url
stringlengths
31
187
title
stringlengths
11
166
content
sequence
https://www.rotikaya.com/tak-sangka-sampai-sekarang-saya-belum-kahwin-lagi-umur-nak-cecah-40-zarina/
“Tak Sangka Sampai Sekarang Saya Belum Kahwin Lagi, Umur Nak Cecah 40” – Zarina
[ "Usia hampir mencecah 40 tahun, pelakon Zarina Zainoordin berkata dalam keluarganya hanya dia sahaja yang belum berkahwin.", "Memetik Harian Metro, Zarina berkata bekas kekasihnya semua sudah berkahwin dan mempunyai anak, tetapi dia masih belum mendirikan rumah tangga lagi.", "“Tak sangka sampai sekarang saya belum kahwin lagi. Umur dah nak cecah 40. Bercinta dari zaman sekolah tapi tak kahwin lagi.", "“Dulu saya fikir lepas sekolah dah nak kahwin. Orang yang pernah berkawan dengan saya (bekas kekasih) semuanya dah kahwin dan ada anak. Saya sahaja belum,” katanya.", "Menurut Zarina lagi, dia juga tidak terlepas dengan pertanyaan soal jodoh kerana baginya itu perkara biasa yang akan ditanya.", "“Adik bongsu dah ada tiga anak. Anak-anak buah pun ada yang dah bertunang. Namun saya bersyukur keluarga dan kawan-kawan okey.", "“Saya elakkan orang yang suka kepoh hal orang. Tapi kalau orang tanya, saya jawab macam biasa. Kalau rasa sakit telan sahaja.  Normallah orang nak tanya. Kalau yang perli-perli suka hati merekalah. Benda itu bukan kerja kita,” katanya.", "Dalam pada itu, Zarina mengakui sudah mempunyai kekasih yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu yang merupakan ahli perniagaan.", "“Saya nak kahwin, nak sangat. Cuma untuk kahwin belum tahu waktunya kerana kami masing-masing jenis cari duit. Dia berusia 52 tahun dan berstatus dua anak.", "“Tunggulah dia fokus pada anak-anak sampai besar sikit. Dia seorang ahli perniagaan dan kami kenal menerusi kawan-kawan. Dialah teman lelaki yang paling lama saya berkawan. Tak sangka juga saya paling lama kawan dengan dia,” katanya.", "Sementara itu, Zarina berkata hubungannya dengan bekas kekasih sebelum ini putus kerana tiada persefahaman dan mengakui dirinya seorang yang garang.", "“Saya seorang wanita bekerjaya yang terlampau garang, tegas dan apa pun tak boleh. Lelaki pun tak tahan dengan sikap saya. Sekarang saya dah rendahkan ego, tidak panas baran lagi. Saya mengaku dulu memang jenis panas baran sedikit.", "“Rasanya saya lebih kena dengan pasangan yang lebih tua kerana dulu kekasih saya muda. Kekasih sekarang pandai ambil hati,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/sampai-sekarang-saya-masih-bankrap-dengan-jumlah-yang-sama-fizo-omar/
“Sampai Sekarang Saya Masih Bankrap Dengan Jumlah Yang Sama” – Fizo Omar
[ "Pelakon dan usahawan, Fizo Omar berkongsikan isunya diisytiharkan muflis masih belum selesai meskipun sudah 9 tahun berlalu.", "Memetik Xtra, Fizo berkata sehingga hari ini dia masih lagi bankrap dengan jumlah yang sama iaitu sebanyak RM8 juta.", "“Saya masih lagi bankrap dengan jumlah yang sama. Dah masuk tahun ke-9 saya diisytiharkan bankrap. Tapi saya sentiasa percaya, apa sahaja semangat yang saya ada sekarang adalah hasil daripada dugaan tersebut", "“Sebagai manusia biasa, bila kita ‘tersepit’, kita akan cari jalan bagaimana untuk berjaya,” katanya.", "Meskipun berdepan masalah tersebut, Fizo berkata kehidupannya kini bertambah baik serta meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang tidak putus diberikan kepadanya.", "“Pada saya, status bankrap masih lagi ada, bernilai jutaan ringgit tapi Alhamdulillah, Tuhan datangkan rezeki yang berlainan kepada saya hingga hari ini.", "“Kehidupan saya juga bertambah baik, bahagia bersama keluarga dari segi rezeki keluarga, kerjaya, perniagaan, syukur rezeki tidak putus.", "“Perkara tersebut buatkan saya keluar daripada zon selesa saya dan berusaha membina perniagaan saya sehingga saya rasa kehidupan kini lebih baik,” katanya.", "Untuk rekod, Fizo diisytihar bankrap sejak tahun 2014 akibat ditipu ketika menjadi pengarah di sebuah syarikat." ]
https://www.rotikaya.com/syamsul-yusof-puteri-sarah-dilihat-mesra-usik-mengusik/
Syamsul Yusof & Puteri Sarah Dilihat Mesra, Usik Mengusik
[ "Umum mengetahui, rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, pengarah sensasi Syamsul Yusof masih tidak menemukan titik noktah lagi.", "Memetik Utusan, Selepas selesai prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam, pasangan itu dilihat mesra dan saling usik mengusik satu sama lain.", "Bagaimanapun, kedua-duanya enggan memberikan maklum balas kepada media mengenai prosiding berlangsung.", "“Saya tak nak komen apa-apa. Semuanya pihak peguam akan keluarkan kenyataan. Itu Puteri Sarah, kejar dia,” seloroh Syamsul.", "Sementara itu, Puteri Sarah tidak dapat memberikan kenyataan kerana perlu bergegas ke lapangan terbang untuk ke Jakarta.\n" ]
https://www.rotikaya.com/pakai-baju-kurung-pun-kena-kecam-orang-kata-seksi-kak-km/
“Pakai Baju Kurung Pun Kena Kecam, Orang Kata Seksi” – Kak KM
[ "Sebut sahaja nama Kak KM atau Liana Rosli, pasti ramai mengenai anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang sering mencetuskan kontroversi.", "Memetik mStar Online, Kak KM berkata dia sudah lali dengan kecaman dan kata-kata hinaan dilemparkan netizen terhadapnya di media sosial.", "Bagaimanapun, Kak KM berkata apa yang diperkatakan netizen itu tidak menjejaskan kehidupannya, malah perniagaannya semakin mendapat sambutan.", "Katanya lagi, apa saja yang dilakukannya pasti akan dikecam namun dia tidak kisah. Ujarnya lagi, dia hanya menjadi menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit.", "“Saya pakai baju kurung pun orang kecam sebab katanya seksi sebab muka saya ni mengundang kecaman rasanya, bukannya saya suka kena kecam tapi apa yang saya lakukan ada mata-mata memandang.", "“Kadang-kadang bila buat perkara positif pun kena kecam siap ajak beramai-ramai untuk kecam saya, tak kisah pun sebenarnya.", "“Saya jadi diri sendiri dan tak tidak fake, saya tidak akan berhenti untuk buat perkara ini sebabkan mereka, saya bukan jenis macam itu sebab saya tahu diri ini bagaimana serta tahu batas lagipun itu hanyalah marketing,” katanya.", "Sementara itu, Kak KM berkongsikan dia dalam perancangan hasilkan single terbaharu pada penghujung tahun ini berkonsepkan dangdut rock." ]
https://www.rotikaya.com/saya-letak-kepercayaan-kepada-allah-untuk-dapatkan-isteri-anak-anak-kembali/
“Saya Letak Kepercayaan Kepada Allah Untuk Dapatkan Isteri & Anak-Anak Kembali”
[ "Pelakon Farid Kamil tetap dengan pendirian memastikan hubungan dengan isterinya, Diana Danielle dapat kembali dijernihkan.", "Malah, Farid berkata harapannya masih seperti dulu dan rasa sayang pada isterinya semakin bertambah.", "Sementara itu, ditanya mengenai rasa sayang suaminya kini bertambah-tambah Diana hanya diam.", "Sebaik saja selesai prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Diana hanya membisikkan atau memanjatkan syukur sambil dilihat tersenyum.", "Dalam pada itu, Farid berkata dia tidak sempat untuk berkomunikasi dengan isterinya namun dia meletakkan kepercayaan kepada Allah mengenai soal rumah tangganya.", "“Tiada berkomunikasi secara depan-depan. Tapi, mungkin di dalam hati, siapa yang tahu (ketawa).", "“Saya letakkan kepercayaan kepada Allah SWT untuk dapatkan isteri dan anak-anak kembali. Seratus peratus saya percaya kepada Allah SWT,” katanya.\n" ]
https://www.rotikaya.com/babak-tayang-badan-berketak-shaheizy-sam-dedah-syatilla-suka-sokong/
Babak Tayang Badan Berketak, Shaheizy Sam Dedah Syatilla Suka & Sokong
[ "Umum mengetahui, semalam merupakan hari pertama tayangan filem Polis Evo 3 yang sudah pun menemui penonton di pawagam. Dengar cerita sambutan filem tersebut luar biasa.", "Tidak dinafikan setiap kali menjayakan sestuatu watak, pelakon Shaheizy Sam pasti akan disiplin memiliki tubuh badan sasa demi tuntutan kerja.", "Memetik mStar Online, Sam berkata dia seorang pencinta makanan serta mengakui sukar untuk mendapatkan badan sasa, namun dia berbuat demikian untuk kerja.", "“Secara jujurnya saya susah nak dapat six pack sebab saya sangat menikmati makanan dan kalau tiada kerja memang saya gemuklah.", "“Sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) masa Februari dulu, saya okey lagi sebab baru lepas habis penggambaran. Tetapi bulan September saya dah berisi sangat. Tetapi, fasal kerjalah saya boleh turunkan berat badan kalau bukan sebab kerja, rasanya tidak,” katanya.", "Dalam pada itu, Sam berkata isterinya, yang juga pelakon Syatilla Melvin tidak kisah dengan babak tayang badan dalam filem berkenaan. Malah, Sam berkata isterinya suka akan perubahan tersebut dan sentiasa memberi sokongan kepada dirinya.", "“Syatilla okay sahaja, mungkin sebab dia pun jarang dapat lihat saya seperti itu. Jadi, dia beri sokongan dan nampaklah dia suka usaha saya nak capai sesuatu perkara,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/curvo-residences-setapak-kl-antara-perumahan-yang-mempunyai-ciri-strategi-mesra-gaya-hidup-sihat/
Curvo Residences @ Setapak KL Antara Perumahan Yang Mempunyai Ciri Strategik & Mesra Gaya Hidup Sihat
[ "Zaman sekarang untuk memiliki rumah mahupun menyewa rumah banyak benda yang kena dititikberatkan. Selain semua kemudahan diambil kira, faktor keselamatan pun merupakan satu faktor yang sangat penting.", "Korang yang tinggal di Setapak tu, yang nak keselesaan terjamin di samping mempunyai gaya hidup sihat yang sempurna jangan sesekali lepaskan peluang untuk memiliki condominum Curvo Residences @ Setapak yang kini mengalu-alukan kedatangan korang.", "Ruang yang selesa dan segala kemudahan disediakan berdekatan Curvo Residences @ Setapak akan membuatkan korang takkan cari rumah lain. Mana tak nya, semuanya lengkap plus siap boleh beriadah dengan tenang lagi. Takkan tak mahu!", "Kalau korang nak tahu, Curvo Residences ialah fasa kediaman terakhir pembangunan bersepadu pertama di Setapak, SkyArena.", "SkyArena merentasi 28 ekar hartanah utama dalam bandar. Projek ini juga menggalakkan gaya hidup yang benar-benar sihat, yang terdiri daripada komponen unik yang berbeza – Kediaman, Sukan dan Komersial.", "Terdapat lebih daripada 50 kemudahan di pelbagai peringkat dari aras tanah ke aras atas mencakar langit. Contohnya terdapat taman irama alam semula jadi, kolam pusingan infiniti, gimnasium, bilik nyanyian dan pemandangan langit dari kediaman masing- masing serta banyak lagi kemudahan yang korang akan dapat.", "Semua kemudahan ini direka untuk menggalakkan kesejahteraan fizikal dan menggalakkan penduduk kekal aktif dalam keselesaan kondominium sendiri.", "Nak memiliki rumah yang dikelilingi suasana cantik dan persekitaran yang sempurna umpama dalam sebuah lukisan, korang sebagai bakal pemilik rumah haruslah kaji setiap sudut sebelum membuat keputusan untuk memilikinya.", "Dengan Curvo Residences @ Setapak ini korang dah tak perlu nak kaji dan teliti dengan lebih lama semuanya ada. Paling best bab transport memang terbaik. Dekat serba serbi lah orang kata.", "– LRT Wangsa Maju\n– LRT Sri Rampai\n– LRT Setiawangsa\n– MRT Setapak (Akan Datang)", "– Menara Berkembar Petronas\n– Menara Kuala Lumpur\n– Merdeka PNB 118\n– Tun Razak Exchange (TRX)", "Bukan tu saja, bila korang menginap di Curvo Residences @ Setapak korang dah tak perlu fikir dan pening kepala dan mana nak cari sekolah yang dekat dengan anak korang. Yalah nak memudahkan korang untuk ambil juga, tak perlu nak hadap jem berjam-jam. Paling penting hospital pun dekat tau dengan condominium yang bakal jadi rumah mewah korang ni.", "-Kolej Universiti TAR\n-Sekolah Antarabangsa Sri Utama\n-Sekolah Antarabangsa Fairview\n-UTM Kuala Lumpur", "-Hospital Columbia Asia\n-Hospital Besar Kuala Lumpur\n-Hospital Pakar KPJ Tawakkal KL\n-Hospital Gleneagles Kuala Lumpur\n-Institut Jantung Negara (IJN)", "Bila dah semua dekat dengan rumah senang lah kerja mak-mak nak urus anak nanti. Tak perlu susah payah pergi jauh jauh hantar anak sekolah. Balik sekolah nak kena kemas rumah pula kan, memang masa tu terhad kalau semua benda ni jauh belaka.", "Ha sebut pasal mak-mak ni, ada satu port buat mak-mak happy dan yang pastinya tengok dari rumah pun dah nampak port ni. Korang mesti nak tahu port apa kan? Ni ha port membeli belah buat mak-mak hilang stress. Dekat sangat dengan rumah, tunggu nak pergi dengan tak jer.", "-Setapak Central Mall\n-Wangsa Walk Mall\n-Great Eastern Mall\n-Melawati Mall\n-M3 Shopping Mall\n-AEON Big Wangsa Maju\n-AEON Big Danau Kota\n-Giant Hypermarket Setapak\n-AEON Mall Wangsa Maju", "-Kompleks Sukan SkyArena\n-Taman Titiwangsa\n-Taman Rekreasi Air Panas Setapak\n-Taman Batu Metropolitan\n-Kelab Golf Diraja Selangor\n-Taman KLCC", "Jalan raya yang dibarisi dengan pokok yg sangat eksklusif sepanjang 200m", "Jadi apa tunggu lagi, kalau korang nak tahu Curvo Residences memenuhi piawaian pematuhan QLASSIC dan mempunyai pensijilan Bangunan Berperakuan Hijau.", "Sebanyak 3.5 ekar landskap daripada pembangunan keseluruhan untuk menggalakkan konsep hidup sihat yang akan memenuhi bukan sahaja pembeli rumah kali pertama tetapi juga keluarga berbilang generasi yang ingin tinggal di unit bersebelahan.", "Konsep jalan masuk yang dibarisi pokok sepanjang 200m memberikan pengalaman memandu pulang ke kedamaian dengan penuh ketenangan dari bandar yang sibuk.  Jangan tak tahu, Curvo Residences direka dengan unit orientasi utara-selatan yang dilengkapi dengan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi.", "Cepat dan jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki sebidang hartanah berprestij ini. Untuk maklumat lanjut layari Curvo Residences atau terus hubungi nombor (03) 9212-3116. Nak lagi mudah jangan lupa kunjungi SkyWorld Gallery @ Setapak." ]
https://www.rotikaya.com/hormat-suami-bella-dally-tidak-akan-berlakon-dengan-nazim-othman/
Hormat Suami, Bella Dally Tidak Akan Berlakon Dengan Nazim Othman
[ "Pelakon Bella Dally memberitahu dia tidak akan berlakon sama dengan Nazim Othman demi menghormati suaminya, Ariff Izuddin Mohd Radzali.", "“Saya seorang yang profesional. Tapi saya memilih untuk menghormati suami. Maka saya tidak akan berlakon sama dengan Nazim,” katanya kepada Astro Gempak.", "Sementara itu, Bella berkata kerjaya lakonannya kini agak perlahan sert mengakui lebih berminat untuk menerima watak berkaitan dengan memperkasa wanita.", "“Saya masih berlakon walaupun sekarang memang agak perlahan. Jika boleh saya mahu terbabit dengan naskhah yang bersifat memperkasa wanita berbanding menjadi wanita teraniaya,” katanya.", "Dalam pada itu, sepanjang tidak berlakon, Bella banyak menghabiskan masa sebagai seorang pereka konten dimana dia berkongsikan mengenai aktiviti dan gaya hidup sihat.", "“Jika memenuhi komitmen dengan klien pun, ia mesti masih berkaitan dengan gaya hidup saya.", "“Saya rasa buat masa ini agak seronok menjadi pereka konten kerana ia tidak memakan masa yang lama seperti berlakon. Jadi saya punya lebih banyak masa yang boleh dihabiskan bersama keluarga atau suami,” katanya.", "Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan Nazim Othman pada 2016 namun berpisah pada 2018," ]
https://www.rotikaya.com/takut-dengan-kematian-aliff-syukri-dekatkan-diri-dengan-allah/
Takut Dengan Kematian, Aliff Syukri Dekatkan Diri Dengan Allah
[ "Selepas muncul dengan lagu Raya bulan lalu, tiada lagi cerita kita dengar mengenai usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.", "Memetik Oh Bulan, Aliff mengakui dia takut untuk menghadapi kematian dan melihat banyak berita pemergian rakan dan juga selebriti mengingatkannya tentang perkara tersebut.", "BACA: “Siti Nurhaliza, Saya Minta Maaf, Mak Saya Dah Marah, Ambillah Balik Penyanyi No. 1” – Aliff Syukri", "“Saya terlalu sibuk, melihat ramai kawan-kawan dan rakan selebriti yang meninggal dunia awal, saya berdoa untuk mati dalam keadaan tenang dan tidak mahu dikecam. Saya sebenarnya takut untuk menghadapi kematian.", "“Saya walaupun ada segalanya, perniagaan, kekayaan dan anak yang ramai, saya bersyukur tindakan saya masih terkawal dan tidak terlebih.", "“Saya sedar saya bukan ahli ulama, end of the day saya akan tua dan sakit, oleh itu saya seru untuk sentiasa buat baik, sebab bila waktu kita mati kita tidak tahu pun,” katanya.", "Menurut Aliff, dia ada berjumpa dengan doktor kerana tidak sihat namun tidak dapat dedahkan sakit apa yang dialami olehnya.", "“Baru-baru ini pun saya kurang sihat dan ada berjumpa dengan doktor, katanya saya perlu jalani kehidupan yang lebih sihat. Tetapi sakit apa yang saya alami maaf tidak dapat kongsikan,” katanya.", "Sementara itu, Aliff berkata dia kini mula solat berjemaah dengan keluarga serta banyakkan membaca Al-Quran dan mengamalkan gaya hidup sihat.", "“Saya ingin kurangkan bersosial, saya mahu amalkan gaya hidup sihat, banyakkan beribadah. Saya banyak dengar nasihat isteri saya dan sekarang hati saya lebih tenang.", "“Jujur saya katakan, sekarang sudah kerap solat berjemaah dengan anak-anak dan cuba untuk banyakkan membaca al-Quran untuk dekat diri dengan Allah. Kemudian saya mahu anak-anak semua ambil alih perniagaan supaya saya boleh berehat,” katanya.", "Dalam pada itu, Aliff berkata dia berhajat untuk mewakafkan sebahagian hartanya untuk mendirikan surau dan rumah tahfiz sebelum dia pergi menghadapn Ilahi.", "“Saya pernah berborak dengan isteri, saya beritahu dia agama saya tidak cukup, tetapi seandainya saya meninggal, saya minta sekurang-kurangnya harta saya diwakafkan untuk buat surau atau tahfiz sebanyak RM1 juta, itu lah niat saya.", "“Saya juga berharap sesiapa yang mengenali saya atau rapat dengan saya tidak akan menceritakan perkara yang buruk apabila saya sudah tiada nanti,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/shila-amzah-nafi-putus-cinta-dengan-ubai/
Shila Amzah Nafi Putus Cinta Dengan Ubai
[ "Sejak semalam, perkongsian penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai seolah memberi bayangan hubungan cintanya dengan pempengaruh media sosial, Ubai sudah berakhir.", "Bagaimanapun, menerusi siaran langsung di Instagram, Shila menafikan hubungannya dengan Ubai telah putus. Ujarnya, hubungannya dengan Ubai baik-baik sahaja namun keadaan dirinya tidak berapa baik.", "BACA: “Terima Kasih Untuk 5 Bulan Terbaik” – Shila Amzah, Ubai Berpisah?", "“Kesimpulannya kami okey cuma saya sahaja yang tidak berada dalam keadaan baik. Kalau kami putus, kenapa saya memuat naik gambar bersama dia (Ubai). Kesian dekat dia tapi saya tak maksudkan macam tu pun.", "“Cuma saya ingin jelaskan bahawa keadaan saya tidak baik bukan disebabkan Ubai. Ada masa memang saya tidak okey dan ingin menjadi diri sendiri 100 peratus,” katanya.", "Shila turut menjelaskan perkongsiannya itu adalah untuk meluahkan rasa kasih serta penghargaan buat kekasihnya itu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta.", "Malah, Shila turut meluahkan rasa pelik apabila ada pihak yang menganggap perkongsian itu seolah memberi bayangan hubungan mereka sudah berakhir.", "“Bagi saya orang sekarang ramai yang tidak sensitif dan semua orang ada jatuh bangun. Perkongsian saya semalam lebih kepada menghargai Ubai tetapi 95 peratus orang tidak memahami mengenai status tersebut.", "“Ramai menjangka hubungan kami putus dan memutar belit apa yang saya ingin sampaikan. Kalau kami putus, kenapa saya memuat naik gambar bersama dia (Ubai)?", "“Saya bukan mahu mengundang negatif cuma perkara ini bergantung kepada cara pemikiran seseorang. Kalau otak negatif maka perkara positif pun akan dilihat ke arah keburukan,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/syasya-dolla-tak-terasa-hati-nenek-tegur-imej-seksi/
Syasya Dolla Tak Terasa Hati Nenek Tegur Imej Seksi
[ "Penyanyi dan juga ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya berkata dia tidak ambil hati dengan teguran neneknya yang juga pelakon, Rozie Othman berkenaan penampilan seksinya.", "Memetik BH Online, Syasya berkata dia tidak menyimpan perasaan marah kerana teguran diberikan neneknya itu tanda prihatin terhadap dirinya.", "“Bagi saya, apa yang nenek katakan ada betulnya. Apa yang saya boleh katakan, sebagai generasi muda, kita mempunyai gaya tersendiri. Zaman dahulu dan sekarang banyak bezanya.", "“Insya-Allah, apa yang boleh perbaiki, saya perbaiki. Dalam masa sama, saya membawakan imej dan menjadi diri sendiri, tak mahu berpura-pura jadi orang lain.", "“Saya selalu dengar nasihat nenek. Saya tahu nenek mempunyai niat baik dan menegur saya sebagai cucunya. Saya sayangkan nenek,” katanya.", "Dalam pada itu, Syasya berkata nenek ada menghubunginya berpesan perkara sama dan teguran tersebut tidak menjejaskan hubungan mereka.", "“Nenek telefon saya dan berpesan menjaga pemakaian. Dia sebenarnya seorang nenek yang ‘cool’, sebab dia seorang pelakon dan memahami industri seni.", "“Tetapi, sebagai nenek pastinya dia risau memandangkan orang suka bercakap macam-macam. Jadi, nenek hanya prihatin.", "“Kami pun baik-baik sahaja dan rapat antara satu sama lain,” katanya.", "Dalam pada itu, Syasya berkata dia akan ambil langkah berhati-hati dalam pemakaian namun memberitahu dia mahu menjadi diri sendiri.", "Saya rasa ini adalah imej saya dan mempunyai pendapat saya tersendiri. Sebab saya percaya setiap orang ada pendapat tersendiri mengenai pemakaian.", "“Kalau ada merasakan saya terlampau seksi, insya-Allah saya akan cuba kurangkan.", "“Tapi seperti yang dikatakan, ini imej saya dan mahu menjadi diri sendiri,” katanya.", "Terdahulu, Rozie menasihatkan Syasya tidak tampil dengan pakaian terlalu seksi hingga jadi perhatian ramai dan dikecam netizen." ]
https://www.rotikaya.com/rasa-sayang-saya-kepada-diana-makin-bertambah-tambah/
“Rasa Sayang Saya Kepada Diana Makin Bertambah-Tambah”
[ "Pelakon Farid Kamil berkata dia berharap prosiding Sulh yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini akan mencapai kata sepakat.", "Memetik Utusan Online, Farid turut meluahkan rasa gembira dapat bertentang mata dengan Diana Danielle dan menyatakan rasa sayang pada isterinya makin bertambah.", "“Harapnya hari ini dapatlah saya bertentang mata dengan isteri saya. Rasa sayang saya (kepada Diana) semakin bertambah-tambah.", "Sebelum ini, Diana tidak hadir ke bagi prosiding Sulh yang berlangsung pada 11 April lalu kerana belum bersedia bersemuka dengan Farid.", "Terdahulu, Diana memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu. Alasan yang diberikan pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan." ]
https://www.rotikaya.com/puteri-sarah-tak-mahu-cakap-pasal-syamsul-lagi/
Puteri Sarah Tak Mahu Cakap Pasal Syamsul Lagi
[ "Pelakon Puteri Sarah berkata dia tidak mahu lagi bercakap mengenai suaminya, pengarah terkenal, Syamsul Yusof serta hal berkenaan rumah tangganya.", "Memetik video Xtra, Sarah berkata dia sudah pun meluahkan segalanya dalam video pada akhir Ramadan lalu dan itu adalah video terakhir mengenai kemelut rumah tangganya.", "BACA: Halang Puteri Sarah Keluar Kenyataan Di Media Sosial, Mahkamah Tolak Lanjut Injuksi Syamsul", "Menurut Sarah lagi, dia sudah move on dan tiada apa lagi perlu diperkatakan mengenai rumah tangganya. ", "Puteri sarah dah move on ??? #fyp #xtramy #puterisarahliyana #kes #injuksi #mahkamah #syamsulyusof #beritaditiktok #sembangentertainment ", "“Saya dah tak mahu bercakap fasal dia, saya nak move on. Hari terakhir puasa adalah video terakhir saya mengenai dia . Saya sudah cakap semua di dalam video berkenaan,” katanya.", "Hari ini, permohonan pengarah sensasi, Syamsul Yusof untuk melanjutkan perintah injunksi terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah ditolak Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pagi tadi.", "Syamsul membuat perintah injunksi terhadap Puteri Sarah bagi menghalang isterinya itu daripada mengeluarkan kenyataan berhubung pergolakan rumah tangga mereka di media sosial.", "Difahamkan, Syamsul juga perlu membuat permohonan baru sekiranya ingin melanjutkan perintah injunksi terhadap Puteri Sarah yang bakal berakhir pada 27 Mei ini." ]
https://www.rotikaya.com/netizen-pesan-dekat-amelia-jaga-sharnaaz-baik-baik/
Netizen Pesan Dekat Amelia Jaga Sharnaaz Baik-Baik
[ "Baru-baru ini, kehadiran Sharnaaz Ahmad bersama pelakon, Amelia Christie ketika menghadiri majlis tayangan filem Polis Evo 3 menjadi perhatian ramai.", "Malah, nama Amelia terus menjadi bualan dan semakin popular selepas dilihat memaut tangan aktor tersebut ketika majlis berkenaan.", "Seperti sudah dijangka, ramai yang ‘merestui’ hubungan Sharnaaz dan Amelia serta mengatakan kedua-dua mereka sememangnya sepadan.", "Dalam pada itu, ada yang meminta supaya Amelia menjaga Sharnaaz baik-baik kerana tidak mahu melihat lagi aktor itu kecewa.", "“Tolong jaga mamu untuk kami. Penatlah tengok dia menduda dan kecewa lagi,” pesan netizen.", "“Nampak sepadan, harap hubungan kali ini berkekalan,” doa seorang lagi pengguna TikTok." ]
https://www.rotikaya.com/halang-puteri-sarah-keluar-kenyataan-di-media-sosial-mahkamah-tolak-lanjut-injuksi-syamsul/
Halang Puteri Sarah Keluar Kenyataan Di Media Sosial, Mahkamah Tolak Lanjut Injuksi Syamsul
[ "Permohonan pengarah sensasi, Syamsul Yusof untuk melanjutkan perintah injunksi terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah ditolak Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pagi tadi.", "Memetik mStar Online, Syamsul membuat perintah injunksi terhadap Puteri Sarah bagi menghalang isterinya itu daripada mengeluarkan kenyataan berhubung pergolakan rumah tangga mereka di media sosial.", "BACA: Netizen Sebak Puteri Sarah Ucap Selamat Hari Ibu Kepada Diri Sendiri", "Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah memerintahkan agar kes itu didengar secara inter-parte (kedua-dua pihak) namun, Syamsul tidak hadir pada sebutan pertama kes itu hari ini.", "Abdul halim turut membenarkan Puteri Sarah selaku defendan kes itu untuk memfailkan jawapan terhadap injunksi ex-parte dan kes akan disambung semula pada 8 Jun depan.", "Difahamkan, Syamsul juga perlu membuat permohonan bary sekiranya ingin melanjutkan perintah injunksi terhadap Puteri Sarah yang bakal berakhir pada 27 Mei ini.", "Injuksi berkenaan difailkan oleh Syamsul pada 24 April lalu sebelum mahkamah meluluskan permohonan sehari kemudian." ]
https://www.rotikaya.com/saya-tak-nak-buang-masa-dah-saya-nak-terbang-tinggi/
“Saya Tak Nak Buang Masa Dah, Saya Nak Terbang Tinggi”
[ "Pelakon Puteri Sarah enggan memberi komen lanjut mengenai isu rumah tangganya dan hanya mendoakan yang terbaik sahaja.", "Memetik Harian Metro, Puteri Sarah berkata dia tidak mahu membuang masa lagi dan mahu move on sahaja selepas ini.", "BACA: Netizen Sebak Puteri Sarah Ucap Selamat Hari Ibu Kepada Diri Sendiri", "“Saya doakan yang terbaik. Itu saja yang harapkan setiap kali. Sebenarnya saya sudah tak nak komen pasal itu lagi", "“Hari itu sudah yang terakhir. Saya tak nak buang masa dah. Saya nak terbang tinggi. Saya memang nak bagi diri sibuk. Itu yang saya nak fokus sekarang. Saya sudah terlalu lama buang masa.", "Difahamkan, esok Puteri Sarah bakal ke mahkamah untuk kes injuksi terhadap keluarga Kazar pada sebelah pagi. Kemudian petang, bagi proses bersama Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung perceraian difailkan. ", "“Saya nak ‘move on’. Hakikatnya esok saya akan terbang ke Jakarta selepas kes mahkamah. Saya ada kerja di sana. Bab hidup itu saya sudah tutup masa Ramadan lalu. Saya mulakan dengan hari raya yang bahagia dan gembira,” katanya" ]
https://www.rotikaya.com/anuar-zain-tak-mahu-ikut-trend-media-sosial-enggan-malukan-diri/
Anuar Zain Tak Mahu Ikut Trend Media Sosial, Enggan Malukan Diri
[ "Meskipun ramai selebriti kini mengikuti trend di media sosial, namun penyanyi Anuar Zain enggan berbuat demikian kerana bimbang boleh mendatangkan malu pada dirinya.", "Memetik mStar Online, penyanyi berusia 53 tahun itu berkata dia lebih selesa untuk kekalkan identiti sendiri meskipun tahu kepetingan media sosial.", "BACA: Anuar Zain Tak Berani Jumpa Bayi Selagi Belum Habis Pantang", "“Saya tidak percaya dalam mengikut trend. Saya lebih kepada sesuatu yang evergreen dan kekal selamanya. Saya pun tak reti nak berjoget dan tiada bakat ke arah itu.", "“Kalau tiada bakat lebih baik tak payah buat. Kenapa perlu lakukan sesuatu yang menjadi bahan ketawa orang. Nanti bila dah semakin berusia kita pula akan terfikir tentang tindakan sebelum ini,” katanya.", "Menurut Anuar, melalui media sosial dia dapat berhubung terus bersama peminat namun dia tidak akan menjadikan platform miliknya itu untuk mana-mana pihak mempromosikan jualan mereka.", "“Kalau ada masa lapang saya sendiri yang akan membalas DM dan komen peminat. Itu adalah salah satu cara saya berinteraksi dengan mereka.", "“Namun kalau bab perniagaan saya memang tidak akan repost. Kenapa perlu buat begitu apabila ada yang menggunakan imej saya untuk tujuan perniagaan,” katanya.", "Dalam pada itu, Anuar memaklumkan dia bakal mengumumkan sesuatu yang istimewa buat peminat namun sedang menunggu masa sesuai." ]
https://www.rotikaya.com/syafi-tee-pindah-keluar-rumah-tak-sanggup-tengok-ibu-bapa-sedih/
Syafi Tee Pindah Keluar Rumah, Tak Sanggup Tengok Ibu Bapa Sedih
[ "Pelakon Syafi Tee mengambil keputusan untuk berpidah keluar dari rumah keluarganya selepas terpalit beberapa kontroversi sebelum ini.", "Memetik mStar Online, Syafi berkata selain mahu berdikari dia tidak sangguo melihat ibu bapanya bersedih berikutan apa yang menimpanya.", "“Kontroversi sebelum ini membuatkan saya pilih jalan untuk keluar dan berpindah tinggal sendiri. Saya tak sanggup melihat wajah ibu bapa apabila mereka menerima presepsi buruk kerana perjalanan seni saya.", "“Disebabkan itu juga saya ambil langkah berdiam diri. Sebenarnya setiap hari saya rasa lemah dan tertekan tapi kena kuatkan diri kerana tidak boleh mengharapkan orang lain. Hanya Allah sahaya yang tahu perasaan saya,” katanya.", "Sementara itu, Syafi berkata dia memilih untuk berdiam diri serta tidak memberikan sebarang komen mengenai isu terpalit dirinya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.", "Dalam pada itu, Syafi tidak dapat menahan air mata apabila mengenangkan keluargaganya turut terkena tempias kontroversinya, lebih-lebih lagi bapanya, pendakwah Profeser Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.", "“Perkara ini sangat menyedihkan. Saya sendiri tidak faham bagaimana ia boleh berlaku sedangkan saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.", "“Kenapalah ada orang yang sanggup buat saya begini? Tetapi apa yang telah terjadi bagaikan tiada penyelesaian. Saya reda apa yang telah berlaku,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/semoga-allah-lindungi-rumah-tangga-saya-aliff-kekal-hingga-ke-jannah/
“Semoga Allah Lindungi Rumah Tangga Saya & Aliff, Kekal Hingga Ke Jannah”
[ "Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berharap rumah tanggnya bersama Aliff Aziz dilindungi dan berkekalan hingga ke akhir hayat.", "Memetik Harian Metro, Bella berkata dia dan Aliff menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri serta menyerahkan selebihnya kepada Allah.", "“Harapan saya, semoga Allah SWT melindungi rumah tangga saya dan Aliff, kekal hingga ke Jannah. Saya kalau boleh, hendak kahwin sekali saja.”", "“Alhamdulillah.. buat masa ini, semuanya baik-baik saja. Apa yang boleh saya katakan, kami berdua hanya jalankan tugas sebagai suami isteri, ibu bapa, jadi kami buat yang terbaik saja,” katanya.", "Sementara itu, Bella berkongsikan suaminya kini sedang menjalani penggambaran bersama pelakon Trisha Ooi serta bertawakal kepada Allah. ", "“Kita tak nak merancang lebih-lebih, selebihnya kita macam ‘go with the flow’. Saya percaya Aliff pun dah faham dan buat masa ini dia pun tengah jalani penggambaran.", "“Ketika ini, Aliff sedang jalani penggambaran bersama Trisha Ooi, tiada masalah dan dia pun gadis yang baik. Selebihnya, Bella tawakal saja,” katanya.", "Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita yang bergandingan dengan suaminya mengakui tersuka dengan Aliff Aziz." ]
https://www.rotikaya.com/biasalah-setiap-hubungan-ada-pasang-surut-doa-yang-baik-baik-ubai/
“Biasalah Setiap Hubungan Ada Pasang Surut, Doa Yang Baik-Baik” – Ubai
[ "Tiada angin tiada ribut hangat diperkatakan apabila penyanyi Shila Amzah dan kekasihnya, pempengaruh media sosial, Ubai dikatakan sudah berpisah.", "Memetik Astro Gempak, Ubai memohon agar mendoakan yang baik-baik buat hubungan mereka. Ubai berkata setiap hubungan pasti ada pasang surut.", "BACA: “Terima Kasih Untuk 5 Bulan Terbaik” – Shila Amzah, Ubai Berpisah?", "“Apa yang ditulis di Instagram itu, biasalah… Setiap hubungan itu ada pasang surutnya. Doalah yang baik-baik. Biasalah hubungan… Mana-mana hubungan tidak kira sama ada kekasih ke, keluarga atau sebagainya ada pasang surutnya.", "“Mungkin sekarang masanya adalah surut. Lepas tu nanti mana tahu dah kembali okay? Doakan sahaja yang baik-baik,” katanya.", "Dalam pada itu, Ubai menafikan dakwaan netizen netizen mengatakan perkongsian Shila itu adalah gimik untuk melancarkan lagu.", "“Nak buat lagu itu tak adalah sebab sepanjang saya dengan dia tak ada lagi dia tulis lagu. Berkenaan pertukaran status, netizen boleh berkata apa sahaja, saya anggap itu perkara biasa sebab kita tak boleh nak tutup mulut semua orang.", "“Lebih molek sekiranya kita bercakap benda yang baik daripada mendoakan perkara yang tidak baik. Itulah yang saya boleh komen setakat ini,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/tayang-jbo-hari-hari-tapi-berlakon-satu-award-pun-tak-ada-puteri-balqis/
“Tayang J*bo Hari-Hari Tapi Berlakon Satu Award Pun Tak Ada” – Puteri Balqis
[ "Baru-baru ini, perkongsian pelakon Puteri Balqis menjadi perhatian apabila meluahkan rasa bengang terhadap seorang pelakon remaja namun tidak didedahkan namanya.", "Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Balqis berkata pelakon tersebut didakwa mempunyai sikap suka memerli individu lain tanpa sebab termasuk dirinya.", "Balqis turut menyindir pelakon tersebut yang sering membuat konten menunjukkan bahagian tubuhnya namun tidak pernah memenangi sebarang anugerah.", "Dalam pada itu, Balqis juga berharap tidak bekerjasama lagi dengan pelakon berkenaan kerana tidak mahu melihat sikap pelakon itu yang turut mempunyai teman lelaki sedangkan masih di bawah umur.", "“Tolong lah jangan bagi aku satu set dengan dia flip hair 20 kali seminit. Bangga dengan teman lelaki yang muka tak semenggah itu. Adoi jangan babitkan aku, ubat depres aku nak dekat habis ni,” tulisnya." ]
https://www.rotikaya.com/terima-kasih-untuk-5-bulan-terbaik-shila-amzah-ubai-berpisah/
“Terima Kasih Untuk 5 Bulan Terbaik” – Shila Amzah, Ubai Berpisah?
[ "Perkongsian penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai seolah memberi bayangan hubungan cintanya dengan pempengaruh media sosial, Ubai sudah berakhir.", "Menerusi entri itu, Shila ada memuat naik gambar mereka berdua serta mengucapkan terima kasih kerana menjadi teman terbaik buat dirinya.", "“Terima kasih untuk lima bulan terbaik ini. Awak telah menjadi teman terbaik saya. Terima kasih sudah memberikan kasih sayang kepada Seth.", "“Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk awak. Semoga awak dimurahkan rezeki dan semoga awak dapat segala yang dihajati.", "“Terima kasih untuk segalanya. Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila,” tulisnya.", "Terdahulu, pasangan itu dikatakan bakal melangkah ke fasa seterusnya dan Ubai sudah membeli sebentuk cincin. Namun, segalanya masih dalam perbincangan." ]
https://www.rotikaya.com/berat-badan-turun-mendadak-alami-gangguan-aneh-sherry-ibrahim-disihir/
Berat Badan Turun Mendadak & Alami Gangguan Aneh, Sherry Ibrahim Disihir?
[ "Sebelum ini tular mengenai fizikal pelakon Sherry Ibrahim yang dikatakan susut sehingga ada yang mendakwa dirinya sakit, Sherry bagaimanapun menafikan perkara itu.", "Menerusi temu bual bersama Melodi, Sherry berkata pada awalnya dia sangkakan berat badannya turun kerana gaya hidupnya yang aktif serta menjaga pemakanan.", "BACA: Usia Cecah 40 Tahun, Sherry Ibrahim Akur Jodoh Belum Sampai Lagi", "Alamak siapa buat Sherry Ibrahim ni sampai kurus macamni sekali #meloditv3 #panas #tv3 ", "“Mula-mula memang saya jaga pemakanan, saya aktif beriadah. Dah bertahun-tahun saya amalkan tapi sekarang ramai yang ambil berat dan ada yang anggap saya tak sihat.", "“Saya tak pernah dimasukkan ke hospital, jarang demam. Mungkin sekarang saya tak ada selera makan. Saya kena paksa semuanya,” katanya.", "Sementara itu, pelakon itu ditanya adakah berat badannya menyusut angkara perbuatan jahat manusia, Sherry akui dia telah ikhtiar dan reda dengan apa yang terjadi terhadapnya.", "“Saya rasa saya tiada musuh dengan sesiapa. Saya yakin saya ada hubungan yang baik dengan semua orang. Tapi kadang-kadang dalam hidup ini kita tak tahu apa yang orang rasa terhadap diri kita.", "“Alhamdulillah saya dah ikhtiar apa yang patut. Banyak benda saya dah ikhtiar. Lama juga (ikhtiar). Insya-Allah, apa pun kita kena berserah.", "“Ini semua keizinan Allah, saya sedar, saya reda dan ikhtiar. Bila saya dapat maklum balas mengenai itu, saya sedar saya kena ikhtiar dengan cara lain,” katanya.", "Dalam pada itu, Sherry turut mengatakan ada gangguan aneh sehingga membuatkan dia tidak mahu berjumpa dengan orang.", "“Saya tak pernah ada musuh, reputasi saya dalam industri pun tak ada masalah dengan orang. Saya pun tak mahu memperbesarkan hal ini", "“Ada (gangguan aneh) di hujung-hujung. Banyak jawapan yang Allah beri. Saya memang berserah, Perkara begini tak boleh main-main. Allah lebih berkuasa., katanya.", "Sherr berkata dia kini dalam proses pemulihan dan apa yang berlaku membuatkan dirinya seorang yang penyabar serta reda di atas apa yang terjadi.", "“Alhamdulillah, Allah mendengar doa saya. Setiap yang terjadi adalah satu perkara yang Allah nak kita buka mata. Ia buat saya lebih penyabar.", "“Dah okey, saya harap saya tak diganggu, saya berhak dapat kebahagiaan saya. Saya tak pernah mendoakan pada sesiapa benda yang tak baik. Saya suka tengok orang bahagia. Saya juga tak minta empati dan simpati, Apa yang dah jadi itu dah terjadi, saya reda. Saya hormat setiap orang yang mengenali saya,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/dah-tempah-lokasi-pertunangan-farahdhiya-pilih-calon-yang-sesuai/
Dah Tempah Lokasi Pertunangan, Farahdhiya Masih Pilih Calon Yang Sesuai
[ "Baru-baru ini, perkongsian pelakon dan penyanyi Farahdhiya menjadi perhatian apabila memuat naik memaparkan dirinya sedang duduk di atas sebuah pelamin.", "Menerusi perkongsian itu, Farahdhiya berkata dia sudah pun membuat tempahan tempat pertunangan namun masih tiada calon yang sesuai.", "BACA: Perempuan Lain Suka Pergi Butik LV, Farahdhiya Seronok Pergi Pasar Tani", "Perkongsian Farahdhiya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meninggalkan komen meskipun tahu pelakon itu hanya berseloroh sahaja.", "Malah, ada yang menawarkan diri untuk menjadi pasangan pelakon itu serta bersama-sama duduk di pelamin berkenaan.", "Tidak kurang juga, ada yang mengatakan ramai lelaki beratur untuk jadi calon. Komen itu dibalas oleh Faradhiya yang mengatakan ramai calon namun tidak melepasi piawaian." ]
https://www.rotikaya.com/netizen-kata-muka-isteri-haqiem-rusli-iras-kak-km/
Netizen Kata Muka Isteri Haqiem Rusli Iras Kak KM
[ "Sejak sebulan lalu, imej terbaru isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea yang tampil tidak bertudung mengundang kecaman ramai.", "Baru-baru ini, Anis dilantik menjadi duta sebuah produk kecantikan namun penampilannya ketika menghadiri pada majlis pelancaran dikritik netizen.", "Selepas rambutnya dikritik seperti tidak ‘siap’ sebelum ini, video Anis membuat tarian lagu nyanyian Jisoo Blackpink untuk mempromosikan produk kecantikan tersebut menjadi perhatian.", "Cantiknya our Malaysian Sweetheart @anis sofea ??? Memati ingat Jisoo @blackpinkofficial tadi. So in love with her skin OMG! ? Anyway, khas buat 1000 orang terawal, jom redeem Mixberry by clicking the link in bio now ?? #fyp? #fyp??viral #foryoupage #mixberry #mixberrypowder #foryou #viral #trending #anissofea #anissofeaz #jisoo #blackpink #flowerchallenge #flower #jisooflower ", "Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan wajah Anis mirip usahawan sensasi Kak KM apabila tidak lagi bertudung. Kata netizen lagi, jika sebelum ini bertudung Anis dilihat seperti Hanis Zalikha, namun kini seperti Kak KM.", "Dalam pada itu, netizen turut menepis kapsyen video tersebut yang mengatakan wajah Anis mirip Jisoo serta ada yang mengatakan isteri kepada Haqiem Rusli itu lebih cantik bertudung. Sementara itu, ada yang berharap agar Anis akan kembali bertudung seperti sebelum ini." ]
https://www.rotikaya.com/ani-mayuni-kecewa-penyanyi-dangdut-tak-diberi-peluang-buat-konsert-besar/
Ani Mayuni Kecewa Penyanyi Dangdut Tak Diberi Peluang Buat Konsert Besar
[ "Penyanyi Ani Mayuni kesal apabila turut terkena tempias berikutan ada segelintir rakan artis dangdut sengaja mencipta kontroversi bagi meraih populariti.", "Memetik mStar Online, Ani berkata disebabkan kontroversi tersebut ramai yang memperlekehkan perjuangan rakan-rakan penyanyi lain yang mahu mencari makan dalam industri muzik.", "Menurtu Ani lagi, dia berharap agar mereka lebih peka dalam memuat naik kandungan di media sosial serta menggunakan platform tersebut untuk menyebarkan nilai positif.", "“Segelintir artis dangdut yang suka buat konten mengundang kecaman kemudian dakwa diri sebagai mangsa.. yang salah sebenarnya pada diri individu tersebut. Ia memberi impak kepada penyanyi dangdut lain sehingga ada yang bertanya untuk meminta komen.", "“Bagi saya tak perlu buat konten sebegitu di media sosial. Saya tidak perlukan semua itu kerana saya ‘jual’ kerjaya,”katanya.", "Sementara itu, Ani turut meluahkan rasa kecewa apabila tidak diberi peluang untuk mengadakan acara besar seperti konsert sedangkan penyanyi dangdut di Malaysia tidak menang tangan menerima tawaran persembahan.", "“Kami sesama rakan artis ada pernah juga mengeluh kerana kurang mendapat ruang seperti konsert, program televisyen dan radio.", "“Sedangkan show kami non-stop. Malah, seminggu ada dua atau empat show sehingga terpaksa tolak dan berikan kepada orang lain. Mestilah rasa terkilan kerana lagu dangdut masih ada permintaan tetapi tiada ruang buat kami,” kataya.", "Dalam pada itu, Ani berharap konsert yang bakal diadakan pada 12 Ogos depan menjadi permulaan terbaik buat genre dangdut untuk terus mendapat tempat di kalangan peminat.", "Difahamkan, antara selebriti terlibat dalam konsert berkenaan adalah Baby Shima, dan empat penyanyi Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesti Klepek Klepek dan Rhena Morena." ]
https://www.rotikaya.com/sharnaaz-berhak-bahagia-saya-doa-yang-terbaik-azira-syafinaz/
“Sharnaaz Berhak Bahagia, Saya Doa Yang Terbaik” – Azira Syafinaz
[ "Pelakon dan penyanyi Azira Syafinaz tumpang gembira melihat kebahagiaan pelakon Sharnaaz Ahmad dan teman barunya, Amelia Christie.", "Memetik Kosmo, Azira berkata Sharnaaz juga berhak bahagia dengan siapa saja wanita pilihannya serta mendoakan yang terbaik.", "“Sharnaaz berhak bahagia dengan mana-mana wanita pilihannya. Saya doa yang terbaik buat dia (Sharnaaz). Dengan siapapun dia keluar atau berkawan, saya rasa dia berhak untuk bahagia. Dia pun seorang ayah dan semestinya, dia ada impian bina keluarga baharu sendiri,” katanya.", "Dalam pada itu, Azira berkata dia tiada langsung rasa iri hati melihat pasangan itu serta mengatakan dia dan Sharnaaz hanya berkawan.", "“Saya tengok video itu yang mereka pergi malam gala Polis EVO 3 bersama. Okey dan itu bagus buat mereka.", "“Saya pun tiada rasa iri hati pun. Saya dengan Sharnaaz pun sekadar berkawan. Sebab itu saya selalu rasa kelakar sebab sejujurnya, saya bukan jenis nak sibuk pasal hal orang. Kalau dia ada teman wanita baharu pun, saya okey,” katanya.", "Terdahulu, timbul gosip yang mendakwa Sharnaaz dan Azira sedang bercinta. Malah, mereka juga dilihat mesra dan berbalas-balas komen dalam media sosial masing-masing." ]
https://www.rotikaya.com/tak-sampai-setahun-cerai-bekas-isteri-tegar-kahwin-lagi/
Tak Sampai Setahun Cerai, Bekas Isteri Tegar Kahwin Lagi
[ "Bekas isteri kepada penyanyi, Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati dikenali sebagai Andi di sebuah hotel mewah, di Jakarta, Ahad lalu.", "Memetik Harian Metro, difahamkan belum sampai setahun perceraiannya dengan penyanyi yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu.", "BACA: Ditipu Bekas Isteri, Tegar Septian Baru Tahu Anak Bukan Dari Benih Sendiri", "Menerusi Instagram, Sarah dilihat ada berkongsikan gambar bersama suami barunya. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut serta mendoakan rumah tangga mereka berkekalan.", "Terdahulu, Sarah mendirikan rumah tangga bersama Tegar pada Mac 2020 namun berpisah pada Jun tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Abidzar Oktaviano Putra Septian.", "Difahamkan, punca perceraian yang berlaku antara mereka adalah kerana masalah kewangan serta kecurangan yang dilakukan oleh bekas suaminya." ]
https://www.rotikaya.com/rambut-tak-siap-isteri-haqiem-rusli-dikritik-selekeh-pergi-majlis/
Rambut Tak Siap, Isteri Haqiem Rusli Dikritik Selekeh Pergi Majlis
[ "Sejak bulan lalu, nama isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi bualan apabila membuat keputusan tidak lagi berhijab sejak Syawal lalu.", "Baru-baru ini, menerusi perkongsian di TikTok Anis dilihat hadir ke sebuah majlis dan dilantik sebagai duta sebuah produk kecantikan.", "Menerusi video itu, Anis tampil memakai busana berwarna biru gelap bersama seorang wanita dipercayai pengasas jenama tersebut.", "Replying to @Mawar Nazlin?? the face of mixberry terbaru !!! Bukan sekadar ambassador tapi dy mmg dh consume since tahun lepas lagi uola", "Kelihatan, ketika di sesi pelancaran Anis menanda tangan ‘board’ yang terpampang wajah dan namanya sebagai duta produk berkenaan.", "Bagaimanapun, di ruangan komen video di TikTok, rata-rata netizen mengkritik fesyen rambut Anis yang hanya dikepit sahaja ketika hadir ke majlis berkenaan.", "Malah, ada yang mengatakan stail rambut Anis itu seperti yang mereka selalu lakukan di rumah serta meminta supaya mengupah hair stylist sekiranya hadir ke majlis seperti sedemikian.", "Tidak kurang juga, ada yang mengatakan penampilan pengasas produk tersebut lebih menyerlah dibandingkan dengan Anis." ]
https://www.rotikaya.com/zizan-razak-akui-perfectionist-cerewet-pilih-calon-isteri/
Zizan Razak Akui ‘Perfectionist’, Cerewet Pilih Calon Isteri
[ "Pelawak Zizan Razak mengakui sikap mementingkan kesempurnaan baik dari segi personaliti mahupun dalam kerjaya menjadi punca dirinya belum bertemu jodoh.", "Memetik Kosmo, Zizan berkata dirinya seorang yang cerewet dan kerjayanya sebagai anak seni menjadikan dirinya individu sensitif sehingga memilih termasuk dalam soal memilih calon isteri.", "“Sebenarnya saya cerewet dan ‘perfectionist’. Kadang-kadang orangnya apabila jumpa di luar (wanita) cantik, tetapi apabila melihat cara bercakap, kasar sikit saya pun, alamak macam mana ni,” katanya.", "Sementara itu, Zizan berkata dia juga bimbang untuk melalui alam rumah tangga apatah lagi rutin kerjanya yang tidak menentu. ", "“Kerja saya pun satu hal lain. Pelawak majoritinya sensitif dan bukan semua orang faham. Saya balik lewat pagi, dengan ibu pun kami kadangkala seminggu tak jumpa.", "“Jadi siapakah bakal isteri saya yang boleh tunggu begini. Mungkin seminggu dua dia kata okey tapi kalau bertahun begitu, bolehkah dia terima.", "“Sejujurnya saya banyak fikirkan orang, bukan mahu si dia sahaja yang sempurna, tetapi saya juga inginkan kesempurnaan untuknya,” katanya.", "Dalam pada itu, Zizan mendedahkan dia pernah meminta ibunya untuk mencarikan calon isteri serta berharap wanita itu dapat menerima sikapnya seorang yang serius.", "“Dalam televisyen saya memang kelakar, tetapi di belakang saya adalah lelaki yang sangat serius. Orang tidak tahu perkara itu, sebab itu saya kata pelawak ini bukan orang gila.", "“Saya takut bakal isteri beri tanggapan berbeza. Seseorang itu perlu terima saya bukan sebagai pelawak. Jadi seeloknya sekarang saya fokus dahulu terhadap kerjaya,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/bakal-tunai-haji-zul-ariffin-berangkat-ke-tanah-suci-10-jun-ini/
Bakal Tunai Haji, Zul Ariffin Berangkat Ke Tanah Suci 10 Jun Ini
[ "Pelakon Zul Ariffin meluahkan rasa syukur apabila bakal menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.", "Memetik mStar Online, Zul berkata sepatutnya dia berangkal lebih awal ke Tanah Suci Mekah namun terpaksa bertolak pada 10 Jun kerana ada penggambaran yang perlu diselesaikan.", "BACA: “Daripada Buat Benda Mengarut, Lebih Baik Duduk Di Mekah” – Zul Ariffin", "“Saya sepatutnya berangkat lebih awal namun terpaksa dianjakkan ke minggu kedua iaitu 10 Jun disebabkan perlu menyelesaikan baki penggambaran.", "“Alhamdulillah tiada rasa gementar tapi ada beberapa perkara perlu saya siapkan terlebih dahulu seperti menghadiri kursus haji. Kena ‘laju’ juga sebab saya ada lebih kurang seminggu untuk bersedia sebelum bertolak,” katanya.", "Sementara itu, Zul berkata dia tidak pasti tawaran diterima untuk menunaikan haji itu menerusi cara VIP (very important person) atau sebaliknya, namun dia menganggap tawaran itu sebagai durian runtuh untuknya.", "“Saya rasa (mengerjakan haji cara VIP). Saya dapat jemputan untuk pergi haji, jadi saya pergi bersama-sama tim saya. Saya tak pergi melalui Tabung Haji.", "“Saya dah pergi tiga kali buat umrah sejak Ogos lepas, kalau ikut perancangan sebelum ini saya nak puasa dan raya di sana tapi sebab penggambaran tak dapat. Tapi dapat pula pergi haji, cantiklah saya anggap rezeki,” katanya.", "Dalam pada itu, Zul mengakui bimbang dengan dugaan perlu dihadapi disana dimana cuaca dikhabarkan agak panas di sana.", "“Saya sebenarnya ada projek tapi terpaksa ditunda sebab nak mengerjakan haji. Kalau umrah saya mungkin dah tahu tapi haji belum lagi.", "“Kita nak kena pergi awal, dengan ramai orang dan musim panas. Jadi saya terpaksa tunda projek yang kerana bimbang tak dapat beri komitmen.", "“Saya teruja nak mengerjakan haji, cuma lautan manusia itu tak tengok lagi sebab musim haji selalu kita tengok dalam televisyen ini kita lalui pula dengan musim panas,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/jari-putus-shahronizam-kesal-seniman-tak-tanya-khabar/
Jari Putus, Shahronizam Kesal Seniman Tak Tanya Khabar
[ "Pelakon Shahronizam Noor terkilan apabila tiada wakil daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) langsung tidak bertanya khabar selepas insiden putus jari kelingking pada bulan lalu.", "Memetik BH Online, Shahronizam berkata dia bukan mahukan bantuan tetapi berharap ada yang tampil bertanyakan mengenai keadaannya kerana dia sudah lama dalam industri seni.", "“Cerita saya putus jari ramai yang tahu dan mereka (SENIMAN) juga mesti tahu. Mungkin saya tidak cukup kontroversi untuk diambil tahu.", "“Tiada siapa bertanya khabar walaupun saya kenal presidennya. Saya sedikit kecewa sebab sudah lama dalam industri seni.", "“Hanya kawan-kawan artis yang terdekat bertanya khabar. Tetapi, wakil SENIMAN tiada mesej atau menjenguk, itu membuatkan saya terkilan.", "“Kami bukan tidak mengenali antara satu sama lain. Saya tidak minta bantuan, cuma cukuplah jika bertanya khabar. Sekurang-kurangnya mereka ambil peduli sebab saya sudah lama, tetapi mereka tidak bertanya apa pun,” katanya.", "Lebih membuatkan pelakon berusia 50 tahun itu kecewa apabila rakan dalam Seniman juga tidak ada yang menghubunginya meskipun dia adalah ahli.", "Dalam pada itu, Sahronizam yang juga suami kepada penyanyi Safura Yaacob berkata dia reda dengan insiden yang berlaku dan ianya tidak menjejaskan kerjaya lakonannya. Namun, dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerana keadaan jarinya masih belum pulih.", "“Tawaran lakonan tiada masalah walaupun jari saya seperti ini. Saya mengambil keputusan berehat dalam satu tempoh agak lama sebab kecederaan. Bila tolak tawaran bermakna tiada kerja.", "“Saya reda dengan apa yang berlaku, semuanya hanya pinjaman Allah. Hari ini mungkin jari, esok lusa boleh jadi anggota lain,” katanya.", "Terdahulu, jari kelingking Sahrinizam putus selepas pisau terlepas daripada pegangan ketika memotong ayam di rumahnya pada April lalu." ]
https://www.rotikaya.com/hebat-betul-eda-ni-siap-boleh-ubah-memori/
Hebat Betul EDA Ni Siap Boleh Ubah Memori!
[ "Setiap daripada kita pastinya mempunyai kenangan silam yang tak mudah untuk dilupakan. Lebih parah lagi kalau melibatkan kenangan pahit yang menghantui setiap saat. Lagi-lagi bab kekasih durjana!", "Orang boleh cakap move on je lah benda dah lepas, tapi kadang-kadang benda yang kita tak nak ingat tu lah tiba-tiba muncul dalam ingatan kita. Tak ke seksa namanya tu!", "Tapi bila ada agensi yang secanggih ni di Malaysia, terasa nak mencuba pula! Sekurang-kurangnya dapat juga hidup tenang dengan memori indah sekarang ni.", "Kalau korang nak tahu Electic Dust Agency ni mampu membuatkan korang lupa kisah derita korang seolah-olah benda tersebut tak pernah terjadi dalam hidup.", "Jangan tak tahu, ada je orang yang terima rasuah tapi bila disoal siasat selepas beliau menerima perkhidmatan dari EDA ni, terus beliau lupa bagaimana beliau memperoleh duit yang begitu banyak. Ala seperti Dato Jefri dalam klip video ni.", "Paling hebat sekali, seorang isteri mampu melupakan tentang kecurangan suaminya. OMG cannot brain! Mana mungkin perkara sebegitu mampu dihapuskan dari ingatan seseorang dengan begitu mudah.", "Tapi dengan adanya EDA agency semuanya bagaikan petik jari dan dengan sekelip mata jer mampu melupakan apa yang berlaku.", "Tapi nak juga tahu, sejauh mana benda ini boleh diterima oleh otak manusia dan sejauh mana keberkesanannya. Adakah bila menggunakan perkhidmatan EDA ini akan ada kesan sampingan?", "Semua ini bakal terjawab dalam drama bersiri Alter-Naratif yang bakal ditayangkan di Viu tak lama lagi.", "Mampukan mememori seseorang dipindahkan atau dilupuskan sehingga membuatkan seseorang itu benar-benar lupa apa yang terjadi.", "Jika sebelum ini, ada yang katakan minum jer air semut terus hilang memori lama. Persoalannya berkesan ke? Siapa yang dah try tu, cer jawab tengok, berkesan ke tak? hihi", "Tapi canggihnya dalam drama bersiri ini dengan hanya menggunakan teknologi EDA yang pertama di Malaysia setiap orang mampu melupakan kenangan pahit mereka menerusi teknologi ini.", "Bagi korang yang ada banyak kenangan pahit tu jangan lepaskan peluang untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai EDA.", "Sama-sama kita nantikan Alter-Naratif di Viu dan jangan tak tahu, korang juga boleh saksikan episode pertama di Viu secara percuma yang ditawarkan oleh EDA dalam masa yang sama boleh menontonnya dengan tenang dan melupakan perkara lain.", "Persoalan sekarang, adakah korang tahu dan pernah dengar tentang EDA pertama di Malaysia yang boleh membantu mengubah ingatan?" ]
https://www.rotikaya.com/bergambar-rapat-lelaki-neelofa-ditegur-netizen/
Bergambar Rapat Dengan Lelaki, Neelofa Ditegur Netizen
[ "Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok ada memuat naik video memaparkan selebriti popular, Neelofa berada di sebuah majlis produk kecantikan terkenal, Lancome.", "Menerusi video tersebut, Neelofa dilihat sedang bergambar bersama pelakon Daiyan Trisha dan seorang lelaki dipercayai peminat.", "Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabila Neelofa dikatakan bergambar terlalu rapat dengan lelaki tersebut.", "Bila kau kene poses ala poster Lancome Be Likee!!! Tabah la yee [email protected] @Daiyan Trisha #neelofa #daiyantrisha #lancomemy #keceriaanbersamalancome #neelofafans #tiktoknalaysia?? #artismalaysia#fyp? ", "Diruangan komen, rata-rata netizen menegur selebriti popular itu kerana lelaki tersebut bukan mahram dan ada yang tertanya-tanya siapa lelaki berkenaan. ", "Sementara itu, ada yang bertanyakan mengapa Neelofa dilihat bergambar rapat. Namun, ada yang mengatakan baju dipakai selebriti itu besar dan jika terkena pun pada baju bukan badan." ]
https://www.rotikaya.com/sampai-hari-ini-saya-tak-makan-pisang-tiz-zaqyah/
“Sampai Hari Ini Saya Tak Makan Pisang…” – Tiz Zaqyah
[ "Baru-baru ini, pelakon Tiz Zaqyah mendedahkan sehingga hari ini dia tidak  menikmati buah pisang ketika berada di tempat awam.", "Perkara itu didedahkan oleh Tiz di Twitter dimana sehingga hari ini dia tidak lagi berbuat demikian kerana tidak selesa dengan pemikiran kotor segelintir lelaki apabila wanita makan pisang.", "“Sampai ke hari ini saya tak makan buat pisang di tempat awam disebabkan pemikiran kotor segelintir orang,” tulisnya.", "Difahamkan Tiz berkongsikan perkara itu selepas mengulang ciap tweet seorang pengguna Twitter yang selalu berdepan situasi dimana tindakan yang dilakukan wanita sering disalah erti mereka yang berfikiran kotor." ]
https://www.rotikaya.com/gambar-berkemban-sharifah-sakinah-undang-komen-lucah/
Gambar Berkemban Sharifah Sakinah Undang Komen Lucah
[ "Baru-baru ini, perkongsian pelakon Sharifah Sakinah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya memakai dres sequin merah jambu.", "Terbaru, Sakinah mengejutkan ramai apabila memuat naik foto memaparkan dirinya seakan sedang berkemban.", "Menerusi perkongsian itu, Sakinah turut berkongsikan tips kepada pengikut bagaiaman dia menjaga kulitnya yang berwarna keperangan.", "Bagaimanapun, seperti sudah disangka perkongsian Sakinah itu mengundang kecaman sehingga ada yang meninggalkan komen berbaur lucah.", "Malah, Sakinah turut membalas komen seorang individu yang meninggalkan komen berbaur lucah yang mahu ‘menjilat’ aktres berkenaan." ]
https://www.rotikaya.com/posing-mendada-hannah-delisha-ditegur-netizen/
Posing Mendada, Hannah Delisha Ditegur Netizen
[ "Sebut saja nama Hannah Delisha, sememangnya nama pelakon itu menjadi bualan ramai apatah lagi drama lakonannya Andai Itu Takdirnya sedang ditayangkan di kaca televisyen.", "Bagaimanapun, perkongsian terbaru Hannah di Instagram menjadi bualan ramai apabila mempromosikan pakaian jenama keluarannya.", "BACA: “Saya Tahu Bersentuhan Dengan Lelaki Ketika Berlakon itu Salah..” – Hannah Delisha", "Rata-rata netizen kurang senang dengan posing ‘mendada’ yang dilakukan oleh pelakon itu sehingga mengundang kecaman.", "Diruangan komen, ada netizen menegur pelakon itu mengenai pemakaian tudung dimana bukan hanya menutup kepala sahaja tetapi menutup dada juga.", "Meskipun ramai yang mengecam, namun ada yang memuji kecantikan pelakon itu. Malah, ada yang mengatakan Hannah seperti pelajar sekolah apabila tampil dengan imej sedemikian." ]
https://www.rotikaya.com/dilabel-tak-cantik-shaza-bae-dah-lali-dengan-kritikan/
Dilabel Tak Cantik, Shaza Bae Dah Lali Dengan Kritikan
[ "Pelakon yang kini meningkat naik, Shaza Bae mengakui dia sering menerima kritikan mengenai paras rupanya dan dikatakan tidak layak bergelar pelakon kerana tidak cantik.", "Memetik Kosmo, juara Dewi Remaja 2019/2020 itu juga mendedahkan dia pernah dikatakan sebagai pemenang yang paling tidak cantik.", "“Saya pernah menerima kritikan daripada beberapa pihak cakap saya tidak cukup cantik untuk jadi seorang pelakon.", "“Selepas kejadian, saya diamkan diri sahaja cuma lebih bersemangat untuk bersiap cantik-cantik apabila keluar ke mana-mana,” katanya.", "Bagaimanapun, Shaza Bae berkata kritikan dilemparkan tidak mematahkan semangatnya sebaliknya membuatkannya untuk menunjukkan yang terbaik.", "“Netizen juga pernah cakap saya Dewi Remaja paling tidak cantik namun sudah lali dengan kritikan orang. Meskipun digelar tidak cantik, saya tetap akan menjaga penampilan setiap kali keluar. Bagi lakonan pula, saya akan pastikan dapat buat betul-betul dalam menjayakan sesebuah watak,” katanya.", "Dalam pada itu, Shaza berkata dia sudah persiapkan diri untuk berdepan dengan komen-komen negatif netizen sebelum masuk ke dalam industri seni.", "“Saya sendiri sudah bersedia dengan kritikan sebelum masuk ke dalam industri. Lagipun, saya lebih rela dikritik tentang wajah berbanding kredibiliti saya. Mungkin apabila orang cakap saya tidak cukup berbakat dalam lakonan saya akan lebih sakit hati,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/hebat-betul-vakum-dari-kilang-perysmith-ni-wajib-ada-setiap-rumah-jika-begini-caranya/
Hebat Betul Vakum Dari Kilang PerySmith Ni, Wajib Ada Setiap Rumah Jika Begini Caranya!
[ "Setiap produk, daripada reka bentuk dan pembangunan kepada kawalan kualiti akan melalui proses yang teliti oleh pasukan profesional untuk memastikan produk memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertentu.", "PerySmith telah ditubuhkan pada 2018 dimana ibu pejabatnya kini terletak di China yang bertanggungjawab untuk reka bentuk produk, kawalan kualiti dan pembangunan produk. Sebelum produk PerySmith dijual kepada pelanggan, mereka menjalani ujian profesional, pemeriksaan dan pengesahan.", "Pada 2021, PerySmith telah menubuhkan ibu pejabat Asia Tenggara yang terletak di Malaysia. Hal ini akan memudahkan pelanggan dalam membeli aksesori produk dan khidmat pelanggan serta memberikan perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik.", "Untuk pengetahuan semua, PerySmith akan mengendalikan segala-galanya daripada pengeluaran hingga jualan sebagai jenama mereka sendiri. Pada masa ini, mereka mempunyai enam kedai utama di Malaysia dan telah menghapuskan isu komisen tinggi yang dikenakan oleh pengedar bagi membolehkan pelanggan mendapatkan terus produk berkualiti tinggi pada harga kilang.", "Semua produk akan disertakan jaminan sekurang-kurangnya dua tahun malah, alat ganti dan aksesori turut tersedia untuk dibeli.", "Pernah dicalonkan sebagai jenama perkakas rumah nombor satu selama dua tahun berturut-turut, terdapat beberapa faktor PerySmith terus mendapat kepercayaan pengguna ", "Antaranya ialah, reka bentuk produk yang menarik, perkhidmatan selepas jualan, harga mampu milik, sentiasa mendapat penilaian lima bintang daripada pelanggan, reputasi yang baik dan jaminan kualiti produk.", "Kini, PerySmith telah melancarkan model terbaharu vakum model XP6 mereka yang telah dinaiktaraf serba canggih pada 29 Mei ini menerusi platform Shopee malah, vakum ini disertakan dengan waranti selama 5 tahun.", "Memperkenalkan reka bentuk serba baharu, pembersih vakum XP6 ini ultra ringan tanpa wayar yang dikuasakan oleh motor tahan lama tanpa berus 500w serta menggunakan teknologi penapisan teras xtreme yang memberikan sedutan kuat sehingga 32,000pa untuk memerangkap zarah halus sekecil 0.25 mikron.", "Secara tidak langsung, ia akan memberikan anda satu pengalaman yang menakjubkan dengan kualiti vakum lebih tinggi.", "Dilengkapi dengan paparan LED interaktif, ia berfungsi mengemas kini tahap bateri dalam masa sebenar dan menunjukkan mod kelajuan yang dipilih.", "Bukan itu sahaja, ia dikuasakan oleh bateri li-ion boleh tanggal 25.9v 7-sel besar TENPOWER™ baharu dengan teknologi POWER CARE untuk meningkatkan penggunaan bateri sehingga 60 minit.", "Sistem penapisan teras berfungsi memerangkap kotoran halus sehingga 99.97% yang berupaya memberikan udara bersih kepada pengguna.", "Selain itu juga, anda akan mendapat kepala hama habuk, mop penyental, kaki vakum penjahit, berus lantai anti statik dengan lampu LED, sash nozzle. multi-crevice tools, bateri, wall docking, tiub aluminium dan motor.", "Ha berbaloi kan? Bagi mereka yang ingin membeli, anda boleh dapatkannya pada hari pelancaran produk iaitu 29 Mei ini menerusi kedai Shopee rasmi PerySmith!", "Menariknya, anda boleh mendapatkan harga pakej RM799 yang membawa diskaun sehingga 40%! Memang tawaran yang menakjubkan! Cepat rebut peluang ini dan buat pembelian anda!" ]
https://www.rotikaya.com/selebriti-gemar-berpantun-langgan-pelacur-lelaki-mak-nyah/
Selebriti Gemar Berpantun, Langgan Pelacur Lelaki & Mak Nyah?
[ "Sejak semalam hangat diperkatakan apabila seorang pengacara lelaki didakwa masih tidak insaf melakukan aktiviti tidak bermoral.", "Memetik Utusan Online, selebriti itu didakwa pernah melanggan pelacur lelaki untuk memuaskan nafsu songsangnya.", "Sumber cerita tersebut didakwa datangnya daripada salah seorang pelacur lelaki yang dilanggan oleh pengacara tersebut.", "Keinginan seksual selebriti lelaki ini memang luar biasa apabila didakwa melanggan pelacur lelaki serta seorang mak nyah pada masa sama.", "Selebriti tersebut didakwa sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Malah, pengacara itu didakwa pandai bercakap mengenai agama, berkongsi tips rumah tangga dan tips motivasi hidup namun mempunyai sisi jijik yang tidak disangka." ]
https://www.rotikaya.com/pelik-bangun-pagi-ada-orang-di-sebelah-muna-shahirah-bahagia-bergelar-isteri/
Pelik Bangun Pagi Ada Orang Di Sebelah, Muna Shahirah Bahagia Bergelar Isteri
[ "Tahniah diucapkan buat penyanyi Muna Shahirah yang sah bergelar isteri kepada Sean Tee Yeu Terng Abdullah dengan dua kali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing, Johor pada Sabtu lalu.", "Memetik Harian Metro, Muna menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan hantaran sebanyak RM60,000. Pihak perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas lima dulang daripada pihak lelaki.", "Muna meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya berjalan lancar dan bahagia apabila sudah bergelar isteri yang sah kepada Sean.", "“Alhamdulillah, saya sudah bergelar isteri kepada Sean. Pada mulanya, saya memang pelik, bila bangun pagi ada orang di sebelah. Namun, saya berasa bahagia kerana kini kami sudah bergelar suami isteri yang sah,” katanya.", "Dalam pada itu, Muna mengakui dia mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membimbing suaminya yang juga mualaf.", "“Jika nak diikutkan, suami memang sudah lama meminati agama Islam dan dia sudah memeluk Islam Januari lalu. Kami memang dalam fasa yang indah kerana sama-sama belajar agama.", "“Saya juga terbuka hati untuk menerimanya dalam hidup kerana dia seorang yang ‘soft spoken’ dan menenangkan,” katanya.", "Mengimbas kembali perkenalan pasangan itu, Muna dan Sean berkenalan menerusi permainan video PUBG sejak tiga tahun lalu." ]
https://www.rotikaya.com/you-tak-malu-kan-terbawa-i-masuk-televisyen-watie/
“You Tak Malu Kan Terbawa I Masuk Televisyen?” – Watie
[ "Umum mengetahui, minggu lalu Shuib Sepahtu dan tunangnya, Watie Hanifiah dijemput sebagai tetamu dalam program MeleTOP serta menjadi perhatian ramai.", "Malah, tular di TikTok memaparkan gelagat Watie yang kelihatan gugup ketika bercakap menggunakan mikrofon di program  tersebut.", "BACA: Gementar Nak Kahwin, Watie Akui Shuib Kelakar & Penuh Kejutan", "Menerusi Instagram, Watie dilihat ada memuat naik semula momen tersebut serta menyatakan rancangan tersebut adalah momen manis mereka berdua dan akan disimpan sebagai kenangan.", "“Simpan sini buat kenangan. Banyak benda sebenarnya pertama kali dengan encik tunang ni sebab tu tahap gabra tu kadang tak boleh nak bawak bincang dah.", "“Dan bila scroll punya scroll telefon masing-masing, rupanya ni juga video pertama yang kami berdua ada untuk moment berdua sweet-sweet macam ini,” tulisnya.", "Perkongsian Watie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan usahawan itu serta tidak sangka tunang Shuib itu seorang yang pemalu." ]
https://www.rotikaya.com/keputusan-kembali-berkahwin-bukan-mudah-saya-tak-mahu-gagal-lagi/
“Keputusan Kembali Berkahwin Bukan Mudah, Saya Tak Mahu Gagal Lagi”
[ "Pelakon Esma Daniel selamat bernikah kali ketiga dengan wanita pilihan dikenali Nuratira Mazlan, Sabtu lalu selepas enam tahun bergelar duda.", "Memetik mStar Online, Esma berkata hatinya terbuka untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas merasakan Atira adalah pasangan yang sesuai buatnya.", "Pernah melalui pengalaman dua kali gagal dalam perkahwinan, Esma berdoa agar rumah tangga yang dibina kini adalah yang terakhir serta kekal hingga ke akhir hayat.", "“Saya dah pernah dua kali gagal dalam rumah tangga. Jadi kali ini mestilah nak pastikan hubungan dengan isteri kekal hingga akhir hayat.", "“Lima tahun saya menduda… keputusan untuk kembali berkahwin bukan satu yang mudah. Saya tak mahu gagal lagi,” katanya.", "Dalam pada itu, Esma berkata dia pernah membawa Atira ke lokasi penggambaran agar isterinya itu memahami mengenai tugasnya sebagai pelakon.", "“Maklumlah dia bukan seorang pelakon. Jadi saya selalu bawa dia ke set penggambaran supaya dia faham situasi, suasana dan kerja saya,” katanya.", "Terdahulu, Esma pernah berkahwin dengan aktres Sherie Merlis pada 1992 namun bercerai pada 1997. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata.", "Esma kemudian mendirikan rumah tangga dengan Nitra Sari Omar pada 2002 namun bercerai pada 2016. Mereka dikurniakan enam orang cahaya mata." ]
https://www.rotikaya.com/kalau-ada-ujian-bertunang-sekalipun-tak-akan-saya-nak-kongsikan-syafiq-kyle/
“Kalau Ada Ujian Bertunang Sekalipun Tak Akan Saya Nak Kongsikan” – Syafiq Kyle
[ "Bakal mendirikan rumah tangga, pelakon Syafiq Kyle berkata antara persiapan yang dilakukan adalah memastikan dirinya bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.", "Memetik Oh Bulan, Syafiq berkata dia banyak meminta mendapat serta bertanya dengan orang sekeliling mengenai hal menguruskan keluarga.", "BACA: Syafiq Kyle Banyak Tengok Ceramah Agama Persediaan Untuk Jadi Suami", "“Sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ini, ini perkahwinan pertama dan ini merupakan persiapan pertama yang pernah saya buat.", "“Saya banyak bertanya kepada orang-orang terdekat bagaimana mereka menguruskan keluarga, menjaga isteri, anak-anak dan sebagainya.", "“Secara spesifik mungkin saya ada pengalaman menguruskan kehidupan peribadi, jadi saya gunakan juga pengalaman yang ada, suai dan padankan.", "“Yang penting jangan malu bertanya, apa dugaan orang lain saya boleh ambil pelajaran daripada situ,” katanya.", "Ditanya sama ada dilanda ujian sepanjang tempoh pertunangan, pelakon berusia 30 tahun itu enggan mengulas lanjut dan biar hanya dia sahaja yang mengetahui.", "“Alhamdulillah, baik semuanya. Tapi kalau ada ujian bertunang sekali pun tak akan saya nak kongsikan kepada umum.", "“Sekiranya ada atau tidak ujian itu hanya saya sendiri yang mengetahui. Perkahwinan ini merupakan yang pertama untuk saya. Banyak hal yang saya belajar dan kawal menguruskan perkara begini (perkahwinan). Saya perlukan sokongan juga orang sekeliling,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/peminat-puji-mk-k-clique-belum-mandi-hensem/
Peminat Puji MK K-Clique Belum Mandi Pun Hensem
[ "Pasti ramai tahu, penyanyi rap, MK K-Clique sememangnya menjadi pujaan ramai wanita lebih-lebih lagi wajahnya yang kacak.", "Baru-baru ini, MK dilihat ada memuat naik video di TikTok yang menjadi kegilaan ramai wanita apabila dilihat tidak memakai baju.", "Menerusi video itu, MK yang dikatakan masih belum mandi tetapi memilih untuk bertiktok terlebih dahulu.", "Perkongsian MK itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji penyanyi itu tetap dilihat kacak meskipun belum mandi." ]
https://www.rotikaya.com/ameng-uji-bakal-menantu-baca-al-fatihah-sebelum-restu-kahwin/
Ameng Uji Bakal Menantu Baca Al-Fatihah Sebelum Restu Kahwin
[ "Anak penerbit popular, Datuk A Aida dan bekas suami, penyanyi Ameng iaitu Wan Az Aleesa Wan Aminuddin, selamat mengikat tali pertunangan dengan juruterbang, Zain Azrai Abdul Aziz di Janda Baik hari ini.", "Memetik BH Online, Ameng memberi restu kepada anaknya kerana melihat bakal menantunya itu seorang lelaki seimbang dunia dan akhirat.", "Menurut Ameng, dia turut menguji bakal menantunya dengan membaca surah Al-Fatihah sebelum melepaskan anaknya itu.", "“Saya tahu mereka dah berkawan lama. Sekejap putus, sekejap kembali bersama. Zain sememangnya seorang lelaki yang baik.", "“Saya nampak seimbang dunia akhirat sebab perkara perkara pertama yang saya uji adalah memintanya membaca surah al-Fatihah.", "“Alhamdulillah, bacaan sempurna. Daripada segi agama, saya tidak nampak ada masalah. Saya memang berkenan dan tahu Zain mampu menjaga anak saya dengan baik,” katanya.", "Dalam pada itu, Ameng berkata dia tidak menyangka anaknya itu bakal melangkah ke fasa perkahwinan sebelum mencecah usia 30 tahun kerana dia seorang yang obses belajar.", "“Saya tidak sangka Aleesa ingin berkahwin secepat ini. Sebab dia jenis terlalu obses belajar. Saya ingatkan Aleesa tidak mahu berkahwin disebabkan pengalaman kegagalan perkahwinan yang terjadi antara saya dengan ibunya sebelum ini,” katanya.", "Sementara itu, air mata Aida gugur pada majlis tersebut apatah lagi anak sulungnya itu bakal mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri orang tidak lama lagi.", "“Saya jaga Aleesa dari kecil. Tiba-tiba, akan dilepaskan menjadi milik orang. Selama ini, ke mana sahaja Aleesa pergi, saya tahu. Sekarang, dia akan jadi milik orang sepenuhnya.", "“Aleesa sudah tidak tinggal dengan saya dan akan ikut suami. Kalau diikutkan memang saya tak nak lepaskan, tetapi ini adalah fasa kehidupan yang saya perlu hadapi. Namun, saya reda untuk kebaikan Aleesa,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/antara-artis-yang-mencabar-nafsu-saya-adalah-che-ta-david-teo/
“Antara Artis Yang ‘Mencabar’ Nafsu Saya Adalah Che Ta” – David Teo
[ "Penerbit terkenal, Datuk David Teo mengakui pernah berdepan kesukaran untuk berdepan dengan Rozita Che Wan kerana kecantikan pelakon itu.", "Memetik Utusan Online, David berkata Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta mempunyai kecantikan tersendiri dan bukan mudah untuk bertentang mata.", "BACA: “Istiqamah Dalam Berhijab Memang Susah Tapi Tuhan Pasti Dengar Hati Kita” – David Teo", "“Antara artis yang ‘mencabar’ nafsu saya adalah Rozita Che Wan. Tapi bukannya dia goda saya, cuma bagi saya dia sangat cantik, bulu matanya menggoda.", "“Kami pernah bekerjasama dalam sebuah filem dimana dia lakonkan 17 babak kesemuanya. Memang sukar untuk berurusan dengannya kerana dia terlalu cantik.", "“Membuatkan saya terpaksa mengalih pandangan ke arah lain agar tidak bertentang mata dengannya,” katanya.", "Dalam pada itu, David mengakui pernah berdepan pengalaman digoda sepanjang berkecimpung dalam industri seni namun berjaya menepis godaan tersebut.", "“Sepanjang menjadi penerbit, saya tidak pernah digosipkan berskandal dengan mana-mana pelakon wanita. Memang saya pernah digoda, tapi saya berjaya tepis,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/kalau-kongkong-ke-arah-kebaikan-salahnya-sharnaaz/
“Kalau Kongkong Ke Arah Kebaikan, Apa Salahnya?” – Sharnaaz
[ "Kehadiran Sharnaaz Ahmad bersama seorang wanita yang memaut tangan aktor berkenaan ketika menghadiri majlis tayangan filem Polis Evo 3 menjadi perhatian ramai.", "Memetik Harian Metro, Sharnaaz bagaimanapun berkata dia dan wanita yang juga pelakon dikenali sebagai Amelia Christie itu masih dalam fasa berkawan.", "Dalam pada itu, sebelum ini Sharnaaz yang mengatakan tidak mahu kekasih atau bakal isteri dikalangan selebriti, aktor itu berkata mungkin selepas ini Amelia tidak lagi bergelar artis.", "“Yang penting kita tengok mana yang terbaik. Saya okey saja. Saya berkawan dengan semua orang,” katanya.", "Sementara itu, Sharnaaz tampil menjawab dakwaan kononnya dia suka mengongkong kekasihnya. Sharnaaz berkata mengongkong itu adalah tanda dia peduli kepada Amelia dan tiada salahnya jika dia berbuat demikian untuk kebaikan.", "“Kalau tak kawal baik kita tak payah peduli. Jadi ikut dialah nak jadi apa dan buat macam mana. Itu hak dia tapi bagi saya kawal itu ada banyak fasa. Kalau kita kawal tandanya kita nak dia jadi yang terbaik.", "“Kalau kita kawal itu terlalu merepek, maka merepek la jadinya. Kalau kawal untuk kebaikan apa salahnya daripada dia merambu jadi mat rempit atau bohsia,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/isteri-fizo-omar-selamat-lahirkan-bayi-perempuan/
Isteri Fizo Omar Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
[ "Pelakon dan usahawan, Fizo Omar berkongsikan isterinya Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan,  petang tadi.", "Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fizo bersyukur proses kelahiran bayi perempuan secara normal itu berjalan lancar.", "“Syukur alhamdulillah. Isteri saya @ffezyranesry telah pun selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada jam 5.57 petang tad di @andorrahospitalofficial.", "“Syukur Ya Allah, semuanya di permudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room untuk melahirkan secara normal,” tulisnya.", "Sementara itu, Fizo menyifatkan ia adalah pengalaman berharga apabila berpeluang menyambut sendiri kelahiran bayinya.", "“Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang untuk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. Ya Allah, tak terkata.", "“Terima kasih buat doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial di atas pengalaman yang luar biasa ini dan layanan yang sangat baik,” kongsinya." ]
https://www.rotikaya.com/zizie-ezette-tayang-bentuk-badan-hasil-workout-jadi-perhatian-netizen/
Zizie Ezette Tayang Bentuk Badan Hasil Workout Jadi Perhatian Netizen
[ "Sejak kebelakangan ini, penampilan pelakon Datin Seri Zizie Izette menjadi perhatian ramai apabila dilihat tidak lagi bertudung.", "Baru-baru ini, perkongsian Zizie mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa keping gambar yang mengenakan pakaian senaman.", "Menurut Zizie dia kini lebih yakin dengan diri sendiri hasil melakukan pelbagai senaman bersama jurulatih peribadinya benama Gigi Couzin yang banyak memberi tunjuk ajar.", "Perkongsian Zizie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji bentuk badan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar itu." ]
https://www.rotikaya.com/bella-astillah-teringin-bawa-watak-penyondol/
Bella Astillah Teringin Bawa Watak Penyondol
[ "Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkata dia bersedia untuk melakonkan watak ‘penyondol’ selepas ini jika diberi peluang.", "Memetik Harian Metro, Bella berkata dia mahu mencuba watak tersebut yang sememangnya ada dalam dunia realiti serta mahu merasai perasaan si penyondol.", "BACA: Bella Astillah Maafkan Tapi Tak Akan Lupa Perbuatan Sophia AlBarakbah", "“Kalau ada tawaran watak itu saya akan menerimanya sekarang. Saya okay saja untuk melakonkan watak itu sebab mahu tahu apa yang mereka (penyondol) rasa? Seronok ke?", "“Bukankah hidup sebagai ‘penyondol’ menjadi tidak tenang dan berasa takut?,” katanya.", "Sementara itu, Bella berkata dia terbuka untuk menerima apa saja watak yang lebih mencabar berbanding sebelum ini termasuk watak jahat.", "“Saya percaya setiap watak yang dijayakan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk menjadi lebih bagus dalam bidang lakonan.", "“Saya berharap dapat peluang melakonkan watak jahat yang mampu mencabar lakonan sedia ada selepas ini,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/bimbang-hati-berbolak-balik-anzalna-nasir-enggan-kongsi-kisah-hijrah/
Bimbang Hati Berbolak-Balik, Anzalna Nasir Enggan Kongsi Kisah Hijrah
[ "Biarpun sudah dua tahun membuat keputusan untuk tampil berhijab, pelakon Anzalna Nasir mengakui masih bimbang tentang apa yang terjadi di masa hadapan.", "Memetik BH Online, Anzalna berkata dia sering berfikir mengenai ujian yang bakal dihadapi kerana takut ia mampu membuatkan hatinya berbolak- balik.", "“Sebenarnya saya tidak mahu ulas mengenai penghijrahan ini disebabkan saya tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.", "“Sejujurnya, sukar untuk istiqamah selepas berhijab sejak dua tahun lalu. Cuma, saya berdoa boleh kekal berhijab sampai bila-bila. Sebab ini antara saya dengan Tuhan, bukan dengan manusia,” katanya.", "Dalam pada itu, Anzalna berkata dia berharap orang ramai dapat mendoakannya untuk kekal menutup aurat dan berimej muslimah.", "Sementara itu, meskipun sudah tampil dengan imej baru namun tawaran lakonan masih banyak diterima. Bagaimanapun, dia belum bersedia kembali berlakon kerana mahu memberi tumpuan pada keluarga.", "“Saya bersyukur rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus. Saya tetap menerima banyak tawaran. Buat masa ini, saya lebih utamakan keluarga. Suami tidak menghalang dan sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang saya suka lakukan termasuk lakonan,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/saya-sayang-suami-kerana-allah-amyra-rosli/
“Saya Sayang Suami Kerana Allah” – Amyra Rosli
[ "Pelakon Amyra Rosli tidak mahu terlalu ambil pusing mengenai isu penyondol yang hangat diperkatakan dan meletakkan kepercayaan 100 peratus terhadap suaminya, Amar Baharin.", "Memetik Kosmo, Amyra berkata cintanya terhadap suami adalah kerana Allah dan dia percaya bahawa ia merupakan tunjang kebahagiaan hubungan mereka.", "BACA: “Amyra Rosli Elak Adegan Bersentuhan, Kenapa Suami Tak Buat Perkara Sama?”", "“Saya sayang dia kerana Allah, jadi saya tiada rasa apa-apa kalau dia keluar bekerja atau dia bergaul di luar, saya tidak kisah.", "“Apabila kita terlalu serius dan terlalu memikirkan masalah orang luar, secara tidak langsung akan mencemarkan hubungan yang asalnya harmoni. Tidak perlu jadi toksik, bahagialah ikut cara kita sahaja,” katanya.", "Dalam pada itu, Amyra meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang sangat memahami emosinya sebagai seorang wanita, isteri dan ibu.", "Malah, Amar turut menitipkan pesanan supaya tidak berkongsikan di media sosial jika ada masalah bimbang ia hanya memburukkan lagi.", "“Apabila ada masalah, kami akan bersemuka dan bincang baik-baik. Amar pesan supaya jangan kongsi apa-apa kerana media sosial akan lebih mengeruhkan keadaan.", "“Perempuan lain sikit, bila emosi berkecamuk dan letak emosi dalam media sosial, kita akan lagi terbakar, ramai lagi orang akan hasut,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/netizen-dakwa-wajah-watie-iras-rosmah-mansor-masa-muda/
Netizen Dakwa Wajah Watie Iras Rosmah Mansor Masa Muda
[ "Baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu dan tunangnya, Watie Hanifiah dijemput sebagai tetamu dalam program MeleTOP sekaligus mendapat perhatian ramai.", "Pertama kali muncul di kaca televisyen, Watie dilihat gugup menjawab soalan daripada pengacara iaitu Nabil dan Hawa Rizwana.", "BACA: “Sarah Ada Di Tempat Paling Istimewa Dalam Hidup Saya, Watie Pun Tahu…” – Shuib", "Malah, rata-rata penonton terhibur dengan cara Watie memegang mikrofon sehingga Shuib memohon maaf kerana tunangnya itu tidak biasa.", "#Watie okay ke tu pegang mic tu? ? Jenuh @Shuib Sepahtu minta maaf ?? #meletop #shuibwatie ", "Dalam pada itu, di ruangan komen TikTok MeleTOP, turut menjadi perhatian apabila ada yang mengatakan wajah Watie seiras dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib iaitu Datin Seri Rosmah Mansor ketika muda.", "Tidak kurang juga, ada yang mengatakan wajah tunang Shuib itu mirip seperti pelakon veteran, Delimawati.", "Terdahulu, Shuib dan Watie selamat mengikat tapi pertunangan pada 6 Mei lalu di kediaman wanita itu di Shah Alam." ]
https://www.rotikaya.com/walaupun-kontroversi-hattan-tak-menang-tangan-tawaran-menyanyi/
Walaupun Kontroversi, Hattan Tak Menang Tangan Terima Tawaran Menyanyi
[ "Meskipun terpalit dengan kontroversi dengan pembaca berita bulan lalu, penyanyi Datuk Hattan berkata ianya tidak menjejaskan aktiviti seninya.", "Memetik Harian Metro, Hattan berkata semuanya berjalan seperti biasa malah tidak putus-putus menerima tawaran persembahan.", "BACA: “Hattan Pernah Pergi Haji, Ada Gelaran Datuk, Patut Kawal Cara Percakapan” – Saari Amri", "“Alhamdulillah, saya tak menang tangan ditawarkan menyanyi di sana sini. Ada satu syarikat ambil saya menyanyi untuk lima ‘show’ anjuran mereka di seluruh negara. Sudah semestinya saya menyanyi dengan iringan pemuzik pengiring,” katanya.", "Sementara itu, Hattan menafikan dakwaan Konsert ‘Sifu & Aku 38’ besama Datuk M. Nasir dibatalkan kerana penjualan tiket tidak laku.", "Menurutnya, ia tiada kaitan langsung dengan kontroversi tersebut sebaliknya terpaksa ditunda atas beberapa faktor, antaranya kematian kakitangan Luncai Emas milik M. Nasir.", "“Yang kendalikan urusan di sana ialah Allahyarham Sham Amir Hussain. Arwah bawa masuk banyak penaja untuk konsert ini.", "“Jadi, buat masa ini konsert terpaksa ditunda untuk sementara waktu. Saya diberitahu tiket berharga RM1,000 dan RM188 untuk konsert di Sabah habis dijual.", "“Persediaan untuk show pun dah dibuat tanpa masalah. Kami semua dah dibayar sekitar 60 peratus. Ia mungkin akan berlangsung sekitar Ogos nanti.  Kami akan buat sidang media khas untuk perkembangan lanjut nanti,” katanya.", "Difahamkan, konsert itu sepatutnya berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 25 Mei ini dan seterusnya Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada 1 Jun depan." ]
https://www.rotikaya.com/insyallah-satu-hari-saya-akan-pakai-tudung/
“Insyallah, Satu Hari Saya Akan Pakai Tudung”
[ "Umum mengetahui, penyanyi Salamiah Hassan sudah pun tampil berhijab. Susulan itu, ada yang mempersoalkan bila pula anak perempuannya, Atilia Haron mengikut jejak ibunya.", "Baru-baru ini, menerusi video dikongsikan Kiffy Razak di TikTok, Atilia berkata berharap dia bertudung apabila sudah bersedia dan bukan kerana dipaksa.", "BACA: Pakai Baju Tanpa Lengan, Netizen Terkejut Tengok Atilia Haron Bertatu?", "Dao yang baik2… Semoga dipermudahkan semuanya. Aamin? #lotsoflove #doayangbaikbaik #staysafe #kitajagakita #fyp #foryourpage ", "“Mama pun ada cakap, kenapa bertudung jadi isu. Ramai telefon dia tanya pasal bertudung, dia pun malas nak jelaskan.  Biar jelah, memang dah sampai waktunya dia nak bertudung. ", "“Tapi pasal saya ni, dia cakap biarlah bila dah bersedia, sama macam dia juga. Bila dia dah sedia nak pakai tudung, alhamdulilah dia dah pakai walaupun tiada orang paksa. ", "“Dia pun nak sama macam anak dia, tiada siapa paksa dia, nanti saya sendiri nak bersedia pakai tudung. Doa-doakanlah,” katanya.", "Sementara itu, penyanyi berusia 50 tahun itu berkata dia selesa dengan penampilan sekarang namun memohon peminatnya mendoakan agar dia akan bertudung suatu hari nanti.", "“Insyallah, satu hari saya akan pakai tudung. Buat masa sekarang saya selesa macam ini, dengan kerja-kerja yang saya lakukan,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/suami-bukan-kaki-media-sosial-ramona-zamzam-tak-risau-penyondol/
Suami Bukan Kaki Media Sosial, Ramona Zamzam Tak Risau Penyondol
[ "Pelakon Ramona Zamzam berkata suaminya, Rami Alaskar kurang aktif dalam media sosial sekaligus membuatkan dia tidak bimbang rumah tangganya diganggu penyondol.", "Memetik Kosmo, Ramona berkata suaminya itu selesa melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga dan mengisi masa pada perniagaan.", "BACA: Kaki Ramona Zamzam Calar Balar Kena Batu Karang Ketika Bercuti", "“Bukan tak takut kepada penyondol, tetapi Alhamdulillah sepanjang lapan tahun mendirikan rumah tangga kami sentiasa mengingatkan supaya setia terhadap satu sama lain.", "“Kami berdua umpama satu pasukan yang saling menyokong. Memang tenang, tambah-tambah suami pun tak aktif dalam media sosial. Malas katanya.", "“Benda ini sebenarnya bawa kedamaian, cuma sebelum ini dia ada tertanya-tanya kenapa saya fokus pada telefon. Saya terangkan ini juga sebahagian kerja, tetapi berpada-pada” katanya.", "Dalam pada itu, suaminya juga seorang memahami kerjaya seninya dan tidak kisah bergilir menjaga anak tunggal mereka,\nIvanna.", "“Jika saya menjalani penggambaran, dia yang banyak menguruskan perniagaan dari rumah akan menguruskan anak, apabila dia keluar mesyuarat atau kerja di luar, saya pula ambil alih tugas di rumah,” katanya.", "Untuk rekod, Ramona Zamzam mendirikan rumah tangga dengan Rami, jejaka berasal dari Palestin pada 1 Mei 2015. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada Disember 2017." ]
https://www.rotikaya.com/jangan-tanya-saya-tanya-tuan-badan-penat-nak-menjawab-ayda-jebat/
“Jangan Tanya Saya Tanya Tuan Badan, Penat Nak Menjawab” – Ayda Jebat
[ "Sejak semalam hangat diperkatakan apabila penyanyi Fyna Jebat dikatakan sudah bercerai dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.", "Memetik Harian Metro, kakak kepada penyanyi itu iaitu Ayda Jebat enggan masuk campur mengenai rumah tangga adinya itu serta meminta bertanyakan hal itu kepada Fyna.", "“Jangan tanya saya. Tanya tuan badan. Penat nak menjawab. Asal kes mereka saja, saya yang dicari,” katanya.", "Semalam tular apabila anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah dalam satu komen di media sosial apabila memaklumkan bapanya sudah menceraikan Fyna.", "Malah, perkara itu turut disahkan oleh saudara terdekat Zainal yang mendedahkan pasangan itu sudah dua minggu bercerai." ]
https://www.rotikaya.com/buka-ruangan-komen-foto-isteri-haqiem-rusli-dipenuhi-kecaman/
Buka Ruangan Komen, Foto Isteri Haqiem Rusli Dipenuhi Kecaman
[ "Sejak sebulan lalu, imej terbaru isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea yang tampil tidak bertudung menjadi perhatian ramai.", "Malah, sejak itu juga Anis menutup ruangan komen Instagram miliknya. Namun baru-baru ini, Anis dilihat ada memuat naik foto terbaru namun tidak menutup ruangan komen.", "Menerusi foto tersebut, Anis dilihat tampil berbusana merah jambu menghadiri rumah terbuka sempena Hari Raya.", "Seperti sudah dijangka, ruangan komen perkongsian foto tersebut dihujani dengan kecaman netizen apatah lagi susulan tindakannya yang tidak lagi bertudung.", "Tidak kurang juga ada yang mengatakan isteri kepada Haqiem itu lebih cantik berhijab sebelum ini dan lebih suka melihat penampilannya bertudung.", "Meskipun ramai yang mengecam namun ada segelintir menitipkan doa agar Anis terbuka hati semula untuk menutup aurat." ]
https://www.rotikaya.com/tak-laku-ke-zara-zya-penat-asyik-ditanya-tentang-jodoh/
“Tak Laku Ke?” – Zara Zya Penat Asyik Ditanya Tentang Jodoh
[ "Pelakon Zara Zya mengakui hatinya terkilan apabila membaca komen yang ditinggalkan oleh netizen yang asyik bertanya mengenai soal jodoh.", "Memetik Harian Metro, Zara berkata pertama kali dia menitiskan air mata ketika sedang bersiaran langsung susulan komen ditinggalkan netizen.", "BACA: “Saya Tidak Ada Kaitan Lagi Dengan Cawangan Bubble Bee Di Cheras” – Zara Zya", "Menurut Zara, bukannya dia tidak boleh menerima teguran namun entah mengapa emosinya sensitif sejak kebelakangan ini.", "“Pagi-pagi mungkin mereka membuka mata untuk menyakiti hati orang lain. Tak tahulah kenapa, kita selalunya bangun pagi nak muhasabah diri, tapi ada orang yang buka mata untuk mengecam.", "“Ada beberapa soalan yang mungkin sebelum ini saya ambil pendekatan untuk tidak peduli, tapi entah kenapa sejak fikir-fikir ini jadi sensitif sangat. Bukanlah saya tidak boleh ditegur langsung tetapi percakapan itu mengguris hati saya.", "“Contohnya seperti tanya tiada orang hendak dekat saya ke? Tak kahwin ke? Tak laku ke? Soalan sebegitu yang akhir-akhir ini menyinggung saya,” katanya.", "Tambahnya lagi,  hidupnya bahagia sahaja namun mengakui terjejas sehingga trauma untuk keluar apabila dirinya dihakimi oleh netizen.", "“Saya gembira saja dengan hidup saya, namun apabila dihakimi dari atas sehingga ke bawah membuatkan saya sendiri trauma hendak keluar,” katanya.", "Dalam pada itu, Zara berkata kata-kata negatif yang dilemparkan bukan saja memberikan impak terhadap kesihatan mental, malah membuatkan dirinya memencilkan diri.", "“Otak saya menjadi penat dengan kata-kata orang, sehinggakan saya patah semangat untuk membuat ‘live’ dan keluar berada di tempat awam.", "“Saya lebih suka duduk terperuk di rumah saja. Sukar untuk saya jelaskan, namun saya mengambil solusi tidur sebagai jalan pintas untuk melupakan masalah itu,”katanya." ]
https://www.rotikaya.com/peminat-minta-mierul-aiman-kongsi-tips-ketiak-licin/
Peminat Minta Mierul Aiman Kongsi Tips Ketiak Licin
[ "Tidak dinafikan drama Projek: High Council memberi impak luar biasa kepada barisan pelakon termasuklah pelakon Mierul Aiman apabila namanya menjadi bualan ramai selepas membintangi drama tersebut.", "Baru-baru ini, Mierul muncul sebagai ‘wajah’ majalah Glam Lelaki dan berkongsikan gambar di Instagram majalah berkenaan serta menjadi perhatian ramai.", "Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian ramai foto pelakon itu yang tampil memakai singlet serta menampakkan bahagian ketiaknya.", "Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji ketiak pelakon itu bersih serta licin dan dikatakan mengalahkan wanita.", "Tidak kurang juga, ada yang meminta tips daripada Mierul untuk memiliki ketiak licin sepertinya itu.", "Dalam pada itu, ada yang kurang senang dengan feysen yang digayakan oleh pelakon kesayangan mereka itu serta mengatakan mereka rindukan Mierul yang dulu." ]
https://www.rotikaya.com/shila-amzah-lega-ubai-tak-hilang-ingatan-lepas-pembedahan/
Shila Amzah Lega Ubai Tak Hilang Ingatan Lepas Pembedahan
[ "Umum mengetahui minggu lalu, personaliti media sosial, Ubai selamat menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan di kepalanya di sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur.", "Menerusi satu perkongsian di Insta Story, kekasihnya iaitu penyanyi Shila Amzah ada memuat naik status meluahkan rasa syukur pembedahan berjalan dengan lancar dan lega Ubai tidak hilang ingatan selepas pembedahan kecil tersebut.", "“Doakan sayang saya ni segera sembuh, nasib baik tak hilang ingatan lepas pembedahan hari itu,” tulisnya.", "Bagaimanapun, Shila turut mendedahkan Ubai kini mempunyai ketumbuhan di bahagian mata pula sehingga matanya kelihatan senget.", "“Korang tengok lah ni, dalam mata senget sebelah pun masih ada orang nak ambil gambar dengan dia. Mata dia tu ada cyst tahu tak, lepas ketumbuhan dekat belakang otak, sekarang ketumbuhan dekat mata pula,” katanya.", "Terdahulu, Ubai berkata dia menyedari ketumbuhan tersebut sejak tiga tahun lalu dan mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan kerana bimbang ianya semakin membesar." ]
https://www.rotikaya.com/fara-mendoza-sakan-bergelek-di-kelab-malam-nama-watie-dipetik-netizen/
Fara Mendoza Sakan Bergelek Di Kelab Malam, Nama Watie Dipetik Netizen
[ "Baru-baru ini, pempengaruh media sosial dan pelakon, Fara Mendoza berkongsi video yang memaparkan dirinya dan  rakan wanita lain sedang berhibur di sebuah kelab malam.", "Menerusi video dikongsikan itu, Fara dilihat sedang asyik sakan bergelek bersama-sama rakan-rakannya.", "BACA: Gementar Nak Kahwin, Watie Akui Shuib Kelakar & Penuh Kejutan", "Bagaimanapun, di ruangan komen perkongsian itu ada netizen memetik nama tunang kepada Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah.", "Rata-rata netizen mengatakan bahawa Watie juga merupakan rakan mereka. Namun tidak dapat dipastikan mereka masih berteman atau pun tidak.", "Dalam pada itu, ada netizen meluahkan rasa syukur apabila Watie kini telah berubah ke arah yang lebih baik serta mendoakan Fara dan rakan-rakannya itu diberikan hidayah." ]
https://www.rotikaya.com/gambar-fathia-latiff-nampak-rambut-jadi-perhatian/
Gambar Fathia Latiff Nampak Rambut Jadi Perhatian
[ "Sejak kebelakangan ini nama pelakon Fathia Latiff menjadi bualan apabila wajahnya kelihatan berbeza sangat daripada sebelum ini.", "Malah, pelakon itu juga dilihat aktif memuat naik gambar di media sosial untuk tatapan peminatnya.", "Terbaru, foto dikongsikan Fathia menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama rakannya di sebuah restoran mewah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.", "Namun, penampilannya tertanya mengejutkan apabila rambutnya sedikit kelihatan di sebalik tudung yang dipakainya itu.", "Sementara itu, diruangan komen ada netizen mengatakan rambut pelakon itu sudah mula terkeluar dan ada yang rindukan Fathia yang dulu." ]
https://www.rotikaya.com/terima-mesej-ajak-main-baby-shima-dedah-wajah-lelaki-miang/
Terima Mesej Ajak ‘Main’, Baby Shima Dedah Wajah Lelaki Miang
[ "Baru-baru ini, perkongsian penyanyi Baby Shima menjadi perhatian apabila mendedahkan mesej daripada lelaki yang mengajak melakukan perkara tidak senonoh.", "Menerusi perkongsian di Instagram itu, turut memaparkan mesej dihantar lelaki berkenaan yang bertanyakan bayaran  yang dikenakan jika untuk ‘main’ selama dua jam.", "BACA: “Siapa Yang Kata Konsert Haram, Jangan Datang” – Baby Shima", "Shima turut dilihat memuat naik mesej berkenaan berserta nama akaun dan wajah lelaki miang tersebut untuk tatapan umum.", "Dalam pada itu, Shima turut berkata tidak ada bisnes jual beli yang dilakukan serta membuka tawaran kepada mana-mana individu untuk ‘main’ dengan lelaki terbabit.", "Perkongsian Shima itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan lelaki miang tersebut serta turut meminta penyanyi itu membuat laporan polis." ]
https://www.rotikaya.com/zainal-abidin-fyna-jebat-dah-dua-minggu-bercerai/
Zainal Abidin, Fyna Jebat Dah Dua Minggu Bercerai
[ "Rumah tangga bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan bersama penyanyi Fyna Jebat yang dibina awal tahun ini dikatakan telah musnah.", "Memetik Harian Metro, perkembangan itu disahkan sendiri saudara terdekat Zainal yang mendedahkan pasangan itu sudah dua minggu bercerai.", "Difahamkan, punca penceraian disebabkan Fyna dan isteri pertama Zainal Abidin iaitu Datin Zalina Zaini tiada persefahaman.", "“Apa yang dikongsikan anak Zainal itu boleh saya cakap betul. Mereka memang sudah bercerai dua minggu lalu.", "“Punca cerai adalah disebabkan kedua-dua isteri Zainal itu mereka tidak ada persefahaman. Jadi mereka ambil keputusan untuk bercerai,” katanya.", "Sejak pagi tadi hangat diperkatakan apabila anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah dalam satu komen media sosial mendedahkan yang bapanya sudah bercerai dengan Fyna." ]
https://www.rotikaya.com/gementar-nak-kahwin-watie-akui-shuib-kelakar-penuh-kejutan/
Gementar Nak Kahwin, Watie Akui Shuib Kelakar & Penuh Kejutan
[ "Tunang kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah mengakui gementar menantikan hari bahagia mereka tidak lama lagi pada 23 Jun depan.", "Memetik Astro Gempak, muncul pertama kali bersama Shuib dalam program MeleTOP semalam, Watie dilihat gementar ketika ditemu bual.", "BACA: “Sarah Ada Di Tempat Paling Istimewa Dalam Hidup Saya, Watie Pun Tahu…” – Shuib", "“Buat masa sekarang ini, saya rasa semua benda buat saya gementar tapi dalam masa yang sama ada sedikit teruja,”katanya.", "Dalam pada itu, Watie turut berkongsikan tunangnya itu seorang yang kelakar dan romantik sekaligus membuatkan hatinya terpaut.", "“Shuib ini merupakan seorang yang sangat kelakar dan juga penuh kejutan. Dia juga adalah seorang lelaki yang sweet,” katanya.", "Sementara itu, Shuib berkongsikan persiapan majlis perkahwinannya sudah hampir 50 peratus siap serta berhatap agar segalanya dipermudahkan dalam masa sama gementar untuk kembali mendirikan rumah tangga.", "“Ada juga sedikit rasa teruja tetapi kadang-kadang saya takut rasa teruja saya disalah faham orang lain. InsyaAllah, harap semuanya baik-baik dan dalam keadaan sederhana sahaja. Semoga benda yang kita rancang berjalan dengan lancar. Itu sahaja yang kami harapkan,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/anak-zainal-abidin-dedah-bapa-dah-ceraikan-fyna-jebat/
Anak Zainal Abidin Dedah Bapa Dah Ceraikan Fyna Jebat?
[ "Tiada angin tiada ribut, nama penyanyi Fyna Jebat menjadi bualan ramai apabila didakwa sudah bercerai dengan bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan.", "Perkara itu hangat diperkatakan apabila anak Zainal iaitu Zahirah Aisyah mendedahkan menerusi satu komen di Instagram bahawa bapanya sudah menceraikan isteri keduanya itu.", "BACA: Fyna Jebat Dah Berbaik Dengan Madu, Boleh Makan Semeja Bila Bertemu", "Menerusi komen itu juga, Zahirah juga berkata ibunya tidak pernah berdamai dengan sesiapa dan cerita itu tidak benar.", "“Ibu saya juga tidak berdamai dengan sesiapa dan cerita ini tidak benar. Untuk pengetahuan awak, ayah saya sudah bercerai dengan Fyna. Mohon padam hantaran ini, terima kasih,” tulisnya.", "Difahamkan, Zahirah meninggalkan komen pada entri yang berkongsi semula cerita Fyna sudah berdamai dengan isteri pertama Zainal.", "Dalam pada itu, Zahirah turut mempersoalkan mengapa perlu berkongsi semula cerita empat bulan lepas serta meminta untuk memadam posting berkenaan.", "Januari awal tahun ini, Fyna mengaku sudah berumah tangga dengan Datuk Zainal Abidin Hassan namun tidak mendedahkan tarikh pernikahan mereka." ]
https://www.rotikaya.com/banyak-kes-cerai-penyondol-ruhainies-takut-kahwin/
Banyak Kes Cerai, Penyondol, Ruhainies Takut Nak Kahwin
[ "Pelakon Ruhainies berkata dia mengakui takut untuk mendirikan rumah tangga selepas melihat banyak kes perceraian dan golongan penyondol dalam kalangan selebriti.", "Memetik Kosmo, Ruhainies berkata dia kini mahu memberi fokus pada kerjayanya dan menstabilkan status kewangan terlebih dahulu.", "“Sejujurnya, memang takut nak melangkah ke alam perkahwinan disebabkan apa yang berlaku sekarang. Orang bercerai sini sana dan kebanyakan melibatkan golongan selebriti, mana saya tak cuak dengan apa yang berlaku.", "“Doa saya semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik dan dapat berkekalan hingga akhir nyawa. Siapa yang mahukan perceraian apabila sudah berkahwin? Saya pun tak mahu,” katanya.", "Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia kini lebih berhati-hati untuk berkongsikan hal peribadi serta soal cinta. Ujarnya, apabila sudah betul-betul yakin, baru akan kongsikan kepada umum.", "“Saya dah tak mahu cerita lebih-lebih tentang soal peri­badi terutama soal cinta. Kalau dah betul-betul yakin cinta memang bersatu hingga ke jenjang pelamin, baru saya akan umumkan.", "“Buat masa sekarang, saya begini sahajalah. Sibuk dengan kerjaya lakonan, masa dengan ibu bapa dan perniagaan.", "“Kalau ada rezeki berkahwin, saya tidak akan tolak, namun kalau masih juga belum sampai, saya akan tunggu jodoh dengan penuh setia,” katanya.", "Sebelum ini, Ruhainies pernah berkongsikan mengenai hubungan cintanya dengan lelaki dikenali sebagai Mr.E yang merupakan seorang ahli perniagaan." ]
https://www.rotikaya.com/sophia-albarakbah-tak-sorok-teman-lelaki-lagi/
Sophia Albarakbah Tak Sorok Teman Lelaki Lagi
[ "Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah tidak lagi menyorok status hubungannya dengan teman lelakinya dikenali sebagai Mr Doctor.", "Memetik BH Online, Sophia berkata dia terbuka jika teman lelakinya itu mahu menemani dirinya menghadiri ke mana-mana acara hiburan.", "“Sebenarnya, saya serahkan kepada teman lelaki. Kalau selesa, dia boleh temani saya. Jika tidak, tak mengapa jika enggan ikut. Saya biarkan teman lelaki membuat keputusan,” katanya.", "Ditanya sama ada kekasihnya itu bersedia untuk berdepan dengan orang ramai, Sophia berkata dia tidak bimbang kerana Mr Doctor seorang yang tenang.", "“Dia okay dan seorang yang tenang. Sepanjang kontroversi yang berlaku sebelum ini, teman lelaki kekal tenang. Dia lebih memikirkan soal pesakitnya daripada perkara lain,” katanya" ]
https://www.rotikaya.com/hafidz-roshdi-fail-hak-penjagaan-dua-anak/
Hafidz Roshdi Fail Hak Penjagaan Dua Anak
[ "Pelakon Hafidz Roshdi memfailkan permohonan hadanah iaitu hak penjagaan penuh dan interim dua anaknya iaitu Humairah dan Umar di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.", "Memetik Sinar Harian, menurut peguam syarie yang mewakili Hafidz iaitu Ummi Kartini berkata, tuntutan hadanah penuh difailkan pada 18 April sementara interim pada Jumaat lalu.", "BACA: Kesihatan & Semangat Semakin Pulih, Hafidz Roshdi Sedia Kembali Bertugas", "“Hafidz memohon agar diberikan hak lawatan yang tetap memandangkan setakat ini berlaku kesulitan untuk Hafidz berjumpa atau berkomunikasi dengan anak-anak.", "“Sesalinan dokumen mengenai permohonan tersebut akan diserahkan kepada pihak defendan atau peguam syarienya dalam masa terdekat,” kata peguam.", "Sebelum ini, Hafidz meluahkan rasa sedih apabila tidak berpeluang meraikan Hari Raya bersama dua anaknya.", "Pada 9 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 20 Jun ini bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai Hafidz dan Shuhada." ]
https://www.rotikaya.com/janganlah-rasa-diri-kita-mulia-semua-artis-pendosa/
“Janganlah Rasa Diri Kita Mulia & Semua Artis Itu Pendosa”
[ "Penyanyi Baby Shima tampil memberi kenyataan balas mengenai dakwaan dirinya mempersendakan agama selepas menyuarakan pendapat mengenai penganjuran konsert di Malaysia. ", "Memetik Kosmo, Shima berkata kenyataannya itu dilakukan secara umum dan tuduhan terhadap dirinya yang menghina agama adalah dakwaan berniat jahat serta fitnah.", "BACA: “Siapa Yang Kata Konsert Haram, Jangan Datang” – Baby Shima", "“Sekiranya tidak mahu ke konsert, tidak perlu ke konsert. Saya sebut konsert secara umum, konsert itu sebahagian daripada hiburan.", "“Konsert Coldplay telah pun diluluskan oleh kerajaan. Malaysia mempunyai pelbagai agama dan bangsa, kita adalah masyarakat majmuk. Berapa banyak konsert telah dianjurkan sejak negara kita mencapai kemerdekaan,” katanya.", "Kata Shima lagi, pendapatnya itu adalah bersifat peribadi serta mempersoalkan adakah dia tidak boleh menyuarakan pendapat kerana tiada gelaran Pencetus Ummah (PU).", "“Pilihan atas diri dan pendapat masing-masing. Saya bukan orang yang mempunyai latar belakang agama apatah lagi nak menghalalkan perkara yang haram.", "“Semua itu hanya pendapat saya sahaja dan mungkin disebabkan tiada gelaran pencetus ummah (PU), saya tidak boleh suarakan pendapat?", "“Adakah cuma yang ada gelaran PU sahaja yang boleh bercakap? Saya juga sudi dan bersedia menerima teguran tetapi bukan serangan tanpa usul periksa.", "“Tiada keperluan menyerang saya dan janganlah rasa diri kita mulia dan semua artis itu pendosa. Kita semua adalah pendosa,” katanya.", "Dalam pada itu, Shima berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang melemparkan tuduhan melampau terhadapnya.", "“Alangkah baiknya jika pihak-pihak terbabit boleh menghubungi saya sekiranya mereka tidak faham tentang hal yang cuba disampaikan. Saya juga akan rujuk kepada pihak peguam, sekiranya perlu untuk ambil tindakan susulan,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/bekas-isteri-sam-bunkface-tak-setuju-nafkah-anak-dikurangkan/
Bekas Isteri Sam Bunkface Tak Setuju Nafkah Anak Dikurangkan
[ "Bekas isteri kepada Sam Bunkface iaitu Aida Azira tidak bersetuju jumlah nafkah RM1,300 dikurangkan kerana ia akan boleh menyebabkan anak mereka, Maleeq tidak dapat menjalani kehidupan sempurna.", "Memetik BH Online, Aida berkata jika jumlah tersebut dikurangkan dia juga perlu mengurangkan perbelanjaan anaknya termasuk makanan.", "BACA: “Saya Sedar Hanya Orang Biasa & Tiada Pengaruh” – Bekas Isteri Sam Bunkface", "“Sekiranya nafkah dikurangkan, bermakna saya perlu kurangkan perbelanjaan anak. Kos itu termasuk tempat tinggal, makanan, pakaian, perubatan, pengangkutan ke sekolah dan utiliti seperti bil air dan elektrik.", "“Jika dikurangkan, saya terpaksa kurangkan makanan Maleeq di mana setiap kali mengambilnya dari sekolah, anak saya berbelanja kira-kira RM15 untuk membeli makanan seperti ais krim dan ‘toys’ (permainan).", "“Selain itu, anak tidak selesa kerana perlu mengehadkan penggunaan penghawa dingin yang saya kira membabitkan bil (perlu dibayar)” katanya.", "Perkara itu dimaklumkan oleh Aida menjawab soalan daripada peguam syarie, Liyana Sihar yang mewakili Sam pada perbicaraan pindaan tuntutan jumlah nafkah anak di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, petang tadi.", "Menurut Aida lagi, selain perubatan dan makanan, jumlah nafkah RM1,300 turut digunakan untuk membayar pelbagai keperluan antaranya insurans dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang perlu dibayar secara bulanan.", "Bagaimanapun, Hakim Syarie Shukran Yusof menetapkan 26 Jun depan bagi prosiding pemeriksaan balas yang akan dilakukan peguam syarie mewakili Aida.", "Sementara itu, Sam berharap keadilan berpihak padanya serta menyerahkan keputusan kepada pihak mahkamah.", "“Saya hanya ingin mencari keadilan dan berharap keadilan akan berpihak kepada saya. Tiada apa yang hendak saya cakapkan. Biarlah mahkamah yang tentukan. Selain daripada itu, kena tanya kepada Puan Aida,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/kongsi-foto-sidai-bikini-netizen-anggap-ameera-khan-sifat-malu/
Kongsi Foto Sidai Bikini, Netizen Anggap Ameera Khan Tiada Sifat Malu
[ "Sebut saja nama Ameera Khan atau Little Miss Khan, sememangnya adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa itu dikenali ramai dan sentiasa menjadi perhatian.", "Baru-baru ini, perkongsian Ameera menjadi perhatian apabila memuat naik gambar pakaian dalamnya berwarna merah yang disidai di pagar besi sekaligus mengejutkan netizen.", "Seperti sudah dijangka, diruangan komen rata-rata netizen menegur tindakan adik kepada selebriti terkenal itu seolah tiada sifat malu.", "Malah, ada netizen yang menyindir selebriti media sosial itu dengan mendakwa pergi umrah berkali-kali tetapi hanya sia-sia.", "Dalam pada itu, ada yang menitipkan nasihat buat Ameera supaya menjaga kehormatan diri serta mendoakan agar dikurniakan hidayah." ]
https://www.rotikaya.com/tiada-rahsia-awet-muda-amy-mastura-akui-rajin-senyum/
Tiada Rahsia Awet Muda, Amy Mastura Akui Rajin Senyum
[ "Usia sudah menginjak 50 tahun, namun wajah pelakon dan penyanyi Amy Mastura dilihat tidak berubah dan awet muda serta berpewatakan ceria.", "Memetik Utusan Online, Amu berkata tiada rahsia awet muda yang diamalkannya serta mengakui mungkin kerana dia seorang yang rajin senyum.", "“Tak ada rahsia apapun, mungkin sebab rajin senyum. Mana ada tak makan usia. Saya nampak muda mungkin sebab solekan. Kalau tak pun, mungkin orang yang ambil video saya semuanya guna filter,” katanya.", "Dalam pada itu, Amy berkata disebalik kegembiraan ditunjukkan di media sosial dia juga tidak terlepas daripada masalah namun dia tidak tunjukkan kepada umum.", "“Nampak saya gembira seperti tiada masalah bukan bermakna saya tiada masalah. Mestilah ada kerana itu lumrah hidup.", "“Saya juga jarang tunjuk masalah saya kepada orang ramai sebab saya rasa tidak adil untuk bermasam muka dengan orang lain sebab mereka tak salah apapun.", "“Alhamdulillah, Allah beri kelebihan kepada saya untuk automatik tersenyum bila di depan orang. Lagi pula, ia juga satu bentuk sedekah,” katanya.", "Sebelum ini, nama pelakon berusia 52 tahun menjadi sebuatan ramai kerana wajahnya yang tidak berubah sejak dari dulu lagi." ]
https://www.rotikaya.com/video-senaman-punggung-ifa-raziah-aliff-syukri-dikecam-netizen/
Video Senaman Punggung Ifa Raziah & Aliff Syukri Dikecam Netizen
[ "Baru-baru ini, penyanyi dan usahawan Ifa Raziah dilihat ada memuat naik video di Instagram yang menjadi bualan ramai netizen.", "Menerusi video itu, memaparkan Ifa bersama usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sedang bergelek sakan sambil menggoyangkan pinggul.", "BACA: “Saya Anggap Itu Karma, Dulu Dia Mengata Saya Macam-Macam Kan” – Ifa Raziah", "Ifa turut menulis kapsyen pagi-pagi kena buat senaman punggung serta bertanyakan kepada netizen siapa yang paling seksi.", "Seperti sudah dijangka, perkongsian tersebut mengundang kecaman ramai yang berpendapat video seperti itu kurang sesuai untuk dikongsikan kepada umum.", "Dalam pada itu, ada yang menitipkan nasihat sebagai seorang yang sudah berumur sepatutnya tunjukkan contoh yang baik kepada anak muda." ]
https://www.rotikaya.com/netizen-kecam-fesyen-aina-abdul-ganggu-penonton-belakang/
Netizen Kecam Fesyen Aina Abdul Ganggu Penonton Belakang?
[ "Sebut saja nama Aina Abdul, pasti semua tahu penyanyi itu sering tampil dengan imej dan fesyen luar biasa serta lain daripada yang lain.", "Baru-baru ini, Aina tampil dengan imej berturban tinggi sebagai juri tetap program realiti Big Stage dikritik oleh netizen.", "BACA: “Aina Abdul Bersahaja Nyanyiannya, Tidak Terlalu Menjerit” – Ketua Juri", "Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aina dilihat ada memuat naik busana berwarna hijau neon yang digayakannya untuk konsert tersebut.", "Namun, di ruangan komen ada netizen meminta pasukan penata gaya penyanyi itu menilai semula konsep yang digayakan oleh Aina kerana dilihat agak keterlaluan dan harap dapat disesuaikan mengikut keadaan.", "Kata netizen lagi, mereka turut meminta pasukan tersebut supaya memikirkan tentang penonton yang duduk di belakang kerana tidak dapat melihat persembahan di hadapan." ]
https://www.rotikaya.com/sarah-ada-di-tempat-paling-istimewa-dalam-hidup-saya-watie-pun-tahu-shuib/
“Sarah Ada Di Tempat Paling Istimewa Dalam Hidup Saya, Watie Pun Tahu…” – Shuib
[ "Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu berharap sesiapa tidak patut membandingkan arwah isterinya, Siti Sarah dengan tunangnya Watie Hanifiah. ", "Memetik Media Hiburan, Shuib berkata arwah isterinya itu sentiasa berada di tempat paling istimewa dalam hidupnya.", "BACA: 12 Tahun Ada Sosial Media, Pertama Kali Watie Dedah Wajah Kekasih", "“Sarah ada di tempat paling istimewa dalam hidup saya. Watie pun tahu tentang perkara itu. Perbandingan itu tidak sepatutnya sebab kita kena terima realitinya.", "“(Perbandingan) Ini juga tidak adil untuk Watie. Pada saya, apa salah dia…dia nak ada dengan saya untuk anak-anak, untuk keluarga. Perbandingan itu menyakitkan orang juga,” katanya.", "Dalam pada itu, mengenai tarikh majlis pernikahannya pada 23 Jun depan tidak mempunyai apa-apa simbolik sebaliknya mahu mengadakan majlis pada hari Jumaat.", "“Kami akan adakan satu majlis (resepsi) saja nanti. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya.", "Terdahulu, Shuib dan Watie selamat mengikat tapi pertunangan pada 6 Mei lalu di kediaman wanita itu di Shah Alam." ]
https://www.rotikaya.com/enggan-tumpang-harta-chef-wan-serina-selesa-hidup-berdikari-di-perlis/
Enggan Tumpang Harta Chef Wan, Serina Selesa Hidup Berdikari Di Perlis
[ "Pelakon Serina Redzuawan reda apabila hak penjagaan kekal anak perempuannya, Isabella Saffiya diserahkan kepada bekas suami iaitu Gavin Edward oleh mahkamah pada Februari lalu.", "Memetik mStar Online, namun Serina bersyukur dia tidak dihalang untuk bertemu dengan kedua-dua anaknya iaitu Isabella dan Tristan Tareef.", "“Saya reda dengan apa saja keputusan yang ditetapkan, tapi apa-apa pun saya bersyukur kerana saya tiada masalah untuk berjumpa dengan anak-anak.", "“Saya mohon maaf kerana tidak dapat beri keterangan lebih tentang anak-anak kerana saya menghormati pihak mahkamah dan perlu mengikut perintah injunksi,” katanya.", "Serina berkata dia mengakui berdepan kesukaran dalam kehidupan namun dia selesa hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan sesiapa termasuk bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.", "“Daripada segi dugaan jangan cakaplah. Saya ni antara artis yang diduga dengan segala masalah. Hal perkahwinan, hal anak-anak, macam-macam. Apa yang membuatkan saya kuat adalah saya daripada dulu tidak pernah bergantung harap pada sesiapa.", "“Walaupun saya ada bapa yang kaya, saya tidak pernah telefon papa minta duit. Saya susah macam mana pun, saya tidak pernah minta duit pada papa.", "“Bayangkan walaupun bapa saya jutawan, sebuah telefon bimbit pun saya tidak pernah minta dia belikan. Jadi saya memang dibesarkan untuk struggle dan berusaha sendiri,” katanya.", "Dalam pada itu, Serina berkata dia kini bahagia dan tenang dua tahun berhijrah ke Perlis bersama suaminya, Meor Mohammad Aidid.", "“Selama ni kan kita hidup dekat bandar, tiba-tiba bila duduk dekat Perlis rasa tenang. Bagi saya, bila kita dah dapat kebahagiaan, perkara-perkara lain dah jadi nombor dua. Kita dah tak fikir apa-apa dah.", "“Saya kata tak mengapalah. Pengorbanan seorang isteri tu lebih mulia daripada apa yang saya ada sebelum ini. Kemewahan, glamor, semua saya dah dapat dulu,” katanya.", "Serina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah petaling pada 1 Ogos 2017.", "Serina kemudian berkahwin dengan Meor pada April 2021 dan masih belum dikurniakan cahaya mata." ]
https://www.rotikaya.com/cat-farish-shikin-maembong-tak-lama-lagi/
Cat Farish, Shikin Maembong Nikah Tak Lama Lagi?
[ "Umum mengetahui, penyanyi Cat Farish kini sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.", "Baru-baru ini, perkongsian pasangan itu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video sedang membuat trend ala-ala Wes Anderson.", "BACA: “Cinta Tak Payah Dicari, Ia Muncul Dengan Sendiri Tepat Pada Masanya…” – Cat Farish", "Perkongsian video di Instagram itu turut menjadi bualan seolah ada makna tersembunyi yang pasangan ini mahu kongsikan.", "Diruangan komen, ada netizen mendakwa pasangan itu bakal disatukan tidak lama lagi, Malah, ada yang berteka-teki adakah pasangan itu bakal bernikah dalam masa terdekat.", "Meskipun tidak mengetahui kesahihan perkara tersebut, ada netizen dilihat mengucapkan tahniah buat pasangan itu. Malah, ucapan berkenaan disambut oleh Shikin dengan ucapan terima kasih." ]
https://www.rotikaya.com/netizen-sebak-puteri-sarah-ucap-selamat-hari-ibu-kepada-diri-sendiri/
Netizen Sebak Puteri Sarah Ucap Selamat Hari Ibu Kepada Diri Sendiri
[ "Sempena sambutan Hari Ibu, semalam pelakon Puteri Sarah dilihat turut memuat naik ucapan serta video kehidupannya bersama dua anaknya.", "Menerusi entri itu, Puteri Sarah mengucapkan selamat hari ibu kepada mereka diluar sana yang membesarkan anak-anak seorang diri.", "Puteri Sarah turut mengucapkan terima kasih kerana menjadikan dirinya sebagai seorang yang lebih baik dan mempunyai tujuan yang lebih besar dalam hidup anak-anaknya.", "“Selamat Hari Ibu kepada ibu yang telah membesarkan anak-anak anda seorang diri seperti seorang hero. Terima Kasih.", "“Terima kasih kerana menjadikan saya seorang yang lebih baik. Terima kasih kerana memberi saya tujuan yang lebih besar dan lebih baik dalam hidup @syaikhulsumayyah,” tulisnya.", "Diruangan komen, rata-rata netizen sebak apabila Puteri Sarah mengucapkan ucapan untuk diri sendiri. Malah, ada yang mengatakan Puteri Sarah merupakan salah seorang contoh wanita kuat yang berjuang demi kebahagiaan diri dan anak-anak." ]
https://www.rotikaya.com/cantik-belum-tentu-bahagiaada-yang-kena-tinggal-kena-curang/
“Cantik Belum Tentu Bahagia…Ada Yang Kena Tinggal, Kena Curang”
[ "Pelakon Bella Astillah menyifatkan kecantikan dalam penampilan diri bukan jaminan untuk seorang wanita menikmati kebahagiaan dalam rumah tangga.", "Memetik Harian Metro, Bella berkata dia memilih untuk sentiasa cantik demi menjaga keyakinan diri tanpa cuba menunjuk kepada orang.", "BACA: Bella Astillah Maafkan Tapi Tak Akan Lupa Perbuatan Sophia AlBarakbah", "“Sebenarnya pada saya, kita (wanita) tampil cantik bukan semata-mata untuk menunjuk pada orang, tetapi lebih kepada membentuk keyakinan diri.", "“Kalau nak cakap pasal dia ni cantik-cantik pun ramai saja (wanita) dengan Aliff, cantik-cantik pun kena tinggal, kena curang dan sebagainya, tapi ia terpulang kepada individu itu masing-masing,” katanya.", "Menurut Bella, ada dikalangan rakannya tidak menjaga penampilan diri kerana perlu menjaga anak-anak namun suami mereka tetap sayang.", "“Ada saja yang saya kenal, kawan rapat dan dia pun jenis tak bersiap, hanya jaga anak-anak dan buat kerja rumah, tapi suami dia tetap sayang. Jadi benda itu (kebahagiaan rumah tangga) tidak tertakluk pada kecantikan atau pun keperibadian seseorang,” katanya.", "Dalam pada itu, soal curang tidak boleh dijangka namun apa yang perlu dilakukan oleh wanita adalah untuk tampil cantik demi diri sendiri dan keyakinan diri.", "“Dalam soal curang ini, bukan terarah kepada lelaki saja. Wanita atau lelaki, dua-dua ini boleh curang. Cuma, untuk mengelaknya saya percaya jangan memberi ruang seperti kita bagi respon yang nampak okay.", "“Masalah pasangan curang ini juga bukan hanya berlaku kepada selebriti saja, tapi mereka dalam karier lain juga. Apapun, semuanya berbalik kepada diri sendiri. Sama ada melayan atau tidak,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/jep-sepahtu-dipuji-berani-kongsi-video-hukum-sambut-hari-ibu/
Jep Sepahtu Dipuji Berani Kongsi Video Hukum Sambut Hari Ibu
[ "Umum mengetahui, semalam merupakan sambutan Hari Ibu yang disambut oleh satu dunia dan ramai tidak melepaskan peluang menzahirkan ucapan istimewa buat ibu tercinta.", "Namun berbeza dengan pelawak Jep Sepahtu yang berkongsikan video Ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum orang Islam menyambut hari istimewa itu.", "BACA: Jep Sepahtu Dedah Punca Shuib Tiada Dalam Sepahtu Reunion Live", "Menerusi video tersebut, pendakwah terkenal itu menjelaskan bahawa haram dan berdosa besar menyambut Hari Ibu.", "Perkongsian Jep itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap berani Jep yang memuat naik mengenai perkara tersebut." ]
https://www.rotikaya.com/ruhainies-dah-tak-nak-kongsi-kisah-cinta-lagi/
Ruhainies Dah Tak Nak Kongsi Kisah Cinta Lagi
[ "Pelakon Ruhainies berkata dia belum bersedia untuk berkahwin kerana bimbang selepas melihat kemelut berlaku dalam rumah tangga pasangan selebriti.", "Memetik Harian Metro, Ruhainies berkata buat masa ini dia mahu memberi fokus pada kerjaya lakonan serta keluarganya terlebih dahulu.", "BACA: Tular Lagi Aksi Mesra, Netizen Dakwa Ruhainies & Zul Ariffin Dah Kahwin Senyap-Senyap", "“Saya jadi risau dan takut untuk diri sendiri dalam menjalin perhubungan. Apa yang pasti, buat masa sekarang saya belum terfikir dan bersedia lagi nak berkahwin. Bagi saya, bila sampai jodoh takkan ke mana.", "“Buat masa ini, jadual kerja saya pun padat. Alhamdulillah, rezeki tak putus dalam lakonan dan sebagai duta produk. Jadi, rasanya wajar untuk saya utamakan karier dahulu sebelum berkahwin,” katanya.", "Sebelum ini terbuka berkongsi mengenai kisah cinta, namun kini Ruhainies tidak mahu lagi berbuat demikian sehingga jodohnya betul-betul sampai.", "“Ya, betul sekarang saya dah tak nak lagi ‘share’ (kongsi) tentang hal peribadi dan hubungan cinta sehingga sampai masanya. Kalau dah ada jodoh dan ingin berkahwin nanti, barulah saya kongsi.", "“Sebabnya, bila kita dah mula berkongsi cerita berkaitan peribadi seperti kekasih, orang akan mula ternanti-nanti cerita seterusnya. Benda itu penatlah, bila asyik ditanya tentang perkahwinan dan karier pula seakan tenggelam,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/yonnyboii-layan-isteri-mengidam-tak-mahu-air-liur-anak-meleleh/
Yonnyboii Layan Isteri Mengidam, Tak Mahu Air Liur Anak Meleleh
[ "Isterinya Nik Nazira kini hamil lapan bulan, penyanyi Yonnyboii berkata dia berusaha melayan dan mendapatkan makanan yang diidamkan kerana tidak mahu air liur anaknya meleleh.", "Memetik Harian Metro, Yonny berkata isterinya sudah mengidam pelbagai jenis makanan dimana ada yang sudah didapat dan ada yang masih dicari lagi.", "“Dalam tempoh lebih sebulan ini saya akan terus berusaha mencari dan mendapatkan makanan yang diidamkan isteri. Sebabnya, emak saya selalu mengingatkan agar mencari makanan diidamkan itu sampai dapat.", "“Maklumlah, kata orang tua-tua kalau isteri hamil tak dapat makanan yang diidamkan itu, nanti air liur anak akan meleleh. Jadi, kalau boleh saya tak mahulah air liur anak kami  meleleh-leleh pula nanti.", "“Saya akan usaha cari dan cuba dapatkan apa saja isteri idamkan selagi belum sampai masa dia bersalin. Insya-Allah, saya yakin dapat menunaikan semua benda yang didamkan itu,” katanya.", "Dalam pada itu, Yonny berkata dia dan isteri sudah tahu jantina anak mereka namun merahsiakan dahulu sebaga kejutan.", "Sementara itu, Yonny berkata dia tidak sabar untuk bergelar bapa dan sedang dalam proses menyiapkan lagu untuk anak sulungnya itu.", "“Insya-Allah, saya dan isteri akan menimang cahaya mata kami pada pertengahan Julai depan. Sekarang, usia kandungan pun sudah mencecah lapan bulan.", "“Tak sabar sebenarnya nak jadi ayah, walaupun pada masa sama perasaan sangat berdebar. Tapi, lagu istimewa untuk anak saya memang dalam proses untuk disiapkan,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/netizen-komen-nampak-baby-bump-sweet-qismina-hamil/
Netizen Komen Nampak Baby Bump, Sweet Qismina Hamil?
[ "Baru-baru ini, pelakon Sweet Qismina dilihat ada memuat naik video bersama suaminya, Adam Lee membuat trend ‘langgar bahu jodoh’ di Instagram.", "Menerusi video itu, turut diselitkan gambar dari pertunangan sehingga ke foto majlis perkahwinan mereka. Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji aksi comel pasangan itu.", "Namun, turut menjadi perhatian apabila ada yang mendakwa nampak baby bump serta ada yang mengatakan Sweet kelihatan sedikit berisi.", "Meskipun tiada pengesahan rasmi daripada tuan badan sendiri, namun ada yang mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut.", "Untuk rekod, Adam dan Sweet sah bergelar suami isteri pada 24 oktober 2022 selepas setahun mengikat tali pertunangan." ]
https://www.rotikaya.com/minta-ziarah-pusara-arwah-ibu-uwais-buat-ramai-sebak/
Minta Ziarah Pusara Arwah Ibu, Uwais Buat Ramai Sebak
[ "Semalam merupakan sambutan hari ibu dan ramai tidak melepaskan peluang berkongsikan di media sosial penghargaan buat biadari tercinta dan ibu masing-masing.", "Turut menjadi perhatian video dikongsikan di Instagram Allahyarham Siti Sarah Raissuddin memaparkan anak sulungnya, Uwais Al Qarni sempena hari ibu.", "Menerusi video itu, Uwais meminta pada atuknya Raissuddin Hamzah untuk singgah sebenar ke pusara ibunya.", "Apabila tiba di tanah perkuburan, Uwais meminta izi untuk ke pusara ibu seorang diri. Raissuddin akur dengan pemintaan cucunya itu dan membiarkan kanak-kanak itu sendirian.", "Tiba di pusara ibunya, dapat dilihat Uwais benar-benar rindukan arwah ibunya yang telah pergi menghadap Ilahi sejak dua tahun lalu.", "Meskipun video dikongsikan hanya lakonan, namun netizen sebak serta memahami apa yang dilalui Uwais yang kehilangan insan paling penting di usia muda.", "Diruangan komen, rata-rata netizen mengalirkan air mata serta menitipkan doa buat arwah Siti Sarah serta buat anak-anaknya agar terus kuat." ]
https://www.rotikaya.com/selagi-hidupmu-tak-bahagia-selagi-itu-hidupku-tak-akan-tenang-patimah-ismail/
“Selagi Hidupmu Tak Bahagia, Selagi Itu Hidupku Tak Akan Tenang” – Patimah Ismail
[ "Sejak hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga Puteri Sarah, ibu mentua kepada pelakon itu iaitu Datin Patimah Ismail sentiasa menjadi perhatian ramai.", "Baru-baru ini, Datin Patimah dilihat ada memuat naik posting mengatakan bahawa dia tidak akan tenang selagi menantunya itu belum mengecapi kebahagiaan.", "Menerusi perkongsian di Insta Story itu juga, Patimah turut mendoakan agar Puteri Sarah dan anak-anak diberikan kebahagiaan.", "“Selagi hidup mu tidak bahagia, selagi itu hidup ku tidak akan tenang. Ya Allah bahagiakanlah mereka,” tulisnya.", "Dalam entri itu, turut memaparkan gambar Puteri Sarah bersama dua cahaya matanya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.", "Terdahulu, proses perceraian antara Syamsul dan Puteri Sarah masih tergantung selepas pengarah itu tidak jadi melafazkan cerai seperti dijanjikan pada 18 April lalu. Ia berikutan selepas kedua-dua belah pihak gagal mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara." ]
https://www.rotikaya.com/azrel-ismail-nak-kahwin-tahun-depan-bakal-isteri-tak-bertudung/
Azrel Ismail Nak Kahwin Tahun Depan, Bakal Isteri Tak Bertudung
[ "Pelakon Azrel Ismail merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati pada tahun hadapan.", "Memetik Harian Metro, Azrel berkata dia dan kekasihnya itu sudah menjalin cinta sejak setahun yang lalu. Ujarnya lagi, wanita tersebut hanya wanita biasa dan bukan dikalangan artis.", "BACA: Pernah Dikecam Netizen, Azrel Ismail Sampai Tak Boleh Tidur Malam", "“Dia hanya wanita biasa dan bukan kalangan artis serta berusia awal 20-an, tidak bertudung dan berasal dari Kuala Lumpur. Pada usia sekarang, saya memang sudah bersedia untuk berkahwin.", "“Kami juga sudah berbincang untuk membawa hubungan percintaan yang terjalin ke fasa perkahwinan. Insya-Allah, jika tiada aral pada tahun depan,” katanya.", "Bagaimanapun, Azrel berkata dia belum bersedia untuk mendedahkan wajah dan identiti bakal iseterinya itu. Ujarnya lagi, dia juga akan berkongsikan tarikh majlis kahwinnya kelak.", "“Saya mohon maaf kerana tidak dapat bercerita lanjut mengenai teman istimewa itu kerana bimbang jika yang dirancang tidak menjadi.", "“Bila sudah ada tarikh untuk majlis perkahwinan nanti, saya tidak akan merahsiakannya dari pihak media dan peminat,” katanya.", "Dalam pada itu, Azrel mengakui sudah serik untuk menjalinkan hubungan dengan rakan artis yang tidak berjalan lancar untuk ke fasa lebih serius." ]
https://www.rotikaya.com/solat-sedekah-subuh-pembuka-rezeki-amir-raja-lawak/
Solat & Sedekah Subuh Pembuka Rezeki Amir Raja Lawak
[ "Usahawan dan pelawak, Amir Raja Lawak berkongsikan amalan solat dan sedekah pada waktu Subuh setiap hari dilihat sebagai pembuka rezeki dalam bidang perniagaan.", "Memetik BH Online, Amir yang mengusahakan perniagaan air jagung berkata dia hanya mengikut perancangan Allah dalam soal rezeki.", "“Permulaan hidup setiap hari pada waktu pagi. Memang betul apabila orang dahulu kata bangun pagi atau subuh, rezeki akan dimurahkan.", "“Mungkin ini adalah apa yang saya boleh kongsikan kepada orang ramai. Saya ada juga amalkan membaca doa supaya dimurahkan rezeki. Selain itu, sedekah subuh saya juga diamalkan.", "“Selepas solat subuh, saya akan sedekah ke mana-mana tabung atau mereka yang memerlukan. Kalau solat di masjid, saya akan sedekah dalam tabung masjid.", "“Sedekah sahaja seberapa banyak yang kita mampu dan niatkan baik-baik,” katanya.", "Dalam pada itu, Amir berkata dia turut menghulurkan sumbangan kepada pusat pendidikan atau tahfiz yang berdekatan.", "“Selain masjid, saya juga sedekah ke rumah tahfiz berdekatan termasuk memberikan air jagung untuk pelajar kerana mereka memang sukakannya.", "“Cuma, apa saya boleh katakan solat pada pagi setiap hari adalah kuncinya.", "“Mungkin amalan dan doa orang ramai juga menjadi pembuka laluan untuk Allah berikan rezeki kepada saya,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/qi-razali-nak-kahwin-wanita-biasa-tak-terlibat-dunia-hiburan/
Qi Razali Nak Kahwin Wanita Biasa, Tak Terlibat Dunia Hiburan
[ "Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, pelakon dan pengacara, Qi Razali mahu bakal isterinya bukan dalam industri seni.", "Memetik mStar Online, Qi berkata usianya semakin meningkat dia kini lebih terbuka dala..memilih pasangan hidup.", "BACA: Qi Razali Umum Konsert 30 Tahun Generasiku Persembahan Terakhir Bersama OAG", "“Mungkin selepas ini saya dah tak memilih sangat dah, kalau ada pun yang cukup membahagiakan sudah memadai.", "“Selepas ini saya akan lebih terbuka dan mungkin orang biasa sahaja. Biar saya seorang sahaja yang berada dalam industri ini.", "“Kalau orang biasa dia mungkin kurang tahu selok belok mengenai industri ini jadi pemikiran dia akan lebih seimbang,” katanya.", "Dalam pada itu, Qi menafikan dakwaan kononnya dia mementingkan paras rupa. Ujarnya, dia mahu kekasih yang memahami serta mengakui sebelum ini pernah bertemu dengan seorang yang sesuai.", "“Ramai yang anggap saya memilih yang cantik sahaja tapi sebenarnya yang cantik itu yang pertama saya nampak. Yang saya kenal (hati) itu sebenarnya yang akan saya simpan.", "“Cantik itu memang perlu ada tapi untuk perkahwinan yang lama saya perlukan seseorang yang betul-betul kena dengan jiwa saya.", "“Saya pernah bernasib baik (dalam percintaan) suatu ketika dulu, tapi masa itu saya mungkin muda sangat. Tapi bila saya pula yang dah bersedia, jumpa pula pasangan sebaliknya,” katanya.", "Sebelum ini, Qi pernah dikaitkan dengan penyanyi Yuna sekitar 2009 hingga 2012.", "Qi juga pernah menjalinkan hubungan dengan aktres Nelydia Senrose pada 2013 hingga 2016." ]
https://www.rotikaya.com/baru-3-hari-bersalin-netizen-seriau-tengok-emma-maembong-dukung-anak-sulung/
Baru 3 Hari Bersalin, Netizen Seriau Tengok Emma Maembong Dukung Anak Sulung
[ "Baru saja menimang cahaya mata kedua pada Rabu lalu, aksi pelakon Emma Maembong semasa berpantang menimbulkan kebimbangan ramai.", "Menerusi video dikongsikan di TikTok, Emma ada berkongsikan majlis akikah anak keduanya itu buat tatapan ramai.", "BACA: Dah Mula Mengah, Emma Maembong Dijangka Bersalin Pertengahan Bulan Ini", "Namun, apa yang menjadi perhatian apabila Emma dilihat menukung anak sulunngnya sedangkan masih dalam tempoh berpantang.", "Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa seriau melihat Emma duduk bersila sedangkan baru beberapa hari saja bersalin.", "Sementara itu, diruangan komen Emma dilihat ada membalas komen netizen meluahkan rasa syukur kerana kedua-dua pengalaman bersalin tidak mengalami koyak dan dijahit.", "Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menitipkan nasihat buat pelakon itu supaya menjaga kesihatan tubuh selepas bersalin." ]
https://www.rotikaya.com/sharnaaz-ahmad-zahir-penghargaan-buat-ibu-bekas-isteri/
Sharnaaz Ahmad Zahir Penghargaan Buat Ibu & Bekas Isteri
[ "Bersempena Hari Ibu hari ini, perkongsian pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila menzahirkan penghargaan buat ibunya dna juga bekas isteri, Noor Nabila.", "Menerusi perkongsian di Instagram itu, Sharnaaz mengatakan dia wanita itu memberi kesan yang besar dalam hidupnya dan tanpa mereka berdua dia tidak akan berada di sini.", "BACA: Sharnaaz Rela Masuk Rumah Orang Tua Kalau Tiada Jodoh, Dah Standby Tabung", "“Dua wanita ini memberi kesan dan hadiah yang sangat besar dalam hidup saya, terima kasih banyak-banyak mama dan mummy Nabila.", "“Tanpa kalian berdua, saya tak akan berada disini. Terima kasih mama dan mummy Nabila, selamat hari ibu dan kepada semua ibu di luar sana, kami sayangkan anda!” tulisnya.", "Perkongsian Sharnaaz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap pelakon itu yang menghormati wanita dan juga insan bergelar ibu.", "Tidak kurang juga ramai mengagumi sikap Sharnaaz yang tetap mnenjaga hubungan baik dengan bekas isterinya meskipun sudah berpisah demi anak tunggal mereka, Jebat Jayden.", "Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata bernama Jebat Jaydan." ]
https://www.rotikaya.com/pu-riz-bangga-neelofa-jadi-pilihan-jenama-antarabangsa/
PU Riz Bangga Neelofa Jadi Pilihan Jenama Antarabangsa
[ "Selebriti popular, Neelofa meluahkan rasa syukur dilantik sebagai selebriti pertama menjadi pilihan syarikat antarabangsa Airbnb bagi mempromosikan perkhidmatan tersebut.", "Memetik mStar Online, Neelofa yang teruja dengan pelantikan tersebut apatah lagi dia sememangnya seorang yang suka bercuti dan mengembara.", "BACA: Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Sejak Kahwin, Tinggal Masak & Kemas Saja", "“Alhamdulillah, saya bersyukur dan teruja apabila dipilih menjadi ‘co host’ pada kempen yang dibuat Airbnb di sini. Insya-Allah, jika sambutan bagus akan diteruskan di tempat lain pula. Seperti kita tahu, Airbnb ini ada di seluruh dunia. Kebetulan saya pun suka ‘travel’.", "“Bagi kempen Rumah Terbuka Raya ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi host bersama Airbnb di sebuah lokasi yang cukup cantik dan selesa. Saya tidak sabar untuk berjumpa dan beramah mesra dengan tetamu,” katanya.", "Dalam pada itu, suaminya iaitu PU Riz bersyukur apabila isterinya menjadi pilihan antarabangsa meskipun sudah berniqab.", "“Sebagai suami tentu saja saya gembira dan bersyukur, walaupun dia sudah berniqab dan tutup aurat tapi masih diterima ramai. Bukan saja dalam negara, tapi juga di peringkat antarabangsa.", "“Sesuatu yang membanggakan juga apabila syarikat antabangsa memandang wanita Muslimah sebagai ikon untuk mewakili jenama mereka. Macam sebelum ini pun, ada beberapa juga jenama antabangsa lain yang masih sudi bekerjasama dengannya,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/pakai-skirt-pendek-bra-sajat-menari-buat-show-di-australia/
Pakai Skirt Pendek & Bra, Sajat Menari Buat Show Di Australia
[ "Meskipun sudah berhijrah ke Australia, namun masih ramai netizen masih mengikuti perkembangan Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.", "Baru-baru ini, perkongsian Sajat menjadi perhatian apabila memuat naik videonya menari lincah di sebuah kelab malam Sydney, Australia.", "BACA: “Kalau Lelaki Curang, Kau Pun Curanglah..Takkan Nak Berdoa Kot” – Sajat", "Menerusi video itu, dapat dilihat Sajat mengenakan skirt pendek dan juga bra diiringi dengan tepukan gemuruh oleh penonton.", "Sajat turut menulis kapsyen mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk membuat persembahan di Newtown Hotel.", "Seperti sudah disangka, perkongsian Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam usahawan itu, tidak kurang juga ada yang tampil menitipkan nasihat." ]
https://www.rotikaya.com/bukan-hina-b40-ryzal-ibrahim-enggan-minta-maaf/
Bukan Hina B40, Ryzal Ibrahim Enggan Minta Maaf
[ "Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim tampil menjelaskan mengenai video dikongsikan olehnya yang dikatakan seolah menyindir golongan B40.", "Memetik Oh Bulan, Ryzal berkata video tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada B40 dimana memaparkan realiti kehidupan golongan berkenaan namun tidak sangka disalah anggap oleh netizen.", "BACA: Isu DNA Anak, Ryzal Ibrahim Nekad Heret Netizen Ke Mahkamah", "Menurut Ryzal lagi, video tersebut menunjukkan mengapa perlu berbelanja banyak sedangkan tiada duit dan akhirnya sehingga berhutang.", "“Sebenarnya video itu menceritakan realiti apa yang berlaku dalam hidup kita sekarang. Saya lihat konten saya bukan satu hinaan.", "“Video itu sebenarnya beri kesedaran untuk golongan B40 berjimat tetapi disalah ertikan. Kalau tahu tiada duit kenapa perlu berbelanja banyak sehingga berhutang.", "“Mungkin golongan macam ini (B40) sangat sensitif dengan sindiran. Sepatutnya saya beri kesedaran itu kenalah berterima kasih,” katanya.", "Sementara itu, Ryzal berkata kecaman diberikan netizen tidak memberi kesan pada dirinya dan dia tidak akan memohon maaf kerana tahu dirinya tidak bersalah.", "“Kecaman yang diterima masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Saya tak rasa itu satu kesan kepada saya. Mungkin mereka tidak faham maksud sebenar disebalik video tersebut, mereka tidak memahami isi tersirat.", "“Namun ada juga yang mesej saya dan beritahu mereka minta maaf kerana tidak faham maksud sebenar pada awalnya. Tetapi lebih jelas selepas tonton video penjelasan.", "“Mereka perlu sedar perbelanjaan mereka lebih dari pendapatan. Saya tidak akan minta maaf kerana saya tidak salah,” katanya.", "Dalam pada itu, Ryzal berkata dia akan lebih berhati-hati dengan apa yang dikongsikannya di media sosial selepas ini. Namun dia tidak tahu jika hilang pengikut kerana yakin rezeki itu daripada Allah.", "“Semasa saya post video tersebut hanya mahu kongsikan ruti kehidupan saya. Namun jika saya post begitu akan kelihatan saya macam mahu menunjuk-nunjuk. Tetapi saya tidak menggambarkan itu kerana ramai yang ingin hidup senang tetapi tidak namun.", "“Saya fikir video itu bagus untuk gurauan dan sindiran tetapi ia menjadi satu isu yang besar. Cuma konten sebegitu saya akan lebih berhati-hati akan datang.", "“Saya pun tidak takut jika kehilangan pengikut kerana rezeki datang dari Allah. Saya tidak pernah takut jika jatuh atau pengikut lari,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/saya-ada-semuanya-tuhan-belum-bagi-suami-bimbing-saya/
“Saya Ada Semuanya Tapi Tuhan Belum Bagi Suami Untuk Bimbing Saya”
[ "Selepas beberapa kali berdepan episod gagal dalam rumah tangga, penerbit Datuk A. Aida mengakui dia bahagia hidup sendirian.", "Menerusi temu bual bersama Melodi, Aida berkata dia tiada masa untuk mencari pasangan apatah lagi sibuk dengan komitmen serta jadual yang padat.", "“Tak ada masa lah nak cari pasangan buat masa ini. Saya sebenarnya buat masa sekarang ini tak fikir langsung lagilah.", "“Sekarang ini saya ‘i’m happy being single’ Itu sahaja. Sebab saya wanita bekerjaya, sibuk dengan macam-macam perkara. Jadual saya juga agak padat,” katanya.", "Aida mendedahkan ramai jejaka mendekatinya namun hatinya belum terbuka namun mengakui cemburu melihat kebahagiaan dikecapi rakan dan adik-adik bersama suami.", "“Ramai yang mendekati tapi buat masa ini hati saya belum terbuka lagi, kadang-kadang bila saya tengok kawan-kawan, adik saya bahagia bersama suami dia, saya sedih jugak lah.", "“Saya teringat kata-kata mak saya, dia kata ‘Tuhan bagi segala-galanya pada saya tapi kalau suami Allah belum bagi lagi’ begitulah.", "“Saya cemburu tengok adik-adik saya walaupun mereka tak kerja besar tapi hidup bahagia. Macam saya ini, saya ada semuanya tapi Tuhan belum bagi suami untuk bimbing saya,” luahnya.", "Dalam pada itu, Aida turut menitipkan pesanan buat anak sulungnya yang bakal mendirikan rumah tangga. Menurutnya, sebagai isteri perlu buat yang terbaik untuk suami.", "“Bagi saya, jodoh dan ajal di tangan Allah. Siapa saja nak kahwin tapi cerai-berai. Macam saya, orang selalu tanya ‘kau ni asyik kahwin cerai’. Ada ke orang nak begitu?", "“Semestinya kita kalau nak bernikah pasti nak bahagia till Jannah tapi Tuhan dah tulis semuanya, nak buat macam mana. Kita sedaya upaya mempertahankan, kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Sebagai seorang wanita, kena buat yang terbaik untuk suami, jaga makan minum,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/bekas-isteri-anggap-cliff-umar-dah-mati/
Bekas Isteri Anggap Cliff Umar Dah Mati
[ "Sudah bertahun-tahun membesarkan tiga anak sendirian, bekas isteri Cliff Umar iaitu Zurini Hasbullah menganggap penyanyi itu sudah ‘mati’.", "Memetik Harian Metro, Zurini berkata Cliff tidak menghiraukan anak-anaknya selepas mereka berpisah ketika mengandungkan anak bongsu mereka pada 2014.", "BACA: Bekas Isteri Harap Cliff Umar Boleh Tengokkan Anak-Anak Jika Dia Sudah Tiada", "Menurutnya lagi, penyanyi itu juga tidak memberikan nafkah dan Zurini yang bertungkus-lumus seorang diri membesarkan tiga anak mereka termasuk dua lelaki berusia 13 dan 11 tahun disahkan mengidap autisme.", "Difahamkan, anak perempuan bongsu berusia tujuh tahun pula mempunyai ciri-ciri disleksia yang ketara.", "“Nak cakap berkenaan Cliff kira kisah itu biarlah dia mati. Duit pun dah habis, dia pun dah buang masa dan rezeki dia pada benda itu. Umpamanya hidup saya ini seperti hidup pun tidak dan mati pun tidak.", "“Sangat hebat cabaran hidup yang dilalui saya dan saya kena melaluinya seorang diri bersama anak-anak. Agak mengecewakan apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak tarik semula bantuan kewangan bulanan RM300, manakala bantuan Baitumal pun bukan selalunya tepat pada masa dan datang tiga bulan sekali.", "“Tapi wang untuk hidup dan makan hari-hari kena cari. Elaun OKU anak-anak pula diterima setiap enam bulan,” katanya.", "Zurini turut kesal apabila bantuan JKM ditarik dengan alasan pendapatannya sekitar RM1,500 hasil jualan beg kait dan kuih-muih tidak melayakkannya untuk dibantu.", "“Apa agaknya kriteria yang digunakan sehingga mereka tergamak buat keputusan ini? Sangat sedih apabila anak-anak tengok saya bertelagah dengan kakitangan JKM baru-baru ini.", "“Saya menangis apabila keluar dari pejabat JKM. Saya sekarang nak berpindah dari rumah sekarang ke rumah PPR yang kenakan sewa RM200 sebulan.", "“Tapi tempatnya di kawasan pedalaman jauh dari segala-galanya. Anak-anak nak bersekolah dan dapatkan rawatan lain. Tahun depan anak sulung, Alief kena masuk sekolah menengah,” katanya.", "Dalam pada itu, Zurini berkata semalam dia memaklumkan kepada guru sekolah anak-anaknya bahawa mereka terpaksa berhenti sekolah kerana masalah kewangan dan kekangan masa.", "“Ia hanya buat masa ini sementara saya stabilkan hidup. Tapi cikgu kata kalau boleh janganlah. Tapi itulah, semua saya kena buat sendiri. Masa tak cukup, kudrat tak cukup dan duit apatah lagi,” katanya.", "Difahamkan, Zurini bersama anak-anaknya kini menetap di Kuching, Sarawak. Zurini menjana pendapatan dengan menghasilkan dan menjual beg kait serta membuat kuih." ]
https://www.rotikaya.com/buang-ketumbuhan-di-kepala-ubai-selamat-jalani-pembedahan/
Buang Ketumbuhan Di Kepala, Ubai Selamat Jalani Pembedahan
[ "Personaliti media sosial, Ubai selamat menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan di kepalanya di sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur pagi tadi.", "Memetik mStar Online, Ubai berkata dia menyedari ketumbuhan tersebut sejak tiga tahun lalu dan mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan kerana bimbang ianya semakin membesar.", "“Hanya pembedahan kecil sahaja membuang ketumbuhan di bahagian kepala. Saya dah mula kesan sejak tiga tahun lalu masalah ini.", "“Ia semakin membesar dan doktor juga menasihatkan supaya buang agar tidak menjadi lebih besar sebab itu melakukan pembedahan,” katanya.", "Dalam pada itu, kekasih kepada kepada penyanyi Shila Amzah itu turut meluahkan rasa syukur pembedahan tersebut berjalan lancar dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.", "“Syukur semuanya selesai. Sekarang tengah berehat lagi dan masih dalam keadaan lemah lagi,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/mona-allen-akui-silap-muat-naik-video-nampak-rambut/
Mona Allen Akui Silap Muat Naik Video Nampak Rambut
[ "Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Mona Allen ada memuat naik video memaparkan dia hanya menutup kepalanya dengan ‘hoodie’ dan menampakkan sebahagian rambutnya ketika sedang bercuti", "Memetik mStar Online, Mona mengakui dia tidak sepatutnya mengambil mudah mengenai perkara itu apatah lagi dia sudah berhijab.", "BACA: Mona Allen Risau Anak Dicium Orang Ramai & Saudara Masa Hari Raya", "Menurutnya, ketika itu dia sibuk menguruskan anaknya menyebabkan dia terlepas pandang video yang di kongsikan di media sosial itu.", "#monaallen #fyp #fyp? #fypage #fyp??viral #foryou #foryoupage #foryourpage #masukberanda #masukberandafyp #masukfyp #beranda #berandatiktok #berandafyp #berandafyp? ", "“Video tersebut adalah ketika saya bawa anak bercuti di Langkawi. Mungkinlah dalam keadaan sibuk menguruskan anak itu saya terlepas pandang.", "“Saya pun masih cuba untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Ada juga masa ketika saya keluar dekat dengan rumah saya tidak bertudung penuh,” katanya.", "Dalam pada itu, Mona menganggap segala teguran diberikan sebagai tanda orang ramai masih menyayangi dirinya serta mengucapkan terima kasih.", "“Terima kasih kerana ramai yang ambil tahu fasal saya. Saya juga manusia biasa yang pasti akan melakukan kesilapan. Saya masih lagi berhijab. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati memuat naik video di laman sosial.", "“Saya juga tidak membaca komen di media sosial selepas isu ini diperkatakan. Lebih baik diam daripada menambahkan rasa sakit hati dan marah kepada orang lain,” katanya." ]