url
stringlengths
31
187
title
stringlengths
11
166
content
sequence
https://www.rotikaya.com/mak-cakap-pakai-biasa-je-makin-lama-orang-membenci-itu-semua-doa/
“Mak Cakap Pakai Biasa Je, Makin Lama Orang Membenci, Itu Semua Doa”
[ "Selepas dikritik teruk oleh netizen susulan pakaiannya yang berlebihan ketika hadir sebagai juri Big Stage, penyanyi Aina Abdul akur dengan kecaman netizen.", "Memetik Kosmo, Aina berkata dia memilih untuk bersederhana dalam berpakaian serta tidak mahu kecaman buat dirinya memberi kesan terhadap ibunya.", "BACA: “Selain Face Shaming, Ada Yang Mahu Boikot Saya” – Aina Abdul", "“Saya juga manusia biasa, saya ada hati sama juga macam semua orang, rasa tak seronok bila kita buat sesuatu, kita asyik fikir apa orang suka dan tak suka. Saya sebenarnya sudah letih dengan kecaman sedemikian.", "“Memang betul kena abaikan haters tapi saya kena fikirkan juga perasaan mak saya memandangkan mak saya sentiasa mengikuti perkembangan saya di platform media sosial, mak baca komen,” katanya.", "Dalam pada itu, Aina berkata dia mengambil pendekatan tidak berlebihan dalam fesyen selepas menerima nasihat daripada ibunya.", "“Mak adalah penyampai maklumat saya selain pengkritik utama, bila dia nasihatkan saya berkaitan pakaian, saya perlu akur dengan permintaan mak juga.", "“Mak cakap, tak payahlah (pakai baju pelik), pakai biasa je, makin lama orang membenci, itu semua doa,” kongsinya.", "Sementara itu, Aina berkata dia akur dengan permintaan netizen namun tidak akan meninggalkan jenama ‘Aina Abdul’ yang memang sinonim dengan dirinya.", "“Saya akur dengan netizen cakap, kadangkala okey untuk kata ‘YA’ pada permintaan netizen. Saya tidak rasa nak lawan netizen atau lemah sebab ikut kata mereka namun saya percaya pada akhirnya, pakaian tetap pakaian, kalau netizen suka pakaian saya macam ini (sederhana) syukurlah.", "“Jujurnya saya ada macam-macam idea baju untuk Big Stage tapi takpelah saya simpan dan pakai masa konsert saya sendiri nanti,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/nora-danish-minta-janna-nick-dini-schatzmann-cepat-cepat-buat-anak/
Nora Danish Minta Janna Nick & Dini Schatzmann Cepat-Cepat Buat Anak
[ "Umum mengetahui, akhirnya pasangan selebriti Janna Nick dengan Dini  Schatzmann sah bergelar suami isteri pada 10 Jun lalu di Langkawi.", "Dalam majlis serba indah itu, turut dihadiri rakan-rakan artis termasuk pelakon Nora Danish yang meluahkan rasa gembira pasangan itu disatukan.", "BACA: Guna Khidmat MUA Terkenal Thailand, Kulit Wajah Janna Nick Dipuji Netizen", "Menerusi satu perkongsian di Instagram memuji pasangan itu sama cantik sama padan serta tidak sabar melihat Janna dan Dini segera menimang cahaya mata.", "“The ceremony was so meaningful. Love u both so much! Nangis i!! Congrats again ! Janna awak sangat cantik, Dini pun handsome! Cepat-cepat buat baby, sure macam patung,” tulisnya.", "Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji Nora yang dilihat  seperti anak dara. Malah, ada yang mengatakan Nora cantik seolah mengalahkan pengantin." ]
https://www.rotikaya.com/hadanah-shuhada-terkejut-hafidz-tiba-tiba-ubah-fikiran/
Hadanah: Shuhada Terkejut Hafidz Tiba-Tiba Ubah Fikiran
[ "Pelakon Hafidz Roshdi bertindak menarik semula persetujuan kata sepakat tuntutan hadanah yang difailkan selepas proses sulh dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di Mahkamah Tinggi Syariah, hari ini.", "Memetik Harian Metro, Shuhada mengakui terkejut kerana prosiding itu sudah dipersetujui bersama, namun Hafidz mengatakan dia tidak bersetuju.", "“Mula-mula dia setuju semua bagi saya jaga, anak-anak tempat saya, tak ada bermalam semua. Sebabkan Humairah pun berada dalam keadaan mental tak stabil semua.", "“Selama sejam berbincang, pegawai sulh itu pun cakap plaintif setuju atau tak, dia cakap setuju. Bila pegawai sulh suruh keluar sekejap dan akan panggil balik untuk tandatangan, tiba-tiba dia masuk balik cakap tak setuju,” katanya.", "Dalam pada itu, Shuhada berkata dia tidak akan mengalah untuk menuntut haknya mengenai hak penjagaan anak-anaknya.", "“Ini hadanah kekal, dia yang failkan, dia plaintif, saya defendan. Ini kerana anak-anak memang dengan saya. Ingatkan dia memang sudah tidak ambil tahu. Apapun, saya akan lawan untuk anak-anak saya,” katanya.", "Difahamkan, tuntutan hadanah terbabit akan ditetapkan untuk sebutan dalam mahkamah pada 12 September nanti." ]
https://www.rotikaya.com/ustaz-wadi-perjelas-isu-hadir-majlis-resepsi-janna-nick/
Ustaz Wadi Perjelas Isu Hadir Majlis Resepsi Janna Nick
[ "Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tampil menjelaskan berhubung video tular memaparkan dirinya menghadiri majlis resepsi pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann di Langkawi, pada Sabtu lalu.", "Menerusi video dikongsikan di TikTok Wardatulsakinah, Ustaz Wadi berkata beliau dijemput oleh tuan rumah untuk menghadiri majlis perkahwinan dan bacaan doa.", "BACA: “Aku Yang Segan Ustaz Wadi Ada” – Netizen Segan Tengok Resepsi Janna Nick Ala Barat", "Menurutnya lagi, ketika tiba pada majlis itu beliau tidak nampak kelibat pasangan itu sebelum diminta untuk duduk di tempat yang disediakan.", "ustaz Wadi anuar beri penjelasan isu di majlis perkahwinan Janna nick..semoga netizen jgn bersangka buruk dan terus doakan yg baik2 saja utk ustaz kesayangan rakyat Malaysia #ustazwadiannuar ", "“Selepas lebih kurang 10 minit duduk di situ, pengerusi majlis buat pembukaan sikit kemudian dia mengumumkan untuk saya baca doa dan pengantin belum ada lagi. Itulah suasana yang berlaku.", "“Saya tak tahu apa yang riuhnya (di media sosial). Kemudian, habis baca doa, selepas beberapa minit, pengantin pun diumum sampai pengantin dari hujung sana.", "“Saya pun tengok… dan beritahu pembantu peribadi saya, kita kena balik kejap lagi. Jadi saya ambil keputusan tidak makan, tidak bergambar, tidak bersama dengan tentatif sehingga ke akhir majlis. Saya buat keputusan untuk terus balik,” katanya.", "Dalam pada itu, Ustaz Wadi berkata apa yang berlaku dalam mahlis itu kerana beliau dijemput untuk makan kenduri dan bacaan doa. Ujarnya lagi, beliau beredar daripada majlis selepas pengantin memberikan ucapan ", "“Selepas pengantin berucap dan beredar, saya pun bangun dan terus balik. Itulah yang berlaku. Saya dijemput untuk makan kenduri dan baca doa.", "“Tapi apabila melihat keadaan begitu, kami terus balik.. boleh tanya penganjur. Itu yang diajar oleh agama Islam.. kita tidak memalukan orang, tidak menimbulkan persepsi yang negatif, tidak menjatuhkan tuduhan dan fitnah pada orang.", "“Hukum tetap hukum tetapi pada masa yang sama kita tidak mengeruhkan keadaan. Alhamdulillah tenang, pengantin pun okey, tak rasa apa-apa. Saya pun meraikan hukum menghadiri kenduri kahwin.", "“Apabila saya di situ, baru saya tahu keadaan itu dan saya terus beredar dan itulah yang diajar oleh Islam,” ujarnya.", "Terdahulu, ada segelintir netizen meluahkan segan apabila Ustaz Wadi berada di majlis berkenaan apatah lagi persalinan pengantin dilihat tidak menutup aurat." ]
https://www.rotikaya.com/guna-khidmat-mua-terkenal-thailand-kulit-wajah-janna-nick-dipuji-netizen/
Guna Khidmat MUA Terkenal Thailand, Kulit Wajah Janna Nick Dipuji Netizen
[ "Umum mengetahui, akhirnya pasangan selebriti Janna Nick dengan Dini  Schatzmann sah bergelar suami isteri pada 10 Jun lalu di Langkawi.", "Pada majlis penuh indah itu, Janna dilihat begitu cantik tampil dengan busana nikah berwarna putih. Rupanya, wajah Janna ditatarias ole jurusolek terkenal daripada Thailand.", "BACA: “Aku Yang Segan Ustaz Wadi Ada” – Netizen Segan Tengok Resepsi Janna Nick Ala Barat", "Difahamkan, jurusolek itu juga pernah menatarias Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim.", "Menerusi perkongsian di TikTok, juruseolek Babarabeer mengucapkan tahniah buat Janna Nick di atas perkahwinannya dengan Dini.", "Replying to @Belazz BRIDAL MAKEUP TUTORIAL with JANNA NICK ????? #solemnisation #wedding #tiktokmalaysia #tiktokwedding #bride ", "Malah, turut dikongsikan video ketika menatarias Janna yang dipuji ramai kerana sentuhannya dilihat natural namun mempesonakan siapa yang memandang.", "Diruangan komen, Janna dilihat mengucapkan terima kasih buat Babarabeer di atas sentuhan solekannya dan dia sangat gembira dengan hasilnya.", "Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji solekan pada wajah Janna yang sememangnya cukup cantik dan tidak terlalu berat pada hari pernikahannya.", "Malah, ramai yang memuji kecantikan kulit wajah aktres itu yang bersih dan bebas cela. Kata netizen lagi, kulit mulus Janna itu membuatkan solekan lebih bertambah cantik." ]
https://www.rotikaya.com/tanggungjawab-arwah-bapa-saya-dah-selesai-dekat-dunia/
“Tanggungjawab Arwah Bapa Saya Dah Selesai Dekat Dunia”
[ "Sebut saja nama Alya Iman pasti ramai tahu pelakon itu mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.", "Menurut anak bongsu kepada pelakon era 80an, Allahyarham Azmil Mustapha, dia lega dapat menampilkan sisi sebenarnya dan enggan menipu di media sosial.", "Malah, gadis berusia 22 tahun itu mengakui bertudung arwah bapanya menuruh untuk menutup aurat sejak dari kecil namun dia tidak mahu mahu terus hipokrit.", "Susulan tindakannya itu ada yang mengecam tidak kurang juga ada yang memberikan teguran agar kembali berhijab semula.", "Dalam pada itu, ada yang meninggalkan komen mengatakan bahawa tanggungjawab seorang bapa yang menanggung dosa anak perempuan selagi belum berkahwin.", "Bagaimanapun, komen individu itu dibalas oleh Alya yang menjelaskan arwah bapanya sudahpun selesai di dunia. Alya turut berkongsikan pautan daripada mufti mengenai benarkah dosa anak perempuan ditanggung bapa jika belum berkahwin." ]
https://www.rotikaya.com/shuib-tak-benarkan-watie-ceburi-bidang-seni/
Shuib Tak Benarkan Watie Ceburi Bidang Seni
[ "Pelawak dan penyampai radio, Shuib berkata dia tidak membenarkan  bakal isterinya, Watie Hanifiah untuk menceburi bidang seni selepas mereka berkahwin.", "Memetik Kopi Planet, Shuib berkata dia mahu Watie memberi tumpuan pada keluarga iaitu dia dan anak-anak setelah mendirikan rumah tangga.", "“Tidak… tidak sama sekali. Saya kahwin dengan dia untuk dia jaga anak-anak dan saya. Fokusnya adalah itu.", "“Namun kalau ada rezeki untuk posting di media sosial, benda-benda yang simple. Kalau tak perlukan komiteen yang tinggi, saya tiada masalah,” katanya.", "Dalam pada itu, Shuib berkata dia tidak menolak kemungkinan untuk menjalankan perniagaan bersama bakal isterinya itu jika ada rezeki.", "“Macam ada sebab dia (Watie) pun pernah terlibat dengan bidang perniagaan dan itu antara yang buat saya tertarik dengan dia.", "“Perkara ini tidak mustahil kalau ada rezeki pada masa akan datang. Yang pasti untuk mengembangkan perniagaan yang ada sekarang ini saya akan gunakan dia,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/lepas-sindir-suami-isu-supercar-fatin-afeefa-padam-gambar-opai/
Lepas Sindir Suami Isu Supercar, Fatin Afeefa Padam Gambar Opai?
[ "Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang dikecam teruk selepas didakwa menghina kereta jenis bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta.", "Namun, lebih menghiburkan apabila Fatin menyindir suaminya sendiri susulan kontroversi melibatkan suaminya itu.", "BACA: Perlekeh Kereta Bukan Jenis Supercar, Suami Fatin Afeefa Mohon Maaf", "Terbaru, akaun Instagram Fatin menjadi perhatian ramai apabila dilihat tiada gambarnya bersama suami tercinta.", "Turut menjadi bualan, Fatin dilihat banyak memuat naik gambarnya bertudung sejak kebelakangan ini, namun tiada kenyataan sama ada pelakon itu sudah berhijab sepenuhnya.", "Sementara itu, Instagram Aliff atau lebih mesra disapa Opai itu juga tiada lagi gambar isterinya serta posting berkenaan perkahwinan mereka.", "Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati Fatin dan Opai masih saling mengikuti satu sama lain di Instagram. Apa pun, Fatin dilihat sangat cantik berhijab dan semoga semuanya baik-baik sahaja." ]
https://www.rotikaya.com/lamborghini-berasap-tepi-jalan-syamsul-yusof-tenang-hisap-rokok/
Lamborghini Berasap Tepi Jalan, Syamsul Yusof Tenang Hisap Rokok
[ "Tular video memaparkan sebuah kereta mewah jenis Lamboghini dipercayai milik pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengalami kerosakkan sehingga berasap di tepi jalan.", "Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok @cmfavorite memaparkan pengarah tersebut dilihat keluar dari kereta berkenaan.", "Difahamkan, kejadian itu berlaku di sekita itu kota Kuala Lumpu, namun tidak dapat dipastikan mengenai kejadian itu sama ada ianya penggambaran atau benar-benar berlaku.", "Dapat dilihat, Syamsul dilihat tenang keluar dari keretanya untuk melihat keadaan dengan sepuntung rokok di mulut.", "Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan insiden itu sebagai kifarah buat pengarah itu serta mengaitkan dengan apa yang dilakukan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah." ]
https://www.rotikaya.com/sharnaaz-ahmad-tak-kejar-anugerah-cukup-diingati-penjahat-paling-hebat-di-malaysia/
Sharnaaz Ahmad Tak Kejar Anugerah, Cukup Diingati ‘Penjahat’ Paling Hebat Di Malaysia
[ "Watak jahat sebagai Reza dalam filem Polis Evo 3 yang dilakonkan oleh pelakon Sharnaaz Ahmad ternyata mendapat pujian ramai.", "Memetik Harian Metro, Sharnaaz berkata dia tidak mengejar anugerah dalam lakonan namun cukuplah diingati penonton sebagai ‘penjahat Malaysia’ yang ‘sempoi’.", "BACA: Dinobat Hero Malaya Idaman Wanita, Sharnaaz Tanya Dah Habis Fikir Ke Tu?", "“Saya tak mahu anugerah-anugerah ni. Bagi saja budak-budak (pelakon) baru ni semua. Saya tak mahu anugerah, jujur cakap kerana bukan itu (anugerah) yang saya kejar pun.", "“Bukan pencapaian itu (anugerah) yang saya nak. Saya cuma nak saya diingati sebagai ‘villian’ (antagonis) yang paling hebat di Malaysia, itu saja.", "“Tak payahlah bagi anugerah, saya tak mahu. Saya minta ingatlah saya sebagai penjahat Malaysia yang sempoi,” katanya.", "Dalam pada itu, Sharnaaz berkata dia tidak sangka watak jahat yang dibawanya itu akan disayangi penonton meskipun bertindak kejam.", "“Saya memang tak sangka orang boleh sayang ‘villain’ pula. Sebab ‘villain’ selalunya akan dibenci, contoh macam watak Sarip Dol. Tapi, mungkin sebab penceritaannya mengisahkan seorang suami yang kehilangan isteri.", "“Penerimaan baik penonton pada lakonan saya dalam Polis Evo 3 sangat bermakna. Bagi saya, orang (penonton) dah sayang saya dari segi lakonan pun cukup terima kasih dan syukur banyak. Itu saja yang saya minta,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/aku-yang-segan-ustaz-wadi-ada-netizen-segan-tengok-resepsi-janna-nick-ala-barat/
“Aku Yang Segan Ustaz Wadi Ada” – Netizen Segan Tengok Resepsi Janna Nick Ala Barat
[ "Semalam, pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann mengejutkan ramai apabila sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.", "Difahamkan, majlis resepsi pasangan itu diadakan semalam selepas majlis akad nikah di sebuah resort terkemuka di Langkawi.", "Ramai rakan artis hadir ke majlis tersebut antaranya Nora Danish, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Elfira Loy, Nabila Razali, Ain Edruce serta pendakwah bebas popular, Ustaz Wadi Annuar.", "Menerusi video dikongsikan di media sosial, kehadiran Ustaz Wadi yang membacakan doa dalam majlis berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.", "Diruangan komen, ada segelintir netizen meluahkan segan apabila Ustaz Wadi berada di majlis berkenaan apatah lagi persalinan pengantin dilihat tidak menutup aurat.", "Kata netizen lagi, jika mereka jadi pengantin pasti akan timbul rasa segan apabila melihat ada agamawan yang dijemput pada pamjlis tersebut.", "Dalam pada itu, ada netizen yang bersikap positif mengatakan Ustaz Wadi hadir untuk memenuhi jemputan serta membacakan doa dan semoga dapat memberkati rumah tangga pasangan itu." ]
https://www.rotikaya.com/watie-yakin-shuib-mampu-suami-baik/
Watie Yakin Shuib Mampu Jadi Suami Baik
[ "Tunang kepada Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah berkata dia tidak mengambil masa yang lama untuk menerima lamaran pelawak itu.", "Memetik Xtra, Watie berkata dia tidak kisah dengan status duda anak empat dipegang oleh Shuib serta yakin pelawak itu mampu menjadi suami yang baik.", "“Shuib ada rekod yang bagus. Ini dapat dilihat ketika dia bersama arwah isterinya, Siti Sarah. Saya beritahu keluarga dan meminta padangan mereka terlebih dahulu. Lagipun, mereka tahu saya sukakan budak-budak.", "“Dalam masa sama, penerimaan anak dan ibu Shuib yang baik terhadap saya buatkan saya tidak ambil masa untuk terima lamarannya. Saya percaya dia boleh jadi suami dan pemimimpin yang baik buat saya,” katanya.", "Sebelum ini Watie berkata dia tidak terkesan dengan kecaman dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya. Watie mengakui kerap membaca komen-komen negatif netizen namun tidak mengambil hati.", "Shuib dan Watie akan diijabkabulkan pada 23 Jun ini Putra Glass House, Putra Heights. Terdahulu, pasangan itu selamat mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu di kediaman Watie di Shah Alam." ]
https://www.rotikaya.com/aliff-syukri-seronok-jual-durian-serendah-rm5-sekilo/
Aliff Syukri Seronok Jual Durian Serendah RM5 Sekilo
[ "Jika anda mengikuti Instagram Datuk Seri Aliff Syukri, pasti tahu usahawan sensasi itu dilihat sedang ligat menjual durian hasil daripada kebunnya.", "Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff dilihat ada berkongsikan video ladang duriannya serta memaklumkan durian akan dijual di wismanya terletak di Kota Damansara, Selangor.", "BACA: Sakan Bergelek Dengan Baby Shima, Netizen Tanya Mana Taubat Aliff Syukri", "Lebih menarik, Aliff turut berkongsikan durian yang dijualnya bermula pada harga RM5 sekilo dan dia mempunyai pelbagai jenis durian untuk dijual.", "“Ladang durian saya.. cantik tak?? Jumpa anda semua ni di Wisma DHerbs Sek 8 Kota Damansara.. durian akan mendarat setiap hari walaupun hari minggu.. hari ni kami sampai stok banyak yaa.. apa pun bisnes utama saya kosmetik.", "“Terima kasih yang dah beli. Syukur sambutan durian hasil tanaman saya dah berhasil.. 3 hari berniaga hasil memang best… esok buah duri hitam ada 300 biji sekilo dan musang king ada 500 biji, udang merah dan tembaga emas ada 1,000 biji kampung ada 3,000 biji.. harga bermula RM5 sekilo.", "“Kalau kira biji saya kasi happy hour RM3 sebiji.. siapa cepat dia dapat so kena datang awal,” katanya.", "Sementara itu, dalam perkongsian lain Aliff turut memuat naik semua tangkap laya postingnya pada 2017 dimana dia menanam durian disebabkan arwah bapanya, Kamarzaman bin Kamarudin.", "“Sebab ini lah..Kenapa saya tanam durian..tapi yang sedih abah tak dapat nikmati hasil kebun saya sendiri.. dulu nak beli sebiji durian pun tak mampu.. kalau saya ada duit dapat belikan abah durian itu satu nikmat.", "“Kalau arwah abah ada dan tau Kri dah ada ladang durian mesti abah happy malah kri jadi tokey durian sekarang.. rindu abah yang amat sangat Al-Fatihah untuk arwah abah saya Kamarzaman bin Kamarudin,” tulisnya." ]
https://www.rotikaya.com/julia-farhana-mohon-maaf-lufya-minta-jangan-lagi-jolok-sarang-tebuan/
Julia Farhana Mohon Maaf, Lufya Minta Jangan Lagi Jolok Sarang Tebuan 
[ "Menerusi perkongsian di Insta Story, pelakon Lufya Omar berkongsikan ada menerima permohonan maaf daripada Julia Farhana menerusi aplikasi WhatsApp.", "Dalam tangkap layar yang dimuat naik, Julia berkata dia tahu perkara itu boleh jadi begini dan dia sekadar mahu memberitahu  Dr Che Hafiz adalah suami yang baik dan tiada niat lain.", "BACA: Berang Julia Sentuh Nama Anak, Lufya Warning Dedah Video Bekas Suami", "Pada perkongsian itu, Lufya turut berharap Julia tidak lagi menyentuh nama anaknya, Laura Hana serta mengatakan dia sudah cukup bahagia dengan anaknya.", "Kata Lufya lagi, dia sudah menjaga aib masing-masing serta berharap mereka dapat membawa haluan masing-masing selepas ini.", "“Saya dah jaga aib masing-masing. Jaga sensitif. Awak bahagia cara awak, saya bahagia dengan anak. Bahagia cara korang dan jangan sentuh anak saya yang tidak dapat haknya. ", "“Dah tak dapat hak lepas itu korang ‘drama’ lagi seolah-olah korang malaikat. Siapa tak marah?Dah minta maaf ini kali kedua. Letakkan noktah. Berhenti,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/berang-julia-sentuh-nama-anak-lufya-warning-dedah-video-bekas-suami/
Berang Julia Sentuh Nama Anak, Lufya Warning Dedah Video Bekas Suami
[ "Perkongsian pelakon Lufya Omar menjadi perhatian apabila meluahkan rasa kesal dengan tindakan isteri bekas suaminya iaitu Julia Farhana yang didakwa menggunakan nama anaknya untuk meraih publisiti.", "Kesal dengan perkara itu, Lufya meminta Julia dan bekas suaminya, Dr Che Hafiz berhenti berlakon seperti mangsa keadaan dan tidak menyentuh nama anaknya.", "BACA: “Hafiz Suami Yang Hebat, Luluh Hati Isteri Bila Suami Kena Fitnah”", "“Tak habis-habis play victim, drama salam, drama nak tolong nafkah anak. Sesuai karakter suami isteri, sejoli memang tak akan habis.", "“Tak boleh diam mulut itu suka publisiti guna nama Haura. Tak ada kebaikan pun selepas drama salam dekat mahkamah tempoh hari untuk Haura? Saya juga kena struggle cari duit untuk semua. Berapa sen ‘arwah’ kasi? Diamlah, jumpa di mahkamah 26 Julai ini,” tulisnya.", "Difahamkan, perkongsian Lufya itu susulan status dimuat naik Julia yang seidh apabila suaminya diuji dengan tuduhan fitnah.", "Julia turut menyifatkan suaminya seorang yang hebat serta mededahkan masih menyimpan baju anak perempuannya di dalam almari.", "Dalam pada itu, Lufya turut meminta Julia agar membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam malah tidak teragak-agak untuk mendedahkan video bekas suaminya itu.", "“Jangan sentuh nama Laana Haura! Jangan sampai saya keluarkan video sejarah hitam suamimu. Fitnah kepala otak kau!", "“Saya bukan malaikat nak sabar saja dengan perangai kamu berdua. Awak dan keluarga kedua-dua belah pihak yang malu nanti. Baik awak diam dan minta maaf,” tulisnya." ]
https://www.rotikaya.com/awak-adalah-dunia-akhirat-saya-janna-nick/
“Awak Adalah Dunia & Akhirat Saya” – Janna Nick
[ "Segala teka teki terjawab apabila pagi tadi pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann sah bergelar suami isteri tepat jam  8.35 pagi tadi.", "Memetik Utusan Online, Janna dinikahkan oleh bapanya sendiri Muner bin Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman bin Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.", "Dalam majlis yang diadakan di Masjid Aisyah itu, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas. Difahamkan, jumlah mas kahwin tersebut adalah simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019.", "Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.", "Meluahkan rasa syukur, Dini berkata dia teruja untuk memulakan perjalanan kehidupan baharu sebagai pasangan suami isteri serta berharap perkahwinan mereka diberkati.", "“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega jua, majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar. Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri.", "“Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami.", "“This is a once in a lifetime moment in our life. Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua,” katanya.", "Sementara itu, Janna turut berkongsi perasaan gementar dan risaunya untuk melangkah masuk ke alam perkahwinan apabila kini sudah bergelar isteri.", "“Ini adalah satu fas dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insyaAllah, seorang ibu.", "“Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fas baharu saya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan,” katanya.", "Berkongsikan gambar perkahwinanya di Instagram sebentar tadi, Janna meluahkan rasa syukur serta menitipkan ucapan romantis bahawa suaminya itu adalah dunia dan akhiratnya." ]
https://www.rotikaya.com/pakai-seksi-lagi-netizen-kagum-leona-kebal-kecaman/
Pakai Seksi Lagi, Netizen Kagum Leona Kebal Kecaman
[ "Sebelum ini, influencer Kasih Iris Leona berkata dia tidak terkesan dengan kecaman netizen. Ujarnya, tidak perlu melayan kata-kata negatif tersebut kerana hanya akan membawa kemudaratan.", "Nampaknya selepas isu berbikini putih dan memakai dress ungu, Leona dilihat berkongsikan video di TikTok menari mengikut rentak lagu “What it is, ho? What’s up”.", "BACA: “Saya Risau Kalau Leona Ni Jenis Yang Bodoh Setiap Hari” – Azhar Sulaiman", "Menerusi video itu, Leona dilihat mengenakan dress pendek berwarna biru menampakkan sebahagian bahunya.", "Perkongsian Leona itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan gadis itu dilihat kebal dengan kecaman netizen.", "Dalam pada itu, ramai yang suka melihat perkongsian Leona serta mendoakan agar Leona akan berubah ke arah lebih baik suatu hari nanti.", "Sebelum ini, bapa kepada influencer itu yang juga pelakon Azhar Sulaiman Azhar meluahkan rasa bimbang mengenai anaknya itu.", "Azhar memberitahu bahawa setiap orang ada hari ‘bodohnya’, namun dia bimbang jika anaknya itu sejenis ‘bodoh’ kerana tidak henti menimbulkan kontroversi." ]
https://www.rotikaya.com/netizen-puji-alya-iman-cantik-mirip-fazura/
Netizen Puji Alya Iman Cantik, Mirip Fazura
[ "Perkongsian pelakon Alya Iman pada Syawal lalu mengejutkan ramai apabila memuat naik gambarnya tampil tidak lagi berhijab dan mendedahkan rambutnya.", "Menurut anak bongsu kepada pelakon era 80an, Allahyarham Azmil Mustapha, dia lega dapat menampilkan sisi sebenarnya dan enggan menipu di media sosial.", "Selepas tular videonya tampil seksi baru-baru ini, perkongsian Alya menjadi perhatian apabila memuat naik videonya memakai baju warna jingga sambil berjalan di ibu kota.", "Perkongsian Alya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan pelakon itu lebih-lebih lagi rambutnya. Tidak kurang juga, ada yang menyamakan wajah Alya dengan pelakon jelita Fazura. ", "Sebelum ini, gadis berusia 22 tahun itu mengakui bertudung arwah bapanya menuruh untuk menutup aurat sejak dari kecil namun dia tidak mahu mahu terus hipokrit." ]
https://www.rotikaya.com/hafidz-bakal-sahkan-status-hubungan-dengan-athira-selepas-cerai/
Hafidz Bakal Sahkan Status Hubungan Dengan Athira Selepas Cerai
[ "Pelakon sensasi, Hafidz Roshdi enggan memberikan komen lanjut mengenai status hubungannya dengan kekasihnya, Athira Yuhada.", "Memetik Harian Metro, Hafidz berkata semuanya akan terjawab selepas kes perceraian dengan isterinya, Nurul Shuhada selesai.", "“Di bawah perbicaraan kes mahkamah, saya pun tak boleh nak cakap apa-apa lagi. Pengakuan untuk dia (Athirah) Saya akan buat selepas bercerai. No komen. Itu di bawah perbincangan nantilah,” katanya.", "Perkara itu ditanya oleh pihak media berikutan Hafidz kerap menanda ‘tagged’ Athirah Yuhada di Instagramnya.", "Dalam pada itu, Hafidz berkata dia tidak ambil peduli dengan pandangan netizen yang menuduhnya seperti seorang psiko.", "“Saya tak baca komen di media sosial dan saya tak ambil peduli langsung. Minta maaf ya,” katanya.", "Sementara itu, Hafidz memaklumkan dia ada bertemu dengan kedua-dua anaknya iaitu Humairah dan Umar. Ujarnya lagi, dia tidak bertemu langsung dengan Shuhada.", "“Alhamdulillah… Saya ada berjumpa dengan anak-anak. Untuk raya haji pula saya belum berbincang lagi dengan Shuhada. Saya juga tidak bertemu dengan dia langsung buat masa ini. Semuanya melalui peguam,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/hafiz-suami-yang-hebat-luluh-hati-isteri-bila-suami-kena-fitnah/
“Hafiz Suami Yang Hebat, Luluh Hati Isteri Bila Suami Kena Fitnah”
[ "Pelakon Julia Farhana menyifatkan suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz seorang suami yang bertanggungjawab dan adakalanya dia hendak menangis melihat suaminya sentiasa bekerja keras.", "Menerusi perkongsian di Insta Story, Julia berkata hatinya sedih sebagai isteri apabila suaminya diuji dengan tuduhan fitnah.", "Julia juga mengakui mahligai perkahwinan yang dibinanya bersama Hafiz telah mengajarnya untuk menjadi seorang yang lebih kuat.", "Kongsi Julia lagi, suaminya masih menyimpan baju anak perempuannya, Laana Haura hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon, Lufya Omar.", "“Luluh hati seorang isteri ini apabila melihat suami kena fitnah macam-macam. Rasa nak beritahu kebenaran tapi suami tenangkan hati, lapkan air mata dan minta saya menjadi kuat.", "“Dia seorang suami yang terbaik, bertanggungjawab, rajin, pemaaf, dan kadang rasa nak nangis tengok sikap kerajinanya.", "“Dia seorang suami yang menakjubkan. Dia masih menyimpan baju-baju anak perempuan di dalam almari. Sedih tengok,”tulisnya.", "Terdahulu, Julia Farhana telah mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada Disember lalu.", "Dr Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Lufya Omar pada 2016 sebelum berpisah pada 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura." ]
https://www.rotikaya.com/saya-bersyukur-aidil-tak-pernah-merungut-badan-saya-berisi-ke-kurus-ke/
“Saya Bersyukur Aidil Tak Pernah Merungut Badan Saya Berisi Ke Kurus Ke”
[ "Bukan mudah untuk mendapatkan bentuk badan ideal lebih-lebih lagi selepas melahirkan cahaya mata termasuklah buat pelakon Fasha Sandha.", "Memetik Harian Metro, Fasha berkata meskipun sudah mencapai berat badan ideal, namun dia akan terus mengamalkan gaya hidup sihat.", "BACA: Fasha Sandha Kongsi Tips Kurus, Tak Makan Daging & Ayam", "Menurut Fasha, dia meluahkan rasa syukur suaminya yang juga pelakon Aidil Aziz tidak pernah mempersoalkan bentuk tubuhnya.", "“Saya bersyukur kerana Aidil tidak pernah mempersoalkan atau merungut biar apa pun bentuk tubuh saya. Berisi ke kurus ke, Aidil sentiasa memberikan sokongan kepada saya.", "“Lebih istimewa, dia yang melatih dan bersama-sama bersenam bersama saya. Dalam masa sama, kami berdua dapat meluangkan masa berkualiti sebagai suami isteri,” katanya.", "Kata Fasha lagi, dia terpaksa menurunkan berat badan yang banyak kerana terikat dengan perjanjian (kontrak) untuk sebuah drama yang memerlukan dia kurus mendadak.", "“Saya terpaksa kurus untuk satu projek drama bulan ini. Syarat dalam drama itu saya kena nampak kurus dan sudah menandatangani kontrak.", "“Saya tidak ambil ayam dan daging pada hari Isnin hingga Jumaat. Saya cuma makan ikan saja. Tapi, Sabtu dan Ahad saya akan makan apa saja. Saya masih makan nasi kerana memerlukan tenaga, cuma pengambilan itu dalam kuantiti yang terkawal,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/hafidz-roshdi-disahkan-waras-layak-dibicara-cederakan-isteri/
Hafidz Roshdi Disahkan Waras, Layak Dibicara Cederakan Isteri
[ "Pelakon Hafidz Roshdi disahkan waras dan boleh dibicarakan atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.", "Memetik mStar Online, Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri berkata ia berdasarkan laporan psikiatri yang dikeluarkan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak ke atas pelakon itu.", "“Pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri telah diterima dan tertuduh (Hafidz) disahkan waras dan boleh dibicarakan,” katanya.", "Pihak pendakwaan turut memohon mahkamah satu tarikh sebutan lain ditetapkan bagi serahan dokumen.", "Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Hafidz turut memaklumkan pihak mahkamah perlu meneliti semula semua dokumen mengenai segala pertuduhan anak guamnya sebelum tindakan selanjutnya.", "“Belum bicara lagi, akan ada sebutan baru nanti…selepas teliti semua keterangan dalam bentuk dokumen yang diserahkan itu maka baru boleh buat keputusan utnuk pertimbangkan kembali kes ini untuk tindakan selanjutnya.", "“Fokus kita ini adalah untuk pastikan tertuduh sihat menjalani perbicaraan dan sewaktu kejadian (tumbuk isterinya) tu lain,” katanya.", "Pada 13 Mac lalu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali." ]
https://www.rotikaya.com/watie-tak-kisah-dibandingkan-dengan-arwah-siti-sarah/
Watie Tak Kisah Dibandingkan Dengan Arwah Siti Sarah
[ "Usahawan yang juga bakal isteri pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah berkata dia tidak terkesan dengan kecaman dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya.", "Memetik Xtra, Watie berkata dia mengakui kerap membaca komen-komen negatif daripada netizen namun tidak mengambil hati.", "BACA: “Terima Kasih Anak-Anak, Berpanas Kita Demi Video Pre-Wedding Mummy & Daddy” – Watie", "“Saya baca juga tapi dia macam angin lalu je. Bila kita tutup fon tu habis dah. Saya tak ambil hati pun,” katanya.", "Sering dibandingkan dengan Allahyarham Siti Sarah, Watie berkata baginya dia hanya perlu mengambil kira pendapat bakal suaminya dan ahli keluarga lain.", "“Tak tahulah, sebab kami tak pernah berbincang mengenai perkara ini dan mempersoalkan kenapa orang bandingkan saya dengan arwah, tak ada.", "“Saya macam baca je tapi habis setakat di situ saja. Bagi saya, saya nak hidup bersama dia (Shuib) dan anak-anak. Jagi pada saya pandangan yang saya perlu ambil kira adalah daripada dia, anak-anak dan keluarga.", "“Bagi saya, orang luar pnya pandangan tu tak penting sebab saya tak pernah fikir. Yang saya nak lalui kehidupan saya yang akan datang ni dengan keluarga dia dan saya,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/terima-kasih-anak-anak-berpanas-kita-demi-video-pre-wedding-mummy-daddy-watie/
“Terima Kasih Anak-Anak, Berpanas Kita Demi Video Pre-Wedding Mummy & Daddy” – Watie
[ "Umum mengetahui, kurang sebulan saja lagi pelawak Shuib Sepahtu bakal disatukan dengan wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah pada 23 Jun ini.", "Baru-baru ini, Watie ada berkongsikan momen ketika menjalani sesi penggambaran bagi menghasilkan video pra-perkahwinan mereka.", "BACA: Tiga Majlis Shuib & Watie Dapat Tajaan Lebih RM1 Juta", "Menerusi akaun @imyoursbestie, dilihat ada memuat naik video memaparkan Watie bersama Shuib dan empat cahaya matanya turut menjayakan penggambaran tersebut.", "Tak sabar nak tengok wedding of the year shuib & watie ?#fyp? #fypage #watiehanifiah #shuib #shuibwatie #watieshuib ", "Dalam satu video dikongsikan, Watie menzahirkan penghargaan buat keempat-empat anak Shuib yang sanggup berpanas demi penggambaran berkenaan.", "“Terima kasih anak-anak, berpanas kita demi video pra-perkahwinan Mummy & Daddy,” tulisnya.", "Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap penyayang Watie serta mengatakan usahawan itu sememangnya sesuai menjadi ibu kepada anak-anak Shuib.", "Dalam pada itu, ramai netizen netizen mendoakan agar urusan Watie dan Shuib dalam menuju hari bahagia mereka dipermudahkan.", "Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu di kediaman wanita itu di Shah Alam." ]
https://www.rotikaya.com/kalau-betul-saya-cuci-duit-saya-tak-duduk-sini-saya-duduk-dalam-lokap/
“Kalau Betul Saya Cuci Duit, Saya Tak Duduk Sini, Saya Duduk Dalam Lokap”
[ "Penyanyi Black Hanifah menafikan sekerasnya dakwaan kapal persiaran mewah miliknya di Langkawi dibeli menggunakan hasil daripada penggubahan wang haram.", "Memetik Harian Metro, Black berkata jika benar dakwaan tersebut sudah pasti dia akan disiasat oleh pihak berkuasa. Ujarnya, semua aset yang dimilikinya adalah hasil dairpada usahanya.", "BACA: Kumpul Aset Untuk Keluarga, Black Bina Sendiri Villa Di Langkawi", "“Saya menafikan sekeras-kerasnya perkara itu kerana ia tidak benar sama sekali! Saya memiliki perniagaan yang berdaftar, saya bayar cukai setiap tahun. Sebagai rakyat Malaysia, saya patuh dengan undang-undang negara.", "“Kalau benar saya cuci duit, SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) dan polis mesti akan siasat dan saya tidak duduk di sini, saya duduk dalam lokap.", "“Saya masih selamat kerana saya buat benda yang betul. Semua aset yang saya miliki hasil simpanan dan perniagaan atas talian yang berjaya selain daripada doa orang sekeliling,” katanya.", "Menurut Black lagi, dia tidak akan melakukan perkara yang melanggar undang-undang demi mengaut keuntungan dengan cara mudah.", "Dalam pada itu, Black turut meluahkan rasa syukur hasi simpanan dan kerja kerasnya beberapa tahun memberikan hasil yang berbaloi.", "“Semua aset seperti kapal dan villa itu adalah hasil dari perancangan yang saya atur dengan baik selama tiga tahun. Sepanjang tempoh itu banyak ilmu baru yang saya belajar dan dalam masa sama saya belajar menyimpan,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/angau-bercinta-dengan-jejaka-sado-ameera-khan-tayang-mesej-saling-merindu/
Angau Bercinta Dengan Jejaka Sado? Ameera Khan Tayang Mesej Saling Merindu
[ "Perkongsian adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Ameera Khan menjadi bualan apabila ada memuat naik perbualan mesra bersama seorang lelaki.", "Menerusi perkongsian di Insta Story itu, jejaka tersebut meluahkan rasa rindunya terhadap Ameera serta meminta untuk melihat wajah cantik gadis itu.", "BACA: “Kalau Dapat Orang Yang Betul, Ameera Boleh Jadi Isteri Yang Baik” – Neelofa", "Jejaka tersebut turut memuji dengan mengatakan Ameera adalah gadis tercantik di dunia baginya. Dalam pada itu, Ameera turut dilihat meluahkan rasa rindu pada jejaka tersebut serta menghantar dua foto kepadanya.", "Namun, tidak didedahkan siapa pengirim mesej berkenaan dan Ameera dilihat menyimpan nombor di kenalan menggunakan emoji ‘love’ dan huruf A sahaja.", "Meskipun gambar individu itu ditutup namun dapat dilihat jejaka berkenaan memiliki badan sasa berdasarkan bayangan profile picture yang digunakan." ]
https://www.rotikaya.com/akaun-media-sosial-jocelyn-chia-digantung/
Akaun Media Sosial Jocelyn Chia Digantung
[ "Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pelawak daripada Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekehkan Malaysia dan menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan lawak.", "Susulan itu, pelawak tersebut dikecam teruk bukan saja netizen Malaysia, malah netizen daripada Singapura turut tidak menyenangi lawak Jocelyn itu.", "Difahamkan, akaun Instagram dan Twitter pelawak tersebut telah pun digantung sejak malam tadi mungkin disebabkan banyak laporan dibuat oleh netizen Singapura.", "Memetik BH Online yang sempat meninjau ruangan komen IG pelawak itu sebelum digantung, seorang pengguna Instagram berkata jenaka Jocelyn berbaur kebencian dan dia sudah membuat laporan polis.", "“Saya warga Singapura, saya sudah membuat laporan polis mengenai ucapan yang berbaur kebencian ini. Cuba dengan lebih gigih pada lain masa,” tulisnya.", "Sebelum ini, Jocelyn bertindak menutup ruangan komen apabila IG miliknya diserang netizen susulan kenyataannya yang keterlaluan itu.", "Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, dalam satu kenyataan hari ini berkata, Jocelyn tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura." ]
https://www.rotikaya.com/wanita-dakwa-hamil-anak-artis-mohon-maaf-padam-video/
Wanita Dakwa Hamil Anak Artis Mohon Maaf, Padam Video
[ "Sejak semalam hangat diperkatakan apabila seorang wanita mendakwa dirinya hamil selepas menjalin hubungan dengan seorang pelakon lelaki dan dipaksa gugurkan kandungan.", "Menerusi ruangan komen di TikTok, individu tersebut membalas serta menafikan bahawa artis lelaki yang dimasudkan bukanlah Ismail Izzani seperti yang diteka netizen.", "Difahamkan, wanita tersebut telah membuat permohonan maaf serta memaklumkan akan memadam akaun berkenaan kerana ianya tidak benar.", "“Maaf kepada semua yang mengikuti akaun ini dari mula. Saya akan padam akaun ini kerana semuanya adalah tidak benar,” tulisnya.", "Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan tindakan wanita tersebut selepas membuat pendedahan.", "Malah, ada yang mendakwa mungkin perkongsian itu dibuat selepas menerima ugutan, namun ada yang berpendapat perkongsian itu hanya sekadar konten.", "Terdahulu, Wanita itu mendakwa artis tersebut tidak mahu bertanggungjawab di atas perbuatannya itu malah dipaksa untuk menggugurkan kandungan tersebut.", "Malah, wanita itu turut berkongsikan perbualan WhatsApp dengan ibu artis berkenaan namun dilihat seperti ingin lepas tangan seta memintanya untuk ‘move on’." ]
https://www.rotikaya.com/semua-impian-dah-tercapai-neelofa-impi-jadi-guru-mengaji/
Semua Impian Dah Tercapai, Neelofa Impi Jadi Guru Mengaji
[ "Selebriti popular, Neelofa berkata dia meluahkan rasa syukur semua impiannya sebelum ini sudah pun tercapai di usia 34 tahun.", "Menerusi video dikongsikan Neelofa, berkata dia mempunyai impian untuk bergelar seorang guru mengaji Al-Quran.", "BACA: “Selagi Allah Bagi Kudrat & Kemampuan Untuk Beranak, Kita Beranak Ramai-Ramai” – Neelofa", "MasyaAllah semua cita cita dah tercapai! Tapi ada satu lagi, nak jadi guru ajar mengaji. InsyaAllah one day tercapai cita cita @neelofa ???", " ? original sound – Innai Nunha HQ – Innai Nunha HQ ", "“Alhamdulillah, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi impian tu. Tapi, yang tak tercapai lagi kalau pekerjaan yang saya nak buatlah.. sebab ada hadis yang cakap ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar Al-Quran dan mengajar. Dan, saya naklah reti belajar mengajar, ajar mengaji pulak. Itu impian saya,” katanya.", "Dalam pada itu, Neelofa berkata bilangan orang yang menjadi anak murid mengajinya adalah tidak penting asalkan impian tersebut dapat ditunaikan.", "“Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar mengaji beberapa orang cukuplah, sekadar memenuhi impian itu. Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji. Jadi, doa-doakanlah,” katanya.", "Sementara itu, suami Neelofa iaitu Haris Ismail mengatakan semua impian isterinya sudah tercapai kecualimenambah ilmu pengetahuan meluas mengenai agama dan konsisten untuk belajar perihal keagamaan." ]
https://www.rotikaya.com/pakai-kereta-mahal-yang-memekak-tapi-rumah-sewa-itu-baru-manusia-otak-najis/
“Pakai Kereta Mahal Yang Memekak Tapi Rumah Sewa, Itu Baru Manusia Otak Najis”
[ "Perkongsian pengarah terkenal, Michael Ang menjadi perhatian tidak bersetuju dengan golongan yang gemar merendah-rendahkan orang lain hanya kerana jenis kereta yang mereka gunakan.", "Menerusi perkongsian di Instagram itu, Michael atau lebih mesra disapa Mike berkata kereta murah atau mahal fungsinya tetap sama untuk memudahkan kita ke satu lokasi ke lokasi yang lain.", "BACA: “Lepas Ni Kena Ambil Watak Penyondol Bertudung & Acah Suci” – Michael Ang", "“Tak baik cakap kereta orang najis. Pada saya, kereta hanya untuk bawa aku ke point A ke point B. Asalkan ada radio dan penghawa dingin, dah okay,” tulisnya.", "Malah, Mike berkata mereka yang jika uruskan kewangan akan memilih untuk memiliki rumah terlebih dahulu daripada membeli kereta mewah.", "“Yang mampu tu beli la kereta apa yang korang nak tapi jangan pakai kereta mahal-mahal yang memekak tapi rumah hanya sewa. Itu baru namanya manusia berotak najis,” katanya.", "Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Mike itu dimana ramai yang berlagak dengan kereta mewah tetapi tinggal di rumah sewa.", "Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang yang dikecam teruk selepas didakwa menghina kereta jenis bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta.", "Bagaimanapun, suami kepada pelakon itu membuat permohonan maaf serta menjelaskan video tersebut diambil secara spontan dan  tiada niat untuk menjatuhkan nama mana-mana pihak." ]
https://www.rotikaya.com/norreen-iman-tampil-seksi-selepas-kurus/
Norreen Iman Tampil Seksi Selepas Kurus
[ "Sebut saja nama Norreen Iman, personaliti media sosial itu kini semakin meningkat naik apabila sudah bergelar pelakon. Malah, wajahnya sering dilihat di kaca televisyen menerusi drama-drama.", "Baru-baru ini, perkongsian Norreen menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya memakai crop top berwarna hijau menampakkan bahagian perutnya.", "Perkongsian itu adalah bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Razzi Razak di sebuah restoran.", "Menerusi entri itu, Norreen meluahkan rasa cinta buat suami tersayang dan sudah sembilan tahun mereka mendirikan rumah tangga.", "Seperti sudah dijangka, apa yang lebih menjadi perhatian adalah penampilan Norreen yang dilihat tampil seksi selepas kurus.", "Diruangan komen, ada yang memberikan teguran mengenai penampilannya itu sehingga ada yang mengatakan meskipun sudah kurus tidak perlu berpakaian sebegitu untuk menunjukkan diri kurus.", "Dalam pada itu, ada segelintir netizen memuji pelakon itu dilihat semakin kurus dan menawan serta mendoakan rumah tangganya bahgia hingga ke akhir hayat." ]
https://www.rotikaya.com/tidaklah-mana-ada-hamilkan-anak-orang-ibu-ismail-izzani/
“Tidaklah! Mana Ada Hamilkan Anak Orang” – Ibu Ismail Izzani
[ "Hari ini hangat diperkatakan mengenai pendedahan seorang wanita yang mendakwa dirinya hamil selepas menjalin hubungan dengan seorang selebriti lelaki popular.", "Wanita turut mendakwa artis tersebut tidak mahu bertanggungjawab di atas perbuatannya itu malah dipaksa untuk menggugurkan kandungan tersebut.", "Meskipun tidak menyebut nama mana-mana selebriti, namun rata-rata netizen memetik nama penyanyi serta pelakon, Ismail Izzani.", "Memetik mStar Online, ibu kepada penyanyi itu iaitu Datin Suliza Salam berkata dia tidak terkejut dengan dakwaan tersebut kerana bukan pertama kali anaknya difitnah.", "“Tidaklah! Mana ada hamilkan anak orang. Yang menulis itu pun mungkin tidak betul,” katanya.", "Bagaimanapun, mStar memaklumkan usaha mereka untuk mendapatkan penjelasan Ismail gagal apabila panggilan tidak berjawab.", "Menerusi perkongsian di TikTok itu, wanita itu berkata dia sudah cuba menghubungi ibu bapa artis berkenaan namun tidak diendahkan serta enggan bertangunggjawab." ]
https://www.rotikaya.com/netizen-jumpa-nd-lala-bagi-ceramah-di-kursus-kahwin/
Netizen Jumpa ND Lala Bagi Ceramah Di Kursus Kahwin
[ "Baru-baru ini, tular video dikongsikan di TikTok memaparkan penyanyi era 80-an iaitu Datuk ND Lala dilihat sedang memberi ceramah di kurus perkahwinan.", "Menerusi video dikongsikan seorang pengguna itu, individu dipercayai ND Lala sedang memberi ceramah motivasi tentang ‘Multiply Income.’ ", "BACA: “Kalau Terjumpa Saya Tolong Jangan Buat Muka Sedih” – Isteri ND Lala", "Lebih menjadi perhatian, individu yang memuat naik video tersebut pelik dengan kehadiran penyanyi itu pada kursus berkenaan.", "Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang berseloroh mengatakan bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu berkongsi tips poligami.", "Terdahulu, hangat diperkatakan apabila isteri kepada penyanyi itu iaitu Datin Fauziah Sarman ada memuat naik gambar seorang wanita dengan gelaran ‘penyondol’." ]
https://www.rotikaya.com/tiga-majlis-shuib-watie-dapat-tajaan-lebih-rm1-juta/
Tiga Majlis Shuib & Watie Dapat Tajaan Lebih RM1 Juta
[ "Pelakon, pelawak dan penyampai radio popular, Shuib memberitahu tiada majlis resepsi untuk perkahwinannya dengan Watie Hanifah.", "Memetik Harian Metro, pada 23 Jun itu nanti akan berlangsung tiga acara iaitu akad nikah, khatam al-Quran dan berinai.", "BACA: Gementar Nak Kahwin, Watie Akui Shuib Kelakar & Penuh Kejutan", "“Tidak ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Majlis ini kami adakan sederhana saja, tetapi saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.", "“Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya.", "Dalam pada itu, Shuib berkongsikan majlis tersebut turut mendapat tajaan mencecah lebih RM1 juta dan dia juga ada mengeluarkan kos sendiri.", "“Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas. Namun, bukan semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” katanya.", "Difahamkan, majlis pernikahan pasangan itu akan diadakan di Putra Glass House, Putra Heights. Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu." ]
https://www.rotikaya.com/artis-didakwa-hamilkan-kekasih-paksa-gugurkan-kandungan/
Artis Didakwa Hamilkan Kekasih, Paksa Gugurkan Kandungan?
[ "Sejak pagi tadi hangat diperkatakan apabila seorang wanita mendakwa dirinya hamil selepas menjalin hubungan seorang artis popular tanah air.", "Perkara itu didedahkan oleh wanita terbabit menerusi perkongsian di TikTok namun tidak diberitahu nama artis berkenaan.", "Wanita itu mendakwa artis tersebut tidak mahu bertanggungjawab di atas perbuatannya itu malah dipaksa untuk menggugurkan kandungan tersebut.", "Menurut wanita itu lagi, dia sudah cuba menghubungi ibu bapa artis berkenaan namun tidak diendahkan serta enggan bertangunggjawab.", "Malah, wanita itu turut berkongsikan perbualan WhatsApp dengan ibu artis berkenaan namun dilihat seperti ingin lepas tangan seta memintanya untuk ‘move on’.", "Dalam pada itu, wanita itu berkata dia bukan warganegara Malaysia serta tidak mampu menggunakan saluran undang-undang kerana kos guaman yang tinggi.", "Difahamkan, artis lelaki terbabit sebelum ini kerap dipalit kontroversi, namun tidak pernah membuat penjelasan mengenainya." ]
https://www.rotikaya.com/saya-pantang-kalau-orang-kacau-isteri-saya-haqiem-rusli/
“Saya Pantang Kalau Orang Kacau Isteri Saya” – Haqiem Rusli
[ "Umum mengetahui, susulan keputusannya tidak lagi berhijab, isteri kepada Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea dikecam teruk oleh netizen.", "Memetik Oh Bulan, Haqiem berkata dia tidak marah apabila netizen yang mengecam isterinya serta mengatakan mereka di luar sana berhak berkata apa sahaja.", "Bagaimanapun, Haqiem berkata dia pantang jika orang tersayang dikacau atau dianggu kerana bimbang jika dia akan bertindak di luar kawalan.", "“Saya tak mahu marah kepada netizen yang kecam isteri saya, mereka boleh komen apa sahaja tapi jangan cakap depan saya. Saya tidak tahu apa akan berlaku kalau mereka cakap dengan saya. Saya pantang kalau orang kacau isteri saya.", "“Saya jenis kalau orang nak kacau saya kacau lah, tapi jangan kacau isteri saya, mak saya itu saya tak boleh. Saya risau akan bertindak di luar kotak (luar kawalan). Mereka orang yang saya sangat sayang.", "“Kalau mereka (netizen) nak nasihat boleh sahaja, nasihat melalui DM atau Whatsapp cuma jangan perli isteri saya depan-depan,” katanya.", "Sementara itu, Haqiem berkata dia sudah pun berpesan kepada isterinya supaya bersiap sedia dengan kritikan dan kecaman apabila berkahwin dengannya.", "“Saya dah pesan dekat isteri saya untuk bersedia dengan segala kecaman apabila mengahwini saya. Dia dah bersedia dengan perkara itu, kalau dia tak sedia mesti dah meroyan, tweet dekat Twitter atau post sesuatu.", "“Tapi dia tidak meroyan pun, sebab saya tahu dia juga sangat profesional. Mana yang beri nasihat akan ambil. Sebagai manusia doakan yang terbaik untuk kami. Saya percaya sebagai seorang selebriti, privasi untuk kami mungkin sudah tiada.", "“Mereka yang bercakap tentang kami, mungkin aib mereka sedang ditutup oleh Tuhan, saya selebriti, jadinya lebih terbuka,” katanya.", "Dalam pada itu, Haqiem enggan memberikan sebarang komen mengenai isterinya yang dikatakan mirip usahawan sensasi, Kak KM." ]
https://www.rotikaya.com/kecoh-weh-salah-letak-video-ke-apa/
Kecoh Weh, Salah Letak Video Ke Apa?
[ "Anda perasan tak ada satu video yang tengah kecoh dan viral sekarang ni? Dah jadi buah mulut netizen di media sosial sejak dua tiga hari ni gais. ", "Laju sangat videonya sampai tak sempat nak catch-up! Dah kenapa? Salah server ke? Atau adminnya tersalah upload video tu ke?", "Kalau tengok gaya video tu macam trailer movie ‘The Flash’. Cuba tengok ni.", "Ye dah lah kan trailer ‘The Flash’. Tak bernafas weh tengok video ni, haha! Macam-macam betul lah. Kita tunggu tengoklah kot-kot nanti keluar statement official dari dorang ke. Tiber!", "Rata-rata netizen pun terkejut dengan video trailer ni. Macam-macam komen dorang bagi, haha. Kadang baca komen netizen pun boleh happy dah gais. Vibe juga dorang ni, hahaha." ]
https://www.rotikaya.com/kalau-dada-saya-kecil-pasti-tiada-yang-kisah-apa-saya-pakai/
“Kalau ‘Dada’ Saya Kecil, Pasti Tiada Yang Kisah Apa Saya Pakai”
[ "Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman yang juga influencer, Kasih Iris Leona meminta netizen supaya tidak sibuk dengan pemakaiannya.", "Menerusi perkongsian di Twitter, Leona berkata pemakaiannya tiada kena mengena dengan mereka diluar sana serta meminta supaya netizen memberi fokus kepada isu lain yang lebih penting.", "BACA: “Saya Risau Kalau Leona Ni Jenis Yang Bodoh Setiap Hari” – Azhar Sulaiman", "Leona berkata dia mempunyai pilihan untuk dirinya sendiri serta meminta pada mereka yang tidak suka melihat dirinya di media sosial supaya menyekatnya.", "Sementara itu, Leona turut meminta supaya tidak menyebarkan berita yang tidak benar serta menafikan bahawa dia ke kelab seperti yang didakwa.", "Dalam pada itu, Leona berkata jika dia mempunyai dada yang kecil pasti orang ramai tidak kisah dengan apa yang dipakainya.", "Sebelum ini, Azhar dilihat ada memuat naik status di Facebook yang menjadi perhatian ramai dimana Azhar meluahkan rasa bimbang mengenai anaknya itu." ]
https://www.rotikaya.com/peminat-dakwa-amir-ahnaf-buat-muka-annoyed-enggan-bergambar/
Peminat Dakwa Amir Ahnaf Buat Muka ‘Annoyed’ & Enggan Bergambar?
[ "Sebut saja nama Amir Ahnaf, nama pelakon itu kini semakin dikenali ramai menerusi watak Kahar dalam drama siri Project High Council.", "Namun, baru-baru ini ada cerita tak sedap didengar mengenai pelakon itu apabila didakwa bersikap sombong dengan peminat ketika selepas program Big Stage pada Ahad lalu. Difahamkan, Amir muncul di konsert minggu kelima itu sebagai Presiden Netizen program berkenaan.", "Bagaimanapun, tular perkongsian seorang pengguna di TikTok yang meluahkan rasa kesal apabila mendakwa permintaannya untuk gambar bersama tidak dilayan aktor berkenaan.", "Menurutnya, pada awalnya permintaan untuk bergambar dengan pelakon tersebut ditolak oleh dua orang bodyguard kerana Amir sudah kepenatan.", "“Pertama sekali saya panggil nama dia, tapi Amir buat tak tahu. Saya masih berfikir positif kerana mungkin dia tak dengar walaupun tiada siapa di situ. Dan saya tanya dua bodyguards di situ dengan baik untuk tangkap gambar dengan Amir tapi mereka tidak menghiraukan saya.", "“Datang seorang lagi bodyguard dan saya masih bertanya dengan nada yang baik. Namun, bodyguard tersebut tidak mengizinkan dan memaklumkan bahawa Amir penat,” tulisnya.", "Namun, individu itu mendakwa Amir membuatkan muka kurang menyenangkan dan memalingkan muka apabila dipanggil oleh rakannya.", "Malah, individu itu mendakwa Amir tidak meminta maaf mahupun beri senyuman kepada mereka yang menunggu untuk bergambar." ]
https://www.rotikaya.com/sakan-bergelek-dengan-baby-shima-netizen-tanya-mana-taubat-aliff-syukri/
Sakan Bergelek Dengan Baby Shima, Netizen Tanya Mana Taubat Aliff Syukri
[ "Nampaknya usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri seakan tidak serik dikecam apabila dilihat ada memuat naik video bersama penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima.", "Menerusi video tersebut, Aliff dilihat sakan bergelek bersama Baby Shima serta bertanyakan kepada netizen sama ada mahu melihat mereka bergabung dalam lagu terbaru.", "BACA: Aliff Syukri Pernah Terfikir Nak Bercerai Sebab Isteri Tak Faham Dirinya", "Seperti sudah dijangka, diruangan komen rata-rata netizen kesal dengan video dikongsikan itu serta mempersoalkan adakah usahawan itu tidak malu dengan anak-anak yang sudah dewasa.", "Tidak kurang juga, ada netizen mengingatkan kembali tentang luahan Aliff sebelum ini yang mahu bertaubat dan berfikir tentang kematian.", "Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa kasihan pada isteri usahawan itu iaitu Datin Seri Shahida serta anak-anak jika diejek oleh rakan-rakan di sekolah." ]
https://www.rotikaya.com/ismail-izzani-bangga-digelar-nobita/
Ismail Izzani Bangga Digelar Nobita 
[ "Umum mengetahui, sekarang sedang hangat diperkatakan mengenai drama Bukan Hanya Sekadar Cinta yang dilakonkan oleh Ismail Izzani bergandingan dengan, Sofia Dendroff. ", "Bagaimanapun, ada yang mengkritik pemilihan Ismail sebagai hero drama yang dianggap tidak sesuai sehingga ada yang menyamakannya seperti watak Nobita dalam siri animasi popular Jepun, Doremon.", "BACA: A.Aida Puji Lakonan Ismail Izzani, Tak Kisah Netizen Gelar Nobita", "Memetik Xtra, Ismail berkata dia terbuka menerima segala kritikan serta bangga kerana apabila disamakan dengan watak utama dalam drama animasi popular itu.", "“Ini pertama kali saya memegang watak utama dalam sebuah drama, satu tanggungjawab yang besar. Saya dah bersedia untuk mendengar segala komen netizen. Ada yang kata muka saya tak sesuai berlakon watak Hero, dan samakan dengan Nobita.", "“Nobita itu adalah watak utama dalam drama animasi popular Doraemon. Bila orang tengok drama saya teringat Nobita, saya rasa bangga. Saya tidak terluka apabila menerima komen seperti itu sebab saya pernah dapat komen yang lebih teruk lagi,” katanya.", "Dalam pada itu, Ismail berkata dia mengakui bahawa bidak lakonan bukanlah kegemarannya namun dia menyahut cabaran tersebut.", "“Saya sejujurnya tidak memandang perkara tersebut terlalu serius dan ambil perkara positif. Saya sudah cuba yang terbaik, dan berlakon bukan cabang seni kegemaran saya.", "“Saya adalah seorang penyanyi yang berani mengambil cabaran untuk memegang watak utama. Apa yang saya boleh katakan, saya dah cuba yang terbaik hasil pertolongan rakan-rakan artis,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/didakwa-bergaduh-dengan-qistina-puteri-balqis-tak-sebut-nama-sesiapa/
Didakwa Bergaduh Dengan Qistina, Puteri Balqis Tak Sebut Nama Sesiapa
[ "Baru-baru ini, perkongsian pelakon Puteri Balqis menjadi perhatian apabila meluahkan rasa bengang terhadap seorang pelakon remaja namun tidak didedahkan namanya.", "Memetik Xtra, tampil memberi respon apabila didakwa bergaduh dengan pelakon, Qistina Raisah, Balqis berkata dia tidak menyebut nama mana-mana pihak atau selebriti dalam statusnya itu.", "“Saya tak suka orang yang play victim. Setahu saya, saya tak ada sebut nama mana-mana selebriti jadi saya tak faham kenapa perlu bercakap lebih. Saya tak suka cakap banyak, saya cakap sekali je.", "“Saya tak rasa dia saja aktres 14 tahun di Malaysia. Saya tak tahu kenapa nama saya disebut-sebut sedangkan saya tak sebut sesiapa. Saya tak tahu kenapa perlu play victim,” katanya.", "Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai status tersebut, Balqis enggan mengulas tujuan sebenar dan hanya memberikan senyuman.", "Dalam pada itu, Balqis berkata dia tiada masalah untuk bekerjasama bersama Qistina jika watak diberikan bersesuaian.", "Sementara itu, Balqis menafikan dia sengaja memburukkan rakan-rakan selebriti lain. Menurutnya, dia tidak akan bersuara melainkan jika perkara itu melampaui batas.", "“Saya bukan memburukkan. Apa yang mereka burukkan, diorang ada atittude untuk nampak baik. Setiap kali tak ada apa apa buruk pasal diorang yang viral.", "“Saya bukan nak burukkan diorang, tapi takkan semua benda saya kena, saya kena diam. Saya memang pendiam, tapi saya perlu juga lantang bersuara.", "“Saya bukan jenis yang hari ni bergaduh, besok up status. Kadang-kadang makan tahun untuk benda tu berulang untuk saya bercakap.", "“Jadi saya rasa kalau orang tak mention nama saya pun, walaupun saya tahu orang itu cakap 100% pasal saya.. Saya tak akan bersuara melainkan kalau dah melampaui batas,” katanya" ]
https://www.rotikaya.com/muka-tak-sama-dengan-adik-beradik-netizen-tuduh-iqbal-anak-pungut/
Muka Tak Sama Dengan Adik-Beradik, Netizen Tuduh Iqbal Anak Pungut
[ "Baru-baru ini perkongsian penyanyi dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli menjadi perhatian apabila ada memuat naik gambar bersama adik-beradik perempuannya.", "Menerusi gambar tersebut, Iqbal dilihat mengenakan pakaian sedondon biru muda bersama adik-beradik perempuannya serta bertanyakan adakah wajah mereka berbeza.", "BACA: Jumpa Pelacur & Orang Menari Bogel, Iqbal Zulkefli Langsung Tak Terpengaruh", "“Adik beradik saya, tiga orang tiada dalam gambar. Seorang sedang di pelamin. Orang cakap muka kami semua berbeza, betulkah?” tulisnya.", "Perkongsian Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada satu komen yang menjadi perhatian dimana ada yang mendakwa Iqbal merupakan anak pungut kerana wajahnya berbeza dengan adik-beradik lain.", "“Saya rasa Iqbal ini anak pungut. Yang lain sepesen (sama) je muka. Iqbal seorang je lain,” katanya.", "Komen individu tersebut dibalas oleh Iqbal yang mengatakan ketika kecil dia terguris hati apabila dikatakan anak pungut, namun apabila dewasa adik-beradiknya mengakui wajahnya berbeza.", "“Dulu masa budak-budak saya terasa orang cakap muka saya anak pungut, tetapi bila besar adik-beradik saya pun cakap muka saya macam lain dari adik-beradik lain. Kadang wajah ini kita ikut datuk nenek yang dulu-dulu,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/aaron-aziz-jumpa-thor-netizen-perli-syamsul-yusof/
Aaron Aziz Jumpa Thor, Netizen Perli Syamsul Yusof
[ "Perkongsian pelakon Datuk Aaron Aziz menjadi perhatian ramai apabila berpeluang bertemu dengan bintang Hollywood, Chris Hemsworth yang popular dengan watak superhero iaitu Thor.", "Difahamkan, Aaron bersama beberapa pelakon dari Malaysia diundang ke tayangan perdana filem Extraction 2 yang diadakan di Manila, Filipin.", "BACA: Aaron Aziz Suruh Syamsul Yusof Minta Maaf Pada Orang Tuanya", "Menerusi video dikongsikan, Aaron dilihat naik ke pentas bersama pelakon Iedil Putra sebelum tangan dan bergambar dengan Chris.", "Aaron turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang berkenaan serta memuji filem tersebut serta mengajak orang ramai untuk menonton.", "“Alhamdulillah bersyukur di atas peluang yang diberikan. Allah sebaik-baik perancang. @NetflixMY @NetflixFilm #TylerRakeLives #Extraction2PH. Fight scenes gempak gila! 100 times better than Fast X. Kalian semua kena tengok,” tulisnya.", "Diruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah buat Aaron serta menyifatkan ianya rezeki buat pelakon itu selepas namanya digugurkan daripada filem arahan Syamsul Yusof." ]
https://www.rotikaya.com/netizen-minta-yasmin-hani-kongsi-petua-ketiak-putih/
Netizen Minta Yasmin Hani Kongsi Petua Ketiak Putih
[ "Baru-baru ini perkongsian pelakon Yasmin Hani menjadi perhatian ramai apabila dilihat ada memuat naik gambarnya menjadi perhatian ramai.", "Menerusi gambar dikongsikan, rata-rata netizen memuji pelakon berusia 43 tahun itu kelihatan sentiasa muda dan cantik. ", "BACA: Yasmin Hani Akui Tak Suka Memasak, Sanggup Berlapar Asalkan Rumah Bersih", "Malah, diruangan komen ada yang mengatakan ibu kepada dua cahaya mata itu tidak berubah dari dulu sehingga sekarang.", "Turut menjadi perhatian apabila ada netizen meminta petua bagaimana selebriti itu menjaga ketiak supaya kelihatan putih.", "Sebelum ini hangat diperkatakan apabila pelakon Alif Hadi mengakui kini sedang berkawan rapat dengan Yasmin Hani dan dalam fasa mengenal hati budi." ]
https://www.rotikaya.com/fauzi-nawawi-sedih-lisdawati-tunai-haji-tak-pernah-berenggang-lama/
Fauzi Nawawi Sedih Lisdawati Tunai Haji, Tak Pernah Berenggang Lama
[ "Baru-baru ini, perkongsian pelakon Fauzi Nawawi menjadi perhatian apabila memaparkan aktor itu sebak ketika menghantar isterinya, Lisdawati menunaikan ibadah Haji.", "Memetik mStar Online, Fauzi berkata dia sebak kerana isterinya itu ada meninggalkan pesanan meminta menjaga anak jika dia tidak kembali sebelum berangkat ke Tahah Suci Mekah. Malah, Fauzi berkata dia tidak pernah berjauhan lama dengan isterinya itu.", "BACA: Cabaran Rumah Tangga, 8 Tahun Lisdawati Hadap Sikap Baran Fauzi Nawawi", "“Dia ada tinggalkan pesanan sebelum pergi tu, kalau dia pergi tak kembali jadi dia minta saya jaga anak-anak dan jaga keluarga dengan baik dan itu buatkan saya sebak sebab kebanyakan yang pergi sana semua berniat untuk meninggal dunia di tanah suci Mekah.", "“Siapa je tak sebakkan? Saya tak pernah berenggang lama dengannya. Isteri pergi selama 46 hari, dia (Lisdawati) dapat keputusan pergi pun mengejut daripada pihak Tabung Haji dan tawaran itu tak boleh nak lepaskan,” katanya.", "Dalam pada itu, Fauzi berkata dia yang menguruskan anak-anak di rumah serta persekolahan mereka sepanjang isterinya mengerjakan ibadah Haji.", "“Saya tak mampu nak ikut isteri cuma saya boleh doakan sebab tak ada orang nak uruskan anak-anak dekat rumah, walaupun hati tu berat tapi saya paksa diri untuk relakkan,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/imej-seksi-amelia-henderson-tak-kisah-dikecam/
Imej Seksi, Amelia Henderson Tak Kisah Dikecam
[ "Pelakon Amelia Henderson berkata dia terbuka dengan kritikan dan kecaman dilemparkan netizen terhadap imej seksinya.", "Memetik Kosmo, Amelia berkata dia selesa menjadi diri sendiri dan perkara itu sudah menjadi asam garam sebagai anak seni.", "“Saya terbuka dengan semua komen yang orang berikan pada saya.  Dalam masa sama, saya sangat jelas dengan diri saya dan hanya saya yang tahu siapa saya.", "“Kadang-kadang terdapat kebenaran dalam komen netizen namun ada kalanya tidak betul. Pada akhirnya, mereka tiada pun dengan saya setiap hari dan tidak kenal siapa saya,” katanya.", "Dalam pada itu, Amelia berkata dia tidak rimas dengan kecaman dilemparkan sebaliknya mengambil komen positif untuk menjadikan dirinya lebih baik.", "“Apabila bekerja sebagai seorang figura awam, memang akan ramai orang yang boleh bercakap pasal saya. Masuk sahaja ke bidang hiburan, saya perlu bersedia dengan semua kecaman dan kritikan sebegitu,” ujarnya.", "Tambah Amelia lagi, baginya dia bersyukur selagi mendapat sokongan daripada keluarga dan insan tersayang.", "“Selagi keluarga saya sayang dan sokong saya, saya bersyukur. Inilah diri saya, sekurang-kurangnya saya jujur dengan pendirian sendiri,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/lamar-shila-amzah-di-taman-tema-netizen-tak-sangka-ubai-romantik/
Lamar Shila Amzah Di Taman Tema, Netizen Tak Sangka Ubai Romantik
[ "Umum mengetahui, penyanyi Shila Amzah selamat mengikat tali pertunangan bersama influencer, Ubai pada 27 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.", "Baru-baru ini, Ubai dilihat ada memuat naik video di aplikasi TikTok miliknya memaparkan dia melamar Shila untuk menjadi bakal isterinya di sebuah taman tema, Sunway Lagoon.", "BACA: Ubai Tertekan Soal Kewangan, Shila Amzah Utamakan Nafkah Wajib & Insurans", "Menerusi video itu, Ubai melamar Shila dengan membuat kejutan memaparkan ‘banner’ yang tertulis di belakangnya ‘sudikah awak berkahwin dengan saya’.", "The day she said YES?? #ubaimz #sheilaamzah #shilaamzah #fyp #fyp? #fypage #foryou #foryoupage #fypage ", "Riak wajah Shila dilihat sangat terkejut dengan kejutan yang dibuat oleh kekasihnya itu serta bersetuju dengan lamaran berkenaan.", "Perkongsian Ubai itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang gembira dengan kejutan dibuat untuk Shila itu.", "Malah, ramai yang sebak dan menangis melihat cara Ubai menghargai Shila meskipun perbezaan usia mereka yang ketara. Malah, ada netizen mengatakan mereka tidak sangka Ubai seorang yang romantik serta memuji Shila dilihat sangat bahagia kerana bertemu lelaki yang tepat." ]
https://www.rotikaya.com/saya-risau-kalau-leona-ni-jenis-yang-bodoh-setiap-hari-azhar-sulaiman/
“Saya Risau Kalau Leona Ni Jenis Yang Bodoh Setiap Hari” – Azhar Sulaiman
[ "Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona apabila tular videonya bermandi manda di sungai dengan hanya memakai bikini putih.", "Susulan kontroversi terpalit Leona itu, sudah pasti bapanya menerima tempias kecaman sehingga ada yang mengkritik pelakon itu.", "BACA: “Daddy Kalau Pergi Party, Berjimba, Tak Akan Kongsi Di Media Sosial” – Azhar Sulaiman", "Terbaru, pelakon itu dilihat ada memuat naik status di Facebook yang menjadi perhatian ramai dimana Azhar meluahkan rasa bimbang mengenai anaknya itu.", "Azhar memberitahu bahawa setiap orang ada hari ‘bodohnya’, namun dia bimbang jika anaknya itu sejenis ‘bodoh’ kerana tidak henti menimbulkan kontroversi.", "Dalam pada itu, Azhar juga turut bimbang jika anaknya itu mahu jadi seperti usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri yang tidak pernah henti mencetuskan kontroversi.", "Perkongsian Azhar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami pelakon itu membuat luahan sebagai bapa serta meminta supaya terus berdoa untuk Leona." ]
https://www.rotikaya.com/mas-khan-bagi-rating-6-sepuluh-untuk-filem-polis-evo-3/
Mas Khan Bagi Rating 6 Per Sepuluh Untuk Filem Polis Evo 3
[ "Umum mengetahui, filem Polis Evo 3 kini sedang hangat diperkatakan apatah lagi baru saja seminggu ditayangkan sudah mendapat kutipan sebanyak RM25 juta.", "Baru-baru ini, menerusi perkongsian di Insta Story, pelakon Mas Khan dilihat ada berkongsikan pendapatnya mengenai filem arahan Syafiq Yusof itu.", "BACA: Mas Khan Akui Jarang Solat 5 Waktu, Cari Pahala Dengan Cara Lain", "Mas Khan berkata dia meletakkan tanggapan tinggi pada filem tersebut serta memberi rating sebanyak enam per sepuluh selepas menonton filem itu di pawagam.", "Menurut pelakon itu, dia seolah kecewa terhadap filem itu serta menyifatkan setup penggambaran tersebut yang nampak murah.", "“Aku mintak maaf awal awal kalau ada pihak yang terasa. Secara jujurnya i put high expectations on this movie disebabkan Syafiq Yusof yang direct because he is one of my favourite directors in Malaysia.", "“But untuk Polis Evo 3 ni i rasa the touch of “Polis Evo” dah takda. Mungkin disebabkan budget kecil or whatsoever i dont know. The setup semua nampak sangat murah nampak macam low budget punya movie,” tulisnya.", "Bagaimanapun, Mas Khan tidak menafikan para pelakon yang membintangi filem itu sememangnya sangat hebat serta memuji filem Polis Evo 1 dan 2.", "“I tak pertikaikan soal lakonan sebab barisan pelakon semua mantap gila b*bi! Cuba kita tengok Evo I & Evo 2 betapa gempak nya set dia orang letup sana sini dengan squad polis yang sangat besar tapi evo 3 ni di lebih kepada comedy.", "“Jangan cakap aku tak support local film. Aku lah netizen yang excited sampai beli 10 tickets untuk kawan kawan!", "“Maybe it’s my fault sebab I put high expectations oh and kenapa I post scene dekat pantai ni, sebab dalam movie ni scene ini sahaja menunjuk kan this is Polis Evo. Kalau ada pihak yang terasa aku mintak maaf,” tulisnya lagi." ]
https://www.rotikaya.com/alya-iman-semakin-seksi-pakai-baju-ketat-nampak-perut/
Alya Iman Semakin Seksi, Pakai Baju Ketat Nampak Perut
[ "Perkongsian pelakon Alya Iman pada 1 Syawal lalu mengejutkan ramai apabila memuat naik gambarnya tampil tidak lagi berhijab dan mendedahkan rambutnya.", "Menurut anak bongsu kepada pelakon era 80an, Allahyarham Azmil Mustapha, dia lega dapat menampilkan sisi sebenarnya dan enggan menipu di media sosial.", "BACA: Tak Lagi Berhijab, Alya Iman Tahu Arwah Bapa Pasti Sedih", "Terbaru, tular video di TikTok memaparkan pelakon itu bersama rakannya sakan menari lagu Hips Don’t Lie nyanyian Shakira.", "Namun apa yang mengejutkan penampilan Alya yang dilihat semakin seksi serta bajunya dilihat ketat dan singkat serta menampakkan perut. Difahamkan, video tersebut dipercayai telah pun dipadam selepas menerima kecaman ramai.", "Bagaimanapun, menerusi ruangan komen sebuah portal, ramai yang terkejut melihat penampilan pelakon itu selepas tidak lagi berhijab." ]
https://www.rotikaya.com/perlekeh-kereta-bukan-jenis-supercar-suami-fatin-afeefa-mohon-maaf/
Perlekeh Kereta Bukan Jenis Supercar, Suami Fatin Afeefa Mohon Maaf
[ "Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang yang dikecam teruk selepas didakwa menghina kereta jenis bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.", "Menerusi video tular itu, Aliff menyamakan kereta bukan kategori itu sebagai ‘najis’ serta menghalau mereka yang memiliki kenderaan itu masuk pertunjukan berkenaan.", "BACA: Kata Muzik Haram, Aksi Suami Fatin Afeefa Sedang Karaoke Dikecam", "Susulan kecaman tersebut, Aliff akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi video di Insta Story miliknya.", "Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai itu berkata video tersebut diambil secara spontan dan  tiada niat untuk menjatuhkan nama mana-mana pihak.", "“Berhubung video saya yang sebelum ini viral, saya ingin buat sedikit penjelasan. Video berkenaan dibuat sangat spontan ketika waktu itu.", "“Sebenarnya kenyataan yang dibuat pada waktu itu ditujukan kepada kawan-kawan saya yang bawa kereta Mustang, kereta AMG yang datang pada hari itu dan tidak dapat masuk untuk sertai event pada hari itu.", "“Bukan secara terbuka untuk hentam mana-mana individu mahupun kumpulan yang membawa kereta tersebut.", "“Memang sangat spontan, semua orang juga tengah berseronok ketika itu. Tiada niat untuk jatuhkan sesiapa. Saya mohon maaf,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/scha-alyahya-tak-suka-orang-biadap-berlagak/
Scha Alyahya Tak Suka Orang Biadap, Berlagak
[ "Pelakon Scha Alyahya meluahkan rasa terkejut apabila dirinya dilabel artis biadap apabila dibandingkan dalam sebuah trend terbaru siapa artis Malaysia sopan atau biadap di laman Twitter.", "Memetik Harian Metro, Scha berkata dia paling pantang dengan orang biadap serta mengakui sebagai manusia pasti ada terlepas pandang.", "BACA: Awal Ashaari & Scha Alyahya Bawa Anak Bercuti Ke Jepun Jika Puasa Penuh", "“Mungkin sedar tak sedar, saya pernah tak tegur orang, tak tersenyum. Jadi, mustahillah kita sebagai manusia ini tak pernah buat salah. Cakap pasal biadap, jauh sangatlah saya nak biadap dengan orang.", "“Saya paling pantang dan tak suka orang biadap, berlagak, sebab bagi saya, tak payah. Pada pengakhirannya, kita semua sama,” katanya.", "Dalam pada itu, Scha turut memohon maaf jika ada peminat yang terguris hati jika ada tindakannya yang tidak disengajakan.", "“Kalau ada yang pernah mengalami hal kurang menyenangkan begitu dengan saya, saya nak minta maaflah. Mungkin saya tak sedarkah, ada masalahkah, tak sengaja.", "“Jadi harap rasa tidak senang itu mungkin daripada saya punya salah yang tak sedar. Maaf kerana buatkan anda terasa begitu,” katanya.", "Sementara itu, Scha berkata menyifatkan trend itu hanya permainan namun meminta orang ramai berhati-hati dengan perkara dikongsikan.", "“Trend kat Twitter begitu, kadang-kadang okay, kadang-kadang tak. Cuma janganlah terlalu taksub sampai jatuh hukum terhadap individu itu. Hati-hati dengan hal yang kita nak cakap, kongsi, label orang.", "“Ini kerana kesannya mungkin mereka tak nampak dan hanya mainan. Tetapi, memberi kesan kepada orang yang kena itu,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/selagi-allah-bagi-kudrat-kemampuan-untuk-beranak-kita-beranak-ramai-ramai-neelofa/
“Selagi Allah Bagi Kudrat & Kemampuan Untuk Beranak, Kita Beranak Ramai-Ramai” – Neelofa
[ "Menerusi satu video, pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz isterinya yang juga selebriti terkenal, Neelofa berhasrat mempunyai ramai cahaya mata.", "PU Riz berkata isterinya mahukan anak ramai seperti dalam pasukan bola namun dia menyerahkan soal rezeki cahaya mata itu kepada Allah.", "BACA: Cepat Lembut & Cair Macam Ais, Neelofa Kongsi Cara Pujuk Suami ", "“Seingat saya, dia (isteri) mahu anak ramai, satu pasukan bola dia nak. Tapi, kita pun tidak ada terhadkan berapa orang anak, yang mana Allah bagi maka kita terima sahaja. Pada saya, anak ini satu perkara yang dekat dengan hati anda dan hati saya,” katanya.", "Dalam video tersebut, Neelofa turut memberikan respon mengenai pendedahan suaminya bahawa dia tidak kisah mempunyai cahaya mata ramai selagi berkemampuan.", "“Boleh saya katakan sebenarnya Pak Ustaz kita ini bertuah sebab isteri dia memang tidak kisah kalau dia ada anak yang ramai.", "“Ada sesetengah orang berkira-kira nak beranak dan nak mengandung ni. Saya kalau boleh tak mahu hadkan jumlah anak. Selagi Allah bagi kudrat dan kemampuan untuk beranak, kita beranak ramai-ramai,”  katanya.", "Dalam pada itu, Neelofa berkata paling penting sebagai ibu bapa juga ada kemampuan untuk membesarkan mereka serta berpendapat anak-anak  merupakan saham akhirat buat dia dan suami.", "“Paling penting sekali kita ada kemampuan untuk jaga dan besarkan anak-anak solehah. Itulah kita punya impian sebab anak-anak ini jadi investment kita di akhirat nanti,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/a-aida-puji-lakonan-ismail-izzani-tak-kisah-netizen-gelar-nobita/
A.Aida Puji Lakonan Ismail Izzani, Tak Kisah Netizen Gelar Nobita
[ "Umum mengetahui, sekarang sedang hangat diperkatakan mengenai drama Bukan Hanya Sekadar Cinta yang dilakonkan oleh Ismail Izzani bergandingan dengan, Sofia Dendroff. ", "Bagaimanapun, ada yang mengkritik pemilihan Ismail sebagai hero drama yang dianggap tidak sesuai sehingga ada yang menyamakannya seperti watak Nobita dalam siri animasi popular Jepun, Doremon.", "BACA: A. Aida & Idris Khan Setuju Selesai Luar Mahkamah, Amelia Henderson Terus Lawan", "Memetik mStar Online, penerbit drama tersebut iaitu Datuk A. Aida berkata perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu serta menganggap Ismail seorang pelakon berbakat.", "“Kalau netizen nak cakap dia macam Nobita, terserahlah tapi dia adalah Nobita kesayangan saya sebab lakonannya memang tidak perlu dipertikaikan.", "“Mail (panggilan Ismail) seorang pelakon yang bagus. Nobita pun Nobita lah. Tapi dia Nobita yang comel. Paling penting lakonannya memang perfect,” katanya.", "Sementara itu, Aida turut mempersoalkan netizen sebelum ini dia pernah dikecam teruk apabila pernah mengeluarkan kenyataan mahu mencari pelakon cantik dan kacak.", "Kata Aida lagi, pemilihan Ismail kerana dia berbakat dan tidak teragak-agak untuk memberikan tawaran berlakon lagi kepada penyanyi itu.", "“Dah dulu semua orang cakap saya ni memilih rupa, sekarang ni ternyatalah A. Aida tidak memilih rupa. Betul tak? Maknanya netizenlah yang pilih rupa. Bagi saya, saya mementingkan bakat juga. Lakonan Mail memang sampai. Dia seorang pelakon yang natural.", "“Saya memang puji sikap dan lakonan Mail dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengambilnya berlakon semula,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/sajat-tak-sabar-nak-balik-malaysia/
Sajat Tak Sabar Nak Balik Malaysia
[ "Meskipun sudah berhijrah ke Australia, namun masih ramai netizen masih mengikuti perkembangan Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.", "Selepas dua tahun menetap di Australia, baru-baru ini menerusi perkongsian video di TikTok, Sajat tidak sabar untuk pulang ke Malaysia.", "BACA: Pakai Skirt Pendek & Bra, Sajat Menari Buat Show Di Australia", "Sajat sempat berseloroh mengatakan pasti ramai peminat di Malaysia tidak sabar untuk bergambar dengannya serta mangatakan dirinya artis nombor satu.", "BENDA YANG SAJAT BUAT BILA BALIK MALAYSIA #sajat #nursajat #fyp #fyp? #viral #fyp??viral ", "“Sajat rasa, kalau Sajat balik Malaysia. Sajat rasa banyak orang nak tangkap gambar dengan Sajat. Kau rasa betul tak? Ha gitu! Artis nombor satu balik.", "“Lagi beberapa tahun sahaja lagi, ni Sajat dah dua tahun. Lagi setahun lebih je, lepastu dah boleh balik dah,” katanya.", "Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan tidak sabar mahu bergambar bersama Sajat. Malah, ada yang sempat mengusik mengatakan akan bentang karpet merah apabila Sajat pulang ke Malaysia." ]
https://www.rotikaya.com/linda-rafar-pandai-mengurut-boleh-baca-hati-orang/
Linda Rafar Pandai Mengurut, Boleh Baca Hati Orang
[ "Lama tak dengar cerita tentang pelakon Linda Rafar. Pasti ramai rindu untuk melihat Linda kembali muncul di kaca televisyen. Rupanya, Linda mendakwa ada rakan artis cuba menutup periuk nasinya.", "Memetik mStar Online, Linda mengakui terkejut apabila mendapat tahu ada rakan artis yang bercakap buruk mengenai dirinya serta membuat dakwaan palsu dia tidak lagi aktif berlakon dan menyanyi.", "BACA: Linda Rafar Mohon Orang Ramai Jangan Post Gambar Makanan, Percutian", "Kata Linda lagi, dia menyedari perkara itu selepas dia kurang menerima tawaran daripada mana-mana pihak produksi.", "“Saya tak sangka apabila ada kawan dalam kalangan selebriti yang nampak baik selalu komen dekat Instagram tapi dekat belakang tak baik dan menutup periuk nasi.", "“Pernah juga bila ada orang tanya nombor telefon saya untuk diberikan tawaran kerja tapi individu tersebut kata yang saya ni tak lagi aktif berlakon.", "“Terkejut juga, patutlah banyak pengurus produksi tidak tawarkan kerja, tapi disebabkan mulut si dia tu orang sangkakan saya mahu berehat sedangkan saya masih lagi aktif,” katanya.", "Dalam pada itu, Linda turut berkongsikan dia mempunyai kebolehan pandai mengurut dan boleh ubatkan mereka yang sakit kepala atau sakit belakang dengan mengurangkan kesakitan.", "“Saya ada kelebihan mengurut orang. Kalau saya urut orang, orang boleh baik. Kalau orang sakit kepala, saya pegang, urut memang baik.", "“Kalau orang tu ada sakit tulang, sakit belakang ke, saya pegang je boleh ubat orang. Saya boleh kurangkan sakit orang tu. Dari kecil keluarga tahu saya gifted dalam mengurut,” katanya.", "Sementara itu, Linda turut mendedahkan dia mempunyai instinct serta kebolehan membaca hati seseorang.", "“Saya ada satu instinct saya boleh tahu hati orang. Saya boleh tahu orang tu suka saya dan tahu jika orang itu tidak suka saya, walaupun orang tu pura-pura macam dia suka.", "“Saya memang ada satu instinct yang kuat yang boleh tahu orang punya hati. Tapi tak naklah cakap kan. Tapi yang paling confirm, keluarga saya cakap kalau saya urut memang baik,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/aris-ariwatan-setuju-masuk-gegar-vaganza-jika-hadiah-utama-rm1-juta/
Aris Ariwatan Setuju Masuk Gegar Vaganza Jika Hadiah Utama RM1 Juta
[ "Penyanyi Aris Ariwatan mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk menyertai pertandingan nyanyian popular Gegar Vaganza sejak musim pertama lagi.", "Memetik mStar Online, Aris bagaimanapun berkata dia akan menyertai pertandingan itu jika ditawarkan hadiah utama bernilai RM1 juta.", "“Saya pernah ditawarkan untuk sertai Gegar Vaganza pada musim pertama lagi tetapi saya masih dengan keputusan saya dan rela dikorbankan untuk kebaikan kecuali diberikan hadiah bernilai RM 1 juta,” katanya.", "Menurut Aris, nilai hadiah berkenaan bukan ditetapkan untuk dirinya tetapi harga pengorbanan yang dilakukan oleh anak-anak seni dan untuk artis veteran.", "“Harga tersebut bukanlah untuk diri saya, tapi harga untuk karier sebagai anak seni tambahan pula selaku artis veteran ini memang mahal.", "“Tak ternilai harganya sebab saya berusia 59 tahun jadi bukan masa untuk sensasi, kontroversi tapi ini merupakan masa untuk berikan sesuatu yang berisi kepada generasi saya,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/hana-azraa-buat-u-turn-berbaik-semula-dengan-pu-abu/
Hana Azraa Buat U-Turn, Berbaik Semula Dengan PU Abu
[ "Hujung tahun lalu hangat diperkatakan mengenai usahawan Hana Azraa yang mendedahkan masih diganggu bekas suaminya, PU Abu.", "Terbaru, Hana berkata dia hatinya terbuka semula menerima suaminya pada bulan Ramadan lalu dan hubungan mereka juga kembali baik.", "Memetik Astro Gempak, Hana berkata dia dan PU Abu kembali menjalani kehidupan sebagai suami isteri namun enggan berkongsi lanjut mengenai perkara itu.", "“Alhamdulillah, ya saya sudah berbaik semula dengan PU Abu. Nak masuk bulan Ramadn adalah turning point saya pilih untuk berbaik dengan dia selepas hampir setahun juga sebenarnya lost contact,” katanya.", "Dalam pada itu, Hana berkata ada banyak hati perlu di jaga serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat hubungan mereka.", "“Saya jadi trauma sebenarnya nak kongsi lebih-lebih sebab banyak hati nak kena jaga. Apa pun, saya harapkan semua orang mendoakan yang baik-baik,” katanya.", "Sebelum ini, Hana dilihat ada memuat naik video pendek bersama PU Abu berserta kapsyen tidak sabar untuk berjumpa dengan suaminya itu, " ]
https://www.rotikaya.com/fasha-sandha-kongsi-tips-kurus-tak-makan-daging-ayam/
Fasha Sandha Kongsi Tips Kurus, Tak Makan Daging & Ayam
[ "Penampilan terkini pelakon Fasha Sandha menjadi bualan ramai apabila dilihat tampil langsing dan cantik sedangkan sudah memiliki tiga cahaya mata.", "Memetik Astro Awani, Fasha berkata bukan mudah untuk menurunkan berat badan, namun dia berjaya membuang sehingga 10 kilogram selepas menimang cahaya mata ketiga.", "“Sejak Oktober lalu, saya jaga pemakanan dan imbangi dengan senaman. Saya juga sudah boleh diet ketat selepas Aisha sudah meminum susu formula,” katanya.", "Menurut Fasha, setiap hari dia hanya makan ikan sahaja dan tidak menyentuh daging serta ayam. Namun, pada hari minggu dia akan makan sepuas hati.", "“Dari Isnin hingga Jumaat, saya tak makan daging dan ayam langsung. Hanya jamah ikan saja. Manakala Sabtu dan Ahad, hari saya ‘melantak’.", "“Saya ini dari jenis genetik besar. Jadi, makan lebih sedikit, badan akan cepat naik. Syukur pengorbanan dan usaha saya nak langsing kali ini dipermudahkan,” katanya.", "Sejak semalam hangat diperkatakan apabila Fasha dilihat ada memuat naik komen seorang wanita merupakan jururawat menuduhnya melakukan pembedahan memotong usus untuk tampil kurus.", "Bagaimanapun, Fasha menafikan tuduhan tersebut serta menjelaskan berat badannya turun bukan dalam masa yang singkat sebaliknya memakan masa enam bulan.", "Difahamkan, individu tersebut telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram selepas tiga dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi." ]
https://www.rotikaya.com/aina-abdul-tiga-jam-tahan-ke-bilik-air-sebab-baju-toto/
Aina Abdul Tiga Jam Tahan Ke Bilik Air Sebab Baju ‘Toto’
[ "Penyanyi Aina Abdul berkongsikan dia terpaksa menahan diri ke tahan selama tiga jam ketika konsert minggu keempat Big Stage baru-baru ini.", "Memetik Utusan Online, Aina berkata dia terpaksa berbuat demikian disebabkan busana rumit yang dipakai seperti membawa tilam dan bantal yang digelar baju toto oleh netizen.", "BACA: “Selain Face Shaming, Ada Yang Mahu Boikot Saya” – Aina Abdul", "“Memang tak pergi (tandas). Saya akan tahan sebab memang sudah diajar begitu. Ikutkan saya tak rasa apa-apa pakai baju begitu, sebab pernah pakai baju yang lebih seksa daripada itu sambil menyanyi. ", "“Pernah masa konsert pakai baju yang susah sambil menyanyi. Kali ini duduk sahaja, tiga jam saya tahan sampai habis sidang akhbar. Lencun juga (berpeluh),” katanya.", "Mengulas mengenai pakaian tersebut dikatakan menghalang pandangan penonton di belakang, Aina berkata isu tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan.", "“Saya tak sangka orang kecam dengan kebesaran baju itu. Juri duduk di atas platform, memang penonton di belakang saya terhalang walau pakai baju simple sekalipun.", "“Saya takut hendak cakap sebenarnya sebab bimbang nanti dituduh riak, sebab itu saya diamkan sahaja sebelum ini,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/cantik-tenang-hub-sukan-rekreasi-iwk-eco-park-pantai-dalam-kini-dibuka-secara-rasmi/
Cantik & Tenang, Hub Sukan & Rekreasi IWK Eco Park @ Pantai Dalam Kini Dibuka Secara Rasmi
[ "Baru-baru ini, syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah merasmikan taman sukan dan rekreasinya, IWK Eco Park @ Pantai Dalam, yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur.", "IWK Eco Park @ Pantai Dalam menawarkan dewan komuniti serbaguna untuk perayaan, majlis, acara korporat, bilik mesyuarat, kawasan untuk berkelah dan BBQ, trek joging dan berbasikal, serta pelbagai kemudahan sukan termasuk gelanggang badminton, futsal, tenis, sepak takraw dan banyak lagi.", "Selain itu, banyak juga kemudahan disediakan untuk memudahkan pengunjung termasuklah parkir kereta yang bertutup dan percuma, surau, dan tandas", "Ia menggabungkan seni landskap dan reka bentuk kejuruteraan yang meliputi kawasan seluas 12 hektar beserta pelbagai kemudahan yang dikelilingi kehijauan alam. IWK Eco Park ini dibina di atas Loji Rawatan Kumbahan (LRK) yang moden dan terbesar di rantau Asia Pasifik iaitu Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 (RSTP2).", "IWK Eco Park yang telah dirasmikan oleh YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital, merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai dijangka bakal menerima permintaan yang tinggidaripada orang awam memandangkan lokasinya yang strategik di samping menawarkan pelbagai kemudahan sukan dan rekreasi.", "“IWK Eco Park sering menjadi pilihan bagi saya menjalankan apa jua aktiviti kemasyarakatan bersama rakyat di sini sejak saya memegang amanah sebagai Ahli Parlimen pada tahun 2018. Ruang ini sesuai untuk semua jenis aktiviti dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada IWK atas segala inisiatif yang telah dan akan dijalankan di IWK Eco Park @ Pantai Dalam”, kata YB Fahmi Fadzil. ", "Menurut Narendran Maniam, Ketua Pegawai Eksekutif IWK, “Pelancaran ini menandakan satu peristiwa penting kerana usaha penambahbaikan di taman ini telah hampir siap bagi keselesaan pengunjung, yang seterusnya dapat merasai pengalaman menarik di sini. Kami turut teruja untuk memaklumkan bahawa taman ini telah pun dibuka sepenuhnya kepada orang ramai bagi menikmati segala kemudahan yang disediakan.”", "“Pelbagai jenis pokok hutan dan spesis burung yang unik dapat anda lihat di sini. Tempat ini sesuai dikunjungi orang awam, agensi kerajaan, syarikat swasta atau individu untuk berekreasi.Kami turut komited dalam menjayakan konsep Malaysia Madani melalui penyediaan tapak perniagaan bagi memberi peluang kepada peniaga kecil menjana pendapatan di sini”, tambah Narendran Maniam.", "Untuk maklumat lanjut mengenai IWK Eco Park @ Pantai Dalam atau membuat tempahan untuk sebarang kemudahan sukan atau rekreasi, sila layari www.ecopark.iwk.com.my atau hubungi 03-22 420 420." ]
https://www.rotikaya.com/nampak-leher-baju-ketat-fesyen-hawa-rizwana-dikritik-netizen/
Nampak Leher & Baju Ketat, Fesyen Hawa Rizwana Dikritik Netizen
[ "Bukan kali pertama penampilannya dikecam, baru-baru ini pengacara Hawa Rizwana sekali menjadi perhatian apabila fesyennya di program MeleTOP dikritik.", "Ketika program tersebut, Hawa dilihat mengenakan busana warna merah jambu berserta tudung rona kuning muda.", "Penampilan Hawa itu dikritik ramai apabila ada yang mengatakan gaya tersebut tidak sesuai dengan imej wanita berhijab.", "Malah, ada menegur gaya tudung dipakai Hawa pada program tersebut didakwa menamaplkan leher dan telinganya.", "Tidak kurang juga, ada yang mengatakan Hawa seolah menjadi mangsa fesyen serta meminta pengacara itu supaya melantik penata gaya." ]
https://www.rotikaya.com/cepat-lembut-cair-macam-neelofa-kongsi-cara-pujuk-suami/
Cepat Lembut & Cair Macam Ais, Neelofa Kongsi Cara Pujuk Suami 
[ "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Dalam rumah tangga pasti akan ada berlaku pertengkaran adakalanya disebabkan perkara remeh.", "Baru-baru ini, menerusi perkongsian di TikTok, selebriti popular, Neelofa ada berkongsikan cara untuk memujuk suaminya, Haris Ismail atau PU Riz.", "BACA: “Kalau Dapat Orang Yang Betul, Ameera Boleh Jadi Isteri Yang Baik” – Neelofa", "Siapa je tak cair kalau macam tu ? tapi yeke pak ustaz tak pernah merajuk ke malu nak mengaku ??? #nunha #neelofaharis ", "“Kalau Ustaz merajuk, nak pujuk dia macam mana… senang je kita kena gosok-gosok sikit, peluk-peluk sikit, cakap minta maaf sayang. Sorry tadi… gelak-gelak sikit. Pastu manja-manjalah sikit, senang yang dia cepat sangat lembut. Dia macam ais, cair terus,” katanya.", "Lebih menghiburkan, PU Riz muncul di akhir video itu serta mengatakan dia bukan merajuk sebaliknya hanya mahu mendidik.", "“Saya mana pernah merajuk. Kita orang lelaki mana merajuk dekat rumah. Kita cuma mendidik,” katanya.", "Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu." ]
https://www.rotikaya.com/anak-bengang-didie-alias-dikritik-tak-pakai-tudung/
Anak Bengang Didie Alias Dikritik Tak Pakai Tudung
[ "Anak sulung kepada pelakon Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah meluahkan rasa kesal apabila ada netizen yang mengkritik imej ibunya yang tidak berhijab.", "Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Dhaniyah memuat naik komen negatif yang ditujukan buat ibunya yang mengatakan lebih elok jika aktres itu menutup aurat memandangkan umur sudah lanjut.", "BACA: “Arwah Hidap Sakit Jantung Sejak 3 Tahun Lalu, Rahsiakan Takut Tiada Tawaran Kerja” – Didie", "Dhaniyah turut menulis bahawa Allah tahu usaha seseorang itu untuk ke arah kebaikan dan tidak perlu menghakimi secara melebih-lebih.", "“Allah sahaja tahu usaha seseorang untuk ke arah kebaikan, tak payahlah nak judge lebih-lebihkan.  Dia (Didie) mencuba, saya tahu,” tulisnya.", "Dalam pada itu, Dhaniyah berkata disebabkan komen yang disifatkan melampau itu dia tidak boleh menjadi public figure seperti ibunya serta Allahyarham bapanya, Ridzuan Hashim.", "Untuk rekod, selain Dhaniyah, Didie mempunyai empat lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan arwah Ridzuan iaitu Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza dan Nur Diyana." ]
https://www.rotikaya.com/saya-tak-tahu-kenapa-saya-perlu-buang-gambar-abang-kazar/
“Saya Tak Tahu Kenapa Saya Perlu Buang Gambar Abang Kazar…”
[ "Baru-baru ini, perkongsian pelakon Fasha Sandha menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama pelakon veteran, Kazar Saisi sehingga dikecam.", "Memetik Astro Gempak, Fasha berkata perkongsiannya itu ada untuk mempromosikan drama yang mereka berdua jalani penggambaran bersama.", "“Sebelum ini saya berlakon dengan dia untuk drama terbitan Jalena Rejab Bang Maznah datang sebagai Maznah dan untuk drama Tiga Sekawan Aidiladha saya sebagai cik Ainun janda yang menjadi rebutan.", "“Saya tak tahu kenapa saya perlu buang gambar abang Kazar kerana dia turut berlakon dalam drama tersebut dan dia menjadi pilihan penerbit dan stesen TV tersebut,” katanya.", "Menurut Fasha, dia hanya menjalankan tanggungjawa sebagai pelakon dan tidak pernah masuk campur dalam hal peribadi pelakon lain.", "“Saya pula hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelakon. Setiap pelakon perlu membuat posting untuk promosi drama tersebut.", "“Saya tidak pernah campur hal peribadi mana-mana pelakon, saya hanya menjalankan tugas dan komitmen sebagai pelakon. Apa apa pun terima kasih kepada yang mengambil berat. Saya amat hargai,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/takkan-saya-nak-pakai-macam-sami-pergi-kuil-tak-masuk-akal-dsv/
“Takkan Saya Nak Pakai Macam Sami, Pergi Kuil? Tak Masuk Akal” – DSV
[ "Baru-baru ini tular video memaparkan seorang wanita memakai pakaian seperti sami Buddha sambil menyebut ‘Bismillah’ dikatakan mirip seperti usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida.", "Memetik Kosmo, Vida menafikan dirinya adalah sami wanita yang tular dalam video berkenaan. Kata Vida lagi, dia tidak tergamak menyekutukan Allah lebih-lebih lagi demi konten.", "BACA: “Diam Sebab Nak Kahwin? Tunggu Saja Berita Baik” – DSV", "“Bukan saya! Saya tahu sudah buat bermacam-macam benda, tapi saya tidak tergamak untuk mendua atau menyekutukan Allah SWT.", "“Apa yang kalian lihat dalam media sosial itu bukan saya. Ramai ‘serang’ cakap itu saya tanpa bertanyakan sendiri kepada tuan badan.", "“Saya tidak akan pernah sesekali menduakan Tuhan kerana walaupun saya suka tampil dengan imej pelik, terpekik terlolong dan suka mengusik dalam media sosial, saya tahu batasan sebagai seorang Muslim,” katanya.", "Dalam pada itu, Vida berkata dia tidak kisah dengan tomhaman dilemparkan netizen kerana individu itu bukan dirinya dan perkara itu tidak masuk akal.", "“Biarlah orang nak kata apa. Saya cuma jelaskan situasi sebenar bahawa wanita itu bukan saya. Takkan saya nak pakai macam sami Buddha dan pergi ke kuil? Memang tak masuk akal dan bila masa pula saya pergi Nepal?” jelasnya.", "Difahamkan, wanita tersebut merupakan seorang penyanyi kelahiran Turkiye bernama Bulent Ersoy dan beragama Islam." ]
https://www.rotikaya.com/balik-kelantan-pakai-sopan-sabronzo-dolla-tak-kisah-dituduh-fake/
Balik Kelantan Pakai Sopan, Sabronzo Dolla Tak Kisah Dituduh ‘Fake’
[ "Sebut saja kumpulan Dolla, pasti ramai tahu ianya dianggotai oleh empat orang gadis cantik yang digelar BlackPink Malaysia.", "Salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Sabronzo berkata dia tidak berkecil hati apabila ada netizen menggelarkan dirinya ‘fake’ kerana berpakaian sopan ketika menyambut raya di Kelantan baru-baru ini.", "Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, Sabronzo dilihat mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bertudung.", "Memetik mStar Online, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli berkata dia tidak kisah dengan kecaman tersebut dan tetap melayan peminat dengan baik.", "Menurut Sabronzo, ada masa dia akan tetap memakai berbaju kurung di bandar dan dia tidak kisah dengan pendangan orang terhadap dirinya.", "“Yang kata saya fake tu… sebenarnya apabila ada di bandar pun saya tetap pakai baju kurung juga, saya tak kisah pun orang nak cakap apa atau beri pandangan begitu terhadap saya.", "“Kami pun ada peminat baharu, jadi mereka yang belum kenal pasti akan bertanyakan soalan yang sama mengenai pemakaian, kontroversi seksi mahupun apa saja. Tak apa, kami okay untuk jelaskan kepada mereka terutamanya persoalan mengenai Dolla,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/dinobat-hero-malaya-idaman-wanita-sharnaaz-tanya-dah-habis-fikir-ke-tu/
Dinobat Hero Malaya Idaman Wanita, Sharnaaz Tanya Dah Habis Fikir Ke Tu?
[ "Baru-baru ini, majalah Glam telah menobatkan pelakon Sharnaaz Ahmad antara 10 Hero Malaya Idaman Wanita mengikut hasil daripada tinjauan mereka.", "Perkara itu dikongsikan semula oleh Sharnaaz di Insta Story yang memuat naik posting dibuat oleh majalah berkenaan.", "Namun, apa yang menjadi perhatian apabila Sharnaaz bertanyakan sama ada sudah habis fikir atau tidak untuk memberikan gelaran tersebut.", "“Dah habih pikiaq ka bagi aku nombor 1?” tulisnya beserta emoji ketawa.", "Difahamkan, Sharnaaz berada di kedudukan pertama diikuti dengan Shaheizy Sam dan Hun Haqeem di tempat ketiga.", "Untuk rekod, Sharnaaz memulakan karier sebagai anak seni pada tahun 2009 apabila menyertai pertandingan 50 Most Eligible Bachelor." ]
https://www.rotikaya.com/kami-nak-berbaik-demi-anak-anak-puteri-sarah/
“Kami Nak Berbaik Demi Anak-Anak” – Puteri Sarah
[ "Pelakon Puteri Sarah berkata dia dan suaminya, Syamsul Yusof sepakat akan mengakhiri masalah rumah tangga secara baik.", "Memetik Harian Metro, Puteri Sarah berkata dia juga tidak mahu bergaduh dan mereka akan berbaik demi dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.", "“Kami nak jadi kawan baik saja. Insya-Allah takkan ada ‘plot twist’ lagi. Kami memang capai kata sepakat hendak akhiri kemelut ini secara baik. Saya sendiri tidak menyangka ada ‘plot twist’ dalam kehidupan saya apabila Syamsul hendak berbaik baru-baru ini.", "“Kalau boleh hendak kekal begitu kerana kita tidak mahu bergaduh. Kami sudah membuat keputusan hendak berbaik demi anak-anak,” katanya.", "Dalam pada itu, Sarah turut berkongsikan mengenai buku yang diterbitkannya itu bakal mendedahkan kisah peribadinya yang belum dikongsikan kepada umum.", "“Saya ada maklumkan kepada Syamsul mengenai pelancaran buku ini, tetapi saya beritahu dia ia bukan mengenai kehidupan kami sebaliknya perjalanan hidup saya. Ada juga diselitkan mengenai Syamsul, namun semua yang baik-baik saja.", "“Ini mungkin satu kelebihan yang Allah berikan kepada saya yang mana mendapat keluarga dan mentua yang sangat baik. Saya gembira kerana biarpun Allah ambil satu bahagian tetapi Dia beri yang lain pula sebagai ganti. ", "“Jadi, saya tidak terlalu sedih dengan apa yang terjadi kerana Allah menggantikan dengan sesuatu yang berharga,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/selain-face-shaming-ada-yang-mahu-boikot-saya-aina-abdul/
“Selain Face Shaming, Ada Yang Mahu Boikot Saya” – Aina Abdul
[ "Sebut saja nama Aina Abdul, pasti semua tahu penyanyi itu sering tampil dengan imej dan fesyen luar biasa serta lain daripada yang lain.", "Namun, penampilannya sebagai juri tetap program realiti Big Stage menimbulkan rasa kurang senang netizen sehingga ada yang mengkritik penyanyi itu.", "Memetik Harian Metro, Aina mengakui terkejut dengan respon diberikan oleh netizen mengenai imej tilam yang digayakan pada Ahad lalu.", "Menurut Aina, dia hanya mengikut tema konsert berkenaan dan menyangkakan akan menerima komen menghiburkan mengenai penampilannya itu.", "“Saya tampil dengan imej itu kerana mengikut tema galau pada minggu keempat program Big Stage dan ada mesej yang mahu disampaikan kepada penonton.", "“Imej katil atau tilam itu sesuai untuk meluahkan perasaan galau itu. Saya fikir imej itu akan mendapat komen yang menghiburkan kerana pernah pakai baju yang lebih besar dari itu,” katanya.", "Dalam pada itu, Aina berkata dia menerima komen melampau daripada netizen termasuk face shaming serta ada yang mahu memboikotnya gara-gara imejnya itu.", "“Selain ‘face shaming’, ada netizen yang mahu boikot saya kerana imej dan penampilan berbeza yang ditampilkan. Sedangkan, selain imej dan penampilan, saya juga sudah habiskan ribuan ringgit untuk menjaga wajah dan tubuh sebagai selebriti,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/haqiem-rusli-sedang-pujuk-isteri-bertudung-semula/
Haqiem Rusli Sedang Pujuk Isteri Bertudung Semula
[ "Umum mengetahui, susulan keputusannya tidak lagi berhijab, isteri kepada Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea dikecam teruk oleh netizen.", "Memetik mStar Online, Haqiem berkata dia menyedari kesilapan isterinya itu dan kini sedang memujuk Anis untuk kembali berhijab semula.", "BACA: Haqiem Rusli Enggan Dedah Punca Isteri Buka Tudung, Tak Benarkan Anis Ditemubual", "“Saya akui perkara itu adalah salah dan kelemahan saya sebagai suami, lagipun sudah menegur Sofea (isteri) mungkin cara saya agak lembut.", "“Saya tak boleh nak paksa dan marah pula nanti jadi suami dayus, saya terima segala teguran dan komen netizen, netizen boleh saja nak DM kami beri nasihat… yang kenalan rapat tu jangan cakap belakang, tak puas hati cakap depan saja,” katanya.", "Dalam pada itu, Haqiem berkata bukan semua benda dia kongsikan di media sosial serta meminta peminat mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka.", "“Tak semua perkara saya nak kongsi di media sosial, macam sekarang ini saya dalam proses untuk memujuk isteri saya dan membaik pulih keadaan ini, doakan baik-baik saja untuk kami,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/daddy-kalau-pergi-party-berjimba-tak-akan-kongsi-di-media-sosial-azhar-sulaiman/
“Daddy Kalau Pergi Party, Berjimba, Tak Akan Kongsi Di Media Sosial” – Azhar Sulaiman
[ "Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona apabila tular videonya bermandi manda di sungai dengan hanya memakai bikini putih.", "Menerusi satu perkongsian di TikTok, Azhar ada memuat naik video menitipkan nasihat buat anaknya itu supaya lebih bijak sebelum berkongsikan sesuatu di media sosial.", "Pelakon berusia 52 tahun itu turut anaknya itu perlu jadi bijak dan sensitif memandangkan pengikutnya di media sosial majoriti beragama Islam.", "“Hello Leona, apa-apa pun hari ini daddy nak kongsi satu rahsia dengan awak, macam mana daddy boleh kekal lama dalam industri hiburan.", "“Okay pertama sekali awak kena jadi bijak lah, ingat majoriti orang yang mengikuti kita adalah Melayu Islam. Tolong jadi sensitif dengan penghasilan kandungan awak,” katanya.", "Dalam pada itu, Azhar sempat berkongsikan mengenai gaya hidupnya untuk dijadikan rujukan buat anaknya serta sempat berseloroh supaya Leona merahsiakan perkara itu daripada ibunya.", "“Kedua, jadi bijak lah. Macam daddy kalau pergi party, changkat, berjimba ke, private party, saya tak akan kongsi di media sosial. Jadi, saya bijak. Awak pun kena buat perkara yang sama.", "“Jangan beritahu mummy perkara ini sebab dia tak ada akaun TikTok, okay! Awak jaga diri kat sana, jadi budak baik,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/ubai-tertekan-soal-kewangan-shila-amzah-utamakan-nafkah-wajib-insurans/
Ubai Tertekan Soal Kewangan, Shila Amzah Utamakan Nafkah Wajib & Insurans
[ "Selamat mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu, penyanyi Shila Amzah berkata tunangnya, Ubai mengakui tertekan mengenai soal kewangan memandangkan sumber pendapatannya lebih kukuh.", "Menerusi perkongsian di Insta Story, Shila menyedari tidak mungkin Ubai akan mencapai pendapatan seperti diperolehnya namun nafkah wajib serta insurans sudah cukup baginya buat masa sekarang.", "BACA: Muda 4 Hari, Syada Amzah Tak Nak Panggil Ubai ‘Abang’", "“Kami banyak berbincang tentang soal ini. Sejujurnya dia tertekan tapi saya cakap dengan dia, usaha dan doa. Untuk dia capai seperti saya sekarang memang tak mungkin.", "“Asalkan kita dapat selesaikan nafkah apa yang patut, insurans dan perancangan beli rumah, itu sudah mencukupi buat masa sekarang,” katanya.", "Difahamkan, salah seorang peminat bertanyakan bagaimana Shila dan Ubai merancang kewangan mereka kerana dilihat penyanyi itu mempunyai pendapatan lebih besar.", "Dalam pada itu, Shila berkata dia kasihan dengan Ubai yang perlu bekerja keras untuk merapatkan jurang kehidupan mereka.", "“Kasihan dia umur 25 tahun tapi kena ‘pecut’ untuk nak sama tara dengan saya. Saya cakap buat sehabis daya, ditahap mana rezeki yang Allah bagi buat masa sekarang ini pun dah cukup,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/puteri-sarah-terbitkan-buku-tak-jaja-kisah-peribadi/
Puteri Sarah Terbitkan Buku, Tak Jaja Kisah Peribadi
[ "Pelakon Puteri Sarah meluahkan rasa terharu apabila bukunya berjudul Puteri Sarah : Terus Melangkah akan mula dijual bermula 31 Mei ini.", "Memetik Xtra, Puteri Sarah berkata buku tersebut tiada kene mengena mahupun menjaja kisah peribadinya termasuk kes mahkamah melibatkan dirinya dan suami, Syamsul Yusof. Puteri Sarah berkata dia juga sudah pun memaklumkan kepada Syamsul mengenai penerbitan buku", "“Buku ni memang tak ada kena mengena dengan kes, memang dah tapis. Actually, Sarah pun dah bagitau kat Syamsul yang saya nak keluarkan buku. Saya kata ‘I nak keluarkan buku tau, tapi tak ada kena mengena dengan you.. respons dia, dia kata okay’,” katanya.", "Berkongsi lanjut mengenai buku itu, Sarah berkata antara bab yang paling dekat dihatiny apabila dia berkongsikan mengenai sumber kekuatannya iaitu kedua ibu bapa, mentua serta anak-anaknya.", "Puteri Sarah turut mendedahkan dia banyak menitiskan air mata sepanjang menyiapkan naskhah berkenaan. Jelasnya lagi, buku itu tidak membuka aib sesiapa mahupun cerita yang tidak elok.", "“Memang sepanjang proses untuk siapkan naskhah ni, memang banyak kali saya  menitiskan air mata termasuk orang-orang yang memberikan input untuk siapkan buku ini.", "“Buku ini bukan cerita benda yang tidak elok atau membuka aib sesiapa, hanya menceritakan perkara yang baik-baik sahaja.", "“Ini sisi lain yang tak pernah saya kongsikan kepada umum. Saya nak benda ni diketengahkan dan dijadikan iktibar buat orang ramai diluar sana,” jelasnya.", "Dalam pada itu, ditanya mengenai hubungannya dengan Syamsul, Puteri Sarah mengakui sudah pun berbaik dengan suaminya.", "“Kita dah baik lah dengan dia… kita dah jadi friend-friend dah yang penting kena tulis yang baik-baik pasal dia,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/haqiem-rusli-enggan-dedah-punca-isteri-buka-tudung-tak-benarkan-anis-ditemubual/
Haqiem Rusli Enggan Dedah Punca Isteri Buka Tudung, Tak Benarkan Anis Ditemubual
[ "Penyanyi Haqiem Rusli enggan mendedahkan punca sebenar isterinya tercinta, Anis Sofea membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab.", "Memetik Astro Gempak, Haqiem berkata biarlah perkara itu menjadi rahsia peribadi buat mereka suami isteri.", "“Hal itu saya tak boleh cakap kerana ia privasi. Biar saya, isteri dan Tuhan sahaja yang tahu,” katanya.", "Dalam pada itu, Haqiem berkata dia mengakui mereka tidak berada di pihak yang benar, malah dia dan isteri menerima nasihat dengan terbuka asalkan tidak berlebihan.", "“Kalau waktu zaman saya mula-mula berkecimpung dahulu, mungkin saya penat nak lalui komen-komen netizen Tapi sekarang saya dah lali dan tahu game mereka.", "“Bagi saya, kalau nak beri nasihat, ada fasa-fasanya. Apa yang baik kita ambil dan perbaiki. Saya tegaskan sekali lagi, saya tak kata kami benar, mana yang ok, kami ambil,” katanya.", "Sebelum menemu bual Haqiem, pihak Gempak cuba untuk menemubual Anis Sofea namun penyanyi itu tidak membenarkan isterinya untuk memberi sebarang kenyataan.", "“Biarlah benda ni saya hadap seorang. Saya tak nak libatkan mana-mana pihak. Mungkin sebab saya juga dia dapat publisti besar. Biar saya sahaja yang hadap.", "“Berkenaan akan bawa ke majlis-majlis terbuka selepas ini, saya sebagai suami kalau tak ajak dia… it dah kecilkan hati dia. Mana lebih bagus? Ajak atau tak ajak? Doakanlah, mungkin benda boleh kembali Daik seperti dahulu,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/berhenti-jalani-fisioterapi-bahagian-belakang-zamani-kembali-sakit/
Berhenti Jalani Fisioterapi, Bahagian Belakang Zamani kembali Sakit
[ "Penyanyi Zamani berkata bahagian belakangnya masih lagi rasa sakit disebabkan kesalahannya sendiri yang tidak menjalani rawatan fisioterapi yang ditetapkan.", "Memetik mStar Online, selepas hampir enam bulan menjalani pembedahan tulang belakang akibat penyakit scoliosis, Zamani berkata dia tidak berkesempatan menjalani rawatan kerana jadual kerjanya yang sibuk.", "“Apa yang saya lihat, jika tidak melakukan fisioterapi memang ada sedikit kesan iaitu bahagian belakang saya mula terasa sakit. Rawatan ini sebenarnya saya harus lakukan sehinggalah saya pulih sepenuhnya. Tapi saya hanya buat sebulan setengah dan kemudian berhenti,” katanya.", "Kata Zamani lagi, doktor memberitahu keadaannya semakin baik dan bakal menerima rawatan susulan dua minggu lagi. ", "Kata doktor lagi, keadaan bongkok yang dialami sebelum ini tiada potensi untuk berlaku lagi melainkan jika dia tidak menjaga kesihatan dengan baik.", "“Mula-mula saya kena buat fisioterapi seminggu dua kali. Kemudian dah sampai tahap dua minggu sekali yang saya skip tu. Doktor kata progress saya okay, jadi saya pun yakinlah. Cuma lepas saya skip fisioterapi punca sakit tu datang kembali.", "“Doktor kata kemungkinan untuk bongkok semula itu tidak besar sebab kalau bedah masalah cakera (disc) boleh kena balik tapi macam saya punya ini susah sikit untuk jadi semula macam dulu kecuali kalau tidak dijaga dengan betul,” katanya.", "Dalam pada itu, Zamani berkongsikan sehingga kini dia masih tidak boleh untuk duduk bersila di atas lantai namun tiada masalah kesihatan lain.", "“Sampai hari ini saya masih belum boleh duduk di atas lantai atau bersila. Duduk antara dua sujud untuk solat pun tidak boleh.", "“Kalau solat, saya memang memerlukan kerusi tetapi yang lain memang tiada masalah. Hanya duduk di atas lantai lagi masih belum boleh,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/sharnaaz-ahmad-nafi-dah-bertunang-hanya-gimik/
Sharnaaz Ahmad Nafi Dah Bertunang, Hanya Gimik
[ "Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular perkongsian mengenai pelakon Sharnaaz Ahmad lengkap berbaju Melayu biru bersama anak lelakinya, Jebat Jayden.", "Turut kelihatan di atas pelamin seorang wanita yang turut mengayakan persalinan sedondon biru namun menutup wajah dengan bunga tangan yang dipegangnya sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen.", "Bagaimanapun segalanya terjawab apabila Sharnaaz menafikan dakwaan dia sudah mengikat talit pertunangan dengan Amelia Christie. Memetik Kosmo, Sharnaaz berkata apa yang dikongsikannya dalam Instagram hanyalah gimik semata-mata.", "Dalam pada itu, Sharnaaz berkata dia ada sebab tersendiri mengapa foto itu dipadam selepas beberapa minit ianya dimuat naik di Instagram.", "“Malas nak layan. Saya banyak kerja sebab itu, saya padam gambar. Tunggu ‘posting’ yang dah betul nanti. Lantak merekalah nak tulis apa dah memang kerja mereka. Tunggu muat naik yang sudah disunting nanti,” katanya.", "Sementara itu, Sharnaaz turut menegaskan foto dikongsikannya itu tidak langsung menampakkan wajah wanita di atas pelamin namun netizen yang membuat spekulasi sendiri.", "“Apa benda? Mana ada Amelianya (dalam gambar dikongsikan). Jangan memandai mat,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/farid-kamil-dedah-dah-lebih-10-kali-cuba-berbaik-dengan-diana/
Farid Kamil Dedah Dah Lebih 10 Kali Cuba Berbaik Dengan Diana
[ "Pelakon Farid Kamil berkata dia tetap dengan pendiriannya untuk menyelamatkan rumah tangga dengan isteri tercinta, Diana Danielle.", "Memetik Harian Metro, Farid berkata dia melihat masih ada harapan dan cinta dalam rumah tangga mereka yang sudah dibina 11 tahun.", "“Saya sangat positif. Kita sentiasa berfikir begitu kerana kita nampak, masih lagi ada harapan, masih ada tanggungjawab, masih ada masa depan dan masih ada cinta,” katanya.", "Dalam pada itu, Farid berkata dia sudah melakukan pelbagai usaha untuk memujuk hati isterinya itu dimana sudah lebih 10 kali percubaan dilakukan.", "“Dari awal sampai sekarang, apa yang saya cuba buat adalah mempertahankan keluarga saya dan mempertahankan perkahwinan kami.", "“Banyak dah usaha dan saya rasa, dah lebih 10 kali percubaan saya buat untuk berbaik semula. Tapi, kata orang, sentiasa ada halangan yang tak sepatutnya. Belum sampai waktunya dan waktu itu akan tiba. Insya-Allah,“ katanya.", "Difahamkan, semalam selain prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka, turut berlaku prosiding sebutan pertama bagi kes nusyuz yang difailkan oleh pihak Farid pada 6 April lalu.", "Tuntutan nusyuz dibuat berikutan Farid tidak dibenarkan pulang ke rumah dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami." ]
https://www.rotikaya.com/aliff-syukri-pernah-terfikir-nak-bercerai-isteri-tak-faham-dirinya/
Aliff Syukri Pernah Terfikir Nak Bercerai Sebab Isteri Tak Faham Dirinya
[ "Usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia pernah terfikir untuk berpisah dengan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sebelum ini.", "Memetik mStar Online, Aliff berkata banyak faktor yang mendorong hubungan mereka menjadi dingin, namun bersyukur rumah tangga mereka masih dapat diselamatkan.", "BACA: “Hidup Ni Perlu Lawak, Bukannya Ada Adegan Ramas-Meramas Pun” – Aliff Syukri", "Menurut Aliff lagi, dia merasakan isterinya tidak memahami dirinya yang suka dibelai, dipuji dan dimanja. Kata Aliff lagi, isterinya kini melayannya dengan lembut sejak beberapa tahun ini.", "“Dalam melayari perkahwinan sepanjang 16 tahun ni, mungkin 10 tahun itu bergaduh dan enam tahun tu berbaik jadi waktu tu baru dapat rasai nikmat berkahwin… sebab isteri saya ni kurang faham saya, sebab itulah terhasilnya lagu cuba mengerti perasaan ku.", "“Isteri tak faham saya sebab karakter dia lebih kepada lelaki, saya pula kepada wanita yang suka dibelai, dipuji dan manja, dalam masa 16 tahun tempoh perkahwinan ni mungkin beberapa tahun kebelakangan ini baru isteri layan saya dengan lembut.", "Dalam pada itu, Aliff berkata dia pernah mahu mengambil keputusan untuk berpisah kerana ketika itu masing-masing lebih fokus kepada kehidupan sendiri dan perniagaan.", "“Waktu bergaduh tu secara jujurnya saya pernah nak ambil keputusan untuk bercerai dan isteri pun rasa perkara yang sama sebab waktu tu juga saya lebih fokus kepada kehidupan sendiri, perniagaan malah kurang berkawan dengan orang,” katanya.", "Datuk Seri Aliff Syukri mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Nur Shahida pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim." ]
https://www.rotikaya.com/minum-susu-pun-salah-lainlah-minum-arak-baby-shima/
“Minum Susu Pun Salah, Lainlah Minum Arak” – Baby Shima
[ "Baru-baru ini perkongsian penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dirinya minum botol susu sehingga menerima kecaman.", "Menerusi perkongsian di Insta Story, Shima turut tidak faham mengapa videonya minum susu menjadi isu di kalangan netizen. Menurut Shima lagi, minuman yang diminumnya itu adalah susu dan bukannya alkohol.", "BACA: Terima Mesej Ajak ‘Main’, Baby Shima Dedah Wajah Lelaki Miang", "Dalam pada itu, Shima turut mengajak siapa yang mahu merasai meinuman dengan menggunakan botol susu boleh membuat pesanan.", "“Taulah ramai yang tak pernah rasa…taunya asyik mengata je, mau tapi malu kan…", "“Entah-entah korang pun nak try kan? Meh order dengan Shima. Dont worry sesama kita je tau, Shima tak cerita orang lain,” tulisnya." ]
https://www.rotikaya.com/diana-danielle-nafi-terima-8-cincin-daripada-farid-kamil/
Diana Danielle Nafi Terima 8 Cincin Daripada Farid Kamil
[ "Pelakon Diana Danielle menafikan dakwaan yang dibuat suaminya, Farid Kamil bahawa dia menerima lapan bentuk cincin.", "Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Diana berkata Farid memberikan cincin berkenaan kepada anak lelaki mereka, Muhammad untuk diserahkan kepadanya.", "BACA: Farid Kamil Nak Bawa Isteri & Anak-Anak Rai Aidiladha Di Kedah", "Menurut Diana lagi, dia tidak selesa mengenai perkara itu namun mengambil keputusan untuk tidak memberikan sebarang reaksi mengenai pemberian berkenaan.", "“Sebenarnya saya tidak menerima lapan bentuk cincin itu. Farid memberi kepada anak lelaki kami, Muhammad dan meminta menyerahkan kepada saya. Saya tidak selesa mengenai perkara tersebut dan memilih untuk tidak memberi sebarang reaksi,” tulisnya.", "Dalam pada itu, Diana berkata dia tidak pernah mengucapkan terima kasih di atas pemberian perbekaan malah sudah menolak melalui peguamnya. Malah, Diana turut meminta suaminya itu tidak memberikan sebarang hadiah melalui anak-anak lagi.", "“Saya juga tidak pernah mengucapkan terima kasih kerana menolak cincin tersebut melalui peguam saya. Namun dia menggunakan anak lelaki untuk menyerahkan kepada saya. Sekarang dah terbuka mengenainya, tolong jangan berikan sebarang hadiah melalui anak-anak lagi,” tulisnya.", "Hari ini, Farid yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari memberitahu isterinya sudah menerima barangan kemas yang diberikan melalui dua anak mereka iaitu Muhammad dan Aurora." ]
https://www.rotikaya.com/syafiq-kyle-tunjuk-jari-tengah-masa-workout-buat-peminat-terkejut/
Syafiq Kyle Tunjuk Jari Tengah Masa Workout Buat Peminat Terkejut
[ "Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Syafiq Kyle dilihat tiba-tiba menunjukkan jari tengah ketika sedang bersenam di sebuah gim.", "Difahamkan, video tersebut dimuat naik di TikTok oleh seorang pengguna bernama Captain Joe memaparkan aktor itu memakai seluar pendek tanpa baju.", "BACA: “Kalau Ada Ujian Bertunang Sekalipun Tak Akan Saya Nak Kongsikan” – Syafiq Kyle", "Kelihatan Syafiq mengangat weight plate sambil diperhatikan jurulatih dan selesai cabaran pelakon itu memberikan jari tengah.", "Seperti sudah dijangka, tindakan Syafiq itu menundang kritikan netizen yang mempersoalkan tujuan pelakon itu menunjukkan tanda isyarat tersebut." ]
https://www.rotikaya.com/saya-takut-beranak-tapi-buat-sedap-rebecca-nur-islam/
“Saya Takut Beranak Tapi Buat Sedap…” – Rebecca Nur Islam
[ "Baru-baru ini, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam tampil berkongsi pengalamannya melahirkan enam orang cahaya mata dalam satu sesi ‘podcast’ bersama Datuk Rosyam Nor dan Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan.", "Menurut Rebecca, dia mengakui takut untuk melahirkan anak dan memilih kaedah pembedahan untuk keenam-enam anak yang dikandung.", "BACA: Rebecca Sebak Kongsi Detik Cemas, Suami Sesak Nafas Tapi Semua Hospital Penuh", "Berkongsi lanjut, Rebecca berkata dia mempunyai perasaan takut setelah menonton video bersalin secara normal di  YouTube.", "“Saya takut beranak sebenarnya. Jadi, sewaktu hamilkan anak pertama selepas dua tahun berkahwin, saya ada masalah dan menangis di saat-saat mahu melahirkan, menangis pada mak saya.", "“Saya takut ni, tak dapat nak bayangkan macam mana terbuka itu ini. Saya membayangkan. Jadi, saya pergi jumpa doktor dan tanya doktor.", "“Doktor, saya takut sangat nak beranak sebab saya tengok YouTube. Jadi, saya buat permintaan untuk melahirkan secara pembedahan,” katanya.", "Katnaya lagi, doktor sudah memberi saranan untuk bersalin secara normal, namun perasaan takut membuatkan dia tekad untuk pilih kaedah pembedahan untuk melahirkan keenam-enam anaknya.", "“Saya dah rasa macam (pengalaman lahirkan anak pertama) penjagaan kaedah pembedahan itu saya rasa saya boleh daripada normal.", "“Jadi, saya cakap dengan doktor, saya minta izin untuk beranak secara pembedahan sebab saya rasa tak nak rasa sakit kan…rupanya, rasa sakit selepas bersalin,” katanya.", "Dalam pada itu, Rebecca turut tegas dengan pendirian berpantang selama 100 hari dan melarang suami untuk ‘bersentuhan’.", "“Selisih malaikat 44 (suami isteri bersama selepas seminggu berpantang). Bentanlah bini tu, tak sihat. Saya berpantang 100 hari, ‘no touch me’ dan saya berpantang di bilik lain.", "“Sebab tu body saya masih maintain. Saya kena puji diri saya sendiri. Saya maintain berat saya seperti zaman anak dara sebenarnya sebab saya amat menjaga diri sewaktu berpantang,”katanya.", "Untuk rekod, Rebecca berkahwin dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al- Raffael, 7, Nor Ahmed Al- Reaggan, 5, dan Nor Aurora Riana, 4 dan Nor Ammar Al-Rizky lahir pada 12 Mei lalu." ]
https://www.rotikaya.com/farid-kamil-nak-bawa-isteri-anak-anak-rai-aidiladha-di-kedah/
Farid Kamil Nak Bawa Isteri & Anak-Anak Rai Aidiladha Di Kedah
[ "Pelakon Farid Kamil tetap positif untuk membawa isterinya, Diana Danielle serta anak-anak mereka pulang ke kampungnya di Kedah untuk menyambut Hari Raya Haji pada Jun ini.", "Memetik Harian Metro, Farid berkata dia akan berusaha mencari jalan apatah lagi dia sangat berharap dapat kumpul bersama keluarga di kampung.", "“Saya berharap sangat ingin membawa isteri dan anak-anak pulang ke kampung untuk kami meraikan Aidiladha kali ini bersama-sama sebagai satu keluarga.", "“Memang saya ada merancang untuk beraya di kampung seperti biasa, jadi untuk itu saya akan berusaha mencari jalan membawa mereka balik merayakan Aidiladha nanti,” katanya.", "Hari ini, Farid hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam  bagi sebutan semula inter-parte (kedua-dua pihak) dengan isteri, Diana Danielle berhubung hadanah interim dua anak mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora.", "Sebelum ini, Farid berpeluang meraikan Hari Raya bersama anak sulung, Muhammad selama seminggu di Kedah." ]
https://www.rotikaya.com/sedondon-biru-atas-pelamin-sharnaaz-ahmad-dah-bertunang/
Sedondon Biru Atas Pelamin, Sharnaaz Ahmad Dah Bertunang?
[ "Tiada angin tiada ribut, perkongsian pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar lengkap berbaju Melayu biru bersama anak lelakinya Jebat Jayden.", "Turut kelihatan di atas pelamin seorang wanita yang turut mengayakan persalinan sedondon biru namun menutup wajah dengan bunga tangan yang dipegangnya.", "Menerusi perkongsian itu, Sharnaaz turut mengatakan dirinya bukan lagi seorang duda. Sharnaaz turut meletakkan tanda pagar pada perkongsian itu #MamuKenaGari #SxAeday dan #DalamHatiAdaTaman.", "Bagaimnapaun, difahamkan perkongsian itu telah pun dipadam oleh aktor itu selepas beberapa minit ianya dimuat naik.", "Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai Sharnaaz yang dikatakan menjalin hubungan cinta dengan pelakon Amelia Christie dan mengakui sedang berkenalan rapat." ]
https://www.rotikaya.com/status-noor-nabila-cetus-tanda-tanya/
Status Noor Nabila Cetus Tanda Tanya
[ "Sejak Februari lalu, rumah tangga Noor Nabila dan suaminya, Engku Emran hangat diperkatakan apabila didakwa menanti belah.", "Terbaru, perkongsian kakak kepada Neelofa itu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik quotes kehidupan yang menceritakan tentang ‘kehilangan’.", "“Life changes. You lose love. You lose friends. You lose pieces of yourself that you never imagined would be gone.", "“And then, without you even realizing it, these pieces come back. New love enters. Better friends come along. And a stronger, wiser you is staring back in the mirror,” tulisnya.", "Menerusi perkongsian itu, Nabila turut mengakui setiap perjalanan liku-liku dalam hidup adalah sukar namun menguatkan diri.", "Terdahulu, sumber rapat pasangan itu berkata mereka sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses bercerai. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan daripada kedua-dua pihak mengenai dakwaan tersebut." ]
https://www.rotikaya.com/beza-5-tahun-dengan-anak-sulung-radhi-oag-rancang-kahwin-lepas-kekasih-habis-belajar/
Beza 5 Tahun Dengan Anak Sulung, Radhi OAG Rancang Kahwin Lepas Kekasih Habis Belajar
[ "Umum mengetahui, sebelum ini penyanyi yang juga vokalis kumpulan OAG, Radhi mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita berusia 22 tahun.", "Memetik Harian Metro, Radhi berkata dia merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya selepas gadis itu tamat belajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).", "Sudah lebih dua tahun menjalin hubungan, Radhi berkata hubungannya dengan kekasih baik-baik sahaja. Ujarnya, dia juga mahu perbaiki dirinya ke arah lebih baik.", "“Saya tidak boleh bercinta seperti zaman muda dulu kerana kali ini, saya mahu bercinta kerana Allah SWT. Ada juga yang bertanya kenapa saya memilih gadis muda sebagai calon isteri, bagi saya ia soal jodoh.", "“Apapun, saya mahu kekasih tamat belajar dulu dan pada masa sama, saya juga mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan stabil dari segi kewangan untuk kembali berumah tangga,” katanya.", "Dalam pada itu, Radhi berkata dia mahukan perkahwinan kali ketiga itu nanti akan berkekalan serta tidak mahu mengulangi kesilapan sama.", "“Saya sudah dua kali gagal dalam perkahwinan dan tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama lagi. Terus terang, saya berasa bersalah dengan dua bekas isteri dan anak-anak kerana keruntuhan rumah tangga yang lalu,” katanya.", "Sementara itu, meskipun dua kali berdepan kegagalan dalam rumah tangga, Radhi berkata hubungannya dengan tiga anak juga baik meskipun selepas perceraian.", "“Anak dari perkahwinan pertama sudah berusia 18 tahun. Manakala, dua lagi anak dari perkahwinan kedua, Nur Aishah, 8; dan Muhammad, 7. Aishah dijaga neneknya dan Muhammad kini dalam penjagaan saya.", "“Muhammad sangat rapat dengan saya, kalau makan atau minum, dia akan tinggalkan separuh untuk saya,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/jalani-kursus-kahwin-usia-35-tahun-watie-akur-jadi-peserta-tertua/
Jalani Kursus Kahwin Usia 35 Tahun, Watie Akur Jadi Peserta Tertua
[ "Umum mengetahui, pelawak Shuib Sepahtu dan tunangnya, Watie Hanifiah bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi pada 23 Jun depan.", "Baru-baru ini, Watie dilihat ada memuat naik perkongsian mengikuti kursus kahwin sebagai persiapan menuju hari bahagianya tidak lama lagi.", "BACA: “You Tak Malu Kan Terbawa I Masuk Televisyen?” – Watie", "Menerusi perkongsian itu, Watie turut berkata dia merupakan peserta tertua berbanding dengan peserta lain yang mengikuti kursus berkenaan.", "Bagaimanapun, Watie berkata dia percaya bahawa Allah sudah aturkan yang terbaik dalam kehidupannya meskipun lambat.", "“Peserta Tertua. Takpelah kata orang, yang lambat tu selalunya sebab Allah nak bagi yang terbaik dan yang paling tepat. Mungkin sebab selalu dengar kata orang, akhirnya dapat..Eh!” tulisnya.", "Perkongsian Watie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mendoakan agar urusan Watie dan Shuib dalam menuju hari bahagia mereka dipermudahkan.", "Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu di kediaman wanita itu di Shah Alam." ]
https://www.rotikaya.com/netizen-terkejut-anak-azhar-sulaiman-mandi-sungai-pakai-bikini/
Netizen Terkejut Anak Azhar Sulaiman Mandi Sungai Pakai Bikini
[ "Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, pasti ramai tahu anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.", "Nampaknya baru-baru ini Leona sekali lagi membuatkan netizen tergamam apabila tular video memaparkan gadis berusia 21 tahun itu bermandi manda bersama rakan-rakannya.", "BACA: Leona Tak Terkesan Dikecam, Malas Layan & Tak Baca Komen", "Menerusi video dikongsikan di TikTok itu, kelihatan Leona hanya memakai pakaian renang wanita atau bikini berwarna putih ketika bermandi-manda.", "Diruangan komen, rata-rata netizen seolah terkejut apabila Leona dilihat hanya memakai bikini sahaja.", "Malah, ada yang mengakui cabaran untuk menjaga anak perempuan lebih-lebih lagi pada zaman sekarang serta mendoakan yang baik-baik saja buat Leona." ]
https://www.rotikaya.com/anak-bongsu-shuk-meraung-enggan-berpisah-buat-netizen-sebak/
Anak Bongsu Shuk Meraung Enggan Berpisah Buat Netizen Sebak
[ "Baru-baru ini, pelawak Shuk Sahar ada berkongsikan video meluangkan masa bersama kedua-dua anaknya menjadi perhatian ramai.", "Namun, apa yang membuatkan netizen sebak apabila anak bongsunya, Aimi meronta menangis kerana tidak mahu berpisah dengan bapanya itu.", "Lebih sebak apabila Aimi meluahkan hasrat mahu bermanja dengan bapanya itu bagi melepaskan rindu.", "“Tapi adik nak tidur dengan ayah… adik nak ayah. Tapi adik nak minta angkat dengan ayah,” kata anaknya.", "Menerusi video itu, Shuk turut membawa anak-anaknya berjalan di sekitar Sabah untuk memujuk mereka sebelum berpisah.", "Bagaimanapun, anaknya tetap menangis di dalam kereta apabila sedar bapanya itu akan meninggalkannya untuk pulang ke Semenanjung.", "Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat kanak-kanak itu terpaksa berpisah dengan bapa mereka kerana pasangan itu tidak lagi bergelar suami isteri.", "Terdahulu, Shuk disahkan bercerai talak satu dengan Rossa Sera, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu. Difahamkan, anak-anaknya kini tinggal bersama bekas isterinya itu di Sabah." ]
https://www.rotikaya.com/bawa-diri-ke-luar-negara-nelydia-senrose-beri-bayangan-sedang-patah-hati/
Bawa Diri Ke Luar Negara, Nelydia Senrose Beri Bayangan Sedang Patah Hati?
[ "Baru-baru ini, perkongsian pelakon Nelydia Senrose menjadi perhatian seolah memberi gambaran hatinya sedang hancur.", "Menerusi perkongsian di Insta Story, Nelydia dilihat ada berkongsikan dia dalam perjalanan ke sebuah destinasi bagi memulihkan hatinya.", "“Membaiki kepingan hati yang hancur. Im not okay but it’s okay,” tulisnya.", "Difahamkan, Nelydia ditemani adik lelakinya serta memaparkan dirinya berada di dalam pesawat sambil menikmati hidangan.", "Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi pada April 2019 dan belum dikurniakan lagi cahaya mata." ]
https://www.rotikaya.com/muda-4-hari-syada-amzah-tak-nak-panggil-ubai-abang/
Muda 4 Hari, Syada Amzah Tak Nak Panggil Ubai ‘Abang’
[ "Sabtu lalu, penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai apabila selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, pempengaruh media sosial, Ubai.", "Menerusi perkongsian di media sosial, Shila meluahkan rasa syukur serta terima kasih buat mereka yang bertungkus lumus menyempurnakan majlis berkenaan.", "Sementara itu, perkongsian adik kepada penyanyi itu iaitu Syada Amzah menjadi perhatian apabila memuat naik status mengenai pertunangan kakaknya itu.", "Syada berseloroh mengatakan dia enggan memanggil Ubai dengan panggilan ‘Abang’ memandangkan umur mereka yang sebaya.", "Lebih menghiburkan, Shila turut memuat naik semula Insta Story adiknya itu serta membalas meminta Syada memanggil Ubai dengan panggilan Abang memandangkan tunangnya tua empat hari daripada Syada.", "Beberapa sebelum majlis pertunangan itu, Shila dilihat ada memuat naik status mengejutkan seolah memberi bayangan hubungan cintanya sudah berakhir." ]
https://www.rotikaya.com/empat-hari-ditayangkan-polis-evo-3-kutip-rm16-juta/
Empat Hari Ditayangkan, Polis Evo 3 Kutip RM16 Juta
[ "Nampaknya filem Polis Evo 3 terus cemerlang apabila berjaya memperoleh kutipan RM16 juta selepas empat hari ditayangkan di pawagam.", "Meskipun perlu bersaing hebat dengan filem Hollywood, Fast X, namun Polis Evo 3 tetap mendapat tempat dikalangan peminat filem tempatan.", "Memetik mStar Online, Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad meluahkan rasa syukur di atas sambutan diberikan.", "Dalam pada itu, pihaknya turut berharap di musim cuti sekolah ini lebih ramai peminat akan membeli tiket dan merebut peluang untuk menonton Polis Evo 3.", "“Memandangkan cuti sekolah telah tiba, kami mengharapkan lebih ramai penonton dapat datang menyaksikan filem aksi komedi ini bersama seisi keluarga kerana filem ini memang sesuai untuk hiburan sekeluarga.", "“Kami memulakan sesi jelajah di Pantai Timur dan disambut meriah peminat. Ada yang sanggup datang dari jauh untuk menyaksikan filem ini,” katanya.", "Polis Evo 3 menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.", "Ia mengisahkan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaharu dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai.", "Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai." ]
https://www.rotikaya.com/puteri-sarah-seronok-bawa-watak-penyondol/
Puteri Sarah Seronok Bawa Watak Penyondol
[ "Diberi peluang membawakan watak sebagai seorang ‘penyondol’ menerusi drama lakonan terbaharunya berjudul Hijrah Jannah, Puteri Sarah mengakui seronok.", "Memetik Oh Bulan, Puteri Sarah berkata sebaik saja ditawarkan watak berkenaan dia tidak berfikir panjang untuk menerimanya.", "Menurut Sarah lagi, dia mahu mencuba pelbagai watak dalam masa sama mencabar kredibilitinya sebagai seorang aktres.", "“Saya mengambil watak ini bukan untuk merasai bagaimana perasaan seorang penyondol mahupun membalas dendam pada sesiapa, tetapi saya ambil kerana watak bernama Munirah itu seorang yang antigonis dan mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon.", "“Saya ingin mencuba watak yang lain daripada kebiasaan. Malah sewaktu ditawarkan watak ini, saya tak fikir panjang, terus terima. Lets go. Saya rasa sangat menarik bawa watak ini, macam on fire,” katanya.", "Dalam pada itu, Sarah berkata dia bersedia untuk dikecam membawakan watak tersebut yang seakan ada kaitan dengan kisah peribadinya yang sehingga kini menjadi bualan ramai.", "“Saya tidak melibatkan masalah peribadi dengan kerja. Kalau ada masalah peribadi saya akan letak tepi. Bila saya on set, roh watak dan bekerja terus masuk.", "“Saya percaya penonton pasti akan kaitkan dengan kisah rumah tangga saya dan jadikan isu, tapi pada saya kenapa tidak mencuba sesuatu watak yang baru macam ini. Saya tidak tahu kenapa, tapi rasa seronok sangat bawa watak ini (penyondol).", "“Saya juga tidak menyokong sesiapa, saya hanya ingin memberikan pengajaran kepada netizen di luar sana untuk menonton dan memahami situasi sebenar jika berdepan situasi sebenar,” katanya." ]
https://www.rotikaya.com/hidup-ni-perlu-lawak-bukannya-adegan-ramas-meramas-pun-aliff-syukri/
“Hidup Ni Perlu Lawak, Bukannya Ada Adegan Ramas-Meramas Pun” – Aliff Syukri
[ "Baru-baru ini, penyanyi dan usahawan Ifa Raziah ada memuat naik video bersama usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sedang bergelek sakan sambil menggoyangkan pinggul.", "Memetik Xtra, Aliff memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan video tarian gelek punggung bersama Ifa Raziah.", "BACA: Video Senaman Punggung Ifa Raziah & Aliff Syukri Dikecam Netizen", "Menurut Aliff, ujarnya tarian tersebut hanya sekadar gurauan sahaja dan ianya dirakam untuk dimuat naik di aplikasi TikTok.", "“Saya minta maaf lah kalau tarian tu menyebabkan anda marah.  Hidup ni dik perlu lawak, perlu manja hanya bergurau. Bukannya ada adegan ramas-meramas punggung pun, atau pegang-memegang betul tak?,” katanya.", "Dalam pada itu, Aliff berkata tarian tersebut bergantung pada tafsiran mereka yang menonton, jika fikir negatif perkara tersebut akan jadi negatif.", "“Saya minta anda fikir positif je lah… Lagipun video tu kami buat TikTok sebenarnya. Jadi nak cakap macam mana pun saya tak tahu. Sama juga macam kita menari lagu Flower dari Jisoo Blackpink, kalau anda fikir negatif maka negatif lah jadinya begitulah sebaliknya,” jelasnya." ]
https://www.rotikaya.com/qistina-raisah-mahu-puteri-balqis-cerita-perkara-sebenar/
Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Perkara Sebenar
[ "Pelakon remaja, Qistina Raisah mengakui malu apabila disindir secara terbuka oleh aktres, Puteri Balqis baru-baru ini menerusi perkongsian di Insta Story.", "Memetik mStar Online, Qistina berkata dia terkejut apabila timbul dakwaan kononnya wujud perselisihan faham dengan Puteri Balqis.", "BACA: “Tayang J*bo Hari-Hari Tapi Berlakon Satu Award Pun Tak Ada” – Puteri Balqis", "Menurut Qistina, dia tidak pernah ada sebarang masalah dengan Balqis serta berharap aktres itu menceritakan perkara sebenar dan membuat permohonan maaf secara terbuka.", "“Saya sangat terkejut (kenyataan Puteri Balqis) sebab sebelum ini saya tak pernah langsung ada masalah dengan dia. Saya mahu Balqis cakap ini semua salah faham dan jelaskan secara terbuka kerana ia memalukan sehingga ramai orang memfitnah saya.", "“Kalau boleh saya tak mahu isu ini berpanjangan sebab selepas ini kami mungkin akan berjumpa…tapi kalau tak mahu tak apa,” katanya.", "Dalam pada itu, Qistina mengakui tidak pernah menang mana-mana anugerah dan jika benar ianya ditujukan kepadanya, dia tidak sangka Balqis sanggup mengeluarkan kata-kata hinaan sebegitu.", "“Jika benar apa yang diperkatakan itu adalah saya…tidak sangka begitu sekali dia merendahkan dan menghina saya. Saya memang tidak pernah menang anugerah, tapi sebagai orang yang turut sama dalam industri saya (Puteri Balqis), harap dia faham keadaan saya,”ujarnya", "Sementara itu, Qistina menjelaskan berlaku perletingkahan antara dia dengan salah seorang sahabatnya namun ada pengukutnya yang salah faham bahawa mesej ditulisnya itu ditujukan kepada Balqis.", "“Benar saya ada gaduh dengan seorang rakan. tapi individu tersebut bukanlah Puteri Balqis. Siapa tahu, tahulah! Tapi kami sudah bermaafan, dah selesai. Tapi pelik pula tiba-tiba Puteri Balqis ingat saya tujukan kepadanya,” katanya.", "Sebelum ini, Puteri Balqis meluahkan meluahkan rasa bengang terhadap seorang pelakon namun tidak didedahkan namanya. Balqis berkata pelakon tersebut didakwa mempunyai sikap suka memerli individu lain tanpa sebab termasuk dirinya.", "Malah, Balqis turut menyindir pelakon tersebut yang sering membuat konten menunjukkan bahagian tubuhnya namun tidak pernah memenangi sebarang anugerah." ]
https://www.rotikaya.com/tak-lagi-berhijab-nadia-annuar-minta-jangan-salahkan-ibu/
Tak Lagi Berhijab, Nadia Annuar Minta Jangan Salahkan Ibu
[ "Jumaat lalu, perkongsian pengacara televisyen, Nadia Annuar mengejutkan ramai apabila tampil tidak lagi berhijab selepas memuat naik satu perkongsian sempena hari jadinya.", "Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Nadia berkata dia tidak kisah jika dirinya dikecam dan reda kerana itu adalah khilafnya sendiri.", "“Takpelah, kecamlah sepuas hati. Kalau rasa dah jatuh terduduk tak cukup. Pijaklah sampai puas. Kalau belum puas jugak, pijak sampai mati. Saya reda sebab semua ini kekhilafan saya sendiri,” tulisnya.", "Nadia turut memohon maaf jika khilafnya itu membuat ada pihak yang benci pada dirinya serta mengatakan banyak perkara yang dilalui olehnya namun tidak dapat kongsikan kepada umum.", "Dalam pada itu, menerusi perkongsian lain, Nadia turut meminta orang ramai tidak mengaitkan keputusannya itu dengan ibunya, usahawan popular, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton.", "Kata Nadia lagi, ibunya seorang wanita yang hebat dan telah membesarkan dirinya dengan didikan yang baik serta memberikan nasihat.", "“Satu lagi saya minta sangat, tolong jangan kaitkan dengan ibu saya atau ahli keluarga saya yang lain. Ia bukanlah salah mereka tetapi keputusan saya sendiri.", "“Ibu saya adalah seorang insan hebat. Dia sudah membesarkan saya dengan baik dan sudah memberi nasihat, malah adik saya juga,” tulisnya." ]
https://www.rotikaya.com/kalau-dapat-orang-yang-betul-ameera-boleh-jadi-isteri-yang-baik-neelofa/
“Kalau Dapat Orang Yang Betul, Ameera Boleh Jadi Isteri Yang Baik” – Neelofa
[ "Baru-baru ini timbul khabar angin mendakwa personaliti media sosial, Ameera Khan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Indonesia, Jefri Nichol.", "Memetik Astro Gempak, selebriti popular Neelofa berkata dia tidak tahu menahu tentang khabar angin tersebut namun Ameera ada berkata menerima banyak komen daripada netizen Indonesia.", "“Tak aware (mengenai spekulasi hubungan Ameera dan Jefri). Tapi saya tahu banyak warga Indonesia meninggalkan komen di Instagram Ameera. Itu pun Ameera sendiri yang kongsi dengan saya. Cuma identiti individu yang dimaksudkan saya tidak pasti,” katanya.", "Sementara itu, Neelofa berkata mereka sekeluarga terbuka jika adiknya itu bertemu jodoh dengan lelaki bukan berasal dari Malaysia yang penting boleh membimbing Ameera.", "“Saya mana-mana pun ok. Asalkan sesuai dan baik… serta boleh membimbing dia. Saya ada cakap dengan suami, Ameera ni budak baik. Kalau dapat orang yang betul, yang boleh bantu dan guide dia, dia memang boleh menjadi seorang isteri yang baik,” katanya.", "Dalam pada itu, Neelofa berkata adiknya itu boleh menerima nasihat terutama daripada dirinya serta seorang lagi adik-beradik mereka, Aqief.", "“Kalau dalam kalangan adik-beradik, dia akan selalu dengar cakap saya dan Aqief. Saya pun tahu hal tersebut (gambar coli merah) daripada media sosial.", "“Kami memang ada family group, cuma jarang berjumpa lebih-lebih lagi sudah tinggal berasingan. Jadi, kami ada plan nak jumpa dia esok (hari ni). Sebab dia pun baru saja pulang dari luar negara,” jelasnya." ]
https://www.rotikaya.com/saya-akan-jadi-gila-meroyan-jika-suami-kena-sondol-ernie-zakri/
“Saya Akan Jadi Gila, Meroyan Jika Suami Kena Sondol” – Ernie Zakri
[ "Penyanyi Ernie Zakri berkata jika suaminya, Syamel ada hubungan dengan penyondol atau rumah tangganya diganggu orang ketiga, mungkin dirinya akan hilang kewarasan.", "Memetik Kosmo, Ernie berkata dirinya bukan wanita yang kuat untuk menghadapi dugaan tersebut. Ujarnya, dia mengakui takut apabila membaca kisah dilalui beberapa rakan artis.", "BACA: Peminat Nak Ernie Zakri Kurus, Dapat Bentuk Badan Sebelum Kahwin", "“Saya bukan wanita yang kuat untuk hadapinya. Siapa yang mahu suami disondol. Ada satu saat, saya takut nak baca kisah-kisah sebegitu terutama yang terjadi dalam kalangan rakan-rakan artis.", "“Saya tidak mahu berada di posisi mereka. Sekiranya berlaku, saya boleh jadi gila dan meroyan, bahkan mungkin boleh buat sidang media untuk kongsi tentangnya (penyondol),” katanya.", "Dalam pada itu, Ernie mengagumi dengan kekuatan wanita yang berdepan ujian dimana rumah tangga mereka diganggu dan diuji.", "“Saya tidak dapat membayangkan keadaan dirinya jika berhadapan dengan masalah ‘penyondol’ tetapi kagum dengan kekuatan golongan wanita yang diuji dengan gangguan orang ketiga. Tabik dengan kekuatan mereka,” katanya.", "Sementara itu, Ernie berkata dia dan Syamel saling menasihati antara satu sama lain mengenai status mereka yang kini bergelar suami dan isteri orang.", "“Saling mengingati itu perlu dan harus sentiasa sedar diri tentang status suami orang dan telah berkahwin,” katanya." ]