url
stringlengths
39
43
headline
stringlengths
0
101
content
sequence
https://www.malaysiakini.com/news/517979
Covid-19: Felda tangguh potongan pendapatan peneroka sehingga Jun
[ "Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menangguhkan potongan pendapatan peneroka bagi semua jenis pinjaman kebun dan sosioekonomi bagi membantu golongan itu berhadapan dengan wabak Covid-19.", "Pengarah Besar Felda, Dr Othman Omar berkata tempoh penangguhan ini bermula daripada penyata pendapatan April hingga Jun iaitu melibatkan hasil bulan Mac hingga Mei, namun ia tidak melibatkan potongan Kedai D’Mart dan Jabatan Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR).", "“Ia diberi secara automatik kepada semua peneroka tanpa permohonan kepada pengurusan Felda. Potongan yang ditangguhkan ini akan dijadualkan semula selepas tamat tempoh penangguhan. Inisiatif ini bakal memberi manfaat kepada lebih 92,000 peneroka,” katanya dalam satu kenyataan.", "Selain itu, agensi berkenaan juga mengambil langkah proaktif menyediakan Pusat Makanan Komuniti Rancangan (PMKR) untuk membantu warga peneroka yang mengalami kesulitan, cabaran serta kekangan dari segi kewangan akibat Covid-19.", "Ia dilaksanakan hasil inisiatif Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) bersama-sama dengan Jabatan Pembangunan Peneroka dan Komuniti (JPPK).", "Maklumat lanjut tentang penangguhan potongan pendapatan peneroka dan sebarang persoalan boleh dimajukan ke alamat emel [email protected] atau ke peti masuk Facebook FELDA.", "[email protected]", "[email protected]", "[email protected]", "Facebook FELDA", "Selain itu, Othman berkata sebagai usaha untuk meringankan beban kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) dalam melakukan persiapan bagi menampung pesakit Covid-19 yang dijangka meningkat pada pertengahan April ini, Felda turut menawarkan asramanya untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin.", "Ia melibatkan tiga buah asrama di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuantan di Pahang, tiga pusat latihan iaitu di Kuala Lumpur, Kerteh di Terengganu dan Chini di Pahang dan empat buah Felda Residence iaitu di Tanjung Leman di Johor, Sugai Tekam di Pahang, Trolak Perak dan Felda Sahabat di Sabah.", "Kesemua fasiliti ini mempunyai kelengkapan yang bersesuaian bagi pusat kuarantin dan boleh menampung seramai lebih 1,500 pesakit.", "Pada masa kini, Felda Sahabat telah diaktifkan sebagai pusat kuarantin yang menampung seramai 52 pesakit.", "-Bernama", "-Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/292052
Mat Sabu terus kunci mulut isu PAS
[ "\nTimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terus mengunci rapat mulutnya daripada mengulas isu pergolakan dan kehangatan menjelang pemilihan parti itu Jun ini.\n", "\n“Tak nak komen pasal isu presiden. I\n\nreserve\n\n.\n\nNo comment\n\napa-apa lagi.\n", "\nreserve\n", "\nNo comment\n", "\n“Akan ada penyelesaian,” katanya ringkas di Shah Alam selepas merasmikan muktamar tahunan PAS kawasan itu.\n", "\nBeliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung gesaan supaya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicabar dalam pemilihan parti.\n", "\nSejak beredar isu rakaman suara mirip beliau yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Hadi, Mohamad masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka berhubung perkara itu dan pergolakan dalaman PAS.\n", "\nSemalam, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, diajukan soalan sama di Kota Bharu sempena kempennya untuk pilihan raya kecil Chempaka tetapi beliau tetap enggan menjawabnya.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/135156
Rombakan PKR dijangka minggu ini
[ "\nPKR dijangka membuat beberapa perubahan pada barisan kepimpinannya dalam satu rombakan yang mungkin diumumkan hujung minggu ini.\n", "\nBeberapa ketua perhubungan dan ketua biro parti dijangka diganti manakala beberapa lantikan baru akan mengisi jawatan majlis tertinggi, badan pembuat keputusan parti.\n", "\n\n\"Terdapat beberapa perubahan kecil yang akan diumumkan kemudian oleh kepimpinan parti,\" Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu\n\nBernama\n\n.\n", "", "\nBernama\n", "\nSaifuddin berkata parti itu dijangka mengumumkan rombakan tersebut selepas mengadakan permukiman di sebuah hotel di Shah Alam hujung minggu ini.\n", "\nTerdapat spekulasi bahawa dua bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Chua Jui Meng, yang merupakan anggota majlis pimpinan pusat, akan diberi peranan lebih besar.\n", "\nZaid kini mengetuai sekretariat pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS manakala Chua menganggotai biro politik parti.\n", "\nTerdapat desas-desus bahawa ketua komunikasi parti Jonson Chong akan diganti dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga setiausaha politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.\n", "\n\n--Bernama\n\n", "\n--Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/478892
Polis nafi dua penduduk Orang Asli mati kerana sakit misteri
[ "Polis menafikan dua penduduk Orang Asli yang meninggal dunia di Kampung Kuala Koh di Gua Musang, pada 29 Mei lepas dan semalam berpunca sakit misteri.", "Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Taufik Maidin berkata kedua-dua mangsa, seorang lelaki berusia 30 tahun yang meninggal dunia pada 29 Mei lepas dan gadis berusia 21 tahun itu yang meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang semalam di kampung tersebut adalah kerana jangkitan kuman di paru-paru yang menyebabkan batuk teruk.", "“Hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas kedua-dua mayat di Hospital Gua Musang mendapati kedua-duanya meninggal dunia kerana batuk teruk dan bukan kerana sebrang sakit misteri.", "\"Malah, siasatan yang dijalankan turut mendapati ramai lagi anggota masyarakat itu yang mengidap penyakit sama termasuk 31 orang yang sedang menerima rawatan ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.", "Taufik berkata 13 daripada mereka menerima rawatan di Hospital Gua Musang manakala dua yang kritikal telah dihantar ke Hospital Kuala Krai dan selebihnya menerima rawatan di Klinik Kesihatan Aring 1 dan Klinik Kesihatan Chiku 3 sebagai pesakit luar. ", "Beliau turut menafikan dakwaan penduduk Orang Asli di perkampungan itu yang menyatakan 13 orang sudah meninggal dunia akibat penyakit tersebut memandangkan pihaknya hanya menerima laporan kematian dua orang sahaja setakat ini.", "Katanya pihaknya juga sentiasa memantau perkembangan penyakit itu dengan agensi berkaitan bagi memastikan mereka yang dijangkiti menerima rawatan segera. ", "Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/Terengganu Hashim Alang Abdul Hamid berkata pihaknya juga belum menerima laporan penuh berhubung dakwaan 13 kematian penduduk Orang Asli dalam tempoh sebulan lepas akibat jangkitan kuman. ", "Beliau berkata setakat ini pihaknya hanya menerima laporan dua kematian sahaja namun menegaskan perkara itu sedang disiasat termasuk mendapatkan senarai nama lengkap mereka yang telah meninggal dunia. ", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/353911
Mahathir sudah minta maaf, Umno pula bila?
[ "Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) menyeru Umno tidak “hipokrit” terhadap permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membataskan kuasa Yang di-Pertuan Agung ketika berkuasa.", "Mengakui Mahathir pernah silap, pemimpin muda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata bekas perdana menteri itu sekurang-kurangnya telah meminta maaf.\n\n“Bagaimana pula dengan Umno?", "", "", "“Tak salah ingin menegur. Tapi, bersihkanlah halaman sendiri dulu sebelum nak membersihkan halaman orang lain.", "“Jangan jadi hipokrit,” kata bekas pendebat terbaik Asia itu.", "Mahathir pada 25 Ogos memohon maaf kerana meminda perlembagaan supaya kelulusan dan tandatangan Agong tidak lagi perlu untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.", "Katanya, dengan tindakan itu, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baru telah mula berkuat kuasa, walaupun Agong tidak menandatanganinya.", "Syed Saddiq membangkitkan perkara itu susulan kritikan terbaru pemimpin Umno berkaitan kenyataan Mahathir berkaitan Bangsa Johor.", "Mahathir berkata menyemarakkan semangat kebangsaan negeri seperti bangsa Johor tidak sihat untuk Malaysia dan boleh membawa kepada keruntuhan persekutuan.\n\nSultan Johor Sultan Ibrahim almarhum Sultan Iskandar turut memberitahu Mahathir supaya menutup mulut daripada membuat kenyataan liar.", "", "", "Baginda berkata “dia berkeliaran memecah belah rakyat, termasuk orang Melayu, semasa saya sedang menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum”.\n\nBagaimanapun, Syed Saddiq mempertikaikan sikap Umno selama ini terhadap sistem raja berperlembagaan.", "", "", "“Di manakah Umno apabila Majlis Keselamatan Negara diluluskan tanpa kelulusan daripada Majlis Raja-raja?", "“Bahkan permintaan Majlis Raja-raja agar rang undang undang ini digubal semula pada 17 Februari tahun ini tidak diendahkan; di manakah Umno-BN?” soalnya.", "Beliau juga membangkitkan kenyataan seorang menteri Umno yang memberi amaran supaya Tunku Mahkota Johor sedia untuk dibelasah jika mencampuri urusan politik sebelum ini.\n\nBegitu juga dengan kenyataan anggota parlimen Langkawi Datuk Nawani Ahmad di media sosial bahawa Malaysian Official 1 (MO1) adalah Agong.", "", "", "Beliau dilaporkan berkata tidak merujuk kepada MO1 yang disebut 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk menyita harga berkaitan 1MDB, sebaliknya menyebut “Malaysia Official Number One”." ]
https://www.malaysiakini.com/sukan/471365
Mehmed anggap Perak tak bernasib baik
[ "Jurulatih Perak, Mehmed Durakovic mengakui pasukannya tidak bernasib baik untuk meraih mata penuh apabila sekadar terikat 2-2 menentang PKNS FC dalam aksi Liga Super 2019 di Stadium Perak, di Ipoh, Perak, malam tadi.", "Katanya meskipun sedikit kecewa namun beliau tetap berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya sepanjang 90 minit perlawanan.", "\"Saya berpuas hati kami meraih satu mata. Secara jujurnya, kami boleh menang jika dua atau tiga peluang yang terhasil dapat disudahkan ke dalam jaring gol PKNS. ", "\"Apapun saya gembira dengan komitmen yang ditunjukkan oleh para pemain walaupun beraksi di atas padang yang licin sepanjang 90 minit permainan,\" katanya dalam sidang media selepas perlawanan.", "Dalam perlawanan itu, gol pertama pasukan Perak dijaringkan Muhammad Shahrel Fikry Md Fauzi pada minit ke-38 selain gol kedua disumbangkan pemain import dari Brazil, Gilmar Da Silva di minit ke-52.", "Sementara itu, PKNS FC pula membalas dengan dua jaringan yang dihasilkan Gabriel Guerra pada minit ke-22 dan Romel Morales pada minit ke-55.", "Mehmed berkata, beliau turut memuji aksi yang ditampilkan pasukan pelawat kerana berjaya menyukarkan misi Perak untuk meraih tiga mata penuh. ", "\"Kita seharusnya berikan kredit kepada mereka kerana berjaya mempamerkan aksi bertenaga terutama dalam bertahan dan ia sememangnya menyukarkan kami untuk mencari gol tambahan,\" katanya. ", "Sementara itu, jurulatih PKNS FC, K. Rajagopal berkata, beliau berpuas hati dengan keputusan seri yang dicatatkan oleh pasukannya pada perlawanan tersebut. ", "Katanya, para pemain terutama pertahanan kanan, K. Kannan telah menunjukkan aksi yang terpuji meskipun baru pertama kali diturunkan dalam aksi liga super pada musim ini. ", "", "", "-- Bernama", "Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/417578
Husam: Pakar London siasat suara 'ambil duit Umno'
[ "Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan difahamkan audio rakaman yang dikatakan mirip seorang pemimpin PAS yang bercakap tentang pembiayaan daripada Umno telah dihantar ke London untuk dianalisis.", "Pengerusi HARAPAN Kelantan, Husam Musa berkata siasatan itu dilakukan seorang profesor yang pakar dalam bidang siasatan fonetik atau pengecaman suara bernama Allen Hirson.", "\"Saya difahamkan audio ini telah dihantar ke makmal City Universty di London, dikaji oleh seorang profesor di sana. Seorang pensyarah bahagian fonetik, bernama Allen Hirson", "\"Dia telah mengendalikan 1,100 kes di mahkamah berkaitan dengan mengecam suara orang,\" katanya dalam ceramah di Kota Bharu, malam semalam.", "Pada Februari lalu, klip audio di media sosial yang didakwa sebagai 'bukti' penyaluran wang oleh Umno kepada PAS menjadi tular.", "Rakaman selama seminit 18 saat itu mendakwa PAS meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan PAS.", "Antara lain, wang berkenaan adalah untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak dan untuk menjatuhkan DAP.", "Mengulas lanjut, Husam berkata, pada 30 April depan audio tersebut akan dibawa ke mahkamah di London pula bagi menentukan kesahihan pemilik suara tersebut susulan kajian dibuat oleh Hirson.", "\"Jadi insya-Allah, kita di sini tak perlu bergaduh dan akan dibawa ke mahkamah di London pada 30 April akan datang. Bukan saya yang bawa, orang lain. Saya tolong bagitahu saja.", "\"Saya cam suara dia (Nik Abduh) sejak kecil lagi, secara saintifik kita boleh hantar ke makmal,\" jelasnya.", "Sementara itu, versi penuh audio tersebut disebar di media sosial antara lain mendedahkan beberapa pimpinan PAS mengambil wang daripada Umno selain suara yang dikatakan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa mempunyai hubungan dengan pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.", "Beberapa nama turut dipetik dalam rakaman audio itu termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dan menantu Abdul Hadi, Zaharuddin Muhammad.", "Ketika petikan pertama rakaman itu disebarkan baru-baru ini, Nik Abduh sudah membuat penafian.", "Katanya, dakwaan berkenaan adalah \"karut, mengarut dan fitnah\" terhadap dirinya serta PAS." ]
https://www.malaysiakini.com/news/633994
PRU15: Kalau nak kawan, kawan betul-betul, kata PAS
[ "PAS tidak memberikan autonomi kepada PAS negeri untuk memutuskan kerjasama dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man.", "Dalam satu temubual dengan saluran YouTube FengRenGuan, Tuan Ibrahim berkata parti itu menggunakan pendekatan yang sama di kubu kuatnya di negeri Pantai Timur dan Pantai Barat.", "“Hingga setakat ini kita tak ada autonomi. Bermakna bahawa polisi kita adalah sama, (di) Pantai Timur atau Pantai Barat, sama. Tak ada autonomi untuk setiap negeri, tetapi fleksibiliti untuk memilih rakan partner dalam politik, itu kita ambil kira kekuatan yang ada.", "“Sebagai contoh, kalau kita nak menang di Selangor, kalau PAS dengan Umno tak berpakat saya rasa akan kekal pada PH.", "“Jadi Umno pun tahu situasi itu dan Umno nak pakat dengan PAS di Selangor,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.", "Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata tawaran Umno untuk bekerjasama dengan PAS mesti diperluas ke seluruh negara, dan bukan sahaja di negeri-negeri terpilih.", "Pada masa sama, dia berkata kerjasama itu juga perlu melibatkan Bersatu untuk menyatukan semua parti utama Melayu-Islam.", "", "", "", "“Saya beritahu, kalau nak pakat, pakat satu negara. You tak boleh pakat tempat you suka, tempat you tak suka you lawan, mana boleh.", "You", "you", "you", "you", "“Di Kelantan, Terengganu nak lawan PAS tapi di Selangor nak kawan, mana boleh. Kalau nak kawan, kawan betul-betul. Kalau nak lawan, lawan betul-betul,” katanya.", "PAS-Umno di Selangor", "PAS-Umno di Selangor", "Pada Mei lalu, Pengerusi BN Selangor Noh Omar berkata Umno dan PAS akan mengelak daripada bertanding di kerusi yang sama di negeri itu, dengan harapan untuk menumbangkan PH.", "mengelak daripada bertanding", "Menurut Ahli Parlimen Tanjong Karang itu, dengan strategi itu, Umno dan PAS mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 30 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, kata Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.", "Antara pemimpin PAS Selangor yang sebelum ini menyuarakan sokongan terhadap kerjasama dengan Umno termasuklah Pesuruhjaya PAS negeri, Ahmad Yunus Hairi dan Setiausaha Perhubungan Negeri Roslan Shahrir Mohd Shahir.", "Di peringkat kepimpinan pusat, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin baru-baru ini berkata Umno tidak seharusnya melarang kepimpinan negeri dan bahagian daripada bekerjasama dengan PAS untuk pilihan raya umum akan datang.", "tidak seharusnya melarang", "Dia berkata demikian sebagai menjawab amaran Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan kepada semua bahagian Umno, termasuk Selangor yang memohon autonomi untuk menewaskan PH dalam pilihan raya akan datang, supaya berpegang kepada keputusan parti yang dibuat semasa perhimpunan agung tahunannya pada Mac lalu.", "amaran", "", "" ]
https://www.malaysiakini.com/news/612232
'Akar umbi PKR tak puas hati, mungkin tak bantu Muda'
[ "Akar umbi PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan Muda bertanding di Larkin menentang calon parti Dr Zamil Najwah Arbain, dan mereka dijangka tidak akan memberikan sokongan kepada Muda di enam kerusi yang ditandingi.", "Pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh berkata akar umbi parti itu sebahagian besarnya kecewa dengan pengumuman mengejut Muda bahawa ia akan meletakkan ketua penerangan Johor Rasid Abu Bakar di Larkin, selepas gagal dalam rundingan awal.", "\"Kami tidak akan membantu Muda sebagai tanda protes, tapi akhirnya terpulang kepada ahli akar umbi kami,\" kata Fuziah ketika ditemui di pusat operasi PKR Pasir Raja di mana dia hadir bersama calon parti Mohd Fakharuddin Moslim.", "“Apabila Muda membuat keputusan untuk ‘clash’ (bertembung) di Larkin, mereka tidak menunjukkan semangat kerjasama.", "clash", "“Tapi PKR adalah parti yang matang dan kami berfikir menjangkaui Muda, kami fikir untuk rakyat,\" kata Fuziah.", "Melalui rundingan, Muda telah diperuntukkan enam kerusi - empat daripada Amanah dan dua daripada DAP - manakala permintaan parti itu untuk meletakkan calon di tiga kerusi PKR gagal.", "Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh semalam berkata PKR memutuskan untuk tidak bertindak balas terhadap Muda kerana menghormati persetujuan DAP dan Amanah, walaupun desakan dari akar umbi untuk meletakkan calon di Puteri Wangsa.", "Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata jenteranya akan menyokong rakan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) di mana-mana kerusi yang bertembung yang tidak diperuntukkan kepada Muda.", "Bagaimanapun, Khalid menggesa semua komponen PH termasuk PKR supaya menyokong calon Muda di empat kerusi yang asalnya diperuntukkan kepada Amanah.", "Permohonan keahlian", "Permohonan keahlian", "Sementara itu, Fuziah turut menerima 30 borang keahlian PKR daripada Rosnah Suliman, iaitu bekas ahli Bersatu.", "Dia berkata walaupun PKR telah berhenti mengemas kini daftar keahlian buat sementara waktu menjelang pemilihan parti yang dijadualkan diadakan pada April, borang keahlian fizikal masih akan diterima.", "Turut hadir merupakan Ketua Bahagian PKR Tenggara Shamsuri Shahdan." ]
https://www.malaysiakini.com/news/125158
Remaja orang Asli mengaku tak bersalah bunuh penoreh
[ "\nEmpat remaja lelaki Orang Asli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Seremban hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang penoreh getah tahun lalu.\n", "\nNorman Ajiman, 19, Hijam Waseh, 21, serta dua beradik Faizal Jalil, 22, dan abangnya Saipol Jalil, 23, didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Zamri Selamat, 23, di padang awam hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Sampoo, Bahau, Jempol.\n", "\nMereka dituduh bersama-sama melakukan kesalahan itu di antara 9 malam 5 Oktober 2009 hingga 8.30 pagi 6 Oktober 2009.\n", "\nBagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.\n", "\nPesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.\n", "\nPendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin.\n", "\nNorman diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil manakala peguam Roseli Abd Gani mewakili Hijam. Faizal dan Saipol, bagaimanapun masih belum mendapat khidmat peguam.\n", "\n\n\n", "\n", "\n - Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/664480
UiTM teliti dakwaan data lebih 11,000 pemohon bocor
[ "Universiti Teknologi MARA (UiTM) sedang meneliti dakwaan 11,891 nombor kad pengenalan dan e-mel pemohon telah dibocorkan.", "Akaun Twitter rasmi institusi itu mengesahkan pihak mereka ambil maklum mengenai dakwaan berkenaan dan meminta pengadu menghubungi mereka dengan maklumat lanjut yang berkaitan.", "Ini selepas seorang pengguna Twitter menyiarkan dakwaan bahawa UiTM baru sahaja menerbitkan senarai hampir 12,000 nombor kad pengenalan dan e-mel pemohon sebagai pautan tidak selamat.", "Menurut aduan itu, ini dilakukan bagi tujuan membenarkan calon menyemak butiran mereka.", "Sooo... Uitm just dropped a list of more than 10k NRIC numbers and emails of applicants as a plain unsecured link. It's their way of letting candidates check their particulars using the browser search function from a gsheet.Screenshots inside 🔻— Here we go again. (@imraimy) May 9, 2023 ", "Sooo... Uitm just dropped a list of more than 10k NRIC numbers and emails of applicants as a plain unsecured link. It's their way of letting candidates check their particulars using the browser search function from a gsheet.Screenshots inside 🔻— Here we go again. (@imraimy) May 9, 2023 ", "Sooo... Uitm just dropped a list of more than 10k NRIC numbers and emails of applicants as a plain unsecured link. It's their way of letting candidates check their particulars using the browser search function from a gsheet.Screenshots inside 🔻— Here we go again. (@imraimy) May 9, 2023", "Sooo... Uitm just dropped a list of more than 10k NRIC numbers and emails of applicants as a plain unsecured link. It's their way of letting candidates check their particulars using the browser search function from a gsheet.Screenshots inside 🔻", "", "", "May 9, 2023", "", "Pada 2019, portal teknologi lowyat.net melaporkan bahawa sejumlah 1,164,540 rekod milik pelajar yang mendaftar untuk pelbagai kursus di UiTM antara 2000 dan 2018 telah dibocorkan dalam talian.", "lowyat.net", "Data yang bocor itu didakwa termasuk rekod terperinci pelajar dari kampus induk UiTM di Shah Alam, serta 13 kampus negeri di seluruh negara." ]
https://www.malaysiakini.com/news/477352
Dakwaan tipu status GLC T'ganu: Lebih baik diam diri - MB
[ "Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengambil pendekatan mendiamkan diri dari mengulas dakwaan dirinya berbohong berkenaan status sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).", "Sebaliknya, Ahmad Samsuri menyerahkan segala tindakan lanjut kepada syarikat perlombongan yang membuat dakwaan sedemikian.", "\"Saya rasa kalau ia merujuk kepada apa yang saya katakan (isu GMSB), kalau dia rasa tidak betul, saya serahkan kepada dialah.", "\"Apa juga langkah seterusnya, kita tidak ada apa-apa lagi yang hendak diperkatakan dan saya rasa di pihak kita adalah lebih baik kita berdiam diri dan biarlah langkah-langkah yang dia hendak buat,\" katanya kepada Malaysiakini  di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.", "Malaysiakini", "Pada 21 Mei lalu, pengarah urusan sebuah syarikat perlombongan mendakwa Ahmad Samsuri berbohong kepada media berkenaan status sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).", "R Rajagopal, pengarah kepada Golden Mineral Sdn Bhd (GMSB) yang baru-baru ini menang saman terhadap GLC, Permint Mineral Sdn Bhd (PMSB), mendakwa Samsuri memberi kenyataan palsu apabila mengatakan PMSB telah dibubarkan.", "Rajagopal merujuk kenyataan Samsuri yang disiarkan Berita Harian 15 Mei lalu, yang mengatakan kerajaan negeri menyerahkan soal melunaskan pampasan RM15.3 juta kepada GMSB kepada proses undang-undang.", "Beliau juga dipetik berkata, kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa kerana syarikat itu telah dibubarkan, dan soal perundangan itu antara dua syarikat tersebut.", "Mahkamah Rayuan pada September 2018 mengarahkan PSMB membayar pampasan RM15.3 juta kepada GMSB.", "Pampasan itu untuk 20 bulan - antara Ogos 2010 hingga Mac 2012 - ketika Golden Mineral tidak dapat menjalankan kegiatan perlombongan di Kemaman, Terengganu ekoran pertikaian kontrak antara kedua-dua pihak.", "Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Mac lalu." ]
https://www.malaysiakini.com/news/175801
Perbualan 'intim': Tak tahu, kata Mat Sabu
[ "\nTimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak tahu menahu berhubung rakaman perbualan intim yang dimuat di internet dan diperkatakan di blog dan laman web pro-Umno yang mendakwa melibatkannya dan seorang wanita.\n", "\n\n\"Saya tidak tahu. Saya tidak pernah dengar,\" katanya ringkas sambil tersenyum ketika diminta mengulas dakwaan terdapat rakaman antaranya dan wanita yang dikatakan Normah Abdul Halim.\n", "", "\nDitanya sama ada beliau mengenali wanita tersebut, Mohamad (\n\nkiri\n\n) hanya menjawab beliau tidak beminat melihat rakaman sebegitu.\n", "\nkiri\n", "\n\"Video (seks presiden MCA) Soi Lek pun saya tidak tengok.\n", "\n\"Saya video-video macam ini memang tidak pernah suka,\" katanya, sekali gus mengundang ketawa kecil pemberita.\n", "\n\nPortal pro-BN\n\nAgendadaily\n\npada 10 September melaporkan, bekas naib ketua Pemuda PKR Zahid Md Arip mengaku ‘begitu teruja’ mendengar dengan teliti detik-detik perbualan itu dan mendakwa ia \"amat seiras dengan suara Mat Sabu\".\n", "", "\nAgendadaily\n", "\nBagaimanapun, katanya, beliau tidak berani kata suara wanita itu Normah kerana tidak mengenalinya.\n", "\nLaporan itu menggambarkan \"syahdunya\" dan boleh menaikkan syahwat suara yang ‘bercengkarama’ dalam rakaman tersebut - yang didakwa dirakam semasa mereka jalin hubungan pada tahun 1994.\n", "\n\nBagaimanapun, katanya, beliau tidak berani kata suara wanita itu Normah kerana tidak mengenalinya.\n", "", "\nSementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad yang hadir sama dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara itu menyampuk dengan berkata, isteri Mohamad juga bernama Normah.\n", "\n“Apabila tak boleh lawan dasar (Pakatan Rakyat), ditimbulkan pula isu-isu sebegini,” katanya yang juga anggota parlimen Shah Alam.\n", "\n\n\n", "\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/314618
2,000 berdiri, Palmyra direbahkan IS
[ "\nKumpulan bersenjata Negara Islam (IS) di timur tengah memusnahkan binaan bersejarah hampir 2,000 tahun di bandar lama Palmyra, Syria.\n", "\nBinaan berupa gerbang yang berdiri sejak zaman neolitik itu dirobohkan selepas IS merampas tempat itu Mei lalu.\n", "\nTapak itu antara tinggalan warisan empayar Roman, Parsi dan kerajaan-kerajaan timur.\n", "\nAktivis sejarah Maamun Abdulkarim memberitahu\n\nAFP\n\n, mereka menerima maklumat berhubung pemusnahan itu semalam.\n", "\nAFP\n", "\n“Ini sebuah pemusnahan sistematik. Mereka mahu ratakan ia sepenuhnya.\n", "\n“Mereka mahu musnahkan amfiteater, deretan tiang.\n", "\n\"Kami bimbang keadaan seluruh kota (lama ini),” katanya sambil mendesak bantuan masyarakat antarabangsa untuk menyelamatkan Palmyra.\n", "\n\n- Agensi\n\n", "\n- Agensi\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/343079
BN, PAS bergabung tenaga bawa hudud, dakwa Guan Eng
[ "Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa bahawa BN dan PAS telah bekerjasama untuk membentangkan usul hudud di Dewan Rakyat untuk tujuan politik.", "\"Ini adalah kerjasama antara Umno dan PAS ... antara BN dan PAS,\" katanya.", "Beliau menggesa rakan-rakan BN - MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak - untuk menyatakan pendirian mereka.", "\"Mereka kata  akan keluar daripada BN ... Saya ingin tahu jika mereka (masih) bersedia untuk berbuat demikian,\" katanya.", "Beliau mendakwa bahawa rang undang-undang persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak mengikut perlembagaan.", "Beliau memberi amaran bahawa sekiranya rang undang-undang itu diluluskan di Parlimen, ia akan memberi kesan ke atas sistem kehakiman.", "\"Tidak lama lagi, kita akan lihat negara amalkan dua sistem (undang-undang),” katanya di lobi Parlimen.", "Jika rang undang-undang itu diluluskan, ini akan merintis jalan untuk pelaksanaan hudud  di Kelantan.", "[Baca berita penuh]", "[Baca berita penuh]", " " ]
https://www.malaysiakini.com/news/348741
Rakyat Malaysia di Istanbul cerita detik cemas
[ "Keadaan di Istanbul menakutkan, kereta kebal berkawal di merata tempat dan bunyi jet pejuang kedengaran setiap masa, kata seorang rakyat Malaysia yang kini berada di Turki, berhubung cubaan\nrampasan kuasa di negara itu.", "", "Menceritakan detik cemas itu, Aizat Shamsuddin, 24, berkata beliau yang\ndalam perjalanan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul telah ditahan oleh anggota tentera.", "", "\"Pemandu bas mengarahkan kami semua keluar kerana tentera tidak benarkan kami pergi ke lapangan terbang itu.", "\"Mereka (anggota tentera) adakan sekatan jalan di semua kawasan dan tidak benarkan orang awam lalu, saya naik teksi dan gunakan jalan lain tetapi tidak berjaya,\" katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.", "Bernama", "Aizat yang dalam perjalanan ke Durban, Afrika Selatan untuk menghadiri\npersidangan anjuran sebuah badan bukan kerajaan, transit di Istanbul kira-kira tujuh jam sebelum mengambil penerbangan sambungan.", "", "Beliau berkata terdapat sekumpulan kecil rakyat Turki yang cuba\nmenimbulkan provokasi dan protes terhadap anggota tentera yang membuat sekatan.", "", "Katanya tindakan kumpulan itu menyebabkan anggota tentera melepaskan beberapa das tembakan ke udara sebagai tanda amaran.", "\"Saya bersama beberapa rakyat negara itu lari selepas tembakan itu kerana bimbang akan keselamatan diri.", "\"Bunyi azan juga kedengaran setiap masa dan memang ini pengalaman yang menakutkan... harap tiada benda buruk berlaku,\" katanya.", "Aizat berkata beliau telah menghubungi Kedutaan Malaysia di Turki dan kini berada di lobi sebuah hotel yang terletak lima kilometer dari Lapangan Terbang Ataturk.", "\"Saya menaiki sebuah kereta milik pramugari Turkish Airlines untuk ke hotel itu... bayangkan lapan orang berada di dalam kereta sebesar kereta Perodua Axia.", "\"Demi menyelamatkan diri sanggup berhimpit... memang askar ada di mana-mana dan ini merupakan pengalaman ngeri...harap semuanya selamat,\" katanya.", "Tentera Turki cuba melakukan rampasan kuasa pada Jumaat, mengakibatkan keadaan huru-hara apabila tentera menguasai jalan-jalan di Ankara dan Istanbul.", "Agensi berita China Xinhua melaporkan bahawa penempatan tentera dengan dilengkapi senjata berat dapat dilihat pada awal pagi Sabtu di Ankara, ibu negara Turki, dan Istanbul, bandar dengan jumlah penduduk paling padat di negara itu.", "Dalam sidang akhbar di Istanbul, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan\ndilaporkan berkata mereka yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa itu akan dihukum dan misi untuk membersihkan sepenuhnya elemen khianat dalam tentera Turki telahpun bermula.", "", "-Bernama", "-Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/hiburan/459728
Artis jual tubuh: Rp300 juta sekali pun ada, kata Nikita
[ "Beritanya cukup untuk membuat ramai terkejut, termasuk di mata selebriti kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani.", "Bercerita mengenai 'harga' ditetapkan untuk berpacaran dengan Vanessa Angel, Nikita berkata, dirinya sendiri mempunyai harga yang lebih murah berbanding Vanessa.", "“Ya, tapi tarif saya jauh lebih murah berbanding Vanessa,” katanya seperti dipetik Tribunnews.", "Tribunnews", "Menurut Nikita, 32, memang ada artis menawarkan harga hingga mencecah ratusan juta rupiah sebelum boleh seseorang lelaki melanggan mereka.", "Bagaimanapun, kata pelakon filem Lihat Boleh, Pegang Jangan itu, perkhidmatan seks yang ditawarkan tidak terhad kepada wanita bahkan ia juga merangkumi golongan selebriti lelaki.", "Lihat Boleh, Pegang Jangan", "Khidmat itu, katanya, ditawarkan kepada wanita elit.", "Nama Vanessa begitu panas beberapa hari ini selepas dia ditangkap bersama seorang lelaki di atas ranjang dalam sebuah bilik hotel mewah.", "Harga diri sangat rendah", "Harga diri sangat rendah", "Harga diri sangat rendah", "Harga diri sangat rendah", "", "Bagaimanapun polis menegaskan serbuan itu dilakukan sebelum ada sebarang aktiviti seksual berlaku. Lelaki itu pula tidak didedahkan namanya, kecuali sebagai R dan merupakan seorang tauke pasir.", "Untuk rekod Nikita bukan asing dalam isu kontroversi. Sebelum Vanessa nama Nikita terlebih dulu jadi bualan kerana turut dicekup pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki menjaja tubuhnya.", "Bagaimanapun polis dilapor tidak dapat menemukan sebarang bukti ke atas pembabitan Nikita dan dia juga tidak didakwa setakat ini.", "", "Nikita Mirzani", "Nikita Mirzani", "", "Nikita Mirzani", "", "Wujud persamaan dalam kes Nikita dan Vanessa, iaitu perkhidmatan itu ditawarkan - dan dikendalikan - secara dalam talian.", "Berkongsi lanjut pengalamannya, kata Nikita, dia sebenarnya mengenali salah seorang daripada artis senior yang menawarkan perkhidmatan seks dengan harga yang sangat tinggi.", "“Ada artis senior banyak. Ada juga sampai Rp300 juta (lebih RM87,300),\" katanya.", "Nikita kemudian ditanya lagi sekiranya ada lelaki hidung belang pernah menawarkan harga dengan nilai ratusan juta untuk bermalam dengannya.", "“Tak ada yang mahu,” katanya.", "Sementara itu, seorang lagi artis Indonesia, Kimberly Rider turut memberi komentar berhubung skandal yang membayangi Vanessa.", "Bagaimanapun dipercayai kenyataan Kimberly itu lebih besifat menyindir.", "", "", "Baca 45 artis, 100 model didakwa jual tubuh di Indonesia", "Baca 45 artis, 100 model didakwa jual tubuh di Indonesia", "Baca ", "Baca ", "", "45 artis, 100 model didakwa jual tubuh di Indonesia", "", "", "", "", "Menurut pelakon sinetron Bidadari-bidadari Surga itu harga ditawarkan bagi meniduri Vanessa disifatkannya terlalu murah.", "Bidadari-bidadari Surga", "“Bagi saya tidak sesuai. Maksudnya anda menjual diri dengan harga serendah itu sedangkan yang mahu beli itu banyak duit,” katanya.", "Bagi Kimberly, 35, seseorang wanita sepatutnya mempunyai harga diri yang sangat tinggi.", "Bagaimanapun, Kimberly yang pernah menjayakan filem kolaborasi Malaysia-Indonesia berjudul Kastil Tua itu menolak sekiranya karier Vanessa sebagai artis membawa pengaruh negatif.", "Kastil Tua", "Dia yakin, pembabitan Vanessa sebagai anak seni berada di landasan yang benar.", "Kimberly juga berkata, selama pembabitannya dalam dunia hiburan, dia tidak pernah mengikut mana-mana perniagaan haram yang beredar di sekelilingnya.", "“Orang kenal sebab kita selebriti, justeru lakukan perkara-perkara positif sajalah. Kalau negatif jangan diikuti,” katanya." ]
https://www.malaysiakini.com/news/463663
Muhyiddin: Saya luluskan lawatan pasukan IGP ke Istanbul
[ "Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mengesahkan Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun mengetuai delegasi pasukan pegawai kanan pasukan keselamatan itu dalam lawatan ke Istanbul bagi belajar kaedah menangani jenayah judi dalam talian.", "Menurutnya lawatan itu ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, di bawah Kementerian Kewangan.", "\"Saya luluskan lawatan itu. Saya tidak nafikan. Ini sesuatu yang diperlukan pasukan polis,\" katanya kepada pemberita di Semenyih hari ini.", "Menteri berkata beliau memberi kelulusan selepas pihak polis membuat permohonan tetapi tidak pasti jumlah pegawai yang menyertai program lawatan sambil belajar ke Turki itu.", "Muhyiddin diminta mengulas artikel Sarawak Report pada 10 Februari lalu mengenai lawatan berkenaan.", "Sarawak Report", "Artikel itu mendakwa kira-kira 16 orang pegawai menyertai lawatan itu dan sebanyak RMRM312,441 mungkin dibelanjakan untuk tiket kapal terbang kelas perniagaan dan tempat penginapan.", "[Baca berita penuh]", "[Baca berita penuh]" ]
https://www.malaysiakini.com/news/450921
Bekas pengarah syarikat hadapi empat tuduhan rasuah
[ "Bekas pengarah syarikat pembinaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini atas empat pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM270,000 sebagai upah memberi kontrak kepada sebuah syarikat lain bagi kerja-kerja pembinaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), enam tahun lepas.", "Affendy Bahrom, 44, dari Bukit Jelutong, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.", "Bekas pengarah Syarikat Maxwell Accent JV Sdn Bhd itu didakwa memperoleh suapan untuk dirinya dalam bentuk cek berjumlah RM40,000, RM40,000, RM80,000 dan RM110,000 daripada pengarah Syarikat Malim Resources, Mohd Asri Omar, antara 18 Mei 2012 dan 10 Okt 2012, sebagai upah bagi beberapa kerja pembinaan di klia2.", "Affendy yang kini seorang ahli perniagaan didakwa melakukan kesemua kesalahan di tiga bank berasingan di Kelana Jaya dan Shah Alam, dan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.", "Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.", "Rozilah membenarkan Affendy dibebaskan dengan jaminan RM40,000 serta seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 6 Dis ini untuk sebutan semula kes. Mahkamah turut memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.", "Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Hazirah Azeman sementara Affendy diwakili peguam A. G. Kalidas.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/226163
Dua didakwa kes menipu tawar pingat diraja
[ "\nSeorang presiden dan setiausaha sebuah pertubuhan amal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Johor Bahru hari ini atas tiga tuduhan menipu tiga individu sehingga mendorong kesemua mangsa menyerahkan wang berjumlah RM23,500, antara Januari dan Mac lepas.\n", "\nLau Kok Chai, 65, dan Hamizan Maspar, 39, yang merupakan Presiden dan Setiausaha Agung Pertubuhan Amal Perpaduan Negeri Johor (Peraja) didakwa menipu seorang lelaki, P Poobalan bagi menyerahkan wang RM10,000 dengan cara menawarkan keahlian kehormat VVIP Peraja bagi mendapatkan nombor kenderaan persendirian, jemputan menghadiri sebarang majlis di seluruh negara dan membantu mendapatkan pingat daripada pihak istana seluruh negara.\n", "\nKedua-dua mereka turut didakwa menipu dua lagi lelaki, Low Keng Theong bagi menyerahkan wang RM10,000 dan Ong Teow Keng bagi menyerahkan wang RM3,500 dengan cara tawaran yang sama dan menyatakan bahawa pertubuhan itu merupakan naungan Sultan Johor.\n", "\nKetiga-tiga perbuatan terbabit dilakukan antara Januari dan 22 Mac lepas dan dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.\n", "\nHamizan, yang beralamat di Taman Pertama, Muar dan Lau yang beralamat di Taman Mas Merah, Muar masing-masing turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas tuduhan menipu dan menyamar ke atas seorang anggota polis.\n", "\nKedua-duanya dituduh menipu ASP Mohd Norazizi Badri dengan menyamar sebagai Yang Mulia Engku dari kerabat diraja Johor dan Datuk daripada Sultan Johor yang menyebabkan Mohd Norazizi memanggil kedua-dua mereka dengan gelaran berkenaan.\n", "\nKesalahan terbabit dilakukan di Kompleks Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru antara 14 Mac dan 28 Mac lepas.\n", "\nKedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.\n", "\nTimbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali memohon mahkamah menetapkan wang ikat jamin RM12,000 seorang bagi setiap pertuduhan.\n", "\nKedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan dengan alasan mempunyai tanggungan lain, sudah tua dan sudah insaf atas perbuatan itu.\n", "\nMajistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias kemudian menetapkan wang jaminan RM8,000 seorang bagi setiap pertuduhan dan 22 April depan untuk sebutan semula kes.\n", "\n-\n\nBernama\n\n", "\nBernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/369199
Majlis Peguam minta k'jaan percepat cadangan pindaan
[ "Majlis Peguam Malaysia mengalu-alukan pembentangan pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, November lepas, bagi menangani isu penukaran agama kanak-kanak kepada Islam secara sebelah pihak.\n\nJusteru, majlis itu menggesa kerajaan mempercepatkan cadangan pindaan tersebut.\n\nPresidennya, Steven Thiru berkata cadangan pindaan itu akan memastikan kanak-kanak berkenaan kekal dalam agama ibu bapanya pada waktu perkahiwnan mereka, sebelum salah seorang pasangan itu kemudian memeluk Islam.\n\nDi samping mempercepatkan pindaan itu, kerajaan juga perlu bergerak ke arah menyeragam undang-undang Islam di semua negeri yang memperuntukan kedudukan yang bertentangan, katanya di majlis perasmian istiadat badan kehakiman sempena Tahun Undang-Undang 2017 di Putrajaya semalam.\n\nKetika cadangan pindaan akta tersebut belum muktamad, katanya, badan perundangan negeri perlu mengelak daripada mengubal undang-undang yang membenarkan penukaran agama secara sebelah pihak.\n\nTerdahulu dalam ucapannya, katanya, penukaran agama kanak-kanak kepada Islam secara sebelah pihak dibawa dalam wacana awam susulan kes mahkamah melibatkan ibu beragama Hindu, M. Indira Gandhi dan S. Deepa dengan bekas suami masing-masing yang memeluk Islam dan menukar agama anak mereka.\n\nDisember lepas, Dewan Undangan Negeri Perlis meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2016 yang membolehkan salah seorang daripada ibu bapa menukar agama anak mereka kepada Islam.\n\nSelain isu penukaran agama secara sebelah pihak, Thiru berkata Majlis Peguam juga telah bekerjsama dengan kerajaan dalam menangani isu-isu perundangan yang melibatkan penderaan seksual kanak-kanak.\n\n\"Majlis Peguam terkejut dengan pendedahan kisah hampir 200 bayi dan kanak-kanak didera secara seksual dalam tempoh masa hampir sembilan tahun oleh seorang pedofilia rakyat British, Richard Huckle yang tinggal di Malaysia,\" katanya.", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "Menurutnya, tindakan pantas kerajaan terhadap kejadian seperti itu dengan menubuhkan pasukan petugas mengenai jenayah seksual dan cadangan penggubalan Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak bagi menuntut pembaharuan dalam undang-undang sedia ada adalah membanggakan.\n\nKatanya, akta tersebut akan memperkenalkan kesalahan-kesalahan baru terhadap kanak-kanak serta memberi keutamaan kepada keterangan kanak-kanak dan juga penubuhan mahkamah khas untuk pesalah seksual kanak-kanak.\n\nThiru berkata Majlis Peguam telah mewujudkan Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak pada Ogos tahun lepas bagi mengkaji dan mencadangkan pembaharuan perundangan bagi meningkatkan perlindungan kepada kanak-kanak serta melatih peguam mengenai etika ketika mewakili kanak-kanak yang berdepan dengan konflik undang-undang.\n\nKatanya, jawatankuasa itu sedang berunding dengan pasukan petugas mengenai jenayah seksual bagi membincangkan rangka kerja cadangan undang-undang bagi Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak.\n\n\"Kami telah menulis kepada Pejabat Perdana Menteri untuk meminta salinan draf rang undang-undang dan berharap untuk menerimanya tidak lama lagi bagi membolehkan kami memberi ulasan, katanya.", "", "", "", "", "", "", "", "", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/288563
Geramm: Tindakan JPM calar imej M'sia
[ "\nNGO Gerakan Media Marah (Geramm) mengecam tindakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menyekat Malaysiakini daripada membuat liputan ke atas lawatan rasmi Presiden Indonesia, Joko Widodo bangunan jabatan tersebut semalam.\n", "\nApatah lagi, JPM sendiri meluluskan pas kepada wartawan Malaysiakini untuk membuat liputan acara tersebut, kata Geramm dalam kenyataannya.\n", "\nGeramm juga kesal kerana media yang hadir ke majlis bersama Joko Widodo (Jokowi) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilarang dari bertanya sebarang soalan.\n", "\n“Jokowi dikenali sebagai pemimpin yang mesra media dan selalu berani berhadapan soalan dari wartawan-wartawan di Indonesia, selaras dengan komitmen untuk mempertahankan prinsip kebebasan akhbar di republik itu.\n", "\n“Walaupun jika pihak kerajaan Malaysia seakan agak keberatan mengiktiraf kebebasan akhbar, sekurang-kurangnya pihak berwajib patut menghormati sikap lebih mesra media tetamu dari negara jiran terbabit.\n", "\n“Tentunya insiden ini akan mencalar imej Malaysia dan mencorotkan lagi kedudukan negara dari segi menghormati kebebasan akhbar,” kenyataan itu dipetik.\n", "\n\n[Berita penuh menyusul]\n\n", "\n[Berita penuh menyusul]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/203627
Wartawan Utusan ajar 'putar' fakta
[ "\nTimbalan Ketua Pengarang Kumpulan\n\nUtusan Malaysia\n\n, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan \"memutar\" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.\n", "\nUtusan Malaysia\n", "\nMenurutnya, langkah itu adalah \"serangan berhemah\" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN \"dibicarakan\" dalam ruang politik negara.\n", "\n\n\"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).\n", "", "\n\"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.\n", "\n\"Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK,\" kata Zaini.\n", "\nBeliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.\n", "\n\"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit.\n", "\n\"Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).\n", "\n\"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera),\" kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala\n", "\nLumpur.\n", "\nZaini yang popular dengan kolum\n\nCuit\n\ndalam akhbar\n\nUtusan Malaysia\n\nturut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya.\n", "\nCuit\n", "\nUtusan Malaysia\n", "\n\"Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya),\" kata Zaini.\n", "\n\nKetua Sekretariat Himpunan Ulama Muda Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya yang turut menjadi panelis forum pula menggesa pengamal media sosial agar memeriksa fakta di sebalik sebarang dakwaan yang bersifat politik.\n", "", "\n\"Islam dan agama lain ajar kita kalau ada tohmahan, kita kena ada\n", "\nbukti sama ada ia benar atau tidak benar,\" katanya.\n", "\nPada masa yang sama, beliau juga menggesa pengamal media sosial pro-BN supaya mengamalkan \"muslihat\" dalam perang psikologi terhadap pembangkang.\n", "\nMenurutnya, Nabi Muhammad turut mengamalkan muslihat dalam peperangan dengan menghitamkan rambut tentera Islam yang berusia agar kelihatan muda dan gagah pada mata musuh.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/columns/417515
Popular itu musibah
[ "Seniman di Yogyakarta bersepakat untuk mengubah pandangan bahawa seni dalam apa bidang sekalipun harus dinilai oleh orang timur.", "Hal ini kerana memang dari timurlah asalnya apa juga jenis kesenian.", "Ketika Eropah masih dalam zaman gelap, negara-negara timur sudah menikmati peradaban yang tinggi.", "Jadi mengapa kita ini harus mengikut tanda aras yang ditetapkan oleh Barat?", "Kerana inilah maka para seniman di kota ini bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan bahawa kita inilah yang sepatutnya menjadi penilai kepada tinggi rendahnya mutu sesuatu yang disebut sebagai seni.", "Pelukis terkenal Heri Dono memberi contoh bagaimana yoga yang berasal dari India kini sinonim dengan Amerika Syarikat.", "Bahkan jika kita ke Bali misalnya, mereka yang dirujuk sebagai guru terbaik dalam hal yoga adalah yang datang dari Amerika!", "Orang beragama kereta besar", "Orang beragama kereta besar", "Orang beragama kereta besar", "Kami dalam perjalanan untuk mempelajari apa maknanya menjadi seniman. Mencari apa sebenarnya peranan seseorang yang mahu dianggap sebagai seniman.", "Menjadi pelukis adalah mudah. Jangan terpedaya dengan bakat. Siapa pun yang tekun akan boleh maju sebagai pelukis.", "Namun untuk menjadi seorang seniman adalah perkara yang berbeza.", "Menurut Hendra Himawan - seorang pensyarah di Universiti Sebelas Maret di Solo - seniman itu sebenarnya seorang aktivis yang tentu saja tidak perlu menjadi popular.", "Seniman tidak wajib popular, bahkan kepopularan itu sendiri adalah musuh paling besar kepada sesiapa yang giat berjuang.", "Kami teringat kepada kata seorang sahabat kami yang pandai agama. Kata beliau, jika orang agama sudah mula berkereta besar, tentu agak sukar bagi mereka untuk menceritakan kesusahan para sahabat dalam menjalani hidup yang semua orang tahu adalah susah.", "Sahabat kami itu hafal seluruh al-Quran serta memiliki ilmu dalam bidang agama yang amat tinggi.", "Beliau memilih untuk menjual nasi dengan harga yang murah dan apabila kami katakan yang kami ingin menulis mengenai kantin di pekarangan masjid yang beliau usahakan agar lebih ramai pelanggan yang datang, katanya: jangan.", "\"Tak sembahyang pulok aku karang sibuk layan pelanggan,\" kata dia.", "pulok", "Bukanlah bermaksud seseorang seniman - atau juga orang agama - hidupnya wajib susah. Namun kekayaan dan populariti biasanya musibah yang banyak membawa kepada ketidakadilan dalam berfikir.", "", "", "Pak Joko Pekik - seniman senior Indonesia - setelah dipenjara dia berkerja sebagai tukang jahit bagi menampung hidup.", "Ada rakan-rakannya yang menyarankan supaya beliau kekal melukis, tetapi melukis dengan menghasilkan karya-karya yang disukai ramai. Melukis bunga misalnya.", "Untuk pengetahuan, Pak Joko Pekik dipenjara dek kerana lukisan-lukisan beliau kuat mengkritik pemerintah Indonesia ketika itu.", "Dengan marah beliau menempelak kawan-kawan yang mencadangkan supaya beliau menjual prinsip perjuangan hanya kerana sepinggan nasi.", "Setelah dibebaskan Pak Joko Pekik tidak berkarya selama 25 tahun dan apabila Indonesia mula demokratik, beliau mula mengangkat berus kembali dengan karya TKI Pamit sebagai antara karya terbaru.", "TKI Pamit", "Lukisan ini dihasilkan apabila anak perempuan beliau mahu berkerja di Jerman dan itu mendatangkan kemarahan kepada beliau. Lalu dikritiknya keputusan itu melalui lukisan.", "TKI adalah singkatan kepada tenaga kerja Indonesia.", "Beliau marah kerana anak beliau mahu ‘berbakti’ kepada negara orang sedangkan negara sendiri punya banyak peluang pekerjaan.", "", "", "Harus diingat bahawa puteri beliau adalah lulusan universiti dan mahu keluar negara hanya sebagai batu loncatan sebelum kembali ke Indonesia untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik.", "Pelukis Malaya yang berkunjung ke Yogyakarta biasanya akan amat mudah terpengaruh dengan karya yang mereka lihat. Dan dengan segera mereka juga akan pulang dan menghasilkan karya berontak yang sama, sedangkan isu yang melanda Malaya tidak sama dengan apa yang berlaku di Indonesia.", "Pelukis Indonesia mengalami kekangan yang kuat dalam menghasilkan karya sementara kita - walaupun masih ada larangan tertentu - masih lagi boleh dikatakan bebas.", "Pelukis kita mengambil apa yang ada di permukaan tanpa mahu masuk ke ruang pemikiran yang tentu sekali lebih besar.", "Kita merebel (memberontak) ala Yogya sedangkan boleh saja kita menghasilkan berontak mengenai kesesakan jalan raya, misalnya, atau kesengsaraan membayar tol. Ini tentu lebih dekat dengan kita.", "merebel", "Tetapi tidak. Kita lebih senang menjadi pelukis dengan karya-karya nipis tanpa lapisan pemikiran.", "Tak salah menjadi pelukis, tetapi yang lebih baik tentu saja negara yang menghasilkan seniman.", "Kita memuja \"Pago-pago\" lalu apa yang ada di sebalik karya Latiff Mohidin itu tidak siapa tahu kecuali betapa agung bentuk dan tenikal yang dihasilkannya.", "Tiada diskusi seni", "Tiada diskusi seni", "Tiada diskusi seni", "Perjuangan utama para seniman khas Yogyakarta ialah memertabatkan seni sebelah kita dengan berpakat menulis dan mendokumentasi, berforum serta berbincang mengenai perkara ini.", "Siapa sahaja seniman yang kami temui maka ini yang mereka perkatakan.", "Semua terlibat, daripada seniman kepada kolektor dan juga orang banyak. Kerajaan mereka sendiri memberikan sokongan yang baik.", "Ini tidak berlaku di tanah air kita apabila nombor satu, pelukis giat berkarya untuk berpameran dan menjual lukisan. Tidak ada sebarang kesepakatan dalam menjadikan seni sebagai satu bentuk perjuangan baik, dalam membentuk negara mahupun dalam mengubah diri menjadi manusia yang lebih adil.", "", "", "Kita berlawan sesama sendiri tanpa menyokong teman yang kita anggap bukan sama taraf (dalam pendidikan dan kolompok pergaulan).", "Semua adalah enau yang melepaskan pucuk masing-masing.", "Tidak berlaku diskusi seni yang memberangsangkan dan yang paling buruk ialah menganggap apa juga kritik terhadap hasil seni yang kita lakukan sebagai satu usaha meremehkan kerja kita.", "Yang diharap adalah pujian.", "Terbaru ada kurator menyaman pelukis hanya kerana suatu kenyataan (posting) di Facebook. Kita suka cetek begitu sambil mahu diangkat sebagai penggerak seni negara.", "posting", "Mungkin kita ada pengkritik filem namun selain itu hampir tidak berlaku perbincangan supaya seni yang dihasilkan benar-benar suatu karya membanggakan apabila sesuatu pameran atau lukisan diadakan.", "Namun mengkritik karya seharusnya dilakukan dalam suatu setting yang 'diam'. Dalam suasana terbuka di tempat tertutup misalnya. Bukan dalam ucapan pembukaan satu-satu acara terbuka di khalayak ramai misalnya.", "setting", "Jika memilih penulisan umum, maka mencari penyelesaian adalah lebih baik daripada menghentam membabi buta.", "Hari ini semua orang menganggap apa juga yang mereka hasilkan adalah mahakarya sedangkan langsung tidak ada sebarang pemikiran dalam sesebuah kerja yang dihasilkan.", "Keduanya pula ialah, para kolektor kita berpihak.", "Pada kerajaan seni itu cuma hiburan", "Pada kerajaan seni itu cuma hiburan", "Pada kerajaan seni itu cuma hiburan", "Mereka menaikkan sesiapa sahaja yang mereka gemari hanya kerana mahukan koleksi mereka dilihat sebagai himpunan karya yang paling baik.", "Saban hari kita mendabik dada menceritakan betapa karya yang dimiliki adalah hasil seni tertinggi dan hampir tidak ada apa-apa sumbangan mereka kepada pembangunan seni kecuali memberi sedikit keuntungan kewangan kepada pelukis.", "Paling malang ialah apabila mereka sibuk berkelahi sesama sendiri semasa mempertahankan karya yang mereka miliki.", "Hampir tidak ada penyatuan di kalangan kolektor yang mahu membina sesuatu dari segi pembangunan pemikiran, apatah lagi membina bangunan fizikal, sebuah galeri besar seperti Galeri Macan di Jakarta yang dibangunkan oleh para kolektor Indonesia.", "Mungkin kerana kita mengikut corak politik negara yang membangunkan masyarakat adalah perkara terakhir yang difikirkan politikus, justeru mereka yang duduk dalam kelompok seni juga sedemikian.", "Semua nafsu-nafsi.", "", "", "Ketiganya, sektor swasta dan kerajaan adalah penanggung dosa paling besar dalam melahirkan karyawan bermutu tinggi negara.", "Kerajaan sendiri menganggap sektor seni hanyalah sebagai hiburan.", "Yang diberikan perhatian khusus ialah bidang nyanyian dan lakonan, serta mungkin juga seni tari.", "Pelukis selamanya dianggap penghasil hiasan dinding tanpa ada sedikit pun sumbangan kepada pembangunan negara dan masyarakat.", "Insan dan pelukis sendiri juga hanya itu yang mereka hasilkan yakni perhiasan dinding.", "Kerajaan harus lebih giat memberi kebenaran kepada ahli seni supaya keterbelakangan kita dengan rakan-rakan dari negara jiran dalam menghasilkan karya dapat dirapatkan.", "", "Baca Generasi baju bulu dan kerepek pisang", "Baca Generasi baju bulu dan kerepek pisang", "Generasi baju bulu dan kerepek pisang", "", "Kita hari ini jauh ditinggalkan oleh Indonesia dan tentu sekali adalah teramat-amat jauh jika dibandingkan dengan China.", "Kepada rakan seni - tanpa mengira siapa dan apa alirannya - berusahalah sehingga dapat menghasilkan apa yang akan dikenang sebagai sumbangan untuk membangunkan negara dan bukan hanya sedap sendiri apabila karya dipuji.", "Kita tidak dilahirkan istimewa apabila memilih menjadi pelukis, tetapi jadilah seorang pelukis yang istimewa dan dikenang orang seribu tahun lagi.", "Ialah.. nak harap masuk sorga, tengok muka pun dah tau hitam penuh dosa. Maka berkerjalah agar dikenang manusia.", "Apabila dikatakan bahawa beliau adalah Picasso zaman ini, Heri Dono menempelak dengan mengatakan, ketika Picasso sibuk ‘menjumpai’ cubism, anak-anak di Afrika sana sudah melukisnya seribu tahun lalu.", "cubism", "Jogjakarta hanyalah pembuka minda dan kami berterima kasih kepadanya, namun memeluk dan mencintainya adalah khianat kepada negara.", "", "Abdullahjones seorang penulis, penyair, pelukis, jurufoto dan seorang ninja yang sedang kembara di Yogyakarta, Indonesia yang setelah habis madu sepahnya dibuang.", "Abdullahjones seorang penulis, penyair, pelukis, jurufoto dan seorang ninja yang sedang kembara di Yogyakarta, Indonesia yang setelah habis madu sepahnya dibuang.", "Abdullahjones" ]
https://www.malaysiakini.com/news/43953
PM: Tiada rancangan untuk selamatkan MAS
[ "\nMalaysia Airlines (MAS) perlu mencari jalan untuk memulihkan sendiri masalah kewangannya kerana kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menyelamatkannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.\n", "\nOleh itu, syarikat penerbangan itu perlu \"mencari kekuatannya sendiri,\" kata beliau kepada pemberita di Akademi MAS di Petaling Jaya hari ini.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/405536
Dulu berhenti kerana ideologi, sekarang kerana gaji
[ "ULASAN l Dengan izin sebuah catatan ringkas yang berunsur peribadi mengenai media massa sebagai jawapan kepada komen pembahas ‘Kluangman’ dalam tampalan (posting) bertajuk “Apandi, Sumpah Bohong dan Hipokrasi Orang Islam” tanggal 12 Disember.", "ULASAN l", "Beliau berkata (verbatim): “Saya percaya jika zam, johan jaffar dan dato' sendiri kalau masih kekal atau dilantik semula sejak awal sebagai Ketua Pegarang aau ceo media prima akan mengambil pendekatan yang sama seperti sekarang, berpihak kepada najib !!!” (12:53 AM).", "Reaksi saya adalah seperti berikut:", "Saya akui semua pengarang dan wartawan wajib ambil kira siapa yang miliki media tempat mereka bekerja melainkan syarikat itu pengarang, wartawan atau pengurusan sendiri miliki. Itu pun mereka wajib patuhi undang-undang negara dan norma masyarakat.", "", "Tapi dalam apa keadaan sekali pun, pengarang dan wartawan wajib ada idealisme dan mengamalkan profesionalisme ke tahap paling tinggi yang mungkin dan terdaya.", "Saudara (Tan Sri) Zam aka Zainuddin Maidin (foto, atas)  “dibersarakan” pada awal tahun 1990-an sebagai ketua pengarang Utusan kerana tindak-tanduk pemangku beliau mengenai dakwaan kononnya Tun Dr Mahathir mengutamakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu dalam lawatan ke Indonesia.", "foto, atas", "Setelah disiasat didapati dakwaan itu tidak tepat. Zam, yang ketika itu berada di luar negara, mengambil tanggungjawab dan “dibersarakan”.", "(Tan Sri) Johan Jaaffar (Ketua Pengarang Utusan selepas Zam) letak jawatan secara sukarela pada pertengahan tahun 1998 kerana pergolakan politik dalam Umno dan kerajaan.", "Ini disusuli oleh (Datuk) Ahmad Nazri Abdullah (Pengarang Kumpulan Berita Harian) yang berhenti secara sukarela juga berikutan pemecatan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim pada tahun 1998.", "Kedua-dua mereka rapat dengan Anwar. Johan juga akrab dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dilantik jadi pengerusi Media Prima apabila Najib naik jadi PM.", "", "Saya masuk kumpulan NSTP/Media Prima pada tahun 1976 dari Bernama. Saya letak jawatan ketua pengarang Kumpulan NSTP pada bulan Jun tahun 2000 kerana saya mendapati sukar hendak jalankan tugas secara profesional dan berlaku adil kepada wartawan NSTP/TV3, khususnya yang dicap sebagai simpatisan Anwar.", "Oleh sebab saya tak bersedia bertindak mengikut apa yang dihasratkan oleh pemilik utama maka saya meletakkan jawatan.", "Ketika Zam, Johan, Ahmad Nazri dan saya jadi pengarang, jualan akhbar dan audiens TV sedang melonjak naik. Edaran surat khabar memuncak pada tahun 2003/04. Tetapi jualan jatuh secara mendadak dan berterusan selepas itu. Perubahan politik, kemajuan teknologi maklumat dan kelembapan ekonomi memainkan peranan.", "Kira-kira empat tahun lalu saya mengunjungi pengurus atasan Media Prima dan NSTP. Mereka anak buah saya ketika saya di NSTP.", "Saya kata, saya simpati dengan mereka dan memberi amaran keadaan akan menjadi bertambah buruk bagi mereka akibat ledakan teknologi maklumat, kekangan ekonomi dan dasar editorial yang terlalu partisan.", "", "Saya telah banyak kali meramalkan yang media arus perdana, khususnya milik parti-parti Barisan Nasional, akan berubah hanya jika BN kalah. Selepas BN kalah mereka akan menjadi media antikerajaan.", "Sekarang amat sedikit pengarang dan wartawan yang berhenti kerana isu ideologi dan integriti. Mereka berhenti kerana syarikat mereka tak berdaya lagi bayar gaji.", "", "DATUK A KADIR JASIN adalah bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd. Beliau kini bergiat dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai pimpinan pusat parti itu.", "DATUK A KADIR JASIN", "Rencana ini pertama kali dimuat naik di blognya dengan tajuk yang sama. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.", " " ]
https://www.malaysiakini.com/news/268942
PM: Kenderaan dari S'pura kena permit
[ "\nKerajaan bersetuju untuk melaksanakan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) ke atas kenderaan asing dari Singapura yang memasuki Johor, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.\n", "\nPerdana Menteri berkata kadar bayaran dan tarikh penguatkuasaan VEP akan diumumkan dalam masa terdekat.\n", "\nKatanya beliau telah meminta kerajaan negeri Johor memberikan notis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung pelaksanaan VEP.\n", "\n\"Sebahagian daripada hasil kutipan itu akan kita kongsi dengan kerajaan negeri Johor,\" kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, ketika berucap sebelum majlis berbuka puasa dengan rakyat Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru hari ini.\n", "\nBeliau berkata keputusan itu juga telah dimaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, yang dipertanggungjawabkan menjaga Unit Perancang Ekonomi (EPU).\n", "\nTerdahulu, Perdana Menteri menghadiri taklimat pembangunan negeri selama lebih sejam bagi mendapatkan maklumat mengenai pelan dan pelaksanaan kerajaan negeri terutama akujanji yang dijanjikan pada Pilihanraya Umum ke-13, tahun lepas.\n", "\nTurut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.\n", "\nTimbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, yang ditemui selepas taklimat itu, berkata pelaksanaan bayaran VEP itu tidak melibatkan kenderaan asing dari Thailand di sempadan utara Semenanjung.\n", "\n\"Kemungkinan kita ambil pendekatan dua hala antara Malaysia dan Singapura kerana hanya Singapura sahaja yang mengenakan bayaran ke atas kereta berpendaftaran Malaysia sedangkan negara-negara lain tidak mengenakan bayaran,\" kata Aziz.\n", "\nSebelum ini, kerajaan negeri Johor mencadangkan kepada Kerajaan Pusat untuk mengenakan bayaran VEP sebanyak RM20 sehari bagi kenderaan Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Lebuh Raya Laluan Kedua.\n", "\nDaripada jumlah itu, RM5 diserahkan kepada kerajaan negeri untuk penyelenggaraan jalan raya di negeri itu.\n", "\nDalam pada itu, Singapura turut meningkatkan kadar bayaran VEP ke atas kereta berpendaftaran asing daripada S$20 (RM51.40) kepada S$35 (RM90) sehari berkuat kuasa 1 Ogos ini.\n", "\n-\n\nBernama\n\n", "\nBernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/379546
Saiz penjawat awam selaras dengan ketetapan perlembagaan - KSN
[ "Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa menegaskan saiz perkhidmatan awam yang besar di negara ini adalah selaras dengan apa yang ditetapkan oleh Perlembagaan negara.", "Beliau berkata definisi penjawat awam di negara ini turut merangkumi anggota pertahanan negara seperti polis, askar dan juga pegawai perubatan.", "\"Sebenarnya mereka (akhbar The Edge Market) sebut tentang saiz perkhidmatan awam dalam negara ini (yang berjumlah) 1.6 juta.", "“Kita punya definisi telah ditetapkan dalam perlembagaan negara kita. Cikgu, tentera, polis masuk (dalam kategori perkhidmatan awam) tapi bila kita banding dengan negara lain, polis dan tentera tak termasuk.", "\"Contohnya di United Kingdom (UK), perkhidmatan kesihatan pun tidak masuk (dalam kategori penjawat awam).", "“Jadi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) telah meminta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Zainal Rahim Seman) untuk mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini supaya dapat membuat bandingan 'apple to apple',\" katanya kepada pemberita di Seremban, hari ini.", "Beliau berkata demikian ketika dimint mengulas laporan akhbar The Edge Market baru-baru ini yang mendakwa emolumen kerajaan bakal meningkat kepada RM184 bilion pada 2027 daripada anggaran RM77.42 bilion pada 2017 akibat jumlah penjawat awam yang besar.", "Terdahulu, beliau hadir pada majlis penyerahan kunci projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Taman Berlian, Rantau di Seremban yang disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/668086
Umno ulangi komitmen terus pertahan k’jaan perpaduan
[ "Umno mengulangi komitmennya untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang menerajui kepimpinan negara ketika ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-16, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.", "Timbalan Perdana Menteri itu berkata sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba menggugat kedudukan Kerajaan Perpaduan, Umno bersama parti dalam gabungan itu akan terus memastikan kerajaan yang dibentuk ketika ini bertahan sehingga akhir penggal. ", "“Kita seharusnya merasa lebih yakin tentang keberadaan kita di dalam kerajaan sekarang dan kita mesti mendukung kerajaan sekarang kerana manfaat dan mudarat telah kita perkirakan. Alhamdulillah keberadaan kita dalam Kerajaan Perpaduan akan terus memberikan kesimbungan kepada Umno.", "“Bayangkan kalau kita terjerumus dengan puak-puak itu, sejarah kita (Umno) telah padam. Kini mereka juga telah merancang kononnya bulan depan atau Ogos kerajaan ini akan digantikan, kononnya, jadi Umno berpendirian terutama rakan dalam Majlis Tertinggi dan Barisan Nasional, kita tetap mempertahankan keberadaan Kerajaan Perpaduan untuk kemantapan politik di negara kita,” katanya.", "", "", "", "Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2023 yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, di Kuala Lumpur hari ini.", "Ahmad Zahid berkata evolusi politik dunia menyaksikan banyak negara kini membentuk kerajaan pelbagai parti sama ada atas nama kerajaan campuran mahupun kerajaan perpaduan.", "Justeru itu, katanya parti-parti politik yang sebelumnya berseteru dan tidak boleh bersama, kini dilihat berupaya bergabung membentuk kerajaan demi kepentingan rakyat.", "", "", "", "“Dulu lawan tetap lawan, masing-masing membawa haluan, kini kita menjadi kawan, demi kekuatan Kerajaan Perpaduan,” katanya. ", "Sementara itu, Ahmad Zahid turut menyeru ahli Umno tidak merasa apalogetik ketika menyuarakan soal keindukan Islam, Melayu dan Bumiputera kerana pada masa yang sama Umno tidak pernah meminggirkan hak dan kepentingan kaum lain di negara ini. ", "Malah katanya, usaha memperkasa dan menerapkan nilai-nilai Islam tetap menjadi agenda Kerajaan Perpaduan yang mentadbir negara hari ini di samping menghormati kebebasan penganut agama-agama lain.", "“Sementara kita melakukan penyesusaian politik berdasarkan realiti politik semasa, termasuklah dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan sejak 24 Nov tahun lalu, perkara pokok atau asas yang melibatkan soal Islam, Melayu dan Bumiputera tidak pernah dicabar atau cuba dirobek oleh mana-mana rakan kongsi politik kita.", "", "", "", "“Harapan saya, kesalingan (kerjasama) yang terbentuk ini akan memadamkan kecurigaan sesama kita. Jangan lagi ada kenyataan-kenyataan yang boleh menguris hati antara kita dan kepada sahabat-sahabat kita, jangan diusik hati dan perasaan orang Melayu.", "“Begitu juga dengan kita, elakkan tutur dan tindakan yang boleh mengundang resah sahabat dan saya tegaskan, Umno bukan political chameleons atau mengkarung politik, kita tetap mempertahankan empat perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad Zahid.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/662137
PRN: Rundingan kerusi PH, BN peringkat negeri boleh mula - Saifuddin
[ "Pakatan Harapan (PH) di enam negeri boleh memulakan rundingan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama Barisan Nasional (BN) bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).", "Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses rundingan telah dibincangkan di peringkat pusat antara PH dan BN berdasarkan parameter serta formula yang ditetapkan.", "\"Di peringkat negeri, kami mengarahkan untuk memulakan rundingan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.", "“Mana-mana yang mencapai persetujuan kami anggap bersetuju dan bagi yang belum bersetuju, perkara itu akan diangkat ke peringkat jawatankuasa di peringkat Pusat untuk dimuktamadkan,\" katanya kepada pemberita pada majlis penerapan nilai-nilai murni dan iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani di Seremban semalam.", "Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia bagi memastikan tiada pertembungan antara PH dan BN pada hari penamaan calon.", "Beliau berkata isu berbangkit mengenai tuntutan kerusi merupakan proses biasa dalam rundingan politik.", "Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias dilaporkan berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan awal dengan PH negeri bagi mencari persefahaman, selain turut meminta diberikan tambahan dua kerusi DUN dalam PRN nanti.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/461186
‘Kes pecah amanah, salah guna kuasa Najib boleh dibuktikan dengan mudah’
[ "Tokoh Wartawan Negara A Kadir Jasin mendakwa bahawa bekas perdana menteri Najib Razak sudah mula menggunakan pelbagai tipu helah untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes rasuahnya, seperti juga beberapa ahli politik lain.", "Walau bagaimanapun, katanya, beberapa kesnya itu, khususnya yang membabitkan kes pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram, boleh dibuktikan dengan mudah berbanding kes pembunuhan atau liwat.", "“Tipu helah mereka ini samalah dengan yang digunakan oleh ahli politik dan pembesar lain yang diseret ke mahkamah sebelum ini.", "“Najib sudah pun memulakannya dengan ‘enggan’ masuk kandang orang kena tuduh dan pasukan pembelaan beliau membantah kehadiran pegawai tertentu di pihak pendakwa.", "“Yang nampaknya belum digunakan oleh Najib adalah berpura-pura sakit dan minta dimasukkan ke hospital. Sebaliknya kita lihat beliau segar-bugar dan cergas berpolitik, membuat tampalan media sosial dan berkempen pilihan raya kecil,” katanya.", "", "", "", "", "", "Justeru, kata Kadir, orang ramai jangan berharap sangat untuk melihat Najib dan tertuduh lain disumbatkan ke penjara dalam masa yang singkat.", "“Melainkan kes yang mudah, macam pengubahan wang haram, dibicarakan dahulu.", "“Kita boleh mengambil perbicaraan pembesar politik sebelum ini sebagai contoh. Kes pecah amanah dan salah guna kuasa boleh dibuktikan dengan mudah berbanding pembunuhan atau liwat.", "“Ada orang kata, kes pengubahan wang haram (money laundering) juga boleh dibuktikan dengan mudah,” katanya.", "Pasukan peguambela bekas perdana menteri itu sedang berusaha untuk menangguhkan perbicaraan pecah amanah dan pengubahan wang haram Najib yang membabitkan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.", "Dalam perkembangan yang sama, Kadir berkata bahawa Najib telah menyatakan secara terbuka bahawa skandal 1MDB bukan kesilapannya seorang diri tetapi \"kegagalan sistem\".", "Najib mendakwa bahawa 1MDB adalah kerana kegagalan perniagaan dan bukannya penipuan tetapi bagi Kadir, 1MDB adalah sebuah persepakatan atau konspirasi penipuan yang melibatkan banyak orang dan pihak di dalam dan luar negara.", "", "", "", "", "", "“Adakah beliau telah menganiaya (incriminate) diri sendiri dengan mengaku bahawa beliau terlibat dengan kes kegagalan sistemik 1MDB? ", "“Soalnya adakah pengakuan beliau itu juga boleh dijadikan bukti sahih (admissible evidence) dalam perbicaraan beliau dan konco-konconya?", "“Kesimpulannya, dalam bahasa yang mudah Najib berkata memang berlaku kegagalan sistemik dalam 1MDB dan beliau terbabit. Tetapi bukan beliau seorang sebaliknya banyak orang lain turut terlibat,” kata Kadir." ]
https://www.malaysiakini.com/news/234696
Tebing runtuh di Ukay Perdana, tiga terkorban
[ "\nTiga pekerja binaan rakyat Myanmar maut manakala seorang cedera setelah tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di kawasan pembinaan di Taman Sierra, Ukay Perdana di Kuala Lumpur hari ini.\n", "\nMereka yang maut dikenali sebagai Mohd Alam, Kowrin dan Romzo Ali, berumur antara 29 dan 34 tahun.\n", "\nPenolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata ketika kejadian pada pukul 11.29 pagi itu, lapan pekerja sedang membuat kerja sistem perparitan.\n", "\n\"Runtuhan tebing setinggi tiga meter itu telah menghempap empat orang...tiga mati tertimbus manakala seorang lagi patah kaki dan dia kini dirawat di Hospital Ampang.\n", "\n\"Kami mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan tiga mangsa yang tertimbus,\" katanya pada sidang akhbar di tempat kejadian, hari ini.\n", "\nBeliau berkata ketiga-tiga mayat rakyat Myanmar itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.\n", "\nSementara itu, Anggota Parlimen Gombak Azmin Ali berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah mengeluarkan arahan kepada pihak pengurusan projek supaya menghentikan kerja-kerja pembinaan serta-merta sehingga siasatan selesai.\n", "\n-\n\nBernama\n\n", "\nBernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/389682
Datuk bandar Miri nafi dakwaan penularan wabak rabies
[ "Wabak rabies tidak merebak ke Bandar Miri seperti yang didakwa sesetengah  pihak yang menjadi tular di media sosial, kata Datuk Bandarnya Adam Yii Siew Sang semalam.", "“Ia adalah berita palsu,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas kebimbangan mengenai wabak rabies yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp semalam, mendakwa lima anjing liar yang dijangkiti rabies telah ditakai di Kuala baram pagi semalam.", "Foto seekor anjing yang kurus dan lemah disertakan dalam catatan di laman sosial itu yang mendakwa anjing itu pernah dilihat di Taman Tunku, salah satu kawasan perumahan yang padat dengan penduduk di Bandar Miri. ", "Walaupun Bandar Miri masih bebas daripada wabak rabies, Yii menasihatkan pemilik haiwan peliharaan supaya mengambil langkah yang perlu bagi mengelakkan wabak itu menular di situ termasuk memberikan  vaksin kepada haiwan peliharaan mereka dan menyimpannya dalam kawasan rumah. ", "Beliau berkata orang ramai perlu memberikan kerjasama bagi mengelak wabak itu daripada menular.", "Setakat ini wabak itu dilaporkan melanda Kuching, Samarahan dan Sri Aman.", "Sementara itu di KUCHING, SekretariatJawatankuasa Pengurusan Bencana Bencana Negeri Sarawak membuat laporan polis terhadap beberapa catatan palsu yang disebarkan di aplikasi WhatsApp dan Facebook di Balai Polis Tebedu.", "Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia hari ini membuat laporan polis pada pukul 2.15 petang terhadap satu catatan palsu yang mendakwa lebih daripada 20 lokasi di Sarawak telah digazetkan sebagai kawasan wabak rabies tetapi fakta sebenar hanya 20 kawasan yang digazetkan setakat ini. ", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/376358
IGP: International Golden Services tak pernah urus niaga senjata api di negara ini
[ "Syarikat International Golden Services Sdn Bhd tidak pernah berurus niaga senjata api di negara ini seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.\n\nSebaliknya kata beliau, syarikat itu yang merupakan usaha sama Korea Utara dan Malaysia hanya menjual produk komunikasi ketenteraan dikenali Glocom.\n\n\"Syarikat ini tidak pernah berurus niaga senjata api di dalam negara jadi tidak benar (tuduhan itu).\n\n\"... (hanya) tohmahan mereka menjual-beli senjata api, (tetapi) tidak ada... tidak ada satu senjata pun mereka jual,\" katanya kepada pemberita di Kulai hari ini.\n\nMengulas lanjut, Khalid berkata meskipun syarikat itu terlibat dalam pameran dan persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia di Malaysia sebanyak tiga kali pada 2012, 2014 dan 2016, mereka tidak pernah menerima tempahan untuk Glocom.\n\n\"Walaupun mereka cuba memasarkan peralatan telekomunikasi ketenteraan ini, (produk) itu juga tidak berjaya mereka jual, jadi itu penjelasan saya terhadap syarikat Korea Utara itu,\" katanya.\n\nSyarikat itu yang didaftarkan pada pertengahan 2012 ditutup pada 15 Mac lalu selepas permohonan tutup dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.\n\nMengulas perkara itu, Khalid berkata pemegang saham warga Malaysia pernah memohon untuk menutup syarikat itu pada 2015 namun permohonan tersebut tidak ditandatangani oleh pemegang saham dari Korea Utara.", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/568079
Kes baru Covid-19 di India melonjak, tangguh eksport vaksin
[ "", "India pada Khamis melaporkan jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam untuk tahun ini, ketika laporan menyebut negara ini menghentikan sementara eksport vaksin. ", "Menurut data terkini Kementerian Kesihatan, India mencatatkan 53,476 jangkitan baharu, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 11.8 juta.", "India, negara ketiga paling teruk terjejas di dunia selepas Amerika Syarikat dan Brazil.", "Negeri Maharashtra, Punjab, Kerala, Karnataka, Chhattisgarh dan Gujarat menyumbang 80 peratus daripada kes baharu.", "Maharashtra, melaporkan kes baharu harian tertinggi iaitu sebanyak 31,855, dan merupakan wilayah paling teruk diancam wabak COVID-19.", "Lebih 200 sampel dari Maharashtra dan New Delhi dikesan mempunyai varian baharu virus COVID-19. ", "Bagaimanapun, ahli epidemiologi menyatakan tiada bukti untuk mengaitkan varian baharu itu dengan lonjakan kes.", "Menerusi kempen vaksinasi menyaksikan lebih 53 juta dos vaksin telah disuntik dalam masa 68 hari.", "Media tempatan melaporkan, India menghentikan sementara eksport vaksin COVID-19 Oxford-AstraZeneca, dihasilkan Institut Serum India (SII) untuk menampung keperluan dalam negara. ", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/344471
Surat terbuka untuk Tunku Mahkota Johor
[ "\nULASAN l Patik cerap dengan prinsip Tunku yang memperjuangkan kebebasan bersuara. Tunku telah buktikan berkali-kali kepada kami sekalian rakyat bahawa kebebasan bersuara itu bukan hak milik mutlak golongan atasan semata-mata.", "", "ULASAN l", "Patik sangat menghormati Tunku atas segalanya yang telah Tunku lakukan dan perjuangkan demi rakyat bumi ini. Terutama sekali kelantangan Tunku bersuara bagi pihak kami menentang ketidakadilan.", "Patik juga sedar bahawa Tunku telah pun meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakan Pihak Polis berkenaan isu ini. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tunku berkenaan isu ini amat bermakna bagi patik-patik sekalian terutama sekali rakyat Johor.", "Dengan bangganya kami mampu pertahankan kemuliaan hati Tunku yang tidak cepat melatah dengan sindiran dan ejekan di media sosial.", "Dengan bangganya kami mampu mencontohi Tunku di media sosial dan tidak cepat meradang dengan kutukan yang dilemparkan ke atas kerabat diraja kami.", "Dengan bangganya kami mampu menjadi lebih matang selari dengan peredaran zaman.", "Terbaru Muhammad Ismail dikenakan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen selepas pengakuan beliau yang diadakan tanpa pembelaan peguam.", "Patik tidak menafikan bahawa tindakan Muhammad Amirul bukanlah satu tindakan yang wajar. Sendaannya mungkin melampaui batas.", "Namun, kebebasan bersuara tidak sepatutnya disekat hanya kerana ia dianggap \"menyakitkan hati\".", "Sebagai bangsa Johor, patik pohon perkenan Tunku untuk memaafkan Muhammad Amirul dan melakukan segala apa yang terdaya untuk menjamin kebebasannya.", "Sebagai contohnya memberi ampun atau melobi menentang Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Media #AktaSakitHati.", "Patik pohon perkenan Tunku untuk buktikan kepada Malaysia sekali lagi bahawa Tunku ialah seorang pemimpin yang laksanakan apa yang dikatakan.", "Patik pohon perkenan Tunku untuk sekali lagi menjadi contoh kepada pemimpin-pemimpin Malaysia by being the bigger and better person.", "Tunku telah menyelamatkan ramai rakyat Malaysia dengan bersuara lantang menentang korupsi.\nDengan penuh rasa rendah diri, patik pohon, tolonglah selamatkan seorang lagi anak muda.", "", "", "Syed Saddiq adalah jurucakap gerakan CHALLENGER", "Syed Saddiq adalah jurucakap gerakan CHALLENGER" ]
https://www.malaysiakini.com/news/303726
Kecacatan daftar pengundi masih parah di Sabah
[ "\nBadan pemantau pilihan raya, BERSIH 2.0 dan Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap) mengesan beberapa kecacatan pada daftar pengundi di Sabah seperti disahkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyelidik mengenai pendatang tanpa izin di negeri itu.\n", "\nSebagai contoh, kata pegawai komunikasi BERSIH 2.0, Izmil Amri Ismail, membabitkan nombor kad pengenalan dan kad pengenalan meragukan seperti diperakui RCI.\n", "\n“Ada kes di Sandakan membabitkan seseorang bernama Mainah Takait yang didaftarkan dua kali menggunakan alamat sama tetapi nombor kad pengenalan berbeza,\" katanya.\n", "\nDalam kenyataan dikeluarkan hari ini, laporan RCI setebal 306 muka surat itu menyatakan \"ada bukti mencukupi menunjukkan penduduk bukan warganegara diberi kad pengenalan biru oleh sindiket haram atau individu tertentu yang mendaftar mereka menggunakan kad pengenalan palsu.\"\n", "\nJusteru, katanya, BERSIH 2.0 menegaskan sekali lagi perlunya pihak berkuasa bertindak segera dan mengekang masalah itu seperti dinyatakan laporan RCI berkenaan.\n", "\nIzmil berkata, Merap juga mengesan kecacatan dalam daftar pengundi Sabah apabila 80 peratus pengundi di daerah tertentu mengandungi penduduk daripada etnit Bugis, Bajau, Melayu dan Suluk ketika kumpulan majoriti di situ sepatutnya Kadazandusun.\n", "\n\n\n[Baca berita asal]\n\n\n", "\n\n[Baca berita asal]\n\n", "\n[Baca berita asal]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/261211
Kuching dihiasi karya pelukis jalanan terkenal
[ "\n", "\n\nTerletak berhampiran Lebuh India, Jalan Power meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dengan urusan masing-masing, namun kelibat pelukis jalanan terkenal dunia Ernest Zacharevic lebih mencuri tumpuan.\n\n", "\nTerletak berhampiran Lebuh India, Jalan Power meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dengan urusan masing-masing, namun kelibat pelukis jalanan terkenal dunia Ernest Zacharevic lebih mencuri tumpuan.\n", "\n \n", "\nDinding kedai di sepanjang Jalan Power menjadi 'kanvas' lukisan tiga dimensi interaktif beliau.\n", "\n \n", "\nTerik matahari tidak menjadi halangan pelukis kelahiran Lithuania itu, di bawah khemah payung segiempat, dengan mula melakar di dinding kedai itu sejak 11 pagi.\n", "\n \n", "\nMemilih Orang Utan atau nama saintifiknya 'Pongo pygmaeus', yang hanya boleh dijumpai dalam hutan tropika di Kepulauan Borneo (Sarawak dan Sabah) amnya dan khususnya di Sarawak, sebagai 'objek' karyanya.\n", "\n \n", "\nLukisan tiga dimensi interaktif pertama yang dihasilkan Zacharevic, 27, memaparkan lapan anak Orang Utan dalam kereta sorong, lukisan yang juga digabung dengan kereta sorong sebenar.\n", "\n \n", "\nDi dinding sama, lukisan kedua dihasilkan Zacharevic memaparkan seekor Orang Utan bergayut, dengan  paip saliran air hujan yang terdapat di dinding berkenaan dijadikan sebagai 'dahan' untuk 'bergayut'.\n", "\n \n", "\nMenurut jurucakap Spago Property Sdn Bhd (Spago), pihak yang bertanggungjawab membawa Zacharevic ke Kuching, pelukis jalanan itu akan berada di bandar raya ini selama seminggu.\n", "\n \n", "\n\"Selain kawasan di sekitar Tebingan Sungai Kuching, Zacharevic sudah dibawa ke lima lagi lokasi dinding yang dirasakan sesuai untuk dijadikan 'kanvas' lukisan jalanan,\" katanya.\n", "\n \n", "\nZarina Abidin, 20-an, yakin seni lukisan jalanan itu bakal memperkenalkan Sarawak, khususnya Kuching kepada pelancong.\n", "\n \n", "\n\"Mesti ramai orang yang akan mengambil gambar kenangan di dinding ini, saya yakin ini bakal menjadi tarikan terbaru kepada Kuching,\" katanya.\n", "\n \n", "\nAlfred Lee, turut teruja dengan kehadiran Zacharevic dan lukisan jalanan yang bakal dihasilkan di bandar raya ini.\n", "\n \n", "\n\"Saya sudah ke Pulau Pinang dan sebagai kenangan bergambar dengan lukisan jalanan Zacharevic di sana, tidak sabar untuk jadikan lukisan di Kuching pula sebagai koleksi terbaru saya,\" katanya penuh ceria.\n", "\n \n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/257408
Hanya Banting IPU tak sihat
[ "\nHanya Banting mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 104 setakat 1 tengah hari ini.\n", "\nMenurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) lapan kawasan mencatatkan IPU sederhana ialah Kangar (55), Sandakan (52), Miri (65), Sibu (60), Kuala Selangor (51), Pelabuhan Klang (60), Labuan (53) dan Putrajaya (72).\n", "\nBacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).\n", "\nOrang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing.\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/247853
MP mahu TPM penuhi janji bina SJKT di Gunung Rapat
[ "\n\nVIDEO l 2:26 minit\n\n", "\nVIDEO l 2:26 minit\n", "\nDua ahli parlimen Pakatan hari ini menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menepati janjinya untuk menyalurkan peruntukan RM2.5 juta untuk membina sebuah sekolah jenis kebangsaan tamil di Gunung Rapat, Perak.\n", "\nMP Batu Gajah, V Sivakumar dan MP Gopeng, Dr Lee Boon Chye mendakwa janji itu dibuat Muhyiddin yang juga menteri pendidikan sewaktu semasa satu perjumpaan dengan orang ramai di Ipoh, tiga tahun lalu.\n", "\nMereka mendakwa peruntukan tersebut dijanjikan selepas sekolah itu berjaya memperolehi sekeping tanah seluas 2.4 ekar untuk membina bangunan baru.\n", "\nBagaimanapun, mereka mendakwa peruntukan itu sehingga kini masih belum disalurkan dan ia memaksa wakil sekolah itu untuk hadir ke Parlimen menyerahkan satu memorandum berhubung janji itu kepada Muhyiddin selaku menteri pendidikan.\n", "\nBercakap lanjut, Lee berkata sekolah itu buat masa ini hanya dilengkapi dengan enam buah bilik darjah dan tanah seluas 0.4 ekar.\n", "\nMenurutnya lagi, sekolah itu akan mampu menambah bilangan pelajarnya daripada 170 orang kepada 500 orang apabila bangunan baru itu dibina nanti.\n", "\nMenurut Sivakumar pula, sekolah itu yang dikenali sebagai SJK (T) Gunung Rapat adalah satu-satunya sekolah Tamil dalam daerah Gunung Rapat.\n", "\nJusteru katanya, lebih ramai pelajar dijangka mendaftar di sekolah itu seandainya bangunan baru dibina kelak.\n", "\nMenurutnya, pentadbir sekolah kini sedang berusaha mendapatkan dana untuk membina bangunan empat tingkat dengan semua kemudahan seperti padang sekolah.\n", "\nBuat masa sekarang, sekolah itu mengadakan perhimpunannya di kawasan tempat letak kereta dan tiada padang sekolah, kata mereka.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/162477
'Tiada bukti exco S'gor salah guna dana negeri'
[ "\nSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal mencari bukti bagi mendakwa salah guna dana kerajaan negeri Selangor oleh exco Ean Yong Hian Wah.\n", "\n\nPemangku penguasa kanan SPRM, Ahmad Shafik Abdul Rahman, berkata beliau mengambil alih kes berkenaan pada 27 Ogos 2009 daripada pejabat Selangor selepas kematian pembantu politik Ean Yong - Teoh Beng Hock.\n", "", "\nAhmad Shafik memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.\n", "\nKatanya, berdasarkan siasatannya “tidak bukti untuk mengaitkan Ean Yong (\n\nkanan\n\n) dengan sebarang kesalahan di bawah Seksyen 18, Akta SPRM.”\n", "\nkanan\n", "\nSebelum kematian Teoh, siasatan dikendalikan oleh Mohd Anuar Ismail dari pejabat SPRM Selangor.\n", "\nMayat Teoh dijumpai di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009. Beliau disoal-siasat semalaman di pejabat SPRM Selangor yang terlelatk pada tingkat 14 bangunan berkenaan.\n", "\nDalam reaksi segeranya, Ean Yong dalam laman Facebook menulis, \"Selepas menunggu lebih dua tahun, keadilan akhirnya tiba jua.”\n", "\n\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n\n", "\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/sukan/485378
Baki tiket final Piala FA dijual di Stadium Shah Alam esok
[ "", "Kira-kira 2,000 tiket untuk perlawanan akhir Piala FA 2019 di Stadium Bukit Jalil Sabtu ini, akan dijual di Stadium Shah Alam, Selangor pagi esok.", "Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Anas Hafiz Mustafa berkata, ia adalah baki daripada 30,000 tiket yang dijual di Stadium Darul Aman pada Selasa lepas.", "“Selepas mendapat kebenaran daripada pihak Stadium Shah Alam, kita akan membuka jualan di kaunter Quadrant ‘A’ bermula 10 pagi hingga 5 petang dan tiket ini adalah kuota penyokong Kedah dan dicetak pintu masuk kawasan Kedah sahaja.", "“Tiket yang dijual juga hanya membabitkan tiket dewasa yang berharga RM50 dan saya optimis ianya akan habis dijual esok,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar, hari ini.", "Beliau berkata, penjualan tiket di stadium berkenaan akan memudahkan penyokong serta peminat setia Lang Merah yang tinggal di Lembah Klang untuk mendapatkannya.", "Dua hari lalu, penjualan tiket final Piala FA 2019 di Stadium Darul Aman ‘hambar’ setelah kaunter jualannya dibuka pada 10.30 pagi hingga 4.30 petang.", "Kedah berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah mengambil kira kelebihan jaringan gol di tempat lawan selepas terikat 3-3 dengan Felda United pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada 30 Jun lepas.", "Skuad Lang Merah, yang merupakan juara empat kali, bakal dicabar oleh juara dua kali, Perak yang menewaskan Pahang 4-3 secara agregat di Ipoh pada perlawanan separuh akhir kedua.", "Kali terakhir Kedah merangkul kejuaraan Piala FA ialah pada 2017 selepas menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/402194
Guru tadika didakwa cederakan kanak-kanak 4 tahun
[ "Seorang guru tadika berusia 18 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di Kajang hari ini atas pertuduhan mencederakan muridnya, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang dilaporkan mengalami kecederaan di telinga dan lebam kedua-dua pipi, Oktober lepas.", "R.Nishalini yang merupakan orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.", "Nishalini didakwa telah dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Looi Qee Shine, empat tahun, dengan menggunakan tangan, di sebuah tadika di Taman Damai Indah, di Kajang pada jam 4.30 petang, 31 Oktober lepas.", "Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.", "Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi menawarkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin namun Nishalini yang tidak diwakili peguam memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan dia kini tidak bekerja.", "Nor Afidah membenarkan Nishalini diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan perubatan, lantikan peguam dan serahan dokumen.", "Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun cedera di telinga selepas dipercayai ditampar gurunya hanya kerana dia tidak mahu menulis. Pemeriksaan awal doktor terhadap kanak-kanak itu yang dibawa ibunya ke Hospital Kajang, mendapati ada kesan kecederaan pada tisu di kedua-dua belah pipi dan telinga mangsa.", "- Bernama\n ", "- Bernama", "" ]
https://www.malaysiakini.com/hiburan/491222
Penyanyi terkenal 90-an ditahan di JB
[ "Seorang bekas vokalis kumpulan rock popular ditahan kerana memiliki bahan dipercayai dadah semasa dia menunggang motosikal di kawasan rumah kedai di Taman Perling, Johor Bahru semalam.", "Suspek yang menyertai sebuah kumpulan terkenal di negara ini pada era 1990-an ditahan bersama seorang rakannya kira-kira jam 11.30 malam.", "Mereka ditahan polis apabila dilihat dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian.", "Menurut laporan The Star Online, selepas penyanyi itu diperiksa polis menemui bahan berupa serbuk putih dipercayai syabu seberat kira-kira 0.42g yang disimpan dalam dompetnya.", "The Star Online", "Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara untuk pemeriksaan lanjut.", "Hasil saringan air kencing, lapor portal itu, polis mendapati kedua-dua mereka positif mengambil dadah.", "Untuk rekod sebelum ini penyanyi berusia 41 tahun itu mempunyai rekod jenayah.", "Penangkapan itu dipercayai akan memberi kesan kepada rancangan kumpulan muzik yang disertai suspek mengadakan konsert yang menyatukan semua anggota mereka hujung bulan ini di Shah Alam sebelum ke Singapura bulan depan.", "Sumber polis memberitahu kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama." ]
https://www.malaysiakini.com/news/536953
PRN Sabah: Perlu menang besar atau keadaan kembali asal
[ "Sabah akan terus diselubungi krisis politik kecuali jika pemenang pada pilihan raya negeri itu memperoleh kemenangan dengan majoriti yang meyakinkan, kata beberapa penganalisis.", "Untuk mana-mana parti menang besar adalah satu cabaran yang sukar, namun, kemunculan parti-parti yang belum diuji di negeri ini seperti Bersatu kemungkinan akan memecahkan undi dalam pertandingan pelbagai penjuru.", "Bercakap kepada Malaysiakini, pemerhati politik dari Universiti Tasmania, James Chin menyifatkan pilihan raya negeri Sabah akan datang sebagai “free for all”.", "Malaysiakini", "\"Pada tahun 2018, hanya ada dua gabungan besar - BN dan persefahaman antara Warisan dan Pakatan Harapan, jadi kebanyakan kerusi (yang dipertandingkan) adalah satu lawan satu.", "\"Sekarang, ada semacam banyak parti, malah di peringkat persekutuan tidak begitu jelas apakah perubahan itu dari BN ke Muafakat Nasional. Dan di peringkat akar umbi, ini begitu samar-samar.", "\"Jadi ini bermakna semua akan mencuba nasib mereka, akan ada lebih banyak calon kali ini,\" kata Chin.", "\n", " ", " ", " ", "", "Namun, dengan dua gabungan besar pada PRU14, tidak ada satu pun yang muncul sebagai pemenang yang jelas. Sejurus selepas pilihan raya, BN dan Warisan-PH menemui jalan buntu dengan masing-masing mempunyai 29 kerusi.", "", "Hari-hari berikutnya menyaksikan Star berpihak kepada BN, yang membolehkannya membentuk kerajaan negeri dan Adun Sungai Sibuga Musa Aman mengangkat sumpah sebagai ketua menteri untuk penggal keempatnya.", "Musa kemudian hilang jawatannya setelah Upko dan enam Adun BN berpaling tadah kepada Warisan-PH. Ini membolehkan Adun Senallang Shafie Apdal menjadi ketua menteri baru sebagai gantinya.", "Sejak PRU14, Bersatu telah menjejakkan kaki di Sabah. Ia mempunyai sembilan Adun sebelum DUN dibubarkan.", "Sementara itu, bekas menteri luar dan adik Musa, Anifah Aman baru-baru ini mengumumkan dia akan kembali ke arena politik sebagai pemimpin Parti Cinta Sabah.", "", "", "", "", "", "Selain daripada penyertaan baru ini, pensyarah kanan kajian politik dan kerajaan Universiti Malaysia Sabah (Unimas) Arnold Puyok menjangkakan calon bebas juga akan bertanding.", "\"Mereka akan memecah undi.", "\"Ada kemungkinan pengundi akan mencari alternatif daripada parti-parti sekarang ... kerana mereka tidak terlibat dalam isu pembelotan dari Warisan atau BN ini,\" katanya kepada Malaysiakini.", "Malaysiakini", "\"Penilaian saya sekarang adalah ada kemungkinan kita akan kembali kepada asal.", "\"Seperti yang kita alami dalam pilihan raya lalu, parti kecil dan parti baru boleh menjadi penentu (selepas pilihan raya),\" kata Puyok.", "Chin juga meramalkan lebih banyak pembelotan kecuali jika pemenang dapat memperoleh lebih dari dua pertiga majoriti dalam DUN Sabah yang mempunyai 60 kerusi.", "\"Senario mimpi buruk bagi Sabah akan berulang jika keputusan tidak konklusif seperti pada tahun 2018, maka ada akan melompat lagi.", "\"Jadi keputusan terbaik yang kita harapkan pada pilihan raya ini adalah keputusan yang jelas, sekurang-kurangnya kelebihan 10 kerusi, misalnya,\" katanya.", "[Baca berita penuh]", "[Baca berita penuh]" ]
https://www.malaysiakini.com/news/248849
Rusuhan di Singapura, 10 polis cedera
[ "\nSuatu rusuhan berlaku di persimpangan jalan Race Course dan Hempshire Road di daerah Litle India Singapura pada Ahad malam.\n", "\n\nMenurut polis, satu kemalangan maut berlaku pada pukul 9.23 malam melibatkan sebuah bas dan seseorang di persimpangan kedua-dua jalan itu.\n", "", "\nTidak lama selepas itu rusuhan tercetus melibatkan sekumpulan kira-kira 400 orang yang merosakkan lima kenderaan polis dan sebuah ambulans.|\n", "\nBeberapa buah kenderaan persendirian turut dirosakkan sementara 10 orang pegawai polis cedera.\n", "\nPolis menggerakkan anggotanya daripada Pasukan Operasi Khas dan Kontinjen Gurkha ke tempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.\n", "\n\nOrang ramai di kawasan itu dinasihatkan supaya tidak keluar rumah sementara polis meneruskan operasi mengawal keadaan.\n", "", "\nOrang ramai di luar kawasan itu juga dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan berkenaan.\n", "\nMereka juga diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden itu.\n", "\nTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Teo Chee Hean berkata:\n", "\n\"Ini kejadian serius yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan terhadap harta awam.\n", "\n\"Keadaan kini terkawal. Polis sedang berusaha mengesan dan memberkas mereka yang terlibat dalam rusuhan itu,\" katanya.\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/559898
Wakil rakyat gesa permudahkan urusan rentas daerah
[ "Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Perak yang bermula 22 Januari lalu, seorang Adun DAP meminta pihak penguatkuasa untuk mempermudahkan urusan kebenaran merentas daerah.", "Ini kerana menurut Adun Sungkai, A Sivanesan, dia menerima beberapa aduan berhubung permohonan kebenaran merentas daerah yang ditolak oleh pihak penguatkuasa.", "\"Saya menggesa pihak penguatkuasa untuk mempermudahkan urusan permohonan kebenaran merentas daerah di seluruh Perak.", "\"Ini akan menjimatkan masa mereka yang membuat permohonan. Kerana tidak perlu ulang-alik lebih sekali selepas ditolak atas sebab-sebab yang pelik,\" katanya kepada Malaysiakini.", "Malaysiakini", "", "", "", "", "", "Sebagai contoh, Sivanesan berkata pada pagi ini dia terpaksa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan selepas permohonan merentas daerah seorang ibu tunggal yang berniaga (gerai makanan) di Bidor ditolak.", "\"Dia tinggal di Teluk Intan. Dan membuat gerai makanan di Bidor. Namun, permohonannya ditolak walaupun, sektor makanan dibenarkan beroperasi ketika PKP.", "\"Selepas saya berjumpa pihak polis permohonan untuk merentas daerah diluluskan.", "“Ini hanya satu kes. Saya terima beberapa aduan seumpamanya,\" katanya lagi.", "Pada 19 Jan, Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata PKP diperluas ke seluruh negara, kecuali Sarawak, bermula 22 Januari.", "", "", "", "", "", "Perintah itu kemudian diperluas ke seluruh Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan bermula 12.01 tengah malam ini hingga 4 Februari.", "PKP 2.0 telah pun bermula di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah mulai 13 Januari lalu. ", "Sementara itu, Sivanesan juga Naib Pengerusi DAP Perak berkata pihak penguatkuasa mungkin keliru dengan garis panduan yang tidak jelas daripada kerajaan persekutuan.", "\"Saya tidak dapat salahkan mereka. Kadang-kala garis panduan tidak jelas. Ditukar dua kali sehari.", "\"Maka, semua keliru termasuk pihak penguatkuasa.", "\"Saya minta pihak persekutuan supaya membuat garis panduan yang jelas dan tetap agar mudah diamalkan oleh semua pihak,\" katanya." ]
https://www.malaysiakini.com/news/212350
Nazri: Malaysia bukan negara sekular
[ "\nMalaysia tidak diasaskan sebagai sebuah negara sekular dan tidak pernah diisytihar serta ditentukan untuk menjadi begitu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.\n", "\n\nSebaliknya, kata Nazri, Malaysia diasaskan bawah prinsip pentadbiran Islamik bawah Raja-raja Melayu.\n", "", "\nPerkataan sekular tidak wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan, Nazri memberitahu Dewan Rakyat dalam sesi soal jawab hari ini.\n", "\nKatanya lagi, perlembagaan menyebut dengan jelas bahawa Islam sebagai agama persekutuan.\n", "\nBeliau kemudiannya memetik perlembagaan dan peruntukan undang-undang yang menyebut status dan fungsi Islam dalam negara ini dilindungi.\n", "\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/578404
PAS: Agong serius titahkan hal berkaitan kes Covid-19
[ "", "Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Yang di-Pertuan Agong serius menitahkan hal berkaitan kes Covid-19 yang sedang melanda negara.", "Tuan Ibrahim yang mewakili Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), menghadap Agong terdahulu hari ini berbincang hampir satu jam berhubung perkembangan isu Covid-19, darurat dan persidangan Parlimen. ", "“Tuanku sangat terbuka dan mesra berbincang, namun baginda serius apabila menitahkan hal-hal yang berkaitan kes-kes Covid-19 yang sedang berlaku. ", "“PAS merupakan sebahagian daripada komponen kerajaan akan terus mendukung pendirian yang diambil untuk menangani pandemik Covid-19 yang melanda negara hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. ", "Tambah ahli parlimen Kubang Kerian, parti itu juga telah mengarahkan seluruh jentera parti untuk terus memobilisasi usaha membantu petugas barisan hadapan dalam semua inisiatif di bawah program vaksinasi kebangsaan.", "Ini termasuk melancarkan kempen dan bertindak sebagai pemudah cara untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan. ", "Hari ini, beberapa pemimpin parti politik menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.", "Semalam, baginda menerima menghadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin - pertemuan mingguan sebelum mesyuarat kabinet - dan kemudiannya mengadakan pertemuan dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.", "Difahamkan, antara isu yang menjadi topik perbincangan dalam pertemuan itu penularan wabak Covid-19 dan tempoh pelaksanaan darurat." ]
https://www.malaysiakini.com/news/494145
Dr Faisal Rafiq dilantik naib canselor USM
[ "", "Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan pelantikan Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) baharu berkuat kuasa 4 Okt 2019 hingga 3 Okt 2022.", "Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan Prof Faisal Rafiq, 44, itu dibuat berdasarkan syor Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam pada 4 Sept lepas.", "Jawatankuasa itu dipengerusikan Tan Sri Zarinah Anwar dan dianggotai Tan Sri Wahid Omar, Tan Sri Dr Lin-See Yan, Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Razak dan Dr Andrew Aeria.", "Kementerian Pendidikan berkata pelantikan itu berdasarkan kepada kepakaran, pengetahuan, pengalaman dan pencapaiannya semasa memegang jawatan pentadbiran utama iaitu Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Universiti Malaya (UM) selama enam tahun dan jawatan sebelum itu sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa.", "\"Kementerian percaya beliau akan dapat memacu kecemerlangan USM ke tahap yang lebih tinggi,\" katanya.", "Kementerian Pendidikan berkata sebagai Pengurusan Tertinggi UM, Faisal Rafiq terlibat dalam meningkatkan kecemerlangan dan ketampakan UM di peringkat global apabila UM menduduki tempat ke-70 dalam kedudukan 100 terbaik dunia berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking 2020.", "UM juga telah dinobatkan berada di kedudukan ke-10 kalangan universiti-universiti global dalam bidang kejuruteraan seperti yang diumumkan U.S. News dalam penerbitan U.S. News 2018 Best Global Universities Ranking.", "Semasa memegang portfolio Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UM, antara inovasi yang dilaksanakan beliau adalah pengurusan air dan sisa, penyelidikan serta pendidikan bagi pembangunan yang mampan sehingga memperoleh pengiktirafan Most Sustainable (Greenest) City Centre University in Asia oleh UI Green Metric pada 2017 dan 2018. ", "Faisal Rafiq juga telah berjaya mengkomersialkan produk penyelidikan melalui spin-off beliau, Flexilicate Sdn Bhd.", "spin-off ", "\"Kementerian berharap agar pelantikan tersebut dapat meneruskan kesinambungan pencapaian dan sumbangan beliau untuk kecemerlangan USM dan seterusnya merealisasikan visi USM untuk menjadi universiti penyelidikan yang terkemuka di peringkat global,” kata Kementerian Pendidikan.", "Kementerian Pendidikan dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada bekas Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Asma Ismail atas khidmat bakti dan kepimpinan beliau sepanjang memegang jawatan sejak 4 Okt 2016 hingga 3 Okt 2019.", "Asma kini menggalas tanggungjawab yang lebih besar sebagai Pengerusi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM).", "-Bernama", "-Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/446819
Manifesto satu tanggungjawab kepada pengundi
[ "Manifesto merupakan satu tanggungjawab kepada pengundi dan tidak boleh sewenang-wenangnya diketepikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Tan Sri Dr Rais Yatim.", "Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan itu berkata manifesto merupakan asas yang membantu pengundi membuat pilihan dalam sesuatu pilihan raya.", "Oleh itu, katanya, jika sebahagian besar daripada manifesto itu tidak menjadi kenyataan maka kerajaan PH akan menerima kritikan rakyat.", "“Sekiranya tidak boleh dilaksanakan, PH perlu wujudkan satu panel khusus untuk melihat semula manifesto...yang penting rakyat tahu yang perkara-perkara ini dikaji dengan teliti.", "“Jika kita tidak buat begitu maknanya apa guna kita ada manifesto dan kita tak boleh lari daripada tanggungjawab itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Port Dickson malam tadi.", "Baru-baru ini, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz dilaporkan berkata beliau terkilan kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memberitahunya akan memegang portfolio Kementerian Pendidikan, namun tidak dilakukannya kerana janji manifesto.", "Rafidah yang pernah menerajui Wanita Umno turut mengingatkan bahawa tidak mustahil kerajaan PH akan kehilangan kuasa sekiranya tidak dapat membuat keputusan penting hanya kerana terikat dengan manifesto yang dijanjikan.", "- Bernama\n ", "- Bernama", "" ]
https://www.malaysiakini.com/news/223918
Dr M gesa k'jaan haramkan 'kampung air'
[ "\n'Kampung air', rangkaian rumah yang dibina di atas batang kayu di pantai Sabah, tidak sepatutnya dibenarkan lagi, kerana ia  boleh digunakan untuk pencerobohan asing dan menyumbang kepada pencemaran, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.\n", "\n\n\"Kita  pernah menempatkan pegawai imigresen di kampung air,\n", "", "\ntetapi kini kita menempatkan mereka di darat. Jadi orang asing bebas datang ke kampung air untuk melakukan apa yang mereka mahu.\n", "\n\"Malah jika mereka membawa senjata pun kita tidak boleh periksa... Untuk memeriksa kampung air adalah sukar kerana laluan yang sempit, ia membuatkan kita terdedah kepada serangan (serang hendap),\" kata Mahathir ketika menjawab soalan di majlis dialog mengenai kemungkinan sistem dua parti di Malaysia, anjuran Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM).\n", "\n\n\"Saya fikir selepas ini, kita tidak boleh membenarkan kampung-\n", "", "\nkampung air. Mereka juga menyebabkan pencemaran,\" katanya.\n", "\nEnam anggota polis Malaysia terbunuh dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata yang mewakili tuntutan kesultanan Sulu di laluan jalan kaki yang sempit di perkampungan air di Semporna Sabah, ketika mereka melakukan serbuan di situ.\n", "\n\n\n\n\n", "\n\n\n", "\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/141085
'Kabel' dengan k'tangan awam yang rasuah
[ "\n\n\nEKSKLUSIF\n\n \n\nMemang sukar untuk mengikis persepsi yang mengaitkan budaya rasuah dengan kakitangan awam di Malaysia.\n", "\n\nEKSKLUSIF\n\n \n", "\nEKSKLUSIF\n", "\n\n\n\nMalah, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengakui 41 peratus daripada mereka yang didakwa atas tuduhan rasuah adalah kakitangan awam.\n", "\n\n", "", "\n\n\nSama ada ia membabitkan penipuan sijil sakit atau meminta wang\n\n\n", "\n", "\n", "\n", "\nBagaimanapun, bekas Ketua Pengarah Biro Pencegahan Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Datuk Shafee Yahaya (kanan) - yang 33 tahun bersama perkhidmatan awam - berkata ia lebih daripada dakwaan tersebut.\n", "\n\"Anda harus melihat semua senario. Ini bergantung pada kementerian atau jabatan tertentu. Sudah tentulah ia diterajui ketua pengarah. Tetapi pada akhirnya, ia tidak akan berlaku jika tidak ada kaitan atau phak yang berkepentingan.\n", "\n\n\n\n\"Untuk mengatakan perkhidmatan awam atau ahli politik korup sepenuhnya, adalah tidak benar kerana, kadang-kadang, ia merupakan gabungan antara kedua-duanya...,\" tambahnya.\n", "\n\n", "", "\n\n\n", "\n", "\n", "\nShafee menolak tanggapan bahawa rasuah adalah jenayah 'tanpa korban', sambil menegaskan bahawa mereka yang paling menderita adalah golongan miskin, tidak bernasib baik dan tidak ada 'kabel'.\n", "\n\"Rasuah berlaku dalam pelbagai bentuk, sama ada nepotisme,\n\n\n", "\n", "\n\n", "", "\n\"Bayangkan jika sebatang jalan menelan kos RM10 juta untuk dibina dan, kerana rasuah, meningkat kepada RM30 juta. Siapa yang akan membayarnya?\"\n", "\nNamun, Shafee amat menyedari sepenuhnya halangan-halangan untuk mencekup mereka yang terbabit melakukan rasuah.\n", "\n\n\n\n\n", "\n\n\n", "\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/sukan/358364
Wira Olimpik, Paralimpik harap HSN lebih pengisian
[ "Penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) 2016 yang memasuki edisi kedua patut diteruskan pada masa hadapan bagi menggalakkan lebih ramai rakyat negara ini menjadikan aktiviti sukan sebagai satu riadah.", "Namun beberapa pemenang pingat Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Rio de Janeiro berharap lebih banyak pengisian program diwujudkan bagi menarik lebih banyak penyertaan pada masa hadapan.", "Pelari pecut paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang dikenali dengan panggilan 'Dikwan', mengakui amat teruja dengan kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu bergambar bersama atlet negara.", "\"Saya lihat orang ramai berpusu-pusu bergambar bersama atlet dan berharap ini akan menjadi perangsang untuk mereka meneruskan aktiviti bersukan bukan disebabkan pengaruh atlet itu sendiri tetapi tarikan yang ada pada sambutan kali ini.", "\"Bagi saya, penganjuran HSN perlu lebih diperkasakan supaya masyarakat di negara ini didedahkan dengan kepentingan bersukan bagi menjaga kesihatan diri,\" kata Mohamad Ridzuan yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio dalam acara 100m kategori T36 (celebral palsy).", "Berkongsi pandangan sama adalah jaguh berbasikal trek kebangsaan, Mohd Azizulhasni Awang yang berharap sambutan HSN dapat ditambah baik pada masa akan datang.", "\"Saya lihat sambutan tahun ini amat meriah kerana hampir 7 juta orang di seluruh negara termasuk di sini menyambutnya dan saya harap acara ini dapat diteruskan sambil ditambah baik dari segi pengisian program bagi menarik lebih banyak penyertaan pada masa akan datang.", "\"Bagi saya, HSN merupakan antara medium terbaik untuk menggalakkan aktiviti sukan bukan sebab pertandingan tapi demi mengekalkan kesihatan tubuh badan,\" jelas Mohd Azizulhasni yang meraih pingat gangsa dalam acara keirin di Sukan Olimpik Rio.", "Pemain badminton negara Goh V Shem pula bangga melihat pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, menyertai sambutan kali ini.", "\"Saya amat bersetuju sekiranya lebih banyak program dipelbagaikan pada masa depan bagi menarik minat orang ramai menjadikan sukan sebagai satu aktiviti harian mereka,\" kata Goh yang meraih pingat perak bersama Tan Wee Kiong dalam acara beregu lelaki Sukan Olimpik Rio.", "-Bernama", "-Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/279532
Sebar gambar palsu, penduduk lapor polis
[ "\nTindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat dan gambar palsu tentang pergaduhan kaum di Pangsapuri Sri Perantau di Pelabuhan Klang sejak Ahad lepas dianggap keterlaluan.\n", "\n    \n", "\nPengerusi Persatuan Penduduk pangsapuri berkenaan, Awang Noh Dollah berkata mana-mana pihak yang terlibat diminta segera menghentikan penyebaran itu.   \n", "\nBeliau berkata lebih 3,000 penduduk di 12 blok pangsapuri itu belum pernah mengalami sebarang pergaduhan kaum seperti diwar-warkan walaupun 60 peratus daripada penghuni berbangsa Melayu manakala 40 peratus pula masyarakat India.\n", "\n    \n", "\n\"Kita nafikan berlaku pergaduhan kaum di pangsapuri ini dan kami minta pihak yang menyebarkan itu segera hentikan sebab ia memburukkan nama penduduk di sini sedangkan kita hidup aman damai saja,\" katanya kepada pemberita semalam.\n", "\nMenurut Awang Noh, gambar itu hanyalah adegan lakonan sekumpulan penuntut institusi pengajian tinggi yang kebetulan sedang merakamkan filem pendek untuk dimuat naik ke laman sosial.  \n", "\n    \n", "\nSehubungan itu,  katanya, persatuan penduduk pangsapuri tersebut membuat satu laporan polis di Balai Polis Pelabuhan Klang semalam.\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/sukan/328437
Sahut cabaran PQPTRW Muah! Muah!
[ "\nBagi menghangatkan pembukan Liga Malaysia 2016, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bakal menganjurkan pertandingan perarakan kenderaan berhias tercantik bertemakan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).\n", "\nPenasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Hasmiza Othman berkata, perkara itu sudah dibincangkan dan dipersetui.\n", "\nKatanya, Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa akan melancarkan pertandingan itu.\n", "\n\n\"Semua boleh sertai, tak kira kereta apa. (Sebagai) tanda sokongan, satu perarakan akan dilakukan dengan anjuran Kafa,\" katanya pada satu keterangan gambar di akaun Instagram beliau hari ini.\n", "", "\nTambah Hasmiza yang lebih popular dengan nama Datuk Vida, hadiah lumayan disediakan kepada pemenang pertandingan tersebut.\n", "\nDalam pada itu, mengulas mesyuarat antara beliau dan Kafa hari ini, Hasmiza berkata, antara isu yang dibincangkan ialah mengenai aspek kecantikan Stadium Sultan Muhammad IV.\n", "\nAntara yang diberi perhatian, katanya, adalah keselesaan penonton, kebersihan, balapan dan laluan khas untuk wanita dan pengunjung berkeluarga.\n", "\nTerdahulu pengasas syarikat Vida beauty Sdn Bhd itu mengejutkan peminat bola sepak apabila tampil menaja pasukan bola sepak Kelantan dengan syarat tersendiri.\n", "\nDua syarat utama iaitu stadium dicat dengan warna merah jambu dan nama pasukan di dahului dengan Pamoga Qu Puteh kini terlaksakan dengan kontrak bernilai RM16 juta ditandatangani, baru-baru ini.\n", "\nSementara itu, dalam satu posting gambar kenderaan bertema PQPTRW yang dimuat naik di Instagram, Hasmiza meminta peminat menyertai pertandingan itu.\n", "\n\"Sahut cabaran PQPTRW, motosikal pun boleh. Siapa nak sertai? Sila, sila. Muah! Muah!\" tulisnya.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/296482
Ahmad Awang: Tak perlu parti Islam baru
[ "\nTokoh ulama PAS, Ahmad Awang menolak penubuhan parti baru yang mungkin akan ditubuhkan oleh NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).\n", "\nBeliau berkata demikian selepas ditanya pemberita mengenai rancangan PasMa berkemungkinan akan menubuhkan parti Islam Jun ini.\n", "\n“Bagi saya, saya tak nak ada parti Islam yang baru sebab yang dah ada sekarang ini pun bukan mudah, untuk jadi (PAS) macam sekarang,” kata bekas naib presiden parti Islam itu.\n", "\nMembandingkan dengan Indonesia, Ahmad berkata walaupun negara itu lebih besar politiknya kini menjurus ke arah pengurangan parti.\n", "\nAhmad berkata demikian selepas diskusi “Mempersada PAS di pentas perjuangan” di Kuala Lumpur malam tadi.\n", "\nPresiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi dalam konvensyen NGO itu semalam berkata\n\npendirian\n\nmereka sama ada membentuk parti politik atau tidak akan dibuat selepas berakhirnya muktamar PAS Jun depan.\n", "\npendirian\n", "\nAhmad bagaimanapun berkata PasMa seharusnya mengekalkan tanggungjawabnya sebagai NGO seperti sekarang ini untuk membantu Pakatan Rakyat.\n", "\nBeliau turut memuji usaha PasMa\n\nmengerahkan\n\n1,000 sukarelawan di Permatang Pauh untuk membantu kempen pilihan raya kecil (PRK) sebagai sesuatu yang bagus.\n", "\nmengerahkan\n", "\n“Jadi kalau dia parti politik yang baru, dia dilihat sebagai serpihan. Serpihan yang tumbuh bermula dari tidak puas hati dengan parti pimpinan yang ada berapa lama dia nak kuat.\n", "\n“Kalau dia buat parti pun, dasarnya mesti macam PAS sahaja, jadi elok jadi NGO,” katanya.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/hiburan/349573
Azwan Ali sokong Pemuda PAS
[ "Selain menyokong tindakan Pemuda PAS membantah konsert Selena Gomez yang akan berlangsung Isnin ini, selebriti kontroversi Azwan Ali turut menyifatkan acara itu sebagai \"konsert neraka\".", "Menyuarakan kelantangan seperti dirinya yang selalu, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA memuat naik status itu menerusi akaun Instagram miliknya.", "“Hidup PAS, pemuda Selangor kerana lantang menentang #KonsertNeraka Selena Gomez.", "“Diva AA menyokong penuh PAS,” tulisnya.", "Beserta status berkenaan, Azwan turut memuat naik gambar bendera PAS.", "", "Konsert Selena Gomez dijadual berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada minggu depan.", "Tetapi belum pun bermula, konsert berkenaan mendapat bantahan daripada Pemuda PAS yang mendakwa aktiviti itu boleh mencemarkan kemuliaan Syawal.", "Sementara itu, kerajaan Selangor pula menyatakan mereka tidak akan membatalkan konsert berkenaan sekiranya penganjur dan penyanyi mematuhi segala syarat ditetapkan.", "Menerusi ruang yang sering dijadikan tempat luahan perasaan itu, Azwan turut memuat naik status kedua.", "Bagaimanapun kali ini dia seolah-olah menyindir abagnya sendiri yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.", "“Hiburan melalai, gejala sosial, fitnah tersebar menjadi semakin serius tetapi usaha kerajaan Selangor besarkan Selena Gomez? Mufti Selangor? Kenapa senyap?” soalnya.", "Kenyataan Azwan itu turut dimuat naik berserta hash tag #JUMAATterindah #masjidKLCC dan #abokpuntarakkkkk.", "Sementara itu hari ini salah seorang wakil PAS dalam kerajaan Selangor Datuk Ahmad Yunus Hairi, mengarahkan semua masjid di negeri itu mengadakan solat hajat bagi memohon konsert berkenaan dibatalkan.", "Tiada arahan dikeluarkan", "Tiada arahan dikeluarkan", "Tiada arahan dikeluarkan", "Yunus yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi berkata umat Islam tidak merestui konsert dan hiburan melampau yang hanya akan mengundang bala daripada Allah.", "\"Umat Islam tidak akan reda dan merestui segala bentuk hiburan yang melampau termasuklah konsert Selena Gomez yang akan mengundang kemurkaan Allah SWT.", "\"Semua masjid di Negeri Selangor diarahkan mengadakan solat hajat selepas solat jumaat atau pada bila-bila masa yang sesuai sebelum konsert itu berlangsung untuk memohon kepada Allah SWT semoga konsert tersebut dibatalkan dan negeri Selangor yang kita cintai ini tidak ditimpa bala bencana.", "\"Juga diberikan hidayah oleh Allah SWT kepada pihak yang terlibat dalam penganjuran konsert ini,\" katanya.", "Azmin dipetik berkata konsert itu akan diteruskan, walaupun mendapat bantahan dengan alasan pihak penganjur menepati semua syarat yang ditetapkan.", "Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata penampilan seksi artis itu bukan perkara penting dan tidak sepatutnya dijadikan isu.", "\"Seksi itu ciptaan tuhan dan subjektif, jangan terlalu teruja mengenainya, kebanyakan peminat lebih tertarik dengan lirik lagu yang disampaikan oleh penyanyi berkenaan,\" katanya.", "Sementara itu petang tadi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyatakan mereka tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada mana-mana masjid atau surau di negeri itu mengadakan solat hajat berkaitan konsert Selena.", "Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata sebarang keputusan membatalkan konsert tertakluk kepada bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).", "\"Ianya berada di luar bidang kuasa JAIS,\" katanya.", "di luar bidang kuasa JAIS" ]
https://www.malaysiakini.com/news/501083
Shaq Koyok: Tiada khayalan, hanya Orang Asli dan cerita sebenar
[ "MALAYSIANSKINI | Akma Mamin, 11, gembira apabila mendapat tahu potretnya akan terpampang menghiasi dinding luar bilik darjahnya. ", "MALAYSIANSKINI", "|", "Begitu juga dengan Hariziman Herman, yang baru tamat UPSR. Dia teruja apabila mengetahui wajahnya akan terus kekal di sekolah itu, biarpun setelah dia tamat bersekolah rendah di situ. ", "Kedua-dua kanak-kanak Temuan-Semai itu dipilih menjadi subjek lukisan mural oleh Shahar “Shaq” Koyok di sekolah Orang Asli Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan.", "Shaq, pelukis berusia 34 tahun yang berasal dari suku Temuan, mempunyai misi untuk mengetengahkan subjek Orang Asli kepada umum melalui karyanya.", "Shaq dikenali ramai menerusi potret-potretnya yang menangkap perhatian, contohnya karya “Age of Tomorrow” yang kini dipamerkan di Galeri Petronas.", "Age of Tomorrow", "Ia menggambarkan seorang wanita Orang Asli di tengah-tengah dua imej kontras di belakangnya - hutan yang hijau dan subur, dan tanah kelabu yang dipenuhi dengan serpihan balak. ", "Dalam karya “Witnesses” yang merupakan potret hitam dan putih, dia melukis enam individu Orang Asli di atas enam tikar mengkuang yang dianyam oleh ibunya. ", "Witnesses", "", "\n", " ", " ", " ", "", "Tikar-tikar itu digantung mengelilingi satu tunggul pokok. Di atas tunggul itu diletakkan satu gergaji rantai (chainsaw). Karya ini juga turut dipamerkan dalam pameran Redtape di Galeri Petronas, KLCC (hingga 29 Disember). ", "chainsaw", "", "Dalam temu bualnya dengan Malaysiakini, Shaq mengakui, dia hanya akan melukis subjek Orang Asli dalam karyanya. ", "Malaysiakini", "“Ada orang minta saya lukis benda lain, tapi saya tolak. ", "“Banyak isu yang dihadapi oleh Orang Asli - pembalakan, rampasan tanah, pembinaan lebuh raya, pembangunan yang melampau di tanah adat, dan ladang kelapa sawit. ", "“Ini yang akan saya lukis. Saya mahu orang tahu, Orang Asli tak okey dengan benda-benda ini [...].", "“Tak ada gambar (menunjukkan) khayalan. Saya mahu orang ramai sedar dan saya mahu tunjuk kepada mereka cerita sebenar,” jelasnya. ", "\n", " ", " ", " ", "", "Dalam nada yang bersunguh-sungguh, Shaq berkongsi kisah kanak-kanaknya, bagaimana dia membesar dalam rumah kayu satu bilik tanpa bekalan tenaga elektrik mahupun bekalan air. Miskin, tetapi cukup bahagia.", "", "Kebanyakan usia kanak-kanaknya dihabiskan di Kampung Pulau Kempas, satu kampung Temuan di Banting, Selangor. Katanya, masih segar di ingatannya kenangan menangkap ikan di paya, dan memburu binatang kecil di dalam hutan. ", "Di sekolah rendah, dia didedahkan dengan seni lukisan, yang akhirnya menjadi minat mendalam yang membentuk perjalanan kehidupannya selepas itu.", "Langkah awal ", "Langkah awal", "Langkah awal", "", "Shaq mula melukis potret ketika di sekolah menengah, apabila dia mendapat galakan daripada guru-guru yang memperakui bakatnya dan mengupahnya melukis potret peribadi masing-masing. ", "Kata Shaq, dia dibayar RM200 untuk satu potret yang dihasilkan, digunakan untuk menambah duit sakunya ketika itu. ", "Dengan melukis potret jugalah dia dapat menyara hidup ketika bergelar pelajar jurusan seni halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Shaq merupakan Orang Asli pertama dari semenanjung mengambil jurusan itu. ", "Semasa menyambung diploma di kampus UiTM Melaka, Shaq akan meletakkan toopang lukisan (easel) di sudut-sudut jalan pada hujung minggu, dan melukis potret pelancong dan pengunjung yang lalu-lalang di situ. ", "Duit lebih yang diperolehinya, dapatlah dia gunakan untuk mengembangkan lagi cabang kreativitinya ke bidang muzik dan meluncur papan, yang kemudiannya menjadi hobi sehingga kini. ", "", "", "", "", "", "", "Di universiti jugalah, katanya, dia belajar untuk menerima identiti dirinya sebagai pelukis Orang Asli. ", "“Saya sedar betapa kurangnya representasi Orang Asli di ruang awam. Kurang diwakili, dan (ada) salah tanggapan. Banyak stereotaip (terhadap Orang Asli) di luar sana [...]", "“Saya mahu mewakili Orang Asli dalam karya saya agar orang dapat melihat kami, dan melihat bahawa Orang Asli (juga) tinggal di sini. Kami juga mahu tergolong (dalam masyarakat), bukan terasing,” katanya. ", "Shaq berkongsi bagaimana sesetengah galeri pada mulanya teragak-agak untuk mempamer atau menjual karyanya. Ada yang menasihatkannya untuk melukis subjek yang lebih bersifat komersial. ", "Tetapi dia tetap dengan misinya, dan akhirnya, pada 2017, karyanya terpilih sebagai sebahagian daripada pameran berkumpulan “Manah: A Living Legacy” di Galeri Petronas. ", " “Manah: A Living Legacy”", "", "\n", "", "", "", "", "", "Sejak itu, karyanya mendapat perhatian, malah turut dipamerkan dalam pameran solo di seluruh negara, juga di Melbourne, London dan Miami. ", "", "Shaq percaya, menjadi pelukis yang “mewakili diri sendiri” memberinya kebebasan untuk terus melukis topik yang menjadi pilihannya, iaitu potret Orang Asli. ", "“Saya cuba memberikan nyawa kepada imej individu di dalam karya saya, supaya dia takkan mati. ", "“Supaya imejnya pada ketika dan tempat itu (wajahnya dipotretkan), akan hidup selama-lamanya dalam karya saya dan dapat terus-terusan bercerita kisah hidup mereka (melalui karya saya). ", "“Kalau pun dia mati, atau mendewasa, atau menjadi orang lain, ceritanya masih tetap akan sama. Ini penting untuk Orang Asli,” jelasnya.", "Perjuangan hak Orang Asli", "Perjuangan hak Orang Asli", "Perjuangan hak Orang Asli", "", "Di samping kerjaya lukisannya, Shaq turut menjadi sangat dekat dengan orang-orang serta isu yang menjadi subjek lukisannya. ", "Kerap muncul di acara-acara alam semulajadi, dia sering berucap di forum bagi membangkitkan pengalaman Orang Asli berdepan kemusnahan iklim. Pada September, dia merupakan salah seorang daripada ratusan peserta Mogok Iklim di Kuala Lumpur. ", "Dia juga merupakan Orang Asli pertama yang menerima Anugerah Merdeka atas kerja-kerja komunitinya. ", "Anugerah itu memberinya peluang untuk mengembara ke lura negara bagi mempelajari bagaimana kaum orang asal di Australia dan Maori di New Zealand menggunakan seni untuk memacu kesedaran awam tentang budaya dan hak Orang Asli. ", "Shaq percaya, aktivisme dan seninya tidak akan dapat dipisahkan, memandangkan kedua-duanya bercambah daripada perjuangannya terhadap hak Orang Asli. ", "\n", "\n", " ", " ", " ", "", "Katanya, kepercayaan itulah yang mendorongnya melakukan kerja-kerja melukis mural di sekolah-sekolah Orang Asli secara sukarela, seperti wajah Akma dan Heriziman yang diabadikan di dinding sekolah di SK Bukit Lanjan. ", "", "", "Tambahnya, dia bangga dapat membawa karya seninya “keluar dari galeri”, dan lebih penting daripada itu, dia berharap karyanya dapat memberi inspirasi buat kanak-kanak Orang Asli agar berasa bangga dengan identiti mereka. ", "“Saya mahu lukis imej Orang Asli di sekolah Orang Asli. Kamu tak lihat imej Orang Asli di sekolah-sekolah, kan? Tak ada. ", "“Saya mahu pelajar-pelajar bangga dengan diri mereka seadanya, dan saya mahu buat mereka rasa mahu pergi ke sekolah. Banyak (daripada mereka) yang rasa malu kerana diperlekahkan hanya kerana mereka “Orang Asli”. ", "“Saya tak mahu itu. Sebab itu saya selalu lukis Orang Asli dalam persalinan tradisi mereka dalam mural-mural saya, untuk mewakili budaya kami,” katanya. ", "Kadar keciciran pelajar sekolah menengah di kalangan Orang Asli berada pada kadar 51.06 peratus tahun lalu, menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa). ", "Pakar mendakwa perkara itu berlaku kerana beberapa faktor, antaranya buli, diskriminasi dan ketidakpercayaan terhadap sistem pendidikan kerana usaha pengislaman di sekolah. ", "", "", "", "", "", "", "Biarpun mengakui muralnya membantu memberikan ruang untuk Orang Asli diwakili dan menjadi ‘lebih kelihatan’, kata Shaq, itu baru setengah jalan daripada ‘misinya’. ", "Dia kerap menganjurkan ceramah motivasi di sekolah-sekolah yang menerima lukisan muralnya. ", "Katanya, melukis mural di sekolah membantunya untuk berhubung dengan pelajar-pelajar di situ, yang menurut pemerhatiannya, bersikap lebih menerima apabila wajah yang mereka kenali, meminta mereka untuk terus bersekolah. ", "“Saya bukan orang asing yang tiba-tiba terjun bagi ceramah motivasi kepada mereka,” katanya sambil ketawa. ", "Dia kini sedang membuat persiapan untuk pameran solo pertamanya di Balai Seni Negara, yang merupakan pencapaian yang diidam-idamkan dan dibanggakan oleh pelukis Malaysia. ", "Tarikh pamerannya dijadualkan bermula 19 Mac 2020, namun tertakluk pada perubahan. ", "Dalam pameran tersebut, dia bercadang mewakili kesemua 18 suku Orang Asli di semenanjung Malaysia melalui seni lukisan dan seni pemasangan.", "“Ini tanggungjawab yang besar, dan tak pernah dilakukan sebelum ini. Tapi saya harap (dapat) memotret setiap orang,” tekadnya. ", "", "", "", "MALAYSIANSKINI ialah siri warga Malaysia yang patut anda kenali.", "MALAYSIANSKINI ialah siri warga Malaysia yang patut anda kenali.", "" ]
https://www.malaysiakini.com/news/645536
Mahkamah arah Siti Bainun bela diri atas tuduhan aniaya Bella
[ "Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.", "Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun, 30, di akhir kes pendakwaan.", "Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias manakala Siti Bainun diwakili peguam Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan, Asiah Abd Jalil dan Nur Ellena Mohamed Razif.", "Turut hadir Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman yang dilantik oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.", "Turut hadir Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman yang dilantik oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.", "- Bernama", "Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/526656
Singapura benarkan transit Lapangan Terbang Changi mula 2 Jun
[ "Singapura akan membenarkan pengembara untuk melakukan transit melalui Lapangan Terbang Changi secara beransur-ansur berkuat kuasa 2 Jun 2020, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).", "\"Ini adalah sebahagian daripada strategi Singapura untuk membuka kembali pengangkutan udara secara beransur-ansur untuk memenuhi keperluan ekonomi dan rakyat kita, sambil memastikan perlindungan yang mencukupi untuk perjalanan yang selamat,\" katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Kenyataan itu berkata syarikat penerbangan harus mengemukakan cadangan mereka untuk memindahkan lorong melalui Lapangan Terbang Changi kepada CAAS.", "\"Cadangan tersebut akan dinilai dengan mempertimbangkan keselamatan penerbangan, pertimbangan kesihatan awam, serta kesihatan penumpang dan krew udara,\" kata CAAS.", "Pada ketika ini, CAAS berkata penumpang warga asing hanya boleh transit melalui Singapura jika mereka dalam penerbangan pulang yang diatur oleh kerajaan mereka.", "\"Keputusan itu akan membolehkan penumpang transit melalui Singapura dengan lebih mudah,\" katanya.", "Sebagai langkah berjaga-jaga, CAAS berkata langkah-langkah ketat akan dilakukan untuk memastikan bahawa penumpang transit kekal berada di kemudahan yang ditentukan di kawasan transit dan tidak bercampur dengan penumpang lain semasa berada di Lapangan Terbang Changi.", "- Bernama", "Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/285966
Jejak 'raja judi' dari Macau ke Vegas
[ "\nLelaki yang menjadi subjek dalam surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) dikatakan memiliki kehidupan mewah dan bersenang-senang di Caesars Palace, hotel agam di Las Vegas.\n", "\nZahid menulis membersihkan nama Phua, seorang rakyat Malaysia, yang dikaitkan dengan kumpulan kongsi gelap terkenal berpangkalan di Hong Kong 14K, untuk prosiding di mahkamah AS.\n", "\nBagaimanapun, peguam Phua menarik balik surat itu pada 29 Disember lalu selepas kerajaan Malaysia membantah penggunaannya di mahkamah.\n", "\nDalam pembelaannya terhadap pertuduhan melibatkan perjudian, peguam Phua dan anaknya Darren mendakwa bahawa mereka diperangkap.\n", "\nSebagai reaksi, kerajaan AS yang diwakili oleh pendakwanya Daniel Bogden mengeluarkan jawapan 53 halaman bagi menjawab perkara itu.\n", "\nJawapan itu, yang diubah statusnya, termasuk eksibit 295 halaman.\n", "\nEksibit itu termasuk nota FBI, pengakuan saksi yang tidak didedahkan, ratusan pesanan WhatsApp, Skype dan SMS, jutaan transaksi bank, termasuk juga resit dan pengisytiharan kastam.\n", "\nBerdasarkan semua ini, nyata kedua-dua tertuduh begitu berhati-hati.\n", "\nSaksi-saksi memberitahu FBI bahawa Phua – kadang-kadang digelar “bos” – tiba Vegas selepas ditangkap di Macau atas dakwaan perjudian haram.\n", "\nBagaimanapun beliau bebas, berdasarkan keratan akhbar di China, “tidak diketahui”.\n", "\n\n[Baca berita asal]\n\n", "\n[Baca berita asal]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/615290
JPP PKR ingatkan bakal calon, kempen rasmi belum bermula
[ "Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) mengingatkan anggota parti itu bahawa kempen secara rasminya hanya akan bermula selepas penamaan calon yang dijadualkan 8 April depan.", "Malah, Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa berkata jawatankuasa pemilihan parti juga akan memantau secara dekat sebarang bentuk kempen kepada semua calon tanpa prejudis.", "Jelasnya, JPP akan bertindak mengikut Peraturan dan Tatacara Pemilihan serta Tataetika Kempen yang telah dibentangkan, didokumenkan dan dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP).", "\"Namun, lumrahnya dalam mana-mana pertandingan, mereka yang menawarkan diri sebagai bakal pimpinan parti untuk tiga tahun akan datang telah pun memberi indikasi bahawa mereka akan bertanding pada pemilihan kali ini.", "\"Penyokong masing-masing pula kini sibuk mempromosikan pimpinan pilihan mereka dalam pelbagai cara dan pelbagai platform media.", "\"Adalah diperingatkan bahawa kempen secara rasmi hanya akan bermula selepas penamaan calon yang dijadualkan pada 8 April 2022,\" katanya pada satu kenyataan hari ini.", "Mengulas lanjut, Zaliha berkata JPP tidak bertanggungjawab terhadap kempen yang telah bermula pada masa kini memandangkan ia di luar tempoh berkempen secara rasmi.", "Bagaimanapun, katanya JPP memohon supaya bakal calon dan penyokong masing-masing menjaga tatasusila, mengelak dari kempen yang tidak beretika.", "\"Seperti menyelar peribadi calon atau mengeluarkan kata-kata kesat atau menggunakan perkataan tidak sopan kepada mana-mana anggota, penyokong atau mana- mana pimpinan yang berhasrat bertanding.", "\"Saya yakin semua anggota adalah insan dewasa serta matang, yang sayang kepada parti dan mahu ianya menjadi suatu organisasi yang bakal hadir sebagai pasukan Parti Keadilan Rakyat yang perkasa dan terus mendapat sokongan rakyat dalam berdepan dengan pilihan raya umum yang ke-15.", "\"Walaupun Perdana Menteri, Ismail Sabri masih berdolak dalik tentang tarikh sebenar, ia di jangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja dari sekarang,\" katanya.", "Tambahnya, ahli PKR juga turut diingatkan untuk memuat turun aplikasi ‘ADIL apps’ bagi membolehkan anggota mengemas kini maklumat kendiri dan mula mendaftar untuk mengundi secara dalam talian semasa proses pemilihan parti serta memberi persetujuan untuk menjadi Pemilih Atas Talian (PAT).", "Pemilihan PKR bagi pemegang jawatan bagi penggal 2022 hingga 2025 akan diadakan pada 13 hingga 18 Mei depan." ]
https://www.malaysiakini.com/news/247502
Husam: Saya nak Hadi jadi PM sebelum dia mati
[ "\nNaib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata beliau amat berharap agar presiden parti itu akan dapat menjadi perdana menteri Malaysia pada satu hari nanti.\n", "\nKatanya, harapan itu semakin kuat apabila mendengar ucapan dasar Hadi bertajuk 'Rahmat Untuk Semua' yang antara lainnya menumpukan sasaran untuk menguasai Putrajaya.\n", "\nJelasnya, ucapan Hadi itu memberi \"isyarat positif\" kepada masyarakat luar dan menghilangkan keraguan mereka tentang peranan gerakan Islam.\n", "\nKatanya, ahli parti perlu berusaha untuk merealisasikan isyarat dalam ucapan hadi itu dan terus membawa agenda Islam PAS apabila berjaya menguasai pentadbiran negara.\n", "\n\"Satu hari, saya katakan kepada diri saya, 'aku nak tengok Ustaz Hadi jadi perdana menteri Malaysia, satu hari sebelum dia mati.'\n", "\n\"Kalau kita katakan, 'presiden kita, presiden yang baik, tetapi tidak ada keyakinan untuk membawa dia ke Putrajaya' dan kita katakan 'kita ke Putrajaya dan tinggalkan Islam di pintu Putrajaya', ini kalimah yang merosakkan perjuangan kita,\" katanya.\n", "\nHusam yang menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke-59 hari ini berkata demikian bagi mengulas perbincangan untuk menyemak semula kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat.\n", "\nDalam ucapan selanjutnya, Husam menegaskan bahawa beliau tetap mahu melihat Abdul Hadi dilantik sebagai perdana menteri \"walau untuk satu hari\".\n", "\n\"Tapi kaedahny, hikmahnya, strateginya, agendanya, itu adalah perkara yang kita kena rancangka. Kita kena fikir dan aturkan,\" katanya lagi.\n", "\nHadi dalam sidang media semalam menegaskan bahawa soal untuk menentukan pemimpin untuk mengetuai Pakatan Rakyat perlu dibincangkan oleh para pemimpin gabungan parti berkenaan.\n", "\nKatanya, PAS\n\n\nberhak\n\n\nuntuk mengetuai gerakan tersebut, namun ia tetap perlu dibincangkan dalam Pakatan.\n", "\n\nberhak\n\n", "\nberhak\n", "\n \n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/447015
Pandangan k'jaan British dalam isu MA63 perlu didengar
[ "Aktivis sosial, Datuk Patrick Sindu mencadangkan agar Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan bagi menyemak dan menyelaraskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) turut menjemput kerajaan British untuk memberi pandangan mereka berhubung MA63.", "Patrick berkata, pandangan kerajaan British perlu diambil kira kerana merekalah antara pihak terlibat dalam memulakan perjanjian berkenaan.", "\"Mereka (kerajaan British) masih ada tanggungjawab. Perjanjian Malaysia 1963 adalah perjanjian antarabangsa yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kerajaan British perlu beri nasihat,\" katanya ketika menghubungi Bernama hari ini.", "Pada 10 Okt lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew View Keong mengumumkan 16 nama anggota Jawatankuasa Pemandu yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyemak dan menyelaraskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).", "Selain Liew View Keong, mereka yang menganggotai jawatankuasa itu ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.", "Anggota lain ialah Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kerja Raya Baru Bian, Menteri Perdagangan Antarabangsa Darell Leiking, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk David Wong Dak Wah, Peguam Negara Tommy Thomas, Professor Undang-undang Universiti Malaya Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, Peguam Besar Sabah Zaleha Rose Pandin dan Peguam Besar Sarawak Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid.", "Mengenai kenyataan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyatakan mereka senada dalam perjuangan untuk mendapatkan semula hak dan kuasa kedua-dua negeri seperti yang termaktub dalam MA63, Patrick berkata beliau gembira dengan kenyataan kedua-dua pemimpin berkenaan.", "Kedua-dua pemimpin Sabah dan Sarawak berkenaan perlu senada dalam soal tuntutan agar status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu dalam persekutuan Malaysia dapat direalisasikan seperti termaktub dalam MA63, katanya.", "Mohd Shafie dan Abang Johari menyatakan pendirian mereka berhubung MA63 ketika kedua-dua pemimpin mengadakan perjumpaan di Kuching, Sarawak semalam.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/323442
Dua beradik maut dihempap pokok
[ "\nDua beradik yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka maut setelah motosikal mereka dihempap pokok yang tumbang secara tiba-tiba berdekatan Masjid Gunung Keriang di Alor Setar tengah malam tadi.\n", "\nDalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah malam itu, Rizal Mat Saad, 21,dan adiknya Muhammad Raziq, 17, datang dari Kuala Kedah untuk pulang ke rumah mereka di Sungai Korok.\n", "\nRashidi Mat Saad, 34, yang merupakan abang kepada mereka berkata kedua-dua adiknya itu mahu ke Kuala Kedah untuk menghantar komputer riba kepada bapa saudara mereka.\n", "\nBeliau berkata jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Kubang Sepat, Jitra selepas solat Zohor.\n", "\nSementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata kedua-dua mangsa terjatuh daripada motosikal selepas dihempap pokok hingga menyebabkan mereka terbabas kira-kira 50 meter dan maut di tempat dikejadian.\n", "\n-Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/299434
Hikmah dari Beirut buat gerakan Islam M'sia
[ "\nPada 16 Mei 2015 yang lepas, saya telah menghadiri satu program 'Global Convention Of Scholars For Palestine' yang berlangsung di Beirut selama seminggu.\n", "\nSaya diundang kerana saya merupakan salah seorang daripada kepimpinan Persatuan Ulama Sedunia cawangan Malaysia yang telah menganjurkan satu konferen antarabangsa pada bulan Mei tahun lalu, bersempena Nakbah Palestin yang bertempat di Shah Alam.\n", "\nSelain saya, ada 2 lagi wakil yang dijemput untuk mewakili Malaysia iaitu, Al Fadhil Ustaz Ghani Sahamsuddin dan Cikgu Azmi Hamid. Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak dapat hadir bersama ke program kali ini.\n", "\n\nDengar bicara mufti Palestin\n\n", "\nDengar bicara mufti Palestin\n", "\nMultaqa kali ini disertai 35 buah Negara termasuklah wakil Amerika Latin, Eropah, Turki, United Kingdom dan Afrika. Manakala Ismail Haniyeh yang sepatutnya mewakili Palestin tidak dapat hadir dan hanya menyampaikan ucapan secara langsung melalui pancaran satelit.\n", "\nOleh itu secara rasminya, lebih kurang 80 orang tokoh-tokoh ulamak telah menghadiri Multaqa ini disamping ramai lagi yang hadir secara tidak rasmi.\n", "\nObjektif utama Multaqa ini ialah bagi membincangkan langkah terbaik dan praktikal untuk membangkitkan kesedaran seluruh dunia Islam mengenai isu Palestin.\n", "\nBerbeza dengan mana-mana program yang pernah saya hadiri sebelum ini yang biasanya sarat dengan pembentangan kertas kerja panjang lebar, Multaqa ini dipadatkan dengan perbincangan dalam kumpulan yang dijalankan dalam bentuk bengkel.\n", "\nMalam pembukaan Multaqa dimulakan dengan ucapan mufti besar Palestin yang menyentuh tentang peristiwa Israk Mikraj.\n", "\nKami beruntung dapat mendengar secara langsung bicara ulamak agung ini yang menceritakan signifikan peristiwa agung Israk Mikraj sebagai bukti sejarah yang menghubungkan Masjidil Haram Mekah dengan Masjidil Aqsa Palestin.\n", "\nPada keesokannya program dimulakan dengan ucapan pengenalan daripada tujuh pertubuhan yang diberi perhormatan untuk menyampaikan ucaptama.\n", "\nAntaranya ialah Persatuan Ulamak Sedunia Cawangan Malaysia sendiri, Persatuan Ulamak Sedunia Untuk Pembebesan Palestin Beirut dan Jemaah Ulamak Pakistan.\n", "\n\nLangkah praktikal\n\n", "\nLangkah praktikal\n", "\nSetelah itu, semua peserta Multaqa dibahagikan kedalam kumpulan bengkel mengikut pilihan masing-masing. Saya telah memilih kumpulan yang diamanahkan untuk membahaskan langkah-langkah praktikal bagi memupuk kesedaran sejagat mengenai isu Palestin.\n", "\nBengkel ini telah berlangsung dari pagi sehingga petang dengan hanya berselang waktu rehat untuk solat dan makan.\n", "\nSemasa slot perbincangan umum pula, saya berpeluang mengemukakan 20 usul yang merupakan resolusi yang dicapai dalam konvensyen di Shah Alam tahun lalu.\n", "\nSaya membangkitkan semula sikap khianat pihak British yang menyerahkan Palestin kepada negara haram Israel sedangkan pada waktu itu British hanya memegang mandat untuk melindungi tanah Palestin, bukan empunya milik Palestin!\n", "\nMultaqa juga mencapai resolusi - yang pada pandangan saya - sangat praktikal untuk dimajukan kepada badan-badan Islam di Malaysia seperti MAPIM dan pertubuhan Islam lain seperti PUM dan ABIM.\n", "\nResolusi tersebut ialah, 'Multaqa mencadangkan supaya anak-anak atau pemuda-pemuda Palestin dibawa ke Malaysia untuk diberi peluang belajar sama ada di Sekolah Rendah, Sekolah Menengah mahupun Universiti'.\n", "\nDalam masa yang sama, anak-anak ini akan menjadi duta rakyat Palestin di Malaysia yang akan menjadi jambatan penghubung segala perihal perkembangan perjuangan rakyat Palestin dan kekejaman yang berlaku ke atas mereka.\n", "\nSaya amat tersentak apabila rakan daripada Pertubuhan Nahdatul Ulamak Indonesia terus menyambut resolusi ini dan mencadangkan supaya ia dimulakan seawal tahun ini. Saya tertanya-tanya apakah yang mendorong Nahdatul Ulamak begitu yakin untuk menyambut resolusi ini.\n", "\nNamun persoalan itu terjawab setelah saya dimaklumkan bahawa Nahdatul Ulamak memiliki 250,000 Maahad (Sekolah) yang dilengkapi asrama di samping mempunyai kekuatan 60 juta ahli berdaftar.\n", "\nApabila dipandang kepada Malaysia, saya cuma mangatakan kepada mereka bawah Pertubuhan yang saya wakili ini hanyalah pertubuhan kecil yang hanya mampu untuk menampung seorang anak Palestin.\n", "\nTetapi di sebalik jawapan itu, saya juga berfikir jika resolusi ini dipanjangkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia, sudah pasti lebih banyak perkara yang boleh diusahakan.\n", "\nDi Malaysia kita memiliki MAPIM yang menjadi sentral kepada sekurang-kurangnya 70 pertubuhan Islam. Jika setiap NGO bersedia untuk menanggung seorang, kita sudah mampu untuk memberi sinar baru kepada 70 anak-anak Palestin!\n", "\nDalam sesi perbincangan sampingan pula, saya sempat berbincang dengan rakan ulamak dari Indonesia berhubung usahasama strategik berkaitan isu Palestin ini.\n", "\nSaya juga mencadangkan supaya Indonesia menubuhkan Persatuan Ulama Sedunia cawangan Indonesia yang disambut baik malah sangat dialu-alukan oleh mereka.\n", "\nSecara kebetulan, Persatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia sememangnya sudah merancang untuk membuat lawatan ke Indonesia yang dijadualkan selepas Ramadhan tahun ini.\n", "\nLawatan ini sudah pasti akan dimanfaatkan untuk memanjangkan lagi perbincangan yang dimulakan semasa Multaqa.\n", "\nAntara resolusi lain yang bercaya dicapai dalam Multaqa ini ialah, 'menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran atau hebahan mengenai isu-isu Palestin'.\n", "\nResolusi ini boleh dilaksanakan dengan memastikan isu Palestin tidak lagi menjadi bahan ceramah bermusim, tetapi disusun secara bersiri sebagai langkah penerangan jangka panjang.\n", "\nResolusi ini bertepatan dengan deklarasi yang diputuskan dalam konvensyen di Shah Alam tahun lalu iaitu semua masjid perlu menyediakan satu sudut penerangan Palestin atau disebutkan juga sebagai ‘Palestine Corner’.  \n", "\nDi sudut itulah pameran segala bahan-bahan berkaitan perjuangan pembebasan Palestin untuk tatapan semua masyarakat yang hadir ke masjid dapat diperlihatkan. Cadangan ini sangat relevan dan bersesuaian dengan konsep 'mewajahkan Palestin sebagai hak seluruh umat Islam'. Palestin tidak wajar hanya sekadar dimiliki masyarakat arab.\n", "\n\nPengajur tak sangka saya boleh cakap Arab\n\n", "\nPengajur tak sangka saya boleh cakap Arab\n", "\nAntara pengalaman yang paling saya syukuri ialah apabila dapat bertemu Mufti Besar Palestin dan menerima hadiah langsung daripada beliau berupa buku karangan beliau sendiri yang berjudul ‘Ar Rasul’.\n", "\nBeliau memaklumkan yang beliau juga pernah hadir ke Malaysia lebih kurang 10 tahun yang lampau. Rata-rata rakan yang saya temui dalam Multaqa ini memberikan respon amat baik terhadap intipati ucapan yang saya sampaikan semasa hari pertama program.\n", "\nMereka memaklumkan bahawa mereka tertarik apabila saya secara langsung menyentuh mengenai konsep 'hak Palestin sebagai Hak Umat Islam' seperti yang diwahyukan dalam Al-Quran melalui Surah Ali Imran.  \n", "\nAda juga yang melucukan apabila pihak penganjur sendiri tidak menyangka yang saya boleh berbahasa Arab sehingga mereka menyediakan penterjemah untuk saya! Hal ini kerana semasa berhubung untuk urusan jemputan, kami hanya berkomunikasi dalam medium bahasa Inggeris.\n", "\n\nBersatu dalam kepelbagaian\n\n", "\nBersatu dalam kepelbagaian\n", "\nSaya juga bersyukur kerana menerusi Multaqa ini, saya telah berkesempatan untuk melihat serta merasai kesatuan jiwa dan fikrah atas paksi perjuangan mengembalikan tanah suci Baitul Maqdis kepada umat Islam.  \n", "\nWalaupun yang menghadiri Multaqa ini adalah para ulama dari pelbagai aliran mazhab seperti Sunni, Sufi, Salafi, ‘Ibadi, Syiah dan banyak lagi, namun perbezaan ini tidak langsung menimbulkan rasa kekok untuk para peserta bergaul dengan kasih sayang demi Palestin.\n", "\nSaya merasa insaf apabila melihat bagaimana profesionalnya para ulama dari Tunisia, Maghribi, Sudan dan beberapa negara Afrika yang sedang mengalami pergelokan di tanah air masing-masing, namun masih dapat hadir berhimpun dan bersatu dengan mengenepikan perbezaan yang wujud.\n", "\nPerkara ini mengingatkan saya tentang perkembangan gerakan Islam di Malaysia. Dalam konteks Malaysia, kita sudah ada majlis perundingan badan-badan NGO Islam yang besar dan kukuh serta diiktiraf.\n", "\nIni merupakan satu ruang yang perlu dimanfaatkan oleh semua pertubuhan Islam di Malaysia untuk duduk semeja, mengenepikan perbezaan dan berbincang mengenai perkara-perkara berkait kepentingan umat Islam amnya.\n", "\nDalam hal ini, saya sebagai aktivis PAS melihat terlalu banyak peranan yang boleh dimainkan oleh parti Islam di Malaysia ini sekiranya jaringan yang strategik dapat dibina bersama pertubuhan-pertubuhan NGO Islam yang ada.\n", "\nWalaupun PAS sebuah parti politik, PAS seharusnya boleh mencari ruang untuk berganding bahu bersama badan-badan NGO ini untuk membolehkan hal ehwal umat Islam ditangani secara bersepadu.\n", "\n\nSyor tubuh Unit Palestin\n\n", "\nSyor tubuh Unit Palestin\n", "\nDalam soal perjuangan pembebasan Palestin ini, PAS merupakan antara organisasi yang mempunyai hubungan baik dengan Hamas.\n", "\nSaya masih ingat suatu ketika dahulu setelah Hamas memenangi pilihan raya Palestin menewaskan Fatah, tidak lama selepas itu berlangsung persidangan OIC di Malaysia.\n", "\nMalangnya, penyertaan wakil Hamas telah ditolak, sebaliknya wakil Fatah pula diterima ke persidangan OIC tersebut sedangkan mereka sudah tidak lagi memiliki mandat pemerintahan.\n", "\nJika kita masih ingat, Hamas telah memanjangkan hal ini kepada PAS yang secara langsung telah membuktikan betapa mereka menghormati dan mengiktiraf PAS sebagai pendokong kuat perjuangan umat Palestin.\n", "\nOleh itu, PAS seharusnya menjadi agen utama dalam mengangkat agenda perjuangan Palestin di negara ini. Kita seharusnya mempunyai program khusus berkaitan isu Palestin.\n", "\nJika boleh, saya suka untuk mencadangkan agar ditubuhkan satu unit di bawah bidang kuasa presiden atau timbalan presiden yang bertanggungjawab menggerakkan kempen pembelaan Palestin secara konsisten.\n", "\nUnit ini bukan sekadar bertindak memacu kempen kesedaran mengenai keadaan di Palestin sahaja, tetapi turut mengambil tanggungjawab membantu pelarian Palestin yang berhadapan dengan perlbagai rencam permasalahan.\n", "\nSecara umumnya, saya melihat PAS perlu memimpin dan memperkasa gerakan Islam tanah air. Bukanlah sikap PAS untuk mengambil isu-isu umat Islam secara bermusim dan sambil lewa.\n", "\nJika perspektif kita hanya bersifat ‘one-off’ iaitu bantuan tatkala musibah semata-mata, sudah pasti menerusi Umno - yang merupakan parti pemerintah di negara ini - yang miliki seribu satu kekuatan material sudah mampu melaksanakannya. Justeru, apa perlunya PAS sebagai gerakan Islam tanah air?\n", "\nPAS perlu menjadi peneraju yang memikul isu-isu umat Islam secara konsisten, khususnya isu Palestin dan isu-isu lain membabitkan umat Islam yang tertindas seperti pembantaian umat Islam Rohingya mutakhir ini.\n", "\nWalaupun kita belum memerintah, tetapi kita perlu sentiasa kehadapan untuk membela masyarakat yang tertindas.   \n", "\nJika sebelum memerintah Malaysia pun PAS mampu memimpin perjuangan membela golongan tertindas, sudah pasti apabila memerintah nanti (insyaAllah) lebih banyak agenda kebajikan PAS akan dapat direalisasikan.\n", "\n\nPupuk adab berbeza pendapat\n\n", "\nPupuk adab berbeza pendapat\n", "\nApabila menyebut mengenai peluang untuk memerintah, saya melihat Umno/BN pada ketika ini sedang berada pada kedudukan sangat lemah apabila Perdana Menteri merangkap Presiden Umno - Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berhadapan dengan konflik dari dalam partinya sendiri.\n", "\nInilah peluang untuk kita buktikan kepada rakyat bahawa kini masanya untuk kita menolak Umno/BN setelah lebih 50 tahun mereka gagal memanfaatkan nikmat hasil kekayaan yang Allah kurniakan di bumi bertuah Malaysia ini dengan penuh amanah dan bijaksana.\n", "\nDalam keadaan ini, rakyat sudah pasti meletakkan harapan kepada PAS dan pastinya Pakatan Rakyat untuk merealisasikan perubahan. Pakatan Rakyat pula perlu terus mempercayai PAS memandangkan PAS sudah diterima oleh segenap masyarakat termasuk daripada rakan-rakan bukan Islam.\n", "\nDalam masa yang sama, rakan-rakan dari parti komponen Pakatan Rakyat perlu faham bahawa PAS mempunyai dasar perjuangan yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah sepertimana termaktub dalam perlembagaan PAS itu sendiri.\n", "\nPAS sudah membuktikan dengan kuasa yang diperolehi di Kelantan, tidak ada masyarakat bukan Islam yang tertindas. Malah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pernah menunjukkan satu contoh yang luar biasa apabila beliau menyantuni dan melawat sendiri ke Wat Sami Buddha terbesar di Asia yang terbina di Tumpat Kelantan.\n", "\nIni menunjukkan betapa sistem pentadbiran Islam sangat terbuka dan menghormati hak masyarakat untuk mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing.\n", "\nInilah corak pentadbiran Islam yang mengamalkan wasatiyah (kesederhanaan). Tanpa wasatiyah, gerakan Islam akan terjurus kepada radikalisme seperti IS yang pada pandangan saya sudah bertindak diluar batasan Islam.\n", "\nKita juga tidak mahu wasatiyah seperti tafsiran Umno yang hakikatnya bertindak mengikut jalur ekstrim perkauman. Bahkan kerakusan Umno/BN yang melahap hasil kekayaan negara sehingga rakyat menjadi mangsa, juga tidak perlu lagi saya ungkapkan.\n", "\nAkhir sekali, mengambil semangat dan pengajaran yang saya perolehi daripada Multaqa di Beirut, saya melihat PAS perlu segera melakukan anjakan dalam usaha memupuk kembali silaturrahim dan menyemai semula adab dalam berkhilaf.\n", "\nJika kita terus hidup dalam perbezaan yang membawa perbalahan, maka langkah PAS untuk menjadi gerakan Islam yang mampu menaungi perjuangan umat Islam di peringkat global adalah masih jauh. Seharusnya semua perbezaan ini diselaraskan segera dengan menghalatujukan matlamat yang satu.\n", "\nApabilah kita mempunyai ‘Ghayah’ atau halatuju yang jelas, sudah pasti kita akan faham untuk sekurang-kurangnya mengkoordinasi perbezaan seterusnya membina persefahaman yang kukuh dan kuat.\n", "\nPersefahaman atau Wahdah inilah yang akan memastikan PAS terus relevan bagi mempersadakan perjuangan Islam di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.\n", "\n", "", "\nAHMAD AWANG\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/246568
Blok penyokong BN berjaya gantung Surendran
[ "\n\nVIDEO l 1:38 minit\n\n", "\nVIDEO l 1:38 minit\n", "\nBlok penyokong kerajaan berjaya menyingkir MP Padang Serai N Surendran dari persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan hari ini selepas usul untuk menggantung MP tersebut diputuskan secara undi belah bahagi.\n", "\n\nUsul untuk menggantung keahlian Surendran yang dikemukakan oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri itu diluluskan dengan sokongan 92 MP BN.\n", "", "\n\"Usul yang dibawa Jabatan Perdana Menteri, bersetuju 92 orang, yang lain tidak mengundi.\n", "\n\"Maka usul yang dibawa Jabatan Perdana Menteri disetujukan,\" kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Datuk Ronald Kiandee.\n", "\nNancy pada awal cuba membentangkan usul itu sejak jam 11.30 lagi tetapi tidak berjaya berbuat demikian ekoran bantahan demi bantahan oleh MP Pakatan Rakyat.\n", "\nUsul itu dibentangkan BN susulan satu sidang media oleh Surendran di lobi Parlimen kelmarin selepas diusir kerana cuba membentangkan usul tergempar perobohan kuil di Jalan P Ramlee.\n", "\nBeliau didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang Dipertua\n", "\nDewan sebagai \"speaker yang\n\nbias\n\n(berat sebelah)\" dan mengeluarkan \"fakta yang tidak benar\".\n", "\nbias\n", "\nSurendran sewaktu ditemui di luar Dewan Rakyat tidak gentar dengan keputusan itu dan berikrar untuk terus menjalankan tugasnya sebagai anggota Parlimen.\n", "\nMenurutnya beliau akan terus memperjuangkan isu perobohan kuil itu dari luar dewan.\n", "\n\"Ini bukan memangsakan saya, ini memangsakan rakyat di luar sana.\n", "\n\"Itu adalah motif mereka untuk menghalang kita daripada memperjuangkan perobohan ini,\" kata Surendran.\n\n\n\n\n", "\n\n\n", "\n", "\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/349060
'Jika sistem ditambah baik pada 2013, banjir PP boleh dielak'
[ "Ketika hujan masih berterusan di Pulau Pinang hari ini, beberapa kawasan yang mudah dinaiki air diletak dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan dilanda banjir.", "Setakat kira-kira jam 11 pagi ini, jumlah taburan hujan yang direkodkan di negeri ini adalah 79.5 mm, melepasi paras amaran 70mm, yang boleh menyebabkan banjir.", "Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah berkata berdasarkan data yang dikumpul Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat, banjir itu berpunca daripada hujan lebat, air pasang dan sistem saliran yang ketinggalan zaman di Sungai Kelian.", "\"Kami telahpun meminta kerajaan negeri supaya menambah baik sistem ini pada 2013, bagaimanapun sehingga kini tiada kerja penambahbaikan yang dilaksanakan. Saya percaya jika sistem ini ditambah baik, banjir boleh dielakkan,\" katanya kepada pemberita di dewan Majlis Bandaraya Teluk Bahang, hari ini.", "Shah Headan turut menggesa pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan Meteorologi, polis dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang supaya berganding tenaga dan berkongsi maklumat bagi manfaat penduduk setempat.", "Penduduk yang ditemui semasa sedang membersihkan rumah mereka, menyuarakan kebimbangan kemungkinan banjir melanda semula berikutan hujan yang belum reda sejak malam tadi.", "Rozana Said, 50, dan suaminya, Abdul Khalid Mohamad Hanifa, 52, berkata, mereka belum pernah mengalami banjir seburuk ini sejak tinggal di kawasan itu 20 tahun lepas.", "\"Keadaan kali ini betul-betul teruk. Selalunya hanya setakat bawah lutut tapi kali ini, air sampai ke pinggang,\" katanya.", "Tiga kampung di Teluk Kumbar -- Kampung Paya, Kampung Sulup dan Kampung Nelayan -- kini digenangi air.", "Dua buah pusat penempatan mangsa banjir telahpun dibuka masing-masing di Teluk Bahang dan Teluk Kumbar yang menempatkan 30 orang.", "- Bernama", " Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/437305
Kerajaan Perak serah pada SPRM siasat bekas CEO PEKA
[ "Kerajaan negeri Perak menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan penyelewengan dalam agensi milik penuh kerajaan negeri itu.", "Menteri besarnya, Ahmad Faizal Azumu berkata demikian berikutan penahanan seorang bekas pegawai kanan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) bagi membantu siasatan SPRM berhubung penyelewengan membabitkan lebih RM9 juta.", "\"Kerajaan negeri memandang serius dakwaan penyelewengan ini kerana ia membabitkan ketirisan jutaan ringgit dana rakyat di bawah pengurusan pentadbiran yang lalu.", "\"Justeru, kerajaan negeri Pakatan Harapan akan memberikan sepenuh kerjasama bagi membantu SPRM dalam siasatan ke atas PEKA,\" katanya dalam kenyataan hari ini.", "Menurutnya sekiranya terdapat bukti, pihak terbabit perlu dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan dengan tindakan undang-undang, selari dengan pendirian HARAPAN untuk tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk penyelewengan.", "Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri akan terus menjalankan siasatan dalaman ke atas semua syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dan agensi kerajaan negeri.", "\"Sekiranya wujud unsur penyelewangan, salah guna kuasa dan rasuah, laporan akan dibuat segera kepada SPRM dan pihak Polis Di Raja Malaysia dan agensi berkaitan untuk tindakan lanjut,\" katanya.", "Terdahulu, SPRM menahan reman bekas CEO berkenaan bagi membantu siasatan penyelewengan berjumlah RM9.18 juta melibatkan anak syarikat kerajaan negeri itu.", "Pengarah SPRM Perak Datuk Zainul Darus berkata perintah reman tujuh hari terhadap lelaki berusia 43 tahun tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.", "Lelaki berkenaan ditahan awal hari ini di ibu negara susulan laporan yang dibuat oleh PEKA terhadap sebuah syarikat konsultan." ]
https://www.malaysiakini.com/news/210373
Anggota polis hangus, kemalangan ragut 5 nyawa
[ "\nTiga, termasuk sepasang suami isteri, maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 38 Jalan Kluang-Ayer Hitam berhampiran Kampung Manong di Johor Bahru hari ini.\n", "\n    \n", "\nKetua Polis Daerah ACP Din Ahmad berkata dalam nahas kira-kira 12.30 tengah hari itu, Imam Masjid Taman Kasih Kluang Osman Binti, 68, dan isteri, Saleha Osman, serta kerani sekolah Isnah Othman, 52, meninggal dunia di tempat kejadian.\n", "\n    \n", "\nSuami Isnah, Jumat Talib, 52, bersama dua anak saudaranya dilaporkan parah dan dirawat di Hospital Batu Pahat (HBP) serta Hospital Sultanah Aminah (HSA).\n", "\nKejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Osman dari arah Ayer Hitam menuju Kluang tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kenderaan dipandu Jumat.\n", "\n    \n", "\n\"Kemalangan itu menyebabkan pemandu dan penumpang Proton Waja serta penumpang sebuah lagi kereta cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.\n", "\n    \n", "\n\"Tiga lagi mangsa yang menaiki Proton Wira turut cedera parah dan dirawat di HBP, termasuk seorang dihantar ke HSA untuk rawatan lanjut,\" katanya ketika dihubungi.\n", "\n    \n", "\nSementara itu, di Kota Tinggi, dua termasuk seorang anggota polis maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 11 Jalan Lok Heng-Mawai dekat Johor Bahru pada jam 9.14 pagi.\n", "\n    \n", "\nKetua Polis Daerah Superintenden Che Mahazan Che Aik berkata dalam kejadian itu, Koperal Daud Talib, 46, rentung selepas tersepit di tempat duduk sebelum van yang dipandunya terbakar.\n", "\n    \n", "\nKejadian berlaku ketika kenderaan yang dinaiki mangsa bersama isteri, empat anak dan tiga anak saudara mereka dalam perjalanan dari rumah di Felda Lok Heng Barat menuju Tanjung Balau untuk beriadah, bertembung sebuah kereta yang terbabas.\n", "\n    \n", "\nChe Mahazan berkata kereta itu dipandu pekerja kilang elektronik Adibah Hashim, 48, yang turut meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya, Amirul Fahmi Mohd Amin, 12, cedera ringan.\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/hiburan/547333
Bukan sengaja cipta kontroversi, Mael Totey mampu beri tarikan luar biasa - Syahmi
[ "Bintang YouTube yang kini bergelar pengarah, Syahmi Sazli, berkata tidak terlintas langsung di hatinya untuk sengaja mencetus kontroversi mahupun meraih publisiti murahan apabila memilih Mael Totey The Movie sebagai judul filem sulung arahannya.", "Mael Totey The Movie", "Dia mengeluarkan kenyataan demikian selepas ada segelintir pihak mempertikai ada maksud tersirat di sebalik penggunaan perkataan “totey” tersebut.", "Melalui semakan di media sosial, rata-rata netizen yang kurang memahami menyifatkan perkataan tersebut merujuk kepada perkataan lucah.", "Namun, jawab Syahmi atau nama penuhnya Muhammad Syahmi Sazli, sebenarnya memang Mael Totey The Movie dihasilkan khusus buat peminat yang berasal dari Kelantan.", "Mael Totey The Movie", "“Saya tak pernah terfikir akan timbul sebarang isu sebabnya filem berkenaan merupakan kesinambungan daripada drama spontan yang disiarkan di saluran YouTube saya sebelum ni.", "“Drama tersebut sudah bersiaran selama lapan episod. Namun, pada ketika tu, tak timbul pula sebarang isu mengaitkan judul tersebut dengan perkataan lucah. ", "“Kami di Kelantan pun baru tahu panggilan tersebut dikaitkan berbaur lucah. Bahkan bila dah jadi filem barulah mula timbul isu sebegini,” katanya kepada Malaysiakini.", "Malaysiakini", "Jatuh hati pada pengajar", "Jatuh hati pada pengajar", "Jatuh hati pada pengajar", "Menurut Syahmi, 25, panggilan Mael Totey bukan menjadi suatu yang asing buat penduduk di Kelantan malah katanya, panggilan itu disifatkan boleh memberi tarikan kepada filemnya.", "“Di Kelantan, hanya nama Mael yang akan diiringi dengan perkataan tersebut, tak ada nama lain. ", "“Dan jika saya hanya menggunakan tajuk Mael saja pada awalan, ia seolah-olah tak mampu memberi tarikan buat penduduk Kelantan,” katanya.", "", "", "", "", "", "Mael Totey The Movie dijayakan Syahmi - antara penggerak utama filem - yang membawa watak Mael Totey. Dilahirkan sebagai seorang lurus bendul, Mael Totey berhajat memikat gadis idamannya Yaya. ", "Mael Totey The Movie", "Namun, Yaya mengenakan syarat iaitu Mael perlu menguasi bahasa Inggeris. Sewaktu mempelajari bahasa tersebut, Mael jatuh hati pada guru yang mengajarnya hingga menimbulkan konflik antara mereka bertiga.", "Mael Totey The Movie yang dijadual menemui penonton pada dua hari lagi di Astro 1st saluran 480 itu turut dijayakan barisan pelakon seperti Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail, Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid dan Kamarool Yusoff.", "Mael Totey The Movie", "Sementara itu, mengulas kemunculan naskhahnya itu di Astro 1st dan bukannya layar perak, Syahmi berkata, pada awal dia hanya mahu mencuba nasib sebagai pengarah filem.", "Menurutnya, semuanya berpunca daripada galakan yang diberikan peminat selama ini.", "“Saya hanya memperjudikan nasib, tak tau pun siapa yang sudi menayangkan filem ni. Saya berterima kasih kepada peminat kerana mereka yang berikan galakan penuh untuk hasilkan sebuah filem.", "“Jika tak ada sokongan mereka, mungkin Mael Totey The Movie belum dapat dihasilkan tahun ini,” katanya.", "Mael Totey The Movie" ]
https://www.malaysiakini.com/news/451044
Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS
[ " Ringgit dibuka rendah pagi ini berbanding dolar US, berikutan mata wang Amerika Syarikat itu yang kukuh mengekang permintaan terhadap unit tempatan, kata peniaga.", "Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1735/1765 berbanding dolar US daripada 4.1620/1670 semasa dicatatkan pada 6 petang pada Khamis.", "Dolar US pulih daripada penurunan selepas pilihan raya separuh penggalnya dan mengukuh selepas Rizab Persekutuan negara itu mengekalkan dasar monetarinya tidak berubah, tetapi memberi isyarat kenaikan kadar faedah secara berperingkat pada masa akan datang.", "“Ini meningkatkan minat untuk mengambil risiko terhadap mata wang selamat, memberi tekanan kepada mata wang sedang pesat membangun,” kata peniaga kepada Bernama.", " Di peringkat tempatan, Bank Negara Malaysia (BNM) semalam mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah pada 3.25 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari kelima berturut-turut, selepas meningkatkan 25 mata asas pada Januari tahun ini.", "Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata BNM berpegang kepada dasar neutral, tetapi ia mempunyai kecenderungan yang menyokong jangkaan pasaran yang meningkat terhadap pengurangan kadar pada separuh kedua 2019, atau lebih awal.", "Sementara itu, Alliance DBS Research percaya bank pusat akan memastikan OPR stabil pada kadar semasa, sekurang-kurangnya sehingga pertengahan 2019, berikutan tiada gesaan untuk melaksanakan sebarang perubahan kadar pada masa ini. ", "“Bagaimanapun, terdapat kemungkinan kajian semula pengurangan kadar sebanyak 25 mata asas untuk merangsang aktiviti ekonomi, jika pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar berada di bawah empat peratus pada suku tahun akan datang,\" katanya dalam nota. ", "Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi kecuali yen Jepun apabila mata wang tempatan susut kepada 3.6626/6655 daripada 3.6605/6659 pada Khamis.", "Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0337/0364 daripada 3.0344/0385 dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.4510/4553 daripada 5.4589/4659 dan naik berbanding euro kepada 4.7436/7474 daripada 4.7534/7600.", "-- BERNAMA ", " ", "ZAI ZAI AS NJ", "Friday , 09 November 2018" ]
https://www.malaysiakini.com/news/485244
Saya tidak terkata - Yang di-Pertuan Agong
[ "Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menzahirkan baginda amat tersentuh dengan kehilangan tiga nyawa pada kebakaran di Sungai Isap 2 di Kuantan, Ahad lepas. ", "Sultan Abdullah yang mencemar duli menziarah keluarga mangsa di lokasi kejadian yang melibatkan empat buah rumah di Kuantan, juga memulakan titah baginda dengan mengajak semua yang hadir untuk menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada mangsa. ", "\"Sebenarnya saya tidak terkata kerana ini kejadian yang cukup malang pada hemat saya...lebih-lebih lagi terdapat tiga beranak yang maut. Saya hendak cakap pun berasa begitu sedih dan pilu,\" titah baginda. ", "Terdahulu, Sultan Abdullah yang diiringi Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli meninjau dua rumah yang musnah keseluruhan dan bertemu mangsa yang terselamat pada kejadian itu. ", "Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh yang juga Ahli Parlimen Kuantan, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid dan Pengarah JBPM Pahang Nor Hisham Mohammad.", "Sultan Abdullah seterusnya menitahkan supaya rakyat dapat mengambil iktibar daripada kejadian itu dengan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya dalam isu berkaitan pendawaian dan penggunaan barangan elektrik. ", "\"Saya juga ingin menyebut pesanan permaisuri supaya jika ada menggunakan ‘extension’, jangan gunakan secara berlebihan. Jika tiada keperluan atau tidak digunakan mohon ditutup dan cabut daripada soket. ", "\"Untuk tuan rumah pula, eloklah jika diperiksa semula pendawaian, terutamanya rumah di sini kerana ini bukan kali pertama saya datang ke sini disebabkan bencana kebakaran. Jika tidak mahir, dapatkan bantuan mereka yang pandai kerana beban kuasa berlebihan boleh menyebabkan bencana. ", "\"Ambil ingatan ini secara serius kerana ini memang ketentuan Allah namun kita boleh mengambil langkah berwaspada dan jika cuai, mungkin boleh menjadi kesilapan sendiri,\" titah baginda. ", "Pada kunjungan itu, Sultan Abdullah juga berkenan menyampaikan sumbangan peribadi baginda dan Raja Permaisuri Agong, sumbangan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri serta pampasan insurans RM11,000 untuk dua beradik yang maut pada kejadian itu.", "Pada kejadian 7.45 pagi Ahad lalu, tiga beranak iaitu Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, dan dua anak lelakinya, Muhamad Haikal Hakimi Hairul, 11, dan Mohamad Adam Daniel, 7, ditemukan rentung dipercayai akibat terperangkap semasa kebakaran berlaku.", "Kebakaran yang dipercayai bermula dari ruang tengah rumah mangsa juga menyebabkan tiga parah iaitu suami Sharifah Azlina, Hairul Khalid, 38, Syed Azman, 25, yang merupakan adik Sharifah Azlina dan isterinya Norazilah Abdullah, 23 tahun. ", "Adik kepada Norazilah, Nor Syawalina, 19, pula cedera ringan manakala Muhammad Alif Asyraf, 6, yang merupakan anak Syed Azman dan Norazilah tidak cedera.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/209594
K'jaan tumpu rumah mampu milik bawah RM300,000
[ "\nKerajaan akan memberi tumpuan untuk membantu pembinaan lebih banyak rumah mampu milik bernilai di bawah RM300,000 bagi perumahan awam dan swasta kerana menyedari harga rumah semasa menyukarkan rakyat terutama golongan menengah memilikinya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.\n", "\nBeliau berkata kerajaan menyedari masalah itu sejak beberapa tahun lepas dan mengusahakan strategi yang diselaraskan dengan kemampuan rakyat sejajar dengan 'the people's first'.\n", "\n\"Harga rumah jauh lebih tinggi, pegawai kerajaan yang baru mula kerja pun tak mampu nak beli mampu milik ini. Ia akan jadi agenda penting kerajaan untuk bantu rakyat memiliki rumah mampu bina,\" katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan sempena lawatan kerjanya ke China.\n", "\nMuhyiddin berkata rumah berharga RM300,000 ke bawah akan menjadi tumpuan setelah kajian dijalankan terhadap pendapatan rakyat dan kos jualan pemaju.\n", "\nBeliau berkata swasta mungkin akan digalakkan membina rumah mampu milik dengan mempertimbangkan pemberian insentif agar mereka dapat membantu membina rumah kategori sedemikian.\n", "\n\"Kalau mereka tidak untung besar tapi bilangan pembeli ramai, akhirnya beri keuntungan pada mereka juga. Tapi mungkin isu penting soal tapak, ada tanah tapi tak sesuai, tempat tiada penghuni dan isu lain yang kementerian pusat dan kerajaan negeri harus cari jalan menyelesaikannya,\" katanya.\n", "\nKatanya beliau menjangkakan projek-projek rumah mampu milik akan dapat dilaksanakan lebih pantas selepas pembentangan Belanjawan 2013.\n", "\nBeliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan yang akan membentangkan belanjawan itu pasti mengetahui situasi serta keupayaan kemampuan.\n", "\nMengulas belanjawan yang akan dibentangkan pembangkang yang antara lain mengenai rumah mampu milik, Muhyiddin berkata ia tidak mempunyai 'legal standing'.\n", "\n\"Ini cuma\n\npolitical gimmick\n\nnak gambarkan kalau Bajet Perdana Menteri adalah A, Bajet dia A++,\n\none upmanship\n\nsebagai satu tarikan politik bahawa Pakatan Rakyat akan menawarkan jauh lebih baik daripada BN sudah buat dalam Bajet.\n", "\npolitical gimmick\n", "\none upmanship\n", "\n\"Tapi rakyat mesti paham, mereka boleh buat berbagai-bagai, tapi terbukti macam contoh di Selangor, mereka dah tawarkan macam-macam tapi tak terlaksana.\n", "\n\"Kalau mereka nak buat\n\naffordable housing\n\n, patut di Selangor banyak rumah dibina atau di Pulau Pinang tapi tak dibuat pun,\" katanya.\n", "\naffordable housing\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/578438
PKPD di beberapa lokaliti di lima negeri mulai Sabtu
[ "Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Pahang, Johor, Sabah, Sarawak dan Terengganu selama dua minggu bermula Sabtu ini bagi membendung penularan Covid-19 di lokaliti berkenaan.", "Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu melibatkan tiga taman perumahan di Temerloh, Pahang iaitu Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah dan Taman Temerloh Makmur, serta Ladang Tereh Mill di Kluang, Johor.", "Dalam tempoh sama juga, Ismail Sabri berkata PKPD turut dilaksanakan di Lorong Pasir Putih 1, Taman Pasir Putih Fasa 1 di Putatan, Sabah; Kampung Kolong 2 di Kuching, Sarawak; serta Kampung Tajin, Kuala Berang di Hulu Terengganu, Terengganu.", "“SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my,” katanya dalam kenyataan mengenai PKP, hari ini. ", "www.mkn.gov.my,", "Sementara itu, lima lokaliti akan ditamatkan PKPD pada tengah malam esok iaitu Mukim Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu; Mukim Sitiawan, Manjung, Perak; Kampung Mook, Kinarut, Papar, Sabah; Kampung Baru Durok, Keningau, Sabah; dan Kampung Sungai Langgas di Kunak, Sabah. ", "Ismail Sabri turut memaklumkan kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh sekatan tambahan bagi kemasukan pengembara ke Labuan bermula hari ini hingga 30 Jun.", "Sementara itu, dalam memastikan semua pihak terutama pemain industri dan perkilangan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PKP 3.0, beliau berkata kerajaan telah meningkatkan operasi pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar SOP.", "Langkah itu dikuatkuasakan susulan kerajaan menerima banyak aduan berkaitan industri dan premis perniagaan yang tiada dalam senarai perkhidmatan perlu beroperasi sepanjang tempoh PKP ketika ini.", "“Sejak 1 sehingga 9 Jun 2021, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan pemeriksaan ke atas 268 buah kilang bagi memastikan tiada pelanggaran SOP dan daripada jumlah itu, sebanyak 75 buah kilang dikenakan kompaun manakala 59 lagi diarahkan tutup,” katanya.", "Mengenai operasi pematuhan pula, beliau berkata 907 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dengan 877 daripadanya dikompaun, 28 direman manakala dua lagi dijamin.", "Kesalahan tidak memakai pelitup muka menjadi kesalahan tertinggi direkodkan iaitu sebanyak 208 kes; gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (148), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran serta makan di premis (147); tiada penjarakan fizikal (123); tidak patuh arahan kawalan pergerakan (81); membawa penumpang berlebihan (79); aktiviti pusat hiburan (28) dan premis gagal patuhi arahan (10) serta lain-lain kesalahan (83).", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/280498
Laporan kait pegawai istana, kes tanah haram
[ "\nSatu laporan akhbar\n\nThe New Straits Times\n\nmendakwa kes penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands berpunca daripada arahan pegawai kanan Istana Pahang ke atas kelulusan projek tertentu.\n", "\nThe New Straits Times\n", "\nLaporan eksklusif muka hadapan itu menyebut, dakwaan berkenaan berdasarkan dokumen digelar “surat kuning”, didakwa dikeluarkan oleh pegawai kanan yang juga waris anggota kerabat diraja.\n", "\nSurat berkenaan didakwa mengandungi cadangan agar permohonan tertentu diluluskan untuk tujuan “pembangunan”.\n", "\nMenurut laporan itu, dokumen seperti itu menjadi masalah kepada penguatkuasa yang terpaksa meluluskan permohonan.\n", "\n\"Surat demikian yang biasanya tanpa kepala surat akan dialamatkan kepada pegawai daerah (DO).\n", "\n\"Salinan yang diberikan kepada NST menunjukkan pengirimnya, seorang pegawai kanan istana meminta pegawai daerah Cameron Highlands agar meluluskan sebidang tanah kerajaan di Kampung Raja untuk pembangunan,\" laporan NST dipetik.\n", "\nNamun, surat yang dipetik itu tidak pula menyebut tarikh ia ditulis kepada pegawai daerah berkenaan.\n", "\nKampung Raja adalah sebahagian daripada tiga kawasan utama di Cameron yang dilanda banjir lumpur pada 5 November yang mengorbankan lima nyawa.\n", "\nMemetik kenyataan seorang sumber, laporan itu seterusnya menyebut bahawa pihak istana Pahang tidak mempunyai kaitan dengan surat berkenaan.\n", "\n\"Sultan tiada kena mengena dengan perkara ini... Dalam banyak kes, nama baik istana digunakan dengan harapan pihak berkuasa akan menjauhkan diri kerana takut atau hormat,” katanya.\n", "\nLaporan itu turut memetik kenyataan dua orang bekas pegawai daerah Cameron Highlands yang mengakui kewujudan “surat kuning” tersebut.\n", "\nSeorang daripadanya, yang tidak dinamakan, berkata surat itu disimpan dalam fail sulit dan hanya boleh diakses oleh pegawai daerah dan setiausahanya.\n", "\nLaporan itu turut memetik kenyataan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membangkitkan mengenai kelemahan pihak penguatkuasa tempatan.\n", "\n\"Tangan mereka bukannya terikat. Pihak berkuasa boleh kuatkuasa undang-undang jika mereka mahu.\n", "\n\"Apa salahnya kalau mereka ditukarkan atau bertindak menongkah arus? Jika kesemua (penguatkuasa) bertegas, berapa ramai yang boleh dipaksa bertukar?\n", "\n\"Terlalu sedikit yang baik tetapi banyak yang teruk yang bersekongkol dengan peladang yang rakus,” kenyataan pegawai SPRM yang tidak dinamakan itu dipetik.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/355297
Membedah cadangan RUU 355 Marang
[ "ULASAN RUU 355 tidak boleh dipandang secara berasingan daripada kemampuan Mahkamah Syariah secara menyeluruh untuk menampung peningkatan kuasa hukuman yang diberikan melalui RUU 355 ini.", "ULASAN", "Saya ingin berkongsi masalah yang perlu difikirkan sama penting dengan usul anggota parlimen Marang yang diminta oleh Mufti Wilayah ‘wajib’ anggota parlimen Muslim menyokongnya.", "Makna pemerkasaan tidak boleh disempitkan dengan meningkatkan hukuman semata-mata tanpa melihat kelompongan-kelompongan pentadbiran perundangan Mahkamah Syariah yang perlu diutamakan, sebelum perlu kami - anggota parlimen Muslim - ‘wajib’ menyokong usul 355 ini.", "Saya yakin bahawa titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menggesa supaya “memperkukuhkan institusi agama dan kecekapan pelaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam melalui pemerkasaan mahkamah syariah” tidak hanya kepada meningkat hukuman tetapi juga dalam berbagai aspek pentadbiran.", "Antara lainnya maksud pemerkasaan ialah:\n(1) Masalah bidang kuasa bukan sahaja persoalan tingkatkan hukuman, tetapi juga perlunya melihat dalam kes bukan Islam yang terlibat sama dalam tuntutan.", "", "Seperti jika salah seorang pasangan memeluk Islam kes cerai tidak diputuskan oleh Mahkamah Syariah tetapi oleh mahkamah sivil dalam Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.", "", "Ini termasuk isu hadhanah (hak penjagaan anak) yang pasangan tidak memeluk Islam boleh membawa kes itu ke mahkamah sivil walaupun pasangannya telah memeluk Islam.", "Bukankah berlaku konflik dalam menentukan sesuatu keputusan perundangan lantas mengganggu keadilan yang menjadi teras perundangan Islam khususnya?", "Jadi meningkatkan bidang kuasa bukan sahaja dalam meningkatkan hukuman tetapi juga bidang kuasa bagi menentukan keputusan yang ada kepentingan Islam dan bukan Islam bagi memberi keadilan yang saksama dan tidak bertindih.", "Begitu juga soal pasangan jenayah. Jika berlaku antara Islam dan bukan Islam dalam kesalahan zina atau khalwat, hukuman di Mahkamah Syariah hanya melibatkan pasangan Islam saja manakala rakan jenayahnya yang bukan Islam terlepas daripada bidang kuasa Mahkamah Syariah (lihat Musa Awang: Dimanakah Kita Dalam Pemantapan Pentadbiran Keadilan jenayah Syariah? ms 68 dalam 27 Kanun (1), Jan 2015).", "Dimanakah Kita Dalam Pemantapan Pentadbiran Keadilan jenayah Syariah?", "(2) Bidang kuasa Mahkamah Syariah selain peningkatan hukuman juga bererti menyelesaikan isu pertindihan antara sivil dan syariah yang kadang-kadang menimbulkan campur tangan Mahkamah Sivil hanya kerana tiada peruntukan jelas sedangkan ia merupakan permasalahan syariah.", "Kes menentukan agama bagi seseorang yang telah mati seperti kes Dalip Kaur lwn pegawai polis daerah Bukit Mertajam, kes Sukma Dermawan Sasmitaat Madja lwn ketua pengarah penjara yang memilih Mahkamah Syariah kerana jenayah yang didakwa bertindih antara Kanun Keseksaan dan Jenayah Syariah. (lihat Zulkifli Hasan dalam kertas bertajuk Isu Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia Dan Sejauh Manakah Perlaksanaannya).", "Isu Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia Dan Sejauh Manakah Perlaksanaannya", "(3) Mempertingkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah juga bermakna perlu ditingkatkan hierarki mahkamah syariah yang hari ini hanya ada tiga peringkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Raya Syariah.", "Sedangkan mahkamah sivil ada lima peringkat, iaitu masing-masing Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.", "Tanpa peningkatan ini ruang bagi menuntut keadilan dalam Mahkamah Syariah dilihat tidak selari dengan sivil sekali gus menimbulkan persepsi terhadap keadilan Islam.", "Walaupun di peringkat perbahasan parlimen sejak 2010 hingga 2013 menteri di Jabatan Perdana Menteri menyebut ada usaha peningkatan ini iaitu mengadakan Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tengah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Majlis Rayuan Syariah, hingga kini tiada apa-apa hasil yang nyata lagi. (Musa Awang, op.cit).", "(4) Selain itu peningkatan hukuman bererti bebanan tugas kepada hakim-hakim dan pegawai perundangan yang akan mengendalikan laporan-laporan kes.", "Ini termasuk pentadbiran keadilan perlu lebih cekap dan kemas kini dalam memastikan keadilan tertegak dengan lebih telus dan bertanggungjawab.", "Namun jika kita lihat taraf perjawatan hakim mahkamah syariah dan pegawai-pegawainya masih ketinggalan berbanding dengan perjawatan dalam mahkamah sivil.", "", "Selain skim perkhidmatan guna sama bawah penyeliaan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), hakim mahkamah syariah bawah penjawat awam negeri.", "Berbeza dengan pelantikan hakim mahkamah sivil, hakim mahkamah tinggi ke atas dilantik atas kuasa Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (akta 695) pada peringkat persekutuan.", "Jaminan perjawatan hakim di mahkamah syariah tertakluk pada prosedur perkhidmatan awam, berbanding dengan jaminan perjawatan hakim di mahkamah sivil yang tertakluk pada Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45).", "(5) Dari sudut gaji, hakim mahkamah syariah jauh lebih rendah berbanding dengan mahkamah yang menikmati gaji dua kali ganda, tidak termasuk elaun lain.", "Menurut Ketua Hakim Mahkamah Syarie Dr Mohd Naim Mokhtar dalam kenyataannya di Utusan Malaysia pada 22 April 2015 hakim mahkamah syariah menerima gaji mendengar kes penjagaan anak menerima RM6,000 manakala hakim mahkamah sivil yang mendengar kes yang sama menikmati gaji RM40,000.", "Saya amat yakin aspek ini perlu diberi tumpuan sama dengan peningkatan bidang kuasa hukuman. Jika tidak langkah pemerkasaan itu akan menjadi tempang.", "(6) Sudut ketidakseragaman undang-undang sering mendapat perhatian para pengkaji dan ahli legaslatif. Ini kerana undang-undang Enakmen Jenayah Syariah diletakkan di bawah kuasa negeri yang menjadi penggubal mengikut kuasa yang diperuntukkan dalam senarai negeri dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.", "Hatta nama pada enakmen tersebut disebut berlainan dan undang-undang di setiap negeri juga berbeza dari sudut hukumannya untuk jenayah sama.", "Ini memandangkan kuasa menggubal enakmen adalah dalam kuasa negeri dan setiap negeri ada penafsirannya tersendiri (lihat “Masalah kelemahan mahkamah syariah yang diperkatakan oleh masyarakat dan penyelesaiannya” (2009) dalam mahir al-hujah.blogspot.my) .", "Bagaimana keadaan yang ada hari ini menjamin bahawa usul MP Marang dapat menyelesaikan permasalahan ini jika sekadar meningkatkan hukuman?", "(7) Selain daripada itu timbul juga masalah penguatkuasaan baik dari segi tenaga mahupun dari segi teknikal di kalangan PPA (Pegawai Penguatkuasa Agama).", "Menurut Musa Awang nisbah seorang penguat kuasa berbanding dengan 17.8 juta penduduk Melayu beragama Islam ialah 1: 24,184 orang.", "Peningkatan jumlah pendaftaran kes jenayah syariah di seluruh negara menunjukkan perlunya lebih ramai PPA yang cekap dan efisien selain kekurangan tenaga petugas wanita.", "Oleh kerana pentadbiran keadilan jenayah syariah perlu menekankan keadilan dan keberkesanan dalam pelaksanaannya, pegawainya juga perlulah terlatih dan celik undang-undang.", "Setakat ini kesalahan khalwat mendominasi statistik jenayah syariah dan berkemungkinan besar penguatkuasaan jenayah lain syariah PPA dan penguatkuasaan yang berkesan jarang berlaku kerana kekurangan tenaga dan profesionalisme PPA.", "Sebahagian daripada rumusan permasalahan mahkamah syariah yang dipaparkan dapat memberi gambaran betapa pemerkasaan mahkamah syariah tidak terhad hanya kepada melihat teks usul Marang tentang RUU 355 semata-mata.", "Justeru saya sebagai ahli legislatif Muslim tidak mudah menentukan sokongan tanpa berbahas panjang lebar terlebih dahulu kerana ini adalah peluang terbaik untuk isu sebenar mahkamah syariah digarap dengan berkesan.", "Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tiada asas untuk kami menetapkan sikap sekarang tanpa anggota parlimen Marang - sebagai pembawa usul - menjelaskan terlebih dahulu apa yang beliau inginkan daripada usul berkenaan di hadapan semua penggubal undang-undang seramai 222 orang.", "Mengapa berbeza pandangan", "Mengapa berbeza pandangan", "Mengapa berbeza pandangan", "Saya akan memulakan bahagian ini dengan perkara-perkara yang membezakan pendirian saya dengan mufti Wilayah Persekutuan dalam pendapat yang diberikan berkenaan isu pindaan Akta 355.", "Perbezaan yang saya maksudkan bukan tentang sama ada saya sokong atau tidak usul pindaan 355 dibawa anggota parlimen Marang, tetapi perbezaan memahami proses perbahasan demokrasi berparlimen dan implikasi perundangan serta politik kerana posisi saya sebagai ahli legislatif.", "(1) Usul Marang agak unik kerana ia berjaya diterima untuk pembentangan sebagai aturan mesyuarat yang tersenarai ke-15 pada sesi selepas rehat.", "Laluan diberikan oleh menteri dengan membelakangkan semua urusan kerajaan pada 26 Jun 2016 Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke 13-2016.", "Keadaan dan cara bagaimana MP Marang dapat membentang usul ini menimbulkan tanda tanya di kalangan pembangkang kerana parameter apakah digunakan Yang Dipertua Dewan Rakyat menganggap ia satu usul penting kerana usul sebelum ini yang cuba dibawa oleh pembangkang dalam hal lain sering ditolak atas sebab tidak memenuhi tiga kriteria.", "Perkara itu, jika ada kepentingan awam dan perlu disegerakan. Selalunya kriteria perlu ‘disegerakan’ tidak dapat dipenuhi oleh pembawa usul dari pembangkang.", "Dalam peraturan 49 rang undang-undang yang bukan kerajaan yang hendak diusulkan lebih ketat kerana segala urusan kerajaan didahulukan dan selalunya urusan kerajaan tidak akan habis malah ditangguh pada sesi seterusnya.", "Bagi prosedur parlimen kes pembentangan RUU secara peribadi bukan kerajaan oleh MP Marang menimbulkan berbagai persoalan daripada jawapan.", "(2) Apa yang menarik dalam usul Marang pada hari tersebut ialah, beliau menangguhkan ruang perbahasan dengan permintaannya sendiri pada sesi akan datang (iaitu pada Oktober 2016).", "Penangguhan perbahasan permintaan pembawa usul adalah sesuatu yang agak ganjil kerana beberapa usul pembangkang yang pernah diizinkan atas peraturan usul dimaklumkan lebih awal untuk persediaan perbahasan pada sesi tersebut tetapi Marang secara sukarela menolak untuk dibahas pada hari tersebut.", "Tergantungnya usul Marang atas kehendaknya sendiri bermula dari 26 Jun 2016 hingga sesi Oktober (lebih kurang empat bulan) menimbulkan tanda tanya.", "Ia malah menimbulkan berbagai kekeliruan dan polemik yang tidak produktif kepada persepsi terhadap mahkamah syariah.", "Saya tidak dapat lari daripada menganggap tindakan ini telah diambil peluang sebagai satu ‘free ride’ untuk diambil kesempatan pembawa agenda sempit negara mencapai maksud licik politik mereka atas nama Islam dan mahkamah syariah.", "Bagi saya ia amat malang sekali.", "(3) Menarik kerana Mufti WP ‘mewajibkan’ MP Muslim menyokong usul ini sedangkan kami sebagai anggota parlimen Muslim tidak tahu apa yang akan kami sokong kecuali teks usul yang lima baris dan dua butiran pindaan kepada Seksyen 2 (lima baris) dan tambahan seksyen 2A (lima baris).", "Tiada penjelasan dan perincian dari pembawa usul ini.", "Tidak tahulah saya jika kami diminta memberi sokongan ‘membuta tuli’ sedangkan budaya intelektualisme yang disarankan oleh Mufti WP dalam mukadimah artikelnya menyatakan tentang perkara ini.", "(4) Mana-mana usul akan diikuti dengan ruang untuk perbahasan setelah pembawa usul membentangkannya dan menjelaskannya secara lisan.", "Mewajibkan anggota Muslim menyokong usul Marang seolah menafikan hak berbahas secara bebas seperti diperuntukkan dalam aturan dan peraturan parlimen sedangkan semasa perbahasan itu banyak perkara teknikal perundangan dan kesannya jika tidak diperhalusi boleh menjejaskan perjalanan mahkamah syariah dalam usaha untuk memperkasakannya.", "Sokong atau tidak terpulang kepada implikasi perundangan secara keseluruhan setelah dibahas untuk mengelak mudarat yang lebih besar jika tergesa-gesa menyokongnya walaupun dengan niat yang baik. Begitu juga sebaliknya jika menolak tanpa meneliti dan mendengarnya dahulu.", "Ruang kosong ini perlu diberi kepada kami - anggota parlimen Muslim dan bukan Muslim - sebelum apa-apa keputusan dibuat agar ruang perbahasan secara demokrasi mengambil tempatnya terlebih dahulu.", "(5) Saya menganggap usul Marang ini adalah persoalan teknikal undang-undang walaupun melibatkan entiti sebuah mahkamah syariah.", "Malah semasa Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 dibentangkan ada beberapa anggota Dewan Undangan Negeri (Kedah) daripada pembangkang tidak menyokong.", "", "Dan mereka terdiri dari orang Islam. Apakah ini bermakna mereka tidak memahami maqasid dan keperluan taqnin undang-undang jenayah Islam?", "Saya harap kita tidak semudah itu membuat kenyataan \"wajib\" sokong kerana implikasinya amat mengelirukan antara isu teknikal perundangan dan isu dosa pahala.", "Datuk Mufti WP seharusnya menasihati orang awam agar mencermati isu perundangan dan proses serta prosedurnya yang akan berlaku dalam institusi penggubal undang-undang negara agar tidak terheret kepada sentimen dan emosi apatah lagi dalam isu pentadbiran agama.", "Saya sering mengulangi prinsip bahawa mengkritik pentadbiran dan urusan agama bukan mengkritik prinsip doktrin keagamaan yang menjadi pegangan umat Islam.", "Kita harus membezakan antara keduanya agar institusi dan pentadbiran agama senantiasa dapat diperbaiki dari semasa ke semasa dan pegangan agama melalui pendidikan dan dakwah dipertingkatkan.", "(6) Mufti WP telah menyatakan pendapatnya agar \"wajib\" anggota parlimen Muslim menyokong usul Marang tentang pindaan 355, namun sedarkah beliau, berpandukan kepada teks usul yang dikemuka MP Marang dalam parlimen, ia berpotensi membawa beberapa implikasi serius kepada perlembagaan negara itu sendiri, iaitu:", "Meluaskan apa sahaja kuasa mahkamah syariah untuk melaksanakan apa sahaja bentuk hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang syariah kecuali hukuman mati.", "Tidak menetapkan had kepada jumlah hukuman (denda, sebat atau penjara) yang boleh dikenakan sebagai hukuman oleh mahkamah syariah.", "Tidak menetapkan kaedah hukuman (kecuali mati) yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah ke atas pesalah dan ini bermakna hukuman yang dikenakan tidak terhad kepada hukuman denda, penjara dan sebat sahaja.", "Lebih bersifat memaksa", "Lebih bersifat memaksa", "Lebih bersifat memaksa", "Dalam kanun keseksaan sendiri setiap hukuman itu dihadkan dan hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman melebihi had yang telah ditetapkan.", "Tanpa penelitian rapi usul Marang boleh membawa kepada persepsi lain dari sudut doktrin perundangan negara dan berpotensi menjadi masalah walaupun dengan niat yang baik.", "Dengan tidak mengehadkan hukuman dan jenis hukuman menurut usul Marang, ada kemungkinan ianya dicabar di dalam mahkamah dan keabsahan pindaan akan dipersoalkan.", "Bolehkah saya menyokong sesuatu yang akan mencacatkan perjalanan mahkamah syariah?", "(7) Banyak pihak menggunakan isu pindaan 355 ini untuk membuat penjelasan mereka sendiri walaupun Marang belum mendedahkan penjelasannya di hadapan 222 ahli parlimen Malaysia lagi.", "Saya memerhatikan sentimen menguasai keadaan, walaupun ada yang bersifat objektif namun cara perkara ini dipersembahkan kepada awam oleh kelompok tertentu khususnya daripada pihak yang diwakili golongan ‘mod hitam-putih’ lebih bersifat ‘memaksa’ melalui kaedah menghukum dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan berbeza.", "Saya mengharapkan pihak mufti sensitif dan prihatin kepada ‘cara’ isu ini dibawa pihak tertentu dan ‘reaksi’ yang ditimbulkan serta tidak mengambil pendekatan ‘menyemarakkan’ dengan membuat sikap menyokong tanpa melihat implikasi kepada ‘kehangatan’ isu ini di kalangan pihak yang sempit pemikirannya.", "Bukankah mufti itu yang terbijak hikmahnya menangani keadaan?", "Saya telah mengemukakan pandangan saya yang agak berbeza dengan mufti WP atas kapasiti saya sebagai ahli legislatif negara dalam isu Pindaan RUU 355 oleh Marang.", "Saya menyanjung keprihatinan mufti WP dan saya menganggap penjelasan tulisan ini dapat melengkapkan tasawur beliau tentang isu ini dari perspektif berbeza.", "Jangan salah tanggap bahawa saya tidak menghormati kedudukan Datuk sebagai mufti dan keilmuwan serta kewarakan Datuk.", "Saya serahkan segala kebaikan dalam diri Datuk Mufti untuk dinilai oleh Allah, tetapi dalam hal pentadbiran dunia, Islam mengajar kita untuk mencapai maslahah sebagai sebahagian matlamat syariah dan kerana maslahah mempunyai berbagai dimensi, kita dituntut bersikap objektif dan profesional.", "Sekali lagi saya jelaskan bahawa tulisan ini tidak ada kena mengena dengan memperlekehkan ulama dan institusinya. Tulisan ini bersifat pentadbiran dan institusi mufti sebahagiannya adalah tentang pentadbiran.", "Saya juga yakin bahawa selagi perkara ini berada dalam ruang awam untuk dibahaskan, setiap apa yang dipersembahkan kepada awam sepatutnya boleh dinilai, dikritik dan diberi pandangan barulah semangat Bayan Linnas lebih bersemarak.", "Bayan Linnas", "Semoga tulisan Datuk boleh menjadi input kepada kami sebagai bahan perbahasan nanti.", "Saya dan rakan-rakan dari Parti Amanah Negara (AMANAH) telah berusaha untuk mengadakan diskusi meja bulat sejak dua bulan yang lalu untuk kami mendengar pandangan awam, NGO, Muslim dan bukan Muslim serta pihak berkepentingan.", "Kami juga menyertai wacana awam anjuran NGO lain agar kami dapat mendidik orang ramai kaedah dan cara sesuatu perundangan itu dibuat dalam proses demokrasi berparlimen termasuk perundangan dalam isu pemerkasaan mahkamah syariah.", "Semoga niat baik kita terhasil dengan natijah yang baik juga.", "Sehingga itu saya menanti pembentangan MP Marang dan usul pindaan 355 dengan penuh debar dan harapan agar ia menjadi sesuatu yang baik untuk negara ini.", " ", "Bahagian 1: Cadangan pindaan Akta 355 dari sudut legislatif", "Bahagian 1: Cadangan pindaan Akta 355 dari sudut legislatif", "Cadangan pindaan Akta 355 dari sudut legislatif", "", "DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA anggota parlimen Malaysia dan pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH)", "DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA anggota parlimen Malaysia dan pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH)" ]
https://www.malaysiakini.com/news/265405
Pesan KJ pada IGP: Jangan abai tugas
[ "\nMenteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengingatkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar tidak mengabaikan tugas polis dalam menjunjung kedaulatan undang-undang.\n", "\nBeliau mengingatkan perkara itu susulan kenyataan Khalid yang mahu mengambil \"jalan tengah\" dalam kes perebutan hak jagaan anak melibatkan pertembungan kes di mahkamah syariah dan sivil.\n", "\n\"Bagi saya, sebagai ketua Pemuda BN, agensi penguatkuasa mesti menjunjung kedaulatan undang-undang, terutamanya apabila ia jelas,\" katanya dalam satu sidang media hari ini.\n", "\nBeliau ditanya mengenai kenyataan Khalid, yang berhasrat untuk meletakkan kanak-kanak terlibat di pusat jagaan sementara, agar kedua-dua ibu bapa berpeluang melawat anak tersebut.\n", "\nKhalid merujuk kepada kes M Indira Gandhi dengan bekas suami Muhammad Ridhuan Abdullah di Ipoh, dan juga kes S Deepa terhadap bekas suami Izwan Abdullah di Seremban.\n", "\nDalam kedua-dua kes berkenaan, mahkamah syariah dan sivil membuat perintah yang bercanggah antara satu sama lain dan soal hak penjagaan anak - keputusan mahkamah syariah memihak kepada pihak bapa manakala mahkamah sivil memihak kepada ibu beragama Hindu.\n", "\nMahkamah Tinggi Seremban mengeluarkan perintah kepada polis untuk mengembalikan V Mithran kepada ibunya, Deepa, manakala Muhammad Ridhuan sudah melanggar tempoh ditetapkan mahkamah untuk memulangkan anak berusia enam tahun kepada bekas isterinya, Indira.\n", "\nKhairy berkata perkara itu sepatutnya diselesaikan secepan mungkin dan kabinet akan membincangkan perkara itu pada hari Jumaat.\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/479904
‘Hadi, bukankah PAS pun tolak BN dalam PRU lalu?’
[ "", "Biro Agama Pemuda Bersatu (Armada) hairan dengan sikap PAS yang menyalahkan pendirian anak muda yang menumbangkan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.", "Sedangkan, kata pengerusinya, Abu Hafiz Salleh Hudin, parti Islam itu juga turut menentang BN dengan meletakkan calon menentang BN dan PH dalam pertembungan tiga penjuru.", "Malah, katanya, dalam ceramah sempena Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan di Kota Bharu pada Mac tahun lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang secara jelas dan lantang menegaskan komitmen PAS untuk bukan sahaja melawan PH, tetapi juga BN. ", "\"Amat pelik, apabila hukuman tidak membaca kitab dan tidak mempelajari agama hanya diberikan kepada anak muda sehingga jatuhnya BN tetapi gelaran yang sama tidak diberikan kepada PAS yang diketuai oleh Abdul Hadi sendiri?", "\"Marilah kita sama-sama mengamalkan politik matang dan sejahtera seperti yang sering dilaungkan oleh PAS sendiri termasuk bukan membalas dendam melalui ucapan dan gelaran buruk sehingga mampu menjatuhkan maruah tokoh agama mahupun Islam itu sendiri. ", "\"Hormati perbezaan pilihan parti politik dan bukannya menyuburkan amalan label melabel seperti yang berlaku ini,\" katanya lagi.", "", "", "Abdul Hadi Awang ", "Abdul Hadi Awang ", "", "Abdul Hadi Awang ", "", "", "Abdul Hadi pada 15 Jun lalu menyifatkan 30 peratus anak muda yang mengundi PH pada PRU lalu sebagai kekurangan ilmu agama sehingga gagal memahami Islam mengikut makna sebenar.", "Beliau berkata disebabkan itu golongan terbabit didakwanya melakukan kesilapan apabila menumbangkan BN, dan mengundang mudarat lebih besar dengan memilih PH.", "\"Tiga puluh peratus pengundi muda (mengundi PH) yang berumur 21 tahun yang tak mengaji kitab, (tidak) mengaji agama, (tapi) mengaji dengan telefon bimbit, mengaji dengan Facebook, mengaji dengan WhatsApp.", "\"Kefahaman (mereka) dalam masa singkat, dengan WhatsApp, (kemudian) membuat sikap politik,\" kata Abdul Hadi ketika berucap.", "Dalam kenyataan hari ini, Abu Hafiz berkata laras ayat sebegitu sangat tidak sesuai dengan kedudukan Abdul Hadi sebagai tokoh politik dan agamawan yang disegani", "Tambah Abu Hafiz, tuduhan itu merendahkan tahap intelek orang lain dan melanggar adab susila agama." ]
https://www.malaysiakini.com/news/590889
MB Kedah nafi beri projek kepada syarikat 'dalam siasatan' SPRM
[ "Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan sebuah NGO bahawa dia telah menganugerahkan projek membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kepada sebuah syarikat yang dikatakan masih dalam siasatan SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).", "Sebaliknya, dia berkata bahawa projek itu diberikan kepada syarikat swasta itu setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.", "\"Tidak ada isu. Saja dia orang tidak ada kerja saja. Kita buat semua proses yang perlu.", "\"KXP ini dibuat secara pelaburan swasta. Bukan dana kerajaan. Siapa ada duit dan kepakaran yang disyaratkan bolehlah terbabit,\" katanya kepada Malaysiakini.", "Malaysiakini.", " ", "Dia berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan NGO dikenali Pertubuhan Peneraju Insan yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.", "Setiausaha NGO itu Indrani Selvakumar dalam laporannya mendakwa syarikat terbabit disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) sejak tahun 2017 lagi.", "terbabit disiasat", "Selain laporan SPRM, dia juga membuat laporan polis agar menyiasat pemberian kontrak tersebut.", "Sementara itu, Muhammad Sanusi turut berkongsi sepucuk surat SPRM kepada Malaysiakini sebagai bukti bahawa syarikat swasta itu bebas daripada sebarang siasatan.", "Malaysiakini ", "Surat yang dikatakan itu bertarikh November 2020 itu, ditulis oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu Azam Baki kepada Pengarah SPRM Pulau Pinang Lim Bee Kean.", "Menurut Azam dalam surat itu: \"hasil semakan mendapati tiada tohmahan dan maklumat yang disiasat berkaitan dengan syarikat tersebut.\" " ]
https://www.malaysiakini.com/news/660526
Isteri Musa Hassan fail penceraian, sebak ketika beritahu media
[ "Isteri bekas ketua polis negara, Elly Afizahwati Abdul Jalil  memfailkan permohonan cerai dengan Musa Hassan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini.", "Elly, 42, membuat permohonan itu atas alasan shiqaq (perbalahan berpanjangan) dengan Musa yang dikahwininya 10 tahun lalu, menurut laporan media. ", "shiqaq ", "Dia diwakili peguam syarie, Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud.", "Permohonan cerai itu dikemukakan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.", "Musa Hassan ", "Musa Hassan ", "", "Musa Hassan ", "Sebelum ini, tersebar klip video memaparkan lelaki seakan Musa berbalah dengan seorang wanita.", "Klip video itu menggambarkan seorang wanita bercakap dengan seorang lelaki di dalam sebuah rumah. Seorang kanak-kanak turut kelihatan.", "Pada satu ketika, ketika lelaki yang dikatakan menyerupai Musa cuba bergerak ke arah pintu di rumah itu, wanita berkenaan kedengaran meminta telefon bimbitnya dipulangkan.", "Selepas tular video itu, Musa Hassan menggesa orang ramai menghormati privasinya dan tidak masuk campur.", "Malah dia memberi amaran mengambil tindakan undang-undang jika terhadap pihak yang membuat spekulasi.", "Sementara itu, Elly berkata akan memfailkan tuntutan hak jagaan dan nafkah anak yang berusia lapan tahun.", "\"Tan Sri (Musa) pun sudah keluar rumah kelamin sejak enam bulan lalu. Selepas tuntutan cerai ini saya akan memfailkan tuntutan hak jagaan dan nafkah anak saya yang berusia lapan tahun,\" katanya.", "Dia kelihatan sebak ketika memberitahu perkara itu kepada pemberita hari ini.", "Mahkamah menetapkan 11 Mei untuk sebutan semula kes.", "Pasangan itu berkahwin pada 2 Ogos 2013.", "Sementara itu, media turut melaporkan Elly mengecam penyebaran video pergaduhan rumah tangganya, antaranya kerana mendedahkan wajah anak kecilnya.", "\"Telefon bimbit mengandungi video tersebut telah diserahkan kepada polis, jadi saya tidak pasti sama ada ia tersebar kerana orang dalaman atau tidak,\" katanya.", "Dia juga berkata telah membuat laporan at laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkaitan penularannya setelah melihatnya di TikTok.", "Dia juga berkata video itu boleh melindungi dirinya dan menjadi bukti di Mahkamah Syariah kelak.", "Polis juga membuka kertas siasatan berhubung kejadian membabitkan Musa dan isterinya." ]
https://www.malaysiakini.com/news/505651
Dakwaan sekolah arah ibu bapa beli kerusi, meja disiasat - Exco
[ "Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka akan melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan ibu bapa diarahkan pihak pengurusan sebuah sekolah menengah di Batu Berendam di Melaka membeli kerusi dan meja untuk anak mereka bagi sesi persekolahan 2020.", "Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri Noor Effendi Ahmad berkata Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pejabat Pendidikan Daerah atau Kementerian Pendidikan tidak pernah mengeluarkan arahan untuk ibu bapa membeli kerusi atau meja.", "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah media berbahasa Melayu semalam bahawa terdapat ibu bapa di Melaka mendakwa diarah membeli kerusi dan meja bagi membolehkan anak mereka memasuki sekolah terlibat disebabkan kemudahan itu tidak mencukupi.", "Noor Effendi berkata maklumat awal yang diperoleh mendapati berlaku salah faham antara pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa pelajar tingkatan satu terlibat berikutan ibu bapa itu ingin memindahkan anak mereka ke sekolah itu di saat akhir.", "Kebiasaannya pihak sekolah sentiasa memberi pertimbangan pada ibu bapa dan pelajar yang ingin tukar sekolah tetapi ia bergantung pada kuota dan kemudahan yang terdapat di sesebuah sekolah terlibat, katanya selepas meninjau keadaan di Sekolah Kebangsaan Padang Temu di sini bersempena hari pertama sesi persekolahan 2020. Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka Dr Mohd Azam Ahmad.", "\"Pada saya isu ini sengaja diperbesarkan dan tidak sepatutnya berlaku kerana Jabatan Pendidikan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif memastikan kerusi dan meja cukup,\" katanya.", "Noor Effendi berkata setakat ini hanya dua sekolah iaitu sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di negeri ini dilaporkan manghadapi kekurangan meja dan kerusi ekoran masalah penempatan berubah di saat akhir sebelum sesi persekolahan bermula.", "Sementara itu, Mohd Azam berkata penyediaan kemudahan asas bagi memastikan pelajar di sekolah kerajaan dapat belajar dengan selesa merupakan tanggungjawab kerajaan khususnya melibatkan empat perkara asas iaitu bangunan, kerusi meja, buku teks dan guru.", "Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya mengalu-alukan sokongan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi mengurangkan beban yang dihadapi kerajaan dan tidak melibatkan ibu bapa secara individu.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/514662
AS isytihar darurat untuk cegah Covid-19
[ "", "Presiden Donald Trump pada Jumaat mengisytiharkan darurat dalam usaha negara itu mencegah penularan wabak Covid-19 di Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Anadolu. ", "Langkah itu, menurut Trump, membolehkan beliau \"menggunakan kuasa kerajaan persekutuan sepenuhnya,\" termasuk menyediakan dana AS$50 bilion untuk membantu negeri dan kerajaan tempatan melaksanakan langkah-langkah pencegahan.", "Terdapat lebih 1,600 kes disahkan di AS dengan 47 kematian, mengikut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/208873
SPR: Kod etika k'jaan sementara untuk PRU13
[ "\nPenggubalan kod etika untuk kerajaan sementara yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dapat digunapakai menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kelak.\n", "\n    \n", "\nPengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kod etika itu mengandungi perkara 'boleh dan tidak boleh' yang bukan sahaja perlu dipatuhi oleh kerajaan sementara yang dilantik, malah juga semua parti politik, calon, ahli politik serta ejen pilihan raya yang terlibat.\n", "\n    \n", "\n\"Kita sedang dalam proses menyiapkannya. Jadi, Insya-Allah dalam PRU akan datang kita akan dapat menggunakannya,\" kata beliau kepada wartawan selepas menjadi panel jemputan Bernama Radio24 dalam program 'Dalam Radar Khas' di Wisma Bernama malam tadi.\n", "\n    \n", "\nSelain Abdul Aziz, anggota jawatankuasa pusat MCA Datuk Ti Lian Ker dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution turut hadir pada program selama satu setengah jam yang bertajuk 'PRU 13: Ujian Untuk Semua' itu.\n", "\n    \n", "\nMewujudkan sebuah kerajaan sementara dan satu kod etika merupakan satu daripada 22 cadangan yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang diluluskan awal tahun ini.\n", "\n    \n", "\nAbdul Aziz berkata kod etika itu kebanyakannya diolah daripada undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan dan Akta Pilihan Raya dengan memberi lebih penekanan.\n", "\n    \n", "\nKatanya sistem kerajaan sementara di negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia juga dilihat dalam merangka kod etika tersebut.\n", "\n    \n", "\nAntara kesalahan yang dianggap melanggar kod etika ialah mengumumkan satu projek baru untuk rakyat, yang sebelum ini tidak pernah diperkatakan ataupun terkandung dalam mana-mana pelan pembangunan terdahulu.\n", "\n    \n", "\nMengenai pengundi pos bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, Abdul Aziz berkata Pejabat Peguam Negara masih mengkaji sama ada cadangan itu memerlukan pindaan pada akta berkaitan sebelum dilaksanakan.\n", "\n\"Salah satu syarat yang dicadangkan ialah memerlukan rakyat Malaysia balik dan tinggal sekurang-kurangnya sehari di Malaysia dalam tempoh lima tahun sebelum PRU,\" katanya.\n", "\nBagaimanapun, beliau kecewa kerana sehingga kini, hanya 2,400 rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara telah mendaftar sebagai pemilih.\n", "\nTerdahulu dalam wawancara itu, Abdul Aziz berkata SPR sudah 85 peratus bersedia untuk menghadapi PRU-13 yang akan diadakan bila-bila masa.\n", "\nBeliau juga berharap negeri yang diperintah parti pembangkang akan turut mengadakan pilihan raya negeri bersama dengan pilihan raya umum bagi menjimatkan kos kewangan, masa dan tenaga kerja.\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/633366
'Semangat juang daddy masih kuat'
[ "Bekas perdana menteri Najib Razak sedang membiasakan diri dengan rutin baru di dalam penjara, kata anaknya Nooryana Najwa.", "Katanya, ia berbeza sama sekali dengan jadual harian \"Bossku\" yang padat.", "\"Alhamdulillah, daddy dalam keadaan sihat dan semangat perjuangan daddy masih kuat,\" katanya di Instagram.", "daddy ", "daddy ", "Najib dimasukkan ke penjara kelmarin setelah gagal membatalkan keputusan bersalah dalam pertuduhan rasuah melibatkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.", "Dia dihukum penjara 12 tahun dan perlu membayar denda RM210 juta.", "Mengulas lanjut perkembangan Najib, Nooryana berkongsi rasa kejauhan dengan bapanya buat pertama kali.", "\"Esok (hari ini) kami sekeluarga dapat bertemu - daddy akan ke mahkamah untuk perbicaraan kes 1MDB.", "daddy", "\"Yana rasa ini kali pertama kami menanti kehadiran daddy di mahkamah kerana saya dan keluarga dapat meninjau keadaan daddy, walaupun dari jauh,\" kongsinya.", "daddy", "daddy", "Selain itu, Nooryana turut menitipkan ucapan jutaan terima kasih kepada kakitangan di Penjara Kajang kerana keprihatinan mereka terhadap bapanya.", "\"Terima kasih kami ucapkan kepada pegawai dan pengawal di Penjara Kajang kerana ambil berat keadaan daddy.", "daddy", "\"Kami sangat hargai keprihatinan mereka,\" tulisnya.", "Najib muncul kali pertama sejak dipenjarakan hari ini di Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan berkaitan kes penyelewengan RM2.28 bilion daripada dana pelauran negara, 1MDB.", "Bekas perdana menteri itu menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam, awal pagi ini, dengan diiringi pihak polis dan Jabatan Penjara.", "" ]
https://www.malaysiakini.com/news/390052
PKR belum lupa perbuatan Dr Mahathir - Annuar Musa
[ "Persetujuan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menubuhkan satu suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat pelbagai tuduhan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan parti itu belum bersedia melupakan perbuatan bekas Perdana Menteri itu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata kenyataan itu menunjukkan PKR bersikap berwaspada terhadap tindak tanduk Dr Mahathir walaupun secara zahirnya beliau diterima menyertai pakatan pembangkang dan dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.", "\"Ada perumpaan Melayu mengatakan pelanduk mungkin lupa jerat tapi jerat tidak pernah lupa pada pelanduk. Di sini jerat itu PKR dan pelanduk itu Dr Mahathir,\" katanya kepada pemberita di Program Himpunan Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Ketereh di Kota Bharu, hari ini.", "Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas Datuk Mohd Alwi Che Ahmad dan Pengerusi Kelab Usahawan Amanah Terbilang (KUAT) Narma Che Man.", "Semalam, Wan Azizah dilaporkan bersetuju dengan tuntutan aktivis reformasi yang mahu pembangkang menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat pelbagai tuduhan terhadap Dr Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).", "Wan Azizah berkata, sehingga keputusan PRU diketahui, pakatan pembangkang bersetuju untuk mengekalkan Dr Mahathir sebagai pengerusi bagi gabungan berkenaan.", "Mengulas lanjut Annuar berkata Wan Azizah sebenarnya secara simbolik memberi peringatan kepada Dr Mahathir agar tidak mengambil mudah terhadap PKR dan pastinya amaran itu datang daripada Anwar.", "\"Gabungan yang mempunyai agenda sendiri ini amat bahaya jika diberi mandat kerana meletakkan agenda lain lebih besar daripada agenda nasional berbeza dengan Umno (dan Barisan Nasional) yang kekal dengan perjuangan pro-rakyat dan sentiasa cuba menangani permasalahan rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan\" katanya.", "Beliau turut mendakwa penyertaan Dr Mahathir ke dalam pakatan pembangkang hanyalah untuk kepentingan peribadi dalam usaha menguasai politik negara.", "- Bernama", "- Bernama", " " ]
https://www.malaysiakini.com/news/286540
Banjir di K'tan tak sama tsunami di Jepun
[ "\nMajlis Keselamatan Negara (MKN) sedang mencari alasan untuk mewajarkan kelemahan, kelengahan dan kegagalannya dengan membuat dakwaan melampau kononnya banjir di Kelantan seakan-akan tsunami yang melanda Jepun pada 2011.\n", "\nPada 11 Mac 2011, gempa bumi berskala 9.0 melanda Tohoku, Jepun; menghasilkan tsunami setinggi 10 meter yang menghancurkan segala-segala di laluannya dan mengakibatkan krisis nuklear setelah stesen janakuasa nuklear Fukushima dan lain-lainnya terjejas teruk.\n", "\nIa merupakan gempa bumi paling buruk pernah direkodkan dalam sejarah Jepun, dan yang keempat paling kuat di dunia sejak rekod disimpan pada tahun 1900.\n", "\nGempa tersebut menghasilkan ombak tsunami setinggi 40.5 meter (133 kaki) dan bergerak sejauh 10 km (6 batu) ke kawasan darat.\n", "\nAgensi polis Jepun mengesahkan bahawa tiga musibah ini mengakibatkan 15,889 kematian, 6,152 cedera dan 2,601 orang hilang dalam kawasan 20 wilayah, manakala lebih 127,290 bangunan roboh, dengan 272.788 bangunan lagi separa roboh, serta 747,989 bangunan rosak.\n", "\nGegaran utama telah menyebabkan lebuhraya terbelah dua, meruntuhkan bangunan dan mencetuskan kebakaran di seluruh daerah Timur Laut pesisir pantai Pasifik. Tsunami yang muncul kemudiannya memusnahkan beberapa perkampungan.\n", "\nSejumlah 4.4 juta isi rumah di Timur Laut Jepun terputus bekalan elektrik, manakala 1.5 juta lagi terputus bekalan air.\n", "\nRatusan ribu mangsa dipindahkan apabila tsunami tersebut mengakibatkan kemalangan nuklear di tiga reaktor nuklear utama di kompleks loji tenaga nuklear Daiichi di Fukushima.\n", "\nBank Dunia menganggarkan kos ekonomi bagi tiga bencana di Jepun itu pada Mac 2011 sebanyak USD235 bilion, menjadikannya bencana alam paling mahal dalam sejarah dunia.\n", "\nWalaupun bencana banjir 2014 yang melanda Kelantan dan daerah-daerah Pantai Timur merupakan bencana banjir paling teruk dalam sejarah Malaysia, melibatkan hampir sejuta mangsa dan memindahkan suku juta mangsa ke beberapa pusat pemindahan banjir, mengakibatkan kematian 25 jiwa.\n", "\nSerta menjadi beberapa kampung seperti Manek Urai, Manjur dan Karangan di Kuala Krai bagaikan kawasan yang baru dilanda peperangan serta menyebabkan kerugian berbilion ringgit, ia bukanlah bandingan dengan bencana yang melanda Timur Laut Jepun pada 11 Mac 2011.\n", "\nPegawai MKN, terutamanya Setiausahanya Datuk Thajudeen Abdul Wahab telah membandingkan bencana banjir yang melanda Kelantan dan daerah Pantai Timur ini seakan-akan bencana yang melanda Jepun pada Mac 2011.\n", "\nSedangkan perbandingan sedemikian adalah amat tidak berasas, walaupun tujuannya terlihat jelas - untuk menghasilkan alasan ke atas kelemahan, kelengahan dan kegagalannya dalam menguruskan respon, bantuan dan pembinaan semula yang diketuai oleh MKN.\n", "\nSukar saya bayangkan bagaimana keadaannya jika Malaysia dilanda bencana alam sepertimana yang terjadi di Jepun pada Mac 2011.\n", "\nMalah dalam wawancara dengan Malay Mail Online semalam, Thajudeen jelas lebih berminat mencari alasan bagi ke atas kurangnya kepimpinan, terutamanya kegagalan mengisytiharkan darurat, dan respon bencana yang tidak memuaskan terhadap bencana banjir 2014.\n", "\nMenurut Thajudeen, bencana banjir baru-baru ini begitu teruk sekali sehingga ia melumpuhkan Pejabat Daerah Kelantan yang bertanggungjawab menguruskan bencana, justeru menghalang MKN daripada melakukan koordinasi dan menerima maklumat dari mereka.\n", "\nThajudeen menanyakan soalan retorik yang memperlihatkan kegagalan dan keadaan kesiapsiagaan pengurusan bencana yang begitu menyedihkan di pihak MKN yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berbanding cuba menjustifikasi lumpuhnya rantaian arahan dan komunikasi MKN pada hari-hari awal bencana tersebut berlaku, iaitu:\n", "\n‘Kalaupun saya ada 50 atau 100 pegawai di sana, jika saya suruh semua orang dari seluruh negara untuk turun ke Kota Baru, tetapi kalau tak boleh berkomunikasi dengan mereka di sana, apa yang boleh kita lakukan?’\n", "\nOleh sebab itu kita telah menyaksikan episod mengejutkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hanya menyedari bencana banjir itu suatu musibah besar setelah empat hari pulang dari percutiannya di Hawaii, selepas beliau melawat dua kawasan paling teruk terjejas banjir di Gua Musang dan Kuala Krai.\n", "\nIni adalah minggu keempat banjir terburuk dalam sejarah Malaysia, namun fasa ketiga pembinaan semula pasca banjir belum pun bermula.\n", "\nPada hari Rabu, operasi bantuan banjir DAP Johor yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat DAP Johor diketuai Pengerusi DAP Johor yang juga Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong telah menyaksikan sendiri beberapa kampung di Kuala Krai seperti Kampung Manjur dan Kampung Karangan.\n", "\nBerikut adalah laporan Chin Tong:\n", "\n“Sudah hampir empat minggu sejak banjir di Kuala Krai pada 22 Disember 2014, namun keadaan setempat hampir langsung tidak berubah dan tambah merunsingkan. Kerja-kerja pembersihan sangat perlahan dan menghampakan.\n", "\n“Pertamanya, Kerajaan Persekutuan sepatutnya mengisytiharkan darurat ke atas kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir dan mengerahkan anggota tentera dan semua aset yang mungkin untuk melakukan pembersihan segera bagi menghindar merebaknya wabak penyakit.\n", "\n“Saya melihat sendiri di Manjor, sebuah kenderaan Kementerian Kesihatan dengan pembesar suara bergerak di kawasan sekitar dan menasihatkan penduduk untuk menggunakan air bersih dan menggunakan tandas yang betul. Namun ironinya ialah bekalan air dan elektrik masih belum ada, dan penduduk semuanya mandi di sungai.\n", "\n“Kedua, pembinaan semula Kuala Krai dan yang lainnya mestilah bukan dengan cara kontraktor kroni menipu Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan kontrak. Kerajaan, di setiap peringkat, dan juga NGO, wajar meletakkan penekanan kepada mewujudkan pekerjaan sementara bagi penduduk tempatan dalam usaha pembinaan semula.\n", "\n“Sesuatu yang serius mesti dilakukan segera bagi melindungi kesihatan orang ramai, dan pekerjaan sementara mesti diwujudkan bagi terus menjana ekonomi setempat.”\n", "\nMKN mesti bingkas bangun memandangkan fasa kedua dan ketiganya dalam usaha membina semula infrastruktur pasca banjir terburuk dalam sejarah belum lagi mencapai tahap yang baik, dan langsung tidak memuaskan; apatah lagi selepas prestasi yang sangat mengecewakan dalam fasa pertama respon terhadap bencana.\n", "\nInilah sebabnya kenapa saya menggesa supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk melakukan kajian komprehensif terhadap pelan kesiapsiagaan pengurusan bencana, sama ada respon, bantuan atau pembinaan semula; bagi memastikan kelemahan-kelemahan, kelembapan dan kegagalan yang begitu teruk dalam persiapan menguruskan bencana, mitigasi dan bantuan bencana banjir 2014 akan menjadi pengajaran bagi menguruskan bencana di masa akan datang.\n", "\nDaripada sekadar mencari alasan dengan membuat dakwaan merepek bahawa Malaysia tidak teruk sangat kerana banjir kali ini adalah seteruk bencana yang melanda Jepun pada tahun 2011; pemimpin Malaysia harus bangkit dari kerusi malas masing-masing dan mengambil pengajaran daripada kesilapan dan kegagalan pengurusan bencana dalam ketiga-tiga fasa respon, bantuan dan pembinaan semula bencana banjir 2014 kali ini.\n", "\n", "", "\n\nLIM KIT SIANG\n\nMP Gelang Patah dan penasihat MP DAP.\n", "\nLIM KIT SIANG\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/350682
DUN S'gor wujudkan ruang khas ketua pembangkang berucap
[ "Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini memutuskan untuk mempertimbangkan meminda peraturan tetap kerajaan negeri itu, melalui cadangan yang telah diusulkan tanpa perbahasan oleh jawatankuasa peraturan tetap.", "Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata pindaan tersebut dibuat bagi membolehkan ketua pembangkang mempunyai masa yang tetap untuk berucap di dalam sidang DUN Selangor.", "\"Kami sedang dalam pertimbangan untuk meminda peraturan tetap, salah satu pindaan yang kita ingin buat ialah untuk memperkenalkan ucapan ketua pembangkang.", "\"Ini cadangan pertama yang kita nak pinda buat masa ini, ucapan ketua pembangkang kita tidak ada slot khas untuk itu,\" kata Hannah dalam sidang media selepas sidang DUN Selangor berhenti rehat.", "Hannah yang juga ADUN Subang Jaya berkata menurut cadangan pindaan Peraturan Tetap 13, ketua pembangkang hanya boleh memberikan ucapan dalam DUN mengikut teks ucapan yang dihantar terlebih dahulu kepada Speaker, tidak kurang dua hari sebelum persidangan berlangsung.", "“Teks ucapan itu tidak melebihi satu ribu perkataan dan hendaklah berkenaan dengan apa-apa perkara tadbir dalam tanggungjawab menteri besar dan perkara itu belum dibincangkan dalam mesyuarat yang sama dan menteri besar bolehlah menjawabnya,” kata Hannah.", "Kata Hannah sebelum ini kapasiti ketua pembangkang untuk berucap dalam perbahasan atau mengemukakan usul tertakluk kepada budi bicara Speaker DUN.", "\"Ruang untuk ketua pembangkang berucap bagus agar mereka dapat ruang untuk bercakap. Kedua adalah tentang deklarasi harta,\" kata Hannah.", "Menurut Hannah, dalam peraturan tetap DUN menetapkan bidang kuasa jawatankuasa hak dan kebebasan justeru untuk keperluan tersebut beliau membuat cadangan itu.", "\"Sekarang kita mahu menambah satu lagi tugas jawatankuasa ini iaitu untuk melihat menimbangkan deklarasi kepentingan kepentingan kewangan oleh semua ADUN.", "“Deklarasi harta di Selangor hanya tertumpu kepada exco sahaja buat masa sekarang, ini satu cadangan baru yang jawatankuasa peraturan tetap nak buat untuk menambah baik lagi akuantibiliti dan ketelusan semua ADUN Selangor.", "“Kalau nak pinda peraturan tetap kena bentang dua kali, penyata kali pertama kita luluskan melalui notis atas meja kepada semua ADUN dan tidak ada perbahasan,” kata Hannah." ]
https://www.malaysiakini.com/hiburan/510614
Polis 'tersasul' sebut salah seorang suspek kes dadah isteri Lucinta
[ "Gara-gara tersasul, kata-kata pegawai kanan polis Jakarta Barat sempat membuat suasana sidang media mengenai penangkapan Lucinta Luna semalam bertukar lucu.", "Ia berlaku ketika Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus, menjelaskan butiran mengenai penahanan Lucinta, 30, dan tiga individu lain.", "Mereka ditangkap polis di sebuah apartmen di Jakarta Barat kerana disyaki mengambil dadah.", "Bagaimanapun, hari ini polis menjelaskan, hanya Lucinta yang gagal dalam ujian saringan, manakala tiga yang lain negatif dadah.", "Seorang daripada mereka yang ditahan itu ialah Abash, individu yang selalu menjadi pasangan Lucinta.", "Semasa menjelaskan hal itu Yusri secara bersahaja menjelaskan, individu terbabit adalah isteri Lucinta.", "\"Yang satu itu, apa ya... isterinya ya? Soalnya.... perempuan,\" kata Yusri seperti dipetik Tribunnews.", "Tribunnews", "Hanya selepas menyedari wartawan yang membuat liputan sidang media itu heboh, barulah Yusri membuat pembetulan.", "\"Pasangannya.... pasangannya,\" kata Yusri sambil menggaru-garu telinganya.", "Untuk rekod, sejak dulu memang ada gosip mendakwa Abash itu sebenarnya seorang wanita yang berperawakan seperti lelaki.", "Hal itu semakin menjadi perhatian apabila muncul satu klip video menunjukkan Abash mengelak untuk membuka bajunya dan menayangkan dadanya.", "Setakat ini gambar Abash tanpa baju hanya memaparkan tubuhnya dari arah belakang saja.", "\n", " View this post on Instagram double date @ashgreyz .... Holiday in Bali with bff @sitibadriahh @krisjianabah A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna) on Feb 8, 2020 at 3:35am PST ", " View this post on Instagram double date @ashgreyz .... Holiday in Bali with bff @sitibadriahh @krisjianabah A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna) on Feb 8, 2020 at 3:35am PST ", " View this post on Instagram double date @ashgreyz .... Holiday in Bali with bff @sitibadriahh @krisjianabah A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna) on Feb 8, 2020 at 3:35am PST ", " View this post on Instagram double date @ashgreyz .... Holiday in Bali with bff @sitibadriahh @krisjianabah A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna) on Feb 8, 2020 at 3:35am PST ", " View this post on Instagram double date @ashgreyz .... Holiday in Bali with bff @sitibadriahh @krisjianabah A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna) on Feb 8, 2020 at 3:35am PST", " View this post on Instagram double date @ashgreyz .... Holiday in Bali with bff @sitibadriahh @krisjianabah A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna) on Feb 8, 2020 at 3:35am PST", " View this post on Instagram ", " ", "", " ", "", "", "", "", "", "", "", "", "", " View this post on Instagram", " View this post on Instagram", "", " ", " ", "", "", "", " ", "", "", " ", "", "", "", " double date @ashgreyz .... Holiday in Bali with bff @sitibadriahh @krisjianabah", "double date @ashgreyz .... Holiday in Bali with bff @sitibadriahh @krisjianabah", "A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna) on Feb 8, 2020 at 3:35am PST", " LUCINTA LUNA", "Feb 8, 2020 at 3:35am PST", "", " ", "" ]
https://www.malaysiakini.com/hiburan/484303
Shima hiba diberi status asnaf
[ "Walaupun hiba sebaik dimaklumkan termasuk kategori golongan asnaf, penyanyi Shima akur dia perlu menerima kenyataan pahit berkenaan status kehidupannya sekarang.", "Kata Shima, atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, perkara itu disampaikan oleh pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mengunjungi kediamannya hari ini.", "\"Gugur jantung apabila diberitahu saya kini dikategorikan sebagai golongan asnaf.", "\"Tak dinafikan hiba juga mendengarnya tapi apa nak buat kerana ini kenyataan yang perlu saya terima,\" katanya.", "Bagaimanapun, menurut Shima, pegawai tersebut ada memohon maaf kepadanya sebelum menyebut perkataan tersebut.", "\"Malah mereka memohon maaf kepada saya sebelum menyebut perkataan ini.", "\"Mereka juga berjanji akan buat sedaya upaya dan tengok apa yang LZS boleh bantu saya,” katanya dipetik Harian Metro.", "Harian Metro.", "Popular melalui lagu Teringin dan Setelah Aku Kau Miliki pada pertengahan 1990-an, penyanyi itu mengakui dia pernah merasai kehidupan mewah suatu ketika dulu.", "Teringin", "Setelah Aku Kau Miliki ", "\"Memanglah dulu saya dijulang dan undangan persembahan pula tak putus diterima.", "\"Tapi sekarang saya terima hakikat sedang susah. Tak perlu saya ego nak menafikan perkara ini kerana ia ujian Allah.", "\"Saya tak pernah minta apa-apa daripada masyarakat. Tapi peluang tak diberikan untuk mencari rezeki. Malah persembahan yang bayar murah pun saya pergi,\" katanya.", "Berkongsi lanjut, katanya, dia sudah lama tidak muncul dengan lagu terbaru. Penganjur pula lebih gemar mengundang artis baru untuk persembahan.", "\"Cuma lagu lama saya kerap dimainkan di radio tapi hasil royalti yang dapat bukanlah banyak sangat,\" katanya.", "Shima juga mengalami kesukaran dari segi kesihatan kerana menderita sakit saraf serta sakit belakang.", "Penyanyi itu mendapatkan rawatan secara berkala di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.", "Terbaru, Shima berkata, dia juga mengalami sakit lemah pundi kencing dan perlu menggunakan lampin pakai buang untuk mengatasi masalah itu.", "Mahu memohon PPR", "Mahu memohon PPR", "Mahu memohon PPR", "", "\"Makin lama kehidupan makin sukar kerana masalah sakit belakang semakin serius membuatkan saya terpaksa berehat seketika daripada berniaga.", "\"Untuk sembuh memang mustahil dan kalau buat pembedahan risikonya 50:50. Duit pun banyak keluar. Saya perlukan sekurang-kurangnya RM600 sebulan untuk tujuan perubatan, manakala sewa rumah pula RM600.", "\"Wang simpanan saya ketika berniaga terpaksa dikeluarkan untuk tujuan perubatan dan lain-lain kegunaan,\" katanya.", "Pada masa sama, Shima turut meluahkan hasrat untuk memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan berharap akan ada pihak sudi tampil membantunya.", "Penderitaan Shima mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang mengunjunginya hari ini.", "Elizabeth berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu meringankan penderitaan yang selama ini ditanggung Shima.", "\"Saya menghulurkan sumbangan peribadi dan peruntukan sebagai Adun buatnya.", "\"Selain itu, saya dengan bantuan ahli majlis di sini akan cuba cari lokasi yang sesuai untuk berniaga kerana lokasi sedia ada tidak mempunyai lesen.", "\"Saya harap peminat dapat bantu Shima. Dia pernah menghiburkan serta menggembirakan peminat dan bantuan sewajarnya perlu diberikan terhadapnya,\" katanya." ]
https://www.malaysiakini.com/news/166042
Semua naib presiden PAS di tarbiah ulama
[ "\nNaib presiden PAS yang baru Datuk Husam Musa menolak pengkelasan antara golongan ulama dan profesional dalam parti itu kerana ia hanya wujud di media.\n", "\n\nSedangkan, katanya, beliau sendiri dan dua penyandang yang mempertahankan jawatan - Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - juga mendapat didikan dan tarbiah daripada golongan itu.\n", "", "\n\"Tak ada isu sama ada kami menentang ulama dan ulama meminggirkan kami. Kami, saya, Salahudin, Mahfuz dan Mat Sabu dari kecil dibesarkan dengan tarbiah atau didikan ulama,\" kata Husam.\n", "\nMenurut Husam, keputusan hari ini juga memberi isyarat bahawa ahli parti itu hendak melihat prestasi parti meningkat dan mahukan wakil rakyat yang boleh fokus untuk pilihan raya umum ke-13 nanti.\n", "\n\"Tugas saya besar, untuk jaga pokok supaya berbuah,\" katanya.\n", "\nKatanya, cabaran PAS dalam politik Malaysia untuk mencari corak politik yang boleh diterima, munasabah dan adil dalam masyarakat majmuk.\n", "\n\"Jadi kami kena yakinkan orang Melayu dan bukan Melayu,\" kata Husam lagi.\n", "\n\nDalam pertembungan enam penjuru, tiga naib presiden itu telah mengetepikan dua calon ulama - Idris Ahmad dan Mohd Amar Nik Abdullah - dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.\n", "", "\nSementara itu, Seri Nizar Jamaluddin dalam reaksi segeranya berkata tidak sedih dengan kekalahan yang diterimanya kerana perwakilan membuat \"pilihan paling baik\".\n", "\n\"Kepimpinan yang dipilih hari ini jauh lebih bersepadu dalam membantu presiden dan timbalan presiden.\n", "\n\"Ia menjadi satu signal untuk memperkukuh kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan NGO,\" katanya.\n", "\n\nKatanya, keputusan yang diumumkan oleh ini adalah pilihan terbaik daripada perwakilan dan \"bukan soal siapa menang atau kalah\".\n", "", "\nSebaliknya mereka memilih calon yang menawarkan tenaga dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.\n", "\nMenurutnya lagi, tidak timbul persoalan profesional menguasai kepimpinan PAS hari ini kerana kedua-dua tersebut \"tidak ada perbezaan, sebaliknya mereka dipilih kerana mahu memimpin parti.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/490041
Hari Kebangsaan 2019 banyak istimewa
[ "Tahun ini, Putrajaya sekali lagi dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan.", "Merupakan kali keempat ia menjadi tuan rumah, namun kelainan yang dijanjikan tetap ada.", "Istimewanya pada sambutan Hari Kebangsaan 2019 esok, Putrajaya akan menerima keberangkatan Yang di-Pertuan Agong baru, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke acara perbarisan dan perarakan.", "Sultan Abdullah ditabalkan sebagai Agong ke-16 pada 30 Julai lepas.", "Juga istimewa, sambutan pada tahun ini ialah menyaksikan orang nombor satu dalam perkhidmatan kerajaan, iaitu Ketua Setiausaha Negara (KSN) Dr Ismail Bakar, mengetuai sendiri perarakan Kontinjen Berkuda Perkhidmatan Awam.", "Perarakan itu akan melibatkan 44 kuda dari unit berkuda Perbadanan Putrajaya (PPj), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.", "\"KSN mengetuai pasukan ini sebagai tunggak (perkhidmatan awam),\" kata Presiden PPj Dr Aminuddin Hassim.", "Penyertaan kontinjen itu juga menjadikan kuda sebagai satu-satunya haiwan yang terlibat dalam acara perarakan itu.", "Bersesuaian dengan tema sambutan tahun ini, Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih, lebih 1,000 pelajar sekolah bergabung membuat persembahan khas menampilkan analogi sifat anai-anai sebagai simbolik kejelikan jenayah rasuah serta rakyat Malaysia yang tidak rela membiarkan negara hancur akibat jenayah itu.", "Dengan jangkaan 500,000 pengunjung hadir esok, PPj selaku pihak bertanggungjawab untuk menyelaras persiapan logistik buat pertama kalinya menyediakan kemudahan tempat duduk bertingkat yang mampu memuatkan sehingga 4,000 orang.", "Lebih 15,000 peserta dan lebih 300 aset terlibat dalam acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2019.", "Putrajaya pernah menjadi lokasi bagi penganjuran Hari Kebangsaan pada 2003, 2005 dan 2018.", "- Bernama", "Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/505895
Bekalan insulin penfill dijangka pulih sebelum akhir bulan
[ "Kekurangan bekalan insulin penfill bagi pesakit diabetes di hospital kerajaan dan klinik kesihatan seluruh negara dijangka selesai sebelum akhir bulan ini.", "Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, dalam kenyataan kepada Malaysiakini, mengesahkan kekurangan bekalan jangka pendek itu akibat masalah dihadapi pengeluar, Biocon Sdn Bhd.", "Malaysiakini", "\"Terdapat kekurangan bekalan jangka pendek. Biocon menaik taraf kemudahannya. Pembekal berkenaan sedang mendapatkan bekalan alternatif,\" katanya.", "Kenyataan itu juga berkata Kementerian Kesihatan dalam proses pengagihan bekalan alternatif dari Biocon kepada semua hospital kerajaan dan klinik kesihatan.", "\"Semua negeri menerima bekalan secara berperingkat. Stok (insulin penfill) akan kembali normal sebelum akhir bulan Januari,\" katanya.", "Pengerusi Kesihatan, Budaya dan Warisan negeri Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar semalam memberitahu jabatan kesihatan negeri tidak menerima insulin penfill mengandungi 57,695 kotak bernilai RM1.82 juta sejak 5 Dis lalu.", "Akibatnya, beliau berkata jabatan kesihatan negeri telah membuat pembelian insulin dalam bentuk vial bagi menampung kegunaan pesakit yang terjejas.", "\"Insulin dalam bentuk vial biasanya memerlukan pesakit menggunakan jarum yang digunakan sekali sahaja bagi setiap dos manakala insulin yang disediakan dalam penfill memerlukan pesakit untuk memasang peranti yang disediakan secara percuma, hanya perlu membeli jarum,\" kata Khuzzan.", "Beliau berkata demikian selepas mendapat aduan daripada orang ramai di Segamat, terutamanya dari pesakit diabetes yang diarahkan membeli alat suntikan insulin di farmasi swasta akibat kehabisan bekalan insulin penfill di hospital kerajaan." ]
https://www.malaysiakini.com/news/497994
Ummah rancang hantar memorandum isu keganasan dalam negara
[ "Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mengumumkan akan menghantar memorandum terhadap parti politik dan Kementerian Dalam Negeri berkenaan isu keganasan dalam negara.", "Ia dimaklumkan pengerusinya Aminuddin Yahaya, yang berkata memorandum itu akan diserahkan di Parlimen pada 5 November ini.", "Beliau berkata ia bagi menyuarakan kebimbangan terhadap dakwaan kegiatan keganasan, terutama berkenaan penangkapan 12 individu yang disyaki ada kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).", "Katanya lagi, memorandum itu juga menyentuh soal penyebaran komik Inisiatif Jalur dan Jalan- Meraih Manfaat Bersama (BRI)' di sejumlah sekolah baru-baru ini.", "“Kerisauan kita terhadap penyebaran ideologi komunis yang kita semua tahu sudah tersebar lebih kurang setahun yang lepas tetapi baru-baru ini saja kita dimaklumkan tentangnya.", "“Kita juga dimaklumkan tentang mereka yang berkaitan dengan LTTE ataupun komunis ini adalah merupakan pimpinan DAP,” katanya ketika sidang media di Kuala Lumpur hari ini. ", "Semalam, 10 individu didakwa di beberapa mahkamah berasingan berhubung kes LTTE, termasuklah dikatakan memberi sokongan dan memiliki barangan berkait kumpulan pengganas yang sudah tidak lagi aktif itu.", "10 individu didakwa", "Dua lagi individu dijangka didakwa esok.", "Dalam perkembangan terbaru, dua adun DAP dan dua lagi individu yaang telah didakwa berkenaan kes itu semalam, dijangka dihadapkan dengan pertuduhan baru di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.", "pertuduhan baru", "Peguam Harshaan Zamani, yang merupakan sebahagian daripada pasukan peguam suspek, memberitahu Malaysiakini bahawa anggota DAP V Suresh Kumar turut dijangka didakwa buat pertama kali esok.", "Malaysiakini", "", "", "", "", "", "Sementara itu, berhubung isu komik BRI, KDN sebelum ini mewartakan pengharaman komik itu atas alasan ia cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme serta menyebarkan fakta yang salah.", "Polis setakat ini telah mengambil keterangan empat individu yang terlibat dalam penerbitan komik itu, termasuk kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia, Hew Kuan Yau dan artis tempatan Chong Po Ling.", "Berkenaan dakwaan kaitan dengan DAP, Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkata Hew dan komik tersebut tiada kaitan dengan parti itu.", "Hew merupakan bekas aktivis DAP yang keluar parti pada 2016, selepas kenyataannya berkenaan Laut China Selatan mencetuskan kontroversi.", "Mengulas lanjut, Aminuddin membayangkan negara dalam keadaan tidak menentu jika gerakan dan ideologi itu dibiarkan berleluasa, apatah lagi pihak daripada parti pemerintah turut didakwa terlibat.", "\"Jadi apakah dasar negara kita masa depan ini?", "\" Adakah kita akan kekal selamat kerana kita tahu gerakan ini bukan gerakan biasa tetapi telah diharamkan di peringkat antarabangsa,\" katanya lagi merujuk LTTE yang dilabel sebagai pertubuhan pengganas oleh beberapa negara, termasuk Malaysia." ]
https://www.malaysiakini.com/news/636442
Desas-desus bekas presiden MCA, Ong Tee Kiat mungkin sertai Warisan
[ "Warisan memberi petunjuk bahawa bekas presiden MCA Ong Tee Keat akan menyertai parti itu tidak lama lagi.", "Bagaimanapun, Naib Presiden Warisan Junz Wong dan Ong masing-masing tidak mahu mengulas lanjut perkembangan itu.", "Semasa sidang media semalam, Wong mengesahkan akan ada calon VIP menyertai parti itu dan pengumuman rasmi akan dibuat oleh Presiden Warisan Shafie Apdal.", "“(Ahli baru itu dari) MCA dan DAP.", "“Kita tidak kisah tentang latar belakang mereka sebelum ini, yang penting mereka menyokong perjuangan kami dan rakyat boleh menerima mereka,” katanya.", "Diasak lebih lanjut jika Ong telah menyertai parti itu, Wong berkata mereka \"sedang berhubungan\" dan bekas presiden itu belum \"menyertai Warisan secara rasmi”.", "Sementara itu, Ong enggan mengulas spekulasi itu ketika dihubungi.", "Sebelum ini, Shafie dilaporkan oleh Oriental Daily sebagai berkata sama ada Ong akan menyertai Warisan atau tidak akan diketahui \"bila tiba masanya\".", "Sin Chew Daily semalam memetik sumber sebagai berkata bahawa Ong mungkin diletakkan di kerusi yang dipernah diwakilinya, iaitu di Pandan.", "Warisan sedang berusaha untuk memperluaskan pengaruhnya di luar pangkalannya di Sabah dan mengalu-alukan beberapa bekas wakil rakyat menyertai pari itu.", "Antara mereka, termasuk bekas ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun, bekas anggotaeExco kerajaan negeri Pulau Pinang Danny Law Heng Kiang dan bekas Adun Kukup dari Umno Suhaimi Salleh.", "[Baca berita penuh]", "[Baca berita penuh]" ]
https://www.malaysiakini.com/news/307468
Rahman Dahlan tolak undangan DAP
[ "\nPengarah komunikasi strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini menolak undangan DAP untuk terlibat dalam majlis makan mengutip dana parti itu.\n", "\nAnggota parlimen Kota Belud itu berkata beliau tidak mahu terlibat untuk mengesahkan kemasukan wang yang banyak ke dalam parti itu.\n", "\n“Saya tidak mahu jadi sebahagian daripadanya,” katanya kepada pemberita dalam sebuah acara sambutan hari raya Aidilfitri di Putrajaya hari ini.\n", "\nAnggota parlimen Segambut daripada DAP Lim Lip Eng (\n\nbawah\n\n) pagi ini\n\nmengundang\n\nRahman ke majlis makan malam kutipan dana mereka pada 12 Ogos ini di Petaling Jaya.\n", "\nbawah\n", "\nmengundang\n", "\nUndangan itu dibuat atas alasan supaya Rahman “belajar dan menyaksikan sendiri” bagaimana DAP mengumpul dana.\n", "\nLim berkata demikian ketika menjawab dakwaan Rahman bahawa DAP menolak pembaharuan berkaitan dana pilihan raya kerana bimbang tidak menguntungkan mereka.\n", "\n“Kami tidak pernah tolak isytihar dana politik kami,” kata Lim.\n", "\nNajib, yang juga presiden Umno, baru-baru ini berkata beliau akan mendedahkan semua sumbangan politik keapda partinya jika pembangkang mengambil tindakan sama.\n", "\nSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bagaimanapun berkata partinya tidak pernah diminta untuk mendedahkan butiran terperinci dana mereka.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/212628
Pelajar tingkatan dua maut dalam pergaduhan
[ "\nSeorang pelajar sekolah maut dipercayai ditumbuk dua lagi pelajar dalam satu pergaduhan disaksikan kira-kira 30 pelajar lain di perhentian bas Pulau Sebang di Alir Gajah semalam.\n", "\n    \n", "\nMangsa, K. Saravanan, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang sebelum itu dipercayai berperang mulut dan cabar mencabar dengan dua pelajar sekolah berhampiran ketika berada di dalam bas sebelum persekolahan sesi pagi bermula.\n", "\n    \n", "\nKetua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata pergaduhan berkenaan berlarutan selepas sesi persekolahan berakhir kira-kira 2.30 petang ketika kesemua pelajar sedang menunggu bas di tingkat satu perhentian bas tersebut.\n", "\n    \n", "\n\"Mangsa kemudian ditumbuk oleh seorang pelajar terbabit sebelum seorang lagi turut melakukan tindakan sama menyebabkan mangsa jatuh dan pengsan,\" katanya dalam sidang akhbar.\n", "\n    \n", "\nKatanya kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor Shah berusia 14 tahun terbabit yang melihat mangsa tidak sedarkan diri kemudian menghubungi ambulans.\n", "\nBagaimanapun Raja Shahrom berkata orang awam yang berada di kawasan tersebut bertindak membawa mangsa ke Hospital Tampin dekat sini sebelum ambulans tiba.\n", "\nBeliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.\n", "\nKatanya kedua-dua pelajar yang terbabit dalam kejadian itu ditahan polis ketika sedang bermain bola di Taman Sebang Gemilang di sini pada 6 petang bagi membantu siasatan.\n", "\n    \n", "\nLima lagi pelajar yang menyaksikan kejadian tersebut turut ditahan bagi membantu siasatan, katanya.\n", "\n    \n", "\nSehubungan itu, Raja Shahrom mengingatkan orang ramai khususnya keluarga pelajar terlibat agar tidak mengambil tindakan di luar undang-undang dan menyerahkan siasatan kepada polis.\n", "\n-\n\nBernama\n\n", "\nBernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/617307
Pencalonan peringkat cabang PKR bermula hari ini
[ "PEMILIHAN PKR | Pencalonan bagi pemilihan PKR 2022 bermula hari ini hingga Ahad melibatkan jawatan di peringkat cabang di seluruh negara.", "PEMILIHAN PKR ", "Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa pencalonan akan dilaksanakan secara dalam talian dan serentak dengan itu kempen pemilihan secara rasmi bermula.", "\"Bagaimanapun pusat pencalonan secara fizikal akan dibuka sepanjang tempoh itu bagi membantu anggota yang ingin mencalonkan diri mereka melalui aplikasi ADIL,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, semalam.", "Bernama", "Zaliha berkata bagi pencalonan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), ia akan dilaksanakan pada 11 April dan pusat pencalonan dibuka di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya kecuali di Sabah dan Sarawak, yang mana calon boleh hadir ke pusat pencalonan disediakan di dua negeri itu.", "Selepas selesai proses pencalonan, senarai calon akan dipaparkan di aplikasi dan laman sesawang ADIL sebelum tempoh bantahan dibuka selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 April.", "Ia diikuti pemakluman bantahan pada 15 April, manakala tempoh rayuan bermula 16 hingga 18 April sebelum senarai muktamad calon dipamerkan pada 19 April.", "\"Bagi proses pengundian pula, ia akan dilaksanakan secara hibrid iaitu pada 13 hingga 17 Mei secara fizikal manakala pada 18 hingga 20 Mei secara dalam talian.", "\"Pengundian secara fizikal akan dilaksanakan di pusat pengundian yang disediakan di cabang masing-masing iaitu satu cabang membuka sekurang-kurangnya satu pusat pengundian, tertakluk kepada permintaan Majlis Pimpinan Negeri (MPN),\" katanya.", "Pemilihan parti kali ini, akan memilih enam jawatan tertinggi iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan empat Naib Presiden, selain kepimpinan tertinggi sayap PKR serta cabang.", "Ia dijangka menyaksikan pertembungan menarik bagi jawatan Timbalan Presiden apabila Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Naib Presiden Rafizi Ramli mengesahkan bertanding jawatan tersebut.", "Bagi jawatan Naib Presiden antara nama calon dijangka bertanding ialah Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; Ketua Setiausaha Pengelola Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Wanita Fuziah Salleh dan Ketua Penerangan Fahmi Fadzil. ", "Selain itu, aktivis mahasiswa Adam Adli pula mengesahkan bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/506127
Hisham: Mat Sabu mungkir janji beri pangkat tentera pada ahli politik
[ "Bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein hari ini mendakwa Menteri Pertahanan Mohamad Sabu bercanggah pendirian susulan tindakan menteri itu memberikan pangkat tentera kepada ahli politik.", "“Tak sampai seminggu masuk tahun baru, Menteri Pertahanan dah mungkir janji lagi? Sebelum ni, bukan main tegas lagi Mohammad Sabu kata tidak akan ada lagi pangkat tentera untuk orang politik.", "“Habis, ini apa? Menteri Besar Negeri Sembilan bukan orang politik ke? Julai 2019 hari tu, Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Melaka pun dipakaikan pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.", "", "", "Penjelasan Kementerian Pertahanan", "Penjelasan Kementerian Pertahanan", "Penjelasan Kementerian Pertahanan", "", "", "Portal rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaporkan penganjuran majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat dan Tauliah Kehormat Askar Wataniah yang disempurnakan oleh Mohamad di Penthouse, Wisma Pertahanan.", "", "", "Majlis tersebut menyaksikan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dianugerahkan pangkat Brigedier Jeneral Kehormat.", "Terdahulu, pada 31 Julai lalu, Mohamad yang juga merupakan presiden parti Amanah berikrar tidak akan meneruskan amalan memberi pangkat tentera kepada ahli politik.", "", "", "", "", "", "\n", "Beliau berkata, ini bagi menghalang ahli politik menyalahgunakan pangkat tersebut untuk masuk ke kem tentera dan membuat kempen politik terutama ketika pilihan raya umum.", "menyalahgunakan", "", "Sementara itu, Hishammuddin  yang merupakan Anggota Parlimen Sembrong- mempersoalkan mengapa keistimewaan pangkat itu diberikan kepada pemimpin berkenaan.", "“Sepatutnya, kalau betul tidak mahu bagi, berpeganglah kepada pendirian. Kenapa pula mesti ada pengecualian dan keistimewaan kepada orang yang berjawatan tertentu.", "“Takkanlah hanya kerana orang-orang ini ialah penaung kepada Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (Jakpaw), terus dibolehkan,” katanya lagi.", "Sudah dijelaskan Tentera Darat tahun lalu", "Sudah dijelaskan Tentera Darat tahun lalu", "Ketika dihubungi Malaysiakini, Setiausaha Akhbar Mohamad, Amin Shah Iskandar berkata perkara tersebut sudah dijelaskan oleh Tentera Darat pada tahun lalu.", "Malaysiakini", "Menurut kenyataan Tentera Darat pada 17 Julai tahun, penglibatan menteri besar atau ketua menteri di dalam Jakpaw adalah wajar.", "Ini kerana mereka merupakan ketua eksekutif bagi negeri berkenaan seperti mana yang diamalkan dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan -berasaskan sistem Parlimen Westminster- dan turut mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan Negeri.", "Tambahnya, kedua-dua individu berjawatan tersebut merupakan contoh terbaik untuk menggalakkan rakyat menyertai Angkatan Simpanan Persekutuan (ASP) melalui prinsip ‘Led by Example’.", "Selain itu, beliau juga berkata pihak kementerian akan mengeluarkan kenyataan bagi memperjelaskan dakwaan tersebut esok.", "\n", " embedded fb hisham - ", " embedded fb hisham - ", "embedded fb hisham - ", "embedded fb hisham - ", "", " ", "" ]