original
stringlengths
28
38.9k
cleaned
stringlengths
3
11.7k
no_page
int64
0
70k
actual_no_page
int64
1
252
date
timestamp[s]
url
stringlengths
60
60
DR.1.6.2004 63 Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam bangun. Bukit Mertajam di sini, di sebelah kiri saya. Puan Chong Eng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat. Saya rasa apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat ini adalah lagu lama. Sudah 10 tahun cakap begitulah. Sejak Rancangan Malaysia Ke-6, itulah rancangannya. Rancangan demi rancangan tetapi tidak ada pelaksanaan. Saya rasa sama ada pihak kerajaan kurang upaya untuk melaksanakan rancangan ini ataupun tidak ada political will. Dia tidak hendak buat kerana undi wanita itu dia kira tidak begitu penting. Yang saya ingin dengar di sini ialah bila akan dibuat - bukan mengharapkan majikan atau pihak swasta, tetapi kerajaan sendiri, bila kerajaan akan buat? Terima kasih. Datuk G. Palanivel: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada pembangkang ini pun nyanyiannya semua nyanyian lagu lama. [Beberapa ahli ketawa] Saya duduk di dalam Parlimen ini sudah empat penggal, dia di penggal yang kedua, lagu yang sama juga. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin [Jerai]: Tuan Yang di-Pertua, Point of Order Tuan Yang di-Pertua. Datuk G. Palanivel: Buat tuduhan. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: Yang Berhormat seorang wanita…. seorang wanita mendera Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Bercakap kasar kepada Timbalan Menteri, itu mendera Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila. Datuk G. Palanivel: Pihak kerajaan telah memberikan insentif-insentif seperti berikut. TASKA yang diwujudkan oleh agensi kerajaan di bangunan sendiri diberi pengecualian daripada pihak-pihak berkuasa tempatan di mana pengendali tidak perlu memohon untuk menukar syarat penggunaan ruang. Pengendali TASKA daripada agensi kerajaan juga boleh memohon geran pelancaran bagi penubuhan TASKA di tempat kerja sehingga RM50,000 yang merupakan one-off untuk kos ubahsuai ruang dan pembelian bagi kelengkapan asas sesebuah TASKA. Penubuhan TASKA oleh majikan di sektor swasta pula diberi insentif di mana bangunan yang digunakan untuk TASKA layak diberi elaun bangunan perindustrian sebayak 10 peratus selama 10 tahun terhadap perbelanjaan pembinaan atau pembaharuan bangunan. Kementerian akan terus memperjuangkan isu ini kerana ingin melibatkan lebih ramai kaum wanita bekerja serta turut terlibat dalam arus pembangunan negara yang semakin mencabar. Tuan Yang di-Pertua, dalam isu yang berkaitan dengan penglibatan 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumpul perangkaan bilangan wanita di peringkat membuat keputusan dan kini sedang mendapatkan pandangan daripada pelbagai agensi kerajaan. Berdasarkan pandangan-pandangan tersebut pihak kementerian akan merangka tindakan susulan untuk meningkatkan penyertaan wanita di peringkat membuat keputusan dalam sektor awam, swasta dan politik. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu keganasan rumah tangga, rogol, pelacuran, hak penjagaan anak dan sebagainya, ingin saya jelaskan di sini bahawa kementerian sentiasa memberikan perhatian serius terhadap perkara-perkara tersebut. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Kubang Kerian bangun. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sekadar hendak mencadangkan satu perkara, adakah kementerian bersetuju supaya wanita-wanita yang melahirkan anak di hospital kerajaan diberikan bayaran percuma sebagai satu pengiktirafan kerajaan terhadap wanita-wanita yang melahirkan anak, melahirkan generasi yang memberikan sumbangan besar kepada negara? Dicadangkan. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Datuk G. Palanivel: Kalau wanita yang melahirkan anak itu tidak berkemampuan, kerajaan boleh bayar. Kalau dia kaya, buat apa kerajaan bayar, we are not a welfare state.
63. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam bangun. Bukit Mertajam di sini, di sebelah kiri saya. Puan Chong Eng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat. Saya rasa apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat ini adalah lagu lama. Sudah 10 tahun cakap begitulah. Sejak Rancangan Malaysia Ke-6, itulah rancangannya. Rancangan demi rancangan tetapi tidak ada pelaksanaan. Saya rasa sama ada pihak kerajaan kurang upaya untuk melaksanakan rancangan ini ataupun tidak ada political will. Dia tidak hendak buat kerana undi wanita itu dia kira tidak begitu penting. Yang saya ingin dengar di sini ialah bila akan dibuat- bukan mengharapkan majikan atau pihak swasta, tetapi kerajaan sendiri, bila kerajaan akan buat? Terima kasih. Datuk G. Palanivel: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada pembangkang ini pun nyanyiannya semua nyanyian lagu lama. [Beberapa ahli ketawa] Saya duduk di dalam Parlimen ini sudah empat penggal, dia di penggal yang kedua, lagu yang sama juga. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin [Jerai]: Tuan Yang di-Pertua, Point of Order Tuan Yang di-Pertua. Datuk G. Palanivel: Buat tuduhan. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: Yang Berhormat seorang wanita.... seorang wanita mendera Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Bercakap kasar kepada Timbalan Menteri, itu mendera Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila. Datuk G. Palanivel: Pihak kerajaan telah memberikan insentif-insentif seperti berikut. TASKA yang diwujudkan oleh agensi kerajaan di bangunan sendiri diberi pengecualian daripada pihak-pihak berkuasa tempatan di mana pengendali tidak perlu memohon untuk menukar syarat penggunaan ruang. Pengendali TASKA daripada agensi kerajaan juga boleh memohon geran pelancaran bagi penubuhan TASKA di tempat kerja sehingga RM50,000 yang merupakan one-off untuk kos ubahsuai ruang dan pembelian bagi kelengkapan asas sesebuah TASKA. Penubuhan TASKA oleh majikan di sektor swasta pula diberi insentif di mana bangunan yang digunakan untuk TASKA layak diberi elaun bangunan perindustrian sebayak 10 peratus selama 10 tahun terhadap perbelanjaan pembinaan atau pembaharuan bangunan. Kementerian akan terus memperjuangkan isu ini kerana ingin melibatkan lebih ramai kaum wanita bekerja serta turut terlibat dalam arus pembangunan negara yang semakin mencabar. Tuan Yang di-Pertua, dalam isu yang berkaitan dengan penglibatan 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumpul perangkaan bilangan wanita di peringkat membuat keputusan dan kini sedang mendapatkan pandangan daripada pelbagai agensi kerajaan. Berdasarkan pandangan-pandangan tersebut pihak kementerian akan merangka tindakan susulan untuk meningkatkan penyertaan wanita di peringkat membuat keputusan dalam sektor awam, swasta dan politik. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu keganasan rumah tangga, rogol, pelacuran, hak penjagaan anak dan sebagainya, ingin saya jelaskan di sini bahawa kementerian sentiasa memberikan perhatian serius terhadap perkara-perkara tersebut. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Kubang Kerian bangun. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sekadar hendak mencadangkan satu perkara, adakah kementerian bersetuju supaya wanita-wanita yang melahirkan anak di hospital kerajaan diberikan bayaran percuma sebagai satu pengiktirafan kerajaan terhadap wanita-wanita yang melahirkan anak, melahirkan generasi yang memberikan sumbangan besar kepada negara? Dicadangkan. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Datuk G. Palanivel: Kalau wanita yang melahirkan anak itu tidak berkemampuan, kerajaan boleh bayar. Kalau dia kaya, buat apa kerajaan bayar, we are not a welfare state.
63
77
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
64 DR.1.6.2004 Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan Yang Berhormat. Datuk G. Palanivel: Berkaitan dengan isu keganasan …… Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa] Datuk G. Palanivel: Saya ulang sekali lagi. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Datuk G. Palanivel: Berkaitan dengan isu keganasan rumah tangga, rogol, pelacuran, hak penjagaan anak dan sebagainya, ingin saya menjelaskan di sini bahawa kementerian sentiasa memberikan perhatian serius terhadap perkara-perkara tersebut. Tindakan yang diambil termasuklah usaha pencegahan melalui program-program kesedaran serta menyediakan khidmat perlindungan kepada mangsa-mangsa melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak NGO. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang bangun. Sri Gading bangun, ya. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Keganasan rumah tangga sudah semacam lumrahlah. Baru-baru ini saya terbaca satu berita di akhbar, bagi mengelakkan keganasan ini wanita diajar untuk menggunakan cara-cara cakar harimau. Saya pun tidak faham ini. [Beberapa ahli ketawa] Supaya si suami sayang isteri, isteri gunakan kaedah cakar harimau. Saya tidak tahu macam mana cakar harimau ini, macam mana dia boleh cakar tu. Jikalau boleh ajarlah kami atau isteri-isteri kami macam mana mencakar harimau ini supaya aman tenteramlah rumah tangga. [Beberapa ahli ketawa] Minta Timbalan Menteri jelaskan sedikit. Kalau boleh demonstrasi sedikit macam mana cakar harimau ini. [Ketawa] [Dewan riuh] Datuk G. Palanivel: Saya akan bincang dengan Menteri tetapi beliau sekarang di luar negara. Dia suka, menjadi punca hiburan, saya pun suka juga. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa] Ya, sambung Yang Berhormat. Datuk G. Palanivel: Mengenai cadangan penubuhan Mahkamah Keluarga pula, kementerian bekerjasama rapat dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara untuk merangka konsep dan pendekatan penubuhannya. Setakat ini Mahkamah Sivil 8 Kuala Lumpur di Pusat Infokraf, Jalan Hishamuddin telah diubahsuai sebagai mahkamah keluarga dengan menyediakan kemudahan bilik untuk kanak-kanak dan ruang menunggu yang mesra keluarga. Mengenai cadangan supaya kementerian menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memasukkan isu wanita dalam pembangunan negara, melantik wakil NGO dalam jawatankuasa tersebut, sukacita dimaklumkan bahawa kementerian telah pun menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha dan dianggotai oleh pegawai-pegawai kerajaan, sektor swasta dan NGO. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: [Bangun] Datuk G. Palanivel: Jawatankuasa-jawatankuasa teknikal tersebut termasuklah Jawatankuasa Wanita dan ICT, Jawatankuasa Media, Jawatankuasa Undang-undang, dan Jawatankuasa Wanita dan Pekerjaan. Melalui jawatankuasa- jawatankuasa teknikal ini isu-isu berkaitan telah dikenal pasti dibincangkan dan diambil tindakan susulan. Tuan Yang di-Pertua: Jerai bangun. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: Manakam! Datuk G. Palanivel : Biar saya habis. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: Manakam! Datuk G. Palanivel: Kementerian juga telah menubuhkan jawatankuasa kecil bagi setiap, …. jawatankuasa teknikal sebagai contoh, Jawatankuasa Kecil Mahkamah Keluarga di bawah Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Jerai.
Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan Yang Berhormat. Datuk G. Palanivel: Berkaitan dengan isu keganasan ...... Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa]. Datuk G. Palanivel: Saya ulang sekali lagi. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Datuk G. Palanivel: Berkaitan dengan isu keganasan rumah tangga, rogol, pelacuran, hak penjagaan anak dan sebagainya, ingin saya menjelaskan di sini bahawa kementerian sentiasa memberikan perhatian serius terhadap perkara-perkara tersebut. Tindakan yang diambil termasuklah usaha pencegahan melalui program-program kesedaran serta menyediakan khidmat perlindungan kepada mangsa-mangsa melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak NGO. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang bangun. Sri Gading bangun, ya. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Keganasan rumah tangga sudah semacam lumrahlah. Baru-baru ini saya terbaca satu berita di akhbar, bagi mengelakkan keganasan ini wanita diajar untuk menggunakan cara-cara cakar harimau. Saya pun tidak faham ini. [Beberapa ahli ketawa] Supaya si suami sayang isteri, isteri gunakan kaedah cakar harimau. Saya tidak tahu macam mana cakar harimau ini, macam mana dia boleh cakar tu. Jikalau boleh ajarlah kami atau isteri-isteri kami macam mana mencakar harimau ini supaya aman tenteramlah rumah tangga. [Beberapa ahli ketawa] Minta Timbalan Menteri jelaskan sedikit. Kalau boleh demonstrasi sedikit macam mana cakar harimau ini. [Ketawa] [Dewan riuh]. Datuk G. Palanivel: Saya akan bincang dengan Menteri tetapi beliau sekarang di luar negara. Dia suka, menjadi punca hiburan, saya pun suka juga. [Ketawa]. Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa] Ya, sambung Yang Berhormat. Datuk G. Palanivel: Mengenai cadangan penubuhan Mahkamah Keluarga pula, kementerian bekerjasama rapat dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara untuk merangka konsep dan pendekatan penubuhannya. Setakat ini Mahkamah Sivil 8 Kuala Lumpur di Pusat Infokraf, Jalan Hishamuddin telah diubahsuai sebagai mahkamah keluarga dengan menyediakan kemudahan bilik untuk kanak-kanak dan ruang menunggu yang mesra keluarga. Mengenai cadangan supaya kementerian menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memasukkan isu wanita dalam pembangunan negara, melantik wakil NGO dalam jawatankuasa tersebut, sukacita dimaklumkan bahawa kementerian telah pun menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha dan dianggotai oleh pegawai-pegawai kerajaan, sektor swasta dan NGO. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: [Bangun]. Datuk G. Palanivel: Jawatankuasa-jawatankuasa teknikal tersebut termasuklah Jawatankuasa Wanita dan ICT, Jawatankuasa Media, Jawatankuasa Undang-undang, dan Jawatankuasa Wanita dan Pekerjaan. Melalui jawatankuasa- jawatankuasa teknikal ini isu-isu berkaitan telah dikenal pasti dibincangkan dan diambil tindakan susulan. Tuan Yang di-Pertua: Jerai bangun. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: Manakam!. Datuk G. Palanivel : Biar saya habis. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: Manakam!. Datuk G. Palanivel: Kementerian juga telah menubuhkan jawatankuasa kecil bagi setiap, .... jawatankuasa teknikal sebagai contoh, Jawatankuasa Kecil Mahkamah Keluarga di bawah Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Jerai.
64
78
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 65 Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi Yang Berhormat bercakap pasal dera. Selalu kita bercakap Tuan Yang di-Pertua, suami dera isteri, suami pukul isteri, suami buat macam-macam pada isteri, memang berlaku, tetapi adakah Timbalan Menteri pun sedar isteri juga mendera suami? Tidak termasuk sayalah. Kadang-kadang dera dari segi leteran, dia suka…”Kita bangun lambat dia bising, kita mandi lambat dia bising. [Bercakap dalam Bahasa Kantonis/Mandarin] [Beberapa ahli ketawa] Kita bangun lambat, dia bising – itu dera, mandi lambat dia dera, balik lambat dia dera pula Tuan Yang di-Pertua, yang dia tidak dera bila keluar lambat. [Beberapa ahli ketawa] Di manakah sang suami-sang suami ini hendak merayu, adakah kepada Menteri ataupun kepada Yang Berhormat kerana kita hendak pergi ke balai, kita malu. Eh… tidak boleh, sayang. [Bercakap dalam Bahasa Kantonis/Mandarin] Tuan Yang di-Pertua: Jerai, Jerai, Jerai Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: Dengan izin, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Habiskan soalan. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: Adakah kementerian boleh, kita buat secara runding cara supaya benda ini tidak keluar dalam surat khabar, malu Tuan Yang di-Pertua, kalau surat khabar kata suami kena dera oleh isteri, kita hendak bubuh muka di mana Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, cukuplah, cukuplah. Datuk G. Palanivel: Saya memberi nasihat kepada Yang Berhormat jangan gaduh dengan wanitalah. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Bukan gaduh, dia gaduh sama kita. [Ketawa] Macam tadi DAP dia gaduh sama saya.... Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, cukuplah, cukuplah! Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: ....siapa hendak gaduh sama dia. Tuan Yang di-Pertua: Jerai cukuplah. Sila teruskan. Datuk G. Palanivel: Tuan Yang di-Pertua, mengenai saranan supaya siasatan terhadap kes penderaan pembantu rumah perlu dijalankan secara adil dan jangan secara mock justice sahaja. Suka saya menegaskan di sini bahawa kerajaan sangat memandang serius terhadap kes-kes penderaan khususnya terhadap wanita dan kanak-kanak termasuk penderaan pembantu rumah asing. Walaupun kes penderaan pembantu rumah asing ini bukan masalah yang meluas jika dibandingkan dengan bilangan pembantu rumah warganegara asing yang bekerja di negara ini. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Bukit Mertajam bangun, ya. Datuk G. Palanivel: Let me finish. Puan Chong Eng: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Dia minta bagi habiskan. Datuk G. Palanivel: Biar saya habis. Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia kes penderaan pembantu rumah asing pada tahun 2003 berjumlah 39 kes iaitu 16 kes setiap 100,000 pembantu rumah asing dan sebanyak 31 kes pada tahun 2002 iaitu kira- kira 15 kes setiap 100,000 pembantu rumah asing. Walaupun ianya menunjukkan angka yang kecil, kerajaan sentiasa memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penjenayah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Puan Chong Eng: Tuan Yang di-Pertua, yang saya hendak komen di sini ialah tadi katanya mengenai mahkamah keluarga. Jawapan itu saya juga dapat pada tahun yang lepas begitu juga, tidak ada kemajuan langsung. Saya hendak tahu bilakah ini boleh diwujudkan, kerana ini adalah satu perkara yang penting untuk menyelesaikan kes-kes keluarga seperti keganasan dan juga perceraian. Kalau kita katakanlah bahawa keluarga adalah begitu penting di dalam masyarakat kita, tetapi apakah kerajaan telah buat untuk keluarga. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Setiu dalam peringkat cakapan sahaja. Itu yang pertama.
65. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi Yang Berhormat bercakap pasal dera. Selalu kita bercakap Tuan Yang di-Pertua, suami dera isteri, suami pukul isteri, suami buat macam-macam pada isteri, memang berlaku, tetapi adakah Timbalan Menteri pun sedar isteri juga mendera suami? Tidak termasuk sayalah. Kadang-kadang dera dari segi leteran, dia suka..."Kita bangun lambat dia bising, kita mandi lambat dia bising. [Bercakap dalam Bahasa Kantonis/Mandarin] [Beberapa ahli ketawa] Kita bangun lambat, dia bising- itu dera, mandi lambat dia dera, balik lambat dia dera pula Tuan Yang di-Pertua, yang dia tidak dera bila keluar lambat. [Beberapa ahli ketawa] Di manakah sang suami-sang suami ini hendak merayu, adakah kepada Menteri ataupun kepada Yang Berhormat kerana kita hendak pergi ke balai, kita malu. Eh... tidak boleh, sayang. [Bercakap dalam Bahasa Kantonis/Mandarin]. Tuan Yang di-Pertua: Jerai, Jerai, Jerai. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: Dengan izin, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Habiskan soalan. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: Adakah kementerian boleh, kita buat secara runding cara supaya benda ini tidak keluar dalam surat khabar, malu Tuan Yang di-Pertua, kalau surat khabar kata suami kena dera oleh isteri, kita hendak bubuh muka di mana Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, cukuplah, cukuplah. Datuk G. Palanivel: Saya memberi nasihat kepada Yang Berhormat jangan gaduh dengan wanitalah. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Bukan gaduh, dia gaduh sama kita. [Ketawa] Macam tadi DAP dia gaduh sama saya.... Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, cukuplah, cukuplah!. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: ....siapa hendak gaduh sama dia. Tuan Yang di-Pertua: Jerai cukuplah. Sila teruskan. Datuk G. Palanivel: Tuan Yang di-Pertua, mengenai saranan supaya siasatan terhadap kes penderaan pembantu rumah perlu dijalankan secara adil dan jangan secara mock justice sahaja. Suka saya menegaskan di sini bahawa kerajaan sangat memandang serius terhadap kes-kes penderaan khususnya terhadap wanita dan kanak-kanak termasuk penderaan pembantu rumah asing. Walaupun kes penderaan pembantu rumah asing ini bukan masalah yang meluas jika dibandingkan dengan bilangan pembantu rumah warganegara asing yang bekerja di negara ini. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Bukit Mertajam bangun, ya. Datuk G. Palanivel: Let me finish. Puan Chong Eng: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Dia minta bagi habiskan. Datuk G. Palanivel: Biar saya habis. Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia kes penderaan pembantu rumah asing pada tahun 2003 berjumlah 39 kes iaitu 16 kes setiap 100,000 pembantu rumah asing dan sebanyak 31 kes pada tahun 2002 iaitu kira- kira 15 kes setiap 100,000 pembantu rumah asing. Walaupun ianya menunjukkan angka yang kecil, kerajaan sentiasa memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penjenayah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Puan Chong Eng: Tuan Yang di-Pertua, yang saya hendak komen di sini ialah tadi katanya mengenai mahkamah keluarga. Jawapan itu saya juga dapat pada tahun yang lepas begitu juga, tidak ada kemajuan langsung. Saya hendak tahu bilakah ini boleh diwujudkan, kerana ini adalah satu perkara yang penting untuk menyelesaikan kes-kes keluarga seperti keganasan dan juga perceraian. Kalau kita katakanlah bahawa keluarga adalah begitu penting di dalam masyarakat kita, tetapi apakah kerajaan telah buat untuk keluarga. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Setiu dalam peringkat cakapan sahaja. Itu yang pertama.
65
79
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
66 DR.1.6.2004 Yang kedua, kita sudah meminda Infant Guardianship Act dua tiga tahun yang lalu, tetapi sampai sekarang ibu yang hendak memohon dokumen-dokumen atau hendak memindah (transfer) anak-anak mereka dari satu sekolah ke sekolah yang lain kerana perpisahan dengan suaminya masih pihak sekolah tidak mahu membenarkan ibu untuk menjalankan tugas ini atau menggunakan kuasa ini kerana mereka kata bahawa mereka tidak tahu ada pemindahan ini. Saya minta kementerian Yang Berhormat, macam mana kita hendak laksanakan undang-undang yang telah dipindakan itu dan juga bahawa kerajaan lebih serius dan meningkatkan keupayaan pelaksanaan supaya masalah-masalah yang menimpakan wanita ini dapat diselesaikan lebih secepat mungkin. Saya rasa ramai Yang Berhormat di dalam Dewan ini tidak faham masalah yang dihadapi oleh wanita. Oleh sebab itu, dia boleh bertanya kalau isteri dia nyek...nyek... nyek...dia, apa hendak buat, itu sendiri pandai-pandailah. Terima kasih. [Ketawa] Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat, dia tidak kahwin lagi dia mana tahu. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Jerai, Jerai, Jerai, sila duduk. Sila. Datuk G. Palanivel: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam dia tidak puas hati atau faham rancangan kerajaan. Semua rancangan kerajaan ialah amat terbaik. Puan Chong Eng: [Menyampuk] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Mertajam, tolong. Datuk G. Palanivel: Bila dia ucap saya tidak bising. Bila saya ucap dia mahu bising. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Itulah dera namanya Yang Berhormat. [Ketawa] Datuk G. Palanivel: Semua rancangan kita ialah yang amat terbaik. Kita tidak puji, yang puji ialah organisasi-organisasi antarabangsa seperti UNDP - fewer cases of social ills in Malaysia. Sebab rancangan kita dia cakap rancangan yang amat terbaik di rantau ini. Mengenai Mahkamah Keluarga, kerajaan dalam tahun 2002 telah mewujudkan satu jawatankuasa peringkat menteri dan jawatankuasa ini pun menubuhkan dua jawatankuasa teknikal – satu dipengerusikan oleh Peguam Negara dan satu lagi dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman dan berdasarkan kepada apa yang dikaji dan beritahu kepada kementerian, kerajaan menganggap penubuhan Mahkamah Keluarga ini ialah satu yang penting dan sebab itu kita sedang buat rancangan jangka pendek, jangka panjang dan jangka pertengahan untuk menubuh Mahkamah Keluarga ini. Saya harap Mahkamah Keluarga ini akan jadi satu kenyataan dan ini bukan satu kata-kata kerajaan. Kementerian ini melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh membantu mangsa-mangsa penderaan dengan menyediakan tempat perlindungan atau tempat selamat sementara sekiranya mangsa benar-benar memerlukan terutama dalam tempoh siasatan. Penempatan mangsa di tempat perlindungan adalah dengan kerjasama pihak polis. Setakat ini terdapat 29 buah tempat perlindungan yang memberi perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga yang juga boleh digunakan sebagai tempat perlindungan pembantu rumah asing yang didera. Pihak kementerian menyedari dan mengakui terdapat kekurangan pegawai, terutama pegawai-pegawai kebajikan di negeri-negeri. Sungguhpun begitu... Cik Fong Po Kuan: Minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Batu Gajah bangun Yang Berhormat. Cik Fong Po Kuan: Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya sejauh manakah kerjasama di antara kementerian ini dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sedarkah Yang Berhormat bahawa, saya beri contoh di negeri Perak, hanya ada buah rumah perlindungan untuk mangsa-mangsa penderaan – isteri-isteri yang didera. Saya terkejut apabila saya meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, isteri asing ini perlu perlindungan, dia kata ada dua tempat, satu
Yang kedua, kita sudah meminda Infant Guardianship Act dua tiga tahun yang lalu, tetapi sampai sekarang ibu yang hendak memohon dokumen-dokumen atau hendak memindah (transfer) anak-anak mereka dari satu sekolah ke sekolah yang lain kerana perpisahan dengan suaminya masih pihak sekolah tidak mahu membenarkan ibu untuk menjalankan tugas ini atau menggunakan kuasa ini kerana mereka kata bahawa mereka tidak tahu ada pemindahan ini. Saya minta kementerian Yang Berhormat, macam mana kita hendak laksanakan undang-undang yang telah dipindakan itu dan juga bahawa kerajaan lebih serius dan meningkatkan keupayaan pelaksanaan supaya masalah-masalah yang menimpakan wanita ini dapat diselesaikan lebih secepat mungkin. Saya rasa ramai Yang Berhormat di dalam Dewan ini tidak faham masalah yang dihadapi oleh wanita. Oleh sebab itu, dia boleh bertanya kalau isteri dia nyek...nyek... nyek...dia, apa hendak buat, itu sendiri pandai-pandailah. Terima kasih. [Ketawa]. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat, dia tidak kahwin lagi dia mana tahu. [Ketawa]. Tuan Yang di-Pertua: Jerai, Jerai, Jerai, sila duduk. Sila. Datuk G. Palanivel: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam dia tidak puas hati atau faham rancangan kerajaan. Semua rancangan kerajaan ialah amat terbaik. Puan Chong Eng: [Menyampuk]. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Mertajam, tolong. Datuk G. Palanivel: Bila dia ucap saya tidak bising. Bila saya ucap dia mahu bising. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Itulah dera namanya Yang Berhormat. [Ketawa]. Datuk G. Palanivel: Semua rancangan kita ialah yang amat terbaik. Kita tidak puji, yang puji ialah organisasi-organisasi antarabangsa seperti UNDP- fewer cases of social ills in Malaysia. Sebab rancangan kita dia cakap rancangan yang amat terbaik di rantau ini. Mengenai Mahkamah Keluarga, kerajaan dalam tahun 2002 telah mewujudkan satu jawatankuasa peringkat menteri dan jawatankuasa ini pun menubuhkan dua jawatankuasa teknikal- satu dipengerusikan oleh Peguam Negara dan satu lagi dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman dan berdasarkan kepada apa yang dikaji dan beritahu kepada kementerian, kerajaan menganggap penubuhan Mahkamah Keluarga ini ialah satu yang penting dan sebab itu kita sedang buat rancangan jangka pendek, jangka panjang dan jangka pertengahan untuk menubuh Mahkamah Keluarga ini. Saya harap Mahkamah Keluarga ini akan jadi satu kenyataan dan ini bukan satu kata-kata kerajaan. Kementerian ini melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh membantu mangsa-mangsa penderaan dengan menyediakan tempat perlindungan atau tempat selamat sementara sekiranya mangsa benar-benar memerlukan terutama dalam tempoh siasatan. Penempatan mangsa di tempat perlindungan adalah dengan kerjasama pihak polis. Setakat ini terdapat 29 buah tempat perlindungan yang memberi perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga yang juga boleh digunakan sebagai tempat perlindungan pembantu rumah asing yang didera. Pihak kementerian menyedari dan mengakui terdapat kekurangan pegawai, terutama pegawai-pegawai kebajikan di negeri-negeri. Sungguhpun begitu... Cik Fong Po Kuan: Minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Batu Gajah bangun Yang Berhormat. Cik Fong Po Kuan: Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya sejauh manakah kerjasama di antara kementerian ini dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sedarkah Yang Berhormat bahawa, saya beri contoh di negeri Perak, hanya ada buah rumah perlindungan untuk mangsa-mangsa penderaan- isteri-isteri yang didera. Saya terkejut apabila saya meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, isteri asing ini perlu perlindungan, dia kata ada dua tempat, satu.
66
80
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 67 ialah di Tanjong Rambutan, tinggal dengan rumah orang tua. Yang satu lagi di Jelapang juga tinggal dengan rumah orang tua. Itu adalah rumah orang-orang tua yang mana dia kata makan sama sahaja, tidur di blok yang berlainan. Saya hendak tahu apakah kementerian ada perancangan untuk memastikan bahawa mangsa-mangsa ini diberi satu tempat yang lebih selesa yang berpatutan agar mereka dapat menenteramkan diri kerana mereka menghadapi trauma yang begitu serius. Itu satu. Yang kedua ialah kerjasama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya rasa Jabatan Kebajikan di Ipoh tidak mempunyai pegawai yang mencukupi. Apabila mangsa pergi ke sana mereka kena menunggu untuk membantu mereka mendapatkan Interim Protection Order. Itu kedua. Penguatkuasaan Interim Protection Order perkara ketiga juga. Mereka telah dapat perintah tetapi tidak dikuatkuasakan. Isteri kena berlindung untuk bersembunyi agar suami tidak datang untuk cari mereka. Infact dengan Interim Protection Order mereka sepatutnya bebas bergerak, tetapi sebaliknya. Ada Interim Protection Order masih perlu bersembunyi. Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat, panjang sangat itu. Cik Fong Po Kuan: Saya hendak tanya sama ada kementeriannya, apakah sedar situasi sebenar yang berlaku di padang sekarang. Sekian, terima kasih. Datuk G. Palanivel: Kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kementerian baik sebab Jabatan Kebajikan Masyarakat terletak di bawah kementerian ini. Kes-kes tertentu seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah beri kepada saya dan saya akan kaji dan buat apa yang sepatutnya. Saya setuju dengan Yang Berhormat bagi Batu Gajah, kadang-kadang di peringkat akar umbi ada masalah-masalah seperti ini, dan kementerian akan cuba selesai masalah-masalah seperti ini. Kadang-kadang ini disebabkan kita kekurangan tenaga di peringkat akar umbi. Mengenai cadangan mewujudkan support group bagi membantu mangsa jenayah termasuk jenayah sumbang mahram, pihak kementerian amat menyambut baik cadangan tersebut. Kementerian berpendapat bahawa strategi ini adalah antara kaedah yang berkesan untuk membantu meringankan tekanan atau trauma yang ditanggung oleh mangsa dan keluarga. Kumpulan sokongan ini boleh diwujudkan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin dalam masyarakat dan sebagainya. Pada masa ini terdapat support group yang diwujudkan oleh NGO bagi mangsa barah payu dara, ibu tunggal dan pesakit angin ahmar (stroke). Bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa sumbang mahram, pasukan perlindungan kanak-kanak yang dianggotai oleh anggota masyarakat setempat telah ditubuhkan bagi menyelaras program-program penjagaan, penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Setakat ini terdapat 105 pasukan perlindungan kanak-kanak di seluruh negara. Kementerian juga telah menubuhkan organisasi membanteras keganasan terhadap wanita fasa pertama dan kedua serta menjalankan kempen melalui poster- poster bagi menyedarkan masyarakat dalam membendung gejala tersebut daripada berleluasa. Satu panel perunding akan ditubuhkan bagi menangani masalah berkenaan yang dianggotai oleh wakil-wakil agensi kerajaan, swasta dan NGO. Kerajaan juga akan menjalankan kajian mengenai jenayah sumbang mahram dan rogol dari segala aspek termasuk peruntukan perundangan yang sedia ada, peranan media massa, sistem pendidikan, nilai-nilai kemasyarakatan masa kini dan sebagainya. Menyedari masalah sosial yang semakin kompleks, kementerian akan berusaha memantap dan mengukuhkan institusi keluarga terutama sekali kepada pasangan yang bakal berkahwin atau yang baru berkahwin. Melalui LPPKN, pihak kementerian telah melaksanakan program kempen “Utamakan Keluarga, Semakin Hari Semakin Sayang” dan pelancaran “Smart Start” sebagai panduan kepada pasangan- pasangan. Melalui Jabatan Pembangunan Wanita pula diadakan program-program pembangunan kapasiti bagi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang lebih baik.
67. ialah di Tanjong Rambutan, tinggal dengan rumah orang tua. Yang satu lagi di Jelapang juga tinggal dengan rumah orang tua. Itu adalah rumah orang-orang tua yang mana dia kata makan sama sahaja, tidur di blok yang berlainan. Saya hendak tahu apakah kementerian ada perancangan untuk memastikan bahawa mangsa-mangsa ini diberi satu tempat yang lebih selesa yang berpatutan agar mereka dapat menenteramkan diri kerana mereka menghadapi trauma yang begitu serius. Itu satu. Yang kedua ialah kerjasama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya rasa Jabatan Kebajikan di Ipoh tidak mempunyai pegawai yang mencukupi. Apabila mangsa pergi ke sana mereka kena menunggu untuk membantu mereka mendapatkan Interim Protection Order. Itu kedua. Penguatkuasaan Interim Protection Order perkara ketiga juga. Mereka telah dapat perintah tetapi tidak dikuatkuasakan. Isteri kena berlindung untuk bersembunyi agar suami tidak datang untuk cari mereka. Infact dengan Interim Protection Order mereka sepatutnya bebas bergerak, tetapi sebaliknya. Ada Interim Protection Order masih perlu bersembunyi. Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat, panjang sangat itu. Cik Fong Po Kuan: Saya hendak tanya sama ada kementeriannya, apakah sedar situasi sebenar yang berlaku di padang sekarang. Sekian, terima kasih. Datuk G. Palanivel: Kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kementerian baik sebab Jabatan Kebajikan Masyarakat terletak di bawah kementerian ini. Kes-kes tertentu seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah beri kepada saya dan saya akan kaji dan buat apa yang sepatutnya. Saya setuju dengan Yang Berhormat bagi Batu Gajah, kadang-kadang di peringkat akar umbi ada masalah-masalah seperti ini, dan kementerian akan cuba selesai masalah-masalah seperti ini. Kadang-kadang ini disebabkan kita kekurangan tenaga di peringkat akar umbi. Mengenai cadangan mewujudkan support group bagi membantu mangsa jenayah termasuk jenayah sumbang mahram, pihak kementerian amat menyambut baik cadangan tersebut. Kementerian berpendapat bahawa strategi ini adalah antara kaedah yang berkesan untuk membantu meringankan tekanan atau trauma yang ditanggung oleh mangsa dan keluarga. Kumpulan sokongan ini boleh diwujudkan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin dalam masyarakat dan sebagainya. Pada masa ini terdapat support group yang diwujudkan oleh NGO bagi mangsa barah payu dara, ibu tunggal dan pesakit angin ahmar (stroke). Bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa sumbang mahram, pasukan perlindungan kanak-kanak yang dianggotai oleh anggota masyarakat setempat telah ditubuhkan bagi menyelaras program-program penjagaan, penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Setakat ini terdapat 105 pasukan perlindungan kanak-kanak di seluruh negara. Kementerian juga telah menubuhkan organisasi membanteras keganasan terhadap wanita fasa pertama dan kedua serta menjalankan kempen melalui poster- poster bagi menyedarkan masyarakat dalam membendung gejala tersebut daripada berleluasa. Satu panel perunding akan ditubuhkan bagi menangani masalah berkenaan yang dianggotai oleh wakil-wakil agensi kerajaan, swasta dan NGO. Kerajaan juga akan menjalankan kajian mengenai jenayah sumbang mahram dan rogol dari segala aspek termasuk peruntukan perundangan yang sedia ada, peranan media massa, sistem pendidikan, nilai-nilai kemasyarakatan masa kini dan sebagainya. Menyedari masalah sosial yang semakin kompleks, kementerian akan berusaha memantap dan mengukuhkan institusi keluarga terutama sekali kepada pasangan yang bakal berkahwin atau yang baru berkahwin. Melalui LPPKN, pihak kementerian telah melaksanakan program kempen "Utamakan Keluarga, Semakin Hari Semakin Sayang" dan pelancaran "Smart Start" sebagai panduan kepada pasangan- pasangan. Melalui Jabatan Pembangunan Wanita pula diadakan program-program pembangunan kapasiti bagi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang lebih baik.
67
81
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
68 DR.1.6.2004 Dalam hubungan ini, kementerian telah dan sedang melaksanakan pelbagai strategi, program dan aktiviti sama ada rancangan sendiri atau secara bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk NGO melalui pemberian peruntukan bantuan khas Perbendaharaan. Program Pembangunan Kapasiti Wanita bertujuan meningkatkan keupayaan wanita memperoleh pendapatan untuk mengukuhkan ekonomi keluarga. Kementerian juga melaksanakan program meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT melalui projek e-wanita, dengan izin, Economic Empowerment Center for Women untuk golongan berpendapatan rendah termasuk ibu tunggal. Kaum wanita juga digalakkan menceburi bidang keusahawanan kecil dan sederhana dan bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan kecil dari kediaman mereka atau dengan izin, home office. Mulai tahun 2001 hingga 2003, kementerian telah mengagihkan peruntukan bantuan khas berjumlah melebihi RM9.6 juta kepada 175 NGO dan dianggarkan seramai 194,000 peserta terdiri daripada suri rumah tangga, ibu tunggal dan beliawanis telah mendapat manfaat daripada program-program yang dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat di atas cadangan dan pandangan yang diberikan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa perbahasan. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. 4.14 ptg. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis]: Tuan Yang di-Pertua, warga di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Dewan dan sangat berbesar hati di atas minat serta keprihatinan Ahli Yang Berhormat yang menyentuh isu-isu berkaitan dengan strategi program kementerian. Masa depan ekonomi negara amat bergantung kepada sejauh mana, Tuan Yang di-Pertua, kita menerapkan nilai-nilai sains, teknologi dan inovasi dalam budaya kerja seterusnya dalam semua sektor negara kita termasuk sektor ekonomi. Usaha- usaha ini memerlukan minat dan gandingan semua dan saya mengharapkan sokongan dan kerjasama oleh semua Ahli Yang Berhormat sekalian. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Terima kasih. Agenda sains, teknologi dan inovasi merupakan agenda penting negara kerana inovasi meliputi sains teknologi dan juga telah diperakui di seluruh negara sebagai satu agenda penting bagi kita mencerna dan menjana bidang ekonomi masa depan yang boleh meletakkan negara di kedudukan global yang kukuh, Tuan Yang di- Pertua. Kejayaan dalam agenda ini sesungguhnya menjadi satu mercu tanda terhadap kemajuan dan keupayaan sesebuah negara seperti negara kita, menyediakan landasan yang kukuh dan berkesan dari segi infrastruktur, sumber manusia, polisi dalam memajukan sektor-sektor yang bergantung kepada teknologi. Kejayaan Malaysia dalam bidang ini amat penting sebagai pemangkin terhadap penambahan kegiatan nilai tambah (value added) dalam ekonomi negara. Ia juga diharapkan dapat membantu ekonomi negara beralih daripada aktiviti-aktiviti yang banyak bergantung kepada sumbangan luaran dan sumbangan-sumbangan sektor tradisi seperti sektor pertanian. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa Ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang industri angkasa lepas. Kerajaan akan melancarkan satelit Razaksat pada tahun 2005. Selepas itu kerajaan bercadang untuk melancarkan tiga buah satelit khusus untuk mengambil gambar-gambar kawasan Malaysia dan sebuah satelit khusus juga akan dilancarkan untuk memberi khidmat komunikasi di kawasan terpencil luar bandar di Malaysia. Program satelit ini akan melibatkan pembangunan teknologi tempatan melalui kepakaran saintis dan jurutera kita sendiri, tempatan. Pendekatan ini akan juga, insya-
Dalam hubungan ini, kementerian telah dan sedang melaksanakan pelbagai strategi, program dan aktiviti sama ada rancangan sendiri atau secara bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk NGO melalui pemberian peruntukan bantuan khas Perbendaharaan. Program Pembangunan Kapasiti Wanita bertujuan meningkatkan keupayaan wanita memperoleh pendapatan untuk mengukuhkan ekonomi keluarga. Kementerian juga melaksanakan program meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT melalui projek e-wanita, dengan izin, Economic Empowerment Center for Women untuk golongan berpendapatan rendah termasuk ibu tunggal. Kaum wanita juga digalakkan menceburi bidang keusahawanan kecil dan sederhana dan bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan kecil dari kediaman mereka atau dengan izin, home office. Mulai tahun 2001 hingga 2003, kementerian telah mengagihkan peruntukan bantuan khas berjumlah melebihi RM9.6 juta kepada 175 NGO dan dianggarkan seramai 194,000 peserta terdiri daripada suri rumah tangga, ibu tunggal dan beliawanis telah mendapat manfaat daripada program-program yang dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat di atas cadangan dan pandangan yang diberikan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa perbahasan. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. 4.14 ptg. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis]: Tuan Yang di-Pertua, warga di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Dewan dan sangat berbesar hati di atas minat serta keprihatinan Ahli Yang Berhormat yang menyentuh isu-isu berkaitan dengan strategi program kementerian. Masa depan ekonomi negara amat bergantung kepada sejauh mana, Tuan Yang di-Pertua, kita menerapkan nilai-nilai sains, teknologi dan inovasi dalam budaya kerja seterusnya dalam semua sektor negara kita termasuk sektor ekonomi. Usaha- usaha ini memerlukan minat dan gandingan semua dan saya mengharapkan sokongan dan kerjasama oleh semua Ahli Yang Berhormat sekalian. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Terima kasih. Agenda sains, teknologi dan inovasi merupakan agenda penting negara kerana inovasi meliputi sains teknologi dan juga telah diperakui di seluruh negara sebagai satu agenda penting bagi kita mencerna dan menjana bidang ekonomi masa depan yang boleh meletakkan negara di kedudukan global yang kukuh, Tuan Yang di- Pertua. Kejayaan dalam agenda ini sesungguhnya menjadi satu mercu tanda terhadap kemajuan dan keupayaan sesebuah negara seperti negara kita, menyediakan landasan yang kukuh dan berkesan dari segi infrastruktur, sumber manusia, polisi dalam memajukan sektor-sektor yang bergantung kepada teknologi. Kejayaan Malaysia dalam bidang ini amat penting sebagai pemangkin terhadap penambahan kegiatan nilai tambah (value added) dalam ekonomi negara. Ia juga diharapkan dapat membantu ekonomi negara beralih daripada aktiviti-aktiviti yang banyak bergantung kepada sumbangan luaran dan sumbangan-sumbangan sektor tradisi seperti sektor pertanian. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa Ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang industri angkasa lepas. Kerajaan akan melancarkan satelit Razaksat pada tahun 2005. Selepas itu kerajaan bercadang untuk melancarkan tiga buah satelit khusus untuk mengambil gambar-gambar kawasan Malaysia dan sebuah satelit khusus juga akan dilancarkan untuk memberi khidmat komunikasi di kawasan terpencil luar bandar di Malaysia. Program satelit ini akan melibatkan pembangunan teknologi tempatan melalui kepakaran saintis dan jurutera kita sendiri, tempatan. Pendekatan ini akan juga, insya-.
68
82
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 69 Allah, mencetuskan pertumbuhan industri angkasa lepas melalui spin off kepada syarikat-syarikat teknologi tempatan. Kejayaan industri angkasa lepas ini adalah penting bagi menjamin keselamatan dan juga menjamin keselamatan negara dan membina kejayaan dalam pertumbuhan baru ekonomi termasuk perkhidmatan seperti komunikasi, pendirian jauh dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, ada juga yang membawa persoalan tentang program angkasa negara kita. Program ini berfokuskan kepada sains melalui objektif jangka panjang iaitu menjalankan kajian di angkasa lepas, seterusnya dapat memberi pulangan kepada industri negara sebagai sasaran akhir. Industri yang mempunyai potensi untuk mendapatkan manfaat daripada penyelidikan-penyelidikan di angkasa ialah dalam bidang seperti yang saya katakan tadi. Program ini bagi menghantar anak warga kia ke angkasa lepas telah menarik 3,633 pencalonan, Tuan Yang di-Pertua. 68% daripadanya adalah daripada golongan muda, berumur 21 ke-30 tahu;n dan 23% menarik mereka yang berumur antara 31 hingga 40 tahun. Adalah dijangka program ini dapat dilancarkan pada tahun 2007. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin menyentuh tentang….. Tuan Ronald Kiandee: Penjelasan. Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya, penjelasan, Gerik. Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya pendek sahaja. Razaksat dan sebelum itu Tiongsat ini, adakah kita boleh lihat dengan mata kasar dan kalau boleh ke arah mana agaknya? Terima kasih. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Elok juga sebab kadang- kadang kita hanya tengok bulan sahaja. “Bulan” pun sudah… [Memandang ke arah barisan pembangkang] habis dah. Di Terengganu pun sudah tidak ada. Kita boleh mengatur kalau ada Yang Berhormat yang berminat, kita ada teleskop yang tertentu dan kita juga ada pusat pengawal satelit ini nanti. Insya-Allah, kalau ada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang berminat, kita boleh aturkan untuk melawat pusat pengawalan kita, satelit-satelit yang akan kita lancarkan nanti, insya- Allah. Ya, Beluran. Tuan Ronald Kiandee: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Beluran. Tuan Ronald Kiandee: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Dato’ Menteri. China adalah negara yang terakhir melancarkan roket ke angkasa lepas dan kita melihat bahawa terdapat trend angkasa lepas dijadikan sebagai militarization, ada kecenderungan untuk men”tentera”kan angkasa lepas dengan pelancaran kajian- kajian roket ke angkasa lepas. Sejauh mana Razak Sat ini akan dijadikan sebagai kajian untuk melihat perkembangan “pertenteraan” angkasa lepas ini dan apakah pendirian kerajaan, angkasa lepas dijadikan sebagai satu padang untuk militarization. Terima kasih. Dato' Dr. Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Isu angkasa lepas ini isu penting untuk negara kita, bukan sahaja dari segi ekonomi. Kalau kita lihat semua penggunaan telekomunikasi sama ada menggunakan handset telefon bimbit kita atau menggunakan internet atau menggunakan apa jua, ICT ia memerlukan kita melalui angkasa lepas dan kalau kita lihat dari segi keselamatan, kepentingan keselamatan negara juga, ia memerlukan kita mengetahui dan mengadakan kapasiti dan kepakaran kita dalam angkasa lepas. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu amat penting sekali kita menguasai ilmu, ada kapasiti kita untuk industri angkasa lepas ini, bukan sahaja dari segi kepentingan ekonomi negara tetapi juga kepentingan keselamatan negara itu sendiri. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk kembali kepada isu Multimedia Super Corridor yang juga banyak disentuh oleh Ahli Yang Berhormat sekalian. Dalam perkembangan dan pelaksanaan MSC, kita amat bersyukur kepada Allah S.W.T.,
69. Allah, mencetuskan pertumbuhan industri angkasa lepas melalui spin off kepada syarikat-syarikat teknologi tempatan. Kejayaan industri angkasa lepas ini adalah penting bagi menjamin keselamatan dan juga menjamin keselamatan negara dan membina kejayaan dalam pertumbuhan baru ekonomi termasuk perkhidmatan seperti komunikasi, pendirian jauh dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, ada juga yang membawa persoalan tentang program angkasa negara kita. Program ini berfokuskan kepada sains melalui objektif jangka panjang iaitu menjalankan kajian di angkasa lepas, seterusnya dapat memberi pulangan kepada industri negara sebagai sasaran akhir. Industri yang mempunyai potensi untuk mendapatkan manfaat daripada penyelidikan-penyelidikan di angkasa ialah dalam bidang seperti yang saya katakan tadi. Program ini bagi menghantar anak warga kia ke angkasa lepas telah menarik 3,633 pencalonan, Tuan Yang di-Pertua. 68% daripadanya adalah daripada golongan muda, berumur 21 ke-30 tahu;n dan 23% menarik mereka yang berumur antara 31 hingga 40 tahun. Adalah dijangka program ini dapat dilancarkan pada tahun 2007. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin menyentuh tentang..... Tuan Ronald Kiandee: Penjelasan. Dato' Dr. Wan Hashim bin Wan Teh: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Ya, penjelasan, Gerik. Dato' Dr. Wan Hashim bin Wan Teh: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya pendek sahaja. Razaksat dan sebelum itu Tiongsat ini, adakah kita boleh lihat dengan mata kasar dan kalau boleh ke arah mana agaknya? Terima kasih. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Elok juga sebab kadang- kadang kita hanya tengok bulan sahaja. "Bulan" pun sudah... [Memandang ke arah barisan pembangkang] habis dah. Di Terengganu pun sudah tidak ada. Kita boleh mengatur kalau ada Yang Berhormat yang berminat, kita ada teleskop yang tertentu dan kita juga ada pusat pengawal satelit ini nanti. Insya-Allah, kalau ada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang berminat, kita boleh aturkan untuk melawat pusat pengawalan kita, satelit-satelit yang akan kita lancarkan nanti, insya- Allah. Ya, Beluran. Tuan Ronald Kiandee: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Beluran. Tuan Ronald Kiandee: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Dato' Menteri. China adalah negara yang terakhir melancarkan roket ke angkasa lepas dan kita melihat bahawa terdapat trend angkasa lepas dijadikan sebagai militarization, ada kecenderungan untuk men"tentera"kan angkasa lepas dengan pelancaran kajian- kajian roket ke angkasa lepas. Sejauh mana Razak Sat ini akan dijadikan sebagai kajian untuk melihat perkembangan "pertenteraan" angkasa lepas ini dan apakah pendirian kerajaan, angkasa lepas dijadikan sebagai satu padang untuk militarization. Terima kasih. Dato' Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Isu angkasa lepas ini isu penting untuk negara kita, bukan sahaja dari segi ekonomi. Kalau kita lihat semua penggunaan telekomunikasi sama ada menggunakan handset telefon bimbit kita atau menggunakan internet atau menggunakan apa jua, ICT ia memerlukan kita melalui angkasa lepas dan kalau kita lihat dari segi keselamatan, kepentingan keselamatan negara juga, ia memerlukan kita mengetahui dan mengadakan kapasiti dan kepakaran kita dalam angkasa lepas. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu amat penting sekali kita menguasai ilmu, ada kapasiti kita untuk industri angkasa lepas ini, bukan sahaja dari segi kepentingan ekonomi negara tetapi juga kepentingan keselamatan negara itu sendiri. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk kembali kepada isu Multimedia Super Corridor yang juga banyak disentuh oleh Ahli Yang Berhormat sekalian. Dalam perkembangan dan pelaksanaan MSC, kita amat bersyukur kepada Allah S.W.T.,
69
83
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
70 DR.1.6.2004 alhamdulillah projek MSC yang dilancarkan pada tahun 1996 oleh pemimpin kita dahulu Tun Dr. Mahathir kini boleh dianggap sebagai satu kejayaan yang besar sekali. Tuan Yang di-Pertua, satu laporan pakar runding A.T Kearney’s satu perunding antarabangsa yang terkenal bertajuk, dengan izin, 2004 Offshore Location Attractiveness Index baru-baru ini telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara yang ketiga paling menarik untuk pelaburan offshoring dalam bidang ICT. Ini sektor-sektor industry services, di mana baru-baru ini sebagai contoh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan satu pusat back room processing banking services, dengan izin, di bawah satu syarikat antarabangsa di bawah HSBC di mana anak muda kita Malaysia seramai 1,000 orang telah diambil dan akan menjangkau kira-kira 3,000. Mereka ini mengendali semua back room operation bank HSBC satu bank antarabangsa, daripada Malaysia. Bermakna kita telah mendapat satu kapasiti yang ini telah mampu mewujudkan satu industri sendiri di mana anak muda seramai 1,000, mereka semuanya graduate lulusan universiti dan akan meningkat kepada 3,000 dan kalau kita bandingkan satu industri yang mana mereka menggunakan pegawai-pegawai pengurusan seramai 3,000, ini bermakna serupa seperti kita ada satu kilang, biasanya satu kilang ada seorang pegawai yang mengelola sepuluh pekerja atau sekurang- kurangnya lima pekerja, bermakna kalau kita ada 3,000 warga pengurusannya, ini boleh diibaratkan kita ada satu kilang yang mempunyai warga kerja 15,000 ataupun 30,000 jumlah saiz kilangnya. Ini kerana kita ada kepakaran dan dengan pelaksanaan MSC, rakyat Malaysia, anak muda kita sudah ada kapasiti ICT yang boleh menyebabkan pelabur-pelabur membawa industri-industri baru seperti saya katakan tadi, industry back room processing, untuk satu bank antarabangsa dunia, di mana pengurusan bank itu diuruskan daripada Malaysia. Syabas kepada rakyat Malaysia dan syabas kepada Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan tersebut mereka telah ….. Tuan Yang di-Pertua: Ya, ada yang bangun Yang Berhormat. Datuk Rosli bin Mat Hassan: Minta penjelasan sedikit. Dato' Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Sila, tentang bulan yang tidak berada di Terengganu lagi. Datuk Rosli bin Mat Hassan: Tidak ada, tentang 3,000 tadi. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Dato’ Menteri, tentang pembangunan ICT di Malaysia, kita tumpang bangga tentang kejayaan yang dilaksanakan oleh kerajaan tetapi ramai yang mengatakan bahawa MSC kita ini masih jauh ketinggalan kerana perlumbaan tentang ICT ini banyak bergantung kepada penekanan infrastruktur, sedangkan kita banyak menekankan kepada banyak perkara-perkara yang berasaskan kepada infranya iaitu infrastruktur. Masalah anak muda kita tadi juga saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, dari segi jaringan yang kita harus bina kerana kebanyakan graduan kita di dalam ICT ini merupakan kumpulan baru yang tidak mungkin akan bertahan di dalam industri ICT ini kerana industri ICT juga memerlukan kumpulan modal yang besar. Kalau kita perhatikan bagaimana konsep ataupun cara pelaksanaan ICT di Shanghai, umpamanya, di mana graduan ICT dipakejkan bersama dengan industri supaya kita lebih bertahan untuk meneroka bidang-bidang ini dalam jangka masa yang panjang… Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang sangat itu Yang Berhormat. Datuk Rosli bin Mat Hasan: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita pergi ke Hyderabad umpamanya, banyak di antara syarikat-syarikat yang bertaraf antarabangsa melabur di sana yang orientasinya banyak kepada usaha-usaha infrastruktur dari segi ICTnya. Bagaimanakah, saya pohon penjelasan, tentang pendekatan-pendekatan baru yang harus dilaksanakan oleh kerajaan supaya kita tidak akan terpinggir dalam arus ledakan ICT secara global. Terima kasih.
alhamdulillah projek MSC yang dilancarkan pada tahun 1996 oleh pemimpin kita dahulu Tun Dr. Mahathir kini boleh dianggap sebagai satu kejayaan yang besar sekali. Tuan Yang di-Pertua, satu laporan pakar runding A.T Kearney's satu perunding antarabangsa yang terkenal bertajuk, dengan izin, 2004 Offshore Location Attractiveness Index baru-baru ini telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara yang ketiga paling menarik untuk pelaburan offshoring dalam bidang ICT. Ini sektor-sektor industry services, di mana baru-baru ini sebagai contoh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan satu pusat back room processing banking services, dengan izin, di bawah satu syarikat antarabangsa di bawah HSBC di mana anak muda kita Malaysia seramai 1,000 orang telah diambil dan akan menjangkau kira-kira 3,000. Mereka ini mengendali semua back room operation bank HSBC satu bank antarabangsa, daripada Malaysia. Bermakna kita telah mendapat satu kapasiti yang ini telah mampu mewujudkan satu industri sendiri di mana anak muda seramai 1,000, mereka semuanya graduate lulusan universiti dan akan meningkat kepada 3,000 dan kalau kita bandingkan satu industri yang mana mereka menggunakan pegawai-pegawai pengurusan seramai 3,000, ini bermakna serupa seperti kita ada satu kilang, biasanya satu kilang ada seorang pegawai yang mengelola sepuluh pekerja atau sekurang- kurangnya lima pekerja, bermakna kalau kita ada 3,000 warga pengurusannya, ini boleh diibaratkan kita ada satu kilang yang mempunyai warga kerja 15,000 ataupun 30,000 jumlah saiz kilangnya. Ini kerana kita ada kepakaran dan dengan pelaksanaan MSC, rakyat Malaysia, anak muda kita sudah ada kapasiti ICT yang boleh menyebabkan pelabur-pelabur membawa industri-industri baru seperti saya katakan tadi, industry back room processing, untuk satu bank antarabangsa dunia, di mana pengurusan bank itu diuruskan daripada Malaysia. Syabas kepada rakyat Malaysia dan syabas kepada Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan tersebut mereka telah ..... Tuan Yang di-Pertua: Ya, ada yang bangun Yang Berhormat. Datuk Rosli bin Mat Hassan: Minta penjelasan sedikit. Dato' Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Sila, tentang bulan yang tidak berada di Terengganu lagi. Datuk Rosli bin Mat Hassan: Tidak ada, tentang 3,000 tadi. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Dato' Menteri, tentang pembangunan ICT di Malaysia, kita tumpang bangga tentang kejayaan yang dilaksanakan oleh kerajaan tetapi ramai yang mengatakan bahawa MSC kita ini masih jauh ketinggalan kerana perlumbaan tentang ICT ini banyak bergantung kepada penekanan infrastruktur, sedangkan kita banyak menekankan kepada banyak perkara-perkara yang berasaskan kepada infranya iaitu infrastruktur. Masalah anak muda kita tadi juga saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, dari segi jaringan yang kita harus bina kerana kebanyakan graduan kita di dalam ICT ini merupakan kumpulan baru yang tidak mungkin akan bertahan di dalam industri ICT ini kerana industri ICT juga memerlukan kumpulan modal yang besar. Kalau kita perhatikan bagaimana konsep ataupun cara pelaksanaan ICT di Shanghai, umpamanya, di mana graduan ICT dipakejkan bersama dengan industri supaya kita lebih bertahan untuk meneroka bidang-bidang ini dalam jangka masa yang panjang... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang sangat itu Yang Berhormat. Datuk Rosli bin Mat Hasan: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita pergi ke Hyderabad umpamanya, banyak di antara syarikat-syarikat yang bertaraf antarabangsa melabur di sana yang orientasinya banyak kepada usaha-usaha infrastruktur dari segi ICTnya. Bagaimanakah, saya pohon penjelasan, tentang pendekatan-pendekatan baru yang harus dilaksanakan oleh kerajaan supaya kita tidak akan terpinggir dalam arus ledakan ICT secara global. Terima kasih.
70
84
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 71 Dato' Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Dungun atas keprihatinan Yang Berhormat pada agenda ICT negara. Tuan Yang di-Pertua, namun demikian saya hendak menjawab sedikit ada satu lagi paragraf saya hendak habiskan, lepas itu saya akan balik kepada pertanyaan Yang Berhormat bagi Dungun. Boleh? Datuk Rosli bin Mat Hasan: Ya. Dato' Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih. Peringkat pertama saya hendak memberi sedikit maklumat tambahan kepada Dewan yang mulia ini, di antara kejayaan kita ialah semenjak ia dilancarkan pada tahun 1996. Kita telah berjaya menarik 1,039 buah syarikat dan syarikat-syarikat ini termasuk 55 daripadanya syarikat yang bertaraf antarabangsa. Projek ini juga telah berjaya mewujudkan pekerjaan 22,398 peluang pekerjaan yang telah diwujudkan dan juga telah menghasilkan produk dan perkhidmatan tempatan yang bernilai kira-kira RM6 bilion. Di samping penjanaan ekonomi dan penyediaan peluang pekerjaan, projek MSC ini sesungguhnya juga telah memberi manfaat yang besar kepada negara kita yang mana ianya telah berjaya menyedarkan masyarakat Malaysia yang menyedari kepentingan teknologi maklumat. Ini kita harapkan akan menghasilkan satu masyarakat Malaysia yang lebih celik IT di semua lapisan masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, itu fasa yang pertama… Tuan Yang di-Pertua: Ya. Dato' Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Fasa yang kedua, boleh Kepong saya jawab Dungun dahulu, lepas itu saya jemput Kepong, baru pun nampak hari ini. Strategi pelaksanaan untuk fasa yang kedua dicadangkan ialah supaya kita meningkatkan serta mengembangkan manfaat ini melalui penyediaan serta peningkatan aktiviti-aktiviti dan kemudahan IT ke peringkat negeri-negeri lain di Malaysia termasuk luar bandar. Langkah-langkah yang diambil termasuk melaksanakan program kerjasama yang bersepadu dalam menyediakan kemudahan-kemudahan fasiliti dan program ICT dengan negeri-negeri melalui taman-taman teknologi seperti Taman Teknologi Tinggi Kulim, dan Universiti Utara Malaysia dan juga di kawasan-kawasan di negeri-negeri yang lain. Tuan Yang di-Pertua, tentang isu yang dibangkitkan oleh Dungun tadi, memang benar bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam penubuhan Kabinet baru ini, amat bimbang bahawa kurang penekanan kepada content, dengan izin. Beliau mahu supaya pembangunan bukan sahaja ditumpu kepada prasarana tetapi pada masa yang sama pendekatan yang sama juga ditumpukan kepada content. Oleh kerana itulah tanggungjawab untuk pembangunan content itu diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Insya-Allah berkat doa Yang Berhormat bagi Dungun, kita akan tumpukan perkara-perkara yang Yang Berhormat bangkitkan. Di antara yang dibangkitkan tadi ialah bagaimana kita hendak membawa lebih ramai anak-anak muda berkecimpung dalam bidang ICT. Di kementerian kita melihat kembali bagaimana satu unsur yang dilihat ialah bagaimana anak-anak muda ini diberikan dana daripada mula peringkat kajian kepada peringkat pasaran. Sebab itu di bawah kementerian juga, di bawah satu venture capital, satu syarikat Adventure Capital di namakan MTDC dan MTDC ada dana-dananya, saya akan sentuh nanti. Ya, sila Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kepong. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat] Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua penjelasan. Ini engineer daripada MacGill University kah itu? Saya nampak lebih cenderung kepada ….. Dato' Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Soalannya.
71 Dato' Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Dungun atas keprihatinan Yang Berhormat pada agenda ICT negara. Tuan Yang di-Pertua, namun demikian saya hendak menjawab sedikit ada satu lagi paragraf saya hendak habiskan, lepas itu saya akan balik kepada pertanyaan Yang Berhormat bagi Dungun. Boleh? Datuk Rosli bin Mat Hasan: Ya. Dato' Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih. Peringkat pertama saya hendak memberi sedikit maklumat tambahan kepada Dewan yang mulia ini, di antara kejayaan kita ialah semenjak ia dilancarkan pada tahun 1996. Kita telah berjaya menarik 1,039 buah syarikat dan syarikat-syarikat ini termasuk 55 daripadanya syarikat yang bertaraf antarabangsa. Projek ini juga telah berjaya mewujudkan pekerjaan 22,398 peluang pekerjaan yang telah diwujudkan dan juga telah menghasilkan produk dan perkhidmatan tempatan yang bernilai kira-kira RM6 bilion. Di samping penjanaan ekonomi dan penyediaan peluang pekerjaan, projek MSC ini sesungguhnya juga telah memberi manfaat yang besar kepada negara kita yang mana ianya telah berjaya menyedarkan masyarakat Malaysia yang menyedari kepentingan teknologi maklumat. Ini kita harapkan akan menghasilkan satu masyarakat Malaysia yang lebih celik IT di semua lapisan masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, itu fasa yang pertama... Tuan Yang di-Pertua: Ya. Dato' Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Fasa yang kedua, boleh Kepong saya jawab Dungun dahulu, lepas itu saya jemput Kepong, baru pun nampak hari ini. Strategi pelaksanaan untuk fasa yang kedua dicadangkan ialah supaya kita meningkatkan serta mengembangkan manfaat ini melalui penyediaan serta peningkatan aktiviti-aktiviti dan kemudahan IT ke peringkat negeri-negeri lain di Malaysia termasuk luar bandar. Langkah-langkah yang diambil termasuk melaksanakan program kerjasama yang bersepadu dalam menyediakan kemudahan-kemudahan fasiliti dan program ICT dengan negeri-negeri melalui taman-taman teknologi seperti Taman Teknologi Tinggi Kulim, dan Universiti Utara Malaysia dan juga di kawasan-kawasan di negeri-negeri yang lain. Tuan Yang di-Pertua, tentang isu yang dibangkitkan oleh Dungun tadi, memang benar bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam penubuhan Kabinet baru ini, amat bimbang bahawa kurang penekanan kepada content, dengan izin. Beliau mahu supaya pembangunan bukan sahaja ditumpu kepada prasarana tetapi pada masa yang sama pendekatan yang sama juga ditumpukan kepada content. Oleh kerana itulah tanggungjawab untuk pembangunan content itu diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Insya-Allah berkat doa Yang Berhormat bagi Dungun, kita akan tumpukan perkara-perkara yang Yang Berhormat bangkitkan. Di antara yang dibangkitkan tadi ialah bagaimana kita hendak membawa lebih ramai anak-anak muda berkecimpung dalam bidang ICT. Di kementerian kita melihat kembali bagaimana satu unsur yang dilihat ialah bagaimana anak-anak muda ini diberikan dana daripada mula peringkat kajian kepada peringkat pasaran. Sebab itu di bawah kementerian juga, di bawah satu venture capital, satu syarikat Adventure Capital di namakan MTDC dan MTDC ada dana-dananya, saya akan sentuh nanti. Ya, sila Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kepong. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua penjelasan. Ini engineer daripada MacGill University kah itu? Saya nampak lebih cenderung kepada ..... Dato' Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Soalannya.
71
85
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
72 DR.1.6.2004 Dr. Tan Seng Giaw: ….. kepada perhubungan awam sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Mungkin Ph.D itu untuk perhubungan awam sahajalah…[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, daripada 159 buah syarikat, 55 buah antarabangsa. Adakah syarikat daripada Bill Gates sekarang di Malaysia, kalau ada, setakat manakah modal ditanam di Malaysia berbanding dengan modal yang diadakan oleh Bill Gates di India. [Disampuk] Ini memang penting, kita hendak niche ini kerana India lebih maju daripada kita dari segi …[Disampuk] Larut! Larut ini kalau bola sepak ketinggalan jauh sekali. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, soalanlah, soalan. Dr. Tan Seng Giaw: Soalan memang banyak sudah, tetapi itulah penjelasannya. Saya hendak tahulah dengan kementerian yang baru ini, kita hendak meningkatkan saiz, meningkatkan ICT, itu baik belaka. Saya pun setuju dengan first world status kita sekarang. Setakat mana Bill Gates dapat berkecimpung di dalam MSC kita dan apa terjadi dengan e-village kita. Saya pun bingung, dengan berapa ekar tanah dibuka untuk e-village, tetapi sekarang kita tidak nampak e-village. [Disampuk] Apa dia, artis Hong Kong datang. Teruklah itu. [Ketawa] Tidak nampak juga. Mungkin ASTRO akan dipindah ke e-village, sekarang tidak tahulah itu. Bolehkah Yang Berhormat terangkan macam mana kita boleh menjayakan e- village? Dan, setakat ini apakah kerugian yang ditanggung oleh pihak kerajaan? Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kepong kerana semenjak Yang Berhormat bagi Kepong dilantik Timbalan Pengerusi PAC, lain sedikit sudah. Ini menunjukkan sikap keterbukaan kerajaan. Ini satu dalam sejarah, kita lantik seorang pembangkang sebagai Timbalan Pengerusi. Tidak berterima kasih langsung. Pernahkah Yang Berhormat berterima kasih kepada kerajaan. Ini DAP bukan hendak berterima kasih, dia belajar daripada PAS. Kalau tidak berterima kasih jadi macam PAS pula. Namun demikian, tentang isu Microsoft, terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kepong, tentang isu Microsoft. Kita ada satu perbahasan mengenai isu Microsoft, kerana apa juga yang kita gunakan operating software, dengan izin, kita kena bayar yuran yang amat tinggi sekali. Begitu juga, kalaulah anak-anak muda kita hendak membangun industri IT, dia kena buat application software, dengan izin, Tuan Yang di- Pertua, tetapi mereka ini kena ikatkan, link-up to the operating system. Microsoft mengenakan charge yang tinggi, sebab itu kita ada satu kaedah yang diputuskan. Kita mesti ada kaedah yang kedua. Kita juga mesti ada kaedah, di mana kita juga mesti cuba menggunakan open source. Di China, dia menggunakan open source, di India also open source lines of space. Ini yang dibina oleh agensi kita di bawah MIMOS supaya ada keupayaan kita membuat opening software kita sendiri, supaya anak-anak muda yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Dungun tadi, yang membangun application software yang digunakan, seperti di Kementerian Pelajaran dan juga kegunaan-kegunaan yang lain, kita tidak perlu bayar premium ataupun yuran yang tinggi. Ini antara yang telah dibincangkan oleh pihak kerajaan. Namun demikian, kita tidak boleh menolak juga tentang peranan Microsoft atau Bill Gates ini, kerana mereka ini merupakan the giant of the industry. Kita tidak boleh menolak mereka juga. Oleh kerana itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju, bila beliau datang, dia akan membuat lawatan ke Malaysia hujung bulan ini, dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri akan bertemu dengan beliau. So, kita juga kena beri due regard, dengan izin, kepada peranan Bill Gates ini. Namun demikian, pandangan saya kepada Yang Berhormat bagi Kepong, kita juga ambil kira kos in the end ini can become very prerogative kepada kita, itu kita kena timbang juga. Tuan Lim Kit Siang: Penjelasan, Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri ada memberi satu gambaran yang begitu, dengan izin, rosy,
Dr. Tan Seng Giaw: ..... kepada perhubungan awam sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Mungkin Ph.D itu untuk perhubungan awam sahajalah...[Ketawa]. Tuan Yang di-Pertua, daripada 159 buah syarikat, 55 buah antarabangsa. Adakah syarikat daripada Bill Gates sekarang di Malaysia, kalau ada, setakat manakah modal ditanam di Malaysia berbanding dengan modal yang diadakan oleh Bill Gates di India. [Disampuk] Ini memang penting, kita hendak niche ini kerana India lebih maju daripada kita dari segi ...[Disampuk] Larut! Larut ini kalau bola sepak ketinggalan jauh sekali. [Ketawa]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, soalanlah, soalan. Dr. Tan Seng Giaw: Soalan memang banyak sudah, tetapi itulah penjelasannya. Saya hendak tahulah dengan kementerian yang baru ini, kita hendak meningkatkan saiz, meningkatkan ICT, itu baik belaka. Saya pun setuju dengan first world status kita sekarang. Setakat mana Bill Gates dapat berkecimpung di dalam MSC kita dan apa terjadi dengan e-village kita. Saya pun bingung, dengan berapa ekar tanah dibuka untuk e-village, tetapi sekarang kita tidak nampak e-village. [Disampuk] Apa dia, artis Hong Kong datang. Teruklah itu. [Ketawa] Tidak nampak juga. Mungkin ASTRO akan dipindah ke e-village, sekarang tidak tahulah itu. Bolehkah Yang Berhormat terangkan macam mana kita boleh menjayakan e- village? Dan, setakat ini apakah kerugian yang ditanggung oleh pihak kerajaan?. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kepong kerana semenjak Yang Berhormat bagi Kepong dilantik Timbalan Pengerusi PAC, lain sedikit sudah. Ini menunjukkan sikap keterbukaan kerajaan. Ini satu dalam sejarah, kita lantik seorang pembangkang sebagai Timbalan Pengerusi. Tidak berterima kasih langsung. Pernahkah Yang Berhormat berterima kasih kepada kerajaan. Ini DAP bukan hendak berterima kasih, dia belajar daripada PAS. Kalau tidak berterima kasih jadi macam PAS pula. Namun demikian, tentang isu Microsoft, terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kepong, tentang isu Microsoft. Kita ada satu perbahasan mengenai isu Microsoft, kerana apa juga yang kita gunakan operating software, dengan izin, kita kena bayar yuran yang amat tinggi sekali. Begitu juga, kalaulah anak-anak muda kita hendak membangun industri IT, dia kena buat application software, dengan izin, Tuan Yang di- Pertua, tetapi mereka ini kena ikatkan, link-up to the operating system. Microsoft mengenakan charge yang tinggi, sebab itu kita ada satu kaedah yang diputuskan. Kita mesti ada kaedah yang kedua. Kita juga mesti ada kaedah, di mana kita juga mesti cuba menggunakan open source. Di China, dia menggunakan open source, di India also open source lines of space. Ini yang dibina oleh agensi kita di bawah MIMOS supaya ada keupayaan kita membuat opening software kita sendiri, supaya anak-anak muda yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Dungun tadi, yang membangun application software yang digunakan, seperti di Kementerian Pelajaran dan juga kegunaan-kegunaan yang lain, kita tidak perlu bayar premium ataupun yuran yang tinggi. Ini antara yang telah dibincangkan oleh pihak kerajaan. Namun demikian, kita tidak boleh menolak juga tentang peranan Microsoft atau Bill Gates ini, kerana mereka ini merupakan the giant of the industry. Kita tidak boleh menolak mereka juga. Oleh kerana itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju, bila beliau datang, dia akan membuat lawatan ke Malaysia hujung bulan ini, dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri akan bertemu dengan beliau. So, kita juga kena beri due regard, dengan izin, kepada peranan Bill Gates ini. Namun demikian, pandangan saya kepada Yang Berhormat bagi Kepong, kita juga ambil kira kos in the end ini can become very prerogative kepada kita, itu kita kena timbang juga. Tuan Lim Kit Siang: Penjelasan, Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri ada memberi satu gambaran yang begitu, dengan izin, rosy,
72
86
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 73 mengenai MSC. Bukankah ini adalah satu rencana mengenai MSC, dengan izin, baru- baru ini. “The MSC is the superhighway Mahathir has paved for Malaysia. A visit to the corridor’s capital, Cyberjaya, though, suggests the dream hasn’t entirely lived up to the expectations. Five years after ground was broken, it appears as if the 21st century has come and gone. Or hasn’t come at all. Weedy, barren fields await the arrival of construction crews. “Smart” condominiums boasting “broadband access” and “online shopping” are running low occupancy. The main shopping complex is often eerily quiet, as are the wide, flat roadways beneath which lie kilometers of fiber optic.” Inilah antara rencana Malaysia MSC Super Corridor or Dead End dalam Asia Times. Bukankah ini menunjukkan bahawa ada masalah yang perlu satu kajian yang mendalam dan sama ada fasa kedua MSC, yang semua menunggu dilancarkan, yang belum dilancarkan, sama ada fasa kedua MSC boleh menyelamatkan MSC. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Saya hendak bertanya satu soalan kepada Yang Berhormat. Pernahkah Yang Berhormat pergi sendiri ke Cyberjaya. Melihat sendiri anak-anak muda yang bekerja, running back room office, 1000 of them. Anak muda kita seluruh bangsa. A call, dengan izin, daripada New Castle, answering a call daripada sini, dan menjawab membuka akaun, transfer of funds, processing loan application, done here, Yang Berhormat. Saya rasa Yang Berhormat ini macam baca surat khabar lama, macam PAS kata. Surat khabar lama. Ini bukan saya kata, PAS kata. Seorang Ahli: Asia Times sudah lama mati. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Ini Asia Times pun, sudah lama mati. Yang Berhormat, sudah sampailah masa menyerah kepada yang baru, yang moden, yang terpanggil. Singapura sudah menetapkan anaknya mengambil alih, bila pula Yang Berhormat hendak anaknya pula mengambil alih DAP ataupun hendak bagi Yang Berhormat bagi Kepong pula. Seorang Ahli: [Menyampuk] Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Ini Yang Berhormat bagi Kepong hendak membela, sepatutnya Yang Berhormat Setiausaha Agung, kalau hendak jadi Setiausaha Agung. Hendak bela ketuakah ini? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, banyak lagikah? Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Sedikit lagi, sebab saya ….. [Ketawa] Okey! Saya teruskanlah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Hah! Teruskanlah Yang Berhormat. Teruskan. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Nanti, saya tadi beri peluang kepada ketua bangun, kalau tidak Yang Berhormat menuduh saya tidak memberi penghormatan kepada Ketua Pembangkang. Itu hendak mohon taraf Menteri pula. [Ketawa] Berbalik kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kepong tentang e-village, kita sedang membuat kajian. Di antara perkara-perkara yang kami akan dan sedang kaji kembali untuk melancarkan the second phase ini Insya-Allah, tidak lama lagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri akan melancarkan our second atau the next leap dalam ICT kita. Beberapa isu akan kita sentuh, antara perkara tentang peranan e-village, nanti juga kita akan ambil kira dalam pelaksanaan fasa kedua ini, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, ada juga yang menyentuh tentang ….. Dato’ Kamarudin bin Jaafar: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Tumpat. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Ini mewakili bulan. Masih ada, ya? Masih ada ataupun masuk KeAdilan balik? [Ketawa]
73. mengenai MSC. Bukankah ini adalah satu rencana mengenai MSC, dengan izin, baru- baru ini. "The MSC is the superhighway Mahathir has paved for Malaysia. A visit to the corridor's capital, Cyberjaya, though, suggests the dream hasn't entirely lived up to the expectations. Five years after ground was broken, it appears as if the 21st century has come and gone. Or hasn't come at all. Weedy, barren fields await the arrival of construction crews. "Smart" condominiums boasting "broadband access" and "online shopping" are running low occupancy. The main shopping complex is often eerily quiet, as are the wide, flat roadways beneath which lie kilometers of fiber optic.". Inilah antara rencana Malaysia MSC Super Corridor or Dead End dalam Asia Times. Bukankah ini menunjukkan bahawa ada masalah yang perlu satu kajian yang mendalam dan sama ada fasa kedua MSC, yang semua menunggu dilancarkan, yang belum dilancarkan, sama ada fasa kedua MSC boleh menyelamatkan MSC. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya hendak bertanya satu soalan kepada Yang Berhormat. Pernahkah Yang Berhormat pergi sendiri ke Cyberjaya. Melihat sendiri anak-anak muda yang bekerja, running back room office, 1000 of them. Anak muda kita seluruh bangsa. A call, dengan izin, daripada New Castle, answering a call daripada sini, dan menjawab membuka akaun, transfer of funds, processing loan application, done here, Yang Berhormat. Saya rasa Yang Berhormat ini macam baca surat khabar lama, macam PAS kata. Surat khabar lama. Ini bukan saya kata, PAS kata. Seorang Ahli: Asia Times sudah lama mati. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Ini Asia Times pun, sudah lama mati. Yang Berhormat, sudah sampailah masa menyerah kepada yang baru, yang moden, yang terpanggil. Singapura sudah menetapkan anaknya mengambil alih, bila pula Yang Berhormat hendak anaknya pula mengambil alih DAP ataupun hendak bagi Yang Berhormat bagi Kepong pula. Seorang Ahli: [Menyampuk]. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Ini Yang Berhormat bagi Kepong hendak membela, sepatutnya Yang Berhormat Setiausaha Agung, kalau hendak jadi Setiausaha Agung. Hendak bela ketuakah ini?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, banyak lagikah?. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Sedikit lagi, sebab saya ..... [Ketawa] Okey! Saya teruskanlah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Hah! Teruskanlah Yang Berhormat. Teruskan. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Nanti, saya tadi beri peluang kepada ketua bangun, kalau tidak Yang Berhormat menuduh saya tidak memberi penghormatan kepada Ketua Pembangkang. Itu hendak mohon taraf Menteri pula. [Ketawa]. Berbalik kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kepong tentang e-village, kita sedang membuat kajian. Di antara perkara-perkara yang kami akan dan sedang kaji kembali untuk melancarkan the second phase ini Insya-Allah, tidak lama lagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri akan melancarkan our second atau the next leap dalam ICT kita. Beberapa isu akan kita sentuh, antara perkara tentang peranan e-village, nanti juga kita akan ambil kira dalam pelaksanaan fasa kedua ini, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, ada juga yang menyentuh tentang ..... Dato' Kamarudin bin Jaafar: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Tumpat. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Ini mewakili bulan. Masih ada, ya? Masih ada ataupun masuk KeAdilan balik? [Ketawa].
73
87
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
74 DR.1.6.2004 Dato’ Kamarudin bin Jaafar: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih, sahabat saya Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, satu kementerian yang baru. Saya hendak bertanya tentang perkara yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, iaitu pelancaran suatu chips yang dinamakan Malaysian-chips atau M-chips. Soalan saya ialah berapakah nilai atau harga yang dibayar oleh kerajaan kepada penciptanya daripada Jepun, kalau saya tidak silap. Keduanya, apakah perkembangan, usaha di pihak kita untuk memperkembangkan dan untuk mengeluarkan dan untuk menggunakan M-chips yang kita beli dengan, entah berapa harganya daripada pembuat, perekanya daripada Jepun. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Terima kasih kepada minat Yang Berhormat bagi Tumpat tentang microchip ICT. Ini penting, sebab melihatkan bahawa amat penting kita ada satu kepakaran, ownership dalam satu produk yang penting untuk negara. Sekarang ini kita dapati bahawa chips kegunaan kita ini kebanyakannya import dan kita perlu satu chip yang kita ada hak patentnya, IPnya. Selalunya kalau kita ada chips, kita tidak boleh tukar programnya, kerana kita tidak ada soft coursenya. Oleh kerana ini, kita beli chip ini dan insya-Allah, kerajaan akan melancarkan dari segi pelaksanaannya. Tentang kosnya saya akan menjawab kepada Yang Berhormat secara bertulis dan juga perkara yang berbangkit dalam isu ini. Kalau Yang Berhormat izinkannya. Ya, Yang Berhormat bagi Kepong. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawapan itu dengan fasal I e-village bolehkah Yang Berhormat mengemukakan satu laporan kerana kena tahulah di mana kita ada kelemahan. Dato' Dr Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya katakan tadi, bila kita mengkaji, kita lancarkan fasal II kita akan masuk dalam pelancaran ini dari segi masa depan e-village, tetapi kalau Yang Berhormat in very impatient dengan izin insya-Allah saya akan menjawab secara bertulis kepada Yang Berhormat tentang kedudukan e- village ini. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh sedikit tentang isu.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Tanah Merah. Ir. Shaari bin Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan pembentangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan teknologi ICT yang kita kecapi sekarang, di mana teknologi ICT di mana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dipertanggungjawabkan sepenuhnya bagi memastikan teknologi ini berjalan dengan baik dan bermacam-macam-macam teknologi baru seperti broadband access dan juga teknologi angkasa dan sebagainya. Ini merupakan teknologi yang mana kita lihat satu perpindahan data ataupun audio-visual dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam jangka masa yang singkat. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa dalam abad yang ke-21 ini ada kemungkinan satu teknologi baru akan timbul, di mana bukan sahaja perpindahan data tetapi juga satu teknologi yang dapat memindahkan jasad ataupun objek dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam jangka masa yang singkat. Ini sebagai contoh kita lihat dalam filem-filem di televisyen di mana satu objek dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang jauh dalam masa yang singkat. Saya hendak tahu sama ada dalam abad yang ke 21 ini akan wujud teknologi yang sebegini, terima kasih. Dato' Dr Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih. Yang Berhormat Tanah Merah ini agak futuristic sedikit, ada baiknya. Namun demikian kalau sampai saya menyentuh kalau dahulu penghantaran objek-objek kalau melalui data, dan kita sudah sampai ke tahap sekarang, bukan sahaja gambar two dimension dengan izin, gambar 3D pun boleh kita hantar. Saya tidak tahu itu Yang Berhormat maksudkan, misalannya kita boleh melihat operasi yang di buat oleh surgical operation di United State atau Jepun, kita boleh membuat cara macamlah surgery itu di depan mata kita. Ini transfer of data 3D, itu memang satu teknologi yang baru yang sekarang ini tetapi ia memerlukan satu kaedah ICT kita atau communication kita berpindah kepada teknologi 3G. So, you need the type of frequency and the data transfer yang
Dato' Kamarudin bin Jaafar: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih, sahabat saya Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, satu kementerian yang baru. Saya hendak bertanya tentang perkara yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, iaitu pelancaran suatu chips yang dinamakan Malaysian-chips atau M-chips. Soalan saya ialah berapakah nilai atau harga yang dibayar oleh kerajaan kepada penciptanya daripada Jepun, kalau saya tidak silap. Keduanya, apakah perkembangan, usaha di pihak kita untuk memperkembangkan dan untuk mengeluarkan dan untuk menggunakan M-chips yang kita beli dengan, entah berapa harganya daripada pembuat, perekanya daripada Jepun. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih kepada minat Yang Berhormat bagi Tumpat tentang microchip ICT. Ini penting, sebab melihatkan bahawa amat penting kita ada satu kepakaran, ownership dalam satu produk yang penting untuk negara. Sekarang ini kita dapati bahawa chips kegunaan kita ini kebanyakannya import dan kita perlu satu chip yang kita ada hak patentnya, IPnya. Selalunya kalau kita ada chips, kita tidak boleh tukar programnya, kerana kita tidak ada soft coursenya. Oleh kerana ini, kita beli chip ini dan insya-Allah, kerajaan akan melancarkan dari segi pelaksanaannya. Tentang kosnya saya akan menjawab kepada Yang Berhormat secara bertulis dan juga perkara yang berbangkit dalam isu ini. Kalau Yang Berhormat izinkannya. Ya, Yang Berhormat bagi Kepong. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawapan itu dengan fasal I e-village bolehkah Yang Berhormat mengemukakan satu laporan kerana kena tahulah di mana kita ada kelemahan. Dato' Dr Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya katakan tadi, bila kita mengkaji, kita lancarkan fasal II kita akan masuk dalam pelancaran ini dari segi masa depan e-village, tetapi kalau Yang Berhormat in very impatient dengan izin insya-Allah saya akan menjawab secara bertulis kepada Yang Berhormat tentang kedudukan e- village ini. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh sedikit tentang isu.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Tanah Merah. Ir. Shaari bin Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan pembentangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan teknologi ICT yang kita kecapi sekarang, di mana teknologi ICT di mana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dipertanggungjawabkan sepenuhnya bagi memastikan teknologi ini berjalan dengan baik dan bermacam-macam-macam teknologi baru seperti broadband access dan juga teknologi angkasa dan sebagainya. Ini merupakan teknologi yang mana kita lihat satu perpindahan data ataupun audio-visual dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam jangka masa yang singkat. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa dalam abad yang ke-21 ini ada kemungkinan satu teknologi baru akan timbul, di mana bukan sahaja perpindahan data tetapi juga satu teknologi yang dapat memindahkan jasad ataupun objek dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam jangka masa yang singkat. Ini sebagai contoh kita lihat dalam filem-filem di televisyen di mana satu objek dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang jauh dalam masa yang singkat. Saya hendak tahu sama ada dalam abad yang ke 21 ini akan wujud teknologi yang sebegini, terima kasih. Dato' Dr Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih. Yang Berhormat Tanah Merah ini agak futuristic sedikit, ada baiknya. Namun demikian kalau sampai saya menyentuh kalau dahulu penghantaran objek-objek kalau melalui data, dan kita sudah sampai ke tahap sekarang, bukan sahaja gambar two dimension dengan izin, gambar 3D pun boleh kita hantar. Saya tidak tahu itu Yang Berhormat maksudkan, misalannya kita boleh melihat operasi yang di buat oleh surgical operation di United State atau Jepun, kita boleh membuat cara macamlah surgery itu di depan mata kita. Ini transfer of data 3D, itu memang satu teknologi yang baru yang sekarang ini tetapi ia memerlukan satu kaedah ICT kita atau communication kita berpindah kepada teknologi 3G. So, you need the type of frequency and the data transfer yang.
74
88
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 75 amat tinggi sekali. Prasarana ini memang sedang disediakan, dikendalikan oleh pihak Telekom. Terima kasih Yang Berhormat. Izinkan saya Yang Berhormat menyentuh sedikit tentang isu yang dibawa oleh Yang Berhormat bagi Temerloh, Yang Berhormat Mambung, Yang Berhormat Tuaran serta Yang Berhormat bagi Baram. Ini isu tentang inovasi yang saya katakan tadi, inovasi penting dari segi sains teknologi dan ini penting bukan sahaja untuk menjana ekonomi akan datang tetapi juga untuk memberikan keselesaan kepada seluruh anggota lapisan masyarakat. Oleh itu baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Sidang Kemuncak Inovasi Kebangsaan yang diadakan pada 29 dan 30 April 2004 telah melancarkan penubuhan Majlis Inovasi Kebangsaan yang beliau sendiri akan mempengerusikannya, kerana beliau merasa amat penting sekali, inovasi itu menjadi agenda negara. Beberapa perkara akan dilaksanakan juga oleh kementerian, antaranya melihat kembali anugerah inovasi, penyelarasan geran-geran di bawah penyelidikan dan juga kita hendak memastikan sikap S&T dan inovasi ini juga dibawa ke sekolah- sekolah dan kita sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan bagaimana kita mewujudkan kesedaran inovasi ini S&T ini bermula dari di bangku sekolah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kudat bangun. Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri iaitu berkaitan dengan cadangan Kerajaan Persekutuan menubuhkan suatu syarikat R&D kerjasama dengan syarikat luar negara yang dikenali sebagai InvenQ Jaya. Jadi, saya hendak meminta penjelasan apakah perkembangan syarikat itu dan apakah kemajuan yang telah kita capai setakat ini dan apakah prospeknya dalam usaha untuk membangunkan inovasi Malaysia. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan amat sedar bahawa ekonomi negara kita tidak boleh terus bergantung kepada sektor-sektor yang telah diisi seperti sektor agriculture, pertanian, dengan sektor industri yang mana diterajui oleh pelabur-pelabur asing. Kita perlu mewujudkan ekonomi yang berasaskan kepada industri kita sendiri dan juga kita memerlukan teknologi untuk memodenkan sektor-sektor yang tradisional seperti agriculture. Menyedari inilah bahawa kerajaan memikirkan bahawa satu usaha untuk membawa kepakaran daripada luar, pengasas InvenQ Jaya ini yang satu pakar dalam bidang R&D. Mereka ini membawa banyak idea IP-IP, Intellectual Property nya berpindah ke negara kita dan mereka boleh mewujudkan produk-produk baru akan datang. Insya-Allah kita sedang mengawasi perjalanannya, jikalau Yang Berhormat berminat insya-Allah kita akan menjemput untuk melawat Pusat R&D. Tuan Salahuddin bin Ayub: [Bangun] Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ada dua Ahli Yang Berhormat bangun. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya akan menjemput Yang Berhormat nanti dan juga Ahli Yang Berhormat yang lain untuk melawat InvenQ Jaya ini, insya-Allah. Tuan Salahuddin bin Ayub: Tuan Yang di-Pertua, Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Siapa ini? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ada dua yang mana satu? Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Santubong kah? Ha, Santubong, minta maaf Yang Berhormat duduk. Terima kasih, saya mengalu-alukan dan tahniah kepada Menteri kerana telah mewujudkan ataupun membuat saranan mungkin kepada kerajaan untuk menubuhkan Majlis Inovasi Kebangsaan. Di sini juga saya mengucapkan sekali lagi tahniah oleh kerana Majlis Inovasi Kebangsaan ini akan menjurus kepada di mana letaknya dana human resource iaitu di sekolah.
75. amat tinggi sekali. Prasarana ini memang sedang disediakan, dikendalikan oleh pihak Telekom. Terima kasih Yang Berhormat. Izinkan saya Yang Berhormat menyentuh sedikit tentang isu yang dibawa oleh Yang Berhormat bagi Temerloh, Yang Berhormat Mambung, Yang Berhormat Tuaran serta Yang Berhormat bagi Baram. Ini isu tentang inovasi yang saya katakan tadi, inovasi penting dari segi sains teknologi dan ini penting bukan sahaja untuk menjana ekonomi akan datang tetapi juga untuk memberikan keselesaan kepada seluruh anggota lapisan masyarakat. Oleh itu baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Sidang Kemuncak Inovasi Kebangsaan yang diadakan pada 29 dan 30 April 2004 telah melancarkan penubuhan Majlis Inovasi Kebangsaan yang beliau sendiri akan mempengerusikannya, kerana beliau merasa amat penting sekali, inovasi itu menjadi agenda negara. Beberapa perkara akan dilaksanakan juga oleh kementerian, antaranya melihat kembali anugerah inovasi, penyelarasan geran-geran di bawah penyelidikan dan juga kita hendak memastikan sikap S&T dan inovasi ini juga dibawa ke sekolah- sekolah dan kita sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan bagaimana kita mewujudkan kesedaran inovasi ini S&T ini bermula dari di bangku sekolah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kudat bangun. Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri iaitu berkaitan dengan cadangan Kerajaan Persekutuan menubuhkan suatu syarikat R&D kerjasama dengan syarikat luar negara yang dikenali sebagai InvenQ Jaya. Jadi, saya hendak meminta penjelasan apakah perkembangan syarikat itu dan apakah kemajuan yang telah kita capai setakat ini dan apakah prospeknya dalam usaha untuk membangunkan inovasi Malaysia. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan amat sedar bahawa ekonomi negara kita tidak boleh terus bergantung kepada sektor-sektor yang telah diisi seperti sektor agriculture, pertanian, dengan sektor industri yang mana diterajui oleh pelabur-pelabur asing. Kita perlu mewujudkan ekonomi yang berasaskan kepada industri kita sendiri dan juga kita memerlukan teknologi untuk memodenkan sektor-sektor yang tradisional seperti agriculture. Menyedari inilah bahawa kerajaan memikirkan bahawa satu usaha untuk membawa kepakaran daripada luar, pengasas InvenQ Jaya ini yang satu pakar dalam bidang R&D. Mereka ini membawa banyak idea IP-IP, Intellectual Property nya berpindah ke negara kita dan mereka boleh mewujudkan produk-produk baru akan datang. Insya-Allah kita sedang mengawasi perjalanannya, jikalau Yang Berhormat berminat insya-Allah kita akan menjemput untuk melawat Pusat R&D. Tuan Salahuddin bin Ayub: [Bangun]. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ada dua Ahli Yang Berhormat bangun. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya akan menjemput Yang Berhormat nanti dan juga Ahli Yang Berhormat yang lain untuk melawat InvenQ Jaya ini, insya-Allah. Tuan Salahuddin bin Ayub: Tuan Yang di-Pertua, Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Siapa ini?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ada dua yang mana satu?. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Santubong kah? Ha, Santubong, minta maaf Yang Berhormat duduk. Terima kasih, saya mengalu-alukan dan tahniah kepada Menteri kerana telah mewujudkan ataupun membuat saranan mungkin kepada kerajaan untuk menubuhkan Majlis Inovasi Kebangsaan. Di sini juga saya mengucapkan sekali lagi tahniah oleh kerana Majlis Inovasi Kebangsaan ini akan menjurus kepada di mana letaknya dana human resource iaitu di sekolah.
75
89
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
76 DR.1.6.2004 Persoalan saya buat peringkat ini adakah asas yang mencukupi daripada segi sumber manusia untuk menjanakan inovasi ini, kerana saya mempunyai satu kepercayaan bahawa inovasi mesti diwujudkan dalam satu environment dengan kecukupan human resource dan financenya juga bagaimanakah Malaysia akan melaksanakan inovasi ini supaya mendatangkan hasil sebagaimana yang difalsafahkan ‘Haxer Orlin’ mengatakan research ini hanya dibuat kalau mencukupi dana iaitu human dan finance, terima kasih. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih, pandangan Yang Berhormat, sudah pindah kawasan, dahulu Batang Lupar sekarang Santubong pula, Alhamdulillah. Ini, tentang pandangan Yang Berhormat memang benar, Tuan Yang di-Pertua dalam dana-dana, beri saya sedikit dalam masa satu minit, kita mempunyai semuanya tujuh dana yang diuruskan oleh MOSTI. (i) ERPA; (ii) IGS; (iii) MGS; (iv) DUCTH Ini semua kira-kira 250 juta dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Baru-baru ini bila dipindahkan MTDC ke MOSTI ada tiga lagi dana yang bernama CRDF, satu lagi TAF, Technology Acquisition Fund, ada juga khusus untuk wanita…. Yang Berhormat Bukit Mertajam sudah balik iaitu untuk semuanya berjumlah 175 juta. Dan dana-dana ini akan dikaji kembali dari segi keberkesanannya dan kita akan umumkan tidak lama lagi bagaimana dana-dana ini boleh dikeluarkan untuk pembangunan industri kita. Rata-rata kadang-kadang kita mendapat keluhan daripada industri bahawa dana-dana yang dikeluarkan itu kadang-kadang tidak mengeluarkan produk yang boleh dikomersialkan secepat mungkin. Antara kaedah yang akan dilancarkan akan datang ialah supaya R&D atau Research and Development itu bukan bermula daripada makmal, Tuan Yang di-Pertua. Ia mesti bermula daripada pasaran kerana kita mahu supaya sebanyak yang boleh dana-dana yang kita letak bagi R&D ini akan dimanfaatkan menjadi produk-produk Malaysia of Tomorrow, dengan izin. Kalau di Finland ada Nokianya, sebab itu harapan kita ialah dana yang besar ini mampu untuk mewujudkan produk berupa Nokia of Malaysia of Tomorrow, dengan izin. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy: [Bangun] Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Tuan Yang di-Pertua, yang kedua terakhir saya ingin menyentuh sedikit tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Arau dan Yang Berhormat bagi Santubong mengenai isu kemasukan pakar luar negara ke Malaysia. Dasar yang pertama dilancarkan pada tahun 1996 … Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy: Yang Berhormat Menteri. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Bagi saya habiskan dahulu. Saya habiskan dahulu dan selepas itu saya jemput Yang Berhormat. …. tetapi dasar atau skim untuk membawa pakar luar ke dalam negara, kerajaan sedar bahawa ia tidak begitu berjaya. Oleh kerana itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mahu supaya satu kaedah baru yang dinamakan “Brain Gain” diwujudkan. Insya-Allah, kementerian akan membawa perkara konsep baru ini ke Kabinet tidak lama lagi supaya kaedah kita membawa pakar luar ke Malaysia ini akan berjaya seperti apa yang kita lihat di India, di mana ramai pakar mereka kembali ke India dan mewujudkan industri- industri baru seperti bioteknologi dan ICT di Silicon Valley of India di mana banyak pakar yang dibawa masuk. Begitu juga di negara China, baru-baru ini dalam lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke China yang saya sempat bersama, begitu juga banyak pakar dari negara China yang kembali ke China dengan membawa industri-industri dan kepakaran-kepakaran baru. Insya-Allah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melancarkan konsep kaedah Brain Gain yang baru. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, saya minta kalau boleh kita ….
Persoalan saya buat peringkat ini adakah asas yang mencukupi daripada segi sumber manusia untuk menjanakan inovasi ini, kerana saya mempunyai satu kepercayaan bahawa inovasi mesti diwujudkan dalam satu environment dengan kecukupan human resource dan financenya juga bagaimanakah Malaysia akan melaksanakan inovasi ini supaya mendatangkan hasil sebagaimana yang difalsafahkan 'Haxer Orlin' mengatakan research ini hanya dibuat kalau mencukupi dana iaitu human dan finance, terima kasih. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih, pandangan Yang Berhormat, sudah pindah kawasan, dahulu Batang Lupar sekarang Santubong pula, Alhamdulillah. Ini, tentang pandangan Yang Berhormat memang benar, Tuan Yang di-Pertua dalam dana-dana, beri saya sedikit dalam masa satu minit, kita mempunyai semuanya tujuh dana yang diuruskan oleh MOSTI. (i) ERPA; (ii) IGS; (iii) MGS; (iv) DUCTH. Ini semua kira-kira 250 juta dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Baru-baru ini bila dipindahkan MTDC ke MOSTI ada tiga lagi dana yang bernama CRDF, satu lagi TAF, Technology Acquisition Fund, ada juga khusus untuk wanita.... Yang Berhormat Bukit Mertajam sudah balik iaitu untuk semuanya berjumlah 175 juta. Dan dana-dana ini akan dikaji kembali dari segi keberkesanannya dan kita akan umumkan tidak lama lagi bagaimana dana-dana ini boleh dikeluarkan untuk pembangunan industri kita. Rata-rata kadang-kadang kita mendapat keluhan daripada industri bahawa dana-dana yang dikeluarkan itu kadang-kadang tidak mengeluarkan produk yang boleh dikomersialkan secepat mungkin. Antara kaedah yang akan dilancarkan akan datang ialah supaya R&D atau Research and Development itu bukan bermula daripada makmal, Tuan Yang di-Pertua. Ia mesti bermula daripada pasaran kerana kita mahu supaya sebanyak yang boleh dana-dana yang kita letak bagi R&D ini akan dimanfaatkan menjadi produk-produk Malaysia of Tomorrow, dengan izin. Kalau di Finland ada Nokianya, sebab itu harapan kita ialah dana yang besar ini mampu untuk mewujudkan produk berupa Nokia of Malaysia of Tomorrow, dengan izin. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy: [Bangun]. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Tuan Yang di-Pertua, yang kedua terakhir saya ingin menyentuh sedikit tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Arau dan Yang Berhormat bagi Santubong mengenai isu kemasukan pakar luar negara ke Malaysia. Dasar yang pertama dilancarkan pada tahun 1996 ... Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy: Yang Berhormat Menteri. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Bagi saya habiskan dahulu. Saya habiskan dahulu dan selepas itu saya jemput Yang Berhormat. .... tetapi dasar atau skim untuk membawa pakar luar ke dalam negara, kerajaan sedar bahawa ia tidak begitu berjaya. Oleh kerana itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mahu supaya satu kaedah baru yang dinamakan "Brain Gain" diwujudkan. Insya-Allah, kementerian akan membawa perkara konsep baru ini ke Kabinet tidak lama lagi supaya kaedah kita membawa pakar luar ke Malaysia ini akan berjaya seperti apa yang kita lihat di India, di mana ramai pakar mereka kembali ke India dan mewujudkan industri- industri baru seperti bioteknologi dan ICT di Silicon Valley of India di mana banyak pakar yang dibawa masuk. Begitu juga di negara China, baru-baru ini dalam lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke China yang saya sempat bersama, begitu juga banyak pakar dari negara China yang kembali ke China dengan membawa industri-industri dan kepakaran-kepakaran baru. Insya-Allah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melancarkan konsep kaedah Brain Gain yang baru. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, saya minta kalau boleh kita ....
76
90
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 77 Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Lima minit, last five minutes. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy: Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak tanya dana untuk DAGS, IGS, MGS yang di bawah naungan MOSTE. Sebenarnya ada ramai atau banyak idea yang dicetuskan dan dihantar untuk mendapatkan dana ini. Saya juga terlibat dalam dua projek seperti itu tahun lalu. Masalah yang saya dapati, secara jujur dan ikhlas saya hendak tanya, bolehkah Yang Berhormat Menteri mengurangkan masa untuk disbursement kerana saya tengok idea yang dicetuskan pada bulan Januari tetapi pada pertengahan tahun berikutnya barulah dana itu disediakan dan idea itu sudah pun menjadi usang kerana technological changes is so dynamic, dengan izin. Oleh sebab itu kalau kita boleh mempercepatkannya, saya rasa idea itu mungkin dapat diindustrikan. Terima kasih. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Terima kasih. Yang Berhormat kena declare interest dalam Dewan ini kerana ada kepentingan peribadi. [Ketawa] Yang Berhormat, saya mengucapkan terima kasih di atas pandangan Yang Berhormat. Memang benar di antara perkara yang dikaji kembali saya dapati semenjak saya pindah masuk ke kementerian ini, saya dapati processing time itu amat lama sekali. Saya tengok-tengok, ada yang 12 bulan, 18 bulan. Ini antara usaha yang akan kita umumkan tidak lama lagi iaitu bagaimana hendak mengurangkan the processing time. Kadang-kadang idea itu bukan sahaja lewat tetapi kadang-kadang takut juga bila berlaku kelewatan itu kerana it can be hijacked, dengan izin. Ada juga saya dengar keluhan. Begitu juga dana yang akan dibantu nanti ialah bukan sahaja dana untuk kajian. Harapan kita bahawa kita akan beri juga dana termasuk penggunaan venture capital untuk membawa ke pasaran itu sendiri. It must be a complete financial support chain, dari makmal ke pasaran sebab keluhan yang kita dengar kadang-kadang mereka itu mendapat dana untuk membuat kajian tetapi untuk dibawa ke pasaran mereka kadang-kadang tidak mendapat sokongan daripada pihak bank. Pihak bank memanglah enggan memberi pembiayaan memandangkan risiko untuk membangun produk dalam peringkat kajian ini amat tinggi sekali dan bank merasakan risikonya amat tinggi menyebabkan kadang-kadang mereka itu kurang berminat untuk membiayainya. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun] Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Yang Berhormat, bagi saya habiskan sedikit selepas itu saya jemput Yang Berhormat sebab … Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sebab masa. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Sebab masa amat Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kita ada 12 lagi kementerian untuk dijawab. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Ya, saya akan habiskan dalam masa lima minit. Tentang soalan terakhirnya, Yang Berhormat bagi Ketereh, insya-Allah dan terima kasih kepada Yang Berhormat terhadap pandangan berkaitan standard untuk diguna pakai bagi produk-produk halal, standard halal Malaysia dan kita sedang merangka satu standard. Kabinet baru-baru ini telah memutuskan supaya diwujudkan satu standard yang boleh digunakan untuk dunia, iaitu MS1500. Standard ini hanya Malaysia sahaja yang mempunyai kapasiti untuk mewujudkannya. Insya- Allah ia akan diletakkan di bawah JAKIM tetapi dari segi pelaksanaannya ia dilaksanakan oleh SIRIM tetapi di bawah trade name JAKIM. Harapan kita ialah dengan kita ada standard di bawah JAKIM ini insya-Allah akan mewujudkan satu industri makanan halal atau industri-industri makanan halal yang lain supaya ia menjadi satu industri besar di negara ini yang boleh juga menembusi pasaran luar. Saya jemput soalan terakhir oleh Yang Berhormat bagi Santubong. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Cuba membetulkan mikrofon yang lambat berfungsi] [Disampuk] Dia yang lambatkan saya Tuan Yang di-Pertua, teknologi ini kurang baik. Saya pun hendak bertanya sedikit sahaja. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang satu skim yang akan dibawa ke Kabinet untuk diluluskan bagi menarik pakar-pakar luar masuk ke negara kita. Yang Berhormat, kita
77. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Lima minit, last five minutes. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy: Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak tanya dana untuk DAGS, IGS, MGS yang di bawah naungan MOSTE. Sebenarnya ada ramai atau banyak idea yang dicetuskan dan dihantar untuk mendapatkan dana ini. Saya juga terlibat dalam dua projek seperti itu tahun lalu. Masalah yang saya dapati, secara jujur dan ikhlas saya hendak tanya, bolehkah Yang Berhormat Menteri mengurangkan masa untuk disbursement kerana saya tengok idea yang dicetuskan pada bulan Januari tetapi pada pertengahan tahun berikutnya barulah dana itu disediakan dan idea itu sudah pun menjadi usang kerana technological changes is so dynamic, dengan izin. Oleh sebab itu kalau kita boleh mempercepatkannya, saya rasa idea itu mungkin dapat diindustrikan. Terima kasih. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih. Yang Berhormat kena declare interest dalam Dewan ini kerana ada kepentingan peribadi. [Ketawa] Yang Berhormat, saya mengucapkan terima kasih di atas pandangan Yang Berhormat. Memang benar di antara perkara yang dikaji kembali saya dapati semenjak saya pindah masuk ke kementerian ini, saya dapati processing time itu amat lama sekali. Saya tengok-tengok, ada yang 12 bulan, 18 bulan. Ini antara usaha yang akan kita umumkan tidak lama lagi iaitu bagaimana hendak mengurangkan the processing time. Kadang-kadang idea itu bukan sahaja lewat tetapi kadang-kadang takut juga bila berlaku kelewatan itu kerana it can be hijacked, dengan izin. Ada juga saya dengar keluhan. Begitu juga dana yang akan dibantu nanti ialah bukan sahaja dana untuk kajian. Harapan kita bahawa kita akan beri juga dana termasuk penggunaan venture capital untuk membawa ke pasaran itu sendiri. It must be a complete financial support chain, dari makmal ke pasaran sebab keluhan yang kita dengar kadang-kadang mereka itu mendapat dana untuk membuat kajian tetapi untuk dibawa ke pasaran mereka kadang-kadang tidak mendapat sokongan daripada pihak bank. Pihak bank memanglah enggan memberi pembiayaan memandangkan risiko untuk membangun produk dalam peringkat kajian ini amat tinggi sekali dan bank merasakan risikonya amat tinggi menyebabkan kadang-kadang mereka itu kurang berminat untuk membiayainya. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Yang Berhormat, bagi saya habiskan sedikit selepas itu saya jemput Yang Berhormat sebab ... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sebab masa. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Sebab masa amat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kita ada 12 lagi kementerian untuk dijawab. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Ya, saya akan habiskan dalam masa lima minit. Tentang soalan terakhirnya, Yang Berhormat bagi Ketereh, insya-Allah dan terima kasih kepada Yang Berhormat terhadap pandangan berkaitan standard untuk diguna pakai bagi produk-produk halal, standard halal Malaysia dan kita sedang merangka satu standard. Kabinet baru-baru ini telah memutuskan supaya diwujudkan satu standard yang boleh digunakan untuk dunia, iaitu MS1500. Standard ini hanya Malaysia sahaja yang mempunyai kapasiti untuk mewujudkannya. Insya- Allah ia akan diletakkan di bawah JAKIM tetapi dari segi pelaksanaannya ia dilaksanakan oleh SIRIM tetapi di bawah trade name JAKIM. Harapan kita ialah dengan kita ada standard di bawah JAKIM ini insya-Allah akan mewujudkan satu industri makanan halal atau industri-industri makanan halal yang lain supaya ia menjadi satu industri besar di negara ini yang boleh juga menembusi pasaran luar. Saya jemput soalan terakhir oleh Yang Berhormat bagi Santubong. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Cuba membetulkan mikrofon yang lambat berfungsi] [Disampuk] Dia yang lambatkan saya Tuan Yang di-Pertua, teknologi ini kurang baik. Saya pun hendak bertanya sedikit sahaja. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang satu skim yang akan dibawa ke Kabinet untuk diluluskan bagi menarik pakar-pakar luar masuk ke negara kita. Yang Berhormat, kita.
77
91
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
78 DR.1.6.2004 kena melihat bukan sahaja dari segi motivasi ataupun insentifnya tetapi kita kena melihat perkara lain. Umpamanya liberalization of immigration procedures. Ini perlu kerana orang yang datang itu membawa bersamanya isteri, anak yang mungkin bukan warganegara Malaysia. Kalau perkara welfare ini tidak dijaga, dia akan keluar dari Malaysia. Berbeza dengan yang berlaku di India. India mempunyai dasar liberalisasi yang begitu baik, iaitu kebanyakan mereka balik ke negara mereka sendiri dan mendapat kemudahan yang tertentu. Terima kasih. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Terima kasih Yang Berhormat bagi Santubong. Antara pendekatan yang ditimbang oleh kementerian yang kita kemukakan kepada Kabinet ialah pertama, bagaimana hendak menarik mereka physically datang pindah ke Malaysia. Pada masa yang sama kita mesti sedar juga bukan kita mahu physically untuk mereka itu to locate to Malaysia, pindah ke Malaysia. Kita mahu kepakarannya. Oleh kerana itu, kita telah memikir bagaimana kita boleh menarik mereka untuk menduduki dalam satu pasukan research and development, bukan semestinya dia mesti pindah tetap ke negara kita. Tuan Yang di-Pertua, ini antara contoh-contoh yang sedang dibincangkan di kementerian saya untuk kita kemukakan kepada Kabinet satu konsep baru – kaedah brain gain, untuk menarik masuk pakar-pakar dari luar negara ke Malaysia. Saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan idea serta buah fikiran kepada kementerian. Insya-Allah, kita akan menjadikannya sebagai panduan untuk pelaksanaan di kementerian saya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 4.56 ptg. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato' Seri Ong Ka Ting]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih dan perbahasan Titah Diraja tahun 2004 yang menyentuh bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Dewan yang mulia ini. Ahli Yang Berhormat bagi Gombak, Temerloh, Libaran dan Putatan mencadangkan supaya kerajaan membina lebih banyak rumah kos rendah untuk gulungan berpendapatan rendah dan setinggan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, beberapa program atau projek telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menyediakan rumah kos rendah yang mencukupi untuk golongan berpendapatan rendah dan setinggan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Di antaranya melalui Program Perumahan Awam Kos Rendah, Program Perumahan Rakyat Untuk Disewa dan Program Perumahan Rakyat Untuk Dijual dan sejumlah 159 projek yang mengandungi 95,222 unit rumah kos rendah dengan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion telah diluluskan pelaksanaannya di bawah Rancangan Malaysia Kelapan. Bagi negeri Sabah, kementerian saya melalui Jabatan Perumahan Negara sedang melaksanakan 11 projek di bawah Program Perumahan Rakyat bernilai RM607.2 juta yang melibatkan pembinaan sejumlah 10,671 unit rumah untuk disewa kepada golongan berpendapatan rendah dan setinggan. Ia merupakan jumlah kedua terbanyak selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Di samping itu, tiga projek perumahan awam kos rendah bernilai RM28.4 juta, yang melibatkan pembinaan sejumlah 588 unit rumah untuk dijual, juga sedang dilaksanakan di negeri Sabah, oleh kementerian. Memandangkan pembinaan rumah kos rendah melibatkan peruntukan yang besar, kerajaan akan terus menggalakkan sektor swasta untuk turut membina rumah kos rendah, sebagai satu tanggungjawab sosial, bagi memenuhi permintaan golongan berpendapatan rendah yang semakin meningkat. Pada masa ini, kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah setinggan dengan mensasarkan matlamat setinggan sifar, menjelang tahun 2005. Kementerian
kena melihat bukan sahaja dari segi motivasi ataupun insentifnya tetapi kita kena melihat perkara lain. Umpamanya liberalization of immigration procedures. Ini perlu kerana orang yang datang itu membawa bersamanya isteri, anak yang mungkin bukan warganegara Malaysia. Kalau perkara welfare ini tidak dijaga, dia akan keluar dari Malaysia. Berbeza dengan yang berlaku di India. India mempunyai dasar liberalisasi yang begitu baik, iaitu kebanyakan mereka balik ke negara mereka sendiri dan mendapat kemudahan yang tertentu. Terima kasih. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih Yang Berhormat bagi Santubong. Antara pendekatan yang ditimbang oleh kementerian yang kita kemukakan kepada Kabinet ialah pertama, bagaimana hendak menarik mereka physically datang pindah ke Malaysia. Pada masa yang sama kita mesti sedar juga bukan kita mahu physically untuk mereka itu to locate to Malaysia, pindah ke Malaysia. Kita mahu kepakarannya. Oleh kerana itu, kita telah memikir bagaimana kita boleh menarik mereka untuk menduduki dalam satu pasukan research and development, bukan semestinya dia mesti pindah tetap ke negara kita. Tuan Yang di-Pertua, ini antara contoh-contoh yang sedang dibincangkan di kementerian saya untuk kita kemukakan kepada Kabinet satu konsep baru- kaedah brain gain, untuk menarik masuk pakar-pakar dari luar negara ke Malaysia. Saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan idea serta buah fikiran kepada kementerian. Insya-Allah, kita akan menjadikannya sebagai panduan untuk pelaksanaan di kementerian saya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 4.56 ptg. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato' Seri Ong Ka Ting]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih dan perbahasan Titah Diraja tahun 2004 yang menyentuh bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Dewan yang mulia ini. Ahli Yang Berhormat bagi Gombak, Temerloh, Libaran dan Putatan mencadangkan supaya kerajaan membina lebih banyak rumah kos rendah untuk gulungan berpendapatan rendah dan setinggan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, beberapa program atau projek telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menyediakan rumah kos rendah yang mencukupi untuk golongan berpendapatan rendah dan setinggan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Di antaranya melalui Program Perumahan Awam Kos Rendah, Program Perumahan Rakyat Untuk Disewa dan Program Perumahan Rakyat Untuk Dijual dan sejumlah 159 projek yang mengandungi 95,222 unit rumah kos rendah dengan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion telah diluluskan pelaksanaannya di bawah Rancangan Malaysia Kelapan. Bagi negeri Sabah, kementerian saya melalui Jabatan Perumahan Negara sedang melaksanakan 11 projek di bawah Program Perumahan Rakyat bernilai RM607.2 juta yang melibatkan pembinaan sejumlah 10,671 unit rumah untuk disewa kepada golongan berpendapatan rendah dan setinggan. Ia merupakan jumlah kedua terbanyak selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Di samping itu, tiga projek perumahan awam kos rendah bernilai RM28.4 juta, yang melibatkan pembinaan sejumlah 588 unit rumah untuk dijual, juga sedang dilaksanakan di negeri Sabah, oleh kementerian. Memandangkan pembinaan rumah kos rendah melibatkan peruntukan yang besar, kerajaan akan terus menggalakkan sektor swasta untuk turut membina rumah kos rendah, sebagai satu tanggungjawab sosial, bagi memenuhi permintaan golongan berpendapatan rendah yang semakin meningkat. Pada masa ini, kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah setinggan dengan mensasarkan matlamat setinggan sifar, menjelang tahun 2005. Kementerian.
78
92
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 79 Perumahan dan Kerajaan Tempatan, melalui Jabatan Perumahan Negara, sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan program perumahan rakyat untuk dijual dan untuk disewa, dengan sasaran pembinaan sejumlah 66,681 unit rumah di seluruh negara. Kadar sewa yang dikenakan hanya sebanyak RM124 sebulan sahaja. Tumpuan pembinaan adalah di negeri-negeri, bandar-bandar utama, yang menghadapi masalah setinggan seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Selangor, Johor, Sabah dan Pulau Pinang. Ahli Yang Berhormat bagi Libaran dan Seputeh telah membangkitkan isu pelaksanaan konsep bina dan jual, seperti mana disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Untuk makluman Dewan yang mulia, pelaksanaan konsep ini masih dalam kajian kerajaan dan maklumat tentang kebaikan dan kelemahan kaedah ini sedang dihalusi dengan mengambil kira pandangan daripada semua pihak. Hasil kajian tersebut akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk keputusan selanjutnya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian sentiasa memberi perhatian yang serius untuk memulihkan projek-projek terbengkalai, terutamanya yang melibatkan golongan berpendapatan rendah. Kerajaan telah melantik Syarikat Perumahan Negara, untuk melaksanakan pemulihan projek-projek terbengkalai yang dikenal pasti. Kementerian akan terus memainkan peranan untuk mengenal pasti, menyelaras dan memastikan projek-projek perumahan terbengkalai, dipulihkan seberapa segera. Bagi tempoh tahun 1990 hingga Disember 2003, sebanyak 176 projek perumahan telah dikenal pasti sebagai projek terbengkalai dan sejumlah 77 projek, iaitu kira-kira 44% daripada jumlah projek terbengkalai telah pun dipulihkan. Yang lain, masih diuruskan. Mengenai isu pengagihan rumah kos rendah, kerajaan telah pun mengambil langkah memperkemaskan sistem pengagihan rumah kos rendah, melalui Sistem Pendaftaran Terbuka Berkomputer atau SPT, yang dikendalikan oleh pihak kerajaan negeri masing-masing. Pada masa ini, kementerian sedang mengkaji untuk menambahbaikkan SPT supaya menjadikannya satu sistem pemilihan dan pengagihan rumah kos rendah yang seragam di peringkat negeri dan selaras dengan kehendak semasa. Di samping itu, kementerian akan memantau pelaksanaan SPT di peringkat negeri bagi memastikan pengurusan pemilihan dan pengagihan rumah kos rendah kepada golongan sasaran, dijalankan dengan kemas, telus dan adil tanpa mengira kaum… Tuan Lau Yeng Peng: [Bangun] Dato' Seri Ong Ka Ting: Demikian juga dengan kriteria-kriteria…… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Puchong. Tuan Lau Yeng Peng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan keprihatinan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memulihkan projek-projek perumahan yang terbengkalai. Saya hendak tanya, apakah kriteria ataupun bagaimana kita boleh memulihkan projek- projek yang terbengkalai ini, terutamanya sebagai contoh, di kawasan saya di Puchong. Kalau tidak silap saya, sekurang-kurangnya ada tiga projek yang meliputi, saya ingat tidak kurang daripada 2,500 unit. Keadaan ini telah berpanjangan dan juga terdapat banyak perbincangan dan juga ada court case dengan izin. Sampai sekarang ini pun, bagi saya, saya ingat tidak ada jalan penyelesaian yang clear. So, boleh saya tanya sedikit, apakah kriteria dan bagaimana kementerian boleh menolong projek- projek yang terbengkalai ini. Sekian, terima kasih. Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, kriteria untuk mengenal pastikan sama ada sesuatu projek itu diklasifikasikan sebagai terbengkalai atau tidak ialah apabila projek itu adalah lewat, telah berhenti bekerja, tidak lagi dimajukan oleh pihak pemaju lebih daripada enam bulan dan dengan kerjasama pembeli-pembeli, apabila mereka telah rasa tidak boleh lagi menunggu pemaju dan pemaju pun tidak memberi apa-apa laporan yang lanjut, maka, bila ada aduan ataupun bila dapat perhatian kementerian, kementerian akan menghantar Pegawai Penguatkuasa untuk menyelaras antara pembeli dengan pemaju.
79. Perumahan dan Kerajaan Tempatan, melalui Jabatan Perumahan Negara, sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan program perumahan rakyat untuk dijual dan untuk disewa, dengan sasaran pembinaan sejumlah 66,681 unit rumah di seluruh negara. Kadar sewa yang dikenakan hanya sebanyak RM124 sebulan sahaja. Tumpuan pembinaan adalah di negeri-negeri, bandar-bandar utama, yang menghadapi masalah setinggan seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Selangor, Johor, Sabah dan Pulau Pinang. Ahli Yang Berhormat bagi Libaran dan Seputeh telah membangkitkan isu pelaksanaan konsep bina dan jual, seperti mana disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Untuk makluman Dewan yang mulia, pelaksanaan konsep ini masih dalam kajian kerajaan dan maklumat tentang kebaikan dan kelemahan kaedah ini sedang dihalusi dengan mengambil kira pandangan daripada semua pihak. Hasil kajian tersebut akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk keputusan selanjutnya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian sentiasa memberi perhatian yang serius untuk memulihkan projek-projek terbengkalai, terutamanya yang melibatkan golongan berpendapatan rendah. Kerajaan telah melantik Syarikat Perumahan Negara, untuk melaksanakan pemulihan projek-projek terbengkalai yang dikenal pasti. Kementerian akan terus memainkan peranan untuk mengenal pasti, menyelaras dan memastikan projek-projek perumahan terbengkalai, dipulihkan seberapa segera. Bagi tempoh tahun 1990 hingga Disember 2003, sebanyak 176 projek perumahan telah dikenal pasti sebagai projek terbengkalai dan sejumlah 77 projek, iaitu kira-kira 44% daripada jumlah projek terbengkalai telah pun dipulihkan. Yang lain, masih diuruskan. Mengenai isu pengagihan rumah kos rendah, kerajaan telah pun mengambil langkah memperkemaskan sistem pengagihan rumah kos rendah, melalui Sistem Pendaftaran Terbuka Berkomputer atau SPT, yang dikendalikan oleh pihak kerajaan negeri masing-masing. Pada masa ini, kementerian sedang mengkaji untuk menambahbaikkan SPT supaya menjadikannya satu sistem pemilihan dan pengagihan rumah kos rendah yang seragam di peringkat negeri dan selaras dengan kehendak semasa. Di samping itu, kementerian akan memantau pelaksanaan SPT di peringkat negeri bagi memastikan pengurusan pemilihan dan pengagihan rumah kos rendah kepada golongan sasaran, dijalankan dengan kemas, telus dan adil tanpa mengira kaum... Tuan Lau Yeng Peng: [Bangun]. Dato' Seri Ong Ka Ting: Demikian juga dengan kriteria-kriteria...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Puchong. Tuan Lau Yeng Peng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan keprihatinan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memulihkan projek-projek perumahan yang terbengkalai. Saya hendak tanya, apakah kriteria ataupun bagaimana kita boleh memulihkan projek- projek yang terbengkalai ini, terutamanya sebagai contoh, di kawasan saya di Puchong. Kalau tidak silap saya, sekurang-kurangnya ada tiga projek yang meliputi, saya ingat tidak kurang daripada 2,500 unit. Keadaan ini telah berpanjangan dan juga terdapat banyak perbincangan dan juga ada court case dengan izin. Sampai sekarang ini pun, bagi saya, saya ingat tidak ada jalan penyelesaian yang clear. So, boleh saya tanya sedikit, apakah kriteria dan bagaimana kementerian boleh menolong projek- projek yang terbengkalai ini. Sekian, terima kasih. Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, kriteria untuk mengenal pastikan sama ada sesuatu projek itu diklasifikasikan sebagai terbengkalai atau tidak ialah apabila projek itu adalah lewat, telah berhenti bekerja, tidak lagi dimajukan oleh pihak pemaju lebih daripada enam bulan dan dengan kerjasama pembeli-pembeli, apabila mereka telah rasa tidak boleh lagi menunggu pemaju dan pemaju pun tidak memberi apa-apa laporan yang lanjut, maka, bila ada aduan ataupun bila dapat perhatian kementerian, kementerian akan menghantar Pegawai Penguatkuasa untuk menyelaras antara pembeli dengan pemaju.
79
93
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
80 DR.1.6.2004 Memang betul Yang Berhormat bagi Puchong tahu, ia kadang-kadang terlibat dengan proses mahkamah oleh sebab S&P – sale and purchase agreement telah sain, ada sesetengah kuasa ataupun sesuatu aspek perundangan itu, jadi kerajaan tidak boleh ambil tindakan dengan begitu sahaja. Kita kena ikut undang-undang. Sehingga kalau pemaju itu memang dengan izin, insolvent. Dia sudah tidak boleh lagi kerana dia tidak ada lagi wang yang tinggal ataupun dia sudah tidak ada modal ataupun tidak ada kemampuan untuk meneruskan projek. Bila kementerian sudah pastikan itu adalah projek terbengkalai, maka, sama ada kita akan meminta pemaju itu dengan persetujuan pembeli, maka Syarikat Perumahan Negara akan diminta untuk masuk membantu, mengambil alih projek itu, meneruskan kerja-kerja pembinaan dan semua ini perlu kerjasama yang sepenuhnya daripada pembeli… Datuk Nur Jazlan bin Mohamed: [Bangun] Dato' Seri Ong Ka Ting: Jawatankuasa bertindak pembeli itu penting. Walau bagaimanapun, saya ada memerhatikan perkara yang berlaku di Puchong, sebab saya sendiri ada mengikuti melalui televisyen dan media massa. Perkara itu boleh kita beri bantuan selanjutnyalah. Yang Berhormat boleh berhubung dengan kementerian saya. Demikian juga dengan kriteria-kriteria…… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Pulai. Dato' Seri Ong Ka Ting: Ada juga projek terbengkalai kah? Datuk Nur Jazlan bin Mohamed: Tidak, tidak. Soalan saya lain. Tuan Yang di-Pertua. Saya mewakili kawasan yang terletak dalam Bandaraya Johor Bharu. Saya mengalu-alukan tindakan kerajaan untuk membina lebih banyak lagi rumah kos murah dan juga sederhana murah tetapi saya rasa kerajaan belum lagi memberikan pertimbangan mengenai penyelenggaraan ataupun maintenance dengan izin, kepada rumah-rumah murah yang dibuat di kawasan bandar raya ini. Ini kerana kebanyakan rumah-rumah yang dibuat di kawasan bandar raya ini, adalah rumah flat, pangsapuri 15 tingkat dan sebagainya, yang tinggi, yang memerlukan maintenance yang lebih rapi, lebih cekap. Kalau tidak, kawasan-kawasan perumahan flat ini akan menjadi seperti ghetto dengan izin, yang ada di negara-negara Barat. Terima kasih. Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan, terutamanya kementerian saya, membina projek perumahan rakyat, sama ada untuk disewa atau untuk dijual dan terus bila sudah tamat, sudah sempurna, projek-projek itu kita serahkan kepada kerajaan negeri, terutamanya kepada Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran yang bertanggungjawab. Maknanya, kerajaan sudah bagi subsidi, bina rumah itu, berkenaan kos itu, semua dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan telah pun menjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan, apabila rumah itu sudah serah kepada pihak berkuasa. Maka, isu maintenance ini, memang perlulah diusahakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ataupun kerajaan negeri yang berkenaan. Memandangkan begitu banyak wang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan, jadi tanggungjawab selanjutnya, patutlah diletakkan di bawah kerajaan tempatan yang berkenaanlah. Saya hendak teruskan dengan pasal SPT (Sistem Pendaftaran Terbuka) ini untuk rumah kos rendah, pengagihan rumah kos rendah ini. Dengan kriteria-kriteria baru yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri untuk menambahbaikkan SPT supaya lebih menekankan kepada faktor pendapatan, dan bilangan tanggungan serta memberi keutamaan kepada golongan orang kurang upaya, ibu tunggal dan orang bujang yang mempunyai tanggungan. Pemilihan akan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria tersebut tanpa mengira kaum. Mengenai dasar penempatan setinggan pula ia tidak mengambil kira faktor kaum juga, tetapi merangkumi semua golongan setinggan yang terlibat dengan projek-projek pembangunan kerajaan. Golongan setinggan akan ditempatkan di rumah-rumah untuk disewa di bawah Program Perumahan Rakyat seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Pada masa ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang dalam peringkat perancangan untuk melaksanakan kajian penggubalan Dasar Perumahan Negara yang komprehensif bagi merangka Rancangan Pembangunan Perumahan di dalam beberapa Rancangan Malaysia yang akan datang.
Memang betul Yang Berhormat bagi Puchong tahu, ia kadang-kadang terlibat dengan proses mahkamah oleh sebab S&P- sale and purchase agreement telah sain, ada sesetengah kuasa ataupun sesuatu aspek perundangan itu, jadi kerajaan tidak boleh ambil tindakan dengan begitu sahaja. Kita kena ikut undang-undang. Sehingga kalau pemaju itu memang dengan izin, insolvent. Dia sudah tidak boleh lagi kerana dia tidak ada lagi wang yang tinggal ataupun dia sudah tidak ada modal ataupun tidak ada kemampuan untuk meneruskan projek. Bila kementerian sudah pastikan itu adalah projek terbengkalai, maka, sama ada kita akan meminta pemaju itu dengan persetujuan pembeli, maka Syarikat Perumahan Negara akan diminta untuk masuk membantu, mengambil alih projek itu, meneruskan kerja-kerja pembinaan dan semua ini perlu kerjasama yang sepenuhnya daripada pembeli... Datuk Nur Jazlan bin Mohamed: [Bangun]. Dato' Seri Ong Ka Ting: Jawatankuasa bertindak pembeli itu penting. Walau bagaimanapun, saya ada memerhatikan perkara yang berlaku di Puchong, sebab saya sendiri ada mengikuti melalui televisyen dan media massa. Perkara itu boleh kita beri bantuan selanjutnyalah. Yang Berhormat boleh berhubung dengan kementerian saya. Demikian juga dengan kriteria-kriteria...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Pulai. Dato' Seri Ong Ka Ting: Ada juga projek terbengkalai kah?. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed: Tidak, tidak. Soalan saya lain. Tuan Yang di-Pertua. Saya mewakili kawasan yang terletak dalam Bandaraya Johor Bharu. Saya mengalu-alukan tindakan kerajaan untuk membina lebih banyak lagi rumah kos murah dan juga sederhana murah tetapi saya rasa kerajaan belum lagi memberikan pertimbangan mengenai penyelenggaraan ataupun maintenance dengan izin, kepada rumah-rumah murah yang dibuat di kawasan bandar raya ini. Ini kerana kebanyakan rumah-rumah yang dibuat di kawasan bandar raya ini, adalah rumah flat, pangsapuri 15 tingkat dan sebagainya, yang tinggi, yang memerlukan maintenance yang lebih rapi, lebih cekap. Kalau tidak, kawasan-kawasan perumahan flat ini akan menjadi seperti ghetto dengan izin, yang ada di negara-negara Barat. Terima kasih. Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan, terutamanya kementerian saya, membina projek perumahan rakyat, sama ada untuk disewa atau untuk dijual dan terus bila sudah tamat, sudah sempurna, projek-projek itu kita serahkan kepada kerajaan negeri, terutamanya kepada Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran yang bertanggungjawab. Maknanya, kerajaan sudah bagi subsidi, bina rumah itu, berkenaan kos itu, semua dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan telah pun menjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan, apabila rumah itu sudah serah kepada pihak berkuasa. Maka, isu maintenance ini, memang perlulah diusahakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ataupun kerajaan negeri yang berkenaan. Memandangkan begitu banyak wang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan, jadi tanggungjawab selanjutnya, patutlah diletakkan di bawah kerajaan tempatan yang berkenaanlah. Saya hendak teruskan dengan pasal SPT (Sistem Pendaftaran Terbuka) ini untuk rumah kos rendah, pengagihan rumah kos rendah ini. Dengan kriteria-kriteria baru yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri untuk menambahbaikkan SPT supaya lebih menekankan kepada faktor pendapatan, dan bilangan tanggungan serta memberi keutamaan kepada golongan orang kurang upaya, ibu tunggal dan orang bujang yang mempunyai tanggungan. Pemilihan akan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria tersebut tanpa mengira kaum. Mengenai dasar penempatan setinggan pula ia tidak mengambil kira faktor kaum juga, tetapi merangkumi semua golongan setinggan yang terlibat dengan projek-projek pembangunan kerajaan. Golongan setinggan akan ditempatkan di rumah-rumah untuk disewa di bawah Program Perumahan Rakyat seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Pada masa ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang dalam peringkat perancangan untuk melaksanakan kajian penggubalan Dasar Perumahan Negara yang komprehensif bagi merangka Rancangan Pembangunan Perumahan di dalam beberapa Rancangan Malaysia yang akan datang.
80
94
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 81 Namun demikian dari segi kualiti dan reka bentuk, kementerian saya ada mengeluarkan spesifikasi perancangan dan reka bentuk rumah kos rendah untuk diterima pakai oleh semua pihak dalam melaksanakan pembangunan perumahan iaitu bagi rumah teres dan rumah pangsa. Tujuannya adalah untuk memastikan projek- projek perumahan kos rendah yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, serta pihak swasta adalah berkualiti dan lebih menarik dari segi reka bentuk serta projek dapat disiapkan mengikut tempoh dan spesifikasi yang ditetapkan. Mengenai mutu rumah pangsa di taman... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kepong. Dato’ Seri Ong Ka Ting: Saya baru hendak sebut pasal Kepong, bagi saya lengkapkan perkara yang dibangkitkan oleh Kepong ya. Tadi pasal dasar perumahan memang saya jawab sedang diusahakan. Mengenai satu kes yang spesifik dibangkitkan oleh Kepong iaitu Taman Fadason Jinjang. Ianya telah disiasat oleh pihak kementerian, memang benar ada sesuatu yang tidak betul dan ia juga melibatkan DBKL. Daripada siasatan yang telah kita ambil rundingan selanjutnya akan dipanggil antara pemaju arkitek dan pembeli dan kita juga hendak melibatkan dengan DBKL kerana Uniform Building By-Law (UBBL) juga mesti diguna, kerana ada kecacatan yang serius. Kementerian saya sedang berusaha hendak membantu semua pembeli yang terlibat itu. Itu yang dibangkitkan oleh Kepong. Dr. Tan Seng Giaw: Saya hendak bantu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada lagi hendak tanyakah? Kata hendak bantu? Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya hendak bantu kementerian.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sekarang Yang Berhormat minta kementerian bantu Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Pasal saya hendak minta penjelasan dan daripada penjelasan itu saya hendak sedikit sebanyak bagi pertolongan juga untuk menjayakan dasar perumahan menyeluruh. Memang satu dasar perlu kita buat untuk memastikan kualiti dan sebagainya dipertingkatkan. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa kebanyakan projek pembinaan rumah dan sebagainya mereka tidak mengikut spesifikasi, building specification dan juga Building By-Law 1984. Bagaimana pihak kementerian dapat mempertingkatkan kawal seliaan ke atas semua aktiviti projek perumahan termasuklah Taman Fadason dan di tepi Fadason itu akan ada megalegasi dan sebagainya, semua itu diberi kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan UMNO, ya inilah kehebatan UMNO yang saya nampak. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun] Dr. Tan Seng Giaw: Adakah itu kawal seliaan di Wilayah Persekutuan misalnya dapat dipertingkatkan, saya nampak ada lemah sedikit di Wilayah Persekutuan mungkin kerana itu.... Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun dan bercakap sesuatu] Dr. Tan Seng Giaw: Masalahnya bukan di Jerai kerana mungkin di Jerai lebih baik tetapi di Wilayah Persekutuan kita perlu mempertingkatkan lagi. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: 36 (6) Tuan Yang di-Pertua, Kepong memberi sangkaan jahat terhadap diri saya yang baik ini [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sama-samalah, sila duduk Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Ya, ya. Dato’ Seri Ong Ka Ting: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kepong kalau pelan bangunan itu telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan, dalam kes ini DBKL kalau seseorang dan mana-mana pemaju dia tidak ikut spesifikasi, maknanya ia telah melanggar peraturan iaitu dia bina tidak ikut spesifikasi, kalau terdapat perkara
81. Namun demikian dari segi kualiti dan reka bentuk, kementerian saya ada mengeluarkan spesifikasi perancangan dan reka bentuk rumah kos rendah untuk diterima pakai oleh semua pihak dalam melaksanakan pembangunan perumahan iaitu bagi rumah teres dan rumah pangsa. Tujuannya adalah untuk memastikan projek- projek perumahan kos rendah yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, serta pihak swasta adalah berkualiti dan lebih menarik dari segi reka bentuk serta projek dapat disiapkan mengikut tempoh dan spesifikasi yang ditetapkan. Mengenai mutu rumah pangsa di taman... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kepong. Dato' Seri Ong Ka Ting: Saya baru hendak sebut pasal Kepong, bagi saya lengkapkan perkara yang dibangkitkan oleh Kepong ya. Tadi pasal dasar perumahan memang saya jawab sedang diusahakan. Mengenai satu kes yang spesifik dibangkitkan oleh Kepong iaitu Taman Fadason Jinjang. Ianya telah disiasat oleh pihak kementerian, memang benar ada sesuatu yang tidak betul dan ia juga melibatkan DBKL. Daripada siasatan yang telah kita ambil rundingan selanjutnya akan dipanggil antara pemaju arkitek dan pembeli dan kita juga hendak melibatkan dengan DBKL kerana Uniform Building By-Law (UBBL) juga mesti diguna, kerana ada kecacatan yang serius. Kementerian saya sedang berusaha hendak membantu semua pembeli yang terlibat itu. Itu yang dibangkitkan oleh Kepong. Dr. Tan Seng Giaw: Saya hendak bantu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada lagi hendak tanyakah? Kata hendak bantu?. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya hendak bantu kementerian.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sekarang Yang Berhormat minta kementerian bantu Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Pasal saya hendak minta penjelasan dan daripada penjelasan itu saya hendak sedikit sebanyak bagi pertolongan juga untuk menjayakan dasar perumahan menyeluruh. Memang satu dasar perlu kita buat untuk memastikan kualiti dan sebagainya dipertingkatkan. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa kebanyakan projek pembinaan rumah dan sebagainya mereka tidak mengikut spesifikasi, building specification dan juga Building By-Law 1984. Bagaimana pihak kementerian dapat mempertingkatkan kawal seliaan ke atas semua aktiviti projek perumahan termasuklah Taman Fadason dan di tepi Fadason itu akan ada megalegasi dan sebagainya, semua itu diberi kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan UMNO, ya inilah kehebatan UMNO yang saya nampak. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun]. Dr. Tan Seng Giaw: Adakah itu kawal seliaan di Wilayah Persekutuan misalnya dapat dipertingkatkan, saya nampak ada lemah sedikit di Wilayah Persekutuan mungkin kerana itu.... Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun dan bercakap sesuatu]. Dr. Tan Seng Giaw: Masalahnya bukan di Jerai kerana mungkin di Jerai lebih baik tetapi di Wilayah Persekutuan kita perlu mempertingkatkan lagi. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: 36 (6) Tuan Yang di-Pertua, Kepong memberi sangkaan jahat terhadap diri saya yang baik ini [Ketawa]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sama-samalah, sila duduk Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Ya, ya. Dato' Seri Ong Ka Ting: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kepong kalau pelan bangunan itu telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan, dalam kes ini DBKL kalau seseorang dan mana-mana pemaju dia tidak ikut spesifikasi, maknanya ia telah melanggar peraturan iaitu dia bina tidak ikut spesifikasi, kalau terdapat perkara.
81
95
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
82 DR.1.6.2004 sedemikian apabila aduan formal atau rasmi dibuat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sepatutnya ambil tindakan mengikut undang-undang. Tidak kiralah latar belakang pemaju siapa dia? Pada masa kini bagi kementerian pun serupa kita pegang pada undang- undang. Memang saya mengakui kadangkala ada pemaju yang tidak bertanggungjawab, dan industri perumahan ini memang kita tidak bolehlah dilemahkan oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab. Dalam pada itu baru-baru ini terutamanya dua, tiga tahun kebelakangan ini kita telah memperketatkan undang-undang yang berkenaan dan pindaan telah dibuat di Parlimen dan ada juga kita buat garis panduan, juga kita menyeragamkan UBBL dan juga kerajaan sedang masuk dalam pemerhatian Kabinet, Jemaah Menteri juga. Kita sedang dalam usaha meningkatkan lagi public delivery system termasuk memantau dan menguatkuasakan undang-undang. Semua BBT memang dikehendaki untuk menjadi lebih berkesan untuk memantau apa-apa salah laku ataupun kelemahan ataupun kecacatan yang berlaku. Perkara ini memang kita sedang ambil tindakan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai....... Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat boleh? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Jerai bangun. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalah perumahan ini memang masalah yang besar terutama sekali yang dihadapi oleh golongan yang berpendapatan rendah. Yang kaya itu dia lain dan dia boleh cari jalan lain. Cuma ada tidak satu kaedah Yang Berhormat untuk kita cuba mengatasi masalah apabila pegawai kerajaan mengambil pinjaman untuk membeli rumah. Rumah tidak siap, dia punya potongan gaji jalan, begitu juga orang yang ambil pinjaman daripada bank rumah tidak siap, potongan bank jalan, sedangkan bank juga membayar mengikut progress perumahan tersebut tetapi dia potong gaji di peringkat rumah belum siap, apakah ada satu formula yang kementerian boleh fikir boleh berunding dengan pihak-pihak tertentu untuk menyelesaikan ini, itu satu. Yang kedua Yang Berhormat, kadang-kadang sebagai pemaju, saya bukan pemaju tapi saya hendak perjelaskan, kadang-kadang sebagai pemaju dia orang kata pada saya, bukan masalah pemaju yang tidak dapat menyiapkan rumah tapi bila rumah itu siap,kadang-kadang agensi-agensi kerajaan macam Jabatan Bekalan Air, api dan sebagainya tidak boleh bekal bekalan ini dalam jangka masa yang diminta. Kadang-kadang mereka didenda, ini juga masalah yang dihadapi oleh pihak pemaju. Di pihak pembeli pula, saya berharap kalau boleh Yang Berhormat pastikan rumah kos rendah ini janganlah buat macam rumah ini mereka duduk dalam satu tong, dengan ventilation tidak ada, hangat amat, saya biasa pergi tidur rumah begitu sekali, memang macam itu, memang berpeluh, kita pakai kain sahaja tidak pakai baju pun berpeluh Yang Berhormat. Minta kalau boleh pada zaman baru dia ada bumbung, pakai ventilation, pasang benda itu, mereka ini manusia, mereka susah hendak hidup, hendak hidup dan hendak rumah. Kalau boleh kementerian bagi satu pelan cadangan yang sesuai untuk mereka dan anak-anak mereka duduk di rumah. Terima kasih Yang Berhormat. Dato’ Seri Ong Ka Ting: Terima kasih, Yang Berhormat dari Jerai, semua soalan itu sangat relevan, inilah juga antara perkara yang kerap dibangkitkan dan mendapat perhatian kementerian, juga dari segi pinjaman perumahan kerajaan atau pinjaman bank bila potongan sudah mula. Ini terutamanya berlaku apabila rumah itu lewat diserah dan potongan sudah mula, ini akan membebankan peminjam. Ada juga yang dikatakan pinjaman kerana ada birokrasi, diambil masa lama. Bila sudah lewat kena bayar kepada pemaju, mengikut perjanjian jual beli pemaju berhak untuk menuntut denda lewat. Semua perkara ini memang kementerian saya sentiasa cuba membantu, kita tengah bincang dengan semua pihak termasuk semua mereka yang bertanggungjawab tentang pinjaman, mereka seharusnya memudahkan lagi prosedur. Jangan ada banyak sangat karenah birokrasi sampai sesuatu pinjaman itu lewat dikeluarkan dan peminjam jadi pemangsa kerana pemaju tetap tidak akan lepaskan peluang untuk
sedemikian apabila aduan formal atau rasmi dibuat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sepatutnya ambil tindakan mengikut undang-undang. Tidak kiralah latar belakang pemaju siapa dia?. Pada masa kini bagi kementerian pun serupa kita pegang pada undang- undang. Memang saya mengakui kadangkala ada pemaju yang tidak bertanggungjawab, dan industri perumahan ini memang kita tidak bolehlah dilemahkan oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab. Dalam pada itu baru-baru ini terutamanya dua, tiga tahun kebelakangan ini kita telah memperketatkan undang-undang yang berkenaan dan pindaan telah dibuat di Parlimen dan ada juga kita buat garis panduan, juga kita menyeragamkan UBBL dan juga kerajaan sedang masuk dalam pemerhatian Kabinet, Jemaah Menteri juga. Kita sedang dalam usaha meningkatkan lagi public delivery system termasuk memantau dan menguatkuasakan undang-undang. Semua BBT memang dikehendaki untuk menjadi lebih berkesan untuk memantau apa-apa salah laku ataupun kelemahan ataupun kecacatan yang berlaku. Perkara ini memang kita sedang ambil tindakan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai....... Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat boleh?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Jerai bangun. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalah perumahan ini memang masalah yang besar terutama sekali yang dihadapi oleh golongan yang berpendapatan rendah. Yang kaya itu dia lain dan dia boleh cari jalan lain. Cuma ada tidak satu kaedah Yang Berhormat untuk kita cuba mengatasi masalah apabila pegawai kerajaan mengambil pinjaman untuk membeli rumah. Rumah tidak siap, dia punya potongan gaji jalan, begitu juga orang yang ambil pinjaman daripada bank rumah tidak siap, potongan bank jalan, sedangkan bank juga membayar mengikut progress perumahan tersebut tetapi dia potong gaji di peringkat rumah belum siap, apakah ada satu formula yang kementerian boleh fikir boleh berunding dengan pihak-pihak tertentu untuk menyelesaikan ini, itu satu. Yang kedua Yang Berhormat, kadang-kadang sebagai pemaju, saya bukan pemaju tapi saya hendak perjelaskan, kadang-kadang sebagai pemaju dia orang kata pada saya, bukan masalah pemaju yang tidak dapat menyiapkan rumah tapi bila rumah itu siap,kadang-kadang agensi-agensi kerajaan macam Jabatan Bekalan Air, api dan sebagainya tidak boleh bekal bekalan ini dalam jangka masa yang diminta. Kadang-kadang mereka didenda, ini juga masalah yang dihadapi oleh pihak pemaju. Di pihak pembeli pula, saya berharap kalau boleh Yang Berhormat pastikan rumah kos rendah ini janganlah buat macam rumah ini mereka duduk dalam satu tong, dengan ventilation tidak ada, hangat amat, saya biasa pergi tidur rumah begitu sekali, memang macam itu, memang berpeluh, kita pakai kain sahaja tidak pakai baju pun berpeluh Yang Berhormat. Minta kalau boleh pada zaman baru dia ada bumbung, pakai ventilation, pasang benda itu, mereka ini manusia, mereka susah hendak hidup, hendak hidup dan hendak rumah. Kalau boleh kementerian bagi satu pelan cadangan yang sesuai untuk mereka dan anak-anak mereka duduk di rumah. Terima kasih Yang Berhormat. Dato' Seri Ong Ka Ting: Terima kasih, Yang Berhormat dari Jerai, semua soalan itu sangat relevan, inilah juga antara perkara yang kerap dibangkitkan dan mendapat perhatian kementerian, juga dari segi pinjaman perumahan kerajaan atau pinjaman bank bila potongan sudah mula. Ini terutamanya berlaku apabila rumah itu lewat diserah dan potongan sudah mula, ini akan membebankan peminjam. Ada juga yang dikatakan pinjaman kerana ada birokrasi, diambil masa lama. Bila sudah lewat kena bayar kepada pemaju, mengikut perjanjian jual beli pemaju berhak untuk menuntut denda lewat. Semua perkara ini memang kementerian saya sentiasa cuba membantu, kita tengah bincang dengan semua pihak termasuk semua mereka yang bertanggungjawab tentang pinjaman, mereka seharusnya memudahkan lagi prosedur. Jangan ada banyak sangat karenah birokrasi sampai sesuatu pinjaman itu lewat dikeluarkan dan peminjam jadi pemangsa kerana pemaju tetap tidak akan lepaskan peluang untuk.
82
96
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 83 menuntut denda lewat. Sebaliknya juga berlaku, apabila rumah lewat diserahkan, pembeli tetap akan Menuntut Denda Lewat atau LAD daripada pemaju. Sekarang dengan adanya Tribunal Perumahan, semua perkara ini boleh diselesaikan dengan cepat dan Bahagian Penguatkuasaan di kementerian saya sudah mengumpul banyak contoh perkara seperti ini. Kementerian saya sedang cuba menyelaras untuk mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku pada masa akan datang. Terima kasih kerana prihatin tentang masalah ini. Bagi bekalan elektrik, bekalan air dan semuanya, kementerian saya juga telah memberi nasihat dan mahu semua pemaju sebelum mereka memajukan sesuatu projek, sebelum mereka jual projek, dia mesti pastikan bekalan tersebut dengan agensi- agensi public utility yang berkenaan, agar pastikan bekalan ini boleh dibuat, baru dia mula teruskan projek dan jual rumah. Kita tidak boleh terima lagi semasa hendak serah kunci, ataupun tempoh perjanjian itu sudah tamat, baru dia kata; “Sorry, rumah tidak boleh bagi kerana belum ada api, belum ada air”. Bila dia lewat hendak serah rumah, dia tidak mahu pula bayar denda lewat. Ini juga masalah yang ada. Buat masa kini kita telah adakan dasar baru bagi pengeluaran CFO mengenai semua technical department - bekalan elektrik, bekalan elektrik itu tidak akan jadi satu faktor yang melambatkan pengeluaran CFO tetapi public utility ini pada masa akan datang, kena ada satu perjanjian dengan pemaju. Bila mereka sudah ada perjanjian, kalau pihak bekalan air atau bekalan elektrik tidak boleh sambung, maka pemaju boleh pegang dia dengan perjanjian. Ini akan jadi satu tanggungjawab bersama antara mereka. Jangan kita melibatkan pembeli kerana pembeli adalah innocent dengan izin, bukan masalah mereka. Saya nampak banyak perkara ini kita tengah hendak perbaiki. Ini semua old ptoblem. Sekarang kita hendak dapatkan penyelesaian baru. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Putatan bangun. Dato' Seri Ong Ka Ting: Nanti. Last sekali pasal kualiti rumah kos rendah. Memang kementerian sudah ada spesifikasi. Semua rumah kos rendah sama ada bertingkat atau terrace house, ia tidak boleh sesuka buat saiz sewenang-wenangnya, ataupun reka bentuk itu tidak sesuai, tidak berkualiti dan menganggap mereka yang akan duduk di situ seperti orang yang biasa, patut dilayan dengan baik. Beberapa kepiawaian telah ditetapkan oleh kementerian. Yang untuk bertingkat, ada pelannya, struktur macam mana. Yang teres pula macam mana. Cuma pelaksanaan dan pemantauan sahaja yang perlu diberi perhatian. Untuk masa akan datang, kita akan bersama-sama memantau dengan kerajaan negeri dari segi struktur, kualiti dan kemudahan semuanya. Banyak usaha dibuat untuk meningkatkan industri perumahan ini untuk masa depan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sila. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kami sedar bahawa Sabah diberi peruntukan yang banyak untuk buat rumah kos rendah tetapi Yang Berhormat Menteri, mereka ini sudah ada rumah yang sah dibina atau di atas rumah ‘kampung reserve’. Yang saya maksudkan Yang Berhormat Menteri adalah, di Sabah terdapat banyak rumah yang perkampungannya dibina di atas paras laut. Adakah program yang khas oleh kementerian untuk mempercantikkan wajah- wajah rumah tersebut yang mana semua kemudahan yang akan disediakan dengan standard, dengan izin, yang baik. Terima kasih. Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, memang adalah menjadi hasrat kerajaan hendak mengindahkan lagi wajah dan bentuk luar serta dalaman dan kemudahan-kemudahan untuk semua rumah. Sebenarnya, kementerian saya sudah tidak lagi menggalakkan orang panggil rumah ini rumah kos rendah. Ia adalah perumahan rakyat mampu dimiliki ataupun mampu disewa kerana perkataan kos rendah itu sudah ada sesuatu makna yang psychologically dengan izin, orang ingat kos rendah maknanya kualiti tidak baik. Apa pun kurang. Tetapi sekarang kita hendak pulihkan imej ini. Kalau projek perumahan kementerian saya, tetap kita hendak indahkan. Seperti mana saya kata, bila rumah sudah siap, kita serah kepada kerajaan negeri. Kita mahu kerajaan negeri mainkan peranan untuk menjaga dari segi kebersihan, keindahan dan sebagainya. Jadi,… Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh: [Bangun]
83. menuntut denda lewat. Sebaliknya juga berlaku, apabila rumah lewat diserahkan, pembeli tetap akan Menuntut Denda Lewat atau LAD daripada pemaju. Sekarang dengan adanya Tribunal Perumahan, semua perkara ini boleh diselesaikan dengan cepat dan Bahagian Penguatkuasaan di kementerian saya sudah mengumpul banyak contoh perkara seperti ini. Kementerian saya sedang cuba menyelaras untuk mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku pada masa akan datang. Terima kasih kerana prihatin tentang masalah ini. Bagi bekalan elektrik, bekalan air dan semuanya, kementerian saya juga telah memberi nasihat dan mahu semua pemaju sebelum mereka memajukan sesuatu projek, sebelum mereka jual projek, dia mesti pastikan bekalan tersebut dengan agensi- agensi public utility yang berkenaan, agar pastikan bekalan ini boleh dibuat, baru dia mula teruskan projek dan jual rumah. Kita tidak boleh terima lagi semasa hendak serah kunci, ataupun tempoh perjanjian itu sudah tamat, baru dia kata; "Sorry, rumah tidak boleh bagi kerana belum ada api, belum ada air". Bila dia lewat hendak serah rumah, dia tidak mahu pula bayar denda lewat. Ini juga masalah yang ada. Buat masa kini kita telah adakan dasar baru bagi pengeluaran CFO mengenai semua technical department- bekalan elektrik, bekalan elektrik itu tidak akan jadi satu faktor yang melambatkan pengeluaran CFO tetapi public utility ini pada masa akan datang, kena ada satu perjanjian dengan pemaju. Bila mereka sudah ada perjanjian, kalau pihak bekalan air atau bekalan elektrik tidak boleh sambung, maka pemaju boleh pegang dia dengan perjanjian. Ini akan jadi satu tanggungjawab bersama antara mereka. Jangan kita melibatkan pembeli kerana pembeli adalah innocent dengan izin, bukan masalah mereka. Saya nampak banyak perkara ini kita tengah hendak perbaiki. Ini semua old ptoblem. Sekarang kita hendak dapatkan penyelesaian baru. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Putatan bangun. Dato' Seri Ong Ka Ting: Nanti. Last sekali pasal kualiti rumah kos rendah. Memang kementerian sudah ada spesifikasi. Semua rumah kos rendah sama ada bertingkat atau terrace house, ia tidak boleh sesuka buat saiz sewenang-wenangnya, ataupun reka bentuk itu tidak sesuai, tidak berkualiti dan menganggap mereka yang akan duduk di situ seperti orang yang biasa, patut dilayan dengan baik. Beberapa kepiawaian telah ditetapkan oleh kementerian. Yang untuk bertingkat, ada pelannya, struktur macam mana. Yang teres pula macam mana. Cuma pelaksanaan dan pemantauan sahaja yang perlu diberi perhatian. Untuk masa akan datang, kita akan bersama-sama memantau dengan kerajaan negeri dari segi struktur, kualiti dan kemudahan semuanya. Banyak usaha dibuat untuk meningkatkan industri perumahan ini untuk masa depan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sila. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kami sedar bahawa Sabah diberi peruntukan yang banyak untuk buat rumah kos rendah tetapi Yang Berhormat Menteri, mereka ini sudah ada rumah yang sah dibina atau di atas rumah 'kampung reserve'. Yang saya maksudkan Yang Berhormat Menteri adalah, di Sabah terdapat banyak rumah yang perkampungannya dibina di atas paras laut. Adakah program yang khas oleh kementerian untuk mempercantikkan wajah- wajah rumah tersebut yang mana semua kemudahan yang akan disediakan dengan standard, dengan izin, yang baik. Terima kasih. Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, memang adalah menjadi hasrat kerajaan hendak mengindahkan lagi wajah dan bentuk luar serta dalaman dan kemudahan-kemudahan untuk semua rumah. Sebenarnya, kementerian saya sudah tidak lagi menggalakkan orang panggil rumah ini rumah kos rendah. Ia adalah perumahan rakyat mampu dimiliki ataupun mampu disewa kerana perkataan kos rendah itu sudah ada sesuatu makna yang psychologically dengan izin, orang ingat kos rendah maknanya kualiti tidak baik. Apa pun kurang. Tetapi sekarang kita hendak pulihkan imej ini. Kalau projek perumahan kementerian saya, tetap kita hendak indahkan. Seperti mana saya kata, bila rumah sudah siap, kita serah kepada kerajaan negeri. Kita mahu kerajaan negeri mainkan peranan untuk menjaga dari segi kebersihan, keindahan dan sebagainya. Jadi,... Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh: [Bangun].
83
97
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
84 DR.1.6.2004 Dato' Seri Ong Ka Ting: Saya ingat, saya sudah jawab. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya ingat bolehlah. Cukuplah, Yang Berhormat. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh: Tuan Yang di-Pertua, penjelasannya tidak jelas. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Rujuk kepada perkara yang lain. Banyak sangat. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh: Tidak jelas Tuan Yang di-Pertua. Yang maksud saya, rumah-rumah yang sudah sedia ada yang dibina di atas laut. Sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa di Sabah terdapat banyak rumah yang sudah ada yang dibina di kawasan perkampungan. Dato' Seri Ong Ka Ting: Saya baru sudah jawab. Saya kata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri. Bila kita sudah bagi kos dan bina, kita serah kepada kerajaan negeri. Ia menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk maintain dan bantu, memantau dan sebagainya. Kerajaan Negeri Sabahlah yang akan kena ambil alih semua tanggungjawab itu. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh: [Bangun] Tuan Ronald Kiandee: [Bangun] Tuan Baharum bin Mohamed: [Bangun] Dato' Seri Ong Ka Ting: Sekarang masa suntuk, saya rasa susah untuk kita bincang panjang dalam perkara ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya ingat Yang Berhormat, cukuplah. Sebab ada beberapa orang. Dato' Seri Ong Ka Ting: Boleh saya lanjutkan kepada tajuk lain. Masa tidak cukup ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, rujuk kepada perkara-perkara yang lain. Dato' Seri Ong Ka Ting: Ya. Mengenai isu kuota dan rumah kos rendah yang tidak dapat dijual, sebelum ini memang pernah kerajaan menetapkan kuota pembinaan rumah kos rendah sebanyak 30%. Walau bagaimanapun, kerajaan telah beri flexibility ikut perubahan permintaan, dengan izin, demand melalui Mesyuarat Majlis Perumahan Negara yang telah diadakan pada bulan Mei 2004 dan semua kerajaan negeri sudah bersetuju untuk membuat penyesuaian berhubung kuota pembinaan rumah kos rendah dengan rumah kos sederhana rendah. Bagi kawasan-kawasan yang kurang permintaan, rumah kos rendah lebih tumpuan akan diberi kepada pembinaan rumah kos sederhana rendah. Kerana kalau di kawasan itu memang daripada pendaftaran sudah tidak ada orang yang berminat, maka kita tidak boleh paksa lagi bina banyak lagi rumah kos rendah sehingga tidak boleh dijual. Tumpuan akan diberi kepada kawasan di mana terdapat permintaan yang tinggi. Sebagai contoh di Lembah Klang, Johor Bahru, di tempat yang di mana terdapat ramai mereka yang berpendapatan rendah, kita kena bina lebih banyak rumah kos rendah. Ekspo Perumahan merupakan satu cara yang dicadangkan oleh Jemaah Menteri supaya semua kerajaan negeri buat promosi untuk secara telus supaya mereka yang layak membeli rumah kos rendah ini boleh ada satu peluang yang baik untuk meninjau, mengkaji di mana terdapat rumah kos rendah yang boleh mereka beli. Isu kemiskinan bandar telah mendapat perhatian ramai Ahli Yang Berhormat di sidang Dewan pada kali ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan cadangan mengenai isu tersebut oleh sebab bidang kemiskinan bandar adalah merupakan fungsi baru kementerian yang telah ditetapkan oleh kerajaan berikutan penyusunan semula fungsi kementerian selepas pilihan raya baru-baru ini. Pada masa ini, kerajaan sedang mengambil tindakan untuk merangka dasar, strategi, program dan pelan tindakan bagi membasmi kemiskinan bandar melalui tindakan-tindakan seperti berikut:-
Dato' Seri Ong Ka Ting: Saya ingat, saya sudah jawab. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya ingat bolehlah. Cukuplah, Yang Berhormat. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh: Tuan Yang di-Pertua, penjelasannya tidak jelas. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Rujuk kepada perkara yang lain. Banyak sangat. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh: Tidak jelas Tuan Yang di-Pertua. Yang maksud saya, rumah-rumah yang sudah sedia ada yang dibina di atas laut. Sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa di Sabah terdapat banyak rumah yang sudah ada yang dibina di kawasan perkampungan. Dato' Seri Ong Ka Ting: Saya baru sudah jawab. Saya kata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri. Bila kita sudah bagi kos dan bina, kita serah kepada kerajaan negeri. Ia menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk maintain dan bantu, memantau dan sebagainya. Kerajaan Negeri Sabahlah yang akan kena ambil alih semua tanggungjawab itu. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh: [Bangun]. Tuan Ronald Kiandee: [Bangun]. Tuan Baharum bin Mohamed: [Bangun]. Dato' Seri Ong Ka Ting: Sekarang masa suntuk, saya rasa susah untuk kita bincang panjang dalam perkara ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya ingat Yang Berhormat, cukuplah. Sebab ada beberapa orang. Dato' Seri Ong Ka Ting: Boleh saya lanjutkan kepada tajuk lain. Masa tidak cukup ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, rujuk kepada perkara-perkara yang lain. Dato' Seri Ong Ka Ting: Ya. Mengenai isu kuota dan rumah kos rendah yang tidak dapat dijual, sebelum ini memang pernah kerajaan menetapkan kuota pembinaan rumah kos rendah sebanyak 30%. Walau bagaimanapun, kerajaan telah beri flexibility ikut perubahan permintaan, dengan izin, demand melalui Mesyuarat Majlis Perumahan Negara yang telah diadakan pada bulan Mei 2004 dan semua kerajaan negeri sudah bersetuju untuk membuat penyesuaian berhubung kuota pembinaan rumah kos rendah dengan rumah kos sederhana rendah. Bagi kawasan-kawasan yang kurang permintaan, rumah kos rendah lebih tumpuan akan diberi kepada pembinaan rumah kos sederhana rendah. Kerana kalau di kawasan itu memang daripada pendaftaran sudah tidak ada orang yang berminat, maka kita tidak boleh paksa lagi bina banyak lagi rumah kos rendah sehingga tidak boleh dijual. Tumpuan akan diberi kepada kawasan di mana terdapat permintaan yang tinggi. Sebagai contoh di Lembah Klang, Johor Bahru, di tempat yang di mana terdapat ramai mereka yang berpendapatan rendah, kita kena bina lebih banyak rumah kos rendah. Ekspo Perumahan merupakan satu cara yang dicadangkan oleh Jemaah Menteri supaya semua kerajaan negeri buat promosi untuk secara telus supaya mereka yang layak membeli rumah kos rendah ini boleh ada satu peluang yang baik untuk meninjau, mengkaji di mana terdapat rumah kos rendah yang boleh mereka beli. Isu kemiskinan bandar telah mendapat perhatian ramai Ahli Yang Berhormat di sidang Dewan pada kali ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan cadangan mengenai isu tersebut oleh sebab bidang kemiskinan bandar adalah merupakan fungsi baru kementerian yang telah ditetapkan oleh kerajaan berikutan penyusunan semula fungsi kementerian selepas pilihan raya baru-baru ini. Pada masa ini, kerajaan sedang mengambil tindakan untuk merangka dasar, strategi, program dan pelan tindakan bagi membasmi kemiskinan bandar melalui tindakan-tindakan seperti berikut:-.
84
98
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 85 (i) mengkaji semula takrif kemiskinan dan mengenal pasti kumpulan sasaran dengan mengemas kini daftar isi rumah golongan miskin di bandar; (ii) mengenal pasti agensi-agensi dan badan-badan bukan kerajaan yang terlibat dengan program kemiskinan bandar; (iii) mengadakan sesi percambahan fikiran atau dengan izin, brain storming untuk mendapat in-put, pandangan daripada semua pihak yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang kemiskinan bandar termasuk pegawai- pegawai kerajaan, sektor swasta, ahli-ahli profesional, ahli- ahli akademik, badan-badan sukarela dan badan-badan bukan kerajaan; (iv) menyediakan blue print kemiskinan bandar yang akan menggariskan dasar, strategi program, pelan tindakan serta mekanisme pelaksanaan dan agensi-agensi yang terlibat bagi membasmi kemiskinan bandar secara menyeluruh. Oleh sebab perkara ini baru mula dibincangkan maka detail butirannya bila ada peluang saya akan memaklumkan kepada Dewan ini pada masa akan datang. Ahli Yang Berhormat bagi Tuaran menyentuh tentang peranan perancang bandar untuk mengambil kira isu kemiskinan bandar yang disebabkan penghijrahan penduduk desa ke bandar. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, fenomena penghijrahan penduduk desa ke bandar-bandar di negara kita bukan merupakan sesuatu yang luar biasa. Keadaan yang sama juga telah dan sedang berlaku di negara-negara di Asia, Amerika Selatan dan Afrika disebabkan peluang pekerjaan yang bertambah di bandar. Pihak perancang bandar sedang dan sedar tentang perkara ini dan dari awal lagi rancangan- rancangan pembangunan bandar yang disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah memberi perhatian terhadap isu kemiskinan bandar. Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara mengenai pihak berkuasa tempatan juga telah disentuh semasa perbahasan. Sukalah dinyatakan bahawa pada masa ini kerajaan memberi keutamaan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan lagi kualiti pemberian perkhidmatan kepada masyarakat termasuk perkhidmatan yang diberi oleh pihak berkuasa tempatan. Banyak usaha dan langkah telah dan sedang diambil untuk menambah baikkan perkhidmatan yang disediakan. Walaupun begitu, wakil rakyat masih boleh memainkan peranan untuk membantu kerajaan menimbulkan perkara- perkara yang difikirkan wajar diambil tindakan serta memberi maklum balas dan cadangan kepada pihak berkuasa tempatan di kawasan masing-masing untuk kepentingan rakyat atas dasar tanggungjawab bersama. Pandangan ahli-ahli Yang Berhormat akan juga diambil kira dalam usaha kerajaan untuk menambah baikkan di peringkat bawah. Suka juga dinyatakan bahawa program LA 21 memang telah dilaksanakan… Datuk Nur Jazlan bin Mohamed; [Bangun] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Pulai, Sri Gading. Dato’ Seri Ong Ka Ting: Sekejap ya, telah dilaksanakan di peringkat pihak berkuasa tempatan. Program ini adalah satu program yang menekankan penglibatan tiga pihak iaitu pihak berkuasa tempatan, masyarakat dan sektor swasta bekerja sama untuk merancang dan menguruskan persekitaran mereka ke arah pembangunan mapan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Ia wujud satu bentuk usaha sama dan tanggungjawab bersama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Mana satu Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Yang di-Pertua….
85 (i) mengkaji semula takrif kemiskinan dan mengenal pasti kumpulan sasaran dengan mengemas kini daftar isi rumah golongan miskin di bandar; (ii) mengenal pasti agensi-agensi dan badan-badan bukan kerajaan yang terlibat dengan program kemiskinan bandar; (iii) mengadakan sesi percambahan fikiran atau dengan izin, brain storming untuk mendapat in-put, pandangan daripada semua pihak yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang kemiskinan bandar termasuk pegawai- pegawai kerajaan, sektor swasta, ahli-ahli profesional, ahli- ahli akademik, badan-badan sukarela dan badan-badan bukan kerajaan; (iv) menyediakan blue print kemiskinan bandar yang akan menggariskan dasar, strategi program, pelan tindakan serta mekanisme pelaksanaan dan agensi-agensi yang terlibat bagi membasmi kemiskinan bandar secara menyeluruh. Oleh sebab perkara ini baru mula dibincangkan maka detail butirannya bila ada peluang saya akan memaklumkan kepada Dewan ini pada masa akan datang. Ahli Yang Berhormat bagi Tuaran menyentuh tentang peranan perancang bandar untuk mengambil kira isu kemiskinan bandar yang disebabkan penghijrahan penduduk desa ke bandar. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, fenomena penghijrahan penduduk desa ke bandar-bandar di negara kita bukan merupakan sesuatu yang luar biasa. Keadaan yang sama juga telah dan sedang berlaku di negara-negara di Asia, Amerika Selatan dan Afrika disebabkan peluang pekerjaan yang bertambah di bandar. Pihak perancang bandar sedang dan sedar tentang perkara ini dan dari awal lagi rancangan- rancangan pembangunan bandar yang disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah memberi perhatian terhadap isu kemiskinan bandar. Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara mengenai pihak berkuasa tempatan juga telah disentuh semasa perbahasan. Sukalah dinyatakan bahawa pada masa ini kerajaan memberi keutamaan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan lagi kualiti pemberian perkhidmatan kepada masyarakat termasuk perkhidmatan yang diberi oleh pihak berkuasa tempatan. Banyak usaha dan langkah telah dan sedang diambil untuk menambah baikkan perkhidmatan yang disediakan. Walaupun begitu, wakil rakyat masih boleh memainkan peranan untuk membantu kerajaan menimbulkan perkara- perkara yang difikirkan wajar diambil tindakan serta memberi maklum balas dan cadangan kepada pihak berkuasa tempatan di kawasan masing-masing untuk kepentingan rakyat atas dasar tanggungjawab bersama. Pandangan ahli-ahli Yang Berhormat akan juga diambil kira dalam usaha kerajaan untuk menambah baikkan di peringkat bawah. Suka juga dinyatakan bahawa program LA 21 memang telah dilaksanakan... Datuk Nur Jazlan bin Mohamed; [Bangun] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Pulai, Sri Gading. Dato' Seri Ong Ka Ting: Sekejap ya, telah dilaksanakan di peringkat pihak berkuasa tempatan. Program ini adalah satu program yang menekankan penglibatan tiga pihak iaitu pihak berkuasa tempatan, masyarakat dan sektor swasta bekerja sama untuk merancang dan menguruskan persekitaran mereka ke arah pembangunan mapan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Ia wujud satu bentuk usaha sama dan tanggungjawab bersama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Mana satu Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Yang di-Pertua....
85
99
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
86 DR.1.6.2004 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya belum tahu lagi Yang Berhormat Menteri hendak membenarkan mana satu dulu. Dato’ Seri Ong Ka Ting: Sri Gading. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya sudah agak dia mesti bagi Sri Gading. Terima kasih Dato’, terima kasih. Kalau tidak salah saya, kalau tidak salah, betullah. Masalah kewangan majlis perbandaran, majlis daerah, kerajaan tempatan ini saya tengok dari dulu hingga sekarang tidak pernah berubah, tidak pernah berubah. Hasil majlis perbandaran atau majlis daerah ialah hasil daripada Cukai Pintu, lesen- lesen dan sebagainya dalam kuasa kerajaan tempatan yang berkenaan, geran dari Persekutuan. Geran ini, kadang-kadang tidak mencukupi kemahuan, kehendak penduduk tempatan berbagai-bagai. Sebab itu kita tengok kemajuan perbandaran kita, majlis daerah kita begitu lembap. Saya tidak tahu bagaimana agaknya kementerian boleh membantu dalam urusan kewangan ini. Kerana kewangan itulah yang akan memajukan sesuatu kawasan itu satu. Yang kedua, apa tindakan kementerian kalau ada majlis perbandaran yang lebih duit disimpan, dia tidak belanja kita pun tidak faham, kenapa disimpan. Sepatutnya segala hasil yang dapat dipungut oleh majlis-majlis yang berkenaan, belanjakanlah. Longkangnya, jalannya, kebersihannya, angkat sampah dan sebagainya. Saya hendak dapat sedikit menjelaskan dari Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pengerusi Yang di-Pertua Presiden MCA yang begitu handal. Terima kasih. Tahniah, MCA banyak menang pilihan raya. Dato’ Seri Ong Ka Ting: Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Mengenai masalah kewangan atau geran daripada Persekutuan, memang kewangan ini adalah satu perkara yang sampai bila-bila pun tidak dapat kita puaskan hati semua. Berapa banyak pun kita perlu, ia tidak akan boleh memenuhi permintaan. Dalam pada itu kementerian saya memang ada selama ini cuba membantu pihak-pihak berkuasa tempatan yang dari segi pendapatannya, hasilnya kurang tetapi bagi Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah yang ada hasil yang lebih, mereka sepatutnya gunakan hasil itu untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Memandangkan Geran Persekutuan memang terhad kerana wang Persekutuan. Itu pun adalah daripada cukai rakyat maka setiap tahun dan setiap rancangan Malaysia, kementerian saya memang cuba minta lebih banyak tetapi tidak dapat memenuhi semua. Kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan semua kementerian. Permintaan kementerian saya itu sebenarnya dikumpulkan daripada permintaan pihak-pihak berkuasa tempatan dan saya ambil perhatian tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading. Bagi mereka, ada duit simpan. Saya rasa kalau ada duit jangan simpan. Ia patut beri perkhidmatan yang baik. Ada majlis atau majlis rundingan atau majlis penyelarasan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan yang akan datang, saya akan tanya mereka. Siapa ada duit banyak, simpan bagi tahu kita, kenapa hendak simpan dan kementerian saya akan cubalah beri nasihat kepada mereka supaya jaga rakyat dengan wang rakyat, jangan simpan di situ sehingga perkhidmatan terjejas. Tuan Yang di-Pertua… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Pulai, Pulai. Dato’ Seri Ong Ka Ting: Ada lagi, ini last lah, masa sudah cukup, last sekali. Dato’ Nur Jazlan bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai pelaksanaan projek terbengkalai di bawah Jabatan Perumahan Negara yang telah diserahkan kepada Syarikat Perumahan Negara. Saya dimaklumkan bahawa kelewatan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat kita sekarang berada di kerajaan tempatan... Dato’ Nur Jazlan bin Mohamed: Tidak, tidak ini ada berkenaan kerana projek ini projek di bawah Jabatan Perumahan Negara yang di.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Bagi saya sudah kita selesaikan tadi, sekarang kita masuk ke kerajaan tempatan. Bolehkah Yang Berhormat simpan perkara ini untuk masa akan datang...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya belum tahu lagi Yang Berhormat Menteri hendak membenarkan mana satu dulu. Dato' Seri Ong Ka Ting: Sri Gading. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya sudah agak dia mesti bagi Sri Gading. Terima kasih Dato', terima kasih. Kalau tidak salah saya, kalau tidak salah, betullah. Masalah kewangan majlis perbandaran, majlis daerah, kerajaan tempatan ini saya tengok dari dulu hingga sekarang tidak pernah berubah, tidak pernah berubah. Hasil majlis perbandaran atau majlis daerah ialah hasil daripada Cukai Pintu, lesen- lesen dan sebagainya dalam kuasa kerajaan tempatan yang berkenaan, geran dari Persekutuan. Geran ini, kadang-kadang tidak mencukupi kemahuan, kehendak penduduk tempatan berbagai-bagai. Sebab itu kita tengok kemajuan perbandaran kita, majlis daerah kita begitu lembap. Saya tidak tahu bagaimana agaknya kementerian boleh membantu dalam urusan kewangan ini. Kerana kewangan itulah yang akan memajukan sesuatu kawasan itu satu. Yang kedua, apa tindakan kementerian kalau ada majlis perbandaran yang lebih duit disimpan, dia tidak belanja kita pun tidak faham, kenapa disimpan. Sepatutnya segala hasil yang dapat dipungut oleh majlis-majlis yang berkenaan, belanjakanlah. Longkangnya, jalannya, kebersihannya, angkat sampah dan sebagainya. Saya hendak dapat sedikit menjelaskan dari Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pengerusi Yang di-Pertua Presiden MCA yang begitu handal. Terima kasih. Tahniah, MCA banyak menang pilihan raya. Dato' Seri Ong Ka Ting: Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Mengenai masalah kewangan atau geran daripada Persekutuan, memang kewangan ini adalah satu perkara yang sampai bila-bila pun tidak dapat kita puaskan hati semua. Berapa banyak pun kita perlu, ia tidak akan boleh memenuhi permintaan. Dalam pada itu kementerian saya memang ada selama ini cuba membantu pihak-pihak berkuasa tempatan yang dari segi pendapatannya, hasilnya kurang tetapi bagi Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah yang ada hasil yang lebih, mereka sepatutnya gunakan hasil itu untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Memandangkan Geran Persekutuan memang terhad kerana wang Persekutuan. Itu pun adalah daripada cukai rakyat maka setiap tahun dan setiap rancangan Malaysia, kementerian saya memang cuba minta lebih banyak tetapi tidak dapat memenuhi semua. Kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan semua kementerian. Permintaan kementerian saya itu sebenarnya dikumpulkan daripada permintaan pihak-pihak berkuasa tempatan dan saya ambil perhatian tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading. Bagi mereka, ada duit simpan. Saya rasa kalau ada duit jangan simpan. Ia patut beri perkhidmatan yang baik. Ada majlis atau majlis rundingan atau majlis penyelarasan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan yang akan datang, saya akan tanya mereka. Siapa ada duit banyak, simpan bagi tahu kita, kenapa hendak simpan dan kementerian saya akan cubalah beri nasihat kepada mereka supaya jaga rakyat dengan wang rakyat, jangan simpan di situ sehingga perkhidmatan terjejas. Tuan Yang di-Pertua... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Pulai, Pulai. Dato' Seri Ong Ka Ting: Ada lagi, ini last lah, masa sudah cukup, last sekali. Dato' Nur Jazlan bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai pelaksanaan projek terbengkalai di bawah Jabatan Perumahan Negara yang telah diserahkan kepada Syarikat Perumahan Negara. Saya dimaklumkan bahawa kelewatan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat kita sekarang berada di kerajaan tempatan... Dato' Nur Jazlan bin Mohamed: Tidak, tidak ini ada berkenaan kerana projek ini projek di bawah Jabatan Perumahan Negara yang di.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Bagi saya sudah kita selesaikan tadi, sekarang kita masuk ke kerajaan tempatan. Bolehkah Yang Berhormat simpan perkara ini untuk masa akan datang...
86
100
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 87 Dato’ Nur Jazlan bin Mohamed: Okey, saya ikut perintah. Terima kasih. Tuan M. Kula Segaran: [Bangun] Dato’ Seri Ong Ka Ting: Ya, apa ada? Baru masuk, mana Yang Berhormat tahu apa saya cakap tadi…? Tuan M. Kula Segaran: Walau pun saya baru masuk, saya dengar suara dan tengok kawan saya yang lama ini. Yang Berhormat Menteri, adakah baru-baru ini lebih kurang tiga bulan dululah Yang Berhormat Menteri ada datang ke di Ipoh, untuk melaksanakan satu river front project. Pada masa itu masyarakat Ipoh, keluarga- keluarga di Ipoh menghadapi masalah krisis kewangan kerana Majlis Tempatan membazirkan wang-wang yang dikutip hingga menyebabkan 120 lori atau trak tidak dapat berjalan kerana kekurangan diesel. Ini sendiri telah diakui oleh Datuk Bandaraya Ipoh. Dalam keadaan ini apakah tindakan Menteri atau dalam bidang kuasa Menteri supaya perkara ini tidak akan berlaku dan supaya juga ada satu follow-up and appropriate action have be taken. Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan tiga bulan yang lalu, saya tidak pergi Ipoh melancarkan apa-apa program. Saya sedar riverfront itu memang ada satu ceremony, tetapi saya tidak terima jemputan. Saya tidak pergi. Mungkin maklumat itu out of datedlah Yang Berhormat. I know that is such project tetapi saya tidak terlibat. Walau bagaimanapun mengenai perkara yang dibangkitkan, kalau dikatakan ada projek yang membazir, sepatutnya Majlis Perbandaran yang berkenaan di bawah kawal selia secara direct oleh kerajaan negeri, jadi melalui kerajaan negerilah kita boleh betulkan kalau ada apa-apa yang lemah. Walau bagaimanapun kalau ada sesuatu yang kukuh, kita boleh minta pihak berkuasa negeri untuk bantu memantau dan membetulkan. Terima kasih kerana maklumat itu. Tuan Yang di-Pertua, mengenai perancangan struktur negeri Selangor untuk tahun 2002 hingga 2020 seperti yang dibangkitkan di dalam Dewan ini, ia sedang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dan dijangka siap pada Disember 2004 ini. Bagi kawasan Serdang dan Bangi yang sebahagian besarnya berhampiran dengan kawasan MSC dan Putrajaya, kawasan ini akan menerima manfaat dari pembangunan yang berteraskan ICT dan Enterprise. Serdang dan Bangi juga terletak hampir dengan kawasan institusi pendidikan dan latihan dan peranannya telah dikenal pasti di dalam rancangan struktur negeri Selangor sebagai Centre of Development and Human Resource. Tuan Yang di-Pertua, saya telah cuba menjawab kebanyakan perkara yang menyentuh kementerian saya dan kalau ada perkara yang masih tidak dapat dijawab satu persatu, saya berjanji ia telah pun diambil maklum dan direkodkan. Saya ucapkan terima kasih lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberi teguran, cadangan kepada kementerian saya dan kementerian saya tetap memandang semua itu dengan serius. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Kementerian Wilayah Persekutuan. 4.58 ptg. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan [Dato' Zulhasnan bin Rafique]: Bismillahir Rahmaanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam membahaskan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan semasa perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya akan menjawab isu-isu yang dibangkitkan bagi pihak kementerian dan menjelaskan perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, tidak banyak soalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam perbahasan ini, walaupun terdapat beberapa soalan yang telah dikemukakan secara lisan sewaktu sesi soal jawab lisan. Saya berpendapat
87 Dato' Nur Jazlan bin Mohamed: Okey, saya ikut perintah. Terima kasih. Tuan M. Kula Segaran: [Bangun] Dato' Seri Ong Ka Ting: Ya, apa ada? Baru masuk, mana Yang Berhormat tahu apa saya cakap tadi...? Tuan M. Kula Segaran: Walau pun saya baru masuk, saya dengar suara dan tengok kawan saya yang lama ini. Yang Berhormat Menteri, adakah baru-baru ini lebih kurang tiga bulan dululah Yang Berhormat Menteri ada datang ke di Ipoh, untuk melaksanakan satu river front project. Pada masa itu masyarakat Ipoh, keluarga- keluarga di Ipoh menghadapi masalah krisis kewangan kerana Majlis Tempatan membazirkan wang-wang yang dikutip hingga menyebabkan 120 lori atau trak tidak dapat berjalan kerana kekurangan diesel. Ini sendiri telah diakui oleh Datuk Bandaraya Ipoh. Dalam keadaan ini apakah tindakan Menteri atau dalam bidang kuasa Menteri supaya perkara ini tidak akan berlaku dan supaya juga ada satu follow-up and appropriate action have be taken. Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan tiga bulan yang lalu, saya tidak pergi Ipoh melancarkan apa-apa program. Saya sedar riverfront itu memang ada satu ceremony, tetapi saya tidak terima jemputan. Saya tidak pergi. Mungkin maklumat itu out of datedlah Yang Berhormat. I know that is such project tetapi saya tidak terlibat. Walau bagaimanapun mengenai perkara yang dibangkitkan, kalau dikatakan ada projek yang membazir, sepatutnya Majlis Perbandaran yang berkenaan di bawah kawal selia secara direct oleh kerajaan negeri, jadi melalui kerajaan negerilah kita boleh betulkan kalau ada apa-apa yang lemah. Walau bagaimanapun kalau ada sesuatu yang kukuh, kita boleh minta pihak berkuasa negeri untuk bantu memantau dan membetulkan. Terima kasih kerana maklumat itu. Tuan Yang di-Pertua, mengenai perancangan struktur negeri Selangor untuk tahun 2002 hingga 2020 seperti yang dibangkitkan di dalam Dewan ini, ia sedang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dan dijangka siap pada Disember 2004 ini. Bagi kawasan Serdang dan Bangi yang sebahagian besarnya berhampiran dengan kawasan MSC dan Putrajaya, kawasan ini akan menerima manfaat dari pembangunan yang berteraskan ICT dan Enterprise. Serdang dan Bangi juga terletak hampir dengan kawasan institusi pendidikan dan latihan dan peranannya telah dikenal pasti di dalam rancangan struktur negeri Selangor sebagai Centre of Development and Human Resource. Tuan Yang di-Pertua, saya telah cuba menjawab kebanyakan perkara yang menyentuh kementerian saya dan kalau ada perkara yang masih tidak dapat dijawab satu persatu, saya berjanji ia telah pun diambil maklum dan direkodkan. Saya ucapkan terima kasih lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberi teguran, cadangan kepada kementerian saya dan kementerian saya tetap memandang semua itu dengan serius. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Kementerian Wilayah Persekutuan. 4.58 ptg. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan [Dato' Zulhasnan bin Rafique]: Bismillahir Rahmaanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam membahaskan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan semasa perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya akan menjawab isu-isu yang dibangkitkan bagi pihak kementerian dan menjelaskan perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, tidak banyak soalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam perbahasan ini, walaupun terdapat beberapa soalan yang telah dikemukakan secara lisan sewaktu sesi soal jawab lisan. Saya berpendapat.
87
101
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
88 DR.1.6.2004 mungkin kerana kementerian kami adalah satu kementerian yang baru, maka tidak terdapat begitu banyak soalan yang dapat dibangkitkan. Semuanya ada sembilan perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada menyentuh perihal Wilayah Persekutuan. Akan tetapi daripada sembilan isu ini, ada enam perkara spesifik telah dibangkitkan yang akan dan telah dijawab oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Segambut telah membangkitkan isu berkaitan kemudahan pengangkutan awam di Lembah Klang. Ingin saya jelaskan di sini bahawa kerajaan sentiasa peka kepada masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi bukan sahaja di Lembah Klang tetapi di seluruh negara. Bagi pihak kementerian khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kami sedar akan masalah-masalah yang sering berbangkit daripada struktur kemudahan pengangkutan awam yang kurang bersepadu. Ini tidaklah bererti kita hanya berpeluk tubuh tidak mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini. Maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah melaksanakan satu kajian khusus bulan April 2003 menyediakan satu Pelan Integrasi Pembangunan Sistem Pengangkutan Awam dan pembangunan guna tanah Lembah Klang, yang bertujuan untuk mengenal pasti laluan transit hingga tahun 2020. Ia akan menjadi tunggak utama kepada strategi penyediaan rangkaian sistem pengangkutan awam untuk Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Ini adalah disebabkan seolah-olah kesesakan lalu lintas yang dihadapi di Kuala Lumpur adalah sebenarnya berhubung kait rapat dengan kepesatan pembangunan di sekitar Lembah Klang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat] Lembah Klang dalam kes ini Tuan Yang di-Pertua meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, daerah Gombak, daerah Ulu Klang, daerah Petaling dan daerah Klang. Untuk kajian ini, kita juga telah memasuki daerah-daerah Putrajaya, Cyberjaya dan Sepang. Hasil daripada kajian berkenaan kini berada di peringkat draf laporan terakhir. Adalah diharapkan akan dapat membantu kerajaan mengambil tindakan-tindakan yang lebih positif ke arah untuk memastikan sistem pengangkutan awam khusus bagi Bandaraya Kuala Lumpur akan menjadi lebih berkesan, dan mencapai tahap keselesaan lebih tinggi selaras dengan matlamat pembangunan Kuala Lumpur sebagai sebuah banda raya bertaraf dunia. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sri Gading bangun Yang Berhormat. Sri Gading. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri, tahniah jawatan baru beliau. Hidup di Kuala Lumpur ini bercampur-campur. Hendak dikatakan gembira pun boleh, hendak dikatakan sengsara pun boleh. Masalah utama yang semua orang warga Kuala Lumpur ini rasa termasuk orang yang menumpang di Kuala Lumpur macam saya ini. Menumpang sekali-sekali, ialah masalah kesesakan jalan raya. Tidak pernah selesai. Tidak tahu bila agaknya hendak selesai. Ambil contoh, hari Khamis lepas hujan. Anak saya daripada KLCC hendak balik ke rumah dia di Gombak dari pukul lima sampai pukul lapan, tiga jam. Astaghfirullah-hal-azim. Lailahaillallah. . Astaghfirullah-hal-azim. Tiga jam, KLCC ke Gombak, saya ingat kalau jalan teruslah enam kilometer sahaja. Tiga jam dan orang di Kuala Lumpur ini kalau hujan dan ada perkara-perkara, takut hendak keluar pasal akan terjerat, tersekat, terperangkap dalam kesesakan yang sangat menyeksakan. Saya hendak tanyalah orang-orang yang berkuasa di Kuala Lumpur ini apa tak sedarkah perkara ini. Tidak boleh ambil tindakan yang drastik sedikitkah yang agak betul-betul berkesan. Kalau tidak, memang perkara ini terus berlanjutan sampai bila hendak selesai. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat.
mungkin kerana kementerian kami adalah satu kementerian yang baru, maka tidak terdapat begitu banyak soalan yang dapat dibangkitkan. Semuanya ada sembilan perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada menyentuh perihal Wilayah Persekutuan. Akan tetapi daripada sembilan isu ini, ada enam perkara spesifik telah dibangkitkan yang akan dan telah dijawab oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Segambut telah membangkitkan isu berkaitan kemudahan pengangkutan awam di Lembah Klang. Ingin saya jelaskan di sini bahawa kerajaan sentiasa peka kepada masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi bukan sahaja di Lembah Klang tetapi di seluruh negara. Bagi pihak kementerian khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kami sedar akan masalah-masalah yang sering berbangkit daripada struktur kemudahan pengangkutan awam yang kurang bersepadu. Ini tidaklah bererti kita hanya berpeluk tubuh tidak mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini. Maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah melaksanakan satu kajian khusus bulan April 2003 menyediakan satu Pelan Integrasi Pembangunan Sistem Pengangkutan Awam dan pembangunan guna tanah Lembah Klang, yang bertujuan untuk mengenal pasti laluan transit hingga tahun 2020. Ia akan menjadi tunggak utama kepada strategi penyediaan rangkaian sistem pengangkutan awam untuk Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Ini adalah disebabkan seolah-olah kesesakan lalu lintas yang dihadapi di Kuala Lumpur adalah sebenarnya berhubung kait rapat dengan kepesatan pembangunan di sekitar Lembah Klang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat]. Lembah Klang dalam kes ini Tuan Yang di-Pertua meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, daerah Gombak, daerah Ulu Klang, daerah Petaling dan daerah Klang. Untuk kajian ini, kita juga telah memasuki daerah-daerah Putrajaya, Cyberjaya dan Sepang. Hasil daripada kajian berkenaan kini berada di peringkat draf laporan terakhir. Adalah diharapkan akan dapat membantu kerajaan mengambil tindakan-tindakan yang lebih positif ke arah untuk memastikan sistem pengangkutan awam khusus bagi Bandaraya Kuala Lumpur akan menjadi lebih berkesan, dan mencapai tahap keselesaan lebih tinggi selaras dengan matlamat pembangunan Kuala Lumpur sebagai sebuah banda raya bertaraf dunia. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sri Gading bangun Yang Berhormat. Sri Gading. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri, tahniah jawatan baru beliau. Hidup di Kuala Lumpur ini bercampur-campur. Hendak dikatakan gembira pun boleh, hendak dikatakan sengsara pun boleh. Masalah utama yang semua orang warga Kuala Lumpur ini rasa termasuk orang yang menumpang di Kuala Lumpur macam saya ini. Menumpang sekali-sekali, ialah masalah kesesakan jalan raya. Tidak pernah selesai. Tidak tahu bila agaknya hendak selesai. Ambil contoh, hari Khamis lepas hujan. Anak saya daripada KLCC hendak balik ke rumah dia di Gombak dari pukul lima sampai pukul lapan, tiga jam. Astaghfirullah-hal-azim. Lailahaillallah. . Astaghfirullah-hal-azim. Tiga jam, KLCC ke Gombak, saya ingat kalau jalan teruslah enam kilometer sahaja. Tiga jam dan orang di Kuala Lumpur ini kalau hujan dan ada perkara-perkara, takut hendak keluar pasal akan terjerat, tersekat, terperangkap dalam kesesakan yang sangat menyeksakan. Saya hendak tanyalah orang-orang yang berkuasa di Kuala Lumpur ini apa tak sedarkah perkara ini. Tidak boleh ambil tindakan yang drastik sedikitkah yang agak betul-betul berkesan. Kalau tidak, memang perkara ini terus berlanjutan sampai bila hendak selesai. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat.
88
102
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 89 Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya hendak beritahu oleh Kuala Lumpur. Perbelanjaan kerajaan dicurahkan begitu banyak kalau boleh, mengalahkan tempat-tempat lain, bilion. Tetapi masalah ini tidak juga selesai. Di mana puncanya, di mana salahnya. Di mana silapnya. Di mana lembahnya. Di mana lembapnya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Beri peluang Timbalan Menteri menjawab Yang Berhormat. Dato' Zulhasnan bin Rafique: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat bagi Sri Gading. Kita pun bersetuju tentang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Oleh sebab itu kerajaan, yang saya baru maklumkan tadi lima minit yang lalu, yang kita sedang menyediakan satu Pelan Integrasi Pembangunan Sistem Pengangkutan Awam, pembangunan tentang Lembah Klang. Sebab-sebabnya ialah di sekeliling Kuala Lumpur ini kita ada daerah-daerah seperti Gombak, Ulu Klang, Petaling, Klang, Putrajaya, Cyberjaya dan Sepang. Semua sekali daerah-daerah ini apabila kita ada majlis-majlis dan juga kalau rakyat ada temu janji yang tertentu, mereka semua masuk kepada Kuala Lumpur. Dengan ini kita ada masalah daripada kesesakan jalan raya. Itulah sebabnya tindakan drastik yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, kita pun telah mengadakan satu kajian khususnya bulan April 2003. Saya ada laporan ini di hadapan saya ini. [Mengangkat naskhah laporan berkenaan] Laporan ini ialah kajian Pelan Integrasi Sistem Pengangkutan Awam dan guna tanah Lembah Klang dan inilah draf atau final report. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Yang di-Pertua, minta maaf. Ini soal kaji ini berapa puluh kali kaji. Buku tebal betul. Kalau buku itu tebal tetapi tidak dilaksanakan, tebal mana pun buku itu tidak ada faedah apa-apa. Kaji, kaji, kaji, kaji. Bila tindakan ....... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Hah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia belum habis itu. Cukup Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Zulhasnan bin Rafique: Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, draf laporan yang terakhir ini sudah pun siap dan selepas ini kita akan mengadakan satu seminar untuk mendapatkan maklum balas daripada agensi-agensi lain yang akan diadakan sebelum laporan ini dapat diserahkan untuk tindakan selanjutnya. Tuan Tan Kok Wai: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cheras bangun Yang Berhormat. Dato' Zulhasnan bin Rafique: Untuk maklumat Yang Berhormat, skop dalam kajian yang sebelum ini ...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia belum bagi Yang Berhormat. Dato' Zulhasnan bin Rafique: ..... diadakan ialah kajian semula Pelan Perspektif Wilayah Lembah Klang, kemudahan awam, kajian dan integrasi laluan bas dan rel, pelan pengangkutan utama rancangan alam sekitar, kajian pelan pengangkutan Putrajaya dan kajian perancangan fizikal negara. Sila. Tuan Tan Kok Wai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bagi Sri Gading. Di Kuala Lumpur ini cuma tindakan penguatkuasaan yang paling berkesan sekali. Kami mendapati kereta Yang Berhormat bagi Sri Gading ditunda oleh DBKL kerana keretanya diletakkan di tepi jalan dalam bandar raya. Tetapi di segi perkhidmatan termasuk pengangkutan awam ini paling mengecewakan hati. Awal-awal lagi sejak tahun 80-an apabila Pelan Struktur Kuala Lumpur Pertama diperkenalkan, sudah ada banyak cerita yang bercita-cita yang
89. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya hendak beritahu oleh Kuala Lumpur. Perbelanjaan kerajaan dicurahkan begitu banyak kalau boleh, mengalahkan tempat-tempat lain, bilion. Tetapi masalah ini tidak juga selesai. Di mana puncanya, di mana salahnya. Di mana silapnya. Di mana lembahnya. Di mana lembapnya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Beri peluang Timbalan Menteri menjawab Yang Berhormat. Dato' Zulhasnan bin Rafique: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat bagi Sri Gading. Kita pun bersetuju tentang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Oleh sebab itu kerajaan, yang saya baru maklumkan tadi lima minit yang lalu, yang kita sedang menyediakan satu Pelan Integrasi Pembangunan Sistem Pengangkutan Awam, pembangunan tentang Lembah Klang. Sebab-sebabnya ialah di sekeliling Kuala Lumpur ini kita ada daerah-daerah seperti Gombak, Ulu Klang, Petaling, Klang, Putrajaya, Cyberjaya dan Sepang. Semua sekali daerah-daerah ini apabila kita ada majlis-majlis dan juga kalau rakyat ada temu janji yang tertentu, mereka semua masuk kepada Kuala Lumpur. Dengan ini kita ada masalah daripada kesesakan jalan raya. Itulah sebabnya tindakan drastik yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, kita pun telah mengadakan satu kajian khususnya bulan April 2003. Saya ada laporan ini di hadapan saya ini. [Mengangkat naskhah laporan berkenaan] Laporan ini ialah kajian Pelan Integrasi Sistem Pengangkutan Awam dan guna tanah Lembah Klang dan inilah draf atau final report. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Yang di-Pertua, minta maaf. Ini soal kaji ini berapa puluh kali kaji. Buku tebal betul. Kalau buku itu tebal tetapi tidak dilaksanakan, tebal mana pun buku itu tidak ada faedah apa-apa. Kaji, kaji, kaji, kaji. Bila tindakan ....... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Hah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia belum habis itu. Cukup Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Zulhasnan bin Rafique: Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, draf laporan yang terakhir ini sudah pun siap dan selepas ini kita akan mengadakan satu seminar untuk mendapatkan maklum balas daripada agensi-agensi lain yang akan diadakan sebelum laporan ini dapat diserahkan untuk tindakan selanjutnya. Tuan Tan Kok Wai: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cheras bangun Yang Berhormat. Dato' Zulhasnan bin Rafique: Untuk maklumat Yang Berhormat, skop dalam kajian yang sebelum ini ...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia belum bagi Yang Berhormat. Dato' Zulhasnan bin Rafique: ..... diadakan ialah kajian semula Pelan Perspektif Wilayah Lembah Klang, kemudahan awam, kajian dan integrasi laluan bas dan rel, pelan pengangkutan utama rancangan alam sekitar, kajian pelan pengangkutan Putrajaya dan kajian perancangan fizikal negara. Sila. Tuan Tan Kok Wai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bagi Sri Gading. Di Kuala Lumpur ini cuma tindakan penguatkuasaan yang paling berkesan sekali. Kami mendapati kereta Yang Berhormat bagi Sri Gading ditunda oleh DBKL kerana keretanya diletakkan di tepi jalan dalam bandar raya. Tetapi di segi perkhidmatan termasuk pengangkutan awam ini paling mengecewakan hati. Awal-awal lagi sejak tahun 80-an apabila Pelan Struktur Kuala Lumpur Pertama diperkenalkan, sudah ada banyak cerita yang bercita-cita yang.
89
103
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
90 DR.1.6.2004 membuatkan Kuala Lumpur sebagai satu bandar raya dengan pengangkutan awam world standard. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat tanyalah bukan berucap. Tuan Tan Kok Wai: Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri mengapa hingga kini masih bercerita lagi perkara yang sama. Saya ingin tanya Yang Berhormat apakah Yang Berhormat sedar sebagai wakil rakyat penggal kedua sekarang. Beliau juga seorang mangsa kesesakan lalu lintas. Sekarang apa yang berlaku di Kuala Lumpur ialah di mana kesesakan, di mana dibinanya lebuh raya dan di situlah pengenaan tol jalan. Tol jalan pun tidak selesai masalah kesesakan. Adakah Yang Berhormat sedar dan bersetuju dengan saya juga dengan pembinaan MRR2, kos pembinaan yang membelanjakan hampir RM1 bilion. Sekarang jalan itu adalah bottleneck yang besar di mana-mana juga. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sudah, cukup Yang Berhormat. Tuan Tan Kok Wai: Wang dibelanjakan, dibazirkan. Saya ingin tanya Yang Berhormat adakah beliau sedar Jabatan Pengangkutan anda, Dewan Bandaraya ini telah gagal dalam tugasnya dan adakah perancangan atau cadangan untuk menubuhkan satu Majlis atau Lembaga Pengangkutan Awam atau pengangkutan bandar untuk bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi termasuk di Putrajaya dan bandar- bandar di pinggir Kuala Lumpur di seluruh Lembah Klang untuk memastikan pengangkutan awam ini adalah mapan, prestasi baik dan bukan menjadi nightmare kepada warga kota. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup. Tuan Tan Kok Wai: Untuk makluman Yang Berhormat ...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup. Cukup. Cukup. Tuan Tan Kok Wai: Adakah Yang Berhormat sedar juga begitu banyak bilangan besar kenderaan-kenderaan bersendirian di Kuala Lumpur ini bukan kerana taraf hidup warga kota sudah naik kerana sebab utamanya ialah orang sudah bosan dengan pengangkutan awam yang tidak berkesan itu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat. Bagi peluang kepada Timbalan Menteri menjawab. Dato’ Zulhasnan bin Rafique: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Cheras. Saya berbalik kepada maklumat saya sebagaimana soalan Yang Berhormat tanya tadi, adakah kita bercadang untuk menubuhkan satu Majlis atau Lembaga dan saya menyarankan sekali lagi bahawa inilah yang telah dipersetujui oleh kerajaan, satu pelan integrasi pembangunan sistem pengangkutan awam dan pengguna-pengguna tanah Lembah Klang. Sebagai maklumat tambahan kepada Dewan yang mulia ini, satu kertas cadangan sedang dipertimbangkan di peringkat Kementerian Pengangkutan untuk diangkatkan bagi perbincangan dan persetujuan Jemaah Menteri berhubung cadangan untuk menubuhkan Lembaga Pengangkutan Bandar yang berupa sebuah agensi tunggal yang akan bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan dasar, mengawal selia dan jawatankuasa sistem pengangkutan dalam bandar. Jika cadangan ini diterima dan disetujui, maka fungsi-fungsi tertentu berkaitan dengan pengangkutan bandar yang kini dilaksanakan dan diuruskan di peringkat pelbagai agensi akan diletakkan di bawah tanggungjawab Lembaga. Tadi, Yang Berhormat bagi Sri Gading …… Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong bangun, Yang Berhormat. Sila Kepong. Tuan Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Tadi saya tidak mendengar mengenai laporan masalah yang dihadapi oleh Syarikat Sri Jaya, Intrakota, City Liner dan sebagainya, projek-projek penswastaan pengangkutan ini besar-besaran dan semasa kita mendengar pengumuman bas-bas Intrakota, City Liner begitu cantik,
membuatkan Kuala Lumpur sebagai satu bandar raya dengan pengangkutan awam world standard. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat tanyalah bukan berucap. Tuan Tan Kok Wai: Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri mengapa hingga kini masih bercerita lagi perkara yang sama. Saya ingin tanya Yang Berhormat apakah Yang Berhormat sedar sebagai wakil rakyat penggal kedua sekarang. Beliau juga seorang mangsa kesesakan lalu lintas. Sekarang apa yang berlaku di Kuala Lumpur ialah di mana kesesakan, di mana dibinanya lebuh raya dan di situlah pengenaan tol jalan. Tol jalan pun tidak selesai masalah kesesakan. Adakah Yang Berhormat sedar dan bersetuju dengan saya juga dengan pembinaan MRR2, kos pembinaan yang membelanjakan hampir RM1 bilion. Sekarang jalan itu adalah bottleneck yang besar di mana-mana juga. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sudah, cukup Yang Berhormat. Tuan Tan Kok Wai: Wang dibelanjakan, dibazirkan. Saya ingin tanya Yang Berhormat adakah beliau sedar Jabatan Pengangkutan anda, Dewan Bandaraya ini telah gagal dalam tugasnya dan adakah perancangan atau cadangan untuk menubuhkan satu Majlis atau Lembaga Pengangkutan Awam atau pengangkutan bandar untuk bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi termasuk di Putrajaya dan bandar- bandar di pinggir Kuala Lumpur di seluruh Lembah Klang untuk memastikan pengangkutan awam ini adalah mapan, prestasi baik dan bukan menjadi nightmare kepada warga kota. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup. Tuan Tan Kok Wai: Untuk makluman Yang Berhormat ...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup. Cukup. Cukup. Tuan Tan Kok Wai: Adakah Yang Berhormat sedar juga begitu banyak bilangan besar kenderaan-kenderaan bersendirian di Kuala Lumpur ini bukan kerana taraf hidup warga kota sudah naik kerana sebab utamanya ialah orang sudah bosan dengan pengangkutan awam yang tidak berkesan itu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat. Bagi peluang kepada Timbalan Menteri menjawab. Dato' Zulhasnan bin Rafique: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Cheras. Saya berbalik kepada maklumat saya sebagaimana soalan Yang Berhormat tanya tadi, adakah kita bercadang untuk menubuhkan satu Majlis atau Lembaga dan saya menyarankan sekali lagi bahawa inilah yang telah dipersetujui oleh kerajaan, satu pelan integrasi pembangunan sistem pengangkutan awam dan pengguna-pengguna tanah Lembah Klang. Sebagai maklumat tambahan kepada Dewan yang mulia ini, satu kertas cadangan sedang dipertimbangkan di peringkat Kementerian Pengangkutan untuk diangkatkan bagi perbincangan dan persetujuan Jemaah Menteri berhubung cadangan untuk menubuhkan Lembaga Pengangkutan Bandar yang berupa sebuah agensi tunggal yang akan bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan dasar, mengawal selia dan jawatankuasa sistem pengangkutan dalam bandar. Jika cadangan ini diterima dan disetujui, maka fungsi-fungsi tertentu berkaitan dengan pengangkutan bandar yang kini dilaksanakan dan diuruskan di peringkat pelbagai agensi akan diletakkan di bawah tanggungjawab Lembaga. Tadi, Yang Berhormat bagi Sri Gading ...... Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong bangun, Yang Berhormat. Sila Kepong. Tuan Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Tadi saya tidak mendengar mengenai laporan masalah yang dihadapi oleh Syarikat Sri Jaya, Intrakota, City Liner dan sebagainya, projek-projek penswastaan pengangkutan ini besar-besaran dan semasa kita mendengar pengumuman bas-bas Intrakota, City Liner begitu cantik,
90
104
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 91 bukan main indah tetapi gagal sama sekali. Bolehkah Yang Berhormat mengemukakan - saya bercadang satu laporan mengapa konsortium-konsortium ini gagal sehingga Metro bus beroperasi seolah-olah ianya mini bus tidak ikut jadual, tidak ikut jalan, route dan sebagainya? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, cukup Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Bolehkah Yang Berhormat terangkan apakah peranan Metro bus sekarang? Dato' Zulhasnan bin Rafique: Yang Berhormat bagi Kepong, saya mencadangkan Yang Berhormat tujukan soalan ini kepada Kementerian Pengangkutan sebab ini di bawah Kementerian Pengangkutan. Tadi saya hendak sentuh balik kepada apa yang telah disarankan oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading. Daripada pelan drastik, tadi saya sebutkan dari segi pengangkutan, pelan drastik ataupun pelan yang telah dilakukan dan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan menentukan projek tebatan banjir di Kuala Lumpur ini. Saya hendak pergi kepada sejarah sedikit iaitu banjir di Kuala Lumpur ini termasuk banjir kilat yang saya pun yakin selepas ini Yang Berhormat bagi Kuala lumpur pun hendak tanya saya soalan, sebelum itu saya terangkan dahululah. Kita tengok di Lembah Klang, kita ada satu Empangan Klang Gate di sebelah utara-timur dan satu Empangan Batu di sebelah utara-barat. Di situ ada 3 - 4 sungai utama, yang Sungai Klang di sebelah timur mengalir ke pusat bandar, dan juga Sungai Gombak, yang besar Sungai Batu, Sungai Keroh dan Sungai Bunus dan kesemua sungai-sungai ini mengalir ke pusat bandar. Oleh sebab itu, daripada sejarah kita, apabila orang yang pertama – pengasas yang datang ke Kuala Lumpur ini, mereka tentulah mencari tempat-tempat yang sesuai untuk membangunkan bandar. Dengan itu mereka telah menentukan dapat membangunkan bandar Kuala Lumpur. Bandar Kuala Lumpur itu dibangunkan di kuala sungai oleh sebab itulah banyak lumpur di situ. Dengan itu, kerajaan amat prihatin tentang hal ini dan kita bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Cheras bahawa tindakan yang diambil sebelum ini mungkin kurang berkesan. Dengan ini kerajaan telah mengambil keputusan untuk membuat dua tiga projek untuk menentukan semua sekali air yang mengalir ke pusat bandar dapatlah dibendung. Daripada sebelah timur iaitu Sungai Klang, kita ada satu projek yang dinamakan Smart Tunnel. Smart Tunnel ini akan mengalirkan air daripada Sungai Klang kepada Kampung Kerayong dan ini insya-Allah akan diselesaikan dalam masa dua tahun lagi. Di Jalan Tun Razak, kita dapati ada juga banjir kilat yang berlaku. Dengan itu kerajaan telah pun melakukan satu projek untuk membina kolam takungan banjir, satu di Setapak Jaya, satu lagi di Ayer Leleh, Ayer Tawar dan satu lagi di Kampung Boyan. Ketiga-tiga projek ini sudah pun selesai, dengan itu kita dapati kadang kala banjir kilat pun sudah tidak berlaku lagi. Di sebelah barat dan utara, ada dua projek canal, dengan izin, ataupun terusan yang mengalirkan air daripada Sungai Gombak kepada Kolam Batu, dan juga Sungai Keroh kepada kolam Taman Wahyu. Tujuannya ialah untuk menentukan air yang mengalir ke pusat bandar daripada Sungai Keroh, Sungai Jinjang dan juga Sungai Gombak dapat dikawal. Dengan ini dapatlah mengurangkan masalah banjir. Ketiga- tiga projek ini insya-Allah, God willing, akan disiapkan dalam masa dua tahun dan insya-Allah dapatlah kita menentukan apa yang disarankan tadi yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading dan Yang Berhormat bagi Cheras, kita dapatlah membendung semua sekali masalah yang telah diberitahukan tadi. Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong bangun pula Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan mengenai projek Paremba – Sungai Kroh, Jinjang dan sebagainya, bolehkah Yang Berhormat terangkan, jumlah perbelanjaan yang dianggarkan untuk projek ini dan juga adakah pihak Dewan Bandaraya atau kerajaan akan memperdalamkan atau memperluas sungai-sungai seperti Sungai Kroh dan Sungai Jinjang sama ada semua tebing itu akan diperbaiki. Sekarang ada setengah-setengah tebing itu tidak dibentengi. Adakah semua ini akan
91. bukan main indah tetapi gagal sama sekali. Bolehkah Yang Berhormat mengemukakan - saya bercadang satu laporan mengapa konsortium-konsortium ini gagal sehingga Metro bus beroperasi seolah-olah ianya mini bus tidak ikut jadual, tidak ikut jalan, route dan sebagainya?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, cukup Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Bolehkah Yang Berhormat terangkan apakah peranan Metro bus sekarang?. Dato' Zulhasnan bin Rafique: Yang Berhormat bagi Kepong, saya mencadangkan Yang Berhormat tujukan soalan ini kepada Kementerian Pengangkutan sebab ini di bawah Kementerian Pengangkutan. Tadi saya hendak sentuh balik kepada apa yang telah disarankan oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading. Daripada pelan drastik, tadi saya sebutkan dari segi pengangkutan, pelan drastik ataupun pelan yang telah dilakukan dan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan menentukan projek tebatan banjir di Kuala Lumpur ini. Saya hendak pergi kepada sejarah sedikit iaitu banjir di Kuala Lumpur ini termasuk banjir kilat yang saya pun yakin selepas ini Yang Berhormat bagi Kuala lumpur pun hendak tanya saya soalan, sebelum itu saya terangkan dahululah. Kita tengok di Lembah Klang, kita ada satu Empangan Klang Gate di sebelah utara-timur dan satu Empangan Batu di sebelah utara-barat. Di situ ada 3- 4 sungai utama, yang Sungai Klang di sebelah timur mengalir ke pusat bandar, dan juga Sungai Gombak, yang besar Sungai Batu, Sungai Keroh dan Sungai Bunus dan kesemua sungai-sungai ini mengalir ke pusat bandar. Oleh sebab itu, daripada sejarah kita, apabila orang yang pertama- pengasas yang datang ke Kuala Lumpur ini, mereka tentulah mencari tempat-tempat yang sesuai untuk membangunkan bandar. Dengan itu mereka telah menentukan dapat membangunkan bandar Kuala Lumpur. Bandar Kuala Lumpur itu dibangunkan di kuala sungai oleh sebab itulah banyak lumpur di situ. Dengan itu, kerajaan amat prihatin tentang hal ini dan kita bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Cheras bahawa tindakan yang diambil sebelum ini mungkin kurang berkesan. Dengan ini kerajaan telah mengambil keputusan untuk membuat dua tiga projek untuk menentukan semua sekali air yang mengalir ke pusat bandar dapatlah dibendung. Daripada sebelah timur iaitu Sungai Klang, kita ada satu projek yang dinamakan Smart Tunnel. Smart Tunnel ini akan mengalirkan air daripada Sungai Klang kepada Kampung Kerayong dan ini insya-Allah akan diselesaikan dalam masa dua tahun lagi. Di Jalan Tun Razak, kita dapati ada juga banjir kilat yang berlaku. Dengan itu kerajaan telah pun melakukan satu projek untuk membina kolam takungan banjir, satu di Setapak Jaya, satu lagi di Ayer Leleh, Ayer Tawar dan satu lagi di Kampung Boyan. Ketiga-tiga projek ini sudah pun selesai, dengan itu kita dapati kadang kala banjir kilat pun sudah tidak berlaku lagi. Di sebelah barat dan utara, ada dua projek canal, dengan izin, ataupun terusan yang mengalirkan air daripada Sungai Gombak kepada Kolam Batu, dan juga Sungai Keroh kepada kolam Taman Wahyu. Tujuannya ialah untuk menentukan air yang mengalir ke pusat bandar daripada Sungai Keroh, Sungai Jinjang dan juga Sungai Gombak dapat dikawal. Dengan ini dapatlah mengurangkan masalah banjir. Ketiga- tiga projek ini insya-Allah, God willing, akan disiapkan dalam masa dua tahun dan insya-Allah dapatlah kita menentukan apa yang disarankan tadi yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading dan Yang Berhormat bagi Cheras, kita dapatlah membendung semua sekali masalah yang telah diberitahukan tadi. Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong bangun pula Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan mengenai projek Paremba- Sungai Kroh, Jinjang dan sebagainya, bolehkah Yang Berhormat terangkan, jumlah perbelanjaan yang dianggarkan untuk projek ini dan juga adakah pihak Dewan Bandaraya atau kerajaan akan memperdalamkan atau memperluas sungai-sungai seperti Sungai Kroh dan Sungai Jinjang sama ada semua tebing itu akan diperbaiki. Sekarang ada setengah-setengah tebing itu tidak dibentengi. Adakah semua ini akan.
91
105
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
92 DR.1.6.2004 ada benteng baru untuk sepanjang Sungai Kroh dan juga Sungai Jinjang, sebab Tuan Yang di-Pertua, saya boleh beri satu maklumat mengenai kedua-dua sungai tersebut yang digunakan sebagai ‘tong sampah’. Bolehkah Yang Berhormat mengadakan rancangan untuk membersihkan kedua-dua sungai ini. Terima kasih. Dato' Zulhasnan bin Rafique: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kepong. Tentang projek yang dimaksudkan tadi. Dua daripada projek itu diturunkan daripada Kementerian Kewangan dan butir-butirnya kita tidak ada di sini tetapi projek yang saya sebutkan tadi iaitu Kolam Takungan Banjir, Setapak Jaya, Jalan Ayer Tawar, Ayer Leleh dan Kampung Boyan, harga projek ini ialah RM20 juta. Yang lain-lain itu insya- Allah, kita akan cuba mendapat maklumat dan berikan kepada Yang Berhormat bagi Kepong… Tuan Tan Kok Wai: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cheras bangun Yang Berhormat. Dato' Zulhasnan bin Rafique: Daripada segi sungai sebagai ‘tong sampah’ tadi... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Dia belum bagi Yang Berhormat, sila duduk. Dato' Zulhasnan bin Rafique: ....kita sarankan supaya Yang Berhormat juga tolong apabila Yang Berhormat turun padang supaya beritahulah penduduk-penduduk seluruh Wilayah Persekutuan ini, kalau kita hendak buang sampah itu tidak usahlah buang dalam sungai. Itulah salah-satu sebabnya apabila kita ada hujan yang agak lebat sedikit, kita menghadapi air naik dan banjir kilat. Juga daripada satu contoh yang saya tahu di kawasan saya... Tuan Tan Kok Wai: [Bangun lagi] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cheras bangun Yang Berhormat. Dato' Zulhasnan bin Rafique: ...dalam kawasan saya sendiri dua tahun yang lalu, kawasan ini adalah suatu kawasan yang elite. Kawasan ini di atas bukit tetapi tiap- tiap tahun berlaku banjir kilat. Kita pun ingin tahu apakah sebabnya kita pun sudah keliru sedikit macam mana satu kawasan di atas bukit terdapat masalah banjir kilat. Dengan itu, kita telah bertemu dengan pemaju dan juga DBKL. Selepas kita telah merancang dan turun padang untuk siasatan, kita dapati yang semua longkang- longkang di kawasan itu penuh dengan batu-batu akibat pembinaan. Dengan itu apabila hujan sedikit sahaja berlaku banjir kilat. Oleh itu, saya sarankan kepada Yang Berhormat, bukan sahaja daripada pembangkang, semua sekali kita kalau boleh beritahulah semua sekali rakyat supaya kita dapatlah menentukan longkang-longkang dan sungai-sungai bersih daripada isu- isu ini. Terima kasih. Ya, sila. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Terima kasih. Mengenai kolam takungan banjir itu, Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat sedar bahawa sejak 10 tahun yang lalu pihak kerajaan telah merancang untuk membina kalau tidak silap saya sebanyak 32 buah kolam takungan banjir bagi mengatasi banjir kilat di Wilayah Persekutuan ini. Tetapi atas sebab apa saya kurang jelas, setakat ini hanya beberapa kolam sahaja yang siap dibina dan ini tidak dapat dilaksanakan. Ini memang bukan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Soalan Yang Berhormat. Tuan Tan Kok Wai: ...ini memang bukan hal kewangan kerana pembinaan kolam ini hanya menelan belanja yang begitu kecil daripada – misalnya smart tunnel yang bernilai RM2.1 bilion. Adakah kegagalan membina kolam takungan banjir disebabkan ada syarikat kroni Barisan Nasional mencadangkan lain iaitu untuk membina SMART…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup Yang Berhormat. Tuan Tan Kok Wai: ….. Adakah semua kolam takungan banjir ini akan dibina seperti dirancangkan?.
ada benteng baru untuk sepanjang Sungai Kroh dan juga Sungai Jinjang, sebab Tuan Yang di-Pertua, saya boleh beri satu maklumat mengenai kedua-dua sungai tersebut yang digunakan sebagai 'tong sampah'. Bolehkah Yang Berhormat mengadakan rancangan untuk membersihkan kedua-dua sungai ini. Terima kasih. Dato' Zulhasnan bin Rafique: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kepong. Tentang projek yang dimaksudkan tadi. Dua daripada projek itu diturunkan daripada Kementerian Kewangan dan butir-butirnya kita tidak ada di sini tetapi projek yang saya sebutkan tadi iaitu Kolam Takungan Banjir, Setapak Jaya, Jalan Ayer Tawar, Ayer Leleh dan Kampung Boyan, harga projek ini ialah RM20 juta. Yang lain-lain itu insya- Allah, kita akan cuba mendapat maklumat dan berikan kepada Yang Berhormat bagi Kepong... Tuan Tan Kok Wai: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cheras bangun Yang Berhormat. Dato' Zulhasnan bin Rafique: Daripada segi sungai sebagai 'tong sampah' tadi... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Dia belum bagi Yang Berhormat, sila duduk. Dato' Zulhasnan bin Rafique: ....kita sarankan supaya Yang Berhormat juga tolong apabila Yang Berhormat turun padang supaya beritahulah penduduk-penduduk seluruh Wilayah Persekutuan ini, kalau kita hendak buang sampah itu tidak usahlah buang dalam sungai. Itulah salah-satu sebabnya apabila kita ada hujan yang agak lebat sedikit, kita menghadapi air naik dan banjir kilat. Juga daripada satu contoh yang saya tahu di kawasan saya... Tuan Tan Kok Wai: [Bangun lagi]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cheras bangun Yang Berhormat. Dato' Zulhasnan bin Rafique: ...dalam kawasan saya sendiri dua tahun yang lalu, kawasan ini adalah suatu kawasan yang elite. Kawasan ini di atas bukit tetapi tiap- tiap tahun berlaku banjir kilat. Kita pun ingin tahu apakah sebabnya kita pun sudah keliru sedikit macam mana satu kawasan di atas bukit terdapat masalah banjir kilat. Dengan itu, kita telah bertemu dengan pemaju dan juga DBKL. Selepas kita telah merancang dan turun padang untuk siasatan, kita dapati yang semua longkang- longkang di kawasan itu penuh dengan batu-batu akibat pembinaan. Dengan itu apabila hujan sedikit sahaja berlaku banjir kilat. Oleh itu, saya sarankan kepada Yang Berhormat, bukan sahaja daripada pembangkang, semua sekali kita kalau boleh beritahulah semua sekali rakyat supaya kita dapatlah menentukan longkang-longkang dan sungai-sungai bersih daripada isu- isu ini. Terima kasih. Ya, sila. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Terima kasih. Mengenai kolam takungan banjir itu, Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat sedar bahawa sejak 10 tahun yang lalu pihak kerajaan telah merancang untuk membina kalau tidak silap saya sebanyak 32 buah kolam takungan banjir bagi mengatasi banjir kilat di Wilayah Persekutuan ini. Tetapi atas sebab apa saya kurang jelas, setakat ini hanya beberapa kolam sahaja yang siap dibina dan ini tidak dapat dilaksanakan. Ini memang bukan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Soalan Yang Berhormat. Tuan Tan Kok Wai: ...ini memang bukan hal kewangan kerana pembinaan kolam ini hanya menelan belanja yang begitu kecil daripada- misalnya smart tunnel yang bernilai RM2.1 bilion. Adakah kegagalan membina kolam takungan banjir disebabkan ada syarikat kroni Barisan Nasional mencadangkan lain iaitu untuk membina SMART.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup Yang Berhormat. Tuan Tan Kok Wai: ..... Adakah semua kolam takungan banjir ini akan dibina seperti dirancangkan?.
92
106
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 93 Dato' Zulhasnan bin Rafique: Terima kasih Yang Berhormat bagi Cheras. Saya pun berada dalam Dewan ini dua tahun yang lalu apabila Yang Berhormat bagi Cheras mengemukakan soalan ini kepada Menteri pada masa itu. Jawapannya sekarang untuk makluman Yang Berhormat ialah kita mencadangkan pada masa itu untuk membangunkan 28buah , bukannya 30 ya? Itu yang pertama. Keduanya ialah kita ada sebab atau masalah untuk mewartakan tempat-tempat yang kita hendak mengenal pasti sebagai kolam takungan banjir. Sehingga hari ini menghadapi masalah itu. Dengan itu, apabila kita telah merancang semula masalah projek tebatan banjir di sini, kita dapati tidak perlulah 28 buah kolam yang telah disebutkan tadi. Oleh sebab itu, kita telah ada tiga kolam yang besar ini yang saya sebutkan tadi dan juga projek terusan atau canal kepada kolam ’Batu’ dan juga kolam ‘Wah Yu’ yang disebutkan tadi. Tadi, Yang Berhormat bagi Sri Gading dan juga Yang Berhormat bagi Cheras telah sentuh tentang masalah kesesakan jalan raya. Untuk makluman Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat sekalian, dengan terlaksananya projek pembangunan jaringan jalan raya seperti Jalanraya Lingkaran Tengah Dua, yang saya sebut tadi iaitu MRR2, Persimpangan Jalanraya Lingkaran Tengah atau MRR1, lebuh raya bertol, sistem rel yang meluas dan perancangan untuk menyatukan perkhidmatan bas awam, pihak DBKL telah mengenal pasti keperluan untuk mewujudkan satu sistem efektif untuk mengurus dan mentadbirkan sistem infrastruktur pengangkutan di Lembah Klang. DBKL telah mengenal pasti bahawa punca utama masalah kesesakan lalu lintas kepada pengguna jalan raya dan perkhidmatan rel di Kuala Lumpur adalah kerana kekurangan maklumat terperinci dan terkini dan keperluan untuk mengumpul, berkongsi untuk mendapat maklumat terkini tentang keadaan jalan raya. Oleh yang demikian, satu pemeriksaan yang inovatif, berwawasan telah dibangunkan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku kepada situasi lalu lintas yang tidak menentu. Bagi menangani peningkatan kesesakan lalu lintas yang melanda Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Dari sinilah lahirnya Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu I, dengan izin, Integrated Transport Information System atau ITIS bagi Kuala Lumpur. Menerusi sistem ITIS, ia merangkumi Sistem Pengurusan Trafik Maju atau Advance Traffic Management System atau ATMS, Sistem Maklumat Perjalanan Maju atau Advance Traveler Information System atau ATIS, dengan izin, yang akan berdaya untuk melapor, mengendali dan mengurus aliran trafik perjalanan di Kuala Lumpur ini. Melalui sistem ini, sebuah Pusat Pengurusan Trafik atau Traffic Management System, Traffic Management Center atau TMC, dengan izin, akan beroperasi sebagai penjaga dan pengendali semua perkakasan, perisian dan sistem yang berkaitan di bawah projek ITIS…. Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong bangun Yang Berhormat. Dato' Zulhasnan bin Rafique: Ini juga bertanggungjawab terhadap pengawasan lalu lintas, pengurusan kesesakan, laporan kejadian serta pengurusan dan edaran data. Dengan ini, pada waktu ini TMC yang menjadi nadi kepada ITIS sedang dibangunkan di dalam sebuah kawasan di Taman Teknologi Malaysia yang akan mempunyai sebuah bangunan dengan keluasan 60,000 kaki persegi yang selamat, yang boleh juga beroperasi sebagai pusat perancangan trafik dan pusat pengendalian kecemasan. Di samping itu, ia akan menjadi tuan rumah kepada agensi-agensi lain yang akan menjadi sebahagian daripada pasukan khas untuk menguruskan aliran trafik setempat. Sila. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Dengan adanya TMC, ITIS, ATMS, ATIS dan sebagainya, kita dengar dengan seronoklah dan saya pun berharap TMC ini akan berjaya. Walau bagaimanapun, apakah cadangan Yang Berhormat mengenai kesesakan di Kepong sekarang kerana tiang-tiang jejambat retak, 33 batang tiang jejambat retak kerana pembinaan tidak begitu sempurna, dan apakah cadangan Yang Berhormat untuk mengatasi masalah kesesakan teruk sangat ini buat enam bulan. Mungkin ambil enam bulan, sepuluh bulan atau satu tahun. Adakah Yang Berhormat pergi buat lawatan ke situ untuk menyaksikan sendiri bagaimana pihak
93. Dato' Zulhasnan bin Rafique: Terima kasih Yang Berhormat bagi Cheras. Saya pun berada dalam Dewan ini dua tahun yang lalu apabila Yang Berhormat bagi Cheras mengemukakan soalan ini kepada Menteri pada masa itu. Jawapannya sekarang untuk makluman Yang Berhormat ialah kita mencadangkan pada masa itu untuk membangunkan 28buah , bukannya 30 ya? Itu yang pertama. Keduanya ialah kita ada sebab atau masalah untuk mewartakan tempat-tempat yang kita hendak mengenal pasti sebagai kolam takungan banjir. Sehingga hari ini menghadapi masalah itu. Dengan itu, apabila kita telah merancang semula masalah projek tebatan banjir di sini, kita dapati tidak perlulah 28 buah kolam yang telah disebutkan tadi. Oleh sebab itu, kita telah ada tiga kolam yang besar ini yang saya sebutkan tadi dan juga projek terusan atau canal kepada kolam 'Batu' dan juga kolam 'Wah Yu' yang disebutkan tadi. Tadi, Yang Berhormat bagi Sri Gading dan juga Yang Berhormat bagi Cheras telah sentuh tentang masalah kesesakan jalan raya. Untuk makluman Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat sekalian, dengan terlaksananya projek pembangunan jaringan jalan raya seperti Jalanraya Lingkaran Tengah Dua, yang saya sebut tadi iaitu MRR2, Persimpangan Jalanraya Lingkaran Tengah atau MRR1, lebuh raya bertol, sistem rel yang meluas dan perancangan untuk menyatukan perkhidmatan bas awam, pihak DBKL telah mengenal pasti keperluan untuk mewujudkan satu sistem efektif untuk mengurus dan mentadbirkan sistem infrastruktur pengangkutan di Lembah Klang. DBKL telah mengenal pasti bahawa punca utama masalah kesesakan lalu lintas kepada pengguna jalan raya dan perkhidmatan rel di Kuala Lumpur adalah kerana kekurangan maklumat terperinci dan terkini dan keperluan untuk mengumpul, berkongsi untuk mendapat maklumat terkini tentang keadaan jalan raya. Oleh yang demikian, satu pemeriksaan yang inovatif, berwawasan telah dibangunkan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku kepada situasi lalu lintas yang tidak menentu. Bagi menangani peningkatan kesesakan lalu lintas yang melanda Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Dari sinilah lahirnya Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu I, dengan izin, Integrated Transport Information System atau ITIS bagi Kuala Lumpur. Menerusi sistem ITIS, ia merangkumi Sistem Pengurusan Trafik Maju atau Advance Traffic Management System atau ATMS, Sistem Maklumat Perjalanan Maju atau Advance Traveler Information System atau ATIS, dengan izin, yang akan berdaya untuk melapor, mengendali dan mengurus aliran trafik perjalanan di Kuala Lumpur ini. Melalui sistem ini, sebuah Pusat Pengurusan Trafik atau Traffic Management System, Traffic Management Center atau TMC, dengan izin, akan beroperasi sebagai penjaga dan pengendali semua perkakasan, perisian dan sistem yang berkaitan di bawah projek ITIS.... Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong bangun Yang Berhormat. Dato' Zulhasnan bin Rafique: Ini juga bertanggungjawab terhadap pengawasan lalu lintas, pengurusan kesesakan, laporan kejadian serta pengurusan dan edaran data. Dengan ini, pada waktu ini TMC yang menjadi nadi kepada ITIS sedang dibangunkan di dalam sebuah kawasan di Taman Teknologi Malaysia yang akan mempunyai sebuah bangunan dengan keluasan 60,000 kaki persegi yang selamat, yang boleh juga beroperasi sebagai pusat perancangan trafik dan pusat pengendalian kecemasan. Di samping itu, ia akan menjadi tuan rumah kepada agensi-agensi lain yang akan menjadi sebahagian daripada pasukan khas untuk menguruskan aliran trafik setempat. Sila. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Dengan adanya TMC, ITIS, ATMS, ATIS dan sebagainya, kita dengar dengan seronoklah dan saya pun berharap TMC ini akan berjaya. Walau bagaimanapun, apakah cadangan Yang Berhormat mengenai kesesakan di Kepong sekarang kerana tiang-tiang jejambat retak, 33 batang tiang jejambat retak kerana pembinaan tidak begitu sempurna, dan apakah cadangan Yang Berhormat untuk mengatasi masalah kesesakan teruk sangat ini buat enam bulan. Mungkin ambil enam bulan, sepuluh bulan atau satu tahun. Adakah Yang Berhormat pergi buat lawatan ke situ untuk menyaksikan sendiri bagaimana pihak.
93
107
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
94 DR.1.6.2004 pemaju ataupun kontraktor ini tidak mematuhi syarat-syarat spesifikasi jejambat untuk Lingkaran Kedua kita? Dato’ Zulhasnan bin Rafique: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Kepong. Ini satu maklumat yang baik kepada kita. Kementerian Wilayah Persekutuan baru diwujudkan dan saya belum lagi turun padang untuk melihat apa yang telah disarankan oleh Yang Berhormat dan insya-Allah, God willing kita akan turun bersama untuk menentukan dan dapat menyelesaikan masalah yang telah disarankan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi Serdang telah membangkitkan dua isu mengenai sama ada kerajaan akan mengkaji cadangan pembangunan Serdang-Bangi-Putrajaya sebagai kawasan pembangunan segi tiga atau growth triangle, dengan izin, dan dijadikan pusat pembangunan sumber manusia yang moden dan intelligent city, dengan izin. Apakah program yang akan dilaksanakan untuk menaik taraf infrastruktur untuk kawasan Serdang kerana lokasinya terletak di pertengahan laluan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sebenarnya soalan ini telah pun dibangkit sewaktu sesi soal jawab lisan pada 31 Mei yang lalu. Bagi menjawab soalan ini, kedudukan Serdang-Bangi-Putrajaya adalah termasuk di dalam kawasan pembangunan koridor multimedia atau multimedia super corridor, dengan izin, yang menjadi keutamaan pembangunan kerajaan. MSC merangkumi satu kawasan 15 kilometer lebar dan 15 kilometer panjang merupakan kawasan bersepadu untuk perniagaan dan aktiviti khusus dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat serta teknologi multimedia. Sudah tentulah Serdang akan mendapat faedah daripada pembangunan MSC ini. Kawasan Serdang-Bangi juga berpotensi untuk dijadikan pusat pembangunan sumber manusia memandangkan terdapat beberapa pusat pengajian tinggi, latihan dan penyelidikan yang terletak di kawasan berkenaan. Seterusnya pembangunan Cyberjaya-Putrajaya akan menyumbang kepada status Serdang-Bangi sebagai modern and intelligent city. Memandangkan Serdang sudah termasuk di dalam zon pembangunan MSC, infrastruktur fizikal bertaraf dunia yang dibina di zon ini akan turut dinikmati oleh kawasan Serdang. Antaranya termasuk 100% gentian optik jalur lebar berdigit, gentian optik berkapasiti tinggi dihubung ke seluruh negara-negara ASEAN, Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah dan jaringan hubungan jalan raya dan Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Lingkaran Luar Kajang termasuk kemudahan Lapangan Terbang KLIA yang terletak kira-kira 20 minit dari Serdang dan ini menyediakan access yang diperlukan untuk memangkinkan pembangunan Serdang. Kita menjemput Yang Berhormat bagi Serdang memberi cadangan-cadangan yang lain untuk kita mengkaji, membincang dan mengambil tindakan selanjutnya. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja penjelasan yang dapat saya berikan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sekali Ahli Yang Berhormat di atas isu-isu yang telah dibangkitkan dan ada yang telah dijawab tadi. Kementerian yang baru ini memberi satu imej yang terbuka, dengan itu kita bersedia untuk berjumpa dengan semua sekali Ahli Yang Berhormat termasuklah Yang Berhormat-Yang Berhormat dari pembangkang dan dengan ini pada hari Jumaat ini Yang Berhormat dari pembangkang ada temu janji dengan Menteri dan dengan ini, keluarkanlah apa-apa sahaja yang perlu dikeluarkan dan insya-Allah, for willing kita akan bekerja bersama untuk menentukan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dapatlah dibangunkan dengan cara yang baik. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Diminta Kementerian Sumber Manusia menjawab. 6.14 ptg. Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Abdul Rahman bin Bakar]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu mengenai dengan kementerian saya iaitu Kementerian Sumber Manusia. Antara yang berminat ialah Yang Berhormat
pemaju ataupun kontraktor ini tidak mematuhi syarat-syarat spesifikasi jejambat untuk Lingkaran Kedua kita? Dato' Zulhasnan bin Rafique: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Kepong. Ini satu maklumat yang baik kepada kita. Kementerian Wilayah Persekutuan baru diwujudkan dan saya belum lagi turun padang untuk melihat apa yang telah disarankan oleh Yang Berhormat dan insya-Allah, God willing kita akan turun bersama untuk menentukan dan dapat menyelesaikan masalah yang telah disarankan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi Serdang telah membangkitkan dua isu mengenai sama ada kerajaan akan mengkaji cadangan pembangunan Serdang-Bangi-Putrajaya sebagai kawasan pembangunan segi tiga atau growth triangle, dengan izin, dan dijadikan pusat pembangunan sumber manusia yang moden dan intelligent city, dengan izin. Apakah program yang akan dilaksanakan untuk menaik taraf infrastruktur untuk kawasan Serdang kerana lokasinya terletak di pertengahan laluan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sebenarnya soalan ini telah pun dibangkit sewaktu sesi soal jawab lisan pada 31 Mei yang lalu. Bagi menjawab soalan ini, kedudukan Serdang-Bangi-Putrajaya adalah termasuk di dalam kawasan pembangunan koridor multimedia atau multimedia super corridor, dengan izin, yang menjadi keutamaan pembangunan kerajaan. MSC merangkumi satu kawasan 15 kilometer lebar dan 15 kilometer panjang merupakan kawasan bersepadu untuk perniagaan dan aktiviti khusus dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat serta teknologi multimedia. Sudah tentulah Serdang akan mendapat faedah daripada pembangunan MSC ini. Kawasan Serdang-Bangi juga berpotensi untuk dijadikan pusat pembangunan sumber manusia memandangkan terdapat beberapa pusat pengajian tinggi, latihan dan penyelidikan yang terletak di kawasan berkenaan. Seterusnya pembangunan Cyberjaya-Putrajaya akan menyumbang kepada status Serdang-Bangi sebagai modern and intelligent city. Memandangkan Serdang sudah termasuk di dalam zon pembangunan MSC, infrastruktur fizikal bertaraf dunia yang dibina di zon ini akan turut dinikmati oleh kawasan Serdang. Antaranya termasuk 100% gentian optik jalur lebar berdigit, gentian optik berkapasiti tinggi dihubung ke seluruh negara-negara ASEAN, Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah dan jaringan hubungan jalan raya dan Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Lingkaran Luar Kajang termasuk kemudahan Lapangan Terbang KLIA yang terletak kira-kira 20 minit dari Serdang dan ini menyediakan access yang diperlukan untuk memangkinkan pembangunan Serdang. Kita menjemput Yang Berhormat bagi Serdang memberi cadangan-cadangan yang lain untuk kita mengkaji, membincang dan mengambil tindakan selanjutnya. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja penjelasan yang dapat saya berikan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sekali Ahli Yang Berhormat di atas isu-isu yang telah dibangkitkan dan ada yang telah dijawab tadi. Kementerian yang baru ini memberi satu imej yang terbuka, dengan itu kita bersedia untuk berjumpa dengan semua sekali Ahli Yang Berhormat termasuklah Yang Berhormat-Yang Berhormat dari pembangkang dan dengan ini pada hari Jumaat ini Yang Berhormat dari pembangkang ada temu janji dengan Menteri dan dengan ini, keluarkanlah apa-apa sahaja yang perlu dikeluarkan dan insya-Allah, for willing kita akan bekerja bersama untuk menentukan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dapatlah dibangunkan dengan cara yang baik. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Diminta Kementerian Sumber Manusia menjawab. 6.14 ptg. Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato' Abdul Rahman bin Bakar]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu mengenai dengan kementerian saya iaitu Kementerian Sumber Manusia. Antara yang berminat ialah Yang Berhormat.
94
108
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 95 bagi Ipoh Timor, Yang Berhormat bagi Ipoh Barat, Yang Berhormat bagi Muar, Yang Berhormat bagi Labuan, Yang Berhormat bagi Parit Sulong, Yang Berhormat bagi Beluran, Yang Berhormat bagi Temerloh, Yang Berhormat bagi Kelana Jaya dan beberapa Yang Berhormat yang lain. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyedari betapa penting negara beralih daripada industri berasaskan labour intensive kepada industri berasaskan teknologi seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat bagi Temerloh. Dalam hal ini, kerajaan memang sudah lama menggalakkan industri-industri supaya berusaha mengalihkan pelaburan kepada industri yang berasaskan teknologi. Kerajaan juga berusaha mewujudkan tenaga kerja berasaskan pengetahuan iaitu k-workers. Ke arah ini, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) di bawah kementerian saya telah menyediakan 796 Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaan atau National Occupational Skill Standard (NOSS). Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai 1,590 penyedia latihan telah berdaftar dengan MLVK bagi menyediakan pelbagai latihan kepada para pelatih. Dengan keupayaan latihan dianggarkan 50,000 pelatih setahun. Dengar ya barisan pembangkang. Sehingga 15 April 2004, seramai 295,683 pelatih telah berjaya menerima persijilan Sijil Kemahiran Kebangsaan (SKM). Bilangan pelatih mengikut tahap kemahiran adalah seperti berikut: Tahap Kemahiran Bilangan Pelatih (orang) SKM 1 143,362 SKM 2 127,127 SKM 3 24,707 SKM 4 487 SKM 5 100 lebih Bagi membolehkan para pelatih membiayai kos latihan ini, Bahagian Tabung Pembangunan Kemahiran ada menyediakan pinjaman kepada pelatih-pelatih. Sejak Tabung Pembangunan Kemahiran ditubuhkan seramai 100,388 pelatih telah diberi pinjaman sejumlah RM500,472,116.00. Bagi pekerja yang sedang berkhidmat pula kerajaan menggalakkan pekerja mengikuti latihan-latihan berterusan di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia yang diuruskan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) di bawah kementerian ini. Sebanyak 4.024 juta tempat latihan yang melibatkan bantuan kewangan sebanyak RM1,453 juta telah disediakan untuk pekerja-pekerja mengikuti latihan dalam pelbagai bidang. Ini adalah selaras dengan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat. Untuk makluman, kumpulan wang ini dibiayai oleh kutipan levi yang dikenakan ke atas majikan. Selain ini, kerajaan juga melaksanakan program perantisan bagi pelajar-pelajar lepasan sekolah dalam pelbagai bidang termasuk perhotelan, mekatronik, teknologi maklumat, pemesinan industri, plastic injection molding, dengan izin, dan tool and die, dengan izin. Setakat ini, 1,789 perantis telah mengikuti program ini. Bagi menampung keperluan yang mendesak dalam sektor-sektor tertentu, kerajaan membenarkan pengambilan pekerja-pekerja mahir dari luar negara bagi mengisikan kekosongan secara kontrak. Ahli Yang Berhormat bagi Temerloh juga telah membangkitkan perkara berkaitan brain drain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan mendapati masalah ini tidak begitu serius dan tidak sama sekali memudaratkan negara. Sebenarnya mereka yang bekerja di luar negara memperolehi pengalaman bekerja di negara-negara maju serta mengharumkan nama negara kita di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, kerajaan menggalakkan pakar-pakar Malaysia yang bekerja di luar negara pulang ke tanah air.
95 bagi Ipoh Timor, Yang Berhormat bagi Ipoh Barat, Yang Berhormat bagi Muar, Yang Berhormat bagi Labuan, Yang Berhormat bagi Parit Sulong, Yang Berhormat bagi Beluran, Yang Berhormat bagi Temerloh, Yang Berhormat bagi Kelana Jaya dan beberapa Yang Berhormat yang lain. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyedari betapa penting negara beralih daripada industri berasaskan labour intensive kepada industri berasaskan teknologi seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat bagi Temerloh. Dalam hal ini, kerajaan memang sudah lama menggalakkan industri-industri supaya berusaha mengalihkan pelaburan kepada industri yang berasaskan teknologi. Kerajaan juga berusaha mewujudkan tenaga kerja berasaskan pengetahuan iaitu k-workers. Ke arah ini, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) di bawah kementerian saya telah menyediakan 796 Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaan atau National Occupational Skill Standard (NOSS). Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai 1,590 penyedia latihan telah berdaftar dengan MLVK bagi menyediakan pelbagai latihan kepada para pelatih. Dengan keupayaan latihan dianggarkan 50,000 pelatih setahun. Dengar ya barisan pembangkang. Sehingga 15 April 2004, seramai 295,683 pelatih telah berjaya menerima persijilan Sijil Kemahiran Kebangsaan (SKM). Bilangan pelatih mengikut tahap kemahiran adalah seperti berikut: Tahap Kemahiran Bilangan Pelatih (orang) SKM 1 143,362 SKM 2 127,127 SKM 3 24,707 SKM 4 487 SKM 5 100 lebih. Bagi membolehkan para pelatih membiayai kos latihan ini, Bahagian Tabung Pembangunan Kemahiran ada menyediakan pinjaman kepada pelatih-pelatih. Sejak Tabung Pembangunan Kemahiran ditubuhkan seramai 100,388 pelatih telah diberi pinjaman sejumlah RM500,472,116.00. Bagi pekerja yang sedang berkhidmat pula kerajaan menggalakkan pekerja mengikuti latihan-latihan berterusan di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia yang diuruskan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) di bawah kementerian ini. Sebanyak 4.024 juta tempat latihan yang melibatkan bantuan kewangan sebanyak RM1,453 juta telah disediakan untuk pekerja-pekerja mengikuti latihan dalam pelbagai bidang. Ini adalah selaras dengan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat. Untuk makluman, kumpulan wang ini dibiayai oleh kutipan levi yang dikenakan ke atas majikan. Selain ini, kerajaan juga melaksanakan program perantisan bagi pelajar-pelajar lepasan sekolah dalam pelbagai bidang termasuk perhotelan, mekatronik, teknologi maklumat, pemesinan industri, plastic injection molding, dengan izin, dan tool and die, dengan izin. Setakat ini, 1,789 perantis telah mengikuti program ini. Bagi menampung keperluan yang mendesak dalam sektor-sektor tertentu, kerajaan membenarkan pengambilan pekerja-pekerja mahir dari luar negara bagi mengisikan kekosongan secara kontrak. Ahli Yang Berhormat bagi Temerloh juga telah membangkitkan perkara berkaitan brain drain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan mendapati masalah ini tidak begitu serius dan tidak sama sekali memudaratkan negara. Sebenarnya mereka yang bekerja di luar negara memperolehi pengalaman bekerja di negara-negara maju serta mengharumkan nama negara kita di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, kerajaan menggalakkan pakar-pakar Malaysia yang bekerja di luar negara pulang ke tanah air.
95
109
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
96 DR.1.6.2004 Sejak berkuat kuasa mulai 1 Januari 2001, sejumlah 635 permohonan telah diterima, sejumlah 255 pemohon telah diluluskan dan taburan kelulusan mengikut bidang adalah seperti berikut:- Perakaunan dan kewangan – 49 orang Teknologi Maklumat – 52 orang Perubatan dan Kesihatan – 79 orang Industri – 38 orang Sains dan Teknologi – 12 orang Seni dan Budaya – 2 orang Aerospace – 2 orang Lain-lain – 21 orang. Taburan kelulusan mengikut negara tempat mereka bekerja adalah seperti berikut: Amerika Syarikat – 28 orang Australia – 17 orang Brunei Darussalam – 25 orang Kanada – 5 orang China – 4 orang Jepun – 17 orang Hong Kong – 9 orang Singapura – 31 orang Taiwan – 11 orang UK – 83 orang Lain-lain - 25 orang Sehingga April 2004 seramai 150 orang pemohon telah kembali ke Malaysia. Di bawah program ini , kerajaan memberi beberapa insentif seperti berikut: • Semua barang persendirian yang dibawa balik dikecualikan daripada cukai. • Dua buah kereta yang dibawa balik dikecualikan daripada duti import dan cukai jalan. • Isteri atau suami dan anak-anak pemohon yang bukan rakyat Malaysia diberi taraf pemastautin tetap dalam tempoh enam bulan selepas balik ke Malaysia. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad, kementerian ini telah melaksanakan Skim Latihan Graduan dan Skim Latihan Graduan ini terbahagi kepada yang pertama, tahap satu dan tahap dua. Semuanya itu bagi meningkatkan peluang mereka mendapatkan pekerjaan. Siawazah yang menganggur ini telah mengikuti latihan dalam beberapa kemahiran seperti Jualan dan Pemasaran, Perakaunan, Perniagaan, Microsoft Certified System Engineer, SISCO Certified Network Profesional, Image System Administrator, Teknologi Maklumat dan Bahasa Inggeris serta Bahasa Mandarin. Kedua-dua skim latihan ini meliputi seramai 21,423 siswazah dan menelan belanja sebanyak RM140 juta. Satu kajian dilakukan baru-baru ini menunjukkan 74% daripada mereka yang mengikuti latihan ini berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan sahaja, lebih 2/3 daripada mereka juga menerima gaji melebihi RM1,500 sebulan, usaha Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Temerloh ke atas cadangan supaya diadakan arah tuju yang baru dalam pendidikan dan latihan vokasional serta teknikal. Kerajaan menyedari betapa pentingnya sumbangan pekerja-pekerja teknikal dalam memastikan serta memperkukuhkan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional. Dengan itu, kerajaan
Sejak berkuat kuasa mulai 1 Januari 2001, sejumlah 635 permohonan telah diterima, sejumlah 255 pemohon telah diluluskan dan taburan kelulusan mengikut bidang adalah seperti berikut:- Perakaunan dan kewangan - 49 orang Teknologi Maklumat - 52 orang Perubatan dan Kesihatan - 79 orang Industri - 38 orang Sains dan Teknologi - 12 orang Seni dan Budaya - 2 orang Aerospace - 2 orang Lain-lain - 21 orang. Taburan kelulusan mengikut negara tempat mereka bekerja adalah seperti berikut: Amerika Syarikat - 28 orang Australia - 17 orang Brunei Darussalam - 25 orang Kanada - 5 orang China - 4 orang Jepun - 17 orang Hong Kong - 9 orang Singapura - 31 orang Taiwan - 11 orang UK - 83 orang Lain-lain - 25 orang. Sehingga April 2004 seramai 150 orang pemohon telah kembali ke Malaysia. Di bawah program ini , kerajaan memberi beberapa insentif seperti berikut: * Semua barang persendirian yang dibawa balik dikecualikan daripada cukai. * Dua buah kereta yang dibawa balik dikecualikan daripada duti import dan cukai jalan. * Isteri atau suami dan anak-anak pemohon yang bukan rakyat Malaysia diberi taraf pemastautin tetap dalam tempoh enam bulan selepas balik ke Malaysia. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad, kementerian ini telah melaksanakan Skim Latihan Graduan dan Skim Latihan Graduan ini terbahagi kepada yang pertama, tahap satu dan tahap dua. Semuanya itu bagi meningkatkan peluang mereka mendapatkan pekerjaan. Siawazah yang menganggur ini telah mengikuti latihan dalam beberapa kemahiran seperti Jualan dan Pemasaran, Perakaunan, Perniagaan, Microsoft Certified System Engineer, SISCO Certified Network Profesional, Image System Administrator, Teknologi Maklumat dan Bahasa Inggeris serta Bahasa Mandarin. Kedua-dua skim latihan ini meliputi seramai 21,423 siswazah dan menelan belanja sebanyak RM140 juta. Satu kajian dilakukan baru-baru ini menunjukkan 74% daripada mereka yang mengikuti latihan ini berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan sahaja, lebih 2/3 daripada mereka juga menerima gaji melebihi RM1,500 sebulan, usaha Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Temerloh ke atas cadangan supaya diadakan arah tuju yang baru dalam pendidikan dan latihan vokasional serta teknikal. Kerajaan menyedari betapa pentingnya sumbangan pekerja-pekerja teknikal dalam memastikan serta memperkukuhkan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional. Dengan itu, kerajaan.
96
110
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 97 antara lain telah menyediakan latihan teknikal dan vokasional sebagai pilihan yang setaraf dengan bidang akademik. Selain Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pelajaran, MARA di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Belia dan Sukan, kementerian ini juga mempunyai 19 Institusi Latihan Teknikal yang terdiri daripada 14 Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat Pusat Teknologi Tinggi dan satu Japan- Malaysia Technical Institute. Tujuh lagi institut sedang dalam pembinaan. Di samping itu, Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (SIAS) di bawah kementerian saya, melatih pengajar teknikal bagi memenuhi keperluan negara, tujuan untuk tenaga pengajar teknikal. Kerajaan juga menggalakkan pelajar-pelajar cemerlang memasuki bidang teknikal dan vokasional, ini bagi menghapuskan tanggapan bahawa bidang teknikal dan vokasional ini hanyalah untuk pelajar-pelajar yang tercicir ataupun dengan izin, dropouts. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Temerloh, kerajaan juga akan memperkenalkan undang-undang kemahiran kebangsaan bagi membangunkan banyak lagi standard-standard kemahiran serta menjaga kualiti latihan. Baru-baru ini Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan dilantik menjadi lead agency dalam memperkenalkan dual training system, dengan izin. Di mana 70% hingga 80% daripada tempoh latihan merupakan latihan praktikal di peringkat industri. Manakala latihan teori di institusi latihan cuma 20% hingga 30% daripada tempoh latihan. Program ini akan dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2005. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan penggajian pekerja asing yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Kelana Jaya, Ahli Yang Berhormat bagi Beluran serta Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, sukacita dimaklumkan bahawa langkah membenarkan penggajian pekerja asing adalah merupakan langkah sementara. Penggajian ini hanya dibenarkan dalam sektor perladangan, pembinaan dan beberapa aktiviti dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan yang tidak diminati oleh pekerja tempatan. Oleh hal yang demikian, pembangkang jangan mengada-ngada hendak buat isu. Dalam menimbangkan untuk menggaji pekerja asing, kerajaan sentiasa memastikan ianya tidak menjejaskan peluang pekerjaan pekerja tempatan, mana Ipoh Timur, cabut lari. Di samping itu, langkah-langkah untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja-pekerja asing akan diteruskan melalui beberapa kaedah. Di antaranya, menggalakkan majikan mengautomasikan pengeluaran. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan kehadiran pekerja asing tidak menjejaskan keselamatan negara dan menimbulkan masalah-masalah sosial, kerajaan telah ….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Ipoh Barat minta penjelasan. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, sila. Tuan M. Kula Segaran: Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini ada aduan, dalam ucapan saya telah memberitahu bahawa mendapat aduan bahawa pekerja- pekerja asing dengan sengaja diambil di Pelabuhan Klang dan MTUC telah membuat representasi kepada kerajaan. Baru-baru ini mereka juga mengheboh-hebohkan perkara ini di mana dikatakan bahawa kebanyakan orang tempatan di Pelabuhan Klang tidak mendapat kerja, ini aduan yang ada asas dari MTUC. Apakah ini betul atau tidak dan apakah tindakan yang sedang diambil? Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Apa yang Yang Berhormat bagi Ipoh Barat maklumkan itu, saya ingat Ipoh Barat ketinggalan rekod, you sudah out of dated, sebenarnya apa yang diberi ataupun dimasukkan di Pelabuhan Klang itu ialah mereka yang telah mempunyai permit kerja. Yang dikatakan tidak mempunyai permit kerja itu bukan tanggungjawab kementerian, itu adalah di bawah tanggungjawab kementerian yang lain, jika ada. Tetapi yang ada itu memang sah ada permit. Ya, hendak bertanya lagi, sila.
97. antara lain telah menyediakan latihan teknikal dan vokasional sebagai pilihan yang setaraf dengan bidang akademik. Selain Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pelajaran, MARA di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Belia dan Sukan, kementerian ini juga mempunyai 19 Institusi Latihan Teknikal yang terdiri daripada 14 Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat Pusat Teknologi Tinggi dan satu Japan- Malaysia Technical Institute. Tujuh lagi institut sedang dalam pembinaan. Di samping itu, Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (SIAS) di bawah kementerian saya, melatih pengajar teknikal bagi memenuhi keperluan negara, tujuan untuk tenaga pengajar teknikal. Kerajaan juga menggalakkan pelajar-pelajar cemerlang memasuki bidang teknikal dan vokasional, ini bagi menghapuskan tanggapan bahawa bidang teknikal dan vokasional ini hanyalah untuk pelajar-pelajar yang tercicir ataupun dengan izin, dropouts. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Temerloh, kerajaan juga akan memperkenalkan undang-undang kemahiran kebangsaan bagi membangunkan banyak lagi standard-standard kemahiran serta menjaga kualiti latihan. Baru-baru ini Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan dilantik menjadi lead agency dalam memperkenalkan dual training system, dengan izin. Di mana 70% hingga 80% daripada tempoh latihan merupakan latihan praktikal di peringkat industri. Manakala latihan teori di institusi latihan cuma 20% hingga 30% daripada tempoh latihan. Program ini akan dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2005. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan penggajian pekerja asing yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Kelana Jaya, Ahli Yang Berhormat bagi Beluran serta Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, sukacita dimaklumkan bahawa langkah membenarkan penggajian pekerja asing adalah merupakan langkah sementara. Penggajian ini hanya dibenarkan dalam sektor perladangan, pembinaan dan beberapa aktiviti dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan yang tidak diminati oleh pekerja tempatan. Oleh hal yang demikian, pembangkang jangan mengada-ngada hendak buat isu. Dalam menimbangkan untuk menggaji pekerja asing, kerajaan sentiasa memastikan ianya tidak menjejaskan peluang pekerjaan pekerja tempatan, mana Ipoh Timur, cabut lari. Di samping itu, langkah-langkah untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja-pekerja asing akan diteruskan melalui beberapa kaedah. Di antaranya, menggalakkan majikan mengautomasikan pengeluaran. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan kehadiran pekerja asing tidak menjejaskan keselamatan negara dan menimbulkan masalah-masalah sosial, kerajaan telah ..... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Ipoh Barat minta penjelasan. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, sila. Tuan M. Kula Segaran: Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini ada aduan, dalam ucapan saya telah memberitahu bahawa mendapat aduan bahawa pekerja- pekerja asing dengan sengaja diambil di Pelabuhan Klang dan MTUC telah membuat representasi kepada kerajaan. Baru-baru ini mereka juga mengheboh-hebohkan perkara ini di mana dikatakan bahawa kebanyakan orang tempatan di Pelabuhan Klang tidak mendapat kerja, ini aduan yang ada asas dari MTUC. Apakah ini betul atau tidak dan apakah tindakan yang sedang diambil?. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Apa yang Yang Berhormat bagi Ipoh Barat maklumkan itu, saya ingat Ipoh Barat ketinggalan rekod, you sudah out of dated, sebenarnya apa yang diberi ataupun dimasukkan di Pelabuhan Klang itu ialah mereka yang telah mempunyai permit kerja. Yang dikatakan tidak mempunyai permit kerja itu bukan tanggungjawab kementerian, itu adalah di bawah tanggungjawab kementerian yang lain, jika ada. Tetapi yang ada itu memang sah ada permit. Ya, hendak bertanya lagi, sila.
97
111
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
98 DR.1.6.2004 Tuan M. Kula Segaran: Yang Berhormat, bukan setakat adakan permit, kalau Yang Berhormat datang ke Dewan ini mengatakan lain kementerian memberi permit, maka saya tidak boleh buat apa-apa, itu bukan satu jawapan yang ada kena mengena. You betul sebagai dari kementerian patut memberi penjelasan adakah ini dibenarkan. Kerana MTUC mengatakan, saya ada rekod-rekod yang akan menunjukkan bahawa mereka mengatakan bahawa ada pekerja-pekerja yang sudi dan layak untuk bekerja di sana, tetapi majikan-majikan dengan sengaja mengambil pekerja-pekerja asing. Apakah yang dibuat oleh kementerian Yang Berhormat? Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, kalau Yang Berhormat bagi Ipoh Barat ada bukti-bukti, sila kemukakan kepada saya, jangan bercakap sahaja dalam Dewan ini, Hah! tidak ada bukti, lain kalilah, duduklah dahulu, saya hendak bercakap ini. Tuan M. Kula Segaran: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Hah! Duduklah, fasal tidak ada bukti, cakap kosong sahaja, buang masa saya sahaja. Terima kasih. Bagi memastikan kehadiran pekerja asing tidak menjejaskan keselamatan negara dan menimbulkan masalah-masalah sosial, kerajaan mengadakan memorandum persefahaman dengan negara-negara sumber iaitu Indonesia, Thailand, Vietnam, Sri Lanka, Bangladesh, Pakistan dan Republik Rakyat China, bagi memastikan kemasukan pekerja asing dari negara-negara ini lebih terkawal dan teratur. Dengar baik-baik ya, Ipoh Barat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong bangun, Yang Berhormat. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, sila Kepong, geng lama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baik. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya ada bukti kalau hendak tunjukkan bukti. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihak kementerian untuk menangani masalah pekerja-pekerja sama ada dengan izin ataupun tidak izin yang duduk ataupun diletakkan di rumah-rumah pangsa seperti di Kuala Lumpur? Banyak rumah pangsa dan di dalam itu ada pekerja-pekerja asing kerana mereka mempunyai tabiat dan tabii tidak serupa dengan para penduduk tempatan, maka timbullah masalah sosial ekonomi, termasuk perompak, peragut dan sebagainya. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kementerian. Ini ada bukti. Kalau hendak tengok, banyak di rumah-rumah pangsa. Pergi tengoklah… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Dia hendak bukti, saya hendak tunjukkan bukti sekarang… [Disampuk] Soalan banyak, apakah tindakan yang sudah diambil. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Duduklah. Dr. Tan Seng Giaw: Beberapa bulan kemudian saya akan kembali ke sini, tanya soalan yang serupa. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Okey! Soalan daripada Yang Berhormat bagi Kepong mudah sahaja. Kalau mereka salah, kita tangkap sahaja. Kita tidak pernah adakan kerjasama. Soalan itu, soalan yang tidak standard. Soalan yang rendah mutu tahapnya. Salah, tangkap, tidak kira… [Disampuk] Tidak faham-faham lagi Yang Berhormat bagi Kepong ini, macam baru masuk Dewan Rakyat. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat. Sila teruskan, Yang Berhormat. Jangan buat ….. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Perbincangan…, kerana soalan tidak standard, saya teruskan. Tuan Ronald Kiandee: Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan M. Kula Segaran: Yang Berhormat, bukan setakat adakan permit, kalau Yang Berhormat datang ke Dewan ini mengatakan lain kementerian memberi permit, maka saya tidak boleh buat apa-apa, itu bukan satu jawapan yang ada kena mengena. You betul sebagai dari kementerian patut memberi penjelasan adakah ini dibenarkan. Kerana MTUC mengatakan, saya ada rekod-rekod yang akan menunjukkan bahawa mereka mengatakan bahawa ada pekerja-pekerja yang sudi dan layak untuk bekerja di sana, tetapi majikan-majikan dengan sengaja mengambil pekerja-pekerja asing. Apakah yang dibuat oleh kementerian Yang Berhormat?. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, kalau Yang Berhormat bagi Ipoh Barat ada bukti-bukti, sila kemukakan kepada saya, jangan bercakap sahaja dalam Dewan ini, Hah! tidak ada bukti, lain kalilah, duduklah dahulu, saya hendak bercakap ini. Tuan M. Kula Segaran: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Hah! Duduklah, fasal tidak ada bukti, cakap kosong sahaja, buang masa saya sahaja. Terima kasih. Bagi memastikan kehadiran pekerja asing tidak menjejaskan keselamatan negara dan menimbulkan masalah-masalah sosial, kerajaan mengadakan memorandum persefahaman dengan negara-negara sumber iaitu Indonesia, Thailand, Vietnam, Sri Lanka, Bangladesh, Pakistan dan Republik Rakyat China, bagi memastikan kemasukan pekerja asing dari negara-negara ini lebih terkawal dan teratur. Dengar baik-baik ya, Ipoh Barat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong bangun, Yang Berhormat. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, sila Kepong, geng lama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baik. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya ada bukti kalau. hendak tunjukkan bukti. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihak kementerian untuk menangani masalah pekerja-pekerja sama ada dengan izin ataupun tidak izin yang duduk ataupun diletakkan di rumah-rumah pangsa seperti di Kuala Lumpur? Banyak rumah pangsa dan di dalam itu ada pekerja-pekerja asing kerana mereka mempunyai tabiat dan tabii tidak serupa dengan para penduduk tempatan, maka timbullah masalah sosial ekonomi, termasuk perompak, peragut dan sebagainya. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kementerian. Ini ada bukti. Kalau hendak tengok, banyak di rumah-rumah pangsa. Pergi tengoklah... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup, Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Dia hendak bukti, saya hendak tunjukkan bukti sekarang... [Disampuk] Soalan banyak, apakah tindakan yang sudah diambil. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Duduklah. Dr. Tan Seng Giaw: Beberapa bulan kemudian saya akan kembali ke sini, tanya soalan yang serupa. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Okey! Soalan daripada Yang Berhormat bagi Kepong mudah sahaja. Kalau mereka salah, kita tangkap sahaja. Kita tidak pernah adakan kerjasama. Soalan itu, soalan yang tidak standard. Soalan yang rendah mutu tahapnya. Salah, tangkap, tidak kira... [Disampuk] Tidak faham-faham lagi Yang Berhormat bagi Kepong ini, macam baru masuk Dewan Rakyat. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat. Sila teruskan, Yang Berhormat. Jangan buat ..... Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Perbincangan..., kerana soalan tidak standard, saya teruskan. Tuan Ronald Kiandee: Yang Berhormat Timbalan Menteri.
98
112
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 99 Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Perbincangan sedang dijalankan dengan beberapa negara sumber yang lain seperti Kemboja, Laos, Myanmar, India dan Nepal. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penandatanganan MoU ini tidak bertujuan menambahkan bilangan pekerja asing. Sebaliknya, ia bertujuan bagi menentukan kemasukan pekerja asing dikawal dengan mengadakan kursus induksi, pemeriksaan kesihatan dan pemilihan pekerja secara lebih sistematik… Tuan Ronald Kiandee: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Beluran bangun. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Hah! Ini standard, sila.. [Ketawa] Tuan Ronald Kiandee: Terima kasih. Kawasan saya ramai yang hidup di bawah kemiskinan, Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya sepertiga daripada tanah dibuka dengan industri perladangan ini. Masalahnya, ia tidak dapat menarik minat, dan ini yang dikatakan, tidak dapat menarik minat pekerja tempatan, pengusaha ladang dibenarkan untuk mengambil pekerja daripada luar negara. Masalahnya, gaji yang dibayar oleh pengusaha ladang ini. Kalau orang kampung, kerja pun masih juga hidup di bawah paras kemiskinan. Bererti ia tidak dapat menarik pekerja. Pengusaha ladang menggunakan alasan itu untuk memberi gaji yang kecil, jadikan alasan bahawa pekerja tempatan tidak minat bekerja dan menggunakan alasan itu untuk mengambil pekerja asing. Saya rasa kementerian tahu masalah ini dan punca utama perkara ini berlaku adalah disebabkan gaji yang rendah. Saya ingin tahu, apakah tindakan kementerian untuk sama ada memaksa ataupun menentukan pengusaha ladang ini untuk memberi gaji yang tinggi dan tidak menggunakan alasan tidak minat itu, untuk mengambil pekerja asing. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Terima kasih atas pandangan yang bernas itu. Untuk makluman Yang Berhormat, NUPW dan juga MAPA telah pun mencapai persetujuan, iaitu melaksanakan pendapatan minimum sekurang-kurangnya RM325 sebulan, di samping elaun-elaun dan insentif yang lain untuk pekerja-pekerja yang bekerja di ladang-ladang, khasnya di ladang-ladang kelapa sawit. Kedua-dua pihak ini telah pun mengadakan proses perundingan untuk menentukan kadar gaji bulanan di sektor pertanian yang lain, khususnya di sektor ladang getah. Kementerian menggalakkan kedua-dua pihak ini mengadakan perundingan dan mencapai persetujuan dalam pembayaran gaji bulanan yang lebih baik daripada RM325 yang saya sebutkan tadi. Kementerian juga mengambil langkah, iaitu memastikan pekerja-pekerja ladang menikmati kualiti hidup yang sempurna. Akta Standard-standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990, mewajibkan majikan ladang mengetepikan dan menyediakan tapak seluas 250 meter persegi kepada setiap pekerja bagi tujuan penanaman dan juga ragut. Pekerja-pekerja ladang boleh menggunakan tanah tersebut untuk menanam atau memelihara binatang. Puas hati, Yang Berhormat bagi Beluran. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan cakap macam itu. Ya, Yang Berhormat. Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat bagi Kinabatangan. Sila. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, sila. Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri begitu firm dia menjawab. Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Datuk Bung Moktar bin Radin: Ini ekoran daripada soalan Yang Berhormat bagi Beluran. Kita mengalu-alukanlah langkah kerajaan. Walau bagaimanapun, dasar ini hendaklah dilaksanakan. Sehingga hari ini, di kawasan saya terdapat 39 kilang
99. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Perbincangan sedang dijalankan dengan beberapa negara sumber yang lain seperti Kemboja, Laos, Myanmar, India dan Nepal. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penandatanganan MoU ini tidak bertujuan menambahkan bilangan pekerja asing. Sebaliknya, ia bertujuan bagi menentukan kemasukan pekerja asing dikawal dengan mengadakan kursus induksi, pemeriksaan kesihatan dan pemilihan pekerja secara lebih sistematik... Tuan Ronald Kiandee: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Beluran bangun. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Hah! Ini standard, sila.. [Ketawa]. Tuan Ronald Kiandee: Terima kasih. Kawasan saya ramai yang hidup di bawah kemiskinan, Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya sepertiga daripada tanah dibuka dengan industri perladangan ini. Masalahnya, ia tidak dapat menarik minat, dan ini yang dikatakan, tidak dapat menarik minat pekerja tempatan, pengusaha ladang dibenarkan untuk mengambil pekerja daripada luar negara. Masalahnya, gaji yang dibayar oleh pengusaha ladang ini. Kalau orang kampung, kerja pun masih juga hidup di bawah paras kemiskinan. Bererti ia tidak dapat menarik pekerja. Pengusaha ladang menggunakan alasan itu untuk memberi gaji yang kecil, jadikan alasan bahawa pekerja tempatan tidak minat bekerja dan menggunakan alasan itu untuk mengambil pekerja asing. Saya rasa kementerian tahu masalah ini dan punca utama perkara ini berlaku adalah disebabkan gaji yang rendah. Saya ingin tahu, apakah tindakan kementerian untuk sama ada memaksa ataupun menentukan pengusaha ladang ini untuk memberi gaji yang tinggi dan tidak menggunakan alasan tidak minat itu, untuk mengambil pekerja asing. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Terima kasih atas pandangan yang bernas itu. Untuk makluman Yang Berhormat, NUPW dan juga MAPA telah pun mencapai persetujuan, iaitu melaksanakan pendapatan minimum sekurang-kurangnya RM325 sebulan, di samping elaun-elaun dan insentif yang lain untuk pekerja-pekerja yang bekerja di ladang-ladang, khasnya di ladang-ladang kelapa sawit. Kedua-dua pihak ini telah pun mengadakan proses perundingan untuk menentukan kadar gaji bulanan di sektor pertanian yang lain, khususnya di sektor ladang getah. Kementerian menggalakkan kedua-dua pihak ini mengadakan perundingan dan mencapai persetujuan dalam pembayaran gaji bulanan yang lebih baik daripada RM325 yang saya sebutkan tadi. Kementerian juga mengambil langkah, iaitu memastikan pekerja-pekerja ladang menikmati kualiti hidup yang sempurna. Akta Standard-standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990, mewajibkan majikan ladang mengetepikan dan menyediakan tapak seluas 250 meter persegi kepada setiap pekerja bagi tujuan penanaman dan juga ragut. Pekerja-pekerja ladang boleh menggunakan tanah tersebut untuk menanam atau memelihara binatang. Puas hati, Yang Berhormat bagi Beluran. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan cakap macam itu. Ya, Yang Berhormat. Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat bagi Kinabatangan. Sila. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, sila. Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri begitu firm dia menjawab. Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Datuk Bung Moktar bin Radin: Ini ekoran daripada soalan Yang Berhormat bagi Beluran. Kita mengalu-alukanlah langkah kerajaan. Walau bagaimanapun, dasar ini hendaklah dilaksanakan. Sehingga hari ini, di kawasan saya terdapat 39 kilang.
99
113
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
100 DR.1.6.2004 kelapa sawit CPO tetapi masalahnya cuma lebih kurang 5% sahaja pekerja tempatan. Ini yang berlaku. Apabila 5%, bererti 95% di dominasi oleh pekerja-pekerja asing, dengan gaji tidak melebihi daripada RM8 sehari. Bagaimana mahu menarik minat masyarakat tempatan ini dengan gaji yang sebegitu rendah dan advantage ini pula, dengan izin, digunakan oleh pihak pengusaha-pengusaha ladang itu sendiri. Di mana buruh asing ini kadang-kadang, dia tidak legalize, dia diseludupkan, tidak tahu macam mana penyeludupan ini. Berkekalanlah sistem seumpama ini, Tuan Yang di-Pertua, sehingga bila-bila masa dan kerajaan rugi, rakyat pun rugi. Apakah langkah kementerian?. Adakah kementerian berhasrat membawa pasukan polis untuk turun sama-sama memeriksa ladang-ladang ini, sebab mereka menipu kerajaan, menipu rakyat, menipu kita. Minta penjelasan. Terima kasih. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha sedang dijalankan supaya lebih ramai rakyat tempatan bekerja di sektor perladangan. Masalah yang berlaku sekarang, iaitu terdapat 86.7% tawaran kerja, jika dibandingkan dengan mereka yang hendak bekerja di sektor perladangan. Masalah tidak minat disebabkan oleh gaji yang agak rendah menyebabkan pekerja-pekerja tempatan agak tidak berminat. Walau bagaimanapun, usaha-usaha sedang dibuat bagi menarik minat rakyat tempatan bekerja di sektor ladang. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon meneruskan… Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat bagi Labuan supaya pembantu rumah Islam bekerja dengan majikan Islam sahaja. Pada masa ini, tidak ada undang-undang yang menetapkan bahawa pembantu rumah Islam mesti bekerja dengan majikan Islam. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, perkara itu telah pun dibahaskan dan dijawab tadi. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan pada yang lain. Mengenai penderaan pembantu rumah asing yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Labuan dan Yang Berhormat bagi Muar, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan mereka dan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang ada... Tuan Yang di-Pertua: Ya, cukup Yang Berhormat, kerana dua kementerian sudah membahaskan perkara itu. Perkara penderaan, Yang Berhormat. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Saya beralih kepada yang lain, Tuan Yang di-Pertua…. Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Berhubung dengan pertikaian perusahaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Timur dan Yang Berhormat bagi Ipoh Barat, saya ingin memaklumkan di sini bahawa kelewatan yang ditimbulkan itu adalah kesan kegawatan ekonomi pada tahun 1998 dan 1999, apabila kes pembuangan pekerja bertambah secara mendadak. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhubungan Perusahaan sedang mengambil langkah-langkah tertentu bagi menyelesaikan kes-kes tunggakan. Di antara langkah-langkah ini ialah menambahkan bilangan pegawai dengan pelantikan pesara secara kontrak, redeployment pegawai-pegawai yang berpengalaman daripada jabatan-jabatan lain di bawah kementerian saya dan juga bekerja lebih masa sehingga jam 10.00 malam. Tunggakan kes ini dijangka dapat diselesaikan dalam beberapa bulan lagi. Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah meluluskan penyusunan semula Jabatan Perhubungan Perusahaan dengan menambahkan bilangan jawatan iaitu sebanyak 150 orang pegawai-pegawai yang baru. Dengan adanya jawatan tambahan ini, kes tertunggak di peringkat Jabatan Perhubungan Perusahaan sepatutnya tidak timbul lagi…
kelapa sawit CPO tetapi masalahnya cuma lebih kurang 5% sahaja pekerja tempatan. Ini yang berlaku. Apabila 5%, bererti 95% di dominasi oleh pekerja-pekerja asing, dengan gaji tidak melebihi daripada RM8 sehari. Bagaimana mahu menarik minat masyarakat tempatan ini dengan gaji yang sebegitu rendah dan advantage ini pula, dengan izin, digunakan oleh pihak pengusaha-pengusaha ladang itu sendiri. Di mana buruh asing ini kadang-kadang, dia tidak legalize, dia diseludupkan, tidak tahu macam mana penyeludupan ini. Berkekalanlah sistem seumpama ini, Tuan Yang di-Pertua, sehingga bila-bila masa dan kerajaan rugi, rakyat pun rugi. Apakah langkah kementerian?. Adakah kementerian berhasrat membawa pasukan polis untuk turun sama-sama memeriksa ladang-ladang ini, sebab mereka menipu kerajaan, menipu rakyat, menipu kita. Minta penjelasan. Terima kasih. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha sedang dijalankan supaya lebih ramai rakyat tempatan bekerja di sektor perladangan. Masalah yang berlaku sekarang, iaitu terdapat 86.7% tawaran kerja, jika dibandingkan dengan mereka yang hendak bekerja di sektor perladangan. Masalah tidak minat disebabkan oleh gaji yang agak rendah menyebabkan pekerja-pekerja tempatan agak tidak berminat. Walau bagaimanapun, usaha-usaha sedang dibuat bagi menarik minat rakyat tempatan bekerja di sektor ladang. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon meneruskan... Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat bagi Labuan supaya pembantu rumah Islam bekerja dengan majikan Islam sahaja. Pada masa ini, tidak ada undang-undang yang menetapkan bahawa pembantu rumah Islam mesti bekerja dengan majikan Islam. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, perkara itu telah pun dibahaskan dan dijawab tadi. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan pada yang lain. Mengenai penderaan pembantu rumah asing yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Labuan dan Yang Berhormat bagi Muar, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan mereka dan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang ada... Tuan Yang di-Pertua: Ya, cukup Yang Berhormat, kerana dua kementerian sudah membahaskan perkara itu. Perkara penderaan, Yang Berhormat. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Saya beralih kepada yang lain, Tuan Yang di-Pertua.... Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Berhubung dengan pertikaian perusahaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Timur dan Yang Berhormat bagi Ipoh Barat, saya ingin memaklumkan di sini bahawa kelewatan yang ditimbulkan itu adalah kesan kegawatan ekonomi pada tahun 1998 dan 1999, apabila kes pembuangan pekerja bertambah secara mendadak. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perhubungan Perusahaan sedang mengambil langkah-langkah tertentu bagi menyelesaikan kes-kes tunggakan. Di antara langkah-langkah ini ialah menambahkan bilangan pegawai dengan pelantikan pesara secara kontrak, redeployment pegawai-pegawai yang berpengalaman daripada jabatan-jabatan lain di bawah kementerian saya dan juga bekerja lebih masa sehingga jam 10.00 malam. Tunggakan kes ini dijangka dapat diselesaikan dalam beberapa bulan lagi. Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah meluluskan penyusunan semula Jabatan Perhubungan Perusahaan dengan menambahkan bilangan jawatan iaitu sebanyak 150 orang pegawai-pegawai yang baru. Dengan adanya jawatan tambahan ini, kes tertunggak di peringkat Jabatan Perhubungan Perusahaan sepatutnya tidak timbul lagi...
100
114
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 101 Tuan M. Kula Segaran: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Ipoh Barat bangun. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, sila. Tuan M. Kula Segaran: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, saya hendak katakan, pada pandangan MTUC, saya baca apa yang mereka telah hantar kepada Menteri mengenai perkara ini, dengan izin, “MTUC repeatedly highlighted the heavy workload in post on the consolation officers, especially at the Industrial Relation Department in Selangor and Federal Territory. The undue pressure and burden on the officers resulted, shoddy consolation. Reports are not done even after a year of conclusion of consolation proceeding. Files were miss-place and some cases were reopened because new officers were assign. Could not read the notes left by the previous officers” Ini adalah perkara yang saya difahamkan bukan wujud di sini sahaja tetapi di seluruh Malaysia. Saya berterima kasihlah kerana kementerian ingin melantik lebih pegawai-pegawai tetapi pada pandangan saya, apakah tindakan susulan yang akan diambil oleh kementerian atas aduan-aduan yang dibuat oleh MTUC. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Di antara tindakan yang sedang diusahakan iaitu menambah pegawai-pegawai tadi dan juga melebihkan masa bekerja. Kementerian juga sedang berusaha untuk menambah lagi sebanyak 23 pengerusi mahkamah di samping membuka atau menambah mahkamah-mahkamah baru. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan di sini bahawa adalah menjadi hasrat dan harapan Mahkamah Perusahaan menyelesaikan semua jenis pertikaian perusahaan yang dirujuk kepadanya secepat mungkin, supaya keadilan dapat diberikan kepada semua pihak yang terlibat sama ada pekerja mahupun majikan tanpa penangguhan. Walau bagaimanapun ada kalanya kes-kes terpaksa ditangguhkan kerana faktor-faktor yang di luar jangkaan dan di luar kawalan Mahkamah Perusahaan. Kerajaan sedang mengkaji berapa pendekatan bagi mengatasi masalah ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat bagi Ipoh Barat yang sedang berdiri. Tindakan-tindakan sedang diambil bagi memastikan semua pengerusi Mahkamah Perusahaan mengeluarkan award bagi kes-kes yang telah dibicarakan. Tuan M. Kula Segaran: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat dia bangun pula. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, sila kita beri pula. Tuan M. Kula Segaran: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masalah backlog of cases, dengan izin bukan sahaja di Industrial Relation Office, Seksyen 20 tetapi juga dengan kementerian, di mana kementerian tidak merujuk atau memberi satu keputusan untuk merujuk kepada Mahkamah Perusahaan atau menolak apa yang dicadangkan oleh Industrial Relation Office. Saya difahamkan ada lebih kurang lapan kesepuluh ribu kes di meja menteri dan menteri tidak membuat keputusan, ada kes-kes yang lebih dari dua atau tiga tahun. Apakah kecuaian ini dibenarkan berlaku? Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Itu adalah satu maklumat yang tidak benar dan tidak tepat sama sekali. Untuk makluman Yang Berhormat yang tidak mengetahui tidak tepat itu, kes yang berada di Mahkamah Perusahaan hari ini hanya sekadar 2,240 sahaja, yang disebut sebanyak 6,000 kes lebih itu adalah kes-kes yang sedang dikendalikan dan telah pun banyak yang selesai. Daripada 6,000 kes yang diselesaikan, hari ini kita telah mengurangkan kepada 1,700, jadi 6,000 tolak 1,700 dalam 4,300 sahaja. Kita memberi jaminan bahawa kes-kes ini akan dapat diselesaikan tidak lewat daripada bulan Oktober tahun ini. Ini adalah kerana kita mempunyai 21 orang pengerusi ataupun pengerusi mahkamah yang boleh menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes sehari, kalau setahun 12 bulan 21 x 6 x 12, kes yang boleh diselesaikan sebanyak 1,512 kes. Jadi, kalau ada.. Tuan Yang di-Pertua: Hendak beri jalan pula Yang Berhormat? Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, sila. Tuan M. Kula Segaran: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Timbalan Menteri sudah salah faham apa yang saya minta penjelasan. Saya berterima kasih kepada
101. Tuan M. Kula Segaran: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Ipoh Barat bangun. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, sila. Tuan M. Kula Segaran: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, saya hendak katakan, pada pandangan MTUC, saya baca apa yang mereka telah hantar kepada Menteri mengenai perkara ini, dengan izin, "MTUC repeatedly highlighted the heavy workload in post on the consolation officers, especially at the Industrial Relation Department in Selangor and Federal Territory. The undue pressure and burden on the officers resulted, shoddy consolation. Reports are not done even after a year of conclusion of consolation proceeding. Files were miss-place and some cases were reopened because new officers were assign. Could not read the notes left by the previous officers". Ini adalah perkara yang saya difahamkan bukan wujud di sini sahaja tetapi di seluruh Malaysia. Saya berterima kasihlah kerana kementerian ingin melantik lebih pegawai-pegawai tetapi pada pandangan saya, apakah tindakan susulan yang akan diambil oleh kementerian atas aduan-aduan yang dibuat oleh MTUC. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Di antara tindakan yang sedang diusahakan iaitu menambah pegawai-pegawai tadi dan juga melebihkan masa bekerja. Kementerian juga sedang berusaha untuk menambah lagi sebanyak 23 pengerusi mahkamah di samping membuka atau menambah mahkamah-mahkamah baru. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan di sini bahawa adalah menjadi hasrat dan harapan Mahkamah Perusahaan menyelesaikan semua jenis pertikaian perusahaan yang dirujuk kepadanya secepat mungkin, supaya keadilan dapat diberikan kepada semua pihak yang terlibat sama ada pekerja mahupun majikan tanpa penangguhan. Walau bagaimanapun ada kalanya kes-kes terpaksa ditangguhkan kerana faktor-faktor yang di luar jangkaan dan di luar kawalan Mahkamah Perusahaan. Kerajaan sedang mengkaji berapa pendekatan bagi mengatasi masalah ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat bagi Ipoh Barat yang sedang berdiri. Tindakan-tindakan sedang diambil bagi memastikan semua pengerusi Mahkamah Perusahaan mengeluarkan award bagi kes-kes yang telah dibicarakan. Tuan M. Kula Segaran: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat dia bangun pula. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, sila kita beri pula. Tuan M. Kula Segaran: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masalah backlog of cases, dengan izin bukan sahaja di Industrial Relation Office, Seksyen 20 tetapi juga dengan kementerian, di mana kementerian tidak merujuk atau memberi satu keputusan untuk merujuk kepada Mahkamah Perusahaan atau menolak apa yang dicadangkan oleh Industrial Relation Office. Saya difahamkan ada lebih kurang lapan kesepuluh ribu kes di meja menteri dan menteri tidak membuat keputusan, ada kes-kes yang lebih dari dua atau tiga tahun. Apakah kecuaian ini dibenarkan berlaku?. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Itu adalah satu maklumat yang tidak benar dan tidak tepat sama sekali. Untuk makluman Yang Berhormat yang tidak mengetahui tidak tepat itu, kes yang berada di Mahkamah Perusahaan hari ini hanya sekadar 2,240 sahaja, yang disebut sebanyak 6,000 kes lebih itu adalah kes-kes yang sedang dikendalikan dan telah pun banyak yang selesai. Daripada 6,000 kes yang diselesaikan, hari ini kita telah mengurangkan kepada 1,700, jadi 6,000 tolak 1,700 dalam 4,300 sahaja. Kita memberi jaminan bahawa kes-kes ini akan dapat diselesaikan tidak lewat daripada bulan Oktober tahun ini. Ini adalah kerana kita mempunyai 21 orang pengerusi ataupun pengerusi mahkamah yang boleh menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes sehari, kalau setahun 12 bulan 21 x 6 x 12, kes yang boleh diselesaikan sebanyak 1,512 kes. Jadi, kalau ada.. Tuan Yang di-Pertua: Hendak beri jalan pula Yang Berhormat?. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, sila. Tuan M. Kula Segaran: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Timbalan Menteri sudah salah faham apa yang saya minta penjelasan. Saya berterima kasih kepada.
101
115
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
102 DR.1.6.2004 jawapan mengenai apa yang akan dibuat oleh hakim di Mahkamah Perusahaan, tetapi soalan saya yang khusus adalah mengenai masalah di kementerian sendiri Director General di mana menteri tersebut, di mana dia perlu membuat satu keputusan adakah kes itu boleh dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan atau ditolak. Saya difahamkan ada backlog di sana. Itu yang menjadi masalah, saya difahamkan oleh MTUC sendiri yang telah memberi report kepada saya. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Kita punya menteri adalah seorang menteri yang bertanggungjawab, yang bagus, yang baik dan dia telah membuat banyak keputusan yang tepat di mana kes-kes itu telah pun banyak diselesaikan sebelum dihantar ke Mahkamah Perusahaan. Kes-kes yang dihantar ke Mahkamah Perusahaan adalah kes-kes yang tidak boleh dirunding ataupun didamaikan secara sama-sama antara pekerja dan juga majikan. Kita sepatutnya mengucapkan tahniah kepada menteri dan juga pihak pegawai yang telah dapat menyelesaikan kes yang begitu cepat dan banyak sekali. Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan Yang Berhormat sila. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Berhubung dengan pendaftaran Kesatuan Sekerja seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Timor, tidak ada dalam Dewan hari ini Tuan Yang di-Pertua, perlu dimaklumkan bahawa di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967, majikan dikehendaki memberi jawapan dalam tempoh 21 hari sama ada mengiktiraf secara sukarela atau tidak mengiktiraf kesatuan. Majikan tidak mengiktiraf kesatuan berkenaan dengan membangkitkan perkara-perkara yang melibatkan isu skop keahlian, kelayakan kesatuan untuk mewakili pekerja-pekerja di syarikat atau sebab-sebab lain kesatuan boleh merujukkan perkara ini kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan untuk penyelesaian. Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan akan mengambil tindakan lanjut termasuk membuat siasatan sebelum mengemukakan laporan kepada Menteri Sumber Manusia untuk keputusan. Dengan itu, kerajaan telah mengguna pakai had tempoh 21 hari seperti yang diiktiraf oleh International Labour Organization (ILO), dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat bagi Ipoh Barat supaya Akta Kerja 1955 dikaji semula bagi meliputi pekerja yang bergaji sehingga RM5,000, perkara ini perlu dikaji secara lebih mendalam. Cadangan ini akan memberi perlindungan kepada lebih ramai pekerja di negara ini. Pada masa yang sama ini mungkin akan meningkatkan kos untuk menjalankan perniagaan di negara ini dan ini mungkin akan menjejaskan daya saing negara. Dengan itu saya berpendapat kita mengimbangi kedua-dua aspek ini sebelum suatu keputusan dibuat. Tuan M. Kula Segaran: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Dia bangun pula Yang Berhormat. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Sila kita beri pula. Tuan M. Kula Segaran: Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa proses pengiktirafan recognition process, ini semua dari segi undang-undang saya tahu dan saya ingat ramai orang tahu mengenainya, tetapi menjadi masalah yang saya dengan tepat dengan khusus, I gave express memberitahu dalam ucapan saya bahawa (NLAC) National Labour Advisory Council telah memberi satu pendapat dan ini adalah pendapat yang diterima pakai oleh majikan MTUC dan kerajaan. Kenapa rang undang-undang tidak diterima pakai mengenai apa cadangan mereka, kenapa? Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Siapa kata tidak menerima pakai? Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Saya bertanya kepada dia sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Sila jawab Yang Berhormat. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Pertanyaan saya itu memberikan jawapan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengamalkan prinsip pendapatan gaji mengikut kuasa- kuasa pasaran yang bergantung kepada permintaan dan penawaran dalam pasaran buruh. Oleh itu akan terdapat keadaan di mana kadar gaji yang diterima oleh pekerja- pekerja adalah berbeza, iaitu ada yang mendapat gaji yang tinggi dan ada yang
jawapan mengenai apa yang akan dibuat oleh hakim di Mahkamah Perusahaan, tetapi soalan saya yang khusus adalah mengenai masalah di kementerian sendiri Director General di mana menteri tersebut, di mana dia perlu membuat satu keputusan adakah kes itu boleh dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan atau ditolak. Saya difahamkan ada backlog di sana. Itu yang menjadi masalah, saya difahamkan oleh MTUC sendiri yang telah memberi report kepada saya. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Kita punya menteri adalah seorang menteri yang bertanggungjawab, yang bagus, yang baik dan dia telah membuat banyak keputusan yang tepat di mana kes-kes itu telah pun banyak diselesaikan sebelum dihantar ke Mahkamah Perusahaan. Kes-kes yang dihantar ke Mahkamah Perusahaan adalah kes-kes yang tidak boleh dirunding ataupun didamaikan secara sama-sama antara pekerja dan juga majikan. Kita sepatutnya mengucapkan tahniah kepada menteri dan juga pihak pegawai yang telah dapat menyelesaikan kes yang begitu cepat dan banyak sekali. Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan Yang Berhormat sila. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Berhubung dengan pendaftaran Kesatuan Sekerja seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Timor, tidak ada dalam Dewan hari ini Tuan Yang di-Pertua, perlu dimaklumkan bahawa di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967, majikan dikehendaki memberi jawapan dalam tempoh 21 hari sama ada mengiktiraf secara sukarela atau tidak mengiktiraf kesatuan. Majikan tidak mengiktiraf kesatuan berkenaan dengan membangkitkan perkara-perkara yang melibatkan isu skop keahlian, kelayakan kesatuan untuk mewakili pekerja-pekerja di syarikat atau sebab-sebab lain kesatuan boleh merujukkan perkara ini kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan untuk penyelesaian. Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan akan mengambil tindakan lanjut termasuk membuat siasatan sebelum mengemukakan laporan kepada Menteri Sumber Manusia untuk keputusan. Dengan itu, kerajaan telah mengguna pakai had tempoh 21 hari seperti yang diiktiraf oleh International Labour Organization (ILO), dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat bagi Ipoh Barat supaya Akta Kerja 1955 dikaji semula bagi meliputi pekerja yang bergaji sehingga RM5,000, perkara ini perlu dikaji secara lebih mendalam. Cadangan ini akan memberi perlindungan kepada lebih ramai pekerja di negara ini. Pada masa yang sama ini mungkin akan meningkatkan kos untuk menjalankan perniagaan di negara ini dan ini mungkin akan menjejaskan daya saing negara. Dengan itu saya berpendapat kita mengimbangi kedua-dua aspek ini sebelum suatu keputusan dibuat. Tuan M. Kula Segaran: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Dia bangun pula Yang Berhormat. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Sila kita beri pula. Tuan M. Kula Segaran: Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa proses pengiktirafan recognition process, ini semua dari segi undang-undang saya tahu dan saya ingat ramai orang tahu mengenainya, tetapi menjadi masalah yang saya dengan tepat dengan khusus, I gave express memberitahu dalam ucapan saya bahawa (NLAC) National Labour Advisory Council telah memberi satu pendapat dan ini adalah pendapat yang diterima pakai oleh majikan MTUC dan kerajaan. Kenapa rang undang-undang tidak diterima pakai mengenai apa cadangan mereka, kenapa?. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Siapa kata tidak menerima pakai?. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Saya bertanya kepada dia sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Sila jawab Yang Berhormat. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Pertanyaan saya itu memberikan jawapan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengamalkan prinsip pendapatan gaji mengikut kuasa- kuasa pasaran yang bergantung kepada permintaan dan penawaran dalam pasaran buruh. Oleh itu akan terdapat keadaan di mana kadar gaji yang diterima oleh pekerja- pekerja adalah berbeza, iaitu ada yang mendapat gaji yang tinggi dan ada yang.
102
116
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 103 menerima gaji yang rendah, kerana pekerjaan yang berlainan. Malahan antara syarikat dalam sektor yang sama akan terdapat perbezaan, sungguhpun menjalankan kerja yang sama. Ini bergantung kepada keupayaan industri berkenaan. Kerajaan tidak bercadang mewujudkan gaji minimum seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Barat, minta maaf. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Ipoh Timor telah menyentuh hak keselamatan sosial para pekerja yang didakwa tidak terjamin. Sukacita saya maklumkan di sini bahawa kementerian saya melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial mengendalikan dua skim perlindungan keselamatan sosial pekerja iaitu Skim Insurans Bencana Kerja dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim tersebut pekerja layak memperolehi faedah tunai perubatan dan pemulihan. Pekerja yang layak dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial 1969 adalah mereka yang bergaji kurang daripada RM2,000 sebulan tertakluk kepada prinsip sekali dilindungi terus dilindungi. Sungguhpun gaji pekerja berkenaan kemudiannya melebihi RM2,000 sebulan, baik itu. Bagi pekerja yang memasuki pasaran buruh, buat pertama kalinya dengan gaji melebihi RM2,000 sebulan diberi pilihan untuk dilindungi di bawah akta ini dengan syarat kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja sendiri bersetuju. Sejak akta ini dilaksanakan dalam tahun 1971 beberapa perlindungan baru telah diperkenalkan di antaranya adalah commuting accident, pencen penakat dan pinjaman pendidikan untuk anak-anak menerima faedah jangka panjang serta melonggarkan syarat-syarat kelayakan caruman bagi tuntutan pencen ilat dan pencen penakan. Di samping itu PERKESO telah baru-baru ini memperkenalkan rawatan dialisis percuma bagi pekerja yang mengalami keilatan akibat sakit pinggang pada peringkat end stage renal failure, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2003 seramai 241,038 orang pekerja yang ditimpa kemalangan dan orang-orang tanggungan mereka telah menerima faedah PERKESO berbanding 212,817 orang pekerja pada tahun 1999, iaitu peningkatan sebanyak 13.3 peratus. Dari segi bayaran pampasan pula, ia telah meningkat daripada RM497 juta pada tahun 1999 kepada RM754 juta pada tahun 2003, iaitu sebanyak 52 peratus. Tuan Razali bin Ismail: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, di belakang ada yang bangun. Yang Berhormat bagi Sabak Bernam, ya? Seorang Ahli: Kuala Terengganu. Datuk Abdul Rahman Bakar: Oh sila, Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu, geng. Sahabat saya ini. Tuan Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Tadi telah disebut tentang upah ataupun gaji. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri dari segi perbandingan-perbandingan gaji ataupun upah kita berbanding dengan negara-negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand, Filipina ataupun negeri China sendiri. Bagaimanakah status dan kedudukan kita sebab yang penting kepada kita, kita bukan sahaja hendak melihat dari segi gajinya itu ataupun the wages, gajinya itu tetapi juga hendak dilihat dari segi performancenya, hendak dilihat dari segi productivitynya dan juga hendak dilihat dari segi profitabilitynya sebab kita sekarang ini bersaing dan bertanding di peringkat global. Terima kasih. Datuk Abdul Rahman Bakar: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Gaji yang diberi oleh pihak majikan di Malaysia adalah jauh lebih baik dan lumayan jika dibandingkan dengan gaji di negara-negara jiran, kecuali mungkin yang berbeza ialah Singapura sahaja. Begitu juga dari segi khidmat mereka adalah memuaskan setakat ini, dan setengah daripada mereka itu, kebanyakan pekerja-pekerja itu telah memenuhi piawaian atau standard sebagaimana yang dituntut, dikehendaki oleh pihak Kementerian Sumber Manusia. Saya sambung Tuan Yang di-Pertua. Perangkaan ini jelas menunjukkan bahawa ramai pekerja yang terlindung di bawah Skim Insurans PERKESO, termasuk orang tanggungan mereka. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, PERKESO akan memperkenalkan bayaran faedah kematian secara serta-merta kepada waris terdekat.
103. menerima gaji yang rendah, kerana pekerjaan yang berlainan. Malahan antara syarikat dalam sektor yang sama akan terdapat perbezaan, sungguhpun menjalankan kerja yang sama. Ini bergantung kepada keupayaan industri berkenaan. Kerajaan tidak bercadang mewujudkan gaji minimum seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Barat, minta maaf. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Ipoh Timor telah menyentuh hak keselamatan sosial para pekerja yang didakwa tidak terjamin. Sukacita saya maklumkan di sini bahawa kementerian saya melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial mengendalikan dua skim perlindungan keselamatan sosial pekerja iaitu Skim Insurans Bencana Kerja dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim tersebut pekerja layak memperolehi faedah tunai perubatan dan pemulihan. Pekerja yang layak dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial 1969 adalah mereka yang bergaji kurang daripada RM2,000 sebulan tertakluk kepada prinsip sekali dilindungi terus dilindungi. Sungguhpun gaji pekerja berkenaan kemudiannya melebihi RM2,000 sebulan, baik itu. Bagi pekerja yang memasuki pasaran buruh, buat pertama kalinya dengan gaji melebihi RM2,000 sebulan diberi pilihan untuk dilindungi di bawah akta ini dengan syarat kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja sendiri bersetuju. Sejak akta ini dilaksanakan dalam tahun 1971 beberapa perlindungan baru telah diperkenalkan di antaranya adalah commuting accident, pencen penakat dan pinjaman pendidikan untuk anak-anak menerima faedah jangka panjang serta melonggarkan syarat-syarat kelayakan caruman bagi tuntutan pencen ilat dan pencen penakan. Di samping itu PERKESO telah baru-baru ini memperkenalkan rawatan dialisis percuma bagi pekerja yang mengalami keilatan akibat sakit pinggang pada peringkat end stage renal failure, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2003 seramai 241,038 orang pekerja yang ditimpa kemalangan dan orang-orang tanggungan mereka telah menerima faedah PERKESO berbanding 212,817 orang pekerja pada tahun 1999, iaitu peningkatan sebanyak 13.3 peratus. Dari segi bayaran pampasan pula, ia telah meningkat daripada RM497 juta pada tahun 1999 kepada RM754 juta pada tahun 2003, iaitu sebanyak 52 peratus. Tuan Razali bin Ismail: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, di belakang ada yang bangun. Yang Berhormat bagi Sabak Bernam, ya?. Seorang Ahli: Kuala Terengganu. Datuk Abdul Rahman Bakar: Oh sila, Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu, geng. Sahabat saya ini. Tuan Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Tadi telah disebut tentang upah ataupun gaji. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri dari segi perbandingan-perbandingan gaji ataupun upah kita berbanding dengan negara-negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand, Filipina ataupun negeri China sendiri. Bagaimanakah status dan kedudukan kita sebab yang penting kepada kita, kita bukan sahaja hendak melihat dari segi gajinya itu ataupun the wages, gajinya itu tetapi juga hendak dilihat dari segi performancenya, hendak dilihat dari segi productivitynya dan juga hendak dilihat dari segi profitabilitynya sebab kita sekarang ini bersaing dan bertanding di peringkat global. Terima kasih. Datuk Abdul Rahman Bakar: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Gaji yang diberi oleh pihak majikan di Malaysia adalah jauh lebih baik dan lumayan jika dibandingkan dengan gaji di negara-negara jiran, kecuali mungkin yang berbeza ialah Singapura sahaja. Begitu juga dari segi khidmat mereka adalah memuaskan setakat ini, dan setengah daripada mereka itu, kebanyakan pekerja-pekerja itu telah memenuhi piawaian atau standard sebagaimana yang dituntut, dikehendaki oleh pihak Kementerian Sumber Manusia. Saya sambung Tuan Yang di-Pertua. Perangkaan ini jelas menunjukkan bahawa ramai pekerja yang terlindung di bawah Skim Insurans PERKESO, termasuk orang tanggungan mereka. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, PERKESO akan memperkenalkan bayaran faedah kematian secara serta-merta kepada waris terdekat.
103
117
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
104 DR.1.6.2004 Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Timor yang ingin mengetahui sama ada kajian dilakukan untuk menentukan bilangan peluang pekerjaan yang kita kehilangan akibat penutupan kilang-kilang yang melibatkan SME serta sektor manakah yang diramalkan akan terjejas berikutnya, sukacita dimaklumkan bahawa kementerian saya melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) menerima data-data pemberhentian kerja bagi semua sektor termasuk SME melalui penguatkuasaan Akta Kerja 1955. Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Larut bangun. Datuk Abdul Rahman Bakar: Ya, sila. Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Tahniah Yang Berhormat. Giant Killer, dapat mengalahkan bekas Ketua Pembangkang. Datuk Abdul Rahman Bakar: Apa soalannya? Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Hendak masuklah ini. Saya cuma hendak bertanya kepada Yang Berhormat, selepas sepenggal Terengganu terutamanya, di bawah kepimpinan pembangkang, bezanya selepas Kerajaan Barisan Nasional mengambil alih, bagaimanakah peluang-peluang pekerjaan, terutamanya di kalangan tenaga buruh di Terengganu pada hari ini? Minta sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat, dari segi layanan terutamanya. Datuk Abdul Rahman Bakar: Saya telah pun melawat Jabatan Tenaga Buruh di Terengganu dan sambutan kepada peluang-peluang pekerjaan sangat memuaskan dan kita difahamkan iaitu Kerajaan Negeri Terengganu di bawah Barisan Nasional hari ini mampu untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan dalam masa yang sama juga akan mengurangkan kadar pengangguran. Sangat berbeza dengan kerajaan dahulu, PAS bulan. Akta ini mewajibkan majikan yang ingin memberhentikan pekerja mereka supaya melaporkan kepada JTK yang berhampiran sebulan sebelum tarikh pemberhentian kerja dilakukan. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Menyampuk] Soalan baik Yang Berhormat, soalan baik. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Jerai bangun. Datuk Abdul Rahman Bakar: Soalan baik, sila. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sistem atau cara pengambilan pekerja-pekerja di dalam sesebuah kilang. Contohnya di kawasan Parlimen saya ada dua tiga buah kilang, saya tidak mahulah sebut nama, yang dibina, diberi tanah di situ, diambil tanah orang dan sebagainya dan kemudian bayar pampasan …. okey, yang itu tidak mengapa, tetapi dari segi pengambilan tenaga kerja. Kadang-kadang orang tempatan itu sendiri tidak mendapat peluang bekerja. Mereka mengimport orang dari luar untuk bekerja. Orang di situ marah, Tuan Yang di-Pertua, dan ada yang menangis, yang susah hati kerana tidak ada kerja sedangkan kilang didirikan dalam kampung mereka. Selain itu masalah sosial pula Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita katakan tidak ada kerja, takkanlah orang kampung setakat menjadi labour pun tidak boleh jadikah? Kepada siapakah saya hendak memohon belas kasihan, kasihan kepada orang kampung saya. Tuan Yang di-Pertua: Jikalau Yang Berhormat boleh bagi nama kilang-kilang itu kepada kementerian, barangkali mereka boleh menyiasat, Yang Berhormat. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya hendak bagi sekarang bolehkah? Datuk Abdul Rahman Bakar: Okey, saya tunggu dulu nama-nama itu diberi kepada saya, kemudian saya akan memberi jawapan. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya beri sekarang bolehkah? Datuk Abdul Rahman Bakar: Boleh.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Timor yang ingin mengetahui sama ada kajian dilakukan untuk menentukan bilangan peluang pekerjaan yang kita kehilangan akibat penutupan kilang-kilang yang melibatkan SME serta sektor manakah yang diramalkan akan terjejas berikutnya, sukacita dimaklumkan bahawa kementerian saya melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) menerima data-data pemberhentian kerja bagi semua sektor termasuk SME melalui penguatkuasaan Akta Kerja 1955. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Larut bangun. Datuk Abdul Rahman Bakar: Ya, sila. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Tahniah Yang Berhormat. Giant Killer, dapat mengalahkan bekas Ketua Pembangkang. Datuk Abdul Rahman Bakar: Apa soalannya?. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Hendak masuklah ini. Saya cuma hendak bertanya kepada Yang Berhormat, selepas sepenggal Terengganu terutamanya, di bawah kepimpinan pembangkang, bezanya selepas Kerajaan Barisan Nasional mengambil alih, bagaimanakah peluang-peluang pekerjaan, terutamanya di kalangan tenaga buruh di Terengganu pada hari ini? Minta sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat, dari segi layanan terutamanya. Datuk Abdul Rahman Bakar: Saya telah pun melawat Jabatan Tenaga Buruh di Terengganu dan sambutan kepada peluang-peluang pekerjaan sangat memuaskan dan kita difahamkan iaitu Kerajaan Negeri Terengganu di bawah Barisan Nasional hari ini mampu untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan dalam masa yang sama juga akan mengurangkan kadar pengangguran. Sangat berbeza dengan kerajaan dahulu, PAS bulan. Akta ini mewajibkan majikan yang ingin memberhentikan pekerja mereka supaya melaporkan kepada JTK yang berhampiran sebulan sebelum tarikh pemberhentian kerja dilakukan. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Menyampuk] Soalan baik Yang Berhormat, soalan baik. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Jerai bangun. Datuk Abdul Rahman Bakar: Soalan baik, sila. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sistem atau cara pengambilan pekerja-pekerja di dalam sesebuah kilang. Contohnya di kawasan Parlimen saya ada dua tiga buah kilang, saya tidak mahulah sebut nama, yang dibina, diberi tanah di situ, diambil tanah orang dan sebagainya dan kemudian bayar pampasan .... okey, yang itu tidak mengapa, tetapi dari segi pengambilan tenaga kerja. Kadang-kadang orang tempatan itu sendiri tidak mendapat peluang bekerja. Mereka mengimport orang dari luar untuk bekerja. Orang di situ marah, Tuan Yang di-Pertua, dan ada yang menangis, yang susah hati kerana tidak ada kerja sedangkan kilang didirikan dalam kampung mereka. Selain itu masalah sosial pula Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita katakan tidak ada kerja, takkanlah orang kampung setakat menjadi labour pun tidak boleh jadikah? Kepada siapakah saya hendak memohon belas kasihan, kasihan kepada orang kampung saya. Tuan Yang di-Pertua: Jikalau Yang Berhormat boleh bagi nama kilang-kilang itu kepada kementerian, barangkali mereka boleh menyiasat, Yang Berhormat. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya hendak bagi sekarang bolehkah?. Datuk Abdul Rahman Bakar: Okey, saya tunggu dulu nama-nama itu diberi kepada saya, kemudian saya akan memberi jawapan. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya beri sekarang bolehkah?. Datuk Abdul Rahman Bakar: Boleh.
104
118
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 105 Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Satu, Naza Kia, satu lagi Petronas Fertilizer dan satu lagi Modenas, satu lagi Perwaja … Perwaja dah out tetapi tidak mengapalah yang itu, soalnya yang belum out lagi ini, tidak ada peluang. Datuk Abdul Rahman Bakar: Sudah cukup? Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Orang-orang di situ marah. Saya minta kepada Yang Berhormat supaya satu hari nanti boleh ikut saya supaya boleh saya tunjukkan kepada mereka ini semua. Datuk Abdul Rahman Bakar: Tuan Yang di-Pertua, mohon izin saya jawab sekarang. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Datuk Abdul Rahman Bakar: Dari segi kekosongan pekerjaan yang memerlukan tenaga kerja yang besar bukan sahaja berlaku di dalam sektor perladangan malahan dalam sektor pembuatan termasuk Naza Kia dan yang lain-lain, kita masih memerlukan 1:50. Diambilnya pekerja-pekerja luar itu memandangkan masih lagi kekurangan pekerja-pekerja tempatan dan dalam masa yang sama juga kita menggalakkan serta meminta industri-industri ataupun kilang-kilang ini mengutamakan pekerja-pekerja local ataupun pekerja-pekerja tempatan. Tindakan sedang diambil. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh terima nisbah itu. Datuk Abdul Rahman Bakar: Betul. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Kawasan saya banyak orang yang berkelulusan, yang berkebolehan tetapi mereka tidak ambil. Itu yang saya tidak seronok. Tuan Yang di-Pertua: Tidak mengapalah. Biarlah kementerian menyiasat, Yang Berhormat. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Siasat Tuan Yang di-Pertua? Siasat ya? Datuk Abdul Rahman Bakar: Siasat dulu ya. Siasat dulu. Siasat dahululah baru beri kepada saya. Akta ini mewajibkan majikan yang ingin memberhentikan pekerja mereka melaporkan kepada JTK yang berhampiran sebulan sebelum tarikh pemberhentian kerja dilakukan. Berdasarkan data pemberhentian kerja bagi tempoh 1 Januari 2004 sehingga 15 Mei 2004 seramai 7,774 pekerja telah diberhentikan kerja di seluruh Malaysia. Tiga sektor yang mengalami pemberhentian kerja yang paling ramai ialah sektor pembuatan dengan angka 5,170 pekerja atau 66.5 peratus diikuti oleh sektor perkhidmatan dengan kes 689 pekerjaan atau 8.9 peratus. Tuan Ahmad Shaberry Cheek: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Kemaman bangun di belakang. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Sila. Tuan Ahmad Shaberry Cheek: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ingin saya bertanya kepada sahabat saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita lihat negara-negara maju dan kita sememangnya ingin menuju ke arah menjadi status negara maju dan dikaitkan dengan soal good governance, atau kerajaan yang baik, soal pekerjaan adalah soal yang sensitif dan soal yang mesti dipertanggungjawabkan kepada kerajaan untuk memastikan setiap warganegaranya bekerja. Sebab itulah di negara-negara ini kalau kita lihat tentang laporan soal pekerjaan baru diwujudkan, laporan mengenai berapa ramai yang dibuang kerja itu dibuat seperti laporan ramalan kaji cuaca. Setiap hari selepas laporan kaji cuaca, diikuti laporan pasaran saham dan laporan berkenaan dengan berapakah pekerjaan baru diwujudkan dan berapakah pekerjaan yang hilang pada setiap hari. Bilakah kita di Malaysia akan melaksanakan cara yang seperti itu supaya kita dilihat sentiasa insaf dan prihatin terhadap soal pekerjaan di negara kita. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, sama juga seperti laporan orang yang beranak dan orang yang mati, ada yang mati dan ada yang beranak, tidak boleh dikatakan semacam laporan ramalan kaji cuaca. Tetapi kita juga
105. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Satu, Naza Kia, satu lagi Petronas Fertilizer dan satu lagi Modenas, satu lagi Perwaja ... Perwaja dah out tetapi tidak mengapalah yang itu, soalnya yang belum out lagi ini, tidak ada peluang. Datuk Abdul Rahman Bakar: Sudah cukup?. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Orang-orang di situ marah. Saya minta kepada Yang Berhormat supaya satu hari nanti boleh ikut saya supaya boleh saya tunjukkan kepada mereka ini semua. Datuk Abdul Rahman Bakar: Tuan Yang di-Pertua, mohon izin saya jawab sekarang. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Datuk Abdul Rahman Bakar: Dari segi kekosongan pekerjaan yang memerlukan tenaga kerja yang besar bukan sahaja berlaku di dalam sektor perladangan malahan dalam sektor pembuatan termasuk Naza Kia dan yang lain-lain, kita masih memerlukan 1:50. Diambilnya pekerja-pekerja luar itu memandangkan masih lagi kekurangan pekerja-pekerja tempatan dan dalam masa yang sama juga kita menggalakkan serta meminta industri-industri ataupun kilang-kilang ini mengutamakan pekerja-pekerja local ataupun pekerja-pekerja tempatan. Tindakan sedang diambil. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh terima nisbah itu. Datuk Abdul Rahman Bakar: Betul. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Kawasan saya banyak orang yang berkelulusan, yang berkebolehan tetapi mereka tidak ambil. Itu yang saya tidak seronok. Tuan Yang di-Pertua: Tidak mengapalah. Biarlah kementerian menyiasat, Yang Berhormat. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Siasat Tuan Yang di-Pertua? Siasat ya?. Datuk Abdul Rahman Bakar: Siasat dulu ya. Siasat dulu. Siasat dahululah baru beri kepada saya. Akta ini mewajibkan majikan yang ingin memberhentikan pekerja mereka melaporkan kepada JTK yang berhampiran sebulan sebelum tarikh pemberhentian kerja dilakukan. Berdasarkan data pemberhentian kerja bagi tempoh 1 Januari 2004 sehingga 15 Mei 2004 seramai 7,774 pekerja telah diberhentikan kerja di seluruh Malaysia. Tiga sektor yang mengalami pemberhentian kerja yang paling ramai ialah sektor pembuatan dengan angka 5,170 pekerja atau 66.5 peratus diikuti oleh sektor perkhidmatan dengan kes 689 pekerjaan atau 8.9 peratus. Tuan Ahmad Shaberry Cheek: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Kemaman bangun di belakang. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Sila. Tuan Ahmad Shaberry Cheek: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ingin saya bertanya kepada sahabat saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita lihat negara-negara maju dan kita sememangnya ingin menuju ke arah menjadi status negara maju dan dikaitkan dengan soal good governance, atau kerajaan yang baik, soal pekerjaan adalah soal yang sensitif dan soal yang mesti dipertanggungjawabkan kepada kerajaan untuk memastikan setiap warganegaranya bekerja. Sebab itulah di negara-negara ini kalau kita lihat tentang laporan soal pekerjaan baru diwujudkan, laporan mengenai berapa ramai yang dibuang kerja itu dibuat seperti laporan ramalan kaji cuaca. Setiap hari selepas laporan kaji cuaca, diikuti laporan pasaran saham dan laporan berkenaan dengan berapakah pekerjaan baru diwujudkan dan berapakah pekerjaan yang hilang pada setiap hari. Bilakah kita di Malaysia akan melaksanakan cara yang seperti itu supaya kita dilihat sentiasa insaf dan prihatin terhadap soal pekerjaan di negara kita. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, sama juga seperti laporan orang yang beranak dan orang yang mati, ada yang mati dan ada yang beranak, tidak boleh dikatakan semacam laporan ramalan kaji cuaca. Tetapi kita juga.
105
119
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
106 DR.1.6.2004 sentiasa menyimpan data-data serta rekod-rekod yang terperinci, yang dianalisa pada setiap masa khususnya terhadap annual report yang kita buat setiap tahun. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagikah Yang Berhormat ? Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, ya. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Sektor pertanian pula mengalami pemberhentian pekerjaan sebanyak 678 pekerjaan atau 8.7 peratus. Namun demikian, ingin saya nyatakan di sini bahawa sambil kita kehilangan pekerjaan kita juga telah berjaya mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang baru. Bagi bulan Mac 2004 sahaja, sebanyak 4,362 kekosongan yang terdiri dari pelbagai sektor dan peringkat jawatan telah dilaporkan. Saya ingin memaklumkan, sungguhpun pemberhentian kerja akan terus berlaku tetapi ia dijangka akan berkurangan berikutan ramalan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu tuntutan palsu terhadap Tabung Pembangunan Kemahiran yang dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Parit Sulung, ingin dinyatakan bahawa kementerian saya mengenakan syarat-syarat yang ketat serta proses semakan yang terperinci bagi mencegah sebarang tuntutan palsu daripada institut-institut latihan. Jika ada sebarang keraguan, siasatan lanjut, termasuk lawatan ke institusi yang berkenaan, akan dilakukan. Di bawah proses ini, pemalsuan oleh institut latihan akan dapat dikesan oleh peminjam atau penjamin, melainkan mereka yang bersubahat. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat bagi Beluran supaya kerajaan mengadakan skim gaji bulanan dan kemudahan yang menarik bagi pekerja di sektor ladang, sukacita dinyatakan bahawa satu perjanjian bersama di antara Persatuan Pengeluar-pengeluar Pertanian Tanah Melayu (MAPA) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) telah ditandatangani. Dengan perjanjian ini, MAPA bersetuju dengan cadangan NUPW untuk memberi upah minimum sebanyak RM350 sebulan bagi penoreh getah, faedah-faedah lain bagi penoreh getah termasuk pemberian insentif high yield, scrap rate dan price bonus, dengan izin, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan Kementerian Sumber Manusia di Dewan yang mulia ini yang tidak sempat saya menjawab dalam masa yang singkat ini, saya ingin memaklumkan bahawa kementerian saya amat menghargai teguran, komen, cadangan dan pandangan yang membina dan akan mengambil perhatian serta tindakan sewajarnya terhadap isu-isu dan cadangan yang dikemukakan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. 7.00 mlm. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi [Datuk Peter Chin Fah Kui]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Beluran, Bentong, Kanowit, Santubong, Baram, Serdang, Rantau Panjang dan Jerai yang telah membangkitkan perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Saya akan menjawabnya mengikut isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat berkenaan. Tuan Yang di-Pertua: Sila. Datuk Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, isu kelapa sawit yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Beluran, Bentong, Kanowit dan Santubong. Pertama sekali, saya ingin menyentuh mengenai cadangan Yang Berhormat bagi Beluran agar sebahagian daripada kutipan ses sawit digunakan sebagai insentif untuk menarik pekerja tempatan, bekerja dalam sektor ladang, kerana gaji yang dibayar di sektor ladang difikirkan rendah dan tidak menarik. Sukacita saya memaklumkan, bahawa wang ses yang dikutip daripada minyak sawit adalah digunakan khusus untuk membiayai aktiviti-aktiviti penyelidikan dan
sentiasa menyimpan data-data serta rekod-rekod yang terperinci, yang dianalisa pada setiap masa khususnya terhadap annual report yang kita buat setiap tahun. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagikah Yang Berhormat ? Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, ya. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Sektor pertanian pula mengalami pemberhentian pekerjaan sebanyak 678 pekerjaan atau 8.7 peratus. Namun demikian, ingin saya nyatakan di sini bahawa sambil kita kehilangan pekerjaan kita juga telah berjaya mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang baru. Bagi bulan Mac 2004 sahaja, sebanyak 4,362 kekosongan yang terdiri dari pelbagai sektor dan peringkat jawatan telah dilaporkan. Saya ingin memaklumkan, sungguhpun pemberhentian kerja akan terus berlaku tetapi ia dijangka akan berkurangan berikutan ramalan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu tuntutan palsu terhadap Tabung Pembangunan Kemahiran yang dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Parit Sulung, ingin dinyatakan bahawa kementerian saya mengenakan syarat-syarat yang ketat serta proses semakan yang terperinci bagi mencegah sebarang tuntutan palsu daripada institut-institut latihan. Jika ada sebarang keraguan, siasatan lanjut, termasuk lawatan ke institusi yang berkenaan, akan dilakukan. Di bawah proses ini, pemalsuan oleh institut latihan akan dapat dikesan oleh peminjam atau penjamin, melainkan mereka yang bersubahat. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat bagi Beluran supaya kerajaan mengadakan skim gaji bulanan dan kemudahan yang menarik bagi pekerja di sektor ladang, sukacita dinyatakan bahawa satu perjanjian bersama di antara Persatuan Pengeluar-pengeluar Pertanian Tanah Melayu (MAPA) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) telah ditandatangani. Dengan perjanjian ini, MAPA bersetuju dengan cadangan NUPW untuk memberi upah minimum sebanyak RM350 sebulan bagi penoreh getah, faedah-faedah lain bagi penoreh getah termasuk pemberian insentif high yield, scrap rate dan price bonus, dengan izin, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan Kementerian Sumber Manusia di Dewan yang mulia ini yang tidak sempat saya menjawab dalam masa yang singkat ini, saya ingin memaklumkan bahawa kementerian saya amat menghargai teguran, komen, cadangan dan pandangan yang membina dan akan mengambil perhatian serta tindakan sewajarnya terhadap isu-isu dan cadangan yang dikemukakan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. 7.00 mlm. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi [Datuk Peter Chin Fah Kui]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Beluran, Bentong, Kanowit, Santubong, Baram, Serdang, Rantau Panjang dan Jerai yang telah membangkitkan perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Saya akan menjawabnya mengikut isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat berkenaan. Tuan Yang di-Pertua: Sila. Datuk Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, isu kelapa sawit yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Beluran, Bentong, Kanowit dan Santubong. Pertama sekali, saya ingin menyentuh mengenai cadangan Yang Berhormat bagi Beluran agar sebahagian daripada kutipan ses sawit digunakan sebagai insentif untuk menarik pekerja tempatan, bekerja dalam sektor ladang, kerana gaji yang dibayar di sektor ladang difikirkan rendah dan tidak menarik. Sukacita saya memaklumkan, bahawa wang ses yang dikutip daripada minyak sawit adalah digunakan khusus untuk membiayai aktiviti-aktiviti penyelidikan dan.
106
120
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 107 pembangunan, promosi dan perkhidmatan kepada industri sawit negara. Ketiga-tiga perkara ini perlu diberi keutamaan untuk menentukan industri sawit negara terus berdaya saing di pasaran antarabangsa. Malahan, ingin saya menegaskan di sini, bahawa prestasi industri sawit yang membanggakan, serta harga yang tinggi yang sedang dinikmati sekarang, sebenarnya adalah hasil daripada penekanan kerajaan terhadap pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut, termasuk tumpuan yang diberi kepada kecekapan dan kualiti di dalam pengeluaran. Pada masa ini, kerajaan tidak ada cadangan untuk mengutip ses tambahan, khususnya bagi membayar gaji pekerja ladang. Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bentong, mengenai mengoptimumkan penggunaan tanah di ladang sawit untuk mendapatkan hasil yang lebih, sukalah saya menegaskan bahawa selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu sumber menjana ekonomi negara, aktiviti integrasi pertanian adalah digalakkan, sama ada integrasi satu jenis tanaman dengan tanaman yang lain, ataupun tanaman dengan ternakan. Ini, bukan sahaja akan meningkatkan pendapatan para petani tetapi juga akan menyumbang kepada menambahkan bekalan makanan negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ujian yang telah dijalankan di tapak bagi mengintegrasikan tanaman sawit dengan tanaman-tanaman yang lain, termasuk ternakan haiwan untuk mengoptimumkan penggunaan tanah, telah pun dijalankan di beberapa kawasan di sekitar negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Hasil daripada ujian ini, menunjukkan bahawa usaha ini boleh mendatangkan hasil yang lumayan dan membawa keuntungan. Namun demikian, sebelum usaha ini dapat dilaksanakan dalam skala yang lebih meluas, kajian pasaran perlulah dijalankan. Ini, adalah untuk memastikan bahawa hasil tanaman tidak membanjiri pasaran dan masih dapat dijual pada harga yang berpatutan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga…… Tuan Liow Tiong Lai: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya. Ada yang bangun Yang Berhormat, ya. Tuan Liow Tiong Lai: Ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana telah memberi satu jawapan yang begitu jelas, bagaimana kita hendak mengoptimumkan penggunaan tanah di ladang-ladang kelapa sawit. Saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Menteri, berhubung dengan kejatuhan harga sawit sekarang. Adakah ia sementara dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk memastikan harga sawit dapat distabilkan. Terima kasih. Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Yang Berhormat bagi Bentong. Memang ini adalah satu perkara yang diawasi oleh pihak kementerian ini, kerana kita fahamlah, dengan adanya harga yang lumayan dalam tahun ini, kalaulah harga ini jatuh, kita akan ambil tindakan yang sewajarnya untuk menstabilkan harga minyak sawit ini. Walau bagaimanapun, saya difahamkan baru-baru ini, harga ini sudah dalam satu paras yang agak stabil, iaitu dalam lingkungan RM1,550.50 dalam harga CPO, pada 28 Mei ini. Kita tidak anggap harga ini akan terus jatuh, menjunam sampai paras yang lebih rendah lagi. Oleh sebab itu, maka kita akan berhati-hatilah tentang naik atau turun harga ini dan kita akan menyediakan langkah-langkah yang perlu untuk menstabilkan harga ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kanowit mencadangkan supaya diwujudkan ladang-ladang kelapa sawit di tanah-tanah terbiar bagi menambahkan pendapatan masyarakat setempat serta mewujudkan peluang pekerjaan dan bagi menggalakkan penghijrahan masyarakat setempat ke kawasan lain, untuk mencari peluang pekerjaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian saya sedang dan memang menyokong cadangan supaya tanah terbiar dan tanah yang sesuai patut ditanam dengan kelapa sawit atau lain-lain tanaman. Namun demikian, peruntukan tanah mengikut aktiviti ekonomi adalah terletak di bawah bidang kuasa dan persetujuan kerajaan negeri masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Santubong menyentuh mengenai pengeluaran minyak sawit mentah atau CPO daripada kawasan tanaman sawit yang
107. pembangunan, promosi dan perkhidmatan kepada industri sawit negara. Ketiga-tiga perkara ini perlu diberi keutamaan untuk menentukan industri sawit negara terus berdaya saing di pasaran antarabangsa. Malahan, ingin saya menegaskan di sini, bahawa prestasi industri sawit yang membanggakan, serta harga yang tinggi yang sedang dinikmati sekarang, sebenarnya adalah hasil daripada penekanan kerajaan terhadap pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut, termasuk tumpuan yang diberi kepada kecekapan dan kualiti di dalam pengeluaran. Pada masa ini, kerajaan tidak ada cadangan untuk mengutip ses tambahan, khususnya bagi membayar gaji pekerja ladang. Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bentong, mengenai mengoptimumkan penggunaan tanah di ladang sawit untuk mendapatkan hasil yang lebih, sukalah saya menegaskan bahawa selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu sumber menjana ekonomi negara, aktiviti integrasi pertanian adalah digalakkan, sama ada integrasi satu jenis tanaman dengan tanaman yang lain, ataupun tanaman dengan ternakan. Ini, bukan sahaja akan meningkatkan pendapatan para petani tetapi juga akan menyumbang kepada menambahkan bekalan makanan negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ujian yang telah dijalankan di tapak bagi mengintegrasikan tanaman sawit dengan tanaman-tanaman yang lain, termasuk ternakan haiwan untuk mengoptimumkan penggunaan tanah, telah pun dijalankan di beberapa kawasan di sekitar negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Hasil daripada ujian ini, menunjukkan bahawa usaha ini boleh mendatangkan hasil yang lumayan dan membawa keuntungan. Namun demikian, sebelum usaha ini dapat dilaksanakan dalam skala yang lebih meluas, kajian pasaran perlulah dijalankan. Ini, adalah untuk memastikan bahawa hasil tanaman tidak membanjiri pasaran dan masih dapat dijual pada harga yang berpatutan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga...... Tuan Liow Tiong Lai: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Ada yang bangun Yang Berhormat, ya. Tuan Liow Tiong Lai: Ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana telah memberi satu jawapan yang begitu jelas, bagaimana kita hendak mengoptimumkan penggunaan tanah di ladang-ladang kelapa sawit. Saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Menteri, berhubung dengan kejatuhan harga sawit sekarang. Adakah ia sementara dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk memastikan harga sawit dapat distabilkan. Terima kasih. Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Yang Berhormat bagi Bentong. Memang ini adalah satu perkara yang diawasi oleh pihak kementerian ini, kerana kita fahamlah, dengan adanya harga yang lumayan dalam tahun ini, kalaulah harga ini jatuh, kita akan ambil tindakan yang sewajarnya untuk menstabilkan harga minyak sawit ini. Walau bagaimanapun, saya difahamkan baru-baru ini, harga ini sudah dalam satu paras yang agak stabil, iaitu dalam lingkungan RM1,550.50 dalam harga CPO, pada 28 Mei ini. Kita tidak anggap harga ini akan terus jatuh, menjunam sampai paras yang lebih rendah lagi. Oleh sebab itu, maka kita akan berhati-hatilah tentang naik atau turun harga ini dan kita akan menyediakan langkah-langkah yang perlu untuk menstabilkan harga ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kanowit mencadangkan supaya diwujudkan ladang-ladang kelapa sawit di tanah-tanah terbiar bagi menambahkan pendapatan masyarakat setempat serta mewujudkan peluang pekerjaan dan bagi menggalakkan penghijrahan masyarakat setempat ke kawasan lain, untuk mencari peluang pekerjaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian saya sedang dan memang menyokong cadangan supaya tanah terbiar dan tanah yang sesuai patut ditanam dengan kelapa sawit atau lain-lain tanaman. Namun demikian, peruntukan tanah mengikut aktiviti ekonomi adalah terletak di bawah bidang kuasa dan persetujuan kerajaan negeri masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Santubong menyentuh mengenai pengeluaran minyak sawit mentah atau CPO daripada kawasan tanaman sawit yang.
107
121
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
108 DR.1.6.2004 telah matang dan mencadangkan supaya kementerian mengambil tindakan khusus, agar pengeksportan minyak sawit mentah negara atau CPO tidak akan berkurang dalam tempoh tiga tahun akan datang. Terima kasihlah Yang Berhormat kerana cadangan ini bernas dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keluasan tanaman sawit pada tahun 2003 adalah sekitar 3.8 juta hektar, di mana 3.3 juta hektar merupakan kawasan matang. Pengeluaran minyak sawit mentah telah menunjukkan peningkatan sejak 10 tahun kebelakangan ini, iaitu daripada 6.1 juta tan pada tahun 1990 kepada 13.4 juta tan pada tahun 2003. Ini dijangkakan akan meningkat lagi kepada 13.6 juta tan pada tahun ini, 14.2 juta tan pada tahun 2005 dan 16.5 juta tan menjelang tahun 2010. Dalam perkara ini usaha-usaha sentiasa dijalankan oleh kementerian saya untuk meningkatkan lagi produktiviti ladang-ladang sawit ini supaya pengeluaran- pengeluaran dapat ditingkatkan lagi di masa hadapan. Ingin saya menjelaskan telah menjadi dasar kerajaan untuk menggalakkan pengeksportan produk sawit yang telah diproses berbanding dengan pengeksportan minyak sawit mentah sahaja iaitu CPO. Ini adalah kerana kerajaan menggalakkan pengeksportan produk-produk bernilai tambah. Walau bagaimanapun kita membenarkan pengeksportan CPO secara terhad dan terpilih untuk memenuhi permintaan daripada negara-negara rakan perdagangan yang penting seperti India dan Kesatuan Eropah. Untuk makluman Yang Berhormat, daripada 12.25 juta tan minyak sawit yang telah dieksport pada tahun 2003, 11.01 juta tan adalah merupakan minyak sawit yang telah diproses manakala 1.24 juta tan adalah merupakan minyak sawit mentah. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu kayu-kayan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Santubong saya ingin menjelaskan di sini, bahawa apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat ialah pengeluaran kayu getah atau produk-produk yang berasaskan kayu-kayan iaitu pengeluarannya... Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan: Tuan Yang di-Pertua. Datuk Peter Chin Fah Kui: Saya minta maaflah sekejap ya, nanti saya habiskan dahulu. Tuan Yang di-Pertua: Sekejap, sekejap Yang Berhormat, bagi dia habiskan ayat dia dahulu. Datuk Peter Chin Fah Kui: Berasaskan kayu-kayan iaitu pengeluarannya mestilah mendapatkan persijilan atau certification daripada Forest Stewardship Council (FSC). Tuan Yang di-Pertua: Ya, Sabak Bernam. Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak kembali kepada kelapa sawit ini. Saya daripada kawasan pertanian Sabak Bernam, kelapa sawit adalah salah satu daripada perusahaan yang sangat besar. Yang paling ditakuti oleh penduduk ataupun rakyat ialah fluctuation harga kepada kelapa sawit ini. Saya ingin bertanya, dalam unjuran yang begitu baik sehingga tahun 2010, apakah jaminan harga yang baik kepada produk ini? Terima kasih. Datuk Peter Chin Fah Kui: Yang Berhormat terima kasih kerana kita tidak dapat menjaminkan harga ini mesti dalam satu paras yang tinggi, kerana ini ditumpukan kepada market forces, dengan izin kerana kita tahulah harga komoditi ini seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu menghadapi masalah fluctuation sini. Kita cubalah mengadakan langkah-langkah yang kita perlu ambil untuk memastikan bahawa kalaulah harga ini turun kepada paras yang kita rasa tidak membimbangkan, kita akan mengehadkan jumlah CPO atau proses minyak yang kita akan memasarkan di dalam pasaran ini, supaya kalaulah pasaran itu kurang daripada jumlah supply ini, maka harga itu akan ditahankan dalam satu paras yang agak stabil. Langkah yang lain kita boleh menggunakan cara burning, ini satu langkah yang kita gunakan, kalaulah ada terlalu banyak CPO di dalam pasaran kita akan gunakan CPO ini untuk menjadikan deserve, dengan izin supaya minyak kita ini boleh digunakan untuk kereta atau untuk enjin-enjin yang lain. Selain daripada proses minyak atau CPO itu kita boleh gunakan minyak untuk lain-lain kegunaan. Ini sekali gus akan mengurangkan supply di dalam pasaran.
telah matang dan mencadangkan supaya kementerian mengambil tindakan khusus, agar pengeksportan minyak sawit mentah negara atau CPO tidak akan berkurang dalam tempoh tiga tahun akan datang. Terima kasihlah Yang Berhormat kerana cadangan ini bernas dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keluasan tanaman sawit pada tahun 2003 adalah sekitar 3.8 juta hektar, di mana 3.3 juta hektar merupakan kawasan matang. Pengeluaran minyak sawit mentah telah menunjukkan peningkatan sejak 10 tahun kebelakangan ini, iaitu daripada 6.1 juta tan pada tahun 1990 kepada 13.4 juta tan pada tahun 2003. Ini dijangkakan akan meningkat lagi kepada 13.6 juta tan pada tahun ini, 14.2 juta tan pada tahun 2005 dan 16.5 juta tan menjelang tahun 2010. Dalam perkara ini usaha-usaha sentiasa dijalankan oleh kementerian saya untuk meningkatkan lagi produktiviti ladang-ladang sawit ini supaya pengeluaran- pengeluaran dapat ditingkatkan lagi di masa hadapan. Ingin saya menjelaskan telah menjadi dasar kerajaan untuk menggalakkan pengeksportan produk sawit yang telah diproses berbanding dengan pengeksportan minyak sawit mentah sahaja iaitu CPO. Ini adalah kerana kerajaan menggalakkan pengeksportan produk-produk bernilai tambah. Walau bagaimanapun kita membenarkan pengeksportan CPO secara terhad dan terpilih untuk memenuhi permintaan daripada negara-negara rakan perdagangan yang penting seperti India dan Kesatuan Eropah. Untuk makluman Yang Berhormat, daripada 12.25 juta tan minyak sawit yang telah dieksport pada tahun 2003, 11.01 juta tan adalah merupakan minyak sawit yang telah diproses manakala 1.24 juta tan adalah merupakan minyak sawit mentah. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu kayu-kayan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Santubong saya ingin menjelaskan di sini, bahawa apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat ialah pengeluaran kayu getah atau produk-produk yang berasaskan kayu-kayan iaitu pengeluarannya... Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan: Tuan Yang di-Pertua. Datuk Peter Chin Fah Kui: Saya minta maaflah sekejap ya, nanti saya habiskan dahulu. Tuan Yang di-Pertua: Sekejap, sekejap Yang Berhormat, bagi dia habiskan ayat dia dahulu. Datuk Peter Chin Fah Kui: Berasaskan kayu-kayan iaitu pengeluarannya mestilah mendapatkan persijilan atau certification daripada Forest Stewardship Council (FSC). Tuan Yang di-Pertua: Ya, Sabak Bernam. Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak kembali kepada kelapa sawit ini. Saya daripada kawasan pertanian Sabak Bernam, kelapa sawit adalah salah satu daripada perusahaan yang sangat besar. Yang paling ditakuti oleh penduduk ataupun rakyat ialah fluctuation harga kepada kelapa sawit ini. Saya ingin bertanya, dalam unjuran yang begitu baik sehingga tahun 2010, apakah jaminan harga yang baik kepada produk ini? Terima kasih. Datuk Peter Chin Fah Kui: Yang Berhormat terima kasih kerana kita tidak dapat menjaminkan harga ini mesti dalam satu paras yang tinggi, kerana ini ditumpukan kepada market forces, dengan izin kerana kita tahulah harga komoditi ini seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu menghadapi masalah fluctuation sini. Kita cubalah mengadakan langkah-langkah yang kita perlu ambil untuk memastikan bahawa kalaulah harga ini turun kepada paras yang kita rasa tidak membimbangkan, kita akan mengehadkan jumlah CPO atau proses minyak yang kita akan memasarkan di dalam pasaran ini, supaya kalaulah pasaran itu kurang daripada jumlah supply ini, maka harga itu akan ditahankan dalam satu paras yang agak stabil. Langkah yang lain kita boleh menggunakan cara burning, ini satu langkah yang kita gunakan, kalaulah ada terlalu banyak CPO di dalam pasaran kita akan gunakan CPO ini untuk menjadikan deserve, dengan izin supaya minyak kita ini boleh digunakan untuk kereta atau untuk enjin-enjin yang lain. Selain daripada proses minyak atau CPO itu kita boleh gunakan minyak untuk lain-lain kegunaan. Ini sekali gus akan mengurangkan supply di dalam pasaran.
108
122
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 109 Tuan Yang di-Pertua, mengenai Forest Stewardship Council ini ingin saya memberi sedikit penjelasan di sini, permintaan terhadap keluaran berasaskan kayu- kayan yang mempunyai sijil berkenaan sedang meningkat di kalangan pengguna- pengguna di Eropah yang mementingkan pemeliharaan alam sekitar. Isu persijilan ini telah dijadikan satu isu alam sekitar oleh pihak-pihak tertentu di Barat dan saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa ini adalah merupakan salah satu halangan perdagangan bukan tarif atau non-tarif trade barrier, yang bertujuan bagi menyukarkan kemasukan produk-produk kayu tropika di dalam pasaran tersebut. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, FSC hanyalah merupakan salah satu daripada skim persijilan kayu yang mendapatkan perhatian pihak pembeli khususnya di Eropah. Walau bagaimanapun Skim Majlis Persijilan Kayu Malaysia atau Malaysian Timber Certification Council atau MTCC juga kini telah diiktiraf dan diterima di beberapa buah negara di Eropah seperti di Denmark dan di United Kindom. Ini adalah hasil daripada usaha kerajaan untuk memperkenalkan dan mempromosikan skim persijilan MTCC di negara Eropah. MTCC akan terus bekerjasama dengan beberapa negara lain di Eropah untuk memastikan bahawa skim persijilan MTCC ini dapat diterima oleh pihak berkenaan di kawasan-kawasan Eropah itu. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Hmm, Santubong bangun Yang Berhormat. Datuk Peter Chin Fah Kui: Sila. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, saya berterima kasih kepada Menteri kerana menjawab cukup jelas. Apa yang saya bimbang di sini daripada awal lagi berhubung dengan Forest Stewardship Council ini, certification ini sebenarnya bunyi sahaja dia environmental tapi sebenarnya itu dia non tariff trade barrier yang dibuat oleh pihak Eropah supaya menghalangkan kemasukan kayu tropika daripada masuk ke negara Eropah. Semasa ini oleh sebab Sijil Majlis Persijilan Kayu Malaysia ini baru diterima untuk beberapa buah negara sahaja. Bermakna kita masih banyak batasan untuk memasuki pasaran Eropah, bahkan kalau kita lihat kelapa sawit dan kayu getah yang meningkat sekali, mendadak pada tahun 2003 untuk pengeluaran pertanian. Ini yang saya persoalkan hanya 90% daripadanya small holders dan hanya 10% daripada big estate - kemungkinan. Apakah tindakan kementerian supaya orang yang banyak duit dan kaya ini boleh terlibat secara besar-besaran untuk menanam getah kerana demand daripada Republic of China dan Eropah semakin meningkat. Kalau persijilan kayu Malaysia (MTCC) ini boleh diterima pihak negara di Eropah kemungkinan demand itu lebih meningkat pada masa-masa yang akan datang dengan harapan kementerian boleh bertindak cepat dan ligat untuk mendapatkan persijilan ini yang diterima oleh Forest Stewardship Council di Eropah, terima kasih. Datuk Peter Chin Fah Kui: Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya memang setujulah perkara FSC ini adalah satu halangan bagi kita, oleh sebab itu maka kita akan terus mempromosikan MTCC ini supaya persijilan yang dikeluarkan oleh MTCC ini boleh menggantikan FSC yang sekarang menjadikan satu halangan bagi kita. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, perkara ini ialah untuk pengeksportan perabot, sawn timber dan sebagainya kepada negara-negara Eropah tetapi sebaliknya ada banyak negara yang lain yang tidak menggunakan FSC sebab FSC ini kita semua tahu adalah dikendalikan oleh pihak NGO yang menggunakan isu alam sekitar untuk mengikatkan agenda mereka. Kita cubalah membongkarkan kepada negara-negara yang lain supaya mereka tahu agenda ini, yang hidden agenda daripada FSC ini. Walau bagaimanapun, kita akan terus berusaha dan juga memberikan satu tumpuan yang cukup supaya FSC ini tidak akan berjaya. Tuan Yang di-Pertua, isu penyelidikan dan pembangunan disentuh oleh Yang Berhormat bagi Baram dan Ledang. Berkaitan dengan perkara ini, Yang Berhormat menyarankan supaya Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) dalam komoditi utama negara seperti kelapa sawit, getah dan kayu kayan diberi penekanan yang sewajarnya. Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada meningkatkan lagi usaha-usaha ke arah menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam sektor komoditi utama.
109. Tuan Yang di-Pertua, mengenai Forest Stewardship Council ini ingin saya memberi sedikit penjelasan di sini, permintaan terhadap keluaran berasaskan kayu- kayan yang mempunyai sijil berkenaan sedang meningkat di kalangan pengguna- pengguna di Eropah yang mementingkan pemeliharaan alam sekitar. Isu persijilan ini telah dijadikan satu isu alam sekitar oleh pihak-pihak tertentu di Barat dan saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa ini adalah merupakan salah satu halangan perdagangan bukan tarif atau non-tarif trade barrier, yang bertujuan bagi menyukarkan kemasukan produk-produk kayu tropika di dalam pasaran tersebut. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, FSC hanyalah merupakan salah satu daripada skim persijilan kayu yang mendapatkan perhatian pihak pembeli khususnya di Eropah. Walau bagaimanapun Skim Majlis Persijilan Kayu Malaysia atau Malaysian Timber Certification Council atau MTCC juga kini telah diiktiraf dan diterima di beberapa buah negara di Eropah seperti di Denmark dan di United Kindom. Ini adalah hasil daripada usaha kerajaan untuk memperkenalkan dan mempromosikan skim persijilan MTCC di negara Eropah. MTCC akan terus bekerjasama dengan beberapa negara lain di Eropah untuk memastikan bahawa skim persijilan MTCC ini dapat diterima oleh pihak berkenaan di kawasan-kawasan Eropah itu. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]. Tuan Yang di-Pertua: Hmm, Santubong bangun Yang Berhormat. Datuk Peter Chin Fah Kui: Sila. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, saya berterima kasih kepada Menteri kerana menjawab cukup jelas. Apa yang saya bimbang di sini daripada awal lagi berhubung dengan Forest Stewardship Council ini, certification ini sebenarnya bunyi sahaja dia environmental tapi sebenarnya itu dia non tariff trade barrier yang dibuat oleh pihak Eropah supaya menghalangkan kemasukan kayu tropika daripada masuk ke negara Eropah. Semasa ini oleh sebab Sijil Majlis Persijilan Kayu Malaysia ini baru diterima untuk beberapa buah negara sahaja. Bermakna kita masih banyak batasan untuk memasuki pasaran Eropah, bahkan kalau kita lihat kelapa sawit dan kayu getah yang meningkat sekali, mendadak pada tahun 2003 untuk pengeluaran pertanian. Ini yang saya persoalkan hanya 90% daripadanya small holders dan hanya 10% daripada big estate- kemungkinan. Apakah tindakan kementerian supaya orang yang banyak duit dan kaya ini boleh terlibat secara besar-besaran untuk menanam getah kerana demand daripada Republic of China dan Eropah semakin meningkat. Kalau persijilan kayu Malaysia (MTCC) ini boleh diterima pihak negara di Eropah kemungkinan demand itu lebih meningkat pada masa-masa yang akan datang dengan harapan kementerian boleh bertindak cepat dan ligat untuk mendapatkan persijilan ini yang diterima oleh Forest Stewardship Council di Eropah, terima kasih. Datuk Peter Chin Fah Kui: Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya memang setujulah perkara FSC ini adalah satu halangan bagi kita, oleh sebab itu maka kita akan terus mempromosikan MTCC ini supaya persijilan yang dikeluarkan oleh MTCC ini boleh menggantikan FSC yang sekarang menjadikan satu halangan bagi kita. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, perkara ini ialah untuk pengeksportan perabot, sawn timber dan sebagainya kepada negara-negara Eropah tetapi sebaliknya ada banyak negara yang lain yang tidak menggunakan FSC sebab FSC ini kita semua tahu adalah dikendalikan oleh pihak NGO yang menggunakan isu alam sekitar untuk mengikatkan agenda mereka. Kita cubalah membongkarkan kepada negara-negara yang lain supaya mereka tahu agenda ini, yang hidden agenda daripada FSC ini. Walau bagaimanapun, kita akan terus berusaha dan juga memberikan satu tumpuan yang cukup supaya FSC ini tidak akan berjaya. Tuan Yang di-Pertua, isu penyelidikan dan pembangunan disentuh oleh Yang Berhormat bagi Baram dan Ledang. Berkaitan dengan perkara ini, Yang Berhormat menyarankan supaya Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) dalam komoditi utama negara seperti kelapa sawit, getah dan kayu kayan diberi penekanan yang sewajarnya. Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada meningkatkan lagi usaha-usaha ke arah menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam sektor komoditi utama.
109
123
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
110 DR.1.6.2004 Usaha ini bukan sahaja dihadkan kepada agensi-agensi penyelidikan kerajaan tetapi juga diperluaskan kepada pihak industri melalui kerjasama dalam bidang-bidang yang bersesuaian. Objektif utama kerjasama seperti ini adalah untuk membolehkan pihak industri mengeluarkan produk-produk yang akan memenuhi permintaan pasaran dan cita rasa pengguna. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya isu tembakau yang dihuraikan oleh Rantau Panjang dan juga Jerai. Dalam perkara ini, Yang Berhormat bagi Rantau Panjang telah menyentuh pandangan negatif terhadap peranan Lembaga Tembakau Negara (LTN) ke atas penanam dan pengawet tembakau. Berkaitan dengan peranan LTN ini, saya berpendapat, tuduhan yang negatif yang dilemparkan oleh Yang Berhormat terhadap LTN adalah tidak berasas dan berbau politik. Ini dapat dibuktikan dengan pelbagai usaha yang dijalankan oleh LTN dan Kementerian saya selama ini untuk membantu penanam dan pengawet tembakau menjadi lebih berdaya saing untuk menghadapi proses liberalisasi di bawah AFTA dan WTO di samping membantu mereka mendapatkan pendapatan yang setimpal dengan usaha yang dijalankan. Di antara usaha-usaha yang dijalankan termasuklah perkara-perkara berikut:- (a) kredit pendahuluan daun kering sebanyak RM4.9 juta pada tahun 2000; (b) bantuan bagi menggantikan semula tanaman tembakau yang rosak akibat banjir sebanyak RM5,000 juta pada tahun 2001; (c) bantuan khas sebanyak RM22.5 juta pada tahun 2001 dan sebanyak RM28 juta pada tahun 2002; (d) peruntukan perangsangan ekonomi sebanyak RM5 juta pada tahun 2002 untuk peralatan ladang seperti pam air dan mesin penyembur atau mini-filler dan juga RM4.2 juta untuk perparitan ladang; (e) Skim Kredit Tanaman Tembakau sebanyak RM7 juta setahun mulai tahun 2001. Perparitan utama yang di kawasan tanaman yang berjumlah RM32 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran; dan (f) sistem kuota dan jaminan pasaran tembakau untuk memastikan pasaran tembakau dan dengan demikian penanam dan pengawet memperolehi harga daun yang memuaskan. Bagi membantu pengawet dan penanam/pengawet untuk menjadi lebih berdaya saing untuk menghadapi AFTA mulai tahun 2004, kerajaan dengan kerjasama pengilang-pengilang rokok utama telah memperkenalkan beberapa langkah baru. Ini termasuklah bantuan baja dan racun kawalan serangga perosak secara percuma dan insentif khas sebanyak RM2 bagi setiap kilogram daun kering yang dikeluarkan oleh pengawet dan penanam/pengawet. Untuk memantapkan lagi langkah tersebut, kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan Tabung Pinjam Mudah yang berjumlah RM60 juta. Tabung ini adalah bertujuan untuk menstrukturkan semula industri tembakau dengan membantu pengawet-pengawet tembakau yang sedia ada untuk bertukar kepada sistem tanaman dan pengawet yang lebih cekap seperti sistem tanaman pengawet besar. Ini akan membolehkan mereka menjadi lebih berdaya saing dan bersedia untuk menghadapi AFTA pada tahun 2010 apabila cukai import tembakau dan rokok dikurangkan kepada sebanyak RM500 sahaja dibandingkan dengan kira-kira RM300 ketika ini. Yang Berhormat juga telah membangkitkan perkara berhubung dengan menurunkan cukai import daun tembakau yang belum diproses daripada RM40 sekilogram kepada RM30 sekilogram. Tindakan tersebut bukanlah untuk membantu pengilang-pengilang besar tetapi sebenarnya adalah merupakan komitmen kerajaan di bawah kerjasama ASEAN untuk menurunkan cukai tembakau dan rokok secara berperingkat-peringkat kepada 0% sehingga 5% pada tahun 2010.
Usaha ini bukan sahaja dihadkan kepada agensi-agensi penyelidikan kerajaan tetapi juga diperluaskan kepada pihak industri melalui kerjasama dalam bidang-bidang yang bersesuaian. Objektif utama kerjasama seperti ini adalah untuk membolehkan pihak industri mengeluarkan produk-produk yang akan memenuhi permintaan pasaran dan cita rasa pengguna. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya isu tembakau yang dihuraikan oleh Rantau Panjang dan juga Jerai. Dalam perkara ini, Yang Berhormat bagi Rantau Panjang telah menyentuh pandangan negatif terhadap peranan Lembaga Tembakau Negara (LTN) ke atas penanam dan pengawet tembakau. Berkaitan dengan peranan LTN ini, saya berpendapat, tuduhan yang negatif yang dilemparkan oleh Yang Berhormat terhadap LTN adalah tidak berasas dan berbau politik. Ini dapat dibuktikan dengan pelbagai usaha yang dijalankan oleh LTN dan Kementerian saya selama ini untuk membantu penanam dan pengawet tembakau menjadi lebih berdaya saing untuk menghadapi proses liberalisasi di bawah AFTA dan WTO di samping membantu mereka mendapatkan pendapatan yang setimpal dengan usaha yang dijalankan. Di antara usaha-usaha yang dijalankan termasuklah perkara-perkara berikut:- (a) kredit pendahuluan daun kering sebanyak RM4.9 juta pada tahun 2000; (b) bantuan bagi menggantikan semula tanaman tembakau yang rosak akibat banjir sebanyak RM5,000 juta pada tahun 2001; (c) bantuan khas sebanyak RM22.5 juta pada tahun 2001 dan sebanyak RM28 juta pada tahun 2002; (d) peruntukan perangsangan ekonomi sebanyak RM5 juta pada tahun 2002 untuk peralatan ladang seperti pam air dan mesin penyembur atau mini-filler dan juga RM4.2 juta untuk perparitan ladang; (e) Skim Kredit Tanaman Tembakau sebanyak RM7 juta setahun mulai tahun 2001. Perparitan utama yang di kawasan tanaman yang berjumlah RM32 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran; dan (f) sistem kuota dan jaminan pasaran tembakau untuk memastikan pasaran tembakau dan dengan demikian penanam dan pengawet memperolehi harga daun yang memuaskan. Bagi membantu pengawet dan penanam/pengawet untuk menjadi lebih berdaya saing untuk menghadapi AFTA mulai tahun 2004, kerajaan dengan kerjasama pengilang-pengilang rokok utama telah memperkenalkan beberapa langkah baru. Ini termasuklah bantuan baja dan racun kawalan serangga perosak secara percuma dan insentif khas sebanyak RM2 bagi setiap kilogram daun kering yang dikeluarkan oleh pengawet dan penanam/pengawet. Untuk memantapkan lagi langkah tersebut, kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan Tabung Pinjam Mudah yang berjumlah RM60 juta. Tabung ini adalah bertujuan untuk menstrukturkan semula industri tembakau dengan membantu pengawet-pengawet tembakau yang sedia ada untuk bertukar kepada sistem tanaman dan pengawet yang lebih cekap seperti sistem tanaman pengawet besar. Ini akan membolehkan mereka menjadi lebih berdaya saing dan bersedia untuk menghadapi AFTA pada tahun 2010 apabila cukai import tembakau dan rokok dikurangkan kepada sebanyak RM500 sahaja dibandingkan dengan kira-kira RM300 ketika ini. Yang Berhormat juga telah membangkitkan perkara berhubung dengan menurunkan cukai import daun tembakau yang belum diproses daripada RM40 sekilogram kepada RM30 sekilogram. Tindakan tersebut bukanlah untuk membantu pengilang-pengilang besar tetapi sebenarnya adalah merupakan komitmen kerajaan di bawah kerjasama ASEAN untuk menurunkan cukai tembakau dan rokok secara berperingkat-peringkat kepada 0% sehingga 5% pada tahun 2010.
110
124
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 111 Bagi maksud ini, usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini adalah untuk menentukan negara kita mampu mengeluarkan tembakau dengan harga yang kompetitif. Jika ini tidak dapat dilakukan, negara kita terpaksa mengimport lebih banyak tembakau dari luar negara bagi memenuhi permintaan pengilang-pengilang rokok di negara ini serta akan menyebabkan negara kehilangan pertukaran wang asing. Saya ingin juga menambahkan bahawa kemenangan calon Barisan Nasional daripada Bachok kawasan utama tanaman tembakau adalah menunjukkan bahawa rakyat di situ berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh LTN dan Kerajaan Barisan Nasional. Selama ini PAS memegang negeri Kelantan, apakah yang telah dilaksanakan untuk membantu penanam dan pengawet tembakau di negeri berkenaan? Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat bagi Jerai mengenai tanaman alternatif yang sesuai kepada tanaman tembakau, sukalah saya menyatakan bahawa kerajaan akan sentiasa berusaha untuk mengenal pasti lain-lain tanaman yang sesuai ditanam bagi menggantikan tanaman tembakau di masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, bagi mengakhiri…. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat… Tuan Yang di-Pertua: Ya. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin meminta jaminan daripada Yang Berhormat sebagai Menteri, bagaimanakah masa depan penanam-penanam tembakau ini. Adakah masa depan mereka cerah ataupun gelap? Kalau masa depan mereka gelap, maka kerajaan harus memikirkan daripada sekarang untuk menyiapkan supaya mereka ini mendapat pendapatan lain selain daripada tembakau. Kerana sekarang ini dunia kempen untuk tidak menghisap rokok. Walaupun kita masih mengimport tetapi saya ingin penjelasan supaya penanam-penanam ini dapat bersedia untuk menghadapi masalah AFTA dan sebagainya supaya masa depan mereka terjamin. Terima kasih, Yang Berhormat. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Peter Chin Fah Kui: Yang Berhormat itu juga satu soal yang kita masih cuba-cuba untuk mendapatkan kepastiannya supaya kita dapat mencari satu tanaman yang boleh menggantikan rokok ini, dan sekarang kita masih mencuba skim cubaan seperti tanaman kenaf sebagai satu tanaman yang kita boleh gunakan untuk menggantikan tembakau ini. Walau bagaimanapun saya ingin menegaskan di sini tanaman tembakau dikekalkan hingga hari ini kerana industri ini telah berjaya menjana peluang pekerjaan kepada penduduk seperti di Kelantan, di Terengganu, di Perlis dan juga di Sabah pada masa sekarang. Dan sebab dia dapat menjana pekerjaan, maka kita masih meneruskanlah dan ini juga sekali gus membasmikan kemiskinan kepada kawasan-kawasan berkenaan. Kalaulah hari ini kita hapuskan tanaman tembakau ini, maka kita kena cari kerja bagi penduduk-penduduk yang sekarang terlibat hampir 150 ribu orang Yang Berhormat, ini satu angka yang besar dan kita perlulah mengawasi dan mengadakan satu pelan atau satu cadangan yang lebih menyeluruh sebelum kita mengambil tindakan bagi menggantikan tanaman tembakau ini. Akhir sekali saya. Sila. Tuan Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Yang Berhormat Menteri, kita minta reverse ke belakang sikit, tadi Yang Berhormat Menteri ada menceritakan tentang persijilan eksport kayu-kayan, getah dan sebagainya. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, di kawasan saya banyak kilang perabot yang menggunakan kayu getah dan banyak rungutan, di antara manufacture ini yang membuat perabot daripada kayu getah, ialah masalah bekalan kayu getah. Adakah kementerian Yang Berhormat bercadang untuk menghentikan eksport kayu gergaji ini daripada kayu getah hanya kita benarkan kayu-kayu getah yang sudah jadi perabot ataupun bahan-bahan yang tambah nilai daripada kita eksport kayu-kayu yang berbentuk gergaji, yang mana pengusaha- pengusaha tempatan pun tidak cukup hendak pakai, itu sahaja. Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Yang Berhormat, memang perkara ini telah dihuraikan oleh pihak persatuan perabot ini khususnya perabot yang menggunakan kayu getah ini. Saya difahamkan perkara ini, walaupun membenarkan pengeksportan kayu getah sekarang, tetapi jumlah yang dieksportkan atau peratusnya
111. Bagi maksud ini, usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini adalah untuk menentukan negara kita mampu mengeluarkan tembakau dengan harga yang kompetitif. Jika ini tidak dapat dilakukan, negara kita terpaksa mengimport lebih banyak tembakau dari luar negara bagi memenuhi permintaan pengilang-pengilang rokok di negara ini serta akan menyebabkan negara kehilangan pertukaran wang asing. Saya ingin juga menambahkan bahawa kemenangan calon Barisan Nasional daripada Bachok kawasan utama tanaman tembakau adalah menunjukkan bahawa rakyat di situ berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh LTN dan Kerajaan Barisan Nasional. Selama ini PAS memegang negeri Kelantan, apakah yang telah dilaksanakan untuk membantu penanam dan pengawet tembakau di negeri berkenaan?. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat bagi Jerai mengenai tanaman alternatif yang sesuai kepada tanaman tembakau, sukalah saya menyatakan bahawa kerajaan akan sentiasa berusaha untuk mengenal pasti lain-lain tanaman yang sesuai ditanam bagi menggantikan tanaman tembakau di masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, bagi mengakhiri.... Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat... Tuan Yang di-Pertua: Ya. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin meminta jaminan daripada Yang Berhormat sebagai Menteri, bagaimanakah masa depan penanam-penanam tembakau ini. Adakah masa depan mereka cerah ataupun gelap? Kalau masa depan mereka gelap, maka kerajaan harus memikirkan daripada sekarang untuk menyiapkan supaya mereka ini mendapat pendapatan lain selain daripada tembakau. Kerana sekarang ini dunia kempen untuk tidak menghisap rokok. Walaupun kita masih mengimport tetapi saya ingin penjelasan supaya penanam-penanam ini dapat bersedia untuk menghadapi masalah AFTA dan sebagainya supaya masa depan mereka terjamin. Terima kasih, Yang Berhormat. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]. Datuk Peter Chin Fah Kui: Yang Berhormat itu juga satu soal yang kita masih cuba-cuba untuk mendapatkan kepastiannya supaya kita dapat mencari satu tanaman yang boleh menggantikan rokok ini, dan sekarang kita masih mencuba skim cubaan seperti tanaman kenaf sebagai satu tanaman yang kita boleh gunakan untuk menggantikan tembakau ini. Walau bagaimanapun saya ingin menegaskan di sini tanaman tembakau dikekalkan hingga hari ini kerana industri ini telah berjaya menjana peluang pekerjaan kepada penduduk seperti di Kelantan, di Terengganu, di Perlis dan juga di Sabah pada masa sekarang. Dan sebab dia dapat menjana pekerjaan, maka kita masih meneruskanlah dan ini juga sekali gus membasmikan kemiskinan kepada kawasan-kawasan berkenaan. Kalaulah hari ini kita hapuskan tanaman tembakau ini, maka kita kena cari kerja bagi penduduk-penduduk yang sekarang terlibat hampir 150 ribu orang Yang Berhormat, ini satu angka yang besar dan kita perlulah mengawasi dan mengadakan satu pelan atau satu cadangan yang lebih menyeluruh sebelum kita mengambil tindakan bagi menggantikan tanaman tembakau ini. Akhir sekali saya. Sila. Tuan Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Yang Berhormat Menteri, kita minta reverse ke belakang sikit, tadi Yang Berhormat Menteri ada menceritakan tentang persijilan eksport kayu-kayan, getah dan sebagainya. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, di kawasan saya banyak kilang perabot yang menggunakan kayu getah dan banyak rungutan, di antara manufacture ini yang membuat perabot daripada kayu getah, ialah masalah bekalan kayu getah. Adakah kementerian Yang Berhormat bercadang untuk menghentikan eksport kayu gergaji ini daripada kayu getah hanya kita benarkan kayu-kayu getah yang sudah jadi perabot ataupun bahan-bahan yang tambah nilai daripada kita eksport kayu-kayu yang berbentuk gergaji, yang mana pengusaha- pengusaha tempatan pun tidak cukup hendak pakai, itu sahaja. Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Yang Berhormat, memang perkara ini telah dihuraikan oleh pihak persatuan perabot ini khususnya perabot yang menggunakan kayu getah ini. Saya difahamkan perkara ini, walaupun membenarkan pengeksportan kayu getah sekarang, tetapi jumlah yang dieksportkan atau peratusnya.
111
125
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
112 DR.1.6.2004 adalah kecil sahaja lingkungan 10%. Kita membenarkan sebab kita akan gunakan harga ini yang pihak petani dapat itu, small holders yang dapat itu adalah daripada harga pengeksportan, ini adalah satu standard sebagai satu paras untuk menentukan harga kayu getah di pasaran sekarang, kerana kalau kita hapuskan pengeksportan itu, maka kita tidak ada satu harga untuk menjadikan base, satu base harganya. Tetapi dengan adanya negeri-negeri yang lain, yang tawarkan harga itu maka itulah harga yang menentukan di pasaran tempatan ini, kalau tidak pihak pengilang terus mengontrol atau menguasai pasaran dan lepas itu dia menentukan harga yang rendah kepada pihak small holders ini. Oleh sebab itu kita ada satu mekanisme supaya smalll holders ini tidak diberi satu harga yang sangat rendah dan itu tidak berpatutanlah. Kalau di pasaran seperti di negeri China mereka hendak beli harga sekian-sekian, patutlah harga ini digunakan sebagai harga di pasaran negara juga dan pasaran dalam Malaysia – itu maksud saya. Kita akan cuba mengawasi perkara inilah, saya faham. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat supaya pasaran itu mencukupi dengan kayu getah ini, kita buat masa sekarang sudah mengadakan skim tanaman semula kepada semua kawasan yang mereka hendak tanam semula kayu getah, ini kita cuba tolong, supaya negara kita mempunyai cukup kayu getah di masa akan datang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Santubong. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih, Datuk Menteri. Inilah yang saya bangkitkan tadi yang lebih dijelaskan lagi oleh Yang Berhormat dari Jasin. Berhubung dengan bekalan kayu ini, kayu getah yang kita eksport sebagaimana Datuk Menteri sendiri sebut 10% sahaja untuk mencari sebagai base harga penilaian. Yang 90% itu adalah dieksport bercorak value-added iaitu furniture. Masalahnya deman furniture ini bagaimana yang Datuk Menteri sedia maklum bahawa kita sudah eksport furniture ke luar negara hampir RM6 bilion sekarang. Jadi di mana letak bekalannya, kita masih tidak mencukupi bekalan dan apakah insentif dan bantuan kepada pihak kerajaan. Walaupun ini dipandang sebagai satu sunset industri tetapi tidak dalam konteks furniture production, ia adalah satu perkara yang very current, yang masih menerima permohonan yang besar daripada luar negara Eropah dan Amerika. Apakah bantuan kerajaan supaya boleh dibaikkan lagi kedudukan ini. Terima kasih. Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Yang Berhormat, sebab yang kita anggapkan perkara ini adalah penting supaya kita menentukan pasaran kayu getah ini mencukupi di masa akan datang. Sebab itulah kita gunakan sistem tanam semula atau replanting system yang sekarang kita kutip dan kita akan gunakan sistem itu untuk menggalakkan pihak-pihak ladang atau pihak-pihak small holders ini atau pekebun kecil ini untuk menanam semula kayu getah ini. Sebagai satu langkah yang proaktif kita akan menggalakkan kegunaan ladang yang besar ini ladang getah, kayu getah yang gunakan klon 2024, di mana klon ini adalah satu klon di mana ia bukan untuk getah semata-mata tetapi untuk kayu. Buat masa sekarang kita sudah adakan satu projek di Semalajau, Sarawak di mana pihak Kerajaan Negeri Sarawak dengan pertolongannya dan mendapatkan l,800 hektar tanah untuk kita tanam kayu getah ini atau forest plantation, dengan izin, rubber forest plantation dan kalau kita berjaya dengan ini, dengan klon baru ini kita akan minta memperluaskan lagi skim ini kepada semua atau seluruh negara supaya penanam atau pekebun kecil ini boleh gunakan klon untuk mendapatkan getah di masa akan datang. Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh perkara-perkara di bawah kementerian saya. Jikalau ada perkara-perkara yang tidak sempat saya jawab dalam sesi ini, saya ingin memberi jaminan kepada Yang Berhormat sekalian perkara ini akan diambil kira dalam semua dasar, penggubalan dasar dan sebagainya di masa akan datang di kementerian saya. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Yang Berhormat Menteri dipersilakan. 7.41 mlm. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengambil
adalah kecil sahaja lingkungan 10%. Kita membenarkan sebab kita akan gunakan harga ini yang pihak petani dapat itu, small holders yang dapat itu adalah daripada harga pengeksportan, ini adalah satu standard sebagai satu paras untuk menentukan harga kayu getah di pasaran sekarang, kerana kalau kita hapuskan pengeksportan itu, maka kita tidak ada satu harga untuk menjadikan base, satu base harganya. Tetapi dengan adanya negeri-negeri yang lain, yang tawarkan harga itu maka itulah harga yang menentukan di pasaran tempatan ini, kalau tidak pihak pengilang terus mengontrol atau menguasai pasaran dan lepas itu dia menentukan harga yang rendah kepada pihak small holders ini. Oleh sebab itu kita ada satu mekanisme supaya smalll holders ini tidak diberi satu harga yang sangat rendah dan itu tidak berpatutanlah. Kalau di pasaran seperti di negeri China mereka hendak beli harga sekian-sekian, patutlah harga ini digunakan sebagai harga di pasaran negara juga dan pasaran dalam Malaysia- itu maksud saya. Kita akan cuba mengawasi perkara inilah, saya faham. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat supaya pasaran itu mencukupi dengan kayu getah ini, kita buat masa sekarang sudah mengadakan skim tanaman semula kepada semua kawasan yang mereka hendak tanam semula kayu getah, ini kita cuba tolong, supaya negara kita mempunyai cukup kayu getah di masa akan datang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Santubong. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih, Datuk Menteri. Inilah yang saya bangkitkan tadi yang lebih dijelaskan lagi oleh Yang Berhormat dari Jasin. Berhubung dengan bekalan kayu ini, kayu getah yang kita eksport sebagaimana Datuk Menteri sendiri sebut 10% sahaja untuk mencari sebagai base harga penilaian. Yang 90% itu adalah dieksport bercorak value-added iaitu furniture. Masalahnya deman furniture ini bagaimana yang Datuk Menteri sedia maklum bahawa kita sudah eksport furniture ke luar negara hampir RM6 bilion sekarang. Jadi di mana letak bekalannya, kita masih tidak mencukupi bekalan dan apakah insentif dan bantuan kepada pihak kerajaan. Walaupun ini dipandang sebagai satu sunset industri tetapi tidak dalam konteks furniture production, ia adalah satu perkara yang very current, yang masih menerima permohonan yang besar daripada luar negara Eropah dan Amerika. Apakah bantuan kerajaan supaya boleh dibaikkan lagi kedudukan ini. Terima kasih. Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Yang Berhormat, sebab yang kita anggapkan perkara ini adalah penting supaya kita menentukan pasaran kayu getah ini mencukupi di masa akan datang. Sebab itulah kita gunakan sistem tanam semula atau replanting system yang sekarang kita kutip dan kita akan gunakan sistem itu untuk menggalakkan pihak-pihak ladang atau pihak-pihak small holders ini atau pekebun kecil ini untuk menanam semula kayu getah ini. Sebagai satu langkah yang proaktif kita akan menggalakkan kegunaan ladang yang besar ini ladang getah, kayu getah yang gunakan klon 2024, di mana klon ini adalah satu klon di mana ia bukan untuk getah semata-mata tetapi untuk kayu. Buat masa sekarang kita sudah adakan satu projek di Semalajau, Sarawak di mana pihak Kerajaan Negeri Sarawak dengan pertolongannya dan mendapatkan l,800 hektar tanah untuk kita tanam kayu getah ini atau forest plantation, dengan izin, rubber forest plantation dan kalau kita berjaya dengan ini, dengan klon baru ini kita akan minta memperluaskan lagi skim ini kepada semua atau seluruh negara supaya penanam atau pekebun kecil ini boleh gunakan klon untuk mendapatkan getah di masa akan datang. Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh perkara-perkara di bawah kementerian saya. Jikalau ada perkara-perkara yang tidak sempat saya jawab dalam sesi ini, saya ingin memberi jaminan kepada Yang Berhormat sekalian perkara ini akan diambil kira dalam semua dasar, penggubalan dasar dan sebagainya di masa akan datang di kementerian saya. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Yang Berhormat Menteri dipersilakan. 7.41 mlm. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengambil.
112
126
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 113 kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Bandar Kuching telah membangkitkan mengenai isu kenaikan harga petroleum dan diesel. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan sekalian, semenjak tahun 2000 hingga 2004, kenaikan harga runcit produk petroleum adalah sebanyak enam kali sahaja berbanding dengan 15 kali kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Harga runcit petroleum sepatutnya 196.66 sen seliter tetapi kerajaan hanya menaikkan sebanyak 2 sen menjadikan RM1.37 sen seliter. Perbezaan sebanyak 59.66 sen seliter terpaksa ditanggung kerajaan dengan memberi pengecualian cukai dan subsidi. Begitu juga harga minyak diesel sebenarnya ialah RM34.92 sen seliter tetapi kerajaan hanya menaikkan harga runcit sebanyak 2 sen supaya harga runcit berada pada tahap 78.1 sen seliter. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan rakyat tidak dibebankan dengan kenaikan harga minyak maka kerajaan telah memberi subsidi dan pengecualian cukai agar harga runcit produk petroleum di negara ini dapat dijual dengan harga yang rendah. Dari tahun 2000 hingga Mei 2004, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM26 bilion dalam usaha untuk menstabilkan harga runcit produk petroleum. Ini bermakna secara purata, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM542 juta sebulan. Selain itu, mula Januari 2002 selain daripada pemberian pengecualian cukai dan subsidi kepada produk petroleum yang dijual di stesen-stesen minyak, kerajaan juga telah memanjangkan subsidi ke atas diesel kepada sektor perikanan dan sektor pengangkutan darat. Sehingga akhir bulan Mei 2004, kerajaan telah memberikan subsidi diesel sebanyak RM482 juta kepada sektor perikanan dan sektor pengangkutan darat. Ini menunjukkan bahawa kerajaan amat prihatin dengan kepentingan rakyat dalam menghadapi kenaikan harga petroleum di pasaran dunia. Tuan Yang di-Pertua, dengan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia, kerajaan hanya memperoleh hasil daripada cukai jualan yang akan disalurkan untuk menampung bayaran subsidi dan juga projek-projek pembangunan. Ini adalah juga semata-mata untuk memastikan rakyat hidup sejahtera dan menikmati kemudahan terbaik. Seperkara lagi yang ingin dimaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa dalam membincangkan isu harga runcit barangan petroleum di negara ini. Kita tidak seharusnya bergantung kepada faktor minyak mentah di pasaran dunia sahaja. Ini adalah harga runcit produk petroleum, yang dijual di negara ini adalah produk yang telah diproses. Tambahan pula produk petroleum yang telah diproses dijual di negara ini bukanlah 100% diproses di Malaysia. Loji penapisan minyak yang terdapat di Malaysia dan diusahakan oleh Petronas, Shell, Esso, Mobil hanya mampu mengeluarkan 450,000 tong sehari. Sementara jumlah keperluan dalam negara adalah sebanyak 600,000 tong sehari. Ingin saya tekankan di sini bahawa jika dibandingkan dengan harga minyak di negara kita dengan negara-negara serantau seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Hong Kong minyak di negara kita adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang dijual di negara-negara tersebut. Contohnya harga Ron 97 di Filipina ialah RM1.62 sen seliter berbanding dengan RM1.37 sen di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Bandar Kuching juga telah membangkitkan isu mengenai dengan kenaikan harga keluli. Suka saya jelaskan di sini bahawa billet dan besi keluli atau steel bar adalah barang kawalan yang dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Kali terakhir kerajaan menaikkan harga produk berkenaan ialah pada 15 April 2004. Kesan daripada kenaikan harga besi lusuh atau scrap metal, dengan izin, di pasaran dunia yang telah meningkat kepada RM988 atau USD260 setan metrik.
113. kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Bandar Kuching telah membangkitkan mengenai isu kenaikan harga petroleum dan diesel. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan sekalian, semenjak tahun 2000 hingga 2004, kenaikan harga runcit produk petroleum adalah sebanyak enam kali sahaja berbanding dengan 15 kali kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Harga runcit petroleum sepatutnya 196.66 sen seliter tetapi kerajaan hanya menaikkan sebanyak 2 sen menjadikan RM1.37 sen seliter. Perbezaan sebanyak 59.66 sen seliter terpaksa ditanggung kerajaan dengan memberi pengecualian cukai dan subsidi. Begitu juga harga minyak diesel sebenarnya ialah RM34.92 sen seliter tetapi kerajaan hanya menaikkan harga runcit sebanyak 2 sen supaya harga runcit berada pada tahap 78.1 sen seliter. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan rakyat tidak dibebankan dengan kenaikan harga minyak maka kerajaan telah memberi subsidi dan pengecualian cukai agar harga runcit produk petroleum di negara ini dapat dijual dengan harga yang rendah. Dari tahun 2000 hingga Mei 2004, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM26 bilion dalam usaha untuk menstabilkan harga runcit produk petroleum. Ini bermakna secara purata, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM542 juta sebulan. Selain itu, mula Januari 2002 selain daripada pemberian pengecualian cukai dan subsidi kepada produk petroleum yang dijual di stesen-stesen minyak, kerajaan juga telah memanjangkan subsidi ke atas diesel kepada sektor perikanan dan sektor pengangkutan darat. Sehingga akhir bulan Mei 2004, kerajaan telah memberikan subsidi diesel sebanyak RM482 juta kepada sektor perikanan dan sektor pengangkutan darat. Ini menunjukkan bahawa kerajaan amat prihatin dengan kepentingan rakyat dalam menghadapi kenaikan harga petroleum di pasaran dunia. Tuan Yang di-Pertua, dengan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia, kerajaan hanya memperoleh hasil daripada cukai jualan yang akan disalurkan untuk menampung bayaran subsidi dan juga projek-projek pembangunan. Ini adalah juga semata-mata untuk memastikan rakyat hidup sejahtera dan menikmati kemudahan terbaik. Seperkara lagi yang ingin dimaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa dalam membincangkan isu harga runcit barangan petroleum di negara ini. Kita tidak seharusnya bergantung kepada faktor minyak mentah di pasaran dunia sahaja. Ini adalah harga runcit produk petroleum, yang dijual di negara ini adalah produk yang telah diproses. Tambahan pula produk petroleum yang telah diproses dijual di negara ini bukanlah 100% diproses di Malaysia. Loji penapisan minyak yang terdapat di Malaysia dan diusahakan oleh Petronas, Shell, Esso, Mobil hanya mampu mengeluarkan 450,000 tong sehari. Sementara jumlah keperluan dalam negara adalah sebanyak 600,000 tong sehari. Ingin saya tekankan di sini bahawa jika dibandingkan dengan harga minyak di negara kita dengan negara-negara serantau seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Hong Kong minyak di negara kita adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang dijual di negara-negara tersebut. Contohnya harga Ron 97 di Filipina ialah RM1.62 sen seliter berbanding dengan RM1.37 sen di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Bandar Kuching juga telah membangkitkan isu mengenai dengan kenaikan harga keluli. Suka saya jelaskan di sini bahawa billet dan besi keluli atau steel bar adalah barang kawalan yang dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Kali terakhir kerajaan menaikkan harga produk berkenaan ialah pada 15 April 2004. Kesan daripada kenaikan harga besi lusuh atau scrap metal, dengan izin, di pasaran dunia yang telah meningkat kepada RM988 atau USD260 setan metrik.
113
127
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
114 DR.1.6.2004 Tuan Yang di-Pertua, peningkatan tersebut disebabkan peningkatan besi lusuh yang tinggi oleh Republik Rakyat China. Langkah kerajaan Amerika Syarikat untuk mengurangkan eksport besi lusuh menurunkan nilai US Dollar berbanding dengan mata wang Euro, kenaikan kos pengangkutan dan peningkatan penggunaan besi lusuh di Ukraine dan Rusia yang selama ini mengeksport besi lusuh dengan kuantiti yang besar di pasaran dunia telah mengakibatkan perkara ini berlaku. Kenaikan harga besi lusuh di pasaran dunia menyebabkan pengeluar- pengeluar besi keluli tempatan menghadapi kesulitan untuk membekalkan produk- produk berkenaan mengikut harga siling lama yang ditetapkan oleh kerajaan pada 3 April 2003. Keadaan ini menyebabkan pemaju-pemaju dan kontraktor-kontraktor pembinaan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan besi keluli bagi menyiapkan projek-projek mereka. Tuan Yang di-Pertua isu kenaikan harga besi lusuh di pasaran dunia telah memberi kesan yang serius dalam menstabilkan bekalan besi keluli dalam pasaran domestik sekiranya harga siling runcit besi keluli yang diluluskan oleh kerajaan pada 3 April 2003 dikekalkan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah memaklumkan bahawa kekurangan bekalan besi keluli dalam pasaran domestik turut menjejaskan penjualan produk bahan binaan yang lain seperti simen, jubin, batu bata dan lain-lain kerana projek-projek binaan tidak dapat diteruskan tanpa bekalan besi keluli. Tuan Yang di-Pertua, pada 14 Mei 2004, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengadakan mesyuarat dengan syarikat- syarikat pengeluar billet dan pengilang besi keluli untuk membincangkan mengenai dengan status pengeluaran billet dan besi keluli dalam pasaran tempatan. Dalam mesyuarat berkenaan, pengeluar-pengeluar besi keluli telah mengesahkan bahawa bekalan besi keluli dalam pasaran tempatan adalah mencukupi dan pengeluaran besi keluli dari bulan Januari hingga Mac 2004 masih kekal di paras normal iaitu sebanyak 270,907 tan metrik. Sebagai langkah untuk menentukan aliran pengedaran besi keluli adalah teratur dan bekalan besi keluli sampai kepada pihak- pihak yang memerlukannya maka Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menguatkuasakan peruntukan di bawah Seksyen 8 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan mengarahkan pihak pengeluar supaya mulai 1 Jun 2004, mereka dikehendaki mengemukakan maklumat-maklumat iaitu hari ini berhubung dengan jadual pengeluaran. Penyata bulanan pelan perancangan pengedaran atau pre-plan delivery, dengan izin, dan harga jualan besi lusuh kepada pihak pengedar kepada Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pegawai-pegawai Penguat Kuasa kementerian telah pun diarahkan untuk membuat pemeriksaan rapi ke atas semua kilang pengeluar besi keluli bagi memastikan bahawa tidak ada aktiviti menyorok dilakukan oleh mana-mana pihak. Pegawai Penguat Kuasa juga sedang melakukan pemeriksaan terhadap syarikat-syarikat pemborong, pengedar-pengedar dan pemaju pembinaan bagi memastikan bahawa supply chain of steel bar, dengan izin, dalam pasaran tempatan tidak terjejas sehingga boleh berlaku artificial shortage. Tuan Yang di-Pertua, kenaikan harga siling runcit besi keluli diluluskan oleh kerajaan agar segala masalah kesukaran untuk mendapatkan bekalan produk berkenaan dari pasaran domestik dapat diatasi. Seterusnya projek-projek pembinaan yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta dapat dilaksanakan mengikut jadual seperti yang dirancangkan. Berhubung dengan kesan kenaikan harga besi keluli kepada kontraktor binaan, Kementerian Kerja Raya memaklumkan bahawa bagi kontraktor-kontraktor projek pembinaan kerajaan menggunakan Borang Jabatan Kerja Raya. Ianya mempunyai peruntukan variation of price, dengan izin, untuk menangani perubahan harga bahan-bahan binaan. Oleh itu pihak kontraktor boleh memohon supaya pihak kerajaan membuat bayaran pampasan berikutan kenaikan kos projek disebabkan oleh kenaikan besi keluli di pasaran dalam negeri.
Tuan Yang di-Pertua, peningkatan tersebut disebabkan peningkatan besi lusuh yang tinggi oleh Republik Rakyat China. Langkah kerajaan Amerika Syarikat untuk mengurangkan eksport besi lusuh menurunkan nilai US Dollar berbanding dengan mata wang Euro, kenaikan kos pengangkutan dan peningkatan penggunaan besi lusuh di Ukraine dan Rusia yang selama ini mengeksport besi lusuh dengan kuantiti yang besar di pasaran dunia telah mengakibatkan perkara ini berlaku. Kenaikan harga besi lusuh di pasaran dunia menyebabkan pengeluar- pengeluar besi keluli tempatan menghadapi kesulitan untuk membekalkan produk- produk berkenaan mengikut harga siling lama yang ditetapkan oleh kerajaan pada 3 April 2003. Keadaan ini menyebabkan pemaju-pemaju dan kontraktor-kontraktor pembinaan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan besi keluli bagi menyiapkan projek-projek mereka. Tuan Yang di-Pertua isu kenaikan harga besi lusuh di pasaran dunia telah memberi kesan yang serius dalam menstabilkan bekalan besi keluli dalam pasaran domestik sekiranya harga siling runcit besi keluli yang diluluskan oleh kerajaan pada 3 April 2003 dikekalkan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah memaklumkan bahawa kekurangan bekalan besi keluli dalam pasaran domestik turut menjejaskan penjualan produk bahan binaan yang lain seperti simen, jubin, batu bata dan lain-lain kerana projek-projek binaan tidak dapat diteruskan tanpa bekalan besi keluli. Tuan Yang di-Pertua, pada 14 Mei 2004, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengadakan mesyuarat dengan syarikat- syarikat pengeluar billet dan pengilang besi keluli untuk membincangkan mengenai dengan status pengeluaran billet dan besi keluli dalam pasaran tempatan. Dalam mesyuarat berkenaan, pengeluar-pengeluar besi keluli telah mengesahkan bahawa bekalan besi keluli dalam pasaran tempatan adalah mencukupi dan pengeluaran besi keluli dari bulan Januari hingga Mac 2004 masih kekal di paras normal iaitu sebanyak 270,907 tan metrik. Sebagai langkah untuk menentukan aliran pengedaran besi keluli adalah teratur dan bekalan besi keluli sampai kepada pihak- pihak yang memerlukannya maka Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menguatkuasakan peruntukan di bawah Seksyen 8 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan mengarahkan pihak pengeluar supaya mulai 1 Jun 2004, mereka dikehendaki mengemukakan maklumat-maklumat iaitu hari ini berhubung dengan jadual pengeluaran. Penyata bulanan pelan perancangan pengedaran atau pre-plan delivery, dengan izin, dan harga jualan besi lusuh kepada pihak pengedar kepada Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pegawai-pegawai Penguat Kuasa kementerian telah pun diarahkan untuk membuat pemeriksaan rapi ke atas semua kilang pengeluar besi keluli bagi memastikan bahawa tidak ada aktiviti menyorok dilakukan oleh mana-mana pihak. Pegawai Penguat Kuasa juga sedang melakukan pemeriksaan terhadap syarikat-syarikat pemborong, pengedar-pengedar dan pemaju pembinaan bagi memastikan bahawa supply chain of steel bar, dengan izin, dalam pasaran tempatan tidak terjejas sehingga boleh berlaku artificial shortage. Tuan Yang di-Pertua, kenaikan harga siling runcit besi keluli diluluskan oleh kerajaan agar segala masalah kesukaran untuk mendapatkan bekalan produk berkenaan dari pasaran domestik dapat diatasi. Seterusnya projek-projek pembinaan yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta dapat dilaksanakan mengikut jadual seperti yang dirancangkan. Berhubung dengan kesan kenaikan harga besi keluli kepada kontraktor binaan, Kementerian Kerja Raya memaklumkan bahawa bagi kontraktor-kontraktor projek pembinaan kerajaan menggunakan Borang Jabatan Kerja Raya. Ianya mempunyai peruntukan variation of price, dengan izin, untuk menangani perubahan harga bahan-bahan binaan. Oleh itu pihak kontraktor boleh memohon supaya pihak kerajaan membuat bayaran pampasan berikutan kenaikan kos projek disebabkan oleh kenaikan besi keluli di pasaran dalam negeri.
114
128
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 115 Jabatan Kerja Raya sebagai Pengurus Projek Pembinaan yang dijalankan oleh kerajaan akan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh penyiapan sesuatu projek sekiranya pihak kontraktor menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan binaan yang diperlukan. Justeru itu, pihak kontraktor masih berupaya untuk meneruskan projek pembinaan yang dijalankan tanpa kemungkinan menghadapi tindakan kerana melanggar kontrak dan dalam hubungan ini kenaikan harga besi keluli seharusnya tidak menjejaskan pendapatan pekerja-pekerja sektor pembinaan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Bagan telah membangkitkan isu mengenai Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM yang dikatakan menyalahgunakan kuasa mengenai kegagalan peniaga memperbaharui lesen perniagaan dan tidak fleksibel dalam membenarkan pemilik-peniaga memilih nama perniagaan mereka. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Pendaftar Perniagaan 1956 telah dipinda pada tahun 2001 melalui Akta Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2001. Akta pindaan tersebut telah berkuat kuasa pada 16 April 2002. Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 juga telah dipinda dan berkuat kuasa pada tarikh yang sama. Tuan Yang di-Pertua, mengikut Seksyen 5A(1) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 seperti yang dipinda dan Kaedah 5(1), Kaedah-kaedah Pendaftar Perniagaan 1957 seperti yang dipinda, seseorang peniaga adalah dikehendaki untuk membuat permohonan pembaharuan pendaftaran perniagaannya dalam tempoh 30 hari sebelum tamat tempoh Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan. Jika permohonan pembaharuan pendaftaran tidak dibuat dalam tempoh tersebut, pendaftaran perniagaan tersebut akan dianggap telah luput pada tarikh luput yang disebut di dalam Sijil Perakuan Pendaftaran berkenaan. Bagi peniaga yang gagal membuat permohonan pembaharuan pendaftaran perniagaan beliau dalam tempoh yang disebutkan, beliau dikehendaki membuat permohonan pendaftaran baru sekiranya beliau masih menjalankan perniagaannya. Ini adalah mengikut undang-undang dan bukan menyalahgunakan kuasa oleh SSM seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun bagi mengelakkan apa-apa implikasi yang mungkin berbangkit, SSM membenarkan nama yang sama digunakan oleh peniaga yang berkenaan. Nombor pendaftaran baru tidak seharusnya menjadi isu kerana pendaftaran perniagaan tidak mewujudkan entiti yang berasingan. Ini mesti difahami oleh semua pihak. Apa-apa transaksi yang dijalankan dengan sesuatu perniagaan adalah dengan pemilik atau pemilik-pemilik perniagaan berkenaan. Berhubung dengan isu penggunaan nama peniaga, SSM memang fleksibel dalam membenarkan apa-apa nama perniagaan tertakluk kepada nama yang dicadangkan, tidak menyerupai nama perniagaan lain yang sedia ada atau tidak merupakan nama yang tidak diingini. Nama pemilik adalah pada biasanya dibenarkan. Sekiranya Ahli Yang Berhormat mempunyai sesuatu kes yang tertentu, silalah kemukakan kes tersebut kepada kementerian ini untuk diurus oleh SSM. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri, saya hendak bercakap sedikit, yang itu tidak apa fasal besi banyak sangat, fasal telur ayam semua tidak bercakap. Saya bukan hendak bercakap fasal telur ayam tetapi saya hendak bercakap berkenaan dengan barang-barang produk IKS yang saya dapati tidak lagi memuaskan kerana pasaran mereka untuk masuk ke pasaran-pasaran supermarket, hypermarket dan sebagainya tidak langsung diberi peluang. Jadi, apakah kementerian dapat menasihati ataupun kita adakan undang-undang supaya barang-barang keluaran IKS, terutama sekali barang-barang keluaran bumiputera ini dapat diletakkan di supermarkets, supaya produk-produk ini akan laris di pasaran? Kita dapati kerajaan banyak memberi bantuan kepada IKS ini tetapi bantuan yang diberi akhirnya mereka ini tidak berupaya kerana tidak mempunyai pasaran yang baik.
115. Jabatan Kerja Raya sebagai Pengurus Projek Pembinaan yang dijalankan oleh kerajaan akan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh penyiapan sesuatu projek sekiranya pihak kontraktor menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan binaan yang diperlukan. Justeru itu, pihak kontraktor masih berupaya untuk meneruskan projek pembinaan yang dijalankan tanpa kemungkinan menghadapi tindakan kerana melanggar kontrak dan dalam hubungan ini kenaikan harga besi keluli seharusnya tidak menjejaskan pendapatan pekerja-pekerja sektor pembinaan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Bagan telah membangkitkan isu mengenai Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM yang dikatakan menyalahgunakan kuasa mengenai kegagalan peniaga memperbaharui lesen perniagaan dan tidak fleksibel dalam membenarkan pemilik-peniaga memilih nama perniagaan mereka. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Pendaftar Perniagaan 1956 telah dipinda pada tahun 2001 melalui Akta Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2001. Akta pindaan tersebut telah berkuat kuasa pada 16 April 2002. Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 juga telah dipinda dan berkuat kuasa pada tarikh yang sama. Tuan Yang di-Pertua, mengikut Seksyen 5A(1) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 seperti yang dipinda dan Kaedah 5(1), Kaedah-kaedah Pendaftar Perniagaan 1957 seperti yang dipinda, seseorang peniaga adalah dikehendaki untuk membuat permohonan pembaharuan pendaftaran perniagaannya dalam tempoh 30 hari sebelum tamat tempoh Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan. Jika permohonan pembaharuan pendaftaran tidak dibuat dalam tempoh tersebut, pendaftaran perniagaan tersebut akan dianggap telah luput pada tarikh luput yang disebut di dalam Sijil Perakuan Pendaftaran berkenaan. Bagi peniaga yang gagal membuat permohonan pembaharuan pendaftaran perniagaan beliau dalam tempoh yang disebutkan, beliau dikehendaki membuat permohonan pendaftaran baru sekiranya beliau masih menjalankan perniagaannya. Ini adalah mengikut undang-undang dan bukan menyalahgunakan kuasa oleh SSM seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun bagi mengelakkan apa-apa implikasi yang mungkin berbangkit, SSM membenarkan nama yang sama digunakan oleh peniaga yang berkenaan. Nombor pendaftaran baru tidak seharusnya menjadi isu kerana pendaftaran perniagaan tidak mewujudkan entiti yang berasingan. Ini mesti difahami oleh semua pihak. Apa-apa transaksi yang dijalankan dengan sesuatu perniagaan adalah dengan pemilik atau pemilik-pemilik perniagaan berkenaan. Berhubung dengan isu penggunaan nama peniaga, SSM memang fleksibel dalam membenarkan apa-apa nama perniagaan tertakluk kepada nama yang dicadangkan, tidak menyerupai nama perniagaan lain yang sedia ada atau tidak merupakan nama yang tidak diingini. Nama pemilik adalah pada biasanya dibenarkan. Sekiranya Ahli Yang Berhormat mempunyai sesuatu kes yang tertentu, silalah kemukakan kes tersebut kepada kementerian ini untuk diurus oleh SSM. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri, saya hendak bercakap sedikit, yang itu tidak apa fasal besi banyak sangat, fasal telur ayam semua tidak bercakap. Saya bukan hendak bercakap fasal telur ayam tetapi saya hendak bercakap berkenaan dengan barang-barang produk IKS yang saya dapati tidak lagi memuaskan kerana pasaran mereka untuk masuk ke pasaran-pasaran supermarket, hypermarket dan sebagainya tidak langsung diberi peluang. Jadi, apakah kementerian dapat menasihati ataupun kita adakan undang-undang supaya barang-barang keluaran IKS, terutama sekali barang-barang keluaran bumiputera ini dapat diletakkan di supermarkets, supaya produk-produk ini akan laris di pasaran? Kita dapati kerajaan banyak memberi bantuan kepada IKS ini tetapi bantuan yang diberi akhirnya mereka ini tidak berupaya kerana tidak mempunyai pasaran yang baik.
115
129
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
116 DR.1.6.2004 Keduanya, iaitu kes cetak rompak ataupun segala VCD dan sebagainya ini, kita dapati masih banyak. Walaupun saya lihat Yang Berhormat sendiri turun ke padang menangkap… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, perkara ini tidak timbul dalam jawapan Yang Berhormat Menteri. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: Memang tidak timbul tetapi di bawah kementerian, Tuan Yang di-Pertua. Kesianlah, ini orang kampung suruh tanya… [Ketawa]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, prosedur meminta penjelasan adalah tercatat di dalam Peraturan Mesyuarat. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: IKS ada Yang Berhormat, kesianlah. Semasa saya menjadi Speaker dahulu saya beri peluang Yang Berhormat… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, ini satu soalan sahajalah… [Beberapa Ahli ketawa] Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: ….[Ketawa] Terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Jerai walaupun beliau telah membangkitkan satu persoalan yang terkeluar daripada topik yang saya sebutkan persoalan yang dibangkitkan tetapi dengan izin Tuan Yang di-Pertua, berhubung kait dengan produk-produk IKS ini dan saya telah menyatakan bahawa setiap supermarket dan hypermarket yang ada di negara kita pada hari ada sesetengahnya – bukan semuanya, sudah pun sedikit sebanyak ada menjual barangan tempatan kita dalam store mereka. Di masa akan datang, saya telah merancang satu pendekatan yang agak lebih komprehensif dalam kita menyusun perkembangan supermarket dan hypermarket dalam negara kita ini. Bukan hanya dengan wujudnya supermarket dan hypermarket ini ialah untuk menyediakan keselesaan ataupun sedikit keuntungan ataupun peluang pekerjaan kepada rakyat di negara kita ini tetapi dalam pada itu juga seperti yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Jerai, produk-produk IKS dan produk-produk tempatan juga harus mendapat segmen pasarannya di dalam hypermarket ini. Ini sebahagian daripada prasyarat yang insya-Allah akan kita pertimbangkan bila mana kita akan memberi kelulusan pada masa akan datang kepada supermarket dan hypermarket yang mempunyai peluang perniagaan yang begitu baik di negara kita. Seperti yang kita lihat sebelum ini, saya ingat di dalam beberapa bulan yang lalu, profit di antara supermarket dan hypermarket ini sampai menjangkau ke bilangan RM1 juta – RM50 juta. Ini adalah satu perniagaan yang agak menguntungkan dan di dalam keadaan yang begitu baik, bukan kita hendak menghalang pelabur asing datang ke negara kita tetapi kita hendak memperkembangkan dan merancang, di samping itu masyarakat dan pengusaha tempatan juga harus mendapat ruang daripada perkembangan ekonomi yang sedia ada. Berhubung kait dengan perkara yang kedua iaitu cetak rompak. Memang kementerian amat serius sekali dalam usaha membanteras kegiatan-kegiatan cetak rompak ini. Dalam konteks ini, saya telah merancang dengan pegawai-pegawai dan anggota pentadbiran di peringkat kementerian untuk memastikan kita akan berusaha sedaya mampu untuk membanteras kegiatan cetak rompak. Bukan hanya daripada produk yang datang daripada luar ataupun produk yang pada hari ini, kita minta supaya syarikat-syarikat dalam bilangan 44 buah yang ada sekarang ini, kita monitor perkembangan mereka, productions level mereka, berapa pada setiap bulan mereka keluarkan, revenue dan kita selaraskan. Kalau ada lebih daripada itu dan kita dapati ada lebih kapasiti di pasaran, maka kita akan mencari sebab-sebab yang lain, mengapa wujud lagi pihak-pihak yang membuat cetak rompak. Dalam pada itu kementerian berusaha dengan kementerian-kementerian lain seperti PDRM, Kastam dan pihak lapangan-lapangan terbang antarabangsa seperti KLIA, Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan yang terdekat, di Pulau Pinang dengan Yang Berhormat bagi Jerai, kita telah minta supaya kawasan-kawasan yang mana pelancong-pelancong datang dan keluar, kita akan mengawal selia bagi memastikan keadaan ini tidak akan berlaku di mana cetak rompak dan penjualan barang-barang ini
Keduanya, iaitu kes cetak rompak ataupun segala VCD dan sebagainya ini, kita dapati masih banyak. Walaupun saya lihat Yang Berhormat sendiri turun ke padang menangkap... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, perkara ini tidak timbul dalam jawapan Yang Berhormat Menteri. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: Memang tidak timbul tetapi di bawah kementerian, Tuan Yang di-Pertua. Kesianlah, ini orang kampung suruh tanya... [Ketawa]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, prosedur meminta penjelasan adalah tercatat di dalam Peraturan Mesyuarat. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: IKS ada Yang Berhormat, kesianlah. Semasa saya menjadi Speaker dahulu saya beri peluang Yang Berhormat... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, ini satu soalan sahajalah... [Beberapa Ahli ketawa]. Dato' Paduka Haji Badrudin bin Amiruldin: ....[Ketawa] Terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Jerai walaupun beliau telah membangkitkan satu persoalan yang terkeluar daripada topik yang saya sebutkan persoalan yang dibangkitkan tetapi dengan izin Tuan Yang di-Pertua, berhubung kait dengan produk-produk IKS ini dan saya telah menyatakan bahawa setiap supermarket dan hypermarket yang ada di negara kita pada hari ada sesetengahnya- bukan semuanya, sudah pun sedikit sebanyak ada menjual barangan tempatan kita dalam store mereka. Di masa akan datang, saya telah merancang satu pendekatan yang agak lebih komprehensif dalam kita menyusun perkembangan supermarket dan hypermarket dalam negara kita ini. Bukan hanya dengan wujudnya supermarket dan hypermarket ini ialah untuk menyediakan keselesaan ataupun sedikit keuntungan ataupun peluang pekerjaan kepada rakyat di negara kita ini tetapi dalam pada itu juga seperti yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Jerai, produk-produk IKS dan produk-produk tempatan juga harus mendapat segmen pasarannya di dalam hypermarket ini. Ini sebahagian daripada prasyarat yang insya-Allah akan kita pertimbangkan bila mana kita akan memberi kelulusan pada masa akan datang kepada supermarket dan hypermarket yang mempunyai peluang perniagaan yang begitu baik di negara kita. Seperti yang kita lihat sebelum ini, saya ingat di dalam beberapa bulan yang lalu, profit di antara supermarket dan hypermarket ini sampai menjangkau ke bilangan RM1 juta- RM50 juta. Ini adalah satu perniagaan yang agak menguntungkan dan di dalam keadaan yang begitu baik, bukan kita hendak menghalang pelabur asing datang ke negara kita tetapi kita hendak memperkembangkan dan merancang, di samping itu masyarakat dan pengusaha tempatan juga harus mendapat ruang daripada perkembangan ekonomi yang sedia ada. Berhubung kait dengan perkara yang kedua iaitu cetak rompak. Memang kementerian amat serius sekali dalam usaha membanteras kegiatan-kegiatan cetak rompak ini. Dalam konteks ini, saya telah merancang dengan pegawai-pegawai dan anggota pentadbiran di peringkat kementerian untuk memastikan kita akan berusaha sedaya mampu untuk membanteras kegiatan cetak rompak. Bukan hanya daripada produk yang datang daripada luar ataupun produk yang pada hari ini, kita minta supaya syarikat-syarikat dalam bilangan 44 buah yang ada sekarang ini, kita monitor perkembangan mereka, productions level mereka, berapa pada setiap bulan mereka keluarkan, revenue dan kita selaraskan. Kalau ada lebih daripada itu dan kita dapati ada lebih kapasiti di pasaran, maka kita akan mencari sebab-sebab yang lain, mengapa wujud lagi pihak-pihak yang membuat cetak rompak. Dalam pada itu kementerian berusaha dengan kementerian-kementerian lain seperti PDRM, Kastam dan pihak lapangan-lapangan terbang antarabangsa seperti KLIA, Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan yang terdekat, di Pulau Pinang dengan Yang Berhormat bagi Jerai, kita telah minta supaya kawasan-kawasan yang mana pelancong-pelancong datang dan keluar, kita akan mengawal selia bagi memastikan keadaan ini tidak akan berlaku di mana cetak rompak dan penjualan barang-barang ini.
116
130
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 117 akan berleluasa di negara kita. Kementerian seperti yang saya sebutkan, amat serius dengan langkah-langkah memastikan supaya perkara ini tidak akan berlaku dan akhirnya akan menjejaskan imej negara kita. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang telah membincangkan perkara-perkara yang berhubung kait dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Insya-Allah mana-mana perkara yang tidak sempat saya hurai dan ulas, kita akan mengambil perhatian di peringkat kementerian. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Jerai faham, ya? Dato' Paduka Haij Badrudin bin Amiruldin: Terima kasih, Yang di Pertua. Saya amat faham. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sedikit pertanyaan Tuan Yang di- Pertua. Sedikit pertanyaan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Apa pertanyaan? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ini kita sampai malam. Saya hendak tanya apa peranan Ketua Pembangkang untuk meramaikan anggota pembangkang bersama-sama dengan anggota kerajaan untuk menentukan persidangan ini berjalan lancar? Gaji sama Tuan Yang di-Pertua… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: …dengan Barisan Nasional. Ini tanggungjawab kuorum ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sila duduk. Sila duduk. Ini saya tidak payah jawab. Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi. Beberapa Ahli: [Ketawa] 8.00 mlm. Menteri Pengajian Tinggi [Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja dan telah menyentuh isu-isu di bawah bidang tugas kementerian Pengajian Tinggi. Saya akan cuba memberi penjelasan kepada isu-isu utama yang dibangkitkan. Mana-mana perkara yang tidak sempat saya sentuh akan tetap diberi perhatian dan pertimbangan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Rantau Panjang telah minta penjelasan mengenai rasional pewujudan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, penyusunan semula dua kementerian bertujuan memperkemaskan organisasi dan fungsi-fungsi kementerian supaya memberi lebih fokus kepada perkara di bawah bidang kuasa masing-masing. Sebelum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dipecahkan, tumpuan pendidikan negara ialah kepada semua peringkat pengajian daripada peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat pasca siswazah. Pengasingan kepada dua kementerian membolehkan isu-isu berkaitan pendidikan tinggi diberikan lebih tumpuan bagi menaikkan taraf dan kualiti pendidikan tinggi supaya setanding dengan IPT terkemuka di dunia kita. Dengan ini dapat membantu IPT tempatan bersaing di peringkat antarabangsa. Secara tidak langsung dapat menghasilkan siswazah yang berkualiti serta memenuhi kehendak pasaran dan seterusnya mengurangkan masalah pengangguran. Perkara ini merupakan janji kerajaan dalam manifesto Barisan Nasional semasa Pilihan Raya Ke-11 yang lalu. Pendidikan tinggi dalam konteks Sistem Pendidikan Kebangsaan merangkumi tahap pendidikan selepas sekolah menengah hingga ke peringkat tinggi meliputi program pendidikan di kolej komuniti, politeknik, universiti awam, universiti swasta dan institusi latihan sama ada yang dikendalikan oleh kerajaan ataupun swasta.
117 akan berleluasa di negara kita. Kementerian seperti yang saya sebutkan, amat serius dengan langkah-langkah memastikan supaya perkara ini tidak akan berlaku dan akhirnya akan menjejaskan imej negara kita. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang telah membincangkan perkara-perkara yang berhubung kait dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Insya-Allah mana-mana perkara yang tidak sempat saya hurai dan ulas, kita akan mengambil perhatian di peringkat kementerian. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Jerai faham, ya? Dato' Paduka Haij Badrudin bin Amiruldin: Terima kasih, Yang di Pertua. Saya amat faham. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sedikit pertanyaan Tuan Yang di- Pertua. Sedikit pertanyaan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Apa pertanyaan? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ini kita sampai malam. Saya hendak tanya apa peranan Ketua Pembangkang untuk meramaikan anggota pembangkang bersama-sama dengan anggota kerajaan untuk menentukan persidangan ini berjalan lancar? Gaji sama Tuan Yang di-Pertua... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: ...dengan Barisan Nasional. Ini tanggungjawab kuorum ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sila duduk. Sila duduk. Ini saya tidak payah jawab. Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi. Beberapa Ahli: [Ketawa]. 8.00 mlm. Menteri Pengajian Tinggi [Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja dan telah menyentuh isu-isu di bawah bidang tugas kementerian Pengajian Tinggi. Saya akan cuba memberi penjelasan kepada isu-isu utama yang dibangkitkan. Mana-mana perkara yang tidak sempat saya sentuh akan tetap diberi perhatian dan pertimbangan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Rantau Panjang telah minta penjelasan mengenai rasional pewujudan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, penyusunan semula dua kementerian bertujuan memperkemaskan organisasi dan fungsi-fungsi kementerian supaya memberi lebih fokus kepada perkara di bawah bidang kuasa masing-masing. Sebelum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dipecahkan, tumpuan pendidikan negara ialah kepada semua peringkat pengajian daripada peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat pasca siswazah. Pengasingan kepada dua kementerian membolehkan isu-isu berkaitan pendidikan tinggi diberikan lebih tumpuan bagi menaikkan taraf dan kualiti pendidikan tinggi supaya setanding dengan IPT terkemuka di dunia kita. Dengan ini dapat membantu IPT tempatan bersaing di peringkat antarabangsa. Secara tidak langsung dapat menghasilkan siswazah yang berkualiti serta memenuhi kehendak pasaran dan seterusnya mengurangkan masalah pengangguran. Perkara ini merupakan janji kerajaan dalam manifesto Barisan Nasional semasa Pilihan Raya Ke-11 yang lalu. Pendidikan tinggi dalam konteks Sistem Pendidikan Kebangsaan merangkumi tahap pendidikan selepas sekolah menengah hingga ke peringkat tinggi meliputi program pendidikan di kolej komuniti, politeknik, universiti awam, universiti swasta dan institusi latihan sama ada yang dikendalikan oleh kerajaan ataupun swasta.
117
131
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
118 DR.1.6.2004 Kementerian Pengajian Tinggi mempunyai tanggungjawab yang besar, yang perlu dipikul bagi menyediakan tenaga manusia dari segi kuantiti dan kualiti untuk memenuhi keperluan negara, visi, misi dan objektif penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi mampu mencapai matlamat negara bagi memastikan mutu pendidikan sentiasa di tahap yang tinggi, berupaya membentuk dan menyediakan warga negara cemerlang yang mempunyai daya saing yang tinggi. Di samping itu, Malaysia akan lebih bersedia untuk menjadi salah satu pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia. Tuan Lim Kit Siang: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ipoh Timor. Tuan Lim Kit Siang: Yang Berhormat Menteri ada sebut mengenai janji Barisan Nasional dalam pilihan raya besar baru-baru ini dan mengenai kejayaan yang besar. Bukankah baru-baru ini apa yang berlaku ialah mengenai keputusan untuk pelajar-pelajar memasuki universiti-universiti tempatan bertentangan dengan janji-janji Barisan Nasional dalam pilihan raya besar baru-baru ini, oleh kerana menimbul begitu banyak outcry, dengan izin, dan outrage khasnya oleh kerana yang pertama, bahawa pertambahan selepas pilihan raya besar ialah 5% sahaja, walhal sebelum pilihan raya besar tahun lalu pertambahan pelajar-pelajar masuk universiti ialah 16%. Sepatutnya selepas kemenangan yang besar, selepas mengadakan satu Kementerian Pengajian Tinggi yang baru, patutlah ada pertambahan yang lebih besar daripada tahun lalu. Adakah ini akan diambil perhatian khasnya dalam mesyuarat Kabinet esok yang kita dengar dan baca surat khabar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan ada satu formula untuk mengatasi masalah-masalah kontroversi-kontroversi ini, tetapi saya harap bukan terhad kepada masalah 128 pelajar-pelajar yang ada dapat GCPA yang baik, tetapi tidak sempat untuk mendapat tempat-tempat perubatan. Tetapi pelajar-pelajar yang lain yang dapat result cemerlang semacam slogan ‘cemerlang, gemilang, terbilang’ mereka dapat result ‘cemerlang, gemilang, terbilang’ pun boleh dapat pilihan yang mereka mahu. Bukan sekarang di mana pelajar yang terbaik sekali dalam science stream, Khoo Lim Ye yang pertama tidak boleh dapat kursus yang beliau mahu atau Muraly Silvarajoo antara terbaik 5A pun tidak boleh dapat kursus tempat perubatan. Bolehkah semua ini diambil perhatian dan diselesaikan khasnya ketiga-tiga cadangan yang saya ada buat dalam surat saya hari ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dan salinan ada diberi kepada Yang Berhormat Menteri juga. Terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. Nampaknya Yang Berhormat jump the gun, dengan izin, kerana perkara itu akan saya bincangkan kemudian. Walau bagaimanapun, semasa saya di Beijing dengan Presiden MIC, dengan Presiden MCA, dengan Presiden Gerakan, kita berbincang sesama kita dalam suasana muhibah, dalam suasana Barisan Nasional. Kalau misalnya MCAkah, MICkah, Gerakankah berbisik dengan saya, saya ingat saya dapat dengar. Tetapi kalau Ketua Pembangkang menjerit dengan saya kadang-kadang saya tidak dengar. [Ketawa] Seperti mana Yang Berhormat katakan tadi, betul pada hari ini dalam akhbar dan semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Beijing telah diperkatakan masalah ini dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan bahawa pada esok hari kita akan bincangkan masalah ini dalam Kabinet dan kita harap nanti selepas itu Yang Amat Berhormat akan memberikan persetujuan, cara, hala tuju dan sebagainya kepada pihak media. Cik Fong Po Kuan: Minta penjelasan. Tuan Lim Kit Siang: Satu perkara kecil, pendek sahaja. Mengenai kes Khoo Lim Ye sangat jelas terbaik, pelajar yang terbaik, bolehkah beri jaminan perkara semacam ini atau macam Muraly Silvarajoo, 52 orang sahaja anak-anak bahawa masalah mereka boleh diselesaikan dengan secepat mungkin. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Mengenai Khoo, dia memohon perubatan di Universiti Malaya. Dalam senarai-senarai itu kita tidak kenal siapa dia Khoo, siapa dia Muraly, siapa dia Ahmad CB dan sebagainya. Oleh kerana itu, dia akan dipecah-pecahkan kerana ramai orang daripada kaum Cina hendak masuk
Kementerian Pengajian Tinggi mempunyai tanggungjawab yang besar, yang perlu dipikul bagi menyediakan tenaga manusia dari segi kuantiti dan kualiti untuk memenuhi keperluan negara, visi, misi dan objektif penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi mampu mencapai matlamat negara bagi memastikan mutu pendidikan sentiasa di tahap yang tinggi, berupaya membentuk dan menyediakan warga negara cemerlang yang mempunyai daya saing yang tinggi. Di samping itu, Malaysia akan lebih bersedia untuk menjadi salah satu pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia. Tuan Lim Kit Siang: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ipoh Timor. Tuan Lim Kit Siang: Yang Berhormat Menteri ada sebut mengenai janji Barisan Nasional dalam pilihan raya besar baru-baru ini dan mengenai kejayaan yang besar. Bukankah baru-baru ini apa yang berlaku ialah mengenai keputusan untuk pelajar-pelajar memasuki universiti-universiti tempatan bertentangan dengan janji-janji Barisan Nasional dalam pilihan raya besar baru-baru ini, oleh kerana menimbul begitu banyak outcry, dengan izin, dan outrage khasnya oleh kerana yang pertama, bahawa pertambahan selepas pilihan raya besar ialah 5% sahaja, walhal sebelum pilihan raya besar tahun lalu pertambahan pelajar-pelajar masuk universiti ialah 16%. Sepatutnya selepas kemenangan yang besar, selepas mengadakan satu Kementerian Pengajian Tinggi yang baru, patutlah ada pertambahan yang lebih besar daripada tahun lalu. Adakah ini akan diambil perhatian khasnya dalam mesyuarat Kabinet esok yang kita dengar dan baca surat khabar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan ada satu formula untuk mengatasi masalah-masalah kontroversi-kontroversi ini, tetapi saya harap bukan terhad kepada masalah 128 pelajar-pelajar yang ada dapat GCPA yang baik, tetapi tidak sempat untuk mendapat tempat-tempat perubatan. Tetapi pelajar-pelajar yang lain yang dapat result cemerlang semacam slogan 'cemerlang, gemilang, terbilang' mereka dapat result 'cemerlang, gemilang, terbilang' pun boleh dapat pilihan yang mereka mahu. Bukan sekarang di mana pelajar yang terbaik sekali dalam science stream, Khoo Lim Ye yang pertama tidak boleh dapat kursus yang beliau mahu atau Muraly Silvarajoo antara terbaik 5A pun tidak boleh dapat kursus tempat perubatan. Bolehkah semua ini diambil perhatian dan diselesaikan khasnya ketiga-tiga cadangan yang saya ada buat dalam surat saya hari ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dan salinan ada diberi kepada Yang Berhormat Menteri juga. Terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. Nampaknya Yang Berhormat jump the gun, dengan izin, kerana perkara itu akan saya bincangkan kemudian. Walau bagaimanapun, semasa saya di Beijing dengan Presiden MIC, dengan Presiden MCA, dengan Presiden Gerakan, kita berbincang sesama kita dalam suasana muhibah, dalam suasana Barisan Nasional. Kalau misalnya MCAkah, MICkah, Gerakankah berbisik dengan saya, saya ingat saya dapat dengar. Tetapi kalau Ketua Pembangkang menjerit dengan saya kadang-kadang saya tidak dengar. [Ketawa]. Seperti mana Yang Berhormat katakan tadi, betul pada hari ini dalam akhbar dan semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Beijing telah diperkatakan masalah ini dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan bahawa pada esok hari kita akan bincangkan masalah ini dalam Kabinet dan kita harap nanti selepas itu Yang Amat Berhormat akan memberikan persetujuan, cara, hala tuju dan sebagainya kepada pihak media. Cik Fong Po Kuan: Minta penjelasan. Tuan Lim Kit Siang: Satu perkara kecil, pendek sahaja. Mengenai kes Khoo Lim Ye sangat jelas terbaik, pelajar yang terbaik, bolehkah beri jaminan perkara semacam ini atau macam Muraly Silvarajoo, 52 orang sahaja anak-anak bahawa masalah mereka boleh diselesaikan dengan secepat mungkin. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Mengenai Khoo, dia memohon perubatan di Universiti Malaya. Dalam senarai-senarai itu kita tidak kenal siapa dia Khoo, siapa dia Muraly, siapa dia Ahmad CB dan sebagainya. Oleh kerana itu, dia akan dipecah-pecahkan kerana ramai orang daripada kaum Cina hendak masuk.
118
132
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 119 Universiti Malaya. Oleh kerana kita ada integrasi nasional, kita hendak separuh Universiti Malaya, separuh USM, separuh UKM dan separuh juga UPM. Oleh kerana itu, mereka dapat perubatan tetapi tidak dapat tempat. Di sinilah saya rasa, kita lihat bahawa ada yang mendapat tempat perubatan tetapi tidak mendapat tempat yang dia hendak di universiti yang berkenaan. Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada lima orang Ahli Yang Berhormat. Dr. Rahman bin Ismail: Sini dahululah. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saya bagi Gombak. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Gombak. Dr. Rahman bin Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi kerana memberi laluan kepada saya. Kalau kita lihat sekarang ini banyak kesilapan daripada persepsi masyarakat tentang CGPA 4.0 kerana didapati bahawa persepsi masyarakat kesemua mereka yang mempunyai CGPA 4.0 ini tahap mereka atau standard mereka adalah sama. Sebenarnya ada perbezaan di antara mereka yang mempunyai CGPA 4.0 ini kerana bergantung kepada gred terperinci setiap mata pelajaran yang diambil. Oleh itu, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah pelajar-pelajar yang telah mendapat CGPA 4.0 ini tidak dapat masuk ke fakulti perubatan ini disebabkan oleh merit terperinci mata-mata pelajaran yang diambil adalah kurang dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang telah berjaya. Itu penjelasan saya yang pertama yang saya mahukan dapatkan daripada Yang Berhormat Menteri. Yang kedua, kita dapati terdapat pengurangan peratusan yang begitu ketara kemasukan pelajar-pelajar perubatan bumiputera ke universiti-universiti utama seperti Universiti Malaya dan juga Universiti Kebangsaan. Mengapakah ini berlaku. Adakah ini disebabkan oleh pelajar-pelajar bumiputera tidak membantah apabila diberikan ataupun ditawarkan ke universiti ataupun fakulti-fakulti perubatan yang lain, walaupun mereka memohon untuk ke Universiti Malaya atau ke Universiti Kebangsaan. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Terima kasih Yang Berhormat bagi Gombak. Mungkin Yang Berhormat seorang penuntut medical daripada Universiti Malaya. Dr. Rahman bin Ismail: Ya. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Oh, terima kasih. Kita berikan penerangan di sini bahawa jika tiap-tiap orang itu mendapat 4 flat CGPA dia. Kita akan melihat pula dari segi papers ataupun pelajaran yang dia ambil seperti Physic, Chemistry dan Biology. Katakan Biology dia ada tiga kertas, grading kertas itu dan katakan Si A mendapat semua A tetapi Si B walaupun dia dapat 4 aggregate, dia mendapat A. Di situ telah menunjukkan bahawa dia akan jatuh markah atau grading dia daripada Si A oleh kerana Si B tadi dapat A dan sebagainya. Begitulah dengan mata pelajaran-mata pelajaran yang lain, Physic, Biology dan sebagainya. Kalaulah misalnya mereka sama, kita akan melihat pula sama ada SPM mereka itu sama atau tidak. Daripada situlah kita lihat bahawa jika seseorang itu mendapat A flat CGPA dia, tetapi grading atau peningkatan dia, perincian dia itu nanti akan jatuh kerana dalam A flat itu sendiri dia ada A- dan sebagainya. Itu soalan yang pertama. Ir. Dr. Wee Ka Siong: [Bangun] Dr. Junaidy bin Abdul Wahab: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ayer Hitam. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Saya bagi yang ini dahulu. Dari mana itu? Dr. Junaidy bin Abdul Wahab: Batu Pahat.
119. Universiti Malaya. Oleh kerana kita ada integrasi nasional, kita hendak separuh Universiti Malaya, separuh USM, separuh UKM dan separuh juga UPM. Oleh kerana itu, mereka dapat perubatan tetapi tidak dapat tempat. Di sinilah saya rasa, kita lihat bahawa ada yang mendapat tempat perubatan tetapi tidak mendapat tempat yang dia hendak di universiti yang berkenaan. Beberapa Ahli: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada lima orang Ahli Yang Berhormat. Dr. Rahman bin Ismail: Sini dahululah. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saya bagi Gombak. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Gombak. Dr. Rahman bin Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi kerana memberi laluan kepada saya. Kalau kita lihat sekarang ini banyak kesilapan daripada persepsi masyarakat tentang CGPA 4.0 kerana didapati bahawa persepsi masyarakat kesemua mereka yang mempunyai CGPA 4.0 ini tahap mereka atau standard mereka adalah sama. Sebenarnya ada perbezaan di antara mereka yang mempunyai CGPA 4.0 ini kerana bergantung kepada gred terperinci setiap mata pelajaran yang diambil. Oleh itu, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah pelajar-pelajar yang telah mendapat CGPA 4.0 ini tidak dapat masuk ke fakulti perubatan ini disebabkan oleh merit terperinci mata-mata pelajaran yang diambil adalah kurang dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang telah berjaya. Itu penjelasan saya yang pertama yang saya mahukan dapatkan daripada Yang Berhormat Menteri. Yang kedua, kita dapati terdapat pengurangan peratusan yang begitu ketara kemasukan pelajar-pelajar perubatan bumiputera ke universiti-universiti utama seperti Universiti Malaya dan juga Universiti Kebangsaan. Mengapakah ini berlaku. Adakah ini disebabkan oleh pelajar-pelajar bumiputera tidak membantah apabila diberikan ataupun ditawarkan ke universiti ataupun fakulti-fakulti perubatan yang lain, walaupun mereka memohon untuk ke Universiti Malaya atau ke Universiti Kebangsaan. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Terima kasih Yang Berhormat bagi Gombak. Mungkin Yang Berhormat seorang penuntut medical daripada Universiti Malaya. Dr. Rahman bin Ismail: Ya. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Oh, terima kasih. Kita berikan penerangan di sini bahawa jika tiap-tiap orang itu mendapat 4 flat CGPA dia. Kita akan melihat pula dari segi papers ataupun pelajaran yang dia ambil seperti Physic, Chemistry dan Biology. Katakan Biology dia ada tiga kertas, grading kertas itu dan katakan Si A mendapat semua A tetapi Si B walaupun dia dapat 4 aggregate, dia mendapat A. Di situ telah menunjukkan bahawa dia akan jatuh markah atau grading dia daripada Si A oleh kerana Si B tadi dapat A dan sebagainya. Begitulah dengan mata pelajaran-mata pelajaran yang lain, Physic, Biology dan sebagainya. Kalaulah misalnya mereka sama, kita akan melihat pula sama ada SPM mereka itu sama atau tidak. Daripada situlah kita lihat bahawa jika seseorang itu mendapat A flat CGPA dia, tetapi grading atau peningkatan dia, perincian dia itu nanti akan jatuh kerana dalam A flat itu sendiri dia ada A- dan sebagainya. Itu soalan yang pertama. Ir. Dr. Wee Ka Siong: [Bangun]. Dr. Junaidy bin Abdul Wahab: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ayer Hitam. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Saya bagi yang ini dahulu. Dari mana itu?. Dr. Junaidy bin Abdul Wahab: Batu Pahat.
119
133
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
120 DR.1.6.2004 Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Batu Pahat. Dr. Junaidy bin Abdul Wahab: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Menteri. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Saya belum jawab lagi yang ini. [Ketawa] Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Yang kedua tadi ialah mengenai tidak ada bantahan daripada orang Melayu sekiranya dia minta Universiti Malaya, dia dapat 4 aggregate CGPA dia tetapi diletakkan di UKM misalnya, selalunya mereka tidak membantah kerana mereka dapat apa yang mereka minta iaitu mereka hendak masuk ke Fakulti Perubatan. Di sinilah saya rasakan ada kelainan sedikit di mana yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang tadi, Khoo misalnya, dia dapat perubatan tetapi diletakkan di USM, dia tidak hendak, dia hendakkan perubatan, kita bagi perubatan, dia hendakkan tempat pula, UM, ini yang masalah perbezaan dari segi persepsi yang dikatakan tadi. Dr. Junaidy bin Abdul Wahab: [Bangun] Ir. Dr. Wee Ka Siong: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada dua orang. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Batu Pahat. Dr. Junaidy bin Abdul Wahab: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Menteri. Beliau ada sebut Universiti Malaya, saya pun dilahirkan di Universiti Malaya jugalah. Yang Berhormat mesti sedia maklum bahawa bila kita bercerita berkenaan dengan kursus perubatan, ia merupakan kursus di mana kaedah pembelajaran dan pengajarannya tidak hanya melibatkan dari segi teori tetapi dia melibatkan juga dari segi praktikal, yang pentingnya untuk melahirkan satu graduan atau doktor-doktor yang bermutu, dari segi praktikal tadi dia melibatkan pensyarah dan melibatkan pelajar. Dalam melibatkan pelajar, semasa saya menuntut dahulu, satu orang pengajar yang diiringi oleh lebih kurang 10 orang pelajar untuk buat medical round atau ward round yang melibatkan pesakit-pesakit dari segi praktikal. Adakah kementerian bercadang untuk memberikan khidmat pembelajaran yang sempurna dengan kadar pertambahan pelajar yang sedia ada, hendak tambah lagi dengan 128 orang yang memohon dan juga adakah dengan keadaan ratio antara pensyarah dengan pelajar yang tinggi tadi yang mana pada pandangan saya, peringkat yang idealnya ialah 1 dalam nisbah 4. Adakah dengan tenaga pengajar yang semakin berkurang, kita akan dapat memberikan satu kaedah pembelajaran yang sempurna bagi melahirkan graduan doktor yang berwibawa. Sekian. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Terima kasih Yang Berhormat Doktor dari ……. Dr. Junaidy bin Abdul Wahab: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Batu Pahat. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Batu Pahat. Tuan Yang di- Pertua, dalam klinikal misalnya, ini berbeza dari segi Social Sciences. Kalau misalnya seseorang itu ambil ekonomi, penuntut itu boleh dilambakkan 200 orang dalam big hall dan pensyarah boleh memberikan syarahan mereka. Tetapi dari segi klinikal iaitu apa yang ditetapkan oleh Malaysian Medical Council (MMC) seidealnya satu pensyarah ialah empat orang di mana katil patient ada dan di situ diletakkan dua student sebelah kanan dan dua students sebelah kiri dan pensyarah akan ada di situ dan menerangkan mengenai pesakit. Tetapi, kita boleh pergi ke satu peringkat sedikit lagi. Kita hendak minta MMC kalau boleh kita hendak lebihkan satu lecturer kepada enam students dan MMC tidak lagi membenarkan satu hingga sepuluh…. Ini masalah kita dengan UK dahulu apabila kita ramaikan student kita nanti, UK tidak akan iktiraf student kita. Lagi bahaya, nanti student sudah berhempas-pulas untuk mendapatkan ijazah, tiba-tiba MMC dan juga negara-negara lain tidak mahu mengiktiraf students kita yang layak. Di sinilah kita hendakkan kalau boleh nanti… Ir. Dr. Wee Ka Siong: [Bangun] Tuan Haji Idris bin Haji Haron: [Bangun]
Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Batu Pahat. Dr. Junaidy bin Abdul Wahab: Terima kasih Yang Berhormat Dato' Menteri. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Saya belum jawab lagi yang ini. [Ketawa]. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Yang kedua tadi ialah mengenai tidak ada bantahan daripada orang Melayu sekiranya dia minta Universiti Malaya, dia dapat 4 aggregate CGPA dia tetapi diletakkan di UKM misalnya, selalunya mereka tidak membantah kerana mereka dapat apa yang mereka minta iaitu mereka hendak masuk ke Fakulti Perubatan. Di sinilah saya rasakan ada kelainan sedikit di mana yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang tadi, Khoo misalnya, dia dapat perubatan tetapi diletakkan di USM, dia tidak hendak, dia hendakkan perubatan, kita bagi perubatan, dia hendakkan tempat pula, UM, ini yang masalah perbezaan dari segi persepsi yang dikatakan tadi. Dr. Junaidy bin Abdul Wahab: [Bangun]. Ir. Dr. Wee Ka Siong: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada dua orang. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Batu Pahat. Dr. Junaidy bin Abdul Wahab: Terima kasih Yang Berhormat Dato' Menteri. Beliau ada sebut Universiti Malaya, saya pun dilahirkan di Universiti Malaya jugalah. Yang Berhormat mesti sedia maklum bahawa bila kita bercerita berkenaan dengan kursus perubatan, ia merupakan kursus di mana kaedah pembelajaran dan pengajarannya tidak hanya melibatkan dari segi teori tetapi dia melibatkan juga dari segi praktikal, yang pentingnya untuk melahirkan satu graduan atau doktor-doktor yang bermutu, dari segi praktikal tadi dia melibatkan pensyarah dan melibatkan pelajar. Dalam melibatkan pelajar, semasa saya menuntut dahulu, satu orang pengajar yang diiringi oleh lebih kurang 10 orang pelajar untuk buat medical round atau ward round yang melibatkan pesakit-pesakit dari segi praktikal. Adakah kementerian bercadang untuk memberikan khidmat pembelajaran yang sempurna dengan kadar pertambahan pelajar yang sedia ada, hendak tambah lagi dengan 128 orang yang memohon dan juga adakah dengan keadaan ratio antara pensyarah dengan pelajar yang tinggi tadi yang mana pada pandangan saya, peringkat yang idealnya ialah 1 dalam nisbah 4. Adakah dengan tenaga pengajar yang semakin berkurang, kita akan dapat memberikan satu kaedah pembelajaran yang sempurna bagi melahirkan graduan doktor yang berwibawa. Sekian. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Terima kasih Yang Berhormat Doktor dari ....... Dr. Junaidy bin Abdul Wahab: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Batu Pahat. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Batu Pahat. Tuan Yang di- Pertua, dalam klinikal misalnya, ini berbeza dari segi Social Sciences. Kalau misalnya seseorang itu ambil ekonomi, penuntut itu boleh dilambakkan 200 orang dalam big hall dan pensyarah boleh memberikan syarahan mereka. Tetapi dari segi klinikal iaitu apa yang ditetapkan oleh Malaysian Medical Council (MMC) seidealnya satu pensyarah ialah empat orang di mana katil patient ada dan di situ diletakkan dua student sebelah kanan dan dua students sebelah kiri dan pensyarah akan ada di situ dan menerangkan mengenai pesakit. Tetapi, kita boleh pergi ke satu peringkat sedikit lagi. Kita hendak minta MMC kalau boleh kita hendak lebihkan satu lecturer kepada enam students dan MMC tidak lagi membenarkan satu hingga sepuluh.... Ini masalah kita dengan UK dahulu apabila kita ramaikan student kita nanti, UK tidak akan iktiraf student kita. Lagi bahaya, nanti student sudah berhempas-pulas untuk mendapatkan ijazah, tiba-tiba MMC dan juga negara-negara lain tidak mahu mengiktiraf students kita yang layak. Di sinilah kita hendakkan kalau boleh nanti... Ir. Dr. Wee Ka Siong: [Bangun]. Tuan Haji Idris bin Haji Haron: [Bangun].
120
134
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 121 Tuan Ismail Sabri binYaakob: [Bangun] Tuan Liow Tiong Lai: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat… Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: …kita akan berjumpa dengan… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: …MMC… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada empat orang Ahli Yang Berhormat bangun. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Ya. Kita akan berjumpa dengan MMC dan kita minta kalau boleh satu lecturer untuk enam student – tiga sebelah kiri, tiga sebelah kanan. Yang ini dahulu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ayer Hitam. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Ayer Hitam. Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana saya yakin esok akan dibuat keputusan yang penting, tetapi kami sebab wakil rakyat Barisan Nasional bercakap ini berlandaskan kepada fakta dan bukannya membuat tohmahan semata-mata. Di sini secara terus-terang saya katakan dasar kerajaan itu memang baik tetapi dari segi pelaksanaannya, saya nampak kemungkinan ada wujudnya kecacatan. Sebab apa, saudara yang mendapat tokoh pelajar cemerlang ini, orang itu pernah jumpa dengan saya. Saya bawa semua bukti satu fail, saya meneliti dengan baik dan saya lihat apa masalahnya. Saya cuba meyakinkan bahawa sistem ini tidak ada kecacatan tetapi dalam saya melihat perkara ini sebenarnya sistem itu mungkin perlu diperbaiki di mana inilah orangnya yang telah diiktiraf sebagai Pelajar Terbaik STPM 2003 dan telah diiktiraf oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Saya dengar lagi semasa saya menonton TV, katanya pelajar ini bukan sahaja cemerlang, semua kertas dapat A dan markahnya tertinggi dalam semua kertas. Maka dalam konteks ini, saya rasa kalau dia mengisi satu kursus perubatan di MU, mungkin oleh kerana sekarang sistem komputernya tidak dapat bezakan 4A dengan 5A, kita cari satu penyelesaian. Kalau pada masa akan datang ataupun sekarang ini kita lihat orang yang dapat 5A itu apabila sama CGPAnya, kita harus mempertimbangkan orang yang mampu ambil lima mata pelajaran. Kalau ada sistem yang boleh membaca ini, mungkin kecacatan itu tidak akan berlaku. Itulah berlakunya kes yang diiktiraf sebagai orang yang terbaik di Malaysia, dia tidak dapat pilih apa yang dia hendak. Itu kita minta Yang Berhormat Menteri supaya dapat melihat sistem komputer itu, bagaimana kita hendak mereka bentuk. Satu lagi perkara yang saya ingat Yang Berhormat Menteri ada sentuh dan kita mintalah sistem itu dikemaskinikan sebab saya melihat antara pelajar-pelajar Cina pun yang dapat 2.75 atau 3.0 dapat Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Tetapi masalahnya orang yang dianggap sebagai second best group, 3.92 itu diberi perhutanan, perikanan atau kursus-kursus yang tidak setimpal dengan keputusan itu. Mungkin disebabkan sistem komputer itu sudah habis pilih, apa yang sisa baki itu kita agihkan kepada orang ini. Kita fikirkan secara cluster, kita buat pemilihan berdasarkan purata atau average itu pada kelas tertentu, 3.8 ke atas atau ke bawah. Saya harap pandangan ini dapat diterima dan dapat diteliti oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. [Tepuk] Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Terima kasih, saya akan ambil ingatan tentang perkara itu. Tetapi kalau kita menggunakan komputer seperti yang saya katakan tadi bergantung kepada programmingnya dan kita tidak kenal siapa – A ini siapa dia, anak siapa, apa bangsa dia dan sebagainya. Dia kena pergi kepada meritokrasi. Di situlah kalau ramai misalnya pelajar-pelajar kita keturunan Cina, semua hendak pergi Universiti Malaya misalnya, jadi tidak bolehlah begitu pasal kita ada kita punya dasar. Apa sahaja dasar kita buat ialah dasar perpaduan. Kita hendakkan supaya ada berbilang bangsa dalam satu universiti.
121. Tuan Ismail Sabri binYaakob: [Bangun]. Tuan Liow Tiong Lai: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat... Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: ...kita akan berjumpa dengan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: ...MMC... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada empat orang Ahli Yang Berhormat bangun. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Ya. Kita akan berjumpa dengan MMC dan kita minta kalau boleh satu lecturer untuk enam student- tiga sebelah kiri, tiga sebelah kanan. Yang ini dahulu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ayer Hitam. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Ayer Hitam. Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana saya yakin esok akan dibuat keputusan yang penting, tetapi kami sebab wakil rakyat Barisan Nasional bercakap ini berlandaskan kepada fakta dan bukannya membuat tohmahan semata-mata. Di sini secara terus-terang saya katakan dasar kerajaan itu memang baik tetapi dari segi pelaksanaannya, saya nampak kemungkinan ada wujudnya kecacatan. Sebab apa, saudara yang mendapat tokoh pelajar cemerlang ini, orang itu pernah jumpa dengan saya. Saya bawa semua bukti satu fail, saya meneliti dengan baik dan saya lihat apa masalahnya. Saya cuba meyakinkan bahawa sistem ini tidak ada kecacatan tetapi dalam saya melihat perkara ini sebenarnya sistem itu mungkin perlu diperbaiki di mana inilah orangnya yang telah diiktiraf sebagai Pelajar Terbaik STPM 2003 dan telah diiktiraf oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Saya dengar lagi semasa saya menonton TV, katanya pelajar ini bukan sahaja cemerlang, semua kertas dapat A dan markahnya tertinggi dalam semua kertas. Maka dalam konteks ini, saya rasa kalau dia mengisi satu kursus perubatan di MU, mungkin oleh kerana sekarang sistem komputernya tidak dapat bezakan 4A dengan 5A, kita cari satu penyelesaian. Kalau pada masa akan datang ataupun sekarang ini kita lihat orang yang dapat 5A itu apabila sama CGPAnya, kita harus mempertimbangkan orang yang mampu ambil lima mata pelajaran. Kalau ada sistem yang boleh membaca ini, mungkin kecacatan itu tidak akan berlaku. Itulah berlakunya kes yang diiktiraf sebagai orang yang terbaik di Malaysia, dia tidak dapat pilih apa yang dia hendak. Itu kita minta Yang Berhormat Menteri supaya dapat melihat sistem komputer itu, bagaimana kita hendak mereka bentuk. Satu lagi perkara yang saya ingat Yang Berhormat Menteri ada sentuh dan kita mintalah sistem itu dikemaskinikan sebab saya melihat antara pelajar-pelajar Cina pun yang dapat 2.75 atau 3.0 dapat Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Tetapi masalahnya orang yang dianggap sebagai second best group, 3.92 itu diberi perhutanan, perikanan atau kursus-kursus yang tidak setimpal dengan keputusan itu. Mungkin disebabkan sistem komputer itu sudah habis pilih, apa yang sisa baki itu kita agihkan kepada orang ini. Kita fikirkan secara cluster, kita buat pemilihan berdasarkan purata atau average itu pada kelas tertentu, 3.8 ke atas atau ke bawah. Saya harap pandangan ini dapat diterima dan dapat diteliti oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. [Tepuk]. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Terima kasih, saya akan ambil ingatan tentang perkara itu. Tetapi kalau kita menggunakan komputer seperti yang saya katakan tadi bergantung kepada programmingnya dan kita tidak kenal siapa- A ini siapa dia, anak siapa, apa bangsa dia dan sebagainya. Dia kena pergi kepada meritokrasi. Di situlah kalau ramai misalnya pelajar-pelajar kita keturunan Cina, semua hendak pergi Universiti Malaya misalnya, jadi tidak bolehlah begitu pasal kita ada kita punya dasar. Apa sahaja dasar kita buat ialah dasar perpaduan. Kita hendakkan supaya ada berbilang bangsa dalam satu universiti.
121
135
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
122 DR.1.6.2004 Kita harapkan nanti kalau boleh, oleh kerana misalnya seseorang itu dapat 2.8 ataupun 2.7 tadi, dia minta first choice dia sebagai katakan engineer, okey. Orang yang dapat tadi yang tidak dapat langsung 1, 2 atau 3 tadi, dia turun, turun, turun, sudah tidak dapat lagi. Dia akan diberi touché, sedangkan 4 flat ada yang minta jadi engineer. Dia tidak hendak jadi doktor. Dia tidak hendak jadi pharmacist. Dia tidak hendak jadi dentist. Dia dapat 4 flat, dia hendak jadi engineer. Maka orang dapat yang pertama itu four flat akan dapat jadi engineer dibandingkan dengan 2.75. Itulah seterusnya tetapi tentang ini saya akan ambil ingatan tentang perkara itu… Tuan Haji Idris bin haji Haron: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Menteri, oleh kerana semua soalan tadi ditanya oleh doktor-doktor termasuk ’Doktor’ Lim Kit Siang, saya pun walaupun bukan berasaskan medical berasaskan kejuruteraan, saya ingin juga bertanya soalan, fasal Yang Berhormat Dato’ Menteri sudah sebut tadi, ada engineer, saya minat kepada pasca, kepada selepas itu. Bagaimanakah kedudukan profesional hari ini, doktor, engineer, lawyer dan sebagainya, produk daripada semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta negara kita ini, pada hari ini adakah bilangan ini menepati sasaran kerajaan untuk melahirkan profesional mengikut kaum, mengikut etnik. Terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat bahawa profesional yang berdaftar mengikut kumpulan etnik. Kita katakan doktor dahulu tadi, fasal doktor yang dibangkitkan. Kita ada 36.9% bumiputera dan bukan bumiputera ialah 59.2%. Itu pada tahun 2000 dan pada tahun 2002 kita ada 38.5% bumiputera dan bukan bumiputera ialah 57.4%. Di sini kita lihat ada disparity ataupun kekangan di situ tetapi walau bagaimanapun, kita melihat bahawa buat masa ini critical courses yang kita ada. Kita perlukan sekarang kerana kita hendak menuju Wawasan 2020. Kita perlu supaya orang Melayu, orang India, orang Cina, sebagaimana yang saya tekankan tadi bahawa apa sahaja dasar yang kita buat di Malaysia ini. Dia punya ultimate aim, puncaknya ialah kepada perpaduan negara. Ya, sorry apa ini…. Cik Fong Po Kuan: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Batu Gajah. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Batu Gajah. Cik Fong Po Kuan: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dahulu kita ada sistem kuota sekarang dikatakan sistem meritokrasi, kononnya sistem meritokrasi tetapi setiap kali selepas keputusan STPM akan timbul masalah sebegini yang kita masih lihat. Jadi sekarang ini timbulnya Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri telah menyatakan bersikap telus di dalam pengambilan pelajar ke IPTA ini. Kita melihat ada banyak aduan. Ada pelajar di mana permohonan mereka ditolak, tidak diberi sebarang tawaran langsung, satu. Kedua, diberi tawaran tetapi bukan kursus yang mereka minta. Ketiga, mereka adalah Jurusan Sains tetapi ditawarkan kursus Jurusan Sastera. Saya tidak hendak exercise terhadap 128 sahaja pelajar tetapi saya hendak katakan pelajar yang lain. Saya pohonlah kalau boleh kementerian kita bereskan perkara ini, selesaikan perkara ini once and for all, pertama. Umumkan cut-of-point setiap kursus bagi setiap universiti agar menjadi garis panduan kepada pelajar ketika mereka mengisi borang permohonan ke IPTA, sebab sekarang ini dalam buku permohonan ialah lulusnya sekurang-kurangnya subjek mana-mana atau CGPA 3.0. Pelajar pun mengikut syarat- syarat ini. Kalau kita umumkan cut-of-point, tahun lalu mereka dapat anggaran atau satu garis panduan yang lebih tepat berkenaan kursus mana yang mereka layak dengan keputusan mereka. Mereka rasa tidak puas hati, sebab mereka kata, saya memenuhi syarat-syarat di dalam buku permohonan, satu. Perkara kedua, sedia kah kementerian mengadakan satu peperiksaan yang sama untuk pelajar matrikulasi dan pelajar STPM. Mereka akan merasa puas hati sebab mereka menduduki peperiksaan yang sama untuk ke IPTA, ia diuji menerusi satu peperiksaan yang sama. Saya haraplah! Perkara ketiga ialah rayuan pelajar yang di mana telah memilih kursus yang mereka tidak layak kerana cut-of-point yang tinggi bagi
Kita harapkan nanti kalau boleh, oleh kerana misalnya seseorang itu dapat 2.8 ataupun 2.7 tadi, dia minta first choice dia sebagai katakan engineer, okey. Orang yang dapat tadi yang tidak dapat langsung 1, 2 atau 3 tadi, dia turun, turun, turun, sudah tidak dapat lagi. Dia akan diberi touche, sedangkan 4 flat ada yang minta jadi engineer. Dia tidak hendak jadi doktor. Dia tidak hendak jadi pharmacist. Dia tidak hendak jadi dentist. Dia dapat 4 flat, dia hendak jadi engineer. Maka orang dapat yang pertama itu four flat akan dapat jadi engineer dibandingkan dengan 2.75. Itulah seterusnya tetapi tentang ini saya akan ambil ingatan tentang perkara itu... Tuan Haji Idris bin haji Haron: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Dato' Menteri, oleh kerana semua soalan tadi ditanya oleh doktor-doktor termasuk 'Doktor' Lim Kit Siang, saya pun walaupun bukan berasaskan medical berasaskan kejuruteraan, saya ingin juga bertanya soalan, fasal Yang Berhormat Dato' Menteri sudah sebut tadi, ada engineer, saya minat kepada pasca, kepada selepas itu. Bagaimanakah kedudukan profesional hari ini, doktor, engineer, lawyer dan sebagainya, produk daripada semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta negara kita ini, pada hari ini adakah bilangan ini menepati sasaran kerajaan untuk melahirkan profesional mengikut kaum, mengikut etnik. Terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat bahawa profesional yang berdaftar mengikut kumpulan etnik. Kita katakan doktor dahulu tadi, fasal doktor yang dibangkitkan. Kita ada 36.9% bumiputera dan bukan bumiputera ialah 59.2%. Itu pada tahun 2000 dan pada tahun 2002 kita ada 38.5% bumiputera dan bukan bumiputera ialah 57.4%. Di sini kita lihat ada disparity ataupun kekangan di situ tetapi walau bagaimanapun, kita melihat bahawa buat masa ini critical courses yang kita ada. Kita perlukan sekarang kerana kita hendak menuju Wawasan 2020. Kita perlu supaya orang Melayu, orang India, orang Cina, sebagaimana yang saya tekankan tadi bahawa apa sahaja dasar yang kita buat di Malaysia ini. Dia punya ultimate aim, puncaknya ialah kepada perpaduan negara. Ya, sorry apa ini.... Cik Fong Po Kuan: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Batu Gajah. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Batu Gajah. Cik Fong Po Kuan: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dahulu kita ada sistem kuota sekarang dikatakan sistem meritokrasi, kononnya sistem meritokrasi tetapi setiap kali selepas keputusan STPM akan timbul masalah sebegini yang kita masih lihat. Jadi sekarang ini timbulnya Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri telah menyatakan bersikap telus di dalam pengambilan pelajar ke IPTA ini. Kita melihat ada banyak aduan. Ada pelajar di mana permohonan mereka ditolak, tidak diberi sebarang tawaran langsung, satu. Kedua, diberi tawaran tetapi bukan kursus yang mereka minta. Ketiga, mereka adalah Jurusan Sains tetapi ditawarkan kursus Jurusan Sastera. Saya tidak hendak exercise terhadap 128 sahaja pelajar tetapi saya hendak katakan pelajar yang lain. Saya pohonlah kalau boleh kementerian kita bereskan perkara ini, selesaikan perkara ini once and for all, pertama. Umumkan cut-of-point setiap kursus bagi setiap universiti agar menjadi garis panduan kepada pelajar ketika mereka mengisi borang permohonan ke IPTA, sebab sekarang ini dalam buku permohonan ialah lulusnya sekurang-kurangnya subjek mana-mana atau CGPA 3.0. Pelajar pun mengikut syarat- syarat ini. Kalau kita umumkan cut-of-point, tahun lalu mereka dapat anggaran atau satu garis panduan yang lebih tepat berkenaan kursus mana yang mereka layak dengan keputusan mereka. Mereka rasa tidak puas hati, sebab mereka kata, saya memenuhi syarat-syarat di dalam buku permohonan, satu. Perkara kedua, sedia kah kementerian mengadakan satu peperiksaan yang sama untuk pelajar matrikulasi dan pelajar STPM. Mereka akan merasa puas hati sebab mereka menduduki peperiksaan yang sama untuk ke IPTA, ia diuji menerusi satu peperiksaan yang sama. Saya haraplah! Perkara ketiga ialah rayuan pelajar yang di mana telah memilih kursus yang mereka tidak layak kerana cut-of-point yang tinggi bagi.
122
136
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 123 mereka buat rayuan dengan garis panduan, diumumkan cut-of-point setiap kursus yang mereka boleh rayuan untuk meletak pilihan yang baru. Saya pohon semua cadangan ini boleh diambil berat, sebab ramai pelajar Cina sekarang ini dia dalam keadaan dilema, tiada ada hala tujuan. Saya baru terima SMS dari pelajar, dia tidak puas hati atas keadaan yang sebegini. Harap pohon perhatian. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita lihat, tidak usah kita bandingkan di antara Melayu, Cina, India semua ini, kita bandingkan Melayu sama Melayu dahulu ya. Yang layak dalam bidang Sains 24,678, yang ditawarkan hanya 14,497 ya. Maknanya orang Melayu yang layak dalam Jurusan Sains kita tolak seramai 10,181 orang. Ini merupakan 58.7%. Kalau kita hendak tengok dari segi kuota ia melebihi kuota tetapi kalau kita tengok pelajar berbangsa Cina yang Jurusan Sains, seramai 9,577 permohonan, yang ditawarkan 8,047. Ini bermakna 84% iaitu kalau ikut kuota. orang Cina hanya 35%, dibandingkan dalam golongan dia sahaja. Begitu juga India, dalam bidang Sains yang layak 1,858 permohonan tetapi yang diterima 1,118 iaitu 60.2%. Ini juga kalau dalam bidangan dia sendiri, dia sama dia, kalau kita hendak kuota 10% tetapi dia dapat 60.2%. Di sinilah kita tengok seperti mana yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Batu Gajah tadi, cut-of-point jadi diberi awal ya. Kalau kita lihat bahawa pencapaian, achievement studen kita, pelajar-pelajar kita dia boleh naik dan boleh turun. Oleh kerana itu ia akan tengok dari segi min dia. Maknanya dari segi kualiti kalau kita tetapkan kualitinya begini tetapi mungkin pada ketika itu semua sekali akan naik. Kualiti itu kena naik mengikut apa yang diperkarakan. Itulah sebabnya kalau kita umumkan awal-awal misalnya, itu tidak praktikal kerana kita akan menengok agregat dan min daripada achievement yang dibuat oleh penuntut itu… Cik Fong Po Kuan: Kalau boleh saya interrupt sekejap ya, Yang Berhormat Menteri. Maksud saya ialah keputusan pengambilan pelajar CGPA cut-of-point bagi tahun yang lepas. Mereka dapat anggaran yang lebih tepat mana kursus yang mereka patut pohon, sebab saya ada kes, CGPA 2.9. Dia diberi pergi permohonan pengurusan UM, sebab dia kata saya lulus, ikut syarat-syarat dalam buku, ikut syarat minimum. Ada yang kata pihak sekolah beri nasihat yang salah. Kalau ada cut-of-point tahun yang lalu, saya percaya tidak akan lari dari jauh di mana cut-of–point nya, tidak lari jauh. Saya harap kalau boleh ini lebih teluslah. Mereka tahu mana pilihan yang patut mereka letak dan keputusan kali ini, cut-of-point setiap kursus diumumkan. Berapa permohonan, apakah cut-of-point setiap kursus jadi mereka yang tidak layak ini mereka akan puas hati kalau rayuan mereka ditolak, sebab mereka akan dapat bandingkan. Rupa-rupanya lebih ramai yang keputusan yang lebih baik daripada saya. Announced it now, those who are not qualified they will know why they are not qualified. Ya. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Okey, terima kasih. Itu saya katakan tadi kalau saya tengok daripada rakan-rakan saya yang telah berbincang dengan saya, MCA dia buat begitu. Dia akan beritahu kepada penuntut-penuntut Cina berapa cut-of-point tahun lalu tetapi bukan bermakna cut-of-point tahun lalu serupa dengan cut-of-point tahun ini kerana dia punya graf akan naik, jika achievement of the student, dengan izin, naik. Kalau kita membandingkan cut-of-point tahun lepas nanti kita takut kita akan terkandas dalam hal itu. Ya, silakan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Lim Kit Siang: Penjelasan terakhir itu. Tadi Yang Berhormat Menteri angka-angka yang diberi statistik yang diberi mengenai satu perbandingan ala kuota saya rasa dan tidak boleh dipakailah. Yang kedua, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut bahawa kita mengikut komputer dan tidak kenal sesiapa atau apa latar belakang tetapi bukankah kes di mana pelajar yang terbaik sekali, tidak boleh dapat pilihan yang pertama, ini menunjukkan sistem komputer ini ada masalah. Bukan masalah ini sahaja tetapi ada kes-kes yang di mana pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang baik, tidak diberi pilihan yang
123. mereka buat rayuan dengan garis panduan, diumumkan cut-of-point setiap kursus yang mereka boleh rayuan untuk meletak pilihan yang baru. Saya pohon semua cadangan ini boleh diambil berat, sebab ramai pelajar Cina sekarang ini dia dalam keadaan dilema, tiada ada hala tujuan. Saya baru terima SMS dari pelajar, dia tidak puas hati atas keadaan yang sebegini. Harap pohon perhatian. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita lihat, tidak usah kita bandingkan di antara Melayu, Cina, India semua ini, kita bandingkan Melayu sama Melayu dahulu ya. Yang layak dalam bidang Sains 24,678, yang ditawarkan hanya 14,497 ya. Maknanya orang Melayu yang layak dalam Jurusan Sains kita tolak seramai 10,181 orang. Ini merupakan 58.7%. Kalau kita hendak tengok dari segi kuota ia melebihi kuota tetapi kalau kita tengok pelajar berbangsa Cina yang Jurusan Sains, seramai 9,577 permohonan, yang ditawarkan 8,047. Ini bermakna 84% iaitu kalau ikut kuota. orang Cina hanya 35%, dibandingkan dalam golongan dia sahaja. Begitu juga India, dalam bidang Sains yang layak 1,858 permohonan tetapi yang diterima 1,118 iaitu 60.2%. Ini juga kalau dalam bidangan dia sendiri, dia sama dia, kalau kita hendak kuota 10% tetapi dia dapat 60.2%. Di sinilah kita tengok seperti mana yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat bagi. Batu Gajah tadi, cut-of-point jadi diberi awal ya. Kalau kita lihat bahawa pencapaian, achievement studen kita, pelajar-pelajar kita dia boleh naik dan boleh turun. Oleh kerana itu ia akan tengok dari segi min dia. Maknanya dari segi kualiti kalau kita tetapkan kualitinya begini tetapi mungkin pada ketika itu semua sekali akan naik. Kualiti itu kena naik mengikut apa yang diperkarakan. Itulah sebabnya kalau kita umumkan awal-awal misalnya, itu tidak praktikal kerana kita akan menengok agregat dan min daripada achievement yang dibuat oleh penuntut itu... Cik Fong Po Kuan: Kalau boleh saya interrupt sekejap ya, Yang Berhormat Menteri. Maksud saya ialah keputusan pengambilan pelajar CGPA cut-of-point bagi tahun yang lepas. Mereka dapat anggaran yang lebih tepat mana kursus yang mereka patut pohon, sebab saya ada kes, CGPA 2.9. Dia diberi pergi permohonan pengurusan UM, sebab dia kata saya lulus, ikut syarat-syarat dalam buku, ikut syarat minimum. Ada yang kata pihak sekolah beri nasihat yang salah. Kalau ada cut-of-point tahun yang lalu, saya percaya tidak akan lari dari jauh di mana cut-of-point nya, tidak lari jauh. Saya harap kalau boleh ini lebih teluslah. Mereka tahu mana pilihan yang patut mereka letak dan keputusan kali ini, cut-of-point setiap kursus diumumkan. Berapa permohonan, apakah cut-of-point setiap kursus jadi mereka yang tidak layak ini mereka akan puas hati kalau rayuan mereka ditolak, sebab mereka akan dapat bandingkan. Rupa-rupanya lebih ramai yang keputusan yang lebih baik daripada saya. Announced it now, those who are not qualified they will know why they are not qualified. Ya. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Okey, terima kasih. Itu saya katakan tadi kalau saya tengok daripada rakan-rakan saya yang telah berbincang dengan saya, MCA dia buat begitu. Dia akan beritahu kepada penuntut-penuntut Cina berapa cut-of-point tahun lalu tetapi bukan bermakna cut-of-point tahun lalu serupa dengan cut-of-point tahun ini kerana dia punya graf akan naik, jika achievement of the student, dengan izin, naik. Kalau kita membandingkan cut-of-point tahun lepas nanti kita takut kita akan terkandas dalam hal itu. Ya, silakan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]. Tuan Lim Kit Siang: Penjelasan terakhir itu. Tadi Yang Berhormat Menteri angka-angka yang diberi statistik yang diberi mengenai satu perbandingan ala kuota saya rasa dan tidak boleh dipakailah. Yang kedua, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut bahawa kita mengikut komputer dan tidak kenal sesiapa atau apa latar belakang tetapi bukankah kes di mana pelajar yang terbaik sekali, tidak boleh dapat pilihan yang pertama, ini menunjukkan sistem komputer ini ada masalah. Bukan masalah ini sahaja tetapi ada kes-kes yang di mana pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang baik, tidak diberi pilihan yang.
123
137
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
124 DR.1.6.2004 baik. Diberi pilihan atau kursus-kursus yang sangat… mereka pun tidak pernah mendengarnya. Bukankah elok mengadakan satu kajian menyeluruh mengenai pilihan-pilihan ini dan oleh kerana itu bolehkah dateline untuk membuat rayuan dipanjangkan sekurang-kurangnya satu minggu supaya ada masa. Ini satu perkara yang mustahak yang melibatkan masa depan generasi yang baru dan ini saya berharap boleh mendapat pertimbangan. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih. Seperti yang saya katakan tadi saya akan melihat semula, kalau misalnya Khoo yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Apa yang kita buat pada masa datang kita akan refer kepada Lembaga Peperiksaan, siapa yang plus-plusnya pula, selain daripada four flat, mungkin ada. Dengan cara itu kita akan melihat supaya orang-orang seperti ini tidak ketinggalan. Tuan Lim Kit Siang: [Menyampuk] Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Itu akan dibincangkan besok, insya-Allah. Seramai lima orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat bagi Temerloh, Yang Berhormat Ipoh Timor, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat bagi Padang Terap telah menyentuh mengenai isu pengangguran di kalangan siswazah. Beberapa cadangan telah dikemukakan antaranya usaha untuk meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dan ICT di Institut Pengajian Tinggi (IPT), mengadakan kursus jangka pendek bagi meningkatkan daya kreativiti, keyakinan diri, kebolehan berkomunikasi ataupun soft skill dan pelaksanaan program pengajian double major. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas cadangan-cadangan tersebut. Sebenarnya isu siswazah tidak mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian bukan fenomena baru dan ia menjadi kritikal apabila berlaku kegawatan ekonomi. Daripada kajian pengesanan ataupun dengan izin, traces study yang dibuat ke atas graduan daripada 14 IPTA, pada tahun 2003 selepas tiga bulan menamatkan pengajian mereka, didapati 57.4% siswazah mendapat pekerjaan, 29.4% tidak mendapat pekerjaan dan 13.2% melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Daripada 57.4% siswazah yang mendapat pekerjaan, 39.5% yang bekerja tetap, 11.2% bekerja sementara, 7.6% bekerja kontrak dan 2.7% bekerja sendiri. Untuk makluman Yang Berhormat cadangan mengadakan program dwi pengkhususan dengan izin, double major… Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Menteri, Jerai bangun. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: …adalah satu salah cara untuk membantu pelajar mengatasi masalah pengangguran kerana dengan mengadakan program ini siswazah akan menjadi lebih marketable. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Menteri, tahniah naik menjadi menteri penuh. Cara Yang Berhormat menjawab pun orang tidak gamak hendak mengata apa, ‘baguih’, lembut Yang Berhormat. Tetapi cara Yang Berhormat bagi Ipoh Timor memaksa Yang Berhormat suruh itu tidak patut. Jangan paksa kita tahu membuat kerja kita sebagai menteri. Cuma Yang Berhormat saya hendak bertanya sedikit mungkin pendedahan siswazah-siswazah tempatan ini tidak begitu meluas. Kalau kita tengok syarikatkah atau badan-badan kerajaan dan sebagainya, kalau dia hendak mengambil pekerja itu siswazah kelulusan luar negara itu diutamakan. Saya difahamkan kadang-kadang gajinya pun berbeza, yang berkelulusan luar negara itu lebih daripada yang lulusan dalam negara. Apakah kita perlu, macam Yang Berhormat cadangkan tadi memberikan pendedahan terutama sekali dalam bahasa Inggeris supaya mereka dapat bersama dengan siswazah yang berkelulusan luar negara. Yang keduanya, sekarang ini kita kekurangan guru-guru. Dalam akhbar menyatakan bahawa orang tidak mahu menjadi guru. Sebenarnya ramai yang hendak menjadi guru. Kemudian kita pula pergi mengambil guru pencen diberikan kerja lagi.
baik. Diberi pilihan atau kursus-kursus yang sangat... mereka pun tidak pernah mendengarnya. Bukankah elok mengadakan satu kajian menyeluruh mengenai pilihan-pilihan ini dan oleh kerana itu bolehkah dateline untuk membuat rayuan dipanjangkan sekurang-kurangnya satu minggu supaya ada masa. Ini satu perkara yang mustahak yang melibatkan masa depan generasi yang baru dan ini saya berharap boleh mendapat pertimbangan. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih. Seperti yang saya katakan tadi saya akan melihat semula, kalau misalnya Khoo yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Apa yang kita buat pada masa datang kita akan refer kepada Lembaga Peperiksaan, siapa yang plus-plusnya pula, selain daripada four flat, mungkin ada. Dengan cara itu kita akan melihat supaya orang-orang seperti ini tidak ketinggalan. Tuan Lim Kit Siang: [Menyampuk]. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Itu akan dibincangkan besok, insya-Allah. Seramai lima orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat bagi Temerloh, Yang Berhormat Ipoh Timor, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat bagi Padang Terap telah menyentuh mengenai isu pengangguran di kalangan siswazah. Beberapa cadangan telah dikemukakan antaranya usaha untuk meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dan ICT di Institut Pengajian Tinggi (IPT), mengadakan kursus jangka pendek bagi meningkatkan daya kreativiti, keyakinan diri, kebolehan berkomunikasi ataupun soft skill dan pelaksanaan program pengajian double major. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas cadangan-cadangan tersebut. Sebenarnya isu siswazah tidak mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian bukan fenomena baru dan ia menjadi kritikal apabila berlaku kegawatan ekonomi. Daripada kajian pengesanan ataupun dengan izin, traces study yang dibuat ke atas graduan daripada 14 IPTA, pada tahun 2003 selepas tiga bulan menamatkan pengajian mereka, didapati 57.4% siswazah mendapat pekerjaan, 29.4% tidak mendapat pekerjaan dan 13.2% melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Daripada 57.4% siswazah yang mendapat pekerjaan, 39.5% yang bekerja tetap, 11.2% bekerja sementara, 7.6% bekerja kontrak dan 2.7% bekerja sendiri. Untuk makluman Yang Berhormat cadangan mengadakan program dwi pengkhususan dengan izin, double major... Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Menteri, Jerai bangun. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: ...adalah satu salah cara untuk membantu pelajar mengatasi masalah pengangguran kerana dengan mengadakan program ini siswazah akan menjadi lebih marketable. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Dato' Menteri, tahniah naik menjadi menteri penuh. Cara Yang Berhormat menjawab pun orang tidak gamak hendak mengata apa, 'baguih', lembut Yang Berhormat. Tetapi cara Yang Berhormat bagi Ipoh Timor memaksa Yang Berhormat suruh itu tidak patut. Jangan paksa kita tahu membuat kerja kita sebagai menteri. Cuma Yang Berhormat saya hendak bertanya sedikit mungkin pendedahan siswazah-siswazah tempatan ini tidak begitu meluas. Kalau kita tengok syarikatkah atau badan-badan kerajaan dan sebagainya, kalau dia hendak mengambil pekerja itu siswazah kelulusan luar negara itu diutamakan. Saya difahamkan kadang-kadang gajinya pun berbeza, yang berkelulusan luar negara itu lebih daripada yang lulusan dalam negara. Apakah kita perlu, macam Yang Berhormat cadangkan tadi memberikan pendedahan terutama sekali dalam bahasa Inggeris supaya mereka dapat bersama dengan siswazah yang berkelulusan luar negara. Yang keduanya, sekarang ini kita kekurangan guru-guru. Dalam akhbar menyatakan bahawa orang tidak mahu menjadi guru. Sebenarnya ramai yang hendak menjadi guru. Kemudian kita pula pergi mengambil guru pencen diberikan kerja lagi.
124
138
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 125 Kadang-kadang guru itu pun dia terlena dalam kelas. Maklumlah sudah ranum, jadi disuruh menggagah mengajar lagi. Bila guru lena, anak murid pun turut lena sama. Apa salahnya yang berkelulusan ini diambil mereka hantar berkursus perguruan selama setahun kemudian serapkan mereka menjadi guru siswazah. Sudah kita memerlukan guru yang ramai.. Seorang Ahli: [Menyampuk] Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: “Ranum” itu maknanya dia berumur sedikit, saya hendak mengatakan “tua” tidak patut, kita bukan tua Tuan Yang di-Pertua, kita lama. Adakah Yang Berhormat bercadang untuk kita identify, cari peluang-peluang untuk mereka. Saya pun menghadapi masalah di dalam kawasan. Mereka mengatakan, “Yang Berhormat Dato’, anak saya kelulusan universiti”, tetapi sudah berapa tahun tidak mendapat pekerjaan. Kita hendak memberikan kerja apa kepada mereka, kita pun makan gaji lebih kurang sahaja. Saya minta kementerian membuat kajian di mana silapnya, macam Universiti Utara cukup ramai keluar hendak diletakkan di mana selepas ini, Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat bagi Menteri menjawab. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya ikut, saya akur Yang Berhormat. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat di atas kebimbangan Yang Berhormat tentang siswazah-siswazah kita yang menganggur ini. Saya telah pun melontarkan idea-idea kepada Vice Chancellor supaya kalau boleh masalah-masalah yang kita dapati, kita kesan bahawa anak-anak kita ini kadang-kadang introvert, pendiam, tidak extrovert, anak-anak kita tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris misalnya, anak-anak kita ini tidak dapat mempunyai EQ, IQ dia bagus pasal dia masuk universiti, EQ tidak bagus, emotional quotient dan sebagainya. Apa yang telah saya lontarkan dan kemungkinan dalam minggu depan ini respons daripada Vice Chancellor akan datang, pertamanya kita hendakkan supaya student personnel services, dengan izin Tuan Yang di-Pertua kita hebatkan, di mana di situlah akan diajar bermacam-macam supaya anak-anak kita itu berani bercakap, berani menyatakan sesuatu dan boleh menyatakan sesuatu, orang lain tidak sakit hati dan kita hendakkan juga anak-anak kita pun boleh berdebat, boleh menggunakan IT dan sebagainya. Selain daripada itu kita hendakkan juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, ANCHAP ini juga dapat membuatkan banyak aktiviti bukan sahaja di kampus itu sendiri tetapi juga di kolej di mana mereka tinggal. Di sini kita hendakkan fellow dan juga pengetua melibatkan diri. Kalau mereka tidak ada aktiviti saya takut nanti orang lain membawa lari keluar, jadi masalah pula kepada kita. Ini yang kita harapkan.. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat saya hendak selitkan satu soalan boleh tidak Yang Berhormat? Mustahak Yang Berhormat orang- orang tua pesan hendak selit satu lagi boleh tidak? Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Sila. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Tentang pakaian Yang Berhormat. Yang ini saya kena tegur pasal dahulu saya tidak mahu sebut universiti- universiti mana. Nanti saya rekomen kepada Canselor Universiti itu suruh ambil dia tidak mahu ambil pula, bila tengok surat saya. Tetapi kita tengok di universiti-universiti sekarang ini hendak mengikut universiti barat, pakaian pun lebih kurang boleh memakai jean, kemudian memakai baju yang sekerat nampak pusat tidak pasal-pasal. Di universiti ini bercampuran. Bila orang lelaki dengan perempuan bercampur tengok pula dia ini memakai pelek-pelek dia naik karan lebih kurang, ini susah kita Yang Berhormat. Boleh tidak Yang Berhormat tolong perbetulkan di universiti beri mereka memakai pakaian yang bersopan santun apa salahnya. Kalau yang Melayu pakai baju……. bukan baju kebaya, baju…. Tuan Lim Kit Siang: Ini bukan hendak membuat penjelasan. Kita lagi ada lapan kementerian..
125. Kadang-kadang guru itu pun dia terlena dalam kelas. Maklumlah sudah ranum, jadi disuruh menggagah mengajar lagi. Bila guru lena, anak murid pun turut lena sama. Apa salahnya yang berkelulusan ini diambil mereka hantar berkursus perguruan selama setahun kemudian serapkan mereka menjadi guru siswazah. Sudah kita memerlukan guru yang ramai.. Seorang Ahli: [Menyampuk]. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: "Ranum" itu maknanya dia berumur sedikit, saya hendak mengatakan "tua" tidak patut, kita bukan tua Tuan Yang di-Pertua, kita lama. Adakah Yang Berhormat bercadang untuk kita identify, cari peluang-peluang untuk mereka. Saya pun menghadapi masalah di dalam kawasan. Mereka mengatakan, "Yang Berhormat Dato', anak saya kelulusan universiti", tetapi sudah berapa tahun tidak mendapat pekerjaan. Kita hendak memberikan kerja apa kepada mereka, kita pun makan gaji lebih kurang sahaja. Saya minta kementerian membuat kajian di mana silapnya, macam Universiti Utara cukup ramai keluar hendak diletakkan di mana selepas ini, Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat bagi Menteri menjawab. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya ikut, saya akur Yang Berhormat. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat di atas kebimbangan Yang Berhormat tentang siswazah-siswazah kita yang menganggur ini. Saya telah pun melontarkan idea-idea kepada Vice Chancellor supaya kalau boleh masalah-masalah yang kita dapati, kita kesan bahawa anak-anak kita ini kadang-kadang introvert, pendiam, tidak extrovert, anak-anak kita tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris misalnya, anak-anak kita ini tidak dapat mempunyai EQ, IQ dia bagus pasal dia masuk universiti, EQ tidak bagus, emotional quotient dan sebagainya. Apa yang telah saya lontarkan dan kemungkinan dalam minggu depan ini respons daripada Vice Chancellor akan datang, pertamanya kita hendakkan supaya student personnel services, dengan izin Tuan Yang di-Pertua kita hebatkan, di mana di situlah akan diajar bermacam-macam supaya anak-anak kita itu berani bercakap, berani menyatakan sesuatu dan boleh menyatakan sesuatu, orang lain tidak sakit hati dan kita hendakkan juga anak-anak kita pun boleh berdebat, boleh menggunakan IT dan sebagainya. Selain daripada itu kita hendakkan juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, ANCHAP ini juga dapat membuatkan banyak aktiviti bukan sahaja di kampus itu sendiri tetapi juga di kolej di mana mereka tinggal. Di sini kita hendakkan fellow dan juga pengetua melibatkan diri. Kalau mereka tidak ada aktiviti saya takut nanti orang lain membawa lari keluar, jadi masalah pula kepada kita. Ini yang kita harapkan.. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat saya hendak selitkan satu soalan boleh tidak Yang Berhormat? Mustahak Yang Berhormat orang- orang tua pesan hendak selit satu lagi boleh tidak?. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Sila. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Tentang pakaian Yang Berhormat. Yang ini saya kena tegur pasal dahulu saya tidak mahu sebut universiti- universiti mana. Nanti saya rekomen kepada Canselor Universiti itu suruh ambil dia tidak mahu ambil pula, bila tengok surat saya. Tetapi kita tengok di universiti-universiti sekarang ini hendak mengikut universiti barat, pakaian pun lebih kurang boleh memakai jean, kemudian memakai baju yang sekerat nampak pusat tidak pasal-pasal. Di universiti ini bercampuran. Bila orang lelaki dengan perempuan bercampur tengok pula dia ini memakai pelek-pelek dia naik karan lebih kurang, ini susah kita Yang Berhormat. Boleh tidak Yang Berhormat tolong perbetulkan di universiti beri mereka memakai pakaian yang bersopan santun apa salahnya. Kalau yang Melayu pakai baju....... bukan baju kebaya, baju.... Tuan Lim Kit Siang: Ini bukan hendak membuat penjelasan. Kita lagi ada lapan kementerian..
125
139
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
126 DR.1.6.2004 Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat.. Tuan Lim Kit Siang: Buang masa Dewan yang mulia ini ada Menteri, Menteri menunggu mahu menjawab, pasal apa first world Parliament sebagai …. world Parliament semacam ini . Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Pasal apa mengatakan buang masa, ini maruah. Tuan Lim Kit Siang: Salah menggunakan Peraturan Mesyuarat. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Kita tidak membenarkan pelajar kita memakai pakaian yang teruk di universiti. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat teruskan, Yang Berhormat. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Bukan ini, ini benda betul di universiti tengok kalau budak-budak memakai macam-macam, gejala sosial berlaku di universiti. Yang Berhormat tidak mahu dengar boleh balik. Saya boleh menunggu sampai pagi besok kerana tugas saya sebagai wakil rakyat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Jerai teruskan. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat cakap satu hari lebih saya tunggu, saya bercakap sedikit tidak bolehkah? Apa ini demokrasi apa ini, Yang Berhormat boleh ajar orang Yang Berhormat, saya Barisan Nasional Presiden saya ajar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Jerai, Jerai teruskan. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Ah! Jangan kurang sopan terhadap saya, nanti Yang Berhormat susah di Dewan ini. Yang Berhormat Menteri, saya meminta Yang Berhormat tolong lihat anak-anak kita di universiti sungguhpun berkelulusan tinggi tetapi perangai mereka teruk. Terima kasih Yang Berhormat. Saya sabar ini, terima kasih. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat, saya akan bawa perkara ini ke Mesyuarat Vice Chancellor nanti. Satu perkara lagi ialah tentang guru-guru. Tentang guru-guru ini, kita ada apa yang kita katakan hari itu bahawa jika studen yang baru masuk, dia hendak ambil perguruan, kita terus secara symbiotic relationship. Hubungan simbiotik ini akan dimasukkan sekali tetapi kepada guru-guru yang telah pun berijazah tetapi tidak dapat mendapat apa-apa kerja yang lain, masih menganggur, mereka boleh minta satu program yang dinamakan KPLI di mana siswazah-siswazah itu akan diajar sedikit mengenai anagogi, pedagogi, child psychology dan sebagainya. Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah pengangguran yang berlaku di kalangan siswazah. Antara strategi jangka pendek yang telah diambil: (i) mengkaji penawaran kursus-kursus baru di IPT agar ia bersesuaian, relevan dan memenuhi pasaran guna tenaga; (ii) meminta IPT memasukkan elemen-elemen seperti teknologi maklumat, keusahawanan dan etika dalam kursus-kursus berkenaan supaya ia lebih marketable; (iii) meneruskan perbincangan dan kerjasama antara kementerian dengan pihak industri, IPT dan agensi kerajaan yang berkaitan dari masa ke semasa bagi mendapatkan maklum balas mengenai keperluan industri; dan (iv) meminta IPT meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa yang lain serta kemahiran berkomunikasi bagi memberi nilai tambah kepada siswazah dalam bidang pekerjaan yang akan diceburinya.
Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat.. Tuan Lim Kit Siang: Buang masa Dewan yang mulia ini ada Menteri, Menteri menunggu mahu menjawab, pasal apa first world Parliament sebagai .... world Parliament semacam ini . Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Pasal apa mengatakan buang masa, ini maruah. Tuan Lim Kit Siang: Salah menggunakan Peraturan Mesyuarat. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Kita tidak membenarkan pelajar kita memakai pakaian yang teruk di universiti. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat teruskan, Yang Berhormat. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Bukan ini, ini benda betul di universiti tengok kalau budak-budak memakai macam-macam, gejala sosial berlaku di universiti. Yang Berhormat tidak mahu dengar boleh balik. Saya boleh menunggu sampai pagi besok kerana tugas saya sebagai wakil rakyat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Jerai teruskan. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Yang Berhormat cakap satu hari lebih saya tunggu, saya bercakap sedikit tidak bolehkah? Apa ini demokrasi apa ini, Yang Berhormat boleh ajar orang Yang Berhormat, saya Barisan Nasional Presiden saya ajar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Jerai, Jerai teruskan. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Ah! Jangan kurang sopan terhadap saya, nanti Yang Berhormat susah di Dewan ini. Yang Berhormat Menteri, saya meminta Yang Berhormat tolong lihat anak-anak kita di universiti sungguhpun berkelulusan tinggi tetapi perangai mereka teruk. Terima kasih Yang Berhormat. Saya sabar ini, terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat, saya akan bawa perkara ini ke Mesyuarat Vice Chancellor nanti. Satu perkara lagi ialah tentang guru-guru. Tentang guru-guru ini, kita ada apa yang kita katakan hari itu bahawa jika studen yang baru masuk, dia hendak ambil perguruan, kita terus secara symbiotic relationship. Hubungan simbiotik ini akan dimasukkan sekali tetapi kepada guru-guru yang telah pun berijazah tetapi tidak dapat mendapat apa-apa kerja yang lain, masih menganggur, mereka boleh minta satu program yang dinamakan KPLI di mana siswazah-siswazah itu akan diajar sedikit mengenai anagogi, pedagogi, child psychology dan sebagainya. Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah pengangguran yang berlaku di kalangan siswazah. Antara strategi jangka pendek yang telah diambil: (i) mengkaji penawaran kursus-kursus baru di IPT agar ia bersesuaian, relevan dan memenuhi pasaran guna tenaga; (ii) meminta IPT memasukkan elemen-elemen seperti teknologi maklumat, keusahawanan dan etika dalam kursus-kursus berkenaan supaya ia lebih marketable; (iii) meneruskan perbincangan dan kerjasama antara kementerian dengan pihak industri, IPT dan agensi kerajaan yang berkaitan dari masa ke semasa bagi mendapatkan maklum balas mengenai keperluan industri; dan. (iv) meminta IPT meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa yang lain serta kemahiran berkomunikasi bagi memberi nilai tambah kepada siswazah dalam bidang pekerjaan yang akan diceburinya.
126
140
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 127 Strategi jangka panjang pula antaranya melibatkan: (i) cadangan kursus pengajian secara double major melalui gabungan kursus-kursus pengajian seperti gabungan Kursus Pengajian Islam dengan Ekonomi, Pengurusan dengan Teknologi Maklumat dan sebagainya; (ii) penilaian semula kurikulum pengajian setiap lima tahun dengan mengambil kira ulasan dan maklum balas oleh Penasihat Akademik, penilai luar, input dari industri bagi memastikan kurikulum program pengajian mempunyai kualiti yang sesuai dengan perkembangan dan pasaran kerja terkini; (iii) mengadakan program latihan industri pelajar semasa tahun akhir pengajian di syarikat industri awam dan swasta. Program ini akan dilaksanakan dengan lebih meluas dan diuruskan dengan lebih teratur supaya kerjasama di antara industri dengan universiti dapat berjalan secara berterusan dan sistematik; (iv) mahasiswa diberi pendedahan dalam aspek-aspek kepimpinan, pengurusan dan budaya kerja di industri; (v) mengadakan khidmat sokongan di peringkat IPT untuk membantu mahasiswa mengetahui bentuk pekerjaan yang relevan dan sedia menunggu di pasaran; dan (vi) menyokong usaha JPA yang mengadakan Skim Sangkutan dan Latihan atau SSL dan Kementerian Sumber Manusia yang mengadakan Skim Latihan Graduan atau SLG dengan menggalakkan pelajar untuk menyertai program ini selepas mereka menamatkan pengajian sekiranya mereka masih belum mendapat pekerjaan. Dengan langkah-langkah ini, diharap pihak IPT dapat melahirkan siswazah yang bukan sahaja dapat menguasai ilmu pengetahuan yang cemerlang malah mereka juga mempunyai keterampilan serta budaya berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Temerloh bangun. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua… Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh: Yang Berhormat, saya hendak bertanya sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Tentang cadangan tadi, Yang Berhormat tidak sebut dari segi research di universiti, penyelidikan. Barangkali Yang Berhormat pun sedar bahawa baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun ada membuat komen iaitu taraf universiti kita ini tidak sampai setengah untuk mencapai taraf dunia. Pada saya Yang Berhormat, universiti ini is research. Kalau tidak ada research, itu bukan universiti namanya. Saya hendak minta supaya kementerian Yang Berhormat, memohon lebih banyak peruntukan bagi research grant, dengan izin, daripada sumber dalaman, daripada kerajaan sendiri dan banyak juga sumber-sumber luar, Yang Berhormat, research yang boleh kita mendapat funding, dengan izin, untuk mendapatkan research grant daripada bermacam-macam agensi luar. Pada saya research is very important, dengan izin. Terima kasih. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. Nampaknya Yang Berhormat pun mendahului daripada saya. Menyentuh isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat bagi Temerloh, Yang Berhormat bagi Ledang dan Yang Berhormat bagi Batu Kawan berkaitan penyelidikan dan pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi sememangnya memberi penekanan yang serius untuk meningkatkan elemen penyelidikan, pembangunan dan komersial.
127 Strategi jangka panjang pula antaranya melibatkan: (i) cadangan kursus pengajian secara double major melalui gabungan kursus-kursus pengajian seperti gabungan Kursus Pengajian Islam dengan Ekonomi, Pengurusan dengan Teknologi Maklumat dan sebagainya; (ii) penilaian semula kurikulum pengajian setiap lima tahun dengan mengambil kira ulasan dan maklum balas oleh Penasihat Akademik, penilai luar, input dari industri bagi memastikan kurikulum program pengajian mempunyai kualiti yang sesuai dengan perkembangan dan pasaran kerja terkini; (iii) mengadakan program latihan industri pelajar semasa tahun akhir pengajian di syarikat industri awam dan swasta. Program ini akan dilaksanakan dengan lebih meluas dan diuruskan dengan lebih teratur supaya kerjasama di antara industri dengan universiti dapat berjalan secara berterusan dan sistematik; (iv) mahasiswa diberi pendedahan dalam aspek-aspek kepimpinan, pengurusan dan budaya kerja di industri; (v) mengadakan khidmat sokongan di peringkat IPT untuk membantu mahasiswa mengetahui bentuk pekerjaan yang relevan dan sedia menunggu di pasaran; dan (vi) menyokong usaha JPA yang mengadakan Skim Sangkutan dan Latihan atau SSL dan Kementerian Sumber Manusia yang mengadakan Skim Latihan Graduan atau SLG dengan menggalakkan pelajar untuk menyertai program ini selepas mereka menamatkan pengajian sekiranya mereka masih belum mendapat pekerjaan. Dengan langkah-langkah ini, diharap pihak IPT dapat melahirkan siswazah yang bukan sahaja dapat menguasai ilmu pengetahuan yang cemerlang malah mereka juga mempunyai keterampilan serta budaya berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Temerloh bangun. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua... Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh: Yang Berhormat, saya hendak bertanya sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Tentang cadangan tadi, Yang Berhormat tidak sebut dari segi research di universiti, penyelidikan. Barangkali Yang Berhormat pun sedar bahawa baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun ada membuat komen iaitu taraf universiti kita ini tidak sampai setengah untuk mencapai taraf dunia. Pada saya Yang Berhormat, universiti ini is research. Kalau tidak ada research, itu bukan universiti namanya. Saya hendak minta supaya kementerian Yang Berhormat, memohon lebih banyak peruntukan bagi research grant, dengan izin, daripada sumber dalaman, daripada kerajaan sendiri dan banyak juga sumber-sumber luar, Yang Berhormat, research yang boleh kita mendapat funding, dengan izin, untuk mendapatkan research grant daripada bermacam-macam agensi luar. Pada saya research is very important, dengan izin. Terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. Nampaknya Yang Berhormat pun mendahului daripada saya. Menyentuh isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat bagi Temerloh, Yang Berhormat bagi Ledang dan Yang Berhormat bagi Batu Kawan berkaitan penyelidikan dan pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi sememangnya memberi penekanan yang serius untuk meningkatkan elemen penyelidikan, pembangunan dan komersial.
127
141
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
128 DR.1.6.2004 Sebahagian dari langkah meningkatkan aktiviti penyelidikan di negara ini, beberapa universiti awam yang mantap akan dijadikan Universiti Penyelidikan. Universiti ini akan terlibat secara agresif dalam aktiviti penyelidikan dan enrolment pelajar ijazah tinggi di universiti tersebut adalah sekurang-kurangnya 30 peratus. Dalam pertandingan di peringkat antarabangsa baru-baru ini, penyelidik-penyelidik dari IPTA telah berjaya memenangi 16 pingat emas, 22 perak dan 10 gangsa dalam pertandingan reka cipta antarabangsa di Geneva. Sehingga kini IPTA telah berjaya mendaftar termasuk dalam proses pendaftaran sebanyak 170 paten dengan 50 produk yang dikomersialkan bersama industri bernilai lebih daripada RM48 juta. Sejak tahun 2002, sejumlah RM100 juta telah diperuntukkan oleh kementerian ini untuk membiayai penyelidikan fundamental di IPTA. Penyelidikan fundamental ini penting dan merupakan asas kepada peningkatan kajian gunaan yang akhirnya akan menjurus kepada penghasilan produk untuk dikomersialkan. Selaras amalan universiti-universiti terkemuka di negara luar seperti Korea dan Jepun, penekanan kepada penyelidikan fundamental haruslah mendapat sokongan kewangan yang besar dan kementerian akan berusaha untuk memperoleh bantuan kewangan yang sepadan bagi membiayai penyelidikan fundamental ini. Kementerian Pengajian Tinggi juga menyambut baik saranan kerajaan untuk menggalakkan warganegara Malaysia yang mempunyai kepakaran yang tinggi untuk berkhidmat di IPTA, terutamanya di dalam bidang-bidang kritikal seperti Perubatan, Kejuruteraan, Farmasi, Sains dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat bagi Temerloh mengenai pelantikan Profesor dan Profesor Madya di IPTA yang bukan terdiri daripada mereka yang banyak membuat penyelidikan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Suka saya jelaskan di sini bahawa urusan kenaikan pangkat di IPTA mengguna pakai garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Garis panduan ini menekankan kepada kecemerlangan dalam bidang pengajaran dan penyeliaan, penyelidikan, perundingan, penerbitan, perkhidmatan kepada komuniti serta jalinan antarabangsa yang membanggakan. Penilaian secara dalaman dan luaran dikendalikan oleh pihak universiti sebelum keputusan dibawa untuk kelulusan Lembaga Pengarah Universiti masing- masing. Dengan proses penjaminan kualiti yang agak ketat ini maka calon yang dilantik sebagai profesor adalah terdiri daripada kalangan mereka yang memiliki kelayakan akademik yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan kadar yuran yang dianggap tinggi di IPT yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Temerloh, perlu dijelaskan, IPTS tidak mendapat sebarang bantuan kewangan daripada kerajaan berbanding dengan IPTA. Sebagai contohnya, kos purata bagi bidang pengajian perubatan di IPTA adalah RM296,772 dan daripada kos tersebut, purata yuran pengajian yang dikenakan hanyalah RM9,800 sahaja manakala kos selebihnya dibiayai oleh kerajaan. IPTS pula terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar yang berkelayakan. Sehubungan itu pihak pengurusan IPTS terpaksa mengenakan bayaran yang agak tinggi kepada pelajar. Namun demikian, IPTS tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan yuran dan ia tertakluk kepada kelulusan daripada kementerian. Pihak kementerian membantu mahasiswa dengan memberi bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ataupun PTPTN. Bantuan yang disalurkan ini sedikit-sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar luar… Tuan Haji Hamim bin Samuri: [Bangun] Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Untuk makluman Yang Berhormat, kos pengajian di IPTA di negara ini adalah antara yang terendah sekali di dunia... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Ledang bangun.
Sebahagian dari langkah meningkatkan aktiviti penyelidikan di negara ini, beberapa universiti awam yang mantap akan dijadikan Universiti Penyelidikan. Universiti ini akan terlibat secara agresif dalam aktiviti penyelidikan dan enrolment pelajar ijazah tinggi di universiti tersebut adalah sekurang-kurangnya 30 peratus. Dalam pertandingan di peringkat antarabangsa baru-baru ini, penyelidik-penyelidik dari IPTA telah berjaya memenangi 16 pingat emas, 22 perak dan 10 gangsa dalam pertandingan reka cipta antarabangsa di Geneva. Sehingga kini IPTA telah berjaya mendaftar termasuk dalam proses pendaftaran sebanyak 170 paten dengan 50 produk yang dikomersialkan bersama industri bernilai lebih daripada RM48 juta. Sejak tahun 2002, sejumlah RM100 juta telah diperuntukkan oleh kementerian ini untuk membiayai penyelidikan fundamental di IPTA. Penyelidikan fundamental ini penting dan merupakan asas kepada peningkatan kajian gunaan yang akhirnya akan menjurus kepada penghasilan produk untuk dikomersialkan. Selaras amalan universiti-universiti terkemuka di negara luar seperti Korea dan Jepun, penekanan kepada penyelidikan fundamental haruslah mendapat sokongan kewangan yang besar dan kementerian akan berusaha untuk memperoleh bantuan kewangan yang sepadan bagi membiayai penyelidikan fundamental ini. Kementerian Pengajian Tinggi juga menyambut baik saranan kerajaan untuk menggalakkan warganegara Malaysia yang mempunyai kepakaran yang tinggi untuk berkhidmat di IPTA, terutamanya di dalam bidang-bidang kritikal seperti Perubatan, Kejuruteraan, Farmasi, Sains dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat bagi Temerloh mengenai pelantikan Profesor dan Profesor Madya di IPTA yang bukan terdiri daripada mereka yang banyak membuat penyelidikan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Suka saya jelaskan di sini bahawa urusan kenaikan pangkat di IPTA mengguna pakai garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Garis panduan ini menekankan kepada kecemerlangan dalam bidang pengajaran dan penyeliaan, penyelidikan, perundingan, penerbitan, perkhidmatan kepada komuniti serta jalinan antarabangsa yang membanggakan. Penilaian secara dalaman dan luaran dikendalikan oleh pihak universiti sebelum keputusan dibawa untuk kelulusan Lembaga Pengarah Universiti masing- masing. Dengan proses penjaminan kualiti yang agak ketat ini maka calon yang dilantik sebagai profesor adalah terdiri daripada kalangan mereka yang memiliki kelayakan akademik yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan kadar yuran yang dianggap tinggi di IPT yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Temerloh, perlu dijelaskan, IPTS tidak mendapat sebarang bantuan kewangan daripada kerajaan berbanding dengan IPTA. Sebagai contohnya, kos purata bagi bidang pengajian perubatan di IPTA adalah RM296,772 dan daripada kos tersebut, purata yuran pengajian yang dikenakan hanyalah RM9,800 sahaja manakala kos selebihnya dibiayai oleh kerajaan. IPTS pula terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar yang berkelayakan. Sehubungan itu pihak pengurusan IPTS terpaksa mengenakan bayaran yang agak tinggi kepada pelajar. Namun demikian, IPTS tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan yuran dan ia tertakluk kepada kelulusan daripada kementerian. Pihak kementerian membantu mahasiswa dengan memberi bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ataupun PTPTN. Bantuan yang disalurkan ini sedikit-sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar luar... Tuan Haji Hamim bin Samuri: [Bangun]. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Untuk makluman Yang Berhormat, kos pengajian di IPTA di negara ini adalah antara yang terendah sekali di dunia... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Ledang bangun.
128
142
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 129 Tuan Haji Hamim bin Samuri: Terima kasih Yang Berhormat dan Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sekadar ingin hendak bertanya, bolehkah Yang Berhormat Menteri sebutkan pecahan bantuan yang dianugerahkan kepada pelajar- pelajar menerusi PTPTN kepada pelajar-pelajar IPTS. Kalau boleh angka pecahan bagi Melayu, India dan Cina. Terima kasih. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, PTPTN tidak mengira bangsa tetapi mengira subjek atau disiplin yang dipelajari. Bermula tahun 1997 hingga April 2004 … Tuan Lim Kit Siang: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Ipoh Timur. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saya hendak jawab soalan tadi dulu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Belum bagi lagi, Yang Berhormat. Sila duduk. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Biar saya jawab soalan tadi dulu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia belum menjawab Yang Berhormat. Sila duduk. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Bermula tahun 1997 hingga April 2004, PTPTN telah menaja pinjaman untuk 1754 orang pelajar perubatan dan dari jumlah tersebut, 828 orang ataupun 47.2 peratus adalah pelajar bukan bumiputera dan 926 orang atau 52.8 peratus adalah pelajar bumiputera. Dari segi nilai tajaan iaitu ongkosnya, RM7.25 juta digunakan bagi membiayai pinjaman pelajar bumiputera sementara RM22.80 juta ataupun 75.9 peratus adalah bagi membiayai pinjaman pelajar bukan bumiputera. Di sini PTPTN banyak memberi bantuan kepada pelajar-pelajar bukan bumiputera. Tuan Lim Kit Siang: Selepas Pilihanraya Umum 2004, Pengerusi PTPTN sudah naik pangkat menjadi Timbalan Menteri untuk Kementerian… Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: MITI. Tuan Lim Kit Siang: MITI. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Minta Yang Berhormat terus straight to the point, Yang Berhormat, straight to the point. Don’t waste time. Tuan Lim Kit Siang: Sampai sekarang tidak ada orang dilantik sebagai pengganti. Bukankah ini akan melambatkan dan keputusan untuk memberikan pinjaman .. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Straight to the point, straight to the point… Tuan Lim Kit Siang: …. kepada pelajar-pelajar yang perlu …, itu point, ada satu point di sana… [Disampuk lagi oleh Yang Berhormat bagi Jerai] Bolehkah seorang Pengerusi yang baru dibuat dengan segera dan kenapa begitu lambat? Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saya telah menemu duga candidate ataupun calon yang berkenaan dan surat telah pun dihantar kepada beliau dan saya rasa minggu depan kita akan mendapat jawapan daripada beliau sama ada beliau terima ataupun tidak cadangan kita. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Itu hopeless point... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Terus, terus, Yang Berhormat Menteri. Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Pelantikan Naib Canselor dan juga Rektor IPTA, Yang Berhormat bagi Kubang Kerian mengenai pelantikan Naib Canselor yang tidak merujuk kepada Senat Universiti serta tidak mempunyai latar belakang dalam bidang akademik. Suka saya maklumkan bahawa pelantikan Naib Canselor dan Rektor di IPTA adalah di bawah bidang kuasa Menteri dan tertakluk
129. Tuan Haji Hamim bin Samuri: Terima kasih Yang Berhormat dan Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sekadar ingin hendak bertanya, bolehkah Yang Berhormat Menteri sebutkan pecahan bantuan yang dianugerahkan kepada pelajar- pelajar menerusi PTPTN kepada pelajar-pelajar IPTS. Kalau boleh angka pecahan bagi Melayu, India dan Cina. Terima kasih. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, PTPTN tidak mengira bangsa tetapi mengira subjek atau disiplin yang dipelajari. Bermula tahun 1997 hingga April 2004 ... Tuan Lim Kit Siang: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Ipoh Timur. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saya hendak jawab soalan tadi dulu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Belum bagi lagi, Yang Berhormat. Sila duduk. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Biar saya jawab soalan tadi dulu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia belum menjawab Yang Berhormat. Sila duduk. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Bermula tahun 1997 hingga April 2004, PTPTN telah menaja pinjaman untuk 1754 orang pelajar perubatan dan dari jumlah tersebut, 828 orang ataupun 47.2 peratus adalah pelajar bukan bumiputera dan 926 orang atau 52.8 peratus adalah pelajar bumiputera. Dari segi nilai tajaan iaitu ongkosnya, RM7.25 juta digunakan bagi membiayai pinjaman pelajar bumiputera sementara RM22.80 juta ataupun 75.9 peratus adalah bagi membiayai pinjaman pelajar bukan bumiputera. Di sini PTPTN banyak memberi bantuan kepada pelajar-pelajar bukan bumiputera. Tuan Lim Kit Siang: Selepas Pilihanraya Umum 2004, Pengerusi PTPTN sudah naik pangkat menjadi Timbalan Menteri untuk Kementerian... Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: MITI. Tuan Lim Kit Siang: MITI. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Minta Yang Berhormat terus straight to the point, Yang Berhormat, straight to the point. Don't waste time. Tuan Lim Kit Siang: Sampai sekarang tidak ada orang dilantik sebagai pengganti. Bukankah ini akan melambatkan dan keputusan untuk memberikan pinjaman .. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Straight to the point, straight to the point... Tuan Lim Kit Siang: .... kepada pelajar-pelajar yang perlu ..., itu point, ada satu point di sana... [Disampuk lagi oleh Yang Berhormat bagi Jerai] Bolehkah seorang Pengerusi yang baru dibuat dengan segera dan kenapa begitu lambat?. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Saya telah menemu duga candidate ataupun calon yang berkenaan dan surat telah pun dihantar kepada beliau dan saya rasa minggu depan kita akan mendapat jawapan daripada beliau sama ada beliau terima ataupun tidak cadangan kita. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Itu hopeless point... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Terus, terus, Yang Berhormat Menteri. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Pelantikan Naib Canselor dan juga Rektor IPTA, Yang Berhormat bagi Kubang Kerian mengenai pelantikan Naib Canselor yang tidak merujuk kepada Senat Universiti serta tidak mempunyai latar belakang dalam bidang akademik. Suka saya maklumkan bahawa pelantikan Naib Canselor dan Rektor di IPTA adalah di bawah bidang kuasa Menteri dan tertakluk.
129
143
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
130 DR.1.6.2004 kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Pelantikan Naib Canselor dan Rektor adalah terdiri di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang, berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada cadangan Yang Berhormat bagi Bera, untuk menubuhkan kolej komuniti di FELDA bagi meningkatkan taraf kemahiran anak- anak peneroka dan masyarakat setempat. Kerajaan telah menubuhkan 34 buah kolej komuniti yang sedang beroperasi di seluruh tanah air. Saya akan berikan pelajar- pelajarnya dan juga di mana kolej komuniti itu ditempatkan di rancangan FELDA. Tuan Yang di-Pertua, cadangan daripada Yang Berhormat bagi Ayer Hitam berkaitan penubuhan kolej pertanian. Pada masa ini program-program pengajian dalam bidang pertanian di peringkat ikhtisas dan separa ikhtisas sedang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). Bagi program di peringkat sijil, ia ditawarkan di institut pertanian di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kementerian akan terus memantapkan Fakulti Pertanian UPM bagi mempertingkatkan keupayaan dalam pengurusan ladang selaras dengan dasar kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai penyumbang kepada ekonomi negara. Berkaitan dengan pertukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kinabatangan, dimaklumkan bahawa pertukaran nama tersebut yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 3 April 1997, adalah berasaskan kepada justifikasi: (i) pengiktirafan kejayaan UPM dalam bidang pendidikan tinggi; (ii) penghormatan kepada Perdana Menteri; (iii) selaras dengan nama Putrajaya yang terletak berhampiran dengan kampus utama; (iv) mencerminkan skop universiti yang memfokuskan kepada bidang sains dan teknologi. Tuan Yang di-Pertua, peranan Kolej Universiti Teknikal amat penting dan kita akan membanyakkan lagi universiti-universiti teknikal ini, seperti KUSTEM, KUiTTHO, KUKTEM dan sebagainya, supaya dapat kita membantu anak-anak kita bagus dalam bidang kejuruteraan elektronik dan komunikasi, dapat membantu kita dalam mencapai Wawasan 2020. Cadangan daripada Yang Berhormat bagi Rantau Panjang dan Yang Berhormat bagi Dungun mengenai cadangan penubuhan sebuah IPTA di Kelantan, perlu dijelaskan bahawa penubuhan sebuah IPTA memerlukan kajian yang terperinci, khususnya dari segi kesesuaian bidang pengajian, perolehan, tenaga pengajar dan kemudahan serta lokasinya. Walaupun Kelantan tidak mempunyai sebuah universiti sepenuhnya, namun terdapat kampus cawangan USM di Kubang Kerian, kampus cawangan UM di Nilam Puri dan kampus UiTM di Machang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Ipoh Timur tadi, telah pun membangkitkan isu-isu mengenai kemasukan, saya telah pun menjawabnya, dan insya-Allah, selepas mesyuarat esok, mesyuarat Jemaah Menteri, kita harap Perdana Menteri akan mengumumkan keputusan itu. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kementerian Pengajian Tinggi sudah selesai, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dijemput Yang Berhormat Timbalan Menteri. 8.53 mlm. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak kementerian, mengucapkan ribuan terima kasih kepada 20 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam membahaskan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Luar Bandar dan Wilayah semasa perbahasan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin mengulas isu dan pandangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat secara serentak kerana kebanyakan perkara yang dibangkitkan hampir sama dan boleh dibahagikan kepada isu-isu;
kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Pelantikan Naib Canselor dan Rektor adalah terdiri di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang, berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada cadangan Yang Berhormat bagi Bera, untuk menubuhkan kolej komuniti di FELDA bagi meningkatkan taraf kemahiran anak- anak peneroka dan masyarakat setempat. Kerajaan telah menubuhkan 34 buah kolej komuniti yang sedang beroperasi di seluruh tanah air. Saya akan berikan pelajar- pelajarnya dan juga di mana kolej komuniti itu ditempatkan di rancangan FELDA. Tuan Yang di-Pertua, cadangan daripada Yang Berhormat bagi Ayer Hitam berkaitan penubuhan kolej pertanian. Pada masa ini program-program pengajian dalam bidang pertanian di peringkat ikhtisas dan separa ikhtisas sedang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). Bagi program di peringkat sijil, ia ditawarkan di institut pertanian di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kementerian akan terus memantapkan Fakulti Pertanian UPM bagi mempertingkatkan keupayaan dalam pengurusan ladang selaras dengan dasar kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai penyumbang kepada ekonomi negara. Berkaitan dengan pertukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kinabatangan, dimaklumkan bahawa pertukaran nama tersebut yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 3 April 1997, adalah berasaskan kepada justifikasi: (i) pengiktirafan kejayaan UPM dalam bidang pendidikan tinggi; (ii) penghormatan kepada Perdana Menteri; (iii) selaras dengan nama Putrajaya yang terletak berhampiran dengan kampus utama; (iv) mencerminkan skop universiti yang memfokuskan kepada bidang sains dan teknologi. Tuan Yang di-Pertua, peranan Kolej Universiti Teknikal amat penting dan kita akan membanyakkan lagi universiti-universiti teknikal ini, seperti KUSTEM, KUiTTHO, KUKTEM dan sebagainya, supaya dapat kita membantu anak-anak kita bagus dalam bidang kejuruteraan elektronik dan komunikasi, dapat membantu kita dalam mencapai Wawasan 2020. Cadangan daripada Yang Berhormat bagi Rantau Panjang dan Yang Berhormat bagi Dungun mengenai cadangan penubuhan sebuah IPTA di Kelantan, perlu dijelaskan bahawa penubuhan sebuah IPTA memerlukan kajian yang terperinci, khususnya dari segi kesesuaian bidang pengajian, perolehan, tenaga pengajar dan kemudahan serta lokasinya. Walaupun Kelantan tidak mempunyai sebuah universiti sepenuhnya, namun terdapat kampus cawangan USM di Kubang Kerian, kampus cawangan UM di Nilam Puri dan kampus UiTM di Machang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Ipoh Timur tadi, telah pun membangkitkan isu-isu mengenai kemasukan, saya telah pun menjawabnya, dan insya-Allah, selepas mesyuarat esok, mesyuarat Jemaah Menteri, kita harap Perdana Menteri akan mengumumkan keputusan itu. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kementerian Pengajian Tinggi sudah selesai, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dijemput Yang Berhormat Timbalan Menteri. 8.53 mlm. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak kementerian, mengucapkan ribuan terima kasih kepada 20 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam membahaskan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Luar Bandar dan Wilayah semasa perbahasan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin mengulas isu dan pandangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat secara serentak kerana kebanyakan perkara yang dibangkitkan hampir sama dan boleh dibahagikan kepada isu-isu;
130
144
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 131 (i) pembasmian kemiskinan; (ii) pembangunan masyarakat; (iii) Orang Asli; (iv) pembangunan tanah pertanian; (v) prasarana utility dan amenity, sosial dan pendidikan; serta latihan masyarakat luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, pembasmian kemiskinan. Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Beluran, Kota Belud, Jerlun, Parit, Tuaran, Gerik, Kanowit dan Sepanggar membangkitkan mengenai isu-isu kemiskinan bermula daripada istilah kemiskinan itu sendiri hinggalah ke pelaksanaan program-program sedia ada dan program baru. Ahli-ahli Yang Berhormat turut menyentuh isu kemiskinan di luar bandar dan bandar, bagaimana ia berhubung kait di antara satu sama lain. Perancangan dan strategi pelaksanaan program serta kerjasama yang harus wujud di kalangan agensi kerajaan bagi menangani isu kemiskinan ini. Yang Berhormat bagi Beluran telah menarik perhatian kita kepada dua isu, iaitu: (i) tentang masalah kemiskinan yang tidak dapat diatasi, walaupun setelah Rancangan Malaysia Kelapan; dan (ii) mengenai perancangan dan pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan yang lebih cenderung kepada pendekatan ‘Top- Down’. Saya suka memperingati semua, bahawa kerajaan sejak merdeka melalui pelbagai langkah yang diambil untuk menangani masalah kemiskinan telah banyak menghasilkan kejayaan. Di peringkat nasional, kadar kemiskinan telah berjaya dikurangkan dari 16.5% ke-5.1% dari tahun 1990 ke tahun 2002. Kemiskinan di kawasan bandar juga telah berkurangan dari 7.1% ke-2%, dan di luar bandar dari 21% ke-11.4% untuk tempoh yang sama. Kadar kemiskinan tegar termiskin, turun berkurangan dari 3.1% ke-1% bagi tempoh yang sama. Jadi, kalau pun belum dihapuskan, sudah banyak kemajuan yang telah dicapai jauh lebih baik dari kebanyakan negara-negara lain di dunia ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat komited untuk meneruskan usaha-usaha menghapuskan kemiskinan, khususnya kemiskinan tegar bagi mencapai objektif mensifarkan kemiskinan tegar menjelang tahun 2009. Pada masa yang sama, proses perancangan dan pelaksanaan dasar pembasmian kemiskinan adalah membabitkan pendekatan kedua-dua hala, iaitu Top-Down dan Bottom-Up, dengan izin. Umpamanya, di peringkat Bottom-Up, agensi-agensi di peringkat paling bawah seperti JKK, Penghulu, KEMAS, turut mengemukakan cadangan Program Pembasmian Kemiskinan kepada kerajaan negeri dan seterusnya ke kementerian dan seterusnya juga kepada agensi-agensi pusat. Di peringkat ini proses penyesuaian dibuat dalam kumpulan perancang antara agensi (IAPG) dan kumpulan kerja teknikal yang diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi. Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat bagi Kinabatangan bangun. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Satu minit sahaja. Untuk seterusnya dimasukkan dalam rancangan lima tahun negara untuk dilaksanakan. Silakan. Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih, Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bersyukurlah kerana kementerian mempunyai perancangan untuk mensifarkan kemiskinan tegar di seluruh negara. Persoalan yang kita hadapi, iaitu adakah kementerian ini telah mempunyai data base, dengan izin, untuk semua daerah mengikut Parlimen yang sedia ada, terutama sekali Parlimen di kawasan luar bandar, khususnya, iaitu untuk melihat bahawa selama lima tahun ini.
131 (i) pembasmian kemiskinan; (ii) pembangunan masyarakat; (iii) Orang Asli; (iv) pembangunan tanah pertanian; (v) prasarana utility dan amenity, sosial dan pendidikan; serta latihan masyarakat luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, pembasmian kemiskinan. Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Beluran, Kota Belud, Jerlun, Parit, Tuaran, Gerik, Kanowit dan Sepanggar membangkitkan mengenai isu-isu kemiskinan bermula daripada istilah kemiskinan itu sendiri hinggalah ke pelaksanaan program-program sedia ada dan program baru. Ahli-ahli Yang Berhormat turut menyentuh isu kemiskinan di luar bandar dan bandar, bagaimana ia berhubung kait di antara satu sama lain. Perancangan dan strategi pelaksanaan program serta kerjasama yang harus wujud di kalangan agensi kerajaan bagi menangani isu kemiskinan ini. Yang Berhormat bagi Beluran telah menarik perhatian kita kepada dua isu, iaitu: (i) tentang masalah kemiskinan yang tidak dapat diatasi, walaupun setelah Rancangan Malaysia Kelapan; dan (ii) mengenai perancangan dan pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan yang lebih cenderung kepada pendekatan 'Top- Down'. Saya suka memperingati semua, bahawa kerajaan sejak merdeka melalui pelbagai langkah yang diambil untuk menangani masalah kemiskinan telah banyak menghasilkan kejayaan. Di peringkat nasional, kadar kemiskinan telah berjaya dikurangkan dari 16.5% ke-5.1% dari tahun 1990 ke tahun 2002. Kemiskinan di kawasan bandar juga telah berkurangan dari 7.1% ke-2%, dan di luar bandar dari 21% ke-11.4% untuk tempoh yang sama. Kadar kemiskinan tegar termiskin, turun berkurangan dari 3.1% ke-1% bagi tempoh yang sama. Jadi, kalau pun belum dihapuskan, sudah banyak kemajuan yang telah dicapai jauh lebih baik dari kebanyakan negara-negara lain di dunia ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat komited untuk meneruskan usaha-usaha menghapuskan kemiskinan, khususnya kemiskinan tegar bagi mencapai objektif mensifarkan kemiskinan tegar menjelang tahun 2009. Pada masa yang sama, proses perancangan dan pelaksanaan dasar pembasmian kemiskinan adalah membabitkan pendekatan kedua-dua hala, iaitu Top-Down dan Bottom-Up, dengan izin. Umpamanya, di peringkat Bottom-Up, agensi-agensi di peringkat paling bawah seperti JKK, Penghulu, KEMAS, turut mengemukakan cadangan Program Pembasmian Kemiskinan kepada kerajaan negeri dan seterusnya ke kementerian dan seterusnya juga kepada agensi-agensi pusat. Di peringkat ini proses penyesuaian dibuat dalam kumpulan perancang antara agensi (IAPG) dan kumpulan kerja teknikal yang diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi. Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat bagi Kinabatangan bangun. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Satu minit sahaja. Untuk seterusnya dimasukkan dalam rancangan lima tahun negara untuk dilaksanakan. Silakan. Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih, Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bersyukurlah kerana kementerian mempunyai perancangan untuk mensifarkan kemiskinan tegar di seluruh negara. Persoalan yang kita hadapi, iaitu adakah kementerian ini telah mempunyai data base, dengan izin, untuk semua daerah mengikut Parlimen yang sedia ada, terutama sekali Parlimen di kawasan luar bandar, khususnya, iaitu untuk melihat bahawa selama lima tahun ini.
131
145
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
132 DR.1.6.2004 Kemiskinan ini akan dapat dihapuskan dari segi bekalan elektriknya, jalan kampungnya, bekalan air bersihnya, sebab untuk makluman Yang Berhormat, khususnya di Sabah, lebih kurang 45% masyarakat di sana tidak menikmati kemudahan ini, air bersih, bekalan elektrik dan sebagainya, sedangkan kita sudah merdeka, sudah hampir 50 tahun. Ini bermakna masyarakat di luar bandar masih dalam keadaan parah dan dalam keadaan seolah-olah mereka didiskriminasi, dipinggirkan, sedangkan mereka ini sudah terpinggir di luar bandar. Apakah kementerian ini telah mempunyai data base untuk daerah-daerah dan dibekalkan kepada Ahli-ahli Parlimen supaya kita dapat menilai dari masa ke semasa, apa pembangunan yang telah kita capai. Terima kasih. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Kinabatangan. Kementerian sememangnya tidak mempunyai kesemua data base yang berhubung kait dengan segala kemudahan yang ada di setiap perkampungan, setiap Parlimen, tetapi memang ada setengah-setengah data base yang ada umpamanya, kita dapat melihat dari segi kadar kemiskinan di setiap Parlimen yang boleh kita menentukan. Umpamanya, kawasan Parlimen mana yang paling miskin dan seterusnya. Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Larut bangun. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Dan usaha ini……Belum habis jawab lagi. Hendak sambung terus. [Disampuk] Member sebelah beri. Okey. Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat, tahniah, tertib, kadang-kadang ada juga yang tidak tertib, kecewa juga Yang Berhormat. Jangan jadi gendang kosong sudahlah. Soalan, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat tentang pengumuman Yang Berhormat baru-baru ini mengenai peruntukan yang hendak beri lebih pada Kelantan, [Disampuk]… tidak, tidak, kita tidak rasa apa-apa, Kelantan kita tahu mundurkan. [Disampuk] hendak masuk ini Yang Berhormat . Tahniah juga kepada Yang Berhormat kerana sabar menunggu sampai malam. Soalan saya, kalaulah benar peruntukan lebih, hendak beri lebih kepada Kelantan, bagaimana pula kami ini? Adakah hendak diberi yang sama ataupun hendak dilebihkan lagi, ya. Ataupun mungkin kurang ataupun tidak ada langsung. Minta sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat? Terima kasih. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih Yang Berhormat bagi Larut. Sebenarnya kenyataan tersebut perlu penjelasan yang lebih panjang tetapi mungkin tidak dimuatkan kesemuanya dalam surat khabar. Apa yang dimaksudkan dengan peruntukan yang lebih kepada negeri Kelantan merupakan kenyataan yang multidimensional dengan izin. Umpamanya kalau kita lihat dari segi peruntukan projek jalan kampung untuk negeri Kelantan kalau kita bandingkan dengan negeri-negeri lain, walaupun Kelantan masih berada di bawah pemerintahan Parti Pembangkang, negeri Kelantan nampaknya mendapat peruntukan yang agak baik. Umpamanya sebanyak RM60 juta bagi tahun 2004 berbanding dengan Johor RM57 juta, Melaka RM19 juta, Negeri Sembilan RM25 juta dan sebagainya. Itu satu dimensinya. Keduanya ialah dari segi peruntukan yang diberi melalui Ahli-ahli Parlimen, oleh sebab sebelum ini negeri Kelantan hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen maka peruntukan yang diberikan ia untuk satu manakala oleh kerana Barisan Nasional sudah memenangi lapan Kerusi Parlimen dan Insya-Allah sembilan tidak lama lagi, sepatutnya sudah menang pun dan ini kita akan mempunyai peruntukan yang lebih sedikit. Yang ketiganya ialah dari segi satu bukti bahawa peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada negeri Kelantan ini sebenarnya tidaklah terabai dan tersisih kalau pun negeri Kelantan tidak diperintah oleh Barisan Nasional tetapi kita yakin dan percaya bahawa tidak lama lagi insya-Allah negeri Kelantan akan dimenangi oleh Barisan Nasional… Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]
Kemiskinan ini akan dapat dihapuskan dari segi bekalan elektriknya, jalan kampungnya, bekalan air bersihnya, sebab untuk makluman Yang Berhormat, khususnya di Sabah, lebih kurang 45% masyarakat di sana tidak menikmati kemudahan ini, air bersih, bekalan elektrik dan sebagainya, sedangkan kita sudah merdeka, sudah hampir 50 tahun. Ini bermakna masyarakat di luar bandar masih dalam keadaan parah dan dalam keadaan seolah-olah mereka didiskriminasi, dipinggirkan, sedangkan mereka ini sudah terpinggir di luar bandar. Apakah kementerian ini telah mempunyai data base untuk daerah-daerah dan dibekalkan kepada Ahli-ahli Parlimen supaya kita dapat menilai dari masa ke semasa, apa pembangunan yang telah kita capai. Terima kasih. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Kinabatangan. Kementerian sememangnya tidak mempunyai kesemua data base yang berhubung kait dengan segala kemudahan yang ada di setiap perkampungan, setiap Parlimen, tetapi memang ada setengah-setengah data base yang ada umpamanya, kita dapat melihat dari segi kadar kemiskinan di setiap Parlimen yang boleh kita menentukan. Umpamanya, kawasan Parlimen mana yang paling miskin dan seterusnya. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Larut bangun. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Dan usaha ini......Belum habis jawab lagi. Hendak sambung terus. [Disampuk] Member sebelah beri. Okey. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat, tahniah, tertib, kadang-kadang ada juga yang tidak tertib, kecewa juga Yang Berhormat. Jangan jadi gendang kosong sudahlah. Soalan, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat tentang pengumuman Yang Berhormat baru-baru ini mengenai peruntukan yang hendak beri lebih pada Kelantan, [Disampuk]... tidak, tidak, kita tidak rasa apa-apa, Kelantan kita tahu mundurkan. [Disampuk] hendak masuk ini Yang Berhormat . Tahniah juga kepada Yang Berhormat kerana sabar menunggu sampai malam. Soalan saya, kalaulah benar peruntukan lebih, hendak beri lebih kepada Kelantan, bagaimana pula kami ini? Adakah hendak diberi yang sama ataupun hendak dilebihkan lagi, ya. Ataupun mungkin kurang ataupun tidak ada langsung. Minta sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat? Terima kasih. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih Yang Berhormat bagi Larut. Sebenarnya kenyataan tersebut perlu penjelasan yang lebih panjang tetapi mungkin tidak dimuatkan kesemuanya dalam surat khabar. Apa yang dimaksudkan dengan peruntukan yang lebih kepada negeri Kelantan merupakan kenyataan yang multidimensional dengan izin. Umpamanya kalau kita lihat dari segi peruntukan projek jalan kampung untuk negeri Kelantan kalau kita bandingkan dengan negeri-negeri lain, walaupun Kelantan masih berada di bawah pemerintahan Parti Pembangkang, negeri Kelantan nampaknya mendapat peruntukan yang agak baik. Umpamanya sebanyak RM60 juta bagi tahun 2004 berbanding dengan Johor RM57 juta, Melaka RM19 juta, Negeri Sembilan RM25 juta dan sebagainya. Itu satu dimensinya. Keduanya ialah dari segi peruntukan yang diberi melalui Ahli-ahli Parlimen, oleh sebab sebelum ini negeri Kelantan hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen maka peruntukan yang diberikan ia untuk satu manakala oleh kerana Barisan Nasional sudah memenangi lapan Kerusi Parlimen dan Insya-Allah sembilan tidak lama lagi, sepatutnya sudah menang pun dan ini kita akan mempunyai peruntukan yang lebih sedikit. Yang ketiganya ialah dari segi satu bukti bahawa peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada negeri Kelantan ini sebenarnya tidaklah terabai dan tersisih kalau pun negeri Kelantan tidak diperintah oleh Barisan Nasional tetapi kita yakin dan percaya bahawa tidak lama lagi insya-Allah negeri Kelantan akan dimenangi oleh Barisan Nasional... Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun].
132
146
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 133 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Santubong bangun Yang Berhormat. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Boleh, boleh, sila. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Hendak minta penjelasan daripada Timbalan Menteri ini. Peruntukan yang diberi kepada Ahli Parlimen yang mana saya percaya Ahli Parlimen membuat saranan kepada kerajaan untuk mendapatkan peruntukan, macam begitukan? Hah! Macam itulah yang saya ingat. Betul kah? [Menoleh kepada Yang Berhormat bagi Bachok] Persoalan saya ialah satu perkara iaitu soal kemiskinan. Cara penyelesaian kemiskinan ini ada bermacam cara dan Malaysia telah berjaya bahkan di antara negara yang berjaya sekali di dunia untuk mengatasi masalah kemiskinan. Masih ada yang perlu dibuat dan banyak perlu dibuat oleh kerajaan Malaysia terutama sekali dalam usaha untuk mengatasi PPRT di kalangan masyarakat urban ataupun di luar bandar. Salah satu daripadanya ialah daripada segi pendidikan tapi masalahnya ialah Tuan Yang di-Pertua, masalahnya ialah apabila kita memberi bantuan kepada mereka yang miskin, yang dalam pengajian ataupun persekolahan mereka, kita melihat daripada segi meritnya juga. Kita lihat prestasi persekolahannya. Kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, orang yang miskin ini dia miskin daripada fikiran, miskin dalam pendidikan dan miskin pada segala segi bahkan prestasinya pun kadang-kadang miskin juga. Kalau kita bandingkan merit untuk memberi bantuan itu berlandaskan ‘A’,’B’ nya, akhirnya kita akan menggunakan Principle Darwinism iaitu the survival of the fitters. Dalam masa 10 atau 20 tahun peringkat yang miskin ini akan pupus begitu sahaja bukan oleh kerana bantuan kerajaan tetapi kerana memang dia sudah hilang begitu sahaja, mati ataupun umur pendek dan sebagainya. Saya mencadangkan supaya untuk membantu mereka yang miskin daripada segi pendidikan, jangan pandang dari segi prestasi persekolahannya tapi baik tolong semua. Kalau seorang anak daripada si miskin itu mendapat kedudukan tertentu keluarganya akan terkeluar daripada peringkat kemiskinan, itu yang pertama. Yang kedua,.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup itu, Yang Berhormat. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Pertanyaan ini Tuan Yang di- Pertua… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Menteri sudah faham itu… Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ini satu pertanyaan, pertanyaan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Okey, terus, teruskan cepat. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Sudah dua tahun Tuan Yang di-Pertua, Sarawak belum mendapatkan RES, elektrik luar bandar, dua tahun sudah. Kalau setahun itu RM180 juta, bolehkah atau tidak kalau 3 tahun tidak dapat, kali ketiga bagi sekali gus pada tahun 2004 atau tahun 2005 ini? Kalau tidak orang di luar bandar, mati-mati pun tidak boleh ada komputer, tidak boleh apa-apa pun. Kemiskinan itu menjadi lebih miskin lagi bahkan kita cerita hal komputer, cerita-cerita kalau bantuan ICT, tidak payahlah. Kalau tidak ada electricity Tuan Yang di-Pertua, minta maaf, komputer itu good bye sahajalah. Terima kasih. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih Yang Berhormat, tentang isu bantuan yang diberikan kepada golongan miskin yang dibimbangkan oleh Yang Berhormat, sama ada ia diberikan berdasarkan kepada merit. Saya tidak merasakan bahawa itu merupakan satu pendekatan. Mungkin dari satu, dua aspek mungkin kelihatan sebagai merit khususnya pemberian bantuan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dan yang baik untuk meneruskan pelajaran di
133. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Santubong bangun Yang Berhormat. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Boleh, boleh, sila. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Hendak minta penjelasan daripada Timbalan Menteri ini. Peruntukan yang diberi kepada Ahli Parlimen yang mana saya percaya Ahli Parlimen membuat saranan kepada kerajaan untuk mendapatkan peruntukan, macam begitukan? Hah! Macam itulah yang saya ingat. Betul kah? [Menoleh kepada Yang Berhormat bagi Bachok]. Persoalan saya ialah satu perkara iaitu soal kemiskinan. Cara penyelesaian kemiskinan ini ada bermacam cara dan Malaysia telah berjaya bahkan di antara negara yang berjaya sekali di dunia untuk mengatasi masalah kemiskinan. Masih ada yang perlu dibuat dan banyak perlu dibuat oleh kerajaan Malaysia terutama sekali dalam usaha untuk mengatasi PPRT di kalangan masyarakat urban ataupun di luar bandar. Salah satu daripadanya ialah daripada segi pendidikan tapi masalahnya ialah Tuan Yang di-Pertua, masalahnya ialah apabila kita memberi bantuan kepada mereka yang miskin, yang dalam pengajian ataupun persekolahan mereka, kita melihat daripada segi meritnya juga. Kita lihat prestasi persekolahannya. Kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, orang yang miskin ini dia miskin daripada fikiran, miskin dalam pendidikan dan miskin pada segala segi bahkan prestasinya pun kadang-kadang miskin juga. Kalau kita bandingkan merit untuk memberi bantuan itu berlandaskan 'A','B' nya, akhirnya kita akan menggunakan Principle Darwinism iaitu the survival of the fitters. Dalam masa 10 atau 20 tahun peringkat yang miskin ini akan pupus begitu sahaja bukan oleh kerana bantuan kerajaan tetapi kerana memang dia sudah hilang begitu sahaja, mati ataupun umur pendek dan sebagainya. Saya mencadangkan supaya untuk membantu mereka yang miskin daripada segi pendidikan, jangan pandang dari segi prestasi persekolahannya tapi baik tolong semua. Kalau seorang anak daripada si miskin itu mendapat kedudukan tertentu keluarganya akan terkeluar daripada peringkat kemiskinan, itu yang pertama. Yang kedua,.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup itu, Yang Berhormat. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Pertanyaan ini Tuan Yang di- Pertua... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Menteri sudah faham itu... Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ini satu pertanyaan, pertanyaan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Okey, terus, teruskan cepat. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Sudah dua tahun Tuan Yang di-Pertua, Sarawak belum mendapatkan RES, elektrik luar bandar, dua tahun sudah. Kalau setahun itu RM180 juta, bolehkah atau tidak kalau 3 tahun tidak dapat, kali ketiga bagi sekali gus pada tahun 2004 atau tahun 2005 ini? Kalau tidak orang di luar bandar, mati-mati pun tidak boleh ada komputer, tidak boleh apa-apa pun. Kemiskinan itu menjadi lebih miskin lagi bahkan kita cerita hal komputer, cerita-cerita kalau bantuan ICT, tidak payahlah. Kalau tidak ada electricity Tuan Yang di-Pertua, minta maaf, komputer itu good bye sahajalah. Terima kasih. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih Yang Berhormat, tentang isu bantuan yang diberikan kepada golongan miskin yang dibimbangkan oleh Yang Berhormat, sama ada ia diberikan berdasarkan kepada merit. Saya tidak merasakan bahawa itu merupakan satu pendekatan. Mungkin dari satu, dua aspek mungkin kelihatan sebagai merit khususnya pemberian bantuan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dan yang baik untuk meneruskan pelajaran di.
133
147
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
134 DR.1.6.2004 peringkat yang lebih tinggi tetapi itu bukanlah bermakna bahawa segala bantuan yang diberikan dalam usaha membasmi kemiskinan ini dilakukan berdasarkan kepada merit. Tuan Yang di-Pertua, ini jelas kalau kita lihat dari segi dasar pada hari ini iaitu untuk membasmi kemiskinan tegar, sudah tentu tidak kira sesiapa sahaja yang berada dalam kategori golongan tegar ini dan yang paling tegar ataupun yang kurang tegar, asalkan ianya tegar, ia akan dihapuskan. Dari segi masalah pemasangan api di... Tuan Ahmad Shabery Cheek: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kemaman bangun Yang Berhormat, Yang Berhormat! Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Tunggu tidak habis lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bagi dia habis jawab dulu Yang Berhormat, sila duduk. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Ya..mana? Seorang Ahli: Pasal api itu? Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Ya api di Sarawak, ini kerana sedikit masalah dalam menentukan kontraktor-kontraktor, yang saya difahamkan sekarang ini sudah pun di peringkat akhir. Dijangka ia dapat diselesaikan dan dilaksanakan. Saya yakin kita dapat berunding supaya yang ketinggalan selama setahun dua itu dapat ditambah kembali supaya Sarawak sebagai sebuah negeri tidak ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain. Tuan Yang di-Pertua......... Tuan Ahmad Shaberry Cheek: [Bangun] Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Ada soalan kah? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kemaman Yang Berhormat, Kemaman. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Oh Kemaman? Oh sahabat saya tidak nampak di belakang, silakan. Tuan Ahmad Shaberry Cheek: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri. Saya pernah mendengar kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan akan menghidupkan balik apa yang disebutkan Majlis Tindakan Daerah, itu satu model yang kami anggap mungkin digunakan model yang sama sebagaimana yang telah dilaksanakan di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Razak semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan komited kepada isu-isu berkaitan dengan luar bandar. Di mana melalui bilik gerakan di peringkat daerah yang memfokuskan tentang soal kemiskinan, bagaimana untuk memerangi kemiskinan digunakan modal bagaimana untuk memerangi komunis pada waktu itu? Itulah taktik yang digunakan untuk memerangi kemiskinan. Ertinya apakah punca kemiskinan yang berada di luar bandar, apakah kerana infrastrukturnya, kerana pendidikannya, kerana sebab-sebab lain yang dilihat secara komprehensif. Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bilakah bilik gerakan atau Majlis Tindakan Daerah yang seperti ini akan dimulakan? Terima kasih. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kemaman. Sememangnya seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bahawa kita sedang mengkaji, melihat kaedah-kaedah yang boleh memperkemaskan lagi pelaksanaan program-program membasmi kemiskinan di daerah-daerah. Salah satu kemungkinan ialah penubuhan semula Majlis Tindakan Daerah dengan kaedah-kaedah dan penyertaan-penyertaan tertentu khususnya yang melibatkan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya turut memainkan peranan di peringkat daerah. Ini merupakan satu kaedah yang sedang dipertimbangkan tetapi belum lagi diangkat untuk mendapat persetujuan kerajaan. Saya meminta Yang Berhormat dan rakan-rakan yang lain supaya bersabar, moga- moga apa jua perancangan yang baik ini akan dapat dilaksanakan nanti. Insya-Allah.
peringkat yang lebih tinggi tetapi itu bukanlah bermakna bahawa segala bantuan yang diberikan dalam usaha membasmi kemiskinan ini dilakukan berdasarkan kepada merit. Tuan Yang di-Pertua, ini jelas kalau kita lihat dari segi dasar pada hari ini iaitu untuk membasmi kemiskinan tegar, sudah tentu tidak kira sesiapa sahaja yang berada dalam kategori golongan tegar ini dan yang paling tegar ataupun yang kurang tegar, asalkan ianya tegar, ia akan dihapuskan. Dari segi masalah pemasangan api di... Tuan Ahmad Shabery Cheek: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kemaman bangun Yang Berhormat, Yang Berhormat!. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Tunggu tidak habis lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bagi dia habis jawab dulu Yang Berhormat, sila duduk. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Ya..mana?. Seorang Ahli: Pasal api itu?. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Ya api di Sarawak, ini kerana sedikit masalah dalam menentukan kontraktor-kontraktor, yang saya difahamkan sekarang ini sudah pun di peringkat akhir. Dijangka ia dapat diselesaikan dan dilaksanakan. Saya yakin kita dapat berunding supaya yang ketinggalan selama setahun dua itu dapat ditambah kembali supaya Sarawak sebagai sebuah negeri tidak ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain. Tuan Yang di-Pertua......... Tuan Ahmad Shaberry Cheek: [Bangun]. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Ada soalan kah?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kemaman Yang Berhormat, Kemaman. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Oh Kemaman? Oh sahabat saya tidak nampak di belakang, silakan. Tuan Ahmad Shaberry Cheek: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Dato' Timbalan Menteri. Saya pernah mendengar kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan akan menghidupkan balik apa yang disebutkan Majlis Tindakan Daerah, itu satu model yang kami anggap mungkin digunakan model yang sama sebagaimana yang telah dilaksanakan di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Razak semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan komited kepada isu-isu berkaitan dengan luar bandar. Di mana melalui bilik gerakan di peringkat daerah yang memfokuskan tentang soal kemiskinan, bagaimana untuk memerangi kemiskinan digunakan modal bagaimana untuk memerangi komunis pada waktu itu? Itulah taktik yang digunakan untuk memerangi kemiskinan. Ertinya apakah punca kemiskinan yang berada di luar bandar, apakah kerana infrastrukturnya, kerana pendidikannya, kerana sebab-sebab lain yang dilihat secara komprehensif. Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bilakah bilik gerakan atau Majlis Tindakan Daerah yang seperti ini akan dimulakan? Terima kasih. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kemaman. Sememangnya seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bahawa kita sedang mengkaji, melihat kaedah-kaedah yang boleh memperkemaskan lagi pelaksanaan program-program membasmi kemiskinan di daerah-daerah. Salah satu kemungkinan ialah penubuhan semula Majlis Tindakan Daerah dengan kaedah-kaedah dan penyertaan-penyertaan tertentu khususnya yang melibatkan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya turut memainkan peranan di peringkat daerah. Ini merupakan satu kaedah yang sedang dipertimbangkan tetapi belum lagi diangkat untuk mendapat persetujuan kerajaan. Saya meminta Yang Berhormat dan rakan-rakan yang lain supaya bersabar, moga- moga apa jua perancangan yang baik ini akan dapat dilaksanakan nanti. Insya-Allah.
134
148
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 135 Tuan Yang di-Pertua, usaha menangani isu kemiskinan sesungguhnya…. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Jerai bangun. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Sila. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat bagus, bila kita minta laluan - bagi, kemudian tidak sombong – tidak ‘gong’ [Ketawa] Bagus Yang Berhormat. Cara itulah, ya. Kemudian saya Yang Berhormat, memang cara saya bertanya macam itu Yang Berhormat. Saya tatatertiblah, cara orang-orang tua-tua ini, tidak boleh tanya direct. Yang Berhormat, tadi saya mendengar Kemaman menyatakan memang betul Allahyarham Tun Abdul Razak biasa mengatakan bangunkanlah luar bandar kerana bandar akan bangun dengan sendirinya. Ini bermakna bahawa Allahyarham telah meletakkan pelbagai cara untuk membangun dan membela nasib orang miskin. Persoalannya Yang Berhormat, makin sehari makin ramai orang miskin di negara yang membangun ini. Saya tidak faham, sepatutnya apabila negara membangun, pendidikan kita bagi, kemudahan kita bagi, bantuan kita bagi, Amanah Ikhtiar itu, ini kita bagi tetapi semakin sehari semakin banyak yang miskin. Adakah kerana kita hanya memberi tanpa kita memberi pendidikan. Kita bagi ikan pada dia, kita tidak bagi dia kail suruh mengail ikan. Pada pandangan saya, biar kita bagi pendidikan kepada mereka di samping bantuan, kita suntikkan budaya niaga kepada mereka supaya mereka dapat menebus maruah kemiskinan mereka itu dengan tersendiri setelah kita step up to certain level dengan izin, untuk membuat mereka maju. Saya berharap kalau boleh, pihak kementerian mengkaji keseluruhannya apa faktornya dan cara yang paling mudah untuk kita menebuskan kembali. Saya ingat Yang Berhormat, minta sedikit laluan lagi… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sama macam Kemaman tadi, Yang Berhormat. Lebih kurang. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Tak, tak, ia berlainan sedikit. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Timbalan Menteri dah faham dah tu. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Tidak, ia berlainan sedikit. Caranya berlainan. Saya ingat semasa saya jadi Pengerusi FAMA, kita suntikkan budaya niaga kepada peniaga-peniaga pasar tani. Depa ini dahulu Yang Berhormat, buta huruf. Tanam sayur di kampung, miskin, tetapi kita bawa mereka bagi depa belajar berniaga, dan hari ini depa senang amat. Dahulu saya ingat bila saya bawa depa daripada kampung, bubuh meja di pasar tani, depa naik duduk atas meja. Dah kita bubuh sayur atas meja tetapi depa naik dok atas meja. Tetapi hari ini depa sudah ada kereta, ada rumah dan sebagainya. Boleh atau tidak kementerian Yang Berhormat fokus lebih jauh sedikit untuk menyuntik budaya niaga supaya depa boleh berdiri di atas kaki sendiri. Terima kasih, Yang Berhormat. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih Yang Berhormat bagi Jerai. Sememangnya itulah yang menjadi harapan kita semua, bukan sahaja di kementerian tetapi di pihak kerajaan supaya usaha membasmikan kemiskinan bukannya melalui usaha yang mudah, cara yang senang untuk memberi bantuan secara langsung. Tetapi lebih bermakna supaya bantuan yang diberikan ini boleh mempertingkatkan keupayaan mereka untuk mencari rezeki di masa-masa akan datang tanpa bantuan yang berlebihan nanti. Kalau kenyataan Yang Berhormat bahawa kelihatan lebih ramai atau dirasakan lebih ramai orang-orang miskin pada hari ini berbanding di masa yang lepas, kalau dilihat dari segi statistik dan kenyataan, mungkin itu tidaklah begitu tepat. Tetapi kalau setakat perasaan dan rasa perasan kita kerana jumlah penduduk yang meningkat. Juga kemiskinan ini ada dua Yang Berhormat. Satunya kemiskinan mutlak – absolute. Ini yang tegar, yang memang hendak makan pun susah. Yang ini tidak kiralah bila pun ianya terasa miskin, kelihatan miskin. Tetapi ada juga kemiskinan yang secara relatif – yang berbanding. Seseorang yang mungkin dapat makan tidaklah berat sangat cuma makanan dia tidaklah semewah makanan orang-orang lain, rakan-rakannya. Keretanya tidaklah semewah kawan-
135. Tuan Yang di-Pertua, usaha menangani isu kemiskinan sesungguhnya.... Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Jerai bangun. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Sila. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat bagus, bila kita minta laluan - bagi, kemudian tidak sombong- tidak 'gong' [Ketawa] Bagus Yang Berhormat. Cara itulah, ya. Kemudian saya Yang Berhormat, memang cara saya bertanya macam itu Yang Berhormat. Saya tatatertiblah, cara orang-orang tua-tua ini, tidak boleh tanya direct. Yang Berhormat, tadi saya mendengar Kemaman menyatakan memang betul Allahyarham Tun Abdul Razak biasa mengatakan bangunkanlah luar bandar kerana bandar akan bangun dengan sendirinya. Ini bermakna bahawa Allahyarham telah meletakkan pelbagai cara untuk membangun dan membela nasib orang miskin. Persoalannya Yang Berhormat, makin sehari makin ramai orang miskin di negara yang membangun ini. Saya tidak faham, sepatutnya apabila negara membangun, pendidikan kita bagi, kemudahan kita bagi, bantuan kita bagi, Amanah Ikhtiar itu, ini kita bagi tetapi semakin sehari semakin banyak yang miskin. Adakah kerana kita hanya memberi tanpa kita memberi pendidikan. Kita bagi ikan pada dia, kita tidak bagi dia kail suruh mengail ikan. Pada pandangan saya, biar kita bagi pendidikan kepada mereka di samping bantuan, kita suntikkan budaya niaga kepada mereka supaya mereka dapat menebus maruah kemiskinan mereka itu dengan tersendiri setelah kita step up to certain level dengan izin, untuk membuat mereka maju. Saya berharap kalau boleh, pihak kementerian mengkaji keseluruhannya apa faktornya dan cara yang paling mudah untuk kita menebuskan kembali. Saya ingat Yang Berhormat, minta sedikit laluan lagi... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sama macam Kemaman tadi, Yang Berhormat. Lebih kurang. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Tak, tak, ia berlainan sedikit. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Timbalan Menteri dah faham dah tu. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin: Tidak, ia berlainan sedikit. Caranya berlainan. Saya ingat semasa saya jadi Pengerusi FAMA, kita suntikkan budaya niaga kepada peniaga-peniaga pasar tani. Depa ini dahulu Yang Berhormat, buta huruf. Tanam sayur di kampung, miskin, tetapi kita bawa mereka bagi depa belajar berniaga, dan hari ini depa senang amat. Dahulu saya ingat bila saya bawa depa daripada kampung, bubuh meja di pasar tani, depa naik duduk atas meja. Dah kita bubuh sayur atas meja tetapi depa naik dok atas meja. Tetapi hari ini depa sudah ada kereta, ada rumah dan sebagainya. Boleh atau tidak kementerian Yang Berhormat fokus lebih jauh sedikit untuk menyuntik budaya niaga supaya depa boleh berdiri di atas kaki sendiri. Terima kasih, Yang Berhormat. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih Yang Berhormat bagi Jerai. Sememangnya itulah yang menjadi harapan kita semua, bukan sahaja di kementerian tetapi di pihak kerajaan supaya usaha membasmikan kemiskinan bukannya melalui usaha yang mudah, cara yang senang untuk memberi bantuan secara langsung. Tetapi lebih bermakna supaya bantuan yang diberikan ini boleh mempertingkatkan keupayaan mereka untuk mencari rezeki di masa-masa akan datang tanpa bantuan yang berlebihan nanti. Kalau kenyataan Yang Berhormat bahawa kelihatan lebih ramai atau dirasakan lebih ramai orang-orang miskin pada hari ini berbanding di masa yang lepas, kalau dilihat dari segi statistik dan kenyataan, mungkin itu tidaklah begitu tepat. Tetapi kalau setakat perasaan dan rasa perasan kita kerana jumlah penduduk yang meningkat. Juga kemiskinan ini ada dua Yang Berhormat. Satunya kemiskinan mutlak- absolute. Ini yang tegar, yang memang hendak makan pun susah. Yang ini tidak kiralah bila pun ianya terasa miskin, kelihatan miskin. Tetapi ada juga kemiskinan yang secara relatif- yang berbanding. Seseorang yang mungkin dapat makan tidaklah berat sangat cuma makanan dia tidaklah semewah makanan orang-orang lain, rakan-rakannya. Keretanya tidaklah semewah kawan-.
135
149
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
136 DR.1.6.2004 kawan di sebelahnya, maka mereka merasakan dirinya miskin, kalaupun dari segi kemiskinan hakikatnya mereka ini tidak miskin. Insya-Allah, apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat ini sudah pun menjadi satu dasar yang kita pikul, cuma kadangkala apa yang kita hajati itu tidak semestinya tercapai setiap masa. Kalaupun kita ingin mengajar seseorang itu mengail dan tidak memberinya ikan, tetapi kadangkala untuk seseorang itu pandai mengail memakan masa yang agak panjang. Tuan Yang di-Pertua, di bawah KKLW, antara program pembangunan yang dijalankan adalah melalui pembangunan tanah, wilayah, prasarana dan utiliti serta pembangunan keusahawanan luar bandar dan pembangunan masyarakat. Manakala bagi menangani masalah miskin tegar, kementerian memberi fokus kepada pelaksanaan program untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat termiskin melalui program-program di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat atau SPKR. Dahulunya dikenali sebagai Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Di antara program di bawah SPKR adalah Program Pembangunan Minda Insan, Program Latihan dan Pendidikan, Program Bangunan Taman Asuhan Kanak- kanak (TASKA), Program Makanan Tambahan Seimbang, Program Bantuan Rumah, Program Pembangunan Masyarakat Setempat, Program Peningkatan Pendapatan, Program ASB Sejahtera untuk mengganti ASB PPRT dahulu dan Program Pembangunan Masyarakat Bandar Bersepadu. Memang banyak Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi Kanowit secara khusus telah memohon dikaji semula peruntukan rumah PPRT kerana peruntukan yang diberikan adalah kecil. KKLW terpaksa membuat peruntukan dalam batasan kewangan yang dikenakan secara bersesuaian dengan bilangan golongan sasar termiskin di sesebuah negeri. Namun begitu, peruntukan tambahan boleh ditimbang oleh kementerian sekiranya agensi pelaksana betul-betul memerlukan dan kedudukan kewangan negara mengizinkan. Kerajaan mengucapkan terima kasih ke atas keprihatinan dan perhatian dan pandangan-pandangan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat bagi Jerlun, Parit, Tuaran dan Sepanggar yang telah menegaskan pentingnya isu kemiskinan diberi perhatian serius supaya ianya benar-benar dapat diatasi. Percayalah Yang Berhormat, kerajaan melalui kementerian saya akan terus meningkatkan usaha untuk melaksanakan program-program kesejahteraan rakyat secara bersungguh- sungguh agar dapat memberi manfaat terus kepada golongan miskin serta miskin tegar agar kemiskinan tegar dapat dihapuskan dalam rangka lima tahun nanti. Yang Berhormat bagi Kota Belud dan Yang Berhormat bagi Parit telah menyarankan supaya KKLW mengadakan kerjasama dengan kementerian lain seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Untuk makluman Yang Berhormat- Yang Berhormat sekalian, KKLW sememangnya telah mengadakan kerjasama dengan kementerian ini serta dengan lain-lain agensi pertanian di peringkat Persekutuan dan negeri. Aktiviti-aktiviti kerjasama meliputi aktiviti-aktiviti ekonomi berasas pertanian dan bukan pertanian bagi membantu meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar dan golongan miskin amnya. Antara aktiviti berasaskan pertanian yang melibatkan kerjasama antara agensi KKLW dengan Jabatan Teknikal Kementerian Pertanian meliputi projek ternakan ayam, itik dan burung puyuh, ternakan lembu secara integrasi dalam ladang sawit, ternakan ikan dan kupang serta tanaman sayur-sayuran, jagung, tembakau dan buah-buahan. Aktiviti-aktiviti bukan pertanian meliputi perniagaan makanan, pemprosesan makanan ringan, kuih-muih tradisional, perniagaan runcit dan perusahaan kraf tangan dan pertukangan yang memerlukan kemahiran seni seperti tenunan, batik dan ukiran kraf. Kementerian juga bersetuju dengan saranan Yang Berhormat bagi Gerik supaya kerjasama dengan tenaga profesional di institut pengajian tinggi diadakan. KKLW telah memulakan usaha melaksanakan aktiviti-aktiviti Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) dengan kerjasama agensi-agensi penyelidikan serta pihak universiti. Ini melibatkan aktiviti tanaman herba oleh KESEDAR, FRIM dan aktiviti R&D berasaskan rumpai laut bersama Universiti Malaysia Sabah. Bagi membolehkan usaha-usaha membasmi kemiskinan ini lebih berkesan dan juga lebih fokus, cadangan daripada Yang Berhormat bagi Tuaran untuk mengadakan satu pangkalan data bagi golongan miskin tegar di seluruh negara telah
kawan di sebelahnya, maka mereka merasakan dirinya miskin, kalaupun dari segi kemiskinan hakikatnya mereka ini tidak miskin. Insya-Allah, apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat ini sudah pun menjadi satu dasar yang kita pikul, cuma kadangkala apa yang kita hajati itu tidak semestinya tercapai setiap masa. Kalaupun kita ingin mengajar seseorang itu mengail dan tidak memberinya ikan, tetapi kadangkala untuk seseorang itu pandai mengail memakan masa yang agak panjang. Tuan Yang di-Pertua, di bawah KKLW, antara program pembangunan yang dijalankan adalah melalui pembangunan tanah, wilayah, prasarana dan utiliti serta pembangunan keusahawanan luar bandar dan pembangunan masyarakat. Manakala bagi menangani masalah miskin tegar, kementerian memberi fokus kepada pelaksanaan program untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat termiskin melalui program-program di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat atau SPKR. Dahulunya dikenali sebagai Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Di antara program di bawah SPKR adalah Program Pembangunan Minda Insan, Program Latihan dan Pendidikan, Program Bangunan Taman Asuhan Kanak- kanak (TASKA), Program Makanan Tambahan Seimbang, Program Bantuan Rumah, Program Pembangunan Masyarakat Setempat, Program Peningkatan Pendapatan, Program ASB Sejahtera untuk mengganti ASB PPRT dahulu dan Program Pembangunan Masyarakat Bandar Bersepadu. Memang banyak Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi Kanowit secara khusus telah memohon dikaji semula peruntukan rumah PPRT kerana peruntukan yang diberikan adalah kecil. KKLW terpaksa membuat peruntukan dalam batasan kewangan yang dikenakan secara bersesuaian dengan bilangan golongan sasar termiskin di sesebuah negeri. Namun begitu, peruntukan tambahan boleh ditimbang oleh kementerian sekiranya agensi pelaksana betul-betul memerlukan dan kedudukan kewangan negara mengizinkan. Kerajaan mengucapkan terima kasih ke atas keprihatinan dan perhatian dan pandangan-pandangan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat bagi Jerlun, Parit, Tuaran dan Sepanggar yang telah menegaskan pentingnya isu kemiskinan diberi perhatian serius supaya ianya benar-benar dapat diatasi. Percayalah Yang Berhormat, kerajaan melalui kementerian saya akan terus meningkatkan usaha untuk melaksanakan program-program kesejahteraan rakyat secara bersungguh- sungguh agar dapat memberi manfaat terus kepada golongan miskin serta miskin tegar agar kemiskinan tegar dapat dihapuskan dalam rangka lima tahun nanti. Yang Berhormat bagi Kota Belud dan Yang Berhormat bagi Parit telah menyarankan supaya KKLW mengadakan kerjasama dengan kementerian lain seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Untuk makluman Yang Berhormat- Yang Berhormat sekalian, KKLW sememangnya telah mengadakan kerjasama dengan kementerian ini serta dengan lain-lain agensi pertanian di peringkat Persekutuan dan negeri. Aktiviti-aktiviti kerjasama meliputi aktiviti-aktiviti ekonomi berasas pertanian dan bukan pertanian bagi membantu meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar dan golongan miskin amnya. Antara aktiviti berasaskan pertanian yang melibatkan kerjasama antara agensi KKLW dengan Jabatan Teknikal Kementerian Pertanian meliputi projek ternakan ayam, itik dan burung puyuh, ternakan lembu secara integrasi dalam ladang sawit, ternakan ikan dan kupang serta tanaman sayur-sayuran, jagung, tembakau dan buah-buahan. Aktiviti-aktiviti bukan pertanian meliputi perniagaan makanan, pemprosesan makanan ringan, kuih-muih tradisional, perniagaan runcit dan perusahaan kraf tangan dan pertukangan yang memerlukan kemahiran seni seperti tenunan, batik dan ukiran kraf. Kementerian juga bersetuju dengan saranan Yang Berhormat bagi Gerik supaya kerjasama dengan tenaga profesional di institut pengajian tinggi diadakan. KKLW telah memulakan usaha melaksanakan aktiviti-aktiviti Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) dengan kerjasama agensi-agensi penyelidikan serta pihak universiti. Ini melibatkan aktiviti tanaman herba oleh KESEDAR, FRIM dan aktiviti R&D berasaskan rumpai laut bersama Universiti Malaysia Sabah. Bagi membolehkan usaha-usaha membasmi kemiskinan ini lebih berkesan dan juga lebih fokus, cadangan daripada Yang Berhormat bagi Tuaran untuk mengadakan satu pangkalan data bagi golongan miskin tegar di seluruh negara telah.
136
150
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 137 diambil kira. KKLW telah memulakan usaha membangunkan Sistem Maklumat Ketua Isi Rumah, KIR Miskin Tegar, Sistem Pangkalan Data KIR Miskin Tegar untuk negeri di Semenanjung Malaysia telah disediakan dengan kerjasama agensi-agensi kementerian serta pentadbiran negeri-negeri dan daerah-daerah. Maklumat profil KIR miskin tegar untuk negeri Sabah dan Sarawak akan mula dikemas kini mulai bulan Julai 2004 dan dijangka siap dalam tahun ini juga. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan masyarakat Orang Asli. Yang Berhormat-Yang Berhormat bagi Ipoh Timor, Maran dan Bera membangkitkan isu pembelaan masyarakat Orang Asli di negara ini. Ini termasuk cadangan untuk semakan semula Akta 134 mengambil kira impaknya terhadap kemajuan Orang Asli dan cadangan menambah lebih ramai Orang Asli dalam JOA – Jabatan Orang Asli termasuk Ketua Pengarah datangnya daripada Orang Asli. Dibangkitkan juga mengenai masalah kemiskinan di kalangan Orang Asli, peluang pendidikan dan pekerjaan dan penyediaan kemudahan asas Orang Asli. Kerajaan sedar bahawa kadar kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli masih tinggi berbanding dengan suku kaum lain di negara ini. Bagi menangani isu ini, kerajaan telah menyusun pelbagai program dan rancangan pembangunan yang khusus untuk Orang Asli dan program-program pembangunan yang dilaksanakan adalah bertanggungjawab secara holistik dan berterusan meliputi penyediaan kemudahan asas pembangunan tanah tersusun dengan kerjasama kerajaan negeri, pembangunan pendidikan dan latihan kemahiran, program membasmi kemiskinan terutama di kawasan pedalaman serta Program Sepadu Pembangunan Desa Terpencil (PROSPER). Sehingga kini kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM105 juta untuk membina kemudahan jalan perhubungan sepanjang 2,160 kilometer ke 724 perkampungan Orang Asli. Kini hanya 145 kampung dalaman yang belum dihubungkan dengan kemudahan jalan. Kerajaan merancang melengkapkan baki kampung yang belum mendapati kemudahan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Sejumlah 8,245 rumah atau 238 perkampungan telah disediakan bekalan elektrik yang memakan belanja sebanyak RM71 juta. Kerajaan juga telah berjaya membekalkan 691 kampung Orang Asli dengan air di mana 327 kampung dibekalkan dengan bekalan air paip dan 364 kampung lagi dibekalkan dengan air graviti dengan kos projek sebanyak RM97 juta. Dari segi kemudahan perumahan, kerajaan sehingga akhir tahun 2003 telah berjaya membina sebanyak 11,476 unit rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan belanja sebanyak RM46.67 juta. Program ini akan diteruskan sungguh pun kos pembinaannya agak tinggi. Di samping penyediaan kemudahan asas, kerajaan juga melaksanakan rancangan pembangunan tanah dengan tanaman komersial seperti kelapa sawit dan getah yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri, RISDA dan FELCRA. Sehingga akhir tahun 2003, kerajaan telah berjaya membangunkan 19,591 hektar ladang kelapa sawit dan 4,859 hektar getah. Rancangan ini telah memberi manfaat kepada 10,898 peserta Orang Asli dengan meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan memberi perhatian serius terhadap pendidikan Orang Asli sebagai strategi yang paling berkesan untuk membasmi kemiskinan. Setakat ini usaha ke arah objektif menunjukkan pertambahan pendaftaran bilangan pelajar sekolah rendah dan menengah sejak tahun 1994 meningkat. Pelajar-pelajar Orang Asli di peringkat sekolah rendah telah meningkat dari 13,200 orang ke lebih 23,000 dari tahun 1994 ke tahun 2003. Bagi sekolah menengah pula bilangan pelajar Orang Asli telah meningkat dari 2,694 orang ke 6,675 orang dari tahun 1994 hingga 2003. Bilangan keciciran juga menurun. Seramai 585 pelajar Orang Asli telah dan sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam hasil bimbingan dan bantuan yang diberikan sejak dari awal persekolahan hingga mereka berjaya. Usaha juga dibuat untuk menambah pendapatan Orang Asli dengan memberi bantuan kepada belia-belia Orang Asli yang ingin bergiat dalam bidang perniagaan bagi meningkatkan pendapatan mereka. Hasilnya sejumlah 171 usahawan telah dibantu melalui Skim Bantuan Usahawan yang diwujudkan di dalam Rancangan Malaysia Kelapan melalui pemberian grant untuk pembinaan ruang niaga di kampung-kampung,
137. diambil kira. KKLW telah memulakan usaha membangunkan Sistem Maklumat Ketua Isi Rumah, KIR Miskin Tegar, Sistem Pangkalan Data KIR Miskin Tegar untuk negeri di Semenanjung Malaysia telah disediakan dengan kerjasama agensi-agensi kementerian serta pentadbiran negeri-negeri dan daerah-daerah. Maklumat profil KIR miskin tegar untuk negeri Sabah dan Sarawak akan mula dikemas kini mulai bulan Julai 2004 dan dijangka siap dalam tahun ini juga. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan masyarakat Orang Asli. Yang Berhormat-Yang Berhormat bagi Ipoh Timor, Maran dan Bera membangkitkan isu pembelaan masyarakat Orang Asli di negara ini. Ini termasuk cadangan untuk semakan semula Akta 134 mengambil kira impaknya terhadap kemajuan Orang Asli dan cadangan menambah lebih ramai Orang Asli dalam JOA- Jabatan Orang Asli termasuk Ketua Pengarah datangnya daripada Orang Asli. Dibangkitkan juga mengenai masalah kemiskinan di kalangan Orang Asli, peluang pendidikan dan pekerjaan dan penyediaan kemudahan asas Orang Asli. Kerajaan sedar bahawa kadar kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli masih tinggi berbanding dengan suku kaum lain di negara ini. Bagi menangani isu ini, kerajaan telah menyusun pelbagai program dan rancangan pembangunan yang khusus untuk Orang Asli dan program-program pembangunan yang dilaksanakan adalah bertanggungjawab secara holistik dan berterusan meliputi penyediaan kemudahan asas pembangunan tanah tersusun dengan kerjasama kerajaan negeri, pembangunan pendidikan dan latihan kemahiran, program membasmi kemiskinan terutama di kawasan pedalaman serta Program Sepadu Pembangunan Desa Terpencil (PROSPER). Sehingga kini kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM105 juta untuk membina kemudahan jalan perhubungan sepanjang 2,160 kilometer ke 724 perkampungan Orang Asli. Kini hanya 145 kampung dalaman yang belum dihubungkan dengan kemudahan jalan. Kerajaan merancang melengkapkan baki kampung yang belum mendapati kemudahan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Sejumlah 8,245 rumah atau 238 perkampungan telah disediakan bekalan elektrik yang memakan belanja sebanyak RM71 juta. Kerajaan juga telah berjaya membekalkan 691 kampung Orang Asli dengan air di mana 327 kampung dibekalkan dengan bekalan air paip dan 364 kampung lagi dibekalkan dengan air graviti dengan kos projek sebanyak RM97 juta. Dari segi kemudahan perumahan, kerajaan sehingga akhir tahun 2003 telah berjaya membina sebanyak 11,476 unit rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan belanja sebanyak RM46.67 juta. Program ini akan diteruskan sungguh pun kos pembinaannya agak tinggi. Di samping penyediaan kemudahan asas, kerajaan juga melaksanakan rancangan pembangunan tanah dengan tanaman komersial seperti kelapa sawit dan getah yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri, RISDA dan FELCRA. Sehingga akhir tahun 2003, kerajaan telah berjaya membangunkan 19,591 hektar ladang kelapa sawit dan 4,859 hektar getah. Rancangan ini telah memberi manfaat kepada 10,898 peserta Orang Asli dengan meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan memberi perhatian serius terhadap pendidikan Orang Asli sebagai strategi yang paling berkesan untuk membasmi kemiskinan. Setakat ini usaha ke arah objektif menunjukkan pertambahan pendaftaran bilangan pelajar sekolah rendah dan menengah sejak tahun 1994 meningkat. Pelajar-pelajar Orang Asli di peringkat sekolah rendah telah meningkat dari 13,200 orang ke lebih 23,000 dari tahun 1994 ke tahun 2003. Bagi sekolah menengah pula bilangan pelajar Orang Asli telah meningkat dari 2,694 orang ke 6,675 orang dari tahun 1994 hingga 2003. Bilangan keciciran juga menurun. Seramai 585 pelajar Orang Asli telah dan sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam hasil bimbingan dan bantuan yang diberikan sejak dari awal persekolahan hingga mereka berjaya. Usaha juga dibuat untuk menambah pendapatan Orang Asli dengan memberi bantuan kepada belia-belia Orang Asli yang ingin bergiat dalam bidang perniagaan bagi meningkatkan pendapatan mereka. Hasilnya sejumlah 171 usahawan telah dibantu melalui Skim Bantuan Usahawan yang diwujudkan di dalam Rancangan Malaysia Kelapan melalui pemberian grant untuk pembinaan ruang niaga di kampung-kampung,
137
151
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
138 DR.1.6.2004 bantuan mesin jahit, mesin pemprosesan kuas, kursus keusahawanan dan bantuan input ternakan. Yang Berhormat bagi Bera telah membangkitkan mengenai sekolah yang tiada bekalan elektrik dan klinik desa yang tidak cukup kakitangan dan kekurangan di Pos Iskandar. Saya ingin memaklumkan bahawa bekalan elektrik memang telah dibekalkan melalui gen set sementara oleh Tenaga Nasional tetapi hanya dari jam 7.00 petang hingga 7.00 pagi manakala klinik tersebut adalah di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jabatan Orang Asli akan berbincang dengan kementerian tersebut untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan. Mengenai cadangan supaya Akta Orang Asli 134 dipinda, kerajaan sedang mengkaji dengan serius Akta tersebut bagi meminda peruntukan-peruntukan tertentu selaras dengan pembangunan serta perkembangan semasa. Di antara isu-isu dalam Akta ini, Tuan Yang di-Pertua, ialah mengenai pemilikan tanah. Yang keduanya dari segi menyediakan tabung untuk membiayai perbelanjaan perubatan yang kronik yang sekarang ini tidak ada tabung, terserah kepada Jabatan Orang Asli untuk mencari derma dan sebagainya dan ketiganya ialah dari segi penggunaan tanah-tanah untuk pembangunan komersial tidak ada peruntukan dalam Akta 134 ini. Dengan hasrat untuk memberi keutamaan kepada masyarakat Orang Asli dalam perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, kementerian dengan kerjasama agensi pusat akan berusaha agar sebanyak jawatan yang mungkin dan sesuai di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dapat dipenuhi dari kalangan Orang Asli nanti. Pada masa ini terdapat seramai 349 Orang Asli pelbagai peringkat yang telah berkhidmat di Jabatan Orang Asli. Hasil daripada program yang dijalankan oleh kerajaan ke arah peningkatan sosioekonomi masyarakat Orang Asli bagi mengadakan peluang-peluang yang lebih baik adalah dijangkakan lebih ramai bilangan Orang Asli yang berkelayakan dan boleh dilantik dan mengisi jawatan dalam perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sebagaimana yang disarankan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Timur. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan tanah pertanian. Yang Berhormat bagi Bentong dan Parit membangkitkan isu mengenai pembangunan tanah serta sektor pertanian sebagai usaha untuk mempertingkatkan pendapatan masyarakat luar bandar serta melantik lead agency dalam pembangunan ini. Kementerian Kemajuan Luar Bandar melalui penglibatan dan peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dan Lembaga Kemajuan Tanah (LKT) akan terus memberi perhatian serius terhadap pembangunan tanah di luar bandar selaras misi menggalakkan usaha-usaha pembangunan dan pemodenan ke arah sektor luar bandar yang maju, menarik dan menguntungkan. Program pembangunan tanah untuk pertanian di kawasan luar bandar dilaksanakan oleh berbagai agensi di bawah LKT dan LKW bertujuan untuk membangunkan tanah-tanah baru dan tanah milik di samping membangunkan tanah- tanah terbiar melalui Program Pemulihan dan Penyatuan Tanah. Agensi-agensi yang terlibat ialah RISDA, FELCRA, KEDA, KETENGAH, PERDA, KESEDAR, KEJORA dan agensi-agensi pertanian negeri seperti Lembaga Industri Getah Sabah, Jabatan Pertanian Sabah (SELCRA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak. Syarikat-syarikat di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah dan Lembaga Kemajuan Tanah dan RISDA serta FELCRA Berhad terlibat dalam melaksanakan aktiviti pemprosesan keluaran petani melalui keluaran 12 buah kilang sawit dan sebuah kilang pengeluaran biji benih padi. Di samping itu anak-anak syarikat milikan agensi di bawah LKW juga turut memainkan peranan penting melalui pusat-pusat memproses pembiakan dan pembakaan ternakan. Yang Berhormat bagi Kota Belud, Bentong, Jerlun dan Parit pula membangkitkan aktiviti-aktiviti mengenai ekonomi dan peluang perniagaan termasuk menyediakan banyak lagi premis yang boleh memberi manfaat secara terus kepada taraf hidup serta pendapatan penduduk di luar bandar. Di antara aktiviti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat bagi Bentong ialah dalam bidang industri herba. KKLW memang menggalakkan petani-petani bumiputera luar bandar untuk menceburi sektor pertanian herba dan menghasilkan tanaman makanan. Pelbagai insentif telah disediakan oleh kerajaan melalui Tabung Untuk Makanan dan Skim Bantuan Khas Pekebun Kecil untuk mempelbagaikan tanaman makanan dan tanaman
bantuan mesin jahit, mesin pemprosesan kuas, kursus keusahawanan dan bantuan input ternakan. Yang Berhormat bagi Bera telah membangkitkan mengenai sekolah yang tiada bekalan elektrik dan klinik desa yang tidak cukup kakitangan dan kekurangan di Pos Iskandar. Saya ingin memaklumkan bahawa bekalan elektrik memang telah dibekalkan melalui gen set sementara oleh Tenaga Nasional tetapi hanya dari jam 7.00 petang hingga 7.00 pagi manakala klinik tersebut adalah di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jabatan Orang Asli akan berbincang dengan kementerian tersebut untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan. Mengenai cadangan supaya Akta Orang Asli 134 dipinda, kerajaan sedang mengkaji dengan serius Akta tersebut bagi meminda peruntukan-peruntukan tertentu selaras dengan pembangunan serta perkembangan semasa. Di antara isu-isu dalam Akta ini, Tuan Yang di-Pertua, ialah mengenai pemilikan tanah. Yang keduanya dari segi menyediakan tabung untuk membiayai perbelanjaan perubatan yang kronik yang sekarang ini tidak ada tabung, terserah kepada Jabatan Orang Asli untuk mencari derma dan sebagainya dan ketiganya ialah dari segi penggunaan tanah-tanah untuk pembangunan komersial tidak ada peruntukan dalam Akta 134 ini. Dengan hasrat untuk memberi keutamaan kepada masyarakat Orang Asli dalam perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, kementerian dengan kerjasama agensi pusat akan berusaha agar sebanyak jawatan yang mungkin dan sesuai di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dapat dipenuhi dari kalangan Orang Asli nanti. Pada masa ini terdapat seramai 349 Orang Asli pelbagai peringkat yang telah berkhidmat di Jabatan Orang Asli. Hasil daripada program yang dijalankan oleh kerajaan ke arah peningkatan sosioekonomi masyarakat Orang Asli bagi mengadakan peluang-peluang yang lebih baik adalah dijangkakan lebih ramai bilangan Orang Asli yang berkelayakan dan boleh dilantik dan mengisi jawatan dalam perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sebagaimana yang disarankan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Timur. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan tanah pertanian. Yang Berhormat bagi Bentong dan Parit membangkitkan isu mengenai pembangunan tanah serta sektor pertanian sebagai usaha untuk mempertingkatkan pendapatan masyarakat luar bandar serta melantik lead agency dalam pembangunan ini. Kementerian Kemajuan Luar Bandar melalui penglibatan dan peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dan Lembaga Kemajuan Tanah (LKT) akan terus memberi perhatian serius terhadap pembangunan tanah di luar bandar selaras misi menggalakkan usaha-usaha pembangunan dan pemodenan ke arah sektor luar bandar yang maju, menarik dan menguntungkan. Program pembangunan tanah untuk pertanian di kawasan luar bandar dilaksanakan oleh berbagai agensi di bawah LKT dan LKW bertujuan untuk membangunkan tanah-tanah baru dan tanah milik di samping membangunkan tanah- tanah terbiar melalui Program Pemulihan dan Penyatuan Tanah. Agensi-agensi yang terlibat ialah RISDA, FELCRA, KEDA, KETENGAH, PERDA, KESEDAR, KEJORA dan agensi-agensi pertanian negeri seperti Lembaga Industri Getah Sabah, Jabatan Pertanian Sabah (SELCRA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak. Syarikat-syarikat di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah dan Lembaga Kemajuan Tanah dan RISDA serta FELCRA Berhad terlibat dalam melaksanakan aktiviti pemprosesan keluaran petani melalui keluaran 12 buah kilang sawit dan sebuah kilang pengeluaran biji benih padi. Di samping itu anak-anak syarikat milikan agensi di bawah LKW juga turut memainkan peranan penting melalui pusat-pusat memproses pembiakan dan pembakaan ternakan. Yang Berhormat bagi Kota Belud, Bentong, Jerlun dan Parit pula membangkitkan aktiviti-aktiviti mengenai ekonomi dan peluang perniagaan termasuk menyediakan banyak lagi premis yang boleh memberi manfaat secara terus kepada taraf hidup serta pendapatan penduduk di luar bandar. Di antara aktiviti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat bagi Bentong ialah dalam bidang industri herba. KKLW memang menggalakkan petani-petani bumiputera luar bandar untuk menceburi sektor pertanian herba dan menghasilkan tanaman makanan. Pelbagai insentif telah disediakan oleh kerajaan melalui Tabung Untuk Makanan dan Skim Bantuan Khas Pekebun Kecil untuk mempelbagaikan tanaman makanan dan tanaman.
138
152
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
DR.1.6.2004 139 herba. Kerajaan turut menyediakan premis untuk menggalakkan perniagaan, latihan dan khidmat mengembangkan serta mengenal pasti saluran pemasaran bagi produk- produk herba dan makanan yang dihasilkan. Dalam konteks KKLW pula, projek tanaman herba telah dilaksanakan secara komersial melalui beberapa agensi kementerian seperti KESEDAR dan KETENGAH di mana petani-petani atau penduduk bumiputera luar bandar sebagai kumpulan sasar yang menjadi peserta kepada projek-projek berkenaan. Di KESEDAR, terdapat tiga kawasan yang dibangunkan bagi tujuan projek herba ini iaitu di Gua Musang, di Mengkebang dan di Tenok Baru. [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Mesyuarat] Bagi mengkomersialkan produk herba tersebut, KESEDAR telah menubuhkan kilang inkubator bagi memproses pengeluaran produk herba dan mengadakan usaha sama dengan sebuah syarikat yang bergiat dalam bidang pengeluaran kosmetik dan toiletry. Di KETENGAH pula projek herba yang telah dilaksanakan ialah Taman Herba di Pulau Sak Kecil, Tasik Kenyir seluas 15.84 hektar dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Adalah diharapkan dengan pelbagai galakan dan usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh KKLW, ia dapat meningkatkan penghasilan tanaman herba dan pengeluaran makanan tempatan secara langsung dapat mengurangkan pertukaran wang asing. Tuan Yang di-Pertua, prasarana, utiliti dan ameniti sosial. Yang Berhormat bagi Kota Belud, Kudat, Kuala Kedah, Baram, Putatan, Sepanggar, Papar dan Kuala Krai menyentuh mengenai penyeliaan prasarana serta ameniti sosial seperti bekalan air, elektrik dan jalan-jalan kampung dengan lebih baik di kawasan luar bandar termasuk di sekolah-sekolah luar bandar yang perlu dipertingkatkan untuk kebaikan dan manfaat kepada penduduk luar bandar. KKLW telah, sedang dan akan terus berusaha bagi memastikan semua kampung ....... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Timbalan Menteri ada usul, Yang Berhormat. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Ada usul? Okey. WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT 9.30 mlm. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Dato' Haji Noh bin Haji Oma]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Usul Penangguhan Dewan pada pagi ini, sekarang jam telah menunjukkan 9.30 malam tetapi masih ada lagi lima kementerian yang belum menjawab. Oleh yang demikian, tidak mungkin Dewan ini boleh menyelesaikan jawapan-jawapan Menteri pada malam ini juga. Oleh itu saya mengemukakan usul iaitu : “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) dengan tidak menghiraukan kepada usul yang terawal bahawa Dewan ini ditangguhkan kepada esok hari dan mesyuarat ditangguhkan jam 10.00 pagi esok.”
139 herba. Kerajaan turut menyediakan premis untuk menggalakkan perniagaan, latihan dan khidmat mengembangkan serta mengenal pasti saluran pemasaran bagi produk- produk herba dan makanan yang dihasilkan. Dalam konteks KKLW pula, projek tanaman herba telah dilaksanakan secara komersial melalui beberapa agensi kementerian seperti KESEDAR dan KETENGAH di mana petani-petani atau penduduk bumiputera luar bandar sebagai kumpulan sasar yang menjadi peserta kepada projek-projek berkenaan. Di KESEDAR, terdapat tiga kawasan yang dibangunkan bagi tujuan projek herba ini iaitu di Gua Musang, di Mengkebang dan di Tenok Baru. [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Mesyuarat] Bagi mengkomersialkan produk herba tersebut, KESEDAR telah menubuhkan kilang inkubator bagi memproses pengeluaran produk herba dan mengadakan usaha sama dengan sebuah syarikat yang bergiat dalam bidang pengeluaran kosmetik dan toiletry. Di KETENGAH pula projek herba yang telah dilaksanakan ialah Taman Herba di Pulau Sak Kecil, Tasik Kenyir seluas 15.84 hektar dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Adalah diharapkan dengan pelbagai galakan dan usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh KKLW, ia dapat meningkatkan penghasilan tanaman herba dan pengeluaran makanan tempatan secara langsung dapat mengurangkan pertukaran wang asing. Tuan Yang di-Pertua, prasarana, utiliti dan ameniti sosial. Yang Berhormat bagi Kota Belud, Kudat, Kuala Kedah, Baram, Putatan, Sepanggar, Papar dan Kuala Krai menyentuh mengenai penyeliaan prasarana serta ameniti sosial seperti bekalan air, elektrik dan jalan-jalan kampung dengan lebih baik di kawasan luar bandar termasuk di sekolah-sekolah luar bandar yang perlu dipertingkatkan untuk kebaikan dan manfaat kepada penduduk luar bandar. KKLW telah, sedang dan akan terus berusaha bagi memastikan semua kampung ....... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Timbalan Menteri ada usul, Yang Berhormat. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin: Ada usul? Okey. WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT. 9.30 mlm. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Dato' Haji Noh bin Haji Oma]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Usul Penangguhan Dewan pada pagi ini, sekarang jam telah menunjukkan 9.30 malam tetapi masih ada lagi lima kementerian yang belum menjawab. Oleh yang demikian, tidak mungkin Dewan ini boleh menyelesaikan jawapan-jawapan Menteri pada malam ini juga. Oleh itu saya mengemukakan usul iaitu : "Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) dengan tidak menghiraukan kepada usul yang terawal bahawa Dewan ini ditangguhkan kepada esok hari dan mesyuarat ditangguhkan jam 10.00 pagi esok.".
139
153
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
140 DR.1.6.2004 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk M. Kayveas]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Usul disetujukan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan sekarang dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah boleh menyambung jawapannya pada hari esok. Dewan ditangguhkan pada pukul 9.31 malam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk M. Kayveas]: Tuan. Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah. usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Usul disetujukan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan sekarang dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kemajuan. Luar Bandar dan Wilayah boleh menyambung jawapannya pada hari esok. Dewan ditangguhkan pada pukul 9.31 malam.
140
154
2004-06-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01062004.pdf
ii DR.01.07.2008 18. Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Pandan) – MCA 19. “ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Dr. Ng Yen Yen, D.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.K., D.P.M.P., P.J.K. (Raub) – MCA 20. “ Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang) – UMNO 21. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok) – UMNO 22. “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Sepang) – UMNO 23. “ Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, D.S.N.S., D.S.A.P., A.N.S., J.P. (Tampin) – UMNO 24. “ Menteri Kesihatan, Dato’ Liow Tiong Lai (Bentong) – MCA 25. ” Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek (Kemaman) – UMNO 26. “ Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam (Segamat) – MIC 27. “ Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru) –UMNO 28. “ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib – Senator 29. “ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Chuan, S.P.M.P., D.P.M.P., P.M.P. (Tanjong Malim) – MCA 30. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid bin Ibrahim – Senator 31. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A. Aziz – Senator 32. “ Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob, D.I.M.P., D.M.S.M., A.D.K. (Bera) – UMNO TIMBALAN MENTERI 1. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (Pensiangan) – PBRS 2. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I, Datuk Liew Vui Keong, P.G.D.K., A.D.K., J.P. (Sandakan) – LDP 3. “ Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing) – UMNO 4. “ Timbalan Menteri Kewangan I, Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun) – UMNO 5. ” Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Robert Lau Hoi Chew, P.G.B.K., J.B.S. (Sibu) – SUPP 6. “ Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato’ Joseph Salang anak Gandum (Julau) – PRS 7. “ Timbalan Menteri Kewangan II, Dato’ Kong Cho Ha (Lumut) – MCA 8. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II, Tuan Joseph Entulu anak Belaun (Selangau) – PRS 9. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mohd. Johari bin Baharum, S.I.M.P., D.S.D.K., D.M.S.M., D.I.M.P., D.S.M., A.M.K., B.K.M., P.J.K., J.P. (Kubang Pasu) – UMNO
18. Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Pandan)- MCA 19. " Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Dr. Ng Yen Yen, D.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.K., D.P.M.P., P.J.K. (Raub)- MCA 20. " Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang)- UMNO 21. " Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok)- UMNO 22. " Menteri Kerja Raya, Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Sepang)- UMNO 23. " Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato' Shaziman bin Abu Mansor, D.S.N.S., D.S.A.P., A.N.S., J.P. (Tampin)- UMNO 24. " Menteri Kesihatan, Dato' Liow Tiong Lai (Bentong)- MCA 25. " Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek (Kemaman)- UMNO 26. " Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam (Segamat)- MIC 27. " Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru)-UMNO 28. " Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib- Senator 29. " Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Ong Ka Chuan, S.P.M.P., D.P.M.P., P.M.P. (Tanjong Malim)- MCA 30. " Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid bin Ibrahim- Senator 31. " Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A. Aziz- Senator 32. " Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri bin Yaakob, D.I.M.P., D.M.S.M., A.D.K. (Bera)- UMNO. TIMBALAN MENTERI 1. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (Pensiangan)- PBRS 2. " Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I, Datuk Liew Vui Keong, P.G.D.K., A.D.K., J.P. (Sandakan)- LDP 3. " Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing)- UMNO 4. " Timbalan Menteri Kewangan I, Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun)- UMNO 5. " Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Robert Lau Hoi Chew, P.G.B.K., J.B.S. (Sibu)- SUPP 6. " Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato' Joseph Salang anak Gandum (Julau)- PRS 7. " Timbalan Menteri Kewangan II, Dato' Kong Cho Ha (Lumut)- MCA 8. " Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II, Tuan Joseph Entulu anak Belaun (Selangau)- PRS 9. " Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Mohd. Johari bin Baharum, S.I.M.P., D.S.D.K., D.M.S.M., D.I.M.P., D.S.M., A.M.K., B.K.M., P.J.K., J.P. (Kubang Pasu)- UMNO.
18
4
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
iv DR.01.07.2008 34. Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Haji Hasan bin Malek, D.S.N.S., D.M.S.M., D.S.M., J.P., K.M.N., A.M.N., P.M.C., P.J.K., B.K.C., (Kuala Pilah) – UMNO 35. “ Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Abdul Rahim bin Bakri (Kudat) - UMNO 36. “ Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, P.G.D.K., S.P.D.K., J.M.N., J.P. (Beaufort) – UMNO 37. “ Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Maznah Mazlan – Senator 38. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan T. Murugiah – Senator AHLI-AHLI (BN) 1. Yang Berhormat Tuan Aaron Ago Dagang (Kanowit) – PRS 2. “ Tuan Abd. Rahman Bakri, A.S.A. (Sabak Bernam) – UMNO 3. “ Dato’ Abd. Rahman Dahlan, D.I.M.P., A.D.K. (Kota Belud) – UMNO 4. “ Datuk Abdul Ghapur bin Salleh (Kalabakan) – UMNO 5. “ Prof. Dato’ Dr. Abdullah Md. Zin, D.P.M.T. (Besut) – UMNO 6. “ Dato’ Abdul Manan bin Ismail, D.I.M.P., P.K.C. (Paya Besar) – UMNO 7. “ Datuk Abdul Wahab bin Dolah (Igan) – PBB 8. “ Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib, D.H.M.S., D.S.D.K., S.D.K., K.M.N., B.C.K., P.J.K., (Langkawi) – UMNO 9. “ Datuk Wira Ahmad Hamzah, D.C.S.M., D.M.S.M., K.M.N., P.J.K. (Jasin) – UMNO 10. “ Tuan Ahmad Maslan (Pontian) – UMNO 11. “ Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang, A.B.S. (Sibuti) – PBB 12. “ Tuan Alexander Nanta Linggi (Kapit) – PBB 13. “ Datuk Anifah bin Haji Aman (Kimanis) – UMNO 14. “ Dato’ Seri Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar) – UMNO 15. ” Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed, D.M.S.M., A.M.N., P.I.S. (Sekijang) – UMNO 16. “ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang) – PRS 17. “ Datuk Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) – UMNO 18. “ Datuk Chua Soon Bui, P.G.D.K. (Tawau) – SAPP 19. “ Tuan Chua Tee Yong (Labis) – MCA 20. “ Tuan Ding Kuong Hiing (Sarikei) – SUPP 21. “ Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah, P.G.D.K. (Batu Sapi) – PBS 22. “ Datuk Eric E. Majimbun, P.G.D.K. (Sepanggar) – SAPP 23. “ Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, D.G.S.M., D.M.S.M. (Alor Gajah) – MCA 24. “ Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, P.J.N., P.I.S. (Tenggara) – UMNO 25. “ Ir. Haji Hamim bin Samuri (Ledang) – UMNO 26. “ Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah (Limbang) – PBB 27. “ Tuan Henry Sum Agong (Lawas) – PBB
34. Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Haji Hasan bin Malek, D.S.N.S., D.M.S.M., D.S.M., J.P., K.M.N., A.M.N., P.M.C., P.J.K., B.K.C., (Kuala Pilah)- UMNO 35. " Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Abdul Rahim bin Bakri (Kudat)- UMNO 36. " Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, P.G.D.K., S.P.D.K., J.M.N., J.P. (Beaufort)- UMNO 37. " Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Maznah Mazlan- Senator 38. " Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan T. Murugiah- Senator. AHLI-AHLI (BN) 1. Yang Berhormat Tuan Aaron Ago Dagang (Kanowit)- PRS 2. " Tuan Abd. Rahman Bakri, A.S.A. (Sabak Bernam)- UMNO 3. " Dato' Abd. Rahman Dahlan, D.I.M.P., A.D.K. (Kota Belud)- UMNO 4. " Datuk Abdul Ghapur bin Salleh (Kalabakan)- UMNO 5. " Prof. Dato' Dr. Abdullah Md. Zin, D.P.M.T. (Besut)- UMNO 6. " Dato' Abdul Manan bin Ismail, D.I.M.P., P.K.C. (Paya Besar)- UMNO 7. " Datuk Abdul Wahab bin Dolah (Igan)- PBB 8. " Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib, D.H.M.S., D.S.D.K., S.D.K., K.M.N., B.C.K., P.J.K., (Langkawi)- UMNO 9. " Datuk Wira Ahmad Hamzah, D.C.S.M., D.M.S.M., K.M.N., P.J.K. (Jasin)- UMNO 10. " Tuan Ahmad Maslan (Pontian)- UMNO 11. " Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang, A.B.S. (Sibuti)- PBB 12. " Tuan Alexander Nanta Linggi (Kapit)- PBB 13. " Datuk Anifah bin Haji Aman (Kimanis)- UMNO 14. " Dato' Seri Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar) - UMNO 15. " Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed, D.M.S.M., A.M.N., P.I.S. (Sekijang)- UMNO 16. " Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang)- PRS 17. " Datuk Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan)- UMNO 18. " Datuk Chua Soon Bui, P.G.D.K. (Tawau)- SAPP 19. " Tuan Chua Tee Yong (Labis)- MCA 20. " Tuan Ding Kuong Hiing (Sarikei)- SUPP 21. " Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah, P.G.D.K. (Batu Sapi)- PBS 22. " Datuk Eric E. Majimbun, P.G.D.K. (Sepanggar)- SAPP 23. " Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, D.G.S.M., D.M.S.M. (Alor Gajah)- MCA 24. " Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, P.J.N., P.I.S. (Tenggara)- UMNO 25. " Ir. Haji Hamim bin Samuri (Ledang)- UMNO 26. " Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah (Limbang)- PBB 27. " Tuan Henry Sum Agong (Lawas)- PBB.
34
6
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
vi DR.01.07.2008 62. Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, A.D.K., B.K.M., P.J.K. (Silam) – UMNO 63. “ Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, D.P.M.P., S.M.S., P.P.N., P.P.T. (Lenggong) – UMNO 64. “ Datuk Sapawi bin Haji Ahmad (Sipitang) – UMNO 65. “ Datuk Siringan Gubat (Ranau) – UPKO 66. “ Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman, D.P.M.P., D.M.S.M., K.M.N., A.M.P., J.P. (Pasir Salak) – UMNO 67. “ Puan Tan Ah Eng (Gelang Patah) – MCA 68. “ Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, S.S.A.P. (Putrajaya) – UMNO 69. “ Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut) – UMNO 70. “ Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) – UMNO 71. “ Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) – SPDP 72. “ Datuk Tiong Thai King, P.G.B.K. (Lanang) – SUPP 73. “ Datuk Dr. Tiki anak Lafe, D.M.S.M. (Mas Gading) – SPDP 74. “ Datuk Wilfred Mojilip Bumburing,S.P.D.K., P.G.D.K., P.J.N., J.S.M., J.P. (Tuaran) – UPKO 75. “ Tuan William Nyallau, P.B.B., P.P.S. (Lubok Antu) – PRS 76. “ Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal, D.M.S.M. (Labuan) – UMNO AHLI-AHLI (PKR) 1. Yang Berhormat Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir (Ketereh) 2. “ Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim, D.P.M.S., D.S.A.P., P.S.M. (Bandar Tun Razak) 3. “ Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kuala Langat) 4. “ Tuan Haji Ahmad Kasim (Kuala Kedah) 5. “ Tuan Amran bin Ab. Ghani (Tanah Merah) 6. “ Tuan Azan Ismail (Indera Mahkota) 7. “ Tuan Chua Tian Chang (Batu) 8. “ Puan Hajah Fuziah Salleh (Kuantan) 9. “ Tuan Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya) 10. “ Tuan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) 11. “ Tuan Johari bin Abdul (Sungai Petani) 12. “ Dato’ Kamarul Baharin Abbas, D.S.S.A. (Telok Kemang) 13. “ Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 14. “ Dr. M. Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput) 15. “ Tuan Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 16. “ Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff (Balik Pulau) 17. “ Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri (Bagan Serai) 18. “ Tuan N. Gobalakrishnan (Padang Serai) 19. “ Puan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) 20. “ Dato’ Rashid Din, S.M.K., D.I.M.P. (Merbok)
62. Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, A.D.K., B.K.M., P.J.K. (Silam)- UMNO 63. " Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, D.P.M.P., S.M.S., P.P.N., P.P.T. (Lenggong)- UMNO 64. " Datuk Sapawi bin Haji Ahmad (Sipitang)- UMNO 65. " Datuk Siringan Gubat (Ranau)- UPKO 66. " Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman, D.P.M.P., D.M.S.M., K.M.N., A.M.P., J.P. (Pasir Salak)- UMNO 67. " Puan Tan Ah Eng (Gelang Patah)- MCA 68. " Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, S.S.A.P. (Putrajaya)- UMNO 69. " Dato' Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut)- UMNO 70. " Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)- UMNO 71. " Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu)- SPDP 72. " Datuk Tiong Thai King, P.G.B.K. (Lanang)- SUPP 73. " Datuk Dr. Tiki anak Lafe, D.M.S.M. (Mas Gading)- SPDP 74. " Datuk Wilfred Mojilip Bumburing,S.P.D.K., P.G.D.K., P.J.N., J.S.M., J.P. (Tuaran)- UPKO 75. " Tuan William Nyallau, P.B.B., P.P.S. (Lubok Antu)- PRS 76. " Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal, D.M.S.M. (Labuan)- UMNO. AHLI-AHLI (PKR) 1. Yang Berhormat Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir (Ketereh) 2. " Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim, D.P.M.S., D.S.A.P., P.S.M. (Bandar Tun Razak) 3. " Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kuala Langat) 4. " Tuan Haji Ahmad Kasim (Kuala Kedah) 5. " Tuan Amran bin Ab. Ghani (Tanah Merah) 6. " Tuan Azan Ismail (Indera Mahkota) 7. " Tuan Chua Tian Chang (Batu) 8. " Puan Hajah Fuziah Salleh (Kuantan) 9. " Tuan Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya) 10. " Tuan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) 11. " Tuan Johari bin Abdul (Sungai Petani) 12. " Dato' Kamarul Baharin Abbas, D.S.S.A. (Telok Kemang) 13. " Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 14. " Dr. M. Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput) 15. " Tuan Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 16. " Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff (Balik Pulau) 17. " Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri (Bagan Serai) 18. " Tuan N. Gobalakrishnan (Padang Serai) 19. " Puan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) 20. " Dato' Rashid Din, S.M.K., D.I.M.P. (Merbok).
62
8
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
DR.01.07.2008 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 1 Julai 2008 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] PEMASYHURAN TUAN YANG DIPERTUA CUTI KEPADA AHLI - KEBENARAN Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu saya telah membenarkan cuti daripada menghadiri Mesyuarat di bawah Perkara 52(2), Perlembagaan Persekutuan, kepada Yang Berhormat Tan Sri Rafidah Aziz, Ahli Parlimen bagi kawasan Kuala Kangsar dari 26 Jun 2008 sehingga selesai sidang Dewan Rakyat yang berjalan sekarang. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12). Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Apa Peraturan Mesyuarat 36(12), Yang Berhormat? Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Peraturan mesyuarat ini ialah mengenai seorang Ahli Dewan yang membuat kenyataan-kenyataan yang menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Semalam telah berlaku peristiwa di mana Yang Berhormat Puchong mengeluarkan kenyataan-kenyataan dalam Dewan ini yang mengelirukan dan juga membawa implikasi menghina Speaker . Beliau membuat kenyataan itu bukan sahaja di dalam Dewan tetapi juga di luar Dewan. Ini memalukan kita semua di dalam Dewan ini dan juga merupakan satu perbuatan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, baik, cukup Yang Berhormat. Cukup, terima kasih. Saya telah berbincang dengan Speaker petang semalam bahawa kita dari sekarang tidak lagi menerima point of order semasa soal jawab pada waktu pagi kerana masa kita terbatas. Semua point of order yang dianggap pertinent, penting dibawa ke hadapan akan dibawa selepas sesi soal jawab. Sebagai menjawab soalan Yang Berhormat, saya akan berbincang dengan Speaker, persoalan apa yang kita lihat dalam TV3 dan RTM1 semalam, ya Yang Berhormat. Terima kasih. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Hasbi bin Habibollah [Limbang] minta Menteri Kewangan menyatakan bilakah kerajaan akan membuat kajian semula kadar geran penyelenggaraan jalan raya negeri (capitation grant) memandangkan kadar perbelanjaan yang meningkat, menjadikan kadar lama yang diguna pakai tidak lagi relevan dan perlu dikaji semula selaras dengan kos terkini sedangkan kadar penyelenggaraan bagi jalan raya persekutuan telah pun dikaji semula.
MALAYSIA. DEWAN RAKYAT. Selasa, 1 Julai 2008. Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi. DOA. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]. PEMASYHURAN TUAN YANG DIPERTUA. CUTI KEPADA AHLI- KEBENARAN. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu saya telah membenarkan cuti daripada menghadiri Mesyuarat di bawah Perkara 52(2), Perlembagaan Persekutuan, kepada Yang Berhormat Tan Sri Rafidah Aziz, Ahli Parlimen bagi kawasan Kuala Kangsar dari 26 Jun 2008 sehingga selesai sidang Dewan Rakyat yang berjalan sekarang. Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12). Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Apa Peraturan Mesyuarat 36(12), Yang Berhormat? Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Peraturan mesyuarat ini ialah mengenai seorang Ahli Dewan yang membuat kenyataan-kenyataan yang menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Semalam telah berlaku peristiwa di mana Yang Berhormat Puchong mengeluarkan kenyataan-kenyataan dalam Dewan ini yang mengelirukan dan juga membawa implikasi menghina Speaker . Beliau membuat kenyataan itu bukan sahaja di dalam Dewan tetapi juga di luar Dewan. Ini memalukan kita semua di dalam Dewan ini dan juga merupakan satu perbuatan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, baik, cukup Yang Berhormat. Cukup, terima kasih. Saya telah berbincang dengan Speaker petang semalam bahawa kita dari sekarang tidak lagi menerima point of order semasa soal jawab pada waktu pagi kerana masa kita terbatas. Semua point of order yang dianggap pertinent, penting dibawa ke hadapan akan dibawa selepas sesi soal jawab. Sebagai menjawab soalan Yang Berhormat, saya akan berbincang dengan Speaker, persoalan apa yang kita lihat dalam TV3 dan RTM1 semalam, ya Yang Berhormat. Terima kasih. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN. 1. Tuan Hasbi bin Habibollah [Limbang] minta Menteri Kewangan menyatakan bilakah kerajaan akan membuat kajian semula kadar geran penyelenggaraan jalan raya negeri (capitation grant) memandangkan kadar perbelanjaan yang meningkat, menjadikan kadar lama yang diguna pakai tidak lagi relevan dan perlu dikaji semula selaras dengan kos terkini sedangkan kadar penyelenggaraan bagi jalan raya persekutuan telah pun dikaji semula.
1
13
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
2 DR.01.07.2008 Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Kong Cho Ha]: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab, saya ingin memaklumkan bahawa Ahli Yang Berhormat Limbang merujuk geran penyelenggaraan jalan raya negeri sebagai capitation grant. Sebenarnya geran penyelenggaraan jalan negeri ialah state road grant, manakala capitation grant merujuk kepada pemberian mengikut bilangan orang. Tuan Yang di-Pertua, pemberian penyelenggaraan jalan negeri dibuat mengikut peruntukan Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan bertujuan membantu kerajaan-kerajaan negeri menyelenggarakan jalan-jalan negeri. Formula pengiraan pemberian penyelenggaraan jalan raya negeri yang masih berkuat kuasa adalah berasaskan kepada tatacara baru yang diluluskan oleh Majlis Kewangan Negara pada tahun 1989. Pengiraan adalah berpandukan kepada jumlah kos pekerja iaitu gaji, upah, bahan-bahan binaan semasa dan kos loji peralatan yang digunakan bagi aktiviti- aktiviti penyelenggaraan jalan. Kadar pemberian peruntukan geran berubah mengikut tahun semasa analisis dibuat. Asas pengiraan adalah berdasarkan kepada unit indeks harga pengguna, customer price index yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun semasa bagi gaji pekerja. Harga bahan berpandukan siaran khas, lazimnya untuk kerja-kerja kejuruteraan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan juga berkenaan dengan kuantiti pelaksanaan kerja. Mulai tahun 2007, Kerajaan Persekutuan telah meluaskan skop pemberian penyelenggaraan jalan raya negeri dengan mengambil kira jalan pertanian yang didaftarkan oleh JPS dan jalan kampung yang didaftarkan oleh JKR. Berhubung dengan soalan yang dikemukakan, Kerajaan Persekutuan belum bercadang untuk meminda atau mengkaji pemberian geran penyelenggaraan jalan raya negeri dalam tempoh terdekat ini kerana pengiraan kadar pemberian geran penyelenggaraan jalan raya negeri yang diguna pakai pada masa ini adalah dinamik berdasarkan kepada kos perbelanjaan semasa dan berubah mengikut analisis tahun semasa. Kajian dan pindaan ke atas pemberian geran ini juga baru dilakukan pada tahun 2006 dan mula dilaksanakan pada tahun 2007. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila Yang Berhormat Limbang. ■1010 Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah [Limbang]: Terima kasih. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasannya. Berkenaan apa yang dibangkitkan oleh Tuan Yang di-Pertua sebentar tadi. Jika dibenarkan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Nanti, selepas soalan dijawab. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, ada sesuatu yang tidak betul. Bagaimana peraturan mesyuarat boleh di suspend kan, diketepikan untuk first one and a half hours. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ini, ini. Duduk, duduk Yang Berhormat Batu Gajah. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Kalau sedemikian, Ahli-ahli boleh membangkitkan sebarang kenyataan . Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Duduklah, tadi keputusan sudah dibuat, apa lagi. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: No, Tuan Yang di-Pertua. Ini tidak betul. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Limbang. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tunggu 11.30 pagi lah. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Menteri Kewangan II [Dato' Kong Cho Ha]: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab, saya ingin memaklumkan bahawa Ahli Yang Berhormat Limbang merujuk geran penyelenggaraan jalan raya negeri sebagai capitation grant. Sebenarnya geran penyelenggaraan jalan negeri ialah state road grant, manakala capitation grant merujuk kepada pemberian mengikut bilangan orang. Tuan Yang di-Pertua, pemberian penyelenggaraan jalan negeri dibuat mengikut peruntukan Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan bertujuan membantu kerajaan-kerajaan negeri menyelenggarakan jalan-jalan negeri. Formula pengiraan pemberian penyelenggaraan jalan raya negeri yang masih berkuat kuasa adalah berasaskan kepada tatacara baru yang diluluskan oleh Majlis Kewangan Negara pada tahun 1989. Pengiraan adalah berpandukan kepada jumlah kos pekerja iaitu gaji, upah, bahan-bahan binaan semasa dan kos loji peralatan yang digunakan bagi aktiviti- aktiviti penyelenggaraan jalan. Kadar pemberian peruntukan geran berubah mengikut tahun semasa analisis dibuat. Asas pengiraan adalah berdasarkan kepada unit indeks harga pengguna, customer price index yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun semasa bagi gaji pekerja. Harga bahan berpandukan siaran khas, lazimnya untuk kerja-kerja kejuruteraan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan juga berkenaan dengan kuantiti pelaksanaan kerja. Mulai tahun 2007, Kerajaan Persekutuan telah meluaskan skop pemberian penyelenggaraan jalan raya negeri dengan mengambil kira jalan pertanian yang didaftarkan oleh JPS dan jalan kampung yang didaftarkan oleh JKR. Berhubung dengan soalan yang dikemukakan, Kerajaan Persekutuan belum bercadang untuk meminda atau mengkaji pemberian geran penyelenggaraan jalan raya negeri dalam tempoh terdekat ini kerana pengiraan kadar pemberian geran penyelenggaraan jalan raya negeri yang diguna pakai pada masa ini adalah dinamik berdasarkan kepada kos perbelanjaan semasa dan berubah mengikut analisis tahun semasa. Kajian dan pindaan ke atas pemberian geran ini juga baru dilakukan pada tahun 2006 dan mula dilaksanakan pada tahun 2007. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila Yang Berhormat Limbang. #1010. Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah [Limbang]: Terima kasih. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasannya. Berkenaan apa yang dibangkitkan oleh Tuan Yang di-Pertua sebentar tadi. Jika dibenarkan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Nanti, selepas soalan dijawab. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, ada sesuatu yang tidak betul. Bagaimana peraturan mesyuarat boleh di suspend kan, diketepikan untuk first one and a half hours. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ini, ini. Duduk, duduk Yang Berhormat Batu Gajah. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Kalau sedemikian, Ahli-ahli boleh membangkitkan sebarang kenyataan . Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Duduklah, tadi keputusan sudah dibuat, apa lagi. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: No, Tuan Yang di-Pertua. Ini tidak betul. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Limbang. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tunggu 11.30 pagi lah. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
2
14
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
DR.01.07.2008 3 Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Kalau macam itu, Ahli-ahli boleh bangkitkan... Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Yang Berhormat Batu Gajah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak, tidak. Saya sudah bagi keputusan. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Bagaimana peraturan mesyuarat tidak digunakan untuk first one and a half hours dalam Dewan ini? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Batu Gajah, duduk. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, saya pohon. Pohon kaji semula keputusan itu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk, duduk Yang Berhormat Batu Gajah. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, saya pohon. Kalau macam itu, Ahli-ahli boleh buat sebarang kenyataan yang melanggar peraturan mesyuarat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk dahulu Yang Berhormat Batu Gajah. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ahli yang lain tidak boleh membangkitkan... Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tuan Yang di-Pertua, Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Saya mohon Tuan Yang di- Pertua kaji semula.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk, duduk Yang Berhormat Batu Gajah. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Mesyuarat dan Ahli yang lain tidak boleh membangkitkan. Ini tak betul. Tak pernah berlaku. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk. Duduk Yang Berhormat Batu Gajah. Dengar cakap orang Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Batu Gajah, dengar sini cakap saya. Amalan-amalan negara lain Yang Berhormat, tidak ada point of order semasa soal jawab sama ada di England, ini saya dah cutting daripada yang New Zealand pun sama buat macam mana yang dibuat di England. Kita dah baca Yang Berhormat! Sebelum saya duduk sini, sebelum saya buat pengumuman, saya dah baca semua dah. Jadi kita mengetahui lebih daripada Yang Berhormat Batu Gajah sendiri. [Dewan riuh] Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Kita telah sempat gunakan semua yang... kalau macam itu, Lima puluh tahun. Kalau ada mana-mana yang menggunakan kenyataan yang...Dewan atau sangkaan [Dewan riuh], Kita tidak boleh bangun. Itu just one and a half hours. [Dewan riuh] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: duduk, duduk Yang Berhormat Batu Gajah. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tak betul. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat Batu Gajah. Itu pendapat Yang Berhormat Batu Gajah. Kalau pendapat Yang Berhormat Batu Gajah ini betul, maknanya, yang orang yang dibuat di New Zealand, yang dibuat di House of Commons itu England juga salah. Kena mengikut. Ini pembaharuan Yang Berhormat Batu Gajah. Kita kena menerima hakikat pembaharuan. Yang Berhormat yang shouting and yelling pembaharuan ini. Saya buat pembaharuan sini saya, saya tak lihat ni. Kita hendak soalan ini sampai 15, 16, 17...kerana gangguan yang banyak sangat. Sila Yang Berhormat, ringkaskan soalan. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ini masa soal jawab. [Dewan riuh] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Teruskan, teruskan.
Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Kalau macam itu, Ahli-ahli boleh. bangkitkan... Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Yang Berhormat Batu Gajah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak, tidak. Saya sudah bagi keputusan. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Bagaimana peraturan mesyuarat tidak digunakan untuk first one and a half hours dalam Dewan ini?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Batu Gajah, duduk. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, saya pohon. Pohon kaji semula keputusan itu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk, duduk Yang Berhormat Batu Gajah. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, saya pohon. Kalau macam itu, Ahli-ahli boleh buat sebarang kenyataan yang melanggar peraturan mesyuarat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk dahulu Yang Berhormat Batu Gajah. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ahli yang lain tidak boleh membangkitkan... Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tuan Yang di-Pertua, Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Saya mohon Tuan Yang di- Pertua kaji semula.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk, duduk Yang Berhormat Batu Gajah. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Mesyuarat dan Ahli yang lain tidak boleh membangkitkan. Ini tak betul. Tak pernah berlaku. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk. Duduk Yang Berhormat Batu Gajah. Dengar cakap orang Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Batu Gajah, dengar sini cakap saya. Amalan-amalan negara lain Yang Berhormat, tidak ada point of order semasa soal jawab sama ada di England, ini saya dah cutting daripada yang New Zealand pun sama buat macam mana yang dibuat di England. Kita dah baca Yang Berhormat! Sebelum saya duduk sini, sebelum saya buat pengumuman, saya dah baca semua dah. Jadi kita mengetahui lebih daripada Yang Berhormat Batu Gajah sendiri. [Dewan riuh]. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Kita telah sempat gunakan semua yang... kalau macam itu, Lima puluh tahun. Kalau ada mana-mana yang menggunakan kenyataan yang...Dewan atau sangkaan [Dewan riuh], Kita tidak boleh bangun. Itu just one and a half hours. [Dewan riuh]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: duduk, duduk Yang Berhormat Batu Gajah. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tak betul. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat Batu Gajah. Itu pendapat Yang Berhormat Batu Gajah. Kalau pendapat Yang Berhormat Batu Gajah ini betul, maknanya, yang orang yang dibuat di New Zealand, yang dibuat di House of Commons itu England juga salah. Kena mengikut. Ini pembaharuan Yang Berhormat Batu Gajah. Kita kena menerima hakikat pembaharuan. Yang Berhormat yang shouting and yelling pembaharuan ini. Saya buat pembaharuan sini saya, saya tak lihat ni. Kita hendak soalan ini sampai 15, 16, 17...kerana gangguan yang banyak sangat. Sila Yang Berhormat, ringkaskan soalan. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ini masa soal jawab. [Dewan riuh]. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Teruskan, teruskan.
3
15
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
4 DR.01.07.2008 Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah [Limbang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya tambahan saya ialah, memandangkan penggunaan feri dan pembinaan jambatan-jambatan panjang lagi besar merentasi sungai-sungai di Sarawak adalah sebahagian daripada rangkaian jalan-jalan raya negeri di Sarawak, kita meminta Kerajaan Persekutuan memasukkan dalam state road maintenance grant ini, dengan izin, peruntukan khas untuk penyelenggaraan feri-feri dan juga jambatan-jambatan besar dan panjang tersebut kerana peruntukan penyelenggaraan dalam grant tersebut tidak ada perkara untuk penyelenggaraan feri dan jambatan tersebut. Terima kasih. Dato’ Kong Cho Ha: Terima kasih Yang Berhormat Limbang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya memperingatkan menteri-menteri yang menjawab. Minta tolong ringkas. Jangan jawab benda yang tak disoal. Sila. Dato’ Kong Cho Ha: Ya. Terima kasih Yang Berhormat Limbang. Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang, skop penyelenggaraan jalan raya negeri adalah termasuk potong rumput dan juga berkenaan dengan jambatan adalah melibatkan penyelenggaraan jambatan iaitu membersih, cat dan juga mengeluarkan sampah-sarap di bawah jambatan sahaja. Akan tetapi skop kita ini tidak termasuk membaiki jambatan dan skop pada masa sekarang juga tidak melibatkan pengusahaan feri dan sebagainya. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat boleh melalui kerajaan-kerajaan negeri meminta tambahan skop kepada grant penyelenggaraan jalan raya negeri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Kuala Selangor. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,. Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan ketidakseimbangan pembangunan negeri-negeri khususnya sedang kita saksikan dalam wajah RMK-9, apakah kementerian dan Yang Berhormat Menteri bersedia untuk memberikan kelonggaran dalam memberikan laluan dalam syarat-syarat untuk diberikan jalan-jalan pertanian dan jalan-jalan kampung ini khususnya di negeri-negeri yang kurang maju bagi membolehkan jalan seperti ini di negeri-negeri ini mendapat state road maintenance grant ini sebab ini akan secara langsung membantu negeri-negeri yang kurang maju bagi mengatasi ketidakseimbangan pembangunan wilayah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila jawab Yang Berhormat Lumut. Dato’ Kong Cho Ha: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Seerti apa yang saya jawab sebentar tadi, iaitu mulai dari tahun 2007, Kerajaan Persekutuan telah pun memperluaskan skop pemberian penyelenggaraan jalan raya negeri untuk mengambil kira jalan pertanian yang didaftarkan oleh JPS dan jalan kampung yang didaftarkan oleh JKR. Jadi kalau ada apa-apa permohonan baru boleh buat melalui kerajaan negeri kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Berapa kaki persegi 20 kaki? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah, habis Yang Berhormat Kuala Selangor. Sudah Yang Berhormat kuala Selangor. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tak faham soalan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Berhubung secara peribadi ataupun surat rasmi Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Puan Nurul Izzah binti Anwar.
Dato' Kong Cho Ha: Terima kasih Yang Berhormat Limbang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya memperingatkan menteri-menteri yang menjawab. Minta tolong ringkas. Jangan jawab benda yang tak disoal. Sila. Dato' Kong Cho Ha: Ya. Terima kasih Yang Berhormat Limbang. Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang, skop penyelenggaraan jalan raya negeri adalah termasuk potong rumput dan juga berkenaan dengan jambatan adalah melibatkan penyelenggaraan jambatan iaitu membersih, cat dan juga mengeluarkan sampah-sarap di bawah jambatan sahaja. Akan tetapi skop kita ini tidak termasuk membaiki jambatan dan skop pada masa sekarang juga tidak melibatkan pengusahaan feri dan sebagainya. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat boleh melalui kerajaan-kerajaan negeri meminta tambahan skop kepada grant penyelenggaraan jalan raya negeri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Kuala Selangor. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,. Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan ketidakseimbangan pembangunan negeri-negeri khususnya sedang kita saksikan dalam wajah RMK-9, apakah kementerian dan Yang Berhormat Menteri bersedia untuk memberikan kelonggaran dalam memberikan laluan dalam syarat-syarat untuk diberikan jalan-jalan pertanian dan jalan-jalan kampung ini khususnya di negeri-negeri yang kurang maju bagi membolehkan jalan seperti ini di negeri-negeri ini mendapat state road maintenance grant ini sebab ini akan secara langsung membantu negeri-negeri yang kurang maju bagi mengatasi ketidakseimbangan pembangunan wilayah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila jawab Yang Berhormat Lumut. Dato' Kong Cho Ha: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Seerti apa yang saya jawab sebentar tadi, iaitu mulai dari tahun 2007, Kerajaan Persekutuan telah pun memperluaskan skop pemberian penyelenggaraan jalan raya negeri untuk mengambil kira jalan pertanian yang didaftarkan oleh JPS dan jalan kampung yang didaftarkan oleh JKR. Jadi kalau ada apa-apa permohonan baru boleh buat melalui kerajaan negeri kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Berapa kaki persegi 20 kaki?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah, habis Yang Berhormat Kuala Selangor. Sudah Yang Berhormat kuala Selangor. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tak faham soalan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Berhubung secara peribadi ataupun surat rasmi Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Puan Nurul Izzah binti Anwar.
4
16
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
DR.01.07.2008 5 2. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan: (a) apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam menangani masalah pertukaran iklim (climate change) dan penggunaan tenaga yang tidak efisien; dan (b) apakah kandungan polisi 5-fuel yang dikatakan sebagai langkah menghadapi masalah penggunaan tenaga di masa hadapan. Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi [Dato’ Joseph Salang anak Gandum]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai atas soalan yang dikemukakan. Pembebasan gas rumah hijau atau greenhouse gas ataupun yang selalu dikenali sebagai GHG seperti karbon dioksida dan metana boleh menyebabkan peningkatan suhu bumi dan salah satu gejala yang menyebabkan perubahan iklim dunia. Oleh yang demikian, Kyoto Protocol telah diperkenalkan kepada United Nations Framework Convention on Climate Change atau UNFCCC pada tahun 1997 untuk mengurangkan pembebasan gas-gas ini. Salah satu mekanisme dalam Kyoto Protocol yang relevan kepada negara-negara membangun seperti Malaysia untuk mengurangkan pembebasan GHG ialah clean development mechanisme atau CDM. CDM bertujuan membantu negara-negara maju atau Annex One Countries, dengan izin, mencapai sasaran pengurangan pembebasan GHG dan pada masa yang sama membantu negara membangun atau non-Annex One Countries, dengan izin mencapai pembangunan lestari di negara masing-masing. Projek CDM akan menghasilkan certified emission reduction atau CER yang boleh diniagakan di pasaran antarabangsa. CDM membenarkan negara-negara maju khususnya anggota-anggota G8 dengan komitmen pengurangan GHG untuk memenuhi sebahagian daripada komitmen tersebut melalui pelaburan projek yang boleh mengurangkan pembebasan GHG di negara membangun. Dengan itu, negara-negara maju akan mencapai pengurangan pembebasan GSDG dengan memperoleh kredit untuk sumbangan mereka dalam mencapai pengurangan GHG global. Malaysia sebagai sebuah negara membangun juga terlibat dalam pengurangan pembebasan GHG melalui projek-projek CDM secara langsung yang membantu dan menangani masalah perubahan iklim. Pemaju-pemaju projek tenaga boleh diperbaharui atau dengan izin, renewable energy, boleh memohon untuk CDM jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh UNFCCC. Selain daripada itu, usaha-usaha untuk menggunakan tenaga dengan cekap perlu dipergiatkan dalam semua sektor khususnya sektor industri, bangunan komersial, bangunan kerajaan, domestik dan pengangkutan. ■1020 Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif cukai sejak tahun 2001 kepada syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan kecekapan tenaga serta perbelanjaan modal untuk peralatan kecekapan tenaga. Insentif termasuklah tarif perintis, elaun cukai pelaburan, pengecualian duti import dan cukai jualan. Langkah- langkah telah diambil untuk menggalakkan pihak industri mengamalkan kecekapan tenaga dengan mengeluarkan garis panduan kecekapan tenaga untuk sektor industri bagi peralatan seperti kipas, motor, pam dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, Dasar Lima Bahan Api atau Five Fuel Policy telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2000 di bawah Rancangan Malaysia Kelapan. Tujuan dasar tersebut adalah untuk mempelbagaikan sumber bahan api untuk penjanaan elektrik dengan tujuan mengurangkan kebergantungan kita kepada sumber tenaga sedia ada di bawah Dasar Empat Bahan Api untuk penjanaan tenaga iaitu minyak, gas, hidro dan arang batu. Sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui atau renewable energy (RE) seperti biogas, biomass, solar dan mini hidro telah dijadikan sumber tambahan atau sumber kelima kepada sumber bahan api tersebut. Penggunaan sumber RE dalam penjanaan tenaga elektrik akan mengurangkan penggunaan sumber bahan api fosil dalam fuel mix. Lantaran itu bahan bekalan api fosil tersebut dapat dipanjangkan tempoh penggunaannya untuk pembangunan negara pada masa hadapan. Terima kasih.
2. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan: (a) apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam menangani masalah pertukaran iklim (climate change) dan penggunaan tenaga yang tidak efisien; dan. (b) apakah kandungan polisi 5-fuel yang dikatakan sebagai langkah menghadapi masalah penggunaan tenaga di masa hadapan. Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi [Dato' Joseph Salang anak Gandum]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai atas soalan yang dikemukakan. Pembebasan gas rumah hijau atau greenhouse gas ataupun yang selalu dikenali sebagai GHG seperti karbon dioksida dan metana boleh menyebabkan peningkatan suhu bumi dan salah satu gejala yang menyebabkan perubahan iklim dunia. Oleh yang demikian, Kyoto Protocol telah diperkenalkan kepada United Nations Framework Convention on Climate Change atau UNFCCC pada tahun 1997 untuk mengurangkan pembebasan gas-gas ini. Salah satu mekanisme dalam Kyoto Protocol yang relevan kepada negara-negara membangun seperti Malaysia untuk mengurangkan pembebasan GHG ialah clean development mechanisme atau CDM. CDM bertujuan membantu negara-negara maju atau Annex One Countries, dengan izin, mencapai sasaran pengurangan pembebasan GHG dan pada masa yang sama membantu negara membangun atau non-Annex One Countries, dengan izin mencapai pembangunan lestari di negara masing-masing. Projek CDM akan menghasilkan certified emission reduction atau CER yang boleh diniagakan di pasaran antarabangsa. CDM membenarkan negara-negara maju khususnya anggota-anggota G8 dengan komitmen pengurangan GHG untuk memenuhi sebahagian daripada komitmen tersebut melalui pelaburan projek yang boleh mengurangkan pembebasan GHG di negara membangun. Dengan itu, negara-negara maju akan mencapai pengurangan pembebasan GSDG dengan memperoleh kredit untuk sumbangan mereka dalam mencapai pengurangan GHG global. Malaysia sebagai sebuah negara membangun juga terlibat dalam pengurangan pembebasan GHG melalui projek-projek CDM secara langsung yang membantu dan menangani masalah perubahan iklim. Pemaju-pemaju projek tenaga boleh diperbaharui atau dengan izin, renewable energy, boleh memohon untuk CDM jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh UNFCCC. Selain daripada itu, usaha-usaha untuk menggunakan tenaga dengan cekap perlu dipergiatkan dalam semua sektor khususnya sektor industri, bangunan komersial, bangunan kerajaan, domestik dan pengangkutan. #1020. Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif cukai sejak tahun 2001 kepada syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan kecekapan tenaga serta perbelanjaan modal untuk peralatan kecekapan tenaga. Insentif termasuklah tarif perintis, elaun cukai pelaburan, pengecualian duti import dan cukai jualan. Langkah- langkah telah diambil untuk menggalakkan pihak industri mengamalkan kecekapan tenaga dengan mengeluarkan garis panduan kecekapan tenaga untuk sektor industri bagi peralatan seperti kipas, motor, pam dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, Dasar Lima Bahan Api atau Five Fuel Policy telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2000 di bawah Rancangan Malaysia Kelapan. Tujuan dasar tersebut adalah untuk mempelbagaikan sumber bahan api untuk penjanaan elektrik dengan tujuan mengurangkan kebergantungan kita kepada sumber tenaga sedia ada di bawah Dasar Empat Bahan Api untuk penjanaan tenaga iaitu minyak, gas, hidro dan arang batu. Sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui atau renewable energy (RE) seperti biogas, biomass, solar dan mini hidro telah dijadikan sumber tambahan atau sumber kelima kepada sumber bahan api tersebut. Penggunaan sumber RE dalam penjanaan tenaga elektrik akan mengurangkan penggunaan sumber bahan api fosil dalam fuel mix. Lantaran itu bahan bekalan api fosil tersebut dapat dipanjangkan tempoh penggunaannya untuk pembangunan negara pada masa hadapan. Terima kasih.
5
17
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
6 DR.01.07.2008 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Lembah Pantai. Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan susulan saya, langkah-langkah yang disebutkan tadi masih tidak dapat menolak realiti bahawa mengikut laporan United Nations Development Program sejak tahun 1957 Malaysia telah mengeluarkan emisi karbon yang telah bertambah 221% sehingga 2007. Tambahan lagi, tiga tahun yang lepas kita menyaksikan banjir-banjir yang begitu besar melanda Malaysia. Ia merupakan akibat terus dari penukaran iklim. Dianggarkan Malaysia mendapat kerugian sebanyak RM4 bilion termasuk juga kehilangan nyawa. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Soalannya, Yang Berhormat. Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Pada saya, disebut tadi bahawa penyumbang besar emisi karbon dan juga greenhouse gases akan meningkatkan suhu negara. Menjelang tahun 2050 negara akan semakin panas dengan suhu... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Itu... [Dewan riuh] Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: ...Meningkat sebanyak 1.5 celsius. Soalan saya, kerajaan juga telah mengumumkan bahawa akan memperkenalkan Dasar Tenaga Nasional. Saya mahu bertanya, apakah secara terperinci - spesifik dasar tersebut dan adakah ia akan memastikan kadar emisi karbon Malaysia semakin berkurangan. Mengapakah sehingga ke hari ini, adakah kerajaan akan memastikan Projek Hidro Bakun akan dilancarkan dengan sepenuhnya supaya dapat memastikan sumber alternatif seperti hidro bukan sahaja digunakan pada 2.8% dalam penjanaan tenaga di Malaysia. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Jawab kepada apa yang ditanya sahaja, Yang Berhormat. Dato' Joseph Salang Gandum: Terima kasih, Yang Berhormat Lembah Pantai atas soalan tambahan. Soalan Yang Berhormat banyak dan saya hanya menjurus kepada soalan yang terakhir iaitu berkenaan dengan Projek Hidro Bakun. Projek Hidro Bakun memang dimajukan dan akan beroperasi pada tarikh sasaran ia beroperasi. Dengan penggunaan hidro kita akan boleh mengurangkan lagi kebergantungan kita kepada gas, coal ataupun arang batu serta sumber-sumber yang lain. Diharapkan kita sebagai sebuah negara akan sama-sama menyumbang kepada tindakan-tindakan untuk mengurangkan kepanasan ataupun kenaikan suhu panas di dunia ini. Kita sebagai sebuah negara yang kecil tidak begitu berkesan sekiranya kita sahaja yang berbuat demikian. Oleh yang demikian kita menyertai Kyoto Protocol dan adalah diharapkan semua negara lain termasuk negara-negara maju bersama-sama akan menyumbang kepada tindakan tersebut. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Salak. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Pakai tai merah ini untung. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Soalannya, Yang Berhormat. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Soalan saya, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah-langkah kerajaan yang sedang ataupun akan diambil untuk menggunakan kereta-kereta yang menggunakan bateri. Ini satu trend, jangan kita ketinggalan zaman. Dato' Joseph Salang Gandum: Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Sebenarnya soalan Yang Berhormat Pasir Salak tidak termasuk dalam soalan pokok dan ini... Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bagaimana tidak masuk, ini mengenai climate change.
Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan susulan saya, langkah-langkah yang disebutkan tadi masih tidak dapat menolak realiti bahawa mengikut laporan United Nations Development Program sejak tahun 1957 Malaysia telah mengeluarkan emisi karbon yang telah bertambah 221% sehingga 2007. Tambahan lagi, tiga tahun yang lepas kita menyaksikan banjir-banjir yang begitu besar melanda Malaysia. Ia merupakan akibat terus dari penukaran iklim. Dianggarkan Malaysia mendapat kerugian sebanyak RM4 bilion termasuk juga kehilangan nyawa. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Soalannya, Yang Berhormat. Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Pada saya, disebut tadi bahawa penyumbang besar emisi karbon dan juga greenhouse gases akan meningkatkan suhu negara. Menjelang tahun 2050 negara akan semakin panas dengan suhu... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Itu... [Dewan riuh]. Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: ...Meningkat sebanyak 1.5 celsius. Soalan saya, kerajaan juga telah mengumumkan bahawa akan memperkenalkan Dasar Tenaga Nasional. Saya mahu bertanya, apakah secara terperinci- spesifik dasar tersebut dan adakah ia akan memastikan kadar emisi karbon Malaysia semakin berkurangan. Mengapakah sehingga ke hari ini, adakah kerajaan akan memastikan Projek Hidro Bakun akan dilancarkan dengan sepenuhnya supaya dapat memastikan sumber alternatif seperti hidro bukan sahaja digunakan pada 2.8% dalam penjanaan tenaga di Malaysia. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Jawab kepada apa yang ditanya sahaja, Yang Berhormat. Dato' Joseph Salang Gandum: Terima kasih, Yang Berhormat Lembah Pantai atas soalan tambahan. Soalan Yang Berhormat banyak dan saya hanya menjurus kepada soalan yang terakhir iaitu berkenaan dengan Projek Hidro Bakun. Projek Hidro Bakun memang dimajukan dan akan beroperasi pada tarikh sasaran ia beroperasi. Dengan penggunaan hidro kita akan boleh mengurangkan lagi kebergantungan kita kepada gas, coal ataupun arang batu serta sumber-sumber yang lain. Diharapkan kita sebagai sebuah negara akan sama-sama menyumbang kepada tindakan-tindakan untuk mengurangkan kepanasan ataupun kenaikan suhu panas di dunia ini. Kita sebagai sebuah negara yang kecil tidak begitu berkesan sekiranya kita sahaja yang berbuat demikian. Oleh yang demikian kita menyertai Kyoto Protocol dan adalah diharapkan semua negara lain termasuk negara-negara maju bersama-sama akan menyumbang kepada tindakan tersebut. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Salak. Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Pakai tai merah ini untung. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Soalannya, Yang Berhormat. Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Soalan saya, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah-langkah kerajaan yang sedang ataupun akan diambil untuk menggunakan kereta-kereta yang menggunakan bateri. Ini satu trend, jangan kita ketinggalan zaman. Dato' Joseph Salang Gandum: Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Sebenarnya soalan Yang Berhormat Pasir Salak tidak termasuk dalam soalan pokok dan ini... Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bagaimana tidak masuk, ini mengenai climate change.
6
18
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
DR.01.07.2008 7 Dato' Joseph Salang Gandum: Kita akan berunding dengan MOSTI dan kementerian-kementerian lain untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Oleh kerana... Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Macam mana Timbalan Menteri tidak boleh jawab soalan? Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tidak ada soalan, apa yang hendak dijawab! Dato' Joseph Salang Gandum: Ini terpulang kepada tafsiran Yang Berhormat sendiri kerana kementerian kita bukan bertanggungjawab untuk penggunaan kenderaan. Sekiranya Yang Berhormat sendiri... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak mengapa, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat. Saya boleh jawab, Yang Berhormat. Dato' Joseph Salang Gandum: ..Menanyakan soalan yang tidak kena mengena. Oleh kerana soalan itu tidak kena mengena dengan kementerian, maka payahlah hendak menjawab. Terima kasih. Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Yang Berhormat Pasir Salak tidak tahu tanya soalan. 3. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin] minta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan apakah langkah dan inisiatif segera Kementerian untuk memantapkan perpaduan kaum yang berkekalan demi kelangsungan survival, keamanan dan kemakmuran negara. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan pertanyaan Ahli Yang Berhormat Kota Melaka yang dijadualkan pada 2 Julai dan Yang Berhormat Maran pada 10 Julai kerana ia menyentuh mengenai cabaran-cabaran dan tindakan kerajaan untuk menangani isu perpaduan. Persoalannya adalah sama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, Yang Berhormat. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih. Kerajaan sentiasa meletakkan agenda perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan kepercayaan sebagai matlamat utama negara. Antara langkah serta inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk memantapkan perpaduan kaum yang berbekalkan demi kelangsungan survival, keamanan, kemakmuran dan keberterusan pembangunan negara adalah melaksanakan Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Lima Tahun dari 2006 kepada 2010 yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 17 Mei 2006. Pelan ini merupakan sebagai langkah jangka panjang ke arah memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional. Di antara program yang dilaksanakan seperti mana yang digariskan di dalam Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Lima Tahun adalah seperti berikut: (i) Program Rukun Tetangga yang berjumlah 3,750 di seluruh negara dilaksanakan di setiap negeri secara berterusan di mana pelaksanaannya dipantau oleh para pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional; (ii) memastikan agar program-program jabatan seperti Kembar Padu digerakkan pada setiap kalendar bulanan. Sebagai contoh sebanyak 33 Kem Kembar Padu telah berjaya dianjurkan sepanjang tahun 2007 dan melibatkan seramai 1,320 orang peserta yang terdiri dari pelbagai kaum. � 1030 (iii) meningkatkan kekerapan program lawatan integrasi di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Sebagai
Dato' Joseph Salang Gandum: Kita akan berunding dengan MOSTI dan kementerian-kementerian lain untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Oleh kerana... Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Macam mana Timbalan Menteri tidak boleh jawab soalan? Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tidak ada soalan, apa yang hendak dijawab! Dato' Joseph Salang Gandum: Ini terpulang kepada tafsiran Yang Berhormat sendiri kerana kementerian kita bukan bertanggungjawab untuk penggunaan kenderaan. Sekiranya Yang Berhormat sendiri... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak mengapa, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat. Saya boleh jawab, Yang Berhormat. Dato' Joseph Salang Gandum: ..Menanyakan soalan yang tidak kena mengena. Oleh kerana soalan itu tidak kena mengena dengan kementerian, maka payahlah hendak menjawab. Terima kasih. Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Yang Berhormat Pasir Salak tidak tahu tanya soalan. 3. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin] minta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan apakah langkah dan inisiatif segera Kementerian untuk memantapkan perpaduan kaum yang berkekalan demi kelangsungan survival, keamanan dan kemakmuran negara. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan pertanyaan Ahli Yang Berhormat Kota Melaka yang dijadualkan pada 2 Julai dan Yang Berhormat Maran pada 10 Julai kerana ia menyentuh mengenai cabaran-cabaran dan tindakan kerajaan untuk menangani isu perpaduan. Persoalannya adalah sama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, Yang Berhormat. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih. Kerajaan sentiasa meletakkan agenda perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan kepercayaan sebagai matlamat utama negara. Antara langkah serta inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk memantapkan perpaduan kaum yang berbekalkan demi kelangsungan survival, keamanan, kemakmuran dan keberterusan pembangunan negara adalah melaksanakan Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Lima Tahun dari 2006 kepada 2010 yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 17 Mei 2006. Pelan ini merupakan sebagai langkah jangka panjang ke arah memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional. Di antara program yang dilaksanakan seperti mana yang digariskan di dalam Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Lima Tahun adalah seperti berikut: (i) Program Rukun Tetangga yang berjumlah 3,750 di seluruh negara dilaksanakan di setiap negeri secara berterusan di mana pelaksanaannya dipantau oleh para pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional; (ii) memastikan agar program-program jabatan seperti Kembar Padu digerakkan pada setiap kalendar bulanan. Sebagai contoh sebanyak 33 Kem Kembar Padu telah berjaya dianjurkan sepanjang tahun 2007 dan melibatkan seramai 1,320 orang peserta yang terdiri dari pelbagai kaum. 1030 (iii) meningkatkan kekerapan program lawatan integrasi di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Sebagai.
7
19
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
8 DR.01.07.2008 contoh terdapat 12 kali bilangan lawatan integrasi dilaksanakan pada tahun 2007; (iv) menggalakkan percambahan fikiran dan memantapkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda dengan pelaksanaan debat perpaduan di kalangan mahasiswa IPTA dan penubuhan Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah. Setakat ini terdapat 250 Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah dan 20 Kelab Rukun Negara di IPTA telah ditubuhkan di seluruh negara. Demi memantapkan perpaduan kaum yang berkekalan, pihak kementerian melalui Panel Penasihat Perpaduan Negara ataupun (PANEL) juga turut membincangkan isu-isu berhubung perpaduan, menggalak perhubungan kaum secara positif dan mencegah perasaan perkauman yang boleh menimbulkan konflik dan konfrontasi antara kaum serta mencari jalan untuk mempertingkatkan perpaduan negara. Mekanisme ini turut ditubuhkan di peringkat negeri di seluruh negara bagi memastikan tindakan yang seragam dapat diselaraskan sama ada di peringkat kebangsaan dan juga negeri bagi memastikan program-program perpaduan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan; dan (v) kementerian melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional turut melaksanakan pelbagai program dan mengadakan inisiatif seperti kursus orientasi pegawai- pegawai persekutuan yang bertukar, bertugas di Sabah dan Sarawak, Semenanjung Malaysia serta melaksanakan program perpaduan di peringkat nasional seperti penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Gawai, Dayak, Tadau Keamatan dan Krismas. Kerajaan yakin dan percaya bahawa melalui program-program bersepadu yang dianjurkan setiap tahun ini yang mampu mengukuhkan, menggerakkan serta mewujudkan suasana masyarakat berbilang bangsa yang hidup bersatu padu dan harmoni. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Shah Alam. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya pergi kepada soalan tambahan saya, saya hendak beritahu... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Soalan Yang Berhormat, tidak apa soalan Yang Berhormat. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Hendak beritahu Pasir Salak... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak payah Yang Berhormat. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...kalau Pakatan Rakyat memerintah, semua soalan kita jawab. Tuan-tuan, berhubung dengan jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sejauh mana Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa selain daripada program-program seperti yang disebutkan untuk menjamin perpaduan, keamanan dan kemakmuran negara, dasar-dasar kerajaan yang bebas daripada berbau unsur-unsur perkauman, dasar-dasar kerajaan yang jelas menzahirkan keadilan bagi semua kaum dan bagi setiap negeri di mana pembangunan yang sama rata yang seimbang adalah amat penting untuk menjamin perpaduan. Dalam erti kata yang lain, kalau kita ada banyak program-program pun juga... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak payah erti kata yang lain Yang Berhormat.
contoh terdapat 12 kali bilangan lawatan integrasi dilaksanakan pada tahun 2007; (iv) menggalakkan percambahan fikiran dan memantapkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda dengan pelaksanaan debat perpaduan di kalangan mahasiswa IPTA dan penubuhan Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah. Setakat ini terdapat 250 Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah dan 20 Kelab Rukun Negara di IPTA telah ditubuhkan di seluruh negara. Demi memantapkan perpaduan kaum yang berkekalan, pihak kementerian melalui Panel Penasihat Perpaduan Negara ataupun (PANEL) juga turut membincangkan isu-isu berhubung perpaduan, menggalak perhubungan kaum secara positif dan mencegah perasaan perkauman yang boleh menimbulkan konflik dan konfrontasi antara kaum serta mencari jalan untuk mempertingkatkan perpaduan negara. Mekanisme ini turut ditubuhkan di peringkat negeri di seluruh negara bagi memastikan tindakan yang seragam dapat diselaraskan sama ada di peringkat kebangsaan dan juga negeri bagi memastikan program-program perpaduan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan; dan. (v) kementerian melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional turut melaksanakan pelbagai program dan mengadakan inisiatif seperti kursus orientasi pegawai- pegawai persekutuan yang bertukar, bertugas di Sabah dan Sarawak, Semenanjung Malaysia serta melaksanakan program perpaduan di peringkat nasional seperti penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Gawai, Dayak, Tadau Keamatan dan Krismas. Kerajaan yakin dan percaya bahawa melalui program-program bersepadu yang dianjurkan setiap tahun ini yang mampu mengukuhkan, menggerakkan serta mewujudkan suasana masyarakat berbilang bangsa yang hidup bersatu padu dan harmoni. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Shah Alam. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya pergi kepada soalan tambahan saya, saya hendak beritahu... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Soalan Yang Berhormat, tidak apa soalan Yang Berhormat. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Hendak beritahu Pasir Salak... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak payah Yang Berhormat. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...kalau Pakatan Rakyat memerintah, semua soalan kita jawab. Tuan-tuan, berhubung dengan jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sejauh mana Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa selain daripada program-program seperti yang disebutkan untuk menjamin perpaduan, keamanan dan kemakmuran negara, dasar-dasar kerajaan yang bebas daripada berbau unsur-unsur perkauman, dasar-dasar kerajaan yang jelas menzahirkan keadilan bagi semua kaum dan bagi setiap negeri di mana pembangunan yang sama rata yang seimbang adalah amat penting untuk menjamin perpaduan. Dalam erti kata yang lain, kalau kita ada banyak program-program pun juga... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak payah erti kata yang lain Yang Berhormat.
8
20
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
DR.01.07.2008 9 Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...tetapi sekiranya jelas kelihatan bahawa ada... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, erti kata yang lain tidak payah Yang Berhormat, Menteri faham. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih Yang Berhormat daripada Shah Alam. Saya ingat kita sedia maklum di negara kita contohnya beberapa dasar yang telah digubal oleh kerajaan, bukan hanya ianya diilhamkan oleh pimpinan yang ada, sama ada terdahulu daripada ini mahupun yang sekarang. Ia keputusan daripada permuafakatan sebahagiannya termaktub di dalam Perlembagaan. Penempatan, meletakkan kedudukan orang Melayu, bumiputera, meletakkan bahasa dan agama sebagai rasmi dan itu semuanya kita faham. Kita semuanya maklum cuma mungkin dari segi pelaksanaan dasarnya semuanya baik. Tidak ada mengetepikan kaum-kaum, menempatkan sama ada dari sudut pembangunan yang ada. Dalam kalau kita melihat daripada Rancangan Malaysia Kesembilan, ke-7, ke-8 sebelum ini pun kita dapat melihat Rancangan Malaysia Kelima, bagaimana pembangunan pesat yang hendak dibangunkan di peringkat luar bandar itu kemungkinan dari segi pelaksanaan ada sedikit terganggu di situ tetapi pada dasarnya kita dapat melihat sebenarnya dasar kerajaan selama ini cukup adil dari segi melihat semua kaum. Dalam konteks yang saya sebutkan menjawab soalan tadi, menghormati budaya masyarakat yang berbilang kaum di negara kita. Menganjurkan program-programnya, cukup jelas dinyatakan dalam pelaksanaan dasar kita. Itu kita realisasikan dengan pelaksanaannya tidak ada mengetepikan tetapi hakikatnya ada juga golongan yang mempersoalkan bahawa kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama rasmi negara ini negara Islam ataupun sama ada dia faham ataupun sengaja tidak mahu faham, itu persoalannya. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua, dia tidak menjawab soalan saya tadi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...yang mana dalam lima negeri Pakatan Rakyat... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Shah Alam duduk Yang Berhormat. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dia tidak sebut, dia tidak jawab itu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat Shah Alam. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dasar-dasar yang itu ingin menganaktirikan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat Shah Alam. Itulah jawapan yang telah diberi oleh Menteri Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat Shah Alam, duduk. Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Jasin. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Jawapan Menteri bukan bernas. Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan juga kebudayaan, sebenarnya perpaduan adalah pra syarat untuk kita mendapatkan kejayaan. Soalan saya, apakah sebenarnya indicator ataupun penanda aras yang digunakan oleh kerajaan bagi mengukur tentang tahap perpaduan di antara kaum dan sejauh manakah kita telah mencapainya. Seterusnya... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Satu sahaja soalan cukup Yang Berhormat, yang lebih itu boleh bincang selepas itu.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...tetapi sekiranya jelas kelihatan bahawa ada... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, erti kata yang lain tidak payah Yang Berhormat, Menteri faham. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih Yang Berhormat daripada Shah Alam. Saya ingat kita sedia maklum di negara kita contohnya beberapa dasar yang telah digubal oleh kerajaan, bukan hanya ianya diilhamkan oleh pimpinan yang ada, sama ada terdahulu daripada ini mahupun yang sekarang. Ia keputusan daripada permuafakatan sebahagiannya termaktub di dalam Perlembagaan. Penempatan, meletakkan kedudukan orang Melayu, bumiputera, meletakkan bahasa dan agama sebagai rasmi dan itu semuanya kita faham. Kita semuanya maklum cuma mungkin dari segi pelaksanaan dasarnya semuanya baik. Tidak ada mengetepikan kaum-kaum, menempatkan sama ada dari sudut pembangunan yang ada. Dalam kalau kita melihat daripada Rancangan Malaysia Kesembilan, ke-7, ke-8 sebelum ini pun kita dapat melihat Rancangan Malaysia Kelima, bagaimana pembangunan pesat yang hendak dibangunkan di peringkat luar bandar itu kemungkinan dari segi pelaksanaan ada sedikit terganggu di situ tetapi pada dasarnya kita dapat melihat sebenarnya dasar kerajaan selama ini cukup adil dari segi melihat semua kaum. Dalam konteks yang saya sebutkan menjawab soalan tadi, menghormati budaya masyarakat yang berbilang kaum di negara kita. Menganjurkan program-programnya, cukup jelas dinyatakan dalam pelaksanaan dasar kita. Itu kita realisasikan dengan pelaksanaannya tidak ada mengetepikan tetapi hakikatnya ada juga golongan yang mempersoalkan bahawa kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama rasmi negara ini negara Islam ataupun sama ada dia faham ataupun sengaja tidak mahu faham, itu persoalannya. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua, dia tidak menjawab soalan saya tadi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...yang mana dalam lima negeri Pakatan Rakyat... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Shah Alam duduk Yang Berhormat. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dia tidak sebut, dia tidak jawab itu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat Shah Alam. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dasar-dasar yang itu ingin menganaktirikan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat Shah Alam. Itulah jawapan yang telah diberi oleh Menteri Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat Shah Alam, duduk. Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Jasin. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Jawapan Menteri bukan bernas. Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan juga kebudayaan, sebenarnya perpaduan adalah pra syarat untuk kita mendapatkan kejayaan. Soalan saya, apakah sebenarnya indicator ataupun penanda aras yang digunakan oleh kerajaan bagi mengukur tentang tahap perpaduan di antara kaum dan sejauh manakah kita telah mencapainya. Seterusnya... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Satu sahaja soalan cukup Yang Berhormat, yang lebih itu boleh bincang selepas itu.
9
21
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
10 DR.01.07.2008 Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: 24(3)(ii) Yang Berhormat. Terima kasih, sila Yang Berhormat Menteri. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih Yang Berhormat daripada Jasin. Kita mempunyai beberapa penanda aras untuk menilai sama ada perpaduan di peringkat negara kita sudah mencapai ke satu tahap yang kita boleh banggakan sama ada menerusi contohnya dari segi kes-kes kejadian yang berlaku di peringkat negara kita. Ini kita ada kerjasama dengan pihak polis, dengan agensi-agensi yang lain melaporkan setiap hari tentang keadaan yang berlaku di peringkat akar umbi sama ada kes-kes itu mendedahkan ianya ditimbulkan oleh ketidaksefahaman. Unsur-unsur contohnya pergaduhan antara kaum oleh sebab budaya, oleh sebab agama, itu ada. Keduanya kita juga melihat dari segi di peringkat akar umbi, interaksi di kalangan generasi anak-anak muda kita dan juga penganjuran program-program yang kita lakukan pada setiap bulan, setiap tahun sama ada penglibatan masyarakat- masyarakat pelbagai kaum juga turut disertai. Kalau kita lihat daripada apa yang kita capai selama ini, sudah ada pencapaian yang kita boleh banggakan bukan hanya ini kelihatan di dalam peringkat negara kita bahkan juga gambaran yang diberikan. Presiden Bosnia semalam bila kita bertemu juga membincangkan dan menyatakan pengakuan mereka bahawa negara Malaysia mencapai satu tahap perpaduan yang begitu baik. Jikalau berbanding dengan Bosnia yang bertelingkah, bergaduh antara satu dengan yang lain puak agamanya sehingga hendak menyatupadukan kadang-kadang pelbagai kaum tiga presiden dia pun tetapi tahap tidak boleh menerima lagi sampai tiga presiden. Akan tetapi mereka mengakui bahawa pencapaian negara ini dalam konteks perpaduan sudah di satu tahap yang boleh dibanggakan walaupun tahap itu perlu ditingkatkan kerana ada unsur-unsur daripada luar daripada dalam yang boleh mengganggu-gugat pemikiran anak-anak kita. Ini yang penting. Kita harus tinggalkan suasana kepada anak kita, generasi yang datang bukan hanya kita, bahawa negara ini satu tempat yang mereka boleh tinggal, huni, dapat mencari nafkah hidup, dapat mencari pekerjaan. Ini langkah-langkah penyatuan masyarakat yang perlu dilakukan oleh semua pihak bukan hanya Barisan Nasional, pembangkang pun utamanya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah habis Yang Berhormat? Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Ya. 4. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilangan penumpang yang menggunakan perkhidmatan LCCT dan kedudukan ‘perang menarik langganan’ antara syarikat MAS dan AirAsia serta masalah-masalah berbangkit yang dihadapi oleh para penumpang. Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Seri Panglima Lajim Ukin]: Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Bintang, jumlah penumpang yang dikendalikan oleh LCCT, Kuala Lumpur International Airport atau KLIA, pada tahun 2007 adalah seramai 7.6 juta penumpang. Jumlah penumpang yang dikendalikan oleh KLIA pada keseluruhannya ialah 26.5 juta penumpang pada tahun yang berkenaan. Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat tentang ‘perang menarik langganan’ ataupun di antara syarikat MAS dengan AirAsia. Adalah dimaklumkan bahawa ia merupakan satu persaingan yang sihat kerana persaingan ini mendatangkan faedah kepada penumpang-penumpang. ■1040 Penumpang-penumpang pada masa kini mempunyai lebih banyak pilihan dan peluang untuk memilih pelan perjalanan yang mampu mereka nikmati. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Bukit Bintang. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: 24(3)(ii) Yang Berhormat. Terima kasih, sila Yang Berhormat Menteri. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih Yang Berhormat daripada Jasin. Kita mempunyai beberapa penanda aras untuk menilai sama ada perpaduan di peringkat negara kita sudah mencapai ke satu tahap yang kita boleh banggakan sama ada menerusi contohnya dari segi kes-kes kejadian yang berlaku di peringkat negara kita. Ini kita ada kerjasama dengan pihak polis, dengan agensi-agensi yang lain melaporkan setiap hari tentang keadaan yang berlaku di peringkat akar umbi sama ada kes-kes itu mendedahkan ianya ditimbulkan oleh ketidaksefahaman. Unsur-unsur contohnya pergaduhan antara kaum oleh sebab budaya, oleh sebab agama, itu ada. Keduanya kita juga melihat dari segi di peringkat akar umbi, interaksi di kalangan generasi anak-anak muda kita dan juga penganjuran program-program yang kita lakukan pada setiap bulan, setiap tahun sama ada penglibatan masyarakat- masyarakat pelbagai kaum juga turut disertai. Kalau kita lihat daripada apa yang kita capai selama ini, sudah ada pencapaian yang kita boleh banggakan bukan hanya ini kelihatan di dalam peringkat negara kita bahkan juga gambaran yang diberikan. Presiden Bosnia semalam bila kita bertemu juga membincangkan dan menyatakan pengakuan mereka bahawa negara Malaysia mencapai satu tahap perpaduan yang begitu baik. Jikalau berbanding dengan Bosnia yang bertelingkah, bergaduh antara satu dengan yang lain puak agamanya sehingga hendak menyatupadukan kadang-kadang pelbagai kaum tiga presiden dia pun tetapi tahap tidak boleh menerima lagi sampai tiga presiden. Akan tetapi mereka mengakui bahawa pencapaian negara ini dalam konteks perpaduan sudah di satu tahap yang boleh dibanggakan walaupun tahap itu perlu ditingkatkan kerana ada unsur-unsur daripada luar daripada dalam yang boleh mengganggu-gugat pemikiran anak-anak kita. Ini yang penting. Kita harus tinggalkan suasana kepada anak kita, generasi yang datang bukan hanya kita, bahawa negara ini satu tempat yang mereka boleh tinggal, huni, dapat mencari nafkah hidup, dapat mencari pekerjaan. Ini langkah-langkah penyatuan masyarakat yang perlu dilakukan oleh semua pihak bukan hanya Barisan Nasional, pembangkang pun utamanya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah habis Yang Berhormat? Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Ya. 4. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilangan penumpang yang menggunakan perkhidmatan LCCT dan kedudukan 'perang menarik langganan' antara syarikat MAS dan AirAsia serta masalah-masalah berbangkit yang dihadapi oleh para penumpang. Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Seri Panglima Lajim Ukin]: Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Bintang, jumlah penumpang yang dikendalikan oleh LCCT, Kuala Lumpur International Airport atau KLIA, pada tahun 2007 adalah seramai 7.6 juta penumpang. Jumlah penumpang yang dikendalikan oleh KLIA pada keseluruhannya ialah 26.5 juta penumpang pada tahun yang berkenaan. Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat tentang 'perang menarik langganan' ataupun di antara syarikat MAS dengan AirAsia. Adalah dimaklumkan bahawa ia merupakan satu persaingan yang sihat kerana persaingan ini mendatangkan faedah kepada penumpang-penumpang. #1040 Penumpang-penumpang pada masa kini mempunyai lebih banyak pilihan dan peluang untuk memilih pelan perjalanan yang mampu mereka nikmati. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Bukit Bintang. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri.
10
22
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
DR.01.07.2008 11 Kemudahan Lapangan Terbang LCCT jika dibandingkan dengan KLIA di Sepang memang berbeza besar dan saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian Yang Berhormat untuk mempertingkatkan kemudahan LCCT dari segi infrastruktur atau perkhidmatan yang bertaraf dunia yang kita banggakan. Adakah Yang Berhormat sedar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Satu soalan Yang Berhormat. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Sikit sahaja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Satu soalan sahaja. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Tambah satu soalan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: 24. Ada peraturan Yang Berhormat. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Okey, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila Yang Berhormat, terima kasih. Timbalan menteri, sila jawab. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Untuk menjawab soalan tambahan Yang Berhormat dari Bukti Bintang. Sebenarnya LCCT telah pun dinaiktarafkan untuk memberikan keselesaan kepada penumpang-penumpang yang menggunakan terminal ini iaitu telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM124 juta dan kerja-kerja penaik taraf telah pun bermula pada 4 April 2007 dan sekarang ini sedang dilaksanakan dan pelaksanaannya akan siap penghujung tahun ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Muar. Tuan Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut bahawa LCCT telah dinaikkan taraf. Saya hendak tahu kedudukan sebenar, ada ura-ura mengatakan untuk dikembalikan operasi LCCT ke Subang, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan perkara ini saya rasa perlu diberi penjelasan. Terima kasih. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Untuk makluman Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan ataupun kementerian saya tidak bercadang untuk meminta AirAsia untuk kembali ke Subang. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Pasal apa? Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Ini adalah keputusan yang telah dibuat sebab kita telah pun menaikkan taraf LCCT yang ada di KLIA itu untuk menampung keperluan AirAsia. Terima kasih. 5. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan statistik luasnya tanah NCR dan tanah kerajaan negeri yang sudah dan akan dibangunkan dengan ladang kelapa sawit di Sarawak yang mendapat bantuan daripada kerajaan dari segi subsidi benih, bantuan kewangan, pinjaman, dan lain-lain. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi [Datuk Peter Chin Fah Kui]: Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini kawasan tanah seluas 206 hektar dengan izinnya, native customary rights ataupun NCR di Sarawak yang melibatkan 77 orang pekebun kecil telah dibangunkan dengan tanaman sawit di bawah skim bantuan anak benih sawit berkualiti untuk pekebun kecil. Di bawah skim ini, kerajaan menyediakan bantuan anak benih berkualiti kepada pekebun kecil yang layak dan diluluskan. Di samping itu, kawasan seluas 800 hektar tanah NCR akan dibangunkan di bawah skim ini untuk tanaman sawit mulai bulan Julai tahun ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini tiada tanah kerajaan negeri yang dibangunkan dengan menggunakan bantuan di bawah skim ini kerana skim ini hanya untuk pekebun-pekebun kecil sahaja.
Kemudahan Lapangan Terbang LCCT jika dibandingkan dengan KLIA di Sepang memang berbeza besar dan saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian Yang Berhormat untuk mempertingkatkan kemudahan LCCT dari segi infrastruktur atau perkhidmatan yang bertaraf dunia yang kita banggakan. Adakah Yang Berhormat sedar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Satu soalan Yang Berhormat. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Sikit sahaja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Satu soalan sahaja. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Tambah satu soalan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: 24. Ada peraturan Yang Berhormat. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Okey, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila Yang Berhormat, terima kasih. Timbalan menteri, sila jawab. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Untuk menjawab soalan tambahan Yang Berhormat dari Bukti Bintang. Sebenarnya LCCT telah pun dinaiktarafkan untuk memberikan keselesaan kepada penumpang-penumpang yang menggunakan terminal ini iaitu telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM124 juta dan kerja-kerja penaik taraf telah pun bermula pada 4 April 2007 dan sekarang ini sedang dilaksanakan dan pelaksanaannya akan siap penghujung tahun ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Muar. Tuan Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut bahawa LCCT telah dinaikkan taraf. Saya hendak tahu kedudukan sebenar, ada ura-ura mengatakan untuk dikembalikan operasi LCCT ke Subang, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan perkara ini saya rasa perlu diberi penjelasan. Terima kasih. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Untuk makluman Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan ataupun kementerian saya tidak bercadang untuk meminta AirAsia untuk kembali ke Subang. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Pasal apa? Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Ini adalah keputusan yang telah dibuat sebab kita telah pun menaikkan taraf LCCT yang ada di KLIA itu untuk menampung keperluan AirAsia. Terima kasih. 5. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan statistik luasnya tanah NCR dan tanah kerajaan negeri yang sudah dan akan dibangunkan dengan ladang kelapa sawit di Sarawak yang mendapat bantuan daripada kerajaan dari segi subsidi benih, bantuan kewangan, pinjaman, dan lain-lain. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi [Datuk Peter Chin Fah Kui]: Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini kawasan tanah seluas 206 hektar dengan izinnya, native customary rights ataupun NCR di Sarawak yang melibatkan 77 orang pekebun kecil telah dibangunkan dengan tanaman sawit di bawah skim bantuan anak benih sawit berkualiti untuk pekebun kecil. Di bawah skim ini, kerajaan menyediakan bantuan anak benih berkualiti kepada pekebun kecil yang layak dan diluluskan. Di samping itu, kawasan seluas 800 hektar tanah NCR akan dibangunkan di bawah skim ini untuk tanaman sawit mulai bulan Julai tahun ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini tiada tanah kerajaan negeri yang dibangunkan dengan menggunakan bantuan di bawah skim ini kerana skim ini hanya untuk pekebun-pekebun kecil sahaja.
11
23
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
12 DR.01.07.2008 Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua, bagi saya peluang untuk soalan tambahan. [Ketawa] Berdepan dengan Yang Berhormat Menteri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk dahulu Yang Berhormat. Saya hendak beri dengan Kanowit Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini soal rakyat negara ini yang sedang marah kepada kerajaan kerana cukai RM50 satu tan kelapa sawit. Seorang Ahli: Semalam sudah cakap. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Nanti, nanti. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Semalam sudah jawab tetapi Menteri tidak ada. Kalau saya dapat soal ini, saya berharap supaya ... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Cukai ini dihapuskan serta- merta. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jadi, Yang Berhormat Menteri ada di sini. Rayuan ini haraplah dapat dipertimbangkan oleh Yang Berhormat Menteri untuk kebaikan rakyat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat. Yang Berhormat Kanowit. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Terima kasih, saya memohon penjelasan daripada kementerian. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bukan itu jadi soalan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Belum Yang Berhormat. Saya sudah panggil Yang Berhormat Kanowit Yang Berhormat. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Okey, berkenaan dengan masalah rakyat di kawasan saya di kawasan Kanowit. Di mana pemilik tanah NCR Kanowit yang telah berkongsi dengan Company Boustead 10 tahun dahulu untuk membangunkan tanah mereka, NCR mereka. Sekarang ini lebih kurang 14,000 hektar sudah ditanam dengan kelapa sawit. Namun, baru-baru ini pemilik tanah NCR di kawasan satu daripada estet itu di kawasan Machang telah memberhentikan semua kerja di ladang-ladang tersebut oleh sebab mereka tidak bersetuju dengan pemberian dividen ataupun bonus oleh syarikat Boustead yang cuma dalam lingkungan kurang daripada RM30 satu hektar... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ringkaskan Yang Berhormat. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit]: ...Walaupun ladang tersebut telah pun memberi hasil dalam 10 tahun yang lalu. Ini juga menjadi satu isu yang hangat di lima buah lagi estet di sana. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bagi soalan Yang Berhormat. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Jadi, soalan saya adalah apakah langkah-langkah kerajaan yang sedang diambil oleh kerajaan dan Syarikat Boustead dalam menyelesaikan masalah ini. Terima kasih. Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa soalan itu tidak tuju kepada tajuk yang kita bincangkan. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Ini NCR Datuk. Datuk Peter Chin Fah Kui: Iaitu skim bantuan anak benih bagi pekebun- pekebun kecil kerana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi ialah satu Syarikat
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua, bagi saya peluang untuk soalan tambahan. [Ketawa] Berdepan dengan Yang Berhormat Menteri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk dahulu Yang Berhormat. Saya hendak beri dengan Kanowit Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini soal rakyat negara ini yang sedang marah kepada kerajaan kerana cukai RM50 satu tan kelapa sawit. Seorang Ahli: Semalam sudah cakap. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Nanti, nanti. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Semalam sudah jawab tetapi Menteri tidak ada. Kalau saya dapat soal ini, saya berharap supaya ... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Cukai ini dihapuskan serta- merta. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jadi, Yang Berhormat Menteri ada di sini. Rayuan ini haraplah dapat dipertimbangkan oleh Yang Berhormat Menteri untuk kebaikan rakyat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat. Yang Berhormat Kanowit. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Terima kasih, saya memohon penjelasan daripada kementerian. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bukan itu jadi soalan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Belum Yang Berhormat. Saya sudah panggil Yang Berhormat Kanowit Yang Berhormat. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Okey, berkenaan dengan masalah rakyat di kawasan saya di kawasan Kanowit. Di mana pemilik tanah NCR Kanowit yang telah berkongsi dengan Company Boustead 10 tahun dahulu untuk membangunkan tanah mereka, NCR mereka. Sekarang ini lebih kurang 14,000 hektar sudah ditanam dengan kelapa sawit. Namun, baru-baru ini pemilik tanah NCR di kawasan satu daripada estet itu di kawasan Machang telah memberhentikan semua kerja di ladang-ladang tersebut oleh sebab mereka tidak bersetuju dengan pemberian dividen ataupun bonus oleh syarikat Boustead yang cuma dalam lingkungan kurang daripada RM30 satu hektar... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ringkaskan Yang Berhormat. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit]: ...Walaupun ladang tersebut telah pun memberi hasil dalam 10 tahun yang lalu. Ini juga menjadi satu isu yang hangat di lima buah lagi estet di sana. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bagi soalan Yang Berhormat. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Jadi, soalan saya adalah apakah langkah-langkah kerajaan yang sedang diambil oleh kerajaan dan Syarikat Boustead dalam menyelesaikan masalah ini. Terima kasih. Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa soalan itu tidak tuju kepada tajuk yang kita bincangkan. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Ini NCR Datuk. Datuk Peter Chin Fah Kui: Iaitu skim bantuan anak benih bagi pekebun- pekebun kecil kerana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi ialah satu Syarikat.
12
24
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
DR.01.07.2008 13 Boustead yang menjalankan skim ladang besar, bukan pekebun kecil sebab itulah kita tidak ada terlibat dalam skim ini atau projek ini yang diluluskan oleh pihak kerajaan negeri dan saya rasa eloklah soalan ini ditujukan kepada pihak Kerajaan Negeri Sarawak untuk dijawablah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat boleh menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading. Saya beri laluan Yang Berhormat boleh jawab. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Rayuan rakyat supaya dihapuskan. Datuk Peter Chin Fah Kui: Ya, saya faham. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Sri Gading duduk. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Peter Chin Fah Kui: Yang Berhormat Sri Gading, tajuk ini saya akan jawab sepenuhnya dalam jawapan perdebatan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, bukan soal jawapan yang kita hendak. Soal tindakan hapuskan serta-merta daripada hari ini. [Tepuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat Datuk Peter Chin Fah Kui: Itu pun satu tindakan yang kenalah diambil oleh pihak Kementerian Kewangan sebab CPO taxes ini Yang Berhormat bukan diletakkan di bawah kementerian saya. Sebarang cukai yang dikenakan adalah urusan pihak Kementerian Kewangan dan tidak melibatkan kementerian saya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat, terima kasih. Yang Berhormat Sri Gading bangkitlah masa... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ia bukan soal, kalau... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bangkitkan masa Kementerian Kewangan. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kita pun faham ini Kementerian Kewangan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Oleh sebab Yang Berhormat Menteri ini menjaga kebaikan, kebajikan pekebun-pekebun kecil termasuk penanam, penjual kelapa sawit. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Mintalah Yang Berhormat Menteri berunding dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan, hapuskan serta-merta. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Semua kita setuju Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini kita punya permohonan, permintaan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baiklah. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kita ialah kerajaan rakyat, kita kena peka dengan masalah rakyat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat Sri Gading tolong.
Boustead yang menjalankan skim ladang besar, bukan pekebun kecil sebab itulah kita tidak ada terlibat dalam skim ini atau projek ini yang diluluskan oleh pihak kerajaan negeri dan saya rasa eloklah soalan ini ditujukan kepada pihak Kerajaan Negeri Sarawak untuk dijawablah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat boleh menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading. Saya beri laluan Yang Berhormat boleh jawab. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Rayuan rakyat supaya dihapuskan. Datuk Peter Chin Fah Kui: Ya, saya faham. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Sri Gading duduk. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Peter Chin Fah Kui: Yang Berhormat Sri Gading, tajuk ini saya akan jawab sepenuhnya dalam jawapan perdebatan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, bukan soal jawapan yang kita hendak. Soal tindakan hapuskan serta-merta daripada hari ini. [Tepuk]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat. Datuk Peter Chin Fah Kui: Itu pun satu tindakan yang kenalah diambil oleh pihak Kementerian Kewangan sebab CPO taxes ini Yang Berhormat bukan diletakkan di bawah kementerian saya. Sebarang cukai yang dikenakan adalah urusan pihak Kementerian Kewangan dan tidak melibatkan kementerian saya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat, terima kasih. Yang Berhormat Sri Gading bangkitlah masa... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ia bukan soal, kalau... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bangkitkan masa Kementerian Kewangan. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kita pun faham ini Kementerian Kewangan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Oleh sebab Yang Berhormat Menteri ini menjaga kebaikan, kebajikan pekebun-pekebun kecil termasuk penanam, penjual kelapa sawit. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Mintalah Yang Berhormat Menteri berunding dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan, hapuskan serta-merta. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Semua kita setuju Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini kita punya permohonan, permintaan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baiklah. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kita ialah kerajaan rakyat, kita kena peka dengan masalah rakyat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat Sri Gading tolong.
13
25
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
14 DR.01.07.2008 Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua cakap baik, baik sahaja. Yang Berhormat Menteri tidak sebut baik pun. [Ketawa] Datuk Peter Chin Fah Kui: Saya pun sebut baik. Saya boleh runding dengan pihak Kementerian Kewangan untuk menimbang masalah ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Cukup Yang Berhormat Menteri. Lepas ini rundinglah tetapi kena lapor baliklah sebab tunggu Yang Berhormat Sri Gading bangkit semula nanti. 6. Dato' Rashid Din [Merbok] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berapa buah motosikal (serta nilainya, peratus penjualan keseluruhan) keluaran dan jenama tempatan telah dieksport ke Indonesia, Thailand dan Vietnam, tiga negara yang terdekat dan juga merupakan pasaran terbesar motosikal di dunia (selain daripada China dan India) Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Merbok juga telah pun menyentuh perkara yang berkaitan. Jawapannya Tuan Yang di-Pertua akan dijawab pada 10 Julai tahun ini. Oleh demikian, saya memohon agar saya diberi izin untuk menjawab soalan ini pada hari ini juga. ■1050 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik. Datuk Liew Vui Keong: Bagi tempoh 1998 hingga tahun ini, iaitu dalam masa 10 tahun ini, Modenas telah mengeksport sebanyak 3,651 unit motosikal ke negara Indonesia dan Vietnam dengan nilai eksport sebanyak RM14.2 juta. Dari jumlah tersebut, 2,651 unit adalah eksport ke pasaran Indonesia dan nilai sebanyak RM10 juta, manakala sebanyak 1,000 unit dengan nilai RM3.5 juta dieksport ke negara Vietnam. Eksport kedua-dua negara ini adalah 0.4% dari jumlah keseluruhan jualan motosikal Modenas di dalam dan luar negara bagi tempoh tersebut yang berjumlah 965,978 unit. Tiada eksport dicatatkan bagi pasaran negara Thailand untuk tempoh yang sama. Bagi tempoh yang sama juga, Modenas telah mengeksport sebanyak 69,483 unit ke negara-negara lain di dunia seperti Greece, Iran, Turki, Cambodia dan Singapura. Eksport ke negara-negara ini mewakili 6.8% dari jumlah keseluruhan jualan motosikal Modenas bagi tempoh tersebut. Pada masa ini, sebanyak 10 buah syarikat terlibat dalam industri pembuatan dan pemasangan motosikal di negara ini. Dari jumlah tersebut, hanya Modenas diberikan status sebagai pembuat, manakala selebihnya adalah berstatus pemasang. Walaupun terpaksa bersaing dengan jenama lain yang lebih rendah dari segi harga, Modenas masih mampu mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar eksport ketiga dari segi jualan di Malaysia di belakang jenama Honda dan Yamaha. Jenama Honda dan Yamaha telah lama beroperasi di negara ini, dan telah mendapat kepercayaan pembeli dan sentiasa mengeluarkan model-model baru untuk mengekalkan penguasaan pasaran mereka. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingat itu tidak disoal dalam soalan ini. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Merbok. Dato' Rashid Din [Merbok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana menjawab soalan saya dan daripada statistik yang diberikan tadi, saya rasa eksport kepada negara ASEAN kurang berjaya, iaitu yang dicakapkan tadi ialah lebih kurang 3,000 unit sahaja dalam masa 10 tahun. Soalan saya, sebagaimana yang diketahui, ketiga-tiga negara ASEAN tersebut adalah di bawah tarif CEPT, di mana barangan-barangan boleh dibawa masuk dan keluar dengan tarif-tarif yang minima ataupun cukai importnya kosong peratus. Jika
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua cakap baik, baik sahaja. Yang Berhormat Menteri tidak sebut baik pun. [Ketawa] Datuk Peter Chin Fah Kui: Saya pun sebut baik. Saya boleh runding dengan pihak Kementerian Kewangan untuk menimbang masalah ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Cukup Yang Berhormat Menteri. Lepas ini rundinglah tetapi kena lapor baliklah sebab tunggu Yang Berhormat Sri Gading bangkit semula nanti. 6. Dato' Rashid Din [Merbok] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berapa buah motosikal (serta nilainya, peratus penjualan keseluruhan) keluaran dan jenama tempatan telah dieksport ke Indonesia, Thailand dan Vietnam, tiga negara yang terdekat dan juga merupakan pasaran terbesar motosikal di dunia (selain daripada China dan India) Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Merbok juga telah pun menyentuh perkara yang berkaitan. Jawapannya Tuan Yang di-Pertua akan dijawab pada 10 Julai tahun ini. Oleh demikian, saya memohon agar saya diberi izin untuk menjawab soalan ini pada hari ini juga. #1050 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik. Datuk Liew Vui Keong: Bagi tempoh 1998 hingga tahun ini, iaitu dalam masa 10 tahun ini, Modenas telah mengeksport sebanyak 3,651 unit motosikal ke negara Indonesia dan Vietnam dengan nilai eksport sebanyak RM14.2 juta. Dari jumlah tersebut, 2,651 unit adalah eksport ke pasaran Indonesia dan nilai sebanyak RM10 juta, manakala sebanyak 1,000 unit dengan nilai RM3.5 juta dieksport ke negara Vietnam. Eksport kedua-dua negara ini adalah 0.4% dari jumlah keseluruhan jualan motosikal Modenas di dalam dan luar negara bagi tempoh tersebut yang berjumlah 965,978 unit. Tiada eksport dicatatkan bagi pasaran negara Thailand untuk tempoh yang sama. Bagi tempoh yang sama juga, Modenas telah mengeksport sebanyak 69,483 unit ke negara-negara lain di dunia seperti Greece, Iran, Turki, Cambodia dan Singapura. Eksport ke negara-negara ini mewakili 6.8% dari jumlah keseluruhan jualan motosikal Modenas bagi tempoh tersebut. Pada masa ini, sebanyak 10 buah syarikat terlibat dalam industri pembuatan dan pemasangan motosikal di negara ini. Dari jumlah tersebut, hanya Modenas diberikan status sebagai pembuat, manakala selebihnya adalah berstatus pemasang. Walaupun terpaksa bersaing dengan jenama lain yang lebih rendah dari segi harga, Modenas masih mampu mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar eksport ketiga dari segi jualan di Malaysia di belakang jenama Honda dan Yamaha. Jenama Honda dan Yamaha telah lama beroperasi di negara ini, dan telah mendapat kepercayaan pembeli dan sentiasa mengeluarkan model-model baru untuk mengekalkan penguasaan pasaran mereka. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingat itu tidak disoal dalam soalan ini. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Merbok. Dato' Rashid Din [Merbok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana menjawab soalan saya dan daripada statistik yang diberikan tadi, saya rasa eksport kepada negara ASEAN kurang berjaya, iaitu yang dicakapkan tadi ialah lebih kurang 3,000 unit sahaja dalam masa 10 tahun. Soalan saya, sebagaimana yang diketahui, ketiga-tiga negara ASEAN tersebut adalah di bawah tarif CEPT, di mana barangan-barangan boleh dibawa masuk dan keluar dengan tarif-tarif yang minima ataupun cukai importnya kosong peratus. Jika.
14
26
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
DR.01.07.2008 15 demikian, mengapakah motosikal jenama tempatan ini tidak boleh dieksportkan ke negara-negara ASEAN ini? Selain daripada persaingan harga, adakah faktor-faktor lain yang menjadi halangan untuk kita mengeksport motosikal jenama Malaysia ini kepada negara-negara ASEAN? Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila Yang Berhormat. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Yang Berhormat daripada Merbok. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, sejak Modenas ditubuhkan pada 1995 iaitu 90- an, Modenas telah pun menghadapi banyak cabaran terutamanya saingan yang hebat daripada jenama yang lebih popular, yang saya sebut tadi seperti Honda dan juga Yamaha dan juga tidak dapat memasuki kepada pasaran yang lain kerana Modenas telah pun menandatangani perjanjian dengan pihak berkenaan seperti Kawasaki, di mana pihak Modenas patut mematuhi syarat-syarat perjanjian yang telahpun ditandatangani seperti territorial rights. Jadi, pihak Modenas tidak boleh melanggar peraturan ataupun perjanjian hak penjualan, di mana ini telahpun mengehadkan jualan dan pasaran Modenas ke negara-negara yang tertentu. Terima kasih Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Sekijang. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah, apakah Modenas ada mempunyai rancangan untuk membuka kilang usaha sama dengan negara-negara luar supaya ianya dapat berdaya saing lagi, kerana kita dapati daripada data-data tadi, Modenas di luar negara tidak mendapat pasaran dan persaingan yang hebat dan begitu juga dalam negara kita. Jadi saya ingin tahu di luar ini, sama ada Modenas ada mempunyai rancangan untuk usaha sama dengan negara-negara lain. Terima kasih. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk meningkatkan jualan dan juga penguasaan pasaran di luar negara, Modenas memang ada melancarkan strategi-strategi pemasaran yang baru dan juga ada... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, soalannya sama ada nak buat kilang di negeri lain atau tak nak. Datuk Liew Vui Keong: ...Buat setakat ini... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kalau tidak, tidak. Kalau ya, ya Yang Berhormat. Datuk Liew Vui Keong: ..Buat setakat ini, memandangkan saingan yang hebat Tuan Yang di-Pertua, jadi Modenas masih lagi mempertimbangkan strategi- strategi yang boleh ditimbangkan untuk mahu pergi ke luar negara. Terima kasih. [Soalan No.7- Y.B. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh (Putatan) tidak hadir] 8. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan: (a) adakah semua tapak pembuangan sisa di negara ini mematuhi ciri hidrogeologi; dan (b) adakah perancangan dan kaedah sesuai yang diperkenalkan untuk melupuskan sisa buangan dan langkah yang diambil untuk mendidik rakyat mengenai program kitar semula. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan II [Dato' Hamzah bin Zainudin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak semua tapak pelupusan sisa pepejal di negara ini yang mematuhi ciri hidrogeologi kecuali tapak pelupusan sanitary. Mengenai kaedah sesuai yang diperkenalkan untuk melupuskan sisa pepejal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa memastikan supaya hanya kaedah yang menggunakan teknologi terkini, mesra alam, terbukti dan kos efektif yang digunakan untuk melupuskan sisa pepejal.
demikian, mengapakah motosikal jenama tempatan ini tidak boleh dieksportkan ke negara-negara ASEAN ini? Selain daripada persaingan harga, adakah faktor-faktor lain yang menjadi halangan untuk kita mengeksport motosikal jenama Malaysia ini kepada negara-negara ASEAN? Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila Yang Berhormat. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Yang Berhormat daripada Merbok. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, sejak Modenas ditubuhkan pada 1995 iaitu 90- an, Modenas telah pun menghadapi banyak cabaran terutamanya saingan yang hebat daripada jenama yang lebih popular, yang saya sebut tadi seperti Honda dan juga Yamaha dan juga tidak dapat memasuki kepada pasaran yang lain kerana Modenas telah pun menandatangani perjanjian dengan pihak berkenaan seperti Kawasaki, di mana pihak Modenas patut mematuhi syarat-syarat perjanjian yang telahpun ditandatangani seperti territorial rights. Jadi, pihak Modenas tidak boleh melanggar peraturan ataupun perjanjian hak penjualan, di mana ini telahpun mengehadkan jualan dan pasaran Modenas ke negara-negara yang tertentu. Terima kasih Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Sekijang. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah, apakah Modenas ada mempunyai rancangan untuk membuka kilang usaha sama dengan negara-negara luar supaya ianya dapat berdaya saing lagi, kerana kita dapati daripada data-data tadi, Modenas di luar negara tidak mendapat pasaran dan persaingan yang hebat dan begitu juga dalam negara kita. Jadi saya ingin tahu di luar ini, sama ada Modenas ada mempunyai rancangan untuk usaha sama dengan negara-negara lain. Terima kasih. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk meningkatkan jualan dan juga penguasaan pasaran di luar negara, Modenas memang ada melancarkan strategi-strategi pemasaran yang baru dan juga ada... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, soalannya sama ada nak buat kilang di negeri lain atau tak nak. Datuk Liew Vui Keong: ...Buat setakat ini... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kalau tidak, tidak. Kalau ya, ya Yang Berhormat. Datuk Liew Vui Keong: ..Buat setakat ini, memandangkan saingan yang hebat Tuan Yang di-Pertua, jadi Modenas masih lagi mempertimbangkan strategi- strategi yang boleh ditimbangkan untuk mahu pergi ke luar negara. Terima kasih. [Soalan No.7- Y.B. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh (Putatan) tidak hadir]. 8. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan: (a) adakah semua tapak pembuangan sisa di negara ini mematuhi ciri hidrogeologi; dan (b) adakah perancangan dan kaedah sesuai yang diperkenalkan untuk melupuskan sisa buangan dan langkah yang diambil untuk mendidik rakyat mengenai program kitar semula. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan II [Dato' Hamzah bin Zainudin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak semua tapak pelupusan sisa pepejal di negara ini yang mematuhi ciri hidrogeologi kecuali tapak pelupusan sanitary. Mengenai kaedah sesuai yang diperkenalkan untuk melupuskan sisa pepejal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa memastikan supaya hanya kaedah yang menggunakan teknologi terkini, mesra alam, terbukti dan kos efektif yang digunakan untuk melupuskan sisa pepejal.
15
27
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
16 DR.01.07.2008 Hasrat ini dicapai dengan menilai setiap kaedah yang disyorkan sama ada untuk tapak pelupusan sisa pepejal ataupun incinerator melalui satu Jawatankuasa Penilaian Teknologi dan Sisa Pepejal. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mendidik rakyat mengenai program kitar semula, kementerian ini telah melancarkan banyak program dan aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar, masyarakat setempat dan juga pihak swasta. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Projek Perintis Bank Kitar Semula di sekolah, Kempen Guna dan Kitar Semula Plastik yang diadakan dengan persatuan pengeluar plastik, menjalankan Kempen Kitar Semula dengan beberapa pasar raya dan mengeluarkan bahan risalah untuk diedarkan kepada sekolah, masyarakat dan pihak swasta. Kementerian juga akan memperkenalkan satu peraturan mengenai pengasingan barangan kitar semula dipunca, di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 di masa hadapan. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Padang Serai. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam satu wawancara pihak akhbar Kosmo bersama Pengurus Besar Indah Water bagi Perancangan dan Kejuruteraan iaitu Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid berkaitan dengan sisa kumbahan sifar. Ir. Mohamed Haniffa telah menjelaskan bagaimana sektor perindustrian sangat terbuka untuk menggantikan penggunaan air paip kepada penggunaan air kumbahan yang telah diproses dalam operasi pengeluaran mereka. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Soalan Yang Berhormat. ■1100 Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Soalan saya, apakah langkah- langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi menggalakkan sektor perindustrian menggantikan penggunaan air paip yang kini sangat bernilai kepada penggunaan air kumbahan yang telah diproses dalam operasi pengeluaran. Dato' Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Yang Berhormat. Saya agak kecewalah kerana Yang Berhormat ini dah sediakan satu soalan yang begitu baik sekali tapi salah kementerian. [Ketawa]. Air kumbahan bukannya daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tuan Yang di-Pertua tetapi kementerian yang lain. [Dewan riuh] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, baik. Yang Berhormat Tenggara. [Dewan riuh] Seorang Ahli: [Menyampuk] Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tidak sia-sia saya pakai warna biru hari ini. [Dewan riuh] Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Biru, merah pun okeylah Yang Berhormat. [Dewan riuh] Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Ini adalah warna yang telah diberitahu untuk dipakai oleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak. [Dewan riuh] Seorang Ahli: [Menyampuk] Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagaimana agaknya KPKT mengkategorikan tapak-tapak pelupusan sisa pepejal ini dan saya nak tahu adakah semua tapak-tapak pelupusan ini menepati syarat DOE, satu. Keduanya, bilakah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal akan berfungsi dengan sepenuhnya? Terima kasih. Dato' Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang pertama tentang kategori untuk kita ambil kira sebagai satu tapak pelupusan sanitary. Semua tapak pelupusan sanitary akan diambil mengikut kajian yang telah pun dibuat. Kebanyakan yang ada dalam negara kita adalah pusat pembuangan sampah. Bukannya satu kawasan sanitary landfill yang menggunakan teknologi terkini, mesra alam, terbukti dan juga kos efektif. Maka sebab itu kita nak pun banyakkan kawasan-
Hasrat ini dicapai dengan menilai setiap kaedah yang disyorkan sama ada untuk tapak pelupusan sisa pepejal ataupun incinerator melalui satu Jawatankuasa Penilaian Teknologi dan Sisa Pepejal. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mendidik rakyat mengenai program kitar semula, kementerian ini telah melancarkan banyak program dan aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar, masyarakat setempat dan juga pihak swasta. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Projek Perintis Bank Kitar Semula di sekolah, Kempen Guna dan Kitar Semula Plastik yang diadakan dengan persatuan pengeluar plastik, menjalankan Kempen Kitar Semula dengan beberapa pasar raya dan mengeluarkan bahan risalah untuk diedarkan kepada sekolah, masyarakat dan pihak swasta. Kementerian juga akan memperkenalkan satu peraturan mengenai pengasingan barangan kitar semula dipunca, di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 di masa hadapan. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Padang Serai. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam satu wawancara pihak akhbar Kosmo bersama Pengurus Besar Indah Water bagi Perancangan dan Kejuruteraan iaitu Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid berkaitan dengan sisa kumbahan sifar. Ir. Mohamed Haniffa telah menjelaskan bagaimana sektor perindustrian sangat terbuka untuk menggantikan penggunaan air paip kepada penggunaan air kumbahan yang telah diproses dalam operasi pengeluaran mereka. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Soalan Yang Berhormat. #1100. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Soalan saya, apakah langkah- langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi menggalakkan sektor perindustrian menggantikan penggunaan air paip yang kini sangat bernilai kepada penggunaan air kumbahan yang telah diproses dalam operasi pengeluaran. Dato' Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Yang Berhormat. Saya agak kecewalah kerana Yang Berhormat ini dah sediakan satu soalan yang begitu baik sekali tapi salah kementerian. [Ketawa]. Air kumbahan bukannya daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tuan Yang di-Pertua tetapi kementerian yang lain. [Dewan riuh]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, baik. Yang Berhormat Tenggara. [Dewan riuh]. Seorang Ahli: [Menyampuk]. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tidak sia-sia saya pakai warna biru hari ini. [Dewan riuh] Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Biru, merah pun okeylah Yang Berhormat. [Dewan riuh]. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Ini adalah warna yang telah diberitahu untuk dipakai oleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak. [Dewan riuh]. Seorang Ahli: [Menyampuk]. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagaimana agaknya KPKT mengkategorikan tapak-tapak pelupusan sisa pepejal ini dan saya nak tahu adakah semua tapak-tapak pelupusan ini menepati syarat DOE, satu. Keduanya, bilakah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal akan berfungsi dengan sepenuhnya? Terima kasih. Dato' Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang pertama tentang kategori untuk kita ambil kira sebagai satu tapak pelupusan sanitary. Semua tapak pelupusan sanitary akan diambil mengikut kajian yang telah pun dibuat. Kebanyakan yang ada dalam negara kita adalah pusat pembuangan sampah. Bukannya satu kawasan sanitary landfill yang menggunakan teknologi terkini, mesra alam, terbukti dan juga kos efektif. Maka sebab itu kita nak pun banyakkan kawasan-.
16
28
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
DR.01.07.2008 17 kawasan dump site ini atau dengan izin, dumping site ini Tuan Yang di-Pertua untuk kita lupuskan secara baik dan akan kita gantikan dengan sanitary landfill yang baru yang menggunakan kaedah yang baik. Tentang soalan nombor dua, perbadanan. Perbadanan telahpun bermula pada 1 Jun dan segala akta yang telah pun diluluskan pada tahun 2007, hanya menunggu kelulusan daripada AG untuk mendapatkan kelulusan untuk meneruskan pelesenan-pelesenan atau meluluskan peraturan pengurusan yang akan bermula dengan secepat mungkin seperti larangan membuang sisa pepejal, kesalahan yang dikompaun, kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan, skim untuk sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa, melesenkan pengutip sisa pepejal dari isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dan juga pelesenan kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan. Sehingga kelulusan itu... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, baik. Dato' Hamzah bin Zainudin: .. barulah perbadanan ini dapat diteruskan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan satu lagi. Tadi tidak kira. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Menyampuk] Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Singkat saja. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Terima kasih. Yang pertama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Soalan. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tunggu, tunggu. Lenggong, tunggu dulu. Duduk Lenggong. Duduk. Berapa jumlah soalan yang saya tanya tadi. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Satu saja. Seorang Ahli: Dua. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Dua. [Dewan riuh] Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Tadi first question ada jawapankah? Soalan pertama. Ini soalan kedua. Tadi itu tidak dikira. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Satu setengah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya faham Yang Berhormat. Kalau kementerian kata ini salah tuju, jadi itu satu soalan. Tapi walau... Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Menyampuk] Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Maksudnya tidak dijawab. Mintalah satu. Satu soalan yang singkat saja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, duduk dulu. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: [Menyampuk] Seorang Ahli: Siapa yang penting?
kawasan dump site ini atau dengan izin, dumping site ini Tuan Yang di-Pertua untuk kita lupuskan secara baik dan akan kita gantikan dengan sanitary landfill yang baru yang menggunakan kaedah yang baik. Tentang soalan nombor dua, perbadanan. Perbadanan telahpun bermula pada 1 Jun dan segala akta yang telah pun diluluskan pada tahun 2007, hanya menunggu kelulusan daripada AG untuk mendapatkan kelulusan untuk meneruskan pelesenan-pelesenan atau meluluskan peraturan pengurusan yang akan bermula dengan secepat mungkin seperti larangan membuang sisa pepejal, kesalahan yang dikompaun, kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan, skim untuk sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa, melesenkan pengutip sisa pepejal dari isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dan juga pelesenan kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan. Sehingga kelulusan itu... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, baik. Dato' Hamzah bin Zainudin: .. barulah perbadanan ini dapat diteruskan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan satu lagi. Tadi tidak kira. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Menyampuk]. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Singkat saja. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Terima kasih. Yang pertama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Soalan. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tunggu, tunggu. Lenggong, tunggu dulu. Duduk Lenggong. Duduk. Berapa jumlah soalan yang saya tanya tadi. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Satu saja. Seorang Ahli: Dua. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Dua. [Dewan riuh]. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Tadi first question ada jawapankah? Soalan pertama. Ini soalan kedua. Tadi itu tidak dikira. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Satu setengah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya faham Yang Berhormat. Kalau kementerian kata ini salah tuju, jadi itu satu soalan. Tapi walau... Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Menyampuk]. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Maksudnya tidak dijawab. Mintalah satu. Satu soalan yang singkat saja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, duduk dulu. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: [Menyampuk]. Seorang Ahli: Siapa yang penting?.
17
29
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
18 DR.01.07.2008 Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Timbalan Menteri itu tidak fahamlah. Timbalan Menteri balik sekolahlah. Go back to school, go back to school. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Ini Timbalan Menteri tidak tahu air kumbahan itu apa. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Tuan Yang di-Pertua, saya hanya tanya tempat pelupusan tanah di Setiawan. Seorang Ahli: Lagi cakap besar. Seorang Ahli: Letak jawatanlah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah, sudah Yang Berhormat. Tidak ada soalan lagi Yang Berhormat. Sudah, duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Tidak, tidak payah Yang Berhormat. Jangan Yang Berhormat. Tidak payah Yang Berhormat. Tanya saya di luar. Yang Berhormat. Yang Berhormat Lenggong. 9. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:- (i) strategi bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran ikan air tawar di negara ini dan strategi meningkatkan penghasilan industri hiliran daripada pengeluaran ikan air tawar; dan (ii) memandangkan Tasek Raban, Lenggong berpotensi sebagai lokasi ternakan ikan sangkar secara besar-besaran, bolehkah pihak kementerian melaksanakan rancangan tersebut. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato' Mustapa Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lenggong ada dua soalan. Yang pertama umum. Yang kedua spesifik berkaitan Tasek Raban. Bagi menjawab soalan (a), saya ingin memaklumkan bahawa penternakan ikan air tawar adalah satu bidang yang digalakkan oleh kerajaan dan hasil dasar tersebut, maka terdapat peningkatan yang ketara dalam pengeluaran ikan air tawar daripada kira-kira 30,000 metrik tan dalam tahun 2000 kepada 69,000 metrik tan tahun lalu. 70% daripada ikan ini adalah ikan tilapia dan pada hari ini 25% daripada jumlah pengeluaran ikan negara adalah daripada akuakultur. Tuan Yang di-Pertua, mengenai apakah langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti, pihak Jabatan Perikanan telah mengeluarkan garis panduan - Amalan Akuakultur Baik. Jabatan juga telah melarang penggunaan beberapa jenis antibiotik yang boleh merosakkan ikan dan juga mendatangkan bahaya kepada manusia. Jabatan juga telah mengeluarkan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia dan Sijil Amalan Akuakultur Baik. Ini adalah langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkan kualiti ikan dan keluaran air tawar dalam negara kita. Berkaitan dengan industri hiliran, saya dimaklumkan bahawa oleh kerana daerah Lenggong, kawasan Yang Berhormat mempunyai potensi yang besar, kerajaan sudah buat keputusan untuk menggalakkan industri ini di Lenggong dan Lenggong akan diisytiharkan sebagai pusat pengeluaran pekasam negara. Di Lenggong banyak ikan pekasam. Saya promosi Lenggong, Tuan Yang di-Pertua. Itu antara langkah- langkah yang diambil untuk menggalakkan industri hiliran di kawasan Lenggong. Bagi menjawab soalan (b) Tuan Yang di-Pertua, soalannya sama ada nak diperbesarkan lagi Tasek Raban, saya dimaklumkan bahawa pada masa ini terdapat 16 orang yang mengusahakan ikan dalam sangkar, 60 orang - kandang ikan. 76 orang semuanya melibatkan 0.58 hektar. Kawasan ini cuma lima hektar. Kecil kawasannya. Jabatan berpendapat oleh kerana kawasannya terhad, maka tidak ada rancangan untuk memperbesarkan kawasan tersebut.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Timbalan Menteri itu tidak fahamlah. Timbalan Menteri balik sekolahlah. Go back to school, go back to school. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Ini Timbalan Menteri tidak tahu air kumbahan itu apa. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas]: Tuan Yang di-Pertua, saya hanya tanya tempat pelupusan tanah di Setiawan. Seorang Ahli: Lagi cakap besar. Seorang Ahli: Letak jawatanlah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah, sudah Yang Berhormat. Tidak ada soalan lagi Yang Berhormat. Sudah, duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Tidak, tidak payah Yang Berhormat. Jangan Yang Berhormat. Tidak payah Yang Berhormat. Tanya saya di luar. Yang Berhormat. Yang Berhormat Lenggong. 9. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:- (i) strategi bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran ikan air tawar di negara ini dan strategi meningkatkan penghasilan industri hiliran daripada pengeluaran ikan air tawar; dan (ii) memandangkan Tasek Raban, Lenggong berpotensi sebagai lokasi ternakan ikan sangkar secara besar-besaran, bolehkah pihak kementerian melaksanakan rancangan tersebut. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato' Mustapa Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lenggong ada dua soalan. Yang pertama umum. Yang kedua spesifik berkaitan Tasek Raban. Bagi menjawab soalan (a), saya ingin memaklumkan bahawa penternakan ikan air tawar adalah satu bidang yang digalakkan oleh kerajaan dan hasil dasar tersebut, maka terdapat peningkatan yang ketara dalam pengeluaran ikan air tawar daripada kira-kira 30,000 metrik tan dalam tahun 2000 kepada 69,000 metrik tan tahun lalu. 70% daripada ikan ini adalah ikan tilapia dan pada hari ini 25% daripada jumlah pengeluaran ikan negara adalah daripada akuakultur. Tuan Yang di-Pertua, mengenai apakah langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti, pihak Jabatan Perikanan telah mengeluarkan garis panduan- Amalan Akuakultur Baik. Jabatan juga telah melarang penggunaan beberapa jenis antibiotik yang boleh merosakkan ikan dan juga mendatangkan bahaya kepada manusia. Jabatan juga telah mengeluarkan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia dan Sijil Amalan Akuakultur Baik. Ini adalah langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkan kualiti ikan dan keluaran air tawar dalam negara kita. Berkaitan dengan industri hiliran, saya dimaklumkan bahawa oleh kerana daerah Lenggong, kawasan Yang Berhormat mempunyai potensi yang besar, kerajaan sudah buat keputusan untuk menggalakkan industri ini di Lenggong dan Lenggong akan diisytiharkan sebagai pusat pengeluaran pekasam negara. Di Lenggong banyak ikan pekasam. Saya promosi Lenggong, Tuan Yang di-Pertua. Itu antara langkah- langkah yang diambil untuk menggalakkan industri hiliran di kawasan Lenggong. Bagi menjawab soalan (b) Tuan Yang di-Pertua, soalannya sama ada nak diperbesarkan lagi Tasek Raban, saya dimaklumkan bahawa pada masa ini terdapat 16 orang yang mengusahakan ikan dalam sangkar, 60 orang- kandang ikan. 76 orang semuanya melibatkan 0.58 hektar. Kawasan ini cuma lima hektar. Kecil kawasannya. Jabatan berpendapat oleh kerana kawasannya terhad, maka tidak ada rancangan untuk memperbesarkan kawasan tersebut.
18
30
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf
DR.01.07.2008 19 Walau bagaimanapun, seperti Yang Berhormat sedia maklum kerajaan sudah membuat keputusan untuk menggalakkan ternakan udang galah di kampung Yang Berhormat iaitu Kampung Luat dan juga akan diperbesarkan di Chepor, juga di Lenggong. Selain itu, jabatan ada rancangan untuk menggalakkan lagi ternakan air tawar ini di dua tasik iaitu Chenderoh dan Kenering yang mempunyai keluasan tidak kurang 2,500 hektar yang sesuai untuk dibangunkan untuk ternakan ikan air tawar. Pada masa ini Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sudah ada sebuah syarikat dari Norway bernama Genoma yang melalui anak syarikatnya bernama Trifia Sdn. Bhd. telah pun memulakan penternakan ikan tilapia di Tasik Temenggor. Jadi Tasik Temenggor, Tasik Kenering, dan Tasik Chenderoh merupakan antara tasik-tasik yang sesuai untuk kita bangunkan penternakan ikan air tawar ini dan kerajaan akan melaksanakan usaha-usaha yang lebih gigih untuk membangunkan bidang ini di kawasan Hulu Perak. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Lenggong. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Mengikut kajian pihak kementerian, bagaimanakah potensi industri hiliran daripada hasil ikan air tawar dalam negara ini termasuk potensinya untuk dikembangkan di peringkat antarabangsa dan apakah galakan, sokongan atau lain-lain yang kementerian lakukan dalam usaha untuk mengembangkan industri ini. Dato' Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, potensinya cukup besar. Tadi saya sebut pekasam. Satu lagi bidang ialah fillet dan di beberapa tempat dalam negara kita sudah pun ada syarikat yang terlibat dalam pengeluaran fillet. Selain itu juga ada ikan sejuk beku tilapia, sebuah syarikat bernama Ambang Wibawa di Kampar sudah pun mengeluarkan 25 metrik tan sebulan. Sebuah syarikat lagi bernama syarikat Mcevoy Swiss Sun di Endau, Rompin juga sudah mengeluarkan fish fillet dan selain itu syarikat yang disebut tadi dari Norway yang sekarang ini beroperasi di kawasan Yang Berhormat bernama Genoma juga yang terlibat mengusahakan tilapia di Tasik Temenggor juga bercadang untuk mengeksport fillet keluar negara. ■1110 Jadi bidang hiliran yang paling berpotensi ialah fillet untuk dieksport ke luar negara. Selain itu untuk dalam negara, pekasam ada potensi yang besar. Pendapatan bagi mereka yang terlibat dalam perusahaan ini kira-kira RM1,000 sebulan dan dengan usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh kerajaan kita jangkakan mereka akan meningkat tidak kurang RM2,000 sebulan. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, nelayan- nelayan ikan air tawar ini bukan sahaja di Perak, bahkan boleh kata di seluruh negeri terdapat nelayan ini. Saya perhatikan ramai daripada mereka ini tidak tentu arah macam agak terbiar. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri berapakah jumlah semua nelayan-nelayan ikan air tawar ini dan apakah tindakan yang bersungguh-sungguh daripada kementerian bagi membangunkan mereka ini supaya mereka dapat menyumbangkan kepada pengeluaran hasil kepada negara, terima kasih. Dato' Mustapa bin Mohamed: Pada masa ini terdapat kira-kira 16,000 mereka yang terlibat dalam ternakan dalam sangkar dengan keluaran yang disebut tadi kira-kira 69,000 matrik tan tahun lepas, yang pentingnya bidang ini bidang yang digalakkan. Pada masa ini 25% daripada jumlah keluaran ikan marin dan air tawar adalah daripada air tawar dan kita berhasrat untuk meningkatkan peratusan ini kepada 50%. Sekarang ini ¼. Menjelang 2010 kita harap kira-kira separuh daripada keluaran ikan negara adalah daripada akuakultur iaitu ternakan ikan air tawar. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, berkaitan dengan kolam-kolam yang terbiar, termasuk kita ada perancangan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, umpamanya tahun ini kita sediakan peruntukan tambahan RM12 juta untuk membolehkan kira-kira dua ribu kolam ikan air tawar yang terbiar, yang melibatkan kira-kira 340 hektar. Jadi memang ada perancangan kerajaan sedar bahawa terdapat di seluruh negara termasuk di Pahang kolam-kolam terbiar dan
Walau bagaimanapun, seperti Yang Berhormat sedia maklum kerajaan sudah. membuat keputusan untuk menggalakkan ternakan udang galah di kampung Yang Berhormat iaitu Kampung Luat dan juga akan diperbesarkan di Chepor, juga di Lenggong. Selain itu, jabatan ada rancangan untuk menggalakkan lagi ternakan air tawar ini di dua tasik iaitu Chenderoh dan Kenering yang mempunyai keluasan tidak kurang 2,500 hektar yang sesuai untuk dibangunkan untuk ternakan ikan air tawar. Pada masa ini Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sudah ada sebuah syarikat dari Norway bernama Genoma yang melalui anak syarikatnya bernama Trifia Sdn. Bhd. telah pun memulakan penternakan ikan tilapia di Tasik Temenggor. Jadi Tasik Temenggor, Tasik Kenering, dan Tasik Chenderoh merupakan antara tasik-tasik yang sesuai untuk kita bangunkan penternakan ikan air tawar ini dan kerajaan akan melaksanakan usaha-usaha yang lebih gigih untuk membangunkan bidang ini di kawasan Hulu Perak. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Lenggong. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Mengikut kajian pihak kementerian, bagaimanakah potensi industri hiliran daripada hasil ikan air tawar dalam negara ini termasuk potensinya untuk dikembangkan di peringkat antarabangsa dan apakah galakan, sokongan atau lain-lain yang kementerian lakukan dalam usaha untuk mengembangkan industri ini. Dato' Mustapa Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, potensinya cukup besar. Tadi saya sebut pekasam. Satu lagi bidang ialah fillet dan di beberapa tempat dalam negara kita sudah pun ada syarikat yang terlibat dalam pengeluaran fillet. Selain itu juga ada ikan sejuk beku tilapia, sebuah syarikat bernama Ambang Wibawa di Kampar sudah pun mengeluarkan 25 metrik tan sebulan. Sebuah syarikat lagi bernama syarikat Mcevoy Swiss Sun di Endau, Rompin juga sudah mengeluarkan fish fillet dan selain itu syarikat yang disebut tadi dari Norway yang sekarang ini beroperasi di kawasan Yang Berhormat bernama Genoma juga yang terlibat mengusahakan tilapia di Tasik Temenggor juga bercadang untuk mengeksport fillet keluar negara. #1110. Jadi bidang hiliran yang paling berpotensi ialah fillet untuk dieksport ke luar negara. Selain itu untuk dalam negara, pekasam ada potensi yang besar. Pendapatan bagi mereka yang terlibat dalam perusahaan ini kira-kira RM1,000 sebulan dan dengan usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh kerajaan kita jangkakan mereka akan meningkat tidak kurang RM2,000 sebulan. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, nelayan- nelayan ikan air tawar ini bukan sahaja di Perak, bahkan boleh kata di seluruh negeri terdapat nelayan ini. Saya perhatikan ramai daripada mereka ini tidak tentu arah macam agak terbiar. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri berapakah jumlah semua nelayan-nelayan ikan air tawar ini dan apakah tindakan yang bersungguh-sungguh daripada kementerian bagi membangunkan mereka ini supaya mereka dapat menyumbangkan kepada pengeluaran hasil kepada negara, terima kasih. Dato' Mustapa bin Mohamed: Pada masa ini terdapat kira-kira 16,000 mereka yang terlibat dalam ternakan dalam sangkar dengan keluaran yang disebut tadi kira-kira 69,000 matrik tan tahun lepas, yang pentingnya bidang ini bidang yang digalakkan. Pada masa ini 25% daripada jumlah keluaran ikan marin dan air tawar adalah daripada air tawar dan kita berhasrat untuk meningkatkan peratusan ini kepada 50%. Sekarang ini 1/4 . Menjelang 2010 kita harap kira-kira separuh daripada keluaran ikan negara adalah daripada akuakultur iaitu ternakan ikan air tawar. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, berkaitan dengan kolam-kolam yang terbiar, termasuk kita ada perancangan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, umpamanya tahun ini kita sediakan peruntukan tambahan RM12 juta untuk membolehkan kira-kira dua ribu kolam ikan air tawar yang terbiar, yang melibatkan kira-kira 340 hektar. Jadi memang ada perancangan kerajaan sedar bahawa terdapat di seluruh negara termasuk di Pahang kolam-kolam terbiar dan.
19
31
2008-07-01T00:00:00
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-01072008.pdf