url
stringlengths 39
43
| headline
stringlengths 0
101
| content
sequence |
---|---|---|
https://www.malaysiakini.com/news/191293 | PSC desak SPR benarkan warga luar negara mengundi | [
"\nJawatankuasa Parlimen Khas (PSC) mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bagaimana ia akan membolehkan semua rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi.\n",
"\n\n\"PSC pada laporan awalnya telah mencadangkan supaya rakyat Malaysia di luar negara dibenarkan mengundi tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya belum datang semula dengan satu mekanisme.\n",
"",
"\n\"Laporan akhir PSC mesti disiapkan sebelum 2 April, kami hanya mempunyai dua minggu lagi (untuk menyiapkan laporan)... SPR tidak boleh terus kata mereka memerlukan masa untuk mengkaji selama-lamanya,\" kata ahli PSC Anthony Loke selepas mesyuarat jawatankuasa itu, petang tadi.\n",
"\n\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n\n",
"\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n",
"\n\n[Baca berita penuh]\n\n",
"\n[Baca berita penuh]\n",
"\nSementara itu,\n\nBernama\n\nmelaporkan laporan akhir cadangan penambahbaikan pilihan raya dijangka siap sebelum akhir bulan ini untuk dibentangkan di Parlimen pada 2 April, kata Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) Datuk Seri Maximus Ongkili.\n",
"\nBernama\n",
"\nBeliau berkata jawatankuasa itu akan bermesyuarat tiga kali lagi iaitu pada 14, 21 dan 22 Mac bagi mengemaskini laporan itu.\n",
"\n\"Masih ada ruang untuk orang ramai beri cadangan kepada kita (sebelum laporan akhir siap),\" katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PSC kali kelapan di Bangunan Parlimen.\n",
"\n\nMengulas lawatan anggota PSC di United Kingdom, Jerman dan Denmark pada minggu lepas, Ongkili berkata hasil lawatan itu akan diteliti sepenuhnya dalam baki mesyuarat yang akan diadakan.\n",
"",
"\nAntara yang akan diperhalusi ialah mengenai kelayakan sebagai pengundi, umur layak mengundi, daftar pemilih, persempadanan, pendaftaran automatik, pembiayaan politik, kerangka institusi pilihan raya, akses kepada media, undi luar negara, tempoh pilihan raya dan tempoh pengisytiharaan pilihan raya, katanya.\n",
"\n\"Kami telah mengagihkan kepada lima peringkat jawatankuasa, satu mengenai perundangan, kedua proses pilihan raya, ketiga daftar pemilih, keempat institusi pilihan raya dan kelima sistem alternatif, dan kami akan membincangkannya lagi minggu depan,\" katanya.\n",
"\nOngkili bagaimanapun berkata sistem di negara luar berkemungkinan tidak sesuai digunakan sepenuhnya di negara ini.\n",
"\n\nSehingga 1 Dis lalu, jawatankuasa itu telah membentangkan laporan awal yang mengandungi 10 cadangan kepada Dewan Rakyat iaitu mengenai penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13; pengundian awal; pengundi tidak hadir luar negara; pengundi luar kawasan dan penukaran kawasan pendaftaran. \n",
"",
"\nCadangan turut menyentuh pembersihan daftar pemilih; pameran rang daftar pemilih tambahan; ketelusan proses mengundi; penambahbaikan proses pencalonan; dan pengukuhan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).\n",
"\nPSC ditubuhkan pada 2 Oktober tahun lalu dan diberi enam bulan untuk mengemukakan cadangan. \n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/615503 | Suspek pukul penunggang basikal di lampu isyarat beri keterangan | [
"Polis merekodkan keterangan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pukul ke atas seorang penunggang basikal menggunakan batang besi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seri Manjung-Segari, Manjung seperti video tular menerusi laman sosial.",
"Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata temu bual ke atas lelaki berusia 34 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung petang semalam mendapati punca kejadian adalah salah faham antara lelaki berkenaan dengan penunggang basikal warga asing itu.",
"\"Suspek telah menggunakan kereta jenis Proton Wira yang dipinjam daripada rakannya manakala mangsa yang menunggang basikal telah berada di lorong kiri jalan di lampu isyarat simpang empat AEON Mall Seri Manjung.",
"\"Apabila tiba di tempat kejadian, semasa suspek mahu membelok ke simpang kiri laluan lorong pusat beli-belah itu, mangsa yang berada di lorong kiri laluan utama di persimpangan lampu isyarat tersebut beranggapan bahawa suspek ingin menghimpit dan melanggarnya.",
"\"Oleh kerana salah faham, suspek telah bertindak memukul mangsa kerana mangsa telah memaki hamun serta mencabar suspek,\" katanya dalam kenyataan malam tadi.",
"Dia berkata sehingga kini, mangsa masih belum dikenal pasti dan tiada sebarang laporan polis yang dibuat olehnya namun pihak polis menerima laporan berkaitan insiden itu daripada seorang wanita pada 10 pagi tadi.",
"Menurut Nor Omar, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan permohonan perintah untuk siasat (OTI) akan dibuat kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi meneruskan siasatan.",
"\"Pihak polis menyeru kepada mangsa yang terlibat supaya tampil membuat laporan polis dan sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Insp Irsyadiman Allmui di talian 01117836233 bagi membantu siasatan,\" katanya.",
"Dua hari lalu, tular rakaman video menerusi laman media sosial memaparkan seorang lelaki menaiki kereta Proton Wira berwarna biru memberhentikan kenderaan lalu memukul seorang lelaki yang sedang menunggang basikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasar raya Aeon Mall Seri Manjung.",
"-Bernama",
"-Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/204589 | Kajian UUM: Ramai mahu Mukhriz jadi MB Kedah | [
"\nSatu kajian oleh Universiti Utara Malaysia menyatakan bahawa anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir merupakan pilihan ramai sebagai bakal calon menteri besar Kedah.\n",
"\n\nKajian yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Rohana Yusof itu dari UUM juga menyatakan bahawa BN lebih berpeluang untuk merampas Kedah dari tangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.\n",
"",
"\n\"Rakyat Kedah inginkan seorang menteri besar yang mampu menyelesaikan masalah mereka dan pada masa yang sama rajin menemui rakyat.\n",
"\n\"Nada ini secara tidak langsung memberi gambaran ketidakupayaan menteri besar dari kerajaan PAS melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh pengundi,\" kata Rohana dalam slaid pembentangan kajiannya.\n",
"\nKajian itu dijalankan ke atas 10,800 orang rakyat Kedah di 36 DUN, yang sebahagian besarnya berusia antara 21 hingga 34 tahun.\n",
"\nIa membandingkan peluang Mukhriz dan tiga lagi pemimpin Umno Kedah – ketua perhubungannya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, ketua penerangan Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan ketua pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.\n",
"\nSeramai 67 peratus responden Melayu, 78 peratus responden Cina dan 71 peratus responden India memilih Mukhriz, manakala Ahmad Bashah mendapat peratusan kedua terbanyak, masing-masing 13, 11 dan 14 peratus dari setiap kumpulan kaum.\n",
"\nKajian itu juga menunjukkan bahawa 52 peratus daripada responden menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pentadbiran PAS negeri, manakala 59 peratus daripadanya berpendapat bahawa janji pilihan raya PAS masih belum dipenuhi.\n",
"\nSeramai 54 peratus lagi tidak mahu kerajaan pimpinan PAS dipilih semula, manakala 47 peratus menyatakan bahawa masa depan orang Melayu lebih baik di bawah pentadbiran BN.\n",
"\nKedah, yang merupakan kubu kuat Umno sebelum ini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.\n",
"\nRohana membentangkan kajiannya itu di program perbincangan anjuran Majlis Profesor Negara di Kuala Lumpur hari ini.\n",
"\nTurut membentangkan kajian di sesi pagi pada program tersebut ialah rektor Universiti Islam Antarabangsa Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid.\n",
"\n\n\n\n\n",
"\n\n\n",
"\n",
"\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/hiburan/591357 | Shuib bersyukur dah boleh bawa balik Ayash Affan | [
"Pelawak dan penyampai radio Shuib memanjatkan kesyukuran apabila dia dibenarkan untuk membawa pulang bayinya yang dilahirkan secara pramatang selepas sebulan dipantau di hospital.",
"Pelawak dan penyampai radio Shuib memanjatkan kesyukuran apabila dia dibenarkan untuk membawa pulang bayinya yang dilahirkan secara pramatang selepas sebulan dipantau di hospital.",
"Menurut Shuib, kepulangan Ayash Affan merupakan hadiah paling istimewa daripada Allah SWT sempena ulang tahun arwah isterinya, Siti Sarah esok.",
"“Syukur ya Allah, esok tarikh lahir ibu iaitu 15 September, Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini.",
"“Insya-Allah, kejap lagi dah boleh balik dah. Allahu Akhbar, tangan, jari sebiji tangan ibu. Terima kasih semua mendoakan kesejahteraaan anak soleh ini.",
"“Terima kasih semua. Syukur Ya Allah, di atas rahmat Mu,” katanya di Instagram hari ini.",
"Untuk rekod, Allahyarhamah meninggal dunia pada pada 8 Ogos lalu akibat jangkitan Covid-19. ",
"meninggal dunia",
"Dia sebelum itu menjalani pembedahan tanpa sedar bagi melahirkan Ayash Affan ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu. ",
"Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.",
"Selain Ayash Affan, Allahyarhamah turut meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.",
"Semalam Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhamad berkongsi keterujaan dalam hantaran berbeza apabila buat pertama kali dia diberi kebenaran untuk mengucup dan menyentuh Ayash Affan yang dipantau di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). ",
"“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Nikmat yang cukup indah bila dapat luangkan masa tiga jam dengan Ayash Affan. ",
"“Syukur Ayash sihat, berat dah 2.6 kilogram, menyusu kuat dan comel sangat-sangat.",
"“Muka macam daddy lah, ibu. Memang istimewa sangat hadiah dari ibu. Allahu Akhbar. I (Saya) harap you (awak) ada di sini sayang,” tulisnya di Instagram Stories. ",
"daddy ",
"I",
"you"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/351519 | Anwar ulangi Akta MKN langgar perlembagaan | [
"Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 melanggar perlembagaan dan perlu dibantah.",
"Bercakap kepada pemberita di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini, Anwar berkata pihaknya telah mengemukakan dokumen bagi membatalkan akta itu yang membenarkan perdana menteri 'mengambil alih kuasa raja-raja'.",
"“Yang ni saya ingat kita perlu bantah, (kerana ia) melanggar semangat perlembagaan,” katanya yang berada di mahkamah bagi prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.",
"Sebelum ini Anwar memfailkan saman pemula bagi memohon perisytiharan bahawa Akta MKN 2016 adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.",
"adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan",
"Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang MKN daripada melaksanakan kuasanya mengikut akta itu sementara menunggu kes berkenaan diselesaikan.",
"Sementara itu Anwar ketika diminta mengulas mengenai Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) yang ingin merampas menyaman 1MDB berkata:",
"“Saya tidak dapat maklumat mengenai ini,” katanya.",
"Terdahulu DOJ memfailkan saman sivil bagi merampas aset bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM4 bilion) yang didakwa diperolehi melalui dana 1MDB.",
"Ia sebahagian daripada dana AS$3.5 bilion yang didakwa disalahgunakan dan aset lain yang terlibat termasuk rumah agam dan mewah, karya seni, jet peribadi dan kutipan filem 'The Wolf of Wall Street'.",
"",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/294797 | 'Turun demo 1 Mei demi Tok Janggut' | [
"\nPenganjur perhimpunan 1 Mei, Mohamad Sabu berkata, nama Tok Janggut menjadi ikon perhimpunan anti-GST kali ini demi semangat yang dibawa oleh pejuang Melayu itu.\n",
"\nTimbalan presiden PAS itu berkata, Tok Janggut dikenang sebagai ikon penentangan ke atas cukai melampau yang diperkenalkan kerajaan naungan British.\n",
"\nSebab itulah slogan #KamiAdalahTokJanggut dipilih sebagai tema perhimpunan kali ini, kata Mohamad.\n",
"\n\"(Tok Janggut) adalah pejuang yang melawan penjajah yang mengenakan pelbagai cukai masa zaman penjajah dahulu.\n",
"\n\"Pada zaman pemerintahan BN, (kerajaan) mengenakan cukai yang tak sepatutnya.\n",
"\n\"Sepatutnya (kerajaan BN) perlu melawan rasuah, kebocoran wang negara yang (kini) didedahkan pelbagai pihak,\" katanya.\n",
"\nBeliau juga menggesa para aktivis mengadakan siri himpunan lebih awal untuk menyeru orang ramai hadir ke perhimpunan raksasa 1 Mei.\n",
"\n\"Menjelang 1 Mei, parti politik, NGO dan siswa boleh mengadakan himpunan mereka untuk menyeru orang ramai keluar ke Kuala Lumpur,\" katanya dalam sidang media di ibu negara.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/125213 | 'Perkukuh perpaduan, jadikan Islam terbilang' | [
"\nTimbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Syah (\n\nbawah, bersongket emas\n\n) bertitah umat Islam perlu mengukuhkan persaudaraan, membina perpaduan dan meningkatkan pencapaian agar terus menjadi umat yang terbilang.\n",
"\nbawah, bersongket emas\n",
"\n\nBaginda bertitah tanpa menghayati ajaran Islam yang sebenar diyakini umat Islam tidak akan mampu menjadi umat contoh bahkan akan terus dihina dan diperlekehkan.\n",
"",
"\n\"Sejarah telah membuktikan bahawa keagungan tamadun Islam yang dahulunya hebat dan gagah akhirnya tersungkur lantaran ada antara penganutnya yang tidak mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam.\n",
"\n\"Malahan yang lebih mendukacitakan telah berlaku perpecahan, pergeseran dan persengketaan di kalangan sesama umat Islam,\" titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Putra di Putrajaya hari ini.\n",
"\nTurut hadir, Sultanah Kedah Tuanku Hajah Haminah Hamidun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.\n",
"\nSehubungan itu, baginda bertitah umat Islam perlu mengambil iktibar daripada peristiwa lampau dan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh dalam kehidupan agar benar-benar menjadi mukmin yang hebat.\n",
"\n\nBaginda bertitah tema sambutan pada tahun ini iaitu \"Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah\" menuntut agar umat Islam mencontohi ukhuwah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad dan menjadikan intipati ajaran Islam sebagai asas membangun ummah.\n",
"",
"\n\"Dalam mengorak langkah ke arah itu, umat Islam perlu sentiasa bersedia dan menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan maklumat semasa agar dapat bergerak seiringan dengan tuntutan zaman.\n",
"\n\"Sikap sambil lewa membuang masa dan takut bersaing perlu dihapus dan diganti dengan nilai-nilai positif yang boleh membentuk jati diri mukmin sejati,\" titah baginda.\n",
"\n\nMahmood Zuhdi tokoh Anugerah Maulidur Rasul\n\n",
"\nMahmood Zuhdi tokoh Anugerah Maulidur Rasul\n",
"\nBaginda bertitah al-Quran dan As-Sunnah perlu dijadikan sebagai panduan dalam membina kekuatan diri ke arah membangun ummah yang mapan dan berjaya.\n",
"\nPada majlis itu juga Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamdunan Islam Antarabangsa (Istac) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Mahmood Zuhdi Ab Majid dipilih penerima Anugerah Perdana pada majlis sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010.\n",
"\nAnugerah disampaikan, Tuanku Abdul Halim.\n",
"\nBeliau menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, plak, sijil dan hadiah iringan.\n",
"\n\nEnam penerima anugerah Maulidur Rasul yang lain ialah usahawan Faiza Bayumi Syed Ahmad, pendakwah dan penceramah bebas Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, Pegawai Penyelidik Mardi, Tan Swee Lian, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Yaacob Che Man, pesara dan bekas Pengarah Kesihatan Datuk Dr Abdul Razak Kechik dan pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamel.\n",
"",
"\nMasing-masing menerima hadiah wang tunai RM22,000, plak, sijil dan hadiah iringan.\n",
"\nMahmood (\n\nbawah)\n\nketika ditemui berkata beliau bersyukur dengan pengiktirafan yang diberikan terhadap sumbangannya.\n",
"\nbawah)\n",
"\n\nBagaimanapun, katanya pengiktirafan seperti itu turut membimbangkan beliau sama ada dapat menyempurnakannya daripada segi membawa masyarakat untuk menjiwai dan menghayati ajaran Nabi Muhammad S.A.W yang sebenarnya.\n",
"",
"\n\"Persoalannya, orang macam saya yang telah diberi anugerah sebagai tokoh Maulidur Rasul, sama ada saya mampu untuk membawa masyarakat kita kepada misi yang sebenar, visi dan sebagainya. Ini yang saya rasa kecil dan takut,\" katanya.\n",
"\nBeliau juga berkata kajian perlu dilakukan untuk mencari mereka yang benar-benar berjasa tetapi tidak ditonjolkan atau menjadi tumpuan masyarakat supaya dapat diberikan pengiktirafan.\n",
"\n\"Kadang kala mereka itu adalah tokoh yang sebenar-benarnya. Jangan sampai mereka mati, baru hendak memberi anugerah dan sebagainya,\" katanya.\n",
"\n\n",
"",
"\n\n- Bernama\n\n",
"\n- Bernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/270518 | Trafik arah utara & selatan perlahan | [
"\n",
"\n\nAliran trafik di lebuh raya menuju utara dan selatan perlahan terutama sebelum dan selepas Plaza Tol Damansara, setakat 9 pagi ini.\n\n",
"\nAliran trafik di lebuh raya menuju utara dan selatan perlahan terutama sebelum dan selepas Plaza Tol Damansara, setakat 9 pagi ini.\n",
"\n \n",
"\nMenurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway, trafik ke utara juga perlahan dari Bukit Merah ke Bandar Baharu. \n",
"\n \n",
"\n\"Selain itu satu kemalangan berlaku di Km 119 arah utara dari Bertam ke Sungai Petani namun aliran trafik lancar setakat ini,\" katanya kepada Bernama.\n",
"\n \n",
"\nSementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberitahu Bernama\n",
"\ntrafik arah selatan dari Permatang Pauh ke Perai perlahan.\n",
"\n \n",
"\nTrafik juga perlahan dari Jalan Pahang di ibu negara ke Plaza Tol Batu, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), katanya. \n",
"\n \n",
"\nUntuk maklumat trafik terkini, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000, atau Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian bebas tol LLM 1800-88-7752 atau Twitter www.twitter.com/llminfotrafik.\n",
"\n \n",
"\n\n- Bernama\n\n",
"\n- Bernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/349035 | Jangan dwistandard, kata Gerakan pada DAP | [
"Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang mengkritik DAP atas keputusan majlis eksekutif pusatnya menangguhkan pemilihan parti untuk memberi tumpuan kepada pilihanraya umum akan datang.",
"Beliau berkata penangguhan itu akan memanjangkan tempoh Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng, yang tidak dibenarkan bertanding lebih daripada dua penggal.",
"\"Pemuda Gerakan terkejut dengan keputusan tiba-tiba DAP untuk menangguhkan pemilihan parti mereka selepas kes rasuah yang dikatakan dihadapi oleh setiausaha agung mereka.",
"\"Pada masa lalu, pemimpin DAP menggambarkan penangguhan pemilihan parti oleh parti-parti komponen BN tidak demokratik,\" katanya dalam satu kenyataan media.",
"Tan berkata walaupun Pemuda Gerakan bersetuju ia adalah hak parti politik berbuat demikian sekiranya termaktub dalam perlembagaan mereka, DAP tidak sepatutnya mengutuk pihak lain melakukan perkara sama.",
"\"Itu adalah satu bentuk dwistandard,\" katanya.",
"Satu lagi contoh lain, Tan berkata DAP membenarkan Lim kekal sebagai ketua menteri Pulau Pinang walaupun ada gesaan supaya beliau bercuti sementara menunggu kesnya.",
"\"Pada masa lalu, pemimpin-pemimpin DAP berkata, mana-mana pemimpin negara kita yang didakwa rasuah mesti mengambil cuti sementara menunggu keputusan perbicaraan.",
"\"Bagaimanapun, sekali lagi, mengapa prinsip itu tidak dikenakan ke atas Lim?\" soalnya.",
"Oleh itu, Tan berkata, Pemuda Gerakan menggesa DAP menghentikan \"prinsip\" yang parti itu sendiri tidak mahu ikuti.",
"\"Kepura-puraan politik seperti ini perlu dihentikan oleh mereka. DAP harus berhenti menjadi 'Double Standard Action Party',\" katanya.",
"Double Standard Action Party"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/175822 | PM dijangka umum perubahan penting esok | [
"\nPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman mengenai beberapa perubahan penting ketika\n",
"\nbuat julung kalinya menyampaikan amanat sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di hadapan para penonton di Auditorium Perdana, Angkasapuri malam esok.\n",
"\n \n",
"\n\nMenteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata ucapan Perdana Menteri juga akan disiarkan secara langsung menerusi TV1 dan TVi pada pukul 8.45 malam.\n",
"",
"\n \n",
"\n\"Perdana menteri akan berucap di hadapan kira-kira 800 hadirin yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet, para pegawai tertinggi kerajaan, anggota parti komponen Barisan Nasional dan badan bukan kerajaan.\n",
"\n \n",
"\n\"Pada saat itu beliau (Najib) dijangka menekankan perkara-perkara utama pentingnya perubahan besar yang beliau fikirkan wajar bagi kerajaan dan negara kita,\" katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca-kabinet bagi kementeriannya di Wisma TV, Angkasapuri di Kuala Lumpur hari ini.\n",
"\n \n",
"\nSehubungan itu, Rais berharap seluruh lapisan masyarakat termasuk di Sabah dan Sarawak menyaksikan ucapan pemimpin tertinggi negara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini berikutan Hari Malaysia disambut serentak dengan Hari Kemerdekaan ke-54.\n",
"\n \n",
"\nBeliau berkata reaksi dari barisan pemimpin negeri termasuk di Sabah dan Sarawak dijangka turut disiarkan secara langsung sejurus selepas ucapan Najib.\n",
"\n \n",
"\n\"Kita sedang mengatur agar studio-studio di Sabah dan Sarawak bersiap sedia agar secara spontan membuka saluran agar dapat menerima siaran secara jelas dan berkemungkinan ketua-ketua menteri memberi penjelasan selepas ucapan itu dan di\n",
"\nSemenanjung Malaysia, kita sedang mengatur reaksi turutan sekuel selepas ucapan itu,\" katanya.\n",
"\n \n",
"\nDalam pada itu, Rais yang juga pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan, berkata pihaknya juga sedang berbincang dengan saluran televisyen lain seperti Media Prima Berhad untuk menyiarkan ucapan itu agar semua lapisan masyarakat mendengar amanat berkenaan.\n",
"\n \n",
"\n\"Saya yakin penyampaian ini sekaligus (membolehkan) rakyat Malaysia terutama rakan-rakan di Sabah dan Sarawak berpeluang mendengar (ucapan) dari dekat dan secara intim penyampaian tersebut,\" katanya.\n",
"\n \n",
"\nSambutan kemerdekaan negara akan disambut serentak dengan Hari Malaysia pada Jumaat ini dengan bertemakan '1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera'.\n",
"\n-\n\nBernama\n\n",
"\nBernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/433170 | Api dua tangki minyak mentah KBC berjaya dipadamkan | [
"Kebakaran dua tangki minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company (KBC) berjaya dipadamkan hampir sepenuhnya hari ini, namun masih tinggal satu tangki lagi yang 30 peratus terbakar.",
"Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Terengganu Sharikan Bustaman berkata setelah beroperasi selama 43 jam sejak Khamis lepas, api pada dua tangki berjaya dipadamkan sekitar 6.40 pagi dan 10 pagi tadi.",
"“Pada 3 pagi tadi boleh dikatakan angin agak tenang dan ketika itu kami menumpukan sepenuhnya pada proses untuk memadam kebakaran...Kita anggarkan keseluruhan kebakaran tersebut dapat dipadamkan lewat malam ini,” katanya ketika ditemui di kawasan perindustrian KBC Telok Kalong di Chukai.",
"Beliau berkata keadaan angin yang kuat pada hari ini mengganggu konsentrasi anggota bomba dan menyukarkan operasi kerja-kerja memadam kebakaran kerana pihaknya terpaksa menukar anggota setiap dua jam bagi memastikan konsentrasi anggota tidak terjejas.",
"“Keadaan yang berangin menyebabkan kami sukar menempatkan hala tuju pancutan air dan apabila hendak tuju pada satu posisi, kami terpaksa mengambil langkah ke arah 30 darjah daripada sasaran sebenarnya akibat keadaan angin,” katanya.",
"Sharikan berkata operasi pada hari ketiga melibatkan 196 anggota JBPM Terengganu termasuk anggota bantuan daripada JBPM Perak, Pahang serta bantuan sembilan agensi lain dengan kekuatan 46 anggota iaitu polis, Hospital Kemaman, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), ERT KBC, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (Dosh) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).",
"Dalam kejadian kebakaran yang bermula 6.15 petang Khamis lepas membabitkan tiga tangki (daripada enam) yang mengandungi minyak mentah lebih 20,000 liter padu itu, seorang pekerja di kilang itu dilaporkan cedera parah manakala tiga lagi mengalami cedera ringan.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/435641 | Lencana, gelang pengenalan penting buat jemaah haji | [
"Jemaah haji diseru untuk sentiasa memastikan lencana berserta gelang pengenalan diri yang dibekalkan pihak Tabung Haji (TH) berada bersama mereka ketika sepanjang mengerjakan haji di Tanah Suci.",
"Pengarah Operasi Mekah Datuk Ahmad Sohaimi Abd Rahim berkata kedua-dua item penting yang juga bertindak sebagai pengenalan diri ini harus dijaga dan dibawa ke mana-mana sahaja oleh jemaah sepanjang mereka mengerjakan haji kerana ia adalah pengganti kepada passport mereka.",
"\"Jemaah haji perlu menganggap kedua-dua barang ini sebagai dokumen yang sangat penting dan dijaga sebaik mungkin bagi mengelakkan ia tercicir atau hilang,” katanya pada sidang media di Mekah hari ini.",
"Sepanjang berada di Tanah Suci, beliau berkata lencana serta gelang pengenalan diri itu digunakan sebagai pengenalan diri kerana passport jemaah akan dipegang pihak berkuasa Arab Saudi.",
"Katanya pada kedua-dua barangan tersebut terdapat butiran peribadi jemaah bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan atau orang luar memberi bantuan sekiranya mereka ditimpa masalah dan gagal menghubungi petugas TH.",
"Sekiranya kedua-dua dokumen tersebut didapati hilang atau tercicir, Ahmad Sohaimi meminta jemaah agar segera membuat laporan kepada kaunter perkhidmatan pelanggan TH yang berdekatan dan akan diganti dengan dokumen baharu serta-merta.",
"\"Setiap laporan kehilangan akan direkodkan dalam sistem kita untuk melihat trend bagi punca kehilangan dokumen-dokumen tersebut, adakah disebabkan oleh kecuaian jemaah atau kualiti untuk tujuan penambahbaikan.",
"\"Sekiranya hasil laporan mendapati kebanyakan jemaah cuai dan menganggap bahawa dokumen itu tidak penting, kita akan tingkatkan kesedaran dalam kalangan mereka untuk menjaga kedua-dua item tersebut,\" katanya.",
"Setiap lencana pengenalan diri tertera nombor passport jemaah, logo TH serta Jalur Gemilang dan nombor maktab yang ditulis dalam bahasa Arab.",
"Pada gelang tersebut pula terdapat nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya ingin mendapatkan bantuan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan dwi-kunci bagi mengurangkan risiko ia daripada tercicir atau tertanggal.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/585105 | Laporan: Sekutu nasihatkan Muhyiddin lepas jawatan | [
"Beberapa rakan sekutu Muhyiddin Yassin dilaporkan memberi nasihat agar presiden Bersatu itu melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.",
"Memetik sumber yang tidak didedahkan, Straits Times melaporkan keadaan dihadapi Muhyiddin sekarang sangat sukar untuk dipertahankan. ",
"Straits Times",
"\"Perdana menteri diberitahu, situasi sekarang sudah terlalu kusut dan sukar untuk dibela,\" kata sumber berkenaan. ",
"Menurut media Singapura itu, perkara tersebut disampaikan kepada Muhyiddin dalam perbincangan tertutup di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, awal petang ini.",
"Terdahulu media melaporkan sejumlah menteri serta Peguam Negara Idrus Harun hadir ke rumah tersebut sejurus selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan menyatakan rasa amat dukacita Yang di-Pertuan Agong terhadap isu pembatalan ordinan darurat.",
"Malaysiakini sudah menghubungi pegawai Muhyiddin bagi mendapatkan komen mereka mengenai laporan tersebut.",
"Tengah hari tadi Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dilaporkan amat dukacita apabila ordinan darurat dibatalkan walaupun sepatutnya hanya boleh dibuat selepas mendapat perkenan baginda.",
"Agong juga amat dukacita apabila menteri terbabit, Takiyuddin Hassan, mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat.",
"Titah baginda, sebelum sidang khas kali ini berlangsung Takiyuddin dan Idrus sudah bersetuju agar ordinan darurat yang diperkenalkan sebelum ini dibentang dan dibahaskan.",
"Bagaimanapun tiada mana-mana ordinan darurat itu diperlakukan begitu sehingga kini.",
"Ia mendorong pelbagai pihak menganggap Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional sudah menderhaka kepada Agong serta Raja-raja Melayu.",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/189967 | Imam 'BERSIH' baling kasut ke arah hakim | [
"\nSeorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.\n",
"\nKejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.\n",
"\n\nIni berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.\n",
"",
"\nImam berkenaan, Hoslan Hussain (\n\nkiri\n\n), yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.\n",
"\nkiri\n",
"\nDifahamkan Hoslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang.\n",
"\nHakim Zulkefli cuba menenangkan Hoslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.\n",
"\n\nDua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.\n",
"",
"\nBerikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan perbicaraan mahkamah memegang Hoslan dan cuba menenangkan beliau.\n",
"\nAdalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.\n",
"\n\nDemi keadlilan\n\n",
"\nDemi keadlilan\n",
"\nSementara itu, ketika dihubungi\n\nMalaysiakini\n\n, Hoslan berkata, rungutannya bukan tentang pengusiran, tetapi demi keadilan, kerana beliau telah membangkitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tabung di Masjid Ar Rahimah dan isu-isu berkaitan tidak dilayan.\n",
"\nMalaysiakini\n",
"\n\nBeliau mendakwa banyak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan berkenaan, tetapi tiada tindakan.\n",
"",
"\nMalah, dakwanya, Umno turut terbabit menggunakan MAIWP untuk menyingkirkannya.\n",
"\nMenurut Hoslan, beliau menjadi imam rawatib sejak tahun 2005 dan sebelum itu, beliau merupakan bilal di masjid berkenaan.\n",
"\nKatanya, beliau tidak diwakili peguam dalam semua kes mahkamah, bukan kerana beliau tidak mampu, tetapi kerana MAIWP telah menggantung gajinya.\n",
"\n\nHoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu pada setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu.\n",
"",
"\nKetika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lalu, katanya,\n",
"\nkhutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan.\n",
"\nNamun, sebaik mendengar khutbah itu Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya.\n",
"\n\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n\n",
"\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n",
"\n\n[Baca berita penuh]\n\n",
"\n[Baca berita penuh]\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/hiburan/488781 | Vanessa pamer 'lurah' sebelum pergi umrah | [
"Citra pelakon sinetron dan model Indonesia yang baru bebas dari penjara, Vanessa Angel, sempena sambutan hari kemerdekaan ke-74 republik itu mengundang perhatian umum semalam.",
"Imej berkenaan juga dilihat bertentangan dengan hasrat diutarakan Vanessa sebelum ini, iaitu dia ingin mengerjakan umrah pada September depan.",
"“Rancangannya September mahu mengerjakan umrah, saya diajak teman-teman kerana belum pernah ke sana,” katanya.",
"Vanessa dilaporkan membuat kenyataan berkenaan pada 12 Ogos lalu.",
"Menjelang perjalanan ke Tanah Suci itu itu, Vanessa memuat naik dua imej dia memakai baju berwana putih dengan skirt atas paras lutut berwana merah.",
"“Sekeliling kompleks mencari diskaun untuk 17 Ogos,” katanya di Instagram.",
"Dia turut mengiringi status berkenaan dengan tanda pagar #dirgahayuindonesia dan #17August.",
"Namun, salah satu daripada imej dikongsikan Vanessa itu mengundang kecaman warganet ekoran dikatakan terlalu seksi kerana mempamerkan aset dimilikinya.",
"Dia juga dikritik tidak wajar berpakaian demikian kerana baru saja dibebaskan daripada penjara ekoran disabitkan kesalahan berkaitan bahan lucah.",
"Dia juga dikaitkan dengan sindiket pelacuran kelas atasan.",
"Selebriti itu mendekam selama lima bulan dan dibebaskan awal Julai lalu. "
] |
https://www.malaysiakini.com/news/495988 | Kesahihan lantikan Sri Ram sebagai DPP didengar di mahkamah tinggi | [
"Permohnan Datuk Seri Najib Razak dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mencabar kesahihan pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) kanan akan didengar di Mahkamah Tinggi.",
" Ini selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohohnan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kebenaran kepada Najib dan Muhammad Shafee bagi semakan kehakiman untuk mencabar pelantikan Sri Ram. ",
"Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 26 Ogos 2019.",
"Hakim Tengku Maimun berkata selepas membaca kertas sebab dan hujah oleh kedua-dua pihak, panel puas hati bahawa permohonan untuk kebenaran bagi semakan kehakiman dan usul jenayah (mengenai pelantikan Sri Ram) adalah berlainan dan berasingan. ",
"“Oleh itu, isu ‘res judicata’ (perkara telah selesai) dan salah guna proses tidak timbul,” kata Hakim Tengku Maimun yang menyidangi kes itu bersama hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Tan Sri Idrus Harun.",
"Hakim Tengku Maimun berkata panel bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan, oleh itu menolak kebenaran untuk merayu tanpa perintah berhubung kos.",
"Panel telah mendengar hujah daripada Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke yang mewakili AGC selaku pemohon, Muhammad Shafee yang bertindak bagi pihak Najib dan Harvinderjit Singh bagi pihak Muhammad Shafee yang merupakan responden.",
"Kes itu dijadual didengar berasaskan merit substantif pada 25 Okt ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya.",
"Najib dan Muhammad Shafee telah, secara berasingan, memfail bagi semakan kehakiman pada Disember tahun lepas untuk mencabar keputusan Peguam Negara melantik Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Acara Jenayah. ",
"Mereka menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden.",
"Mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan pelantikan Sri Ram atau beliau menarik diri, dengan menyatakan surat pelantikannya adalah tidak sah. ",
"Mereka juga memohon perisytiharan bahawa terdapat percanggahan kepentingan dalam pelantikan Sri Ram dan meminta satu perintah bagi melarang beliau (Sri Ram) daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua kes mereka, termasuk mengenai rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram. ",
"Dalam pada itu, Muhammad Shafee bila ditemui pemberita selepas kes itu berkata beliau tidak akan memohon penangguhan perbicaraan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Najib yang sedang berjalan sementara menunggu penyelesaian prosiding semakan kehakiman. ",
"“Jika kami menang dalam permohonan semakan kehakiman ini, perbicaraan 1MDB akan diisytihar batal,” kata beliau. ",
"Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan pada perbicaraan 1MDB Najib. ",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/255758 | Pemain Khoo Kien Keat 'jadi tukang kempen' Chew | [
"\nWalaupun mempunyai jadual yang padat, namun calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun turut menyertai satu perlawanan badminton persahabatan malam tadi.\n",
"\n\nDalam perlawanan yang berlangsung di dewan badminton di\n",
"",
"\nSungai Chua, Chew dan bekas pemain badminton negara, Khoo Kien Keat berpadu tenaga untuk menundukkan pasangan Pemuda BN dalam satu pertandingan sengit yang berkesudahan dengan 21-19.\n",
"\n\" Ia dimenangi Chew Mei Fun ,\" kata Chong Sin Woon, yang berpasangan dengan Khairy Azwan Harun yang tewas kepada pasangan \"Diamond Pair \" itu.\n",
"\nPertandingan persahabatan itu, anjuran Pemuda BN, turut menarik perhatian mereka yang bermain di gelanggang bersebelahan, untuk datang menontonnya.\n",
"\nChew, yang kemudiannya bergegas untuk menghadiri dua ceramah di Kajang, tidak bercakap dengan media.\n",
"\nBeliau mempunyai sejumlah lapan program di bandar itu semalam.\n",
"\n\nIni adalah kali kedua Khoo dilaporkan menghadiri fungsi yang\n",
"",
"\nberkaitan dengan pilihan raya .\n",
"\nYang pertama ialah di Machap pada tahun 2007 selepas beliau dan pasangannya, Tan Boon Heong mencapai kemasyhuran apabila menjadi juara Sukan Asia pada tahun 2006 dan Terbuka England pada Mac 2007.\n",
"\nKedua-duanya dilaporkan mengadu kekurangan masa untuk latihan kerana mereka perlu menghadiri aktiviti luar, termasuk pergi ke Machap.\n",
"\nDan bekas rakan sepasukannya Khoo - Datuk Lee Chong Wei - pula ke Perak untuk memberi sokongan kepada rakannya, Ling Hee Long, yang bertanding kerusi Parlimen Gopeng dalam pilihan raya umum 2008.\n",
"\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n",
"\n\n[Baca berita penuh]\n\n",
"\n[Baca berita penuh]\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/510380 | SPRM mohon Interpol tangkap Jho Low, 2 bekas pengarah Petrosaudi | [
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan kepada Interpol berhubung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Low Taek Jho, Tarek Obaid dan Patrick Mahony.",
"Ia selepas suruhanjaya itu memfailkan pendakwaan baru in absentia (tanpa kehadiran) tiga individu itu untuk kes pengubahan wang haram dana 1MDB melibatkan nilai AS$69 juta.",
"in absentia",
"Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya memaklumkan perkara itu kepada pemberita dalam satu program di Putrajaya hari ini.",
"\"Ini sebahagian daripada siasatan dan usaha mendapatkan semula (dana) 1MDB dan SRC International yang sedang berjalan...",
"\"Ini sebahagian proses di mana kita mendakwa mereka yang mungkin ada akses kepada perincian wang tersebut,\" katanya, sambil menambah SPRM akan mengeluarkan maklumat pendakwaan tersebut secara rasmi dalam masa terdekat.",
"Ini merupakan waran tangkap kedua terhadap Jho Low, yang didakwa sebagai dalang utama skandal 1MDB.",
"Obaid dan Mahony pula adalah bekas pengarah Petrosaudi International Limited (PSI) yang menjadi individu utama dalam pemeteraian usaha sama syarikat itu dengan 1MDB.",
"\"Ini adalah satu kes...konspirasi jenayag untuk bersubahat dalam pengubahan wang (berjumlah) AS$69 juta,\" kata Latheefa berhubung pendakwaan baru itu.",
"Ketika laporan ini ditulis, Low, Obaid dan Mahony tiada dalam senarai notis merah Interpol.",
"Rasuah RM60 juta",
"Rasuah RM60 juta",
"Rasuah RM60 juta",
"Menurut kertas pendakwaan yang dilihat Malaysiakini, Jho Low dihadapkan dengan satu pendakwaan baru manakala Obai dan Mahony dengan dua pendakwaan.",
"Ketiga-tiganya didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.",
"Menerusi usaha sama 1MDB-PSI, mereka dikatakan terlibat dalam konspirasi jenayah untuk membolehkan bekas perdana menteri Najib Razak menggunakan kedudukannya untuk menerima rasuah berjumlah RM60,629,839.43. ",
"Dakwaan kesalahan itu dikatakan berlaku antara 24 Februari hingga 14 Jun 2011 di Bank AmIslamic cawangan Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur.",
"Sabit kesalahan membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda RM10,000 atau tidak kurang lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi.",
"Pengubahan wang haram AS$300 juta",
"Pengubahan wang haram AS$300 juta",
"Pengubahan wang haram AS$300 juta",
"Selain itu, Obaid dan Mahony turut didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla).",
"Mereka didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dengan \"secara salah\" menerima AS$300 juga daripada 1MDB sebelum menyalurkannya ke dalam akaun 1MDB Petrosaudi Limited.",
"Sabit kesalahan membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM5 juta, atau kedua-duanya sekali.",
"Semua pendakwaan dibaca di depan Majistret Mageswary Subramaniam di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/614115 | Kes renjatan elektrik: Bedah siasat bermula, cari punca kematian suami isteri | [
"Proses bedah siasat ke atas pasangan suami isteri yang maut dipercayai terkena renjatan arus elektrik di sini pada Khamis, bermula hari ini bagi mencari punca sebenar kematian, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Shamsuri Mohd Nor.",
"Beliau berkata proses bedah siasat tersebut dilakukan di Hospital Sultan Hajjah Kalsom, Tanah Rata pagi ini dan keputusannya bakal diperoleh dalam masa terdekat.",
"“Kami jangkakan dalam masa terdekat, kami akan mendapat keputusan bedah siasat. Selepas selesai, baru kami akan serahkan mayat kepada waris,” katanya ketika dihubungi.",
"Pada Khamis, pasangan suami isteri itu ditemukan meninggal dunia dalam bilik air di rumah mereka di Taman Puncak Tringkap di Cameron Highlands, di sini, dipercayai terkena renjatan arus elektrik.",
"Tiga anak pasangan itu berusia lingkungan dua hingga 10 tahun yang turut berada di kediaman itu ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.",
"Menyentuh mengenai nasib tiga anak pasangan tersebut, Mohd Shamsuri berkata waris ahli keluarga dari Pulau Pinang dan Sarawak telah dimaklumkan berkaitan urusan hak penjagaan mereka.",
"Menurutnya, hal tersebut juga mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pemantauan dan pengurusan hal kebajikan sementara menunggu proses lengkap hak penjagaan tersebut.",
"- Bernama",
"Bernama",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/388520 | PAS beri amaran parti lain jangan persoal hukum sebat | [
"Kerajaan PAS Kelantan memberi amaran kepada parti politik bukan Islam supaya \"menutup mulut\" dan tidak masuk campur dalam hal ehwal Islam terutama dalam pelaksanaan hukuman sebat di tempat terbuka di negeri itu tidak lama lagi.",
"Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menegaskan, MCA, Gerakan dan DAP tiada hak mempersoalkan hal ehwal Islam.",
"Katanya, mereka perlu membuat kajian terlebih dahulu mengenai Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.",
"“Undang-undang dan hukuman ini tidak ada kena mengena dengan mereka (bukan Islam). Tidak sepatutnya mereka memberi komen sedangkan mereka tidak memahaminya,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia hari ini.",
"Utusan Malaysia",
"Pada 12 Julai, DUN Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang membolehkan hukuman sebat terhadap pesalah syariah dijalankan di tempat terbuka.",
"Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker dilaporkan berkata, PAS cuba mencari kepentingan politik bagi mendapatkan sokongan orang Islam dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan melaksanakan undang-undang tersebut.",
"Dalam masa sama, Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim dilapor turut membidas PAS yang didakwa terdesak mengunakan imej Islam bagi mendapatkan kemenangan di Kelantan.",
"Mengulas lanjut, Mohd Nassuruddin yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan berkata, parti itu memperjuangkan hukum Islam sepanjang masa bukan hanya ketika ingin menghadapi pilihan raya.",
"Katanya, Kerajaan Kelantan meletakkan syariat Islam lebih daripada segala-galanya dan pelaksanaan hukuman tersebut sebenarnya dicadangkan sejak tahun 2015 lagi.",
"“Sejak tahun 2015, kita telah bermesyuarat lebih 14 kali melibatkan Hakim Syarie, mufti dan pakar undang-undang Islam. Adakah tahun 2015 itu dekat dengan pilihan raya?” katanya."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/359093 | Poster anti BERSIH: Saya hanya viral je, kata Zein Isma | [
"Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berang dengan tuntutan sekumpulan mahasiswa yang mendakwanya mencuri dan memanipulasikan gambar mereka serta menyebarkannya di media sosial.",
"Katanya, beliau tidak mengetahui gambar itu telah dimanipulasikan, sebaliknya mendakwa dirinya hanya berkongsi setelah menjumpainya di group Whatsapp.",
"“Saya tak tahu, saya tolong kongsi orang punya (gambar). Banyak group yang kongsi, saya ambil dari group itu sebab saya punya group (Whatsapp) pun beratus,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.",
"Malaysiakini",
"Kumpulan sembilan aktivis pelajar yang diketuai oleh Atyrah Hanim Razali dalam satu kenyataan media hari ini membidas tindakan Umno yang didakwa sebagai terdesak sehingga sanggup memanipulasikan gambar mereka.",
"Menurut mereka, Umno begitu terdesak sehingga ‘mencuri dan photoshop’ gambar sebenar bersama plakad bertulis ‘Save Ulu Papar’ dan menukarnya dengan tulisan “Kami Tolak BERSIH”.",
"",
"Mengulas desakan kumpulan itu yang mahunya memohon maaf dan mengambil tindakan undang-undang, Zein berkata beliau berbuat apa-apa sekiranya Atyrah mahu berbuat demikian.",
"“Kalau mereka nak buat laporan polis dekat saya apa saya boleh buat, saya viralkan sahaja. kalau nak hukum-hukum lah…",
"“(Tapi) pihak polis pasti ada alat dia untuk kesan (siapa yang edit) dan forensik siapa yang buat. Kalau nak kira (buat laporan) macam tu tak terlayan lah mahkamah esok.",
"“Saya pun banyak laporan polis terhadap Malaysiakini pun ada. Saya viral je, ramai je viral kalau nak tangkap, tangkap semua lah,” katanya dengan nada sinis.",
" Malaysiakini ",
"Dalam pada itu Zein turut menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH5 yang akan berlangsung 19 November ini tidak wajar diteruskan.",
"Katanya, sekiranya perhimpunan BERSIH diadakan, beliau akan turun bersama kumpulan ‘baju merah’ bagi menentang kumpulan tersebut.",
"“Apa mereka (BERSIH) ingat isu mereka tak banyak, isu mereka lagi banyak kenapa tak fikir. ini kerana hasutan geram, emosi nak buat huru hara dalam negara dan saya pihak yang amat menentang.",
"“Saya setuju dengan tindakan baju merah. Kami (baju merah) tunggu masa dan ketika, jangan rosakkan keselamatan negara termasuk akhbar macam puan.",
"“Saya sendiri akan turut serta, bukan sahaja baju merah, kita akan tentang (BERSIH) habis-habisan,” katanya."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/278551 | 'Penjara Anwar 5 tahun tak memadai' | [
"\nPasukan pendakwaan dalam kes Liwat II berpendapat bahawa hukuman penjara lima tahun penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memadai.\n",
"\nMenurut dokumen yang disaksikan oleh\n\nMalaysiakini\n\n, pasukan itu memberi hujah bahawa hukuman lima tahun penjara itu tidak memenuhi keadilan dari sudut kepentingan awam.\n",
"\nMalaysiakini\n",
"\nPasukan pendakwaan berpendapat bahawa hakim rayuan membuat kesilapan kerana hukuman penjara tidak mencerminkan tahap kesalahan itu, dan tidak menjadi teladan kepada masyarakat.\n",
"\nMenurut pasukan itu lagi, hukuman lima tahun penjara tidak memadai berbanding peruntukan 20 tahun penjara dan rotan dalam Seksyen 377B Kanun Keseksaan.\n",
"\nPerkara itu difailkan oleh pasukan pendakwaan untuk menuntut Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas Anwar.\n",
"\nMahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu membatalkan keputusan tahun 2012 oleh Mahkamah Tinggi Kuala LumpurOn March 7, dan seterusnya mendapati Anwar bersalah atas tuduhan Liwat II, dan menjatuhkan hukumen lima tahun penjara ke atasnya.\n",
"\nPasukan pembelaan Anwar, yang kini diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, memfailkan 35 asas dalam rayuan ke atas sabitan di mahkamah tertinggi itu.\n",
"\nRayuan terakhir oleh ketua umum PKR itu, kini 67 tahun, ditetapkan selama dua hari bermula Selasa.\n",
"\nDalam rayuan balasnya, pendakwaan memohon hukuman penjara lebih lama dikenakakan ke atas Anwar.\n",
"\n\n[Baca berita penuh]\n\n",
"\n[Baca berita penuh]\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/351146 | DAP-PKR tetap utuh walaupun pilihan raya PP batal | [
"Naib Pengerusi PKR Negeri (I) Datuk Rashid Hasnon menafikan parti itu mempunyai kelebihan dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan pembatalan pilihan raya negeri secara mengejut.",
"Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng, Chang Yeow bahawa DAP telah membatalkan pilihan raya itu kerana mereka takut kepada PKR walaupun mempunyai kelebihan dalam beberapa kerusi negeri.",
"PKR hanya mempunyai 10 kerusi di Dewan Undangan Negeri berbanding DAP 19 dan PAS satu.",
"\"Kami membuat keputusan itu secara bersama dan saya hormati dan berterima kasih kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana mendengar apa yang hendak dikatakan PKR berhubung pandangan mereka tentang pilihan raya mengejut itu,\" katanya kepada pemberita, hari ini.",
"Rashid juga berkata walaupun PKR tidak bersetuju dengan idea mengadakan pilihan raya mengejut itu dan kini dibatalkan, pentadbiran negeri masih berfungsi seperti biasa.",
"Idea mengadakan pilihan raya mengejut itu dibuat selepas Lim didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan rasuah.",
"Bagaimanapun, idea itu dibatalkan pada 31 Julai selepas tidak mendapat sokongan PKR.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/364195 | Indonesia mahu nelayan di Esszone henti sementara tangkap ikan | [
"Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau mahu semua nelayan Indonesia yang berada di empat daerah di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone) iaitu Kunak, Lahad Datu, Tawau dan Semporna menghentikan sementara kerja-kerja menangkap ikan di perairan itu.\n\nKetua Perwakilan KRI Tawau, Krishna Dielani berkata peringatan itu sah sehingga kerajaan Malaysia memberi jaminan keselamatan terhadap nelayan Indonesia yang bekerja di empat daerah tersebut.\n\n\"Pada Selasa lepas, satu perjumpaan dijalankan KRI bersama 10 majikan perusahaan ikan serta persatuan ikan dan perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak majikan mereka bahawa nelayan Indonesia perlu menghentikan sementara kegiatan menangkap ikan sehingga satu tempoh jaminan perairan di Esszone selamat.\n\n\"Sekiranya perkara itu tidak dipatuhi oleh nelayan Indonesia maka nelayan ini perlu menanggung risiko sendiri termasuk diculik,\" katanya kepada pemberita di Tawau hari ini.\n\nBeliau berkata sehingga kini terdapat 1,500 nelayan Indonesia bekerja di perusahaan ikan di empat daerah berkenaan.\n\nPada 19 November lepas, dua nelayan warga Indonesia diculik di perairan Merabung, Lahad Datu iaitu kira-kira dua minggu selepas dua nelayan Indonesia diculik di perairan Kertam di Kinabatangan, Sandakan.\n\nDalam pada itu, Krishna berkata selain nelayan, Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang bekerja berkaitan pelancongan atau berniaga di empat kawasan perairan berkenaan perlu menghentikan sementara kegiatan mereka.\n\n\"Perkara ini, susulan situasi keselamatan di perairan Sabah yang bersempadanan dengan Filipina kerap berlaku penculikan bersenjata untuk wang tebusan melibatkan warga Indonesia sejak kebelakangan ini,\" katanya lagi.\n\nMenurutnya, warga Indonesia yang terkesan dengan saranan itu dinasihatkan agar kembali ke Indonesia atau melakukan kerja-kerja lain selain kegiatan di laut.\n\nSementara itu, menurutnya warganegara Indonesia (WNI) di Esszone perlu mematuhi peraturan keselamatan termasuk arahan perintah berkurung yang dikeluarkan pihak keselamatan Malaysia.\n\n\"Apabila berlaku situasi darurat melibatkan WNI khususnya di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau mereka perlu segera melapor kepada balai polis terdekat atau menghubungi KRI Tawau di nombor 089-772052 dan 089-752969,\" katanya.\n\n- Bernama",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/542079 | Kerajaan mohon maaf pada Veveonah | [
"Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menyampaikan permohon maaf kerajaan kepada Veveonah Mosibin ekoran kontroversi yang tercetus baru-baru ini.",
"Berada di Kota Kinabalu pada hari Umno mengumumkan calon mereka untuk pilihan raya negeri (PRN) kali ini, Khairy berkata dia bertemu dengan remaja terbabit di Universiti Malaysia Sabah (UMS).",
"Permohonan maaf daripada kerajaan itu turut disampaikan Khairy kepada ibu dan bapa pelajar terbabit.",
"\"Saya mohon maaf kepada beliau dan ibu bapa beliau bagi pihak kerajaan,\" ciapnya di Twitter petang ini.",
"Bekas ketua Pemuda Umno itu juga mencadangkan agar Veveonah, 18, untuk bekerjasama dengan Yayasan Inovasi Malaysia untuk membangunkan kampungnya dengan projek inovasi bagi pemuliharaan alam sekitar.",
"Terdahulu isu kesahihan Veveonah bersusah payah memanjat pokok untuk membolehkan dia mendapai capaian internet dipertikaikan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin, di Dewan Negara baru-baru ini.",
"Lebih memburukkan keadaan, Timbalan Menteri Kewangan Abdul Rahim Bakri - yang menyalurkan maklumat berkenaan Veveonah kepada Zahidi - mempertahankan dakwaannya bahawa ketika pelajar terbabit memanjat pokok, tiada peperiksaan berlangsung di UMS.",
"Abdul Rahim yang juga ahli parlimen Kudat bagaimanapun memadamkan kenyataan yang dibuatnya di media sosial selepas mendapat kecaman orang ramai.",
"Sebelum berlepas ke Sabah tadi, Khairy sempat ditanya mengenai isu Veveonah oleh wartawan Channel News Asia, Melissa Goh.",
"Kata Khairy, ketika Perikatan Nasional berdepan cabaran di Sabah, \"kebodohan\" cara dua timbalan menteri terbabit menguruskan isu tersebut hanya menyukarkan lagi usaha kerajaan untuk mendapat kemenangan dalam PRN di negeri berkenaan.",
"\n",
"\nAlso off to Sabah ahead of nomination day is KJ. We spoke about the unfortunate episode over 18 yr old Sabahan student @veveonah & how he would like to help. The state election is already a climb for the gov’t, follies by two deputy ministers have made it all the more difficult. pic.twitter.com/P6Bfmdv0Rt— Melissa Goh (@MelGohCNA) September 10, 2020 \n",
"Also off to Sabah ahead of nomination day is KJ. We spoke about the unfortunate episode over 18 yr old Sabahan student @veveonah & how he would like to help. The state election is already a climb for the gov’t, follies by two deputy ministers have made it all the more difficult. pic.twitter.com/P6Bfmdv0Rt— Melissa Goh (@MelGohCNA) September 10, 2020 ",
"Also off to Sabah ahead of nomination day is KJ. We spoke about the unfortunate episode over 18 yr old Sabahan student @veveonah & how he would like to help. The state election is already a climb for the gov’t, follies by two deputy ministers have made it all the more difficult. pic.twitter.com/P6Bfmdv0Rt— Melissa Goh (@MelGohCNA) September 10, 2020",
"Also off to Sabah ahead of nomination day is KJ. We spoke about the unfortunate episode over 18 yr old Sabahan student @veveonah & how he would like to help. The state election is already a climb for the gov’t, follies by two deputy ministers have made it all the more difficult. pic.twitter.com/P6Bfmdv0Rt",
"@veveonah",
"pic.twitter.com/P6Bfmdv0Rt",
"September 10, 2020",
" ",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/522431 | KKM: Lebih ramai petugas kesihatan akan terima elaun penuh Covid-19 | [
"Lebih ramai petugas kesihatan yang terlibat menangani wabak Covid-19 layak mendapat jumlah penuh elaun khas RM600 yang sebelumnya diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.",
"Ini berdasarkan surat pekeliling bertarikh 21 April yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Chen Chaw Min.",
"Dalam surat pekeliling itu, Chen berkata keputusan tersebut berdasarkan maklum balas yang diterima kementerian mengenai kelayakan elaun dan proses tuntutan.",
"Dalam pekeliling KKM itu dinyatakan beberapa petugas penjagaan kesihatan yang sebelumnya tidak layak mendapat elaun sekarang akan layak menerimanya.",
"Ini merujuk kepada pekerja kesihatan yang terlibat dalam penerimaan dan rawatan pesakit yang disyaki Covid-19 di wad jangkitan pernafasan, mereka yang bekerja di jabatan kecemasan dan trauma, serta petugas yang menangani jenazah pesakit Covid-19 atau jenazah yang disyaki dijangkiti wabak itu.",
"",
"",
"",
"",
"",
"Kepada petugas kesihatan ini, mereka diminta bekerja mengikut jadual supaya mendapat elaun penuh, tanpa mengira jumlah hari mereka menghabiskan masa bekerja dengan pesakit Covid-19.",
"Di samping itu, tiga kategori petugas kesihatan yang lain juga layak mendapat elaun penuh tanpa mengira jumlah hari mereka bekerja untuk tugas-tugas yang berkaitan dengan Covid-19.",
"Ini termasuk pekerja kesihatan yang melakukan pemeriksaan Covid-19 di pusat-pusat pemeriksaan, tetapi kini pekeliling KKM juga menyatakan bahawa mereka yang terlibat dalam pengawasan penyakit untuk penyakit seperti influenza juga layak menerima elaun khas itu.",
"Petugas penjagaan kesihatan yang mengumpul dan mengangkut sampel ke makmal, dan mereka yang mengendalikan kemasukan dan rawatan pesakit Covid-19 yang disahkan di wad pengasingan, juga layak mendapat elaun penuh tanpa mengira jumlah hari mereka bekerja pada tugasan yang berkaitan Covid-19.",
"Budi bicara hospital tambah kategori layak ",
"Budi bicara hospital tambah kategori layak ",
"Budi bicara hospital tambah kategori layak ",
"Berdasarkan garis panduan sebelumnya yang dikeluarkan pada 16 Mac, pekerja ini hanya layak mendapat elaun penuh jika mereka telah ditugaskan selama lebih dari 15 hari dalam satu bulan kalendar.",
"Jika tidak, mereka hanya akan diberi separuh elaun.",
"Pekerja penjagaan kesihatan lain yang menangani wabak Covid-19, seperti petugas yang melakukan pemeriksaan kesihatan di pusat pemeriksaan sempadan dan petugas yang mengesan kontak rapat pesakit Covid-19 yang disahkan, masih akan dibayar elaun mengikut jumlah hari tugasan berkaitan wabak itu.",
"Walaupun begitu, pekeliling tersebut menyatakan bahawa ketua jabatan (seperti pengarah hospital dan pegawai kesihatan daerah) kini diberi budi bicara untuk memutuskan menambah kategori petugas yang layak mendapat elaun itu, walaupun mereka tidak disenaraikan dalam pekeliling KKM mengenai elaun tersebut.",
"Elaun itu pertama kali diumumkan oleh perdana menteri sebelum ini, Dr Mahathir Mohamad, dan pada asalnya ditetapkan pada RM400. Pengganti beliau, Muhyiddin kemudiannya menaikkannya kepada RM600 berkuat kuasa pada 1 April lalu.",
"Bagaimanapun, terdapat laporan sebilangan kakitangan perubatan sebelum ini memberitahu tidak semua petugas kesihatan layak mendapat elaun tersebut walaupun bekerja di barisan hadapan.",
" tidak semua petugas kesihatan layak",
"[Baca berita asal]",
"[Baca berita asal]",
"",
"",
"",
"Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.",
"Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.",
"laman penjejak",
"\n",
"\n\n",
"",
"",
" ",
"",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/570015 | Papagomo lapor polis minta siasat klip audio Zahid-Anwar | [
"Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat perbualan melalui telefon yang didakwa antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.",
"Wan Muhammad Azri, juga dikenali sebagai blogger Papagomo, berkata siasatan akan menentukan sama ada fail audio berdurasi empat minit itu sahih atau jika ada dalang yang telah memalsukannya.",
"\"Sehubungan dengan itu, saya memanjangkan laporan polis ini agar suatu siasatan menyeluruh dapat dilakukan bagi mengenalpasti kesahihan dan dalang yang memalsukan audio rakaman perbualan tersebut. ",
"\"Ia juga untuk menjaga nama baik institusi Umno yang bertegas menolak kerjasama dengan PKR dan Anwar Ibrahim. ",
"\"Sebagai ahli parti saya perlu bertindak menjaga nama baik institusi presiden dan nama parti Umno dari terus diperlekehkan dan diaibkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab,\" katanya pada kenyataan selepas memfailkan laporan polis malam tadi di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur.",
"Katanya lagi, laporan polis itu dibuat susulan Zahid menafikan dirinya empunya salah satu suara dalam klip audio yang muncul malam Selasa lalu.",
"",
"",
"",
"",
"",
"\"Melalui penafian tersebut, audio rakaman perbualan tersebut dipercayai telah dipalsukan bagi tujuan memalukan dan mengaibkan Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden Umno.",
"\"Bahawa individu yang membuat, menerbit dan mengedarkan video yang terkandung audio rakaman itu berniat jahat dan cuba untuk mengaibkan dan mencemar nama baik Zahid Hamidi. ",
"\"Selain itu audio tersebut seolah-olah cuba menunjukkan presiden Umno'berlakon' semasa PAU 2020 dan wujud kerjasama dengan Anwar Ibrahim,\" kata Wan Muhammad lagi.",
"Berdasarkan klip audio itu, suara yang kedengaran seperti Anwar memuji suara yang kedengaran seperti Zahid mengenai cara presiden Umno itu mengendalikan PAU 2020 yang berlangsung baru-baru ini.",
"Zahid telah menafikan sekeras-kerasnya audio yang didakwa perbualan antara dirinya dengan Anwar itu, berkata dia \"amat kecewa dan terkejut\" dengan tuduhan itu.",
"Presiden Umno itu juga mendakwa dirinya menjadi mangsa 'rancangan politik' untuk melemahkan atau memusnahkan Umno.",
"Zahid malam tadi membuat hantaran di Facebook memberi amaran mengenai bahaya media sosial.",
"",
" ",
"",
"",
"",
"",
"",
"\"Ahli Umno sekalian. Media sosial. Ini zaman dunia digital. Dalam kebaikan yang boleh diperoleh terselindung juga keburukan jika niat kita tidak baik ketika menggunakan media sosial,\" katanya.",
"Dia juga membayangkan penyebaran klip audio itu sebagai serangan terbaru \"untuk menjadikan rakyat benci kepada Umno serta BN.\"",
"\"Barisan Nasional (BN) tewas PRU-14 pada 9 Mei 2018 angkara media sosial. ",
"\"Pelbagai dakyah, fitnah, perspekif negatif dan cerita tokok tambah diada-adakan pihak lawan,\" kata Zahid.",
"Presiden Umno juga mendakwa pada PRU14 \"sebuah parti politik menawarkan peluang pekerjaan kepada cybertrooper dengan bayaran ribuan ringgit sebulan.\"",
" cybertrooper",
"\"Mereka iklankan pekerja menggunakan Jobstreet. Misi mereka memburuk-burukkan Umno dan menyebarkan fitnah.",
"Jobstreet.",
"\"Ia masih berlarutan sehingga saat ini,\" dakwa ahli parlimen Bagan Datuk.",
"Zahid juga mendakwa walaupun Umno telah membentuk kerajaan tetapi parti itu tiada kuasa pemerintahan mutlak.",
"\"Mereka masih melakukan perkara sama. Kerana apa, tidak mahu kita bangkit, mahu melemahkan kita dan mahu terus memastikan rakyat membenci kita,\" katanya lagi.",
"Oleh itu, Zahid menyeru \"kesetiaan dan keikhlasan\" ahli Umno untuk bergerak di media sosial \"mara menangkis tohmahan dan fitnah.\"",
"\"Apa yang saya minta adalah tangkis tohmahan dengan fakta yang tepat dan bukannya menabur fitnah. ",
"\"Kepimpinan Umno tidak seperti mereka,\" jelasnya lagi.",
"Sejak penyebaran klip audio iti, Anwar telah menafikan dia telah melakukan perbualan telefon dengan Zahid.",
"Anwar berkata dia akan membuat laporan polis mengenai perkara itu.",
"Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa klip audio berkenaan merupakan usaha daripada kepimpinan negara setelah gagal \"mengugut\" dan \"merasuah\" pemimpin pembangkang.",
"setelah gagal \"mengugut\" dan \"merasuah\""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/519265 | 5G didakwa sebarkan Covid-19, menara telekomunikasi UK dirosakkan | [
"",
"",
"Sekurang-kurangnya 20 menara telekomunikasi di United Kingdom (UK) dibakar atau dirosakkan sejak beberapa hari lalu, selepas timbul dakwaan mengatakan rangkaian 5G boleh menyebarkan wabak (Covid-19), lapor agensi berita Sputnik memetik laporan The Guardian.",
"The Guardian.",
"Terdapat siri vandalisme menara telekomunikasi di sekitar Liverpool dan West Midlands. Disebabkan perkhidmatan 5G yang perlahan di UK, banyak menara yang dirosakkan meskipun menara terbabit tidak memiliki teknologi dan peralatan 5G.",
"Menurut The Guardian, MobileUK, yang menggabungkan empat rangkaian mudah alih utama di UK, mengeluarkan surat terbuka meminta pelanggan membantu usaha menghentikan serangan itu. ",
"The Guardian",
"\"Kami berdepan kes vandalisme ia menyebakan gangguan terhadap infrastruktur penting dan penyebaran maklumat palsu menunjukkan hubungan antara 5G dengan pandemik Covid-19. Tiada bukti saintifik lagi setakat ini,\" menurut surat itu.",
"\"Tolong bantu kami untuk menghentikannya. Jika anda lihat terdapat perbuatan vandalisme terhadap kemudahan kami sila laporkannya. Jika ada maklumat tidak benar sila hubungi kami. Bantuan anda ketika ini sangat bermakna,\" katanya.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/506097 | IGP ingatkan pemimpin, ahli potik jangan sentuh isu sentiviti kaum | [
"Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador merayu kepada ahli politik agar tidak menggunakan isu-isu berunsur perkauman dan keagamaan yang boleh menjejaskan keamanan. ",
"Katanya, ahli politik sepatutnya menggunakan kebijaksanaan mereka serta cuba menyelesaikan setiap masalah dengan cara yang baik. ",
"\"Saya merayu, khususnya kepada ahli-ahli dan pemimpin politik, agar mereka lebih memahami dinamik negara ini dengan pelbagai kaum dan agama. ",
"\"Jangan lakukan aktiviti-aktiviti dengan niat menyakitkan hati dan seolah-olah mencabar pihak lain. 'Suhu' akan meningkat.",
"\"[...] Itulah sebab saya seru supaya mereka lebih bertanggungjawab. (Kalau) boleh duduk dalam parlimen, duduk bertepuk tampar, kenapa di luar lain pula nadanya?\" katanya. ",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi bersama media di Dewan Theatrette, Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini. ",
"Katanya, sekalipun pihak polis kelihatan berdiam diri berhubung isu-isu perkauman dan keagamaan yang timbul, ia tidak bermakna mereka tidak melakukan tindakan kerana kertas siasatan tetap dibuka dan pihak berkenaan tetap dipanggil memberikan kenyataan, sebelum siasatan dihantar ke jabatan peguam negara untuk tindakan selanjutnya.",
"Mengulangi pendiriannya 28 Disember lalu, Abdul Hamid menyifatkan kes-kes perkauman dan agama yang ditimbulkan sungguh merugikan negara dan membebankan pihak polis. ",
"Mengulangi pendiriannya",
"Katanya, aktiviti seumpama itu selalunya dibuat pada Sabtu dan Ahad, sedangkan pada waktu tersebut merupakan waktu anak buahnya sepatutnya berehat. ",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"“Mereka pun perlukan rehat tapi terpaksa buat kerja lebih masa (OT), semata-mata nak jaga keamanan. ",
"“Di hujung tahun orang lain menikmati cuti menguruskan sekolah anak-anak, anak buah saya terpaksa duduk di dalam trak, tunggu di tempat-tempat yang hendak dijalankan aktiviti yang sensitif tadi.",
"“Ini membuang masa saya dan anak buah saya,” katanya lagi, sambil membayangkan masa yang diperuntukkan untuk aktiviti demikian sebaliknya boleh digunakan untuk menangani kes jenayah seperti kes dadah dan sebagainya berbanding isu yang disifatnya “remeh”. ",
"Isu perkauman dan agama dilihat semakin panas baru-baru ini sehingga mencetuskan beberapa himpunan yang menimbulkan ketidaksenangan antara kaum. ",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"Yang terbaru, rentetan isu pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular menyebabkan beberapa pihak daripada kumpulan Melayu dan Cina berbalas kenyataan. ",
"Hal itu menyebabkan beberapa perhimpunan dan persidangan diadakan, yang terbaru Kongres Jawi oleh Gabungan Seni Khat Action Team (Sekat) dan Himpunan Bangkit Pertahankan Jawi Haramkan Dong Zong oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis). ",
"Polis telah mendapatkan injunksi mahkamah terhadap satu persidangan yang sepatutnya dianjurkan Dong Zong berhubung isu sama, menyebabkan kumpulan pendidikan Cina itu mengambil keputusan membatalkan persidangan yang sepatutnya berlangsung 28 Disember lalu. "
] |
https://www.malaysiakini.com/news/600493 | Anwar gagal cabar tindakan Muhyiddin nasihat gantung parlimen | [
"Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan empat wakil rakyat gagal dalam rayuan mereka untuk mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong menggantung Parlimen semasa tempoh darurat.",
"Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Has Zanah Mehat menolak rayuan Anwar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram dan Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub, ADUN Gurun dan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, ADUN Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari dan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim untuk kebenaran memulakan permohonan semakan kehakiman terhadap bekas perdana menteri itu dan kerajaan.",
"Dalam keputusan sebulat suara, hakim Has Zanah berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayan permohonan semakan kehakiman walaupun kebenaran diberikan kepada perayu.",
"“Ia akan dilaksanakan dengan sia-sia kerana mahkamah dilarang oleh Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan daripada mempersoalkan penggunaan budi bicara oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai pengisytiharan darurat,” katanya.",
"Beliau berkata kuasa mahkamah bergantung kepada apa yang diperuntukkan oleh perlembagaan, bukannya apa yang difikirkan oleh sesetengah pemikir politik apa itu kuasa kehakiman.",
"Hakim itu berkata menurut Perkara 150 (6) dan (8) Perlembagaan Persekutuan, Parlimen berhasrat untuk mengecualikan semakan kehakiman terhadap keputusan mengisytiharkan darurat serta menutup pintu mahkamah terhadap sebarang cabaran undang-undang yang dibuat semasa darurat dan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong.",
"“Mahkamah tidak mendapati kesilapan undang-undang oleh tiga hakim Mahkamah Tinggi semasa menolak kebenaran untuk semakan kehakiman. Oleh itu, kami menolak rayuan tanpa perintah mengenai kos,” kata Hakim Has Zanah, yang bersidang bersama Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, dalam prosiding yang dijalankan secara maya.",
"Pada 22 April lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar nasihat Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menggantung sidang Parlimen darurat seluruh negara.",
"Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Seri Mariana Yahya (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak permohonan Anwar atas alasan mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar semakan kehakiman berdasarkan Perkara 150(6) dan 150(8) Perlembagaan Persekutuan.",
"Hakim Mariana memutuskan bahawa nasihat Jemaah Menteri dan Muhyiddin kepada Al-Sultan Abdullah untuk mengisytiharkan Ordinan Darurat adalah tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.",
"Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman pada 25 Jan lepas, dengan menamakan Muhyiddin dan kerajaan masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.",
"Beliau memohon deklarasi bahawa keputusan yang diberikan oleh Jemaah Menteri, diketuai Muhyiddin untuk menasihati Al-Sultan Abdullah untuk mengisytiharkan Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang telah mengakibatkan penggantungan Parlimen adalah bertentangan dengan undang-undang, tidak berperlembagaan, tidak sah, tidak mempunyai sebarang kesan dan ultra vires.",
"Pada 11 Mac lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Salahuddin, Johari dan Abdul Aziz atas perkara yang sama manakala permohonan kebenaran Hassan ditolak Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 26 April lepas.",
"Mereka juga menamakan Muhyiddin dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan mereka.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/572394 | ULASAN | Baju baru maharaja dan hujah presiden PAS | [
"",
"Ada kisah dongeng yang popular di negara-negara Barat berhubung seorang maharaja yang terlalu asyik dengan pakaian cantik dan fesyen terbaharu sehingga terperdaya untuk membeli dan memakai ‘baju tenunan benang ajaib’ yang kononnya hanya dapat dilihat oleh golongan bijaksana. Kononnya, golongan bodoh tidak dapat melihat baju tersebut.",
"Kisah ini dinamakan The Emperor’s New Clothes atau baju baharu maharaja. Ringkasnya, ‘baju ajaib’ ini dipakai sang maharaja di khalayak ramai.",
"The Emperor’s New Clothes",
"Sedangkan pada hakikatnya sang maharaja berada dalam keadaan bogel! Tiada yang ingin menegurnya kerana semua takut dianggap bodoh dan ingin dianggap sebagai golongan bijaksana.",
"Maka semua memuji baju maharaja, kononnya cantik dan begitu halus tenunannya serta indah coraknya. Maka maharaja berasa begitu bangga, terus menayangkan baju baharunya di khalayak dalam keadaan dirinya sedang telanjang bulat!",
"Mungkin begitulah keadaannya seseorang yang dianggap ilmuan dan ulama’ taraf dunia selepas menghasilkan tulisan dan kupasan yang turut disertakan ayat al-Quran dan hadis.",
"Dalam keadaan sentiasa dikipas oleh golongan pengagum dan ‘walaunnya’, beliau tetap dipuji atas tulisannya ini walaupun bagi ramai orang, tulisannya teramat cetek, malahan dangkal.",
"Sepertimana baju baharu maharaja bertujuan mendedahkan kehebatan pakaian sang maharaja, tulisan seseorang ilmuan atau ulama kononnya menzahirkan kebijaksanaan dan kehebatan pemikiran ilmuan atau ulama berkenaan.",
"Tetapi dalam kes ini, sebaliknya tercapai. Sang maharaja didedahkan seurat benang dan ilmuan atau ulama tersebut mendedahkan kecetekan pemikirannya.",
"Kedua-dua kisah merupakan keadaan di mana yang tercapai adalah sebalik apa yang diinginkan dan sedihnya, tidak pula disedari! Terus syok sendiri. Dan begitulah keadaannya dengan tulisan presiden PAS berhubung golongan menolak darurat.",
"",
"",
"",
"",
"",
"Amat jelas kelihatan beliau tidak memahami perbezaan antara darurat dan PKP, sedangkan perbezaannya basic dan nyata! Penghujahan beliau yang ingin menyamakan golongan yang menyeru darurat ditamatkan dengan golongan ekstrimis agama yang sanggup bunuh diri, ia itu suicide bombers, adalah berpaksikan andaian tamatnya darurat bererti tamatnya PKP juga!",
"basic",
"suicide bombers",
"PKP dan darurat berbeza",
"PKP dan darurat berbeza",
"Sedangkan PKP dan darurat adalah dua perkara yang berbeza dan PKP pernah dilaksanakan dengan jayanya tanpa diistiharkan darurat. Malahan, tiada apa yang dilakukan di bawah PKP yang memerlukan darurat diistiharkan.",
"Ayat Quran dan hadis yang dibawanya adalah berhubung arahan supaya mereka yang berada di kawasan berlakunya wabak tidak keluar dari kawasan berkenaan.",
"Tiada sesiapa pun mempertikaikan keperluan peraturan tersebut. Maka dibawanya ayat Quran dan hadis untuk ‘mengislamkan’ hujahnya sedangkan menyamakan golongan tolak darurat dan pelampau agama adalah satu kiasan yang tidak kena dan jauh lari dari kebenaran.",
"Dalam istilah perundangan Islam, ia dinamakan “qias ma al-fariq”.",
"qias ma al-fariq",
"Meneruskan hujahnya, beliau mendakwa golongan yang merayu darurat ditamatkan tidak ambil kisah bahawa tuntutan mereka akan menyebabkan kematian ratusan, malahan ribuan manusia, sepertimana juga sikap pelampau berani mati atau suicide bombers.",
"suicide bombers",
"",
"Gambar hiasan",
"Gambar hiasan",
"",
"Gambar hiasan",
"",
"Yang penting bagi golongan ini, menurut beliau, adalah mencapai matlamat politik mereka dan mendapat kuasa. Nyawa manusia, kononnya, tidak penting bagi yang menuntut darurat ditamatkan.",
"Saya terfikir presiden PAS ini telah hilang dalam lamunan dan khayalannya, tidak menyedari bahawa rampasan kuasa melalui pengkhianatan politik golongan yang disokongnya adalah sebenarnya punca berlakunya gelombang ketiga!",
"Tidakkah dia sedar bahawa atas keinginan kuasa melalui politik khianat kerajaan-kerajaan negeri dirampas tanpa malu sehingga berlakunya pilihan raya negeri (PRN) Sabah? Dan PRN itu pula pencetus gelombang ketiga?",
"Dan PAS bersama bertanggungjawab atas tindakan khianat yang membawa malang itu! Kalau ada yang kejam dan tidak berhati perut demi kuasa, ia pihak PN dan BN serta GPS, iaitu gerombolan pengkhianat dan tamak kuasa yang sedang berkuasa hari ini! Dan tiada yang boleh menafikan itulah sebenarnya sebab mengapa darurat diistiharkan. Semata-mata supaya gerombolan tidak bermaruah ini terus berkuasa.",
"Kuasa mutlak",
"Kuasa mutlak",
"Darurat tiada kena mengena sesen pun dengan kawalan pandemik dan wabak atau PKP dan SOP. Melalui darurat ini maka kuasa mutlak dipegang gerombolan ini.",
"Mereka meluluskan undang-undang serta perbelanjaan duit negara sesuka hati mereka. Mereka menambahkan hutang dan menggunakan duit tabung negara ikut kehendak mereka. Dan yang lebih penting, mereka terus berkuasa tanpa mandat dan sokongan rakyat.",
"Tidak malu dan tidak bermaruah sungguh gerombolan ini, melakukan pengkhianatan terhadap rakyat dan negara dalam keadaan celik dan sedar. Mungkin presiden PAS sahaja yang dalam keadaan tidak sedar dan terus berkhayal.",
"Rakyat sudah semakin memahami keadaan sebenarnya dan “#KerajaanGagal” dan “#tamatdarurat” semakin mendapat sambutan.",
"Walaupun pihak pengkaji upahan menyatakan kononnya Muhyiddin Yassin terus mendapat sokongan tertinggi, semua anggap ianya satu lagi usaha mengaburi mata rakyat dan menyeronokkan hati boss.",
"Semoga akan terus dibogelkan kecetekan pemikiran dan kedangkalan diri sang presiden, sepertimana diteruskan penonjolan kebogelan diri sang Maharaja dalam kisah The Emperor’s New Clothes.",
"The Emperor’s New Clothes",
"Mungkinkah ini penyudahan paling tepat yang ditetapkan ilahi terhadap seorang yang pernah mengkafirkan sesama Islam sambil membawa imej ilmuan dan ulama bertaraf dunia?",
"",
"",
"KHALID ABD SAMAD adalah pengerusi Jawatankuasa Rayuan Penamatan Proklamasi Darurat. Tulisan ini menjawab tulisan presiden Pas yang mendakwa penyokong penamatan darurat lebih bahaya dari pengebom berani mati.",
"",
"Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.",
"Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/429687 | Mohd Hashim angkat kaki dari SPR lebih awal | [
"Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah akan menamatkan tempoh perkhidmatannya lebih awal iaitu pada 1 Julai depan.",
"Melalui kenyataan yang dikeluarkan unit komunikasi korporat suruhanjaya itu hari ini, Mohd Hashim dikatakan \"memendekkan tempoh perkhidmatan\".",
"\"Pemendekan tempoh perkhidmatan ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara bertarikh 7 Jun 2018.",
"\"Pemendekan tempoh perkhidmatan ini juga telah dimaklumkan kepada perdana menteri melalui surat rasmi bertarikh 11 Jun 2018,\" kata kenyataan itu.",
"Untuk rekod, Mohd Hashim menyertai SPR pada September 2014 sebagai timbalan pengerusi sebelum dilantik sebagai pengerusi pada Januari 2016.",
"Beliau bagaimanapun sebelum ini dikritik pemimpin Pakatan harapan (HARAPAN) dan badan pendesak pembaharuan pilihan raya BERSIH kerana memperkenalkan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan peraturan berkempen yang didakwa memberi kelebihan kepada BN.",
"Kenyataan SPR itu dibuat ketika beberapa pegawai kanan kerajaan meletakkan atau dilepaskan jawatan susulan pertukaran kerajaan pusat pada pilihan raya umum lalu.",
"Awal hari ini, Tun Raus Sharif meletakan jawatan sebagai ketua hakim negara manakala Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pula berundur sebagai presiden Mahkamah Rayuan.",
"Rombakan jawatan peringkat atasan turut terjadi pada Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Tabung Haji, Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/101579 | PM untuk semua dengan konsep 'Satu Malaysia' | [
"\nParti-parti komponen BN - MCA dan MIC - melahirkan keyakinan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak dan memuji konsepnya mengenai 'Satu Malaysia'.\n",
"\nNajib, 55, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang keenam di Istana Negara pagi ini.\n",
"\nSambil mengucap tahniah kepada Najib, jurucakap MCA, Lee Wei Kiat berkata, konsep 'Satu Malaysia' bertemakan perpaduan rakyat dan mengiktirafkan sumbangan semua kaum.\n",
"\nMenurutnya, Najib membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia menjalin persahabatan berasaskan rasa hormat menghormati dan percaya mempercayai yang dianggap semakin pudar kebelakangan ini.\n",
"\nDalam satu kenyataan, Lee percayai konsep 'Satu Malaysia' mencerminkan satu model transformasi dan perubahan yang akan mengukuhkan lagi perpaduan nasional dan pembangunan.\n",
"\nMenurutnya lagi, adalah amat penting konsep tersebut menjamin tidak ada masyarakat yang terpinggir daripada apa jua bentuk pembangunan yang harus dinikmati oleh semua kaum.\n",
"\nUntuk perkembangan dan kestabilan negara, Lee berkata, rakyat Malaysia mesti akur kepada perintah undang-undang, kesaksamaan dan menolak diskriminasi dan rasuah.\n",
"\n\n\n\n\n",
"\n\n\n",
"\n",
"\nBaca berita penuh\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/311742 | Najib tak halang ahli Umno sertai himpunan 16 Sept | [
"\nPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata anggota Umno bebas untuk menyertai perhimpunan 'Baju Merah' pada 16 September ini tetapi mengingatkan mereka supaya patuh kepada undang-undang.\n",
"\nBeliau berkata undang-undang yang sedia ada yang akan digunakan oleh polis dalam perhimpunan untuk membantah himpunan BERSIH 4.\n",
"\n\"Tidak, (saya tidak halang anggota Umno sertai himpunan itu).\n",
"\n\"Negara ini bebas selagi mereka mematuhi undang-undang. Tiada siapa yang mengatasi undang-undang, termasuk anggota Umno. Mereka tidak boleh mengatasi undang-undang.\n",
"\n\"Kita mempunyai undang-undang, kita mempunyai polis, selagi Kabinet mengambil maklum mengenai siapa yang mahu mengadakan sebarang himpunan yang mengikut peraturan dan apa sahaja arahan daripada polis,\" katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.\n\n\n[Baca berita asal]\n\n\n",
"\n\n[Baca berita asal]\n\n",
"\n[Baca berita asal]\n",
"\nSementara itu\n\nBernama\n\nmelaporkan Umno tidak terbabit dalam penajaan satu perhimpunan yang dirancang di ibu negara pada 16 Sept ini, kata Najib.\n",
"\nBernama\n",
"\nPerdana Menteri dan Presiden Umno itu berkata pendirian parti adalah jelas - setiap anggota perlu mematuhi arahan pihak berkuasa dan ketenteraman serta keamanan negara perlu terus dipelihara.\n",
"\n\"Pendirian Umno, kita mesti patuh kepada undang-undang negara termasuk arahan daripada pihak polis,\" katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu negara hari ini.\n",
"\nTegasnya, Umno tidak boleh kompromi dalam soal menjaga keamanan dan ketenteraman negara.\n",
"\n\"Kita tidak boleh jadikan ia (perhimpunan itu) sebagai platform yang berbaur perkauman. Ini kita tolak sama sekali,\" katanya.\n",
"\nPolis tidak membenarkan 'Perhimpunan Rakyat Bersatu' yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 16 Sept ini atas implikasi keselamatan.\n",
"\nTegas Najib, Umno berada di atas prinsip yang sentiasa berdiri sebagai satu parti bersama rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) dan mementingkan hubungan antara kaum yang perlu disemai dan terus dipelihara.\n",
"\n\"Kita percaya kepelbagaian kaum adalah hubungan dan asas yang penting dalam menentukan kekuatan negara ini. Jadi, perkara ini yang saya tekankan,\" katanya.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/295405 | Kempen kotor cemari pemilihan PAS | [
"\n",
"\n\nDi sebalik slogan berjuang berlandaskan Islam, PAS mengakui proses pemilihan parti itu kini dicemari kempen kotor dan gejala tidak sihat, malah ia didakwa bukanlan perkara baru.\n\n",
"\nDi sebalik slogan berjuang berlandaskan Islam, PAS mengakui proses pemilihan parti itu kini dicemari kempen kotor dan gejala tidak sihat, malah ia didakwa bukanlan perkara baru.\n",
"\n \n",
"\nPengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi berkata, kempen kotor dalam pemilihan parti itu bukan lagi rahsia, namun di sebalik pengakuan itu beliau tidak menolak kemungkinan ia didalangi pihak luar yang ingin mengambil kesempatan.\n",
"\n \n",
"\n“Cerita label melabel sesama ahli PAS memang sudah lama berlaku. Bukan ketika pemilihan kali ini saja. Sebelum pemilihan pun ini sudah berlaku.\n",
"\n \n",
"\n“Ada individu dilabel liberal, menolak hudud, sebagai begitu, sebagai begini. Ia memang berlaku,\" katanya kepada\n\nMalaysiakini\n\n.\n",
"\nMalaysiakini\n",
"\n \n",
"\nKelmarin, bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang, mengakui sukar untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden walaupun beliau mendapat pencalonan minimum seperti disyaratkan perlembagaan parti itu.\n",
"\n \n",
"\nAhmad yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pusat Islam dan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia antara 1981 hingga 1999 berkata, pemilihan jawatan dalam PAS kali ini dicemari kempen kotor dan amalan berat sebelah.\n",
"\n \n",
"\nAntara tokoh yang dikaitkan sebagai mangsa kempen kotor itu ialah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang kalah dalam perebutan jawatan Yang Dipertua Kawasan Kampar.\n",
"\n \n",
"\nPemilihan jawatan tertinggi PAS pusat dijadual diadakan Jun ini.\n",
"\n\nAda kebenaran\n\n",
"\nAda kebenaran\n",
"\n \n",
"\nAsmuni yang juga seorang peguam berkata, apa yang didedahkan\n\n\nAhmad\n\n\nitu memang ada kebenarannya. \n",
"\n\nAhmad\n\n",
"\nAhmad\n",
"\n \n",
"\nKatanya, antara tokoh dalam PAS yang menjadi\n\n\nmangsa\n\n\nkempen kotor itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang pernah dituduh mahu menjatuhkan kepimpinan ulama dua tahun lalu.\n",
"\n\nmangsa\n\n",
"\nmangsa\n",
"\n \n",
"\nTidak ketinggalan, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin dan Pengarah Pilihan Raya PAS yang juga Ahli Parimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli. \n",
"\n \n",
"\nAsmuni menambah, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengatasi amalan itu dan berjanji akan mengambil tindakan tegas jika ada bukti kukuh mengenainya.\n",
"\n \n",
"\n“Kalau melibatkan ahli, tindakan yang boleh diambil ialah membawa mereka ke lembaga disiplin parti.\n",
"\n \n",
"\n\"Jika calon sendiri terbabit, mereka mungkin boleh digugurkan daripada bertanding,\" katanya.\n",
"\n \n",
"\nSementara itu, mengulas mengenai risalah memburuk-burukkan Nizar sebagai \"tali barut DAP\" Asmuni berkata, ia bukanlah amalan yang wajar untuk PAS.\n",
"\n \n",
"\n\"Sekiranya ada pihak tidak berpuas hati, mereka boleh berdebat atau memberi penerangan, bukannya menyebarkan risalah seolah-olah membaling batu sembunyi tangan.\n",
"\n \n",
"\n\"Itu bukan akhlak Islam,\" katanya.\n",
"\n \n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/228741 | Pilihan raya telus realiti atau dongeng? | [
"\n",
"\n\n\nULASAN\n\n\nBila bercerita mengenai pilihan raya yang adil di Malaysia, akan ada yang mengeluarkan ayat ayat berikut:\n",
"\n\nULASAN\n\n",
"\nULASAN\n",
"\n",
"\n\nKita memang sudah mempunyai pilihan raya yang adil, apa lagi yang nak dibangkitkan?\n\n\nKalau tidak adil, takkan parti yang sudah lama memerintah boleh kalah di beberapa negeri!\n\n\nSekadar menuduh, tiada bukti, baik diam sahajalah.\n\n",
"\nKita memang sudah mempunyai pilihan raya yang adil, apa lagi yang nak dibangkitkan?\n",
"\nKalau tidak adil, takkan parti yang sudah lama memerintah boleh kalah di beberapa negeri!\n",
"\nSekadar menuduh, tiada bukti, baik diam sahajalah.\n",
"\nDan mungkin banyak lagi kenyataan yang menafikan berlaku penyelewengan dalam pilihan raya di Malaysia dan mengiayakan bahawa Malaysia mempunyai pilihan raya yang adil.\n",
"\nDi sini saya ingin membincangkan satu sudut, yang tanpanya, satu satu pilihan raya itu amat sukar untuk dikatakan sebagai ADIL.\n",
"\n",
"\n\nDeklarasi Kesatuan Antara-Parlimen 1994\n\n",
"\nDeklarasi Kesatuan Antara-Parlimen 1994\n",
"\n",
"\n",
"\nKesatuan Antara-Parlimen (Inter-Parliament Council [I.P.U] ), yang mana Malaysia adalah salah satu daripada anggotanya, pada tahun 1994, merangka satu deklarasi di mana di dalamnya digariskan beberapa kriteria yang mendefinisikan pilihanraya yang telus dan adil.\n",
"\n",
"\n\nPencalonan, parti dan hak berkempen\n\n",
"\nPencalonan, parti dan hak berkempen\n",
"\n",
"\nSemua orang, secara individu, dan berkumpulan mempunyai hak:\n",
"\n",
"\n\nUntuk meluahkan pandangan politik tanpa gangguan;\n\n\nUntuk menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan membuat pilihan berdasarkan maklumat yang sewajarnya;\n\n\nUntuk bergerak bebas di dalam negara untuk berkempen untuk pilihan raya\n\n\nUntuk berkempen dengan hak yang saksama dengan parti-parti politik lain, termasuk parti membentuk kerajaan yang sedia ada.\n\n",
"\nUntuk meluahkan pandangan politik tanpa gangguan;\n",
"\nUntuk menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan membuat pilihan berdasarkan maklumat yang sewajarnya;\n",
"\nUntuk bergerak bebas di dalam negara untuk berkempen untuk pilihan raya\n",
"\nUntuk berkempen dengan hak yang saksama dengan parti-parti politik lain, termasuk parti membentuk kerajaan yang sedia ada.\n",
"\nTiap-tiap calon untuk pilihan raya dan setiap parti politik hendaklah mempunyai peluang yang sama untuk mendapat akses kepada media, terutama media massa komunikasi, untuk mengemukakan pandangan politik mereka.\n",
"\n",
"\n\nHak dan tanggungjawab negara\n\n",
"\nHak dan tanggungjawab negara\n",
"\n",
"\nNegara-negara hendaklah menghormati dan memastikan hak asasi semua individu dalam wilayah mereka dan tertakluk kepada bidang kuasa mereka. Dalam masa pilihan raya, negara dan jenteranya harus memastikan:\n",
"\n",
"\n* Bahawa kebebasan pergerakan, berhimpun, berpersatuan dan bersuara dihormati, khususnya dalam konteks perhimpunan politik dan bermesyuarat;\n",
"\n",
"\n* Parti dan calon-calon bebas untuk menyampaikan pandangan mereka kepada pengundi, dan bahawa mereka menikmati kesaksamaan akses kepada media negara dan perkhidmatan awam;\n",
"\n",
"\n* Bahawa langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjamin non-partisan liputan media dalam negeri dan perkhidmatan awam.\n",
"\n",
"\nDalam memastikan bahawa pilihan raya berjalan dengan adil, negara negara harus mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa parti dan calon-calon menikmati peluang yang sesuai untuk membentangkan platform pilihan raya mereka.\n",
"\n",
"\nDeklarasi ini diterima secara sebulat suara pada tahun 1994 semua negara yang menjadi ahli IPU.\n",
"\n",
"\nDi sini dapat kita dilihat, antara kriteria yang mesti dipenuhi untuk sesuatu pilihan raya itu dilihat adil adalah dengan wujudnya kebebasan dan juga terjaminnya hak hak seperti yang tertera di atas.\n",
"\n",
"\nJadinya persoalan di sini, adakah ciri ciri di atas boleh di lihat di negara kita yang tercinta, Malaysia?\n",
"\n",
"\n\nPenambahbaikan proses di M'sia\n\n",
"\nPenambahbaikan proses di M'sia\n",
"\n",
"\nDalam proses penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia, satu jawatankuasa dibentuk dan idea-idea dari pelbagai badan dan entiti diterima untuk dinilai dan diaplikasikan dalam sistem pilihan raya Malaysia.\n",
"\nSemasa pembentangan di Parlimen, Dr Maximus Johnity Ongkili, sebagai pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya mengatakan perkara berikut pada 3 April 2012:\n",
"\n",
"\n\"Akses kepada media yang bebas dan saksama. Jawatankuasa mengesyorkan SPR meneliti Fasal 2 Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan yang boleh meminta pihak berkuasa awam untuk memberikan apa-apa bantuan yang dapat dilaksanakan kepada suruhanjaya di dalam menunaikan tugas termasuk kementerian dan agensi berkaitan berhubung dengan hal yang melibatkan akses media yang bebas dan saksama kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.\"\n",
"\n",
"\n\"Seterusnya, perkara keenam - Kerajaan sementara (\n\ncaretaker government\n\n) yang banyak dibangkitkan dalam pendengaran awam. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan diwujudkan kerajaan sementara selain kerajaan yang memerintah selepas Parlimen dibubarkan bertujuan bagi memastikan negara ditadbir sementara kerajaan yang baru dibentuk.\n",
"\ncaretaker government\n",
"\n\"Jawatankuasa mengesyorkan SPR dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh laporan ini dibentangkan dapat menyediakan suatu garis panduan dan kod etika tatalaku (\n\ncode of conduct\n\n) terpakai bagi mana-mana yang kena menjalankan fungsi kerajaan sementara sehingga sesuatu kerajaan yang baru dibentuk di peringkat persekutuan dan negeri.\"\n",
"\ncode of conduct\n",
"\n",
"\nSecara jelas, jawatankuasa tersebut menerima bahawa akses kepada media dan juga garis panduan kepada kerajaan sementara adalah antara langkah langkah yang perlu dilakukan untuk menjadikan pilihanraya di Malaysia lebih telus dan adil.\n",
"\n",
"\n\nSusulan cadangan\n\n",
"\nSusulan cadangan\n",
"\n",
"\nUmum mengetahui bahawa salah satu komponen atau jentera kerajaan adalah bahagian penyiaran (RTM) yang tertakluk di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. Agensi berita nasional, BERNAMA, juga merupakan salah satu komponen kerajaan yang digunakan untuk menyebarkan maklumat kepada orang awam.\n",
"\nBetapa pentingnya perkara ini, hinggakan semasa proses penambahbaikan SPR dijalankan, salah satu poin yang diutarakan adalah \"akses kepada media yang adil dan saksama\"\n",
"\n",
"\nMerujuk kepada kenyataan Dr Maximus Ongkili pertama yang dipaparkan di atas, susulan daripada kenyataan itu, pada 23 Mac 2013, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim membuat kenyataan berikut:\n",
"\n",
"\n\"Semua parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit dan kami beri peluang ini sekali gus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang.\n",
"\n\"Tinggal lagi sama ada mereka menggunakannya atau tidak, ini terserah kepada mereka, tetapi kami di kementerian telah bersedia untuk melaksanakannya.\"\n",
"\nBeliau berkata, peluang itu ialah satu penghormatan kepada sistem demokrasi negara, dan berharap 10 minit yang diberikan itu, cukup untuk mereka mengemukakan skop dan pengisian manifesto masing-masing.\n",
"\nRais berkata, pembentangan manifesto itu perlu dilakukan mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan, dan akan dibuat secara rakaman, tertakluk kepada peraturan RTM di bawah kawalan ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah penyiaran serta anggota panelnya.\n",
"\n",
"\nMasa yang diberikan hanyalah 10 minit dan secara RAKAMAN kepada mana mana parti politik yang ingin membentangkan manifesto mereka dan akan mendapat slot dalam RTM.\n",
"\n",
"\nWalaupun pendek masa yang diberikan dan tetapi ia kelihatan sebagai satu langkah kehadapan untuk politik Malaysia.\n",
"\nNamun begitu, seperti yang semua maklum, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat menolak khidmat yang diberikan, dan ini mendapat kritikan daripada pihak parti kerajaan BN.\n",
"\nMengambil kata kata ketua Pemuda Umno yang juga merupakan ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin melalui Twitter beliau:\n",
"\n\"\n\nDAP rejects 10 mins manifesto broadcast. In UK maximum length for party manifesto broadcast during election is 4mins 40secs\n\n.\"\n",
"\nDAP rejects 10 mins manifesto broadcast. In UK maximum length for party manifesto broadcast during election is 4mins 40secs\n",
"\n(DAP menolak 10 minit penyiaran manifesto. Di United Kingdom, had masa untuk penyiaran manifesto parti politik semasa pilihan raya adalah 4 minit 40 saat.)\n",
"\nIa kemudian disusuli oleh:\n",
"\n\n\"What can you say in 36 secs? RTM's 10mins suddenly seems like an eternity.\"\n\n",
"\n\"What can you say in 36 secs? RTM's 10mins suddenly seems like an eternity.\"\n",
"\n",
"\n",
"\nPada 9 Disember 2011, antara ratusan cadangan yang diterima oleh Jawatankuasa Pilihan Khas adalah cadangan daripada Dr Mohd Faisal dari UNIMAS yang bertajuk \"Proposal for a Caretaker Government during the Election Period\".\n",
"\nDan salah satu poin yang penting dalam cadangan tersebut adalah supaya pihak yang menjadi kerajaan sementara tidak sewenang wenangnya menggunakan sumber kerajaan (jentera) dan kedudukannya untuk membantu dalam proses berkempen.\n",
"\n",
"\n\"\n\nGovernment resources - A caretaker government should not use its resources or position to support the ruling party during the election campaign.\n\n",
"\nGovernment resources - A caretaker government should not use its resources or position to support the ruling party during the election campaign.\n",
"\n\"During the caretaker period, agency provision of entitlements for Ministers and their staff should be assessed on a case-by-case basis, Agencies should not cover claims relating to the election campaign or a political event, as these costs are to be borne by the respective political party.\"\n",
"\n",
"\nMerujuk kepada kenyataan Dr Maximus Ongkili yang kedua, jawatankuasa itu menyedari perlunya satu garis panduan kepada\n\ncaretaker government\n\n(kerajaan sementara) yang akan menjalankan tugas sebaik sahaja parlimen dibubarkan.\n",
"\ncaretaker government\n",
"\nJawatankuasa beliau menyarankan supaya SPR sendiri boleh mengeluarkan gari spanduan tersebut 3 bulan dari tempoh laporan jawatankuasa itu dibentangkan (3 bulan dari 3 April 2012).\n",
"\n",
"\n\nTelus, adil dan saksama?\n\n",
"\nTelus, adil dan saksama?\n",
"\n",
"\nAntara inisiatif yang telah buat oleh beberapa ahli parti politik di Malaysia adalah dengan menandatangani ikrar Transparency International yang menggarisakan perkara berikut:\n",
"\n",
"\n\n\nCalon perlu memastikan wang, harta, sumber dan jentera kerajaan (harta awam) tidak digunakan untuk berkempen\n\n\n\n\n\n\nCalon mesti mematuhi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan peraturannya, termasuk, tapi tidak terhad kepada, Had perbelanjaan pilihanraya dan juga pembelian undi.\n\n\n\n\n\n\nCalon dan wakil yang dilantik mesti memastikan bahawa tindakan dan keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan rakyat dan bukan kepentingan diri sendiri. Mereka perlu mengaplikasikan ketelusan dan keterbukaan menerusi penginsytiharan penuh dan akses yang mudah untuk informasi sampai kepada rakyat jelata.\n\n\n\n\n",
"\n\nCalon perlu memastikan wang, harta, sumber dan jentera kerajaan (harta awam) tidak digunakan untuk berkempen\n\n\n\n",
"\nCalon perlu memastikan wang, harta, sumber dan jentera kerajaan (harta awam) tidak digunakan untuk berkempen\n",
"\n",
"\n\nCalon mesti mematuhi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan peraturannya, termasuk, tapi tidak terhad kepada, Had perbelanjaan pilihanraya dan juga pembelian undi.\n\n\n\n",
"\nCalon mesti mematuhi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan peraturannya, termasuk, tapi tidak terhad kepada, Had perbelanjaan pilihanraya dan juga pembelian undi.\n",
"\n",
"\n\nCalon dan wakil yang dilantik mesti memastikan bahawa tindakan dan keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan rakyat dan bukan kepentingan diri sendiri. Mereka perlu mengaplikasikan ketelusan dan keterbukaan menerusi penginsytiharan penuh dan akses yang mudah untuk informasi sampai kepada rakyat jelata.\n\n\n\n",
"\nCalon dan wakil yang dilantik mesti memastikan bahawa tindakan dan keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan rakyat dan bukan kepentingan diri sendiri. Mereka perlu mengaplikasikan ketelusan dan keterbukaan menerusi penginsytiharan penuh dan akses yang mudah untuk informasi sampai kepada rakyat jelata.\n",
"\n",
"\nAntara ahli politik yang telah menandatangani ikrar tersebut adalah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.\n",
"\n",
"\nNamun, adakah dengan kesemua yang disebut di atas, pilihan raya di negara kita akan terjamin ketelusan dan keadilannya?\n",
"\n",
"\nSPR, hanya pada 19 Mac 2013, iaitu hampir satu tahun selepas pembentangan oleh Dr Maximus Ongkili di parlimen dan begitu hampir kepada tarikh pembubaran parlimen secara automatik, mengeluarkan kenyataan bahawa ia akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji dan merangka kod etika kerajaan sementara.\n",
"\nNamun, lapan hari kemudiannya, SPR mengeluarkan kenyataan bahawa ia tidak mempunyai kuasa atau peruntukan dari segi undang undang untuk membolehkannya berbuat demikian ditambah pula dengan komen bahawa kalaupun SPR mempunyai peraturan kod etika sedemikian, belum tentu akan dipatuhi oleh mana mana pihak.\n",
"\nPengumuman sebegitu, lebih lebih lagi apabila sudah hampir dengan tarikh pilihan raya, memang amat mengecewakan semua pihak lagi lagi apabila sepatutnya perbincangan mengenai kod etika kerajaan sementara ini dilakukan oleh SPR 8 bulan sebelumnya, seperti yang telah disarankan di dalam parlimen.\n",
"\n",
"\nTambah mengecewakan lagi, selepas 5 hari parlimen dibubarkan, terdapat laporan mengatakan bahawa jentera kerajaan di Jabatan Penerangan telah digunakan untuk membantu program parti BN.\n",
"\nTindakan tersebut dipertahankan oleh menterinya, Datuk Seri Rais Yatim, yang beranggapan bahawa disebabkan BN adalah parti yang memegang kuasa kerajaan Pusat, ianya tidak menyalahi undang undang.\n",
"\n",
"\nMenteri yang sama juga, setelah parlimen dibubarkan, memberikan kebenaran kepada stesen penyiaran negara (RTM) yang merupakan jentera kerajaan untuk menyiarkan secara langsung selama 2 jam pembentangan manifesto parti BN.\n",
"\nTidak cukup dengan RTM, saluran TV swasta juga turut serta dalam membuat penyiaran secara langsung pembentangan manifesto parti BN. Menyedihkan untuk Pakatan Rakyat, tawaran yang sama tetap diberikan, had masa masih kekal 10 minit, dan hanya sekali sahaja, yang mana dikatakan sebanyak 5 muka surat dari kertas bersaiz A4 dapat dibaca.\n",
"\n",
"\nDari segi laporan berita media massa, terutamanya oleh agensi berita nasional Bernama, yang digerakkan menggunakan wang pembayar cukai, boleh didapati terdapat ketidak seimbangan dari segi berita yang dilaporkan.\n",
"\nSebagai contoh, carian mengenai berita berkaitan ahli parti PAS dan parti Umno, tiada langsung liputan berita mengenai ahli Umno keluar dan menyertai PAS, namun berpuluh puluh berita mengenai ahli dari parti PAS yang menyertai Umno, hinggakan berita mengenai 10 orang ahli PAS (satu angka yang sangat kecil) menyertai Umno pun boleh mendapat liputan Bernama.\n",
"\nBernama juga pernah didedahkan membuat laporan berita yang tidak menyeluruh dengan meninggalkan fakta fakta penting untuk menjadikan berita tersebut kelihatan lebih positif terhadap kerajaan pimpinan BN.\n",
"\nMenjadi tanda tanya apabila terdapat ahli ahli politik yang menandatangani ikrar Transparency International yang ikrar tersebut dengan jelas mengatakan bahawa calon calon perlu memastikan bahawa sumber kerajaan tidak disalahgunakan untuk kepentingan parti.\n",
"\nNamun apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana jentera kerajaan, tanpa berselindung, disalahgunakan dalam kempen parti politik. Adakah ikrar tersebut membawa sebarang makna ataupun hanyalah lakonan untuk menunjukkan ketelusan dalam pengurusan harta awam?\n",
"\n",
"\nPengundi di Malaysia perlu kepada maklumat sebelum mereka boleh untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat, dan itu adalah hak yang dijamin dalam deklarasi oleh IPU.\n",
"\nTanpa akses kepada maklumat yang tepat dan tidak berat sebelah, adalah sukar untuk pengundi menilai sama ada sesuatu calon, parti atau polisi itu baik ataupun buruk untuk mereka.\n",
"\nMenafikan hak mereka untuk mendapat maklumat yang tepat dengan memanipulasi media massa ataupun menyekat satu satu pihak daripada mempunyai suara di media massa adalah bertentangan dengan prinsip dalam deklarasi tersebut dan seterusnya menyebabkan pengundi gagal untuk membuat keputusan dengan sebaiknya.\n",
"\n",
"\nSetelah dinilai perkembangan yang berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia, adakah boleh untuk kita mengatakan \"satu kerajaan yang SAH melalui pilihan raya yang TELUS dan ADIL sudah berjaya dipilih?\n",
"\nJuga bila mana kemenangan satu pihak dalam pilihan raya kali ini, atau pilihan raya yang sudah berlalu, atau yang akan datang, dengan hak hak pihak yang lain dinafikan, juga semasa jentera kerajaan disalahgunakan untuk kepentingan satu satu parti politik, boleh dianggap sebagai kemenangan melalui pilihanraya yang adil?\n",
"\nAdakah pilihan raya yang telus dan adil itu merupakan satu realiti di Malaysia? Ataupun ia hanya dongeng semata mata?\n",
"\n",
"\nUntuk yang suka membaca dan berfikir, anda tahu jawapannya.\n",
"\n",
"",
"\nMOHD MUNSIF seorang warganegara Malaysia yang cakna akan perkembangan politik negara. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi\n\nMalaysiakini.\n\n",
"\nMalaysiakini.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/413801 | Kuok lelaki kelas pertama, kata adik Najib | [
"Selepas Tan Sri Robert Kuok diserang beberapa pimpinan BN, Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak pula mengambil sikap berlawanan apabila tampil memuji individu terkaya di Malaysia itu.",
"Memuatnaik gambar bersama Kuok di Instagramnya, adik kepada perdana menteri itu berkata Kuok merupakan seorang ahli perniagaan yang patriotik terhadap negara ini.",
"Menurutnya, meskipun tidak bersetuju dengan semua pandangan Kuok, beliau menyifatkan 'jutawan gula' itu sebagai 'lelaki kelas pertama'.",
"\"Saya cukup bertuah dapat meluangkan masa bersama Robert Kuok selama bertahun-tahun dan juga dapat membaca buku beliau.",
"\"Saya mungkin tidak bersetuju dengan semua pandangannya tetapi dia merupakan seorang patriot, ikon perniagaan Malaysia dan seorang lelaki kelas pertama,\" tulis Nazir.",
"",
"Kuok sebelum ini diserang oleh pemimpin BN selepas didakwa menaja DAP susulan artikel ditulis blogger Raja Petra Kamaruddin di Malaysia-Today pada 23 Februari.",
"Malaysia-Today pada ",
"Pada hari berikutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan di suatu persidangan berkata 'Raja Gula Malaysia' itu berjaya atas peluang yang dicipta melalui dasar kerajaan.",
"Antara menteri kabinet dan pimpinan tertinggi Umno yang membidas Kuok sebagai tidak mengenang budi termasuk setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ahli majlis tertinggi Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Azlina Othman Said.",
"Susulan itu, pejabat Kuok mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan beliau menaja pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.",
"Sebaliknya Kuok berkata beliau menghargai setiap peluang yang diberikan kepadanya dan mengiktiraf jasa rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang.",
"Najib kemudian menerusi kenyataan melalui setiausaha akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad 'menyambut baik' pengakuan tersebut. "
] |
https://www.malaysiakini.com/news/297755 | Mukhriz kepada Najib: Mengapa murah sangat? | [
"\nMenteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir 'menyertai' bapanya mempertikaikan cara Putrajaya mengendalikan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).\n",
"\nSecara khusus Mukhriz bertanya kepada Kementerian Kewangan - yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - bagaimana tanah di kawasan Tun Razak Exchange di tengah ibu kota boleh dijual begitu murah kepada 1MDB.\n",
"\nMelalui Twitter, Mukhriz bertanya: \"Kalau TH (Tabung Haji) sanggup bayar harga begitu tinggi utk tanah kepunyaan 1MDB, apa alasan Kem Kewangan jualnya pd harga begitu murah kpd 1MDB dulu?\"\n",
"\nSejak beberapa hari lalu tumpuan ramai terarah kepada pendedahan mengenai\n\npembelian tanah\n\nmilik 1MDB di Jalan Tun Razak kepada Tabung Haji.\n",
"\npembelian tanah\n",
"\nTanah seluas 1.56 ekar itu dilaporkan dijual kepada Tabung Haji pada harga RM188.5 juta dan ia adalah sebahagian daripada 70 ekar jumlah keseluruhan dimilik 1MDB.\n",
"\n1MDB membeli seluruh tanah itu daripada kerajaan dengan harga hanya RM194.1 juta.\n",
"\n\n\n\n[Baca berita asal]\n\n\n\n",
"\n\n\n[Baca berita asal]\n\n\n",
"\n\n[Baca berita asal]\n\n",
"\n[Baca berita asal]\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/654753 | Sistem IDME: Pegawai KPM akan ke sekolah seluruh negara bantu guru | [
"Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggerakkan pegawainya ke sekolah di seluruh negara bagi membantu melancarkan penggunaan sistem Pengurusan Identiti (IDME) oleh guru dengan lebih berkesan, dalam waktu terdekat.",
"Menterinya Fadhlina Sidek berkata satu sesi libat urus bersama wakil guru juga telah diadakan semalam di kementeriannya bagi membincangkan perkara tersebut, sekali gus menangani segera beberapa masalah daripada sistem itu yang didakwa menyukarkan guru.",
"“Kita tidak kompromi mengenai sistem ini, ia isu lama...kita akan turun ke negeri-negeri yang akan dipimpin pegawai negeri dan daerah untuk bantu guru (gunakan sistem IDME). Kita dah ambil beberapa langkah drastik sebenarnya (untuk atasi).",
"“Saya juga arahkan sistem ini ditangguh sementara hujung minggu ini supaya semua pihak boleh bertenang di samping kita ambil langkah tertentu, Isnin nanti kita umumkan langkah baru,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Bakat Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan 2023 di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.",
"Hari ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) dilaporkan meminta KPM menangguhkan penggunaan IDME yang belum stabil, selain mendakwa ia belum sesuai digunakan untuk membuat pengisian markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).",
"IDME yang dibangunkan KPM, diakses secara single sign on iaitu secara tunggal melalui laman webnya dan kesemua warga pendidik yang mengisi UASA serta Pentaksiran Bilik Darjah mesti melalui sistem tersebut, iaitu mereka perlu mendaftar masuk.",
"Dalam pada itu, Fadhlina sekali lagi mengulangi bahawa takwim persekolahan akan dikembalikan semula kepada Januari, tetapi bukan pada waktu terdekat berikutan perlu mengambil kira justifikasi yang perlu diselesaikan mengikut Akta Pendidikan 1996 selain isu ekonomi dan beban kerja guru.",
"“Kita kekal konsisten, kita akan kembali (pada Januari) tetapi bukan sekarang kerana ia melibatkan isu kitaran kanak-kanak yang perlu habis, bilangan hari persekolahan tidak boleh kurang daripada 190 hari...termasuk isu sampingan lain yang perlu diberi perhatian sehingga kita boleh bermula pada Januari,” katanya.",
"Sementara itu, Fadhlina meminta supaya pihak sekolah tidak membawa masuk unsur campur tangan politik dalam sebarang program atau acara di institusi berkenaan termasuk menggunakan logo parti politik pada sepanduk atau poster. ",
"-Bernama",
"-Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/633892 | Dituduh curi kajian siswa, UM buat laporan polis | [
"Universiti Malaya telah membuat laporan polis terhadap dakwaan pihaknya telah mencuri hasil penyelidikan seorang pelajar pascasiswazah, selepas kisah pelajar itu tular di media sosial.",
"Abbod Ali Mohammed Saeed, 34, dari Yaman sebelum itu membuat laporan polis sendiri dan membuat akuan bersumpah mendakwa bahawa dua penyelianya telah menggunakan penyelidikannya untuk kepentingan komersial mereka sendiri.",
"\"Universiti Malaya (UM) menafikan tuduhan yang tular di platform media sosial oleh seorang calon PhD antarabangsa bahawa kajian penyelidikan beliau telah diambil oleh penyelia beliau tanpa kebenaran.",
"\"Adalah dasar Universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah merupakan hak milik Universiti,\" katanya pada satu kenyataan hari ini.",
"",
"",
"",
"Universiti itu berkata menjadi dasar institusi pengajian itu bahawa semua penyelidikan yang dijalankan menggunakan kemudahannya adalah menjadi milik UM.",
"UM berkata universiti itu telah membantu Abbod Ali dalam menamatkan pengajian kedoktorannya, termasuk melanjutkan tempoh pengajiannya selama maksimum 12 semester, di bawah tajaan yuran.",
"\"Universiti juga telah mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik Penyelia tambahan bagi membantu beliau.",
"\"Namun calon tersebut masih didapati tidak berupaya untuk menamatkan pengajiannya dalam tempoh pelanjutan yang diberi.",
"'Akses dibatalkan'",
"'Akses dibatalkan'",
"'Akses dibatalkan'",
"Topik penyelidikan Abbod Ali ialah penggunaan teknologi pengimbasan dalam sistem pengangkutan pintar termaju (AITS).",
"Dia berkata penyelianya telah menawarkan untuk penyelidikan itu dijalankan di bawah syarikat penyelidikan UM dan paten teknologi itu akan dikongsi.",
"\"Namun, selepas kajian dibuat pada 2017, kata laluan dan akses saya kepada sistem telah ditukar dan penyelia saya berkata sistem itu kini milik syarikat yang tiada kaitan dengan UM.\"",
"Pada Februari 2022, beliau menerima surat daripada UM menamatkan pencalonan kedoktorannya dengan menyatakan kemajuan tidak memuaskan dalam dua semester berturut-turut.",
"Dia berkata data yang didakwa diambil oleh penyelianya adalah hasil kerjanya selama tujuh tahun, malah sebelum dia memulakan kursus kedoktoran.",
"Katanya, dia telah melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan universiti, yang seterusnya membenarkannya meneruskan penyelidikan berkenaan selama tiga semester lagi.",
"Bagaimanapun, dia mendakwa tidak dibekalkan dengan alatan yang diperlukan termasuk di makmal.",
"“Saya telah membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk pendidikan di Malaysia daripada ijazah sarjana muda hingga doktor falsafah. Ia mengambil masa 15 tahun.",
"“Tetapi sekarang saya dimalukan, diberi maklumat palsu dan tanggapan palsu dibuat mengenai saya,” katanya.",
"[Baca berita asal]",
"[Baca berita asal]"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/630620 | Pelosi tiba di Taiwan walaupun berdepan ancaman China | [
"Sejurus mengakhiri lawatannya ke Malaysia pada Selasa, Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi meneruskan perjalanan ke Taiwan meskipun berdepan amaran termasuk ancaman tindakan ketenteraan. ",
"Ketibaan Pelosi disambut Menteri Luar Taiwan Joseph Wu sebaik beliau mendarat di Lapangan Terbang Taipei Songshan kira-kira 10.44 malam waktu tempatan (1444GMT), lapor Agensi Anadolu.",
"Dua hotel telah ditempah untuk penginapan para delegasi kongres dan pegawai AS.",
"Beijing sebelum ini telah menghantar mesej menggesa ahli parlimen AS itu membatalkan lawatannya, yang tidak termasuk dalam atur cara lawatan rasminya ke empat negara Asia.",
"Pelosi melawat Singapura pada Isnin, sebelum berkunjung ke Malaysia dan dijadual melawat Korea Selatan dan Jepun.",
"Kunjungan Pelosi itu menjadikan beliau ahli politik AS berpangkat tinggi pertama yang melawat Taiwan untuk tempoh 25 tahun.",
"Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Tsai Ing-wen dan ahli politik Taiwan.",
"Kali terakhir ahli politik AS melawat Taiwan ialah ketika kunjungan Newt Gingrich dari Republikan pada tahun 1997.",
"Pegawai tertinggi Taiwan berdiam diri mengenai kunjungan Pelosi, seingga menimbulkan kebimbangan Beijing. ",
"China menganggap Taiwan sebagai sebahagian \"wilayahnya yang terpisah.\"",
"Beijing telah memberi amaran bahawa tenteranya \"tidak akan berdiam diri\" jika \"kedaulatan dan integriti wilayahnya\" terancam dan Washington perlu bertanggungjawab terhadap sebarang tindak balas yang mungkin diambil China. ",
"China dikatakan telah mengadakan beberapa sesi latihan ketenteraan berhampiran Taiwan sejak spekulasi mengenai lawatan itu timbul.",
"Minggu lalu, Presiden China Xi Jinping memberitahu rakan sejawatannya dari AS Joe Biden \"jangan bermain api\" berhubung isu Taiwan.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/502646 | Isytihar harta hanya manifesto PH, kata Hadi | [
"PAU2019 | Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengulang kembali pendiriannya bahawa tiada keperluan untuk anggota parlimen mengisytiharkan harta mereka.",
"PAU2019 | ",
"Ditemui pemberita di Perhimpunan Agung Umno 2019 di PWTC, beliau berkata perkara itu hanya manifesto Pakatan Harapan (PH) dan bukannya tuntutan undang-undang.",
"“Tidak, itu (pengisytiharan harta) lebih kepada manifesto Pakatan Harapan.",
"“Dari segi undang-undang dan perlembagaan ia masih menepati (jika tak isytihar), yang penting ikhlas. Kalau tidak ikhlas, tidak ada maknanya,” katanya ketika ditanya pemberita berkenaan perkara itu.",
"Untuk rekod, ini kali pertama Hadi hadir ke perhimpunan agung Umno, beberapa bulan setelah termeterainya Piagam Muafakat Nasional antara Umno dan PAS.",
"Semalam, Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof mengumumkan sejumlah 160 daripada 222 anggota parlimen yang telah menyerahkan borang akuan pengisytiharan kepada Dewan Rakyat.",
"160 daripada 222",
"",
"Mohamad Ariff",
"Mohamad Ariff",
"",
"Mohamad Ariff",
"",
"Sejumlah 62 anggota parlimen pembangkang tidak berbuat demikian, termasuk 18 orang daripada PAS dan 36 daripada Umno.",
"Semalam merupakan hari terakhir untuk anggota parlimen berbuat demikian, selepas Dewan Rakyat pada 1 Julai lalu meluluskan usul untuk mewajibkan semua anggota parlimen berbuat demikian.",
"meluluskan usul",
"Janji 14 manifesto PH menyatakan semua anggota Dewan Rakyat, Dewan Negara dan pegawai kerajaan berpangkat Jusa C ke atas akan diwajibkan mengisytiharkan aset dan pendapatan.",
"",
"Ismail Sabri",
"Ismail Sabri",
"",
"Ismail Sabri",
"",
"Sementara itu Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata parti itu sedia untuk mengisytiharkan harta dengan syarat ia diwajibkan oleh undang-undang.",
"Namun, katanya lagi, perkara itu hanyalah usul yang diluluskan di Dewan Rakyat tetapi tidak termaktub dalam mana-mana akta.",
"“Tiada keperluan untuk isytihar harta. Ia berlaku di mana-mana negara. Di pihak menteri (kerajaan) saya setuju sebab masa zaman kita dulu (BN) kita isytihar harta.",
"\"Tetapi bagi yang tiada kuasa macam pembangkang (BN) untuk meluluskan apa-apa, apa yang mereka takut dengan penyalahgunaan kuasa?",
"“Ini isteri anak pun terikat dengan usul tersebut. Dia (speaker) telah keluar melangkaui kuasa yang ada pada parlimen,” katanya."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/616349 | Program jualan Keluarga Malaysia dilanjutkan ke Jun | [
"Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac akan diteruskan hingga Jun ini berikutan sambutan orang ramai, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.",
"Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mendapat kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melanjutkan PJKM itu berikutan maklum balas orang ramai yang rata-rata meminta PJKM diteruskan.",
"\"Formatnya akan disesuaikan mengikut lokasi, bilangan penduduk dan keberadaan serta keupayaan rakan strategik di sesebuah lokasi,\" kata Nanta dalam satu kenyataan hari ini.",
"Ismail Sabri melancarkan PJKM pada 2 Dis tahun lepas bagi memberi peluang kepada rakyat di negara ini mendapatkan barang keperluan harian pada harga lebih rendah.",
"Barang-barang keperluan rumah seperti ayam, makanan laut, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung dan beras yang ditawarkan di PJKM adalah sehingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran setempat.",
"Nanta berkata PJKM telah diadakan di semua 222 kawasan Parlimen dan dihadiri 2.02 juta pengunjung serta mencatatkan jualan kira-kira RM38.09 juta.",
"Beliau berkata program itu mendapat sokongan daripada 202 rakan strategik termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Kewangan serta pemain industri sektor peruncitan.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/440867 | Ex-Negeri MB's objections dismissed, Streram's petition goes to trial | [
"The High Court in Seremban has dismissed the preliminary objections of Umno deputy president and former Negeri Sembilan menteri besar Mohamad Hasan towards an election petition filed by PKR's Dr S Streram. The judge ordered a full trial to begin on Sept 12.",
"Streram filed the petition after he was not allowed to submit his nomination papers for the Rantau state seat in the 14th general election on April 28. As a result, Mohamad won the seat uncontested.",
"Justice Azimah Omar did not reveal the grounds for her decision.",
"However, according to Streram’s lawyer Rafique Rashid Ali, all eight objections from Mohamad's counsel Mohd Hafarizam Harun were rejected by the court today.",
"\"The first trial has been fixed for three days beginning Sept 12 and we have eight witnesses including Inspector-General of Police Mohamad Fuzi Harun,\" he told Malaysiakini.",
"Malaysiakini",
"He said Hafarizam told the court that he has three witnesses, while the Election Commission has three other witnesses.",
"In his petition, Streram named Mohamad, Amino Agus Suyub, the returning officer for Rantau state seat and the Election Commission as respondents.",
"The EC and Amino will not be represented by the Attorney-General's Chambers and they will have to appoint lawyers to appear for them.",
"Streram, a PKR member, claimed he was wilfully obstructed and thereafter systematically deprived of submitting his nomination papers for the Rantau state seat for the 14th general election (GE14).",
"Rafique said Justice Azimah also heard preliminary objections to Bersatu candidate Kamarulzaman Kamdias' election petition, following a challenge by Jempol MP Mohd Salim Mohd Sharif from BN.",
"Jempol",
"Jempol",
"Justice Azimah fixed Sept 12 to deliver her decision.",
"decision",
"decision"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/51003 | ZAM sifatkan DAP dan PKR parti bankrap | [
"\nMenteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai bangkrap serta 'nyawa-nyawa ikan' dan menggunakan pilihanraya negeri Sarawak sebagai medan menguji kekuatan.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/565431 | Rempuh polis: Dua lelaki dihadap ke mahkamah | [
"Dua lelaki menaiki Proton Waja yang video mereka tular di media sosial dalam kejadian merempuh beberapa buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Sierramas, Sungai Buloh minggu lalu, masing-masing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, hari ini.",
"Mustaza Mustaffa, 35, yang berdepan lapan pertuduhan termasuk cuba membunuh dua anggota polis manakala rakannya, Khairul Fazily Fadzil, 40, yang didakwa atas dua pertuduhan antaranya menghalang tugas polis, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin dan Majistret Nurshahira Abd Salim.",
"Di Mahkamah Sesyen, Mustaza didakwa cuba membunuh dua anggota polis iaitu Koperal M. Amareisan dan Koperal Mohd Edham Zakaria dengan mengundurkan kereta secara laju dan cuba melanggar dua anggota polis itu di persimpangan lampu isyarat susur kiri, Jalan Kuala Selangor menghala ke Kepong, Damansara, di sini, pada 12.30 tengah hari, 26 Feb lalu, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.",
"Mustaza turut dituduh atas satu pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah kapak berhulu kayu pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.",
"Rakannya, Khairul Fazily turut didakwa atas pertuduhan berada bersama-sama Mustaza yang memiliki senjata berbahaya yang sama iaitu sebilah kapak pada tempat, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 5 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.",
"Di Mahkamah Majistret, Mustaza dan Khairul Fazily, yang kedua-duanya penganggur, didakwa bersama-sama atas pertuduhan menghalang dua anggota polis sama daripada menjalankan tugas mereka pada tempat, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.",
"Mustaza juga dituduh atas empat pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan empat kenderaan termasuk sebuah Toyota Vellfire dan sebuah lori dan satu lagi pertuduhan iaitu gagal mengemukakan kad pengenalan pada tempat, masa dan tarikh sama.",
"Bagi pertuduhan khianat, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 12 bulan atau denda atau kedua-duanya dan gagal mengemukakan kad pengenalan dia dituduh mengikut Peraturan 7(1A) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 25(1)(a) yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.",
"Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alison Chan May Kam dan ‘Atifah Hazimah Wahab manakala Mustaza diwakili peguam Datuk Suraj Singh dan Datin Raj Preet Kaur. Bagaimanapun, Khairul Fazily tidak diwakili peguam.",
"Mustaza dibenarkan diikat jamin RM43,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan manakala Khairul Fazily tidak diberikan jaminan berikutan ketiadaan penjamin dan 19 April ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.",
"Pada 26 Feb lalu, tular dalam media sosial aksi polis melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta Proton Waja selepas dua suspek enggan menyerah diri apabila disuruh memberhentikan kenderaan untuk diperiksa.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/90508 | 2,000 sertai perarakan aman anti-ISA | [
"\n\n\n",
"\n",
"\nKira-kira 2,000 menyertai perarakan aman di ibu negara malam ini, mendesak supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dibebaskan tahanan di bawah akta kontroversi tersebut.\n",
"\n\nPada mulanya, dua kumpulan - Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan gabungan NGO yang diketuai oleh Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami) - merancang untuk mengadakan majlis memasang lilin di Dataran Merdeka pada kira-kira jam7.30 malam.\n",
"",
"\nApabila polis mengawal Dataran Merdeka, kumpulan Hindraf yang berjumlah kira-kira 500 orang, berarak menuju ke kuil yang terletak di depan pusat perhentian bas Puduraya kira-kira 1 km dari situ.\n",
"\n\nKetika berarak ke sana, orang ramai turut menyertai mereka dan jumlahnya kemudian bertambah mencecah kira-kira 2,000 orang, dengan ramai yang membawa lilin.\n",
"",
"\nSatu lagi kumpulan, yang berarak sambil membawa tanglung, kemudiannya turut menyertai kumpulah Hindraf tersebut.\n",
"\nSambil berarak, mereka melaungkan “\n\nMansuhkan IS\n\nA”, “\n\nBebaskan Raja Petra\n\n” and “\n\nHindraf Valga (Hidup Hindraf)\n\n”.\n",
"\nMansuhkan IS\n",
"\nBebaskan Raja Petra\n",
"\nHindraf Valga (Hidup Hindraf)\n",
"\nAkhirnya, mereka berkumpul di kawasan kuil berkenaan dan beberapa individu menyampaikan ucapan.\n",
"\nPenyelaras pusat Hindraf, R Thanenthiran menggesa kerajaan memenuhi tuntutan peserta perarakan tersebut supaya membebaskan tahanan ISA.\n",
"\n\nKatanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak boleh memutuskan seorang diri apakah yang terbaik untuk negara.\n",
"",
"\n\"Malam ini, kita rakyat, menjadi hakim,\" tambahnya.\n",
"\nKemudian, ahli parlimen Teluk Intan, M Manogaran memberitahu hadirin bahawa perhimpunan tersebut diadakan untuk mengingati ulang tahun pertama penahanan lima pemimpin Hindraf di bawah ISA dan kini ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping.\n",
"\n\"Kita akan terus mengadakan perhimpunan sehinggalah tahanan ISA dibebaskan,\" katanya.\n",
"\n\nSuasana meriah\n\n",
"\nSuasana meriah\n",
"\n\nSementara itu, perarakan itu berjalan dalam suasana meriah.\n",
"",
"\nBeberapa penyokong Raja Petra Kamaruddin turut menyanyikan lagu selamat jadi kerana hari ini merupakan hari jadi penulis blog tersebut.\n",
"\nMenjelang jam 9 malam, mereka bersurai dan tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku.\n",
"\nThanenthiran kemudiannya memberitahu pemberita bahawa perarakan malam ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia boleh berhimpun secara aman untuk menyuarakan isi hati mereka.\n",
"\n“Jika pihak polis mematuhi undang-undang, kita pun juga boleh berbuat demikian,\" katanya.\n",
"\nDalam satu kenyataan selepas orang ramai bersurai, pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy mengucap terima kasih kepada pihak polis kerana membenarkan perarakan tersebut diadakan.\n",
"\n\"Kerajaan kini seharusnya menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia telah menghantar satu mesej yang kuat dan jelas menolak penggunaan ISA,\" katanya yang kini tinggal di luar negara.\n",
"\nSementara itu, dua peserta buta memberitahu\n\nMalaysiakini\n\nmengapa mereka turut menyertai perarakan tersebut.\n",
"\nMalaysiakini\n",
"\nRamli Abu Bakar, 51, berkata beliau menyokong gerakan anti-ISA sejak ia dimulakan kerana \"negara telah mencapai kemerdekaan\".\n",
"\n\"Kita telah merdeka selama 51 tahun, jadi mengapa kita perlukan lagi undang-undang itu sekarang,\" kata Ramli.\n",
"\nRakannya Kamal Abdu Bakar, 48, turut menyokongnya dengan berkata ISA tidak relevan lagi sekarang.\n",
"\nManakala seorang penyokong Raja Petra - Sampa Lee, 60 - berkata pembebasan penulis blog itu serta tahanan ISA yang lain, akan merupakan hadiah hari jadi terbaik yang boleh diberikan oleh kerajaan.\n",
"\n\"Ia akan merupakan hadiah terbaik untuk Raja Petra dan semua rakyat Malaysia kerana kita semua menentang undang-undang yang zalim itu,\" kata Sampa.\n",
"\nSementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata polis mendapat maklumat bahawa perhimpunan itu dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka.\n",
"\n\"Tetapi kita telah menempatkan anggota polis di beberapa jalan masuk menuju ke Dataran Merdeka dan ini menyebabkan peserta perhimpunan bertukar lokasi menuju ke kawasan berhampiran Puduraya.\n",
"\n\"Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dalam perhimpunan ini dan tiada sebarang tangkapan dibuat,\" katanya dalam laporan\n\nBernama\n\n.\n",
"\nBernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/535810 | Covid-19: 6 kes baru penularan tempatan, majoriti di Sarawak | [
"Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat sembilan kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini, dengan enam daripadanya melibatkan penularan dalam negara.",
"Daripada enam kes itu, empat melibatkan warga tempatan dan semuanya berlaku di Sarawak.",
"Setiap kes adalah daripada Kluster Stutong, Kluster Sentosa, Kluster Kejuruteraan Kuching dan satu kes masih dalam siasatan.",
"Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, pesakit yang masih dalam siasatan itu tidak menunjukkan gejala dan kini dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.",
"Dua lagi kes penularan dalam negara dikesan di Sabah, melibatkan saringan tahanan sebelum dibebaskan daripada penjara, dan di Kelantan, juga melibatkan kes saringan tahanan penjara tetapi telah dipindahkan ke pusat tahanan Imigresen.",
"Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan seramai lapan pesakit Covid-19 telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes pulih kepada 8,574 kes, iaitu 97 peratus daripada keseluruhan kes.",
"Seramai lima pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.",
"Noor Hisham memaklumkan tiada kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kekal 123 kes, iaitu 1.39 peratus daripada keseluruhan kes.",
"Noor Hisham memaklumkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini berjumlah 143, kira-kira dua kali ganda berbanding 9 Julai lalu.",
"Menurutnya, nilai kebolehjangkitan atau R0 (R-naught) kini pada angka 1.36, meningkat daripada 0.3 ketika tempoh perintah kawalan pergerakan.",
"R0 merujuk nilai kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh kes yang berlaku. Dalam kaedah permodelan dan ramalan untuk sesuatu wabak, menurunkan nilai R0 kurang daripada angka 1 secara berterusan akan membantu mengakhiri sesuatu wabak.",
"\"Jika ia mencecah 1.6, bermakna kita boleh menjangkakan peningkatan mendadak dalam tempoh masa yang singkat,\" katanya.",
"Justeru, beliau menggesa orang ramai agar terus patuh kepada langkah-langkah pencegahan seperti penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan.",
"Beliau juga menyambut baik langkah mewajibkan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan di tempat sesak seperti yang diumumkan hari ini.",
"\"Selain itu, alat pelitup separuh muka perlu dipakai dengan betul dan menutupi ruang hidung sehingga dagu. Pemakaian tidak sempurna dengan membiarkan ianya tergantung di leher, dahi, atau hanya sebahagian dari hidung dan mulut adalah tidak bertepatan dan membawa risiko pencemaran atau jangkitan kepada pemakai.",
"\"Nasihat KKM adalah, pakailah pelitup dengan kaedah yang betul,\" katanya lagi.",
"",
"Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.",
"Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.",
"laman penjejak",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
" ",
"\n",
"\n\n",
"",
"",
" ",
"",
"",
"",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/468386 | Laporan: Umno batal langkah saman bekas wakil rakyat | [
"Umno dilaporkan tidak akan meneruskan saman terhadap bekas wakil rakyatnya yang keluar parti susulan kekalahannya dalam PRU ke-14.",
"Menurut The Malaysian Insight yang memetik sumber, keputusan itu kerana Umno tidak mahu menanggung kos tinggi untuk meneruskannya, selain fokus kepada pengukuhan parti.",
"The Malaysian Insight",
"\"Tok Mat (pemangku presiden Umno Mohamad Hasan) berpendapat adalah lebih penting pada waktu ini Umno fokus dengan mengukuhkan parti itu sendiri.",
"“Selain daripada itu, faktor kos juga menjadi pertimbangan utama,\" kata sumber dalaman Umno itu seperti dipetik.",
"Umno dilaporkan memfailkan saman terhadap bekas wakil rakyatnya pada November lalu, ketika presidennya Ahmad Zahid Hamidi belum bercuti.",
"memfailkan saman",
"Beliau berkata tindakan itu diambil kerana kemenangan mereka adalah kerana Umno dan BN serta hasil kempen jentera parti.",
"Januari lalu, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mengesahkan saman telah difailkan kepada Anggota Parlimen Bagan Serai Noor Azmi Ghazali dan Anggota Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati - kedua-duanya telah menyertai Bersatu.",
"Annuar juga berkata Umno mahu mengambil langkah sama terhadap bekas wakil rakyatnya di Sabah, tetapi masih tidak berbuat demikian.",
"Walaupun tewas pada PRU lalu, Umno sebelum ini kekal sebagai parti terbesar di Dewan Rakyat dengan 54 anggota parlimen.",
"Jumlah itu kini merosot kepada 37 anggota parlimen - menjadikannya parti ketiga selepas PKR dan DAP - selepas sejumlah mengambil keputusan untuk keluar parti."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/426955 | PAS: Awas, jangan calarkan institusi raja-raja Melayu | [
"PAS menasihati semua pihak agar terus menghormati raja-raja Melayu dan tidak melanggar sempadan dalam menghadapi konflik politik.",
"Kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak wajar mana-mana orang membiarkan institusi raja-raja Melayu tercalar semasa ghairah mengambil tindakan politik.",
"Bahanya, kata timbalan presiden PAS itu, langkah melepasi sempadan akan menyebabkan rakyat tiadak tempat untuk berlindung.",
"\"Apabila ia tercalar, maka hilanglah tempat untuk rakyat berlindung, terutamanya apabila watak-watak dan parti-parti politik menjadi terlalu angkuh sehingga tidak boleh ditegur,\" katanya dalam satu kenyataan hari ini.",
"Tuan Ibrahim tidak menyatakan secara jelas apakah yang menjadi rujukan kenyataan beliau itu. Namun berdasarkan perkembangan semasa ia dipercayai ada kaitan dengan krisis kepemimpinan yang sedang berlaku di Perlis.",
"Selepas PRU ke-14 berakhir semua negeri sudah mempunyai menteri besar - atau ketua menteri bagi Sabah dan Sarawak - kecuali negeri terkecil terletak di utara semenanjung itu.",
"Akhirnya menteri besar penggal lalu Datuk Seri Azlan Man dilantik Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, untuk mengangkat sumpah jawatan pada 24 Mei.",
"mengangkat sumpah jawatan",
"Bagaimanapun berlaku krisis apabila sembilan lagi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis memboikot majlis berkenaan.",
"Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa Azlan tidak mendapat sokongan majoriti wakil rakyat dan \"memecat\" ADUN Bintong itu sebelum mengisytiharkannya sebagai menteri besar bebas.",
"Menurut Tuan Ibrahim institusi raja-raja Melayu adalah payung negara yang menjadi naungan rakyat kerana ia melangkaui semua agama, bangsa, bahasa dan fahaman politik dan",
"Kata Tuan Ibrahim raja-raja Melayi adalah satu-satunya institusi yang bebas daripada apa-apa juga sentimen dan pengaruh tertentu.",
"\"Namun dalam keghairahan semua pihak untuk mempertahankan ruangan masing-masing, jangan sesekali kita mengguris keutuhan dan kedaulatan institusi raja-raja yang telah sekian lama menjadi naungan kepada semua rakyat Malaysia,\" katanya."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/271905 | MAS masih ada masa depan, kata Idris | [
"\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Idris Jala yakin Malaysia Airlines (MAS) mempunyai masa depan – jika syarikat penerbangan negara itu dapat menangani kemelut semasa.\n",
"\nBeliau berkata pengurusan MAS perlu mengikut Pelan Transformasi Perniagaan (BTP2), yang dilancarkan semasa beliau berkhidmat dengan syarikat penerbangan tersebut pada 2008.\n",
"\nBTP2 mengandungi proses yang terperinci, langkah demi langkah bagi syarikat penerbangan itu untuk terus bertahan.\n",
"\n\"Ketika saya bersama MAS, persoalannya ialah apa yang kita perlu lakukan untuk masa depannya. (Dalam BTP2) Saya menjangkakan bahawa menjelang 2012, senario kes terburuk ialah MAS rugi antara RM650 juta hingga RM1 bilion atau lebih, dan itu yang berlaku.\n",
"\n\"Jika kita dapat mengubah atau melakukan sesuatu yang luar biasa dan mengikut semua langkah-langkah (disenaraikan dalam BTP2), saya menjangkakan MAS dapat menjana keuntungan sehingga RM1.5 bilion,\" kata Idris sebagai anggota panel pada sesi 'Pemimpin Baharu pada Abad Ke-21' pada Persidangan Kepimpinan Asia 2014 di Petaling Jaya hari ini.\n",
"\nPersidangan sehari itu bertemakan,\"Kepimpinan dan Inovasi pada Abad Ke-21\", dianjurkan oleh Sunway Education Group, Yayasan Jeffrey Cheah, Centre for Asia Leadership Initiatives dan Asia Leadership Trek dengan sokongan Harvard University Asia Centre.\n",
"\nInisiatif BTP2 ialah mengubah MAS kepada syarikat penerbangan dengan lima bintang dan menerima proses lima langkah dengan jelas, termasuk mengekalkan perkhidmatan lima bintang, mengurangkan kos, menawarkan harga yang kompetitif dan meluaskan rangkaian dengan memperkenalkan laluan baharu, berasaskan permintaan.\n",
"\nIdris menyertai MAS sebagai ketua pegawai eksekutif pada 1 Sept, 2005 dan ketika itu syarikat penerbangan tersebut mencatatkan kerugian sebanyak RM1.3 bilion.\n",
"\nBagaimanapun, sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, MAS mencatat keuntungan bersih sekurang-kurangnya RM851 juta hanya dalam tempoh dua tahun.\n",
"\n\"Semasa saya menyertai MAS, kami hanya mempunyai wang bagi tempoh dua setengah bulan. Kami tidak mempunyai wang untuk membayar gaji dan juga bahan api.\n",
"\n \"Sesetengah mungkin ingat bahawa kami menjual bangunan ibu pejabat kami dengan nilai RM130 juta untuk memberi kami cukup tunai untuk beroperasi bagi tempoh 20 hari,\" katanya ketika mengingati MAS meningkat dari era kejatuhannya.\n",
"\nIdris kemudian menyertai Kabinet pada 2009.\n",
"\nBeliau turut menasihati peserta persidangan untuk bertanyakan kepada diri mereka perubahan yang mereka boleh lakukan dalam bidang masing-masing, sentiasa menetapkan penanda aras yang tinggi dan menanganinya.\n",
"\n\"Latar belakang saya adalah dalam bidang minyak dan gas (23 tahun dalam Shell). Apabila saya menyertai industri penerbangan, saya menunjukkan kepada mereka pelan saya dan tanya jika mereka yakin bahawa kita boleh berjaya, dan jika ia berbaloi untuk mencuba. Jawapannya ialah, tidak mungkin.\n",
"\n\"Tetapi kami telah mencapai apa yang mustahil kepada orang lain,\" katanya.\n",
"\n\n- Bernama\n\n",
"\n- Bernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/sukan/571699 | Aidil Zafuan sedia kongsi pengalaman dengan pemain muda | [
"",
"Kapten skuad Harimau Malaya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak bersedia berkongsi pengalaman dengan pemain muda sekiranya mereka dipanggil menyarung jersi kebangsaan pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun ini.",
"Aidil Zafuan yang kagum dengan corak permainan berkualiti tinggi dimiliki beberapa pemain muda seperti penyerang muda sensasi Luqman Hakim Shamsudin yang kini bersama kelab Belgium iaitu K.V. Kortrijk, serta dua bintang meningkat naik Johor Darul Ta'zim (JDT), Ramadhan Saifullah Usman dan Arif Aiman Mohd Hanapi berkata, pengalamannya mungkin berguna terutama ketika berdepan pasukan kuat.",
"\"Dari segi pengalaman mungkin mereka kurang dan kita sebagai senior mungkin bimbing mereka melalui apa yang kita peroleh setakat ini,” katanya selepas menerima suntikan vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Putrajaya baru-baru ini.",
"",
"Mengulas lanjut, pemain berusia 33 tahun yang telah mengumpul lebih 80 penampilan bersama skuad senior kebangsaan sejak 2008 itu berkata pengalaman dikumpulnya terutama panduan ketika beraksi bertemu pasukan kuat pada perlawanan antarabangsa itu boleh dikongsi dengan pemain-pemain muda ini.",
"",
"Ketua jurulatih Tan Cheng Hoe pada Isnin memaklumkan telah mengenal pasti beberapa muka baharu selepas membuat senarai pendek terhadap 38 pemain untuk persiapan menghadapi cabaran di UAE nanti.",
"Saingan lebih mencabar pastinya menanti barisan pemain untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan memandangkan hanya 26 atau 27 pemain akan terpilih dalam senarai akhir sebelum berlepas ke UAE dijadualkan pada 20 Mei.",
"",
"Luqman Hakim Shamsudin ",
"Luqman Hakim Shamsudin ",
"",
"Luqman Hakim Shamsudin ",
"",
"Luqman Hakim dan Ramadhan Saifullah merupakan antara muka baharu yang dipanggil menjalani kem latihan pusat skuad negara di Johor pada Mac lepas.",
"Sementara itu, tonggak pertahanan JDT itu menyifatkan dua aksi pemanas badan menentang Kuwait pada 23 Mei dan Bahrain (28 Mei) sebagai percaturan terbaik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menilai tahap kemampuan sebenar pasukannya sebelum cabaran sebenar di UAE kelak.",
"\"Kuwait dan Bahrain menghuni ranking tinggi dan pasukan yang bagus untuk kita bertemu nanti. Saya rasa kalau kita tidak bermain sebelum perlawanan sebenar mungkin ada masalah dari segi kecergasan dan diharapkan aksi persahabatan berjalan lancar,\" tambahnya.",
"Berdasarkan ranking FIFA, Kuwait kini menduduki tangga ke-148 manakala Bahrain pula tangga ke-99. Malaysia menghuni tangga ke-153.",
"Malaysia akan menentang tuan rumah UAE pada 3 Jun, sebelum berdepan Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) dalam perebutan gelaran juara Kumpulan G, bagi memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 sekali gus mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.",
"-Bernama",
"-Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/224759 | Anwar tak popular kerana pertikai DEB, kata Dr M | [
"\nBekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir berkata bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengikut tuduhan Barat apabila mendakwa Dasar Ekonomi Baru (DEB) hanya menguntungkan kroni Umno\".\n",
"\nMalah, tindakan Anwar yang mempertikaikan DEB itu juga menjadikan ketua pembangkang itu tidak popular, kata Mahathir dalam tulisannya bertajuk 'Kenapa perlu benci sesama Melayu' yang diterbitkan Mingguan Malaysia hari ini.\n",
"\n\"Apabila penentang DEB luar negeri, khususnya orang Barat, menuduh DEB hanya menguntungkan kroni Umno, maka Anwar segera memeluk tuduhan ini dan dan menuding jari ke arah beberapa orang Melayu yang berjaya sebagai bukti yang DEB hanya menguntungkan kroni pemimpin kerajaan sahaja,\" tulis beliau dalam rencana itu.\n",
"\nBeliau turut mempertahankan ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, yang menurutnya menjadi sasaran tuduhan Anwar setiap hari.\n",
"\n\"Hari-hari ditujukan tuduhan kepada Syed Mokhtar sebagai kroni.\n",
"\n\"Bahawa semua bilionair bukan Melayu juga mendapat sokongan dari kerajaan tidak disebut sebagai kroni,\" katanya.\n",
"\n\"Dan ramailah orang Melayu terutama pemuda yang sudah benci kepada kroni-kroni ini dan Umno dan menolak Umno.\n",
"\n\"Tidak disebut oleh Anwar akan ratusan ribu anak Melayu yang mendapat pelajaran tinggi kerana biasiswa kerajaan pimpinan Umno.\n",
"\n\"Apakah ratusan ribu ini juga kroni?\" tanya beliau dalam tulisannya.\n",
"\n\n\n[Berita penuh menyusul]\n\n\n",
"\n\n[Berita penuh menyusul]\n\n",
"\n[Berita penuh menyusul]\n",
"\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/291043 | MAIWP tak dibenar mencelah kes CD 'Allah' | [
"\nMahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mencelah dalam kes Jill Ireland bagi mendapatkan kembali CD miliknya mengenai agama Kristian yang menggunakan kalimah Allah.\n",
"\nPanel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara menolak permohonan MAIWP yang difailkan oleh peguam Hanif Khatri Abdullah.\n",
"\nBagaimanapun, Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan peguam pemerhati daripada MAIWP dan mengemukakan kes itu sekiranya diminta oleh mahkamah.\n",
"\nIni kerana, hanya satu pihak di dalam kes itu yang mempunyai hak untuk membuat penghujahan.\n",
"\n\"Tidak ada asas untuk permohonan MAIWP ini,\" kata Hakim Tengku Maimun yang membuat keputusan menolak permohonan majlis agama Islam itu.\n",
"\nAntara hakim lain dalam kes ini ialah Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.\n",
"\n\n[Baca berita asal] \n\n",
"\n[Baca berita asal] \n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/389971 | Kecoh di PWTC: IGP ingatkan 'kita' bukan budak-budak | [
"Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kekecohan yang berlaku akibat pertembungan Pemuda Umno dan Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA) di PWTC pada Selasa lalu adalah \"perkara remeh\" dan memalukan.",
"Beliau juga memberitahu wartawan di Bukit Aman bahawa sekurang-kurangnya 11 individu telah dipanggil untuk membantu siasatan polis mengenai kejadian itu.",
"“Biarlah polis siasat dulu. Perkara kecoh-kecoh macam itu perkara remehlah,” katanya selepas menghadiri perjumpaan bulanan polis.",
"",
"Disoal mengenai maklumat lanjut tentang individu yang ditahan itu, Khalid berkata, tidak perlu bagi beliau memberikan nama mereka.",
"Pada masa sama, ketua polis negara itu menasihatkan semua pihak supaya menunjukkan kedewasaan mereka.",
"“Kita semua orang dewasa bukan budak-budak lagi.... kena tunjukkan kedewasaan kita.",
"“Terlibat dalam kecoh macam itu pada saya memalukanlah,” katanya.",
"Dalam kejadian itu, kira-kira 30 anggota ARMADA yang pada awalnya berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke PWTC bagi menyampaikan jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 dihalang oleh kira-kira 100 Pemuda Umno hingga menyebabkan kejadian tolak-menolak..",
"Polis kemudian mengarahkan kedua-dua kumpulan itu bersurai dan anggota ARAMADA kemudiannya membuat laporan di ibu pejabat daerah Dang Wangi.",
"Exconya, Ashraf Mustaqim Badrul Munir juga mendakwa bahawa dirinya ditumbuk semasa kejadian itu.",
"Dalam perkembangan lain, Khalid enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai seorang lelaki yang ditangkap kerana didakwa mengancam peguam Siti Kasim.",
"",
"\"Tunggu dia didakwa, jika dia (akan) didakwa,\" katanya ketika diminta mengulas lanjut mengenai penangkapan itu.",
"Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh semalam mengesahkan penangkapan berkenaan dan berkata lelaki itu telah direman selama tiga hari.",
"Siti sebelum ini membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman bunuh dan rogol yang diterimanya melalui media sosial berikutan artikel mengenai sokongannya terhadap komuniti lesbian, gay, transgender dan biseksual.",
"Beliau berkata terdapat juga ugutan untuk memenggal kepalanya dan menyimbahnya dengan asid."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/252586 | MP: SMS palsu mengenai skim perumahan S'gor | [
"\nSejak tersebarnya SMS palsu mengenai permohonan pembiayaan perumahan rakyat Selangor (PURse) sejak Sabtu lalu, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata pihaknya menerima lebih 2,000 panggilan telefon yang bertanyakan kepadanya berhubung skim tersebut.\n",
"\nBeliau berkata SMS yang disebarkan melalui media sosial seperti Whatapps, Facebook, dan SMS itu, disebarkan oleh \"pihak lawan\" yang dianggapnya sebagai 'macai kangkung' yang bertindak jahat kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.\n",
"\nBagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan siapa yang \"pihak lawan\" yang dimaksudkannya.\n",
"\nMenurutnya lagi, selain itu terdapat juga kira-kira 20 rakyat Selangor yang menerima SMS tersebut datang sendiri ke pejabat ahli parlimen itu sehari sejak Isnin untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung skim tersebut termasuk yang menetap di Johor dan Melaka.\n",
"\n\"Ia dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab, saya panggil macai kangkung, untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat bahawa bila buat janji, tidak dapat memenuhi hanya pandai cakap sahaja.\n",
"\n\"Bagaimanapun yang datang kita beri layanan dan penjelasan dengan teratur dan kita pun telah membuat laporan polis. Kita dapat mengubahnya daripada cabaran kepada peluang,\" katanya.\n",
"\nBeliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan \"permainan politik kotor\" itu, dan jika terdapat pengumuman rasmi daripada kerajaan negeri ia akan disebarkan melalui program rasmi kerajaan dan di surat khabar dan bukannya daripada Whatapps atau SMS.\n",
"\n\"Kita kena tambah kemahiran kita tapis maklumat. Jangan jadi mangsa pihak macai kangkung,\" katanya dalam sidang media petang ini.\n",
"\nSMS itu antaranya menyebut permohonan pembelian kediaman pertama di negeri itu dibuka kepada individu berusia 18 hingga 45 tahun, tidak memiliki sebarang rumah, berpendapatan kurang RM7,000 ke bawah dan keutamaan diberikan kepada pemohon yang berkahwin.\n",
"\nSMS itu mendakwa permohonan yang berjaya boleh mendapat pembiayaan sehingga RM350,000 tanpa faedah melalui skim PURse dan boleh menghubungi pejabat ahli parlimen itu.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/360700 | Polis nafi rakyat M'sia ditahan di Filipina, pakar bom | [
"Susulan penahanan seorang rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Filipina baru-baru ini, polis menafikan lelaki\nberkenaan seorang pakar bom.",
"",
"Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis, bagaimanapun, masih menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa Filipina berhubung penahanan lelaki dikenali sebagai Ahmad Tarmizi Mohamad Sayuti berusia 30-an, berasal dari Kelantan.\n\n\"Daripada risikan yang dibuat, dia bukan pakar bom... Kami akan menyiasat tujuan dia ke sana (Filipina).\n\n\"Mungkin tujuan dia untuk menyebarkan agama Islam atau menuntut ilmu lanjutan di sana. Kami sedang menunggu laporan penuh daripada pihak Filipina,\" katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.\n\nKhalid sebelum itu menyampaikan sijil kepada 68 pegawai dan anggota dari Balai Polis Brickfields dan Taman Tun Dr Ismail sempena majlis graduasi peserta kursus 'Service Excellence Delivery In Action' yang diadakan selama sebulan.\n\nBeliau berkata polis belum dapat mengesahkan Ahmad Tarmizi, yang ditahan di Maluso, Filipina, kira-kira tiga minggu lalu, adalah ahli kumpulan militan.\n\n\"Saya belum dapat mengesahkan sama ada dia militan atau tidak, sehingga menerima laporan penuh dari Filipina,\" kata Khalid.\n\nMedia Filipina sebelum ini melaporkan seorang rakyat Malaysia ditangkap di Pelabuhan Maluso ketika cuba menyusup masuk ke Malaysia awal bulan ini dan kini di bawah tahanan pihak berkuasa Filipina.",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/636082 | 'Jaga legasi Samy Velu, bersihkan namanya dari skandal Maika, Mied' | [
"MIC perlu menjaga legasi bekas presidennya, mendiang S Samy Vellu dengan membersihkan namanya daripada skandal Maika Holdings Berhad dan Maju Institute of Educational Development (Mied).",
"Perkara itu dinyatakan Ketua PKR Kuala Selangor Thiban Subramaniam yang menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat perkara itu.",
"Thiban berkata, PKR sedia membantu MIC dalam membuat gesaan dalam penubuhan RCI itu.",
"\"Penghargaan mencurah-curah buat Samy Vellu yang meninggal dunia pada usia 86 tahun. Sumbangannya terhadap negara dan masyarakat adalah satu legenda.",
"\"Walaupun dia meninggalkan kita dengan legasi yang hebat, ada dakwaan melibatkannya kekal sebagai titik hitam dalam karier politiknya.",
"\"Ramai yang sedar akan dakwaan Samy Vellu merampas sembilan juta saham Telekom Malaysia daripada 10 juta saham yang diperuntukkan kepada Maika dan skandal membabitkan Mied,\" katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Serangan terhadap Anwar 'keanak-anakan'",
"Serangan terhadap Anwar 'keanak-anakan'",
"Serangan terhadap Anwar 'keanak-anakan'",
"Dalam pada itu, Thiban turut mengkritik Presiden MIC SA Vigneswaran berhubung apa yang disifatkannya sebagai serangan \"keanak-anakan\" terhadap Anwar Ibrahim setelah presiden PKR itu berkata PH akan melaksanakan audit forensik terhadap Maika, Mied dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) jika menjadi kerajaan.",
"audit forensik",
"Susulan kenyataan Anwar itu, Vigneswaran berkata Anwar sepatutnya melaksanakan “audit” terhadap manifesto khas untuk masyarakat India oleh PH ketika PRU14 terlebih dahulu, dan sejauh mana ia dilaksanakan ketika gabungan itu mentadbir negara.",
"sepatutnya",
"Mengulas perkara itu, Thiban berkata Anwar bukan perdana menteri ketika PH mentadbir negara selama 22 bulan, sebelum ditumbangkan termasuk oleh MIC.",
"Justeru, banyak perkara yang dijanjikan PH berkenaan masyarakat India tidak dapat dilaksanakan.",
"\"Perlu dinyatakan yang PH mengumumkan akan menyelesaikan isu kad pengenalan merah, berikrar untuk memberi kewarganegaraan kepada mereka yang memegang kad pengenalan merah berusia 60 tahun ke atas.",
"\"Selepas kerajaan PH tumbang, kita tidak pasti (perkembangan) perkara ini.",
"\"Namun, MIC sibuk berpolitiking dan mengadakan acara dan himpunan, di saat masyarakat India yang miskin masih bergelut, dan naik turun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan status kewarganegaraan,\" katanya lagi.",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/221034 | 'Lihat masalah Umno-BN Perlis sebelum cakap menang besar' | [
"\nPAS Perlis menyindir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya cermin diri terlebih dahulu dengan melihat pergolakan dalaman Umno-BN di negeri itu terlebih dahulu yang didakwa \"tidak berkesudahan\" sebelum meramal BN mampu menang besar pada pilihan raya umum akan datang .\n",
"\n\nTimbalan Pesuruhjaya PAS 1 Perlis Mohd Anuar Tahir berkata rakyat di negeri itu sudah bosan dengan perebutan kuasa, pangkat dan kedudukan yang didakwanya di kalangan pemimpin Umno dianggapnya \"tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda\".\n",
"",
"\n\"Rasanya lebih baik Muhyidin balik jaga Putrajaya dulu sebelum sebut nak menang besar di Perlis. Di Putrajaya pun BN sudah begitu tergugat kedudukan mereka,\" katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.\n",
"\nMohd Anuar yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mengulas kenyataan Muhyiddin yang dilapor\n\n\nyakin\n\n\nBN mampu mencatat kemenangan besar di Perlis pada pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.\n",
"\n\nyakin\n\n",
"\nyakin\n",
"\nMenteri pelajaran itu dilapor berkata keyakinan menang semua kerusi DUN dan parlimen berdasarkan taklimat persiapan pilihan raya yang disampaikan BN Perlis kepadanya semalam dan turut menyatakan terdapat petanda sokongan rakyat yang meningkat terhadap kerajaan.\n",
"\nPada pilihan raya umum 2008, BN menang semua tiga kerusi parlimen dan 13 daripada 15 kerusi DUN. Dua lagi kerusi DUN - Simpang Empat dan Sanglang - dimenangi PAS.\n",
"\n\nSehubungan itu, Mohd Anuar menganggap kenyataan Muhyiddin itu sebagai terdesak dan semata-mata untuk membangkitkan semangat penyokong demi meraih sebanyak mungkin simpati kepada parti itu.\n",
"",
"\n\"Beliau sendiri pun tahu bahawa rakyat Perlis sudah bersedia untuk membuat perubahan pada PRU akan datang dan dia juga tahu BN Perlis sendiri berada pada tahap kritikal. Ini dilihat bilamana beliau sendiri malahan Perdana Menteri pun acapkali turun ke Perlis.\n",
"\n\"Kenyataan Muhyidin ini sama juga dengan kenyataan Menteri Besar Perlis yang dibuat beberapa kali sebelum ini,\" katanya sambil mendakwa perhimpunan yang diadakan di beberapa lokasi di negeri itu akan dihadiri oleh orang yang sama termasuk orang luar yang diarahkan hadir.\n",
"\nMenurut Mohd Anuar lagi, rakyat Perlis melihat kemampuan pentadbiran yang berjaya mengekang rasuah dan pembaziran serta kecekapan mengurus tadbir ekonomi, maka mereka pun mahu perubahan di negeri ini.\n",
"\n\"Walaupun tsunami politik 2008 tak sampai ke negeri ini, tapi rakyat Perlis pun sudah sedar dan melihat keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di Kedah umpamanya.\n",
"\n\"Saya percaya bahawa ubat paling mujarab untuk Umno-BN Perlis ialah dengan menjadikan mereka parti pembangkang di negeri ini. Saya lihat mereka mempunyai potensi besar untuk menjadi pembangkang yang baik di negeri ini,\" sindir Mohd Anuar.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/638355 | Bomba nafi dakwaan kejadian kepala air di Gunung Pulai | [
"Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menafikan terdapat kejadian kepala air di Gunung Pulai, dekat Kulai, susulan rakaman video yang tular di media sosial.",
"Pemangku Pengarah JBPM negeri Mohd Rizal Buang berkata pihaknya melakukan pemantauan kira-kira pukul 10.33 pagi tadi di sekitar Gunung Pulai dan mendapati tiada kejadian kepala air atau banjir di kawasan tersebut.",
"\"Kami ingin menegaskan dan mengingatkan kepada orang awam supaya tidak menularkan sebarang kenyataan, gambar atau video lama yang boleh menggugat kesejahteraan serta keselamatan masyarakat setempat. ",
"\"Kami menyeru supaya masyarakat mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak berwajib dan hubungi talian 999 jika berlaku sebarang kecemasan. Orang awam turut dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan merakam video untuk ditularkan,\" katanya dalam satu kenyataan semalam. ",
"Terdahulu, tular video berdurasi 53 saat yang dimuat naik di sebuah akaun Facebook yang mendakwa terdapat kejadian kepala air di sekitar gunung tersebut.",
"Sementara itu, Mohd Rizal berkata JBPM negeri telah mengarahkan kesemua balai bomba agar membuat rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko berlaku banjir berikutan Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan. ",
"- Bernama",
"Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/558849 | PKP: Polis, ATM laksana sekatan jalan di seluruh negara | [
"Penugasan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dalam mengurangkan pergerakan rakyat selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tengah malam tadi dengan pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara.",
"Pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19, yang semakin meningkat kini, turut dilaksanakan terutama di kawasan tumpuan.",
"Tinjauan Bernama di seluruh negara mendapati keadaan trafik bergerak lancar di kebanyakan jalan utama terutama di ibu negara dan ibu negeri yang lazimnya sesak pada sebelah pagi.",
"Bernama",
"Di KUALA LUMPUR, polis mengadakan 39 SJR di enam lokasi dan menempatkan seramai 1,291 pegawai dan anggota polis.",
"Di KUALA LUMPUR,",
"Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata setakat ini pihaknya belum mengeluarkan kompaun terhadap mereka yang ingkar SOP yang ditetapkan ketika PKP.",
"Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata bilangan kenderaan memasuki daerah ini adalah seperti biasa dan pihaknya akan terus membuat pantauan di kawasan-kawasan dikenal pasti untuk memastikan pematuhan SOP pada tahap maksimum selain pemeriksaan semasa SJR.",
"Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe pula berkata pihaknya mengadakan tujuh SJR di daerah itu antaranya di Plaza Tol Gombak menghala ke Bentong, Pahang dan dari Bentong ke Kuala Lumpur, selain turut membuat SJR di Rawang serta Selayang.",
"Di NEGERI SEMBILAN, hari pertama pelaksanaan SJR yang bermula tengah malam tadi berjalan lancar walaupun aliran trafik di plaza tol susur keluar masuk dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tol Senawang, di sini sedikit sesak.",
"Di NEGERI SEMBILAN, ",
"Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata terdapat 17 SJR di seluruh negeri ini melibatkan Jalan Lubok China- Melaka, Sungai Lui-Pahang, Tampin-Melaka dan Port Dickson-Sepang serta di plaza tol susur keluar masuk dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Tol Pedas, Tol Seremban-Labu, Tol Nilai-Plus, Tol Pajam-Mantin dan Tol Setul-Lekas.",
"Di MELAKA, sebanyak 14 SJR secara tetap dan 11 SJR secara bergerak dilaksanakan dalam tempoh dua minggu PKP.",
"Di MELAKA,",
"Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata sebanyak 10 SJR dilaksanakan di daerah Alor Gajah, Melaka Tengah (lapan) dan Jasin (tujuh), membabitkan 700 pegawai dan anggota polis serta tentera yang ditugaskan secara bergilir-gilir di 25 sekatan yang dilaksanakan sepanjang 24 jam itu.",
"Di JOHOR, tinjauan Bernama pada tengah malam tadi mendapati polis mula melakukan persiapan untuk berkawal di SJR terutama di Plaza Tol Skudai arah Selatan seawal pukul 11.30 malam.",
"Di JOHOR,",
"Bernama ",
"Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata SJR di Kulai melibatkan Plaza Tol Skudai, Lebuhraya Kulai, Senai Utara dan Sedenak dengan setiap SJR mempunyai seorang pegawai dan lima anggota yang berkawal selama 24 jam.",
"Di PERAK, jumlah kenderaan di kedua-dua arah di Lebuhraya Utara Selatan sepanjang 222 kilometer di negeri ini berkurangan susulan larangan rentas negeri semasa tempoh PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan selama 14 hari bermula hari ini.",
"Di PERAK,",
"Sebanyak 16 SJR dilaksanakan di Perak susulan larangan rentas negeri di seluruh negara.",
"Di KEDAH, sebanyak 18 SJR dilaksanakan di negeri ini dalam tempoh pelaksanaan PKP Bersyarat yang melibatkan keanggotaan pasukan barisan hadapan hampir 500 anggota polis termasuk tentera.",
"Di KEDAH, ",
"Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan berkata terdapat 86 pasukan pemantauan bergerak dari satu tempat ke satu tempat di negeri ini semasa PKP Bersyarat ini bagi mengekang penularan Covid-19.",
"Di PERLIS, sebanyak sembilan SJR dilaksanakan dalam tempoh PKP Pemulihan bermula pada 12.01 tengah malam tadi.",
"Di PERLIS, ",
"Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata sembilan SJR di negeri ini melibatkan tiga SJR Op Benteng dan enam SJR sempadan negeri.",
"Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyatakan lebih 300 SJR dan mungkin berganda bergantung kepada situasi semasa di seluruh negara.",
" Beliau berkata SJR ini dilaksanakan di setiap jalan keluar plaza tol di lebuh raya dan jalan-jalan Persekutuan yang menghubungkan dua buah negeri yang terdapat PKP serta PKP Bersyarat.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/466631 | Khazanah sasar kembali raih untung pada 2019 | [
"Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menyasarkan untuk kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019, didorong oleh susut nilai lebih rendah serta unjuran pasaran yang lebih baik.",
"Pengarah Urusannya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata prestasi dana pelaburan strategik negara itu pada 2018 telah dijejaskan oleh beberapa perkembangan membabitkan aspek ekonomi dan sosial di dalam negara mahu pun di peringkat global.",
"“Pada masa sama, kerajaan turut menyuntik nafas baharu terhadap Khazanah yang membabitkan perubahan besar, termasuk mandat baharu.",
"“Penyusunan semula organisasi yang sedang dilalui ini akan membolehkan kami melaksanakan peranan bagi mengembangkan kekayaan jangka panjang Malaysia bermula tahun ini,\" katanya kepada pemberita ketika mengumumkan Ulasan Tahunan Khazanah 2019 di Kuala Lumpur, hari ini.",
"Khazanah mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM6.27 bilion pada 2018 berbanding keuntungan sebelum cukai RM2.89 bilion setahuns sebelumnya.",
"Pada tahun lepas, keuntungan dana itu dijejaskan oleh pengurangan penjualan, pendapatan dividen lebih rendah serta peningkatan susut nilai ketika tempoh peralihan Khazanah dalam keadaan pasaran yang suram.",
"Nilai portofolio Khazanah berdasarkan ukuran Nilai Bersih Dilaraskan (NWA) merosot kepada RM91 bilion setakat 31 Dis, 2018 selepas mencatat penyusutan sebanyak 21.6 peratus daripada RM116 bilion bagi tahun ke tahun.",
"Pada 2018, dana pelaburan itu telah mengumumkan dividen sebanyak RM1.5 bilion. ",
"Bagi tempoh sama, aset boleh tunai berkurangan kepada RM136 bilion daripada RM157 bilion.",
"Prestasi portfolio jangka panjang Khazanah kekal di trajektori peningkatan dengan NWA mencatat pulangan 11 peratus setahun sejak 10 tahun lepas.",
"\"Tahun lepas merupakan tempoh sukar bagi pasaran global dan tidak hanya di Malaysia. Semuanya berakhir dalam prestasi negatif pada 2018. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk ketegangan politik di peringkat global,\" katanya.",
"Menurut Shahril Ridza, portfolio Khazanah juga terus dipengaruhi oleh perkembangan domestik pada 2018 berikutan perubahan pengawalseliaan, unjuran yang lebih suram serta turun naik pasaran.",
"Malah, prestasi pasaran syarikat-syarikat utama yang dilabur oleh Khazanah turut susut pada 2018 termasuk Axiata (-26.9 peratus), Telekom Malaysia Bhd (-56.9 peratus), Tenaga Nasional Bhd (-7.9 peratus), IHH Healthcare (-7.6 peratus) CIMB (-9.3 peratus) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (-3.3 peratus).",
"Khazanah berkata ia akan memberi tumpuan kepada usaha pelaksanaan strategi pengimbangan semula portfolio selain memperkukuh kedudukan kewangannya pada 2019.",
"\"Kami juga akan membangunkan dasar, garis panduan serta proses bagi struktur dwidana seperti dana komersial dan strategik selain menyusun semula dan mempertingkat keupayaan dalaman bagi menjayakan mandat yang diberi nafas baharu itu,\" katanya.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/454130 | Penganut Hindu minta suspek pukul Adib serah diri | [
"Persatuan penganut Kuil Sri Maha Mariamman menggesa pihak yang menyerang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam insiden rusuhan Selasa lalu menyerah diri kepada pihak berkuasa.",
"Persatuan penganut Kuil Sri Maha Mariamman menggesa pihak yang menyerang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam insiden rusuhan Selasa lalu menyerah diri kepada pihak berkuasa.",
"Penasihat persatuan itu, Balakrishnan Appalanaidu, dalam menyatakan rasa kesalnya berhubung insiden berkenaan, berkata pihak yang mencederakan Muhammad Adib telah merosakkan imej kuil berkenaan.",
"\"Hari ini kalau rumah kita terbakar pun kita panggil bomba padam. Kenapa perkara ini boleh berlaku?",
"\"Ini bukan tanggungjawab pengurusan kuil. Ini menjatuhkan nama imej kuil.",
"\"Kita minta polis siasat tak kira siapa mereka. Kita pun memohon masyarakat, sesiapa yang mempunyai maklumat, kalau betul Muhammad Adib dipukul, suruh (pihak yang bertanggungjawab) serah diri.",
"\"Serah diri! Jangan pandai-pandai buat hal lepas tu diam,\" katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Shah Alam semalam.",
"Balakrishnan hadir menemani tiga penganut Hindu kuil berkenaan dalam perbicaraan berhubung pemindahan tapak kuil berkenaan.",
"Muhammad Adib, 24, merupakan anggota bomba yang cedera selepas dipukul dalam insiden rusuhan berhampiran kuil di Subang Jaya pagi Selasa lalu.",
"Beliau sebelum ini dirawat di unit rawatan rapi hospital di Subang Jaya sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).",
"Muhamad Adib dipindahkan ke IJN bagi membolehkan beliau menggunakan peralatan khas yang diharap dapat membantu beliau pulih lebih cepat.",
"Sementara itu, Balakrishnan menambah, bahawa penganut Hindu di kuil berkenaan juga mendoakan agar anggota bomba berkenaan pulih segera untuk menceritakan kejadian pada malam itu."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/351760 | ‘BERSATU bukan berasaskan kaum, tapi model kompromi’ | [
"Ahli jawatankuasa pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, parti itu bukan \"semata-mata berasaskan kaum\" di sebalik keahliannya terbuka kepada bumiputera sahaja.",
"Beliau membuat kenyataan itu selepas menerima kritikan hebat akibat bersekongkol dengan parti berasaskan kaum itu, walaupun sebelum ini mendakwa mendukung konsep 'Bangsa Malaysia'.",
"\"Ini bukan semata-mata berasaskan kaum. Status bersekutu serta pelantikan ke jawatan tertinggi parti. Kami juga akan bersama parti pembangkang lain.",
"\"Ini adalah model kompromi. Parti pribumi baru (ini) akan bertanding di kubu Umno yang tidak dapat ditembusi,\" katanya di Twitter semalam.",
"Beliau juga berkata, kritikan berkenaan mempunyai asas dan diperlukan untuk memastikan parti itu kekal berada di landasan yang betul.",
"Aktivis belia yang menjadi terkenal apabila beliau dinobatkan sebagai pembahas terbaik Asia, mengulas kenyataan pengguna Twitter @thevesh, yang menyoal mengapa dirinya memilih untuk menjadi sebahagian daripada parti berasaskan kaum di sebalik agenda pembaharuannya.",
"Syed Saddiq juga menerima kritikan pedas dari pengguna Twitter popular dan penulis teknologi Effi Saharuddin, yang berkata aktivis itu telah mengkhianati ideal murni demi politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.",
"\"Ah kamu bertukar dari Malaysia untuk Bangsa Malaysia kepada 'MELAYU!'. Syabas. Sila kutip syiling perak kamu,\" katanya menerusi akaun @ 1Obefiend.",
"Beliau juga melampirkan posting Facebook Syed Saddiq mengenai sebuah sajak puisi berhubung kebangkitan orang Melayu bagi menyelesaikan krisis kepimpinan Malaysiasekarang.",
"Selepas menyerahkan kertas pendaftaran BERSATU di pejabat Pendaftar Pertubuhan, semalam, presiden pro-tem parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu akan hanya menerima keahlian daripada masyarakat bumiputera.",
"Namun, katanya, masyarakat bukan bumiputera boleh menjadi ahli bersekutu dan dilantik ke jawatan.",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/107027 | Penularan H1N1 kian cepat di S'pura | [
"\nPenularan tempatan wabak selesema A (H1N1) semakin cepat berlaku di Singapura dengan 17 kes terbaru disahkan hari ini, kata kementerian kesihatan republik itu.\n",
"\nKes-kes tersebut tidak termasuk sembilan kes import - menjadikan jumlah keseluruhannya 168 kes, lapor\n\nBernama\n\n.\n",
"\nBernama\n",
"\nTujuh belas kes tempatan itu membabitkan mereka yang menghadiri acara-acara di gereja, kelab hiburan dan kem keagamaan.\n",
"\nKes-kes import pula melibatkan mereka yang pernah ke Australia,\n",
"\nFilipina, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada.\n",
"\nKementerian itu berkata ia kini menambah poliklinik tempatan dan beberapa ratus doktor untuk merawat kes yang disyaki, dan klinik-klinik terbabit akan membantu menguruskan pesakit yang mempunyai simptom selesema A apabila kerajaan menukar langkah daripada membendung kepada pengurangan.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/365937 | PKR mahu UM 'lepaskan' mahasiswa #Malaya4 | [
"Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu Universiti Malaya (UM) dengan serta merta menarik balik tindakan disiplin yang dikenakan terhadap mahasiswa #Malaya4.",
"Mahasiswa #Malaya4 merujuk kepada Anis Syafiqah Mohd Yusof, Mohamad Luqman Nul Haqim, Muhammad Luqman Hakim dan Suhail Wan Azahar yang didapati bersalah melanggar peraturan universiti tersebut.",
"Nurul Izzah yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai berkata, penarikan itu perlu kerana ketiadaan panel bebas dalam prosiding yang melibatkan mahasiswa dengan kesemuanya dilihat menjadi 'pak turut' Umno dan BN.",
"\"Dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, jelas kelihatan mahasiswa daripada pelbagai kampus secara jelas berpartisipasi dalam parti politik.",
"\"Adakah mereka tidak dikenakan tindakan kerana menghadiahkan puji-pujian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.",
"\"Ini bukti pendakwaan terpilih kerana keempat-empat mahasiswa itu berhak untuk menggalas hak kebebasan bersuara sebagai rakyat.",
"\"Tuntas, kelaziman pihak pentadbiran universiti yang berterusan menghakis kebebasan akademik harus dihentikan serta merta,\" jelas beliau dalam kenyataannya.",
"Beberapa hari yang lalu, Lembaga Disiplin UM memutuskan Anis Syafiqah dan tiga lagi aktivis mahasiswa bersalah susulan penglibatan mereka dalam perhimpunan “Tangkap MO1” di Kuala Lumpur.",
"Bagaimanapun, hukuman sama ada pelajar fakulti bahasa itu akan didenda atau digantung pengajian, hanya akan diketahui dalam tempoh dua minggu.",
"Mereka juga mungkin tidak dapat menjawab peperiksaan pada tiga minggu lalu jika keputusan tidak memihak padanya.",
"Beliau dan tiga lagi pelajar dituduh melanggar kod kelakuan pelajar dengan menganjurkan perhimpunan berkenaan, menyebabkan gangguan awam serta mencemarkan nama baik universiti.",
"Perhimpunan \"Tangkap MO1\" dianjurkan bagi mendesak penahanan \"Malaysian Official 1\" yang dinamakan berkali-kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat.",
"Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, tindakan itu secara jelas memperlihatkan demokrasi di Malaysia kian terhakis melalui rentetan peristiwa mahasiswa, aktivis politik, kartunis dan ahli Parlimen disiasat, ditangkap dan didakwa kerana cuba bersuara mengenai isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat.",
"\"Saya sesungguhnya mengkritik pertuduhan yang melabel mereka sebagai individu yang memalukan nama universiti disebabkan himpunan tersebut.",
"\"Justifikasi bagaimana sekumpulan mahasiswa yang berani menganjurkan himpunan menuntut agar pihak berkuasa mengheret Malaysia Official No.1 dihadapkan ke muka pengadilan memalukan negara.",
"\"Sebaliknya, negara dimalukan apabila dana serta aset negara dirompak dan diguna pakai membayar kos hidup serba mewah termasuk wang kalah judi Riza Aziz dan Jho Low, seperti dakwaan Jabatan Kehakiman US,\" katanya lagi."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/567966 | Rekod lebih 2 juta individu terkait jenayah sudah dikemas kini | [
"Rekod lebih dua juta individu yang dikaitkan dengan pelbagai jenayah sudah dikemas kini, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.",
"Abdul Hamid berkata sebelum ini, rekod individu-individu berkenaan tidak dapat dikemas kini dalam sistem data agensi itu disebabkan beberapa kekangan termasuk masalah sistem pengisian maklumat dan teknikal.",
"“Ia ditambah lagi dengan pegawai atau anggota bertanggungjawab mengisi maklumat itu ada yang sudah tamat berkhidmat ataupun bertukar jawatan ke tempat lain,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.",
"Abdul Hamid berkata dengan siapnya pengemaskinian rekod itu 100 peratus, ia akan memudahkan urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat semakan rekod jenayah individu sama ada untuk kegunaan PDRM atau agensi kerajaan lain.",
"“Hikmahnya apabila diminta membuat semakan ke atas mana-mana individu yang ingin memohon pekerjaan, rekod itu boleh diberikan PDRM kerana semuanya sudah terpapar di dalam komputer,” katanya.",
"Dia memberi contoh, jika pihak Wisma Putra meminta PDRM membuat semakan ke atas 1,000 nama individu, kesemuanya dapat dilaksana dengan mengaplikasikan proses ‘data crunching’.",
"“Sekiranya perlu, untuk tahu individu itu ditangkap atas kes apa semuanya boleh disemak menerusi fail yang dikemas kini. Kami juga boleh bertanya kepada pegawai penyiasat apa yang terjadi berhubung kes dikendalikannya secara lebih lanjut,” katanya.",
"Abdul Hamid berkata mana-mana individu yang mempunyai kesalahan jenayah tidak akan terlepas daripada namanya disenaraikan dalam rekod.",
"“Cuba bayangkan jika ada individu itu diambil berkerja sedangkan dia rupa-rupanya seorang tokan dadah jadi perkara itu perlu dielakkan,” katanya.",
"-Bernama",
"Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/383974 | Empat doktor didakwa buat perakuan palsu | [
"Empat doktor dan dua lelaki yang bertindak sebagai 'runner' hari ini dihadapkan di Mahkamah Sesyen, George Town dan Butterworth atas tuduhan memperdayakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan pemeriksaan kesihatan beberapa individu untuk memperbaharui Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam (PSV), Februari lepas.",
"Tertuduh Dr Kamal Fasha Hussain, Dr See Teik Guan, Chan Ah Kow dan Lim Geok Huat mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.",
"Dr Kamal Fasha, 55, didakwa cuba memperdaya JPJ dengan memanipulasi pemeriksaan kesihatan fizikal terhadap Hasrol Hissam Osman, 41, melalui borang permohonan lesen vokasional (JPJ L8) di Poliklinik Perdana No 559-E, Jalan Sungai Dua, Gelugor, kira-kira 11.20 pagi, 14 Feb lalu.",
"Dr See, 49, turut didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Mohd Firdaues Azizan, 34, di Poliklinik See, No 3 Lorong Sungai Emas Eden Square, Batu Ferringhi, kira-kira 2.25 petang, pada tarikh yang sama.",
"Mereka didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 28(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.",
"Sementara itu, Lim, 54 dan Chan, 57, yang bertindak sebagai 'runner' didakwa cuba menipu dengan borang JPJ L8 yang masing-masing diperakui Dr Goh Guan Poh dan Dr Ooi Cheng Har, di hadapan JPJ Cawangan Batu Uban, George Town, dari pukul 11.45 pagi hingga 12 tengah hari, pada tarikh sama.",
"Mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta yang sama, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.",
"Mahkamah kemudiannya membenarkan Dr Kamal Fasha, Dr See, Chan dan Lim diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh dan menetapkan 14 Julai sebagai tarikh sebutan semula.",
"Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri, manakala Dr Kamal Fasha dan Dr See diwakili peguam Jason Khor, Chan diwakili peguam RSN Rayer dan Lim diwakili peguam Ang Chun Pun.",
"Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Butterworth, dua doktor didakwa cuba menipu JPJ untuk mempercayai bahawa pemeriksaan kesihatan secara fizikal telah dijalankan terhadap Mohd Firdaues melalui borang JPJ L8 bagi mendorong jabatan itu memproses permohonan untuk memperbaharui lesen itu.",
"Dr Ding Yong Chaung, 73, mengaku bersalah manakala Dr Lutfi Mohamad Rashidi, 32, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.",
"Dr Ding dituduh melakukan kesalahan itu di Ding Poliklinik dan Surgeri, No 30 Jalan Tembikai, Taman Mutiara, Bukit Mertajam pada pukul 11.45 pagi 14 Feb lepas manakala Dr Lutfi pula didakwa melakukan kesalahan itu di Klinik Rashidi No 8, Jalan Ciku Bukit Mertajam, pada pukul 12.20 tengah hari, pada tarikh yang sama.",
"Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 417 kanun yang sama yang boleh dihukum penjara lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.",
"Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Amin Yakob menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin untuk Dr Ding yang tidak diwakili peguam dan Dr Lutfi yang diwakili peguam M. Puveneswaran.",
"Namun selepas rayuan dibuat oleh kedua-dua pihak tertuduh, mahkamah menetapkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh dan menetapkan 13 Jun untuk jatuh hukum terhadap Dr Ding dan 4 Julai untuk sebutan semula kes terhadap Dr Lutfi.",
"Selain itu, mahkamah turut mengarahkan kedua-dua tertuduh melapor diri di pejabat SPRM sekali setiap bulan sementara menunggu kes selesai.",
"\n-Bernama\n ",
"",
"-Bernama",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/642086 | PH janji turunkan kadar tol, kekal dasar isytihar harta | [
"PRU15 | Pakatan Harapan (PH) hari ini melancarkan manifestonya yang berjanji untuk menurunkan kadar tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) jika gabungan itu kembali ke Putrajaya pada 19 Nov ini.",
"PRU15 | ",
"Ikrar tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif yang dinyatakan PH ketika mereka menyertai PRU ke-14 pada 2018.",
"Selepas membentuk kerajaan pusat, PH mengkaji semua perjanjian konsesi lebuh raya sebelum gabungan berkenaan dijatuhkan oleh sekumpulan ahli parlimen yang berpaling tadah pada 2020.",
"Menurut manifesto PH kali ini, mereka menyatakan komitmen untuk menyemak semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding dengan mereka bagi mendapatkan harga terbaik.",
"Langkah itu, kata PH, akan membolehkan kadar tol dikurangkan sebanyak 18 peratus bagi lebuh raya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2).",
"\"Kami berazam untuk terus mengurangkan tol PLUS secara beransur-ansur dengan matlamat utama untuk menghapuskan tol dan mengembalikan lebuh raya PLUS kepada pemilikan awam,\" kata manifesto bertajuk Tawaran Harapan PRU15 itu.",
"Turut ditegaskan oleh PH kali ini ialah matlamat mereka untuk meneliti proses pelantikan pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).",
"",
"",
"",
"\"Pencalonan ketua pesuruhjaya SPRM mesti disaring oleh Jawatankuasa Khas Parlimen dwipartisan.",
"\"Ini akan memastikan pencalonan individu yang benar-benar berkecuali yang tidak akan melindungi kepentingan mana-mana pihak tertentu,\" kata dokumen tersebut.",
"PH juga berjanji ntuk meneruskan amalan pengisytiharan harta untuk semua menteri, ahli parlimen, penjawat awam kanan, pengerusi syarikat berkaitan kerajaan, serta semua pasangan dan ahli keluarga terdekat mereka yang berumur 18 tahun ke atas.",
"Bukan tak realistik",
"Bukan tak realistik",
"Bukan tak realistik",
"Turut mendapat perhatian PH ialah janji untuk memperkenalkan akta bagi memastikan parlimen dibubarkan secara tetap iaitu di akhir sesuatu penggal sebagai langkah meminimumkan risiko ketidakstabilan politik.",
"Ketika ini perdana menteri mempunyai hak untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan parlimen. Ia membolehkan PRU diadakan secara mengejut, sekali gus memberikan kelebihan yang besar kepada parti kerajaan.",
"\"Ketidaktentuan yang timbul daripada spekulasi tidak berkesudahan berhubung pembubaran mengejut parlimen dan dewan undangan negeri sebelum tamat penggal lima tahun akan menjejaskan keyakinan pelabur dan kestabilan ekonomi secara negatif,\" kata manifesto itu.",
"Sementara itu Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, yang menghadiri majlis pelancaran manifesto berkenaan memberitahu gabungan itu akan terlebih dahulu memberi tumpuan kepada langkah memulihkan ekonomi negara sebelum menggerakkan agenda reformasi.",
"“Jawatankuasa di sebalik manifesto PH telah mengambil kira implikasi kewangan dan manifesto kami mencerminkan permintaan rakyat.",
"“Adalah tidak tepat untuk menggambarkan manifesto PH sebagai tidak realistik dan populis,” katanya.",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/180988 | PKR: Buku bukti ada cubaan gulingkan Najib | [
"\nSebuah buku berjudul ‘Kesilapan-kesilapan Najib’ yang memaparkan apa yang didakwa sebagai kegagalan Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri kini berada di pasaran.\n",
"\nBuku yang ditulis bekas pemimpin Umno, Wangsa Maju, Shahbudin Husin menuntut supaya Najib mengorbankan dirinya dan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.\n",
"\n\nMengulas buku itu, naib presiden PKR N Surendran (\n\nkanan\n\n) berkata adalah jelas cubaan menikam dan menggulingkan Najib semakin menjadi lebih berani.\n",
"",
"\nkanan\n",
"\n\"Adalah jelas daripada penerbitan buku ini menunjukkan ada percubaan menikam Najib dari kalangan dalaman Umno serta menjatuhkannya. Gerakan itu semakin kuat dan menjadi semakin berani.\n",
"\n\"Semakin jelas bahawa Umno/BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang dan pemimpin serta kumpulan Umno cuba mencari kambing hitam untuk dipersalahkan kernan gagal merampas kuasa untuk diri mereka sendiri.\n",
"\n\"Tidak dinafikan Najib bertanggungjawab terhadap kepincangan yang berlaku dalam Umno hari ini. Namun ini adalah akibat kegagalan jangka panjang kolektif yang telah membawa mereka ke keadaan sekarang,\" kata Surendran dalam satu kenyataan akhbar.\n",
"\n\nAntara kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Najib dalam buku itu adalah pengenalan dasar 1Malaysia, menghapuskan Kementerian Usahawan Pembangunan, mempunyai jemaah menteri yang lemah dan dianggotai terlalu ramai senator, mengurangkan subsidi dan melantik Apco.\n",
"",
"\nTurut dibidas adalah kegagalan Najib mengawal gaya hidup mewah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, gagal menangani secara berkesan gelagat parti-parti komponen dan jemaah menteri serta keputusan ‘flip-flop’.\n",
"\n\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n\n",
"\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n",
"\n\n[Baca berita penuh]\n\n",
"\n[Baca berita penuh]\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/386654 | Hadi bantah campur tangan asing dalam skandal 1MDB | [
"Bermula dengan kejatuhan kerajaan Melayu Islam Melaka, membawa kepada tindakan mahkamah asing ke atas 1MDB, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sejarah mengajar bahawa campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara hanya akan membawa kerugian.",
"Oleh itu, Abdul Hadi berkata mereka yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia untuk mendapat keuntungan politik adalah “tidak beriman dan budiman”.",
"“Saya yakin bahawa mereka yang mengundang pihak asing supaya mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihan raya, di mana moral mereka paling tidak beriman dan budiman, apabila kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman,” katanya menerusi surat terbuka yang ditujukan kepada semua parti politik hari ini.",
"",
"Menurut Abdul Hadi, segala skandal dan kemelut negara perlu diselesaikan secara dalaman, tanpa mengira betapa buruknya sistem dalaman itu.",
"“Jangan kita mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman kita seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB yang bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaiannya oleh mahkamah di negara asing.",
"“Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya.",
"“Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf,” katanya.",
"Skandal 1MDB sekali lagi menjadi tajuk utama antarabangsa dua minggu lalu apabila Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil terbaru untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana yang diselewengkan dari firma dana pelaburan negara itu.",
"Antara lain, tuntutan baru itu mendakwa AS$620 juta yang didakwa dipulangkan oleh “Malaysian Official 1 (MO1)” kepada \"penderma\" sebaliknya disalurkan kepada hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.",
"",
"tuntutan baru",
"Low kemudian didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membeli kalung berlian merah jambu bernilai AS$27.2 juta untuk isteri MO1.",
"Minggu lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nberkata mereka tidak akan menyiasat dakwaan itu dan melepaskan tanggung jawab tersebut kepada polis.",
"Sementara itu, pihak polis berkata mereka tidak akan mengganggu kes sivil yang dibawa oleh DOJ.",
"Selain DOJ, Suruhanjaya Penyeliaan Sektor Kewangan Luxembourg (CSSF) Rabu lalu mendenda bank swasta Edmond de Rothschild sebanyakEUR8.985 juta (RM43 juta) atas kelalaian peraturan dalam hubungan dengan pengubahan wang haram membabitkan urusaniaga 1MDB.",
"mendenda bank "
] |
https://www.malaysiakini.com/news/99137 | Mukhriz kecam keceluparan Karpal | [
"\nAhli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mengecam sekeras-kerasnya keceluparan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menggunakan kata-kata kesat terhadap pergerakan Pemuda Umno di Parlimen kelmarin.\n",
"\n\"Beliau bukan sahaja telah melanggar peruntukkan 36 (4) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan kata-kata kesat digunakan sewaktu perbahasan di dalam Dewan, malah ianya berunsur fitnah dan pembohongan apabila menuduh pergerakan Pemuda Umno sebagai membuat ancaman jenayah dengan menghantar dua butir peluru kepadanya,\" kata Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno dalam satu kenyataan.\n",
"\n\nBeliau mendakwa Karpal sengaja cuba mengalih perhatian rakyat terhadap penderhakaan beliau kepada Sultan Perak.\n",
"",
"\n\"Maka saya dengan tegasnya mendesak pengerusi kebangsaan DAP itu untuk mengakui kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menyanjung Sistem Raja Berpelembagaan.\n",
"\n\"Kegagalan berbuat demikian membuktikan bahawa YB Karpal Singh mengkhianati Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan.\n",
"\n\"Justeru, saya menggesa pihak berkuasa agar segera menahan dan mendakwa YB Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948 jika beliau terus enggan berganjak daripada sikap penderhakaan ini,\" tegasnya.\n",
"\nPada masa yang sama, menurut Mukhriz, beliau juga ingin berpesan kepada Karpal agar jangan terlalu besar kepala sehingga tidak menghormati Raja-raja Melayu.\n",
"\n\"Kenyataannya bahawa \"Singh is King\" menunjukkan bahawa beliau sudah terlalu takbur sehingga menganggap dirinya seorang Raja mengatasi kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sudah bertakhta sejak turun temurun.\n",
"\n\"Bak kata pepatah Melayu, \"Telajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa;, keceluparan beliau adalah provokasi yang tidak diundang.\n",
"\n\"YB Karpal Singh nyata tidak langsung menghormati mahupun mengendahkan tatasusila mesyuarat dan kesopanan Dewan Rakyat,\" tambahnya.\n",
"\nMenurut Mukhriz, walaupun Karpal akhirnya menarik balik kenyataan yang telah dibuat, tetapi beliau menggesa pengerusi kebangsaan DAP itu digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat untuk suatu tempoh yang dianggap wajar \"sebagai sempadan yang mesti diawasi oleh ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat\".\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/146168 | 'Taiko' Yong Teck Lee calon SAPP di Batu Sapi | [
"\nParti Maju Sabah (SAPP) akan meletakkan presidennya, Datuk Yong Teck Lee sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.\n",
"\nNaib presiden SAPP, Poon Kee Yong membuat pengumuman itu pagi ini di majlis perasmian pejabat SAPP Karamunting di Bandar Leila, Sandakan.\n",
"\n",
"\n\n",
"",
"\nKatanya, Sabah memerlukan seorang pemimpin untuk mengembalikan autonomi Sabah dan memperjuangkan hak-hak negeri tersebut.\n",
"\n\"Kita perlukan seorang yang boleh membawa perubahan,\" katanya.\n",
"\nPemilihan bekas ketua menteri Sabah berusia 52 tahun itu diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi SAPP malam tadi.\n",
"\nIni merupakan penyertaan pertama Yong dalam pilihan raya selepas pembatalan kelayakannya untuk bertanding dalam pilihan raya 2001 kerana melanggar peraturan pilihan raya.\n",
"\nIa ditarik balik pada 2006, tetapi Yong tidak bertanding dalam pilihan raya umum 2008 apabila permintaan SAPP untuk bertanding kerusi parlimen Kota Kinabalu yang disandang oleh Parti Bersatu\n",
"\nSabah (PBS), ditolak oleh BN.\n",
"\nPilihan raya kecil parlimen Batu Sapi dijangka bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara dua parti pembangkang - SAPP dan PKR - serta PBS yang mewakili BN.\n",
"\nPKR dan BN dijangka mengumumkan calon masing-masing esok.\n",
"\nSebelum ini rundingan antara PKR dan SAPP Khamis lalu gagal mencapai kata sepakat untuk memboleh hanya seorang calon pembangkang bertanding menentang BN di Batu Sapi.\n",
"\nPKR mungkin memilih seorang calon Muslim untuk bertanding di situ bagi menarik sokongan pengundi yang kebiasannya menyokong calon BN.\n",
"\nPenamaan calon akan diadakan Selasa ini.\n",
"\n\nTentangan hebat\n\n",
"\nTentangan hebat\n",
"\nSementara\n\nBernama\n\nmelaporkan, Yong memberitahu pemberita kemudiannya bahawa pilihan raya kecil itu dijangka amat mencabar dan melibatkan kempen yang sungguh sengit kerana BN \"akan melakukan apa saja untuk menang\".\n",
"\nBernama\n",
"\n \n",
"\nNamun demikian, kata beliau, SAPP akan memberi tentangan hebat.\n",
"\n \n",
"\n\"Ini bukan satu keputusan mudah. BN akan menyerang secara habis-habisan. Mereka juga ingin melenyapkan saya daripada dunia politik,\" katanya sambil menambah bahawa pilihan raya kecil bagi kawasan parlimen Batu Sapi akan memberi kesan ke seluruh negara.\n",
"\nBeliau berkata kemenangan SAPP bagi kerusi itu akan memberi isyarat jelas bahawa BN tidak boleh lagi menggelarkan Sabah sebagai 'simpanan tetapnya'.\n",
"\nKatanya, Batu Sapi memiliki persamaan dengan kebanyakan kawasan pilihan raya lain di Sabah 'kerana ia ada kawasan luar bandar, pulau, kampung air serta penduduk bandar dan kebanyakan isu di sini juga adalah sama seperti yang terdapat di kawasan lain di negeri ini'.\n",
"\n \n",
"\nDitanya tentang tanggapan bahawa beliau membuat pertaruhan yang amat besar dalam perjudian politik dengan bertanding bagi kerusi itu kerana SAPP mungkin berkubur sekiranya beliau kalah, Yong berkata parti berkenaan telah mengambil kira perkara itu sebelum membuat keputusan tersebut.\n",
"\n\"Parti ini bersedia menghadapi sebarang cabaran dan kami berani berlawan bukan kerana kami boleh menang, tapi kami boleh menang kerana kami berani berlawan,\" katanya.\n",
"\n \n",
"\nYong berkata isu \"Sabah untuk rakyat Sabah\" dan \"Borneonisasi\" akan menjadi teras dalam tema SAPP bagi menghadapi pilihan raya kecil itu, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober.\n",
"\n \n",
"\nPenamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan Selasa ini dan pengundian pada 4 November.\n",
"\n\n\n\n\n",
"\n\n\n",
"\n",
"\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/258538 | Operasi MH370: Persoalan keselamatan dan diplomasi | [
"\nPesawat pengangkut II-76 tentera China muncul di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Perth ketika seorang pegawai tentera laut Amerika sedang menerangkan bagaimana dia mengawal pesawat pemantaunya yang canggih.\n",
"\nLeftenan Komander Adam Schantz menerangkan tentang langkah-langkah, termasuk pengawasan 24 jam dan mengenai pasukan gerak cepat, sambil menjeling ke arah pesawat Cina itu yang sedang mendarat beberapa meter dari pesawat Amerika P8 Poseidon di bawah jagaannya.\n",
"\nOperasi mencari pesawat MH370 yang hilang, telah mempertemukan rakan-rakan yang dilihat ganjil.\n",
"\n\"Ya, ia sedikit berbeza,\" kata Schantz sambil ketawa.\n",
"\nSekurang-kurangnya enam negara - Amerika Syarikat, China, Korea\n",
"\nSelatan, Jepun, New Zealand dan Australia - menyertai operasi mencari MH370 hampir tiga minggu lalu yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi di luar pantai barat Australia.\n",
"\nTahap kerjasama ketenteraan antara kumpulan negara tersebut yang antaranya dianggap 'musuh tradisi', tidak pernah berlaku sebelum.\n",
"\nTetapi sebagai sekutu yang bergabung tenaga dalam operasi untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 itu, mereka sedar tentang sempadan kerjasama, diplomatik atau ketenteraan.\n",
"\n\"Apabila mereka di luar sana dan Amerika Syarikat menggunakan sensor, anda boleh yakin bahawa pihak Cina sedang merekodkan semua itu dan menganalisis bagaimana ia dilakukan kerana itu sangat berguna dalam memahami bagaimana P8s berfungsi,\" kata David Brewster, felo Pusat Pengajian dan Pertahanan Strategik di Universiti Kebangsaan Australia, kepada Reuters.\n",
"\nPoseidon, sebuah pesawat anti kapal selam dan pemintasan isyarat\n",
"\nelektronik yang dikeluarkan oleh Boeing Co, adalah yang tercanggih bagi jenisnya. Australia, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan semuanya beroperasi menggunakan model sebelumnya, P3 Orion, manakala China menggunakan IIyushin buatan Russia.\n",
"\nP8 baru mula digunakan pada tahun 2013 dan maklumat mengenai sensor yang canggih itu boleh menjadi sasaran utama perisikan Cina.\n",
"\n\"Saya tidak terkejut melihat banyak langkah keselamatan. Ada banyak sensitiviti politik,\" kata Brewster .\n",
"\n\n[Baca berita penuh]\n\n",
"\n[Baca berita penuh]\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/84361 | PKPIM: Jangan aniaya rakyat | [
"\nPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyifatkan kenaikan harga minyak sebagai satu penganiayaan kepada rakyat dan membebankan kehidupan mereka.\n",
"\n\"Justeru, PKPIM menyeru kerajaan menimbang dan menilai semula keputusan menaikkan harga minyak tersebut,\" kata Setiausaha Agung PKPIM, Abdul Muntaqim Zulkipli.\n",
"\nKerajaan telah menaikkan harga minyak petrol sebanyak 78 sen menjadi RM1.92 seliter manakala diesel dinaikkan RM1 menjadi RM2.58 seliter.\n",
"\n\"PKPIM berharap harga minyak di negara ini dapat diturunkan ke paras yang munasabah dan sesuai dengan kemampuan rakyat seluruhnya, dan sesuai dengan status negara sebagai negara pengeluar minyak,\" katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n",
"\nMalah, katanya, PKPIM berpendapat adalah amat tidak wajar untuk rakyat membayar harga minyak yang tinggi sedangkan harga minyak di negara-negara pengeluar minyak yang lain adalah jauh lebih rendah.\n",
"\n\"PKPIM juga meminta pihak kerajaan dan badan-badan berkaitan yang lain agar membuat penilaian secara lebih terperinci terhadap langkah-langkah yang telah dicadangkan bagi mengurangkan bebenan kenaikan harga minyak kepada rakyat.\n",
"\n\"Adalah mustahil kenaikan harga minyak tidak akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain.\n",
"\n\nKongsi hasil minyak\n\n",
"\nKongsi hasil minyak\n",
"\n\"Oleh sebab itu, di samping langkah-langkah yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan seperti pemberian rebet tunai kepada pengguna kenderaan, PKPIM juga berharap langkah-langkah lain yang releven, seperti menaikkan gaji dan elauan pekerja, memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan menghapuskan tol,\" katanya.\n",
"\nMenurutnya, suasana panik jelas kelihatan di merata tempat di seluruh negara pada malam harga minyak akan dinaikkan.\n",
"\n\"Hal ini jelas membayangkan betapa rakyat begitu terkesan dengan kenaikan tersebut, terutama bagi rakyat berpendapatan rendah dan mempunyai ramai tanggungan,\" katanya.\n",
"\nSebagai sebuah negara pengeluar minyak, tambahnya, seharusnya rakyat negara ini dapat bersama-sama berkongsi keuntungan dan hasil jualan minyak negara.\n",
"\nSehubungan itu, Abdul Muntaqim berkata, PKPIM akan mengumpulkan cadangan dan pandangan mahasiswa untuk diajukan kepada kerajaan.\n",
"\nUntuk tujuan itu, katanya, PKPIM telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mahasiswa menangani isu harga minyak.\n",
"\nMenurutnya, cadangan-cadangan yang sesuai akan diserahkan kepada kerajaan untuk diambil tindakan selanjutnya.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/548913 | Tiga cara elak darurat tapi boleh ada pilihan raya - Ahli ERC | [
"Ahli Jawatankuasa Pembaharuan Pilihan Raya (ERC) dan penganalisis politik Wong Chin Huat mencadangkan tiga cara pilihan raya boleh diadakan tanpa eksekutif perlu menggunakan pengumuman darurat.",
"Ini selepas ucapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang disiarkan di televisyen bagi menjelaskan alasan beliau memohon pengisytiharan darurat untuk mengelakkan pilihan raya kecil dan pilihan raya Sarawak kerana wabak Covid-19.",
"Kaedah pertama, kata Wong dalam catatan Facebook, adalah untuk parti pemerintah menjadikan pilihan raya kecil \"bukan acara mustahak.\"",
"\"Sekiranya Bersatu tidak menyertai pilihan raya kecil Batu Sapi, sebagaimana Pakatan Harapan menjauhkan diri daripada pilihan raya kecil Chini, maka walaupun beberapa parti kecil atau calon bebas mengambil bahagian, pilihan raya kecil itu akan menjadi acara yang tidak mustahak,\" kata Wong.",
"Pilihan raya kecil Batu Sapi dijadualkan pada 5 Disember. Setakat ini, PH, BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) telah berjanji untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi memberi laluan kepada Warisan, yang memenangi kerusi itu pada tahun 2018.",
"Kerusi Parlimen Batu Sapi ialah sebahagian dari daerah Sandakan, yang pada tengah hari semalam, merekodkan 875 kes Covid-19 baru dalam tempoh 14 hari.",
"Kedua, Wong berkata pengisytiharan darurat tidak perlu sekarang untuk mengelakkan pilihan raya Sarawak, kerana secara sah, pilihan raya dapat ditangguhkan hingga 5 Ogos.",
"\"Sekiranya Gabungan Parti Sarawak berkhidmat untuk tempoh penggal penuh, mengapa kita memerlukan darurat selama 10 bulan,\" soal Wong.",
"Perkara 21 (4) Perlembagaan Sarawak menetapkan bahawa pilhan raya untuk dewan undangan negeri Sarawak perlu diadakan tanpa enam puluh hari dari tarikh pembubaran.",
"DUN Sarawak akan dibubarkan secara automatik pada 7 Jun tahun depan.",
"Wong berkata cara ketiga sebagaimana beberapa negara seperti Korea Selatan, Singapura dan New Zealand yang telah menunjukkan bahawa ada mekanisme untuk mencegah lonjakan kes Covid-19.",
"Menurutnya, terdapat banyak kemudahan untuk pengundi yang tidak hadir di pusat mengundi bagi mengurangkan jumlah orang di situ dan mencegah perjalanan antara negeri atau antara daerah.",
"\"Terdapat perdebatan di televisyen antara pemimpin parti dan waktu siaran percuma bagi semua calon di semua kawasan untuk menggantikan perhimpunan dan kempen dari pintu ke pintu.",
"\"Penguatkuasaan yang ketat terhadap SOP Covid-19 untuk VVIP,\" kata Wong.",
"Wong ialah anggota ERC yang ditubuhkan oleh perdana menteri sebelum ini Dr Mahathir Mohamad.",
"ERC telah mengemukakan 49 syor kepada perdana menteri sekarang untuk merombak sistem pilihan raya, yang turut merangkumi sistem pemilihan wakil berdasarkan nisbah undi untuk menggantikan sistem pemenang undi terbanyak.",
"Menjelang akhir November, ERC akan dibubarkan.",
"[Baca laporan asal]",
"[Baca laporan asal]"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/478470 | Keperluan Mandarin: Para pemimpin perniagaan mahukan lebih kajian | [
"Pertubuhan perniagaan Melayu dan Cina mungkin mempunyai pandangan yang berbeza mengenai isu keperluan bahasa Mandarin untuk memohon kerja tertentu tetapi kedua-dua pihak bersetuju bahawa lebih banyak kajian harus dijalankan untuk memahami keperluan berkenaan daripada melabelnya sebagai diskriminasi kaum.",
"Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC), yang terdiri daripada hampir 2,000 perusahaan kecil dan sederhana, menggesa Menteri Pendidikan Maszlee Malik untuk berbincang dengan majikan Cina.",
"Ini berhubung kenyataan Maszlee yang mendakwa pemohon bumiputera didiskriminasi kerana tidak boleh berbahasa Mandarin yang dijadikan sebagai syarat untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat milik Cina.",
"\"Dia membuat kenyataan tanpa usul periksa... sebagai seorang menteri, kata-katanya mempunyai pengaruh.",
"“Apabila dia bercakap mengenai isu berkaitan etnik, dia harus membuktikannya dengan statistik dan bukan bercakap apa yang dia suka atau bergantung pada maklumat dari satu pihak sahaja, kata bendahari MCCC Thay Peng Hong kepada Malaysiakini.",
"Thay, yang mengendalikan sebuah firma pembinaan, berkata syarikatnya menggajikan 60 peratus orang Melayu walaupun berurusan dengan syarikat-syarikat yang berpangkalan di China dan keperluan berbahasa Mandarin bukan syarat wajib kecuali bagi mereka yang perlu berkomunikasi dengan rakan sejawat mereka dari China",
"Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman, berkata hakikatnya diskriminasi berkenaan semenangnya wujud dan banyak kajian mengenainya sudah dijalankan.",
"\n",
" ",
" ",
" ",
"",
" ",
"",
"Walau bagaimanapun, beliau mengakui ada keperluan untuk kedua-dua pihak mengadakan persepakatan bagi mencari penyelesaian tersebut. ",
"“Kena buat satu kajian dan kongsikan laporan tentang komposisi perkerja berdasarkan kaum dan gaji dan jawatan di semua syarkat swasta. ",
"“Sudah pasti kita boleh lihat jika ada trend racial preference (pemilihan kaum) yang berlaku dan kenalpasti. Kenapa? Adakah ni secara merit atau sebaliknya?,” katanya kepada Malaysiakini. ",
"Malaysiakini",
"Menurut Yazid, antara langkah lain adalah mengkaji mengenai stereotaip terhadap golongan-golongan tertentu seperti wanita berhijab dalam sektor pekerjaan. ",
"“Kajian-kajian telah membuktikan ada diskriminasi terhadap graduan Melayu. Kita juga pernah menerima aduan tentang diskriminasi terhadap mereka yang berhijab. ",
"“Kita kena akui ada berlaku stereotaip terhadap golongan tertentu secara sengaja atau tidak. Ini langkah pertama.",
"“Selepas itu wajarlah semua berwajib termasuk NGO berbincang dan bermuhasabah demi keharmonian hubungan sesama kaum,” katanya yang mencadangkan supaya kajian itu dikendalikan sama ada pihak NGO, badan pemikir atau lebih baik oleh kerajaan.",
"Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata perbincangan (engagement) tersebut tidak perlu dilakukan kerana akan membuatkan keadaan bertambah buruk. ",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"Sebaliknya, beliau menasihatkan supaya pihak berkuasa perlu memainkan peranan dengan memantau jika berlakunya diskriminasi di sektor pekerjaan, sambil mencadangkan Kementerian Pendidikan menyediakan kursus bahasa-bahasa tertentu, seperti Mandarin di sekolah dan pengajian tinggi sekiranya mendapati pasaran dari China dalam sektor pekerjaan semakin berkembang. ",
"“Saya merasa menjadi tugas pihak berwajib untuk memantau perkara ini. Sebagai contoh, pihak jabatan tenaga kerja boleh melihat iklan-iklan yang dibuat oleh para majikan dan membuat satu pemeriksaan sama ada benar atau tidak bahawa mereka itu memerlukan seseorang yang mahir berbahasa Mandarin untuk diambil pekerja, kerana syarikat itu berhubung dengan pelanggan-pelanggan di China, sebagai contoh. ",
"“Kalau didapati bahawa syarikat berkenaan tidak mempunyai pelanggan2-pelanggan berbahasa Mandarin, itu merupakan satu diskriminasi dan itu boleh diambil tindakan untuk pihak berwajib,” katanya. ",
"Percaya bahawa permintaan sesetengah syarikat dalam kemahiran bahasa tertentu sebagai prasyarat sesuatu pekerjaan tanpa mengira bangsa, Shamsuddin berkata ini turut digunapakai sekiranya syarikat itu banyak berurusan dengan negara Timur Tengah, yang memerlukan kemahiran bahasa Arab. ",
" “Jadi saya merasakan keperluan pekerjaan itu adalah berdasarkan kepada keperluan syarikat. Bukan berkata syarikat itu memilih bangsa ataupun sebagainya sebagai dasar untuk mengambil pekerja. ",
"“Sebagai contoh, seorang Melayu itu boleh berbahasa Mandarin, kenapa tidak? Ataupun seorang Cina itu berbahasa Arab dan boleh untuk diambil untuk bekerja untuk berkomunikasi dengan pelanggan di Timur Tengah, kenapa tidak? ",
"“Itu adalah sesuatu saya rasa yang harus dilihat oleh pihak pencari kerja itu dengan lebih positif,” katanya. ",
"",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/604057 | Pecah kedai serbaneka: Polis tahan 31 warga asing | [
"Polis Selangor mengesahkan seramai 31 orang ditahan susulan insiden pecah dan ceroboh kedai serbaneka di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam, semalam.",
"Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata mereka terdiri daripada 10 rakyat Indonesia, tujuh Bangladesh, sembilan Nepal dan lima Myanmar dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.",
"\"IPD Shah Alam juga meletakkan elemen pencegahan jenayah di semua kawasan yang terjejas banjir dan polis menyeru serta menasihati orang ramai di kawasan yang terjejas banjir agar tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang,\" katanya.",
"",
"",
"",
"",
"",
"Sementara itu, dua Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) disediakan iaitu PKTK 1 di Taman Sri Muda, Seksyen 25 dan PKTK 2, Taman Kemuning Utama, Seksyen 33 di Shah Alam.",
"Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan mangsa banjir di kawasan tersebut telah memecah masuk ke pasar raya berhampiran kerana ramai antara mereka terputus bekalan makanan dan menahan kelaparan.",
"Bagaiamanpun, Pengarah Urusan Mydin Holdings (M) Bhd, Ameer Ali Mydin, kemudian tampil menjelaskan bahawa dia menerima kejadian itu malah menghalalkan barangan yang diambil orang ramai demi kelangsungan hidup mereka.",
"menerima kejadian itu malah menghalalkan barangan yang diambil",
"",
"",
"",
"",
"",
"Memberi maklum balas susulan insiden Mydin Mart dipecah masuk itu, Ameer berkata, sejujurnya dia tidak menyokong perbuatan mencuri sedemikian.",
"\"Namun dalam keadaan darurat, mereka mungkin tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.",
"\"Dengan seikhlas hati saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,\" kata Ameer."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/301125 | Dari kerana kaki... | [
"\nMenjadi artis tidak semestinya seseorang itu akan menjadi penentu trend untuk diikuti peminat, sebaliknya mereka juga terdedah kepada aktiviti meniru artis lain.\n",
"\nAnggun dan Agnes Monica adalah dua artis Indonesia dilihat memang banyak berbeza.\n",
"\nNamun di mata peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan selebriti pujaan masing-masing, persamaan itu kadang-kadang dapat dikesan - sama ada secara sengaja atau tidak.\n",
"\nPenggunaan dan kepesatan media sosial pula menjadikan perkembangan hidup selebriti terkenal sentiasa diperhatikan.\n",
"\nAnggun Cipta Sasmi, 41, memang sentiasa sibuk.\n",
"\nDia baru saja selesai menamatkan tugasnya sebagai juri untuk siri realiti televisyen\n\nAsia’s Got Talent\n\n.\n",
"\nAsia’s Got Talent\n",
"\nSebagai juri, Anggun terpaksa berulang-alik dari Paris, Perancis ke Jakarta atau Paris - Singapura.\n",
"\nAgnes juga demikian.\n",
"\nPenyanyi berusia 29 tahun itu dilaporkan banyak menghabiskan masa dalam kapal terbang yang membawanya dari AS ke Indonesia.\n",
"\nSeperti biasa, masa yang terluang di dalam penerbangan digunakan untuk mengambil gambar dan dikongsi sebagai tatapan peminat di Instagramnya.\n",
"\nSatu daripadanya ialah gambar kaki Agnes di dalam kabin kapal terbang.\n",
"\n",
"\n\n\n\n \n\n\n\n\n#flyinhigh #AGNEZMO Cali here i come!\n\n\n\n\nA photo posted by AGNEZ MO (@agnezmo) on\n\n\n\nJun 1, 2015 at 2:05pm PDT\n\n\n\n",
"\n\n\n \n\n\n\n\n#flyinhigh #AGNEZMO Cali here i come!\n\n\n\n\nA photo posted by AGNEZ MO (@agnezmo) on\n\n\n\nJun 1, 2015 at 2:05pm PDT\n\n\n",
"\n\n \n\n",
"\n \n",
"\n\n#flyinhigh #AGNEZMO Cali here i come!\n\n",
"\n#flyinhigh #AGNEZMO Cali here i come!\n",
"\n",
"\nA photo posted by AGNEZ MO (@agnezmo) on\n",
"\n\nJun 1, 2015 at 2:05pm PDT\n\n",
"\nJun 1, 2015 at 2:05pm PDT\n",
"\n",
"\nSepatutnya ia adalah gambar biasa, tetapi di mata peminat mereka melihat ada persamaan di situ - Anggun juga pernah melakukannya.\n",
"\nJusteru ada pengikut akaun Agnes di Instagram menuduh da dia meniru Anggun.\n",
"\nPengguna @denniz_ray menulis: “Gambar ini meniru Anggun sangat.”\n",
"\nSetelah laman web\n\nKapanlagi.com\n\nmenyelidiki akaun Instagram Anggun, ternyata gaya mereka di dalam imej itu sama saja.\n",
"\nKapanlagi.com\n",
"\n",
"\n\n\n\n \n\n\n\n\nParis to Jakarta via Singapore now đâ¤ď¸\n\n\n\n\nA photo posted by Anggun Official (@anggun_cipta) on\n\n\n\nMay 25, 2015 at 2:39am PDT\n\n\n\n",
"\n\n\n \n\n\n\n\nParis to Jakarta via Singapore now đâ¤ď¸\n\n\n\n\nA photo posted by Anggun Official (@anggun_cipta) on\n\n\n\nMay 25, 2015 at 2:39am PDT\n\n\n",
"\n\n \n\n",
"\n \n",
"\n\nParis to Jakarta via Singapore now đâ¤ď¸\n\n",
"\nParis to Jakarta via Singapore now đâ¤ď¸\n",
"\n",
"\nA photo posted by Anggun Official (@anggun_cipta) on\n",
"\n\nMay 25, 2015 at 2:39am PDT\n\n",
"\nMay 25, 2015 at 2:39am PDT\n",
"\n",
"\nBagaimanapun sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada persamaan gaya itu memang disengajakan atau sekadar kebetulan.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/297334 | Pemimpin Umno selar MB panggil IGP 'barua' | [
"\nPemimpin lantang Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar tindakan Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang menggunakan perkataan “barua” untuk mengkritik ketua polis negara.\n",
"\nSyed Ali (\n\nbawah\n\n) berkata ucapan timbalan presiden PKR, yang disifatkannya biadap, melampau batas dan kurang ajar itu, berbaur hasutan dan mengajak rakyat membenci pasukan keselamatan.\n",
"\nbawah\n",
"\n\"Menteri Besar Selangor itu sudah melampau batas dan bersikap kurang ajar apabila mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam,\" tegasnya.\n",
"\nMalam semalam, ketika berucap di Permatang Pauh, Azmin menyiku Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika bertanya sama ada anggota polis cawangan khas (SB) turut serta dalam acara itu.\n",
"\n\"SB ada di belakang? Kalau ada datang depan. Saya tak takut.\n",
"\n“Beritahu ketua polis negara, tolonglah, nak jadi ketua polis yang menjaga keselamatan rakyat atau nak jadi\n\n\nbarua\n\n\nUmno dan BN?\" kata Azmin disambut sorakan kira-kira 200 hadirin.\n",
"\n\nbarua\n\n",
"\nbarua\n",
"\nAzmin kemudian sekali lagi mengajukan soalan dan meminta hadirin menjawab sama ada Khalid menjaga keselamatan negara atau Umno.\n",
"\n\n\n'Mustahil Dr sertai pembangkang'\n\n\n",
"\n\n'Mustahil Dr sertai pembangkang'\n\n",
"\n'Mustahil Dr sertai pembangkang'\n",
"\nDalam perkembangan berkaitan, Syed Ali sependapat dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyertai pembangkang.\n",
"\n\"Pada hemat saya, tidak mungkin Dr Mahathir akan membelakangkan Umno walaupun dia dilihat mengkritik kerajaan yang ada sekarang,\" ujarnya.\n",
"\nDr Mahathir (\n\nkanan\n\n) ujar beliau, merupakan negarawan dan pemimpin Umno yang sayangkan kepada parti dan rakyat serta negara ini.\n",
"\nkanan\n",
"\nMenurut beliau, pembangkang sengaja memutarbelitkan teguran Dr Mahathir dengan mendakwa bekas perdana menteri itu menyebelahi mereka.\n",
"\n\"Sepertimana dakwaan Mukhriz kononnya Dr Mahathir akan turun ke PRK (pilihan raya kecil) Rompin dan menyertai perhimpunan haram di Sogo baru-baru ini, jelas pembangkang sengaja memperalatkan nama Dr Mahathir untuk meraih sokongan,\" tegasnya.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/483977 | Piagam Umno-PAS tertangguh lagi | [
"",
"Piagam bersama PAS dan Umno belum dapat dimuktamadkan, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.",
"Takiyuddin berkata, kelewatan memuktamadkan piagam itu disebabkan kedua-dua parti terpaksa menangguhkan mesyuarat mereka beberapa kali.",
"\"Kita belum muktamadkan piagam antara PAS dan Umno. ",
"“Sepatutnya kedua-dua parti mesyuarat malam ini tapi tertangguh lagi sebab ada pengundian pindaan pelembagaan sampai malam, kita tangguh dahulu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.",
"",
"Takiyuddin Hassan",
"Takiyuddin Hassan",
"",
"Takiyuddin Hassan",
"",
"Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bulan lalu berkata, pengisytiharan dokumen rasmi piagam PAS dan Umno akan dibuat pada penghujung Julai ini.",
"Katanya, proses pembentukan dokumen itu kini memasuki fasa akhir dengan mesyuarat jawatankuasa induk kali kedua yang dianggotai 11 wakil daripada setiap parti.",
"Bagaimanapun, mengulas lanjut Takiyuddin menegaskan piagam bersama itu akan dimuktamadkan dengan kadar segera.",
"\"Kita akan buat secepat mungkin dalam bulan ini juga,” katanya.",
"Piagam Umno dan PAS itu diusahakan bagi mengukuhkan kerjasama kedua-dua parti dalam bentuk lebih rasmi.",
"Umno dan PAS menjalinkan kerjasama yang dirujuk sebagai taawun secara terbuka dalam siri-siri pilihan raya kecil selepas kekalahan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.",
"Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini memberi gambaran kedua-dua parti akan bergabung bagi menghadapi PRU ke-15."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/595598 | Kertas Pandora: Abim gesa RUU wajibkan pemimpin negara isytihar aset | [
"Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa sebuah rang Undang-undang (RUU) dibentangkan untuk mewajibkan pemimpin negara mengisytiharkan aset mereka susulan pendedahan Kertas Pandora baru-baru ini.",
"Dalam satu kenyataan, Presiden Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pihaknya memandang serius pendedahan tersebut yang mengaitkan beberapa tokoh politik negara.",
"\"Abim menggesa perlu ada rang undang-undang yang mewajibkan setiap pemimpin negara mengisytiharkan nilai wang serta aset yang dimiliki mereka baik yang ada di dalam serta luar negara.",
"\"Rang undang-undang ini juga perlu mewajibkan setiap pemimpin negara berkenaan menjelaskan sumber serta bagaimana aset-aset ini dikumpulkan,\" kata Faisal.",
"Kertas Pandora merujuk kepada sejumlah dokumen yang dibocorkan kepada Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ), yang juga merupakan rakan kongsi Malaysiakini.",
"dokumen yang dibocorkan",
"Malaysiakini.",
"Kebocoran itu berasal dari sejumlah syarikat yang membantu pelanggan menubuhkan atau menguruskan akaun luar pesisir dan syarikat di syurga perlindungan cukai (tax haven).",
"",
"Malaysiakini telah mendedahkan beberapa tokoh yang dinamakan dalam Kertas Pandora itu termasuk Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, Timbalan Menteri kewangan, Yamani Hafez Musa, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Anggota Parlimen Selayang William Leong dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.",
"Malaysiakini",
" Tengku Zafrul Abdul Aziz",
"Daim Zainuddin",
"",
"Pada masa ini, tidak ada undang-undang yang mewajibkan anggota pentadbiran kerajaan, ahli parlimen dan ahli Dewan Negara mengisytiharkan aset mereka.",
"Pada tahun 2019, Dewan Rakyat meluluskan usul agar semua anggota parlimen mengisytiharkan aset mereka kepada Speaker Dewan dan salinannya diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bagaimanapun SPRM berkata tiada tindakan boleh diambil terhadap mereka yang enggan berbuat demikian.",
"Bahaskan di Dewan Rakyat",
"Bahaskan di Dewan Rakyat",
"Abim merupakan sebuah NGO Islam yang pernah dipimpin oleh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dari tahun 1974 hingga 1982.",
"",
"",
"",
"",
"",
"Dalam kenyataannya, Faisal menyokong usul Anwar agar pendedahan dalam Kertas Pandora dibahaskan di Dewan Rakyat.",
"\"Abim merasakan desakan menerusi usul yang dibuat oleh Anwar agar pendedahan ini dibahaskan di parlimen adalah tepat memandangkan ia membabitkan ketelusan dan integriti dalam kalangan ahli politik khususnya mereka yang pada masa kini menjawat tugasan penting dalam pentadbiran pada ketika ini.",
"\"Rakyat perlu terus menyuarakan keprihatinan mereka dengan tuntutan agar pendedahan Pandora Papers perlu dibahaskan secara terbuka semasa sidang rasmi Parlimen dan disiasat menerusi mekanisme perundangan rasmi,\" tambah Faisal.",
"Minggu lalu, Anwar menggesa Dewan Rakyat agar membahaskan pendedahan dalam Kertas Pandora, namun gagal.",
"Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun menolak usul tergempar berkenaan dengan mengatakan perkara itu tidak cukup mendesak untuk dibahaskan dan sebaliknya harus diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen atau Suruhanjaya Siasatan Diraja.",
"Ahli Parlimen Port Dickson itu kemudian mengemukakan rayuan tetapi sekali lagi ditolak oleh Azhar dengan mengatakan bahawa keputusannya muktamad.",
"Ini mendorong Anwar mendakwa Azhar - seorang bekas peguam - bertindak sebagai \"peguam bela\" bagi mereka yang didedahkan dalam Kertas Pandora tersebut.",
"\"peguam bela\" ",
"Persidangan Dewan Rakyat akan disambung pada 25 Oktober."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/521541 | PKP: Sambut Ramadan di penjara atau rumah? | [
"Lazimnya, setiap kali menjelang 1 Ramadan, umat Islam di seluruh negara akan berpusu-pusu pulang ke kampung bagi menyambut bulan penuh keberkatan bersama ahli keluarga.",
"Tidak hirau menempuh jalan raya sesak, asalkan dapat mengambil ‘mood’ bersahur, berbuka puasa dan terawih bersama orang disayangi di kampung halaman pada hari pertama Ramadan.",
"Bagaimanapun, situasi kita meraikan kedatangan bulan puasa kali ini, yang bakal tiba beberapa hari saja lagi itu pastinya lain daripada yang lain.",
"Ia luar biasa dan sudah pasti akan dikenang seumur hidup; umat Islam bakal menyambutnya dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini telah pun memasuki fasa ketiga, bagi membendung penularan Covid-19.",
"",
"",
"",
"",
"",
"Kerajaan mengingatkan bahawa orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung dalam tempoh PKP fasa tiga dilaksanakan.",
"E-bazar Ramadan menerusi kaedah pandu lalu serta ‘bungkus dan ambil’ makanan juga tidak dibenarkan.",
"Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata polis akan menambah sekatan jalan raya di seluruh negara bagi memastikan kawalan pergerakan dapat dipertingkatkan berikutan ada ura-ura orang ramai ingin balik ke kampung untuk menyambut Ramadan.",
"Tidak mengira darjat, malah wakil rakyat juga tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara ketika menjalankan tugas di kawasan masing-masing ketika tempoh pelaksanaan PKP serta tidak boleh mengadakan perjumpaan atau program serta jamuan melibatkan kelompok yang ramai.",
"Semua SOP dalam PKP ini pastinya mewujudkan norma baharu sambutan Ramadan berbanding kebiasaan kerana majlis berbuka puasa beramai-ramai yang menjadi kelaziman sewaktu bulan Ramadan pun tidak boleh diadakan.",
"Walaupun kes positif Covid-19 mencatatkan dua angka sejak beberapa hari lepas, namun usaha meratakan lengkuk masih berterusan dan rakyat perlu sedar ia bukanlah satu tiket untuk mereka sesuka hati melanggar PKP.",
"",
"",
"",
"",
"",
"Apatah lagi menyimpan hasrat untuk pulang ke kampung menjelang Ramadan ini. Jadi, duduk sahaja di rumah.",
"Perlu diingat, sebanyak 11 penjara sementara bagi tahanan ingkar PKP akan mula beroperasi 23 April ini, kira-kira sehari sebelum tarikh jangkaan umat Islam menyambut Ramadan.",
"Ini memberi pilihan kepada orang ramai sama ada mahu menyambut Ramadan dengan selesa di rumah, atau mungkin mahu merasakan kelainan tahun ini dengan menyambutnya di penjara. Tepuk dada tanya selera.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/616507 | Dewan Negara lulus RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022 | [
"PARLIMEN l ersidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 yang antara lain memperuntukkan ketidakpakaian Perkara 119 kepada Raja-Raja berhubung pendaftaran pemilih dengan sokongan lebih dua pertiga senator.",
"PARLIMEN l",
"Rang Undang-undang yang dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu diluluskan setelah melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 50 Ahli Dewan Negara bersetuju dan enam tidak hadir.",
"Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Wan Junaidi berkata Perkara 119A dimasukkan bagi mengecualikan pemakaian Perkara 119 kepada Raja-Raja dan pasangan, Yang di-Pertua Negeri dan pasangan, bakal Raja, waris ganti dan waris lain Raja dan pasangan, dan mana-mana orang lain. ",
"“Pendekatan pelaksanaan pindaan ini adalah wajar bagi memastikan Raja-Raja dan sebagainya kekal berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” katanya. ",
"Menyentuh maksud pengecualian kepada “mana-mana orang”, beliau berkata ia diperuntukkan dalam Perkara baharu 119A yang dihasratkan merujuk kepada golongan kerabat Diraja sahaja yang difikirkan perlu oleh Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.",
"Sekiranya seseorang individu tidak lagi menjadi pasangan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri, Wan Junaidi menjelaskan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya nama mantan pasangan berkenaan ke dalam sistem pendaftaran pemilih automatik.",
"Mengenai penglibatan secara aktif dalam politik bagi individu yang telah dikecualikan daripada mengundi, Wan Junaidi berkata perintah yang akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah hanya pengecualian pendaftaran pemilih secara automatik sahaja dan ia tidak menghalang penglibatan mereka dalam sebarang aktiviti politik.",
"Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 antara lain menghendaki seseorang warganegara yang mencapai umur 18 tahun dan layak untuk mengundi didaftarkan secara automatik sebagai pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. ",
"Usia minimum mengundi rakyat Malaysia direndahkan kepada 18 tahun berbanding 21 sebelum ini, selepas Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 dan seterusnya oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019.",
"- Bernama",
"ernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/493103 | Pelobi Yahudi kecam penampilan Dr M di universiti New York | [
"Kumpulan pelobi Yahudi membantah penampilan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Columbia University, New York yang dijadualkan berlangsung esok, lapor New York Post.",
"New York Post.",
"Kongres Yahudi Sedunia (WJC) melalui Twitter berkongsi kecaman presidennya, Ronald Lauder yang dipetik dalam laporan itu.",
"Lauder menyifatkan Dr Mahathir sebagai \"pemimpin dunia yang anti-Yahudi\" dan berkata universiti itu tidak seharusnya memberi ruang kepada orang yang mempunyai pandangan sedemikian.",
"\"Sangat menghairankan apabila sebuah universiti yang dibanggakan sebagai tempat toleransi dan inklusiviti akan memberikan mikrofon kepada pemimpin yang menggambarkan orang Yahudi sebagai 'berhidung bengkok' (hook-nosed,\" kata Lauder merujuk kepada ucapan Mahathir di Perhimpunan Agung PBB ke-73 pada 2018.",
"\"Dr Mahathir juga telah dipetik sebagai berkata bahawa 'Eropah membunuh enam juta daripada 12 juta Yahudi, tetapi hari ini orang-orang Yahudi memerintah dunia ini dengan proksi, mereka menggunakan orang lain berjuang dan mati untuk mereka,'\" kata Lauder.",
"Lauder berkata Universiti Columbia sepatutnya malu dengan keputusan mereka untuk mengalu-alukan Dr Mahathir.",
"\n",
" .@Columbia should be ashamed of themselves. It's no surprise that incidents of antisemitism are on the rise in NYC when it's being preached at one of its premier universities.Our Pres. Ronald Lauder reacts to their invitation to Malaysia's antisemitic PM.https://t.co/oOx53rw8jW— WJC (@WorldJewishCong) September 23, 2019 ",
" .@Columbia should be ashamed of themselves. It's no surprise that incidents of antisemitism are on the rise in NYC when it's being preached at one of its premier universities.Our Pres. Ronald Lauder reacts to their invitation to Malaysia's antisemitic PM.https://t.co/oOx53rw8jW— WJC (@WorldJewishCong) September 23, 2019 ",
".@Columbia should be ashamed of themselves. It's no surprise that incidents of antisemitism are on the rise in NYC when it's being preached at one of its premier universities.Our Pres. Ronald Lauder reacts to their invitation to Malaysia's antisemitic PM.https://t.co/oOx53rw8jW— WJC (@WorldJewishCong) September 23, 2019 ",
".@Columbia should be ashamed of themselves. It's no surprise that incidents of antisemitism are on the rise in NYC when it's being preached at one of its premier universities.Our Pres. Ronald Lauder reacts to their invitation to Malaysia's antisemitic PM.https://t.co/oOx53rw8jW— WJC (@WorldJewishCong) September 23, 2019 ",
".@Columbia should be ashamed of themselves. It's no surprise that incidents of antisemitism are on the rise in NYC when it's being preached at one of its premier universities.Our Pres. Ronald Lauder reacts to their invitation to Malaysia's antisemitic PM.https://t.co/oOx53rw8jW— WJC (@WorldJewishCong) September 23, 2019",
".@Columbia should be ashamed of themselves. It's no surprise that incidents of antisemitism are on the rise in NYC when it's being preached at one of its premier universities.Our Pres. Ronald Lauder reacts to their invitation to Malaysia's antisemitic PM.https://t.co/oOx53rw8jW",
"@Columbia",
"",
"",
"https://t.co/oOx53rw8jW",
"September 23, 2019",
"",
" ",
"",
"\"Tidak hairan bahawa insiden anti-Yahudi semakin meningkat di New York apabila ia diajarkan dari peringkat salah satu universiti utama,\" katanya.",
"Menurut The New York Post, Presiden Columbia University, Lee Bollinger mempertahankan penampilan Dr Mahathir sebagai sebahagian daripada Forum Pemimpin Dunia mereka untuk bercakap tentang kedaulatan undang-undang dan multilateralisme.",
"Dr Mahathir juga dijangka menerima pertanyaan daripada penonton dan Bollinger dilaporkan berkata institusi akademik harus bersedia untuk menghadapi isu kontroversi.",
"Dia menambah bahawa jemputan universiti kepada Dr Mahathir adalah \"bukan pengesahan atau sokongan\" terhadap pandangan perdana menteri itu.",
"\"Saya dapati kenyataan anti-Yahudi Dr Mahathir bertentangan dengan pendirian kami, dan patut dikecam.",
"\"Bagaimanapun, pada masa-masa ini kita amat tegas untuk menegaskan bahawa kampus kita tetap menjadi forum terbuka dan untuk melindungi kebebasan yang penting untuk komuniti universiti kita,\" kata Bollinger.",
"Lawatan terakhir Mahathir ke New York bersempena dengan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat ini.",
"Awal tahun ini, Dr Mahathir mempertahankan kenyataannya mengenai orang Yahudi selepas pengkritik, termasuk pengarang dan wartawan Turki, Mustafa Akyol, mengkritik beliau."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/197862 | DPPP: 24 jam untuk NST tarik balik laporan 'bapa kafir' | [
"\nDewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) hari ini menyerahkan memorandum kepada\n\nNew Straits Times\n\nsupaya menarik balik dan meminta maaf terhadap laporan bertarikh 8 Mei yang memetik bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor menggelar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai\n\nFather of Kafir\n\n(bapa kafir).\n",
"\nNew Straits Times\n",
"\nFather of Kafir\n",
"\nA 10-ahli Pemuda PAS delegasi yang diketuai oleh pemimpinnya Nasruddin Hassan bertemu dengan pegawai NST dan penerbit New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) untuk menyerahkan satu memorandum mereka.\n",
"\n\"Memorandum yang ditujukan kepada Pengarang Kumpulan NSTP Abdul Jalil Hamid itu menyatakan rasa kesal dan bantahan Pemuda PAS berhubung apa yang ditulis dalam artikel tersebut.\"\n",
"\nDalam memorandum tersebut Nasarudin berkata, Abdul Rahim telah menafikan memanggil Nik Aziz seperti itu dan sehubungan itu, pihaknya menggesa NST supaya memohon maaf dalam tempoh 24 jam selepas memorandum itu diserahkan atau Pemuda PAS akan mengambil tindakan yang lebih keras lagi.\n",
"\nNasruddin hanya berkata jika\n\nNew Straits Times\n\ntidak mematuhi etika kewartawanan dan meminta maaf serta menarik balik artikel selepas 24 jam, maka pihaknya akan mengadakan bantahan yang lebih di seluruh Malaysia.\n",
"\nNew Straits Times\n",
"\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n",
"\n\n[Baca berita penuh]\n\n",
"\n[Baca berita penuh]\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/462697 | Azmin jadi pengerusi MTNg K'tan: Bersatu terima, PKR tak kisah | [
"Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan menerima pelantikan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg), negeri itu.",
"Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan menerima pelantikan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg), negeri itu.",
"Pengerusi Bersatu Kelantan, Kamaruddin Md Noor berkata, keputusan pelantikan itu tidak perlu diperdebatkan kerana ia diputuskan oleh pimpinan tertinggi dalam kerajaan persekutuan.",
"\"Kita punya pendirian sangat mudah, kita terima keputusan yang dibuat oleh kerajaan atau kabinet. Yang penting bagi kita agensi itu berperanan untuk membantu rakyat Kelantan.",
"\"Yang penting bagi memastikan projek pembangunan untuk manfaat rakyat dapat diteruskan dengan baik ",
"\"Soal siapa yang dipilih oleh perdana menteri untuk ketuai agensi itu kita serah kepada kebijaksanaan dan budi bicara beliau, ia adalah hak perdana menteri saya tak fikir keputusan itu tidak perlu diperdebatkan,\" katanya kepada Malaysiakini, hari ini.",
"Malaysiakini",
"Terdahulu, Jabatan Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Mohamed Azmin yang juga merupakan menteri hal ehwal ekonomi untuk mengetuai MTNg Kelantan.",
"Susulan itu, Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan mengadakan mesyuarat membincangkan pelantikan berkenaan dan seterusnya sepakat meminta ia dikaji semula memandangkan negeri itu diterajui Amanah.",
"Ambil kita pandangan pemimpin tempatan",
"Ambil kita pandangan pemimpin tempatan",
"Ambil kita pandangan pemimpin tempatan",
"Mengulas perkara itu, Kamaruddin berkata, pandangan yang dikemukakan oleh Amanah Kelantan perlu dirai dan mereka mempunyai hak untuk bersuara.",
"Mengulas perkara itu, Kamaruddin berkata, pandangan yang dikemukakan oleh Amanah Kelantan perlu dirai dan mereka mempunyai hak untuk bersuara.",
"Namun katanya, keputusan yang dibuat itu pastinya sudah bincangkan oleh semua pimpinan utama dalam parti komponan PH dan dipersetujui bersama.",
"\"Apabila itu keputusan di peringkat kabinet, semua pimpinan terlibat dalam perbincangan. Jadi apa keperluan pimpinan peringkat bawah nak persoalkan lagi?\" ujarnya.",
"Sementara itu, PKR Kelantan juga dilihat tidak bermasalah dengan pelantikan pengerusi MTNg itu, namun menambah bahawa pandangan pemimpin tempatan perlu diambil kira.",
"Pengerusinya, Mohd Suparadi Md Noor berkata, semua pihak perlu menerima dengan terbuka keputusan lantikan tersebut.",
"\"Saya tidak nyatakan Mohamed Azmin adalah individu yang sepatutnya, tetapi kita perlu terima dan sokong sesiapa saja.",
"\"Tidak berbangkit isu ini kerana yang paling penting adalah rakyat Kelantan dapat nikmati pembangunan.",
"\"Selain itu, pengerusi dan jawatankuasa yang dilantik dalam agensi itu juga harus mengambil kira pandangan daripada pemimpin tempatan,\" jelasnya."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/81224 | Gerakan cabar PM 'khabar angin' | [
"\n\n\nkemaskini 6:26pm\n\n\nDatuk Seri Mohd Najib Razak meminta orang ramai supaya tidak melayan \"khabar angin\" kononnya terdapat gerakan dalam kalangan Umno Kedah dan Pulau Pinang yang mendesak supaya Abdullah berundur.\n",
"\n\nkemaskini 6:26pm\n\n",
"\nkemaskini 6:26pm\n",
"\nMenurut laman web\n\nUtusan Malaysia\n\nhari ini, Najib berkata, laporan itu \"tidak benar\" kerana segala perasaan tidak puas hati di kalangan ahli Umno akan ditangani secara dalaman.\n",
"\nUtusan Malaysia\n",
"\n\n\nMalaysiakini\n\nsemalam melaporkan tekanan terhadap perdana menteri semakin meningkat - dengan pemimpin-pemimpin Umno Kedah pula mengkritik kepemimpinan beliau selepas Johor.\n",
"",
"\nMalaysiakini\n",
"\nDalam satu pertemuan tertutup 15 bahagian dengan jawatankuasa pengurusan parti yang diketuai Najib, mereka menyalahkan Abdullah atas ketewasan teruk parti itu, termasuk kehilangan Kedah kepada Pakatan Rakyat.\n",
"\nDifahamkan, ada beberapa pemimpin mendorong Najib mengambil langkah mencabar Abdullah dalam pemilihan Umno pada 16-20 Disember.\n",
"\nMenurut sumber-sumber Umno negeri, mesyuarat antara dua hingga tiga jam di sebuah kelab di Sungai Petani menyaksikan perdebatan panas, termasuk nada menyalahkan presiden Umno itu, sehingga memaksa Najib mententeramkan keadaan.\n",
"\nMelaporkan perkembangan pertemuan Najib dengan ketua-ketua bahagian di negeri itu dan Pulau Pinang, akhbar\n\nThe Star\n\nhari ini menyebut, pemimpin-pemimpin akar umbi Umno memaklumkan kepada jawatankuasa pengurusan bahawa parti itu memerlukan barisan kepemimpin baru untuk menyelamatkan parti.\n",
"\nThe Star\n",
"\nDi Kedah, kira-kira 250 ketua Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian dilaporkan \"pergi lebih jauh dengan mencadangkan siapa yang harus dipilih untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.\"\n\n\n",
"\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/581758 | 8% populasi Malaysia lengkapkan suntikan vaksin | [
"",
"Sebanyak 2,618,316 orang atau 8.0 peratus daripada populasi telah menerima suntikan dos kedua vaksin, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.",
"Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menyasarkan, 10 peratus daripada populasi negara akan memperoleh vaksinasi penuh menjelang pertengahan Julai ini, di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).",
"Menerusi hantaran di Twitter Dr Adham memaklumkan, jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin setakat semalam adalah sebanyak 9,006,715 dos, dengan 2,618,316 adalah dos kedua.",
"“Bagi vaksinasi harian, sebanyak 206,015 dos diberikan semalam, melibatkan pemberian 127,385 dos pertama dan 78,630 dos kedua,” katanya dalam hantaran Twitternya hari ini.",
"Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor (348,853), Sarawak (299,593), Kuala Lumpur (244,7090), Sabah (233,409) dan Kedah (193,575).",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/579683 | Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera | [
"Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di selatan Sumatera, Indonesia.",
"Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi pada 5.12 pagi tadi berlaku di kedudukan 110 kilometer (km) selatan dari Bengkulu, Indonesia pada kedalaman 57km.",
"Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/544204 | DAP sapu 6 daripada 7 kerusi ditandingi | [
"Meskipun tidak bertanding atas logo tradisonal parti itu, DAP berjaya memenangi hampir semua kerusi yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.",
"Parti itu menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas; Luyang; Kapayan; Elopura; Tanjong Papat dan Sri Tanjong.",
"Mereka hanya tewas di DUN Bingkor kepada calon Bersatu.",
"Calon DAP di Luyang, Phoong Jin Zhe memperolehi 15,138 undi, mengalahkan calon dari Parti Progresif Sabah (SAPP), Gee Tien Siong.",
"DAP juga cemerlang di Sri Tanjong apabila calonnya, Justin Wong Yung Bin menang dalam pertandingan lapan penjuru dengan mendapat majoriti 8,880 undi.",
"Di Kapayan, calonnya, Jannie Lasimbang juga dilaporkan menang selesa. Enam calon lain dari BN, Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS) dan calon Bebas jauh ketinggalan dengan undian tidak melebihi 2,000.",
" ",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/282947 | Transgender menang anugerah hak asasi | [
"\nMasyarakat transgender Seremban dan Dapur Jalanan dipilih sebagai pemenang Anugerah Hak Asasi Manusia ke-16 anjuran NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram).\n",
"\nKeputusan itu diumumkan dalam majlis di Kuala Lumpur pagi ini sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa.\n",
"\nKedua-dua pihak itu mencuri perhatian tahun ini.\n",
"\nMahkamah Rayuan Putrajaya pada 7 November memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan dan terbatal.\n",
"\nIa secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender dan disambut gembira oleh aktivis dan golongan itu.\n",
"\nDapur Jalanan pula mencuri perhatian apabila menolak arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tidak mengedarkan makanan percuma kepada golongan tidak berumah daripada pusat bandar raya Kuala Lumpur.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/640228 | Parlimen Tasek Gelugor akan kembali pada Umno - Ismail Sabri | [
"Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerusi Parlimen Tasek Gelugor akan kembali ke pangkuan Umno melalui kemenangan yang akan diraih pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).",
"Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri berkata tujuan beliau turun ke kawasan Tasek Gelugor hari ini adalah untuk memastikan kerusi tradisi Umno itu kembali kepada Umno setelah ‘lari’ kepada parti lain walaupun Umno memenangi kerusi itu pada PRU14.",
"Pada PRU14, kerusi Parlimen Tasek Gelugor dimenangi penyandangnya Datuk Shabudin Yahaya yang bertanding atas tiket Umno ketika itu, namun beliau kemudiannya menyertai Bersatu pada Disember 2018.",
"",
"",
"",
"\"Saya yakin, kerusi ini akan kembali kepada pangkuan kita (Umno),\" katanya dalam ucapan perasmian Program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia di Tasek Gelugor hari ini.",
"Ditemui pemberita selepas itu dan ditanya kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden Bersatu yang yakin Bersatu akan memenangi kerusi Tasek Gelugor itu, Ismail Sabri berkata semua yang bertanding harus ada keyakinan.",
"\"Yang pasti, saya lebih yakin daripada beliau (Muhyiddin) sebab kerusi ini dulu dimenangi oleh Umno bukan Bersatu tapi bekas Ahli Parlimen sini lompat ke sana. Waktu tsunami politik pun kerusi ini dimenangi oleh Umno,\" katanya.",
"Ismail Sabri berkata senarai pendek calon untuk kerusi Parlimen Tasek Gelugor telah diserahkan kepada lima pemimpin tertinggi Umno (Top 5) untuk penilaian.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/534751 | Anak muda dan teladan dari kisah Singapura dilanggar todak | [
"Carik baju raja,",
"Carik baju raja,",
"Dilompati todak;",
"Dilompati todak;",
"Bukan disahaja,",
"Bukan disahaja,",
"Sebab akal budak.",
"Sebab akal budak",
"Rangkap tersebut merupakan seloka rakyat yang dirakam dalam Sulalatus Salatin ataupun Perteturunan Segala Raja-Raja ataupun lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu. Ia dinukilkan begitu untuk kita semua.",
"Ia adalah kisah tentang Singapura dilanggar todak. Babak ini sebenarnya menginsafkan kita tentang tiga perkara:",
"Pertama, jangan sesekali pandang rendah anak muda. ",
"Kedua, anak muda mampu dan sudah pernah dalam sejarah panjang bumi ini memyumbang kepada bangsa dan negara kita.",
"Ketiga, kita harus berwaspada kepada pembesar-pembesar yang khianat, memperlekeh, menghina malah menganiaya anak muda.",
"Dalam cerita Singapura dilanggar todak tadi, digambarkan seolah-olah kerana penganiayaan terhadap Hang Nadim, maka Singapura diserang oleh Majapahit dan rajanya terpaksa melarikan diri. ",
"Sebenarnya di luar sana, ramai anak muda berasa kecewa apabila mereka melihat bagaimana pada Isnin lalu, semasa rakan saya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dari Muar bangkit berucap, beliau disindir oleh rakan-rakan yang lain di sini dengan pelbagai dan macam-macam sindiran dan penghinaan. ",
"Saya berharap kita dapat mengambil teladan daripada cerita nenek-moyang kita untuk menunjukkan kepemimpinan yang lebih baik.",
"Usah gentarkan anak muda",
"Usah gentarkan anak muda",
"Usah gentarkan anak muda",
"Di sini saya ingin mengambil peluang untuk merakamkan pengiktirafan terhadap satu initiatif hebat daripada anak muda Malaysia, iaitu Parlimen Digital. ",
"Sidang parlimen ini berlangsung dari 4 hingga 5 Julai melibatkan 222 anak muda Malaysia berumur antara 15 hingga 35 tahun.",
"Pada masa kita memberikan pelbagai alasan untuk tidak bersidang, anak muda Malaysia telah menunjukkan jalan, mempelopori sidang secara atas talian.",
"Saya berasa amat bangga. Kita sebenarnya sudah ada Parlimen Belia yang hebat. Dan kini kita ada Parlimen Digital. ",
"Izinkan saya mengetengahkan empat perkara tentang Parlimen Digital:",
"1) Saya berharap kerajaan dapat menghentikan segala kacau ganggu terhadap Ahli Parlimen Digital. Saya difahamkan - dan perkara ini juga dilaporkan media - bahawa ada kalangan ahli parlimen itu yang didatangi dan dipanggil oleh pihak polis untuk disoal selidik.",
"Saya tidak menyalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebab ini memang menjadi tugas mereka. Tetapi, saya nak menyeru pihak kerajaan jangan salah guna kuasa untuk menggentar dan menakutkan anak muda. ",
"Mereka pun tidak berasa gentar, sebab berani kerana benar.",
"2) Saya harap kerajaan dapat mewujudkan kerjasama yang lebih erat termasuk pengagihan sumber untuk Parlimen Belia dan Parlimen Digital. Kedua-dua mereka sebenarnya bukan pesaing tetapi anak muda yang beraspirasi untuk menyumbang ke arah pembinaan bangsa dan negara. ",
"Justeru saya melihat tiada masalah untuk kerajaan merapatkan dan mengeratkan lagi kerjasama dan usaha kedua-dua badan tersebut.",
"",
"",
"",
"",
"",
"3) Saya menyeru kerajaan, khususnya Kementerian Belia dan Sukan, untuk mengambil cadangan-cadangan yang dibentang dan dibahas dalam Parlimen Digital untuk dipertimbangkan sebagai dasar kerajaan.",
"4) Akhir sekali, saya memohon supaya Dewan Rakyat dapat mengambil iktibar daripada Parlimen Digital. Kita harus bersiap sedia untuk menghadapi keadaan apabila sidang fizikal tidak dapat dijalankan. ",
"Contohnya di negara jiran - Singapura - mereka telah meminda undang-undang untuk membenarkan Parlimen bersidang di lokasi-lokasi selain dalam dewan Parlimen.",
"",
"Ada juga parlimen negara lain di dunia ini yang membenarkan sidang secara atas talian. Urusan parlimen ialah hal yang berkaitan rakyat, tidak patut terhenti jika ada cara lain untuk bersidang.",
"",
"Kita tak mahu mengulangi episod sidang parlimen sekerat hari pada 18 Mei 2020 yang lalu. ",
"Saya tak setuju apabila ada yang mendakwa parlimen ini birokrasi dan red tape. Tidak. Parlimen ialah tempat masalah rakyat mendapat perhatian dan nasib rakyat mendapat pembelaan.",
"red tape",
"",
"",
"STEVEN SIM merupakan ahli parlimen Bukit Mertajam mewakili Pakatan Harapan. Rencana ini adalah sedutan ucapan menjunjung kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada 16 Julai 2020.",
"STEVEN SIM merupakan ahli parlimen Bukit Mertajam mewakili Pakatan Harapan. Rencana ini adalah sedutan ucapan menjunjung kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada 16 Julai 2020.",
"STEVEN SIM",
"Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.",
"Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/481623 | SPRM turut siasat akaun Azmin sebelum jadi menteri | [
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkata mereka menyiasat akaun persendirian Menteri Hal Ehwal Ekononi, Azmin Ali, sehingga ke tempoh beliau masih menjadi menteri besar Selangor.",
"Hasil siasatan tersebut, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, dakwaan yang melibatkan Azmin dengan salah guna kuasa bersifat tohmahan.",
"Katanya anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam mendakwa ada transaksi meragukan oleh sebuah syarikat pembinaan ke akaun peribadi Azmin Ali. ",
"Selain itu, kata Azam, Lokman juga mendakwa terdapat kewujudan sebuah akaun di luar negara pada 2012 milik menteri berkenaan. ",
"\"SPRM telah menjalankan siasatan dan mendapati tidak wujud transaksi yang dinyatakan dan tiada kewujudan akaun yang berkaitan,\" katanya dalam satu kenyataan hari ini.",
"Azam merujuk kepada surat layang ditulis seseorang yang menggunakan nama \"Toyol of Selangor\" dan mendakwa Azmin memiliki wang bernilai ratusan juta dalam pelbagai mata wang dan disimpan dalam 54 akaun bank di Malaysia, Indonesia, Singapura, Dubai, Hong Kong, India, Shanghai, Abu Dhabi, Australia, Zurich dan AS.",
"Dakwaan dibuat terhadap timbalan presiden PKR itu pada 2018 adalah berasingan daripada deposit AS$741,000 yang dicatatkan dari akaun Maybank milik UEM Group ke akaun Deutsche Bank Azmin, yang dokumennya diedarkan bersama video seks dikaitkan dengan anggota parlimen Gombak itu sebelum ini.",
"Rabu lalu SPRM membersihkan Azmin daripada transaksi UEM itu selepas mendapati akaun bank dalam dokumen yang dipaparkan sebenarnya tidak wujud.",
"Maybank dan UEM Group juga menafikan kewujudan akaun bank tersebut dan mendakwa dokumen yang ditunjukkan itu adalah palsu.",
"SPRM berkata mereka turut menyiasat tulisan berkaitan Azmin Ali yang bertajuk \"Here is the proof Azmin Ali is toyol of Selangor\" dengan satu daripada laporan mengenainya pernah diterima pada Ogos 2018. ",
"\"Here is the proof Azmin Ali is toyol of Selangor\"",
"\"Berhubung dengan isu ini, siasatan tersebut dijalankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia serta institusi kewangan lain, dan didapati tohmahan yang dibangkitkan itu adalah tidak benar. ",
"\"Diharap kenyataan ini akan dapat memberi pencerahan kepada orang ramai,\" katanya.",
"Azmin berkhidmat sebagai menteri besar Selangor dari Sept 2014 hingga Jun 2018.",
"Beliau dilantik menjadi menteri kabinet selepas PH berjaya menawan Putrajaya."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/94054 | Banjir di K'tan ragut korban kedua | [
"\nBanjir yang melanda Kelantan hari ini meragut satu lagi nyawa apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati lemas, manakala seorang pelajar berumur 16 tahun dilapor hilang setelah dihanyut arus deras.\n",
"\nKejadian dikatakan berlaku ketika kedua-dua mereka bermain air banjir berhampiran rumah masing-masing iaitu di Melor, Kota Baharu dan Pasir Mas dekat Kota Bharu.\n",
"\nDalam kejadian di Kota Baharu, Nur Amalia Ayob, 11, ditemui lemas apabila tergelincir ke dalam tali air berhampiran rumahnya di Kampung Kayu Rendang.\n",
"\nMayat Nur Amalina ditemui pada pukul 1.30 petang kira-kira 100 meter dari tempat mangsa dilapor terjatuh, kata Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Balai Ketereh Mohamad Saamah.\n",
"\nMayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat, lapor Bernama.\n",
"\nKejadian dilapor berlaku pada kira-kira pukul 11.30 pagi ketika Nur Amalina dikatakan bersama abang sulung dan adik lelakinya yang melihat orang memukat ikan di tali air, tergelincir dan dihanyutkan arus tali air sedalam kira-kira dua meter itu.\n",
"\nSementara itu di Kampung Kubang Pak Itam, Pasir Mas, seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Meranti, Salman Hakimi, dihanyutkan arus deras\n",
"\nketika sedang bermain air di halaman rumahnya kira-kira pukul 2.30 petang.\n",
"\nOperasi mencari dan menyelamat oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, JPA 3 dan penduduk kampung mengalami kesukaran ekoran air deras Sungai Kelantan yang\n",
"\nmelimpahi kawasan itu.\n",
"\nKetua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan kejadian.\n",
"\nSabtu lepas, seorang pemuda berumur 25 tahun, Nik Zulkifli Nik Kob, yang merupakan mangsa banjir pertama di Kelantan, lemas setelah terjatuh di Sungai Sokor, Tanah Merah ketika memukat ikan.\n",
"\nMayatnya ditemui pasukan pencari dan penyelamat yang terdiri daripada penduduk kampung, anggota Rela dan polis pada 10.50 pagi semalam, kira-kira 10 meter dari tempat dia jatuh.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/537719 | Keputusan permohonan Najib gugur kes pinda audit 1MDB minggu depan | [
"KES PINDA AUDIT 1MDB | Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan keputusan berhubung permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk membatalkan pertuduhan meminda laporan audit 1MDB terhdapnya, kepada minggu depan.",
"KES PINDA AUDIT 1MDB | ",
"Pada 23 Julai lalu, mahkamah menetapkan hari ini untuk keputusan permohonan tersebut.",
"Tarikh baru itu disahkan oleh DPP Mohamad Mustaffa P Kunyalam ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.",
"\"Perkara itu dibatalkan untuk hari ini.",
"\"Mahkamah menetapkan minggu depan untuk keputusan,\" katanya.",
"Menurut Mustaffa, mahkamah akan memaklumkan pihak terlibat pada Isnin depan berhubung waktu ia bersedia untuk menyampaikan keputusannya.",
"Jika mahkamah masih belum sedia dengan keputusan pada Isnin nanti, ia akan menyampaikan keputusannya pada hari bekerja seterusnya minggu depan, katanya lagi.",
"Perbicaraan kes pinda laporan audit 1MDB terhadap Najib dan bekas CEO syarikat itu, Arul Kanda Kandasamy juga dijadual bersambung pada Isnin dan Selasa ini.",
"Pasukan pembelaan Najib memfailkan permohonan itu selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda pertuduhan terhadapnya.",
"Pada 24 Jun lalu, mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan itu atas dasar ia tidak akan menyebabkan prejudis mahupun ketidakadilan kepada tertuduh.",
"tidak akan menyebabkan",
"Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan terhadap laporan akhir audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC), untuk mengelakkan tindakan terhadapnya.",
"Arul Kanda pula didakwa bersubahat dalam perkara itu.",
"Mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, bergantung yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/127136 | Rais: JK khas parlimen wajar siasat Anwar | [
"\nMenteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mencadangkan agar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat oleh Jawatankuasa Khas Dewan Rakyat berhubung dakwaan beliau berbohong menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam rancangan 16 September.\n",
"\n \n",
"\nMenurut Rais, hanya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menentukan kebenaran sebenar di mana Anwar harus menjawab semua pertuduhan sama ada beliau bercakap benar atau sebaliknya.\n",
"\n \n",
"\n\"Dewan Rakyat mesti bertindak menjalankan siasatan di bawah jawatankuasa istimewa dan jawatankuasa khas supaya fakta sebenarnya dapat diketahui,\" katanya kepada pemberita selepas merasmikan program majlis Pewaris Muda Negara di Felda Pasoh 2, di Jempol hari ini, lapor\n\nBernama.\n\n",
"\nBernama.\n",
"\n \n",
"\n\"Ini akan menjadi pengajaran kepada semua pemimpin supaya mereka tidak tunduk kepada kehendak berbohong atau pun memutarbelitkan fakta,\" katanya.\n",
"\nBaru-baru ini, ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengemparkan Parlimen apabila mendakwa Anwar sanggup mengheret nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM bagi menjayakan rancangan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September.\n",
"\n\nReaksi Khairy\n\n",
"\nReaksi Khairy\n",
"\nSementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, rakyat harus menilai kredibiliti ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan pendedahan Zahrain mengenai rancangan \"16 September\".\n",
"\nKhairy yang juga ahli parlimen Rembau berkata, hakikatnya semua pendedahan Zahrain datang daripada pengalaman beliau sepanjang berada dalam pakatan pembangkang dan bukannya sandiwara BN.\n",
"\n \n",
"\n\"Zahrain telah mengalami kekecewaan sejak berada di bawah PKR, dan kita harus melihat pendedahan beliau dengan ikhlas.\n",
"\n \n",
"\n\"Selepas ini kita tunggu pula bahas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong daripada ahli parlimen bebas yang lain Isnin ini,\" katanya selepas menyertai perlawanan persahabatan bola sepak antara Pemuda Umno Malaysia dan Pemuda Umno Subang sempena majlis penutupan Liga Subang dan Juara Rakyat Parlimen Subang.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/302195 | Ku Nan: BN tak campur tangan krisis MIC | [
"\nBarisan Nasional (BN) tidak akan campur tangan dalam krisis kepimpinan MIC yang kini kelihatan semakin meruncing, kata setiausaha agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.\n",
"\n \n",
"\nBeliau berkata walaupun BN prihatin tentang perkembangan yang sedang berlaku, beliau percaya MIC mampu menyelesaikan masalah mereka dengan sendiri.\n",
"\n \n",
"\n\"Mereka rasa mereka dapat menyelesaikan masalah itu, jadi serahkan sahaja kepada mereka (untuk menyelesaikan perkara dalaman parti itu).\n",
"\n \n",
"\n\"Bagaimanapun, sebagai setiausaha agung Barisan Nasional, saya menasihati mereka supaya berfikirlah dengan rasional dan bersatulah kerana masyarakat India memerlukan MIC untuk mencapai hasrat mereka,\" katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.\n",
"\n \n",
"\nSemalam, Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel menggantung keanggotaan timbalannya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan 14 yang lain selama setahun berkuat kuasa serta merta kerana mengingkari arahannya supaya tidak mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Sementara parti itu.\n",
"\n \n",
"\nBagaimanapun, Dr Subramaniam menganggap penggantungan keanggotaan beliau dan 14 yang lain daripada parti itu sebagai tidak sah dan Palanivel kemudiannya menegaskan bahawa beliau masih presiden MIC serta menyangkal dakwaan CWC parti itu.\n",
"\nTengku Adnan berkata BN telah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengan MIC dan mengesyorkan beberapa penyelesaian, tetapi tidak dipersetujui parti itu.\n",
"\n \n",
"\n\"Kami sudah banyak kali berbincang dengan mereka serta menawarkan beberapa penyelesaian...tetapi mereka tidak menerimanya,\" kata beliau.\n",
"\n \n",
"\nTengku Adnan bagaimanapun menolak dakwaan bahawa krisis yang melanda MIC akan menjejaskan prestasi BN.\n",
"\n \n",
"\nSementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata dalam menangani krisis MIC, keputusan mahkamah perlu dikaji secara holistik dan penghakiman bertulis pula perlu dikaji secara terperinci.\n",
"\n \n",
"\n\"Saya perlu dapatkan penghakiman bertulis mengenainya dahulu sebab kumpulan dalam parti itu saling memecat satu sama lain dengan menggunakan perlembagaan mereka. Memanglah mereka telah merujuk kepada peguam masing-masing, tetapi keputusan mahkamah perlu dikaji dengan teliti terlebih dahulu,\" katanya.\n",
"\n \n",
"\n\n-Bernama\n\n",
"\n-Bernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/587893 | Inisiatif sukarelawan PPV berbahasa asing 'kejutkan' migran | [
"Seorang sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) di Stadium Nasional Bukit Jalil mendapat pujian ramai kerana mengambil inisiatif belajar pelbagai bahasa untuk membantu pekerja asing yang ingin mendapatkan vaksin Covid-19.",
"Klip video Ain Syawani, 23, yang bertutur dalam bahasa Bengali dan Urdu semasa membantu pekerja asing itu ditonton lebih 397,500 kali di Twitter, dengan ramai berterima kasih kepadanya kerana inisiatif tersebut.",
"Bercakap kepada Malaysiakini, Ain berkata dia sebenarnya juga pandai berbahasa Hindi, Nepal dan Burma.",
"Malaysiakini",
"Alasan utama Ain mempelajari bahasa asing itu ialah untuk menjadikan tugasnya lebih lancar.",
"\"Setiap hari, lebih 1,000 orang warga asing datang untuk mendapatkan vaksin. Saya tidak mahu membuang masa, oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk mempelajari bahasa mereka,\" katanya.",
"\n",
"\ni just want to share this video of mine talking in Bangladeshi and Pakistani (urdu)! learning their language makes my job so much faster! and i love to see their reaction the moment i spoke! hehe i hope this video will make your day 💓 #ppvbukitjalil pic.twitter.com/dDX6FHm6Rs— ˗ˏˋ too turnt ansywni ˎˊ˗ 🏴 (@ainsyawani) August 15, 2021 \n",
"i just want to share this video of mine talking in Bangladeshi and Pakistani (urdu)! learning their language makes my job so much faster! and i love to see their reaction the moment i spoke! hehe i hope this video will make your day 💓 #ppvbukitjalil pic.twitter.com/dDX6FHm6Rs— ˗ˏˋ too turnt ansywni ˎˊ˗ 🏴 (@ainsyawani) August 15, 2021 ",
"i just want to share this video of mine talking in Bangladeshi and Pakistani (urdu)! learning their language makes my job so much faster! and i love to see their reaction the moment i spoke! hehe i hope this video will make your day 💓 #ppvbukitjalil pic.twitter.com/dDX6FHm6Rs— ˗ˏˋ too turnt ansywni ˎˊ˗ 🏴 (@ainsyawani) August 15, 2021",
"i just want to share this video of mine talking in Bangladeshi and Pakistani (urdu)! learning their language makes my job so much faster! and i love to see their reaction the moment i spoke! hehe i hope this video will make your day 💓 #ppvbukitjalil pic.twitter.com/dDX6FHm6Rs",
"#ppvbukitjalil",
"pic.twitter.com/dDX6FHm6Rs",
"August 15, 2021",
"Selain saluran industri, pekerja asing di Lembah Klang juga boleh mendapatkan vaksin secara jumpa terus (walk-in) di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil sehingga 22 Ogos dari jam 2 petang dan ke atas.",
"",
"Pada 2018, terdapat 2.2 juta pekerja asing yang didokumentasikan di Malaysia dan Pertubuhan Migran Antarabangsa menganggarkan ada sekurang-kurangnya dua juta lagi pekerja yang tidak berdokumen.",
"Jawatankuasa Khas Penyediaan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memberi jaminan bahawa bukan warganegara yang tinggal di Malaysia boleh mendapat vaksin secara percuma walaupun mereka tidak memiliki dokumen sah.",
"\n",
" ",
" ",
" ",
"",
"Jabatan Imigresen juga memberi jaminan mereka tidak akan menahan pendatang asing tanpa izi di sekitar PPV atau di PPV tersebut.",
"",
"Ain berkata, dia mempelajari bahasa tersebut dengan bantuan pekerja asing.",
"\"Setiap kali saya melihat ada antara mereka yang boleh bertutur dan memahami bahasa Inggeris dengan baik, saya minta mereka untuk mengajar saya,\" katanya.",
"\"Dalam bahasa Bengali, ayat yang biasanya saya tanya adalah tu mi ki kaj koro? yang bermaksud 'adakah anda bekerja?', dan tu mi ki asustho? bermaksud 'adakah anda mempunyai penyakit?'\" tambahnya.",
"tu mi ki kaj koro?",
"tu mi ki asustho?",
"Inisiatif untuk mudahkan tugas",
"Inisiatif untuk mudahkan tugas",
"Ain mendedahkan ada warga asing terkejut ketika mendengar dia bertutur dalam bahasa mereka, malah ada yang bertanyakan kewarganegaraannya.",
"Dalam ciapan Ain di Twitter baru-baru ini mengenai video klipnya yang bertutur dalam bahasa Nepal, Hindi dan Burma, dapat didengar terdapat individu yang dibantu memujinya kerana fasih berbahasa Urdu.",
"\n",
"\nawwww so sorry i didn’t attach subtitles but basically for every languages i asked “are you working?” and “do you have any illness?” hehe have a greaaaaat day every single one on you! and i said Thank You bc the vaccinee said “MashaAllah MashaAllah your Urdu is good” 🤣— ˗ˏˋ too turnt ansywni ˎˊ˗ 🏴 (@ainsyawani) August 19, 2021 \n",
"awwww so sorry i didn’t attach subtitles but basically for every languages i asked “are you working?” and “do you have any illness?” hehe have a greaaaaat day every single one on you! and i said Thank You bc the vaccinee said “MashaAllah MashaAllah your Urdu is good” 🤣— ˗ˏˋ too turnt ansywni ˎˊ˗ 🏴 (@ainsyawani) August 19, 2021 ",
"awwww so sorry i didn’t attach subtitles but basically for every languages i asked “are you working?” and “do you have any illness?” hehe have a greaaaaat day every single one on you! and i said Thank You bc the vaccinee said “MashaAllah MashaAllah your Urdu is good” 🤣— ˗ˏˋ too turnt ansywni ˎˊ˗ 🏴 (@ainsyawani) August 19, 2021",
"awwww so sorry i didn’t attach subtitles but basically for every languages i asked “are you working?” and “do you have any illness?” hehe have a greaaaaat day every single one on you! and i said Thank You bc the vaccinee said “MashaAllah MashaAllah your Urdu is good” 🤣",
"August 19, 2021",
"Sukarelawan lain di PPV pula menjadikan Ain sebagai teladan dengan turut mempelajari bahasa tersebut.",
"",
"\"Mereka meminta saya untuk mengajar agar mereka juga dapat mempraktikkan (bahasa tersebut)!\" katanya.",
"Sejak itu, dia mendengar beberapa orang menggunakan bahasa Bengali apabila berinteraksi dengan penerima vaksin warganegara Bangladesh.",
"\"Saya berasa terinspirasi dan gembira melihat mereka melakukannya,\" tambahnya.",
"Bagaimanapun, kata Ain, sebilangan netizen mempersoalkan keperluan dia belajar bahasa asing, sebaliknya meminta pekerja asing yang sepatutnya mempelajari bahasa Melayu.",
"\"Ini adalah inisiatif sendiri untuk saya mempelajari bahasa-bahasa lain bagi memudahkan tugas saya,\" kata Ain apabila menjawab soalan-soalan tersebut.",
"“Kita harus bersikap lebih memahami orang asing supaya mereka berasa diraikan dan gembira, ” tambahnya."
] |
Subsets and Splits