url
stringlengths
39
43
headline
stringlengths
0
101
content
sequence
https://www.malaysiakini.com/news/390743
Dr M: Najib rasa Melayu bodoh
[ "Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau menganggap orang Melayu bodoh.\n\n“Pendapat Najib ialah orang Melayu bodoh. Bagi duit secara langsung kepada orang Melayu, mereka tidak akan soal lagi di mana pergi AS$600 juta.\n\n“Yang hilang duit Kerajaan. Wang tunai yang diberi secara langsung lebih mudah dirasai dari duit berbilion yang hilang oleh Kerajaan,” katanya.", "", "", "", "", "Bekas perdana menteri 22 tahun itu berkata demikian ketika mengulas laporan berkaitan kegagalan 1MDB membuat sebarang bayaran RM2.58 bilion kepada firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).", "Jumlah itu telah dipersetujui dalam perjanjian penyelesaian.", "Najib bagaimanapun berkata 1MDB mampu membayar dan perkara itu cuma “soal teknikal sahaja bukan soal tidak dapat bayar balik.”\n\nMenulis di blog hari ini, Mahathir bagaimanapun menegaskan “orang Melayu bukan bodoh seperti disangka oleh Najib”.\n\n“Mereka sudah sedar duit yang hilang itu adalah duit mereka. Hutang juga akan dibayar oleh mereka dan anak cucu mereka.", "", "", "", "", "“Hutang yang tidak dibayar oleh Najib akan dipikul oleh rakyat termasuk orang Melayu. Maka akan dinaikkan cukai GST dan lain-lain,” katanya.", "Mahathir juga mengingatkan bahawa kegagalan membayar hutang boleh menyebabkan negara muflis.", "“Tabung Kerajaan akan merosot. Bukan sahaja dana untuk pembangunan akan kurang dana untuk operasi juga akan terhakis. Akan merosot berterusanlah ekonomi negara,” katanya." ]
https://www.malaysiakini.com/news/284517
Bantuan segera RM50j untuk negeri banjir
[ "\nKementerian Kewangan meluluskan peruntukan segera berjumlah RM50 juta untuk negeri dilanda banjir.\n", "\n    \n", "\nMenteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata peruntukan itu akan diagih dan disalurkan segera kepada Pejabat Pembangunan Negeri di negeri terjejas berikutan banjir yang semakin meruncing.\n", "\n    \n", "\n\"Kementerian Kewangan juga akan mempermudah pembelian segera keperluan peralatan bantuan dalam memastikan bantuan dapat disampaikan kepada rakyat di kawasan terjejas,\" katanya dalam kenyataan hari ini.\n", "\n    \n", "\nAhmad Husni berharap peruntukan segera serta kemudahan pembelian peralatanbantuan itu dapat membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat di negeri berkenaan.\n", "\n    \n", "\n\"Kementerian Kewangan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempermudah usaha bantuan kepada rakyat,\" katanya.\n", "\n    \n", "\nKeadaan banjir tidak menampakkan tanda-tanda reda sehingga menyaksikan 90,250 penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis terpaksaberpindah, jumlah yang amat besar dalam sejarah bencana banjir di negara ini.\n", "\n    \n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/333456
ADUN BN sokong Razif, hanya Ahmad Said tak hadir
[ "\nPersidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang kecoh semalam berikutan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, berjalan lancar hari ini.\n", "\nAdun Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang mengemukakan cadangan itu tidak langsung kelihatan sehingga selesai sesi penggulungan titah ucapan Sultan, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan DUN ke-13 itu.\n", "\nKetika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, Ahmad Razif melahirkan rasa syukur kerana persidangan hari terakhir itu berjalan lancar, selain mendapat sokongan padu anggota DUN Barisan Nasional.\n", "\n\"Saya ucap terima kasih lah kepada semua yang terlibat dalam memastikan sidang DUN berakhir dengan baik, terima kasih dan syabas kepada Speaker DUN Datuk Mohd Zubir Embong yang berjaya mengawal suasana dengan begitu baik sekali.\n", "\n\"Begitu juga dengan media, saya ucap terima kasih atas laporan berita yang dibuat kerana ini dapat menangkis berita-berita yang tak betul dan tersebar tentang keadaan di Terengganu.\n", "\n\"Ini penting kerana dalam keadaan kita hendak menyambut Tahun Melawat Terengganu 2017, sudah pasti suasana yang aman dan tenang diperlukan untuk menarik kedatangan pelancong,\" katanya.\n", "\nMengulas mengenai sokongan semua 15 ADUN Barisan Nasional kecuali Ahmad Said, beliau berkata semua ADUN terlibat telah menyatakan ikrar sokongan kepada kepimpinannya secara sukarela, dan turut menandatangani surat ikrar itu dalam satu mesyuarat semalam.\n", "\nAwal pagi tadi, hampir 300 orang berkumpul di perkarangan Wisma Darul Iman bagi menyatakan sokongan terhadap Ahmad Razif.\n", "\nMereka turut membawa sepanduk dan melaungkan sokongan terhadap Menteri Besar.\n", "\nPada pukul 8.30 pagi Ahmad Razif, barisan Exco dan beberapa pemimpin kerajaan bersama-sama menunaikan solat sunat gerhana sebelum turun ke dewan persidangan.\n", "\nPengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud berkata sokongan yang diberi kepada Ahmad Razif tidak berbelah bahagi.\n", "\n\"Aspirasi Menteri Besar dalam meneruskan legasi pembangunan yang dimulakan tiga Menteri Besar sebelum ini semuanya membawa kebaikan kepada rakyat.\n", "\n\"Sudah tentu beliau memerlukan sokongan semua Exco dan ADUN Umno untuk merealisasikan matlamat seperti yang digariskan dalam Transformasi Terengganu Baharu,\" katanya.\n", "\nADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar pula berpendapat tindakan Ahmad Said itu dilihat dipengaruhi oleh tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba menyingkirkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.\n", "\n\"Jadi saya rasa perkara ini berjangkit di sini yang melibatkan kuncu-kuncunya untuk memalukan Datuk Seri Najib di mana kita tahu Menteri Besar sekarang ialah pilihan Datuk Seri Najib.\n", "\n\"Namun kejadian ini secara tidak langsung telah membina satu kekuatan dalaman Umno untuk terus bersatu padu dan mengenal siapa lawan dan siapa kawan dalam meneruskan perjuangan,\" katanya.\n", "\nADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar pula berkata, keputusan dalam menentukan pucuk pimpinan kerajaan dibuat secara konsensus oleh parti memerintah.\n", "\n\"Dalam hal ini Umno adalah tunjang kepada kerajaan BN di Terengganu, maka pucuk pimpinan Umnolah yang berhak menentukan jika ada sebarang perubahan pimpinan.\n", "\n“Ahmad Razif adalah pemimpin yang disepakati untuk disokong oleh semua ADUN BN Terengganu sebagaimana diputuskan pada tahun 2014 dulu,\" katanya.\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/98739
Bukit Selambau: Umno dakwa MIC berpecah tiga
[ "\nUmno mahu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau kerana mendakwa MIC berpecah kepada tiga kumpulan, menyebabkan parti itu sukar menang di kerusi berkenaan.\n", "\nSeorang pemimpin Umno bahagian Merbok berkata, tiga kumpulan terbabit masing-masing diketuai oleh Pengerusi MIC negeri, Datuk V Saravanan; bekas calon dalam pilihanraya umum lalu, V Krishnan dan satu kumpulan lagi yang diketuai oleh timbalan pengerusi MIC Kedah, M Ananda.\n", "\nMenurutnya, ini menyebabkan pengundi India berpecah kepada tiga kumpulan.\n", "\nIni, katanya tidak termasuk kumpulan penyokong Hindraf yang menyokong pembangkang dalam pilihanraya Mac lalu.\n", "\n\n“Sudah tentu peluang MIC untuk menang sukar kerana sokongan mereka telah berpecah.\n", "", "\n“MIC perlu melihat perkara ini, sepatutnya keputusan pilihanraya umum lalu dijadikan pengajaran,” katanya.\n", "\n\nPengundi India jadi penentu?\n\n", "\nPengundi India jadi penentu?\n", "\nSebelum ini kerusi Bukit Selambau ditandingi oleh calon Umno sebelum diserahkan kepada MIC sejak empat penggal lalu.\n", "\nBagaimanapun, menurut pemimpin Umno berkenaan, pengundi kaum India boleh menjadi penentu kemenangan di kerusi tersebut.\n", "\nPilihanraya kecil kerusi tersebut diadakan berikutan peletakan jawatan Adunnya, V Arumugam awal bulan ini.\n", "\nSuruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan 29 Mac sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 7 April.\n", "\nPengerusi BN Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dilaporkan berkata, beliau menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan mengenai calon BN kerusi berkenaan.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/188608
Umno Cheras: Selesaikan isu NFC sebelum p'raya
[ "\nKetua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata kontroversi yang timbul berhubung isu syarikat National Feedlot Corporation perlu diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.\n", "\nKatanya, beliau tidak mahu isu yang membelenggu ketua sayap wanita parti itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menghakis sokongan rakyat terhadap kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.\n", "\nIsu tersebut bakal menjadi beban besar kepada Umno sekiranya tidak ditangani, katanya seperti dipetik blog umnobahagiancheras.blogspot.com.\n", "\n\"Jangan salahkan rakyat (pengundi) jika mereka beralih sokongan disebabkan kegagalan kerajaan menangani isu berkaitan kepentingan umum termasuk NFC,\" katanya lagi.\n", "\n\nKenyataannya itu timbul berikutan pendedahan terbaru PKR semalam berhubung dakwaan pembelian dua lagi\n\n\nkondominium\n\n\n, bernilai RM34.6 juta di di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.\n", "", "\n\nkondominium\n\n", "\nkondominium\n", "\nPengarah strategi PKR, Rafizi Ramli semalam berkata, pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Centre dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut.\n", "\nDeposit berkenaan didakwa merupakan sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi National Feedlot Centre.\n", "\nKedua-dua hartanah itu dimiliki oleh suami Shahrizat, Datuk Mohd Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Izran.\n", "\nSyed Ali juga menegaskan bahawa rakyat mahu isu yang mendapat perhatian media antarabangsa itu dijelaskan secara sahih.\n", "\n\"Jika semua dakwaan pembangkang terutama PKR itu fitnah, saya minta pihak berkenaan menafikannya secara terbuka berserta bukti atau fakta yang tepat bagi meyakinkan rakyat,\" katanya lagi.\n", "\nMasyarakat umum mungkin membentuk persepsi bahawa dakwaan tersebut sebagai sesuatu yang \"benar\" sekiranya tidak dinafikan oleh keluarga Shahrizat, tambahnya.\n", "\nKatanya lagi, keluarga Shahrizat juga tidak perlu takut jika mereka benar-benar tidak terlibat dalam penyelengan mahupun salahguna kuasa dalam kes tersebut.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/hiburan/644126
Polis siasat Zul Huzaimy
[ "Polis membuka kertas siasatan ke atas pelakon Zul Huzaimy susulan kenyataan kontroversi yang disifatkan berbaur perkauman.", "Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Noorsiah Saaduddin, mengesahkan menerima laporan berhubung video ucapan pelakon berkenaan.", "Menurutnya, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.", "“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Terdahulu, kenyataan Zul mahu ‘menyembelih’ orang bukan Islam tular melalui rakaman video dalam satu program ceramah yang dikaitkan dengan PAS di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.", "Pelakon Wayang itu malam tadi tampil memohon maaf malah mendakwa rakaman video berkenaan telah disunting untuk tujuan pihak tertentu.", "memohon maaf", "Dia turut menafikan dirinya terlalu ekstrem dan hanya menujukan kenyataannya kepada \"segelintir\" orang bukan Islam yang didakwanya tidak membenarkan azan berkumandang.", "" ]
https://www.malaysiakini.com/news/609727
‘Saya akan lawan KJ di mahkamah’
[ "Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Lokman Noor Adam berkata dia bersedia berdepan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyamannya di mahkamah.", "Lokman berkata demikian setelah menerima dokumen-dokumen berkaitan saman fitnah yang dibuat Khairy pada 25 Januari lalu.", "“Saya dah terima (dokumen saman) dua hari lepas dan saya akan lawan,\" katanya ringkas kepada Malaysiakini.", "Malaysiakini", "Khairy turut menyaman penceramah kontroversi Mohd Rasyiq Mohd atau lebih dikenali sebagai Abu Syafiq.", "Saman itu dibuat susulan tulisan di atas talian antara 20 Oktober tahun lepas hingga 10 Januari tahun ini berkaitan program vaksinasi Covid-19 kerajaan.", "Saman itu difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari lalu.", "Terdahulu, Mohd Rasyiq berkata dia akan mengemukakan saman balas sebanyak RM500 juta terhadap Khairy." ]
https://www.malaysiakini.com/news/198692
'Umno sedia muzakarah dengan NGO jika PAS tak sedia'
[ "\nUmno bersedia untuk bermuzakarah dengan NGO yang berasaskan Islam dan Melayu sekiranya PAS tidak bersedia buat demikian, kata Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.\n", "\n\"Jadi kalau sekiranya sekarang ini PAS menyatakan mereka tidak bersedia mengadakan muzakarah tak apa lah.\n", "\n\n\"Mungkin kita boleh mencadangkan Umno dengan pihak-pihak yang lain. Banyak NGO yang berasaskan Islam dan Melayu yang saya percaya masih mahu melihat perpaduan Melayu itu tercapai,\" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Promosi Perkayuan Malaysia - Galeri Glulam di Johor Baharu hari ini.\n", "", "\nMuhyiddin\n\n(kanan)\n\nyang juga timbalan perdana menteri diminta mengulas mengenai penafian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bahawa parti itu mahu bermuzakarah dengan Umno.\n", "\n(kanan)\n", "\nPenafian itu bercanggah dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 16 Mei lepas, yang bersetuju PAS membuka pintu bermuzakarah dengan mana-mana NGO termasuk Umno, bagi mengusahakan sesuatu untuk kebaikan ummah dan negara.\n", "\n\"Bagi kami dalam Umno khususnya, memang kita sentiasa mengambil sikap terbuka dalam soal-soal berkaitan perpaduan ummah kerana kita percaya itu asas kekuatan bangsa dan agama kita,\" kata Muhyiddin.\n", "\nMenurut beliau, sekiranya ada pihak lain yang bersedia untuk membincangkan perkara itu, ia merupakan satu langkah yang Umno akan sokong.\n", "\n\nMenyifatkan Pas sebagai tidak mewakili majoriti Melayu atau Islam, Muhyiddin berkata Umno yang mempunyai keahlian yang terbesar jika digabungkan dengan NGO terbabit akan mengumpulkan jumlah yang besar bagi muzakarah tersebut.\n", "", "\nInisiatif itu, katanya, boleh mewujudkan satu persefahaman yang lebih meluas dalam membincangkan secara serius perkara-perkara yang menyentuh perpaduan, kebajikan, ekonomi, pendidikan, hubungan antara kaum dan peranan ke arah pembangunan negara.\n", "\nBeliau mengalu-alukan NGO berasaskan Melayu atau Islam untuk melakukan inisiatif tersebut sama ada ditaja oleh NGO itu sendiri atau Umno.\n", "\nMuhyiddin juga menyatakan beliau telah menerima pandangan daripada banyak NGO menyatakan rasa bimbang perpecahan ummah di negara ini dan mereka menyambut baik sekiranya ada usaha dibuat bagi meningkatkan perpaduan.\n", "\nBeliau mengulangi, kalau ada individu atau badan yang berintegriti yang mementingkan soal perpaduan lebih daripada soal politik dan ingin mengadakan muzakarah tersebut, Umno bersedia untuk mengambil bahagian berbincang bersama-sama.\n", "\n\nDi\n\nKUALA LUMPUR\n\n, Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin\n\n(kiri)\n\nberkata pemimpin PAS perlu bermuzakarah sesama sendiri terlebih dahulu untuk mencapai kata sepakat sebelum muzakarah bersama Umno dapat direalisasikan.\n", "", "\nKUALA LUMPUR\n", "\n(kiri)\n", "\nRosnah yang juga timbalan menteri kesihatan, berkata perbezaan pendapat mengenai muzarakah bersama Umno di antara presiden dan mursyidul am PAS menggambarkan ada pihak yang mengawal tindak-tanduk parti itu.\n", "\n\"Ini jelas menunjukkan kecelaruan pendapat di kalangan pemimpin PAS. Pergerakan Puteri Umno menggesa supaya segala kekeliruan terutamanya di kalangan mereka dapat diselesaikan dan muzarakah antara Umno dan PAS dapat diadakan,\" katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n", "\n   \n", "\nHarapan Puteri Umno adalah muzakarah yang hendak diadakan dapat membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu umat Islam di negara ini dengan niat yang ikhlas bagi memastikan muzakarah itu mencapai matlamatnya, katanya.\n", "\n  \n", "\n\n-Bernama\n\n", "\n-Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/122750
Pemimpin PKR sokong kaji semula enakmen
[ "\nCadangan bagi membincangkan semula enakmen yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain disambut baik oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.\n", "\n\nPengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, Azmin Ali berpendapat isu kalimah 'Allah' dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 tidak harus 'disapu di bawah permaidani'.\n", "", "\n\"Perbincangan ini bukan sahaja harus melibatkan umat Islam sahaja, tetapi wakil-wakil pelbagai pihak yang kompeten dan pelbagai latar belakang agama.\n", "\n\"Barulah wujudnya keharmonian anara pelbagai pihak,\" kata beliau yang juga naib presiden PKR.\n", "\nMinggu lalu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berpendapat enakmen tersebut sudah ketinggalan zaman dan perlu dibuka kepada perbincangan semula.\n", "\nKhalid memberitahu sidang media bahawa ketika undang-undang itu diluluskan, mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama begitu lemah sehingga perlu dilindungi.\n", "\nSelain melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam, enakmen yang sudah digubal lebih 20 tahun lalu itu, turut melarang penggunaan 24 kalimah lagi, antaranya ilahi, wahyu, ulama, imam dan nabi.\n", "\nKetika dihubungi Malaysiakini Jumaat lalu, Azmin menyarankan perbincangan tersebut mengambil kira pelbagai aspek, merangkumi persoalan hukum agama, bahasa dan sejarah.\n", "\nADUN Bukit Antarabangsa itu berkata, perbincangan menyeluruh harus dilakukan supaya tiada undang-undang yang berbeza digunapakai bagi menyelesaikan masalah penggunaan kalimah Allah di seluruh negara.\n", "\n\"Hukum Allah tidak kenal sempadan (geografi). Kalau tidak ada dalil atau nas kata tidak boleh guna, maka ia terpakai bagi semua tempat,\" katanya.\n", "\nSelepas kontroversi penggunaan kalimah Allah, kerajaan, memberikan pengecualian kepada Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang, yang tidak mempunyai enakmen kawalan tersebut, untuk menggunakan kalimah Allah.\n", "\n\nSementara itu, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, PAS negeri bersedia terlibat dalam perbincangan tersebut sekiranya terdapat cadangan dan desakan berhubung perkara itu.\n", "", "\n\"Sebagai kerajaan (Selangor) yang beramanah, kita tidak boleh cakap selesa atau tidak selesa (terhadap enakmen tersebut). Kita pakai apa yang ada.\n", "\n\"Tetapi kalau ada desakan minta dipinda, kita pindalah. Kalau tidak, kita kena berfikiran sebagai sebuah kerajaan,\" katanya yang juga bekas setiausaha akhbar presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.\n", "\n\nSementara exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar pula berkata, kalau semua pihak bersetuju, perkara itu boleh dibincangkan.\n", "", "\n\"Kita boleh tengok balik (enakmen tersebut). Undang-undang ini diperkenalkan pada 1988. Sekarang tahun 2010, sudah lebih 20 tahun.\n", "\n\"Sekarang ini keadaan sudah berubah,\" kata ADUN Seri Andalas itu.\n", "\nBeliau menolak tanggapan bahawa menilai semula enakmen tersebut merupakan perkara yang sensitif kerana beliau sendiri biasa membincangkan dengan rakan-rakan exco negeri yang lain.\n", "\n\"Kalau kita anggap sensitif, semua (perkara) sensitif,\" katanya yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu.\n", "\n\n", "", "\nManakala ADUN DAP Lau Weng San pula berpendapat, undang-udang tersebut perlu dibincangkan semula kerana ia mungkin mempunyai kelemahan ekoran ia tidak pernah dikuatkuasakan sebelum ini.\n", "\n\"Sejak diperkenalkan pada 1988, ia tidak pernah dikuatkuasakan sepenuhnya. Ini menunjukkan kemungkinan terdapat kelemahan. Sepatutnya ia sudah boleh dikuatkuasakan,\" kata ADUN Kampung Tunku itu.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/612954
MB: Sisa kayu di Tasik Kenyir sebab hujan lebat, bukan pembalakan
[ "Apa yang kelihatan seperti lautan sisa kayu dekat Tasik Kenyir adalah disebabkan hujan lebat dan bukannya kegiatan pembalakan di kawasan itu, menurut kerajaan Terangganu.", "Menteri besarnya Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hujan terlalu lebat menyebabkan gelinciran tanah yang kemudiannya menyebabkan tanah runtuh yang membawa sisa kayu dan tumbuhan hanyut di Sungai Terengganu, di hilir Tasik Kenyir.", "Samsuri berkata, siasatan mendapati tiadak kegiatan pembalakan di kawasan itu", "“Gelinciran tanah menyebabkan tanah runtuh yang membawa sisa-sisa kayu, debris dan tumbuhan hanyut dikenali sebagai puing. ", "“Ini disebabkan faktor hujan lebat yang turun selama lima hari berturut-turut mulai 23 hingga 27 Februari 2022 yang mencecah 1,000 mm.  ", "“Geliciran tanah runtuh dianggarkan bersaiz panjang 100 meter, lebar 50 meter dan tebal 5 hingga 10 meter. Sementara aliran puing yang bergerak dari puncak bukit hingga ke Sungai Terengganu ada yang mencapai sehingga 300 meter panjang,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.", "Samsuri berharap penjelasan itu dapat menjernihkan isu yang diperkatakan di medial sosial mutakhir ini, di saat banjir menimpa sejumlah kawasan di negeri itu.", "Terdahulu, rakaman 30 saat menunjukkan anggota bomba menaiki bot merentasi kawasan yang penuh dengan sisa kayu, tular di media sosial.", "Tasik Kenyir…what a devastating situation! But then again who cares right? Destroying nature for profits…so-called regulated or uncontrolled loggings? Will leave this question to viewers to judge & see for themselves!Is our govt capable of managing our natural resources? 🤯🤷🤦 pic.twitter.com/awIX1GkXXq— David Wong (@davidwong27) March 1, 2022 ", "Tasik Kenyir…what a devastating situation! But then again who cares right? Destroying nature for profits…so-called regulated or uncontrolled loggings? Will leave this question to viewers to judge & see for themselves!Is our govt capable of managing our natural resources? 🤯🤷🤦 pic.twitter.com/awIX1GkXXq— David Wong (@davidwong27) March 1, 2022 ", "Tasik Kenyir…what a devastating situation! But then again who cares right? Destroying nature for profits…so-called regulated or uncontrolled loggings? Will leave this question to viewers to judge & see for themselves!Is our govt capable of managing our natural resources? 🤯🤷🤦 pic.twitter.com/awIX1GkXXq— David Wong (@davidwong27) March 1, 2022", "Tasik Kenyir…what a devastating situation! But then again who cares right? Destroying nature for profits…so-called regulated or uncontrolled loggings? Will leave this question to viewers to judge & see for themselves!Is our govt capable of managing our natural resources? 🤯🤷🤦 pic.twitter.com/awIX1GkXXq", "pic.twitter.com/awIX1GkXXq", "March 1, 2022", "", "Rakaman itu menunjukkan papan tanda Tasik Kenyir - tasik buatan yang terletak di Hulu Terengganu.", "Antara yang mengongsikan video tersebut adalah aktivis alam sekitar, Sharifah Sabrina Syed Akil.", "“Saya hanya mampu melihat bencana demi bencana datang. Sedih,” katanya dalam hantaran yang dikongsikan kira-kira 2,400 pengguna.", "Semalam, Adun Telemong Rozi Mamat membangkitkan kebimbangan berhubung apa yang diyakininya sebagai “ribuan balak” di Tasik Kenyir.", " Dia yang juga ketua Umno Hulu Terengganu menggesa siasatan dilakukan memandangkan pembalakan dilarang di kawasan itu." ]
https://www.malaysiakini.com/news/668140
'Bahas laporan PAC, bukannya pertikai kelayakan saya'
[ "Mas Ermieyati Samsudin berkata Lim Kit Siang harus bertanya kepada speaker Dewan Rakyat mengapa laporan PAC tidak dibahaskan di Parlimen dan bukannya mempersoalkan kelayakannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).", "Dia menegaskan bahawa membahaskan laporan PAC di Parlimen adalah salah satu isu yang diperjuangkan oleh ahli parlimen DAP.", "\"Seharusnya keutamaan ahli-ahli Dewan Rakyat adalah terhadap perbahasan Laporan PAC kerana ia adalah sebuah laporan yang dihasilkan sebuah Jawatankuasa Dewan Rakyat. ", "\"Malah laporan ini telus serta lengkap dengan kenyataan daripada saksi-saksi terdiri daripada pegawai pengawal kementerian iaitu ketua setiausaha yang mempunyai kuasa eksekutif dan bertanggungjawab penuh dalam urusan perolehan dan kewangan kementerian,\" katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Selasa lalu, Mas Ermieyati menyertai rakan-rakannya dari Perikatan Nasional (PN) memboikot usul kerajaan untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021. ", "Apabila perbahasan diteruskan bangku pembangkang kelihatan kosong.", "Susulan itu, Lim yang juga bekas ahli parlimen Iskandar Puteri berhujah bahawa Mas Ermieyati tidak layak untuk memegang jawatan sebagai pengerusi PAC, dan harus digantikan oleh timbalannya Wong Shu Qi.", "Wong adalah ahli parlimen kerajaan dari DAP. Sejak 2018, PAC telah dipengerusikan oleh ahli pembangkang untuk meningkatkan peranan pembangkang sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan.", "Laporan PAC dibentangkan ke Dewan Rakyat sebaik sahaja selesai tetapi tidak pernah dibahaskan sebelum ini.", "Sementara itu, Mas Ermieyati menolak tanggapan bahawa perbahasan pada Selasa adalah tidak produktif, dan PAC telah mengumumkan semalam bahawa ia akan menyiasat isu yang dibangkitkan oleh ahli parlimen semasa perbahasan mengenai laporan ketua audit negara (LKAN).", "\"Persoalan saya kepada Lim ialah apa hasil yang diperoleh kerajaan dalam perbahasan berkenaan? Semuanya retorik politik dan segala isu yang dibangkitkan dalam LKAN kini dalam tindakan pihak berkuasa.", "\"Sedangkan di PAC, semua isu dalam LKAN disiasat dengan teliti dan terperinci sebelum satu laporan PAC yang mengandungi rumusan dan syor dibentangkan kepada rakyat di Parlimen.", "\"Daripada Lim mempersoalkan kredibiliti saya sebagai pengerusi PAC, adalah lebih baik bertanya kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai perbahasan Laporan PAC kerana inilah yang diperjuangkan selama ini oleh ahli-ahli parlimen daripada parti Lim,” katanya." ]
https://www.malaysiakini.com/news/143318
Perjuangan NUJ bebaskan akhbar dari politik
[ "\nPresiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari hari ini membidas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Mohd Zahid Md Arip yang mendakwa beliau dilihat cenderung kepada pembangkang sebagai \"sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak relevan\".\n", "\n\n\"Sebagai Presiden NUJ Malaysia, jiwa dan raga saya hanya untuk kesatuan serta mendukung etika kewartawanan dan bukan untuk pemimpin-pemimpin politik atau parti-parti politik.\n", "", "\n\"Bagi NUJ Malaysia, kami akan terus melaksanakan tanggungjawab untuk mempertahankan etika kewartawanan dan melaksanakan tanggungjawab tanpa memihak atau cenderung kepada mana-mana pihak atau parti politik baik Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat,\" kata Hata dalam satu kenyataan hari ini.\n", "\nMenurutnya, sebagai wartawan profesional yang bertugas lebih 15 tahun di Utusan Malaysia dan mengetuai sebuah pertubuhan profesional maka \"tindak tanduk NUJ Malaysia melebihi sempadan serta tidak termaktub kepada kongkongan mana-mana pihak\".\n", "\n\"Sebagai wartawan profesional, saya merupakan pekerja yang setia dengan akhbar\n\nUtusan Malaysia\n\nuntuk mendokong prinsip-prinsip asas yang telah ditetapkan oleh pengasas-pengasas akhbar tersebut yang sememangnya tidak terikat dengan mana-mana parti politik.\n", "\nUtusan Malaysia\n", "\n\n\"Kenyataaan yang dikeluarkan oleh Mohd Zahid yang melihat saya cenderung kepada parti pembangkang jelas menunjukkan PERKASA memihak kepada parti politik dan tentunya parti itu adalah Barisan Nasional\",\" katanya.\n", "", "\nSehubungan itu, Hata menasihatkan PERKASA supaya menjaga ahli-ahlinya dan laksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan oleh ahli dan \"tidak memihak kepada mana-mana pihak atau parti politik\".\n", "\nHata mengulas laporan berhubung kenyataan Mohd Zahid yang mahu beliau membuat penjelasan apakah beliau seorang penyokong tegar pembangkang.\n", "\nMohd Zahid dilapor mendakwa banyak cakap-cakap dalam industri media yang mengaitkan Hata sebagai penyokong tegar pembangkang terutamanya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan komen beliau dalam laman sosial Facebook didakwa bernada pro-pembangkang.\n", "\n\nDalam kenyataan itu juga, Hata turut menegaskan bahawa NUJ - yang mempunyai seramai 1,335 ahli - merupakan sebuah pertubuhan yang bebas dan tidak memihak kepada sesiapa.\n", "", "\n\"Perjuangan saya ialah untuk melihat akhbar-akhbar di negara ini terlepas dari kongkongan tuan-tuan politik baik daripada BN, Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpin-pemimpin politik lain.\n", "\n\"Akhbar dan media seharusnya dimiliki oleh rakyat kerana dengan itu barulah akhbar itu dapat berkhidmat kepada rakyat seperti mana yang dilakukan oleh Utusan sebelum ia dikuasai oleh parti politik sebelum tahun 1961,\" katanya.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/350706
'Ada keluar Umno, tapi ramai yang masuk'
[ "Anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Noh Omar berkata walaupun terdapat pihak yang bertindak keluar parti, perkara itu tidak akan melemahkan Umno.", "\"Bila nak keluar parti ini hak masing-masing. Ia biasa.", "", "\"Ada yang keluar, ada yang masuk. Jadi saya percaya walaupun ada yang keluar, ia tidak akan melemahkan Umno.", "\"Bila ada yang keluar, ramai yang masuk. Jadi ini adalah keadaan isu politik semasa,\" katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri di ibu negara hari ini.\n\nBeliau berkata demikian ketika mengulas soalan berhubung tindakan anggota Umno Sabah yang beramai-ramai keluar parti.", "", "", "Terbaru, Sabtu lalu seramai 1,500 anggota parti itu keluar Umno selepas mendakwa hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.", "Kesemua 1,500 anggota Umno itu daripada cawangan di bahagian Tenom.", "Tindakan itu ekoran bekas naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan keluar parti selepas digantung keanggotaan.", "Tindakan keluar parti juga dikatakan berlaku di Batu Sapi apabila seramai 600 anggota Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi dilapor mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno.", "Jun lalu, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sulabayan Jaujan Sambakong mengumumkan keluar daripada Umno.", "Langkah itu diambil selepas Pengerusi Tetap Umno Semporna Datu Eranza Datu Saribu bersama 19 anggota jawatankuasa dan akar umbi Umno bahagian melakukan tindakan sama." ]
https://www.malaysiakini.com/news/164791
Kerajaan Pakatan bantu mangsa tanah runtuh
[ "\nMenteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat.\n", "\n\nMenurut\n\nTV Selangor\n\n, kerajaan negeri juga telah menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor serta Yayasan Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera kepada mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mereka.\n", "", "\nTV Selangor\n", "\nMenteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membiayai kos keperluan kepada mereka yang terselamat dalam bencana alam ini serta petugas-petugas yang bertungkus lumus menjalankan misi mencari dan menyelamat.\n", "\nMenteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini.\n", "\nBeliau turut mengarahkan  Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan kebajikan mereka yang terselamat dijaga.\n", "\n\nBuat sementara waktu, Kerajaan Negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat di Azwin Resort sehingga misi penyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan.\n", "", "\nKhalid menasihatkan keluarga mangsa-mangsa terlibat supaya bersabar dan  redha dengan kejadian ini. Semoga roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.\n", "\nSementara itu, kerajaan Pakatan Pulau Pinang akan menghulurkan sumbangan RM25,000 untuk rumah anak yatim dan keluarga 25 mangsa terbabit.\n", "\nKetua Menteri, Lim Guan Eng berkata, walaupun jumlahnya tidak besar, tetapi ia merupakan sokongan moral kepada keluarga mangsa terbabit.\n", "\nSambil mengucap takziah dan simpatinya, Lim berkata, bencana yang berlaku itu amat menyedihkan dan menyentuh hati rakyat Malaysia di seluruh negara tanpa mengira kaum dan agama.\n", "\nLim, yang juga ahli parlimen Bagan, turut berterima kasih kepada anggota penyelamat dan pasukan polis yang bertungkus lumus menjalankan operasi menyelamat.\n", "\nBeliau turut menggesa pihak berkuasa berkenaan supaya mengambil langkah-langkah bagi memastikan tragedi seumpama itu tidak berulang.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/308273
Najib bangga Melayu bina Menara Jam Makkah
[ "\nPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakaan rasa bangganya terhadap kejayaan anak Melayu yang berjaya dalam pelbagai aspek.\n", "\nBeliau membangkitkan kejayaan jurutera Melayu yang bertanggungjawab membina Menara Jam Diraja Makkah di Arab Saudi, salah sebuah bangunan tertinggi di dunia, lapor\n\nBernama\n\n.\n", "\nBernama\n", "\n\"Saya turut berbangga bahawa orang Melayu adalah sebahagian daripada pasukan yang memenangi pertandingan NASA untuk reka bentuk kenderaan bagi planet Marikh.\n", "\n“Kami berbangga apabila seorang tokoh Melayu dilantik sebagai Felo dan pensyarah dalam pengajian Islam di Universiti Oxford,\" beliau dilapor sebagai berkata oleh agensi berita nasional.\n", "\nNajib berkata sebelum pelancaran Dasar Ekonomi Baharu (DEB) pada 1970, pelajar Bumiputera ketinggalan jauh di universiti di Malaysia sendiri.\n", "\n\"Pada tahun itu, sebagai contoh, Universiti Malaya mempunyai hanya seorang pelajar Bumiputera mengikuti bidang kejuruteraan, dan tiga orang dalam fakulti perubatan,\" katanya lagi.\n", "\nYayasan Alma ditubuhkan pada 2010, sebagai pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan, yang dimulakan oleh Alumni Melayu dari universiti Amerika Utara.\n", "\nIa bertujuan untuk mengumpul dana, derma, geran dan sumbangan bagi meningkatkan peluang pendidikan untuk pelajar dan graduan Bumiputera yang berpotensi dan layak serta individu lain yang berkaitan.\n", "\nYayasan itu berharap dapat mengumpul dana sehingga tidak kurang daripada RM300 juta setahun.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/382550
Jangan layan tuntutan naikkan harga gula, kata PKR
[ "Kerajaan tidak perlu melayan permintaan untuk menaikkan harga gula, kata Ahli Parlimen Alor Setar dari PKR, Gooi Hsiao Leung.", "Ia susulan kenyataan MSM Malaysia Holdings Bhd yang dilaporkan sedang mengadakan perundingan untuk menaikkan harga gula sebanyak 29 sen sekilogram lagi.", "Permintaan tersebut dibuat walaupun kerajaan meluluskan kenaikan sebanyak 11 sen daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram kira-kira dua bulan yang lalu.", "\"Harapan rakyat adalah supaya Kerajaan Umno BN tidak peduli dengan gesaan pengeluar ini,\" kata beliau.", "Dengan bulan Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri yang kian mendatang, penggunaan terhadap komoditi tersebut dijangka meningkat.", "Gooi berkata, pihak pengeluar tempatan melobi untuk menaikkan harga walaupun harga global gula mentah mengalami kejatuhan.", "\"Mengapa harga gula perlu dinaikkan tanpa justifikasi yang betul,\" katanya sambil menambah, rakyat sudah berdepan kenaikan kos sara hidup ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).", "Daripada mendengar permintaan pengeluar produk gula, Gooi berkata kerajaan perlu hapus monopoli dua firma dalam industri berkenaan.", "\"Sebaliknya, kerajaan Umno BN seharusnya menghapuskan dasar monopoli gula yang selama ini menguntungkan individu-individu tertentu sehingga memperoleh hasil mencecah berbilion ringgit.", "\"Kerajaan sepatutnya membuka ruang persaingan untuk industri gula agar harga gula dapat bersaing di pasaran domestik untuk memastikan harga pasaran yang paling rendah,\" katanya.", "[Baca berita penuh]", "[Baca berita penuh]" ]
https://www.malaysiakini.com/news/539374
2 polis nyaris terkena tembakan penyeludup di tebing Sg Golok
[ "Dua anggota polis dari Balai Polis Nibong, Tanah Merah nyaris terkena tembakan dipercayai daripada senapang angin yang dilepaskan oleh dua lelaki dari arah sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, semalam.", "Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, anggota berkenaan sedang melakukan rondaan sempadan melalui pangkalan haram Poksu Kamal dekat Kampung Bendang Besar, Tanah Merah dan ternampak seorang lelaki cuba menyeberangi Sungai Golok.", "Beliau berkata apabila anggota tersebut menghampiri tebing sungai, lelaki itu terjun bersama tujuh tong disyaki berisi minyak yang diikat bersamanya dan berenang ke arah negara jiran. ", "\"Setelah lelaki tersebut sampai di tebing sungai sebelah Thailand, tiba-tiba keluar dua lelaki yang masing-masing membawa selaras senapang angin.", "“Lelaki itu kemudiannya melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota polis berkenaan. Laporan mengatakan dua das tembakan mengenai tebing sungai manakala satu das lagi tersasar,\" katanya dalam satu kenyataan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.", " ", "Shafien berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai melepaskan tembakan menggunakan senapang angin kerana tiada bunyi letupan kedengaran.", "Beliau berkata siasatan turut mendapati suspek juga dipercayai penyeludup warga Thailand yang tidak berpuas hati terhadap anggota polis yang kerap melakukan rondaan di tebing sungai di sempadan Malaysia-Thailand. ", "Katanya kedua-dua anggota berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/638258
Shafee mohon maaf tapi tegaskan kenyataan medianya tepat
[ "BICARA 1MDB l Peguam utama Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah memohon maaf berhubung sidang medianya mengenai perbicaraan rasuah membabitkan penyelewengan dana RM2.28 bilion milik 1MDB oleh bekas perdana menteri itu.", "BICARA 1MDB l", "Bagaimanapun, peguam itu menegaskan kenyataannya itu adalah tepat dan tidak ditokoh-tambah.", "Berhujah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, Shafee mengambil maklum terhadap amaran pihak pendakwaan berhubung taklimat sidang mediannya yang dilakukannya dua hari sebelumnya.", "Semalam di hadapan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram emberi amaran kepada Shafee berhubung kenyataan media yang didakwa menyerang pihak pendakwaan.", "Semasa sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin lalu, Shafee membuat tuntutan bahawa terdapat surat dari Arab Saudi yang kononnya menjanjikan derma kepada Najib antara 2011 dan 2012.", "Muhammad Shafee Abdullah", "Muhammad Shafee Abdullah", "", "Muhammad Shafee Abdullah", "Peguam itu kemudian mengedarkan kenyataan media bertulis yang mengandungi pertuduhan bahawa pihak pendakwaan gagal mendedahkan atau menyampaikan kepada pihak pembelaan butiran transaksi tersebut.", "Dalam taklimat media yang sama, Shafee juga mengumumkan mereka sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang untuk membenarkan tertuduh sebagai ahli Parlimen Pekan untuk menghadiri sidang Parlimen, walaupun Jabtan Penjara tidak membenarkannya.", "Shafee hari ini memberitahu Sequerah bahawa sebahagian kenyataan media berhubung dakwaan dokumentasi mengenai sumbangan Arab itu dibuat susulan soalan wartawan yang bertanya kepadanya mengenai transaksi tersebut.", "“Yang Arif, saya memohon maaf kepada mahkamah sekiranya terdapat salah tafsir terhadap kenyataan media tersebut. Kenyataan itu tepat dan tidak keterlaluan.", "\"Kenyataan media itu hanya mengatakan, pihak pendakwaan tidak memberikan kami dokumen dalam kes ini, tetapi kami telah mendapat dokumen itu. ", "“Itulah cara kami menyatakan pihak pendakwaan gagal untuk mendedahkan,\" kata peguam itu.", "Shafee berkata dia hanya cuba memaklumkan kepada media bahawa pasukan pembelaan berjaya mencungkil bukti untuk menunjukkan bahawa sumbangan dari Arab Saudi ke akaun Najib, serta kemungkinan tindakan undang-undang untuk membenarkan Najib - yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun - untuk menghadiri sidang Parlimen.", "Katanya, dia hanya menjawab pertanyaan pemberita mengenai wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib.", "Katanya,", "hanya", "menjawab pertanyaan pemberita mengenai wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib.", "“Wartawan bertanya, adakah benar kedua-dua transaksi ini datang dari Arab Saudi,” katanya.", "“Wartawan bertanya, adakah benar kedua-dua transaksi ini datang dari Arab Saudi,” katanya.", "Gopal Sri Ram", "Gopal Sri Ram", "", "Gopal Sri Ram", "Pada peringkat ini, Sri Ram berkata Shafee boleh membangkitkan perkara itu di mahkamah daripada mengadakan sidang media mengenainya.", "\"Dia (Shafee) boleh membangkitkan perkara ini di hadapan Yang Arif. Adakah dia (Shafee) mengharapkan kami berjumpa media dan mengatakan Tan Sri Shafee salah?", "\"Saya boleh menerima jika dia membuat aduan di hadapan Yang Arif.  Mana-mana pengadu tentang cara kami (pendakwaan) menjalankan kes boleh membawanya ke hadapan Yang Arif. ", "“Tolong jangan berbincang dengan media, berhubunglah dengan kami,\" kata Sri Ram yang merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan.", "Tambahnya, mahkamah dan bukannya media adalah platform paling sesuai untuk mendengar isu berkaitan bukti dalam kes 1MDB.", "Shafee kemudian memaklumkan mahkamah bahawa walaupun pasukan peguam Najib akan terus berhubungan dengan media, mereka akan mengelak daripada mengulas secara terbuka tentang bagaimana pihak pendakwaan menjalankan kes itu.", "Pada ketika ini, Sequerah kemudian berkata \"ini akan menjadi penghujung perkara ini setakat berkenaan kenyataan media\".", "Perbicaraan rasuah itu kemudian bersambung dengan saksi pendakwaan ke-39 Cheah Tek Kuang, bekas pengarah urusan AmBank, mengambil tempat untuk disoal balas oleh Shafee.", "Najib Razak", "Najib Razak", "", "Najib Razak", "Semalam, Sri Ram mengingatkan Shafee supaya tidak menjalankan perbicaraan kes itu di media.", "Sri Ram berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan media oleh Shafee yang pada Isnin lalu menyatakan bahawa aliran masuk dana ke dalam akaun Najib pada Februari dan Jun 2011 berjumlah kira-kira RM60.6 juta (kira-kira US$20 juta) adalah daripada kerabat diraja Arab Saudi, Putera Faisal Turki Al Saud.", "Pihak pembelaan mendakwa dana itu adalah sebahagian daripada hadiah kepada Najib daripada bekas Gabenor Wilayah Madinah, Saud Abdulaziz Majid Al Saud.", "Shafee berkata pihak pendakwaan hanya menyatakan mengenai dua transaksi pindahan tetapi tidak menyatakan lima lagi pindahan ke dalam akaun Najib antara Ogos 2011 dan Ogos 2012, yang didakwa daripada Putera Turki dan Kementerian Kewangan Riyad berjumlah kira-kira US$180 juta.", "Peguam itu juga telah menyatakan surat daripada bekas gabenor yang dialamatkan kepada Najib, yang menyatakan jumlah derma yang dibuat kepada bekas perdana menteri itu.", "Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.", "Perbicaraan bersambung petang ini.", "[Baca berita penuh]", "[Baca berita penuh]" ]
https://www.malaysiakini.com/news/379501
Mohd Amar: JK Pusat akan putuskan tahaluf siyasi PAS-PKR
[ "Jawatankuasa Pusat PAS akan membuat keputusan muktamad sama ada parti itu akan terus bersama pentadbiran kerajaan negeri di Selangor sekiranya, muktamar pada akhir bulan ini meluluskan usul untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, kata naib presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.", "“Ada dua perkara, pertama seandainya usul ini diluluskan, ia akan masuk ke peringkat kedua iaitu pelaksanaan. Jawatankuasa Pusat PAS yang akan tentukan sama terus dilaksanakan atau tidak. Itu bergantung.", "“Perkara itu bukan terus dimuktamad apabila diputuskan pada muktamar. Ada tempohnya dan biasanya Jawatankuasa Pusat PAS yang buat keputusan, melihat kepada suasana dan maslahah,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.", "", "Sinar Harian", "Menjelang muktamar ke-63 PAS di Alor Setar, Kedah akhir April ini, beberapa kawasan - di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu - meluluskan usul supaya parti itu memutuskan hubungan dengan PKR.", "Untuk rekod, kerajaan Selangor dapat dibentuk melalui penguasaan kerusi PKR, DAP, AMANAH dan PAS.", "Pada PRU 2013 lalu, pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kerajaan negeri apabila menang 44 daripada 56 kerusi di DUN Selangor.", "Lebih rileks, tenang", "Lebih rileks, tenang", "Lebih rileks, tenang", "DAP dan PAS masing-masing menang 15 kerusi, manakala PKR berjaya mendapat 14. BN kekal sebagai pembangkang dengan memperolehi 12 kerusi.", "Bagaimanapun, bermula dengan keretakan hubungan selepas PRU-13, PAS akhirnya meninggalkan rakan gabungan mereka.", "Muktamar PAS di Kuala Selangor pada 2015 pula menyaksikan sebahagian daripada pimpinan parti itu yang cenderung mempertahankan Pakatan Rakyat disingkirkan oleh perwakilan.", "", "Mereka - diketuai bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu - menubuhkan organisasi baru dikenali sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH).", "Mengulas lanjut, muktamar kali ini, Mohd Amar menjangkakan muktamar kali ini lebih rileks dan tenang berbanding muktamar dua tahun lalu.", "“Dulu, sewaktu pemilihan kita lihat suasananya jauh lebih panas dan agak tegang, di mana keluarnya rakan-rakan kita dalam parti.", "“Kali ini, saya jangkakan perbincangan yang panas menyentuh soal tahaluf siyasi antara PAS dan PKR yang menjadi fokus perwakilan,” katanya yang dipetik portal itu lagi.", "Keahlian semakin bertambah", "Keahlian semakin bertambah", "Keahlian semakin bertambah", "Menurut Mohd Amar yang juga adalah timbalan menteri besar Kelantan, berbeza dengan pandangan umum, keahlian PAS semakin bertambah.", "Justeru, beliau berharap perwakilan juga dapat menggembleng tenaga untuk mengukuhkan parti dan meningkatkan kemampuan berdepan dengan BN.", "“Kita terima kemasukan ahli yang ramai, pada bulan ini sahaja 7,000 ahli baru yang diluluskan dan pada bulan sebelum ini, PAS mencatatkan 5,000 keahlian baru.", "", "“Ini menunjukkan perkembangan pesat terhadap PAS dan PAS juga berjaya menarik minat golongan muda menyertai parti ini.", "“Digambarkan orang muda tidak berminat dengan PAS tetapi kita tengok sebaliknya,” katanya." ]
https://www.malaysiakini.com/news/480133
Saya dah lama balik, kata Farhash
[ "Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang terheret dalam skandal seks berprofil tinggi membabitkan seseorang individu yang didakwa menyerupai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali menafikan bahawa dia menghilangkan diri apabila klip video seks aksi itu mula diedarkan.", "Menjawab grafik di media sosial yang mempersoalkan keberadaannya, pengerusi PKR Perak itu berkata laporan berita yang disebut dalam imej itu memetik sumber berkenaan lokasinya.", "“Mereka petik dari sumber bukan tuan (punya) badan sendiri. Saya dah lama balik dari kursus ada dekat sini,” katanya kepada Malaysiakini petang ini.", "Malaysiakini", "Farhash, yang juga setiausaha politik kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim, berkata dirinya melanjutkan pelajaran di Universiti Harvard, Amerika Syarikat.", "Beliau kini bercuti untuk menyiapkan tesis PhD dalam bidang pengurusan.", "Farhash dikaitkan dengan skandal seks, dengan satu laporan berita mendakwa terdapat perbincangan dalam kumpulan WhatsApp PKR mengenai bagaimana dia menghilangkan diri dan tidak berkomunikasi apabila klip itu diedarkan.", "Namanya juga muncul apabila Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang mengaku sebagai salah seorang individu dalam video itu, dikhabarkan berjumpa dengannya ketika dia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika dalam perjalanan ke Manila.", "Dalam perkembangan berkaitan, satu lagi video dan rakaman audio bertajuk \"Azmin love Haziq ¾\" telah dikeluarkan.", "Tidak seperti klip sebelumnya, yang dihantar melalui kumpulan WhatsApp, rakaman kali ini sebaliknya dimuatnaikkan di YouTube.", "Video 46 saat itu hampir tidak jelas manakala audio berkenaan adalah perbualan antara dua lelaki yang bersetuju untuk berjumpa di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada bulan Mac.", "Individu yang memuat naik klip berkenaan mendakwa bahawa ia adalah rakaman perbualan antara Haziq dan menteri tersebut.", "Malaysiakini telah menghubungi pembantu Azmin untuk meminta ulasannya.", "Malaysiakini ", "[Baca berita penuh]", "[Baca berita penuh]" ]
https://www.malaysiakini.com/news/202893
Dr M: Jadikan Anwar 'PM kehormat' 5 hari
[ "\nKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.\n", "\n\n\"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi perdana menteri,\" katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di ibunegara hari ini.\n", "", "\nDr Mahathir (\n\nkanan\n\n) berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi perdana menteri.\n", "\nkanan\n", "\nBeliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar.\n", "\nBekas perdana menteri dengan nada bergurau mencadangkan supaya diwujudkan jawatan perdana menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi oleh Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.\n", "\n\"Kita buat dua jawatan perdana menteri, bagi dekat dia satu 'Honour Prime Minister' selama lima hari, lepas itu dia boleh bersara,\" katanya.\n", "\nSementara itu, mengulas mengenai dakwaan penyelewengan bernilai RM1 bilion oleh kerajaan negeri Selangor dalam urusan penyelesaian hutang sebuah syarikat senaraian awam, Dr Mahathir berkata rakyat Selangor harus bangkit dan sedar dengan penyelewengan kerajaan Selangor.\n", "\nKatanya, kerajaan Selangor tidak sepatutnya menyalahguna kuasa dan mengguna duit rakyat bagi memenuhi kepentingan tertentu.\n", "\nJusteru, katanya, rakyat Selangor perlu memberi semula kepercayaan kepada kerajaan BN yang sebelum ini telah memerintah Selangor selama 50 tahun untuk kembali memajukan Selangor.\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n", "\n" ]
https://www.malaysiakini.com/sukan/585269
Pasangan China pintas rentak cemerlang beregu lelaki negara
[ "Impian beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mencipta satu lagi kejutan di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila terpaksa akur dengan kehebatan gandingan dari China Li Jun Hui-Liu Yu Chen pada aksi separuh akhir, malam tadi.", "Setelah berjaya mengenepikan pasangan nombor satu dunia dari Indonesia di suku akhir semalam, rentak cemerlang itu gagal diteruskan oleh pasangan negara yang tewas 24-22, 21-13 kepada juara dunia 2018 di Musashino Forest Sport Plaza.", "Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking kesembilan dunia, mempamerkan aksi meyakinkan apabila memberikan saingan sengit pada set pertama dengan mendahului hampir keseluruhan perlawanan sebelum terikat empat kali bermula dari 19-19 sebelum pasangan China menoktahkan kemenangan 24-22.", "Perlawanan set kedua menyaksikan gandingan China yang diletakkan sebagai pilihan ketiga tampil lebih garang dengan corak permainan pantas berjaya memerangkap pasangan negara yang kerap melakukan kesilapan sekali gus memberikan mata mudah kepada lawan.", "Ketinggalan 7-11, Aaron-Wooi Yik cuba bangkit dalam usaha mengheret perlawanan kepada set penentuan, namun pasangan China itu ternyata sukar digugat apabila terus mengutip mata untuk menamatkan perlawanan 21-13 dan menempah slot ke final berdepan pasangan Taiwan Lee Yang-Wang Chi-Lin.", "Semalam, Aaron-Wooi Yik mengejutkan pasangan Indonesia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo yang juga pemenang pingat emas Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang 21-14, 21-17 di suku akhir. ", "Bagaimanapun, perjuangan beregu lelaki utama negara itu belum tamat apabila mereka akan sekali lagi berdepan pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dalam perebutan pingat gangsa, esok.", "Terdahulu, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan tewas kepada pasangan Taiwan Lee Yang-Wang Chi-Lin 21-11, 21-10 pada satu lagi aksi separuh akhir.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/200875
Faekah: Noh akui struktur semula cara terbaik selesai isu air
[ "\nTimbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar akhirnya mengaku bahawa masalah sebenar air di Selangor kerana keengganan syarikat-syarikat konsesi menerima tawaran kerajaan negeri untuk menstruktur semula perkhidmatan air, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.\n", "\n\n\"Noh secara tidak langsung mengakui bahawa isu air di Selangor hanya akan selesai jika kerajaan negeri dibenarkan untuk menstruktur semula bekalan air yang akan memberi perkhidmatan lebih berkualiti, cekap dan pada harga munasabah kepada pengguna di Lembah Klang,\" kata Faekah dalam satu kenyataan hari ini.\n", "", "\nKatanya, menteri pertanian dan industri asas tani itu telah sedar bahawa kekurangan rezab air terawat yang kini dikatakan sekitar 2.4 peratus adalah kerana ketidakupayaan SYABAS dan Puncak Niaga menguruskan rawatan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi.\n", "\n\"Kita amat menghargai keprihatinan Noh yang mengakui penstrukturan semula ini menjadi jalan buntu kerana syarikat konsesi enggan menerima tawaran kerajaan Selangor. Namun begitu, kita mempunyai beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Noh.\n", "\n\"Adakah Noh tahu perjanjian konsesi ini melibatkan tiga pihak di mana kerajaan pusat turut terlibat? Sebagai menteri kabinet dari Selangor, apakah yang telah beliau lakukan untuk memujuk kerajaan pusat membenarkan penstrukturan semula ini diselesaikan seperti yang dikehendaki Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).\n", "\n\"Adakah Noh tahu kerajaan Selangor menawarkan keuntungan 12 peratus kepada syarikat-syarikat konsesi bagi pengambialihan ini yang menepati piawaian antarabangsa? Jika Noh tahu tentang perkara ini, adakah ini bermakna beliau setuju dengan permintaan SYABAS dan Puncak Niaga yang meminta keuntungan sehingga 75 peratus (untuk pengambilalihan) dan akhirnya rakyat terbeban dengan kenaikan tariff air.\n", "\n\n\"Adakah Noh berani untuk mengakui beliau lebih mengutamakan kepentingan SYABAS dan Puncak Niaga berbanding kebajikan rakyat? Adakah beliau mempunyai sebarang kepentingan atau bersekongkol dengan dua syarikat konsesi ini?\" soal Faekah.\n", "", "\nMenurutnya, kerajaan pusat pada Januari 2008 telah setuju untuk membenarkan kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air tetapi  didakwanya telah membuat ‘u-turn’ selepas Umno/BN kalah pilihan raya umum 2008.   \n", "\n\"Dalam isu PTPTN juga Umno telah membuat 'u-turn' tidak sampai 24 jam dengan menjadikan pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) sebagai tebusan politik.\n", "\n\"Noh juga membuat kenyataan ‘merepek’ apabila mendakwa pembekuan pinjaman PTPTN dirancang lebih awal oleh kerajaan Selangor. Kerajaan Selangor tidak akan sesekali memperjudikan masa depan generasi muda demi menjamin kelangsungan politik,\" tegas Faekah.\n", "\nMalah, tegasnya, kerajaan Selangor tidak perlu pun membuat begitu lantaran sokongan padu rakyat terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai pemimpin yang bersih daripada dakwaan skandal lembu atau scorpene.\n", "\n\"Kita mengaku kewangan Unisel tidak membanggakan kerana menanggung beban hutang yang diwarisi dari kerajaan Umno/BN yang lebih tidak cekap menguruskan pembinaan sebuah universiti kerana mengutamakan kroni.\n", "\n\"Begitupun, kita amat yakin kebijaksanaan serta pengalaman menteri besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dalam pengurusan kewangan akan menjadikan Unisel lebih mantap dan sebaris dengan universiti  swasta lain.   \n", "\n\"Seperti yang dijelaskan menteri besar, Kerajaan Selangor tetap akan mengapungkan aset Unisel untuk mendapatkan dana bagi menguruskan Unisel dan KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor).\n", "\n \n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/669158
Perbicaraan kes cerai di Perlis diadakan secara tertutup
[ "Mahkamah syariah di Perlis akan melaksanakan sesi perbicaraan kes perceraian secara tertutup bermula Julai ini.", "Istana Arau dalam kenyataan berkata keputusan itu dibuat melalui arahan Ketua Hakim Syarie Perlis Jaidi Ahmad setelah dipersembah maklum dan diperkenankan oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.", "Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan agar perbicaraan secara tertutup dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) bermula 1 Julai 2023.", "Titah perkenan itu dizahirkan ketika program Forum Safar Ilmu MAIPs bersempena cerapan Rukyah Hilal Awal Zulhijjah 1444 Hijrah anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis di Masjid Al Hussain Kuala Perlis semalam.", "Menurut kenyataan itu keputusan berkenaan dibuat bagi menjaga aib pihak-pihak yang terlibat terutamanya membaitkan kes yang mendedahkan keaiban peribadi selain bagi mengelakkan unsur ghibah dan boleh membawa kepada fitnah.", "ghibah", "Jaidi dalam kenyataan sama berkata pelaksanaan berkenaan dibuat hasil penelitian terhadap amalan yang dilaksanakan di Doha, Qatar.", "Sementara itu, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam menegaskan kewajiban menutup aib peribadi seseorang yang tidak boleh diketahui dan diulas oleh pihak lain untuk dimanipulasikan.", "“Masyarakat sering membuat penilaian sendiri tentang hubungan rumah tangga orang lain tanpa memahami situasi yang sebenarnya, padahal tiada kepentingan untuk mereka ambil tahu atau memberi komentar,” katanya dalam kenyataan sama.", "- Bernama", "Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/115862
Selesai secara musyawarah: Hadi
[ "\nKemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.\n", "\nBeliau berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.\n", "\n\"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini,\" katanya dalam kenyataan media malam tadi.\n", "\nIni merupakan kenyataan pertama Abdul Hadi selepas Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan dalam blognya www.bloktokguru.com supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.\n", "\nTiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya itu ialah timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.\n", "\nAbdul Hadi berkata beliau telah pun mengarahkan Mustafa supaya menentukan tarikh yang sesuai dalam masa terdekat untuk diadakan mesyuarat bagi membincangkan permasalahan yang timbul.\n", "\n\"Kita berdoa agar Allah sentiasa memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti,\" katanya.\n", "\nCadangan Nik Abdul Aziz itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada anggota parti itu, manakala individu-individu yang dikaitkan sebagai 'pemimpin bermasalah' setakat ini mengambil pendekatan sama ada untuk berdiam diri atau mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kenyataan berkenaan.\n", "\nNaib Presiden parti itu Salahuddin Ayub pula hari ini dilaporkan berkata isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana parti itu sebaliknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu dalaman parti seperti yang disarankan Nik Abdul Aziz dalam pertemuan mereka di Kota Baharu semalam.\n\nBERNAMA\n\n", "\nBERNAMA\n" ]
https://www.malaysiakini.com/hiburan/542954
Pemain seruling gerakkan inisiatif satu rumah satu seruling
[ "Bermula dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang memerlukan orang ramai sentiasa berada di rumah, idea awal bermain seruling untuk mengisi masa terluang kemudian bercambah menjadi sesuatu yang lebih menarik dan mengasyikkkan.", "Daripada kegiatan spontan itu, kemudian muncul satu kumpulan seramai 300 orang dalam aplikasi Telegram yang menghimpunkan individu dari pelbagai latar belakang termasuk di luar negara.", "Menurut MK Ridzuan, komuniti dikenal sebagai Geng Seruling itu membolehkan mereka disatukan oleh minat yang sama dan saling membantu meningkatkan kemahiran masing-masing.", "“Sejak PKP dilaksanakan, sebagai pemuzik memang pendapatan saya terjejas sebab tak ada persembahan. ", "\"Bermula dari situlah timbul idea untuk mewujudkan kelas dalam talian bagi peminat seruling.", "“Untuk yang tak tahu di mana tempat sesuai untuk belajar bermain seruling, bolehlah kami bantu melalui komuniti berkenaan,\" katanya kepada Malaysiakini.", "Malaysiakini", "Menurut Ridzuan kemudahan yang diberikan melalui Geng Seruling itu lebih kurang seperti kelas belajar dalam talian lengkap dengan sesi tutorial.", "Anggotanya pula, kata Ridzuan, turut disertai pemain seruling berpengalaman.", "Berjalan lanjar, mudah memohon", "Berjalan lanjar, mudah memohon", "Berjalan lanjar, mudah memohon", "Selain Telegram, graduan Universiti intstitut Teknologi Mara dalam bidang muzik itu juga berkata, dia mempunyai saluran YouTube untuk tujuan sama, serta memberi e-book - yang mengandungi 16 muka surat secara percuma - untuk sesiapa yang ingin belajar atau mengenali seruling.", "Ditanya sama ada apa diusahakan itu boleh membawa impak lebih besar, Ridzuan atau nama penuhnya Mohamad Khairul Ridzuan berkata, alat muzik itu kian mendapat tempat di hati peminat gara-gara PKP.", "“Kawan-kawan yang menjual seruling berkata, permintaan meningkat tiga kali ganda daripada biasa sejak PKP,” katanya.", "Untuk rekod, Ridzuan, merupakan penerima Inisiatif Pemulihan Cendana di bawah Program Pembiayaan Karya Kilat yang dilaksanakan sejak PKP. Ia merupakan pelan bagi industri kreatif yang ditadbir dan diurus oleh MyCreative Ventures dan Cendana di bawah pengawasan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.", "Disebabkan Covid-19, lebih daripada 93 peratus ekonomi artis Malaysia dan penggiat seni terjejas. Sebanyak 70 peratus daripada mereka pula kehilangan semua atau sebahagian besar pendapatan.", "", "", "", "", "", "Cendana kemudian bertindak untuk meredakan situasi itu dengan menyalurkan Create Now Funding Progamme yang dirangka khas untuk membantu industri seni, budaya, hiburan dan pementasan, sama ada dalam kalangan penggiat mahupun perniagaan yang berteraskan seni.", "Tujuannya, agar mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dapat bangkit semula dan meneruskan aktiviti kreatif mereka. ", "Mengulas dana diperoleh, Ridzuan yang juga anggota band Sekumpulan Orang Gila itu berkata, proses untuk memohon tidak sesukar yang dianggap sesetengah pihak.", "“Cendana cuba capai seberapa ramai penggiat seni. Alhamdulillah, proses memohon dan menyediakan dokumentasi berjalan lancar selain senang untuk dilakukan.", "“Sebanyak RM1,500 diperuntukkan dari Cendana untuk saya memulakan projek berhubung seruling ini,” katanya.", "Ridzuan berkata, menjadi harapannya untuk melihat kegiatan bermain seruling terus berlangsung untuk jangka panjang dan mengidamkan martabat alat muzik itu diangkat agar tidak hilang ditelan zaman.", "“Saya nak lihat wujud sebuah ekosistem, bermula daripada adanya permintaan terhadap pembuatan seruling sama ada dari dalam mahupun luar negara.", "“Sekarang ramai pembuat seruling bertempat di kampung-kampung, mereka ni tak tau bagaimana nak pasarkan produk hingga ke pasaran antarabangsa.", "“Kita juga wajar raikan alat muzik tersebut dengan mengadakan festival tempatan yang akan disertai segenap lapisan umur dan pelbagai latar budaya serta negara,” katanya." ]
https://www.malaysiakini.com/news/411603
ROS tidak perlu takut pada Dr M - Kamarul
[ "Bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kamarul Azman Habibur Rahman hari ini mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) supaya berlaku adil dan tegas dalam isu parti itu yang didakwa melanggar perlembagaannya.", "Beliau juga meminta ROS supaya tidak takut kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta tidak terperangkap dalam permainan pengerusi BERSATU itu.", "Katanya, ROS tidak boleh amalkan sifat pilih kasih di mana bila Tun Mahathir menerajui BERSATU dan Pakatan Harapan, maka layanan istimewa diberikan kepada BERSATU.", "\"Sepatutnya ini tidak boleh berlaku dan ROS perlu berlaku adil.", "\"Saya berpendapat Tun Mahathir sudah pun sedar bahawa hayat BERSATU tidak lama kerana parti itu telah melanggar peraturan atau perlembagaannya.", "\"Jadi beliau sekarang cuba salahkan pihak lain kononnya ada pihak yang cuba sabotaj parti… Tun juga salahkan ROS dengan nyatakan dia tidak terima maklum balas daripada ROS (berhubung pendaftaran BERSATU,” katanya dalam sidang media di Sahah Alam hari ini.", "Menurut Kamarul Azman tindakan segera perlu diambil memandangkan lebih 400 laporan telah dikemukakan oleh anggota BERSATU  kepada RoS sebelum ini.", "Kamarul Azman berkata, ROS sepatutnya menjalankan siasatan terperinci berhubung pelanggaran Perlembagaan BERSATU yang antaranya melibatkan status keahlian, kewangan dan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya pada Disember lepas yang didakwa diadakan tanpa terlebih dahulu mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan serta bahagian.", "Sehubungan itu, beliau menyokong kenyataan bekas Exco Angkatan BERSATU Anak Muda (ARMADA) pusat, Mohamad
 Taufik Abas semalam yang akan membawa kira-kira 1,000 anggota BERSATU mengadakan protes aman di ibu pejabat ROS sekiranya masih tiada sebarang tindakan diambil terhadap parti itu dalam tempoh dua minggu.", "Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah dilaporkan berkata ROS telah memulakan siasatan terhadap BERSATU berhubung status AGM parti itu pada 30 Dis lepas yang mendapat bantahan anggota parti pembangkang berkenaan.", "", "Baca: Zahid sahkan ROS siasat BERSATU", "Baca: Zahid sahkan ROS siasat BERSATU", "Zahid sahkan ROS siasat BERSATU", "", "Turut berkongsi pandangan Kamarul Azman adalah bekas pengarah logistik dan keselamatan gerak gempur BERSATU bahagian Shah Alam, Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin yang turut mendesak RoS supaya tidak membiarkan isu perlembagaan BERSATU berlaku tanpa tindakan sewajarnya.", "\"Sebelum ini, Dr Mahathir menuduh anggota parti yang membangkitkan isu parti sebagai ‘sampah’ sedangkan kami di peringkat akar umbi berjuang untuk parti sejak awal penubuhannya.", "\"Isu ini dah berlanjutan beberapa bulan masih tidak selesai. Tidak tahulah apa yang ROS takutkan dan kita mahu tindakan sewajarnya diambil dalam isu ini,” katanya.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/578242
ROS: Tangguh semua mesyuarat agung tahunan, kecuali secara maya
[ "Semua pertubuhan berdaftar hendaklah menangguhkan mesyuarat agung tahunan masing-masing, selaras pelaksaaan sekatan pengerakan penuh dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Jun, demikian menurut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).", "ROS dalam kenyataan bagimanapun memaklumkan pengecualian diberikan jika mesyuarat itu mampu dilakukan secara maya menurut prosedur operasi standard (SOP) PKP dan memenuhi syarat-syarat asas pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan seperti yang termaktub dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing.", "Menurut kenyataan itu, mesyuarat agung tahunan boleh dilaksanakan dalam tempoh PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) dengan pematuhan ketat berdasarkan kepada SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan ROS.", "", "\"Sehubungan itu, semua pertubuhan berdaftar hendaklah mengemukakan permohonan bertulis bagi tujuan penangguhan pelaksanaan mesyuarat agung tahunan kepada ROS dengan mengemukakan cadangan tarikh pelaksanaan dan SOP tambahan sebaik sahaja tempoh PKP berakhir.", "", "", "BACA BERKAITAN:", "BACA BERKAITAN:", "", "MKN arah PKR tangguh kongres nasional", "MKN arah PKR tangguh kongres nasional", "Kongres diarah tangguh saat akhir, PKR persoal kenapa SOP berbeza", "Kongres diarah tangguh saat akhir, PKR persoal kenapa SOP berbeza", "PKR: MKN larang kongres maya kerana bukan aktiviti sosial penting", "PKR: MKN larang kongres maya kerana bukan aktiviti sosial penting", "", "", "\"Semua pertubuhan hendaklah mengemukakan penyata tahunan kepada ROS dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat agung tahunan diadakan selaras dengan peruntukan Seksyen 14(1), Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335),\" menurut kenyataan itu, hari ini.", "Tegas ROS, pertubuhan berdaftar hendaklah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahun bagi memastikan pengurusan pertubuhan dapat dilaksanakan dengan baik selaras dengan kehendak perlembagaan pertubuhan dan akta sedia ada.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/222700
PM: Penceroboh mulakan dahulu serangan
[ "\nDatuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.\n", "\n    \n", "\nPerdana menteri berkata beliau telah memberi mandat kepada ketua polis negara dan panglima angkatan tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.\n", "\n    \n", "\nNajib turut mengesahkan dua anggota keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh.\n", "\n    \n", "\n\"Mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya,\" katanya kepada pemberita di sini hari ini.\n", "\n    \n", "\nBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian tembak-menembak  antara pasukan keselamatan negara dengan kumpulan penceroboh yang diketuai adik Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram, yang telah berkubu di Felda Sahabat 17 di Tungku, Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu sejak 9 Februari lepas.\n", "\n\"Saya tidak lagi buat keputusan. Terserah kepada mereka (panglima ATM dan ketua polis negara) untuk ambil tindakan...mereka akan diberikan kuasa sepenuhnya.\n", "\n    \n", "\n\"(Kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka,\" kata Najib.\n", "\n    \n", "\nPerdana menteri berkata kumpulan itu kini dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara telah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri.\n", "\n    \n", "\nBeliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan dua anggota keselamatan.\n", "\n    \n", "\nTerdahulu Najib melancarkan jentera pilihan raya kawasan parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Pekan yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.\n", "\n-\n\nBernama\n\n", "\nBernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/sukan/408583
Malaysia nyaris benam Jordan
[ "Malaysia nyaris mencipta kejutan menewaskan Jordan apabila seri 1-1 dalam aksi kedua kumpulan C Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) 2018 di Stadium Changshu, China, hari ini.", "Persembahan terpuji yang dipamerkan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu bagaimanapun hampir memberikan tiga mata berharga, namun dua percubaan negara yang terkena tiang pada babak kedua perlawanan memaksa Malaysia untuk sekadar berpuas hati mengutip satu mata.", "Bagaimanapun, keputusan yang dianggap tidak bernasib baik itu masih belum menutup peluang Malaysia untuk mara ke peringkat suku akhir meskipun skuad negara kini menduduki tempat tercorot dengan mengumpul satu mata selepas mengharungi dua perlawanan.", "Pada perlawanan itu, cuaca sejuk yang mencecah 4 darjah Celsius tidak menghalang skuad negara dari menyajikan permainan berkualiti dengan beberapa gerakan menarik berjaya dicipta sepanjang perlawanan untuk mengucar-kacirkan barisan pertahanan pihak lawan.", "Dua perubahan dalam kesebelasan utama yang dilakukan Kim Swee hari ini dengan menurunkan penyerang Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli ternyata memberikan impak positif terhadap corak permainan negara.", "Sebaik permainan bermula, skuad negara mengimbangi perlawanan dengan baik selain berjaya menyerap tekanan pihak lawan, namun sedikit kesilapan di bahagian pertahanan membenarkan Ward Al Barri meletakkan Jordan di hadapan pada minit ke-16.", "Tersentak dengan itu, Malaysia kembali memperkemaskan permainan sebelum berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-43 menerusi Muhammad Safawi Rasid yang tenang menyempurnakan sepakan penalti selepas pemain pertahanan Jordan, Saed Ahmad Salameh menjatuhkan Muhammad Akhyar di dalam kawasan berbahaya.", "Malaysia hampir menggandakan jaringan pada minit ke-63 dan 73 masing-masing menerusi Muhamamd Akhyar dan Matthew Davies, namun rembatan deras kedua-dua pemain itu hanya sekadar menggegar tiang pasukan lawan untuk mengekal keputusan seri.", "Bercakap pada sidang media selepas perlawanan, Kim Swee memuji aksi bertenaga yang dipamerkan barisan pemainnya selain berharap momentum positif tersebut dapat dikekalkan pada pertemuan terakhir kumpulan menentang Arab Saudi, Selasa depan.", "“Pemain menampilkan karektor yang baik walaupun sebelum perlawanan, kami tidak diberikan harapan. Kami hampir merentap tiga mata daripada Jordan dan saya bangga dengan semangat jitu pemain.", "\"Kami berjaya menyaingi kekuatan pasukan pasukan tetapi malangnya gagal membuat penyudahan dua percubaan,” katanya.", "Pada perlawanan pertama Rabu lalu, Malaysia kalah 4-1 kepada Iran manakala Jordan seri 2-2 dengan Arab Saudi.", "- Bernama", "Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/598718
Zafrul: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang hingga 4 peratus tahun ini
[ "Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 3 peratus dan 4 peratus tahun ini, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz. ", "Beliau berkata ini disokong oleh permintaan luaran yang kukuh dan aktiviti rancak perdagangan, peningkatan pengeluaran komoditi serta penjelmaan permintaan terpendam dan pelaburan berterusan dalam projek prasarana berskala besar. ", "Pemulihan dijangka berterusan pada tahun depan dengan pertumbuhan dalam jajaran 5.5 hingga 6.5 peratus.", "“Ini sejajar dengan unjuran Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) masing-masing pada 5.8 dan 6.0 peratus.", "“Pertumbuhan akan disokong oleh aktiviti ekonomi yang kembali normal secara berperingkat serta limpahan positif daripada peningkatan permintaan luaran yang berterusan,” katanya dalam ucapan beliau pada Anugerah FI/DFI dan PKS 2020 Credit Guarantee Corporation (CGC) ke-26 yang diadakan secara maya, hari ini.", "Tengku Zafrul berkata 2022 merupakan tahun yang kritikal kepada pemulihan ekonomi Malaysia apabila kerajaan menjangkakan lebih banyak sektor dan industri serta pekerjaan kembali pulih secara beransur-ansur. ", "“Justeru, menerusi Bajet 2022, kita merangka pelbagai strategi dan inisiatif, menumpukan kepada kesejahteraan rakyat, perniagaan dan ekonomi mampan,” katanya. ", "Bajet pengembangan yang bernilai RM332.1 bilion itu menimbang aspirasi Keluarga Malaysia, dan sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).", "Beliau berkata menerusi penyelarasan ini, kerajaan menyasar untuk memastikan perniagaan bukan sahaja menerima bantuan segera tetapi juga menyokong pemulihan yang mampan.", "Sementara itu, Tengku Zafrul menggesa bank dan institusi kewangan termasuk institusi kewangan pembangunan (DFI) untuk meningkatkan usaha mereka bagi membantu kerajaan memacu pemulihan ekonomi yang kukuh di samping memastikan kesinambungan perniagaan, terutamanya dalam memulakan semula perniagaan apabila ekonomi dibuka semula.", "Menurutnya, bank dan institusi kewangan termasuk DFI -- sentiasa menjadi barometer kekuatan sosio-ekonomi negara dan justeru itu memainkan peranan penting dalam pemulihan ekonomi negara. ", "Kerajaan menyedari banyak perniagaan kecil yang memerlukan modal untuk memulakan semula operasi tetapi berdepan kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan,oleh itu, ia telah memperuntukkan sebanyak RM1.8 bilion menerusi pelbagai skim pembiayaan mikro kredit. ", "“Ini termasuklah Skim Pinjaman Informal dan Mikro TEKUN, yang membolehkan pekerja tidak formal atau perusahaan mikro untuk meminjam sehingga RM10,000 dengan moratorium 12 bulan dan kadar faedah sifar peratus.", "“Ini adalah tambahan kepada pelbagai skim mikro kredit yang akan dilaksanakan oleh Bank Simpanan Nasional dan Agrobank,” katanya.", "Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sejumlah RM14.2 bilion diperuntukkan termasuk dana khas Bank Negara Malaysia terutamanya Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar yang telah dinaikkan sebanyak RM2 bilion.", "Selain itu, institusi lain seperti SME Bank, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Bank Pembangunan Malaysia Bhd, AgroBank, MIDF dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga akan menyediakan dana bagi PKS.", "“Semua inisiatif ini bertujuan bukan sekadar untuk membantu perniagaan memulakan semula operasi tetapi juga menyediakan ruang bagi mereka untuk membina daya tahan terutamanya dalam peralihan kepada norma baharu,” katanya.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/399946
Zahid nasihat Datuk Seri serang RELA serah diri
[ "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan seorang Datuk Seri supaya menyerah diri selepas lelaki itu dipercayai mencederakan tiga anggota RELA baru-baru ini.", "Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, walaupun Datuk Seri itu belum ditahan ketika ini pihak berkuasa memang tahu lokasi suspek terbabit.", "\"Jadi sebelum polis menangkap dia, lebih baik dia tampil dan menyerah,\" katanya seperti dipetik theSun.", "theSun", "Semalam Malaysiakini menyiarkan laporan mengenai tiga anggota RELA cedera selepas didakwa di pukul seorang Datuk Seri berhampiran sebuah tokong di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.", "Malaysiakini", "Memetik laporan Bernama kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 pagi membabitkan tiga petugas RELA yang berusia antara 19 hingga 27 tahun.", "Bernama", "Mereka dikatakan cedera pada kepala, mata dan perut.", "Kekecohan berlaku apabila seorang anggota RELA terbabit meminta sebuah kereta Toyota Vellfire milik suspek dialihkan kerana mengganggu lalu-lintas.", "Lelaki itu kemudian marah, menepuk meja serta memaki petugas RELA sebelum mengugut untuk mencederakan mangsa.", "Dua rakan mangsa cuba meleraikan keadaan namun suspek didakwa memukul dan menendang mereka.", "Kejadian tersebut dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Ampang.", "dirakamkan menerusi kamera litar tertutup", "Kata Ahmad Zahid polis sudah mengenal pasti suspek berdasarkan rakaman CCTV", "\"Saya ingin tegaskan bahawa semua orang - sama ada dia mempunyai jawatan atau tidak - tertakluk kepada undang-undang negara ini.", "\"Gelaran tidak memberikan seseorang lesen untuk menyerang orang lain, terutama anggota berpakaian seragam,\" katanya.", "Difahamkan suspek terbabit baru berusia 29 tahun.", "[Baca berita penuh]", "[Baca berita penuh]" ]
https://www.malaysiakini.com/news/211847
Projek Rapid: NGO kaji isu pemindahan penduduk
[ "\nNGO Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (MANTAP) akan mengadakan satu lagi kaji selidik ke atas 28,050 penduduk di Pengerang, Johor bagi mendapat maklum balas berhubung\n\n\n\nProjek Petrokimia Bersepadu (Rapid)\n\n.\n", "\n\n\nProjek Petrokimia Bersepadu (Rapid)\n", "\n", "\nTimbalan pengerusinya Mazlan Aliman berkata kaji selidik yang bermula pada 1 November itu turut meliputi soal pemindahan penduduk dan pengambilan tanah kawasan perkampungan tradisi yang terlibat dengan tapak projek tersebut.\n", "\n\nKatanya, maklum balas daripada kajiselidik itu akan digunakan oleh barisan peguam itu untuk memohon penangguhan projek itu daripada mahkamah.\n", "", "\nBercakap dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini, timbalan pesuruhjaya PAS Johor itu berkata kaji selidik itu juga membolehkan penduduk diberikan gambaran yang jelas berhubung projek tersebut.\n", "\nBeliau menjangkakan penduduk kampung tersebut akan mula dipindahkan selepas mahkamah memutuskan permohonan yang dibawa oleh penduduk berkenaan.\n", "\n\"Selepas mengambil kira semua prosedur ini, dijangka selewat-lewatnya Mac ini kerja-kerja pemindahan (akan) dilakukan.\n", "\n\"Jadi perlu bagi kita memohon (dan) mendesak supaya projek itu ditangguhkan, untuk mendengar hujah majoriti penduduk Pengerang, termasuk kenapa projek ini tidak dipindahkan ke kampung (Menteri Besar) Datuk Abdul Ghani Othman?,\" katanya.\n", "\nMazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata pelbagai struktur bangunan, prasarana, sekolah, tanah perkuburan Islam dan Jirat Cina, serta tempat ibadat bakal berdepan dengan perobohan jika pengambilan tanah untuk projek berkenaan diteruskan.\n", "\n\nKetika dihubungi\n\nMalaysiakini\n\nselepas itu, Mazlan berkata kajian MANTAP sebelum ini menunjukkan  majoriti penduduk membantah pengambilan tanah tersebut.\n", "", "\nMalaysiakini\n", "\n\"Selepas kita buat kaji selidik dan mendapatkan tandatangan, kita akan gunakannya untuk memohon penanggguhan di mahkamah,\" katanya ketika dihubungi.\n", "\nSementara itu, MP Kubang Kerian Salahuddin Ayub berkata PAS akan menulis surat kepada Menteri Besar Johor Datuk Johor Datuk Abdul Ghani Othman untuk berdialog untuk mendapatkan pendirian sebenar kerajaan berhubung pengambilan tanah penduduk.\n", "\nSalahuddin yang juga pengerusi MANTAP dan naib presiden PAS berkata beliau akan menulis surat itu atas kapasitinya sebagai ahli parlimen.\n", "\n\"Sekiranya tidak ada jawapan, saya juga berhasrat untuk menghantar surat untuk berdialog kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin...supaya beliau mengambil berat tentang isu Pengerang,\" katanya.\n", "\nRapid yang melibatkan pelaburan RM60 bilion itu mempunyai kapasiti untuk menapis 300,000 tong minyak mentah import sehari dan akan menawarkan 4,000 peluang pekerjaan tetap.\n", "\nProjek yang bakal dilaksanakan menjelang pertengahan 2013, iaitu selepas Petronas membuat keputusan terakhir pelaburan itu, juga akan memerlukan lebih kurang 40,000 pekerja kontrak untuk pembinaan.\n", "\n\n\n\n\n", "\n\n\n", "\n", "\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/615806
KDN mahu bentang semula usul lanjutkan subseksyen Sosma
[ "Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dijangka membentangkan semula usul untuk melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 - atau Sosma - sekali lagi.", "Langkah itu diambil selepas blok kerajaan gagal mendapat sokongan mencukupi bagi meluluskannya di Dewan Rakyat pada Rabu. ", "Subseksyen itu membenarkan seseorang suspek ditahan sehingga 28 hari tanpa perlu dihadapkan ke majistret. Ia dijadualkan luput pada 31 Julai 2022", "“Saya sedang lihat bagaimana kami dapat bentangkan semula. Kami kesuntukan masa. ", "“(Sesi) Ogos terlalu lewat kerana ia sudah luput. Kerajaan kena lihat bagaimana untuk melakukannya,” kata Hamzah seperti dipetik The Star. ", "The Star", "Tambah ahli parlimen Larut itu, perkara berkenaan akan dibincangkan dengan pegawai perundangan untuk menentukan langkah seterusnya. ", "Pada Rabu, semasa perbahasan di Dewan Rakyat, Hamzah bersetuju ada beberapa aspek dalam undang-undang itu harus disemak semula untuk ditambah baik, terutamanya dari segi hak asasi tahanan. ", "Misalnya, pembezaan hari maksimum penahanan seseorang suspek di bawah Sosma mengikut jenis kesalahan yang ia disiasat. ", "Namun, Hamzah berkata semakan atas beberapa perkara yang dibangkitkan pembahas boleh dibincangkan kemudian, dan meminta perwakilan meluluskan dahulu lanjutan subseksyen berkenaan pada hari itu. ", "Namun, usaha Hamzah gagal apabila hanya 85 ahli parlimen menyokong, berbanding 86 yang tidak bersetuju. Seramai 49 lagi tidak hadir. " ]
https://www.malaysiakini.com/news/581268
STPM 2020: 741 calon capai PNGK 4.00, 554 darinya B40
[ "", "Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 sedikit merosot dengan 741 calon mendapat Pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 berbanding 802 calon pada 2019.", "Bagaimanapun, peratusan golongan B40 bagi pencapaian itu meningkat kepada 74.76 peratus atau 554 calon berbanding 73.19 peratus (587 calon) pada 2019. ", "Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Dr Wahid Razzaly berkata secara keseluruhan, PNGK Nasional STPM 2020 meningkat 0.01 peratus daripada 2.77 pada 2019 kepada 2.78. ", "\"Daripada 741 calon yang mendapat PNGK 4.00, 23 calon telah mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil dan 718 calon telah mendapat 4A dalam mata pelajaran yang diambil.", "\"Namun, dari segi pencapaian calon secara keseluruhannya, pencapaian calon STPM 2020 dianggap masih sama dengan pencapaian calon STPM 2019 kerana perbezaan peningkatannya yang sangat kecil,\" katanya ketika pengumuman keputusan STPM 2020 yang diadakan secara maya hari ini.", "Sementara itu, Wahid berkata seramai 44,704 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2020 dengan kehadiran seramai 42,983 calon dan daripada jumlah kehadiran itu 42,809 adalah calon sekolah kerajaan, calon sekolah swasta (95), calon persendirian (65) manakala 14 calon sekolah kerajaan negeri.", "", "Beliau berkata peratusan calon yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran turun iaitu daripada 73.67 peratus (33,021 calon) pada 2019 kepada 72.97 peratus (31,366 calon) pada STPM 2020.", "“PNGK calon bandar masih mengatasi calon luar bandar dengan masing-masing PNGK 2.80 dan 2.78 dan jurang pencapaian antara calon bandar dengan calon luar bandar juga sama dengan STPM 2019, iaitu sebanyak 0.02 mata,” katanya. ", "Beliau berkata peperiksaan STPM kali ini menyaksikan mata pelajaran Tahfiz Al-Quran yang ditawarkan buat pertama kali dengan 63 daripada 69 calon berjaya menghafaz keseluruhan 30 juzuk Al-Quran. ", "“Calon yang berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran ini akan menerima Sijil Hafazan dari MPM selain daripada Sijil STPM,” kata beliau. ", "Antara medium untuk calon menyemak keputusan masing-masing adalah menerusi pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK dan perkhidmatan SMS ringkas dengan menaip STPMNo. K/PAngka Giiiran dan hantar ke 68886 mulai hari ini. ", "Wahid memaklumkan sijil STPM akan diedarkan dalam tempoh dua bulan.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/527231
207 pendatang asing positif Covid-19 - Imigresen
[ "Seramai 207 daripada 13,929 pendatang tanpa izin yang ditahan di tiga Depot Tahanan Imigresen di Semenanjung Malaysia didapati positif jangkitan virus Covid-19.", "Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata daripada jumlah itu, 110 daripadanya telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) untuk mendapatkan rawatan.“Baki pendatang yang positif jangkitan itu masih lagi berada di tiga buah Depot Tahanan Imigresen iaitu di Bukit Jalil, KLIA dan Semenyih,” katanya.Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mengiringi lawatan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ke pusat kuarantin berkenaan, di Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.Pada masa yang sama, katanya, seramai 238 pegawai imigresen yang bertugas di tiga depot tahanan terlibat dikenakan perintah kuarantin selama 14 hari dan tugas kawalan diambil alih pegawai imigresen negeri yang berkaitan.Khairul Dzaimee memaklumkan setakat ini terdapat seramai 14,496 pendatang tanpa izin di depot tahanan negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak.Sementara itu, Ismail Sabri, berkata lawatannya ke pusat kuarantin itu bagi melihat kemampuan tempat berkenaan menampung pesakit COVID-19 jika jumlahnya meningkat.Beliau berkata pusat itu berkemampuan untuk menampung seramai 600 pesakit dan kerajaan telah pun mengenal pasti beberapa lagi pusat kuarantin lain untuk menempatkan pendatang tanpa izin ini jika bilangan mereka meningkat.- Bernama ", "Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata daripada jumlah itu, 110 daripadanya telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) untuk mendapatkan rawatan.“Baki pendatang yang positif jangkitan itu masih lagi berada di tiga buah Depot Tahanan Imigresen iaitu di Bukit Jalil, KLIA dan Semenyih,” katanya.Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mengiringi lawatan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ke pusat kuarantin berkenaan, di Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.Pada masa yang sama, katanya, seramai 238 pegawai imigresen yang bertugas di tiga depot tahanan terlibat dikenakan perintah kuarantin selama 14 hari dan tugas kawalan diambil alih pegawai imigresen negeri yang berkaitan.Khairul Dzaimee memaklumkan setakat ini terdapat seramai 14,496 pendatang tanpa izin di depot tahanan negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak.Sementara itu, Ismail Sabri, berkata lawatannya ke pusat kuarantin itu bagi melihat kemampuan tempat berkenaan menampung pesakit COVID-19 jika jumlahnya meningkat.Beliau berkata pusat itu berkemampuan untuk menampung seramai 600 pesakit dan kerajaan telah pun mengenal pasti beberapa lagi pusat kuarantin lain untuk menempatkan pendatang tanpa izin ini jika bilangan mereka meningkat.- Bernama ", "Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata daripada jumlah itu, 110 daripadanya telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) untuk mendapatkan rawatan.“Baki pendatang yang positif jangkitan itu masih lagi berada di tiga buah Depot Tahanan Imigresen iaitu di Bukit Jalil, KLIA dan Semenyih,” katanya.Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mengiringi lawatan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ke pusat kuarantin berkenaan, di Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.Pada masa yang sama, katanya, seramai 238 pegawai imigresen yang bertugas di tiga depot tahanan terlibat dikenakan perintah kuarantin selama 14 hari dan tugas kawalan diambil alih pegawai imigresen negeri yang berkaitan.Khairul Dzaimee memaklumkan setakat ini terdapat seramai 14,496 pendatang tanpa izin di depot tahanan negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak.Sementara itu, Ismail Sabri, berkata lawatannya ke pusat kuarantin itu bagi melihat kemampuan tempat berkenaan menampung pesakit COVID-19 jika jumlahnya meningkat.Beliau berkata pusat itu berkemampuan untuk menampung seramai 600 pesakit dan kerajaan telah pun mengenal pasti beberapa lagi pusat kuarantin lain untuk menempatkan pendatang tanpa izin ini jika bilangan mereka meningkat.- Bernama ", "Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata daripada jumlah itu, 110 daripadanya telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) untuk mendapatkan rawatan.", "“Baki pendatang yang positif jangkitan itu masih lagi berada di tiga buah Depot Tahanan Imigresen iaitu di Bukit Jalil, KLIA dan Semenyih,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mengiringi lawatan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ke pusat kuarantin berkenaan, di Kuala Lumpur, hari ini.", "Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.", "", "", "", "", "", "Khairul Dzaimee memaklumkan setakat ini terdapat seramai 14,496 pendatang tanpa izin di depot tahanan negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak.", "Sementara itu, Ismail Sabri, berkata lawatannya ke pusat kuarantin itu bagi melihat kemampuan tempat berkenaan menampung pesakit COVID-19 jika jumlahnya meningkat.", "Beliau berkata pusat itu berkemampuan untuk menampung seramai 600 pesakit dan kerajaan telah pun mengenal pasti beberapa lagi pusat kuarantin lain untuk menempatkan pendatang tanpa izin ini jika bilangan mereka meningkat.", "- Bernama", "- Bernama", " " ]
https://www.malaysiakini.com/news/423437
10,000 berhujan di ceramah HARAPAN
[ "PRU14 | Kira-kira 10,000 hadir di program 'Tsunami Rakyat' anjuran Pakatan Harapan (HARAPAN) semalam di Hulu Kelang.", "PRU14 |", "Program itu mencatatkan antara kehadiran tertinggi siri kempen pakatan pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU) yang berbaki dua hari saja lagi.", "Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad tiba pada pukul 10.30 malam disambut laungan slogan \"Hidup Tun!\" dan kerlipan lampu telefon sambil diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.", "Dr Mahathir dalam ucapannya memuji hadirin yang sanggup berhujan dan menyifatkan ia menunjukkan rakyat bersungguh-sungguh mahu menukar kerajaan.", "Bekas perdana menteri itu juga mendakwa BN mungkin menggunakan taktik kotor sekiranya HARAPAN hanya menang dengan majoriti tipis.", "Pengacara majlis sebelum itu mengumumkan bahawa 70,000 pengguna media sosial sedang menonton ceramah secara langsung.", "Terdahulu, hadirin tiba seawal 8 malam menunggu ketibaan barisan pemimpin HARAPAN yang dijadual hadir. Sekitar 8.30 malam hujan mula turun, namun hadirin dilihat tidak berganjak.", "Antara yang sempat berucap adalah anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang dalam ucapannya menggesa hadirin agar memikirkan masa depan anak-anak mereka.", "\"Beri HARAPAN peluang untuk selamatkan negara,\" katanya.", "Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut mengambil alih pentas berkata, masa untuk BN sudah habis dan kemenangan semakin hampir buat HARAPAN.", "Sementara Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam ucapannya berkata kehadiran rakyat pelbagai bangsa membuktikan bahawa rakyat bersatu padu.", "Mohamed Azmin menekankan bahawa orang Melayu tidak perlu rasa terancam kerana menurutnya HARAPAN akan bersikap adil kepada semua bangsa.", "Bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz yang sekali lagi tampil di pentas HARAPAN pula berkata skandal 1MDB menjadi isu \"paling laris\" di seluruh dunia.", "Program yang bertempat di padang bola sepak AU2, Taman Keramat itu turut menampilkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, bekas menteri Tun Daim Zainuddin dan sasterawan negara Datuk A Samad Said." ]
https://www.malaysiakini.com/news/661045
Kerajaan cadang peruntuk RM104 juta bagi pembangunan Kg Baru Cina
[ "Kerajaan bercadang untuk memperuntukkan sebanyak RM104 juta bagi tujuan pembangunan Kampung Baru Cina di Semenanjung Malaysia, Dewan Negara diberitahu hari ini. ", "Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata jika Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) diluluskan di peringkat Dewan Negara, kementeriannya akan melihat kepada empat bidang utama dalam usaha pembangunan berkenaan. ", "“Pertama ialah soal pembangunan infrastruktur asas di Kampung Baru Cina iaitu pelaksanaan projek-projek pembangunan bersakala kecil bagi menyediakan kemudahan infrastruktur asas dan kemudahan sosial bagi memastikan kesejahteraan penduduk kampung.", "“Kedua ialah mempromosikan produk-produk Kampung Baru Cina iaitu mengenal pasti produk keluaran kampung baru yang berpotensi untuk dikomersialkan dengan menaik taraf dari segi pembungkusan dan pemasaran supaya ia lebih menarik dan berdaya saing,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.", "Beliau berkata, kementerian juga bercadang menjadikan Kampung Baru Cina yang berpotensi sebagai destinasi pelancongan melalui pelaksanaan projek-projek pembangunan bagi menjana pendapatan penduduk kampung dan merancakkan aktiviti ekonomi setempat. ", "“Kita juga akan mengadakan program keceriaan Kampung Baru Cina iaitu menggunakan pendekatan dari bawah ke atas yang melibatkan pemimpin tempatan dan penduduk kampung bersama-sama mengindah dan menceriakan kampung bagi memastikan persekitaran yang kondusif dan bersih,” katanya. ", "Beliau berkata daripada peruntukan itu, kementerian menyasarkan sebanyak RM67.38 juta bagi pembangunan infrastruktur, RM5 juta bagi bantuan baik pulih rumah, RM1.12 juta untuk pembinaan rumah baharu dan sebanyak RM10.5 juta bagi pembiayaan penduduk melibatkan bantuan dana dan pinjaman mikro . ", "Terdahulu, media melaporkan pada 2021 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM84 juta bagi pembangunan Kampung Baru Cina membabitkan kemudahan infrastruktur dan komuniti.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/245752
Mukhriz kesal petugas Pemuda PAS tumbuk Wanita Umno
[ "\nMenteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir melahirkan rasa kesal dengan insiden petugas jentera Pemuda PAS menumbuk seorang anggota Wanita Umno pagi ini, ketika proses pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sejak berjalan, lapor\n\nBernama\n\n.\n", "\nBernama\n", "\n\"Provokasi yang berlaku sama ada oleh orang luar atau orang (DUN) Sungai Limau, kesannya sama sahaja kerana ia memberi kesan negatif kepada pengundi BN (Barisan Nasional). Kita tidak beri respons setimpal, tidak perlu tindak balas.\n", "\n\"Sifat ini perlukan tahap kesabaran tinggi. Dari mula kempen PAS menguar-uarkan kempen politik damai dan kita harap dapat diterjemahkan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Kita berprasangka baik dengan harapan pilihan raya kecil ini berjalan dalam suasana berhemah dan beradab,\" katanya ketika ditemui di Pekan Simpang Tiga, Sungai Limau di Yan hari ini.\n", "\nKetua Wanita Umno Bahagian Seputeh Datuk Azizah Abdul Samad hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan berhubung Anggota Jawatankuasa Wanita Bahagian Batu Norsidah Abu Bakar mendakwa ditumbuk seorang petugas jentera Pemuda PAS di Sekolah Ulu Sedaka.\n", "\nSementara itu, Mukhriz berkata PAS masih menggunakan taktik menakut-nakutkan pengundi keluar mengundi.\n", "\n\"Keadaan jadi tidak terkawal. Empat, lima insiden yang berlaku sepatutnya boleh dielakkan tetapi ia terus berlaku bagi menakutkan pengundi,\" katanya.\n", "\nKatanya taktik lain digunakan penyokong PAS dengan keluar beramai-ramai serta meletak kenderaan di tepi-tepi jalan supaya keadaan menjadi sesak dan menyusahkan pengundi.\n", "\nMukhriz berharap polis segera mengambil tindakan mengatasi masalah trafik supaya lebih lancar.\n", "\n\n\n", "\n", "\n", "\nBekas anggota parlimen Padang Terap itu menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk siasatan lanjut.\n", "\n\"Saya serahkan kepada polis untuk siasat perkara ini,\" katanya kepada\n\nMalaysiakini\n\n.\n", "\nMalaysiakini\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/228869
Polis tahan dua lelaki disyaki godam laman web
[ "\nPolis menahan dua lelaki tempatan kerana  disyaki menggodam dua laman web milik kerajaan, dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Raja Laut, di Kuala Lumpur, Selasa lepas.\n", "\nPengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata dua laman web yang digodam suspek itu ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM), yang masing-masing membuat laporan pada 27 Dis 2012 dan 18 Feb lepas.\n", "\nKatanya suspek pertama berusia 33 tahun, merupakan usahawan manakala rakannya, 28, seorang pakar komputer.\n", "\n\"Laporan berkenaan dibuat oleh pegawai JPN bahagian kad pengenalan yang mendakwa satu surat palsu dihantar kepada beberapa cawangan JPN di seluruh negara mengarahkan semua kad pengenalan MyKad dan MyKid yang tidak dituntut dalam tempoh 18 bulan, dihantar ke sebuah alamat di Keningau, Sabah untuk perhatian seseorang.\n", "\n\"Arahan itu dikeluarkan menerusi e-mel, katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.\n", "\nSyed Ismail berkata suspek turut disyaki terlibat menggodam sistem komputer JPM, dan polis telah menerima laporan daripada JPM, mengatakan bahawa sistem e-Akhbar dan e-Press digodam pihak tidak bertanggungjawab.\n", "\n\"Mereka mempunyai kemahiran terperinci menggodam dan polis menyiasat laporan itu mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997, dan kita percaya suspek dapat membantu siasatan.\n", "\n\"Antara barangan milik suspek yang dirampas ialah empat komputer riba, tiga telefon bimbit, cakera keras luaran, pemacu luaran,\" katanya sambil menambah suspek kini ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi meneruskan siasatan.\n", "\n-\n\nBernama\n\n", "\nBernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/597592
Kes bunuh Zulfarhan: Nasib 18 penuntut UPNM diketahui esok
[ "Nasib 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain akan diketahui esok sama ada mereka didapati bersalah atas pertuduhan itu atau dibebaskan.", "Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 10 pagi esok.", "Pada 8 April lepas, pembelaan menutup kesnya selepas memanggil 18 penuntut UPNM dan dua saksi lain iaitu Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan dan penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni pada prosiding membela diri yang bermula 2 Okt 2019.", " Pendakwaan telah mengemukakan 31 orang saksi termasuk Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad serta dua saksi yang melihat perbuatan menekap seterika wap ke badan mangsa iaitu Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah, kedua-duanya penuntut UPNM, pada perbicaraan yang bermula 29 Jan 2018.", "Kes itu dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh bersama Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Datuk Ranjit Singh Dhillon, Amer Hamzah Arshad, Datuk Hazman Ahmad, Zamri Idrus, Fadly Hashim, Datuk Seri M Ramachelvam dan Datuk Hazizah Kassim.", "Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM, yang kesemuanya berusia 25 tahun, membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan terhadap 18 tertuduh itu.", "Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.", "Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, 22 Mei 2017.", "Pertuduhan adalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.", "Mereka bersama 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.", "Mereka dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.", "Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi hingga 5.30 pagi 21 Mei 2017.", " Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/347743
Ini bukan Islam, PM kutuk serangan berhampiran Masjid Nabawi
[ "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membidas serangan pengganas ke atas Arab Saudi, termasuk di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah, tapak kedua paling suci dalam Islam.", "Menulis di Twitter, katanya tindakan itu melanggar ajaran Islam.", "\"Kami mengutuk perbuatan keji tersebut terutamanya di kawasan Masjid Nabawi, di kota suci Madinah. Ini bukan Islam,\" katanya.", "Terdahulu, perdana menteri menerusi Twitter berkata beliau terkejut menerima berita mengenai serangan terbaru itu.", "\"Pagi ini, saya sekali lagi terkejut apabila menerima berita pengeboman di tiga bandar di Arab Saudi,\" katanya.", "Malaysia juga telah berdepan dengan serangan pengganas IS pertama, dengan polis mengesahkan bahawa bom tangan yang meletup di sebuah kelab malam di Puchong mempunyai kaitan dengan kumpulan itu.", "Serangan itu menyebabkan lapan orang cedera.", "Di Arab, sekurang-kurangnya empat pegawai keselamatan terbunuh dalam serangan berkenaan.", "[Baca berita penuh]", "[Baca berita penuh]" ]
https://www.malaysiakini.com/news/511669
NGO pro-Anwar nafi adakan demonstrasi tuntut peralihan kuasa
[ "Sebuah NGO pro-PKR menafikan akan mengadakan demonstrasi menuntut peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim di Putrajaya petang ini.", "Dalam satu kenyataan, Setiausaha Jingga 13, Afzainizam Rahman berkata poster yang memaparkan \"demonstari aman menuntut Peralihan Kuasa PM8\" yang disebarkan di media sosial itu, adalah palsu.", "Menurut poster berkenaan, demonstrasi itu dianjurkan bersama oleh Otai Reformasi, Anwar Ibrahim Club (AIC) dan Jingga 13 Malaysia.", "Demonstrasi itu dikatakan akan diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di mana Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat malam ini.", "Sebelum itu, enam pemimpin tertinggi PH akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu peralihan kuasa.", "Poster berkenaan turut memaparkan gambar beberapa ahli politik. ", "Mereka ialah bekas senator dan bekas pembantu Anwar, Mohamad Ezam Mohamad Nor, Adun Ijok, Dr Idris Ahmad, bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Fariz Musa, Anggota Parlimen Selayang, William Leong dan aktivis Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, yang juga dikenali sebagai Jonah.", "\"Ini adalah satu usaha jahat mereka yang semakin terdesak sehingga sanggup melakukan satu tindakan fitnah bagi tujuan merosakkan nama baik dan reputasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan individu-individu serta NGO yang berdiri teguh bersama beliau.", "\"Permainan politik desperado, jijik dan kotor ini adalah bagi mewujudkan dan mencipta pertembungan, ketegangan dan perselisihan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan niat menggagalkan peralihan kuasa Perdana Menteri berlaku dengan aman dan harmoni,\" katanya." ]
https://www.malaysiakini.com/news/377609
Syukur dapat bawa pulang 9 rakyat M'sia, kata juruterbang
[ "Detik yang melegakan bagi juruterbang Leftenan Kolonel Hasrizan Kamis ialah apabila pesawat yang membawa sembilan rakyat Malaysia mendapatkan 'lampu hijau' untuk berlepas dari Lapangan Terbang\nAntarabangsa Pyongyang.", "", "Pesawat Bombardier Global Express milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu sepatutnya berlepas pada pukul 6.30 petang waktu Malaysia Khamis namun jadual penerbangan itu ditunda kepada 7.45 malam (waktu Malaysia).", "\"Puncanya tidak diketahui tapi memandangkan kita berada di negara orang, kita ikut sahaja kehendak mereka,\" katanya yang ditemui media selepas berjaya mendaratkan pesawat itu dengan selamat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal Jumaat.", "Pesawat khas itu ditugaskan untuk misi membawa pulang petugas kedutaan Malaysia di Korea Utara dan ahli keluarga mereka selepas dihalang meninggalkan negara itu susulan krisis diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang.", "Hasrizan dan kru penerbangan, yang dimaklumkan mengenai tugasan tersebut pada Isnin lepas, tidak memakai pakaian seragam TUDM, sebaliknya hanya berpakaian kru penerbangan biasa kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pihak berkuasa negara itu.", "Pesawat itu singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Fuzhou Changle di China untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke Malaysia, katanya.", "\"Syukurlah akhirnya kita sampai Malaysia walaupun ada tunda,\" katanya.", "Ini merupakan misi kedua seumpamanya dilaksanakan Hasrizan selepas misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Libya pada 2011.", "Pesawat membawa sembilan rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA pada pukul 5.03 pagi ini.", "Mereka ialah pembantu peribadi duta besar, Noor Saaidah Jamaluddin, 29; suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan; S. Nirmala Malar Kodi, 45, (Pegawai Tadbir); Mohd Nor Azrin Md Zain, 37, (Kaunselor), isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynor Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.", "Krisis hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tercetus selepas Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol diarahkan pulang kerana mengkritik pihak berkuasa negara ini berhubung penyiasatan kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.", "Pada 13 Feb lepas lepas, Jong-nam didakwa dibunuh oleh dua wanita warga asing ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki pesawat ke Macau.", "- Bernama", "Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/248908
Najib: Saya tak kata negara bankrap tanpa GST
[ "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan bahawa negara akan muflis jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan.", "Menurutnya, kenyataannya pada akhir November lalu disalah petik dalam laporan akhbar.", "", "Katanya, beliau menerima kesilapan tersebut sebagai salah satu dari risiko kerjayanya sebagai ahli politik.", "Jelasnya, beliau hanya menegaskan bahawa Malaysia berisiko menjadi seperti Greece jika negara terus boros berbelanja tanpa mengambil kira jumlah pendapatan yang dipungut.", "\"Saya kata jika kita belanja tanpa henti tanpa kutipan cukai yang cukup, kita akan jadi macam Greece.", "\"Saya tak kata tanpa GST negara bankrap,\" katanya pada majlis penghargaan bersama pesara kanan kerajaan di Putrajaya tengah hari tadi.", "Laporan The Star bertajuk 'Najib: It's either GST or facing bancruptcy' pada 25 November memetik Najib sebagai berkata, Malaysia perlu melaksanakan GST jika mahu Malaysia menjauhi risiko muflis seperti negara Greece jika terus meminjam wang.", "Pada hari yang sama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sewaktu sidang Dewan Rakyat pula menjelaskan kedudukan kewangan negara masih stabil.", "Menurutnya, hutang negara berada pada kadar 53.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar sehingga akhir September jumlah RM529.6 bilion itu disifatkan Ahmad sebagai masih terkawal.", "terkawal", "terkawal", "Kenyataan bercanggah kedua-dua pemimpin tersebut menjadi sasaran MP Pakatan Rakyat yang mendesak perdana menteri menjelaskan kedudukan kewangan negara.", "mendesak", "mendesak", "Para MP berkenaan juga menuntut Najib menjelaskan dan sama ada Malaysia berhadapan risiko muflis atau dalam kedudukan kewangan yang selesa." ]
https://www.malaysiakini.com/news/593566
Bilangan muflis mungkin 2 kali lebih ramai - pakar ekonomi
[ "Bilangan individu muflis sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) dari Mac 2020 hingga Julai lepas (2021) boleh jadi lebih tinggi daripada yang digambarkan data Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), kata pakar ekonomi Prof Madya Ahmed Razman Abdul Latiff.", "Bilangan individu muflis sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) dari Mac 2020 hingga Julai lepas (2021) boleh jadi lebih tinggi daripada yang digambarkan data Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), kata pakar ekonomi Prof Madya Ahmed Razman Abdul Latiff.", "Pengurus Pembangunan Perniagaan di Putra Business School (PBS) itu menganggarkan bilangan individu yang tidak mampu membayar hutang, mungkin dua kali ganda lebih ramai daripada data muflis yang direkodkan MdI bagi tempoh PKP iaitu seramai 10,317 orang. ", "Katanya, ini ekoran kerajaan pada Ogos tahun lalu telah meluluskan pindaan kepada nilai hutang minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan, dengan menaikkannya daripada RM50,000 kepada RM100,000, di bawah Seksyen 5 Akta Insolvensi 1967. ", "Oleh yang demikian, kata Razman, data itu hanya mengira bilangan orang muflis bagi hutang melebihi RM100,000 selepas pindaan itu berkuat kuasa, sedangkan orang muflis - tidak mampu membayar hutang - bagi hutang kurang daripada nilai ambang baru tidak diambil kira.", " ", "“Kita tak tahu sebenarnya berapa ramai yang sedang berhutang kurang dari RM100,000 (tetapi tak mampu membayarnya), kalau ikut nilai ambang lama sepatutnya mereka sudah diisytiharkan bankrap, tetapi (kini) belum lagi. Maknanya, kita tak nampak. ", "“Kemungkinan mereka yang menghadapi masalah kewangan ini mungkin dua kali ganda daripada apa yang dilaporkan, sebab nilai ambang itu telah dinaikkan, jadi ia menyembunyikan ramai yang berhutang dengan teruk, (tetapi) kurang daripada (nilai ambang) RM100,000,” katanya. ", "Dalam jawapan bertulis di Parlimen pada 27 Sep, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memetik data MdI bahawa seramai 10,317 individu diisytihar muflis sepanjang PKP dari Mac 2020 hingga Julai 2021 - atau 16 bulan - manakala 1,246 syarikat gulung tikar bagi tempoh sama.", "Data MdI menunjukkan seramai 3,684 orang muflis bagi tahun 2021 (sehingga Jun), dan 8,351 muflis bagi sepanjang tahun 2020 - ketara rendah berbanding tahun sebelum pindaan dilakukan iaitu 12,051 muflis (2019), 16,482 muflis (2018) dan 18,227 muflis (2017). ", "Bilangan muflis meningkat 4-6 bulan", "Bilangan muflis meningkat 4-6 bulan", "Namun, berdasarkan angka oleh MdI itu, Razman menjangkakan bilangan muflis akan menunjukkan peningkatan sekurang-kurangnya untuk tempoh empat hingga enam bulan akan datang.", "Ini kerana kadar keberhutangan isi rumah di Malaysia yang tinggi, pada kadar 89.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), untuk separuh pertama 2021. ", "Ini diburukkan lagi dengan wabak Covid-19 dan PKP, menyebabkan ramai orang hilang pekerjaan dan punca pendapatan, dengan jumlah pengangguran sebanyak 764,900 bagi suku kedua tahun ini, menyebabkan golongan ini tidak mampu melunaskan pinjaman mereka. ", "", "", "", "", "", "Kata Razman, pasaran rumah lelong yang menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus pada suku kedua berbanding suku pertama tahun ini juga menjadi petanda semakin ramai peminjam tidak mampu membayar pinjaman rumah. ", "Katanya, berdasarkan kajian tahun lalu, kerajaan menganggarkan tempoh empat ke enam bulan sebagai tempoh untuk individu dan perniagaan dapat pulih selepas ekonomi kembali dibuka. ", "Untuk rekod, kini semakin banyak kelonggaran diberikan buat pelbagai kegiatan ekonomi dan sosial, dan semakin banyak juga negeri beralih ke Fasa 3 dan 4 Pelan Pemulihan Negara. ", "Kini, tiada lagi negeri berada di Fasa 1 manakala Lembah Klang menjadi Fasa 3 bermula hari ini.", "Muflis, pengangguran - belia harus bersedia", "Muflis, pengangguran - belia harus bersedia", "Muflis, pengangguran - belia harus bersedia", "Berdasarkan data muflis dari 2017 hingga Jun 2021 oleh MdI, seramai kira-kira 14,200 orang daripada 58,795 orang muflis terdiri daripada golongan berusia bawah 34 tahun.", "Jabatan Perangkaan Malaysia pula menganggarkan seramai kira-kira 546,000 orang daripada 764,900 penganggur terdiri daripada kumpulan umur 15 hingga 34 tahun bagi suku kedua tahun ini. ", "Pelbagai program kesedaran dan pinjaman khusus untuk belia diperkenalkan bagi mengelakkan mereka terjerumus dalam lembah kemuflisan, lebih-lebih lagi golongan itu paling teruk terkesan oleh pengangguran.", "Bagi Razman, golongan belia harus belajar untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan baru untuk menceburi bidang ekonomi digital dan ekonomi gig. ", "Dia berpandangan Covid-19 telah mengubah landskap ekonomi khususnya buat golongan belia, dan bidang lebih mampan seperti perkhidmatan kesihatan, pendigitalan, automasi, kecerdasan pintar, dan sebagainya diramal akan menjadi bidang terkehadapan berbanding bidang lain. ", "“Sesiapa yang memiliki kemahiran dalam bidang-bidang ini akan mendapat manfaat yang tinggi,” katanya.", " ", "Belia juga, katanya, haruslah berani menawarkan perkhidmatan berdasarkan kepakaran mereka yang tidak hanya terhad pada pasaran tempatan, tetapi juga pasaran global. ", "Dia turut mengemukakan syor agar institusi kewangan mengenakan syarat pinjaman agar pinjaman yang dibuat oleh sesuatu perniagaan haruslah digunakan ke arah ekonomi tampak (real economy) bagi menggalakkan pengambilan pekerja baru.", "real economy", "“Bermakna mereka pinjam duit tu untuk engembangkan perniagaan, tambah kilang, lancarkan produk baru. Sebab apabila mereka guna duit itu untuk kembangkan perniagaan dan tambah kilang, bermakna mereka akan tambah pekerja. ", "“Tetapi kita tak mahu perniagaan mengambil hutan itu sebab nak kambus hutang lama, atau pun hendak membeli saham syarikat lain. Jika begitu, dia tidak menyumbang kepada ekonomi tampak.", "“Jadi kita kena pastikan pembiaya kewangan ni memberikan syarat bahawa akan berlakunya pengambilan pekerja baru akibat daripada pembiayaan kewangan mereka tersebut,” katanya. ", "Dia turut menyarankan kerajaan memberi tumpuan utama terhadap aspek peluang pekerjaan dalam Belanjawan 2022 yang akan datang." ]
https://www.malaysiakini.com/news/131577
AMK S'gor pelawa PERKASA duduk semeja
[ "\nAngkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mempelawa Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk duduk semeja bagi merangka perjuangan menuntut tanah  hakmilik Melayu yang didakwanya telah teraniaya dan tergadai semasa pemerintahan Umno/BN di negeri itu sebelum ini.\n", "\nKetua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berharap PERKASA menyahut seruan ini \"agar hak dan kepentingan Melayu yang dikatakan hilang boleh dikembalikan.\"\n", "\n\"Justeru, AMK Selangor menggesa PERKASA bersama-sama membongkar dan berusaha memperjuangkan nasib tanah rizab Melayu, perumahan rakyat terbengkalai, setinggan, rumah rakyat yang dirobohkan tanpa sebab serta pelbagai isu lain.\n", "\n\"Kita amat menyedari selama ini,  di Selangor yang pernah ditadbir oleh Umno/BN selama 50 tahun, telah banyak rumah, tanah dan hak kepentingan Melayu yang secara rakusnya dirampas atas nama pembangunan,\" kata Khairul Anuar dalam satu kenyataan hari ini.\n", "\n\"Malahan,AMK Selangor mengajak PERKASA agar tampil sebagai NGO yang bertanggungjawab serta tidak menjadi kuda tunggangan mana-mana pihak berkepentingan politik sempit .\n", "\n\"Kita yakin, PERKASA berani menyahut cabaran ini, jika tidak, (maka akan)  hilang wibawa yang selama ini mereka mahu tonjolkan sebagai kononnya memperjuangkan hak bumiputera,\" tegasnya lagi.\n", "\nSehubungan itu, Khairul Anuar menegaskan bahawa AMK Selangor akan terus berjuang untuk semua kepentingan rakyat dan keadilan pelbagai agama dan bangsa di negara ini.\n", "\n\"Malahan, kita tidak meminggirkan mana-mana bangsa di negara ini kerana kita yakin kepelbagaian antara bangsa adalah kekuatan unik untuk membawa negara ini lebih hebat dan makmur,\" tambahnya.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/444067
Rais Yatim: Anwar as DPM a chance to right 1998 wrongs
[ "Having PKR president-elect Anwar Ibrahim as deputy prime minister will present a second chance to make things right with his former political nemesis and now premier Dr Mahathir Mohamad.", "Elaborating on his previous tweet mooting the pairing, Bersatu’s Rais Yatim said today that the Mahathir-Anwar pairing would bring “outstanding” results...", "tweet", "tweet" ]
https://www.malaysiakini.com/news/655558
Family Frontiers sambut baik keputusan kabinet isu kerakyatan
[ "Family Frontiers mengalu-alukan keputusan kabinet yang bersetuju dengan cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membenarkan wanita Malaysia mewariskan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka yang lahir di luar negara.", "Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan hak asasi itu menyifatkan keputusan itu perkembangan ketara dalam mengiktiraf hak wanita Malaysia dan anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara.", "Kumpulan itu, yang lantang mengenai isu kewarganegaraan, menyatakan bahawa golongan wanita seumpamanya sebelum ini menghadapi cabaran besar dan layanan tidak adil dalam negara.", "“Sangat menggembirakan apabila melihat kerajaan komited untuk mengambil langkah penting ini bagi menangani isu yang berlarutan ini.", "“Kami kini mengharapkan perkenan Majlis Raja-Raja dan kelancaran pindaan itu di parlimen.", "\"Kami menggesa semua pihak berkepentingan yang berkaitan untuk bekerjasama bagi memastikan pindaan itu dilaksanakan tepat pada masanya dan berkesan,\" kata Family Frontiers.", "Keputusan itu juga disambut baik oleh ibu-ibu yang terkesan yang melihatnya sebagai berita positif yang mereka tunggu sejak sekian lama.", "Presiden Family Frontiers Suriani Kempe juga memuji keputusan Kabinet, namun menambah bahawa hanya selepas pindaan itu diluluskan, ibu warga Malaysia boleh bernafas lega.", "“Selepas itu, ibu-ibu boleh menyerahkan dokumen anak mereka ke JPN untuk menerima sijil kewarganegaraan. Tetapi kita pastinya berada di landasan yang betul,” kata Suriani.", "Family Frontiers juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kabinet, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.", "“Pertimbangan kabinet untuk memberikan wanita Malaysia hak untuk memberikan kerakyatan secara automatik kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara akan membawa kelegaan kepada semua keluarga yang terjejas di seluruh dunia.", "“Dengan pindaan ini, pelbagai halangan yang dihadapi ibu dan anak termasuk perpisahan keluarga, halangan untuk mengakses status pemastautin jangka panjang, pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sosial akan berakhir tidak lama lagi,” kata Family Frontiers.", "Malam tadi, Azalina dan Saifuddin memaklumkan dalam satu kenyataan bersama bahawa kabinet telah mengesahkan cadangan untuk menminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan.", "Pindaan itu membolehkan wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing mewariskan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka, termasuk mereka yang dilahirkan di luar negara.", "Pindaan itu dijangka akan diperkenalkan pada persidangan parlimen yang sedang berlangsung.", "[Baca berita penuh]", "Baca berita penuh", "Baca berita penuh" ]
https://www.malaysiakini.com/news/501549
Bom meletup di landasan kereta api di Narathiwat
[ "GLOBAL | Sebutir bom meletup di landasan kereta api di Daerah Sungai Padi, Narathiwat namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada awal pagi semalam.", "GLOBAL ", "Dalam kejadian kira-kira 5.50 pagi waktu tempatan (6.50 pagi waktu Malaysia), letupan itu telah menyebabkan kerosakan kira-kira satu meter pada landasan kereta api antara stesen Sungai Padi dan To Deng.", "Letupan itu telah menyebabkan perkhidmatan kereta api ke selatan Thailand terjejas. ", "Ketua Polis Daerah Sungai Padi, Kol Pol Apakorn Virupak-arak berkata bom buatan sendiri seberat 25 kilogram dipercayai dipasang pada tong gas dan diaktifkan dengan menggunakan wayar.", "“Letupan itu turut menyebabkan 14 perkhidmatan keretapi tergendala,” katanya.", "Beliau berkata siasatan awal polis mendapati seramai dua atau tiga individu terlibat dalam pemasangan bom tersebut.", "Berikutan letupan itu, kereta api dari Bangkok ke Sungai Kolok, Narathiwat terpaksa berhenti di stesen Tanyong Mat di Daerah Rangae dan perkhidmatan bas disediakan untuk menghantar para penumpang ke destinasi seterusnya. ", "Menurut State Railway Thailand, kerja-kerja pemulihan sedang giat dijalankan dan perkhidmatan kereta api dijangka pulih pada tengah hari esok.", "Sementara itu, Ketua Polis Thailand Pol Jen Chakthip Chaijinda telah mengarahkan polis di selatan Thailand mempertingkatkan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi seperti balai polis, bangunan kerajaan dan juga destinasi pelancongan.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/225173
Awang Adek akui jambatan perlu pembaikan
[ "\nTiada sebarang keretakan berlaku pada jambatan kedua Sultan Yahya Petra di Kota Bharu yang masih dalam pembinaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husin.\n", "\nBeliau berkata masalah yang berlaku bukan keretakan seperti yang didakwa kerajaan negeri, namun terdapat beberapa kawasan selekoh di atas jambatan yang tidak kukuh yang memerlukan penambahbaikan.\n", "\n\"Ia bukanlah masalah besar dan kita ambil kesempatan tersebut untuk memperkuatkan kawasan yang lemah. Kita jangka kerja baik pulih akan siap dalam masa dua minggu ini dan laluan akan dibuka pada pertengahan April depan,\" katanya selepas melawat jambatan bersama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha hari ini.\n", "\nAwang Adek berkata kontraktor yang dilantik kini giat membaik pulih tujuh selekoh sepanjang kira-kira 210 meter untuk diperkukuh dengan menggunakan besi tetulang.\n", "\nPengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman dilapor sebagai berkata kerajaan negeri mengesan terdapat keretakan pada penyambung pembinaan jambatan itu yang dikhuatiri boleh membahayakan nyawa orang ramai.\n", "\nKeretakan disah berlaku di penyambung di kawasan jajaran jambatan baru menghala Jalan Wakaf Siku, katanya.\n", "\nJambatan sepanjang 800 meter itu merupakan projek kerajaan persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan yang melibatkan kos kira-kira RM177 juta.\n", "\nMengulas lanjut, Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata kerajaan PAS Kelantan kini merasa tergugat dengan setiap pembangunan yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional di negeri itu.\n", "\n\"Pembangkang tak ada kerja. Kita yang buat jambatan untuk selesaikan masalah rakyat. Jadi bila kita selesaikan masalah rakyat, dia rasa tergugat. Jadi dia cari helah,\" katanya.\n", "\n-\n\nBernama\n\n", "\nBernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/192853
Felda guna pelabuhan Ashdod, tak eksport ke Israel
[ "\nKumpulan Felda tidak pernah mengeksport mana-mana produk ke Israel menerusi anak-anak syarikatnya termasuk Felda-Iffco Sdn Bhd (FISB), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini.\n", "\nBeliau berkata FISB hanya membuat penghantaran ke Palestin pada 2010 dan 2011 bagi memenuhi pesanan untuk pasaran tempatan dengan menggunakan pelabuhan Ashdod di Israel, kerana tidak mempunyai saluran penghantaran lain.\n", "\n\n\"Semua produk itu yang terdiri daripada minyak pukal dan lelemak adalah untuk dihantar ke Palestin,\" katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur.\n", "", "\nBeliau mengulas dakwaan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat yang mendakwa Felda mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel.\n", "\nAhmad menjelaskan FISB mula membuat penghantaran ke Palestin pada Mac 2010 manakala penghantaran terakhir dilakukan pada 9 Dis 2011 dengan nilai dagangan sekitar RM30 juta.\n", "\nMenurutnya invois bertarikh 7 Jan 2012 jelas menunjukkan bahawa FISB telah membuat penghantaran dengan menggunakan kapal Gallia V.1201 ke alamat, Ajjawi Commercial Stores Company, Jenin-Palestin melalui pelabuhan Ashdod.\n", "\nAhmad berkata semua jualan itu mempunyai permit eksport daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum penghantaran dibuat.\n", "\n\"Jualan produk minyak pukal dan lelemak adalah berdasarkan terma-terma kos, insurans dan pengangkutan,\" katanya.\n", "\nFISB, yang beribu pejabat di Pandamaran, Klang adalah sebuah syarikat multinasional usaha sama antara Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dan Kumpulan IFFCO, syarikat pemprosesan makanan yang berpusat di Sarjah, Emeriyah Arab Bersatu (UAE).\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/82656
Khairy nafi dakwaan berpakat dengan Anwar
[ "\n", "\nNaib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan kononnya beliau berpakat dengan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melobi ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti dan mewujudkan kerajaan baru dalam Pakatan Rakyat.\n", "\n", "\n\"Itu adalah mitos, fantasia. Kalau begitu senanglah, pakat kemudian dia (Anwar) jadi Perdana Menteri Ogos ini, dan saya timbalan perdana menteri...Alhamdulillah,\" katanya berseloroh.\n", "\n", "\nMenurut laporan Bernama, Khairy, yang juga ahli parlimen Rembau, enggan mengulas keputusan Pemuda Umno Pahang yang mencadangkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dalam pemilihan parti Disember ini.\n", "\n", "\nPemuda Umno Pahang berpendapat bahawa Khairy belum sesuai untuk menjadi\n", "\n", "\nKetua Pemuda dan mencadangkan beliau mempertahankan jawatan naib ketua yang beliau sandang sekarang.\n", "\n", "\n\"Kita bincang (perkara) itu kemudian,\" kata Khairy.\n", "\nSemalam, Utusan Malaysia melaporkan bahawa kesemua 14 bahagian Pemuda Umno Pahang akan mencalonkan Adnan Yaakob bertanding jawatan ketua pergerakan tersebut.\n", "\nKetua Pemuda Umno Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob berkata, pihaknya beranggapan Adnan merupakan calon terbaik bagi mengisi jawatan berkenaan kerana beliau seorang yang berkarisma dan memiliki personaliti tegas yang sesuai bagi mengawal golongan muda dalam parti.\n", "\n“Kesemua ketua Pemuda bahagian di Pahang telah bersetuju untuk mencalonkan Adnan dalam mesyuarat yang akan bermula Oktober depan,” katanya dalam laporan Utusan hari ini.\n", "\nMenurut Khairuddin, Pemuda Umno kini berhadapan dengan krisis kepercayaan untuk memilih pemimpin baru berikutan ketua sedia ada, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/366931
PNB umum dividen 6.75 sen bagi ASB, 5 sen untuk ASN
[ "Amanah Saham Nasional Bhd hari ini mengumumkan gihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.\n\nTahun lepas, syarikat mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.\n\nAnak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu turut mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, berbanding 6.10 sen seunit tahun lepas.\n\nPengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata prestasi ASB melebihi prestasi pasaran ekuiti negara yang mencatatkan jumlah pulangan negatif sebanyak -1.7 peratus.\n\n\"Tahun ini menandakan penurunan pasaran saham kali ketiga berturut-turut. FBM KLCI susut sebanyak 73 mata berbanding 1,692.5 mata pada 31 Disember 2015 kepada 1,619.1 mata pada 30 Nov, 2016,\" katanya dalam taklimat media di ibunegara hari ini.\n\n\"Prestasi pasaran keseluruhan dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk aliran keluar modal ke ekonomi maju, harga komoditi yang rendah, ketidaktentuan tukaran asing dan perkembangan dan geopolitik,\" katanya.\n\nMeskipun cabaran berkenaan, Abdul Wahid berkata ASB dapat mencapai pendapatan kasar sebanyak RM9.59 bilion setakat 30 November 2016.\n\nPendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan berjumlah RM4.16 bilion, keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM3.82 bilion dan baki RM1.60 bilion diperoleh daripada pelaburan dalam pelaburan jangka pendek dan pendapatan lain.\n\nSembilan juta pemegang unit ASB, memiliki lebih 143 bilion unit, akan menerima pengagihan pendapatan sebanyak RM9.78 bilion.\n\nPengagihan pendapatan keseluruhan bagi ASN berjumlah RM82.72 juta.\n\nMengenai masa hadapan, PNB, menjangka 2017 akan menjadi satu lagi tahun yang tidak menentu.\n\nAbdul Wahid bagaimanapun berkata pelaksanaan pelan strategik enam tahun akan terus memacu syarikat untuk memberikan pulangan yang mampan dan berdaya saing bagi pemegang unitnya.\n\nPelan berkenaan merangkumi usaha memperkasakan bumiputera sebagai sebahagian daripada agenda membina negara yang saksama dan inklusif.", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/278353
Tolong jangan pukul saya lagi, rayu Anwar
[ "\nKetua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu agar kejadian mata lebam tidak berulang sekiranya beliau dipenjarakan sekali lagi selepas rayuan akhirnya terhadap sabitan kes liwat pada 28 Oktober ini.\n", "\nAnwar berkata, jika beliau ditakdirkan dipenjarakan sekali lagi, \"tolong jangan pukul saya lagi.\"\n", "\nKetua pembangkang itu menegaskan demikian ketika berucap dalam ceramah di hadapan 2,000 orang di Seberang Jaya malam tadi\n", "\nMengimbau kembali insiden mata lebam ketika di Penjara Sungai Buloh, Anwar berkata, bekas Presiden Indonesia Habibie JB menelefon Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menyatakan kebimbangan beliau.\n", "\nHabibie, katanya, telah dimaklumkan oleh pihak intelligentsia beliau bahawa beliau (Anwar) teruk dipukul dalam penjara.\n", "\n \n", "\nKatanya, Mahathir menjawab bahawa negara ini mempunyai undang-undang dan dia tahu bagaimana mengendalikan urusan dalaman negara.\n", "\n \n", "\nWalaupun dalam keadaan hujan renyai, orang ramai menunggu mendengar ucapan 'selamat tinggal' Anwar sekiranya beliau akan ke penjara minggu depan.\n", "\n \n", "\nPada tahun 2006, Anwar dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama enam tahun kerana sabitan tuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan dengan tuduhan liwat pertama terhadapnya.\n", "\n \n", "\nAnwar telah disabitkan terhadap pertuduhan liwat kedua dan Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.\n", "\n \n", "\nBeliau memfailkan rayuan terhadap hukuman penjara itu dan Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan itu pada 28 dan 29 Oktober ini.\n", "\nAnwar berkata jika beliau dipenjarakan, Permatang Pauh akan menyaksikan pilihan raya kecil dan PKR akan meletakkan calon yang akan mendapat sokongan besar.\n", "\n \n", "\nBeliau berharap semasa pilihan raya itu, pengundi tidak akan melepaskan peluang untuk menegakkan prinsip-prinsip Pakatan iaitu keadilan untuk semua.\n", "\n \n", "\nMenurutnya, pemimpin datang dan pergi, tetapi hubungan Pakatan mesti stabil dan diperkuatkan.\n", "\n \n", "\nAnwar juga memohon doa dari rakyat untuk memberinya kekuatan tetapi berkata beliau yakin mampu menghadapi apa pun keputusan mahkamah nanti.\n", "\n\n[Baca berita penuh/asal]\n\n", "\n[Baca berita penuh/asal]\n", "\n \n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/84375
Azizah: Serah awal laporan RMK9
[ "\nKetua pembangkang meminta Dewan Rakyat menyerahkan Laporan Pertengahan Penggal Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) kepada semua anggota dewan \"sekurang-kurangnya seminggu\" sebelum persidangan bermula 23 Jun.\n", "\n\"Memandangkan jadual persidangan agak ketat dengan pelbagai aturan mesyuarat, saya mengesyorkan agar salinan Laporan RMK 9 tersebut dapat diserahkan kepada semua ahli dewan sekurang-kurangnya seminggu sebelum persidangan bermula,\" kata Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam suratnya hari ini kepada yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.\n", "\n\"Laporan RMK9 adalah dokumen penting yang menentukan hala tuju negara.\n", "\n\"Justeru masa yang mencukupi harus diberikan kepada ahli-ahli dewan untuk mengkaji, meneliti dan memahami laporan tersebut.\"\n", "\nMalaysiakini difahamkan, laporan tersebut akan diserahkan kepada semua ahli parlimen selepas dewan mula bersidang dan dipercayai dibincangkan selama seminggu.\n", "\nDr Wan Azizah juga berkata, ahli dewan wajar dibenarkan membuat penilaian semula cadangan-cadangan projek bawah RMK9 terutama selepas kenaikan harga petrol yang diumumkan minggu lepas.\n", "\nMenurut jurucakapnya, surat rasmi berhubung permintaan tersebut dihantar kepada Pandikar Amin jam 2.30 petang tadi.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/548978
Masih terlalu awal untuk anggap PH bakal sokong Belanjawan 2021
[ "Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata masih terlalu awal untuk mengatakan Pakatan Harapn (PH) akan menyokong Belanjawan 2021 yang dibentang Perikatan Nasional Jumaat ini.", "Jelasnya, mesyuarat PH bersama Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini baru rundingan pertama untuk menyatakan kesediaan bagi memberikan sokongan terhadap usul tersebut.", "Justeru kata ahli parlimen Kulim Bandar Baharu itu lagi, soalan mengenai sikap PH terhadap belanjawan berkenaan ketika ini dianggap pramatang.", "“Ia satu proses... [...] ada dua isu. Satu, bajet; dan satu lagi isu keabsahan,\" katanya. ", "Menurut Saifuddin lagi mengenai belanjawan PH menyampaikan pandangan mereka kepada Tengku Zafrul dan baru memulakan langkah berkaitan. ", "Dia ditemui pemberita selepas menghadiri pertemuan berkenaan di Kementerian Kewangan di Putrajaya. ", "Selain Saifuddin, ada lebih 10 pemimpin PH turut menghadiri mesyuarat selama kira-kira dua jam itu. Antaranya Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Wong Chen (Subang), Tony Pua (Damansara) dan Ong Kian Ming (Bangi). ", "turut menghadiri mesyuarat", "", "", "", "", "", "Sementara itu, Lim pula berkata rundingan pemimpin PH hari ini hanya bagi isu ekonomi negara dan bukan berkaitan keabsahan kerajaan PN sebagai pentadbir negara. ", "“[...] yang pentingnya kita menghadapi tiga krisis, iaitu kesihatan (Covid-19), krisis ekonomi, tetapi paling besar krisis politik. ", "“Hari ini bincang dengan menteri hanya dua krisis sahaja, (iaitu) krisis kesihatan dan krisis ekonomi. Krisis politik kena bincang dengan orang lain,” katanya lagi. ", "Mengulas lanjut, Saifuddin turut menjelaskan secara khusus enam cadangan yang dikemukakan kepada Zafrul berhubung Belanjawan 2021.", "Antaranya, untuk meningkatkan peruntukan buat Covid-19 dan penyakit tidak berjangkit serta memperkasa perlindungan sosial buat golongan berisiko. ", "Selain itu, pihak PH juga menggesa lanjutan moratorium subsidi upah diteruskan sehingga 31 Mac 2021. ", "Tidak ketinggalan, mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan yang menyediakan insentif untuk tempoh dua tahun kepada majikan dan pekerja berharga RM13 bilion.", "“Peningkatan perbelanjaan pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan dan perbelanjaan pembangunan untuk dua projek utama, iaitu, pelan gentian optik dan saling hubung negara, dan menaik taraf infrastruktur air untuk Selangor, Kelantan dan Pahang,” katanya. " ]
https://www.malaysiakini.com/news/357347
9 kes gastroentritis akut dilapor di Kedah dan P Pinang
[ "Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa sembilan kes Gastroentritis Akut (AGE) telah dilaporkan di Kedah dan Pulau Pinang dengan tiga daripadanya disahkan positif rotavirus.", "Rotavirus adalah punca utama cirit-birit teruk dalam kalangan kanak-kanak yang juga mengakibatkan dehidrasi yang boleh membawa maut, terutamanya mereka yang berusia enam bulan hingga tiga tahun. Ia mudah menjangkiti kanak-kanak melalui makanan, air serta pencemaran akibat persekitaran tidak bersih dan sanitari.\n\nKetua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sembilan kes tersebut melibatkan tujuh kanak-kanak berusia 11 bulan hingga 10 tahun di Kedah dan dua kanak-kanak berusia tiga dan lima tahun di Pulau Pinang.\n\nTiga daripada tujuh kes yang dilaporkan di Kedah pada 28 September datang daripada satu keluarga manakala selebihnya adalah kes sporadik. Kesemua mereka, yang telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, mula mengalami gejala pada 26 Sept dan pernah melawat taman rekreasi di Bukit Merah pada 24 Sept, katanya.\n\nMenurut Dr Noor Hisham, dua kanak-kanak yang dilaporkan menghidap AGE di Pulau Pinang juga mempunyai sejarah mandi-manda di Bukit Merah, bagaimanapun mereka bukan daripada keluarga yang sama dan telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan.\n\n\"Kesemua sembilan kes dalam keadaan stabil. Sehingga kini hanya tiga kes sahaja telah disahkan positif rotavirus. Ketiga-tiganya dirawat di Hospital Kulim, Kedah,\" katanya dalam kenyataan hari ini.", "", "", "", "", "", "", "", "", "Dr Noor Hisham berkata semua negeri telah dinasihat supaya meningkatkan pemantauan kes AGE dalam tempoh seminggu ini, manakala pengamal perubatan swasta diminta untuk melaporkan semua kes cirit-birit yang mempunyai sejarah lawatan ke taman rekreasi Bukit Merah kepada Pejabat Kesihatan berhampiran.\n\n\"KKM masih menjalankan siasatan dan akan terus memantau perkembangannya,\" katanya.\n\nBeliau turut menasihati ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka yang mempunyai gejala cirit-birit mendapatkan rawatan doktor dan elakkan daripada menghantar mereka menghadiri taska, tadika, sekolah atau kolam renang bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain.", "", "", "", "", "- Bernama\n ", "- Bernama", "" ]
https://www.malaysiakini.com/news/630787
Mahathir bakal tubuh gagasan Melayu-Islam baru
[ "Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan.", "Pada majlis solat hajat dan doa selamat di Putrajaya semalam, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberi bayangan mengenai penubuhan sebuah gagasan dalam usaha menyatupadukan semula kaum Melayu untuk berjuang mempertahan Malaysia.", "“Ini merupakan suatu kumpulan orang Melayu beragama Islam. Langkah ini perlu diambil jika ingin selamatkan negara kita, bangsa kita, agama kita,” katanya.", "Turut hadir barisan pemimpin serta anggota Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).", "Presiden Putra Ibrahim Ali pula berkata Dr Mahathir dijangka mengumumkan penubuhan gagasan itu di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur hari ini.", "Beliau berkata gagasan itu akan melibatkan beberapa parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO).", "- Bernama", "Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/507993
MP Iran tawar AS$3 juta untuk bunuh Trump
[ "GLOBAL l Seorang ahli parlimen Iran menawarkan ganjaran bernilai AS$3 juta kepada sesiapa yang berjaya membunuh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, ketika ketegangan Tehran dengan Washington DC teruk memuncak.", "GLOBAL l", "Agensi berita ISNA juga memetiknya sebagai berkata Iran boleh mengelakkan ancaman jika ia mempunyai senjata nuklear.", "ISNA", "Di Geneva, duta pelucutan senjata AS Robert Wood membidas tawaran ganjaran itu sebagai \"tidak masuk akal\" sambil memberitahu pemberita tindakan itu menunjukkan \"pengganas” mendukung pentadbiran Iran.", "Ketegangan memuncak sejak Trump pada 2018 menarik Amerika Syarikat keluar daripada perjanjian pelbagai negara pada 2015 yang bermaksud untuk membendung program nuklear Iran, dengan alasan ia mempunyai banyak kelemahan. Washington sebaliknya mengenakan pelbagai sekatan ke atas Tehran.", "Ketegangan itu menyaksikan serangan ketenteraan meletus awal bulan ini.", "\"Bagi pihak rakyat di wilayah Kerman, kami akan membayar ganjaran wang tunai AS$3 juta kepada sesiapa yang membunuh Trump,\" kata anggota parlimen Ahmad Hamzeh di sidang parlimen negara itu semalam, lapor ISNA.", "ISNA", "Dia tidak menyatakan sama ada ganjaran itu mendapat sokongan daripada pemerintah Iran.", "Bandar Kerman, di wilayah selatan ibu negara itu, adalah kampung kelahiran Qassem Soleimani, seorang jeneral Iran yang terbunuh dalam serangan drone yang diarahkan oleh Trump pada 3 Januari lalu. Ini menyaksikan Iran bertindakbals dengan melancarkan peluru berpandu ke sasaran AS di Iraq.", "- Reuters", "- Reuters", "", "[Baca berita penuh]", "[Baca berita penuh]" ]
https://www.malaysiakini.com/news/502217
Najib jelaskan peranan Jho Low dalam 1MDB
[ "KES SRC NAJIB | Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mengaku dia mengenali Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan percaya ahli perniagaan itu mampu memudahkan urusan pelaburan Malaysia di Timur Tengah.", "KES SRC NAJIB | ", "Memberi keterangan dalam perbicaraan kes SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata Jho Low menampilkan diri sebagai seorang yang berpengaruh di Timur Tengah.", "Menjawab soalan peguam Muhammad Shafee Abdullah berkenaan sama ada Jho Low ada sebarang peranan dalam 1MDB selepas syarikat itu diambil alih kerajaan persekutuan, Najib berkata Jho Low sudah berada di situ sejak syarikat itu ditubuh sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) pada 2009.", "Katanya lagi, Jho Low ketika itu menjadi penasihat kepada Sultan Mizan Zainal Abidin yang ketika itu merupakan pengerusi lembaga penasihat TIA.", "Sultan Mizan juga Yang di-Pertuan Agong pada maa itu.", "\"Saya dimaklumkan bahawa Jho Low telah dilantik sebagai penasihat kepada pengerusi Lembaga Penasihat TIA yang ketika itu Tuanku sendiri.", "\"Dia menampilkan dirinya sebagai seorang yang ada pengaruh besar di Timur Tengah, yang membuat saya percaya bahawa dia sepatutnya dapat membantu dalam pelaburan dan perniagaan (saham) dengan mereka (negara Timur Tengah),\" kata Najib yang membaca pernyataan saksi.", "\"Negara-negara ini, yang bermaksud negara-negara Timur Tengah, pada masa itu mengalami limpahan tunai berikutan kenaikan harga minyak (global). Oleh itu, saya berpendapat bahawa pengaruh dan hubungan Jho Low akan memudahkan objektif dan pelaburan 1MDB seperti yang diharapkan.\"", "Ini merupakan hari pertama Najib memberi keterangan di kandang saksi selepas mahkamah mengarahkannya untuk membela diri.", "Ini juga kali pertama seorang bekas perdana menteri Malaysia memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan jenayah melibatkan dirinya.", "Najib berkata, Jho Low adalah kenalan rapat Sultan Mizan dan kekandanya Tengku Rahimah Sultan Mahmud.", "Berdasarkan pemahamannya, kata Najib, idea TIA tercetus daripada perbincangan antara Sultan Mizan, Jho Low dan kerajaaan Terengganu.", "\"Saya dimaklumkan bahawa Jho Low telah dilantik sebagai penasihat kepada pengerusi Lembaga Penasihat TIA yang ketika itu Tuanku sendiri,\" katanya lagi.", "Baca laporan langsung keterangan Najib di sini.", "sini" ]
https://www.malaysiakini.com/news/292964
3 pekerja BFM disiasat isu video hudud
[ "\nPolis hari ini merakamkan kenyataan daripada tiga kakitangan BFM yang terlibat dalam penerbitan video kontroversi berkaitan hudud.\n", "\nPasukan polis tiba pada jam 10 pagi tadi, diikuti pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).\n", "\n“Mereka disiasat bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” kata radio perniagaan itu dalam kenyataannya.\n", "\nSeksyen 298 berkaitan kata-kata yang menjejaskan perasaan beragama seseorang.\n", "\nSeksyen itu memperuntukkan penjara maksimum setahun, denda atau kedua-duanya,\n", "\nSeksyen 233 pula berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan jaringan, yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau penjara RM50,000.\n", "\n“Pengurusan BFM Media Sdn Bhd menyokong penuh pekerja-pekerja dalam melaksanakan tugas mereka.\n", "\n“Radio stesen ini mempertahankan mereka dan tetap komited memberikan sokongan diperlukan mereka pada masa-masa sukar,” kata BFM.\n", "\n\nLaporan dakwa hina Islam\n\n", "\nLaporan dakwa hina Islam\n", "\nTujuh NGO hari ini bergabung membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Aisyah Mohd Tajuddin (\n\natas\n\n) kerana didakwa menghina Islam.\n", "\natas\n", "\nWartawan BFM Kupas itu sebelum ini tampil dalam video bertajuk “Hudud Isi Periuk Nasi”, yang menyebabkan dia menerima ugutan termasuk ugutan bunuh dan rogol.\n", "\nDalam video itu, Aisyah antara lain menyampaikan mesej bahawa Kelantan sepatutnya mengutamakan soal ekonomi dan bukannya pelaksanaan hudud.\n", "\nDengan sinis, Aisyah turut menunjukkan bungkusan nasi lemak yang didapati tidak mengandungi isi.\n", "\nVideo itu diterbitkan tidak lama selepas Kelantan berjaya meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, Rabu lalu.\n", "\n\n[Baca berita asal]\n\n", "\n[Baca berita asal]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/580777
Peguam dibenar masuk pejabat sementara bagi kerja pentadbiran
[ "Peguam kini boleh memohon kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) untuk memasuki sementara ke pejabat firma guaman mereka bagi kerja-kerja pentadbiran.", "Pengamal undang-undang yang bercakap dengan Malaysiakini hari ini memberikan reaksi berbeza-beza berhubung kebenaran itu, sama ada akses yang diberikan selama tiga hari itu boleh membantu kerja mereka dalam mewakili individu yang terlibat dalam kes jenayah atau sivil.", "Malaysiakini ", "Melalui surat pekeliling daripada Majlis Peguam bertarikh 23 Jun, para peguam diberitahu bahawa mereka sekarang boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian kepada BHEUU untuk mendapatkan kebenaran memasuki pejabat firma guaman mereka.", "Sebelum ini pada 18 Jun, Malaysiakini melaporkan Majlis Peguam  mencadangkan kepada kerajaan untuk membenarkan firma undang-undang di seluruh negara beroperasi semula dengan kapasiti separuh bagi membantu melindungi hak orang ramai mendapatkan akses undang-undang.", "Malaysiakini ", "Sepanjang tempoh total lockdown yang merupakan sebahagian daripada perintah kawalan pergerakan (PKP 3.0) ketika ni, firma undang-undang pada umumnya tidak dianggap sebagai perkhidmatan penting dan perlu ditutup sebagai langkah memerangi penularan wabak Covid-19.", "Ini termasuk firma undang-undang yang mengkhususkan dalam kes-kes jenayah.", "Pada 1 Jun, Malaysiakini melaporkan kebimbangan peguam bahawa penutupan firma undang-undang di seluruh negara sepanjang tempoh PKP akan meletakkan situasi sukar bagi tahanan untuk mendapatkan peguam bagi mewakili mereka.", "Malaysiakini ", "Pada 2 Jun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berkata, hanya firma undang-undang yang terlibat dalam perkhidmatan undang-undang korporat dan sektor perkhidmatan penting  dibenarkan beroperasi sepanjang PKP, bersama dengan syarikat, kilang atau perniagaan berkaitan perkhidmatan penting yang mereka wakili.", "Takiyuddin juga berkata hanya peguam yang mewakili anak guam yang menghadapi tuduhan baru, permohonan perintah reman dan permohonan kes jenayah dibenarkan hadir di mahkamah sepanjang tempoh lockdown.", "Bercakap dengan Malaysiakini, peguam Syed Iskandar Syed Jaafar al-Mahdzar menegaskan bahawa perkembangan terbaru itu masih tidak dapat menyelesaikan isu bahawa peguam sekurang-kurangnya perlu buat sementara waktu memasuki pejabat firma guaman mereka bagi mempersiapkan kes anak guam mereka di mahkamah.", "Malaysiakini", "Dia berkata, ini kerana kebenaran selama tiga hari itu hanya untuk membolehkan kerja-kerja pentadbiran diselesaikan dan bukannya persiapan menghadapi kes mahkamah seperti pertemuan tatap muka dengan anak guam untuk memahami masalah mereka.", "Peguam tersebut, yang arif dalam kes sivil itu, berkata kebenaran selama tiga hari itu hanya membolehkan pengamal undang-undang mengakses pejabat untuk memproses perkara berkaitan dengan kewangan seperti tuntutan, gaji dan pembayaran bil.", "“Hanya apabila peguam boleh buat kerja di sana (akses pejabat untuk mempersiapkan kes-kes anak guam) akan ada pendapatan (dari anak guam) untuk pejabat membayar semua (urusan pentadbiran).", "\"Sekiranya pejabat dibuka semata-mata untuk urusan pentadbiran, maka dari mana pendapatan untuk pentadbiran datang, jika tidak daripada pekerjaan itu  dilakukan oleh peguam,\" katanya.", "Bagaimanapun, peguam Chan Yen Hui, yang mengkhususkan kes  jenayah, berpendapat bahawa kebenaran sementara waktu itu masih membantu anak guam melakukan penyediaan kemas kini mengenai status kes-kes tersebut.", "\"Saya akan jawab ya, seperti menyiapkan kemas kini atau status kes kepada anak guam yang ada dalam kes jenayah,\" katanya.", "Chan menambah, pada masa ini dia masih boleh mempersiapkan kes anak guamnya dari rumah kerana mempunyai bahan rujukan undang-undang untuk dirujuk.", "[Baca berita penuh]", "[Baca berita penuh]", "[Baca berita penuh]" ]
https://www.malaysiakini.com/news/344527
Najib: Perlu banyak latihan kalau nak tewaskan saya
[ "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pihak lawan memerlukan banyak latihan jika mahu mengalahkannya.", "Tetapi, mesej tersebut bukan ditujukan kepada mana-mana lawan politik beliau termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad atau parti politik.", "Najib mencatatkan demikian dalam laman akaun Facebook miliknya, yang diturut disertakan gambar beliau bermain catur dengan anak-anak saudaranya selepas berbuka puasa di kediaman ibunya, Tun Rahah Mohd Noah.", "\"Anak-anak saudara saya ajak lawan catur lepas tarawih.", "\"Boleh tahan hebat juga walaupun umur mereka baru 6 hingga 7 tahun.", "\"Tapi perlu banyak latihan lagilah kalau nak tewaskan saya,\" menurut kapsyen tersebut.", "Catatan tersebut mendapat hampir 16,000 ‘suka’ dan lebih 1,200 komen.", "Dalam bidang politik tempatan, Najib pula terbabit dengan percaturan politik berpanjangan,  dengan Mahathir dilihat menggunakan setiap langkah untuk menyekat 'checkmate' atau menyerang Najib sejak tahun lalu.", "Perdana Menteri, bagaimanapun, menafikan segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, dan menyalahkan Mahathir dan mereka yang bersubahat dengannya untuk menjatuhkannya.", "[Baca berita asal]", "[Baca berita asal]" ]
https://www.malaysiakini.com/news/640365
PRU15: Hari mengundi 19 Nov, penamaan calon 5 Nov
[ "Tarikh pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ditetapkan pada 19 Nov.", "Hari penamaan calon pula pada 5 Nov, dengan tempoh berkempen 14 hari.", "Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR Ghani Salleh pada sidang media di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya sebentar tadi.", "PRU15 diadakan selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membubarkan parlimen pada 10 Oktober.", "", "", "", "Bagaimanapun hanya tiga negeri – Perak, Perlis dan Pahang – akan turut mengadakan pilihan raya di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).", "Turut diadakan serentak adalah pilihan raya kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah, yang ditangguhkan susulan darurat bagi mencegah penularan Covid-19 sebelum ini.", "Negeri-negeri Pakatan Harapan dan PAS tidak akan mengikuti langkah itu.", "Tempoh penggal bagi Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor–yang telah mengadakan pilihan raya negeri lebih awal–pula masih panjang.", "Pada sidang mediannya itu, Ghani juga memaklumkan bahawa pengundian awal akan diadakan pada 15 November.", "“Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 5 November (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 18 November 2022 (Jumaat),” katanya.", "SPR akan menggunakan daftar pemilih terkini hingga daftar pemilih tambahan Ogos 2022 yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.", "“Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU15 dan PRK DUN N66 Bugaya adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Okt 2022. ", "“DPPR bagi PRU15 ini mengandungi seramai 21,173,638 orang pemilih,” katanya.", "Daripada jumlah itu, 20,905,366 adalah pengundi biasa, 146,737 anggota tentera serta pasangan, 118,794 anggota polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. ", "", "", "", "Ghani kemudiannya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena mesyuarat itu berkata DPPR bagi PRU15 dijadualkan akan mula dijual pada 31 Okt.", "Para pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-88927018 / 03-88880040 atau melalui aplikasi MySPR Semak. Semakan boleh dibuat mulai 31 Okt.", "Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara telah dibuka bermula 10 Okt untuk PRU15 dan daripada 13 Okt 2022 bagi PRK DUN Bugaya. ", "Permohonan undi pos untuk kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan Kategori 1C (Agensi/Organisasi) dilaksanakan secara dalam talian (online).", "Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Nov bagi kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, polis, tentera, dan petugas media); 23 Okt bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara); dan 26 Okt bagi kategori 1C (agensi/organisasi).", "1A", "Untuk memudahkan proses penamaan calon, Abdul Ghani menasihatkan bakal calon yang ingin bertanding dalam PRU15 dan PRK DUN Bugaya agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri seluruh negara sebelum hari penamaan calon. ", "Bakal calon juga digalakkan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal bagi memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar, katanya." ]
https://www.malaysiakini.com/news/388262
Kesatuan kita kegerunan Najib
[ "ULASAN l Izinkan saya menyorot kembali pertemuan terkini di antara saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri Malaysia merangkap rakan-seteru politik ayahanda tersayang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang kini terkenal selaku tahanan politik Malaysia.", "ULASAN l", "Bertempat di kota London, yang menemukan insan-insan sewarga sedang di perantauan , dan mengambil semangat Syawal, kami menumpukan kepada pembentukan sebuah pakatan berasaskan reformasi demi Malaysia yang terjamin.", "Malangnya, media arus perdana yang dikongkong oleh kerajaan telah mencalar pertemuan ini menerusi serangan peribadi setelah cubaan demi cubaan untuk menggugat kesatuan pakatan secara langsung dan tidak langsung dilakukan.", "", "Semua serangan ini berpunca pasca berita bahawasanya Anwar dan Dr Mahathir telah mencapai kata sepakat membentuk barisan reformasi pembangkang menentang kerajaan Barisan Nasional yang melindungi kleptokrat dan perompak bangsa.", "Jelas, asbab utama pertemuan adalah usaha konsisten yang mengutamakan negara daripada kepentingan ataupun kesengsaraan peribadi: dan ini petunjuk jelas bahawa mereka yang berada di dalam tampuk kekuasaan gentar dengan kesatuan ini.", "Saat Dr Mahathir dan Anwar tampil bersama untuk rakyat, bakal menggegar persada negara yang julung kalinya bakal meraih semula negara dari tangan para perasuah-pemerintah elit.", "Alangkah ruginya jika kita tidak mampu mengambil peluang ini, yang mana membuktikan kita di pihak yang benar memandangkan campur tangan melulu dari pihak atasan yang tampil dengan kenyataan balas dan serangan semberono. Tangkaplah kalau berani!", "Batu asas untuk strategi Barisan Nasional telah dan akan terus berlandaskan konsep kolonial British yakni pecah dan perintah.", "Kebergantungan kepada strategi pengundi hantu, dakwat 'tak kekal', membeli undi, dan persempadanan semula yang tidak sah - memperlihatkan agenda murahan BN untuk memecahbelahkan barisan pembangkang yang akhirnya mungkin membawa kepada perlawanan tiga atau empat penjuru.", "Natijahnya, ini semua bakal membuahkan BN sebagai parti yang membolot semua kerusi.", "Pada 2008, umum maklum bahawa Anwar telah mengepalai barisan Pakatan Rakyat dan mencatat rekod tertinggi pencapaian pembangkang di Malaysia. Bahkan, bertambah lagi dengan perolehan 52 peratus majoriti melalui undi popular pada tahun 2013 (meskipun setelah hampir 40 peratus kerusi-kerusi yang mengalami gerrymandering/persempadanan semula yang tempang).", "", "Walhasil, dua tahun kebelakangan ini memperlihatkan momokan dan manipulasi pimpinan BN terhadap pemimpin kanan PAS menerusi acah-tidak-acah/bahas-bukan lulus RUU 355, yakni menyebabkan parti PAS menjauhi barisan pembangkang.", "Dengan penarikan sebegini, Barisan Nasional mungkin beranggapan bahawa mereka telah berjaya melumpuhkan barisan pembangkang. Syukur, berbekalkan segala daya dan upaya untuk mencantas plot jahat dan putar belit, terdapat beberapa pencetus upaya ke arah reformasi dan keadilan sebagai satu wadah penambahbaikan demokrasi di Malaysia.", "Tumpuan-tumpuan demi mencapai kemenangan adalah (1) pemisahan antara Parti Amanah Negara daripada PAS, (2) penyatuan antara AMANAH dan DAP serta parti PKR-Anwar, tambahan (3) perpecahan dari BN yang diketuai oleh tak lain tak bukan mantan perdana menteri Mahathir melalui pembentukan parti BERSATU.", "Sementelah, pelbagai persefahaman dan rundingan melalui dokongan dan sepakat telah dilakukan dan diterima secara baik antara komponen parti-parti serta pemimpin BERSATU.", "Dengan jangkaan mengenepikan hasad politik dan permainan kuasa telah membawa sebuah formaliti kesatuan \" 3+1\" pakatan. Menelan kekecewaan, dan kebimbangan melanda pihak kleptokrat terutamanya Najib & Co, memperlihatkan minggu ini bakal merubah kenyataan tersebut. Ternyata, BN kecewa dengan kejayaan ini.", "", "Lihat sahaja, dalam minggu ini, PM dan TPM masing-masing telah meluangkan masa dan berhempas pulas menyerang pemimpin pembangkang dan menjurus ke arah pengumuman yang dinanti-nantikan.", "Ingatlah, bahawa kesemua ini hanyalah permulaan. Sebelum tamat PRU14, kita akan menerima serangan rutin dari kiri dan kanan serta kesemua arah, tidak kurang juga oleh serangan dalaman.", "Kesimpulannya jelas, sesiapa sahaja yang mencari alasan untuk memecah belah pakatan, hanya akan memberi kelebihan kepada pemerintahan sedia ada, dan membenarkan rejim semasa bernafas lebih lama hanya kerana ketidakupayaan kita untuk bersatu.", "Justeru, pelebaran sayap barisan pembangkang akan berdiri teguh di atas prinsip keadilan dan reformasi, dan menjadi ancaman utama terhadap Barisan Nasional. Kesepakatan kita inilah yang akan menggentarkan kerajaan dan jentera parti pemerintah.", "Bayangkan, barisan pimpinan seperti Anwar, Mahathir, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Azmin Ali, Lim Kit Siang, Hj Mohammed Sabu, Datuk Husam Musa, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Rafizi Ramli dan semua adiwira ahli politik di Malaysia berganding bahu menentang \"Najib & Co\", serta perompak dana awam 1MDB, yang telah mengaibkan Malaysia di mata dunia - dengan skandal berbilion ringgit menggunakan dana awam. Hakikatnya, BN tidak punya banyak pilihan dan peluang.", "Nah, kesemua ini bakal kita raih bersama jika dan hanya jika barisan pembangkang mahu dan mampu berdiri bersama di atas paksi kesepakatan HARAPAN ke arah keadilan dan reformasi.", "", "Rakyat hanya bisa dilindungi melalui proses demokrasi yang tulen dan institusi yang bebas, berkhidmat seperti benteng yang kukuh menentang rasuah dan kerajaan yang kuku besi.", "Bahkan, alangkah moleknya jika akar umbi parti PAS mampu menyeru agar kepimpinan mereka turut serta dalam agenda keberlangsungan pakatan reformasi supaya berada bersama pihak yang benar, setidaknya sebagai pakatan dalam PRU, pastinya BN bakal terkubur pada PRU14 ini. Ini semua pastinya takkan berlaku tanpa usaha berpanjangan dan jiwa besar pemimpin yang berpengalaman lagi bertauliah.", "Pertemuan saya dan Dr Mahathir di London diharapkan agar menjadi langkah tuntas dalam membulatkan tekad dan persefahaman antara gerakan kita.", "Saya yakin dan percaya bahawa struktur akhir bakal dipersetujui bersama, asal sahaja berlangsung dengan tenang dan sentiasa mengutamakan kebajikan dan masa depan rakyat.", "Kita sedang menuju ke garisan penamat, dengan serangan peribadi bertubi-tubi oleh BN adalah indikator yang jelas - bahawa kita, Insya-Allah, sedang berada di landasan yang benar.", "", "NURUL IZZAH ANWAR adalah naib presiden PKR.", "NURUL IZZAH ANWAR ", "Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.", "Malaysiakini" ]
https://www.malaysiakini.com/news/219841
MB: S'gor batal projek kondo Batu Caves
[ "\nMenteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan keputusan membatalkan projek kondominium kontroversi Dolomite Park Avenue di Batu Caves.\n", "\nKatanya, keputusan itu dibuat selepas mendengar penjelasan jabatan perancang bandar dan desa mengenai status pembinaan struktur dan bangunan berkenaan pada hari Selasa lalu.\n", "\n\"Selepas mendengar penjelasan itu, saya membuat keputusan supaya Majlis Perbandaran Selayang membatalkan kebenaran merancang yang telah diberikan kepada Dolomite Properties Sdn Bhd untuk pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue setinggi 26 tingkat.\n", "\n\"Keputusan ini dibuat demi menjaga keselamatan orang ramai dan memelihara alam sekitar.\n", "\n\"Saya amat berharap keputusan ini diterima positif oleh semua pihak kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai.\n", "\n\"Kerajaan Selangor tidak berkompromi dengan mana-mana projek pembangunan yang boleh mengancam keselamatan rakyat,\" katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n", "\nKontroversi berhubung pembinaan kondominium itu timbul susulan bantahan daripada sekumpulan masyarakat India yang mahu projek tersebut dihentikan.\n", "\nManakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga sebelum ini turut berjanji akan membatalkan projek itu sekiranya BN berjaya merampas Selangor.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/357984
Gerakan jangka PRU14 dalam 9 bulan lagi
[ "Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, beliau menjangka pilihan raya umum ke-14 yang akan diadakan dalam tempoh sembilan bulan, demikian menurut laporan Sin Chew Daily.", "Sin Chew Daily.", "Jika benar, pilihan raya umum akan diadakan pada pertengahan tahun depan.", "Pilihan raya umum sebelum ini dikatakan bakal diadakan pada bulan Mac akan datang dan telah menjadi buah mulut di kalangan pemimpin Umno peringkat bahagian, lapor Bloomberg.", "Bloomberg", "Dalam satu wawancara, Mah berkata, Gerakan telah hampir memuktamadkan senarai calon bagi 45 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan pengecualian beberapa kerusi di Pulau Pinang.", "Mah berkata, walaupun pilihan raya umum 2008 telah digambarkan sebagai tsunami politik pembangkang, beliau menjangkakan pelbagai jenis tsunami politik pada pilihan raya umum akan datang.", "\"Saya telah melihat kebangkitan politik di kalangan rakyat, terutamanya masyarakat Cina dengan mereka mula bertanya dan mengkritik pembangkang.", "\"Keadaan ini tidak seperti tahun 2008 dengan kritikan hanya tertumpu kepada BN,\" beliau dipetik sebagai berkata.", "Mah turut percaya BN berpotensi mendapatkan semula majoriti dua pertiga jika pembangkang terlibat dalam pertembungan pelbagai penjuru.", "[Baca berita penuh]", "[Baca berita penuh]" ]
https://www.malaysiakini.com/news/236285
Shafie: Tunai akujanji BN melalui konsep kg abad ke-21
[ "\nKerajaan kini mengambil pendekatan baharu dengan memberi tumpuan untuk memperkasa pembangunan ekonomi di luar bandar supaya masyarakatnya menikmati kehidupan setanding dengan penduduk bandar, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.\n", "\nBeliau berkata kerajaan berpendapat bahawa komuniti luar bandar dalam abad ke-21 lebih memerlukan pembelaan untuk menikmati kehidupan sempurna seperti yang dinikmati penduduk bandar sekarang.\n", "\nStrategi pembangunannya ialah dengan memfokus untuk mengadunkan pembangunan infrastruktur asas dengan aktiviti ekonomi setempat, katanya pada majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Sungai Tengas, Serdang dekat Bandar Baharu malam tadi.\n", "\nTurut hadir Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kedah Datuk Mohd Tajuddin Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Kedah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu, Datin Norsabrina Mohd Nor.\n", "\n\n\n\"Sehubungan itu kementerian saya akan memastikan pembangunan di kawasan luar bandar disekalikan dengan kegiatan ekonomi yang turut menyediakan pekerjaan kepada penduduk,\" katanya dan menambah pendekatan ini dirumus selepas kerajaan turut mengambil kira faktor kesetiaan penduduk luar yang menyumbangkan kepada pengekalan kuasa Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.\n", "\n", "\nMohd Shafie berkata dalam usaha memastikan kawasan luar bandar dibangunkan dengan infrastruktur bertaraf dunia, kerajaan akan menunaikan Akujanji BN melalui pengenalan konsep Kampung Abad ke-21, yang buat permulaan sebanyak 29 buah kampung telah dipilih di seluruh negara bagi menjayakan program tersebut.\n", "\nDalam perkembangan lain, Mohd Shafie yang merupakan bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah melahirkan rasa bersyukur kerana rakyat mengembalikan semula kuasa pemerintahan BN di Kedah pada pilihan raya umum lepas.\n", "\nBeliau turut meluluskan peruntukan RM500,000 untuk projek membina dan membaik pulih 20 rumah penduduk serta memperbaiki jalan luar bandar di Kampung Sungai Tengas.\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/322000
Parlimen bahas usul ‘gantung’ Nurul Izzah
[ "\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini membentangkan usul untuk merujuk Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.\n", "\nTindakan itu berhubung pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan melancarkan serangan bersenjata di Sabah pada tahun 2013.\n", "\n\nAntara kandungan usul itu adalah pertemuan Nurul Izzah itu menimbulkan prasangka negatif dan tidak sensitif terhadap peristiwa pencerobohan Lahad Datu yang mencabar kedaulatan negara.\n", "", "\n\"Lembah Pantai sedia maklum Jacel menentang kedudukan Sabah sebagai sebahagian daripada negara Malaysia dan sehingga kini masih menuntut negeri Sabah adalah milik kesultanan Sulu.\n", "\n\"Pertemuan bersama dengan anak dalang kepada pencerobohan negara dilihat bertentangan dengan angkat sumpah sebagai ahli Parlimen dan sumpah setia beliau kepada Malaysia yang berikrar untuk menumpahkan taat setia sebenar kepada Malaysia, memelihara, melindungi, dan mempertahankan perlembagaannya,\" katanya.\n", "\n\nMenurut Azalina lagi, tindakan Nurul Izzah itu adalah penghinaan kepada Majlis Mesyuarat yang turut mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat.\n", "", "\n\"Maka, inilah dipersetujui Lembah Pantai hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,\" katanya.\n", "\nUsul itu disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Shirlin.\n", "\n\"Sebagai rakyat Sabah, saya menyokong usul ini,\" katanya.\n", "\nSpeaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima usul itu dan memerintahkan supaya ia dibahaskan.\n", "\nNurul Izzah adalah yang pertama untuk bercakap.\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/509157
Muhyiddin: Calon main politik wang hilang kelayakan pegang jawatan
[ "Mana-mana calon dalam pemilihan Bersatu yang didapati terlibat dalam politik wang akan dikenakan hukuman keras seperti hilang kelayakan untuk memegang jawatan, kata presidennya Muhyiddin Yassin.", "Selain itu mereka yang melakukan kesalahan itu juga mungkin diumumkan sebagai tidak sah pencalonannya, kata Muhyiddin lagi seperti dipetik Sinar Harian semalam.", "Sinar Harian", "\"Kalau jawatankuasa pemilihan dapat maklumat hal sebegitu, ia akan dilaporkan kepada lembaga disiplin parti untuk membuat keputusan tertentu sama ada pemilihan mereka itu tidak sah atau sebagainya. Ia akan ditentukan selepas pemilihan.", "\"Kita pandang serius politik wang dan berharap kesemua calon boleh bertanding secara bersih sebab kita memang menolak amalan rasuah. Sebagai sebuah parti dalam kerajaan, kita nak jauhkannya dan jadi contoh terbaik,\" katanya lagi seperti dipetik.", "Beliau dilaporkan berkata demikian ketika sidang akhbar di Pagoh, Johor semalam.", "Cawangan Bersatu di seluruh negara akan mengadakan persidangan dan pemilihan bermula 25 Januari hingga 1 Mac, diikuti dengan peringkat bahagian pada 4 April.", "Perhimpunan agung tahan dan pemilihan kepimpinan tertinggi pula dijadual berlangsung 20 Jun depan.", "Setakat ini, sejumlah pemimpin tertinggi parti itu menang tanpa bertanding, antaranya Dr Mahathir Mohamad (untuk jawatan ketua bahagian Langkawi), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Mukhriz Mahathir (Jerlun) dan Muhyiddin sendiri (Pagoh).", "menang tanpa bertanding", "Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata Bersatu akan memperjelas tafsiran politik wang dalam masa terdekat.", "\"Ia mungkin seperti menawarkan wang untuk sokongan, hantar orang mengerjakan umrah atau lawatan sambil belajar yang dilihat tidak selari dengan semangat demokrasi yang baik,\" katanya." ]
https://www.malaysiakini.com/news/651051
MCA gesa kerajaan naikkan harga siling telur
[ "Pengerusi Biro Pertanian MCA Ngwe Hee Sem menggesa kerajaan menaikkan harga siling untuk telur tempatan bagi menangani isu bekalan telur.", "Ngwe menyifatkan langkah mengimport telur dari luar negara yang dilaksanakan ketika ini untuk memenuhi permintaan tempatan sebagai tidak praktikal.", "Menurutnya, sekiranya kerajaan ingin menangani akar permasalahan bekalan telur, harga siling RM0.41 perlu dinaikkan bagi memberi insentif kepada penternak tempatan bagi meningkatkan pengeluaran telur.", "\"Pada had harga tetap RM0.41 sebiji, keadaan ini menyebabkan penternak telur ayam tempatan mengaut keuntungan terlalu sedikit untuk mewajarkan pengeluaran, menyebabkan pengurangan bekalan telur.", "\"Sebaliknya, jika kita bergantung semata-mata kepada telur import dari India, ia hanya akan melegakan simptom, manakala petani tempatan terus menderita.", "\"Tambahan pula, isu kesegaran dan logistik untuk telur import juga akan menjadi cabaran yang ketara,\" katanya.", "Presiden MCA Wee Ka Siong sebelum ini mengkritik Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu kerana didakwa mengutamakan telur ayam import berbanding keluaran tempatan.", "Ini susulan tinjauan Mohamad ke ladang pengeluaran telur di Tamil Nadu, India untuk melihat sendiri proses pengeluaran telur yang diimport ke Malaysia.", "Ngwe Hee Sem", "Ngwe Hee Sem", "", "Ngwe Hee Sem", "Sementara itu, Ngwe menyorot bahawa Malaysia pada masa lalu merupakan salah satu daripada lima pengeksport global teratas.", "Justeru, katanya, adalah tidak dapat diterima apabila negara mengimport telur semata-mata untuk memenuhi permintaan tempatan.", "\"Daripada mengimport telur dari luar negara yang lebih mahal, mengapa tidak membenarkan industri tempatan memenuhi permintaan sendiri, sekali gus menyediakan penyelesaian mampan yang memberi manfaat kepada pengguna dan petani?", "\"Sementara itu, jika kebimbangan terhadap perbelanjaan keluarga B40 menjadi punca had harga semasa, kerajaan boleh menukar bentuk bantuan kepada subsidi telur tahunan RM200,\" katanya.", "Pada Disember tahun lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengumumkan langkah mengimport telur dari India sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi di negara ini pada harga yang kompetitif.", "Ini berikutan pengguna menghadapi kesukaran mendapatkan telur di beberapa negeri.", "Harga siling telur ayam gred A, B dan C di peringkat runcit ketika ini masing-masing pada kadar 45 sen, 43 sen dan 41 sen sebiji di Semenanjung Malaysia." ]
https://www.malaysiakini.com/news/513502
4 anak Azmin belum terima saman bil tertunggak
[ "Bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan empat anaknya masih belum menerima surat mahkamah berkait saman tuntutan berjumlah RM328,901 oleh sebuah agensi pelancongan, atas dakwaan tiket penerbangan dan penginapan yang belum dibayar.", "Ia di sebalik Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 23 Jan telah membenarkan plaintif YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd untuk memasukkan Farah Shazliyana, Farah Afifah, Farah Amira, dan Mohamed Ameer Shazrin, sebagai defendan.", "Pada 17 Feb, Malaysiakini melaporkan bahawa salinan pindaan writ saman bertarikh 23 Jan, yang bukan sahaja menyenaraikan Azmin, tetapi turut memasukkan empat anaknya.", "Malaysiakini", "memasukkan empat anaknya", "Mereka ialah Farah Shazliyana, 29, Farah Afifah, 24, Farah Amira, 26, dan Mohamed Ameer Shazrin, 28, masing-masing sebagai defendan kedua, ketiga, keempat dan kelima.", "Pindaan writ saman itu menyatakan YHA sebagai plaintif menuntut pembayaran RM328,901 Azmin yang merupakan defendan pertama.", "Kertas kausa menyatakan sebagai alternatif, YHA meminta perintah agar Azmin membayar RM167,332, Farah Syazliyana (RM8,510), Farah Afifah (RM3,880), Farah Amira (RM6,400), dan Mohamed Ameer Shazrin (RM92,280), serta faedah daripada kelima-lima defendan.", "Ketika pengurusan kes di depan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun pagi ini, peguam YHA, Adam Yap memberitahu mahkamah bahawa pihaknya masih memerlukan masa untuk menyerahkan kertas kausa kepada empat defendan yang baru dimasukkan itu.", "Hakim kemudian menetapkan 25 Mac untuk pengurusan kes bagi membolehkan peguam YHA menyerahkan kertas kausa kepada empat anak Azmin.", "Perkara ini disahkan kepada Malaysiakini oleh peguam Azmin, Zaid Malek, yang hadir ke pengurusan kes pagi ini. ", "Malaysiakini", "\"Mahkamah (hari ini) memberikan (YHA Travel) dua minggu untuk menyerahkan kertas kausa kepada (empat) defendan, dan menetapkan 25 Mac untuk pengurusan kes selanjutnya. Kertas kausa perlu disampaikan secara peribadi (kepada kempat-empat defendan),\" kata Zaid.", "Berkenaan sama ada kedua-dua pihak ada terlibat dalam apa-apa perundingan untuk mencapai penyelesaian, Zaid berkata anak guamnya tidak memberikan apa-apa arahan berkenaannya.", "\"Kami ingin meneruskan proses undang-undang,\" katanya lagi.", "Pada 30 Dis tahun lalu, YHA dilaporkan memfailkan permohonan untuk memasukkan empat anak Azmin sebagai defendan.", "Ia kira-kira dua bulan selepas YHA memfailkan saman terhadap Azmin untuk menuntut bayaran penerbangan dan penginapan berjumlah RM328,901 daripadanya.", "menuntut bayaran", "YHA mendakwa jumlah tersebut adalah untuk perjalanan antara September 2018 dan Ogos 2019.", "Menurut tuntutan itu, YHA telah menempah tiket penerbangan dan penginapan di hotel untuk Azmin, keluarga, rakan dan kakitangan kementeriannya.", "Agensi itu berkata pihaknya antara lain perlu membuat pembayaran terlebih dahulu kepada syarikat penerbangan untuk mendapatkan tiket, dan Azmin atau wakilnya akan membuat pembayaran setiap tiga atau empat bulan.", "Pada 14 Dis tahun lalu, Azmin dilaporkan memfailkan tuntutan balas terhadap YHA, mendakwa saman itu mempunyai motif tersembunyi yang berkaitan dengan video seks yang didakwa melibatkannya dengan bekas ketua pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.", "motif tersembunyi" ]
https://www.malaysiakini.com/news/184304
Asalkan Bukan Umno bergema lagi
[ "\nGerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang menjadi sebutan menjelang pilihan raya 2008 kembali meraih perhatian dalam acara sulungnya di tapak markas tarbiah PAS, Taman Melewar malam tadi.\n", "\nSebelum ini, ABU hanya dikenali melalui contengan grafiti di dinding dan tembok sekitar Kuala Lumpur dan juga cakap-cakap di kedai kopi.\n", "\nCeramah pertama yang dijalankan malam tadi bagaimanapun mula menampakkan bentuk \"Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN\" ini.\n", "\nProgram ceramah rakyat itu membariskan wakil daripada golongan masyarakat yang rata-ratanya menyuarakan kekecewaan terhadap Umno dan BN serta menyeru supaya parti berkenaan tidak lagi dipilih dalam pilihan raya akan datang.\n", "\nBekas pemimpin muda PKR, Badrul Hisham Shaharin yang bertindak sebagai pengerusi ceramah berkata, ABU bukanlah satu pergerakan politik tetapi satu \"semangat dan iltizam rakyat untuk menghumbankan Umno.\"\n", "\n\n\"Ia bukan milik sesiapa,\" katanya lagi yang menambah, gerakan itu juga tidak mempunyai pemimpin tapi bergerak atas semangat sama untuk mengundi selain Umno dan BN.\n", "", "\nAntara pemimpin politik yang ditampilkan dalam ceramah berkenaan ialah naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, presiden Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim, setiausaha agung PSM, S Arutchelvan dan juga wakil SAPP, Benny Loh.\n", "\nMahfuz dalam ucapannya di ceramah berkenaan berkata, kempen ABU itu membawa semangat sama yang menghumbankan parti Liberal Democratic Party di Jepun pada pilihan raya di negara berkenaan dua tahun lalu.\n", "\n\nABU seperti di Jepun\n\n", "\nABU seperti di Jepun\n", "\n", "\nKatanya, LDP tidak ubah seperti Umno yang membentuk kerajaan secara berterusan di negara berkenaan selama 54 tahun.\n", "\nAnehnya, ramai yang memilih untuk tidak menyokong LDP pada pilihan raya 1999 berbuat demikian tanpa mengetahui dasar dan juga tawaran oleh parti alternatif – Democratic Party yang baru dibentuk setahun sebelum itu.\n", "\n\n\"Bila ditanya (sebab undi Democratic Party), pengundi kata 'oh asalkan bukan LDP,\" kata Mahfuz lagi.\n", "", "\nBeliau turut menyeru supaya para hadirin berkenaan tidak termakan dengan kebimbangan yang ditimbulkan Umno bahawa Malaysia akan hilang kemajuan sekiranya kerajaan berubah.\n", "\nKatanya, ekonomi Jepun yang jauh lebih maju daripada Malaysia tidak terjejas walau kuasa politik itu berubah kepada parti baru.\n", "\n\"Takkanlah mereka tidak terfikir bahawa mereka akan hilang kemajuan jika buat perubahan,\" soalnya lagi.\n", "\nBagaimanapun, fokus utama program itu ialah luahan perasaan daripada rakyat biasa yang diangkat ke pentas ceramah berkenaan, kata Badrul Hisham.\n", "\nAntaranya ialah seorang pekerja kilang, Zuraidi Abdullah yang membangkitkan mengenai masalah yang dialami oleh pekerja industri yang tidak dilindungi gaji minimum dan juga manipulasi oleh majikan dalam kontrak kerja.\n", "\n\"Gaji RM600 memang tak cukup untuk tampung kos sara hidup hingga pekerja terpaksa kerja lebih masa. Mereka akan berada lebih 12 jam di tempat kerja,\" katanya pemuda dari Melaka itu lagi.\n", "\n\n'Akta tak bermaruah'\n\n", "\n'Akta tak bermaruah'\n", "\nIsu berkenaan turut diulas oleh seorang aktivis pekerja, Jaafar Malik yang mempertikaikan langkah kerajaan untuk membiarkan majikan menetapkan gaji pekerja mengikut harga pasaran.\n", "\n\n\"Harga pasaran itu apa? Adakah kita ini sama dengan kobis? Sama dengan cili? Sama dengan lembu?,\" katanya yang disambut gelak ketawa daripada lebih 700 orang yang hadir.\n", "", "\nSetidak-tidaknya kerajaan perlu merangka dasar gaji minimum sekiranya tidak mampu untuk membuat akta khusus, kata Jaafar\n\n(foto kiri)\n\n.\n", "\n(foto kiri)\n", "\n\"Tapi ini dasar pun tak boleh diwujudkan,\" tambahnya yang memuji langkah Selangor berhubung penetapan takah RM1,500 untuk gaji minimum kakitangan kerajaan negeri itu.\n", "\nAnggota exco Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia itu juga menyamakan langkah kerajaan untuk memperkenalkan sistem kontraktor tenaga kerja melalui pindaan Akta Kerja 1955 dengan sistem dalam industri seks.\n", "\n\"Strukturnya mudah. Ada bapa ayam dan ada anak ayam, itulah dia kontraktor pekerja.\n", "\n\"Anak ayam yang kerja dan bapa ayam dapat hasil, jadi memanglah akta ini tak bermaruah,\" katanya lagi yang mahu pekerja mengadakan demonstrasi besar pada Februari depan untuk membantah pindaan berkenaan.\n", "\n\n'Hancurkan Umno'\n\n", "\n'Hancurkan Umno'\n", "\nTurut mencuri perhatian ialah seorang kontraktor binaan, Yusof Tapa, yang mendakwa telah menghadapi masalah untuk mendapatkan kontrak apabila tidak lagi bersama Umno.\n", "\n\n\"Orang Umno ini tak boleh tengok orang senang,\" katanya yang mendakwa telah disenarai hitam daripada menerima projek sejak tiga tahun lalu.\n", "", "\nNamun, beliau tetap berjaya mendapatkan dua projek melalui lesen kontraktor rakan-rakannya dan akan menyelia projek di jalan-jalan berkenan.\n", "\nPerkara itulah yang menimbulkan kemarahan pihak tertentu yang menimbulkan pertanyaan: \"Apa pasal Yusof Tapa duduk tepi jalan, dia dapat kerja ke?\"\n", "\nSedangkan, beliau mendapat projek berkenaan melalui saluran yang betul, kata bekas pemimpin di satu bahagian Umno Negeri Sembilan itu.\n", "\nPerkara itu menunjukkan bahawa pemimpin berkenaan Umno, yang juga menjawat jawatan dalam  perbadanan negeri, bukanlah berjuang untuk kepentingan Melayu tetapi untuk kepentingan kroni mereka sendiri, kata Yusof.\n", "\n\"Jadi kalau ada yang masih dengan Umno kita tinggalkanlah. Kita sertai Pakatan Rakyat, kita kempen untuk hancurkan Umno,\" katanya lagi.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/474912
Kadir jawab TMJ: Pacal yang hina berhak bincang di mana-mana
[ "Blogger A Kadir Jasin berkata rakyat bebas untuk membincangkan apa sahaja di negara ini, termasuk perbicangan untuk memastikan bahawa raja-raja tidak \"merosakkan diri\" mereka.", "Kenyataan itu dilihat sebagai respons terhadap bidasan Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadapnya semalam.", "Tunku Ismail malam tadi mengatakan beliau tahu \"Kadir\" mengadakan pertemuan di Menara Ilham bagi mengadakan perbincangan untuk 'menghabiskan' pihak Istana Johor.", "'menghabiskan'", "Menara Ilham menempatkan pejabat orang kuat Dr Mahathir Mohamad iaitu Daim Zainuddin. ", "Kadir sering berada di sana ketika mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang dipengerusikan bekas menteri kewangan itu.", "Menulis di Facebook hari ini, penasihat media kepada perdana menteri itu berkata tidak salah bagi \"pacal yang hina\" untuk bertemu di mana-mana dalam era Malaysia Baru dan berbincang mengenai keadaan negara ini.", "\"Sama ada di menara yang tinggi, kopitiam atau gerai mamak, rakyat bebas membincangkan kos sara hidup, kebebasan dan peranan media dan pembangunan politik, termasuk di Johor.", "\"Kami banyak bercakap tentang menteri-menteri dalam Pakatan Harapan, menteri besar dan ketua menteri, Osman (Sapian) sudah pergi dan sekarang (Dr) Sahruddin (Jamal) adalah MB Johor.", "\"Sekiranya Umno dan PAS bebas untuk mengatakan demonstrasi di Kuala Lumpur kononnya melindungi orang Melayu, Islam dan monarki, kita juga bebas untuk membincangkan cara dan jalan melindungi semua rakyat Malaysia dan memastikan raja-raja berperlembagaan tidak 'merosakkan' diri,\" katanya. ", "Beliau kemudian menggesa rakyat Malaysia untuk menghargai dan melindungi Perlembagaan Persekutuan.", "\"Kami mahu keutamaan diberikan kepada rakyat yang mengundi Pakatan Harapan pada 9 Mei 2018,\" katanya.", "Komen-komen Tunku Ismail semalam dibuat selepas keluarga diraja Johor dikaitkan dengan isu tanah yang melibatkan projek Sistem Transit Aliran Johor -Singapura (RTS).", "", "", "Baca: Tanah pusat kini milik Sultan Johor, projek RTS terganggu - sumber", "Baca:", "Tanah pusat kini milik Sultan Johor, projek RTS terganggu - sumber", "", "", "Sumber memberitahu Malaysiakini, projek itu telah terhenti akibat kenaikan kos disebabkan tanah untuk projek berkenaan ditukar milik kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang memerlukan pampasan dibayar. ", "Malaysiakini,", "", "", "Sultan Ibrahim sejak itu bertitah bahawa baginda bersedia untuk menyerahkan sebidang tanah di Bukit Chagar tanpa sebarang kos.", "menyerahkan ", "Selain tanah seluas 4.5 hektar di Bukit Chagar, satu lagi tanah seluas 2.4 hektar yang akan digunakan untuk projek RTS juga berada di bawah pemilikan Sultan Johor.", "Ia memerlukan pampasan kerajaan sebanyak RM693.7 juta kepada Sultan Johor, yang berjumlah kira-kira 13 peratus daripada keseluruhan kos projek.", "Tanah yang dirujuk oleh Sultan Johor adalah Lot PTB 23354 seluas 4.5 hektar, yang akan menelan belanja RM495.3 juta. ", "Namun tidak disebutkan mengenai Lot 45419 seluas 2.44 hektar, yang akan menelan belanja sebanyak RM198.4 juta.", "\n", " ", " ", " ", "", "", " ", "" ]
https://www.malaysiakini.com/news/177879
Menteri: Kompaun Tajuddin ditangguh
[ "\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata bekas pengerusi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli boleh dikompaun atas satu kesalahan.\n", "\nMohamed Nazri berkata, Tajuddin boleh dikompaun atas kesalahan mengikut Seksyen 131 Akta Syarikat 1965 itu dan Jabatan Peguam Negara telah mengemukakan kes tersebut kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk tindakan berkenaan.\n", "\nDalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini, Mohamed Nazri berkata Tajuddin bagaimanapun telah membuat permohonan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menangguhkan kompaun berkenaan.\n", "\n\"Sehubungan dengan itu, Jabatan Peguam Negara telah membenarkan permohonan tersebut dan kompaun yang berkenaan masih ditangguhkan sehingga tuntutan sivil yang berkaitan selesai,\" katanya dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.\n", "\nJawapan berkenaan tidak menyatakan secara khusus kesalahan yang didakwa telah dilakukan oleh Tajuddin.\n", "\nLim Kit Siang bertanya sekiranya peguam negara telah mengecualikan Tajuddin daripada liabiliti jenayah sedangkan MAS telah membuat laporan kepada polis dan juga SPRM.\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/125721
Saifuddin: Lembaga disiplin bukan dengar isu Allah
[ "\nSetiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution menjelaskan bahawa Zulkifli Noordin bukan dihadapkan ke lembaga disiplin berhubung pendiriannya mengenai isu Allah atau agama Islam, tetapi kerana tindakannya membuat laporan polis terhadap wakil rakyat Pakatan Rakyat, Khalid Samad.\n", "\nSaifuddin menganggap tindakan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu yang cuba mengheret sentiman perkauman dan keagamaan dalam prosiding lembaga disiplin, sebagai tidak wajar.\n", "\n\"Prosiding itu adalah mengenai laporan polis yang dibuat oleh Zulkifli terhadap Khalid.\n", "\n\"Ianya hanya mengenai isu tersebut. Ia tidak ada kena mengenai dengan isu Allah yang didakwanya itu,\" kata Saifudin.\n", "\nLembaga disiplin, katanya, telah memperjelaskan pendiriannya mengenai prosiding tersebut.\n", "\nBagaimanapun, katanya, Zulkifli telah menolak penjelasan lembaga tersebut dan bertindak keluar.\n", "\nSiang tadi, Zulkifli masuk menghadap lembaga jawatankuasa dispilin parti tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.\n", "\nZulklifi dilaporkan\n\n\nmendakwa\n\n\npanel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.\n", "\n\nmendakwa\n\n", "\nmendakwa\n", "\nSehubungan itu, Zulkifli mendesak kepimpinan PKR supaya membubarkan lembaga disipilin tersebut dan menubuhkan lembaga disiplin baru yang terdiri dari ahli panel yang beragama Islam.\n", "\nNamun begitu, kata Saifuddin, lembaga berkenaan akan mengemukakan perakuan kepada beliau.\n", "\n\"Saya akan membentangkannya kepada majlis pimpinan pusat (MPT) Sabtu ini,\" katanya.\n", "\nSaifuddin berkata, majlis tersebut akan membincangkan langkah seterusnya dan zulkifli boleh merayu terhadap keputusan tersebut.\n", "\nMengenai ancaman Zulkifli untuk keluar parti jika lembaga tersebut tidak memenuhi tuntutannya, Saifuddin berkata, ia terpulang kepada ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu tersebut.\n", "\n \n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/412246
Hari pertama bawa kereta, kereta terbakar
[ "Malang tidak berbau.\n\nBegitulah yang dihadapi oleh seorang kerani bahagian pengeluaran KWSP Mohd Riduan Mat Rosli apabila kereta yang pertama kali dibawa ke pejabat rosak akibat kebakaran dibangunkan itu, semalam.", "", "", "Pemuda berusia 29 tahun itu berkata kereta jenis Perodua Myvi miliknya mengalami 60 peratus kerosakan akibat terkena runtuhan struktur bangunan yang yang terbakar.", "Katanya, beliau terfikir untuk mengalihkan kereta tersebut di tempat selamat namun dihalang oleh rakan kerana bimbang akan keselamatannya.", "Kereta tersebut rosak teruk pada bahagian depan termasuk enjin.", "Katanya, beliau membuat keputusan untuk memandu kereta itu ke pejabat kerana mahu memindahkan barang di rumah sewa di Petaling Jaya.", "“Kereta ini adalah kereta pertama yang saya beli sebab dengan niat mudahkan adik beradik dan keluarga,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.", "Sinar Harian", "Mohd Riduan yang bekerja di KWSP sejak 10 tahun lalu berkata kereta berkenaan dibeli tiga bulan lalu dengan harga RM49,000.", "Dalam insiden kebakaran jam 11.30 pagi semalam di bangunan KWSP setinggi enam tingkat itu menyebabkan dua lagi kenderaan jenis Proton Wira dan Toyota Vios ditimpa struktur bangunan.", "Seramai 520 kakitangan yang bertugas di bangunan itu bagaimanapun dilaporkan selamat." ]
https://www.malaysiakini.com/news/664772
Kerajaan Kelantan rancang bina telaga tiub atasi masalah air
[ "Kerajaan Kelantan akan membina telaga tiub di kawasan yang mengalami masalah bekalan air bersih kritikal di negeri ini susulan musim panas yang melanda.", "Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri pada masa ini sedang mendapatkan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pertubuhan Muslim Care bagi melaksanakan usaha itu. ", "“Kita telah berbincang dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan Exco untuk menggerakkan sistem telaga tiub. Kita akan cari pihak tertentu seperti NGO Muslim Care Malaysia (Muslim Care) kerana pertubuhan ini banyak membantu memberi khidmat di Sudan, Afghanistan dan sebagainya.", "“Kita akan bincang dengannya bagaimana cara untuk membantu membina telaga tiub terutama di kawasan yang mengalami masalah bekalan air kritikal pada musim panas ini. Kita memang memantau bekalan air di negeri ini,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Karnival Bio Kelantan 2023 di Kompleks Islam Darulnaim di Lundang di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.", "Selain itu, Ahmad menasihatkan rakyat supaya sentiasa berjaga-jaga berikutan cuaca panas yang melanda kini seperti mengurangkan aktiviti luar dan tidak melakukan pembakaran terbuka.", "Katanya, banyak pihak telah mengeluarkan pelbagai nasihat berhubung fenomena kemarau dan berharap rakyat dapat mematuhi semua peringatan itu bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.", "Dalam pada itu beliau turut menasihatkan petani negeri ini agar merancang jadual kerja harian bagi mengelak terdedah kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama.", "Pihak sekolah juga dinasihatkan menjaga keselamatan pelajar masing-masing dengan mengambil langkah bersesuaian seperti mengingatkan pelajar untuk minum air secukupnya.", "- Bernama", "- Bernama", "" ]
https://www.malaysiakini.com/news/244824
Isa Samad: Felda Investment Corp yang beli hotel
[ "VIDEO l 1:31 minit ", "VIDEO l 1:31 mini", "t ", "Pengerusi Felda Global Venture Holdings (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mempertahankan pembelian hotel di London oleh Felda yang menurutnya tidak bertentangan dengan perniagaan teras syarikat perladangan itu.", "Katanya, Felda membeli hartanah Grand Plaza Service Apartments bernilai £115 juta (RM586.5juta) itu melalui sayap pelaburannya Felda Investment Corporation, yang telah melabur dalam lapan buah hotel sebelum ini.", "\"Hotel ini bukan satu perkara luar biasa, pembangkang tak berapa faham, sebelum ini kita dah beli lapan hotel.", "", "\"Pembangkang dah buat silap dakwaan mengatakan Felda Global Venture yang beli, berlawanan dengan bisnes kita yang disebut dalam Parlimen.", "\"Tetapi, sebenarnya yang beli bukan Felda Global Venture, yang beli Lembaga Felda menerusi Felda Investment Corporation,\" jelasnya pada sidang media selepas majlis pemberian bantuan Yayasan Felda kepada pengundi di Sungai Limau pagi tadi.", "Mengulas mengenai perbezaan harga hartanah berkenaan, seperti yang dibangkitkan DAP, Isa berkata harga £98 juta yang dibayar adalah harga pasaran.", "Harga £80 juta (RM408.5 juta) yang disebut oleh DAP itu adalah harga hartanah tersebut pada enam bulan lalu, katanya.", "\"Harganya harga pasaran yang telah kita beli sepanjang ini pun..ada (hotel) harga murah ada harga mahal,\" katanya.", "Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga MP Bagan, Lim Guan Eng dalam kenyataan hari ini berkata jurunilai hartanah London menganggarkankan hotel tersebut hanya berharga £80 juta enam tahun lalu." ]
https://www.malaysiakini.com/news/521083
Amerika beri RM21.79 juta kepada Palestin bendung koronavirus
[ "GLOBAL l Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengumumkan akan menyediakan AS$5 juta (RM21.79 juta) kepada pihak berkuasa Palestin untuk membendung penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.", "GLOBAL l ", "Anadolu", "“Saya sangat gembira AS menyediakan dana bantuan berkenaan untuk hospital dan isi rumah Palestin memenuhi keperluan penting dan menyelamatkan nyawa dalam memerangi Covid-19,” kata Duta AS ke Israel David Friedman di Twitter.", "AS sebelum ini memotong bantuan lebih AS$200 juta (RM871.5 juta) kepada Palestin berikutan penilaian yang dibuat Presiden Donald Trump pada Ogos 2018.", "Di samping itu, pentadbiran Trump turut memotong bantuan kewangan untuk Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada tahun yang sama.", "Selama ini, AS adalah penyumbang terbesar UNRWA, memberikan AS$350 juta (RM1,525 juta) setiap tahun - kira-kira satu perempat keseluruhan bajet.", "Ditubuhkan pada 1949, UNRWA menjalankan aktiviti seperti bantuan kecemasan kepada pelarian Palestin di Semenanjung Gaza, Tebing Barat yang dikuasai Israel, di Jordan, Lubnan dan Syria. ", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/428152
Petronas cabar dakwaan Sarawak berhubung pemilikan petroleum
[ "Syarikat minyak dan gas nasional, Petronas, hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) sebagai undang-undang terpakai bagi industri petroleum di Malaysia.", "Petronas dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia adalah pemilik eksklusif sumber petroleum, serta pengawal selia industri huluan di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak.", "“Petronas percaya penentuan oleh Mahkamah Persekutuan akan membantu memberikan kejelasan mengenai hak dan kedudukannya di bawah PDA.", "“Petronas kekal komited untuk menyokong aspirasi Sarawak menyertai dalam industri minyak dan gas di negeri itu, selagi ia berada dalam rangka kerja PDA,” kata syarikat itu.", "", "", "Tindakan mahkamah oleh Petronas itu dibuat sebulan sebelum kerajaan Sarawak dijadualkan untuk mengambil alih kuasa kawal selia penuh terhadap aspek huluan dan hiliran industri minyak dan gas di negeri itu melalui Petroleum Sarawak Bhd (Petros).", "Petros dilancarakan pada 6 Mac lalu oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Abang Openg bagi membolehkan kerajaan negeri memanfaatkan sendiri sumber-sumber minyaknya.", "Petros dilancarakan pada 6 Mac lalu", "Sebelum ini usaha itu dikuasai Petronas iaitu syarikat yang terletak di bawah kerajaan persekutuan." ]
https://www.malaysiakini.com/news/143157
Zam: Lupakan sahaja PAS
[ "\nBekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata perpaduan Umno dan PAS tidak akan menjamin kekuatan bangsa, sebaliknya tiga parti utama pengasas BN iaitu Umno, MCA serta MIC perlu memulihkan jati diri dengan tegas dan berani menerusi\n", "\npendekatan baru, untuk menjamin masa depan negara.\n", "\n\n\"Umno seharusnya melupakan sahaja perpaduan Melayu menerusi PAS yang sejarahnya berakar umbi perkauman dan keagamaan dogmatik, sebaliknya bersama-sama dengan rakan-rakan sejatinya dalam BN menolak sentimen kaum masing-masing,\" katanya dalam temubual eksklusif kepada umno-online.com.\n", "", "\nZainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata Umno, MCA, MIC dan parti komponen BN yang lain sewajarnya meneruskan kerjasama membina dan seharusnya tidak membicarakan isu sensitif secara terbuka kerana ia tidak akan memulihkan kekuatan parti.\n", "\n\"Sebaliknya akan tambah meluaskan perasaan tidak puas hati apabila sesuatu tuntutan tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan dengan segera, ataupun menghadapi halangan,\" katanya.\n", "\n", "\nMusuh sebenar\n", "\nBeliau berkata BN juga harus menampakkan pemisahan identiti daripada golongan mencari kekuatan menerusi sentimen perkauman dan keagamaan dan di luar daripada formula serta nilai sosial yang telah diasaskan oleh parti Perikatan sejak sebelum merdeka.\n", "\nKatanya, Umno dan BN mesti berani dan tegas mengimbangi kehendak yang munasabah serta realistik, selain tidak terikut-ikut dalam kerakusan pendemokrasian baru sehingga melupakan ancaman musuh sebenar.\n", "\n\nBagaimanapun, beliau berkata kekeliruan rakyat dalam hala tuju negara akan dapat diperbetulkan sekiranya semua parti komponan BN kembali kepada keperibadian asal dan jati diri, dengan hanya membuat pembaharuan pendekatan tanpa mengetepikan nilai asal serta kawalan sosial yang telah dibangunkan.\n", "", "\nZainuddin berkata perjuangan berasaskan ideologi, terutamanya agama, tidak mengenal tolak-ansur, bersifat keras serta wajah manis mereka adalah bersifat sementara dalam menunggu kesempatan dan kuasa.\n", "\n\"Ketika itu, tentu sudah terlewat untuk rakyat, kerana yang sesal dahulu pendapatan, dan sesal kemudian tak ada gunanya,\" kata beliau.\n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/471020
Jangan malu mengaku ‘tak tahu’ - Imam Masjid Nabawi
[ "Imam dan Khatib Masjid Nabawi, Sheikh Solah Muhammad Al-Budair mengingatkan para agamawan dan ilmuwan agar tidak malu mengaku ‘tidak tahu’ sekiranya mereka benar-benar tidak jelas mengenai sesuatu hukum agama ketika menyampaikan ilmu kepada masyarakat awam.", "Beliau berkata agamawan perlu meneladani keilmuan ulama mazhab tersohor Imam Malik yang tidak berasa janggal untuk mengaku tidak tahu apabila ditanya persoalan fatwa dan hukum.", "“Ulama terdahulu yang menghafal ratusan hadis nabi sentiasa amanah dalam menyampaikan ilmu dan tidak akan berfatwa berkaitan perkara yang tidak jelas.", "“Kita tidak boleh mencontohi sebahagian ilmuwan zaman ini yang mana mereka muncul di kaca televisyen dan terus bercakap tentang hukum agama tanpa pengetahuan kukuh,” katanya ketika berucap dalam sesi ramah mesra bersama peserta program tetamu Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, yang terpilih menunaikan ibadah umrah, di Madinah.", "Sheikh Solah turut berpesan kepada para peserta supaya tidak berfatwa tanpa ilmu kukuh dan sentiasa mempersiapkan diri dengan pengetahuan yang mantap.", "Program 10 hari yang bermula pada 3 April itu disertai sejumlah 225 jemaah dari 27 negara termasuk Indonesia, Filipina, India, Bangladesh, China, Pakistan, Thailand, Bosnia dan Herzegovina, Kosovo, Croatia, Slovenia, Macedonia, Serbia, Albania, Montenegro, Korea Selatan, Hong Kong, Mauritania, Algeria, Mesir, Tunisia, Maghribi, Sudan, Maldives, Jordan dan Lubnan.", "Turut serta 11 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, antaranya agamawan, ahli akademik, pendakwah serta wakil kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).", "Semua tetamu ditaja sepenuhnya melalui peruntukan peribadi Raja Salman yang membabitkan kos penginapan, tiket kapal terbang, makan minum serta program ziarah ke tempat bersejarah di Mekah dan Madinah.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/sukan/448006
2 regu campuran mara ke suku akhir Terbuka Denmark
[ "Dua pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai menempah slot ke suku akhir Terbuka Denmark 2018 selepas menewaskan lawan masing-masing di pusingan kedua kejohanan itu di Odense, Denmark pada Khamis.", "Peng Soon-Liu Ying, beregu pilihan keenam, mara ke pusingan seterusnya selepas menumpaskan Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun; 21-18 dan 21-16 pada aksi yang berlangsung di Odense Sports Park, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfworldtour.befbadminton.com.", "www.bwfworldtour.befbadminton.com.", "Goh-Lai, yang merupakan pilihan ketujuh, pula melangkah ke pusingan lapan pasangan terbaik itu apabila mengalahkan Lu Kai-Chen Lu dari China; 21-16 dan 21-7 dalam satu lagi aksi pusingan kedua.", "Kedua-dua pasangan beregu campuran itu adalah wakil negara yang masih meneruskan cabaran pada kejohanan berkenaan selepas beberapa pemain Malaysia lain tumpas dalam pusingan pembukaan pada Rabu.", "Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan wanita pada Kejohanan Jelajah Dunia BWF berstatus Super 750 itu.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/430655
Guru mengaji dipenjara tiga bulan kerana cabul murid
[ "Seorang guru mengaji dipenjara tiga bulan dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah mencabul anak murid perempuannya berusia lima tahun, tahun lepas.", "Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Redzuan Zakarian, 33, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.", "Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada seorang anak berusia tiga tahun itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.", "Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Zulhazmi Sharif yang mewakili tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan wang jaminan daripada RM4,000 kepada RM8,000 dengan seorang penjamin.", "Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di ruang tamu rumah tertuduh di Sungai Besi, di Kuala Lumpur antara 8 malam dan 9 malam pada 9 Feb 2017.", "Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.", "Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam.", "- Bernama", " Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/192534
Penduduk risau pencemaran cyanide jejas kesihatan
[ "\nPenduduk kampung di Bukit Koman, Raub cemas apabila baru-baru ini mendapati tompokan serbuk kuning di sekitar kampung mereka.\n", "\n \n", "\n\nSelain menderita daripada bau busuk sepanjang hari, penduduk kampung juga kuathir, aktiviti perlombongan emas di kawasan itu yang menggunakan cyanide - sejenis bahan kimia berbahaya, tiga tahun lalu - mula menunjukkan tanda-tanda pencemaran.\n", "", "\nLebih merisaukan apabila ada di antara mereka mengalami penyakit kulit, mata dan masalah pernafasan yang semakin kronik.\n", "\nMenurut blog terbaru daripada ahli jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman Liew Kou Yoong, 76, tompokan serbuk kuning juga dijumpai pada kereta, pintu rumah dan kawasan sekitar rumah mereka.\n", "\n\nSeorang lagi penduduk kampung, Chong Pei Har, mendapati tompokan kuning, yang bersaiz sehingga 8mm diameter, pada keretanya petang Sabtu lalu.\n", "", "\nMenurut blog itu, sejak aktiviti perlombongan emas dimulakan, burung merpati, burung gagak, dan cicak, serta sayur-sayuran yang ditanam di kampung itu mati dan tidak menjadi.\n", "\nPenduduk kampung mengesyaki kematian itu dan bau busuk khususnya pada waktu malam, serta penyakit yang dialami mereka ada kaitan dengan pencemaran cyanide.\n", "\nPengerusi jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman Wong Kin Hoong memberitahu\n\nMalaysiakini\n\nbahawa tompokan kuning itu adalah sisa daripada pelepasan operasi perlombongan.\n", "\nMalaysiakini\n", "\n\nBergantung kepada arah angin, menurutnya, titik kuning biasanya kelihatan di atas tanah, bumbung rumah, kereta dan pagar rumah selepas hujan.\n", "", "\nKatanya, walaupun fenomena yang juga berlaku pada masa lalu, ia hanya menarik perhatian penduduk kampung baru-baru ini\n", "\nMereka juga telah memaklumkan kepada wakil rakyat mereka dan jabatan kesihatan berhubung mereka.\n", "\n\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n\n", "\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/289402
Anak M'sia ketuai projek patukan ular di Myanmar
[ "\nSeorang penyelidik kelahiran Malaysia kini mengetuai projek antarabangsa untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang yang mati setiap tahun akibat patukan ular berbisa di Myanmar.\n", "\n \n", "\nDr Peh Chen Au, pensyarah kanan klinikal, Fakulti Ubat-ubatan, Universiti Adelaide, berkata patukan ular merupakan masalah kesihatan awam utama di Myanmar, terutama dalam kalangan penduduk miskin yang bekerja di kawasan pertanian seperti di sawah padi.\n", "\n \n", "\nDr Peh, yang berasal dari Taiping, Perak tetapi kemudian bersekolah di Pulau Pinang dan Singapura sebelum datang ke Australia, berkata walaupun angka sebenar tidak diketahui, tetapi dianggarkan 2,000 orang mati setiap tahun akibat patukan ular di Myanmar, majoriti disebabkan kegagalan ginjal akut akibat patukan.\n", "\n \n", "\nJabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan (DFAT) Australia telah menawarkan A$42.3 juta (RM117.63 juta) kepada universiti tersebut bagi projek selama tiga tahun untuk membantu meningkatkan pengurusan pesakit patukan ular di Myanmar.\n", "\n \n", "\nSelain itu, menjalin perkongsian dengan pengeluar anti venom terkemuka Australia, bioCSL - untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kebolehsediaan anti venom.\n", "\n \n", "\nPasukan penyelidik itu bekerjasama dengan badan-badan industri dan kerajaan di Myanmar untuk mengenal pasti dan melaksanakan perubahan yang berpotensi untuk menyelamatkan nyawa.\n", "\n \n", "\n\"Melalui gabungan sistem penjagaan kesihatan berkualiti dan penyelidikan selain mempunyai industri anti venom yang terkemuka, Australia berada dalam kedudukan untuk memainkan peranan kepimpinan global melalui usaha kemanusiaan ini,\" Dr Peh dipetik sebagai berkata dalam siaran media yang dikeluarkan oleh universiti itu.\n", "\n \n", "\nDr Peh, 51, yang juga pakar perubatan ginjal di Royal Adelaide Hospital, berkata patukan ular merupakan satu daripada penyakit tropika yang paling diabaikan di dunia.\n", "\n \n", "\nPatukan berbisa dari Russell viper - satu daripada ular paling berbisa di Myanmar - perlu diberi rawatan anti venom dalam tempoh satu hingga tiga jam yang pertama, jika tidak pesakit menghadapi risiko mengalami kegagalan gingal teruk dan menyebabkan kematian.\n", "\n \n", "\n\"Malangnya, bagi kebanyakan mangsa patukan ular, mereka berada di kawasan terpencil yang kurang sedikit bagi anti venom, dan sering mereka tidak menerima rawatan yang diperlukan dalam tempoh itu,\" kata Dr Peh.\n", "\n \n", "\nAhli-ahli lain pasukan itu ialah Prof Madya Julian White dan Dr Afzal Mahmood, kedua-duanya dari Jabatan Toksinologi, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Adelaide dan Jabatan Pediatrik dan Kesihatan Reproduktif universiti berkenaan.\n", "\n \n", "\nProf White berkata: \"Beberapa daripada ular paling berbisa di dunia terdapat di Australia tetapi pada hakikatnya hanya 600-1,000 patukan ular dilaporkan setiap tahun, dan menyebabkan beberapa kematian.\n", "\n \n", "\n\"Myanmar mencatatkan sekurang-kurangnya 14,000 kes patukan ular setiap tahun - anggaran bersifat konservatif tetapi angka sebenarnya mungkin tiga kali lebih tinggi daripada itu.\"\n", "\n \n", "\nDr Afzal, berasal dari Pakistan, berkata kerajaan Myanmar membantu dengan memberi subsidi bagi kos rawatan anti venom, tetapi kos tambahan seperti pengangkutan dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pesakit.\n", "\n \n", "\n\n- Bernama\n\n", "\n- Bernama\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/211336
Mahkamah diberitahu 'tiada pecah amanah' beli kondo NFC
[ "\nMahkamah diberitahu bahawa \"tidak berlaku pecah amanah\" dalam lencongan penggunaan pinjaman mudah kerajaan RM250 juta, dari projek Pusat Fidlot Kebangsaan kepada dakwaan pembelian sebuah unit kondominium di Bangsar.\n", "\nMenegaskannya sewaktu disoal balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, bekas menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau tidak bersetuju dengan dakwaan yang dibuat di Parlimen awal tahun ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.\n", "\n\nShahrizat - yang memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap dua\n", "", "\npemimpin PKR - menegaskan bahawa Nazri bukan menteri pertanian dan industri asas tani.\n", "\n\"Tidak, saya tidak bersetuju dengan kenyataan (Nazri). Kita perlu melihat sama ada terdapat sebarang instrumen undang-undang,\" katanya menjawab soalan peguam Ranjit Singh.\n", "\nInstrumen undang-undang itu termasuk apa-apa perjanjian bertulis antara pengurus projek National Feedlot Corporation (NFC) dengan kerajaan mengenai penggunaan pinjaman tersebut.\n", "\nRanjit mewakili Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (foto). Seorang lagi responden ialah Ketua Wanita, PKR Zuraida Kamaruddin.\n", "\nLebih RM80 juta daripada pinjaman mudah itu dilaporkan telah dipindahkan kepada National Meatworks dan Livestock Corporation Sdn Bhd, yang dimiliki oleh ahli keluarga Shahrizat.\n", "\nWang ini didakwa digunakan untuk membeli unit di kondominium mewah OneMenerung di Bangsar, Kuala Lumpur.\n", "\n\n\n\n\n", "\n\n\n", "\n", "\n[Baca berita penuh]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/630666
LKAN Siri 1: 9 pengauditan bernilai RM10.749 bilion libatkan 8 kementerian
[ "Sebanyak sembilan pengauditan prestasi bernilai RM10.749 bilion dilaksanakan melibatkan program, aktiviti dan projek di lapan kementerian, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 1.", "Menurut LKAN itu, daripada jumlah pengauditan tersebut, lima daripadanya melibatkan kategori projek manakala empat lagi adalah kategori program dan aktiviti. ", "“Secara keseluruhannya, perlaksanaan aktiviti, projek dan program kerajaan Persekutuan dilaksanakan mengikut objektif yang ditetapkan. Bagaimanapun, masih terdapat kelemahan seperti sasaran output dan keberhasilan yang ditetapkan tidak dapat dicapai atau tidak boleh dinilai.", "“Hal ini kerana sasaran kuantitatif, mekanisme dan indikator tidak ditetapkan, serta data berkaitan tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini,” menurut laporan itu.", "Susulan itu, Ketua Audit Negara telah mengemukakan 33 syor untuk dipertimbangkan pelaksanaannya oleh kementerian, jabatan, agensi Persekutuan yang diaudit.", "Menurut LKAN, mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan, pengauditan pengurusan dilaksanakan berfokus terhadap pencapaian objektif penubuhan syarikat dengan meneliti tiga aspek iaitu tadbir urus korporat, pengurusan aktiviti dan kedudukan kewangan syarikat.", "Pengauditan terhadap pengurusan Syarikat Tujuan Khas (SPV) pula dilaksanakan bagi menilai prestasi aktiviti, amalan tadbir urus korporat dan pengurusan aktiviti SPV.", "“Secara keseluruhannya, daripada tiga syarikat yang diaudit, didapati dua syarikat telah mencapai objektif penubuhan syarikat; dua syarikat menunjukkan tahap amalan tadbir urus korporat yang memuaskan; dan satu syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.", "“Hasil pengauditan terhadap pengurusan syarikat SPV pula mendapati setakat 31 Disember 2021, lima SPV (20 peratus) telah berjaya mencapai fungsi khususnya, 18 SPV (72 peratus) sedang melaksanakan fungsi khususnya manakala dua SPV (8 peratus) telah berubah hala tuju fungsi khususnya,” menurut laporan itu.", "Bagi membolehkan penambahbaikan terhadap perkara yang dilaporkan, Ketua Audit Negara mengemukakan 15 syor kepada pihak pengurusan syarikat berkenaan untuk diambil tindakan.", "Mengenai aktiviti kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat di peringkat negeri pula, Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan prestasi terhadap 15 program, aktiviti dan projek melibatkan tiga kementerian di Sabah dan Sarawak.", "Menurut laporan itu, 124 syor dikemukakan oleh Ketua Audit Negara melibatkan 62 syor untuk dipertimbangkan pelaksanaannya oleh kementerian, jabatan, agensi negeri serta 62 syor oleh pengurusan syarikat kerajaan negeri yang berkenaan.", "“Semua Pegawai Pengawal, Ketua Jabatan, Ketua Pegawai Eksekutif yang berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk tujuan pengesahan,” menurut laporan itu. ", "LKAN Tahun 2021 Siri 1 mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan LKAN Tahun 2021 Siri 1 mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan akan dimuat naik di laman web Jabatan Audit Negara selepas pembentangannya di Dewan Rakyat.", "LKAN peringkat negeri pula yang melibatkan 13 negeri hanya akan dimuat naik di laman web Jabatan Audit Negara selepas pembentangannya di Dewan Undangan Negeri masing masing.", "-- BERNAMA" ]
https://www.malaysiakini.com/news/408207
Mahathir dilarang jumpa Anwar di hospital
[ "Jabatan Penjara Malaysia tidak membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur, sebentar tadi.", "Mahathir yang hadir bersama-sama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Hospital Rehabilitasi Cheras pada jam 4.30 petang.", "Namun, mereka dilarang memasuki kawasan wad oleh 30 pegawai Jabatan Penjara Malaysia yang berkawal.", "Kecewa dengan perkara itu, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata beliau dimaklumkan larangan dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).", "\"Saya cuma nak kata saya tak dapat jumpa...Tiada sebarang sebab diberikan.", "\"Tapi mereka menerima arahan daripada menteri dalam negeri yang saya tak dibenarkan bertemu dengan Anwar,\" kata Mahathir kepada pemberita di luar wad Hospital Rehabilitasi Cheras petang tadi.", "", "", "\"Saya rasa sedihlah, saya cuma nak jumpa dia, nak ucap terima kasih kerana dia tidak membantah bahkan menyokong saya sebagai calon (perdana menteri),\" kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu lagi.", "Pada Konvensyen HARAPAN Ahad lalu, Mahathir dinamakan sebagai calon perdana menteri HARAPAN bagi pilihan raya umum ke-14.", "", "", "Perkara sama - iaitu penghargaannya terhadap Anwar - turut disuarakannya ketika memaklumkan lawatannya itu di Twitter.", "“Hari ini, Nurul Izzah jadi ‘tour guide’ saya untuk jumpa rakan lama. Rakan seperjuangan. Rakan yang banyak berkorban yang ingin saya ucapkan terima kasih.”", "Nurul Izzah pula berkata, kira-kira 30 pegawai penjara sudah menunggu ketika mereka tiba di pintu bahagian wad hospital.", "Mereka melarang Dr Mahathir untuk berjumpa Anwar, katanya.", "Buatlah 100 permohonan pun", "Buatlah 100 permohonan pun", "Buatlah 100 permohonan pun", "Mahathir berkata, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri, walaupun digelar sebagai \"diktator\".", "\"Nak jumpa orang pun tak boleh, nak pergi tengok orang sakit pun tak boleh. Saya dikatakan diktator tapi saya tak pernah buat perkara seumpama ini.", "\"Datuk Seri Najib (Razak) sebenarnya seorang diktator (berdasarkan) perlakuannya. Semua patut sokong (usaha) jatuhkan beliau,\" katanya lagi.", "", "", "Ketika ditanya adakah beliau akan membuat rayuan kepada KDN agar dibenarkan melawat Anwar, Mahathir dengan sinis berkata;", "“Dalam kerajaan sekarang ini kalau kita tulis surat kepada dia, kita buat permohonan daftar HARAPAN tak jawab, kita hantar reminder (peringatan) tak jawab. Tiada respon langsung.", "reminder", "“Ya, kita akan cuba lagi. Saya boleh hantar 100 permohonan atau sekurang-kurangnya hantar Deklarasi Rakyat tapi ia tidak akan dibalas,” katanya.", "Sebelum ini, Anwar yang menjalani pembedahan pada bahu kanannya di Hospital Kuala Lumpur pada 12 November lalu pernah menerima kunjungan Najib, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng." ]
https://www.malaysiakini.com/news/219076
UUM kata tiada kena mengena dengan forum SW1M
[ "\nUniversiti Utara Malaysia (UUM) hari ini menjelaskan bahawa ia hanya menyediakan dewan untuk forum kontroversi melibatkan teguran pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada pelajar jurusan undang-undang KS Bawani.\n", "\n\nNaib canselor UUM Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak dalam kenyataan kepada beberapa akhbar berbahasa Cina semalam berkata, universiti itu tiada kena mengena dengan forum berkenaan selain menyediakan tempat.\n", "", "\n“Untuk mengaitkan UUM dengan forum ini amat tidak adil kepada pihak berkuasa universiti,\" katanya kepada akhbar China Press.\n", "\nLaporan\n\nOriental Daily News\n\npula menyebut, Mustafa kecewa apabila ramai yang menuding jari kepada UUM selepas menonton konfrontasi di antara Bawani dan Sharifah.\n", "\nOriental Daily News\n", "\nBeliau turut menegaskan bahawa kenyataan Sharifah tidak mewakili pendirian UUM dan turut memuji keberanian Bawani dalam menyatakan pandangan.\n", "\n\n“Sebenaranya, sikap kedua-dua mereka amat keras. Bawani bertegas untuk bertanya soalan selepas sesi soal jawab tamat dan berlanjutan. Ini mungkin menyebabkan Sharifah berang.\n", "", "\n\"Universiti sentiasa memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyatakan buah fikiran,\" tambahnya.\n", "\nDalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini menghubungi seorang pengurus program SW1M yang dikenali dengan nama Azhar untuk mendapatkan reaksi pagi ini.\n", "\nAzhar yang enggan mengulas lanjut berkata NGO berkenaan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.\n", "\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n", "\n\n[Baca berita penuh]\n\n", "\n[Baca berita penuh]\n", "\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/568367
Ahmad cadangkan Umno, PAS bertembung di T'ganu, Kelantan dan Kedah
[ "Walaupun wujud kerjasama rasmi di antara Umno dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN), bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said mempunyai cadangan tersendiri untuk kedua-dua parti.", "Pengerusi Umno Terengganu itu malah menyarankan Umno dan PAS bertanding \"secara mesra\" dalam pilihan raya umum (PRU) di tiga negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah.", "Menurutnya, persaingan secara sihat perlu diwujudkan supaya rakyat diberikan peluang untuk memilih siapa yang layak memimpin negeri.", "“Sebab tu Muafakat Nasional perlu bertanding secara friendly… beri ruang kepada rakyat (pilih) siapa yang nak pimpin negeri. ", "friendly", "“Terengganu, Kelantan, Kedah yang mana majoritinya orang Melayu,\" katanya.", "Untuk berunding mengelakkan pertembuang kata Ahmad, ia boleh dibuat di negeri lain di Pantai Barat bagi memastikan MN menguasai kawasan Melayu.", "Menjadi tetamu sesi temu bual Umno Online sempena Perhimpunan Agung Umno di PWTC Kuala Lumpur hari ini Ahmad berkata walaupun kedua-dua parti bertanding sesama sendiri di tiga negeri terbabit, tidak timbul kebimbangan kuasa akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH).", "Untuk rekod, pada PRU ke-14 Kelantan kekal dikuasai PAS seperti dilakukan parti itu sejak 1990, namun Terengganu dirampas dari Umno. ", "Campak daging korban", "Campak daging korban", "Campak daging korban", "Kedah pula ditadbir PH sehinggalah berlaku perubahan kuasa di peringkat pusat dan beberapa Adun berpaling tadah menyebabkan penyandang menteri besar Mukhriz Mahathir dijatuhkan.", "Adun Jeneri merangkap anggota Jawatankuasa Pusat PAS Muhammad Sanusi Md Nor menjadi menteri besar.", "Di sebalik kewujudan MN, PAS tidak berkongsi kuasa pentadbiran negeri di Kelantan dan Terengganu. Malah di Terengganu Ahmad sendiri bersikap lantang mengkritik PAS dalam beberapa isu.", "Pada Sept 2020 Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata partinya bakal mendominasi sejumlah besar kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU ke-15. ", "mendominasi sejumlah besar kerusi", "", "Abdul Hadi Awang", "Abdul Hadi Awang", "", "Abdul Hadi Awang", "", "Mengulas lanjut hubungan PAS dan Umno di Terengganu, Ahmad berkata orang luar dari negeri itu tidak boleh faham senario politik di situ yang diwarnai pelbagai krisis.", "Kelihatan beremosi Adun Kijal itu menceritakan bagaimana persaingan Umno dan PAS di Terengganu menyebabkan perpecahan serius dalam kalangan penduduk setempat suatu ketika dulu.", "“Orang lupa bagaimana PAS boleh lakukan kepada Umno sebegitu rupa. Negeri lain tak berlaku.", "“Satu mukim ada dua masjid. Sembahyang di masjid yang sama, sembahyang tarawih - orang ni baru takbir, orang (lain) baru mula sembahyang,” katanya menceritakan persengketaan antara dua parti di negeri itu sehingga mewujudkan kejadian sembahyang dua imam.", "“Sampai daging korban kita beri dicampakkan saja sebab yang sembelih (orang Umno).", "“Sekarang apa jadi? (PAS) kembali Umno. Sebab tu saya jumpa orang PAS dia terasa malu,” katanya. " ]
https://www.malaysiakini.com/news/589415
Semua Adun Perak diarah kuarantin kendiri lepas salah seorang positif
[ "Semua Adun Perak yang menghadiri persidangan dewan undangan negeri (DUN) pada hari Isnin lalu diarah menjalani kuarantin kendiri setelah salah satu daripada mereka diuji positif untuk Covid-19.", "Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin, berkata Adun itu, yang merupakan wakil dari kerajaan, disahkan positif selepas menjalani ujian Covid-19 RT-PCR.", "Dia mengatakan Adun berkenaan membuat ujian Covid-19 setelah mula mengalami gejala seperti demam pada malam Isnin.", "\"Adun berkenaan disahkan positif melalui ujian PCR, dengan keputusan itu, semua yang terlibat pada Persidangan Dewan Negeri Isnin lalu telah diarahkan menjalani kuarantin diri bermula hari ini bagi tujuan keselamatan.", "\"Arahan ini termasuklah kepada Speaker, petugas Dewan dan semua pegawai khas ADUN yang berada dalam Dewan Negeri,\" katanya seperti dilapor Sinar Harian.", "Sinar Harian.", "Ketua pembangkang negeri Perak, Abdul Aziz Bari juga mengesahkan bahawa semua Adun telah diarahkan untuk kuarantin kendiri, tetapi belum mendapat maklumat lebih lanjut mengenai perkara itu.", "\"Ya, memang benar, setakat yang saya tahu, semua (Adun perlu menjalani kuarantin kendiri), tetapi saya tidak pasti (berapa lama) kerana saya belum mempunyai maklumat lebih lanjut,\" katanya.", "Persidangan DUN Perak berlangsung selama empat hari bermula 25 Ogos dan berakhir pada 30 Ogos." ]
https://www.malaysiakini.com/news/304864
'Saya tak jejak M'sia kecuali ada k'jaan baru'
[ "\nPascal Najadi, anak lelaki kepada pengasas Ambank Hussain Najadi, berkata beliau tidak sesekali akan pulang ke Malaysia kecuali terdapat kerajaan baru yang berkuasa.\n", "\nPerkara itu dinyatakan selepas beliau kecewa dengan kerajaan dan polis Malaysia ke atas kegagalan untuk menangkap orang yang mengarahkan pembunuhan bapanya pada 29 Julai 2013.\n", "\nDalam wawancaranya dengan melalui Skype dari Rusia dengan\n\nMalaysiakini\n\n, beliau berkata pihaknya tidak mempercayai kerajaan dan khidmat keselamatan yang ada sekarang.\n", "\nMalaysiakini\n", "\n\"Kerajaan Malaysia perlu ditukar. Kerajaan yang ada sekarang - saya berhenti untuk memanggil penjenayah - tetapi mereka tidak serius,\" katanya.\n", "\nPascal berang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengumumkan kes tersebut telah selesai selepas polis menangkap penembak Kong Swee Kuan yang dijatuhi hukuman tahun lalu.\n", "\n\n\n[Baca berita asal]\n\n\n", "\n\n[Baca berita asal]\n\n", "\n[Baca berita asal]\n" ]
https://www.malaysiakini.com/news/599572
Mohamaddin Ketapi kekal sebagai Adun Segama - Speaker
[ "Datuk Mohamaddin Ketapi kekal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Segama walaupun beliau bertindak keluar Parti Warisan Sabah (Warisan) pada 30 Okt lepas, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Kadzim M Yahya.", "Kadzim berkata pada 30 Okt lepas juga beliau telah menerima emel daripada Mohamaddin berkenaan surat dan dokumen yang membatalkan segala dokumen akujanji yang tandatangani dengan Warisan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lepas.", "\"Pada 1 Nov, pejabat saya terima surat dari sebuah firma guaman yang mengaku bertindak bagi pihak Mohamaddin, menyatakan perletakan jawatan beliau sebagai Adun Segama. Keesokan harinya pula, pejabat saya menerima surat dan akuan berkanun daripada Mohamaddin yang menafikan ada menandatangani surat perletakan jawatan yang dikemukakan pada 30 Okt.", "“Beliau juga menafikan telah melantik firma guaman bagi pihaknya,\" katanya pada sidang media di sini hari ini.", "Kazim berkata beliau sendiri telah bertemu dengan Mohamaddin secara bersemuka semalam untuk menemu bual Adun Segama itu berhubung perkara berkenaan dan Mohamaddin menegaskan yang dia tidak meletak jawatan sebagai Adun.", "\"Saya juga terima surat perakuan daripada beliau yang mengatakan tidak pernah meletak jawatan dan saya juga ingin tegaskan, surat perletakan jawatan tanpa tarikh, jika mengikut undang-undang, ia tidak sah, jadi Mohamaddin kekal sebagai Adun Segama,\" katanya.", "Pada 30 Okt lepas, Mohamaddin yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu mengumumkan keluar daripada Warisan menjadi Adun bebas yang menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dipimpin Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor, namun kekal sebagai Ahli Parlimen bebas sepenuhnya.", "Beliau adalah Adun ketiga Warisan yang keluar parti selepas Adun Sebatik Hassan A Gani Pg Amir dan Adun Sindumin Yusof Yacob.", "- Bernama", "- Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/249451
Banjir di Pahang semakin pulih
[ "Keadaan banjir di Pahang semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan kepada 2,806 setakat 8 pagi ini, berbanding 3,543 orang pada 8 malam tadi.", "Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa banjir daripada 688 keluarga itu ditempatkan di 27 pusat pemindahan membabitkan 28 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir.", "Jumlah tertinggi mangsa banjir masih direkodkan di Pekan iaitu 2,028 orang daripada 497 keluarga yang ditempatkan 21 pusat pemindahan berbanding 2,578 orang daripada 635 keluarga di 29 pusat pemindahan pada sebelah malam.", "Di Kuantan masih kekal dengan 640 orang daripada 164 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan manakala Maran berkurangan kepada 138 orang daripada 27 keluarga berbanding 325 orang daripada 76 keluarga di tiga pusat pemindahan yang masih dibuka.", "- Bernama", "Bernama" ]
https://www.malaysiakini.com/news/469602
Kelantan tak pernah haramkan jualan arak pada bukan Islam, kata PAS
[ "PAS berkata kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti itu tidak pernah menhalang atau mengharamkan penjualan arak terhadap masyarakat bukan Islam sepanjang mentadbir negeri itu hampir 30 tahun lalu. ", "Setiausaha agungnya, Takiyuddin Hassan berkata demikian apabila menegur sebuah akhbar yang menyalahtafsirkan kenyataan presiden parti itu, Abdul Hadi Awang mengenai kerjasama PAS dan Perikatan pada 1973. ", "Pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini, Takiyuddin merujuk kepada salah satu syarat kerjasama 70-an itu yang disebut mengenai kebenaran penyediaan arak dalam majlis rasmi kerajaan ketika itu. ", "\"Salah satu syarat ialah kerajaan benarkan PAS untuk mengemukakan pandangan supaya acara-acara yang bercanggah dengan Islam yang dianjurkan dalam majlis kerajaan tidak dibenarkan, sebagai contoh hindangkan arak, tari-menari diadakan di majlis rasmi kerajaan. ", "\"Tapi telah disalah lapor oleh satu akhbar bukan bahasa Melayu, seolah-olah presiden PAS nyatakan bahawa bila PAS adakan penyatuan ummah, salah satu syarat ialah tidak ada arak. ", "\"Ini tidak betul, kerana yang dimaksudkan presiden PAS dalam majlis kerajaan itu tiada, sebab PAS bersama dengan Umno,\" katanya yang enggan menamakan akhbar tersebut. ", "Kenyataan Hadi itu susulan kerjasama rasmi PAS-Umno di peringkat Parlimen dan setiap pilihan raya kecil sebelum ini. ", "PAS menyertai Perikatan pada 1972, sebelum meninggalkan gabungan itu lima tahun kemudian. ", "Perikatan merupakan nama bagi BN sebelum ia diasaskan pada 1973. ", "Ahli Parlimen Kota Bharu itu menjelaskan terdapat lesen-lesen permit dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di negeri itu serta restoran yang menyediakan minuman keras. ", "\"Ia tidak jadi satu hasrat atau dasar kita kalau kita jadi kerajaan persekutuan...tidak. ", "\"Dari segi Islam, arak dibenarkan untuk orang bukan Islam. PAS sebagai parti berteraskan Islam, tidak mempunyai hasrat buat dasar tidak benar arak untuk orang bukan Islam.", "“Saya mohon dibetulkan kalau disalahpetik,\" katanya. " ]
https://www.malaysiakini.com/news/463317
Asri: Sebut Ayob Khan terbayang muka Zamihan
[ "Apabila bercakap mengenai Pengarah Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan segera terbayangkan wajah pendakwah bebas, Dr Zamihan Mat Zin.", "Ini kerana menurut Mohd Asri, kedua-dua individu tersebut mempunyai banyak persamaan.", "“Saya bila sebut Datuk Ayob Khan, saya bukan bayangkan muka beliau, tapi saya bayang muka Zamihan. Muka dia (Ayob) pun saya bayang jugalah. Bukan apa, saya nampak kedua-dua individu ini sama saja. Apa yang Ayob cakap, itulah juga yang Zamihan cakap.", "“Bagi saya mereka ini mempunyai pandangan yang begitu sempit, mana tidaknya, dobi tak boleh kongsi Islam dan bukan Islam, malah perkataan kafir itu di bibir saja.", "\"Kenapa kita ambil penasihat (agama) yang perwatakan begitu keras dalam pandangan ekstrem dan sebagainya,\" katanya ketika mengulas berhubung siri tangkapan beberapa individu dari kumpulan Salafi Jihadi di Perlis pada September tahun lalu.", "Salafi Jihadi", "Mohd Asri berkata demikian dalam forum bertajuk Sosma: Siapa Pengganas Dan Potensi Salah Guna Kuasa di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, hari ini. ", "Mohd Asri dan Zamihan berseteru sejak sekian lama kerana perbezaan pandangan antara mereka.", "Zamihan dikenali sebagai tokoh yang lantang membuat dakwaan berkaitan fahaman Wahabi dan Syiah di negara ini.", "", "", "", "", "", "", "Selain Mohd Asri, antara tokoh yang pernah menjadi sasarannya ialah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad dan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr Rozaimi Ramle.", "", "Manakala Mohd Asri pula kerap mengkritik pendekatan keras pendakwah berkenaan termasuk memaki hamun dan melabel Muslim lain sebagai \"kafir harbi\".", "", "Beliau turut mempertikaikan pemilihan Zamihan sebagai jurupulih akidah anggota kumpulan pengganas sebelum ini.", "Perbezaan pendapat dan perang mulut antara mereka termasuk dalam isu membabitkan kewujudan kedai dobi khas untuk Muslim di Johor.", "kedai dobi ", "Selain Zamihan, Mohd Asri juga pernah mengkritik Ayob kerana menyarankan agar pihak berkuasa agama memantau ahli akademik dan agamawan yang kerap menggunakan petikan atau fatwa daripada ulama kontroversi, Ibnu Taimiyyah.", "", "", "Baca: Mufti: Akademik bukan bidang Ayob Khan", "Baca: ", "Mufti: Akademik bukan bidang Ayob Khan", "", "", "Ayob pada 2016 berkata siasatan polis mendapati kumpulan pengganas seperti IS menyelewengkan fakta ulama itu untuk menghalalkan tindakan militan mereka.", "", "", "", "", "", "Kata Ayob, berdasarkan pengakuan dan bahan propaganda, terdapat banyak fatwa Ibn Taimiyyah diselewengkan IS untuk mewajarkan tindakan ganas mereka.", "Pandangan itu bagaimanapun ditolak Mohd Asri yang tampil menempelak Ayob kerana didakwa “memfitnah” Ibn Taimiyyah.", "Menurut Mohd Asri, seseorang anggota polis tidak patut melibatkan diri dalam pertembungan aliran pemikiran dalam Islam.", "Pesanan pada polis - Allah maha melihat", "Pesanan pada polis - Allah maha melihat", "Pesanan pada polis - Allah maha melihat", "Sementara itu, Mohd Asri turut mengingatkan anggota polis yang terlibat dalam penguatkuasaan akta drakonian seperti Sosma supaya tidak menyeksa tahanan yang didakwa sebagai pengganas.", "Tanpa menidakkan jasa dan bakti Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjaga keselamatan dan keamanan negara selama ini, Asri menegaskan pihak berkuasa itu tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya.", "“Polis ini banyak kerja baik yang telah dibuat terutamanya membabitkan keselamatan, bahkan banyak lagi kebaikan lain dicurahkan kepada negara kita, itu kita tak boleh nafikan jasa PDRM. Namun, apabila kita membicarakan hal-hal seperti tahanan, ada cerita-cerita hitam lain.", "“Saya nak ingatkan kepada anggota polis bahawa hidup ini bukan hanya di balai polis sahaja, ketika (polis) ada jawatan, hidup ini luas. Polis juga ada kehidupan, ada anak dan isteri.", "“Jadi ingatlah seperti mana kita lakukan kepada orang lain. Allah itu maha menyaksikan, mungkin kita sangka orang lain tak boleh ambil tindakan kepada kita, tapi Tuhan boleh bertindak ke atas kita, menentukan percaturan hidup dan penderitaan kita. Ini bukan ingatan saya saja tapi daripada semua pihak,” katanya.", "Beri takrif keganasan ", "Beri takrif keganasan", "Beri takrif keganasan", "Selain itu Mufti Perlis itu turut berpendapat bahawa Malaysia Baru di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) perlu memberi takrifan dan definisi yang jelas mengenai pengganas dan terrorisme.", "Tegas Mohd Asri perkara itu perlu kerana tanpa definisi yang jelas telah membuka ruang yang luas kepada pihak berkuasa membuat tuduhan sewenang-wenangnya kepada pihak tertentu sebagai pengganas.", "“Situasi ini telah memberi ruang sebebas-bebasnya untuk pihak berkuasa membuat tuduhan. ", "\"Walaupun saya tidak bersetuju dengan ‘school of thoughts’ mereka (salafi jihadi) tapi itu tidak menafikan mereka itu untuk mendapat hak yang adil apabila dituduh mesti dibicarakan dengan cara yang adil.", "“Kita perlukan satu sistem mahkamah yang memberikan keadilan yang benar-benar tulus.", "\"Selain itu, kita juga perlu ada semak dan imbang supaya anggota-anggota petugas polis ini tidak membuat tuduhan sewenang-wennagnya menggunakan kuasa iaitu kuasa polis untuk tuduhan seperti ini,” tegasnya." ]
https://www.malaysiakini.com/news/101480
'Agensi k'jaan S'gor biayai lawatan Khir ke Disney'
[ "\nBekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.\n", "\nSenarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.\n", "\n\nPerkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.\n", "", "\nAntara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah:\n", "\n\nTurut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir - Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.\n", "", "\n\nDelegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.\n", "", "\n\nKumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.\n", "", "\n\nPersinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.\n", "", "\n\n\nBaca berita penuh\n\n\n", "\n\nBaca berita penuh\n\n", "\nBaca berita penuh\n" ]