil... Minta maaf, nanti saya akan memberi ruangan. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Nanti, ya? Terima kasih. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Di Hospital Kota Kinabalu ini sesak Tuan Yang di-Pertua, sampai di Emergency Ward pun tidak ada kerusi. Jangan cakap pasal pesakit. Orang yang menunggu, yang sedih, yang ingin tahu kesihatan keluarga mereka tidak ada ruangan tempat duduk. Maka mereka duduk di luar hospital, ICU ini dan kadang- kadang mereka terpaksa tidur di lantai. There is something seriously wrong dengan management of the hospital dan saya pernah bawa soalan ini kepada Menteri dan beliau telah berjanji untuk membuat sesuatu siasatan kenapakah keadaan ini ada di Hospital Kota Kinabalu. Maka, sepatutnya Sabah mendapat tawaran yang paling baik. We must get a full attention daripada Federal Government because they collect kita punya revenue. Revenue yang tidak pernah dikembalikan. Maka kerap kali kita sebut berkenaan dengan Bahagian 10, Perlembagaan Persekutuan Malaysia di mana 40 peratus daripada cukai yang dikutip dari Sabah sepatutnya dikembalikan balik kepada orang Sabah sebagai pemberian khas seperti dijanjikan oleh pengasas dan founder of the Federation of Malaysia. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Boleh, Yang Berhormat Penampang?. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Okey, boleh. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Yang Berhormat Penampang, saya hendak tanya. Saya tertarik dengan Yang Berhormat Penampang punya model tadi 30:30:40. Saya hendak tanya, kalau 30:30:40, Sabah punya population about 3.5 million now. Sama macam Johorlah. Johor pun 3.5 million. Akan tetapi in terms of GDP, Selangor is the biggest, Klang Valley. Jadi kalau 30 Sabah, 30 Sarawak, kita Semenanjung kena share 40, bermakna Selangor will get much smaller. Jadi bagi saya tidak realistik. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Penampang?. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Jawapan saya berkaitan soalan Yang Berhormat Kota Tinggi adalah begini. Dalam Perjanjian Malaysia tahun 1963, adanya tinggal tiga signatory iaitu Sabah, Sarawak dan Persekutuan Malaya ataupun at the time Federation of Malaya. Perjanjian kita adalah untuk mentadbir Persekutuan Malaysia ini secara setaraf. Now, cadangan saya adalah on that basis ataupun dalam premis yang telah dipersetujui di mana kita mentadbir bersama. Bukannya seperti Johor dan Selangor. Itu adalah dalam ruangan Persekutuan Malaya pada waktu itu. Sabah, Sarawak dan Persekutuan Malaya adalah rakan setaraf.
47
59
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
48 DR.31.10.2017 So, apa yang saya cadangkan kepada kerajaan adalah untuk kembali kepada spirit and letter ataupun asas penubuhan Persekutuan Malaysia. Ini permintaan juga sama datang daripada Ahli Parlimen di sebelah. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Saya setuju dari segi itu. Perkara 10 dan 12. Cuma saya tanya tadi soalan, kalau economic scale of Sabah serta percentage of Federal tetapi Yang Berhormat Penampang minta 30 percent, jadi dekat situ tidak ada equality. Tidak ada kesamarataan. Jadi saya tengok di situ tidak realistik. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Okey, begini. Tuan Yang di-Pertua. Question of equality... Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Saya yakin ini tidak mewakili semua pandangan orang Sabah. Saya baru balik dari Sabah. Sabah thriving, cantik, tourism... Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Tuan Yang di-Pertua, my floor. Yang Berhormat Kota Tinggi, pandangan ini... Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Jadi pandangan tidak berapa realistiklah. Yang Berhormat Kuala Selangor pun kecil hati nanti. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Pandangan ini begini. Saya tanya Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak jika mereka setuju dengan saya ataupun tidak. ■1530 Kalau mereka tidak setuju, saya clearly bangun dan jawab bahawa mereka tidak setuju dengan cadangan ini. Okey. Berkenaan dengan GDP, Sabah sendiri mengeluarkan dekat 50 peratus minyak seluruh Persekutuan Malaysia. Seperti mana yang saya pernah hujah, Gemusut-Kakap satu oil rig dekat Labuan mengeluarkan 26 peratus daripada national oil output Malaysia. Kalau kita campur dengan semua... Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Saya ingat ini kena justify the figure. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: No. I think this is my floor Yang Berhormat Kota Tinggi. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Minta maaf Yang Berhormat, jangan mislead the Dewan... Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: I’m not misleading. This is a fact. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Sebab 500 thousand barrel from Terengganu alone, offshore Terengganu. Jadi saya hendak tahu telaga mana yang mengeluarkan 26 peratus daripada pengeluaran minyak. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Gemusut-Kakap. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Saya tahu tetapi tidak sampai 26 percent. Please justify. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: I think itu dari laporan Shell dan telah disahkan oleh... Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Shell is not the biggest operator in Malaysia. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Di Sabah, Sabah- Shell. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Yes di Sabah. In terms of Malaysia, tidak sampai macam itu. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: I think you will have to check your figures, yang saya dapat adalah 50 peratus. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Ya I’m checking my figures. Jadi saya minta don’t mislead the Dewan, please.
So, apa yang saya cadangkan kepada kerajaan adalah untuk kembali kepada spirit. and letter ataupun asas penubuhan Persekutuan Malaysia. Ini permintaan juga sama datang daripada Ahli Parlimen di sebelah. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Saya setuju dari segi itu. Perkara 10 dan 12. Cuma saya tanya tadi soalan, kalau economic scale of Sabah serta percentage of Federal tetapi Yang Berhormat Penampang minta 30 percent, jadi dekat situ tidak ada equality. Tidak ada kesamarataan. Jadi saya tengok di situ tidak realistik. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Okey, begini. Tuan Yang di-Pertua. Question of equality... Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Saya yakin ini tidak mewakili semua pandangan orang Sabah. Saya baru balik dari Sabah. Sabah thriving, cantik, tourism... Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Tuan Yang di-Pertua, my floor. Yang Berhormat Kota Tinggi, pandangan ini... Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Jadi pandangan tidak berapa realistiklah. Yang Berhormat Kuala Selangor pun kecil hati nanti. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Pandangan ini begini. Saya tanya Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak jika mereka setuju dengan saya ataupun tidak. #1530. Kalau mereka tidak setuju, saya clearly bangun dan jawab bahawa mereka tidak setuju dengan cadangan ini. Okey. Berkenaan dengan GDP, Sabah sendiri mengeluarkan dekat 50 peratus minyak seluruh Persekutuan Malaysia. Seperti mana yang saya pernah hujah, Gemusut-Kakap satu oil rig dekat Labuan mengeluarkan 26 peratus daripada national oil output Malaysia. Kalau kita campur dengan semua... Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Saya ingat ini kena justify the figure. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: No. I think this is my floor Yang Berhormat Kota Tinggi. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Minta maaf Yang Berhormat, jangan mislead the Dewan... Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: I'm not misleading. This is a fact. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Sebab 500 thousand barrel from Terengganu alone, offshore Terengganu. Jadi saya hendak tahu telaga mana yang mengeluarkan 26 peratus daripada pengeluaran minyak. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Gemusut-Kakap. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Saya tahu tetapi tidak sampai 26 percent. Please justify. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: I think itu dari laporan Shell dan telah disahkan oleh... Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Shell is not the biggest operator in Malaysia. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Di Sabah, Sabah- Shell. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Yes di Sabah. In terms of Malaysia, tidak sampai macam itu. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: I think you will have to check your figures, yang saya dapat adalah 50 peratus. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Ya I'm checking my figures. Jadi saya minta don't mislead the Dewan, please.
48
60
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 49 Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: I’m not misleading. This is based on Shell punya yearly annual report. Well then, the position is the same. I throw it back to the government. I throw it back to the government. The government let the Minister answer this. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Don’t mislead the Dewan. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: I’m not misleading. The government must answer this. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Don’t mislead the Dewan. You don’t represent the whole people. Ya you dari Penampang tetapi... Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: WelI I represent...I’m a Sabahan and I represent Sabah. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Don’t mislead the Dewan, don’t mislead the government. I’m representing the interest of the whole Malaysian. Not only Sabahan. Not only Sabahan. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: This is my position. Tuan Yang di- Pertua, ini position saya... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Tuan Teo Kok Seong [Rasah]: Yang Berhormat Sepang teruskan. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kalau Yang Berhormat Kota Tinggi tidak setuju, ikut peraturan mesyuarat lah. Kacau sahaja lebih. Apalah kerja kacau orang. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Harap Yang Berhormat Menteri dapat jawab dan harap rakan-rakan daripada Sabah dan Sarawak akan membuat hujah berkenaan dengan ini. Tuan Yang di-Pertua, kita ada tujuh minit lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin membawa kepada satu isu yang kerap kali dibawa oleh rakan-rakan dan juga warga Sabah berkenaan dengan scholarship. Saya mendapati bahawa adanya masalah dengan pengagihan scholarship. Ada juga mungkin tidak benar ataupun benar tetapi saya ingin kerajaan membuat satu penjelasan, adakah benar bila memberikan scholarship kepada orang-orang Sabah, orang-orang Sabah dipinggirkan. Bukan sahaja dipinggirkan tetapi juga dipinggirkan melalui agama dan bangsa. Ini selalu ditanya dan kita harap kerajaan boleh menjelaskan jika benar dan menunjukkan berapa banyak pengagihan scholarship yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada orang-orang Sabah dan Sarawak. Finally, yang isu dekat dengan hati saya dan sebagai orang Sabah juga, kedudukan orang Sabah yang dilanda dengan banyak masalah pendatang tanpa izin. Tadi Yang Berhormat Kota Tinggi ada cakap 3.5 million. Tidak, bukan 3.5 million. Pada hari Ahad yang lalu, kawan saya Ahli Parlimen Kota Belud telah mengumumkan bahawa Sabah sekarang ini pada tahun 2017 ada 3.9 juta populations. Ini adalah satu peningkatan yang tinggi sebab pada tahun 2010 kita hanya 3.2 juta. In a short five to six years, we have become 3.9 million. Siapakah orang-orang ini dan kenapakah orang Sabah sangat produktif? Adakah mereka ini pendatang tanpa izin ataupun orang Sabah yang benar? Dalam pengagihan yang dibuat Tuan Yang di-Pertua, census yang dibuat pada tahun 2010 yang dipetik daripada Statistic Department adalah 3.293 juta warga Sabah yang di mana 901,943 adalah pendatang tanpa izin ataupun warga asing bercampuran. Orang Sabah hanya 2.391 juta. Maka di Sarawak pada tahun 2010 mereka ada 2.5 juta orang Sarawak. Adanya 122 orang warga asing atau pendatang tanpa izin. Orang Sarawak yang tulen 2.393 juta. So why is there a big disparity antara Sabah dan Sarawak? Adakah orang Sabah lebih produktif daripada Sarawak? I think it is about management of our immigration. Adanya banyak tuduhan waktu RCI seperti mana yang telah diberi keterangan oleh seorang witness bernama Asli bin Siduk yang dikategorikan ataupun dilabelkan sebagai witness ke-13 dalam RCI yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: I'm not misleading. This is based on. Shell punya yearly annual report. Well then, the position is the same. I throw it back to the government. I throw it back to the government. The government let the Minister answer this. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Don't mislead the Dewan. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: I'm not misleading. The government must answer this. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Don't mislead the Dewan. You don't represent the whole people. Ya you dari Penampang tetapi... Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: WelI I represent...I'm a Sabahan and I represent Sabah. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Don't mislead the Dewan, don't mislead the government. I'm representing the interest of the whole Malaysian. Not only Sabahan. Not only Sabahan. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: This is my position. Tuan Yang di- Pertua, ini position saya... Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Tuan Teo Kok Seong [Rasah]: Yang Berhormat Sepang teruskan. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kalau Yang Berhormat Kota Tinggi tidak setuju, ikut peraturan mesyuarat lah. Kacau sahaja lebih. Apalah kerja kacau orang. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Harap Yang Berhormat Menteri dapat jawab dan harap rakan-rakan daripada Sabah dan Sarawak akan membuat hujah berkenaan dengan ini. Tuan Yang di-Pertua, kita ada tujuh minit lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin membawa kepada satu isu yang kerap kali dibawa oleh rakan-rakan dan juga warga Sabah berkenaan dengan scholarship. Saya mendapati bahawa adanya masalah dengan pengagihan scholarship. Ada juga mungkin tidak benar ataupun benar tetapi saya ingin kerajaan membuat satu penjelasan, adakah benar bila memberikan scholarship kepada orang-orang Sabah, orang-orang Sabah dipinggirkan. Bukan sahaja dipinggirkan tetapi juga dipinggirkan melalui agama dan bangsa. Ini selalu ditanya dan kita harap kerajaan boleh menjelaskan jika benar dan menunjukkan berapa banyak pengagihan scholarship yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada orang-orang Sabah dan Sarawak. Finally, yang isu dekat dengan hati saya dan sebagai orang Sabah juga, kedudukan orang Sabah yang dilanda dengan banyak masalah pendatang tanpa izin. Tadi Yang Berhormat Kota Tinggi ada cakap 3.5 million. Tidak, bukan 3.5 million. Pada hari Ahad yang lalu, kawan saya Ahli Parlimen Kota Belud telah mengumumkan bahawa Sabah sekarang ini pada tahun 2017 ada 3.9 juta populations. Ini adalah satu peningkatan yang tinggi sebab pada tahun 2010 kita hanya 3.2 juta. In a short five to six years, we have become 3.9 million. Siapakah orang-orang ini dan kenapakah orang Sabah sangat produktif? Adakah mereka ini pendatang tanpa izin ataupun orang Sabah yang benar?. Dalam pengagihan yang dibuat Tuan Yang di-Pertua, census yang dibuat pada tahun 2010 yang dipetik daripada Statistic Department adalah 3.293 juta warga Sabah yang di mana 901,943 adalah pendatang tanpa izin ataupun warga asing bercampuran. Orang Sabah hanya 2.391 juta. Maka di Sarawak pada tahun 2010 mereka ada 2.5 juta orang Sarawak. Adanya 122 orang warga asing atau pendatang tanpa izin. Orang Sarawak yang tulen 2.393 juta. So why is there a big disparity antara Sabah dan Sarawak? Adakah orang Sabah lebih produktif daripada Sarawak? I think it is about management of our immigration. Adanya banyak tuduhan waktu RCI seperti mana yang telah diberi keterangan oleh seorang witness bernama Asli bin Siduk yang dikategorikan ataupun dilabelkan sebagai witness ke-13 dalam RCI yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan.
49
61
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
50 DR.31.10.2017 Asli bin Siduk ini telah memberi keterangan bahawa beliau telah mengeluarkan banyak IC yang benar melalui Sijil Lahir Lewat yang telah dikeluarkan juga oleh Kerajaan Persekutuan bersama dengan Pejabat Ketua Menteri di Sabah. Ada masalah besar ini Tuan Yang di-Pertua. Beliau juga cakap dalam testimoni beliau dalam RCI bahawa tujuan, dalam Inggeris memberikan verbatim quote, the purpose of the exercise was to increase the Muslim voters in Sabah which at that time under PBS Government headed by Joseph Pairin Kitingan, Tambunan untuk mengalahkan beliau dalam pilihan raya. So, demographic change ke Sabah telah terjadi pada musim PBS hingga ke saat ini. Ada juga satu kes dan ini saya ingin dapat jawapan daripada kerajaan. Kes ini pada tahun 2006 seorang yang telah diberikan IC Sabah. Beliau bernama Salman Majid. Beliau telah mengambil tindakan kepada Kerajaan Persekutuan dan Director-General Immigration Persekutuan setelah beliau ditangkap dan telah disimpan dalam lokap selama 199 hari. Selepas beliau dapat peluang untuk membuat saman kepada Kerajaan Persekutuan, dalam evidence beliau, dalam testimoni beliau, beliau telah memberi keterangan bahawa beliau telah diberikan IC warga Malaysia. Ini testimoni beliau dalam kes dan ditulis dalam MLJ atau Malaysian Law Journal bahawa beliau telah diberikan IC dengan condition bahawa beliau akan undi Barisan Nasional. This is a serious problem. Salman Majid. Beliau tidak dipanggil waktu RCI dan beliau mungkin ada di Sabah pada hari ini. Mungkin ada business beliau, restoran atau apa. Oleh sebab beliau telah disahkan sebagai warga Sabah walaupun beliau dilahirkan di Pakistan. Salman Majid. Please, I hope the government can answer whether this is for real ataupun tidak. Oleh sebab ini telah dilaporkan dalam Malaysian Law Journal. This is very important case, Salman Majid. Beliau adalah satunya daripada beribu-ribu yang telah menjadi warga Sabah dan yang telah menukarkan demografi dan juga mungkin telah dimasukkan dalam Daftar Pemilih Sabah yang kita kerap kali meminta kerajaan dan meminta SPR untuk memutihkan. We must solve this problem once and for all. Pilihan raya tidak lama lagi. Adakah kita akan guna daftar pemilih yang sama yang telah dikritik dalam RCI. Sehingga ke hari ini, Kerajaan Sabah dan juga Kerajaan Persekutuan masih tidak ada solution ataupun tidak ada cadangan yang baik untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin yang telah menjadi warga Sabah. Dari itu Tuan Yang di-Pertua, masanya datang jika Kerajaan Pusat Barisan Nasional ini tidak sedia untuk menyelesaikan, kerajaan yang akan datang, saya harap Pakatan Harapan akan menyelesaikan masalah Sabah. Dengan itu, kotohuadan konsikan and God bless. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Pasir Gudang. 3.39 ptg. Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi saya peluang. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Bajet 2017 kali ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah, Malaysia masih lagi mampu meredah badai ekonomi yang kian mencabar. Setinggi tahniah saya ucapkan kepada pucuk pimpinan kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Pekan dan selaku Menteri Kewangan kerana telah bertindak dengan proaktif dan bijak dalam menyusun serta melaksanakan strategi ekonomi demi memastikan ekonomi Malaysia terus ampuh. ■1540 Secara peribadi, saya mengagumi perkara yang dibentangkan di dalam Bajet 2018. Bagi saya ia melambangkan kerajaan yang sangat fokus dengan impian untuk menjadikan negara kita berpendapatan tinggi menjelang 2020. Apa yang lebih penting, mempunyai aspirasi yang tinggi untuk membawa Malaysia ke tahap yang luar biasa menjelang tahun 2050. Saya menyambut baik kepada inisiatif kerajaan yang berfokus untuk menyediakan Malaysia bagi mengharungi cabaran kitaran ekonomi pada masa hadapan. Sebagai bukti, kita dapat lihat kerajaan amat komited untuk mempromosi ekonomi digital dan memperkasa
Asli bin Siduk ini telah memberi keterangan bahawa beliau telah mengeluarkan banyak IC yang benar melalui Sijil Lahir Lewat yang telah dikeluarkan juga oleh Kerajaan Persekutuan bersama dengan Pejabat Ketua Menteri di Sabah. Ada masalah besar ini Tuan Yang di-Pertua. Beliau juga cakap dalam testimoni beliau dalam RCI bahawa tujuan, dalam Inggeris memberikan verbatim quote, the purpose of the exercise was to increase the Muslim voters in Sabah which at that time under PBS Government headed by Joseph Pairin Kitingan, Tambunan untuk mengalahkan beliau dalam pilihan raya. So, demographic change ke Sabah telah terjadi pada musim PBS hingga ke saat ini. Ada juga satu kes dan ini saya ingin dapat jawapan daripada kerajaan. Kes ini pada tahun 2006 seorang yang telah diberikan IC Sabah. Beliau bernama Salman Majid. Beliau telah mengambil tindakan kepada Kerajaan Persekutuan dan Director-General Immigration Persekutuan setelah beliau ditangkap dan telah disimpan dalam lokap selama 199 hari. Selepas beliau dapat peluang untuk membuat saman kepada Kerajaan Persekutuan, dalam evidence beliau, dalam testimoni beliau, beliau telah memberi keterangan bahawa beliau telah diberikan IC warga Malaysia. Ini testimoni beliau dalam kes dan ditulis dalam MLJ atau Malaysian Law Journal bahawa beliau telah diberikan IC dengan condition bahawa beliau akan undi Barisan Nasional. This is a serious problem. Salman Majid. Beliau tidak dipanggil waktu RCI dan beliau mungkin ada di Sabah pada hari ini. Mungkin ada business beliau, restoran atau apa. Oleh sebab beliau telah disahkan sebagai warga Sabah walaupun beliau dilahirkan di Pakistan. Salman Majid. Please, I hope the government can answer whether this is for real ataupun tidak. Oleh sebab ini telah dilaporkan dalam Malaysian Law Journal. This is very important case, Salman Majid. Beliau adalah satunya daripada beribu-ribu yang telah menjadi warga Sabah dan yang telah menukarkan demografi dan juga mungkin telah dimasukkan dalam Daftar Pemilih Sabah yang kita kerap kali meminta kerajaan dan meminta SPR untuk memutihkan. We must solve this problem once and for all. Pilihan raya tidak lama lagi. Adakah kita akan guna daftar pemilih yang sama yang telah dikritik dalam RCI. Sehingga ke hari ini, Kerajaan Sabah dan juga Kerajaan Persekutuan masih tidak ada solution ataupun tidak ada cadangan yang baik untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin yang telah menjadi warga Sabah. Dari itu Tuan Yang di-Pertua, masanya datang jika Kerajaan Pusat Barisan Nasional ini tidak sedia untuk menyelesaikan, kerajaan yang akan datang, saya harap Pakatan Harapan akan menyelesaikan masalah Sabah. Dengan itu, kotohuadan konsikan and God bless. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Pasir Gudang. 3.39 ptg. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi saya peluang. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Bajet 2017 kali ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah, Malaysia masih lagi mampu meredah badai ekonomi yang kian mencabar. Setinggi tahniah saya ucapkan kepada pucuk pimpinan kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Pekan dan selaku Menteri Kewangan kerana telah bertindak dengan proaktif dan bijak dalam menyusun serta melaksanakan strategi ekonomi demi memastikan ekonomi Malaysia terus ampuh. #1540 Secara peribadi, saya mengagumi perkara yang dibentangkan di dalam Bajet 2018. Bagi saya ia melambangkan kerajaan yang sangat fokus dengan impian untuk menjadikan negara kita berpendapatan tinggi menjelang 2020. Apa yang lebih penting, mempunyai aspirasi yang tinggi untuk membawa Malaysia ke tahap yang luar biasa menjelang tahun 2050. Saya menyambut baik kepada inisiatif kerajaan yang berfokus untuk menyediakan Malaysia bagi mengharungi cabaran kitaran ekonomi pada masa hadapan. Sebagai bukti, kita dapat lihat kerajaan amat komited untuk mempromosi ekonomi digital dan memperkasa.
50
62
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 51 pendidikan TVET dalam beberapa siri belanjawan negara. Dengan izin Allah, selain menyediakan rakyat Malaysia dengan infrastruktur yang mampu mencipta pekerjaan dan pelaburan baru. Kerajaan hari ini mampu juga membantu kumpulan seperti B40 dan M40 melalui pemberian tunai dan penstrukturan semula cukai pendapatan. Perkembangan seperti ini amat patut disambut baik dan disyukuri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh soal pemerkasaan wanita yang di sebut oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Pembangunan ekonomi dan pembangunan wanita adalah saling berkait antara satu sama lain. Ini bermakna pemerkasaan wanita mampu untuk memberi kesan positif yang signifikan kepada pembangunan ekonomi. Sebagai seorang wanita, saya amat gembira apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan tahun 2018 sebagai tahun memperkasa wanita. Dengan pengumuman untuk mewajibkan 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah GLC dan GLIC serta badan berkanun, memberi isyarat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengiktiraf kemampuan wanita dalam menyumbang kepada kemajuan industri. Ini amat selari dengan apa yang telah lama dilakukan di sektor awam, di mana Malaysia sudah pun mencapai sasaran kuota 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar dalam sektor awam, dengan peratus wanita di dalam kumpulan pengurusan tertinggi sebanyak 35.6 peratus. Namun demikian, suka saya membawa kepada perhatian semua. Kita kena lah menggembleng tenaga bagi memastikan 10.81 peratus daripada Ahli Dewan Rakyat adalah wanita. 22 peratus daripada Ahli Dewan Negara dan jumlah wanita sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi setiap negeri juga kurang daripada 30 peratus. Justeru, saya amat berharap agar kita juga dapat mencapai sasaran 30 peratus wakil rakyat di seluruh Malaysia ini adalah wanita, selaras dengan saranan 2018, tahun memperkasakan wanita. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan]: Yang Berhormat Pasir Gudang, boleh? Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada dua yang bangun. Yang Berhormat Kuantan, dengan Yang Berhormat Kapar. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan]: Okay, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Apabila Yang Berhormat Pasir Gudang menyebut berkenaan peratus wanita dalam Dewan Rakyat, ia melibatkan kita ya, Yang Berhormat Pasir Gudang, saya juga. Perkara ini telah kita bangkitkan banyak kali berkenaan hendak meningkatkan keterlibatan wanita di peringkat keputusan paling tinggi iaitu Dewan Rakyat. Akan tetapi kita punya sistem first-past- the-post ini tidak memungkinkan perkara itu berlaku. Adakah saranan-saranan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang, bagaimana kita hendak menjadikan 30 peratus itu? Hendak capai 30 peratus. Oleh sebab di Dewan Negara dia dilantik. Akan tetapi Dewan Rakyat kalau kita sudah ada 30 peratus calon pun, kita tidak menjamin 30 peratus di Dewan Rakyat. Terima kasih. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Saya sambung sikit, Yang Berhormat Pasir Gudang? Dua, tiga tahun yang lepas, saya telah membuat cadangan di mana Kawasan-kawasan Parlimen seperti Pasir Gudang mahupun Kuantan perlu dikhaskan untuk wanita berlawan dengan wanita. Ini akan memastikan Pasir Gudang mesti ada seorang wakil daripada wanita. Kuantan, seorang wakil daripada wanita. So, begitulah kita boleh memastikan ada calon wanita untuk beberapa kerusi Parlimen. Dengan cara itulah kita boleh memastikan 30 peratus dan cadangan ini saya telah bawa dua, tiga tahun yang lepas tetapi tiada jawapan daripada kementerian. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih. Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Terima kasih sahabat- sahabat saya Ahli-ahli daripada sebelah sana kerana menyokong apa yang saya katakan ini. Sememangnya apa yang disuarakan ini perlulah diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak-pihak tertentu. Saya suka macam Yang Berhormat Kapar cakap, kalau Pasir Gudang untuk wanita, jangan lah ada yang mengganggu di kerusi Pasir Gudang supaya wanita terus kekal di Pasir Gudang, macam mana di Kuantan, begitu ya. Wanita untuk kita semua. Jadi dengan perkara ini, soal ini adalah soal parti dan dengan Yang Berhormat Pekan sendiri menjadi ketua kepada Barisan Nasional, saya yakin jika tidak dengan niatnya begitu, maka tidaklah diumumkan 2018 sebagai tahun memperkasakan wanita. Jadi, kita semua sama-samalah memberi lebih ruang kepada wanita untuk menjadi wakil rakyat yang berwibawa. Bukan kerana wanita tetapi memang mereka mempunyai
pendidikan TVET dalam beberapa siri belanjawan negara. Dengan izin Allah, selain menyediakan rakyat Malaysia dengan infrastruktur yang mampu mencipta pekerjaan dan pelaburan baru. Kerajaan hari ini mampu juga membantu kumpulan seperti B40 dan M40 melalui pemberian tunai dan penstrukturan semula cukai pendapatan. Perkembangan seperti ini amat patut disambut baik dan disyukuri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh soal pemerkasaan wanita yang di sebut oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Pembangunan ekonomi dan pembangunan wanita adalah saling berkait antara satu sama lain. Ini bermakna pemerkasaan wanita mampu untuk memberi kesan positif yang signifikan kepada pembangunan ekonomi. Sebagai seorang wanita, saya amat gembira apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan tahun 2018 sebagai tahun memperkasa wanita. Dengan pengumuman untuk mewajibkan 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah GLC dan GLIC serta badan berkanun, memberi isyarat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengiktiraf kemampuan wanita dalam menyumbang kepada kemajuan industri. Ini amat selari dengan apa yang telah lama dilakukan di sektor awam, di mana Malaysia sudah pun mencapai sasaran kuota 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar dalam sektor awam, dengan peratus wanita di dalam kumpulan pengurusan tertinggi sebanyak 35.6 peratus. Namun demikian, suka saya membawa kepada perhatian semua. Kita kena lah menggembleng tenaga bagi memastikan 10.81 peratus daripada Ahli Dewan Rakyat adalah wanita. 22 peratus daripada Ahli Dewan Negara dan jumlah wanita sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi setiap negeri juga kurang daripada 30 peratus. Justeru, saya amat berharap agar kita juga dapat mencapai sasaran 30 peratus wakil rakyat di seluruh Malaysia ini adalah wanita, selaras dengan saranan 2018, tahun memperkasakan wanita. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan]: Yang Berhormat Pasir Gudang, boleh?. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada dua yang bangun. Yang Berhormat Kuantan, dengan Yang Berhormat Kapar. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan]: Okay, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Apabila Yang Berhormat Pasir Gudang menyebut berkenaan peratus wanita dalam Dewan Rakyat, ia melibatkan kita ya, Yang Berhormat Pasir Gudang, saya juga. Perkara ini telah kita bangkitkan banyak kali berkenaan hendak meningkatkan keterlibatan wanita di peringkat keputusan paling tinggi iaitu Dewan Rakyat. Akan tetapi kita punya sistem first-past- the-post ini tidak memungkinkan perkara itu berlaku. Adakah saranan-saranan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang, bagaimana kita hendak menjadikan 30 peratus itu? Hendak capai 30 peratus. Oleh sebab di Dewan Negara dia dilantik. Akan tetapi Dewan Rakyat kalau kita sudah ada 30 peratus calon pun, kita tidak menjamin 30 peratus di Dewan Rakyat. Terima kasih. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Saya sambung sikit, Yang Berhormat Pasir Gudang? Dua, tiga tahun yang lepas, saya telah membuat cadangan di mana Kawasan-kawasan Parlimen seperti Pasir Gudang mahupun Kuantan perlu dikhaskan untuk wanita berlawan dengan wanita. Ini akan memastikan Pasir Gudang mesti ada seorang wakil daripada wanita. Kuantan, seorang wakil daripada wanita. So, begitulah kita boleh memastikan ada calon wanita untuk beberapa kerusi Parlimen. Dengan cara itulah kita boleh memastikan 30 peratus dan cadangan ini saya telah bawa dua, tiga tahun yang lepas tetapi tiada jawapan daripada kementerian. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Terima kasih sahabat- sahabat saya Ahli-ahli daripada sebelah sana kerana menyokong apa yang saya katakan ini. Sememangnya apa yang disuarakan ini perlulah diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak-pihak tertentu. Saya suka macam Yang Berhormat Kapar cakap, kalau Pasir Gudang untuk wanita, jangan lah ada yang mengganggu di kerusi Pasir Gudang supaya wanita terus kekal di Pasir Gudang, macam mana di Kuantan, begitu ya. Wanita untuk kita semua. Jadi dengan perkara ini, soal ini adalah soal parti dan dengan Yang Berhormat Pekan sendiri menjadi ketua kepada Barisan Nasional, saya yakin jika tidak dengan niatnya begitu, maka tidaklah diumumkan 2018 sebagai tahun memperkasakan wanita. Jadi, kita semua sama-samalah memberi lebih ruang kepada wanita untuk menjadi wakil rakyat yang berwibawa. Bukan kerana wanita tetapi memang mereka mempunyai.
51
63
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
52 DR.31.10.2017 potensi yang baik. Seterusnya, saya juga melihat kerajaan begitu serius untuk membantu wanita dalam mengimbangi peranan di dalam keluarga dan juga peranan di pejabat dengan menaikkan cuti bersalin mandatori bagi sektor swasta dari 60 hari kepada 90 hari. Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan dan seluruh wanita di Malaysia ini. Saya juga hendak menyentuh soal kos sara hidup. Kita tahu sekarang ini dengan kos sara hidup, dengan tekanan-tekanan untuk menaikkan gaji minimum dan sebagainya. Puan P. Kasthuriraani A/P Patto [Batu Kawan]: Minta laluan Yang Berhormat Pasir Gudang. Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Tidak, saya sudah tidak cukup masa. Puan P. Kasthuriraani A/P Patto [Batu Kawan]: Ini hendak menambah sedikit lagi. Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Sehingga hari ini, gaji minimum di Semenanjung Malaysia ada dibayar RM1 ribu. Manakala, di Sabah, Sarawak dan Labuan RM900. Pihak sebelah sana ada mencadangkan supaya gaji minimum ditingkatkan kepada RM1,500. Secara fizikalnya, secara luaran, kita nampak ini adalah satu yang sangat menarik tetapi kebersediaan syarikat-syarikat sendiri dan juga kesan kos push inflation sekiranya gaji minimum dinaikkan secara begitu, tentunya akan memberi kesan negatif. Di mana harga-harga barang juga akan dinaikkan. Apabila keadaan ini berlaku, ia tentunya akan menyebabkan pekerja-pekerja itu sendiri tertekan semula. Pihak-pihak syarikat juga dengan alasan kenaikan gaji minimum yang terlampau tinggi akan menjadikan kos operasi mereka tinggi dan akhirnya, barangan yang mereka keluarkan juga akan menjadi mahal. Soal pemilikan hartanah. Antara kerisauan terbesar rakyat Malaysia ialah tentang memiliki rumah sendiri. Kita berharap sangat-sangat dengan usaha yang dilakukan oleh negeri-negeri, oleh kerajaan, dapat diteruskan dengan pelbagai skim rumah mampu milik, Prima, MyHome dan pelbagai lagi bagi membantu rakyat memiliki rumah diteruskan. Antara yang sangat popular dan juga sangat dicemburui dan sukar untuk diikuti adalah rumah mampu milik Kerajaan Negeri Johor kerana telah berjaya membina. Setinggi tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Johor kerana telah berjaya membina 15,139 unit rumah mampu milik dengan harga serendah RM42 ribu hingga RM150 ribu seunit. Sekarang ini diberi kemudahan pula dengan bantuan-bantuan kewangan daripada kerjasama dengan bank-bank tertentu seperti Ambank. Haraplah perkara ini dapat diikuti dengan lebih agresif oleh Kerajaan Persekutuan bagi membina lebih banyak rumah mampu milik di dalam kawasan-kawasan bandar. Sejak April 2015 Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melaksanakan GST bagi menggantikan SST. Kita harap percukaian yang lebih efisien ini dapat dilakukan satu bentuk kesedaran kepada rakyat, bagaimana dan apakah peranan yang telah dimainkan oleh GST. Apakah dengan jelas GST telah membantu rakyat atau sebaliknya? Jadi, usaha ini mestilah dilakukan dengan secara berterusan dan jelas bagi memastikan tidak ada pihak-pihak terus menyelewengkan kefahaman rakyat dan rakyat sememangnya yang sangat terasa dengan perkara ini akan mudah mereka terpengaruh. ■1550 Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan gejala sosial, saya mohon sangat agar pihak kerajaan melihat secara teliti tentang masalah dadah di dalam negara kita. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman mengesahkan, dalam tempoh tiga tahun sehingga Jun 2013, seramai 358 pelajar warga asing telah ditangkap atas kesalahan pemilikan dan pengedaran dadah. Dari mana mereka ini datang? Mereka ini datang masuk ke Malaysia dengan alasan untuk belajar. Memangnya kita hendak menjadikan negara kita ini sebuah negara pilihan untuk belajar tetapi jangan sampai menjadi dua dalam satu. Masuk konon hendak belajar, masuk dalam negara kita bukan dia belajar, dia mengajar pula anak-anak kita untuk terdedah kepada penggunaan dadah ini. Jadi, lebih baiklah kita mengawal sebelum keadaan yang sememangnya parah ini bertambah parah. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk pihak kerajaan terus menerus melakukan penguatkuasaan terhadap warga asing terutamanya pelajar daripada luar negara seperti Nigeria, Yaman dan Sudan, di mana mereka ini adalah punca utama untuk rakyat kita terpengaruh dari segi menjadi keldai-keldai dadah dan juga penipuan-penipuan yang pelbagai bentuk. Saya memohon supaya saringan berkala diadakan di peringkat-peringkat
potensi yang baik. Seterusnya, saya juga melihat kerajaan begitu serius untuk membantu wanita dalam mengimbangi peranan di dalam keluarga dan juga peranan di pejabat dengan menaikkan cuti bersalin mandatori bagi sektor swasta dari 60 hari kepada 90 hari. Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan dan seluruh wanita di Malaysia ini. Saya juga hendak menyentuh soal kos sara hidup. Kita tahu sekarang ini dengan kos sara hidup, dengan tekanan-tekanan untuk menaikkan gaji minimum dan sebagainya. Puan P. Kasthuriraani A/P Patto [Batu Kawan]: Minta laluan Yang Berhormat Pasir Gudang. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Tidak, saya sudah tidak cukup masa. Puan P. Kasthuriraani A/P Patto [Batu Kawan]: Ini hendak menambah sedikit lagi. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Sehingga hari ini, gaji minimum di Semenanjung Malaysia ada dibayar RM1 ribu. Manakala, di Sabah, Sarawak dan Labuan RM900. Pihak sebelah sana ada mencadangkan supaya gaji minimum ditingkatkan kepada RM1,500. Secara fizikalnya, secara luaran, kita nampak ini adalah satu yang sangat menarik tetapi kebersediaan syarikat-syarikat sendiri dan juga kesan kos push inflation sekiranya gaji minimum dinaikkan secara begitu, tentunya akan memberi kesan negatif. Di mana harga-harga barang juga akan dinaikkan. Apabila keadaan ini berlaku, ia tentunya akan menyebabkan pekerja-pekerja itu sendiri tertekan semula. Pihak-pihak syarikat juga dengan alasan kenaikan gaji minimum yang terlampau tinggi akan menjadikan kos operasi mereka tinggi dan akhirnya, barangan yang mereka keluarkan juga akan menjadi mahal. Soal pemilikan hartanah. Antara kerisauan terbesar rakyat Malaysia ialah tentang memiliki rumah sendiri. Kita berharap sangat-sangat dengan usaha yang dilakukan oleh negeri-negeri, oleh kerajaan, dapat diteruskan dengan pelbagai skim rumah mampu milik, Prima, MyHome dan pelbagai lagi bagi membantu rakyat memiliki rumah diteruskan. Antara yang sangat popular dan juga sangat dicemburui dan sukar untuk diikuti adalah rumah mampu milik Kerajaan Negeri Johor kerana telah berjaya membina. Setinggi tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Johor kerana telah berjaya membina 15,139 unit rumah mampu milik dengan harga serendah RM42 ribu hingga RM150 ribu seunit. Sekarang ini diberi kemudahan pula dengan bantuan-bantuan kewangan daripada kerjasama dengan bank-bank tertentu seperti Ambank. Haraplah perkara ini dapat diikuti dengan lebih agresif oleh Kerajaan Persekutuan bagi membina lebih banyak rumah mampu milik di dalam kawasan-kawasan bandar. Sejak April 2015 Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melaksanakan GST bagi menggantikan SST. Kita harap percukaian yang lebih efisien ini dapat dilakukan satu bentuk kesedaran kepada rakyat, bagaimana dan apakah peranan yang telah dimainkan oleh GST. Apakah dengan jelas GST telah membantu rakyat atau sebaliknya? Jadi, usaha ini mestilah dilakukan dengan secara berterusan dan jelas bagi memastikan tidak ada pihak-pihak terus menyelewengkan kefahaman rakyat dan rakyat sememangnya yang sangat terasa dengan perkara ini akan mudah mereka terpengaruh. #1550. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan gejala sosial, saya mohon sangat agar pihak kerajaan melihat secara teliti tentang masalah dadah di dalam negara kita. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman mengesahkan, dalam tempoh tiga tahun sehingga Jun 2013, seramai 358 pelajar warga asing telah ditangkap atas kesalahan pemilikan dan pengedaran dadah. Dari mana mereka ini datang? Mereka ini datang masuk ke Malaysia dengan alasan untuk belajar. Memangnya kita hendak menjadikan negara kita ini sebuah negara pilihan untuk belajar tetapi jangan sampai menjadi dua dalam satu. Masuk konon hendak belajar, masuk dalam negara kita bukan dia belajar, dia mengajar pula anak-anak kita untuk terdedah kepada penggunaan dadah ini. Jadi, lebih baiklah kita mengawal sebelum keadaan yang sememangnya parah ini bertambah parah. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk pihak kerajaan terus menerus melakukan penguatkuasaan terhadap warga asing terutamanya pelajar daripada luar negara seperti Nigeria, Yaman dan Sudan, di mana mereka ini adalah punca utama untuk rakyat kita terpengaruh dari segi menjadi keldai-keldai dadah dan juga penipuan-penipuan yang pelbagai bentuk. Saya memohon supaya saringan berkala diadakan di peringkat-peringkat.
52
64
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 53 universiti atau semasa mereka mahu masuk ke dalam negara kita lagi bagi memastikan perkara ini dapat dibendung. Berhubung dengan pekerja asing, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta pihak kerajaan melihat secara serius bagaimana kerajaan boleh mengawal kemasukan pekerja asing ini. Sekarang kita tidak nafikan mereka ini ada di mana-mana. Yang ada permit kita tidak hendak ceritalah. Sememangnya kadang-kadang ada keperluan kerana keadaan industri itu tidak menarik minat untuk anak-anak kita bekerja. Akan tetapi, yang tidak berpermit ini, yang masuk melalui persisiran-persisiran, yang masuk berbagai-bagai cara ini, macam mana hendak kita kurangkan dalam negara kita? Sekarang kita pergi ke tempat-tempat tertentu, kita pula yang takut dengan ramainya mereka ini. Jadi, kita harap ada satu daya usaha yang sememangnya sangat baik sekarang ini tetapi ditingkatkan lagi bagi memastikan pekerja-pekerja asing yang tidak mempunyai permit yang sah ini dilakukan sesuatu supaya dapat dikawal. Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan pusat judi. Statistik menunjukkan banyaknya pusat judi yang tidak berlesen masih beroperasi. Perkara ini mestilah diberikan arahan, kerajaan mesti mengeluarkan arahan tidak boleh lagi pusat-pusat judi baru diluluskan- full-stop. Itu sahaja caranya. Tidak boleh kita timbang tara lagi perkara ini. Ini kerana ternyata pusat-pusat ini mengganggu kehidupan berkeluarga dalam masyarakat kita ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya hendak bawa isu kawasan saya. Saya mohon sangat-sangatlah dekat Pasir Gudang ini- rakan saya sebelah sana pun asyik sahaja kacau saya juga. Dia tahu dekat Parlimen ini saya bercakap tidak berhenti soal Hospital Pasir Gudang, tetapi dia datang di kawasan saya, dia cerita juga Hospital Pasir Gudang. Dia buat press statement pasal Hospital Pasir Gudang, macam saya ini tidak buat kerja di Parlimen. Jadi saya hendak mintalah kerajaan terutamanya Menteri Kesihatan, Menteri Jabatan Kerja Raya selesaikan cepat apa pun masalah. Apa yang penting, rakyat Pasir Gudang ini terbela dari segi hospital ini. Cepat, jangan sampai bagi peluang lagi. Lagi sekali kalau Yang Berhormat Kapar datang sebut pasal hospital, tahu saya hendak cakap macam mana... Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Kapar datang minggu depan. Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat]: Kerajaan tidak buat. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Ini dia. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Kapar tiada kerja lain hendak buat, jaga tempat orang. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Jadi, keluar cakap- sekarang yang terbaru dua hari lepas, lepas bajet Tuan Yang di-Pertua, dia keluarkan, dia kata, “Mana janji BN?” “Penipu”, dia kata. “Hendak buat hospital, tidak buat.” “Perdana Menteri tiada sebut pun dalam bajet.” Dia tidak faham, dia tidak faham. Saya yakin kawan- kawan dekat sana orang pandai, faham. Sudah sebut bajet itu hari lulus, buat apa hendak sebut bajet ini lagi, betul tidak? Akan tetapi dia orang ini buat-buat tidak faham, hendak cari pasal. Jadi jangan, Yang Berhormat Kapar, jangan kacau saya pasal hospital. Kita semua ada saksi dalam hospital ini bahawa Hospital Pasir Gudang akan dibina pada tahun 2018. Akan tetapi, saya mohon Menteri beri jawapan, buat press statement yang sejelas-jelasnya pasal Hospital Pasir Gudang... Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Kita satu geng. Kapar pun tiada hospital. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: [Berucap dalam bahasa Tamil] [Ketawa] Seterusnya, saya ingin menyentuh, Tuan Yang di-Pertua, yang lagi satu hal ini. Pasir Gudang ini dua perkara yang jadi panas-panas. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Yang Berhormat Pasir Gudang, sikit sahaja. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Tidak boleh, tidak cukup. Pasal lebuh raya. Minta maaf
universiti atau semasa mereka mahu masuk ke dalam negara kita lagi bagi memastikan perkara ini dapat dibendung. Berhubung dengan pekerja asing, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta pihak kerajaan melihat secara serius bagaimana kerajaan boleh mengawal kemasukan pekerja asing ini. Sekarang kita tidak nafikan mereka ini ada di mana-mana. Yang ada permit kita tidak hendak ceritalah. Sememangnya kadang-kadang ada keperluan kerana keadaan industri itu tidak menarik minat untuk anak-anak kita bekerja. Akan tetapi, yang tidak berpermit ini, yang masuk melalui persisiran-persisiran, yang masuk berbagai-bagai cara ini, macam mana hendak kita kurangkan dalam negara kita? Sekarang kita pergi ke tempat-tempat tertentu, kita pula yang takut dengan ramainya mereka ini. Jadi, kita harap ada satu daya usaha yang sememangnya sangat baik sekarang ini tetapi ditingkatkan lagi bagi memastikan pekerja-pekerja asing yang tidak mempunyai permit yang sah ini dilakukan sesuatu supaya dapat dikawal. Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan pusat judi. Statistik menunjukkan banyaknya pusat judi yang tidak berlesen masih beroperasi. Perkara ini mestilah diberikan arahan, kerajaan mesti mengeluarkan arahan tidak boleh lagi pusat-pusat judi baru diluluskan- full-stop. Itu sahaja caranya. Tidak boleh kita timbang tara lagi perkara ini. Ini kerana ternyata pusat-pusat ini mengganggu kehidupan berkeluarga dalam masyarakat kita ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya hendak bawa isu kawasan saya. Saya mohon sangat-sangatlah dekat Pasir Gudang ini- rakan saya sebelah sana pun asyik sahaja kacau saya juga. Dia tahu dekat Parlimen ini saya bercakap tidak berhenti soal Hospital Pasir Gudang, tetapi dia datang di kawasan saya, dia cerita juga Hospital Pasir Gudang. Dia buat press statement pasal Hospital Pasir Gudang, macam saya ini tidak buat kerja di Parlimen. Jadi saya hendak mintalah kerajaan terutamanya Menteri Kesihatan, Menteri Jabatan Kerja Raya selesaikan cepat apa pun masalah. Apa yang penting, rakyat Pasir Gudang ini terbela dari segi hospital ini. Cepat, jangan sampai bagi peluang lagi. Lagi sekali kalau Yang Berhormat Kapar datang sebut pasal hospital, tahu saya hendak cakap macam mana... Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Kapar datang minggu depan. Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat]: Kerajaan tidak buat. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Ini dia. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Kapar tiada kerja lain hendak buat, jaga tempat orang. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Jadi, keluar cakap- sekarang yang terbaru dua hari lepas, lepas bajet Tuan Yang di-Pertua, dia keluarkan, dia kata, "Mana janji BN?" "Penipu", dia kata. "Hendak buat hospital, tidak buat." "Perdana Menteri tiada sebut pun dalam bajet." Dia tidak faham, dia tidak faham. Saya yakin kawan- kawan dekat sana orang pandai, faham. Sudah sebut bajet itu hari lulus, buat apa hendak sebut bajet ini lagi, betul tidak? Akan tetapi dia orang ini buat-buat tidak faham, hendak cari pasal. Jadi jangan, Yang Berhormat Kapar, jangan kacau saya pasal hospital. Kita semua ada saksi dalam hospital ini bahawa Hospital Pasir Gudang akan dibina pada tahun 2018. Akan tetapi, saya mohon Menteri beri jawapan, buat press statement yang sejelas-jelasnya pasal Hospital Pasir Gudang... Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Kita satu geng. Kapar pun tiada hospital. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: [Berucap dalam bahasa Tamil] [Ketawa]. Seterusnya, saya ingin menyentuh, Tuan Yang di-Pertua, yang lagi satu hal ini. Pasir Gudang ini dua perkara yang jadi panas-panas. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Yang Berhormat Pasir Gudang, sikit sahaja. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Tidak boleh, tidak cukup. Pasal lebuh raya. Minta maaf.
53
65
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
54 DR.31.10.2017 Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Tadi macam hendak bagi sahaja nampak [Ketawa] Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Minta maaf, Yang Berhormat. Minta maaf. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Dengan bajet, pembangunan 17 peratus itu, boleh buat tidak hospital ini? Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Memang dia sudah buat, dia akan buat hospital. Cuma minta cepat sahaja. Saya tahu kerajaan akan buat, cuma saya minta cepat. Tahun depan mesti pecah tanah, mesti buat. Lebuhraya Pasir Gudang. Memanglah Menteri ada beberapa kali saya tanya, baru ini pun saya tanya, cakap dalam Jadual tetapi rakyat lalu ini tidak boleh tahan jalan lubang, jalan rosak. Memang dalam Jadual- mungkin masa diberi lama sangat kot sebab itulah dalam jadual. Orang lalu lalang tengok tiada kerja yang dibuat, bukan? Jadi, orang marah. Yang kena, wakil rakyat juga. Maka datanglah si Yang Berhormat Seputeh di sana, “Apa sudah buat ini? Yang Berhormat Pasir Gudang ini buat apa?” Dia kata, Yang Berhormat Pasir Gudang tidak buat kerja juga. Ini yang tidak betul... [Disampuk] Akan tetapi kawan saya dekat sana dia datang Pasir Gudang, dia cakap, “Apa kerajaan buat?” Makna dia kata saya lah itu. Pasal, saya Ahli Parlimen Pasir Gudang. Ha, macam itu. Jadi, kita mohon pihak kerajaan untuk menyegerakan. Kalau banyak sangat masa, kenapa dua, tiga bulan kerja itu tidak siap? Jangan cerita dengan sayalah masalah utiliti ini, rakyat tidak mahu dengar. Rakyat hendak tahu bila jalan boleh siap. Orang hendak pakai, tutup lubang itu cepat-cepat, siapkan. Lampu jalan. Daripada saya jadi Ahli Parlimen sampai sekarang, suruh siapkan, tidak buat-buat. Jadi, saya mintalah pihak JKR untuk lihat perkara ini. Saya mahu selesaikanlah masalah lampu jalan ini. Pasal, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu, dua isu ini selesai, mereka ini datang, tiada isu sudah. Tiada isu. Tutup buku, dia balik sahaja. Dia tidak boleh hendak masuk kawasan saya. Betul tidak Yang Berhormat Seputeh?... [Disampuk] Betul saya cakap, tiada isu. Pasal dua isu ini, dia kacau saya. Seterusnya, sekolah menengah ini. Terima kasihlah kepada kerajaan. Saya minta lagi satu. Sudah naikkan taraf sekolah menengah dekat tempat saya, Sekolah Menengah Masai sudah jadi sekolah kluster, Sekolah Menengah Dato’ Penggawa Timur. Akan tetapi, orang dekat-dekat itu hendak masuk susah, penduduk ramai. Minta tambahlah sekolah lagi satu. Sekolah menengah ini, kos hendak naik van sekolah ini pun mahal. Jadi ibu bapa selalunya merungut, diminta tolonglah diberikan sedikit kelonggaran agar sebuah sekolah lagi dibina. Ini saya hendak beritahu, Tuan Yang di-Pertua, orang sana jangan cakap kerajaan negerikah, Kerajaan Pusat tidak buat kerja. UTC akan dibina di Pasir Gudang. Ini kerja keras kerajaan negeri disokong, diluluskan oleh Kerajaan Pusat. Jadi dalam masa terdekat, rakyat Pasir Gudang akan menikmati UTC ini. Semua pejabat akan ada di sana. Jadi saya hendak merakamkan setinggi terima kasih kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat yang telah dapat bekerjasama dengan baik untuk memastikan UTC dapat dibina di Pasir Gudang. Dia tidak bina baru UTC tetapi menggunakan yang sedia ada. Terakhir, tentang pengangkutan awam. Kerajaan negeri ada bagi bas percuma. Di Kuala Lumpur ada bagi bas percuma. Saya minta KTM- bagi saya masa dua minit. KTM, saya sudah minta banyak kali untuk meneruskan laluan- sebelah sana pun sokong. Laluan daripada Kempas ke Pasir Gudang sudah ada rel buat untuk penumpang, sekarang ada untuk kargo. Gunakanlah rel yang ada untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pair Gudang. Orang hendak pergi kerja, tension. ■1600 Kalau ada kemudahan ini, kita tidak minta yang laju itulah, yang KTM yang biasa pun sudah cukup supaya dapat mengurangkan keadaan lalu lintas yang teruk di Pasir Gudang. Untuk masjid, kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, saya mohon Kementerian Komunikasi dan Multimedia jangan hentikan separuh jalan yang buat WiFi percuma kepada masjid ini. Keadaannya terlalu ke bawah, terlalu rendah sangat mp-nya hingga menyebabkan orang hendak pakai tidak boleh. Ada sesetengah tempat sudah tidak boleh pakai lagi. Jadi kita bagi, bagilah yang betul-betul supaya rakyat boleh menikmatinya.
Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Tadi macam hendak bagi sahaja nampak [Ketawa]. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Minta maaf, Yang Berhormat. Minta maaf. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Dengan bajet, pembangunan 17 peratus itu, boleh buat tidak hospital ini?. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Memang dia sudah buat, dia akan buat hospital. Cuma minta cepat sahaja. Saya tahu kerajaan akan buat, cuma saya minta cepat. Tahun depan mesti pecah tanah, mesti buat. Lebuhraya Pasir Gudang. Memanglah Menteri ada beberapa kali saya tanya, baru ini pun saya tanya, cakap dalam Jadual tetapi rakyat lalu ini tidak boleh tahan jalan lubang, jalan rosak. Memang dalam Jadual- mungkin masa diberi lama sangat kot sebab itulah dalam jadual. Orang lalu lalang tengok tiada kerja yang dibuat, bukan? Jadi, orang marah. Yang kena, wakil rakyat juga. Maka datanglah si Yang Berhormat Seputeh di sana, "Apa sudah buat ini? Yang Berhormat Pasir Gudang ini buat apa?" Dia kata, Yang Berhormat Pasir Gudang tidak buat kerja juga. Ini yang tidak betul... [Disampuk] Akan tetapi kawan saya dekat sana dia datang Pasir Gudang, dia cakap, "Apa kerajaan buat?" Makna dia kata saya lah itu. Pasal, saya Ahli Parlimen Pasir Gudang. Ha, macam itu. Jadi, kita mohon pihak kerajaan untuk menyegerakan. Kalau banyak sangat masa, kenapa dua, tiga bulan kerja itu tidak siap? Jangan cerita dengan sayalah masalah utiliti ini, rakyat tidak mahu dengar. Rakyat hendak tahu bila jalan boleh siap. Orang hendak pakai, tutup lubang itu cepat-cepat, siapkan. Lampu jalan. Daripada saya jadi Ahli Parlimen sampai sekarang, suruh siapkan, tidak buat-buat. Jadi, saya mintalah pihak JKR untuk lihat perkara ini. Saya mahu selesaikanlah masalah lampu jalan ini. Pasal, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu, dua isu ini selesai, mereka ini datang, tiada isu sudah. Tiada isu. Tutup buku, dia balik sahaja. Dia tidak boleh hendak masuk kawasan saya. Betul tidak Yang Berhormat Seputeh?... [Disampuk] Betul saya cakap, tiada isu. Pasal dua isu ini, dia kacau saya. Seterusnya, sekolah menengah ini. Terima kasihlah kepada kerajaan. Saya minta lagi satu. Sudah naikkan taraf sekolah menengah dekat tempat saya, Sekolah Menengah Masai sudah jadi sekolah kluster, Sekolah Menengah Dato' Penggawa Timur. Akan tetapi, orang dekat-dekat itu hendak masuk susah, penduduk ramai. Minta tambahlah sekolah lagi satu. Sekolah menengah ini, kos hendak naik van sekolah ini pun mahal. Jadi ibu bapa selalunya merungut, diminta tolonglah diberikan sedikit kelonggaran agar sebuah sekolah lagi dibina. Ini saya hendak beritahu, Tuan Yang di-Pertua, orang sana jangan cakap kerajaan negerikah, Kerajaan Pusat tidak buat kerja. UTC akan dibina di Pasir Gudang. Ini kerja keras kerajaan negeri disokong, diluluskan oleh Kerajaan Pusat. Jadi dalam masa terdekat, rakyat Pasir Gudang akan menikmati UTC ini. Semua pejabat akan ada di sana. Jadi saya hendak merakamkan setinggi terima kasih kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat yang telah dapat bekerjasama dengan baik untuk memastikan UTC dapat dibina di Pasir Gudang. Dia tidak bina baru UTC tetapi menggunakan yang sedia ada. Terakhir, tentang pengangkutan awam. Kerajaan negeri ada bagi bas percuma. Di Kuala Lumpur ada bagi bas percuma. Saya minta KTM- bagi saya masa dua minit. KTM, saya sudah minta banyak kali untuk meneruskan laluan- sebelah sana pun sokong. Laluan daripada Kempas ke Pasir Gudang sudah ada rel buat untuk penumpang, sekarang ada untuk kargo. Gunakanlah rel yang ada untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pair Gudang. Orang hendak pergi kerja, tension. #1600. Kalau ada kemudahan ini, kita tidak minta yang laju itulah, yang KTM yang biasa pun sudah cukup supaya dapat mengurangkan keadaan lalu lintas yang teruk di Pasir Gudang. Untuk masjid, kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, saya mohon Kementerian Komunikasi dan Multimedia jangan hentikan separuh jalan yang buat WiFi percuma kepada masjid ini. Keadaannya terlalu ke bawah, terlalu rendah sangat mp-nya hingga menyebabkan orang hendak pakai tidak boleh. Ada sesetengah tempat sudah tidak boleh pakai lagi. Jadi kita bagi, bagilah yang betul-betul supaya rakyat boleh menikmatinya.
54
66
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 55 Secara keseluruhan, terima kasih dan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Pekan di atas bajet yang sangat menyeluruh, merangkumi semua bagi kegunaan, kepentingan rakyat. Terima kasih. Pasir Gudang menyokong. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Sandakan. 4.00 ptg. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berasa bersyukur kerana diberi peluang mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Bajet 2018. Barangkali ini merupakan kali terakhir kita bersidang di Dewan yang mulia ini sebelum PRU yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, tahun depan, Bajet 2018 ini akan membelanjakan sebanyak RM280.2 bilion manakala hasil negara kita hanya RM240 bilion. Ertinya RM40 bilion adalah defisit. Ini juga merupakan bajet defisit kesembilan sejak Yang Amat Berhormat Pekan menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kini, hutang negara kita sudah mencecah RM670 bilion. Ia membangkitkan kebimbangan rakyat di mana hutang negara kita sudah begitu tinggi sedangkan defisit terus tambah. Namun, sedangkan bajet ini dikatakan sebagai bajet yang terbesar dalam sejarah Malaysia. Hakikatnya saya rasa duka cita kerana saya lihat bajet ini tidak sebenarnya memenuhi keperluan rakyat Sabah dan tidak menggambarkan situasi sebenarnya di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, mengikut laporan statistik diumumkan oleh Jabatan Statistik Negara, kadar kemiskinan Sabah kononnya jatuh dari empat peratus pada tahun 2014 kepada 2.9 peratus pada tahun 2016. Pendapatan menengah isi rumah meningkat daripada RM3,745 pada tahun 2014 ke RM4,110 pada tahun 2016. Tuan Yang di-Pertua, susahlah saya hendak percaya laporan ini. Hakikatnya kita lihat ramai orang Sabah berasa kehidupan mereka semakin susah. Cuba Yang Berhormat-Yang Berhormat Menteri keluar dari bilik aircond, turun padang bertanya orang Sabah biasa. Adakah berapa ini rumah mampu untung lebih RM4000? Berapa orang dapat gaji lebih RM2000 sedangkan Barisan Nasional selalu guna laporan sebegini untuk memuji bahawa ekonomi sekarang sangat baik. Cubalah tanya orang Sabah saya pasti bahawa tidak ada orang akan bersetuju dan memberitahu anda bahawa ekonomi sekarang adalah baik. Di sebaliknya, hampir semua rakyat Sabah berasa ekonomi teruk, peluang pekerjaan berkurangan, semakin tidak nampak ada apa-apa harapan sehingga kebanyakan anak-anak muda sudah tinggal dari bumi Sabah ke tempat lain untuk cari rezeki yang lebih baik. Inilah hakikat sebenarnya di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, tidak payahlah apa-apa laporan profesional beritahu kita bahawa ekonomi khususnya pendapatan rakyat kita ada menambah baik. Kalau kita lihat opinion poll, sekarang senang sahaja kita nampak rakyat Sabah berasa begitu tidak puas hati dengan ekonomi sekarang. Antara kebimbangannya ialah kos kehidupan semakin meningkat, gaji dan pendapatan rendah, ekonomi merosot sejak Barisan Nasional menang lagi di PRU Ke-13. Kerajaan Barisan Nasional di bawah bimbingan Yang Amat Berhormat Pekan telah melaksanakan dasar seperti tarik balik semua subsidi, subsidi gula, subsidi minyak, makan dan lain-lain. Minyak diesel dan petrol semakin naik dan mengenakan GST yang amat membebankan rakyat. Semua ini telah bertambah susah keadaan orang Sabah. Tuan Yang di-Pertua, di Sabah kini kita bukan sahaja mengalami kos kehidupan yang meningkat berkali-kali ganda malahan harga barangan kita di Sabah lebih tinggi daripada Semenanjung walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah janji di PRU Ke-13 bahawa harga antara Sabah dan Semenanjung akan diseragamkan tetapi beliau telah gagal menunaikan janji tersebut. Kini, oleh kerana kos kehidupan yang lebih tinggi, Sabahan telah bayar GST yang lebih tinggi dan menambah beban lagi berat ke atas orang Sabah. Ini double injury. Walaupun kita sudah merayu kepada kerajaan bahawa GST direndahkan atau dikecualikan buat sementara di Sabah tetapi Kerajaan Persekutuan terus abaikan kesusahan rakyat Sabah. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana pendapatan rendah, kos kehidupan semakin meningkat, ia menyebabkan yang kaya lebih kaya, yang miskin lebih miskin. Mengikut
Secara keseluruhan, terima kasih dan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Pekan di atas bajet yang sangat menyeluruh, merangkumi semua bagi kegunaan, kepentingan rakyat. Terima kasih. Pasir Gudang menyokong. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Sandakan. 4.00 ptg. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berasa bersyukur kerana diberi peluang mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Bajet 2018. Barangkali ini merupakan kali terakhir kita bersidang di Dewan yang mulia ini sebelum PRU yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, tahun depan, Bajet 2018 ini akan membelanjakan sebanyak RM280.2 bilion manakala hasil negara kita hanya RM240 bilion. Ertinya RM40 bilion adalah defisit. Ini juga merupakan bajet defisit kesembilan sejak Yang Amat Berhormat Pekan menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kini, hutang negara kita sudah mencecah RM670 bilion. Ia membangkitkan kebimbangan rakyat di mana hutang negara kita sudah begitu tinggi sedangkan defisit terus tambah. Namun, sedangkan bajet ini dikatakan sebagai bajet yang terbesar dalam sejarah Malaysia. Hakikatnya saya rasa duka cita kerana saya lihat bajet ini tidak sebenarnya memenuhi keperluan rakyat Sabah dan tidak menggambarkan situasi sebenarnya di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, mengikut laporan statistik diumumkan oleh Jabatan Statistik Negara, kadar kemiskinan Sabah kononnya jatuh dari empat peratus pada tahun 2014 kepada 2.9 peratus pada tahun 2016. Pendapatan menengah isi rumah meningkat daripada RM3,745 pada tahun 2014 ke RM4,110 pada tahun 2016. Tuan Yang di-Pertua, susahlah saya hendak percaya laporan ini. Hakikatnya kita lihat ramai orang Sabah berasa kehidupan mereka semakin susah. Cuba Yang Berhormat-Yang Berhormat Menteri keluar dari bilik aircond, turun padang bertanya orang Sabah biasa. Adakah berapa ini rumah mampu untung lebih RM4000? Berapa orang dapat gaji lebih RM2000 sedangkan Barisan Nasional selalu guna laporan sebegini untuk memuji bahawa ekonomi sekarang sangat baik. Cubalah tanya orang Sabah saya pasti bahawa tidak ada orang akan bersetuju dan memberitahu anda bahawa ekonomi sekarang adalah baik. Di sebaliknya, hampir semua rakyat Sabah berasa ekonomi teruk, peluang pekerjaan berkurangan, semakin tidak nampak ada apa-apa harapan sehingga kebanyakan anak-anak muda sudah tinggal dari bumi Sabah ke tempat lain untuk cari rezeki yang lebih baik. Inilah hakikat sebenarnya di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, tidak payahlah apa-apa laporan profesional beritahu kita bahawa ekonomi khususnya pendapatan rakyat kita ada menambah baik. Kalau kita lihat opinion poll, sekarang senang sahaja kita nampak rakyat Sabah berasa begitu tidak puas hati dengan ekonomi sekarang. Antara kebimbangannya ialah kos kehidupan semakin meningkat, gaji dan pendapatan rendah, ekonomi merosot sejak Barisan Nasional menang lagi di PRU Ke-13. Kerajaan Barisan Nasional di bawah bimbingan Yang Amat Berhormat Pekan telah melaksanakan dasar seperti tarik balik semua subsidi, subsidi gula, subsidi minyak, makan dan lain-lain. Minyak diesel dan petrol semakin naik dan mengenakan GST yang amat membebankan rakyat. Semua ini telah bertambah susah keadaan orang Sabah. Tuan Yang di-Pertua, di Sabah kini kita bukan sahaja mengalami kos kehidupan yang meningkat berkali-kali ganda malahan harga barangan kita di Sabah lebih tinggi daripada Semenanjung walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah janji di PRU Ke-13 bahawa harga antara Sabah dan Semenanjung akan diseragamkan tetapi beliau telah gagal menunaikan janji tersebut. Kini, oleh kerana kos kehidupan yang lebih tinggi, Sabahan telah bayar GST yang lebih tinggi dan menambah beban lagi berat ke atas orang Sabah. Ini double injury. Walaupun kita sudah merayu kepada kerajaan bahawa GST direndahkan atau dikecualikan buat sementara di Sabah tetapi Kerajaan Persekutuan terus abaikan kesusahan rakyat Sabah. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana pendapatan rendah, kos kehidupan semakin meningkat, ia menyebabkan yang kaya lebih kaya, yang miskin lebih miskin. Mengikut.
55
67
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
56 DR.31.10.2017 Laporan Statistik Negara pada tahun 2016, Sabah merupakan negeri yang paling teruk dari segi ketidaksamarataan, pendapatan atau the highest Gini coefficient. Pendapatan negara kita ada baik, ada tambah baik dari Gini coefficient 0.401 turun 0.399 tetapi sepertinya Sabah rekodnya Gini coefficient ini dari 0.387 ke 0.402 menjadi negeri yang paling serius. Ini menunjukkan betapa susah anak-anak Sabah kita. Tambahan pula, Ketua Menteri Sabah bersetuju bahawa harga rumah di Sabah lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia. The housing unaffordability index di Sabah adalah tertinggi atau paling tidak mampu milik di Malaysia, di mana beli satu rumah di Sabah perlu ambil 11 tahun tanpa makan dan beli-belah. Mengikut laporan, pendapatan household di Sabah adalah RM2,860 di Sabah. Justeru, kalau tidak makan dan tidak beli apa-apa, maka diperlukan 11.41 tahun untuk beli satu rumah berdasarkan harga purata RM390,000 di Sabah manakala purata seluruh negara hanya perlu 5.79 tahun. Ini menunjukkan orang Sabah sangat susah sedangkan pendapatan adalah antaranya terendah dalam Malaysia. Ia adalah amat dikesali. Kini, semakin ramai anak-anak muda tidak mampu beli rumah di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, namun begitu Kerajaan Barisan Nasional melalui manifesto PRU Ke-13 berjanji bahawa mereka akan bina 72,310 buah rumah mampu milik di Sabah. Setakat ini hanya 17,665 buah rumah dibina atau 24 peratus sahaja. Ini cukup menunjukkan Barisan Nasional gagal menunaikan janji bukan sahaja membiarkan harga rumah berlipat kali ganda maka rumah mampu milik pun tidak dapat dibina dan dipegang kepada rakyat yang berusaha. Tuan Yang di-Pertua, gaji mereka lebih rendah daripada Semenanjung Malaysia. Kalau dengan gaji Malaysia pada tahun 2016 adalah lebih kurang RM1703, maka anak-anak muda atau bekerja di Sabah hanya untuk gaji menengah RM1240. ■1610 Ini adalah jumlah terendah di seluruh Malaysia. Ia juga bermakna, ada separuh pekerja dan anak-anak muda di Sabah untung di bawah RM1240. Jangan lupa, kita mempunyai harga barangan yang lebih tinggi di Sabah namun pendapatan begitu rendah dan ia amatlah susah dan menderitakan. Tuan Yang di-Pertua, sesekali memandangkan separuh bekerjasama dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang begitu susah tetapi saya tidak lihat apa-apa keadaan yang diambil dan bajet ini yang tidak dapat berikan apa-apa bantuan kepada golongan berpendapatan rendah ini untuk mengatasi masalah sekarang. Sedangkan saya mengalu-alukan potongan cukai kepada- golongan berpendapatan antara RM20,000 hingga RM70,000, ia sememangnya membantu sedikit sebanyak golongan berpendapatan tengah. Akan tetapi seperti mana yang saya katakan tadi, mengikut gaji menengah RM1703 ertinya separuh pekerja untung di bawah RM20,000 setahun. Mereka tidak dapat- golongan ini tidak dapat menikmati potongan cukai dan apa-apa kebaikan dalam bajet ini. Mengapa kita tidak mahu berikan kurangkan dua percent di GST? Ini bahawa semua boleh menikmati kebajikan ini. Di sebaliknya mereka yang sebenarnya merasa beban dan tertekan akibat pelaksanaan GST ini dan inflasi yang serius. Sudah tentu bahawa keadaan ini lagi teruk di negeri Sabah. Akan tetapi kerajaan gagal membantu golongan ini dan ini amat dikesali. Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya, Sandakan, ekonomi semakin merosot. Beberapa kedai tutup. Apabila saya membuat satu kajian pada Mac tahun ini, saya mendapati bahawa sebanyak 162 buah kedai retail telah ditutup di bandar- Central Town of Sandakan. Kini, kemungkinan lebih banyak, sampai sekarang mungkin sudah lebih 200 buah kedai dan tiga buah bangunan pejabat yang bernama Wisma Sandakan, Wisma Lai Piang Kee, Wisma Sabah kini sudah langsung kosong. Ini semua 12 story-building tidak ada orang mahu sewa. Jadi... Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Putatan bangun. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Jadi nampaknya ekonomi di Sandakan begitu teruk. Tidak ada orang yang mahu sewa dan keadaan seperti ini menyebabkan anak-anak muda pindah dan hijrah ke bandar raya.
Laporan Statistik Negara pada tahun 2016, Sabah merupakan negeri yang paling teruk dari segi ketidaksamarataan, pendapatan atau the highest Gini coefficient. Pendapatan negara kita ada baik, ada tambah baik dari Gini coefficient 0.401 turun 0.399 tetapi sepertinya Sabah rekodnya Gini coefficient ini dari 0.387 ke 0.402 menjadi negeri yang paling serius. Ini menunjukkan betapa susah anak-anak Sabah kita. Tambahan pula, Ketua Menteri Sabah bersetuju bahawa harga rumah di Sabah lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia. The housing unaffordability index di Sabah adalah tertinggi atau paling tidak mampu milik di Malaysia, di mana beli satu rumah di Sabah perlu ambil 11 tahun tanpa makan dan beli-belah. Mengikut laporan, pendapatan household di Sabah adalah RM2,860 di Sabah. Justeru, kalau tidak makan dan tidak beli apa-apa, maka diperlukan 11.41 tahun untuk beli satu rumah berdasarkan harga purata RM390,000 di Sabah manakala purata seluruh negara hanya perlu 5.79 tahun. Ini menunjukkan orang Sabah sangat susah sedangkan pendapatan adalah antaranya terendah dalam Malaysia. Ia adalah amat dikesali. Kini, semakin ramai anak-anak muda tidak mampu beli rumah di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, namun begitu Kerajaan Barisan Nasional melalui manifesto PRU Ke-13 berjanji bahawa mereka akan bina 72,310 buah rumah mampu milik di Sabah. Setakat ini hanya 17,665 buah rumah dibina atau 24 peratus sahaja. Ini cukup menunjukkan Barisan Nasional gagal menunaikan janji bukan sahaja membiarkan harga rumah berlipat kali ganda maka rumah mampu milik pun tidak dapat dibina dan dipegang kepada rakyat yang berusaha. Tuan Yang di-Pertua, gaji mereka lebih rendah daripada Semenanjung Malaysia. Kalau dengan gaji Malaysia pada tahun 2016 adalah lebih kurang RM1703, maka anak-anak muda atau bekerja di Sabah hanya untuk gaji menengah RM1240. #1610. Ini adalah jumlah terendah di seluruh Malaysia. Ia juga bermakna, ada separuh pekerja dan anak-anak muda di Sabah untung di bawah RM1240. Jangan lupa, kita mempunyai harga barangan yang lebih tinggi di Sabah namun pendapatan begitu rendah dan ia amatlah susah dan menderitakan. Tuan Yang di-Pertua, sesekali memandangkan separuh bekerjasama dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang begitu susah tetapi saya tidak lihat apa-apa keadaan yang diambil dan bajet ini yang tidak dapat berikan apa-apa bantuan kepada golongan berpendapatan rendah ini untuk mengatasi masalah sekarang. Sedangkan saya mengalu-alukan potongan cukai kepada- golongan berpendapatan antara RM20,000 hingga RM70,000, ia sememangnya membantu sedikit sebanyak golongan berpendapatan tengah. Akan tetapi seperti mana yang saya katakan tadi, mengikut gaji menengah RM1703 ertinya separuh pekerja untung di bawah RM20,000 setahun. Mereka tidak dapat- golongan ini tidak dapat menikmati potongan cukai dan apa-apa kebaikan dalam bajet ini. Mengapa kita tidak mahu berikan kurangkan dua percent di GST? Ini bahawa semua boleh menikmati kebajikan ini. Di sebaliknya mereka yang sebenarnya merasa beban dan tertekan akibat pelaksanaan GST ini dan inflasi yang serius. Sudah tentu bahawa keadaan ini lagi teruk di negeri Sabah. Akan tetapi kerajaan gagal membantu golongan ini dan ini amat dikesali. Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya, Sandakan, ekonomi semakin merosot. Beberapa kedai tutup. Apabila saya membuat satu kajian pada Mac tahun ini, saya mendapati bahawa sebanyak 162 buah kedai retail telah ditutup di bandar- Central Town of Sandakan. Kini, kemungkinan lebih banyak, sampai sekarang mungkin sudah lebih 200 buah kedai dan tiga buah bangunan pejabat yang bernama Wisma Sandakan, Wisma Lai Piang Kee, Wisma Sabah kini sudah langsung kosong. Ini semua 12 story-building tidak ada orang mahu sewa. Jadi... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Putatan bangun. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Jadi nampaknya ekonomi di Sandakan begitu teruk. Tidak ada orang yang mahu sewa dan keadaan seperti ini menyebabkan anak-anak muda pindah dan hijrah ke bandar raya.
56
68
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 57 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Sahabat Yang Berhormat Sandakan. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Nantilah saya tidak cukup masa Yang Berhormat. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Ini kawan lah, kawan lah bah. Bolehkah? Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Jadi Tuan Yang di-Pertua... Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Ini kawan lama tidak mahu bagi kah? Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Tuan Yang di-Pertua, Sandakan yang ada keadaan begitu. Once upon a time, Sandakan dianggap sebagai ‘Little Hong Kong’ sekarang zaman keemasan ini sudah lenyap. Datuk Juslie bin Haji Ajirol [Libaran]: Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Libaran, kawan. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Apa yang lagi menyedihkan kita sekarang... Datuk Raime Unggi [Tenom]: Yang Berhormat Sandakan. Oh, Yang Berhormat Sandakan. Datuk Juslie bin Haji Ajirol [Libaran]: Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Libaran... Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada tiga yang bangun. Datuk Juslie bin Haji Ajirol [Libaran]: Yang Berhormat Libaran. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Semua tidak boleh kerana saya tidak ada masa. Datuk Juslie bin Haji Ajirol [Libaran]: Tuan Yang di-Pertua, saya jiran ni. Yang Berhormat Sandakan tidak berapa betul apa yang dia cakap. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Kini mereka sudah anggap Sandakan ini sebagai ‘Little Philippines’. Di mana Sandakan tahu sekarang... Datuk Raime Unggi [Tenom]: Satu minit, Yang Berhormat Sandakan. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Di mana Sandakan tahu sekarang dipenuhi dengan pendatang tanpa izin. Datuk Raime Unggi [Tenom]: Only 30 seconds lah, Yang Berhormat Sandakan. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Suara, masalah hati ini menjejaskan sosial ekonomi di Sandakan. Mengapakah janji Barisan Nasional bahawa ada CI report yang di- pada sebelum ini PRU Ke-13, akan menyelesaikan satu masalah yang paling serius di Sabah khasnya di Sandakan juga tetapi sampai sekarang apa yang telah dibuat? Saya mendapat tahu, jawatankuasa demi jawatankuasa yang ditubuhkan tetapi sampai sekarang Pilihanraya Umum Keempat Belas yang akan datang belum lagi ditentukan apa-apa. Saya berasa sedih sejak kebelakangan tahun ini, penerbangan yang bersambung ke Sandakan banyak ditamatkan dan semakin banyak laluan termasuk Kota Kinabalu ke Sandakan pun dikurangkan. Ini menunjukkan betapa merosotnya ekonomi di Sandakan. Tuan Yang di-Pertua, Sandakan masih mengalami gangguan elektrik yang paling serius. Kerajaan berjanji akan membina satu loji, penjana kuasa gas 380 megawatt di Sandakan. Akan tetapi sehingga ke hari ini, tidak ada berita. Walaupun ini yang telah dijawab dalam Parlimen ini akan dilaksanakan, berjanji jika ada masa- pun tidak beli. Akan tetapi, sehingga sampai hari ini belum ada apa-apa berita. Jadi saya di sini juga- di samping itu membina satu pembinaan satu pipeline untuk menghantar gas dari west coast ke east coast pun masih belum ada berita. Saya hendak tanya, apakah status terkini dengan projek ini?
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Sahabat Yang Berhormat. Sandakan. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Nantilah saya tidak cukup masa Yang Berhormat. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Ini kawan lah, kawan lah bah. Bolehkah?. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Jadi Tuan Yang di-Pertua... Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Ini kawan lama tidak mahu bagi kah?. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Tuan Yang di-Pertua, Sandakan yang ada keadaan begitu. Once upon a time, Sandakan dianggap sebagai 'Little Hong Kong' sekarang zaman keemasan ini sudah lenyap. Datuk Juslie bin Haji Ajirol [Libaran]: Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Libaran, kawan. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Apa yang lagi menyedihkan kita sekarang... Datuk Raime Unggi [Tenom]: Yang Berhormat Sandakan. Oh, Yang Berhormat Sandakan. Datuk Juslie bin Haji Ajirol [Libaran]: Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Libaran... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada tiga yang bangun. Datuk Juslie bin Haji Ajirol [Libaran]: Yang Berhormat Libaran. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Semua tidak boleh kerana saya tidak ada masa. Datuk Juslie bin Haji Ajirol [Libaran]: Tuan Yang di-Pertua, saya jiran ni. Yang Berhormat Sandakan tidak berapa betul apa yang dia cakap. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Kini mereka sudah anggap Sandakan ini sebagai 'Little Philippines'. Di mana Sandakan tahu sekarang... Datuk Raime Unggi [Tenom]: Satu minit, Yang Berhormat Sandakan. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Di mana Sandakan tahu sekarang dipenuhi dengan pendatang tanpa izin. Datuk Raime Unggi [Tenom]: Only 30 seconds lah, Yang Berhormat Sandakan. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Suara, masalah hati ini menjejaskan sosial ekonomi di Sandakan. Mengapakah janji Barisan Nasional bahawa ada CI report yang di- pada sebelum ini PRU Ke-13, akan menyelesaikan satu masalah yang paling serius di Sabah khasnya di Sandakan juga tetapi sampai sekarang apa yang telah dibuat?. Saya mendapat tahu, jawatankuasa demi jawatankuasa yang ditubuhkan tetapi sampai sekarang Pilihanraya Umum Keempat Belas yang akan datang belum lagi ditentukan apa-apa. Saya berasa sedih sejak kebelakangan tahun ini, penerbangan yang bersambung ke Sandakan banyak ditamatkan dan semakin banyak laluan termasuk Kota Kinabalu ke Sandakan pun dikurangkan. Ini menunjukkan betapa merosotnya ekonomi di Sandakan. Tuan Yang di-Pertua, Sandakan masih mengalami gangguan elektrik yang paling serius. Kerajaan berjanji akan membina satu loji, penjana kuasa gas 380 megawatt di Sandakan. Akan tetapi sehingga ke hari ini, tidak ada berita. Walaupun ini yang telah dijawab dalam Parlimen ini akan dilaksanakan, berjanji jika ada masa- pun tidak beli. Akan tetapi, sehingga sampai hari ini belum ada apa-apa berita. Jadi saya di sini juga- di samping itu membina satu pembinaan satu pipeline untuk menghantar gas dari west coast ke east coast pun masih belum ada berita. Saya hendak tanya, apakah status terkini dengan projek ini?.
57
69
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
58 DR.31.10.2017 Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja gangguan elektrik di Sandakan, sekarang gangguan air semakin serius juga. Saya dengar bahawa sekarang kerajaan menyediakan kerja kemudahan pangkalan air telah dihentikan disebabkan SPRM sedang menyiasat skandal Watergate yang berlaku setahun yang lalu. Sedangkan siasatan ini masih dijalankan, semua kerja paip dan kontraktor-kontraktor dihentikan. Saya hendak tahu bagaimana dengan siasatan Watergate ini? Mengapa selepas satu tahun ini, belum lagi ada apa-apa tindakan? Belum lagi ada apa-apa fish-fish yang ditangkap. Akan tetapi, menyusahkan Sandakan sebab saya fikir selain daripada Sandakan bandar lain pun sama juga sebab tidak ada kontraktor yang memberi service to repair mana-mana paip yang sudah bocor, paip yang mengalami air yang tidak cukup pressure- jadi banyak bandar di Sandakan yang tidak ada air. Selain daripada masalah air dan elektrik, masalah jalan raya pun merupakan satu masalah yang besar di Sandakan dan di seluruh Sabah. Senang sahaja lihat jalan kita berlubang-lubang di seluruh Sabah sehingga menyebabkan tragedi yang amat menyedihkan. Baru-baru ini, last week, 24 Oktober 2017, amat sedih sekali sebuah kereta Avanza yang sedang membawa sembilan pelajar Tingkatan 6 Sekolah SMK Pitas telah terbabas akibat terlanggar lubang di jalan raya. Seramai empat pelajar telah maut akibat kemalangan manakala kakinya pun tercedera. Ia amat menyedihkan. Oleh sebab jalan raya kita masih begitu teruk jadi dapat mengakibatkan satu kemalangan yang begitu sedih. Siapakah yang harus bertanggungjawab dengan tragedi ini? Tuan Yang di-Pertua, salah satu lagi aspek ialah isu keselamatan yang menyebabkan ekonomi kita dicederakan. Setelah kes pencerobohan berkali-kali berlaku di Pantai Timur Sabah seterusnya coal field diperkenalkan sistem barter trade telah dihentikan. Seterusnya bimbang ekonomi akan dicederakan sehingga kerugian sebanyak berbilion Ringgit. Saya hendak minta penjelasan, adakah barter trade ini merupakan satu punca pencerobohan. Pada saya sistem barter ini bukan masalahnya yang sebenarnya. Saya berpendapat bahawa kita perlu mencari satu solution secara menyeluruh bukan kerana ada ancaman atau ada masalah keselamatan, maka kita hentikan perdagangan adalah tidak masuk akal. Seperti negara kita satu jalan selalu berlaku kemalangan, adakah kita tutup jalan itu? Saya fikir kita tidak- jika sememangnya sebarang ancaman atau di keseluruhan whatever, maka ini adalah tanggungjawab dan kewajipan kerajaan untuk bertindak dan menjaga keselamatan kita. Manakala perdagangan itu harus diteruskan supaya ekonomi Pantai Timur Sabah, khasnya di Sandakan dapat terus dipergiatkan. ■1620 Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada bajet ini, saya berpendapat bahawa Sabah perlu infrastruktur yang lebih dikembangkan dan maju. Kita perlu industri yang dijana, kita perlu menarik lebih pelaburan untuk membangun industri di Sabah dan lebih peluang pekerjaan dapat dijana supaya Sabah dan Sandakan juga as a whole dapat dibangunkan. Kita kini perlu satu sistem yang menyeluruh, supaya harga barangan dapat dikawal dan pendapatan dapat dinaikkan. Bukan sahaja bagi gula-gula seperti BR1M yang boleh diguna pakai satu hari dan kasi zink, kasi tangki, apa guna tangki, kalau tidak ada air. Tuan Yang di-Pertua, jadi di sini saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua memberi peluang saya bahas satu bajet begitu besar, tetapi yang kononnya tidak memberi manfaat yang banyak kepada Sabah. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Tanah Merah. 4.21 ptg. Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terlebih dahulu terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk sama-sama terlibat dalam membahaskan Bajet 2018 yang dianggap satu detik yang cukup bersejarah. Ia memandangkan Bajet 2018, disifatkan sebagai bajet terbaik dalam tempoh 60 tahun dan sudah tentu saya sebagai Ahli Dewan yang mulia ini berasa bangga kerana dapat bersama-sama memberikan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di samping melontarkan beberapa cadangan bagi memastikan apa yang telah dirancang dalam bajet ini, benar-benar dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja gangguan elektrik di Sandakan, sekarang gangguan air semakin serius juga. Saya dengar bahawa sekarang kerajaan menyediakan kerja kemudahan pangkalan air telah dihentikan disebabkan SPRM sedang menyiasat skandal Watergate yang berlaku setahun yang lalu. Sedangkan siasatan ini masih dijalankan, semua kerja paip dan kontraktor-kontraktor dihentikan. Saya hendak tahu bagaimana dengan siasatan Watergate ini? Mengapa selepas satu tahun ini, belum lagi ada apa-apa tindakan? Belum lagi ada apa-apa fish-fish yang ditangkap. Akan tetapi, menyusahkan Sandakan sebab saya fikir selain daripada Sandakan bandar lain pun sama juga sebab tidak ada kontraktor yang memberi service to repair mana-mana paip yang sudah bocor, paip yang mengalami air yang tidak cukup pressure- jadi banyak bandar di Sandakan yang tidak ada air. Selain daripada masalah air dan elektrik, masalah jalan raya pun merupakan satu masalah yang besar di Sandakan dan di seluruh Sabah. Senang sahaja lihat jalan kita berlubang-lubang di seluruh Sabah sehingga menyebabkan tragedi yang amat menyedihkan. Baru-baru ini, last week, 24 Oktober 2017, amat sedih sekali sebuah kereta Avanza yang sedang membawa sembilan pelajar Tingkatan 6 Sekolah SMK Pitas telah terbabas akibat terlanggar lubang di jalan raya. Seramai empat pelajar telah maut akibat kemalangan manakala kakinya pun tercedera. Ia amat menyedihkan. Oleh sebab jalan raya kita masih begitu teruk jadi dapat mengakibatkan satu kemalangan yang begitu sedih. Siapakah yang harus bertanggungjawab dengan tragedi ini? Tuan Yang di-Pertua, salah satu lagi aspek ialah isu keselamatan yang menyebabkan ekonomi kita dicederakan. Setelah kes pencerobohan berkali-kali berlaku di Pantai Timur Sabah seterusnya coal field diperkenalkan sistem barter trade telah dihentikan. Seterusnya bimbang ekonomi akan dicederakan sehingga kerugian sebanyak berbilion Ringgit. Saya hendak minta penjelasan, adakah barter trade ini merupakan satu punca pencerobohan. Pada saya sistem barter ini bukan masalahnya yang sebenarnya. Saya berpendapat bahawa kita perlu mencari satu solution secara menyeluruh bukan kerana ada ancaman atau ada masalah keselamatan, maka kita hentikan perdagangan adalah tidak masuk akal. Seperti negara kita satu jalan selalu berlaku kemalangan, adakah kita tutup jalan itu? Saya fikir kita tidak- jika sememangnya sebarang ancaman atau di keseluruhan whatever, maka ini adalah tanggungjawab dan kewajipan kerajaan untuk bertindak dan menjaga keselamatan kita. Manakala perdagangan itu harus diteruskan supaya ekonomi Pantai Timur Sabah, khasnya di Sandakan dapat terus dipergiatkan. #1620 Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada bajet ini, saya berpendapat bahawa Sabah perlu infrastruktur yang lebih dikembangkan dan maju. Kita perlu industri yang dijana, kita perlu menarik lebih pelaburan untuk membangun industri di Sabah dan lebih peluang pekerjaan dapat dijana supaya Sabah dan Sandakan juga as a whole dapat dibangunkan. Kita kini perlu satu sistem yang menyeluruh, supaya harga barangan dapat dikawal dan pendapatan dapat dinaikkan. Bukan sahaja bagi gula-gula seperti BR1M yang boleh diguna pakai satu hari dan kasi zink, kasi tangki, apa guna tangki, kalau tidak ada air. Tuan Yang di-Pertua, jadi di sini saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua memberi peluang saya bahas satu bajet begitu besar, tetapi yang kononnya tidak memberi manfaat yang banyak kepada Sabah. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Tanah Merah. 4.21 ptg. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terlebih dahulu terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk sama-sama terlibat dalam membahaskan Bajet 2018 yang dianggap satu detik yang cukup bersejarah. Ia memandangkan Bajet 2018, disifatkan sebagai bajet terbaik dalam tempoh 60 tahun dan sudah tentu saya sebagai Ahli Dewan yang mulia ini berasa bangga kerana dapat bersama-sama memberikan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di samping melontarkan beberapa cadangan bagi memastikan apa yang telah dirancang dalam bajet ini, benar-benar dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
58
70
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 59 Keadaan ini berlaku kerana Kerajaan Barisan Nasional, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan menguruskan negara dengan melaksanakan kerangka maqasid syariah yang menegaskan kepentingan menjaga kesejahteraan rakyat dan negara dengan menjaga lima perkara yang amat penting iaitu, agama, jiwa, keturunan, akal dan harta. Mengikut syariat Islam, lima perkara atau kepentingan ini dibahagikan kepada tiga tingkatan di mana setiap tingkatan mempunyai keutamaan masing-masing, iaitu Al-Dharuriyyat, Al- Hajiyyat dan Al-Tahsiniyyat. Al-Dharuriyyat bermaksud segala sesuatu yang tidak dapat ditinggalkan dalam kehidupan keagamaan dan keduniaan manusia. Dalam erti kata lain, jika tidak ada, maka kehidupan manusia akan menjadi rosak dan tidak teratur. Al-Hajiyyat pula bermaksud sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam menghindarkan kesempitan dan menolak kesulitan yang mana, jika ia tidak ada, maka manusia akan mengalami kesulitan dan kesempitan tetapi ia tidaklah sampai merosakkan kehidupan. Al-Tahsiniyyat pula bermaksud hal-hal yang menjadi tuntutan daripada martabat diri dan akhlak yang mulia untuk mendapat kehidupan yang baik. Jika dilihat dari sudut pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional itulah yang selama ini menjadi pegangan Yang Amat Berhormat Pekan dalam menguruskan negara termasuklah dalam pembentangan bajet kali ini. Tuan Yang di-Pertua, meneliti satu demi satu perkara yang disentuh dalam Bajet 2018, saya bersetuju dengan pandangan pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi dan ahli akademik, bahawa bajet kali ini adalah yang paling komprehensif dan menyeluruh meliputi pelbagai aspek pembangunan yang terbaik pernah diumumkan dan mencakupi semua aspek yang terkandung dalam maqasid syariah yang saya katakan tadi. Selain itu, pembangunan modal insan dan bantuan yang diberikan terus kepada rakyat yang disasarkan, melihatkan kebijaksanaan kepimpinan kerajaan menggunakan wang kerajaan secara berhemah, bagi memastikan semua sektor dibantu dan dimajukan. Pada masa yang sama, saya juga berpendapat bajet kali ini membuktikan tidak ada mana-mana kelompok yang dipinggirkan, daripada bayi yang bakal dilahirkan hinggalah warga emas di rumah semuanya akan mendapat manfaat melalui pembentangan bajet kali ini. Ia juga merupakan bajet mesra kaum yang memperlihatkan keseimbangan dalam pembahagian peruntukan kerajaan. Setiap bangsa mempunyai dana khas masing-masing termasuklah kaum India dan Cina dan membantu mereka yang tidak berkemampuan dan golongan susah mengharungi kehidupan seharian dalam dunia yang begitu mencabar. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan bajet yang dibentangkan, kita sama sekali tidak boleh menafikan komitmen dan keupayaan kerajaan merancang masa depan dengan lebih mampan dan saksama, tidak mengira apa jua fahaman politik demi kepentingan negara. Bagaimanapun, apa yang menjadi kebimbangan kita ialah sejauh manakah apa yang dirancang dan dibentangkan dalam bajet tersebut benar-benar di laksana, tanpa sebarang masalah. Oleh itu, untuk sekian kali ini saya ingin menggesa dan mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Pelaksanaan Bajet 2018 yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Selain itu disertai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) jawatankuasa khas ini, perlu disertai oleh semua KSU Kementerian yang bertanggungjawab untuk membentangkan laporan kemajuan sesuatu projek mengikut apa yang sudah diputuskan oleh Bajet 2018. Namun alhamdulillah, hari ini saya baca dalam akhbar Utusan Malaysia, muka surat 16, KSU Perbendaharaan telah pun mencadangkan akan menubuhkan jawatankuasa khas. Jadi saya sokong 100 peratus harap ia dapat berfungsi dengan jayanya. Saya beranggapan penubuhan jawatankuasa khas ini adalah penting kerana seperti apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Pekan, ini merupakan ibu segala bajet. Mengambil semangat tersebut, kita perlu memastikan segala projek, program, peruntukan dan penyaluran bantuan benar-benar mencapai sasaran. Kita tidak mahu sebarang kegagalan melaksanakan apa yang sudah dinyatakan dalam Bajet 2018 akan menyebabkan kerajaan dipersalahkan, sedangkan pokok pangkalnya masalah bukannya berpunca daripada kerajaan, tetapi akibat daripada kegagalan di peringkat pelaksanaan.
Keadaan ini berlaku kerana Kerajaan Barisan Nasional, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan menguruskan negara dengan melaksanakan kerangka maqasid syariah yang menegaskan kepentingan menjaga kesejahteraan rakyat dan negara dengan menjaga lima perkara yang amat penting iaitu, agama, jiwa, keturunan, akal dan harta. Mengikut syariat Islam, lima perkara atau kepentingan ini dibahagikan kepada tiga tingkatan di mana setiap tingkatan mempunyai keutamaan masing-masing, iaitu Al-Dharuriyyat, Al- Hajiyyat dan Al-Tahsiniyyat. Al-Dharuriyyat bermaksud segala sesuatu yang tidak dapat ditinggalkan dalam kehidupan keagamaan dan keduniaan manusia. Dalam erti kata lain, jika tidak ada, maka kehidupan manusia akan menjadi rosak dan tidak teratur. Al-Hajiyyat pula bermaksud sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam menghindarkan kesempitan dan menolak kesulitan yang mana, jika ia tidak ada, maka manusia akan mengalami kesulitan dan kesempitan tetapi ia tidaklah sampai merosakkan kehidupan. Al-Tahsiniyyat pula bermaksud hal-hal yang menjadi tuntutan daripada martabat diri dan akhlak yang mulia untuk mendapat kehidupan yang baik. Jika dilihat dari sudut pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional itulah yang selama ini menjadi pegangan Yang Amat Berhormat Pekan dalam menguruskan negara termasuklah dalam pembentangan bajet kali ini. Tuan Yang di-Pertua, meneliti satu demi satu perkara yang disentuh dalam Bajet 2018, saya bersetuju dengan pandangan pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi dan ahli akademik, bahawa bajet kali ini adalah yang paling komprehensif dan menyeluruh meliputi pelbagai aspek pembangunan yang terbaik pernah diumumkan dan mencakupi semua aspek yang terkandung dalam maqasid syariah yang saya katakan tadi. Selain itu, pembangunan modal insan dan bantuan yang diberikan terus kepada rakyat yang disasarkan, melihatkan kebijaksanaan kepimpinan kerajaan menggunakan wang kerajaan secara berhemah, bagi memastikan semua sektor dibantu dan dimajukan. Pada masa yang sama, saya juga berpendapat bajet kali ini membuktikan tidak ada mana-mana kelompok yang dipinggirkan, daripada bayi yang bakal dilahirkan hinggalah warga emas di rumah semuanya akan mendapat manfaat melalui pembentangan bajet kali ini. Ia juga merupakan bajet mesra kaum yang memperlihatkan keseimbangan dalam pembahagian peruntukan kerajaan. Setiap bangsa mempunyai dana khas masing-masing termasuklah kaum India dan Cina dan membantu mereka yang tidak berkemampuan dan golongan susah mengharungi kehidupan seharian dalam dunia yang begitu mencabar. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan bajet yang dibentangkan, kita sama sekali tidak boleh menafikan komitmen dan keupayaan kerajaan merancang masa depan dengan lebih mampan dan saksama, tidak mengira apa jua fahaman politik demi kepentingan negara. Bagaimanapun, apa yang menjadi kebimbangan kita ialah sejauh manakah apa yang dirancang dan dibentangkan dalam bajet tersebut benar-benar di laksana, tanpa sebarang masalah. Oleh itu, untuk sekian kali ini saya ingin menggesa dan mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Pelaksanaan Bajet 2018 yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Selain itu disertai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) jawatankuasa khas ini, perlu disertai oleh semua KSU Kementerian yang bertanggungjawab untuk membentangkan laporan kemajuan sesuatu projek mengikut apa yang sudah diputuskan oleh Bajet 2018. Namun alhamdulillah, hari ini saya baca dalam akhbar Utusan Malaysia, muka surat 16, KSU Perbendaharaan telah pun mencadangkan akan menubuhkan jawatankuasa khas. Jadi saya sokong 100 peratus harap ia dapat berfungsi dengan jayanya. Saya beranggapan penubuhan jawatankuasa khas ini adalah penting kerana seperti apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Pekan, ini merupakan ibu segala bajet. Mengambil semangat tersebut, kita perlu memastikan segala projek, program, peruntukan dan penyaluran bantuan benar-benar mencapai sasaran. Kita tidak mahu sebarang kegagalan melaksanakan apa yang sudah dinyatakan dalam Bajet 2018 akan menyebabkan kerajaan dipersalahkan, sedangkan pokok pangkalnya masalah bukannya berpunca daripada kerajaan, tetapi akibat daripada kegagalan di peringkat pelaksanaan.
59
71
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
60 DR.31.10.2017 Justeru itu saya berpendapat bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku adalah wajar jawatankuasa yang telah pun diumumkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dapat ditubuhkan dan dapat berfungsi dengan segera. Jawatankuasa ini juga akan mampu mengelakkan sebarang laporan negatif dikeluarkan apabila Jabatan Audit Negara menghasilkan audit tahunan jabatan itu. Pada masa yang sama, ia juga mampu mengelakkan sebarang penyelewengan dan ketirisan di peringkat pelaksanaan hingga memungkinkan niat murni kerajaan bagi membela nasib rakyat melalui program dan projek yang dirancang terjejas. Tuan Yang di-Pertua, bagi membolehkan apa yang ingin saya sampaikan lebih terfokus dan teliti, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyentuh beberapa kementerian dan perkara yang disentuh dalam Bajet 2018 dengan mengemukakan beberapa pandangan dan cadangan. Di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, baru-baru ini negara diselubungi kesedihan apabila 23 orang, termasuk dua tenaga pengajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban dalam kebakaran. Takziah untuk seluruh ahli keluarga mereka. Akan tetapi apa yang mengejutkan dan perlu diberi perhatian serius ialah kenyataan Yang Berhormat Menteri pada 25 Oktober lalu yang menyatakan hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz di seluruh negara menerima kelulusan bangunan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 80 daripada 1,238. Apa yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri adalah suatu yang serius dan perlu diberi perhatian kerana ia melibatkan nyawa bukan sahaja tenaga pengajar, tetapi kanak-kanak. Oleh itu, sementara saya mengalu-alukan pengumuman peruntukan sebanyak RM50 juta bagi penyelenggaraan sistem pendawaian pusat maahad tahfiz, saya juga mencadangkan supaya peruntukan itu turut digunakan untuk tujuan menambah baik aspek keselamatan yang lain. Ia termasuklah memastikan pusat-pusat tahfiz diberikan peruntukan untuk melakukan penambah baikkan bagi menjamin keselamatan dan nyawa pelajar jika berlaku situasi kecemasan seperti tangga tambahan, pintu kecemasan kedua dan pengesan asap. Saya difahamkan juga apa yang disebutkan ini dianggap oleh jabatan bomba sebagai keperluan yang mendesak. Oleh itu saya berharap kementerian yang terlibat akan memastikan peruntukan tersebut digunakan bagi tujuan berkenaan demi keselamatan pelajar-pelajar tahfiz. Pada masa yang sama juga, saya menggesa kerajaan memastikan bahawa sudah tiba masanya semua pusat tahfiz mendaftar dengan pihak berkuasa. Pendaftaran pusat tahfiz ini perlu dijadikan syarat mandatori dan bukan lagi pilihan. Ini kerana ia akan membolehkan pihak kerajaan memantau perkembangan pusat-pusat tahfiz tersebut terutamanya dari segi keselamatan. Kita tidak boleh membiarkan pusat-pusat tahfiz berada dalam keadaan daif dan apatah lagi berbahaya kerana ia boleh mencemarkan imej Islam itu sendiri. ■1630 Mengenai KR1M juga, saya ingin sentuh, pada 27 Julai lalu apabila Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi mengarahkan KPDNKK memutuskan kontrak pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia, banyak pihak membuat spekulasi bukan-bukan termasuklah salah sebuah parti pembangkang mengatakan ia membuktikan kerajaan sudah kehabisan wang. Akan tetapi, sekali lagi apa yang dikatakan adalah diayah dan fitnah semata apabila KPDNKK mengumumkan KR1M 2.0 akan dilaksanakan dalam Bajet 2018. Yang Amat Berhormat Pekan mengumumkan 50 KR1M akan distrukturkan semula sebagai Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 dan diperluaskan kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh tiga tahun. Pengumuman ini membuktikan penutupan KR1M sebelum ini bukanlah disebabkan kerajaan tidak mempunyai peruntukan kewangan tetapi kegagalan pengendali KR1M untuk menjayakan usaha kerajaan menjual barangan di bawah harga pasaran. Pagi tadi pun Yang Berhormat Menteri Dato’ Seri Hamzah ada menyentuh tentang KR1M 2.0 dalam ketika menjawab soalan nombor satu. Menyentuh soal tersebut, ingin saya nyatakan bahawa saya turut menerima aduan daripada orang ramai sebelum ini bahawa KR1M sebelum ini bukan sahaja tidak menjual barangan di bawah harga pasaran tetapi juga menjual barang tidak berkualiti. Melaksanakan tanggungjawab korporat sosial, seperti ditegaskan oleh pengendali sebelum ini, tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan menjual barangan seumpama itu yang boleh dianggap menganiaya rakyat. Inilah yang saya katakan dari awal perbahasan tadi bahawa niat murni kerajaan sering terjejas apabila tiba di peringkat pelaksanaan.
Justeru itu saya berpendapat bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku adalah wajar jawatankuasa yang telah pun diumumkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dapat ditubuhkan dan dapat berfungsi dengan segera. Jawatankuasa ini juga akan mampu mengelakkan sebarang laporan negatif dikeluarkan apabila Jabatan Audit Negara menghasilkan audit tahunan jabatan itu. Pada masa yang sama, ia juga mampu mengelakkan sebarang penyelewengan dan ketirisan di peringkat pelaksanaan hingga memungkinkan niat murni kerajaan bagi membela nasib rakyat melalui program dan projek yang dirancang terjejas. Tuan Yang di-Pertua, bagi membolehkan apa yang ingin saya sampaikan lebih terfokus dan teliti, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyentuh beberapa kementerian dan perkara yang disentuh dalam Bajet 2018 dengan mengemukakan beberapa pandangan dan cadangan. Di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, baru-baru ini negara diselubungi kesedihan apabila 23 orang, termasuk dua tenaga pengajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban dalam kebakaran. Takziah untuk seluruh ahli keluarga mereka. Akan tetapi apa yang mengejutkan dan perlu diberi perhatian serius ialah kenyataan Yang Berhormat Menteri pada 25 Oktober lalu yang menyatakan hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz di seluruh negara menerima kelulusan bangunan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 80 daripada 1,238. Apa yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri adalah suatu yang serius dan perlu diberi perhatian kerana ia melibatkan nyawa bukan sahaja tenaga pengajar, tetapi kanak-kanak. Oleh itu, sementara saya mengalu-alukan pengumuman peruntukan sebanyak RM50 juta bagi penyelenggaraan sistem pendawaian pusat maahad tahfiz, saya juga mencadangkan supaya peruntukan itu turut digunakan untuk tujuan menambah baik aspek keselamatan yang lain. Ia termasuklah memastikan pusat-pusat tahfiz diberikan peruntukan untuk melakukan penambah baikkan bagi menjamin keselamatan dan nyawa pelajar jika berlaku situasi kecemasan seperti tangga tambahan, pintu kecemasan kedua dan pengesan asap. Saya difahamkan juga apa yang disebutkan ini dianggap oleh jabatan bomba sebagai keperluan yang mendesak. Oleh itu saya berharap kementerian yang terlibat akan memastikan peruntukan tersebut digunakan bagi tujuan berkenaan demi keselamatan pelajar-pelajar tahfiz. Pada masa yang sama juga, saya menggesa kerajaan memastikan bahawa sudah tiba masanya semua pusat tahfiz mendaftar dengan pihak berkuasa. Pendaftaran pusat tahfiz ini perlu dijadikan syarat mandatori dan bukan lagi pilihan. Ini kerana ia akan membolehkan pihak kerajaan memantau perkembangan pusat-pusat tahfiz tersebut terutamanya dari segi keselamatan. Kita tidak boleh membiarkan pusat-pusat tahfiz berada dalam keadaan daif dan apatah lagi berbahaya kerana ia boleh mencemarkan imej Islam itu sendiri. #1630. Mengenai KR1M juga, saya ingin sentuh, pada 27 Julai lalu apabila Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi mengarahkan KPDNKK memutuskan kontrak pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia, banyak pihak membuat spekulasi bukan-bukan termasuklah salah sebuah parti pembangkang mengatakan ia membuktikan kerajaan sudah kehabisan wang. Akan tetapi, sekali lagi apa yang dikatakan adalah diayah dan fitnah semata apabila KPDNKK mengumumkan KR1M 2.0 akan dilaksanakan dalam Bajet 2018. Yang Amat Berhormat Pekan mengumumkan 50 KR1M akan distrukturkan semula sebagai Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 dan diperluaskan kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh tiga tahun. Pengumuman ini membuktikan penutupan KR1M sebelum ini bukanlah disebabkan kerajaan tidak mempunyai peruntukan kewangan tetapi kegagalan pengendali KR1M untuk menjayakan usaha kerajaan menjual barangan di bawah harga pasaran. Pagi tadi pun Yang Berhormat Menteri Dato' Seri Hamzah ada menyentuh tentang KR1M 2.0 dalam ketika menjawab soalan nombor satu. Menyentuh soal tersebut, ingin saya nyatakan bahawa saya turut menerima aduan daripada orang ramai sebelum ini bahawa KR1M sebelum ini bukan sahaja tidak menjual barangan di bawah harga pasaran tetapi juga menjual barang tidak berkualiti. Melaksanakan tanggungjawab korporat sosial, seperti ditegaskan oleh pengendali sebelum ini, tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan menjual barangan seumpama itu yang boleh dianggap menganiaya rakyat. Inilah yang saya katakan dari awal perbahasan tadi bahawa niat murni kerajaan sering terjejas apabila tiba di peringkat pelaksanaan.
60
72
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 61 Oleh itu, bagi mengelak KR1M 2.0 tidak menerima nasib yang sama, saya ingin menggesa dan mencadangkan kepada KPDNKK untuk menubuhkan satu pasukan penguat kuasa yang bertanggungjawab bagi melakukan pemeriksaan ke atas premis-premis KR1M 2.0 yang akan diwujudkan. Apa yang berlaku dalam KR1M yang pertama tidak boleh dibiarkan berulang. Pengendali KR1M 2.0 perlu diberikan syarat yang ketat untuk mereka benar-benar mematuhi arahan kerajaan iaitu memastikan mereka menjual pada harga yang lebih rendah daripada pasaran dan barangan pula mestilah berkualiti dan bukannya sekadar ada-ada sahaja. Ia memandangkan- mengikut Yang Berhormat Menteri, barang yang akan dijual di KR1M 2.0 ialah lima barang keperluan asas iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan gas petroleum cecair (LPG). Kesemua barangan ini amat penting kepada pengguna. Oleh itu, KPDNKK melalui pasukan penguat kuasa yang dicadangkan perlu memantau dan melakukan pemeriksaan berkala ke atas KR1M 2.0 dan bertindak tegas ke atas pengendalinya jika syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan tidak dipatuhi. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, mengenai PTPTN. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pekan dalam Bajet 2018 mengumumkan, diskaun bayaran balik PTPTN dilanjutkan sehingga 31 Disember 2018. Saya percaya ramai peminjam gembira dengan pengumuman tersebut. Walau bagaimanapun, dalam isu PTPTN, saya ingin menggesa kerajaan mengkaji semula mekanisme pemberian pinjaman ini. Saya mengemukakan cadangan ini kerana difahamkan ada sesetengah peminjam yang tidak sepatutnya mendapat pinjaman itu turut menikmatinya manakala mereka yang benar-benar layak pula terpinggir. Contohnya, baru- baru ini tular ataupun viral di media sosial bagaimana seorang anak pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan menunjukkan wang PTPTN yang diterimanya. Jika berdasarkan pada pekerjaan dan perolehan pendapatan ibu bapanya, dia tidak layak menerima pinjaman tersebut. Akibat daripada itu, kerajaan khususnya pengurusan PTPTN telah dikecam dan dituduh berat sebelah serta pilih kasih dalam memberi pinjaman. Saya yakin banyak lagi kes- kes seumpama sedemikian. Oleh itu, bagi memastikan ia tidak berlaku, saya berpendapat adalah wajar mekanisme pemberi pinjaman ini dikaji semula. Tapisan yang ketat oleh panel PTPTN perlu dilakukan. Panel ini akan bertanggungjawab menilai permohonan dengan teliti dan kalau perlu, melakukan siasatan sendiri untuk memastikan pemohon benar-benar layak. Langkah ini bertujuan bagi memastikan peruntukan yang disalurkan benar-benar sampai ke sasaran. Seperkara lagi, saya juga ingin mencadangkan supaya PTPTN menimbang untuk menghapuskan caj pentadbiran hutang ataupun popular dalam kalangan sebagai bunga. Ketika ini, saya difahamkan kadar yang dikenakan antara satu peratus hingga tiga peratus. Oleh itu, saya ingin mencadangkan, ia dihapuskan khususnya bagi peminjam-peminjam yang konsisten membayar balik pinjaman. Kadar bunga ini boleh dikekalkan kepada peminjam- peminjam yang degil tetapi perlu dikaji semula untuk mereka yang setia membayar balik pinjaman. Ia memandangkan- sebagai contoh, baru-baru ini seorang doktor perubatan memberitahu sebuah portal berita bagaimana dia membayar RM50 sebulan kepada PTPTN selama 10 tahun sejak keluar universiti tetapi sehingga kini belum dapat melangsaikan hutangnya sebanyak RM34,000. Justeru, adalah wajar penghapusan bunga atau caj pentadbiran hutang dikaji bagi membolehkan lebih ramai peminjam PTPTN bersemangat untuk membayar hutang mereka. Tambahan pula, PTPTN bukanlah institusi yang berteraskan meraih keuntungan tetapi sebuah institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan pembiayaan pendidikan di institusi pendidikan tinggi melalui pinjaman. Saya juga ingin menyifatkan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membenarkan pengambilan pembantu rumah warga asing dari sembilan buah negara sumber adalah langkah tepat kerajaan untuk menjimatkan kos sehingga 50 peratus. Ketika ini, majikan terpaksa membayar antara RM12,000 hingga RM18,000 untuk mendapatkan seorang pembantu rumah. Hakikatnya, kos sebenar tidaklah sebanyak itu tetapi ia menjadi
Oleh itu, bagi mengelak KR1M 2.0 tidak menerima nasib yang sama, saya ingin menggesa dan mencadangkan kepada KPDNKK untuk menubuhkan satu pasukan penguat kuasa yang bertanggungjawab bagi melakukan pemeriksaan ke atas premis-premis KR1M 2.0 yang akan diwujudkan. Apa yang berlaku dalam KR1M yang pertama tidak boleh dibiarkan berulang. Pengendali KR1M 2.0 perlu diberikan syarat yang ketat untuk mereka benar-benar mematuhi arahan kerajaan iaitu memastikan mereka menjual pada harga yang lebih rendah daripada pasaran dan barangan pula mestilah berkualiti dan bukannya sekadar ada-ada sahaja. Ia memandangkan- mengikut Yang Berhormat Menteri, barang yang akan dijual di KR1M 2.0 ialah lima barang keperluan asas iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan gas petroleum cecair (LPG). Kesemua barangan ini amat penting kepada pengguna. Oleh itu, KPDNKK melalui pasukan penguat kuasa yang dicadangkan perlu memantau dan melakukan pemeriksaan berkala ke atas KR1M 2.0 dan bertindak tegas ke atas pengendalinya jika syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan tidak dipatuhi. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]. Tuan Yang di-Pertua, mengenai PTPTN. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pekan dalam Bajet 2018 mengumumkan, diskaun bayaran balik PTPTN dilanjutkan sehingga 31 Disember 2018. Saya percaya ramai peminjam gembira dengan pengumuman tersebut. Walau bagaimanapun, dalam isu PTPTN, saya ingin menggesa kerajaan mengkaji semula mekanisme pemberian pinjaman ini. Saya mengemukakan cadangan ini kerana difahamkan ada sesetengah peminjam yang tidak sepatutnya mendapat pinjaman itu turut menikmatinya manakala mereka yang benar-benar layak pula terpinggir. Contohnya, baru- baru ini tular ataupun viral di media sosial bagaimana seorang anak pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan menunjukkan wang PTPTN yang diterimanya. Jika berdasarkan pada pekerjaan dan perolehan pendapatan ibu bapanya, dia tidak layak menerima pinjaman tersebut. Akibat daripada itu, kerajaan khususnya pengurusan PTPTN telah dikecam dan dituduh berat sebelah serta pilih kasih dalam memberi pinjaman. Saya yakin banyak lagi kes- kes seumpama sedemikian. Oleh itu, bagi memastikan ia tidak berlaku, saya berpendapat adalah wajar mekanisme pemberi pinjaman ini dikaji semula. Tapisan yang ketat oleh panel PTPTN perlu dilakukan. Panel ini akan bertanggungjawab menilai permohonan dengan teliti dan kalau perlu, melakukan siasatan sendiri untuk memastikan pemohon benar-benar layak. Langkah ini bertujuan bagi memastikan peruntukan yang disalurkan benar-benar sampai ke sasaran. Seperkara lagi, saya juga ingin mencadangkan supaya PTPTN menimbang untuk menghapuskan caj pentadbiran hutang ataupun popular dalam kalangan sebagai bunga. Ketika ini, saya difahamkan kadar yang dikenakan antara satu peratus hingga tiga peratus. Oleh itu, saya ingin mencadangkan, ia dihapuskan khususnya bagi peminjam-peminjam yang konsisten membayar balik pinjaman. Kadar bunga ini boleh dikekalkan kepada peminjam- peminjam yang degil tetapi perlu dikaji semula untuk mereka yang setia membayar balik pinjaman. Ia memandangkan- sebagai contoh, baru-baru ini seorang doktor perubatan memberitahu sebuah portal berita bagaimana dia membayar RM50 sebulan kepada PTPTN selama 10 tahun sejak keluar universiti tetapi sehingga kini belum dapat melangsaikan hutangnya sebanyak RM34,000. Justeru, adalah wajar penghapusan bunga atau caj pentadbiran hutang dikaji bagi membolehkan lebih ramai peminjam PTPTN bersemangat untuk membayar hutang mereka. Tambahan pula, PTPTN bukanlah institusi yang berteraskan meraih keuntungan tetapi sebuah institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan pembiayaan pendidikan di institusi pendidikan tinggi melalui pinjaman. Saya juga ingin menyifatkan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membenarkan pengambilan pembantu rumah warga asing dari sembilan buah negara sumber adalah langkah tepat kerajaan untuk menjimatkan kos sehingga 50 peratus. Ketika ini, majikan terpaksa membayar antara RM12,000 hingga RM18,000 untuk mendapatkan seorang pembantu rumah. Hakikatnya, kos sebenar tidaklah sebanyak itu tetapi ia menjadi.
61
73
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
62 DR.31.10.2017 mahal kerana perbuatan monopoli ejen-ejen pembantu rumah yang dilihat menindas masyarakat yang memang terdesak memerlukan pembantu rumah dengan menetapkan kadar harga yang tidak masuk akal. Walau bagaimanapun, saya ingin menggesa kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri melakukan pemantauan rapi supaya niat baik kerajaan tidak dicemari oleh perbuatan tidak bertanggungjawab sindiket yang mungkin akan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah memperdagangkan manusia. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kerajaan mewujudkan garis panduan khusus untuk memastikan pengambilan pembantu rumah secara langsung ini benar-benar dimanfaatkan oleh suami isteri yang memerlukan khidmat pembantu rumah dan bukannya dimanipulasi oleh sindiket. Saya menyentuh atau melahirkan kebimbangan ini kerana ketika ini pun sudah berlaku kes-kes memperdagangkan manusia melalui pengambilan pembantu warga asing oleh ejen-ejen. Oleh itu dan pada masa yang sama, saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Dalam Negeri mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkuasa di negara sumber bukan sahaja dalam soal memastikan tidak berlaku kes jenayah pemerdagangan manusia tetapi juga menentukan bahawa suami isteri yang mahu khidmat pembantu rumah secara langsung tidak dibebankan pula dengan kos tinggi oleh pihak tertentu di negara sumber. Dalam soal ini, mungkin boleh dipertimbangkan pengambilan pembantu rumah secara langsung ini dilakukan melalui kerjasama dengan kedutaan-kedutaan Malaysia di negara sumber. Sebagai contoh, mana-mana rakyat asing di negara sumber yang mahu menjadi pembantu rumah, perlu mendaftar dengan Kedutaan Malaysia tanpa melalui ejen. Malah, kaedah ini, majikan atau suami isteri yang mahu menggunakan khidmat pembantu rumah akan merujuk kepada Kedutaan Malaysia terlebih dahulu bagi memastikan mereka mendapat pembantu rumah yang sah sebelum mendaftar dengan Jabatan Imigresen. Melalui ini, saya yakin dan percaya, ia bukan sahaja mampu mengekang perbuatan sindiket jenayah daripada memperdagangkan manusia tetapi juga menentukan suami isteri mendapat pembantu rumah yang benar-benar mampu melaksanakan tugasnya. Tuan Yang di-Pertua, sebagai anak Kelantan, saya merasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sekali lagi membuktikan biarpun negeri saya negeri Cik Siti Wan Kembang berada di bawah pemerintahan pembangkang, tetapi ia tidak dipinggirkan. Bajet kali ini dianggap yang terbaik dalam konteks Kelantan. Ini kerana Kelantan menikmati pelbagai kemudahan infrastruktur seperti lebuh raya, kemudahan di kawasan luar bandar, naik taraf lapangan terbang, tebatan banjir dan pelbagai lagi. Pada kesempatan ini juga, saya ingin melahirkan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed yang sejak sekian lama sentiasa memastikan rakyat Kelantan sentiasa mendapat pembelaan sewajarnya daripada Kerajaan Pusat. Ketabahan, ketekunan dan kegigihan Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa telah memungkinkan Kelantan tetap berada dalam senarai peruntukan oleh Kerajaan Pusat walaupun ia diperintah oleh PAS. Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa secara ikhlas memperjuangkan nasib rakyat Kelantan tanpa mengira sentimen politik. Selain cemerlang sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa juga cemerlang sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional Kelantan. Mungkin atas sikap itulah saya menyokong pandangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew bahawa dalam hidupnya beliau tidak pernah bertemu individu segigih dan sehebat Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa. Sebagai Ahli Parlimen Tanah Merah, saya amat berharap kali ini melalui peruntukan pembangunan untuk kementerian-kementerian, pelbagai projek yang sebelum ini yang telah diluluskan, diumumkan oleh kerajaan untuk dilaksanakan di negeri Kelantan, contohnya seperti menaik taraf Hospital Tanah Merah dan juga projek-projek lain, dapat dilaksanakan segera. Kelewatan pelaksanaan akan diambil kesempatan oleh pihak lawan untuk membuat fitnah seolah-olah kerajaan hanya mengumumkan sahaja tetapi tidak serius untuk melaksanakan. ■1640 Haraplah pihak kerajaan mengambil serius memantau pelaksanaan semua projek- projek yang diluluskan di negeri Kelantan supaya ia dapat dilaksanakan di buat dengan segara. Satu perkara yang menakjubkan, antara pengumuman paling menarik perhatian
mahal kerana perbuatan monopoli ejen-ejen pembantu rumah yang dilihat menindas masyarakat yang memang terdesak memerlukan pembantu rumah dengan menetapkan kadar harga yang tidak masuk akal. Walau bagaimanapun, saya ingin menggesa kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri melakukan pemantauan rapi supaya niat baik kerajaan tidak dicemari oleh perbuatan tidak bertanggungjawab sindiket yang mungkin akan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah memperdagangkan manusia. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kerajaan mewujudkan garis panduan khusus untuk memastikan pengambilan pembantu rumah secara langsung ini benar-benar dimanfaatkan oleh suami isteri yang memerlukan khidmat pembantu rumah dan bukannya dimanipulasi oleh sindiket. Saya menyentuh atau melahirkan kebimbangan ini kerana ketika ini pun sudah berlaku kes-kes memperdagangkan manusia melalui pengambilan pembantu warga asing oleh ejen-ejen. Oleh itu dan pada masa yang sama, saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Dalam Negeri mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkuasa di negara sumber bukan sahaja dalam soal memastikan tidak berlaku kes jenayah pemerdagangan manusia tetapi juga menentukan bahawa suami isteri yang mahu khidmat pembantu rumah secara langsung tidak dibebankan pula dengan kos tinggi oleh pihak tertentu di negara sumber. Dalam soal ini, mungkin boleh dipertimbangkan pengambilan pembantu rumah secara langsung ini dilakukan melalui kerjasama dengan kedutaan-kedutaan Malaysia di negara sumber. Sebagai contoh, mana-mana rakyat asing di negara sumber yang mahu menjadi pembantu rumah, perlu mendaftar dengan Kedutaan Malaysia tanpa melalui ejen. Malah, kaedah ini, majikan atau suami isteri yang mahu menggunakan khidmat pembantu rumah akan merujuk kepada Kedutaan Malaysia terlebih dahulu bagi memastikan mereka mendapat pembantu rumah yang sah sebelum mendaftar dengan Jabatan Imigresen. Melalui ini, saya yakin dan percaya, ia bukan sahaja mampu mengekang perbuatan sindiket jenayah daripada memperdagangkan manusia tetapi juga menentukan suami isteri mendapat pembantu rumah yang benar-benar mampu melaksanakan tugasnya. Tuan Yang di-Pertua, sebagai anak Kelantan, saya merasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sekali lagi membuktikan biarpun negeri saya negeri Cik Siti Wan Kembang berada di bawah pemerintahan pembangkang, tetapi ia tidak dipinggirkan. Bajet kali ini dianggap yang terbaik dalam konteks Kelantan. Ini kerana Kelantan menikmati pelbagai kemudahan infrastruktur seperti lebuh raya, kemudahan di kawasan luar bandar, naik taraf lapangan terbang, tebatan banjir dan pelbagai lagi. Pada kesempatan ini juga, saya ingin melahirkan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Sri Mustapa Mohamed yang sejak sekian lama sentiasa memastikan rakyat Kelantan sentiasa mendapat pembelaan sewajarnya daripada Kerajaan Pusat. Ketabahan, ketekunan dan kegigihan Yang Berhormat Dato' Sri Mustapa telah memungkinkan Kelantan tetap berada dalam senarai peruntukan oleh Kerajaan Pusat walaupun ia diperintah oleh PAS. Yang Berhormat Dato' Sri Mustapa secara ikhlas memperjuangkan nasib rakyat Kelantan tanpa mengira sentimen politik. Selain cemerlang sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Yang Berhormat Dato' Sri Mustapa juga cemerlang sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional Kelantan. Mungkin atas sikap itulah saya menyokong pandangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew bahawa dalam hidupnya beliau tidak pernah bertemu individu segigih dan sehebat Yang Berhormat Dato' Sri Mustapa. Sebagai Ahli Parlimen Tanah Merah, saya amat berharap kali ini melalui peruntukan pembangunan untuk kementerian-kementerian, pelbagai projek yang sebelum ini yang telah diluluskan, diumumkan oleh kerajaan untuk dilaksanakan di negeri Kelantan, contohnya seperti menaik taraf Hospital Tanah Merah dan juga projek-projek lain, dapat dilaksanakan segera. Kelewatan pelaksanaan akan diambil kesempatan oleh pihak lawan untuk membuat fitnah seolah-olah kerajaan hanya mengumumkan sahaja tetapi tidak serius untuk melaksanakan. #1640. Haraplah pihak kerajaan mengambil serius memantau pelaksanaan semua projek- projek yang diluluskan di negeri Kelantan supaya ia dapat dilaksanakan di buat dengan segara. Satu perkara yang menakjubkan, antara pengumuman paling menarik perhatian.
62
74
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 63 dalam pembentangan Bajet 2018 ialah melibatkan kaum wanita. Pengumuman Yang Amat Berhormat Pekan iaitu syarat sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian ahli lembaga syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan serta badan berkanun sebelum akhir tahun 2018 adalah sesuatu yang luar biasa. Ini kerana langkah ini akan membuka peluang kepada golongan wanita negara ini untuk mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan keusahawanan. Malah dengan mengumumkan tahun 2018 sebagai tahun memperkasakan wanita ia bukan sahaja satu pengiktirafan kepada kaum wanita tetapi juga membuktikan Yang Amat Berhormat Pekan dan Kerajaan Barisan Nasional berpegang teguh dengan komitmen untuk menyediakan ekosistem kehidupan dan pekerjaan yang mesra serta ideal untuk semua wanita di Malaysia. Oleh itu, saya menggesa GLC supaya mematuhi pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Pekan dan tidak memberi alasan atau hujah bagi mereka melaksanakan kuota 30 peratus bagi keahlian lembaga pengarah. Memandangkan masa tidak sampai, perkara yang turut menyumbang keupayaan kepada Yang Amat Berhormat melaksanakan memimpin negara dengan jayanya disebabkan beliau mempunyai bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri yang setia tapi seorang sahabat yang karib iaitu Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. Kesetiaan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi yang sentiasa bersama Yang Amat Berhormat Pekan ketika susah dan senang serta menjadi barisan paling hadapan mempertahankan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila diserang oleh Pakatan Pembangkang telah memungkinkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mampu bekerja dengan tenang. Hidup bahagia kerana iman, Nafsu maksiat akan terkekang, Bagaimana mahu dianggap teman, Jika menikam dari belakang. Saya ingin menggulung perbahasan ini menegaskan Bajet 2018 adalah bajet terbaik demi rakyat dan membuktikan ia bukanlah bajet mimpi yang seperti mana dibentangkan oleh rakan-rakan dalam pakatan pembangkang. Akan tetapi, Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan kerana Kerajaan Barisan Nasional bukanlah kerajaan yang bersikap bagaikan saudagar mimpi pemborong janji. Jalan-jalan sampai sakit urat, Balik rumah terus melolong, Bajet pembangkang bunyinya kuat, Rupa-rupanya janji kosong. Saya sudah hendak menutup ini. Oleh itu, kita dapat saksikan bagaimana Kerajaan Barisan Nasional terus konsisten dengan pembentangan bajet. Bukannya melakukan pembentangan bajet populis, Pakatan Harapan adalah sebaliknya. Pakatan Harapan tidak konsisten dan kadangkala bagaikan mengamalkan politik biskut ‘sekejap ada, sekejap tidak ada’. Ini boleh dilihat dalam bagaimana mereka teraba-raba untuk memutuskan semada GST mahu dikekalkan atau dimansuhkan. Begitu juga dengan BR1M yang pada mulanya di anggap rasuah kini mahu pula diteruskan. Langkah itu bukan hanya kerana mahu membela rakyat tetapi mahu menggula-gula rakyat supaya memilih mereka dalam PRU yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya akhirnya perbahasan saya ini dengan serangkap pantun lagi. Zaman sekarang banyak gajet, Ada yang bujur, ada yang bulat, Ramai orang memuji bajet, Pakatan pembangkang terkulat-kulat.
dalam pembentangan Bajet 2018 ialah melibatkan kaum wanita. Pengumuman Yang Amat Berhormat Pekan iaitu syarat sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian ahli lembaga syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan serta badan berkanun sebelum akhir tahun 2018 adalah sesuatu yang luar biasa. Ini kerana langkah ini akan membuka peluang kepada golongan wanita negara ini untuk mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan keusahawanan. Malah dengan mengumumkan tahun 2018 sebagai tahun memperkasakan wanita ia bukan sahaja satu pengiktirafan kepada kaum wanita tetapi juga membuktikan Yang Amat Berhormat Pekan dan Kerajaan Barisan Nasional berpegang teguh dengan komitmen untuk menyediakan ekosistem kehidupan dan pekerjaan yang mesra serta ideal untuk semua wanita di Malaysia. Oleh itu, saya menggesa GLC supaya mematuhi pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Pekan dan tidak memberi alasan atau hujah bagi mereka melaksanakan kuota 30 peratus bagi keahlian lembaga pengarah. Memandangkan masa tidak sampai, perkara yang turut menyumbang keupayaan kepada Yang Amat Berhormat melaksanakan memimpin negara dengan jayanya disebabkan beliau mempunyai bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri yang setia tapi seorang sahabat yang karib iaitu Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. Kesetiaan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi yang sentiasa bersama Yang Amat Berhormat Pekan ketika susah dan senang serta menjadi barisan paling hadapan mempertahankan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila diserang oleh Pakatan Pembangkang telah memungkinkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mampu bekerja dengan tenang. Hidup bahagia kerana iman, Nafsu maksiat akan terkekang, Bagaimana mahu dianggap teman, Jika menikam dari belakang. Saya ingin menggulung perbahasan ini menegaskan Bajet 2018 adalah bajet terbaik demi rakyat dan membuktikan ia bukanlah bajet mimpi yang seperti mana dibentangkan oleh rakan-rakan dalam pakatan pembangkang. Akan tetapi, Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan kerana Kerajaan Barisan Nasional bukanlah kerajaan yang bersikap bagaikan saudagar mimpi pemborong janji. Jalan-jalan sampai sakit urat, Balik rumah terus melolong, Bajet pembangkang bunyinya kuat, Rupa-rupanya janji kosong. Saya sudah hendak menutup ini. Oleh itu, kita dapat saksikan bagaimana Kerajaan Barisan Nasional terus konsisten dengan pembentangan bajet. Bukannya melakukan pembentangan bajet populis, Pakatan Harapan adalah sebaliknya. Pakatan Harapan tidak konsisten dan kadangkala bagaikan mengamalkan politik biskut 'sekejap ada, sekejap tidak ada'. Ini boleh dilihat dalam bagaimana mereka teraba-raba untuk memutuskan semada GST mahu dikekalkan atau dimansuhkan. Begitu juga dengan BR1M yang pada mulanya di anggap rasuah kini mahu pula diteruskan. Langkah itu bukan hanya kerana mahu membela rakyat tetapi mahu menggula-gula rakyat supaya memilih mereka dalam PRU yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya akhirnya perbahasan saya ini dengan serangkap pantun lagi. Zaman sekarang banyak gajet, Ada yang bujur, ada yang bulat, Ramai orang memuji bajet, Pakatan pembangkang terkulat-kulat.
63
75
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
64 DR.31.10.2017 Terima kasih, dengan ini saya menyokong bajet. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu Pahat. 4.43 ptg Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk turut berucap menyampaikan pandangan Batu Pahat tentang bajet yang disebut sebagai ibu segala bajet. Saya hendak mulakan Tuan Yang di-Pertua dengan petikan suatu pantun daripada sasterawan negara. Masuk ke hutan muncul di rimba, Selam di tasik timbul di laut, Bajet umpama simbahan gula, Yang heboh beri, yang senyap kaut. Tuan Yang di-Pertua, bajet seperti yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Pekan, Menteri Kewangan disebutkan memenuhi tuntutan Maqasid Syariah, memenuhi tuntutan memelihara agama, memelihara jiwa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta. Dalam bajet yang sama disebutkan Tuan Yang di-Pertua, Menteri Kewangan Pekan tanpa segan silu dengan sinis menyebut, menyindir kedudukan Ketua Pembangkang Yang Berhormat Permatang Pauh yang dikaitkan dengan kejayaan Kak Wan dalam program bantuan orang-orang miskin Amanah Ikhtiar Malaysia. Sudahlah tidak mengakui bahawa AIM itu adalah warisan bekas Timbalan Perdana Menteri dan mantan Menteri Kewangan. Kemudian tidak juga menghormati Maqasid dalam erti menghormati jiwa dan menghormati kedudukan dan ketinggian martabat insan dengan memberikan sindiran sinis kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail. Kita merasa kesal kerana dalam satu nafas Menteri Kewangan menyebutkan menjaga Maqasid tapi dalam masa yang sama memperlekeh Maqasid seorang wanita mulia yang berani bangun berusaha menegakkan keadilan, membanteras kebatilan dan mahu membela keadilan bukan sahaja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi untuk rakyat seluruhnya. Tuan Yang di-Pertua, bajet disebutkan sebagai ibu segala bajet. Tuan Yang di- Pertua, saya masuk tahun terakhir di Parlimen ini. Sudah lama berkecimpung dalam gerakan sosial, gerakan kemasyarakatan. Merenung perkembangan sosiopolitik negara sejak tahun 1990-an. Saya bersetuju kalau disebutkan bajet ini, belanjawan ini sebagai ibu segala bajet kerana dia sebenarnya mengumpulkan seluruh falsafah dan pegangan BN-UMNO khususnya Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Yang saya mahu menyebut kritik saya terhadap kritik philosophical dan kritik methodological. Saya ingin menyebutkan Tuan Yang di-Pertua, bajet ini menggambarkan sebenarnya falsafah dan pegangan Barisan Nasional, UMNO khususnya mereka memelihara beberapa ciri kedudukan masyarakat. Ciri-ciri ini kemudiannya dieksploit digunakan dalam setiap kali pembentangan. Cuma barangkali saya selalu bertanyakan apa ilmu yang kalian pakai sehingga pancingan itu termakan rakyat. Bajet ini bajet populis. Bajet menjual harapan. Bajet menjual impian kepada golongan tertentu yang memang sudah dipelihara. Saya ambil contoh, belajar dari sejarah penjajahan UMNO-BN mengekalkan dua kelompok utama dalam masyarakat supaya mereka ini boleh dieksploit dalam keadaan- keadaan tertentu. Dua kelompok utama itu ialah kelompok miskin dan kelompok – kalau hendak dikatakan istilah pemerintah penjajah dulu dikatakan bodoh tapi saya fikir sekarang ini golongan yang kurang bermaklumat, yang tidak bermaklumat. Dengan adanya kumpulan miskin ini Tuan Yang di-Pertua maka kerajaan UMNO- BN setiap kali bajet dibentangkan apatah lagi menjelang pilihan raya maka kedudukan kemiskinan dan kejahilan rakyat kelompok ini dieksploit dengan janji-janji manis. Ternyata seperti dibentangkan oleh rakan-rakan janji-janji ini sebahagian besarnya tidak dipenuhi dan memang dirancang untuk tidak dipenuhi.
Terima kasih, dengan ini saya menyokong bajet. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu Pahat. 4.43 ptg Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk turut berucap menyampaikan pandangan Batu Pahat tentang bajet yang disebut sebagai ibu segala bajet. Saya hendak mulakan Tuan Yang di-Pertua dengan petikan suatu pantun daripada sasterawan negara. Masuk ke hutan muncul di rimba, Selam di tasik timbul di laut, Bajet umpama simbahan gula, Yang heboh beri, yang senyap kaut. Tuan Yang di-Pertua, bajet seperti yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Pekan, Menteri Kewangan disebutkan memenuhi tuntutan Maqasid Syariah, memenuhi tuntutan memelihara agama, memelihara jiwa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta. Dalam bajet yang sama disebutkan Tuan Yang di-Pertua, Menteri Kewangan Pekan tanpa segan silu dengan sinis menyebut, menyindir kedudukan Ketua Pembangkang Yang Berhormat Permatang Pauh yang dikaitkan dengan kejayaan Kak Wan dalam program bantuan orang-orang miskin Amanah Ikhtiar Malaysia. Sudahlah tidak mengakui bahawa AIM itu adalah warisan bekas Timbalan Perdana Menteri dan mantan Menteri Kewangan. Kemudian tidak juga menghormati Maqasid dalam erti menghormati jiwa dan menghormati kedudukan dan ketinggian martabat insan dengan memberikan sindiran sinis kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail. Kita merasa kesal kerana dalam satu nafas Menteri Kewangan menyebutkan menjaga Maqasid tapi dalam masa yang sama memperlekeh Maqasid seorang wanita mulia yang berani bangun berusaha menegakkan keadilan, membanteras kebatilan dan mahu membela keadilan bukan sahaja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi untuk rakyat seluruhnya. Tuan Yang di-Pertua, bajet disebutkan sebagai ibu segala bajet. Tuan Yang di- Pertua, saya masuk tahun terakhir di Parlimen ini. Sudah lama berkecimpung dalam gerakan sosial, gerakan kemasyarakatan. Merenung perkembangan sosiopolitik negara sejak tahun 1990-an. Saya bersetuju kalau disebutkan bajet ini, belanjawan ini sebagai ibu segala bajet kerana dia sebenarnya mengumpulkan seluruh falsafah dan pegangan BN-UMNO khususnya Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Yang saya mahu menyebut kritik saya terhadap kritik philosophical dan kritik methodological. Saya ingin menyebutkan Tuan Yang di-Pertua, bajet ini menggambarkan sebenarnya falsafah dan pegangan Barisan Nasional, UMNO khususnya mereka memelihara beberapa ciri kedudukan masyarakat. Ciri-ciri ini kemudiannya dieksploit digunakan dalam setiap kali pembentangan. Cuma barangkali saya selalu bertanyakan apa ilmu yang kalian pakai sehingga pancingan itu termakan rakyat. Bajet ini bajet populis. Bajet menjual harapan. Bajet menjual impian kepada golongan tertentu yang memang sudah dipelihara. Saya ambil contoh, belajar dari sejarah penjajahan UMNO-BN mengekalkan dua kelompok utama dalam masyarakat supaya mereka ini boleh dieksploit dalam keadaan- keadaan tertentu. Dua kelompok utama itu ialah kelompok miskin dan kelompok- kalau hendak dikatakan istilah pemerintah penjajah dulu dikatakan bodoh tapi saya fikir sekarang ini golongan yang kurang bermaklumat, yang tidak bermaklumat. Dengan adanya kumpulan miskin ini Tuan Yang di-Pertua maka kerajaan UMNO- BN setiap kali bajet dibentangkan apatah lagi menjelang pilihan raya maka kedudukan kemiskinan dan kejahilan rakyat kelompok ini dieksploit dengan janji-janji manis. Ternyata seperti dibentangkan oleh rakan-rakan janji-janji ini sebahagian besarnya tidak dipenuhi dan memang dirancang untuk tidak dipenuhi.
64
76
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 65 ■1650 Kalau misalnya disebutkan daripada rakan Yang Berhormat Pasir Gudang, Hospital yang dijanjikan itu belum dibina, dan insya-Allah tidak akan dibina tahun ini, mungkin pecah tanah sahaja. Hospital Pusat Kesihatan Rengit, Batu Pahat sudah dibina tahun 1960 atau mungkin lebih awal. Sudah berapa kali janji, belum selesai lagi. Jadi, rakyat Rengit yang miskin, yang kurang fasilitas tahap kesihatan mengharapkan hospital ini dan menunggu janji dan janji itulah yang dijual setiap kali pilihan raya, setiap kali bajet dan setiap kali pilihan raya dikemukakan. Saudara-saudara, oleh sebab rakyat ini miskin dan kurang maklumat, janji-janji ini berkesan kepada mereka. Mereka- saya tidak tahu juga bagaimana pendekatan mereka. Saya tengah- sudah lama saya di tengah-tengah masyarakat sebenarnya cuba hendak mengkaji sedalam-dalamnya. Bagaimana strategi yang mereka lakukan, yang UMNO BN lakukan. Misalnya dalam dua minggu, tiga minggu yang lalu saya ziarah seorang orang tua wanita 70-an. Umur 73 tahun, umurnya- mandiri. Menanam kebun, menanam pokok-pokok dan sayuran di keliling rumahnya. Saya diperkenalkan oleh rakan. Ini Wakil Rakyat Batu Pahat. Dia kata dia tahu wakil rakyat yang baru tetapi dia kata dia ingat yang lama. Dia ingat, dia boleh sebut yang lama. Ahli Parlimennya, wakil rakyat Rengitnya. Walaupun mereka ini dalam masa saya memegang jawatan ini mereka tidak pernah datang. Akan tetapi, mereka boleh sebut dengan fasih at the age of 73. Jadi, maknanya apa yang saya hendak sebutkan Tuan Yang di-Pertua ialah keberkesanan menjual brand, maka merekalah yang boleh membuat perubahan kepada rakyat. Itu berlaku diterima baik oleh masyarakat. Kalau tidak percaya boleh tanya rakan- rakan dari Sabah. Miskin, jalan raya tidak cukup, sekolah tidak cukup, tidak sempurna dan lain-lain lagi. Akan tetapi, mereka rakyat masih sokong lagi. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Boleh Yang Berhormat sebentar? Saya dari Sabah. Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat]: Saya memang sengaja usik supaya- jemput-jemput. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Ya boleh? Boleh mencelah sedikit? Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat]: Boleh-boleh. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menghormati sahabat saya dari Yang Berhormat Batu Pahat sebagai warga emas bukan warga tua. Jadi, Yang Berhormat menyentuhkan soal seorang wanita yang berumur 73 tahun dan juga membawa perubahan kepada kawasan beliau. Seolah-olah beliau ini boleh mempengaruhi warga emas. Tahniah, saya syabaskan kepada Yang Berhormat. Jadi, saya mahu minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat. Apakah cadangan yang Yang Berhormat untuk memperkasakan warga-warga emas ini supaya tidak keboringan, tidak kesunyian. Bolehkah Yang Berhormat sebagai wakil rakyat sendiri membuat satu pusat untuk warga emas ini supaya dia orang dapat bonding antara satu dengan yang lain, terutama sekali penjawat awam yang sudah berpencen. Yang boleh membuatkan satu perubahan kepada masyarakat yang muda-muda ini. Boleh Yang Berhormat? Jangan bilang cakap Ahli Parlimen yang dahulu sekarang dia jadi warga- apa warga apa dia anggap warga apa dia fikir dia masih muda. Dia lupa dia juga warga emas. Saya pun warga emas Yang Berhormat. Jadi soal pembangunan di Sabah ini jangan sentuh. Kami yang boleh sentuh Yang Berhormat. Kalau soal apa yang keperluan Sabah itu kami diperjuangkan. Okey, terima kasih Yang Berhormat. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Yang Berhormat Batu Pahat, sedikit. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Boleh mencelah sedikit? Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab saya terlewat sedikit sebab tadi Yang Berhormat Batu Pahat sebut soal Hospital Pasir Gudang. Cuma saya hendak tumpang sedikit isu Hospital Sri Iskandar. Ini satu hospital yang dijanjikan sejak lima, enam tahun sebelum dan dijanjikan semasa PRU Ke-13. Tanah telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak tetapi sampai hari ini satu tiang pun tidak nampak. Apakah pandangan Yang Berhormat Batu Pahat berkenaan dengan slogan ‘Janji Ditepati’ itu... [Dewan riuh] Betul.
#1650. Kalau misalnya disebutkan daripada rakan Yang Berhormat Pasir Gudang, Hospital yang dijanjikan itu belum dibina, dan insya-Allah tidak akan dibina tahun ini, mungkin pecah tanah sahaja. Hospital Pusat Kesihatan Rengit, Batu Pahat sudah dibina tahun 1960 atau mungkin lebih awal. Sudah berapa kali janji, belum selesai lagi. Jadi, rakyat Rengit yang miskin, yang kurang fasilitas tahap kesihatan mengharapkan hospital ini dan menunggu janji dan janji itulah yang dijual setiap kali pilihan raya, setiap kali bajet dan setiap kali pilihan raya dikemukakan. Saudara-saudara, oleh sebab rakyat ini miskin dan kurang maklumat, janji-janji ini berkesan kepada mereka. Mereka- saya tidak tahu juga bagaimana pendekatan mereka. Saya tengah- sudah lama saya di tengah-tengah masyarakat sebenarnya cuba hendak mengkaji sedalam-dalamnya. Bagaimana strategi yang mereka lakukan, yang UMNO BN lakukan. Misalnya dalam dua minggu, tiga minggu yang lalu saya ziarah seorang orang tua wanita 70-an. Umur 73 tahun, umurnya- mandiri. Menanam kebun, menanam pokok-pokok dan sayuran di keliling rumahnya. Saya diperkenalkan oleh rakan. Ini Wakil Rakyat Batu Pahat. Dia kata dia tahu wakil rakyat yang baru tetapi dia kata dia ingat yang lama. Dia ingat, dia boleh sebut yang lama. Ahli Parlimennya, wakil rakyat Rengitnya. Walaupun mereka ini dalam masa saya memegang jawatan ini mereka tidak pernah datang. Akan tetapi, mereka boleh sebut dengan fasih at the age of 73. Jadi, maknanya apa yang saya hendak sebutkan Tuan Yang di-Pertua ialah keberkesanan menjual brand, maka merekalah yang boleh membuat perubahan kepada rakyat. Itu berlaku diterima baik oleh masyarakat. Kalau tidak percaya boleh tanya rakan- rakan dari Sabah. Miskin, jalan raya tidak cukup, sekolah tidak cukup, tidak sempurna dan lain-lain lagi. Akan tetapi, mereka rakyat masih sokong lagi. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Boleh Yang Berhormat sebentar? Saya dari Sabah. Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat]: Saya memang sengaja usik supaya- jemput-jemput. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Ya boleh? Boleh mencelah sedikit?. Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat]: Boleh-boleh. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menghormati sahabat saya dari Yang Berhormat Batu Pahat sebagai warga emas bukan warga tua. Jadi, Yang Berhormat menyentuhkan soal seorang wanita yang berumur 73 tahun dan juga membawa perubahan kepada kawasan beliau. Seolah-olah beliau ini boleh mempengaruhi warga emas. Tahniah, saya syabaskan kepada Yang Berhormat. Jadi, saya mahu minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat. Apakah cadangan yang Yang Berhormat untuk memperkasakan warga-warga emas ini supaya tidak keboringan, tidak kesunyian. Bolehkah Yang Berhormat sebagai wakil rakyat sendiri membuat satu pusat untuk warga emas ini supaya dia orang dapat bonding antara satu dengan yang lain, terutama sekali penjawat awam yang sudah berpencen. Yang boleh membuatkan satu perubahan kepada masyarakat yang muda-muda ini. Boleh Yang Berhormat? Jangan bilang cakap Ahli Parlimen yang dahulu sekarang dia jadi warga- apa warga apa dia anggap warga apa dia fikir dia masih muda. Dia lupa dia juga warga emas. Saya pun warga emas Yang Berhormat. Jadi soal pembangunan di Sabah ini jangan sentuh. Kami yang boleh sentuh Yang Berhormat. Kalau soal apa yang keperluan Sabah itu kami diperjuangkan. Okey, terima kasih Yang Berhormat. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Yang Berhormat Batu Pahat, sedikit. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Boleh mencelah sedikit? Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab saya terlewat sedikit sebab tadi Yang Berhormat Batu Pahat sebut soal Hospital Pasir Gudang. Cuma saya hendak tumpang sedikit isu Hospital Sri Iskandar. Ini satu hospital yang dijanjikan sejak lima, enam tahun sebelum dan dijanjikan semasa PRU Ke-13. Tanah telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak tetapi sampai hari ini satu tiang pun tidak nampak. Apakah pandangan Yang Berhormat Batu Pahat berkenaan dengan slogan 'Janji Ditepati' itu... [Dewan riuh] Betul.
65
77
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
66 DR.31.10.2017 Saya setuju wakil rakyat tidak kerja. Itu wakil rakyat di kawasan Parlimen Parit. Yang Berhormat Parit patut jawab. Sekian. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Yang Berhormat Batu Pahat boleh? Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya sangat tertarik dan teruja dengan ucapan Yang Berhormat Batu Pahat mengenai falsafah politik Barisan Nasional, di mana seolah-olah mengekalkan golongan miskin dan juga golongan yang tidak bermaklumat. Adakah ini puncanya masalah Bumiputera atau Melayu yang suatu ketika itu gah dari segi ekonomi dan sekarang menjadi seolah-olah menumpang di bumi sendiri. Minta komen. Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat]: Terima kasih rakan-rakan dari Ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak. Untuk makluman, saya respons sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua tentang yang dibangkitkan oleh rakan daripada Yang Berhormat Putatan tadi. Saya masuk sahaja masuk dalam pilihan raya antara kelompok yang mula-mula saya trip jumpa ialah golongan pesara. Sebab itu kalau saudara tengok antara undi tertinggi kalau di Senggarang misalnya kawasan orang tua- dapat nombor berapa tidak tahu- yang saya menang. Jadi, saya sebenarnya senang hendak sebab orang tua berbicara dengan orang tua saya fikir dia punya wavelength tidak jauh beza. Saya menegaskan tadi Tuan Yang di-Pertua ialah soal strategi UMNO BN ini dari dahulu hingga sekarang sebenarnya ialah menjual janji dan kita boleh senaraikan berapa banyak janji yang telah dijanji tetapi tidak dibuktikan. Kemudian tentang falsafah mengekalkan rakyat bodoh dan miskin. Saudara lihat, dalam PRU yang ke-13 kawasan-kawasan bandar, orang Melayu yang terdidik, yang cerdik, yang ada pendidikan sebenarnya sudah lari daripada menyokong UMNO BN. Macam di tempat saya, di Batu Pahat umum sudah ada peralihan tetapi kalau di Rengit itu kawasan yang masih jauh di pelosok bandar. Itu masih kekal dalam kajian mutakhir tiga minggu yang lepas. Kita lihatkan kawan-kawan saya membuat survey di bawah. Dia kata tidak banyak peralihan di kawasan pendalaman ini. Ini kerana basically ialah mereka tidak mendapat maklumat yang baik, yang sempurna, yang lengkap dan juga keadaan kehidupan yang secukup hidup. Tuan Yang di-Pertua. Saya menyebutkan tadi tentang saya memberikan kritik kepada pendekatan dan metodologi yang digunakan oleh pemerintah UMNO BN ini. Ini kerana saya hendak rakyat di bawah sama-sama berfikir. Sama-sama berfikir bahawa yang diberikan ini ialah gula-gula, setiap kali bajet. Cuma bila dekat dengan pilihan raya, gula-gula itu lebih melebar, lebih meluas dan dokongan itu diberikan seluas-luasnya oleh media, oleh profesor, oleh doktor sehinggakan ada seorang doktor saya petik- tidak saya hendak petikkan di sini. Akan tetapi, beliau memberikan kritikan apa hendak jadilah kata dia, Ahli-ahli kita yang lulus tinggi-tinggi ini sehingga memuji bajet yang dikeluarkan oleh pemimpin negara yang terkenal mempunyai rekod yang sangat tidak baik di peringkat antarabangsa, dikeluarkan dalam media-media antarabangsa oleh sebab berbagai-bagai kes. Jadi, dia hairan. Akan tetapi saudara, ini rancangan bila dia keluarkan sahaja sebab itu saudara tengok dalam kawan-kawan saya yang sebelah saya yang saya kenal. Dia punya sokongan itu luar biasa. Sehingga bila orang bawah dengar, rakyat biasa dengar; “Hai, bagus semuanya, sampai tidak ada hendak dikritik langsung”. Sampai GST rakyat tidak suka pun disokong juga. Ya. Silakan. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Merujuk kepada apa yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat dan Yang Berhormat juga telah membangkitkan tentang pembinaan hospital seperti Yang Berhormat Pasir Gudang. Perasan atau tidak apabila kita mengkaji peruntukan yang telah diberikan untuk Kementerian Kesihatan dan untuk pembangunan hospital, saya rasa tidak ada dana untuk membina hospital baru pada tahun depan. Akan tetapi, hakikatnya tidak ada seorang pun yang mengkritik. Padahal, memuji- muji lebih-lebihan. Padahal ada Ahli Parlimen yang duduk dekat sini yang minta hospital ditubuhkan, dibina dan sebagainya. Akan tetapi, hakikat sebenar daripada perangkaan, daripada dana yang telah di peruntukan kepada KKM, agak mustahil untuk pembinaan hospital dilakukan pada tahun 2018. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Saya setuju wakil rakyat tidak kerja. Itu wakil rakyat di kawasan Parlimen Parit. Yang Berhormat Parit patut jawab. Sekian. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Yang Berhormat Batu Pahat boleh? Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya sangat tertarik dan teruja dengan ucapan Yang Berhormat Batu Pahat mengenai falsafah politik Barisan Nasional, di mana seolah-olah mengekalkan golongan miskin dan juga golongan yang tidak bermaklumat. Adakah ini puncanya masalah Bumiputera atau Melayu yang suatu ketika itu gah dari segi ekonomi dan sekarang menjadi seolah-olah menumpang di bumi sendiri. Minta komen. Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat]: Terima kasih rakan-rakan dari Ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak. Untuk makluman, saya respons sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua tentang yang dibangkitkan oleh rakan daripada Yang Berhormat Putatan tadi. Saya masuk sahaja masuk dalam pilihan raya antara kelompok yang mula-mula saya trip jumpa ialah golongan pesara. Sebab itu kalau saudara tengok antara undi tertinggi kalau di Senggarang misalnya kawasan orang tua- dapat nombor berapa tidak tahu- yang saya menang. Jadi, saya sebenarnya senang hendak sebab orang tua berbicara dengan orang tua saya fikir dia punya wavelength tidak jauh beza. Saya menegaskan tadi Tuan Yang di-Pertua ialah soal strategi UMNO BN ini dari dahulu hingga sekarang sebenarnya ialah menjual janji dan kita boleh senaraikan berapa banyak janji yang telah dijanji tetapi tidak dibuktikan. Kemudian tentang falsafah mengekalkan rakyat bodoh dan miskin. Saudara lihat, dalam PRU yang ke-13 kawasan-kawasan bandar, orang Melayu yang terdidik, yang cerdik, yang ada pendidikan sebenarnya sudah lari daripada menyokong UMNO BN. Macam di tempat saya, di Batu Pahat umum sudah ada peralihan tetapi kalau di Rengit itu kawasan yang masih jauh di pelosok bandar. Itu masih kekal dalam kajian mutakhir tiga minggu yang lepas. Kita lihatkan kawan-kawan saya membuat survey di bawah. Dia kata tidak banyak peralihan di kawasan pendalaman ini. Ini kerana basically ialah mereka tidak mendapat maklumat yang baik, yang sempurna, yang lengkap dan juga keadaan kehidupan yang secukup hidup. Tuan Yang di-Pertua. Saya menyebutkan tadi tentang saya memberikan kritik kepada pendekatan dan metodologi yang digunakan oleh pemerintah UMNO BN ini. Ini kerana saya hendak rakyat di bawah sama-sama berfikir. Sama-sama berfikir bahawa yang diberikan ini ialah gula-gula, setiap kali bajet. Cuma bila dekat dengan pilihan raya, gula-gula itu lebih melebar, lebih meluas dan dokongan itu diberikan seluas-luasnya oleh media, oleh profesor, oleh doktor sehinggakan ada seorang doktor saya petik- tidak saya hendak petikkan di sini. Akan tetapi, beliau memberikan kritikan apa hendak jadilah kata dia, Ahli-ahli kita yang lulus tinggi-tinggi ini sehingga memuji bajet yang dikeluarkan oleh pemimpin negara yang terkenal mempunyai rekod yang sangat tidak baik di peringkat antarabangsa, dikeluarkan dalam media-media antarabangsa oleh sebab berbagai-bagai kes. Jadi, dia hairan. Akan tetapi saudara, ini rancangan bila dia keluarkan sahaja sebab itu saudara tengok dalam kawan-kawan saya yang sebelah saya yang saya kenal. Dia punya sokongan itu luar biasa. Sehingga bila orang bawah dengar, rakyat biasa dengar; "Hai, bagus semuanya, sampai tidak ada hendak dikritik langsung". Sampai GST rakyat tidak suka pun disokong juga. Ya. Silakan. Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Merujuk kepada apa yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat dan Yang Berhormat juga telah membangkitkan tentang pembinaan hospital seperti Yang Berhormat Pasir Gudang. Perasan atau tidak apabila kita mengkaji peruntukan yang telah diberikan untuk Kementerian Kesihatan dan untuk pembangunan hospital, saya rasa tidak ada dana untuk membina hospital baru pada tahun depan. Akan tetapi, hakikatnya tidak ada seorang pun yang mengkritik. Padahal, memuji- muji lebih-lebihan. Padahal ada Ahli Parlimen yang duduk dekat sini yang minta hospital ditubuhkan, dibina dan sebagainya. Akan tetapi, hakikat sebenar daripada perangkaan, daripada dana yang telah di peruntukan kepada KKM, agak mustahil untuk pembinaan hospital dilakukan pada tahun 2018. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
66
78
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 67 ■1700 Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat]: Tuan Yang di-Pertua, saya fikir ini hanya stressing the point ya, yang banyak janji yang tidak ditepati. Akan tetapi oleh kerana sorak- sorai kata baik, jadi banyak hal-hal yang lebih fundamental itu tidak dapat direnung dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, saya melayan ramai orang, jadi saya tengok dan saya tidak perasan masa terlampau singkat. Jadi akhirnya, saya hendak balik terus dengan kawasan saya di Batu Pahat. Dalam lawatan-lawatan saya ke kampung-kampung dan juga ke bandar, di Batu Pahat ada Penggaram, Senggarang dan Rengit di kampung-kampung. Kita lihat masyarakat selalu dijanjikan dengan pembangunan prasarana yang terbaik. Parit ini dijaga, sungainya dijaga dan segala macam. Paling akhir baru ini Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan aduan, saya pergi dan saya lihat satu parit yang saya fikir, yang tidak dijaga lebih daripada 10 tahun sebab ia punya pokok yang tumbuh dalam sungai itu sudah barangkali besar betis. Bukan besar betis saya, betis saya kecil. Betis seorang yang berisilah, barangkali orang sebelah saya ini. Jadi maknanya Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi rakyat dijanjikan dengan kemudahan-kemudahan untuk luar bandar yang baik tetapi sebenarnya tidak terisi. Begitu jugalah saya selalu bangkitkan masalah nelayan, masalah petani, masalah the landless, masalah harga keluaran kampung yang sebenarnya semakin tercabar, tidak kompetitif oleh kerana kenaikan baja, racun dan lain-lain. Ini dibangkitkan tetapi not much is being given, tidak banyak attention, tidak banyak perhatian diberikan kepada kelompok ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, poin yang hendak saya kemukakan ialah supaya kita dapat melihat falsafah yang dipegang dalam seluruh pembangunan ini iaitu untuk memberikan sedikit gula-gula, imbuhan kepada kelompok bermasalah, kepada nelayan, kepada petani, kepada pelajar, kepada belia menganggur, kepada siswazah menganggur. Jadi, diperuntukkan sikit-sikit seolah-olah all, semua group taken care. Akan tetapi yang sebenarnya ia tidak menyelesaikan masalah itu. Inilah yang dibangkitkan supaya dengan adanya masalah itu, maka akan sentiasa ada harapan kepada rakyat untuk memerintah, mengotakan kata-katanya. Sekarang ini ada TN50 yang dijanjikan pula tahun 2050 nanti semua ini akan tercapai. Saudara sekali lagi dipanjangkan janji, masa itu yang berjanji pun sudah tidak ada, kita pun sebahagiannya tidak ada, barulah rakyat nanti tahu, “Erm, alahai termakan janji lagi aku”. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan kita semua memberikan perhatian teliti supaya bukan sahaja kita melihat bajet kali ini tetapi kita melihat seluruh bajet dengan pengekalan isu-isu dalam masyarakat yang sentiasa dipanaskan, terutama sekali– kali terakhir yang saya hendak sebut ialah isu 3R. Isu race, isu religion, isu raja-raja- royalty, yang sekarang ini menjelang pilihan raya, kalau dahulu ia alun-alun, otek-otek sahaja. Kali ini Tuan Yang di-Pertua, diperhangat betul dengan menuding kepada satu kelompok, khususnya DAP sebagai kelompok yang mahu menggugat pemerintahan dan kerajaan yang ada. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih memberikan peluang saya berbicara. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Tanjong Manis, sila. 5.04 ptg. Datuk Hajah Norah Abd. Rahman [Tanjong Manis]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua... [Berselawat] Bismillahi Rahmani Rahim. Salam negaraku Malaysia yang ku cintai. Pertama kali sekali, marilah kita mengucap syukur ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Kita bersyukur kerana diberikan kesihatan, kelapangan dan kekuatan untuk kita menghadiri persidangan Dewan untuk membahaskan mengenai Bajet 2018 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak pada Jumaat yang lepas dengan tema “Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50”, yang holistik dan mengambil kira kepentingan segenap lapisan umur rakyat sampailah ke bayi yang baru lahir. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi kawasan Parlimen Tanjong Manis negeri Sarawak mewakili parti PBB mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak di atas bajet yang amat
#1700 Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat]: Tuan Yang di-Pertua, saya fikir ini hanya stressing the point ya, yang banyak janji yang tidak ditepati. Akan tetapi oleh kerana sorak- sorai kata baik, jadi banyak hal-hal yang lebih fundamental itu tidak dapat direnung dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, saya melayan ramai orang, jadi saya tengok dan saya tidak perasan masa terlampau singkat. Jadi akhirnya, saya hendak balik terus dengan kawasan saya di Batu Pahat. Dalam lawatan-lawatan saya ke kampung-kampung dan juga ke bandar, di Batu Pahat ada Penggaram, Senggarang dan Rengit di kampung-kampung. Kita lihat masyarakat selalu dijanjikan dengan pembangunan prasarana yang terbaik. Parit ini dijaga, sungainya dijaga dan segala macam. Paling akhir baru ini Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan aduan, saya pergi dan saya lihat satu parit yang saya fikir, yang tidak dijaga lebih daripada 10 tahun sebab ia punya pokok yang tumbuh dalam sungai itu sudah barangkali besar betis. Bukan besar betis saya, betis saya kecil. Betis seorang yang berisilah, barangkali orang sebelah saya ini. Jadi maknanya Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi rakyat dijanjikan dengan kemudahan-kemudahan untuk luar bandar yang baik tetapi sebenarnya tidak terisi. Begitu jugalah saya selalu bangkitkan masalah nelayan, masalah petani, masalah the landless, masalah harga keluaran kampung yang sebenarnya semakin tercabar, tidak kompetitif oleh kerana kenaikan baja, racun dan lain-lain. Ini dibangkitkan tetapi not much is being given, tidak banyak attention, tidak banyak perhatian diberikan kepada kelompok ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, poin yang hendak saya kemukakan ialah supaya kita dapat melihat falsafah yang dipegang dalam seluruh pembangunan ini iaitu untuk memberikan sedikit gula-gula, imbuhan kepada kelompok bermasalah, kepada nelayan, kepada petani, kepada pelajar, kepada belia menganggur, kepada siswazah menganggur. Jadi, diperuntukkan sikit-sikit seolah-olah all, semua group taken care. Akan tetapi yang sebenarnya ia tidak menyelesaikan masalah itu. Inilah yang dibangkitkan supaya dengan adanya masalah itu, maka akan sentiasa ada harapan kepada rakyat untuk memerintah, mengotakan kata-katanya. Sekarang ini ada TN50 yang dijanjikan pula tahun 2050 nanti semua ini akan tercapai. Saudara sekali lagi dipanjangkan janji, masa itu yang berjanji pun sudah tidak ada, kita pun sebahagiannya tidak ada, barulah rakyat nanti tahu, "Erm, alahai termakan janji lagi aku". Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan kita semua memberikan perhatian teliti supaya bukan sahaja kita melihat bajet kali ini tetapi kita melihat seluruh bajet dengan pengekalan isu-isu dalam masyarakat yang sentiasa dipanaskan, terutama sekali- kali terakhir yang saya hendak sebut ialah isu 3R. Isu race, isu religion, isu raja-raja- royalty, yang sekarang ini menjelang pilihan raya, kalau dahulu ia alun-alun, otek-otek sahaja. Kali ini Tuan Yang di-Pertua, diperhangat betul dengan menuding kepada satu kelompok, khususnya DAP sebagai kelompok yang mahu menggugat pemerintahan dan kerajaan yang ada. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih memberikan peluang saya berbicara. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Tanjong Manis, sila. 5.04 ptg. Datuk Hajah Norah Abd. Rahman [Tanjong Manis]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua... [Berselawat] Bismillahi Rahmani Rahim. Salam negaraku Malaysia yang ku cintai. Pertama kali sekali, marilah kita mengucap syukur ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Kita bersyukur kerana diberikan kesihatan, kelapangan dan kekuatan untuk kita menghadiri persidangan Dewan untuk membahaskan mengenai Bajet 2018 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pada Jumaat yang lepas dengan tema "Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50", yang holistik dan mengambil kira kepentingan segenap lapisan umur rakyat sampailah ke bayi yang baru lahir. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi kawasan Parlimen Tanjong Manis negeri Sarawak mewakili parti PBB mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak di atas bajet yang amat.
67
79
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
68 DR.31.10.2017 menggembirakan, terutamanya untuk negeri Sarawak. Sebagai seorang wanita, saya amat bersyukur di atas beberapa pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kaum wanita. Penglibatan wanita dalam lembaga pengarah GLC, GLIC dan penerapan penglibatan wanita dalam politik serta Ahli Parlimen, peruntukan TEKUN dan AIM, terutama membaiki sekolah-sekolah daif di negeri Sarawak dan infrastruktur-infrastruktur pembangunan di luar bandar, prasarana internet, pembangunan untuk nelayan, peruntukan ukur tanah adat, pembangunan industri halal dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2018 yang di bentang ini adalah berpaksi kepada kesejahteraan rakyat seperti juga yang kita dapat lihat pada tahun yang sebelumnya. Bajet 2018 ini telah mengambil kira keperluan dan kehendak rakyat dan telah diterjemahkan menjadi satu bajet yang inklusif dan memberi manfaat yang banyak kepada semua golongan rakyat, termasuk wanita, golongan petani, pesawah, nelayan, pemandu teksi, peneroka FELDA, penjawat awam dan pesara, pengguna lebuh raya dan belia serta pelajar-pelajar. Bajet ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan akan keperluan jaringan hubungan jalan raya untuk negeri Sabah dan Sarawak, memberi peruntukan yang amat besar untuk Lebuhraya Pan Borneo. Terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apa yang penting adalah pembangunan untuk luar bandar di negeri Sarawak. Saya amatlah mengalu-alukan, terutamanya juga seperti bekalan elektrik, air dan jalan raya adalah isu yang sentiasa dibawa di Dewan yang mulia ini. Saya amatlah berharap supaya kawasan Parlimen Tanjong Manis juga diberi peruntukan untuk pembangunan di luar bandar. Pengumuman sebanyak RM300 juta bagi keperluan 3000 buah rumah dalam menyediakan air bersih juga dapat memberi kelegaan kepada penduduk yang sebelum ini terpaksa menggunakan air hujan yang tidak bertapis bagi keperluan seharian. Tidak ketinggalan juga peruntukan sebanyak RM500 juta yang akan digunakan untuk infrastruktur awam dan projek infrastruktur asas yang boleh digunakan bagi pembinaan dewan, pusat komuniti, rumah panjang, membaik pulih rumah-rumah kampung dan juga untuk menjalankan aktiviti harian dan aktiviti ekonomi. Apa yang saya amat terharu adalah memperkasakan perkhidmatan wanita dalam GLC, GLIC, PLC dan badan-badan berkanun dan pengumuman untuk wanita pada tahun hadapan, memperkasakan wanita pada tahun 2018. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang amat menghargai kaum wanita dan begitu prihatin dalam usaha memperkasakan penglibatan wanita di Malaysia. ■1710 Pada bajet kali ini, kerajaan mewajibkan penyertaan 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah GLC, GLIC serta badan berkanun sebelum akhir tahun 2018. Ini adalah kesinambungan dari pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan Februari 2016 yang mensasarkan 30 peratus penglibatan wanita dalam komposisi ahli lembaga pengarah syarikat. Sukacita juga dinyatakan bahawa Malaysia merupakan satu-satu negara di rantau Asia Pasifik yang mengumumkan sasaran tersebut pada tahun 2016. Malangnya, peratusan wanita di lembaga pengarah GLC dan GLIC masih jauh ketinggalan dari sasaran peratusan. Pada suku ketiga tahun lepas, cuma 13 peratus sahaja wanita dalam syarikat 100 ke atas Malaysia dan ini amatlah menyedihkan. Kita haraplah kerajaan mengambil satu tindakan yang tegas dan memainkan peranan supaya kita dapatlah melihat lebih ramai wanita-wanita korporat dapat menyumbang kepada ekonomi Malaysia di tahap antarabangsa. Langkah Kerajaan Malaysia ini juga sejajar dengan objektif yang diambil oleh Commonwealth Women Parliamentarian (CWP) untuk 30 peratus wanita yang berada di dalam kelompok teratas pengurusan, to ensure the gender continues to be mainstream across all activities to assist legislature to achieve Commonwealth Heads of Governments’ target of having women occupying no less than 30 percent of the decision making positions, dengan izinnya. Saya juga ini mencadangkan dari jumlah 30 peratus tersebut, sekurang-kurangnya lapan peratus dapat dipenuhi oleh wanita dari negeri Sarawak dan diberi peluang diambil sebagai ahli lembaga pengarah GLC, GLIC atau PLC. Sasaran 30 peratus ini juga perlu diaplikasi di dalam Parlimen Malaysia dan juga jumlah Ahli Parlimen wanita juga perlu mencapai 30 peratus dari jumlah keseluruhannya. Buat masa sekarang, peratusan Ahli
menggembirakan, terutamanya untuk negeri Sarawak. Sebagai seorang wanita, saya amat bersyukur di atas beberapa pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kaum wanita. Penglibatan wanita dalam lembaga pengarah GLC, GLIC dan penerapan penglibatan wanita dalam politik serta Ahli Parlimen, peruntukan TEKUN dan AIM, terutama membaiki sekolah-sekolah daif di negeri Sarawak dan infrastruktur-infrastruktur pembangunan di luar bandar, prasarana internet, pembangunan untuk nelayan, peruntukan ukur tanah adat, pembangunan industri halal dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2018 yang di bentang ini adalah berpaksi kepada kesejahteraan rakyat seperti juga yang kita dapat lihat pada tahun yang sebelumnya. Bajet 2018 ini telah mengambil kira keperluan dan kehendak rakyat dan telah diterjemahkan menjadi satu bajet yang inklusif dan memberi manfaat yang banyak kepada semua golongan rakyat, termasuk wanita, golongan petani, pesawah, nelayan, pemandu teksi, peneroka FELDA, penjawat awam dan pesara, pengguna lebuh raya dan belia serta pelajar-pelajar. Bajet ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan akan keperluan jaringan hubungan jalan raya untuk negeri Sabah dan Sarawak, memberi peruntukan yang amat besar untuk Lebuhraya Pan Borneo. Terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apa yang penting adalah pembangunan untuk luar bandar di negeri Sarawak. Saya amatlah mengalu-alukan, terutamanya juga seperti bekalan elektrik, air dan jalan raya adalah isu yang sentiasa dibawa di Dewan yang mulia ini. Saya amatlah berharap supaya kawasan Parlimen Tanjong Manis juga diberi peruntukan untuk pembangunan di luar bandar. Pengumuman sebanyak RM300 juta bagi keperluan 3000 buah rumah dalam menyediakan air bersih juga dapat memberi kelegaan kepada penduduk yang sebelum ini terpaksa menggunakan air hujan yang tidak bertapis bagi keperluan seharian. Tidak ketinggalan juga peruntukan sebanyak RM500 juta yang akan digunakan untuk infrastruktur awam dan projek infrastruktur asas yang boleh digunakan bagi pembinaan dewan, pusat komuniti, rumah panjang, membaik pulih rumah-rumah kampung dan juga untuk menjalankan aktiviti harian dan aktiviti ekonomi. Apa yang saya amat terharu adalah memperkasakan perkhidmatan wanita dalam GLC, GLIC, PLC dan badan-badan berkanun dan pengumuman untuk wanita pada tahun hadapan, memperkasakan wanita pada tahun 2018. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang amat menghargai kaum wanita dan begitu prihatin dalam usaha memperkasakan penglibatan wanita di Malaysia. #1710. Pada bajet kali ini, kerajaan mewajibkan penyertaan 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah GLC, GLIC serta badan berkanun sebelum akhir tahun 2018. Ini adalah kesinambungan dari pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan Februari 2016 yang mensasarkan 30 peratus penglibatan wanita dalam komposisi ahli lembaga pengarah syarikat. Sukacita juga dinyatakan bahawa Malaysia merupakan satu-satu negara di rantau Asia Pasifik yang mengumumkan sasaran tersebut pada tahun 2016. Malangnya, peratusan wanita di lembaga pengarah GLC dan GLIC masih jauh ketinggalan dari sasaran peratusan. Pada suku ketiga tahun lepas, cuma 13 peratus sahaja wanita dalam syarikat 100 ke atas Malaysia dan ini amatlah menyedihkan. Kita haraplah kerajaan mengambil satu tindakan yang tegas dan memainkan peranan supaya kita dapatlah melihat lebih ramai wanita-wanita korporat dapat menyumbang kepada ekonomi Malaysia di tahap antarabangsa. Langkah Kerajaan Malaysia ini juga sejajar dengan objektif yang diambil oleh Commonwealth Women Parliamentarian (CWP) untuk 30 peratus wanita yang berada di dalam kelompok teratas pengurusan, to ensure the gender continues to be mainstream across all activities to assist legislature to achieve Commonwealth Heads of Governments' target of having women occupying no less than 30 percent of the decision making positions, dengan izinnya. Saya juga ini mencadangkan dari jumlah 30 peratus tersebut, sekurang-kurangnya lapan peratus dapat dipenuhi oleh wanita dari negeri Sarawak dan diberi peluang diambil sebagai ahli lembaga pengarah GLC, GLIC atau PLC. Sasaran 30 peratus ini juga perlu diaplikasi di dalam Parlimen Malaysia dan juga jumlah Ahli Parlimen wanita juga perlu mencapai 30 peratus dari jumlah keseluruhannya. Buat masa sekarang, peratusan Ahli.
68
80
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 69 Parlimen wanita secara keseluruhannya adalah lebih kurang 10.81 peratus semenjak tahun 2008. Jadi selaras dengan pengumuman penyertaan 30 peratus wanita dalam ahli lembaga pengarah GLC dan GLIC ini, jumlah 10.81 peratus ini boleh dinaikkan kepada 30 peratus untuk PRU ke-14 kelak. Dibandingi juga kepada peratusan Ahli Parlimen wanita di rantau Asia Tenggara, Timor Leste 38.5 peratus, Laos 25 peratus, Vietnam 24.4 peratus, Singapura 24.2 peratus, Filipina 22.9 peratus dan Malaysia cuma 10.1 peratus. Jadi, saya mengalu-alukan dan memohon agar wanita diberi pertimbangan khas pada kali ini. Peruntukan kepada TEKUN pada Bajet 2018. TEKUN telah menerima peruntukan yang agak besar, RM500 juta, yang tertinggi yang pernah diterima. Saya mengucap syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang prihatin kepada perkembangan pengusaha kecil dan sederhana terutamanya, khususnya bumiputera. Saya cuma ingin bertanya, berapa peratuskah daripada dana RM500 juta ini akan diagihkan kepada negeri Sarawak untuk usahawan bumiputera kecil dan sederhana? RM1 bilion untuk baik pulih sekolah di negeri Sarawak, kita syukur-syukur alhamdulillah dan mengalu-alukan. Terima kasih banyak-banyak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak. Negeri Sarawak sungguh terhutang budi dan mengucapkan terima kasih kerana terlampau banyak sekolah- sekolah di luar bandar dan di negeri Sarawak amatlah teruk dan daif dan dibina pada tahun 70-an dan 80-an dan banyak guna bahan binaan kayu. Dalam pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau telah menyatakan menggunakan sistem teknologi hijau untuk menjimatkan kos dan masa menggunakan sistem IBS. Kita juga dapat melihat sistem IBS di luar bandar tidaklah berjalan dengan baik. Banyak isu-isu yang telah berlaku dengan penggunaan sistem IBS di luar bandar kerana banyak kontraktor-kontraktor tidak faham atau tidak menjalankan tugas dengan baik. Kita juga memohon agar sistem sedia ada juga dikekalkan. Terdapat juga beberapa sekolah-sekolah asrama, kuarters guru di kawasan Tanjong Manis telah dinaiktarafkan kepada struktur-struktur konkrit. Namun, banyak lagi sekolah- sekolah asrama kuarters guru dalam keadaan yang sangat daif dan struktur kayu yang sudah reput dan tunggu masa sahaja untuk runtuh. Sekolah-sekolah yang saya hendak sebut di kawasan Tanjong Manis adalah seperti SK Bruit, Tekajong, Penipah, Salah Kecil, Betanak, Penibong, Sebako, Kut, Sai, Mupong, Teluk Kelam, St Andrew di Sare, Jerijeh, Bekakong, Tanjung Bundung di Meradong dan SK Selidap di Meradong. Saya amatlah berharap sekolah-sekolah ini diberi perhatian sebaiknya oleh kerajaan. Saya juga memohon bagi melancarkan pelaksanaan jumlah peruntukan yang sebesar ini, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri Sarawak diberi kelulusan untuk mengendalikan proses keseluruhan pengurusan dana dan untuk memantau ataupun melihat pembaik pulih sekolah-sekolah daif tersebut dengan penglibatan perunding dan kontraktor- kontraktor tempatan agar tidak berlaku pembaziran. Juga, kita berharap pentadbiran oleh Kerajaan Negeri Sarawak dapatlah bertegas dengan kontraktor-kontraktor dan perunding- perunding tempatan tersebut. Pembangunan prasarana internet di negeri Sarawak, syukur alhamdulillah, terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memperuntukkan dana sebanyak RM1 bilion untuk pembangunan infrastruktur komunikasi, RM500 juta untuk Sarawak dan RM500 juta untuk Sabah. Kita harap Tanjong Manis juga mendapat sebahagian daripada dana tersebut. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan pembangunan di luar bandar sebanyak RM500 juta. Saya memohon diberi pertimbangan untuk kawasan Parlimen Tanjong Manis kerana perlu untuk menyambung Pulau Paloh dan Pulau Beruit untuk dibangunkan jambatan supaya mereka dapatlah terus ke Bandar Tanjong Manis. Ini kerana Tanjong Manis telah dinaiktarafkan kepada daerah dan mereka dapat menggunakan khidmat pejabat daerah di Tanjong Manis dan agaklah senang untuk mereka ke Bandar Sibu untuk ke hospital ataupun untuk membeli-belah. ■1720 Tuan Yang di-Pertua, sebahagian daripada bajet ini juga saya memohon agar kementerian yang bertanggungjawab melihat daripada pembangunan luar bandar seperti KKLW, pantaulah setiap tender-tender dengan baik dan pilihlah kontraktor-kontraktor yang
Parlimen wanita secara keseluruhannya adalah lebih kurang 10.81 peratus semenjak tahun 2008. Jadi selaras dengan pengumuman penyertaan 30 peratus wanita dalam ahli lembaga pengarah GLC dan GLIC ini, jumlah 10.81 peratus ini boleh dinaikkan kepada 30 peratus untuk PRU ke-14 kelak. Dibandingi juga kepada peratusan Ahli Parlimen wanita di rantau Asia Tenggara, Timor Leste 38.5 peratus, Laos 25 peratus, Vietnam 24.4 peratus, Singapura 24.2 peratus, Filipina 22.9 peratus dan Malaysia cuma 10.1 peratus. Jadi, saya mengalu-alukan dan memohon agar wanita diberi pertimbangan khas pada kali ini. Peruntukan kepada TEKUN pada Bajet 2018. TEKUN telah menerima peruntukan yang agak besar, RM500 juta, yang tertinggi yang pernah diterima. Saya mengucap syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang prihatin kepada perkembangan pengusaha kecil dan sederhana terutamanya, khususnya bumiputera. Saya cuma ingin bertanya, berapa peratuskah daripada dana RM500 juta ini akan diagihkan kepada negeri Sarawak untuk usahawan bumiputera kecil dan sederhana?. RM1 bilion untuk baik pulih sekolah di negeri Sarawak, kita syukur-syukur alhamdulillah dan mengalu-alukan. Terima kasih banyak-banyak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak. Negeri Sarawak sungguh terhutang budi dan mengucapkan terima kasih kerana terlampau banyak sekolah- sekolah di luar bandar dan di negeri Sarawak amatlah teruk dan daif dan dibina pada tahun 70-an dan 80-an dan banyak guna bahan binaan kayu. Dalam pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau telah menyatakan menggunakan sistem teknologi hijau untuk menjimatkan kos dan masa menggunakan sistem IBS. Kita juga dapat melihat sistem IBS di luar bandar tidaklah berjalan dengan baik. Banyak isu-isu yang telah berlaku dengan penggunaan sistem IBS di luar bandar kerana banyak kontraktor-kontraktor tidak faham atau tidak menjalankan tugas dengan baik. Kita juga memohon agar sistem sedia ada juga dikekalkan. Terdapat juga beberapa sekolah-sekolah asrama, kuarters guru di kawasan Tanjong Manis telah dinaiktarafkan kepada struktur-struktur konkrit. Namun, banyak lagi sekolah- sekolah asrama kuarters guru dalam keadaan yang sangat daif dan struktur kayu yang sudah reput dan tunggu masa sahaja untuk runtuh. Sekolah-sekolah yang saya hendak sebut di kawasan Tanjong Manis adalah seperti SK Bruit, Tekajong, Penipah, Salah Kecil, Betanak, Penibong, Sebako, Kut, Sai, Mupong, Teluk Kelam, St Andrew di Sare, Jerijeh, Bekakong, Tanjung Bundung di Meradong dan SK Selidap di Meradong. Saya amatlah berharap sekolah-sekolah ini diberi perhatian sebaiknya oleh kerajaan. Saya juga memohon bagi melancarkan pelaksanaan jumlah peruntukan yang sebesar ini, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri Sarawak diberi kelulusan untuk mengendalikan proses keseluruhan pengurusan dana dan untuk memantau ataupun melihat pembaik pulih sekolah-sekolah daif tersebut dengan penglibatan perunding dan kontraktor- kontraktor tempatan agar tidak berlaku pembaziran. Juga, kita berharap pentadbiran oleh Kerajaan Negeri Sarawak dapatlah bertegas dengan kontraktor-kontraktor dan perunding- perunding tempatan tersebut. Pembangunan prasarana internet di negeri Sarawak, syukur alhamdulillah, terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memperuntukkan dana sebanyak RM1 bilion untuk pembangunan infrastruktur komunikasi, RM500 juta untuk Sarawak dan RM500 juta untuk Sabah. Kita harap Tanjong Manis juga mendapat sebahagian daripada dana tersebut. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan pembangunan di luar bandar sebanyak RM500 juta. Saya memohon diberi pertimbangan untuk kawasan Parlimen Tanjong Manis kerana perlu untuk menyambung Pulau Paloh dan Pulau Beruit untuk dibangunkan jambatan supaya mereka dapatlah terus ke Bandar Tanjong Manis. Ini kerana Tanjong Manis telah dinaiktarafkan kepada daerah dan mereka dapat menggunakan khidmat pejabat daerah di Tanjong Manis dan agaklah senang untuk mereka ke Bandar Sibu untuk ke hospital ataupun untuk membeli-belah. #1720. Tuan Yang di-Pertua, sebahagian daripada bajet ini juga saya memohon agar kementerian yang bertanggungjawab melihat daripada pembangunan luar bandar seperti KKLW, pantaulah setiap tender-tender dengan baik dan pilihlah kontraktor-kontraktor yang.
69
81
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
70 DR.31.10.2017 berwibawa yang faham keadaan di setiap kawasan terutamanya di Tanjong Manis dan di Pulau Bruit. Di mana paya yang amat teruk, Anderson 3 dan tanah paya amatlah sukar untuk kontraktor-kontraktor membuat kerja, isu daripada air pasang surut, daripada segi ombak pada hujung tahun. Isu-isu ini haruslah diambil kira terutamanya apabila memilih kontraktor- kontraktor. Janganlah ambil harga yang terendah, ambillah kontraktor yang memahami dan pernah menjalankan kerja dengan baik di kawasan Parlimen Tanjong Manis. Saya hendak mengucapkan terima kasih juga jumlah yang paling terbesar telah diberikan kepada golongan peladang, penternak dan nelayan sebanyak RM6.5 bilion yang telah dibajetkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih banyak-banyak. Saya sebagai Ahli Parlimen Tanjong Manis amatlah mengalu-alukan supaya projek bantuan baik pulih rumah para nelayan yang amat daif di kawasan Parlimen Tanjong Manis dapat diberikan perhatian khas. Juga kita mengalu-alukan peruntukan ukur tanah adat sebanyak RM30 juta untuk Sarawak dan RM20 juta untuk Sabah dan banyak lagi kawasan Parlimen Tanjong Manis masih lagi perlu dibuat parameter survey dengan secara terperinci. Pembangunan industri halal. Ini adalah satu daripada topik yang amat terdekat kepada hati saya kerana di kawasan Parlimen Tanjong Manis, kita mempunyai Hab Halal Tanjong Manis. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak telah berkali-kali membawa isu ini dan telah mengumumkan Hab Halal Tanjong Manis dengan 77,000 hektar tanah yang telah digazet oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Syukur alhamdulillah dan terima kasih, saya mengucapkan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang telah berjaya menubuhkan Majlis Halal Malaysia di mana dianggotai oleh 11 orang Menteri di dalam Majlis Halal Malaysia. Biarlah dengan adanya Majlis Halal Malaysia ini dibangunkan dan diambil alih fungsi pusat serenti, one-stop center untuk memudahkan pelabur-pelabur halal dari dalam negeri dan luar negara untuk datang ke Malaysia dengan mendapatkan perkhidmatan daripada satu pusat sahaja, Majlis Halal Malaysia. Biarlah kita dengan cara yang lebih holistik seperti di negara Singapura mungkin dalam masa 90 hari atau 100 hari, isu-isu yang dibawa oleh pelabur-pelabur dapat diselesaikan di dalam Majlis Halal Malaysia. Ini kerana agaklah sukar untuk pelabur-pelabur pergi kepada 10 atau 12 kementerian atau agensi-agensi kerajaan untuk berlari terkejar-kejar ke sana, ke sini dan dengan itu kita banyaklah rugi pelabur-pelabur lari daripada industri halal ini. Saya juga menyokong dana sebanyak RM120 juta yang diperuntukkan untuk 1,000 usahawan Food Truck Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia. Buat masa ini di negeri Sarawak terdapat beberapa pusat atau kawasan yang dijadikan pusat perniagaan bagi food truck ini. Dengan adanya peruntukan tersebut, saya berharap akan lebih banyak pusat food truck akan dibukakan di negeri Sarawak untuk membantu usahawan-usahawan kecil. Jadi dengan ini syukur alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan dengan ini saya menyokong Bajet 2018. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam. Yang Berhormat Kuala Nerus. 5.25 ptg. Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Membaca sepotong doa] Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Allah SWT berfirman... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Antara maksudnya, sesungguhnya Allah SWT mengarahkan kamu untuk menunaikan amanah kepada orang- orang yang berhak dan juga dia mengarahkan kamu bila mana kamu memerintah di kalangan manusia hendaklah kamu memerintah dengan penuh keadilan. Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik nikmat, Dia memberi nasihat kepada kamu dengan-Nya dan sesungguhnya Allah SWT itu adalah Dia maha mendengar, lagi maha melihat. Bajet terbaik yang dibentangkan oleh kerajaan merupakan amanah kepada kerajaan oleh mana-mana kerajaan. Dengan maksud sekiranya sebuah kerajaan gagal menyediakan bajet atau belanjawan terbaik bagi rakyatnya itu adalah suatu pengkhianatan.
berwibawa yang faham keadaan di setiap kawasan terutamanya di Tanjong Manis dan di Pulau Bruit. Di mana paya yang amat teruk, Anderson 3 dan tanah paya amatlah sukar untuk kontraktor-kontraktor membuat kerja, isu daripada air pasang surut, daripada segi ombak pada hujung tahun. Isu-isu ini haruslah diambil kira terutamanya apabila memilih kontraktor- kontraktor. Janganlah ambil harga yang terendah, ambillah kontraktor yang memahami dan pernah menjalankan kerja dengan baik di kawasan Parlimen Tanjong Manis. Saya hendak mengucapkan terima kasih juga jumlah yang paling terbesar telah diberikan kepada golongan peladang, penternak dan nelayan sebanyak RM6.5 bilion yang telah dibajetkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih banyak-banyak. Saya sebagai Ahli Parlimen Tanjong Manis amatlah mengalu-alukan supaya projek bantuan baik pulih rumah para nelayan yang amat daif di kawasan Parlimen Tanjong Manis dapat diberikan perhatian khas. Juga kita mengalu-alukan peruntukan ukur tanah adat sebanyak RM30 juta untuk Sarawak dan RM20 juta untuk Sabah dan banyak lagi kawasan Parlimen Tanjong Manis masih lagi perlu dibuat parameter survey dengan secara terperinci. Pembangunan industri halal. Ini adalah satu daripada topik yang amat terdekat kepada hati saya kerana di kawasan Parlimen Tanjong Manis, kita mempunyai Hab Halal Tanjong Manis. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak telah berkali-kali membawa isu ini dan telah mengumumkan Hab Halal Tanjong Manis dengan 77,000 hektar tanah yang telah digazet oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Syukur alhamdulillah dan terima kasih, saya mengucapkan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang telah berjaya menubuhkan Majlis Halal Malaysia di mana dianggotai oleh 11 orang Menteri di dalam Majlis Halal Malaysia. Biarlah dengan adanya Majlis Halal Malaysia ini dibangunkan dan diambil alih fungsi pusat serenti, one-stop center untuk memudahkan pelabur-pelabur halal dari dalam negeri dan luar negara untuk datang ke Malaysia dengan mendapatkan perkhidmatan daripada satu pusat sahaja, Majlis Halal Malaysia. Biarlah kita dengan cara yang lebih holistik seperti di negara Singapura mungkin dalam masa 90 hari atau 100 hari, isu-isu yang dibawa oleh pelabur-pelabur dapat diselesaikan di dalam Majlis Halal Malaysia. Ini kerana agaklah sukar untuk pelabur-pelabur pergi kepada 10 atau 12 kementerian atau agensi-agensi kerajaan untuk berlari terkejar-kejar ke sana, ke sini dan dengan itu kita banyaklah rugi pelabur-pelabur lari daripada industri halal ini. Saya juga menyokong dana sebanyak RM120 juta yang diperuntukkan untuk 1,000 usahawan Food Truck Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia. Buat masa ini di negeri Sarawak terdapat beberapa pusat atau kawasan yang dijadikan pusat perniagaan bagi food truck ini. Dengan adanya peruntukan tersebut, saya berharap akan lebih banyak pusat food truck akan dibukakan di negeri Sarawak untuk membantu usahawan-usahawan kecil. Jadi dengan ini syukur alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan dengan ini saya menyokong Bajet 2018. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam. Yang Berhormat Kuala Nerus. 5.25 ptg. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Membaca sepotong doa] Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Allah SWT berfirman... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Antara maksudnya, sesungguhnya Allah SWT mengarahkan kamu untuk menunaikan amanah kepada orang- orang yang berhak dan juga dia mengarahkan kamu bila mana kamu memerintah di kalangan manusia hendaklah kamu memerintah dengan penuh keadilan. Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik nikmat, Dia memberi nasihat kepada kamu dengan-Nya dan sesungguhnya Allah SWT itu adalah Dia maha mendengar, lagi maha melihat. Bajet terbaik yang dibentangkan oleh kerajaan merupakan amanah kepada kerajaan oleh mana-mana kerajaan. Dengan maksud sekiranya sebuah kerajaan gagal menyediakan bajet atau belanjawan terbaik bagi rakyatnya itu adalah suatu pengkhianatan.
70
82
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 71 Maka tidak peliklah mana-mana kerajaan di dunia pada hari in tentulah mengusahakan untuk membentangkan bajet yang terbaik di mana-mana ruang yang mereka ada. Cuma apa yang perlu kita bincang di sini ialah seperti mana dakwaan oleh Yang Amat Berhormat Pekan bahawa bajet kali ini adalah ibu bagi segala bajet. Ya, mungkin ibu bagi segala bajet bagi Barisan Nasional tetapi bagi kami belum lagi menjadi ibu bagi segala bajet bagi seluruh rakyat Malaysia kita sendiri. Ini kerana di sana kita melihat masih ada lagi ruang-ruang yang boleh kita kemas kini dan kita perkasa kan lagi, ada ruang-ruang yang belum kita berikan bajet kepada mereka seumpama sekolah agama rakyat. Di kala mana kerajaan berhasrat untuk meningkatkan antaranya dalam perkara melibatkan sumber manusia maka tentulah tidak boleh kita abaikan sekolah agama rakyat sebagai salah satu daripada institusi pendidikan yang menyumbang besar kepada pembinaan jiwa manusia. Akan tetapi sangat malang dalam bajet yang dibentangkan pada Jumaat yang lalu, saya tidak melihat ia diberikan peruntukan sewajarnya untuk sekolah agama rakyat. Demikian juga di kala mana kita memberikan peruntukan, dinaikkan bajet bulanan kepada orang tua, warga emas dan juga kepada OKU tetapi kita mungkin terlupa kepada ibu- ibu tunggal yang terpaksa bekerja, menjaga anak-anak mereka dalam masa yang sama, dan juga kita melihat tidak ada sebarang pelan untuk kerajaan menangani isu yang berkaitan kejatuhan mata wang. Ertinya bagi saya ia belum lagi menjadi ibu bagi segala bajet, bagi rakyat Malaysia. Akan tetapi apa yang lebih penting untuk kita perhatikan ialah persoalan pelaksanaan. Kita boleh bentangkan bajet yang dipanggil ‘wow’ dan sebagainya tetapi kita perlu bincang tentang pelaksanaannya. Saya tertarik apabila Yang Amat Berhormat Pekan membacakan satu ayat walaupun dibacakan dalam terjemahan bahasa Melayu, saya bacakan dalam bahasa Arab dan bahasa al-Quran... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, sekiranya penduduk kampung itu beriman dan bertakwa pasti kami akan buka untuk mereka keberkatan- keberkatan rezeki dari langit dan juga bumi tetapi sayangnya, malangnya mereka tidak percaya lalu kami hukum mereka disebabkan apa yang sedang mereka peroleh. Ayat ini sebenarnya mengajar kepada kita tentang ketelusan dalam pelaksanaan. Kita boleh bentang bajet yang terbaik tetapi dari sudut pelaksanaannya memerlukan insan- insan yang tidak hanya beriman kepada Allah SWT tetapi perlu ada sifat takwa. Takwa itulah yang digariskan oleh para alim ulama. Antaranya kata Ali r.a, takwa itu ada tiga syarat. ■1730 Pertama, al-khaufuu minnal jalil iaitu takut kepada Allah SWT yang sangat hebat; kedua, wal’aamal bil’tanziil iaitu kita beramal menurut apa yang diturunkan oleh Allah SWT; dan ketiga, walíqtisdat liyaumill rahiim iaitu bersedia untuk menghadapi hari kematian. Apa yang kita perhatikan menerusi Laporan Audit Negara banyak pihak membuat kajian bahawa di sana ada ketirisan. Tadi pun kita dengar satu ucapan daripada Yang Berhormat Kelana Jaya menyebut tentang ketirisan mungkin berlaku sekitar RM22 bilion, ada kajian-kajian dibuat ketirisan sekitar RM23 bilion hingga RM40 bilion. Ertinya ketirisan berlaku dan kita hendak kerajaan cuba pantau menerusi pelbagai jawatankuasa yang ada dan juga menerusi penguat kuasa yang ada menerusi SPRM dan sebagainya tetapi ketirisan terus berlaku kerana siapakah orang yang menguruskan bajet ini. Siapakah orang yang melaksanakan bajet untuk turun sampai kepada rakyat? Ini kerana kita bimbang seperti satu tuduhan yang sedang dibuat sekarang bahawa ada bajet yang diturunkan kepada satu kementerian diagihkan kepada 14 buah syarikat yang mana setiap syarikat menaikkan harga kos melebih harga pasaran hingga 25 percent, ini sebagai contoh yang mungkin berlaku kepada mana-mana kementerian sekiranya ia gagal diuruskan oleh orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Oleh sebab itulah yang paling penting bagi kerajaan kita ambil yang terakhir disebut oleh Yang Amat Berhormat Pekan dalam ucapan bajet bagaimana usaha kerajaan untuk bukan hanya sekadar kecemerlangan di dunia tetapi juga kecemerlangan di hari akhirat. Maka yang paling penting untuk kerajaan perhatikan ialah membina masyarakat bukannya masyarakat, rakyat dan juga pemimpin serta pegawai kerajaan yang ada takwa dan takut kepada Allah SWT.
Maka tidak peliklah mana-mana kerajaan di dunia pada hari in tentulah mengusahakan untuk membentangkan bajet yang terbaik di mana-mana ruang yang mereka ada. Cuma apa yang perlu kita bincang di sini ialah seperti mana dakwaan oleh Yang Amat Berhormat Pekan bahawa bajet kali ini adalah ibu bagi segala bajet. Ya, mungkin ibu bagi segala bajet bagi Barisan Nasional tetapi bagi kami belum lagi menjadi ibu bagi segala bajet bagi seluruh rakyat Malaysia kita sendiri. Ini kerana di sana kita melihat masih ada lagi ruang-ruang yang boleh kita kemas kini dan kita perkasa kan lagi, ada ruang-ruang yang belum kita berikan bajet kepada mereka seumpama sekolah agama rakyat. Di kala mana kerajaan berhasrat untuk meningkatkan antaranya dalam perkara melibatkan sumber manusia maka tentulah tidak boleh kita abaikan sekolah agama rakyat sebagai salah satu daripada institusi pendidikan yang menyumbang besar kepada pembinaan jiwa manusia. Akan tetapi sangat malang dalam bajet yang dibentangkan pada Jumaat yang lalu, saya tidak melihat ia diberikan peruntukan sewajarnya untuk sekolah agama rakyat. Demikian juga di kala mana kita memberikan peruntukan, dinaikkan bajet bulanan kepada orang tua, warga emas dan juga kepada OKU tetapi kita mungkin terlupa kepada ibu- ibu tunggal yang terpaksa bekerja, menjaga anak-anak mereka dalam masa yang sama, dan juga kita melihat tidak ada sebarang pelan untuk kerajaan menangani isu yang berkaitan kejatuhan mata wang. Ertinya bagi saya ia belum lagi menjadi ibu bagi segala bajet, bagi rakyat Malaysia. Akan tetapi apa yang lebih penting untuk kita perhatikan ialah persoalan pelaksanaan. Kita boleh bentangkan bajet yang dipanggil 'wow' dan sebagainya tetapi kita perlu bincang tentang pelaksanaannya. Saya tertarik apabila Yang Amat Berhormat Pekan membacakan satu ayat walaupun dibacakan dalam terjemahan bahasa Melayu, saya bacakan dalam bahasa Arab dan bahasa al-Quran... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, sekiranya penduduk kampung itu beriman dan bertakwa pasti kami akan buka untuk mereka keberkatan- keberkatan rezeki dari langit dan juga bumi tetapi sayangnya, malangnya mereka tidak percaya lalu kami hukum mereka disebabkan apa yang sedang mereka peroleh. Ayat ini sebenarnya mengajar kepada kita tentang ketelusan dalam pelaksanaan. Kita boleh bentang bajet yang terbaik tetapi dari sudut pelaksanaannya memerlukan insan- insan yang tidak hanya beriman kepada Allah SWT tetapi perlu ada sifat takwa. Takwa itulah yang digariskan oleh para alim ulama. Antaranya kata Ali r.a, takwa itu ada tiga syarat. #1730. Pertama, al-khaufuu minnal jalil iaitu takut kepada Allah SWT yang sangat hebat; kedua, wal'aamal bil'tanziil iaitu kita beramal menurut apa yang diturunkan oleh Allah SWT; dan ketiga, waliqtisdat liyaumill rahiim iaitu bersedia untuk menghadapi hari kematian. Apa yang kita perhatikan menerusi Laporan Audit Negara banyak pihak membuat kajian bahawa di sana ada ketirisan. Tadi pun kita dengar satu ucapan daripada Yang Berhormat Kelana Jaya menyebut tentang ketirisan mungkin berlaku sekitar RM22 bilion, ada kajian-kajian dibuat ketirisan sekitar RM23 bilion hingga RM40 bilion. Ertinya ketirisan berlaku dan kita hendak kerajaan cuba pantau menerusi pelbagai jawatankuasa yang ada dan juga menerusi penguat kuasa yang ada menerusi SPRM dan sebagainya tetapi ketirisan terus berlaku kerana siapakah orang yang menguruskan bajet ini. Siapakah orang yang melaksanakan bajet untuk turun sampai kepada rakyat? Ini kerana kita bimbang seperti satu tuduhan yang sedang dibuat sekarang bahawa ada bajet yang diturunkan kepada satu kementerian diagihkan kepada 14 buah syarikat yang mana setiap syarikat menaikkan harga kos melebih harga pasaran hingga 25 percent, ini sebagai contoh yang mungkin berlaku kepada mana-mana kementerian sekiranya ia gagal diuruskan oleh orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Oleh sebab itulah yang paling penting bagi kerajaan kita ambil yang terakhir disebut oleh Yang Amat Berhormat Pekan dalam ucapan bajet bagaimana usaha kerajaan untuk bukan hanya sekadar kecemerlangan di dunia tetapi juga kecemerlangan di hari akhirat. Maka yang paling penting untuk kerajaan perhatikan ialah membina masyarakat bukannya masyarakat, rakyat dan juga pemimpin serta pegawai kerajaan yang ada takwa dan takut kepada Allah SWT.
71
83
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
72 DR.31.10.2017 Oleh sebab itulah saya ingin mencadangkan bahawa penting untuk kerajaan untuk mewujudkan satu yang dipanggil, “hisbah rakyat”. Hisbah ini satu konsep pemantauan kepada segala bentuk pelaksanaan bajet bagi rakyat. Ya, kerajaan telah ada Laporan Audit Negara, kerajaan ada PAC menerusi Parlimen dan kita ada badan seperti SPRM dan sebagainya tetapi tidak cukup bagi saya. Di sana perlu ada satu badan ditubuhkan melibatkan rakyat. Sekiranya bajet itu melibatkan mereka maka mereka mesti dilibatkan dalam pemantauan bajet ini supaya ia benar-benar turun pada sasaran. Sebagai contoh saya ambil, bila kerajaan mengisytiharkan bahawa RM50 juta diperuntukkan untuk pendawaian sekolah tahfiz, disalurkan menerusi GiatMara. Bila disalurkan kepada GiatMara sejauh manakah yang disalurkan itu betul-betul sampai kepada sekolah tahfiz. Kalau bajet umpamanya mungkin sekitar RM10 ribu bagi sebuah sekolah mungkin di-markup harganya menjadi RM12 ribu dan sebagainya, maka perlulah ada satu badan yang mana anggota-anggota pertubuhan atau persatuan yang terlibat dengan tahfiz ini dilibatkan sama untuk memantau turunnya bajet itu biar telus. Oleh kerana dalam masa yang sama kita lihat MARA juga ada dikaitkan dengan isu ketirisan seperti isu yang berlaku di Australia. Maka tidak mahu perkara seumpama ini diulang lagi maka sangat penting untuk hisbah rakyat ditubuhkan oleh kerajaan. Dalam keadaan Islam kita ada empat bentuk hisbah. Ada bentuk ‘raqabah zatiyyah’, maknanya seseorang itu dia menjadi pegawai kerajaan, dia menjadi pemimpin, dia ada satu perasaan dirinya takut kepada Allah untuk bertindak yang paling baik untuk akhiratnya; kedua, ada ‘raqabah ilahiyah’, makna dia sedar bahawa Allah SWT memantau segala kerja buat dia; ketiga ‘raqabah isytimaiyyah’, iaitu pemantauan masyarakat; dan keempat ‘raqabah hukumiyah’ iaitu pemantauan oleh kerajaan. Ketiga yang belum dilaksanakan sebetul- betulnya kerana itulah saya mencadangkan untuk kerajaan menggerakkan hisbah rakyat ini untuk menggambarkan ketelusan dalam pengurusan bajet turun kepada rakyat. Itu yang pertama. Kedua, saya rasa perkara yang penting untuk kita perhatikan dalam bajet ini ialah isu defisit dan juga hutang. Walaupun setiap kali pembentangan bajet dibuat dan kita bercakap di Parlimen, kerajaan tentunya memberikan jawapan yang sama. Jawapan tentang kenapa defisit, kenapa hutang. Kalau bab hutang kerajaan akan kata, “Biasalah kita berhutang, yang penting hutang kita itu belum melebihi kadar yang ditentukan iaitu belum melepasi 55 percent KDNK”. Itu jawapan standard yang saya dengar daripada awal saya menjadi Ahli Parlimen 2013 sampai sekarang pun saya jangka jawapan yang sama juga akan diberikan dalam penggulungan nanti, insya-Allah. Akan tetapi sebagai wakil rakyat kita kena bercakap. Kita perlu menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tanpa gagal selama 21 tahun berturut-turut dari pembentangan bajet untuk tahun 1998 hingga terakhir sekarang tahun 2018 membentangkan bajet defisit. Ya, kita tidak menyatakan salah untuk defisit pada sesetengah keadaan tetapi dalam kita ambil kaedah surah Yusuf sebagai contoh yang mana Allah SWT mengajar kepada kita tujuh tahun yang segar, yang ekonominya baik, tujuh tahun yang ekonomi kemarau, ya mungkin berlaku defisit. Akan tetapi kalau 21 tahun yang berlaku kalau awal tahun 1998, 1999 kerajaan menghadapi krisis ekonomi tetapi kemudian kerajaan berhadapan dengan ekonomi yang baik selepas pada itu dan sekarang baru pula menghadapi krisis ekonomi tetapi kerajaan masih gagal di kala mana ekonominya baik masih lagi membentangkan bajet defisit dan yang menyebabkan akhirnya berlakunya tunggakan hutang. Hutang menurut laporan ekonomi yang dibekalkan kepada kita menunjukkan bahawa pada Jun 2017, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan ialah RM685 bilion. Hutang tidak pernah turun tetapi hutang sentiasa naik. Kalau kita kata kita bayar hutang, sepatut bila kita bayar hutang, hutang makin berkurang. Macam mana kita bayar hutang tetapi hutang semakin bertambah. Ini isu yang perlu kita sebut bagi rakyat tahu perkara ini. Apa yang paling saya bimbang bilamana kerajaan berhutang bagaimana kerajaan berhutang. Mungkin bagi setengah orang dia pandang biasa hutang ini. Akan tetapi kalau kita lihat sebagai contoh hutang Kerajaan Persekutuan RM685 bilion ini, dengan RM662.36 bilion adalah hutang dalam negeri yang mana 53 percent-nya menggunakan sekuriti Kerajaan Malaysia dan 38.2 percent adalah terbitan pelaburan Kerajaan Malaysia. Saudara-saudara, Ahli-ahli Parlimen Yang Berhormat sekalian, Sekuriti Kerajaan Malaysia adalah sistem hutang berdasarkan riba. Berbeza dengan terbitan pelaburan Kerajaan Malaysia. Di kala kita bercakap tentang barakah kita bacakan ayat... [Membaca
Oleh sebab itulah saya ingin mencadangkan bahawa penting untuk kerajaan untuk. mewujudkan satu yang dipanggil, "hisbah rakyat". Hisbah ini satu konsep pemantauan kepada segala bentuk pelaksanaan bajet bagi rakyat. Ya, kerajaan telah ada Laporan Audit Negara, kerajaan ada PAC menerusi Parlimen dan kita ada badan seperti SPRM dan sebagainya tetapi tidak cukup bagi saya. Di sana perlu ada satu badan ditubuhkan melibatkan rakyat. Sekiranya bajet itu melibatkan mereka maka mereka mesti dilibatkan dalam pemantauan bajet ini supaya ia benar-benar turun pada sasaran. Sebagai contoh saya ambil, bila kerajaan mengisytiharkan bahawa RM50 juta diperuntukkan untuk pendawaian sekolah tahfiz, disalurkan menerusi GiatMara. Bila disalurkan kepada GiatMara sejauh manakah yang disalurkan itu betul-betul sampai kepada sekolah tahfiz. Kalau bajet umpamanya mungkin sekitar RM10 ribu bagi sebuah sekolah mungkin di-markup harganya menjadi RM12 ribu dan sebagainya, maka perlulah ada satu badan yang mana anggota-anggota pertubuhan atau persatuan yang terlibat dengan tahfiz ini dilibatkan sama untuk memantau turunnya bajet itu biar telus. Oleh kerana dalam masa yang sama kita lihat MARA juga ada dikaitkan dengan isu ketirisan seperti isu yang berlaku di Australia. Maka tidak mahu perkara seumpama ini diulang lagi maka sangat penting untuk hisbah rakyat ditubuhkan oleh kerajaan. Dalam keadaan Islam kita ada empat bentuk hisbah. Ada bentuk 'raqabah zatiyyah', maknanya seseorang itu dia menjadi pegawai kerajaan, dia menjadi pemimpin, dia ada satu perasaan dirinya takut kepada Allah untuk bertindak yang paling baik untuk akhiratnya; kedua, ada 'raqabah ilahiyah', makna dia sedar bahawa Allah SWT memantau segala kerja buat dia; ketiga 'raqabah isytimaiyyah', iaitu pemantauan masyarakat; dan keempat 'raqabah hukumiyah' iaitu pemantauan oleh kerajaan. Ketiga yang belum dilaksanakan sebetul- betulnya kerana itulah saya mencadangkan untuk kerajaan menggerakkan hisbah rakyat ini untuk menggambarkan ketelusan dalam pengurusan bajet turun kepada rakyat. Itu yang pertama. Kedua, saya rasa perkara yang penting untuk kita perhatikan dalam bajet ini ialah isu defisit dan juga hutang. Walaupun setiap kali pembentangan bajet dibuat dan kita bercakap di Parlimen, kerajaan tentunya memberikan jawapan yang sama. Jawapan tentang kenapa defisit, kenapa hutang. Kalau bab hutang kerajaan akan kata, "Biasalah kita berhutang, yang penting hutang kita itu belum melebihi kadar yang ditentukan iaitu belum melepasi 55 percent KDNK". Itu jawapan standard yang saya dengar daripada awal saya menjadi Ahli Parlimen 2013 sampai sekarang pun saya jangka jawapan yang sama juga akan diberikan dalam penggulungan nanti, insya-Allah. Akan tetapi sebagai wakil rakyat kita kena bercakap. Kita perlu menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tanpa gagal selama 21 tahun berturut-turut dari pembentangan bajet untuk tahun 1998 hingga terakhir sekarang tahun 2018 membentangkan bajet defisit. Ya, kita tidak menyatakan salah untuk defisit pada sesetengah keadaan tetapi dalam kita ambil kaedah surah Yusuf sebagai contoh yang mana Allah SWT mengajar kepada kita tujuh tahun yang segar, yang ekonominya baik, tujuh tahun yang ekonomi kemarau, ya mungkin berlaku defisit. Akan tetapi kalau 21 tahun yang berlaku kalau awal tahun 1998, 1999 kerajaan menghadapi krisis ekonomi tetapi kemudian kerajaan berhadapan dengan ekonomi yang baik selepas pada itu dan sekarang baru pula menghadapi krisis ekonomi tetapi kerajaan masih gagal di kala mana ekonominya baik masih lagi membentangkan bajet defisit dan yang menyebabkan akhirnya berlakunya tunggakan hutang. Hutang menurut laporan ekonomi yang dibekalkan kepada kita menunjukkan bahawa pada Jun 2017, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan ialah RM685 bilion. Hutang tidak pernah turun tetapi hutang sentiasa naik. Kalau kita kata kita bayar hutang, sepatut bila kita bayar hutang, hutang makin berkurang. Macam mana kita bayar hutang tetapi hutang semakin bertambah. Ini isu yang perlu kita sebut bagi rakyat tahu perkara ini. Apa yang paling saya bimbang bilamana kerajaan berhutang bagaimana kerajaan berhutang. Mungkin bagi setengah orang dia pandang biasa hutang ini. Akan tetapi kalau kita lihat sebagai contoh hutang Kerajaan Persekutuan RM685 bilion ini, dengan RM662.36 bilion adalah hutang dalam negeri yang mana 53 percent-nya menggunakan sekuriti Kerajaan Malaysia dan 38.2 percent adalah terbitan pelaburan Kerajaan Malaysia. Saudara-saudara, Ahli-ahli Parlimen Yang Berhormat sekalian, Sekuriti Kerajaan Malaysia adalah sistem hutang berdasarkan riba. Berbeza dengan terbitan pelaburan Kerajaan Malaysia. Di kala kita bercakap tentang barakah kita bacakan ayat... [Membaca.
72
84
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 73 sepotong ayat Al-Quran] Antara maksudnya, tidak mungkin barakah itu datang sekiranya kerajaan masih lagi terlibat dengan riba. Ya, saya menghargai usaha kerajaan untuk meninggikan kadar pinjaman atau kadar pelaburan menggunakan sukuk atau terbitan pelaburan Kerajaan Malaysia, sebagai contoh untuk tahun 2017 pinjaman atau terbitan pelaburan Kerajaan Malaysia sudah meningkat kepada 49.5 persen berbanding Sekuriti Kerajaan Malaysia 5 persen, itu tahun 2017. Akan tetapi saya menyatakan bahawa penglibatan kerajaan dengan riba ini, inilah punca kerosakan bagi ekonomi. Kita boleh baca data yang sangat banyak dikemukakan oleh pelbagai pakar ekonomi termasuk satu ucapan menarik oleh Tan Sri Dr. Zeti, bekas Gabenor Bank Negara yang menjelaskan tentang bagaimana dengan sebab unsur riba ini penglibatan negara- negara dengan riba ini telah berlaku puluhan krisis kewangan dunia dalam tempoh 30 tahun. Tempoh 30 tahun menunjukkan bahawa riba merosakkan ekonomi negara maka jika kerajaan tidak ada komitmen untuk membebaskan diri dari riba ini maka keberkatan tidak akan datang. Kalau kita lihat juga disebabkan untuk itulah kerajaan terpaksa membayar faedah untuk tahun 2017, faedah untuk Sekuriti Kerajaan Malaysia sahaja RM15.2 bilion, RM15.2 bilion ini bukan jumlah yang kecil. Keuntungan yang dibayar kepada terbitan pelaburan kerajaan ialah RM10.1 bilion. Ini tahun 2017 jangkaan untuk tahun 2018 ialah RM16 bilion. Bagi kami seorang Muslim, kita baik bacakan ayat... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud bahawa, jika kamu tidak laksanakan perintah Allah yang mengharamkan kamu terlibat dengan riba... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maka isytiharkanlah perang dari Allah dan juga Rasul-Nya. Seterusnya saya mahu pergi kepada isu pendapatan kerajaan... Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Minta laluan, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Sila. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat tentang hutang Kerajaan Malaysia dalam tempoh sembilan tahun, 140 peratus kenaikan hutang daripada RM245.1 bilion kepada RM685.1 bilion pada tahun 2017. Apa pandangan Yang Berhormat apabila projek mega seperti pembinaan infrastruktur yang terbaru, projek ERCL contohnya dengan keadaan berhutang dengan negara asing dan bebannya akan terus di beban kepada rakyat untuk generasi akan datang. Apa pandangan Yang Berhormat? ■1740 Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: ECRL juga berhutang dengan China menggunakan kaedah riba dan jumlahnya sangat besar, bukan kecil. RM55 bilion yang akan menjadikan anak cucu kita akan menanggung akibatnya pada masa akan datang. Ya, kita gembira. Saya orang Terengganu, saya gembira ada projek ini tetapi kaedah pembiayaannya tidak menggembirakan saya. Saya mahu tengok pada pendapatan kerajaan. Pendapatan kerajaan yang diandaikan unjurannya untuk 2018 ialah RM239.9 bilion, menunjukkan kepada kita bahawa kerajaan masih bergantung pada cukai dan bila kerajaan perkenalkan GST, kerajaan bergerak ke arah membesarkan lagi saiz cukai. Bukan cukai pendapatan tetapi cukai kepenggunaan. Walaupun setengah Ahli rasa seronok kita besarkan cukai kepenggunaan tetapi cukai kepenggunaan ialah cukai yang merosakkan ekonomi rakyat. Islam membenarkan cukai tetapi cukai yang dibenarkan oleh Islam ialah cukai berdasarkan pendapatan kerana cukai berdasarkan pendapatan adalah cukai yang melihat kepada kemampuan manusia. Mereka yang tak mampu, tak dikenakan cukai tetapi cukai kepenggunaan seperti GST mengenakan cukai kepada semua orang tak kira kaya atau miskin. Ya, akan ada yang menjawab dia kata orang miskin belanja sikit, cukai sikit. Orang kaya belanja banyak, cukai banyak. Walaupun sikit, cukai tetap diambil daripada orang miskin. Oleh kerana itu saya mencadangkan bahawa kalau kita boleh berikan rebat, tuntutan semula oleh para pelancong yang datang ke Malaysia, mereka beli barang, mereka bayar
sepotong ayat Al-Quran] Antara maksudnya, tidak mungkin barakah itu datang sekiranya kerajaan masih lagi terlibat dengan riba. Ya, saya menghargai usaha kerajaan untuk meninggikan kadar pinjaman atau kadar pelaburan menggunakan sukuk atau terbitan pelaburan Kerajaan Malaysia, sebagai contoh untuk tahun 2017 pinjaman atau terbitan pelaburan Kerajaan Malaysia sudah meningkat kepada 49.5 persen berbanding Sekuriti Kerajaan Malaysia 5 persen, itu tahun 2017. Akan tetapi saya menyatakan bahawa penglibatan kerajaan dengan riba ini, inilah punca kerosakan bagi ekonomi. Kita boleh baca data yang sangat banyak dikemukakan oleh pelbagai pakar ekonomi termasuk satu ucapan menarik oleh Tan Sri Dr. Zeti, bekas Gabenor Bank Negara yang menjelaskan tentang bagaimana dengan sebab unsur riba ini penglibatan negara- negara dengan riba ini telah berlaku puluhan krisis kewangan dunia dalam tempoh 30 tahun. Tempoh 30 tahun menunjukkan bahawa riba merosakkan ekonomi negara maka jika kerajaan tidak ada komitmen untuk membebaskan diri dari riba ini maka keberkatan tidak akan datang. Kalau kita lihat juga disebabkan untuk itulah kerajaan terpaksa membayar faedah untuk tahun 2017, faedah untuk Sekuriti Kerajaan Malaysia sahaja RM15.2 bilion, RM15.2 bilion ini bukan jumlah yang kecil. Keuntungan yang dibayar kepada terbitan pelaburan kerajaan ialah RM10.1 bilion. Ini tahun 2017 jangkaan untuk tahun 2018 ialah RM16 bilion. Bagi kami seorang Muslim, kita baik bacakan ayat... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud bahawa, jika kamu tidak laksanakan perintah Allah yang mengharamkan kamu terlibat dengan riba... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maka isytiharkanlah perang dari Allah dan juga Rasul-Nya. Seterusnya saya mahu pergi kepada isu pendapatan kerajaan... Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Minta laluan, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Sila. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat tentang hutang Kerajaan Malaysia dalam tempoh sembilan tahun, 140 peratus kenaikan hutang daripada RM245.1 bilion kepada RM685.1 bilion pada tahun 2017. Apa pandangan Yang Berhormat apabila projek mega seperti pembinaan infrastruktur yang terbaru, projek ERCL contohnya dengan keadaan berhutang dengan negara asing dan bebannya akan terus di beban kepada rakyat untuk generasi akan datang. Apa pandangan Yang Berhormat?. #1740. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: ECRL juga berhutang dengan China menggunakan kaedah riba dan jumlahnya sangat besar, bukan kecil. RM55 bilion yang akan menjadikan anak cucu kita akan menanggung akibatnya pada masa akan datang. Ya, kita gembira. Saya orang Terengganu, saya gembira ada projek ini tetapi kaedah pembiayaannya tidak menggembirakan saya. Saya mahu tengok pada pendapatan kerajaan. Pendapatan kerajaan yang diandaikan unjurannya untuk 2018 ialah RM239.9 bilion, menunjukkan kepada kita bahawa kerajaan masih bergantung pada cukai dan bila kerajaan perkenalkan GST, kerajaan bergerak ke arah membesarkan lagi saiz cukai. Bukan cukai pendapatan tetapi cukai kepenggunaan. Walaupun setengah Ahli rasa seronok kita besarkan cukai kepenggunaan tetapi cukai kepenggunaan ialah cukai yang merosakkan ekonomi rakyat. Islam membenarkan cukai tetapi cukai yang dibenarkan oleh Islam ialah cukai berdasarkan pendapatan kerana cukai berdasarkan pendapatan adalah cukai yang melihat kepada kemampuan manusia. Mereka yang tak mampu, tak dikenakan cukai tetapi cukai kepenggunaan seperti GST mengenakan cukai kepada semua orang tak kira kaya atau miskin. Ya, akan ada yang menjawab dia kata orang miskin belanja sikit, cukai sikit. Orang kaya belanja banyak, cukai banyak. Walaupun sikit, cukai tetap diambil daripada orang miskin. Oleh kerana itu saya mencadangkan bahawa kalau kita boleh berikan rebat, tuntutan semula oleh para pelancong yang datang ke Malaysia, mereka beli barang, mereka bayar.
73
85
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
74 DR.31.10.2017 GST. Mereka balik, di airport mereka boleh dapat tuntutan semula. Kenapa tak boleh kita buat tuntutan semula oleh rakyat miskin untuk sebarang GST yang mereka bayar. Saya pernah cadangkan perkara ini dan Menteri menjawab boleh, mula-mula kata tak boleh kemudian kata boleh pula. Ruang itu ada. Maka saya mahu mendengar apa jawapan kerajaan bagi persoalan tersebut. Akan tetapi yang lebih penting, saya nak pergi lebih jauh bahawa di kala mana kerajaan bincang tentang pendapatan, saya menyatakan bahawa negara kita sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah pendapatan kerana pendapatan negara bertambah setiap tahun. Cuba tengok unjuran 2017, pendapatan negara ialah RM219 bilion. Unjuran 2018, RM239 bilion. Bertambah RM20 bilion. Seperti mana bertambah RM20 bilion pendapatan kerajaan unjuran 2018, maka demikianlah kerajaan menambah juga perbelanjaan RM20 bilion. Daripada tahun 2017, hanya RM262 bilion kepada RM282 bilion. Maknanya kita, Kerajaan Malaysia memang mendapat pendapatan. Pendapatan sentiasa bertambah tetapi sebagaimana bertambahnya pendapatan kerajaan, bertambah juga perbelanjaan. Maka defisit kekal menjadi defisit. Kalau begitulah keadaan perbelanjaan kita, sampai bila pun tidak akan berakhir. Tambahlah pendapatan macam mana. [Bercakap dalam bahasa Arab] Kalau anak Adam ada satu lembah emas... [Bercakap dalam bahasa Arab] Dia mahu seumpamanya lagi, mahu satu lembah lagi... [Bercakap dalam bahasa Arab] Tidak boleh memenuhi mulut dia melainkan tanah, maknanya mati. Ini masalah orang yang rakus berbelanja, boros berbelanja. Berilah pendapatan banyak mana sekalipun tidak akan cukup. Maka bagi saya, bukan isu menambah pendapatan tetapi isu bagaimana menguruskan perbelanjaan. Walaupun begitu, saya ingin mencadangkan... Dato’ Dr. Tan Kee Kwong [Wangsa Maju]: Ahli Yang Berhormat, boleh celah sikit? Tuan Yang di-Pertua: Sila. Dato’ Dr. Tan Kee Kwong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Parlimen Kuala Nerus. Tentang komen-komen tentang GST, masih ingat di Dewan yang mulia ini, dulu satu Timbalan Menteri Kewangan kata, dia janji lepas implementasi GST, harga boleh turun. Apa komen Ahli Yang Berhormat? Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Menarik sebenarnya. Memang ketika dibentangkan GST untuk pelaksanaan 2015, kerajaan menyatakan bahawa inflasi akan berlaku sekitar dua peratus sahaja untuk tempoh dua tahun. Sekarang, dua tahun telah berlalu. Inflasi pada bulan Januari 2017 adalah 3.2 peratus. Untuk bulan Februari, 4.5 peratus. Untuk bulan Mac, 5.1 peratus dan saya tengok untuk bulan Jun, sekitar empat persen dan sebahagian ahli ekonomi mengunjurkan inflasi untuk sepanjang tahun 2017 ialah empat peratus. Ini terlalu tinggi, jauh daripada andaian. Maknanya kerajaan silap membuat andaian. Kalau kerajaan silap buat andaian inflasi, maka kerajaan juga boleh silap dalam membentangkan GST sebagai sumber negara. Oleh kerana itu kita menyatakan GST mesti dihapuskan oleh kerajaan kerana ia merosakkan masyarakat tetapi dalam masa yang sama, saya hendak mencadangkan bahawa ada sumber-sumber lain yang boleh kita perkenalkan. Cukai yang dikenakan kepada orang kaya bukan kepada orang miskin. PAS memperkenalkan dua bentuk cukai. Satu, cukai tax on saving bagi korporat. Kita lihat di dalam negara kita hari ini, simpanan rakyat Malaysia berjumlah sekitar RM1.6 trilion. Kalau kita andaikan 30 peratus adalah corporate saving, simpanan korporat dikenakan cukai pada simpanan korporat orang kaya ini dengan kadar seperti mana Islam ajar 2.5 peratus, kerajaan telah mendapat sekitar RM12 bilion, itu satu. Yang kedua, cukai berdasarkan pegangan saham. Yang main saham, orang kaya. Mereka tak bayar cukai. Jadi jika dikenakan cukai terhadap pegangan saham, cukup tempoh setahun yang mana nilai semasa saham yang didagangkan hari ini sekitar RM1.8 trilion diambil cukai 2.5 peratus, kerajaan boleh mendapat income lebih RM40 bilion. Maknanya cukai RM40 bilion daripada share trading, ini cukai daripada orang kaya, cukai daripada korporat sebanyak 2.5 peratus juga. Ini cukai orang kaya juga. Kenapa tidak kita kenakan cukai ini? Diambil daripada orang kaya, diagihkan kepada orang miskin tetapi sayang kerajaan memilih untuk mengenakan satu cukai yang dikenakan kepada rakyat yang kesannya merosakkan negara, merosakkan ekonomi, merosakkan masyarakat dan tidak akan ada ubat bagi perkara ini. Itulah yang sempat saya ungkapkan. Walaupun masih banyak yang ingin saya sampaikan antaranya isu berkaitan dengan wakaf sebagai sumber negara. Mungkin ada
GST. Mereka balik, di airport mereka boleh dapat tuntutan semula. Kenapa tak boleh kita buat tuntutan semula oleh rakyat miskin untuk sebarang GST yang mereka bayar. Saya pernah cadangkan perkara ini dan Menteri menjawab boleh, mula-mula kata tak boleh kemudian kata boleh pula. Ruang itu ada. Maka saya mahu mendengar apa jawapan kerajaan bagi persoalan tersebut. Akan tetapi yang lebih penting, saya nak pergi lebih jauh bahawa di kala mana kerajaan bincang tentang pendapatan, saya menyatakan bahawa negara kita sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah pendapatan kerana pendapatan negara bertambah setiap tahun. Cuba tengok unjuran 2017, pendapatan negara ialah RM219 bilion. Unjuran 2018, RM239 bilion. Bertambah RM20 bilion. Seperti mana bertambah RM20 bilion pendapatan kerajaan unjuran 2018, maka demikianlah kerajaan menambah juga perbelanjaan RM20 bilion. Daripada tahun 2017, hanya RM262 bilion kepada RM282 bilion. Maknanya kita, Kerajaan Malaysia memang mendapat pendapatan. Pendapatan sentiasa bertambah tetapi sebagaimana bertambahnya pendapatan kerajaan, bertambah juga perbelanjaan. Maka defisit kekal menjadi defisit. Kalau begitulah keadaan perbelanjaan kita, sampai bila pun tidak akan berakhir. Tambahlah pendapatan macam mana. [Bercakap dalam bahasa Arab] Kalau anak Adam ada satu lembah emas... [Bercakap dalam bahasa Arab] Dia mahu seumpamanya lagi, mahu satu lembah lagi... [Bercakap dalam bahasa Arab] Tidak boleh memenuhi mulut dia melainkan tanah, maknanya mati. Ini masalah orang yang rakus berbelanja, boros berbelanja. Berilah pendapatan banyak mana sekalipun tidak akan cukup. Maka bagi saya, bukan isu menambah pendapatan tetapi isu bagaimana menguruskan perbelanjaan. Walaupun begitu, saya ingin mencadangkan... Dato' Dr. Tan Kee Kwong [Wangsa Maju]: Ahli Yang Berhormat, boleh celah sikit?. Tuan Yang di-Pertua: Sila. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Parlimen Kuala Nerus. Tentang komen-komen tentang GST, masih ingat di Dewan yang mulia ini, dulu satu Timbalan Menteri Kewangan kata, dia janji lepas implementasi GST, harga boleh turun. Apa komen Ahli Yang Berhormat?. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Menarik sebenarnya. Memang ketika dibentangkan GST untuk pelaksanaan 2015, kerajaan menyatakan bahawa inflasi akan berlaku sekitar dua peratus sahaja untuk tempoh dua tahun. Sekarang, dua tahun telah berlalu. Inflasi pada bulan Januari 2017 adalah 3.2 peratus. Untuk bulan Februari, 4.5 peratus. Untuk bulan Mac, 5.1 peratus dan saya tengok untuk bulan Jun, sekitar empat persen dan sebahagian ahli ekonomi mengunjurkan inflasi untuk sepanjang tahun 2017 ialah empat peratus. Ini terlalu tinggi, jauh daripada andaian. Maknanya kerajaan silap membuat andaian. Kalau kerajaan silap buat andaian inflasi, maka kerajaan juga boleh silap dalam membentangkan GST sebagai sumber negara. Oleh kerana itu kita menyatakan GST mesti dihapuskan oleh kerajaan kerana ia merosakkan masyarakat tetapi dalam masa yang sama, saya hendak mencadangkan bahawa ada sumber-sumber lain yang boleh kita perkenalkan. Cukai yang dikenakan kepada orang kaya bukan kepada orang miskin. PAS memperkenalkan dua bentuk cukai. Satu, cukai tax on saving bagi korporat. Kita lihat di dalam negara kita hari ini, simpanan rakyat Malaysia berjumlah sekitar RM1.6 trilion. Kalau kita andaikan 30 peratus adalah corporate saving, simpanan korporat dikenakan cukai pada simpanan korporat orang kaya ini dengan kadar seperti mana Islam ajar 2.5 peratus, kerajaan telah mendapat sekitar RM12 bilion, itu satu. Yang kedua, cukai berdasarkan pegangan saham. Yang main saham, orang kaya. Mereka tak bayar cukai. Jadi jika dikenakan cukai terhadap pegangan saham, cukup tempoh setahun yang mana nilai semasa saham yang didagangkan hari ini sekitar RM1.8 trilion diambil cukai 2.5 peratus, kerajaan boleh mendapat income lebih RM40 bilion. Maknanya cukai RM40 bilion daripada share trading, ini cukai daripada orang kaya, cukai daripada korporat sebanyak 2.5 peratus juga. Ini cukai orang kaya juga. Kenapa tidak kita kenakan cukai ini? Diambil daripada orang kaya, diagihkan kepada orang miskin tetapi sayang kerajaan memilih untuk mengenakan satu cukai yang dikenakan kepada rakyat yang kesannya merosakkan negara, merosakkan ekonomi, merosakkan masyarakat dan tidak akan ada ubat bagi perkara ini. Itulah yang sempat saya ungkapkan. Walaupun masih banyak yang ingin saya sampaikan antaranya isu berkaitan dengan wakaf sebagai sumber negara. Mungkin ada.
74
86
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 75 ruang masa yang lain kita boleh bicara lagi. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, Wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam. Yang Berhormat Sungai Besar. 5.47 ptg. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerana membenarkan Sungai Besar ambil bahagian di dalam perbahasan Bajet 2018. Ini kali kedua Sungai Besar melihat secara langsung bajet daripada Dewan yang mulia ini. Berbanding dengan 2016, bajet kali ini lebih menyerlahkan keyakinan, unjuran ekonomi yang lebih baik sehingga saya melihat rakan-rakan di sebelah sana terkedu, terkesima diam dan tidak melafazkan apa-apa kata pun. Sesekali apabila mereka disindir, seperti kera kena belacan’’. Kalau gelisah dan tidak keruan. Saya nak sebutkan ini sebagai mukadimah kerana apa? Kerana Yang Amat Berhormat Pekan pagi petang siang malam, subuh senja, mereka ini membuat cercaan terhadap Yang Amat Berhormat Pekan... [Dewan riuh] Akan tetapi apa yang berlaku, apa yang berlaku? Dengan penuh senyum simpul, akhirnya tegak berdiri Yang Amat Berhormat Pekan membentangkan Bajet 2018. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kelana Jaya memberikan pandangan angka tidak pernah menipu. Beberapa kali disebut tentang angka tidak pernah menipu. Ya, kami juga akan mengemukakan bukti-bukti kami bahawa angka juga tidak pernah menipu. Kerana apa? Kerana pada kami, unjuran ekonomi itu harus diambil daripada angka yang tepat dan bukan daripada persepsi. Saya nak merujuk satu perkara. Soal pertumbuhan ekonomi, unjuran 5.7 peratus berbanding daripada asal 4.8 peratus. KDNK, unjuran 5.2 peratus yang disebut oleh Bank Dunia. Rizab negara, RM428.7 bilion. Ini paling tinggi dalam sejarah. Defisit fiskal, disebut sebanyak tiga peratus berbanding dengan 2018 iaitu 2.8 peratus. Yakni ini lebih baik disebut hutang kerajaan berbanding dengan KDNK pada kali ini sebanyak 50.9 peratus, berkurangan. Jadi, banyak sebenarnya data-data unjuran dan kalau saya hendak sebut daripada segi rating kredit yang disebut daripada Fitch - A minors, Moody’s - AAA diperakui lebih baik. Kalau kita nak melihat pula daripada kadar pengangguran, disebut kita 3.4 peratus berbanding dengan US, 4.1 peratus; UK, 4.4 peratus; Perancis sembilan peratus; dan Australia, 5.4 peratus. Adakah petanda-petanda ini menunjukkan ini sebuah negara yang gagal? Segugusan, sederetan penarafan positif menunjukkan negara ini tidak gagal. Saya nak sebutkan Tuan Yang di-Pertua, beberapa kali. Kenapa ekonomi Malaysia terus diunjurkan dalam keadaan yang kukuh dan diperakui dunia. ■1750 Pertama, hanya kerana ia dibuat melalui dasar dan polisi ekonomi yang baik dan bertanggungjawab. Saya masih ingat apabila beberapa kali Yang Berhormat Permatang Pauh sebut bahawa ada individu itu adalah pilihan dan anugerah Tuhan. Saya nak sebut juga bahawa Yang Amat Berhormat juga bukan saja pilihan Tuhan tetapi juga diberi ilham oleh Tuhan untuk membentangkan bajet pada kali ini... [Dewan tepuk] Tuan Yang di-Pertua, apakah sebenarnya dasar dan polisi ekonomi yang konsisten? Ramai teman-teman di sebelah sana menyebut soal GST. Saya nak sebutkan fakta, betul pilihan raya yang ke-13 kami tanpa majoriti dua pertiga, itu jelas. Akan tetapi ada beberapa keputusan yang kami buat walaupun keputusan itu adalah merupakan keputusan yang tidak popular sebagai contohnya GST tetapi akhirnya kerana demi rakyat, akhirnya kerana memikirkan banyak perkara yang harus diselesaikan. Kita sebut hendakkan baik pulih terhadap Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang tetapi GST kita tidak mahu. Kita mahukan pendidikan yang lebih baik, tetapi GST kita tidak mahu. Kita mahukan kesihatan yang lebih baik, tetapi GST yang tidak mahu. Saya hendak menyebutkan perkara-perkara ini kerana apa, kerana satu ketika dahulu negara ini bergantung kepada petroleum sebagai suatu sistem hasil negara. Akan tetapi apabila minyak jatuh dalam keadaan yang begitu merudum, GST ini menjadi mekanisme pendapatan yang baharu. Perkara kedua, semua sedia maklum bagaimana kita mengurangkan subsidi pukal kepada subsidi yang lebih bersasar. Kita sedia maklum dari segi pengagihan subsidi pukal
ruang masa yang lain kita boleh bicara lagi. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, Wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam. Yang Berhormat Sungai Besar. 5.47 ptg. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerana membenarkan Sungai Besar ambil bahagian di dalam perbahasan Bajet 2018. Ini kali kedua Sungai Besar melihat secara langsung bajet daripada Dewan yang mulia ini. Berbanding dengan 2016, bajet kali ini lebih menyerlahkan keyakinan, unjuran ekonomi yang lebih baik sehingga saya melihat rakan-rakan di sebelah sana terkedu, terkesima diam dan tidak melafazkan apa-apa kata pun. Sesekali apabila mereka disindir, seperti kera kena belacan''. Kalau gelisah dan tidak keruan. Saya nak sebutkan ini sebagai mukadimah kerana apa? Kerana Yang Amat Berhormat Pekan pagi petang siang malam, subuh senja, mereka ini membuat cercaan terhadap Yang Amat Berhormat Pekan... [Dewan riuh] Akan tetapi apa yang berlaku, apa yang berlaku? Dengan penuh senyum simpul, akhirnya tegak berdiri Yang Amat Berhormat Pekan membentangkan Bajet 2018. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kelana Jaya memberikan pandangan angka tidak pernah menipu. Beberapa kali disebut tentang angka tidak pernah menipu. Ya, kami juga akan mengemukakan bukti-bukti kami bahawa angka juga tidak pernah menipu. Kerana apa? Kerana pada kami, unjuran ekonomi itu harus diambil daripada angka yang tepat dan bukan daripada persepsi. Saya nak merujuk satu perkara. Soal pertumbuhan ekonomi, unjuran 5.7 peratus berbanding daripada asal 4.8 peratus. KDNK, unjuran 5.2 peratus yang disebut oleh Bank Dunia. Rizab negara, RM428.7 bilion. Ini paling tinggi dalam sejarah. Defisit fiskal, disebut sebanyak tiga peratus berbanding dengan 2018 iaitu 2.8 peratus. Yakni ini lebih baik disebut hutang kerajaan berbanding dengan KDNK pada kali ini sebanyak 50.9 peratus, berkurangan. Jadi, banyak sebenarnya data-data unjuran dan kalau saya hendak sebut daripada segi rating kredit yang disebut daripada Fitch- A minors, Moody's- AAA diperakui lebih baik. Kalau kita nak melihat pula daripada kadar pengangguran, disebut kita 3.4 peratus berbanding dengan US, 4.1 peratus; UK, 4.4 peratus; Perancis sembilan peratus; dan Australia, 5.4 peratus. Adakah petanda-petanda ini menunjukkan ini sebuah negara yang gagal? Segugusan, sederetan penarafan positif menunjukkan negara ini tidak gagal. Saya nak sebutkan Tuan Yang di-Pertua, beberapa kali. Kenapa ekonomi Malaysia terus diunjurkan dalam keadaan yang kukuh dan diperakui dunia. #1750 Pertama, hanya kerana ia dibuat melalui dasar dan polisi ekonomi yang baik dan bertanggungjawab. Saya masih ingat apabila beberapa kali Yang Berhormat Permatang Pauh sebut bahawa ada individu itu adalah pilihan dan anugerah Tuhan. Saya nak sebut juga bahawa Yang Amat Berhormat juga bukan saja pilihan Tuhan tetapi juga diberi ilham oleh Tuhan untuk membentangkan bajet pada kali ini... [Dewan tepuk] Tuan Yang di-Pertua, apakah sebenarnya dasar dan polisi ekonomi yang konsisten? Ramai teman-teman di sebelah sana menyebut soal GST. Saya nak sebutkan fakta, betul pilihan raya yang ke-13 kami tanpa majoriti dua pertiga, itu jelas. Akan tetapi ada beberapa keputusan yang kami buat walaupun keputusan itu adalah merupakan keputusan yang tidak popular sebagai contohnya GST tetapi akhirnya kerana demi rakyat, akhirnya kerana memikirkan banyak perkara yang harus diselesaikan. Kita sebut hendakkan baik pulih terhadap Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang tetapi GST kita tidak mahu. Kita mahukan pendidikan yang lebih baik, tetapi GST kita tidak mahu. Kita mahukan kesihatan yang lebih baik, tetapi GST yang tidak mahu. Saya hendak menyebutkan perkara-perkara ini kerana apa, kerana satu ketika dahulu negara ini bergantung kepada petroleum sebagai suatu sistem hasil negara. Akan tetapi apabila minyak jatuh dalam keadaan yang begitu merudum, GST ini menjadi mekanisme pendapatan yang baharu. Perkara kedua, semua sedia maklum bagaimana kita mengurangkan subsidi pukal kepada subsidi yang lebih bersasar. Kita sedia maklum dari segi pengagihan subsidi pukal.
75
87
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
76 DR.31.10.2017 sebagai contohnya minyak. Subsidi minyak orang kaya dapat, orang luar negeri dapat. Akan tetapi apabila kita memperkenalkan BR1M yang memberikan sejumlah nilai tunai ini kepada golongan yang bersasar akhirnya negara seperti Arab Saudi juga ingin meniru kaedah pemberian BR1M. Bukan itu saja, saya hendak menyebutkan dalam satu kajian pakar ekonomi, 35 ahli ekonomi di UK memaklumkan keberkesanan BR1M ini kerana ia memberikan... Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: [Bangun] Yang Berhormat Sungai Besar. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Sekejap. Memberikan sejumlah wang yang bersasar dan seterusnya merancakkan ekonomi tempatan. Silakan, Yang Berhormat Pengkalan... Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Tuan Yang di-Pertua, saya memerhatikan daripada ucapan Bajet dan ucapan sahabat-sahabat daripada Barisan Nasional, bahawa ekonomi begitu baik. Unjuran ekonomi, rizab negara, rating dan sebagainya terlalu baik. Namun demikian, apabila saya memerhatikan ucapan-ucapan daripada wakil Barisan Nasional seperti Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Putatan, daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Maka kita lihat bahawa dari awal musim Pilihanraya Umu Ke- 13 ini benda yang sama terungkit bahawa jalan tidak selesai, hospital tidak selesai, sekolah tidak selesai. Apakah ini janji sahaja yang tidak mampu direalisasikan? Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Okey. Cukup-cukup Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya hendak lontarkan perkara ini. Adakah jalan di Kelantan selesai? Adakah isu... Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Boleh... Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Ini floor saya. Adakah jalan di Kelantan... Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Tidak selesai, Kelantan tidak selesai. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Adakah jalan di Kelantan selesai? Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Kerajaan Pusat tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sebenarnya. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Adakah jalan di Selangor selesai? Adakah sistem perparitan di Selangor selesai? Saya hendak menyebutkan ini sebagai jawapan kerana apa? Kerana ada elemen-elemen itu yang konsisten sepanjang masa yang perlu diperbaharui. Kalau jalan itu sudah siap sudah tentu nanti lima, enam tahun akan datang perlu juga untuk dibaik pulih dan diperbaiki. Saya hendak sebutkan perkara ini kerana apa? Kerana apa yang disebutkan di peringkat awal oleh Yang Berhormat Kelana Jaya tadi beberapa kali disebut bahawa angka tidak menipu, angka tidak menipu, angka tidak menipu dan saya mengemukakan unjuran-unjuran yang angka itu tidak menipu. Ada 12 minit. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Yang Berhormat Gopeng. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Satu minit saya benarkan, satu minit. Silakan. Yang Berhormat Gopeng silakan. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Kalau Yang Berhormat Sungai Besar memang tegas angka tidak menipu tapi kalau kita hendak lihat kejayaan dari segi pelaksanaan ekonomi. Unjuran yang pernah dibuat semasa RMKe-11. Misalannya, yang telah unjurkan bahawa per kapita income akan meningkat sehingga USD15,000. Akan tetapi setakat ini kita cuma setakat lebih kurang USD10,000. Bukankah ini menunjukkan bahawa rancangan ekonomi setakat ini telah gagal? Kita juga unjurkan bahawa target household income akan meningkat sehingga RM10,000. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Sudah dua minit, okey Yang Berhormat Gopeng.
sebagai contohnya minyak. Subsidi minyak orang kaya dapat, orang luar negeri dapat. Akan tetapi apabila kita memperkenalkan BR1M yang memberikan sejumlah nilai tunai ini kepada golongan yang bersasar akhirnya negara seperti Arab Saudi juga ingin meniru kaedah pemberian BR1M. Bukan itu saja, saya hendak menyebutkan dalam satu kajian pakar ekonomi, 35 ahli ekonomi di UK memaklumkan keberkesanan BR1M ini kerana ia memberikan... Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: [Bangun] Yang Berhormat Sungai Besar. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Sekejap. Memberikan sejumlah wang yang bersasar dan seterusnya merancakkan ekonomi tempatan. Silakan, Yang Berhormat Pengkalan... Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Tuan Yang di-Pertua, saya memerhatikan daripada ucapan Bajet dan ucapan sahabat-sahabat daripada Barisan Nasional, bahawa ekonomi begitu baik. Unjuran ekonomi, rizab negara, rating dan sebagainya terlalu baik. Namun demikian, apabila saya memerhatikan ucapan-ucapan daripada wakil Barisan Nasional seperti Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Putatan, daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Maka kita lihat bahawa dari awal musim Pilihanraya Umu Ke- 13 ini benda yang sama terungkit bahawa jalan tidak selesai, hospital tidak selesai, sekolah tidak selesai. Apakah ini janji sahaja yang tidak mampu direalisasikan?. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Okey. Cukup-cukup Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya hendak lontarkan perkara ini. Adakah jalan di Kelantan selesai? Adakah isu... Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Boleh... Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Ini floor saya. Adakah jalan di Kelantan... Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Tidak selesai, Kelantan tidak selesai. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Adakah jalan di Kelantan selesai?. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa]: Kerajaan Pusat tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sebenarnya. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Adakah jalan di Selangor selesai? Adakah sistem perparitan di Selangor selesai? Saya hendak menyebutkan ini sebagai jawapan kerana apa? Kerana ada elemen-elemen itu yang konsisten sepanjang masa yang perlu diperbaharui. Kalau jalan itu sudah siap sudah tentu nanti lima, enam tahun akan datang perlu juga untuk dibaik pulih dan diperbaiki. Saya hendak sebutkan perkara ini kerana apa? Kerana apa yang disebutkan di peringkat awal oleh Yang Berhormat Kelana Jaya tadi beberapa kali disebut bahawa angka tidak menipu, angka tidak menipu, angka tidak menipu dan saya mengemukakan unjuran-unjuran yang angka itu tidak menipu. Ada 12 minit. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Yang Berhormat Gopeng. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Satu minit saya benarkan, satu minit. Silakan. Yang Berhormat Gopeng silakan. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Kalau Yang Berhormat Sungai Besar memang tegas angka tidak menipu tapi kalau kita hendak lihat kejayaan dari segi pelaksanaan ekonomi. Unjuran yang pernah dibuat semasa RMKe-11. Misalannya, yang telah unjurkan bahawa per kapita income akan meningkat sehingga USD15,000. Akan tetapi setakat ini kita cuma setakat lebih kurang USD10,000. Bukankah ini menunjukkan bahawa rancangan ekonomi setakat ini telah gagal? Kita juga unjurkan bahawa target household income akan meningkat sehingga RM10,000. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Sudah dua minit, okey Yang Berhormat Gopeng.
76
88
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 77 Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Jadi angka-angka ini menunjukkan bahawa setakat ini perancangan ekonomi gagal walaupun dengan defisit bajet berterusan. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Terima kasih, Yang Berhormat Gopeng. Yang Berhormat Gopeng ada persepsi yang begitu dan menyatakan bahawa unjuran ekonomi tersebut adalah gagal sebab itu dinamakan unjuran sebab tidak ada jaminan unjuran tersebut, yang paling penting pada pandangan Yang Berhormat Sungai Besar ialah apakah tingkah laku dan interaksi hasil daripada unjuran tersebut? Saya hendak teruskan ini kerana saya melihat ucapan Ketua Pembangkang semalam yang pada saya lebih seperti bebelan ibu mertua seperti ada hasrat yang tidak lepas dan ada geram yang berpanjangan. Mereka dakwa Barisan Nasional gagal bangunkan Sabah dan juga Sarawak. Apabila dicelah oleh salah seorang Yang Berhormat, mereka sebut siapa 22 tahun yang gagal laksanakan pembangunan tersebut dan diletakkan kesalahan pembangunan tersebut kepada Barisan Nasional. Pelik, apabila kejayaan seorang wanita bernama Wan Azizah dalam perniagaan ayamnya, tiba-tiba Ketua Pembangkang mendabik dada bahawa itu adalah polisi yang diperkenalkan oleh suaminya. Saya hendak sebutkan kerana apa? Kerana mengapa tatkala mereka berjaya mereka ambil kredit. Tatkala mereka gagal, kami pula yang mahu dipersalahkan sebab itu dalam agenda kita pada hari ini ialah jangan hipokrit terhadap apa juga yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional. Saya hendak sebutkan saya tidak menjadi masalah kalau sekiranya ada di barisan teman-teman di sebelah sana yang tidak mahu menerima apa yang telah kami lakukan. Tidak mengapa, tapi setidak-tidaknya berlaku jujurlah kepada diri sendiri. Seolah-olah tidak ada langsung kebaikan yang Barisan Nasional ini telah buat dan Barisan Nasional ini telah lakukan. Persidangan Bajet itu pada kali ini Yang Berhormat Gombak- nanti kita akan jumpa lagi di Sidang DUN Selangor, menyatakan BN meniru polisi negeri pentadbiran tentang ADAM50, MyBrain dan kadang-kadang sejarah sering terlupa dan kadang-kadang orang yang pintar ini sering terlupa. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Gombak sebenarnya apa yang ada pentadbiran Selangor itu adalah hasil daripada cetusan idea Yang Berhormat Bandar Tun Razak pada ketika itu atau ADUN Pelabuhan Klang. Dia hanya claim saja tuntutan di peringkat akhir dan ini boleh digelar sebagai Menteri Besar hashtag done claim. Dalam masa yang sama tatkala ramai di kalangan kita tekun mendengar Bajet, Yang Berhormat Gombak melalui Twitternya telah menunjukkan dia kata, “Mengapalah pendidikan TVET ini peringkat kebangsaan hanya sekitar RM4.5 juta?” Kononnya jauh daripada peruntukan negerinya sebanyak RM50 juta. Saya fikir banyak perkara-perkara Yang Berhormat Gombak ini dalam penuh keghairahan. Sabarlah kalau hendak jadi Presiden PKR pun. Saya hendak sebutkan faktanya ialah Kerajaan Pusat sediakan RM49 bilion untuk pendidikan TVET, peruntukan RM4.7 juta adalah hanya angka biasiswa. Mewakili industri buku, mewakili aktivis buku hendak ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana pada kali ini Baucar Buku 1Malaysia, bernilai RM250 dikembalikan kepada 1.2 juta pelajar IPT dan tingkatan enam. Perkara yang kedua menggembirakan player buku ini ialah kadar sifar GST bagi pembelian bahan bacaan seperti majalah, komik, jurnal dan terbitan berkala. Satu perkara yang penting, beberapa tahun yang dahulu RM250 ini diserahkan atau diberikan kepada mahasiswa dan juga kepada pelajar. Akan tetapi pemantauan harus dilihat kerana ada di kalangan jerung-jerung baucar ini, mereka bertemu dengan mahasiswa dan juga pelajar, mereka bertemu dengan pelajar ini tanpa membeli buku. Mahasiswa dan pelajar ini mendapatkan tunai dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan sejumlah wang lebih daripada RM200 dan perkara ini mestilah dipantau sebab itu pihak KPT yang menguruskan baucar buku ini mesti berkolaborasi. Pertama, dengan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) untuk mengenal pasti. ■1800 Siapakah yang sebenarnya penerbit yang layak untuk menerima baucar buku. TN50 ini saya hendak sebutkan ia ada kaitan dengan budaya membaca. Jadi dalam perkara yang ada kaitan dengan budaya membaca ini saya hendak ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengembalikan baucar buku bernilai RM250. Saya hendak sebutkan satu perkara yang penting, satu perkara yang penting ialah hendak ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri peruntukan sebanyak RM50
Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Jadi angka-angka ini menunjukkan bahawa setakat. ini perancangan ekonomi gagal walaupun dengan defisit bajet berterusan. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Terima kasih, Yang Berhormat Gopeng. Yang Berhormat Gopeng ada persepsi yang begitu dan menyatakan bahawa unjuran ekonomi tersebut adalah gagal sebab itu dinamakan unjuran sebab tidak ada jaminan unjuran tersebut, yang paling penting pada pandangan Yang Berhormat Sungai Besar ialah apakah tingkah laku dan interaksi hasil daripada unjuran tersebut?. Saya hendak teruskan ini kerana saya melihat ucapan Ketua Pembangkang semalam yang pada saya lebih seperti bebelan ibu mertua seperti ada hasrat yang tidak lepas dan ada geram yang berpanjangan. Mereka dakwa Barisan Nasional gagal bangunkan Sabah dan juga Sarawak. Apabila dicelah oleh salah seorang Yang Berhormat, mereka sebut siapa 22 tahun yang gagal laksanakan pembangunan tersebut dan diletakkan kesalahan pembangunan tersebut kepada Barisan Nasional. Pelik, apabila kejayaan seorang wanita bernama Wan Azizah dalam perniagaan ayamnya, tiba-tiba Ketua Pembangkang mendabik dada bahawa itu adalah polisi yang diperkenalkan oleh suaminya. Saya hendak sebutkan kerana apa? Kerana mengapa tatkala mereka berjaya mereka ambil kredit. Tatkala mereka gagal, kami pula yang mahu dipersalahkan sebab itu dalam agenda kita pada hari ini ialah jangan hipokrit terhadap apa juga yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional. Saya hendak sebutkan saya tidak menjadi masalah kalau sekiranya ada di barisan teman-teman di sebelah sana yang tidak mahu menerima apa yang telah kami lakukan. Tidak mengapa, tapi setidak-tidaknya berlaku jujurlah kepada diri sendiri. Seolah-olah tidak ada langsung kebaikan yang Barisan Nasional ini telah buat dan Barisan Nasional ini telah lakukan. Persidangan Bajet itu pada kali ini Yang Berhormat Gombak- nanti kita akan jumpa lagi di Sidang DUN Selangor, menyatakan BN meniru polisi negeri pentadbiran tentang ADAM50, MyBrain dan kadang-kadang sejarah sering terlupa dan kadang-kadang orang yang pintar ini sering terlupa. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Gombak sebenarnya apa yang ada pentadbiran Selangor itu adalah hasil daripada cetusan idea Yang Berhormat Bandar Tun Razak pada ketika itu atau ADUN Pelabuhan Klang. Dia hanya claim saja tuntutan di peringkat akhir dan ini boleh digelar sebagai Menteri Besar hashtag done claim. Dalam masa yang sama tatkala ramai di kalangan kita tekun mendengar Bajet, Yang Berhormat Gombak melalui Twitternya telah menunjukkan dia kata, "Mengapalah pendidikan TVET ini peringkat kebangsaan hanya sekitar RM4.5 juta?" Kononnya jauh daripada peruntukan negerinya sebanyak RM50 juta. Saya fikir banyak perkara-perkara Yang Berhormat Gombak ini dalam penuh keghairahan. Sabarlah kalau hendak jadi Presiden PKR pun. Saya hendak sebutkan faktanya ialah Kerajaan Pusat sediakan RM49 bilion untuk pendidikan TVET, peruntukan RM4.7 juta adalah hanya angka biasiswa. Mewakili industri buku, mewakili aktivis buku hendak ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana pada kali ini Baucar Buku 1Malaysia, bernilai RM250 dikembalikan kepada 1.2 juta pelajar IPT dan tingkatan enam. Perkara yang kedua menggembirakan player buku ini ialah kadar sifar GST bagi pembelian bahan bacaan seperti majalah, komik, jurnal dan terbitan berkala. Satu perkara yang penting, beberapa tahun yang dahulu RM250 ini diserahkan atau diberikan kepada mahasiswa dan juga kepada pelajar. Akan tetapi pemantauan harus dilihat kerana ada di kalangan jerung-jerung baucar ini, mereka bertemu dengan mahasiswa dan juga pelajar, mereka bertemu dengan pelajar ini tanpa membeli buku. Mahasiswa dan pelajar ini mendapatkan tunai dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan sejumlah wang lebih daripada RM200 dan perkara ini mestilah dipantau sebab itu pihak KPT yang menguruskan baucar buku ini mesti berkolaborasi. Pertama, dengan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) untuk mengenal pasti. #1800. Siapakah yang sebenarnya penerbit yang layak untuk menerima baucar buku. TN50 ini saya hendak sebutkan ia ada kaitan dengan budaya membaca. Jadi dalam perkara yang ada kaitan dengan budaya membaca ini saya hendak ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengembalikan baucar buku bernilai RM250. Saya hendak sebutkan satu perkara yang penting, satu perkara yang penting ialah hendak ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri peruntukan sebanyak RM50.
77
89
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
78 DR.31.10.2017 juta bantuan hemodialisis, subsidi RM100 daripada keseluruhan kos setiap RM110 setiap sesi rawatan. Kenapa saya hendak sebutkan perkara ini? Saya hendak sebut perkara ini kerana fakta yang saya peroleh terdapat 40,000 orang pesakit buah pinggang di Malaysia. Seramai 7,000 orang pesakit baru direkodkan setiap tahun dan apabila kita melihat faktor yang menyebabkan hemodialisis ini ialah kencing manis 61 peratus, hypertension 18 peratus dan lain-lain pesakit yang tidak berjangkit. Statistik yang saya peroleh sehingga Disember 2016 sebanyak 19,900 orang menunggu untuk penerima buah pinggang. Nisbah penderma organ di Malaysia ialah satu orang setiap satu juta. Maknanya di dalam pangkalan data yang kita ada hanya ada 32 orang sahaja untuk mendermakan organ. Saya hendak sebutkan perkara ini, mendapatkan maklum balas ialah kalaulah hari ini 200 orang setiap 1,000 penduduk menjalani hemodialisis dengan kadar tiga kali seminggu. Kalau kita melihat pula sebanyak pada tahun 2015 hanya terdapat 7,922 unit mesin hemodialisis di seluruh negara. Jadi adakah bajet ini boleh untuk menampung pertambahan pesakit buah pinggang. Speaker yang saya kasihi sekalian, saya hendak melihat mewakili para petani di Parlimen Sungai Besar, ingin mengucapkan terima kasih kerana buat kali pertamanya memperkenalkan elaun RM200 sebulan. Selama tiga bulan kepada pesawah sementara menunggu padi dituai. Selain daripada itu sejumlah RM6.5 bilion dalam memperkasa, memajukan sektor pertanian negara yang memberikan manfaat kepada pesawah, petani, pekebun kecil, nelayan dan juga penternak. Serta 50 juta stok makanan segera memastikan bekalan ikan mencukupi, menstabilkan harga ikan yang tidak menentu ketika musim tengkujuh. Ada perkara baru, ada yang disambung penambah baik, ini sangat dialu-alukan oleh para petani dan nelayan Sungai Besar. Akhirnya, awal tahun yang lalu, para petani, pesawah padi di Parlimen Sungai Besar kami ini majoriti daripada mereka di jangkiti serangan hawar daun atau dengan izin bacterial leaf blight iaitu suatu sakit untuk padi yang akhirnya padi yang menguning itu bertukar menjadi coklat dan berterusan padi ini mati secara tiba-tiba. Kami di Sungai Besar mengelar pesakit padi ini sebagai sakit AIDS padi sebab ia mati dengan tiba-tiba. Berapa ramai para petani yang terlibat? Seramai 5,488 orang petani yang terlibat, tidak semena-mena kerajaan negeri cuba menjadi hero dengan memberikan bantuan sebanyak RM900 kepada sehektar sawah padi yang terkena BLB ini. Akan tetapi apa yang berlaku, yang berlaku pada ketika itu kerana keghairahan kerajaan negeri tergesa-gesa mahu menjadi hero. Pemberian RM900 ini diberikan dengan cek, oleh kerana keadaan tergesa- gesa ramai daripada mereka tidak dapat menunaikan cek tersebut. Kenapa tidak dapat tunaikan cek tersebut kerana nama pada pemilik sebenar padi dan nama pada pemegang cek itu berbeza. Kerana apa? Kerana dilaksanakan secara tergesa-gesa, apa Kerajaan Pusat lakukan? Kerajaan Pusat lakukan menerusi IADA Barat Laut bersama dengan saya pada ketika itu kita turun bertemu dengan setiap inci sawah padi yang terlibat. Kita bertemu dengan pemilik yang terlibat dan akhirnya jumlah bantuan persekutuan sebanyak RM2.8 juta diagih kepada seramai 5,488 orang pesawah padi. Apa yang berlaku, apabila kita melihat data apabila kita banci pada kali kedua ada seramai 1,189 orang petani yang masih belum menerima bantuan BLB list ini. Saya difahamkan semua senarai nama sejumlah RM1.06 juta ini nilainya sudah pun diserah kepada pihak Kementerian Pertanian. Saya pohon maklum balas, saya pohon dapatkan perkembangan setidak-tidaknya nilai ini dapat membantu para petani, menyenangkan hati mereka yang menerima pesakit BLB ini. Akhirnya saya hendak sebutkan kepada Tuan Yang di-Pertua, apa pun persepsi yang telah diberikan, apa pun label yang telah diberikan oleh pihak di sebelah sana sama ada ini adalah merupakan bajet pilihan raya tetapi setidak-tidaknya bajet pada kali ini mencakupi semua kelompok. Ini kerana mereka yang berpendapatan di bawah B40 terima, mereka yang berada di kelompok pertengahan terima dan mereka yang di peringkat sederhana juga menerima. Setidak-tidaknya setiap kelompok dalam setiap kelompok masyarakat itu akan dapat menikmati kemanisan bajet pada kali ini. Saya hendak sebutkan kepada rakan-rakan di sebelah sana, walaupun mereka melihat ini merupakan bajet pilihan raya tetapi setidak-tidaknya berlaku adil kepada kami di Barisan Nasional. Setidak-tidaknya ini bajet kepada ibu segala bajet, setidak-tidaknya ini bajet yang mencakupi setiap denyut nadi rakyat. Sekian, Sungai Besar menyokong perbahasan Bajet 2018. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam. Yang Berhormat Bukit Bendera.
juta bantuan hemodialisis, subsidi RM100 daripada keseluruhan kos setiap RM110 setiap sesi rawatan. Kenapa saya hendak sebutkan perkara ini? Saya hendak sebut perkara ini kerana fakta yang saya peroleh terdapat 40,000 orang pesakit buah pinggang di Malaysia. Seramai 7,000 orang pesakit baru direkodkan setiap tahun dan apabila kita melihat faktor yang menyebabkan hemodialisis ini ialah kencing manis 61 peratus, hypertension 18 peratus dan lain-lain pesakit yang tidak berjangkit. Statistik yang saya peroleh sehingga Disember 2016 sebanyak 19,900 orang menunggu untuk penerima buah pinggang. Nisbah penderma organ di Malaysia ialah satu orang setiap satu juta. Maknanya di dalam pangkalan data yang kita ada hanya ada 32 orang sahaja untuk mendermakan organ. Saya hendak sebutkan perkara ini, mendapatkan maklum balas ialah kalaulah hari ini 200 orang setiap 1,000 penduduk menjalani hemodialisis dengan kadar tiga kali seminggu. Kalau kita melihat pula sebanyak pada tahun 2015 hanya terdapat 7,922 unit mesin hemodialisis di seluruh negara. Jadi adakah bajet ini boleh untuk menampung pertambahan pesakit buah pinggang. Speaker yang saya kasihi sekalian, saya hendak melihat mewakili para petani di Parlimen Sungai Besar, ingin mengucapkan terima kasih kerana buat kali pertamanya memperkenalkan elaun RM200 sebulan. Selama tiga bulan kepada pesawah sementara menunggu padi dituai. Selain daripada itu sejumlah RM6.5 bilion dalam memperkasa, memajukan sektor pertanian negara yang memberikan manfaat kepada pesawah, petani, pekebun kecil, nelayan dan juga penternak. Serta 50 juta stok makanan segera memastikan bekalan ikan mencukupi, menstabilkan harga ikan yang tidak menentu ketika musim tengkujuh. Ada perkara baru, ada yang disambung penambah baik, ini sangat dialu-alukan oleh para petani dan nelayan Sungai Besar. Akhirnya, awal tahun yang lalu, para petani, pesawah padi di Parlimen Sungai Besar kami ini majoriti daripada mereka di jangkiti serangan hawar daun atau dengan izin bacterial leaf blight iaitu suatu sakit untuk padi yang akhirnya padi yang menguning itu bertukar menjadi coklat dan berterusan padi ini mati secara tiba-tiba. Kami di Sungai Besar mengelar pesakit padi ini sebagai sakit AIDS padi sebab ia mati dengan tiba-tiba. Berapa ramai para petani yang terlibat? Seramai 5,488 orang petani yang terlibat, tidak semena-mena kerajaan negeri cuba menjadi hero dengan memberikan bantuan sebanyak RM900 kepada sehektar sawah padi yang terkena BLB ini. Akan tetapi apa yang berlaku, yang berlaku pada ketika itu kerana keghairahan kerajaan negeri tergesa-gesa mahu menjadi hero. Pemberian RM900 ini diberikan dengan cek, oleh kerana keadaan tergesa- gesa ramai daripada mereka tidak dapat menunaikan cek tersebut. Kenapa tidak dapat tunaikan cek tersebut kerana nama pada pemilik sebenar padi dan nama pada pemegang cek itu berbeza. Kerana apa? Kerana dilaksanakan secara tergesa-gesa, apa Kerajaan Pusat lakukan?. Kerajaan Pusat lakukan menerusi IADA Barat Laut bersama dengan saya pada ketika itu kita turun bertemu dengan setiap inci sawah padi yang terlibat. Kita bertemu dengan pemilik yang terlibat dan akhirnya jumlah bantuan persekutuan sebanyak RM2.8 juta diagih kepada seramai 5,488 orang pesawah padi. Apa yang berlaku, apabila kita melihat data apabila kita banci pada kali kedua ada seramai 1,189 orang petani yang masih belum menerima bantuan BLB list ini. Saya difahamkan semua senarai nama sejumlah RM1.06 juta ini nilainya sudah pun diserah kepada pihak Kementerian Pertanian. Saya pohon maklum balas, saya pohon dapatkan perkembangan setidak-tidaknya nilai ini dapat membantu para petani, menyenangkan hati mereka yang menerima pesakit BLB ini. Akhirnya saya hendak sebutkan kepada Tuan Yang di-Pertua, apa pun persepsi yang telah diberikan, apa pun label yang telah diberikan oleh pihak di sebelah sana sama ada ini adalah merupakan bajet pilihan raya tetapi setidak-tidaknya bajet pada kali ini mencakupi semua kelompok. Ini kerana mereka yang berpendapatan di bawah B40 terima, mereka yang berada di kelompok pertengahan terima dan mereka yang di peringkat sederhana juga menerima. Setidak-tidaknya setiap kelompok dalam setiap kelompok masyarakat itu akan dapat menikmati kemanisan bajet pada kali ini. Saya hendak sebutkan kepada rakan-rakan di sebelah sana, walaupun mereka melihat ini merupakan bajet pilihan raya tetapi setidak-tidaknya berlaku adil kepada kami di Barisan Nasional. Setidak-tidaknya ini bajet kepada ibu segala bajet, setidak-tidaknya ini bajet yang mencakupi setiap denyut nadi rakyat. Sekian, Sungai Besar menyokong perbahasan Bajet 2018. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam. Yang Berhormat Bukit Bendera.
78
90
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 79 6.07 ptg. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut serta dalam perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2018. Tuan Yang di-Pertua, pada 21 Oktober 2017 yang lalu telah berlaku satu kemalangan tragis di tapak pembinaan skim perumahan mampu milik di Lembah Permai, Tanjung Bungah yang telah mengorbankan 11 nyawa pekerja termasuk seorang rakyat Malaysia. Kejadian ini merupakan satu tragedi yang menyayat hati lebih-lebih lagi buat keluarga mangsa. Saya sendiri berada di sana selama dua hari dan berasa sangat sayu apabila melihat pasukan penyelamat menarik keluar mayat mangsa satu demi satu dari runtuhan. Tidak boleh dinafikan bahawa jentera Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bertindak dengan cukup cepat dan tegas. Dalam masa kurang sejam peristiwa berlaku pemimpin negeri sudah berada di lokasi untuk membantu mengawal keadaan dan juga memudah cara operasi mencari dan menyelamat bersama-sama dengan semua agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan lain-lain lagi. Pada tengah hari itu juga, Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri melawat tapak tersebut dan terus mengumumkan bahawa sebuah suruhanjaya siasatan negeri yang bebas akan diwujudkan bagi memastikan tiada perkara disembunyikan demi mengenal pasti punca kemalangan. Suruhanjaya tersebut juga diberi mandat untuk memanggil sesiapa sahaja untuk disoal siasat. Tambahan kepada itu semua minit mesyuarat dan surat-surat rasmi yang berkaitan dengan projek tersebut telah didedahkan, telah di classify atas nama ketelusan. Pada masa yang sama arahan berhenti kerja dikenakan dengan segera kepada pemaju sementara perunding profesional dan kontraktor utama yang terlibat dalam projek tersebut di senarai hitamkan sehingga keputusan siasatan diperoleh. Di samping itu, kerajaan negeri juga memerintahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk membuat laporan polis untuk menyiasat kemungkinan terjadinya kecuaian profesional ataupun profesional negligence. Bagi kerajaan negeri, keutamaan adalah untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke muka pengadilan. Tidak ada kompromi dalam hal ini. Walaupun menunjukkan tahap komitmen yang tinggi kerajaan negeri terpaksa berhadapan media arus perdana dan pihak-pihak tertentu yang ingin mengambinghitamkan kerajaan negeri seolah-olah peristiwa itu merupakan salah kerajaan negeri. Mereka cuba menggambarkan kononnya kerajaan negeri tidak menuruti tatacara pengendalian serta prosedur... ■1810 Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Mertajam Yang Berhormat. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: Oh ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera. Setuju kah Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera jika saya katakan bahawa piawaian yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutamanya hal berkaitan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Negeri merupakan satu piawaian yang, akauntabiliti yang amat tinggi sekali terutamanya dalam konteks di mana dalam negara ini banyak bencana-bencana seperti lah Highland Towers pada tahun 90-an, Genting Highlands car crash, bus crash. Baru-baru ini MH 370 sampai hari ini tidak ada apa-apa suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat bencana tersebut walaupun telah banyak kali dibangkitkan oleh pembangkang. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: Ya, terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya sangat setuju dengan kenyataan rakan saya. Sudah terbukti bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah kerajaan yang amat komited terhadap ketelusan. Sebenarnya banyak ya tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan saya boleh katakan kebanyakan merupakan fitnah semata-mata. Saya amat kesal dengan pihak-pihak yang mempolitikkan tragedi ini. Contohnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan negeri kerana meluluskan projek walaupun menerima bantahan daripada Jabatan Alam Sekitar ataupun DOE mengenai kuari serta lereng bukit yang curam.
6.07 ptg. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut serta dalam perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2018. Tuan Yang di-Pertua, pada 21 Oktober 2017 yang lalu telah berlaku satu kemalangan tragis di tapak pembinaan skim perumahan mampu milik di Lembah Permai, Tanjung Bungah yang telah mengorbankan 11 nyawa pekerja termasuk seorang rakyat Malaysia. Kejadian ini merupakan satu tragedi yang menyayat hati lebih-lebih lagi buat keluarga mangsa. Saya sendiri berada di sana selama dua hari dan berasa sangat sayu apabila melihat pasukan penyelamat menarik keluar mayat mangsa satu demi satu dari runtuhan. Tidak boleh dinafikan bahawa jentera Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bertindak dengan cukup cepat dan tegas. Dalam masa kurang sejam peristiwa berlaku pemimpin negeri sudah berada di lokasi untuk membantu mengawal keadaan dan juga memudah cara operasi mencari dan menyelamat bersama-sama dengan semua agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan lain-lain lagi. Pada tengah hari itu juga, Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri melawat tapak tersebut dan terus mengumumkan bahawa sebuah suruhanjaya siasatan negeri yang bebas akan diwujudkan bagi memastikan tiada perkara disembunyikan demi mengenal pasti punca kemalangan. Suruhanjaya tersebut juga diberi mandat untuk memanggil sesiapa sahaja untuk disoal siasat. Tambahan kepada itu semua minit mesyuarat dan surat-surat rasmi yang berkaitan dengan projek tersebut telah didedahkan, telah di classify atas nama ketelusan. Pada masa yang sama arahan berhenti kerja dikenakan dengan segera kepada pemaju sementara perunding profesional dan kontraktor utama yang terlibat dalam projek tersebut di senarai hitamkan sehingga keputusan siasatan diperoleh. Di samping itu, kerajaan negeri juga memerintahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk membuat laporan polis untuk menyiasat kemungkinan terjadinya kecuaian profesional ataupun profesional negligence. Bagi kerajaan negeri, keutamaan adalah untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke muka pengadilan. Tidak ada kompromi dalam hal ini. Walaupun menunjukkan tahap komitmen yang tinggi kerajaan negeri terpaksa berhadapan media arus perdana dan pihak-pihak tertentu yang ingin mengambinghitamkan kerajaan negeri seolah-olah peristiwa itu merupakan salah kerajaan negeri. Mereka cuba menggambarkan kononnya kerajaan negeri tidak menuruti tatacara pengendalian serta prosedur... #1810. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Mertajam Yang Berhormat. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: Oh ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera. Setuju kah Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera jika saya katakan bahawa piawaian yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutamanya hal berkaitan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Negeri merupakan satu piawaian yang, akauntabiliti yang amat tinggi sekali terutamanya dalam konteks di mana dalam negara ini banyak bencana-bencana seperti lah Highland Towers pada tahun 90-an, Genting Highlands car crash, bus crash. Baru-baru ini MH 370 sampai hari ini tidak ada apa-apa suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat bencana tersebut walaupun telah banyak kali dibangkitkan oleh pembangkang. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: Ya, terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya sangat setuju dengan kenyataan rakan saya. Sudah terbukti bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah kerajaan yang amat komited terhadap ketelusan. Sebenarnya banyak ya tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan saya boleh katakan kebanyakan merupakan fitnah semata-mata. Saya amat kesal dengan pihak-pihak yang mempolitikkan tragedi ini. Contohnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan negeri kerana meluluskan projek walaupun menerima bantahan daripada Jabatan Alam Sekitar ataupun DOE mengenai kuari serta lereng bukit yang curam.
79
91
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
80 DR.31.10.2017 Namun dalam kenyataan kementerian, dalam pada 22 Oktober, kerajaan negeri didakwa tidak menerima nasihat DOE untuk mendapatkan penilaian Impak Alam Sekitar ataupun EIA. Kenyataan ini sungguh tidak bertanggungjawab dan berniat untuk mengelirukan. Apabila semakan dibuat, ulasan daripada DOE melalui surat bertarikh 23 Januari 2015 menyatakan bahawa mereka tidak menyokong permohonan pemajuan tersebut atas sebab jarak kuari yang berdekatan dan langsung tidak menyebut mengenai lereng bukit ataupun keperluan EIA. Anehnya DOE pula tidak membantah apabila kerajaan negeri terdahulu meluluskan Kolej Tunku Abdul Rahman yang terletak bersebelahan projek di mana kemalangan berlaku malah jaraknya dari kuari juga lebih kurang sama, malah lebih dekat kepada tapak letupan. Tidak kah ini membuktikan sikap dwi standard DOE. Pada masa yang sama rakan-rakan saya dari negeri Sarawak telah memaklumkan bahawa terdapat dua kuari di Kuching, satu di Batu 7 dan satu lagi di Batu Stigang yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan dengan jarak antara 250 meter hingga 350 meter sahaja dari tapak letupan. Jauh lagi dekat. Jadi mengapakah DOE boleh bertindak membantah projek perumahan mampu milik di Tanjung Bungah tapi membantah projek yang lebih teruk pelanggaran syaratnya. Sehubungan dengan itu kementerian juga senyap mengenai hakikat bahawa Jabatan Mineral dan Geosains juga sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah memberi lampu hijau kepada pemajuan yang sama di Tanjung Bungah. Perlu ditekankan di sini bahawa JMG, jabatan tersebut merupakan agensi pakar bagi aktiviti perlombongan termasuk kuari serta kestabilan tanah dan lereng bukit. Dalam erti kata lain, ulasan JMG dalam hal ini adalah lebih kritikal berbanding agensi-agensi lain dan kelulusan telah diberikan oleh pihak berkuasa tempatan atas dasar sokongan daripada agensi pakar JMG sendiri. Pada masa yang lain, selain daripada DOE, tidak ada jabatan teknikal lain yang membantah projek tersebut. Pun begitu kenyataan turut dibuat dalam Dewan yang mulia ini oleh Yang Berhormat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mendakwa kononnya Pelan Malaysia, dahulunya dikenali sebagai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah menolak permohonan pemajuan. Saya tahu rakan saya, Yang Berhormat Bukit Mertajam ada dalam Dewan ketika itu. Namun menurut surat jabatan itu sendiri kepada pihak berkuasa tempatan yang bertarikh 11 Disember 2014, mereka langsung tidak membantah malah menyatakan tidak ada halangan. Jadi saya ingin tambah di sini bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya mengamalkan syarat yang lebih ketat dalam hal pembangunan lereng bukit berbanding dengan kerajaan persekutuan. Di Pulau Pinang kerajaan negeri melarang sama sekali pembangunan yang melebihi... Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Sekali lagi. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: ...Setinggi 76 meter. Yang Berhormat Ipoh Timur. Cepat ya. Tuan Su Keong Siong [Ipoh Timur]: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Setuju atau tidak Yang Berhormat Bukit Bendera fakta bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dengan secepat mungkin menubuhkan siasatan Suruhanjaya Diraja. Menunjuk bahawa kerajaan negeri tidak takut langsung tentang isu pematuhan ke atas guidelines yang dinyatakan ini. Menunjukkan mereka tidak ada langsung apa-apa untuk disembunyikan. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: Saya sangat setuju dan memang tidak ada apa-apa untuk ditakuti. Seperti mana yang saya hendak beritahu ini, di Pulau Pinang pembangunan... Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: [Bangun] Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: ...Melebihi 76 meter dari paras laut tidak dibenarkan. Manakala Kerajaan Persekutuan menggunakan garis panduan 300 meter. Jadi ini membuktikan bahawa kerajaan negeri amat tegas dalam hal pembangunan. Tidak seperti dakwaan oleh sesetengah pihak. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Minta penjelasan. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: Jelas. Tidak cukup masa. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Sikit saja.
Namun dalam kenyataan kementerian, dalam pada 22 Oktober, kerajaan negeri didakwa tidak menerima nasihat DOE untuk mendapatkan penilaian Impak Alam Sekitar ataupun EIA. Kenyataan ini sungguh tidak bertanggungjawab dan berniat untuk mengelirukan. Apabila semakan dibuat, ulasan daripada DOE melalui surat bertarikh 23 Januari 2015 menyatakan bahawa mereka tidak menyokong permohonan pemajuan tersebut atas sebab jarak kuari yang berdekatan dan langsung tidak menyebut mengenai lereng bukit ataupun keperluan EIA. Anehnya DOE pula tidak membantah apabila kerajaan negeri terdahulu meluluskan Kolej Tunku Abdul Rahman yang terletak bersebelahan projek di mana kemalangan berlaku malah jaraknya dari kuari juga lebih kurang sama, malah lebih dekat kepada tapak letupan. Tidak kah ini membuktikan sikap dwi standard DOE. Pada masa yang sama rakan-rakan saya dari negeri Sarawak telah memaklumkan bahawa terdapat dua kuari di Kuching, satu di Batu 7 dan satu lagi di Batu Stigang yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan dengan jarak antara 250 meter hingga 350 meter sahaja dari tapak letupan. Jauh lagi dekat. Jadi mengapakah DOE boleh bertindak membantah projek perumahan mampu milik di Tanjung Bungah tapi membantah projek yang lebih teruk pelanggaran syaratnya. Sehubungan dengan itu kementerian juga senyap mengenai hakikat bahawa Jabatan Mineral dan Geosains juga sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah memberi lampu hijau kepada pemajuan yang sama di Tanjung Bungah. Perlu ditekankan di sini bahawa JMG, jabatan tersebut merupakan agensi pakar bagi aktiviti perlombongan termasuk kuari serta kestabilan tanah dan lereng bukit. Dalam erti kata lain, ulasan JMG dalam hal ini adalah lebih kritikal berbanding agensi-agensi lain dan kelulusan telah diberikan oleh pihak berkuasa tempatan atas dasar sokongan daripada agensi pakar JMG sendiri. Pada masa yang lain, selain daripada DOE, tidak ada jabatan teknikal lain yang membantah projek tersebut. Pun begitu kenyataan turut dibuat dalam Dewan yang mulia ini oleh Yang Berhormat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mendakwa kononnya Pelan Malaysia, dahulunya dikenali sebagai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah menolak permohonan pemajuan. Saya tahu rakan saya, Yang Berhormat Bukit Mertajam ada dalam Dewan ketika itu. Namun menurut surat jabatan itu sendiri kepada pihak berkuasa tempatan yang bertarikh 11 Disember 2014, mereka langsung tidak membantah malah menyatakan tidak ada halangan. Jadi saya ingin tambah di sini bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya mengamalkan syarat yang lebih ketat dalam hal pembangunan lereng bukit berbanding dengan kerajaan persekutuan. Di Pulau Pinang kerajaan negeri melarang sama sekali pembangunan yang melebihi... Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Sekali lagi. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: ...Setinggi 76 meter. Yang Berhormat Ipoh Timur. Cepat ya. Tuan Su Keong Siong [Ipoh Timur]: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Setuju atau tidak Yang Berhormat Bukit Bendera fakta bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dengan secepat mungkin menubuhkan siasatan Suruhanjaya Diraja. Menunjuk bahawa kerajaan negeri tidak takut langsung tentang isu pematuhan ke atas guidelines yang dinyatakan ini. Menunjukkan mereka tidak ada langsung apa-apa untuk disembunyikan. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: Saya sangat setuju dan memang tidak ada apa-apa untuk ditakuti. Seperti mana yang saya hendak beritahu ini, di Pulau Pinang pembangunan... Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: [Bangun]. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: ...Melebihi 76 meter dari paras laut tidak dibenarkan. Manakala Kerajaan Persekutuan menggunakan garis panduan 300 meter. Jadi ini membuktikan bahawa kerajaan negeri amat tegas dalam hal pembangunan. Tidak seperti dakwaan oleh sesetengah pihak. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Minta penjelasan. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: Jelas. Tidak cukup masa. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Sikit saja.
80
92
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 81 Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: Okey, okey. Baik, baik. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua juga Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera. Tadi disebut tentang nama saya ada, so saya rasa saya perlu mencelah sikit. Tentang kenyataan Ahli Yang Berhormat Tanjong Karang yang merupakan Yang Berhormat Menteri. Saya rasa adakah ahli Yang Berhormat Bukit Bendera setuju bahawa kenyataan beliau sememangnya bertujuan untuk memesongkan fakta, mempolitikkan isu ini dan juga mengelirukan Dewan. Beliau mencabar saya untuk mengemukakan usul dan saya juga telah mengemukakan usul. Saya juga mohon supaya Tuan Yang di-Pertua akan memberikan satu keputusan yang adil terhadap isu ini. Terima kasih. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: Yang Berhormat Bukit Mertajam, pihak di sebelah sana itu memang berniat buruk ya. Selalu memfitnah dan menyalahkan kerajaan negeri.Seperti mana dalam kes ini dan saya sebenarnya mengecam tindak tanduk sedemikian kerana ia hanya akan mengganggu siasatan yang sedang dilakukan serta menimbulkan kesusahan hati khususnya bagi keluarga mangsa. Jadi saya memang merasa bahawa tindakan mereka adalah amat keji dan tidak patut mempolitikkan. Tuan Yang di-Pertua, rentetan tragedi di Tanjung Bungah, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang telah menunjukkan dedikasi dan sikap kerja yang tidak mengenal putus asa. Usaha mereka yang berterusan selama 48 jam berturut- turut telah memungkinkan ke semua mayat mangsa dikeluarkan dengan segera walaupun tertimbus dalam runtuhan yang begitu besar. Seramai lebih kurang 200 anggota bomba telah berkampung di kawasan kemalangan siang dan malam dalam membentuk 3 kumpulan yang bekerja secara bergilir- gilir bagi membolehkan operasi penyelamatan dilakukan 24 jam tanpa henti. Justeru, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan daripada 5 buah Balai Bomba iaitu Bagan Jermal, Perai, Jalan Perak, Paya Terubong dan Kepala Batas atas komitmen mereka dalam menghadapi situasi yang mencabar ini. Pada masa yang sama, operasi tidak akan berjaya tanpa bantuan dan sokongan daripada pasukan ibu pejabat daripada Putrajaya serta pasukan SMART, pasukan STORM dan Unit Pengesan K-9 yang telah menyumbang kepakaran mereka. Tidak dilupai juga pasukan-pasukan bomba sukarela yang telah membantu dalam operasi tersebut. Semua warga bomba telah sekali lagi membuktikan bahawa mereka mempunyai kepakaran teknikal yang serba boleh dan mampu menghadapi apa juga cabaran. Operasi yang dilakukan tidak mudah ya apabila terdapat banyak cerucuk besi, batuan besar serta tanah liat yang melambatkan usaha mencari dan menyelamat. Mujur dengan kepakaran pasukan bomba, segala cabaran dapat diatasi dalam masa yang singkat. Walaupun sentiasa berhadapan dengan risiko yang amat tinggi khususnya semasa kebakaran atau operasi penyelamatan dalam keadaan tanah runtuh, banjir dan musibah lain, pengorbanan anggota bomba sering kali kurang diiktiraf. Ini jelas terbukti apabila skim perkhidmatan mereka yang terletak di bawah Perkhidmatan Awam Am dianggap lebih rendah tarafnya berbanding dengan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Oleh yang demikian, saya ingin mengulangi cadangan yang pernah saya kemukakan di dalam Dewan yang mulia ini iaitu untuk menyelaraskan Skim Gaji Anggota Bomba agar setaraf dengan pasukan polis kerana pelaksanaan tugas dan tanggungjawab pasukan bomba secara lazimnya mendedahkan mereka kepada keadaan yang berisiko tinggi dan yang amat sukar dan berbahaya. Pada masa yang sama, elaun dan kemudahan pegawai bomba juga harus dikaji semula agar setimpal dengan tanggungjawab mereka serta kos sara hidup yang kian meningkat. Sebagai contoh beban kerja anggota bomba di kawasan bandar adalah jauh lebih berat berbanding rakan sejawatan mereka di kawasan luar bandar atau separuh bandar. Kadar kemalangan, kebakaran dan bencana adalah tidak sekerap berbanding di bandar. Tambahan lagi kos untuk menyara hidup, menyara diri dan keluarga di kawasan bandar adalah jauh lagi mahal. Namun tidak ada elaun khas atau elaun tambahan selain daripada bantuan sara hidup (COLA) yang tidak seberapa. Seharusnya patut diwujudkan satu elaun khas umpamanya elaun risiko ataupun risk allowance yang menjadi kelaziman di negara-negara lain berdasarkan kesukaran kerja dan tahap bahayanya sesebuah zon atau kawasan. Sudah tiba masanya kita menghargai jasa
Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: Okey, okey. Baik, baik. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua juga Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera. Tadi disebut tentang nama saya ada, so saya rasa saya perlu mencelah sikit. Tentang kenyataan Ahli Yang Berhormat Tanjong Karang yang merupakan Yang Berhormat Menteri. Saya rasa adakah ahli Yang Berhormat Bukit Bendera setuju bahawa kenyataan beliau sememangnya bertujuan untuk memesongkan fakta, mempolitikkan isu ini dan juga mengelirukan Dewan. Beliau mencabar saya untuk mengemukakan usul dan saya juga telah mengemukakan usul. Saya juga mohon supaya Tuan Yang di-Pertua akan memberikan satu keputusan yang adil terhadap isu ini. Terima kasih. Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera]: Yang Berhormat Bukit Mertajam, pihak di sebelah sana itu memang berniat buruk ya. Selalu memfitnah dan menyalahkan kerajaan negeri.Seperti mana dalam kes ini dan saya sebenarnya mengecam tindak tanduk sedemikian kerana ia hanya akan mengganggu siasatan yang sedang dilakukan serta menimbulkan kesusahan hati khususnya bagi keluarga mangsa. Jadi saya memang merasa bahawa tindakan mereka adalah amat keji dan tidak patut mempolitikkan. Tuan Yang di-Pertua, rentetan tragedi di Tanjung Bungah, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang telah menunjukkan dedikasi dan sikap kerja yang tidak mengenal putus asa. Usaha mereka yang berterusan selama 48 jam berturut- turut telah memungkinkan ke semua mayat mangsa dikeluarkan dengan segera walaupun tertimbus dalam runtuhan yang begitu besar. Seramai lebih kurang 200 anggota bomba telah berkampung di kawasan kemalangan siang dan malam dalam membentuk 3 kumpulan yang bekerja secara bergilir- gilir bagi membolehkan operasi penyelamatan dilakukan 24 jam tanpa henti. Justeru, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan daripada 5 buah Balai Bomba iaitu Bagan Jermal, Perai, Jalan Perak, Paya Terubong dan Kepala Batas atas komitmen mereka dalam menghadapi situasi yang mencabar ini. Pada masa yang sama, operasi tidak akan berjaya tanpa bantuan dan sokongan daripada pasukan ibu pejabat daripada Putrajaya serta pasukan SMART, pasukan STORM dan Unit Pengesan K-9 yang telah menyumbang kepakaran mereka. Tidak dilupai juga pasukan-pasukan bomba sukarela yang telah membantu dalam operasi tersebut. Semua warga bomba telah sekali lagi membuktikan bahawa mereka mempunyai kepakaran teknikal yang serba boleh dan mampu menghadapi apa juga cabaran. Operasi yang dilakukan tidak mudah ya apabila terdapat banyak cerucuk besi, batuan besar serta tanah liat yang melambatkan usaha mencari dan menyelamat. Mujur dengan kepakaran pasukan bomba, segala cabaran dapat diatasi dalam masa yang singkat. Walaupun sentiasa berhadapan dengan risiko yang amat tinggi khususnya semasa kebakaran atau operasi penyelamatan dalam keadaan tanah runtuh, banjir dan musibah lain, pengorbanan anggota bomba sering kali kurang diiktiraf. Ini jelas terbukti apabila skim perkhidmatan mereka yang terletak di bawah Perkhidmatan Awam Am dianggap lebih rendah tarafnya berbanding dengan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Oleh yang demikian, saya ingin mengulangi cadangan yang pernah saya kemukakan di dalam Dewan yang mulia ini iaitu untuk menyelaraskan Skim Gaji Anggota Bomba agar setaraf dengan pasukan polis kerana pelaksanaan tugas dan tanggungjawab pasukan bomba secara lazimnya mendedahkan mereka kepada keadaan yang berisiko tinggi dan yang amat sukar dan berbahaya. Pada masa yang sama, elaun dan kemudahan pegawai bomba juga harus dikaji semula agar setimpal dengan tanggungjawab mereka serta kos sara hidup yang kian meningkat. Sebagai contoh beban kerja anggota bomba di kawasan bandar adalah jauh lebih berat berbanding rakan sejawatan mereka di kawasan luar bandar atau separuh bandar. Kadar kemalangan, kebakaran dan bencana adalah tidak sekerap berbanding di bandar. Tambahan lagi kos untuk menyara hidup, menyara diri dan keluarga di kawasan bandar adalah jauh lagi mahal. Namun tidak ada elaun khas atau elaun tambahan selain daripada bantuan sara hidup (COLA) yang tidak seberapa. Seharusnya patut diwujudkan satu elaun khas umpamanya elaun risiko ataupun risk allowance yang menjadi kelaziman di negara-negara lain berdasarkan kesukaran kerja dan tahap bahayanya sesebuah zon atau kawasan. Sudah tiba masanya kita menghargai jasa.
81
93
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
82 DR.31.10.2017 dan pengorbanan anggota bomba kita. Tanpa wirawan kita ini, bagaimanakah boleh kita berhadapan dengan bencana-bencana yang melanda negara kita. ■1820 Oleh itu, saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan penyemakan semula skim perkhidmatan bomba dan menaikkan gaji agar setaraf dengan rakan polis mereka. Dalam pada itu, semakan skala gaji serta penambahan elaun dan kemudahan sudah tentu akan menjadikan kerjaya ini lebih menarik kepada generasi muda. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada penangkapan penulis terkenal yang berasal dari Turki iaitu Mustafa Akyol atas tuduhan mengajar tanpa tauliah. Pada 25 September yang lalu, beliau telah dihalang daripada menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan kemudiannya ditahan oleh polis sehingga keesokan hari. Pada masa yang sama, bukunya yang berjudul, ‘Islam Without Extremes: A Muslim Case for Liberty’, serta terjemahannya dalam Bahasa Melayu telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Ironinya, Mustafa dikenakan tindakan yang dilihat dunia sebagai melampau, sedangkan beliau secara lazimnya menulis dan bersyarah mengenai Islam sebagai agama keamanan yang menghormati hak individu. Dalam pada itu, dengan menangkap dan menahan seorang cendekia awam yang berjuang untuk Islam yang sederhana dan toleran di persada dunia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) secara langsung telah menjadikan agenda wasatiyyah Perdana Menteri sebagai bahan jenaka. Orang yang bercakap mengenai kesederhanaan pula yang ditangkap dan beliau ditangkap ekoran syarahannya di beberapa forum dan syarahan yang bertempat di hotel dan universiti. Semua program-program tersebut berbentuk akademik, malah dahulu saya sendiri pernah menjemput Mustafa Akyol itu untuk berucap dalam program anjuran Penang Institute. Sebelum ini tidak pernah pula ada masalah apabila beliau atau tokoh-tokoh sarjana lain memberi kuliah awam mengenai topik-topik yang berkait dengan agama Islam. Jabatan Agama pula hanya mengambil tindakan terhadap penceramah yang bercakap di masjid tanpa permit. Namun, Mustafa tidak berucap di masjid, justeru apakah seseorang itu kini memerlukan keizinan bagi membincangkan Islam di luar masjid juga? Adakah semua pensyarah universiti akan ditangkap jika menyampaikan modul berkenaan kajian Islam tanpa mendapatkan tauliah? Bagaimana pula dengan seorang bapa yang mengajar anaknya di rumah mengenai asas-asas Rukun Islam atau ahli-ahli politik yang suka memetik Quran dan Hadis dalam ceramah mereka? Adakah semua akan ditangkap juga? Pokoknya, isu tauliah ini sangat bermasalah dan saya khuatir kini ia bertindak sebagai alat cengkaman ke atas semua Muslim apabila hanya mereka yang diberi lesen oleh pihak berkuasa berhak untuk bercakap dan berbincang mengenai agama Islam. Maka, ia akan menjejaskan pada saya, Tuan Yang di-Pertua, perkembangan intelektual Islam. Pendekatan ini juga seolah-olah menganggap semua Muslim sebagai orang bodoh yang senang keliru. Pada dasarnya, isu ini timbul akibat dua enakmen syariah. Pertamanya, seksyen 11(1), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang berbunyi, “Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 96, Akta Pentadbiran adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya”. Istilah yang digunakan iaitu ‘mengajar’ ini terlalu luas dan tidak ditakrifkan secara jelas. Apakah yang dimaksudkan dengan mengajar? Jika dahulu, memberi tazkirah di masjid dianggap mengajar tetapi sekarang, adakah perbincangan akademik pun turut dianggap sebagai mengajar kuliah agama? Seperkara lagi berkenaan frasa, “Apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam”, ini juga tidak ditakrifkan dengan tuntas. Adakah kita di Dewan yang mulia juga dilarang daripada membincangkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah? Jadi sehubungan dengan itu, permasalahan juga timbul daripada seksyen 96, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 yang memperuntukkan pembentukan Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama iaitu badan yang mempunyai kuasa untuk memberi tauliah.
dan pengorbanan anggota bomba kita. Tanpa wirawan kita ini, bagaimanakah boleh kita berhadapan dengan bencana-bencana yang melanda negara kita. #1820. Oleh itu, saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan penyemakan semula skim perkhidmatan bomba dan menaikkan gaji agar setaraf dengan rakan polis mereka. Dalam pada itu, semakan skala gaji serta penambahan elaun dan kemudahan sudah tentu akan menjadikan kerjaya ini lebih menarik kepada generasi muda. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada penangkapan penulis terkenal yang berasal dari Turki iaitu Mustafa Akyol atas tuduhan mengajar tanpa tauliah. Pada 25 September yang lalu, beliau telah dihalang daripada menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan kemudiannya ditahan oleh polis sehingga keesokan hari. Pada masa yang sama, bukunya yang berjudul, 'Islam Without Extremes: A Muslim Case for Liberty', serta terjemahannya dalam Bahasa Melayu telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Ironinya, Mustafa dikenakan tindakan yang dilihat dunia sebagai melampau, sedangkan beliau secara lazimnya menulis dan bersyarah mengenai Islam sebagai agama keamanan yang menghormati hak individu. Dalam pada itu, dengan menangkap dan menahan seorang cendekia awam yang berjuang untuk Islam yang sederhana dan toleran di persada dunia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) secara langsung telah menjadikan agenda wasatiyyah Perdana Menteri sebagai bahan jenaka. Orang yang bercakap mengenai kesederhanaan pula yang ditangkap dan beliau ditangkap ekoran syarahannya di beberapa forum dan syarahan yang bertempat di hotel dan universiti. Semua program-program tersebut berbentuk akademik, malah dahulu saya sendiri pernah menjemput Mustafa Akyol itu untuk berucap dalam program anjuran Penang Institute. Sebelum ini tidak pernah pula ada masalah apabila beliau atau tokoh-tokoh sarjana lain memberi kuliah awam mengenai topik-topik yang berkait dengan agama Islam. Jabatan Agama pula hanya mengambil tindakan terhadap penceramah yang bercakap di masjid tanpa permit. Namun, Mustafa tidak berucap di masjid, justeru apakah seseorang itu kini memerlukan keizinan bagi membincangkan Islam di luar masjid juga? Adakah semua pensyarah universiti akan ditangkap jika menyampaikan modul berkenaan kajian Islam tanpa mendapatkan tauliah? Bagaimana pula dengan seorang bapa yang mengajar anaknya di rumah mengenai asas-asas Rukun Islam atau ahli-ahli politik yang suka memetik Quran dan Hadis dalam ceramah mereka? Adakah semua akan ditangkap juga?. Pokoknya, isu tauliah ini sangat bermasalah dan saya khuatir kini ia bertindak sebagai alat cengkaman ke atas semua Muslim apabila hanya mereka yang diberi lesen oleh pihak berkuasa berhak untuk bercakap dan berbincang mengenai agama Islam. Maka, ia akan menjejaskan pada saya, Tuan Yang di-Pertua, perkembangan intelektual Islam. Pendekatan ini juga seolah-olah menganggap semua Muslim sebagai orang bodoh yang senang keliru. Pada dasarnya, isu ini timbul akibat dua enakmen syariah. Pertamanya, seksyen 11(1), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang berbunyi, "Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 96, Akta Pentadbiran adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya". Istilah yang digunakan iaitu 'mengajar' ini terlalu luas dan tidak ditakrifkan secara jelas. Apakah yang dimaksudkan dengan mengajar? Jika dahulu, memberi tazkirah di masjid dianggap mengajar tetapi sekarang, adakah perbincangan akademik pun turut dianggap sebagai mengajar kuliah agama? Seperkara lagi berkenaan frasa, "Apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam", ini juga tidak ditakrifkan dengan tuntas. Adakah kita di Dewan yang mulia juga dilarang daripada membincangkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah?. Jadi sehubungan dengan itu, permasalahan juga timbul daripada seksyen 96, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 yang memperuntukkan pembentukan Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama iaitu badan yang mempunyai kuasa untuk memberi tauliah.
82
94
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 83 Sekali lagi takrifan dalam seksyen ini tidak jelas dan terlalu luas. Kuasa yang diberikan terlalu bersifat arbitrari dan sangat bergantung pada budi bicara. Kesimpulannya, perlu adanya kajian semula mengenai konsep tauliah ini. Berdasarkan peruntukan undang- undang sedia ada, ia tidak jelas dan senang disalahgunakan sebagai alat untuk mengekang kebebasan bersuara, kebebasan akademik dan juga kebebasan-kebebasan asasi lain yang termaktub dalam Bahagian 2, Perlembagaan Persekutuan. Ini bukan pendapat saya seorang Tuan Yang di-Pertua, tetapi juga pendapat mantan Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Sri Mohd. Hishamudin Yunus serta pakar undang-undang Islam seperti Profesor Syed Saleem Faruqi. Sebagai pelindung perlembagaan, kita selaku Ahli Dewan yang mulia ini tidak boleh membiarkan kebebasan asasi yang terkandung dalam undang-undang tertinggi negara kita dicabul dengan begitu sahaja. Bukan setakat Mustafa Akyol yang tertindas, malah rakyat kita juga sering dimangsakan. Ambil sebagai contoh, pengurus kedai buku Nik Raina Nik Abdul Aziz yang didakwa dalam mahkamah hanya kerana bekerja dalam kedai buku yang menjual buku terlarang. Kini Pengerusi Islamic Renaissance Front, sahabat saya Dato’ Dr. Ahmad Farouk Musa pula berhadapan dengan dakwaan bersubahat dengan Mustafa Akyol. Di samping itu, buku ‘Wacana Pemikiran Reformis’, Jilid I dan Jilid II, karangan Ahmad Farouk juga diharamkan bersama dengan buku-buku ahli akademik Faisal Tehrani dan yang lebih menghairankan, buku ‘Breaking the Silence: Voices of Moderation - Islam in a Constitutional Democracy’ iaitu buku yang dihasilkan oleh G25, sekumpulan bekas pegawai awam kanan negara kita turut menjadi buku terlarang. Kerajaan harus menjelaskan, apakah sebab-sebab spesifik yang mendorong kepada pengharaman buku-buku tersebut? Ini tidak termasuk lagi buku-buku komik seperti buku Zunar, masakan dengan kartun pun kerajaan takut? Tidakkah tindakan ini merupakan suatu yang regresif dan mendatangkan aib kepada negara? Malah, Penang Institute dalam satu kajian bertajuk, ‘The Policing and Politics of the Malay Language’, telah mendapati bahawa Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan sebanyak 1,695 buku dari tahun 1971 sehingga sekarang. Daripada jumlah tersebut, 556 adalah dalam Bahasa Melayu, 516 dalam bahasa Inggeris, 450 dalam bahasa Cina. Jelas, kita sedang menjurus kepada negara yang begitu menekan dan menindas pemikiran. Jika kerajaan bersungguh-sungguh mahu memelihara dan memartabatkan Islam, dasar-dasar agresif seperti pengharaman buku serta kelemahan-kelemahan dalam undang- undang pentadbiran agama Islam perlu dikaji semula dan diperbaiki. Sekiranya dibiarkan, masyarakat kita akan menjadi dangkal dan jumud. Tuan Yang di-Pertua, justeru saya menyokong cadangan Ketua Parlimen DAP iaitu Ahli dari Gelang Patah untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Parlimen bagi mengkaji semula larangan ke atas semua buku-buku yang terlarang. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak seharusnya takut dengan ilmu dalam buku, apatah lagi dengan dunia moden ini di mana sesiapa sahaja boleh mendapatkan, mencapai apa-apa penulisan melalui internet. Tidak ada gunanya kita mengharamkan, lebih baik kita menggalakkan budaya pemikiran kritis dan wacana ilmiah agar rakyat kita boleh menjadi lebih bijak dalam menilai. Jadi, sekian sahaja ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Kangsar. 6.28 ptg. Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Pekan telah membentangkan bajet merangkumi dua faktor terpenting iaitu kesejahteraan rakyat dan keduanya, cabaran masa depan negara dan meletakkan kepentingan rakyat di tangga teratas. Pembentangan bajet Yang Amat Berhormat Pekan telah memperuntukkan RM280.25 bilion bukan sahaja inklusif tetapi juga komprehensif. Hasil kerajaan dikembalikan kepada rakyat dan mempunyai ciri-ciri kelestarian yang menjangkau masa, strata dan akan membantu ekonomi yang mampan dan teguh. Bajet ini menyokong usaha menambahkan pendapatan rakyat dan juga menepati prasarana yang selesa untuk pelabur asing. Ia realistik dan boleh berjaya memberi daya
Sekali lagi takrifan dalam seksyen ini tidak jelas dan terlalu luas. Kuasa yang diberikan terlalu bersifat arbitrari dan sangat bergantung pada budi bicara. Kesimpulannya, perlu adanya kajian semula mengenai konsep tauliah ini. Berdasarkan peruntukan undang- undang sedia ada, ia tidak jelas dan senang disalahgunakan sebagai alat untuk mengekang kebebasan bersuara, kebebasan akademik dan juga kebebasan-kebebasan asasi lain yang termaktub dalam Bahagian 2, Perlembagaan Persekutuan. Ini bukan pendapat saya seorang Tuan Yang di-Pertua, tetapi juga pendapat mantan Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Sri Mohd. Hishamudin Yunus serta pakar undang-undang Islam seperti Profesor Syed Saleem Faruqi. Sebagai pelindung perlembagaan, kita selaku Ahli Dewan yang mulia ini tidak boleh membiarkan kebebasan asasi yang terkandung dalam undang-undang tertinggi negara kita dicabul dengan begitu sahaja. Bukan setakat Mustafa Akyol yang tertindas, malah rakyat kita juga sering dimangsakan. Ambil sebagai contoh, pengurus kedai buku Nik Raina Nik Abdul Aziz yang didakwa dalam mahkamah hanya kerana bekerja dalam kedai buku yang menjual buku terlarang. Kini Pengerusi Islamic Renaissance Front, sahabat saya Dato' Dr. Ahmad Farouk Musa pula berhadapan dengan dakwaan bersubahat dengan Mustafa Akyol. Di samping itu, buku 'Wacana Pemikiran Reformis', Jilid I dan Jilid II, karangan Ahmad Farouk juga diharamkan bersama dengan buku-buku ahli akademik Faisal Tehrani dan yang lebih menghairankan, buku 'Breaking the Silence: Voices of Moderation- Islam in a Constitutional Democracy' iaitu buku yang dihasilkan oleh G25, sekumpulan bekas pegawai awam kanan negara kita turut menjadi buku terlarang. Kerajaan harus menjelaskan, apakah sebab-sebab spesifik yang mendorong kepada pengharaman buku-buku tersebut? Ini tidak termasuk lagi buku-buku komik seperti buku Zunar, masakan dengan kartun pun kerajaan takut? Tidakkah tindakan ini merupakan suatu yang regresif dan mendatangkan aib kepada negara? Malah, Penang Institute dalam satu kajian bertajuk, 'The Policing and Politics of the Malay Language', telah mendapati bahawa Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan sebanyak 1,695 buku dari tahun 1971 sehingga sekarang. Daripada jumlah tersebut, 556 adalah dalam Bahasa Melayu, 516 dalam bahasa Inggeris, 450 dalam bahasa Cina. Jelas, kita sedang menjurus kepada negara yang begitu menekan dan menindas pemikiran. Jika kerajaan bersungguh-sungguh mahu memelihara dan memartabatkan Islam, dasar-dasar agresif seperti pengharaman buku serta kelemahan-kelemahan dalam undang- undang pentadbiran agama Islam perlu dikaji semula dan diperbaiki. Sekiranya dibiarkan, masyarakat kita akan menjadi dangkal dan jumud. Tuan Yang di-Pertua, justeru saya menyokong cadangan Ketua Parlimen DAP iaitu Ahli dari Gelang Patah untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Parlimen bagi mengkaji semula larangan ke atas semua buku-buku yang terlarang. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak seharusnya takut dengan ilmu dalam buku, apatah lagi dengan dunia moden ini di mana sesiapa sahaja boleh mendapatkan, mencapai apa-apa penulisan melalui internet. Tidak ada gunanya kita mengharamkan, lebih baik kita menggalakkan budaya pemikiran kritis dan wacana ilmiah agar rakyat kita boleh menjadi lebih bijak dalam menilai. Jadi, sekian sahaja ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Kangsar. 6.28 ptg. Datin Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Pekan telah membentangkan bajet merangkumi dua faktor terpenting iaitu kesejahteraan rakyat dan keduanya, cabaran masa depan negara dan meletakkan kepentingan rakyat di tangga teratas. Pembentangan bajet Yang Amat Berhormat Pekan telah memperuntukkan RM280.25 bilion bukan sahaja inklusif tetapi juga komprehensif. Hasil kerajaan dikembalikan kepada rakyat dan mempunyai ciri-ciri kelestarian yang menjangkau masa, strata dan akan membantu ekonomi yang mampan dan teguh. Bajet ini menyokong usaha menambahkan pendapatan rakyat dan juga menepati prasarana yang selesa untuk pelabur asing. Ia realistik dan boleh berjaya memberi daya.
83
95
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
84 DR.31.10.2017 tahan kepada ekonomi. Bajet ini juga dapat menepati kehendak semua kaum dan komuniti. Peruntukan-peruntukan yang diumumkan, membantu rakyat di luar bandar agar dapat menikmati kesan pembangunan negara, sama dan setaraf seperti mereka yang di bandar. Tuan Yang di-Pertua, bajet ini mensasarkan syarikat-syarikat PKS, bakal menyumbang 41 peratus kepada KPDNKK menjelang 2020. Maka, RM7 bilion telah diperuntukkan untuk SJPP iaitu Skim Pinjaman Perniagaan. Saya mohon supaya PKS yang dikenali dan tidak berapa dikenali, bersama-sama mendapat peruntukan di bawah SJPP ini. Mesti ada titik permulaan bagi mereka. Kalau tidak dikenali, mungkin keyakinan ke atas mereka juga kurang. Keupayaan mereka dan produk mereka seharusnya menjadi ukuran pertimbangan bagi setiap permohonan. ■1830 Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pekan kerana menitikberatkan Amanah Ikhtiar Malaysia, satu manifestasi kejayaan kerajaan ini dan tambah lagi kerana majoriti ahlinya adalah wanita. Ia adalah lifeline, dengan izin, bagi sebahagian besar wanita-wanita luar bandar yang memangkin usaha untuk mengubah nasib diri mereka dan keluarga. Di bawah usaha AIM, saya berpendapat lebih pendedahan harus dibuat untuk membantu ahli-ahlinya memajukan diri mereka di dalam bidang ekonomi digital. Satu skim khas harus diwujudkan mengambil kira rangsangan yang harus dibuat dalam jangka masa yang pendek. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Dalam pendekatan meningkatkan eksport, saya berpendapat RM100 juta yang disediakan sebagai pinjaman adalah baik, tetapi satu usaha yang lebih bersepadu harus dibuat bagi menambah lagi pengusaha-pengusaha syarikat bumiputera dalam industri perabot tempatan untuk tujuan eksport. Buat masa ini, peratusan pengusaha perabot bumiputera adalah amat rendah sekali sedangkan kerajaan sedang memacu industri ini kepada sasaran eksport RM53 bilion pada tahun 2020. Saya harap, kementerian menjana satu usaha yang memangkinkan lagi own design manufacturer di kalangan pengusaha bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang telah memperkenalkan lebih daripada sembilan inisiatif rumah-rumah mampu milik rakyat. Rumah- rumah ini telah berjaya membantu rakyat yang sebelum ini tidak mungkin layak dan tidak mungkin mampu memilikinya. Bagi rumah PR1MA, ia bukan hanya sebuah rumah. Ia adalah satu lifestyle atau gaya hidup berkomuniti yang mempunyai prasarana yang terbaik bagi kumpulan lingkungan umur tersebut. Harga rumah PR1MA sangat menepati dan mempunyai nilai tambah kepada nilai hidup yang lahir dari ilham Perdana Menteri sendiri. Bagi rumah PR1MA, inisiatif baru yang diperkenalkan iaitu skim step-up financing telah menggalakkan pemilikan rumah PR1MA. Namun, saya memohon kepada kementerian untuk berbincang semula dengan bank-bank yang memberi pinjaman untuk mengurangkan lagi faedah kepada peratusan yang lebih membantu. Walaupun banyak unit perumahan telah terbina, tetapi push factor, dengan izin, untuk menggalakkan kumpulan sasar memilikinya, golongan sasar merupakan golongan graduan muda ini mempunyai hutang-hutang kecil seperti pinjaman peribadi, hutang kad kredit dan hutang pinjaman PTPTN yang mungkin menjadi penghalang dan perlu lagi dibantu. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada perbahasan Bajet 2017 kerana memperuntukkan kepada Kuala Kangsar untuk pembinaan rumah PPR di kawasan RPA 4, Manong. Moga rumah PPR ini menjadi satu bukti keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional kepada pengundi PRK yang lalu. Rumah PPR yang bakal dibina adalah contoh terbaik. Satu manifestasi bahawa rumah mampu milik harus digalakkan untuk dibina di kawasan-kawasan PBT yang di luar kawasan bandar raya seperti Ipoh yang mempunyai kemudahan dalam logistik pengangkutan. Ini menggalakkan pekerja-pekerja duduk di tempat yang lebih murah, tetapi bekerja di sebuah bandar raya terdekat. Decentralizing ini, dengan izin, yang akan memberi peluang
tahan kepada ekonomi. Bajet ini juga dapat menepati kehendak semua kaum dan komuniti. Peruntukan-peruntukan yang diumumkan, membantu rakyat di luar bandar agar dapat menikmati kesan pembangunan negara, sama dan setaraf seperti mereka yang di bandar. Tuan Yang di-Pertua, bajet ini mensasarkan syarikat-syarikat PKS, bakal menyumbang 41 peratus kepada KPDNKK menjelang 2020. Maka, RM7 bilion telah diperuntukkan untuk SJPP iaitu Skim Pinjaman Perniagaan. Saya mohon supaya PKS yang dikenali dan tidak berapa dikenali, bersama-sama mendapat peruntukan di bawah SJPP ini. Mesti ada titik permulaan bagi mereka. Kalau tidak dikenali, mungkin keyakinan ke atas mereka juga kurang. Keupayaan mereka dan produk mereka seharusnya menjadi ukuran pertimbangan bagi setiap permohonan. #1830 Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pekan kerana menitikberatkan Amanah Ikhtiar Malaysia, satu manifestasi kejayaan kerajaan ini dan tambah lagi kerana majoriti ahlinya adalah wanita. Ia adalah lifeline, dengan izin, bagi sebahagian besar wanita-wanita luar bandar yang memangkin usaha untuk mengubah nasib diri mereka dan keluarga. Di bawah usaha AIM, saya berpendapat lebih pendedahan harus dibuat untuk membantu ahli-ahlinya memajukan diri mereka di dalam bidang ekonomi digital. Satu skim khas harus diwujudkan mengambil kira rangsangan yang harus dibuat dalam jangka masa yang pendek. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]. Dalam pendekatan meningkatkan eksport, saya berpendapat RM100 juta yang disediakan sebagai pinjaman adalah baik, tetapi satu usaha yang lebih bersepadu harus dibuat bagi menambah lagi pengusaha-pengusaha syarikat bumiputera dalam industri perabot tempatan untuk tujuan eksport. Buat masa ini, peratusan pengusaha perabot bumiputera adalah amat rendah sekali sedangkan kerajaan sedang memacu industri ini kepada sasaran eksport RM53 bilion pada tahun 2020. Saya harap, kementerian menjana satu usaha yang memangkinkan lagi own design manufacturer di kalangan pengusaha bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang telah memperkenalkan lebih daripada sembilan inisiatif rumah-rumah mampu milik rakyat. Rumah- rumah ini telah berjaya membantu rakyat yang sebelum ini tidak mungkin layak dan tidak mungkin mampu memilikinya. Bagi rumah PR1MA, ia bukan hanya sebuah rumah. Ia adalah satu lifestyle atau gaya hidup berkomuniti yang mempunyai prasarana yang terbaik bagi kumpulan lingkungan umur tersebut. Harga rumah PR1MA sangat menepati dan mempunyai nilai tambah kepada nilai hidup yang lahir dari ilham Perdana Menteri sendiri. Bagi rumah PR1MA, inisiatif baru yang diperkenalkan iaitu skim step-up financing telah menggalakkan pemilikan rumah PR1MA. Namun, saya memohon kepada kementerian untuk berbincang semula dengan bank-bank yang memberi pinjaman untuk mengurangkan lagi faedah kepada peratusan yang lebih membantu. Walaupun banyak unit perumahan telah terbina, tetapi push factor, dengan izin, untuk menggalakkan kumpulan sasar memilikinya, golongan sasar merupakan golongan graduan muda ini mempunyai hutang-hutang kecil seperti pinjaman peribadi, hutang kad kredit dan hutang pinjaman PTPTN yang mungkin menjadi penghalang dan perlu lagi dibantu. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada perbahasan Bajet 2017 kerana memperuntukkan kepada Kuala Kangsar untuk pembinaan rumah PPR di kawasan RPA 4, Manong. Moga rumah PPR ini menjadi satu bukti keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional kepada pengundi PRK yang lalu. Rumah PPR yang bakal dibina adalah contoh terbaik. Satu manifestasi bahawa rumah mampu milik harus digalakkan untuk dibina di kawasan-kawasan PBT yang di luar kawasan bandar raya seperti Ipoh yang mempunyai kemudahan dalam logistik pengangkutan. Ini menggalakkan pekerja-pekerja duduk di tempat yang lebih murah, tetapi bekerja di sebuah bandar raya terdekat. Decentralizing ini, dengan izin, yang akan memberi peluang.
84
96
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 85 pekerja-pekerja di bandar raya mencari rezeki dan dalam masa yang sama, memiliki rumah yang menjadi aset jangka masa panjang tanpa menyewa. Saya berharap lebih banyak modul rumah PPR seperti ini dibina dengan adanya daya dan sistem pengangkutan dan logistik negara yang kian lebih efisien dan harga tanah yang kian meningkat di lingkungan bandar raya di seluruh negara. Tahniah KPKT. Parlimen Kuala Kangsar mohon supaya pembangunan semula kawasan lembah dan tebing Sungai Perak, Kuala Kangsar dilaksanakan. Usaha sedang giat direncanakan untuk menjadikan kuala sebagai sebuah pembangunan dengan satu ekosistem yang holistik dengan memfokuskan elemen kesultanan, alam semula jadi dan tamadun ilmu yang juga disebut royalty, nature and scholar, dengan izin. Sekiranya diambil abjad pangkalnya, ia disebut RNS. Huruf ‘R’ untuk Raja; ‘N’ untuk Nazrin; dan ‘S’ untuk Shah- “Raja Nazrin Shah.” Bandar Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Salah satu elemen penting ialah kecemerlangan dan ketamadunan ilmu. Sehubungan dengan ini, kami mahu membangunkan supaya Bandar Diraja Kuala Kangsar menjadi satu mercu tanda legasi ketamadunan kesultanan, pembangunan alam semula jadi serta kecemerlangan tamadun ilmu. Saya memohon supaya kerajaan memberi sokongan dan dukungan bagi pembangunan semula ini yang akan membantu menaikkan lagi kegiatan pelancongan di Kuala Kangsar. Tuan Yang di-Pertua, rakyat yang pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah meraikan berita gembira dan menyambut baik untung nasib mereka di bawah Bajet 2018. Sumber kekayaan baru khususnya penanaman jagung bijian, kelapa, durian dan sektor kulinari serta industri tenusu adalah satu inisiatif yang ditunggu. Ia akan menimbulkan satu rangkaian masyarakat petani moden yang cenderung mengamalkannya dan ia akan menggalakkan lebih ramai petani muda yang mungkin lebih suka ke arah tanaman-tanaman atau hasil pertanian yang sebegini. Dalam menggalakkan sumber kekayaan baru ini seperti penanaman kelapa, kementerian harus peka dengan saingan yang sangat ketat, dengan bekalan kelapa yang ada di negara jiran. Harga kelapa lebih murah berbanding dengan negara kita. Kawalan dan pemantauan rapi harus dibuat supaya industri ini dapat dikuatkan dan berdaya saing di rantau ini. Saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana tertubuhnya nanti Lembaga Tenusu dan Ruminan. Lembaga ini harus bekerja rapat dengan kerajaan negeri demi memperoleh rangkaian lokasi, locality yang melibatkan tanah yang berkeluasan besar dan berkait rapat dengan kualiti tenusu yang mencapai kualiti atau piawaian peringkat antarabangsa. Moga masalah mendapatkan tanah berkeluasan optimum tidak menggagalkan industri ini dalam jangka masa yang terdekat. Berkaitan dengan peruntukan sebanyak RM140 juta yang sebahagiannya akan dibelanjakan untuk promosi industri sawit negara, saya ingin mencadangkan supaya pegawai-pegawai kita yang bertanggungjawab melobi, mempromosi dan menggalakkan kempen-kempen positif untuk sawit negara diberi segala kepakaran, kelebihan dan peningkatan. Ini adalah kerana dalam masa kualiti sawit kita adalah baik, faktor-faktor luaran seperti tuduhan, child labor dan deforestation, dengan izin, tidak benar sama sekali kian berleluasa dan harus diperangi habis-habisan sebelum ia menular dan merosakkan nama baik sawit negara. Pendekatan-pendekatan yang berbeza dan yang lebih kerap lagi harus difikirkan dan dibantu oleh media massa yang berpengaruh dan yang meluas di rantau di mana kempen-kempen negatif yang sedang dijalankan, media massa mereka harus digunakan sepenuhnya. Terima kasih juga kerana mengumumkan bantuan sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi. Saya juga berharap seperti getah juga, pendaftaran dengan badan-badan berwajib harus giat dibuat sebelum berkuat kuasanya peruntukan ini supaya setiap pesawah di seluruh negara dapat dibantu dengan bantuan yang sangat baik ini. Tuan Yang di-Pertua, kita akan memasuki era the Fourth Industrial Revolution dan era digital ekonomi. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah mendahului dan melaksanakan Dasar Digital Malaysia. Dunia semakin maju, teknologi juga semakin canggih. Kerajaan sedar jika negara tidak mengikut perkembangan teknologi terkini, negara akan ketinggalan dan perkembangan ekonomi negara juga akan terbantut. Kita tahu Revolusi Perindustrian 4.0 mampu meningkatkan produktiviti, daya saing dan pengurangan kos barangan.
pekerja-pekerja di bandar raya mencari rezeki dan dalam masa yang sama, memiliki rumah yang menjadi aset jangka masa panjang tanpa menyewa. Saya berharap lebih banyak modul rumah PPR seperti ini dibina dengan adanya daya dan sistem pengangkutan dan logistik negara yang kian lebih efisien dan harga tanah yang kian meningkat di lingkungan bandar raya di seluruh negara. Tahniah KPKT. Parlimen Kuala Kangsar mohon supaya pembangunan semula kawasan lembah dan tebing Sungai Perak, Kuala Kangsar dilaksanakan. Usaha sedang giat direncanakan untuk menjadikan kuala sebagai sebuah pembangunan dengan satu ekosistem yang holistik dengan memfokuskan elemen kesultanan, alam semula jadi dan tamadun ilmu yang juga disebut royalty, nature and scholar, dengan izin. Sekiranya diambil abjad pangkalnya, ia disebut RNS. Huruf 'R' untuk Raja; 'N' untuk Nazrin; dan 'S' untuk Shah- "Raja Nazrin Shah." Bandar Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Salah satu elemen penting ialah kecemerlangan dan ketamadunan ilmu. Sehubungan dengan ini, kami mahu membangunkan supaya Bandar Diraja Kuala Kangsar menjadi satu mercu tanda legasi ketamadunan kesultanan, pembangunan alam semula jadi serta kecemerlangan tamadun ilmu. Saya memohon supaya kerajaan memberi sokongan dan dukungan bagi pembangunan semula ini yang akan membantu menaikkan lagi kegiatan pelancongan di Kuala Kangsar. Tuan Yang di-Pertua, rakyat yang pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah meraikan berita gembira dan menyambut baik untung nasib mereka di bawah Bajet 2018. Sumber kekayaan baru khususnya penanaman jagung bijian, kelapa, durian dan sektor kulinari serta industri tenusu adalah satu inisiatif yang ditunggu. Ia akan menimbulkan satu rangkaian masyarakat petani moden yang cenderung mengamalkannya dan ia akan menggalakkan lebih ramai petani muda yang mungkin lebih suka ke arah tanaman-tanaman atau hasil pertanian yang sebegini. Dalam menggalakkan sumber kekayaan baru ini seperti penanaman kelapa, kementerian harus peka dengan saingan yang sangat ketat, dengan bekalan kelapa yang ada di negara jiran. Harga kelapa lebih murah berbanding dengan negara kita. Kawalan dan pemantauan rapi harus dibuat supaya industri ini dapat dikuatkan dan berdaya saing di rantau ini. Saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana tertubuhnya nanti Lembaga Tenusu dan Ruminan. Lembaga ini harus bekerja rapat dengan kerajaan negeri demi memperoleh rangkaian lokasi, locality yang melibatkan tanah yang berkeluasan besar dan berkait rapat dengan kualiti tenusu yang mencapai kualiti atau piawaian peringkat antarabangsa. Moga masalah mendapatkan tanah berkeluasan optimum tidak menggagalkan industri ini dalam jangka masa yang terdekat. Berkaitan dengan peruntukan sebanyak RM140 juta yang sebahagiannya akan dibelanjakan untuk promosi industri sawit negara, saya ingin mencadangkan supaya pegawai-pegawai kita yang bertanggungjawab melobi, mempromosi dan menggalakkan kempen-kempen positif untuk sawit negara diberi segala kepakaran, kelebihan dan peningkatan. Ini adalah kerana dalam masa kualiti sawit kita adalah baik, faktor-faktor luaran seperti tuduhan, child labor dan deforestation, dengan izin, tidak benar sama sekali kian berleluasa dan harus diperangi habis-habisan sebelum ia menular dan merosakkan nama baik sawit negara. Pendekatan-pendekatan yang berbeza dan yang lebih kerap lagi harus difikirkan dan dibantu oleh media massa yang berpengaruh dan yang meluas di rantau di mana kempen-kempen negatif yang sedang dijalankan, media massa mereka harus digunakan sepenuhnya. Terima kasih juga kerana mengumumkan bantuan sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi. Saya juga berharap seperti getah juga, pendaftaran dengan badan-badan berwajib harus giat dibuat sebelum berkuat kuasanya peruntukan ini supaya setiap pesawah di seluruh negara dapat dibantu dengan bantuan yang sangat baik ini. Tuan Yang di-Pertua, kita akan memasuki era the Fourth Industrial Revolution dan era digital ekonomi. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah mendahului dan melaksanakan Dasar Digital Malaysia. Dunia semakin maju, teknologi juga semakin canggih. Kerajaan sedar jika negara tidak mengikut perkembangan teknologi terkini, negara akan ketinggalan dan perkembangan ekonomi negara juga akan terbantut. Kita tahu Revolusi Perindustrian 4.0 mampu meningkatkan produktiviti, daya saing dan pengurangan kos barangan.
85
97
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
86 DR.31.10.2017 Persediaan yang sewajarnya dan pelan tindakan serta hala tuju untuk revolusi ini perlu dilakukan segera. Untuk mencapai matlamat ini, keupayaan melabur dan pemilikan teknologi adalah asas terpenting bagi mencapai kejayaan. Usaha kerajaan dan insentif- insentif berkaitan rapat dengan bajet ini seperti menaik taraf kuasa kelajuan internet dan memastikan penerimaan internet itu menyeluruh bukan sahaja di bandar, tetapi juga di luar bandar. Kerajaan juga perlu memastikan gadgets dan alatan komputer dapat dibeli dengan harga yang murah dan berkualiti agar proses pembelajaran dan penggunaan komputer dapat dipertingkatkan di kalangan rakyat. Insentif dan pengurangan cukai yang diberikan amat tepat pada masa dan ketikanya. Industri kecil dan industri sederhana kecil perlu diberikan insentif bagi membolehkan mereka dapat bersama-sama memacu revolusi ini. Pelaburan yang berimpak tinggi juga akan menggalakkan perkembangan teknologi dan ia juga akan menggalakkan rantaian perniagaan industri tempatan seperti PKS dan pembekal tempatan. Akan tetapi, ketiadaan kepakaran ke arah ini akan menyulitkan keberkesanan usaha ini. Maka, saya memohon supaya menyediakan tenaga kerja yang seiring dengan usaha ini melalui TVET dan yang mampu bersiang di peringkat antarabangsa bersama soft skills seperti conversational English. Tuan Yang di-Pertua, penggunaan mata wang kripto atau cryptocurrency atau mata wang maya ini adalah satu kaedah yang masih baru tetapi ia sudah menjadi antara salah satu daripada kaedah yang digunakan di rantau ini, malah di dunia. ■1840 Mata wang crypto ini adalah satu kaedah sistem wang yang digunakan di Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Switzerland dan Belanda dan negara-negara yang mesra dengan mata wang crypto. Malahan Switzerland mempunyai penempatan mata wang crypto yang dikenali sebagai Crypto Valley, di Belanda Bitcoin City dan tentunya Amerika Syarikat. Saya mencadangkan agar pihak universiti mengenalkan mata pelajaran wang crypto supaya kita mempunyai pakar yang sedia ada bila negara telah bersedia. Saya melihat negara kita juga suka atau tidak akan mengikut arus perubahan modenisasi penggunaan mata wang crypto ini. Kita tahu urusan penggunaan mata wang crypto di negara ini sudah pun berlaku walaupun belum meluas lagi. Satu garis panduan perlu diwujudkan bagi memastikan penggunaannya tidak disalahgunakan dan mungkin akan menjadi bantuan kepada pengganas. Satu penempatan khusus seperti Cyberjaya harus diwujudkan untuk menyediakan rakyat kita ke arah budaya tersebut. Tuan Yang di-Pertua, TN50 adalah satu usaha yang diyakini sangat current, bijak dan telus, menyerap dan memecah benteng masyarakat semua peringkat umur dan gender. Satu forum bersemuka di antara rakyat yang di tempat terpencil hingga kepimpinan tertinggi negara, a celebration of what is right dengan izin. Setiap kali selesai program TN50 di mana sahaja saya berada dengan kelompok mana, apa pun bandar atau di desa, terasa puas di kalangan peserta kerana luahan aspirasi untuk negara dapat disampaikan dan disalurkan terus kepada pimpinan negara. Saya percaya, antara sebahagian ilham bajet Perdana Menteri kerana Perdana Menteri mengambil kira pandangan anak muda negara yang yakin bahawa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib akan menyambutnya dan inilah hasilnya. Hasilnya adalah ADAM50 dan juga bilik darjah pintar pembelajaran sebanyak 2,000 kelas bagi meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif. Saya mohon kepada Kementerian Pelajaran supaya dinyatakan dengan adanya perisian yang canggih, bagaimanakah ilham pelajar untuk melahirkan kreativiti dan inovasi dapat ditingkatkan tanpa mengurangkan keupayaan daya fikir dan jiwa budaya bangsa dalam melahirkan produk dan buah fikiran yang cemerlang. Menuju TN50, peranan penggiat seni untuk mengangkat mutu budaya ke tahap yang lebih tinggi melalui cultural, economy, development agency sangat dialu-alukan. Saya mohon supaya agensi ini harus dikembangkan sampai ke peringkat daerah supaya mendapat tempat di hati rakyat. Bagi mencungkil bakat-bakat terbaik negara, National Leaders Circle di bawah TalentCorp difikirkan akan diusahakan.
Persediaan yang sewajarnya dan pelan tindakan serta hala tuju untuk revolusi ini. perlu dilakukan segera. Untuk mencapai matlamat ini, keupayaan melabur dan pemilikan teknologi adalah asas terpenting bagi mencapai kejayaan. Usaha kerajaan dan insentif- insentif berkaitan rapat dengan bajet ini seperti menaik taraf kuasa kelajuan internet dan memastikan penerimaan internet itu menyeluruh bukan sahaja di bandar, tetapi juga di luar bandar. Kerajaan juga perlu memastikan gadgets dan alatan komputer dapat dibeli dengan harga yang murah dan berkualiti agar proses pembelajaran dan penggunaan komputer dapat dipertingkatkan di kalangan rakyat. Insentif dan pengurangan cukai yang diberikan amat tepat pada masa dan ketikanya. Industri kecil dan industri sederhana kecil perlu diberikan insentif bagi membolehkan mereka dapat bersama-sama memacu revolusi ini. Pelaburan yang berimpak tinggi juga akan menggalakkan perkembangan teknologi dan ia juga akan menggalakkan rantaian perniagaan industri tempatan seperti PKS dan pembekal tempatan. Akan tetapi, ketiadaan kepakaran ke arah ini akan menyulitkan keberkesanan usaha ini. Maka, saya memohon supaya menyediakan tenaga kerja yang seiring dengan usaha ini melalui TVET dan yang mampu bersiang di peringkat antarabangsa bersama soft skills seperti conversational English. Tuan Yang di-Pertua, penggunaan mata wang kripto atau cryptocurrency atau mata wang maya ini adalah satu kaedah yang masih baru tetapi ia sudah menjadi antara salah satu daripada kaedah yang digunakan di rantau ini, malah di dunia. #1840. Mata wang crypto ini adalah satu kaedah sistem wang yang digunakan di Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Switzerland dan Belanda dan negara-negara yang mesra dengan mata wang crypto. Malahan Switzerland mempunyai penempatan mata wang crypto yang dikenali sebagai Crypto Valley, di Belanda Bitcoin City dan tentunya Amerika Syarikat. Saya mencadangkan agar pihak universiti mengenalkan mata pelajaran wang crypto supaya kita mempunyai pakar yang sedia ada bila negara telah bersedia. Saya melihat negara kita juga suka atau tidak akan mengikut arus perubahan modenisasi penggunaan mata wang crypto ini. Kita tahu urusan penggunaan mata wang crypto di negara ini sudah pun berlaku walaupun belum meluas lagi. Satu garis panduan perlu diwujudkan bagi memastikan penggunaannya tidak disalahgunakan dan mungkin akan menjadi bantuan kepada pengganas. Satu penempatan khusus seperti Cyberjaya harus diwujudkan untuk menyediakan rakyat kita ke arah budaya tersebut. Tuan Yang di-Pertua, TN50 adalah satu usaha yang diyakini sangat current, bijak dan telus, menyerap dan memecah benteng masyarakat semua peringkat umur dan gender. Satu forum bersemuka di antara rakyat yang di tempat terpencil hingga kepimpinan tertinggi negara, a celebration of what is right dengan izin. Setiap kali selesai program TN50 di mana sahaja saya berada dengan kelompok mana, apa pun bandar atau di desa, terasa puas di kalangan peserta kerana luahan aspirasi untuk negara dapat disampaikan dan disalurkan terus kepada pimpinan negara. Saya percaya, antara sebahagian ilham bajet Perdana Menteri kerana Perdana Menteri mengambil kira pandangan anak muda negara yang yakin bahawa Perdana Menteri Dato' Sri Najib akan menyambutnya dan inilah hasilnya. Hasilnya adalah ADAM50 dan juga bilik darjah pintar pembelajaran sebanyak 2,000 kelas bagi meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif. Saya mohon kepada Kementerian Pelajaran supaya dinyatakan dengan adanya perisian yang canggih, bagaimanakah ilham pelajar untuk melahirkan kreativiti dan inovasi dapat ditingkatkan tanpa mengurangkan keupayaan daya fikir dan jiwa budaya bangsa dalam melahirkan produk dan buah fikiran yang cemerlang. Menuju TN50, peranan penggiat seni untuk mengangkat mutu budaya ke tahap yang lebih tinggi melalui cultural, economy, development agency sangat dialu-alukan. Saya mohon supaya agensi ini harus dikembangkan sampai ke peringkat daerah supaya mendapat tempat di hati rakyat. Bagi mencungkil bakat-bakat terbaik negara, National Leaders Circle di bawah TalentCorp difikirkan akan diusahakan.
86
98
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 87 Saya ingin bertanya, apakah kriteria-kriteria bagi mengenal pasti dan menyenaraipendekkan bakat-bakat pimpinan yang sesuai dan tepat untuk mengisi jawatan- jawatan penting dan tertinggi? Saya ingin menyarankan daya patriotik negara harus menjadi kriteria terpenting supaya yang berjaya terpilih dapat menyumbang kepada pembinaan negara. Tahniah dan terima kasih kepada Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang banyak membantu rakyat Parlimen Kuala Kangsar untuk projek mesra rakyat seperti menaik taraf jambatan, lampu jalan kampung, surau dan dewan. Jalan kampung semakin diterangi setelah Yang Berhormat Menteri meluluskan peruntukan lampu kampung pada tahun lalu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Hanya saya masih memerlukan lebih dana untuk membaik pulih rumah-rumah kampung secara gotong-royong. Kalau boleh, saya mohon dana yang lebih. Terima kasih. Saya juga mohon kepada Yang Berhormat Menteri, di manakah UTC baru dan Blue Ocean Entrepreneur Township akan dibina? Tuan Yang di-Pertua, Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli juga diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM60 juta. Saya memohon kepada kementerian, apakah usaha yang dirancang selain daripada pembangunan fizikal? Moga pembinaan insan di kalangan Orang Asli diselarikan dan diambil kira dalam perencanaan pembangunan setempat dan tidak diurus secara berasingan. Contoh yang ada, beberapa bahan atau keluaran di kalangan Orang Asli yang harus diambil kira dan dibantu supaya inovasi dan kreativiti mereka tidak jatuh ke tangan orang lain. Mungkin buat masa ini, jika kita meletakkan nilai kepada perkara ini, ia mempunyai nilai dan jika tidak didaftar harta inteleknya. Semestinya kaum Orang Asli akan kehilangan nilai komersial yang mungkin sangat bernilai harganya dan dapat menjadi pendapatan kepada komuniti Orang Asli tersebut. Pencerahan dan maklumat ini harus disampaikan kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya secara peribadi amat terharu ketika mendengar pengumuman Perdana Menteri dalam mengisytiharkan tahun 2018 sebagai tahun memperkasakan wanita. Saya bagi pihak semua wanita di Parlimen Kuala Kangsar ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Tahun memperkasa wanita seharusnya diraikan oleh semua rakyat Malaysia bukan hanya kaum wanita. Kaum lelaki mempunyai anak perempuan, isteri dan adik perempuan atau kakak juga harus meraikan kenyataan Perdana Menteri ini. Wanita adalah rakan setia dalam segala usaha di dalam semua bentuk institusi di dalam masyarakat. Saya difahami, usaha-usaha memperkasakan wanita ini akan diusahakan dengan menggunakan pendekatan NBOS. Selain daripada pendekatan berbentuk NBOS, adakah kementerian akan mendapat peruntukan lain atau tambahan, saya berharap akan ada peruntukan ini kerana kementerian akan mempunyai agenda-agenda yang baik demi memperkasakan wanita dengan efektif. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mewajibkan 30 peratus wanita dalam keahlian pengarah GLC dan GLIC serta badan berkanun sebelum akhir tahun 2018. Tarikh wajib ini sangat membantu dan mempercepatkan lagi penglibatan wanita yang tentunya akan membawa budaya baru yang lebih efisien dan ombak baru dalam pengurusan tertinggi organisasi. Di peringkat PBT, saya mohon kotak-kotak khas harus dipertingkatkan kepada wanita ketika menentukan pemberian tapak-tapak perniagaan terutama sekali tapak-tapak perniagaan yang melibatkan makanan dan kerja hasil tangan. Ladies lane yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak adalah satu contoh yang terbaik. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2020 adalah Tahun Melawat Malaysia. Kementerian Pelancongan mengalami kemerosotan 0.16 percent peruntukan bajet kali ini iaitu sebanyak RM999 juta daripada bajet tahun lepas. Saya berpendapat tambahan bajet untuk kementerian, harus ada sebab saya berpendapat pelancongan adalah satu kementerian yang penting. Pelancongan ini adalah satu kementerian yang penting dan dapat menjana pendapatan utama dan persiapan untuk 2020 harus mendapat penjanaan aktiviti dan prasarana yang secukupnya. Saya juga mencadangkan supaya kementerian mempunyai lebih ramai jurumudi pelancong tempatan yang dilatih dengan kursus yang dikeluarkan oleh kementerian. Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana menjadikan Pangkor sebagai pangkalan duty free. Ia adalah kawasan DUN Menteri Besar saya dan ucapan tahniah kepada
Saya ingin bertanya, apakah kriteria-kriteria bagi mengenal pasti dan. menyenaraipendekkan bakat-bakat pimpinan yang sesuai dan tepat untuk mengisi jawatan- jawatan penting dan tertinggi? Saya ingin menyarankan daya patriotik negara harus menjadi kriteria terpenting supaya yang berjaya terpilih dapat menyumbang kepada pembinaan negara. Tahniah dan terima kasih kepada Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang banyak membantu rakyat Parlimen Kuala Kangsar untuk projek mesra rakyat seperti menaik taraf jambatan, lampu jalan kampung, surau dan dewan. Jalan kampung semakin diterangi setelah Yang Berhormat Menteri meluluskan peruntukan lampu kampung pada tahun lalu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Hanya saya masih memerlukan lebih dana untuk membaik pulih rumah-rumah kampung secara gotong-royong. Kalau boleh, saya mohon dana yang lebih. Terima kasih. Saya juga mohon kepada Yang Berhormat Menteri, di manakah UTC baru dan Blue Ocean Entrepreneur Township akan dibina?. Tuan Yang di-Pertua, Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli juga diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM60 juta. Saya memohon kepada kementerian, apakah usaha yang dirancang selain daripada pembangunan fizikal? Moga pembinaan insan di kalangan Orang Asli diselarikan dan diambil kira dalam perencanaan pembangunan setempat dan tidak diurus secara berasingan. Contoh yang ada, beberapa bahan atau keluaran di kalangan Orang Asli yang harus diambil kira dan dibantu supaya inovasi dan kreativiti mereka tidak jatuh ke tangan orang lain. Mungkin buat masa ini, jika kita meletakkan nilai kepada perkara ini, ia mempunyai nilai dan jika tidak didaftar harta inteleknya. Semestinya kaum Orang Asli akan kehilangan nilai komersial yang mungkin sangat bernilai harganya dan dapat menjadi pendapatan kepada komuniti Orang Asli tersebut. Pencerahan dan maklumat ini harus disampaikan kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya secara peribadi amat terharu ketika mendengar pengumuman Perdana Menteri dalam mengisytiharkan tahun 2018 sebagai tahun memperkasakan wanita. Saya bagi pihak semua wanita di Parlimen Kuala Kangsar ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Tahun memperkasa wanita seharusnya diraikan oleh semua rakyat Malaysia bukan hanya kaum wanita. Kaum lelaki mempunyai anak perempuan, isteri dan adik perempuan atau kakak juga harus meraikan kenyataan Perdana Menteri ini. Wanita adalah rakan setia dalam segala usaha di dalam semua bentuk institusi di dalam masyarakat. Saya difahami, usaha-usaha memperkasakan wanita ini akan diusahakan dengan menggunakan pendekatan NBOS. Selain daripada pendekatan berbentuk NBOS, adakah kementerian akan mendapat peruntukan lain atau tambahan, saya berharap akan ada peruntukan ini kerana kementerian akan mempunyai agenda-agenda yang baik demi memperkasakan wanita dengan efektif. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mewajibkan 30 peratus wanita dalam keahlian pengarah GLC dan GLIC serta badan berkanun sebelum akhir tahun 2018. Tarikh wajib ini sangat membantu dan mempercepatkan lagi penglibatan wanita yang tentunya akan membawa budaya baru yang lebih efisien dan ombak baru dalam pengurusan tertinggi organisasi. Di peringkat PBT, saya mohon kotak-kotak khas harus dipertingkatkan kepada wanita ketika menentukan pemberian tapak-tapak perniagaan terutama sekali tapak-tapak perniagaan yang melibatkan makanan dan kerja hasil tangan. Ladies lane yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak adalah satu contoh yang terbaik. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2020 adalah Tahun Melawat Malaysia. Kementerian Pelancongan mengalami kemerosotan 0.16 percent peruntukan bajet kali ini iaitu sebanyak RM999 juta daripada bajet tahun lepas. Saya berpendapat tambahan bajet untuk kementerian, harus ada sebab saya berpendapat pelancongan adalah satu kementerian yang penting. Pelancongan ini adalah satu kementerian yang penting dan dapat menjana pendapatan utama dan persiapan untuk 2020 harus mendapat penjanaan aktiviti dan prasarana yang secukupnya. Saya juga mencadangkan supaya kementerian mempunyai lebih ramai jurumudi pelancong tempatan yang dilatih dengan kursus yang dikeluarkan oleh kementerian. Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana menjadikan Pangkor sebagai pangkalan duty free. Ia adalah kawasan DUN Menteri Besar saya dan ucapan tahniah kepada.
87
99
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
88 DR.31.10.2017 Kerajaan Negeri Perak. Ini akan meningkatkan lagi dan menjadikan Pangkor sebagai destinasi pilihan dengan adanya duty free status ini. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, lima prinsip Rukun Negara adalah asas yang menjadikan rakyat negara kita rakyat yang bermaruah, terhormat dan mempunyai adab kesopanan dan tatasusila yang tinggi. Hari ini saya lihat prinsip Rukun Negara ini sudah mula terhakis. Sedikit masa sahaja Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya. Walaupun ia tidak nampak secara meluas tetapi amat membimbangkan. Penguat kuasa dicerca, dimaki, diugut, dihalang menjalankan tugas. Pemimpin dihamun, dinista tanpa had batasannya dan amat menyedihkan sudah ada keberanian rakyat untuk mempersendakan dan mempermainkan institusi Raja-raja Melayu. Hari ini cukup ramai di kalangan rakyat yang tidak dapat menyebut dan menyatakan lima prinsip Rukun Negara ini. Besar harapan saya dengan terwujudnya Institut Penyelidikan Sosioekonomi atau SERI di bawah JPM dan KITA iaitu Institut Kajian Etnik UKM sebagai institusi kebangsaan. Program berbudaya tinggi untuk membina jati diri yang berlandaskan prinsip Rukun Negara ini diterapkan di dalam semua aspek. Insya-Allah dengan semua izin-Nya, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan kita akan berjaya. Setiap negara yang maju bukan sahaja mempunyai daya ekonomi yang tinggi tetapi pastinya mempunyai rakyat yang hidup dalam keadaan yang harmoni dan mempunyai perpaduan yang kukuh apatah lagi negara kita mempunyai kepelbagaian etnik dan kaum serta perbezaan fahaman dan agama. Tidak ada negara yang akan maju sekiranya rakyat hidup dalam huru-hara, bertelingkah dan membenci sesama mereka. Saya berdoa supaya kita bersama-sama menjayakan Bajet 2018 ini. Kuala Kangsar menyokong. Terima kasih. [Tepuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Alor Setar. 6.49 ptg. Tuan Gooi Hsiao-Leung [Alor Setar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2018 iaitu bajet yang paling terbesar di Malaysia yang digelar sebagai bajet ibu kepada segala-gala bajetnya. Tuan Yang di-Pertua, saya cuma gembira bahawa dalam ucapan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Pekan beliau tidak menyatakan dalam ucapan bajet beliau bahawa dia juga ingin memperkukuhkan ekonomi negara United States of Amerika. I was quite happy tidak ada mention dibuat tentang Amerika Syarikat. ■1850 Saya pun sendiri tidak tahu apa yang telah pun berlaku kepada Yang Amat Berhormat Pekan semasa beliau melawat Amerika Syarikat dan menyatakan beliau ingin memperkuatkan ekonomi Amerika Syarikat. Di mana beliau telah pun tunduk kepala and grovel before the United States President. Ini bukan sahaja memalukan Perdana Menteri tetapi kerana beliau adalah seorang Perdana Menteri dia juga telah memalukan seluruh negara kita. Ramai daripada rakyat Malaysia telah pun mempunyai harapan yang besar apabila Perdana Menteri pergi melawat ke Amerika Syarikat dengan harapan bahawa beliau akan pergi mendapat pelaburan yang besar-besaran untuk syarikat-syarikat Amerika Syarikat untuk balik untuk melabur di Malaysia bawa balik berjuta-juta atau berbilion duit atau meminta syarikat-syarikat daripada Amerika Syarikat untuk menubuhkan syarikat-syarikat di Malaysia. Akan tetapi itu tidak berlaku. Sebaliknya kita melihat bahawa beliau telah pun pergi ke Amerika Syarikat untuk hendak menolong satu negara yang sudah pun maju, developed country dan itu adalah sesuatu yang cukup menarik, mengejutkan. Apabila beliau mengatakan ingin mengukuhkan, to strengthen the economy of US the declaration was completely and utterly tidak boleh diterima. It’s just as bad, dengan izin kalau seperti dulu Perdana Menteri pernah umumkan, buat deklarasi untuk meminta Ahli-ahli UMNO menjadi to follow, mengikut the bravery ataupun keberanian askar-askar IS. Dulu pernah buat begitu juga.
Kerajaan Negeri Perak. Ini akan meningkatkan lagi dan menjadikan Pangkor sebagai destinasi pilihan dengan adanya duty free status ini. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, lima prinsip Rukun Negara adalah asas yang menjadikan rakyat negara kita rakyat yang bermaruah, terhormat dan mempunyai adab kesopanan dan tatasusila yang tinggi. Hari ini saya lihat prinsip Rukun Negara ini sudah mula terhakis. Sedikit masa sahaja Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya. Walaupun ia tidak nampak secara meluas tetapi amat membimbangkan. Penguat kuasa dicerca, dimaki, diugut, dihalang menjalankan tugas. Pemimpin dihamun, dinista tanpa had batasannya dan amat menyedihkan sudah ada keberanian rakyat untuk mempersendakan dan mempermainkan institusi Raja-raja Melayu. Hari ini cukup ramai di kalangan rakyat yang tidak dapat menyebut dan menyatakan lima prinsip Rukun Negara ini. Besar harapan saya dengan terwujudnya Institut Penyelidikan Sosioekonomi atau SERI di bawah JPM dan KITA iaitu Institut Kajian Etnik UKM sebagai institusi kebangsaan. Program berbudaya tinggi untuk membina jati diri yang berlandaskan prinsip Rukun Negara ini diterapkan di dalam semua aspek. Insya-Allah dengan semua izin-Nya, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan kita akan berjaya. Setiap negara yang maju bukan sahaja mempunyai daya ekonomi yang tinggi tetapi pastinya mempunyai rakyat yang hidup dalam keadaan yang harmoni dan mempunyai perpaduan yang kukuh apatah lagi negara kita mempunyai kepelbagaian etnik dan kaum serta perbezaan fahaman dan agama. Tidak ada negara yang akan maju sekiranya rakyat hidup dalam huru-hara, bertelingkah dan membenci sesama mereka. Saya berdoa supaya kita bersama-sama menjayakan Bajet 2018 ini. Kuala Kangsar menyokong. Terima kasih. [Tepuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Alor Setar. 6.49 ptg. Tuan Gooi Hsiao-Leung [Alor Setar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2018 iaitu bajet yang paling terbesar di Malaysia yang digelar sebagai bajet ibu kepada segala-gala bajetnya. Tuan Yang di-Pertua, saya cuma gembira bahawa dalam ucapan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Pekan beliau tidak menyatakan dalam ucapan bajet beliau bahawa dia juga ingin memperkukuhkan ekonomi negara United States of Amerika. I was quite happy tidak ada mention dibuat tentang Amerika Syarikat. #1850 Saya pun sendiri tidak tahu apa yang telah pun berlaku kepada Yang Amat Berhormat Pekan semasa beliau melawat Amerika Syarikat dan menyatakan beliau ingin memperkuatkan ekonomi Amerika Syarikat. Di mana beliau telah pun tunduk kepala and grovel before the United States President. Ini bukan sahaja memalukan Perdana Menteri tetapi kerana beliau adalah seorang Perdana Menteri dia juga telah memalukan seluruh negara kita. Ramai daripada rakyat Malaysia telah pun mempunyai harapan yang besar apabila Perdana Menteri pergi melawat ke Amerika Syarikat dengan harapan bahawa beliau akan pergi mendapat pelaburan yang besar-besaran untuk syarikat-syarikat Amerika Syarikat untuk balik untuk melabur di Malaysia bawa balik berjuta-juta atau berbilion duit atau meminta syarikat-syarikat daripada Amerika Syarikat untuk menubuhkan syarikat-syarikat di Malaysia. Akan tetapi itu tidak berlaku. Sebaliknya kita melihat bahawa beliau telah pun pergi ke Amerika Syarikat untuk hendak menolong satu negara yang sudah pun maju, developed country dan itu adalah sesuatu yang cukup menarik, mengejutkan. Apabila beliau mengatakan ingin mengukuhkan, to strengthen the economy of US the declaration was completely and utterly tidak boleh diterima. It's just as bad, dengan izin kalau seperti dulu Perdana Menteri pernah umumkan, buat deklarasi untuk meminta Ahli-ahli UMNO menjadi to follow, mengikut the bravery ataupun keberanian askar-askar IS. Dulu pernah buat begitu juga.
88
100
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 89 Saya tidak tahu apa yang telah berlaku kepada konsultan-konsultan Yang Amat Berhormat Pekan yang selalu PR konsultan yang selalu membantu beliau dalam membuat PR tetapi kali ini memang kongkalikung. Bukan saja kongkalikung, rakyat warga Kedah pun sudah kehilangan keyakinan kepada Yang Amat Berhormat Pekan dalam lawatan beliau ke Amerika Syarikat. Saya pernah dengar di Kedah sahaja mereka bergurau Tuan Yang di-Pertua. Bukan sahaja sekarang ini kita akan ada “bram brim brum” kita juga sekarang ada Bantuan Rakyat 1Amerika Syarikat (BR1A). Inilah dia yang sedang berlaku di Malaysia sekarang. Sehingga Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Amat Berhormat Pekan melawat Amerika Syarikat sebelum dia melawat Amerika Syarikat ada political observers daripada Amerika Syarikat telah pun menegur Presiden Trump kenapa nak berjumpa dengan beliau. Wall Street Journal dalam artikel yang ditulis oleh komentator menasihati Presiden Trump pada masa itu supaya mencari satu alasan supaya tidak perlu berjumpa dengan Yang Berhormat Pekan. Gunalah, making excuse kata ada Hurricane Harvey dan Hurricane Irma untuk supaya tidak perlu berjumpa dengan Yang Berhormat Pekan. Kalau kita lihat memang kita tahu dan sedar kenapa Presiden Trump telah pun bersetuju dengan berjumpa dengan Pekan. Satu budak yang Form 5 pun faham. Kalau saya Trump juga, kalau Malaysia ingin hendak melabur berbilion-bilion ringgit di Amerika Syarikat saya sudah tentu without a doubt Datuk Seri will say, “Yes thank you and welcome to the White House.” Itulah hakikat yang berlaku di Amerika Syarikat Apabila berlakunya hampir berlakunya pilihan raya kita akan melihat Kerajaan Barisan Nasional akan mengumumkan dalam bajet-bajet mereka segala gula-gula untuk memancing undi dalam pilihan raya akan datang. Saya percaya memanglah kali ini merupakan bajet yang paling terbesar sebab kali ini dalam sejarah UMNO Barisan Nasional ini merupakan satu pilihan raya yang paling susah mereka akan menghadapi. Mereka sudah terdesak namun mereka telah pun mengeluarkan satu bajet yang sebegitu besar. Akan tetapi persoalannya adalah apabila bajet-bajet ini dibuat, pengumuman- pengumuman besar ini dibuat, adakah janji-janji yang dibuat selalunya ditepati. Oleh sebab slogan Barisan Nasional selalunya adalah rakyat didahului dan janji ditepati. Akan tetapi apabila kita melihat hakikatnya saya menggunakan contoh di Kedah sahaja. Hospital Pendang yang sudah dijanjikan semasa Rancangan Malaysia Ke-9, 15 tahun dahulu masih hari ini tidak dibina Tuan Yang di-Pertua. Kita melihat janji-janji Barisan Nasional dalam manifesto pilihan raya lalu kata nak buat Alor Setar menjadi satu bandar raya metropolis yang bertumpuan ilmu tinggi. Menubuhkan satu universiti R&D sampai hari ini tidak ada sebarang pengumuman mengenai janji ini. Ada juga dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional nak buat satu Taman Sains Kedah di Alor Setar. Hari ini pun tidak ditepati. Banyak lagi rancangan-rancangan tebatan banjir di Kedah Alor Setar sampai hari ini lewat dan tidak boleh disiapkan. Bandar raya Getah yang diumumkan semasa pilihan raya Tuan Yang di-Pertua, sampai hari ini habuk pun tidak ada masih tempat yang hendak buat itu masih berhutan tidak ada apa yang sedang berlaku Tuan Yang di-Pertua. Jadi apabila janji-janji ini dibuat rakyat ini suspect, mengesyaki sama ada janji-janji yang dijanjikan ini boleh dibuat atau tidak dibuat. Nampak atas kertas memang bagus. Hidang kepada rakyat nampaknya sedap. Akan tetapi apabila nak dilaksanakan tidak dapat dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, kalau lihat saja kepada ucapan Yang Berhormat Pekan, beliau mengatakan bahawa kali ini pertama kalinya sektor pertanian, pesawah padi, nelayan dan sebagainya mendapat peruntukan yang paling besar di dalam bajet-bajet yang sebelum ini. Itu pun Tuan Yang di-Pertua, satu pengeliruan dan satu penipuan. Kenapa saya mengatakan begitu? Kalau kita melihat mengkaji balik bajet-bajet sebelum ini, bajet untuk pertanian yang paling besar adalah dalam tahun 2008 iaitu peruntukan yang diberikan was RM6.2 billion. Kali ini Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, kita melihat pun bukan RM6.5 billion. Untuk Kementerian Pertanian, jumlah pembangunan dan jumlah anggaran perbelanjaan adalah hanya RM5.188 billion. RM5 bilion. Mana RM6.5 bilion itu saya hendak tanya Yang Amat Berhormat Pekan ataupun kerajaan untuk menjawab. Kalau kita lihat sektor pertanian, sektor pesawah padi sahaja. Peruntukan paling besar yang sebelum ini diberikan semasa Pekan menjadi Perdana Menteri adalah dalam tahun 2013. Di mana kalau kita lihat
Saya tidak tahu apa yang telah berlaku kepada konsultan-konsultan Yang Amat. Berhormat Pekan yang selalu PR konsultan yang selalu membantu beliau dalam membuat PR tetapi kali ini memang kongkalikung. Bukan saja kongkalikung, rakyat warga Kedah pun sudah kehilangan keyakinan kepada Yang Amat Berhormat Pekan dalam lawatan beliau ke Amerika Syarikat. Saya pernah dengar di Kedah sahaja mereka bergurau Tuan Yang di-Pertua. Bukan sahaja sekarang ini kita akan ada "bram brim brum" kita juga sekarang ada Bantuan Rakyat 1Amerika Syarikat (BR1A). Inilah dia yang sedang berlaku di Malaysia sekarang. Sehingga Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Amat Berhormat Pekan melawat Amerika Syarikat sebelum dia melawat Amerika Syarikat ada political observers daripada Amerika Syarikat telah pun menegur Presiden Trump kenapa nak berjumpa dengan beliau. Wall Street Journal dalam artikel yang ditulis oleh komentator menasihati Presiden Trump pada masa itu supaya mencari satu alasan supaya tidak perlu berjumpa dengan Yang Berhormat Pekan. Gunalah, making excuse kata ada Hurricane Harvey dan Hurricane Irma untuk supaya tidak perlu berjumpa dengan Yang Berhormat Pekan. Kalau kita lihat memang kita tahu dan sedar kenapa Presiden Trump telah pun bersetuju dengan berjumpa dengan Pekan. Satu budak yang Form 5 pun faham. Kalau saya Trump juga, kalau Malaysia ingin hendak melabur berbilion-bilion ringgit di Amerika Syarikat saya sudah tentu without a doubt Datuk Seri will say, "Yes thank you and welcome to the White House." Itulah hakikat yang berlaku di Amerika Syarikat. Apabila berlakunya hampir berlakunya pilihan raya kita akan melihat Kerajaan Barisan Nasional akan mengumumkan dalam bajet-bajet mereka segala gula-gula untuk memancing undi dalam pilihan raya akan datang. Saya percaya memanglah kali ini merupakan bajet yang paling terbesar sebab kali ini dalam sejarah UMNO Barisan Nasional ini merupakan satu pilihan raya yang paling susah mereka akan menghadapi. Mereka sudah terdesak namun mereka telah pun mengeluarkan satu bajet yang sebegitu besar. Akan tetapi persoalannya adalah apabila bajet-bajet ini dibuat, pengumuman- pengumuman besar ini dibuat, adakah janji-janji yang dibuat selalunya ditepati. Oleh sebab slogan Barisan Nasional selalunya adalah rakyat didahului dan janji ditepati. Akan tetapi apabila kita melihat hakikatnya saya menggunakan contoh di Kedah sahaja. Hospital Pendang yang sudah dijanjikan semasa Rancangan Malaysia Ke-9, 15 tahun dahulu masih hari ini tidak dibina Tuan Yang di-Pertua. Kita melihat janji-janji Barisan Nasional dalam manifesto pilihan raya lalu kata nak buat Alor Setar menjadi satu bandar raya metropolis yang bertumpuan ilmu tinggi. Menubuhkan satu universiti R&D sampai hari ini tidak ada sebarang pengumuman mengenai janji ini. Ada juga dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional nak buat satu Taman Sains Kedah di Alor Setar. Hari ini pun tidak ditepati. Banyak lagi rancangan-rancangan tebatan banjir di Kedah Alor Setar sampai hari ini lewat dan tidak boleh disiapkan. Bandar raya Getah yang diumumkan semasa pilihan raya Tuan Yang di-Pertua, sampai hari ini habuk pun tidak ada masih tempat yang hendak buat itu masih berhutan tidak ada apa yang sedang berlaku Tuan Yang di-Pertua. Jadi apabila janji-janji ini dibuat rakyat ini suspect, mengesyaki sama ada janji-janji yang dijanjikan ini boleh dibuat atau tidak dibuat. Nampak atas kertas memang bagus. Hidang kepada rakyat nampaknya sedap. Akan tetapi apabila nak dilaksanakan tidak dapat dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, kalau lihat saja kepada ucapan Yang Berhormat Pekan, beliau mengatakan bahawa kali ini pertama kalinya sektor pertanian, pesawah padi, nelayan dan sebagainya mendapat peruntukan yang paling besar di dalam bajet-bajet yang sebelum ini. Itu pun Tuan Yang di-Pertua, satu pengeliruan dan satu penipuan. Kenapa saya mengatakan begitu? Kalau kita melihat mengkaji balik bajet-bajet sebelum ini, bajet untuk pertanian yang paling besar adalah dalam tahun 2008 iaitu peruntukan yang diberikan was RM6.2 billion. Kali ini Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, kita melihat pun bukan RM6.5 billion. Untuk Kementerian Pertanian, jumlah pembangunan dan jumlah anggaran perbelanjaan adalah hanya RM5.188 billion. RM5 bilion. Mana RM6.5 bilion itu saya hendak tanya Yang Amat Berhormat Pekan ataupun kerajaan untuk menjawab. Kalau kita lihat sektor pertanian, sektor pesawah padi sahaja. Peruntukan paling besar yang sebelum ini diberikan semasa Pekan menjadi Perdana Menteri adalah dalam tahun 2013. Di mana kalau kita lihat.
89
101
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
90 DR.31.10.2017 kira subsidi harga padi, baja, peningkatan hasil padi, pengeluaran padi, subsidi harga beras dan benih sah yang terbesar adalah dalam tahun 2013 iaitu RM2.2 billion. Akan tetapi selepas tahun 2013 subsidi yang diberikan kepada pesawah padi satu tahun kepada satu tahun sedang menurun dan dipotongkan. Kalau kita lihat bajet yang sebelum ini, tahun lepas subsidi yang diberikan kepada pesawah padi adalah yang paling kecil sekali iaitu RM1.05 billion. Oleh sebab itu kalau kita bandingkan dengan bajet tahun ini memang nampaknya besar. RM1.619 bilion. Akan tetapi kalau kita banding dalam lima tahun ini it is not sudah tentu bukan bajet ataupun peruntukan yang paling besar seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak membawakan isu mengenai kesusahan pesawah padi. Saya memang minat dalam bidang ini sebab Kedah ini memang jelapang padi. ■1900 Kita sudah tahu selama ini mereka golongan pesawah padi adalah orang yang paling miskin di dalam sektor pertanian walaupun mereka menghasilkan makanan yang paling penting untuk negara kita. Baru-baru ini pada 20 Oktober disebabkan kesusahan pesawah padi ini sekumpulan yang digelar sebagai Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras Negara yang terdiri daripada pesawah, pengilang dan sebagainya telah pun memberikan satu memorandum kepada Perdana Menteri yang menyatakan kesusahan mereka yang menyatakan kos peningkatan pengeluaran dan sebagainya yang mereka sedang alami termasuklah pengilang-pengilang Melayu yang sudah beroperasi lebih 40 tahun. Dulu ada 200 lebih pengilang Melayu tetapi sehingga hari ini hanya ada 20 yang sedang beroperasi. Di Kelantan tidak ada pengilang Melayu pun yang wujud hari ini semuanya sudah pun di wind up, tikar gulung Tuan Yang di-Pertua, gulung tikar minta maaf. Dan kalau kita lihat dalam memorandum ini apa yang dituntut oleh mereka? Mereka telah pun memohon agar Lembaga Padi dan Beras Negara ditubuhkan semula dan kali ini fungsinya perlu merentasi rantaian bekalan padi dan beras bermula dari benih padi hingga ke pasaran beras. Hanya badan yang bebas dari kepentingan komersial dan keuntungan sahaja yang layak menjadi industri padi dan beras negara bukannya sebuah syarikat persendirian seperti BERNAS. Mereka telah pun menyatakan sembilan tuntutan di dalam memorandum mereka dan alasan-alasan kegagalan BERNAS selama ini. Itu adalah pada 20 Oktober sampai hari ini kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk menjawab memorandum yang dihantarkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya. Malah saya mendengar apabila perkara ini diberitahu kepada TKSU kepada Menteri Pertanian, beliau dalam SMS WhatsApp beliau telah pun menjawab dengan izin bahawa – ini adalah jawapan dia “Siapa dan apa motif perjuangan PADI Rescue ini? Mana ada kartel dalam sektor pertanian? Mengarut semua ini buang masa sahaja untuk melayan.” Bagaimana seorang kakitangan kerajaan yang tinggi boleh dismiss menolak sahaja permintaan pesawah padi untuk melihat kepada kesusahan mereka. Saya meminta kerajaan untuk menjawab adakah mereka sedia untuk menunaikan atau melihat mengkaji tuntutan-tuntutan pesawah padi. Tuan Yang di-Pertua, kita melihat pesawah padi sekarang ini memang susah tiap- tiap hari ada masalah di surat khabar. Baru-baru ini mereka mengalami kesusahan hendak mendapatkan membeli benih padi sah yang bersubsidi. Hari ini pun tidak ada dalam market. Oleh sebab sebelum ini kerajaan telah pun memotong subsidi benih padi daripada RM75 juta kepada RM50 juta lepas itu tambah balik. Sekarang subsidi-subsidi ini kalau kita lihat kalau kita kaji semula pembaziran salah guna subsidi-subsidi ini yang kepada benih padi yang dulunya ST15 dan banyak lagi subsidi, saya percaya bukan sahaja kerajaan boleh memberi RM200 sebulan kepada pesawah padi yang diumumkan oleh Perdana Menteri mungkin mereka boleh sampaikan RM500 sebulan dan bukan hanya untuk tiga bulan atau enam bulan tetapi untuk 12 bulan untuk setahun. Saya yakin ini boleh dilakukan kalau kita boleh memotong pembaziran dan rasuah ataupun pemberian subsidi kepada kroni-kroni Kerajaan UMNO Barisan Nasional. Saya yakin sekiranya Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya akan datang ini boleh dilaksanakan Tuan Yang di-Pertua.
kira subsidi harga padi, baja, peningkatan hasil padi, pengeluaran padi, subsidi harga beras dan benih sah yang terbesar adalah dalam tahun 2013 iaitu RM2.2 billion. Akan tetapi selepas tahun 2013 subsidi yang diberikan kepada pesawah padi satu tahun kepada satu tahun sedang menurun dan dipotongkan. Kalau kita lihat bajet yang sebelum ini, tahun lepas subsidi yang diberikan kepada pesawah padi adalah yang paling kecil sekali iaitu RM1.05 billion. Oleh sebab itu kalau kita bandingkan dengan bajet tahun ini memang nampaknya besar. RM1.619 bilion. Akan tetapi kalau kita banding dalam lima tahun ini it is not sudah tentu bukan bajet ataupun peruntukan yang paling besar seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak membawakan isu mengenai kesusahan pesawah padi. Saya memang minat dalam bidang ini sebab Kedah ini memang jelapang padi. #1900. Kita sudah tahu selama ini mereka golongan pesawah padi adalah orang yang paling miskin di dalam sektor pertanian walaupun mereka menghasilkan makanan yang paling penting untuk negara kita. Baru-baru ini pada 20 Oktober disebabkan kesusahan pesawah padi ini sekumpulan yang digelar sebagai Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras Negara yang terdiri daripada pesawah, pengilang dan sebagainya telah pun memberikan satu memorandum kepada Perdana Menteri yang menyatakan kesusahan mereka yang menyatakan kos peningkatan pengeluaran dan sebagainya yang mereka sedang alami termasuklah pengilang-pengilang Melayu yang sudah beroperasi lebih 40 tahun. Dulu ada 200 lebih pengilang Melayu tetapi sehingga hari ini hanya ada 20 yang sedang beroperasi. Di Kelantan tidak ada pengilang Melayu pun yang wujud hari ini semuanya sudah pun di wind up, tikar gulung Tuan Yang di-Pertua, gulung tikar minta maaf. Dan kalau kita lihat dalam memorandum ini apa yang dituntut oleh mereka? Mereka telah pun memohon agar Lembaga Padi dan Beras Negara ditubuhkan semula dan kali ini fungsinya perlu merentasi rantaian bekalan padi dan beras bermula dari benih padi hingga ke pasaran beras. Hanya badan yang bebas dari kepentingan komersial dan keuntungan sahaja yang layak menjadi industri padi dan beras negara bukannya sebuah syarikat persendirian seperti BERNAS. Mereka telah pun menyatakan sembilan tuntutan di dalam memorandum mereka dan alasan-alasan kegagalan BERNAS selama ini. Itu adalah pada 20 Oktober sampai hari ini kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk menjawab memorandum yang dihantarkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya. Malah saya mendengar apabila perkara ini diberitahu kepada TKSU kepada Menteri Pertanian, beliau dalam SMS WhatsApp beliau telah pun menjawab dengan izin bahawa- ini adalah jawapan dia "Siapa dan apa motif perjuangan PADI Rescue ini? Mana ada kartel dalam sektor pertanian? Mengarut semua ini buang masa sahaja untuk melayan." Bagaimana seorang kakitangan kerajaan yang tinggi boleh dismiss menolak sahaja permintaan pesawah padi untuk melihat kepada kesusahan mereka. Saya meminta kerajaan untuk menjawab adakah mereka sedia untuk menunaikan atau melihat mengkaji tuntutan-tuntutan pesawah padi. Tuan Yang di-Pertua, kita melihat pesawah padi sekarang ini memang susah tiap- tiap hari ada masalah di surat khabar. Baru-baru ini mereka mengalami kesusahan hendak mendapatkan membeli benih padi sah yang bersubsidi. Hari ini pun tidak ada dalam market. Oleh sebab sebelum ini kerajaan telah pun memotong subsidi benih padi daripada RM75 juta kepada RM50 juta lepas itu tambah balik. Sekarang subsidi-subsidi ini kalau kita lihat kalau kita kaji semula pembaziran salah guna subsidi-subsidi ini yang kepada benih padi yang dulunya ST15 dan banyak lagi subsidi, saya percaya bukan sahaja kerajaan boleh memberi RM200 sebulan kepada pesawah padi yang diumumkan oleh Perdana Menteri mungkin mereka boleh sampaikan RM500 sebulan dan bukan hanya untuk tiga bulan atau enam bulan tetapi untuk 12 bulan untuk setahun. Saya yakin ini boleh dilakukan kalau kita boleh memotong pembaziran dan rasuah ataupun pemberian subsidi kepada kroni-kroni Kerajaan UMNO Barisan Nasional. Saya yakin sekiranya Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya akan datang ini boleh dilaksanakan Tuan Yang di-Pertua.
90
102
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 91 Lagi satu isu yang saya hendak bangkitkan, kita lihat bahawa pelbagai janji-janji yang dibuat tetapi Tuan Yang di-Pertua saya difahamkan walaupun RM280 bilion dijanjikan untuk pelbagai projek kita, lihat kasihan kepada pegawai-pegawai dan staff di dalam Parlimen, Tuan Yang di-Pertua. OT mereka sahaja dari bulan Julai pun tidak dibayar lagi kepada mereka. Bukan sahaja Bentara, ahli-ahli keselamatan, whole staff of Parliament has not been paid. Kenapa ini boleh berlaku? I heard this is the first time in our Parliament history and you want to announce RM280 million, Tuan Yang di-Pertua oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pekan. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Yang Berhormat Alor Setar boleh tambahan? Tuan Gooi Hsiao-Leung [Alor Setar]: Ya. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga fahami waktu saya disiasat dan rakan-rakan disiasat oleh polis bahawa mereka pun pegawai-pegawai polis ini terpaksa memakai duit sendiri untuk membeli laser toner, ink toner dan juga kertas A4 dan mereka kata logistik ataupun procurement belum memberikan mereka supply selama beberapa bulan. Di hospital pun sama dan guru-guru di kawasan saya pun telah membuat aduan seperti ini. Setuju kah Yang Berhormat Alor Setar bahawa the promises are not real. Thank you. Tuan Gooi Hsiao-Leung [Alor Setar]: Di Kedah, Barisan Nasional pernah kata kalau BN menang Kedah senang. Akan tetapi saya rasa bila BN menang rakyat susah. Yang Berhormat Penampang sama juga di Alor Setar saya menerima sebagai Ahli Parlimen Alor Setar pembangkang, saya terima surat daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) meminta saya membantu mereka membeli chainsaw, mesin untuk memotong – chainsaw, gergaji. Mereka kata mereka hanya ada empat chainsaw di jabatan dan semua sudah uzur. Mereka tidak ada duit untuk beli chainsaw. Bayangkan kalau ada satu klinik yang ada doktor tetapi tidak ada ubat. Inilah JPAM adalah untuk membantu dalam keadaan-keadaan kecemasan tetapi mereka tidak ada peralatan untuk digunakan oleh mereka. Sedangkan Tuan Yang di-Pertua, mereka baru membina satu headquarters ibu pejabat yang cukup besar di Kota Setar tetapi mereka tidak ada peralatan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Saya harap bahawa kerajaan akan menjawab isu ini dan mereka akan menyelesaikan kekurangan peralatan daripada JPAM dan sebagainya. Akhir sekali saya ingin sekali lagi menyatakan saya harap lah kerajaan akan memberikan pertimbangan kepada kesusahan yang dialami oleh khususnya pesawah padi. Seperti yang saya katakan mereka sekarang menghadapi satu masalah yang besar. Dalam satu kenyataan baru-baru ini sahaja dua tiga hari, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Ahmad Yazid Othman telah pun menyatakan bahawa ini adalah satu perkara yang aneh berkenaan dengan pendapatan yang sangat kurang kepada pesawah padi. Ini kerana beras merupakan makanan utama dalam negara kita ini. Akan tetapi kenapakah pesawah kita mengemis di negeri sendiri dan masih berada di tahap kemiskinan tegar sedangkan kita semua makan nasi. Ini adalah satu jawapan yang mesti dijawab oleh kerajaan. Saya ada satu isu lagi iaitu tentang peruntukan dan salah guna peruntukan oleh kerajaan khususnya peruntukan-peruntukan daripada Perdana Menteri yang disalurkan kepada kawasan-kawasan Parlimen. Saya melihat bahawa dalam bajet ini satu peruntukan yang cukup besar yang telah pun diberikan kepada Perdana Menteri dan seperti yang diumumkan sebelum ini oleh Yang Berhormat Kluang bahawa ini adalah dana-dana splash fund ataupun dana gelap yang digunakan oleh kerajaan untuk memenangi pilihan raya yang tidak telus and it is not open and transparent. Saya juga ingin bahawa kerajaan menjawab tentang isu ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak menyokong bajet yang diumumkan sebab bukan apa, ada yang baik bukan tidak ada. Memang ada perkara yang baik tetapi saya tidak sokong sebab saya melihat ini sebagai satu bajet yang hanya dibuat untuk memancing undi rakyat bagi pilihan raya yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. ■1910 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sekijang.
Lagi satu isu yang saya hendak bangkitkan, kita lihat bahawa pelbagai janji-janji. yang dibuat tetapi Tuan Yang di-Pertua saya difahamkan walaupun RM280 bilion dijanjikan untuk pelbagai projek kita, lihat kasihan kepada pegawai-pegawai dan staff di dalam Parlimen, Tuan Yang di-Pertua. OT mereka sahaja dari bulan Julai pun tidak dibayar lagi kepada mereka. Bukan sahaja Bentara, ahli-ahli keselamatan, whole staff of Parliament has not been paid. Kenapa ini boleh berlaku? I heard this is the first time in our Parliament history and you want to announce RM280 million, Tuan Yang di-Pertua oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pekan. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Yang Berhormat Alor Setar boleh tambahan?. Tuan Gooi Hsiao-Leung [Alor Setar]: Ya. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga fahami waktu saya disiasat dan rakan-rakan disiasat oleh polis bahawa mereka pun pegawai-pegawai polis ini terpaksa memakai duit sendiri untuk membeli laser toner, ink toner dan juga kertas A4 dan mereka kata logistik ataupun procurement belum memberikan mereka supply selama beberapa bulan. Di hospital pun sama dan guru-guru di kawasan saya pun telah membuat aduan seperti ini. Setuju kah Yang Berhormat Alor Setar bahawa the promises are not real. Thank you. Tuan Gooi Hsiao-Leung [Alor Setar]: Di Kedah, Barisan Nasional pernah kata kalau BN menang Kedah senang. Akan tetapi saya rasa bila BN menang rakyat susah. Yang Berhormat Penampang sama juga di Alor Setar saya menerima sebagai Ahli Parlimen Alor Setar pembangkang, saya terima surat daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) meminta saya membantu mereka membeli chainsaw, mesin untuk memotong- chainsaw, gergaji. Mereka kata mereka hanya ada empat chainsaw di jabatan dan semua sudah uzur. Mereka tidak ada duit untuk beli chainsaw. Bayangkan kalau ada satu klinik yang ada doktor tetapi tidak ada ubat. Inilah JPAM adalah untuk membantu dalam keadaan-keadaan kecemasan tetapi mereka tidak ada peralatan untuk digunakan oleh mereka. Sedangkan Tuan Yang di-Pertua, mereka baru membina satu headquarters ibu pejabat yang cukup besar di Kota Setar tetapi mereka tidak ada peralatan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Saya harap bahawa kerajaan akan menjawab isu ini dan mereka akan menyelesaikan kekurangan peralatan daripada JPAM dan sebagainya. Akhir sekali saya ingin sekali lagi menyatakan saya harap lah kerajaan akan memberikan pertimbangan kepada kesusahan yang dialami oleh khususnya pesawah padi. Seperti yang saya katakan mereka sekarang menghadapi satu masalah yang besar. Dalam satu kenyataan baru-baru ini sahaja dua tiga hari, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Ahmad Yazid Othman telah pun menyatakan bahawa ini adalah satu perkara yang aneh berkenaan dengan pendapatan yang sangat kurang kepada pesawah padi. Ini kerana beras merupakan makanan utama dalam negara kita ini. Akan tetapi kenapakah pesawah kita mengemis di negeri sendiri dan masih berada di tahap kemiskinan tegar sedangkan kita semua makan nasi. Ini adalah satu jawapan yang mesti dijawab oleh kerajaan. Saya ada satu isu lagi iaitu tentang peruntukan dan salah guna peruntukan oleh kerajaan khususnya peruntukan-peruntukan daripada Perdana Menteri yang disalurkan kepada kawasan-kawasan Parlimen. Saya melihat bahawa dalam bajet ini satu peruntukan yang cukup besar yang telah pun diberikan kepada Perdana Menteri dan seperti yang diumumkan sebelum ini oleh Yang Berhormat Kluang bahawa ini adalah dana-dana splash fund ataupun dana gelap yang digunakan oleh kerajaan untuk memenangi pilihan raya yang tidak telus and it is not open and transparent. Saya juga ingin bahawa kerajaan menjawab tentang isu ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak menyokong bajet yang diumumkan sebab bukan apa, ada yang baik bukan tidak ada. Memang ada perkara yang baik tetapi saya tidak sokong sebab saya melihat ini sebagai satu bajet yang hanya dibuat untuk memancing undi rakyat bagi pilihan raya yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. #1910. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sekijang.
91
103
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
92 DR.31.10.2017 7.10 mlm. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberikan saya peluang untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2018 ini. Bajet 2018 ini seperti yang diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika pembentangannya Jumaat lepas membayangkannya ia sebagai ibu segala bajet. Di atas segala butiran yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, boleh saya katakan Bajet 2018 ini telah mencakupi keperluan pelbagai keperluan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum mahupun jantina merentasi pelbagai negeri dari Johor hingga ke Perlis, menyeberangi Laut China Selatan menjangkaui Sabah dan juga Sarawak. Itulah kekuatan bajet yang dibawa oleh pihak kerajaan. Bajet yang tidak bersifat populis, tidak menjanjikan bulan bintang tetapi sebaliknya sangat praktikal, menyeluruh dan inklusif serta yang paling penting sekali bertanggungjawab baik dari sudut kedudukan fiskal negara mahupun demi kelangsungan kehidupan seluruh rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, bercakap soal Bajet 2018, terutama kedudukan fiskal dan kewangan negara, sebelum kita bercakap soal itu, suka saya tekankan di sini semua angka yang saya sampaikan telah diperakui dan diiktiraf bukan sahaja oleh pakar ekonomi tempatan malah pakar serta agensi ekonomi dunia yang menjadikan rujukan seluruh negara di atas muka bumi ini. Ketumbuhan negara berdasarkan kepada keluaran dalam negara kasar atau KDNK berkembang positif pada tahun dengan jangkaannya pada kadar lima hingga 5.5 peratus. Jika dibandingkan dengan negara maju, kedudukan pertumbuhan mereka hanya pada kadar 2.0 peratus. Bukankah ini memberi maksud Malaysia berada pada keadaan yang lebih baik berbanding dengan negara-negara maju dunia? Rizab negara seperti yang diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa kini berada di kedudukan paling tinggi dalam sejarah. Penubuhan Malaysia iaitu rekod sebanyak 427 bilion. Pada masa yang sama, ketika mana rakyat dimomokkan dan ditakutkan dengan nilai hutang Kerajaan Persekutuan, mereka bersikap half truth, dengan izin tanpa menyatakan hutang Kerajaan Persekutuan berbanding KDNK negara dijangka berkurang kepada 50.9 peratus berbanding tahun lalu pada kadar 52.7 peratus. Dari segi kadar pengangguran pula, negara maju mencatatkan purata pada kadar 5.4 peratus tetapi kadar pengangguran Malaysia hanya sekitar 3.4 peratus. Sudah tentu angka ini mampu dan pasti dikurangkan lagi pada masa mendatang disebabkan peluang yang wujud dari proses pembinaan dan pembangunan negara yang dicetuskan oleh barisan kepimpinan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya terus kepada perkara pertama yang ingin saya sampaikan iaitu peruntukan menaik taraf dan membaiki jalan raya di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS). Seperti yang kita sedia maklum, peruntukan MARRIS ini disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri tanpa mengira sama ada negeri tersebut dikuasai oleh Barisan Nasional ataupun pihak pembangkang. Ini bermakna Kerajaan Persekutuan terbukti adil dalam perkara ini. Akan tetapi saya ingin bertanyakan tentang garis panduan bagi projek MARRIS ini yang mana peruntukannya hanya terhad kepada kerja-kerja naik taraf dan membaiki, dan bukanlah bagi tujuan pembinaan jalan raya yang baru. Terdapat perbezaan nyata tentang keperluan jalan raya bagi jalan PPT serta jalan- jalan kampung. Saya ingin mencadangkan agar peruntukan MARRIS ini diberikan sedikit kelonggaran dari segi projek pelebaran jalan raya di kawasan kampung memandangkan terdapat keperluan mendesak yang memerlukan jalan raya kampung ini dibuat pelebaran bagi mengatasi masalah laluan sempit ketika kenderaan berselisih. Selain itu terdapat juga laluan jalan raya di atas laluan culvert yang mana culvert yang telah dibina lama dulu telah tidak lagi mampu menampung arus deras dan air tinggi sehingga memerlukan satu jalan baru lain dibina. Akan tetapi memandangkan peruntukan MARRIS ini hanya membenarkan projek menaik taraf, perkara-perkara ini tidak dapat kita laksanakan. Selain itu juga MARRIS mensyaratkan setiap projek menggunakan tanah merah bagi pembinaan bahu jalan. Untuk perhatian pihak berkenaan, perlu saya nyatakan di sini bahawa terdapat beberapa masalah yang timbul akibat syarat penggunaan tanah merah ini. Antaranya terdapat banyak kawasan yang mana tanah merah sukar didapati dan akhirnya memerlukan tanah merah ini diambil daripada kawasan luar. Apabila ini berlaku, sudah tentu kos yang terpaksa yang ditanggung juga akan meningkat. Selain itu, penggunaan tanah merah ini juga akan menyebabkan lecak apabila hujan terus sekali gus bakal menjadikan tanah berlumpur yang akan menyebabkan kekotoran. Justeru, suka untuk saya mencadangkan agar dibenarkan penggunaan batuan jenis crusher run yang mana kosnya
7.10 mlm. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberikan saya peluang untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2018 ini. Bajet 2018 ini seperti yang diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika pembentangannya Jumaat lepas membayangkannya ia sebagai ibu segala bajet. Di atas segala butiran yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, boleh saya katakan Bajet 2018 ini telah mencakupi keperluan pelbagai keperluan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum mahupun jantina merentasi pelbagai negeri dari Johor hingga ke Perlis, menyeberangi Laut China Selatan menjangkaui Sabah dan juga Sarawak. Itulah kekuatan bajet yang dibawa oleh pihak kerajaan. Bajet yang tidak bersifat populis, tidak menjanjikan bulan bintang tetapi sebaliknya sangat praktikal, menyeluruh dan inklusif serta yang paling penting sekali bertanggungjawab baik dari sudut kedudukan fiskal negara mahupun demi kelangsungan kehidupan seluruh rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, bercakap soal Bajet 2018, terutama kedudukan fiskal dan kewangan negara, sebelum kita bercakap soal itu, suka saya tekankan di sini semua angka yang saya sampaikan telah diperakui dan diiktiraf bukan sahaja oleh pakar ekonomi tempatan malah pakar serta agensi ekonomi dunia yang menjadikan rujukan seluruh negara di atas muka bumi ini. Ketumbuhan negara berdasarkan kepada keluaran dalam negara kasar atau KDNK berkembang positif pada tahun dengan jangkaannya pada kadar lima hingga 5.5 peratus. Jika dibandingkan dengan negara maju, kedudukan pertumbuhan mereka hanya pada kadar 2.0 peratus. Bukankah ini memberi maksud Malaysia berada pada keadaan yang lebih baik berbanding dengan negara-negara maju dunia?. Rizab negara seperti yang diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa kini berada di kedudukan paling tinggi dalam sejarah. Penubuhan Malaysia iaitu rekod sebanyak 427 bilion. Pada masa yang sama, ketika mana rakyat dimomokkan dan ditakutkan dengan nilai hutang Kerajaan Persekutuan, mereka bersikap half truth, dengan izin tanpa menyatakan hutang Kerajaan Persekutuan berbanding KDNK negara dijangka berkurang kepada 50.9 peratus berbanding tahun lalu pada kadar 52.7 peratus. Dari segi kadar pengangguran pula, negara maju mencatatkan purata pada kadar 5.4 peratus tetapi kadar pengangguran Malaysia hanya sekitar 3.4 peratus. Sudah tentu angka ini mampu dan pasti dikurangkan lagi pada masa mendatang disebabkan peluang yang wujud dari proses pembinaan dan pembangunan negara yang dicetuskan oleh barisan kepimpinan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya terus kepada perkara pertama yang ingin saya sampaikan iaitu peruntukan menaik taraf dan membaiki jalan raya di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS). Seperti yang kita sedia maklum, peruntukan MARRIS ini disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri tanpa mengira sama ada negeri tersebut dikuasai oleh Barisan Nasional ataupun pihak pembangkang. Ini bermakna Kerajaan Persekutuan terbukti adil dalam perkara ini. Akan tetapi saya ingin bertanyakan tentang garis panduan bagi projek MARRIS ini yang mana peruntukannya hanya terhad kepada kerja-kerja naik taraf dan membaiki, dan bukanlah bagi tujuan pembinaan jalan raya yang baru. Terdapat perbezaan nyata tentang keperluan jalan raya bagi jalan PPT serta jalan- jalan kampung. Saya ingin mencadangkan agar peruntukan MARRIS ini diberikan sedikit kelonggaran dari segi projek pelebaran jalan raya di kawasan kampung memandangkan terdapat keperluan mendesak yang memerlukan jalan raya kampung ini dibuat pelebaran bagi mengatasi masalah laluan sempit ketika kenderaan berselisih. Selain itu terdapat juga laluan jalan raya di atas laluan culvert yang mana culvert yang telah dibina lama dulu telah tidak lagi mampu menampung arus deras dan air tinggi sehingga memerlukan satu jalan baru lain dibina. Akan tetapi memandangkan peruntukan MARRIS ini hanya membenarkan projek menaik taraf, perkara-perkara ini tidak dapat kita laksanakan. Selain itu juga MARRIS mensyaratkan setiap projek menggunakan tanah merah bagi pembinaan bahu jalan. Untuk perhatian pihak berkenaan, perlu saya nyatakan di sini bahawa terdapat beberapa masalah yang timbul akibat syarat penggunaan tanah merah ini. Antaranya terdapat banyak kawasan yang mana tanah merah sukar didapati dan akhirnya memerlukan tanah merah ini diambil daripada kawasan luar. Apabila ini berlaku, sudah tentu kos yang terpaksa yang ditanggung juga akan meningkat. Selain itu, penggunaan tanah merah ini juga akan menyebabkan lecak apabila hujan terus sekali gus bakal menjadikan tanah berlumpur yang akan menyebabkan kekotoran. Justeru, suka untuk saya mencadangkan agar dibenarkan penggunaan batuan jenis crusher run yang mana kosnya.
7
104
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 93 lebih berpatutan dan lebih mudah diperolehi bagi mana-mana kawasan sekali pun. Penggunaan crusher run ini dijangka mampu memberikan penjimatan kepada pihak kerajaan. Persoalan lain yang ingin saya dapatkan kepastian daripada pihak MARRIS adalah adakah peruntukan MARRIS ini dibenarkan penggunaannya bagi tujuan lain selain bagi kerja-kerja berkaitan jalan raya seperti yang dilaporkan terjadi di sebuah negeri yang bukan di bawah kerajaan Barisan Nasional. Jadi saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri dalam hal ini. Selain itu juga, saya juga ingin memohon pihak kerajaan agar mempertimbangkan untuk memberikan peruntukan tambahan setiap tahun kepada jalan FT001, jalan utama iaitu Jalan Persekutuan yang mempunyai aliran trafik yang tinggi yang memerlukan jalan tersebut untuk diturap setiap tahun. Kalau boleh kita minta agar kerajaan untuk memperluaskan penggunaan jalan raya getah di seluruh negara kerana jalan raya getah ini telah berjaya dibuktikan lebih tahan lama dan berjaya mengurangkan kos penyelenggaraan pada masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan saban tahun memperuntukkan bajet yang besar bagi sektor pendidikan terutamanya bagi meneruskan dasar pendidikan percuma bagi pendidikan rendah dan juga menengah. Tahun ini perkara tersebut tidak terkecuali tetapi dalam mana kita berterima kasih atas bejat besar yang diperuntukkan bagi tujuan ini, kita tidak boleh lari dari beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Isu berkenaan dengan pembantu guru di sekolah-sekolah masih lagi menjadi isu hangat di kalangan guru. Saya dimaklumkan pembantu guru yang disediakan oleh pihak kementerian masih belum mencukupi dan belum mampu mengurangkan beban tugas guru. Saya ingin mencadangkan agar nisbah guru dan pembantu guru dikaji semula. Melihatkan keadaan semasa bagi saya, nisbah satu pembantu guru bagi setiap 20 orang guru adalah nisbah ideal bagi kita menyelesaikan masalah ini. Selain itu, saya juga ingin menyampaikan tentang keperluan guru LINUS yang telah diletakkan sebagai sebahagian dari NKRA Pendidikan. Guru LINUS ini berperanan sebagai guru pengajar yang perlu memastikan setiap pelajar mampu mencapai sasaran 3M iaitu membaca, menulis dan juga mengira. Namun masalah yang timbul adalah terdapat pelajar lembam atau agak perlahan untuk mempelajari perkara tersebut yang akhirnya memerlukan golongan pelajar ditempatkan di dalam kelas khas. Apabila ini berlaku, guru LINUS tadi jugalah yang akan mengajar golongan pelajar ini. Bagi saya, bagi pelajar lembam ini, perlulah disediakan seorang guru khas yang benar-benar pakar dalam perkara ini. Kita perlu memastikan pelajar lembam ini mendapatkan perhatian sewajarnya agar sasaran 3M ini dapat kita capai. Selain itu juga, kita masih kekurangan guru LINUS bahasa Inggeris terutamanya di kawasan luar bandar yang memerlukan perhatian khusus bagi memastikan kumpulan pelajar luar bandar ini dapat dipertingkatkan tahap pemahaman bahasa Inggeris mereka. Jadi saya berharap guru LINUS bahasa Inggeris ini dapat diperbanyakkan lagi dari semasa ke semasa. Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini, setiap sekolah menggunakan talian yang disediakan YTL bagi penggunaan internet di bilik darjah tetapi banyak aduan yang diterima melibatkan banyak tempat yang mana talian YTL ini tidaklah begitu baik sehinggakan menyukarkan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik kelas. Walaupun sudah ada pencawang di kawasan-kawasan sekolah tetapi masalah line YTL ini tetap menjadi masalah utama kepada para guru. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan agar setiap guru dibekalkan dengan data internet yang menggunakan talian yang jauh lebih stabil. Kalau dilihat, line yang lebih stabil terutamanya meliputi seluruh kawasan adalah Celcom. Tambahan pula Celcom ini adalah sebuah GLC kerajaan yang saya rasakan tidak mungkin mempunyai masalah besar untuk memberikan perkhidmatan seperti yang saya cadangkan ini. Selain itu saya juga berharap kerajaan mempertimbangkan untuk melihat semula kesesuaian elaun basikal pada masa kini yang dituntut oleh guru. Saya tidak pasti mengapa elaun sebegini masih lagi diteruskan pada masa sekarang memandangkan negara kita kini adalah sudah jauh ke hadapan. Saya juga berharap pihak kerajaan dapat mengkaji juga elaun perjalanan berdasarkan teksi yang dilihat tidak lagi relevan. Saya beralih pula kepada sekolah vokasional. Saya mendapat permintaan daripada pihak ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah vokasional. Antara permintaan mereka ialah agar suatu kajian dibuat bagi mengenal pasti kesesuaian agar kelas pengajian tahfiz dijadikan modul pembelajaran di sekolah tersebut seperti mana yang telah kita laksanakan di Maktab-maktab
lebih berpatutan dan lebih mudah diperolehi bagi mana-mana kawasan sekali pun. Penggunaan crusher run ini dijangka mampu memberikan penjimatan kepada pihak kerajaan. Persoalan lain yang ingin saya dapatkan kepastian daripada pihak MARRIS adalah adakah peruntukan MARRIS ini dibenarkan penggunaannya bagi tujuan lain selain bagi kerja-kerja berkaitan jalan raya seperti yang dilaporkan terjadi di sebuah negeri yang bukan di bawah kerajaan Barisan Nasional. Jadi saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri dalam hal ini. Selain itu juga, saya juga ingin memohon pihak kerajaan agar mempertimbangkan untuk memberikan peruntukan tambahan setiap tahun kepada jalan FT001, jalan utama iaitu Jalan Persekutuan yang mempunyai aliran trafik yang tinggi yang memerlukan jalan tersebut untuk diturap setiap tahun. Kalau boleh kita minta agar kerajaan untuk memperluaskan penggunaan jalan raya getah di seluruh negara kerana jalan raya getah ini telah berjaya dibuktikan lebih tahan lama dan berjaya mengurangkan kos penyelenggaraan pada masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan saban tahun memperuntukkan bajet yang besar bagi sektor pendidikan terutamanya bagi meneruskan dasar pendidikan percuma bagi pendidikan rendah dan juga menengah. Tahun ini perkara tersebut tidak terkecuali tetapi dalam mana kita berterima kasih atas bejat besar yang diperuntukkan bagi tujuan ini, kita tidak boleh lari dari beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Isu berkenaan dengan pembantu guru di sekolah-sekolah masih lagi menjadi isu hangat di kalangan guru. Saya dimaklumkan pembantu guru yang disediakan oleh pihak kementerian masih belum mencukupi dan belum mampu mengurangkan beban tugas guru. Saya ingin mencadangkan agar nisbah guru dan pembantu guru dikaji semula. Melihatkan keadaan semasa bagi saya, nisbah satu pembantu guru bagi setiap 20 orang guru adalah nisbah ideal bagi kita menyelesaikan masalah ini. Selain itu, saya juga ingin menyampaikan tentang keperluan guru LINUS yang telah diletakkan sebagai sebahagian dari NKRA Pendidikan. Guru LINUS ini berperanan sebagai guru pengajar yang perlu memastikan setiap pelajar mampu mencapai sasaran 3M iaitu membaca, menulis dan juga mengira. Namun masalah yang timbul adalah terdapat pelajar lembam atau agak perlahan untuk mempelajari perkara tersebut yang akhirnya memerlukan golongan pelajar ditempatkan di dalam kelas khas. Apabila ini berlaku, guru LINUS tadi jugalah yang akan mengajar golongan pelajar ini. Bagi saya, bagi pelajar lembam ini, perlulah disediakan seorang guru khas yang benar-benar pakar dalam perkara ini. Kita perlu memastikan pelajar lembam ini mendapatkan perhatian sewajarnya agar sasaran 3M ini dapat kita capai. Selain itu juga, kita masih kekurangan guru LINUS bahasa Inggeris terutamanya di kawasan luar bandar yang memerlukan perhatian khusus bagi memastikan kumpulan pelajar luar bandar ini dapat dipertingkatkan tahap pemahaman bahasa Inggeris mereka. Jadi saya berharap guru LINUS bahasa Inggeris ini dapat diperbanyakkan lagi dari semasa ke semasa. Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini, setiap sekolah menggunakan talian yang disediakan YTL bagi penggunaan internet di bilik darjah tetapi banyak aduan yang diterima melibatkan banyak tempat yang mana talian YTL ini tidaklah begitu baik sehinggakan menyukarkan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik kelas. Walaupun sudah ada pencawang di kawasan-kawasan sekolah tetapi masalah line YTL ini tetap menjadi masalah utama kepada para guru. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan agar setiap guru dibekalkan dengan data internet yang menggunakan talian yang jauh lebih stabil. Kalau dilihat, line yang lebih stabil terutamanya meliputi seluruh kawasan adalah Celcom. Tambahan pula Celcom ini adalah sebuah GLC kerajaan yang saya rasakan tidak mungkin mempunyai masalah besar untuk memberikan perkhidmatan seperti yang saya cadangkan ini. Selain itu saya juga berharap kerajaan mempertimbangkan untuk melihat semula kesesuaian elaun basikal pada masa kini yang dituntut oleh guru. Saya tidak pasti mengapa elaun sebegini masih lagi diteruskan pada masa sekarang memandangkan negara kita kini adalah sudah jauh ke hadapan. Saya juga berharap pihak kerajaan dapat mengkaji juga elaun perjalanan berdasarkan teksi yang dilihat tidak lagi relevan. Saya beralih pula kepada sekolah vokasional. Saya mendapat permintaan daripada pihak ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah vokasional. Antara permintaan mereka ialah agar suatu kajian dibuat bagi mengenal pasti kesesuaian agar kelas pengajian tahfiz dijadikan modul pembelajaran di sekolah tersebut seperti mana yang telah kita laksanakan di Maktab-maktab.
93
105
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
94 DR.31.10.2017 Rendah Sains MARA. Jika dirasakan bersesuaian, mereka berharap agar modul pengajaran tahfiz ini dapat dilaksanakan pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, saban tahun saya akan bercakap soal pendidikan kemahiran dan vokasional (TVET). Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada kerajaan di atas penjenamaan semual pendidikan TVET kepada TVET Malaysia (MyTVET) yang mana kerangka pendidikan TVET ini dilihat lebih tersusun dan selari dengan perkembangan semasa sesuai dengan hasrat transformasi nasional 2050. Kerajaan pada tahun hadapan memperuntukkan sebanyak RM4.9 bilion, bukan RM4.9 juta, ya bagi maksud pendidikan TVET ini manakala bagi memastikan TVET ini terus significant, kerajaan turut menawarkan RM4.5 juta biasiswa bagi mana-mana lepasan TVET melanjutkan pelajaran. ■1920 Minta tolong tweet betul-betul ini. Jangan salah. RM4.9 bilion untuk pendidikan TVET, RM4.5 juta itu untuk melanjutkan pelajaran biasiswa sahaja. Selain itu bagi pelajar tahfiz pula, kerajaan akan mewujudkan Skim Latihan Kemahiran GIATMARA bagi memastikan pelajar tahfiz mempunyai kemahiran tertentu yang boleh membantu mereka pada masa hadapan. Akan tetapi di sebalik semua ini, saya berharap isu berkaitan dengan dana pendidikan TVET seperti mana yang terjadi baru-baru ini, melibatkan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran tidak lagi terjadi pada masa hadapan. Kita tidak mahu hasrat murni kerajaan dirosakkan oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan nama baik kerajaan malah menutup peluang yang sepatutnya dirasai oleh anak-anak bakal pemimpin masa hadapan ini. Cuma saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak kementerian apakah status pelaksanaan sistem akreditasi tunggal yang hendak dicapai oleh pihak kementerian pada tahun hadapan? Adakah kita masih on track untuk mencapai sasaran tersebut? Saya juga merasa gembira apabila Perdana Menteri turut mengumumkan penubuhan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi membentuk kaedah pembelajaran terkini serta melatih tenaga pengajar pakar dalam industri STEM. Kita perlu akui kedudukan STEM di negara ini masih tidak mendapat perhatian dan minat daripada golongan muda. Jika dilihat sasaran yang diletakkan pada tahun 1967, negara menyasarkan seramai 60 peratus rakyat Malaysia memilih STEM sebagai bidang untuk melanjutkan pelajaran seterusnya menjadikan kerjaya pilihan rakyat. Namun, statistik menunjukkan hanya 21 peratus rakyat Malaysia termasuk golongan muda yang telah memilih bidang ini. Oleh yang demikian, saya melihat penubuhan pusat STEM ini boleh menjadi titik tolak perubahan kadar semasa seterusnya sasaran 60 peratus yang dibuat 50 tahun yang lalu akan dapat kita capai. Saya juga ingin tanya kepada pihak kementerian, memandangkan Malaysia telah lama menjadi tuan rumah kepada Pusat Sains Teknologi dan Inovasi Antarabangsa bagi Kerjasama Selatan-selatan (ISTIC) di bawah UNESCO, soalan saya sejauh manakah kewujudan ISTIC ini telah mengubah landskap bidang STEM di negara kita? Tuan Yang di-Pertua, Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini giat mempromosikan agenda sosial bagi mempersiapkan generasi TN50 yang mempunyai jati diri unggul serta bebas dari masalah gejala sosial. Maka, bertitik tolak daripada cadangan Menteri Belia dan Sukan tersebut Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Institut Penyelidikan Sosioekonomi (SERI) sebagai langkah pertama bagi merangka agenda sosial negara menuju Transformasi Nasional 2050. Sejauh manakah kepentingan agenda sosial ini dalam pembentukan generasi TN50 yang mendatang? Pada tahun 2016, sebanyak 30,844 kes berkaitan dadah yang telah direkodkan. Peningkatan sebanyak 100 peratus berbanding lima tahun sebelum itu pada tahun 2012. Daripada jumlah itu, sebanyak 23,000 kes adalah melibatkan penagih dadah yang baru. Masalah juvana masih lagi menghantui negara. Tahun 2015, sebanyak 4,569 kes dilaporkan. Kes ponteng sekolah serta masalah buli pula mencatatkan jumlah 14,496 dan 3,011 kes pada tahun yang lalu. Jumlah ini walaupun menunjukkan pola menurun ia masih membimbangkan. Justeru, saya turut berkongsi pendapat dan rasa seperti mana yang dikongsi oleh Menteri Belia dan Sukan, suka atau tidak generasi yang disebutkan ini adalah generasi anak- anak kita atau mungkin cucu sebahagian daripada kita dalam Dewan ini. Maka dengan itu, ia adalah masalah kita dan kita bertanggungjawab sepenuhnya bagi membentuk generasi pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. Oleh yang demikian, pengumuman Perdana Menteri untuk menubuhkan SERI ini adalah sangat penting dan perlu disokong
Rendah Sains MARA. Jika dirasakan bersesuaian, mereka berharap agar modul pengajaran tahfiz ini dapat dilaksanakan pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, saban tahun saya akan bercakap soal pendidikan kemahiran dan vokasional (TVET). Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada kerajaan di atas penjenamaan semual pendidikan TVET kepada TVET Malaysia (MyTVET) yang mana kerangka pendidikan TVET ini dilihat lebih tersusun dan selari dengan perkembangan semasa sesuai dengan hasrat transformasi nasional 2050. Kerajaan pada tahun hadapan memperuntukkan sebanyak RM4.9 bilion, bukan RM4.9 juta, ya bagi maksud pendidikan TVET ini manakala bagi memastikan TVET ini terus significant, kerajaan turut menawarkan RM4.5 juta biasiswa bagi mana-mana lepasan TVET melanjutkan pelajaran. #1920. Minta tolong tweet betul-betul ini. Jangan salah. RM4.9 bilion untuk pendidikan TVET, RM4.5 juta itu untuk melanjutkan pelajaran biasiswa sahaja. Selain itu bagi pelajar tahfiz pula, kerajaan akan mewujudkan Skim Latihan Kemahiran GIATMARA bagi memastikan pelajar tahfiz mempunyai kemahiran tertentu yang boleh membantu mereka pada masa hadapan. Akan tetapi di sebalik semua ini, saya berharap isu berkaitan dengan dana pendidikan TVET seperti mana yang terjadi baru-baru ini, melibatkan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran tidak lagi terjadi pada masa hadapan. Kita tidak mahu hasrat murni kerajaan dirosakkan oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan nama baik kerajaan malah menutup peluang yang sepatutnya dirasai oleh anak-anak bakal pemimpin masa hadapan ini. Cuma saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak kementerian apakah status pelaksanaan sistem akreditasi tunggal yang hendak dicapai oleh pihak kementerian pada tahun hadapan? Adakah kita masih on track untuk mencapai sasaran tersebut? Saya juga merasa gembira apabila Perdana Menteri turut mengumumkan penubuhan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi membentuk kaedah pembelajaran terkini serta melatih tenaga pengajar pakar dalam industri STEM. Kita perlu akui kedudukan STEM di negara ini masih tidak mendapat perhatian dan minat daripada golongan muda. Jika dilihat sasaran yang diletakkan pada tahun 1967, negara menyasarkan seramai 60 peratus rakyat Malaysia memilih STEM sebagai bidang untuk melanjutkan pelajaran seterusnya menjadikan kerjaya pilihan rakyat. Namun, statistik menunjukkan hanya 21 peratus rakyat Malaysia termasuk golongan muda yang telah memilih bidang ini. Oleh yang demikian, saya melihat penubuhan pusat STEM ini boleh menjadi titik tolak perubahan kadar semasa seterusnya sasaran 60 peratus yang dibuat 50 tahun yang lalu akan dapat kita capai. Saya juga ingin tanya kepada pihak kementerian, memandangkan Malaysia telah lama menjadi tuan rumah kepada Pusat Sains Teknologi dan Inovasi Antarabangsa bagi Kerjasama Selatan-selatan (ISTIC) di bawah UNESCO, soalan saya sejauh manakah kewujudan ISTIC ini telah mengubah landskap bidang STEM di negara kita?. Tuan Yang di-Pertua, Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini giat mempromosikan agenda sosial bagi mempersiapkan generasi TN50 yang mempunyai jati diri unggul serta bebas dari masalah gejala sosial. Maka, bertitik tolak daripada cadangan Menteri Belia dan Sukan tersebut Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Institut Penyelidikan Sosioekonomi (SERI) sebagai langkah pertama bagi merangka agenda sosial negara menuju Transformasi Nasional 2050. Sejauh manakah kepentingan agenda sosial ini dalam pembentukan generasi TN50 yang mendatang?. Pada tahun 2016, sebanyak 30,844 kes berkaitan dadah yang telah direkodkan. Peningkatan sebanyak 100 peratus berbanding lima tahun sebelum itu pada tahun 2012. Daripada jumlah itu, sebanyak 23,000 kes adalah melibatkan penagih dadah yang baru. Masalah juvana masih lagi menghantui negara. Tahun 2015, sebanyak 4,569 kes dilaporkan. Kes ponteng sekolah serta masalah buli pula mencatatkan jumlah 14,496 dan 3,011 kes pada tahun yang lalu. Jumlah ini walaupun menunjukkan pola menurun ia masih membimbangkan. Justeru, saya turut berkongsi pendapat dan rasa seperti mana yang dikongsi oleh Menteri Belia dan Sukan, suka atau tidak generasi yang disebutkan ini adalah generasi anak- anak kita atau mungkin cucu sebahagian daripada kita dalam Dewan ini. Maka dengan itu, ia adalah masalah kita dan kita bertanggungjawab sepenuhnya bagi membentuk generasi pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. Oleh yang demikian, pengumuman Perdana Menteri untuk menubuhkan SERI ini adalah sangat penting dan perlu disokong.
94
106
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 95 sepenuhnya. Kita tidak mahu generasi baru ini tidak dilengkapkan dengan persediaan yang sewajarnya dan janganlah pada suatu hari nanti kita merasa menyesal kerana tidak membuat perkara yang sepatutnya memandangkan kita mempunyai keupayaan pada masa hadapan. Suka juga ingin saya mencadangkan pada pihak belia dan sukan untuk mempersiapkan kepimpinan muda dan belia kita di peringkat akar umbi dengan meneruskan bantuan dan program kepada persatuan-persatuan belia di seluruh negara. Hal ini penting kerana persatuan belia dilihat sebagai tempat orientasi untuk memupuk semangat kesukarelaan dan latihan kepimpinan terbaik terutama bersama masyarakat. Maka suka saya cadangkan agar program-program bersifat kepimpinan seperti Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional (PJKN) misalnya dilaksanakan semula sebagai program wajib untuk kita adakan setiap tahun. Saya harap peranan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia diperkasakan dan benar-benar menyelidik aktiviti dan program yang sesuai memenuhi agenda sosial dan keperluan-keperluan pemimpin TN50. Isu penambahbaikan projek rumah generasi baru FELDA pun isu orang muda. Saya ingin syorkan kepada pihak KPKT, menerusi PBT agar dapat memberikan kebenaran kepada FELDA untuk memulakan kerja- kerja awalan pembinaan ditapak tanpa menunggu kelulusan penuh pembangunan. PBT juga boleh membenarkan kerja-kerja pembinaan yang berkenaan berdasarkan syarat yang dikenakan oleh agensi teknikal utama sahaja. Saya juga ingin mencadangkan agar caj pemajuan kepada PBT untuk Rumah Mesra Rakyat FELDA dan SPNB ini dapat dikecualikan termasuk juga fee submission bagi permohonan pembangunan. Hal ini kerana, pembangunan ini adalah berkonsepkan CSR, bukan berkonsepkan komersial yang akan memberikan keuntungan kepada FELDA. Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri turut mengumumkan tahun 2020, sebagai Tahun Melawat Malaysia. Untuk rekod, kali terakhir kita menjalankan kempen ini adalah pada tahun 2014. Namun pada tahun 2014 tersebut, terdapat beberapa insiden berprofil tinggi yang merencatkan kempen tersebut sekali gus memberi impak kepada industri aviasi negara. Justeru, TM2020 ini perlu menjadi pemangkin kepada kegemilangan sektor pelancongan di Malaysia. Tempoh dua tahun bagi mempersiapkan diri bagi menjelang 2020 haruslah digunakan sepenuhnya terutamanya bagi syarikat penerbangan MAS untuk memulihkan rekod sekali gus mampu memaksimumkan pulangan yang akan hadir bersempena TM2020 ini. Selain itu, Malaysia juga sangat sinonim dengan sektor pelancongan kesihatan. Malaysia pada tahun ini telah sekali lagi dinobatkan sebagai destinasi pelancongan kesihatan terbaik untuk kali ketiga berturut-turut oleh International Medical Travel Journal. Pada majlis yang sama, Sunway Hospital telah menggondol tiga anugerah yang mengiktiraf kedudukan mereka sebagai peneraju sektor pelancongan kesihatan di negara ini. Apa yang saya cuba sampaikan adalah kita perlu tingkatkan kapasiti dan promosi bagi memastikan kedudukan kita pada hari ini tidak tergugat dan kemenangan ini harus digunakan sepenuhnya sebagai salah satu produk bagi tahun melawat Malaysia 2020 nanti. Pihak kementerian bertanggungjawab juga harus memikirkan suatu bentuk kerjasama di antara kerajaan dan pihak hospital swasta bagi menjayakan hasrat kerajaan ini. Selain itu, Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab bercerita tentang bidang pelancongan saya juga berharap pihak Kementerian Pelancongan dapat memberikan perhatian terhadap potensi Sekijang sebagai lokasi ecotourism menerusi sungai yang merentasi kawasan dalam Parlimen kami. Seperti yang pernah saya sampaikan sebelum ini, Sekijang masih lagi mempunyai potensi besar untuk kita majukan sebagai destinasi pelancongan. Justeru, saya amat berharap dalam tempoh masa dua tahun ini pihak kementerian dapat membantu memenuhi hasrat rakyat Sekijang untuk memastikan projek ecotourism ini dapat kita laksanakan. Manfaat ini bukan sahaja akan berlaku untuk di peringkat Parlimen tetapi ia akan memberikan faedah kepada daerah Segamat dan juga daerah Muar sebagai daerah yang bersempadanan dengan projek ecotourism ini. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa cukup– tertinggal Tangkak, minta maaf. Saya rasa, cukuplah sampai di sini perbahasan saya untuk Bajet 2018 ini. Apa yang paling penting dalam perkara ini sudah tentu adalah pelaksanaan tentang apa yang telah disampaikan dan juga yang telah kita cadangkan untuk kita laksanakan pada tahun hadapan. Garapan cantik hasrat murni Perdana Menteri ini tidak mungkin akan tercapai jika pelaksanaannya kelak tidak sampai kepada golongan sasarnya.
sepenuhnya. Kita tidak mahu generasi baru ini tidak dilengkapkan dengan persediaan yang sewajarnya dan janganlah pada suatu hari nanti kita merasa menyesal kerana tidak membuat perkara yang sepatutnya memandangkan kita mempunyai keupayaan pada masa hadapan. Suka juga ingin saya mencadangkan pada pihak belia dan sukan untuk mempersiapkan kepimpinan muda dan belia kita di peringkat akar umbi dengan meneruskan bantuan dan program kepada persatuan-persatuan belia di seluruh negara. Hal ini penting kerana persatuan belia dilihat sebagai tempat orientasi untuk memupuk semangat kesukarelaan dan latihan kepimpinan terbaik terutama bersama masyarakat. Maka suka saya cadangkan agar program-program bersifat kepimpinan seperti Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional (PJKN) misalnya dilaksanakan semula sebagai program wajib untuk kita adakan setiap tahun. Saya harap peranan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia diperkasakan dan benar-benar menyelidik aktiviti dan program yang sesuai memenuhi agenda sosial dan keperluan-keperluan pemimpin TN50. Isu penambahbaikan projek rumah generasi baru FELDA pun isu orang muda. Saya ingin syorkan kepada pihak KPKT, menerusi PBT agar dapat memberikan kebenaran kepada FELDA untuk memulakan kerja- kerja awalan pembinaan ditapak tanpa menunggu kelulusan penuh pembangunan. PBT juga boleh membenarkan kerja-kerja pembinaan yang berkenaan berdasarkan syarat yang dikenakan oleh agensi teknikal utama sahaja. Saya juga ingin mencadangkan agar caj pemajuan kepada PBT untuk Rumah Mesra Rakyat FELDA dan SPNB ini dapat dikecualikan termasuk juga fee submission bagi permohonan pembangunan. Hal ini kerana, pembangunan ini adalah berkonsepkan CSR, bukan berkonsepkan komersial yang akan memberikan keuntungan kepada FELDA. Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri turut mengumumkan tahun 2020, sebagai Tahun Melawat Malaysia. Untuk rekod, kali terakhir kita menjalankan kempen ini adalah pada tahun 2014. Namun pada tahun 2014 tersebut, terdapat beberapa insiden berprofil tinggi yang merencatkan kempen tersebut sekali gus memberi impak kepada industri aviasi negara. Justeru, TM2020 ini perlu menjadi pemangkin kepada kegemilangan sektor pelancongan di Malaysia. Tempoh dua tahun bagi mempersiapkan diri bagi menjelang 2020 haruslah digunakan sepenuhnya terutamanya bagi syarikat penerbangan MAS untuk memulihkan rekod sekali gus mampu memaksimumkan pulangan yang akan hadir bersempena TM2020 ini. Selain itu, Malaysia juga sangat sinonim dengan sektor pelancongan kesihatan. Malaysia pada tahun ini telah sekali lagi dinobatkan sebagai destinasi pelancongan kesihatan terbaik untuk kali ketiga berturut-turut oleh International Medical Travel Journal. Pada majlis yang sama, Sunway Hospital telah menggondol tiga anugerah yang mengiktiraf kedudukan mereka sebagai peneraju sektor pelancongan kesihatan di negara ini. Apa yang saya cuba sampaikan adalah kita perlu tingkatkan kapasiti dan promosi bagi memastikan kedudukan kita pada hari ini tidak tergugat dan kemenangan ini harus digunakan sepenuhnya sebagai salah satu produk bagi tahun melawat Malaysia 2020 nanti. Pihak kementerian bertanggungjawab juga harus memikirkan suatu bentuk kerjasama di antara kerajaan dan pihak hospital swasta bagi menjayakan hasrat kerajaan ini. Selain itu, Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab bercerita tentang bidang pelancongan saya juga berharap pihak Kementerian Pelancongan dapat memberikan perhatian terhadap potensi Sekijang sebagai lokasi ecotourism menerusi sungai yang merentasi kawasan dalam Parlimen kami. Seperti yang pernah saya sampaikan sebelum ini, Sekijang masih lagi mempunyai potensi besar untuk kita majukan sebagai destinasi pelancongan. Justeru, saya amat berharap dalam tempoh masa dua tahun ini pihak kementerian dapat membantu memenuhi hasrat rakyat Sekijang untuk memastikan projek ecotourism ini dapat kita laksanakan. Manfaat ini bukan sahaja akan berlaku untuk di peringkat Parlimen tetapi ia akan memberikan faedah kepada daerah Segamat dan juga daerah Muar sebagai daerah yang bersempadanan dengan projek ecotourism ini. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa cukup- tertinggal Tangkak, minta maaf. Saya rasa, cukuplah sampai di sini perbahasan saya untuk Bajet 2018 ini. Apa yang paling penting dalam perkara ini sudah tentu adalah pelaksanaan tentang apa yang telah disampaikan dan juga yang telah kita cadangkan untuk kita laksanakan pada tahun hadapan. Garapan cantik hasrat murni Perdana Menteri ini tidak mungkin akan tercapai jika pelaksanaannya kelak tidak sampai kepada golongan sasarnya.
95
107
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
96 DR.31.10.2017 Oleh yang demikian, saya berharap setiap kementerian dapat memastikan kesiapsiagaan kementerian dan agensi masing-masing supaya mampu menterjemahkan hasrat ini sebaik mungkin. Ini penting kerana kalau sekiranya apa yang kita cadang, apa yang kita sampaikan terutamanya di dalam Parlimen ini jika gagal untuk dilaksanakan di peringkat bawah, ia akan memberikan imej yang tidak baik kepada kerajaan. Malah ia akhirnya akan memberikan satu petanda buruk bahawa apa yang kita rancangkan di peringkat Bajet 2018 ini gagal untuk kita laksanakan. Kita tidak mahu seperti apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan sebelum ini beberapa projek yang sepatutnya dapat dilaksanakan tidak dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini, Sekijang mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kuala Krai. 7.29 mlm. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Saya juga ingin turut serta – pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua ya. Seorang Ahli: Ya, jangan panjang ya, 20 minit. Jangan lebih. [Ketawa] Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: 20 minit sahaja. Kita telah... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Panjang pun 20 minit juga Yang Berhormat. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Kita telah mendengar pembentangan bajet –ibu segala bajet ya. Jadi Perdana Menteri telah menyebut berkenaan nama ibu dalam bajet beliau. Satu lagi yang selalu kita dengar ialah ibu segala peperangan. Mother of all battle yang berlaku semasa perang Iraq. Itu disebut oleh Saddam Hussin. Kalah Saddam. [Ketawa] ■1930 Ibu, kalau kita hendak ambil ibu dalam konteks bajet ini, kalau kita sebut ibu, ibu dalam tindakan-tindakan dia tidak memberikan respons yang knee-jerk, respons kepada ibu, daripada ibu atas apa juga masalah dalam keluarga, baik anak, baik suami adalah suatu respons sangat penyayang, lemah lembut, mengambil perhatian dari segi emosi, fizikal. Ibu lebih sensitif dan penyayang, ibu juga tidak meminta balasan, ibu apabila memberi, menganggap itu satu tanggungjawab dia untuk memberi. Tidaklah seperti ibu segala bajet ini, penghujungnya minta rakyat menyokong BN. Itu tidak kena. Ibu pula tidak mengambil hak anak-anak dan keluarga, tidak mencuri la, kita tidak pernah dengar seorang ibu kleptokrat. Akan tetapi dalam konteks kita, kita lain. Jadi ibu segala bajet ini Yang Berhormat sekalian, kita kena hati-hati. Menteri Kewangan ataupun Perdana Menteri boleh mengemukakan berbagai-bagai statistik, yang manis-manis tetapi rakyat sukar untuk menelan, manisnya penuh kepahitan. Beberapa hari yang lepas, minggu lepas kita membahaskan rang undang-undang peruntukan insurans pekerja. Dikhabarkan setiap tahun, 50 ribu pembuangan pekerja berlaku dan meningkat, tahun sebelumnya 40 ribu lebih ya Yang Berhormat Kuala Langat, meningkat 50 ribu dan apakah masa depan kita akan lebih baik. Kita risau sesi depan Tuan Yang di-Pertua pun hilang jawatan, kita risaulah. [Dewan ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kula Langat hendak mencelah Yang Berhormat. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Tidak...dan kita ada pengangguran pada kadar 3.45 percent meningkat daripada 2.85 percent dalam tahun 2014. Jadi perkara- perkara macam ini harus kita ambil perhatian kerana ianya menggambarkan satu trend kemerosotan. Kita juga ambil contoh peningkatan indeks harga pengguna, sebanyak 4.3 percent pada September 2017 ini, berbanding setahun yang lalu. Ini tentulah memberi kesan yang pedih kepada rakyat. Inilah inflasi. Kita tidak beri sangat penekanan dalam ucapan bajet kali ini, yang dibuat oleh Menteri Kewangan tentang inflasi. Rakyat rasa kepedihannya, inflasi ini walaupun ada yang
Oleh yang demikian, saya berharap setiap kementerian dapat memastikan kesiapsiagaan kementerian dan agensi masing-masing supaya mampu menterjemahkan hasrat ini sebaik mungkin. Ini penting kerana kalau sekiranya apa yang kita cadang, apa yang kita sampaikan terutamanya di dalam Parlimen ini jika gagal untuk dilaksanakan di peringkat bawah, ia akan memberikan imej yang tidak baik kepada kerajaan. Malah ia akhirnya akan memberikan satu petanda buruk bahawa apa yang kita rancangkan di peringkat Bajet 2018 ini gagal untuk kita laksanakan. Kita tidak mahu seperti apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan sebelum ini beberapa projek yang sepatutnya dapat dilaksanakan tidak dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini, Sekijang mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kuala Krai. 7.29 mlm. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Saya juga ingin turut serta - pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua ya. Seorang Ahli: Ya, jangan panjang ya, 20 minit. Jangan lebih. [Ketawa] Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: 20 minit sahaja. Kita telah... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Panjang pun 20 minit juga Yang Berhormat. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Kita telah mendengar pembentangan bajet-ibu segala bajet ya. Jadi Perdana Menteri telah menyebut berkenaan nama ibu dalam bajet beliau. Satu lagi yang selalu kita dengar ialah ibu segala peperangan. Mother of all battle yang berlaku semasa perang Iraq. Itu disebut oleh Saddam Hussin. Kalah Saddam. [Ketawa] #1930 Ibu, kalau kita hendak ambil ibu dalam konteks bajet ini, kalau kita sebut ibu, ibu dalam tindakan-tindakan dia tidak memberikan respons yang knee-jerk, respons kepada ibu, daripada ibu atas apa juga masalah dalam keluarga, baik anak, baik suami adalah suatu respons sangat penyayang, lemah lembut, mengambil perhatian dari segi emosi, fizikal. Ibu lebih sensitif dan penyayang, ibu juga tidak meminta balasan, ibu apabila memberi, menganggap itu satu tanggungjawab dia untuk memberi. Tidaklah seperti ibu segala bajet ini, penghujungnya minta rakyat menyokong BN. Itu tidak kena. Ibu pula tidak mengambil hak anak-anak dan keluarga, tidak mencuri la, kita tidak pernah dengar seorang ibu kleptokrat. Akan tetapi dalam konteks kita, kita lain. Jadi ibu segala bajet ini Yang Berhormat sekalian, kita kena hati-hati. Menteri Kewangan ataupun Perdana Menteri boleh mengemukakan berbagai-bagai statistik, yang manis-manis tetapi rakyat sukar untuk menelan, manisnya penuh kepahitan. Beberapa hari yang lepas, minggu lepas kita membahaskan rang undang-undang peruntukan insurans pekerja. Dikhabarkan setiap tahun, 50 ribu pembuangan pekerja berlaku dan meningkat, tahun sebelumnya 40 ribu lebih ya Yang Berhormat Kuala Langat, meningkat 50 ribu dan apakah masa depan kita akan lebih baik. Kita risau sesi depan Tuan Yang di-Pertua pun hilang jawatan, kita risaulah. [Dewan ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kula Langat hendak mencelah Yang Berhormat. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Tidak...dan kita ada pengangguran pada kadar 3.45 percent meningkat daripada 2.85 percent dalam tahun 2014. Jadi perkara- perkara macam ini harus kita ambil perhatian kerana ianya menggambarkan satu trend kemerosotan. Kita juga ambil contoh peningkatan indeks harga pengguna, sebanyak 4.3 percent pada September 2017 ini, berbanding setahun yang lalu. Ini tentulah memberi kesan yang pedih kepada rakyat. Inilah inflasi. Kita tidak beri sangat penekanan dalam ucapan bajet kali ini, yang dibuat oleh Menteri Kewangan tentang inflasi. Rakyat rasa kepedihannya, inflasi ini walaupun ada yang.
96
108
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 97 mengatakan inflasi kita lebih kurang tiga percent tahun ini, jadi tidak memberi kesannya kepada rakyat. Tetapi kita harus ingat, dalam komponen indeks harga pengguna itu banyak, ada harga barang-barang seperti mungkin handphone, naik harga pun orang tidak tukar selalu. Harga kereta misalnya, tetapi yang lebih pentingnya harga makanan, makanan salah satu komponen dan harga makanan naik tinggi. Jadi walaupun secara puratanya indeks itu tidak meningkat dengan banyak, tetapi kesan kepada rakyat sangat teruk, kerana harga makanan meningkat dengan banyak. Ya Yang Berhormat Kuala Langat. Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Tuan Yang di-Pertua, kerana memberikan saya berdiri dan berbicara soal hendak menyinggung sikit isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai. [Dewan riuh]. Mencelah-mencelah, hendak menyinggung sikit. Yang Berhormat Kuala Krai, baru-baru ini kita dikhabarkan ada lebih kurang lima Pasaraya Giant akan ditutup, agak-agak pekerja itu, kesannya bagaimana? Puncanya apa? Agak-agak Yang Berhormat Kuala Krai, atas sebab kerana Giant dia bukannya Kancil, dia Giant, kena buang kerja ini, bagaimana keadaan ini berlaku. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Kalau Yang Berhormat Kuala Langat bersabar sedikit, saya akan menyentuh itu. Tetapi tidak mengapa, oleh sebab dia bawah ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, KPDNKK mengatakan bahawa penutupan lima cawangan hypermarket atau supermarket Giant ini bukan menggambarkan negara akan bankrup terus ke situ dia, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Akan tetapi kita pasti, satu cawangan Giant mungkin ada 100 orang pekerja, more than that dengan izin. Lima cawangan, 500 orang akan hilang pekerjaan, lebih... saya ambil estimate yang agak rendah conservative. Bagaimana mereka? Ini tidak masuk lagi beberapa pelarasan pekerja sektor banking misalnya, MAS yang baru lepas. Jadi, jangan menteri mengambil kecil masalah penutupan Giant ini. Giant ini terkenal dengan tempat membeli belah yang munasabah harganya, bagi kita. Kalau itu pun tutup, ertinya bukan kerana sambutan tidak ada, tetapi rakyat tidak mampu berbelanja seperti biasa. Saya dengar Giant yang pertama yang wujud di Malaysia ini, iaitu di Melawati, tempat saya, apabila pindah ke premis baru, hari pertamanya punya banyak untung, manager dia pun rasanya tumbang. Contohnya punya hebat, tiba-tiba tutup, apa gambaran. Jadi, perkara macam itu, saya rasa tidak mengejutkan langsung. Suasana hari ini, kita tengok pula, Kedai Rakyat 1Malaysia pun bungkus, bungkus pula, tutup. Apa hujahnya? Untuk menukar model operasi mereka, cara yang baru. Jadi menggambarkan pengakuan bahawa, idea lama, pengwujudan Kedai Rakyat 1 Malaysia ini tidak betul. Untuk apa? Untuk cuba menunjukkan bahawa mereka boleh membantu dengan harga yang murah tetapi akhirnya model itu tidak menjadi. Hendak tukar model baru, tahu pula bila pula. Berapa ramai pekerja KR1M itu yang terpaksa berhenti kerja baru ini, mungkin direhatkan. Jadi perkara ini kita tidak boleh anggap satu percaturan Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kuala Krai. Giant tutup, beberapa pasar raya tutup, bank cawangan tutup dan kalau kita malam-malam di Kuala Lumpur sendiri, menjelajah dan pergi ke pasar-pasar malam, pasar-pasar malam pun kita dapat rasakan bahawa pembelinya, pengunjungnya lengang, dan memberi gambaran bahawa ekonomi dan tempat membeli belah yang paling mudah, yang paling simple, yang paling rendah, murahnya pun nampaknya rakyat tidak mampu membeli. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat Kuala Krai? Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Ya, itu satu contoh yang sangat dekat dengan kita, pasar malam, pasar tani. Jadi ini semua kesimpulannya. Tuan Yang di- Pertua, bukanlah hendak habis ucapan, menunjukkan ekonomi kita tidak baik. Walaupun Perdana Menteri meyakinkan kita dengan senyum, sepanjang pembentangan senyum, dengan membawa beberapa hadirin, tetamu hadir, termasuk kak Wan kita. Tetapi hakikatnya rakyat di luar sana sedang menghadapi masalah. Puncanya kita tahu, kita tahu, bukan kita tidak tahu. Antaranya GST, kita sebut sudah banyak kali. Kejatuhan ringgit sudah diulang. Jadi perkara-perkara macam ini tidak boleh lah rakyat biasa hendak menanganinya. Kerajaan lah yang harus menanganinya. Jadi kesimpulan tadi itu, ekonomi kita tidak baik. Jadi saya minta cadangan kepada kerajaan supaya, dalam menilai dan memberikan pembentangan bajet mengambil kiralah harga-harga
mengatakan inflasi kita lebih kurang tiga percent tahun ini, jadi tidak memberi kesannya kepada rakyat. Tetapi kita harus ingat, dalam komponen indeks harga pengguna itu banyak, ada harga barang-barang seperti mungkin handphone, naik harga pun orang tidak tukar selalu. Harga kereta misalnya, tetapi yang lebih pentingnya harga makanan, makanan salah satu komponen dan harga makanan naik tinggi. Jadi walaupun secara puratanya indeks itu tidak meningkat dengan banyak, tetapi kesan kepada rakyat sangat teruk, kerana harga makanan meningkat dengan banyak. Ya Yang Berhormat Kuala Langat. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Tuan Yang di-Pertua, kerana memberikan saya berdiri dan berbicara soal hendak menyinggung sikit isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai. [Dewan riuh]. Mencelah-mencelah, hendak menyinggung sikit. Yang Berhormat Kuala Krai, baru-baru ini kita dikhabarkan ada lebih kurang lima Pasaraya Giant akan ditutup, agak-agak pekerja itu, kesannya bagaimana? Puncanya apa? Agak-agak Yang Berhormat Kuala Krai, atas sebab kerana Giant dia bukannya Kancil, dia Giant, kena buang kerja ini, bagaimana keadaan ini berlaku. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Kalau Yang Berhormat Kuala Langat bersabar sedikit, saya akan menyentuh itu. Tetapi tidak mengapa, oleh sebab dia bawah ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, KPDNKK mengatakan bahawa penutupan lima cawangan hypermarket atau supermarket Giant ini bukan menggambarkan negara akan bankrup terus ke situ dia, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Akan tetapi kita pasti, satu cawangan Giant mungkin ada 100 orang pekerja, more than that dengan izin. Lima cawangan, 500 orang akan hilang pekerjaan, lebih... saya ambil estimate yang agak rendah conservative. Bagaimana mereka? Ini tidak masuk lagi beberapa pelarasan pekerja sektor banking misalnya, MAS yang baru lepas. Jadi, jangan menteri mengambil kecil masalah penutupan Giant ini. Giant ini terkenal dengan tempat membeli belah yang munasabah harganya, bagi kita. Kalau itu pun tutup, ertinya bukan kerana sambutan tidak ada, tetapi rakyat tidak mampu berbelanja seperti biasa. Saya dengar Giant yang pertama yang wujud di Malaysia ini, iaitu di Melawati, tempat saya, apabila pindah ke premis baru, hari pertamanya punya banyak untung, manager dia pun rasanya tumbang. Contohnya punya hebat, tiba-tiba tutup, apa gambaran. Jadi, perkara macam itu, saya rasa tidak mengejutkan langsung. Suasana hari ini, kita tengok pula, Kedai Rakyat 1Malaysia pun bungkus, bungkus pula, tutup. Apa hujahnya? Untuk menukar model operasi mereka, cara yang baru. Jadi menggambarkan pengakuan bahawa, idea lama, pengwujudan Kedai Rakyat 1 Malaysia ini tidak betul. Untuk apa? Untuk cuba menunjukkan bahawa mereka boleh membantu dengan harga yang murah tetapi akhirnya model itu tidak menjadi. Hendak tukar model baru, tahu pula bila pula. Berapa ramai pekerja KR1M itu yang terpaksa berhenti kerja baru ini, mungkin direhatkan. Jadi perkara ini kita tidak boleh anggap satu percaturan. Dato' Haji Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kuala Krai. Giant tutup, beberapa pasar raya tutup, bank cawangan tutup dan kalau kita malam-malam di Kuala Lumpur sendiri, menjelajah dan pergi ke pasar-pasar malam, pasar-pasar malam pun kita dapat rasakan bahawa pembelinya, pengunjungnya lengang, dan memberi gambaran bahawa ekonomi dan tempat membeli belah yang paling mudah, yang paling simple, yang paling rendah, murahnya pun nampaknya rakyat tidak mampu membeli. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat Kuala Krai?. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Ya, itu satu contoh yang sangat dekat dengan kita, pasar malam, pasar tani. Jadi ini semua kesimpulannya. Tuan Yang di- Pertua, bukanlah hendak habis ucapan, menunjukkan ekonomi kita tidak baik. Walaupun Perdana Menteri meyakinkan kita dengan senyum, sepanjang pembentangan senyum, dengan membawa beberapa hadirin, tetamu hadir, termasuk kak Wan kita. Tetapi hakikatnya rakyat di luar sana sedang menghadapi masalah. Puncanya kita tahu, kita tahu, bukan kita tidak tahu. Antaranya GST, kita sebut sudah banyak kali. Kejatuhan ringgit sudah diulang. Jadi perkara-perkara macam ini tidak boleh lah rakyat biasa hendak menanganinya. Kerajaan lah yang harus menanganinya. Jadi kesimpulan tadi itu, ekonomi kita tidak baik. Jadi saya minta cadangan kepada kerajaan supaya, dalam menilai dan memberikan pembentangan bajet mengambil kiralah harga-harga.
97
109
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
98 DR.31.10.2017 konsumer item kita, petrol kita, trendnya sedang meningkat, harga minyak masak, harga sayur-sayuran, ikan sedang meningkat. Ini yang membebankan. Mungkin tidak menyebabkan consumer price indeks kita menurun, tetapi sangat dirasai oleh para-para rakyat kita, yang juga saya ingin sentuh dalam baru ini ialah bab perumahan Tuan Yang di-Pertua. ■1940 Janji 2013 dulu satu juta. Kemudian ditambah 1.1 juta rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun. Ertinya pada tahun 2018 ini, dijangka ataupun dipastikan siap satu juta lebih rumah-rumah mampu milik ini. Saya hendak dapat kepastian daripada kementerian, yang sebenarnya, menjelang tahun depan berapa sebenarnya kita boleh bina? Oleh kerana kemajuan setakat ini amat membimbangkan. Sampai hari ini lebih kurang 21 peratus atau 21.3 peratus sahaja rumah-rumah ini yang telah dibina. Agaknya siap dibina sebanyak 241,000 lebih. Dikatakan 57 peratus yang lain sedang dibina. Ada 634,000. Apakah peringkat-peringkat pembinaan ini? Adakah kerajaan boleh deliver ataupun menyediakannya pada tempoh yang ditetapkan? Kemudian disebut juga ada 27 peratus yang masih lagi dalam peringkat perancangan. Ini saya tidak pasti sama ada akan dapat diselesaikan sebelum habis tahun 2018. Jadi, janji yang dibuat untuk membina satu juta rumah itu saya rasa akan gagal. Jadi, bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah rumah ini sedangkan ia satu benda yang kritikal kepada rakyat kita. Tanpa rumah, kita tidak dapat menggambarkan ia sebagai satu masyarakat yang maju. Ada cadangan daripada sesetengah pihak supaya rakyat kita ini mengambil pendekatan yang berbeza buat sementara ini, tidak membeli rumah tetapi hanya menyewa rumah. Ini cadangan. Cuba kita fikirkan. Kalau buat masa ini di peringkat anak-anak muda khususnya, tidak memikirkan beli rumah tetapi sewa rumah, tentunya banyak daripada rumah-rumah yang dibina ini mungkin tidak ada pembeli. Ini boleh membantu untuk menurunkan harga rumah. Akan tetapi dalam masa yang sama, yang menyewa ini, terutamanya anak muda yang baru berkahwin, mestilah juga menyimpan untuk membolehkan mereka pada satu ketika, lima atau 10 tahun akan datang membeli rumah. Jadi, buat masa terdekat ini mungkin boleh menekan pemaju-pemaju untuk membawa turun harga rumah. Pada kerajaan pula, saya mencadangkan supaya di bandar atau di pinggir bandar, mana-mana ada tanah-tanah itu, di-acquire cepatlah di bawah apa-apa peraturan Kanun Tanah Negara untuk memastikan ada ruang lagi untuk kita membina rumah-rumah mampu milik ini kepada rakyat. Kalau tidak disegerakan sekarang, tidak dimulakan, tidak ada tempat lagi di bandar, terutamanya yang besar-besar, bandar besar seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Johor Bahru. Begitu juga di kawasan pinggir bandar. Mungkin di luar bandar pun kerajaan sudah mula membuat perancangan supaya tanah-tanah dapat di-acquire untuk tujuan pembangunan ini supaya tiba masanya pembangunan berlaku nanti, kita sudah ada tanah-tanah yang sesuai untuk dibina. Kepada para pemaju, saya rasa, harus memikirkan dengan sokongan daripada kerajaan, skim sewa beli yang nampaknya mendapat sokongan daripada rakyat supaya mereka dapat memiliki rumah walaupun bermula hanya dengan menyewa rumah-rumah ini. Saya rasa ini kita boleh buat seperti yang cuba dibuat di Wilayah Persekutuan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, untuk mengurangkan kos kehidupan kita ini, kita mengucapkan tahniah kepada penduduk-penduduk sekitar Klang, Shah Alam, Johor Bahru Selatan dan juga di sebelah Bukit Kayu Hitam kerana tol-tol mereka... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam terheret. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Dia hampir hendak bangun tetapi dia tidak jadi ya. Tidak payahlah, dia ada time nanti. Yang telah dihapuskan tolnya. Dapatlah mereka berbelanja lebih. Mungkin tidak banyak. Satu hari mungkin dalam RM5 save. RM100 sebulan. Bagaimana dengan tempat-tempat yang lain? Apabila Pakatan Harapan pada ketika membentangkan bajet alternatifnya, ditertawakan oleh pimpinan BN. Ada pimpinan MIC sebelah Selangor mengatakan, “Ini angan-angan, mimpi, untuk menghapuskan tol”. Kita bentang dua hari sebelum itu. Dia bercakap satu hari sebelum bajet. Kita dua hari sebelum. Dia cakap sehari. Hari bajet, senyap terus.
konsumer item kita, petrol kita, trendnya sedang meningkat, harga minyak masak, harga sayur-sayuran, ikan sedang meningkat. Ini yang membebankan. Mungkin tidak menyebabkan consumer price indeks kita menurun, tetapi sangat dirasai oleh para-para rakyat kita, yang juga saya ingin sentuh dalam baru ini ialah bab perumahan Tuan Yang di-Pertua. #1940. Janji 2013 dulu satu juta. Kemudian ditambah 1.1 juta rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun. Ertinya pada tahun 2018 ini, dijangka ataupun dipastikan siap satu juta lebih rumah-rumah mampu milik ini. Saya hendak dapat kepastian daripada kementerian, yang sebenarnya, menjelang tahun depan berapa sebenarnya kita boleh bina? Oleh kerana kemajuan setakat ini amat membimbangkan. Sampai hari ini lebih kurang 21 peratus atau 21.3 peratus sahaja rumah-rumah ini yang telah dibina. Agaknya siap dibina sebanyak 241,000 lebih. Dikatakan 57 peratus yang lain sedang dibina. Ada 634,000. Apakah peringkat-peringkat pembinaan ini? Adakah kerajaan boleh deliver ataupun menyediakannya pada tempoh yang ditetapkan?. Kemudian disebut juga ada 27 peratus yang masih lagi dalam peringkat perancangan. Ini saya tidak pasti sama ada akan dapat diselesaikan sebelum habis tahun 2018. Jadi, janji yang dibuat untuk membina satu juta rumah itu saya rasa akan gagal. Jadi, bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah rumah ini sedangkan ia satu benda yang kritikal kepada rakyat kita. Tanpa rumah, kita tidak dapat menggambarkan ia sebagai satu masyarakat yang maju. Ada cadangan daripada sesetengah pihak supaya rakyat kita ini mengambil pendekatan yang berbeza buat sementara ini, tidak membeli rumah tetapi hanya menyewa rumah. Ini cadangan. Cuba kita fikirkan. Kalau buat masa ini di peringkat anak-anak muda khususnya, tidak memikirkan beli rumah tetapi sewa rumah, tentunya banyak daripada rumah-rumah yang dibina ini mungkin tidak ada pembeli. Ini boleh membantu untuk menurunkan harga rumah. Akan tetapi dalam masa yang sama, yang menyewa ini, terutamanya anak muda yang baru berkahwin, mestilah juga menyimpan untuk membolehkan mereka pada satu ketika, lima atau 10 tahun akan datang membeli rumah. Jadi, buat masa terdekat ini mungkin boleh menekan pemaju-pemaju untuk membawa turun harga rumah. Pada kerajaan pula, saya mencadangkan supaya di bandar atau di pinggir bandar, mana-mana ada tanah-tanah itu, di-acquire cepatlah di bawah apa-apa peraturan Kanun Tanah Negara untuk memastikan ada ruang lagi untuk kita membina rumah-rumah mampu milik ini kepada rakyat. Kalau tidak disegerakan sekarang, tidak dimulakan, tidak ada tempat lagi di bandar, terutamanya yang besar-besar, bandar besar seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Johor Bahru. Begitu juga di kawasan pinggir bandar. Mungkin di luar bandar pun kerajaan sudah mula membuat perancangan supaya tanah-tanah dapat di-acquire untuk tujuan pembangunan ini supaya tiba masanya pembangunan berlaku nanti, kita sudah ada tanah-tanah yang sesuai untuk dibina. Kepada para pemaju, saya rasa, harus memikirkan dengan sokongan daripada kerajaan, skim sewa beli yang nampaknya mendapat sokongan daripada rakyat supaya mereka dapat memiliki rumah walaupun bermula hanya dengan menyewa rumah-rumah ini. Saya rasa ini kita boleh buat seperti yang cuba dibuat di Wilayah Persekutuan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, untuk mengurangkan kos kehidupan kita ini, kita mengucapkan tahniah kepada penduduk-penduduk sekitar Klang, Shah Alam, Johor Bahru Selatan dan juga di sebelah Bukit Kayu Hitam kerana tol-tol mereka... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam terheret. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Dia hampir hendak bangun tetapi dia tidak jadi ya. Tidak payahlah, dia ada time nanti. Yang telah dihapuskan tolnya. Dapatlah mereka berbelanja lebih. Mungkin tidak banyak. Satu hari mungkin dalam RM5 save. RM100 sebulan. Bagaimana dengan tempat-tempat yang lain? Apabila Pakatan Harapan pada ketika membentangkan bajet alternatifnya, ditertawakan oleh pimpinan BN. Ada pimpinan MIC sebelah Selangor mengatakan, "Ini angan-angan, mimpi, untuk menghapuskan tol". Kita bentang dua hari sebelum itu. Dia bercakap satu hari sebelum bajet. Kita dua hari sebelum. Dia cakap sehari. Hari bajet, senyap terus.
98
110
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 99 Ertinya, walau hanya empat laluan dibatalkan tolnya, ertinya, pembatalan tol ini masih munasabah, masih boleh dilakukan. Kenapa tidak lima, enam, tujuh ataupun lebih daripada itu? Mungkin ada yang menghujahkan pampasannya tinggi. Kerajaan terpaksa bayar, rakyat juga terpaksa bayar. Memang tetapi tentulah ada kaedah-kaedah seperti yang dibuat di empat tol ini, kita boleh buat. Akhirnya, kita akan bebas tol, negara kita. Kita akan membina, sedang membina, 2,000 kilometer Lebuhraya Pan Borneo, tanpa tol, tanpa tol. Jumlah jarak itu Ahli Yang Berhormat sekalian, lebih panjang daripada keseluruhan gabungan lebuh raya bertol yang ada di Semenanjung yang sekitar 1,800 kilometer. Sana boleh tidak ada tol, kenapa kita tidak boleh fikirkan cara untuk menghapuskan tol-tol ini. Janganlah pula nanti kerajaan kata oleh kerana Semenanjung tol, orang Semenanjung marah, tol pula kena di Lebuhraya Pan Borneo. Tidak betul. Saya hendak kata, ikut Pan Borneo punya lebuh raya tidak ada tol supaya kita dapat kurangkan ataupun hapuskan tol di sini. Tentulah boleh. Bagaimana kita hendak membiayai pengambilalihan dan sebagainya, ini kita sudah sebut. Kalau kita boleh buat dengan empat tol, kita boleh buat lima, enam, tujuh, boleh sahaja. Datuk Joseph Salang anak Gandum [Julau]: [Bangun] Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Tunjukkan di mana ruang-ruang yang kita boleh buat melalui perjanjian-perjanjian konsesi yang selama ini kita tidak dapat perhatikan atau tidak dapat dimaklumkan. Masa... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Julau bangun. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Masa tidak cukup. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Masa tidak cukup. Tidak bagi jalan. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Jadi, untuk membolehkan kita maintain lebuh raya-lebuhraya ini, kita ada 1,800 kilometer, lebuh raya di Semenanjung termasuk ke Pantai Timur. Tentulah kita boleh memikirkan pembangunan-pembangunan bandar baru, kawasan perindustrian baru, pelabuhan darat ataupun kawasan-kawasan rekreasi yang dibangunkan secara bersungguh-sungguh untuk membolehkan kita mendapat income. Mungkin kawasan-kawasan ini menjadi pendapatan baru bagi PBT-PBT, majlis- majlis bandar raya dan tentulah dengan pendapatan baru ini mereka boleh dibahagikan tugas atau tanggungjawab untuk menyelia lebuh raya-lebuh raya yang ada di kawasan mereka. Datuk Joseph Salang anak Gandum [Julau]: [Bangun] Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Saya rasa satu ini bukan satu perkara yang tidak dapat kita fikirkan dan boleh dilaksanakan dengan kadar yang segera. Jadi, kami di dalam Pakatan Harapan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Julau bangun lagi Yang Berhormat. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: ...masih lagi mengekalkan cadangan supaya tol ini dihapuskan. Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Julau bangun lagi. Hendak bagi? Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Yang Berhormat Julau, tidak sempatlah Yang Berhormat Julau. Datuk Joseph Salang anak Gandum [Julau]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Sedikit. Setengah minit, ya. Kawan lama. Ya, sila. Datuk Joseph Salang anak Gandum [Julau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Saya hendak tanya, siapakah yang dulunya membawa sistem tol ke Malaysia? Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Saya boleh jawab. Kerajaan Barisan Nasional.
Ertinya, walau hanya empat laluan dibatalkan tolnya, ertinya, pembatalan tol ini. masih munasabah, masih boleh dilakukan. Kenapa tidak lima, enam, tujuh ataupun lebih daripada itu? Mungkin ada yang menghujahkan pampasannya tinggi. Kerajaan terpaksa bayar, rakyat juga terpaksa bayar. Memang tetapi tentulah ada kaedah-kaedah seperti yang dibuat di empat tol ini, kita boleh buat. Akhirnya, kita akan bebas tol, negara kita. Kita akan membina, sedang membina, 2,000 kilometer Lebuhraya Pan Borneo, tanpa tol, tanpa tol. Jumlah jarak itu Ahli Yang Berhormat sekalian, lebih panjang daripada keseluruhan gabungan lebuh raya bertol yang ada di Semenanjung yang sekitar 1,800 kilometer. Sana boleh tidak ada tol, kenapa kita tidak boleh fikirkan cara untuk menghapuskan tol-tol ini. Janganlah pula nanti kerajaan kata oleh kerana Semenanjung tol, orang Semenanjung marah, tol pula kena di Lebuhraya Pan Borneo. Tidak betul. Saya hendak kata, ikut Pan Borneo punya lebuh raya tidak ada tol supaya kita dapat kurangkan ataupun hapuskan tol di sini. Tentulah boleh. Bagaimana kita hendak membiayai pengambilalihan dan sebagainya, ini kita sudah sebut. Kalau kita boleh buat dengan empat tol, kita boleh buat lima, enam, tujuh, boleh sahaja. Datuk Joseph Salang anak Gandum [Julau]: [Bangun]. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Tunjukkan di mana ruang-ruang yang kita boleh buat melalui perjanjian-perjanjian konsesi yang selama ini kita tidak dapat perhatikan atau tidak dapat dimaklumkan. Masa... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Julau bangun. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Masa tidak cukup. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Masa tidak cukup. Tidak bagi jalan. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Jadi, untuk membolehkan kita maintain lebuh raya-lebuhraya ini, kita ada 1,800 kilometer, lebuh raya di Semenanjung termasuk ke Pantai Timur. Tentulah kita boleh memikirkan pembangunan-pembangunan bandar baru, kawasan perindustrian baru, pelabuhan darat ataupun kawasan-kawasan rekreasi yang dibangunkan secara bersungguh-sungguh untuk membolehkan kita mendapat income. Mungkin kawasan-kawasan ini menjadi pendapatan baru bagi PBT-PBT, majlis- majlis bandar raya dan tentulah dengan pendapatan baru ini mereka boleh dibahagikan tugas atau tanggungjawab untuk menyelia lebuh raya-lebuh raya yang ada di kawasan mereka. Datuk Joseph Salang anak Gandum [Julau]: [Bangun]. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Saya rasa satu ini bukan satu perkara yang tidak dapat kita fikirkan dan boleh dilaksanakan dengan kadar yang segera. Jadi, kami di dalam Pakatan Harapan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Julau bangun lagi Yang Berhormat. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: ...masih lagi mengekalkan cadangan supaya tol ini dihapuskan. Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Julau bangun lagi. Hendak bagi?. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Yang Berhormat Julau, tidak sempatlah Yang Berhormat Julau. Datuk Joseph Salang anak Gandum [Julau]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Sedikit. Setengah minit, ya. Kawan lama. Ya, sila. Datuk Joseph Salang anak Gandum [Julau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Saya hendak tanya, siapakah yang dulunya membawa sistem tol ke Malaysia?. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Saya boleh jawab. Kerajaan Barisan Nasional.
99
111
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
100 DR.31.10.2017 Beberapa Ahli: Ya. [Tepuk] Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Tidak berubah dari dulu sampai kini dan tidaklah selamanya. Jadi, itulah sudah menjawab soalan ya. Sesiapa juga Perdana Menteri kah, pokoknya, Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, subsidi minyak telah dihapuskan pada tahun 2014 dengan dulunya 22 bilion dan antara hujahnya ialah supaya wang daripada subsidi ini dapat kita channel-kan kepada pembangunan. Cantiklah nampaknya. Tahun lepas belanjawan pembangunan kita RM44 bilion. Tahun ini, RM46 bilion. Lebih kurang, sama. RM46 bilion. Ertinya, dengan penghapusan subsidi ini pun kita tidak dapat menambah perbelanjaan pembangunan yang pada ketika itu pada tahun 2010, peratusan belanjawan kita untuk pembangunan 27 peratus menurun kepada yang terakhir ini 16 peratus. Apa maknanya? Ertinya, idea untuk menghapuskan subsidi, untuk mengalihkannya kepada belanja pembangunan itu tidak berjalan. Yang mendapat faedah besar ialah Jabatan Perdana Menteri, pembangunan di Jabatan Perdana Menteri. Jadi, saya rasa ini semua adalah perkara-perkara yang menyusahkan rakyat. Hari ini trend harga minyak naik. Walaupun Setiausaha Perbendaharaan mengatakan masih ada lagi subsidi untuk petrol lebih kurang beberapa ratus juta tetapi ini hanya untuk menangani turun naik harga mingguan yang direka oleh kementerian sendiri. Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya kita fikir semula ke mana wang ini pergi. Bukan saya katakan kembalikan subsidi tetapi prioriti, keutamaan yang disediakan oleh kerajaan dalam membatalkan subsidi untuk pembangunan. Itu ternyata tidak berlaku. Jadi Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan terima kasih atas peluang untuk membahaskan ini. ■1950 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sabak Bernam. 7.50 mlm. Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh [Sabak Bernam]: Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Bajet 2018. Sesungguhnya Bajet 2018 yang dibentangkan ini adalah merupakan bajet yang paling inklusif dan paling konklusif pernah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, yang merupakan bajet ke-59 yang pernah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato'. Begitulah inklusif dan konklusifnya bajet ini yang bukan sahaja meliputi dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, hatta dari yang masih dalam kandungan hinggalah warga emas, pekerja swasta, penjawat awam, polis dan tentera, petani, nelayan, pekebun kelapa, pesawah dan peladang juga, wanita di sektor swasta dan awam. Bajet 2018 ini menunjukkan keluruhan dan keikhlasan kerajaan dengan mengemukakan bajet dengan pendekatan maqasid syariah iaitu demi kepentingan agama (al-din), nyawa dan jiwa (al-nafs), akal (al-‘aql), keturunan (al-nasb) dan harta (al-mal). Sebagai elemen penting asas kehidupan yang berkualiti, bajet ini adalah bajet yang berhemah serta berpandangan jauh kerana mengambil kira dan membahagikan peruntukan ini mengikut kepentingan. Seperti mana yang dinyatakan di dalam surah Al-Mumtahanah ayat ke-12 dan hajiyat (keperluan) serta tahsiniyat. Seperti mana dinyatakan surah Al-Hajj dan hadis riwayat Ahmad yang akhirnya adalah demi kebahagiaan dan kejayaan, kerahmatan dan keredaan Allah yang kehidupannya di dunia dan akhirat. Bajet 2018 ini adalah bajet yang berpandangan jauh dengan bertemakan “Memakmur Ekonomi yang Inklusif, Mengimbangi Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahterakan Kehidupan Rakyat Menuju Aspirasi TN50”. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah menggariskan di antaranya iaitu telah mencapai sasaran 60 peratus untuk mewujudkan sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan tahun 2020. Mencapai jumlah eksport negara tertinggi sebanyak RM80 bilion dan rizab antarabangsa terkini yang telah tercatat sebanyak USD101.4 bilion atau RM428.7 bilion. Tahniah juga kepada Tan Sri Muhammad bin Ibrahim, Gabenor Bank Negara Ke-8 yang merupakan anak jati Sabak Bernam.
Beberapa Ahli: Ya. [Tepuk] Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Tidak berubah dari dulu sampai kini dan tidaklah selamanya. Jadi, itulah sudah menjawab soalan ya. Sesiapa juga Perdana Menteri kah, pokoknya, Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, subsidi minyak telah dihapuskan pada tahun 2014 dengan dulunya 22 bilion dan antara hujahnya ialah supaya wang daripada subsidi ini dapat kita channel-kan kepada pembangunan. Cantiklah nampaknya. Tahun lepas belanjawan pembangunan kita RM44 bilion. Tahun ini, RM46 bilion. Lebih kurang, sama. RM46 bilion. Ertinya, dengan penghapusan subsidi ini pun kita tidak dapat menambah perbelanjaan pembangunan yang pada ketika itu pada tahun 2010, peratusan belanjawan kita untuk pembangunan 27 peratus menurun kepada yang terakhir ini 16 peratus. Apa maknanya? Ertinya, idea untuk menghapuskan subsidi, untuk mengalihkannya kepada belanja pembangunan itu tidak berjalan. Yang mendapat faedah besar ialah Jabatan Perdana Menteri, pembangunan di Jabatan Perdana Menteri. Jadi, saya rasa ini semua adalah perkara-perkara yang menyusahkan rakyat. Hari ini trend harga minyak naik. Walaupun Setiausaha Perbendaharaan mengatakan masih ada lagi subsidi untuk petrol lebih kurang beberapa ratus juta tetapi ini hanya untuk menangani turun naik harga mingguan yang direka oleh kementerian sendiri. Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya kita fikir semula ke mana wang ini pergi. Bukan saya katakan kembalikan subsidi tetapi prioriti, keutamaan yang disediakan oleh kerajaan dalam membatalkan subsidi untuk pembangunan. Itu ternyata tidak berlaku. Jadi Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan terima kasih atas peluang untuk membahaskan ini. #1950 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sabak Bernam. 7.50 mlm. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh [Sabak Bernam]: Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Bajet 2018. Sesungguhnya Bajet 2018 yang dibentangkan ini adalah merupakan bajet yang paling inklusif dan paling konklusif pernah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, yang merupakan bajet ke-59 yang pernah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato'. Begitulah inklusif dan konklusifnya bajet ini yang bukan sahaja meliputi dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, hatta dari yang masih dalam kandungan hinggalah warga emas, pekerja swasta, penjawat awam, polis dan tentera, petani, nelayan, pekebun kelapa, pesawah dan peladang juga, wanita di sektor swasta dan awam. Bajet 2018 ini menunjukkan keluruhan dan keikhlasan kerajaan dengan mengemukakan bajet dengan pendekatan maqasid syariah iaitu demi kepentingan agama (al-din), nyawa dan jiwa (al-nafs), akal (al-'aql), keturunan (al-nasb) dan harta (al-mal). Sebagai elemen penting asas kehidupan yang berkualiti, bajet ini adalah bajet yang berhemah serta berpandangan jauh kerana mengambil kira dan membahagikan peruntukan ini mengikut kepentingan. Seperti mana yang dinyatakan di dalam surah Al-Mumtahanah ayat ke-12 dan hajiyat (keperluan) serta tahsiniyat. Seperti mana dinyatakan surah Al-Hajj dan hadis riwayat Ahmad yang akhirnya adalah demi kebahagiaan dan kejayaan, kerahmatan dan keredaan Allah yang kehidupannya di dunia dan akhirat. Bajet 2018 ini adalah bajet yang berpandangan jauh dengan bertemakan "Memakmur Ekonomi yang Inklusif, Mengimbangi Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahterakan Kehidupan Rakyat Menuju Aspirasi TN50". Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah menggariskan di antaranya iaitu telah mencapai sasaran 60 peratus untuk mewujudkan sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan tahun 2020. Mencapai jumlah eksport negara tertinggi sebanyak RM80 bilion dan rizab antarabangsa terkini yang telah tercatat sebanyak USD101.4 bilion atau RM428.7 bilion. Tahniah juga kepada Tan Sri Muhammad bin Ibrahim, Gabenor Bank Negara Ke-8 yang merupakan anak jati Sabak Bernam.
100
112
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 101 Saya mengalu-alukan Bajet 2018 ini berasaskan lapan petunjang iaitu: (i) merancak pelaburan, perdagangan dan industri; (ii) menuju aspirasi TN50; (iii) mengungguli pembangunan pendidikan, latihan kemahiran dan bakat; (iv) memacu pembangunan inklusif; (v) mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan; (vi) mempersiagakan resolusi perindustrian keempat dan ekonomi digital; (vii) meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam; dan (viii) mengimbang par excellence duniawi dan par excellence ukhrawi. Tuan Yang di-Pertua, dalam Kementerian Pendidikan, pertama saya ingin menyentuh berhubung dengan pendidikan. Bidang pendidikan ini begitu dekat dengan saya. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang komited dan prihatin dalam bidang pendidikan dengan peruntukan bagi tahun 2018 iaitu berjumlah RM61.6 bilion disediakan untuk sektor pendidikan ini. Kementerian Pendidikan mendapat peruntukan sebanyak RM45.96 bilion dengan RM44.51 bilion untuk belanja mengurus dan RM1.45 bilion untuk belanja pembangunan. Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang telah meluluskan cadangan pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam yang difahamkan kini dalam peringkat reka bentuk oleh Jabatan Kerja Raya dan dijangka pembinaan awal 2018. Kelulusan ini adalah tepat masanya memandangkan tanggungjawab PPD Sabak Bernam adalah besar kerana menguruskan 64 sekolah kebangsaan dan menengah. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berhubung dengan Kementerian Pendidikan ini, saya mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah menyediakan bajet tabung khas penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah bagi bajet tahun 2018 ini berjumlah RM550 juta bagi pembaikan sekolah kebangsaan SJKC, SJKT dan sebagainya. Sehubungan dengan ini, saya ingin membangkitkan tentang keperluan penyelenggaraan yang mendesak bagi sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Sabak Bernam iaitu 17 buah SMK, SK 35 buah, SJKC 10 buah dan SJKT dua buah yang merupakan sekolah lama yang telah berusia melebihi 30 tahun ataupun lebih yang memerlukan penyelenggaraan, terutama pendawaian elektrik termasuklah penggantian kipas dan lampu. Saya memohon dan merayu kepada kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan agar menimbangkan dan meluluskan segera peruntukan bagi penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah-sekolah di Parlimen Sabak Bernam memandangkan keperluan dan keadaan yang mendesak. Berhubung dengan Kementerian Pendidikan ini juga, saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung dengan kerajaan bagi penstrukturan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan bagi membangunkan kompetensi dan potensi diri mendidik termasuklah memperkasakan dan penambahbaikan lebih 200 jawatan kepimpinan utama KPN. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang Kementerian Pendidikan Tinggi. Keduanya, saya ingin menyentuh tentang Kementerian Pendidikan Tinggi yang mendapat peruntukan sebanyak RM13.9 bilion dalam Bajet 2018 ini. Ini sesuai dengan pencapaian dan peningkatan pendidikan tinggi negara, antara kelima-lima universiti pendidikan Malaysia telah tergolong dalam 300 universiti terbaik dunia. Malah Universitas 21 juga telah meletakkan sistem pendidikan tinggi Malaysia di tangga ke-25 yang sebelum ini di kedudukan ke-36 pada enam tahun lalu. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada KPT di atas pencapaian yang membanggakan ini.
Saya mengalu-alukan Bajet 2018 ini berasaskan lapan petunjang iaitu: (i) merancak pelaburan, perdagangan dan industri; (ii) menuju aspirasi TN50; (iii) mengungguli pembangunan pendidikan, latihan kemahiran dan bakat; (iv) memacu pembangunan inklusif; (v) mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan; (vi) mempersiagakan resolusi perindustrian keempat dan ekonomi digital; (vii) meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam; dan (viii) mengimbang par excellence duniawi dan par excellence ukhrawi. Tuan Yang di-Pertua, dalam Kementerian Pendidikan, pertama saya ingin menyentuh berhubung dengan pendidikan. Bidang pendidikan ini begitu dekat dengan saya. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang komited dan prihatin dalam bidang pendidikan dengan peruntukan bagi tahun 2018 iaitu berjumlah RM61.6 bilion disediakan untuk sektor pendidikan ini. Kementerian Pendidikan mendapat peruntukan sebanyak RM45.96 bilion dengan RM44.51 bilion untuk belanja mengurus dan RM1.45 bilion untuk belanja pembangunan. Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang telah meluluskan cadangan pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam yang difahamkan kini dalam peringkat reka bentuk oleh Jabatan Kerja Raya dan dijangka pembinaan awal 2018. Kelulusan ini adalah tepat masanya memandangkan tanggungjawab PPD Sabak Bernam adalah besar kerana menguruskan 64 sekolah kebangsaan dan menengah. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berhubung dengan Kementerian Pendidikan ini, saya mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah menyediakan bajet tabung khas penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah bagi bajet tahun 2018 ini berjumlah RM550 juta bagi pembaikan sekolah kebangsaan SJKC, SJKT dan sebagainya. Sehubungan dengan ini, saya ingin membangkitkan tentang keperluan penyelenggaraan yang mendesak bagi sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Sabak Bernam iaitu 17 buah SMK, SK 35 buah, SJKC 10 buah dan SJKT dua buah yang merupakan sekolah lama yang telah berusia melebihi 30 tahun ataupun lebih yang memerlukan penyelenggaraan, terutama pendawaian elektrik termasuklah penggantian kipas dan lampu. Saya memohon dan merayu kepada kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan agar menimbangkan dan meluluskan segera peruntukan bagi penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah-sekolah di Parlimen Sabak Bernam memandangkan keperluan dan keadaan yang mendesak. Berhubung dengan Kementerian Pendidikan ini juga, saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung dengan kerajaan bagi penstrukturan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan bagi membangunkan kompetensi dan potensi diri mendidik termasuklah memperkasakan dan penambahbaikan lebih 200 jawatan kepimpinan utama KPN. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang Kementerian Pendidikan Tinggi. Keduanya, saya ingin menyentuh tentang Kementerian Pendidikan Tinggi yang mendapat peruntukan sebanyak RM13.9 bilion dalam Bajet 2018 ini. Ini sesuai dengan pencapaian dan peningkatan pendidikan tinggi negara, antara kelima-lima universiti pendidikan Malaysia telah tergolong dalam 300 universiti terbaik dunia. Malah Universitas 21 juga telah meletakkan sistem pendidikan tinggi Malaysia di tangga ke-25 yang sebelum ini di kedudukan ke-36 pada enam tahun lalu. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada KPT di atas pencapaian yang membanggakan ini.
101
113
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
102 DR.31.10.2017 Pada masa ini, bilangan pelajar asing yang menuntut di negara ini telah mencecah 134,000 orang. Dari satu sudut, ia adalah baik kerana Malaysia menjadi hab pendidikan tinggi serantau. Namun, saya ingin mendapat penjelasan yang pertama, apakah langkah kerajaan bagi memastikan pelajar tempatan atau pelajar negara ini turut mendapat peluang dan tempat untuk mengikuti pengajian di IPT dan IPTS yang ternama dan terbaik ini? Adakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan program ijazah berkembar dan menyediakan program asasi yang sesuai kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan juga STPM? Berhubungan dengan pendidikan tinggi juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang menyediakan RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa JPA dan juga Kementerian Kesihatan. Saya berharap kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi akan menyediakan biasiswa untuk pelajar-pelajar yang mungkin akan mengikuti program ijazah berkembar terutama pelajar-pelajar Ulul Albab yang dipelopori oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi sendiri. Berhubungan dengan pendidikan tinggi, saya ingin menyentuh berhubung dengan Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam yang kini mempunyai 4,600 orang pelajar. ■2000 Daripada jumlah itu, hanya 2,300 hingga 2,500 orang yang mendapat kemudahan asrama. Manakala bakinya seramai 2,000 orang lagi pelajar terpaksa tinggal di luar asrama dengan menyewa rumah. Adalah sukar untuk mendapat kemudahan rumah sewa berhampiran dengan politeknik ini. Oleh itu, saya memohon agar kerajaan mempertimbangkan untuk membina asrama bagi pelajar-pelajar kerana kesukaran untuk pelajar ini mendapatkan rumah sewa. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berhubung dengan pembiayaan pengajian tinggi khususnya PTPTN. Saya ingin mendapatkan penjelasan, berapakah jumlah kutipan bayaran balik bagi tempoh tiga tahun 2015, 2016 dan 2017 terkini berbanding pinjaman yang telah dikeluarkan. Berapa ramaikah pelajar IPTA dan IPTS yang mendapat pengecualian bayaran balik kerana mendapat keputusan yang cemerlang kelas pertama bagi tempoh berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang Kementerian Belia dan Sukan. Bagi Bajet 2018 ini, memberikan fokus yang khusus kepada generasi TN50 yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia dalam 20 negara terbaik di dunia menjelang tahun 2050 melibatkan pusat jagaan kanak-kanak. Memupuk semangat menyimpan di kalangan generasi TN50 dan peruntukan 250 juta untuk pendidikan generasi TN50 seperti pusat sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dan menaikkan taraf 2,000 kelas menjadi bilik darjah pintar pembelajaran abad ke-21. Menyentuh tentang Kementerian Kesihatan, saya bersyukur kepada Allah kerana kerajaan sentiasa komited untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan di negara ini dengan peruntukan sebanyak RM26.58 bilion bagi tahun 2018 ini. Bagi Bajet 2018, kerajaan memperuntukkan sebanyak 2.6 bilion untuk bekalan ubat dan 1.6 bilion untuk barangan consumable dan sokongan perubatan. Saya berharap dengan peruntukan ini masalah yang dihadapi oleh pesakit seperti kebanyakan pesakit mendapat bekalan ubat yang terhad, antaranya yang mendapat bekalan satu atau dua minggu sahaja berbanding dahulu terus dibekalkan ubat untuk satu bulan menyebabkan kesukaran untuk berulang alik. Berhubung dengan kesihatan ini juga, saya ingin menyentuh berhubung dengan industri pelancongan kesihatan. Saya ingin mendapat penjelasan setakat manakah sambutan dan kejayaan industri pelancongan kesihatan di negara ini? Apakah bidang-bidang kesihatan yang mendapat sambutan daripada pelancong asing? Seterusnya, saya ingin menyentuh berhubung dengan pusat hemodialisis. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM40 juta sebagai menggalakkan pembukaan lebih banyak pusat hemodialisis bagi tahun 2017 ini. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, berapa banyak kah pusat hemodialisis yang telah dibuka oleh dan swasta sehingga kini? Saya ingin merayu agar lebih banyak pusat hemodialisis dapat dibuka di kawasan Parlimen Sabak Bernam. Ini kerana bilangan pesakit buat pinggang yang memerlukan hemodialisis ini semakin bertambah. Sedangkan pusat hemodialisis agak terhad. Malah ada pesakit yang terpaksa menunggu lima hingga mendapat
Pada masa ini, bilangan pelajar asing yang menuntut di negara ini telah mencecah. 134,000 orang. Dari satu sudut, ia adalah baik kerana Malaysia menjadi hab pendidikan tinggi serantau. Namun, saya ingin mendapat penjelasan yang pertama, apakah langkah kerajaan bagi memastikan pelajar tempatan atau pelajar negara ini turut mendapat peluang dan tempat untuk mengikuti pengajian di IPT dan IPTS yang ternama dan terbaik ini? Adakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan program ijazah berkembar dan menyediakan program asasi yang sesuai kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan juga STPM?. Berhubungan dengan pendidikan tinggi juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang menyediakan RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa JPA dan juga Kementerian Kesihatan. Saya berharap kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi akan menyediakan biasiswa untuk pelajar-pelajar yang mungkin akan mengikuti program ijazah berkembar terutama pelajar-pelajar Ulul Albab yang dipelopori oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi sendiri. Berhubungan dengan pendidikan tinggi, saya ingin menyentuh berhubung dengan Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam yang kini mempunyai 4,600 orang pelajar. #2000. Daripada jumlah itu, hanya 2,300 hingga 2,500 orang yang mendapat kemudahan asrama. Manakala bakinya seramai 2,000 orang lagi pelajar terpaksa tinggal di luar asrama dengan menyewa rumah. Adalah sukar untuk mendapat kemudahan rumah sewa berhampiran dengan politeknik ini. Oleh itu, saya memohon agar kerajaan mempertimbangkan untuk membina asrama bagi pelajar-pelajar kerana kesukaran untuk pelajar ini mendapatkan rumah sewa. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berhubung dengan pembiayaan pengajian tinggi khususnya PTPTN. Saya ingin mendapatkan penjelasan, berapakah jumlah kutipan bayaran balik bagi tempoh tiga tahun 2015, 2016 dan 2017 terkini berbanding pinjaman yang telah dikeluarkan. Berapa ramaikah pelajar IPTA dan IPTS yang mendapat pengecualian bayaran balik kerana mendapat keputusan yang cemerlang kelas pertama bagi tempoh berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang Kementerian Belia dan Sukan. Bagi Bajet 2018 ini, memberikan fokus yang khusus kepada generasi TN50 yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia dalam 20 negara terbaik di dunia menjelang tahun 2050 melibatkan pusat jagaan kanak-kanak. Memupuk semangat menyimpan di kalangan generasi TN50 dan peruntukan 250 juta untuk pendidikan generasi TN50 seperti pusat sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dan menaikkan taraf 2,000 kelas menjadi bilik darjah pintar pembelajaran abad ke-21. Menyentuh tentang Kementerian Kesihatan, saya bersyukur kepada Allah kerana kerajaan sentiasa komited untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan di negara ini dengan peruntukan sebanyak RM26.58 bilion bagi tahun 2018 ini. Bagi Bajet 2018, kerajaan memperuntukkan sebanyak 2.6 bilion untuk bekalan ubat dan 1.6 bilion untuk barangan consumable dan sokongan perubatan. Saya berharap dengan peruntukan ini masalah yang dihadapi oleh pesakit seperti kebanyakan pesakit mendapat bekalan ubat yang terhad, antaranya yang mendapat bekalan satu atau dua minggu sahaja berbanding dahulu terus dibekalkan ubat untuk satu bulan menyebabkan kesukaran untuk berulang alik. Berhubung dengan kesihatan ini juga, saya ingin menyentuh berhubung dengan industri pelancongan kesihatan. Saya ingin mendapat penjelasan setakat manakah sambutan dan kejayaan industri pelancongan kesihatan di negara ini? Apakah bidang-bidang kesihatan yang mendapat sambutan daripada pelancong asing? Seterusnya, saya ingin menyentuh berhubung dengan pusat hemodialisis. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM40 juta sebagai menggalakkan pembukaan lebih banyak pusat hemodialisis bagi tahun 2017 ini. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, berapa banyak kah pusat hemodialisis yang telah dibuka oleh dan swasta sehingga kini? Saya ingin merayu agar lebih banyak pusat hemodialisis dapat dibuka di kawasan Parlimen Sabak Bernam. Ini kerana bilangan pesakit buat pinggang yang memerlukan hemodialisis ini semakin bertambah. Sedangkan pusat hemodialisis agak terhad. Malah ada pesakit yang terpaksa menunggu lima hingga mendapat.
102
114
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 103 rawatan hemodialisis. Dalam masa yang sama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi bantuan hemodialisis. Saya ingin mendapat penjelasan, berapakah ramai pesakit buah pinggang yang mendapat rawatan hemodialisis di seluruh negara? Sama ada di hospital kerajaan dan klinik swasta dan nyatakan langkah kerajaan bagi memastikan setiap pesakit mendapat rawatan hemodialisis yang sempurna. Saya ingin juga mendapat penjelasan bagaimanakah volunteering card insurance semakan dilaksanakan dan sejauh manakah ia dapat membantu pesakit kronik. Berhubung dengan kesihatan ini, saya juga ingin menyentuh dengan perkhidmatan ideologi yang terdapat di hospital kerajaan. Perkhidmatan ini diperlukan oleh kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua. Saya difahamkan hanya UIA, UKM dan USM sahaja yang melahirkan graduan dalam bidang audiologi ini iaitu seramai 60 orang setahun. Sedangkan keperluan sebenar adalah 90 hingga 100 orang setahun. Walaupun perkhidmatan audiologist amat diperlukan di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan kerajaan, tetapi pengambilannya dalam perkhidmatan kerajaan dikatakan amat terhad. Oleh itu, saya ingin mendapat tahu bilangan audiologist dan pakar audiologist yang berkhidmat di hospital dan klinik-klinik kesihatan kerajaan dan masa kini dan apakah langkah kerajaan bagi meningkatkan lagi bilangan audiologist yang berkhidmat di hospital kerajaan dan swasta. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Seterusnya, saya ingin menyentuh berhubung dengan sumber asli alam sekitar yang mendapat peruntukan sebanyak RM2.5 bilion bagi Bajet 2018 ini iaitu RM1.8 bilion untuk belanja mengurus dan RM1.44 bilion bagi belanja pembangunan membuktikan kecekapan dan kemantapan pengurusan kementerian ini dan mampu menyediakan peruntukan yang lebih besar untuk projek pembangunan walaupun mendapat peruntukan yang agak kecil. Saya ingin mengalu-alukan langkah kerajaan semasa Bajet 2017 lalu memperuntukkan sebanyak 69 projek rancangan tambatan banjir dengan peruntukan sebanyak RM495 juta. Saya mohon kerajaan mempertimbangkan peruntukan untuk rancangan tambatan banjir Sungai Tengar di Sabak Bernam yang merangkumi kawasan benteng Sungai Air Tawar dan benteng Tebuk Mendeling dengan anggaran kos RM10 juta. Tambatan banjir ini amat mendesak. Ini kerana benteng-benteng tersebut telah menjadi rebak dan putus. Malah apabila benteng-benteng ini di perbaiki semula, benteng-benteng tersebut akan runtuh sekali lagi. Ini kerana disebabkan oleh pengaruh air pasang dan ombak yang dihasilkan oleh kapal-kapal nelayan Sungai Bernam adalah merupakan laluan utama kapal-kapal nelayan yang berlabuh di Hutan Melintang, Perak. Akibatnya, ombak-ombak yang dihasilkan oleh kapal-kapal telah menghakis tebing sungai dan ini sentiasa memerlukan pembaikan. Saya difahamkan kos pembaikan yang berterusan adalah lebih tinggi berbanding dengan pembinaan satu struktur tambatan banjir yang dijangka akan dapat menangani masalah ini secara lebih berkesan dan kos efektif. Sekiranya benteng Sungai Air Tawar dan benteng Sungai Mendeling ini rebak dan putus ia akan mengakibatkan banjir di kawasan PPRT Sungai Tengah Utara. Setiap kali berlaku air pasang yang besar penduduk PPRT akan terancam dan perlu berjaga-jaga kerana kemungkinan akan berlaku banjir. Ada beberapa lot tanah kerajaan dan lot kebun, kampung berhampiran yang akan turut terjejas. Saya berharap kerajaan khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan terus mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan tentang Kementerian Dalam Negeri. Saya mengalu- alukan langkah kerajaan memperuntukkan sebanyak RM13.8 bilion untuk kementerian KDN. Sehubungan dengan ini saya ingin membangkitkan tentang cadangan membina ibu pejabat polis daerah IPD Sabak Bernam yang telah dipohon semenjak tahun 2007 lagi. IPD Sabak Bernam telah diwujudkan semenjak 3 April 1983 lagi. Bangunan selama 33 tahun ini sudah banyak kerosakan serta tidak sesuai dengan perkembangan perbandaran Sungai Besar dan Sabak Bernam yang pesat. Keperluan untuk membina lokap yang baru juga adalah mendesak memandangkan kesesakan yang selalu berlaku di lokap. Kawasan pentadbiran IPD Sabak Bernam ini meliputi kawasan seluas 98,160.71 hektar dengan jumlah penduduk melebihi 131,000 orang. Saya memohon agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) menimbangkan dan memberikan kelulusan cadangan Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam, kuarters pegawai dan cadangan pembinaan Pondok Polis Bagan Terap yang dianggarkan berjumlah 61 juta.
rawatan hemodialisis. Dalam masa yang sama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi bantuan hemodialisis. Saya ingin mendapat penjelasan, berapakah ramai pesakit buah pinggang yang mendapat rawatan hemodialisis di seluruh negara? Sama ada di hospital kerajaan dan klinik swasta dan nyatakan langkah kerajaan bagi memastikan setiap pesakit mendapat rawatan hemodialisis yang sempurna. Saya ingin juga mendapat penjelasan bagaimanakah volunteering card insurance semakan dilaksanakan dan sejauh manakah ia dapat membantu pesakit kronik. Berhubung dengan kesihatan ini, saya juga ingin menyentuh dengan perkhidmatan ideologi yang terdapat di hospital kerajaan. Perkhidmatan ini diperlukan oleh kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua. Saya difahamkan hanya UIA, UKM dan USM sahaja yang melahirkan graduan dalam bidang audiologi ini iaitu seramai 60 orang setahun. Sedangkan keperluan sebenar adalah 90 hingga 100 orang setahun. Walaupun perkhidmatan audiologist amat diperlukan di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan kerajaan, tetapi pengambilannya dalam perkhidmatan kerajaan dikatakan amat terhad. Oleh itu, saya ingin mendapat tahu bilangan audiologist dan pakar audiologist yang berkhidmat di hospital dan klinik-klinik kesihatan kerajaan dan masa kini dan apakah langkah kerajaan bagi meningkatkan lagi bilangan audiologist yang berkhidmat di hospital kerajaan dan swasta. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Seterusnya, saya ingin menyentuh berhubung dengan sumber asli alam sekitar yang mendapat peruntukan sebanyak RM2.5 bilion bagi Bajet 2018 ini iaitu RM1.8 bilion untuk belanja mengurus dan RM1.44 bilion bagi belanja pembangunan membuktikan kecekapan dan kemantapan pengurusan kementerian ini dan mampu menyediakan peruntukan yang lebih besar untuk projek pembangunan walaupun mendapat peruntukan yang agak kecil. Saya ingin mengalu-alukan langkah kerajaan semasa Bajet 2017 lalu memperuntukkan sebanyak 69 projek rancangan tambatan banjir dengan peruntukan sebanyak RM495 juta. Saya mohon kerajaan mempertimbangkan peruntukan untuk rancangan tambatan banjir Sungai Tengar di Sabak Bernam yang merangkumi kawasan benteng Sungai Air Tawar dan benteng Tebuk Mendeling dengan anggaran kos RM10 juta. Tambatan banjir ini amat mendesak. Ini kerana benteng-benteng tersebut telah menjadi rebak dan putus. Malah apabila benteng-benteng ini di perbaiki semula, benteng-benteng tersebut akan runtuh sekali lagi. Ini kerana disebabkan oleh pengaruh air pasang dan ombak yang dihasilkan oleh kapal-kapal nelayan Sungai Bernam adalah merupakan laluan utama kapal-kapal nelayan yang berlabuh di Hutan Melintang, Perak. Akibatnya, ombak-ombak yang dihasilkan oleh kapal-kapal telah menghakis tebing sungai dan ini sentiasa memerlukan pembaikan. Saya difahamkan kos pembaikan yang berterusan adalah lebih tinggi berbanding dengan pembinaan satu struktur tambatan banjir yang dijangka akan dapat menangani masalah ini secara lebih berkesan dan kos efektif. Sekiranya benteng Sungai Air Tawar dan benteng Sungai Mendeling ini rebak dan putus ia akan mengakibatkan banjir di kawasan PPRT Sungai Tengah Utara. Setiap kali berlaku air pasang yang besar penduduk PPRT akan terancam dan perlu berjaga-jaga kerana kemungkinan akan berlaku banjir. Ada beberapa lot tanah kerajaan dan lot kebun, kampung berhampiran yang akan turut terjejas. Saya berharap kerajaan khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan terus mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan tentang Kementerian Dalam Negeri. Saya mengalu- alukan langkah kerajaan memperuntukkan sebanyak RM13.8 bilion untuk kementerian KDN. Sehubungan dengan ini saya ingin membangkitkan tentang cadangan membina ibu pejabat polis daerah IPD Sabak Bernam yang telah dipohon semenjak tahun 2007 lagi. IPD Sabak Bernam telah diwujudkan semenjak 3 April 1983 lagi. Bangunan selama 33 tahun ini sudah banyak kerosakan serta tidak sesuai dengan perkembangan perbandaran Sungai Besar dan Sabak Bernam yang pesat. Keperluan untuk membina lokap yang baru juga adalah mendesak memandangkan kesesakan yang selalu berlaku di lokap. Kawasan pentadbiran IPD Sabak Bernam ini meliputi kawasan seluas 98,160.71 hektar dengan jumlah penduduk melebihi 131,000 orang. Saya memohon agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) menimbangkan dan memberikan kelulusan cadangan Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam, kuarters pegawai dan cadangan pembinaan Pondok Polis Bagan Terap yang dianggarkan berjumlah 61 juta.
103
115
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
104 DR.31.10.2017 Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kementerian yang telah memberikan peruntukan yang besar dan saya yakin dan mengharapkan segala perancangan dan strategi dan pelan tindak dalam Bajet 2018 ini akan dapat memenuhi hasrat dan harapan semua lapisan masyarakat dan dapat dilaksanakan dengan lancar dan amanah. ■2010 Akhir kalam dipanjangkan doa kepada Allah SWT agar Malaysia aman makmur dan harmoni dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri– dan mengharapkan semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati Malaysia dan rakyat. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. 8.10 mlm. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum pembentangan Belanjawan 2018 pada 24 Oktober, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengambil langkah bukan sahaja untuk mempertahankan syarikat 1MDB tetapi untuk memberi pujian setinggi-tingginya kepada 1MDB yang merupakan penyelamat negara ataupun national savior. Yang Amat Berhormat Pekan berkata bahawa 1MDB is on track to make a profit. Saya tidak boleh fikir apa lagi yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Pekan yang lebih memperbodohkan rakyat Malaysia. Semua orang tahu 1MDB sekarang ini merupakan kerangka sahaja. Segala yang boleh digadai sudah pun dijual, yang tidak boleh dijual telah pun diserah balik kepada Kementerian Kewangan. 1MDB sekarang hanya ada seorang CEO yang bergaji besar tetapi tidak beroperasi langsung. Masih ada lagi dalam 1MDB bukannya sebarang aset tetapi hanya hutang. Hutang ini berjumlah– dan saya petik daripada kenyataan 1MDB media terkini iaitu minggu lalu adalah hanya RM32.5 bilion, hanya RM32.5 bilion Tuan Yang di-Pertua. Angka hanya RM32.5 bilion ini adalah lebih daripada cukai pendapatan individu yang dijangka akan dikutip oleh kerajaan bagi seluruh tahun 2018. Angka ini tidak termasuk lagi hutang-hutang yang telah diserah balik kepada Kementerian Kewangan. Jika hutang- hutang ini diambil kira, jumlah hutang 1MDB yang masih kena ditanggung oleh rakyat adalah lebih berdekatan dengan RM40 bilion. Apa yang paling lawak, 1MDB tidak mampu hendak mengeluarkan laporan kewangannya sejak Mac 2014. Kalau sebuah syarikat boleh dapat untung, keluarkanlah laporan kewangan. Akan tetapi sejak tahun 2014 tidak ada laporan. Juruaudit antarabangsa Deloitte telah meletak jawatannya dan menarik balik pengesahannya pada laporan akaun untuk tahun 2013 dan tahun 2014. Maksudnya, sejak tahun 2012 tidak ada laporan audit yang disahkan oleh mana-mana juruaudit. Sejak itu lima tahun sudah tidak ada akaun. Ini menunjukkan bahawa 1MDB merupakan syarikat kerajaan yang paling memalukan di Malaysia. Yang Amat Berhormat Pekan hendak tepuk dada kata 1MDB akan berkeuntungan tidak lama lagi. Saya hendak tanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, macam mana sebuah syarikat yang tidak beroperasi di mana faedah hutangnya sahaja, faedah sahaja setiap hampir-hampir RM2 bilion boleh mencapai sebarang keuntungan. Yang Amat Berhormat Pekan memuji 1MDB kerana kononnya telah berjaya menyelesaikan ketidakseimbangan perjanjian penjana kuasa bebas. Macam dacing yang senget sebelah, tidak seimbang. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana akhirnya mengaku bahawa konsesi-konsesi penjana kuasa bebas yang ditawarkan kepada kroni-kroni Barisan Nasional adalah amat berat sebelah. Ini memberikan keuntungan yang lumayan kepada syarikat-syarikat IPP manakala rakyat jelata dimangsakan dengan kadar tarif yang terpaksa disubsidi oleh kerajaan. Akan tetapi, apa yang sebenarnya dilakukan oleh 1MDB yang kononnya membetulkan ketidakseimbangan ini. Tarif elektrik sejak 1MDB mengambil alih Syarikat Tanjong Power, Genting Sanyen dan Jimah pada tahun 2012 tidak pernah turun satu sen pun. Malah kos elektrik yang ditanggung oleh rakyat hanya naik sahaja. Apabila syarikat-syarikat diambil alih, perjanjian konsesi yang berat sebelah tidak distruktur semula. Sebaliknya tempoh tamat konsesi- konsesi yang berat sebelah ini dilanjutkan usianya untuk terus memberikan keuntungan besar
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kementerian yang telah memberikan peruntukan yang besar dan saya yakin dan mengharapkan segala perancangan dan strategi dan pelan tindak dalam Bajet 2018 ini akan dapat memenuhi hasrat dan harapan semua lapisan masyarakat dan dapat dilaksanakan dengan lancar dan amanah. #2010 Akhir kalam dipanjangkan doa kepada Allah SWT agar Malaysia aman makmur dan harmoni dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri- dan mengharapkan semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati Malaysia dan rakyat. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. 8.10 mlm. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum pembentangan Belanjawan 2018 pada 24 Oktober, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengambil langkah bukan sahaja untuk mempertahankan syarikat 1MDB tetapi untuk memberi pujian setinggi-tingginya kepada 1MDB yang merupakan penyelamat negara ataupun national savior. Yang Amat Berhormat Pekan berkata bahawa 1MDB is on track to make a profit. Saya tidak boleh fikir apa lagi yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Pekan yang lebih memperbodohkan rakyat Malaysia. Semua orang tahu 1MDB sekarang ini merupakan kerangka sahaja. Segala yang boleh digadai sudah pun dijual, yang tidak boleh dijual telah pun diserah balik kepada Kementerian Kewangan. 1MDB sekarang hanya ada seorang CEO yang bergaji besar tetapi tidak beroperasi langsung. Masih ada lagi dalam 1MDB bukannya sebarang aset tetapi hanya hutang. Hutang ini berjumlah- dan saya petik daripada kenyataan 1MDB media terkini iaitu minggu lalu adalah hanya RM32.5 bilion, hanya RM32.5 bilion Tuan Yang di-Pertua. Angka hanya RM32.5 bilion ini adalah lebih daripada cukai pendapatan individu yang dijangka akan dikutip oleh kerajaan bagi seluruh tahun 2018. Angka ini tidak termasuk lagi hutang-hutang yang telah diserah balik kepada Kementerian Kewangan. Jika hutang- hutang ini diambil kira, jumlah hutang 1MDB yang masih kena ditanggung oleh rakyat adalah lebih berdekatan dengan RM40 bilion. Apa yang paling lawak, 1MDB tidak mampu hendak mengeluarkan laporan kewangannya sejak Mac 2014. Kalau sebuah syarikat boleh dapat untung, keluarkanlah laporan kewangan. Akan tetapi sejak tahun 2014 tidak ada laporan. Juruaudit antarabangsa Deloitte telah meletak jawatannya dan menarik balik pengesahannya pada laporan akaun untuk tahun 2013 dan tahun 2014. Maksudnya, sejak tahun 2012 tidak ada laporan audit yang disahkan oleh mana-mana juruaudit. Sejak itu lima tahun sudah tidak ada akaun. Ini menunjukkan bahawa 1MDB merupakan syarikat kerajaan yang paling memalukan di Malaysia. Yang Amat Berhormat Pekan hendak tepuk dada kata 1MDB akan berkeuntungan tidak lama lagi. Saya hendak tanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, macam mana sebuah syarikat yang tidak beroperasi di mana faedah hutangnya sahaja, faedah sahaja setiap hampir-hampir RM2 bilion boleh mencapai sebarang keuntungan. Yang Amat Berhormat Pekan memuji 1MDB kerana kononnya telah berjaya menyelesaikan ketidakseimbangan perjanjian penjana kuasa bebas. Macam dacing yang senget sebelah, tidak seimbang. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana akhirnya mengaku bahawa konsesi-konsesi penjana kuasa bebas yang ditawarkan kepada kroni-kroni Barisan Nasional adalah amat berat sebelah. Ini memberikan keuntungan yang lumayan kepada syarikat-syarikat IPP manakala rakyat jelata dimangsakan dengan kadar tarif yang terpaksa disubsidi oleh kerajaan. Akan tetapi, apa yang sebenarnya dilakukan oleh 1MDB yang kononnya membetulkan ketidakseimbangan ini. Tarif elektrik sejak 1MDB mengambil alih Syarikat Tanjong Power, Genting Sanyen dan Jimah pada tahun 2012 tidak pernah turun satu sen pun. Malah kos elektrik yang ditanggung oleh rakyat hanya naik sahaja. Apabila syarikat-syarikat diambil alih, perjanjian konsesi yang berat sebelah tidak distruktur semula. Sebaliknya tempoh tamat konsesi- konsesi yang berat sebelah ini dilanjutkan usianya untuk terus memberikan keuntungan besar.
104
116
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 105 kepada 1MDB. Apatah lagi 1MDB telah membeli IPP-IPP ini dengan harga yang terlampau tinggi. Akibatnya bukan rakyat Malaysia yang untung, yang untung besar adalah tauke besar di belakang Syarikat Tanjong Power dan Genting Sanyen. Apabila Yang Berhormat Petaling Jaya Utara buat tuduhan begitu, beliau tidak tuduh secara liar. Beliau tuduh dengan penuh fakta. Bacalah Laporan Tahunan 2012 / 2013 Syarikat Genting Berhad. Sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Genting Berhad mengumumkan bahawa IPPnya Genting Sanyen telah dijual kepada 1MDB dengan harga RM2.3 bilion. Apa yang pentingnya Genting mengumumkan keuntungan bersih penjualan tersebut sebanyak RM1.9 bilion. Jual RM2.3 bilion, untung RM1.9 bilion. Ini menunjukkan bahawa nilai aset Genting Sanyen hanya tertinggal RM400 juta sahaja tetapi 1MDB telah membelinya dengan harga RM2.3 bilion. Paling dahsyat sekali, seperti apa yang dilaporkan oleh Wall Street Journal dan Kinibiz sekurang-kurangnya RM35 juta sehingga setinggi RM190 juta telah disumbangkan oleh anak-anak Syarikat Genting kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia. Siapa Yayasan Rakyat 1Malaysia? Dulu kita ingat yayasan ini yayasan kerajaan tetapi bukan. Rupa-rupanya Genting hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pekan kerana Yayasan Rakyat 1Malaysia bukannya sebuah yayasan kerajaan tetapi sebuah syarikat persendirian berhad yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Pekan sendiri. Saya rasa sumbangan terima kasih ini bukan rasuah lah. Ini hanya merupakan derma ikhlas daripada Syarikat Genting yang mencatatkan keuntungan luar biasa terima kasih kepada 1MDB. Bukti 1MDB telah mengalami kerugian besar daripada sektor tenaga ini... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, this is sub judice ruling on 1MDB. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Tidak ada sub judice tentang pembelian tenaga... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Wait, wait. The sub judice ruling on 1MDB, RM2.6 billion and DOJ still apply Yang Berhormat. So... Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Yang US itu, saya tidak sentuh. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Termasuk 1MDB, soalan-soalan 1MDB tidak dimasukkan dalam soalan Yang Berhormat. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Ada soalan 1MDB yang dijawab. Ada yang sub judice, ada yang bukan. Saya sentuh yang bukan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Okey, terima kasih. Thank you. Bukti 1MDB mengalami kerugian besar dalam sektor tenaga ini adalah amat jelas dan ketara. 1MDB telah membeli syarikat-syarikat IPP dengan harga RM12.1 bilion yang diperoleh daripada pinjaman yang kini dijamin oleh Kementerian Kewangan. Akan tetapi apabila 1MDB terpaksa menjual kesemua syarikat ini, pulangan yang berjaya diperoleh adalah hanya RM9.8 bilion. 1MDB mencatatkan kerugian sebanyak RM2.3 bilion. Kerugian besar ini dicatat walaupun kerajaan telah pun menawarkan pelbagai konsesi IPP baru kepada 1MDB tanpa sebarang tender terbuka dan melanjutkan tempoh matang konsesi-konsesinya yang sedia ada. Walaupun begitu, 1MDB masih tidak malu, shameless berpegang kepada pandangan bahawa transaksi jual beli syarikat IPPnya telah mencatat pencapaian break-even. 1MDB menyatakan bahawa syarikat IPPnya telah menerbitkan dividen sebanyak RM2.1 bilion kepada 1MDB. Maksudnya kalau dividen ini diambil kira, 1MDB mencatat lebih kurang break-even, itu jawapan daripada 1MDB. Akan tetapi CEO 1MDB, Arul Kanda sendiri telah mengaku dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atau PAC bahawa 1MDB juga kena bayar faedah sebanyak lebih kurang RM3.5 bilion untuk pinjaman yang diperoleh oleh 1MDB untuk menampung kos pembelian IPP. Kalau 1MDB hendak ambil kira dividen dalam pengiraan untung rugi, tentulah 1MDB juga kena mengambil kira faedah yang terpaksa dibayar. ■2020 Kalau faedah yang diambil kira kerugian lebih besar lagi. Mana ada CEO separuh masa di dunia ini yang hanya mengambil kira pulangan dividen tetapi berpura-pura tidak perlu bayar faedah apatah lagi kita telah mendapat angin bahawa Arul Kanda ini berkemungkinan
kepada 1MDB. Apatah lagi 1MDB telah membeli IPP-IPP ini dengan harga yang terlampau tinggi. Akibatnya bukan rakyat Malaysia yang untung, yang untung besar adalah tauke besar di belakang Syarikat Tanjong Power dan Genting Sanyen. Apabila Yang Berhormat Petaling Jaya Utara buat tuduhan begitu, beliau tidak tuduh secara liar. Beliau tuduh dengan penuh fakta. Bacalah Laporan Tahunan 2012 / 2013 Syarikat Genting Berhad. Sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Genting Berhad mengumumkan bahawa IPPnya Genting Sanyen telah dijual kepada 1MDB dengan harga RM2.3 bilion. Apa yang pentingnya Genting mengumumkan keuntungan bersih penjualan tersebut sebanyak RM1.9 bilion. Jual RM2.3 bilion, untung RM1.9 bilion. Ini menunjukkan bahawa nilai aset Genting Sanyen hanya tertinggal RM400 juta sahaja tetapi 1MDB telah membelinya dengan harga RM2.3 bilion. Paling dahsyat sekali, seperti apa yang dilaporkan oleh Wall Street Journal dan Kinibiz sekurang-kurangnya RM35 juta sehingga setinggi RM190 juta telah disumbangkan oleh anak-anak Syarikat Genting kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia. Siapa Yayasan Rakyat 1Malaysia? Dulu kita ingat yayasan ini yayasan kerajaan tetapi bukan. Rupa-rupanya Genting hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pekan kerana Yayasan Rakyat 1Malaysia bukannya sebuah yayasan kerajaan tetapi sebuah syarikat persendirian berhad yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Pekan sendiri. Saya rasa sumbangan terima kasih ini bukan rasuah lah. Ini hanya merupakan derma ikhlas daripada Syarikat Genting yang mencatatkan keuntungan luar biasa terima kasih kepada 1MDB. Bukti 1MDB telah mengalami kerugian besar daripada sektor tenaga ini... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, this is sub judice ruling on 1MDB. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Tidak ada sub judice tentang pembelian tenaga... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Wait, wait. The sub judice ruling on 1MDB, RM2.6 billion and DOJ still apply Yang Berhormat. So... Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Yang US itu, saya tidak sentuh. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Termasuk 1MDB, soalan-soalan 1MDB tidak dimasukkan dalam soalan Yang Berhormat. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Ada soalan 1MDB yang dijawab. Ada yang sub judice, ada yang bukan. Saya sentuh yang bukan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Okey, terima kasih. Thank you. Bukti 1MDB mengalami kerugian besar dalam sektor tenaga ini adalah amat jelas dan ketara. 1MDB telah membeli syarikat-syarikat IPP dengan harga RM12.1 bilion yang diperoleh daripada pinjaman yang kini dijamin oleh Kementerian Kewangan. Akan tetapi apabila 1MDB terpaksa menjual kesemua syarikat ini, pulangan yang berjaya diperoleh adalah hanya RM9.8 bilion. 1MDB mencatatkan kerugian sebanyak RM2.3 bilion. Kerugian besar ini dicatat walaupun kerajaan telah pun menawarkan pelbagai konsesi IPP baru kepada 1MDB tanpa sebarang tender terbuka dan melanjutkan tempoh matang konsesi-konsesinya yang sedia ada. Walaupun begitu, 1MDB masih tidak malu, shameless berpegang kepada pandangan bahawa transaksi jual beli syarikat IPPnya telah mencatat pencapaian break-even. 1MDB menyatakan bahawa syarikat IPPnya telah menerbitkan dividen sebanyak RM2.1 bilion kepada 1MDB. Maksudnya kalau dividen ini diambil kira, 1MDB mencatat lebih kurang break-even, itu jawapan daripada 1MDB. Akan tetapi CEO 1MDB, Arul Kanda sendiri telah mengaku dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atau PAC bahawa 1MDB juga kena bayar faedah sebanyak lebih kurang RM3.5 bilion untuk pinjaman yang diperoleh oleh 1MDB untuk menampung kos pembelian IPP. Kalau 1MDB hendak ambil kira dividen dalam pengiraan untung rugi, tentulah 1MDB juga kena mengambil kira faedah yang terpaksa dibayar. #2020. Kalau faedah yang diambil kira kerugian lebih besar lagi. Mana ada CEO separuh masa di dunia ini yang hanya mengambil kira pulangan dividen tetapi berpura-pura tidak perlu bayar faedah apatah lagi kita telah mendapat angin bahawa Arul Kanda ini berkemungkinan.
105
117
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
106 DR.31.10.2017 dilantik sebagai CEO Khazanah Nasional tidak lama lagi. Mampus Khazanah. Yang paling hebat saya telah membuat kerja rumah dan menyelidik laporan kewangan, anak-anak syarikat, sektor tenaga 1MDB. Tidak ada satu tahun pun mereka menerbitkan dividen kepada ibu syarikat 1MDB. Ini bermaksud 1MDB ini telah membuat pembohongan secara terbuka. It is brazen lies by 1MDB and Arul Kanda. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Pekan juga memuji 1MDB kerana ia telah menyumbang sebanyak RM690 juta untuk memberi biasiswa kepada anak muda yang menaja bilal masjid untuk mengerjakan haji dan umrah kepada imam, penghulu dan ketua- ketua kampung. Akan tetapi Yang Amat Berhormat Pekan tidak bagi cerita yang penuh. Yang Amat Berhormat Pekan tidak menjelaskan bahawa sumbangan RM690 juta tersebut bukan datangnya daripada keuntungan 1MDB tetapi dibiayai dengan pinjaman berbilion-bilion ringgit yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Akhirnya kalau 1MDB tidak mampu membayar balik hutang seperti sekarang, Kementerian Kewangan akan terpaksa menampung hutang-hutang ini. Maksudnya segala CSR yang dikatakan dibiayai oleh 1MDB sebenarnya dibiayai dengan cukai rakyat Malaysia. Bukan dengan keuntungan 1MDB. Saya juga berasa pelik Yang Amat Berhormat mengheboh-hebohkan sumbangan CSR 1MDB sebanyak RM690 juta ini tetapi lupa menyebut USD732 juta ataupun lebih kurang RM3 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadinya sendiri dalam akaun bank yang bernombor 2112022009694 perkara ini tidak sekalipun dinafikan oleh Yang Amat Berhormat Pekan sejak butiran dibongkar oleh Jabatan ....... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, itu termasuk dalam subjudis Yang Berhormat. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Okey, saya teruskan. Cepat. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: You have to abide by the ruling of the Speaker, Yang Berhormat. That is why I keep reminding you. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya merasa agak amat kecewa. Apabila agama diguna pakai untuk whitewash tindakan, penyelewengan, salah guna kuasa, hendak tutup rasuah dan penyelewengan maka diberikan CSR umrah! Amat memalukan! Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya setuju. Ini adalah sebabnya AmBank telah dikenakan penalti sebanyak RM53.4 juta kerana mereka gagal menjalankan tugas pemantauan mereka di bawah undang- undang mengawal pengubahan wang haram ataupun dengan izin money laundering di Malaysia. Ini dalam jawapan yang diberi oleh Bank Negara kepada Ketua Pembangkang. Yang anehnya hanya bank yang dikenakan penalti tetapi yang jelas bersalah dalam pengubahan wang haram tidak dikenakan sebarang tindakan. Has the bank been punished for a crime without a criminal? Bank dikenakan penalti sebab membantu proses-proses kewangan money transfer yang tidak sah tetapi yang transfer money yang tidak sah itu tidak dikenakan siasatan ataupun tindakan. Macam mana ini? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, boleh alih tajuk Yang Berhormat. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya hanya minta supaya Bank Negara kena siasat. Kena siasat. Tidak akan bank buat salah bantu pihak yang buat transfer wang itu bersalah tetapi yang transfer wang itu tidak kena apa-apa. A crime without a criminal and the bank is punished. Inilah sebabnya..... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Boleh alih tajuk 1MDB ini Yang Berhormat. Fasal ia borderline. I have to - saya terpaksa ikut arahan petua yang dibuat oleh Speaker, Yang Berhormat. Kalau tak, saya melanggar petua Speaker. Kita sebagai Ahli di sini kena patuh kepada petua. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Bank Negara surat kepada ketua Pembangkang. Ini lah sebabnya – saya tak langgar petua Speaker sebab apa yang saya sebut semua ini adalah tanggungjawab Bank Negara Malaysia. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ini bukan soal tanggungjawab. Ia soal ada petua Speaker on the issue.
dilantik sebagai CEO Khazanah Nasional tidak lama lagi. Mampus Khazanah. Yang paling hebat saya telah membuat kerja rumah dan menyelidik laporan kewangan, anak-anak syarikat, sektor tenaga 1MDB. Tidak ada satu tahun pun mereka menerbitkan dividen kepada ibu syarikat 1MDB. Ini bermaksud 1MDB ini telah membuat pembohongan secara terbuka. It is brazen lies by 1MDB and Arul Kanda. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Pekan juga memuji 1MDB kerana ia telah menyumbang sebanyak RM690 juta untuk memberi biasiswa kepada anak muda yang menaja bilal masjid untuk mengerjakan haji dan umrah kepada imam, penghulu dan ketua- ketua kampung. Akan tetapi Yang Amat Berhormat Pekan tidak bagi cerita yang penuh. Yang Amat Berhormat Pekan tidak menjelaskan bahawa sumbangan RM690 juta tersebut bukan datangnya daripada keuntungan 1MDB tetapi dibiayai dengan pinjaman berbilion-bilion ringgit yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Akhirnya kalau 1MDB tidak mampu membayar balik hutang seperti sekarang, Kementerian Kewangan akan terpaksa menampung hutang-hutang ini. Maksudnya segala CSR yang dikatakan dibiayai oleh 1MDB sebenarnya dibiayai dengan cukai rakyat Malaysia. Bukan dengan keuntungan 1MDB. Saya juga berasa pelik Yang Amat Berhormat mengheboh-hebohkan sumbangan CSR 1MDB sebanyak RM690 juta ini tetapi lupa menyebut USD732 juta ataupun lebih kurang RM3 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadinya sendiri dalam akaun bank yang bernombor 2112022009694 perkara ini tidak sekalipun dinafikan oleh Yang Amat Berhormat Pekan sejak butiran dibongkar oleh Jabatan ....... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, itu termasuk dalam subjudis Yang Berhormat. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Okey, saya teruskan. Cepat. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: You have to abide by the ruling of the Speaker, Yang Berhormat. That is why I keep reminding you. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya merasa agak amat kecewa. Apabila agama diguna pakai untuk whitewash tindakan, penyelewengan, salah guna kuasa, hendak tutup rasuah dan penyelewengan maka diberikan CSR umrah! Amat memalukan!. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya setuju. Ini adalah sebabnya AmBank telah dikenakan penalti sebanyak RM53.4 juta kerana mereka gagal menjalankan tugas pemantauan mereka di bawah undang- undang mengawal pengubahan wang haram ataupun dengan izin money laundering di Malaysia. Ini dalam jawapan yang diberi oleh Bank Negara kepada Ketua Pembangkang. Yang anehnya hanya bank yang dikenakan penalti tetapi yang jelas bersalah dalam pengubahan wang haram tidak dikenakan sebarang tindakan. Has the bank been punished for a crime without a criminal? Bank dikenakan penalti sebab membantu proses-proses kewangan money transfer yang tidak sah tetapi yang transfer money yang tidak sah itu tidak dikenakan siasatan ataupun tindakan. Macam mana ini?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, boleh alih tajuk Yang Berhormat. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya hanya minta supaya Bank Negara kena siasat. Kena siasat. Tidak akan bank buat salah bantu pihak yang buat transfer wang itu bersalah tetapi yang transfer wang itu tidak kena apa-apa. A crime without a criminal and the bank is punished. Inilah sebabnya..... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Boleh alih tajuk 1MDB ini Yang Berhormat. Fasal ia borderline. I have to- saya terpaksa ikut arahan petua yang dibuat oleh Speaker, Yang Berhormat. Kalau tak, saya melanggar petua Speaker. Kita sebagai Ahli di sini kena patuh kepada petua. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Bank Negara surat kepada ketua Pembangkang. Ini lah sebabnya- saya tak langgar petua Speaker sebab apa yang saya sebut semua ini adalah tanggungjawab Bank Negara Malaysia. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ini bukan soal tanggungjawab. Ia soal ada petua Speaker on the issue.
106
118
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 107 Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: On the issue but on the responsibility. I’m speaking on the responsibility of Bank Negara Malaysia. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, there is a very thin borderline. Ya, dia ada thin borderline. Ya saya tahu. You can speak outside the Dewan on that matter but di dalam Dewan saya kena abide by the ruling of the Speaker. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya tidak sebut butiran-butiran tersebut. Saya hanya minta Bank Negara siasat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, borderline yang terlalu nipis, tipis. Susah kita nak – you kata tak masuk, saya kata masuk. Susah. Sebab itu soalan... Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua, subjudis berhubung dengan perbicaraan. Ini tidak ada perbicaraan. It has got nothing to do with the trial. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Dia ada ruling, ada ruling on issues 1MDB, RM2.6 billion, DOJ ada ruling Speaker. You like it or not. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, but it’s got nothing to do with the trial. Itu something yang dibuat oleh Bank Negara. Itu pertikaian but nothing yang dibuat oleh Bank Negara. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Itu pertikaian. Itu pertikaian Yang Berhormat. Saya kena patuh dengan ruling, ya. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tidak ada keraguan dalam soal ini, Tuan Yang di-Pertua. Jelas Bank Negara dah jawab. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Tak. Kita kena patuh petua yang dibuat oleh Speaker. You like it or not, itu petua Speaker. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya telah menerima jawapan daripada Menteri... Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Keputusan, keputusan Speaker muktamad. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih Yang Berhormat Setiu, terima kasih Yang Berhormat Setiu, terima kasih Yang Berhormat Setiu! Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Keputusan Speaker muktamad! Keputusan Speaker muktamad! Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Duduk Yang Berhormat Setiu! Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Keputusan Speaker muktamad! Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Duduk Yang Berhormat Setiu! Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Apa lah! Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Apa lah! Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Keputusan Speaker muktamad! Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Apa Yang Berhormat Setiu takut sangat? Takut sangat kah dengan 1MDB ini. Macam mana kamu boleh pertahankan 1MDB ini? Awak hendak kah Arul Kanda menjadi CEO Khazanah? Teruk betul! Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Tengok lah keputusan. Point of order. Point of order 43. Buat usul lah. Undang-undang ada. Boleh buat usul. Keputusan muktamad. Jangan jadi bodoh lah! Ini Dewan. Ikut peraturan Dewan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, ya. Boleh alih tajuk Yang Berhormat. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya menerima jawapan daripada Kementerian Kewangan mengenai Pelan Rasionalisasi 1MDB. Jadi saya sentuh tentang jawapan yang baru saya terima hari ini. Hari ini saya terima okey.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: On the issue but on the. responsibility. I'm speaking on the responsibility of Bank Negara Malaysia. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, there is a very thin borderline. Ya, dia ada thin borderline. Ya saya tahu. You can speak outside the Dewan on that matter but di dalam Dewan saya kena abide by the ruling of the Speaker. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya tidak sebut butiran-butiran tersebut. Saya hanya minta Bank Negara siasat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, borderline yang terlalu nipis, tipis. Susah kita nak- you kata tak masuk, saya kata masuk. Susah. Sebab itu soalan... Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua, subjudis berhubung dengan perbicaraan. Ini tidak ada perbicaraan. It has got nothing to do with the trial. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Dia ada ruling, ada ruling on issues 1MDB, RM2.6 billion, DOJ ada ruling Speaker. You like it or not. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, but it's got nothing to do with the trial. Itu something yang dibuat oleh Bank Negara. Itu pertikaian but nothing yang dibuat oleh Bank Negara. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Itu pertikaian. Itu pertikaian Yang Berhormat. Saya kena patuh dengan ruling, ya. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tidak ada keraguan dalam soal ini, Tuan Yang di-Pertua. Jelas Bank Negara dah jawab. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Tak. Kita kena patuh petua yang dibuat oleh Speaker. You like it or not, itu petua Speaker. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya telah menerima jawapan daripada Menteri... Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Keputusan, keputusan Speaker muktamad. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih Yang Berhormat Setiu, terima kasih Yang Berhormat Setiu, terima kasih Yang Berhormat Setiu!. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Keputusan Speaker muktamad! Keputusan Speaker muktamad!. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Duduk Yang Berhormat Setiu!. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Keputusan Speaker muktamad!. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Duduk Yang Berhormat Setiu! Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Apa lah!. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Apa lah!. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Keputusan Speaker muktamad!. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Apa Yang Berhormat Setiu takut sangat? Takut sangat kah dengan 1MDB ini. Macam mana kamu boleh pertahankan 1MDB ini? Awak hendak kah Arul Kanda menjadi CEO Khazanah? Teruk betul!. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Tengok lah keputusan. Point of order. Point of order 43. Buat usul lah. Undang-undang ada. Boleh buat usul. Keputusan muktamad. Jangan jadi bodoh lah! Ini Dewan. Ikut peraturan Dewan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, ya. Boleh alih tajuk Yang Berhormat. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya menerima jawapan daripada Kementerian Kewangan mengenai Pelan Rasionalisasi 1MDB. Jadi saya sentuh tentang jawapan yang baru saya terima hari ini. Hari ini saya terima okey.
107
119
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
108 DR.31.10.2017 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: 1MDB juga mempertahankan kenyataan bahawa 1MDB akan mencapai keuntungan melalui Pelan Rasionalisasi. 1MDB juga menyebut bahawa ia akan menerima bayaran kepada Kementerian Kewangan melalui hartanah yang telah diserah balik kepada Kementerian Kewangan. Tuan Yang di-Pertua, kita rakyat Malaysia terkejut dengan kenyataan 1MDB. Rakyat masih ingat 1MDB telah mengumumkan kejayaan menjual 60 peratus daripada Bandar Malaysia dengan harga RM7.41 bilion. Wang sebanyak RM741 juta ini telah dibayar kepada 1MDB sebagai deposit. Akan tetapi pembelian ini terpaksa dibatalkan tahun ini sebab Kementerian Kewangan berkata bahawa konsortium pembeli Iskandar Waterfront berkali-kali gagal membuat bayaran mengikut jadual yang ditetapkan. Bukan sahaja Bandar Malaysia telah diserah balik kepada Kementerian Kewangan, Arul Kanda pun sudah disingkir sebagai Pengerusi Syarikat Bandar Malaysia. [Disampuk] Okey. Masalahnya macam ini. Syarikat Iskandar Waterfront bayar deposit RM741 juta kepada 1MDB. Kontrak dibatalkan. Deposit dipulangkan tetapi yang pulangkan deposit ini bukan 1MDB. Yang pulangkan deposit ini Kementerian Kewangan. [Disampuk] Lepas itu 1MDB kata Bandar Malaysia sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan tetapi dia tidak kata hutang Bandar Malaysia sebanyak RM2.4 bilion juga sama sekali diserahkan kepada Kementerian Kewangan. Ketua Audit Negara dalam Laporan PAC telah menyebut bahawa RM2.4 bilion yang diambil oleh 1MDB ini tidak digunakan untuk membangun Bandar Malaysia. Kenapa Kementerian Kewangan terpaksa mengambil alih hutang RM2.4 bilion ini? Kita terkejut sekarang bila 1MDB sebut walaupun tanah ini telah pun diserah balik kepada Kementerian Kewangan, Kementerian Kewangan akan satu hari nanti kena bayar balik kepada 1MDB lagi. Kita bayar bagi deposit, kita bayar lagi hutang RM2.4 bilion, kita kena bayar balik lagi untuk tanah yang kita sebenarnya jual kepada 1MDB. Apa ini? Bila kita lihat penyelesaian antara 1MDB dengan syarikat IPIC. Ini penyelesaian sudah habis kes. Okey. Yang diumumkan di mana 1MDB membayar RM2.5 bilion pada bulan Ogos kepada syarikat IPIC. RM2.5 bilion lagi bulan Disember. Kita hendak tanya. Saya tanya dalam Parlimen siapa yang bayar RM2.5 bilion ini? Adakah 1MDB yang bayar ataupun Kementerian Kewangan membantu 1MDB bayar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Soalan itu ditolakkan Yang Berhormat? Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Soalan ini ditolak. Saya hendak tanya kenapa soalan ini ditolak? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Sebab itu saya katakan jangan bawa dalam perbahasan, Yang Berhormat. Soalan itu telah ditolak oleh Speaker, Yang Berhormat tak payah bawa ke dalam perbahasan Yang Berhormat. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Sebab kita nak tahu Kementerian Kewangan ada keluar wang untuk tolong 1MDB tak? Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Usul persendirian! Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya tidak tanya tentang 1MDB. Saya tanya Kementerian Kewangan! Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Sudah, cukuplah Yang Berhormat. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Adakah Kementerian Kewangan bayar hutang ini? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Soalan itu telah ditolak Yang Berhormat. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Kita bahas bajet. Kalau bajet kita kena tahu Kementerian Kewangan macam mana gunakan wang rakyat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, masa sudah habis Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: 1MDB juga mempertahankan kenyataan bahawa 1MDB akan mencapai keuntungan melalui Pelan Rasionalisasi. 1MDB juga menyebut bahawa ia akan menerima bayaran kepada Kementerian Kewangan melalui hartanah yang telah diserah balik kepada Kementerian Kewangan. Tuan Yang di-Pertua, kita rakyat Malaysia terkejut dengan kenyataan 1MDB. Rakyat masih ingat 1MDB telah mengumumkan kejayaan menjual 60 peratus daripada Bandar Malaysia dengan harga RM7.41 bilion. Wang sebanyak RM741 juta ini telah dibayar kepada 1MDB sebagai deposit. Akan tetapi pembelian ini terpaksa dibatalkan tahun ini sebab Kementerian Kewangan berkata bahawa konsortium pembeli Iskandar Waterfront berkali-kali gagal membuat bayaran mengikut jadual yang ditetapkan. Bukan sahaja Bandar Malaysia telah diserah balik kepada Kementerian Kewangan, Arul Kanda pun sudah disingkir sebagai Pengerusi Syarikat Bandar Malaysia. [Disampuk] Okey. Masalahnya macam ini. Syarikat Iskandar Waterfront bayar deposit RM741 juta kepada 1MDB. Kontrak dibatalkan. Deposit dipulangkan tetapi yang pulangkan deposit ini bukan 1MDB. Yang pulangkan deposit ini Kementerian Kewangan. [Disampuk] Lepas itu 1MDB kata Bandar Malaysia sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan tetapi dia tidak kata hutang Bandar Malaysia sebanyak RM2.4 bilion juga sama sekali diserahkan kepada Kementerian Kewangan. Ketua Audit Negara dalam Laporan PAC telah menyebut bahawa RM2.4 bilion yang diambil oleh 1MDB ini tidak digunakan untuk membangun Bandar Malaysia. Kenapa Kementerian Kewangan terpaksa mengambil alih hutang RM2.4 bilion ini? Kita terkejut sekarang bila 1MDB sebut walaupun tanah ini telah pun diserah balik kepada Kementerian Kewangan, Kementerian Kewangan akan satu hari nanti kena bayar balik kepada 1MDB lagi. Kita bayar bagi deposit, kita bayar lagi hutang RM2.4 bilion, kita kena bayar balik lagi untuk tanah yang kita sebenarnya jual kepada 1MDB. Apa ini? Bila kita lihat penyelesaian antara 1MDB dengan syarikat IPIC. Ini penyelesaian sudah habis kes. Okey. Yang diumumkan di mana 1MDB membayar RM2.5 bilion pada bulan Ogos kepada syarikat IPIC. RM2.5 bilion lagi bulan Disember. Kita hendak tanya. Saya tanya dalam Parlimen siapa yang bayar RM2.5 bilion ini? Adakah 1MDB yang bayar ataupun Kementerian Kewangan membantu 1MDB bayar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Soalan itu ditolakkan Yang Berhormat?. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Soalan ini ditolak. Saya hendak tanya kenapa soalan ini ditolak?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Sebab itu saya katakan jangan bawa dalam perbahasan, Yang Berhormat. Soalan itu telah ditolak oleh Speaker, Yang Berhormat tak payah bawa ke dalam perbahasan Yang Berhormat. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Sebab kita nak tahu Kementerian Kewangan ada keluar wang untuk tolong 1MDB tak?. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Usul persendirian!. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya tidak tanya tentang 1MDB. Saya tanya Kementerian Kewangan!. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Sudah, cukuplah Yang Berhormat. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Adakah Kementerian Kewangan bayar hutang ini?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Soalan itu telah ditolak Yang Berhormat. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Kita bahas bajet. Kalau bajet kita kena tahu Kementerian Kewangan macam mana gunakan wang rakyat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, masa sudah habis Yang Berhormat.
108
120
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
DR.31.10.2017 109 Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Peraturan juga kena tahu. Peraturan. Peraturan pun tidak tahu. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Ini kita kena tahu kenapa soalan ditolak? Sebab adalah benar. Saya desak di sini adalah benar Kementerian Kewangan keluarkan RM2.5 bilion untuk bantu 1MDB bayar kepada IPIC. Itu sebabnya soalan ditolak. Itu sebabnya institusi Parlimen ini dihina. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Masa sudah habis Yang Berhormat. Tim Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya hendak sebutkan di sini. Gulung satu paragraph. Gulung. [Disampuk] Saya berasa kesal. Kelakuan pihak pemerintah institusi-institusi negara yang diamanahkan untuk mempertahankan negara termasuk Parlimen, Peguam Negara, Jemaah Menteri, Polis dan SPRM kini jelas menjadi alat-alat untuk melindungi dan menyelamatkan pencuri, penyamun dan perompak di negara kita. Tiada malu dengan orang luar di sana! Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bagan Serai. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: [Berucap dalam bahasa Arab] Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Mempertahan perompak dan pencuri baca dulu. Baca dulu. Ada bukti lah. Tak ada bukti diamlah. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Yang ada bukti pun dituduh, kalau tak ada bukti jangan cakap lah. [Dewan riuh] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 31 Oktober 2017. [Dewan ditangguhkan pada pukul 8.31 malam]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Peraturan juga kena tahu. Peraturan. Peraturan pun tidak tahu. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Ini kita kena tahu kenapa soalan ditolak? Sebab adalah benar. Saya desak di sini adalah benar Kementerian Kewangan keluarkan RM2.5 bilion untuk bantu 1MDB bayar kepada IPIC. Itu sebabnya soalan ditolak. Itu sebabnya institusi Parlimen ini dihina. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Masa sudah habis Yang Berhormat. Tim Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya hendak sebutkan di sini. Gulung satu paragraph. Gulung. [Disampuk] Saya berasa kesal. Kelakuan pihak pemerintah institusi-institusi negara yang diamanahkan untuk mempertahankan negara termasuk Parlimen, Peguam Negara, Jemaah Menteri, Polis dan SPRM kini jelas menjadi alat-alat untuk melindungi dan menyelamatkan pencuri, penyamun dan perompak di negara kita. Tiada malu dengan orang luar di sana! Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bagan Serai. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: [Berucap dalam bahasa Arab] Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Mempertahan perompak dan pencuri baca dulu. Baca dulu. Ada bukti lah. Tak ada bukti diamlah. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Yang ada bukti pun dituduh, kalau tak ada bukti jangan cakap lah. [Dewan riuh] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 31 Oktober 2017. [Dewan ditangguhkan pada pukul 8.31 malam].
109
121
"2017-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102017.pdf
ii DR.31.10.2018 23. Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, D.G.S.M. [Parit Buntar] – AMANAH 24. “ Menteri Wilayah, Tuan Khalid bin Abd Samad [Shah Alam] – AMANAH 25. “ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong [Batu Sapi] - WARISAN 26. “ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tuan Ignatius Dorell Leiking @ Darell Leiking [Penampang] – WARISAN 27. “ Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tuan Mohamaddin bin Ketapi [Silam] – WARISAN 28. “ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy – Senator TIMBALAN MENTERI 1. Yang Berhormat Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh [Sri Gading] – PPBM 2. “ Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Md Farid bin Md Rafik [Tanjong Piai] – PPBM 3. “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah [Kubang Pasu] – PPBM 4. “ Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tuan Eddin Syazlee Shith [Kuala Pilah] – PPBM 5. “ Timbalan Menteri Industri Utama, Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [Hang Tuah Jaya] – PKR 6. “ Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] – PKR 7. “ Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tuan Sivarasa Rasiah [Sungai Buloh] – PKR 8. “ Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Puan Fuziah binti Salleh [Kuantan] – PKR 9. “ Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye [Gopeng] – PKR 10. “ Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] – PKR 11. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Chong Chieng Jen [Stampin] – DAP 12. “ Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji [Raub] – DAP 13. “ Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Puan Hannah Yeoh [Segambut] – DAP 14. “ Timbalan Menteri Pendidikan, Puan Teo Nie Ching [Kulai] – DAP 15. “ Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam] – DAP 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming [Bangi] – DAP 17. “ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Mahfuz bin Haji Omar, D.S.D.K. [Pokok Sena] – AMANAH 18. “ Timbalan Menteri Kerja Raya, Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [Temerloh] – AMANAH
23. Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, D.G.S.M. [Parit Buntar]- AMANAH 24. " Menteri Wilayah, Tuan Khalid bin Abd Samad [Shah Alam]- AMANAH 25. " Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong [Batu Sapi]- WARISAN 26. " Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tuan Ignatius Dorell Leiking @ Darell Leiking [Penampang]- WARISAN 27. " Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tuan Mohamaddin bin Ketapi [Silam]- WARISAN 28. " Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy - Senator. TIMBALAN MENTERI 1. Yang Berhormat Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh [Sri Gading]- PPBM 2. " Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Md Farid bin Md Rafik [Tanjong Piai]- PPBM 3. " Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Haji Amiruddin bin Hamzah [Kubang Pasu]- PPBM 4. " Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tuan Eddin Syazlee Shith [Kuala Pilah]- PPBM 5. " Timbalan Menteri Industri Utama, Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [Hang Tuah Jaya]- PKR 6. " Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]- PKR 7. " Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tuan Sivarasa Rasiah [Sungai Buloh]- PKR 8. " Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Puan Fuziah binti Salleh [Kuantan]- PKR 9. " Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]- PKR 10. " Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau]- PKR 11. " Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Chong Chieng Jen [Stampin]- DAP 12. " Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji [Raub]- DAP 13. " Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Puan Hannah Yeoh [Segambut]- DAP 14. " Timbalan Menteri Pendidikan, Puan Teo Nie Ching [Kulai]- DAP 15. " Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam] - DAP 16. " Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming [Bangi]- DAP 17. " Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Mahfuz bin Haji Omar, D.S.D.K. [Pokok Sena]- AMANAH 18. " Timbalan Menteri Kerja Raya, Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [Temerloh]- AMANAH.
23
4
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
iv DR.31.10.2018 25. Yang Berhormat Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan] – DAP 26. “ Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] – DAP 27. “ Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] – PKR 28. “ Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] – DAP 29. “ Puan June Leow Hsiad Hui [Hulu Selangor] – PKR 30. “ Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] – PKR 31. “ Tuan Lim Kit Siang [Iskandar Puteri] – DAP 32. “ Tuan Lim Lip Eng [Kepong] – DAP 33. “ Dato’ Mansor bin Othman, D.M.P.N. [Nibong Tebal] – PKR 34. “ Puan Maria Chin binti Abdullah [Petaling Jaya] – PKR 35. “ Dr. Michael Teo Yu Keng [Miri] – PKR 36. “ Tuan Mordi anak Bimol [Mas Gading] – DAP 37 “ Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir [Jerlun] – PPBM 38 “ Tuan Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] – PPBM 39 “ Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, S.J.M.K., S.S.A.P., S.I.M.P., D.P.M.S. [Jeli] - PPBM 40 “ Puan Hajah Natrah Ismail [Sekijang] – PKR 41 “ Dato’ Ngeh Koo Ham, D.P.M.P. [Beruas] – DAP 42 “ Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa] – PKR 43 “ Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar] – PKR 44 “ Puan Noorita binti Sual [Tenom] – DAP 45 “ Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok] – PKR 46 “ Puan Nurul Izzah binti Anwar [Permatang Pauh] – PKR 47 “ Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] – DAP 48 “ Tuan Pang Hok Liong [Labis] – DAP 49 “ Tuan P. Prabakaran [Batu] – PKR 50 “ Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor] – DAP 51 “ Puan Rusnah binti Aluai [Tangga Batu] – PKR 52 “ Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong] – DAP 53 “ Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat] – PKR 54 “ Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] – DAP 55 “ Tuan Steven Choong Shiau Yoon [Tebrau] – PKR 56 “ Tuan Su Keong Siong [Kampar] – DAP 57 “ Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] – PKR 58 “ Tuan Tan Kok Wai [Cheras] – DAP 59 “ Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [Wangsa Maju] – PKR 60 “ Tuan Teh Kok Lim [Taiping] – DAP 61 “ Tuan Tony Pua Kiam Wee [Damansara] – DAP 62 “ Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] – PKR 63 “ Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo] – PKR
25. Yang Berhormat Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]- DAP. 26. " Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching]- DAP. 27. " Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput]- PKR. 28. " Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]- DAP. 29. " Puan June Leow Hsiad Hui [Hulu Selangor]- PKR. 30. " Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau]- PKR. 31. " Tuan Lim Kit Siang [Iskandar Puteri]- DAP. 32. " Tuan Lim Lip Eng [Kepong]- DAP. 33. " Dato' Mansor bin Othman, D.M.P.N. [Nibong Tebal]- PKR. 34. " Puan Maria Chin binti Abdullah [Petaling Jaya]- PKR. 35. " Dr. Michael Teo Yu Keng [Miri]- PKR. 36. " Tuan Mordi anak Bimol [Mas Gading]- DAP. 37 " Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir [Jerlun]- PPBM. 38 " Tuan Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar]- PPBM. 39 " Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, S.J.M.K., S.S.A.P., S.I.M.P., D.P.M.S. [Jeli] - PPBM. 40 " Puan Hajah Natrah Ismail [Sekijang]- PKR. 41 " Dato' Ngeh Koo Ham, D.P.M.P. [Beruas]- DAP. 42 " Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]- PKR. 43 " Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]- PKR. 44 " Puan Noorita binti Sual [Tenom]- DAP. 45 " Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok]- PKR. 46 " Puan Nurul Izzah binti Anwar [Permatang Pauh]- PKR. 47 " Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]- DAP. 48 " Tuan Pang Hok Liong [Labis]- DAP. 49 " Tuan P. Prabakaran [Batu]- PKR. 50 " Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]- DAP. 51 " Puan Rusnah binti Aluai [Tangga Batu]- PKR. 52 " Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]- DAP. 53 " Dato' Seri Dr. Santhara [Segamat]- PKR. 54 " Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]- DAP. 55 " Tuan Steven Choong Shiau Yoon [Tebrau]- PKR. 56 " Tuan Su Keong Siong [Kampar]- DAP. 57 " Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]- PKR. 58 " Tuan Tan Kok Wai [Cheras]- DAP. 59 " Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [Wangsa Maju]- PKR. 60 " Tuan Teh Kok Lim [Taiping]- DAP. 61 " Tuan Tony Pua Kiam Wee [Damansara]- DAP. 62 " Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]- PKR. 63 " Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo]- PKR.
25
6
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
vi DR.31.10.2018 22. Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib, S.A.P., A.A.P., A.M.P., P.K.C., D.I.M.P., D.S.A.P., S.S.A.P. [Maran] – UMNO 23. “ Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, D.I.M.P., S.M.P., K.M.N., S.S.A.P. [Kuala Krau] – UMNO 24. “ Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, S.S.A.P., D.I.M.P., D.M.S.M., A.D.K. [Bera] – UMNO 25. “ Dato’ Jalaluddin bin Alias [Jelebu] – UMNO 26. “ Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau] - UMNO 27. “ Datuk Seri M. Saravanan, D.M.S.M., P.M.W., A.M.N. [Tapah] – MIC 28. “ Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, S.H.M.S., S.S.D.K., D.P.M.P., J.P., B.K.M. [Padang Terap] – UMNO 29. “ Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar] – UMNO 30. “ Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, S.S.A.P, S.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., B.K.T., D.J.M.K., [Padang Rengas] – UMNO 31. “ Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh, P.J.K., K.M.N. [Sabak Bernam] - UMNO 32. “ Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit] – UMNO 33. “ Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] – UMNO 34. “ Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, S.P.D.K., S.S.A.P., S.S.S.J., S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.K., S.P.M.K., S.P.M.S., D.M.K., S.P.S.A., S.P.N.S., D.U.P.N., D.U.N.M, D.P. [Pekan] – UMNO 35. “ Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar, P.S.M, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. [Tanjong Karang] – UMNO 36. “ Dato’ Dr. Noraini Ahmad, D.S.A.P., D.M.S.M. [Parit Sulong] – UMNO 37. “ Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican, D.I.M.P., S.S.A.P. [Kepala Batas] – UMNO 38. “ Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, S.M.W., P.G.D.K., A.S.D.K. [Beluran] – UMNO 39. “ Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] – UMNO 40. “ Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol] – UMNO 41. “ Tuan Yamani Hafez bin Musa [Sipitang] - UMNO 42. “ Datuk Haji Shabudin Yahaya, P.J.K. [Tasek Gelugor] – UMNO 43. “ Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, S.P.M.P., S.S.A.P., A.M.P [Arau] - UMNO 44. “ Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, D.P.M.P., S.M.S., P.P.N., P.P.T. [Lenggong] - UMNO 45. “ Dato’ Sivarraajh Chandran [Cameron Highlands] - MIC 46. “ Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman, D.P.M.P., D.M.S.M., K.M.N., A.M.P., J.P. [Pasir Salak] – UMNO 47. “ Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, S.S.A.P., D.G.S.M., S.I.M.P., S.J.M.K., D.M.S.M., P.J.N., D.S.D.K., D.S.A.P., K.M.N., D.I.M.P. [Putrajaya] – UMNO 48. “ Tengku Razaleigh Hamzah, D.K., S.P.M.K., P.S.M., S.S.A.P., S.P.M.S. [Gua Musang] – UMNO 49. “ Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, D.M.S.M., D.G.S.M. [Ayer Hitam] – MCA 50. “ Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran] – UMNO
22. Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib, S.A.P., A.A.P., A.M.P., P.K.C., D.I.M.P., D.S.A.P., S.S.A.P. [Maran]- UMNO. 23. " Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, D.I.M.P., S.M.P., K.M.N., S.S.A.P. [Kuala Krau]- UMNO. 24. " Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, S.S.A.P., D.I.M.P., D.M.S.M., A.D.K. [Bera] - UMNO. 25. " Dato' Jalaluddin bin Alias [Jelebu]- UMNO. 26. " Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau] - UMNO. 27. " Datuk Seri M. Saravanan, D.M.S.M., P.M.W., A.M.N. [Tapah]- MIC. 28. " Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, S.H.M.S., S.S.D.K., D.P.M.P., J.P., B.K.M. [Padang Terap]- UMNO. 29. " Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar] - UMNO. 30. " Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, S.S.A.P, S.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., B.K.T., D.J.M.K., [Padang Rengas]- UMNO. 31. " Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh, P.J.K., K.M.N. [Sabak Bernam]- UMNO. 32. " Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]- UMNO. 33. " Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]- UMNO. 34. " Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, S.P.D.K., S.S.A.P., S.S.S.J., S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.K., S.P.M.K., S.P.M.S., D.M.K., S.P.S.A., S.P.N.S., D.U.P.N., D.U.N.M, D.P. [Pekan]- UMNO. 35. " Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar, P.S.M, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. [Tanjong Karang]- UMNO. 36. " Dato' Dr. Noraini Ahmad, D.S.A.P., D.M.S.M. [Parit Sulong] - UMNO. 37. " Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican, D.I.M.P., S.S.A.P. [Kepala Batas]- UMNO. 38. " Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, S.M.W., P.G.D.K., A.S.D.K. [Beluran]- UMNO. 39. " Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]- UMNO. 40. " Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]- UMNO. 41. " Tuan Yamani Hafez bin Musa [Sipitang]- UMNO. 42. " Datuk Haji Shabudin Yahaya, P.J.K. [Tasek Gelugor]- UMNO. 43. " Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim, S.P.M.P., S.S.A.P., A.M.P [Arau]- UMNO. 44. " Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, D.P.M.P., S.M.S., P.P.N., P.P.T. [Lenggong] - UMNO. 45. " Dato' Sivarraajh Chandran [Cameron Highlands]- MIC. 46. " Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman, D.P.M.P., D.M.S.M., K.M.N., A.M.P., J.P. [Pasir Salak]- UMNO. 47. " Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, S.S.A.P., D.G.S.M., S.I.M.P., S.J.M.K., D.M.S.M., P.J.N., D.S.D.K., D.S.A.P., K.M.N., D.I.M.P. [Putrajaya] - UMNO. 48. " Tengku Razaleigh Hamzah, D.K., S.P.M.K., P.S.M., S.S.A.P., S.P.M.S. [Gua Musang]- UMNO. 49. " Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, D.M.S.M., D.G.S.M. [Ayer Hitam]- MCA. 50. " Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran]- UMNO.
22
8
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Rabu, 31 Oktober 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ahli-ahli Yang Berhormat... Melati kuntum, tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Salam sejahtera mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Saya jemput Yang Berhormat Subang, Tuan Wong Chen. 1. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Kesihatan menyatakan: (a) adakah kerajaan bersetuju untuk mengumpul dan menerbitkan data komprehensif mengenai kos ekonomi berkaitan dengan merokok; dan (b) jika ya, bila. Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Subang. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semua. Ya, merokok merupakan risiko utama kepada komplikasi penyakit tidak berjangkit atau dengan istilahnya pada hari ini, non-communicable disease (NCD) seperti kanser, penyakit kardiovaskular dan penyakit paru-paru kronik (chronic pulmonary diseases) dengan izin. WHO menganggarkan, data daripada mereka, lebih 20 ribu lelaki dewasa di Malaysia mati setiap tahun akibat tabiat komplikasi merokok. Akibat kesan komplikasi dan kematian yang tinggi mobiliti dan mortaliti dengan izin, merokok telah memberi kesan kepada ekonomi negara dalam pelbagai aspek termasuk beban kos yang tinggi bagi merawat penyakit akibat merokok, menjejaskan produktiviti akibat pekerja sering tidak hadir kerana tidak sihat dan menyebabkan kerugian kepada negara akibat kematian pramatang atau premature death maksudnya mati sebelum umur, lebih kurang 75 tahun. Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia bersetuju bahawa pengumpulan, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Pengumpulan dan penerbitan data komprehensif mengenai kos ekonomi berkaitan merokok adalah sangat
MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Rabu, 31 Oktober 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ahli-ahli Yang Berhormat... Melati kuntum, tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Salam sejahtera mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Saya jemput Yang Berhormat Subang, Tuan Wong Chen. 1. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Kesihatan menyatakan: (a) adakah kerajaan bersetuju untuk mengumpul dan menerbitkan data komprehensif mengenai kos ekonomi berkaitan dengan merokok; dan. (b) jika ya, bila. Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Subang. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semua. Ya, merokok merupakan risiko utama kepada komplikasi penyakit tidak berjangkit atau dengan istilahnya pada hari ini, non-communicable disease (NCD) seperti kanser, penyakit kardiovaskular dan penyakit paru-paru kronik (chronic pulmonary diseases) dengan izin. WHO menganggarkan, data daripada mereka, lebih 20 ribu lelaki dewasa di Malaysia mati setiap tahun akibat tabiat komplikasi merokok. Akibat kesan komplikasi dan kematian yang tinggi mobiliti dan mortaliti dengan izin, merokok telah memberi kesan kepada ekonomi negara dalam pelbagai aspek termasuk beban kos yang tinggi bagi merawat penyakit akibat merokok, menjejaskan produktiviti akibat pekerja sering tidak hadir kerana tidak sihat dan menyebabkan kerugian kepada negara akibat kematian pramatang atau premature death maksudnya mati sebelum umur, lebih kurang 75 tahun. Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia bersetuju bahawa pengumpulan, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Pengumpulan dan penerbitan data komprehensif mengenai kos ekonomi berkaitan merokok adalah sangat.
1
13
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
2 DR.31.10.2018 penting. Data komprehensif ini akan dapat membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memperkukuhkan kawalan tembakau di Malaysia sebagaimana digariskan oleh the Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) dengan izin. Kementerian Kesihatan Malaysia telah bekerjasama dengan universiti tempatan dan antarabangsa di dalam menjalan kajian dan penyelidikan mengenai kos ekonomi berkaitan merokok. Ini termasuk kajian berkaitan kesan pencukaian rokok kepada penggunaan rokok serta rokok tidak sah illicit or illegitimate control bans cigarette, dengan izin. Kajian berkaitan healthcare cost in Malaysia, telah dijalankan pada tahun 2007 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan. Hasil daripada kajian tersebut mendapati kos tahunan untuk merawat hanya tiga penyakit berkaitan merokok iaitu: (i) kanser paru-paru; (ii) ischaemic heart diseases; dan (iii) chronic obstructive pulmonary disease (COPD). Adalah sebanyak RM 2.92 bilion, di mana 67.5 peratus adalah kos yang ditanggung oleh kerajaan bermakna dalam pembiayaan perkhidmatannya dan 32.5 peratus adalah kos yang ditanggung oleh pesakit. Dengan jumlah, dengan kata lain nisbah kepada KDNK atau GDP dengan izin, adalah bersamaan kepada 0.7 peratus. Ini pastinya merupakan satu bebanan kewangan yang besar kepada Kerajaan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pada tahun 2016 Kementerian Kesihatan telah bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia dan University of Cape Town yang mempunyai kepakaran khususnya oleh Professor Hana Ross, tokoh antarabangsa untuk menjalankan kajian berkaitan kesan ekonomi dan pencukaian rokok serta kesan dengan penggunaannya. Kajian yang dinamakan, “the Relationship Between Tobacco Taxation and Demand Determinants to Reduce Cigarette Consumption and Smoking Prevalence in Malaysia” telah menunjukkan kenaikan cukai kepada rokok yang seterusnya menaikkan harga rokok akan mengurangkan penggunaan rokok, pada masa yang sama meningkatkan kutipan cukai rokok. Kajian ini juga menunjukkan kenaikan cukai ke atas rokok dapat mengurangkan jumlah perokok dengan lebih berkesan. ■1010 Seterusnya, penurunan kematian pramatang akibat rokok dalam tempoh jangka masa panjang. Ini akan memberikan kesan kepada ekonomi dari segi pengurangan kos untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan rokok serta meningkatkan sumbangan tenaga kerja yang lebih produktif dalam pasaran tenaga buruh. Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, kenaikan cukai ke atas rokok masih belum dapat memberikan impak yang besar kepada pengurangan penggunaan rokok atas sebab harga masih mampu dimiliki, still affordable, dengan izin. Hasil kajian, the relationship between real cigarettes price and affordability index to purchase cigarettes in Malaysia from 1995 to 2015 menunjukkan rakyat Malaysia masih mampu membeli rokok walaupun cukai rokok dinaikkan dan harga ditingkatkan. Ini adalah kerana kenaikan cukai rokok masih rendah berbanding dengan kenaikan taraf hidup dan pendapatan rakyat. Oleh itu, cukai ke atas rokok perlu ditingkatkan secara konsisten dengan mengambil kira pertumbuhan inflasi dan pendapatan negara. Kajian juga menunjukkan harga rokok perlu ditingkatkan bagi mengurangkan jumlah perokok dan seterusnya meningkatkan ekonomi kerajaan akibat pengurangan beban rawatan berkaitan kesihatan. This is burden, cost of disease burden. Kajian projeksi atau unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2017 pula menunjukkan bahawa jika kawalan tembakau di Malaysia tidak diperkukuh dan prevalence merokok tidak berkurang, kerajaan akan bakal menanggung beban kos rawatan yang sangat tinggi iaitu kurang lebih yang diunjurkan sebanyak RM7.40 bilion Tuan Yang di- Pertua pada tahun 2025. Kos rawatan ini dibuat berdasarkan satu projection dengan izin, berdasarkan kajian Healthcare Cost of Smoking in Malaysia by Profesor Dr. Syed Muhamed
penting. Data komprehensif ini akan dapat membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memperkukuhkan kawalan tembakau di Malaysia sebagaimana digariskan oleh the Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) dengan izin. Kementerian Kesihatan Malaysia telah bekerjasama dengan universiti tempatan dan antarabangsa di dalam menjalan kajian dan penyelidikan mengenai kos ekonomi berkaitan merokok. Ini termasuk kajian berkaitan kesan pencukaian rokok kepada penggunaan rokok serta rokok tidak sah illicit or illegitimate control bans cigarette, dengan izin. Kajian berkaitan healthcare cost in Malaysia, telah dijalankan pada tahun 2007 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan. Hasil daripada kajian tersebut mendapati kos tahunan untuk merawat hanya tiga penyakit berkaitan merokok iaitu: (i) kanser paru-paru; (ii) ischaemic heart diseases; dan. (iii) chronic obstructive pulmonary disease (COPD). Adalah sebanyak RM 2.92 bilion, di mana 67.5 peratus adalah kos yang ditanggung oleh kerajaan bermakna dalam pembiayaan perkhidmatannya dan 32.5 peratus adalah kos yang ditanggung oleh pesakit. Dengan jumlah, dengan kata lain nisbah kepada KDNK atau GDP dengan izin, adalah bersamaan kepada 0.7 peratus. Ini pastinya merupakan satu bebanan kewangan yang besar kepada Kerajaan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pada tahun 2016 Kementerian Kesihatan telah bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia dan University of Cape Town yang mempunyai kepakaran khususnya oleh Professor Hana Ross, tokoh antarabangsa untuk menjalankan kajian berkaitan kesan ekonomi dan pencukaian rokok serta kesan dengan penggunaannya. Kajian yang dinamakan, "the Relationship Between Tobacco Taxation and Demand Determinants to Reduce Cigarette Consumption and Smoking Prevalence in Malaysia" telah menunjukkan kenaikan cukai kepada rokok yang seterusnya menaikkan harga rokok akan mengurangkan penggunaan rokok, pada masa yang sama meningkatkan kutipan cukai rokok. Kajian ini juga menunjukkan kenaikan cukai ke atas rokok dapat mengurangkan jumlah perokok dengan lebih berkesan. #1010. Seterusnya, penurunan kematian pramatang akibat rokok dalam tempoh jangka masa panjang. Ini akan memberikan kesan kepada ekonomi dari segi pengurangan kos untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan rokok serta meningkatkan sumbangan tenaga kerja yang lebih produktif dalam pasaran tenaga buruh. Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, kenaikan cukai ke atas rokok masih belum dapat memberikan impak yang besar kepada pengurangan penggunaan rokok atas sebab harga masih mampu dimiliki, still affordable, dengan izin. Hasil kajian, the relationship between real cigarettes price and affordability index to purchase cigarettes in Malaysia from 1995 to 2015 menunjukkan rakyat Malaysia masih mampu membeli rokok walaupun cukai rokok dinaikkan dan harga ditingkatkan. Ini adalah kerana kenaikan cukai rokok masih rendah berbanding dengan kenaikan taraf hidup dan pendapatan rakyat. Oleh itu, cukai ke atas rokok perlu ditingkatkan secara konsisten dengan mengambil kira pertumbuhan inflasi dan pendapatan negara. Kajian juga menunjukkan harga rokok perlu ditingkatkan bagi mengurangkan jumlah perokok dan seterusnya meningkatkan ekonomi kerajaan akibat pengurangan beban rawatan berkaitan kesihatan. This is burden, cost of disease burden. Kajian projeksi atau unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2017 pula menunjukkan bahawa jika kawalan tembakau di Malaysia tidak diperkukuh dan prevalence merokok tidak berkurang, kerajaan akan bakal menanggung beban kos rawatan yang sangat tinggi iaitu kurang lebih yang diunjurkan sebanyak RM7.40 bilion Tuan Yang di- Pertua pada tahun 2025. Kos rawatan ini dibuat berdasarkan satu projection dengan izin, berdasarkan kajian Healthcare Cost of Smoking in Malaysia by Profesor Dr. Syed Muhamed.
2
14
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 3 Al-Junid pada tahun 2007, pertumbuhan penduduk lebih kurang pada kadar 1.5 peratus mengikut Jabatan Statistik Malaysia dalam masa lima tahun. Saya kira begitu, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Terima kasih. Tuan Wong Chen [Subang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Menteri jawapan yang baik. Sebenarnya pejabat saya telah mengemukakan satu kajian juga tentang isu rokok ini. Oleh sebab, Princess Dina Mired berjumpa saya tiga bulan lalu dan minta untuk World Cancer Forum di Kuala Lumpur baru-baru ini. I will share with you the findings ya. Saya mahu tahu sebab WHO recommend 75 peratus taxation (excise duty) terhadap satu batang rokok. Kalau satu batang rokok itu berharga RM1, dikenakan tax 75 sen. Pada kadar sekarang ini 53 sen. Saya mahu bertanya kepada Menteri, sama ada kita akan cuba untuk sampai ke magic number 75 sen itu? Apakah caranya? Adakah staggered ataupun mendadak? Terima kasih. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Terima kasih, sahabat saya Yang Berhormat Subang yang saya tahu adalah seorang– beliau terlibat dalam banyak hal kewangan dan perbankan investment dan sebagainya. Saya tahu beliau adalah sangat peka tentang perkara ini. Apa pun saya boleh menyebutkan adalah, mengunjur ke depan, apa yang selalu kita perhitungkan bukan sahaja dengan usaha untuk menaikkan excise duty dan hari ini sudah menjadi SST, menggantikan GST. Ini bermakna sepuluh peratus tolak enam peratus itu. Namun pada waktu yang sama, bukan sahaja kita memperhitungkan kenaikan, pada waktu yang sama adalah apa yang menular di black market ataupun the contraband dan illicit cigarettes yang berleluasa akibat kalau rokok itu pada paras yang kita naikkan sehingga ia sudah tidak lagi menjadi affordable kepada golongan yang berpendapatan rendah, lalu mereka menggunakan the cheaper illicit cigarettes. Sekali gus akan mendedahkan mereka kepada NCDs dan penyakit-penyakit seperti yang saya sebutkan tadi chronic obstructive pulmonary diseases juga termasuklah cardiovascular diseases dan sekali gus, kanser. Jadi ini yang sentiasa kami perhitungkan, cost benefit analysis, supaya semuanya akan dapat kita garap dalam segenap dasar kita itu. Apakah perhitungan antara kenaikan dan juga penularan rokok-rokok tidak sah atau rokok-rokok haram ini. Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang handsome, bergaya dan manis pagi ini. Soalan saya Yang Berhormat Menteri, jelas Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa ada imbangan di antara keuntungan daripada perusahaan rokok termasuklah tembakau dengan kerugian untuk dari segi kesihatan. Jadi, nampak jelas. Cuma saya mahu tanya, kalau kita naikkan harga rokok tetapi kerugian kepada negara tetap meningkat – Kalau pada tahun 2015 kerugian pada negara adalah sebanyak RM4 bilion. Ini kerana rakyat yang menjadi perokok tegar ini akan mengambil rokok daripada rokok yang diseludup daripada negara-negara jiran. Ini bermakna, ‘Kempen Tak Nak Merokok’ atau ‘Kempen Benci Merokok’ itu tidak berjaya. Soalan saya, adakah Menteri Kesihatan mahu berbincang sekali lagi dengan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang telah mengisytiharkan merokok ini adalah satu perbuatan yang haram dan mestilah diambil tindakan yang tegas bersama dengan JAKIM. Itu satu. Kedua, adakah kajian dibuat mengenai rokok vape, rokok elektronik, apakah akan diambil tindakan? Apakah kesannya kepada kesihatan perokok vape ini? Terima kasih. Seorang Ahli: Yang Berhormat Kuala Krau merokok tidak? Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Saya tidak merokok. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila, Menteri. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krau. Tuan Yang di-Pertua, persoalan itu sentiasa dalam perhitungan dan pertimbangan kami di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia bukan lagi isu halal dan haram ini. Merokok yang juga sejenis bentuk addiction dan kebergantungan itu sudah sampai ke
Al-Junid pada tahun 2007, pertumbuhan penduduk lebih kurang pada kadar 1.5 peratus mengikut Jabatan Statistik Malaysia dalam masa lima tahun. Saya kira begitu, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Terima kasih. Tuan Wong Chen [Subang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Menteri jawapan yang baik. Sebenarnya pejabat saya telah mengemukakan satu kajian juga tentang isu rokok ini. Oleh sebab, Princess Dina Mired berjumpa saya tiga bulan lalu dan minta untuk World Cancer Forum di Kuala Lumpur baru-baru ini. I will share with you the findings ya. Saya mahu tahu sebab WHO recommend 75 peratus taxation (excise duty) terhadap satu batang rokok. Kalau satu batang rokok itu berharga RM1, dikenakan tax 75 sen. Pada kadar sekarang ini 53 sen. Saya mahu bertanya kepada Menteri, sama ada kita akan cuba untuk sampai ke magic number 75 sen itu? Apakah caranya? Adakah staggered ataupun mendadak? Terima kasih. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Terima kasih, sahabat saya Yang Berhormat Subang yang saya tahu adalah seorang- beliau terlibat dalam banyak hal kewangan dan perbankan investment dan sebagainya. Saya tahu beliau adalah sangat peka tentang perkara ini. Apa pun saya boleh menyebutkan adalah, mengunjur ke depan, apa yang selalu kita perhitungkan bukan sahaja dengan usaha untuk menaikkan excise duty dan hari ini sudah menjadi SST, menggantikan GST. Ini bermakna sepuluh peratus tolak enam peratus itu. Namun pada waktu yang sama, bukan sahaja kita memperhitungkan kenaikan, pada waktu yang sama adalah apa yang menular di black market ataupun the contraband dan illicit cigarettes yang berleluasa akibat kalau rokok itu pada paras yang kita naikkan sehingga ia sudah tidak lagi menjadi affordable kepada golongan yang berpendapatan rendah, lalu mereka menggunakan the cheaper illicit cigarettes. Sekali gus akan mendedahkan mereka kepada NCDs dan penyakit-penyakit seperti yang saya sebutkan tadi chronic obstructive pulmonary diseases juga termasuklah cardiovascular diseases dan sekali gus, kanser. Jadi ini yang sentiasa kami perhitungkan, cost benefit analysis, supaya semuanya akan dapat kita garap dalam segenap dasar kita itu. Apakah perhitungan antara kenaikan dan juga penularan rokok-rokok tidak sah atau rokok-rokok haram ini. Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang handsome, bergaya dan manis pagi ini. Soalan saya Yang Berhormat Menteri, jelas Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa ada imbangan di antara keuntungan daripada perusahaan rokok termasuklah tembakau dengan kerugian untuk dari segi kesihatan. Jadi, nampak jelas. Cuma saya mahu tanya, kalau kita naikkan harga rokok tetapi kerugian kepada negara tetap meningkat- Kalau pada tahun 2015 kerugian pada negara adalah sebanyak RM4 bilion. Ini kerana rakyat yang menjadi perokok tegar ini akan mengambil rokok daripada rokok yang diseludup daripada negara-negara jiran. Ini bermakna, 'Kempen Tak Nak Merokok' atau 'Kempen Benci Merokok' itu tidak berjaya. Soalan saya, adakah Menteri Kesihatan mahu berbincang sekali lagi dengan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang telah mengisytiharkan merokok ini adalah satu perbuatan yang haram dan mestilah diambil tindakan yang tegas bersama dengan JAKIM. Itu satu. Kedua, adakah kajian dibuat mengenai rokok vape, rokok elektronik, apakah akan diambil tindakan? Apakah kesannya kepada kesihatan perokok vape ini? Terima kasih. Seorang Ahli: Yang Berhormat Kuala Krau merokok tidak?. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Saya tidak merokok. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila, Menteri. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krau. Tuan Yang di-Pertua, persoalan itu sentiasa dalam perhitungan dan pertimbangan kami di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia bukan lagi isu halal dan haram ini. Merokok yang juga sejenis bentuk addiction dan kebergantungan itu sudah sampai ke.
3
15
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
4 DR.31.10.2018 peringkat barangkali walau apa pun fatwanya dan walau macam mana pun harganya, dia tetap merokok kerana it does come to that level of addiction. Apa pun yang penting adalah dalam hal kita memperhitungkan saya sebutkan tadi cost benefit analysis, kita sentiasa memperhitungkan kos seperti mana yang disebutkan tadi. Amalan– Saya mempunyai beberapa fakta yang menganggarkan dari sudut impak ekonomi yang akibat merokok sering kali dikaitkan dengan percukaian rokok dan rokok tidak sah. Ini di mana kita dapati bahawa di black market atau the contraband illicit cigarettes ini mengikut beberapa kajian-kajian pihak Euromonitor contohnya, ITIC contohnya dan juga kajian daripada local universities kita seperti UPM, discrepancy method, dengan izin. Ia juga menganggarkan bahawa peratus amalan in the black market itu, ranges from 27 percent to 45 percent. Saya sendiri pernah mendengar Menteri Kewangan menyebutkan the illicit market itu adalah ke paras 60 peratus sebenarnya. Itulah kerugian dari sudut percukaian dan revenue untuk kita. Ya, kita akan terus mempertimbangkan perkara ini dan meletakkan yang terbaik untuk mengimbangkan the disease burden merokok dan kesan-kesannya. Pada waktu yang sama, kehilangan revenue dan pendapatan dari sudut cukai. Adapun isu vape itu adalah satu yang saya kira topik yang berasingan. Insya-Allah pada waktu yang lain kita boleh huraikan dan kita butirkan dengan lebih baik. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. 2. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana usaha mengintegrasikan data eKasih untuk kegunaan yang lebih inklusif bagi memastikan golongan berkenaan mendapat bantuan sewajarnya dalam ekonomi yang mencabar pada ketika ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dr. Md Farid bin Md Rafik]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Ingin saya buka bicara pada pagi ini untuk membalas sedikit pantun yang telah diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua, Dijual laris ketupat palas, Buat bekalan orang ke kota, Terima kasih, jujur dan ikhlas, Orangnya sopan membuka kata. Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: “Orang berbudi, kita berbahasa”. Sila. Dr. Md Farid bin Md Rafik: Soalan ini berkaitan dengan sistem eKasih yang diselenggara oleh unit pelaksanaan ataupun ICU. ■1020 Kerajaan telah membangunkan sistem eKasih sebagai satu pangkalan data kemiskinan nasional dengan izin, satu national database yang bertujuan untuk mendaftarkan golongan miskin di Malaysia dan kita klasifikasikan mereka kepada kategori miskin tegar dan miskin berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang sedia ada. Ianya juga bertujuan untuk merekodkan maklumat bantuan bagi mengelakkan sebarang pertindihan atau ketirisan penyaluran bantuan dan program kepada golongan yang berkenaan. Sistem eKasih ini memberi ruang kepada semua agensi pemberi bantuan yang terlibat dalam program membasmi kemiskinan di peringkat persekutuan dan negeri untuk mengakses data ataupun maklumat kemiskinan yang sama. Di bawah program kelestarian eKasih, aktiviti mobile team ataupun lawatan turun padang bersama agensi pemberi bantuan terhadap kumpulan sasar juga akan dijalankan khusus untuk mengenal pasti bentuk bantuan daripada segi program ataupun projek yang bersesuaian dan menyalurkan bantuan berkenaan dalam tempoh masa yang segera.
peringkat barangkali walau apa pun fatwanya dan walau macam mana pun harganya, dia tetap merokok kerana it does come to that level of addiction. Apa pun yang penting adalah dalam hal kita memperhitungkan saya sebutkan tadi cost benefit analysis, kita sentiasa memperhitungkan kos seperti mana yang disebutkan tadi. Amalan- Saya mempunyai beberapa fakta yang menganggarkan dari sudut impak ekonomi yang akibat merokok sering kali dikaitkan dengan percukaian rokok dan rokok tidak sah. Ini di mana kita dapati bahawa di black market atau the contraband illicit cigarettes ini mengikut beberapa kajian-kajian pihak Euromonitor contohnya, ITIC contohnya dan juga kajian daripada local universities kita seperti UPM, discrepancy method, dengan izin. Ia juga menganggarkan bahawa peratus amalan in the black market itu, ranges from 27 percent to 45 percent. Saya sendiri pernah mendengar Menteri Kewangan menyebutkan the illicit market itu adalah ke paras 60 peratus sebenarnya. Itulah kerugian dari sudut percukaian dan revenue untuk kita. Ya, kita akan terus mempertimbangkan perkara ini dan meletakkan yang terbaik untuk mengimbangkan the disease burden merokok dan kesan-kesannya. Pada waktu yang sama, kehilangan revenue dan pendapatan dari sudut cukai. Adapun isu vape itu adalah satu yang saya kira topik yang berasingan. Insya-Allah pada waktu yang lain kita boleh huraikan dan kita butirkan dengan lebih baik. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. 2. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana usaha mengintegrasikan data eKasih untuk kegunaan yang lebih inklusif bagi memastikan golongan berkenaan mendapat bantuan sewajarnya dalam ekonomi yang mencabar pada ketika ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dr. Md Farid bin Md Rafik]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Ingin saya buka bicara pada pagi ini untuk membalas sedikit pantun yang telah diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua, Dijual laris ketupat palas, Buat bekalan orang ke kota, Terima kasih, jujur dan ikhlas, Orangnya sopan membuka kata. Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: "Orang berbudi, kita berbahasa". Sila. Dr. Md Farid bin Md Rafik: Soalan ini berkaitan dengan sistem eKasih yang diselenggara oleh unit pelaksanaan ataupun ICU. #1020 Kerajaan telah membangunkan sistem eKasih sebagai satu pangkalan data kemiskinan nasional dengan izin, satu national database yang bertujuan untuk mendaftarkan golongan miskin di Malaysia dan kita klasifikasikan mereka kepada kategori miskin tegar dan miskin berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang sedia ada. Ianya juga bertujuan untuk merekodkan maklumat bantuan bagi mengelakkan sebarang pertindihan atau ketirisan penyaluran bantuan dan program kepada golongan yang berkenaan. Sistem eKasih ini memberi ruang kepada semua agensi pemberi bantuan yang terlibat dalam program membasmi kemiskinan di peringkat persekutuan dan negeri untuk mengakses data ataupun maklumat kemiskinan yang sama. Di bawah program kelestarian eKasih, aktiviti mobile team ataupun lawatan turun padang bersama agensi pemberi bantuan terhadap kumpulan sasar juga akan dijalankan khusus untuk mengenal pasti bentuk bantuan daripada segi program ataupun projek yang bersesuaian dan menyalurkan bantuan berkenaan dalam tempoh masa yang segera.
4
16
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 5 Di samping itu, bagi memastikan kegunaan data eKasih yang lebih inklusif dan memberi manfaat kepada golongan berkenaan, usaha untuk mengintegrasikan sistem eKasih dengan sistem yang sedia ada serta perkongsian-perkongsian data turut dilaksanakan seperti berikut: (i) bersama dengan sistem myIDENTITY di bawah Jabatan Pendaftaran Negara dengan sistem eBantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat; (ii) data penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang mana dahulunya kita kenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia; (iii) data penerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan di peringkat perbincangan teknikal dengan agensi zakat negeri, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan aplikasi pangkalan data murid yang mana diselenggarakan di bawah KPM. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah poverty mapping, dengan izin yang dilaksanakan dalam usaha untuk memastikan keciciran bantuan dapat diminimumkan. Apakah sasaran serta perancangan pengurangan kawasan pocket of poverty, dengan izin terutamanya di kawasan bandar? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Menteri, sila jawab. Dr. Md Farid bin Md Rafik: Dengan database yang ada ini Yang Berhormat, kita sebenarnya sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi setempat itu terutamanya di peringkat daerah bersama dengan wakil rakyat dan sebagainya. Adalah menjadi tujuan kita yang mana kita lihat di dalam database yang diselenggara menggunakan PGK yang sedia ada. Kita gunakan PGK sebenarnya Yang Berhormat dari tahun kalau tidak silap 2014. Di negeri masing-masing kita telah lihat bahawa ada kalanya PGK ini mungkin tidak sesuai. Terdapat di mana kawasan luar bandar dan juga di mana ketidaksamarataan terutamanya daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan Labuan. Perkara ini masih lagi diselenggarakan. Apa yang boleh saya katakan di sini adalah pihak ICU sentiasa mengalu-alukan input yang diberi daripada semua pihak termasuk daripada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada sebelah sana [Merujuk kepada blok pembangkang] yang mana kita bersama-sama membantu untuk memastikan bahawa poket-poket kemiskinan ini dapat kita bantu dan kita hapuskan dengan secepat mungkin. Apa yang berlaku kadang-kadang Ahli Yang Berhormat, kami di pihak ICU ada kalanya merasa menjadi satu kegagalan daripada pihak kami jika ada lagi keluarga miskin di kawasan-kawasan tertentu yang mana tidak dikesan sama ada tercicir ataupun disebabkan oleh keadaan perubahan daripada segi sosioekonomi mereka. Inilah yang mana kita memerlukan input daripada penduduk setempat termasuklah wakil-wakil rakyat sama ada daripada Pakatan Harapan ataupun Barisan Nasional untuk sama-sama bekerjasama dengan pihak ICU untuk memasukkan keluarga-keluarga tersebut di dalam database ini dan bantuan itu disalurkan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih. Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri terhadap jawapan yang dikemukakan. Cuma saya ingin mendapatkan penjelasan yang detailed, mungkin secara bertulis berhubung dengan jumlah miskin tegar mengikut pecahan negeri dan daerah di Malaysia tahun 2000 hingga 2018. Ini kerana kita lihat bahawa di situ ada sesuatu benda yang penting ialah sebagai mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Tinggi, kita akui bahawa database yang ada ini terkadang dipengaruhi oleh faktor-faktor perbezaan politik yang menyebabkan sebahagian di antara miskin tegar yang tidak disenaraikan sebelum ini. Saya fikir satu mekanisme perlu diwujudkan untuk kita menyampaikan hasrat apa yang disebut oleh Menteri tadi supaya tidak ada yang tercicir dalam database yang kita ada. Terima kasih. Dr. Md Farid bin Md Rafik: Terima kasih Yang Berhormat. Saya boleh berikan database tersebut secara bertulis tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat dari Kelantan,
Di samping itu, bagi memastikan kegunaan data eKasih yang lebih inklusif dan. memberi manfaat kepada golongan berkenaan, usaha untuk mengintegrasikan sistem eKasih dengan sistem yang sedia ada serta perkongsian-perkongsian data turut dilaksanakan seperti berikut: (i) bersama dengan sistem myIDENTITY di bawah Jabatan Pendaftaran Negara dengan sistem eBantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat; (ii) data penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang mana dahulunya kita kenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia; (iii) data penerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan di peringkat perbincangan teknikal dengan agensi zakat negeri, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan aplikasi pangkalan data murid yang mana diselenggarakan di bawah KPM. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah poverty mapping, dengan izin yang dilaksanakan dalam usaha untuk memastikan keciciran bantuan dapat diminimumkan. Apakah sasaran serta perancangan pengurangan kawasan pocket of poverty, dengan izin terutamanya di kawasan bandar? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Menteri, sila jawab. Dr. Md Farid bin Md Rafik: Dengan database yang ada ini Yang Berhormat, kita sebenarnya sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi setempat itu terutamanya di peringkat daerah bersama dengan wakil rakyat dan sebagainya. Adalah menjadi tujuan kita yang mana kita lihat di dalam database yang diselenggara menggunakan PGK yang sedia ada. Kita gunakan PGK sebenarnya Yang Berhormat dari tahun kalau tidak silap 2014. Di negeri masing-masing kita telah lihat bahawa ada kalanya PGK ini mungkin tidak sesuai. Terdapat di mana kawasan luar bandar dan juga di mana ketidaksamarataan terutamanya daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan Labuan. Perkara ini masih lagi diselenggarakan. Apa yang boleh saya katakan di sini adalah pihak ICU sentiasa mengalu-alukan input yang diberi daripada semua pihak termasuk daripada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada sebelah sana [Merujuk kepada blok pembangkang] yang mana kita bersama-sama membantu untuk memastikan bahawa poket-poket kemiskinan ini dapat kita bantu dan kita hapuskan dengan secepat mungkin. Apa yang berlaku kadang-kadang Ahli Yang Berhormat, kami di pihak ICU ada kalanya merasa menjadi satu kegagalan daripada pihak kami jika ada lagi keluarga miskin di kawasan-kawasan tertentu yang mana tidak dikesan sama ada tercicir ataupun disebabkan oleh keadaan perubahan daripada segi sosioekonomi mereka. Inilah yang mana kita memerlukan input daripada penduduk setempat termasuklah wakil-wakil rakyat sama ada daripada Pakatan Harapan ataupun Barisan Nasional untuk sama-sama bekerjasama dengan pihak ICU untuk memasukkan keluarga-keluarga tersebut di dalam database ini dan bantuan itu disalurkan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri terhadap jawapan yang dikemukakan. Cuma saya ingin mendapatkan penjelasan yang detailed, mungkin secara bertulis berhubung dengan jumlah miskin tegar mengikut pecahan negeri dan daerah di Malaysia tahun 2000 hingga 2018. Ini kerana kita lihat bahawa di situ ada sesuatu benda yang penting ialah sebagai mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Tinggi, kita akui bahawa database yang ada ini terkadang dipengaruhi oleh faktor-faktor perbezaan politik yang menyebabkan sebahagian di antara miskin tegar yang tidak disenaraikan sebelum ini. Saya fikir satu mekanisme perlu diwujudkan untuk kita menyampaikan hasrat apa yang disebut oleh Menteri tadi supaya tidak ada yang tercicir dalam database yang kita ada. Terima kasih. Dr. Md Farid bin Md Rafik: Terima kasih Yang Berhormat. Saya boleh berikan database tersebut secara bertulis tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat dari Kelantan,
5
17
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
6 DR.31.10.2018 di Kelantan, miskin tegar, kita dapati 7,531, golongan miskin 40,063 yang mana terkeluar adalah 48,981. Jumlah keseluruhan 96,575. Untuk golongan yang terkeluar ini Yang Berhormat, mereka sentiasa di dalam bantuan ICU yang mana kita tahu bahawa keadaannya sangat dinamik. Ada kalanya mereka dapat menambah baik keadaan sosioekonomi mereka dan bantuan tidak diperlukan. Akan tetapi ada kalanya keadaan mungkin menjadi bertambah buruk. Jadi mereka sentiasa berada dalam database tersebut. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kita akan gerakkan, insya-Allah, pegawai-pegawai ICU. Apa yang kita lihat, ada kalanya berlakunya perpindahan kerajaan seperti yang berlaku dalam pilihan raya yang lepas, mungkin ada tanggapan bahawa kalau Ahli-ahli Yang Berhormat dari sana susah untuk mengakses atau untuk membantu penduduk-penduduk setempat. Seperti yang kita tegaskan sebelum ini, bahawa apabila kita menjalankan kerja terutamanya daripada segi membasmi kemiskinan ini, ia merentasi segala ini untuk kepentingan seluruh penduduk di Malaysia dan kita bersedia untuk memberikan kerjasama jika ada input yang diberi, pegawai-pegawai yang terbabit, insya-Allah akan menjalankan tugas mereka tanpa mengira latar belakang. Insya-Allah. 3. Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan apakah usaha kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan untuk meningkatkan pendapatan peniaga kecil dan usahawan muda untuk mereka sama-sama bersaing dalam situasi ekonomi yang kurang baik buat masa sekarang. Menteri Pembangunan Usahawan [Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Merbok. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan yang selalu dipanggil dengan izin MED sentiasa serius dalam usaha untuk memperkasakan peniaga kecil dan usahawan muda dalam mengharungi cabaran ekonomi semasa. Pelbagai inisiatif dan program telah dan akan dilaksanakan ke arah pemerkasaan ini. Antara program-program yang telah dilaksanakan oleh kementerian ini untuk membantu peniaga kecil dan usahawan muda ialah: (i) Skim PROSPER Usahawan Muda oleh PUNB. Program ini menawarkan bantuan pembiayaan kewangan kepada usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan dalam sektor peruncitan dan pengedaran dalam bidang-bidang perniagaan yang strategik; (ii) program Going Export, dengan izin GoEx oleh SMECorp. Malaysia. Program GoEx ini disediakan bertujuan untuk membantu para PKS mengeksport produk mereka di pasaran sedia ada atau pasaran baharu; (iii) INSKEN, satu agensi business consulting dipanggil IBS oleh Institut Keusahawanan Negara Berhad iaitu INSKEN. Program ini menyediakan bimbingan terus kepada usahawan yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang masing-masing, merangkumi garis panduan memulakan perniagaan, strategi perniagaan, kos pelaksanaan, peluang dan cabaran dalam menceburi perniagaan dalam bidang yang berkaitan; (iv) kita ada juga program yang kita panggil dengan izin, Global Accelerator Programme oleh Malaysian Global Innovation and Creativity Centre, dengan izin dipanggil MaGIC. Program ini menawarkan kemahiran, pengetahuan dan rangkaian yang diperlukan oleh usahawan untuk memastikan mereka mampu menarik pelaburan dalam tempoh empat bulan; dan, ■1030 (v) dengan izin, School of Entrepreneurship oleh MaGIC yang menawarkan Program Pembangunan Kapasiti dan Inovasi untuk start-up dan usahawan, selain bertujuan untuk mewujudkan
di Kelantan, miskin tegar, kita dapati 7,531, golongan miskin 40,063 yang mana terkeluar adalah 48,981. Jumlah keseluruhan 96,575. Untuk golongan yang terkeluar ini Yang Berhormat, mereka sentiasa di dalam bantuan ICU yang mana kita tahu bahawa keadaannya sangat dinamik. Ada kalanya mereka dapat menambah baik keadaan sosioekonomi mereka dan bantuan tidak diperlukan. Akan tetapi ada kalanya keadaan mungkin menjadi bertambah buruk. Jadi mereka sentiasa berada dalam database tersebut. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kita akan gerakkan, insya-Allah, pegawai-pegawai ICU. Apa yang kita lihat, ada kalanya berlakunya perpindahan kerajaan seperti yang berlaku dalam pilihan raya yang lepas, mungkin ada tanggapan bahawa kalau Ahli-ahli Yang Berhormat dari sana susah untuk mengakses atau untuk membantu penduduk-penduduk setempat. Seperti yang kita tegaskan sebelum ini, bahawa apabila kita menjalankan kerja terutamanya daripada segi membasmi kemiskinan ini, ia merentasi segala ini untuk kepentingan seluruh penduduk di Malaysia dan kita bersedia untuk memberikan kerjasama jika ada input yang diberi, pegawai-pegawai yang terbabit, insya-Allah akan menjalankan tugas mereka tanpa mengira latar belakang. Insya-Allah. 3. Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan apakah usaha kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan untuk meningkatkan pendapatan peniaga kecil dan usahawan muda untuk mereka sama-sama bersaing dalam situasi ekonomi yang kurang baik buat masa sekarang. Menteri Pembangunan Usahawan [Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Merbok. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan yang selalu dipanggil dengan izin MED sentiasa serius dalam usaha untuk memperkasakan peniaga kecil dan usahawan muda dalam mengharungi cabaran ekonomi semasa. Pelbagai inisiatif dan program telah dan akan dilaksanakan ke arah pemerkasaan ini. Antara program-program yang telah dilaksanakan oleh kementerian ini untuk membantu peniaga kecil dan usahawan muda ialah: (i) Skim PROSPER Usahawan Muda oleh PUNB. Program ini menawarkan bantuan pembiayaan kewangan kepada usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan dalam sektor peruncitan dan pengedaran dalam bidang-bidang perniagaan yang strategik; (ii) program Going Export, dengan izin GoEx oleh SMECorp. Malaysia. Program GoEx ini disediakan bertujuan untuk membantu para PKS mengeksport produk mereka di pasaran sedia ada atau pasaran baharu; (iii) INSKEN, satu agensi business consulting dipanggil IBS oleh Institut Keusahawanan Negara Berhad iaitu INSKEN. Program ini menyediakan bimbingan terus kepada usahawan yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang masing-masing, merangkumi garis panduan memulakan perniagaan, strategi perniagaan, kos pelaksanaan, peluang dan cabaran dalam menceburi perniagaan dalam bidang yang berkaitan; (iv) kita ada juga program yang kita panggil dengan izin, Global Accelerator Programme oleh Malaysian Global Innovation and Creativity Centre, dengan izin dipanggil MaGIC. Program ini menawarkan kemahiran, pengetahuan dan rangkaian yang diperlukan oleh usahawan untuk memastikan mereka mampu menarik pelaburan dalam tempoh empat bulan; dan, #1030 (v) dengan izin, School of Entrepreneurship oleh MaGIC yang menawarkan Program Pembangunan Kapasiti dan Inovasi untuk start-up dan usahawan, selain bertujuan untuk mewujudkan.
6
18
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 7 peralihan minda dan peningkatan teknologi selaras dengan perubahan revolusi industri 4.0. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), dengan izin, bersama-sama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan sesi dialog dan bengkel teknikal yang dipanggil TWG, dengan izin, pada 25 September yang lalu dalam usaha untuk mengenal pasti program dan inisiatif baharu yang bersesuaian untuk dilaksanakan bagi memperkasakan usahawan-usahawan muda di Malaysia dalam masa terdekat. Terima kasih. Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya apa yang telah diberikan jawapan tadi itu, saya merasakan ia telah merangkumi permasalahan biasa yang usahawan muda lalui seperti tiada perancangan, terburu-buru, tidak fokus, tidak ada ilmu dan sebagainya. Produk yang ada itu sebenarnya sepatutnya boleh membantu sudah banyak usahawan-usahawan muda kita. Soalan saya, sejauh manakah program-program tersebut, kecapaian terhadap para usahawan ini? Adakah kita ada tidak statistik sejauh mana usahawan muda dapat akses? Pertama. Kedua, keberkesanan usahawan muda berdepan dengan produk-produk yang telah diberikan oleh Menteri. Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof: Kita di pihak kementerian, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Merbok, menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha kita untuk membangunkan usahawan muda ini. Berbagai program telah diwujudkan dan akan diwujudkan. Antara cabaran yang paling besar adalah menukar minda orang muda untuk membina satu budaya usahawan. Jadi, kita kena melatih mereka. Fokus kita adalah golongan sasar muda antaranya adalah graduan-graduan dan kita jemput untuk dilatih, yang kita sponsor untuk dilatih. Akan tetapi dari segi setakat ini, Tuan Yang di-Pertua, pencapaian kita meningkat tetapi tidak memberangsangkan. Saya tidak ada statistik terkini, cuma hendak menyatakan di sini contoh. Sekiranya siswazah diberi certificate untuk mula bekerja, kita dapati lebih kurang 50,000 graduan mengambil masa enam bulan untuk mendapat pekerjaan. Jadi, kita akan membawa 50,000 graduan di antaranya untuk mereka dilatih dengan adanya program- program yang kita panggil Industry Sponsorship Program, dengan izin, supaya mereka lebih membawa budaya untuk menjadi usahawan. Hari ini, banyak usahawan ataupun orang-orang muda yang mempunyai kelulusan tetapi tidak berkecimpung dalam usahawan. Jadi, itulah pendekatan kita yang dapat kita— macam tahun depan 2019, kita telah merancang beberapa program untuk menarik mereka menuju ke arah meningkatkan aktiviti usahawan selain daripada mencari pekerjaan. Terima kasih. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya bagaimana tentang pelaksanaan Tunas Usahawan Belia (TUBE) di bawah SME Corp? Ia adalah suatu usaha yang begitu baik untuk mewujudkan usahawan muda. Seperkara lagi ialah orang muda ini minat e-dagang ataupun niaga atas talian ataupun online business ini. Apakah langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan e- dagang di kalangan orang muda boleh dikembangkan? Terima kasih. Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, Program TUBE di bawah SME Corp amatlah berguna untuk kita membangunkan usahawan. Program ini kita teruskan dan apatah lagi kita menggalakkan banyak lagi orang- orang muda untuk ditarik dalam Program TUBE. Result ataupun keputusan yang kita dapat daripada Program TUBE ini amat menggalakkan dan boleh menjadi satu model untuk menggiatkan lagi orang-orang muda melibatkan diri dalam usahawan. Kedua, kalau ditanya apakah rancangan-rancangan kita yang lain— Yang Berhormat ya? E-dagang ya? Itu antaranya adalah disebutkan e-dagang. Kegiatan e-dagang ini sedang giat dilancarkan. Kita banyak organisasi orang muda yang mempunyai kepakaran, umpamanya dalam segi internet of things (IoT), dengan izin. Mereka telah mengajukan banyak program yang berlandaskan e-dagang. Kita lihat dalam masa enam bulan kebelakangan ini, dengan pemantauan yang kita ada, yang tersusun, kita boleh mengadakan satu sukatan yang kita nampak ada peningkatan. Kalau kita hendak spesifik, nombor yang spesifik, kita akan boleh memberinya secara bertulis, insya-Allah. Terima kasih.
peralihan minda dan peningkatan teknologi selaras dengan perubahan revolusi industri 4.0. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), dengan izin, bersama-sama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan sesi dialog dan bengkel teknikal yang dipanggil TWG, dengan izin, pada 25 September yang lalu dalam usaha untuk mengenal pasti program dan inisiatif baharu yang bersesuaian untuk dilaksanakan bagi memperkasakan usahawan-usahawan muda di Malaysia dalam masa terdekat. Terima kasih. Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya apa yang telah diberikan jawapan tadi itu, saya merasakan ia telah merangkumi permasalahan biasa yang usahawan muda lalui seperti tiada perancangan, terburu-buru, tidak fokus, tidak ada ilmu dan sebagainya. Produk yang ada itu sebenarnya sepatutnya boleh membantu sudah banyak usahawan-usahawan muda kita. Soalan saya, sejauh manakah program-program tersebut, kecapaian terhadap para usahawan ini? Adakah kita ada tidak statistik sejauh mana usahawan muda dapat akses? Pertama. Kedua, keberkesanan usahawan muda berdepan dengan produk-produk yang telah diberikan oleh Menteri. Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof: Kita di pihak kementerian, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Merbok, menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha kita untuk membangunkan usahawan muda ini. Berbagai program telah diwujudkan dan akan diwujudkan. Antara cabaran yang paling besar adalah menukar minda orang muda untuk membina satu budaya usahawan. Jadi, kita kena melatih mereka. Fokus kita adalah golongan sasar muda antaranya adalah graduan-graduan dan kita jemput untuk dilatih, yang kita sponsor untuk dilatih. Akan tetapi dari segi setakat ini, Tuan Yang di-Pertua, pencapaian kita meningkat tetapi tidak memberangsangkan. Saya tidak ada statistik terkini, cuma hendak menyatakan di sini contoh. Sekiranya siswazah diberi certificate untuk mula bekerja, kita dapati lebih kurang 50,000 graduan mengambil masa enam bulan untuk mendapat pekerjaan. Jadi, kita akan membawa 50,000 graduan di antaranya untuk mereka dilatih dengan adanya program- program yang kita panggil Industry Sponsorship Program, dengan izin, supaya mereka lebih membawa budaya untuk menjadi usahawan. Hari ini, banyak usahawan ataupun orang-orang muda yang mempunyai kelulusan tetapi tidak berkecimpung dalam usahawan. Jadi, itulah pendekatan kita yang dapat kita-- macam tahun depan 2019, kita telah merancang beberapa program untuk menarik mereka menuju ke arah meningkatkan aktiviti usahawan selain daripada mencari pekerjaan. Terima kasih. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya bagaimana tentang pelaksanaan Tunas Usahawan Belia (TUBE) di bawah SME Corp? Ia adalah suatu usaha yang begitu baik untuk mewujudkan usahawan muda. Seperkara lagi ialah orang muda ini minat e-dagang ataupun niaga atas talian ataupun online business ini. Apakah langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan e- dagang di kalangan orang muda boleh dikembangkan? Terima kasih. Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, Program TUBE di bawah SME Corp amatlah berguna untuk kita membangunkan usahawan. Program ini kita teruskan dan apatah lagi kita menggalakkan banyak lagi orang- orang muda untuk ditarik dalam Program TUBE. Result ataupun keputusan yang kita dapat daripada Program TUBE ini amat menggalakkan dan boleh menjadi satu model untuk menggiatkan lagi orang-orang muda melibatkan diri dalam usahawan. Kedua, kalau ditanya apakah rancangan-rancangan kita yang lain-- Yang Berhormat ya? E-dagang ya? Itu antaranya adalah disebutkan e-dagang. Kegiatan e-dagang ini sedang giat dilancarkan. Kita banyak organisasi orang muda yang mempunyai kepakaran, umpamanya dalam segi internet of things (IoT), dengan izin. Mereka telah mengajukan banyak program yang berlandaskan e-dagang. Kita lihat dalam masa enam bulan kebelakangan ini, dengan pemantauan yang kita ada, yang tersusun, kita boleh mengadakan satu sukatan yang kita nampak ada peningkatan. Kalau kita hendak spesifik, nombor yang spesifik, kita akan boleh memberinya secara bertulis, insya-Allah. Terima kasih.
7
19
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
8 DR.31.10.2018 4. Dato' Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah kementerian bagi menyubur dan memperkasakan semula penggunaan tulisan jawi sebagai adat dan budaya masyarakat Melayu yang semakin diketepikan pada hari ini sekali gus boleh menjadi salah satu tarikan baru pelancong ke Malaysia. Timbalan Menteri Pendidikan [Puan Teo Nie Ching]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah mengetepikan tulisan jawi yang telah menjadi warisan budaya masyarakat Melayu, malahan sentiasa menjalankan usaha memperkasakan penggunaan tulisan jawi di peringkat sekolah melalui kurikulum sedia ada. Tulisan jawi tidak diajar secara khusus sebagai satu mata pelajaran. Walaupun begitu, tulisan jawi adalah salah satu komponen yang diajar di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang melibatkan kemahiran membaca dan menulis tulisan jawi. Kemahiran-kemahiran tersebut telah didedahkan pada peringkat sekolah rendah di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam serta diperkukuhkan lagi di dalam mata pelajaran yang sama di peringkat sekolah menengah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM akan menjadikan jawi sebagai tulisan warisan untuk dipelajari di sekolah. Selain daripada itu, KPM juga sentiasa berusaha mempertingkatkan peranan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat melalui pelbagai kegiatan kebahasaan yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti berikut: (i) memugarkan semula peranan Munsyi Dewan Jawi; (ii) mengemaskinikan Pedoman Ejaan Jawi Edisi Baharu, yang mana Pedoman Ejaan Jawi ini akan diterbitkan pada awal tahun 2019; (iii) menyemak ejaan jawi lama; (iv) penyediaan ruangan penulisan menggunakan tulisan jawi dalam beberapa majalah terbitan DBP; (v) penghasilan pelbagai bahan ilmiah dalam tulisan jawi; (vi) kajian berteraskan tulisan jawi dalam manuskrip lama; (vii) mengadakan pemantauan perkhidmatan dan pemupukan tulisan jawi; (viii) pelaksanaan program dan klinik jawi; (ix) menyediakan kepada pihak luar khidmat penyemakan dan pengesahan ejaan tulisan jawi pada iklan dan papan tanda; (x) program pembinaan Munsyi Dewan yang terdiri daripada Munsyi Bahasa, Munsyi Sastera dan Munsyi Jawi sejak tahun 1995. Sekian jawapan saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Jalaluddin bin Alias [Jelebu]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas jawapan Timbalan Menteri yang sangat jelas. Saya mengucapkan terima kasih kerana pada dasarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju bahawa tulisan jawi ini adalah merupakan satu medium bukan sahaja untuk orang Melayu beragama Islam tetapi untuk semua kaum. ■1040 Untuk makluman Dewan, bahawa tulisan jawi ini adalah merupakan warisan negara yang sejak dahulu, sejak ratusan tahun dahulu yang kita gunakan dalam warkah-warkah perjanjian perdagangan antara kolonial Barat dengan zaman-zaman kesultanan Melayu dahulu. Akan tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, tulisan jawi ini semakin hari semakin pupus, tidak lagi mendapat tempat di kalangan generasi muda. Termasuk di kalangan generasi kita yang ramai-ramai dalam Dewan ini. Ini kerana salah satu kelemahannya ialah
4. Dato' Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah kementerian bagi menyubur dan memperkasakan semula penggunaan tulisan jawi sebagai adat dan budaya masyarakat Melayu yang semakin diketepikan pada hari ini sekali gus boleh menjadi salah satu tarikan baru pelancong ke Malaysia. Timbalan Menteri Pendidikan [Puan Teo Nie Ching]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah mengetepikan tulisan jawi yang telah menjadi warisan budaya masyarakat Melayu, malahan sentiasa menjalankan usaha memperkasakan penggunaan tulisan jawi di peringkat sekolah melalui kurikulum sedia ada. Tulisan jawi tidak diajar secara khusus sebagai satu mata pelajaran. Walaupun begitu, tulisan jawi adalah salah satu komponen yang diajar di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang melibatkan kemahiran membaca dan menulis tulisan jawi. Kemahiran-kemahiran tersebut telah didedahkan pada peringkat sekolah rendah di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam serta diperkukuhkan lagi di dalam mata pelajaran yang sama di peringkat sekolah menengah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM akan menjadikan jawi sebagai tulisan warisan untuk dipelajari di sekolah. Selain daripada itu, KPM juga sentiasa berusaha mempertingkatkan peranan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat melalui pelbagai kegiatan kebahasaan yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti berikut: (i) memugarkan semula peranan Munsyi Dewan Jawi; (ii) mengemaskinikan Pedoman Ejaan Jawi Edisi Baharu, yang mana Pedoman Ejaan Jawi ini akan diterbitkan pada awal tahun 2019; (iii) menyemak ejaan jawi lama; (iv) penyediaan ruangan penulisan menggunakan tulisan jawi dalam beberapa majalah terbitan DBP; (v) penghasilan pelbagai bahan ilmiah dalam tulisan jawi; (vi) kajian berteraskan tulisan jawi dalam manuskrip lama; (vii) mengadakan pemantauan perkhidmatan dan pemupukan tulisan jawi; (viii) pelaksanaan program dan klinik jawi; (ix) menyediakan kepada pihak luar khidmat penyemakan dan pengesahan ejaan tulisan jawi pada iklan dan papan tanda; (x) program pembinaan Munsyi Dewan yang terdiri daripada Munsyi Bahasa, Munsyi Sastera dan Munsyi Jawi sejak tahun 1995. Sekian jawapan saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Jalaluddin bin Alias [Jelebu]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas jawapan Timbalan Menteri yang sangat jelas. Saya mengucapkan terima kasih kerana pada dasarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju bahawa tulisan jawi ini adalah merupakan satu medium bukan sahaja untuk orang Melayu beragama Islam tetapi untuk semua kaum. #1040 Untuk makluman Dewan, bahawa tulisan jawi ini adalah merupakan warisan negara yang sejak dahulu, sejak ratusan tahun dahulu yang kita gunakan dalam warkah-warkah perjanjian perdagangan antara kolonial Barat dengan zaman-zaman kesultanan Melayu dahulu. Akan tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, tulisan jawi ini semakin hari semakin pupus, tidak lagi mendapat tempat di kalangan generasi muda. Termasuk di kalangan generasi kita yang ramai-ramai dalam Dewan ini. Ini kerana salah satu kelemahannya ialah.
4
20
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 9 kerana penekanan kepada kurikulum jawi ini di peringkat kementerian sudah tidak seperti dahulu. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah– tadi langkah sudah banyak diberi oleh Yang Berhormat Menteri, cumanya boleh tidak dispesifikkan, apakah langkah- langkah proaktif pihak kementerian untuk kita menaikkan atau perkataan yang lebih tepat untuk membugarkan kembali expertise untuk penggunaan tulisan jawi di kalangan pelajar Melayu, Cina dan India di peringkat pendidikan rendah dan menengah untuk masa depan. Terima kasih. Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jelebu atas soalan tambahan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, elemen tulisan jawi dimasukkan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seiring dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983. Tulisan jawi diajar di dalam Pendidikan Islam disebabkan guru Pendidikan Islam mempunyai lebih kemahiran untuk mengajar menggunakan tulisan tersebut. Melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah semakan 2017, seni khat jawi dimasukkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu melalui bidang seni bahasa. Kemahiran ini diajar kepada murid Tahap Dua. Sehubungan dengan itu, seperti yang dinyatakan tadi KPM akan menjadikan jawi sebagai tulisan warisan untuk dipelajari oleh semua murid di sekolah dan juga menggubal semula peranan munsyi jawi. Jadi, untuk usaha- usaha kita untuk masa yang akan datang, kami akan buat pengumuman secara rasmi apabila kita ada rancangan yang lebih terperinci seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dalam penggulungan beliau semalam. Sekian jawapan saya, terima kasih. Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang handsome. Adakah Kementerian Pendidikan Malaysia bercadang untuk memasukkan subjek Bahasa Jawi dalam peperiksaan awam nasional seperti PT3 dan SPM sebagai subjek pilihan? Ia harap seiring dengan peluang bahasa-bahasa ibunda lain di Malaysia ini seperti bahasa suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak juga. Terima kasih. Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Parlimen Hulu Langat. Setakat ini kita tidak ada rancangan tersebut. Tidak ada satu keputusan yang muktamad terhadap cadangan tersebut. Akan tetapi pelbagai aktiviti telah dilaksanakan ataupun bakal dilaksanakan oleh KPM untuk memperkasakan tulisan jawi di institusi pendidikan peringkat rendah dan menengah. Antaranya kita ada pendekatan baharu untuk memulihkan murid yang lemah bukan sahaja melalui kelas pemulihan tetapi melalui kem pemulihan jawi yang dirancang dan diatur dengan lebih sistematik. Salah satu item soalan Pendidikan Islam dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkaitan secara langsung dengan kemahiran dan penguasaan dalam tulisan jawi. Selain daripada itu, jawapan untuk mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiyyah dan Pendidikan Al-Quran peringkat SPM juga dalam tulisan jawi. Selain daripada itu, kita juga ada buku teks Pendidikan Islam dan Pendidikan Al-Quran yang dikekalkan dalam tulisan jawi. Akan tetapi atas cadangan tersebut, kita ambil maklum serta ambil cakna dan kita akan buat kajian dan buat satu keputusan. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ahli-ahli Yang Berhormat, walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak faham tulisan jawi tetapi kemahirannya jawab dengan baik adalah sikap yang profesional. [Tepuk] 5. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu] minta Menteri Industri Utama menyatakan usaha kementerian dalam meningkatkan penggunaan minyak sawit sebagai biodiesel. Dato’ Dr. Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Penuh dengan pujian hari ini, alhamdulillah. Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Menteri, fokus kepada soalan.
kerana penekanan kepada kurikulum jawi ini di peringkat kementerian sudah tidak seperti dahulu. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah- tadi langkah sudah banyak diberi oleh Yang Berhormat Menteri, cumanya boleh tidak dispesifikkan, apakah langkah- langkah proaktif pihak kementerian untuk kita menaikkan atau perkataan yang lebih tepat untuk membugarkan kembali expertise untuk penggunaan tulisan jawi di kalangan pelajar Melayu, Cina dan India di peringkat pendidikan rendah dan menengah untuk masa depan. Terima kasih. Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jelebu atas soalan tambahan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, elemen tulisan jawi dimasukkan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seiring dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983. Tulisan jawi diajar di dalam Pendidikan Islam disebabkan guru Pendidikan Islam mempunyai lebih kemahiran untuk mengajar menggunakan tulisan tersebut. Melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah semakan 2017, seni khat jawi dimasukkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu melalui bidang seni bahasa. Kemahiran ini diajar kepada murid Tahap Dua. Sehubungan dengan itu, seperti yang dinyatakan tadi KPM akan menjadikan jawi sebagai tulisan warisan untuk dipelajari oleh semua murid di sekolah dan juga menggubal semula peranan munsyi jawi. Jadi, untuk usaha- usaha kita untuk masa yang akan datang, kami akan buat pengumuman secara rasmi apabila kita ada rancangan yang lebih terperinci seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dalam penggulungan beliau semalam. Sekian jawapan saya, terima kasih. Ustaz Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang handsome. Adakah Kementerian Pendidikan Malaysia bercadang untuk memasukkan subjek Bahasa Jawi dalam peperiksaan awam nasional seperti PT3 dan SPM sebagai subjek pilihan? Ia harap seiring dengan peluang bahasa-bahasa ibunda lain di Malaysia ini seperti bahasa suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak juga. Terima kasih. Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Parlimen Hulu Langat. Setakat ini kita tidak ada rancangan tersebut. Tidak ada satu keputusan yang muktamad terhadap cadangan tersebut. Akan tetapi pelbagai aktiviti telah dilaksanakan ataupun bakal dilaksanakan oleh KPM untuk memperkasakan tulisan jawi di institusi pendidikan peringkat rendah dan menengah. Antaranya kita ada pendekatan baharu untuk memulihkan murid yang lemah bukan sahaja melalui kelas pemulihan tetapi melalui kem pemulihan jawi yang dirancang dan diatur dengan lebih sistematik. Salah satu item soalan Pendidikan Islam dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkaitan secara langsung dengan kemahiran dan penguasaan dalam tulisan jawi. Selain daripada itu, jawapan untuk mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiyyah dan Pendidikan Al-Quran peringkat SPM juga dalam tulisan jawi. Selain daripada itu, kita juga ada buku teks Pendidikan Islam dan Pendidikan Al-Quran yang dikekalkan dalam tulisan jawi. Akan tetapi atas cadangan tersebut, kita ambil maklum serta ambil cakna dan kita akan buat kajian dan buat satu keputusan. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ahli-ahli Yang Berhormat, walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak faham tulisan jawi tetapi kemahirannya jawab dengan baik adalah sikap yang profesional. [Tepuk]. 5. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu] minta Menteri Industri Utama menyatakan usaha kementerian dalam meningkatkan penggunaan minyak sawit sebagai biodiesel. Dato' Dr. Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Penuh dengan pujian hari ini, alhamdulillah. Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Menteri, fokus kepada soalan.
9
21
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
10 DR.31.10.2018 Menteri Industri Utama [Puan Teresa Kok Suh Sim]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga hendak ikut Tuan Yang di-Pertua yang kacak dan pintar untuk berpantun. Jikalau tuan pergi ke Segamat, Jangan lupa berjumpa Pak Samat, Program biodiesel akan ditingkat, Pekebun kecil akan selamat. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa komited untuk meningkatkan penggunaan biodiesel di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Program Biodiesel Negara telah mula diperkenalkan pada tahun 2011 dengan kadar adunan B5. Maksudnya, adunan lima peratus biodiesel sawit dengan 95 peratus diesel petroleum. Pada ketika ini, kadar adunan yang terdapat di stesen minyak di seluruh negara adalah pada kadar B7 iaitu adunan tujuh peratus biodiesel sawit dengan 93 peratus diesel petroleum di bawah program B7 di sektor pengangkutan. Manakala sektor industri masih kekal menggunakan diesel biasa, maksudnya B0. Penggunaan B7 menggunakan sebanyak 350 ribu tan minyak sawit setahun. Bagi memastikan kelangsungan Program Biodiesel Negara, beberapa langkah dan inisiatif baharu dirangka bagi memastikan penggunaan biodiesel ditingkatkan menerusi langkah-langkah berikut: (i) Kementerian Industri Utama akan membentangkan memorandum Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Mengenai cadangan meningkatkan kadar adunan kepada B10 untuk sektor pengangkutan dan B7 untuk sektor industri di seluruh negara. Kedua-dua program ini dijangka akan menggunakan sebanyak 760,000 tan minyak sawit dalam negara setahun. Seterusnya akan mengukuhkan harga minyak sawit di pasaran. (ii) Memperkukuhkan pasaran eksport sedia ada di China. Pada Ogos tahun ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) itu agensi di bawah kementerian saya telah menandatangani memorandum persefahaman MoU dengan Universiti Tsinghua di Beijing semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Republik Rakyat China. MoU ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bio bahan api berasaskan sawit Malaysia di negara China pada skala yang lebih besar dan pada tahap yang lebih tinggi. Melalui perkongsian maklumat dan teknologi di antara Palm Oil Research and Technical Service Institute of MPOB di Shanghai dengan Universiti Tshinghua di Beijing. Kementerian saya telah mengadakan siri perbincangan dengan sektor industri, sektor pengangkutan dan syarikat petroleum berkenaan cadangan peningkatan adunan biodiesel tersebut. Selain itu, kementerian saya juga akan terus memainkan peranan untuk menerokai pasaran minyak sawit dan biodiesel sawit di pasaran-pasaran baharu melalui misi promosi dan teknikal ke luar negara untuk memastikan promosi minyak sawit dan biodiesel ke rantau-rantau ini akan terus berkembang. Sekian, terima kasih. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu]: Soalan tambahan saya mengenai harga. Apakah jurang di antara harga biodiesel sekarang berbanding dengan harga diesel? Sama ada biodiesel ia lebih mahal atau lebih murah? Adakah pihak industri perlu membayar lebih, membayar kos yang lebih tinggi sekiranya mereka hendak pakai B7? Apakah penjimatan kerajaan sekiranya program biodiesel ini dilaksanakan sekarang? Puan Teresa Kok Suh Sim: Terima kasih dengan soalan yang begitu bermutu daripada Yang Berhormat Kota Kinabalu. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan harga biodiesel sekarang dan juga harga diesel. Harga biodiesel pada masa sekarang adalah RM2.2857 seliter. Manakala harga kos diesel pada hari ini ialah RM2.3015 seliter. Maka adalah jelas bahawa biodiesel adalah lebih murah berbanding dengan diesel. Ini kerana sekarang kita tahu harga petroleum, harga diesel yang harganya amat tinggi sekarang.
Menteri Industri Utama [Puan Teresa Kok Suh Sim]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga hendak ikut Tuan Yang di-Pertua yang kacak dan pintar untuk berpantun. Jikalau tuan pergi ke Segamat, Jangan lupa berjumpa Pak Samat, Program biodiesel akan ditingkat, Pekebun kecil akan selamat. [Tepuk]. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa komited untuk meningkatkan penggunaan biodiesel di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Program Biodiesel Negara telah mula diperkenalkan pada tahun 2011 dengan kadar adunan B5. Maksudnya, adunan lima peratus biodiesel sawit dengan 95 peratus diesel petroleum. Pada ketika ini, kadar adunan yang terdapat di stesen minyak di seluruh negara adalah pada kadar B7 iaitu adunan tujuh peratus biodiesel sawit dengan 93 peratus diesel petroleum di bawah program B7 di sektor pengangkutan. Manakala sektor industri masih kekal menggunakan diesel biasa, maksudnya B0. Penggunaan B7 menggunakan sebanyak 350 ribu tan minyak sawit setahun. Bagi memastikan kelangsungan Program Biodiesel Negara, beberapa langkah dan inisiatif baharu dirangka bagi memastikan penggunaan biodiesel ditingkatkan menerusi langkah-langkah berikut: (i) Kementerian Industri Utama akan membentangkan memorandum Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Mengenai cadangan meningkatkan kadar adunan kepada B10 untuk sektor pengangkutan dan B7 untuk sektor industri di seluruh negara. Kedua-dua program ini dijangka akan menggunakan sebanyak 760,000 tan minyak sawit dalam negara setahun. Seterusnya akan mengukuhkan harga minyak sawit di pasaran. (ii) Memperkukuhkan pasaran eksport sedia ada di China. Pada Ogos tahun ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) itu agensi di bawah kementerian saya telah menandatangani memorandum persefahaman MoU dengan Universiti Tsinghua di Beijing semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Republik Rakyat China. MoU ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bio bahan api berasaskan sawit Malaysia di negara China pada skala yang lebih besar dan pada tahap yang lebih tinggi. Melalui perkongsian maklumat dan teknologi di antara Palm Oil Research and Technical Service Institute of MPOB di Shanghai dengan Universiti Tshinghua di Beijing. Kementerian saya telah mengadakan siri perbincangan dengan sektor industri, sektor pengangkutan dan syarikat petroleum berkenaan cadangan peningkatan adunan biodiesel tersebut. Selain itu, kementerian saya juga akan terus memainkan peranan untuk menerokai pasaran minyak sawit dan biodiesel sawit di pasaran-pasaran baharu melalui misi promosi dan teknikal ke luar negara untuk memastikan promosi minyak sawit dan biodiesel ke rantau-rantau ini akan terus berkembang. Sekian, terima kasih. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu]: Soalan tambahan saya mengenai harga. Apakah jurang di antara harga biodiesel sekarang berbanding dengan harga diesel? Sama ada biodiesel ia lebih mahal atau lebih murah? Adakah pihak industri perlu membayar lebih, membayar kos yang lebih tinggi sekiranya mereka hendak pakai B7? Apakah penjimatan kerajaan sekiranya program biodiesel ini dilaksanakan sekarang? Puan Teresa Kok Suh Sim: Terima kasih dengan soalan yang begitu bermutu daripada Yang Berhormat Kota Kinabalu. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan harga biodiesel sekarang dan juga harga diesel. Harga biodiesel pada masa sekarang adalah RM2.2857 seliter. Manakala harga kos diesel pada hari ini ialah RM2.3015 seliter. Maka adalah jelas bahawa biodiesel adalah lebih murah berbanding dengan diesel. Ini kerana sekarang kita tahu harga petroleum, harga diesel yang harganya amat tinggi sekarang.
10
22
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 11 Kedua, apakah pihak industri perlu bayar lebih kos sekiranya B7 dilaksanakan? Kalau kita lihat harga hari ini, harga diesel industri berada pada paras RM2.60 sehingga RM2.80 seliter berbanding dengan harga biodiesel adalah RM2.28 seliter. ■1050 Ini bermaksud, penggunaan B7 di sektor industri akan memberi penjimatan kos bahan api kepada pihak industri sebanyak RM6.5 juta setahun, sekiranya harga pada masa ini dikekalkan. Jadi ini bermaksud penggunaan biodiesel untuk pihak kilang, pihak industri sebenarnya mendatangkan penjimatan kos bagi pihak industri dan kilang kita. Berkenaan dengan apakah penjimatan kerajaan sekiranya program biodiesel ditingkatkan sekarang. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sekiranya B10 dilaksanakan di sektor pengangkutan, ia akan menjimatkan subsidi kerajaan sebanyak RM10.7 juta setahun. Kerajaan juga akan menjimatkan dari segi pengimportan kos diesel sebanyak RM1.6 bilion setahun di bawah program B10. Jadi saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini akan menggalakkan para pengundi dan juga rakyat di kawasan kita ini untuk menyokong usaha mengimplementasikan biodiesel yang akan datang. Sekian, terima kasih. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua yang muda, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, jelas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi bahawa penggunaan biodiesel boleh menjimatkan perbelanjaan kenderaan, syarikat dan sebagainya. Kalau kita lihat penggunaan biodiesel di negara-negara jiran seperti Indonesia umpamanya telah meningkat ke tahap yang lebih baik. Bukan sahaja kita di tahap B7, mereka pergi B10, B20 bahkan pergi ke B30 dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa mereka lebih advanced daripada kita. Jadi, saya hendak tahu daripada kementerian, apakah usaha yang dibuat oleh kementerian dalam mengeratkan hubungan atau konsultasi rundingan yang diadakan dengan syarikat-syarikat petroleum, syarikat perladangan, perkapalan dan sebagainya dalam usaha kita meningkatkan penggunaan biodiesel. Ini kerana kita merupakan pengeluar kelapa sawit dan sudah tentulah dengan cara ini kita dapat mengurangkan kos pengeluaran dan dalam masa yang sama boleh memberikan faedah kepada masyarakat dan pengguna. Apakah kita ada jawatankuasa khas konsultasi antara syarikat-syarikat dengan kerajaan. Terima kasih banyak. Puan Teresa Kok Suh Sim: Terima kasih, Yang Berhormat Maran. Saya rasa Yang Berhormat Maran memang sokong pelaksanaan biodiesel sama ada B7 ataupun B10. Sebenarnya berkenaan kerjasama dengan Indonesia, saya harus kata yang Indonesia dari segi pelaksanaan biodiesel mereka buat lebih berbanding dengan Malaysia. Sekarang mereka telah menggunakan B20 dan mereka bercadang akan mencapai B30 pada tahun 2030. Sebenarnya untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya pernah berjumpa dengan seorang anggota Menteri di Indonesia, dia berkata penggunaan biodiesel oleh Indonesia sejak hari pertama dilaksanakan, negaranya telah pun berjimat USD2.3 bilion. Ia bukan sahaja dapat membantu penanam sawit tetapi juga ia menjimatkan kos import diesel dari luar negara. Jadi, bagi kementerian saya, 8 November 2018 saya akan berjumpa Menteri di Indonesia di bawah Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) dan kami akan mengadakan perbincangan dua pihak tentang macam mana kedua-dua negara kita ini boleh mengaturkan strategi untuk lawan balik kempen anti sawit di negara barat. Kami juga hendak bincangkan macam mana dari– mungkin hal-hal lain yang mana kedua-dua pihak kita boleh bekerjasama. Saya rasa ada dari segi implementasi biodiesel kita haruslah mencontohi negara Indonesia. Ini kerana apabila kementerian saya ada consultation, perbincangan dengan syarikat petroleum, syarikat pembuatan kereta dan juga pihak industri, mereka ini semua bimbang. Mereka kata tidak ada warranty. Kementerian saya sekarang hanya hendak tingkatkan daripada B7 ke B10. Banyak pihak sudah pun begitu risau sama ada enjin kereta mereka akan rosak ataupun tidak. Saya kata lihatlah Indonesia, tidak ada masalah, B20. Semua orang rasa ini adalah satu cara yang boleh membantu pekebun kecil di Indonesia. Tidak ada orang bersungut, kereta mereka tidak ada kerosakan pun.
Kedua, apakah pihak industri perlu bayar lebih kos sekiranya B7 dilaksanakan?. Kalau kita lihat harga hari ini, harga diesel industri berada pada paras RM2.60 sehingga RM2.80 seliter berbanding dengan harga biodiesel adalah RM2.28 seliter. #1050. Ini bermaksud, penggunaan B7 di sektor industri akan memberi penjimatan kos bahan api kepada pihak industri sebanyak RM6.5 juta setahun, sekiranya harga pada masa ini dikekalkan. Jadi ini bermaksud penggunaan biodiesel untuk pihak kilang, pihak industri sebenarnya mendatangkan penjimatan kos bagi pihak industri dan kilang kita. Berkenaan dengan apakah penjimatan kerajaan sekiranya program biodiesel ditingkatkan sekarang. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sekiranya B10 dilaksanakan di sektor pengangkutan, ia akan menjimatkan subsidi kerajaan sebanyak RM10.7 juta setahun. Kerajaan juga akan menjimatkan dari segi pengimportan kos diesel sebanyak RM1.6 bilion setahun di bawah program B10. Jadi saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini akan menggalakkan para pengundi dan juga rakyat di kawasan kita ini untuk menyokong usaha mengimplementasikan biodiesel yang akan datang. Sekian, terima kasih. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua yang muda, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, jelas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi bahawa penggunaan biodiesel boleh menjimatkan perbelanjaan kenderaan, syarikat dan sebagainya. Kalau kita lihat penggunaan biodiesel di negara-negara jiran seperti Indonesia umpamanya telah meningkat ke tahap yang lebih baik. Bukan sahaja kita di tahap B7, mereka pergi B10, B20 bahkan pergi ke B30 dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa mereka lebih advanced daripada kita. Jadi, saya hendak tahu daripada kementerian, apakah usaha yang dibuat oleh kementerian dalam mengeratkan hubungan atau konsultasi rundingan yang diadakan dengan syarikat-syarikat petroleum, syarikat perladangan, perkapalan dan sebagainya dalam usaha kita meningkatkan penggunaan biodiesel. Ini kerana kita merupakan pengeluar kelapa sawit dan sudah tentulah dengan cara ini kita dapat mengurangkan kos pengeluaran dan dalam masa yang sama boleh memberikan faedah kepada masyarakat dan pengguna. Apakah kita ada jawatankuasa khas konsultasi antara syarikat-syarikat dengan kerajaan. Terima kasih banyak. Puan Teresa Kok Suh Sim: Terima kasih, Yang Berhormat Maran. Saya rasa Yang Berhormat Maran memang sokong pelaksanaan biodiesel sama ada B7 ataupun B10. Sebenarnya berkenaan kerjasama dengan Indonesia, saya harus kata yang Indonesia dari segi pelaksanaan biodiesel mereka buat lebih berbanding dengan Malaysia. Sekarang mereka telah menggunakan B20 dan mereka bercadang akan mencapai B30 pada tahun 2030. Sebenarnya untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya pernah berjumpa dengan seorang anggota Menteri di Indonesia, dia berkata penggunaan biodiesel oleh Indonesia sejak hari pertama dilaksanakan, negaranya telah pun berjimat USD2.3 bilion. Ia bukan sahaja dapat membantu penanam sawit tetapi juga ia menjimatkan kos import diesel dari luar negara. Jadi, bagi kementerian saya, 8 November 2018 saya akan berjumpa Menteri di Indonesia di bawah Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) dan kami akan mengadakan perbincangan dua pihak tentang macam mana kedua-dua negara kita ini boleh mengaturkan strategi untuk lawan balik kempen anti sawit di negara barat. Kami juga hendak bincangkan macam mana dari- mungkin hal-hal lain yang mana kedua-dua pihak kita boleh bekerjasama. Saya rasa ada dari segi implementasi biodiesel kita haruslah mencontohi negara Indonesia. Ini kerana apabila kementerian saya ada consultation, perbincangan dengan syarikat petroleum, syarikat pembuatan kereta dan juga pihak industri, mereka ini semua bimbang. Mereka kata tidak ada warranty. Kementerian saya sekarang hanya hendak tingkatkan daripada B7 ke B10. Banyak pihak sudah pun begitu risau sama ada enjin kereta mereka akan rosak ataupun tidak. Saya kata lihatlah Indonesia, tidak ada masalah, B20. Semua orang rasa ini adalah satu cara yang boleh membantu pekebun kecil di Indonesia. Tidak ada orang bersungut, kereta mereka tidak ada kerosakan pun.
11
23
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
12 DR.31.10.2018 Kita lihat macam negara Columbia juga telah melaksanakan B10 dan juga jika kita lihat Indonesia, saya pernah tanya pihak industri di sana, memang tidak ada apa-apa laporan tentang kerosakan enjin, kerosakan kereta dan sebagainya. Kalau kita lihat Indonesia, mereka malah mahu menggunakan adunan biodiesel untuk kapal terbang mereka dan banyak penyelidikan tengah diadakan. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Maran bersama dengan kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini sokonglah apabila kerajaan mulai melaksanakan biofield di negara kita ini, marilah kita cuba menggalakkan penduduk dan pengundi di kawasan ini menyokong penggunaan biodiesel untuk kenderaan kita, untuk industri kita dengan cara yang lebih menggalakkan. Sekian, terima kasih. 6. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan tiada masalah catuan air akibat daripada pembocoran paip dan bilakah kali terakhir projek bekalan air luar bandar di daerah Setiu diluluskan. Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli [Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji]: Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan laporan pencapaian Syarikat Air Terengganu (SATU) bagi tahun 2017, panjang paip air di daerah Setiu adalah 949.65 kilometer. Di mana 63.6 kilometer atau tujuh peratus terdiri daripada paip jenis asbestos cement (AC). Berdasarkan rekod pihak SATU, setakat ini tiada catuan bekalan air yang dilaksanakan di Daerah Setiu akibat daripada paip pecah. Maksudnya di sini masih tinggal tujuh peratus lagi yang belum diganti. Walau bagaimanapun, di bawah pelan perniagaan bagi tempoh 2015 sehingga 2019, SATU akan mempergiatkan projek pemasangan paip di Daerah Setiu untuk meningkatkan tekanan air agar pengguna mendapat bekalan air yang mencukupi dan bagi mengatasi masalah tekanan air rendah. Selain itu, pendekatan dua program pengurangan NRW Kebangsaan, pihak SATU juga akan melaksanakan pemasangan district meter zone (DMZ) di beberapa daerah di Terengganu termasuk Setiu bagi menjalankan kerja-kerja active leakage control (ALC) untuk memudahkan pemantauan kebocoran yang berlaku dan membaiki kebocoran tersebut dengan segera. Untuk makluman, projek yang terkini melibatkan kampung-kampung di dalam daerah Setiu adalah projek bekalan air di luar bandar negeri Terengganu tahun 2017 dan terdapat tujuh buah kampung dalam Daerah Setiu yang termasuk dalam projek ini. Projek ini telah ditender semula pada 29 Oktober 2018 secara tender terbuka. Terima kasih. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Di antara punca kebocoran paip ini antara disebabkan oleh lori yang membawa muatan berat dan juga disebabkan pemasangan kualiti paip yang rendah. ■1100 Jadi, apakah cadangan kerajaan bagi mengatasi perkara ini? Bagaimanakah perancangan kerajaan bagi memastikan baik pulih pembocoran paip ini tidak memakan masa yang lama yang menyebabkan berlaku catuan air? Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Terima kasih Yang Berhormat. Di sini saya ingin menyatakan negeri-negeri yang belum menstrukturkan semula sepenuhnya industri perkhidmatan air. Di Semenanjung Malaysia adalah Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis. Apa yang saya hendak sampaikan di sini untuk pengetahuan Yang Berhormat Setiu, penyelenggaraan ataupun pemasangan masih lagi di bawah bidang kuasa SATU iaitu kerajaan negeri. Terima kasih. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Soal penggunaan air bersih ini memang menjadi keutamaan kepada rakyat di Malaysia terutama sekali di negeri Sabah. Soalan saya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sejauh manakah kerjasama yang telah dijalankan bersama kementerian lain seperti Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim di Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Kita lihat macam negara Columbia juga telah melaksanakan B10 dan juga jika kita lihat Indonesia, saya pernah tanya pihak industri di sana, memang tidak ada apa-apa laporan tentang kerosakan enjin, kerosakan kereta dan sebagainya. Kalau kita lihat Indonesia, mereka malah mahu menggunakan adunan biodiesel untuk kapal terbang mereka dan banyak penyelidikan tengah diadakan. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Maran bersama dengan kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini sokonglah apabila kerajaan mulai melaksanakan biofield di negara kita ini, marilah kita cuba menggalakkan penduduk dan pengundi di kawasan ini menyokong penggunaan biodiesel untuk kenderaan kita, untuk industri kita dengan cara yang lebih menggalakkan. Sekian, terima kasih. 6. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan tiada masalah catuan air akibat daripada pembocoran paip dan bilakah kali terakhir projek bekalan air luar bandar di daerah Setiu diluluskan. Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli [Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji]: Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan laporan pencapaian Syarikat Air Terengganu (SATU) bagi tahun 2017, panjang paip air di daerah Setiu adalah 949.65 kilometer. Di mana 63.6 kilometer atau tujuh peratus terdiri daripada paip jenis asbestos cement (AC). Berdasarkan rekod pihak SATU, setakat ini tiada catuan bekalan air yang dilaksanakan di Daerah Setiu akibat daripada paip pecah. Maksudnya di sini masih tinggal tujuh peratus lagi yang belum diganti. Walau bagaimanapun, di bawah pelan perniagaan bagi tempoh 2015 sehingga 2019, SATU akan mempergiatkan projek pemasangan paip di Daerah Setiu untuk meningkatkan tekanan air agar pengguna mendapat bekalan air yang mencukupi dan bagi mengatasi masalah tekanan air rendah. Selain itu, pendekatan dua program pengurangan NRW Kebangsaan, pihak SATU juga akan melaksanakan pemasangan district meter zone (DMZ) di beberapa daerah di Terengganu termasuk Setiu bagi menjalankan kerja-kerja active leakage control (ALC) untuk memudahkan pemantauan kebocoran yang berlaku dan membaiki kebocoran tersebut dengan segera. Untuk makluman, projek yang terkini melibatkan kampung-kampung di dalam daerah Setiu adalah projek bekalan air di luar bandar negeri Terengganu tahun 2017 dan terdapat tujuh buah kampung dalam Daerah Setiu yang termasuk dalam projek ini. Projek ini telah ditender semula pada 29 Oktober 2018 secara tender terbuka. Terima kasih. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Di antara punca kebocoran paip ini antara disebabkan oleh lori yang membawa muatan berat dan juga disebabkan pemasangan kualiti paip yang rendah. #1100 Jadi, apakah cadangan kerajaan bagi mengatasi perkara ini? Bagaimanakah perancangan kerajaan bagi memastikan baik pulih pembocoran paip ini tidak memakan masa yang lama yang menyebabkan berlaku catuan air? Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Terima kasih Yang Berhormat. Di sini saya ingin menyatakan negeri-negeri yang belum menstrukturkan semula sepenuhnya industri perkhidmatan air. Di Semenanjung Malaysia adalah Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis. Apa yang saya hendak sampaikan di sini untuk pengetahuan Yang Berhormat Setiu, penyelenggaraan ataupun pemasangan masih lagi di bawah bidang kuasa SATU iaitu kerajaan negeri. Terima kasih. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Soal penggunaan air bersih ini memang menjadi keutamaan kepada rakyat di Malaysia terutama sekali di negeri Sabah. Soalan saya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sejauh manakah kerjasama yang telah dijalankan bersama kementerian lain seperti Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim di Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
12
24
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 13 dalam memastikan bahawa bekalan air bersih dapat disalurkan kepada penduduk-penduduk di luar bandar, terutama sekali di negeri Sabah di mana banyak lagi kampung-kampung di luar bandar yang masih juga belum menikmati air bersih. Di samping juga, mampu untuk melindungi alam sekitar. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Terima kasih Yang Berhormat. Salah satu tindakan kementerian KATS, kita akan membawa rang undang-undang baharu ataupun penambah baikkan untuk perhutanan dan juga PERHILITAN yang sebelum ini saya nyatakan di mana bidang kuasa yang seperti mana kita tahu, bidang kuasa kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat ada bahagian yang terpisah di bawah Perkara 74(2) Jadual Kesembilan. Jadi, sekiranya satu persetujuan yang akan datang, kita akan bawa pada rang undang-undang baharu di mana Kerajaan Pusat ada kuasa juga. Masalah air tercemar ataupun air bersih di kawasan-kawasan loji mungkin dapat di atasi. Manakala, kawasan-kawasan di luar bandar ia adalah tertakluk di bawah Kementerian Luar Bandar. Saya minta nanti Kementerian Luar Bandar untuk menjawab bertulis. Terima kasih. 7. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Kesihatan menyatakan status perlaksanaan “insurans kesihatan” untuk golongan B40 dan adakah kerajaan berhasrat untuk mengawal selia (regulate) Managed Care Organization (MCO) supaya kepentingan pesakit lebih dijaga dalam pengendalian tuntutan ‘Private Health Insurance’ (PHI) dan tiada tuntutan lebih untuk rawatan/prosedur yang tidak diperlukan dibuat oleh mana-mana hospital/klinik swasta. Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad]: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Bandar Kuching. Tuan Yang di-Pertua saya pohon untuk menjawab pertanyaan ini yang menyentuh perkara yang sama tentang pembiayaan kesihatan (health financing) dengan izin. Di mana yang punya empat persoalan yang lebih kurang sama iaitu Yang Berhormat Klang pada 31 Oktober, Yang Berhormat Ayer Hitam pada 1 November, Yang Berhormat Tenggara pada 1 November juga dan juga Yang Berhormat Beaufort pada 28 November. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan sudah pun hampir bersedia untuk melaksanakan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan bawah ataupun bottom 40, dengan izin. Skim ini saya nyatakan dan saya tegaskan bukanlah satu skim yang berbentuk insurans. Ini kerana sudah banyak silap faham di luar sana dengan penulisan-penulisan yang pelbagai. Ia akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Untuk golongan yang berpendapatan rendah miskin akan dilaksanakan oleh agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri. Lalu, oleh itu tiada sebarang insurans swasta yang akan dilantik atau terlibat dalam menguruskan skim tersebut. Tuan Yang di-Pertua, skim ataupun pelaksanaan Skim Perlindungan Kesihatan ini tidak akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan sedia ada oleh KKM di mana perkhidmatan di klinik dan hospital kerajaan akan terus dinikmati oleh rakyat seperti sedia kala iaitu status quo, dengan izin. Bayaran RM1 bagi mendapatkan rawatan pesakit luar dan RM5 untuk konsultasi pakar akan kekal diteruskan seperti biasa. Pemberian subsidi ubat-ubatan dan perkhidmatan sedia ada juga dikekalkan. Bagi menjawab pertanyaan mengenai kawal selia ke atas Managed Care Organization (MCO) dengan izin, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memang menggunakan peruntukan-peruntukan yang sedia ada di bawah Bahagian XV Akta 586 untuk memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh MCO berhubung dengan kontrak ataupun perkiraan dengan pengamal perubatan. Itu yang saya ingin nyatakan supaya ia dakwa dakwi pelbagai persepsi serong dan salah dapat diatasi kerana sememangnya MCO sudah ada di bawah Bahagian XV peruntukan Akta 586 untuk mengawal selia segala kegiatan mereka. Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Ayer Hitam berkaitan insurans kesihatan sosial secara lebih khusus dengan izin. Kerajaan komited untuk memperkukuhkan sistem penyampaian, penjagaan kesihatan antaranya dengan mengkaji model penjagaan kesihatan ke arah mewujudkan skim ataupun pembiayaan kesihatan nasional seperti yang kita nyatakan dalam Kajian Separuh Penggal dalam RMKe-11 yang lalu. Skim penjagaan kesihatan memerlukan perancangan yang amat teliti termasuk penilaian tahap pendapatan rakyat dan impak sosial, ekonomi dan dengan itu engagement dengan izin, dengan pelbagai pemegang taruh, stakeholders, dengan izin dan sebagainya adalah amat diperlukan.
dalam memastikan bahawa bekalan air bersih dapat disalurkan kepada penduduk-penduduk di luar bandar, terutama sekali di negeri Sabah di mana banyak lagi kampung-kampung di luar bandar yang masih juga belum menikmati air bersih. Di samping juga, mampu untuk melindungi alam sekitar. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji: Terima kasih Yang Berhormat. Salah satu tindakan kementerian KATS, kita akan membawa rang undang-undang baharu ataupun penambah baikkan untuk perhutanan dan juga PERHILITAN yang sebelum ini saya nyatakan di mana bidang kuasa yang seperti mana kita tahu, bidang kuasa kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat ada bahagian yang terpisah di bawah Perkara 74(2) Jadual Kesembilan. Jadi, sekiranya satu persetujuan yang akan datang, kita akan bawa pada rang undang-undang baharu di mana Kerajaan Pusat ada kuasa juga. Masalah air tercemar ataupun air bersih di kawasan-kawasan loji mungkin dapat di atasi. Manakala, kawasan-kawasan di luar bandar ia adalah tertakluk di bawah Kementerian Luar Bandar. Saya minta nanti Kementerian Luar Bandar untuk menjawab bertulis. Terima kasih. 7. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Kesihatan menyatakan status perlaksanaan "insurans kesihatan" untuk golongan B40 dan adakah kerajaan berhasrat untuk mengawal selia (regulate) Managed Care Organization (MCO) supaya kepentingan pesakit lebih dijaga dalam pengendalian tuntutan 'Private Health Insurance' (PHI) dan tiada tuntutan lebih untuk rawatan/prosedur yang tidak diperlukan dibuat oleh mana-mana hospital/klinik swasta. Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad]: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Bandar Kuching. Tuan Yang di-Pertua saya pohon untuk menjawab pertanyaan ini yang menyentuh perkara yang sama tentang pembiayaan kesihatan (health financing) dengan izin. Di mana yang punya empat persoalan yang lebih kurang sama iaitu Yang Berhormat Klang pada 31 Oktober, Yang Berhormat Ayer Hitam pada 1 November, Yang Berhormat Tenggara pada 1 November juga dan juga Yang Berhormat Beaufort pada 28 November. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan sudah pun hampir bersedia untuk melaksanakan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan bawah ataupun bottom 40, dengan izin. Skim ini saya nyatakan dan saya tegaskan bukanlah satu skim yang berbentuk insurans. Ini kerana sudah banyak silap faham di luar sana dengan penulisan-penulisan yang pelbagai. Ia akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Untuk golongan yang berpendapatan rendah miskin akan dilaksanakan oleh agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri. Lalu, oleh itu tiada sebarang insurans swasta yang akan dilantik atau terlibat dalam menguruskan skim tersebut. Tuan Yang di-Pertua, skim ataupun pelaksanaan Skim Perlindungan Kesihatan ini tidak akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan sedia ada oleh KKM di mana perkhidmatan di klinik dan hospital kerajaan akan terus dinikmati oleh rakyat seperti sedia kala iaitu status quo, dengan izin. Bayaran RM1 bagi mendapatkan rawatan pesakit luar dan RM5 untuk konsultasi pakar akan kekal diteruskan seperti biasa. Pemberian subsidi ubat-ubatan dan perkhidmatan sedia ada juga dikekalkan. Bagi menjawab pertanyaan mengenai kawal selia ke atas Managed Care Organization (MCO) dengan izin, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memang menggunakan peruntukan-peruntukan yang sedia ada di bawah Bahagian XV Akta 586 untuk memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh MCO berhubung dengan kontrak ataupun perkiraan dengan pengamal perubatan. Itu yang saya ingin nyatakan supaya ia dakwa dakwi pelbagai persepsi serong dan salah dapat diatasi kerana sememangnya MCO sudah ada di bawah Bahagian XV peruntukan Akta 586 untuk mengawal selia segala kegiatan mereka. Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Ayer Hitam berkaitan insurans kesihatan sosial secara lebih khusus dengan izin. Kerajaan komited untuk memperkukuhkan sistem penyampaian, penjagaan kesihatan antaranya dengan mengkaji model penjagaan kesihatan ke arah mewujudkan skim ataupun pembiayaan kesihatan nasional seperti yang kita nyatakan dalam Kajian Separuh Penggal dalam RMKe-11 yang lalu. Skim penjagaan kesihatan memerlukan perancangan yang amat teliti termasuk penilaian tahap pendapatan rakyat dan impak sosial, ekonomi dan dengan itu engagement dengan izin, dengan pelbagai pemegang taruh, stakeholders, dengan izin dan sebagainya adalah amat diperlukan.
13
25
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
14 DR.31.10.2018 Seperti yang dinyatakan, SHI yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam. SHI ataupun Social Health Insurance adalah berbeza daripada Voluntary House Insurance (VHI). Perbezaan yang paling utama adalah penyertaan rakyat dalam SHI adalah secara mandatori manakala VHI adalah bersifat sukarela mengikut segmen-segmen kumpulan sasaran tertentu. Rakyat perlu memahami dan menerima konsep SHI ini atau memahami sebelum dapat dipertimbangkan dengan secara rasional. Apa yang ingin saya tegaskan, saya akan kembali kepada persoalan ini, sekadar ataupun untuk saya langsungkan sedikit dahulu. SHI adalah merupakan Skim Caruman Majikan dan Pekerja serta Kerajaan di mana premiumnya ditentukan mengikut kadar pendapatan. Skim ini diwajibkan melalui perundangan dilaksanakan bukan berasaskan keuntungan dan ditadbir oleh agensi awam. Apa pun yang hendak saya tegaskan dalam Skim Pelindungan Kesihatan Nasional B40 ini, ia tidak menyangkut sama ada dari framework pendekatan SHI ataupun VHI. Ia adalah skim pelindungan khusus tentang pembiayaan kesihatan golongan B40 yang dibiayai penuh oleh kerajaan dengan tidak menafikan ataupun dengan tidak mengkompromikan segala perkhidmatan yang sedia ada seperti mana yang telah saya tegaskan. Lalu, untuk dicermati— seterusnya, persoalan bagi apakah ia SHI atau VHI dan sebagainya, ia tidak lagi ataupun belum diputuskan oleh kerajaan. Apa yang kita lancarkan dan bakal lancarkan dalam belanjawan nanti adalah Skim Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan B40. Adapun untuk kita rumuskan satu model. Saya sebagai Yang Berhormat Menteri belum boleh menyatakan bagaimana, apakah bentuk dan metodologinya. Apakah ia SHI ataupun tweaked version ataupun macam mana? Apakah ia akan akhirnya merupakan satu hybrid version. Semua itu adalah masih dalam pertimbangan dan perbincangan. Jadi, jangan ada yang menyebutkan bahawa Skim Perlindungan Kesihatan Nasional ini akan membebankan rakyat kerana ia adalah SHI dan sebagainya seperti mana yang dikeluarkan dan diterbitkan oleh media. Saya menunggu untuk membuat penjelasan itu dan lebih baik ketika nanti setelah dibentangkan belanjawan akan datang. ■1110 Apa pun Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, telah saya nyatakan berkaitan persoalan mekanisme bagi membantu kumpulan sasar B40. Dimaklumkan bahawa caj perkhidmatan kesihatan di fasiliti-fasiliti Kementerian Kesihatan yang sedia ada adalah berpatutan dan dapat memastikan kumpulan B40 mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan dengan caj yang murah. That is ongoing dengan izin, status quo. Kalau saya boleh sebutkan sikit kalau ada yang masih sangsi. Misalnya, caj bagi pesakit kelas tiga yang merupakan 98 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit dalam sebagai inpatient dengan izin, adalah rendah iaitu caj wad kelas tiga hanyalah RM3 sehari. Caj pembedahan termasuk anestesia bagi kelas tiga dikenakan caj antara RM10 hingga RM200 bergantung kepada jenis pembedahan. Caj siasatan bagi kelas tiga pula dikenakan caj RM1 hingga RM200. Perenggan 17 pada Perintah Fi (Perubatan) 1982 statute by law dengan izin, memperuntukkan bahawa caj maksimum bagi kelas tiga adalah tidak melebihi RM500 bagi setiap kemasukan. Jadi, kesemua apa dakwaan yang mengatakan ketika kita melaksanakan perlindungan skim B40 nanti, semua ini akan terbatal adalah salah dan sama sekali tidak benar. Lalu selain daripada— saya ingat begitu dulu dan perkara ini saya perhatikan telah banyak silap faham dan dengan penambahan tulisan-tulisan beberapa pihak yang mengelirukan lagi mengusutkan pemahaman tentang Perlindungan Kesihatan Nasional B40. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas jawapan yang lengkap dan juga untuk menjawab persepsi yang ada termasuklah laporan berita semalam yang mengatakan ada satu syarikat asing yang ingin membiayai skim tersebut. Jadi soalan saya untuk skim B40 ini mengikut pemahaman saya, ia menyediakan satu health screening untuk NCD, kanser, mental health dan lain-lain. Namun kesannya mungkin akan menyebabkan pertambahan pesakit atau congestion di KK atau di hospital. Jadi, apakah langkah-langkah diambil oleh KKM untuk menangani masalah tersebut? Adakah lebih penekanan akan diberikan untuk mempertingkatkan primary healthcare di negara kita? Terima kasih. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching yang juga merupakan seorang pengamal perubatan, seorang doktor. Beliau sangat
Seperti yang dinyatakan, SHI yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam. SHI ataupun Social Health Insurance adalah berbeza daripada Voluntary House Insurance (VHI). Perbezaan yang paling utama adalah penyertaan rakyat dalam SHI adalah secara mandatori manakala VHI adalah bersifat sukarela mengikut segmen-segmen kumpulan sasaran tertentu. Rakyat perlu memahami dan menerima konsep SHI ini atau memahami sebelum dapat dipertimbangkan dengan secara rasional. Apa yang ingin saya tegaskan, saya akan kembali kepada persoalan ini, sekadar ataupun untuk saya langsungkan sedikit dahulu. SHI adalah merupakan Skim Caruman Majikan dan Pekerja serta Kerajaan di mana premiumnya ditentukan mengikut kadar pendapatan. Skim ini diwajibkan melalui perundangan dilaksanakan bukan berasaskan keuntungan dan ditadbir oleh agensi awam. Apa pun yang hendak saya tegaskan dalam Skim Pelindungan Kesihatan Nasional B40 ini, ia tidak menyangkut sama ada dari framework pendekatan SHI ataupun VHI. Ia adalah skim pelindungan khusus tentang pembiayaan kesihatan golongan B40 yang dibiayai penuh oleh kerajaan dengan tidak menafikan ataupun dengan tidak mengkompromikan segala perkhidmatan yang sedia ada seperti mana yang telah saya tegaskan. Lalu, untuk dicermati-- seterusnya, persoalan bagi apakah ia SHI atau VHI dan sebagainya, ia tidak lagi ataupun belum diputuskan oleh kerajaan. Apa yang kita lancarkan dan bakal lancarkan dalam belanjawan nanti adalah Skim Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan B40. Adapun untuk kita rumuskan satu model. Saya sebagai Yang Berhormat Menteri belum boleh menyatakan bagaimana, apakah bentuk dan metodologinya. Apakah ia SHI ataupun tweaked version ataupun macam mana? Apakah ia akan akhirnya merupakan satu hybrid version. Semua itu adalah masih dalam pertimbangan dan perbincangan. Jadi, jangan ada yang menyebutkan bahawa Skim Perlindungan Kesihatan Nasional ini akan membebankan rakyat kerana ia adalah SHI dan sebagainya seperti mana yang dikeluarkan dan diterbitkan oleh media. Saya menunggu untuk membuat penjelasan itu dan lebih baik ketika nanti setelah dibentangkan belanjawan akan datang. #1110. Apa pun Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, telah saya nyatakan berkaitan persoalan mekanisme bagi membantu kumpulan sasar B40. Dimaklumkan bahawa caj perkhidmatan kesihatan di fasiliti-fasiliti Kementerian Kesihatan yang sedia ada adalah berpatutan dan dapat memastikan kumpulan B40 mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan dengan caj yang murah. That is ongoing dengan izin, status quo. Kalau saya boleh sebutkan sikit kalau ada yang masih sangsi. Misalnya, caj bagi pesakit kelas tiga yang merupakan 98 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit dalam sebagai inpatient dengan izin, adalah rendah iaitu caj wad kelas tiga hanyalah RM3 sehari. Caj pembedahan termasuk anestesia bagi kelas tiga dikenakan caj antara RM10 hingga RM200 bergantung kepada jenis pembedahan. Caj siasatan bagi kelas tiga pula dikenakan caj RM1 hingga RM200. Perenggan 17 pada Perintah Fi (Perubatan) 1982 statute by law dengan izin, memperuntukkan bahawa caj maksimum bagi kelas tiga adalah tidak melebihi RM500 bagi setiap kemasukan. Jadi, kesemua apa dakwaan yang mengatakan ketika kita melaksanakan perlindungan skim B40 nanti, semua ini akan terbatal adalah salah dan sama sekali tidak benar. Lalu selain daripada-- saya ingat begitu dulu dan perkara ini saya perhatikan telah banyak silap faham dan dengan penambahan tulisan-tulisan beberapa pihak yang mengelirukan lagi mengusutkan pemahaman tentang Perlindungan Kesihatan Nasional B40. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas jawapan yang lengkap dan juga untuk menjawab persepsi yang ada termasuklah laporan berita semalam yang mengatakan ada satu syarikat asing yang ingin membiayai skim tersebut. Jadi soalan saya untuk skim B40 ini mengikut pemahaman saya, ia menyediakan satu health screening untuk NCD, kanser, mental health dan lain-lain. Namun kesannya mungkin akan menyebabkan pertambahan pesakit atau congestion di KK atau di hospital. Jadi, apakah langkah-langkah diambil oleh KKM untuk menangani masalah tersebut? Adakah lebih penekanan akan diberikan untuk mempertingkatkan primary healthcare di negara kita? Terima kasih. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching yang juga merupakan seorang pengamal perubatan, seorang doktor. Beliau sangat.
14
26
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 15 memahami perkara yang kita sedang bincangkan ini. Lalu kalau telah saya nyatakan dan tegaskan seawal saya mengambil kementerian ini, bahawa pendekatan hari ini bukan sahaja di peringkat nasional, di peringkat kementerian saya, bahkan ia digambarkan oleh the World Health Organization. Penekanan kepada primary healthcare ia lebih penting daripada the curative care adalah satu yang sangat munasabah untuk kita berikan penekanan di mana persoalan penyakit-penyakit tidak berjangkit dengan izin, NCDs yang telah saya nyatakan seumpama kanser, diabetes dan juga cardiovascular diseases. Kesemuanya itu adalah penting untuk dibuat saringan awal khususnya pada golongan yang tidak punyai keupayaan untuk membuat saringan-saringan dengan keupayaan mereka sendiri ataupun dengan izin, out-of- pocket expenditure (OOP) di mana mereka tidak mempunyai keupayaan itu. Lalu penekanan dalam Skim Perlindungan Kesihatan Nasional B40 ini adalah menjurus kepada mengenal pasti the early stage dengan izin, NCDs dengan saringan diabetes, hypertension dan juga yang lain di mana dengan itu andainya dapat kita kesan, akan secara langsung dapat mengurangkan pembiayaan the curative care, the disease burden of NCDs. Umpama kalau diabetes you go into amputation, hypertension you go into stroke dan sebagainya, yang tentunya akan melibatkan perbelanjaan kewangan kerajaan yang lebih besar. Lalu dalam perkara ini menjawab persoalan Yang Berhormat Bandar Kuching, congestion yang kita maksudkan tadi, andainya saringan itu dibuat dan kita akan melibatkan pihak swasta, the GPs dengan izin, di mana ia akan dapat mengurangkan congestion di situ sekali gus memberikan peluang untuk mereka terlibat dalam primary healthcare. Saya sendiri menyebutkan bahawa saya akan memperkukuhkan lagi kolaborasi dan partnership public dan private. Ini adalah hanya satu aspek dan dimensi contohnya. Lalu dengan itu, sekali gus kita akan dapat mengurangkan congestion di klinik-klinik kita apabila melibatkan GPs sebagai pengamal di pihak sektor swasta untuk melaksanakan program-program seumpamanya ini. Sekian dulu, terima kasih. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [Tenggara]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang soalan saya ada naik, bertanya benda yang sama. Selama ini kita tidak pernah cerita fasal skim insurans, tiba-tiba Yang Berhormat Menteri timbulkan perkara ini dan orang ramai rasa, adakah insurans ini memihak kepada B40 sahaja. Akan tetapi kita kena ingat, kumpulan M40 di mana practice di hospital ialah kadang-kadang kita dapati bahawa adakah mutu perkhidmatan yang diberikan melalui skim insurans ini berpihak kepada di hospital. Contoh, ada first class, ada wad biasa. Ini Yang Berhormat Menteri kena jelaskan supaya perkara yang telah menjadi persepsi di kalangan masyarakat hari ini dapat diperbetulkan dan bersungguh-sungguh supaya ia tidak melibatkan juga kekecewaan di kalangan M40 di kalangan masyarakat. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Nyata Yang Berhormat Tenggara masih lagi punya persepsi dan terperangkap dalam satu tanggapan yang kekal. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [Tenggara]: Saya tidak terperangkap, masyarakat yang tanya kepada saya. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Tidak, saya hendak jelaskan. Kalau kita mengulangi perkara itu, maka ia akan – Kalau Ahli Parlimen sendiri mengulang-ulangi perkara itu dan dibawa kepada penulisan-penulisan juga dalam media, maka persoalan untuk menakut-nakutkan dan membebankan rakyat itu akan berterusan. Saya baru tadi baru menjelaskan bahawa Skim Perlindungan Kesihatan Nasional B40 tidak langsung ada kaitannya dengan insurans. Ia adalah satu bentuk health financing dengan izin, pembiayaan kesihatan yang langsung datangnya daripada revenue daripada apa yang dikatakan Kumpulan Wang Disatukan, Consolidated Fund yang datangnya dari pelbagai cukai yang dipungut oleh kerajaan. Lalu, tidak timbul persoalan insurans sama sekali. Telah saya nyatakan lebih awal tadi. Segala tanggapan tentang perlindungan kesihatan ini ada hubung kaitnya sama ada dengan VHI atau yang lain itu adalah salah. Ia terpesong dan tersasar, telah saya nyatakan. Apa pun, yang dimaksudkan dengan unjuran ke depan, saya nyatakan di sini Tuan Yang di-Pertua, for all this year dengan izin, untuk selama hari ini, health financing dengan izin, pembiayaan kesihatan di negara ini adalah berdasarkan berteraskan cukai atau dengan izin, is a tax-based health financing system. Itu apa yang diamalkan di negara kita ini. Belum
memahami perkara yang kita sedang bincangkan ini. Lalu kalau telah saya nyatakan dan tegaskan seawal saya mengambil kementerian ini, bahawa pendekatan hari ini bukan sahaja di peringkat nasional, di peringkat kementerian saya, bahkan ia digambarkan oleh the World Health Organization. Penekanan kepada primary healthcare ia lebih penting daripada the curative care adalah satu yang sangat munasabah untuk kita berikan penekanan di mana persoalan penyakit-penyakit tidak berjangkit dengan izin, NCDs yang telah saya nyatakan seumpama kanser, diabetes dan juga cardiovascular diseases. Kesemuanya itu adalah penting untuk dibuat saringan awal khususnya pada golongan yang tidak punyai keupayaan untuk membuat saringan-saringan dengan keupayaan mereka sendiri ataupun dengan izin, out-of- pocket expenditure (OOP) di mana mereka tidak mempunyai keupayaan itu. Lalu penekanan dalam Skim Perlindungan Kesihatan Nasional B40 ini adalah menjurus kepada mengenal pasti the early stage dengan izin, NCDs dengan saringan diabetes, hypertension dan juga yang lain di mana dengan itu andainya dapat kita kesan, akan secara langsung dapat mengurangkan pembiayaan the curative care, the disease burden of NCDs. Umpama kalau diabetes you go into amputation, hypertension you go into stroke dan sebagainya, yang tentunya akan melibatkan perbelanjaan kewangan kerajaan yang lebih besar. Lalu dalam perkara ini menjawab persoalan Yang Berhormat Bandar Kuching, congestion yang kita maksudkan tadi, andainya saringan itu dibuat dan kita akan melibatkan pihak swasta, the GPs dengan izin, di mana ia akan dapat mengurangkan congestion di situ sekali gus memberikan peluang untuk mereka terlibat dalam primary healthcare. Saya sendiri menyebutkan bahawa saya akan memperkukuhkan lagi kolaborasi dan partnership public dan private. Ini adalah hanya satu aspek dan dimensi contohnya. Lalu dengan itu, sekali gus kita akan dapat mengurangkan congestion di klinik-klinik kita apabila melibatkan GPs sebagai pengamal di pihak sektor swasta untuk melaksanakan program-program seumpamanya ini. Sekian dulu, terima kasih. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [Tenggara]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang soalan saya ada naik, bertanya benda yang sama. Selama ini kita tidak pernah cerita fasal skim insurans, tiba-tiba Yang Berhormat Menteri timbulkan perkara ini dan orang ramai rasa, adakah insurans ini memihak kepada B40 sahaja. Akan tetapi kita kena ingat, kumpulan M40 di mana practice di hospital ialah kadang-kadang kita dapati bahawa adakah mutu perkhidmatan yang diberikan melalui skim insurans ini berpihak kepada di hospital. Contoh, ada first class, ada wad biasa. Ini Yang Berhormat Menteri kena jelaskan supaya perkara yang telah menjadi persepsi di kalangan masyarakat hari ini dapat diperbetulkan dan bersungguh-sungguh supaya ia tidak melibatkan juga kekecewaan di kalangan M40 di kalangan masyarakat. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Nyata Yang Berhormat Tenggara masih lagi punya persepsi dan terperangkap dalam satu tanggapan yang kekal. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [Tenggara]: Saya tidak terperangkap, masyarakat yang tanya kepada saya. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Tidak, saya hendak jelaskan. Kalau kita mengulangi perkara itu, maka ia akan- Kalau Ahli Parlimen sendiri mengulang-ulangi perkara itu dan dibawa kepada penulisan-penulisan juga dalam media, maka persoalan untuk menakut-nakutkan dan membebankan rakyat itu akan berterusan. Saya baru tadi baru menjelaskan bahawa Skim Perlindungan Kesihatan Nasional B40 tidak langsung ada kaitannya dengan insurans. Ia adalah satu bentuk health financing dengan izin, pembiayaan kesihatan yang langsung datangnya daripada revenue daripada apa yang dikatakan Kumpulan Wang Disatukan, Consolidated Fund yang datangnya dari pelbagai cukai yang dipungut oleh kerajaan. Lalu, tidak timbul persoalan insurans sama sekali. Telah saya nyatakan lebih awal tadi. Segala tanggapan tentang perlindungan kesihatan ini ada hubung kaitnya sama ada dengan VHI atau yang lain itu adalah salah. Ia terpesong dan tersasar, telah saya nyatakan. Apa pun, yang dimaksudkan dengan unjuran ke depan, saya nyatakan di sini Tuan Yang di-Pertua, for all this year dengan izin, untuk selama hari ini, health financing dengan izin, pembiayaan kesihatan di negara ini adalah berdasarkan berteraskan cukai atau dengan izin, is a tax-based health financing system. Itu apa yang diamalkan di negara kita ini. Belum.
15
27
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
16 DR.31.10.2018 ada lagi —kerajaan yang lalu cuba untuk melaksanakan VHI and it was aborted, it suffer the stillbirth. Ini kerana apa, kerana pelbagai perkara yang silap ditanggapi. Oleh sebab itu saya nyatakan bahawa apa pun kajian yang akan bersangkutan dengan apa pun bentuk ke depan dari sudut health financing, ia perlu dicermati daripada segala aspek terutama impak dan sosial — social impact analysis perlu dikaji khususnya kepada golongan bukan sahaja B40 tetapi lower middle 40, upper middle 40 and middle 40 dan seterusnya. Lalu saya katakan tadi, persoalan sama ada kita akan laksanakan akhirnya satu bentuk insurans, belum lagi dijawab secara tuntas dan muktamad, dalam pertimbangan. Apakah andainya saya katakan di sini, andainya peruntukan kepada sektor kesihatan dapat kita pertingkatkan. Hari ini kita hanya berbelanja 4.5 peratus dengan sumbangan 2.3 daripada awam dan 2.2 peratus daripada swasta, sumbangan kepada GDP, KNDK dalam sektor kesihatan. Ini adalah jauh lebih rendah daripada benchmark piawaian. Sebagai upper-middle income economy, kita seharusnya berbelanja six percent. Ini telah dilakukan oleh kerajaan yang lalu, you have been underspending dengan izin, dalam sektor kesihatan ini. Lalu whatever that we have dengan izin, kemudahan-kemudahan, facilities dan segalanya adalah jauh daripada apa yang kita mahukan dan sepatutnya. Lalu saya memerhatikan andainya kita boleh memberikan peruntukkan yang lebih kepada sektor kesihatan ini, mungkin sahaja kita tidak perlu kepada apa juga bentuk insurans kerana we can continue to be a tax-based health financing system. Kita boleh melangsungkan satu sistem pembiayaan kesihatan berdasarkan cukai. ■1120 Akan tetapi andainya tidak dapat dipertingkatkan peruntukan kepada health sector, sektor kesihatan, dengan izin, lalu mungkin kita terpaksa membincangkan persoalan apakah model? Apakah ia model social health insurance, dengan izin, SHI? Apakah ia merupakan satu yang ditweaked, satu yang merupakan hibrid, satu yang akan kita reka sendiri sesuai dengan keperluan dan realiti profil masyarakat demografi dengan keperluan dan demand ataupun tuntutan masyarakat kita merentasi semua segmen rakyat khususnya B40 and the lower income of the middle 40? Jadi itu yang saya ingin nyatakan supaya jangan ada lagi yang silap faham tentang perkara ini kerana Skim Perlindungan Kesihatan B40 tidak ada kena-mengena dengan insurans. Apa yang kita akan bincangkan seterusnya ialah apakah ia akan merupakan SHI atau apa pun modelnya, ia tergantung kepada perbincangan dan perbahasan dan mungkin Dewan ini akan menyaksikan perbahasan itu. Sekian, terima kasih. 8. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Luar Negeri menyatakan berdasarkan Perjanjian Air 1962 dengan negara Singapura, apakah pendirian dan usaha kerajaan mengadakan perjanjian tambahan bagi meminda harga air selaras dengan peruntukan dalam Perjanjian Air 1961 dan 1962 menyatakan bahawa selepas 25 tahun, Malaysia boleh mengkaji semula harga air. Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato' Haji Marzuki bin Yahya]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Paya Besar di atas pertanyaan yang dikemukakan. Saya ingin mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar dari Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Kuala Pilah. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Paya Besar bersekali dengan soalan Yang Berhormat Johor Bahru bertarikh 19 November 2018 kerana soalan yang dikemukakan adalah sama iaitu menyatakan berkenaan isu mengkaji semula harga jualan air mentah ke Singapura. Untuk makluman Dewan yang mulia, walaupun Singapura telah berulang kali mendakwa bahawa Malaysia telah kehilangan hak untuk mengkaji semula harga air, ianya hanya memperlihatkan kelemahan Singapura yang cuba memutarbelitkan fakta sebenar. Pada hakikatnya, dalam Perjanjian Air 1961 dan 1962 dengan jelas menyatakan bahawa kajian semula harga air boleh dilaksanakan selepas tamat tempoh 25 tahun dari tarikh perjanjian. Ini bermakna dengan jelas bahawasanya Kerajaan Malaysia pada bila-bila masa selepas tahun 1986 dan 1987 berhak di sisi undang-undang untuk mengkaji semula harga
ada lagi--kerajaan yang lalu cuba untuk melaksanakan VHI and it was aborted, it suffer the stillbirth. Ini kerana apa, kerana pelbagai perkara yang silap ditanggapi. Oleh sebab itu saya nyatakan bahawa apa pun kajian yang akan bersangkutan dengan apa pun bentuk ke depan dari sudut health financing, ia perlu dicermati daripada segala aspek terutama impak dan sosial-- social impact analysis perlu dikaji khususnya kepada golongan bukan sahaja B40 tetapi lower middle 40, upper middle 40 and middle 40 dan seterusnya. Lalu saya katakan tadi, persoalan sama ada kita akan laksanakan akhirnya satu bentuk insurans, belum lagi dijawab secara tuntas dan muktamad, dalam pertimbangan. Apakah andainya saya katakan di sini, andainya peruntukan kepada sektor kesihatan dapat kita pertingkatkan. Hari ini kita hanya berbelanja 4.5 peratus dengan sumbangan 2.3 daripada awam dan 2.2 peratus daripada swasta, sumbangan kepada GDP, KNDK dalam sektor kesihatan. Ini adalah jauh lebih rendah daripada benchmark piawaian. Sebagai upper-middle income economy, kita seharusnya berbelanja six percent. Ini telah dilakukan oleh kerajaan yang lalu, you have been underspending dengan izin, dalam sektor kesihatan ini. Lalu whatever that we have dengan izin, kemudahan-kemudahan, facilities dan segalanya adalah jauh daripada apa yang kita mahukan dan sepatutnya. Lalu saya memerhatikan andainya kita boleh memberikan peruntukkan yang lebih kepada sektor kesihatan ini, mungkin sahaja kita tidak perlu kepada apa juga bentuk insurans kerana we can continue to be a tax-based health financing system. Kita boleh melangsungkan satu sistem pembiayaan kesihatan berdasarkan cukai. #1120 Akan tetapi andainya tidak dapat dipertingkatkan peruntukan kepada health sector, sektor kesihatan, dengan izin, lalu mungkin kita terpaksa membincangkan persoalan apakah model? Apakah ia model social health insurance, dengan izin, SHI? Apakah ia merupakan satu yang ditweaked, satu yang merupakan hibrid, satu yang akan kita reka sendiri sesuai dengan keperluan dan realiti profil masyarakat demografi dengan keperluan dan demand ataupun tuntutan masyarakat kita merentasi semua segmen rakyat khususnya B40 and the lower income of the middle 40? Jadi itu yang saya ingin nyatakan supaya jangan ada lagi yang silap faham tentang perkara ini kerana Skim Perlindungan Kesihatan B40 tidak ada kena-mengena dengan insurans. Apa yang kita akan bincangkan seterusnya ialah apakah ia akan merupakan SHI atau apa pun modelnya, ia tergantung kepada perbincangan dan perbahasan dan mungkin Dewan ini akan menyaksikan perbahasan itu. Sekian, terima kasih. 8. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Luar Negeri menyatakan berdasarkan Perjanjian Air 1962 dengan negara Singapura, apakah pendirian dan usaha kerajaan mengadakan perjanjian tambahan bagi meminda harga air selaras dengan peruntukan dalam Perjanjian Air 1961 dan 1962 menyatakan bahawa selepas 25 tahun, Malaysia boleh mengkaji semula harga air. Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato' Haji Marzuki bin Yahya]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Paya Besar di atas pertanyaan yang dikemukakan. Saya ingin mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar dari Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Kuala Pilah. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Paya Besar bersekali dengan soalan Yang Berhormat Johor Bahru bertarikh 19 November 2018 kerana soalan yang dikemukakan adalah sama iaitu menyatakan berkenaan isu mengkaji semula harga jualan air mentah ke Singapura. Untuk makluman Dewan yang mulia, walaupun Singapura telah berulang kali mendakwa bahawa Malaysia telah kehilangan hak untuk mengkaji semula harga air, ianya hanya memperlihatkan kelemahan Singapura yang cuba memutarbelitkan fakta sebenar. Pada hakikatnya, dalam Perjanjian Air 1961 dan 1962 dengan jelas menyatakan bahawa kajian semula harga air boleh dilaksanakan selepas tamat tempoh 25 tahun dari tarikh perjanjian. Ini bermakna dengan jelas bahawasanya Kerajaan Malaysia pada bila-bila masa selepas tahun 1986 dan 1987 berhak di sisi undang-undang untuk mengkaji semula harga.
16
28
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 17 air. Justeru itu, saya ingin menegaskan bahawa hak Malaysia untuk mengkaji semula harga air tidak boleh dipertikaikan. Tuan Yang di-Pertua, isu semakan harga air ini bukanlah merupakan satu perkara baharu. Sebelum ini rundingan mengenai semakan harga air pernah dilakukan pada tahun 1998, tahun 2002 antara Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong pada ketika itu. Kerajaan kini dalam usaha untuk memulakan semula rundingan dengan pihak Singapura ke arah harga air yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Jualan air mentah pada kadar tiga sen per 1,000 gelen adalah terlalu rendah dan tidak menguntungkan negara. Sehubungan itu, antara langkah-langkah awal yang telah diambil oleh Malaysia adalah dengan menyatakan secara jelas pendirian Malaysia berhubung hak untuk menyemak semula harga air mentah semasa pertemuan dua hala dengan pihak Singapura. Ini termasuk semasa lawatan rasmi Yang Berhormat Menteri Luar Negeri ke Singapura pada 30 dan 31 Julai 2018 di mana antara lain Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menyatakan bahawa kedua-dua negara tidak perlu membangkitkan isu lama iaitu semakan harga air dan menegaskan bahawa Malaysia telah kehilangan hak untuk membuat semakan harga air pada tahun 1987 berdasarkan Perjanjian Air 1962. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri menegaskan pendirian kerajaan iaitu Malaysia mempunyai dan mengekalkan haknya untuk membuat semakan harga air berdasarkan perjanjian tersebut pada bila-bila masa selepas 25 tahun daripada tarikh pemeteraian perjanjian. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan ini, saya ingin menekankan sekali lagi bahawa kerajaan sentiasa komited dalam menyuarakan hak untuk mengkaji semula harga air kepada pihak Singapura dan sedang melaksanakan penyelarasan lanjut dengan pihak- pihak yang berkenaan khususnya Kerajaan Negeri Johor agar isu dapat diselesaikan tanpa menjejaskan kepentingan negara. Sekian, terima kasih. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucapkan terima kasih sebagai pimpinan anak muda di Malaysia ini melihat ketegasan Kementerian Luar Negeri atas satu pendirian yang cukup jelas. Saya yakin semua di Dewan yang mulia ini amat berbangga dengan keputusan kementerian supaya mengambil peranan dan tanggungjawab agar isu kadar penetapan tarif air ini jangan diselindung oleh pihak Kerajaan Singapura. Akan tetapi, yang saya ingin tanya kepada Kementerian Luar Negeri, kalau kita melihat, tarikh tamat tempoh air ini adalah pada tahun 2061, kira-kira 43 tahun akan datang. Jadi saya mencongak-congak, Yang Berhormat Menteri, lebih kurang RM1.8 bilion kita akan kehilangan kalau kita masih mengekalkan dengan kadar tiga sen per 1,000 gelen. Akan tetapi persoalan saya adalah saya ingin memetik apa yang dibincangkan di Dewan Parlimen di Singapura yang menuduh kita mengambil untung atas air yang terawat yang dibekalkan kepada Kerajaan Johor. Jadi saya harap Kementerian Luar Negeri harus tegas agar Dewan di Singapura tidaklah boleh menuduh kita mengambil untung lebih kurang RM46 juta kerana kos rawatan air di Singapura dikatakan RM2.40 dan kita hanya membayar 50 sen per 1,000 gelen. Saya mengharapkan agar kerajaan hari ini mesti bertegas dan saya yakin kita semua Ahli Parlimen di Dewan ini akan memberi sokongan kepada pihak kementerian. Persoalannya, adakah kerajaan akan bertegas dan bilakah titik noktah agar penetapan— sebab saya tidak mahu rakyat Malaysia kehilangan RM1.8 bilion 43 tahun ke hadapan. Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Jadi seperti mana yang semua sedia maklum, saya maklumkan tadi bahawa Kerajaan Malaysia begitu komited dan tegas tentang soal pendirian isu air ini dan kita tidak akan mengalah sama sekali. Kita akan terus menjalankan usaha-usaha perbincangan dan saya hendak memaklumkan juga kepada Dewan yang mulia ini bahawa pada 12 November 2018, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan ke Republik Singapura dan mungkin juga antara satu daripada isu yang akan dibincangkan juga adalah mengenai kedudukan harga air pada Singapura. Jadi saya rasa ini kita akan terus memberi komitmen dan saya yakin dengan kerjasama semua Ahli Parlimen yang ada dalam Dewan yang mulia ini akan dapat memberi kekuatan buat kita untuk meneruskan usaha mengembalikan balik harga yang sepatutnya kepada Kerajaan Malaysia. Terima kasih.
air. Justeru itu, saya ingin menegaskan bahawa hak Malaysia untuk mengkaji semula harga air tidak boleh dipertikaikan. Tuan Yang di-Pertua, isu semakan harga air ini bukanlah merupakan satu perkara baharu. Sebelum ini rundingan mengenai semakan harga air pernah dilakukan pada tahun 1998, tahun 2002 antara Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong pada ketika itu. Kerajaan kini dalam usaha untuk memulakan semula rundingan dengan pihak Singapura ke arah harga air yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Jualan air mentah pada kadar tiga sen per 1,000 gelen adalah terlalu rendah dan tidak menguntungkan negara. Sehubungan itu, antara langkah-langkah awal yang telah diambil oleh Malaysia adalah dengan menyatakan secara jelas pendirian Malaysia berhubung hak untuk menyemak semula harga air mentah semasa pertemuan dua hala dengan pihak Singapura. Ini termasuk semasa lawatan rasmi Yang Berhormat Menteri Luar Negeri ke Singapura pada 30 dan 31 Julai 2018 di mana antara lain Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menyatakan bahawa kedua-dua negara tidak perlu membangkitkan isu lama iaitu semakan harga air dan menegaskan bahawa Malaysia telah kehilangan hak untuk membuat semakan harga air pada tahun 1987 berdasarkan Perjanjian Air 1962. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri menegaskan pendirian kerajaan iaitu Malaysia mempunyai dan mengekalkan haknya untuk membuat semakan harga air berdasarkan perjanjian tersebut pada bila-bila masa selepas 25 tahun daripada tarikh pemeteraian perjanjian. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan ini, saya ingin menekankan sekali lagi bahawa kerajaan sentiasa komited dalam menyuarakan hak untuk mengkaji semula harga air kepada pihak Singapura dan sedang melaksanakan penyelarasan lanjut dengan pihak- pihak yang berkenaan khususnya Kerajaan Negeri Johor agar isu dapat diselesaikan tanpa menjejaskan kepentingan negara. Sekian, terima kasih. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucapkan terima kasih sebagai pimpinan anak muda di Malaysia ini melihat ketegasan Kementerian Luar Negeri atas satu pendirian yang cukup jelas. Saya yakin semua di Dewan yang mulia ini amat berbangga dengan keputusan kementerian supaya mengambil peranan dan tanggungjawab agar isu kadar penetapan tarif air ini jangan diselindung oleh pihak Kerajaan Singapura. Akan tetapi, yang saya ingin tanya kepada Kementerian Luar Negeri, kalau kita melihat, tarikh tamat tempoh air ini adalah pada tahun 2061, kira-kira 43 tahun akan datang. Jadi saya mencongak-congak, Yang Berhormat Menteri, lebih kurang RM1.8 bilion kita akan kehilangan kalau kita masih mengekalkan dengan kadar tiga sen per 1,000 gelen. Akan tetapi persoalan saya adalah saya ingin memetik apa yang dibincangkan di Dewan Parlimen di Singapura yang menuduh kita mengambil untung atas air yang terawat yang dibekalkan kepada Kerajaan Johor. Jadi saya harap Kementerian Luar Negeri harus tegas agar Dewan di Singapura tidaklah boleh menuduh kita mengambil untung lebih kurang RM46 juta kerana kos rawatan air di Singapura dikatakan RM2.40 dan kita hanya membayar 50 sen per 1,000 gelen. Saya mengharapkan agar kerajaan hari ini mesti bertegas dan saya yakin kita semua Ahli Parlimen di Dewan ini akan memberi sokongan kepada pihak kementerian. Persoalannya, adakah kerajaan akan bertegas dan bilakah titik noktah agar penetapan-- sebab saya tidak mahu rakyat Malaysia kehilangan RM1.8 bilion 43 tahun ke hadapan. Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Jadi seperti mana yang semua sedia maklum, saya maklumkan tadi bahawa Kerajaan Malaysia begitu komited dan tegas tentang soal pendirian isu air ini dan kita tidak akan mengalah sama sekali. Kita akan terus menjalankan usaha-usaha perbincangan dan saya hendak memaklumkan juga kepada Dewan yang mulia ini bahawa pada 12 November 2018, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan ke Republik Singapura dan mungkin juga antara satu daripada isu yang akan dibincangkan juga adalah mengenai kedudukan harga air pada Singapura. Jadi saya rasa ini kita akan terus memberi komitmen dan saya yakin dengan kerjasama semua Ahli Parlimen yang ada dalam Dewan yang mulia ini akan dapat memberi kekuatan buat kita untuk meneruskan usaha mengembalikan balik harga yang sepatutnya kepada Kerajaan Malaysia. Terima kasih.
17
29
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
18 DR.31.10.2018 Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berkenaan dengan isu perjanjian air ini, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah benar tanggapan umum terutama di selatan, di Johor bahawa Kerajaan Singapura menganggap Perjanjian Air antara Malaysia-Singapura ini perjanjian yang terlalu keramat, terlalu suci atau sacred yang sekiranya perjanjian ini dikaji semula, membawa kepada dibatalkan? Ada tanggapan yang berlegar bahawa Singapura sanggup pergi perang untuk memastikan bekalan air daripada sungai Johor, dari Malaysia itu terjamin. Oleh sebab itu, pendirian mereka begitu keras. ■1130 Jadi, sebagai Yang Berhormat Menteri di Kementerian Luar Negeri, saya ingin meminta penjelasan adakah persepsi atau tanggapan ini benar? Ini kerana kawasan Pasir Gudang ini berdekatan dengan Singapura, berkongsi Selat Tebrau, Selat Johor yang terlalu cetek dan dekat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Pasir Gudang, hari ini hubungan dua hala di antara Malaysia dan Singapura adalah begitu baik. Banyak perkara yang dapat kita selesaikan melalui diplomasi perbincangan. Jadi, saya pula tidak difahamkanlah sampai ada hendak berperang kerana air ini. Akan tetapi perkara ini kita ada jalan keluarnya. Kalau sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan, kita boleh bawa kepada timbang tara. Ini bergantung kepada budi bicara dan keputusan kerajaan. Jadi saya rasa tanggapan tersebut itu yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi memang tidak benar sama sekali kerana ini ada sesetengah pihak yang cuba mengadu-domba. Bagi kita Malaysia kita lebih mengutamakan hubungan kita dengan dua hala. Sekian, terima kasih. 9. Tuan Teh Kok Lim [Taiping] minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha-usaha yang telah diambil untuk membaiki kedudukan universiti-universiti tempatan utama di peringkat antarabangsa. Timbalan Menteri Pendidikan [Puan Teo Nie Ching]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia berpendirian bahawa ranking institusi pendidikan tinggi (IPT) adalah penting tetapi bukan menjadi matlamat utama sesebuah IPT. Sebaliknya, aspek yang sedang mendapat perhatian serius KPNK ini adalah untuk meningkatkan kualiti berteraskan nilai dan kemanusiaan melalui elemen kasih sayang, kegembiraan dan hormat-menghormati. Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), aspek kualiti adalah salah satu teras yang menjadi keutamaan. Akan tetapi kerajaan baharu mahukan lebih banyak hasil terutamanya kualiti para pensyarah, kualiti graduan, kualiti kurikulum dan kecekapan mengurus kos dalam ekosistem yang lebih mampan. Ini penting bagi memastikan kecemerlangan berterusan di dalam sistem pendidikan tinggi. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Justeru, KPM sedang melaksanakan transformasi penawaran program akademik universiti awam bagi memastikan program akademi yang hendak ditawarkan merupakan program yang relevan, terkini dan mempunyai kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi. Manakala, program akademik yang dikekalkan dalam sistem penawaran adalah program yang menepati aspek keperluan tenaga negara, laluan kerjaya dan tahap kebolehpasaran graduan dan tiada duplikasi program akademik sedia ada di kalangan IPT. Walau bagaimanapun, KPM terus berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan UA di peringkat antarabangsa melalui memperbanyakkan program partnership dengan izin dan kolaborasi dengan institusi terkenal dunia melalui Skim Padanan Geran Penyelidikan. Antara kolaborasi tersebut adalah kerjasama dengan Research Council United Kingdom (RCUK)
Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berkenaan dengan isu perjanjian air ini, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah benar tanggapan umum terutama di selatan, di Johor bahawa Kerajaan Singapura menganggap Perjanjian Air antara Malaysia-Singapura ini perjanjian yang terlalu keramat, terlalu suci atau sacred yang sekiranya perjanjian ini dikaji semula, membawa kepada dibatalkan? Ada tanggapan yang berlegar bahawa Singapura sanggup pergi perang untuk memastikan bekalan air daripada sungai Johor, dari Malaysia itu terjamin. Oleh sebab itu, pendirian mereka begitu keras. #1130 Jadi, sebagai Yang Berhormat Menteri di Kementerian Luar Negeri, saya ingin meminta penjelasan adakah persepsi atau tanggapan ini benar? Ini kerana kawasan Pasir Gudang ini berdekatan dengan Singapura, berkongsi Selat Tebrau, Selat Johor yang terlalu cetek dan dekat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Pasir Gudang, hari ini hubungan dua hala di antara Malaysia dan Singapura adalah begitu baik. Banyak perkara yang dapat kita selesaikan melalui diplomasi perbincangan. Jadi, saya pula tidak difahamkanlah sampai ada hendak berperang kerana air ini. Akan tetapi perkara ini kita ada jalan keluarnya. Kalau sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan, kita boleh bawa kepada timbang tara. Ini bergantung kepada budi bicara dan keputusan kerajaan. Jadi saya rasa tanggapan tersebut itu yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi memang tidak benar sama sekali kerana ini ada sesetengah pihak yang cuba mengadu-domba. Bagi kita Malaysia kita lebih mengutamakan hubungan kita dengan dua hala. Sekian, terima kasih. 9. Tuan Teh Kok Lim [Taiping] minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha-usaha yang telah diambil untuk membaiki kedudukan universiti-universiti tempatan utama di peringkat antarabangsa. Timbalan Menteri Pendidikan [Puan Teo Nie Ching]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia berpendirian bahawa ranking institusi pendidikan tinggi (IPT) adalah penting tetapi bukan menjadi matlamat utama sesebuah IPT. Sebaliknya, aspek yang sedang mendapat perhatian serius KPNK ini adalah untuk meningkatkan kualiti berteraskan nilai dan kemanusiaan melalui elemen kasih sayang, kegembiraan dan hormat-menghormati. Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), aspek kualiti adalah salah satu teras yang menjadi keutamaan. Akan tetapi kerajaan baharu mahukan lebih banyak hasil terutamanya kualiti para pensyarah, kualiti graduan, kualiti kurikulum dan kecekapan mengurus kos dalam ekosistem yang lebih mampan. Ini penting bagi memastikan kecemerlangan berterusan di dalam sistem pendidikan tinggi. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]. Justeru, KPM sedang melaksanakan transformasi penawaran program akademik universiti awam bagi memastikan program akademi yang hendak ditawarkan merupakan program yang relevan, terkini dan mempunyai kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi. Manakala, program akademik yang dikekalkan dalam sistem penawaran adalah program yang menepati aspek keperluan tenaga negara, laluan kerjaya dan tahap kebolehpasaran graduan dan tiada duplikasi program akademik sedia ada di kalangan IPT. Walau bagaimanapun, KPM terus berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan UA di peringkat antarabangsa melalui memperbanyakkan program partnership dengan izin dan kolaborasi dengan institusi terkenal dunia melalui Skim Padanan Geran Penyelidikan. Antara kolaborasi tersebut adalah kerjasama dengan Research Council United Kingdom (RCUK).
18
30
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 19 dengan izin, sejak tahun 2016, Japan Science and Technology Agency (JST) sejak tahun 2015 dan Japan International Corporation Agency (JICA) sejak tahun 2012. Selain itu, KPM juga dalam proses untuk bekerjasama dengan Agensi Penyelidikan Antarabangsa yang berpotensi seperti Southeast Asia Europe, Department of Guangxi Zhuang Autonomous Region, Republic of China dan e-ASIA JRP. Bagi peningkatan kualiti IPT terutamanya Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), penarafan peringkat nasional telah pun dilaksanakan ke atas IPTS iaitu Malaysian Ranking for University dan College University Excellence setara dan unit Malaysian Quality Evaluation System (MyQUEST). Antara indicator terlibat dalam penilaian penarafan ini, kualiti program yang ditawarkan, tadbir urus yang baik, sistem pengurusan berkualiti, pengurusan pelajar antarabangsa, kebajikan pelajar dan penyelidikan. Sistem penarafan ini memberikan daya saing di antara IPTS untuk menjadi IPTS yang terbaik dan berkualiti. Selain usaha memperlihatkan jenama pendidikan IPT ke peringkat antarabangsa, KPM terus memperkasakan usaha promosi bagi meningkatkan kemasukan pelajar antarabangsa ke Malaysia melalui promosi antarabangsa antara kerajaan (G2G), rundingan secara berterusan dengan pihak kerajaan dan universiti di luar negara serta kerjasama antara KPM dengan kedutaan di negara lain bagi memudahkan urusan kemasukan pelajar antarabangsa. Sekian jawapan saya. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Soalan tambahan. Tuan Teh Kok Lim [Taiping]: Taiping. Tuan Yang di-Pertua: Sebenarnya masa pun sudah pukul 11.36 pagi, sudah pun melepasi masa. Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut]: Pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan pendek sahaja. Pendek sangat. Tuan Teh Kok Lim [Taiping]: Soalan tambahan dari Taiping. Ini soalan Taiping. Tuan Yang di-Pertua, soalan Taiping, soalan tambahan Taiping. Tuan Yang di-Pertua: Soalan Yang Berhormat Taiping, satu minit untuk soalan tambahan dan menjawab. Silakan. Tuan Teh Kok Lim [Taiping]: Terima kasih atas jawapan yang menunjukkan pihak kementerian begitu bersungguh-sungguh dan serius dalam usaha membangunkan semula jenama IPT dalam negara. Soalan seterusnya, apakah usaha kementerian dalam mempertingkatkan kemasukan pelajar antarabangsa iaitu international students dengan izin, ke negara ini dalam usaha memelihara dan menambah baik jenama pendidikan negara di peringkat antarabangsa. Terima kasih. Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Taiping atas soalan tambahan tersebut. Setakat 30 Jun 2018, seramai 173,768 orang pelajar antarabangsa yang sedang belajar di Malaysia. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.3 peratus dari suku tahun pertama tahun 2018. Antaranya bilangan pelajar antarabangsa kita paling banyak datang dari Bangladesh, China, Nigeria, Indonesia dan juga Pakistan. Sasaran kerajaan adalah untuk menambahkan bilangan pelajar antarabangsa di institusi pendidikan tinggi kepada 250,000 orang pelajar pada tahun 2025. Walau bagaimanapun, sasaran baharu bagi jumlah ini akan ditetapkan semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selepas semakan semula Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) oleh Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi selesai dibuat. Jadi, usaha kita selepas sasaran baharu telah ditetapkan, kita akan buat rancangan baharu untuk menambah lagi bilangan pelajar antarabangsa di IPT kita. Sekian jawapan saya, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Soalan terakhir Yang Berhormat Besut. Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut]: Pendek sahaja. Saya ada keratan akhbar yang mengatakan dahulu Yang Berhormat Menteri kata ranking tidak mustahak. Sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab di Parlimen ranking mustahak, penting. Jadi, apa yang saya dengar selama kini di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah– the only word, sorry to use caption ini Tuan Yang di-Pertua, the only constant yang saya nampak di kementerian ini is inconsistencies. [Ketawa]
dengan izin, sejak tahun 2016, Japan Science and Technology Agency (JST) sejak tahun 2015 dan Japan International Corporation Agency (JICA) sejak tahun 2012. Selain itu, KPM juga dalam proses untuk bekerjasama dengan Agensi Penyelidikan Antarabangsa yang berpotensi seperti Southeast Asia Europe, Department of Guangxi Zhuang Autonomous Region, Republic of China dan e-ASIA JRP. Bagi peningkatan kualiti IPT terutamanya Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), penarafan peringkat nasional telah pun dilaksanakan ke atas IPTS iaitu Malaysian Ranking for University dan College University Excellence setara dan unit Malaysian Quality Evaluation System (MyQUEST). Antara indicator terlibat dalam penilaian penarafan ini, kualiti program yang ditawarkan, tadbir urus yang baik, sistem pengurusan berkualiti, pengurusan pelajar antarabangsa, kebajikan pelajar dan penyelidikan. Sistem penarafan ini memberikan daya saing di antara IPTS untuk menjadi IPTS yang terbaik dan berkualiti. Selain usaha memperlihatkan jenama pendidikan IPT ke peringkat antarabangsa, KPM terus memperkasakan usaha promosi bagi meningkatkan kemasukan pelajar antarabangsa ke Malaysia melalui promosi antarabangsa antara kerajaan (G2G), rundingan secara berterusan dengan pihak kerajaan dan universiti di luar negara serta kerjasama antara KPM dengan kedutaan di negara lain bagi memudahkan urusan kemasukan pelajar antarabangsa. Sekian jawapan saya. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Soalan tambahan. Tuan Teh Kok Lim [Taiping]: Taiping. Tuan Yang di-Pertua: Sebenarnya masa pun sudah pukul 11.36 pagi, sudah pun melepasi masa. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut]: Pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan pendek sahaja. Pendek sangat. Tuan Teh Kok Lim [Taiping]: Soalan tambahan dari Taiping. Ini soalan Taiping. Tuan Yang di-Pertua, soalan Taiping, soalan tambahan Taiping. Tuan Yang di-Pertua: Soalan Yang Berhormat Taiping, satu minit untuk soalan tambahan dan menjawab. Silakan. Tuan Teh Kok Lim [Taiping]: Terima kasih atas jawapan yang menunjukkan pihak kementerian begitu bersungguh-sungguh dan serius dalam usaha membangunkan semula jenama IPT dalam negara. Soalan seterusnya, apakah usaha kementerian dalam mempertingkatkan kemasukan pelajar antarabangsa iaitu international students dengan izin, ke negara ini dalam usaha memelihara dan menambah baik jenama pendidikan negara di peringkat antarabangsa. Terima kasih. Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Taiping atas soalan tambahan tersebut. Setakat 30 Jun 2018, seramai 173,768 orang pelajar antarabangsa yang sedang belajar di Malaysia. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.3 peratus dari suku tahun pertama tahun 2018. Antaranya bilangan pelajar antarabangsa kita paling banyak datang dari Bangladesh, China, Nigeria, Indonesia dan juga Pakistan. Sasaran kerajaan adalah untuk menambahkan bilangan pelajar antarabangsa di institusi pendidikan tinggi kepada 250,000 orang pelajar pada tahun 2025. Walau bagaimanapun, sasaran baharu bagi jumlah ini akan ditetapkan semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selepas semakan semula Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) oleh Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi selesai dibuat. Jadi, usaha kita selepas sasaran baharu telah ditetapkan, kita akan buat rancangan baharu untuk menambah lagi bilangan pelajar antarabangsa di IPT kita. Sekian jawapan saya, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Soalan terakhir Yang Berhormat Besut. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut]: Pendek sahaja. Saya ada keratan akhbar yang mengatakan dahulu Yang Berhormat Menteri kata ranking tidak mustahak. Sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab di Parlimen ranking mustahak, penting. Jadi, apa yang saya dengar selama kini di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah- the only word, sorry to use caption ini Tuan Yang di-Pertua, the only constant yang saya nampak di kementerian ini is inconsistencies. [Ketawa].
19
31
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
20 DR.31.10.2018 Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan dengan secara ringkas. Puan Teo Nie Ching: Saya rasa Yang Berhormat Besut tidak dengar jawapan saya baik-baik tadi. Kita sudah jawab bahawa ranking bukan satu matlamat utama sesebuah IPT ada banyak aspek. Akan tetapi tidak semestinya bermaksud bahawa kita tidak perlu buat rujukan kepada ranking kedudukan antarabangsa. Saya rasa itu satu konsep yang sangat simple sahaja. Malangnya Yang Berhormat Besut itu pun tidak faham. Jadi tidak apa lah atau apa sajalah yang boleh buat. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut]: Akan tetapi Yang Berhormat Menteri dahulu kata tidak penting. Jelas, it is very– ia jelas dalam banyak perkataan yang Yang Berhormat Menteri kata tidak penting. Sekarang ini perkataan yang dijawab tadi ialah penting, itu sahaja. Bukan tidak faham, faham. Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dulu kata penting, ini hari kata tidak penting. Itu maksud dia. Being inconsistent. Puan Teo Nie Ching: Salah satu priorities, salah satu rujukan. Tuan Wong Kah Woh [Ipoh Timur]: It is okay, tidak apalah Yang Berhormat Pasir Salak duduklah. Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Masa pun sudah habis. Masa sudah habis. Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Alah, you hendak sokong macam itu lah hendak sokong. Apa lah. No class. Tuan Yang di-Pertua: Masa sudah habis. Dengan itu selesailah sesi jawapan lisan. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat] ■1140 USUL WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT 11.40 pg. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 1 November 2018.” Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Mohd Azis bin Jamman]: Tuan Yang di- Pertua, Sepanggar menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, pastikan dia orang ada. Kalau tidak kuorum selalu tidak ada tau. [Dewan riuh] Tuan Wong Kah Woh [Ipoh Timur]: Yang Berhormat Pasir Salak pastikan ada.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan dengan secara ringkas. Puan Teo Nie Ching: Saya rasa Yang Berhormat Besut tidak dengar jawapan saya baik-baik tadi. Kita sudah jawab bahawa ranking bukan satu matlamat utama sesebuah IPT ada banyak aspek. Akan tetapi tidak semestinya bermaksud bahawa kita tidak perlu buat rujukan kepada ranking kedudukan antarabangsa. Saya rasa itu satu konsep yang sangat simple sahaja. Malangnya Yang Berhormat Besut itu pun tidak faham. Jadi tidak apa lah atau apa sajalah yang boleh buat. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut]: Akan tetapi Yang Berhormat Menteri dahulu kata tidak penting. Jelas, it is very- ia jelas dalam banyak perkataan yang Yang Berhormat Menteri kata tidak penting. Sekarang ini perkataan yang dijawab tadi ialah penting, itu sahaja. Bukan tidak faham, faham. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dulu kata penting, ini hari kata tidak penting. Itu maksud dia. Being inconsistent. Puan Teo Nie Ching: Salah satu priorities, salah satu rujukan. Tuan Wong Kah Woh [Ipoh Timur]: It is okay, tidak apalah Yang Berhormat Pasir Salak duduklah. Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Masa pun sudah habis. Masa sudah habis. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Alah, you hendak sokong macam itu lah hendak sokong. Apa lah. No class. Tuan Yang di-Pertua: Masa sudah habis. Dengan itu selesailah sesi jawapan lisan. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]. #1140 USUL. WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT. 11.40 pg. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: "Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 1 November 2018.". Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Mohd Azis bin Jamman]: Tuan Yang di- Pertua, Sepanggar menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, pastikan dia orang ada. Kalau tidak kuorum selalu tidak ada tau. [Dewan riuh] Tuan Wong Kah Woh [Ipoh Timur]: Yang Berhormat Pasir Salak pastikan ada.
20
32
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 21 Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Habis kot. Pihak kerajaan tidak cukup. Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: “Paku dulang paku serpih”. Mengata orang lebih. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai]: UMNO semua tak datang, ala. Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kita tolong tahu cukupkan kuorum. Kalau kita tidak tolong, tidak ada kuorum you all malulah. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai]: Hari itu Yang Berhormat Kuala Kangsar seorang sahaja ada daripada UMNO. Tuan Yang di-Pertua: Saya perhatikan semalam empat orang sahaja daripada sebelah sini. Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sebab empat orang itu mencukupkan. Tuan Wong Kah Woh [Ipoh Timur]: Yang Berhormat Pasir Salak jangan ponteng ya malam ini. USUL KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2016-2017 Rancangan Malaysia Kesebelas; merestui usaha kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk menambah baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara berasaskan prinsip pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018-2020 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat menurut Kertas Perintah CMD.22 Tahun 2018; dan Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama.” [30 Oktober 2018] Tuan Yang di-Pertua: Sekarang giliran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 40 minit hingga 45 minit untuk dijawab.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Habis kot. Pihak kerajaan tidak cukup. Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: "Paku dulang paku serpih". Mengata orang lebih. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai]: UMNO semua tak datang, ala. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kita tolong tahu cukupkan kuorum. Kalau kita tidak tolong, tidak ada kuorum you all malulah. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai]: Hari itu Yang Berhormat Kuala Kangsar seorang sahaja ada daripada UMNO. Tuan Yang di-Pertua: Saya perhatikan semalam empat orang sahaja daripada sebelah sini. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sebab empat orang itu mencukupkan. Tuan Wong Kah Woh [Ipoh Timur]: Yang Berhormat Pasir Salak jangan ponteng ya malam ini. USUL. KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS. Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: "Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2016-2017 Rancangan Malaysia Kesebelas; merestui usaha kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk menambah baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara berasaskan prinsip pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018-2020 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat menurut Kertas Perintah CMD.22 Tahun 2018; dan Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama." [30 Oktober 2018]. Tuan Yang di-Pertua: Sekarang giliran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 40 minit hingga 45 minit untuk dijawab.
21
33
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
22 DR.31.10.2018 11.41 pg. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada 27 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Rajang, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Jerai. Mereka telah mengambil bahagian dalam perbahasan sejak 22 Oktober yang menyentuh lima isu utama berkaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu menyentuh kerajaan tempatan, perumahan, perkhidmatan perbandaran, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan kebombaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mungkin tidak tersenarai di sini tetapi turut membahaskan juga. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan isu pemerkasaan pihak berkuasa tempatan, PBT di bawah Tonggak 1. Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu mengadakan pilihan raya PBT sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Setiawangsa dan Yang Berhormat Kota Kinabalu. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pilihan raya PBT akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun iaitu pada tahun 2020, insya-Allah. Pada masa kini, KPKT di bawah Kerajaan Pakatan Harapan sedang mengkaji kebolehlaksanaan pilihan raya PBT. Antara tindakan yang diambil adalah mewujudkan satu jawatankuasa di peringkat KPKT bagi membuat kajian awal terhadap cadangan pelaksanaan pilihan raya yang merangkumi implikasi perundangan mekanisme pilihan raya dan keperluan kewangan. Kedua ialah untuk mengadakan sesi libat urus atau engagement dengan izin dengan agensi yang terlibat seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, kerajaan negeri, pihak berkuasa dan agensi-agensi lain bagi mendapatkan input yang berkaitan bagi pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon laluan. Tuan Yang di-Pertua: Bagi laluan? Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Saya mohon habiskan sedikit kerana baru mula. Ketiga ialah mengkaji amalan terbaik pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di negara lain untuk dijadikan panduan pelaksanaan pilihan raya. KPKT akan menjemput pakar-pakar dari luar untuk berkongsi amalan terbaik atau best practices pelaksanaan pilihan raya PBT. Kami juga akan mengadakan satu konvensyen PBT yang dianjurkan pada Disember 2018 ini. Saya ingin memberi sedikit contoh ialah bagi model pilihan raya PBT. KPKT akan pilih yang paling sesuai dengan komposisi kaum dan budaya di Malaysia. Sebagai tambahan, di antara perkara-perkara yang kita akan ambil pertimbangan yang utama adalah Akta Pilihan Raya 1958, Akta Ibu Kota Persekutuan, Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Peraturan-peraturan Pilihan Raya 1981 dan Peraturan Pilihan Raya dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya Pengundi Pos 2003. Sila. Tuan Yang di-Pertua: Ya silakan. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Setiawangsa ingin bertanya. Kita faham tentang proses yang perlu dilalui untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan yang sudah lama tidak dibuat di negara kita. Cuma, bolehkah sekiranya kita ada banyak kekangan di kawasan-kawasan lain. Kami di Wilayah Persekutuan meminta kita memulakan satu pilot project kerana boleh belajar daripada pengalaman di Wilayah Persekutuan tersebut.
11.41 pg. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada 27 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Rajang, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Jerai. Mereka telah mengambil bahagian dalam perbahasan sejak 22 Oktober yang menyentuh lima isu utama berkaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu menyentuh kerajaan tempatan, perumahan, perkhidmatan perbandaran, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan kebombaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mungkin tidak tersenarai di sini tetapi turut membahaskan juga. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan isu pemerkasaan pihak berkuasa tempatan, PBT di bawah Tonggak 1. Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu mengadakan pilihan raya PBT sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Setiawangsa dan Yang Berhormat Kota Kinabalu. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pilihan raya PBT akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun iaitu pada tahun 2020, insya-Allah. Pada masa kini, KPKT di bawah Kerajaan Pakatan Harapan sedang mengkaji kebolehlaksanaan pilihan raya PBT. Antara tindakan yang diambil adalah mewujudkan satu jawatankuasa di peringkat KPKT bagi membuat kajian awal terhadap cadangan pelaksanaan pilihan raya yang merangkumi implikasi perundangan mekanisme pilihan raya dan keperluan kewangan. Kedua ialah untuk mengadakan sesi libat urus atau engagement dengan izin dengan agensi yang terlibat seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, kerajaan negeri, pihak berkuasa dan agensi-agensi lain bagi mendapatkan input yang berkaitan bagi pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon laluan. Tuan Yang di-Pertua: Bagi laluan?. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Saya mohon habiskan sedikit kerana baru mula. Ketiga ialah mengkaji amalan terbaik pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di negara lain untuk dijadikan panduan pelaksanaan pilihan raya. KPKT akan menjemput pakar-pakar dari luar untuk berkongsi amalan terbaik atau best practices pelaksanaan pilihan raya PBT. Kami juga akan mengadakan satu konvensyen PBT yang dianjurkan pada Disember 2018 ini. Saya ingin memberi sedikit contoh ialah bagi model pilihan raya PBT. KPKT akan pilih yang paling sesuai dengan komposisi kaum dan budaya di Malaysia. Sebagai tambahan, di antara perkara-perkara yang kita akan ambil pertimbangan yang utama adalah Akta Pilihan Raya 1958, Akta Ibu Kota Persekutuan, Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Peraturan-peraturan Pilihan Raya 1981 dan Peraturan Pilihan Raya dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya Pengundi Pos 2003. Sila. Tuan Yang di-Pertua: Ya silakan. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Setiawangsa ingin bertanya. Kita faham tentang proses yang perlu dilalui untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan yang sudah lama tidak dibuat di negara kita. Cuma, bolehkah sekiranya kita ada banyak kekangan di kawasan-kawasan lain. Kami di Wilayah Persekutuan meminta kita memulakan satu pilot project kerana boleh belajar daripada pengalaman di Wilayah Persekutuan tersebut.
11
34
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 23 Kedua, memandangkan hari ini di Wilayah Persekutuan memang ada defisit undi yang mana pengundi hanya ada satu undi dan tidak dapat memilih wakil Dewan Undangan Negeri mereka. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ya, insya-Allah saya rasa kita akan masuk di dalam tiga tahun yang akan datang ini beberapa kajian dan mungkin juga termasuk pilot project. Ini kerana di antara contoh-contoh yang kita akan membuat perbandingan adalah seperti apa yang dilakukan di England iaitu jumlah PBT-nya adalah 353, Australia 564 dan Indonesia yang paling terdekat dan agak mungkin paling relevan 509 dan Korea Selatan sebagai satu lagi contoh yang diperkatakan negara Asia. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu]: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan. Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kota Kinabalu minta laluan. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu]: Oleh kerana Sabah dan Sarawak tidak ada Local Government Ordinance sendiri, so kalau di peringkat persekutuan katakanlah kita adakan pilihan raya untuk kerajaan tempatan menjelang tahun 2020, so macam mana ia diextend, dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ya, seperti yang saya katakan tadi kita akan tengok secara keseluruhannya di dalam tempoh kajian kita di mana tiga tahun ini kita akan membuat kajian dengan mengkaji apa yang terdapat di Sabah dan Sarawak juga dan akan diselaraskan. Saya rasa itu adalah di dalam perhatian dan dalam tindakan kami, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua,... Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Tuan Yang di-Pertua, Pasir Mas. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Mas minta laluan. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan pandangan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir atau Yang Berhormat Langkawi baru-baru ini di Bicara Minda di Shah Alam. Beliau memberikan pandangan bahawa belum sampai masanya untuk kita adakan pilihan raya PBT dalam negara kita. Jadi, bagaimana pandangan pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ya, saya rasa tidak ada salahnya kita membuat kajian. Ini kerana ini bukan untuk dilaksanakan dalam waktu terdekat. Tiga tahun adalah satu tempoh yang kita akan ambil untuk memberi satu pandangan menyeluruh supaya boleh dipertimbangkan semula. Saya rasa di dalam sesuatu demokrasi yang maju, kita perlu tengok kepada model yang terbaik. Ini kerana satu contohlah Yang Berhormat Menteri KPKT telah melawat sebuah negara Afrika baru-baru ini di Rwanda. Kita amat kagum, sebuah negara yang agak kita rasa ketinggalan mempunyai ahli-ahli majlis yang begitu fasih, begitu cekap boleh menandingi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri. Inilah kualiti yang kita hendak lihat di dalam kerajaan tempatan kita. Ini saya rasa adalah satu positive impact. Saya rasa itulah yang menjadi tanggungjawab kita untuk memberi pandangan bagaimana kita boleh meningkatkan khidmat untuk rakyat supaya semua wakil-wakil rakyat di mana juga peringkat termasuk kerajaan tempatan memberi khidmat yang terbaik insya-Allah. Tuan Wong Chen [Subang]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, penjelasan boleh tak? Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Subang minta penjelasan. Tuan Wong Chen [Subang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri ini kawan baik saya dan kita selalu bincang di luar dan juga di dalam ini saya hendak formal, secara formal hendak tanya. Saya dengar itu Yang Berhormat Menteri kata dua tahun untuk local election. Akan tetapi jawapan yang Yang Berhormat Timbalan Menteri beri pada pagi ini adalah tentang tiga tahun kajian. ■1150 Adakah ini bermakna kalau terdapat local government elections ia akan dilakukan pada tahun keempat, adakah itu situasi sebenarnya? Adakah ini kalau tahun keempat, baik
Kedua, memandangkan hari ini di Wilayah Persekutuan memang ada defisit undi. yang mana pengundi hanya ada satu undi dan tidak dapat memilih wakil Dewan Undangan Negeri mereka. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ya, insya-Allah saya rasa kita akan masuk di dalam tiga tahun yang akan datang ini beberapa kajian dan mungkin juga termasuk pilot project. Ini kerana di antara contoh-contoh yang kita akan membuat perbandingan adalah seperti apa yang dilakukan di England iaitu jumlah PBT-nya adalah 353, Australia 564 dan Indonesia yang paling terdekat dan agak mungkin paling relevan 509 dan Korea Selatan sebagai satu lagi contoh yang diperkatakan negara Asia. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu]: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan. Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kota Kinabalu minta laluan. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu]: Oleh kerana Sabah dan Sarawak tidak ada Local Government Ordinance sendiri, so kalau di peringkat persekutuan katakanlah kita adakan pilihan raya untuk kerajaan tempatan menjelang tahun 2020, so macam mana ia diextend, dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ya, seperti yang saya katakan tadi kita akan tengok secara keseluruhannya di dalam tempoh kajian kita di mana tiga tahun ini kita akan membuat kajian dengan mengkaji apa yang terdapat di Sabah dan Sarawak juga dan akan diselaraskan. Saya rasa itu adalah di dalam perhatian dan dalam tindakan kami, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua,... Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Tuan Yang di-Pertua, Pasir Mas. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Mas minta laluan. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan pandangan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir atau Yang Berhormat Langkawi baru-baru ini di Bicara Minda di Shah Alam. Beliau memberikan pandangan bahawa belum sampai masanya untuk kita adakan pilihan raya PBT dalam negara kita. Jadi, bagaimana pandangan pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ya, saya rasa tidak ada salahnya kita membuat kajian. Ini kerana ini bukan untuk dilaksanakan dalam waktu terdekat. Tiga tahun adalah satu tempoh yang kita akan ambil untuk memberi satu pandangan menyeluruh supaya boleh dipertimbangkan semula. Saya rasa di dalam sesuatu demokrasi yang maju, kita perlu tengok kepada model yang terbaik. Ini kerana satu contohlah Yang Berhormat Menteri KPKT telah melawat sebuah negara Afrika baru-baru ini di Rwanda. Kita amat kagum, sebuah negara yang agak kita rasa ketinggalan mempunyai ahli-ahli majlis yang begitu fasih, begitu cekap boleh menandingi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri. Inilah kualiti yang kita hendak lihat di dalam kerajaan tempatan kita. Ini saya rasa adalah satu positive impact. Saya rasa itulah yang menjadi tanggungjawab kita untuk memberi pandangan bagaimana kita boleh meningkatkan khidmat untuk rakyat supaya semua wakil-wakil rakyat di mana juga peringkat termasuk kerajaan tempatan memberi khidmat yang terbaik insya-Allah. Tuan Wong Chen [Subang]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, penjelasan boleh tak?. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Subang minta penjelasan. Tuan Wong Chen [Subang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri ini kawan baik saya dan kita selalu bincang di luar dan juga di dalam ini saya hendak formal, secara formal hendak tanya. Saya dengar itu Yang Berhormat Menteri kata dua tahun untuk local election. Akan tetapi jawapan yang Yang Berhormat Timbalan Menteri beri pada pagi ini adalah tentang tiga tahun kajian. #1150. Adakah ini bermakna kalau terdapat local government elections ia akan dilakukan pada tahun keempat, adakah itu situasi sebenarnya? Adakah ini kalau tahun keempat, baik.
23
35
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
24 DR.31.10.2018 kita sambung dengan pilihan raya besar. The general election. Just do one shot lah. Apakah pendapat Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ya, ini adalah peringkat cadangan untuk dibuat kajian. Kalau mengikut schedule yang kita adakan, dengan izin, kita akan mulakan– sudah dimulakan pada Jun 2018 untuk focus group. Mengikut jadual ini juga, dry run akan dilakukan pada awal 2020. Jadi, ini adalah satu tentatif dateline atau tarikh yang kita hajatkan untuk dicapai dalam tempoh kajian kita. Akan tetapi itulah, saya rasa along the way, dengan izin, kita bolehlah adjust according to the situation dan dengan mendengar pandangan semua pihak, termasuk juga pihak pembangkang. Kalau saya diizinkan pergi ke tajuk yang seterusnya iaitu... Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Menteri, ada sikit sahaja. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Untuk isu yang sama lagi? Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Sikit sahaja soalan. Sekejap. Satu soalan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya nak buat pertanyaan berkenaan dengan PBT ini yang mana tadi dirujuk kepada satu tempat atau negara dunia ketiga yang ada kesan baik. Ya lah kita perlu ada budaya, culture dan juga komposisi kaum. Ini perlu kita lihat dan feasibility study yang dibuat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini, adakah akan dibentangkan di dalam Parlimen ini untuk kita semua melihat impak negatif dan positifnya? Jadi, soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bilakah feasibility study ini akan siap dan akan dibentangkan di Parlimen untuk kita semua berbahas berkenaan dengan kesan baik dan buruk? Sekian. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Okey, baik. Untuk memberi gambaran, ini adalah tentative program kita. Dalam kajian kita dalam lebih kurang tiga tahun, pada tahun ini, Ogos– October engagement dengan stakeholders. Oktober tahun ini juga, sepatutnya perbincangan bersama Bahagian Undang-undang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pada bulan November, engagement dengan stakeholders juga. Ini adalah proses-proses yang kita akan lalui dan insya-Allah akan sampai juga ke peringkat the lawmakers di Parlimen. Pada bulan Disember 2018, MJM Pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan akan mengadakan apa yang telah dihajatkan. Pada bulan Januari – April, pindaan perundangan yang terlibat. Ini adalah proses-proses yang kita akan lalui dan pada April–Jun, ulasan Jabatan Peguam Negara dan pembentangan di Parlimen, insya-Allah kita akan adakan pada September–Oktober 2019. Ini adalah di antara program kita. Saya rasa Yang Berhormat tidak perlu begitu gusar kerana memang sikap Pakatan Harapan untuk menjadi kerajaan yang inklusif dan kita tidak akan membuat sesuatu tanpa merujuk kepada semua pihak, insya-Allah. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Kangar. Yang Berhormat Kangar ada di dalam Dewan? Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada. Jawapan bertulis sahajalah. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Okey, jadi saya pergi kepada jawapan yang seterusnya. Yang Berhormat Kangar sebenarnya ada tiga soalan. Seterusnya, Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Tebrau ada? Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tebrau ada. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Baik. Seterusnya, Yang Berhormat Tebrau berharap satu garis panduan disediakan untuk kawal selia projek seperti kajian impak kepada lalu lintas dan juga saliran air hujan dalam usaha mengurangkan risiko bencana sebelum sebarang cadangan diluluskan. Ini adalah satu cadangan yang baik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga telah menyediakan pekeliling berkaitan syor-syor kawalan pembangunan di kawasan banjir kepada PBT untuk memperkukuhkan tahap kesediaan mereka dalam menghadapi masalah banjir di kawasan masing-masing serta kawalan pembangunan sebagai panduan kepada PBT. Pekeliling ini bertujuan untuk memastikan projek, termasuk projek perumahan yang dibangunkan tidak akan mengakibatkan bencana seperti banjir kilat di sekeliling. Selain daripada itu, semua perancangan projek pembangunan perlu mematuhi akta dan undang- undang kecil sebelum memperoleh kelulusan, kebenaran merancang daripada PBT. Bererti,
kita sambung dengan pilihan raya besar. The general election. Just do one shot lah. Apakah pendapat Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ya, ini adalah peringkat cadangan untuk dibuat kajian. Kalau mengikut schedule yang kita adakan, dengan izin, kita akan mulakan- sudah dimulakan pada Jun 2018 untuk focus group. Mengikut jadual ini juga, dry run akan dilakukan pada awal 2020. Jadi, ini adalah satu tentatif dateline atau tarikh yang kita hajatkan untuk dicapai dalam tempoh kajian kita. Akan tetapi itulah, saya rasa along the way, dengan izin, kita bolehlah adjust according to the situation dan dengan mendengar pandangan semua pihak, termasuk juga pihak pembangkang. Kalau saya diizinkan pergi ke tajuk yang seterusnya iaitu... Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Menteri, ada sikit sahaja. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Untuk isu yang sama lagi?. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Sikit sahaja soalan. Sekejap. Satu soalan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya nak buat pertanyaan berkenaan dengan PBT ini yang mana tadi dirujuk kepada satu tempat atau negara dunia ketiga yang ada kesan baik. Ya lah kita perlu ada budaya, culture dan juga komposisi kaum. Ini perlu kita lihat dan feasibility study yang dibuat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini, adakah akan dibentangkan di dalam Parlimen ini untuk kita semua melihat impak negatif dan positifnya? Jadi, soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bilakah feasibility study ini akan siap dan akan dibentangkan di Parlimen untuk kita semua berbahas berkenaan dengan kesan baik dan buruk? Sekian. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Okey, baik. Untuk memberi gambaran, ini adalah tentative program kita. Dalam kajian kita dalam lebih kurang tiga tahun, pada tahun ini, Ogos- October engagement dengan stakeholders. Oktober tahun ini juga, sepatutnya perbincangan bersama Bahagian Undang-undang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pada bulan November, engagement dengan stakeholders juga. Ini adalah proses-proses yang kita akan lalui dan insya-Allah akan sampai juga ke peringkat the lawmakers di Parlimen. Pada bulan Disember 2018, MJM Pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan akan mengadakan apa yang telah dihajatkan. Pada bulan Januari- April, pindaan perundangan yang terlibat. Ini adalah proses-proses yang kita akan lalui dan pada April-Jun, ulasan Jabatan Peguam Negara dan pembentangan di Parlimen, insya-Allah kita akan adakan pada September-Oktober 2019. Ini adalah di antara program kita. Saya rasa Yang Berhormat tidak perlu begitu gusar kerana memang sikap Pakatan Harapan untuk menjadi kerajaan yang inklusif dan kita tidak akan membuat sesuatu tanpa merujuk kepada semua pihak, insya-Allah. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Kangar. Yang Berhormat Kangar ada di dalam Dewan?. Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada. Jawapan bertulis sahajalah. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Okey, jadi saya pergi kepada jawapan yang seterusnya. Yang Berhormat Kangar sebenarnya ada tiga soalan. Seterusnya, Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Tebrau ada?. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tebrau ada. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Baik. Seterusnya, Yang Berhormat Tebrau berharap satu garis panduan disediakan untuk kawal selia projek seperti kajian impak kepada lalu lintas dan juga saliran air hujan dalam usaha mengurangkan risiko bencana sebelum sebarang cadangan diluluskan. Ini adalah satu cadangan yang baik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga telah menyediakan pekeliling berkaitan syor-syor kawalan pembangunan di kawasan banjir kepada PBT untuk memperkukuhkan tahap kesediaan mereka dalam menghadapi masalah banjir di kawasan masing-masing serta kawalan pembangunan sebagai panduan kepada PBT. Pekeliling ini bertujuan untuk memastikan projek, termasuk projek perumahan yang dibangunkan tidak akan mengakibatkan bencana seperti banjir kilat di sekeliling. Selain daripada itu, semua perancangan projek pembangunan perlu mematuhi akta dan undang- undang kecil sebelum memperoleh kelulusan, kebenaran merancang daripada PBT. Bererti,
24
36
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 25 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 dan Undang- undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Seterusnya, Yang Berhormat Ayer Hitam. Ada di Dewan? Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Ayer Hitam pun tidak ada. Berikan jawapan bertulis. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Seterusnya, saya pergi kepada soalan daripada Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Jerai? Seorang Ahli: Tidak ada. Seorang Ahli: Tidak ada juga. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Jerai pun tidak ada. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Tidak ada? Okey. Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Johor Bahru. Seorang Ahli: Ada, ada, ada. Ada. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Okey, Yang Berhormat Johor Bahru. Yang Berhormat Johor Bahru telah membangkitkan soal komitmen kerajaan untuk membina sebanyak 200,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh berbaki sehingga tahun 2020, terutamanya kepada golongan belia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus komited untuk menyediakan perumahan kepada rakyat, termasuklah kepada golongan belia melalui Program Rumah Transit Belia. Antara keistimewaan Rumah Transit Belia adalah seperti berikut; (i) kadar sewaan unit adalah 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran; (ii) terdapat elemen forced saving, dengan izin, yang akan dipulangkan kepada penyewa setelah tamat tempoh penyewaan dan simpanan ini akan dapat membantu menyediakan sebahagian deposit bagi pembelian rumah yang kekal kelak; dan (iii) Rumah Transit Belia ini akan dilengkapkan dengan perabot asas bagi memberikan keselesaan kepada penyewa dan membantu mereka menyimpan wang tanpa perlu membelanjakan wang simpanan bagi pembelian perabot untuk rumah transit ini. Untuk maklumat Yang Berhormat juga, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti tapak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang boleh dibangunkan Rumah Transit Belia secara kerjasama awam–swasta. Namun begitu, pelaksanaan pembangunan ini adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Keutamaan akan diberikan kepada penduduk setempat dan yang berkelayakan di kawasan tersebut. Selain itu juga, Program Rumah Transit Malaysia bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang baru berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah dan berkelayakan. Rumah Transit Malaysia ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan sahaja bagi tempoh sewaan permulaan selama tiga tahun dengan opsyen lanjutan maksimum selama dua tahun atau one plus one, dengan izin, tertakluk kepada prestasi bayaran sewaan, penyewa dan pertimbangan rayuan untuk melanjutkan tempoh sewaan. Pada masa ini, kementerian sedang melaksanakan Program Rumah Transit Malaysia di dua lokasi iaitu Rumah Transit Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebanyak 630 unit dan Rumah Transit Malaysia Sungai Melana, Johor Bahru sebanyak 390 unit. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia untuk memperbanyakkan lagi Rumah Transit Malaysia, tertakluk kepada permohonan oleh pihak kerajaan negeri. Saya beralih kepada...
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 dan Undang- undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Seterusnya, Yang Berhormat Ayer Hitam. Ada di Dewan?. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Ayer Hitam pun tidak ada. Berikan jawapan bertulis. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Seterusnya, saya pergi kepada soalan daripada Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Jerai?. Seorang Ahli: Tidak ada. Seorang Ahli: Tidak ada juga. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Jerai pun tidak ada. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Tidak ada? Okey. Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Johor Bahru. Seorang Ahli: Ada, ada, ada. Ada. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Okey, Yang Berhormat Johor Bahru. Yang Berhormat Johor Bahru telah membangkitkan soal komitmen kerajaan untuk membina sebanyak 200,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh berbaki sehingga tahun 2020, terutamanya kepada golongan belia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus komited untuk menyediakan perumahan kepada rakyat, termasuklah kepada golongan belia melalui Program Rumah Transit Belia. Antara keistimewaan Rumah Transit Belia adalah seperti berikut; (i) kadar sewaan unit adalah 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran; (ii) terdapat elemen forced saving, dengan izin, yang akan dipulangkan kepada penyewa setelah tamat tempoh penyewaan dan simpanan ini akan dapat membantu menyediakan sebahagian deposit bagi pembelian rumah yang kekal kelak; dan. (iii) Rumah Transit Belia ini akan dilengkapkan dengan perabot asas bagi memberikan keselesaan kepada penyewa dan membantu mereka menyimpan wang tanpa perlu membelanjakan wang simpanan bagi pembelian perabot untuk rumah transit ini. Untuk maklumat Yang Berhormat juga, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti tapak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang boleh dibangunkan Rumah Transit Belia secara kerjasama awam-swasta. Namun begitu, pelaksanaan pembangunan ini adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Keutamaan akan diberikan kepada penduduk setempat dan yang berkelayakan di kawasan tersebut. Selain itu juga, Program Rumah Transit Malaysia bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang baru berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah dan berkelayakan. Rumah Transit Malaysia ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan sahaja bagi tempoh sewaan permulaan selama tiga tahun dengan opsyen lanjutan maksimum selama dua tahun atau one plus one, dengan izin, tertakluk kepada prestasi bayaran sewaan, penyewa dan pertimbangan rayuan untuk melanjutkan tempoh sewaan. Pada masa ini, kementerian sedang melaksanakan Program Rumah Transit Malaysia di dua lokasi iaitu Rumah Transit Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebanyak 630 unit dan Rumah Transit Malaysia Sungai Melana, Johor Bahru sebanyak 390 unit. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia untuk memperbanyakkan lagi Rumah Transit Malaysia, tertakluk kepada permohonan oleh pihak kerajaan negeri. Saya beralih kepada...
25
37
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
26 DR.31.10.2018 Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir [Johor Bahru]: Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mohon mencelah sedikit. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Sila. Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir [Johor Bahru]: Boleh, Tuan Yang di- Pertua? Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila. Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir [Johor Bahru]: Terima kasih kepada jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menyambut baik atas inisiatif yang diusahakan oleh kerajaan yang mana dalam isu rumah transit, kita dapat permasalahan kebanyakan keluarga yang ditinggal di rumah transit ini overstayed ataupun tinggal melebihi tempoh masa yang ditetapkan. Jadi, terdapat banyak rumah yang dijadikan sewa ini seperti kalau di Johor di Flat Larkin, Flat Sri Stulang yang mana disebabkan mereka ini mewariskan kepada kaum keluarganya, keluarga lain tidak mampu menikmati kemudahan yang disediakan. Itu yang pertama. Kedua, untuk pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri juga, saya rasa rumah transit ini konsep yang bagus tetapi perlu juga diperbanyakkan konsep sewa beli. Mungkin dari segi penjimatan kepada golongan belia apabila mereka menyewa di rumah transit tersebut, mungkin juga diberikan tawaran supaya rumah tersebut boleh diconvert ataupun diubah status daripada menyewa kepada untuk mereka membeli rumah tersebut. Oleh kerana kalau sampai sahaja tempoh, kerajaan terpaksa tanggung beban yang sangat besar untuk uruskan rumah transit ini kerana dari segi faktor usia dan juga soal struktur bangunan tersebut. Sekian, terima kasih. ■1200 Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Tentang extended stay tadi dengan izin, saya rasa kita perlulah mengkaji situasinya dari masa ke semasa kerana dalam peringkat yang awal ini kita sentiasa monitor apakah permasalahan yang timbul dan kita akan rujuk kepada legal department dan juga pihak-pihak tertentu untuk memastikan bahawa konsep ini akan boleh diteruskan tanpa tergendala kepada situasi yang sedemikian rupa. Tentang sewa beli hanya dilaksanakan di lokasi terpilih sahaja dengan persetujuan kerajaan negeri. Ini juga kita boleh extend the concept dengan kerjasama dan persetujuan kerajaan negeri. Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat yang ini juga memanglah di dalam perhatian dan juga tindakan kami dengan rundingan dengan kerajaan negeri. Baik, saya pergi kepada soalan seterusnya untuk Yang Berhormat Jeli. Tidak ada ya. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Jeli tidak ada. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Kapar. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kapar pun tidak ada. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Yang Berhormat Kapar pun tidak ada. Seterusnya Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Mas Gading. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Mas Gading, ada. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Okey. Soalannya ialah untuk menyatakan sasaran pembinaan sebanyak 7,000 unit rumah mampu milik di Sabah dan Sarawak adalah tidak mencukupi dan perlu ditambah. Ya, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pembinaan rumah mampu milik ini dilaksanakan berdasarkan keperluan dan permintaan daripada golongan sasar yang berkelayakan. Justeru sekiranya keperluan rumah mampu milik bagi golongan yang berkelayakan di Sabah dan Sarawak tinggi maka KPKT akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi meneliti syor dan cadangan tapak pembinaan rumah mampu milik yang bersesuaian bagi menampung permintaan rumah mampu milik di kawasan-kawasan yang tersebut mengikut keperluan dan permintaan.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir [Johor Bahru]: Yang Berhormat. Timbalan Menteri. Mohon mencelah sedikit. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Sila. Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir [Johor Bahru]: Boleh, Tuan Yang di- Pertua?. Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila. Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir [Johor Bahru]: Terima kasih kepada jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menyambut baik atas inisiatif yang diusahakan oleh kerajaan yang mana dalam isu rumah transit, kita dapat permasalahan kebanyakan keluarga yang ditinggal di rumah transit ini overstayed ataupun tinggal melebihi tempoh masa yang ditetapkan. Jadi, terdapat banyak rumah yang dijadikan sewa ini seperti kalau di Johor di Flat Larkin, Flat Sri Stulang yang mana disebabkan mereka ini mewariskan kepada kaum keluarganya, keluarga lain tidak mampu menikmati kemudahan yang disediakan. Itu yang pertama. Kedua, untuk pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri juga, saya rasa rumah transit ini konsep yang bagus tetapi perlu juga diperbanyakkan konsep sewa beli. Mungkin dari segi penjimatan kepada golongan belia apabila mereka menyewa di rumah transit tersebut, mungkin juga diberikan tawaran supaya rumah tersebut boleh diconvert ataupun diubah status daripada menyewa kepada untuk mereka membeli rumah tersebut. Oleh kerana kalau sampai sahaja tempoh, kerajaan terpaksa tanggung beban yang sangat besar untuk uruskan rumah transit ini kerana dari segi faktor usia dan juga soal struktur bangunan tersebut. Sekian, terima kasih. #1200. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Tentang extended stay tadi dengan izin, saya rasa kita perlulah mengkaji situasinya dari masa ke semasa kerana dalam peringkat yang awal ini kita sentiasa monitor apakah permasalahan yang timbul dan kita akan rujuk kepada legal department dan juga pihak-pihak tertentu untuk memastikan bahawa konsep ini akan boleh diteruskan tanpa tergendala kepada situasi yang sedemikian rupa. Tentang sewa beli hanya dilaksanakan di lokasi terpilih sahaja dengan persetujuan kerajaan negeri. Ini juga kita boleh extend the concept dengan kerjasama dan persetujuan kerajaan negeri. Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat yang ini juga memanglah di dalam perhatian dan juga tindakan kami dengan rundingan dengan kerajaan negeri. Baik, saya pergi kepada soalan seterusnya untuk Yang Berhormat Jeli. Tidak ada ya. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Jeli tidak ada. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Kapar. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kapar pun tidak ada. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Yang Berhormat Kapar pun tidak ada. Seterusnya Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Mas Gading. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Mas Gading, ada. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Okey. Soalannya ialah untuk menyatakan sasaran pembinaan sebanyak 7,000 unit rumah mampu milik di Sabah dan Sarawak adalah tidak mencukupi dan perlu ditambah. Ya, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pembinaan rumah mampu milik ini dilaksanakan berdasarkan keperluan dan permintaan daripada golongan sasar yang berkelayakan. Justeru sekiranya keperluan rumah mampu milik bagi golongan yang berkelayakan di Sabah dan Sarawak tinggi maka KPKT akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi meneliti syor dan cadangan tapak pembinaan rumah mampu milik yang bersesuaian bagi menampung permintaan rumah mampu milik di kawasan-kawasan yang tersebut mengikut keperluan dan permintaan.
26
38
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 27 Namun begitu, pelaksanaan pembangunan rumah mampu milik ini tertakluk kepada peruntukan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya rasa ada kena- mengena dengan Bajet hari Jumaat inilah dengan memberikan keutamaan kepada lokasi- lokasi yang mempunyai bilangan setinggan seperti permohonan rumah bagi golongan B40 yang tinggi seterusnya dapat memberi impak dan nilai untuk wang atau value for money kepada masyarakat. Itulah di antara kriteria bagi kita untuk meneruskan projek-projek ini di kawasan-kawasan yang dihajatkan di Sabah dan Sarawak. Seterusnya Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Kota Kinabalu. Ada ya. Okey, mereka berharap agar kawasan mereka tidak ketinggalan dalam senarai pembinaan rumah mampu milik khususnya Program Perumahan Rakyat (PPR) manakala Yang Berhormat Papar bertanyakan cadangan perumahan rakyat di Kampung Gusi, Kinarut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini KPKT belum ada perancangan pembangunan PPR di Parlimen Bukit Bintang dan Parlimen Batu Gajah. Begitu juga di Kampung Gusi, Kinarut dan Kota Kinabalu. Namun bagaimanapun, KPKT sangat mengalu-alukan syor dan cadangan tapak PPR yang bersesuaian dari pihak Ahli-ahli Yang Berhormat melalui kerajaan negeri atau PBT. Jadi, saya mohon Yang Berhormat kalau ada cadangan yang baik silalah kemukakan kepada kami di mana kami boleh buat penilaian seterusnya. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: [Bangun] Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Saya habiskan sedikit lagi ya. Tapak yang dicadangkan oleh pihak kerajaan negeri akan dinilai berdasarkan garis panduan Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan tapak milik kerajaan negeri adalah diberikan keutamaan untuk KPKT melaksanakan PPR ini secara tender terbuka mengikut dasar yang telah ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Bintang. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa di kawasan Bukit Bintang walaupun di Pusat Bandar Kuala Lumpur ini ramai warga kota rakyat di kawasan Bukit Bintang mereka hendak satu tempat duduk ialah rumah mampu milik atau PPR. Adakah kerajaan berhasrat untuk membantu mereka khususnya mereka yang di bawah B40 atau rakyat yang mahu lebih tempat untuk mereka duduk sebab saya difahamkan 70,000 mereka menunggu rumah mampu milik atau PPR di Bukit Bintang ini. Terima kasih. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ya, terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya katakan tadi, masalahnya adalah kita perlu kerjasama daripada kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan sebagainya kerana untuk mengenal pasti tanah available land adalah salah satu daripada kriteria yang amat penting. Sama juga dengan kawasan-kawasan luar bandar, kerajaan negeri ialah seperti Terengganu, Kelantan dan sebagainya. Tanpa input kerajaan tempatan kita tidak boleh mengenal pasti tanah manakah yang paling sesuai atau available kerana harga tanah adalah kritikal dalam isu-isu ini dan in case Bukit Bintang kerana ialah merupakan satu kawasan yang amat padat dan harga yang amat tinggi tanahnya, mungkin juga dengan kita menengok secara connectivity public transport system ini adalah satu alternatif di mana kita boleh salurkan penduduk-penduduk yang walaupun tinggal sedikit luar daripada pusat bandar tetapi masih boleh bekerja di kawasan yang dihajatkan. Juga saya ingin tambahkan di sini KPKT juga sedang mengumpul maklumat untuk keperluan hingga 2020. Proses ini sedang berjalan yang berdasarkan keperluan sebenar perancangan akan dilaksanakan. Kami ingin nyatakan di sini tiada PBT yang akan tertinggal dalam perancangan perumahan RMM. Jadi it’s just a different approach dan dari segi maklumat kita amatlah perlukan kerjasama kerajaan dan pihak tempatan. Seterusnya saya pergi kepada soalan daripada Yang Berhormat Sibu. Yang Berhormat Sibu, ada hadir? Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Seterusnya saya ingin pergi kepada soalan daripada Yang Berhormat Setiawangsa.
Namun begitu, pelaksanaan pembangunan rumah mampu milik ini tertakluk kepada. peruntukan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya rasa ada kena- mengena dengan Bajet hari Jumaat inilah dengan memberikan keutamaan kepada lokasi- lokasi yang mempunyai bilangan setinggan seperti permohonan rumah bagi golongan B40 yang tinggi seterusnya dapat memberi impak dan nilai untuk wang atau value for money kepada masyarakat. Itulah di antara kriteria bagi kita untuk meneruskan projek-projek ini di kawasan-kawasan yang dihajatkan di Sabah dan Sarawak. Seterusnya Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Kota Kinabalu. Ada ya. Okey, mereka berharap agar kawasan mereka tidak ketinggalan dalam senarai pembinaan rumah mampu milik khususnya Program Perumahan Rakyat (PPR) manakala Yang Berhormat Papar bertanyakan cadangan perumahan rakyat di Kampung Gusi, Kinarut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini KPKT belum ada perancangan pembangunan PPR di Parlimen Bukit Bintang dan Parlimen Batu Gajah. Begitu juga di Kampung Gusi, Kinarut dan Kota Kinabalu. Namun bagaimanapun, KPKT sangat mengalu-alukan syor dan cadangan tapak PPR yang bersesuaian dari pihak Ahli-ahli Yang Berhormat melalui kerajaan negeri atau PBT. Jadi, saya mohon Yang Berhormat kalau ada cadangan yang baik silalah kemukakan kepada kami di mana kami boleh buat penilaian seterusnya. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: [Bangun]. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Saya habiskan sedikit lagi ya. Tapak yang dicadangkan oleh pihak kerajaan negeri akan dinilai berdasarkan garis panduan Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan tapak milik kerajaan negeri adalah diberikan keutamaan untuk KPKT melaksanakan PPR ini secara tender terbuka mengikut dasar yang telah ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Bintang. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa di kawasan Bukit Bintang walaupun di Pusat Bandar Kuala Lumpur ini ramai warga kota rakyat di kawasan Bukit Bintang mereka hendak satu tempat duduk ialah rumah mampu milik atau PPR. Adakah kerajaan berhasrat untuk membantu mereka khususnya mereka yang di bawah B40 atau rakyat yang mahu lebih tempat untuk mereka duduk sebab saya difahamkan 70,000 mereka menunggu rumah mampu milik atau PPR di Bukit Bintang ini. Terima kasih. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ya, terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya katakan tadi, masalahnya adalah kita perlu kerjasama daripada kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan sebagainya kerana untuk mengenal pasti tanah available land adalah salah satu daripada kriteria yang amat penting. Sama juga dengan kawasan-kawasan luar bandar, kerajaan negeri ialah seperti Terengganu, Kelantan dan sebagainya. Tanpa input kerajaan tempatan kita tidak boleh mengenal pasti tanah manakah yang paling sesuai atau available kerana harga tanah adalah kritikal dalam isu-isu ini dan in case Bukit Bintang kerana ialah merupakan satu kawasan yang amat padat dan harga yang amat tinggi tanahnya, mungkin juga dengan kita menengok secara connectivity public transport system ini adalah satu alternatif di mana kita boleh salurkan penduduk-penduduk yang walaupun tinggal sedikit luar daripada pusat bandar tetapi masih boleh bekerja di kawasan yang dihajatkan. Juga saya ingin tambahkan di sini KPKT juga sedang mengumpul maklumat untuk keperluan hingga 2020. Proses ini sedang berjalan yang berdasarkan keperluan sebenar perancangan akan dilaksanakan. Kami ingin nyatakan di sini tiada PBT yang akan tertinggal dalam perancangan perumahan RMM. Jadi it's just a different approach dan dari segi maklumat kita amatlah perlukan kerjasama kerajaan dan pihak tempatan. Seterusnya saya pergi kepada soalan daripada Yang Berhormat Sibu. Yang Berhormat Sibu, ada hadir?. Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Seterusnya saya ingin pergi kepada soalan daripada Yang Berhormat Setiawangsa.
27
39
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
28 DR.31.10.2018 Tuan Yang di-Pertua: Ada. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Yang Berhormat Setiawangsa berharap skim sewa di PPR dapat diteruskan untuk penduduk yang tidak mampu untuk membeli dan opsyen sewa beli bagi mereka yang mampu membeli rumah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT sememangnya akan meneruskan pelaksanaan PPR disewa terutamanya di kawasan-kawasan bandar termasuklah di kawasan Setiawangsa bagi menampung permintaan perumahan untuk sewaan oleh rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah. Manakala bagi mereka yang gagal mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan untuk memiliki rumah PPR, KPKT menyediakan skim sewa untuk dimiliki ataupun rent-to-own untuk Program Perumahan Rakyat (PPR) dimiliki tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPKT. Itulah perancangan yang kita ada setakat ini. Tuan Steven Choong Shiau Yoon [Tebrau]: Boleh minta penjelasan. Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun [Beaufort]: Boleh minta, boleh minta di sini, Beaufort. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Beaufort. Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun [Beaufort]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan PPR disewa untuk dimiliki ataupun untuk dimiliki ini adakah kerajaan akan meneruskan ini di seluruh negara bukan di Lembah Klang bukan di Kuala Lumpur sahaja tetapi di seluruh negara termasuk jugalah seperti di kawasan saya di Beaufort dan di seluruh negeri Sabah yang banyak sudah ada rumah program PPR ini.. Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Termasuk Kinabatangan. Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun [Beaufort]: Termasuk Kinabatangan di mana- mana sahaja yang ada ini adakah kerajaan berhasrat untuk meneruskan kerana ramai yang mungkin yang sudah boleh membeli ini benarkan mereka untuk memiliki rumah-rumah PPR ini. Terima kasih. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ya, terima kasih atas soalan tadi. Ya, apa yang kita perlu lakukan di sini adalah setiap keadaan berbeza depends on locality, dengan izin kawasan dalam bandar situasinya dengan tanah yang mahal dan scarcity of land merupakan satu kekangan, kawasan luar bandar dari segi connectivity, public transport merupakan satu lagi variable yang kita perlu ambil kita. Jadi kita perlulah mengkaji setiap isu atau setiap situasi itu case-by-case. Jadi saya mohon kalau ada apa-apa permintaan kalau boleh dimajukan kepada kita, we look at the case-by-case basis, dengan izin kerana to make a generalized statement saya rasa agak susah jugalah. ■1210 Kaedah sewa beli yang sedang dikaji dilaksanakan berdasarkan kaedah syariah. Kaedah ini juga untuk seluruh negara dan kita akan cuba make it more consistent. Tuan Steven Choong Shiau Yoon [Tebrau]: Boleh minta pencerahan? Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Mantan Timbalan Menteri. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: [Ketawa] Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sedang menjawab. Saya berbalik kepada persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Beaufort tadi. Seperti Yang Berhormat Menteri nyatakan, kalau ada perkara-perkara seperti ini, maknanya kita boleh rujuk balik kepada kementerian. Saya harap, Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada pembinaan rumah PPR ini. Projek PPR ini dia sangat penting kepada penduduk tempatan terutamanya yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Sebelum ini, kerajaan yang terdahulu telah pun membuat banyak perancangan tentang pembinaan lebih banyak lagi rumah-rumah PPR yang mana soal tanah dan sebagainya telah pun diselesaikan.
Tuan Yang di-Pertua: Ada. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Yang Berhormat Setiawangsa berharap skim sewa di PPR dapat diteruskan untuk penduduk yang tidak mampu untuk membeli dan opsyen sewa beli bagi mereka yang mampu membeli rumah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT sememangnya akan meneruskan pelaksanaan PPR disewa terutamanya di kawasan-kawasan bandar termasuklah di kawasan Setiawangsa bagi menampung permintaan perumahan untuk sewaan oleh rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah. Manakala bagi mereka yang gagal mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan untuk memiliki rumah PPR, KPKT menyediakan skim sewa untuk dimiliki ataupun rent-to-own untuk Program Perumahan Rakyat (PPR) dimiliki tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPKT. Itulah perancangan yang kita ada setakat ini. Tuan Steven Choong Shiau Yoon [Tebrau]: Boleh minta penjelasan. Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun [Beaufort]: Boleh minta, boleh minta di sini, Beaufort. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Beaufort. Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun [Beaufort]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan PPR disewa untuk dimiliki ataupun untuk dimiliki ini adakah kerajaan akan meneruskan ini di seluruh negara bukan di Lembah Klang bukan di Kuala Lumpur sahaja tetapi di seluruh negara termasuk jugalah seperti di kawasan saya di Beaufort dan di seluruh negeri Sabah yang banyak sudah ada rumah program PPR ini.. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Termasuk Kinabatangan. Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun [Beaufort]: Termasuk Kinabatangan di mana- mana sahaja yang ada ini adakah kerajaan berhasrat untuk meneruskan kerana ramai yang mungkin yang sudah boleh membeli ini benarkan mereka untuk memiliki rumah-rumah PPR ini. Terima kasih. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ya, terima kasih atas soalan tadi. Ya, apa yang kita perlu lakukan di sini adalah setiap keadaan berbeza depends on locality, dengan izin kawasan dalam bandar situasinya dengan tanah yang mahal dan scarcity of land merupakan satu kekangan, kawasan luar bandar dari segi connectivity, public transport merupakan satu lagi variable yang kita perlu ambil kita. Jadi kita perlulah mengkaji setiap isu atau setiap situasi itu case-by-case. Jadi saya mohon kalau ada apa-apa permintaan kalau boleh dimajukan kepada kita, we look at the case-by-case basis, dengan izin kerana to make a generalized statement saya rasa agak susah jugalah. #1210. Kaedah sewa beli yang sedang dikaji dilaksanakan berdasarkan kaedah syariah. Kaedah ini juga untuk seluruh negara dan kita akan cuba make it more consistent. Tuan Steven Choong Shiau Yoon [Tebrau]: Boleh minta pencerahan?. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Mantan Timbalan Menteri. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: [Ketawa] Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sedang menjawab. Saya berbalik kepada persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Beaufort tadi. Seperti Yang Berhormat Menteri nyatakan, kalau ada perkara-perkara seperti ini, maknanya kita boleh rujuk balik kepada kementerian. Saya harap, Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada pembinaan rumah PPR ini. Projek PPR ini dia sangat penting kepada penduduk tempatan terutamanya yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Sebelum ini, kerajaan yang terdahulu telah pun membuat banyak perancangan tentang pembinaan lebih banyak lagi rumah-rumah PPR yang mana soal tanah dan sebagainya telah pun diselesaikan.
28
40
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 29 Jadi saya hendak mohon kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau betullah pada kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi, boleh tak kerajaan terutama Kementerian KPKT melihat kembali kepada projek-projek PPR yang telah pun diselesaikan isu tanah dan sebagainya yang telah pun dibatalkan ini termasuklah PPR di Kluang ini? Ini supaya pihak kementerian akan dapat melihat kembali kepada keperluan ini dan sambung balik projek itu. Jangan dibatalkan, dibawa balik kepada RMK yang akan datang. Terutama kepada bajet yang akan datang. Jadi saya mengharaplah kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi itu akan membuktikan bahawa kementerian akan mengambil inisiatif untuk meneruskan projek-projek PPR yang telah pun ditangguhkan dan dibatalkan oleh pihak kementerian. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Mohon ada kaitan, Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada kaitan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pontian. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Kami dahulu merancang 1,000,000 rumah rakyat dalam tempoh lima tahun. Saya hendak tahu, berapa banyak yang Kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini mencadangkan untuk membina rumah dalam masa tertentu? Kemudian, di Pontian juga ada permohonan bersama dengan Tanjung Piai, Timbalan Menteri ada di situ dari Tanjong Piai dan mudah-mudahan Pontian juga dapat menerima Rumah Mesra Rakyat ini ataupun PPR. Terima kasih. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Terima kasih. Soalan yang terbaru tadi ialah targetnya. Lebih kurang kita akan target kan 1,000,000 rumah dalam tempoh 10 tahun iaitu dua penggal. Sebanyak 500,000 untuk setiap lima tahun. Itulah ada target kami. Untuk menjawab soalan... Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan sedikit. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Boleh saya habis jawab kawan tadi? Takut... Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Tidak, sedikit tentang perumahan. Kita sedar bahawa sasaran kita ialah lima tahun, setengah juta dan ini merupakan kesinambungan, seperti yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya, 200,000 sampai tahun 2020. Jadi, apakah kaedah yang akan digunakan oleh Kementerian KPKT menggunakan mekanisme yang masih sama ataupun sekadar meneruskan apa yang belum habis? Jadi saya hendak dapatkan penjelasan daripada segi ini. Terima kasih. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Saya ingin menjawab soalan yang asal tadi pada Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan keputusan semasa kerajaan, semua projek pembangunan yang belum dikeluarkan surat setuju terima kepada pihak syarikat perlu ditangguhkan dan disemak semula oleh KPKT bersama dengan Kementerian Kewangan bagi membolehkan pihak kerajaan mempertimbangkan semula projek-projek tersebut supaya pelaksanaan lebih memberi impak dan nilai atau value for money kepada masyarakat di samping mengambil kira kedudukan kewangan semasa kerajaan. Itu adalah the broad guideline ya. Satu lagi panduan adalah projek yang masih belum mencapai tahap 15 peratus, ditangguhkan dahulu. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi ialah tentang tanah telah dikenal pasti, tanah telah diberi oleh kerajaan dan sebagainya, adakah kita ingin meneruskan projek tersebut. Saya rasa ini juga perlu kita buat kajian semula kerana kita telah mendapati bukan sahaja projek-projek ini telah siap untuk dilaksanakan tetapi dari segi kesesuaiannya kerana kita dapati ada projek-projek yang telah dikenal pasti telah dibina atau dalam proses dibina, kedudukannya tidak sesuai dan harganya tidak sesuai. Jadi kita perlu mengambil banyak perkiraan untuk meneruskan projek-projek ini dan dari segi viabilitynya kita perlu study semula. Ini kerana kita nampak ada juga kelemahan- kelemahan dari segi the viability dan juga dari segi location yang tidak membolehkan projek- projek ini dijual atau permintaannya kurang. So, there is a mismatch in demand and supply. So, banyak isu yang kita perlu pertimbangkan. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tanah yang sudah dikenal pasti di Kluang ini, di Sembrong, di Lenggong ini adalah sudah dibayar
Jadi saya hendak mohon kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau betullah pada kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi, boleh tak kerajaan terutama Kementerian KPKT melihat kembali kepada projek-projek PPR yang telah pun diselesaikan isu tanah dan sebagainya yang telah pun dibatalkan ini termasuklah PPR di Kluang ini? Ini supaya pihak kementerian akan dapat melihat kembali kepada keperluan ini dan sambung balik projek itu. Jangan dibatalkan, dibawa balik kepada RMK yang akan datang. Terutama kepada bajet yang akan datang. Jadi saya mengharaplah kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi itu akan membuktikan bahawa kementerian akan mengambil inisiatif untuk meneruskan projek-projek PPR yang telah pun ditangguhkan dan dibatalkan oleh pihak kementerian. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Mohon ada kaitan, Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada kaitan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pontian. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Kami dahulu merancang 1,000,000 rumah rakyat dalam tempoh lima tahun. Saya hendak tahu, berapa banyak yang Kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini mencadangkan untuk membina rumah dalam masa tertentu? Kemudian, di Pontian juga ada permohonan bersama dengan Tanjung Piai, Timbalan Menteri ada di situ dari Tanjong Piai dan mudah-mudahan Pontian juga dapat menerima Rumah Mesra Rakyat ini ataupun PPR. Terima kasih. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Terima kasih. Soalan yang terbaru tadi ialah targetnya. Lebih kurang kita akan target kan 1,000,000 rumah dalam tempoh 10 tahun iaitu dua penggal. Sebanyak 500,000 untuk setiap lima tahun. Itulah ada target kami. Untuk menjawab soalan... Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan sedikit. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Boleh saya habis jawab kawan tadi? Takut... Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Tidak, sedikit tentang perumahan. Kita sedar bahawa sasaran kita ialah lima tahun, setengah juta dan ini merupakan kesinambungan, seperti yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya, 200,000 sampai tahun 2020. Jadi, apakah kaedah yang akan digunakan oleh Kementerian KPKT menggunakan mekanisme yang masih sama ataupun sekadar meneruskan apa yang belum habis? Jadi saya hendak dapatkan penjelasan daripada segi ini. Terima kasih. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Saya ingin menjawab soalan yang asal tadi pada Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan keputusan semasa kerajaan, semua projek pembangunan yang belum dikeluarkan surat setuju terima kepada pihak syarikat perlu ditangguhkan dan disemak semula oleh KPKT bersama dengan Kementerian Kewangan bagi membolehkan pihak kerajaan mempertimbangkan semula projek-projek tersebut supaya pelaksanaan lebih memberi impak dan nilai atau value for money kepada masyarakat di samping mengambil kira kedudukan kewangan semasa kerajaan. Itu adalah the broad guideline ya. Satu lagi panduan adalah projek yang masih belum mencapai tahap 15 peratus, ditangguhkan dahulu. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi ialah tentang tanah telah dikenal pasti, tanah telah diberi oleh kerajaan dan sebagainya, adakah kita ingin meneruskan projek tersebut. Saya rasa ini juga perlu kita buat kajian semula kerana kita telah mendapati bukan sahaja projek-projek ini telah siap untuk dilaksanakan tetapi dari segi kesesuaiannya kerana kita dapati ada projek-projek yang telah dikenal pasti telah dibina atau dalam proses dibina, kedudukannya tidak sesuai dan harganya tidak sesuai. Jadi kita perlu mengambil banyak perkiraan untuk meneruskan projek-projek ini dan dari segi viabilitynya kita perlu study semula. Ini kerana kita nampak ada juga kelemahan- kelemahan dari segi the viability dan juga dari segi location yang tidak membolehkan projek- projek ini dijual atau permintaannya kurang. So, there is a mismatch in demand and supply. So, banyak isu yang kita perlu pertimbangkan. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tanah yang sudah dikenal pasti di Kluang ini, di Sembrong, di Lenggong ini adalah sudah dibayar.
29
41
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
30 DR.31.10.2018 dan adalah lokasi tanah yang amat bersesuaian. Kluang ini, Ahli Parlimen Kluang ini ada. Saya berasal dari Kluang. Tanya Ahli Parlimen Kluang itu. Takkan dia hendak diam sahaja? Dia pun boleh tanya. Tanah yang sudah dikenal pasti oleh kementerian adalah tanah yang paling strategik. Kenapa pula kementerian hendak bercakap hari ini bahawa ada tanah tidak sesuai dan sebagainya? Tanah di Sembrong, di Paloh, tanah di Baling, tanah di Lenggong semua adalah tanah-tanah yang amat strategik. Ada yang mana pemaju yang telah pun dikenal pasti sudah beli pun tapak tanah ini. Jadi kenapa hendak menyusahkan orang? Rakyat terutama di Kluang pun sudah tahu, sudah dibuat pelancaran soft launching. Itu, Ahli Parlimen Kluang, rakyat di Kluang pun sudah tahu yang rumah itu akan dibina tetapi kerana Kerajaan Barisan Nasional kalah, semua projek ditangguhkan dan dibatalkan. Jadi ini adalah projek rakyat... [Disampuk] Diam! Jangan hendak sibuk. Ini adalah projek rakyat. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana Menteri KPKT amat bertimbang rasa bersama dengan... Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Tuan Yang di-Pertua, Hospital Padang Besar buat soft launching lapan, sepuluh tahun dah. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: Jadi saya minta— yang lain senyaplah, jangan menyampuk. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Hendak pecah tanah berapa kali? Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: No, you just sit... Tuan Yang di-Pertua: Bagilah soalan dikemukakan dahulu. Ya, silakan. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: Jadi saya minta kepada Yang Berhormat Menteri yang bijaksana, Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya faham apa yang sedang dilakukan oleh pihak kementerian. Saya pohon kerjasama dan sokongan terhadap projek-projek yang telah pun dikenal pasti demi kepentingan kesejahteraan perumahan untuk rakyat. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Tentang Kluang, saya akan tengok specifically in that case ya. Apa yang saya nyatakan tadi... Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itu pun kalau ada peruntukan. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ya, apa yang saya nyatakan tadi adalah general statement keseluruhannya kerana kita perlu rationalize balik projek- projek yang terdahulu. Ini kerana dalam keadaan kesuntukan kewangan, we have to rationalize ya. There are limited resources. Kita tidak boleh belanja just for the sake project itu sudah dilaksanakan atau dalam proses dilaksanakan. Itulah maksud saya ya. Kluang itu kita akan look at it specifically, dengan izin. Kita akan memberi pertimbangan yang sewajarnya. Saya rasa tidak ada masalah kita hendak mengetepikan atau menganaktirikan mana-mana kawasan. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Itu sahaja yang saya hendak katakan. Bahawasanya the viability mesti dibuat dengan lebih teliti kerana ada juga tanah yang dibeli dengan harga yang terlalu tinggi dan ini mampu milik. Jadi kalau mampu milik, kalau harga tanah sudah tinggi, jadi dari segi saleability pun akan bermasalah. Jadi itulah masalah yang kita warisi. Terima kasih. Jadi... Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Minta laluan sedikit. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tanah Merah. Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Ya, Tanah Merah. Terima kasih. Cuma, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi, saya minta juga kalau boleh kementerian membantu kawasan saya ini di mana untuk membantu komuniti India. Pada tempoh hari telah diluluskan iaitu nama tempat ini dipanggil Kerilla, di mana masa itu saya sudah negotiate dengan estet, mereka sudah bersetuju untuk jual 50 ekar dengan harga yang cukup murah, yang harga hanya bernilai RM2 juta sahaja. Sebanyak 50
dan adalah lokasi tanah yang amat bersesuaian. Kluang ini, Ahli Parlimen Kluang ini ada. Saya berasal dari Kluang. Tanya Ahli Parlimen Kluang itu. Takkan dia hendak diam sahaja? Dia pun boleh tanya. Tanah yang sudah dikenal pasti oleh kementerian adalah tanah yang paling strategik. Kenapa pula kementerian hendak bercakap hari ini bahawa ada tanah tidak sesuai dan sebagainya? Tanah di Sembrong, di Paloh, tanah di Baling, tanah di Lenggong semua adalah tanah-tanah yang amat strategik. Ada yang mana pemaju yang telah pun dikenal pasti sudah beli pun tapak tanah ini. Jadi kenapa hendak menyusahkan orang? Rakyat terutama di Kluang pun sudah tahu, sudah dibuat pelancaran soft launching. Itu, Ahli Parlimen Kluang, rakyat di Kluang pun sudah tahu yang rumah itu akan dibina tetapi kerana Kerajaan Barisan Nasional kalah, semua projek ditangguhkan dan dibatalkan. Jadi ini adalah projek rakyat... [Disampuk] Diam! Jangan hendak sibuk. Ini adalah projek rakyat. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana Menteri KPKT amat bertimbang rasa bersama dengan... Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Tuan Yang di-Pertua, Hospital Padang Besar buat soft launching lapan, sepuluh tahun dah. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: Jadi saya minta-- yang lain senyaplah, jangan menyampuk. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Hendak pecah tanah berapa kali?. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: No, you just sit... Tuan Yang di-Pertua: Bagilah soalan dikemukakan dahulu. Ya, silakan. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: Jadi saya minta kepada Yang Berhormat Menteri yang bijaksana, Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya faham apa yang sedang dilakukan oleh pihak kementerian. Saya pohon kerjasama dan sokongan terhadap projek-projek yang telah pun dikenal pasti demi kepentingan kesejahteraan perumahan untuk rakyat. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Tentang Kluang, saya akan tengok specifically in that case ya. Apa yang saya nyatakan tadi... Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itu pun kalau ada peruntukan. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ya, apa yang saya nyatakan tadi adalah general statement keseluruhannya kerana kita perlu rationalize balik projek- projek yang terdahulu. Ini kerana dalam keadaan kesuntukan kewangan, we have to rationalize ya. There are limited resources. Kita tidak boleh belanja just for the sake project itu sudah dilaksanakan atau dalam proses dilaksanakan. Itulah maksud saya ya. Kluang itu kita akan look at it specifically, dengan izin. Kita akan memberi pertimbangan yang sewajarnya. Saya rasa tidak ada masalah kita hendak mengetepikan atau menganaktirikan mana-mana kawasan. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Itu sahaja yang saya hendak katakan. Bahawasanya the viability mesti dibuat dengan lebih teliti kerana ada juga tanah yang dibeli dengan harga yang terlalu tinggi dan ini mampu milik. Jadi kalau mampu milik, kalau harga tanah sudah tinggi, jadi dari segi saleability pun akan bermasalah. Jadi itulah masalah yang kita warisi. Terima kasih. Jadi... Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Minta laluan sedikit. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tanah Merah. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Ya, Tanah Merah. Terima kasih. Cuma, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi, saya minta juga kalau boleh kementerian membantu kawasan saya ini di mana untuk membantu komuniti India. Pada tempoh hari telah diluluskan iaitu nama tempat ini dipanggil Kerilla, di mana masa itu saya sudah negotiate dengan estet, mereka sudah bersetuju untuk jual 50 ekar dengan harga yang cukup murah, yang harga hanya bernilai RM2 juta sahaja. Sebanyak 50.
30
42
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 31 ekar dengan RM2 juta bererti memang it is a very good deal, tremendous. And then, kami pun sudah bayar deposit. Akan tetapi, bila keadaan sekarang ini, ia sudah tersekat. Jadi bagi saya, saya harap sangatlah dalam apa jua pertimbangan, ambil kira. Ini kerana akhirnya yang akan memilih siapa yang duduk rumah tersebut bukanlah— sudah tentulah pihak KPKT sendiri. Jadi saya harap sangatlah di kawasan Tanah Merah itu, untuk membantu komuniti India sebab mereka ini bila pekerja estet ni, bila sudah habis kontrak, mereka tidak ada rumah. Jadi saya berhasrat untuk bantu komuniti India di kawasan Kerilla, Tanah Merah. Terima kasih. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Saya rasa kalau harga tanah yang murah, saya rasa tidak ada masalah sangat ya. Apa yang kita bimbang adalah ada agensi-agensi yang kita terima di bawah KPKT dengan harga tanah terlalu mahal yang dibeli... Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Minta maaf, sekejap. Pendek sahaja. Sebab apa, dalam ini, saya ambil inisiatif. Saya tolong belikan tanah itu dulu dan serah kepada KPKT. Saya sudah bayar pun 10 percent tetapi saya tak sanggup hendak bayar 90 percent jika projek itu batal. Sebab kalau batal, bererti apa yang saya bayar itu kira sudah hanguslah. ■1220 Jadi saya harap ambil kiralah. Kalau projek itu on, barulah saya hendak proceed lagi tapi very cheap, hanya 50 ekar RM2 juta sahaja. Terima kasih. Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Yang Berhormat, kalau viability nya bukan menjadi persoalan, saya rasa tidak ada sebabnya tidak boleh diteruskan. Kita akan bincang selepas pada ini ya. Baik, Yang Berhormat Alor Setar. Yang Berhormat Alor Setar ya. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Alor Setar, ada. Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Yang Berhormat Alor Setar mencadangkan supaya pihak kerajaan mengehadkan pembelian rumah mampu milik kepada pembeli pertama sahaja dengan menambah baik rekod pembeli. Saya rasa ini adalah satu cadangan yang amat baik. Sekiranya rumah mampu milik hendak dijual semula, penjualan hanya kepada pembeli pertama juga atau melalui GLC untuk dijual kepada bakal pembeli pertama sahaja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penjualan semula rumah atau sub-sale di pasaran terbuka adalah tidak tertakluk di bawah Akta 118 yang diselaraskan oleh KPKT. Walau bagaimanapun KPKT menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat dan akan mengkaji dan mempertimbangkan cadangan berkenaan kerana ini adalah salah satu daripada tujuan kita juga untuk memastikan mereka yang masih belum memiliki rumah diberi priority atau keutamaan. Ini kerana banyak masalah-masalah yang lepas adalah mereka yang belum memiliki, masih menunggu selepas berpuluh tahun. Akan tetapi mereka yang sudah memiliki beberapa unit, masih dengan sebab-sebab yang kita tidak fahami mendapat beberapa rumah mampu milik dan juga kos rendah. Insya- Allah itu adalah cadangan yang kita alu-alukan. Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Pasir Salak, boleh? Tuan Chan Ming Kai [Alor Setar]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Alor Setar. Tuan Chan Ming Kai [Alor Setar]: Ini soalan saya, bagilah priority sikit. Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Yang Berhormat Alor Setar dulu. Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ada pilih kasih juga ya. Tuan Chan Ming Kai [Alor Setar]: [Ketawa] Sebab ini yang dibangkitkan oleh saya tempoh hari itu. Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang saya rasa setakat ini kerajaan setuju untuk pertama kali rumah mampu milik, rumah kos rendah kepada pembeli yang pertama kali. Cuma yang cadangan kali ini adalah kali kedua bila tukar hak milik kerana apa
ekar dengan RM2 juta bererti memang it is a very good deal, tremendous. And then, kami pun sudah bayar deposit. Akan tetapi, bila keadaan sekarang ini, ia sudah tersekat. Jadi bagi saya, saya harap sangatlah dalam apa jua pertimbangan, ambil kira. Ini kerana akhirnya yang akan memilih siapa yang duduk rumah tersebut bukanlah-- sudah tentulah pihak KPKT sendiri. Jadi saya harap sangatlah di kawasan Tanah Merah itu, untuk membantu komuniti India sebab mereka ini bila pekerja estet ni, bila sudah habis kontrak, mereka tidak ada rumah. Jadi saya berhasrat untuk bantu komuniti India di kawasan Kerilla, Tanah Merah. Terima kasih. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Saya rasa kalau harga tanah yang murah, saya rasa tidak ada masalah sangat ya. Apa yang kita bimbang adalah ada agensi-agensi yang kita terima di bawah KPKT dengan harga tanah terlalu mahal yang dibeli... Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Minta maaf, sekejap. Pendek sahaja. Sebab apa, dalam ini, saya ambil inisiatif. Saya tolong belikan tanah itu dulu dan serah kepada KPKT. Saya sudah bayar pun 10 percent tetapi saya tak sanggup hendak bayar 90 percent jika projek itu batal. Sebab kalau batal, bererti apa yang saya bayar itu kira sudah hanguslah. #1220. Jadi saya harap ambil kiralah. Kalau projek itu on, barulah saya hendak proceed lagi tapi very cheap, hanya 50 ekar RM2 juta sahaja. Terima kasih. Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Yang Berhormat, kalau viability nya bukan menjadi persoalan, saya rasa tidak ada sebabnya tidak boleh diteruskan. Kita akan bincang selepas pada ini ya. Baik, Yang Berhormat Alor Setar. Yang Berhormat Alor Setar ya. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Alor Setar, ada. Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Yang Berhormat Alor Setar mencadangkan supaya pihak kerajaan mengehadkan pembelian rumah mampu milik kepada pembeli pertama sahaja dengan menambah baik rekod pembeli. Saya rasa ini adalah satu cadangan yang amat baik. Sekiranya rumah mampu milik hendak dijual semula, penjualan hanya kepada pembeli pertama juga atau melalui GLC untuk dijual kepada bakal pembeli pertama sahaja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penjualan semula rumah atau sub-sale di pasaran terbuka adalah tidak tertakluk di bawah Akta 118 yang diselaraskan oleh KPKT. Walau bagaimanapun KPKT menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat dan akan mengkaji dan mempertimbangkan cadangan berkenaan kerana ini adalah salah satu daripada tujuan kita juga untuk memastikan mereka yang masih belum memiliki rumah diberi priority atau keutamaan. Ini kerana banyak masalah-masalah yang lepas adalah mereka yang belum memiliki, masih menunggu selepas berpuluh tahun. Akan tetapi mereka yang sudah memiliki beberapa unit, masih dengan sebab-sebab yang kita tidak fahami mendapat beberapa rumah mampu milik dan juga kos rendah. Insya- Allah itu adalah cadangan yang kita alu-alukan. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Pasir Salak, boleh?. Tuan Chan Ming Kai [Alor Setar]: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Alor Setar. Tuan Chan Ming Kai [Alor Setar]: Ini soalan saya, bagilah priority sikit. Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Yang Berhormat Alor Setar dulu. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ada pilih kasih juga ya. Tuan Chan Ming Kai [Alor Setar]: [Ketawa] Sebab ini yang dibangkitkan oleh saya tempoh hari itu. Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang saya rasa setakat ini kerajaan setuju untuk pertama kali rumah mampu milik, rumah kos rendah kepada pembeli yang pertama kali. Cuma yang cadangan kali ini adalah kali kedua bila tukar hak milik kerana apa.
31
43
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
32 DR.31.10.2018 yang kita nampak, ada di antara mereka ini yang tidak mampu bayar, dia terpaksa jual ataupun lelong, ada orang yang kaya mampu sapu lebih daripada sepuluh biji sebab lelong. Akan tetapi itu adalah rumah kos yang rendah ataupun rumah mampu milik yang lagi rendah. Contohnya rumah kos rendah dulu harga RM35,000. Bagi saya dari segi prosedur mampu kita laksanakan kalau kita lock on geran tersebut, maka bolehlah kita semak orang yang beli itu. Kalau dia sudah memiliki rumah lain, lebih elok dia beli rumah barulah. Kita reserve kan rumah ini kepada ramai lagi yang nak tetapi tidak ada kerana kita nampak banyak lagi rumah yang sudah siap tapi tak ada nak beli. Jadi sebab itu saya rasa kalau boleh kita wujudkan secepat mungkin supaya kita boleh kurangkan rumah yang baharu, tak dan nak masuk tetapi orang yang nak minta rumah tak dapat nak beli. Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Boleh Tuan Yang di- Pertua? Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Salak, sila. Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau dahulu Kerajaan Barisan Nasional ada bagi subsidi untuk rumah rakyat mampu milik dan sebagainya, kalau tidak silap saya RM20,000, SPNB punya projek. Sebanyak RM20,000 kita bagi dengan tujuan to reduce the selling price, we absorb the cost. Jadi saya hendak tanya sekarang ini Kerajaan Pakatan Harapan, adakah skim yang seperti ini dan kalau ada, bagus dan teruskan. Saya ingin membuat usul, suggestion kerana Pakatan ini is going to do better than the previous government kan, maybe can give double or triple, quadruple. Kalau kita dulu bagi RM20,000 kali ini bagi RM40,000 bagi RM60,000, RM100,000 macam itulah, barulah tunjuk hebatkan. Satu. Kedua, kos membina rumah ini yang menjadi masalahnya disebut tadi land cost, kos tanah ini yang mahal, ia dah naik berapa kali ganda. Saya dulu sudah minta dengan Kerajaan Barisan Nasional, saya pun tak senang hati dengan kerajaan dahulu. Ya betul, saya bukan pengampu macam DAP ini dok mengampu saja, buta tuli. I’ve spoken my mind, my government before Tuan Yang di-Pertua. Mengapa tidak kerajaan negeri, sekarang ini Pakatan Harapan dah memerintah banyak negeri, kenapa kerajaan negeri tidak bagi tanah untuk pembinaan rumah mampu milik? This is the cost factor yang banyaknya. Ini dia orang ada tanah, jual kepada pemaju, jual kepada pemaju. Kemudian minta pemaju pula kurangkan kos. It is impossible because mereka bayar dengan harga yang tinggi, land cost. So, saya ingin mencadangkan do what the previous government cannot do, state government bagi tanah untuk secara percuma kah atau nominal premium kah to help reduce the cost of building houses. Okey, itu satu. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, cakap kena tengok Tuan Yang di-Pertua tu. Tuan Yang di-Pertua: Baguslah begitu. [Ketawa] Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, bukan macam mereka ini, tengok orang lain, dok mengampu saja. Lagi satu, ala bergurau... Tuan Yang di-Pertua: Bergurau sahaja. Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...Alah, berguraulah sikit-sikit. [Dewan riuh] Janganlah serius sangat. Tuan Yang di-Pertua: Sempat dia selit sikit. Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ya, dah kacau, tengok apa saya cakap tadi. [Ketawa] Ada state government kata tidak ada tanah lagi dah, we don’t have the land. MB’s of the respective state government kata we don’t have the land, macam mana hendak bagi. Okey, what is the solution? Saya cadangkan state government buys ataupun gazetkan tanah-tanah swasta itu untuk public, dia boleh bayar dengan compensation yang rendah, dia tak perlu bayar market price Tuan Yang di-Pertua so that can help also reduce the cost, membina rumah-rumah untuk tolong rakyat. Terima kasih. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: Satu lagi Tuan Yang di- Pertua, last, last, last. Tuan Yang di-Pertua: Last, boleh.
yang kita nampak, ada di antara mereka ini yang tidak mampu bayar, dia terpaksa jual ataupun lelong, ada orang yang kaya mampu sapu lebih daripada sepuluh biji sebab lelong. Akan tetapi itu adalah rumah kos yang rendah ataupun rumah mampu milik yang lagi rendah. Contohnya rumah kos rendah dulu harga RM35,000. Bagi saya dari segi prosedur mampu kita laksanakan kalau kita lock on geran tersebut, maka bolehlah kita semak orang yang beli itu. Kalau dia sudah memiliki rumah lain, lebih elok dia beli rumah barulah. Kita reserve kan rumah ini kepada ramai lagi yang nak tetapi tidak ada kerana kita nampak banyak lagi rumah yang sudah siap tapi tak ada nak beli. Jadi sebab itu saya rasa kalau boleh kita wujudkan secepat mungkin supaya kita boleh kurangkan rumah yang baharu, tak dan nak masuk tetapi orang yang nak minta rumah tak dapat nak beli. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Boleh Tuan Yang di- Pertua?. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Salak, sila. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau dahulu Kerajaan Barisan Nasional ada bagi subsidi untuk rumah rakyat mampu milik dan sebagainya, kalau tidak silap saya RM20,000, SPNB punya projek. Sebanyak RM20,000 kita bagi dengan tujuan to reduce the selling price, we absorb the cost. Jadi saya hendak tanya sekarang ini Kerajaan Pakatan Harapan, adakah skim yang seperti ini dan kalau ada, bagus dan teruskan. Saya ingin membuat usul, suggestion kerana Pakatan ini is going to do better than the previous government kan, maybe can give double or triple, quadruple. Kalau kita dulu bagi RM20,000 kali ini bagi RM40,000 bagi RM60,000, RM100,000 macam itulah, barulah tunjuk hebatkan. Satu. Kedua, kos membina rumah ini yang menjadi masalahnya disebut tadi land cost, kos tanah ini yang mahal, ia dah naik berapa kali ganda. Saya dulu sudah minta dengan Kerajaan Barisan Nasional, saya pun tak senang hati dengan kerajaan dahulu. Ya betul, saya bukan pengampu macam DAP ini dok mengampu saja, buta tuli. I've spoken my mind, my government before Tuan Yang di-Pertua. Mengapa tidak kerajaan negeri, sekarang ini Pakatan Harapan dah memerintah banyak negeri, kenapa kerajaan negeri tidak bagi tanah untuk pembinaan rumah mampu milik? This is the cost factor yang banyaknya. Ini dia orang ada tanah, jual kepada pemaju, jual kepada pemaju. Kemudian minta pemaju pula kurangkan kos. It is impossible because mereka bayar dengan harga yang tinggi, land cost. So, saya ingin mencadangkan do what the previous government cannot do, state government bagi tanah untuk secara percuma kah atau nominal premium kah to help reduce the cost of building houses. Okey, itu satu. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, cakap kena tengok Tuan Yang di-Pertua tu. Tuan Yang di-Pertua: Baguslah begitu. [Ketawa]. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, bukan macam mereka ini, tengok orang lain, dok mengampu saja. Lagi satu, ala bergurau... Tuan Yang di-Pertua: Bergurau sahaja. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...Alah, berguraulah sikit-sikit. [Dewan riuh] Janganlah serius sangat. Tuan Yang di-Pertua: Sempat dia selit sikit. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ya, dah kacau, tengok apa saya cakap tadi. [Ketawa] Ada state government kata tidak ada tanah lagi dah, we don't have the land. MB's of the respective state government kata we don't have the land, macam mana hendak bagi. Okey, what is the solution? Saya cadangkan state government buys ataupun gazetkan tanah-tanah swasta itu untuk public, dia boleh bayar dengan compensation yang rendah, dia tak perlu bayar market price Tuan Yang di-Pertua so that can help also reduce the cost, membina rumah-rumah untuk tolong rakyat. Terima kasih. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: Satu lagi Tuan Yang di- Pertua, last, last, last. Tuan Yang di-Pertua: Last, boleh.
32
44
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
DR.31.10.2018 33 Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana kos tanah ini adalah segala-galanya yang menentukan sama ada projek itu dapat dilaksanakan atau tidak. Sekarang ini Kerajaan Pakatan Harapan dah ambil alih kerajaan. Jadi, kebanyakan kerajaan negeri pun di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Antara sebab kenapa kos itu meningkat termasuklah premium tanah, development cost dan juga compliance charges. Jadi saya minta kepada kementerian, bincanglah baik-baik dengan kerajaan- kerajaan negeri ini supaya nominal dia kenakan premium tanah ke atas tanah-tanah yang untuk dibina PPR ini kenakan secara nominal sahaja atau berikan percuma macam Kerajaan Negeri Pahang pernah lakukan dan Kerajaan Negeri Sarawak pernah lakukan. Selain daripada itu, development cost Tuan Yang di-Pertua dan compliance charges kecualikanlah kerana ini adalah projek untuk rakyat. Saya yakin dengan kepimpinan Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri dengan Kerajaan Pakatan pada hari ini agaknya boleh buatlah. Jadi tunjukkanlah boleh buat. Terima kasih. Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua... Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Saya pun hendak mencelah juga, last. Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sekejap. Tuan Yang di- Pertua, saya bagi idea tadi, lepas itu dia kata dia sokong Menteri, sokong sayalah. Apa? [Dewan ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Silakan. Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Last, last boleh? Sikit. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Boleh minta penjelasan, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Sikit sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit ya. Dalam perbahasan saya tempoh hari saya ada sebut fasal tanah wakaf sebab selain daripada kos tanah, saya rasa bagi golongan B40, dia ada masalah untuk akses kepada pinjaman, maksudnya kewanganlah sebab rata-rata bekerja tanpa gaji yang tetap. Jadi saya tengok dalam laporan KSP RMKe-11 ini, wakaf masih lagi baharu dalam 400 lebih kita buat rumah atas tanah wakaf. Jadi mungkin juga boleh explore macam mana tanah wakaf ini pun boleh jadi satu kolateral untuk bantu B40 untuk buat pinjaman. Terima kasih. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Bintang, pencelahan yang terakhir. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Ya, ya ringkas. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Saya tidak bersetuju dengan apa yang dituduh oleh Yang Berhormat. Saya bagi satu contoh, tanah di Kuala Lumpur ini banyak tanah ratus-ratus ekar dijual murah kepada kroni-kroni Barisan Nasional dalam tempoh lima tahun sahaja. [Tepuk] Adakah Yang Berhormat sedar? Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Tuan Yang di-Pertua, saya sama Yang Berhormat Timbalan Menteri. Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Baik Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa saya kena jawab soalan tadi. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua: Itu soalan atau pencelahan yang terakhir ya. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Tuan Yang di-Pertua, saya berbahas berkaitan KPKT tetapi langsung tidak ada respons. ■1230 Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Saya hendak habiskan soalan fasal...
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi]: Yang Berhormat Timbalan. Menteri, saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana kos tanah ini adalah segala-galanya yang menentukan sama ada projek itu dapat dilaksanakan atau tidak. Sekarang ini Kerajaan Pakatan Harapan dah ambil alih kerajaan. Jadi, kebanyakan kerajaan negeri pun di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Antara sebab kenapa kos itu meningkat termasuklah premium tanah, development cost dan juga compliance charges. Jadi saya minta kepada kementerian, bincanglah baik-baik dengan kerajaan- kerajaan negeri ini supaya nominal dia kenakan premium tanah ke atas tanah-tanah yang untuk dibina PPR ini kenakan secara nominal sahaja atau berikan percuma macam Kerajaan Negeri Pahang pernah lakukan dan Kerajaan Negeri Sarawak pernah lakukan. Selain daripada itu, development cost Tuan Yang di-Pertua dan compliance charges kecualikanlah kerana ini adalah projek untuk rakyat. Saya yakin dengan kepimpinan Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri dengan Kerajaan Pakatan pada hari ini agaknya boleh buatlah. Jadi tunjukkanlah boleh buat. Terima kasih. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua... Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Saya pun hendak mencelah juga, last. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sekejap. Tuan Yang di- Pertua, saya bagi idea tadi, lepas itu dia kata dia sokong Menteri, sokong sayalah. Apa? [Dewan ketawa]. Tuan Yang di-Pertua: Silakan. Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Last, last boleh? Sikit. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Boleh minta penjelasan, Yang Berhormat Timbalan Menteri?. Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Sikit sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit ya. Dalam perbahasan saya tempoh hari saya ada sebut fasal tanah wakaf sebab selain daripada kos tanah, saya rasa bagi golongan B40, dia ada masalah untuk akses kepada pinjaman, maksudnya kewanganlah sebab rata-rata bekerja tanpa gaji yang tetap. Jadi saya tengok dalam laporan KSP RMKe-11 ini, wakaf masih lagi baharu dalam 400 lebih kita buat rumah atas tanah wakaf. Jadi mungkin juga boleh explore macam mana tanah wakaf ini pun boleh jadi satu kolateral untuk bantu B40 untuk buat pinjaman. Terima kasih. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Bintang, pencelahan yang terakhir. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Ya, ya ringkas. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Saya tidak bersetuju dengan apa yang dituduh oleh Yang Berhormat. Saya bagi satu contoh, tanah di Kuala Lumpur ini banyak tanah ratus-ratus ekar dijual murah kepada kroni-kroni Barisan Nasional dalam tempoh lima tahun sahaja. [Tepuk] Adakah Yang Berhormat sedar?. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Tuan Yang di-Pertua, saya sama Yang Berhormat Timbalan Menteri. Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Baik Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa saya kena jawab soalan tadi. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua: Itu soalan atau pencelahan yang terakhir ya. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Tuan Yang di-Pertua, saya berbahas berkaitan KPKT tetapi langsung tidak ada respons. #1230. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Saya hendak habiskan soalan fasal...
33
45
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf
34 DR.31.10.2018 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Dan disebut senarai nama kepada kementerian tadi... Tuan Yang di-Pertua: Masa terhad Yang Berhormat, masa terhad. Apa yang tidak sempat dijawab, dijawab bertulislah. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta yang tentang Kampung Baru, langsung tidak disentuh setakat ini. Sebanyak 613 buah Kampung Baru atas nama inclusiveness. Kalau itu, saya memang mendahagakan jawapan daripada Yang Berhormat. Terima kasih. Saya memang bangkit dalam perbahasan. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: I have to go item by item Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat tidak hadir tadi bila nama disebut. [Dewan riuh] Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Tuan Yang di-Pertua, saya berada di luar. Saya teliti jawapan tentang PBT. Itu bukan PBT, ini soal pembangunan inklusif untuk dana-dana pembangunan di Kampung Baru. Itu lain, saya dengar jawapan itu. Apa yang penting adalah jawapan ini. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ya, kita akan jawab. Kita akan bagi jawapan bertulis. Jadi, saya hendak habiskan jawapan pada soalan yang baik tadi daripada sahabat saya daripada Alor Setar... Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Yang Paya Besar macam mana Tuan Yang di-Pertua? Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Memanglah ya, kita perlu meletakkan satu sekatan pada geran tanah kerana memanglah rumah mampu milik ini patut pergi pada targetnya, tidak patut dieksploitasikan oleh pihak yang boleh hijack projek-projek ini. Itu adalah education mereka kerana inilah salah satu pada masalahnya, banyak rumah mampu milik, kos rendah dan sebagainya dapat kepada mereka yang sudah lebih daripada mampu. Inilah masalah besar dan saya rasa dengan limited resources, bagaimana banyak pun rumah kita buat, masih tidak cukup kerana target groups are not being met. Itulah satu isu yang saya hendak sebutkan di sini. Kedua, tentang apa Yang Berhormat Pasir Salak kata tadi ialah hendak bagi subsidi RM20 ribu atau RM40 ribu, saya rasa ini adalah atas kemampuan kerajaan hari ini dengan situasi kewangan. Akan tetapi yang pentingnya, siapakah yang akan dapat rumah-rumah ini? Itu perkara yang pokok kerana tanpa senarai yang komprehensif, kita tidak mahu rumah mampu milik ini diambil atau dibeli oleh mereka yang tidak... Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, saya jawabkan ya. Kerajaan tentukanlah, you have the list, you go through the list. Apa lagi you tanya soalan itu kepada kita? Kita bukannya yang hendak buat keputusan. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ini kerana rumah-rumah yang terdahulu dibeli oleh kerajaan dahulu... Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dari jangan cerita dulu, cerita yang akan datang ini. Why are you bringing up and picking up... Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Because masih ada banyak projek yang terbengkalai, yang sedang... Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: No, we are now talking about the future, your plan, what are you going to do? Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: We have to look at the... Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ya, you kata siapa yang penerima, you decide lah. Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ini kerana tanpa begitu lama sejak kita merdeka 60 tahun, we still don’t have a master list. We still tidak ada senarai yang boleh menunjukkan siapa yang sudah terima...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Dan disebut senarai nama kepada kementerian tadi... Tuan Yang di-Pertua: Masa terhad Yang Berhormat, masa terhad. Apa yang tidak sempat dijawab, dijawab bertulislah. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta yang tentang Kampung Baru, langsung tidak disentuh setakat ini. Sebanyak 613 buah Kampung Baru atas nama inclusiveness. Kalau itu, saya memang mendahagakan jawapan daripada Yang Berhormat. Terima kasih. Saya memang bangkit dalam perbahasan. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: I have to go item by item Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat tidak hadir tadi bila nama disebut. [Dewan riuh]. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Tuan Yang di-Pertua, saya berada di luar. Saya teliti jawapan tentang PBT. Itu bukan PBT, ini soal pembangunan inklusif untuk dana-dana pembangunan di Kampung Baru. Itu lain, saya dengar jawapan itu. Apa yang penting adalah jawapan ini. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ya, kita akan jawab. Kita akan bagi jawapan bertulis. Jadi, saya hendak habiskan jawapan pada soalan yang baik tadi daripada sahabat saya daripada Alor Setar... Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Yang Paya Besar macam mana Tuan Yang di-Pertua?. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Memanglah ya, kita perlu meletakkan satu sekatan pada geran tanah kerana memanglah rumah mampu milik ini patut pergi pada targetnya, tidak patut dieksploitasikan oleh pihak yang boleh hijack projek-projek ini. Itu adalah education mereka kerana inilah salah satu pada masalahnya, banyak rumah mampu milik, kos rendah dan sebagainya dapat kepada mereka yang sudah lebih daripada mampu. Inilah masalah besar dan saya rasa dengan limited resources, bagaimana banyak pun rumah kita buat, masih tidak cukup kerana target groups are not being met. Itulah satu isu yang saya hendak sebutkan di sini. Kedua, tentang apa Yang Berhormat Pasir Salak kata tadi ialah hendak bagi subsidi RM20 ribu atau RM40 ribu, saya rasa ini adalah atas kemampuan kerajaan hari ini dengan situasi kewangan. Akan tetapi yang pentingnya, siapakah yang akan dapat rumah-rumah ini? Itu perkara yang pokok kerana tanpa senarai yang komprehensif, kita tidak mahu rumah mampu milik ini diambil atau dibeli oleh mereka yang tidak... Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, saya jawabkan ya. Kerajaan tentukanlah, you have the list, you go through the list. Apa lagi you tanya soalan itu kepada kita? Kita bukannya yang hendak buat keputusan. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ini kerana rumah-rumah yang terdahulu dibeli oleh kerajaan dahulu... Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dari jangan cerita dulu, cerita yang akan datang ini. Why are you bringing up and picking up... Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Because masih ada banyak projek yang terbengkalai, yang sedang... Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: No, we are now talking about the future, your plan, what are you going to do?. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: We have to look at the... Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ya, you kata siapa yang penerima, you decide lah. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad: Ini kerana tanpa begitu lama sejak kita merdeka 60 tahun, we still don't have a master list. We still tidak ada senarai yang boleh menunjukkan siapa yang sudah terima...
34
46
"2018-10-31T00:00:00"
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31102018.pdf