url
stringlengths
45
146
headline
stringlengths
7
148
content
stringlengths
30
19.7k
https://www.leaazleeya.com/2019/10/6-produk-skincare-terbaik-di-malaysia.html
6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!
6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia Yang Perlu Anda Cuba!  |  Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan kerana setiap wanita dalam dunia ini sudah pastinya ingin memiliki kulit yang cantik.. Tanyalah pada mana-mana wanita sekalipun dalam dunia ni, aku yakin semua akan menyatakan ingin memiliki kulit yang cantik, flawless dan glowing sepanjang masa.. Yang dah memang dilahirkan memiliki kulit yang cantik, korang kena bersyukur tau.. Tak perlu nak bersusah payah untuk mencari cara untuk mencantikkan kulit.. Kulit yang cantik adalah kulit yang sihat.. Jadi, korang kena perlu bijak dalam memilih sesuatu produk dengan mengambil tahu terlebih dahulu jenis kulit dan keperluan kulit korang.. Di pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis produk skincare yang dapat membantu kulit korang menjadi lebih sihat dan cantik.. Di sini aku senaraikan produk skincare terbaik di Malaysia yang berkesan dan selamat digunakan. (Psst.. Skincare ni semua tak sesuai bawa pergi umrah tau. Sebab ada pewangi) 6 Produk Skincare Terbaik di Malaysia 1.  Nurraysa Collagen Soap Nurraysa merupakan jenama produk kosmetik mesra wuduk yang diasaskan oleh seorang wanita berniqab iaitu Puan Nur Aini Zolkepeli yang berasal dari Dungun, Terengganu.. Untuk produk Nurraysa ni, aku dah cuba Nurraysa Collagen Soap.. Alhamdulillah serasi dengan muka aku tanpa ada kesan sampingan.. Aku menggunakan sabun kolagen ni disebabkan hasutan berjaya kakak aku.. hehe.. Dia juga serasi dengan sabun muka ni.. Nurraysa Collagen Soap ini tidak mengeringkan kulit malah ia membantu melembapkan kulit muka kerana ia mengandungi bahan pelembap kulit muka terbaik.. Selain itu, ia juga membantu membuang sel-sel kulit mati, membaiki struktur kulit dari dalam, membantu kulit wajah agar lebih segar, menarik, tidak kusam dan kelihatan lebih cerah, membantu mengurangkan masalah kulit, tanpa SLES dan sesuai untuk semua peringkat umur.. Satu lagi, sabun kolagen ini juga dapat memudarkan jeragat dengan penggunaan yang konsisten.. 2.  Sendayu Tinggi Whitening Pearl Cream SPF15 Whitening Pearl Cream dari Sendayu Tinggi ni memang aku pakai sampai sekarang dan kesannya memang ohsem! Rasanya inilah cream muka terbaik pernah aku pakai.. Lagi pun Pearl Cream ni memang antara krim muka yang mendapat sambutan dari pengguna di Malaysia.. Pendek kata, pearl cream Sendayu Tinggi ni dah menjadi sebutan wanita-wanita di Malaysia dek kerana keberkesanannya.. Produk Sendayu Tinggi ni diasaskan oleh Puan Rozita Ibrahim yang juga merupakan ibu kepada Pengasas produk D'Herbs.. Tekstur Whitening Pearl Cream ni sangat lembut dan sangat mudah diapply kat muka pada setiap hari.. Diformulasi dengan ekstrak pearl untuk membantu mencerah dan memutihkan kulit secara semulajadi dengan penggunaan yang konsisten.. Nak cantik kenalah konsisten.. Cream ini juga mempunyai SPF15 untuk melindungi kulit muka selama 4 jam daripada sinar UV.. Selain itu, ia juga membantu memudarkan parut dan pigmentasi.. Pearl Cream ni selamat digunakan tau kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan bebas Paraben.. Bukan Whitening Pearl Cream ni aje tau yang aku guna.. Ada beberapa lagi produk Sendayu Tinggi yang aku guna.. Semuanya serasi dengan kulit muka aku.. 3.  MYLARA Skincare MYLARA Skincare pilihan terbaik untuk merawat masalah kulit wajah. Nak pilih skincare ni kenalah pastikan produk tersebut tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan selamat digunakan.. Nak ini aku perkenalkan pada korang skincare yang selamat digunakan, MYLARA Skincare yang diperbuat daripada bahan organik dan berkesan merawat masalah kulit seperti kulit kusam, kulit berminyak, jerawat, jeragat, parut jerawat dan hiperpigmentasi.. Kalau korang nak tahu, MYLARA Skincare ni diasaskan oleh doktor dimana hasil gabungan tenaga profesional dalam merumuskan formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Mereka memiliki doktor dan staf-staf yang mahir dalam bidang masing-masing yang boleh consult korang jika korang menghadapi sebarang masalah kulit.. MYLARA Skincare ini dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah sesuai digunakan untuk semua jenis kulit wajah seawal usia 14 tahun dan keatas. Produk ini tak diuji pada haiwan tau ia diuji secara klinical dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP.. Info di SINI 4.  Dr. Beau Pure Natural Skin Oil Satu lagi produk yang aku pernah guna iaitu Dr. Beau Pure Natural Skin Oil.. Ini merupakan serum muka yang paling berkesan untuk merawat jerawat dan jeragat.. Lama jugak aku guna serum ni dengan tujuan untuk hilangkan jeragat kat muka aku ni.. Walaupun jeragat tak serius mana, tapi langkah awal tu perlu aku ambil dan serum inilah jalan penyelesaiannya.. Dr. Beau serum ni didatangkan dalam bentuk softgel dimana kualiti dan tahap kebersihannya terjaga dengan baik.. Serum muka terbaik ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera iaitu Teja Herbs dimana serum ini dirumus khas dari sumber Vitamin E ekstrak herba semulajadi yang terbukti berkesan dan telah digunakan oleh ramai selebriti dan pakar kecantikan di dunia.. Serum ni selamat digunakan tau dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Antara manfaat yang korang akan dapat bila guna serum wajah ni adalah ia mampu merawat masalah kulit kusam, membantu memudarkan jeragat yang kronik, menghilangkan jerawat dan parut jerawat, merawat kulit sunburn, menghilangkan lebam bawah mata, melembapkan kulit, merawat parut akibat melecur, merawat ekzema dan mengatasi masalah biji kolestrol.. Info di SINI & SINI 5. WOWSKIN Vitamins Serum Set Nak kulit cantik, korang boleh cuba WOWSKIN Vitamins Serum Set ni.. Ini merupakan serum muka terbaik pernah aku cuba.. Bukan aku sahaja yang cuba tetapi adik aku juga serasi dengan serum wajah ni.. Dalam set ni ada dua jenis serum iaitu Day Serum dan Night Serum.. Day Serum mengandungi Vitamin B3, C & E manakala Night Serum pula mengandungi Vitamin A & D.. Biasa kalau pakai serum, satu jenis je.. WOWSKIN ni istimewa sikit sebab ada dua jenis serum untuk penggunaan siang dan malam.. Serum muka yang diasaskan oleh Encik Muhammad Zukermi bin Edi ini sangat berkesan untuk menghilangkan kemerahan akibat keradangan kulit atau jerawat, meningkatkan penghasilan kolagen, membaiki tekstur kulit, melembapkan kulit, menegangkan kulit, menghilangkan sunburn, kulit jadi glowing, melambatkan proses penuaan, kulit menjadi lembut dan gebu, mengurangkan kadar penghasilan sebum atau minyak pada wajah, mempercepatkan kadar penyembuhan dan pengeringan jerawat dan membaiki sel kulit. Satu lagi yang bagusnya serum ni, ia selamat digunakan oleh ibu mengandung dan menyusu.. Info di SINI 6.  Cosmoderm Rasanya semua pun dah familiar dengan jenama skincare yang satu ni kan.. Skincare yang semakin mendapat tempat dihati pengguna di Malaysia iaitu Cosmoderm.. Aku sendiri pun pernah menggunakan skincare Cosmoderm ni sebabnya ramai pelanggan mereka yang memberi feedback yang positif tentang keberkesanan produk ini.. Jadi, aku sendiri teruja untuk mencubanya.. Lagi pun produk Cosmoderm ini selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya.. Nak kulit cantik dan sihat kenalah tahu dulu kulit korang jenis yang mana satu.. Bagi yang mempunyai kulit jenis normal dan kombinasi, bolehlah cuba set Vitamin E-Basic ni.. Set ini membantu memudarkan parut, meratakan tona kulit, meneutralkan radikal bebas dan memulihkan sel-sel kulit agar kulit menjadi sihat tanpa cela.. Bila kulit sihat, terselahlah kecantikannya nanti.. Tips Memilih Skincare Yang Sesuai Dalam memilih skincare, perkara yang paling penting adalah memastikan ianya sesuai dengan jenis kulit muka kita... Aku juga beberapa kali tersasar dalam memilih kesesuaian skincare dengan kulit muka aku, akibatnya muka breakout teruk.. Time tu mulalah rasa down.. Nak pulihkan semula bukan mengambil masa sehari dua malah berbulan-bulan dengan penjagaan yang rapi barulah boleh dapat balik kulit muka yang sihat.. Jadi, korang berhati-hatilah dalam memilih skincare.. Pastikan ianya sesuai dengan kulit muka korang.. Kat sini aku nak share dengan korang tips memilih skincare yang sesuai.. 1.  Jenis kulit Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza.. Ada yang berkulit kering, berminyak, kombinasi atau normal.. Bagi yang jenis kulit normal, mereka beruntung kerana banyak skincare yang mereka boleh guna dengan senang hati.. Jadi, sebelum memilih skincare amat penting untuk kenali jenis kulit wajah kita terlebih dahulu.. Bila dah tahu jenis kulit, barulah boleh tentukan skincare apa yang sesuai dengan jenis kulit kita... Jenis kulit wajah aku adalah dari jenis kulit kombinasi.. Ada bahagian berminyak dan ada bahagian yang kering.. So, aku kene pastikan skincare yang aku pilih adalah untuk kulit yang kombinasi.. Kalau korang tak pasti jenis kulit muka korang, bolehlah terus jumpa pakar dermatologi untuk check jenis kulit muka korang.. 2.  Kulit sensitif paling berisiko Selalunya dikalangan kengkawan aku, mereka yang berkulit sensitiflah yang selalu merungut tentang skincare.. Ada saja yang tak kena dan tak sesuai.. Sememangnya orang yang mempunyai kulit yang sensitif perlu penjagaan yang lebih rapi kerana jika tersalah memilih skincare padah akibatnya.. Kebiasaannya, orang yang berkulit sensitif ni lebih sesuai dengan skincare dari jenis organik dan pastikan juga ianya berlabel untuk kulit sensitif, hipoalerginik dan bebas daripada pewangi.. 3.  Bebas bahan kimia berbahaya Sekarang ni kat pasaran terdapat lambakan skincare tak kiralah dari local product atau dari luar... Antara produk-produk yang ada dijual di pasaran sekarang banyak juga yang mengandungi bahan kimia berbahaya.. Antara bahan kimia yang terlarang adalah seperti hidrokinon, merkuri, paraben dan tretonoin yang akan memberi kesan buruk pada kulit kita malah juga pada kesihatan kita.. Jadi, sebolehnya elaklah dari memilih produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya.. Pastikan ianya bebas bahan kimia.. Nak tahu produk tu selamat ke tak, korang boleh check sendiri di laman web Farmasi Malaysia.. Sebelum muka bertukar menjadi 'hantu' lebih baik korang pastikan dulu skincare yang korang beli tu selamat ke tidak digunakan.. Jangan terlalu memandang remeh akan hal ni ye.. 4.  Kenali kandungan produk Perkara pertama yang aku akan tengok bila beli sesuatu produk adalah kandungannya.. Aku akan pastikan apakah bahan aktif yang terdapat dalam produk tersebut.. Kebiasaannya aku akan pilih produk yang mengandungi bahan aktif yang telah terbukti berkesan secara klinikal.. Ia lebih meyakinkan dan rasa selamat digunakan..  Bahan aktif yang selalu terdapat dalam sesuatu produk yang bagus adalah seperti Vitamin A, Vitamin B & B5, Vitamin C dan Vitamin E. 5.  Lihat testimoni sebenar pengguna Step terakhir yang selalu aku buat adalah baca testimoni sebenar pengguna.. Bila dah tau jenis kulit dan dah listkan skincare mana menjadi pilihan, bolehlah belek-belek testimoni pengguna.. Pastikan testimoni tu adalah honest review dari pengguna bukan yang palsu.. Kalau dapat dengar sendiri pengalaman dorang guna skincare tersebut lagi bagus.. Bila dah tau keberkesanan dan tahap selamat produk tersebut bolehlah memilih.. Oklah, 6 produk skincare terbaik dah pun aku kongsikan dan tip memilih skincare yang sesuai pun dah aku share dekat sini.. Kuasa memilih adalah ditangan korang sendiri.. Moga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat membantu korang dalam mencari skincare yang sesuai dan terbaik untuk korang.. Perlu diingat ye, setiap dari kita mempunyai kulit yang berbeza-beza.. Keberkesanan sesuatu produk juga berbeza-beza.. Mungkin sesuai dengan dia tetapi bukan dengan kita.. So, perlu cuba sendiri baru tahu keberkesanan dan kesesuaiannya.. Nak memilih tu haruslah berhati-hati dan sesuai dengan jenis kulit muka kita.. Kalau tak pasti, mintalah nasihat dari pakar..
https://www.leaazleeya.com/2022/02/dr-azizan-kongsi-10-cabaran-bisnes-selepas-pandemik-2022-dalam-live-session.html
Datuk Wira Dr Azizan Osman Kongsi 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Tahun 2022 Dalam Program Live Session
Datuk Wira Dr Azizan Osman Kongsi 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Tahun 2022 Dalam Program Live Session  |  Wahh bestnya nanti Datuk Wira Dr Azizan Osman akan adakah program Live Session dimana beliau akan berkongsi tentang cabaran-cabaran dalam bisness. Siapa yang dah ada bisness atau yang baru nak mulakan bisness patut join program  ni.. Nak tahu lebih lanjut, nanti aku story.. Sebelum tu, aku nak perkenalkan dulu Richworks.. Eh, apa itu Richworks?Tentang RichworksRichworks International adalah sebuah syarikat multinasional yang merupakan penganjur seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara. Kepakaran mereka adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.Richworks yang ditubuhkan pada 2008 ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.  Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia. Dalam masa beberapa tahun sahaja, Richworks telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & Latihan profesional terbesar di Malaysia dan kini telah berjaya melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara  serta seminar live dan dalam talian (Virtual Online). Berpandukan rekod prestasi, terbukti strategi perniagaan dan program mentoring RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 - 24 bulan.Siapakah Datuk Wira Dr. Azizan Osman?Pastinya dikalangan usahawan dan sangat familiar dengan nama Datuk Wira Dr. Azizan Osman.. Bagi yang belum mengenali beliau, inilah Pengasas dan Pengerusi Richworks yang telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajuinya sejak 2008.Beliau seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri. Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.  Bukan itu sahaja, beliau juga telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan dan telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Sejak 2015, menerusi Program High Net Worth Coaching bersama kumpulan Titanium, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah memberikan bimbingan kepada lebih 700 usahawan jutawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa. Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan usahawan ini telah mencecah RM1.5 bilion.Datuk Wira Dr Azizan Osman Kongsi 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Tahun 2022 Dalam Program Live SessionDah masuk tahun 2022, kita masih di dalam pandemik.. Bila nak berakhir semua ni? Hurm aku sendiri tiada jawapan untuk soalan itu.. Ramai yang terjejas dengan keadaan sekarang terutamanya usahawan di luar sana.. Ada juga dikalangan mereka yang dah pun gulung tikar akibat tidak mampu untuk terus 'survive' dalam bisnes.Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah! Terdapat 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang!Apakah 10 cabaran bisnes selepas pandemik di tahun 2022?Kalau korang nak tahu, Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes di tahun 2022 dan selepas pandemik ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada hari Ahad, jam 8 pagi.Pagi tadi, Dr Azizan sempat berkongsikan tentang beberapa perkara berkaitan isu semasa yang berlaku di negara kita pada masa ini.. Banyak perkara yang beliau kaji dalam tempoh dua minggu yang lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.Sebab itulah katanya lagi, kritikalnya untuk kita semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.  Semalam beliau berpeluang bersama-sama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina di mana memang banyak syarikat yang sudah tutup atau atau lebih tepat 'gulung tikar'.  Walaupun peniaga ini mempunyai kilang di China tetapi mereka sudah tidak nampak apa yang perlu dibuat dan juga tidak mahir dalam soal pemasaran.  Katanya lagi, beliau juga sedar bahawa sebenarnya untuk memulakan semula bisnes dari kosong agak sukar diketika ini dan bila ditanya oleh seorang usahawan dalam bidang pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?  Pertama kali, beliau tidak tahu untuk memberikan jawapan bagi soalan itu. Namun begitu, beliau sedar bahawa bagi mereka yang mempunyai bisnes di ketika ini dan kekal melakukan perkara yang sama seperti biasa, maka dia akan 'mati'!  Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja secara agresif seperti sebelum ini. Jika masih kekal dengan usaha yang normal, maka ia akan mati dan jika kekal kecil pula ia akan pupus.Katanya lagi "Sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tidak bersyukur jika anda tidak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum. Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.  Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'."  "Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.  Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?  Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.  Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.  Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini."Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman Setiap Ahad Di Saluran TelegramRasa teruja pula nak join Live Session bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman ni.. Kali ni beliau adakan di saluran Telegram.. So, lebih mudah la lepas ni nak join live session beliau.. Lagi pun program ini diadakan pada setiap hari Ahad.. Walaupun aku bukanlah orang bisnes tetapi apa salahnya kalau ada sedikit ilmu dalam bisnes kan.. Mane tahu akan datang ada peluang aku untuk berbisnes pula.. Hehe.. Insyaallah.. Korang yang free hari Ahad nanti, bolehlah join Live Session bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman ini nanti.. Sama-sama kita mencari dan menambah ilmu..Bagaimana nak join Live Session Dr Azizan Osman?Ok, kalau korang nak join, boleh klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang!
https://www.leaazleeya.com/2020/08/joymix-hello-bong-dan-joymix-pure-collagen-powder-untuk-sakit-sendi-dan-otot.html
JoyMix Hello-Bong dan JoyMix Pure Collagen Powder Berkesan Mengurangkan Sakit Sendi dan Otot
JoyMix Hello-Bong dan JoyMix Pure Collagen Powder Berkesan Mengurangkan Sakit Sendi dan Otot  |  Hi ollss!! Assalamualaikum.. Ada tak yang tengah mengalami sakit sendi dan otot? Haa kalau ada, ni aku nak kenalkan pada korang 2 produk terbaik dari Joymix ni yang boleh bantu korang mengurangkan rasa sakit sendi dan otot iaitu JoyMix Hello-Bong dan Pure Collagen Powder.. Eh, produk collagen boleh kurangkan sakit sendi dan otot? Macam mana tu? Biasa untuk kulit dan kecantikan je.. Haaa itu yang bagusnya tentang produk JoyMix ni.. Jom aku cerita.. JoyMix Hello-Bong Apa itu Hello-Bong? Haaa nama pun dah unik kan.. Hello-Bong.. Apa tu? Ok, Hello Bong ni adalah makanan tambahan yang diformulasikan daripada Jeruk Halla-Bong dan Curcuminoids dari ekstrak kunyit.. Ok, kalau korang nak tahu Halla-Bong ni merupakan sejenis oren tanpa biji yang istimewa ditanam di Pulau Jeju, Korea. Oren ni mengandungi jumlah Vitamin C yang tinggi dan memiliki rasa manis yang semulajadi. JoyMix Hello-Bong ini menggabungkan khasiat Halla-Bong dengan khasiat kesihatan kunyit untuk mewujudkan minuman serbuk oren yang sejuk dan menyegarkan.. Kebaikan JoyMix Hello Bong Dihasilkan daripada bahan yang berkhasiat menjadikan JoyMix Hello-Bong ini banyak manfaatnya.. Antara kebaikan JoyMix Hello-Bong ini adalah :- Mengurangkan panas badan Menghilangkan nafas berbau Membantu meningkatkan imuniti Mengelakkan penyakit akibat radikal bebas Membantu badan pulih dengan segera daripada penyakit Mengurangkan keradangan sendi Melindungi hati Membantu mengelakkan penyakit kronik Siapa yang memerlukan JoyMix Hello-Bong? Pesakit Arthritis kerana JoyMix Hello-Bong mempunyai sifat anti-radang yang akan memberi kelegaan kepada pesakit osteoartritis atau rheumatoid arthritis Individu aktif atau atlet yang mengalami sakit otot kerana terlalu banyak bersenam atau aktiviti fizikal yang berlebihan akan mendapat manfaat daripada memakan JoyMix Hello-Bong Orang dewasa muda yang mengalami mabuk atau rasa mual yang berterusan Orang yang mementingkan kesihatan yang ingin meningkatkan imuniti dan kekal sihat boleh mengambil JoyMix Hello-Bong Cara pengambilan JoyMix Hello-Bong Untuk pengambilan JoyMix Hello-Bong ni mudah je.. Tak perlu nak bancuh.. Terus je makan macam tu je.. Ok, aku ajarkan ye cara makan Hello-Bong ni.. Koyakkan satu sachet JoyMix Hello-Bong Tuangkan ke dalam mulut dan kemam sehingga serbuk cair Telan dan minum air jika diperlukan Boleh diambil selepas sarapan pagi Banyakkan manfaat Hello-Bong ni.. Biasanya kalau aku dengar pasal produk vitamin c ni, yang terlintas di fikiran aku ni adalah untuk kecantikan kulit semata.. Tapi untuk produk Hello-Bong ni ia lebih kepada produk untuk kesihatan dan paling best ia berkesan mengurangkan rasa sakit sendi dan otot.. Aku baru consume produk Hello-Bong ni.. Tujuan aku kalau boleh nak dapatkan semua manfaatnya tetapi aku faham tentang konsep dimana ia mengikut keserasian tubuh badan kita.. Andai dapat satu atau dua manfaat pun dah rasa best sangat dah.. Haha..  Owh ya, rasa dia pun pada aku sedap dan mudah diterima oleh tekak aku.. Rasanya yang masam manis oren membuatkan aku lebih bersemangat untuk terus consume produk ini.. Lagi pun, sangat mudah untuk ambil Hello-Bong ni, cuma perlu koyakkan sachet dan terus masukkan ke dalam mulut.. Tak perlu dah nak bancuh-bancuh.. aku lebih suka cara pengambilan yang macam ni.. Nampak sangat pemalas kan.. Haha..!! Kalau nak kesan yang lebih bagus, boleh consume bersekali dengan JoyMix Pure Collagen Powder.. JoyMix Pure Collagen Powder Kolagen boleh mengurangkan sakit sendi dan otot? Ofkos, sebabnya kolagen membantu membina semula tulang rawan pada sendi.. Kolagen adalah nutrien terpenting untuk sendi. Sebab tu JoyMix Pure Collagen Powder ni bagus untuk kurangkan sakit sendi dan otot.. Ok, jom aku cerita lebih lagi ye.. Korang mesti tahu ni..  Kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat dalam tubuh manusia. Ia membantu menyatukan seluruh badan dan dapat ditemui dalam kulit, tulang dan tisu penghubung.. Tapi jangan tak tahu ye, pengeluaran kolagen biasanya mulai menurun setelah usia 40 tahun.. Sebab itulah kita memerlukan makanan tambahan untuk terus kekalkan keutuhan tubuh badan kita.. Kolagen juga memberikan kekuatan dan keanjalan kulit serta bertanggungjawab dalam penggantian sel-sel kulit mati.. Faktor yang boleh mengurangkan pengeluaran kolagen termasuklah terdedah dengan sinaran matahari, merokok dan pengambilan gula yang tinggi.. Untuk kekalkan kolagen dalam badan, kita perlukan JoyMix Pure Collagen Powder ini.. Hehe.. Kelebihan JoyMix Pure Collagen Powder JoyMix Pure Collagen Powder ni dihasilkan daripada Marin Kolagen dimana berat molekul kecilnya adalah 500 - 1500 Dalton yang mudah menyerap ke dalam kulit. Mesti korang risaukan tentang baunya... Yelah dah diperbuat daripada marin kolagen, mesti akan ada bau hanyirnye.. Betul tak? Jangan risau sebabnya supplement ni tak berbau hanyir kerana diperbuat dairpada sisik ikan. So, memang tiada bau yang mencurigakan.. Ia juga boleh dicampur ke dalam minuman lain.. Bukan itu saje, malah Pure Collagen Powder dari JoyMix ni tiada pencemaran bakteria dan selamat diambil.. Gabungan logam berat juga sangatlah rendah.. Nak tau tak fungsi JoyMix Pure Collagen Powder ni? Salah satunya dah aku kasitau kat atas tadi kan iaitu untuk mengurangkan sakit sendi dan otot.. Ada banyak lagi fungsi dan manfaat Pure Collagen Powder Joymix ni sebenarnya.. Jom check..! Fungsi JoyMix Pure Collagen Powder Mengukuhkan keanjalan kulit wajah Mengurangkan kedutan kulit Mengelakkan keguguran rambut dan menguatkan kuku Menguatkan sendi dan tulang Tiada sebarang pencemaran bakteria Melicin dan memberikan keserian pada wajah Untuk kuku dan rambut pun bagus uolls.. Kebetulan la rambut aku ni memang mengalami keguguran yang teruk dan kuku pun tak berapa nak cantik.. So, dengan mengambil JoyMix Pure Collagen Powder ni bolehlah membantu sekali masalah keguguran rambut dan kuku aku ni.. Yang penting kenalah konsisten ye.. Kalau malas, tak payah beranganlah nak cantik.. hehe.. Cara pengambilan JoyMix Pure Collagen Powder             Aku suka cara pengambilan JoyMix Pure Collagen Powder ni.. Bukan ape, aku ni jenis susah sikit kalau ambil supplement yang rasanya tak kene dengan tekak aku ni.. Dengan JoyMix Pure Collagen  Powder ni aku dah tak perlu risau sebabnya aku boleh campur ke dalam minuman kegemaran aku..  Ok, cara pengambilan JoyMix Pure Collagen Powder ni sangat mudah.. Hanya perlu tambahkan 1 scoop JoyMix Pure Collagen Powder ke dalam minuman kegemaran korang seperti kopi, teh, milo atau jus buah-buahan.. Kacau hingga larut, bolehlah dinikmati.. Oh ya, scoop dah disediakan tau di dalam botol.. So, tak perlu risau dah dengan sukatan yang betul.. hehe.. Kuantiti pengambilan adalah satu scoop untuk sehari.. Kalau korang rasa lebih suka untuk campurkan dengan air kosong puan tak de masalah.. Boleh je.. Cuma rasanya sedikit kurang enak.. So, lebih baik minum bersama minuman kegemaran kita.. Paling best, kalau minum dengan air buah.. Kalau tak dapat air buah pun, air sunquick pun nice.. Nak lagi best, tambah ais.. Perghhh memang nak bergelas-gelas la jawabnya.. Haha.. Untuk pengambilan kedua-dua produk ini iaitu Hello-Bong dan juga Pure Collagen Powder ni, macam aku sendiri aku akan ambil 1 scoop Pure Collagen Powder bersama air milo semasa sarapan pagi dan selepas sarapan aku akan ambil 1 sachet Hello-Bong pula.. Mudah je kan.. Dapatkan JoyMix Hello Bong dan JoyMix Pure Collagen Powder Untuk Mengurangkan Sakit Sendi dan Otot Kalau korang ada masalah sakit sendi dan otot boleh la cuba 2 produk daripada JoyMix ni iaitu Hello Bong dan juga Pure Collagen Powder ni.. Bukan untuk masalah sakit sendi dan otot je tau tetapi untuk kecantikan jugak.. Dua produk yang mempunyai banyak manfaatnya.. Sambil kurangkan kesakitan, dapat juga manfaat kecantikan.. Kan bagus camtu.. Hehe.. Lagi pun produk JoyMix ini adalah produk yang HALAL.. Oklah, untuk info lanjut tentang produk JoyMix ni bolehlah layari :- JoyMix Hello-Bong https://www.joypremix.com/products/hello-bong Harga RM 77.00 JoyMix Pure Collagen Powder https://www.joypremix.com/products/collagen-powder Harga  RM 98.00 (1 botol) RM 150.00 (2 botol)
https://www.leaazleeya.com/2017/06/kulit-cantik-mulus-sekata-dengan.html
Kulit Cantik Mulus Sekata Dengan Syahirah Korean Secrets
Kulit Cantik Mulus Sekata Dengan Syahirah Korean Secrets  |  Kalau bercakap tentang K-Pop ni mesti ramai yang terbayang-bayang artis K-Pop yang cantik-cantik dan handsome-handsome kan.. Aku tahu kat Malaysia ni begitu ramai peminat artis K-Pop.. Tak hairan la ada segelintir darinya yang ingin memiliki kecantikan seperti artis K-Pop itewwww.. Kan kan.. Ngaku jerk laaa.. Hehe.. Orite, hari ni aku nak kenalkan korang dengan satu produk ni yang boleh membuatkan impian korang tu tercapai.. Mesti korang teringin sangat mempunyai kulit cantik mulus sekata seperti artis K-Pop tu kan dan selalu mengikuti tips kecantikan dan trend dari mereka tetapi mungkin ada yang bimbang akan lambakan produk Korea di pasaran sekarang yang tidak Halal dan Selamat pada kulit... So, kali ni korang toksah bimbang kerana SYAHIRAH, ada penyelesaiannya!! Tak percaya?? Jom baca sampai habis!! Kulit cantik mulus sekata dengan Syahirah Korean Secrets Memahami impian setiap gadis yang ingin memiliki kulit yang cantik mulus sekata bagaikan artis korea, SYAHIRAH sebagai rangkaian penjagaan kecantikan Halal sejak tahun 2007 kini berbangga untuk membawakan inovasi terbaru buat semua pencinta produk kecantikan  Korea. Formulasi gabungan teknologi terkini dari Korea dengan ramuan bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju, Korea iaitu Tri-Flower Essence yang dirumuskan khas dengan  manfaat pencerahan serta penghidratan yang diperakui Halal oleh JAKIM, dapat membantu kulit tampil cantik mulus sekata sekaligus meningkatkan keyakinan diri untuk lebih menyerlah..!! SYAHIRAH membawa kepada pengguna 2 rangkaian  penjagaan wajah di bawah SYAHIRAH KOREAN SECRETS iaitu Hydra Soft dan White Glow.. Kedua-duanya pasti akan membatkan kulit wajah persis gadis Korea! SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft, rangkaian istimewa sesuai untuk gadis yang menginginkan kulit wajah mulus sekata yang dirumuskan khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu Bunga Ginseng, Chamonile dan Teh Hijau yang membantu membekalkan kelembapan agar kulit sihat, dan mulus sekata. Bukan itu sahaja, ia juga memiliki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus sekata secara semulajadi..  SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini didatangkan dengan 5 produk iaitu Gel Pembersih Muka, Scrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka dan Krim Kecantikan. Rejim lengkap SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft :- 1. Gel Pembersih Muka Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit. 2. Skrub Muka Diformulasikan dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk mendapatkan kulit yang lebih licin. 3. Penyegar Tanpa Alkohol Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap kali pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk sekaligus menjadikan kulit lebih licin. 4. Krim Pelembap Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar dan berseri. 5. Krim Kecantikan Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit. Bagi si gadis yang inginkan pilihan lain untuk tampil dengan kejelitaan cerah berseri pula, SYAHIRAH menawarkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow yang direka khas dengan agen pencerahan dari Tri-Flower Essence dengan campuran bunga-bungaan merah jambu iaitu Bunga Sakura, Lotus dan Camelia yang dapat membantu memberikan pencerahan pada kulit wajah agar tampil cerah berseri! Rangkaian SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow ini didatangkan dengan 6 produk iaitu Gel Pembersih Muka, Gel Pembersih Muka Anti-Jerawat, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Siang SPF20, Krim Malam serta Krim Kecantikan SPF15. Rejim Lengkap SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow :- 1. Gel Pembersih Muka Membantu membersihkan sisa kotoran pada kulit wajah di samping meningkatkan kecerahan kulit. 2. Gel Pembersih Muka Anti-Jerawat Membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak pada kulit wajah yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam. 3. Penyegar Tanpa Alkohol Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap kali pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk sekaligus menjadikan kulit lebih licin. 4. Krim Siang SPF20 Membantu mencerahkan kulit disamping melembapkan kulit wajah. Dengan SPF20 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA dan UVB. 5. Krim Malam Membantu untuk mencerahkan kulit disamping melembapkan kulit wajah. Teksturnya yang lembut dan kurang berminyak memberi keselesaan dan kesegaran pada kulit semasa tidur. 6. Krim Kecantikan SPF15 Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit. Dengan SPF15 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA dan UVB. Pilihan ada ditangan anda... Tetapkan pilihan anda dan dapatkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS sekarang untuk tampil cantik mulus sekata persis gadis Korea! Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuklah pasaraya utama dan farmasi terpilih. Untuk maklumat lanjut, sila layari :- Facebook https://www.facebook.com/Syahirah.Msia/ Instagram https://www.instagram.com/syahirahmalaysia/ Email enquiries@syahirah.com.my Baca juga : Kulit Wajah Sihat Berseri Dan Cerah Sempurna Dengan Safi Balqis Oxywhite
https://www.leaazleeya.com/2019/09/review-novel-kakak-kemboja-by-naim.html
Review Novel | Kakak Kemboja by Naim Tamdjis
Kakak Kemboja by Naim Tamdjis  |  Ingat senang ke nak habiskan satu novel dalam masa yang singkat? Huh memang tak mudah bagi aku buat masa ini dek kekangan masa yang sangat kronik.. Otak aku ni kalau lakar carta organisasi, dah bercabang-cabang pembahagiannya.. Sungguhpun begitu, aku tetap jugak curi-curi masa untuk membaca walaupun aku terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk habiskan satu novel.. Baru ni habislah sudah aku baca novel berjudul Kakak Kemboja tulisan Naim Tamdjis.. Biasanya kalau penulis Naim Tamdjis ni, novelnya tak akan mengecewakan para pembaca.. Betul ke? Moh baca review aku.. hehe Eceli, novel Kakak Kemboja ni dah lama aku beli.. Dulu memang gila beli novel tapi bacanye belum tentu bila.. Hehe.. Now, aku dah selamat menghabiskan jalan ceritanya dengan aman sekali.. Ahakz.. Best ke idok jalan ceritanya?  Tajuk : Kakak Kemboja Penulis : Naim Tamdjis Muka Surat : 377 Penerbit : Buku Prima Tahun Diterbitkan : 2017 Sinopsis Kakak Kemboja Siti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mertua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya johari yang berusia sembilan tahun, mereka berdua terpaksa berpindah ke sebuah rumah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah sebuah kilang di sana. Memandangkan Siti sering bekerja lebih masa pada setiap malam minggu, maka tinggallah Johari seroang diri di rumah. Johari sentiasa terdengar bunyi aneh dan gangguan sama ada dari dalam atau di luar rumahnya. Pada suatu hari, Johari menyiasat dari mana datangnya bunyi aneh itu dan dia terserempak dengan Kakak Kemboja. Mereka berdua menjadi 'kawan' sejak dari hari itu dan Kakak Kemboja berjanji akan melindungi Johari. Adik.. Tolong abang.. Abang ada hutang dengan adik.. Tolang abang dik.. - HANTU SALLEH Aku selalu tengok dia cakap seorang diri.. Kadang-kadang macam berbisik.. - KHAMIS AL JAFRI   Akak kan dah janji nak jaga adik.. - KAKAK KEMBOJA Review Kakak Kemboja Wahh baca novel Kakak Kemboja ni agak santai starting ceritanya.. Permulaannya seolah-olah baca novel kekeluargaan yang bukan dari genre seram.. Aku suka sebab tak terlalu berat nak terima permulaannya.. Bolehlah santai-santai dulu sebelum rasa seram tu datang.. Haha!! Pembukaan jalan cerita dengan konflik kekeluargaan yang kebiasaannya terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini bagi yang gila harta dan sanggup memakan harta anak yatim.. Sakit ati jugak la baca sebabnya si mak mertua ni dok termakan hasutan anak lelakinya soh dihalaunya menantu pompuannya ni selepas kematian si suami.. Siap nak ambil rumah peninggalan arwah lagi buat homestay.. Bagi masa dua minggu aje pulak tu untuk pindah.. Huhu.. Duit KWSP si arwah pun dibedalnya oleh mak mentuanya beratus ribu..  Itu kisah konflik keluarga.. Lepas berpindah, barulah Siti dan Johari diuji dengan kisah seram.. Dorang pindah dekat rumah flat yang bakal dirobohkan.. Apa jadahnya dok tempat gitu kan.. Adeh.. Walaupun sewa murah, tak beragak nak dok rumah yang memang orang tak duduk.. Tapi yelah, kalau keadaan mendesak, main rembat jerk la kan walaupun keadaan flat tu tak selamat sekalipun.. Dari luar pun dah nampak menyeramkan.. Tambah lagi, keadaan bangunan yang agak usang.. Bila-bila masa boleh tumbang.. Dek kerana susah nak dapatkan rumah sewa yang harga tidak melampau, Siti terima jugak la dok kat umah flat berhantu tu.. Kalau aku memang tak la weh!! Huhu Kalau dah tempat yang sebegitu, memang banyaklah penunggunya.. Tak mustahil si anak 'berkawan' dengan bende alam ghaib ni.. Lagi menarik bila Johari duduk keseorangan tiada teman maka adalah pendampingnya tolong temankan.. Dari situlah munculnya Kakak Kemboja sebagai teman Johari.. Dia berjanji untuk melindungi Johari..  Pada awalnya aku tertanya jugak.. Siapa Kakak Kemboja ni..? Roh tak  tenang ke.. Orang bunian ke? Sebabnya jalan ceritanya memberikan gambaran yang sebegitu pada awalnya.. Aku paling kuat menyatakan orang bunian.. Haha.. Di akhir cerita barulah dapat gambaran yang jelas.. Ternyatalah Kakak Kemboja tu jin kafir yang mahu menyesatkan anak adam.. Cuma bezanya, dia melindungi Johari tanpa menyakitinya kerana johari berjanji untuk menjadi kawannya dan menyayanginya.. Time tu Johari tataw lagi sapa Kakak Kemboja ni.. Lepas tau, memang tak de maknenye la nak kawan bagai.. Huh..!! Cam biasa, nak pelepas semuanya mestilah ada watak ustaz.. Lepas semuanya selesai, mak mertua dan abang iparnya kembali baik dengan Siti dan memulangkan semua hak mereka kembali.. Peratus keseraman novel ini adalah :- 20% Kelucuan 30% Kekeluargaan 30% Persahabatan 40% Ketakutan Rating & Cadangan Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟 Yeah aku suka novel ni.. Walaupun plot ceritanya tak terlalu menyeramkan tapi masih sempatlah nak rasa takut tu.. Macam-macam rasa sebenarnya bila baca novel ni.. Ada rasa takut, seram sikit-sikit, marah, benci, menyampah, sakit hati, sweet, bahagia, happy dan banyak lagi la.. Novel ini lebih kepada kekeluargaan dan persahabatan.. Itu yang menarik.. Sebab aku suka novel yang macam ni.. Rasa seronok baca dari mula sampai habis tanpa rasa bosan.. Tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan novel yang sebegini.. Walaupun tak seram mana tetapi masih seronok dibaca.. Moga penulis terus berjaya menghasilkan novel yang lebih seram dan menarik selepas ini.. 
https://www.leaazleeya.com/2018/12/review-novel-psiko-by-rosa-nur.html
Review Novel | Psiko by Rosa Nur
Psiko by Rosa Nur  |  Hi korang! Memandangkan sekarang aku punya sedikit masa terluang untuk membaca, makanya banyaklah review novel yang akan muncul di blog aku ni.. Dah alang-alang aku berjaya menghabiskan novel yang aku baca, apa salahnya kan aku terus review di blog usang aku ni.. Hehe.. Manalah tahu ada yang tengah mencari novel ni, bolehlah hadam review aku ni dulu sebelum beli.. Tak gitu.. Hiks.. Orite, tak nak menceceh panjang lebar lagi, jom ikut aku review novel Psiko by Rosa Nur ni.. Ramai yang cakap best novel ni.. Betul ke? Haaa stay sampai noktah terakhir ye! 2 Minggu lepas mood menambah koleksi novel muncul lagi.. Puaslah aku dok cari novel yang best-best untuk dibeli.. Lastnya aku buntu tak tahu nak beli novel apa.. Jalan terakhir, aku whatsapp la kawan ulat buku aku, Sha Mohamad bertanyakan tajuk novel yang best dan mengancam jiwa... haha!! Jadi, Psiko ni merupakan advice dari Sha Mohamad untuk aku beli.. Katanya novel ni memang best jalan ceritanya.. Memang takkan menyesal.. Uiss, terus teruja badak aku untuk beli novel Psiko ni.. Tajuk pun dah menarik kot.. Hehe.. Psiko merupakan novel thriller karya Rosa Nur.. Ini adalah novel pertama Rosa Nur yang aku baca.. Jom kenali Rosa Nur. Penulis berasal dari Jasin, Melaka dan mula melakar nama dalam dunia penulisan tanah air setelah terbitnya novelet pertamanya yang bertajuk Berakhirnya Mimpi pada tahun 1996. Kini Rosa Nur telah berjaya menghasilkan 22 buah novel pelbagai genre di bawah pelbagai syarikat penerbitan. Psiko merupakan novel ke-23 beliau dan mempunyai elemen thriller dan aksi serta turut diselitkan dengan sedikit pergolakan cinta di dalamnya. Selain menulis novel, beliau juga bergiat aktif di dalam dunia penulisan sajak dan cerpen. Beliau telah pun mempunyai 3 buah buku antologi cerpen bersama. Sajak-sajaknya pula turut dimuatkan di dalam 2 buah buku antologi sajak. Moto yang menjadi pegangan beliau 'Kalau hendak menulis, tulislah sampai siap'.. Maka siaplah Psiko.. Yeah!! Haha.. Tajuk : Psiko Penulis : Rosa Nur Muka Surat : 483 Penerbit : Penulisan Enterprise Tahun Diterbitkan : September 2018 Sinopsis Psiko Diculik, dikurung dan diseksa oleh si bongkok kerana ingin melihat orang-orang seksaannya menderita seperti orang yang dicintainya sebelum ini. Antara yang menanggung akibat adalah RAYYAN FIRDAUS, HANNA HANANI dan beberapa orang lagi rakan mereka. Dan ini pula antara kata-kata dendam orang yang dicintai si bongkok... "Kau orang berdua nak tahu tak apa yang aku letak dalam keranda tu?  Aku letak lipan. Aku letak kala jengking!" "Ala, tak payahlah nak merayu-rayu. Hati aku ni takkan cair dengan rayuan kau. Kau dan seorang lagi betina kat atas tu akan mati sebelum matahari terbit. Ada faham?" Berselindung di sebalik satu nama yang tidak diketahui identiti sebenarnya. Dan penculikan ini terus menimbulkan tanda tanya dalam minda setiap mangsa yang terlibat. Sementara itu, kembali ke waktu 10 tahun yang lalu... Seorang gadis obesiti sering dijadikan bahan ketawa kerana tubuh badannya. Seterusnya, berlaku pula satu peristiwa hitam di sebatang sungai telah merubah takdir si gadis obesiti!. Lucu sangatkah bentuk fizikalnya sehingga teruk si gadis obesiti dibuli? Dan siapakah gadis obesiti ini? "Bulat macam belon tu kau kata comel?  Kalau dia himpit, mahu penyek badan kau!" - RAZMAN "Eh, tak payahlah. Nantitak cukup pula bihun goreng itu. Kau kan kuat makan!" - BAIZURA "Kenapa kau orang ni asyik nak membuli dia aje hah?" - MAIZATUL AKMA Menghina fizikal si gadis obesiti tanpa belas, padah menanti mereka! Satu demi satu menjadi mangsa. Diseksa dengan kejam oleh si pemberi hukuman bagai menjadi satu kewajipan. Si penghukum semakin rakus menjalankan tugasnya dengan profesional. Siapakah individu sadis dan psiko yang memberi hukuman? Siapakah pula si bongkok? Bagaimanakah dengan nasib gadis obesiti? Siapa dalang sebenar yang terlalu psiko ini? Ada kaitankah peristiwa kejam lagi berdarah ini dengan ketiga-tiga mereka? Rasailah pergolakan perasaan yang sarat dendam, suspens dan pertelingkahan dalam Psiko tulisan Rosa Nur ini. Review Psiko Psiko BEST! Satu perkataan yang keluar dari mulut aku selepas habis baca Psiko ni.. Jalan cerita memang superb.. Kejam dia tu, memang tahap dewa... Start baca aku dah rasa teruja nak tahu cerita seterusnya.. Plot yang disusun sangat kemas dan teratur.. Jadi, bila baca tu tak berselirat jalan ceritanya.. Kasi jalan terussssss aje.. Cuma throwback tu memang ada.. Berdirinya novel Psiko ni hanya dengan satu sebab sahaja iaitu DENDAM! Dalam satu novel kita sebagai pembaca boleh rasai pelbagai gelombang didalamnya.. Thriller, aksi, kekejaman, penyiksaan, kesakitan, penderitaan, tekanan, stress, emosi, sedih, gembira, pergolakan dan percintaan. Pendek kata Psiko ni berjaya menghuru-harakan perasaan pembaca.. Jaga-jaga anda korang pulak yang Psiko.. Haha!! Psiko bermula dengan kisah seorang gadis obesiti yang bernama Suriati yang selalu diejek dan dihina dek kerana saiz badannya yang besar.. Setiap hari dia dikeji dan dipersendakan oleh rakan-rakan terutamanya Razman, Baizura dan Hanna Hanani.. Sungguhpun begitu, dia sebagai manusia tak lepas dari perasaan ingin mencintai dan dicintai.. Dalam diam dia meminati Rayyan Firdaus yang merupakan rakan baik kepada Razman, Baizura dan Hanna Hanani tadi.. Mereka mengetahui akan hal itu dan sekali lagi Suriati dihina dan dikeji kerana tidak sedar akan dirinya yang gemuk ingin mendampingi seorang lelaki yang kacak dan digilai ramai.. Mereka suka mempermainkan Suriati sehingga tibalah satu hari, sesuatu yang buruk terjadi kepada Suriati disebabkan niat jahat mereka berempat yang menyebabkan Suriati bertindak turun ke Sungai tanpa sedar dia dihanyutkan arus deras Sungai Gasing..  Mayatnya tidak ditemui.. Kehilangannya menjadi tanda tanya.. Selepas 10 tahun dia muncul kembali dengan penampilan yang berbeza.. Rupa yang cantik dan tubuh yang langsing.. Apakah rahsianya? Semuanya kerana Puan Chempaka yang menyeksanya untuk cantik dan kurus.. Wajahnya yang berparut telah dibuat pembedahan plastik sehinggakan dia menjadi cantik menawan.. Semua tidak mengenalinya kerana dia adalah Suriati yang baru dikenali sebagai Aurora..  Bukan setakat dicantikkan sahaja tetapi Puan Chempaka telah mengajarnya untuk berdendam.. Dendam kesumat dia simpan untuk menghancurkan rakan-rakannya yang pernah mengeji dan mencacinya sehingga dia hilang kehidupannya selama 10 tahun dek kerana dikurung oleh Puan Chempaka.. "Kalau berdendam biar sampai mati" Dia sanggup menyamar, berlakon seterusnya menculik.. Bukan setakat itu sahaja, malah dia menyiksa mereka berempat sebelum dibunuhnya dengan kejam.. Allahuakbar.. Besar sungguh kuasa dendam ni kan.. Kadang kita tidak sedar dimana tersilap percaturan, orang akan menyimpan dendam terhadap kita.. Jadi, berhati-hatilah dengan percakapan mahupun perbuatan kita agar tidak menyakiti hati orang lain.. Kelak padah akibatnya.. Moga kita dijauhi dengan sikap dendam dan dijauhi juga dengan orang-orang yang suka berdendam..  Ending Psiko ni buat aku tak keruan kerana ceritanya seolah-oleh akan ada sambungannya dimana si bongkok masih hidup dan menjejak Suriati dan Jimi.. Haa mesti korang tertanya-tanya siapa si bongkok dan jimi kan? Kalau nak tahu kenalah baca sendiri weh.. Cerita ni panjang kot.. Takan aku nak cerita A to Z kat sini kan.. Tak best la camtu.. Baca sendiri baru best.. Hehe..  Rating & Cadangan Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟  Psiko ni aku sebenarnya nak bagi 5 bintang tapi aku terpaksa bagi 4 1/2 bintang sahaja sebabnya ending dia aku tak puas ati seolah-olah ada sambungan.. Kalau ada sambungan ok gak kan.. Hehe..  Bolehlah tau apa jadi seterusnya dengan Suriati yang dah kudung sebelah kaki, Jimi, Rayyan Firdaus yang hilang ingatan dan Baizura yang kehilangan sekerat lidahnya sehinggakan dia murung dan mental.. Uiss best la kalau ada sambungan.. Si bongkok pun tengah cari si Suriati ni.. Nak jugak tau kesudahannya.. Hehe.. Bagi yang suka novel thriller, bolehlah cuba baca Psiko ni.. Korang mesti suka dengan jalan cerita novel ni.. Plot demi plot menuntut korang baca tanpa henti.. Sebabnya, ia berkait antara satu sama lain.. Dalam Psiko ni juga ada kisah cinta yang perlu korang tau kesudahannya.. Cinta terlarang dengan suami orang.. Cinta monyet.. Cinta penuh dendam.. Haaa macam mana tu? Hehe...  Korang tak teringin ke nak tahu.. Hehe.. Wajib baca tau novel ni.. Ok la, pape pun aku nak ucapkan tahniah kepada penulis yang dah berjaya membawa kecelaruan dalam minda dan jiwa aku dek kerana plot cerita yang penuh dendam ini.. Kekejaman dalam novel ni sangat mengerikan sehingga aku rasa tak sanggup nak baca.. Tahniah penulis.. Kejam sangat sehhh!! Moga dimasa akan datang penulis dapat menghasilkan karya yang lebih kebabommm...!! Serius Psiko ni best gile!! Rugi tak baca weh!!..
https://www.leaazleeya.com/2023/07/huawei-launches-new-collection-of-super.html
Huawei Launches A New Collection Of Super Devices, The Matepad Series
Huawei Launches A New Collection Of Super Devices, The Matepad Series  |  Huawei today launched a new collection of Super Device in Malaysia featuring flagship tablets including the all-new flagship HUAWEI MatePad Air for pro-level experience, versatile and functional HUAWEI MatePad 11.5-inch.The latest HUAWEI Super Device products are equipped with a multitude of cutting-edge innovations in aesthetics, display, performance, and interconnectivity. Meticulously designed to inspire limitless creativity while facilitating seamless communication, the HUAWEI MatePad Series is packed with upgraded HUAWEI Smart Office solutions for seamless collaboration and smart data sharing for improved productivity.The all-inclusive Smart Office features include the new and upgraded SuperHub, Smart Search, and Smart Conference features which further extends HUAWEI Super Device capabilities to more devices. The SuperHub for seamless cross-device file transfer, Smart Search feature for searching files on connected cross-devices instantly, and Smart Conference to bolster efficiency with AI noise cancellation and AI camera – bringing Huawei’s Seamless AI Life vision of “Boundless Creation, Seamless Communication” closer to reality.HUAWEI MatePad Air: Flagship PC-like TabletMaking its first debut in the market, the all-new HUAWEI MatePad Air 11.5-inch is a revolutionary addition to the HUAWEI MatePad Series. It is Huawei’s first tablet that supports 144Hz High-Refresh Rate with SuperRender on a 2.8K HD FullView Display, soaring 3:2 screen-to-body ratio, and a density of 291ppi for clearer image resolution; providing users with an unparalleled visual experience as well as seamless scrolling experience to level-up the work productivity in any work scenarios.The HUAWEI MatePad Air 11.5-inch is specifically tailored for productivity on-the-go and creativity-driven professionals who value high-performance output in a sleek sand light and ultra-thin design of 6.4mm and lightweight tablet that weighs only 508g. Portability of the tablet is further heightened through its dual-earbuds connection feature paired with Huawei wireless earbuds – enjoy sharable listening between two people to support multiple work scenarios, be it meeting conference calls or video playback, anytime, anywhere.Users can also enjoy the PC-level WPS Office on HUAWEI MatePad Air 11.5-inch to perform more complex office requirements than mobile apps. With the upgraded HUAWEI Notes app featuring a wide range of brush options, short-cut key, side-by-side notes, in notes search and the cross-app colour capture; fully unleash the potential and advantages of the app with HUAWEI M-Pencil and detachable HUAWEI Smart Magnetic Keyboard for seamless notetaking and personalized experience.Powered by the all-new, user-friendly Harmony OS smart ecosystem to optimized Super Device feature, multi-screen collaboration between the laptop and HUAWEI MatePad Air 11.5-inch, in terms of secondary display and blazing-fast file sharing, can be done effortlessly. Besides using the tablet as a hub device, users can activate the HUAWEI SuperHub feature in the tablet for super easy cross-app storage and cross-device access – simply extract different sentences or images from multiple paragraphs and sharing them with different devices.HUAWEI MatePad 11.5-inch, Most Affordable PC-like TabletThe all-in-one tablet for all-rounded use, the HUAWEI MatePad 11.5-inch is designed to meet the needs for work, study, or leisure purposes. Its FullView display is certified with multiple eye protection authentications from TÜV Rheinland1. Packed with 120Hz refresh rate, the tablet enables a smoother viewing, a more responsive touch control, an undisrupted gaming experience and low-latency handwriting input. Its larger screen and Histen 8.0 quad-speaker stereo have fully optimized the audio and visual experience, gave a more immersive cinema-grade screening experience when watched a movie. The tablet can be used with a smart keyboard, mouse, and HUAWEI M-pencil to maximize working or learning, thus bringing productivity a leap forward in any scenario.Price and Release DateProductHUAWEI MatePad AirHUAWEI MatePad 11.5"Colour OptionsBlackGreyRRP8+256GB LTE RM2,7996+128GB WIFI RM1,4996+128GB LTE RM1,699Pre-order6th~21st JulySales Launch22nd~31st JulyPre-order/sales launch offerGift worth up to RM1098Free Keyboard & PencilGift worth up to RM998Free Keyboard & Penciloffer period6th~21st July6th~21st JulySales channelHES / HUAWEI Official Website/LazadaHES /HUAWEI Official Website/Shopee For more information, latest updates or promotions about HUAWEI Smart Office Devices, please visit HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Facebook page or Instagram. 
https://www.leaazleeya.com/2020/04/resepi-sotong-goreng-kunyit-simple-tapi-sedap.html
Ramadhan 1 - Resepi Sotong Goreng Kunyit Kacang Panjang Simple
Ramadhan 1 - Resepi Sotong Goreng Kunyit Kacang Panjang Simple  |  Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di Malaysia.. Moga puasa kita tahun ni lebih diberkati olehNya dengan memperbanyakkan amalan.. Insyaallah.. Kali ni puasa jatuh pada hari Jumaat.. Syukur Alhamdulillah.. Bulan mulia disambut pada penghulu hari.. Hari ni aku masih bekerja di musim PKP ni.. Sungguhpun begitu, keseronokan berpuasa tu tetap ada bersama teman-teman sekerja.. Sempat juga bertadarus di sebelah pagi.. Cuma yang kusut sikit puasa pertama ni adalah menu apa nak dimasak untuk berbuka nanti.. hehe.. Di awal puasa ni rezeki agak murah.. Ada yang belanja Ayamas dan ada yang bagi kuih muih.. Alhamdulillah.. Yang aku masak cuma sotong goreng kunyit ajerk.. Hehe.. Masak satu lauk sudah la.. Tak payah nak membazir sangat time-time darurat camni kan.. Kene berjimat cermat.. Lagi pun dah banyak kot orang bagi.. Sotong tu pun sebab encik suami yang request.. Untuk makan sahur sekali lauk ni.. Makan berdua jerk kot.. Tak habis..  Dah alang-alang dok menaip ni.. Moh le kita share resepi Sotong Goreng Kunyit yang mudah sangat ni.. Tapi mantop.. haha.. Resepi Sotong Goreng Kunyit Simple Tapi Sedap! Bahan-bahan :- 5-6 ekor sotong dibersihkan dan dipotong 6-7 batang kacang panjang (ikut citarasa masing-masing) 1/2 batang lobak merah - kupas kulit dan potong ikut suka (aku tak isi sebab takde!) 1 sudu serbuk kunyit 1 sudu besar sos tiram 4 sudu besar minyak 1 biji bawang besar - dimayang 3 ulas bawang putih - dihiris 1 biji cili merah - dihiris Cara Memasak :- Goreng sotong tanpa minyak seketika untuk buang air sotong Gaul sotong dengan kunyit, garam dan serbuk perasa Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris dan dimayang tadi hingga terbit bau wangi Besarkan api kemudian masukkan secara serentak sotong dan kacang panjang.. Kacau rata dan masukkan sos tiram.. Masak dalam 2-3 minit sahaja. Dah siap boleh dihidangkan.. Menu ni sangatlah simple tapi sedap dimakan.. Nampak semua menu aku tu cam kering jerk kan tanpa kuah.. Hehe.. Sebenarnya kuah kari ikan semalam masih ada.. So, guna kuah tu aje la untuk menambahkan lagi selera makan nasik.. hiks.. Esok menu apa pulak agaknye ye.. Huhu.. Kene perah otak dulu untuk menu esok... Haha..
https://www.leaazleeya.com/2017/07/koleksi-novel-yang-belum-dibaca.html
Koleksi Novel Yang Belum Dibaca
Koleksi Novel Yang Belum Dibaca  |  Rasanya ramai dah tahu kot aku ni memang 'hantu buku'... Aku memang suka baca buku dan suka membeli dan mengumpul koleksi buku.. Bila dah jadi koleksi aku, memang sayang sangat nak jual.. Kebanyakan orang, bila dah baca akan dijual sebagai preloved book.. Kengkadang ada rasa nak jual sebab kabinet buku dah penuh, tapi bila difikirkan balik sayang la pulak.. Hehe.. Mungkin akan datang kot kalau dah tak tertampung ruang untuk simpan, aku akan jual separuh darinya... Huhu...Terdapat banyak lagi sebenarnya koleksi novel yang belum dibaca oleh aku kat rumah nunnn.. Entah bila boleh aku habiskan semuanya... Ada novel yang aku pinjam dari kawan dan ada novel yang dah lama aku beli tapi buat pekasam.. Ahakz.. Koleksi Novel Yang Belum Dibaca Baca Juga :- Pengantinku Jatuh Dari Langit Meh, Sandar Pada Aku! Tu dia bersusun novel yang belum aku baca... Yang novel seram tu, aku tangguhkan dulu baca sebab rasa macam tak berapa nak sesuai aku baca sekarang.. Haha.. Boleh terima tak alasan tu?? Koleksi Sunan - Ramlee Awang Murshid tu aku pinjam dari kawan aku.. Peminat tegar karya Ramlee Awang Murshid, si Yatt.. Lama dah aku pinjam, dia pun hangin dah dengan aku.. Haha..!! Yelah, novel kesayangan dia kan.. Aku pulak lambat hantar balik.. Seb baik aku ni BFF dia, tak dapat lah dia nak marah-marah.. Ekeke... Insyaallah aku akan usahakan baca secepat mungkin... Mungkin koleksi novel yang belum dibaca aku ni akan bertambah nanti... KIta tunggu dan lihat nanti ye.. Novel ape akan aku tambah dan peram nanti.. kehkehkeh!! Buat masa ni aku nak habiskan novel The Greatest Of Destiny! dulu... Kemudian baru koleksi sunan tu kot.. Oh ye, semalam dok up gambar koleksi ni dekat IG dan dok berbalas komen dengan kengkawan.. Pastu, adalah sorang kawan blogger ni komen tanye dah baca ke buku The Unsung Hero by Melur Jelita... Memang belum la... Jadinya, dia nak hadiahkan buat aku novel tersebut.. Allahuakbar.. Terkejut aku.. Rezeki datang tanpa didugakan..  Thankz to Blogger Siqah (Haqisfila) coz sudi hadiahkan novel The Unsung Hero pada Lea... :) Memang tak sangka betul dapat hadiah novel.. Thankz tau.. Moga Siqah sentiasa dilimpahkan dan dimurahkan rezeki yang halal olehNYA... Amiin YRA... 
https://www.leaazleeya.com/2022/07/resepi-sedap-dan-mudah-rangkaian-keju-perfect-italiano-yang-baru.html
Resepi Hidangan Yang Lebih Sempurna Dengan Rangkaian Keju Perfect Italiano Yang Baharu
Resepi Hidangan Yang Lebih Sempurna Dengan Rangkaian Keju Perfect Italiano Yang Baharu  |  Perfect Italiano memperkenalkan Perfect Pizza, Perfect Bakes dan Mexican Style BAHARU! Sama ada memasak di rumah atau oleh chef profesional, keju merupakan ramuan versatil yang boleh meningkatkan rasa dan tekstur masakan, menjadikan hidangan kelihatan lebih menyelerakan dan rasa lebih lazat. Bagi warga Malaysia yang sememangnya terkenal dengan kegemaran mereka terhadap makanan yang berkrim dan savuri, keju menjadi antara bahan yang paling kerap digunakan dalam masakan. Keju bukan sahaja meningkatkan rasa, ia juga menambah nilai khasiat disebabkan kandungan protein dan kalsium yang tinggi. Terdapat pelbagai pilihan keju yang anda boleh dapati, setiap satu dengan kualiti yang unik dan rasa keju yang cukup berbeza untuk dinikmati.Perfect Italiano merupakan salah satu jenama keju yang paling popular dalam kalangan isi rumah di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis keju dan ramuan kulinari yang dihasilkan oleh Perfect Italiano dengan menggunakan kaedah membuat keju Itali secara tradisional untuk memberikan sentuhan ala Itali dalam hidangan anda! Dengan Perfect Italiano, mereka yang memasak di rumah boleh menyediakan hidangan yang lebih enak seakan-akan chef profesional.Perfect Italiano baru-baru ini memperkenalkan tiga produk baharu yang membawa “gusto perfetto” (rasa yang sempurna) dalam masakan anda. Pilihan baharu yang diadun khas untuk makanan kegemaran ini dicipta untuk meningkatkan rasa piza, pasta atau taco kegemaran anda serta hidangan harian Malaysia anda yang lain! Untuk lebih memudahkan pengguna, keju ini disediakan dalam bentuk yang sudah dicarik-carikkan supaya dapat digunakan pada bila-bila masa!  Dengan saiz bungkusan 150g, pek kecil ini sesuai untuk satu hidangan.   Irene Cheah, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, berkata bahawa pilihan Perfect Italiano yang sedia ada menerima sambutan positif terutamanya sepanjang dua tahun yang lalu. “Bagi menyokong matlamat Fonterra untuk membawa produk tenusu yang berkualiti kepada lebih ramai pengguna di Malaysia, kami membuat keputusan untuk menambah tawaran produk dengan pek 150g ini yang direka khas untuk isi rumah yang lebih kecil. Perfect Italiano adalah jenama keju masakan No. 1 di Australia dan ia diperbuat dengan kandungan tenusu asli yang berkualiti tinggi.”  "Dengan menyediakan pek keju Perfect Italiano dalam saiz 150g yang lebih kecil, lebih ramai keluarga dapat menikmati pelbagai jenis keju dengan lebih kerap lagi. Rakyat Malaysia sememangnya suka berkongsi hidangan dan mencuba resipi baharu. Rangkaian keju Perfect Italiano ini sudah semestinya dapat membantu mereka untuk menambah rasa baharu ke dalam masakan mereka. Ini sekali gus dapat mempertingkatkan rasa makanan mereka serta memberikan mereka pengalaman yang baru dalam menikmati makanan,” tambahnya lagi.  Jika anda gemar menikmati piza dengan “keju tarik”, Perfect Italiano Perfect Pizza ialah pilihan yang tepat . Gabungan keju Mozzarella, Cheddar dan Parmesan memberikan lelehan unggul pada setiap kali piza dimasak, untuk keseimbangan sempurna antara rasa keju dan kelenturan (stretchiness) yang tidak berminyak.  Sudah tentu, nama Perfect Pizza menunjukkan bahawa ia sesuai untuk membuat piza di rumah. Tahukah anda ia juga boleh menyerlahkan hidangan Malaysia yang lazat seperti Cheesy Pizza Roti Canai Sarang Burung? Ya, siapa kata piza tidak boleh disesuaikan mengikut cita rasa Malaysia yang tersendiri!  Cheesy Roti Canai Sarang Burung Pizza  Preparation time : 10 minutes Cooking time : 20 minutes Serves : 4 pax  Ingredients :   1 packet Perfect Italiano Perfect Pizza Cheese (150g) 4 pcs Frozen roti canai 4 nos Half-boiled egg  For meat filling :  100g Red onions, finely minced 6 pcs Beef burger patty, coarsely diced 6 tbsp Hot sweet soy sauce 1 tbsp Cooking oil  For garnishing : Chopped coriander leaves  Method : Heat up oil in a frying pan and sauté onions until fragrant. Add in beef burger patty and pan fry until fully cooked. Then, add in hot sweet soy sauce and mix well. Set aside.  Place frozen roti canai on a lightly greased baking tray. Spread meat mixture over the roti canai and top it with generous amount of Perfect Italiano Perfect Pizza Cheese. Bake in preheated oven at 180˚C for 10 minutes or until golden brown.   Remove and place on a serving dish. Lastly, place the half-boiled egg on top and garnish with coriander leaves. Serve immediately.Untuk hidangan yang dibakar bersama keju yang masih menggelegak dari ketuhar, Perfect Italiano Perfect Bakes ialah pilihan terbaik anda. Cheddar berperisa penuh dicampurkan dengan Mozzarella untuk regangan (stretchiness) yang cantik, dan penambahan Parmesan memberikan hidangan yang penuh dengan rasa yang lazat. Sesuai untuk semua makanan yang dibakar, Perfect Bakes membantu anda memperoleh kerak coklat keemasan yang menyelerakan.  Jika anda ingin mencipta sesuatu yang baharu, cubalah Perfect Bakes dan buat sendiri hidangan pai yang lazat dan menyelerakan dengan inti tradisional Malaysia seperti Rendang Ayam. Bakar dengan hirisan kentang dan hidangkan sebagai pai. Keluarga atau tetamu anda akan kagum dengan hidangan unik yang lazat.  Cheesy Chicken Rendang Scalloped Potatoes PiePreparation time : 15 minutes Cooking time : 30 minutes Serves : 6-8 pax  Ingredients : 1 packet        Perfect Italiano Perfect Bakes Cheese (150g) 1 kg        Potato, peeled off skin and sliced into ½ inch round 4 tbsp        Cooking oil 1.5kg        Minced chicken  200g        Rendang paste  80g        Kerisik 6 pcs        Kaffir lime leaf, thinly sliced 2 pcs        Turmeric leaf, thinly sliced ½ cup        Water 1 cup        Coconut milk  Method : Steam potatoes for 3-4 minutes and set aside.  Heat up oil in frying pan and sauté minced chicken until lightly browned. Add in rendang paste, kerisik, kaffir lime leaf and turmeric leaf. Mix well. Pour in water and coconut milk. Mix well and simmer for 2-3 minutes.  Transfer chicken mixture into a casserole and arrange potato slices on top. Sprinkle generous amount of Perfect Italiano Perfect Bakes Cheese. Bake in preheat oven at 180˚C for 20 minutes or until golden brown. Serve immediately.Menginginkan sesuatu yang penuh dengan rasa yang menyelerakan? Sediakan makanan Mexico yang enak dengan mudah bersama Perfect Italiano Mexican Style. Gabungan sempurna tiga jenis keju cepat cair - Mozzarella, Red Cheddar dan Colby - meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Campuran keju ini sesuai untuk hidangan Mexico seperti burrito, taco, nacho dan tortilla. Anda juga boleh mencipta hidangan setempat dengan memasukkan keju ini dalam Cheesy Ikan Bilis dan Tempe Taco Bowl! Itu akan menukarkannya menjadi snek berkeju untuk dinikmati di rumah bersama rakan dan keluarga anda!  Cheesy Ikan Bilis and Tempe Taco Bowl  Preparation time : 20 minutes Cooking time : 30 minutes Serves : 4-5 pax Ingredients :   1 packet Perfect Italiano Mexican Style Cheese (150g) 60g         Dried anchovies (ikan bilis), deep fried 1 pkt (250g) Crispy tempe, deep fried 120g Peanuts, roasted 80g             Nacho chips  2 nos Tomatoes, deseeded and diced 200g Corn kernels ¼ no Green capsicum 1 no          Lime   For spicy sauce :  100g Garlic, minced 75                Shallot, minced 12 tbsp          Cooking oil 135g            Chili paste (cili giling) 200g            Sugar 1¼ tsp Salt or to taste 2¼ tsp          Soy sauce or to taste 6 pcs Kaffir lime leaves, thinly sliced   Method : For spicy sauce, mix all ingredients until well combined. Set aside. Place anchovies, tempe and peanuts in a mixing bowl. Pour in spicy sauce and toss well. Set aside.  Arrange nacho chips in an ovenproof bowl, place the anchovy’s mixture in center and top with tomatoes, corn kernels and green capsicums. Lastly, sprinkle generous amount of Perfect Italiano Mexican Style Cheese on top. Bake in a preheated oven at 180°C for 20 minutes or until golden brown. Squeeze some lime juice on top and serve immediately.Keju Perfect Italiano Perfect Pizza, Perfect Bakes dan Mexican Style (RM12.50, 150g) kini terdapat di pasar raya utama dan pasar raya hiper di seluruh negara. Produk Perfect Italiano yang sedia ada – Parmesan, Mozzarelly, Perfect Pizza (250g) masih laris dijual di pasaran. Dapatkan lebih banyak resipi menyelerakan menampilkan produk-produk Perfect Italiano di Dairylicious Malaysia di Facebook dan @dairyliciousmalaysia di TikTok!
https://www.leaazleeya.com/2018/01/set-hadiah-enchanteur-dengan-wangian.html
Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan
Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan  |    Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah yang lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen.  Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak baunya. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.  Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak dan si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.   Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan, sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.   ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.    Belle Amour & Mon Amie dan Mon Amie & Adore Set Hadiah EDT Mini ENCHANTEUR Paris (Belle Amour & Mon Amie) Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar. Manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impian. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah.  Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri, seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris.  Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.  Set Hadiah EDT Mini ENCHANTEUR Paris (Mon Amie & Adore) Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml. Set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idaman yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam.  Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja.    Set Hadiah ENCHANTEUR Paris Mon Amie Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV.  Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan si gadis bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi.  Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.   Set Hadiah Mini ENCHANTEUR Paris (Belle Amour & Romantic) Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu dan di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian seperti LAZADA.    Set Hadiah Mini ENCHANTEUR (Mon Amie & Charming) Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza.  Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie iaitu individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian seperti LAZADA.  Mon Amie & Charming EDT Mon Amie EDT Charming ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS ini dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Manakala ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET pula berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.
https://www.leaazleeya.com/2017/05/review-novel-revenge-by-muhammad-fatrim.html
Review Novel | Revenge By Muhammad Fatrim
Review Novel | Revenge By Muhammad Fatrim  |  Seperti yang dijanjikan.. Bila dah habis aje aku baca buku Revenge by Muhammad Fatrim ni aku akan review.. Dan sampailah masa untuk aku mereview buku hasil karya Ayim ni...  Ok, buku Revenge ni aku start baca pada 14.05.2017 dan habis baca juga pada hari yang sama.. Hebat tak aku?? Haha.. Gile tak hebat ko!! Biasa aku amek masa berminggu-minggu untuk habiskan sesebuah buku.. Malahan kengkadang memakan masa berbulan-bulan lamanya.. Haha.. Untuk buku Revenge ni, aku dapat habiskan dalam masa satu hari sebab aku rasa cam tak nak lepas bila dah baca buku ni.. Best!! Jalan cerita menarik hokeh!! Review Aku Watak paling mencabar dalam Revenge ni adalah watak Ariana Citra atau Dewi Uqasha.. Dah kenapa ada 2 nama? Haa ada la cerita disebalik nama-nama tersebut.. Watak paling kejam adalah watak Zahara.. Haisss aku rasa nak siat-siat aje kulit si Zahara ni bila ingat balik setiap perbuatan dia terhadap keluarga Ariana Citra.. Watak paling sweet adalah watak Megat Huzair.. Buku ni adalah sebuah buku Thriller.. Semuanya kerana sebuah dendam... Biasalah bila ada dendam dalam diri, akan musnahlah hidup jika jalan salah diambil untuk sebuah penyelesaian..  Ok, aku cerita sikit ekk tentang watak dan cerita dalam buku ni.. Ariana Citra dan Dewi Uqasha adalah orang yang sama.. Ariana ni adalah anak kepada Dato' Zakaria.. Ayahnya telah menghalau dia dan ibu dia dari rumah sehelai sepinggang kerana dia nak hidup di dalam rumah agam tu bersama isteri keduanya iaitu Zahara.. Padahal semua harta adalah milik keluarga Ariana yang telah diwasiatkan kepadanya sebelum kematian kedua ibubapa Ariana.. HUhuhu sungguh kejam dan tak kenang budikan.. Aku sekeh jugak si Zakaria ni..  Masa tu Ariana baru 7 tahun.. Bermula umur 7 tahun tu la dia simpan dendam terhadap ayah dia dan ibu tirinya... Dah kena halau memang hidup merempatlah sekejap.. Sehingga dia menjadi anak angkat kepada keluarga Tan Sri kenalan Ibunya.. 17 tahun berlalu dia kembali ke Malaysia untuk tuntut bela dan balas dendam.. Dia nak rampas balik semua harta ibunya.. Ibu dia dah mental dah sebab si Zahara senduk tu punye kerja... Haisss geram pulak aku.. Haha.. Dipendekkan cerita, Ariana dah tukar namanya kepada Dewi Uqasha supaya identitinya tidak dikenali.. Dia bekerja di syarikat ayahnya sebagai penasihat undang-undang.. Dia bekerja di bawah Megat Huzair.. Abang tirinya.. Novel ni ada jugak kisah cinta tau.. Kisah antara Dewi Uqasha dan Megat Huzair... Ehh abang tiri kot?? Mane boleh bercinta..  Sapa kata Megat Huzair tu abang tiri Ariana?? Bukan laa.. Dia anak pungut sebenarnya.. Kasarnya bahasa kan.. Tapi dalam buku ni cakap camtu, aku taip la balik kat sini camtu.. Haha.. Anak yang dibeli oleh Zahara untuk capai hasrat dia berkahwin dengan Zakaria.. Huh!! Adalah jugak jalan cerita yang sweet-sweet diselitkan.. Hehe..  Disebalik setiap perancangan yang diatur Ariana, ada orang yang membantu dan melindunginya tanpa sedar.. Siapakah orang itu??  Haaa kalau korang nak tahu, kena beli dan baca sendiri la ye.. Kalau dah semua aku cerita kat sini dari A to Z, tak best la pulak kan.. Silap-silap korang dah tak berminat pulak nak beli sebab dah tahu jalan cerita dia.. Jadinya, untuk tahu jalan cerita seterusnya, silalah beli sendiri buku ni.. Jalan cerita dia memang best.. Ni aku up sinopsis novel ni.. Korang boleh baca sinopsis ni dulu sebelum korang beli.. Baca sinopsis pun dah gempak kot.. Haha!! Kekurangan Revenge Jalan cerita semuanya ok.. Cuma ada part-part yang tersilap nama watak.. Mungkin penulis tersilap taip.. Kena baca dua kali part-part tersebut sebab keliru.. Bila dah dikenalpasti, oh! mungkin penulis tersalah taip.. Typing Error lettewww.. Mungkin akan datang penulis kena lebih berhati-hati dengan typing error ni agar hasil karyanya lebih sempurna... hehe.. Cam juri pulak aku.. Tapi ni teguran yang ikhas dari aku.. Hiks.. Orite, ni adalah penulis yang bertanggungjawab menghasilkan novel Revenge yang ohsemnesss ni.. Silalah kenal-kenal dengan beliau ye.. Kalau korang nak beli dengan beliau terus pun boleh.. Terus aje PM kat facebook beliau.. Mesra orangnya tak sombong.. Novel terbaru beliau akan keluar tak lama lagi.,.. "PELARIS".. So, cepat-cepat pre-order.. Terjah facebook beliau ye sekarang.. Hehe.. Ni tinta penulis buat aku yang bernama Lea Azleeya.. Jangan jeles yee.. Siap ada tapak kaki kucem agik kat situ.. Mesti pencinta kucem ni.. Hiks.. Ok, bai!! Baca juga : Novel Seram Dari Penulis Muhammad Fatrim
https://www.leaazleeya.com/2014/02/tambah-koleksi-lagi.html
Tambah Koleksi Lagi..
Assalamualaikum.. 25hb Feb baru ni gajikan.. Tengahari tu terus keluar pergi kedai buku untuk tambahkan koleksi buku-buku aku... Excited gile.. Tak sempat-sempat dah nak tunggu hari jumaat.. Biasakan aku pergi mencari buku hari jumaat.. Kali ni memang tak menyempat dah.. Kebetulan nak pergi carik hadiah untuk kelahiran anak baru member opiz kan.. Terus je la ke kedai buku... Dah alang-alang sampai berdekatan dengan kedai buku tu kan.. hehehe.. Koleksi Baru Aku 3 buah buku aje aku beli.. Buku-buku ni dah lama berada dalam senarai aku.. Nanti aku update k berkenaan buku-buku ni.. Setakat ni aku tengah baca buku Isabella tu.. Belom habis lagi.. So tak boleh nak buat kesimpulan lagik.. Buku ni berkenaan sejarah.. hehehe..  Banyak lagi kan buku yang aku belom update.. Tengok la.. ada masa nanti aku apdet satu persatu ye.. Banyak dah buku yang telah dihabiskan pembacaannya.. Cuma tak berkesempatan nak update.. Tambahan pula, aku sedang kemalasan untuk membuat kesimpulan keatas buku-buku yang telah aku baca tu.. hahaha..
https://www.leaazleeya.com/2020/03/big-bad-wolf-book-sale-2020-di-ump-kampus-gambang-pahang.html
Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali Ke Pahang Untuk Kali Kedua Dengan Membawakan 80% Judul-Judul Terbaru
Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali Ke Pahang Untuk Kali Kedua Dengan Membawakan 80% Judul-Judul Terbaru  |  Hari rabu yang lalu aku berkesempatan singgah Big Bad Wolf Book Sale kat Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang.. Serius tahun ni meriah gile.. Lebih banyak buku berbanding tahun lepas sampaikan aku rambang mata nak grab yang mane.. Sangatlah rugi kalau tak pergi jualan buku Big Bad Wolf tahun ni..  Dikenali sebagai Jualan Buku Terbesar Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf kini kembali ke Pahang mulai 28 Februari hingga 9 Mac 2020, bertempat di Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang. Dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam, kemasukan ke Jualan Buku yang diadakan selama 11 hari ini adalah PERCUMA dan para pencinta buku boleh menikmati buku dengan potongan harga antara 75% hingga 95% berbanding harga runcit yang disyorkan.   Terkenal dengan penawaran harga yang sangat mampu milik, Jualan Buku Big Bad Wolf menyediakan pelbagai jenis pilihan buku yang terdiri daripada kesusasteraan, seram, novel romantik, bantuan kendiri, seni bina, resipi masakan, novel grafik dan banyak lagi dengan 80% daripadanya adalah judul-judul terbaru khusus untuk para pencinta buku di Pahang. Turut disediakan ialah buku-buku pilihan para ibu bapa yang terdiri daripada buku kanak-kanak seperti buku cerita, buku aktiviti, buku papan, buku pop-up dan buku bergambar. Para peminat buku karya Lauren Weisberger juga pasti teruja dengan novel sekuel, When Life Gives You Lululemons, yang berpaksikan kisah tentang pembantu pertama Miranda Priestly daripada The Devil Wears Prada. Sementara itu, mereka yang gemar memasak pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan Malaysia : Recipes from a Family Kitchen, sebuah buku koleksi resipi keluarga nukilan Wan Ping Coombes, anak kelahiran Ipoh yang menjuarai MasterChef UK 2014. Para pengunjung daripada pelbagai latar belakang juga pasti teruja menemukan buku-buku pilihan mereka di Jualan Buku kali ini. “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan kepada kami semasa Jualan Buku tahun lepas. Kami kembali semula, dan kali ini membawakan lebih daripada 80% judul terbaru khusus untuk warga Pahang. Buku mendorong kita untuk menerokai dunia dengan berfikiran dan berimaginasi yang lebih terbuka. Kami gembira kerana dapat memberi peluang kepada semua untuk menerokai dunia ilmu,” kata Pengasas Bersama Jualan Buku Big Bad Wolf, Andrew Yap. Magical Books yang menampilkan kecanggihan teknologi Augmented Reality (AR) telah diperkenalkan tahun lalu dan menerima sambutan menggalakkan daripada para pengunjung yang pertama kali menyaksikan sendiri keajaiban teknologi AR. Tahun ini, Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang akan membawakan 17 judul Magical Book. Ibu bapa dan guru-guru yang sedang mencari cara interaktif bagi meningkatkan keterlibatan kanak-kanak disyorkan untuk memilih Buku Ajaib. Buku Ajaib ini berupaya mewujudkan pengalaman membaca yang lebih mengasyikkan dan interaktif untuk semua. 6 buah judul terbaru yang ditawarkan termasuklah The Wheels on the Bus, Old Macdonald, Disney Frozen: A Sleepover Party, Disney Winnie the Pooh: Fun with First Words, ABC Fun with Mickey dan Counting Fun with Mickey boleh didapati di Jualan Buku tersebut. Selain daripada Buku Ajaib, antara tarikan utama Jualan tahun ini ialah Come-To-Life Puzzle Sets. Setiap set 2 dalam 1 ini mengandungi set teka-teki 28 keping yang turut menampilkan kecanggihan teknologi AR. Setelah teka-teki fizikal berkenaan berjaya diselesaikan, pengguna boleh mengimbas teka-teki tersebut dengan menggunakan aplikasi Hippo Magic, yang kemudiannya akan menghidupkan watak serta pemandangan interaktif tiga dimensi di atasnya. Sesuai untuk kanak-kanak berusia antara 3 hingga 5 tahun, set teka-teki ini membolehkan si kecil belajar untuk menyatukan sendiri teka-teki fizikal berkenaan dan pada masa yang sama bermain dengan watak klasik kegemaran mereka. 6 Come-To-Life Puzzles akan ditampilkan pada Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 iaitu Little Red Riding Hood, Goldilocks and the Three Bears, Cinderella, The Three Little Pigs, Sleeping Beauty dan Snow White. Selain daripada penerbit antarabangsa, Jualan Buku Big Bad Wolf turut menampilkan lebih daripada 40 penerbit tempatan dalam Jualan Buku tahun ini. Penerbit seperti Kualiti Books, Sasbadi, PTS dan Pelangi akan membawakan buku-buku pendidikan pada harga diskaun. Manakala Buku Fixi, Patriots Publication, Lejen Press, DuBook Press dan Iman Publication pula akan menampilkan novel-novel tempatan masing-masing. Para pengunjung Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 turut berpeluang memilih dan mendermakan buku menerusi cabang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jualan Buku Big Bad Wolf, Red Readerhood yang bekerjasama dengan pertubuhan tempatan bagi menyumbangkan buku kepada mereka yang memerlukan. “Sukacita kami mengumumkan bahawa dengan hasil usaha dan kemurahan hati para pengunjung, kami berjaya mengumpulkan 2,579 buah buku semasa Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2019. Buku-buku berkenaan telah berjaya disumbangkan kepada Harap Pahang, sebuah pertubuhan komuniti tempatan yang memberi tumpuan kepada pendidikan dan kebajikan komuniti. Pada tahun ini, kami akan terus bekerjasama dengan Harap Pahang bagi memupuk lagi minat membaca dan memberi peluang kepada mereka yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan buku-buku berkualiti,” kata Yap. Harap Pahang menyalurkan khidmat kebajikan kepada pelajar berusia antara 5 hingga 23 tahun. Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 akan mendermakan 200 buah buku bagi memulakan inisiatif Red Readerhood ini. Pengunjung digalakkan untuk turut sama menyumbang dengan memilih dan mendermakan buku-buku yang boleh didapati di sudut Red Readerhood, yang terletak bersebelahan dengan kaunter juruwang. Selain daripada buku, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai barangan Jualan Buku Big Bad Wolf seperti magnet, lencana butang dan kemeja-T di sudut cenderamata yang disediakan. Pada 2019, Jualan Buku Big Bad Wolf telah menjelajah ke 32 buah bandar di 10 negara termasuk Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Filipina, Taiwan, Emeriah Arab Bersatu, Myanmar, Pakistan, Korea Selatan dan Malaysia. Tahun ini, Jualan Buku tersebut buat pertama kalinya akan menjejakkan kaki ke Phnom Penh, Kemboja. Jualan Buku Big Bad Wolf akan sentiasa berusaha bagi membolehkan semua orang mendapat akses kepada buku pada harga mampu milik. Sertai Pertandingan Foto #ILoveBBWPahang2020 untuk Memenangi Baucar dan Hadiah Utama Jualan Buku Big Bad Wolf Ambil gambar di dewan Jualan Buku atau gambar buku-buku yang telah anda beli dan muat naik gambar berkenaan ke akaun Facebook atau Instagram anda dengan tanda pagar #ILoveBBWPahang2020 dan #BBWPahang2020 dan nyatakan mengapa anda mencintai Jualan Buku Big Bad Wolf. Pertandingan ini berlangsung pada 28 Februari hingga 8 Mac 2020 bagi merebut peluang untuk memenangi baucar tunai Jualan Buku Big Bad Wolf bernilai RM50, eksklusif untuk lima pemenang setiap hari dan pada hari terakhir pertandingan, seorang pemenang akan dipilih untuk memenangi Hadiah Utama, berupa sebuah troli yang dipenuhi buku! Klik sini untuk info lanjut → https://www.instagram.com/p/B8-ayXPnV-x/?utm_source=ig_web_copy_link Dapatkan maklumat terkini setiap hari dengan mengikuti #BBWPahang2020 di :-  FACEBOOK : fb.com/bbwbooks  INSTAGRAM : @bigbadwolfbooks Butir-butir acara :- Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020  Tempat : Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang  Tempoh Jualan : 28 February - 9 March 2020  Masa : 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam    Masuk ke Jualan Buku adalah PERCUMA! Pengunjung boleh menikmati pelbagai genre buku dengan potongan harga antara 75% hingga 95% berbanding harga runcit yang disyorkan. Murah gile-gile!!  Jom serbu sekarang...
https://www.leaazleeya.com/2023/01/custom-jersey-terus-dari-kilang-oh-tshirt.html
Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my
Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my | Ada tak di antara korang kat sini yang nak cari kilang custom jersey sublimation? Kilang printing baju yang boleh buat macam-macam jenis printing baju dengan harga murah, berkualiti serta boleh buat penghantaran ke seluruh malaysia?Sekarang ni memang dah jadi trend dan kewajipan untuk tempah baju syarikat, baju kelab, baju aktiviti sukan, baju konvoi, baju family day dan banyak lagi la. Kalau di universiti boleh kata hampir setiap bulan akan buat baju untuk aktiviti kat universiti dan kolej. Baru nampak satu keunikkan dan kelainan kat situ kan?Oh! T-Shirt Perkhidmatan Printing All In-House ProductionOh! T-Shirt ni kalau korang nak tau, semua penghasilan t-shirt adalah All in-house production. Maksudnya semua pengeluaran dikawal sepenuhnya oleh syarikat terus dari kilang sendiri dan bukannya sub atau hantar ke kilang lain ya. Jadi kualiti pastinya terjamin dan siap pada masa yang ditetapkan.Untuk pengetahuan korang semua, Oh! T-Shirt ni berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang custom jersey, printing t-shirt & cenderahati korporat serta ada 3 kilang printing baju & custom jersey di Shah Alam, Selangor iaitu :   1. Kilang Printing Tshirt Silkscreen   Biasanya kalau korang nak print baju rewang, family day, baju kelas, baju persatuan, baju kelab atau sebagainya boleh gunakan perkhidmatan ini kerana boleh dicetak dengan kuantiti yang banyak dan harganya juga lebih murah berbanding dengan teknik printing yang lain. Banyak juga syarikat, kelab dan persatuan yang gunakan perkhidmatan printing SilkScreen ni.  2. Kilang Custom Jersey   Apakah Sublimation? Teknik printing sublimation adalah membolehkan korang print t-shirt dengan grafik yang tinggi hampir keseluruhan baju. Nak senang cerita, baju yang selalu geng-geng motor pakai time konvoi tu la Jersi sublimation. Jersey sublimation ni tengah trending sekarang. Bukan setakat geng-geng motor je yang pakai, geng kereta, geng kelab dan persatuan pun ada yang pakai tau. Sebabnya boleh print full color & unlimited design.Baru nampak gempak dimata orang lain hehe. So, lepas ni kalau nak tempah baju program, custom jersey & sublimation printing tak payah pening2 cari kilang yang boleh buat A-Z. Dari design sampai lah ke jahitan.  Oh ya… Mereka juga ada tawarkan servis printing cenderahati korporat, medal dan trofi. Kalau korang ada buat pertandingan dan perlukan hadiah cenderahati seperti medal dan trofi boleh la gunakan perkhidmatan mereka ni. Nak buat barangan korporat untuk syarikat pun boleh macam lanyard, pen, beg, cawan dan macam-macam lagi la pun boleh.  Ha... Macam-macam kan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Oh! Tshirt ni. Semuanya ada dalam satu syarikat! Jadi mudah kerja korang nak cari macam-macam perkhidmatan printing dalam satu tempat.  3. Kilang Jahit atau Sulaman Berkomputer   Nak tempah pakaian dengan kuantiti yang banyak atau secara pukal? Ha... Disini mereka juga ada tawarkan perkhidmatan tempahan menjahit Uniform, T-Shirt, Jubah, Blouse, Seluar, Tudung, Baju Melayu, Kurta dan pelbagai jenis pakaian secara ready made atau pun custom made dengan harga kilang. Butik-butik yang nak cari kilang jahit pukal untuk stok Ramadan dan raya nanti boleh la dapatkan perkhidmatan dari mereka ni.Selain daripada perkhidmatan menjahit, mereka juga ada buat perkhidmatan sulaman berkomputer atau embroidery ya. So korang tak perlu risau kalau tempah jersi & custom jersey kat sini, sebab company ni memang ada kilang jahit sendiri. Harga custom jersey kat sini korang faham-faham lah, mesti terlajak murah. Harga Kilang kan!   6 Sebab Kenapa korang kena print baju murah di Ohtshirt.com.my?   Harga Murah Terus dari kilang (Jimat beribu-ribu duit korang) Cepat siap & berkualiti All in-house production. Memiliki Kilang Jahit, Kilang Printing Silk Screen, Kilang Sublimation Jersi dan Kilang Sulaman Berkomputer. (kualiti, harga & masa dikawal sepenuhnya oleh syarikat). Khidmat nasihat percuma berkenaan tempahan (Mesra Pelanggan). Penghantaran ke Seluruh Malaysia Dipercayai oleh syarikat-syarikat & Jabatan Kerajaan seperti Media Prima, KarangKraf, Ninja Van, UiTM, UNISEL, UMP, UIA, Sime Darby, Pos Malaysia, Maybank, Kastam, Imigresen, MBSA, MPS & banyak lagi.  Ohtshirt.com.my juga ada buka pendaftaran ejen untuk usahawan serta individu yang nak buat duit tambahan dengan bisnes printing tshirt, printing baju & custom jersey. Latihan dan bimbingan akan diberikan sepenuhnya oleh syarikat. Jadi, kalau korang berminat nak jadi ejen tu cepat-cepatlah daftar kat website mereka atau boleh hubungi nombor telefon yang ada kat website mereka.  Tawaran ejen ni terhad tau… Siapa cepat dia dapat. Inilah masanya peluang untuk korang jana pendapatan tambahan. Tak salah kalau kita mencuba mana tahu rezeki korang ada kat situ. Buat Part-Time ejen printing ni mana tahu boleh cover korang punya bayaran bulanan bil utiliti, duit rumah dan duit kereta tanpa perlu usik duit gaji. Suri rumah pun boleh buat ya. Boleh tampung perbelanjaan isi rumah. Zaman sekarang ni kos hidup semakin meningkat. Baru-baru ni harga sayur-sayuran, ayam segar dan macam-macam lagi barangan naik harga. Kita kena cari alternatif lain untuk tingkatkan pendapatan kita. Kalau korang nak printing baju murah, nak custom Jersey harga kilang lepas ni, boleh lah terus hubungi mereka melalui laman-laman berikut.  Senarai website rakan niaga Oh! T-shirt :-   www.ohtshirt.com.mywww.teamcetak.comwww.kilangbaju.comwww.kilangbaju.com.mywww.kedaisublimation.comwww.upahjahit.comwww.kilangjahit.comwww.kedaiuniform.comwww.pembekalcenderahati.comwww.pembekalcenderamata.comwww.kedaigift.comAtau korang boleh datang terus ke showroom mereka pada alamat dibawah.  MAFEYA SDN BHD (Team Cetak) 32A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7,  40000 Shah Alam, Selangor. TEL: 03-55236690 / 017-2290994 / 017-2290994 Email: ohtshirtselangor@gmail.com    MAFEYA SDN BHD (Kedai Sublimation) 30, Jalan Keluli AN 7/AN,  Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan, 40000 Shah Alam, Selangor   MAFEYA SDN BHD (Oh! Tshirt) 17-A, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
https://www.leaazleeya.com/2016/09/ringkas-janji-kenyang.html
Ringkas Janji Kenyang!!
Assalamualaikum wbt.. Ringkas Janji Kenyang!! |  Korang time datang penyakit 'malas' apa yang biasa korang masak selain meggi dan telur dadar + kicap?? hehe.. Hari ni aku dihinggapi penyakit 'M' tersebut.. Ehh jap!! Hari ni jerk ke?? Bukan ke hari-hari aku berpenyakit 'M' tu?? Hahaha.. Aduyaii..  Throwback cerita petang tadi... Petang tadi, lepas balik kerja rasa letih sangat tapi perut lapo0o0o.. Huhu.. Nak masak tapi rasa malas pulak...Haha.. Disebabkan kesian dekat perut, aku gagahkan diri jugak la masak lauk yang paling ringkas abad ini... Lauk campak-campak namanya.. Ahakz..  Menu ringkas petang ni.. Sebenarnya buntu nak masak ape.. Bila bukak peti nampak ada bunga kobis dan lada benggala.. Terus terfikir nak buat sayur campur... Mudah dan ringkas.. Tak yah nak menahan pedih perut lelama akibat kelaparan.. huhi.. Pekena pulak dengan sambal bilis yang aku buat semalam.. Perghh memang menepati selera aku time tengah lapo0o0o...Sambal bilis kasi panaskan balik aje.. Semalam buat lebih supaya boleh makan lagik hari ni tak yah nak sebok-sebok buat lauk lain.. hehe.. Punye la malas ekk.. Haha..!! Rasa cam tak cukup pulak 2 lauk aje.. Aku up lagik satu menu supaya lebih berselera aku makan.. Teloq hancoq ohsem...  Teloq Hancoq Ohsemness!! Aku suka.. Ohsem lah sangatkan.. Padahal telur hancur kosong ajerk tu.. haha.. Telur hancur ni memang febret aku.. Biasa aku buat campur bahan-bahan lain supaya ianya lagik sodap dimakan.. Tapi hari ni nak cepat punye pasal sebab perut dah meminta-minta.. Jadinya aku singkatkan masa, jadilah telur hancur kosong.. Huuuuu... Pada aku tak kesah la menu simple atau terlebih ringkas pown janji perut kenyang dan kene dengan selera.. Makan nasi + kicap + telur dadar pown sodap tau... Tapi tu bila tersangat lah malas kuasa dua.. Memang itu la menu yang aku akan hadap.. Haha..  Korang cam aku jugak ke?? hehe.. Maluuu ekk nk citee... alahh toksah memalu leee nak cite... Selamber badakkk sudeyyy!!
https://www.leaazleeya.com/2016/09/mandian-enchanteur-vs-mandian-big-value.html
Mandian Enchanteur vs Mandian Big Value Carrefour
Assalamualaikum wbt.. Mandian Enchanteur vs Mandian Big Value Carrefour  |  Korang mandi pakai shower cream atau sabun ketoi?? Malam ni aku tamo la cite sal sabun ketoi.. Tapi aku nak cite pasai shower cream yang aku pakai... Aku ni memang pengguna tegar mandian Enchanteur sebab bau dia sangat mengancam dan tak melekit.. Penah la nak berlaku curang dan berpaling tadah beberapa kali tapi cubaan tersebut mengecewakan.. Lastnye tetap kembali pada Enchanteur... huhu... Aku pakai mandian warna pink tu sebab aku suka sangat harumannya... Bila tukar brand lain mesti pakai tak dan habis mesti nak p beli Enchanteur balik.. Ada badi Enchanteur ni tau.. Haha.. Okeh nak dijadikan cerita, bulan lepas aku ke KL umah akak aku kan.. Kat umah dia guna mandian Big Value yang dibelinya dekat Carrefour.. Perghhh bau dia lebih kurang Enchanteur bak hang!! Tak melekit.. Harum sepanjang zaman.. Haha.. Tu pown kalau pakai sepanjang zaman la baru bau pown sepanjang zaman.. hehe.. Haa ni la mandian yang aku habaq kat hangpa tu.. With Sakura Extract lagik tu.. Wangian dia lebih kurang macam Enchanteur... Serius baq hang.... Aku guna mandian ni dekat umah akak aku aritu terus terjatuh cinta dengan mandian ni pulak.. Katanya kakak aku harga mandian ni murah aje.. Lagik la aku teruja nak berlaku curang dan berpaling tadah.. Hiks.. Balik aje dari cuti-cuti malaysia ritu, aku buat operasi mencarik mandian ni dekat Carrefour Kuantan.. Dekat ECM nun... Carik punye carik tak jumpa la pulak.. Dalam hati cakap, huh mungkin Carrefour ni tak de jual kowt.. Dah pasang niat pulak nak suruh kakak borong kat KL sana bawak balik Kuantan.. Haha.. Gile arr... Nak dijadikan cerita lagik, time nak bayar barang lain yang aku beli dekat kaunter kosmetik, aku tertoleh la ke kanan, terrrrnampak la deretan barangan Big Value.. hoh!! Terus meluru aku ke rak tersebut untuk merembat 2 botol mandian yang ohsem ni.. haha.. Gelojoh betol.. Akhirnya dapat jugak aku guna mandian ni sepanjang zaman.. Harganya toksah cakap la memang murah sangat.. Pendek kata aku suka sangattttttt!! huhiii.. Korang pakai mandian apa?? Meh le share...
https://www.leaazleeya.com/2016/06/ramadhan-hampir-pergi-syawal-menggamit.html
Ramadhan Hampir Pergi... Syawal Menggamit Datang...
Assalamualaikum wbt.. Ramadhan Hampir Pergi... Syawal Menggamit Datang...  |  Allahuakbar.. Masa terlalu pantas berlalu.. Ramadhan dah semakin berada di penghunjungnya... Sayu sangat rasa hati.. Masih adakah Ramadhan akan datang untuk aku kecapi?? InsyaALLAH.. Moga Allah s.w.t memberi peluang itu lagi kepada aku...  Lebih kurang 5 hari lagi kita berpuasa dan pada 06 Julai 2016 kita akan menyambut Aidilfitri.. Tu pown kalau nampak anak bulan la.. Haha.. Kalau tak nampak anak bulan, agak-agaknya raya ditangguhkan kowt.. kiki.. Mesti ramai dah yang pulang ke kampung untuk menyambut raya bersama keluarga masing-masingkan.. Aku masih bekerja dan mula bercuti pada hari selasa 5hb Julai..  Aku tengok ramai jugak blogger yang dah ucap selamat hari raya.. Maka-nya dengan ini dengan rasa dengkinya aku pown nak jugak wish aidilfitri seawal ini.. Haha.. Kang wish lambat-lambat kang tak de pulak yang nak baca.. Yela, sah-sah la korang sume dah balik beraya kat kampung kan.. Tak de nye nak mengadap blog lagik dah time-time raya.. Masing-masing mesti dah membizikan diri dengan beraya dan melayan tetamu-tetamu yang datang beraya... Ye dak?? Meh aku bagi serangkap pantun sebagai ucapan raya aku untuk  korang sume.. hehe.. Baca ekk..!! Sumber : Google Nampak tak tolesan tu?? Harapnye nampak laa.. Ahakzz.. Aku mintak maaf ye kat korang-korang semua andai aku ada buat salah dan terkasar bahasa sepanjang aku menjoinkan diri dalam dunia blog ni.. Mane la tau kan ada yang korang terasa dengan ayat-ayat aku yang tak berapa nak sopan ni.. ekeke.. Harap korang dapat maafkan aku yang serba kekurangan ni.. Sobb.. Sobb.. Sobbb... Pada rakan-rakan yang kenal aku dan pernah kenal aku pown aku mintak maap  kat korang.. Andai sepanjang perkenalan kita ada salah silap terkasar bahasa aku pada korang.. Aku mintak maaf yek.. Kosong-kosong ekk.. hiks..
https://www.leaazleeya.com/2016/05/kari-ikan-tanpa-santan-resipi-pok-ya.html
Kari Ikan Tanpa Santan Resipi PokYa
Assalamualaikum wbt.. Seronok dapat cuti panjang baru-baru ni.. Cuti Hari Pekerja 1Mei baru ni.. Dapatlah relax-relax dekat rumah lama sikit... Hari minggu baru ni rasa nak makan kari ikan.. Nasib baik stok ikan banyak dalam peti sejuk.. huhu... En. somi yang request nak makan kari ikan sebenarnya.. Dia memang hantu kari...  Memandangkan santan tak de dalam simpanan, so aku decide masak kari ikan tanpa santan.. alahaii.. Kari cam kedai mamak tu.. Tapi tak de la mamak mane pown, sebab resepinya super duper simple.. Haha.. Tak de bahan spesel sangat.. Cuma yang biasa-biasa aje.. Jom tengok resepinya dan layan gambar-gambar yang tak seberapa nak hado0o0ooo...!! Kalau tak nampak sila zoom ye..!! Sori yek.. Gambar resepi agak halusssss tulisan dia.. Silalah zoom kalau nak nampak dengan lebih jelas.. hehe.. Simple kan resepinya.. Bahan-bahan pown tak seberapa... Tapi hasil sangat lumayan yek... Jom layan gambar lak.. Ni gambar untuk first half... Haha.. Cam main bola lak ye first half bagai.. Ni pulak second half... Haha.. Kasi tarok segala ikan yang hado0oo.. Aku guna pelbagai ikan yerk... Hehe.. Finally... Inilah hasilnya.. Lumayan kann....!! hiks.. Oke la.. Kalau korang nak resepi yang simple untuk buat kari boleh la cuba resepi ni.. Aku memang jenis yang suka masak yang simple-simple aje.. Yang cerewet-cerewet ni boleh bikin fenin kepala.. So, selamat mencuba... peace..!!
https://www.leaazleeya.com/2016/05/review-novel-meh-sandar-pada-aku.html
Review Novel | Meh, Sandar Pada Aku!
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah... Semalam baru habis pembacaan aku untuk novel Meh, Sandar Pada Aku! ni... Sekian lama aku baca, semalam baru habis baca... Sebelum aku review tentang novel ni, jom kita kenal-kenal dulu penulis novel ni... BIODATA PENULIS Penulis : Aifa Batrisya Blog : Belog Biru - aifabatrisya.blogspot.com Penulis merupakan anak kelahiran parit buntar dan kini menetap di selangor. Suka menulis berdasarkan kisah benar dan pengalaman disekelilingnya. Kisah meh, sandarkan pada aku! Adalah karya kedua setelah karya kahwin ganti. Kahwin ganti adalah berdasarkan pengalaman sahabat kembar sendiri, meh, sandarkan pada aku! Adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Meh, Sandar Pada Aku! "Aku perlukan kau, sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu?" Penulis : Aifa Batrisya Terbitan : Karya Seni Pengedar Tunggal : Fajar Pakeer Sdn. Bhd. Ketebalan : 581 m/s ************************************ SINOPSIS "Kata orang, tak kenal maka tak cinta... Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja... buat apa? -Afnan Tasneem Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat.. Kehadirannya dia institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak. Berdepan dengan spesis lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kene buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat! "Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?" "Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?" "Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!" Dalam marah, dalam herdik... Tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat. "Aku apa?" "Tak ada apa-apa, Doktor Syed.." "Aku tanya sekali lagi, Aku apa?" "Errr... Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?" Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah... Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal dibawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama? ************************************ Meh aku review sikit novel ni.. Afnan Tasneem, watak utama selaku heroin dalam novel ini.. Menjalankan praktikal di sebuah institusi penyelidikan dibawah seliaan Dr. Syed Nadzhan bagi menyempurnakan pengajiannya.. Dr Syed Nadzhan tu hero ye dalam cerita ni... Bila dah ada heroin mestilah ada heronye kan.. hehe.. Afnan Tasneem ni seorang yang lurus bendul.. Selalu kene buli dengan Dr. Syed ni sepanjang dia praktikal dibawah seliaannya... Tapi lurus bendul dia pun, dia suka menjawab ape saja yang org cakap... Bukan sikit-sikit dia menjawab.. Panjang leboooo.... Bila dah hari-hari dok gaduh, dok benci membenci.. last-last sekali masing-masing tetiba terjatuh suka sesama sendiri tanpa sedar... Tapi perasaan tersebut hanya dipendam oleh Dr. Syed..  Ego seorang lelaki kan.. Pulak tu Dr. Syed ni seorang yang jenis anti perempuan... Sepanjang dia bertugas disitu, student-student praktikal dibawah seliaannya adalah lelaki.. Afnan Tasneem lah satu-satunya student perempuan pertama yang dia amek sebagai student praktikal dia.. Dr. Syed anggap perempuan ni hanyalah menyusahkan.. Sebab tu jugak la Afnan Tasneem ni gelarkan dia "spesis terancam".. haha.. Sebenarnya ada cerita disebalik ketidaksukaan dia terhadap kaum hawa tu.. Kesnya, apabila mama dia pernah tinggalkan dia dan papa dia selepas melahirkan dia.. membesarlah dia hanya dengan kasih sayang seorang papa sahaja.. Sebab tu la dia benci sangat dengan kaun wanita ni.. Dalam pada praktikal tu, Afnan berkenalan dengan Adam Naufal.. dia sukakan Adam sebab Adam seorang yang lemah lembut.. sopan terhadap perempuan.. baik.. Berbeza sangat dengan sikap Dr. Syed terhadapnya yang berlagak.. sombong.. ego.. bajet bagus tu.. Oleh sebab itu, Afnan dah jatuh hati dengan Adam kerana keperibadian Adam yang sopan santun tu.. Tapi ada la cerita yang tak best lepas tu antara dia dan Adam.. Kalau nak tahu kene la baca sendiri ekk.. ekekek.. Korang nak tahu macam mana Afnan dan Dr. Syed boleh duduk sebumbung.. haaa. Sebabnya, emaknya Afnan Tasneem ni kawen dengan papa Dr. Syed.. haha.. Gitu la cite nye.. Jadi la dorang adik beradik tiri.. Makanya, hancur luluhlah hati Dr. Syed.. Tak kesampaian hajat nak menjadikan Afnan sebagai kekasih mahupun isterinya.. Tapi mereka hanya adik beradik tirikan... Tak seibu dan sebapa.... Ape salahnya... hehhe Cerita tak habis disitu.. bila dah duduk sebumbung, makin keraplah dorang bergaduh.. bertekak.. Sampai la Afnan dirancang oleh family untuk ditunangkan dengan Syed Emil.. Sepupu Dr. Syed.. Syed Emil sentiasa menghiburkan hati Afnan.. Mendengar luahan hati Afnan dikala Afnan memerlukan... Tapi Afnan hanya menganggap Syed Emil sebagai seorang abang sahaja.. Tak lebih dari itu.. Manakala Dr. Syed pula ditunangkan dengan Dr. Aleesya tanpa pengetahuannya.. Dr. Aleesya juga adalah sepupu Dr. Syed yang terlalu obses dengan Dr. Syed sejak kecil lagik... Selalu dok kejar-kejar Dr. Syed dan menagih cinta Dr. Syed.. Tanpa jemu... Cumanya Dr. Syed aje yang tak layan dan memang tak mahu dijodohkan dengan Dr. Aleesya.. Dipendekkan cerita.. mama dan papa Afnan dan Dr. Syed ke Jepun dan meninggal disana akibat bencana alam yang melanda bandar tokyo.. Makanya tinggallah Afnan dan Dr. Syed sahaja dirumah tersebut.. Amanat yang telah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya untuk dia menjaga Afnan sebaik mungkin membuatkan dia bertindak memutuskan pertunangan dia dengan Dr. Aleesya dan mengahwini Afnan.. Disebabkan kejadiaan tersebut, Dr. Aleeya mendapat tekanan yang kronik dan menjadi gila.. Dia mendapat rawatan pakar psikitrik akibat tidak dapat menerima kenyataan tersebut.... Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal dibawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Bagaimana seterusnya hubungan antara Afnan dan Dr. Syed serta Syed Emil..? Kalau nak tahu kene la beli dan baca ye.. Cerita dia best.. Tak rugi beli dan baca....
https://www.leaazleeya.com/2021/04/lima-juadah-nostalgia-ramadan-yang.html
Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat
Ayam Brand Kongsi Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat | Santan ialah makanan utama dalam kalangan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan Raya untuk rasanya yang begitu nostalgia, lemak berkrim dan sihat untuk dihidang dalam apa jua juadah masakan.Ayam Brand ™ memahami kesukaran rakyat Malaysia yang rindu akan rasa kuih pada zaman kanak-kanak dulu namun amat sibuk dengan gaya kerja, dan risau dengan masalah kesihatan yang bakal dihadapi melalui pengambilan makanan yang tidak sihat. Sesetengahnya pula tidak sempat untuk menyediakan juadah sahur dan buka puasa. Kelapa segar umum diketahui sangat bagus tetapi proses mengekstrak santan sememangnya mengambil masa yang begitu lama.Ayam Brand telah™ pun menyediakan santan kelapa yang enak, sihat dan mudah untuk didapatkan sejak beberapa dekad yang lalu. Santan Ayam Brand™ diperah dengan bersih daripada kelapa-kelapa matang yang terpilih. Ia kemudian disimpan di dalam pek-pek tetra yang mudah, menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT). Santan ini setaraf santan yang diperah menggunakan tangan, tetapi lebih mudah kerana anda tidak perlu membersihkannya selepas itu.Anda boleh menggunakan Santan Ayam Brand™, Santan Trim Ayam Brand™ (45% kurang lemak) atau Santan Super Light Ayam Brand™ (hanya mengandungi 5% lemak) bergantung kepada citarasa anda.Bersempena dengan bulan Ramadan dan Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Ayam Brand telah memperkenalkan Santan Ayam Brand™ 200ml dengan pek mudah dibuka Edisi Terhad supaya anda boleh menggunakan hanya ketika perlu, tutup penutup dan sejukkan selebihnya untuk digunakan kemudian hari. Pek baharu tetapi resipi santan yang sama.Sekiranya anda gemar berkunjung ke bazar Ramadan, anda pasti sedar bahawa juadah nostalgia kegemaran anda tidak selalunya mudah untuk didapatkan. Pencipta resipi Ayam Brand™ telah memperkenalkan lima resipi tradisional menggunakan santan yang boleh anda cuba di rumah. Resipi ini telah diolah dengan teliti bagi mengikut kesesuaian kelengkapan dapur di rumah serta kurang kandungan gula dan lemak melalui kerjasama dengan pakar pemakanan.Kuih-muih tradisional seperti kuih Akok dari Pantai Timur, kuih Tako yang juga dikenali sebagai kuih Limas dari Selatan, Bubur Pulut Hitam dari Utara, kuih Seri Muka Labu Kuning dari Kelantan dan sagu gula Melaka pasti mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak di kampung halaman. Kesemua kuih ini merupakan hidangan nostalgia yang mempunyai rasa lemak berkrim, diperbuat daripada Santan Ayam Brand™.Jadi, apa tunggu lagi? Jom cuba Santan Ayam Brand™ pek mudah buka 200ml untuk Ramadan dan Hari Raya tahun ni! Jangan lupa sertai pertandingan Ayam Brand Masak dan Menang. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu ambil gambar masakan anda yang dibuat menggunakan Santan Ayam Brand™ dan muat naik ke akaun Facebook atau Instagram anda dengan hashtag #santanayambrand. Anda berpeluang memenangi hadiah lumayan all-in-one cooker Innochef yang bernilai sehingga RM17,200! Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ayambrand.com.my/masakdanmenang.1. Kuih Akok yang Mudah dan PantasAnda hanya memerlukan acuan mufin dan ketuhar sahaja! Didihkan gula Melaka bersama daun pandan yang telah dihiris nipis sehingga gula Melaka larut dan berbau wangi. Alihkan periuk dari dapur dan masukkan Santan Ayam Brand™ secara perlahan ke dalam periuk. Biarkan campuran tersebut sejuk. Sementara itu, panaskan ketuhar, dan sapukan minyak ke dalam acuan mufin. Masukkan telur dan tepung yang telah diayak ke dalam periuk yang mengandungi campuran santan dan gula Melaka dan kacau sehingga sebati. Tuang adunan tersebut ke dalam acuan mufin. Bakar selama 25 minit atau sehingga warna permukaan kuih menjadi perang.Tips SihatAnda boleh mengurangkan gula Melaka tetapi rasa karamel akan berkurangan. Jangan digantikan dengan gula putih kerana ia akan menjejaskan rasa kuih Akok tersebut. Jika anda ingin kuih yang mengandungi kadar lemak yang rendah, gunakan Santan Super Light Ayam Brand™ yang hanya mengandungi 5% lemak.2. Kuih Tako (juga dikenali sebagai Kuih Limas) Kuih Tako atau kuih Limas adalah sama seperti kuih Tepung Pelita tetapi mengandungi elemen manis atau rangup. Kemungkinan besar kuih ini sukar didapati di bazar-bazar Ramadan kerana memerlukan langkah tambahan iaitu penambahan elemen manis atau rangup tersebut. Mari kita lihat resipi mudah daripada Ayam Brand™ yang menggunakan jagung manis dan sengkuang Cina sebagai inti rahsia untuk tekstur dan serat.Langkah pertama ialah untuk membuat 30 kelongsong kuih tako menggunakan daun pandan. Ini merupakan aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak yang ingin membantu. Seterusnya, sediakan lapisan bawah dengan mencampurkan tepung kacang hijau, gula, garam dan air. Masak adunan tersebut di atas api yang sederhana sehingga pekat, dan padamkan api. Letakkan sengkuang Cina ke dalam setiap kelongsong dan tuang adunan ke dalamnya. Biarkan sejuk.Untuk lapisan atas, campurkan santan, tepung kacang hijau dan air ke dalam periuk yang lain, dan kacau sehingga pekat. Tuang aduan lapisan atas ke dalam kelongsong dan hiaskan dengan sesudu kecil jagung manis. Simpan di dalam peti sejuk. Sesuai untuk Sahur!Tip SihatSukatan gula untuk resipi ini telah dikurangkan supaya ia tidak terlalu manis. Tepung kacang hijau, Jagung Manis Ayam Brand™ dan sengkuang Cina menambahkan serat dan vitamin. Apabila dimakan pada waktu Sahur dalam keadaan sejuk, ia mampu membekalkan tenaga yang mencukupi sepanjang hari.3. Bubur Pulut HitamBubur pulut hitam adalah juadah enak, menyihatkan dan mudah disediakan. Anda boleh membuatkannya mengikuti citarasa anda.Masakkan pulut hitam, daun pandan dan air di dalam periuk yang bertutup di atas api perlahan. Reneh adunan tersebut selama sejam atau sehingga pulut hitam telah lembut. Pada masa yang sama, panaskan santan, garam dan gula secukup rasa. Untuk menghidangkannya, kaut bubur pulut hitam ke dalam mangkuk and tuang campuran santan ke atasnya.TipJika anda memiliki periuk tekanan, anda boleh mengurangkan masa penyediaan juadah ini. Anda juga boleh memanaskan campuran santan di dalam ketuhar mikro selain daripada menggunakan dapur. Kita boleh juga memakai alat-alat elektrik yang lain untuk memasak. Anda juga boleh menyediakan hidangan ini dalam kuantiti besar supaya boleh disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan untuk dinikmati semasa buka puasa atau sahur pada hari lain.4. Kuih Seri Muka LabuKuih Seri Muka yang dikenali dengan lapisan bawah pulut yang berlemak dan lapisan atas kastard pandan hijau mudah didapati di mana-mana. Namun, kuih Seri Muka Labu agak sukar ditemui di bazar-bazar Ramadan kerana ia biasanya dibuat hanya untuk suka-suka.Resipi untuk lapisan bawah pulut boleh didapati di laman web Ayam Brand™. Untuk kastard labu, gaul telur, santan, isi labu yang telah direbus dan dilenyekkan, gula dan tepung sehingga sebati. Gunakan teknik double boil untuk menghasilkan kastard yang halus dan licin.Tekan pulut ke dalam acuan sehingga padat supaya boleh mengekalkan bentuknya apabila dipotong nanti. Gunakan penapis untuk menuangkan kastard labu ke atas pulut tadi. Kukus di atas api sederhana. Pastikan kuih tersebut sudah sejuk sebelum dipotong secara tradisi dalam bentuk berlian.Tip SihatGuna periuk nasi elektrik untuk menyediakan lapisan bawah. Memandangkan isi labu manis secara semula jadi, anda boleh mengurangkan sukatan gula mengikut cita rasa. Telur adalah sumber protein manakala labu dan santan menambahkan serat, vitamin dan perisa untuk menghasilkan juadah berbuka puasa yang enak.5. Sagu Gula MelakaIni merupakan salah satu juadah yang diminati ramai namun versi komersilnya kerap menghampakan atas sebab kekurangan sagu dan santan, manakala gula Melaka tidak wangi dan tidak mempunyai tekstur karamel. Setelah anda mencuba resipi mudah ini, anda pasti tidak akan kembali ke bazar untuk membeli sagu gula Melaka lagi.Renehkan sagu di dalam periuk yang mengandungi air panas selama 30 minit dan kacau dengan kerap supaya sagu tidak melekat di periuk. Sementara menunggu sagu masak, panaskan santan bersama air dan garam. Biarkan sejuk. Potong gula Melaka menjadi bentuk dadu dan panaskan sehingga terbit bau wangi.Untuk menghidangkannya, letak sagu di dalam mangkuk dan tuang santan dan gula Melaka yang telah dicairkan.Tip SihatAnda boleh kurangkan gula Melaka dan gula perang. Untuk rasa lebih enak, panaskan gula Melaka sehingga ia menjadi karamel.Begitulah caranya kami membangkitkan nostalgia! Ramadan Karim.Dapatkan semua resipi di atas dan banyak lagi di www.ayambrand.com.my 
https://www.leaazleeya.com/2016/03/mengisi-masa-terluang.html
Mengisi Masa Terluang..
Assalamualaikum.. Rehat tadi sempat speed pergi bandar.. Biasa la, hari ni jumaat masa panjang sikit untuk merehatkan diri.. So, ape lagi... time ni la nak pergi jenjalan buat semak kat bandar.. Haha... Biasa pergi havoc-havoc dengan geng-geng opiz.. Arini lain sikit... Nak cuba rasa perasaan baru.. Keluar dengan sahabat gila-gila aku... Hayati... huhu... Lama tak  buat hal dengan dia.. Rasa rindu pulak nak kuau buat hal dengan dia.. hehe.. Dah dua tiga hari jugak wasap dia ajak keluar hari ni... Dia kene ingatkan sokmo, kalau tak lupa.. almaklumla faktor usia kan... Hahaha...So, tengah hari tadi kami keluar berdua.. Jenjalan taman gelora dan tengok ape yang ada kat sana.. Then terus p makan-makan... citcet-citcet... Seronok betul hari ni rasa... Masa diisi dengan sebaik mungkin.. cewahh.. Nanti plan nak pergi tengok cerita Munafik lak.. Tapi tataw la jadik ke idok... Plan aje dulu.. pape nak buat pown mesti kene ada perancangan... ye dak?? Tadi pas pergi cuci mata kat taman gelora, kami pergi makan kat Aida's.. Dia dengan selera pelik dia dok order bakso.. hohoho.. Tak minat aku.. hahaha.. Maknanya aku la yang pelik kan.. haha.. Aku cam biasa la kalau pergi makan kat aida's.. mesti order nasi air... Lupa pulak aku nak ambil gambar kedai... Syok sangat makan sampai tak hengat... Tapi kali ni kami cuba kedai aida's cawangan tanjung lumpur... Biasa dok makan dekat Centre point atau ECM aje... Kali ni try cawangan baru lak... Sebetulnya aku pun tataw aida's bukak cawangan dekat tanjung lumpur.. Kawan aku la yang kasi tau.. Dia kan kaki rayau.. hahaha... Sesambil makan tu, kitorang sembang-sembang la kisah-kisah lama.. kisah-kisah baru.. kisah-kisah akan datang.. haha... Punya syok dok sembang sampai tak sedar jam dah dekat kol 3.. Sembang terlalu kencang bak hang.. cam dah bertahun tak jumpe.. abeh semua episod suka duka dok dibuka kembali.. huhu..  sori yek curik gambar tanpa kebenaran... kikiki _segak bergaya lu dengan topi ada rambut terjuntai ni_ Ni la sahabat aku yang sangat sporting dan memahami aku.. sori geng publish gambar lu...  Pape pown moga ukhwah yang terjalin antara kami biarlah hingga syurga.... saya sayang kam0 sahabat.. Hayati Saari... ;)
https://www.leaazleeya.com/2016/05/anda-perasan-tak.html
Anda Perasan Tak??
Assalamualaikum wbt.. PERASAN TAK?... Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya... PERASAN TAK?... 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen... PERASAN TAK?... Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung... PERASAN TAK?... Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan... PERASAN TAK?... Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang... PERASAN TAK?... Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah... PERASAN TAK?... Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.... Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali : 1. Waktu  2. Kata-kata  3. Kesempatan Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang : 1. Kemarahan  2. Keangkuhan 3. Dendam .. Ada 3 hal yang tidak boleh hilang : 1. Harapan  2. Keikhlasan  3. Kejujuran Ada 3 hal yang paling berharga : 1. Kasih Sayang .. 2. Cinta  3. Kebaikan Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti : 1. Kekayaan .. 2. Kejayaan  3. Mimpi  Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang : 1. Komitmen  2. Ketulusan  3. Kerja keras  Ada 3 hal yang membuat kita berjaya : 1. Tekad  2. Kemahuan  3. Fokus Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu : 1. Rezeki .. 2. Umur  3. Jodoh  TAPI,  Ada 3 hal dalam hidup yang PASTI : 1. Tua  2. Sakit  3. Kematian
https://www.leaazleeya.com/2014/08/isteri-saya-hilang.html
Isteri Saya Hilang..!!
Assalamualaikum wbt.. Sumber ::  Google Nak dengar satu cerita tak??? ......Kalau takmo, nak jugak cerita.. Ekeke... Kisah dakwah yang memberi teladan kepada kita... wahhh gituu...~!! Kisah pendek aje tapi ada pengajaran disebalik cerita tersebut.. Jom sama-sama ikuti kisah dibawah... huhuhu~!! Isteri Saya Hilang ******** Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang. "Sudah berapa lama isteri encik keluar?" Soal polis. "Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot". "Dia pakai baju warna apa?" "Tak pastilah tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu." "Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?" "Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula." Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepada. "Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?" "Ya, tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir 4 tahun  pada 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta, saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace." "Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik," kata polis menamatkan sesi soal siasat. Sumber cerita Angguk Geleng  Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan
https://www.leaazleeya.com/2019/11/pynocare-supplement-untuk-tona-kulit-sekata.html
Pynocare Supplement Untuk Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Dari Dalam
Pynocare Supplement Untuk Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Dari Dalam  |  Bab tona kulit tak sekata ni memang menjadi masalah pada aku sejak dulu.. Bukan senang oh nak dapat kulit cantik sekata kecuali ko dah dilahirkan berkulit cantik dan sekata.. Macam-macam produk dah aku pakai mahupun makan untuk kembalikan tona kulit yang sekata.. Setakat ni, hanya indah khabar dari rupa ceritanya.. Huhu..  Sungguhpun begitu, aku masih tak berputus asa untuk kearah itu.. Tidak kiralah sama ada aku guna skincare terbaik di Malaysia mahupun aku consume supplement terbaik untuk cantik..  Now, aku cuba pula supplement dari Biolife ni iaitu Pynocare.. Katanya sangat helokkk untuk baiki masalah kulit yang tidak sekata ni.. So, takan nak dengar saja kan, kenalah cuba jugak.. Walaupun aku dah cuba bermacam supplement sebelum ni, perkara pertama yang perlu aku pastikan terlebih dahulu adalah status selamat produk tersebut.. Sebab tu aku lebih prefer untuk dapatkan supplement kecantikan ni kat farmasi atau outlet yang diyakini seperti Watsons.. Begitulah juga dengan Pynocare ni, aku dapatkannya di Watsons Malaysia.. Hehe.. Sebelum aku bercerita perihal supplement Pynocare ni, marilah kita ambil tahu dulu punca-punca terjadinya tona kulit tidak sekata.. Yang ni memang korang kena tau sebelum korang consume apa-apa supplement untuk tujuan tersebut.. Samalah juga kalau nak guna produk skincare, korang tetap kena ambil tahu ini..  Melanin Punca Tona Kulit Tidak Sekata Apa itu melanin? Melanin merupakan pigment yang terhasil daripada sel-sel melanosit dan ia memberi warna kepada kulit kita.. Penghasilan melanin terjadi di lapisan kulit yang paling dalam dengan bantuan beberapa jenis enzim. Melanosit kemudiannya membawa melanin ke permukaan kulit dan ia menyumbang kepada warna kulit setiap individu. Bintik-bintik hitam dan tona kulit yang tidak sekata adalah disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan pada kawasan yang terdedah kepada pancaran matahari terutamanya di bahagian pipi, atas bibir, hidung dan dagu. Ini lebih ketara bila kita sering terdedah kepada persekitaran panas. Contohnya berjalan & melancong ke cuaca yang beriklim panas dan kering. Pergi umrah ke tanah suci ke. Punca-Punca Kepada Masalah Kulit Kadang bila mempunyai masalah kulit, kita dah gelabah nak cari produk untuk atasi masalah kita.. Sedangkan ada ketika kita tak tahu langsung akan puncanya.. Jadi, setiap masalah kulit tu kita kena pastikan terlebih dahulu apakah punca sebenar kepada permasalahan tersebut.. Barulah boleh kita cari produk yang betul-betul sesuai untuk atasinya. Contohnya la, masalah jerawat, boleh jadi sebab produk yang kita gunakan tak sesuai. Boleh jadi juga pemakanan kita tak sihat. Banyak makanan berminyak. Kebiasaannya masalah kulit ni adalah berpunca daripada cahaya matahari.. Ia merupakan faktor utama bagi masalah kulit yang kita hadapi.. Masalah tersebut akan menjadi lebih teruk bila terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari.. Selain itu, punca-punca lain adalah :- Perubahan hormoin disebabkan kehamilan dan pil kontraseptif Masalah Endokrin seperti tiroid, ovari Menggunakan kosmetik atau produk yang bertoksik pada cahaya seperti merkuri, asid salisilik Mengambil ubat-ubatan yang bertoksik pada cahaya seperti antibiotik, ubat anti-radang Pynocare Esen Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Bagaikan Kristal Dari Dalam Kalau korang nak tahu, MSCC Complex Actisome yang terkandung dalam Pynocare ini  dapat meningkatkan bioavailability untuk penyerapan yang lebih baik seperti dapat pertahan dari radikal bebas dengan membekalkan antioksidan yang berkuasa untuk melawan radikal bebas yang menjadi pencetus utama terjadinya tona kulit tidak sekata. Selain itu, ia juga bertindak sebagai pelindung UV dimana antioksidan meningkatkan pertahanan terhadap kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya UV. Pynocare ni dihasilkan daripada gabungan ramuan tumbuhan semulajadi yang boleh melindungi kulit daripada penuaan pra-matang dan tona kulit yang tidak sekata seperti ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis, ekstrak D.Salina, Vitamin C dan E.. Bahan Utama Pynocare 1.  Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis Kaya dengan procyanidin oligomerik (OPCs) dan bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan radikal bebas dan berupaya untuk membentuk lebih banyak struktur antioksidan dengan mengitar semula vitamin C dan menghasilkan vitamin E 2. Ekstrak D. Salina Berupaya dalam membekalkan sumber semulajadi yang kaya dengan karotenoid dan beta-karotena serta merupakan antioksidan semulajadi yang melindungi membran sel dari pengoksidaan lipid dan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV. 3. Vitamin C Ia merupakan antioksidan semulajadi yang dapat melindungi kulit daripada UVA, UVB dan cahaya yang boleh dilihat. Selain itu, ia dapat menghalang penghasilan dan pembentukan melanin dengan kerjasama vitamin E. 4. Vitamin E Vitamin E ni memang sinonim untuk kecantikan kulit.. Vitamin E ini sebagai antioksidan larut lemak utama yang menghalang pengoksidaan lipid dan menghapuskan radikal bebas. Ia juga memberi perlindungan UV serta mengurangkan kesan-kesan foto-penuaan. Foto-penuaan? Apakah? Haaa Foto-penuaan ni adalah penuaan pra-matang kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada radiasi UV yang berulang-ulang. Cara Pengambilan Pynocare Seperti yang aku perjelaskan diawal tadi, Pynocare ini didatangkan dengan perumusan proprietasi terobosan - MSCC Complex Actisome yang menyediakan ekstrak tumbuhan semulajadi dan vitamin yang telah diuji secara klinikal untuk mendapatkan kembali tona kulit yang jelas dan sekata dari dalam.. Ok untuk pengambilan Pynocare ni, korang kenalah ambil dengan dos yang telah ditetapkan supaya korang dapat kesan yang maximum.. Dos pengambilannya adalah 2 kapsul sehari selepas makan.. Ikut korang la sama ada nak makan satu kapsul pagi, satu kapsul petang dan juga waktu malam pun.. Janji 2 kapsul sehari.. Macam aku, aku ambil 2 kapsul sekali selepas makan.. Biasanya aku akan ambil selepas bekfes..  Dapatkan Pynocare Untuk Kembalikan Tona Kulit Sekata Oh lupa nak kasitau.. Pynocare ni didatangkan dalam bentuk softgel capsules yang mudah diambil.. Dalam satu kotak ni mengandungi 50 kapsul Pynocare.. Jadinya, satu kotak ni untuk 25 hari.. Macam biasa, setiap supplement atau produk yang kita ambil hasilnya adalah mengikut keserasian tubuh badan kita sendiri sebabnya setiap badan manusia tak sama.. Apa yang penting, nak cantik tu kenalah konsisten dan no skip dalam pengambilannya.. Takat ni aku tak skip lagi.. Haha!! Nak lebih cantik, korang bolehlah guna skincare seperti serum muka terbaik yang sesuai sebagai tambahan dimana ia boleh membantu sekatakan tona kulit korang untuk luaran.. Baru padu!! Orite, kalau korang nak kulit cantik tona sekata, bolehlah cuba Pynocare ni ye.. Kat mane nak dapatkan? Haa korang boleh dapatkan di semua farmasi terkemuka atau boleh juga dapatkan di Lazada, CARiNG dan Watsons seperti link kat bawah ni jika korang nak beli secara online.. 💜  Lazada  :  http://biolife.2.vu/Lazada-Pynocare 💜  CARiNG  :  http://biolife.2.vu/CARiNG-Pynocare 💜  Watsons  :  http://biolife.2.vu/Watsons-Pynocare
https://www.leaazleeya.com/2017/05/dapatkan-free-botanics-hydra-whitening.html
Dapatkan FREE Botanics Hydra Whitening Wash (12g) Sample
Dapatkan FREE Botanics Hydra Whitening Wash (12g) Sample  |  Berita baik untuk korang.. Ada yang nak try pencuci muka dari Botanics tak? Kalau ada, korang boleh try redeem samplenye (12g) sekarang.... Bolehlah try dulukan.. Kalau rasa sesuai, boleh beli yang besar pulak.. hehe.. Maklumat ni pun aku dapat time aku blogwalking ke blog sahabat Sha Mohamad... Berita baik kenalah share-share kan... Camne nak redeem tu?? Meh aku ajo.. hiks.. Botanics Hydra Whitening Wash (12g) Sample Aku tertarik dengan packagingnya.. Cantik.. Bila tengok memang terasa nak menggunakannya.. Ok, camne nak redeem Botanics Hydra Whitening Wash (12g) Sample ni? Korang hanya perlu isi form yang disediakan seperti gambar kat bawah ni.. Kat mana nak isi?? Redemption Form Korang boleh isi formnya kat SINI... Selamat me-redeem... :)
https://www.leaazleeya.com/2018/04/beauty-maker-produk-kosmetik-terbaik.html
Beauty Maker Produk Kosmetik Terbaik Dari Taiwan Di CheriCheri.co
Beauty Maker Produk Kosmetik Terbaik Dari Taiwan Di CheriCheri.co  |  Sebelum ni LA agak fanatik dengan K-Beauty.. Dari produk kosmetik hinggalah kepada skincare, semuanya kalau boleh nak yang K-Beauty.. Almaklumlah nak cantik macam artis korea.. Haha!! Tetapi baru-baru ini, LA diperkenalkan oleh seorang teman ni, satu brand make up dari Taiwan.. Bila LA usha, perghh memang menarik dan banyak pilihan.. Jadi, apa lagi, LA rembatlah satu, dua produk dari brand tersebut.. Huhu.. Brand apa tu? Brand makeup yang LA maksudkan tu, adalah Beauty Maker Produk Kosmetik Terbaik Dari Taiwan Di CheriCheri.co... Mesti korang tertanya-tanya kan, CheriCheri.co tu ape? Ok, jangan risau, LA akan story semuanya disini.. Korang jangan kemana-mana ye, sila duduk dengan tertib di depan PC korang tu dan baca entry ni sampai habis.. Kalau tak baca, rugi tau.. Banyak yang LA nak ceritakan ni tentang Beauty Maker dan juga tentang CheriCheri.co.. Hehe.. Apa Itu CheriCheri.co? CheriCheri.co telah ditubuhkan pada tahun 2017 merupakan sebuah platform e-dagang dalam talian (online shop) yang diwujudkan dengan tujuan untuk memasarkan pelbagai jenis produk untuk penjagaan rambut, penjagaan kulit dan produk kecantikan. Di CheriCheri.co, anda boleh mendapati pelbagai pilihan produk baru dan inovatif, dengan tip berguna untuk diaplikasikan semuanya ke rutin kecantikan harian anda. Matlamat mereka adalah untuk memberi anda pengalaman membeli-belah dalam talian yang menyeronokkan, menarik dan mudah. Sebenarnya LA pun baru tahu tentang kewujudan online shop CheriCheri.co ni.. Itu pun setelah diperkenalkan oleh rakan LA.. Jadi, lepas ni mudahlah LA nak shopping sakan produk kosmetik mahupun skincare sebab di CheriCheri.co pelbagai pilihan produk dan jenama boleh kita pilih.. Ada juga produk dari jenama yang memang dah familiar dengan kita seperti Loreal, Laneige, Redken, Hadalabo, Innisfree dan banyak lagi.. Pendek kata, buka aje CheriCheri.co dah boleh shopping macam-macam jenis produk dari jenama yang berbeza.. Best sangat!! Beauty Maker Produk Kosmetik Terbaik Dari Taiwan Di CheriCheri.co Ok, kali ni LA tak nak cerita pasal skincare mahupun hair care tetapi nak cerita pasal produk kosmetik yang sempat LA rembat di CheriCheri.co seperti yang LA katakan diawal entry tadi.. Tak sabar rasanya nak tunjukkan kat korang tau.. Menunjuk sangat!! Haha... Jom kita lihat satu persatu produk Beauty Maker yang dah menjadi milik LA..  Didatangkan bersama kotak comel bereben maroon.. Serius comel sangat!!! Mula-mula parcel sampai tu, ingatkan ada orang bagi hadiah kat LA.. Rupanya kotak dari CheriCheri.co.. Teruja badak jadinya dapat kotak cantik macam ni.. Tu belum lagik tengok isi dalamnya.. Tak nak bebel panjang-panjang, jom kita unbox item yang ada dalam kotak indah ni..  💙 Beauty Maker Magic Concealer Mula-mula buka kotak Beauty Maker Magic Concealer ni, LA dah blur dah cara guna bende alah ni.. Yela, sebelum ni pakai concealer yang jenis stick tetapi kali ni kononnya nak try yang jenis lain pulak.. Nah kau, sekali sampai dah tak tahu nak guna macam mana.. Jadi, LA cubalah usha di laman web CheriCheri.co cara guna dan akhirnya berhasil..  This easy-to-use, twist-up pen with brush applicator is eye-perfecting, hydrating and hypoallergenic. For Conceal, Cover Dark Circles, Cover Eyebag, Hydrating, Minimize Fine Lines, Sculpting Beauty Maker Magic Concealer ni didatangkan dalam 2 warna iaitu Ivory dan Pink Base... Memandangkan kulit tak berapa nak cerah, jadi LA lebih prefer warna pink base... Lepas ni LA dah boleh senyum sampai telinga la sebab 'mata panda' LA boleh hilang sekelip mata dengan Beauty Maker Magic Concealer ni.. Nama lagik 'magic' kan.. Hiks.. 💙 Beauty Maker Contour Shading Stick Kalau MUA rasanya memang dah familiar dengan contour shading stick ni.. LA jerk baru firstime nak try sebab nak dapatkan muka V-shape kononnya.. Pandai ke tidak tu, kita boleh belajar cara-cara nak buat shading kan.. Youtube pasti dapat membantu nanti.. Haha.. Beauty Maker Contour Shading Stick ni dari jenis matte dan mampu menjadikan muka kita menjadi V-shape dengan sempurna..  Apa yang LA suka sangat dengan Beauty Maker Contour Shading Stick ni ialah ianya menyegarkan dan tak melekit, waterproof dan sangat sesuai untuk kulit asia.. Manakala teksturnya pula mempunyai 3 ciri unik iaitu creamy, Gel-like dan powder... Soft Yarn Gel Powder - Very fine powder with special texture conversion technology without having any thick makeup finish. Amplifies your look with ease. High Moisturizing Ingredients - With added rosehip oil, shea butter and other moisturising ingredients. 💙 Beauty Maker Highlight Glow Stick Kalau nak hasil makeup yang mantap, boleh gunakan Beauty Maker Highlight Glow Stick ni bersama Contour Shading Stick tadi.. Hasilnya memang superb.. Kedua-duanna mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk muka.. Didatangkan dalam warna pink untuk memberi impak glowing pada muka.. Apple Light Powder - Very fine powder, immediately enhances skin radiance through the refraction of light.  Designed For Asian Skin Tones - Unique champagne tone, highlights your facial features and creates rosy apple cheeks. Cara Pakai Beauty Maker Contour Shading Stick & Highlight Glow Stick Kalau ada yang tak tahu cara guna 2 produk ni, meh sini LA ajarkan.. Cewahhh, macam pandai sangat kan.. Padahal baru jugak nak belajar ni.. Jom kita belajar sama-sama ye.. Boleh rujuk gambar kat bawah ni untuk panduan penggunaan..  💙 Beauty Maker Photoshop Perfecting Concealer Brush Bila dah ada concealer mestilah ada berusnya kan.. Barulah perfect..!! Betul tak..? Jadi, untuk sempurnakan makeup LA nanti, tools yang menjadi pilihan LA untuk blend concealer adalah Beauty Maker Photoshop Perfecting Concealer Brush.. Amboii panjang betul namanya.. Eceli brush ni memang sangat recommended sebab berusnya lembut dan dapat cover segala masalah kulit muka dengan baik..  Untuk melihat tutorial makeup dari produk Beauty Maker, boleh tonton video dibawah ni ye.. 3 Brand Dari Taiwan Di CheriCheri.co Kalau korang nak tahu, di CheriCheri.co terdapat 3 brand produk dari Taiwan.. Selain Beauty Maker, Dr. Douxi dan Annie's Way juga merupakan brand dari taiwan.. Cumanya, 2 brand ini menawarkan produk skincare di bawah labelnya.. Mungkin akan datang LA akan cuba pula produk skincare dari Dr. Douxi dan juga Annie's Way pula...  Berita baik buat korang!! Jika korang berminat untuk mendapatkan kosmetik atau skincare dari 3 brand ini, korang boleh dapatkan sekarang kerana CheriCheri.co sedang mengadakan jualan hebat... Dengan pembelian produk dari Beauty Maker, Dr. Douxi dan Annie's Way ini korang akan menikmati potongan sehingga 30%... Murah gile wehh!! Rugi tak grab tau!! Bukan itu sahaja ye, penghantaran juga adalah percuma!! Promosi berlangsung dari 19 Mac hingga 30 April 2018... jadi, dapatkan sekarang sebelum terlambat...  Menangi Tiket Penerbangan Ke Taiwan Oh ya, satu lagi berita baik buat korang.. Dengan pembelian produk dari jenama Beauty Maker, Dr. Douxi atau Annie's Way di CheriCheri.co, korang berpeluang untuk memenangi 2 keping tiket penerbangan ke Taiwan dengan menyertai giveaway yang dianjurkan di laman web CheriCheri.co.. Setiap penyertaan akan diberikan berdasarkan nombor pesanan.. Apa terma dan syaratnya? Jom check kat sini.. Terms and Conditions :   BUY and WIN two tickets to TAIWAN with CHERICHERI!  Campaign period is from: 19th March 2018 to 30th April 2018  One entry is given per purchase of any BeautyMaker/Dr Douxi /Annie’s Way products  Giveaway is only valid for purchases through our official website, www.chericheri.co  One winner will be chosen to win two return tickets to Taiwan  Open to Malaysians only  Like our facebook page [Cheri Cheri], and like+share the campaign post pinned at the top of our fb page.   The winner will be announced live on our facebook page!   Remember Like and Follow our fb page [CheriCheri] to find out if you’re the lucky winner!! Wahh bestnya kalau menang kan.. Boleh la melancong ke Taiwan.. Jadi, korang-korang semua, jangan lepaskan peluang keemasan ni tau.. Beli dan menang!! Mudah sahaja... Manalah tahu, ada rezeki korang untuk menang.. Bolehlah melawat tempat orang.. Seronok uhh!! Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, boleh layari :- Website https://www.chericheri.co/ Facebook https://www.facebook.com/OfficialCheriCheri/ Instagram https://www.instagram.com/chericheri.co/ Youtube https://www.youtube.com/channel/UC9QFlEx99IINTwfmUOEcDCg
https://www.leaazleeya.com/2016/03/bubur-untuk-qhaliff.html
Bubur Untuk Qhaliff
Assalamualaikum wbt.. Semalam hari yang agak kelam kabut sebabnya stok nasi bubur si kecik dah habis.. Bergegas-gegas buat semua kerja.. Semua dah setel baru senang hati nak buat bubur untuk hero kesayangan aku tu... Pergi dapur tengok ape yang ada.. Sekali banyak pulak bahan-bahan yang dah habis.. Makanya suruh la en. somi pergi beli barang-barangnya... Dah beli barang ada pulak yang tercicir kelupaan untuk dibeli... apakah?? Tomato.. So bubur Qhaliff kali ni takde rasa tomato ye...  Minggu lepas aku dah buat bubur ikan bilis.. So minggu ni tukar sikit flavor dia.. Bubur berperisa ayam.. Haha.. Jom tengok camne aku masak bubur untuk si kecik ku yang berusia hurmmm nak masuk 11 bulan dah 13hb ni.. cepatnya masa berlalu.. huhu.. Okeh jom follow... Cara-Cara dan Bahan-Bahannya adalahhh... Firstly ofkos kene perkenalkan bahan-bahannya kan.. Dan inilah bahan-bahan yang aku tarok dalam bubur nasik anak aku....  Beras Ayam dipotong dadu  (dadu ke?? cam tak jerk.. Haha..) Butter Unsalted Bawang Putih dicincang halus Lobak Merah Sayur kailan & Brokoli.. (Boleh dipelbagaikan mengikut kesukaan masing-masing) Sayur mayur tadi silalah stim ye... Aku stim 20 minit aje.. Kasi lembut supaya mudah nak bland nanti.. Ada jugak pendapat aku baca, kalau kita stim sayur, khasiat sayur masih ada.. Tataw la betol ke idokkk.. Tapi aku rasa cam betol aje.. Ahakz..  Sementara tunggu sayur siap di stim boleh la masak nasi bubur dulu... Jimat masa.. Okey.. Sementara tunggu nasi separuh masak, kite tumis dulu ayam.. Part ni la patutnya ada tomato.. huhuhu Panaskan butter.. Masukkan Bawang Putih cincang.. Lepas dah agak bawang putih kekuningan boleh la masukkan ayam ye.. Ayam dah masak tutup api.. Haha... Itu pown nak habaq ekk.. Nasi dah dekat-dekat nak masak terus masukkan ayam td... Kasi tuang semua ye...  Pastu masukkan semua sayur mayur yang dah siap di stim tadi... macam gambar di atas..  Masak sampai nasi betul-betul masak ye..  Dah selesai semua, biarkan sampai nasi agak-agak sejuk untuk di bland... Nasi bubur dah sejuk boleh la dibland... Dan seterusnya dibahagi-bahagikan untuk dibuat stok.. Hero aku masak 2 bekas sehari ye... So sempatla stok ni untuk 4 hari gitu.. Untuk buat stok kene tarok dalam peti sejuk beku ye.. Tarok kat luar, esok tengok dah basi..  Membazir.. Membazi itu amalan syaitonnn..... Taraaaaa.. siap untuk di buat stok.. Khas untuk anak ummi.. MUHAMMAD QHALIFF AMSYAR Kesayangan beta...
https://www.leaazleeya.com/2014/01/beli-lagi.html
Beli Lagi...~
Assalamualaikum.. Teruja aku nak update berkenaan buku baru aku ni.. Lagik tak update lagi tu la aku rasa tak senang ati.. hik3x.. Jumaat lepas ( 24.01.2014 ) aku dengan member aku Liza pergi serbu kedai buku 1Malaysia.. Almaklumlah baru gaji kan 23hb ritu... Terus buat plan baik punya untuk memborong buku yang dah lama berada dalam senarai kami.. Jumaatkan rehat yang panjang.. So time tu la nk keluar lama sikit.. Takde la ganggu waktu kerjakan... Kebiasaan kami pergi shopping buku pun mesti hari Jumaat.. Plan ni kami dah rancang sebelum gaji lagi.. Biasa la, akhir bulan aje dekat-dekat nak gaji mesti dah ada senarai buku yang hendak dibeli... Kamikan obses sangat dengan buku.. Obses kami pun baca untuk mengumpul ilmu tau... Kalau korang pun minat baca buku mesti korang faham kitorang kan..  Dalam perjalanan jalan jem pulak.. haiss.. Ni dah kire melambatkan masa kami.. 1 jam nak boleh ke sampai di kedai buku tu... Tak ke haru.. Biasa x sampai pun 45 minit.. Silap percaturan betul la... Ingat lalu highway boleh save masa.. Sekali lagik lambat.. hehehe.. Dugaan betul...  Sampai aje kat Kedai Buku 1Malaysia tu terus terkam.. Tak sabar-sabar rasanya nak jumpa buku-buku kami tu... hahaha.. Gila kan... Masuk aje terus sambar buku Imam-Iman Yang Benar.. Buku tu aku dah nak beli lama dah.. So dah tahu kedudukan dia kat mane.. Kawan aku ni melilau-lilau tengok buku-buku... Sebelum tu kami dah call kedai tu soh dorang simpan 2 buah buku Aku Terima Nikahnya.. Buku ni kan laris, takut-takut la tak berkesempatan dengan kitorang.. Pergi-pergi tengok berlambak lagik buku tu.. Siap boleh pilih-pilih lagik.. Aku rembat 1 lagik buku yang pernah aku baca.. Kire buku ni aku dah khatam tapi aku saja nak buat koleksi dan nak baca lagik.. Sebab buku ni best.. Buku yang aku maksudkan Biografi Rasulullah..  3 Buah buku aje dulu aku beli.. Tu pun dah mencecah RM150 untuk 3 buah buku tersebut.. Dalam senarai ada lagi nak beli tapi ditahan dulu... Akan datang pulak aku beli... hahaha... Aku tercari-carik 1 buah buku ni berkenaan Firaun.. Tajuk buku tu Misteri Firaun Musuh Para Nabi... Carik punya carik rupanya dah habis.. So pekerja kat situ terus syorkan supaya aku booking dalu.. Nanti dah sampai dia akan call aku... Wah bagus gak gitu kan... Aku apee lagik terus kasi buking la... Aku sebenarnya dah lama nak tahu kisah-kisah firaun dengan lebih detail.. Itu sebab la aku carik buku tu.. Masa aku tanye pasal buku tu kat pekerja kedai tu, boleh pulak kawan aku ni gelak kan aku.. hahaha.. kuang ajaq betoi.. hahaha.. Sampai pekerja tu pun gelak kan aku.. hahaha.. Tak pe la, janji aku dapat pengetahuan tentang kisah sebenar Firaun.. Tak gitu... Eh, aku lak rasa cam lucu... hahahaha..~!! Ehsan google Satu lagik buku aku booking.. Untukmu Wanita... Buku ni berkenaan soal jawab tentang wanita.. Paling penting berkenaan aurat.. haaa..Tak sabar nak dapatkan buku-buku tersebut.. :) Ehsan google Nanti aku dah baca semua buku tu aku apdet untuk korang ek.. Tungguu tau... Pasti Melatop..!!!
https://www.leaazleeya.com/2018/11/althea-milk-peel-cream-mask-review.html
Althea Milk Peel Cream Mask Review
Althea Milk Peel Cream Mask Review  |  Holaaa guys!! Hey, Althea keluarkan produk baru lagi la uollsss.. Kali ni, mask pula diperkenalkan.. Macam biasa, kalau Althea ada newbaby terujanya lain macam sikit.. Haha!! Mask yang aku maksudkan ni bukanlah sheet mask tetapi Althea Milk Peel Cream Mask... Weiii, menarik gilesssssssss wehhhh!!! Ehh, kejap!.. Cream Mask? Apakah? Haaa kalau nak tahu, kenalah baca sampai ke noktah terakhir ye.. No skip hokeh!.. Ahakzz.. Althea Milk Peel Cream Mask Mula-mula dapat produk ni aku agak konfius... Ini minuman ke atau mask? Haha.. Comel yakmat wehhh... Baca nama produk pun dah buat aku teruja badak dan tak sabar-sabar nak cuba.. Tengok pulak kotak yang seperti kotak susu tu, ehh, rasa nak minum pulak.. hiks.. Dalam fikiran time tu dah terbayang tekstur produk ni menyerupai susu... Eh! Betul ke? Hehe..  Milk Peel Cream Mask ni sebenarnya bertekstur sedikit kasar dan berat seperti tanah liat (Clay).. Bila di apply kat muka, teskturnya menjadi lebih creamy dan apa yang menarik lagi, selepas beberapa saat, ia berubah menjadi bubble halus yang sangattttt milky.. Halussss sangat macam whipped cream.. Haaaa.. Cam nak buat kek pulak ye.. hehe.. Bau pun best tau.. Aku suka baunya.. Tak tau nak describe macam mana bau dia tetapi ia sangat menyenangkan.. Oh ya, Althea Milk Peel Cream Mask ni diformulasi dari protien susu, AHA dan BHA yang dapat menjadikan kulit lebih cerah, halus dan lembap.. Rasanya korang sendiri pun tau kan, protien susu ni sangat bagus untuk melembapkan kulit.. Segala kotoran dekat muka pun dapat disingkirkan tau.. Best gile.. Rasa nak mask satu badan jerk.. Haha!! Dalam Milk Peel Cream Mask ni juga mengandungi Kaolin yang membantu proses detox dan menyingkirkan segala kotoran yang tersumbat di dalam liang pori muka.. Packaging Super Comel & praktikal Tentang packaging pula, ofkoslah aku suka sebabnya packagingnya superb comel dan simple.. Ehh bukan itu sahaja tau, botolnya juga sangat praktikal sebabnya didatangkan dalam bentuk pump.. Jadi, tiada pembaziran akan berlaku kecuali korang tekan banyak kali.. Haha.. Over tau!! Satu lagi, botolnya kecik molek mudah dibawa kemana-mana.. Just sumbat dalam bag make-up atau handbag.. Nak bawak time travel pun mudah.. Tak berat dan jimat ruang sebab kecik.. Hehe.. Cara Guna Althea Milk Peel Cream Mask ni sangatlah mudah.. Just pam mask mengikut kuantiti yang diingini dan apply keseluruh wajah.. Terpulanglah sama ada nak pakai tebal atau nipis.. Macam aku, memang pakai nipis aje sebabnya nak jimat.. Haha!! Dah apply dekat muka, urut sampai terhasilnya foam yang halusssss.. Lepas tu bolehlah bilas dengan air suam selepas 30-60 saat.. Hasilnya, kulit muka bertukar menjadi kulit baby.. Haha.. Lembut wehh kulit.. Dah la lembut, wangi pulak tu.. Hiks.. Tapi harus diingat ye, kesan bagi setiap individu adalah berbeza mengikut jenis kulit.. Kulit kita tak sama deknon..!! Ok, untuk harganya pula, memang berbaloi-baloi.. Murah sangat bagi aku.. Dah la hasilnya superb terbaik.. Berapa harganya?  Althea Milk Peel Cream Mask RM 36.00 Untuk dapatkan Althea Milk Peel Cream Mask, bolehlah layari https://my.althea.kr/ atau terjah instagram mereka di https://www.instagram.com/altheakorea/.. Pstttt.. Althea selalu buat sales tau.. Jadi, jangan lupa pakat serbu laman web mereka untuk mendapatkan diskaun hebat.. 
https://www.leaazleeya.com/2014/07/hardware-software-solat.html
Hardware & Software Solat
Assalamualaikum wbt.. Dah sorang-sorang kat opiz ni, boleh la membaca dengan tenang tanpa gangguan... Kerja dah settle.. So, time untuk berehat sambil membaca sambil juga mendengar lagu-lagu raya sambil sambil jugak lagi menjawab panggilan telefon yang bertalu-talu menelefon bertanya itu ini... Dapat jugak la update blog yang sudah berhabuk ni... huhuhu..~!! Tengok tajuk entri kali ni  mesti ramai tertanya-tanye kan, solat pown ada hardware dan software keh? hahaha.. Tula, mula-mula terkesima jugak tengok tajuk ni dalam buku yang sedang dibaca ni... Tapi bila baca memang memberi banyak manfaatnya.. Buku ni ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi... Meh LA kongsi sikit kat sini tajuk kecil tersebut..... Tajuk beso dia adalah Bab 3 : Macam Mana Nak Jadi Baik? HARDWARE & SOFTWARE SOLAT "Bagaimana nak perbaiki solat?" "Mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat, hardware dan softwarenya." "Wah, solat pun ada software dan hardwarenya?" Dia hampir ketawa. Terkejut dengan istilah yang saya gunakan. "Hardware solat tu tentang rukun fi'li atau perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan sebagainya." "Softwarenya?" "Rukun qauli, pada makna bacaannya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati." "Cari ilmu yang bagaimana?" Kali ini saya menggeleng-gelengkan kepada. Tapi saya faham dia begitu teruja untuk menyoal. Sikap positifnya mengingatkan saya pada ungkapan : 'Kalau kita menyoal, kita kelihatan 'bodoh' 5 minit, tetapi kalau kita tidak menyoal, kita akan bodoh selama-lamanya.' "Cari makna bacaan surah al-Fatihah... bukan setakat itu sahaja malah cari tafsirnya. Cari simbolik daripada perlakuan rukuk, sujud dan berdiri betul." "Oh, bukan sekadar sah, batal, halal, haram dan sunatnya sahaja?" "Itu pun ya juga. Tetapi menghayati itu hanya awalan. Perlu dilanjutkan lagi hingga kita memahami malah menghayati semua rukun-rukun solat bukan sekadar tahu." "Kita perlu jaga tujuh anggota sujudkan?" "Ya, itu permulaan. Tetapi menghayati rasa hina diri, harap, malu, takut, kagum kepada Allah dalam sujud kita.... itu yang lebih penting." "Itulah yang awak maksudkan dengan software solat?" Saya mengangguk. Saya tegaskan kepadanya itulah rasa-rasa yang perlu ada dalam hati ketika melaksanakan rukun qauli (bacaan) dan rukun fi'li (perbuatan) dalam solat. Itulah roh solat, manakala yang lainnya hanya jasad. Teringat saya, amaran daripada Imam al-Ghazali, bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, sama keadaannya dengan mempersembahkan bangkai yang tidak bernyawa. "Rasa takut, harap, kagum, malu dan hina itulah yang membentuk khusyuk?" Saya mengangguk lagi... ******************************** Itulah dia perisisan dalam tajuk kecil tersebut yang dapat dikongsi bersama-sama disini... Sama-sama la kite hayati perisian tersebut dan mengamalkannya.. Solat lebih bermakna jika kite memahami akan maksud disetiap bacaan dan perbuatan dalam solat... InsyaALLAH, sama-sama kite berusaha kearah itu.. Supaya mendapat lebih keberkatan didalam solat kita seharian... Mungkin banyak lagi ilmu yang sangat-sangat berguna dalam buku yang sedang LA baca ini.. LA baru aje baca sampai Bab 3... Nanti kalau ada masa LA akan kongsikan lagik... hehehe...  Buku penulisan Pahrol Mohd Juoi.
https://www.leaazleeya.com/2019/05/kiseki-japan-marine-collagen-facial.html
Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser Review
Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser Review  |  Lama dah tak pakai pencuci muka dari jenis soap... Bukan apa, biasanya kalau pencuci muka jenis sabun ni, memang akan mengeringkan kulit muka aku.. Itu yang menjadi masalahnya.. Ada yang kata, guna pencuci muka dari jenis sabun ni lebih bersih kadar pencuciannya.. Tapi itulah, agak tidak sesuai untuk kulit aku.. Opsss itu dulu ye.. Now, aku dah jumpa pencuci muka soap yang sesuai dengan kulit muka aku iaitu Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser.. Memang bagus sangat uolls pencuci muka ni.. Jom aku story! Marine Collagen Facial Cleanser dari Kiseki Japan ini merupakan penyelesaian penjagaan kulit yang paling bagus untuk mencerahkan dan melembapkan dengan mudah. Alhamdulillah memang sangat sesuai dengan kulit muka aku yang jenis kombinasi ini.. Oh ye, sabun muka kolagen marin ini sesuai juga untuk kulit sensitif dan semua jenis kulit.. Jadi, dah tak payah risau sama ada sesuai atau pun tak dengan kulit kita.. Lagi pun cleanser ini adalah the best collagen face wash for tropical climate!.. Kalau korang nak tahu, Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser ini merupakan pembersih muka kolagen laut yang pertama di Malaysia. Diperbuat dari bahan yang unik dari sejenis kolagen dari skala ikan Talapia, Royal Jelly dan 10 jenis bunga serta ekstrak herba.. Kelebihan Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser Skincare yang lain mudah absorb dan kulit menjadi terhidrasi serta tidak berminyak Kulit menjadi lebih bersih dan lebih cerah Menyegarkan kulit dan kulit tidak berminyak lagi selepas dicuci Makeup kelihatan lebih baik dan bertahan lebih lama Siapa yang Memerlukan Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser? Kulit berminyak dan kombinasi Kulit kusam dan gelap Kulit yang mempunyai masalah penyerapan skincare Sentiasa berada dalam bilik yang beraircond Kulit berjerawat dan mempunyai masalah blackhead Korang tahu tak, fungsi kolagen ikan marin adalah dapat menyokong sel-sel untuk mengekalkan keanjalan kulit, menembusi liang-liang pori, mengeluarkan sel kulit mati dan menghalang minyak yang berlebihan.. Sebab itulah, bila cuci aje dengan pencuci muka ni, kulit dah tak berminyak lagi dan senang nak apply makeup.. Makeup pun nampak lebih nice.. Ok, produk ni diperbuat di Jepun dan kawalan kualitinya sangat ketat dari bahan yang terbaik.. Manakala proses R&D dan pengeluaran produk adalah dilakukan di Jepun.. Ia adalah produk berdaftar di Jepun dan juga telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang selamat digunakan.. So, tak perlu nak meraguinya ye.. Satu lagi, Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser ini sangat bagus kerana :- Tiada Parabens Tiada Pewarna Hanya bahan asli yang digunakan seperti ekstrak ikan kolagen dan ekstrak tumbuhan 100% diperbuat di Jepun Cara Guna Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser Seperti yang aku kasitau di awal tadi, cleanser ni dirumuskan untuk negara beriklim tropika yang menggunakan 10 jenis herba dan ekstrak bungaan.. Jadi, ia sangat bagus untuk kulit dan sesuai untuk kulit rakyat Malaysia.. Macam mana cara guna? Haa meh aku ajar step by step ye.. Buihkan Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser sehingga terhasilnya creamy foam.. Cuci muka dalam gerakan ke atas dan ke luar dengan busa sabun.. Lepas tu bilas dengan air suam. Keringkan muka dengan tuala bersih Then, bolehlah apply skincare untuk mendapatkan penyerapan yang maksimum dan mengekalkan penghidratan. Apa Kata Lea Azleeya Tentang Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser? Ok, tak sabar nak bagi testimoni sendiri.. hehe.. Serius, pencuci muka ni sangat sesuai untuk kulit muka aku tanpa mengeringkan kulit.. Itu paling penting.. Selain tu, ia dapat improve oily skin, improve combination skin and improve dark and dull skin.. Tu dia dah keluar ayat omputih.. hehe.. Yang lebih menarik dan aku teruja, lepas cuci muka dengan Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser ni kulit memang sangat senang absorb skincare yang aku pakai.. Satu lagi makeup nampak lebih baik dan tahan lama.. Serius weh, aku dah jadikan sabun ni sebagai pencuci muka yang wajib ada untuk aku.. Dapatkan Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser Sekarang! Yang mana ada masalah kulit berminyak, kusam dan gelap boleh cuba Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser untuk atasi masalah tersebut.. Ia sangat sesuai untuk kulit aku.. Untuk korang macam mana? Nak tahu kenelah cuba dulu.. Lagi pun sabun ni selamat digunakan tiada bahan kimia berbahaya... Ok, untuk dapatkan cleanser ajaib ni, korang boleh rujuk maklumat di bawah ini ye.. Oh ya, Kiseki Japan Marine Collagen Facial Cleanser ini berharga RM139.. Kalau korang nak dapatkan harga diskaun, korang boleh gunakan promo code : LEAKISEKI untuk mendapatkan harga hanya RM119 sahaja beserta Free Shipping within Peninsular Malaysia. Valid from 19th May until 1st June 2019.. Cepat tau!! Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :- ⬗ Website : https://www.kisekijapan.com/ ⬗ Facebook : https://www.facebook.com/kisekijapan.co ⬗ Instagram : https://www.instagram.com/kiseki_japan/   
https://www.leaazleeya.com/2017/09/review-novel-magisial-by-jun.html
Review Novel | Magisial by Jun
Review Novel | Magisial by Jun  |  Aku kembali mereview novel-novel yang dah habis dibaca.. Bila dah perkataan novel tu pun berdouble, ini bermakna aku akan review lebih dari 1 buah novel.. Hehe.. Untuk entry kali ni aku akan review novel Magisial by Jun... Novel terbitan dari Prolog Media ni aku beli yang preloved aje memandangkan sekarang aku tengah cut cost untuk keperluan lain.. hehe.. Yang penting kondisi bukunye masih dalam keadaan baik dan boleh dibaca.. Magisial by Jun Firstime baca novel hasil tulisan Jun, hati sudah terpaut.. Jalan cerita yang digarap oleh penulis sangat berbeza dari novel yang pernah aku baca sebelum ni.. Kisah yang membuatkan aku tak senang duduk untuk mengetahui kesudahannya.. Permainan ilusi yang sangat mengelirukan.. Boleh disimpulkan, novel ini cerita dalam cerita.. Twist yang menarik di akhir cerita... Membuatkan aku terpinga-pinga membacanya.. Hehe.. Kalau tengok dari ilustrasi gambar kat atas ni, kalau tak baca tak tahu apa kaitannya.. Ternyata ianya ada kaitan dengan jalan cerita novel ni.. Lagi pun takkan la saje-saje kan nak buat gambar cenggini sedangkan tiada kaitan.. Haha.. Saje je aku ulas gambar kat atas ni.. Bagi korang suspen sikit.. Kikiki.. Apa-apa pun aku suka jalan cerita Magisial ni.. Cuma bila sampai dipenghujung kisah yang mengaitkan dengan kisah novel lain, aku jadi agak kebosanan 5 minit.. Ekeke.. Kenapa? Hurmm entahlah.. Hehe.. Tapi mungkin ada motif lain yang penulis nak sampaikan.. Contohnya nak buat promosi secara tak langsung tentang novel tersebut.. Ahakz.. Itu pandangan aku aje la.. Mungkin korang berpandangan lain tak sama dengan aku.. Tak gitu... Orite, macam biasa kalau nak tahu sinopsisnya boleh baca kat gambar di atas ni ye... Dan seperti biasa jugak, boleh baca review aku di GOODREADS - LEA AZLEEYA seperti kat bawah ni.. Hiks.. REVIEW AKU DI GOODREADS Magisial by Jun Sahaja My rating: 4 of 5 stars Magisial.. Bila tengok tajuk macam pelik aje.. Tak tahu ape yang nak disampaikan penulis.. Magis ke sial ke? Bila baca novel nye.. Wahh memang terbaik jalan ceritanya.. Sampaikan tak nak stop baca.. Nak baca sampai habis.. Awal jalan cerita, berjalan agak tenang dan tanpa tersangkut sana sini.. Bila dah nak sampai penghujung jalan ceritanya, ada twist yg menarik.. Satu lagi kisah yang sama tapi x serupa.. Mesti korang konfiuskan.. Tapi yang pastinya jalan cerita novel ni tak mengkonfiuskan.. Aku suka jalan ceritanya.. Last sekali ceritanya berkait pula dengan novel yang lain.. Hehe.. Kisahnya, siapa bunuh siapa.. Itu kunci bagi kisah novel ini.. Kisah seorang penulis novel yang menghadapi masalah mental dek kerana drama adaptasi dari novelnye mendapat kecaman dari netizen kerana mengandungi unsur2 soft porn.. Sehinggakan dia mengasingkan diri dan tanpa mengetahui dia telah mengidap sakit mental.. Huhuhu.. Bila dia mula mengenali seorang doktor dan mengembalikan dia ke arena penulisan, satu persatu kejadian berlaku sehinggalah ke episod dia membunuh org sekelilingnya.. Ingatkan org lain yang bunuh rupanya dia yang bunuh dek kerana tekanan jiwa.. Memang best jalan ceritanya.. Terbaik.. Twist kepada cerita ni, bila mana penulis lain pula duduk dalam kisahnya.. Nak tahu cerita selanjutnya, beli n baca sendiri yek.. Haha.. Tp jalan cerita memang best.. Aku terpaksa bagi 4 bintang aje sebab last sekali yang berkaitan dengan novel lain tu, ceritanya agak mengelirukan dan agak membosankan.. ahakz.. Itu part last sekali laa.. Mungkin korang suka keseluruhannya.. Aku jerk yang pelik.. Tak gitu.. Hiks.. View all my reviews
https://www.leaazleeya.com/2016/06/sembang-pagi-15-ramadhan.html
Sembang Pagi 15 Ramadhan
Assalamualaikum wbt.. Sembang Pagi 15 Ramadhan  |  Setelah 2 hari tak  berblog.. Aku rindu blog aku.. Huhu.. Pagi ni tak sabar-sabar nk up entry.. Wahh hari ni dah masuk 15 hari yerk kita menjalankan ibadah puasa.. Tak sangka, cepat betul masa berlalu dari hari ke hari.. Sampaikan tak terasa yang kita ni berpuasa...  Pagi ni bukak radio dah ada lagu raya... yey..!! Baru rasa suasana nak raya tu.. haha..  Hari sabtu aku balik umah mak aku berbuka kat sana dan juga bermalam kat sana.. Yang paling bestnye, tercapai hasrat nak makan bubur lambuk.. Kebetulan aku balik tu, menu berbuka untuk hari tu tersenarai jugak bubur lambuk.. Best...!! Mak aku buat bubur lambuk memang ohsem.. Sedap.. Super duper sedap.. Hoho..!! Rasa seronok bila berbuka bersama mak, ayah dan adik beradik.. Berbuka ramai-ramai dengan member-member berbeza rasanya bila berbuka ramai-ramai dengan ahli keluarga... Seronok dia tu lain macam.. Alhamdulillah, tahun ni masih berkesempatan untuk berbuka bersama-sama keluarga.. Syukur sangat.. Terima kasih ALLAH...  Hari ni kembali seperti asal.. Kembali bekerja.. Kembali berbuka sendiri.. huhu.. Sedihnya...