url
stringlengths
31
187
title
stringlengths
11
166
content
sequence
https://www.rotikaya.com/anak-kak-km-meraung-kurung-diri-tak-nak-pergi-sekolah/
Anak Kak KM Meraung, Kurung Diri Tak Nak Pergi Sekolah
[ "Sebagai ibu, pasti akan berdepan pengalaman dimana anak-anak remaja memberontak. Sama seperti usahawan sensasi Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli turut berdepan situasi sama.", "Baru-baru ini, Kak KM dilihat ada membuat sesi live apabila buntu kerana anak ketiganya, Rania memberontak dan enggan pergi ke sekolah.", "BACA: Bercuti Di London, Anak Kak KM Dipuji Cantik Seperti Bidadari", "Menerusi sesi live tersebut, turut memaparkan Rania tantrum teruk sehingga bertindak mengurungkan diri dalam bilik.", "Kak KM berkata dia sudah mencuba sebaik mungkin memujuk anaknya itu untuk pergi ke sekolah. Lebih sukar, usahawan itu tidak dapat membka pintu bilik tersebut kerana lupa dimana kunci pendua diletakkan.", "Meskipun sudah memujuk, kedengaran Rania meraung-raung serta mengatakan tidak mahu pergi ke sekolah.", "Kak KM cuba menggunakan dumbbell untuk memecahkan pintu bilik, namun tidak berjaya kerana tombol pintu bilik tersebut adalah jenis tahan lasak.", "Suami Kak KM iaitu Razman Ramli turut memujuk anak mereka untuk keluar dari bilik tetapi Rania tetap berkeras hati juga dan tetap tidak mahu pergi ke sekolah.", "“Orang kata tak nak pergi sekolah, benci..benci betullah.. Semua orang tak sayang baby (Rania). Mama memang tak sayang baby lah, Mama memang tak sayang baby, baby nak mati..”jerit Rania.", "Dalam pada itu, Kak KM berkata anaknya itu tidak takut dengan guru besar selain akan membawa Rania bertemu dengan kaunseling untuk menyelesaikan masalah anaknya itu.", "Bukan itu sahaja, Kak KM berkata dia sudah berusaha berjumpa dengan ustaz serta  mengambil air penawar namun tidak berkesan." ]
https://www.rotikaya.com/siapa-yang-kata-konsert-haram-jangan-datang-baby-shima/
“Siapa Yang Kata Konsert Haram, Jangan Datang” – Baby Shima
[ "Umum mengetahui, kumpulan rock popular Britain, Coldplay akan mengadakan konsert pada 22 November depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.", "Seperti sudah dijangka, pasti akan ada segelintir pihak yang kurang senang dengan konsert tersebut sehingga membantah penganjuran konsert berkenaan.", "BACA: “Mummy Antara Juri Program Paling Bagus Sebab Dia Tak Fake” – Baby Shima", "Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima yang berpendapat buat mereka yang merasakan konsert tersebut haram, tidak perlu datang untuk menonton.", "Menurutnya lagi, tiada msalah jika Malaysia mahu mengadakan konsert dan mengatakansetiap orang ada pilihan.", "“Konsert kat Malaysia tak ada masalah pun. Siapa nak tengok, pergi tengok. Siapa yang kata haram, jangan datang. Duduk rumah, duduk surau. Apalah susah sangat, hidup itu pilihan,” tulisnya.", "Sementara itu, dalam perkongsian lain Baby Shima turut mempersoalkan individu yang lantang membantah jika ada artis luar yang bakal mengadakan konsert di Malaysia.", "Terdahulu, pendakwah bebas, PU Syed membantah penganjuran konsert Coldplay serta menyifatkan konsert tersebut tidak bermanfaat kepada ummah dan budaya hedonisme atau hiburan dalam masyarakat perlu dihentikan." ]
https://www.rotikaya.com/tangan-anak-patah-rita-rudaini-minta-netizen-henti-petik-nama-si-polan/
Tangan Anak Patah, Rita Rudaini Minta Netizen Henti Petik Nama Si Polan
[ "Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini memaklumkan anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin telah mengalami kecederaan di bahagian tangan.", "Menerusi perkongsian di Instagram, Rita berkata tangan anaknya itu patah sehari selepas kembali bersekolah pada minggu lalu.", "BACA: “Sakitnya Tak Sesakit Dikhianati & Ditinggalkan Dulu…” – Rita Rudaini", "Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar Rayyan kembali sembuh, tidak kurang juga ada yang bertanyakan mengenai bekas suaminya, Aidil Zafuan.", "Bagaimanapun, menerusi Insta Story, Rita dilihat ada memuat naik status meminta netizen agar berhenti mengaitkan individu yang digelar ‘arwah’ itu dengan kehidupannya.", "Tambah Rita lagi, dia dan anak-anak sudah cukup bahagia serta kehidupan mereka tenang-tenang sahaja.", "“14 tahun dah, dah berbulu, dah berjanggut. Jadi tak payah la no. Nak bersua pun nantilah bersua di akhirat. Itu pun kalau dapat cari la. Kami dah cukup bahagia dan tenang sekarang” tulisnya." ]
https://www.rotikaya.com/tawaran-berlakon-kurang-ali-puteh-rancak-jual-baju-kanak-kanak-minyak-wangi-di-tiktok/
Tawaran Berlakon Kurang, Ali Puteh Rancak Jual Baju Kanak-Kanak & Minyak Wangi Di TikTok
[ "Pelawak Ali Puteh kini aktif dalam dunia perniaagan dengan menjual pakaian kanak-kanak serta minyak wangi di platform TikTok untuk menambah pendapatan.", "Memetik mStar Online, Ali berkata dia tidak sangka dengan sambutan diterima daripada pelanggan kerana dia hanya menjual secara siaran live di TikTok.", "Menurut Ali lagi, pelbagai barangan dijual olehnya namun dia memberi fokus dengan jualan pakaian kanak-kanak dan minyak wangi.", "“Alhamdulillah sambutan diterima sangat memberangsangkan sejak saya mula berniaga bulan puasa dan Alhamdulillah tiada sebarang masalah setakat ini.", "“Saya ambil pendekatan membuat jualan di laman sosial sebab saya ada anak kecil dan lebih mudah menggunakan laman sosial untuk berniaga.", "“Macam-macam saya jual sebenarnya cuma buat masa ini saya memfokuskan pakaian kanak-kanak dan minyak wangi,” katanya.", "Dalam pada itu, Ali berkata dia ada menerima tawaran berlakon namun kurang, Bagaimanapun, dia tetap bersyukur dapat ada rezeki dalam berniaga, Malah, Ali memberitahu dia kini sedang mencari lokasi sesuai untuk membuka kedai sendiri tidak lama lagi.", "“Tawaran berlakon ada cuma kurang tapi rezeki berniaga Alhamdulillah dapat sambutan. Insya Allah akan buka kedai atas permintaan pelanggan yang mahu membeli secara terus pakaian dan minyak wangi,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/coach-yin-makin-bahagia-kini-bergelar-bapa-anak-dua/
Coach Yin Makin Bahagia, Kini Bergelar Bapa Anak Dua
[ "Umum mengetahui, bekas kekasih usahawan kosmetik Sajat, iaitu Coach Yin telah pun mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Yeen Azmin pada tahun 2021.", "Lama tak dengar cerita mengenai jurulatih kecergasan itu, Coach Yin rupanya kini sudah bergelar bapa kepada dua cahaya mata.", "BACA: Bekas Kekasih Sajat, Coach Yin Selamat Nikah Dengan Wanita Pilihan Hati", "Menerusi satu perkongsian terbaru, Coach Yin ada memuat naik posting mendedahkan wajah serta nama anak keduanya iaitu Alaia.", "Bukan itu saja, menerusi perkongsian lain, penampilan Coach Yin juga dilihat berbeza jika dibandingkan semasa zaman bujangnya dimana dia dilihat lebih matang.", "Malah, badan Coach Yin juga yang sebelum ini sado dilihat semakin berisi dan netizen mengatakan dia serta isterinya nampak sangat bahagia.", "Terdahulu, Coach Yin menjadi perhatian ramai kerana pernah menjadi teman rapat dan juga kekasih usahawan kosmetik, Nur Sajat. Bagaimanapun, hubungan dikatakan mereka sudah pun berakhir sekitar Januari 2020." ]
https://www.rotikaya.com/dituduh-sengaja-gugurkan-kandungan-polis-shuhada-tak-bersalah/
Dituduh Sengaja Gugurkan Kandungan, Polis Sahkan Shuhada Tak Bersalah
[ "Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengesahkan dia tidak bersalah atas dakwaan bekas suaminya yang mendakwa dia sengaja menggugurkan kandungan anak ketiga mereka.", "Perkara itu dimaklumkan oleh Shuhada menerusi Instagram miliknya sebentar tadi mengenai tuduhan Hafidz terhadapnya dan pihak berkuasa telah pun selesai melakukan siasatan.", "BACA: “Saya Dah Ada Nama Pun Untuk Dia, Uwais” – Shuhada", "Menurut Shuhada dia lewat memberi kenyataan mengenai perkara itu kerana memberi laluan kepada pihak polis melakukan siasatan.", "Menerusi perkongsian itu, Shuhada berkata selepas dia memaklumkan kepada Hafidz mengenai kandungannya, pelakon itu tidak pernah bertanya khabar. Shuhada turut mendedahkan bekas suaminya itu sudah beberapa bulan tidak membayar nafkah anak-anak.", "Mengulas mengenai dakwaan Hafidz  tidak diberi peluang untuk berjumpa dengan anak-anak, Shuhada memberitahu bekas suaminya itu menghantar notis untuk berjumpa anak-anak ketika pejabat peguamnya sudah tutup kerana cuti raya.", "Dalam pada itu, Shuhada berkata dia mempunyai bukti dia mengalami keguguran dan ada laporan perubatan kesihatannya." ]
https://www.rotikaya.com/dai-syed-anggap-video-menari-dengan-isteri-tak-berlebihan/
Da’i Syed Anggap Video Menari Dengan Isteri Tak Berlebihan
[ "Pasangan selebriti Da’i Syed dan Hana Ismail tampil menjelaskan isu video menari bersama berikutan ada netizen kurang senang dengan perkongsian mereka itu.", "Memetik Xtra, Syed berkata perkongsian mereka itu tidak berlebih-lebihan dan dia hanya mahu mencipta kenangan bersama isteri.", "BACA: Terkinja-Kinja Menari, Netizen Tegur Tudung Isteri Da’i Syed Makin Singkat", "“Kita tidak ingat tentang hari sebab itu kita ingat tentang kenangan. Jadi saya banyak mencipta kenangan dengan isteri saya.", "“Kita mengetahui yang kenangan itu yang kami paparkan di media sosial di Instagram dan TikTok, saya yakin benda tu takdalah terlebih atau berlebih-lebihan,” katanya.", "Sementara itu, Syed berkata dia juga tidak pernah menggelarkan mereka sebagai pasangan ikon Islamik seperti diperkatakan netizen. Bagaimanapun, Syed dan Hana berkata mereka menerima segala teguran diberikan netizen secara terbuka.", "“Ada yang komen mengatakan Hana ni seorang ustazah itu dan ini, mungkin mereka belum mengenali dia. Hana ni sebenarnya nak jadi cikgu, bukan belajar di Mesir pun. Dia pun dalam proses penghijrahannya, jadi kami tidak meletakkan kami seorang yang ikon Islamik.", "“Bagi kami sendiri, itu tanggapan mereka. Kami memilih untuk berkongsi sebab kalau tak kongsi apa-apa momen nanti akan jadi fitnah juga. Orang akan fikir kami ada masalah rumah tangga.", "“Jadi segala tanggapan mereka terhadap kami itu terserah kepada mereka. Kami pun tak boleh nak minta semua orang sukakan kita. Masing-masing ada pilihan. Apa yang boleh dikatakan, berbaik sangkalah dengan orang.", "“Kami pun manusia biasa kemungkinan ada salah dan silap, kami terima teguran-teguran untuk perbaiki diri kami sendiri. Tapi kalau teguran itu sampai menghina, mencerca kami terkilan jugalah,” jelasnya.", "Sebelum ini, satu akaun TikTok menegur tindakan seorang pendakwah bebas memuat naik video menari bersama isteri tanpa rasa segan silu." ]
https://www.rotikaya.com/beego-linda-muhasabah-diri-jadi-macam-pasangan-baru-bercinta/
Beego & Linda Muhasabah Diri, Jadi Macam Pasangan Baru Bercinta
[ "Umum mengetahui, pasangan selebriti Linda Hashim dan Beego sudah kembali rujuk semula pada 9 April lalu dalam tempoh edah selepas bercerai pada 27 Mac yang lalu.", "Memetik mStar Online, Linda berkata hubungannya dengan suami kini seperti zaman mereka mula bercinta 10 tahun yang lalu.", "BACA: “Kami Dapat Selamatkan Rumah Tangga Kerana Berjaya Buang Ego Masing-Masing” – Linda", "Menurut Linda, apa yang berlaku membuat mereka bermuhasabah diri dan mendalami isi hati masing-masing serta menjadikan cinta mereka lebih utuh.", "“Selepas kejadian kami banyak muhasabah diri, duduk berbincang selain mengenali hati budi masing-masing. Ibarat bercinta semula. Cinta yang baru berbanding tempoh 10 tahun sebelum ini,” katanya.", "Isnin lalu, pasangan ini mengejutkan peminat apabila muncul di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak mereka.", "Terdahulu, Linda meluahkan rasa syukur rumah dia dan suami dapat menyelamatkan rumah tangga mereka dan jodoh masih panjang." ]
https://www.rotikaya.com/tak-beri-manfaat-ummah-pu-syed-bantah-konsert-coldplay/
Tak Beri Manfaat Kepada Ummah, PU Syed Bantah Konsert Coldplay
[ "Umum mengetahui, kumpulan rock popular Britain, Coldplay akan mengadakan konsert pada 22 November depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.", "Nampaknya, konsert tersebut turut mendapat perhatian  pendakwah bebas, PU Syed yang membantah penganjuran konsert tersebut.", "BACA: “Ramai Artis Jadi Suami Dayus, Isteri Nusyuz” – PU Syed", "Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Syed berkata konsert tersebut tidak bermanfaat kepada ummah dan budaya hedonisme atau hiburan dalam masyarakat perlu dihentikan.", "Perkongsian PU Syed itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang menyokong pendapatnya itu.", "Malah, ada yang membandingkan dengan isu yang hangat diperkatakan mengenai kesukaran golongan pendakwah yang tidak dibenarkan memberi ceramah atas alasan tiada tauliah.", "Bagaimanapun, ada yang tidak bersetuju dengan bantahan berkenaan kerana negara kita terdiri daripada berbilang kaum yang bebas untuk berhibur dan mahu melihat konsert berkenaan." ]
https://www.rotikaya.com/syafiq-kyle-banyak-tengok-ceramah-agama-persediaan-untuk-jadi-suami/
Syafiq Kyle Banyak Tengok Ceramah Agama Persediaan Untuk Jadi Suami
[ "Bakal bergelar suami tidak lama lagi, pelakon Syafiq Kyle berkata dia banyak mendengar ceramah agama sebagai persediaan untuk mendirikan rumah tangga.", "Memetik mStar Online, Syafiq berkata persiapan sudah pun selesai dan dia kini lebih fokus kepada kehidupan selepas berkahwin dengan bakal isterinya, Mimi Lana.", "“Saya banyak tengok ceramah-ceramah ustaz sebagai persiapan untuk bergelar suami. Segala persiapan telah selesai dan hanya menunggu akad nikah sahaja pada bulan lapan nanti,” katanya.", "Berkongsi mengenai kerjaya lakonannya, Syafiq berkata dia bakal bekerjasama dengan sebuah produksi di United (UK)", "Menurut Syafiq, projek drama bersiri adaptasi daripada novel penyiasatan mengisahkan inspektor yang datang ke beberapa negara untuk membuat siasatan dan akan menjalani penggambaran bulan Julai depan.", "“Judulnya masih lagi dirahsiakan. Siri ini diadaptasi daripada novel dan pelakon utama dari London, dia datang ke Malaysia kerana ada satu kes perlu diselesaikan. Watak saya sebagai Sarjan Syukur, skrip buat masa sekarang masih lagi rahsia,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/joe-flizzow-anggap-ajl-dah-tak-relevan/
Joe Flizzow Anggap AJL Dah Tak Relevan
[ "Penyanyi hip hop terkenal, Joe Flizzow merancang konsep pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) sejak dari tahun 80-an itu sudah tidak relevan untuk diteruskan penganjurannya dan hanya membuatkan industri muzik menjadi mundur.", "Memetik Utusan Online, Joe mendakwa AJL dicipta stesen televisyen bagi mengalahkan rating pertandingan nyanyian lain, Bintang RTM yang popular pada ketika itu.", "BACA: Tawar RM100,000 Pun Joe Flizzow Tak Akan Buat Lagu Untuk Founder Produk", "Menurutnya lagi, ketika dia memenangi AJL, dia juga tidak mengetahui mengapa lagunya boleh menang dan tidak memahami konsep pertandingan tersebut.", "“Analoginya seperti saya minta kamu pergi ke satu galeri. Saya minta kamu senaraikan rating lukisan mana yang paling bagus. Bagaimana kamu tentukan?", "“Mereka ada cara untuk mengadili lagu dan memilih pemenang yang saya sendiri tak tahu bagaimana. Walaupun ketika saya menang AJL, saya pun tak tahu mengapa saya menang.", "“Bagi kebanyakan orang, AJL adalah world cup tapi bagi saya ia hanyalah hari Ahad yang biasa. Saya tak pernah memahami konsep pertandingan nyanyian ini. Selepas 30 tahun, adakah ia masih relevan?” katanya.", "Penyanyi Satu Malam Di Temasik itu juga mempertikaikan kaedah pemarkahan dan kreadibiliti juri yang dilantik mengadili pertandingan tersebut.", "“AJL mengumpulkan banyak penyanyi dan para juri akan mengadili mereka. Sebenarnya, siapa kita untuk mengatakan penyanyi itu lebih baik daripada penyanyi yang lain?", "“Ada juri yang tidak pernah mempunyai satu pun lagu hit yang dihasilkan dalam hidup mereka. Siapa mereka untuk cakap seseorang artis itu lebih baik?” tambahnya.", "Kata Joe lagi, sudah masanya untuk industri muzik mempunyai satu anugerah yang benar-benar relevan dan tidak membuat industri semakin ke belakang.", "“Jika sesuatu pertandingan itu membunuh keseluruhan industri muzik, itu bukan cara yang baik untuk kita hasilkan muzik.", "“Kita memerlukan satu majlis anugerah seperti Grammy. Kita tak perlukan artis bertanding sesama sendiri dan tentukan kemenangan antara lagu nasyid dengan lagu rock.", "“Bagi saya majlis anugerah terbaik pernah saya hadiri ialah Shout! Awards. Kita ada persembahan daripada artis antarabangsa, Sean Kingston. Anugerah itu juga bersifat inklusif meraikan semua genre muzik dan kaum,” katanya.", "Dalam pada itu, Joe mengakui dia sudah tawar hati untuk bertanding di AJL serta mendedahkan pernah menolak pelawaan AJL mencalonkan lagu Alhamdulillah bersama Too Phat ketika itu.", "“Waktu itu mereka kata lagu Alhamdulillah adalah peluang sangat besar untuk menang AJL kerana ia lagu hit pada masa itu. Mereka minta untuk kami masuk bertanding AJL.", "“Sebenarnya saya sudah tidak mahu masuk bertanding untuk AJL yang lalu. Tapi pengurus saya kata, pasukan saya sudah berusaha keras untuk lagu Satu Malam Di Temasik. Jadi saya masuk sebab mereka,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/shuib-harap-netizen-berhenti-bandingkan-arwah-siti-sarah-dengan-tunang/
Shuib Harap Netizen Berhenti Bandingkan Arwah Siti Sarah Dengan Tunang
[ "Pelawak dan penyampai radio, Shuib berharap netizen tidak membandingkan antara arwah isterinya, Siti Sarah dengan tunangnya, Watie Hanifiah.", "Memetik Astro Gempak, Shuib berkata arwah isterinya itu berada di tempat istimewa dalam hidupnya.", "BACA: “Kalau Bukan Sebab Anak-Anak, Mungkin Saya Akan Terus Menduda” – Shuib", "“Sarah ada di tempat paling istimewa dalam hidup saya… Watie pun tahu perkara itu. Jadi, perbandingan itu tidak sepatutnya. Sebab kita kena terima realitinya", "“Dan tidak adil juga untuk dia (Watie). Pada saya, apa salah dia… dia nak ada dengan saya untuk anak-anak, untuk keluarga. Perbandingan itu menyakitkan orang juga,” katanya.", "Dalam pada itu, Shuib berkata segala keputusan yang dibuat adalah demi anak-anaknya.", "“Kalau orang nak kecam saya, kena berbalik kepada niat untuk berkahwin. Saya buat ini untuk anak-anak, kalau ikutkan saya lebih senang membujang sahaja.", "“Saya ada tanggungjawab yang cukup besar malah arwah juga mahu saya membesarkan anak-anak kami dengan baik,” katanya.", "Sabtu lalu, Shuib selamat mengikat tali pertunangan bersama usahawan Watie Hanifah di kediaman usahawan itu di Shah Alam.\n" ]
https://www.rotikaya.com/pakai-rantai-baju-tayang-bulu-dada-naufal-azrin-ditegur-netizen/
Pakai Rantai & Baju Tayang Bulu Dada, Naufal Azrin Ditegur Netizen
[ "Ahad lalu berlangsungnya Big Stage musim kelima yang menampilkan 13 peserta. Turut menjadi perhatian, Naufal Azri, bekas penyanyi nasyid kumpulan Zayne turut serta dalam pertandingan itu.", "Pada konsert minggu pertama, Naufal yang popular menerusi lagu Casablanca itu dilihat semakin berani tampil dengan sut berwarna merah serta memakai rantai.", "Malah, baju yang digayakan oleh penyanyi berusia 24 tahun itu menampakkan bahagian dadanya yang berbulu.", "Difahamkan, foto penyanyi itu dikongsikan oleh syarikat rakaman mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rindukan penampilan Naufal di awal kemunculannya dalam industri seni.", "Sementara itu, memetik mStar Online, Naufal berkata dia hanya sekadar mengikut konsep persembahan yang ditetapkan sahaja.", "“Apa yang saya pakai itu hanya untuk mencantikkan konsep persembahan pada malam itu. Pemilihan baju tersebut juga dilakukan dengan banyak pihak.", "“Gaya itu sekadar untuk pertandingan sahaja. Kalau diluar, saya bukanlah begitu dan orang mungkin akan tidak kenal kalau jumpa saya,” katanya.", "Jelas Naufal lagi, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan dalam perancangan soal konsep persembahan pada setiap minggu." ]
https://www.rotikaya.com/imej-macam-lelaki-kening-cantas-penampilan-cik-b-dikritik-netizen/
Imej Macam Lelaki & Kening Cantas, Penampilan Cik B Dikritik Netizen
[ "Lama tak dengar cerita tentang Cik B, baru-baru ini perkongsian anak kepada usahawan Datuk Seri Vida itu menjadi perhatian ramai.", "Menerusi entri itu, Cik B dilihat ada memuat naik fotonya imej seperti lelaki dan dapat dilihat keningnya dicantas sedikit.", "BACA: Rambut Pendek Macam Lelaki, ‘Guard’ Halang Cik B Masuk Tandas Perempuan", "Cik B dilihat mengayakan baju baseball berwarna kuning serta menyatakan warna tersebut jarang dipakai olehnya.", "Bagaimanapun, diruangan komen ada yang terkejut melihat penampilan Cik B itu yang dikatakan seperti lelaki serta menasihatkan agar gadis itu tampil lebih sopan dan feminin.", "Tidak kurang juga, ada yang mendoakan Cik B supaya diberi hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna." ]
https://www.rotikaya.com/janna-nick-dini-schatzmann-nikah-di-langkawi-10-jun/
Janna Nick, Dini Schatzmann Nikah Di Langkawi 10 Jun?
[ "Hangat diperkatakan apabila timbul desas-desus mengatakan pelakon Janna Nick didakwa bakal bernikah kekasih hatinya, Dini Schatzmann pada 10 Jun depan.", "Memetik Kosmo, pasangan itu difahamkan memilih sebuah resort mewah di Pantai Cenang Langkawi sebagai lokasi hari bersejarah mereka.", "BACA: Soalan Ikut Skrip, Janna Nick Kesal Dituduh Punca Fyna Jebat & Madu Bergaduh", "Malah, sumber menjelaskan pihak Janna telah hadir ke Pejabat Agama Daerah Langkawi bagi menghantar borang pernikahan.", "Bagaimanapun, majlis pernikahan di resort ekslusif tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.", "Sebelum ini, Janna mengejutkan ramai apabila seolah memberi bayangan cintanya bersama Dini telah musnah, malah aktres itu dikatakan membawa diri dengan bercuti di Eropah.", "Namun, Dini enggan mengulas lanjut berhubung spekulasi berkenaan serta pada Februari lalu, pelakon berdarah kacukan itu mengatakan mereka bakal membuat pengumuman mengenai perkara penting.", "Dakwaan itu sekali gus membuktikan pasangan itu belum bernikah di Selatan Thailand seperti yang didakwa segelintir pihak sebelum ini." ]
https://www.rotikaya.com/hospital-bahagia-sahkan-saya-tiada-masalah-kesihatan-mental/
“Hospital Bahagia Sahkan Saya Tiada Masalah Kesihatan Mental”
[ "Pelakon Hafidz Roshdi memaklumkan kesihatan mentalnya dalam keadaan baik dan telah disahkan oleh Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.", "Memetik BH Online, Hafidz berkata dia sudah pun menjalani pemeriksaan kesihatan mental sebelum Aidilfitri dan didapati tiada masalah.", "BACA: Kesihatan & Semangat Semakin Pulih, Hafidz Roshdi Sedia Kembali Bertugas", "“Alhamdulillah, saya sudah mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia sebelum Aidilfitri lalu dan keputusannya, tahap kesihatan mental saya dalam keadaan baik. Tiada apa-apa isu mengenainya selepas saya menjalani pemeriksaan satu kali sahaja,” katanya.", "Sementara itu, Hafidz yang dilihat susut berkata berat badannya juga turun 5 kilogram namun tiada masalah kesihatan.", "“Saya diet pada Ramadan lalu, jadi turun berat badan daripada 70 kg kepada 65 kg. Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya baik,” katanya.", "Dalam pada itu, Hafidz turut meminta agar diberikan peluang kerana dia mahu terus membina kerjaya dan dan kehidupan baru.", "“Saya tidak mahu lagi pandang ke belakang. Saya mohon anda semua memberikan peluang kepada saya. Pandang dan lihatlah saya sebagai anak, abang atau adik.", "“Saya mohon anda untuk memberi kata-kata yang dapat membantu saya dalam hidup dan maju ke hadapan. Saya harap, episod hitam dapat ditutup dalam lembaran sejarah.", "“Saya minta janganlah membuat pernyataan berbentuk fitnah kepada saya ataupun kata-kata cacian. Kerana itu bukanlah cara dapat membantu saya,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/kalau-bukan-sebab-anak-anak-mungkin-saya-akan-terus-menduda-shuib/
“Kalau Bukan Sebab Anak-Anak, Mungkin Saya Akan Terus Menduda” – Shuib
[ "Pelawak Shuib Sepahtu berkata keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Watie Hanifiah adalah demi anak-anak yang masih kecil serta memerlukan kasih sayang seorang ibu.", "Memetik Utusan Online, Shuib mengakui tugas bapa bukan mudah serta  perkahwinan itu dalah untuk anak-anak dan jika memilij untuk diri sendiri dia akan terus membujang sahaja. ", "BACA: Bapa Arwah Siti Sarah Dipuji Pinangkan Sendiri Watie Untuk Shuib", "“Saya tahu tugas bapa berat dan tanggungjawab itu tidak mudah. Anak-anak saya masih kecil. Perkara ini juga tidak mudah bagi saya.", "“Perkahwinan ini untuk anak-anak, saya memilih untuk mereka. Kalau saya pilih diri sendiri, saya akan terus menduda.", "“Saya ada tanggungjawab yang cukup besar sebab Allahyarham Siti Sarah mahu saya besarkan anak-anak dengan cara dan jalan paling baik. Saya perlukan seseorang bersama saya,” katanya.", "Dalam pada itu, Shuib berkata prsetujuan anak-anak adalah paling penting sebelum dia membuat keputusan mendirikan rumah tangga dengan Watie pada Jun ini.", "“Perkara seperti ini ada prosesnya. Walaupun anak-anak masih kecil tetapi saya tetap berbincang dan menjelaskan setiap keputusan. Apa-apa, saya tanya mereka dahulu.", "“Proses itu lama sampailah saya berani cakap mahu berkahwin. Walaupun saya tidak tahu sedalam mana pemahaman mereka, tetapi saya tetap akan bagitau.", "“Uwais adalah yang terakhir yang memberi persetujuan. Bila dia setuju, baru saya teruskan niat untuk berkahwin,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/diam-sebab-nak-kahwin-tunggu-saja-berita-baik-dsv/
“Diam Sebab Nak Kahwin? Tunggu Saja Berita Baik” – DSV
[ "Tiada angin tiada ribut, timbul desas desus usahawan sensasi, Datuk Seri Vida sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan.", "Memetik Utusan Online, Vida berkata buat masa ini dia tidak boleh berkongsi apa-apa berita kerana menghormati pihak lain serta meminta untuk menunggu saja berita baik daripadanya.", "BACA: Takut Mati Sebab Potong Usus, DSV Batalkan Di Saat Akhir", "“Kahwin? Tunggu sahaja berita baik saya. Memang kalau ikutkan, saya kurang kontroversi kebelakangan ini. Tetapi itu disebabkan kesibukan saya menguruskan beberapa hal peribadi. Bukan mahu menyorokkan berita baik, cuma nanti sahajalah. Bila tiba masa sesuai, saya akan kongsi,” katanya.", "Difahamkan desas desus itu timbul apabila video muzik rayanya tahun ini bertajuk Muah Muah Raya tidak mencetuskan sebarang kontroversi.", "Bagaimanapun, Vida berkata dia tidak mempromosikan lagu tersebut seperti sebelum ini kerana kekangan waktu dan sibuk.", "“Memang orang puji, ramai suka tetapi itulah, memang situ sahajalah lagu itu. Tidak seperti lagu-lagu sebelum ini. Pasrah juga bila keadaan itu berlaku. Rasa rugi bila tak dapat rangka promosi dengan baik. Nak buat macam mana, saya sibuk,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/ramai-tak-keruan-tengok-mierul-aiman-tayang-sixpack/
Ramai Tak Keruan Tengok Mierul Aiman Tayang Sixpack
[ "Tidak dinafikan drama Projek: High Council memberi impak luar biasa kepada barisan pelakon termasuklah pelakon Mierul Aiman apabila namanya menjadi bualan ramai selepas membintangi drama tersebut.", "Baru-baru ini, perkongsian pelakon itu menjadi perhatian apabila dilihat memuat naik video memaparkan tubuhnya yang tegap di Instagram.", "Difahamkan, gambar yang dikongsikan itu mengenai drama terbaharu yang bakal dibintanginya tak lama lagi.", "Diruangan komen, rata-rata peminat tidak keruan melihat badan pelakon itu yang menampakkan sixpack.", "Tidak kurang juga, ada yang meninggalkan komen lucah serta menitipkan nasihat mengenai aurat lelaki iaitu dari paras pusat ke lutut." ]
https://www.rotikaya.com/cinta-tak-payah-dicari-ia-muncul-dengan-sendiri-tepat-pada-masanya-cat-farish/
“Cinta Tak Payah Dicari, Ia Muncul Dengan Sendiri Tepat Pada Masanya…” – Cat Farish
[ "Selepas empat bulan bergelar duda, penyanyi Cat Farish mengakui sedang berkawan rapat dengan kakak kepada Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.", "Menerusi perkongsian di TikTok, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli dilihat tidak lokek berkongsikan videonya bersama Shikin.", "Bila perasaan fly muncul tanpa disedari. Bila kita dikejutkan dengan perasaan yang muncul tiba tiba dalam sekelip mata. Betul orang cakap cinta takyah nak cari,ianya muncul dgn sendiri tepat pada masanya tanpa kita sedari dan kita rancang. Semestinya #okayou Sememangnya #okayou #catinlove #babameetdadi #fyp #cekopis #psp #pitstopperut #shikinmaembong @Shikin maembong ", " ? Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind ", "Turut menjadi perhatian kapsyen ditulis oleh penyanyi itu mengatakan bahawa cinta tidak perlu dicari kerana ia akan muncul apabila tepat pada masanya.", "“Bila perasaan fly (terbang) muncul tanpa disedari. Bila kita dikejutkan dengan perasaan yang muncul tiba-tiba dalam sekelip mata.", "“Betul orang cakap cinta tak payah dicari, ianya muncul dengan sendiri tepat pada masanya tanpa kita sedari dan kita rancang,” tulisnya.", "Diruangan komen, Shikin dilihat ada meninggalkan komen sayang awak buat Cat Farish. Sementara itu, rata-rata netizen turut mendoakan agar dipermudahkan segala urusan buat pasangan itu. ", "Terdahulu, Cat berkata hatinya terbuka untuk mengenali Shikin selepas anak-anaknya selesa dengan kehadiran wanita tersebut." ]
https://www.rotikaya.com/pernah-dengar-tak-mekap-rawatan-estetik-fathia-latiff/
“Pernah Dengar Tak Mekap & Rawatan Estetik?” – Fathia Latiff
[ "Baru-baru ini, perubahan wajah pelakon Fathia Latiff menjadi bualan ramai apabila ada yang terkejut serta menegur wajahnya kelihatan berbeza.", "Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Fathia tampil memberikan respon bahawa dia gembira dengan penampilan terkininya.", "“Apa masalahnya kalau saya nampak berbeza? Pernah dengar tak solekan dan rawatan estetik? Saya gembira dengan rupa saya sekarang,” tulisnya.", "Terdahulu, ada netizen mengatakan wajah Fathia dilihat menakutkan dan kelihatan tua. Tidak kurang juga ada yang mendakwa pelakon itu mengubah ciptaan Tuhan. ", "Dalam pada itu,ada yang mengatakan pelakon itu hanya edit gambar sahaja atau pun menggunakan filter dan disebabkan itu dilihat berbeza." ]
https://www.rotikaya.com/12-tahun-ada-sosial-media-pertama-kali-watie-dedah-wajah-kekasih/
12 Tahun Ada Sosial Media, Pertama Kali Watie Dedah Wajah Kekasih
[ "Umum mengetahui, Sabtu lalu pelawak Shuib Sepahtu selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya, Watie Hanifiah yang hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak.", "Baru-baru ini, perkongsian Watie menjadi perhatian apabila memberitahu ini merupakan pertama kali mendedahkan wajah kekasihnya di sosial media miliknya.", "BACA: Bapa Arwah Siti Sarah Dipuji Pinangkan Sendiri Watie Untuk Shuib", "Malah, Watie berkata itu pertama kali doa berbuat demikian sepanjang 12 tahun dia mempunyai sosial media.", "“Janji tak crop dah, selama 12 tahun ada socmed, ini lah pertama kali kita reveal wajah kekasih hati. Bila dah jadi encik tunang ni, boleh expose sikitkan,” ujarnya di ruangan kapsyen berserta tanda pagar ‘roadtohalal’,” tulisnya.", "Dalam pada itu, Watie turut agar orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk mereka dan urusan menuju hari bahagia\ndipermudahkan.", "Difahamkan, Shuib dan Watie dijangka bakal melangsungka pernikahan pada 23 Jun depan." ]
https://www.rotikaya.com/kesihatan-semangat-semakin-pulih-hafidz-roshdi-sedia-kembali-bertugas/
Kesihatan & Semangat Semakin Pulih, Hafidz Roshdi Sedia Kembali Bertugas
[ "Pelakon Hafidz Roshdi memaklumkan tahap kesihatan dan semangat dirinya kini semakin pulih menerusi satu perkongsian di Instagram.", "Menurut Hafidz lagi, keadaannya semakin pulih selepas mendapat bimbingan, kepercayaan dan kasih sayang setiap ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan selebriti dan peminatnya.", "BACA: Pak Cik Hafidz Roshdi Dakwa Shuhada Guna Anak Untuk Marketing", "Tambahnya lagi, dia juga sedia kembali bertugas untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa kedua dua cahaya matanya.", "“Hafidz kini bersedia untuk kembali bertugas. Saya bersifat terbuka jika punca rezeki dari mana-mana industri demi untuk meneruskan tanggungjawab sebagai insan terutamanya sebagai Abah kepada kedua-dua anak kandung Hafidz iaitu Humairah dan Umar,” tulisnya.", "Hafidz juga berharap dapat menjalani hidup seperti sebelum ini dan isu peribadi yang terpalit dirinya diadili tanpa menjejaskan kerjanya.", "“Hafidz mendoakan dan berharap dapat menjalani hidup sebagai insan seperti sebelum ini dan seperti kalian disamping isu peribadi yang Hafidz percaya akan diadili tanpa menjejaskan mutu kerja dan komitmen kerja Hafidz. Hafidz ingin memohon maaf jika ada salah dan silap dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,” tulisnya." ]
https://www.rotikaya.com/muka-macam-budak-budak-mia-sara-terhad-dapat-job/
Muka Macam Budak-Budak, Mia Sara Terhad Dapat Job
[ "Pelakon remaja, Mia Sara akur tawaran lakonan diterimanya terhad kerana ketinggian dan wajahnya yang dilihat seperti kanak-kanak.", "Memetik Harian Metro, Mia berkata dia sudah penat untuk menjawab persoalan sama mengenai umur dan ketinggiannya namun sudah lali.", "“Sejujurnya, saya penat juga menjawab apabila orang bertanya mengapa saya tidak besar-besar namun saya sendiri tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu.", "“Saiz tubuh dan tinggi saya memang begini, jadi saya terima dengan hati terbuka. Jika diikutkan, pada usia ini saya sudah boleh membawa watak yang lebih dewasa, namun hendak buat apa lagi kan?", "“Jadi jika diajukan mengenai tawaran lakonan, memang tidak dinafikan agak terhad. Jika ada tawaran, pasti saya boleh buktikan peralihan usia itu,” katanya.", "Memiliki ketinggian 149 sentimeter, Mia berharap penerbit dan pengarah diluar sana dapat memberikan kepercayaan kepadanya untuk membawa pelbagai watak." ]
https://www.rotikaya.com/merangkak-nanti-disana-minta-maaf-aku-fiza-halim/
“Merangkak Nanti Disana Untuk Minta Maaf Kat Aku” – Fiza Halim
[ "Tiada angin tiada ribut, hangat diperkatakan dakwaan mengatakan pelakon Fiza Halim bercinta dengan suami kepada Noor Nabila, Engku Emran.", "Dakwaan itu timbul apabila tersebar foto memaparkan Engku Emran dengan dua orang remaja perempuan dikatakan anak kepada bekas anggota Elite itu.", "Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fiza dilihat memuat naik gambar anak-anaknya sekaligus menafikan dakwaan tersebut.", "Fiza turut mempersoalkan dimana persamaan anaknya dengan dua remaja bersama Engku Emran itu serta meminta orang ramai menghentikan menabur fitnah terhadapnya.", "“Tolong hentikan VIRAL & FITNAH korang ya!!! Aku tak nampak dimana serupanya muka anak aku dengan pihak yang korang kaitkan tu. Jauh beza sama sekali.. Dah macam-macam cerita aku dengar pasal aku korang dok kata dan tulis.", "“Pada mulut netizen yang mula buat cerita ni silalah merangkak nanti disana untuk datang mintak maaf kat aku,” tulisnya.", "Dalam pada itu, Fiza turut menyindir mereka yang menabur fitnah tanpa usul periksa dan akhirnya mereka yang mendapat malu.", "“Jangan pandai-pandai nak sebar fitnah dan aibkan orang..pikirlah sikit, orang ada family.. Banyak hati nak kena jaga. Sibuk sangat nak jaga tepi kain orang dan fitnah orang bercinta, tanpa usul periksa !! Last-last malu sendiri.", "“Best ke dapat kumpul semua dosa-dosa aku??? Tak pasal-pasal,semua pahala korang yang dok keji dan hina aku tu,aku dapat. Apa-apa pun terima kasih ya semua,” tulisnya." ]
https://www.rotikaya.com/enggan-panjangkan-isu-rumah-tangga-zulin-aziz-kunci-mulut-punca-pergaduhan/
Enggan Panjangkan Isu Rumah Tangga, Zulin Aziz Kunci Mulut Punca Pergaduhan
[ "Pelakon Zulin Aziz tidak mahu memanjangkan isu rumah tangga dengan suaminya, Farhan Norzaini serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk mereka.", "Memetik Harian Metro, Zulin memilih untuk mengunci mulut dan enggan mendedahkan secara terperinci punca pergaduhan.", "“Orang boleh membuat spekulasi tentang apa yang berlaku, tetapi hanya kami berdua saja tahu puncanya. Lagi kita bercakap, lagi banyak perkara tak baik keluar dari mulut orang,” katanya.", "Dalam pada itu, Zulin berkata adakalanya hal kecil boleh menjadi punca dan apa yang berlaku membuatkan dia dan suaminya menjadi lebih matang dalam hal rumah tangga.", "“Itu adat dalam rumah tangga, apatah lagi kami baru setahun dalam perkahwinan. Kadang-kadang perkara-perkara kecil pun boleh menjadi punca. Apa pun kami berdua berdoa semakin matang,” katanya.", "Terdahulu, perkongsian Zulin mengejutkan ramai apabila tiba-tiba memuat naik foto pernikahannya dengan suami di Instagram berserta kapsyen seakan memberi membayangkan mereka sudah berpisah." ]
https://www.rotikaya.com/rosland-nafi-abai-nafkah-isteri-pertama-beri-rm15000-hingga-rm20000-sebulan/
Rosland Nafi Abai Nafkah Isteri Pertama, Beri RM15,000 Hingga RM20,000 Sebulan
[ "Suami pelakon MieraLeyana iaitu Rosland Othman menafikan dakwaan serta memberitahu bahawa dia tidak pernah mengabaikan nafkah terhadap isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib dan anak-anaknya.", "Memetik Harian Metro, Rosland memberitahu mahkamah hari ini dia masih menjalankan tanggungjawab meskipun sedang melalui perbicaraan kes nusyuz.", "BACA: Bapa Berubah Sikap Lepas Kahwin Miera Liyana, Anak Tak Sanggup Tengok Ibu Derita", "Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik itu mendakwa memberi nafkah antara RM15,000 sehingga RM20,000 sebulan.", "“Sehingga semalam pesanan membeli barang dapur saya tunaikan. InsyaAllah semuanya lengkap seperti ansuran rumah, bil elektrik, perbelanjaan persekolahan dan kad kredit juga diberi, tapi masih keluarkan kenyataan saya tidak bertanggungjawab.", "“Saya boleh tunjukkan apa bayaran dia dapat, saya ada beri tunai tidak termasuk perbelanjaan sekolah dan kenderaan sekolah anak,” katanya.", "Menurutnya lagi, dia lebih suka menyimpan fakta tersebut di mahkamah meskipun wujud dakwaan mengatakan dirinya tidak bertanggungjawab.", "“Tapi masih mengatakan saya tidak bertanggungjawab dan tidak memberikan nafkah kepada anak-anak sedangkan saya masih beri walaupun saya tidak keluar kenyataan di media, saya suka simpan fakta ini di mahkamah.", "“Secara keseluruhan jumlah saya beri lebih RM15,000 hingga RM20,000. Walaupun dalam keadaan ekonomi meleset dan bisnes (perniagaan) tidak menentu, saya beri (nafkah) tapi masih ada tohmahan tidak berasas,” katanya.", "Sementara itu, Roslan sebagai plaintif memfailkan nusyuz terhadap isteri pertamanya selepas dikatakan keluar rumah tanpa keizinan pada 24 September 2021. Rosland memberitahu pulang awal ke rumah pada jam 6.30 petang hari kejadian, untuk membawa anak mereka keluar namun Adibah tiada di rumah.", "Dakwa Rosland lagi, dia sudah beberapa kali berpesan kepada Adibah supaya tidak keluar rumah sebelum dia sampai tetapi defendan ingkar menyebabkan dia menyekat nombor Adibah sehingga kini. Dalam pada itu, Rosland mengakui tidak lagi memberikan nafkah batin kerana mereka sudah tidak sefahaman.", "“Seperti saya katakan tadi, saya dan defendan sedang melalui kes nusyuz kerana dia tidak lagi mengendahkan kata-kata saya sebagai suami.", "“Selagi kes ini tidak selesai, sudah tentu daripada segi nafkah batin tidak dapat saya tunaikan. Saya dengan dia tidak ada persefahaman dan tidak ada persetujuan lagi bagaimana untuk teruskan, adalah agak sukar,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/saya-dah-ada-nama-pun-untuk-dia-uwais-shuhada/
“Saya Dah Ada Nama Pun Untuk Dia, Uwais” – Shuhada
[ "Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menafikan dakwaan mengatakan dia sengaja mengugurkan kandungan anak ketiganya.", "Memetik Oh Bulan, Shuhada berkata mustahil untuk dia melakukan sedemikian apatah lagi anak itu adalah zuriatnya sendiri.", "BACA: Hafidz Roshdi Lapor Polis, Dakwa Shuhada Minta Duit Nak Gugur Kandungan", "“Semua sudah sedia maklum, saya mengalami keguguran baru-baru ini. Walaupun ada yang mendakwa saya sengaja gugurkan kandungan namun itu tidak benar.", "“Mustahil untuk saya gugurkan kandungan saya sendiri. Anak itu dalam rahim saya dan kes tersebut dalam siasatan polis. Saya juga masih belum bagi laporan polis,” katanya.", "Dalam pada itu, Shuhada berkata dia sudah pun mempunyai nama anak syurganya itu serta meminta untuk mendoakan yang baik-baik buat dirinya.", "“Doakan saya yang baik-baik. Saya dah ada nama pun untuk dia, Uwais. Saya yakin anak saya tunggu saya di syurga,” katanya.", "Terdahulu, Hafidz Roshdi memaklumkan dia telah melaporkan kepada pihak polis selepas isterinya dilaporkan keguguran serta mendakwa Shuhada ada meminta kos untuk menggugurkan kandungan serta ada bukti mengenai perkara itu." ]
https://www.rotikaya.com/hafidz-roshdi-lapor-polis-dakwa-shuhada-minta-duit-nak-gugur-kandungan/
Hafidz Roshdi Lapor Polis, Dakwa Shuhada Minta Duit Nak Gugur Kandungan
[ "Pelakon Hafidz Roshdi memaklumkan dia telah melaporkan kepada pihak polis selepas isterinya, Nurul Shuhada dilaporkan keguguran.", "Memetik Harian Metro, Hafidz mengatakan dia sedih diatas keguguran anak ketiga mereka yang dimaklumkan oleh peguam pada 5 Mei 2023.", "Hafidz membuat laporan polis kerana mendakwa isterinya ada meminta kos untuk menggugurkan kandungan serta ada bukti mengenai perkara itu.", "“Terus terang saya kata, saya sangat sedih apabila pada 5 Mei lalu, saya menerima berita Shu keguguran anak ketiga kami.", "“Semuanya dalam siasatan pihak polis sebab saya dah buat laporan polis mengenai keguguran itu. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.", "Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat, Hafidz berkata dia pernah menerima mesej daripada Shuhada yang meminta izin untuk menggugurkan kandungannya.", "“Saya dapat tahu mengenai kehamilannya selepas dia mesej saya. Dalam kiriman WhatsApp, dia beritahu saya bahawa dia nak gugurkan kandungan. Jadi, saya buat laporan polis untuk perkara itu.", "“Alasannya, panjang. Tapi, salah satunya adalah, dia nak fokus kepada hidupan baharu. Lagi satu, katanya, ‘nak bela dua anak pun dah setengah mati, tambah pula kalau tiga’?.", "“Tapi, tahu-tahu sahaja, dia sudah keguguran. Bila dapat tahu dia keguguran, saya terpaksa membuat laporan polis untuk siasatan lanjut,” katanya.", "Dalam pada itu, Hafidz berkata dia sempat menghalang Shuhada daripada meneruskan hasrat untuk menggugurkan kandungan serta mengakwa isterinya itu meminta duit untuk melakukan perkara tersebut.", "“Dia ada meminta duit daripada saya untuk kos pengguguran. Saya tak tahu, sebab dia tak ada bukti resit atau hospital. Jadi, saya kena tahu mengenai itu.", "“Saya tak bersetuju untuk dia gugurkan kandungan. Saya dah halang dia dan dah cakap, jangan gugurkan. Jaga baik-baik (kandungan), sebab saya akan bertanggungjawab.", "“Saya halang melalui mesej di WhatsApp sewaktu dia mesej saya. Selepas berita keguguran itu, saya tak ada menghubunginya lagi,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/shuhada-alami-keguguran-di-usia-kandungan-14-minggu/
Shuhada Alami Keguguran Di Usia Kandungan 14 Minggu
[ "Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengesahkan dirinya mengalami keguguran ketika usia kandungannya 14 minggu.", "Memetik Astro Gempak, menerusi video dikongsikan di Hlive, Shuhada berkata punca keguguran mungkin disebabkan tekanan yang dihadapinya.", "“Shu nak khabarkan satu berita sedih, Shu mengalami keguguran baru-baru ini atas sebab satu, Allah dah takdirkan Shu tak dapat teruskan kandungan ini.", "“Kedua Shu memang tak dapat nak kawal stres, Shu dah tak makan Shu punya ubat antri depresi. Jadi salah satu sebab juga la kenapa Shu tak dapat teruskan kandungan Shu.", "“Shu alami keguguran ketika usia kandungan 14 minggu. Shu minta doa yang baik-baik untuk Shu dan anak-anak,” katanya.", "Dalam pada itu, Shu berkata dia memaklumkan perkara itu susulan ada dakwaan menuduhnya melakukan pengguguran secara haram.", "“Tujuan Shu beritahu berita sedih ini sebab tak nak perkara sama berulang. Sebab saya baru saja dapat berita dituduh sengaja melakukan keguguran secara haram.", "“Jadi untuk elakkan lagi fitnah, pendapat daripada ahli keluarga dan peguam, Shu sepakat untuk keluarkan khabar berita yang sedih ini,” katanya.", "Pada April lalu, Shuhada mendedahkan dia sedang hamil anak ketiga dan usia kandungannya sudah mencecah 10 minggu. Shuhada tindakannya berkongsikan mengenai berita kehamilan itu untuk mengelakkan fitnah." ]
https://www.rotikaya.com/farid-kamil-bahagia-ceria-mandi-manda-bersama-anak-anak/
Farid Kamil Bahagia & Ceria Mandi Manda Bersama Anak-Anak
[ "Pada 1 Syawal lalu, pelakon Farid Kamil dilihat ada memuat naik foto bersama anak sulungnya, Muhammad mengenakan baju Melayu lengkap berwarna putih.", "Bagaimanapun, tidak kelihatan kelibat isterinya, Diana Danielle dan anak perempuannya, Nur Aurora dalam gambar tersebut.", "Terbaru, Farid sempat meluangkan masa bersama dua anaknya di sebuah taman tema air terkemuka di sekitar ibu kota.", "Farid kelihatan begitu ceria bermandi manda bersama anak-anaknya yang juga ceria di samping bapa mereka. Dalam pada itu, Farid sempat berkongsi momen bersama anaknya sedang menari di dalam air.", "Sebelum ini, Farid didakwa tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Aurora selepas anaknya itu dikatakan mengalami trauma.", "Rumah tangga Farid dan Diana kini berdepan kemelut apabila aktres itu memfailkan perceraian pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.", "Farid dan Diana bakal menghadiri prosiding sulh kedua pada 25 Mei depan berikutan Diana tidak dapat hadir pada prosiding 11 April lalu." ]
https://www.rotikaya.com/kami-dapat-selamatkan-rumah-tangga-kerana-berjaya-buang-ego-masing-masing-linda/
“Kami Dapat Selamatkan Rumah Tangga Kerana Berjaya Buang Ego Masing-Masing” – Linda
[ "Pasangan selebriti, Beego dan Linda Hashim mengesahkan pernah bercerai pada 27 Mac lalu namun rujuk semula pada 9 April ketika masih dalam edah.", "Memetik Harian Metro, Linda meluahkan rasa syukur rumah dia dan suami dapat menyelamatkan rumah tangga mereka dan jodoh masih panjang.", "“Berkat bulan Ramadan dan jodoh kami masih panjang. Alhamdulillah, kami dapat menyelamatkan rumah tangga ini kerana berjaya buang ego masing-masing,” katanya.", "Menurut Linda, hal perceraian bukan perkara main-main dan tiada siapa yang berkahwin mahukan perceraian. Ujarnya lagi, dia banyak berdoa untuk selamatkan rumah tanggnya.", "“Saya pun tak nak main-main benda ini (cerai). Tak ada siapa pun nak inginkan perceraian. Saya pun tak tahu hati berbolak-balik. Sebelum bercerai, kita pun dah ada kata putus sendiri sebenarnya. Tapi, saya terus berdoa, solat hajat sebab nak terbaik untuk kita dan diri masing-masing.", "“Alhamdulillah, kuasa Allah pada bulan puasa pula dan doa memang mudah dimakbulkan. Lagi pula, setiap malam kita berdoa. Jadi, memang nampaklah ini semua jalan Allah, takdir Allah itu memang cantik.", "“Dia bolak-balikkan hati kami dan dapat berbaik semula pada bulan yang baik (Ramadan). Jadi, benda ini memang keajaibanlah. Benda ini (jodoh) memang kerja Allah,” katanya.", "Dalam pada itu, Linda berkata dia dan Beego mengambil pendekatan duduk berbincang berdua untuk memahami hati masing-masing serta membuang ego untuk perkahwinan mereka itu.", "“Saya mengetepikan semua orang di sekeliling dan menyelesaikan masalah secara kami berdua saja. Ia penting kerana, dalam hal membabitkan rumah tangga ini sebenarnya hanya kita suami dan isteri saja yang tahu.", "“Jadi, kalau nak buat keputusan itu biar antara kita berdua saja demi diri masing-masing, anak-anak dan keluarga. Alhamdulillah, anak-anak memang menjadi kekuatan kami. Insya-Allah, kami harap ikatan yang disambung ini berkekalan hingga ke akhir hayat.", "“Saya buang ego diri dan betul-betul bersihkan hati dengan bermuhasabah diri untuk perkahwinan ini. Saya dan Beego, berjanji akan memperbaiki kelemahan diri kami demi ikatan perhubungan ini dan anak-anak yang masih kecil,” katanya.", "Difahamkan, pagi tadi Linda dan Beego hadir bersama di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak mereka selepas rujuk semula." ]
https://www.rotikaya.com/mahkamah-perintah-yasin-dirujuk-ke-hospital-bahagia/
Mahkamah Perintah Yasin Dirujuk Ke Hospital Bahagia
[ "Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman diperintah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak untuk pemerhatian kesihatan mentalnya.", "Memetik Kosmo, Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Yasin mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.", "Difahamkan, mahkamah telah menetapkan tarikh 22 Jun depan bagi laporan psikiatri tersebut.", "Terdahulu, semasa prosiding peguam yang mewakili Yasin memaklumkan pihaknya mempunyai asas yang kuat agar kesihatan mental Yasin diperiksa oleh pakar psikiatri.", "Tambahnya, pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya itu.", "Selain itu, pihak pembelaan turut mengemukakan lima laporan perubatan mengesahkan sejarah kesihatan mental Yasin yang menghidap penyakit Bipolar Disorder Jenis 1 sejak 2007.", "“Laporan terkini yang dikeluarkan oleh University Malaya Specialist Centre (UMSC) mengesahkan keadaan mental dan kesihatan Yasin semakin merosot sehingga boleh membahayakan nyawa,” katanya.", "Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mohamad Amin memaklumkan pihak pendakwaan tiada bantahan terhadap permohonan tersebut.", "Terdahulu, Yasin gagal dalam permohonan representasi ketiganya untuk mengkaji tiga pertuduhan dadah yang dihadapi pada 15 Mac lalu.", "Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menolak permohonan yang dikemukakan Yasin berhubung ketiga-tiga pertuduhan tersebut.", "Yasin menghadapi tiga pertuduhan iaitu didakwa milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram, didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis dan didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’." ]
https://www.rotikaya.com/puteri-sarah-pula-fail-nusyuz-terhadap-syamsul/
Puteri Sarah Pula Fail Nusyuz Terhadap Syamsul
[ "Selepas suaminya memfailkan nusyuz, pelakon Puteri Sarah Liyana memfailkan tuntutan nusyuz terhadap pengarah terkenal, Syamsul Yusof.", "Memetik Astro Awani, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata tuntutan tersebut difailkan pada sebelah pagi sebelum prosiding bermula hari ini.", "“Kita sudah memfailkan tuntutan pembelaan nusyuz yang difailkan Syamsul dan pada masa sama pihak kita juga (Puteri Sarah) turut memfailkan tuntutan balas iaitu nusyuz terhadap Syamsul,” katanya.", "Menurut Akberdin, tuntutan nusyuz yang difailkan anak guamnya terhadap Syamsul antaranya adalah sikap tidak bertanggungjawab.", "Sebelum ini, Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terbabit dengan alasan isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.", "Pada prosiding hari ini, Syamsul dan Puteri Sarah tidak hadir dan hanya diwakili peguam syarie masing-masing." ]
https://www.rotikaya.com/bapa-arwah-siti-sarah-dipuji-pinangkan-sendiri-watie-untuk-shuib/
Bapa Arwah Siti Sarah Dipuji Pinangkan Sendiri Watie Untuk Shuib
[ "Sabtu lalu berlangsungnya majlis pertunangan Shuib Sepahtu dengan Watie Hanifiah secara tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam.", "Apa yang menjadi perhatian kehadiran bapa kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah bersama isterinya turut dipuji ramai.", "Kami sebagai wakil keluarga datang untuk merisik suri di hati @shuibsepahtu ? Alhamdulillah selesai majlis ini, yang dipinang sendiri oleh Abah @raissuddin_hamzah Terima kasih untuk doa-doa yang baik untuk kami semua ? #raissuddin #raissuddinfamily #fyp #shuibsepahtu ", "Menerusi satu video dikongsikan oleh isteri Raissuddin iaitu Siti Farimah Suberi atau lebih mesra disapa Makder, bapa kepada arwah Siti Sarah itu yang meminangkan Watie buat Shuib.", "Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada entizen yang mendoakan agar urusan pasangan itu untuk melayari bahtera rumah tangga dipermudahkan.", "Dalam pada itu, ramai yang memuji Raissuddin dan isterinya disifatkan mentua yang sangat baik. Malah, ada yang mengatakan itu bermakna bapa mertua Shuib itu merestui hubungan tersebut." ]
https://www.rotikaya.com/linda-beego-akui-bercerai-tapi-rujuk-semula/
Linda, Beego Akui Bercerai Tapi Rujuk Semula
[ "Pasangan selebriti, Beego dan Linda Hashim mengesahkan pernah bercerai pada 27 Mac lalu namun rujuk semula pada 9 April ketika masih dalam edah.", "Memetik Harian Metro, Linda berkata perceraian berlaku disebabkan tiada persefahaman selain kurang berkomunikasi dan bukan kerana orang ketiga.", "Sementara itu, Beego berkata apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka merupakan asam garam dalam perhubungan setiap rumah tangga dan bersyukur dapat menyelamatkan perkahwinan mereka.", "“Saya percaya, setiap pasangan yang berkahwin itu akan berhadapan ujian-ujiannya. Lima tahun awal (berkahwin) diuji dengan persefahaman dan untuk 10 tahun perkahwinan pula diuji perkara lain.", "“Apapun, saya bersyukur kami boleh berbaik semula dalam tempoh yang singkat dan dapat menyelamatkan rumah tangga ini semula demi perasaan kami dan anak-anak,” katanya.", "“Perceraian kami bukan disebabkan oleh penyondol (orang ketiga). Begitu juga, bukan kerana masalah kewangan sebagaimana dihadapi pasangan lain.", "“Macam yang saya katakan, kami memang berhadapan masalah persefahaman dalam komunikasi. Ia berpunca, mungkin kerana banyak perkara yang masing-masing pendam di dalam hati sebelum ini,” katanya.", "Dalam pada itu, Beego akui agak terkejut apabila masalah rumah tangga mereka diketahui pihak media kerana mereka tidak pernah berkongsi apa yang dihadapi di media sosial.", "“Saya terkejut kedatangan kami ke mahkamah pagi ini diketahui media. Ini kerana, saya berusaha menyembunyikan kisah rumah tangga kami kerana melihat ramai pasangan selebriti kini berhadapan masalah rumah tangga,” katanya.", "Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, Anggun Cassandra dan Indah Camelia." ]
https://www.rotikaya.com/pak-nil-dipilih-ikon-program-townhall-madani/
Pak Nil Dipilih Ikon Program ‘Townhall’ MADANI
[ "Pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil tidak menyangka dilantik sebagai ikon program Townhall MADANI dan Jelajah Ikon MADANI (IKON).", "Memetik BH Online, Pak Nil berkata agak terkejut kerana pada awalnya beliau hanya berkongsikan pengalaman serta kisah hidup sebagai inspirasi buat golongan muda.", "“Ini mengejutkan kerana kehadiran saya hanya untuk kongsi pengalaman sewaktu bergelar pelajar, tapi selepas ceramah, mereka (pelajar) menjadikan saya sebagai ikon. Saya diberitahu ada siri jelajah selepas ini untuk saya bersama dengan pelajar dan golongan muda.", "“Alhamdulillah, saya sangat berbesar hati dan sangat teruja bertemu anak-anak sebab pengalaman yang dikongsi tadi, hampir 90 peratus kalangan pelajar ini ada pengalaman yang hampir sama,” katanya.", "Beliau ditemui selepas majlis perasmian program berkenaan oleh Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusof dan disertai kira-kira 1,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sekitar Negeri Sembilan.", "Dalam pada itu, Pak Nil berkata beliau sememangnya berhasrat untuk memberikan motivasi bagi menaikkan semangat dan komitmen mahasiswa dalam usaha mencapai kejayaan. Pak Nil turut berkongsikan beliau bukan dari keluarga senang namun dengan pelajaran dapat keluar dari belenggu kemiskinan.", "“Saya mahu generasi muda menyelami konsep MADANI yang dilaksanakan kerajaan dengan sebaiknya kerana di dalamnya menekankan nilai-nilai murni dan sesuai diamalkan dalam kehidupan untuk mencapai kejayaan.", "“Saya mahu mereka (pelajar) memiliki adab dan tatasusila yang tinggi selain menghargai pergorbanan ibu bapa yang membesarkan kita. Saya bukan dari keluarga senang, tapi kita boleh bebaskan keluarga daripada dibelenggu kemiskinan dengan belajar bersungguh-sungguh,” katanya.", "Townhall MADANI merupakan program inisiatif J-KOM, Jabatan Perdana Menteri dan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dimana ianya berkonsepkan bual bicara menyasarkan pelajar baharu dan bakal graduan di IPT." ]
https://www.rotikaya.com/sharnaaz-rela-masuk-rumah-orang-tua-kalau-tiada-jodoh-dah-standby-tabung/
Sharnaaz Rela Masuk Rumah Orang Tua Kalau Tiada Jodoh, Dah Standby Tabung
[ "Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil menjelaskan kenyataan mahu memilih wanita biasa sebagai calon isteri dan bukan kalangan artis disalah anggap sesetengah pihak.", "Menerusi perkongsian di Insta Story, Sharnaaz berkata dia tidak pernah mencari pasangan sebaliknya menyerahkan segala urusan jodoh kepada Allah.", "Bagaimanapun, Sharnaaz tetap dengan pendirinya bahawa wanita yang bakal menjadi bakal isterinya bukan dalam kalangan artis.", "“Sebab posting aku nak cari pasangan bukan di kalangan artis, rata-rata salah anggap. Aku tak mencari, kalau Allah dah tentukan aku ini ada bini, aku terima. Jebat ada ibu baru yang pasti bukan pelakon!” katanya.", "Dalam pada itu, Sharnaaz berkata jika dia tidak bertemu jodoh, dia sudah menyediakan simpanan untuk tinggal di rumah orang tua.", "Sebelum ini, Sharnaaz mengakui sudah mempunya kekasih namun malu untuk bercerita mengenai soal peribadi secara terbuka. Katanya, usianya sudah meningkat serta bimbang sekiranya hubungan itu tidak berakhir dengan baik." ]
https://www.rotikaya.com/watie-sifatkan-pertunangan-dengan-shuib-sebagai-ketetapan-allah/
Watie Sifatkan Pertunangan Dengan Shuib Sebagai Ketetapan Allah
[ "Semalam pelawak Shuib Sepahtu mengejutkan ramai apabila selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hati, Watie Hanifiah.", "Menerusi satu perkongsian di Instagram, Watie berkata manusia tidak selalu memahami hikmah di sebalik sesuatu kejadian namun seseorang perlu belajar untuk mempercayainya.", "“Ketetapan Allah adalah sempurna dalam setiap perkara. Kita tidak selalu memahami hikmah disebaliknya tapi kita perlu belajar untuk mempercayinya,” tulisnya.", "Dalam entri tersebut, Watie turut memuat naik gambar memaparkan jari manisnya memakai cincin pertunangan. Diruangan komen, Shuib dilihat ada meninggalkan komen ‘Assalamualaikum tunang berserta emoji hati.", "Semalam, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan di kediaman usahawan itu di Shah Alam yang hanya dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak." ]
https://www.rotikaya.com/liyana-jasmay-dikritik-hitam-macam-orang-kampung/
Liyana Jasmay Dikritik Makin Hitam, Macam Orang Kampung
[ "Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay dikritik netizen kerana warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap jika dibandingkan dengan rakan artis lain.", "Netizen itu turut menyakan pelakon itu seperti orang kampung berbanding artis lain yang semakin putih dan cantik.", "Menerusi satu video, Liyana mengulas mengenai komen berkenaan dimana dia menerima kritikan diberikan oleh individu tersebut.", " ? Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282 ", "Menurutnya lagi, dia tidak mahu mengambil suntikan untuk memutihkan kulit kerana bimbang akan memberi kesan sampingan.", "“Warna kulit saya sebenarnya coklat kekuningan tetapi kalau awak rasa itu hitam, saya terima sahajalah. Sebab saya tak mahu kulit warna putih pun sebab saya takut kalay inject putih (suntikan pemutihan) itu ada kesan sampingan,” katanya.", "Dalam pada itu, Liyana berpendapat warna kulit tidak sepatutnya dijadikan syarat untuk individu itu bergelar seorang selebriti.", "“Tidak semestinya jadi artis perlu berkulit putih. Lainlah jika memang dilahirkan sudah sedia berkulit cerah. Kalau dilahirkan warna kulit orang Melayu, hendak buat macam mana. Mungkin hitam untuk awak tetap putih di hati suami saya,”jawabnya." ]
https://www.rotikaya.com/hattan-pernah-pergi-haji-gelaran-datuk-patut-kawal-cara-percakapan-saari-amri/
“Hattan Pernah Pergi Haji, Ada Gelaran Datuk, Patut Kawal Cara Percakapan” – Saari Amri
[ "Komposer dan penulis lirik, Saari Amri tidak setuju dengan tindakan Datuk Hattan ‘sekolahkan’ penyampai berita ketika siaran langsung baru-baru ini.", "Memetik mStar Online, komposer itu berkata penyanyi itu sepatutnya lebih menjaga percakapan apatah lagi mempunyai gelaran Datuk.", "“Cara dia cakap tu memang brutal.. dia pernah pergi haji, ada gelaran Datuk. Sepatutnya kawal sikit cara percakapan tu. Jangan fikir dia tu ‘star’, cakap ikut sedap mulut je,” katanya.", "Sementara itu, Saari berkata Hattan sememangnya mempunyai karakter tidak bertapis dan itu sememangnya cara penyanyi itu.", "“Saya sudah lama kenal Hattan dan tahu bagaimana karakternya… mulutnya memang ‘laser’ dan tidak bertapis. Pada saya, itu cara dia. Tapi kalau kita jenis berfikir dan matang, cakap tu sepatutnya sopan sikitlah,” katanya.", "Dalam pada itu, Saari menyifatkan Hattan tidak perlu membuat permohonan maaf kerana ia boleh mencalarkan imej serta reputasinya sebagai penyanyi senior.", "“Bagi saya dia tak perlu minta maaf sebab itu memang gaya dia, lagipun kalau dia buat permohonan maaf kejantanannya akan tercabar… jadi lebih baik diam sahaja. Secara peribadi dia (Hattan) memang seorang yang susah nak minta maaf,” katanya.", "Dalam pada itu, Saari berkata dia tidak berkecil hati apabila disangka sudah meninggal dunia oleh penyampai berita itu dalam temu bual berkenaan.", "“Apabila pembaca berita itu menyebut nama saya, terkejut juga tapi tak sangka masih ada orang ingat saya lagi. Tiada masalah atau terguris hati walaupun nama saya tersalah sebut oleh pembaca berita itu yang menganggap saya sudah tiada. Saya rasa bangga pula sebab sekurang-kurangnya ada yang mengenali Saari Amri,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/noh-salleh-dah-bertunang/
Noh Salleh Dah Bertunang
[ "Penyanyi Noh Salleh didakwa sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa hari ini", "Memetik Harian Metro, majlis diadakan di kediaman wanita pilihannya di Putra Heights Subang Jaya secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat.", "BACA: “Dosa Paling Dahsyat Saya Patahkan Hati Ibu Bapa Saya” – Noh Salleh ", "Difahamkan, Fatin Athira Mustapa merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.", "Sebelum ini, Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan berkahwin dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Namun, mereka bercerai awal Ogos tahun lalu." ]
https://www.rotikaya.com/shuib-watie-selamat-bertunang-nikah-23-jun-depan/
Shuib & Watie Selamat Bertunang, Nikah 23 Jun Depan
[ "Tahniah diucapkan buat pelawak Shuib yang selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah hari ini.", "Memetik Astro Gempak, majlis tersebut dihadiri ahli keluarga terdekat yang berlangsung di kediaman keluarga Watie di Shah Alam.", "Dalam majlis tersebut, pihak Watie menerima tiga dulang hantaran daripada Shuib berbalas lima dulang dairpada pihak perempuan. Pasangan itu dijangka bakal melangsungka pernikahan pada 23 Jun depan.", "Bulan lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.", "Terdahulu, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.", "Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19." ]
https://www.rotikaya.com/netizen-tegur-muka-fatiya-latiff-dah-lain/
Netizen Tegur Muka Fatiya Latiff Dah Lain
[ "Rasanya sudah lama tak dengar cerita tentang pelakon Fathia Latiff. Baru-baru ini, Fathia dilihat ada memuat naik foto berbaju kurung di Instagram miliknya.", "Namun, apa yang menjadi perhatian ramai apabila ramai yang menegur wajah pelakon itu didakwa kelihatan berbeza.", "Memetik Xtra, diruangan komen, ada netizen mengatakan wajah Fathia dilihat menakutkan dan kelihatan tua.", "Tidak kurang juga ada yang mendakwa pelakon itu mengubah ciptaan Tuhan. Dalam pada itu,ada yang mengatakan pelakon itu hanya edit gambar sahaja atau pun menggunakan filter dan disebabkan itu dilihat berbeza.", "Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati Fathia telah pun menutup ruangan komen perkongsian foto tersebut." ]
https://www.rotikaya.com/pelakon-wanita-ada-masalah-rumah-tangga-diam-diam-hadir-ke-mahkamah/
Pelakon Wanita Ada Masalah Rumah Tangga, Diam-Diam Hadir Ke Mahkamah?
[ "Umum mengetahui sejak bulan lalu hangat diperkatakan mengenai konflik rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana, Farid Kamil, Diana Danielle, Hafiz Roshdi dan Nurul Shuhada Mat Shukri.", "Terbaru, seorang pelakon wanita turut berdepan masalah samam dan secara diam-diam hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 18 April lalu bagi menyelesaikan masalah rumah tangga dengan suaminya yang juga seorang pelakon.", "Memetik Harian Metro, sumber berkata pelakon wanita itu hadir berseorangan ke mahkamah tanpa ditemani suaminya serta melalui proses sulh.", "“Kami sendiri terkejut apabila rumah tangga mereka bergolak sedangkan pada zahirnya nampak seperti pasangan bahagia.", "“Apa yang boleh dikatakan, pasangan ini turut berdepan masalah rumah tangga seperti selebriti lain. Ia ujian buat mereka.", "“Malah artis ini hadir ke proses sulh sama dengan pasangan Syamsul dan Puteri Sarah pada 18 April lalu,” katanya.", "Dalam pada itu, sumber memberitahu sebutan kes pasangan itu akan dibuat dalam masa terdekat, namun enggan menjelaskan lebih lanjut.", "Difahamkan, pelakon yang mencipta nama sejak zaman kanak-kanak ini berkahwin dengan pasangannya pada 2013. Pasangan itu dikurniakan beberapa orang cahaya mata." ]
https://www.rotikaya.com/dah-lali-dikecam-fiza-halim-hanya-jadi-diri-sendiri/
Dah Lali Dikecam, Fiza Halim Hanya Jadi Diri Sendiri
[ "Baru-baru ini, nama pelakon dan penyanyi Fiza Halim menjadi bualan ramai selepas dikatakan terlalu seksi apabila mengenakan pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badannya.", "Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fiza dilihat ada memuat naik gambar serta seolah menjawab mengenai kecaman dilemparkan terhadapnya.", "BACA: Dituduh Buat Projek Dalam Tandas Hotel, Ada Yang Dakwa Pernah Langgan Fiza Halim?", "Menurut Fiza, dia sudah lali dengan kecaman malah sudah banyak kali dirinya dikeji. Namun, Fiza berkata dia hanya menjadi diri sendiri dan tidak mahu hipokrit.", "“Lagi korang kutuk, semangat tu lagi sampai. Banyak sangat dah kena keji, kena kecam, dah jadi lali. Saya hanya menjadi diri sendiri.. Tak payah nak hipokrit,” tulisnya.", "Dalam pada itu, Fiza turut memberikan pesanan kepada netizen supaya berhenti mengikutinya di media sosial jika kurang senang dengan apa yang dikongsikannya.", "“Tak gitu? Yang suka dan minat saya, sila follow. Kalau tak suka sila tekan butang unfollow ya. Sekian terima kasih,” tulisnya." ]
https://www.rotikaya.com/ayu-raudhah-selamat-bersalin-anak-keenam/
Ayu Raudhah Selamat Bersalin Anak Keenam
[ "Tahniah diucapkan buat pelakon Ayu Raudhah yang selamat melahirkan cahaya mata keenam iaitu bayi lelaki di sebuah pusat perubatan pada jam 2.225 petang tadi.", "Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Zaquan Adha menerusi Insta Story miliknya.", "Zaquan yang juga ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya matanya itu serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan.", "Bagaimanapun, setakat ini Zaquan belum mendedahkan lagi wajah cahaya matanya itu kepada umum dan hanya berkongsikan momen isterinya dimasukkan ke hospital.", "Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 10, Muhammad Aisy Aryann, 9, Laura Zuleykha, 6,  Muhammad Aisy Khaliq, 4 dan Aisy Al Jibreel, 2. " ]
https://www.rotikaya.com/terpaksa-rahsiakan-penyakit-kerana-takut-hilang-job-pedihnya-fazley-yaakob/
“Terpaksa Rahsiakan Penyakit Kerana Takut Hilang Job, Pedihnya” – Fazley Yaakob
[ "Semalam industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon Allahyarham Ridzuan Hashim akibat serangan jantung.", "Lebih mengejutkan, bekas isteri kepada pelakon itu iaitu Didie Alias mendedahkan arwah sudah tiga tahun menghidap penyakit jantung namun merahsiakan kerana bimbang tiada tawaran berlakon.", "BACA: “Arwah Hidap Sakit Jantung Sejak 3 Tahun Lalu, Rahsiakan Takut Tiada Tawaran Kerja” – Didie", "Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi Datuk Fazley Yaakob berpendapat perkara itu tidak sepatutnya berlaku dalam industri hiburan tempatan.", "Fazley turut mempersoalkan segelintir pihak yang enggan menawarkan kerja kepada penggiat seni sehingga ada yang terpaksa merahsiakan penyakit kerana bimbang.", "“Terpaksa merahsiahkan penyakit kerana takut hilang kerja. Allahu, terlalu pedih ayat ini untuk ditelan.  Adakah pemberi rezeki kini telah menjadi jumud pemikiran mereka sehingga ramai sahabat-sahabat seindustri terpaksa buat-buat sihat agar terus mendapat rezeki yang halal?", "“Perkara ini perlu dihentikan! Tolong sahabat-sahabat semua, janganlah sampai pemergian mengejut sahabat-sahabat kita berlaku lagi atas alasan yang sama. Rahsiakan penyakit kerana risau tak dapat kerja,” tulisnya.", "Dalam pada itu, Fazley turut mempersoalkan jika ada pihak yang tidak akan menawarkan sebarang tawaran jika mengetahui seseorang selebriti itu mempunyai penyakit kerana bimbang akan menyusahkan banyak pihak.", "“Atau mungkin ada dalam kalangan mereka yang memberi kerja, secara rahsia mengeluarkan amaran, ‘kalau dia ada penyakit jangan diberi kerja, nanti menyusahkan semua orang,” tulisnya." ]
https://www.rotikaya.com/sharnaaz-ahmad-mahu-orang-biasa-sebagai-teman-wanita/
Sharnaaz Ahmad Mahu Orang Biasa Sebagai Teman Wanita
[ "Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dia tidak mahu lagi menjalin hubungan cinta dengan selebriti mahupun dikalangan artis.", "Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Sharnaaz dilihat ada memuat naik status mengatakan dia mahukan orang biasa sebagai teman wanitanya.", "“My next girlfriend will never be an artis, pelakon. Full stop. Biaq yang sedang sedang sudah. Salam Jumaat,” tulisnya.", "Turut menjadi perhatian, Sharnaaz menukar penggilan kekasih teman wanita kepada isteri agar lebih sedap di dengari.", "Terdahulu, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan  Noor Nabila pada 31 Mac 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden." ]
https://www.rotikaya.com/engku-emran-fiza-halim-bercinta/
Engku Emran, Fiza Halim Bercinta?
[ "Sejak Februari lalu hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran apabila didakwa menanti belah.", "Malah, sumber rapat pasangan itu berkata mereka sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses bercerai.", "Bagaimanapun, status rumah tangga pasangan itu masih menjadi tanda tanya apabila kedua mereka mengambil keputusan mengunci mulut.", "Terbaru, memetik BH Online, menerusi perkongsian di TikTok, Emran didakwa sedang menjalin hubungan bersama Fiza Halim selepas video tular memaparkannya bersama dua remaja yang didakwa anak kepada pelakon da penyanyi itu.", "Diruangan komen, ada netizen menggelar Engku Emran sebagai ‘Wedding Ring Collector’ dan lelaki yang mempunyai ciri ‘Red Flag’ kerana sering bertukar-tukar pasangan.", "Namun, ada netizen mengatakan remaja bersama Emran dalam foto tular itu adalah anak buahnya, Maja dan Aisa, bukannya anak Fiza seperti yang didakwa." ]
https://www.rotikaya.com/tauke-jambu-tak-setuju-hattan-digesa-buat-permohonan-maaf/
Tauke Jambu Tak Setuju Hattan Digesa Buat Permohonan Maaf  
[ "Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai kontroversi melibatkan penyanyi Datuk Hattan yang dikatakan ‘menyekolahkan’ pembaca berita ketika siaran langsung sehingga dikecam teruk oleh netizen.", "Malah, turut menjadi bualan apabila pihak pemberita turut memaklumkan sudah memberi briefing sebelum membuat temu bual.", "Perkara itu turut mendapat perhatian pelawak Tauke Jambu yang tidak bersetuju dengan tindakan Persatuan Wartawan yang menggesa Hattan untuk membuat permohonan maaf.", "Menerusi perkongsian di Insta Story, Tauke berkata jika situasi berlaku sebaliknya tiada pula wartawan yang memohon maaf jika tersilap membuat laporan mengenai artis.", "“Saya memang tak berapa setuju dengan cara Dato’ Hattan ‘mengkritik’ wartawan tersebut. Tetapi saya pun tak setuju kalau artis kena mohon maaf kalau buat silap.", "“Kalau wartawan buat silap, artis jadi kambing hitam? Apa cerita? Hidup kena adil, cerita buruk artis saja keluar. Apa masyakarat memang suka baca perihal keburukan dari kebaikan? Mana pergi banyak persatuan insan-insan seni?” katanya.", "Dalam pada itu, Tauke turut mengagumi dengan semangat persatuan wartawan yang bertindak pantas dalam mempertahankan ahlinya.", "“Tetapi artis mostly selfish! Kalau kena, lantak kaulah. Dari sekarang kena fikir geng, semua kena kerjasama. Mereka (wartawan) menulis adakalanya penyebab kepada keruntuhan rumah tangga seseorang, hilang punca rezeki dan macam-macam.", "“Kalau nak kenyang, biar sama-sama kenyang. Jangan awak kenyang, orang lain kebulur,” ujarnya.", "Sementara itu, Tauke berkata kemunculan awal penulisan media adalah untuk membela masyarakat daripada ditindas dan dizalimi, namun perkara itu tidak lagi berlaku lagi. " ]
https://www.rotikaya.com/tahu-ridzuan-hashim-kurang-sihat-yusof-haslam-tetap-bagi-peluang-berlakon/
Tahu Ridzuan Hashim Kurang Sihat, Yusof Haslam Tetap Bagi Peluang Berlakon
[ "Pengarah Datuk Yusof Haslam berkata pelukan diberikan oleh Allahyarham Ridzuan Hashim pada tahun lalu merupakan yang pertama dan terakhir buatnya.", "Menerusi temu bual bersama Hlive, Yusof berkata arwah sudah menunjukkan tanda tidak sihat ketika penggambaran drama berjudul Kuasa terbitan produksinya, Skop Production namun arwah tetap kuat bekerja.", " BACA: “Arwah Hidap Sakit Jantung Sejak 3 Tahun Lalu, Rahsiakan Takut Tiada Tawaran Kerja” – Didie", "“Soal kerja, soal disiplin, dia menepati masa, berdisiplin dan menepati masa. Dan penghabisan dia berlakon dalam syarikat Skop Production dalam drama bersiri Kuasa keluaran Astro Shaw.", "“Dia dah tunjuk dia tak sihat dah, saya cakap dengan dia ‘Wan, kau nak berlakon ni boleh ke? Nampak kau kurang sihat.", "“Dia cakap ‘No, I’m okay, I sihat Datuk. Dia peluk saya, kata dia okey sahaja. Sebelum ini dia tidak pernah peluk saya,”katanya.", "Menurut Yusof lagi, arwah mempunyai semangat juang yang tinggi sebagai anak seni dan sentiasa berusaha mencari rezeki.", "“Saya tahu semangat juang dia sangat kuat sebagai pelakon dan saya tahu dia pun nak mencari rezeki kan. Jadi, anak saya cakap ‘Abah, kita ganti orang lain. Saya cakap tidak, kita ambil dia sebab dia mengharapkan sangat dan semangat juangnya sangat kuat, teruskan,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/grand-senq-datum-jelatek-kini-dekat-disisi/
Grand senQ Datum Jelatek, Kini Dekat Disisi!
[ "senQ Digital Station merupakan salah sebuah jenama terbesar dalam jualan peralatan elektrik rumah, perkakas dapur dan gajet elektronik di Malaysia. Bagi memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada pelanggan, senQ Digital Station sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan yang berterusan selaras dengan citarasa pengguna.", "Baru-baru ini, senQ Digital Station telah melancarkan satu lagi pembukaan rasmi di salah sebuah cawangannya di Malaysia, iaitu Grand senQ Datum Jelatek—kini dekat dengan warga Kuala Lumpur!", "Pusat beli-belah terbaru di Kuala Lumpur, Datum Jelatek Mall adalah pusat beli-belah yang dinamik, terletak di bawah kediaman Datum Jelatek. Lokasinya strategik, bersebelahan dengan Stesen LRT Jelatek dan boleh diakses dari MRR2, serta berhampiran dengan Ampang. Grand senQ Datum Jelatek pastinya memudahkan warga Kuala Lumpur dan penduduk lain di Lembah Klang yang sedang mencari gajet atau perkakas elektrik dari jenama terkemuka.", "senQ di sini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada jenama berikut yang sentiasa memberi sokongan mereka untuk menjayakan pembukaan Grand senQ ini. Mereka termasuk Samsung, LG, Panasonic, Sharp, Sony, OPPO, HONOR, Philips, Haier, Toshiba, AEON Credit Service, dan AIG Insurance.", "Pembukaan rasmi tersebut telahpun selamat dijayakan, dengan tetamu jemputan dari dunia hiburan Malaysia, termasuk penyanyi dan pelakon terkenal Elizabeth Tan, personaliti hiburan Danny Ahboy, pelakon Jaja Iliyes, dan pelakon Razzuan Rosli.", "Selain dari itu, Grand senQ Datum Jelatek menawarkan lebih dari 100 jenama terkemuka yang menawarkan pelbagai produk seperti gajet digital dan perkakas elektrik. Dengan jumlah keluasan sehingga 19,162 kaki persegi, usaha yang dilakukan ini adalah untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih mudah dan selesa kepada para pelanggan. Grand senQ Datum Jelatek juga mempunyai rekaan “Shop-in-Shop” yang moden dan premium—pastinya menambat hati pembeli.", "“Peluasan Grand senQ adalah sejajar dengan salah satu tonggak Business Direction kami tahun ini, iaitu Customer Experience Elevation. Di Grand senQ, kami mengutamakan pengalaman membeli-belah dan sentuhan premium, yang sentiasa diperbaharui dengan maklum balas yang kami terima daripada pelanggan. Kami sentiasa mendahulukan pelanggan dalam segala yang kami lakukan,” kata Encik KC Lim, Presiden Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, salah seorang pengasas jenama senQ.", "Kepada yang ingin berkunjung ke Grand senQ Datum Jelatek hujung minggu ini dari 4 hingga 7 Mei 2023, gula-gula kapas percuma boleh dinikmati oleh kanak-kanak, manakala yang dewasa pula boleh mendapat kopi secara percuma. Untuk pelanggan yang baru membeli-belah di senQ, mereka boleh menikmati jaminan tambahan satu tahun atau jaminan gantian 1-to-1 selama 24 bulan atas pembelian mereka, hanya dengan RM9.90 sahaja.", "Ahli PlusOne yang sedia ada boleh menikmati Pulangan S-Coin sehingga 100% untuk produk eksklusif. Untuk produk yang lain, ahli PlusOne boleh memilih Diskaun Segera 50% daripada Pulangan S-Coin untuk produk tersebut, atau memilih untuk mendapatkan Pulangan S-Coin 100% untuk pembelian seterusnya. Ini selaras dengan strategi fokus pelanggan senQ, di mana senQ memberi pelanggan untuk memilih tawaran yang mereka suka.", "Dengan pembukaan Grand senQ Datum Jelatek, senQ telah pun membuktikan slogan katanya iaitu “Rasainya, Alaminya!” Kunjungi cawangan Grand senQ Datum Jelatek untuk rasai kelainannya dan mendapat tawaran yang hebat pada masa yang sama!", "Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi laman web http:///www.senq.com.my atau ikuti media sosial senQ di Facebook, Instagram, dan Twitter." ]
https://www.rotikaya.com/netizen-seram-tengok-tangan-che-ta-berurat/
Netizen Seram Tengok Tangan Che Ta Berurat
[ "Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan.", "Malah, ramai wanita diluar sana mengagumi kecantikan pelakon yang mesra disapa Che Ta itu serta dilihat nampak muda meskipun usia sudah mencecah 50 tahun.", "BACA: “Perempuan Kena Cari Duit Sendiri, Jangan Bergantung Harap Pada Lelaki” – Che Ta", "Nk tidur tiba2 nmpak gambar nie trus seram.. ka sy sahaja yg perasan#fyp? ", "Baru-baru ini, tular video di aplikasi TikTok memaparkan isteri kepada pelakon Zain Saidin itu menjadi bualan ramai netizen.", "Menerusi video itu, Che Ta dilihat mengenakan persalinan berwarna krim namun lain pula yang menjadi perhatian dan netizen turut menulis kapsyen mengatakan seram melihat tangan selebriti itu yang kelihatan berurat.", "Diruangan komen, rata-rata netizen mempertahankan pelakon itu mengatakan ianya bukti bahawa Che Ta seorang yang kuat bekerja.", "Terdahulu, Che Ta mengakui tangannya bukan berkedut sebaliknya mempunyai urat-urat timbul kerana dirinya tidak mempunyai banyak isi." ]
https://www.rotikaya.com/bapa-berubah-sikap-lepas-kahwin-miera-liyana-anak-tak-sanggup-ibu-derita/
Bapa Berubah Sikap Lepas Kahwin Miera Liyana, Anak Tak Sanggup Tengok Ibu Derita
[ "Anak tiri kepada pelakon Miera Liyana iaitu Nur Izzah Rosland berkata bapanya iaitu Rosland Othman mula berubah sikap selepas berkahwin dengan aktres itu pada Julai 2020.", "Memetik mStar Online, Izzah turut meluahkan rasa kesal atas segala permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga ibu bapanya dan sedih melihat ibunya menderita.", "BACA: Madu Miera Liyana Tetap Tak Nak Berpisah, Sedih 28 Tahun Kahwin Suami Fail Cerai", "“Kalau berpisah pun mungkin bagus untuk ibu saya kerana selama ini dia telah banyak menderita sedangkan ibu tidak bersalah.", "“Sebagai anak memanglah sedih dan kecewa. Kalau ada jalan penyelesaian itu bagus untuk mereka (ibu dan bapanya),” katanya.", "Difahamkan, Izzah turut hadir menemani ibunya Adibah Abdul Mutalib di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur semalam bagi proses lantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).", "Semasa sesi JKP itu, Rosland juga dilihat tidak bertegur dengan anaknya meskipun mempunyai peluang berbuat demikian. Malah, Rosland hanya berlalu pergi meninggalkan mahkamah tanpa memberi sebarang komen mengenai hal rumah tangganya itu.", "Sementara itu, Izzah berkata bapanya itu sudah banyak berubah malah mereka sudah lama tidak berhubung serta nombor telefonnya sudah disekat bapanya sejak Februari lalu.", "“Saya tak berhubung dengan ayah. Dia dah ‘block’ saya sejak Februari lalu. Kami anak-anak sentiasa memberi sokongan kepada ibu. Saya juga sentiasa ingatkan dia supaya menjaga kesihatan mental,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/arwah-hidap-sakit-jantung-sejak-3-tahun-lalu-rahsiakan-takut-tiada-tawaran-kerja-didie/
“Arwah Hidap Sakit Jantung Sejak 3 Tahun Lalu, Rahsiakan Takut Tiada Tawaran Kerja” – Didie
[ "Pelakon Didie Alias berkata mereka sekeluarga tahu mengenai sakit jantung dihadapi oleh bekas suaminya, Allahyarham Ridzuan Hashim.", "Memetik Harian Metro, Didie berkata dia pernah berbincang dengan anak-anak serta meminta untuk menemani bapa mereka kerana bimbang akan pelakon itu yang tinggal sendirian.", "“Kami semua dalam keluarga memang tahu bahawa arwah menghidap sakit jantung sejak tiga tahun lalu. Tapi, dia nak rahsiakan sebab takut tak dapat tawaran kerja.", "“Tiga tahun lalu, dia pernah diserang serangan jantung selepas bermain bola. Jadi, apabila dia sesak nafas, dia dibawa ke hospital dan sejak itulah kami tahu dia sakit jantung.", "“Dia tinggal bersendirian, jadi kami anak beranak berbincang untuk anak-anak menjaganya. Jadi, sejak tahun lalu, anak saya Muhammad Dhanial menjaganya di rumah dan menemaninya. Kami takut benda-benda tak diingini berlaku bila dia bersendirian,” katanya.", "Sementara itu, Didie berkata anak lelaki mereka Dhanial sedih kerana akan mendirikan rumah tangga 20 Mei ini tanpa kehadiran ayahnya.", "“Dhanial akan bernikah pada 20 Mei nanti. Jadi, itu yang membuatkan rasa terkilan dan sangat sedih. Ayahnya beritahu, dia akan ikut ke Tawau untuk majlis pernikahan.", "“Dhanial pun dah siapkan tiket penerbangan dan baju untuk ayahnya. Memang dia anak lelaki yang rapat dengan ayahnya. Memang ada rasa ralat sedikit sebab tak dapat raikan hari bahagia dengan ayahnya,” katanya.", "Dalam pada itu, Didie turut meluahkan rasa syukur mereka sekeluarga dapat berkumpul semula dan meraikan Aidilfitri bersama.", "“Selepas lebih 20 tahun, kami disatukan semula dalam keluarga. Walaupun dia bekas suami saya, tapi kami beraya bersama dan saya bawa dia balik ke kampung mentua saya. Kami dalam keluarga panggilnya ‘baby’ sebab kami menjaganya seperti anak kecil.", "“Dia memang sangat penyayang dengan anak-anaknya. Saya rasa gembira sangat kerana dua tiga tahun kebelakangan ini, kami dapat bersatu semula dan macam satu keluarga yang bahagia,” katanya.", "Terdahulu, Didie mendirikan rumah tangga dengan Ridzuan pada 1991 dan bercerai pada 2002. Pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata." ]
https://www.rotikaya.com/anak-anak-restu-hubungan-cat-farish-shikin-maembong/
Anak-Anak Restu Hubungan Cat Farish & Shikin Maembong
[ "Selepas empat bulan bergelar duda, penyanyi Cat Farish mengakui sedang berkawan rapat dengan kakak kepada Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.", "Memetik mStar Online, Cat berkata hubungan mereka terjalin sejak sebulan lalu ketika berniaga di sebuah festival jualan Aidilfitri pada Ramadan lalu.", "“Sekarang ini saya memang dengan dia (Shikin), kami sedang dalam proses kenalkan anak-anak kami. Hubungan kami pun baru lagi dalam sebulan macam itu.", "“Hubungan kami mula dengan perniagan, sama-sama ada minat berniaga. Kami kenal pun ketika buka gerai di Starvendor,” katanya.", "Menurut Cat lagi, hatinya terbuka untuk mengenali Shikin selepas anak-anaknya selesa dengan kehadiran wanita tersebut.", "“Memang masih dalam sesi kenal hati budi lagi, macam saya pun pada mulanya tidak mahu beriya mencari pengganti tapi apabila anak-anak serasi dengannya, mereka pula yang lebih lincah berkomunikasi dengan Shikin.", "“Memang agak terkejut dengan reaksi mereka apatah lagi anak sulung saya memang cukup susah nak rapat dengan orang. Betitik tolak daripada itu, kami mula berjumpa lagi dan dia juga ada tolong saya masa hari raya tempoh hari,” ujarnya.", "Sementara itu, Cat tidak menolak andai bertemu jodoh dengan Shikin apatah lagi usianya hampir mencecah 50 tahun.", "“Kalau ikutkan nak esok (kahwin), tapi kalau mengikut ramalan bulan dan bintang mungkin hujung tahun. Semuanya kenalah dengan cara yang betul.", "“Kami memang ada bercakap mengenai perkara ini tapi baru sekadar bercakap. Kalau boleh memang nak cepat sebab kami banyak berniaga bersama.", "“Tak manis juga kalau orang tengok kami asyik berdua sahaja. Umur masing-masing pun bukan 30-an, kalau dah berusia ini, bercinta sangat tak sesuai. Baik cepatkan perkara baik.", "“Takkan nak dukung anak kecil lagi bila usia dah cecah 50 tahun,”  katanya.", "Terdahulu, Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12 tahun.", "Cat kemudian berkahwin dengan Suriani Hassan pada 20 November 2020, namun berpisah pada Februari lalu tanpa dikurniakan zuriat." ]
https://www.rotikaya.com/johan-asari-bakal-nikah-usahawan-harumanis-miliki-phd/
Johan As’ari Bakal Nikah Usahawan Harumanis Miliki PhD
[ "Pelakon Johan As’ari berkata dia berharap dapat menamatkan zaman bujang tahun ini selepas lima tahun menjalin hubungan jarak jauh dengan wanita yang dikenali sebagai ‘N’.", "Memetik Harian Metro, Johan berkata kekasihnya yang juga usahawan Harumanis itu berkelulusan Doktor Falsafah dalam jurusan Sains Politik dari universiti di United Kingdom.", "Menurut Johan, dia sememangnya meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga tahun ini dan persiapan perkahwinan sudah siap hampir 90 peratus.", "“Alhamdulillah, dia wanita hebat dan amat berdikari. Saya bersyukur sekiranya Allah memakbulkan jodoh kami. Harapan saya, semoga apa yang dirancang sekarang menjadi kenyataan bila sampai masanya.", "“Kini, persiapan perkahwinan hampir 90 peratus siap. Pilihan hati pun sudah ada. Cuma, belum menetapkan sebarang tarikh saja. Masih tidak diputuskan lagi (tarikh) dan saya akan hebahkan kalau ia jadi nanti.", "“Apapun, perbincangan dengan orang-orang tertentu juga sudah dibuat. Yang nak taja baju (perkahwinan) kami pun dah ada. Jadi, kiranya memang sudah semakin nampak ke arah itu (berkahwin),” katanya.", "Johan berkata kekasihnya yang berusia 39 tahun itu seorang yang suka memberi semangat dan sokongan dengan apa yang dilakukannya.", "“Dia tak ajar saya dengan duit. Dia suka beri saya semangat, sokongan dan kekuatan untuk melakukan apa saja yang saya nak buat. Malah, ada masa juga yang saya tidak bersemangat seperti buat ‘live’ di TikTok, dia pasti galakkan saya dengan memberi semangat.", "“Ini termasuk penyertaan saya dalam pertandingan menyanyi pun dia sokong juga. Jadi, saya bertambah yakin diri dan bersemangat mencuba,” katanya" ]
https://www.rotikaya.com/kereta-rosak-selepas-isi-minyak-haqiem-rusli-isteri-nak-saman-stesen-minyak/
Kereta Rosak Selepas Isi Minyak, Haqiem Rusli & Isteri Nak Saman Stesen Minyak
[ "Isteri penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah stesen minyak selepas mendakwa tidak mahu bertanggungjawab atas kerosakan kereta miliknya.", "Memetik BH Online, Anis mendakwa pada 17 Mac lalu, kereta jenis Mercedes yang dinaiki bersama Haqiem tidak dapat bergerak selepas mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Kuala Berang, Terengganu.", "BACA: “Saya Dah Cuba Jadi Suami Sehabis Baik” – Haqiem Rusli", "Menurut Anis lagi, kejadian tersebut tidak pernah lagi dialami oleh mereka ketika mengisi minyak di mana-mana stesen lain.", "“Ketika itu, saya hanya isi minyak kereta seperti biasa sahaja, tetapi mungkin pihak stesen tidak memeriksa tangki yang menyalurkan minyak.", "“Kemudiannya, apabila kereta mula bergerak dalam 100 meter, tiba-tiba ia keluarkan tanda amaran mengenai kerosakan yang berlaku enjin. Kereta tiba-tiba tidak boleh bergerak di tengah lebuh raya.", "“Nasib baik ada orang sedang membaiki jalan dan kami mencelah di kawasan itu untuk parkir kereta buat sementara waktu.", "“Kami terpaksa tunggu kira-kira 4 jam sebelum trak tunda sampai untuk bawa kereta ke bengkel di Kuala Terengganu, Terengganu,” dakwanya.", "Anis mendakwa selepas kenderaannya diperiksa pihak bengkel memaklumkan dalam tangki minyak kereta mempunyai air yang dipercayai masuk ketika mengisi minyak di stesen berkenaan.", "Kata Anis lagi, kos membaiki kenderaan tersebut mencecah RM50,000 namun mendakwa pihak stesen minyak berkenaan tidak mahu memberi kerjasama serta tidak membalas mesej yang dihantar.", "“Pada 19 Mac lalu, pihak bengkel maklumkan kepada kami bahawa kereta mengandungi air yang banyak dalam tangki minyak dan anggaran kos membaikinya kira-kira RM50,000.", "“Sebelum ini, pihak stesen minyak ada maklumkan, mereka mahu memberikan kerjasama, tetapi akhirnya tiada sebarang maklum balas selama lebih sebulan. Perkara itulah yang membuatkan kami marah sebab kereta ini baru sahaja digunakan dua tahun,” katanya.", "Dalam pada itu, Anis berkata dia dan Haqiem sudah pun membuat laporan polis dan akan membawa kes tersebut ke mahkamah dalam masa terdekat.", "“Kami sudah buat laporan polis dan kes ini juga akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat. Cuma, sekarang kami masih perlu melantik peguam untuk membuat tuntutan kepada pihak stesen minyak berkenaan,” dakwanya." ]
https://www.rotikaya.com/ridzuan-hashim-meninggal-dunia/
Ridzuan Hashim Meninggal Dunia 
[ "Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.", "Memetik Astro Awani, berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri.", "“Bapa saudara saya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sekitar sejam lalu.  Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian,” katanya.", "Sementara itu, menerusi mStar Online, anak saudara Allahyarham iaitu pelakon Iman Zulkarnain memaklumkan Ridzuan tiba-tiba rebah ketika sedang bersarapan.", "Iman turut memaklumkan Ridzuwan menghidap masalah jantung dan angin ahmar. Difahamkan, pelakon itu dikatakan sudah lama tidak aktif dalam dunia lakonan akibat masalah kesihatannya.", "Menurutnya lagi, setakat ini belum dapat dipastikan punca kematian daripada pihak hospital dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor." ]
https://www.rotikaya.com/saya-makin-kenal-siapa-kawan-tikam-belakang-hattan/
“Saya Makin Kenal Siapa Kawan Suka Tikam Belakang”- Hattan
[ "Tidak mahu memburukkan lagi keadaan susulan insiden melibatkan dirinya dengan sebuah stesen televisyen terkemuka, penyanyi Datuk Hattan memilih untuk berdiam diri.", "Memetik Kosmo, Hattan berkata beliau mengenali sebenarnya siapa kawan dan siapa lawan selepas kontroversi yang berlaku pada dirinya.", "“Saya tak nak cakap dengan sesiapapun berhubung isu yang berlaku. Buat masa sekarang, begini sahajalah.  Nanti ada masa, saya jemput kawan-kawan rapat makan, jumpa bersama.", "“Apa yang berlaku tempoh hari buat saya kian kenal ramai rakan sebenarnya suka tikam belakang. Tapi tak mengapa,” katanya.", "Sementara itu, Hattan turut meluahkan rasa syukur kontroversi terpalit dirinya tidak mengganggu kerjaya seninya.", "“Kerjaya seni saya masih berjalan seperti biasa. Saya sibuk sekarang. Alhamdulillah. ‘Show’ macam ada walaupun isu yang berlaku,” katanya.", "Dalam pada itu, Hattan berkata kesihatan mentalnya dalam keadaan baik dan akan memberikan kenyataan apabila keadaan sudah reda.", "“Saya okey sahaja. Biarlah apa yang berlaku, berlalu. Bagi reda dahulu. Nanti dah okey sikit, saya akan bagi kenyataan dan bertemu dengan kenalan-kenalan rapat yang saya percayai,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/saya-anggap-itu-karma-dulu-dia-mengata-saya-macam-macam-kan-ifa-raziah/
“Saya Anggap Itu Karma, Dulu Dia Mengata Saya Macam-Macam Kan” – Ifa Raziah
[ "Penyanyi Ifa Raziah turut tidak melepaskan peluang untuk mengulas mengenai isu yang membabitkan penyanyi popular, Datuk Hattan susulan tindakannya ‘sekolahkan’ seorang pembaca berita baru-baru ini.", "Menerusi sesi live di TikTok, Ifa berkata pembaca berita tersebut tidak sepatutya dipersalahkan sepenuhnya kerana pihak produser adala pihak yang perlu bertanggungjawab.", "Menurut Ifa, dia pernah menjadi pengacara sebuah program selama lapan tahun dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.", "“Tidak boleh nak salahkan pembaca berita kerana soalan-soalan yang disediakan datangnya daripada produser. Semuanya akan dimaklumkan menerusi ear piece yang pembaca itu pakai di telinga mereka.", "“Saya cakap secara general memandangkan saya juga pernah menjadi pengacara untuk beberapa program selama lapan tahun.", "“Kadang-kadang sebagai manusia kita tidak lari daripada buat silap, terlepas pandang. Produser juga perlu melakukan research juga, jangan harapkan pengacara. Pengacara juga perlu alert dengan isu-isu semasa,” katanya.", "Dalam pada itu, Ifa turut menegur sikap Hattan yang menjawab dengan cara begitu apatah lagi penyanyi itu seorang yang berpengalaman dalam industri.", "“Mungkin waktu itu Datuk Hattan sedang bad mood, sebab kita tidak tahu apa situasi di rumahanya masa itu. Mungkin baru bangun tidur, sebab orang bangun tidur kan tengah mamai, baru lepas makan ubat ke.", "“Bagaimanapun, cara Datuk Hattan menjawab tidak boleh lah begitu, biarpun pembaca itu budak baru. Macam mana pun, keadaan Datuk Hattan mungkin juga sedang bersedih ketika itu.", "“Walaupun berpangkat Datuk dan orang hebat dalam industri tidak boleh lah macam itu kan, sebab mesti dah dimaklumkan akan disiarkan secara live di tv, kalau rekod boleh edit.  Saya sebagai orang yang melihat insiden itu, ada salah pada kedua-dua pihak,” katanya.", "Sementara itu, Ifa sempat berseloroh mengatakan apa yang berlaku ke atas Hattan ini adalah  karma buatnya.", "“Saya sebenarnya tak mahu ulas sangat isu pasal orang lain. Tapi saya anggap itu karma, dulu dia mengata saya macam-macam kan,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/bekas-suami-kahwin-dengan-dhabitah-elly-pesan-kunci-rumah-tangga-adalah-sabar/
Bekas Suami Kahwin Dengan Dhabitah, Elly Pesan Kunci Rumah Tangga Adalah Sabar
[ "Tahniah diucapkan buat pelakon Jiggy Masin yang selamat diijabkabulkan dengan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dengan sekali lafaz pada 29 April lalu.", "Masih lagi berkawan baik dengan bekas suaminya, pelakon Elly Arifin turut mengucapkan tahniah buat pelawak berkenaan atas perkahwinannya itu.", "Elly turut menitipkan doa agar pasangan itu segera dikurniakan cahaya mata serta mengingatkana bahawa kesabaran adalah kunci rumah tangga bahagia.", "“Tahniah @jiggymasin dan @dhabitah_sabri. Selamat pengantin baru kepada anda berdua. Selamat melayari bahtera perkahwinan dan cepat-cepat dapat baby yang comel okay.", "Sebelum ini, Jiggy memaklumkan dia dan Dhabitah tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan mereka tetapi memilih waktu yang sesuai untuk berkongsi berita gembira itu. Pasangan itu berkenalan sejak lebih setahun yang lalu ketika bertemu di sesi fotografi.", "Terdahulu, Jiggy Masin pernah mendirikan rumah tangga dengan Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun bercerai pada Januari 2020." ]
https://www.rotikaya.com/suhu-panas-melampau-ini-3-perkara-penting-anda-kena-ingat/
Suhu Panas Melampau, Ini 3 Perkara Penting Anda Kena Ingat
[ "Cuaca panas melampau di Malaysia bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, tetapi juga membawa risiko yang serius kepada kesihatan, alam sekitar, dan infrastruktur. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan tiga bahaya utama yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia akibat cuaca panas melampau.", "Suhu yang meningkat secara drastik boleh membawa ancaman serius kepada kehidupan dan kesihatan manusia. Cuaca panas melampau menyebabkan tekanan terhadap sistem kardiovaskular dan respiratori. Orang yang paling terdedah kepada risiko ini termasuk golongan kanak-kanak, warga emas, individu dengan penyakit kronik, dan mereka yang bekerja secara outdoor. ", "Antara akibat yang paling merbahaya daripada cuaca panas melampau ialah kejadian kepanasan, termasuk kepanasan teruk dan heat stroke. Keadaan ini boleh mengakibatkan dehidrasi, kejang, kelesuan, dan dalam kes yang teruk, boleh menyebabkan koma atau kematian. Oleh itu, penting untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti minum air yang mencukupi, memakai pakaian yang longgar dan sejuk, dan menghindari pendedahan berpanjangan kepada matahari.", "Seeloknya apabila keadaan cuaca yang sangat membimbangkan ini, lebih baik kita mengehadkan aktiviti di luar. Ini kerana suhu berbahang ini bukanlah satu perkara yang boleh dibuat ujikaji.", "Ambil masa seketika untuk berehat di rumah atau pun jika teringin aktiviti lasak, boleh cuba beberapa aktiviti lasak yang diadakan secara indoor. Ini adalah lebih terjamin malah suhu juga kebiasaannya adalah terkawal.", "Sebut bab tidur, ini adalah perkara penting dalam kehidupan. Tidak cukup tidur kerana dek bahang panas mampu membuatkan mood kita tidak tentu arah sekaligus mengganggu kelancaran aktiviti seharian.", "Sebab itulah Rozel muncul dengan tilam yang mempunyai ciri penyejukan dan mampu menyerap haba daripada badan anda dan menghalang peluh atau suhu badan yang tinggi. ", "Selain memberi keselesaan, tilam yang diperbuat daripada sutera ais ini juga sesuai untuk kulit sensitif selain menawarkan permukaan yang breathable, anti statik dan juga anti-ultraviolet. ", "Sekarang ini pun tengah ada promosi dari Rozel. Harga tilam Spinal care bersaiz queen bermula dari RM1,990 sahaja. Mesti anda ingat harganya setinggi langit, kan?", "Tak cukup dengan harga yang sangat mampu milik, Rozel pun ada menyediakan kemudahan bayaran secara ansuran dengan 0% faedah sehingga 24 bulan.", "Rasai sendiri pengalaman masuk showroom secara virtual di sini, atau terus klik di sini untuk melihat sendiri pelbagai lagi pilihan tilam yang ada. ", "Untuk info lanjut anda boleh lawati Rozel di Facebook dan Instagram." ]
https://www.rotikaya.com/peminat-fanatik-ugut-bunuh-diri-jika-tak-jadi-isteri-kedua-aiman-tino/
Peminat Fanatik Ugut Bunuh Diri Jika Tak Jadi Isteri Kedua Aiman Tino
[ "Belum cukup seminggu Aiman Tino mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, ibu kepada penyanyi itu membuat laporan polis selepas seorang peminat anaknya mengugut bunuh diri.", "Menerusi perkongsian di Instagram, Hazelina Mat Jalil turut meminta pihak yang mengenali individu berkenaan supaya memberikan nasihat selepas diganggu oleh wanita tersebut.", "“Sesiapa boleh cari budak ni tak, tolong nasihatkan dia, dah melampau sangat ni, saya boleh buat report polis tapi masih berfikir panjang lagi. ", "“Bukan di sini sahaja dia mesej bukan-bukan, Farah Hezel juga diganggu walaupun block beberapa kali pun dia tetap buat acc baru,” tulisnya.", "Hazelina turut meluahkan rasa seram apabila wanita tersebut meluahkan hasrat untuk menjadi isteri kedua Aiman. ", "Ibu kepada Aiman itu juga turut memuat naik perbualan dengan wanita dikenali sebagai Syakila yang dikatakan berasal dari Kelantan.", "Dalam perkongsian lain, Hazelina turut berkongsikan bahawa dia sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kubu Bharu hari ini." ]
https://www.rotikaya.com/madu-miera-liyana-tetap-tak-nak-berpisah-sedih-28-tahun-kahwin-suami-fail-cerai/
Madu Miera Liyana Tetap Tak Nak Berpisah, Sedih 28 Tahun Kahwin Suami Fail Cerai
[ "Madu kepada pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib tetap tidak mahu bercerai dan mahu mempertahankan perkahwinannya bersama Rosland Othman yang dibina sejak 28 tahun lalu.", "Memetik mStar Online, Adibah berkata dia yakin berada di pihak yang benar serta meminta suaminya itu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.", "BACA: Madu Miera Leyana Tetap Tak Nak Bercerai, Mahkamah Arah Lantik JKP", "“Saya yakin saya tidak bersalah. Jadi sebab itu saya tidak mahu bercerai. Talak memang terletak di tangan suami, tapi saya harap rumah tangga ini dapat diselamatkan. Kita tengok sahaja apa yang akan berlaku nanti,” katanya.", "Difahamkan, Adibah dan Rosland hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini bagi urusan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) urusan rumah tangga mereka.", "Adibah hadir bersama peguam syarie, Mohd Junid Ramli dan melantik abang sulungnya iaitu Azman Abdul Mutalib sebagai wakil JKP.", "Dalam pada itu, Adibah mendedahkan suaminya itu juga sudah lama tidak pulang ke rumah sejak berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.", "Kata Adibah lagi, tiada perbincangan antara mereka untuk selesaikan masalah rumah tangga sehingga ianya dibawa ke mahkamah serta sedih perkahwinan mereka jadi begini selepas 28 tahun bersama.", "“Saya pun tidak tahu dia memfailkan cerai. Memang sedih selepas 28 tahun berkahwin akhirnya jadi begini. Saya harap dia akan dapat jalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak. Namun antara kami berdua tidak pernah berhubung,” katanya.", "Sementara itu, Adibah berkata anak keempat mereka diambil oleh Rosland tanpa pengetuannya dan kini tinggal bersama suami.", "“Dia ambil anak dari sekolah pada Februari lalu dan sejak itu, anak kami terus tinggal bersama dia. Dia masih berstatus suami saya jadi saya tidak ada masalah untuk dia menjaga anak. Cuma saya harap dia akan terus jalankan tanggungjawab,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/video-watie-tunggang-kuda-tepi-pantai-jadi-perhatian-netizen/
Video Watie Tunggang Kuda Di Tepi Pantai Jadi Perhatian Netizen
[ "Umum mengetahui, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah pada Jun depan.", "Baru-baru ini, perkongsian Watie yang memuat naik video diaplikasi TikTok menjadi perhatian ramai apabila dilihat melakukan aktiviti menaiki kuda di tepi pantai.", "BACA: “Nampak Semua Aset” – Netizen Tegur Baju Watie Ketat Sangat", " ? DJ Kuda Yang Mana Kuda Yang Mana Tuan Senangi – Pantun Janda – Kurenai Music ", "Apa yang menjadi bualan, apabila ada netizen mendakwa gerak badan Watie ketika menunggang kuda tersebut dianggap ‘over’ sedangkan kuda tersebut berjalan perlahan sahaja.", "Biarpun ramai yang meninggalkan komen negatif, namun ada yang memuji kecantikan Watie serta mendoakan agar urusan perkahwinannya bersama Shuib dipermudahkan." ]
https://www.rotikaya.com/yusof-haslam-nafi-beraya-dengan-ira-kazar/
Yusof Haslam Nafi Beraya Dengan Ira Kazar
[ "Penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam menafikan dakwaan yang tular mengatakan isteri kedua anaknya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar beraya di rumah, baru-baru ini.", "Memetik Kosmo, Yusof berkata beliau tidak terkejut dengan spekulasi berkenaan serta mengatakan mereka sekeluarga bersama besan iaitu ibu dan bapa Puteri Sarah Liyana bercuti di Pulang Pinang sejak raya kedua.", "BACA: Yusof Haslam Reda, Syamsul Pernah Tiga Tahun Tak Balik Raya", "“Sebenarnya saya tak terkejut pun berita palsu begini ‘dinaikkan’ segelintir pihak yang saya sendiri pun tidak tahu faedah apa mereka dapat dengan menipu.", "“Pada 2 Syawal kami sudah ‘terbang’ ke Pulau Pinang selama dia hari bersama, anak menantu termasuk Sarah, ibu bapanya serta cucu-cucu,” katanya.", "Dalam pada itu, Yusof berkata mereka beraya bersama menantunya pada 1 Syawal  dan pelik bagaimana khabar angin itu timbul.", "“Sebelum itu menantu kami beraya dengan kami pada pagi 1 Syawal, sebelum menyambut Aidilfitri ini dengan keluarganya di Shah Alam, pada sebelah petang.", "“Cuma pelik macam mana boleh timbul cerita wanita itu datang beraya kerana sepanjang ketiadaan kami ada abang sulung saya tolong tengokkan rumah.", "“Kalau ada yang singgah pun cuma sekumpulan kanak-kanak yang mungkin tinggal di sekitar, jadi memang tak betul dia ke rumah kami,” katanya.", "Sementara itu, Yusof berkata dia dan isteri enggan lagi berharap untuk Syamsul pulang ke rumah meraikan Syawal bersama mereka, namun pintu rumah sentiasa terbuka untuk anaknya itu.", "“Sebelum ini ibunya ada tertunggu-tunggu Syamsul balik, iyalah hati emak mana yang tak teringat walau anak-anak sudah dewasa dan punya keluarga sendiri.", "“Sekarang isteri saya itu dah tak mahu berharap lagi, dan minta saya pun jangan tertunggu-tunggu. Mungkin kerana tak ingin rasa kecewa. Apa pun macam yang selalu saya cakap, pintu rumah sentiasa terbuka untuknya,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/curang-adalah-pilihan-kesetiaan-ialah-tanggungjawab-farid-kamil/
“Curang Adalah Pilihan, Kesetiaan Ialah Tanggungjawab” – Farid Kamil
[ "Perkongsian pelakon Farid Kamil menjadi perhatian ramai apabila memuat naik petikan mengenai kecurangan dalam Insta Story miliknya pada Ahad lalu.", "Menerusi perkongsian yang dimuat naik itu, petikan itu menulis curang adalah jalan yang dipilih oleh seorang individu dan bukan perbuatan yang tidak disengajakan.", "“Selalu ingat, curang adalah satu pilihan bukannya kesalahan Manakala, kesetiaan ialah tanggungjawab dan bukan pilihan,” tulis petikan itu.", "Bagaimanapun, Farid tidak memberi bayangan petikan itu ditujukan kepada mana-mana pihak.", "Sebelum ini, isterinya Diana Danielle dilihat seolah memberi bayangan di Insta Story bahawa Farid tidak mengenal dirinya susulan dakwaan curang yang dilemparkan oleh suaminya itu.", "Diana berkata rasa cintanya juga sudah pudar dan tidak lagi boleh menanggung kesakitan dan membiarkan dirinya terus dilukai." ]
https://www.rotikaya.com/aiman-tino-tak-mahu-terlalu-tegas-terhadap-isteri/
Aiman Tino Tak Mahu Terlalu Tegas Terhadap Isteri
[ "Bergelar suami kepada Che Syarah Haifa pada Jumaat lalu, penyanyi Aiman Tino berkata dia enggan menjadi terlalu tegas terhadap isterinya.", "Memetik Kosmo, Aiman berkata dia memilih pendekatan diplomasi berbanding memaksa serta akan cuba mengubah isterinya secara perlahan.", "“Untuk rumah tangga pasangan muda seperti kami, rasanya tidak boleh menjadi terlalu formal. Saya bukan jenis lelaki yang mahukan isteri ikut segala arahan saya.", "“Saya hormat sikap dan akan cuba ubah dia perlahan-lahan bukannya terus memaksa. Pendekatan diplomasi penting. Mungkin lima tahun dari sekarang dia boleh mula pakai tudung,” katanya.", "Menurut Aiman, dia dan isteri juga tidak terlepas dugaan apabila ingin mendirikan rumah tangga dan dia turut melakukan solat istikharah meminta petunjuk daripada Allah.", "“Apabila sebut sahaja mahu berkahwin, pasti akan ada dugaan atau perkara yang tidak terjangka. Keluarga kami sangat okey cuma tiba-tiba disebabkan mulut-mulut daripada ahli keluarga lain menyebabkan berlaku sedikit kucar-kacir.", "“Itulah dugaan yang kami harus tempuhi. Mungkin juga kerana ‘syaitan’ nampak usaha kami ke arah kebaikan membina masjid dan urusan kami diberikan sedikit kesulitan.", "“Saya percaya pilihan saya tepat dan disenangi ramai. Saya yakin dia sememangnya jodoh saya. Saya anggap dugaan sebagai cara Allah mahu tunjukkan dia jodoh saya.", "“Saya buat istikharah, jaga solat dan lapangkan dada. Jadi, semua masalah yang ada pun dipermudahkan,” ujarnya.", "Terdahulu, Aiman Tino sah bergelar suami kepada Syarah Haifa dengan sekali lafaz pada 27 April lalu i di dewan Astana, Shah Alam." ]
https://www.rotikaya.com/mael-tiada-galang-ganti-letak-mana-mana-vokalis-gantikan-tempatnya-tak-akan-sama-m-nasir/
“Mael Tiada Galang Ganti, Letak Mana-Mana Vokalis Gantikan Tempatnya Tak Akan Sama” – M. Nasir
[ "Jumaat lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian legenda rock yang juga vokalis kumpulan XPDC, Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael XPDC.", "Pemergian allahyarham bukan saja dirasai oleh peminat, malah rakan artis termasuk penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M. Nasir yang menyifatkan pemergian Mael merupakan satu kehilangan besar.", "BACA: Dato’ M.Nasir Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Dari Universiti Utara Malaysia", "Memetik Utusan Online, M,. Nasir berkata allahyarham banyak berjasa buat dunia muzik Rock serta mengatakan penyanyi itu tiada galang ganti.", "“Dalam arena muzik Rock tempatan, arwah antara yang unik dan tersendiri. Kita tak boleh nafikan kelebihannya. Disebabkan itu, peminatnya sangat ramai.", "“Mael tiada galang gantinya. Dia adalah dia, letaklah mana-mana vokalis untuk menggantikan tempatnya sekalipun, tidak akan sama,” katanya.", "Dalam pada itu, M. Nasir berkata impak dibawakan Allahyarham terlalu besar untuk dunia seni tanah air malah mengatakan suara penyanyi itu tiada bandingan.", "“Dia bertaraf legenda. Kami tak pernah berbual, tetapi adalah bertegur sapa. Allah kurniakan Mael satu kelebihan yang tiada pada Rockers lain, iaitu suaranya yang tersendiri. Suaranya tiada bandingan,” katanya lagi." ]
https://www.rotikaya.com/lagi-manfaat-untuk-anda-diskaun-bayaran-ptptn-sehingga-20-peratus/
Lagi Manfaat Untuk Anda, Diskaun Bayaran PTPTN Sehingga 20 Peratus!
[ "Berita baik buat semua peminjam PTPTN! Seperti yang diumumkan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lepas, kerajaan memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Mei depan. ", "Diskaun yang diberikan ini menunjukkan komitmen Kerajaan dalam menyokong usaha PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memastikan kebajikan para peminjam terpelihara dan wujudnya kelestarian dana pinjaman pendidikan untuk generasi akan datang.", "Pelaksanaan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini diberikan sehingga 20 peratus berkuatkuasa mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023 (3 bulan), meliputi (4) kategori seperti berikut:", "2. Diskaun 15% bagi penyelesaian sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang", "Anda yang ingin membuat bayaran penuh pinjaman atau 50 peratus daripada baki hutang perlu terlebih dahulu membuat pengesahan baki pinjaman melalui aplikasi myPTPTN atau portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN sebelum membuat bayaran balik melalui saluran bayaran yang telah disediakan.", "3. Potongan gaji dan direct debit – Diskaun 15% mengikut jadual bayaran balik", "Peminjam yang sedang membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus akan diberikan diskaun 15 peratus secara automatik.", "Dengan adanya insentif ini, para peminjam PTPTN dapatlah merebut peluang untuk membuat bayaran balik pinjaman sekarang. Tempoh diskaun adalah terhad! Jadi, anda kena rebut peluang keemasan ini. ", "Macam mana nak dapatkan diskaun ini? Anda boleh membuat bayaran balik pinjaman melalui aplikasi myPTPTN. Tapi, bagaimana caranya? Mudah sahaja gais, ikuti langkah mudah di sini.", "Anda juga boleh memuat turun aplikasi myPTPTN melalui “App Store” bagi pengguna iOS, “Play Store” bagi pengguna Android dan “Huawei AppGallery” bagi pengguna Huawei. Daftar secara percuma. Bayaran balik pinjaman anda lebih mudah, cepat dan selamat! " ]
https://www.rotikaya.com/gara-gara-posting-fb-fake-tokti-berita-palsu-tersebar/
Gara-gara Posting FB Fake TokTi, Berita Palsu Tersebar
[ "Gara-gara satu posting fake yang edit dan menggunakan nama FB Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang verified, kami terpedaya untuk menaikkan artikel bertajuk ‘Siti NurHaliza Tak Sangka Rumah Terbuka Jadi Majlis Politik’. ", "Namun artikel tersebut telah kami padam dan gugurkan dari menjadi tatapan pembaca Rotikaya setelah Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri menafikan bahawa posting tersebut bukan dari dirinya sendiri dengan memuat naik status di Instagram miliknya semalam.", "Posting berita palsu ini juga telah disebar merata-rata dan menyakinkan bahawa posting tersebut posting sebenar, menyebabkan ramai yang terpedaya termasuk kami pihak Rotikaya. Dengan ini, kami dengan rendah hati memohon maaf kepada Dato Sri Siti NurHaliza dan kami akan pastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.", "Kepada sesiapa yang melakukan FB Fake ini, kami mengaharapkan mereka insaf dan kejadian seperti ini tidak berulang lagi. " ]
https://www.rotikaya.com/rakan-dakwa-hattan-tak-tahu-itu-program-live/
Rakan Dakwa Hattan Tak Tahu Itu Program Live?
[ "Sejak semalam hangat diperkatakan kontroversi melibatkan penyanyi Datuk Hattan yang dikatakan ‘menyekolahkan’ pembaca berita ketika siaran langsung sehingga dikecam teruk oleh netizen.", "Memetik BH Online, seorang rakan baik Hattan iaitu Salimey Abu Bakar menjelaskan menerusi TikTok bahawa penyanyi itu memaklumkan dia tidak tahu ia adalah temubual secara langsung.", "Menurut Salimey, dia merasakan ada sesuatu tidak kena apabila menonton siaran berita Astro Awani kelmarin pada jam 10.40 pagi dan terus menghubungi Hattan.", "“Soalan pertama yang saya ajukan, adakah tahu panggilan tadi ‘live’? Jawapan yang diberikannya, apa live? Aku tak tahu, katanya. ", "“Saya tanya lagi, biar betul Hattan tak tahu? Tak tahu, aku tengah baring mereka ‘call’ tanya soalan, aku jawablah macam biasa.", "“Kalau kita pun dalam situasi begini mungkin kita pun jawab macam sembang biasa kawan-kawan. Saya pun jawab dengan Hattan… ohh ya ke,” cerita Salimey.", "Dalam pada itu, Salimey berkata tidak mungkin Hattan tidak tahu protokol apabila ditemubual secara langsung di televisyen atau radio.", "“Jadi, tidak adil satu kesalahan terus dilemparkan kepada artis seperti Datuk sahaja kerana beliau tidak minta ditemubual dalam siaran berita terbabit.", "“Sebaliknya penerbit berita Astro Awani harus bersedia dengan soalan dan jawapan untuk diberi pada panel dan pembaca berita pada masa terbabit,” katanya.", "Terdahulu, Hattan menempelak penyampai berita, Nur Syazwani kerana gagal menjawab dengan tepat pencipta lagu-lagu kumpulan XPDC.", "Bagaimanapun, penyampai berita itu dilihat tetap tenang dan profesional berdepan situasi tidak dijangka. Namun, lebih mengejutkan apabila Hattan terus menamatkan panggilan selepas penyampai berita itu mengucapkan terima kasih" ]
https://www.rotikaya.com/rasa-cinta-terhadap-awak-sudah-pudar-diana-danielle/
“Rasa Cinta Terhadap Awak Sudah Pudar” – Diana Danielle
[ "Pelakon Diana Danielle seorang memberi bayangan suaminya, Farid Kamil tidak mengenali dirinya apabila menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.", "Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Diana berkata rasa cintanya juga sudah pudar dan tidak lagi boleh menanggung kesakitan dan membiarkan dirinya terus dilukai.", "BACA: Farid Kamil Tak Berhenti Berdoa Bawa Isteri, Anak-Anak Pulang Beraya", "“Jika awak fikir sejenak saya ada lelaki lain, itu adalah bukti asas awak tidak mengenali saya dengan baik.", "“Selepas rasa cinta terhadap awak sudah pudar, hati saya tidak boleh lagi menanggung untuk biarkan orang lain menghancurkannya,” katanya.", "Terdahulu, Farid membuat permohonan maaf kepada Diana selepas membuat tuduhan wujud orang ketiga sehingga isterinya itu sanggup memfailkan perceraian.", "Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan." ]
https://www.rotikaya.com/bertunang-dengan-wanita-kazakhstan-fadlan-perlu-lalui-ujian-kejantanan/
Bertunang Dengan Wanita Kazakhstan, Fadlan Perlu Lalui Ujian Kejantanan
[ "Dalam diam rupanya, pelakon Fadlan Hazim mengesahkan sudah bertunang dengan wanita Kazakhstan iaitu Aiya Mukhamedsalova pada 1 Oktober tahun lalu.", "Memetik Harian Metro, Fadlan berkata majlis tersebut berlangsung di kediaman wanita terbabit di Kazakhstan. Tiada niat untuk menyorok mengenai majlisnya, Fadlan berkata dia bimbang jika apa yang dirancang tidak menjadi.", "“Saya berjumpa dengan keluarganya secara sendirian di Kazakhstan pada Oktober tahun lalu. Majlis pertunangan kami hanya berlangsung secara ringkas dan hanya membabitkan anggota keluarganya sahaja,” katanya.", "“Saya tidak bermaksud mahu menyorokkan majlis pertunangan kami, cuma saya tidak mahu terlalu berkongsi mengenainya,” katanya.", "Dalam pada itu, Fadlan turut berkongsikan mengenai budaya masyarat disana cukup unik dimana kaum lelaki yang ingin berkahwin perlu menjalani beberapa ‘ujian kejantanan’.", "“Sebelum berkahwin, kaum lelaki di sana perlu melalui beberapa ujian bagi menguji ‘kelelakian’ serta kesungguhan untuk berumah tangga.", "“Saya pun tak tahu perlu melalui ujian terbabit. Tunang saya juga tidak beritahu mengenai perkara itu. Cuba dia minta saya hanya lakukan sahaja apa yang disuruh.  Antara yang perlu saya lakukan adalah berjalan di atas paku, menunggang kuda dan minum susu kuda.", "“Saya juga dibawa mendaki gunung dalam keadaan suhu yang amat sejuk. Bayangkan saya perlu mendaki gunung tanpa memakai baju tebal,” katanya.", "Tambah Fadlan lagi, majlis perkahwinan mereka dijangka berlangsung pada hujung tahun ini namun belum pasti lagi tariknya dan kini sedang sibuk menguruskan dokumen perkahwinan.", "“Belum ada tarikh yang pasti lagi. Buat masa ini, saya sibuk menguruskan dokumen berkaitan kerana ia membabitkan perkahwinan dengan warga asing dan di luar negara.", "“Saya juga percaya sudah sampai masanya untuk saya berkahwin kerana semua kawan-kawan sudah beristeri dan usia  pun semakin meningkar,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/sekolahkan-wartawan-ketika-live-hattan-tak-minat-ulas/
‘Sekolahkan’ Wartawan Ketika Live, Hattan Tak Minat Nak Ulas
[ "Sejak semalam hangat diperkatakan kontroversi melibatkan penyanyi Datuk Hattan yang dikatakan ‘menyekolahkan’ pembaca berita ketika siaran langsung sehingga dikecam teruk oleh netizen.", "Mungkin pelbagai kecaman diterima susulan isu tersebut, Hattan dilihat telah pun menetapkan akaun Instagram miliknya kepada mode privasi.", "BACA: “Tinggi Macam Mana Pun, Tapi Kita Guriskan Hati Ibu, Baik Pergi Minta Ampun” – Hattan", "Sementara itu, memetik mStar Online, Hattan ketika dihubungi memberitahu tidak berminat untuk memberi sebarang komen mengenai perkara berkenaan.", "Dalam pada itu, pembaca berita Astro Awani iaitu Nur Syazwani Saiful Sham juga enggan mengulas panjang isu berkenaan dan berharap orang ramai memahami.", "“Saya minta maaf, saya tidak boleh ulas apa-apa berkenaan perkara itu, harap memahami,” katanya.", "Terdahulu, Hattan menempelak penyampai berita, Nur Syazwani kerana gagal menjawab dengan tepat pencipta lagu-lagu kumpulan XPDC.", "Bagaimanapun, penyampai berita itu dilihat tetap tenang dan profesional berdepan situasi tidak dijangka. Namun, lebih mengejutkan apabila Hattan terus menamatkan panggilan selepas penyampai berita itu mengucapkan terima kasih." ]
https://www.rotikaya.com/allah-benci-isteri-sebegini-syamsul-yusof-kongsi-ceramah-ustazah-asma/
“Allah Benci Isteri Sebegini” – Syamsul Yusof Kongsi Video Ceramah Ustazah Asma
[ "Umum mengetahui, kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya, pengarah terkenal, Syamsul Yusof masih tiada kesudahan lagi.", "Meskipun sebelum ini sudah mencapai persetujuan untuk berpisah,namun pada 18 April lalu Syamsul membatalkan untuk menceraikan isteri pertamanya itu.", "Susulan itu, Puteri Sarah meluahkan rasa di media sosial, malah kesal kerana tidak merakam perbualan ketika berbincang dengan suaminya pada 9 April lalu.", "Bagaimanapun, Syamsul tidak hanya berdiam diri serta meminta isteri pertamanya itu menerima takdir dia sudah berkahwin lagi satu dan tidak berdendam kerana ia akan memakan diri.", "Selain itu, Syamsul ada juga memuat naik klip pendek ceramah Ustazah Asma yang menceritakan wanita yang tidak dipandang Allah SWT.", "“Allah enggan memandang seorang isteri yang tidak berterima kasih kepada suami dan tidak memerlukan suaminya…ini ujian buat wanita yang berdikari…” kata Ustazah Asma.", "Terdahulu, Puteri Sarah meluahkan rasa kesal berkahwin dengan suaminya, Syamsul Yusof serta tegas untuk meminta diceraikan.", "Puteri Sarah berkata dia sudah penat dengan drama berpanjangan dan ‘memberikan’ kemenangan buat Syamsul. Katanya lagi, dia hanya mahu keluar dari perkahwinan toksik dan mahu meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya." ]
https://www.rotikaya.com/tidak-ada-belaskah-terhadap-arwah-ayah-ustaz-ahmad-dasuki/
“Tidak Ada Belaskah Terhadap Arwah Ayah?” – Ustaz Ahmad Dasuki
[ "Perkongsian pelakon Alya Iman pada 1 Syawal mengejutkan ramai apabila memuat naik gambarnya tampil tidak lagi berhijab.", "Menurut Alya, dia enggan terus menipu tentang diri sendiri di media sosial serta mengatakan dia hanya mahu menjadi diri sendiri.", "Kenyataan Alya itu mendapat perhatian Ustaz Ahmad Dusuki yang berkata manusia yang membuka dan mendedahkan aurat itulah manusia yang hipokrit.", "Menerusi perkongsian di Instagram, Ahmad Dasuki turut mempersoalkan mengapa terdapat tempat dan masa tertentu seorang wanita untuk mengikut syarat bertudung.", "Malah, Ahmad Dasuki turut menegur tindakan pelakon berkenaan yang seolah melupakan arwah ayahnya, Allahyarham Azmin Mustapha.", "Dalam posting tersebut, Ahmad Dasuki turut memuat naik tangkap layar laporan berita tertulis nama pelakon berkenaan.", "Terdahulu, Alya berkata keputusan untuk tidak berhijab untuk beri peluang orang ramai kenal diri saya yang sebenar bahkan memang lebih selesa tak bertudung dalam kehidupan seharian." ]
https://www.rotikaya.com/tak-lagi-berhijab-alya-iman-tahu-arwah-bapa-pasti-sedih/
Tak Lagi Berhijab, Alya Iman Tahu Arwah Bapa Pasti Sedih
[ "Perkongsian pelakon Alya Iman pada 1 Syawal lalu mengejutkan ramai apabila memuat naik gambarnya tampil tidak lagi berhijab dan mendedahkan rambutnya.", "Memetik Kosmo, anak bongsu kepada pelakon era 80an, Allahyarham Azmil Mustapha itu berkata dia lega dapat menampilkan sisi sebenarnya dan enggan menipu di media sosial.", "“Saya memang senang tidak bertudung. Sebelun ini apa yang saya tunjuk kepada orang ramai adalah Alya Iman yang bertudung dan sopan santun.", "“Namun, saya tidak cakap saya jahat, saya cuma tiada hak untuk halang tanggapan orang terhadap saya. Apa yang saya lakukan ini adalah untuk menunjukkan diri saya yang sebenar. Kenapa mahu menipu di media sosial?” katanya.", "Sementara itu, gadis berusia 22 tahun itu mengakui bertudung arwah bapanya menuruh untuk menutup aurat sejak dari kecil namun dia tidak mahu mahu terus hipokrit.", "“Inilah diri saya yang sebenar. Kalau sesiapa mahu terima silakan dan jika tidak mahu tidak mengapa. Apabila bersama keluarga saya tidak memakai tudung. Cuma saya tidak tunjuk dalam media sosial.", "“Hal tersebut kerana saya menghormati babah. Tetapi kali ini saya tidak boleh terus menjadi hipokrit dan hanya akan berfikir mengenai diri sendiri,” katanya.", "Dalam pada itu, Alya berkongsi cerita mengenai permintaan bapanya untuk memakai tudung sejak kecil, dia mengakui akur dengan teguran arwah bapanya itu.", "“Sewaktu babah ada, dia sering menegur saya untuk memakai tudung. Saya tahu dia akan sedih. Dia tidak gembira dengan keputusan saya tetapi mengenali dirinya, saya juga tahu dia akan terima apa sahaja yang saya lakukan,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/honeymoon-luar-negara-aiman-tino-idam-4-orang-anak/
Honeymoon Luar Negara, Aiman Tino Idam 4 Orang Anak
[ "Tahniah diucapkan buat penyanyi Aiman Tino yang selamat diijabkabulkan dengan isteirnya, Che Syarah Haifa dengan sekali lafaz petang semalam.", "Memetik Media Hiburan, Aiman meluahkan rasa syukur majlis pernikahan mereka dipermudahkan dan tarikh 27 April itu adalah simbolik angka 27 merupakan tarikh lahirnya.", "“Saya rasa lega dah sah bergelar suami dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar.  Saya pilih tarikh 27 sebab angka 27 itu istimewa buat saya sebab ia merupakan tarikh lahir saya, cuma ia pada 27 Jun. Jadi kami awalkan nikah pada bulan April,” katanya.", "Menurut Aiman, hatinya terpikat pada Syarah kerana keserasian antara mereka dan yakin bahawa isterinya itu adalah jodoh buat dirinya.", "“Luaran dia memang cantik di mata saya, keselesaan dan keserasian dengan cara kami berbual, berfikir…kami senang masuk.", "“Perkara itu buatkan saya lebih senang untuk mengenali diri dia. Saya percaya pilihan saya tepat dan Syarah adalah jodoh saya,” katanya.", "Sementara itu, Syarah menyifatkan Aiman seorang yang sentiasa mengambil berat dan sifat penyayang penyanyi itu membuatkannya ‘cair’.", "“Aiman tak romantik, tapi dia seorang yang caring. Bila dia macam tu, saya rasa sentiasa disayangi. Sikap caring macam tu, bukan semua orang buat bagi pada kita,” katanya.", "Dalam pada itu, pasangan itu memilih untuk berbulan madu di luar negara. Berkongsi mengenai cahaya mata, Aiman berkata dia idamkan empat orang cahaya mata, manakala isterinya mahu enam orang anak.", "“Kalau bercakap soal anak, saya idamkan empat orang cahaya mata manakala isteri mahukan enam orang anak sebab dia anak keenam daripada tujuh beradik. Saya pula anak keempat daripada 11 beradik, tidaklah saya mahu bersaing dengan ibu bapa saya,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/puteri-sarah-didakwa-pernah-diceraikan-dua-kali/
Puteri Sarah Didakwa Pernah Diceraikan Dua Kali
[ "Umum mengetahui, kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya, pengarah terkenal, Syamsul Yusof masih tiada kesudahan lagi.", "Terbaru, Harian Metro melaporkan Puteri Sarah didakwa pernah diceraikan dua kali oleh suaminya, Syamsul.", "BACA: Puteri Sarah Enggan Tarik Saman Ira Kazar Punca Syamsul Tak Lafaz Cerai", "Menurut sumber, kedua-dua lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor. Sumber juga memberitahu, difahamkan Syamsul tidak hadir ke mahkamah.", "“Perkara ini memang berlaku dan ada rekod. Malah sudah difailkan pada September 2020 untuk pengesahan lafaz cerai,” katanya.", "Terdahulu, Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah pada 18 April lalu dan kes perceraian pasangan itu masih berjalan.", "Puteri Sarah mendedahkan Syamsul Yusof tidak jadi melafazkan cerai berikutan dia tetap mahu meneruskan saman terhadap Ira Kazar.", "Puteri Sarah berkata dia tidak akan menarik semula tuduhan terhadap keluarga Ira kerana itu adalah hak yang diperjuangkannya." ]
https://www.rotikaya.com/anzalna-nasir-hadiahkan-rantai-berlian-rm120000-untuk-ibu/
Anzalna Nasir Hadiahkan Rantai Berlian RM120,000 Untuk Ibu
[ "Pelakon Anzalna Nasir berkongsi momen gembira apabila menghadiahkan seutas rantai berlian mewah berharga RM120,000.00 buat ibu tercinta.", "Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, Anzalna bersama keluarganya pergi ke sebuah kedai emas terkemuka dan berhasrat membelikan seutas rantai buat ibunya.", "Difahamkan, rantai tersebut mempunyai campuran emas sebanyak lebih 50 gram dan set berlian lebih 12 karat.", "Dapat dilihat dalam video tersebut, ibu Anzalna tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu rantai tersebut adalah hadiah buat dirinya.", "Diruangan komen, rata-rata netizen turut sebak serta memuji Anzalna dan mendoakan agar pelakon itu dimurahkan rezeki kerana membahagiakan ibunya." ]
https://www.rotikaya.com/saya-tidak-ada-kaitan-lagi-dengan-cawangan-bubble-bee-di-cheras-zara-zya/
“Saya Tidak Ada Kaitan Lagi Dengan Cawangan Bubble Bee Di Cheras” – Zara Zya
[ "Pelakon Zara Zya menjelaskan dia tidak lagi mempunyai kaitan dengan cawangan minuman Bubble Bee Bandar Tasik Permaisuri Cheras yang diusahakan oleh pelawak, Shuib.", "Memetik Harian Metro, Zara berkata penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan jika ada pihak yang bertanyakan kepadanya mengenai cawangan berkenaan.", "“Saya tidak mempunyai kaitan lagi dengan cawangan di Cheras. Jadi, saya ingin mengelakkan kekeliruan pada masa akan datang berhubung isu ini.", "“Kali terakhir saya dimaklumkan mengenai urusan cawangan jenama minuman berkenaan adalah pada Disember tahun lalu. Selepas itu, saya tidak lagi masuk campur mengenai urusan dan perjalanan bisnes Bubbe Bee bahagian Cheras.", "“Bukan apa, saya ada menerima kiriman mesej dari peminat dan rakan terdekat yang ingin membeli. Jadi, rasanya baik saya menjelaskan suasana bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang,” katanya.", "Sementara itu, Zara berkata dia tidak mempunyai masalah dengan Shuib dan terhutang budi dengan pelawak itu.", "“Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Shuib dan menganggap adat perniagaan ada naik turun. Malah, dia juga terbuka untuk berbincang mengenai hala tuju bisnes itu.", "“Malah, saya juga terhutang budi dengan Shuib yang banyak mengajak saya untuk berjinak-jinak dalam bidang makanan dan minuman,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/fasha-sandha-pakai-30-pasang-baju-sempena-raya/
Fasha Sandha Pakai 30 Pasang Baju Sempena Raya
[ "Pelakon Fasha Sandha berkongsikan sempena Hari Raya kali ini dia akan mengenakan 30 pasang baju sepanjang bulan Syawal.", "Memetik Utusan Online, Fasha berkata dia tidak membelanjakan wang untuk pakaian tersebut sebaliknya ia merupakan tajaan jenama tekstil terkemuka, Alfaro dimana dia dilantik sebagai duta.", "“Setiap hari saya akan pakai satu persalinan. 30 pasang baju itu terdiri daripada pelbagai rekaan seperti baju kurung dan abaya.", "“Jenama ini lengkap dengan pelbagai pilihan dan ahli keluarga saya semuanya akan mengenakan koleksi Alfaro,” katanya.", "Dalam pada itu, Fasha berkata dia bersetuju menerima tawaran sebagai duta selepas yakin dengan keberkesanan sesuatu produk itu.", "“Sebab itu selalunya saya jadi duta mesti lebih setahun dengan mana-mana produk. Orang tahu saya bukan jenis menipu dan sekadar ambil duit semata-mata. Kita juga tidak akan dapat keberkatan dengan cara tersebut.", "“Jadi duta kita mesti betul-betul gunakan barangan tersebut sebab hendak yakinkan orang lain,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/istiqamah-dalam-berhijab-memang-susah-tuhan-pasti-dengar-hati-kita-david-teo/
“Istiqamah Dalam Berhijab Memang Susah Tapi Tuhan Pasti Dengar Hati Kita” – David Teo
[ "Baru-baru ini, perkongsian isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya tidak berhijab di media sosial.", "Perkara itu turut mendapat perhatian penerbit filem terkenal, David Teo yang memberikan pandangannya mengenai imej terbaru isteri Haqiem.", "BACA: “Saya Dah Cuba Jadi Suami Sehabis Baik” – Haqiem Rusli", "Menerusi satu perkongsian di Instagram, David berkata untuk kekal istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara bukan perkara mudah kerana iman seseorang sering berbolak balik.", "Dalam pada itu, David turut menitipkan doa buat Anis dan suaminya, serta meminta semua pihak mendoakan buat pasangan itu.", "“Iman seseorang pastinya berbolak balik. Istiqamah dalam berhijab sememangnya susah namun Tuhan pasti mendengar hati kita.", "“Semoga isteri Haqiem Rusli sentiasa berada di jalanNya dan kita doakan yang terbaik buat pasangan ini,” tulisnya.", "Perkongsian David itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji cara penerbit itu dalam memberikan nasihat." ]
https://www.rotikaya.com/saya-dah-cuba-jadi-suami-sehabis-baik-haqiem-rusli/
“Saya Dah Cuba Jadi Suami Sehabis Baik” – Haqiem Rusli
[ "Penyanyi Haqiem Rusli berkata dia sudah cuba menjadi suami sehabis baik untuk isterinya, Anis Sofea sepanjang dua tahun mereka mendirikan rumah tangga.", "Memetik Harian Metro, Haqiem berkata dia tidak akan berhenti memberikan yang terbaik namun dalam rumah tangga pasti akan ada ujian.", "Ditanya sama ada tindakan isterinya tidak berhijab adalah ujian, Haqiem berkata ia adalah salah satunya dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.", "“Saya sebenarnya tidak mahu komen lebih (isu isteri tanggalkan hijab) sebab ini adalah berkaitan kehidupan peribadi. Cuma apa yang boleh dikatakan, saya sudah cuba sehabis baik untuk menjadi suami yang baik kepada Anis.", "“Saya terima ujian ini dan masa sama berharap doa yang baik-baik daripada semua orang. Kita bagi dia (Anis) masa dan saya juga tidak mahu memaksa,” katanya.", "Dalam pada itu, Haqiem berkata dia tidak kisah dengan andaian dibuat netizen mengenai hal rumah tangganya kerana dia sedar mungkin perkara itu timbul susulan dia jarang membuat perkongsian di media sosial.", "“Tidak kisahlah apa ‘assumption’ (andaian) atau siapa yang nak reka cerita kerana hubungan saya dengan isteri baik saja. Perkara ini mungkin timbul apabila saya sudah jarang upload (muat naik) di media sosial tetapi itu tidak bermakna hubungan rumah tangga saya bermasalah.", "“Raya pun kami beraya di rumah keluarga dua-dua belah pihak dan datang ke Pulau Pinang juga bersama-sama,” katanya.", "Pada 1 Syawal lalu, perkongsian Anis menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya memakai selendang namun menampakkan sebahagian rambutnya." ]
https://www.rotikaya.com/aiman-tino-sah-bergelar-suami-syarah-haifa/
Aiman Tino Sah Bergelar Suami Syarah Haifa
[ "Tahniah diucapkan buat penyanyi Aiman Tino yang sah bergelar suami kepada Syarah Haifa dengan sekali lafaz kira-kira jam 5.14 petang tadi di dewan Astana, Shah Alam.", "Memetik mStar Online, Syarah menerima mas kahwin sebanyak RM5,000 berserta seutas gelang emas.", "Difahamkan, majlis diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua belah pihak.", "Pasangan itu akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 6 Mei ini di Shah Alam.\n" ]
https://www.rotikaya.com/leona-tak-terkesan-dikecam-malas-layan-tak-baca-komen/
Leona Tak Terkesan Dikecam, Malas Layan & Tak Baca Komen
[ "Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, pasti ramai tahu anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.", "Memetik Utusan, Leona bagaimanapun tidak terkesan dengan kecaman netizen. Ujarnya, tidak perlu melayan kata-kata negatif tersebut kerana hanya akan membawa kemudaratan.", "“Netizen berhak berkata apa yang mereka mahukan. Saya tidak kisah, sebab saya tidak kenal mereka. Komen negatif netizen tidak relevan untuk saya. Sebab itu saya tidak membaca, apatah lagi membalas di media sosial. Hidup jadi lebih tenang.", "“Berdiam lebih baik, jangan sesekali memberi respons kerana ia hanya membuka lebih banyak ruang kepada netizen untuk mengecam,” katanya.", "Dalam pada itu, Leona berkata bapanya turut menasihatkannya supaya tidak ambil peduli dengan komen jahat netizen serta menganggap ianya sebagai lumrah hidup orang terkenal.", "“Bukan baru semalam saya dikecam. Lepas tamat persekolahan lagi saya sudah hadap perkara ini hanya disebabkan saya anak seorang aktor terkenal.", "“Saya kurang pasti kenapa saya dikecam. Dulu, apabila tersepit antara kontroversi, saya tampil menyerang balas komen di media sosial.", "“Sehinggalah bapa saya sendiri yang nasihatkan, terima secara terbuka komen negatif orang kerana ia sebahagian rencah hidup orang terkenal,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/anak-pekin-baru-7-bulan-dah-minat-muzik-berhenti-menangis-bila-dengar-lagu/
Anak Pekin Baru 7 Bulan Dah Minat Muzik, Berhenti Menangis Bila Dengar Lagu
[ "Pelakon Pekin Ibrahim berkata kehidupannya kini lebih bahagia,  malah dimurahkan rezeki selepas kehadiran anak sulungnya, Pekin Petra yang kini berusia tujuh bulan.", "Memetik mStar Online, Pekin berkongsikan perkembangan anaknya itu berkata Petra sudah mula menunjukkan minat dalam bidang seni iaitu muzik.", "BACA: “Tak Perlu Umum Dah Pakai Tudung Di Media Sosial” – Pekin", "“Alhamdulilah kehidupan saya sekarang sangat bahagia, semuanya menjadi mudah saja dan betul la Allah kata rezeki anak kan, keluarga pun makin bahagia dan kerja seni pun makin senang memang sangat bermakna la kehidupan bila ada anak ni.", "“Anak saya baru berusia tujuh bulan, memang bulat dan normal macam bayi lain, cumanya dengan usia sekarang ini saya masih belum dapat pastikan dia cenderung ke bidang mana, tapi saya rasa bakat seni tu ada sebab bila dengar muzik dia ada respon yang baik,” katanya.", "Dalam pada itu, Pekin berkata sebagai ibu bapa sudah pasti mahu mendidik anaknya itu dengan sebaiknya dan akan menyokong minat anaknya apabila dewasa kelak.", "“Tapi apa pun saya mahu didikan dia dengan pendidikan dan agama kerana untuk berada dalam industri hiburan yang penuh pancaroba, ilmu seperti ini kena ada untuknya, saya tiada halangan untuknya jadi apa pun cuma kena tunggu dia besar sikit,” katanya.", "Pekin dan Mona mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Petra Pekin pada 31 Ogos tahun lalu. " ]
https://www.rotikaya.com/nana-sheme-gemuruh-pakaikan-samping-suami/
Nana Sheme Gemuruh Pakaikan Samping Suami
[ "Nampaknya sambutan Hari Raya tahun ini berbeza buat penyanyi Nana Sheme yang pertama kali menyambut Syawal sebagai isteri kepada produser muzik, Zikri Zakaria.", "Memetik Utusan Online, Nana berkata dia rasa teruja dan gemuruh apatah lagi tahun ini menyambut raya dengan suasasan berlainan sebagai isteri orang.", "“Sebelum berkahwin, tanggungjawab saya adalah memasangkan sampin baju Melayu untuk ayah dan adik setiap kali menyambut Aidilfitri.", "“Tahun ini berlainan, kerana saya kena pakaikan sampin untuk suami selain tidak lagi menerima duit raya daripada ibu ayah kerana sudah bergelar isteri orang,” katanya.", "Nana turut berkongsi pengalaman beraya di kampung halaman di Kuching, Sarawak serta menyifatkan terdapat sedikit kelainan berbanding sambutan di semenanjung.", "“Selama sebulan, kami lengkap berbaju Melayu bagi lelaki dan kurung untuk perempuan. Jadi, tahun ini suami beli baju Melayu lebih sepasang.", "“Acara rumah terbuka rancak diadakan selama sebulan. Pergi kerja pun pakai baju Melayu atau kurung.", "“Juadah Hari Raya juga sedikit berlainan kerana latar belakang keluarga yang ada campuran Iban. Ibu akan sediakan ayam pansuh yang dimasak dalam buluh untuk disajikan,” katanya.", "Terdahulu, Nana mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Zikri pada Oktober tahun lalu. Pasangan itu disatukan dalam majlis di Kuching." ]
https://www.rotikaya.com/kalau-terjumpa-saya-tolong-jangan-buat-muka-sedih-isteri-nd-lala/
“Kalau Terjumpa Saya Tolong Jangan Buat Muka Sedih” – Isteri ND Lala
[ "Umum mengetahui, kemelut rumah tangga penyanyi Datuk ND Lala dan isterinya, Datin Fauziah Sarman masih lagi diperkatakan.", "Malah ramai tertanya-tanya selepas Fauziah memuat naik perkongsian mendedahkan wajah seorang wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani yang dipercayai ‘penyondol’ rumah tangganya.", "BACA: “Isteri Dato’ ND Lala..Datin Siti Munirah Abd Ghani” – Ibu Shila Amzah", "Terbaru, perkongsian Fauziah menjadi perhatian meminta keluarga serta mereka yang mengenalinya tidak membuat wajah sedih apabila berjumpa dengannya.", "Menurutnya, dia akan mengalirkan air mata jika melihat wajah orang disekelilingnya turut bersedih serta meminta supaya memberikan senyuman manis.", "Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu hadir ke mahkamah. Bagaimanapun, anak bongsunya, Syada Amzah menafikan ibunya ke mahkamah bagi memfailakn perceraian." ]
https://www.rotikaya.com/daripada-buat-benda-mengarut-lebih-baik-duduk-di-mekah-zul-ariffin/
“Daripada Buat Benda Mengarut, Lebih Baik Duduk Di Mekah” – Zul Ariffin
[ "Kerap berulang-alik ke Tanah Suci Mekah sejak hujung tahun lalu, pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin berkata hatinya kini senang.", "Memetik Utusan Online, Zul berkata bukan niatnya untuk ‘melarikan diri’ dari kontroversi terpalit dirinya sebelum ini sebaliknya dia kini membuat hal sendiri.", "BACA: Sertai Program ‘Bachelor’ Berkenalan Dengan 13 Gadis, Zul Ariffin Dikritik Netizen", "“Bukanlah nak kata tahun ketenangan sangat. Tetapi ya, saya buat hal sendiri saja sekarang. Banyak ulang-alik ke Mekah, Madinah dan Dubai.", "“Bukan tak balik langsung, ada. Balik untuk jalani penggambaran dan kemudian pergi ke Mekah semula. Sebenarnya, tak ada apa sangat hidup saya sekarang,” katanya.", "Menurut Zul, dia tenang berada di bumi Mekah dan Madinah sehingga terdetik hasrat menetap disana. Ujarnya, dirinya tidak begitu baik dan dia merasakan lebih selamat menetap di Mekah.", "“Saya tak kata diri ini baik. Tetapi rasanya lebih baik dan selamat kalau saya menetap di Mekah atau Madinah. Alahai, sekarang bukan macam dulu, ada duit, baliklah sini semula.", "“Sekurang-kurangnya saya boleh elak daripada buat benda-benda bodoh. Daripada melancong ke tempat mengarut dan entah apa-apa yang saya akan buat, baik duduk di Mekah.", "“Sampai bila ya tak nak buat benda mengarut? Perlahan-lahan kayuhlah orang kata. Hendak buat perubahan baik ini bukan dalam tempoh satu malam magis itu berlaku. Sekurangnya saya cuba,”katanya.", "Ditanya mengenai sambutan Raya, Zul berkata tiada persiapan dilakukan memandangkan arwah ibunya, Robiah Nasir sudah pun tiada.", "“Kalau ditanya pasal raya, ya saya raya di sini tahun ini. Tapi tidak balik kampung pun sebab ayah juga ada di ibu negara.", "“Arwah mak pun sudah tiada jadi nak kata beraya sangat itu tidaklah. Lepas raya ini pun ada penggambaran yang saya perlu jalani. Ada juga hasrat nak raya di Mekah, tapi belum dapat lagi. Tengoklah macam mana sebab semua ini rezeki dariNya juga,”katanya" ]
https://www.rotikaya.com/siti-nurhaliza-saya-minta-maaf-mak-saya-dah-marah-ambillah-balik-penyanyi-no-1-aliff-syukri/
“Siti Nurhaliza, Saya Minta Maaf, Mak Saya Dah Marah, Ambillah Balik Penyanyi No. 1” – Aliff Syukri
[ "Sebelum ini hangat diperkatakan apabila usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengatakan dia adalah penyanyi nombor satu. Malah, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut berseloroh ‘mengakui’ perkara itu apabila membalas komen Aliff di Instagram.", "Baru-baru ini, tular video dikongsikan di TikTok dimana Aliff memohon maaf kepada penyanyi tersohor itu serta menyerahkan semula takhta penyanyi nombor satu itu.", "BACA: “Badan Elok Tak Tunjuk Rugilah, Badan Saya Lawa” – Aliff Syukri", "Menerusi video itu, Aliff berdebat dengan ibunya, Bonda Rozita mengenai gelaran penyanyi nombor satu. Bonda Rozita bersyukur Siti Nurhaliza tidak berkecil hati dengan kelakuan anaknya itu.", "Dileksia Aliff Syukri susah ingat, susah menyebut satu perkataan, tp kompiden dia xboleh ajak bincang – Bonda ingat masa dia masuk kolej belajar bahasa english kat Taylor Collage, balik rumah dia mengadu yg cikgu tu xpaham2 *sy dah sebut dgn betul, tp cikgu tu yg salah – lepas tu kan Mak.. sy ajar cikgu tu cara sebut yg betul (cikgu ni mat saleh tau tak ) – Dia marah dan nak berhenti sekolah dia kata cikgu tu yg bodoh..!! Sy nangis gelakan cara dia explain pd sy, wahai Allah berikan anak sy ni kebaikan dunia – akhiratnya yg tak terjangkau dek akal sy membetulkannya Dia mudah sentap dgn sy, Sy xboleh cakap dia xpandai sekolah dia akn sakit hati.. Walau dia dapat result D atau G – dia tetap yakin menjawab pd sy mak ni ingat sy bodoh tengok subjek lain semua ok..!! Sy Pandang sudut baik dia, kelemahan dia sebenarnya ialah kelebihan pd dirinya – dan kami bertabah hati dgn kerenah dia sanggup usik @ctdk_official maaf sgt2 dia xbermaksud begitu sebenarnya ya Dato Siti Dia main2 je maafkan dia dato siti ya Kri ni pelawak dan selamba kalau sakat org – arwah Mak sayang sgt dia ni – dia suka kawan Makcik2 tua – sakat orang mmg hobi dia..!! #dileksia #fyp #funny #bondarozitaibrahim #ibondarozitaibrahim #dherbsterlajaklaris #terlajaklaris ", " ? original sound – BUTIK AS HIJAB – BUTIK AS HIJAB ", "“Mak tengok ada orang komen dekat media sosial yang kau kata ‘Kenal tak saya, saya artis nombor satu?’kat Siti Nurhaliza. Kau kenapa? Bodohlah kau ni, nasib baik Siti Nurhaliza tak kecil hati. Maaflah Siti, anak saya memang macam tu. Dia tahu kamu penyanyi nombor satu,” kata Rozita.", " Bonda Rozita turut bertanyakan kepada Aliff sama ada dia ada perasaan malu atau tidak mengaku dirinya sebagai penyanyi nombor satu.", "“Kau tak baik Syukri, orang menyampah dengan kau nanti. Kau tak malu ke? Kalau Siti, semua orang akui dan berapa banyak anugerah dia dah dapat. Kau dapat anugerah apa? Kecaman?,” katanya.", "Lebih lucu, Aliff tetap dengan pendiriannya mengatakan bahawa dia adalah penyanyi nombor satu serta meminta Siti tidak perlu takut berada di belakangnya.", "‘Tak apa, awak jangan takut. Walaupun awak duduk belakang saya, saya tetap akan sokong awak. Suara awak sedap, cuma pithcing ada lari sikit. Awak kena ikut macam saya punya suara,” katanya.", "Sementara itu, Bonda Rozita turut bertegas meminta anaknya itu meminta maaf kepada Siti Nurhaliza.", "“Kau tak boleh cakap dia macam tu, kau patutnya minta maaf dengan dia,” kata Rozita.", "Aliff kemudian memohon maaf kepada Siti Nurhaliza diatas tindakannya tidak sengaja melukakan hati penyanyi itu serta menyerahkan semula gelaran penyanyo nombor satu.", "“Siti Nurhaliza, saya minta maaf kerana tak sengaja melukakan hati awak. Sekarang disebabkan mak saya dah marah saya, saya jadi kat belakang awak lah. Awak nombor satu.", "“Saya serahkan saya punya anugerah saya kepada awak. Saya reda awak nombor satu. Saya minta maaf, saya (janji) tak buat lagi. Awak ambillah balik nombor satu awak. Saya dah nombor dua pun tak apalah. Terima kasih Siti Nurhaliza,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/bertahun-puteri-sarah-menunggu-kepulangan-suami-patimah-ismail/
“Bertahun Puteri Sarah Menunggu Kepulangan Suami…” – Patimah Ismail
[ "Syawal tahun ini, pelakon Puteri Sarah serta anak-anak tetap beraya bersama ibu bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.", "Bertuahnya Puteri Sarah dikurniakan ibu mertua yang menyayangi serta menyokong apa saja keputusan menantunya itu apatah lagi selepas bertahun mempertahankan rumah tangga.", "BACA: “Sumayyah Masih Tidak Memahami Kenapa Ayah Tak Tinggal Bersama Mama” – Datin Patimah", "Terbaru, perkongsian Datin Patimah di Insta Story menjadi perhatian apabila meluah perasaan mengenai Puteri Sarah yang sudah bertahun menunggu kepulangan suaminya, Syamsul Yusof.", "Kata Datin Patimah lagi, dia memahami keputusan Puteri Sarah untuk mengundur diri daripada perkahwinan mereka selepas suaminya memilih wanita lain.", "Terdahulu, proses perceraian antara Syamsul dan Puteri Sarah masih tergantung selepas pengarah itu tidak jadi melafazkan cerai seperti dijanjikan pada 18 April lalu. Ia berikutan selepas kedua-dua belah pihak gagal mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara." ]
https://www.rotikaya.com/terkinja-kinja-menari-netizen-tegur-tudung-isteri-dai-syed-makin-singkat/
Terkinja-Kinja Menari, Netizen Tegur Tudung Isteri Da’i Syed Makin Singkat
[ "Baru-baru ini, perkongsian pendakwah bebas, Da’i Syed berkongsi sebuah video menari lagu Hindustan bersama isterinya Hana Ismail menjadi perhatian ramai.", "Menerusi video itu, pasangan itu dilihat rancak menari mengikut rentak lagu Yeh Ladka Hai Allah di tengah bendang pada 1 Syawal lalu.", "Bagaimanapun, seperti sudah dijangka ada netizen yang kurang senang dengan penampilan Hana apatah lagi melihat tudung yang dipakainya tidak menutup bahagian dada.", "Diruangan komen, rata-rata netizen menegur aksi isteri pendakwah itu menari dengan tudung yang singkat sehingga menampakkan bentuk badan.", "Sementara itu, meskipun ada yang mengecam namun ada yang memuji pasangan tersebut dilihat comel menari dan terhibur melihat aksi romantis kedua mereka." ]
https://www.rotikaya.com/bakal-terima-menantu-a-aida-sanggup-terima-hantaran-rm1/
Bakal Terima Menantu, A.Aida Sanggup Terima Hantaran RM1
[ "Anak sulungnya, Wan Az Aleesa bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dengan seorang juruterbang, penerbit popular Datuk A. Aida berkata dia tidak meletakkan wang hantaran tinggi buat bakal menantunya.", "Memetik Kosmo, Aida berkata dia tidak mahu masuk campur mengenai jumlah wang hantaran kerana menganggap perkara itu bukan urusannya.", "BACA: “Saya Akan Blacklist Dia Seumur Hidup, No More” – A.Aida", "“Soal itu (wang hantaran) saya tak kisah langsung. Saya serah kepada anak saya dengan bakal suaminya. Saya tak pernah tanya berapa bakal menantu nak bagi wang hantaran apa semua. Sebab apa? Duit? I have everything (saya ada segala-galanya).", "“Duit saya dah ada. Saya cuma nak seseorang yang boleh membahagiakan anak saya. Bakal menantu saya itu nak bagi hantaran berapa pun saya terima. RM1 pun saya terima,” katanya.", "Sebelum ini, Aida berkongsikan anak sulungnya itu bakal menamatkan zaman bujang dengan juruterbang bernama Zain Azrai Abdul Aziz.", "Difahamkan, majlis pertunangan akan diadakan pada 20 Mei ini, manakala majlis pernikahan anaknya itu pula dijangka pada 15 Julai depan.", "“Pada mulanya, saya pun tak percaya semua ini sebab percintaan Aleesa dan Zain asyik putus bersambung sahaja.", "“Zain jumpa saya kata dia serius nak memperisterikan anak sulung saya sebelum dia berlepas belajar empat tahun di Bogor, Indonesia (program perubatan veterinar),”  katanya.", "Aleesa dan Wan Az Evanatassha merupakan anak A. Aida hasil perkahwinan dengan penyanyi popular, Ameng Spring" ]
https://www.rotikaya.com/isteri-hafidz-roshdi-mahu-sambung-belajar-luar-negara/
Isteri Hafidz Roshdi Mahu Sambung Belajar Luar Negara
[ "Isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri berhasrat menyambung pengajian di luar negara sekiranya permohonan biasiswa dibuat mendapat kelulusan.", "Memetik Harian Metro, Shuhada berkata sudah tiba masa untuk dia mengejar cita-citanya. Meskipun sedang hamil namun dia tidak mahu menjadikan perkara itu seabgai halangan.", "“Mungkin dulu saya mengikut perintah suami, namun kini tiba masanya saya ingin mengejar cita-cita yang sudah lama tertangguh. Malah, sekiranya permohonan untuk mendapatkan biasiswa lulus, saya akan bawa anak-anak bersama.", "“Rakan-rakan yang mengenali saya dulu pasti ingat bagaimana saya sedang hamil membawa perut ke kelas. Jadi, jika saya meletakkan hasrat untuk membuat sesuatu, pastinya saya tekad,” katanya.", "Dalam pada itu, Shuhada berkata apa yang berlaku pada dirinya pasti ada hikmah dan dia terbuka jika ada pihak yang mahu menaja untuknya menyambung pelajaran di luar negara.", "“Saya pasti semua yang terjadi ada hikmahnya, namun sekiranya saya diberikan peluang untuk menyambung pelajaran, pastinya saya tidak mensia-siakan peluang itu. Andai kata ada yang ingin menaja, saya terima dengan tangan terbuka,” katanya.", "Sementara itu, Shuhada berkongsikan tahun ini dia bersyukur meraikan hari raya bersama keluarga dan adik beradiknya di Perlis.", "“Alhamdulillah, tangan yang dihulur lebih banyak pada tahun ini memandangkan saya sudah bermastautin di Perlis bersama mak dan ayah di kampung.", "“Adik-beradik pun ada jadi rasa lebih selamat. Malah, Humairah dan Umar juga mendapat baju raya serta kasut lebih lagi. Semestinya mereka lebih teruja dapat hadiah daripada orang sekeliling,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/dah-2-tahun-tak-berlakon-saharul-ridzwan-selesa-masuk-kerja-9-pagi-balik-5-petang/
Dah 2 Tahun Tak Berlakon, Saharul Ridzwan Selesa Masuk Kerja 9 Pagi Balik 5 Petang
[ "Lama rasanya tak nampak wajah Saharul Ridzwan di kaca televisyen dan pelakon itu mengakui sudah lebih dua tahun dia tidak berlakon drama.", "Memetik Harian Metro, Saharul berkata ada sahaja tawaran berlakon namun dia mahu memberi fokus pada perniagaan Qaabila Skincare diusahakannya.", "“Saya masih meneruskan karier lakonan dan jika ada tawaran berlakon drama atau naskhah menarik, saya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu.", "“Buat masa ini, saya sibuk untuk mengembangkan bisnes yang juga jaminan untuk masa depan saya dan keluarga.", "“Saya juga sudah berasa selesa dengan rutin kerja sekarang yang bermula jam 9 pagi dan selesai jam 5 petang terus pulang ke rumah untuk bersama keluarga,” katanya.", "Semakin banyak wajah baru muncul di TV kini, Saharul berkata dia sudah tidak mengikuti perkembangan industri seni sejak dua tahun lalu.", "“Pada pemerhatian saya, banyak yang sudah berubah dalam industri hiburan tanah air ketika ini. Apa yang saya nampak banyak garis panduan yang sudah dilanggar oleh pembikin filem ketika ini. Contohnya, penerbitan filem yang mempersendakan agama seperti Mentega Terbang yang mencetuskan kontroversi sebelum ini,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/ahirine-dedah-pelakon-berstatus-suami-orang-cuba-mengorat-minta-jadi-kekasih-gelap/
Ahirine Dedah Pelakon Berstatus Suami Orang Cuba Mengorat, Minta Jadi Kekasih Gelap
[ "Baru-baru ini, nama pelakon baru Ahirine menjadi bualan ramai apabila dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle. ", "Bagaimanapun, memetik Utusan, Ahirine menafikan perkara itu serta tidak faham macam mana boleh timbul isu tersebut hanya kerana berlakon dibawah filem arahan Farid serta melakukan aktiviti Muay Thai bersama.", "BACA: “Farid Seorang Bapa Yang Kasihkan Anak-Anak, Kuat Berpegang Pada Tali Allah” – Ellie Suriaty", "Difahamkan, Ahirine kini sedang berkenalan dengan seseorang yang turut mempunyai kemahiran seni bela diri Muay Thai sama sepertinya.", "Lebih mengejutkan, Ahirine turut mendedahkan ada beberapa pelakon popular lain yang menggatal dengannya dan bukan Farid Kamil.", "Menurutnya, pelakon yang menggatal dengannya itu berstatus suami orang dan sudah mempunyai anak serta sering menayang kebahagiaan bersama keluarga di media sosial." ]