url
stringlengths
45
146
headline
stringlengths
7
148
content
stringlengths
30
19.7k
https://www.leaazleeya.com/2016/06/hari-pertama-puasa.html
Hari Pertama Puasa
Assalamualaikum wbt.. Salam Ramadhan buat sahabat-sahabat blogger dan pembaca blog ni.. Teruja hari pertama puasa... Sampaikan tak pandai nak bajet waktu pergi kerja.. hehe.. Untuk waktu bekerja bagi bulan puasa ni, aku dah buat keputusan untuk ambil waktu berperingkat WP4 iaitu waktu bekerjanya dari 7.30 pagi hingga 4.00 petang... Bila dah rutin harian waktu bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, rasa janggal pulak.. Sampaikan nak bajet masa pown dah tak pandai.. Terlalu awal pulak keluar dari rumah pagi tadi.. haha..!! Esok kasi ejas balik... Untuk bersahur pagi tadi aku dah masak siap-siap malamnya.. Mane la tau kan tersedar lambat ke... Kelam kabut pulak jadinya... Makanya baiklah aku sediakan payung sebelum hujan.. ye dakk?? Aku masak ayam pedas aje... Sahur simple-simple sudah.. Pepagi takdenya lalu sangat nak makan... Berbuka karang tataw la camne..  korang macam mana pulak?? Macam aku jugak ke??  Aku lock jam pukul 4 pagi.. Bunyik aje jam terus bangun baq hang...!! Tak de dah nak peram-peram dulu 15 minit atau 30 jam.. haha.. Nampak tak betapa excited-nye nak bersahur kali pertama untuk tahun ni.. Bangun aje kasi perangat lauk aje.. Nasik masih panas membara sebab plug tak bertutup.. hoho.. Itu kisah bersahur.. Ni haa nak cite kisah masa anto anak ke pengasuh pagi tadi..  Tragedi pulak pagi tadi masa aku pegi anto anak ke rumah pengasuh.. Pengasuh tak de pulak kat rumah.. Tak sampai lagi dari kampung.. Adehh.. Haha.. Penangan puasa ni... Terpaksa la aku bawak si kecik tu ke pejabat dulu sementara tunggu pengasuh sampai dari kampung... Aku poen silap jugak sebab tak maklum dulu yang aku masuk awal kerja.. hehe.. Pengajaran ni... Pape pown aku nak ucapkan selamat berpuasa kat korang semua.. Moga ramadhan kali ni memberi lebih keberkatan dan lebih bermakna dari tahun sebelum-sebelumnya.... Puasa penuh tauuu..!! Haha...
https://www.leaazleeya.com/2021/07/july-book-haul-2021.html
July Book Haul 2021
July Book Haul 2021  |  Beli buku lagi!! Macam mana la aku nak stop beli buku, bila dorang dok buat sales murah gile bebes... Harga tak dapat terima dek akal.. So, aku borong lagi buku.. Kali ni semuanya dari terbitan Love Novel.. Empat  buah buku ni aku beli hanya RM30+ jerk.. Cumanya novel yang aku beli ni keluaran lama la.. Lama pun lama lah janji aku dapat baca.. hiks..Susah jugak mula tu nak pilih novel yang best sebab aku tak biasa lagi dengan novel terbitan Love Novel ni.. Tak familiar sangat dengan penulisnya dan tajuk novelnya.. Terpaksa la buat research lebih sikit.. Macam biasa la kalau aku buat research ni harus aku tengok review dekat Goodreads.. Setelah diteliti, aku memilih untuk membeli empat buah novel ini :-Silhouette by Karra RynaMencari Jalan Pulang by Farah AdibahGila! Aku Suka Dia by Fatrim SyahJangan Cintai Aku by Eyla HimeTak pastilah jalan cerita novel-novel ni best ke tak.. Kalau baca sinopsisnya agak  menarik.. So, kenalah hadamkan dulu satu persatu.. Aku pun tak pasti bila dapat baca novel-novel ni.. Sebab banyak lagi novel sebelum ni yang belum di baca.. Haha.. Kebetulan tengah kuarantin ni, ada juga masa aku untuk baca novel.. Kalau tak, memang jarang sangat aku dapat pegang novel untuk dibaca... So, let's go.. Kita check sinopsis novel-novel dari Love Novel ini.. hehe..Sinopsis SilhouetteJudul Novel : SilhouettePenulis : Karra RynaTerbitan : Love NovelMuka Surat : 454 m/sEh, aku ada banyak duit. Berapa banyak kau nak aku boleh bagi. Semua bende aku boleh beli, faham? - Thalea AleesyaKalau macam tu, kau pergi beli otak yang pandai sikit, ganti otak sekarang. Bodoh sangat - Razin QayyimPertemuan mereka bermula dengan pertengkaran. Thalea yang berlagak membuatkan Razin naik angin. Namun, pertolongan Razin pada malam itu membuatkan Thalea terhutang  budi. Dia cuba mendekati Razin untuk membalas budi lelaki itu. Namun, ada saja alasan Razin untuk menolak.Kejadian demi kejadian mencambah rasa dua jiwa. Namun Razin cuba menidakkan. Dia rasa dia tidak layak mengecap bahagia. Tidak mungkin dia melupakan dendam yang masih bersisa.Sesuatu yang telah berlaku terhadap bapa Thalea membuatkan sikap Razin mula berubah, dan dengan sedaya upaya dia cuba melindungi Thalea daripada bahaya. Kali ini dia mesti menang dan membela apa yang telah hilang.Dengan apa yang jadi.... aku yakin, selain aku... kau mampu melindungi Thalea. Jadi... aku nak tanya kau soalan terakhir, kau sudi tak jaga adik aku? Jadi suami dia - Hadif Alfian.Tawaran Hadif, abang Thalea membuatkan Razin mempersoalkan kemahuan hatinya. Dia nekad dan pasti, inilah bahagia yang hatinya mahukan.Walaupun awak tak pernah tanya, tapi saya nak awak tahu... saya kahwin dengan awak sebab saya cintakan awak dan nak lindungi awak. Bukan simpati... - Razin QayyimNamun, bahagia yang diidam terlalu banyak halangan. Kisah silam sentiasa mengekori kebahagiaan yang mahu dicipta. Ada manusia yang berdendam dan mahu Razin terus lenyap di duni ini. Setelah apa yang berlaku, adakah Razin akan memberi peluang pada hatinya semula? Adakah Razin akan terus memperjuangkan bahagia yang dia inginkan? Mampukah insan-insan tersayang meneruma kisah silamnya, atau membuang jauh dirinya?  Sinopsis Mencari Jalan PulangJudul Novel : Mencari Jalan PulangPenulis : Farah AdibahTerbitan : Love NovelMuka Surat : 489 m/sHana Suziela… Dia dibesarkan dengan kemewahan, namun serba-serbi kekurangan; kurang sifat kasih sayang dan asas hubungan sesama insan. Arah tujunya penuh dosa dan noda, paksinya dibelenggu dengan hawa nafsu. Kebahagiaan yang dicari tidak pernah abadi, lantas dirinya mula mempersoalkan kewujudannya di atas muka bumi. Namun dia tetap beruntung kerana dihadirkan orang-orang yang baik di sekelilingnya.Zie… kau selalu cakap dengan aku, untuk apa kita hidup atas dunia ni kalau tak ada tujuan… Kau ikutlah aku, Zie… – Mia.Takdir juga telah mempertemukan dia dengan Uzai tatkala dia sedang lemas dalam putus asa dan kekecewaan. Kemunculan lelaki itu telah memberikan seribu satu perubahan dalam dirinya, mengajarnya hakikat hidup yang sebenar.Kenapa dalam dunia ni ada kesusahan? Kalau Tuhan sayangkan manusia, Dia takkan biarkan kita ditimpa musibah, kan? – Suzie  Allah turunkan musibah tu sebagai satu bentuk ujian, untuk test siapa antara kita ni yang paling setia bergantung kepada Dia apabila ditimpa kesusahan. – Uzai  Awak tak rasa kejam ke Tuhan buat macam tu? Dia buat kita rasa susah semata-mata untuk uji kesetiaan kita. – Suzie  Akhirnya, kebahagiaan yang hakiki telah pun dijumpai, dan dia bertekad tidak mahu berpaling lagi. Namun begitu, pelangi yang disangka dapat bertahan lama, habis lenyap pergi. Saat bahagia yang dinanti, dia diberi ujian sehinggakan kepercayaan yang dipegang tergugat dek kecewa hati.  Kau tahu sebab apa aku jadi macam ni? Tahu sebab apa??? Sebab Tuhan tu tak pernah adil!!! Dia tak pernah adil!!! Dia kejam! Kejammmm!!! – Suzie  Kisah ini bukan sekadar kisah tentang pertemuan antara dua jiwa, malah yang utama kisah ini tentang pertemuan seorang hamba dengan Tuhannya, kisah tentang manusia yang lemas dalam tipu daya dunia, dan kisah tentang hati yang ingin pulang kepada Penciptanya.Sinopsis Gila! Aku Suka Dia?Judul Novel : Gila! Aku Suka Dia?Penulis : Fatrim SyahTerbitan : Love NovelMuka Surat : 444 m/s3 sahabat.3 persamaan.3 bujang terlajak!Lalan, Bob dan Joe, umur sudah 30-an tapi payah sangat nak cari jodoh. Usaha tu dah usaha, tapi kalau belum sampai seru, payah juga kan? Apabila terjumpa yang berkenan, tapi mulut pula berat macam besi! Masalahnya bukan tak mencari, bukan juga tak berwajah suci-murni-kacak. Cumanya mulut takut nak cakap… ‘aku suka kau’. Mulanya mereka tak kisah, tapi apabila diterjah dengan soalan kahwin di kiri, kanan, depan dan belakang, siapa yang tahan telinga?Lalan bertemu semula dengan Najwa, budak gemuk yang pernah dibulinya semasa kecil, tapi apabila dah besar ni, jadi cantik rupawan pula.Manakala Joe, menerima pelajar praktikal di firma guaman miliknya. Junior undang-undang yang pernah Joe layan teruk untuk mendapatkan tandatangannya.Bob? Dia bukanlah memilih. Dari kecil dia memang suka dengan Amani, seorang gadis tomboi di kampungnya.Tapi!Semua rancangan kahwin hancur, kemudian buat plan baru. Janji mereka sebelum Hari Raya tahun depan semua mesti kahwin. Ikhtiar dijalankan, semua cara dan strategi memancing jodoh diperkasa. Agensi cari jodoh, mandi bunga bawah jambatan malam Jumaat, jumpa pakar jodoh, tip buku cinta memikat kekasih, waima produk aura jodoh pun berkotak-kotak dibeli!Semua pun tak menjadi!Tiga-tiga pasrah, jodoh masih tak tersangkut lagi. Sebenarnya jodoh yang dicari ada dekat mana? Ke sebenarnya jodoh tu terlepas pandang kiri kanan aje?Sinopsis Jangan Cintai AkuJudul Novel : Jangan Cintai AkuPenulis : Ayla HimeTerbitan : Love NovelMuka Surat : 656 m/sMendepani dosa silamnya bukan sesuatu yang mudah untuk Durrah lakukan.  Empat tahun lamanya wanita yang kini berusia 34 tahun itu mengambil masa untuk keluar dari balik tirai dan mendekati Tariq. Hasratnya ketika itu tidak lain tidak bukan cuma satu, untuk membantu Tariq mengejar cita-citanya, dan mengakui kesalahan diri serta memohon keampunan daripada pemuda berusia 22 tahun itu, sebaik dia benar-benar bersedia. Namun, lain jadinya.Macam mana kalau Tariq cakap Tariq dah jatuh hati pada Kak Durrah? – TariqTariq tiba-tiba meluahkan rasa, tatkala hubungan mereka menjadi semakin rapat.Kalaupun Tariq berdegil untuk terus sukakan Kak Durrah, Kak Durrah tetap takkan mampu untuk membalas semula perasaan tu sampai bila-bila. – DurrahMana mungkin untuk Durrah membalas rasa itu tatkala dia melihat Tariq sebagai satu tanggungjawab yang perlu dia pikul atas dosa silamnya. Dan mana mungkin juga untuk dia menyambut huluran kasih yang diberikan, sedangkan usia mereka begitu jauh berbeza.Bagaimanapun, kesediaan Tariq untuk menerima apa juga celanya, menyentuh jiwa Durrah. Kesungguhan pemuda itu yang tidak putus asa mendekati, mengusik hati kecilnya. Dan Durrah… semakin hari semakin hanyut, terbuai dengan perasaan yang kian memekar dalam diri.Durrah cuba untuk menafikan. Tidak! Seorang pendosa yang penuh lumpur seperti dia tidak layak untuk mencintai. Apatah lagi dicintai. Saat luka dan emosi bersatu, mampukah Durrah mengatasinya?
https://www.leaazleeya.com/2022/11/parrot-botanicals-sabun-mandian-dengan-haruman-botani-thai-dan-herba-yang-unik.html
Parrot Botanicals Sabun Legend Lebih Menyegarkan Dengan Haruman Botani Asli Thai dan Herba Yang Unik
Parrot Botanicals Sabun Mandian Legend Lebih Menyegarkan Dengan Haruman Botani Asli Thai dan Herba Yang Unik  | Hi Korang! Weh aku nak tanya, dulu-dulu korang pernah guna tak sabun "Parrot"? Yang ada gambar burung kakak tua tu... Mesti pernah guna kan!! Sabun legend ni tau.. Mak aku memang suka sangat  beli sabun ni dulu. Ingat lagi warna hijau sebab bau dia wangi.. Sabun ni memang femes la dikalangan mak-mak dengan panggilan "sabun popinjay".. Rasanya setiap rumah pun pakai sabun ni time tu.. Kiranya dulu aku membesar dengan sabun ni la kan.. hehe..Now, sabun Parrot Botanicals ni kembali lagi di pasaran Malaysia dengan pelbagai haruman yang menyegarkan.. Bukan sahaja ada warna hijau tetapi pelbagai warna lain dengan wangian botani thai yang unik. Lebih menarik ia didatangkan dalam bentuk bar soap dan shower cream.. Parrot Botanicals Sabun Mandian Legend Lebih Menyegarkan Dengan Haruman Botani Asli Thai dan Herba Yang UnikSabun Parrot ni telah berada di pasaran selama 70 tahun tau dan menjadi jenama kebangaan orang Thai dan telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Perindustrian dalam Kategori Kecantikan dan Penjagaan Diri sebagai Produk Premium Anugerah Thailand.Parrot Botanicals ni merupakan No.1 authentic Thai botanicals freshness tau yang menggunakan wangian Botani Asli Thai yang unik dengan minyak herba tradisional yang dapat memberikan kesegaran berpanjangan kepada penggunanya..Rangkaian Parrot Botanicals ni terdiri daripada Parrot Botanicals Bar Soap dan Parrot Botanicals Shower Cream dengan 9 haruman yang berbeza.. Semuanya wangi-wangi tau.. So, lepas ni boleh la tukar-tukar haruman.. Hehe Parrot Botanicals Bar SoapSabun Parrot Botanicals ini mengandungi Citronella Oil yang boleh membunuh bakteria dan menghalang pertumbuhan bakteria pada kulit yang menyebabkan dermatitis dan jerawat.. Minyak Citronella berbau manis kaya dengan sitrus dan aroma seperti lemon bertindak sebagai deodoran. Sabun ini membawa banyak manfaat untuk kulit kerana mempunyai bahan-bahan herbal semulajadi yang dapat membantu masalah gatal kulit, jerawat dan masalah kulit lain.. Baunya yang wangi dapat menyegarkan tubuh kita setiap kali menggunakannya..Ok, untuk Parrot Botanicals Bar Soap ni ada 2 versi iaitu Classic dan juga Pastel.. Untuk versi Classic ada 6 haruman semuanya dan Pastel pula 3 haruman.. Dari 9 haruman  tu aku dah cuba 5 daripadanya iaitu :-Classic SeriesThai Botanical & HerbsSweet Pink RosesThai White JasminePastel SeriesWhite SakuraWhite ThanakaKelima-lima haruman ini aku suka.. Harumannya wangi dan menyegarkan.. Bila guna Thai Botanical & Herbs tu seolah-olah mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu bau dia.. Haha..  1. Thai Botanical & Herbs Bar SoapThai Botanical & Herbs ni adalah sabun Parrot yang terlegend sekali dan paling terlaris di pasaran.. Sehingga ke hari ini, haruman ini masih menjadi pilihan ramai kerana kesegaran wangian Botani Thai yang unik ini adalah gabungan minyak cengkih dan minyak citronella menjadikan sabun ini lebih authentic dan unik..2. Sweet Pink Roses Bar SoapHaaa aku suka bau Sweet Pink Roses ni.. Haruman wangian romantik manisssss gitu dari bunga ros.. Harumannya lembut je hasil gabungan bunga ros dan juga aloe vera yang dapat membangkitkan sensasi wangian ros selepas mandi dan kulit pun menjadi lembap. Yang pastinya rasa fresh sepanjang hari..3. Thai White Jasmine Bar SoapTengok packagingnya berwarna kuning pun dah rasa teruja.. Parrot Botanicals Thai White Jasmine ni pure whispering sweet scent of Thai Jasmine. Haruman Thai White Jasmine ni adalah antara haruman wangian tradisi orang Thailand tau.. Bau dia memang semerbak harum.. Lepas ni bolehlah manjakan kulit dengan Parrot Botanicals Thai White Jasmine ni dengan  gabungan ekstrak asam jawa yang dapat memberikan keserian kepada kulit selepas mandi.4. White Sakura Bar SoapWhite Sakura ni versi Pastel.. Baunya sangat segar dan lembut dengan haruman Sakura White yang dapat menjadikan kulit lebih cerah dan natural pinkish. Best!!5. White Thanaka Bar ShopYang ini juga bau dia lembut dan menyegarkan dengan sensasi haruman White Thanaka untuk kulit wangi yang lebih cerah dan baunya tahan lama..Parrot Botanicals Shower CreamSelain soap bar, Parrot Botanicals juga didatangkan dalam bentuk krim mandian.. So, mudahlah untuk kita memilih yang mana lebih sesuai untuk digunakan seisi keluarga.. Macam aku sendiri, lebih selesa untuk menggunakan shower cream berbanding soap bar.. Tekan-tekan terus guna.. Mudahkan!Untuk rangkaian Parrot Botanicals Shower Cream ini, didatangkan dalam 7 pilihan haruman dan haruman pilihan aku adalah :-Classic SeriesThai Botanical & HerbsPastel SeriesWhite SakuraWhite ThanakaBagi aku Parrot Botanicals ni sangat berbeza dengan jenama mandian lain kerana harumannya sangat menyegarkan dan bau bunga-bungaan semulajadi yang lembut serta tahan lama.. Tidak hairanlah jenama ini dapat bertahan selama 70 tahun dipasaran.1. Thai Botanical & Herbs Shower CreamDulu pakai sabun buku, sekarang dah ada shower cream dalam versi Thai Botanical & Herbs ni.. Warna packagingnya masih dikekalkan dengan warna hijau.. Bau Parrot's Signature ini digabungkan dengan bahan botani thai yang jarang ditemui, menjadikan kulit segar dan wangi tahan lebih lama.. 2. White Sakura Shower CreamYang ini pun sama juga baunya macamn bar soap cuma ini didatangkan dalam bentuk cecair yang lebih mudah digunakan.. Harumannya yang menyegarkan dengan White Sakura yang dapat memberi manfaat kepada kulit menjadi natural pinkish dan wangiannya tahan lebih lama selama 8 jam.3. White Thanaka Shower CreamWhite Thanaka pun best bau dia.. Lembut sama seperti bar soap juga.. Nak kulit segar dan lembut, gunalah White Thanaka Shower Cream ni untuk keharuman smooth radiance dan tahan lama.. Parrot Botanicals Tetap Menjadi Pilihan RamaiSehingga kini jenama ini mampu bertahan di pasaran.. Itu menandakan ramai yang masih menggunakan Parrot Botanicals ini.. Aku sendiri sukakan haruman Parrot Botanicals ni.. Tidak kira dari series classic ataupun pastel, kedua-duanya memang harum semerbak.. Seharian pun masih kekal baunya.. Itulah menariknya Parrot Botanicals ni..Paling aku suka time mandi menggunakan Parrot Botanicals ni, buihnya mak ai memang meriah dan lembut pada kulit.. Lepas mandi pasti rasa segar dan rasa bersih sangat.. Sesuai juga untuk korang yang mengalami gatal-gatal kulit.. Sabun ni dapat menghilangkan gatal-gatal kulit tau sebabnya ia diperbuat daripada herbal juga..Yang paling aku suka, White Sakura.. Eh, White Thanaka la.. Eh bukan, Sweet Pink Roses.. Adoi sebenarnya semua pun aku suka.. Susah betul kalau nak pilih satu antara semua sebabnya semuanya pun wangi.. Kalau mandi dengan Parrot Botanicals ni, memang harum satu bilik air tau.. Hehe..Dapatkan Parrot Botanicals di Pasaran Malaysia Sekarang!Ok, sekarang korang dah boleh pakai sabun Parrot Botanicals ni semula kerana sabun jenama ini telah berada di pasaran Malaysia.. Dekat mana untuk dapatkannya? Haaa korang  boleh dapatkan Parrot Botanicals Bar Soap dan Parrot Botanicals Shower Cream ini di Shopee ---->  Parrot NaturalUntuk info lanjut, korang boleh layari :--- Instagram : @parrot.natural-- Facebook : Parrot Natural Malaysia#ParrotNatural #ParrotNaturalMalaysia #ShowerCream #Soap #Imported #Thailand #VITAMDEDIA
https://www.leaazleeya.com/2017/09/review-novel-mesej-dari-anna-lee.html
Review Novel | Mesej Dari Anna Lee
Review Novel | Mesej Dari Anna Lee  |  Karya kedua dari Anna Lee yang aku baca.. Sebelum ni pernah baca Terukir Cinta dan membuatkan aku terus mencari novel karya daripada beliau.. Penulisan yang sangat menarik.. Novel kedua ni bertajuk MESEJ... Tajuk pendek tapi kisahnya panjang dan menarik.. Rata-rata aku baca review tentang novel ni, kebanyakannya menyukai jalan cerita Mesej.. Begitu jugalah aku.. Aku tertarik dengan jalan ceritanya... Mesej Dari Anna Lee Mengisahkan sebuah percintaan antara Aria dan Jason yang mana perjalanan kisah cinta mereka agak pelik dan unik.. Garapan Anna Lee kali ini cukup sempurna membuatkan kisah ini berbeza dan menarik.. Walaupun kisahnya agak tidak logik dan susah diterima akal tetapi untuk sebuah novel, ianya memberikan kelainan dan membuatkan aku sebagai pembaca seronok menghadamnya sampai habis.. Apa yang menariknya novel ni? Time Travel... Itu yang membezakan novel Mesej ini dengan novel yang lain... Korang kena baca..!! Hiks.. Malas nak taip banyak-banyak, sila baca sinopsisnya dulu ye.. Walaupun hanya secebis sinopsis yang dititipkan kat kulit belakang buku ni, ianya dah memberi kesan kepada pembaca.. Cewahh... Jom baca review aku kat Goodreads pulak.. Ahakz.. REVIEW AKU DI GOODREADS Mesej by Anna Lee My rating: 4 of 5 stars Sebuah karya dari penulis Anna Lee yang aku rasa BEST!!.. Jalan cerita yang berpusing-pusing tapi menarik.. Tentang time travel... Kehidupan di masa lalu dan dimasa akan datang.. Sangat menarik!! Bila fikir balik cam tak logik, tp untuk sebuah novel ataupun sebuah filem, ianya sangat mengagumkan.. Sebuah cerita cinta yang sangat luar biasa kisahnye.. Kisah cinta antara jason dan aria yang berpandukan dari 'mesej' dalam sebuah buku pink.. Mesej ringkas tetapi penuh bermakna dalam menyatukan dua hati yang berada jauh antara satu sama lain.. Jalan ceritanya sungguh menarik dan romantik.. Rugi tak baca MESEJ... View all my reviews
https://www.leaazleeya.com/2016/03/read-second-time-semai-benih-benih_21.html
Read The Second Time | Semai Benih-Benih Syurga
Assalamualaikum wbt.. Sejak kebelakangan ni terasa jauh dari Tuhan.. Mungkin iman aku sedang menurun... Terfikir apa harus aku buat??... Rasa gelisah.. Rasa tak tenang... Perkara ini tak boleh dibiarkan... Nanti akan 'sakit' jiwa dan rohani... Aku harus top up balik iman aku... Haaa.. Ingat prepaid hp je boleh top up!! Iman pown kene top up tau.. Sebabnya iman ni ada turun naiknya... Kalau terus dibiarkan harusss 'kemarau berpanjangan' iman kita jadinya... Aku rasa aku perlu baca buku agama... Freshkan balik rasa jiwa... Dah lama juga aku tinggalkan membaca buku-buku agama dek kerana sibuk menguruskan anak aku sorang tu.. hikhik.. Buku yang menjadi pilihan aku untuk dijadikan santapan rohani... Buku Semai Benih-Benih Syurga... Kenapa aku pilih buku ni..?? Hurmm Sebabnya penulisan buku ni amat memberi kesan kepada diri aku.. Pendek kata, boleh membawa keinsafan tahap tertinggi.. Hehe...  Buku ni banyak bercerita berkenaan syurga neraka... Aku rasa setiap orang perlu membaca buku ni dan memilikinya... Buku ini memberi kesedaran dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita.. Percayalah.. Tak rugi beli tau...!!
https://www.leaazleeya.com/2016/03/qhaliff-tak-sihat.html
Qhaliff Tak Sihat...
Assalamualaikum wbt.. Ahad lepas Qhaliff bangun tido agak lambat.. Lena betul dia tido.. Mungkin disebabkan pukul 6 pagi baru dia dapat tido... Biasa la budak kecik ni dah banyak main sekarang.. Tido pun tak mau... Yang seksooo ummi dia ni haa.. Terpaksa bersengkang mata layan dia.. Hari-hari pun macam tu la waktu dia tido...  Tapi hari tu lambat betul dia bangun.. Tak macam selalu... Pukul 2 petang pun tak sedar lagi.. Aku dah risau takut-takutnya perut dia lapar... Nak kejutkan tak sampai hati... Bukak tv kuat-kuat pown tak sedar jugak... Sabar lagik... Last-last dia bangun pukul 3 lebih... Terus mandikan.. minum susu.. makan nasi...  Hurmm rupa-rupanya Qhaliff tak sihat... Batuk.. Selesema.. Lahai patut la sedap sangat tido.. Rupanya badan tak sihat... Sian anak ummi... Meleleh aje hingus... Biasa la kalau dah tak sihat asek merengek aje la dia... Sampai ummi tataw nak buat macam mana dah.. Nak pujuk cam ne...  Ni gambar lama dia tak sihat sebelum-sebelum ni... Tacing betul tengok gambar ni.. Ni dekat rumah pengasuhnya.. Kasi mainan pown dah tamo... hikhik... Tapi ni cerita lama la.. Yang sekarang ni pown lebih kurang cam tu jugak la.. Nama lagik tak sihat kan.. Mesti la merengek.. Manja lebih... Ummi umpan mainan... Sekejap je ok.. pastu nangis balik... Adoii pening sekejap mak nakk.. Haha... Orang cakap petua untuk selesema lumurkan kunyit hidup atas hidung... Terus pegi dapur carik kunyit hidup.. sekali dah habis la pulak... Mood-tensen... Semalam suruh encik suami pergi carik kunyit hidup.. Dah dapat tu terus dikerjakan kunyit tersebut.. Kupas kulit kunyit tu.. tumbuk-tumbuk sikit... terus sapu pada hidung... Kuning anak ummi jadinya.. hikhik.. Nampakkk... atas hidung dah kuning... stedi tengok tv.. hidung dah selesa kan... Petua yang mujarab... Titik ubat hospital dalam hidung tak jalan... tak menjadik.. kene cara tradisional ni jugak... Ummi harap anak ummi cepat sembuh.. Anak ummi suka dan senang makan ubat.. Alhamdulillah... Adik nak selfie satu kali ummi...!!
https://www.leaazleeya.com/2022/08/lavoo-protien-hair-treatment-series.html
Lavoo Protien Hair Treatment Series Atasi Masalah Rambut Gugur dan Kelemumur Dengan Berkesan Seawal 7 Hari
Lavoo Protien Hair Treatment Series Masalah Rambut Gugur dan Kelemumur Dengan Berkesan Seawal 7 Hari  |  Assalamualaikum.. Hi gais!.. Ok, kali ni aku nak share dengan korang produk yang aku guna untuk atasi masalah rambut gugur dan kelemumur yang aku hadapi.. Eceli, masalah ni dah lama aku alami sebenarnya.. Dan macam-macam produk aku dah guna, tetapi kebanyakannya tak memberi kerjasama dengan baik.. Hehe.. Now, aku dah jumpe produk yang memberikan kesan terbaik untuk masalah aku ni iaitu Lavoo Protien Hair Treatment Series..  Seriously aku takut bila tengok rambut aku bersepah dekat lantai.. Sekali sikat rambut tu, banyak sangat rambut gugur.. Sampai satu tahap aku fikir, aku ada penyakit ke? Sebab banyak sangat rambut gugur.. Memang menakutkan aku.. But now, aku dah rasa lega sebab lepas guna produk penjagaan rambut Lavoo ni, rambut aku dah kurang gugur dan bukan tu je, kelemumur pun dah tiada lagi tau.. Thank a lot buat Lavoo kerana keluarkan produk yang super ohsem ni!Lavoo Protien Hair Treatment Series Atasi Masalah Rambut Gugur dan Kelemumur Dengan Berkesan Seawal 7 HariSebelum ni dah pelbagai jenis produk penjagaan rambut aku guna.. So, masa mula-mula try produk Lavoo ni aku memang tak letak expectation yang tinggi terhadap produk ni.. Aku tak nak kecewa lagi macam sebelum ni.. Aku sekadar mencuba je la orang cakap kan.. Hari pertama guna, yesss aku suka shampoo and conditioner Lavoo ni.. Bau dia best dan rambut lebih mudah terurus berbanding shampoo yang pernah aku guna sebelum ni.. Pakai shampoo sahaja pun dah membuatkan rambut aku mudah diurus.. Guna jari pun boleh.. Lagi best bila lepas guna conditioner, memang lembut gila rambut dan tak kusut lagi.. Aduh aku dah jatuh cinta dengan produk Lavoo ni.. Pandang pertama tau!! Haha..OK, kebiasaannya untuk setiap produk yang aku gunakan aku akan try dalam masa seminggu atau dua minggu untuk lihat kesannya.. Untuk Lavoo Protien Series Hair Treatment ni aku cuma perlukan 7 hari sahaja untuk lihat kesannya.. Eceli aku ni mengalami masalah keguguran rambut yang agak serius.. Alhamdulillah produk ni benar-benar memberi kerjasama yang baik pada aku.. Pendek kata, sangat serasi dengan aku.. Tak sia-sia aku mencubanya.. Dalam masa 7 hari sahaja dengan konsisten, aku dah boleh lihat perubahan pada masalah rambut aku ni.. Tiada lagi kelemumur dan kegatalan kulit kepala serta rambut pun dah kurang gugur gaisssss!! Yessss aku happy sangat dengan result ini.. Ia berkesan dan serasi untuk aku.. Puashati dengan produk Lavoo ni.. Lavoo Protien Hair Treatment Series Untuk rawat rambut aku ni, aku guna full set hair treatment dari Lavoo ni.. Yelah nak kesan yang maximum kenalah guna satu set.. Barulah dapat result yang gempak kan.. Disebabkan aku mengalami masalah keguguran rambut yang teruk dan kelemumur, aku menggunakan set Eir Bucket khas untuk rambut gugur teruk dan nipis, kelemumur teruk dan gatal kulit kepala serta masalah rambut rosak/kering/berwarna.. Ini memang masalah yang aku sedang hadapi.. So, sangat sesuai untuk aku ambil set Eir Bucket ni.. Apa yang ada dalam set Eir Bucket ni? Jom kita lihat...Protein Essence ShampooProtien Essence ConditonerCaviar Hair MaskPeptide Hair Tonic ( for morning & night )Protien Complex SerumHair Spray1. Lavoo Protein Essence ShampooFirstime guna Lavoo Protien Essence Shampoo ni aku dah suka.. Biasa kalau shampoo untuk rawat rambut ni, bau dia kurang menyenangkan tapi tidak Lavooo, bau dia best aku suka.. Biasanya lepas aku bersyampu, rambut aku masih kusut dan susah nak urus ketika basah, tapi dengan Lavoo shampoo ni, cukup hanya dengan bersyampu sahaja, rambut dah boleh diurus dengan mudah... Itu yang aku suka sebabnya aku ni kadang malas nak apply conditioner.. Haha.. Dengan adanya shampoo yang macam ni, buat kerja aku lebih mudah.. Tapi sekarang aku nak rawat masalah rambut aku ni kenalah konsisten pakai full set Lavoo ni.. Hikhik..Ada sekali tu aku cuba tak shampoo rambut selama 2 hari.. Aku nak tengok kondisi rambut aku sama ada cepat berminyak atau pun tidak.. Ternyata tidak gaiss.. Rambut aku tidak berminyak lagi dan tidak berbau kepam.. Biasanya kalau aku tak shampoo rambut selama 2 hari, rambut dah berminyak dan tidak selesa serta diiringi bau kepam.. Huh!! Bila pakai Lavoo ni, tak shampoo rambut selama 2 hari pun masih menten rambut.. Bau pun masih wangi.. Serius best gile!!Siapa yang menghadapi masalah ini, boleh try Lavoo Protien Essence Shampoo ini..Rambut gugur dari akarMasalag kelemumur pada kulit kepala kering/berminyakRambut kusam dan mudah kusutRambut menipis atau mudah putusManfaat Lavoo Protien Essence ShampooParaben & SLS FreeMenguatkan akar rambut & kurangkan rambut gugurMelembut & melembapkan rambutMerawat masalah kelemumurMengurangkan kegatalan kulit kepalaSesuai untuk semua peringkat umur (3 tahun keatas) & ibu mengandung/menyusuCara guna Lavoo Protien Essence ShampooNak kesan yang optimum kenalah menggunakan sesuatu produk tu mengikut cara yang betul.. Tak betul cara, memang tak dapat la kesan yang diingini.. Betul tak? So, jom aku ajar cara yang betul menggunakan Lavoo shampoo ini.. Basahkan rambut terlebih dahulu menggunakan warm waterPicit shampoo dan ratakan antara dua tapak tanganApply pada kulit kepala dan urut perlahan dengan jariBiarkan selama 2 - 5 minit kemudian baru bilas bersihAntara kandungan yang ada dalam shampoo ni adalah seperti Cocamidopropyl Betaine. Ia as mild surfactant (tidak mengandungi harsh surfactants) dan tidak mengeringkan rambut serta kulit kepala seperti surfactant yang lain.. Selain itu ada juga Zinc Pyrithione untuk menghilangkan simptom kelemumur dan pada masa yang sama mencegah pembentukan scalp irritants. Bukan itu sahaja tau, ia juga dapat menghalang pertumbuhan yis yang merupakan faktor utama kelemumur (long term solution) serta merawat dermatitis seborrhenic, psoriasis kulit kepala dan juga jerawat.2. Lavoo Protien Essence ConditionerLavoo Protien Essence Conditioner ni pun aku suka jugak sebabnya senang dibilas.. Tak perlu nak bilas lama-lama macam sesetengah conditioner yang lain.. Ini sangat memudahkan kerja aku.. Bau dia pun best sama macam shampoo juga.. Tiada bau yang tidak menyenangkan bagi aku.. Pakai shampoo sahaja pun dah ok tapi bila tambah dengan pemakaian conditioner ni, lagi mantap rambut.. Serius mudah sangat nak disikat dan diurus.. Lavoo Protien Essence Conditioner ini dapat atasi masalah :-Rambut gugur kerana putus antara rambutRambut berwarna dan chemically treate hairRambut rosak, kasar dan keringRambut kusan dan mudah kusutManfaat Lavoo Protien Essence ConditionerMelembutkan rambut yang kering dan kasarMeningkatkan kekuatan dan keanjalan rambut untuk elak breakage / split endMelindungi helaian rambut daripada futher damageMengekalkan kelembapan rambut untuk jangka masa yang lebih lamaRambut lebih lembut dan bersinarCara guna Lavoo Protien Essence ConditionerSama juga dengan shampoo, pakai conditioner ni pun kene betul ye supaya apa yang kita pakai tu berkesan.. Pakai conditioner ni ada cara dia tau.. So, jom aku tunjukkan..Selepas shampoo, bilas dan perah air lebihan pada rambutPicit conditioner dan ratakan antara dua tapak tanganApply pada helaian rambut yang lembap bermula dari pertengahan rambut ke hujung rambutBiarkan selama 5-7 minit kemudian bilas dengan air dingin (cold water)Kandungan yang terdapat di dalam conditioner ini pula seperti Hydrolyzed Silk Protien yang dapat membekalkan keratin protien baru kepada batang rambut. Ia meresap ke dalam batang rambung untuk melembapkan dan menguatkan rambut yang lemah dari dalam serta memperbaiki dan mengekalkan kelembapan rambut. Satu lagi bahan yang terkandung didalamnya ialah Panthenol (Vitamin B5) yang dapat menembusi batang rambut dan meningkatkan pengekalan kelembapan serta berkesan untuk mereka yang rambutnya rapuh atau halus macam rambut aku ni agak rapuh sebab terlalu banyak guna bahan chemical..3. Lavoo Caviar Hair MaskMask rambut???? Biasa guna mask muka jerk! Tak pernah lagi tau guna hair mask sebelum ni.. Ni firstime cuba dan tak sangka best bila guna hair mask ni.. hehe.. Teksturnya berwarna putih dalam bentuk krim dan ada bintik-bintik biru dalam krim tu.. Ape entah orang panggil bintik biru tu.. Haha.. Paling aku suka tentang hair mask dari Lavoo ni ianya senang dicuci dan tidak melekit...  Bau dia pun best.. Teksturnya sangat ringan tau.. Bukan jenis krim yang susah nak apply tu.. Krim dia ala-ala conditioner jugak la.. Serius memang best Lavoo Caviar Hair Mask ni..Ok, korang yang ada masalah ini patut cuba Lavoo Caviar Hair Mask ni..Rambut kasar dan kering mengembang/dry dan frizzy hairRambut rosak / damaged hairRambut rapuh dan mudah putusSplit end / rambut bercabangColored and chemically-treated hairManfaat Lavoo Caviar Hair Mask Memperbaiki struktur rambut rosak / kasar / kering mengembangMenguatkan helaian rambutMengurangkan rambut putus antara rambutImprove overall appearance rambutCara guna Lavoo Caviar Hair Mask Orite, antara bahan utama yang ada dalam hair mask ini adalah Caviar Beads yang kaya dengan keratin dan protien. Vitamin A membantu stop the hair from drying out and breaking off.. Manakala Vitamin E pula dapat membantu fight against free radicals and prevents hair damage. Satu lagi bahan iaitu Hydrolyzed Keratin dimana ianya mambantu membina semula lapisan pelindungan semulajadi rambut dari dalam dan beri kelembapan pada helaian rambut.Ok, jom tengok macam mana cara yang betul pakai Lavoo Caviar Hair Mask ini..Guna treatment mask selepas selesai shampoo (2 - 4 kali seminggu)Squeeze out excess water and apply hair mask pada helaian rambut yang lembap from the mid to ends of the hair (avoid scalp)Wrap rambut dengan hot towel dan biarkan selama 5 - 10 minitBilas sehingga bersihTowel-dry hair and apply hair serumMula rasa was-was jugak la nak pakai hair mask ni sebabnya tak pernah pakai kan.. Tapi nak rawat rambut punye pasal, pakai la jugak.. Masa apply dekat rambut tu dah rasa best dah dengan bau dia yang wangi dan tekstur dia yang tidak berminyak dan melekit buatkan aku lagi excited nak pakai.. Dah cuci tu, rasa la perbezaan rambut tu.. Lebih lembut dan lembap.. 4. Lavoo Peptide Hair TonicOk, untuk tonic pula ada 2 jenis tau.. Satu untuk pemakaian waktu siang dan satu lagi untuk waktu malam.. Biasanya siang tu aku pakai waktu pagi la.. Dekat botol pun dah tertera 'morning'.. Hehe.. Mula dapat produk ni aku bayang tonic ni mesti bau dia busuk.. Sebab sebelum ni pernah cuba tonic rambut yang baunya tidak menyenangkan.. Aku dah bayang yang bukan-bukan mesti baunya juga tidak menyenangkan.. Tapi sangkaan aku tu ternyata salah sama sekali sebabnya bau dia ok tak busuk.. Malah menyenangkan.. Untuk tonic waktu pagi, bau dia lebih cool dan yang waktu malam bau dia lebih tenang.. Aku nak cerita tentang bau secara detail pun aku tak berapa pandai sangat tapi itulah yang aku boleh discribe kan.. hiks!Bagi korang yang ada masalah rambut gugur teruk sehingga ada kawasan yang menipis, aku recommend pakai Peptide Hair Tonic dari Lavoo ni.. Bagus tau.. Bagus juga untuk rambut yang hampir botak, kulit kepala gatal-gatal dan ada masalah kelemumur serta jangkitan kulit kepala.. Pakai tonic ni sejuk je kepala.. Paling best, sangat cepat menyerap ke dalam kulit kepala.. Manfaat Lavoo Peptide Hair TonicMerangsang folikel rambut untuk menggalakkan pertumbuhan rambutRegenerate dan menguatkan akar rambutSesuai untuk keguguran rambut secara genetik (hereditary hair loss)Mengawal  penyebaran Malassezia globosaMerawat kulit kepala dari jangkitan kulat pada kulit kepala dan kelemumur (seborrheic dermatitis)Ok, untuk hair tonic ni pula ada 2 bahan utama terkandung didalamnya iaitu Piroctone Olamine yang dapat merawat fungal infections termasuk yang menyebabkan kelemumur. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan pertumbuhan anak rambut dan sekaligus mengurangkan rambur gugur serta meningkatkan diameter rambut. Satu lagi bahan utamanya adalah Panthenol.. Panthenol ni dapat mengekalkan kelembapan rambut, melicinkan tekstur batang rambut yang kasar dan juga dapat meningkatkan daya ketahanan folikel rambut dimana rambut masih boleh tumbuh semula if the follicle is still intact..Cara guna Lavoo Peptide Hair TonicTonic AM (Morning)Goncang perlahan dan part hair section by sectionSpray tonic directly pada kulit kepala yang lembap/keringUrut perlahan secara circular motionTonic PM (Night)Basahkan kulit kepada atau towel-dry rambut yang sudah dicuciSpray tonic pada kulit kepala yang lembapUrut perlahan secara circular motionAku memang suka sangat pakai tonic rambut ni.. Bila pakai rasa kulit kepala sejuk dan nyaman jerk.. Rasa lega sangat.. Bau dia pun best tak pelik.. So, boleh gunakan dengan senang hati.. Hehe.5. Lavoo Protien Complex SerumBiasanya sebelum guna hair dryer atau hair styling tools aku apply dulu Lavoo Protien Complex Serum ni supaya rambut tak mudah rosak.. Aku suka teksturnya yang ringan dan tidak melekit.. Serum ni macam minyak rambut tau tapi tidak berminyak macam minyak rambut tu.. Itu yang bestnye.. Takde la bila pakai tu nampak berminyak semacam je rambut kan... Serapannya pun cepat..Serum ni sesuai sangat untuk korang yang mengalami masalah rambut mudah kusut (frizzy), rambut kasar, rambut kering mengembang, rambut kusam dan rambut tidak bermaya.. Aku suka sangat serum ni sebabnya bila apply dekat rambut, cantik je rambut dan lembut je.. Rambut pun wangi je bau dia..Manfaat Lavoo Protien Complex SerumMelindungi rambut daripada alatan mendandan rambut (hair styling tools) yang panasMelindungi helaian rambut dari sinar UV matahariRambut kelihatan lebih lembut dan bersinarMengatasi masalah rambut rapuhCara guna Lavoo Protien Complex SerumPam hair serum dan ratakan pada tapak tanganApply pada helaian rambut yang kering atau lembap untuk elak scalpMudah je cara guna sama je macam serum rambut yang lain.. Dalam serum ni mengandungi 5 bahan utama yang memberi manfaat kepada rambut iaitu Jojoba Oil, Macadamia Seed Oil, Argan Oil, Olive Oil dan Castor Oil. 6. Lavoo Hair SprayLast sekali barulah pakai Lavoo Hair Spray.. Hair Spray dari Lavoo ni bagus tau untuk rambut frizzy, dry and damaged hair... Sesuai juga untuk rambut bercabang, kasar, kembang dan kerap menggunakan heat tools.. Kenapa Lavoo Hair Spray ni aku cakap bagus? Haaa kalau korang nak tahu, didalamnya terkandung Nano-grade of micro size protein molecules untuk improve tekstur rambut serta berikan shinny pada rambut and silky finishing. Didalamnya juga terdapat Keratin dimana ia dapat melembut dan melembapkan rambut serta rambut lebih mudah diurus.Meskipun aku berhijab, tak semestinya aku tak pakai hair spray.. Hair spray ni juga bantu rawat rambut aku tau.. Bila pakai hair spray ni aku rasa rambut aku fresh je.. Rambut pun jadi wangi.. Banyak manfaatnya bila pakai hair spray ni.. Jom check satu persatu manfaatnya..Manfaat Lavoo Hair SprayPerbaiki appearance rambutRambut sentiasa fresh dan tidak kusamPerbaiki rambut bercabangHeat protectant.. Spray after guna heat tools seperti hair dryer, hair curler & hair straightenerCara guna Lavoo Hair SpraySebelum ni memang aku tak pernah guna hair spray sebab aku ingat hair spray ni cuma untuk styling jerk.. Selepas kenal dengan Lavoo ni segalanya berbeza.. Baru aku tahu hair spray ni sangat bagus untuk rambut terutamanya wanita berhijab macam aku ni.. Sejak itulah, aku sentiasa menggunakan Lavoo Hair Spray ni sebelum memakai hijab..Ok, jom aku tunjukkan cara yang betul menggunakan Lavoo Hari Spray ni.. Buka penutup dan spray pada helaian rambut sahaja (elakkan terkena kulit kepala)Boleh apply semasa rambut lembap atau keringRecommended untuk digunakan if ada outdoor aktiviti to refresh the hairBoleh spray anitime rasa rambut kering, kembang dan kasarAs finishing touch, after hair styling atau sebelum berhijabCara Penggunaan Set Eir Bucket Lavoo Protien Hair Treatment Series Selepas 7 Hari Menggunakan Lavoo Protien Hair Treatment Series IniAku memang ada masalah keguguran rambut yang agak teruk dan ada juga masalah kelemumur.. Sebelum ni memang dah pelbagai produk aku cuba untuk atasi masalah aku ni tapi nampaknya belum memberi kesan yang bagus.. Bila dah try Lavoo Protien Series Hair Treatment ini selama 7 hari, aku dapati ianya berkesan untuk aku.. Walaupun perubahannya tidak terlalu drastik tetapi masalah aku ini sedikit sebanyak dapat di atasi..Paling ketara, kelemumur dah tiada lagi dan rambut dah kurang gugur.. Walaupun masih ada rambut yang gugur tetapi kuantitinya tidak seperti sebelum aku menggunakan produk perawatan rambut Lavoo ini.. Mungkin aku memerlukan sedikit masa untuk atasi masalah ini kerana aku mengalami masalah rambut gugur yang agak teruk sehinggakan rambut aku menipis.. Yang penting aku kene konsisten menggunakan produk Lavoo ini.. Hehe.. Kene la konsisten kan untuk dapatkan result yang terbaik.. Sesuatu produk itu tidak akan berkesan kalau kita tidak konsisten dengannya.. Betul tak?Ok, dari segi lain pula, aku sangat happy bila rambut aku dah mudah diurus sekarang.. Tidak kering dan kusut lagi.. Paling best rambut dah tak nampak kusam dah.. Aku berharap rambut aku kembali sihat dan lebat seperti dulu.. Insyaallah.. Terima kasih sangat-sangat kepada Lavoo kerana mengeluarkan produk yang super ohsem ini.. Bagaimana Nak Dapatkan Lavoo Protien Hair Treatment SeriesNak rambut cantik dan sihat kena la jaga dari awal.. Macam aku ni, dok pakai macam-macam produk chemical sebelum ni dan tak menjaga sangat rambut, akhirnya rambut jadi mangsa keadaan.. Gugur dan kelemumur.. Keguguran rambut ni boleh juga berpunca dari pemakanan dan keturunan.. Macam aku ni memang lebih kepada menggunakan produk chemical terlalu kerap seperti pewarna rambut, straightener, curler dan macam-macam lagi.. Bila rambut tak dirawat dan tak dijaga dengan betul, inilah akibatnya yang aku terima.. Rambut gugur dan berkelemumur.. Alhamdulillah sekarang kelemumur dah tiada cuma nak rawat masalah keguguran rambut je dengan Lavoo.. Doakan aku ya gaiss!! heheOk, korang yang nak dapatkan produk Lavoo ni boleh dapatkan sekarang tau kerana ada pakej bucket.. Ambil bucket set macam aku ni jauh lebih berbaloi tau dari ambil loose items.. Kat bawah ni aku senaraikan promosi set bucket yang ada mengikut masalah rambut.PROMOSI SET BUCKET1.  Embla Bucket ( RM 120 )Protien Essence ShampooProtein Essence ConditionerProtien Complex SerumHair Spray** Untuk masalah rambut gugur normal, kelemumur normal and virgin hair (not colored / chemically treated)2.  Freya Bucket ( RM 165 )Protien Essence ShampooProtein Essence ConditionerCaviar Hair MaskProtien Complex SerumHair Spray** Untuk masalah rambut gugur normal, kelemumur normal dan rambut rosak/kering/berwarna3.  Zisa Bucket ( RM 165 )Protien Essence ShampooProtein Essence ConditionerPeptide Hair TonicProtien Complex SerumHair Spray** Untuk masalah rambut gugur teruk & nipis serta kelemumur teruk & gatal kulit kepala4.  Eir Bucket ( RM 195 )Protien Essence ShampooProtein Essence ConditionerCaviar Hair MaskPeptide Hair TonicProtien Complex SerumHair Spray** Untuk masalah rambut gugur teruk & nipis, kelemumur teruk & gatal kulit kepala serta rambut rosak/kering/berwarnaBagi aku kalau nak result yang baik, perlu ambil set lengkap untuk penjagaan rambut yang lebih baik sebabnya setiap masalah adalah berbeza penyelesaiannya. Kalau korang tak tahu apa masalah rambut yang korang hadapi, korang boleh ke website Lavoo dan join hair quiz "Know Your Hair", untuk tahu masalah rambut yang kita hadapi dan set atau produk mana yang kita perlukan.. Ok gais, untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut korang boleh terjah laman web mereka di :-➥ Website  :  https://lavoohq.com➥ Instagram  :  https://www.instagram.com/lavoobeauty➥ Facebook  :  https://www.facebook.com/lavoobeauty
https://www.leaazleeya.com/2021/10/5-tip-hilangkan-rasa-malas.html
5 Tip Hilangkan Rasa Malas
5 Tip Hilangkan Rasa Malas  |  Bila ada masa aku akan isi dengan membaca buku.. Terbaru aku baca buku motivasi yang benar-benar memberikan aku motivasi diri yang tinggi iaitu buku Dajal Dalam Diri #30SifatKeji : Cegah & Hindar.. Aku akan share dekat sini apa yang aku suka dalam buku ini.. Untuk kali ni aku nak share 5 tip untuk hilangkan rasa malas yang dikongsikan oleh penulis dalam buku ni.. Mana tahu boleh dijadikan rujukan korang juga kan.. Hehe..5 Tip Hilangkan Rasa MalasSebenarnya banyak tip, petua, cara, etc untuk hilangkan rasa malas ni.. Mudah-mudahan cara ini dapat membantu korang untuk nyahkan 'Dajal Dalam Diri' ini..1.  Fikirkan Tujuan Dan Impian HidupAdakah kita nak kehidupan yang bermakna atau sia-sia?Adakah kita nak dunia yang bersifat sementara atau akhirat yang kekal abadi? #MakeAChoiceKalau nak yang terbaik untuk hidup, tiada cara lain kecuali tukarkan sifat malas itu kepada rajin..2.  Fikirkan Pasal Mak AyahCuba kenangkan kesusahan mereka sepanjang membesarkan kita. Pernahkah mereka merungut kerana memiliki korang? Pernah tak mereka abaikan korang?Then, fikirkan adakah kita mahu jadi anak yang berbakti atau anak derhaka? Adakah kita nak menyusahkan mereka dengan sifat malas kita ni sepanjang hayat? #ThinkAboutIt3.  Amanah Dan Sayangi DiriKalau bukan kita yang sayangkan diri sendiri, siapa lagi? Jadi, berusahalah buat sesuatu untuk tingkatkan kualiti diri. Kalau 24 jam asyik goyang kaki je, apa yang korang boleh dapat?Ingat, rezeki takkan datang bergolek walaupun korang beribadah banyak macam mana sekalipun.4.  Kelilingi Diri Dengan Aura PositifCarilah kawan yang baik dan mampu membimbing ke jalan yang benar. Kalau taka da, korang sendiri yang kena mulakan untuk membina persekitaran yang harmoni.Tak lokek ilmu, saling  membantu dan pandai menyantuni antara perkara yang secara tak langsung  dapat memupuk sifat #RinganTulang5. BerdoaMohonlah kepada-NYA agar dijauhkan dan dihindari dari sifat ini. Tapi pastikan doa dipohon dengan bersungguh-sungguh dan kemudian dilaksanakan melalui perbuatan.Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, kesusahan di waktu tua dan sifat kedekut. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari seksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian. - Hadis riwayat bukhari dan muslimSumber : Buku Dajal Dalam Diri by Sis Youjae 
https://www.leaazleeya.com/2014/04/mee-bandung-terlajak-sedap.html
Mee Bandung Terlajak Sedap..
Assalamualaikum.. Penah tak korang makan Mee Bandung?? Tak beragak kan soalan aku... hakhak.. Yang aku tahu Mee Bandung yang paling femes adalah dekat Muar, Johor kan... Tapi bagi aku, Mee Bandung Muar bukan menjadi kegemaran aku dan sebaliknya aku tak berapa nak suka rasa Mee Bandung Muar... Hehe.. Dalam banyak-banyak Mee Bandung yang pernah aku rasa, hanya Mee Bandung kat gerai makan makcik sorang ni aje yang aku suka dan memang bagi aku terlajak sedap.. Gerai ni terletak di basten lama kat bandar kuantan...  Mee Bandung Ni lah rupa Mee Bandung tu.. Hahaha.. Bagi aku nilah Mee Bandung paling sedap yang pernah aku rasa.. Lain dari yang lain... Selera masing-masing lain kan.. Citarasa masing-masing pown lain.. So, ni dari penilaian diri aku sendiri.. Korang mesti ada citarasa korang sendiri kan.. Kat gerai makcik ni bukan saje Mee Bandung menjadi kegemaran aku... Bihun Sup pown sodap.. Nasi Goreng Kampung pown sodap... Tapi kebanyakannya bila pergi kedai makcik tu aku akan order Mee Bandung la.... Feberet aku kan...  Mee Bandung makcik tu sedap.. Tapi nama makcik tu aku sendiri pown tataw..  Hahahaha...~!!
https://www.leaazleeya.com/2016/03/review-novel-tundukkan-playboy-itu.html
Review Novel | Tundukkan Playboy Itu
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah.. Selesai jugak akhirnya aku habiskan baca novel 'Tundukkan Playboy Itu"...  Fuhhh tebal sangat ohhh!! Bercita-cita aku nak habiskan sebuah novel setebal 734 muka surat ni.. Novel ni pown dah di-adaptasi menjadi drama kat slot Akasia TV3... Aku tak de la ikut sangat drama dia.. Kengkadang jerk tengok... Baca novel lebih detail kowt jalan cerita dia.. Haha... Moh le aku review sikit pasal novel ni... Penulis  :  Anjell Penerbit  :  Karya Seni Tarikh diterbitkan  :  Mei 2015 "Hanya dari panahan mata, kisah cinta bermula" Okeh..!! Setahu aku Anjell dah hasilkan 3 buah novel.. Eksperimen Cinta, Suamiku Paling Sweet dan yang ketiga adalah novel ini.. Tundukkan Playboy Itu.... Maknanya, ini adalah novel pertama tulisan dia yang aku baca.. Yang lain-lain belum baca... haha!! Permulaan cerita, diperkenalkan dengan 2 watak utama... heronya adalah Harraz Naufal..(wahh syahdunya nama..) heroinnya Nurin Areesa... Nurin adalah seorang graduan yang mempunyai ijazah dalam bidang arkitek dan sedang mencari kerja... Semua interview yang dihadirinya sebelum ni tak berjaya sebabnya dia tak berpengalaman... Kehadiran Tan Sri Mukriz iaitu ayah kepada Harraz ke rumahnya telah merubah keadaannya... Tan Sri Mukriz ni kawan baik ayah Nurin... So, mesti korang dah dapat agak kan.. Apa jadi lepas tu... Haha.. Diajaknya Nurin bekerja di syarikat anaknya Harraz Holding.. Harraz Naufal adalah seorang CEO muda Harraz Holding... Harraz Naufal ni terkenal dengan sikap playboy tahap maksimanya... Kat pejabat dia, semua pekerja kene berpakaian seksi meksi.. Tak seksi mesti kene reject... Firstime interview, Nurin di reject kerana cara pemakaian yang menutup aurat tak diterima Harraz.. Kolot katanya.. kekampungan.. Tak moden.. Tak internasional.. Cessss...!!! Last-last terpaksa jugak terima sebab ayahnya paksa dan ugut dia dengan mengatakan yang dia telah berhutang nyawa dengan ayah Nurin dan ini sebagai alasan untuk membalas budi.. Biasa la kalau dah tak suka tapi dipaksa untuk terima bekerja, sah-sah la si Nurin ni kene pedajal dek Harraz ni.. macam-macam dia buat pedajal kat Nurin ni... Kesian siottt Nurin... Tapi sweet moment-moment tersebut.. Muncul pulak watak Farhan, sepupu Harraz.. Dia suka Nurin.. Playboy gak si Farhan ni.. Sama level ngan Harraz dia punye Playboy tu.. Kirenya seangkatan laa... Mula-mula Farhan suka Nurin hanya untuk mempermainkan Nurin aje macam pompuan-pompuan lain yang dia kenal sebelum ni.. Last-last, dia suka bebetul kat si nurin ni sebab nurin ni pada dia lain dari yang lain.. Baik..!!! Sopan!!!  Tapi Nurin anggap dia kawan aje tak lebih dari tu... Oh lupe nak kasi tau.. Firstime berkenalan ngan Nurin, Farhan cakap dia ni driver harraz sebab takut nurin tamo kawan dia.. Akhirnya kantoiiiiiii !!! Nak cerita semua panjang sangat la dek non... Hakkak cut-cut la yek... Lotih den nak menaip ohh... Sejak bila Harraz jatuh hati pada Nurin????? OMG!!!! "Hanya dari panahan mata, kisah cinta bermula" Masa tu Nurin menghadiri satu pertunjukan fesyen sahabatnya Lee atau lebih gah lagik nama dia Nashrain Lee, Pereka fesyen terkenal dan internasional bak hang!! Nak dijadikan cerita model si Lee ni tak dapat hadir la pulakk last minit... dan Nurin sebagai ganti model tersebut dalam keadaan terpaksa yang tak direlainya... Kalau korang nak tau, Event untuk pertunjukkan fesyen ni dianjurkan oleh mummynya farhan.. Orang kaya raya kannn gitu leee... So, secara otometik nya kedua-dua playboy itew turut hadir dalam event tersebut... Itu pun paksaan oleh mummy farhan.. Tak datang mau kene kapak dek mummy dia... Nurin adalah model yang terakhir berjalan bersama-sama pereka fesyennya di atas pentas... Nurin berpurdah okeh... Masa tula si Harraz ni terpesona melihat kecantikan sepasang mata Nurin dan terus terjatuh hati.. Tapi dia tataw itu Nurin sebab Nurin berpurdah.. Cuma terdetik kat hati dia macam pernah lihat sepasang mata tersebut dan terasa dekat... Dalam Bab lain lak, Harraz ditangkap khalwat dengan Elfira iaitu pekerja disyarikatnya di kediaman Harraz sendiri.. Elfira ni yang busuk ati pegi perangkap Harraz sebab dengki hubungan Harraz dengan Nurin... Pastu la Harraz melarikan diri untuk mencari ketenangan dan mencari sinar hidup yang baru... Mencari Islam yang telah hilang dalam diri... Kemana Harraz menghilang??? Dia ke Terengganu bertemu seorang insan yang dirasainya boleh membimbingnya kejalan yang diredhai... Dr. Abdull Haq.. Seorang yang dikenalinya ketika dalam perjalanan dia ke London suatu ketika dulu... Akhirnya Harraz kawin jugak dengan Nurin setelah dia sembuh dari koma akibat kemalangan jalan raya... Mereka bina bahagia...paling best lepas kawin, semua staff pejabat dia dah tak dibenarkan berpakai seksi ye.. Harraz dah berubah... Alhamdulillah... Cerita Elfira pula... Dia terus menghilangkan diri selepas kes khalwat tu dan muncul kembali setelah Nurin mengandung 4 bulan... Elfira dah insaf.. dia mintak maaf kepada Nurin atas segala kesalahannya... Elfira dah kawin time tu.. Dia kawin pown sebab lelaki tu perangkap dia.. Haha.. Tuhan balas dah weh.. cash...!! Nurin keguguran???!!! ye.. Nurin keguguran semasa nak bantu Elfira daripada terus dipukul oleh suaminya... Suami Elfira menolak Nurin dan perut Nurin terkena pulak kat bucu meja kayu... huh...!! Nurin kemurungan selepas keguguran... Harraz berusaha untuk pulihkan keadaan Nurin.. Atas usaha Harraz itu, akhirnya Nurin sedar dia telah mengabaikan Harraz sebagai suami... Harraz dan Nurin berusaha untuk membangkitkan cinta meraka dan terus membina cinta bersama dijalan yang diredhai. -Tamat- Wah-wah panjang gile review aku kali ni... Korang kalau nak lebih terperinci aku suggestkan korang beli novel ni.. Best tau... aku kasi 5 bintang... Sepanjang aku baca novel ni, untuk watak-wataknya aku mesti terbayangkan para pelakon dalam slot Akasia 'Tundukkan Playboy Itu' di TV3 tu.. Hero & Heroin
https://www.leaazleeya.com/2014/09/oh-kesihatan.html
Oh Kesihatan...
Assalamualaikum wbt.. Sendunye blog ni.. Tak berupdate.. Dah nak berlumut dah... HEHE... Kesihatan sangat-sangatlah tak mengizinkan ketika ini.. Nak jenguk blog pown tak berapa nak ada mood.. Apetah lagik nak menghapdetnye.. Banyak gile blogger buat GIVEAWAY... Tak dapek la nak menjoinkan diri.. Tak berdaya diri ini nak menyertainyerrrrr... uhuk.. uhuk... 
https://www.leaazleeya.com/2020/05/review-novel-mental-by-shaz-johar.html
Review Novel | Mental by Shaz Johar
Mental by Shaz Johar  |  Lama dah habis sebenarnya baca buku Mental tulisan Shah Johar ni.. Nak review buku pun nak kena ada mood.. Mood tak berapa nak ada sejak kebelakangan ni dengan pelbagai benda dok jadi.. Sebab itulah tertangguh review novel ni.. Now, dah ada sikit feel nak menaip tentang novel, so bolehlah onzzzz... Mental adalah novel ke-5 Shah Johar yang aku baca.. Novel Shah Johar memang tak mengecewakan aku tapi sedikit menjadikan aku gila semasa menghayati setiap jalan ceritanya.. Samalah juga dengan Mental ni.. Sesuai dengan tajuknya, jalan ceritanya juga boleh buat orang yang baca tu, dijangkiti penyakit mental.. haha.. Tentang cover novel Mental ni, ianya berjaya menakutkan anak-anak aku.. Haha.. Hadoii.. Dorang memang takut betul tengok cover novel ni.. Siap suruh terbalikkan novel sebabnya tak nak tengok topeng berdarah tu.. Aduhai anak..  Tajuk : Mental Penulis : Shaz Johar Muka Surat : 299 Penerbit : Buku Fixi Tahun Terbitan : November 2012 Sinopsis Mental Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental. Tuan Jin menduakan isterinya, Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan, Rashid bencikan anggota badannya sendiri dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad. Mereka semua gila.. Mereka semua punya cerita.. Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu seakan-akan mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan? MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu dan mencari sesuatu yang cuba dihindar. Review Mental Baca starting cerita ni, agak mengelirukan.. Dok fikir si pompuan ni dok cite kat pompuan mana.. Mula-mula dah boleh buat aku mental.. Lama-lama barulah faham konsep penceritaannya.. hehe.. Almaklumlah aku ni slow sikit nak faham.. Haha.. Novel Mental ni boleh aku kisahkan disini, jalan ceritanya adalah cerita dalam cerita.. Nak rungkai satu persatu setiap cerita tu, agak membingungkan aku.. Sekejap macam ni.. Sekejap macam tu.. Huhu..  Mula-mula cerita yang aku kena hadap adalah, kisah Maya yang menjadi orang gaji Tuan Jin.. Oh nak pesan satu perkara.. Buku ni hanya sesuai untuk pembaca dewasa sahaja ye.. Kanak-kanak dan remaja tak digalakkan membacanya... Bukan tak digalakkan, kalau boleh tak dibenarkan sama sekali.. hehe.. Ok, kisah Maya si orang gaji ni sangat menyulitkan.. Dapat tekanan dari Tuan Jin sendiri, isteri dia dan anak-anaknya.. Yang sorang nak soh potong tangan.. Yang sorang lagi sibuk nak belajar tentang agama lain.. Yang laki bini ni pulak, bergaduh jerk.. Yang lakinya menduakan isteri.. Dok berskandal dengan orang gaji.. Huhu.. Pastu ada pulak watak sampingan benjamin dan doktor mental, doktor salman.. Dengan munculnya pelakon tambahan ni, menjadikan cerita hidup si Maya ni semakin complicated.. Walaupun complicated, dari diorang jugalah dapat merungkai kisah sebenar.. Watak misteri dalam cerita ni adalah Raudhah.. Siapa dia? Tetiba jerk kan.. Orang dok sebut-sebut nama tu.. Dalam keluarga Tuan Jin sendiri, benjamin pun sebut dan doktor salman pun sebut pasal Raudhah ni..  Serius setiap plot dalam cerita ni berjaya mengelirukan aku.. Sampai berkerut dahi aku baca novel ni.. Ada kala aku berhenti sekejap, fikir dengan pelbagai persoalan dalam kepala.. Ada juga masa aku susah nak hadam jalan ceritanya sebab rasa keliru.. Uisss pendek kata boleh mental aku.. Haha.. Bila dah di penghujung, barulah tahu siapa yang gila dan siapa yang tak gila.. Pada awal aku sangka yang tu gila.. Rupanya yang ni gile.. Haha.. Memang gile la buku ni..  Diakhir penceritaan pun masih ada cerita yang lain.. Si Maya dan Raudhah ni rupanya skandal.. Haduhai.. Isk geli lak aku.. Haha.. Maya ni siapa? Raudhah ni siapa? Mula-mula Maya dan Raudhah ni aku ingat orang yang berlainan.. Rupanya orang yang sama.. Nama jerk bertukar.. Maya tu Raudhah la.. Siapa pulak Maya? Hehe.. Maya ni sebenarnya isteri kepada Benjamin tu.. Mati akibat kemalangan jalan raya.. So, Raudhah ni cam tak dapat terima kenyataan la dan rasa Maya masih hidup dalam diri dia.. Dan dia menggunakan nama Maya tu..Raudhah tu yang gile dalam cite ni.. Rashid dan Rania tu adalah arwah anak Raudhah.. Dia berhalusinasi jerk sebenarnya.. Cerita ni best bila dah faham.. Korang nak tau kisah sebenar dan apakah kegilaan buku ni, kenalah beli dan baca sendiri ye.. Nasib baik aku tak sempat nak menjadi mental.. Haha.. Rating & Cadangan Rating : 🌟 🌟 🌟 1/2 Ok, konklusinya.. Aku suka jalan cerita novel Mental ni walaupun buku ni dah berjaya memutar belitkan emosi aku dan fikiran aku.. Novel ni banyak menggunakan tenaga otak aku.. Aku kena hadam satu persatu cerita.. Kalau tak hadam dengan betul, aku tak dapat feel buku ni dan tak faham jalan ceritanya..  Buat penulis, teruskan menulis karya yang lebih bagus.. Shaz Johar dah jadi penulis feberet aku.. Hehe.. Banyak lagi buku Shaz Johar yang nak kena cari ni termasuk buku baru terbit.. Tumb up!
https://www.leaazleeya.com/2022/04/janna-nick-hairul-azreen-dan-hun-haqeem-sambut-raya-sebagai-hero-mobile-legends-bang-bang-untuk-kempen-515.html
Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem Sambut Raya Sebagai Hero Mobile Legends : Bang Bang Untuk Kempen 515
Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem Sambut Raya sebagai hero Mobile Legends : Bang Bang untuk kempen 515  |  Mobile Legends : Bang Bang, sebuah mobile multiplayer battle arena dengan komuniti gaming terbesar, memperkenalkan League Of Heroes terbarunya - Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem untuk meningkatkan kempen 515 mereka pada hari raya ini..Selebriti ini adalah penting untuk plan mengembangkan syarikat sebagai syarikat gaming antarabangsa dan memperkukuhkan kedudukan di Asia Tenggara.Sejak dilancarkan pada 2016, kami sentiada mengiktiraf rantau Asia Tenggara sebagai salah satu pasaran utama kami. Oleh itu, kami mengasimilasikan ciri permainan kami sedekat mungkin dengan budaya tempatan - menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh MOONTON GamesJanna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem menyambut Raya sebagai hero Mobile Legends : Bang Bang untuk kempen 515Jom raikan raya dengan Mobile Legends : Bang Bang Heroes, Tang Wanwan, Ling dan Yin dimana mereka memulakan misi untuk menyelamatkan Hari Raya Tok! Jangan lupa saksikan video bertemakan Raya oleh MOONTON Games yang dipenuhi dengan mesej bermakna yang memfokuskan kepada Tok seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian dan memerlukan bantuan MLBB Heroes untuk membantu menjadikan raya Tok sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan. Dengan kuasa "We Together Than Me" adakah mereka berjaya menyelamatkan Raya Tok?JANNA NICK sebagai Tang WanwanIa sememangnya satu pengalaman yang mengagumkan di mana penggambaran ini dibuat dengan semua orang memakai baju raya di sebuah kampung. Benar-benar menyerlahkan suasana Hari Raya yang amat saya rinduiHAIRUL AZREEN sebagai YinIni merupakan pertama kali saya membuat ketupat dengan tangan kosong saya. Satu pengalaman yang menakjubkan bagi saya dan kini saya boleh membuat ketupat sendiri di rumahHUN HAQEEM sebagai LingIa sememangnya satu cabaran bagi saya untuk mencuba dan menangkap ayam-ayam ini semasa penggambaran. Mereka begitu pantas! Nasib baik krew ada berkongsi beberapa helah tentang cara menangkap ayam.Janna Nick sebagai Tang Wanwan in “Tang Wanwan: Quest for the truth”Dilancarkan pada 17 April, Tang Wanwan kembali hidup apabila Janna Nick berjaya menampilkan persembahan terbaik dalam memainkan watak sebagai MLBB Hero, Tang Wanwan. Ramai yang kagum dengan personaliti comel Janna Nick tetapi juga hero yang sangat hebat yang berjaya menahan serangan hendap oleh seorang pembunuh upahan yang dihantar oleh Black Dragon yang pernah menjadi kawan baik Tang Wanwan. Untuk Tang Wanwan mencari kebenaran, dia perlu pergi ke M-World dan memulakan pencariannya.Akan Datang! Filem Mini Solo Ling dan YinMOONTON Games juga telah menyediakan dua lagi filem mini solo yang manarik tentang Ling dan Yin yang dibintangi oleh Hun Haqeem sebagai Ling dan Hairul Azreen sebagai Yin akan datang tidak lama lagi.! Filem mini solo Ling, "Ling : The Chosen One" akan ditayangkan pada 24 April dan filen mini solo Yin, "The Ultimate Challenge" akan ditayangkan pada 02 Mei. Kedua-dua pelakon tidak sabar  untuk menunjukkan beberapa pergerakan dan kemahiran koreografi yang unik dan hebat dalam filem mini masing-masing. Hairul Azreen dan Hun Haqeem memainkan peranan mereka yang luar biasa dengan menguasai pergerakan melawan menggunakan senjata mereka, berdasarkan cerita dan kemahiran hero.Siri Animasi GlobalJangan ketinggalan juga Siri Animasi Global yang mempamerkan kisah-kisah lain tentang tiga hero MLBB ini. Memberikan satu lagi sisi hiburan kepada penonton dan peminat MLBB, Siri Animasi Global ini akan ditayangkan pada tarikh yang sama dengan filem mini ketiga-tiga hero itu.Ulang Tahun ke-515 : Outfit baru yang eksklusif, Tang Wanwan, Ling dan Yin boleh didapati dalam masa terhad!Jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiga outfit baru ini yang akan tersedia untuk masa yang terhad semasa event berlangsung. Selain daripada estetika pakaian jalanan futuristik yang unik, outfit ini juga menampilkan skill effect yang baru, bunyi dan suara.Yang pertama akan dilancarkan, M-World Wanwan, kini boleh didapati dengan 899 berlian. M-world Ling akan dilancarkan pada 23 April, manakala M-World Yin pula boleh didapati pada 30 April. Ketiga-tiganya akan mendapat diskaun 30% selama tiga minggu dan boleh didapati di in-game store sehingga 5 Jun.515 All Star Pre-heatAnda mungkin dapat melihat pengurus bintang blockbuster dan juga 'influencers' paling hebat dari seluruh SEA semuanya berkumpul dalam satu video! Lihat semua persiapan di sebalik event besar itu dan juga kenali bintang secara lebih dekat.Jangan lupa untuk undi 'Malaysian Influencers' kegemaran anda, Jess No Limit dan ChooxTV dalam All Star Voting event nanti dimana yang akan bertanding adalah seramai 200 influencers yang bersaing untuk merebut tempat di ALLSTAR Showdown! MOONTON Games juga teruja untuk mengumumkan kerjsamanya dengan salah satu jenama telefon dan elektronik terkemuka dunia iaitu Samsung Electronics. Samsung juga akan tampil bersama di ALLSTAR Showdown 2022.Samsung Malaysia teruja untuk mengumumkan kerjasama kami dengan ALL STAR. Dengan kerjsama ini, kami berharap dapat menunjukkan prestasi peranti siri Galaxy A dan mampu memberikan pengalaman yang mengagumkan untuk gamers - kata KM Liew, Ketua Perniagaan MX, Samsung Malaysia Electronic.Fasa undian All Star akan bermula pada 29 April dan berakhir pada 4 Mei. Nantikan lebih banyak kemas kini di halaman Facebook MLBB Malaysia yang juga akan melancarkan kempen untuk menyerlahkan lagi fasa pengundian All Star pada 29 April nanti.Penduduk tempatan digalakkan untuk mengambil bahagian dengan berkongsi siaran kempen ke halaman facebook masing-masing dan pemenang akan dipilih untuk menerima kad Touch N' Go bertemakan time-limited 515 dan barangan MLBB yang lain Tang Wanwan, Ling dan Yin akan membuat penampilan bermula 16 April 2022 dan seterusnya.Tahun ini MLBB 515 M-WORLD membawa seni ke tahap yang lebih baik. Ia bukan sekadar mural biasa. Ia lebih daripada apa yang anda lihat. Mobile Legends telah menggabungkan kreativiti dengan teknologi terkini, pengalaman AR. AR, yang bermaksud 'Augmented Reality' (Realiti Diperkukuh), ialah pengalaman interaktif persekitaran dunia sebenar di mana objek dalam dunia nyata dipertingkatkan oleh maklumat persepsi yang dijana komputer. Ia juga merupakan versi dunia fizikal sebenar yang dipertingkatkan yang dicapai melalui penggunaan elemen visual digital. AR ialah trend yang semakin berkembang dalam kalangan syarikat yang terlibat dalam pengkomputeran mudah alih dan aplikasi perniagaan.Untuk pengguna mendapatkan pengalaman ini, pengguna perlu pergi ke mana-mana karya seni mural yang telah dipasang di mercu tanda terkenal di Kuala Lumpur dan Johor. Pengguna perlu 'browse' 515Mworld efek di Instagram dan menghalakan kamera mereka ke arah logo kempen 515 pada mural dan menyaksikan M-world dihidupkan. Satu lagi perkara yang hebat ialah, Mobile Legend mempunyai hidden gem QR code pada mural dan pengguna perlu menjawab kuiz untuk memenangi epic skin yang unik. Aktiviti ini sedang berjalan sehingga 15 Mei 2022.Untuk info lanjut, sila follow Mobile Legends : Bang Bang di Facebook, Youtube, dan TikTok. Muat turun game dan nikmati perayaan ini di App Store and Google Play sekarang!
https://www.leaazleeya.com/2016/08/10-tips-orang-berjaya-tarik-rezeki.html
10 Tips Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah!
Assalamualaikum wbt.. 10 Tips Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah!  |  Kemain lagik hengko yek Lea Azleeya, rini nak kasi tips tarik rezeki bagai yeee... Haha.. Oke, hari ni aku nak kongsi dengan korang tips pantas skill orang-orang berjaya tarik rezeki dengan mudah... Biasa-biasanya orang bisness la mengamalkan tips ni... Kalau korang dalam kalangan orang bisness, bisnessman.. bisness women.. Haa boleh la try tips ni... Jom tengok apa ada dalam senarai tips tersebut... BAGAIMANA NAK TIRU SKILL ORANG BERJAYA!! 10 Tips Pantas Skill Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah! 1. Berkawan dengan orang yang betul..  2. Tidak bertangguh dalam segala kerja dan urusan 3. Hati kering, tidak menghiraukan kutukan dan sindiran negatif 4. Fokus, Fokus,Fokus dan Fokus dan Fokus...! 5. Sanggup invest wang, tenaga dan masa untuk kejayaan mereka. 6. Membina networking yang bagus. 7. Konsisten dan tak mudah putus asa.  8. Pantas membuat keputusan dan pantas juga membuat tindakan. 9. Sentiasa bertawakal dan sabar setelah bersungguh-sungguh berusaha.  10. Redha, tenang dan sentiasa berlapang dada dengan apa saja situasi dan kerenah orang disekeliling. Moga tips ni berguna untuk korang lebih maju kehadapan dalam lapangan perniagaan....
https://www.leaazleeya.com/2022/12/renora-clinic-dapat-selesaikan-masalah-jerawat-.html
Jerawat Batu? Jangan Risau Renora Clinic Dapat Bantu Selesaikan Masalah Jerawat Batu Dengan Berkesan
Jerawat Batu? Jangan Risau Renora Clinic Dapat Bantu Selesaikan Masalah Jerawat Batu Dengan Berkesan   |  Ada tak yang tengah stress di sebabkan jerawat? Haaa kali ni aku nak share dengan korang, punca dan penyelesaian masalah jerawat yang korang alami tu. Masalah jerawat di muka ni adalah antara mimpi ngeri buat setiap orang terutama bagi yang mengalaminya. Betul tak? Mana tidaknya, ia pasti merencatkan penampilan diri sekaligus mengurangkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.Lebih menyedihkan apabila sudah mencuba pelbagai cara dan petua malahan menggunakan pelbagai jenis produk tetapi masalah jerawat ini masih juga tidak dapat diselesaikan.. Aku sendiri pernah mengalami situasi sebegini satu ketika dahulu.. Muka aku agak breakout teruk dulu.. Naik buntu jadinya mencari jalan penyelesaian tetapi keadaannya tetap sama.. Muka aku masa breakout!Oh ya, jangan tak tahu ye, jerawat ni bukan sahaja dialami oleh golongan remaja malah golongan dewasa dan berusia pun turut mengalaminya.. Pendek kata jerawat  ni dah tak mengenal usia.. Hehe.. Apa-apa pun korang jangan stress-stress ye! Jom baca ni, aku kongsikan punca dan penyelesaian bagi masalah jerawat korang!Jenis- Jenis Jerawat1.  Jerawat PapuleBermula dengan blackhead yang menjadi radang kerana tidak dirawat. Bakteria menjadikan sel kulit mati dan minyak pada blackhead sebagai sumber tenaga dan makanannya. Ini menyebabkan bakteria membiak dan menjadi radang. Jerawat ini sangat sensitif kepada sentuhan. Elakkan memicit jerawat jenis ini kerana ia akan membuatkan keradangan menjadi lebih teruk dan mengakibatkan parut.2.  Jerawat PustuleJerawat jenis ini pula berlaku apabila bintik merah makin membesar dan sekiranya tidak dirawat ia akan kelihatan seperti bernanah sama yang berwarna putih atau kuning. Ada yang memanggilnya sebagai jerawat yg sudah "masak". Elakkan daripada memicit jerawat ini kerana perbuatan itu boleh menyebabkan parut dan masalah jerawat yang semakin merebak.  3.  Jerawat Nodule Jerawat nodule ini dikenali sebagai jerawat batu. Jerawat ini adalah besar dan terdapat benjolan merah. Jerawat ini boleh berlaku apabila liang pori tersumbat dan bakteria sudah masuk ke lapisan paling bawah.Ciri-Ciri, Cara Mengatasi dan Pencegahan Jerawat BatuJerawat batu atau dikenali juga sebagai jerawat cystic terjadi disebabkan pengumpulan kulit mati dan pori yang tersumbat.Jerawat cystic ini muncul disebabkan bakteria yang terperangkap di dalam pori dan akhirnya menyebabkan jangkitan bakteria. Keadaan ini akan mengakibatkan berlakunya inflamasi dan radang di mana benjolan besar kemerah-merahan yang berisi nanah terbentuk.Jika tidak dirawat dengan segera, radang di lapisan kulit paling dalam akan menjadi makin teruk dan menyebabkan liang pori pecah. Radang akhirnya akan terjadi pada kawasan lain dan menyebabkan jerawat batu yang baru terhasil.Punca Jerawat BatuJerawat batu yang tumbuh di wajah akan membuatkan kita stress. Betul tak? Mane tidaknya, dengan benjolan besar berwarna merah dan dipenuhi nanah, jelas mencacatkan penampilan diri. Bukan itu sahaja, malah jerawat batu juga akan menimbulkan rasa sakit dan gatal pada area yang ditumbuhi. Pastinya rasa tidak selesa dengannya.Sama seperti jerawat-jerawat yang lain, jerawat batu juga berpunca daripada liang pori tersumbat yang disebabkan oleh penghasilan minyak yang berlebihan (sebum), kotoran dan sel kulit mati terkumpul mengakibatkan jangkitan bakteria serta memudahkan bakteria penyebab jerawat membiak sehingga ke bahagian dalam kulit. Disebabkan itu, jerawat tumbuh menjadi merah dan mula membengkak berisi nanah.Ini adalah wajah aku dulu.. Jerawat memang stok ada nanah dekat dalam dia.. Masa ni memang stress sangat bila tengok cermin.. Nak makeup pun memang malas.. Keyakinan diri tak payah cakap la, memang down terus.. Rasa penampilan aku masa tu serba tak kena.. Pelbagai produk aku cuba, ada yang menjadi tetapi hanya seketika.. Masalah yang sama akan berulang lagi.. Untuk merawatnya kita perlu tahu dahulu punca sebenar masalah ini.. Barulah ianya boleh dirawat dengan betul.. Ada beberapa faktor yang menyebabkan jerawat batu iaitu :-Faktor GenetikMudah berpeluh meningkatkan kelembapan kulit menyebabkan bakteria lebih mudah membiak  Menggunakan produk kosmetik yang tidak sesuai, terutama bagi jenis kulit berminyak.   Salah satu perkara yang membezakan jerawat batu dengan jerawat biasa adalah disebabkan hormon yang tidak seimbang. Jerawat cystic ni sangat dipengaruhi oleh keseimbangan kadar hormon dalam tubuh iaitu hormon androgen. Apabila berlakunya peningkatan kadar hormon androgen dalam badan, ini dapat meningkatkan penghasilan minyak (sebum) di wajah. Akibatnya, pori akan tersumbat dan munculnya jerawat. Walaupun kerap mencuci muka, masalah jerawat hanya dapat diatasi pada luaran sahaja. Setelah jerawat kecut, pasti akan tumbuh lagi. Punca jerawat sebenar masih belum diatasi. Jerawat batu perlu dirawat kerana ia disebabkan oleh jangkitan bakteria. Sekiranya tidak dirawat dengan ubat-ubatan, ia akan menyebabkan parut lekuk yang kekal.Dimanakah untuk dapatkan rawatan jerawat ini?Ada jerawat batu? Haaa jangan risau guys, Renora Clinic dapat bantu selesaikan masalah jerawat batu dengan berkesan. Segeralah ke Renora Clinic, Klinik yang telah merawat ramai orang yang mempunyai masalah jerawat. Bukan sahaja jerawat batu, malah semua jenis jerawat dapat dirawat. Sekiranya korang mengalami masalah kulit seperti jerawat batu, jerawat pasir dan parut jerawat, korang dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan yang sesuai melalui doktor yang bertauliah. Ini kerana, jenis rawatan perlu disesuaikan dengan keadaan kulit seseorang pesakit bagi mendapatkan kesan yang optimum.  Renora Clinic merupakan sebuah klinik perubatan estetik dan kulit yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Di Renora Clinic, perkhidmatan rawatan kulit menjadi fokus dan kepakaran utama selain daripada rawatan penyakit-penyakit umum yang lain. Klinik ini juga telah memperoleh persijilan LCP bagi menjalankan rawatan perubatan estetik daripada KKM.    Kalau korang tak percaya, lihat gambar testimoni sebelum dan selepas mendapatkan rawatan di Renora Clinic klinik pilihan utama rawatan jerawat ini.Kalau korang nak tahu, Renora Clinic mempunyai 3 orang doktor yang sangat berpengalaman dalam diagnosis dan rawatan pelbagai jenis penyakit kulit, terutamanya jerawat. Setiap rawatan dijalankan oleh doktor perubatan estetik dengan menggunakan kaedah yang telah terbukti berkesan secara klinikal. Peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan dalam setiap rawatan pula adalah berdaftar dan ‘strictly medical grade’. Sekiranya korang mempunyai masalah jerawat, jeragat atau masalah kulit lain, cubalah dapatkan rawatan di RENORA CLINIC, klinik kulit dan estetik yang menjadi pilihan ramai di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ni. Bukan itu sahaja malah mereka juga sentiasa dikunjungi oleh ramai pesakit dari luar negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan juga Kuantan.Sebelum mendapatkan rawatan di Renora Clinic, pastikan korang mendapatkan temujanji dahulu sebelum datang ke Renora Clinic. Ini untuk mengelakkan waktu menunggu yang lama.  Untuk maklumat lanjut dan temujanji, korang boleh layari sosial media (FB dan IG) Renora Clinic atau boleh terus hubungi klinik yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang.Buat temujanji anda sekarang!! 👇Whatsapp : 011 6098 8315 / Tel : 03-9172 7211https://www.wasap.my/601160988315Renora Clinic Bandar Sri Permaisuri Cheras Kuala Lumpur  (Klinik Jerawat , Jeragat , Laser, Estetik & Kulit )  AlamatR-UG-17,Kompleks Permasuri Q, Jalan Sri Permaisuri,Bandar Sri Permaisuri,56000 Kuala LumpurNo Telefon011 6098 8315 Website : www.renoraclinic.com | FB : @renoraclinic | IG : @renora_clinic Emel : inforenora@gmail.comBerita baik untuk korang yang tinggal di Bangi, Selangor dan kawasan berhampiran..Renora Clinic Bangi di Bandar Baru Bangi akan mula beroperasi pada April 2023!!So, stay tuned guys!
https://www.leaazleeya.com/2016/06/jemputan-berbuka-puasa-di-hotel.html
Jemputan Berbuka Puasa Di Hotel
Assalamualaikum wbt.. Jemputan Berbuka Puasa Di Hotel  |  Tajuk tak nak kalah ye.. Harap maklum.. haha.. Korang dah berbuka kat hotel ke tahun ni..?? Aku tahun ni tiada jemputan berbuka kat hotel nampaknya.. Tiada jemputan dari kengkawan.. Dari adik.. abg.. kakak... Tiada dari sesiapa.. Ceeee sedih jerk bunyik nye kan.. Tapi bukan itu yang aku nak cite sebenarnya.. Yang aku nak cite ni time dolu-dolu.. Di mana setiap tahun mesti ada peluang untuk berbuka kat hotel... Kebiasaannya, kakak aku la yang dok ajak aku berbuka sekali dengan dia dekat hotel.. Sebabnya suami dia kerja kat salah sebuah hotel dekat KL nunn.. So, banyak jemputan berbuka yang dia dapat.. Dulu time bujang boleh la aku naik KL sokmo.. Sekarang, memang tak la nak pegi KL semata-mata nak berbuka kat hotel di KL nunn.. Haha.. Kalau tak dari kakak pown, dulu mesti ada plan dengan kengkawan atau kekasih hatiii untuk berbuka puasa kat mana-mana hotel.. Hoh Kekasih hatiii tu.. menyampah lak rasenya.. haha..!! Bila dah berkeluarga ni.. Dah ada anak susah sikit la kan.. Nak makan kat luar pown fikir banyak kali.. Takut tak terkawal budak kecik tu.. Pulak tu dah mendapat kaki sendiri.. Lagik la susah nak kawal.. huhu.. Last berbuka puasa kat otel ni, tahun 2014 kalau tak silap.. Adik aku dapat jemputan berbuka di Zenith Hotel, kuantan.... Dia ajak aku teman.. Aku ape agik.. I followwwwwwww....!! Sangat la mewah makanan dekat zenith waktu tu.. Aku ni pulak jenis makan tak banyak.. So, kalau bayar sendirik memang rugi la kan.. Makan sikit.. bayarannya agak mahal.. Seb baiklah atas jemputan semata-mata.. hiks.. Seronok kalau dapat ulang semua tu lagik.. Tapi nan hado0oo la sekarang.. Keadaan tak mengizinkan.. Tunggu anak besar dulu la.. Baru leh ulang balik semua tu.. 
https://www.leaazleeya.com/2023/04/kieslect-lady-calling-watch-lora-smartwatch-untuk-wanita.html
Smart Watch Untuk Wanita - Kieslect Lady Calling Watch Lora
Smart Watch Untuk Wanita - Kieslect Lady Calling Watch Lora  |  Tidak dinafikan smart watch semakin mendapat tempat pada masa kini.. Tidak kira di kalangan lelaki mahupun wanita.. Keluarannya juga semakin hari semakin menarik dan praktikal dari segi fungsi dan reka bentuk jam itu sendiri. Kalau dulu smart watch ni lebih dikenali dalam kalangan lelaki tetapi kini tidak lagi kerana reka bentuk untuk wanita juga telah banyak dikeluarkan.. Aku sendiri agak teruja dengan design terkini smart watch di pasaran sekarang terutamanya smart watch yang direka khas untuk wanita.Salah satu smart watch untuk wanita yang kini menjadi kegilaan aku dan ramai wanita diluar sana adalah Kieslect Lady Calling Watch Lora. Aku suka design smart watch Kieslect ni. Smart tapi cantik. Ia bukan sekadar jam tapi sebuah jam pintar didatangkan dengan pelbagai fungsi. Nak tahu lebih lanjut, kenalah baca sampai habis ya..Apa itu Smart Watch?Ok, sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang Kieslect Lady Calling Watch Lora ni, jom ambil tahu apa itu smart watch atau dalam bahasanya jam pintar.. Smart watch merupakan jam tangan digital yang bukan hanya sekadar untuk melihat masa tetapi ianya mempunyai pelbagai fungsi seperti pengiraan langkah, pemantauan denyutan jantung dan tekanan darah, boleh dengar muzik, akses panggilan telefon dan mesej serta pelbagai lagi.. Begitulah juga dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora ni direka dengan pelbagai fungsi yang dapat membantu si pemakai dalam urusan seharian.Tentang KieslectBila tengok kecanggihan smart watch yang dikeluarkan oleh Kieslect ni, mesti ramai nak tahu latar belakang jenama ini kan.. Ok, kalau korang nak tahu Kieslect ini merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2017 dimana mereka telah membekalkan smart watch kepada lebih 5000 retail outlets di lebih 60 negara dan mempunyai 600 orang pekerja di seluruh dunia..Bila dilihat kepada retail outletsnya yang banyak tu, ternyata Kieslect ni merupakan sebuah syarikat yang kukuh dan teguh serta sebuah jenama yang dipercayai.. Tidak hairanlah mereka dapat mengeluarkan smart watch yang sangat hebat seperti Kieslect Lady Calling Watch Lora ini.. Apa yang menarik lagi, kesemua produk Kieslect ini diperakui oleh CE, RoHS, FCC dan UKCA dan ini sekaligus membuktikan bahawa produk mereka mematuhi kualiti standard. Bukan setakat itu sahaja, malah Kieslect juga telah memenangi beberapa siri international design award termasuklah Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award.Kieslect Lady Calling Watch Lora Smart Watch Khas Untuk WanitaDalam dunia serba moden yang serba pantas ini, kita memerlukan produk yang mudah dibawa dan bergaya. So, pemilihan Kieslect Lady Calling Watch Lora ini sangat tepat untuk masyarakat moden pada masa kini.. Mudah dibawa, pelbagai guna dan tampil lebih bergaya.Tertarik dengan reka bentuk yang cantik dari Kieslect, aku tak mampu untuk berkata tidak untuk memiliki smart watch khas untuk wanita Kieslect ini, Kieslect Lady Calling Watch Lora.Didatangkan dalam 3 warna pastel yang cantik iaitu pink, gold dan purple menjadikan aku lebih teruja untuk memilikinya. Aku yakin peminat smart watch pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan Kieslect Lady Calling Watch Lora ini.. Warna pilihan aku seharusnyalah warna purple, warna favourite aku!Apa yang menariknya lagi, Kieslect Lady Calling Watch Lora ni 'double strap' tau.. Strapnya mempunyai 2 warna di mana boleh ditukar mengikut citarasa dan kesesuaian. Bukan itu sahaja, malah Kieslect Lady Calling Watch Lora ini juga stable BT 5.2 calling tau iaitu ianya mempunyai sambungan bluetooth yang sangat stabil membolehkan kita menjawab panggilan telefon tanpa sebarang masalah sepertinya menggunakan telefon yang sebenar.Salah satu daya tarikan Kieslect Lady Calling Watch Lora ni pada aku, ianya 3D fullview colorful display.. Menjadikan smart watch ini lebih digilai oleh para wanita.. Fungsi Kieslect Lady Calling Watch LoraSerius antara smart watch yang aku ada, inilah satu-satunya smart watch yang terpaling banyak fungsi.. Memang berbaloi-baloi sangat beli smart watch ni.. Jom kita tengok fungsi yang ada..1.  Sport ModeKorang boleh try 70 mode sukan seperti running, cycling, skipping, badminton dan banyak lagi...2.  StatusDekat status ni korang boleh check jumlah langkah, jarak dan kalori yang direkodkan3.  SOSNi bukan sos cili tau.. Haha.. Untuk bahagian ni, korang boleh wujudkan nombor SOS untuk saat-saat kecemasan.4.  PhoneBahagian ni berfungsi seperti smart phone.. Boleh buat penggilan terus melalui smart watch ini.. Ia juga merekod sejarah panggilan dan boleh tambah contact..5.  Breath RateBoleh mengukur bacaan terkini pernafasan kita..6.  SleepKalau korang ada masalah tidur, korang boleh try mode ni.. Ia dapat merekod tempoh korang tidur termasuklah jumlah tidur yang berkualiti dan tidur yang tidak lena..7.  Music ControlBagi penggemar muzik mesti jatuh cinta dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora ni.. Boleh mendengar muzik terus dari jam ini dengan hanya on bluetooth di smart phone.8.  Heart Rate MonitoringNak tahu kadar denyutan jantung pun boleh.. Pakai mode ini.. Kadar denyutan jantung direkod dan dipapar selama 24 jam sepanjang hari dan dipantau secara automatik setiap 10 minit..9.  AlarmBoleh juga set alarm dekat smart watch ini.. 8 waktu boleh diset dalam satu masa.. Jam akan bergetar semasa alarm berbunyi.10. WeatherKeadaan cuaca semasa juga dipaparkan pada jam11. BreathTetapkan cara dan masa pernafasan dan ikut arahan latihan untuk melengkapkan latihan pernafasan.12.  Voice AssistantKieslect Lady Calling Watch Lora juga dilengkapi dengan voice assistant.. Banyak lagi tau fungsi Kieslect Lady Calling Watch Lora ni sebenarnya seperti games, watch face, timer, drinking reminder, camera control. password protection flash light dan banyak lagi la.. Nak test emosi pun boleh tau.. hehe..Kenapa Kieslect Lady Calling Watch Lora ini Jadi Pilihan Aku?Aku bab jam tangan ni agak cerewet sikit.. Kalau dulu hanya pakai jam yang cuma boleh lihat masa sahaja tetapi sekarang aku lebih cenderung kepada smart watch.. Termasuk Kieslect Lady Calling Watch Lora ni aku dah ada 3 buah smart watch dan bagi aku Kieslect Lady Calling Watch Lora adalah smart watch terbaik yang pernah aku ada..Apa yang aku suka lagi tentang Kieslect Lady Calling Watch Lora ni selain fungsi-fungsi yang ada, aku suka juga strapnya.. Pertama kali aku pakai jam di mana strapnya jenis quick release magnetic strap.. Sangat mudah dipakai.. Pergelangan tangan pun selesa dan tak sakit.. Oh ya, jam ni didatangkan juga dengan strap cantik yang lebih feminin..Bagi aku Kieslect Lady Calling Watch Lora ni adalah fashion smart watch.. Boleh menjadi pelengkap kepada gaya kita.. Namun begitu jam ini boleh digayakan dalam pelbagai keadaan.. Itu yang paling aku suka.. Tak perlu banyak-banyak jam, cukup hanya Kieslect Lady Calling Watch Lora sahaja boleh digayakan dalam banyak keadaan dan dress up.. Satu lagi watch face boleh tukar-tukar dan boleh juga letak gambar peribadi kita.. Itu yang bestnye Kieslect Lady Calling Watch Lora ni..Dari segi lain, jam ini sangat membantu aku dalam menjalani hidup secara sihat.. Dengan fungsi yang ada, aku boleh tahu tahap kesihatan aku sedikit sebanyak.. Mode sport banyak bantu aku bersenam dengan teratur.. Selain itu, aku tertarik dengan mode sleep.. Teringin untuk tahu tahap kualiti tidur aku.. Cumanya, belum ada masa lagi untuk aku mencuba mode ini dek kerana kesibukan kehipan seharian aku.. Iyalah, bila dah terlalu penat, letak kepala je terus lelap.. Hehe..Selain itu, fungsi phone dan sms juga membuat aku teruja.. Mana taknya, tak perlu nak angkat telefon dah ke telinga, cukup hanya dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora ni pun dah boleh jawab panggilan dan membaca sms.. Music Player pun best juga kerana soundnya high quality..Owh ya, ini first jam yang watch face nya besar yang aku pernah pakai.. Pada mulanya, aku risau juga takut tak sesuai dengan tangan kurus kering aku ni.. Hehe.. Tapi bila pakai, just nice.. Aku suka!! Nampak smart dan elegent gitu.. Warna pun cantik.. Feberet color aku..Eh ada lagi tau yang bestnye tentang smartwatch ni.. Baterinya kalau penggunaan yang heavy boleh tahan 1 hingga 2 hari dan kebiasaannya boleh tahan sehingga 3 ke 5 hari.. lama tu.. Tapi harus diingat ye, jam tangan ini adalah IP68, ia tidak boleh dipakai untuk berenang, mandi atau surfing.. heheKalau korang sejenis yang sukakan jam yang lebih simple tapi tetap nampak hebat bila dipakai, korang boleh try Kieslect Calling Watch KS dan Kieslect Calling Watch Kr Pro yang juga keluaran daripada Kieslect.. Bagi korang yang mempunyai bajet terhad tetapi ingin memiliki smart watch pelbagai fungsi, Kieslect la pilihan tepat korang.. Untuk model KS menawarkan 100 mod sukan manakala model Lora pula menawarkan 70 mod sukan.. Jam tangan ni bukan sahaja untuk sukan tau tapi ia juga boleh digunakan sebagai calling watch, dengan sambungan Bluetooth 5.2 yang stabil dan sambungan yang lebih kuat daripada jam tangan jenama lain.Pembesar suara dan microfon jam tangan ni pun kualiti bunyinya sangat baik dengan natural sound yang jelas.. Bukan tu je, nak receive dan reject call pun mudah even nak buat call juga mudah.. So, bagi aku untuk memiliki smart watch pada harga yang mampu milik dengan fungsi yang pelbagai, inilah pilihan tepat korang.. Kieslect Lady Calling Watch Lora Warranty 1 TahunSetiap barang yang kita beli, sudah pastinya kita mengharapkan ada warranty sebagai jaminan kerosakan barang yang kita beli tu.. Betul tak? Bagi smart watch Kieslect ini korang jangan risau, mereka menawarkan 2 tahun warranty bagi setiap pembelian smart watch mereka.. Jaminan dengan gantian tau.. Sekiranya berlaku kerosakan dalam tempoh 1 tahun pembelian, korang boleh menukar barang yang rosak itu dengan barang yang baru tetapi tidak termasuk aksesori tau serta kerosakan yang sengaja di buat.. Hehe..Dapatkan Kieslect Lady Calling Watch Lora Dengan Harga Lebih Berbaloi-Baloi!Ok, berita baik buat korang pembaca blog aku.. Dapatkan Kieslect Calling Smart Watch ini dengan harga yang lebih berbaloi-baloi.. Bagaimana caranya? Haaa korang boleh guna kod voucher di bawah ini untuk mendapatkan diskaun..Kieslect Lady Calling Watch LoraKod Voucher RM 5  👉  KIESLORAKieslect Calling Watch KsKod Voucher RM 10  👉  KIESKSSebarang pembelian boleh dibuat melalui platform Shopeehttps://shopee.com.my/kieslect.osInfo lanjut, korang boleh terjah 👇Facebookhttps://www.facebook.com/Kieslect.MYInstagramhttps://www.instagram.com/kieslect_malaysia/Twitterhttps://www.twitter.com/KieslectMYLemon8https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQRTiktokhttps://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia
https://www.leaazleeya.com/2018/02/berry-bright-eye-nourishing-drink.html
Berry Bright Eye Nourishing Drink Supplemen Untuk Kesihatan Mata Dan Penglihatan
Berry Bright Eye Nourishing Drink Supplemen Untuk Kesihatan Mata Dan Penglihatan  |  Sejak kebelakangan ni mata aku sering terasa letih, kering dan tak selesa.. Lebih memburukkan lagi sampai kelihatan lingkaran hitam disekeliling mata.. Ini mungkin disebabkan aku terlalu lama mengadap skrin komputer.. Mana tak nya kerjaya aku sekarang ni memang memerlukan aku mengadap skrin komputer sepanjang hari bagi menyiapkan segala tugasan hakiki.. Tambahan pula, kini aku menjadikan dunia blogging sebagai kerjaya sampingan aku yang juga memerlukan aku menghabiskan masa yang panjang di hadapan skrin komputer.. Nak tak nak terpaksalah aku hadap jugak kan.. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, aku telah mencuba satu produk kesihatan mata iaitu Berry Bright Eye Nourishing Drink Supplemen Untuk Kesihatan Mata Dan Penglihatan.. Bagus tau produk ni.. Meh aku cerita... Apa itu Berry Bright Eye Nourishing Drink Sebelum tu aku nak cerita yang sebenarnya produk ni kawan aku yang perkenalkan kepada aku sebab aku selalu sangat mengeluh tentang masalah mata aku ni.. Jadi, dia cadangkan supaya aku cuba Berry Bright ni sebab katanya produk ni sangat bagus untuk kesihatan mata.. Dan dengan pantasnya aku grab produk ini untuk dicuba.. Hehe.. Ok, jom aku cerita serba sedikit tentang produk mata ini ye.. Berry Bright merupakan supplemen mata yang berasaskan bahan semulajadi yang dilengkapi dengan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan serta penglihatan mata.. Antara bahan-bahan utama yang terkandung didalamnya ialah :- 1.  NZ Antosianin Blackcurrant Melegakan keletihan mata dan mengurangan lingkaran hitam pada mata Merangsang regenerasi rodopsin (sel mata) untuk meningkatkan penglihatan 2.  Ekstrak Eyebright Herba Eropah yang digunakan sebagai ubat mata secara tradisional Digunakan untuk merawat penyakit mata dan membantu melegakan mata kering 3.  Ekstrak Marigold Sumber yang kaya dengan beta-karoten, lutein dan zeaxanthin Melindungi retina mata dan melindungi mata daripada sinaran biru yang berbahaya 4.  Vitamin C Antioksidan larut air Melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas Meningkatkan vaskulariti mata serta kerengsaan dan keletihan mata 5.  Ekstrak Billberi Eropah Kaya dengan antioksidan seperti antosianin dan Flavonoid Menguatkan kapilari darah mata dan melancarkan peredaran darah 6.  Stevia Pemanis tanpa kalori yang 100% semula jadi Terbukti selamat untuk pengidap kencing manis Khasiat Berry Bright Eye Nourishing Drink Tak dinafikan di pasaran sekarang banyak supplemen untuk kesihatan mata ada di jual.. Dari pelbagai jenama dan diperbuat dari pelbagai bahan utama.. Jadi, sebelum membeli kena semak dulu detail pembuatannya agar tak tertipu dan tak terkandung badan yang berbahaya.. Jadi, kalau korang ada masalah mata letih, kering dan tak selesa macam aku ni, bolehlah cuba produk Berry Bright ni sebabnya produk ni diperbuat daripada sumber asli dan tiada bahan kimia berbahaya.. Selamat digunakan.. Antara kebaikan lain yang ada pada Berry Bright ini adalah :- 1.  Meningkatkan Kesihatan Mata dan Penglihatan Produk ini mengandungi empat jenis antosianin yang unik dalam Beri Cassis (Blackcurrant) yang  telah terbukti secara klinikal mampu meningkatkan penjanaan semula sel mata, meningkatkan kelembapan mata serta meningkatkan tahap penglihatan..  2.  Tinggi Kandungan Antioksidan Kalau korang nak tahu, Blackcurrant New Zealand yang terkandung dalam Berry Bright ni mengandungi 4 kali ganda antosianin berbanding Blueberry Amerika Utara, 25 kali ganda Vitamin C berbanding Billberry Eropah dan 2 kali ganda kandungan antioksidan berbanding Blueberry Amerika Utara..  3.  Melindungi Mata Daripada Sinaran Biru Yang Berbahaya Berry Bright mengandungi Lutein dan Zeaxanthin serta Karatenoid yang berfungsi sebagai antioksida dan mampu melindungi retina daripada sinaran biru yang berbahaya yang datang daripada telefon pintar, tv, komputer dan lain-lain yang boleh menyebabkan kerosakan dan mempercepatkan proses penuaan mata. 4.  Mengurangkan Pembentukan Lingkaran Hitam Bawah Mata Berry Bright ini diformulasi untuk meningkatkan peredaran darah (peredaran mikro) dengan menyingkirkan toksin, mengurangkan pembentukan lingkaran hitam bawah mata dan memberikan penglihatan yang lebih segar dan jelas. Siapa Yang Boleh Minum Berry Bright Eye Nourishing Drink? Ok, kalau korang nak tahu Berry Bright ni boleh diambil oleh semua golongan bermula dari kanak-kanak yang berumur 3 tahun dan ke atas.. Haaa kanak-kanak pun boleh ambil tau.. Ini bermakna, produk ini memang selamat diamalkan.. Produk ini juga telah mendapat sijil Halal dari JAKIM Malaysia.. So, korang tak perlu risau akan status halalnya kerana telah terbukti HALAL.. Hiks.. Berry Bright ini sangat disyorkan dan sesuai bagi korang yang :- Menggunakan contact lens Berhadapan dengan skrin komputer, smartphone atau tv dalam jangka masa yang panjang  Mata yang kering dan letih Memandu untuk jangka masa yang panjang Membaca untuk jangka masa yang panjang Pendedahan yang berpanjang terhadap cahaya matahari Kemerosotan tahap penglihatan Rabun malam Sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari umur 3 tahun dan keatas 2 Perisa Berry Bright Eye Nourishing Drink Yang sedap Berry Bright ini didatangkan dalam 2 jenis perisa iaitu Berry Bright Original dan Berry Bright Stevia.. Mesti korang tertanya-tanya apa keistimewaan kedua-dua jenis Berry Bright ni kan.. Meh aku terangkan satu persatu pada korang semua.. Berry Bright Original Berry Bright Original ni mengandungi fruktosa semulajadi dan kandungan gulanya adalah bersamaan dengan setengah biji epal.. Untuk setiap hidangan Berry Bright Original ni mengandungi 38 kalori bagi setiap hidangan dan sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari umur 3 tahun dan keatas.. Berry Bright Stevia Bagi Berry Bright Stevia pula, ofkos tidak mengandungi gula tambahan kerana menggunakan stevia yang berasaskan tumbuhan sebagai pemanis.. Setiap hidangannya mengandungi 31 kalori dan diperkaya dengan antosianin Billberry Eropah dan Berry Campuran.. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari umur 3 tahun dan keatas.. Berry Bright Stevia ini sangat disyorkan untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula dan pesakit kencing manis.. Di dalam setiap kotak Berry Bright ini mengandungi 10 sachet dan setiap sachet dapat memberikan faedah yang sama dengan memakan 100 buah blackcurrant.. Korang kena tahu bahawa Berry Bright ini sangat tinggi kandungan Vitamin C iaitu setiap sachet mengandungi 500mg Vitamin C bersamaan 10 biji buah oren.. Perghhh terbaik!! Yang bagusnya lagi tentang Berry Bright ni, ianya tiada bahan pengawet dan tanpa pewarna tiruan serta sangat sesuai bagi korang yang Vegetarian.. Paling penting HALAL!! hehe Cara Penyediaan Berry Bright Eye Nourishing Drink Orite, aku ajar korang tentang cara penyediaannya pula ye.. Untuk cadangan penggunaan Berry Bright bagi penjagaan umum adalah korang boleh mengambilnya 1 hingga 2 sachet sehari.. Sebelum makan.. Manakala bagi pesakit yang mempunyai penyakit mata serius adalah 2 hingga 4 sachet sehari.. Cara Penyediaan Yang Simple Sediakan 150ml air pada suhu bilik atau sejuk.. Aku lebih suka air sejuk.. Sedapppp!! Tambah 1 sachet Berry Bright Kacau dan minum segera bagi mengelakkan pengoksidaan.. Kenapa Perlu Cuba Berry Bright Eye Nourishing Drink Kenapa korang perlu cuba Berry Bright ni? Korang perlu cuba sebab produk ni telah memenangi beberapa anugerah.. Antaranya ialah :- Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017, anjuran bersama Sinchew Daily and Life Magazines, disokong/disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan memenangi kategori "Makanan Kesihatan"(Health Food) Natural Health Reader's Choise Award 2017, 2015, 2014 dengan memenangi kategori "Supplemen Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik" (Best Natural Eye Care Supplement)  Long Life Health & Beauty Awards 2015 & 2014 dengan memenangi kategori "Penjagaan Mata" (Eye Care). Feedback Aku Selepas Seminggu Amalkan Berry Bright Orite, kat sini aku nak kongsikan jugak feedback dari aku sendiri selepas seminggu mengamalkan Berry Bright ni.. Kiranya testimoni dari aku la kan.. Hehehe.. Ini bukan omongan kosong tau, selepas seminggu aku amalkan Berry Bright ni, aku dapat rasakan yang mata aku dah kurang letih macam sebelum ni walaupun aku mengadap komputer 24 jam.. Penglihatan pun semakin fokus dan paling best mata kembali selesa dan tak kering lagi macam sebelum ni.. Oh ya, satu lagi yang aku perasan, lingkaran gelap bawah mata aku ni dah berkurangan.. Walaupun tak sepenuhnya, sekurang-kurangnya nampak lah sikit perubahannya.. Seronok gile kot.. Jadi, lepas ni aku kena lebih konsisten mengambil Berry Bright ni supaya mata aku sentiasa sihat dan bersinar... Paling penting dapat mencegah masalah rabun dari awal.. Almaklumlah, umur pun semakin meningkat risau juga masalah rabun membelenggu penglihatan aku nanti.. So, baik kita cuba cegah dari awal.. Tapi perlulah konsisten..  Dapatkan Berry Bright Eye Nourishing Drink Untuk Mata Sihat dan Bersinar Dapatkan sekarang Berry Bright Eye Nourishing Drink hari ini untuk penjagaan kesihatan mata dan penglihatan korang agar lebih sihat dan bersinar.. Jika korang ingin dapatkan produk Berry Bright Eye Nourishing Drink ini, korang boleh membelinya secara online atau boleh juga didapati di farmasi seluruh Malaysia.. Harga Berry Bright Eye Nourishing Drink Original RM 44.90 Berry Bright Eye Nourishing Drink Stevia RM 49.90 Berita baik buat semua follower Blog Lea Azleeya...  Bagi yang ingin membeli produk ni, korang boleh gunakan kod diskaun yang akan aku berikan di bawah nanti untuk mendapatkan diskaun sebanyak 15% bagi pembelian Berry Bright terpilih dengan membuat pembelian melalui website sahaja iaitu di https://euryka.my/collections/influencer-campaign ... Kod diskaun ini sah sehingga 15 Mac 2018 sahaja ye.. Jadi, cepat-cepat buat pembelian sebelum terlambat.. Kod Diskaun leaazleeyadc01 Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :- Website https://euryka.my/collections/influencer-campaign Facebook http://www.facebook.com/berrybrightmy Instagram https://www.instagram.com/berrybrightmy/
https://www.leaazleeya.com/2016/06/hari-ke-8-puasa.html
Hari Ke-8 Puasa
Hari Ke-8 Puasa | Tup tap tup tap dah hari ke-8 puasa yek.. Sekejap je masa berlalu.... Kang tetiba dah raya... huhu.. Cam biasa sabtu ahad aku memang bercuti berblog... Insyaallah sikit masa lagi bolehla berblog di hari cuti dengan lebih selesa..  Korang camne?? Puasa penuh atau dah terbabas tinggal puasa... hehe..  Aku dua tiga hari ni alhamdulillah rezeki banyak sangat.. Melimpah ruah.. Ada aje undangan untuk berbuka puasa... Syukur sangat... Macam-macam menu dah masuk kedalam perut ni time berbuka.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah... Terima kasih kepada yang sudi menjemput kami sekeluarga... hiks.. Hari ni tataw lagik plan masak ape.. Semalam sebenarnya dah siap-siap masak.. Then ada pulak call masuk jemput berbuka puasa di rumahnya.. Huhu.. Untuk tak menghampakan orang, aku terima undangan tu.. Lauk yang aku dah masak tu, buat bersahur aje la..  Puasa tahun ni meriah sikit.. Meriah dengan undangan berbuka.... hehe.. 
https://www.leaazleeya.com/2016/09/positif-pagi.html
Positif Pagi
Assalamualaikum wbt.. Moga diri ini terus tabah menghadapi hari-hari mendatang..!!
https://www.leaazleeya.com/2018/05/akarco-skin-polisher-arang-2-in-1.html
Akar.co Skin Polisher Arang 2 In 1 | Rahsia Kulit Wajah Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi
Rahsia Kulit Wajah Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi  |  Kulit muka ni selagi tak clear dari sebarang masalah selagi itulah dok usaha mencari apa saja tips dan cara bagaimana nak jadikan kulit muka licin dan gebu.. Betul tak? Samalah macam aku ni.. Ada sahaja masalah yang timbul di muka ni.. Ada kalanya jerawat bertandang.. Ada kalanya minyak melimpah.. Haha!! Ada juga kadang kalanya, muka nampak kasar dan berpasir.. Parut jerawat tak yah cakap la, walaupun tak banyak tetap jugak ada... Itu dulu la.. Sekarang tak lagi sebab aku dah jumpa rahsianya.. Rahsia kulit wajah glowing dan flawless secara semulajadi.. Apakah?? Rahsianya aku guna Akar.co Skin Polisher Arang 2 In 1.. Apa tu? Haa jom aku story kat korang semua.. Apa itu Akar.co Skin Polisher Arang 2 In 1? Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ini merupakah produk organik yang selamat digunakan dan memberi kesan segera secara semulajadi.. Ia dirumuskan dari 6 bahan semulajadi seperti Activated Charcoal, Jojoba Oil, Peppermint Oil, Coconut Oil, Argan Oil dan Aloe Vera.. Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ini juga tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Paraben, Synthetic Oil, Mercury, Hydroquione, Mineral Oil dan Harmful Chemicals.. Jadi, ianya selamat digunakan oleh semua golongan dari kanak-kanak sehinggalah dewasa... Bila nak menggunakan sesuatu produk tu, perkara pertama yang perlu kita pastikan adalah status Halalnya.. Betul tak? Halal ke Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni? Haaa korang tak perlu bimbang kerana produk ini telah mendapatkan status HALAL dari JAKIM.. Jadi, boleh gunakannya tanpa was-was ye!! Dan satu lagi yang perlu korang tahu, produk ini telah mendapat kelulusan daripada KKM (NOTT171101075K)... Manfaat Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 Diberi nama Skin Polisher Arang 2in1... Bila dah tertera 2in1, mestilah ada 2 kegunaanya dalam satu produk kan.. Apakah? Yessss, Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni berfungsi sebagai skrub dan juga mask.. Gile bagus!! Tak payah dah nak beli 2 produk untuk tujuan berbeza lagi lepas ni.. Hanya beli Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni aje dah dapat 2 fungsi dalam satu produk.. Selain mampu membuatkan wajah flawless dan lembut, ada beberapa lagi manfaat Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni yang perlu korang tahu.. Jom check!! Merawat dan menghapuskan jerawat Menyahtoksinkan kulit Mencerahkan kulit Menyeimbangkan kulit berminyak Membuang sel kulit mati (Exfoliates) Menghapuskan bintik hitam Menghilangkan parut jerawat dan blemishes Anti penuaan Banyakkan manfaatnya.. Eh kejap!! Korang nak tahu tak yang Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni boleh memberi manfaat jangka masa panjang pada korang tau kalau korang menggunakannya secara konsisten? Nak tahu? Meh aku habaq kat korang apakah Long Term Benefits yang korang akan dapat bila guna Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni.. Antaranya :- Kulit menjadi sihat dan bersih Kulit cerah dan berseri Kulit menjadi lebih lembut Anti penuaan Kulit sentiasa flawless dan glowing Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 Memberikan Kesan Segera!! Nak tahu kenapa aku suka sangat dengan Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni? Hehe.. Sebabnya produk ni boleh memberikan kesan yang segera dan serta merta selepas cuci muka... Haaa ajaibkan.. Jangan tak tahu ye, ini bukan produk biasa-biasa tetapi ini produk yang luar biasa.. Produk magic uolls!! Lepas pakai dah boleh nampak kesannya.. Korang jangan terkejut, lepas cuci muka, korang akan nampak kesan ini... Kulit akan berasa lebih lembut Toksin akan hilang dari kulit Kulit menjadi glowing Kulit akan lebih bersinar dan bersih Liang-liang pori juga bersih  Mengurangkan kulit berminyak Cara Guna Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni ofkoslah berwarna hitam sebab diperbuat daripada Arang dan teksturnye pula adalah seperti skrub.. Cara nak gunanya mudah aje.. Oh ye, kalau korang nak tahu, Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni bukan sahaja boleh digunakan pada muka tetapi boleh juga digunakan pada badan juga.. Nak badan putih gebu, bolehlah sental dengan Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni.. Hehe.. Orite, jom aku ajarkan cara nak guna Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni.. Apply Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ke seluruh muka dengan rata Biarkan selama 1 - 3 minit sebagai mask Selepas itu, urut perlahan-lahan dalam gerakan membulat Bilas muka sehingga bersih dan lap dengan tuala Apa Kata Aku Selepas Guna Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1? Ok, seriously aku memang suka dan dah jatuh cinta dengan keajaiban yang dibawa oleh Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni.. First, aku sukakan baunya..... Mula-mula aku ingat baunya tak menyenangkan sebab diperbuat daripada arang kan... Tetapi sangkaan aku meleset sama sekali sebab baunya best ada haruman peppermint yang menyegarkan.. Bila dah ada peppermint kat dalamnya, masa apply dekat muka ofkoslah muka rasa berangin jerk.. Best gile!! Nyaman jerk rasa macam letak muka depan aircond.. Haha!! Time cuci pulak, dah kene air tu mulalah muka rasa sejuk dan segar.. Perghhh memang best!! Lepas ni aku dah tak perlu skrub muka lain sebab dengan Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni pun dah cukup untuk membuang segala sel kulit mati dekat muka aku.. Muka lebih bersih selepas menggunakannya.. Bukan tu aje, paling best muka terus aje nampak flawless dan glowing.. Dapatkan Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 Untuk Rahsia Kulit Wajah Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi Aku dah cuba, korang tak teringin ke? Haa kalau korang nak kulit wajah yang glowing dan flawless secara semulajadi tanpa berbelanja besar, bolehlah cuba rahsia yang aku kongsikan ini.. Dengan Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ini, korang mampu mengubahnya.. Hehe.. Macam iklan tv pulak kan.. Haha!! Orite, harga untuk satu bekas Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 (100gm) ni tak lah mahal mana jika dibandingkan dengan bermacam produk yang terpaksa korang beli untuk mendapatkan fungsi 2 in 1 macam Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni.. Kata orang, masih lagi harga mampu milik setanding dengan manfaat yang ada padanya.. Berapakah harganya? Harga  Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 (100gm) RM 85 sahaja!! Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :- Website https://akarco.com/ Instagram https://www.instagram.com/akar.co/ Facebook https://www.facebook.com/Akarco-Natural-1856037044724617/
https://www.leaazleeya.com/2021/10/games-online-free-tak-perlu-download-di-solitaire-org.html
Teringat Zaman Dulu-Dulu Bila Main Games Online Free Tak Perlu Download Di Solitaire.org
Teringat Zaman Dulu-Dulu Bila Main Games Online Free Tak Perlu Download Di Solitaire.org  |  Hi Korang.. Lama betul tak main games.. Sekali sekala mengadap games best juga.. Release tensen bekerja.. Games yang aku layan ni bukan games zaman sekarang tau tapi games legend yang femes zaman aku dulu.. Korang yang seangkatan dengan aku mesti ingat game Solitaire kan.. Tipu la kalau korang tak ingat.. Haha.. Kalau dulu-dulu zaman muda remaja dulu aku suka sangat main game Solitaire ni.. Pantang bukak PC, mesti on game Solitaire dulu.. Yelah, zaman aku dulu hanya ada games Solitaire je. Tak macam zaman sekarang.. Dah macam-macam games ada..Lagi pun anak-anak zaman sekarang dah terdedah dengan pelbagai alatan canggih seperti telefon pintar, tablet, laptop dan sebagainya yang menyajikan pelbagai jenis games online.. Ada yang free dan ada juga yang berbayar.. Time aku dulu, hanya ada komputer sahaja.. Sebab tulah, game Solitaire ni agak femes zaman aku dulu kerana game ni dah tersedia dalam PC komputer tak perlu download... Berbanding dengan games yang ada sekarang, aku tetap memilih game Solitaire ni.. Bukan apa, games yang ada sekarang terlalu advance guys.. Tak sempat untuk aku hadam satu persatu.. So, bila nak hilangkan penat bekerja, aku akan on dengan game Solitaire ini..Di Solitaire.org Ada Pelbagai Jenis Games Online Free Yang LainNampaknya sekarang aku dah ada tempat untuk release tensen aku iaitu di Solitaire.org.. Kalau dulu aku cuma main game Solitaire di PC komputer, sekarang aku dah boleh main pelbagai jenis games online free di Solitaire.org.. Yang penting tak perlu download, boleh terus main je di laman web tu.. Games feberet aku pun ada guys.. OMG!! Best gileeeee... Aku dah cuba beberapa jenis games yang ada di Solitaire.org ni.. Serius guys, memang teringat sangat zaman-zaman dulu.. Bak kata orang memang mengimbau kenangan betul la.. Banyak games yang memang menjadi feberet aku dulu-dulu.. Now, aku boleh main lagi tanpa perlu susah payah nak download bagai.. Sekarang boleh terus main secara online je.. Memang terbaiklah laman web Solitaire.org ni.. Antara games yang ada di Solitaire.org ni :-Card GamesHidden Object GamesConnect 3 GamesMahjong GamesOther Fun Online GamesDalam setiap kategori games di Solitaire.org ni, ada beberapa games yang aku suka sangat main zaman dulu-dulu sehinggalah sekarang ni tetap menjadi pilihan aku.. Nak tau games ape, jom aku cerita..1. Card GamesDalam Cards Game ni ada 16 jenis games semuanya.. Aku dah try tapi agak sukar juga untuk menghabiskannya.. Haha.. Almaklumlah dulu main Solitaire Classic jerk.. Untuk yang ini dia lebih kepada permainan secara berkumpulan.. Maksudnya kita bermain games ni dengan orang lain juga walaupun ianya hanya setting dalam talian sahaja.. Agak mencabar setiap satu games yang ada dalam Cards Game ni.. Aku masih terkial-kial lagi untuk faham cara permainannya.. Haha.. Apa-apa pun Solitaire Classic tetap menjadi pilihan aku sebab dah expert kan.. Haha..2. Hidden Object GamesInilah games yang selalu aku main dulu-dulu dekat pejabat time lunch hour.. Aku tak tahu sebenarnya tentang kewujudan games ni dulu.. Kawan pejabat aku la yang perkenalkan dekat aku.. Sejak dari itulah aku jatuh minat dengan games ni kerana games ni dapat menguji kecekapan penglihatan dan fokus kita.. Agak mencabar juga la.. Hehe..Ok, dalam Hidden Object Games ni ada 8 jenis games kesemuanya.. First bukak kategori ni, aku terus klik Garden Secrets Hidden Object sebabnya aku suka pemandangannya.. Games ni memang memerlukan fokus yang tinggi.. Ada kala aku sendiri tak jumpa apa yang di cari.. Walau apa pun, games ni agak mudah bagi aku dan aku dapat menyelesaikan kesemua level.. Nampak tak betapa berlagaknya aku.. Haha!! 3. Connect 3 GamesOk, ini adalah antara kategori yang paling aku suka dan menjadi pilihan aku dalam Solitaire.org ni.. Dalam Connect 3 Games ni ada 4 jenis games yang boleh korang pilih antaranya Candy House, Treasures of Atlantis, Zuma Ball dan Zuma Legend.. Pilihan aku ofkoslah Zuma games.. Serius games ni memang paling aku suka dulu.. Main tembak-tembak.. Seronok gile..Rasanya semua orang tau kot game ni.. Memang teruja sangat main game ni.. Zuma game ni menguji kepantasan minda dan taktikal kita. Kalau dah on dengan game ni memang tekun habislah.. Sampaikan kawan panggil pun dah tak dengar.. Haha.. Paling seronok bila dapat hilangkan bola itu banyak-banyak, puas hati sangat. Cara nak main dia mudah je.. Korang hanya perlu shoot je bola tu dibahagian warna yang sama dan pastikan sekurangnya 3 biji bola sama warna disusun, kemudian rantaian bola yang sama tadi akan terhapus... Paling mendebarkan bila rantaian bola tu hampir ke garisan penamat.. Perghh dia punya struggle nak habiskan, memang dasyat la.. 4. Mahjong GamesIni satu lagi games yang menjadi feberet aku dulu-dulu.. Mahjong Games.. Dalam kategori ni ada 18 games kesemuanya.. Banyak gile pilihan ni.. Yang menjadi pilihan aku adalah Mahjong Solitaire kerana ianya lebih mudah.. Haha.. Asyik nak yang mudah je kan.. Kiki.. Mudah tak mudah juga sebenarnya kerana Mahjong Solitaire ni kita kena padankan mahjong yang sama gambarnya.. Lagi mencabar bila ia berlapis-lapis dan kita perlu mencari yang sama.. Games ni perlukan fokus yang tinggi untuk selesaikannya.. Walaupun begitu, ianya sangat menyeronokkan bagi aku.. Lebih mudah disebelah kanan game ni ada dipaparkan skor dan juga baki pair yang tinggal.. Jadi, senang la nak tau kan.. Nak mudah lagi korang boleh shuffle game ni sekiranya korang tak dapat nak cari padanan yang sesuai.. Macam aku sebelum ni dah pernah main game mahjong ni.. So, tak de masalah sangat untuk faham cara permainannya.. Bagi korang yang belum pernah bermain game ni, tak perlu risau kerana setiap game ada diberi guidelinenya.. So, boleh ikut sahaja cara yang diajar.. Kalau dulu aku main game mahjong ni gambar dia hanya berwarna hijau, di Solitaire.org ni, mahjongnya berwarna warni gambarnya.. Jadi lebih excited dan menyeronokkan..5. Other Fun Online GamesAda lagi games lain di Solitaire.org ni tau iaitu Cookie Monster, Daily Word Search, Letter Scramble dan Tennis.. Ok, dalam 4 games ni aku suka game Cookie Monster dan juga Daily Word Search.. Cookie Monster ni ala-ala game Pac Man tau.. Memang seronok la main game ni.. Ada elemen adventure bila kita main game ni. Kena cepat buat keputusan, kalau tidak monster akan makan kita. Dalam game ni dia bagi kita tiga nyawa. Pandai-pandailah kita nak jaga 3 nyawa yang ada tu.. Silap percaturan habis melayang kesemua nyawa yang ada di makan monster.. Haha..Satu lagi game Daily Word Search.. Ini juga antara game yang aku suka. Sebab game ini menguji minda, pengetahuan dan kecekapan mata kita untuk mencari perkataan yang dicari. Nampak macam mudah, tetapi naik juling jugalah mata ni nak mencarinya. Ada perkataan yang menegak, ada ke tepi, ada pula ke bawah, tak kurang juga yang menyilang. Berpusing biji mata ini nak mencarinya. Yang pastinya ia tetap menyeronokkan..Game di Solitaire.org Tak Perlu Download dan Boleh Main Di Telefon Pintar!Ok, macam yang aku ceritakan pada awalnya tadi, kalau dulu game Solitaire ni aku hanya boleh main dekat PC komputer sahaja kan.. Sekarang tak lagi kerana korang boleh on game di Solitaire.org ni di telefon pintar korang juga.. So, sekarang dah boleh main game Solitaire di mana-mana sahaja korang berada.. Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu buka website solitaire.org di telefon pintar korang dan terus boleh main games kegemaran korang.. Yang penting korang ada rangkaian internet.. Haha.. Nama lagi online games guys, kenalah ada rangkaian internet.. Owh ya, kalau korang nak tahu game yang ada di Solitaire.org ni tak perlu download tau.. Korang boleh terus main di websitenya secara percuma.. Satu lagi yang paling bestnya, bermain games di Solitaire.org ni tiada gangguan iklan yang boleh merencatkan mood kita time main game.. Serius, sangat selesa onz game dekat Solitaire.org ni kerana tiada langsung gangguan iklan yang selalunya ada di kebanyakan free online games.. Itu yang bestnya bermain games di Solitaire.org ni..Bermain Game Sambil Menguji Minda dan FokusBagi aku, bermain game ni bukanlah sesuatu yang membuang masa jika kena pada pilihannya.. Kebanyakan game yang ada di Solitaire.org ni dapat menguji kecekapan minda dan fokus kita.. Banyak game di sini memerlukan kita menggunakan keringat otak kita untuk memikirkan strategi untuk menamatkan game dengan jayanya.. Game juga salah satu cara kita release tensen.. Bila otak terlalu tepu dengan bebanan kerja, apa salahnya kita ambil masa sekejap untuk releasekannya.. Betul tak?Walaubagaimanapun, kenalah main masa yang betul-betul terluang dan sesuai.. Jangan pula time kerja banyak dan urgent, korang nak hadap game lak 24 jam sehinggakan kerja terabai.. Time rehat, bolehlah onz game sekejap untuk release tensen.. Hehe.. Timing pun kene betul guys.. Apa-apa pun inilah cara aku untuk hilangkan stress aku.. Bukan aku saje yang suka dengan game di Solitaire.org ni tapi anak-anak aku juga dah berjangkit sekali.. Haha.. Bagi aku ada juga games yang sesuai untuk mereka seperti Hidden Object, Zuma dan Cookie Monster.. So, bolehlah layan game di Solitaire ni dengan anak-anak pula lepas ni.. So, bagi korang yang nak cuba bolehlah ke laman web Solitaire.org ni.. Banyak tau games yang best-best... Rugi tak cuba.. Buat kaki games di luar sana, jom la try.. Tak kene bayar pun guys.. Free je dan paling nice tak perlu download.. 
https://www.leaazleeya.com/2016/08/300-follower.html
300 Follower
Assalamualaikum wbt.. 300 Follower  |  Alhamdulillah, follower blog aku dah mencecah 300 follower.. Hoisss sangatlah susah ye untuk meningkatkan jumlah follower blog ni.. Mengambil masa yang agak panjang.. hehe.. Mungkin aku ni agak malas kowt untuk up entry yang bagus-bagus, sebab tu tak ramai yang nak follow blog aku ni yek.. Agaknya laa.. Aku tengok blog kengkawan yang lain semuanya ohsemm follower.. Ada yang dah cecah puluhan ribu.. Bestnyeee.. hehe.. Mungkin lepas ni aku kene lebih rajin meng-up entry yang boleh menarik minat pembaca blog.. Ahakz.. Kengkonon jerk aku ni.. Angat-angat tahi ayam kata orang.. Haha!! Apa-apa pown, aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kat follower blog aku kerana kesudian mereka untuk follow blog aku yang tak seberapa ni.. Korang memang ohsemness..!! Aku sayang korang.. Muaxxx cikebooomm...!! Senang-senang aku BW blog korang ekk.. insyaallah... :)
https://www.leaazleeya.com/2015/07/lama-ku-tinggalkan.html
Lama Ku Tinggalkan...
Assalamualaikum wbt.. Huii tajuk post sangatlah syahdu... Tapi cerita sebenooo nye tak de la sesyahdu mane pown.. Yang bebenooo nye, tajuk tu pasai aku dah lama tak menjenguk blog ni.. dah lama sangat dok tinggal blog ni.. Almaklumla tak berapa nak ada masa dah sekarang ni nak bersenang lenang mengadap blog.. huhuhu.. Rindu gak nak kat blog member-member yang dah lama tidak dilawati... Tengok la ada masa aku p la singgah beraya kat blog kawan-kawanku.. kikiki.. tahun 2009/1430h tu sila abaikan ye..!! Dikesempatan ni jugak aku nak ucapkan selaMat haRi raYa buat semua kawan-kawan.. maaf ye andai ada salah silap dan terkasar bahasa ku ini.. cewahh..
https://www.leaazleeya.com/2016/11/review-novel-andai-itu-takdirnya-2.html
Review Novel | Andai Itu Takdirnya 2
Assalamualaikum wbt.. Review Novel | Andai Itu Takdirnya 2  |  Alhamdulillah.... Selesai jugak akhirnya aku menghabiskan novel Andai Itu Takdirnya 2 ini.. Setelah sekian lama aku berusaha untuk habiskan pembacaannya.. Hehe.. Ketebalan novel ni boleh tahan jugak iaitu 921 muka surat.. Tebal gile kowt.. Kalau dulu novel setebal ni aku boleh baca cuma dalam masa 2 @ 3 hari, tetapi sekarang aku tak punya masa yang terluang untuk mengadap novel 24 jam.. Dengan kekangan tugas hakiki di pejabat, tugas sebagai isteri, tugas sebagai ummi dan tugas sebagai blogger.. Huhu.. Gile ko, bila masa aku ada masa untuk menelaah novel-novel ni.. Pulak tu novel tebal camni..  Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskannya, aku tetap bertabah kerana aku tahu kalau novel karya Siti Rosmizah mesti best punye dan tak mengecewakan jalan ceritanya..  Sebelum ni aku dah pernah baca novel Andai Itu Takdirnya dan kesannya pada aku adalah aku membaca sambil menitiskan air mata... Gile sedih..!! Jalan cerita yang digarab dalam novel ni bagi novel pertama dahulu sangat terkesan dan sangatlah sedih.. Sebab itu lah aku bertabah hati dengan membeli novel ni untuk aku hadam kisah disebalik novel kedua ni... Untuk novel Andai Itu Takdirnya 2 ni, ceritanya lagi sedih daripada yang pertama dulu.. Sampai teresak-esak aku menangis.. Bila fikir balik, ehh novel je kowt.. Haha.. Rasa nak sepak-sepak diri sendiri.. Hehe!! Tapi serius weh, novel ni sangatlah sedih.. Jalan ceritanya sangatlah hidup.. Seolah-olah aku yang berada di tempat Aleya itewww!! Ahakz.. Meh la aku cite sikit kat korang jalan cerita novel ni.. Tapi sikit-sikit aje la ye.. Panjang kowt kalau cite semua.. Huhi.. Sambungan daripada novel yang lepas, Syed Aizril dan Aleya telah kembali hidup bahagia bersama anak-anak setelah pelbagai ujian dan badai mereka lalui.. Setelah 8 tahun mereka melayari bahtera berumah tangga dengan indah dan manisnya, mereka sekali lagi di uji dengan dugaan yang berat untuk mereka galas... Syed Aizril telah melabur jutaan ringgit dalam saham emas yang didalangi oleh Faizal iaitu musuhnya sendiri.. Faizal adalah bekas kakitangan syarikat miliknya dulu dimana dia telah dipenjarakan kerana pecah amanah.. Sejak itu, faizal menyimpan dendam terhadap Syed Aizril dan Aleya dan berjanji akan memusnahkan hidup mereka.. Bermulalah dugaan dalam hubungan Syed Aizril dan Aleya.. Perniagaan Syed Aizril jatuh kerana wang syarikat telah habis digunakan untuk melabur.. Sehinggalah perkara ini sampai ke pengetahuan papanya... Papanya terlalu marah dan menyebabkan ego Syed Aizril tercabar lalu dia keluar daripada rumah itu untuk membuktikan yang dia boleh berdikari dan membayar balik hutang syarikat tersebut tanpa bantuan papanya.. Ego gile ko yek Syed Aizril.. Menyampah betul aku.. Eh! emosi lak aku.. haha.. Dengan menjual semua aset yang dia ada, dia dapat membayar sedikit hutang tersebut.. Mereka sekeluarga berpindah ke rumah flat untuk meneruskan hidup dengan duit yang ada.. Kereta semua dijual kecuali kereta Aleya agar senang untuk kemana-mana..  Bermula dari situlah kehidupan mereka susah... Syed Aizril berubah sikap menjadi pemarah kerana masalah bertimpa-timpa yang datang.. Tambahan pula dia tidak pernah hidup susah sebelum ini.. Aduh panjangnya cerita ni.. Aku pendekkan ye.. Dipendekkan cerita, Syed Aizril menerima tawaran makciknya, Datin Syarifah Rosnah untuk membayar semua hutangnya dan kembali hidup senang seperti dulu.. Sebenarnya Datin Rosnah ada agenda tersendiri dengan tawaran tersebut.. Datin Rosnah ni berdendam dengan Aleya kerana kematian anaknya... Dia nak buat Aleya ni hidup merana dan bercerai berai dengan Syed Aizril.. Adalah sorang lagi perempuan gedik ni nama dia Syarifah Azreen, anak saudara Syarifah Rosnah telah diarahkannya untuk menggoda Syed Aizril... Syarifah Azreen ni pown memang ada hati dengan Syed Aizril ni dan berusaha untuk memiliki cintanya.. Dengan dugaan yang melanda hidupnya tu, membuatkan Syed Aizril mula menerima Syarifah Azreen dan melupakan janji-janjinya terhadap isterinya.. Bila dah rapat dan plan nak kawen, bermacam-macam kata hinaan dan cacian terhadap Aleya dilemparkan.. Iskk memang sakit hati lah kata-kata dia.. Rasa nak sepak jerk Syed Aizril ni.. Gile meroyan betul... Haha.. Emosi lagi!! Masa tu Aleya mengandung anak mereka yang ke-4.. Dia jijik tengok Aleya dan tak nak bertanggungjawab atas kandungan Aleya tu serta disuruhnya Aleya gugurkan kandungan.. Isk bodohnyaa!! Dia cakap dia tak sayang anak tu.. Di tak nak anak tu.. Padahal anak dari zuriat dia jugak..  Yang paling tragis, Syed Aizril ni dera anak dia yang kembar tu si danny dan Awin duduk luar rumah time hujan turun dengan lebat.. Dahlah si Danny tu ada sakit asma/lelah.. Masa tu dia ngan Aleya dah tinggal berasingan dah.. Dia yang menjaga anak-anak.. Oleh kerana sikat bodoh dia tu semata-mata kerana pompuan murah si Azreen tu, anak dia Danny meninggal dunia kerana lelah akibat kesejukan yang melampau.. Ada lagi sedih, sebelum peristiwa kematian danny tu, Aleya datang nak tengok anak-anak dia kerana dah teralu lama tak jumpakan sebab si Aizril tak kasi jumpa hasutan dari Azreen dan si rosnah tu.. Aleya hanya diberi jumpa di pintu pagar sahaja dan diharamkan memasuki kawasan rumah tersebut.. Aleya bawak bekal untuk menguapkan anak-anaknya makan... Tapi dihalang oleh Aizril.. Merayu-rayu Aleya mintak belas ehsan untuk suapkan anak dia makan.. Time ni la aku sedih gile baca.. Sampai teresak-esak aku nangis wehh.. Gile ahh!! Adehh aku dah letihlaa menaip review ni.. Haha.. Cukup ar takat ni.. Kalau korang nak tahu cerita selanjutnya yang lagik menyedihkan ni, korang beli ar ekk novel ni.. Korang mesti nangis punye ar..!! Percayalah cakap aku.. Kalau korang tak nangis baca novel ni, itu bermakna hati korang ada masalah tu.. Korang memang takde perasaan.. Haha!! Aku titipkan Tinta Penulis untuk korang.. Hehe.. Oke lah sampai sini aje ye review aku.. Nak tahu kene beli sendiri.. Aku yakin korang takkan kecewa.. Ahazk... Adiosss..!! Baca juga : Bila Lagi Ku Punya Masa
https://www.leaazleeya.com/2016/09/silkygirl-matte-lipstik-pilihan-terbaik.html
Silkygirl Matte Lipstik Pilihan Terbaik
Assalamualaikum wbt.. Silkygirl Matte Lipstik Pilihan Terbaik  |  Tak bekerja aku hari ni.. Pengasuh anak demam, aku pown kesihatan tak berapa nak mengizinkan.. So, mereput dekat rumah aje la hari ni.. Okeh, kali ni aku nak cite tentang Lipstik baru aku ni.. Ahakz..  Aku ni memang pengguna kosmetik Silkygirl.. Tapi bukanlah semua produk keluaran Silkygirl aku guna... Ada beberapa produk aje seperti Lipstik, Eyeliner dan pencuci make up.. 3 produk ni wajib beli jenama Silkygirl punya.. Selain ianya sesuai dengan aku, produk ini juga dijual pada harga yang mampu milik.. Tu sebabla aku suka produk ni.. Haha.. Tak mahal dan harga berpatutan.. Boleh bergaya tanpa terbeban dengan harga yang mahal.. Walau pown harganya tidaklah semahal produl-produk yang lain, tetapi produk ni sangat berkualiti dan mempunyai pilihan yang menarik.. Warna lipstiknya pown cantik dan ohsem.. Wahh menggunung aku puji produk ni.. Awas ini bukan iklan berbayar ye.. Haha.. Tambah Koleksi Lipstik! Eceli, aku dah lama kowt tak beli lipstik.. Pakai yang hado0o aje sampai naik jemu tengok muka sendiri.. Sama aje setiap hari.. Ekeke..  Hari gaji baru ni, pergi la bershopping barang dapur.. Dah alang-alang beli barang, bodek le encik somi soh belikan lipstik baru.. Huhu.. Macam-macam alasan dok kasi, lipstik lama nak habis la.. Asyik pakai lipstik sama warna laa.. Kiki.. Lastnya dapat jugak aku rembat 2 ketol lipstik Silkygirl Matte ni.. Dah lama usha sebenarnya lipstik ni.. Tunggu masa aje nak sambar.. Pada mulanya nak beli satu aje, tetiba mata ni terpengaruh lak dengan warna-warna yang ada.. Hadoiii, TERPAKSA la hakak rembat 2 dek non...!! Encik somi ape lagik, membebel panjang la.. Haha..  Okeh jom tengok warna ape yang sempat hakak rembat... 04 - Mystic Rose 08 - Foxy Red Mystic Rose (04) ni warnanya berunsur pink gitu.. Aku memang dok mencarik lipstik warna pink sebab asyik pakai nude colour aje.. Lama dah tinggalkan lisptik warna pink ni.. Masa bujang-bujang dulu aje dok pakai lisptik pink.. Dah kawen mula minat dengan warna Nude... Dah kenapa yeee?? Heeee.. Warna Mystic Rose ni cantik tau dek non.. Pink dia tak pekat dan suram.. Memang cantik warna dia..  Foxy Red (08) ni pulak warnanye berunsurkan merah.. Tapi tak de la merah menyala.. Warna dia ala-ala oren peach gitu.. Warna camni memang aku suka.. Bila pakai nampak relaxx aje.. Naturalnye.. Cewahhh... Warna ni pown cantik... Tapi sebenarnya warna ni aku memang dah selalu pakai.. Ni beli pown sebab nak ganti yang lama tu dah nak habis.. Haha.. Kenapa Matte?? Kenapa aku nak sangat beli Silkygirl Matte kalau korang nak tahu, sebabnya sebelum ni aku pakai lisptik matte, warna lipstik di bibir akan mengering.. Nampak tak bermaya dan menyeramkan.. Haha.. Biasala kan nama lagik matte.. Tapi tidak Silkygirl Matte ni, bila pakai, bibir tetap nampak moist dan sangat selesa... Matte tetaplah matte tetapi tidak sekering lipstik matte yang lain.. Sies bak hang!! Korang paham tak ape aku terangkan tu..?? Haha kalau tak faham buat-buat lah faham yekk..!! Ni warna pink sebenarnya ye.. Pencahayaan terlebih, warna agak lari sikit.. Hiks.. Peach colour.... I like!! Konklusinya, cewahh konklusi tuuu... Ayat buku.. Haha.. Okeh, pendek kata aku memang suka lipstik dibawah jenama Silkygirl.. Warna cantik dan selesa bila di pakai.. Bukan baju aje selesa dipakai ye.. Lisptik pown kene carik yang selesa di pakai tau... Baru lah tak memudaratkan bibir.. Kalau tak rasa cam tebal aje bibir.. HIks... Wokeh la.. Takat ni dulu la ye aku berceloteh.. Nak up gambar aku pakai lipstik ni pown takut korang muntah darah lak.. Haha baik tak payah laa.. Tengok gambar lipstik udah la ye.. Akan datang insyaallah aku akan review pulak lipstik Golden Rose.. Aku ada sambar 2 ketoi jugak dekat laman web Zalora.. Tataw la cantik ke idokkk.. Selesa ke idookkk.. Kite tunggu dan lihat aje la ye... c u soon..!!
https://www.leaazleeya.com/2019/12/orgga-natural-skincare-selesaikan-masalah-kulit-kusam-tona-tidak-sekata.html
ORGGA Natural Skincare Selesaikan Masalah Kulit Kusam dan Tona Tidak Sekata Dalam Masa 2 Minggu
ORGGA Natural Skincare Selesaikan Masalah Kulit Kusam dan Tona Tidak Sekata Dalam Masa 2 Minggu  |  Assalamualaikum.. Hi guys! Aduiila, kulit muka aku sedikit kusam lately dek kerana tak de masa nak menjaga dan memanjakannya.. Nak pakai mask pun malas gile sekarang ni.. Ni disebabkan aku mengalami kekangan masa yang agak serius.. Bila dah perasan muka agak kusam, barulah gelabah mencari skincare yang sesuai untuk kembalikan sinar pada wajah.. Cewah..!! Hehe Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan produk ORGGA.. Katanya bagus sangat produk ORGGA ni sebabnya dapat menyelesaikan masalah kulit kusam dan tona tidak sekata hanya dalam masa 2 minggu sahaja.. Gile tak teruja? Ofkos aku sangat teruja badak hokeh nak cuba natural skincare ni..  ORGGA Produk Semulajadi Selamat Digunakan Produk ORGGA ni Halal tau.. Kata foundernya, Puan Zaza, misi beliau dengan ORGGA ni adalah untuk membantu wanita Malaysia untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan glowing dengan menggunakan produk yang selamat dan natural ini.. Produk ORGGA ni diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan organik yang berkualiti bagi mencipta sentuhan ajaib untuk kulit supaya sentiasa sihat, cantik dan berseri secara semulajadi.. Sekarang ni kat pasaran terdapat pelbagai produk skincare.. Jadi, pilihlah yang betul-betul selamat dan sesuai untuk kulit kita.. Jangan sembarangan guna tau, akibatnya tak tertanggung nanti.. Aku kalau pilih skincare memang akan pastikan betul-betul apakah bahan yang digunakan dalam penghasilan produk.. Muka aku pernah rosak satu ketika dulu dek kerana dok pakai produk yang mengandungi bahan kimia.. Serius dah serik weh!! Now, kena lebih berhati-hati dalam memilih produk.. ORGGA Natural Skincare Selesaikan Masalah Kulit Kusam dan Tona Tidak Sekata Dalam Masa 2 Minggu Disebabkan kulit muka aku mengalami masalah kulit kusam dan tona sedikit tak sekata, jadinya aku cabarlah diri aku untuk cuba produk ORGGA ni.. Ramai yang kata bagus produk ni.. Lagi pun diperbuat daripada bahan semulajadi kan.. So, aku berani la mencubanya.. Katanya boleh selesaikan masalah dalam masa 2 minggu sahaja tau.. Wow!! Memang best gile..  Apa yang bagusnya dengan produk ORGGA ni? Haaa antaranya adalah :- Natural & organik Safe & Effective Vegan & Cruelty Free FREE Alcohol, Hydroquinone, Mercury, SLS, Paraben, Synthetic Preservative, Sulfates, Pewarna & Pewangi Sintetik Made in Malaysia Ok, produk ORGGA ni banyak jenis tau antaranya Bacca Bliss, French Rose, Le Neroli, Rose Otto, Libra, Olivia, Lindo, Rose Quartz dan Jade Stone.. Kulit aku jenis kulit kombinasi.. So, aku kena pilih yang bersesuaian dengan kulit aku.. Antaranya :- French Rose Daily Cleansing Powder Rose Otto Nourishing Face Mist Libra Luxe Beauty Oil Jade Stone Detox Rutin Harian ORGGA Natural Skincare Step 1 : Cleanser 💙 French Rose Daily Cleansing Powder Firstime tengok 3 in 1 Daily Cleansing Powder ni aku agak jakun sedikit sebab tak pernah tengok pencuci muka seperti ini yang didatangkan dalam bentuk powder berserbuk kasar.. Apa yang bestnya, cleanser ni 3 in 1 tau.. Ia berfungsi sebagai pencuci muka, skrub yang sangat lembut dan mask.. Lengkap fungsinya.. French Rose Daily Cleansing Powder ini sesuai untuk kulit normal, kombinasi, kering dan matang.. Kelebihan French Rose Daily Cleansing Powder ORGGA Cleansing powder ni bukan sahaja boleh mencuci muka je tau tetapi ia juga boleh menanggalkan sel-sel kulit mati tanpa mengeringkan kulit.. Pada masa yang sama juga ia juga dapat merawat kulit dengan kandungan bahan-bahan semulajadi terpilih seperti tanah liat, bijirin. bunga-bungaan dan ekstrak buah-buahan.. Memang selamat uolls!! Antara kelebihan lain adalah :- Diperbuat daripada bahan asli semulajadi Mengandungi vitamins, anti-oksida dan anti-penuaan Mencuci, merawat dan melembapkan kulit Menghilang dan mencegah jerawat dan bintik-bintik hitam Merawat kulit muka tidak sekata dan kusam Menganjalkan kulit Melambatkan kesan-kesan penuaan Menyihatkan dan melembutkan kulit Mencerah dan menaikkan seri wajah semulajadi Membantu aplikasi makeup nampak natural dan sekata Tips : Urut muka secara membulat. Enjoy the scent dan the texture. Biarkan selama 2-3 minit. Nak gosok gigi dulu pun boleh.. Haha.. Then boleh la bilas.. Mula-mula nak guna cleanser ni, aku agak cuak juga tengok teksturnya agak kasar.. Adakah akan pedih muka bila diguna pada muka? Lepas guna, rupanya lembut aje.. Tak menyakitkan kulit muka.. Serius aku suka sebabnya muka jadi lembut dan bersih sangat lepas guna.. Lagi pun pencuci muka ni agak unik didatangkan dalam bentuk powder yang menarik.. Hah gitcheww!! Pengalaman pertama guna French Rose Daily Cleansing Powder ni sangat mengujakan..  Saiz : 50gm (100% Natural, 56% Organik, No preservative) Harga : RM80 Step 2 : Face Mist / Toner 💙 Rose Otto Nourishing Face Mist Biasa lepas cuci muka aku akan pakai toner yang didapkan dengan kapas muka.. Dengan ORGGA face mist ni hanya perlu spray jerk terus kat muka.. Mudah gile.. Tak payah dah nak guna kapas muka bagai.. Tapi kalau korang selesa guna kapas muka boleh je, semburkan pada kapas dulu then dapkan ke muka.. Hehe.. Rose Otto Nourishing Face Mist ni sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kombinasi, berminyak dan matang.. Kelebihan Rose Otto Nourishing Face Mist Rose Otto Nourishing Face Mist ni diperbuat daripada bahan-bahan asli dan semulajadi yang berkualiti dan terpilih. Kombinasi Hydrosols, ekstrak buah-buahan, essential oils yang mewah, vegetable glycerin dan juga aloe vera yang bukan sahaja akan menyegar dan melembapkan kulit tetapi juga merawat kulit muka dengan membekalkan nutrisi dan anti-oksida. Ada lagi tau kebaikan Rose Otto Nourishing Face Mist ni.. Antaranya :- Menyegarkan dan menghidrat kulit Menjadikan kulit berseri secara semulajadi Menghidrat kulit kering dan kulit kasar Mengurangkan masalah kulit berminyak Anti-penuaan, anti-radang, antiseptik dan anti-banteria Melembutkan dan mencerahkan kulit yang kusam Menjadikan hasil makeup yang tampak lebih natural, sekata dan tidak mengelupas Tips : Spray facial mist untuk lembapkan kulit, diikuti dengan luxe beauty oil untuk mengunci kelembapan kulit. Senang betul ada ORGGA face mist ni.. Senang nak guna dan bawak kemana sahaja.. Segar jerk muka.. Kulit pun jadi lembut dan lembap.. Best sangat..  Saiz : 60ml (100% Natural, No synthetic preservative) Harga : RM60 Step 3 : Treat & Moisturize 💙 Libra Luxe Beauty Oil Lepas dah segarkan wajah dengan face mist, kita lembapkan dan rawat kulit dengan Libra Luxe Beauty Oil pulak... Bau libra oil ni sangat menyenangkan.. Jadi, nak sapu kat muka pun rasa semangat jerk.. hehe.. Libra Luxe Beauty Oil ni sesuai untuk kulit normal dan kombinasi macam kulit aku ni.. hehe.. Kelebihan Libra Luxe Beauty Oil ORGGA Luxe Beauty Oil diperbuat 100% dari bahan aktif asli semulajadi. Bahan-bahan yang digunakan diimport dari UK, US, Eropah, Timur Tengah dan China bagi memastikan kualiti yang  terjamin. Luxe Beauty Oil diformulasi menggunakan 10 jenis botanical oils dan 6 jenis essential oils terpilih dan berkualiti, kaya dengan mineral dan nutrisi seperti Essential Fatty Acid (Omega 3,6,7 & 9), Vitamin A,C,D,E dan K... Tidak berminyak dan tidak melekit serta mudah menyerap. Melindungi kulit daripada pencemaran persekitaran (skin barrier) Membekalkan nutrisi untuk membantu regenerasi sel kulit baru Mengurangkan  tanda-tanda penuaan Memelihara, melembapkan dan mengunci kelembapan kulit Merawat kulit secara intensif Tidak menyumbatkan pori-pori - Non comedogenic Boleh dijadikan primer untuk hasil yang natural dan glowing Aku suka Libra Luxe Beauty Oil ni sebabnya tak melekit dan mudah sangat menyerap.. Lepas guna rasa sangat selesa dan nak apply makeup pun mudah jerk.. Saiz : 20ml (100% Natural & Pure cold-pressed oil) Harga : RM110 Step 4 : Face Roller 💙 Jade Stone Detox Jade Stone Detox Face Roller ni diperbuat daripada Batu Jade..Jade adalah kuarza yang berharga dan dianggap sebagai simbol keamanan, kebijaksanaan, keseimbangan, keindahan, rahmat dan panjang umur dalam masyarakat Cina.. Ianya digunakan oleh wanita kaya di China pada waktu purba untuk membersihkan kesan cecair dan meratakan kedutan di muka. Jade face roller ni juga terbukti membantu :- Merangsang penghasilan kolagen Mengurangkan kedutan dan garis halus akibat penuaan Membantu mengecilkan liang pori Meningkatkan keanjalan kulit dengan meningkatkan elastin Meningkatkan tahap oksigen ke aliran darah Detox : menggalakkan saliran limfa dan meningkatan peredaran darah Membersihkan toksin dari kulit dan mengurangkan keradangan Mengurangkan pembengkakan dan kedutan di sekeliling mata Mengurangkan bintik-bintik di sekitar dagu dan rahang yang disebabkan oleh pembentukan toksin Membantu penyerapan minyak pada kulit Mencerahkan kulit dan memberikan seri semulajadi pada wajah Setiap roller memiliki corak dan warna yang unik kerana pembentukan semulajadi batu yang digunakan. Kemain seronok lagi aku dok golek roller ni kat muka.. Banyak betul kelebihan roller jade ni..  Harga : RM90 ORGGA Natural Skincare Nak kulit yang sihat kenalah guna skincare yang selamat untuk jaga kulit muka tanpa kesan sampingan.. Seperti ORGGA ni memang selamat digunakan sebabnya produk ni tidak mengandungi Alcohol, Hydroquinone, Mercury, SLS, Paraben, Synthetic Preservative, Sulfates, Pewarna & Pewangi Sintetik.. Jadi, dah tak perlu nak risau dah.. Boleh digunakan tanpa was-was gitu.. hiks.. Ada year end sale uolls! Jangan lepaskan peluang ni tau... Untuk info lanjut, leh la layari :- 👉 Website : https://www.orgga.my/ 👉 Facebook : https://www.facebook.com/orggamalaysia 👉 Instagram : https://www.instagram.com/orggamalaysia/ 👉 Whatsapp : https://wasap.my/60182827793
https://www.leaazleeya.com/2017/07/terjebak-dengan-novel-fixi.html
Terjebak Dengan Novel Fixi
Terjebak Dengan Novel Fixi  |  Setelah selesai baca novel Kelabu by Nadia Khas, aku terpaut dengan gaya penyampaian dalam novel fixi sehinggakan aku terjebak dengan novel fixi yang lain pula.. Makanya akan bertambahlah novel fixi dalam koleksi buku aku nanti.. Huhuhu.. Gaya penyampaian dalam buku fixi ni agak sempoi dan tak terlalu serius.. Bila baca tak de la rasa kusut sangat dan boleh santai-santai aje feelingnya.. Aku harap koleksi yang aku beli ni juga gaya penyampaiannya juga sempoi..  Terjebak Dengan Novel Fixi Setelah dok survey harga sana sini, aku buat keputusan untuk borong buku fixi terus di laman web Buku Fixi... Boleh beli kombo dengan harga yang berbaloi-baloi.. 6 buah buku RM 100.. Tak sampai seratus pun sebenarnya.. Dalam RM 98 aje rasanya.. Adehh tak ingat pulak aku ye.. Huhu.. Pada awalnya, aku cuma cari yang preloved aje.. Puaslah dok cari tapi susah nak jumpa yang betul-betul murah dan berbaloi.. Bila di compare dengan yang baru, lebih baik beli baru aje sebab harga tak banyak beza.. Sebelum beli, aku usha dulu buku mana yang best dan banyak feedback yang positif dari pembaca dan barulah aku beli.. Antara buku fixi yang menjadi feberet pembaca adalah Kacau by Ariff Adly.. Bila baca feedback dari pembaca memang teruja aku nak baca jugak.. Ramai yang suka buku ni.. Selain tu, Garam, Gantung, Sejadah dan Rahsia juga ramai yang memberikan pendapat yang positif.. Sebab itulah aku borong semua buku ni.. Hehe.. Ada lagi beberapa buku yang aku nak beli.. Tapi biarlah dulu... Tunggu koleksi yang belum dibaca berkurangan dulu.. Hahaha!! Membeli memang seronok tapi nak membacanya, kena curi-curi masa.. Hadoii..!! Nanti dah baca baru aku review satu persatu yek.. Tungguuuu!!
https://www.leaazleeya.com/2020/10/some-of-my-book-haul-in-oktober-2020.html
Some of My Book Haul in Oktober 2020
Some of My Book Haul in Oktober 2020 |  Haluuu!! Assalamualaikum semua.. Moga korang berada dalam kesihatan yang baik.. Almaklumlah, zaman virus ni kenalah jaga diri tu lebih sikit.. Jaga kebersihan.. Jaga penjarakan sosial.. Sentiasa pakai hand sanitizer.. Pakai mask bila keluar.. Kalau tak de keperluan di luar, dok dendiam dalam umah.. Itu lagi baik.. Hiks.. Lama gile tak membebel dalam 'rumah' kesayangan aku ni.. Semakin hari semakin sukar jugak aku nak luangkan masa dalam 'rumah' aku sendiri ni.. Almaklumlah umur semakin meningkat ni membuatkan badan aku tak mampu untuk bertahan sehingga ke tengah malam untuk habiskan masa di depan PC setelah seharian ditempat kerja mengadap PC.. Hehe.. Ok, bukan nak bebel pasal tu tapi nak bebel tentang buku yang aku dah beli untuk bulan Oktober 2020 ni.. Mulanya aku dah nekad tak nak beli buku lagi sebabnya aku nak habiskan baca buku yang ada yang masih belum dibaca.. Banyak lagik dowh!Alkesahnya menjadikan jari jemari ini mencheckout buku-buku baru adalah kerana baru-baru ni hati aku rasa kosong sangat-sangat.. Tak tahulah kenapa.. Rasa nak diisi dengan sesuatu yang lebih baik.. Bila dicari-cari, aku memilih untuk beli buku Seksa Meninggalkan Solat dari Ustaz Ibnu Selamat... Bukan aku tak solat, tetapi kekadang tu, datang malas dia, aku suka melambat-lambatkan solat.. Jadi, aku nak cari motivasi diri supaya aku boleh berubah kearah kebaikan.. Insyaallah.. Korang kalau rajin, tolonglah doakan aku sekali ye.. Hehe..Next book, aku pilih buku dari Deanna Chee iaitu Aku Mahu Pulang.. Katanya ini juga adalah buku motivasi.. Aku ada baca review dari mereka yang dah baca buku ni.. Penulis seolah-olah meluahkan isi hatinya dalam buku ni.. Aku pun tak pasti lagi isi kandungannya sebab masih belum dibaca.. Nanti dah baca insyaallah kalau aku kerajinan yang melampau, aku akan review ye.. Hehe..Bila dah belek-belek buku dalam satu shop dalam shopee yang menjual buku-buku diatas, ternampak pulak dua buah novel dari Nami Adnan ni.. Harga murah dan review dari pembaca pun menarik.. Hati tak tertahan untuk tidak membelinya.. Beli la jugak 2 buah iaitu Misteri Video Viral dan Dybbuk Syaitan Pemusnah Israel.. Bukunya nipis aje.. Rasanya sehari boleh habis baca ni.. Apa-apa pun aku nak baca buku Seksa Meninggalkan Solat dahulu.. Ingin isi hati aku yang kosong ni dengan sesuatu yang dapat memotivasikan diri kearah yang lebih baik.. Moga dipermudahkan untuk aku..
https://www.leaazleeya.com/2022/03/durioo-plus-platform-penstriman-buat-kanak-kanak-muslim.html
Durioo+ Platform Penstriman Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Menerapkan Nilai-Nilai Islamik
Durioo+ Platform Penstriman Khas Untuk Kanak-Kanak Muslim Menerapkan Nilai-Nilai Islamik  |  Assalamualaikum.. Hi gais!! Wah nampaknya sekarang makin rancak rancangan untuk kanak-kanak di Malaysia ni kan.. Terbaru kita dah ada platform penstriman animasi khas buat kanak-kanak muslim di seluruh dunia yang menekankan nilai-nilai Islamik iaitu Durioo+.. Haaa ini baru betul.. Aku sebagai seorang ibu pun rasa happy bila ada platform sebegini untuk tatapan anak-anak setiap hari..  Durioo+ Dilancarkan Pada Januari 2022 Pada Januari lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa telah melancarkan sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo. Sebulan selepas dilancarkan, pada 18 Februari 2022, Durioo dengan rasminya telah mengumumkan platform penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durioo+.  Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia.   Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia Durioo+ ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 13 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka. Durioo+ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia. Sempena pelancarannya, pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam. Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton. Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan banyak lagi.   Pelanggan Durioo+ mempunyai akses untuk menonton kandungan yang dihasilkan oleh team kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik melalui kerjasama dengan studio produksi lain seperti Bubu Lala – produksi bersama dengan Yeah Yeah Yeah Studio, Polytako – animasi yang dihasilkan bersama dengan Kanaloa Malaysia dan Zehni – pengeluaran bersama Philandure.   Sinan Ismail, pengasas Durioo juga berkata pelancaran Durioo+ adalah langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia.  Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam.  Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam. Muat Turun Aplikasi Durioo+ Untuk Akses Yang Lebih Mudah Untuk penstriman dalam talian, layari laman web https://duriooplus.com/ atau untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV. Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari. Selain itu, berita baik untuk pembaca di luar sana! Korang boleh menggunakan promo kod “LEADURIOO” untuk menikmati diskaun sebanyak 30% bagi langganan Durioo+ bulan pertama. Rebut peluang ini untuk melanggan Durioo+ hari ini juga.!!  Rugi tau tak langgan Durioo+ ni.. !! Bagus untuk anak-anak kita dan bagus untuk kita juga.. :)
https://www.leaazleeya.com/2017/03/review-novel-barongan.html
Review Novel | Barongan
Assalamualaikum wbt.. Review Novel | Barongan  |  Eceli, aku dah habis baca novel ni 28hb ritu.. Masa mula-mula nak beli ritu tak de la rasa excited sangat sebab dalam hati berkata-kata yang novel ni tak best dan tak seram.. Hehe.. Dah kenapa aku beli kan kalau dah macam tu? Hurmm aku beli sebab time tu dorang tengah buat sale.. Jadi aku rembat aje la yang mana ada.. huhu.. Beli dah lama sebenarnye.. Bulan 1 kalau tak silap aku.. Lepas aku hadam buku ni sampai habis, rupanye buku ni best dan menarik.. Seram.. So, tak rugi la aku beli ritu kan... Lepas ni mungkin aku akan berjinak-jinak pulak dengan novel seram.. Asek baca novel cinta jerk.. Jalan cerita lebih kurang je semua.. Bosan jugak kan.. Hiks.. Mesti korang nak tahu kan buku ni mengisahkan apa?.. Meh aku review sikit.. cewahh.. Watak Utama Watak utama dalam novel ni seorang perempuan bernama Kyra.. Dia seorang anak yatim piatu dijaga oleh Pak Ngahnya sekeluarga selepas kematian kedua ibubapanya.. Kyra ni seorang yang lurus dan nerd.. Mak Ngahnya sangat membenci Kyra dan selalu buli si Kyra ni dengan menyuruh dia membuat pelbagai kerja rumah.. Haiss kengkadang sakit ati jugak aku dengan si Kyra ni sebab terlalu lemah dan berlembut.. Ikut aje apa orang suruh tanpa membantah... Hadoii!! Masa dapat sambung belajar pown dia tetap dengan sikap dia tu sampaikan kena buli pulak dengan bebudak satu bilik dengan dia.. Sally dan Ameera.. Anak orang kaya.. Berlagak nak mampos.. Geram jerk aku dengan 2 orang budak perasan bagus ni.. Haha.. Aku pulak emosi kan.. Selain Sally dan Ameera, Ezah juga kawan sebilik Kyra.. Dia rapat dengan si Ezah ni.. Kire kawan baik la.. Universiti Malaysia, Sepang Kyra dapat sambung belajar di Universiti Malaysia.. Hari pertama masuk kat sana pelbagai perkara pelik berlaku.. Banyak cerita-cerita menyeramkan singgah ke telinganya dan berlaku pada diri dia sendiri.. Perghh yang ni memang seram... Kat universiti ni jugak la Ezah mati dibunuh oleh Ameera dan Sally tau sebab si Ezah ni suka melawan diorang tak macam Kyra, dia sangat lemah.. Huhuhu... Tarian Kuda Kepang & Barongan Haaa nak start dah ni kisah sebenar buku ni.. Kyra dan kumpulannya ditugaskan untuk membuat penyelidikan tentang Barongan ni.. Kan ke Kuda Kepang dan Barongan ni terkenal dekat Johor.. So, kebetulan rakan sekumpulannya berasal dari Batu Pahat, Johor.. Dorang pown kautim la untuk ke sana dan buat kajian.. Masa buat kajian tu la Kyra mendapat semangat yang baru dalam diri dia.. Barongan telah menguasai diri dia.. Barongan mengasut si Kyra ni supaya menjadi kejam dan pendendam.. Barongan mengasut Kyra untuk menuntut bela di atas kematian sahabat baik dia, Ezah.. Barongan menjadi pendamping Kyra dan Kyra menjadi kuat.. Seorang demi seorang yang pernah mengacau Kyra termasuklah yang membunuh kawan baiknya, Ezah tidak terlepas daripada dendamnya.. Habis semua dia bunuh.. Seram & Menakutkan Aku rasa seram time baca kisah universiti yang dikatakan berhantu.. Selain tu, time Kyra buat pemujaan Barongan dan membunuh mangsa.. Cara bunuh yang diceritakan dalam buku ni menakutkan... Rasa macam aku berada kat situ dan menyaksikannya.. Huh.. Konklusinya Pendek kata, aku suka buku ni.. Ianya berjaya buat aku teruja, seram dan takut... Haha.. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang buku ni, korang kene baca sendiri baru best... Lepas ni aku nak try baca buku "Roh Rumah Sewa" pulak dari penulis yang sama..
https://www.leaazleeya.com/2020/04/review-novel-sanctuaria-by-shaz-johar.html
Review Novel | Sanctuaria by Shaz Johar
Sanctuaria by Shaz Johar  |  Dah kenape asyik buku Shaz Johar jerk yang aku layan ni? Haha.. Sebenarnya buku Shaz Johar ni ada beberapa buah dalam simpanan aku... Bila mood membaca tu datang balik time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, makanya aku tertarik nak baca buku hasil tulisan beliau dulu.. Bermula dengan novel NOTA, NOTA 2, NOTA 3 dan sekarang aku dah habiskan juga novel fixi Sanctuaria ni juga karya dari Shaz Johar... Memang aku suka penulisan beliau.. Sebab itulah aku melekat dengan novel beliau.. Hehe.. Untuk novel Sanctuaria ni, firstime aku tengok cover buku ni, aku ingatkan darah.. Hehe.. Bila dah baca buku ni, barulah tau yang cover dia ni adalah air sirap limau.. Ahakz... Cover dia ni relate la dengan jalan ceritanya.. Sirap limau ni boleh dikatakan 'mastermind' dalam cerita novel ni.. Haha.. Gitu sekali kan kuasa sirap limau ni.. Hiks.. Tajuk : Sanctuaria Penulis : Shaz Johar Muka Surat : 297 Penerbit : Buku Fixi Tahun Terbitan : April 2014 Sinopsis Sanctuaria "Satu kampung ni tau pasal tempat tu. Orang-orang kat situ buat ajaran sesat. Sembah patung, sembah api, minum air kaki orang, seks liar, hisap dadah, sumbang muhrim, macam-macam lagilah kerja setan yang dorang buat". "Mana pakcik tau semua ni? Pakcik pernah pergi sana ke?" "Tak." SANCTUARIA (baca : sang-tu-a-ria) membuka misteri satu kelompok manusia yang ingin mencari pegangan hidup yang lebih baik di satu dunia yang baru. Hidup yang lebih bebas dan bertoleransi, Tiada agama yang mengekang dan melarang. Tiada bangsa yang menang. Semua hidup dalam satu ideologi yang sama. Semuanya satu : Satu Sanctuaria. Review Sanctuaria Sanctuaria ni berbeza dengan novel Nota dimana Sanctuaria ni lebih tersusun jalan ceritanya.. Bergerak dengan jayanya tanpa perlu peningkan kepala fikir itu ini untuk lebih faham..  Cerita yang digarapkan oleh penulis adalah berkisarkan tentang ajaran sesat.. Bila baca buku ni, aku mula terfikir adakah setiap ajaran sesat itu kejadiannya seperti ini.. Huh agak menakutkan.. Eceli, Sanctuaria ni adalah nama sebuah tempat.. Tempat yang dibina oleh seorang ketua yang ingin menyebarkan ajaran sesat kononnya yang boleh membawa kebahagiaan kepada semua orang tanpa teringat dengan mana-mana agama sekali pun yang dianggapnya menyusahkan.. Bebas melakukan apa sahaja tanpa sekatan..  Dalam cerita ni ada beberapa watak penting.. Mus/Musli/Musliha - Nama panggilan banyak tapi orangnya sama je.. Berperwatakan tomboy dan sempat menipu orang kampung melekit tentang identiti yang sebenar.. Hehe.. Dia sebenarnya hilang ingatan selepas selamat melarikan diri dari Sanctuaria.. Dia tak ingat apa yang berlaku sebelumnya.. Yang dia ingat adalah namanya sahaja.. Ada sebab kenapa dia hilang ingatan.. Yang Arif - Nama Arif jerk.. Bila dah bajet-bajet jadi tuhan tu, soh orang panggil dia Yang Arif.. Huh.. Naik meluat pulak aku.. Eh, emosi lak.. Haaa inilah ketuanya.. Asalnya dia ni baik sebenarnya.. Bila dalam kehidupan dia dari kecik sampai ke beso, ada je dugaan buat dia sehinggakan dia rasa tak berguna dan orang tak suka dia, so, bermula dari situlah dia nekad selepas mendapat mimpi kononnya mendapat wahyu dari tuhan, dia nak bina satu tempat yang dianggapnya sebuah negara dia sendiri untuk menolong orang-orang yang susah dan tiada tujuan hidup untuk 'dihidupkan' balik hidupnya..  Bajet dia Perdana Menteri la kononnye.. Huh.. Nama pun macam panggilan untuk Hakim.. Haha..  Ok, malas dah aku nak ulas watak yang lain.. Dua watak ni cukup la kot.. Nak tahu kenapa Musliha hilang ingatan? Haa sebab sirap limau tu la.. Setiap pengikutnya akan diberi air sirap limau yang dicampur cendawan merah beracun setiap kali perhimpunan diadakan.. Pengikutnya akan lupa semua bende yang terjadi sebelumnya dan yang dia ingat cuma kehidupan dia dalam Sanctuaria jerk.. Seronok juga sekali sekala baca buku yang tak berapa mendatangkan stress ni.. Laju je baca dan laju je habis.. Cerita ni memang tersusun cantik.. Dari satu plot ke satu plot yang lain.. Ada perincian kenapa dan kenapa sehinggalah tamat cerita.. Di akhir cerita pun agak suspen jugak sebenarnya.. Berjaya ke perempuan thailand ni selamatkan diri.. Huhu..  Rating & Cadangan Rating : 🌟 🌟 🌟 1/2 Cerita Sanctuaria ni bagi aku best la jugak.. Walaupun isunya agak berat, tetapi jalan ceritanya tak memberatkan kepala aku untuk habiskan novel ni.. Dalam novel ni pelbagai rasa ada.. Suspen, takut, gerun, seriau, risau, sedih, kasih sayang dan bermacam lagi.. Bahasa yang digunakan pun santai-santai jerk..  So, buat penulis, moga dilimpahi lagi idea yang best-best untuk dijadikan sebuah novel yang lebih mantap selepas ini.. Aku masih mencari-cari novel tulisan Shaz Johar untuk dijadikan koleksi.. Tapi yang meletop jerk la reviewnya.. Biasa baca review kat Goodreads.. Haha..
https://www.leaazleeya.com/2020/04/resepi-puding-roti-kukus-bersama-sos-kastard-sedap.html
Resepi Puding Roti Kukus Bersama Sos Kastard Sedap
Resepi Puding Roti Kukus Bersma Sos Kastard Sedap  |  Sejak dua menjak ni rajin bebeno memasak.. Almaklumlah, dok kat umah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni tak tahu nak buat apa.. Jadi, jadual harian penuh dengan aktiviti memasak aje.. Tak de la 24 jam memasak.. Sampai waktu masak kita masak la dan yang paling aneh-aneh bila sehari dua ni, rajin buat kueh... Haha!! Cuma buat kueh yang modalnya kecik je la.. Yang mahal-mahal tak mampu.. Itu pun atas permintaan anak dan encik suami.. Kalau tak, memang tak buat.. Nak jugak save bajet kan time macam ni.. Tak boleh nak memboros tak tentu hala.. Hari ni aku tunaikan permintaan encik suami nak makan Puding Roti Kukus bersama Sos Kastard.. Lama dah dia mintak buatkan puding ni.. Cuma aku je malas-malas siput.. Rini disebabkan terlebih rajin, so bolehlah kita buat.. Lagi pun roti banyak dok ada ni.. Sebelum expired, baik buat kueh.. Kalau tak rugi, buang aje bagi tong sampah makan.. Huhu.. Membazir amalan syitonnnnn awak! Hiks.. Ok, jom kita tengok resepi puding roti kukus aku... Bahan-Bahan Resepi Puding Roti Kukus 9 - 10 keping roti putih (aku guna roti gardenia) 3 biji telur** 1 tin susu cair** 4 sudu besar gula** 1 sudu teh esen vanilla** Mentega (aku guna majerin pelangi je) Kismis (aku guna jenama ligo) Buah ceri hijau merah Cara Menyediakan Puding Roti Kukus Sapukan mentega pada loyang..  Sapukan mentega pada roti (depan & belakang).. Sapu nipis sudah.. Tak de la muak sangat nanti bila makan.. hehe.. Potong 4 roti atau nak carik-carikkan pun boleh..  Susun roti dalam loyang rapat-rapat.. Satukan bahan yang bertanda ** ke dalam satu bekas.. Kacau adunan sehingga sebati.. Nak kacau pun boleh atau nak guna blander pun boleh.. Aku kacau guna sudu jerk..  Curahkan adunan yang dikacau tadi ke atas roti yang telah disusun di dalam loyang tadi.. Tekan roti supaya sebati dengan adunan.. Biarkan seketika supaya roti menyerap adunan tadi.. Tabur kismis dan buah ceri hijau merah tadi diatas roti.. Nak guna coklat chip pun boleh.. Panaskan pengukus.. Bila air kukusan mendidih, baru masukkan loyang berisi roti tadi ke dalam pengukus.. Kukus selama 30 - 35 minit.. Bahan-Bahan Untuk Sos Kastard 1 tin susu cair 1/2 tin air (guna tin susu cair tadi) 3 sudu besar gula secubit garam 2 - 3 sudu besar tepung kastard 1 sudu teh esen vanilla Cara Menyediakan Sos Kastard Satukan kesemua bahan diatas ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan diatas api yang perlahan sehingga mendidih dan pekat.. Dah siap bolehlah sejukkan..
https://www.leaazleeya.com/2018/11/review-novel-taubat-yang-tertangguh-by.html
Review Novel | Taubat Yang Tertangguh by Aizuddin Hamid
Taubat Yang Tertangguh by Aizuddin Hamid  | Buku dari Koleksi Tarbiah Sentap memang menjadi bahan bacaan aku sejak dulu lagi.. Cara penyampaian penulis dari Team Tarbiah Sentap tak pernah mengecewakan.. Teguran yang diberikan sangat terkesan dihati.. Tak hairanlah aku seorang pengumpul dan pembaca tegar buku dari terbitan Tarbiah sentap.. Kali ni aku tertarik untuk menghadam sebuah buku hasil karya saudara Aizuddin bin Abdul Hamid iaitu Taubat Yang Tertangguh. Beliau merupakan salah seorang penulis buku, admin dan penceramah motivasi dari Tarbiah Sentap. Saudara Aizuddin bin Abdul Hamid telah menulis 7 buah buku iaitu Aku Muslim & Britain (Telaga Biru), Kahwin Muda (Telaga Biru), Tamak Pahala (Tarbiah Sentap), Wake Up (Nur El-Hikmah - Kolaborasi penulis), Dealova (Inspirasee - Kolaborasi penulis), Lari Dari Neraka (Tarbiah Sentap) dan Izinkan Aku Mencari Tuhan (Tarbiah Sentap).. Taubat Yang Tertangguh merupakan karyanya yang terbaru.. Aku kategorikan buku ini sebagai novel kerana buku ini ada jalan ceritanya.. Jalan cerita yang sangat menarik.. Aku tergerak hati untuk membaca buku ini setelah aku membaca review salah seorang pembaca buku ini di Goodreads.. Katanya, buku ini banyak memberi pengajaran dan menginsafkan.. Tajuk : Taubat Yang Tertangguh Penulis : Aizuddin Hamid Muka Surat : 278 Penerbit : Sentap Press Sdn Bhd Tarikh Diterbitkan : April 2018 Sinopsis Taubat Yang Tertangguh "Korang nampak aku baik sebab Allah tutup aib aku. Kalau Allah tunjukkan segala dosa yang aku pernah lakukan mesti korang akan pandang hina aku." - Uzair Akhyar - "Kadang-kadang, nak tegur orang 'agama' ni lebih susah daripada orang biasa. Ada saja dalil untuk menghalalkan kemungkaran yang dilakukan. Nampak baik, tapi sebenarnya diorang dah tertipu dengan syaitan." - Irfan Azqie - "Sekarang ni zaman internet. Nak buat pahala memang senang, share saja perkara-perkara yang bermanfaat. Tapi, ramai orang terlupa, nak buat dosa pun senang juga. Sebarkan fitnah, buka aib sendiri, cari kesalahan orang." - Shukri Roslan - "Bodoh betul orang kita ni, kan? Senang betul percaya cerita pasal syurga, guna imej Islamik, cakap lemah-lembut, semua terus cair. Senang betul jadi penunggang agama. Untung pun banyak." - Khairudin - "Awak kena sedar, syaitan takkan hasut kita untuk terus berzina, tapi syaitan akan hasut kita untuk melakukan mukadimah zina terlebih dahulu. Syaitan akan goda melalui titik kelemahan kita iaitu perkara-perkara yang nafsu kita suka." - Dania Najihah - Banyak lagi persoalan yang bakal terungkai dalam novel tarbiah Taubat Yang Tertangguh ini. Suatu pengalaman yang bakal membawa pembaca menelusuri pelbagai debaran, keinsafan, tangisan dan kebahagiaan. Review Taubat Yang Tertangguh Ya, benar... Buku ni memang banyak memberikan aku pengajaran.. Dari satu cerita ke satu cerita membawa mesej untuk kita kutip menjadi teladan.. Kisah Uzair Akhyar yang cukup ilmu agamanya, hanyut akhirnya dengan hasutan syaitan.. Ternyata syaitan pandai membolak balikkan hati manusia untuk melakukan kejahatan.. "Selama ini aku hanya melakukan kebaikan untuk mengaburi maksiat yang aku lakukan" - Uzair Akhyar - Dari seorang yang penuh ilmu agama, akhirnya terjerumus dalam ajaran sesat yang membawa dia melakukan maksiat.. Bila di kolej, dia berperwatakan baik dan alim di depan rakan-rakan bagi menutup segala aib yang telah dia lakukan.. Dari satu masalah ke satu masalah dia cipta.. Dari satu kejadian ke satu kejadian yang lain dia alami.. Dia melarang ikhtilat tetapi dalam masa yang sama dia juga terjebak dalam kancah itu.. Dia menghalalkan perbuatannya dengan memberi alasan ingin membimbing pasangan ke jalan Allah.. Namun, Dania Najihah, wanita yang diingininya itu menolak cintanya kerana masih berpegang teguh dengan ajaran Islam.. Alhamdulillah.. Setelah semuanya jelas, dia kembali ke jalan Allah.. Rakan-rakannya banyak membantu membawa dia kembali ke jalan yang benar... Itulah serba sedikit tentang buku ni..  Iman itu tidak boleh diwarisi.. Syaitan sentiasa bekerja dan berusaha untuk menyesatkan anak Adam.. Orang yang penuh ilmu di dada pun kadang kala terkhayal dengan hasutan syaitan.. Jadi, untuk teguhkan iman, beramallah dengan ilmu dengan seikhlas hati tanpa ada rasa riak, takbur dan ujud seperti Uzair Akhyar...  Sekiranya kita melakukan kejahatan dan sedar akan kejahatan yang kita lakukan itu, cepat-cepatlah bertaubat.. Janganlah kita menangguhkan taubat.. Pintu taubat sentiasa terbuka buat kita PENDOSA.. Secara keseluruhannya aku sangat berpuashati dengan jalan cerita novel Taubat Yang Tertangguh ini.. Jalan ceritanya dari awal hingga akhir tersusun kemas dan tidak membosankan.. Satu persatu plot cerita mempunyai mesejnya yang tersendiri..  Ingatlah, tiada yang mustahil dalam dunia ni.. Jika Allah berkehendakkan sesuatu, pasti akan terjadi juga dengan kuasaNya.. Yang beriman tidak lagi beriman, yang pendosa tidak lagi terus berdosa..  Rating & Cadangan Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟 Aku suka konsep penceritaan buku ni.. Tidak hairanlah ramai yang memberi feedback yang positif tentang buku ni antaranya di Goodreads dimana kita dapat membaca review dari setiap pembaca.. Banyak lagi sebenarnya persoalan yang bakal terungkai dalam novel tarbiah Taubat Yang Tertangguh ni.. Jadi, korang kena baca sendiri dan ambil pengajaran yang ada dalam novel ni.. Dengan membaca novel ini, korang akan dibawa menelusuri pelbagai debaran, keinsafan, tangisan dan kebahagiaan. Aku yakin, korang tidak akan berhenti membaca hingga helaian yang terakhir.. Syabas buat penulis.. Aku doakan agar penulis dapat menghasilkan lagi karya terbaik seperti ini untuk para pembaca mengutip pengajaran di dalamnya..  Aku sangat recommend korang baca buku ni..
https://www.leaazleeya.com/2016/08/why-does-it-take-you-so-long.html
Why Does It Take You So Long?
Assalamualaikum wbt.. Why Does It Take You So Long? | Reality atau fantasi..? Inilah realiti.. Huhu.. Sering kali terjadi pada mommies yang berkerjaya... Pagi-pagi kelam kabut menyiapkan anak-anak untuk dihantar ke pengasuh... Lepas siap anak-anak baru siapkan diri sendiri...  Rutin bagi aku sendiri, bangun pagi seharusnya siapkan diri sendiri dulu baru siapkan anak.. Kalau siapkan anak dulu mesti tak sempat... Dah anak bangun mesti banyak kerenah dia nak dilayan.. So, better aku siapkan diri sendirik dulu.. Dah siap diri sendiri baru uruskan anak.. Hehe..  Itu pown sebab aku anak baru sorang.. Kalau dah dua tiga orang tataw la macam mana.. Kene ada pengurusan masa yang betul... Kalau suami turut membantu dalam menyiapkan anak pepagi tu dah dikira untung badan dan bonus.. Kalau dapat suami yang hanya pentingkan diri sendiri dan menganggap urusan siapkan anak atau menguruskan anak ni adalah tugas sang isteri sahaja, memang agak susahlah bagi seseorang isteri itu... Kebanyakan isteri sekarang berkerjaya.. Zaman sekarang kalau sorang aje yang bekerja mesti tak cukup untuk menampung kewangan keluarga.. Semuanya mahal sekarang.. Tak de yang murah.. Masuk toilet pown dah 50 sen kowt sekarang.. Huhu.... Dah isteri pown bekerja untuk tolong kewangan keluarga, tak salah kowt para suami tolong isteri dalam pengurusan rumahtangga.. Sama-sama membantu antara satu sama lain.. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.. Tak gitu??  Renung-renungkan dan selamat beramal..!!
https://www.leaazleeya.com/2019/08/review-novel-mannequin-by-illya-abdullah.html
Review Novel | Mannequin by Illya Abdullah
Mannequin by Illya Abdullah  |  Dah agak lama tak review novel.. Dunia pembacaan agak lama aku tinggalkan semenjak komitmen aku bertambah.. Rasanya tak cukup masa untuk aku atur semua sekali perjalanan harian aku.. Kekangan masa yang serius membuatkan aku akur dengan ketidakbolehan aku melakukan hobi aku yang satu ini.. Kerinduan untuk membaca tu tetap ada dan kelmarin aku cuba untuk meluangkan sedikit masa untuk melepaskan rindu aku nan satu itu dengan menghadam cerita Mannequin dari Illya Abdullah ini..  Mannequin Ia Bernyawa! Yess buku ini dah lama sebenarnya aku beli.. Tersimpan kemas dalam kabinet buku dan masih berbalut plastik.. Memandangkan dua tiga hari lepas banyak kejadian dah berlaku dalam hidup aku, jadi untuk membuang semua rasa yang tak ingin aku rasa tu, aku amek feel seram untuk lupakan kejadian yang dah berlaku tu.. Tak de la semak otak aku ni.. Hehe.. Tajuk : Mannequin Penulis : Illya Abdullah Muka Surat : 348 Penerbit : Buku Prima Tahun Diterbitkan : 2017 Sinopsis Mannequin MANNEQUIN sebuah patung perhiasan yang menjadi model peragaan di butik-butik  pakaian. Ada cerita di sebalik patung itu. Zaitun, wanita berhati iblis menghasilkan mannequin bernyawa untuk kepentingan diri dan sebagai koleksi peribadinya. Kisahnya menjadi tarikan sebuah syarikat produser yang ingin menghasilkan sebuah filem seram berdasarkan kisah benar Zaiton. Melissa, teraju utama filem itu melakukan sedikit kajian pada wataknya itu. Seorang kru dirasuk dan seorang lagi kru mati dengan misteri. Melissa pula hilang tanpa jejak. Adam, saudara tiri Melissa pulang untuk menyiasat kehilangan Melissa. Dia dibantu oleh Bella dan juga Inspektor Izwan yang pada mulanya tidak mempercayai kes yang disiasat itu berkaitan manusia yang bersekutu dengan iblis. Kisah Zaitun mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Adam. Benarkah Zaitun sudah mati atau masih bernyawa? Siapa dalang di sebalik angkara ini? Mannequin dijadikan sebagai teman hidup mereka yang kesunyian dan mereka yang kehilangan orang tersayang. Namun, ada 'bayaran' yang cukup mahal perlu dilunaskan. Dalam al-Quran sudah dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang sentiasa menanti-nanti, menunggu mencari peluang untuk menyesatkan manusia. Nak tahu siapa? - ADAM Sekali pun jasad aku sudah mati, tetapi aku masih hidup bersama patung-patung ini. Aku bersumpah yang aku akan tamatkan riwayat keturunan kamu, Yusoff!! - ZAITON Mannequin bernyawa? Maksud kau mannequin itu dipuja. Kau buat aku rasa seram. Tetapi perempuan tua yang dikatakan mengamalkan ilmu sihir itu dah mati lama dulu. - INSPEKTOR IZWAN Review Mannequin Kadang aku baca sesetengah buku tu, starting dia meleret-leret dan membosankan.. Untuk Mannequin ni, bermula dengan baik sekali tanpa ada rasa bosan ketika aku menelusuri jalan ceritanya.. Perjalanan ceritanya berjalan lancar dan agak pantas tanpa tersekat-sekat.. Cerita yang tersusun dari awal hingga akhir.. Aku pun cepat la sikit faham jalan ceritanya.. Tak de la bengkang bengkok.. hiks.. Mannequin ni sepertimana yang semua dah tahu adalah sebuah patung.. Cerita patung aje aku baca ye.. Ceritanya agak seram tentan perempuan tuan mengamalkan ilmu hitam untuk menghidupkan patung-patung rekaannya.. Perghhh seram dowh.. Siap guna kulit, daging dan darah manusia lagi tu buat patung.. Pastu nak yang anak dara dan cantik sebagai daya tarikan pada patung tersebut.. huhu.. Tak dapat aku bayangkan jika bende ni benar-benar wujud dalam alam nyata sekarang ni.. Maka banyaklah mangsa yang akan menjadi korban dengan kerakusan manusia yang bertuankan Iblis.. Mintak dijauhkan diri kita dan keturunan kita dari perkara syirik seperti ini.. Moga tuhan melindungi kita semua.. Aku tak pasti sama ada novel ini ada sambungan atau tidak sebabnya, diakhir cerita masih ada yang menyambung legasi perempuan tua bernama Zaiton itu.. Kalau ini sebuah movie, pastinya akan ada sambungan Mannequin 2.. Hehe.. Peratus keseraman novel ini adalah :- 60% Kesedihan 50% Kekeluargaan 80% Ketakutan/Seram 70% Mistik Rating & Cadangan Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟 Tahniah kepada penulis kerana berjaya menghasilkan novel yang membangkitkan keseraman dan juga ketakutan pada aku.. Rasa nak muntah pun ada bila baca plot yang menjijikkan.. Siat kulit manusia hidup-hidup weh.. Cuba bayangkan.. hehe.. Aku dapat habiskan novel ni sehari setengah aje.. Betapa syoknye jalan cerita novel ni sampai aku tak mahu lepaskan.. Bagi korang yang suka novel genre seram, bolehlah cuba baca novel ni ye.. Korang mesti merasainya.. Buat penulis, semoga terus success dalam menghasilkan novel seram yang lebih mencabar keberanian pembaca..
https://www.leaazleeya.com/2021/09/jejak-wira-merdeka-bersama-vits.html
Jejak Wira Merdeka Bersama Vits
Jejak Wira Merdeka Bersama Vits | Di waktu negara sedang bergelut dengan isu pandemik yang melanda dunia ini, Vit’s telah mengambil pelbagai inisiatif murni bagi bersama-sama membantu rakyat Malaysia yang terkesan daripada pandemik ini. Sempena bulan kemerdekaan ini, Vit’s telah berkolaborasi bersama Sinar Harian untuk menjalankan satu program untuk membantu para “Wira Negara” yang pernah berkhidmat kepada negara. Mereka yang pernah menjadi wira untuk  mempertahankan tanah air wajar untuk kita hargai. Kerjasama ini dijalankan bersama Persatuan Veteran.my dan Persatuan Penyayang Warga Emas Malaysia untuk mendermakan sejumlah bantuan makanan kepada wira negara yang terkesan pada waktu pandemik ini. “Terima kasih kerana memberi peluang kepada Vit’s untuk berkerjasama dalam kempen ini. Kami amat berbangga dan terharu kerana dapat berjumpa dengan wira negara yang telah banyak berjasa kepada negara kita. “Tanpa jasa wira negara kita tidak akan rasa segala kesenangan yang ada di Malaysia ini,” kata Lai Yeah Tat, Pengarah Urusan Vit Makanan.  Aktiviti untuk kempen CSR kali ini adalah yang paling bermakna sekali buat Vit’s kerana dengan adanya program seperti ini, kita sebagai rakyat Malaysia akan lebih mengingati dan menghargai para pejuang yang telah mempertahankan tanah air.  Vit’s telah mengunjungi salah seorang bekas wira negara iaitu Bohari @ Abu Bakar Razali, 62, yang telah meninggalkan kerjayanya sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Namun pelbagai kenangan pahit dan manis masih segar dalam ingatannya. Semasa bertugas, beliau nyaris menjadi korban peluru semasa melakukan rondaan di kawasan terumbu. Bohari merupakan salah seorang pejuang negara yang disantuni dalam program Jejak Wira Merdeka ini. Beliau yang ditemui di kediamannya Sabak Bernam, Selangor menerima bantuan sebagai penghargaan di atas jasa dan pengorbanan beliau sebagai anggota tentera laut yang menjaga keamanan negara. Bohari menerima sumbangan berupa wang ringgit serta bantuan makanan untuk meringankan beban beliau yang kini berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis, asma, buah pinggang dan paru-paru kronik.    “Dengan keadaan sekarang saya memang selalu ulang alik ke Hospital Sabak. Sejak lepas pembedahan jantung tiga “bypass” saya selalu kena semput. “Nak kena pakai oksigen, bukannya murah. Jadi, terpaksalah ke hospital. Waktu Covid ni, tak berani nak keluar. Hampir setahun duduk di rumah,” ujarnya.  Bohari yang kini semakin uzur terpaksa menggunakan lampin pakai buang untuk mengurangkan pergerakan disebabkan faktor kesihatan beliau. Pengarah Urusan Vit Makanan, Lai Yaeh Tat menyifatkan program Jejak Wira amat bermakna bagi memperingati wira-wira yang telah berjuang demi keamanan negara. Vit’s telah mendermakan 400 pek Mi kering kepada Persatuan Veteran.my dan Persatuan Penyayang Warga Emas Malaysia sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong Vit’s dari dulu hingga kini kata Yaeh Tat yang merupakan generasi ke-2 legasi Vit’s. “Kami berharap bantuan ini dapat meringankan beban wira-wira negara di waktu pandemik ini,” ujarnya.   Untuk makluman lanjut anda boleh layari laman sesawang di www.vitsnoodles.com atau sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui Puan Syazwany Pegawai Pemasaran di 603-60933999 atau emel di syazwany@vit.com.my.
https://www.leaazleeya.com/2014/01/hak-milik-terpelihara.html
Hak Milik Terpelihara
Assalamualaikum Bz berpanjangan nampaknya aku ni.. (eleh padahal baru je 2 hari kowt bz nye) hehehe.. Tak berkesempatan nak apdet blog... Ni baru ada masa.. Baru aje selesai buat punch card untuk bulan Februari... Sekejap je rasanya masa berjalan... Dah nak masuk bulan Februari kan... Itu menandakan dah agak lama aku simpan dan pakai barang-barang yang menjadi kesayangan aku.. hak3x.. Setiap kite mesti ada barang-barang yang menjadi kesayangan kan... Cam la aku gak.. Ada yang menjadi kesayangan aku.. Nak tahu ape.. ~!! Jom kite selongkar almari aku... Tengok ape yang ada... Handphone kesayangan aku  ( Note 2 ) * * * Handbag Converse * * * Handbag Roxy * * * Handbag Neo Adidas * * * Lappy Compaq 12 henci * * * Jam Tangan AX * * * Jam Tangan Guess * * * Banyak betul kesayangan aku.. Ha3x.. Tapi yang paling sayang buku-buku aku.. Gambar bawah ni sikit je.. Sebabnya tu gambar lama... Koleksi buku aku sekarang terlalu banyak... Best gile dowh...~!! Koleksi Buku Aku Antara barangan kesayangan aku yang tersebut lah.. Setiap orang pasti ada kan.. Cuma banyak dengan sikit aje.. Setiap barang mesti ada sentimental value dia kan.. hik3x... Hurmm semua barang-barang ni dah lama tapi masih dalam keadaan yang baik.. Alhamdulillah.. Cermat rupanya aku ni.. Hahaha.. Okeh la.. Aku nak pergi rehatkan diri.. Waktu rehat dah semakin hampir kan.. Jom menjamu kek bersama aku.. Kek sempena raya cina.. Nyummm nyummm... Chow Chin Chow.. Smilee...
https://www.leaazleeya.com/2021/09/titan-summit-2021-kongsi-100-kisah-inspirasi-usahawan-jutawan-anak-didik-dr-azizan.html
Program Titan Summit 2021 Kongsi Kisah Inspirasi Anak Murid Dr Azizan Yang Berjaya Dari Zero To Million Richworks
Program Titan Summit 2021 Kongsi Kisah Inspirasi Anak Murid Dr Azizan Yang Berjaya Dari Zero To Million Richworks  |  Hi guys.. Sejak dua menjak ni, rajin pulak aku baca kisah-kisah usahawan yang berjaya dengan perniagaan mereka.. Yelah, sekarang ni kan musim pandemik Covid-19, bukan senang nak membangunkan sesebuah perniagaan tu... Dah banyak perniagaan yang 'gulung tikar' tak mampu bertahan dek kerana keadaan semasa dan juga ekonomi negara kita sekarang ni.. Bila terbaca kisah mereka yang berjaya ni, rasa terinspirasi pula dengan kegigihan mereka sehingga mereka dapat kecapi kejayaan.. Ya, kejayaan yang mereka perolehi semestinya tidak datang begitu sahaja sebaliknya perlu melalui fasa-fasanya dan proses yang betul..Salah satu kisah inspirasi yang aku rasa sangat kagum bila membacanya adalah kisah kejayaan Mawarni Namli iaitu founder Wanys Food Sdn Bhd atau lebih familiar jenamanya dengan nama Wany's Snacks.. Dengan permulaan tiada ilmu dalam bidang perniagaan dan pemasaran, bagaimana beliau boleh berjaya? Haaa nak tahu kisahnya, jom baca sampai habis ye.. Hehe..Kisah Inspirasi Kejayaan Usahawan Jutawan Titan Richworks  Wanys Food Sdn. Bhd. (Wany's Snacks)Sebenarnya sebelum ini aku sendiri pun tidak mengenali siapakah orang kuat di sebalik Wanys Food Sdn. Bhd ni atau lebih familiar dengan nama Wany's Snacks.. Hanya produk-produk keluarannya sahaja yang selalu aku terlihat namun masih belum berkesempatan untuk mencubanya.. Insyaallah, lepas ni aku akan cuba produk keluaran mereka.. Setelah membaca kisah inspirasinya, barulah aku kenal foundernya, Mawarni Namli..Kalau korang nak tahu, pada awalnya beliau tidak mempunyai apa-apa ilmu dalam bidang perniagaan dan juga pemasaran.. Bukan itu sahaja, malah wujud perasaan ragu-ragu dan skeptikal dengan ilmu dalam diri beliau.. Tapi macam mana beliau boleh berjaya? Haaa ini jawapannya..Pada Disember 2013, beliau telah menyertai Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) anjuran Richworks.. Di ketika itu beliau masih lagi belum mengenali Datuk Wira Dr. Azizan Osman.. Dalam pada itu juga, ada kenalan yang menasihatkannya untuk tidak menghadiri program tersebut.. Namun beliau tetap bertekad untuk menyertainya dan setelah itu beliau rasa terinspirasi dengan sesi Hot Seat ketika itu lalu beliau menyimpan satu tekad yang suatu hari nanti beliau sendiri yang akan naik ke atas pentas itu nanti.. Pada tahun 2014 pula, beliau telah menyertai program Advanced Marketing Power (AMP) yang terakhir sebelum program ini di rebrand menjadi Milionaire Marketing Mastery (MMM).. Selepas itulah, jualan semakin meningkat sehinggalah beliau nekad untuk mendaftar platinum program bersama Dr Azizan walaupun ketika itu beliau menghadapi kekangan kewangan, duit tidak mencukupi.. Program yang beliau sertai adalah Master Your Bisness (MYB), Rahsia Kuasa Minta Jutawan (RKMJ), Train The Trainer (TTT) dan Retire Young Retire Rich (RYRR). Selepas mengikuti program-program ini, terciptalah bisness kacangnya..Kejayaan tidak datang serta merta selepas itu.. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapinya dalam membangunkan perniagaan kacang beliau.. Pada awalnya, beliau tidak fokus dan cuba untuk menjual bermacam-macam produk.. Beliau juga masih tidak tahu cara untuk uruskan bisness dan aliran tunai bisnes.. Itulah antara cabaran awal yang dihadapi oleh beliau.. Namun beliau tidak berputus asa hanya setakat itu sahaja malah beliau tetap meneruskan usaha dalam menimba ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan.. Sehinggalah pada tahun 2015, beliau berjaya menamatkan program Platinum dan convo di Majlis Konvokesyen Ke-5 Sesi 2014/2015 Dr. Azizan Osman's University Of Life pada 13 Jun 2015 di Pullman Putrajaya Lakeside, Putrajaya.Selepas itu, beliau terus mengorak langkah dan mengatur strategi dalam perniagaannya.. Beliau mula create team sendiri bagi melancarkan lagi urusan perniagaannya.. Team semakin bertambah dari masa ke semasa sehinggalah beliau menghadapi cabaran untuk menguruskan dan training team yang semakin ramai.. Tahun 2015 juga merupakan tahun kegemilangan bagi Wany's Snacks di mana beliau berjaya naik Hot Seat IMKK kerana jualan produknya telah pecah rekod dengan tempahan kacang sehingga 50 tan.. Wahh hebatnya..!!'Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari'.. Itulah perumpamaan yang tepat bagi perusahaan Wany's Snacks pada tahun 2016 sehingga 2017.. Dalam hidup ni sudah pasti ada dugaannya.. Begitulah juga dalam perniagaan.. Pada tahun 2016 hingga 2017, bisness Wany's Snacks mula menghadapi masalah.. Pelbagai masalah dihadapinya seperti masalah kualiti, stok tak cukup dan team mula protes.. Ini disebabkan pengurusan stok yang tidak bersistem, aliran kewangan tidak terurus dan team bermasalah.. Sehinggalah pada penghujung tahun 2017, syarikat menghadapi masalah kehabisan modal untuk pusingan..Dalam perniagaan ni, modal sangatlah penting.. Bila modal pun dah tiada, apa lagi yang boleh dibuat.. Akhirnya, beliau membuat keputusan untuk pindah pejabat dan mula menjual barang-barang pejabat.. Bukan setakat itu sahaja, malah beliau juga membuat keputusan untuk menutup perniagaannya. Itulah cabaran dan dugaan yang harus diharungi dalam membangunkan sesebuah perniagaan.. Jika tidak kuat, pasti ianya hanya setakat itu sahaja..Tapi bukan bagi wanita hebat bernama Wamarni Namli ini.. Selepas pelbagai dugaan dihadapinya, beliau masih tidak putus asa dan kembali bangkit untuk terus berjuang demi membangunkan perniagaannya.. Pada tahun 2018, beliau sertai semula program anjuran Richworks ini iaitu program Zero Kos Marketing (ZKM)..Selepas program itu, beliau kembali struggle dengan bisnessnya yang bermula dari bawah semula. Sungguhpun begitu, dia tetap nekad untuk meneruskannya walaupun sukar.. Berkat kegigihan dan kesabarannya, alhamdulillah bisnessnya mula kembali pulih dan baik malah semakin baik dari hari ke hari.. Dari situ, beliau mula sedar betapa pentingnya untuk terus belajar dan menambah ilmu.. Kali ini, sekali lagi beliau menghadapi cabaran dalam membina team yang baru.. Bukan itu sahaja, malah dalam merekrut stokis dan agen baru juga satu cabaran bagi beliau..Wanys Food Sdn. Bhd. Mula Raih Pencapaian Jualan 7 AngkaPada tahun 2019, bisnes Wany's Snacks semakin baik dan mula nampak peningkatannya semula... Untuk tidak mahu mengulangi kesilapan yang lepas, beliau sekali lagi kembali menyertai program MMM anjuran Richworks untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan dan pemasaran malah beliau turut menyertai Titan pada tahun yang sama..Tidak terhenti di situ sahaja, beliau mula mengikut setiap program Richworks seperti :-Entrepreneur Foundation Program (EFP)CashflowMudah Urus GajiGrow Your Bisness (GYB)Master Your Bisness (MYB)Sales Growth Bootcamp (SGB)Inner Circle Meeting (ICM)Paling mengembirakan, team yang ada semakin improve performance mereka dan bisnes beliau juga kembali mendapat kepercayaan dari leader dan juga agen.. Namun begitu, masalah dan cabaran juga tetap ada walaupun bisness semakin baik.. Kali ni, masalah dan cabaran yang berbeza pula dihadapinya iaitu beliau menghadapi masalah ruang untuk menyimpan stok.. Nampak tak, bila bisnes yang diusahakan melalui proses yang betul, ruang pula tak mencukupi untuk menyimpan stok.. Hikhik.. Pencapaian yang sangat membanggakan pada tahun 2019 adalah jualan pada tahun tersebut mencecah 7 angka.. Pecah rekod tau!! Alhamdulillah, tahniah.. Bermula tahun 2020, mereka berpindah dari unit kedai biasa kepada kilang yang lebih besar bagi menampung pengeluaran produk yang semakin hari semakin meningkat permintaannya..  Bukan itu sahaja, mereka juga sudah naikkan billboard dan sudah bersiaran di kaca TV.. Satu pencapaian yang sangat membanggakan..Memandangkan tahun 2020 bermulanya pandemik Covid-19, maka cara penjualan juga mula berubah corak dari offline kepada online.. Rata-rata rakyat Malaysia sekarang ni lebih selesa membeli secara online di musim ini memandangkan ia lebih selamat, mudah dan cepat.. Begitulah juga dengan Wany's Snacks, telah mengubah corak perniagaannya dari offline kepada online.. Now, korang boleh beli produk mereka secara onlineee.. Wahh bestnya.. Lebih mudah.. Nampaknya pada tahun 2021 ni, pandemik masih belum berakhir sebaliknya ianya semakin sukar.. Bagi yang berniaga, semakin ramai yang 'gulung tikar' dan bagi kami yang bekerja makan gaji ni, ramai juga yang telah diberhentikan kerja.. Allahuakbar.. Itulah dugaan di musim pandemik ini.. Walaupun begitu, alhamdulillah perniagaan Wany's Snacks ini masih mampu bertahan dan bisness mereka masih berkekalan meskipun situasi pandemik ini masih berterusan.. Bukan itu sahaja, malah pengambilan agen-agen baru juga masih diteruskan.. Bagi mengekalkan kejayaan ini, training bersama leader juga turut dilakukan dengan lebih agresif bagi mengekalkan energi.. Cumanya, di musim pandemik ini, cabaran yang harus ditempuhi beliau adalah nak educate team tentang perubahan dari offline kepada online..Richworks Himpun 100 Usahawan Jutawan Kongsi Kisah Kejayaan Bina Bisnes Ketika Pandemik dalam Program Titan Summit 2021Bisnes bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Ya betul, semua orang pun boleh berbisnes kalau mahu, tetapi tak ramai yang mampu untuk bertahan dan kekalkannya serta tak ramai juga yang mempunyai kesabaran yang tinggi dalam dunia bisnes ini.. Nama lagi bisness, pasti tak dapat lari dari ujian dan juga cabaran.. Itu bagi yang baru ingin memulakan bisnes, manakala yang sudah bergelar usahawan pula, jangan terlalu selesa bila berada ditahap yang membanggakan kerana pasti ada sahaja cabaran dan ujian yang perlu ditempuhi.. Di ketika inilah, ianya akan menentukan kredibiliti kita berada di tahap yang mana.. Sungguhpun begitu, setiap ujian dan cabaran itu sudah pasti ada jalan penyelesaiannya... Tidak kira cabaran dalam bentuk apa sekali pun, jika betul dengan caranya, pasti ianya dapat diselesaikan dengan baik.. Ok, di sini aku nak share dengan korang perkongsian 100 usahawan dari pelbagai insustri yang telah berjaya membangunkan bisnes mereka hingga mampu menghasilkan jutaan ringgit dan tetap kekal kukuh walaupun di musim pandemik ini.. 100 usahawan jutawan ini merupakan sebahagian anak didik di bawah Richworks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah dan Sarawak termasuk Australia, Singapura dan Indonesia..Mereka akan kongsikan apa yang mereka lakukan serta strategi perniagaaan yang mereka praktikkan sehingga mereka mencapai kejayaan sehingga ke hari ini dalam Program Titan Summit 2021 nanti.. Mereka juga bakal kongsikan persediaan mereka dalam menghadapi tahun 2022 yang lebih mencabar dengan persaingan yang lebih sengit. Untuk pengetahuan korang, Program Titan Summit 2021 ini terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh Richworks pada 24 hingga 26 September nanti.. Tujuan perhimpunan jutawan ini adalah untuk memberi inspirasi dan harapan kepada usahawan malah anggota masyarakat di luar sana bahawa mereka juga boleh berjaya dalam tempoh yang mencabar ini..Richworks bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah melatih dan membimbing ramai usahawan sejak 2008 lagi malah boleh dikatakan kebanyakan jenama terkenal perusahaan kecil dan sedarhana (PKS) Bumiputera datangnya daripada mereka..Ekonomi sekarang sudah mula dibuka dan dijangka Oktober dan November ini, aktiviti akan lebih agresif. Inilah masanya untuk usahawan rebut peluang dan berniaga secara kompetitif.. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mengetahui peluang-peluang perniagaan yang disediakan usahawan jutawan ini dengan modal yang rendah malah ada yang percuma.. Bagaimana 100 usahawan jutawatan ini berjaya mengharungi cabaran dalam bisnes ketika pandemik ini?  Ya, mereka bakal kongsikan kisah jatuh bangun mereka serta strategi yang dilakukan dalam Program Titan Summit 2021 nanti.. Anda boleh dengar dan saksikan sendiri bahawa tiada apa yang mustahil untuk dilakukan jika benar ada keinginan, tekad dan kesungguhan untuk berjaya.  Nantikan! 100 Usahawan Jutawan - Perkongsian bagaimana mereka ini berjaya harungi cabaran bisnes ketika pandemik. Nak belajar dari strategi mereka yang telah berjaya? Temui mereka di Virtual Online Program Titan Summit 2021 - 10X Bina Bisnes Berjaya pada 24-26 September 2021 selama 3 hari. Daftar sekarang di sini 👉 Program Titan Summit 2021 Richworks
https://www.leaazleeya.com/2016/04/part-2-1-tahun-aku-dan-dia.html
PART 2 | 1 Tahun Aku dan Dia
Assalamualaikum wbt.. Pica bulan Mei 2015 Sambung cerita dari kisah Part 1 hari tu... | Part 3 | Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang Ibu a.k.a Ummi yang sebenar-benarnya setelah pulang dari Hospital.. Jaundis anak aku masih tinggi masa tu... Banyak jugak petua yang kami amalkan untuk turunkan jaundis ni.. Tapi semua tak menjadi... Setelah dirisik-risik, kami dapat tahu yang sebuah klinik di Permatang badak, Kuantan yang mengamalkan perubatan as-syifa menjual ubat jaundis.. Ubat Jaundis yang dijual adalah ubat Homopati.. Ubatnya berbentuk cecair (air) yang perlu dititiskan kedalam mulut baby.. Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT... Anak aku serasi dengan ubat tersebut.. Nurse pown terkejut bila dapati jaundis anak aku turun dengan cepat... Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Syukur tak terkata... Hari-hari yang berikutnya seperti biasa lah, nurse akan datang rumah untuk buat pemeriksaan ibu dan anak.. hehe.. Tensen gak kadang-kadang kene check kerap sangat.. haha... Tapi itu lah rutin yang harus dilalui setiap ibu yang baru bersalin..  Dalam tempoh 7 hari segala urusan pendaftaran siap dilakukan.. Semuanya berjalan lancar.. Anak aku diberi nama Muhammad Qhaliff Amsyar... Qhaliff bermaksud Khalifah dan Amsyar membawa maksud yang cergas.. Huwaa memang sangat cergas ye sekarang.. Haha... Qhaliff tak banyak ragam sangat masa baru lahir,... Cuma ada la kadang-kadang menangis.. Susah nak tido.. Meragam sikit-sikit... Tu adat la kan... Orang cakap anak lelaki ni kuat menyusu.. Tapi si Qhaliff ni tak de la kuat mane menyusu.. Biasa-biasa aje..  Pica Jun 2015 Hampir sebulan jugak aku berpantang rumah mak aku... Syukur masih mempunyai emak time aku bersalin.. Terima kasih ALLAH.. Terima kasih Emak.. Bersusah payah emak aku menjaga aku dalam pantang.. Sampaikan dia pitam dan jatuh... Allahuakbar.. Bersalahnya aku rasa masa tu.. Bersalah sebab aku rasa aku dah menyusahkan dia.. Lepas dia jatuh, aku dah tak benarkan dia jaga aku.. Semua aku uruskan sendiri... Alhamdulillah tuhan beri aku kekuatan walaupun aku dalam pantang... Syukur.. Kesian mak.. Lepas emak aku dah sihat sikit, aku buat keputusan untuk pulang rumah sendiri sebab tak mahu susahkan dia lagi...  Setelah pulang ke rumah sendiri, aku  uruskan diri aku sendiri... Uruskan anak... Seronok sebenarnya menjadi seorang ibu ni.. Hehe.. Cumanya bila anak meragam aku dah cuak sendiri.. haha..!! Tapi semua tu memang kene hadap la.. Takan nak yang best-best aje kan..  Qhaliff membesar dengan baik.. Sekali dua ada jugak dia demam.. Firstime dia demam.. Allahurabbi.. Risau bukan kepalang.. Badan sangat-sangat panas... macam-macam petua aku buat.. Tuam badan.. bawak ke klinik sudah.. semua tak menjadi.. Last sekali dah tak de pilihan aku terus pergi pakar kanak-kanak.. Masa tu suhu dia 40 darjah... Doktor cakap tinggi sangat dia punya suhu.. aku dah risau.. Anak aku pulak menangis tak berhenti.. mungkin badan tak selesa kan.. panas sangat.. Terus doktor masukkan ubat dekat 'montot' dia.. Tak berapa lama dia dah mula berpeluh-peluh.. Syukur sangat.. Esoknya demam dia dah kebah.. Alhamdulillah.. Pica Julai 2015 Itulah firstime dia demam teruk... Dannn tiba lah masa untuk Qhaliff di hantar ke rumah pengasuh... Masalah yang aku hadapi adalah nak ajar dia minum susu menggunakan botol susu.. Haha.. Cuak mak nakkkkk...!! Mane taknye.. semua botol yang diberi dia tak nakk... Pacifier memang dia tak nak dari kecik lagi.. Berusahalah aku mencarik botol yang dia boleh terima... Google sana.. Google sini.. Dok baca pengalaman ibu-ibu lain dalam blog.. Dah macam-macam jenis botol di beli dan diberi.. semua dia reject ye..!!  Last sekali beli botol pigeon... Ramai yang berjaya dengan botol pigeon ni.. So, aku buat keputusan untuk cuba botol pigeon ni.. Pigeon Peristaltic Plus Botol ni aje yang berjaya memikat hati si kecik aku tu... Setelah masalah botol selesai barulah senang hati aku nak hantar ke pengasuh... Dalam pencarian pengasuh untuk Qhaliff pulak aku mintak jasa baik seorang makcik untuk carikan... Alhamdulillah, Syukur sekali lagi kepada ALLAH kerana menemukan Qhaliff dengan pengasuh yang sangat-sangat baik dan perihatin serta penyayang... Satu family penyayang.. Suka budak-budak.. Yang paling ajaibnye.. Dia jaga Qhaliff sorang aje.. Dia tak nak jaga ramai-ramai.. Baby la.. Kalau yang dah besar tu ada la sorang dua... Tu pun kadang-kadang datang kadang-kadang tak datang.. Kirenya jarang-jarang je la dia jaga... Jom belanja gambar qhaliff bersama ahli keluarga pengasuh.. haha.. Bersama keluarga pengasuh a.k.a keluarga angkat Firstime aku nak hantar ke pengasuh, perasaan sedih menyelubungi aku.. Mana taknye, dekat 3 bulan aku dok jaga dia.. Last-last aku bagi dekat orang pulak untuk jaga dia.. Dah berkongsi kasih sayang kat situ.. Haha... Tapi itu lah lumrah bagi seorang ibu yang berkerjaya kan... Terpaksalah lalui jugak semua tu.. Mula-mula rasa risau jugak nak hantar ke pengasuh, almaklumlah sekarang kan banyak kes-kes dera melibatkan pengasuh... Setelah beberapa hari hantar, aku dapat rasakan pengasuh ni lain dari yang lain.. Keluarga dorang penuh dengan kasih sayang... Alhamdullillah.. Pica Ogos 2015 Pica Ogos 2015 Okeh la.. sampai sini dulu untuk part 2 ni.. Dalam entry akan datang aku akan ceritakan tentang kerenah dan pembelajaran Qhaliff sepanjang dia meniti usia 1 tahun... peace...!!
https://www.leaazleeya.com/2013/10/akhirnya.html
Akhirnya.....
Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi.. akhirnya siap gak blog LA.. TQ Sheda Ucu kerana bertungkus lumus menyiapkan blog ini... he he he.. 
https://www.leaazleeya.com/2019/03/safi-expert-solution-kurangkan-bintik.html
Safi Expert Solution Kurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu
Safi Expert Solution Kurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu  |  Semakin meningkat usia semakin kelihatan bintik-bintik hitam dekat muka.. Tak payah nak cakap orang lain, aku sendiri sedang mengalaminya kini, cumanya belum terlalu ketara.. Risau juga sebenarnya.. So, baik kita cegah sebelum parah.. Macam mana nak cegah tu? Now, tak perlu nak buang duit pergi ke pusat rawatan kecantikan bagai.. Cukup hanya dengan Safi Expert Solution sahaja dah mampu mengurangkan bintik hitam seawal 2 minggu.. Tu dia.. Hanya dalam tempoh 2 minggu sahaja dah boleh tengok hasilnya uolls..!!  Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation ini merupakan 2 Step Multi-Action Ampoule System dimana ia diformulasikan dengan bahan aktif yang sangat berkhasiat iaitu DN Age Tecnology. Kombinasi hebat 2 langkah ini bertindak pantas menembusi ke dalam lapisan kulit untuk memerangi bintik-bintik hitam dengan berkesan, membekalkan kelembapan dan menggalakkan pembaharuan kulit agar kulit tampil lebih sihat dan cantik secara menyeluruh.  Produk ini juga telah diuji secara klinikal dan menunjukkan :- 85.7% Bintik hitam berkurangan 91.7% Lebih berseri 100% Pembaharuan kulit 100% Keanjalan 100% Peningkatan tona kulit Kalau korang nak tahu, bintik hitam ini berpunca daripada 2 faktor utama iaitu pendedahan kepada cahaya matahari yang  terlalu lama dan juga proses penuaan semulajadi.. Jika kita mengabaikannya, tak mustahil masalah ini semakin serius.. Korang juga mungkin akan kelihatan tua sebelum usia.. Jadi, untuk merawat masalah ini bolehlah cuba Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation ini ye.. Jangan risau, ia selamat digunakan kerana :- No Mineral Oil No Alcohol No Silicone No Paraben No Animal Testing Cara Guna Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation Step 1 - Renewal Hydra Complex Titiskan ekstrak ampoule menggunakan dropper ke tapak tangan dalam kuantiti secukupnya. Kemudian apply pada wajah dan tepuk perlahan-lahan sehingga ianya meresap sepenuhnya ke dalam kulit muka. Seterusnya boleh follow step 2. Step 2 - Supreme Anti-Spots Complex Titiskan sedikit Supreme Anti-Spots Complex di tapak tangan dan apply pada wajah secara urutan ke atas. Aku suka bau ampoule ni yang menyegarkan... Teksturnya ringan dan tak melekit.. Untuk Supreme Anti-Spots Complex, masa aku nak apply dekat muka aku ingat teksturnya oily, tetapi bila dah apply alhamdulillah tak berminyak sebenarnya dan ia lebih cepat absorb ke dalam kulit... Paling best, kulit kekal lembap dalam jangka masa yang agak lama juga dan kulit pun kelihatan lebih fresh dan sihat.. Untuk dapatkan hasil yang optimum, guna 2 kali sehari iaitu pagi dan malam pada muka yang telah dibersihkan dengan sempurna. Safi Expert Solution Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines Ok, produk kedua yang aku nak perkenalkan pada korang juga dari rangkaian Safi Expert Solution iaitu Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines. Produk ni bagus tau sebabnya ia bertindak melindungi kulit lebih dari 90% daripada sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran yang menjadi punca terjadinya kulit kering, tona tidak sekara dan kedutan pada wajah.. Korang yang mana suka sangat buat aktiviti luar tu boleh la apply Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines ni terlebih dahulu supaya kulit korang dapat dilindungi dengan sempurna.. Aku suka baunya yang wangi dan kulit pun lembap jerk.. Nama lagik pelembap kan.. haha!! Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines ini merupakan pelembap yang tidak berminyak yang diformulasi dengan Liquid Crystal Technology dimana ia dapat meningkatkan proses penyerapan Amino Peptides yang berfungsi untuk memberi penghidratan yang terbaik dan menguatkan kulit. Produk ini juga telah diuji secara klinikal dan menunjukkan :- Ketumpatan serat kulit meningkat Keanjalan kulit mengingkat Mencerahkan tona kulit Kulit lebih berseri dan tegang Menghaluskan garis penuaan dan kedutan Cara Guna Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines Apply Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines secara merata ke kulit wajah dan juga leher yang baru dibersihkan dengan sempurna Urut secara perlahan dalam gerakan membulat sehingga diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Seperti ampoule juga, aku suka akan bau Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines ni yang wangi.. Teksturnya ringan dan tidak berminyak.. Ia sangat mudah meresap ke dalam kulit.. Aku suka!! Hehe.. Oklah untuk pengetahuan korang, rangkaian produk Safi Expert Solution ini masih belum berada di pasaran lagi buat masa ni dan akan dilancarkan tidak lama lagi.. Jadi, untuk update terkini dari Safi tentang produk ni, boleh layari :- Facebook https://m.facebook.com/SAFI.MY Instagram https://www.instagram.com/safimalaysia/ Youtube https://www.youtube.com/user/SAFImalaysia BACA JUGA DI SINI 👉 Kulit Wajah Sihat Berseri Dan Cerah Sempurna Dengan Safi Balqis OxyWhite 👉 Yakin, Cerah, dan Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty!
https://www.leaazleeya.com/2013/10/hero-heroin-kerinduan-kami.html
Hero & Heroin Kerinduan Kami..
Wahh tajuk x nak kalahkan... Yelah mane tak nye klu dah sebut hero & heroin tu sah-sah terfikir pada filem atau drama kan... tapi nak habaq kat hangpa semua.. kehidupan kita ni pon dah cam filem @ drama kan... hikhik..          Sebenarnya yang aku nak cite kat hangpa semua sal hero dan heroin kami yang dok ada kat umah tu... hero dan heroin kami yang semakin membesar dan semakin hensem serta kiut miut... hehe.. meh aku tunjuk hero dan heroin kami sekeluarga.... ni dia.... hahahahaa.... Baby Carl Nurin Afrina         Baby Carl tu anak akak aku.. Jarang-jarang je aku dapat jumpa dia.. dia dok jao... Nurin Afrina anak adik lelaki aku... muka aku masa kecik.. hahaha... klon aku ni... mereka lah penghibur kami... bukan ni aje yang ada tau.. hero bongsu kami yang paling comel ada agik sorang.. meh aku perkenalkan...  Budak buchuk - Baby Qaish       Dah cam tok aji je... kami panggey budak shomel ni 'Mat Sengeh'.. sebab dia suka sangat menyengeh.. ni anak adik perempuan aku yang bongsu... Anak sedara yang paling tak banyak ragam... baik sangat-sangat.. kesayangan aku ni... Tak larat dukung dia.. berat dia mengalahkan batu.. hahaha... budak temuk.. Gelagat Qaish..  Ni la mak & ayah aku..  Love u Mak... Love u Ayah... Okey lah... abeh dah kemerapuan aku harini... x sabar aku nak tunggu header blog yang baru... nanti aku update ye... header blog aku akan bertukar wajah nanti... Bubey... 
https://www.leaazleeya.com/2020/03/safi-shayla-botanical-silk-syampu-terbaik-untuk-wanita-bertudung.html
Safi Shayla Botanical Silk Syampu Terbaik Untuk Wanita Bertudung
Safi Shayla Botanical Silk Syampu Terbaik Untuk Wanita Bertudung  |  Bulan lepas aku tersalah beli syampu.. Bukan tersalah sebenarnya tetapi lebih kepada mengada-ngada nak tukar syampu lain.. Akibatnya, rambut jadi kejung dan susah nak urus.. Amek ko gedik sangat kan.. Haha!! Dah jadi gitu, pergilah cari balik syampu asal yang biasa pakai.. Aku memang pengguna setia syampu Safi Shayla.. Lagi pula apa yang bestnya Safi Shayla ni, ia mempunyai banyak variasi.. Itu yang bestnya.. Now, aku cuba pulak keluaran terbaru dari Safi Malaysia iaitu Safi Shayla Botanical Silk syampu terbaik untuk wanita bertudung macam aku ni.. Hehe.. Safi Shayla Botanical Silk Syampu Terbaik Untuk Wanita Bertudung Wahai kaum hawa, korang titik berat tak perihal penjagaan rambut ni? Penting tau penjagaan rambut bagi wanita bertudung ni.. Sebaiknya, kitalah yang perlu lebih prihatin tentang penjagaan rambut kita.. Kot la ada yang beranggapan, buat apa jaga sangat, bukan orang tengok pun! Huiii, jangan ada rasa camtu ye.. Kelak, korang jugak tanggung masalahnya.. Masalah apa? Haa masalah rambut berbau, berkelemumur, rambut berbuah, rosak dan paling kritikal rambut gugur.. Bab rambut berbau ni sangat memalukan tau.. Nak duduk tepi orang pun rasa segan.. Serius weh! So, jagalah rambut korang.. Nak yang terbaik, gunalah syampu Safi Shayla Botanical Silk cam aku guna ni.. Memang thorbahek baq hang!! Masa mula-mula aku tengok syampu ni, tertarik dengan packagingnya yang berwarna hijau cantik.. Nampak eksklusif.. Lagi menarik semasa menggunakannya.. Bau dia masyaallah wanginyaaaaa.. Serius aku jatuh cinta dengan bau syampu keluaran Safi kali ni.. Sangat wangi dan menyegarkan.. Rasa nak syampu rambut hari-hari jerk.. Haha!! Oh ya, untuk Safi Shayla Botanical Silk ni didatangkan dalam 3 jenis iaitu :- Silky Sheen Care Intense Nourishment Hair Fall Rescue Apa yang bestnya dengan syampu ni ye? Moh le aku cite sikit kat korang.. Kenapa Memilih Safi Shayla Botanical Silk? Aku pilih Safi Shayla Botanical Silk sebabnya syampu ni banyak keistimewaannya.. Yang paling aku suka ofkoslah bau dia yang wangiii sangat tu.. Serius memang wangi sangat terutamanya Silky Sheen Care... Memang aku suka gile bau dia.. Tahan 48 jam tau.. Bukan sekejap-sekejap je dia punya bau.. Tambahan pulak aku ni jenis yang sekejap dok dalam aircond kejap kerja kat luar.. Sekarang pulak musim panas.. Cepat jerk berpeluh.. Bukan badan je berpeluh, kepala pun boleh berpeluh kalau camni.. Nasib baiklah ada syampu Safi Botanical Silk ni, tak la berbau rambut aku.. Menten harum uollsss.. Hehe Bukan takat wangi je tau apa yang best lagi, lepas guna Safi Botanical Silk ni rambut jadi ringan sangat dan lembut mudah diurus.. Tak de la kejung jerk cam sebelum ni.. Selalu pun kalau aku tukar syampu lain, lastnya aku akan kembali kepada syampu Safi Shayla jugak.. Aku dah kene akur yang Safi Shayla ni brand feberet aku.. Kini dan selamanya gittchewww!! Keistimewaan Safi Shayla Botanical Silk Banyak kelebihan dan keistimewaannya Safi Shayla Botanical Silk ni tau antaranya yang paling utama adalah wangiannya kekal sehingga 48 jam.. Ia juga selamat digunakan kerana diformulasikan dengan 100% botanical aktif dan tanpa paraben.. Selain itu, syampu ni juga no colorant, alcohol, SLS, DEA and no animal testing.. Tu dia, cakap omputeh.. haha!! Safi Shayla Botanical Silk ni juga mempunyai campuran Sutera Botanical dengan Lipid Layer Enhancer yang dapat membantu mengekalkan kelembapan sambil menguatkan dan memulihkan rambut untuk kembali bersinar, halus dan lembut mudah diurus.. Antara bahan-bahan utama yang terkandung dalam syampu ni adalah :- 💕 Organik Habbatus Sauda Kaya dengan sumber nutrien yang dapat melindungi dan menyuburkan kulit kepala.. 💕 Minyak Argan Menjadikan rambut lebih lembut bak sutera, lebih mudah diurus dan membuatkan rambut lebih bersinar, sihat dan cantik. 💕 Rose Oil Dapat mengembalikan kelembapan dan lipid semulajadi untuk rambut kusam dan tidak terurus menjadikan rambut lebih bersinar dan halus.. 💕 Charmomile Oil Sangat bagus untuk mengatasi masalah rambut rapuh disamping menyihat dan menguatkan rambut.. 💕 Sunflower Oil Kebanyakan jenama syampu menggunakan minyak bunga matahari sebagai bahan utamanya termasuklah Safi Shayla ini.. Ia sangat bermanfaat untuk rambut yang kering dan kusam.. Dapatkan Safi Botanical Silk Untuk Rambut Lebih Sihat dan Wangi Konfiden diri aku naik satu tahap lagi lepas guna Safi Shayla Botanical Silk ni.. Haha!! Mane tak nya, hari-hari yang aku lalui kini penuh dengan bau wangiiii.. Hiks.. Sepanjang masa boleh senyum kalau macam gini.. Korang tak nak cuba ke? Kot tersampuk penyakit senyum cam aku ni.. Haha!! Lagi pun untuk tau pakai Safi Botanical Silk ni sebabnya botol dia besau bapak weh.. Memang tahan lama la.. Silap-silap boleh tahan sampai 2 bulan tu... Harga pun tak mahal mana..  Kalau korang nak cuba syampu owsemnesss ni, korang boleh dapatkan di hypermarket, farmasi atau untuk belian secara online boleh terjah laman web Shopee, Lazada dan Watsons... Mudahkan..! So, apa tunggu lagi tu, moh la dapatkan Safi Shayla Botanical Silk Shampoo ni sekarang jugak!!
https://www.leaazleeya.com/2018/07/bioxcellent-colla-wdiamond-rahsia-kulit.html
BioXcellent Colla W.Diamond Rahsia Kulit Cerah, Gebu Dan Bebas Jerawat
BioXcellent Colla W.Diamond Rahsia Kulit Cerah, Gebu Dan Bebas Jerawat  |  Beberapa minggu lepas, bekalan BioXcellent Cupplus White aku habis.. Macam biasalah kalau bekalan habis aku akan terjah watsons untuk dapatkan stok.. Kebetulan pula, time aku pergi tu stok dekat watsons juga habis dan belum sampai lagi.. Stresss sekejap aku.. Hehe.. Dah alang-alang sampai kat situ, aku usha la produk BioXcellent yang lain.. Pada awalnya aku saja je tengok-tengok, tetapi sekali aku dah berkenan pulak dengan kelebihan yang ada pada satu produk BioXcellent ni.. Hah, produk yang mana satu tu? Ini aku perkenalkan pada korang BioXcellent Colla W.Diamond rahsia kulit cerah, gebu dan bebas jerawat!! Bila dilihat kepada kelebihan yang ada pada BioXcellent Colla W.Diamond ni, sememangnya apa yang aku cari ada pada produk ini.. Sebab itu jugalah aku decide untuk mencuba produk ni.. Jadi, sekarang ni aku consume 2 jenis produk dari BioXcellent iaitu Cupplus White khas untuk payudara dan juga Colla W.Diamond ni.. Apa kelebihan yang ada pada BioXcellent Colla W.Diamond ni? Jom kita lihat.. Kelebihan BioXcellent Colla Diamond Membaikpulih struktur kulit Kulit lebih cerah, anjal, gebu dan lembap Mengurangkan garisan halus dan kedutan Mengaktifkan sintesis penghasilan kolagen pada tubuh Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, pigmentasi dan tompok hitam Melindungi dari sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran Mencantikkan kuku lebih kuat dan atasi masalah keguguran rambut Meningkatkan penghasilan susu ibu Sesuai untuk lelaki dan wanita berumur 16 tahun ke atas Mengatasi masalah lenguh badan Ramuan premium membekalkan zat penting untuk kulit BioXcellent Colla W.Diamond Rahsia Kulit Cantik Dan Selamat Diamalkan BioXcellent Colla W.Diamond ini merupakan minuman campuran botani yang mampu memberi kesan yang cepat seawal 7 hari.. Dengan pengambilan produk ini, bukan sahaja kulit lebih cerah, anjal, gebu dan lembap tetapi jerawat juga mengecut dengan cepat, kulit tidak lagi kering dan selepas bangun tidur badan rasa lebih segar dan bertenaga. Tentang tahap keselamatan produk ini pula, korang tak perlu bimbang kerana BioXcellent Colla W.Diamond ini telah mendapat pengiktirafan oleh Asia Pacific Super Health Brand Excellent, 100% menggunakan bahan semulajadi dan mempunyai GMP Certified. Ianya selamat diamalkan.. Menitikberatkan keselamatan produk sangat penting.. Begitu jugalah dengan aku.. Kalau nak beli sesuatu produk tu aku akan pastikan terlebih dahulu sama ada produk tersebut diiktiraf selamat atau tidak.. Ada kelulusan atau tidak.. Jika semua tu tiada, memang aku tak akan ambil produk tersebut.. Alhamdulillah, BioXcellent Colla W.Diamond ni ada kelulusan dan telah diiktiraf.. Jadi, aku boleh mengambilnya tanpa was-was.. Lagi satu, produk ini telah diuji secara klinikal dan mematuhi standard piawaian yang sepatutnya..  Bahan-Bahan Utama BioXcellent Colla W.Diamond Dah tahu kelebihan produk, nak la tahu apa ramuannya kan.. Agak-agaknya apakah bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan BioXcellent Colla W.Diamond ni ye sehinggakan memberi manfaat yang begitu banyak kepada si penggunanya.. Jom sama-sama kita lihat apakah bahan-bahan utama yang terkandung dalam produk ini.. Vitamin Campuran Beri yang diperkaya dengan anti-oksidan Tripeptide Kolagen Astaxanthin Acacia Gum Ektrak Buah Anggur Tomato Epal Strawberi Buah Delima Cara Pengambilan BioXcellent Colla W.Diamond Cara pengambilannya sama sahaja macam aku consume Cupplus White.. Cuma untuk produk BioXcellent Colla W.Diamond ni aku lebih prefer untuk menggunakan air suam berbanding air sejuk.. Mari aku ajarkan korang cara bancuhannya.. Tengok video bawah ni ye.. Sebelum tidur aku minum dulu BioXcellent Colla W.Diamond ni.. Cara Bancuh Campurkan 1 skop (20g) BioXcellent Colla W.Diamond ini ke dalam 200ml/250ml air suam Kacau atau goncang shaker sehingga betul-betul larut Minum serta merta selepas penyediaan Tips Untuk Mendapatkan Kesan Yang Maximum Minum sebelum tidur kerana badan harus rehat selepas pengambilan Colla W.Diamond untuk mendapatkan kesan yang maximum 1 skop 1 hari Rehat secukupnya Perkara paling penting, minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik Elakkan dari memakan makanan yang pedas dan tinggi garam Elakkan makan kekacang kerana ianya boleh menyebabkan pori-pori muka terbuka Elakkan minuman yang bergas dan berkafein Aku juga nak ingatkan disini ye... Setiap orang kesannya berbeza-beza kerana badan manusia sememangnya tidak sama.. Mungkin ada yang kesannya cepat dan mungkin juga ada yang lambat.. Tak kurang juga yang tidak serasi dengan badannya.. Apa yang penting, kita cuba dan konsisten untuk mendapat kesan yang  terbaik.. Apa Manfaat Yang Aku Dapat Selepas Mengamalkan BioXcellent Colla W.Diamond? Sepertimana yang korang tahu, aku mengamalkan 2 jenis produk dari BioXcellent ini iaitu Cupplus White dan juga Colla W.Diamond.. Memandangkan pengambilan produk BioXcellent ini hanya 1 skop sehari.. Jadi, aku consume secara berselang seli contohnya, hari ini aku ambil Colla W.Diamond dan esok aku akan ambil Cupplus White pula sebelum tidur.. Setelah hampir 3 minggu aku mengamalkan BioXcellent Colla W.Diamond ni, kulit aku sentiasa lembap dan halus.. Paling ketara, jerawat seketul dibawah dagu aku ni cepat aje mengecut dan kering.. Bintik-bintik hitam atas hidung aku ni pun dah berkurangan dan yang pastinya kulit wajah aku tak lagi kusam.. Aku pun tak sangka, dalam masa 3 minggu sahaja produk ini dah memberi kesan yang menakjubkan pada aku.. Mungkin juga dengan gabungan 2 produk dalam satu masa... Apa-apa pun, aku dah jumpa rahsia kulit cerah, gebu dan bebas jerawat.. Aku pasti akan setia dengannya.. BioXcellent Colla W.Diamond akan sentiasa dihati.. Cewahh!! Dapatkan BioXcellent Colla W.Diamond Untuk Tampil Cerah, Gebu Dan Anjal! Bak kata orang, wanita dan kecantikan ni tak dapat dipisahkan.. Jadi, kaun wanita diluar sana yang mana nak tampil cerah, gebu dan anjal, bolehlah cuba produk BioXcellent Colla W.Diamond ni.. Korang pasti tersenyum melihat kesannya nanti.. Bukan wanita sahaja boleh consume produk ni tau, lelaki pun boleh.. Jadi, apa tunggu lagi kakak-kakak, abang-abang, meh pakat kita cantik bersama-sama dengan BioXcellent Colla W.Diamond.. Dapatkan BioXcellent Colla W.Diamond sekarang untuk tampil cerah, gebu dan anjal! Harga RM 66.00 (700g) (Pengambilan untuk sebulan) **Boleh didapati di Watsons di seluruh Malaysia atau Lazada Malaysia Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :- Website  https://www.bioxcellent.com/ Facebook  https://www.facebook.com/bioxcellentherbs/   Instagram  https://www.instagram.com/bioxcellent/
https://www.leaazleeya.com/2021/07/resepi-megi-goreng-simple.html
Resepi Megi Goreng Simple Tapi Nyumm Nyumm Sedap!
Resepi Megi Goreng Simple Tapi Nyumm Nyumm Sedap!  |  Kemahennn tajuk aku kali ni ye.. Siap ada nyumm nyumm tu.. Haha!! Alah sekali sekala nak bertajuk hepi-hepi camni kan.. Hiks.. Ok, kali ni nak share Resepi Megi Goreng Simple.. Memang simple je aku buat kali ni.. Ikut bahan yang ada kat rumah je.. Almaklumlah pkp ni bahan-bahan yang ada sangat terhad.. Sorry ye gambar ni je sempat snap.. Tak sempat nak berlawa-lawa bagai, dah kene bedal megi goreng aku ni.. Nampak tak betapa nyumm nyumm sedap.. (masuk bakul angkat sendiri) Sape lagi yang nak puji diri sendiri melainkan dirinya sendiri.. Haha.. Ok lah, cukup la mengarutnye.. Jom aku share resepinya.. Resepi Megi Goreng Simple Bahan-Bahan :-2 bungkus mi segera ( aku guna brand vit's)1 biji telur - dipukul sedikit2 biji bawang merah - dihiris1 ulas bawang putih - dicincang halus1 sudu besar cili kisar1/2 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos ciliSos ikan secukup rasaHirisan daun sup ( yang ni je ada dalam peti ais.. haha )Hirisan cili besar merahAku guna mi segera ini..Cara Masak :-Celurkan mi segera hingga lembut dan toskanPanaskan  sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garingTambah sos cili, sos tiram dan sedikit sos ikan. kacau rata.Tolak bahan-bahan tumisan ke tepi kuali dan masukkan telur. Biar sedikit mengeras dan kacau hingga hancur.Masukkan mi segera dan kacau rata.Masukkan hiris lada dan daun sup.Last sekali padankan rasa.. Kalau kurang, tambahlah apa yang patut ye.. heheSiap!!Selamat mencuba!
https://www.leaazleeya.com/2020/04/resepi-gulai-kuning-ikan-kembung-sedap.html
Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah
Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah  |  Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung dua minggu lagi dari 15 April hingga 28 April 2020.. Moga semua ini dapat berakhir dengan cepat dan kembali pulih seperti biasa.. Sepanjang PKP ni rasanya dah bermacam bende aku masak.. Cumanya malas nak up dekat blog ni.. Sampaikan dah tak tahu nak masak apa weh.. Haha.. Hari ni agak rajin sikit menggulai.. Rini aku masak Gulai Kuning Ikan Kembung.. Lama dah tak makan gulai kuning ni.. So kita masak sampai jadi.. Hehe Sorry la ye, gambar tak cantik.. Malas nak hias-hias sebab hari ni agak keletihan dok mengemas rumah.. Satu rumah aku kemas hari ni.. Bilik ari jerk belum cuci.. Esok pulak.. Dah siap mengemas dan segalanya selesai, barulah aku nikmati gulai kuning ikan kembung aku ni.. Alhamdulillah masih menjadi walaupun dah lama tak masak lauk kegemaran ni.. Cakap je lauk kegemaran, tapi jejarang jerk masak lauk ni.. Kehkehkeh... Jom tengok resepi ringkas aku.. Oh, eceli masak kali ni memang tak cukup bahan pun... Timun tak de, lada hijau beso pun tak de nak masukkan dalam gulai.. So, kosong jerk la ye.. Tapi serius sedap dimakan walaupun nampak kosong.. Ahakz.. Bahan-Bahan Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung 4 @ 5 ekor Ikan Kembung 4 ulas bawang merah* 2 ulas bawang putih* 1/2 inci lengkuas* 1/2 inci kunyit hidup* 2 biji cili api (ikut kesesuaian kepedasan sendiri)* 1 sudu makan cili kisar 1 kotak santan (200ml) 2 cawan air (aku guna cawan kecik jerk) 1 keping asam keping Sedikit garam, gula dan serbuk perasa Cara-Cara Menyediakan Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Tumbuk lumat bahan yang bertanda *... Nak kisar pun boleh.. Ikut selesa masing-masing.. Kalau tak nak pedas, kurangkan cili api atau tak yah masukkan terus pun tak pe.. Terpulanglah.. Cam aku, lebih suka ada rasa pedas-pedas sikit.. Masukkan bahan tumbuk tadi bersama santan, cir, cili kisar dan asam keping ke dalam periuk... Nyalakan api dan masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih.. Setelah gulai dah mendidih, masukkan ikan kembung bersama timun atau lada besar hijau (kalau ada)..  Biarkan masak selama 10-15 minit dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa.. Sesuaikan rasa.. Dah mendidih dan masak, bolehlah dihidangkan..  Selamat mencuba..!
https://www.leaazleeya.com/2019/12/tampil-lebih-muda-dan-cerah-berseri-dengan-safi-youth-radiance.html
Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan SAFI Youth Radiance
Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan SAFI Youth Radiance | Yang tak cantik, nak cantik.. Yang dah cantik pun, masih nak lagi lagi lagi cantik.. Betul tak kaum hawa? Hehe.. Biasalah wanita ni tak dapat berpisah dengan cantik tu.. Ibarat kembar dah.. Hiks.. Orite, kali ni nak kenalkan dekat korang produk terbaru SAFI iaitu SAFI Youth Radiance.. Aku sendiri dah try produk ni.. Macam biasa produk SAFI memang serasi dengan kulit aku sejak dulu lagi.. Cumanya aku ni aje yang suka bertukar-tukar produk sebab perasaan ingin mencuba tu terlalu tinggi.. Haha.. Tapi serius, produk terbaru SAFI kali ni memang thorbahek!! SAFI memperkenalkan SAFI YOUTH RADIANCE jenama rangkaian produk anti-penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan kombinasi manfaat ekstrak herba mewah Saffron, Nano Gold, Beetox dan Lipo Vit-C di dalam produknya. Rangkaian inovasi kecantikan terbaharu dari SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SAFI Research Institute, makmal produk penjagaan kulit Halal terbesar di dunia, yang beroperasi di Malaysia. Rangkaian produk ini diuji secara dermatologi, bebas minyak mineral, bebas alkohol, bebas paraben dan tidak diuji keatas haiwan.. SAFI Youth Radiance menawarkan dua jenis produk iaitu SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan Nano Gold 24K dan Saffron serta SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Nano Gold 24K dan saffron. Setiap satu produk berfungsi melawan masalah penuaan kulit dari faktor luaran, mengurangkan garis halus, mengecilkan pori serta mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mengekalkan keremajaan kulit agar cerah berseri. 1.  SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan Nano Gold 24K diperhebat dengan manfaat nutrisi mewah ekstrak saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. Formulasi berasaskan air  SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence diperhebat dengan Asid Hialuronik yang mengunci lembapan dengan lebih mendalam. Oleh yang demikian ia mampu mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit sekaligus mengembalikan keanjalan kulit muka anda. Produk 2 dalam 1 ini memberikan penghidratan segera, menghaluskan pori serta membantu untuk menyerap manfaat produk yang seterusnya dengan lebih baik. Diperkaya dengan teknologi Saffron Gold, SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence membantu mencegah masalah penuaan luaran dari dalam lapisan kulit, membaiki struktur kulit dengan mencerahkan kulit sekaligus melambatkan proses penuaan. Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti :- Ekstrak Saffron - Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah Lipo Vit-C - Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran Hialuronik Asid - Menghidrat dan mengunci kelembapan kulit sehingga 24 jam *Produk ini diuji secara dermatologi Cara Guna Tuangkan dengan kadar yang mencukupi ke telapak tangan Sapu dan ratakan produk di wajah anda Urut lembut dengan hujung jari secara bulatan sehingga meresap sempurna Untuk hasil optimum, gunakan produk bersama SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser Harga : RM 55.90 (100ML) 2.  SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Nano Gold 24K & Saffron diperhebat dengan manfaat nutrisi ekstrak Saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. Dirumuskan untuk menjadi ringan, tidak melekit dan tidak berminyak untuk penyerapan cepat ke dalam kulit.   Serum menyerap lebih mendalam untuk merawat dan melembapkan kulit anda dalam satu aplikasi. Gel krim bertukar menjadi butiran serum kristal saat diaplikasi memberikan anda kulit lembut, licin dan lembap. Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti :- Ekstrak Saffron - Mengurangkan kadar keterlihatan kedutan pada wajah dan menyuburkan lapisan epidermis kulit wajah Lipo Vit-C - Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran Vita-B3 - Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata mengurangkan garisan halus dan kulit kusam *Produk ini diuji secara dermatologi SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser telah terbukti :- 67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik  75% peningkatan kadar pencerahan kulit  Berdasarkan ujian klinikal, dengan penggunaan rangkaian SAFI Youth Radiance secara berterusan Cara Guna Sapukan produk diwajah dan leher Urut lembut dengan cara bulatan sehingga bertukar menjadi titisan air. Teruskan mengurut dengan lembut sehingga meresap sempurna. Untuk hasil optimum, gunakan produk ini bersama SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence Harga : RM 55.90 (40g) Rangkaian SAFI Youth Radiance boleh didapati di Watsons, Guardian dan AEON Wellness seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my, laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFI.MY dan laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia
https://www.leaazleeya.com/2018/09/unboxing-althea-turn-3-beauty-haul.html
Unboxing Althea Turn 3 Beauty Haul
Unboxing Althea Turn 3 Beauty Haul  |  Holaaaa!! Hi korang.. Hakak dengan produk kecantikan tak dapat dipisahkan.. Cewahhh.. Padahal hakak bukannya seorang kaki makep tegar.. Haha!! Tapi serius, aku memang suka sangat dengan produk kecantikan ni.. Bila beli produk kecantikan tak kiralah, lipstik ke, compact powder ke, skincare ke, apa sajalah produk kecantikan, mesti aku excited.. Hehe.. Orite, kali ni aku nak unboxing Althea Turn 3 Beauty Haul!!  Tempat feberet aku shopping produk kecantikan semestinya di laman web Althea.kr... Macam-macam produk ada dijual di sana.. Kadang tu sampai rambang mata nak pilih yang mana satu.. Semuanya best-best belaka.. Rasanya dah banyak kali jugak aku shopping kat sana.. Boleh dikatakan aku adalah pelanggan tetap Althea.. Haha!! Apa yang aku shopping untuk kali ni? Haaa mesti korang tak sabar nak tahukan? Jom kite unboxing sesama.. Althea Turn 3 Beauty Haul Kalau dulu aku shopping di Althea rasa macam nak beli semua produk.. Sekarang tak lagi sebabnya aku dah tau apa yang aku perlukan dan apa yang patut aku beli.. Cumanya, untuk satu-satu tujuan tu, banyak pulak pilihannya.. Haha!! Jadi, kene pilih yang betul-betul sesuai dengan apa yang kita mahukan.. Sebelum beli, aku akan tengok dulu review dari pembeli sebelumnya untuk menentukan produk tersebut ok atau tidak..  Apa yang aku beli kali ni? Haaa ada 5 item semuanya iaitu :- Contour Cleanser (150g) Black & Black Pore Cleansing Set Skin Liar Primer (30ml) Angle Foundation Brush Powder Brush Kalau ikutkan hati memang banyak lagi yang aku nak beli.. Tapi cukuplah 5 item dulu untuk kali ni.. Nextime kite shopping lagi.. Banyak jugak produk yang menjadi feberet aku di Althea.. Untuk kali ni, aku cuba beberapa produk yang aku belum pernah guna.. Jom kite tengok satu persatu..!! Contour Cleanser (150g) Althea Contour Cleanser ni memang pencuci muka feberet aku semenjak aku diperkenalkan dengan Set Skincare Althea Bare Essential - 3 Easy Step Korean Skincare Routine oleh Althea Angel.. Kenapa aku suka sangat dengan Contour Cleanser ni? Haa sebabnya pencuci muka keluaran Althea ni dapat membersihkan muka aku dengan sempurna.. Tak perlu pakai mekap remover dah.. Cuci aje pakai Contour Cleanser ni, semua mekap yang aku pakai akan tanggal.. Tapi harus diingat ye, aku bukan kaki mekap teballlll.. hehe..  Rutin mekap aku setiap hari, aku akan pakai krim, foundation yang sangat nipis sebab aku dah pakai krim muka kan, compact powder, celak, maskara dan juga lipstik.. Aku memang tak pakai make up remover untuk tanggalkan mekap aku.. Aku terus aje cuci pakai Countour Cleanser ni.. Clear muka aku tau!! Haha.. Satu lagi yang aku suka tentang pencuci muka ni adalah ia berfungsi untuk membentuk muka.. Dapat kuruskan muka tau kalaui pakai lama-lama.. Nama lagi Contour Cleanser kan.. Hiks.. Black & Black Pore Cleansing Set Nella Black & Black Pore Cleansing Set ni aku tak pernah cuba lagi sebelum ni.. Hidung aku ni boleh tahan jugak bintik hitamnya.. Sebab tu la aku pilih produk ni untuk selesaikan masalah aku ni.. Tengok review pengguna sebelum ni, nampak macam produk ni berkesan untuk kurangkan bintik hitam.. Jadi, aku nak cuba sendiri untuk tengok hasilnya.. Menjadi ke idok... Haaa setakat ni aku dah guna dua kali.. Alhamdulillah memang nampak perubahannya.. Bintik hitam semakin berkurangan.. Berus set ni sangatlah bestttt digunakan.. Lembut sangat weh!! Haha.. Memang tak menyakitkan muka.. Kena guna secara konsisten, insyaallah hilang semua bintik hitam kat muka aku ni.. Aku guna 3 kali seminggu kalau rajin.. ekekeke.. Skin Liar Primer (30ml) Elizavecca Skin Liar Primer ini pun merupakan produk yang baru aku cuba.. Dari hasil siasatan aku keatas produk ni, ramai yang memberi feedback yang best-best belaka.. Jadi aku decide untuk cuba sendiri produk 'penipu' ini.. Haha.. Kenapa dinamakan skin liar primer? Haaa sebabnya bila pakai, muka jadi flawlesss.. Kikiki.. Betul ke idok?? Nak tahu kenalah cuba sendiri ye.. Ahakzz.. Angle Foundation Brush & Powder Brush It's My Brush - Angle Foundation Brush dan Powder Brush ni memang dah lama nak beli tapi  tak terbeli sebabnya bila time nak beli mesti kehabisan stok!! Selalu apply foundation pakai jari jemari jerk.. Sekarang dah ada brush ni memang lebih mudah kerja meratakan pondesen.. Hiks.. Sama juga dengan powder brush tu sangat berguna time mekap.. Bebulu brush ni sangat lembut.. Rasa nak terlelap time layang dekat kulit muka.. Kikiki.. Cam kene belai jerk.. Wakakakaka!! Ini serius hokeh, brush ni memang best!! Moh tengok video aku unboxing pulak.. Hiks.. 5 produk yang aku shopping di Althea dah aku share info dengan korang... Insyaallah, next unboxing aku akan share lagi.. Ada lagi produk idaman aku di Althea yang belum aku beli.. Semua dah dimasukkan dalam wishlist aku.. Nak tahu, kenalah tunggu aku shopping dulu.. Haha!! Orite, kalau korang nak shopping produk K-Beauty yang best-best dan meletop, bolehlah shopping di Althea.kr.. Aku yakin korang akan menjadi pelanggan setia Althea macam aku ni haa sebabnya semua produk yang dijual sangatlah menarik dan best-best belaka.. Di Althea pun selalu ada promotion tau.. Jadi, selalulah jengok website mereka ye untuk dapatkan harga diskaun.. Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :- Untuk maklumat lanjut, sila layari :- Website www.althea.kr/ Facebook www.facebook.com/altheamalaysia/ Instagram www.instagram.com/altheakorea/
https://www.leaazleeya.com/2018/05/perfume-mont-cabana-tahan-24-jam.html
Perfume Mont Cabana Tahan 24 Jam
Perfume Mont Cabana Tahan 24 Jam  |  Dah dekat nak raya ni, orang lain sibuk dok usha baju raya tetapi aku sibuk mencari perfume yang tahan lama untuk memastikan aku sentiasa mewangi di hari raya nanti.. Yelah, tak kan dah pakai cantik-cantik lepas tu nak biarkan badan berbau hangit ye tak? Mau satu kampung lari bertempiaran nanti.. Hahaha!!  Ok, setelah aku buat risikan, aku berkenan dengan satu jenama perfume ni.. Ramai dok kata yang perfume ni mampu bertahan selama 24 jam dan wangiannya best gila!! Perfume apa tu?? Haaaa ni nak perkenalkan kat korang ni.. Perfume yang aku maksudkan tu adalah perfume Mont Cabana tahan 24 jam wangiannya.. Serius best!! Jom aku story.. Kalau korang nak tahu, Mont Cabana ini merupakan minyak wangi premium yang diblend sendiri dan mempunyai kilang sendiri.. Huh, berapa banyak 'sendiri' daaa.. Hehe!!.. Ok, bila sebut saja minyak wangi premium ini bermakna, bau minyak wanginya haruslah bau orang kaya.. Dan yang paling penting perfume Mont Cabana ni adalah perfume yang berkualiti, bukan inspired perfume, bukan perfume biasa-biasa tetapi perfume yang terbaik mampu bertahan sehingga 24 jam.. Apa yang istimewanya lagi dengan perfume Mont Cabana ni adalah setiap keluarannya akan digandingkan dengan artis-artis Malaysia atau public figure terkenal supaya menjadikan promosi Mont Cabana ini akan jadi lebih meriah dan tidak membosankan.. Kiranya setiap keluaran menjadi sebagai signature bagi artis-artis tersebut.. Sempena pelancaran Mont Cabana Code 1 & Code 2, artis yang berkolaborasi dengan Mont Cabana adalah Zul Ariffin.. Oh ya, sebelum terlupa perfume Mont Cabana ini akan dijual bermula Mei 2018 secara berperingkat.. Ini bermakna, perfume ni dah mula dijual ye.. Jadi, korang dah boleh dapatkannya sekarang sebelum raya tiba nanti.. Hehe.. Pada tahun 2018 ini, sebanyak 24 jenis wangian Mont Cabana akan dikeluarkan dan untuk pelancaran awal, sebanyak 2 jenis wangian dikeluarkan iaitu untuk lelaki dan juga wanita manakala 22 jenis wangian lagi akan dikeluarkan secara berperingkat dalam masa terdekat ini iaitu :- Mei 2018   -  Mont Cabana 1 & 2 Jun 2018    -  Mont Cabana 3, 4, 5 & 6 Julai 2018  -  Mont Cabana 7, 8, 9 & 10 Ogos 2018 -  Mont Cabana 11, 12, 13 & 14 Mont Cabana 1 Mont Cabana 2 Ada lagi yang menarik perhatian aku tentang Mont Cabana ni.. Aku suka akan 'persembahannya'.. Apakah? Perfume ini didatangkan dalam casing besi dan botolnya agak menarik sangat class gituu menjadikan ia kelihatan eksklusif.. Bukan sahaja persembahan luarannya sahaja menarik dan eksklusif tetapi baunya juga eksklusif dan premium tahan sehingga 24 jam.. Pendek kata, bila time raya nanti memang sentiasa harum la walaupun seharian tak mandi.. Haha!! Gile best wehh!! Ok, untuk permulaan ni Mont Cabana dikategorikan sebagai Eau De Parfum dahulu dan selepas ini semua keluarannya akan bertukar ke wangian kategori PARFUM.. Lagik best dan lagi tahan lama.. Dimana Boleh Dapatkan Mont Cabana Eau De Parfum? Mont Cabana Eau De Parfum merupakan minyak wangi pertama di Malaysia yang ketahanan baunye menghampiri 24 jam.. Baunya yang unik dan tersendiri menjadikan Mont Cabana antara yang terbaik dalam kelasnya tersendiri.. Jadi, rugi kalau korang tak cuba sendiri keharuman Mont Cabana ini.. Dimana boleh dapatkan Mont Cabana ini? Haaa bagi korang yang lebih selesa untuk bershopping secara online, korang bolehlah dapatkannya melalui laman web Montcabana.my atau boleh terus klik di link ini - https://montcabana.my/shop/ kerana mereka menyediakan pembayaran mudah dan selamat untuk korang.. Mudah kan? Apa Yang Montcabana.my Tawarkan? Montcabana.my akan melakukan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia Montcabana.my juga menyediakan perkhidmatan penghantaran terus (COD) ke rumah atau pejabat korang melalui wakil-wakil jualan Mont Cabana yang berdekatan dengan tempat korang.. Senarai ejen, korang boleh check kat link ni ye - https://montcabana.my/senarai-ejen/ Montcabana.my sudah berpengalaman lebih 10 tahun dalam menguruskan perniagaan online. Jadi korang tak perlu risau masalah barang tak sampai atau rosak kerana mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya jika barang tidak sampai atau mengalami kerosakan semasa di pos. Montcabana.my menyediakan pembayaran mudah dan selamat iaitu korang boleh menggunakan FPX Payment, Online Transfer, Kad Kreadit atau Kad Debit yang diuruskan oleh senangPay. Ingin Menjadi Wakil Jualan Montcabana.my? Memandangkan ekonomi sekarang tidak berapa memberangsangkan, aku yakin ramai dikalangan korang yang ingin mencari pendapatan sampingan.. Betul tak? Ok, bagi korang yang ingin mencari side income, bolehlah sertai team Montcabana.my kerana mereka kini sedang mencari wakil jualan untuk produk mereka.. Manalah tahu, dengan menyertai mereka korang boleh menyelesaikan masalah kewangan korang sekaligus menambah pendapatan seisi keluarga.. Nak tahu lebih lanjut, meh baca ni :- Montcabana.my sedang mencari wakil jualan di seluruh Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia.. Mereka juga akan membantu marketing online dan offline.. Pihak Montcabana.my juga telah memperuntukkan lebih RM2 juta untuk kos marketing. Antara medium pemasaran yang sudah siap ditempah adalah seperti 60 billboard di sepanjang lebuhraya, iklan-iklan di TV dan radio, Iklan suratkhabar, media sosial Facebook dan lain-lain. Mereka juga mencari ejen-ejen dan juga kedai-kedai yang berminat untuk memasarkan produk mereka.. Antara yang disediakan seperti tools online dan offline, banner, flyers dan lain-lain. Sistem jualan mereka juga canggih, ada bonus dan reward. Kalau ada yang nak daftar sebagai ejen Montcabana.my, boleh terus klik kat link ni - https://montcabana.my/daftar-ejen-mont-cabana/ HARGA RM 129 (50ML) Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, boleh layari :- Website https://www.montcabana.my Facebook https://www.facebook.com/montcabanamy/ Instagram https://www.instagram.com/montcabana.my/ Whatsapp 012-337 7045
https://www.leaazleeya.com/2014/01/ajl-28-milik-bahagiamu-deritaku.html
AJL 28 Milik Bahagiamu Deritaku
Assalamualaikum Nampaknya bahang AJL28 telah reda.. Semalam telah pun berlangsungnya Juara Lagu 28 dimana 12 lagu berentap untuk merangkul gelaran JUARA... Tema untuk AJL kali ni adalah GAME ON...  AJL 28 diacarakan oleh Scha Al Yahya dan AG HotFM, majlis berjalan lancar...Wah teruja aku bila dapat tahu Scha dah pregnant.. Lambat kan aku ni.. hehehe.. Pembukaan AJL 28 dihiburkan oleh Mus May dan Shila Amzah dengan lagunya Mahakarya Cinta dan diikuti oleh DJ Fuzz.. Seperti yang ramai jangkakan, Lagu Bahagiamu Deritaku telah merangkuli gelaran juara untuk AJL 28.. Tapi memang tak dinafikan lagu tersebut memang best... Persembahan pada malam itu semuanya mantap-mantap.. memang melatop lah.. Berikut adalah keputusan AJL 28 :- Juara Bahagiamu Deritaku - Hafiz Naib Juara Hanya Aku - Hyper Act Tempat Ketiga Kalau Aku Kaya - Awi Rafael ft Altimet Vocal Terbaik Jaclyn Victor - Ikut Rentakku Persembahan Terbaik Bahagiamu Deritaku - Hafiz Tahniah kepada Hafiz.. Persembahan hafiz pada malam tu memang terbaik.. Lagu pun best.. Lirik syahdu habis.. hehehe... Tahniah juga kepada LY dan Baiduri...  Aku suka gile la vocal Jaclyn.. Memang patut dia menang untuk Vocal Terbaik.. Dia sampaikan lagu dengan begitu mantap... huiii.. Terpegun dengan vocal tinggi dia.. Boleh pecah anak tekak... Tu kalau aku la.. Bagi dia selamba badak je... Ha3x.. Penutup AJL 28 pun bestttttttt.. Kak Ziana... Lama sungguh tak tengok Kak Ziana kita perform.. Rindu sey... Aku memang peminat Ziana Zain... Terbehek la Kak Ziana... Masih mantap seperti dulu... Ok la.. jom kite layan lagu hafiz ni...... Bahagiamu Deritaku - Hafiz Lagu/Lirik : LY & Baiduri Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjadi sahabatmu Siksanya mengakui kau teman biasa Terpaksa ku terima itu hakikatnya Yang pasti aku tak mau lupakan cinta Kau percik api membakar kenangan lama Aku tak tahu menilai cintamu Aku tak mampu pertahankan Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima Semakin ku sakit, semakin kau bahagia Mengapakah aku jadi lemah Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu Yang pasti aku tak mau lupakan cinta Kau percik api membakar kenangan lama Aku tak tahu menilai cintamu Aku tak mampu pertahankan Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima Semakin ku sakit, semakin kau bahagia Mengapakah aku jadi lemah Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu Mengapakah aku jadi lemah Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
https://www.leaazleeya.com/2019/03/5-jenama-serum-muka-paling-berkesan.html
5 Jenama Serum Muka Paling Berkesan Rawat Jerawat Dan Jeragat
Sebut saje pasal serum muka, akulah orang yang paling teruja ingin tahu dan ingin mencuba sendiri serum tersebut.. Serius, aku sangat fanatik terhadap serum muka.. Jom kita tahu 5 serum terbaik di Malaysia.. 5 Jenama Serum Muka Paling Berkesan Rawat Jerawat Dan Jeragat. Kalau suatu masa dahulu, aku tak rasa serum ni penting untuk muka tetapi sekarang aku dah punyai kesedaran bahawa serum wajah banyak manfaatnye untuk merawat masalah kulit muka.. Memandangkan di pasaran sekarang terdapat lambakan jenama serum muka, jadi agak sukar untuk memilih yang mana paling bagus dan berkesan.. Betul tak? Macam aku sendiri, untuk ketahui sama ada satu jenama serum itu sesuai atau tidak dengan kulit aku, maka haruslah aku mencubanya terlebih dahulu.. Yelah, tak cuba mane nak tahu sesuai ke idok.. Andai ia sesuai dengan rakan kita, tak semestinya ia juga sesuai dengan kite kan.. Kulit manusiakan berbeza-beza.. So, kenalah cuba sendiri.. Ok, bagi yang sedang mencari serum muka tetapi tak tahu nak pilih yang mana satu, disini aku nak share dengan korang 5 jenama serum muka paling berkesan rawat jerawat dan jeragat yang pernah aku guna.. Yang no.5 tu aku masih guna sehingga sekarang.. hehe.. Kot ada yang sedang menghadapi masalah jerawat dan jeragat, bolehlah cuba serum-serum ni ye.. 5 Jenama Serum Muka Paling Berkesan Rawat Jerawat Dan Jeragat 1. WOWSKIN Vitamin Serum WOWSKIN Malaysia telah mengeluarkan Vitamin Serum set dimana ia terdiri daripada Day Serum dan juga Night Serum.. Haaa macam korang pakai krim siang dan krim malam tu jugak la.. Tapi yang ni versi serum.. Untuk Day Serum didalamnya mengandungi Vitamin B3, C & E, manakala Night Serum pula mengandungi vitamin A & D.. Disebabkan kandungan vitamin ini jugalah ia diberi nama Vitamins Serum.. Kalau korang nak tahu, Vitamins Serum ni bukan sahaja serum untuk kulit jerawat malahan ia juga serum untuk kulit berminyak dan serum untuk jeragat.. Paling best serum ni boleh mempercepatkan kadar penyembuhan dan pengeringan jerawat..WOWSKIN Vitamins Serum ini selamat digunakan kerana dah diluluskan oleh KKM.. Selamat juga dipakai oleh ibu-ibu mengandung dan menyusu tau. Dan sudah tentu untuk wanita bekerja di bandar yang dipenuhi hutan batu seperti di KL & Selangor. 2. Royale Nu Diamant Serum Plus+ Royale Nu Diamant Serum Plus+ ini diperkaya dengan Apple Stem Cell dan Rumpai Laut yang bertindak dengan dwi tindakan membantu melambatkan proses penuaan agar kelihatan awet muda dan membantu mempercepatkan pembersihan sel kulit mati dan merangsang pembentukan sel-sel baru bagi merawat jeragat dan kedutan seawal 7 hari... Selain itu, serum ini juga boleh merawat kulit kering, tona tak sekata, liang pori terbuka dan parut jerawat.. Apa yang menarik, Serum Plus+ ini boleh digunakan tanpa was-was dan tiada kesan sampingan kerana telah mendapat kelulusan KKM dan Sijil Halal dari JAKIM.. Tapi bagi korang yang ada menggunakan serum lain dan ingin bertukar kepada Serum Plus+, dinasihatkan agar stop dulu penggunaan serum lama selama 2 minggu kemudian baru guna Serum Plus+ ini agar kulit muka kita bebas terlebih dahulu sebelum menerima dan menyerap khasiat dari serum yang baru... Barulah cepat berkesan.. Apa yang best lagi, Serum ini juga boleh digunakan dengan produk skincare yang lain cumanya tidak boleh dicampur dengan penggunaan serum lain dan sesuai untuk semua jenis kulit.. 3. Imaan Serum Susuk Beradu Imaan Serum Susuk Beradu ini merupakan produk dibawah satu jenama terkenal iaitu Imaan Suci World (ISW) yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera, WOW Mission Sdn. Bhd. yang terkenal dengan produk utamanya iaitu koleksi wipe tissue tanpa alkohol, Imaan Suci Wipes.. Kalau korang nak tahu, setiap produk ISW dihasilkan oleh kilang bertaraf GMP dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Serum Susuk Beradu ini mengandungi cecair serum emas 24K.. Kalau korang pakai serum ni memang akan nampak bintik-bintik keemasan pada muka korang.. Jangan tak tahu ye, emas dapat menghilangkan kedut, kendur dan juga jeragat tau!!... Yang mana nak hilangkan kedut, kendur dan jeragat pada muka, bolehlah cuba serum muka terbaik ni.. Jangan risau, ini susuk yang halal di pakai ye.. Hehe.. 4.  Wawa Serum Skin Booster Wawa Serum Skin Booster ini adalah produk keluaran seorang pelakon Malaysia yang terkenal iaitu  Wawa Zainal.. Ia selamat digunakan kerana telah mendapat kelulusan dari KKM dan telah melalui LAB tested 100% natural ingredients tanpa hydroquinone, mercury dan bahan kimia berbahaya yang lain.. Serum ini juga sesuai untuk semua jenis kulit.. Antara kelebihan Wawa Serum Skin Booster ini antaranya adalah ia dapat merawat masalah jerawat, memudarkan parut jerawat dan jeragat, membantu kulit muka jadi lebih sekata, melembapkan kulit muka, Anti-Aging, mengecilkan liang pori, mencerahkan kulit wajah dan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.. Nak buat makeup primer pun boleh sangat.. Makeup pun akan tahan lebih lama dan tak bercapuk.. Flolessss uolss..!! 5.  Dr Beau Pure Natural Skin Oil Dr Beau Pure Natural Skin Oil atau lebih dikenali sebagai Serum Dr Beau ini merupakan serum muka paling berkesan rawat jerawat dan juga jeragat.. Sebenarnya dari tahun lepas lagi aku guna serum ni.. Memang best!! Yang uniknya Serum Dr Beau ni, ia didatangkan dalam bentuk softgel..  Kalau sebelum ni, aku selalu guna serum dalam botol atau bekas kaca yang perlu dipicit terlebih dahulu.. Dengan Dr Beau ni, nampaknya kerja-kerja memakai serum ni jadi lebih mudah.. Malahan kualiti dan tahap kebersihan serum itu sendiri terjaga dengan baik. Wajib bawa ke mana mana kita pergi. Pergi melancong ke Melaka ke atau kerja di Shah Alam. Nak tahu lebih lanjut tak tentang serum ni? Sharing is caring.. So, jom aku story.. Hehe.. Dr Beau Serum Halal Dan Selamat Digunakan Dr Beau Pure Natural Skin Oil merupakan Serum Vitamin E yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat Bumiputera, Teja Herbs yang bertapak di Seri Kembangan, Selangor. Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini dirumus khas dari sumber Vitamin E ekstrak herba-herba semulajadi yang telah terbukti berkesan dan telah digunakan oleh ramai selebriti dan pakar kecantikan di dunia. Antara herba terpilih yang digunakan dalam menghasilkan Serum Dr Beau ini adalah :- Vitamin E - Membantu merawat kulit  Rosehip Oil - Membantu melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit  Argan Oil - Sangat sesuai untuk semua jenis kulit yang akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering  Almond Oil - Mampu merawat sel kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka  Apricot Kernel Oil - Sangat ringat dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit sensitif. Ia kaya dengan Vitamin A, C, E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari  Wheat Germ Oil - Salah satu sumber terkaya Vitamin E, A, D, Protien dan mineral  Evening Primrose Oil - Mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ia memastikan kulit sentiasa segar dan selesa. Jangan risau ye adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak, Serum Dr Beau ini telah diperakui selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya dimana produk ini telah mendapat kelulusan daripada KKM dan BPFK (NOT170502921K). Bukan itu sahaja, malah serum wajah terbaik ini juga telah disahkan HALAL oleh JAKIM dan boleh digunakan tanpa ragu-ragu.. Manfaat Serum Muka Dr Beau Pure Natural Skin Oil Sebelum korang tau manfaat serum ni, aku nak habaq sikit.. Serum Dr Beau ni bukanlah produk baru ye di pasaran kerana produk ni telah dipasarkan sejak penghujung tahun 2015 lagi.. Bukan sahaja laris di pasaran Malaysia tetapi turut viral di negara China, Taiwan, Brunei, Thailand, Singapore dan juga Indonesia.. Tidak hairannya sehingga kini, produk ini terjual melebihi 300,000 botol.. Satu lagi yang perlu korang tahu, Serum Dr Beau ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit bermula dari kulit normal hinggalah kulit sensitif.. Orite, jom ambil tahu manfaat Serum Dr Beau ini pula.. Apakah Manfaatnya? Antara manfaat Serum Dr Beau ini adalah :- Merawat masalah kulit kusam. Membantu memudarkan jeragat yang kronik. Menghilangkan jerawat dan parut jerawat. Merawat kulit gelap yang disebabkan oleh cahaya matahari yang terik. Membantu menghilang masalah lebam bawah mata. Membantu kulit untuk lebih lembab tanpa masalah kulit kering dan berminyak. Membantu menghilangkan white head dan black head pada wajah. Membantu merawat parut yang disebabkan melecur. Merawat ekzema Mengatasi masalah biji kolestrol Cara Guna Serum Dr Beau Cara nak apply serum ini sangatlah mudah.. Mula-mula bersihkan terlebih dahulu muka dan keringkan.. Kemudian titiskan Dr Beau Pure Natural Skin Oil ke atas tapak tangan dan sapu dengan cara menggosok-gosok telapak tangan untuk membantu memudahkan penetrasi pada kulit. Seterusnya, usapkan ke seluruh atau sebahagian kulit muka hingga leher secara merata terutamanya pada kawasan yang biasa terlihat garis-garis penuaan. Setelah Dr Beau Pure Natural Skin Oil di sapu, bolehlah pakai bedak atau sunblock supaya hasilnya lebih berkesan disamping make up pun menjadi lebih cantik dan flawless. Sebaiknya Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini digunakan pada waktu pagi dan malam. Pada waktu pagi, Dr Beau Pure Natural Skin Oil dapat menjaga kulit dari udara kotor sepanjang hari manakala pada waktu  malam pula ia boleh merehat dan memulihkan kulit wajah. Lepak dulu ye.. Layan video ni.. Serum Dr Beau Menjadi Pilihan Artis Malaysia Ehh aku ingatkan Serum Dr Beau ni menjadi pilihan orang yang macam aku ni jerk.. Rupanya artis-artis pun pakai uollss!! Patutlah kulit dorang cantik-cantik ye... Yelah, dorangkan terpaksa hadap makeup setiap masa.. Kalau tak dijaga dengan betul, mahu berjerawat muka dorang.. Dengan menggunakan Serum Dr Beau ni, muka boleh dirawat kembali supaya bahan kimia dari bahan solekan tu tak menjejaskan kesihatan kulit muka.. Artis mana yang guna tu? Jom tengok! Pendapat Aku Tentang Serum Dr Beau Bila dah kekal dengan satu-satu produk tu, ofkos la produk tu sangat sesuai dengan kita dan sangat bagus.. Begitu jugalah dengan Dr Beau ni.. Aku masih setia dengannya sehingga ke hari ini.. Harus diingat ye, untuk mendapat kesan yang maximum, kenalah konsisten.. kalau jenis pakai tak pakai ni, tak payah nak berangan la nak cantik ye.. Bukan hakak marah tapi nasihatttt... Hehe.. Apa yang membuatkan aku terus setia dengan Serum Dr Beau ni adalah kerana serum ni sangat bagus untuk merawat masalah kulit dan menyihatkan kulit aku.. Selain tu, aku suka baunya yang wangi semulajadi.. Paling best, serum ni mudah meresap tanpa meninggalkan rasa melekit.. Serius aku cakap, kalau produk yang tinggalkan kesan melekit, memang aku reject dari awal.. Tak selesa yang amat weh!! Kadang-kadang aku akan gunakan Serum Dr Beau ni sebagai make up primer aku.. Yelah, bila makeup primer aku habis, paling selamat aku gunakan adalah Serum Dr Beau ni sebagai pengganti.. Sebab dah tau tentang keistimewaan produk ni.. Lagi pun, lepas makeup muka pun nampak flawless.. Makeup tahan lama.. Memang best sangat.. Ok, jom tengok testimoni pengguna lain.. Testimoni Pengguna Serum Dr Beau Dapatkan Kulit Cantik Bebas Jerawat Dan Jeragat Dengan Serum Dr Beau Kulit cantik bebas jerawat dan jeragat adalah idaman setiap wanita... Malah bukan wanita sahaja tetapi lelaki juga.. Lelaki sekarang pun dah pandai jaga penampilan tau.. Jadi, untuk dapatkan kulit cantik bebas jerawat dan jeragat, korang bolehlah cuba Serum Dr Beau ni kerana hasilnya akan buat korang tersenyum sekiranya korang menggunakannya secara konsisten.. Aku sendiri dah guna dan merasai manfaatnya.. Korang tak teringin ke nak cuba.. Nak kulit cantik dan sihat, Dr. Beau Pure Natral Skin Oil lah jawapannya.. Satu jar Serum Dr Beau ni mengandungi 30 biji softgel dimana ia boleh bertahan selama sebulan.. Atas kekerapan penggunaannya jugalah ye.. Hehe.. Jadi, jangan lupa dapatkan Serum Dr Beau ini untuk rawat masalah kulit muka korang tu ye.. Bagi yang berminat untuk mendapatkan Serum Dr Beau ni boleh terus terjah ke laman web mereka di :-  Website : http://www.teja.com.my/ Untuk info lanjut, boleh ikuti mereka di :- Facebook : https://www.facebook.com/tejaherbs/ Instagram :- https://www.instagram.com/teja_herbs/ https://www.instagram.com/drbeau_official/ No. Telefon : 016-963 3443 012-649 3639 Email : tejaherbs@gmail.com Alamat :- Teja Herbs  No. 16-1 Jalan Equine 10C Taman Equine 43300 Seri Kembangan Selangor
https://www.leaazleeya.com/2016/07/misi-rendang-setelah-sekian-lama.html
Misi Rendang Setelah Sekian Lama
Assalamualaikum wbt.... Misi Rendang Setelah Sekian Lama | Wo0oooo tragis sungguh tajuk entry kali ni.. hehe.. Hi Ollss!! 2 hari dah tak berblog.. Hari ni aku kembali untuk men-throwback cerita hari minggu yang lepas... Jumaat minggu lepas, kakak aku yang dok KL tu request nak makan rendang daging ye bersama nasi impit.. huhii.. Dah lama aku tak memasak masakan yang agak kritikal seperti rendang tu.. Haha..!! Tapi dah ada orang request jadi tak senang duduk pulak aku.. Kalau tolak rasa kesian.. Kalau terima takut tak menjadi pulak rendangnya.. Untuk tidak menghampakan perasaan seorang kakak yang banyak berjasa pada aku ni, makanya aku pown gagahkan diri jugak untuk membuat rendang untuk dia.. Siap doa bagai supaya rendang aku tu menjadik.. wohaa...!! Sabtu, Pepagi buta bangun siap sedia untuk berperang di dapur aku yang bertema hitam putih tu.. Siap mention tu warna teman dapur.. Sila terpegun 5 minit dari jauh ye.. Hiks..!! Bahan-bahan untuk buat rendang dah siap-siap beli hari Jumaat tu.. Jadi, sabtu pagi tu mudah la untuk aku terus aje masak rendang sebab bahan semua dah ada.. hehe.. Lama jugak la proses untuk memasak rendang ni.. Mane tak nye, nak kasi lembut daging satu hal.. Nak kasi kering satu hal lagik.. Tapi tak pe, janji hasil lumayan.. hiks.. Jom tengok hasil rendang setelah sekian lama tak buat.. Rendang Daging Nina Ini lah hasilnya.. Kakak aku sampai agak lewat jugak.. Dia sampai dalam pukul 6 petang.. Kebetulan member opiz call cakap nak datang beraya.. Wahh langkah kanan tu.. Kebetulan sungguh kan.. Alhamdulillah rezeki dia.. Tak de la beraya makan biskut kering aje.. Haha.. Menjamu la selera kami beramai-ramai.. Ahakz... Situasi malam tu.. Hehe.. Maaf rumah aku masih kosong.. Sofa pown tak de agik.. Hiks.. 
https://www.leaazleeya.com/2020/04/resepi-singgang-ikan-aya-versi-terengganu.html
Ramadhan 3 - Resepi Singgang Ikan Aya Versi Terengganu
Ramadhan 3 - Resepi Singgang Ikan Aya Versi Terengganu  |  Dah masuk hari ketiga kita puasa.. Sekejap je masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah sampai hari ketiga.. Tak lama, raya.. Hehe.. Ok, bukan itu yang aku nak bebelkan tetapi menu berbuka aku hari ini.. Hehe.. Hari-hari cite sal menu berbuka kan.. Kali ni tekak ni rasa nak makan Singgang Ikan Aya versi Terengganu.. Dah alang-alang baru beli Ikan Aya, boleh la buat singgang.. Dah lama tak makan singgang.. Makan pulak dengan Sambal Belacan Ketagih.. Perghhh memang bertambah nasik oii.. Tapi kali ni aku share resepi Singgang Ikan Aya dula la ye.. Next, aku share resepi Sambal Belacan Ketagih pulak ye.. hehe.. Resepi Singgang Ikan Aya Versi Terengganu Bahan-Bahan :- 3 potong Ikan Aya 1 inci lengkuas – dihiris nipis 1 inci kunyit hidup – dihiris nipis 2 ulas bawang merah – dihiris nipis 1 ulas bawang putih – dihiris nipis 2 keping asam gelugor 3-4 biji cili padi – diketuk (boleh tambah jika suka pedas) 4 batang bendi 1/2 sudu teh serbuk kunyit Garam dan gula secukup rasa Serbuk perasa Air secukupnya Cara-cara :-  Masukkan air secukupnya ke dalam periuk. Apabila air mendidih, masukkan bahan-bahan yang telah dihiris nipis dan serbuk kunyit. Kacaukan dan masukkan pula Ikan Aya, asam gelugor, cili padi dan bendi. Last sekali, masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau sebati dan boleh tutup api. Selamat mencuba!
https://www.leaazleeya.com/2016/06/dimana-kebahagiaan-itu.html
Dimana Kebahagiaan Itu
Assalamualaikum wbt.. Sumber Gambar : En. google Takdir Bertemu Dengan Orang Yang Salah  |  Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk BERSYUKUR dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan dibuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah dibukakan untuk kita.. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat dan indah yang pernah dialami... Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak  tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang... Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali..!! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita... Ia cuma mengambil masa, Seminit untuk jatuh hati pada seseorang, Satu jam untuk menyukai seseorang, Satu hari untuk menyintai seseorang... Tetapi... Ianya mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang... Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu.... Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.... Carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari-hari yang suram... Carilah seseorang yang boleh membuatkan hati kita tersenyum.. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindukan seseorang sehinggakan kita ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.. Mimpilah apa yang kita ingin mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan... Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia. Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang... Jika kita rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dengan memiliki semuanya yang terbaik.. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa sahaja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka..  Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba... Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang  telah menyentuh hidup mereka.. Cinta bermula dengan senyuman...  Mekar dengan ciuman...  Dan..  Berakhir dengan tangisan... Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan... Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.. Semasa kita dilahirkan... Kita menangis dan orang disekeliling kita tersenyum.. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis... Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu.. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.... Wassalam...
https://www.leaazleeya.com/2017/06/daging-kunyit-tumis-berbawang-kegemaran.html
Daging Kunyit Tumis Berbawang Kegemaran Family
Daging Kunyit Tumis Berbawang Kegemaran Family  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang.. Puasa tak hari ni?? hehe.. Kot ada yang tak puasakan... Hiks.. Ok, hari ni aku nak share dengan korang menu kegemaran aku dan family, Daging Kunyit Tumis Berbawang... Lauk ni memang feberet kami sekeluarga.. Sampaikan anak aku si Qhaliff tu pun, kemaheenn selera makan nasi kalau ada lauk ni..  Menu ni sebenarnya ciptaan aku sendiri.. Aku tak pasti lah korang pernah masak macam aku ni ke atau pun tak.. Tapi untuk menu kali ni memang aku tak tengok resepi mana-mana, tetapi bikin sendiri saja.. Mungkin juga terinspirasi dengan masakan ayah aku satu ketika dulu.. Dimana, dia pernah masak lauk macam ni... Sedap!! Tapi time tu aku sekolah lagi.. Nak cakap ingat cara dia masak tak jugak.. Aku main agak-agak jerk la.. Akhirnya, menu ni menjadi dan sedap dimulut aku dan family... Sampai laaa sekarang aku masih tak jemu-jemu makan lauk ni...   Sebenarnya aku tak tahu nak letak nama apa untuk menu ni.. Jadinya aku letak mengikut nama bahan yang ada dalam resepi ni.. Jom tengok resepi ringkas aku... RESEPI DAGING KUNYIT TUMIS BERBAWANG Bahan-Bahan :- Daging 3 bawang besar ( 2 dihiris, 1 dipotong bulat ) 3 ulas bawang putih ( diketuk-ketuk ) 1 biji cili besar ( dihiris serong ) 5 biji cili padi ( dibelah hujung ) Sedikit serbuk kunyit Garam dan perasa secukup rasa Minyak untuk menumis Cara-Caranya :- Panaskan minyak di dalam kuali.. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga kekuningan.. Seterusnya masukkan bawang besar yang dihiris tadi.. Lagi banyak bawang lagi sedap... Tumis seketika.. Kemudian, masukkan daging yang telah dipotong nipis.. Kacau seketika sehingga sebati dengan bawang tadi.. Masukkan air yang banyak untuk mereneh daging tadi sehingga lembut dan juga serbuk kunyit Biasanya aku akan reneh sebanyak 2 kali... Maksudnya 2 kali la isi air supaya daging betul-betul lembut dan bawang tadi menjadi hancur sebati dengan daging.. Setelah daging lembut, masukkan garam dan perasa secukupnya.. Kacau seketika.. Akhir sekali masukkan cili besar dan cili api beserta bawang besar yang telah dipotong bulat tadi... Kacau seketika.. Siap untuk dihidang... Mudahkan... Daging  ni sedap dimakan dengan nasi yang panas-panas.. Memang bertambah la jawabnya... Inilah lauk kegemaran kami sekeluarga.. Kalau beli daging, mesti lauk ni dulu yang akan dimasak..
https://www.leaazleeya.com/2018/05/resepi-ayam-tumis-paprika-sedap.html
Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap
Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap  |  Sahur pertama kelmarin, aku tak tahu nak masak apa.. Bila jengok dalam peti, cuma ada ayam sahaja.. Tekak rasa nak makan sesuatu yang pedas.. Tapi bosan pulak kalau nak buat ayam masak merah.. Fikir punya fikir, on jerk la Ayam Tumis tetapi diolah sikit resepinya supaya ada kelainan pada rasanya.. Bila dah olah tu, terciptalah Resepi Ayam Tumis Paprika.. Alhamdulillah sedap!! Haha masuk bakul sila angkat sendiri..  Eh kenapa tak de lobak dan kacang panjang? Hahaha.. kan aku dah cakap tadi dalam peti ais aku cuma ada Ayam sahaja.. Aku saje je isi nama resepi ni Ayam Tumis Paprika sebab aku masukkan daun limau purut dalam masakan ni.. Bila rasa, ada sikit-sikit macam Paprik.. Kire on la dengan nama tu.. Huhu.. Jom tengok resepinya.. Resepi simple jerk tau!! RESEPI AYAM TUMIS PAPRIKA SEDAP Bahan-Bahan :- 5 ketul ayam Tepung Tempura Bistari 1 biji Bawang Besar - hiris 3 ulas Bawang Putih - ketuk 5 biji Lada Kecil - buang tangkai & belah 2 bahagian atas sahaja 1 biji Lada Besar (Merah) - hiris 2 sudu besar Cili Boh 2 sudu besar Sos Cili 2 sudu besar Sos Tiram 1 helai daun limau purut Sedikit Kicap Sedikit perasa Pasti Sedap Knorr Garam secukup rasa Minyak masak Cara-Cara :- Goreng Ayam Perap ayam dengan Tepung Tempura Bistara selama 30 minit Selepas 30 minit, gaulkan atau golekkan ayam perap tadi ke dalam Tepung Tempura Bistari sekali lagi Goreng ayam sehingga masak Tumis Ayam Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang putih & bawang besar.. Seterusnya masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak Masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit kicap serta garam dan perasa Pasti Sedap Knorr secukup rasa.. Kacau rata.. Sekiranya terlalu kering, boleh masukkan sedikit air.. Kemudian, masukkan ayam, lada kecil, lada besar dan daun limau purut.. Kacau rata dan tunggu sehingga masak Dah masak bolehlah dihidangkan.. Pasti Sedap Knorr Menyedapkan Lagi Masakan Ni tip nak bagi kat korang.. Kalau nak sedapkan lagi masakan korang, pastikan korang guna Pasti Sedap Knorr barulah terangkat masakan korang tu.. Aku memang pengguna setia produk keluaran Knorr ni.. Bukan Pasti Sedap sahaja tetapi Chicken Stock dan Lime Flavoured Powder pun aku guna jugak.. Baca Sini : Chefmanship Akademi Mendidik Pengendali Makanan Dengan Pengurusan Sisa Dan Lebihan Makanan Sebelum Bulan Puasa
https://www.leaazleeya.com/2015/02/ingat-mati.html
Ingat MATI..
Assalamualaikum wbt.. Sumber : google Wah tajuk kali ni agak menakutkan.... Takut bagi kita yang belum cukup bekalan ke sana... :) Aku wujudkan entri cenggini bukan untuk menakutkan sesiapa.. cuma untuk peringatan pada diri sendiri dan juga kawan-kawan... yang MATI itu adalah PASTI.... Setiap yang hidup pasti akan mati...  Sehebat mana pown kita di dunia ni, INGATLAH kita akan menghadapi kematian... Kawan-kawan, janganlah kita selalu ingat yang kita masih punya banyak masa, ingatlah mati itu tiada syarat tua dan mati itu tiada syarat sakit... Mati itu menjengah tanpa mengira waktu... Hayati pesanan Tok Guru kita....  Allahuakbar... sumber : google Jumpa dialog ni kat google image... Sebagai panduan kita bersama... :)
https://www.leaazleeya.com/2014/02/dipintu-syurga-ost-ariana-rose.html
Dipintu Syurga ost Ariana Rose
Assalamualaikum.. Ariana Rose.. Dengar je nama tu mesti semua dah tahukan dengan ceritanya.. Mesti ramai peminat drama Ariana Rose kan.. Tapi sebaliknya aku.. Aku tak mengikuti langsung cerita ni.. Mungkin terlepas pandang atau mungkin waktu siaran dia tak berapa nak sesuai.. hehehe.. Tapi dari fedback kengkawan aku, cerita ni best.. Diadaptasikan dari sebuah novel.. hah sebut aje novelkan.. Harusla aku carik novel ni dan membelinya.. ekekeke.. Cerita tak tengok, janji novelnya dibaca...  Tak gitu??? Novel Drama Ariana Rose The Wedding Breaker Tajuk drama dengan tajuk novel berbeza kan.. Tapi nampak cam menarik je novel ni.. So, harus dibeli.. Tapi sebenarnya ari ni aku bukan nak bercerita sal novel atau drama ariana rose ni.. Sebenarnya aku lebih berminat dengan lagu cerita ni yang didendangkan oleh Dayang Nurfaizah yang sememangnya penyanyi yang aku minati... Suara dia unik.. Aku suka... Lagu  ni best.. Lirik dia best.. Penyanyi dia best.. Melodi dia best.. Wah.. dah cam juri aku ni kan.. hehehe.. Pape pown jom kite layan lagu ni.. ***** Dipintu Syurga - Dayang Nurfaizah Lirik Dipintu Syurga Selamat berhibur.. Smile... :)
https://www.leaazleeya.com/2017/08/review-novel-semusim-di-mahsyar-by-hadi.html
Review Novel | Semusim Di Mahsyar By Hadi Fayyadh
Semusim Di Mahsyar By Hadi Fayyadh  |  Allahuakbar.. Punyalah lama nak review novel ni.. Tapi tak jugak terbuat.. Dok dalam draft dah lama sebenarnya.. Masa untuk mengarang ayat aje tak de.. Terlalu sibuk menyiapkan entry yang urgent.. Tengahari ni ada masa terluang sikit, bolehlah siapkan entry review novel Semusim Di Mahsyar by Hadi Fayyadh ni.. Semusim Di Mahsyar By Hadi Fayyadh  Novel ni aku beli pre-order.. Masa tu novel ni belum dicetak lagik.. Terlalu excited dengan penulis ni kan.. Buku penulisan dari penulis ni tak pernah tak best.. Mesti menjadi BEST SELLER... Sebab tu aku terlebih teruja bila dapat tahu beliau menghasilkan karya yang baru.. Terus aje order.. Lama jugaklah menunggu untuk mendapatkannya.. Tapi itu tak menjadi masalah bagi aku.. Lagi pun masih banyak novel yang belum dibaca.. Jadinya, tak terlalu terkesan dengan masa yang panjang itu.. Hiks.. Alhamdulillah, kali ni beli buku dapat sekali dengan tandatangan dari penulis.. Menjadikan buku ini ada sentimental value tersendiri.. Kali ini juga buku disertakan sekali dengan bookmark.. So, tak perlu dah nak pakai bookmark sendiri.. hehe... Kalau korang nak tahu serba sedikit tentang jalan cerita novel Semusim di Mahsyar ni, bolehlah baca sinopsis dalam gambar atas ni yek.. Eceli, novel ni dah lama aku baca dan mengambil masa yang tak terlalu lama untuk menghadam hasil penulisan Hadi Fayyadh ini.. Mungkin kerana terlalu admire dengan penulisannya membuatkan aku membacanya secara berterusan... Bagi aku, karya beliau kali ini tak sehebat karya-karya beliau sebelum ini yang mampu membuatkan aku gerun, insaf, menangis dan sedar akan kuasa tuhan dihari pembalasan nanti.. Sungguhpun begitu, Semusim Di Mahsyar ini tetap membuatkan aku insaf dan sedar akan kekhilafan sebagai seorang manusia yang akan dihitung dihari pembalasan kelak.. Walaupun impaknya tidak sehebat novel Semusim Di Barzakh dan Ketika Azazil Berputus Asa... Orite, jom baca review aku tentang novel ini di Goodreads.. REVIEW AKU DI GOODREADS Semusim di Mahsyar by Hadi Fayyadh My rating: 4 of 5 stars Start : 29.07.2017          Finish : 30.07.2017 Novel dari penulis yang memang aku kagumi dan minati.. Penulisannya memang sampai ke hati.. Sebelum ni dah baca 2 buah buku hasil karyanye dan ini adalah yg ketiga.. Untuk novel Semusim Di Mahsyar ni, aku rasa tak sehebat penulisannya yang sebelum ni.. Yang sebelum ni lebih terkesan dihati aku.. Sungguhpun begitu, buku kali ni tetap memberi byk pengajarannya dan bagus untuk dibaca oleh semua golongan.. Kali ini novelnye mengisahkan seorang anak perempuan yang derhaka terhadap org tua nye... Dia diuji dgn pelbagai ujian hidup sehinggakan dia menyalahkan kedua org tuanye lalu menderhakainya.. Allahuakbar.... Rasa geram sgt bila baca part dia derhaka tu.. Haisss... Satu ujian besar menimpanya dimana dia disangkakan telah meninggal dunia dan ditanam selama 5 hari.. Sepanjang perjalanan dialam kuburnye dia didatangi mimpi yg panjang.. Dalam mimpinye itu dia menjalani kehidupan alam kubur yang penuh penyiksaan sehinggalah dia tersedar kembali dan kuburnya digali semula oleh penduduk kampung.. Selepas dikembalikan ke dunia, segalanya telah berubah.. Ayah dan ibunye telah pergi mengadap ilahi tanpa sempat dia meminta keampunan.. Keinsafan yang dia alami telah terlambat utk dia menebus segala dosanya terhadap kedua ibubapanye.. Malahan lebih teruk, selepas segalanya yg berlaku, barulah dia tahu cerita sebenar kehidupannya yang dia bukanlah anak liar nikah seperti dihebohkan penduduk kampung.. Menyesallah dia tidak berpenghujung kerana telah menyalahi kedua ibubapanye selama ini atas sebab itu dan sanggup derhaka kepada mereka.. Allahuakbar.. Walaupun buku ni x sehebat penulisan penulis yang lepas, tapi tetap memberikan kesedaran dan keinsafan bila membacanye... Recommended utk dibaca oleh semua.. View all my reviews
https://www.leaazleeya.com/2021/09/yoodo-tawarkan-pelan-tanpa-had-yang-boleh-diubah-suai.html
Yoodo Menawarkan Pelan Tanpa Had Yang Boleh Diubah Suai Sendiri Sepenuhnya
Yoodo Menawarkan Pelan Tanpa Had Yang Boleh Diubah Suai Sendiri Sepenuhnya  |  Hi korang! Dua tiga hari ni, line internet di tempat aku ni buat hal betul la.. Kemain menyiput jerk slownya.. Nak buat kerja pun tak syok.. Haiss.. Oh ya, dah alang-alang sebut tentang line internet ni, aku baru jerk dok usha pelan data Yoodo.. Haa korang pernah dengar tak pasal Yoodo ni? Aku pun sebenarnya baru firstime dengar.. Bila ramai dok sebut pasal Yoodo ni, teringin la jugak nak tahu kan.. So, aku pun riki-riki la.. Banyak rupanya kelebihan Yoodo ni.. Salah satunya kita boleh ubah suai data, panggilan dan sms kita sendiri.. Memang terbaiklah!.. Jom aku story kat korang..Yoodo Menawarkan Pelan Tanpa Had Yang Boleh Diubah Suai Sendiri SepenuhnyaSekarang zaman semuanya di hujung jari.. Semuanya online sekarang ni.. Tambahan pula di musim pandemik ni, memang totaly urusan secara online.. Tak hairanlah sekarang internet dah menjadi sebagai keperluan kita pada masa kini.. Tak de internet susah oii.. Hehe.. Sekarang pun banyak pilihan pelan data yang boleh di pilih.. Ada yang mahal dan ada juga yang murah.. So, bolehlah sesuaikan dengan bajet kita sendiri dan penggunaan kita juga.. Yang penting, kepuasan melayari internet tu kenalah ada.. Bila dengar tentang Yoodo ni, aku agak teruja sebabnya Yoodo menawarkan pelan tanpa had yang boleh dibah suai sendiri sepenuhnya.. Apa Itu Yoodo?Mesti ramai nak tahu kan, apa itu Yoodo? Ok, kalau korang nak tahu Yoodo ni merupakan sebuah syarikat komunikasi yang menawarkan perkhidmatan mudah alih digital pertama di Malaysia yang boleh diubah suai 100% dimana korang boleh ubah suai data, panggilan dan sms mengikut kesesuaian penggunaan korang setiap bulan.. So, dengan Yoodo lepas ni dah boleh bajet sendiri penggunaan bulanan.. Tak perlu membazir lagi.. Best pulak rasanya Yoodo ni kan.. Sangat fleksibel.. Kita bebas untuk pilih jumlah data, pengilan dan SMS mengikut keperluan kita sendiri.. Yoodo ni merupakan satu-satunya telco dengan pelan tanpa had.. Korang juga boleh tambah pakej data yang sesuai dengan gaya hidup korang dan boleh memperbaharui pelan data korang bila-bila masa sahaja.. Oh ya, apa yang menariknya lagi dengan Yoodo ini tiada cas tersembunyi dan tiada kontrak... Ini lebih memudahkan kerana kalau kita nak tukar ke telco lain, kita boleh lakukan bila-bila masa sahaja kerana tidak terikat kontrak dengan Yoodo.. Memang terbaiklah Yoodo!! Tapi aku yakin, korang pasti setia dengan rangkaian Yoodo ni kerana Yoodo dikuasai oleh rangkaian Celcom dengan liputan 4G LTE terluas di Malaysia.. Haaa dekat tempat aku ni memang line Celcom sangat kuat ye.. Begitu juga dengan tempat korang kan?? hehe..Bagaimana Cara Untuk dapatkan SIM Yoodo?Biasanya bila daftar nombor telco baru terus je dapat SIM kan.. Tapi untuk Yoodo ni ada 2 jenis SIM yang boleh korang pilih iaitu SIM Fizikal ataupun eSIM.. Ni firstime tau aku dengar tentang eSIM ni.. Excited jugakla dengan bende baru camni kan.. Biasa SIM ni dapat yang fizikal je.. Dengan Yoodo ni, barulah aku tau sal eSIM ni.. Ok, untuk dapatkan SIM Yoodo ni, korang boleh lalui dengan 3 cara mudah ini..1. Melalui Penghantaran PosStandard delivery adalah melalui pos.. Kebiasaannya pun memang macam ni lah caranya bila kita beli nombor telco yang baru secara online.. Mesti seller hantar melalui pos..Untuk Yoodo ni, korang boleh daftar online di laman web mereka ataupun untuk lebih mudah korang  boleh terus menggunakan aplikasi Yoodo dan SIM korang akan dihantar melalui pos.. Macam biasalah tempoh penghantaran dalam 3 hingga 6 hari bekerja.. So, bila dah dapat SIM, korang bolehlah aktifkannya di aplikasi Yoodo dan ikut step yang diberikan.. Mudah saja kan.. 2. eSIM Melalui Aplikasi YoodoNo SIM Card? No Problem!! Go 100% digital with eSIM..Yessss, kini Yoodo ada menawarkan perkhidmatan menggunakan eSIM.. eSIM ni adalah singkatan kepada Embedded SIM iaitu cip tersedia yang berfungsi sama seperti SIM Fizikal.. Apa yang membezakannya adalah pengaktifannya lebih mudah dan boleh digunakan bersama SIM Fizikal.. Jangan risau, walaupun korang hanya boleh menggunakan satu pelan eSIM dalam satu-satu masa, tetapi korang tetap boleh menyimpan beberapa nombor dan pelan data pada satu cip.. Hebat kan??Rasanya lebih mudah menggunakan eSIM ni kan.. Sungguhpun begitu, eSIM ni tak semua phone boleh menggunakannya.. Ia compatible with selected iOS and Android phone sahaja.. Kalau nak tahu smartphone ape yang ngam dengan eSIM ni, korang boleh terjah laman web Yoodo ye.. Kat sana ada disenaraikan smartphone yang boleh digunakan bersama eSIM ini..Macam mana pula nak gunakan eSIM ni?Ok, kalau korang pilih eSIM untuk telco Yoodo ni, cara mengaktifkannya mudah saja.. Korang hanya perlu install aplikasi Yoodo dan boleh pilih untuk aktifkan SIM dengan memilih eSIM.. Lepas tu, bolehlah pilih nombor yang korang suka dan pelan data yang bersesuaian dengan penggunaan korang.. Step by step akan diberikan untuk memudahkan korang.. Oh ya, mereka akan handar kod QR di emel korang tau.. So, kena la alert ye.. Kalau korang rasa agak comlicated ke, bolehlah berhubung dengan pihak Yoodo di live chat mereka.. Apa saja yang korang tak faham, mereka akan terangkan.. Insyaallah..3.  Penghantaran Pantas Melalui GoGetApa pulak la GoGet ni ye? Haha.. Ok, GoGet ni merupakan penghantaran yang terpantas dimana korang boleh dapatkan SIM korang tu dalam tempoh kurang dari 2 jam.. Tetapi GoGet ni hanya buat mereka yang tinggal di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru sahaja.. Lahai sedihnya.. Sob Sob Sob!!Jangan risau kerana korang masih boleh membeli SIM Yoodo ni secara offline tau di tiga tempat ini :-Cawangan Blue Cube Celcom terpilihBHPetromartsPetronas MesraKenapa Yoodo Jadi Pilihan?Kalau korang nak tahu, Yoodo ni banyak kelebihannya.. Tidak hairanlah ramai yang memilih Yoodo sebagai rangkaian telco mereka.. Ada beberapa kelebihan yang patut korang tahu.. Jom baca ni..1.  Pelan tanpa had yang boleh di ubah suaiMacam yang aku bagitau di awal tadi, Yoodo ni kelebihannya kita boleh ubah suai pelan data kita sendiri.. Kita boleh sesuaikan pelan tanpa had kita sendiri.. Kita boleh pilih kelajuan data, kuota hotspot, minit panggilan dan juga SMS kita..Bagi aku, ini sangatlah mudah untuk aku setkan penggunaan bulanan.. Takde la aku komit dengan bulanan yang tetap.. Yelah kadang penggunaan kita setiap bulan tak sama.. So, dengan Yoodo ni aku rasa lebih mudah untuk aku rancang penggunaan pelan data aku setiap bulan.. Aku rasa dengan cara ni lebih menjimatkan.. 2.  100GB Power PassIni untuk korang pengguna data berskala tinggi.. Mungkin korang seorang yang suka main game online atau kaki movie yang jenis nonstop.. Ini berita baik untuk korang! Yoodo juga ada menawarkan power pass untuk korang selama 1 jam sahaja dimana korang dapat nikmati kelajuaan datanya yang maximum..Kalau korang perlukan power pass ini, korang boleh dapatkan 100GB data power pass ini dengan hanya RM 2 sahaja untuk 1 jam.. Murah gile guys!! Selama 1 jam korang boleh online dengan kelajuan data yang terbaik dari ladang.. Hehe.. So, bolehlah layan game atau drama korea tanpa gangguan internet kan.. Oh ya, andai kata 1 jam tak memadai bagi korang, jangan risau korang boleh beli lebih dari itu dengan hanya RM5 sahaja untuk 3 jam.. Wah lagi berbaloi-baloi kan..3.  Ubah pelan data pada bila-bila masaPaling best dengan Yoodo ni, korang boleh perbaharui pelan mobile korang pada bila-bila masa sahaja tak perlu nak risau tentang monthly cycle.. Kebiasaannya kita perlu tunggu sampai masa baru boleh nak perbaharui pelan data kita kan.. Dengan Yoodo ni tak perlu guys, boleh je tukar bila-bila masa je..4.  Yoodo RewardOk, Yoodo juga ada rewards tau.. Banyak betul kelebihan Yoodo ni ye.. Kalau tak survey ni, aku sendiri pun tak tahu.. Hehe.. Ok, reward yang aku maksudkan ni adalah bila korang purchase add-ons, korang akan dapat reward.. Bila korang beli 10 add-on, korang akan dapat percuma 1 add-on.. Haaa bestkan.. Ini adalah antara add-on yang ada di Yoodo.. Korang bolehlah pilih mengikut penggunaan korang.. Tapi sebelum tu kenalah ada pelan data asas terlebih dahulu barulah boleh add-on.. Di Add-On ini, Yoodo menawarkan 20GB dengan harga serendah Rm3 sahaja bergantung kepada aplikasi.. Macam aku banyak guna instagram dan juga tiktok, so untuk instagram hanya perlu bayar RM3 sahaja manakala tiktok pula RM7 sahaja.. Dengan melanggan add-on ni, dah tak perlu risau tentang penggunaan data.. PUBG pun ada guys.. So, ape tunggu lagi, jom add-on.. Haha..Yoodo Support KomunitiJangan tak tahu ye, banyak sumbangan Yoodo dalam komuniti kita pada hari ini tau.. Mereka bergerak aktif dalam menyokong komuniti dalam bidang sukan dan juga hiburan..1.  Yoodo Support e-SukanDekat Malaysia sekarang ni dah femes dengan e-sukan.. Yoodo sendiri ada menubuhkan pasukannya sendiri yang diberi nama Yoodo Alliance, Yoodo RSG MLBB dan Yoodo RSG CODM yang terdiri daripada mereka yang berusia seawarl 17 tahun.. Dalam pada itu juga, Yoodo berusaha menarik minat ramai golongan muda untuk menyertai e-sukan ini..Antara tournaments yang pernah mendapat tajaan Yoodo adalah PUBG Mobile Campus Championship (PMCC 2020), Yoodo Stay At Home Cup, Kejohanan e-Sukan Kampus Semester 3 (KEK3) dan banyak lagi.. Oh ya, Yoodo juga merupakan telco digital rasmi untuk Mobile Legends : Bang Bang..2.  Kicking It For RealPada 03 Mei 2021 yang lalu telah diumumkan bahawa Yoodo menjadi Telco Digital Rasmi untuk Liga Premier Fitsal Malaysia (MPFL) 2021..3. Keeping Malaysians EntertainedSekarang ni semuanya dibuat secara maya.. Rancangan hiburan pun dah dibuat secara maya dek kerana pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir lagi di negara kita pada hari ini.. Memahami keadaan rakyat Malaysia di musim Pandemik ini, Yoodo mengambil pendekatan untuk mencari insiatif bagi menghiburkan hati rakyat Malaysia dengan mengadakan #StayAtHomeParty bersama artis tanahair..Yoodo telah menganjurkan Yoodo Community Day yang menampilkan An Honest Mistake dan juga Aizat.. Mereka bekerjasama dengan Rakita FM untuk Carta Indie Kita..3.  SaranghaeYoodo Untuk Peminat KpopRasanya ramai peminat Kpop kat Malaysia ni kan.. Macam kawan-kawan aku jugak.. Siap boleh hafal nama-nama pelakon dan penyanyi korea.. Aku pulak yang blur.. Haha..Yoodo menghargai peminat Kpop dengan menyediakan beberapa aktiviti menarik buat mereka seperti Kpop recap series: Hallyoodo, Concert Giveaways: Monsta X, G-Idle, Special screening: BTS documentary screening dan Contest: Lightstick Wars, BLINK Together With Yoodo..Promosi Menarik Dari YoodoBerita baik buat korang semua.. Yoodo sekarang ni tengah buat promosi tau.. Antaranya :-RM20 untuk 20GBYoodo kembali dengan promosi 20GB pada harga RM20 sahaja untuk masa terhad.. Murah gile.. Patutlah ramai yang minta promosi diadakan kembali.. Hehe.. So, korang kene grab promosi sini sebelum ianya tamat.. Berbaloi-baloi hanya bayar RM20 untuk dapat 20GB.. RM10 untuk 12 Jam 100GBNi promosi terbaru dari Yoodo.. Kalau sebelum ni RM2 untuk 1 jam 100GB.. Sekarang korang dapat lebih lagi.. Korang hanya perlu bayar RM10 sahaja untuk dapatkan 12 Jam 100GB.. Wah boleh tengok drama korea nonstop guys.. Nak main online games pun berbaloi-baloi sangat.. Promosinya berakhir pada 14 Oktober 2021.. Hurry up guys!!Refer 2 EarnOk, ini untuk referral program.. Yoodo bagi peluang korang untuk jana pendapatan melalui referral program ini.. Korang boleh ajak kawan-kawan untuk jadi pengguna Yoodo dengan menggunakan kod unik referral yang disediakan.. Bila kawan korang join, korang akan dapat RM20.. Agak lumayan jugak tu.. Bukan itu sahaja, kawan kita yang join tu juga dapat kelebihannya.. Mereka akan dapat 7GB data percuma.. RM5 untuk 80GB Sebulan Bagi Jaringan PrihatinYoodo juga tidak melepaskan peluang mengambil inisiatif dengan menawarkan pakej Jaringan Prihatin 80GB sebulan dengan hanya RM5 sahaja seiring dengan saranan kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia sepanjang tempoh pandemik ini.. Pass Prohatin Yoodo ini boleh digunakan selama sethaun bermula dari tarikh mendaftar.. Cepat guys, tarikh akhir pendaftaran adalah pada 30 September 2021 ini.. Tak lama dah..Yoodo Pilihan Yang Tepat Di Musim Pandemik Covid IniBagi aku, di musim pandemik Covid-19 ini, telco yang paling tepat untuk kita guna adalah Yoodo kerana banyak sangat kelebihan diberikan dengan harga yang berbaloi-baloi.. Paling best kita boleh ubah suai sendiri pelan data kita dan boleh nikmati promosi menarik yang disediakan oleh Yoodo.. Nak mendaftar pun senang just install aplikasi Yoodo sahaja di App Store, Google Play Store ataupun Huawei App Gallery.. SIM pun percuma dan kos penghantaran juga percuma.. Memang terbaik!! Semua pembayaran pelan data juga dibuat secara online sahaja sama ada melalui perbankan online, kad kredit ataupun debit.. Oh ya, satu lagi boleh juga dibuat melalui aplikasi Boost.. Mudah kan?Ok guys, untuk info lanjut korang boleh layari :-👉 Website👉 Instagram👉 Facebook
https://www.leaazleeya.com/2017/07/pinkboxcereal-hermosa-beauty-kit.html
PinkBoxCereal Hermosa Beauty Kit
PinkBoxCereal Hermosa Beauty Kit  | Holaa!! Hati aku sekarang ni tengah berbunga-bunga cinta tau.. Bukan sebab tengah bercinta dengan seorang yang bergelar manusia, tetapi tengah bercinta dengan produk kecantikan.. Haha.. Boleh ke macam tu?? Huh mestilah boleh...!! Ok, baru-baru ni aku ada terima sebuah kotak ni tau.. Warna gold lagik kotak tu uolls.... Dah bila ada jerk perkataan 'gold' tu, haruslah exclusive bagi aku kan.. Dah la exclusive, limitid edition pulak tu.. Hehe.. Overkan aku.. Haha.. Kotak apakah?? Aku dapat Gold Digger Box - Emergency Beauty Kit dari PinkBoxCereal bersama produk Hermosa di dalamnya..  Inilah rupa Gold Digger Box tu.. Exclusive kan? Orite, mungkin ada dikalangan korang yang belum kenal dengan PinkBoxCereal ni kan.. Jadinya, jom kenali serba sedikit tentang PinkBoxCereal ni.. Diasaskan oleh Malaysian Beauty Influencer, Puan Shafiqah Shafie (who goes by the name of PinkBoxCereal on Instagram, Facebook and Youtube), SHOPPINKBOXCEREAL mula di created pada Ogos 2016 melalui Instagram bagi memenuhi permintaan pengikutnya bagi produk kecantikan yang dipilih secara khusus dan dipakai sendiri olehnya.. Shoppinkboxcereal adalah yang pertama menghasilkan Emergency Beauty Kit di Malaysia, dimana pelanggan boleh memesan produk kecantikan yang berbeza dari jenama tempatan dan antarabangsa terpilih yang terdapat di laman web dan akan di packed dalam #emergencybeautykit box.  Lebih daripada 100 Emergency Beauty Kit terjual setiap minggu merupakan satu pencapaian yang membanggakan Shoppinkboxcereal di Instagram.. 1 April 2017, adalah tarikh dimana shoppinkboxcereal.com telah dilancarkan dan secara rasminya shoppinkboxcereal menjadi Malaysian Skincare and Cosmetics e-commerce company yang menghasilkan #emergencybeautykit yang pertama di Asia.. Shoppinkboxcereal kini dimiliki secara persendirian oleh Puan Shafiqah Shafie dan suaminya, Lylia Fahmi. Fuhhh panjang lebar aku terangkan latar belakang Shoppinkboxcereal ni.. Harapnya korang dapat menghadam maklumat yang aku bagi tu yek.. Hehe.. Oklah, tentang ShoppinkBoxCereal korang pun dah tahu, sekarang aku nak unbox pulak kotak yang aku dapat tu.. Apa yang ada kat dalam kotak emas tu?? Jom sama-sama kite lihat... Yeahhh!! Yeahhh baru ada masa nk unbox @pinkboxcereal Emergency Beauty Kit Limited Edition #golddiggerbox ni... 😍😍 GOLDDIGGER BOX ni adalah kotak yang diupgrade dari kotak lama #pinkbox dan bukan kotak 'tambahan' ye.. 💋❤️💕 Kalau korang beli produk di www.shoppinkboxcereal.com berjumlah lebih daripada RM150, korang akan dapat free upgrade Golddigger box ni.. Tak boleh beli kotak saja tau... hehe.. 💖💗💞 Apakah yang ada didalam #goldbox ni? Jom sama-sama kite lihat.. #pinkboxcereal #pinkboxcerealxhermosa #pinkboxcerealmalaysia #golddiggerbox #limitededitiongolddiggerboxupgrade #shoppinkboxcereal #emergencybeautykit #skincare #beautycare #malaysiablogger #lifestyleblogger #mommyblogger #leaazleeyareview #leaazleeyastory #leaazleeyadotcom #blogleaazleeya A post shared by L E A A Z L E E Y A 👻 (@lea_azleeya) on Jul 17, 2017 at 7:57am PDT PinkBoxCereal Hermosa Beauty Kit Dalam Gold Digger Box - PinkBoxCereal Emergency Beauty Kit ini terdapat 3 item dari Hermosa iaitu Hermosa Cleansing Water (50ml), Hermosa 24K Gold Serum (Anti-Ance & Glowing) (15g) dan Hermosa Lipcreme Long Wear (Red Revival).. Firstime bukak kotak ni, aku dah rasa nak lompat bintang.. Mane tak nye dapat produk yang best camni.. Tak sabar nak cuba tau!! Orite, jom aku tunjukkan kat korang satu persatu item yang ada.. Hermosa Cleansing Water Size : 50ml  |  Harga : RM 45.00 OMG!! Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut aku semasa aku apply cleansing water ni kat muka aku.. Firstime guna cleansing ni, aku dah jatuh cinta dengannya.. Nak tahu kenapa? Dengan Hermosa Cleansing Water ni, make-up aku berjaya dibersihkan dengan sempurna tanpa perlu memedihkan kulit muka.. Make up pun dapat ditanggalkan dengan jayanya.. Memang terbaik!! Hermosa Cleansing Water ini dihasilkan daripada bahan botanical seperti Aloe Vera dan Chamomile yang membantu untuk menghidrat, memberi keselesaan dan menyerikan kulit wajah.. Paling penting ia dapat mengekalkan kelembapan semulajadi kulit.. Kulit lebih bersih dan tona pun sekata.. Cara penggunaan :- Semburkan sedikit Hermosa Cleansing Water ni ke cotton pad / wet tissue / facial tissue Bersihkan muka dengan perlahan dalam gerakan bulatan Selepas tu bolehlah cuci muka dengan pembersih muka yang korang guna Kalau nak best lagi korang boleh guna Hermosa Organic Charcoal Soap.. Hasilnya lagik marbeles!! Hermosa 24K Gold Serum (Anti-Acne & Glowing) Size : 15g  |  Harga : RM 85.00 Serum ni istimewa tau.. Ia mengandungi 24K Gold, Orange Extract dan Licorice Extract... Serum ini sangat ringan ye teksturnya, tak melekit dan mudah meresap... Ia juga dapat menegangkan kulit sebaik sahaja diapplykan ke kulit  wajah.. Apa pula fungsi serum ni yek? Jom kite semak satu persatu.. Merawat jerawat yang aktif dan juga blackheads Merawat parut jerawat Mengekalkan kelembapan kulit Menyerikan kulit wajah secara semula jadi Anti penuaan Anti oksidan Anti jerawat Wahh banyak betul manfaat serum ni.. Kalau korang bermasalah jerawat, boleh lah mencuba serum dari Hermosa ni.. Serum ni juga sesuai untuk semua jenis kulit ye.. Aku suka serum ni, bau dia wangi sangat dan berwarna pink gituu.. Pastu kat dalamnya terdapat cebisan keemasan.. Cewaaahhh cebisan keemasan tuu.. Ayat tak nak kalah.. Tapi betul la kan.. Nama lagi mengandungi 24K Gold.. Hiks.. Paling penting serum ni FREE paraben, alcohol, mineral oil, animal oil dan bahan merbahaya yang lain.. Cara Penggunaan :- Apply pada kulit wajah selepas pakai toner Boleh digunakan dengan any other serum and essence Boleh digunakan pada waktu siang mahupun malam Juga boleh digunakan sebagai makeup base/primer Hermosa Lipcreme Long Wear (Red Revival) Harga : RM 39.00 Hermosa Lipcreme Long Wear yang aku dapat ni kod Red Revival.. Firstime ni tau aku ada lipstik warna merah.. Merah bukan sebarangan merah, merahnya sangatlah menyerlah dan meriah.. hehe.. Sekali sekala tukar warna lipstik ape salahnya kan.. Kebiasaannya warna lipstik aku lebih kepada warna nude.. Kali ni aku cabar diri aku untuk pakai warna merah pula.. Cantik warna Red Rivival ni.. Opsss!! Aku tersuka pulak warna ni.. OMG!! Cantikkan warnanya.. Selain warna Red Revival ni, terdapat pelbagai pilihan warna lagi seperti Ginger, Belle, Perfect Nude dan Nude Thrill... Hermosa Lipcreme ni adalah dari jenis matte.. Walaupun dari jenis matte, ia tak mengeringkan bibir ye, sebaliknya melembabkan dan bibir akan terasa lembut dan selesa.. Paling penting tahan lama uolls..!! Tak perlu dah nak apply banyak kali.. Lipcreme ni mengandungi Vitamin E dan Collagen tau... Bukan saja dapat bergaya cantik dengan bibir menawan tetapi dapat juga menjaga kesihatan bibir kan.. Tak gitu?? Satu lagi yang aku suka tentang lipcreme ni, baunya harum bau vanilla... Aku suka!! GOLD DIGGER BOX Sebelum ni, kotak Emergency Beauty Kit ni berwarna pink.. Now, korang dah boleh upgrade ke kotak berwarna gold pula.. Gold Digger Box Limited Edition.. Bagi aku sangatlah exclusive ye kotak ni.. Sepertimana yang aku dok gebang kat atas nun.. Hehe.. Kotak ini juga sangat berkualiti.. Bukan macam kotak biasa yang lembik tu.. Ni kotak keras yang memang boleh dijadikan make up box case.. Nak buang pun sayang.. huhu.. Macam mana nak dapatkan Gold Digger Box Limited Edition ni? Kalau korang nak miliki kotak yang super duper exclusive ni, korang hanya perlu add item ini dengan harga RM30 jika nak upgrade pinkbox yang biasa ke Gold Digger Box Limited Edition ini bagi pembelian dibawah RM150... Tapi, jika korang membuat pembelian lebih daripada RM150 dan keatas di dalam satu resit, korang akan dapat upgrade Gold Digger Box ni secara percuma.. Tak perlu bayaran tambahan sebanyak RM30.. Bestkan!! Perhatian!! Kotak ini tidak boleh dibeli secara kosong tanpa sebarang pembelian barangan lain yang terdapat di dalam website shoppinkboxcereal.com... Panjang pulak entry kali ni yek.. hehe.. Biasalah terlebih teruja dengan PinkBoxCereal Hermosa Beauty Kit ni kan, kenalah buat entry panjang sikit.. Oh ya, PinkBoxCereal Hermosa Beauty Kit yang aku dapat ni adalah pakej kombo berharga RM165... Kalau korang nak beli loose item pun boleh jerk.. Tapi bagi aku, kalau beli kombo lagik jimat berbanding loose item.. Apa-apa pun atas pilihan masing-masing juga.. Hiks.. Antara jenama yang terdapat di Shoppinkboxcereal :- True Island Argania Ohmostwanted Hope Girl Dottsy Cocomess Hermosa by Belinda Alysa Shee Beaute Nadre Celebrity Serum Lanna Cosmetics Touchminerals (Ulu Klang) PinkBoxCereal Beauty Untuk maklumat lanjut atau sebarang pembelian, korang boleh terjah terus di :- Website http://www.shoppinkboxcereal.com/ Facebook https://www.facebook.com/pinkboxcereal Instagram https://www.instagram.com/pinkboxcereal/ Youtube https://www.youtube.com/c/pinkboxcerealbyshaf
https://www.leaazleeya.com/2019/03/the-big-bad-wolf-book-sale-pahang-gets.html
The Big Bad Wolf Book Sale Pahang gets Honorary Visit from the Vice Chancellor of Universiti Malaysia Pahang
The Big Bad Wolf Book Sale Pahang gets Honorary Visit from the Vice Chancellor of Universiti Malaysia Pahang | The Vice Chancellor of Universiti Malaysia Pahang (UMP) made a surprise visit to the Big Bad Wolf Book Sale Pahang last weekend, bringing his family along to seek out books at the Sale. Professor Dato'  Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim who arrived at the sale late Sunday, was pleased to find many Pahang folks still shopping for books at the hall. “It's a really great offer to the community in Pahang to be able to access affordable books that allows them to read more. It is also in line with our Minister of Education’s direction who has announced that the nation is observing the National Reading Decade Campaign this year,” said the professor. Before leaving, he also urged the people to not overlook the importance of reading as it opens up one’s mind, knowledge and understanding about the world. He also reiterates that reading should start from young in an ecosystem that provides an ideal environment to encourage reading. “Reading is basically food for the thought,” added the professor. Open from 10.00AM to midnight until 10 March 2019, Pahang folks and book lovers can still visit the Big Bad Wolf Book Sale at UMP, Gambang to pick up their favourite books and enjoy discounts from 75% to 95%. For updates, follow #BBWPahang2019 on our Facebook at fb.com/bbwbooks and Instagram at @bigbadwolfbooks  (From left to right)  Muhammad Azli Shukri, Senior Publishing Officer of Universiti Malaysia Pahang; Prisly Yap, Senior Brand Executive of Big Bad Wolf Books; Raymond Yeo, Managing Executive of Kualiti Books Sdn Bhd; Datin Sri Fazia Ali,  General Manager of the Research and Innovation Department of Universiti Malaysia Pahang; Professor Dato’ Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim, Vice Chancellor of Universiti Malaysia Pahang; Timothy Teh, Brand Manager of Big Bad Wolf Books; Dr. Muhamad Noor, Publishing Director of Universiti Malaysia Pahang and Sharol Azmi, Senior Operation Executive of Kualiti Books Sdn Bhd.
https://www.leaazleeya.com/2016/03/aktiviti-hari-selasa.html
Aktiviti Hari selasa
Assalamualaimu wbt.. Semalam punye cite... Setiap selasa aktiviti wajib aku lepas waktu kerja adalah mengaji al-quran... Biasa la daripada buang masa buat keje tak berpekdah bek aku join kelas mengaji.. Boleh gak tambah-tambah pengetahuan apa yang aku tak tahu kan... Lepas pukul 5 terus berlari-lari anak punch card nak p kelas pulak.. padahal kelasnya bukan jauh sangat pown... Haha..  Lepas join kelas mengaji ni banyak bende yang aku belajar... Sebelum ni mengaji ikut dan aku jerk.. Bajet-bajet betul.. rupanya banyak yang salah dari segi tajwid.. Baca memang boleh tapi tajwid kelaut... Pas join kelas mengaji ni alhamdulillah banyak dah dapat dibetulkan.. Syukurrr Ya Allah... -smile- Ha.. kat sini la kelas aku... hehe... Kalaulah dari dulu aku tahu kat sini ada kelas mengaji dah lama kowtnya aku join.. terutama time-time membujang dulu... huh.. rugi sangat rasa...  Nampakkk.. gambar tangan pown nak up jugekkk...!!! ko hadoooo??? haha... Saje memenuhkan entry... Sebelum naik atas kami beli dulu apa-apa yang boleh dibuat kudapan... Paling tak pown beli air mineral untuk dijadikan air 'baca-baca' oleh ustaz... Bagi terang sikit ati yang gelap guliteee ni... Ni muka orang puasa ye.. Dengan rakusnya beli cekedis untuk buat menu berbuka dalam kelas... Hehe... Kebiasaan kitorang memang beli sesuatu untuk makan dalam kelas... Biasalakan.. balik keje perut mula la memainkan macam-macam lagu... Walaupun gitu kami tetap cemerlang ye dalam kelas... Tumpuan paling diutamakan.. cewahh...  Warga kelas ada 10 orang aje... Tak ramai mane... Yang baju hijau depan tu la ketua kelas.. En. Ghani.. Aku yang lantik dia tu.. wahahaha.. boleh gitu?? ceritanya bermula begini.. Ketua Kelas kitorang yang lama dah pindah ke Kelantan.. So, aku dilantik menjadi ketua kelas oleh ketua kelas lama.. Haha.. Gile happe aku jadik ketua kelas... Sempat la memegang jawatan tersebut selama beberapa minggu.. Last-last rasa cam tak leh blah jerk.. Terus pas kat En. Ghani.. Aku rasa better lelaki jadik ketua lagik ngam kowt... hehe.. -segan ngan ustaz sebenarnya- Ehhh..!! mana gambar aku?? Aku tak menghadirkan diri keeee???  Hahaha.. ada rupenya... nampak tangan udahlaa... Tengok tu, orang mengaji dia men hp.. Nak kene tulis nama ni... Ni la ustaz kitorang.. Ustaz Idris.. Cara dia mengajar sangat-sangat bagus.. Detail.. Tak main tangkap muat ye ustaz ni mengajar kitorang.. Memang superb terbaik... Paling dasyat mengaji kene pakai mic.. Haha.. Memalu kuda memasing baca time mula-mula dulu... Tapi sekarang dah ok dah... Okeh tu aje nak cite... k.bai....!!
https://www.leaazleeya.com/2016/11/setelah-sebulan-bersama-mylara-skin-care.html
Setelah Sebulan Bersama MYLARA Skin Care
Assalamualaikum wbt.. Setelah Sebulan Bersama Mylara Skin Care  |  Lebih kurang sebulan yang lepas aku ada up entry tentang produk MYLARA Skin Care kan... Boleh baca kat SINI.... Dan dalam entry tersebut aku telah nyatakan yang aku akan menyahut cabaran untuk menggunakan produk tersebut untuk melihat hasilnya.. Cewahh... Macam tu sekali yek.. Haha..!! MYLARA Skin Care Sebelum tu, meh la aku kenalkan kat korang sekali lagi tentang setiap produk yang ada dalam set MYLARA ni.. Untuk set skin care MYLARA ni, terdapat 4 jenis item... Pencuci muka, toner, krim siang dan krim malam... Sepanjang tempoh percubaan ni selama sebulan lebih, aku memang disiplin.. Pakai mengikut aturan dan tak pernah miss.. Bagi aku, set MYLARA Skin Care ni sangatlah best dan sesuai untuk kulit muka aku.. Pertama kali pakai pown aku dah rasa selesa dengan produk ni.. Dari pencuci mukanya hinggalah ke krim malam.. Semuanya best dan terbaik.. Nak tahu apa yang bestnye setiap item dalam set MYLARA ni, kene baca sampai habis ye.. Hiks.. 4 in 1 Collagen Cleanser  (Pencuci Muka) Pencuci muka MYLARA ni best sebab bila lepas cuci muka, aku rasa muka aku sangatlah selesa dan nyaman.. Paling penting tak terasa tegang perit macam sesetengah pencuci muka tu bila cuci muka rasa tegang aje.. Dah lah rasa tegang, tak selesa pulak tu..  Kalau korang nak tahu, pencuci muka MYLARA (4 in 1 Collagen Cleanser) ni banyak manfaatnya iaitu :- Praktikal, bersih dan efektif Fungsi 4 dalam 1 yang boleh dilakukan di rumah Membersih wajah Eksfoliasi lembut Menyamakan tona kulit dan melembutkan Menganjalkan kulit Menyerikan wajah Facial Toner Toner ni pula, bila aku apply dekat muka aku, muka akan jadi segar.. Muka pown jadi lembap aje.. Memang best... Biasa aku memang tak suka pakai toner.. Tapi toner MYLARA ni suka pulak aku pakai.. Jom tengok manfaat toner ni.. Membuat kulit terasa bersih dan segar Mengandungi bahan-bahan yang aman buat kulit : Rosehip, Licorice, Aloe Vera Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitive Bebas pewarna dan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit Matte Miracle CC Cream SPF 30 (Krim Siang) Krim siang MYLARA ni lagiklah bestnya.. Aku suka sangat sebab  krim siang ni lain dari yang pernah aku pakai sebelum ni.. Krim siang MYLARA ni macam foundation tau.. Bila apply dekat muka, segala cela dekat muka akan dicovernya.. Memang terbaik.. Tak payah pakai foundation dah.. Apa manfaatnya untuk kulit?? Jom tengok.. Melindungi dari sinar matahari Membantu melembap dan melembutkan kulit wajah  Tekstur ringan dan lembut 97.7% natural Sesuai untuk semua jenis kulit Revitalizing Night Cream (Krim Malam) Mana-mana set skin care sekalipun, yang bertindak mencantikkan kulit adalah krim malam.. Krim malam nilah pentingnya dalam satu-satu set skin care.. Malamkan time kite rehat.. Camtu jugak kulit.. So, time tulah krim malam ni merawat kulit kita.. Aku memang gemar pakai krim malam sebab bila bangun pagi esoknya, kulit jadi glowing aje.. Tapi kena pastikan juga ye, krim malam yang kita pakai tu ada merkuri atau pown tak.. Macam krim malam MYLARA ni, memang tiada merkuri.. So, selamat untuk kulit.. Manfaat krim malam MYLARA :- Menyamakan tona wajah, mengurangkan warna kulit yang tidak sekata Membantu memulihkan dan mencerah kulit wajah Menghapus tanda-tanda penuaan Pelembap malam yang tidak melekit Bebas MERKURI Panjang leboo dah aku membebel.. Mesti korang nak tengok jugakan result kulit muka aku selepas sebulan aku pakai MYLARA skin care ni.. Ye dak?? hehe.. So, marilah aku mempersembahkan kepada korang muka aku sebelum dan selepas menggunakan MYLARA skin care ni selama sebulan.. Hadoii malu hakak nokkk nak tayang muka sendirik..!! Redha aje lah... Kusam gile muka aku time ni..  -malu oh-  Boleh pulak mak senyum kambing nakk!! Haha..  Bintik hitam atas hidung tu dah berkurangan hokek!! sekian terima kasih...!! Eceli, kulit muka aku ni tak de masalah sangat pun sebenarnya.. Cumanya ada sedikit jeragat dan bintik hitam atas hidung.. Bintik hitam tu yang masalah paling besooo bagi aku.. Tapi setelah aku menggunakan set MYLARA ni, Alhamdulillah bintik hitam tu dah berkurangan dan hampir-hampir hilang.. So, aku kene terus disiplin pakai MYLARA sampailah bintik hitam tu hilang sepenuhnya.. hehe.. Jeragat pown dah pudar ohh!! Oklah, sekian saje review result aku ni.. Ahakz.. Semoga berjumpa di lain hari dan di lain masa.. Haha.. Dah macam siaran tv pulak..!!  Sebelum menutup entry ni, aku nak ber-IKLAN sekejap ye..!! Dengan MYLARA, wajah sempurna dengan mudah... Berkesan merawat :- ✔ Kulit gelap dan kusam ✔ Tona tidak sekata ✔ Blackheads / Whiteheads ✔ Pori-pori terbuka ✔ Jerawat ✔ Jeragat ✔ Parut jeawat hitam dan berlubang ✔ Kulit berminyak Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan MYLARA Skincare dengan harga mampu milik.. Harga RM 89.90 (WM) RM 95.90 (EM) Oklah.. Kalau korang nak dapatkan set skin care MYLARA ni, bolehlah ke link yang aku sertakan kat bawah ni.. No. telefon pown ada untuk korang hubungi... Ehhhh whatsapp @ SMS only yekk.. hehe.. WHERE TO BUY? Untuk keterangan lanjut, korang boleh terus ke :- Website https://www.mylaraskincareofficial.com/ Facebook https://www.facebook.com/mylaraskincare/ Instagram https://www.instagram.com/mylaraskincare/ Whatsapp/SMS 013-920 0629
https://www.leaazleeya.com/2017/07/review-novel-greatest-of-destiny-by-al.html
Review Novel | The Greatest Of Destiny! By Al-Wahyu
Review Novel | The Greatest Of Destiny!  |  12 Julai 2017 yang lalu aku selamat khatam novel cinta The Greatest Of Destiny by Al-Wahyu ni... Memakan masa selama 4 hari jugak untuk aku habiskan novel ni.. Memandangkan masih banyak baki novel yang perlu aku baca untuk mencapai KPI dalam 2017 Challange Goodreads aku tu, makanya aku kenalah berusaha keras bagi memastikan ianya tercapai dengan jayanya.. Cewahhh!! Kerrrlasss ayat ko makk!! hehe.. Novel ni adalah buku yang ke-18 untuk cabaran ini.. So, masih berbaki sebanyak 12 buah buku lagi... Harapnya sempatlah aku habiskan 12 buah buku lagi sebelum akhir tahun ni..  Orite, jomlah aku cerita pasal novel ni pulak.. Novel hasil karya Al-Wahyu ni menceritakan tentang sebuah percintaan antara dua orang student university di Melborne yang terputus ditengah jalan akibat ego si lelaki yang terlalu mementingkan status, pangkat, darjat dan juga persahabatan.. Padahal dirinya benar-benar mencintai dan sayang pada si gadis.... Hadoii dah kenapa aku pakai lelaki dan gadis ni.. Hehe.. Okeh, si lelaki namanya Nasih Mikael dan si gadis namanya Alisa Zahira... Setelah sekian lama, Alisa membuka hatinya untuk seorang lelaki lain dan bertunang.. Dalam pada tu, dia berkenalan dengan mama Nasih Mikael tanpa mengetahui siapa sebenar wanita itu dalam satu situasi yang tak diduga.. Sehinggalah membawa perkenalan kali ke-dua di rumah mama Nasih atas urusan kerja..  Semasa pertemuan kali pertama lagi mama Nasih dah berkenan dengan si Alisa ni untuk dibuat menantunya.. Sampaikan dia sanggup mengupah orang untuk menghancurkan tali pertunangan Alisa untuk menjayakan rancangannya menyatukan Alisa dan Nasih.. Sedangkan dia tak tahu sama sekali yang Alisa dan Nasih masing-masing dah mengenali antara satu sama lain.. Dalam masa yang sama Nasih Mikael sedang menagih kasih Alisa kembali walaupun dah tahu Alisa ni sudah bertunang.. Bila tali pertunangan telah terlerai akibat perbuatan mama Nasih, Nasih mengambil peluang yang ada untuk menggantikan si tunang Alisa dalam majlis perkahwinan Alisa supaya majlis tersebut tetap berlangsung tanpa memalukan keluarga Alisa.. Masa majlis tersebutlah mama Nasih terkejut gadis yang dikahwini anaknya itu adalah gadis yang dia nakkan menjadi menantunya.. Gembira bukan kepala kerana dia ingat rancangan dia gagal.. Huhu.. Jahat betul kan.. Haisss..  Tapi tula, kalau dah jodoh tak kemana kan.. Larilah jauh mana pun, ia tetap datang pada kita.. Sebab tu aku suka qoute dalam novel ni... Siap up kat blog lagi.. hehe.. Kalau Allah SWT sudah takdirkan dia untuk kamu sejak tercatat di lohmahfuz lagi, datanglah pelbagai halangan sekalipun, kamu dan dia tetap akan bersatu juga. Sebab tiada sesiapa dapat menghalang kuasa Allah SWT.. Tetapi andai kata dia bukan milik kamu, ikhlaskan hati dan redalah dengan ketentuanNYA.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA.. - The Greatest of destiny! by Al-Wahyu Baca sini : Jodoh Yang Ditakdirkan  Banyak lagik liku-liku dalam novel ni sebenarnya.. Kalau aku cerita habis, tak best la kan.. Korang kenalah baca sendiri baru ada feel... Bukan takat kat situ aje ceritanya.. Ada suka, duka yang korang kena lalui dalam novel  ni.. Jom tengok sinopsis novel ni pulak.. Sinopsis The Greatest Of Destiny! by Al-Wahyu Nampakkan sinopsis tu.. Kalau tak nampak korang besarkanlah gambar tu.. Malas aku nak taip kat sini satu-satu.. Haha!! Jom tengok review aku tentang novel ni dekat goodreads pulak.. REVIEW AKU DI GOODREADS The Greatest Of Destiny! by Al-Wahyu My rating: 4 of 5 stars The Greatest Of Destiny!, novel cinta yang pada aku biasa-biasa aje jalan ceritanya tetapi masih boleh dilayan.. Ada babak² cinta, kecewa, dengki, dendam, sabotaj, pembunuhan dan happy... Aku suka baca kisah pembunuhan dalam novel ni kerana olahan penulis dalam bab ni agak teratur dan menarik.. Last sekali dah semestinya happy ending... Biasa kalau baca novel, kalau endingnye happy, dah boleh agak jalan ceritanya camne.. Semua novel lebih kurang jerk kisahnya bila ending cerita.. Huhuhu.. Kisah sabotaj yang ditonjolkan oleh penulis juga agak menarik... Mungkin ada berlaku dalam masyarakat kite hari ni.. Seorang ibu yang inginkan seorang gadis yang sudah bertunang menjadi menantunya sampaikan sanggup sabotaj pertunangan mereka sehingga terlerai.. Perghhh kejam..!! Kuang hajoooo betol... hehe.. Kiranya novel ni best la jugak jalan ceritanya.. Yang penting tak bosan.. Itu yang paling penting bila baca sesebuah novel.. View all my reviews Kenali Penulis Al-Wahyu
https://www.leaazleeya.com/2016/09/share-post-blog-di-fanpage-tak-cantik.html
Share Post Blog Di Fanpage Tak Cantik..!!
Assalamualaikum wbt.. Share Post Blog Di Fanpage Tak Cantik..!!  |  Hi korang...! Hujan dekat tempat aku ni, line intenet pown macam sipowt aje.. Huhu.. Eceli aku baru aje buat Fanpage untuk blog aku ni.. Jengok kat sidebar ye.. Alang-alang dah jengok tu, korang buat-buatlah tertekan 'LIKE' ye.. hiks.... Bila Fanpage dh dibuat, ada pulak masalah lain yang timbul.. Masalahnya, bila aku share post blog aku dekat fanpage aku tu, view dia tak cantik.. Camni haaa jadiknya..  Nampak tak hanya ada pica dan url blog.. Aku tengok dekat fanpage orang lain cantik jerk view dia..  Klik banner ye kalau nak LIKE fanpage Blog Azhafizah ni... Okeh, tengok perbezaan status post fanpage aku dengan fanpage blogger Azhafizah ni.. Berbeza kowt... Cantik aje view dia.. Ada tajuk.. Ada text sikit.. Ada url blog.. dan siap ada authornye lagik.. Ini tidak adil!! haha..  [p/s : Fiza, Lea pinjam screenshot fanpage fiza ni yek.. halal ekk.. hiks..]   Adoii, sekali lagik pulak aku nak carik jalan penyelesaian bagi masalah ni.. Nak kene mintak toleh Reenri ni.. Reen tulommmmm!! ahakz..  Kalau korang ada jalan penyelesaian bagi masalah ni, sudi-sudilah share dengan aku yang daif ilmu ni yek... Hurrmm bila orang buat fanpage aku pown nak buat.. Tapi setting kelauttt tak pandai.. huhu..
https://www.leaazleeya.com/2022/05/go-backpacking-in-kuala-lumpur-all-year-round.html
Go Backpacking In Kuala Lumpur All Year Round!
Go Backpacking In Kuala Lumpur All Year Round!  |  Many people realize that Kuala Lumpur isn't for them. However, if you explore beyond Chinatown's tourist traps, there's so much to see and do, not to mention eat! The Malaysian capital, Kuala Lumpur, is less well-known and popular with travellers than nearby cities like Bangkok and Singapore, but it is still worth a visit. This 200-year-old city is a melting pot of culture, with Malays, Indians, and Chinese being the three largest ethnic groups.Add in times of British and Japanese rule, and you have a bustling metropolis with a diverse culture and architecture that incorporates pre-war colonial architecture, temples, Islamic influences, and mosques, as well as modern skyscrapers and iconic structures like the Petronas Towers. To be honest, it is fascinating. Kuala Lumpur is therefore ideal for a quick city break or even a visa run from one of the nearby countries. We'll cover all you need about your Kuala Lumpur backpacking trip, including the best sites to visit in KL and essential backpacking travel recommendations.The Petronas Towers are the most well-known structures in Malaysia. They keep features of classic Islamic architecture — just look for the five layers representing Islam's five pillars. Come at night for a private tour of the towers. When properly lit, they are at their best. Even though midnight photography is free, it is a must-do Kuala Lumpur tourist activity.The Batu Caves are only a few kms outside Kuala Lumpur and are a culturally fascinating tourist destination. Lord Murugan is the colossal gold statue that stands proudly outside the cave. It is the world's second-largest Hindu god statue, and it has been in place in Batu Caves since 2006. Every January, millions of people flock to these temples to celebrate, worship and watch the Thaipusam Festival.The city's northern areas are a far cry from the ultra-modern business districts and elevated monorails found elsewhere. These historic working-class areas are an excellent place to learn about Malay culture in Malaysia's capital. Make sure it's on your Kuala Lumpur to-do list.The Islamic Art Museum has an extensive collection of Islamic artefacts and exhibitions. The structure itself is a piece of beauty, and it's an excellent spot to cool off on a hot day. The Helipad Bar in Kuala Lumpur is unquestionably one of the top Kuala Lumpur attractions. The platform is used as a helicopter landing pad during the day, but it is changed into a bar with plastic tables and breathtaking views in the evening.Malaysia declared independence from Britain in 1957 in Merdeka Square. Merdeka was formerly a colonial headquarters with a cricket pitch and a notorious whites-only club. Today, the area is extremely congested, yet gorgeous and opulent colonial buildings surround Merdeka Square.Bukit Bintang area in Kuala Lumpur's Arabian nightlife zone is worth a visit, especially in the evening. Walk the streets, meet the people, and dine at one of the many taverns and restaurants.Malaysia's National Visual Arts Gallery is located near the Chow Kit Market. If you enjoy art, this will undoubtedly be one of the highlights of your visit to Kuala Lumpur. It hosts temporary exhibitions by artists from throughout the country. The emphasis is on contemporary art with a political bent.The Botanical Gardens are easily accessible from Chinatown and Central Station, making it an ideal spot for fresh air or a jog. The gardens are extensive, with features ranging from a park with a lake to a butterfly garden and a tropical bird park that has received positive feedback. Don't miss the foot massage stones, which tread a narrow line between pain and pleasure.  You will have a fantastic time backpacking in Kuala Lumpur, and you should stay at least 2-3 days in the city to explore Malaysia's capital. Although Kuala Lumpur does not have world-famous attractions like other Asian cities, backpacking in Kuala Lumpur is a wonderful way to experience the city, and because visiting the city is relatively easy, it is also an excellent destination for first-time travellers in Asia. Book your bus ticket online with redBus immediately and start planning what you'll do there. Have a good time in Kuala Lumpur! Terdapat banyak cara untuk seseorang menjelajah Malaysia. Anda boleh merancang keseluruhan perjalanan dengan mengambil peluang untuk menaiki setiap bentuk pengangkutan sekurang-kurangnya sekali. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membuat tempahan awal tiket bas online berserta tiket pengangkutan awam lain.
https://www.leaazleeya.com/2019/03/revesol-multi-factor-age-reverse-cream.html
Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Kekalkan Keremajaan Kulit
Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Kekalkan Keremajaan Kulit  |  Akhir tahun lepas aku ada review satu produk dari Neil Armayan iaitu Biosol Hygiene Wash.. Now, sekali lagi aku nak share personal review aku tentang satu lagi produk dibawah label yang sama iaitu Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration dimana produk ini mampu mengekalkan keremajaan kulit.. Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Ok, kalau korang nak tahu Neil Armayan Revesol ini dirumuskan secara klinikal sebagai krim Multi-Factor Age Reverse yang powerfull kerana ia dihasilkan dari bahan PhytoCellTec Malus Domestica yang bukan sahaja melindungi tetapi juga membaiki sel induk semulajadi kulit dan fungsi yang berkaitan. Ia secara langsung dapat melawan proses penuaan dengan mengoptimumkan prestasi sel induk kulit kita. Jangan tak tahu ye, krim Revesol ni bukan sebarangan krim ye, ia diformulasi daripada teknologi hyaluronic filling spheres dimana ia dapat memberikan hydration yang maximum kepada kulit muka kita.. Tak keterlaluan kalau aku katakan krim Revesol ni adalah alternatif yang lebih baik daripada Botox dengan komponen pelembap dan perlindungan UV yang ada padanya. Yang berangan-rangan nak cucuk botox tu, rasanya tak payah la dah ye teruskan hasrat tu, boleh aku try Neil Armayan Revesol ni lebih selamat dan bagus untuk kulit.. Kebaikan tambahan yang ada pada krim ini termasuk ciri anti-kulat, anti-keradangan dan pengurangan jerawat. Kalau korang nak tahu, pendekatan bersifat holistik ini terhasil daripada penyelidikan bertahun-tahun dan kajian terperinci terhadap maklumbalas daripada wanita di seluruh dunia.. Kebaikan Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Melewatkan penuaan sel Perlindungan dipertingkat dan pemulihan fungsi sel induk kulit Meningkatkan vitaliti dan meremajakan sel-sel kulit Ciri pelembap yang luar biasa Sangat berkesan melawan kedutan dan garis halus Mengurangkan keradangan dan pembetukan jerawat Mengelakkan liang tersumbat dan memberikan ruang untuk pertumbuhan sel baru Memberi perlindungan nominal terhadap sinaran ultraviolet matahari Ciri antikulat Packaging Dan Tekstur Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Firstime dapat parcel Revesol Cream ni, aku dah rasa kagum dengan packagingnya yang sangat eksklusif dengan boxnya yang super owsem!! Bermula dengan boxnya sehinggalah kepada packaging krim itu sendiri memang semuanya terasa eksklusif setanding dengan kebaikannya.. Secara keseluruhan, bila tengok saja packagingnya dah terasa yakin dengan produknya.. Serius aku suka!! Itu tentang packaging.. Kalau teksturnya pula apa yang boleh aku katakan adalah ia sejenis yang sekali pandang macam krim biasa tetapi bila dah apply, eh! macam gel pulak rasanya.. Haaa camno tu.. Sape nak jawab?? Hehe.. Paling aku suka tentang krim Revesol ni adalah ia tak meninggalkan kesan melekit setelah di apply kat muka.. Itu yang paling utama bila aku pilih sesuatu krim untuk muka aku.. Asal melekit jerk, memang aku reject awal lagi.. Tak selesa weh!! Alhamdulillah Revesol ni sangat selesa bila dipakai dan sesuai dengan kulit aku yang jenis kombinasi ni.. Lagi satu keistimewaan Revesol ni ia mudah diserap dan selepas apply kat muka, kulit akan rasa lebih lembap, lembut dan lagi best nampak glowing gitchewww!! Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Revesol Cream ni adalah seperti Etilheksil Palmitat, Silika Dimetil Sililat, Butilena Glikol, Sodium Hialuronat, Saccharomyces Lisat, Kanji Jagung yang diubahsuai, Pantenol, Tokoferil Asetat, Sel Induk Malus Domestica, Asid Salisilik, Gam Akasia Senegal, Asetil Heksapeptida-8 dan Minyak Biji Slimmondsia Chinensis (Jojoba) Cara Guna Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Cara guna krim ni sama saja macam krim muka yang lain.. Cuma perlu sapu pada setiap pagi dan malam selepas cuci dan toning wajah.. Urut secara perlahan-lahan pada kulit muka. Biarkan krim absorbs sepenuhnya ke dalam kulit..  Kalau waktu siang, biasanya aku akan apply krim Revesol ni sebelum aku makeup.. Yesss, makeup aku nampak lebih flawless tau!! Sebab tu aku sayang ketat-ketat Revesol ni.. hehe.. Apa Kata Lea Azleeya Setelah Menggunakan Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration? AKU SUKA!! haa tu dia.. Besar gedabak font tu.. hehe.. Serius aku suka Revesol krim ni sebabnya ia serasi dengan kulit aku yang jenis kombinasi ni.. Selalunya kalau aku pakai krim yang tak sesuai, mesti muka aku akan nampak berminyak gile.. Tetapi tidak dengan Revesol Cream ni.. Dah apply kat muka, memang tak rasa berminyak dan melekit langsung.. Memang best giler!! Sungguhpun begitu, ia tidak pula menyebabkan kulit menjadi kering sebaliknya melembapkan kulit aku.. Yelah nama lagi 'with hydration' kan, mestilah memberikan kelembapan pada kulit.. Bukan tu saja buatkan aku jatuh cinta dengan krim ni, tetapi ia juga melembutkan kulit muka dan memberi effect glowing pada wajah.. Bolehlah fefeeling glow glowing gitu kann.. hehe..  Lagi best krim ni didatangkan dalam saiz 30gm.. Banyak tu woihh!! Memang boleh tahan 2-3 bulan kalau pakai dalam kuantiti yang tak overdose.. Hiks.. Cam aku lebih suka pakai secara nipis sahaja.. Korang aku tataw la tahap pemakaianya macam mana.. So, depend pada pemakaian juga...  Dapatkan Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Untuk Kekalkan Keremajaan Kulit. Aku dah cuba Revesol Cream ni dan aku sangat menyukainya.. Korang yang mana nak mengembalikan keremajaan kulit tu, tak yah la nak cucuk botox bagai ye, mai pakat pakai Revesol cream ni.. Kesan dia memang terbaik!!  Buat my beauty readers, aku nak bagi korang peluang untuk dapatkan Revesol Cream ni dengan harga lebih rendah.. Macam mana? Haaa korang boleh gunakan voucher code : NEILLEA20 untuk dapatkan 20% diskaun dengan pembelian secara online di Shopee di link ini : https://bit.ly/2HoiuIJ.. Diskaun voucher code ini hanya terhad kepada 10 orang terawal sahaja tau.. So, siapa cepat dia dapat.. Grab now!! Untuk sebarang pembelian atau info lanjut, sila layari :- Website http://www.neilarmayan.kr/ Facebook https://www.facebook.com/neilarmayan Instagram https://instagram.com/n.armayanig Shopee https://shopee.com.my/neilarmayankorea
https://www.leaazleeya.com/2021/07/the-advantages-of-having-blog-nowadays.html
The Advantages Of Having A Blog Nowadays
The Advantages Of Having A Blog Nowadays | Blogging has become a trend nowadays. It shows that there are increasing numbers of people getting involved in blogging. I also did not miss this kind of new human communication style. There must be some reasons why I’m attracted to getting involved in the blogging world. As we know today we are still battling with Covid-19 pandemic and we are still under total lockdown. In this challenging time, we need to learn and adapt to new ways of doing things. We need to think about how to reach many people out there without meeting them in a real environment. So, this is how blogging plays its role nowadays where we can reach people globally. Share our stories and make new friends One of the coolest things about living in the time and technological age is that we can connect with almost anyone from anywhere in the world at any time.  Through all of the different social media channels from Instagram to Facebook to blogging we have the opportunity to communicate with and even befriend people we may have never met in real life. It's really amazing, and something that I am personally super grateful for. I have made so many sweet friends through social media over the years, many of which have become the kind of friends that I don't know where I'd be without today.  Today, of course, blogging is something that pervades just about every part of our lives, from family and relationships through to shopping and the way we get our news. People interact in the social media cloud hundreds of times a day. Some even prefer to communicate via social media than in a more conventional way, and there's no doubt that social media is the new way to make friends and influence people. Develop writing skills. Blogging also can develop my writing skills. I can learn how to be informational, persuasive or transactional to the audiences. It did help me to touch many people by having better writing skill. When I introduce new ideas, things and products, people can feel it much better and have a better understanding and feeling of what I’m sharing.Knowledge Sharing Knowledge Sharing is an activity through which knowledge (i.e., information, skills, or expertise) is exchanged among people, friends, families, communities. Knowledge sharing by blogging helps connect people to knowledge and other people regardless of physical distance. This key factor is vital that we must do in this challenging time but at the same time we still can share our knowledge and ideas.Make money bloggingCurrently what I am doing is making money blogging. I do sponsored blog content, affiliate programs, blog advertisements, physical products, released a software tool, promoting Podcast Sponsorships, ideas, services and products and so many things through blog. You want to know why?1.  A blog can maintain my marketing strategy and structure my relevant content. Promoting services and goods is not an easy task, especially in a highly competitive business climate. That's when the blog comes in handy. It helps me with the multimedia representation of my blog, keeps the audience interested, and promotes the things and services that I share. I am also thinking of promoting my videos, podcast, interviews and so many more on this website of mine. This is helpful content for my audience, and great content for my website.2.  A blog can attract new clients Blogging and posting relevant content is an incredibly useful tool to increase traffic to my blog.  With the help of meaningful keywords, titles, descriptions, and more, blog posts become a powerful tool for gaining visibility for the product or services. By doing this, I can gain advantages to attract new clients and gain more profits from my blog. 3.  A blog can promote the formation of a community and build my reputation in a particular field of interest and become a figure/influencer. This is a perfect way to maintain and spread the word about my ideas, services, and products to create long-lasting bonds with my audience. Share my blogs on social media to reach a wider audience and build a community around my posts, insights from me, and my perspective. You'll start to see just how much traction a blog can bring when you share it on social and bring in new visitors to our blog. We have to remember that nothing can beat a good solid reputation, and blogging makes an essential investment in this process because it allows us to share our perspective with our audience in a new way.4.  A blog can help you advertise Research shows that around 80% of companies prefer to have an advertisement in the form of a series of articles instead of the traditional "buy now" agenda. Customers are also getting a little tired of the conventional ways of commercials and advertising, so the creative ways to present ideas, services and products are crucial to the new modern world environment. This is where blogs nowadays play an important role in advertising.5.  A blog can help you appear more trustworthy to your potential clients People trust the written word, and blogs improve the level of trust towards ourselves. Make sure you provide helpful and accurate content, encourage discussions and knowledge sharing, and see the increase of trust from our clients.google imageThe importance of blogging for business ventures cannot be underestimated under present digital and marketing circumstances. Even with the emergence of other creative tools to support your visibility and push forward your ideas, services and product, it does not diminish the value of what a blog can do for you. Whatever your needs are, a blog post is a great tool for creating a stream of blog traffic, growing an audience, and new prospects.The explosion of the social media phenomenon provides exceptional opportunities for success, on a scale and a timescale not previously imagined. The promise for success gives me a strong reason why I choose blogging.
https://www.leaazleeya.com/2021/04/ecolite-boostick-suplemen-untuk.html
Ecolite Boostick Suplemen Untuk Kecantikan Kulit, Tingkatkan Tenaga dan Atasi Masalah Mata Letih
Ecolite Boostick Suplemen Untuk Kecantikan Kulit, Tingkatkan Tenaga dan Atasi Masalah Mata Letih  |  Hi guys! Agak lama tak berceloteh di sini.. Almaklumlah sekarang ni kehidupan seharian aku semakin sibuk.. Dari pagi sehinggalah membawa ke tengah malam.. Ada kalanya, awal pagi baru dapat lelapkan mata kerana menyiapkan kerja-kerja sampingan aku.. Disebabkan itu jugalah aku kena pastikan yang aku mengambil suplemen tambahan supaya aku sentiasa bertenaga sepanjang hari.. Oh ya, sebut pasal suplemen, kali ni aku nak share dengan korang tentang suplemen yang tengah aku consume sekarang ni iaitu suplemen Ecolite Boostick.. Bagus tau suplemen ni.. Aku consume sebabnya suplemen ini dapat membantu mencantikkan kulit, meningkatkan tenaga dan mengatasi masalah mata letih.. Almaklumlah umur semakin meningkat ni banyak bende nak kena jaga terutama kesihatan.. Kesihatan ni tak boleh dibeli dimana-mana tau.. So, kenalah jaga dari sekarang.. Hehe..Kenapa Ecolite Boostick?Jika ditanya, kenapa aku memilih Ecolite Boostick ni, jawapannya adalah manfaat yang aku perlukan ada padanya.. Ia bagus untuk kecantikan dan juga kesihatan.. Bukan itu saje tau, produk ini juga diformulasi dari bahan semulajadi berkualiti tinggi yang diproses menggunakan teknologi terkini dengan resepi tradisional.. Setiap proses yang dilakukan akan diperiksa dengan teliti bagi menjamin kebersihan dan kualiti produk yang dihasilkan..Faktor lain yang membuatkan aku tertarik dengan suplemen Ecolite Boostick ini adalah disebabkan packagingnya yang super cute dan travel friendly.. So, mudahlah aku selit dalam handbag aku untuk dibawa kemana sahaja dan boleh consume bila-bila masa dimana sahaja.. Bukan itu saje tau, Ecolite Boostick ini juga telah disahkan HALAL oleh JAKIM.. Ini juga merupakan faktor utama bagi aku dalam pemilihan produk.. Bila dah ada status HALAL barulah yakin nak amalkan.. Tak perlu lagi nak rasa was-was.. Lagi pula, produk ini selamat diamalkan kerana mengandungi bahan-bahan semulajadi..Ecolite Boostick Dengan 3 Variasi Yang BerbezaKalau korang nak tahu, Ecolite Boostick ni didatangkan dalam 3 variasi dengan fungsi yang berbeza iaitu :-Ecolite Boostick Concentrated Red Dates + Date Palm (Kurma Merah + Kurma Arab)Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird's Nest (Buah Pear + Sarang Burung)Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum (Buah Goji + Kekwa Putih)Setiap kotak Ecolite Boostick ni mengandungi 10 sachet dengan berat bersih bagi setiap sachet adalah 12 gram.. Cara pengambilannya sangat mudah.. Boleh diambil terus ataupun bancuh dengan air suam.. Ikut mana-mana keselesaan sendiri.. Macam aku, lebih suka ambil dari pek terus.. Just koyakkan sachetnya dan terus picit dalam mulut.. Lebih mudah dan cepat.. Apa yang menarik lagi, korang juga boleh ambil ketiga-tiganya sekali kerana setiap satunya berbeza rasa dan juga manfaatnya.. So, takde masalah kalau nak ambil ketiga-tiganya kerana produk ini lebih kepada 'food suplement'.. Owh ya, aku suka suplemen ni sebab rasa dia sedap.. Rasa buah sebenar.. Cukup rasa masam manisnya.. Memang sedap.. Patinya juga pekat. Ecolite Boostick ini juga sesuai untuk semua genersai kerana dihasilkan dari bahan semulajadi..Ecolite Boostick Concentrated Red Dates + Date Palm (Kurma Merah + Kurma Arab)Aku agak teruja untuk cuba Ecolite Boostick Concentrated Red Dates + Date Palm ni kerana ia dihasilkan daripada gabungan 2 biji kurma iaitu Buah Kurma Merah dan Kurma Arab.. Siapa yang tak tahu kan tentang khasiat kurma ni.. Baik untuk kesihatan.. Dengan gabungan 2 jenis kurma dalam satu sachet menjadikan variasi ini lebih berkhasiat..Antara kebaikan Ecolite Boostick jenis adalah ia kaya dengan zat besi dan pelbagai vitamin dimana ia dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh badan, memperbaiki fungsi peredaran darah, mencegah anemia, meningkatkan fungsi hematopoietik, menyuburkan kulit dan rambut serta bagus untuk masalah penghadaman kerana kurma arab merupakan sumber antioksida..Selain kurma dan kurma arab, didalam boostick ini juga mengandungi Sirap Glukosa, Madu Linden, Gula Merah, Sirap Galacto Oligosakarida dan Asid Benzoik..Aku suka rasanya yang masam-masam manis.. Lagi best bila makan yang sejuk baru keluar dari peti ais.. Perhh rasa dia lagi sedap.. Rasa nak makan berpaket-paket.. Hehe.. Sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya bagi yang selalu berasa pucat serta selalu sejuk kaki dan tangan.. Owh ya, kot ada yang nak pipi merah tu boleh la cuba variasi ini.. Katanya jenis ini berfungsi untuk memerahkan pipi.. Bestnyeee!!.. Haha..Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird's Nest (Buah Pear + Sarang Burung)Bila tengok je boostick yang ini, rasa tak sabar nak cuba sebabnya dalam boostick variasi ni mengandungi sarang burung.. Sebagaimana yang kita tahu Bird Nest ni bagus untuk kecantikan kulit disamping itu baik juga untuk kesihatan diri.. Kalau bab kecantikan kulit ni, memang aku teruja sikit.. Siapa yang  tak nak cantik kan.. Hehe.. Kalau korang nak tahu, salah satu khasiat sarang burung ni adalah untuk awet muda dan untuk tingkatkan imunisasi badan juga.. Dalam sihat, barulah luarannya nampak cantik kan.. Hiks..Ok, dalam boostick ini juga mengandungi buah pear.. Buah pear juga banyak khasitnya tau, antaranya adalah sangat bagus untuk penghadaman kerana buah ini mengandungi serat, air dan nutrien yang tinggi.. So, dengan gabungan buah pear dan juga faktor pertumbuhan epidermis (EGF) yang unik ini serta asid sialik sarang burung dapat mendorong pembaharuan sel kulit dan memberi khasiat tambahan yang menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.. Selain itu, ia turut membantu memperbaiki sistem pencernaan, mencegah kering tekak, kulit kering dan sembelit..Korang yang nak cantik tu, boleh la cuba Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird's Nest ni.. Yang penting selamat untuk diamalkan.. Satu lagi perlulah konsisten ye.. Jangan pula korang cuba hanya satu boostick dah nak nampak cantik.. Memang tak dapat la.. Huhu.. Kena konsisten tau.. Baru nampak hasilnya.. Antara bahan utama yang terkandung dalam boostick ini adalah Sirap Glukosa, Pekatan Lobak, Air, Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida, Pear Cina, Sarang Burung, Halia, Lily Bulb. Tuckhoe, Buah Luo Han Guo, Akar Kudzu, Ubi Ophiopogon dan Asid Benzolik..Owh ya, boostick pear + bird nest ni juga bagus untuk mereka yang selalu bekerja sehingga lewat malam macam aku.. Haha.. Sebab itu juga aku ambil boostick pear + sarang burung ni.. Aku selalu kerja sampai lewat malam.. Kadang tu tidur pun tak cukup.. Bawah mata gelap tak payah nak cakap la.. Sentiasa rasa lesu dan tak bertenaga.. Alhamdulillah, lepas amalkan boostick ni, aku lebih bertenaga walaupun kurang tidur.. Untuk variasi ini, rasa dia manis, semanis buah pear.. Siapa penggemar buah pear pasti suka akan rasanya.. Sedap!Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum (Buah Goji + Kekwa Putih)Boostick yang ketiga adalah Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum.. Tau tak Wolfberry tu buah apa? Hehe.. Wolfberry itu adalah Buah Goji.. Buah goji juga banyak khasiatnya guys.. Antaranya juga untuk kecantikan kulit, kaya antioksidan, anti penuaan, dapat membantu meningkatkan penglihatan, mencegah kolestrol tinggi dan banyak lagi.. Chrysanthemum juga baik untuk mata tau.. So, gabungan antara kedua-dua bahan utama ini dapat membantu melegakan keletihan mata terutamanya bagi mereka yang bekerja dengan skrin komputer atau laptop atau handphone terlalu lama.. Nampak banyaknya 'atau' tu.. Haha.. Selain dua bahan tersebut, terdapat beberapa bahan lain lagi yang terkandung dalam boostick ini seperti Sirap Sirap Glukosa, Air, Jus Pekat Prun, Pekat Delima, Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida, Buah Goji, Kekwa, Perisa Kekwa sebagai bahan perasa dan Asid Benzolik. Juga sesuai untuk semua peringkat umur..Untuk variasi ini, rasa dia manis-manis sedap gitu.. Aku suka rasanya.. Nasiblah boostick Ecolite ni rasa dia sedap kan.. Kalau tak, susah juga aku nak consume boostick ni.. Dah la banyak khasiat, rasanya pun sedap.. Hiks..Dimana nak dapatkan Ecolite Boostick ni?Oklah, bagi korang yang rasa nak cantik tu dan nak jaga kesihatan, bolehlah cuba Ecolite Boostick ni.. Nak ambil ketiga-tiga variasi sekali pun boleh.. Macam aku memang ambil ketiga-tiganya sekali kerana khasiatnya berbeza dan ianya adalah suplemen tambahan dan selamat diamalkan.. Lagi pula, aku memang memerlukan khasiat daripada ketiga-tiga variasi ini..Biasalah umur dah semakin meningkat ni, banyak benda nak kena jaga terutamanya kesihatan.. Sebab itulah aku amalkan suplemen Ecolite Boostick ni.. Bukan sahaja mudah dibawa kemana-mana malah mudah juga pengambilannya.. Dekat mana nak dapatkan Ecolite Boostick ni? Haaa korang boleh dapatkannya di Guardian, Big Pharmacy dan Health Lane Family Pharmacy.. Produk ini memang dijual di farmasi dan ini membuatkan aku lebih yakin untuk mengamalkannya.. Harga? Ok, untuk harganya pula - sekotak hanya RM38.80 sahaja.. Dalam satu kotak ni terdapat 10 sachets.. Boleh dibancuh dengan air suam atau terus makan begitu sahaja.. Mudahkan!Orite guys, untuk info lanjut, boleh layari 👇➥ Website : https://www.ecolite.com.my/➥ Instagram : https://www.instagram.com/ecolite_malaysia/➥ Facebook : https://www.facebook.com/ecolitemalaysiapage/** Make use of Zalora Coupons to get good discounts on beauty products**
https://www.leaazleeya.com/2018/12/althea-pore-purifying-serum-cleanser.html
Althea Pore Purifying Serum Cleanser Review
Althea Pore Purifying Serum Cleanser Review  |  Alahai, Althea buat hal lagi la uollss!!!.. Lepas Stay Fresh Body Sparkling Mist, kini muncul pula baby baru dari Althea iaitu Pore Purifying Serum Cleanser yang ohsem lagik best!! Ini bukan cleanser biasa-biasa tau kerana cleanser ini mengandungi formula yang menyerupai serum.. Jawabnya lepas ni aku kena spend duit lebih lah untuk terus setia dengan produk terbaru dari Althea ni sebabnya aku dah tangkap cintan dah dengan produk ni.. Seperti yang aku katakan di awal tadi, Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini merupakan pembersih wajah yang mengandungi formula menyerupai serum dimana ia mempunyai fungsi 2 dalam 1 iaitu sebagai pembersih dan juga makeup removal.. Selain dapat membersihkan makeup, ia juga dapat membersihkan segala kekotoran dan minyak yang tersumbat di dalam liang pori tanpa mengeringkan kulit dan mengekalkan keseimbangan pH kulit wajah... Apa yang lebih menarik tentang Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni adalah formula serumnya dapat membantu mengecilkan liang pori, kulit bersih sempurna, kulit terasa lebih segar dan paling penting kulit menjadi lebih lembut dari biasa.. Memang best weh produk ni.. Tak caya sila cuba sendiri hokeh! Bahan Utama Althea Pore Purifying Serum Cleanser Ekstrak Daun Pudina - menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan Minyak Biji Jojoba - Melembapkan kulit  Ekstrak Daun Pokok Teh - Mempunyai sifat antibakteria yang dapat membersihkan kulit Packaging Althea Pore Purifying Serum Cleanser Mudah Dibawa Kemana Sahaja Didatangkan dalam botol plastik yang 'kurus' berwarna biru aqua jernih yang cantik.. Sekali tengok memang terasa sangat eksklusif.. Label nama produknya juga sangat simple dan chic membuatkan aku lebih terpaut dengan packagingnya.. Paling penting, Althea Pore Purifying Serum Cleanser mudah dibawa kemana sahaja kerana botolnya yang 'kurus' dan tidak sebesar mana itu boleh dimasukkan ke dalam beg makeup atau terus sahaja masukkan ke dalam handbag.. Tak berat pun uollss...   Cara Guna Althea Pore Purifying Serum Cleanser  Sejak aku diperkenalkan dengan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni, rutin harian aku menjadi lebih mudah dari sebelum ni.. Mana tak nya, produk ni berfungsi 2 dalam 1.. Ia boleh dijadikan sebagai pembersih dan sekaligus sebagai makeup removal.. Gile jimat tu! Tak perlu lagi nak beli secara berasingan.. Beli aje Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni dah dapat 2 fungsi yang diperlukan.. Lagi best formula yang menyerupai serumnya itu dapat menjaga kulit kita.. Memang terbaik sehh!! Macam mana nak gunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni? Meh aku ajar cara yang betul menggunakan produk ini.. Sebagai Pembersih Wajah Lembapkan wajah dengan air Letakkan Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada tapak tangan Urut secara perlahan ke seluruh kulit wajah dengan gerakan membulat selama 5 hingga 10 saat bilas dengan air bersih Sebagai Makeup Removal Titiskan sedikit Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada tapak tangan Urut pada wajah dengan gerakan membulat untuk mengeluarkan kotoran dan solekan pada wajah Bilas dengan air bersih.. Serius, makeup memang mudah tanggal dengan menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni.. Tak caya, meh tonton video ni.. Sekarang ni aku rasa kulit muka aku lebih bersih sebabnya selepas balik kerja atau sebelum solat, aku akan cuci dulu makeup aku dengan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni.. Biasanya aku guna tisu basah aje tetapi ia tidak membantu membersihkan makeup secara keseluruhan.. Malah aku terpaksa cuci sekali lagi dengan pencuci muka.. Now, tak perlu lagi semua tu lepas ada Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni.. Memang benar-benar membantu meringankan rutin penjagaan wajah aku.. TQ Althea kerana mengeluarkan produk sebagus ini.. hehe.. Dapatkan Althea Pore Purifying Serum Cleanser Sekarang Untuk Kulit Lebih Bersih Dan Cantik! Aku dah cuba.. Korang bila lagi? Bagi korang yang ingin mencuba Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni, bolehlah dapatkannya di https://my.althea.kr/ sekarang juga untuk kulit lebih bersih dan cantik.. Nampak eksklusif kan tetapi jangan bimbang kerana harganya sangat mampu milik iaitu RM33.00 sahaja untuk sebotol (150ml)... Haaa apa fikir lagi tu, jom terjah laman web Althea sekarang juga! Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :- Website https://my.althea.kr/ Instagram https://www.instagram.com/altheakorea/
https://www.leaazleeya.com/2017/05/terjebak-dengan-laksamana-sunan-series.html
Terjebak Dengan Laksamana Sunan The Series By Ramlee Awang Murshid
Terjebak Dengan Laksamana Sunan The Series By Ramlee Awang Murshid  |  Huwaaaa makin bertambah koleksi bacaan aku... Kali ni terjebak dengan Laksamana Sunan The Series by Ramlee Awang Murshid pula.. Koleksi kisah Laksamana Sunan ni aku pinjam dari sahabat aku, Yatt.. Lepas aku berjaya habis baca novel Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir, dia cabar pulak aku baca kisah Laksamana Sunan ni.. Hehe.. Aku sahut jerk cabaran dia tu... Tapi tak tahu la yek bila agaknya aku boleh mula baca dan habiskan koleksi kisah ni pula... Hehe Koleksi kisah Laksamana Sunan by Ramlee Awang Murshid Apa-apa pun aku akan cuba baca dengan jayanya.. Banyak tu, 7 buah buku kesemuanya.. Tahun depan belum tentu habis lagi ni.. Haha.. Sape dah baca, ANGKAT TANGAN!!! Hehe.. Kalau mengikut susunannya, kisah ni bermula dengan novel bertajuk Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari, Sunan Musafir dan Sunan... Meh aku up sinopsis setiap novel ni.. Mane tahu ada jugak dikalangan korang yang nak terjebak sama.. Leh usha sinopsis novel ni dulu.. Hehe.. BAGAIKAN PUTERI Sinopsis "Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung." Haryani dan Laksamana Sunan saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. Dani.. Pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya, sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke-15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati! Bagaikan Puteri... Penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik.. Hanya kerana cinta..... Manusia sanggup berperang! CINTA SANG RATU Sinopsis Cinta Sang Ratu, laksana langit mencengkam purnama, ibarat mutiara di lautan biru saujana mata memandang, seluas langit terbentang. Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN  pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan. Sampai masanya cinta jadi taruhan Sang Ratu menjadi impian. Akhir kurun ke-15 : Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi, dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya. "Sebagai manusia, aku sayang kepadamu." Awal abad ke-21 : Bersendirian di bilik tidur. Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu tsunami melanda Acheh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak besar itu. Hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya. "Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan menyayangi awak." Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lekaki yang pada mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji? Cinta Sang Ratu Mengulang kisah perkelahian di langit yang berlanjutan kepada peperangan di bumi semata-mata kerana cinta HIJAB SANG PENCINTA Sinopsis Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya.. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan. Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.. Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula. Namun, kejahatan yang sentiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi. Hijab Sang Pencinta Pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggetar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikuti epik thriller ini.. CINTA SUFI Sinopsis Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'. Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. Laksamana Sunan, Catalina dan Luna.. Bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta tiga segi yang terlafaz dan tersembunyi. Cinta Sufi Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan PUteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan. SUTERA BIDADARI Sinopsis SAIFUDIN - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia. RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya, Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa. MAKHLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifuddin ke alam tidak berdinding. SAIFULLAH - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511. Sutera Bidadari Bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir. SUNAN MUSAFIR Sinopsis ALLAH menciptakan  cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta. Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin beserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah. Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan? Pada tahun 1531, Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggi Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka? Sunan Musafir Lebih banyak bermain dengan ruang dan waktu. Lebih menitikberatkan cinta dan air mata. Mengutamakan perjuangan dan kesabaran. Yakinilah, pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya. SUNAN Sinopsis Dek kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Acheh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Sifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan. Ajaran Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan. Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman menyusup ke bumi Acheh hanya satu tujuan - membunuh Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Acheh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara. Namun, Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu mensasarkan Saifudin dalam perjuangannya. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi. Engku Aminah, anak kerabat Istana Pagar Ruyong yang rupawan mula jatuh kasih pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Malangnya, Ratna menjadi batu penghalang. Ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya. Sunan Menerapkan unsur cinta dan aksi dalam karyanya kali ini. Merungkaikan perjalanan hidup seorang anak remaja bernama Saifudin dalam menempuh onak dan cabaran. Baca juga : Review Novel | Tombiruo Review Novel | Semangat Hutan Dan Tombiruo Terakhir
https://www.leaazleeya.com/2016/10/semusim-di-barzakh.html
Semusim Di Barzakh
Assalamualaikum wbt.. Semusim Di Barzakh  |  Yeahh!! Sampai masa nak review buku hebat ni... Rasa tak sia-sia dan tak kecewa aku beli buku ni.. Sangat hebat dan sangat memberi pengajaran dan keinsafan kepada pembaca... Starting baca buku ni pown dah teruja nak teruskan pembacaan sehingga habis.. Buku ni menceritakan tentang alam barzakh yang digambarkan oleh penulis.. Walaupown ianya hanya sekadar gambaran tetapi ianya sangat terkesan dihati aku.. Semasa membaca terasa diri berada di tempat watak di dalam buku ni..  Buku ini mengisahkan seorang lelaki dimana penulis meletakkan dirinya sebagai watak tersebut yang mana lelaki tersebut jauh tersesat dari jalan yang lurus dengan melakukan segala macam maksiat di atas muka bumi ini sehingga meninggalkan segala suruhan tuhan.. Dia jauh dari agama..  Dalam masa yang sama, lelaki ini yang bernama fayyadh menyimpan perasaan cinta terhadap seorang gadis yang bernama Umairah yang mana Umairah ni seorang yang berpegang teguh pada ajaran islam dan boleh dikatakan dia adalah seorang wanita solehah.. Dia menolak cinta fayyadh kerana takut mendekati zina.. Allahuakbar.. Bukan kisah cinta tu yang aku nak tekankan di sini tetapi yang aku nak kongsikan dengan korang tentang kehebatan buku ini adalah kisah semusim lelaki itu di barzakh.. Menghadap segala seksaan yang ada di sana setimpal dengan kejahatan dia di atas muka bumi ini.. Setiap detik diceritakan dengan sangat menggerunkan seksaan yang ditanggung.. Korang bayangkan aku yang tengah baca ni boleh menangis... Menangis kerana takutnya azab Allah itu terhadap hambanya yang ingkar terhadap suruhannya.. Allahuakbar... Moga dijauhkan daripada azab kubur dan azab neraka.. Korang patut baca buku ni kerana terdapat banyak pengajaran di dalam nya..  Tahniah kepada penulis buku ini HADI FAYYADH kerana menghasilkan buku yang sangat hebat ini.. Moga beliau diberi kesihatan yang baik untuk menghasilkan lagi buku-buku yang sehebat ini dan boleh memberi pengajaran kepada pembaca,.. TQ penulis.. :)
https://www.leaazleeya.com/2019/05/cara-kurangkan-berat-badan-secara-sihat.html
Cara Kurangkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Kapsul B'Natural
Cara Kurangkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Kapsul B'Natural | Fuhh runsing setaman bila berat badan naik.. Serius weh, memang risau gila kot kalau berat badan naik.. Baru-baru ni berat badan aku naik 3 kilo.. Time tu memang cuak gile.. Gelabah unta cari alternatif untuk turunkan balik berat badan.. Aku kalau dah naik, susah nak turun.. Haa itu masalahnya.. Roger kengkawan, ada la yang soh try Kapsul B'Natural sebabnya ia boleh kurangkan berat badan secara sihat.. Haa itu yang kita mahu!!.. Tak nak la turunkan berat badan tetapi memudaratkan kesihatan.. Itu bahaya namanya ye.. Ritu sibuk cari jamu untuk dalaman.. Dah jumpa Jamu Rahsia Bidan Kampung untuk rawat keputihan.. Now, nak turunkan berat badan pulak.. Trylah Kapsul B'Natural ni pulak juga dari Jamu Rahsia Bidan Kampung.. Dibawah bumbung yang sama tau.. Dah percaya satu jenis jamu, nak la cuba jamu kurus pulak.. Hehe.. Lagi pun ia diperbuat daripada herba semulajadi.. Yakin la sikit nak consume.. Mula-mula tak berani jugak nak ambil kapsul ni.. Tetapi selepas aku baca detail tentang produk ni, alhamdulillah aku rasa secure untuk consume Kapsul B'Natural ni.. Semua bahan-bahan yang digunakan adalah 100% herba semulajadi.. Moh la aku cerita serba sedikit tentang Kapsul B'Natural ni ye.. Sharing kan is caring.. hiks.. Kapsul B'Natural Kapsul B'Natural ni diformulasikan oleh 100% herba semulajadi yang dihasilkan daripada 6 herba kampung terpilih khas untuk para wanita mengekalkan kecantikan badan dan mengurangkan berat badan secara sihat. Antara herba-herba terpilih tersebut adalah :- Garnicia Cambodia (asam gelugor) Rhizome Zingiber Officiale (halia) Folium Apium Graveolens (abstract selery) Semen Azadiracta India ( neem tree) Hydrocortisone Asiatica (pegaga) Semen Nigella Sativa (habbatussauda) Folium Cinnamimuun Owners (teja wangi) Kalau korang nak tahu, mereka ni mempunyai kepakaran 5 bintang dalam menjadikan bentuk badan menarik, kurus dan sihat secara natural.. Consume Kapsul B'Natural ni, korang boleh tampil kurus dan sihat tau sebabnya ia mengandungi bahan berkualiti terutamanya asam gelugor dan habbatussauda dimana ia baik untuk mengurangkan kadar lemak dan juga kolestrol dalam badan. Kelebihan Kapsul B'Natural Memberikan tenaga kepada badan Mengurangkan selera makan Menahan nafsu lapar Baik untuk mencantikkan kulit Baik untuk mengurangkan lemak dalam badan Baik untuk membuang toksin dalam badan Siapa yang boleh ambil kapsul ni? Haa korang yang berumur 17 tahun dan ke atas dah boleh consume Kapsul B'Natural ni tau.. Selain tu, ibu menyusu pun boleh consume tetapi kene tunggu baby berusia 3 bulan dan ke atas.. Macam aku, time menyusu anak memang tak ambil sebarang ubat atau jamu sebabnya risau anak aku tak tahan dengan kesannya.. Kot la terlalu panas sampai cirit birit kan.. Atas budak jugak sebenarnya.. Cuma aku jerk yang tak berani.. Yang ada masalah sembelit pun boleh cuba kapsul ni ye..  Cara Makan Kapsul B'Natural Ambil 1 biji atau 2 biji sebelum sarapan pagi Sekiranya pagi ada mengambil supplement lain, boleh ambik B'Natural pada waktu malam Elakkan makanan berminyak Banyakkan minum air kosong Lebihkan air daripada makanan Satu botol B'Natural ni terdapat 30 bijik kapsul.. Jika korang decide untuk ambil 1 biji sehari, maka bertahanlah ia selama sebulan.. hehe.. Perlu diingatkan ye, time period tak perlu ambil kapsul ni.. Kalau ada yang nak kesan yang lebih cepat dan mantop, bolehlah consume 2 biji sehari dan makanya bertahanlah setengah bulan sahaja.. Sila beli 2 botol untuk sebulan.. kehkehkeh!! Kesan daripada pengambilan B'Natural ni bergantung mengikut individu ye.. Ada yang cepat ada yang lambat.. Ada yang dalam masa 7 hari dah nampak kesannya.. Ada juga lepas botol ke-2 baru nampak kesan.. Itu aku cakap ia mengikut badan setiap orang.. Badan kita tak sama diknon.. Nampak sama tetapi tak serupa.. Hah gitu!! Apa Kata Lea Azleeya Tentang Kapsul B'Natural? Berkesankah?? Yeahh ofkos babe!! Aku makan dalam masa seminggu dah turun 3 kilo seperti mana yang aku target... Tetapi aku consume 2 biji sehari la sebelum sarapan pagi.. Gigih weh nak turunkan berat badan.. Ikut segala pantang larangnya.. Bukan beshe beshe tau!! Hehe.. Oh ya, untuk dapatkan kesan yang terbaik dan sekaligus menjaga kesihatan, aku memang minum air kosong yang banyak.. Nak-nak lagi musim panas ni.. Air penting sangat woihh.. Pulak tu kita consume ubat atau jamu, memang memerlukan air yang banyak.. Tontong video ni dulu!! Selain tu, pantang larang sila patuhi ye jika nak kesan yang optimum.. Bukan main langgar jerk.. Lepas tu, bila tak berkesan nak salahkan produk.. Hurmm.. Sepanjang aku consume kapsul ni, aku memang elakkan dari meminum minuman berkafein terutamanya kopi dan nescafe.. Alhamdulillah minuman tersebut bukan feberet aku.. Hiks.. Selain itu, air bergas dan air berais pun aku elakkan.. Sekali sekala ada jugak terbabas tetapi tak setiap hari la.. Bila craving sangat jerk.. hehe.. Aku manusia biasa beb.. Tak lepas dari berbuat kesalahan.. Cewahh!! Satu lagi, sila elakkan minum air limau atau lemon sebabnya ia boleh menghilangkan khasiat jamu..  Itulah saja pantang larang yang aku ikut.. Tak susah kan.. Simple but niceeee.. Haha!!  Dapatkan Kapsul B'Natural Untuk Cantik Dan Kurus Secara Sihat Nak cantik, nak kurus kenalah berusaha kearah itu... Kalau tak berbuat apa-apa mane maunya cantik dan langsing.. Nak cantik dan kurus secara sihat, Kapsul B'Natural lah jawapannya.. Jadi, tunggu apa lagi tu, jom dapatkan sekarang Kapsul B'Natural ni.. Harga Kapsul B'Natural Harga Asal 1 botol : RM 70 3 botol : RM 210 6 botol : RM 420 Harga Promosi 1 botol : RM 60 + Free Postage 2 botol : RM 120 + Free 1 botol + Free Postage 4 botol : RM 200 + Free 2 botol + Free Postage Sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :- Website http://bidankampung.com/ Facebook Jamu Rahsia Bidan Kampung Lazada https://www.lazada.com.my/shop/extraprima Shopee https://shopee.com.my/extraprima Whatsapp Jamu RBK : 013-5300655 Persona Wanita : 013-9650546 Kapsul B'Natural : 019-2457869
https://www.leaazleeya.com/2019/05/kacang-panjang-masak-lemak-putih-simple.html
Resepi Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple
Resepi Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple  |  Ada kala berbuka dengan lauk yang simple lagi sedap berbanding berbuka dengan pelbagai lauk sehinggakan tak tahu nak makan yang mana satu.. Betul tak? Satu lagi, boleh berlaku pembaziran.. Cewahh.. Baru-baru ni rasa rindu masakan Mak yang menjadi feberet aku iaitu Kacang Panjang Masak Lemak Putih.. Serius sedap weh.. Mak aku masak la apa pun semuanye sedap beb.. Masakan seroang ibu tiada tandingan.. Kan? Hiks.. Dah rasa rindu tu kenalah buat sendiri.. Nak balik umah mak time keje memang tak la.. Letih woihh!! So, decide masak sendiri aje.. Lagi pun bukannya susah sangat kan.. Masak kacang panjang lemak putih dan ikan goreng pun dah cukup menyelerakan sampai bertambah-tambah nasik.. hehe.. Yang mana belum pernah cuba masakan ni, boleh try resepi kat bawah ni ye.. Simple jerk aku buat.. Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple Bahan-bahan 6 @ 7 batang kacang panjang 1 biji bawang besar - dibelah 4 2 biji cili besar - dibelah 4 1 kotak santan ayam brand 1-2 ekor ikan selayang/ikan kembung - direbus & diambil isinya Garam & serbuk perasa secukup rasa Cara-Cara Kacang panjang yang telah dipotong, direbus seketika. Jangan terlalu lama ye.. Nanti lembik tak sedap.. Toskan. Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan isi ikan serta cili besar. Aku guna ikan selayang.. Manisssss.. hehe.. Masak dengan api yang perlahan. Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan juga bawang besar. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masak seketika.  Setelah masak, bolehlah dihidangkan.. Simple-simple sudahhh.. hehe.. 2 orang jerk pun makannya.. Selamat mencuba guys..
https://www.leaazleeya.com/2017/05/beli-novel-preloved-murah-dari-seorang.html
Beli Novel Preloved Murah Dari Seorang Blogger
Beli Novel Preloved Murah Dari Seorang Blogger  |  Baru-baru ni aku ada borong novel preloved dengan seorang blogger ni... Adik Arrien... Kebetulan nampak entry beliau "Pre-Loved Novel For Sale" pada 27 April 2017 yang lalu.. Nampak harga yang ditawarkan pun agak murah.. Aku cuba la risik-risik melalui DM instagram beliau.. Aku memang nak beli novel Asrama karya Muhammad Fatrim.. Kebetulan pulak adik Arrien nak jual.. Terus ajelah aku DM dia.. Nasib baik tak de yang book lagi.. hehe.. Ni lah hasil candat dari gerobok novel blogger Arrien... Dah alang-alang beli kan takan nak beli sebuah aje.. Tak berbaloi pulak rasa.. Lagi pun semua murah-murah.. So, dapatkan lagi lah 3 buah kasi puas hati membeli.. Sebelum beli, aku google dulu setiap buku yang kat atas ni.. Sama ada jalan cerita dia best ke tak kecuali yang Asrama tu.. Buku tu memang aku nak beli kan.. So, tak yah dah google.. Hehe.. Novel Precious Iris karya Melur Jelita ni, aku tengok feedback dari pembaca, rata-rata cakap best jalan ceritanya.. Novel ni adalah sambungan dari novel I Love You Stupid!.. Aku dah cari dan beli pun novel I Love You Stupid! tu tapi ada problem sikit masa membelinya.. Juga novel preloved aku beli... Ingat semula masalah yang timbul time beli tu, sangat sakit hati.. Nantilah aku cerita di entry yang lain, memandangkan novel tu belum sampai ke tangan aku lagi sekarang ni.. Harapnya, kondisi novel tersebut tak la lunyai.. Huhuhu.. Aku beli 4 novel ni dengan harga RM 50 sahaja termasuk postage.. Murah kan? Makanya bertambah la lagi koleksi buku-buku aku... Bila nak baca dan habiskan pun aku tak tahu.. Maybe time berpantang nanti kot.. Mungkin ada masa sikit masa tu.. Bercuti panjangkan.. Anak tidur boleh la aku membaca.. hehe.. Insyaallah..  Kalau korang nak usha novel preloved boleh la terjah blog Adik Arrien.. Kot-kot ada lagi yang belum terjual dan korang tengah mencarinya kan.. Terjah kat sini ye.. Pre-Loved Novel For Sale!!
https://www.leaazleeya.com/2021/08/faith-fleur-cara-atasi-masalah-rambut-gugur.html
Runsing Rambut Gugur Setiap Hari? Ini Cara Untuk Atasinya, Faith Fleur dari Ctymary
Runsing Rambut Gugur Setiap Hari? Ini Cara Untuk Atasinya, Faith Fleur dari Ctymary  |  Dah boleh tarik nafas lega dah sekarang ni sebabnya aku dah jumpa cara untuk atasi masalah rambut gugur yang aku alami selama ini.. Siapa je yang boleh bertenang bila ada masalah rambut gugur.. Tak kira wanita mahupun lelaki pasti akan runsing memikirkannya.. Betul tak? Paling teruk bila rambut gugur setiap hari dalam kuantiti yang banyak macam aku alami.. Memang stress bila fikir.. Sekali tengok rambut dekat sikat mahupun lantai, rasa nak menangis.. Now, tidak lagi selepas aku guna set Primadona Faith Fleur dari Ctymary.. Best tau set ni.. Jom aku cerita..Faith Fleur Dari CtymaryOk, sebelum aku bercerita lanjut tentang produk rambut yang superb ni, aku nak share la serba sedikit tentang Faith Fleur ni... Kalau korang nak tahu, Faith Fleur ni merupakan jenama penjagaan rambut yang telah beroperasi lebih kurang 5 tahun dan telah membantu lebih 1 juta pengguna untuk mendapatkan rambut yang lebat dan cantik.. Tahukah korang maksud 'Faith Fleur' ini? Ok, 'Faith' membawa maksud kesetiaan manakala 'Fleur' pula diambil daripada perkataan perancis yang bermaksud 'bunga'.. Faith Fleur adalah syarikat pengeluar produk penjagaan rambut yang terdiri daripada syampu, conditioner, serum, tonic dan hair mist.. Bahan-bahan yang diguna juga telah mendapat kelulusan daripada pihak KKM dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia seperti Paraben, SLS dan Soap.. Yang penting Faith Fleur ini adalah Halal dan mesra wudhuk..Faith Fleur ini diasaskan oleh Puan Mariam binti Abdul Samad, di mana Faith Fleur kini telah mempunyai 10 produk penjagaan rambut yang dapat mengatasi apa juga masalah rambut yang dihadapi tidak kira sama ada daripada golongan kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.. Itu yang bestnya dengan produk Faith Fleur ni, boleh digunakan oleh pelbagai peringkat umur.. Bukan itu sahaja tau, jenama ini  mempunyai pencapaian yang membanggakan dengan menerima pelbagai anugerah.. Boleh baca di SINIPunca Keguguran Rambut Yang Patut Korang Kena Tahu!Korang tahu tak punca keguguran rambut berlaku? Punca utamanya adalah faktor keturunan.. Kalau family korang dah memang mengalami masalah rambut gugur, kemungkinan korang juga akan mengalaminya.. Selain itu, stress juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.. Tidak dinafikan masyarakat kita pada hari ini, mengalami pelbagai tekanan hidup.. Tidak kira sama ada dalam pekerjaan mahupun kehidupan seharian.. Tambahan pula sekarang ni, musim pandemik makin ramailah yang hidup dalam tekanan.. Penggunaan bahan kimia yang terlalu banyak juga menjadi punca rambut gugur.. Contohnya, kerap mewarnakan rambut dengan pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia atau menggunakan produk penjagaan rambut yang tidak sesuai..  Owh ya, satu lagi kerap mencuci rambut menggunakan air panas.. Ia dapat membuatkan akar rambut kita lemah dan kulit kepala menjadi kering serta rambut mudah pecah dan bercabang..Macam aku sendiri, memang menghadapi tekanan di tempat kerja dan setiap hari juga aku mandi menggunakan water heater dengan air bersuhu tinggi.. Inilah punca-punca yang menyebabkan aku mengalami rambut gugur yang agak teruk.. Tambahan pula, satu ketika dulu aku kerap mendandan rambut seperti mewarnakan rambut dan meluruskan rambut.. Tidak dinafikan aku mengalami keguguran rambut yang agak teruk selepas itu dan rambut rosak..Pelbagai cara juga telah aku cuba untuk atasi masalah rambut gugur yang aku alami.. Sehinggalah aku diperkenalkan dengan produk penjagaan rambut Faith Fleur ni.. Pada mulanya aku agak was-was, tetapi setelah melihat testimoni pengguna yang dah berjaya, aku teruja untuk mencubanya sendiri tambahan lagi duta produk ini adalah pelakon kesayangan aku iaitu, Erra Fazira.. Lagilah teruja nak cuba.. Haha.. Faith Fleur Membantu Mengatasi Masalah Rambut GugurMasalah keguguran rambut yang aku hadapi sangat serius.. Setiap hari, memang banyak sangat rambut gugur... Sekali tengok pun rasa gerun.. Rasa macam, kepala dalam perjalanan menjadi botak.. Huhu.. Sedih uiii bila tengok rambut banyak sangat gugur.. Atas lantai tu tak payah cakap la.. Memang bersepah dengan rambut.. Setiap hari nak kena sapu.. Sama juga, masa syampu rambut, banyak gile rambut yang gugur.. Nasib baiklah ada Faith Fleur ni yang dapat membantu mengatasi masalah rambut gugur yang aku alami.. Kelebihan Faith FleurMembantu menghapuskan kutuMembaiki rambut rosakMelembut dan melembapkan rambut yang kering kusamMengurangkan keguguran rambutMenghilangkan kelemumurMenghilangkan bau kepam dan busukMembantu masalah uban yang pra-matangMenggalakkan pertumbuhan rambut dengan membekalkan nutrien yang secukupnyaOk, aku menggunakan Faith Fleur Primadona Set di mana set ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah rambut gugur dan masalah rambut rosak.. Apa yang bagusnya set primadona ni adalah ia mengandungi pro-vitamin B5 yang boleh menyihatkan rambut dan sumber yang baik untuk mengatasi rambut gugur.. Paling penting, ianya bebas daripada paraben, soap dan SLEs.. Paraben ni boleh menyebabkan gangguan hormon tau... Sebab itulah, kalau cari produk pastikan bebas paraben..Untuk Faith Fleur Primadona Set ni ada 3 produk iaitu :-Shampoo Hair LossConditioner Hair LossAnti-Frizz Hair SerumCantik guys packaging barunya.. Dulu kosong je, sekarang dah berbunga-bunga packagingnya seperti berbunganya hati aku masa pakai produk Faith Fleur ni.. Cewahh.. Tapi serius, packaging baru ni cantik sangat dan lebih menarik..Faith Fleur Shampoo Hair LossAku suka bau syampu Faith Fleur ni, bauan honey dew yang menyegarkan.. Firstime pakai tu memang teruja sangat dengan baunya.. Lembut dan segar.. Tak menyakitkan hidung la bak kata orang bau dia tu.. Lembut je.. Yang pastinya syampu Faith Fleur ni bebas bahan kimia, tanpa paraben, SLEs dan mengandungi vitamin pro-V-B5.. Apa kelebihan Shampoo Hair Loss ni? Ok, ini kelebihannya yang perlu korang tahu..Menghilangkan kotoran dan minyak pada rambut dan kulit kepalaMengurangkan minyak berlebihan pada kulit kepalaMenghalang kekeringan, kegatalan, rambut kasar dan kulit kepala bersisikMengurangkan kekusutan dan membantu mengurangkan rambut gugurSatu botol syampu ni mengandungi 250ml dan korang boleh dapatkannya dengan harga RM 35 sahaja.. Harga pun mampu milik je guys.. Memang terbaik.. Syampu terbaik, harga pun terbaik.. Faith Fleur Conditioner Hair LossSyampunya bau honey dew, conditioner pun haruslah bau yang sama.. Ye, conditioner pun bauannya adalah honey dew.. Conditionernya juga selamat digunakan kerana tiada bahan kimia berbahaya seperti Paraben dan SLES juga mengandungi vitamin pro-V-B5 yang bagus untuk rambut..Antara kelebihan conditioner ini adalah :-Diperkaya dengan Mineral Oil untuk mengurangkan masalah rambut putus dan keringMenjadikan rambut lebih lembut dan bersinarMemberikan kelembapan kepada rambutAku suka pakai conditioner ni kerana lepas apply, rambut lembut dan terurus.. Best sangat.. Faith Fleur Conditioner ini juga bersaiz 250ml dan harganya RM35 sebotol.. Faith Fleur Anti-Frizz Hair SerumOk, yang ni memang aku suka sangat iaitu Faith Fleur Anti-Frizz Hair Serum.. Serius best gile serum ni guys.. Rugi tak cuba.. Serum Faith Fleur ni oil-based tetapi sangat mudah menyerap dan mudah juga dibersihkan.. Ia mudah menyerap ke dalam rambut secara terus dari akar hingga ke hujung rambut.. Baunya pun lembut dan segar... Kalau korang tak suka serum rambut yang jenis berminyak, Faith Fleur Anti-Frizz Hair Serum ni sesuai untuk korang kerana ia tidak berminyak dan tidak melekit.. Paling best, serum ini mesra solat.. So, tak perlu bimbang..Kelebihan Faith Fleur Anti-Frizz Hair Serum :-Mengandungi bahan-bahan berkualiti seperti minyak zaitun untuk mengatasi masalah rambut rosakMembantu mengurangkan rambut bercabang dan rapuhMelembut dan melebatkan rambutDapat mengurangkan masalah rambut gugurMerawat masalah kelemumur dan kulit kepala keringSerum ini mengandungi minyak zaitun, minyak biji anggur dan minyak kastor.. Botolnya pun comel jerk, kecil dan mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.. Ok, untuk serum ni boleh dapatkan dengan harga RM20 sahaja sebotol bersaiz 65ml.. Lama juga boleh guna tau.. Tapi ikut tahap penggunaan juga la.. Kalau korang jenis guna banyak, pendeklah usianya.. Haha.. So, kena pandai-pandai la bajet sendiri kadar penggunaannya ye..Cara Penggunaan Faith Fleur Primadona SetMacam mana cara nak guna Faith Fleur Primadona Set ni? Ok, mudah saja.. Korang perlu ikut step yang aku ajarkan kat bawah ni ye...Step 1 - Shampoo Hair LossBasahkan rambut sehingga kena pada kulit kepala, kemudian ratakan cecair syampu di bahagian rambut dan kulit kepala.. Urut lembut kulit kepala 2 - 3 minit dengan Faith Fleur Shampoo Hair Loss.. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.Step 2 - Conditioner Hair LossBersihkan rambut dari kesan syampu. Kemudian ratakan cecair conditioner di bahagian rambut sahaja ye.. Elakkan daripada terkena kulit kepala.. Kemudian biarkan 2-3 minit. Akhir sekali bilas dengan air sehingga bersih.Step 3 - Anti-Frizz Hair SerumPicit serum ke tapak tangan dan gosok.. Kemudian ratakan ke seluruh rambut dan kulit kepala. Boleh juga digunakan ketika rambut masih basah.Untuk dapatkan kesan yang terbaik, korang kena gunakannya 3 - 4 kali seminggu dengan konsisten.. No malas-malas.. Kalau malas, memang masalah rambut gugur korang tak akan selesai.. Owh ye, kesan produk ke atas setiap individu itu adalah berbeza ye.. Mungkin ada yang sesuai, dan mungkin juga ada yang tidak sesuai.. So, kenalah cuba dulu tengok sama ada sesuai atau tidak.. Hehe.. Tapi yang pastinya, Faith Fleur ni tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan selamat digunakan. Paling best, ianya sangat sesuai untuk aku.. Haha!! Tengkiyu Faith Fleur kerana mengeluarkan produk yang ohsem ini.. I luv it!!Testimoni Pengguna Faith FleurNak Rambut Lebat Dan Cantik, Jom Try Faith Fleur!Seperti yang kita tahu, masalah rambut gugur ni boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki.. Kalau rambut gugur dalam kuantiti yang tidak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, ini bermakna korang mengalami masalah keguguran rambut yang serius.. Jadi, ianya perlu diberi perhatian yang serius.. Faith Fleur boleh bantu korang atasi masalah keguguran rambut.. Nak rambut lebat dan cantik, jom try Faith Fleur ini.. Aku dah cuba, korang bila lagi?Untuk info lanjut, korang boleh layari :-👉 Website : https://www.faithfleur.my/👉 Facebook : https://www.facebook.com/faithfleurhq/👉 Instagram : https://www.instagram.com/faithfleurhq/👉 Youtube : https://www.youtube.com/c/FAITHFLEURHQ/👉 Whatsapp : https://wa.me/60125144231
https://www.leaazleeya.com/2014/06/hukum-minta-kawan-tolong-punch-card.html
Hukum Minta Kawan Tolong 'Punch Card'
Assalamualaikum wbt.. Sekian lama tak menaip kat sini.. Rindu sangat rasanye nak mencoretkan sesuatu... Tapi tak berapa nak coret gak ni.. Sekadar nak berkongsi video ceramah Ustaz Azhar Idrus ni.. Jom la dengar sama-sama..  Hukum Minta Kawan Tolong 'Punch Card'  Ustaz Azhar Idrus Hukum Minta Kawan Tolong 'Punch Card'  Ustaz Azhar Idrus
https://www.leaazleeya.com/2017/06/review-novel-kisah-seram-malam-jumaat.html
Review Novel | Kisah Seram Malam Jumaat Vol 1
Review Novel | Kisah Seram Malam Jumaat Vol 1  |  Assalamualaikum wbt.. Hi uollss... Salam 11 Ramadhan.. Puasa tak hari ni?? Hehe.. Alhamdulillah aku dah habis baca sebuah lagi buku iaitu Kisah Seram Malam Jumaat Vol. 1... Kenapa ada Vol.1 tu? Sebenarnya novel ni ada 2 buah.. Volume 1 dan Volume 2... Sekarang aku tengah hadap Kisah Seram Malam Jumaat Volume 2 pulak..  Kisah Seram Malam Jumaat Vol 1 Novel ni aku baca pada 24 Mei 2017 dan baru jerk habis baca pada 5 Jun 2017 yang lalu.. Dah kenapa ambil masa yang agak panjang tu? Walaupun novel ni nipis sahaja tapi aku terpaksa ambil masa yang panjang kerana aku baca 2 novel dalam 1 masa.. Novel ni aku bawa kemana-mana termasuk di tempat kerja... Time waktu rehat, kalau tak ada apa-apa yang perlu aku selesaikan barulah aku boleh hadap novel ni.. Tu sebab sedikit lambat aku habiskannya.. hehe.. Dalam novel Kisah Seram Malam Jumaat ni ada 4 cerita dari 4 orang penulis hebat... Ceritanya bukan bersambung-sambung tetapi kisah yang berlainan.. Dengan cara berkolaborasi ni, pembaca tak akan bosan membaca kisah yang sama sepanjang membaca novel ni.. Kita dapat baca 4 kisah terus dalam satu buku.. Memang terbaik.. Dalam 4 cerita dalam novel ni, ada 2 kisah yang aku suka dan membangkitkan keseraman aku semasa menghadamnya..  Cerita pertama yang boleh membuatkan aku rasa seram adalah kisah Syaitan oleh A. Darwisy.. Cara penulisan dan garapannya memang menarik dan tak membosankan.. Ada unsur-unsur seram dan mistik.. Jalan cerita pun menarik dan tak de cacat celanya.. Tahniah pada penulis kerana menulis cerita ini.. Ianya juga memberi pengajaran kepada sang pembaca... Bukan hanya cerita yang sia-sia.. Ada sesuatu disebalik kisah yang dinukilkan... Orite, kisah kedua adalah Mancis dari Sufi Abqari... Mula-mula tengok tajuk ni, tak sangka ceritanya sebuah kisah yang hantu.. Aku ingatkan lebih kepada mistik.. Rupanya kisah hantu mancis.. Sampai aje cerita mancis ni aku dah buat andaian, mesti tak best cerita ni.. Bila dah baca, wah memang terbaik!! Tak sangka ada cerita yang macam ni.. Walaupun jalan ceritanya nampak macam simple, tapi ianya berjaya buat aku seram semasa membaca.. Tahniah juga kepada penulis kerana berjaya menghasilkan karya yang simple ini tetapi menarik jalan ceritanya... Paling penting boleh dapat feel seramnya tu.. Hiks..!! Review Aku ***** Kisah Seram Malam Jumaat Vol 1 by A. Darwisy My rating: 4 of 5 stars Novel yang mengandungi 4 cerita seram yang berbeza karya 4 penulis yang hebat.. SYAITAN by A. DARWISY ➡️Sebuah cerita yang menarik dan berjaya membuatkan aku rasa seram semasa membacanya.. Kisah seorang wanita yang baru ingin berubah daripada kehidupan yang jahilliah kepada yang lebih baik.. Tetapi syaitan terlebih dahulu menguasai dirinye sehingga dia hampir tersesat jalan dengan mengamalkan ajaran sesat.. Ada sebab dia terjerumus dalam kancah ajaran sesat.. Disebabkan perasaan hasad dengki dan cemburu, kawan baiknya sendiri telah mendajalkannya secara halus sehingga dia tersesat dan terpengaruh dengan syaitan.. RAYA by NAIM TAMDJIS ➡️Cerita ni sekali baca cam seram tetapi rupanye kelakar... Boleh dikatakan cerita horror comedy la.. Di malam raya terserempak dengan jin (bunian) dan hantu... Sampaikan diekori hingga kerumah.. Siap tumpang naik motor lagi... Last sekali, rupanye bermimpi.. Hadoiii.. Tekanan mak membacanye nakk!! hahaha. MANCIS by SUFI ABQARI ➡️Cerita mancis ni memang mengujakan aku semasa membaca.. Garapan dari penulis memang real dan sangat menyeramkan... Kisah seorang kanak-kanak mati akibat kesejukan dalam hujan yang dipaksa oleh mak tirinya untuk menjaja/menjual mancis sehingga habis... Selagi tak habis selagi itulah dia tak boleh pulang kerumah.. Sehinggalah dia mati dalam kesejukan.. Sejak itu, roh kanak-kanak itu mengganggu org kampung.. Dia digelar Hantu mancis.. POTRET LAMA by FAZRIN FAUZI ➡️Utk cerita yang terakhir ni, jalan ceritanya ok la jugak.. Kisah sebuah potret lama yang dicuri oleh tiga org pelajar yang ingin menyiapkan task mereka disebuah banglo lama.. Lepas potret lama dicuri, pelbagai kejadian yang mengerikan berlaku kepada mereka... Orite, dalam keempat-empat cerita ni aku lebih suka kisah Syaitan dan Mancis.. Kisahnye lebih menyeramkan... View all my reviews /> Baca juga : Review Novel | Barongan Review Novel | Asrama Review Novel | Pemangsa Review Novel | Revenge
https://www.leaazleeya.com/2019/02/dr-wu-clinical-skincare-aekni-17-anti.html
DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System Untuk Merawat Masalah Jerawat Dengan Berkesan
DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System Untuk Merawat Masalah Jerawat Dengan Berkesan  |  Masa zaman remaja aku dulu, muka aku ni tak pernah lekang dengan masalah jerawat.. Muka memang tahap breakout teruk sangat.. Macam-macam cara jugak aku cuba untuk rawat jerawat aku masa tu.. Almaklumlah time tu aku kurang pendedahan dengan produk yang bagus untuk rawat jerawat ni.. Yang aku terfikir time tu hanya perlu buat rawatan facial sahaja.. Itupun tak membantu.. But now, dah tak perlu risau lagi dah sebabnya di pasaran sekarang banyak produk yang berkualiti dan mampu merawat masalah jerawat dengan berkesan termasuklah produk klinikal ni iaitu DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System.. Kalau korang nak tahu, DR. WU Clinical Skincare ni sangatlah femes di Taiwan.. DR. WU merupakan jenama penjagaan kulit terkemuka di Taiwan yang dilancarkan pada tahun 2003 oleh dermatologi terkenal, Dr. Ying Chin Wu bersama anak sulungnya, Eric Wu. Dengan pengalaman klinikal yang luas dan kajian menyeluruh mengenai struktur kulit dan rumusan berdasarkan preskripsi doktor, DR.WU telah mencipta satu produk penjagaan kulit berteknologi tinggi untuk kulit sensitif. Dengan produk ini, kita akan dapat menikmati penjagaan kulit sama seperti mempunyai doktor melakukan rawatan perubatan di rumah, mengekalkan kulit yang sempurna melalui cara yang paling mudah namun berkesan.  Skincare ni ofkos sangat bagus kerana semua barisan produk DR. WU adalah mesra kulit, no alcohol, no additives, paraben free dan memberikan hasil yang terbukti secara klinikal untuk kulit yang sihat dan cantik.. Jadi, kalau nak guna skincare ni, korang dah tak perlu risau akan kesan sampingannya.. Sebenarnya, DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System ni bukan sahaja boleh digunakan oleh mereka yang bermasalah jerawat tetapi sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit yang rapuh dan terlalu lembut disebabkan baru membuat pembedahan plastik..  Orite, untuk set Aekni : 17 Anti-Ance System ini terdiri daripada :- Gentle Cleansing Gel With Niacinamide - ance (150ml / RM125.00) Deep Clarifying Cleanser With Activated Charcoal - oily Pore Clarifying Toner With BHA (150ml / RM149.00) Oil Control Lotion With Ceramides (50ml / RM149.00) Intensive Blemish Spot Treatment With BHA (15ml / RM199.00) Kawalan Minyak 3+1 Melindungi Kulit Daripada Jerawat DR. WU New Anti-Ance system ini sebenarnya memperkenalkan langkah mudah 3+1 untuk memulihkan kembali kulit menjadi sihat, seimbang dan bersih.. Langkah mudah tersebut adalah :- Step 1 : Mild Cleansing Ini merupakan langkah asas untuk penjagaan kulit. Gentle Cleansing Gel With Niacinamide mengandungi formula bebas berasaskan asid amino, yang secara amnya dapat menghilangkan minyak yang berlebihan, tambahan pula dengan penambahan Gel Chamomilla dan Gel Aloe Barbadensis membantu menstabilkan keadaan kulit dan memberikan sensasi penyegaran tanpa rasa kekeringan. Step 2 : Tone and Treatment Ini adalah langkah yang membantu memulihkan keadaan kulit dan menyerap produk skincare. Pore Clarifying Toner With BHA menggabungkan mandelic acid dan salicylic acid untuk menghapuskan jerawat secara berkesan, manakala dos vitamin B3(Niacinamide) dan B5 (Panthenol) juga telah ditambah untuk mengurangkan keradangan dan pembaikan kulit. Untuk menggunakan toner ini, korang boleh guna tangan sahaja atau menggunakan kapas muka untuk tindakan lebih berkesan. Step 3 : Oil Control and Moisturization Langkah ini untuk mengembalikan keseimbangan oil-water merupakan langkah yang terpenting untuk merawat masalah sebum. Oil Control Lotion With Ceramides mengandungi Puramex Zn dan Sebaryl untuk membantu mencegah pengeluaran minyak yang berlebihan di T-zone. Selain itu, larutan ini mengandungi ceramida yang menjadikan kulit lembap pada keseimbangan oil-water untuk pembaikan keseluruhan. Step 4 : Special Care - Spot Treatment Lastly, untuk "spot treatment" jerawat yang meradang.. hehe.. Intensive Blemish Spot Treatment With BHA merupakan anti-ance dan anti-bakteria yang mengandungi vitamin B3(Niacinamide), sulfur dan tranexamic acid yang pekat untuk melegakan ketidakselesaan, menghilangkan jerawat dan mencegah parut.  Dengan menggunakan set skincare DR. WU ni, korang dah boleh ucapkan selamat tinggal kepada muka berminyak dan jerawat. Ok, untuk kali ni aku memilih untuk mencuba 3 produk DR. WU iaitu Gentle Cleansing Gel With Niacinamide, Pore Clarifying Toner With BHA dan juga Intensive Blemish Spot Treatment With BHA.. Ambil yang betul-betul perlu sahaja dahulu.. hehe.. Setiap satu produk ni mempunyai kelebihannya. Nak tau apa kelebihannya? Jom aku cerita.. Kelebihan Dr. Wu Aekni:17 Anti-Ance System 1. Gentle Cleansing Gel With Niacinamide Pembersihan dan kesan antibakteria yang hebat dengan pencuci ringan dan non-detergent cleanser. Asid yang berasaskan Asid Amino yang sangat ringan tetapi boleh menghilangkan cuticle yang berlebihan, menghalang penyumbatan lian-liang sebum tanpa menghilangkan kelembapan penting dan sesuai untuk kulit sensitif. Vitamin B3, Chamomile dan ekstrak aloe yang melegakan kulit dan mengurangkan tanda yang ditinggalkan oleh kecacatan. Aekni:17, menyediakan rawatan lengkap untuk kulit berjerawat Cara Guna : Picit di atas tangan dan urut di atas muka. Kemudian bilas dengan air suam. 2. Pore Clarifying Toner With BHA Mengawal rembesan sebum dan membersihkan liang yang tersumbat untuk melegakan dan menenangkan kulit. Alcohol free dan oil cut toning treatment dengan ringan tetapi tekstur pelembap Cepat mengawal rembesan sebum dan mengurangkan minyak yang berlebihan untuk mencegah liang tersumbat. Mandelic Acid, Niacinamide dan Panthenol, menjadikan kulit sihat dan menghasilkan kulit yang lebih jelas dan licin. Aekni:17, menyediakan rawatan lengkap untuk kulit berjerawat Cara guna : Sapukan ke muka dan leher dengan lembut dan pergerakan bulat yang lancar. Gunakan setiap hari pada waktu siang dan malam. 3. Intensive Blemish Spot Treatment With BHA Penyelesaian yang terbukti secara klinikal berkesan membersihkan cela dan mengurangkan parut. Mengandungi potensi Niacinamide (B3) dan Tranexamic acid yang tinggi untuk mengeluarkan tona kulit dan mengurangkan parut  yang tinggal. Tekstur serum yang unik dan ringan untuk kulit sensitif. Boleh digunakan setiap hari dan bila-bila masa. Apabila digunakan setiap hari, hasilnya dapat dilihat dalam masa 3 hari. Aekni:17, menyediakan rawatan lengkap untuk kulit berjerawat Cara guna : Guna sejumlah kecil ke kawasan yang dirawat dengan lapisan nipis. Gunakan satu hingga tiga kali sehari. Dapatkan DR. WU Skincare Untuk Rawat Masalah Jerawat Dengan Berkesan Apa lagi yang korang tunggu tu.. Jom pakat dapatkan produk skincare DR. WU ni sekarang.. Kat mana nak dapat produk DR. WU ini? Haaa biasanya aku akan dapatkan produk DR. WU ni di outlet Watsone yang berhampiran dengan aku.. Kalau korang rasa nak cuba produk ni, korang boleh usha dekat Watsons ye.. Lebih mudah nak tengok depan mata kan..  Untuk maklumat lanjut, boleh layari :- Instagram https://www.instagram.com/drwu_my/ #drwumalaysia
https://www.leaazleeya.com/2022/10/infinix-malaysia-announced-official.html
Infinix Malaysia announced the official launch of the Infinix Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB On 7th October 2022
Infinix Malaysia announced the official launch of the Infinix Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB On 7th October 2022  |  Infinix Malaysia today announced the official launch of the Infinix Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB, their latest powerful smartphone in the Note series which will be available for users across Malaysia from 7th October 2022 onwards. In addition to its fashionable design, the Infinix Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB will provide cutting-edge features to its young and trendy users at only RM799. Fans will be excited to find out that Malaysia is the first country in the Southeast Asia region to be introducing such a device. It features the powerful MediaTek Helio G99 6nm High Performance Monster Engine for an extraordinary and seamless interface experience, an extended RAM up to 13GB (8GB+5GB) for ultimate app processing performance, a massive 5000mAh battery with 33W Fast Charge for long-lasting usage, a 6.7” FHD+ True Colour AMOLED Display for a vivid and immersive viewing experience, a 50MP Ultra Night Triple Camera for an enhanced mobile photography adventure, and a Monster Gaming Kit for gamers looking to level up in their leagues. "The Infinix Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB is a beautiful blend of innovative technology with a sleek design, perfect for today’s youths going through their fast-paced and trendy lifestyles. Here in Malaysia, we strive to inspire and nurture our promising youths in achieving their dreams through the palm of their hands. Integrating all these advanced features into the Infinix Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB with an affordable price, Malaysian users will be able to invest and gain access to the digital life, “ said Richard Tang, Country Manager of Infinix Malaysia.PEAK PERFORMANCE LIFESTYLE Infinix strategically combines much-needed technologies to make the Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB the perfect blend of peak level performance. From a strong gaming processor to important multitasking support, this smartphone provides users with the crucial specifications that are needed for an increasingly demanding lifestyle.  Powerful MediaTek Helio G99 6nm High Performance Monster Engine for Extraordinary and Seamless Interface Experience The device is equipped with the all-new MediaTek Helio G99 6nm High Performance Monster Engine, packing powerful features and ensuring users a seamless and smoother interface experience, regardless of gaming, web browsing, or streaming videos. This ultra power processor also maximises the viewing and gaming experiences by incorporating two high-performance Arm Cortex-A76 processors clocking up to 2.2GHz and a highly capable Arm Mali G57-class GPU. With the MediaTek chipset, it can achieve up to 385,052 score on the Antutu V9.3.5 test, which is higher than other smartphones within the same price range.  Extended RAM up to 13GB (8GB+5GB) for Ultimate Processing Performance With the extended 13GB memory by integrating 8GB RAM and 5GB ROM, the Infinix Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB allows users to store more photos, videos, and applications. It also gives an unrestricted background running apps from 11 to 20 apps. In addition, it speeds up the application’s start time from 802ms to 307ms and reduces lag up to 61%. Thus, users can experience high-efficiency while using this smartphone for their work or entertainment.  Long Lasting Power of the Massive 5000mAH Battery with 33W Fast Charge It comes with a massive 5000mAH Battery and a 33W Fast Charge capability. Fans will be able to enjoy a long lasting use as this model saves battery up to 7% in comparison with the G96 model based on laboratory gaming tests. Even though the Infinix Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB has a large battery, it still retains the ultra sleek design up to 7.8mm and 192.5 grams light in the form to ensure users have the most comfortable and pleasant user experience. Infinix’s Signature Monster Gaming Kit For The Ultimate Gaming Escapade Similarly with its Note series smartphones, Infinix incorporates its signature Monster Gaming Kit to the Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB smartphone, which comprises of the XArena (Dar-Link Game Booster Technology), Graphic Enhancement, Revive Countdown, Linear Motor Tactile System with 4D Vibration, 10-Layer Graphite Cooling System, and Dual Speakers with Hi-Res and DTS. This Monster Gaming Kit aims at avid gamers who are looking to score their first league, and with this advanced technology, users will be able to game at ease without worrying about lag time and overheating.  One thing that has been improved in the Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB is the addition of the physical gyroscopic function, which will definitely give users a more realistic gaming experience.SLIM AND STYLISH DESIGN Infinix understands that young users nowadays not only focus on the performance of their smartphones, but also the trends on the smartphone’s design. By pairing an immersive performance with a trendy and chic design, the Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB creates a perfect blend of style that is ideal for any scenario. 6.7” FHD+ True Colour AMOLED Display For a Vivid and Immersive Viewing Experience Infinix integrates the Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB with a 6.7” FHD True Color AMOLED screen that is perfectly suited for users offering a smoother response at the tip of their fingers. The display offers an even more realistic colour and contrast, thanks to its 100% DCI-P3 colour gamut, 100,000:1 contrast ratio.  Blending with its 7.8mm Ultra Sleek Design, users will be able to have a comfortable grasp of the smartphone in their hands while they are on the go.50MP Ultra Night Triple Camera For Ultimate Photography Users can take fantastic photos with the Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB’s 50MP Ultra Night Camera with a depth lens and AI lens that brings mobile photography to a whole new level. To enhance image capturing even further, the smartphone offers Professional Night Scene Photography Mode to ensure better pictures are taken in low light conditions.  The Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB has a 16MP selfie camera with a dual-LED flash for taking the perfect selfie, even after dark.Three Colour Choices To Suit Youth’s Trend and Vibes The Infinix Note 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB comes in three vibrant colours: Volcanic Grey, Tuscany Blue and Alpine White. The Volcanic Grey speaks volumes as it is a colour fit for matching outfits for any time of the day. Tuscany Blue is a soft and pastel like colour that gives off a calming effect whereas Alpine White shows off a chic and elegance vibe suited for those who strive for a minimalist lifestyle. These colours are not only vibrant, but they compliment today's youth in following the trendsetter culture. Here are the information on the price and availability of the INFINIX NOTE 12 2023 ANTI LAG-LAG CLUB :-Nationwide First Sale Date7th October 2022Online Sales PlatformInfinix AIOT Official Store on ShopeeColours AvailableVolcanic Grey, Tuscany Blue, Alpine WhiteRRPRM799First Day Sales PromoRM699 (Only on 7th October 2022, Shopee)Fans who are interested to find out more about this device can also stay tuned to Infinix Malaysia's Official Facebook, Instagram, YouTube, Twitter and website. Do follow Infinix Malaysia's Official social media platforms to stay up to date on upcoming promotions and offerings.  #GameOnzwithInfinix #InfinixMalaysia #Infinix
https://www.leaazleeya.com/2019/08/eversoft-micellar-cleansing-water.html
Eversoft Micellar Cleansing Water Dengan 100% Ekstrak Tumbuhan Organik Menanggalkan solekan Dengan Mudah
Eversoft Micellar Cleansing Water Dengan 100% Ekstrak Tumbuhan Organik Menanggalkan solekan Dengan Mudah  |  Kosmetik merupakan salah satu elemen daya tarikhan seorang wanita. Solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. Sudah menjadi trend bagi kebanyakan pengguna terutamanya wanita dan gadis untuk menggunakan kosmetik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan perlindungan kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering. Sebagai jenama yang dipercayai lebih 20 tahun, Eversoft memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% ekstrak tumbuhan organik dan menggunakan teknologi jepun. Eversoft kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah. Diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, Eversoft Micellar Cleansing Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembap dengan ekstrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas. Bahan-bahan semulajadi yang lembut dan ternyata semulajadi ini dapat menyegarkan kulit wajah, kekal hidrasi dan tidak memedihkan mata. Memandangkan hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit tidak kira jenis kulit anda, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam Eversoft Micellar Cleansing Water baharu ini bebas daripada paraben, SLES/SLS, propylene, glycol, phyhalates, wangian, alcohol, minyak mineral dan pewarna menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. Terdapat dalam 3 variasi, rangkaian Eversoft Micellar Cleansing Water mempunyai variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit. Eversoft Avocado Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Normal Jika anda dikurniakan kulit wajah normal yang tidak terlalu berminyak, anda boleh memilih apa sahaja variasi micellar water yang anda gemari. Namun Eversoft Avocado Micellar Cleansing Water inid apat menyuburkan serta meremajakan wajah anda kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal terhidrat. Ekstrak Avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E bermanfaat untuk melawan radikal bebas, pencemaran serta mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah. Eversoft Tomato Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Kering Jika anda mengalami kulit kering, anda mestilah mengelakkan pembersih yang akan mengeringkan kulit anda. Namun dengan Eversoft Tomato Micellar Cleansing Water anda tidak perlu lagi bimbang kerana ia bebas dari astringen dan alkohol. Ekstrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. 100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah dengan pelindungan sinaran matahari semulajadi. Diperkaya dengan manfaat pati minyak zaitun iaitu anti-oksidan yang kuat dapat mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit yang membantu memperbaiki keadaan kulit sambil memberikan lembapan pada kulit. Eversoft Grapefruit Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat Jika anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, anda boleh berasa yakin dengan manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung di dalam  Eversoft Grapefruit Micellar Cleansing Water. Ia dirumus khas untuk mengurangkan minyak yang berlebihan serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ia juga menggalakkan penghasilan kulit sihat dengan mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat. Eversoft Micellar Cleansing Water dengan 100% ekstrak tumbuhan organik sangat sesuai digunakan tidak kira di rumah atau jika anda merancang untuk menggunakannya semasa bercuti. Malah anda juga boleh membawanya ke gimnasium untuk membersih dengan segera selepas bersenam. Setiap cucian memberikan anda manfaat nutrient untuk kulit yang bersih dan sihat. Rangkaian Eversoft Micellar Cleansing Water baharu ini amat berpatutan serta dapat memberikan hasil yang menakjubkan! Ia boleh didapati pada harga RM25.90 (SM) dan RM27.20 (SS) dalam botol bersaiz 300ml di semua pasaraya besar, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.
https://www.leaazleeya.com/2017/06/review-novel-sekolah-bernama-kehidupan.html
Review Novel | Sekolah Bernama Kehidupan By Asmar Shah
Review Novel | Sekolah Bernama Kehidupan By Asmar Shah  |  Nak tahu tak cam mana aku boleh terbeli novel ni? Sekolah Bernama Kehidupan karya Asmar Shah... Aku beli novel ni dari penulis Muhammad Fatrim sebenarnya.. Novel preloved dengan harga RM10 sahaja.. Beliau buat iklan kat fb beliau.. Banyak jugak novel preloved yang dijual.. Tapi aku beli sebuah aje.. Sebab judul novel ini menarik minat aku untuk membelinya.. Aku rasa ada sesuatu disebalik tajuk tersebut...  Sekolah Bernama Kehidupan By Asmar Shah Korang rasa, dengan tajuk camni apa yang korang boleh bayangkan?? Mesti yang dapat mengagak dengan tepatkan.. Tapi bila baca novel ni, ianya akan memberikan korang satu perasaan yang sangat sayu, pilu dan korang akan membayangkannya dan mula berfikir-fikir nasib orang disekeliling korang.. Mungkin kita rasa kita dah teruk sangat kehidupan.. Susah sangat kehidupan.. Rupanya masih ramai yang lebih teruk dan susah dari kita.. Tapi bagaimana dorang boleh teruskan hidup? Dalam kelompok yang bernasib malang.. Serba daif.. Bayangkanlah.. Huhuhu.. SINOPSIS SEKOLAH BERNAMA KEHIDUPAN ************* Seperti biasa aku sediakan sinopsis buku ni dalam bentuk gambar.. Hehe.. Korang baca la ye.. Jari jemari aku yang terlebih runcing ni, sangat malas nak menaip.. Haha!! Novel ni aku baca pada 21 Mei 2017 dan selesai pada 23 Mei 2017... Orite, jom tengok review tulus aku pulak tentang novel ni... REVIEW AKU **** Sekolah Bernama Kehidupan by Asmar Shah My rating: 4 of 5 stars Sekolah Bernama Kehidupan.. Permulaan bacaan aku rasa tak berapa menarik dengan ceritanya kerana berkisarkan kisah budak-budak kampung yang tiada arah tuju.. Tapi aku gagahkan jugak membacanya sebab dah belikan, rugi kalau tak habiskan... Semakin lama aku baca semakin menyentuh jiwa.. Aku dapat selami sebuah kehidupan yang mengajar anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa tentang erti sebuah kehidupan walaupun tidak bersekolah sehinggakan ada part-part dalam buku ni membuatkan aku menitiskan air mata.. Novel ni mengisahkan kehidupan 3 orang kanak-kanak yang tinggal di kawasan setinggan di kawasan sandakan, sabah yang cuba belajar bedikari... Seorang punya dokumen diri.. manakala 2 orang lagi tiada dokumen diri.. Ibarat seperi pelarian.. Bila ada serbuan daripada pihak berkuasa, maka bertempiaranlah mereka lari selamatkan diri.. Kisah mereka bekerja mencari rezeki.. Kisah mereka yang terlalu ingin pergi kesekolah tapi dokumen diri tiada membuatkan mereka terpaksa redha dengan keadaan itu.. Di tangkap pihak berkuasa dan dihantar ke negara masing-masing.. Sedangkan keluarga kandung berada di sandakan kerana mereka ada dokumen diri.. Bayangkan seorang kanak-kanak terpaksa berjauhan dengan keluarga kandung seorang diri dan dihantar di negara yang dia sendiri tak pernah sampai di sana.. Huhuhu.. Tahniah buat penulis - Asmar Shah kerana menulis karya yang sangat menyentuh perasaan dan membuatkan aku terpikir tentang kehidupan orang yang susah.. Terbaik.. Cuma yang part last sekali, rasa tak puas hati sebab Liu tak berjumpa juga dengan keluarga kandungnya setelah 15 tahun berlalu.. Huwaaaa.. kecewaaaa... Tapi novel ni memang best.. View all my reviews Baca juga : Beli Novel Sekolah Bernama Kehidupan Dengan Harga RM 10.00
https://www.leaazleeya.com/2016/10/hello-oktober.html
Hello, Oktober..!!
Assalamualaikum wbt.. Hello, Oktober..!!  |  Gut bai September... Hello Oktober... Kedatangan oktober tahun ni lebih bermakna dalam hidup aku... Macam-macam yang berlaku dalam masa yang begitu singkat.. Bermula dari bulan September dan berakhir dengan penuh bahagia di first oktober hari ini.. Alhamdulillah.. Thank You ALLAH.. Dalam bulan oktober ni jugak ada beberapa peristiwa yang berlaku dan menjadi kenangan sehingga kini.. Bak tajuk lagu Awie "Tragedi Oktober".. haha..  Bagi aku inilah permulaan hidup bagi aku... Semoga kebahagian yang aku kecapi hari ni akan berkekalan sehingga akhir hayat aku.. Insyaallah.. n.k : Haisss sies pulak kali ni yek.. Haha..~!!
https://www.leaazleeya.com/2013/11/tafsir-al-quran-dari-seorang-sahabat.html
Tafsir Al-Quran Dari Seorang Sahabat
Assalamualaikum Alhamdulillah.. Semalam aku dah khatam Al-Quran... untuk kali ke-2 kowt.. hikhik.. First dulu, time aku sekolah.. Tak ingat la masa darjah @ tingkatan berapa.. hakhak.. Pastu lama gak aku tinggal dari membaca Al-Quran ni.. Baca pown bila rasa nak baca.. Teruk kan kan.. hikhik.. Tahun lepas aku rasa rindu sangat nak baca Al-Quran secara serius dan berterusan... Ada jugak la mis sebab kadang-kadang tu ada hal yang tak dapat dielakkan... Seronok baca Al-Quran ni tau.. Rasa tenang aje hati... Hari-hari rasa rindu nak baca... Alhamdulillah semalam dah habis a.k.a khatam.. hehe.. Mesti hangpa pelik kan.. tajuk len.. tapi cerita kat atas tu lain.. hahaha.. ni baru nak cite ni... Isnin (25.11.2013) baru ni aku cuti.. lama dah rasanye tak amek cuti.. Bercuti lah aku selama 2 hari.. wah seronok bukan kepalang... hahaha.. Awal-awal dah buat plan ngan member aku sorang ni.. Liza nama nye.. kitorang dah plan pegi shopping.. hahaha.. Tapi sebenarnya aku teman dia la shopping.. aku beli sikit aje.. Habis semua shopping complex kitorang jelajah... Gile dasyat.. Naik lenguh kaki-kaki berjalan... Paling utama bagi kitorang ke kedai buku... Biasa la aku ngan dia jenis suka membaca... terutama novel la.. Niat aku ke kedai buku kali ni sebenarnya nk beli tafsir Al-Quran... so, kitorang pilih Kedai Buku 1Malaysia kali ni... Masuk aje kedai tu dah nampak dah novel tersusun rapi dekat depan pintu masuk kedai... wah.. teruja beb... Member aku tu terus aje mengadap buku-buku novel tu.. pilih mane berkenan... Aku terus ke bahagian Al-Quran dan tafsir.. Banyak jugak pilihan... oh lupa.. harga kat Kedai Buku 1Malaysia memang murah... nanti pasti aku akan pergi lagi.. Sementara aku dok tengok-tengok tafsir tadi.. aku nampak Al-Quran pelangi... Terus berkenan.. Sebab lama dah carik... Aku amek satu.. Tengah aku pilih-pilih tafsir, member aku datang dekat aku.. dia pown nak beli tafsir... dia suruh aku pilih satu sebab dia nak belanja.. wah.. terkujat aku... Alhamdulillah.. rezeki aku kowt hari tu.. Moga dia pown mendapat pahala daripada bacaan aku nanti... InsyaALLAH.. hikhik... Tafsir Al-Quran Bahagian dalam Tafsir Al-Quran Pelangi Bestkan bila dapat hadiah.. hehe.. Bukan tafsir aje aku dapat.. dia belikan aku Diary Muslimah 2014 tanpa pengetahuan aku.. Time aku sampai rumah baru aku tahu dia belikan aku diary tu.. wah... terharu nye.. nangis kejap aku.... hahaha... Terima kasih tak terhingga aku pada dia.. Aku doakan dia dilimpahkan rezeki yang halal dan dibuka pintu rezeki seluas-luasnya untuk dia serta diberkati hidupnya.. InsyaALLAH..Amin... Thankz ma fren... Norelizayati... Diary Muslimah 2014 Bubey...
https://www.leaazleeya.com/2014/02/alhamdulillah.html
Alhamdulillah
Assalamualaikum.. New Chapter.. Alhamdulillah... Ihsan google Terus Istiqamah... :) Ihsan Google Mencari jalan 'pulang'.. Terus berusaha kearah kebaikan.. Mencari keredhaanNYA....
https://www.leaazleeya.com/2014/03/bila-tuhan-menguji.html
Bila Tuhan Menguji..
Assalamualaikum.. Petang-petang macam ni pekene ABC kan best... Tapi sebenarnya Lea baru je balik dari pekene ABC.. hehehe... Lama betul tak jenguk  blog.. Almaklumla terbz lak sejak dua menjak ni.. Dok setel semua kerja.. Dah setel semua baru la leh jenguk blog... Lagi pown sejak kebelakangan ni banyak pulak dugaan yang harus ditempuhi.. Tu yang jadi tak berapa nak ada mood untuk menjenguk blog.. Buat kerja boleh jugak hilangkan tekanan yang ada... Hurmm korang pown mesti pernah lalui ujian yang di anugerahkan olehNYA kan... Tu tandanya DIA sayangkan kita dan mahu kita belajar sesuatu dari ujian tersebut kan... Sekarang ni dan diketika ini, banyak sungguh ujian yang diberikanNYA buat aku... Paling berat DIA menguji aku dengan satu penyakit yang aku sendiri belum ketahui apakah penyakitnya.. Haaa betul tak ayat tu.... Cam boloxsss aje... hehehe.. Janji faham kan,... Lebih kurang sebulan dah aku hadapi ujian ni.. Sampai sekarang masih belum dikenal pasti apakah penyakitnya... So, pasni kene mengadap pakar la pulak.. Moga-moga diberi ketabahan dan ketenangan sepanjang menghadapinya.. Ok la.. Lupakan lah kejap hal tu.. Nanti leh Migrin kalau fikir sangat... Kite cite sal p jenjalan.. Baru best... Seronok sikit hidup ni.. Hehehe.. Hari ni jumaat kan.. Kakitangan kerajaan diberi rehat yang agak panjang.. So, ape lagik.. terus pergi tenangkan fikiran dekat shopping compleks.. Hahaha.. Boleh ek camtu.. Tak de la tenangkan fikiran cuma menghilangkan bosan.. Bergerak secara solo kali ni.. Member buku aku tu tak boleh ikut memandangkan dia kene menjaga anaknya sepenuh masa.. hikhik..  Dengar cite Daiso dah bukak kat kuantan ni.. Di ECM.. Ape lagik, terjah la ECM.. Wahh seronok tengok barang-barang yang ada dalam tu.. Naik gile mata... Tapi aku kuatkan iman aku... Beli ape yang patut je.. Duit banyak lagik nak guna untuk bende yang lebih penting termasuk rawatan untuk sakit aku ni.. ekekeke.. Aku beli keperluan rumah aje.. Kire ok la tu kan... Hujung minggu yang lepas (22.03.2014), aku ziarah kakak aku kat pekan.. Siap pergi kenduri kahwin anak Dato' agik.. Tetiba kan... Lain plan lain lak jadik.. hehehe.. Seronoknya dapat berkumpul ramai-ramai.. Lama dah tak rasai semua tu.. Moga aku masih diberi kesempatan untuk merasai semua tu... InsyaALLAH..  :) Note : - Jangan pening ye.. kejap bahasakan diri Lea.. Kejap aku.. hehehe... 
https://www.leaazleeya.com/2019/01/beauty-review-dr-glamogenic-skincare.html
Beauty Review | Dr. Glamogenic Skincare Terbaik Dari Australia
Dr. Glamogenic Skincare Terbaik Dari Australia  |  Wohaaa!! Cepat betul masa berlalu kan.. Dah masuk tahun 2019.. Bila dah masuk tahun baru ni, rasa macam nak mencuba sesuatu yang baru pula untuk kulit muka aku ni.. Apakah? Yeahh haruslah skincare baru.. Tahun baru, skincare pun baru.. Haha!! Kegilaan apakah ini? Hiks.. Now, aku sangat teruja untuk mencuba skincare dari Australia ni iaitu Dr. Glamogenic yang dihasilkan oleh doktor panel yang berpengalaman hampir 30 tahun dalam sektor penjagaan kulit dan kecantikan. Satu perkara yang perlu korang tahu, walaupun skincare Dr. Glamogenic ini diformulasikan bagi memenuhi gaya hidup orang-orang Australia tetapi ia juga sebenarnya sesuai untuk kita yang berkulit Asia ini kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dan baik untuk kedua-dua jenis kulit tersebut serta persekitarannya. Dr. Glamogenic Skincare From Australia Dr. Glamogenic Skincare terdiri daripada 8 produk iaitu 6 item untuk muka dan 2 item untuk badan.. Wahh untuk badan pun ada uolls.. Satu jenama saja dah boleh pakai untuk muka dan juga badan.. Memang terbaik kan.. Ok, jom kita berkenalan dengan produk Dr. Glamogenic Skincare ini.. 1.  Hyaluronic Booster Serum Melembapkan dan meningkatkan tekstur kulit untuk kulit sensitif dan kulit yang letih 2. Antioxidant Vitamin C+ Serum Serum yang mempunyai kepekatan tinggi derivatif Vitamin C yang stabil dapat membantu menghidupkan semula kulit yang letih dan mencerahkan tona kulit yang kusam. 3. Perfection Whitening Spot Serum Serum ini boleh mengawal pigmentasi seperti jerawat, jeragat dan juga lingkaran hitam bawah mata. 4. Brassica Peeling Gel Gel pengelupasan yang lembap dan lembut dengan ekstrak brokoli yang kaya dengan vitamin, mineral dan selulosa berorientasikan alam semulajadi. 5. Dynamic Brightening Mask Mask krim pemutih dan bernutrien. 6. Vitalize Soothing Mask Mask selulosa 100% semulajadi yang dapat menyuburkan dan menenangkan kulit kaya dengan intipati Guaiazulene, Ekstrak Aloe Vera dan Acid Hyaluronic. 7. Enliven Brightening Cream Krim pemutihan yang sangat pekat untuk ketiak, siku, lutut dan lain-lain 8. Youth Restoring Modeling Shaping Cream Meningkatkan keanjalan kulit dan mewujudkan siluet tubuh yang halus dan licin. Brassica Peeling Gel Diantara kesemua produk Dr. Glamogenic ni, aku sangat teruja nak cuba Brassica Peeling Gel sebabnya aku dah agak lama tak peeling kulit muka aku ni.. Nampaknya sel-sel kulit mati semakin banyak bertapak dekat muka aku ni.. Sebelum ianya semakin teruk, lebih baik kita singkir dengan segera.. Hehe.. Ada tak dikalangan korang yang kulitnya semakin hari semakin kusam dan tak berseri? Nak tahu tak apa puncanya? Haa ini adalah kerana beberapa faktor dan yang paling utama adalah cara pengelupasan yang tidak sesuai. Sebab itulah kita perlukan satu gel pengelupasan bagi mengatasi masalah tersebut.. Kalau korang nak tahu, gel pengelupasan ini amatlah popular kerana ianya sangat senang digunakan. Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan memicitnya sebesar saiz kacang pada jari, kemudian sapukan pada kulit dan cuci selepas beberapa gumpalan kecil muncul. Bahan yang terdapat du dalam gel tersebut akan bertindak balas dengan sebarang minyak dan kotoran yang melekat pada wajah. Gumpalan tersebut akan keluar dengan sedikit geseran. Selepas tu, kita akan rasai perbezaannya serta merta dan seterusnya menghasilkan kulit yang halus dan lebih bersinar. Kelebihan Brassica Peeling Gel 1. Rasa Lembut Gumpalan itu bertindak seperti bijirin dalam skrub, tetapi ianya lebih lembut dan tidak menggatalkan kulit berbanding yang lain. Ini bermakna ianya lebih lembut kepada kulit. 2. Senang Dengan gel pengelupasan ini kita tidak perlu risau tentang pertumbuhan bakteria atau sentiasa ingat untuk membawanya keluar selepas mandi dan perlu dikeringkan dengan betul semasa dan selepas penggunaan. (Jika menggunakan span konjac untuk pengelupasan) 3. Mencegah Jerawat Bila pori-pori tersumbat dengan kotoran, sebum dan pelbagai kekotoran yang lain, ini akan menyebabkan pertumbuhan jerawat yang menyakitkan. Gel pengelupasan ini memastikan kulit kita mengelupas pada rutin biasa secara ringan dimana minyak, kotoran dan sebagainya, proses pengelupasannya berlaku dengan lancar dan akan meninggalkan kulit yang baru dan lembut. 4. Kulit Yang Lebih Sihat Kesihatan kulit akan terjejas teruk apabila sel-sel kulit mati menutup pori-pori dan menghalang kulit dari bernafas. Jadi gel pengelupasan ini akan melekat pada sel kulit mati dan menyentalnya dengan lembut supaya pori boleh bernafas seterusnya menjadikan kulit lebih segar serta lebih sihat berbanding sebelumnya. Cara Guna Brassica Peeling Gel Selepas mencuci dan mengeringkan air diwajah, ambil Peeling Gel dalam kuantiti secukupnya dan apply keseluruh muka tidak termasuk di sekitar kawasan mata/bibir. Gosokkan dengan lembut pada tekstur kulit dan bilas dengan air suam. Gunakan 2-3 kali seminggu bergantung kepada keadaan kulit. Peringatan kepada korang ye, sekiranya korang menghadapi sebarang masalah atau kesan sampingan selepas menggunakan produk ini, segera hentikan menggunakan produk ini dan sila berunding dengan pakar dermatologi atau doktor perubatan. Pengalaman Menggunakan Brassica Peeling Gel Tekstur Didatangkan dalam bentuk gel yang bertekstur seperti skrub.. Bila di apply pada kulit, aku dapat rasakan tekstur berpasirnya tetapi tidak menyakitkan kulit kerana teksturnya agak ringan.. Bau Baunya tidak busuk atau menyengat hidung.. Baunya juga agak ringan dan selesa untuk dihidu oleh hidung aku.. Hehe.. Jadi, aku boleh gunakan peeling gel ni dengan senang hati tanpa gangguan bau yang tidak menyenangkan.. Alhamdullillah..  Keberkesanan Agak lama tak menggunakan peeling gel dan bila guna Brassica Peeling Gel ni memang feeling dia lain macam.. Lebih mengejutkan, ia mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati dengan jayanya sehinggakan menghasilkan kulit yang sangat lembut dan mulus.. Serius aku suka dan dah jatuh cinta sangat-sangat dengan peeling gel ni.. Dah tak perlu pakai skrub, cukup hanya dengan Dr. Glamogenic Brassica Peeling Gel ni sahaja untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.. Tak percaya silalah cuba!! Oklah, bagi korang yang ingin mencari produk penjagaan kulit yang lengkap untuk wajah dan badan, Dr. Glamogenic adalah pilihan yang tepat.. Aku sangat recommend korang menggunakan Dr. Glamogenic - Skincare from Australia ini kerana ia sesuai untuk semua jenis kulit dimana produk ini juga bersifat alami dengan menggunakan bahan-bahan yang selamat, berkesan dan semulajadi. Lagi pun produk ini dihasilkan oleh doktor panel yang berpengalaman.. Jadi, ia lebih meyakinkan.. Dapatkan Produk Dr. Glamogenic Sekarang Di mana untuk dapatkan Dr. Glamogenik Skincare? Order secara online daripada Official Dealers di :- https://www.facebook.com/glamogenic Kunjungi Authorised Dealer di :- Glamogenic Kiosk  (Vintage Collection International Sdn Bhd) (same level as Village Grocer, opposite Tealive) PC-001, Ground Floor, Sunway Giza Mall, PJ. Waktu Perniagaan : 10am - 10pm Customer service line : 012 - 691 6128 *20 lucky walk-in customers are entitled for special promo price and gift. Hubungi Pengedar Utama di :- Qurlivka Southeast Asia (Malaysia) Sdn Bhd Level 16, The Pavilion Tower, Jalan Raja Chulan, 52200 Kuala Lumpur. Contact : +603-6151 9198 Website : http://glamogenic.com/ Youtube : https://youtu.be/JLB8cgbP-oE
https://www.leaazleeya.com/2017/11/make-up-tahan-lama-dan-lebih-cantik.html
Make Up Tahan Lama Dan Lebih Cantik Dengan Beauty In The Drops 9Herbs
Make Up Tahan Lama Dan Lebih Cantik Dengan Beauty In The Drops 9Herbs  |  Wanita dan make-up berpisah tiada.. Betul tak? Atau ada yang tak suka bermake-up kat sini? Tak dinafikan, ada juga yang tak suka pakai make up tetapi bilangannya lebih kecil dari yang suka bermakep.. Macam aku sendiri, kalau keluar mesti nak bermake-up kecuali kalau datang angin malas, memang make-up ala kadar aje.. Aku bila pakai make-up mesti nak kena pastikan make-up yang aku pakai tahan lama dan tak bercapuk bila berpeluh.. Nak tahu macam mana cara untuk make-up tahan lebih lama? Jom aku ajar korang..  Cara Untuk Make Up Tahan Lebih Lama Ok, kali ni aku dengan baik hatinya nak share dengan korang tips untuk jadikan make-up yang korang pakai tu boleh tahan lama dan lebih cantik dari biasa.. Moga dengan tips yang aku kongsikan ni dapat membantu korang semua.. 1.  Pastikan Wajah Bersih Sempurna Sebelum bermake-up, seharusnya korang cuci dulu wajah korang sebersih-bersihnya.. Please jangan malas ye.. Jangan cuci ala kadar saje hokeh.. Pastikan korang bersihkan wajah korang dengan sempurna.. Kalau tak dicuci dengan sempurna, kotoran dan minyak yang masih berbaki di muka korang tu akan membuatkan make-up korang mudah hilang.. Ok, selepas dah bersih sempurna, seelok-eloknya pakailah pelembap yang mempunyai SPF supaya kulit muka dapat dilindungi dari sinar uv... 2.  Pilih Produk Yang Sesuai Dengan Kulit Pemilihan produk make-up perlulah bersesuaian dengan kulit korang.. Kalau kulit korang jenis berminyak, pilihlah make up yang jenis oil-free.. Jangan pula korang pergi bantai beli make-up yang berminyak pula.. Nanti bertambah-tambahlah berminyaknya muka korang tu.. Ingat tau!! 3.  Menggunakan Bedak Tabur Bedak tabur digunakan selepas make-up bagi menghasilkan make-up yang lebih sempurna... Selain itu juga, bedak tabur ini berfungsi untuk menjadikan make-up tahan lebih lama.. Jadi, jangan lupa shopping bedak tabur ye lepas ni.. Hehe.. 4. Penggunaan Make-up Primer Penggunaan make-up primer sangat penting kerana ianya dapat membuatkan kulit kita jadi lebih lembut dan make-up boleh bertahan lebih lama.. Make-up primer ini perlu dipakai menyeluruh sehingga bahagian leher untuk nampak lebih sekata.. Kalau korang nak tahu, inilah rahsia aku untuk make-up tahan lama dan lebih cantik.. Guna make-up primer lebih mudah, tak cerewet dan jimat masa.. Nak tahu aku guna make-up primer jenama apa? Mari aku kongsikan dengan korang semua.. Make Up Tahan Lama Dan Lebih Cantik Dengan 9Herbs Beauty in the Drops Make Up Tahan Lama Dan Lebih Cantik Dengan Beauty In The Drops 9Herbs Inilah rahsia aku.. Dengan Beauty in the Drops (BitD) dari 9Herbs Health & Beauty ni, make up aku tahan lama dan lebih cantik.. Siap ada effect glowing tau dan paling best make-up tak bercapuk.. Tapi perlu diingat ye, bila apply BitD ni  kat muka janganlah berlebihan tau, kalau terover pakai nanti make up akan  mudah bercapuk... So, pakai berpada-pada ye dalam kuantiti yang sepatutnya barulah make up tahan lama dan tak bercapuk.. Kalau korang nak tahu, MUA pun ramai yang gunakan make up primer Beauty in the Drops ni untuk dapatkan hasil make up tahan lebih lama dan cantik glowing..  Mesti korang tak sabar nak tahu lebih lanjut tentang produk ni kan... Jom aku story mori kat korang tentang keistimewaan Beauty in the Drops ni.. Mesti korang teruja..  Apa itu Beauty in the Drops? Beauty in the Drops (BitD) merupakan UV Face Primer dan Luminous Day Serum.. Ia bertindak sebagai asas sebelum menggunakan make up atau selepas make up dan juga boleh digunakan tanpa make up yang dapat membantu melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas.. Kalau korang nak tahu, dalam Beauty in the Drops ini mengandungi minyak Argan dan minyak Jojoba yang sangat kaya dengan antioksidan dan membantu mengawal minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit.. Selain itu, ia juga mengandungi Vitamin E untuk anti-penuaan.. Baunya pun best tau.. Wangi dan menyegarkan, terhasil dari minyak aromaterapi.. Memang menyenangkan bila apply kat muka..  2 Bahan Utama Dalam Beauty in the Drops Minyak Argan Sepertimana yang kita tahu, minyak Argan ni kaya dengan Vitamin E dan Omega 3, 6 & 9 serta sesuai untuk semua jenis kulit.. Ia juga sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit.. selain itu, dapat melembab, menegang, menghalus dan mencerahkan kulit serta dapat mengatasi jerawat, radang dan sunburn serta menjadikan kulit lembut dan bersinar secara semulajadi.. Minyak Jojoba Minyak Jojoba merupakan lilin cair atau Wax Ester yang memiliki ciri-ciri yang sama dengan struktur kulit manusia dan sangat sesuai untuk kulit sensitif. Minyak Jojoba ini mampu melembut, melembap dan menghaluskan kulit.. Disamping itu juga, ia dapat mengatasi masalah kulit berminyak, mencegah jerawat, anti radang dan sebagai anti penuaan serta dapat menjadikan kulit sihat dan cantik.. Bagi yang tak suka pakai make up pun boleh guna Beauty in the Drops ni tau sebab ianya boleh dipakai tanpa mengenakan sebarang solekan dan boleh melindungi kulit dari sinaran uv bila korang berada di luar.. Nahhh mudahkan.. Kalau malas make up, just pakai Beauty in the Drops ni pun dah cukup.. Muka tetap glowing uollsss... Bukan glowing aje tapi berseri-seri dan lembut.. Oh ye, produk ini juga tahan lama dan kalis air.. Bagi yang kaki make up pula, bila korang guna BitD ni, make up korang mampu bertahan selama 12 jam.. Wow, lama tu wehh!! Bestkan?.. Apakah Kesan Penggunaan Beauty in the Drops? Kalau dilihat bahan-bahan aktifnya, ternyata Beauty in the Drops ini mempunyai banyak manfaatnya kerana bahan aktifnya adalah 100% dari bahan semulajadi yang mengandungi pelbagai khasiat.. Tentu korang nak tahu apakah kesan yang diperolehi dari penggunaan Beauty in the Drops ni kan?.. Jom kite semak satu persatu.. Menjadikan wajah jelita secara semulajadi Merawat bintik dan tompok hitam di wajah Mengurangkan garis halus dan kedutan Menutup liang pori bekas jerawat Mencerahkan wajah Melembapkan wajah Menegangkan kulit wajah Melembutkan kulit wajah Merawat tona kulit tidak sekata Meremajakan dan menganjalkan kulit Merawat kulit kusam Merawat kulit berminyak Menghilangkan jerawat halus Menghalang pertumbuhan jerawat baru Apa Kelebihan Beauty in the Drops? Antara kelebihan yang korang akan perolehi dengan menggunakan Beauty in the Drops ini adalah :- Mudah dipakai dan menjimatkan masa Dapat mencantikkan dan merawat wajah Mengandungi 100% bahan semulajadi Bersih dan merawat kulit dari dalam Kulit lebih cerah dan glowing tanpa make up Tiada bahan kimia merbahaya Selamat, tiada kesan sampingan Sesuai untuk semua jenis kulit Kaya dengan antioksidan Tidak berminyak Cara Penggunaannya Cara nak gunanya sangatlah mudah.. Semudah ABC bak kata orang.. Ikut aje step yang aku bagi kat bawah ni ye... Goncang dulu sebelum digunakan Picit hujung getah penitis, kemudian lepaskannya..  Longgarkan penitis dari bekas kaca Picit perlahan-lahan hujung getah penitis dan terus titiskan ke sekitar muka iaitu di dahi, pipi, hidung dan dagu, kemudian ratakan keseluruh wajah Lepastu, bolehlah mula bermake-up.. Tips Untuk hasil lebih baik, titiskan sekali lagi sebagai sentuhan terakhir.. Bak kata omputeh, make up finishing.. Untuk kesan lipstik yang lebih lama dan fresh, boleh titikkan pada bibir dan ratakan.. Lepas tu boleh apply lipstik kegemaran korang..  Info Satu botol Beauty in the Drops ini mengandungi 30ML bersamaan 750 titik dan ianya dapat bertahan selama 3 hingga 4 bulan mengikut kekerapan penggunaannya.. Tekstur Beauty in the Drops Orite, bercerita pula tentang tekstur Beauty in the Drops ini.. Warnanya ofkoslah warna purple iaitu warna kegemaran aku sendiri.. Hehe.. Kebetulan pulak ye.. Teksturnya tak terlalu pekat dan likat tetapi sedikit cair dan mudah diapply ke wajah.. Di dalamnya ada bling-bling tau.. Inilah yang memberikan effect glowing pada wajah si pemakai.. Wajah nampak lebih sihat, cantik dan berseri gitu.. Aku suka dengan baunya.. Harum dan sangat menenangkan.. TAK MELEKIT ok!! Kulit menjadi lembap dan lembut bila disentuh.. Itu yang bestnya tentang Beauty in the Drops ni..  Jom tonton video dibawah ini untuk lihat dengan lebih jelas teksturnya.. Testimoni Pengguna Beauty in the Drops  Dapatkan Beauty in the Drops Dari 9Herbs Untuk Make Up Tahan Lama Dan Lebih Cantik  Dengan hanya menggunakan Beauty in the Drops ini, korang akan dapat apa yang korang inginkan selama ini.. Make up tahan lebih lama, kulit wajah glowing dan flawless serta wajah cantik berseri sekelip mata tanpa sebarang make up.. Jadi, tunggu apa lagi, jom dapatkan Beauty in the Drops ini sekarang.. Jangan sampai kehabisan stok, nanti korang yang menyesal.. Jom beli sekarang..!! Berita baik untuk semua pembaca Blog Lea Azleeya.. Untuk pembelian Beauty in the Drops di website 9Herbs, korang berpeluang menikmati special offer dengan menggunakan Promo Code seperti dibawah :- IMC-BitD#1 Jangan lupa tuntut Promo Code anda SEKARANG untuk mendapatkan tawaran istimewa!! Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :- Website http://www.9herbs.com/ Facebook https://www.facebook.com/9herbsMY/ Instagram https://www.instagram.com/9herbsmy/ Whatsapp 012-454 0187 - Kak Raaina
https://www.leaazleeya.com/2016/05/resepi-sup-ayam-simple.html
Resepi Sup Ayam Simple
Assalamualaikum wbt.. Hai uolls... 2 hari tak ke-udara... Sabtu Ahad memang aku bercuti untuk berblog.. Almaklumla, kat rumah tak de komputer.. Nak harap HP memang sakit mata kalau nak update blog.. Laptop pown dah rosak.. So, sabtu ahad adalah hari bercuti dari memblog.. huhu..!! Bukan tu yang nak diceritakan disini sebenarnya.. Yang aku nak cerita kat sini, berkenaan tajuk di atas.. hehe.. Ahad baru ni, aku masak sup untuk anak aku, Qhaliff.. Aku dah stop buat nasi bubur untuk dia memandangkan dia dah pown mencecah usia 1 tahun lebih.. Dah sampai masa untuk dia biasakan diri dengan makanan yang lebih kasar... Maksud aku nasi biasa la.. So, ahad baru ni aku cuba buat sup untuk dia... Tapi sup simple aje la aku buat untuk lauk Qhaliff.. Jom tengok resepi simple aku.. SUP AYAM SIMPLE Bahan-bahan :- 3 ketul ayam  (ketul?? haha sebab dah dipotong2kan) 1 Biji Kentang 1/2 Biji Bawang Besar ( Dimayang ) 2 Ulas Bawang Putih ( Diketuk ) Rempah 4 Sekawan ( Cengkih, Lawang, Pelaga, Kayu Manis ) 1 Sudu Rempah Sup  Air Sedikit Minyak Masak untuk menumis Garam secukup rasa Hiasan :- Daun Sup Cara-Cara :- Masukkan sikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau.. Masukkan air ikut suka hati nak banyak mana ye... (aku masuk 1 cawan air aje) Kemudian masukkan rempah sup.. Kacau sampai rempah sebati dengan air.. kalau tak kacau kang berketul-ketul lak rempahnya.. hehe.. Dan menggelegak, masukkan ayam dan kentang.. Dan seterusnya masuklah garam dan serbuk perasa.. Masak sehingga kentang empuk dan ayam disahkan telah masak sepenuhnya.. hehe.. Siap..!!! Untuk jadikan sup menjadi lebih sedap :- 1/2 biji bawang besar (dimayang) sedikit halia (dimayang) Goreng bawang besar dan halia sehingga kekuningan dan terus dimasukkan kedalam sup yang dah siap dimasak tadi...  Hiasan :- Hias dengan daun sup tadi...  Siap sepenuhnya... hehe.. Okeh dah siap SUP AYAM SIMPLE aku.. Boleh juga dibuat untuk berbuka di bulan poseee nanti.. Simple dan mudah.. Gerenti sodappp!! Cuba la... hehe..
https://www.leaazleeya.com/2021/12/tiada-lagi-dagu-berlapis-dan-kulit-kendur-dengan-safi-youth-gold-rahsia-awet-muda.html
Tiada lagi Dagu Berlapis Dan Kulit Kendur Dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum
Tiada lagi Dagu Berlapis Dan Kulit Kendur Dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum  |  Assalamualaikum. Hi Korang.. Jarang-jarang dah aku dapat meluangkan masa di blog kesayangan aku ni.. Bukan apa, sekarang ni kerja aku semakin sibuk.. Macam-macam benda nak kena buat dan fikirkan.. Sampai satu tahap aku berada dalam keadaan stress yang agak teruk.. Sebenarnya keadaan seperti ini tak berapa elok untuk wanita yang semakin meningkat usianya macam aku ni.. Sebabnya stress ni boleh membuatkan kita nampak tua sebelum usia tau dimana munculnya tanda-tanda penuaan seperti kulit kendur, dagu berlapis, garis-garis halus dan banyak lagi la... So, untuk atasi masalah tanda-tanda penuaan ni, aku cuba produk terbaru Safi iaitu Safi Youth Gold.. Best tau produk ni.. Jom aku story!Tiada lagi Dagu Berlapis Dan Kulit Kendur Dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo SerumSebagaimana yang korang tahu, jenama Safi ni tak asing lagi dalam pasaran Malaysia malah telah menjadi jenama produk penjagaan kulit No.1 Halal di Malaysia. Apa yang bagusnya tentang setiap produk Safi ni, ia diuji secara klinikal dan saintifik bagi memastikan imej produk mereka sentiasa dihati penggunanya..Baru-baru ini Safi telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Safi Youth Gold.. Ada dua produk tau iaitu Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser.. Kedua-dua produk ini diformulasikan khas untuk membantu mengurangkan masalah penuaan kulit seperti dagu berlapis dan kulit kendur dimana ianya boleh menurunkan tahap keyakinan wanita moden hari ini..  Apa yang bestnya dengan menggunakan produk ni, masalah dagu berlapis boleh reduce sehingga 50%  tau dalam masa 15  minit sahaja dan kita akan kembali nampak lebih muda, anjal dan berseri-seri.. Ini telah di uji secara klinikal oleh ahli panel mereka..Oh ya, kalau korang nak tahu, Safi Youth Gold ni sebenarnya merupakan produk yang telah di upgrade dari rangkaian Safi Rania Gold.. Nak tahu lebih lanjut, baca sampai habis ye! Hehe..Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum & Lifting 24K Serum CleanserAku dah cuba kedua produk ini selama dua minggu dan aku rasa aku dah jatuh cinta dengan Safi Youth Gold ni.. Serius memang best sangat.. Setiap produk pasti memerikan manfaat kepada kita sekiranya kita menggunakannya secara betul dan konsisten.. Begitulah juga dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser ini.. Korang pasti tertanya-tanya apa yang best sangat dengan kedua-dua produk ni? Yesss memang best sangat guys.. Banyak manfaat dan kelebihannya.. Antaranya :-Ia dapat merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur.Dapat mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit sahajaTampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, duncing dan tirusDiformulasi dengan Teknologi Golden C-Lif, kombinasi Vitamin C & Nano emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasaTidak melekit dan tidak berminyak serta mudah meresap dan selesa pada kulitDiperkaya  dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberikan °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit seperti :-Menegangkan kulitMeningkatkan keanjalan kulitMengurangkan garis halus dan kedutanMeningkatkan kelembapan kulitMelindungi kulit dari pengoksidaanMeningkatkan kehalusan kulitMemperbaiki kulit rosak **Berdasarkan ujian saintifik dan klinikalRahsia Awet Muda dengan Safi Youth GoldSebelum ni memang dah pernah try Safi Rania Gold dan sesuai dengan kulit aku.. Now, bila dah cuba rangkaian terbaru Safi ni, Safi Youth Gold, aku rasa lagi best dan superb.. So, aku harap aku boleh konsisten dengan produk ni sebab aku suka akan hasilnya dan berazam untuk tidak kelihatan tua sebelum usia.. Hehe.. Yang penting konsisten diknon!! Inilah rahsia awet muda aku.. 👱Orite, kalau korang nak dapatkan rangkaian produk Safi Youth Gold (SYG) ini korang boleh dapatkannya di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta boleh juga dapatkannya secara onlin di laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee dan juga Lazada.Info lanjut, boleh terjah dekat link bawah ni ye..Lifting Golden C Duo Serum (RM59.00) - https://bit.ly/3izM0fm Lifting 24K Serum Cleanser (RM19.80) - https://bit.ly/3FpssEjAtaupun boleh layari :-Instagram - @safimalaysia  Facebook - @SAFI.My  Twitter - @SAFImalaysia  Youtube - SAFI Malaysia #SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia
https://www.leaazleeya.com/2014/03/tanggungjawab-dalam-kesabaran.html
Tanggungjawab Dalam Kesabaran..
Kebiasaannya 30hb suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air RM30.00, bayar duit rumah RM700.00 bayar duit kereta RM700.00, bil telephone suami dan isteri RM200.00, bill elektrik RM170.00, ansuran motor RM150.00 dan yuran tuisyen anak RM150.00 serta menukarkan RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.. Lalu berbekalkan duit baki RM750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja terus di sambut ngan isteri satu soalan " Hari ni hari gaji abang kan?? Jom pergi beli barang dapur, banyak dah habis sambil bawak bebudak makan kat luar malam ni sebab saya tak laratlah nak masak ari ni. Bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri. Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu " Ayah cikgu adik cakap ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah. Ayah baru dapat gaji. Sambil anak yang sulung pula mencelah " ayah kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni. Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong.  Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dengan bil makan berjumlah RM50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 untuk barang kering dan RM50.00 untuk barang basah.. Setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut ke rumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil-kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.. Keesokannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi... Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50. Manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak RM30.00 ..sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar.. kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga RM15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni. murah jer RM15.00 ringgit... suami keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak anak.  Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar RM30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah RM188.50.Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genab RM180.00.. Malamnyer pulak beri pada isteri RM150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta..Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak?? Selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu....Uaaaaa Uaaaaa..isteri ku sayang..... Begitulah realiti kehidupan seorang suami yg penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah kepadanya...Nak buat kerja lebih masa dan part-time nanti isteri mengeluh selalu tak lekat kat rumah...penat dia melayan kerenah anak anak sorang diri...tapi bila gaji tak cukup pun di sindir katakan suami tak jalankan tanggungjawab...bila mintak dibantu nanti di katakan itu tanggungjawab suami untuk sediakan nafkah anak isteri...lagipun dia katakan dah tlg bayarkan duit baby sitter yg sepatutnya tanggungjawab suami...  kesimpulannya dan persoalannya bahagiakah suami itu atau dayuskah suami itu atau boroskah keluarga mereka ??Atau perlu mencari peluang utk berubah. Note :- Renung-renungkan sambil selami dan hayati serta fikir-fikirkan
https://www.leaazleeya.com/2021/06/safi-shayla-supa-untuk-wanita-berhijab-atasi-masalah-rambut-berbau.html
Safi Shayla Supa Rangkaian Terbaru Safi Shayla Khas Untuk Wanita Berhijab Atasi Masalah Rambut Berbau
Safi Shayla Supa Rangkaian Terbaru Safi Shayla Khas Untuk Wanita Berhijab Atasi Masalah Rambut Berbau | Hi korang! Ada tak yang menghadapi masalah rambut berbau? Kalau ada, aku nak recommend dekat korang syampu terbaru keluaran Safi Shayla ini iaitu Safi Shyla Supa rangkaian terbaru Safi Shayla khas untuk wanita berhijab yang dapat mengatasi masalah rambut berbau.. Best tau bau syampu ni.. Kalau tak percaya, silalah cuba.. Hehe..Kalau korang nak tahu, Safi Shayla adalah sub jenama penjagaan rambut dibawah SAFI iaitu jenama terkemuka yang mengekluarkan produk penjagaan diri yang unik dan komprehensif yang dibangunkan secara eksklusif untuk memenuhi keperluan wanita dan lelali muslim moden.. Safi Shayla merupakan rangkaian syampu pertama yang direka dan dirumus khas untuk pemakai hijab dimana ia dilancarkan pada Oktober 2012. Apa yang menarik, rangkaiannya dirumus dengan Habatus Sauda iaitu bahan semulajadi yang terkenal di kalangan orang Melayu. Paling penting ianya telah disahkan HALAL oleh JAKIM.Atasi Masalah Rambut Berbau Dengan Safi Shayla SupaSebut sahaja Safi Shayla, dah terlintas difikiran jenama ni khas untuk wanita berhijab.. Betul tak? Yang tak berhijab pun boleh je nak guna jenama ni sebenarnya, tak menjadi masalah pun.. Cuma yang pastinya Safi Shayla memang direka khas untuk hijabista kerana wanita yang berhijab ni seringkali menghadapi masalah rambut berbau. Yelah seharian memakai hijab, sudah pastinya berpeluh.. Lagi teruk bila bekerja dalam keadaan yang panas.. Lagilah cepat berpeluh.. Ini membuatkan rambut mudah berbau akibat berpeluh.. Jadi, Safi Shayla telah memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah rambut berbau ini..Korang tahu tak apakah punca rambut berbau? Kalau tak tahu, meh aku share dengan korang 5 punca rambut berbau..1.    BerpeluhMacam yang aku ceritakan tadi, salah satu punca adalah berpeluh terutamanya bagi mereka yang kuat berpeluh lebih cenderung menghadapi masalah rambut berbau.. Ini kerana peluh yang terkumpul di kulit kepala dan rambut kita terutamanya bagi korang berambut panjang yang sering mengikat rambut akan menyebabkan ia tidak dapat bernafas dan akan membangkitkan bau yang kurang enak atau lebih tepat, bau kepam.. 2.    Pemakaian Tudung Yes, bertudung memang wajib bagi orang Islam.. Tetapi pilihlah tudung yang sesuai dan selesa.. Memakai tudung yang terlalu tebal, membuatkan kulit kepala cepat berpeluh dan akan menyebabkan rambut berbau.. 3.    Rambut BasahCuci rambut pun kena ada perancangan tau.. Jika korang jenis yang suka lepas cuci rambut, terus ikat rambut dan pakai tudung, ini adalah salah satu punca menyebabkan rambut berbau.. Rambut yang tidak dikeringkan terlebih dahulu akan menimbulkan bau kurang menyenangkan.. \4.    Tidak Syampu RambutAda dikalangan kita suka memandang remeh terhadap penjagaan rambut. Ada yang ambil sambil lewa perihal mencuci rambut.. Jarang syampu rambut atau ada juga yang tidak suka syampu rambut.. Eeuwww!! Pengotor.!! Jangan begitu kawan!! Kalau rambut tidak dibersihkan, kekotoran dan peluh yang terkumpul akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.. 5.    Salah Pilih SyampuSalah pilih syampu juga akan menyebabkan rambut bermasalah.. Tak semua jenama syampu sesuai dengan kita... Jadi, kena pilih yang betul-betul sesuai barulah rambut tak berbau dan timbul masalah lain.. Aku sendiri pun pernah salah pilih syampu sebelum ni menyebabkan rambut aku cepat berbau.. Tapi sekarang tak lagi selepas menggunakan Safi Shayla SUPA ni.. Rambut aku SUPA lembut, SUPA wangi dan SUPA ringan.. Rangkaian Safi Shayla SUPA Lembut, SUPA Wangi dan SUPA RinganOk, jom aku kenalkan kepada korang rangkaian Safi Shayla SUPA Lembut, SUPA Wangi dan SUPA Ringan ni.. Ia terdiri daripada 3 produk iaitu :-Safi Shayla Supa Smooth & Fragrant ShampooSafi Shayla Supa Smooth & Fragrant Leave On CreamSafi Shayla Supa Hair Fall Control Leave On CreamYang aku pakai sekarang ni adalah dari rangkaian Supa Smooth & Fragrant.. Packagingnya pun dah buat aku jatuh hati.. Pinkish.. Love it!! Apa yang menarik lagi, ia dapat membantu unlock rambut jadi super smooth yang sentiasa kekal ringan, lembut, halus dan tidak berminyak walaupun setelah berjam-jam mengenakan hijab dengan wangian yang tahan sehingga 72 jam.. Itu yang bestnya dengan Safi Shayla Supa ni tau..Rangkaian Safi Shayla Supa ini juga diformulasikan 11 kali lebih banyak nutrien dengan 11 kali ganda essential oil untuk menghidrat dan menyuburkan rambut..Safi Shayla Supa Smooth & Fragrant ShampooSafi Shayla Supa ini didatangkan dalam 2 saiz iaitu 320g dan 640g dengan gabungan 11 Essential Oils yang kaya dengan nutrien dapat memberikan kelembutan bak sutera. Ia juga dapat memberikan rasa ringan pada rambut, lembut, halus dan tidak berminyak sekaligus menjadikan rambut lebih terurus.. Selain itu, bau harumnya juga tahan lebih lama sehingga 72 jam.Safi Shayla Supa Smooth & Fragrant Leave On CreamSupa Leave On Cream ni pula didatangkan dalam 1 saiz sahaja iaitu 120ml.. Bau dia pun best sangat kekal sehingga 72 jam.. Ia juga dihasilkan daripada gabungan 11 minyak pati yang kaya dengan nutrien yang dapat memberikan kelembutan selembut sutera. Rambut pun akan lebih ringan, lembut, halus dan tidak berminyak serta terurus..Safi Shayla Supa Hair Fall Control & Fragrant Leave On CreamSafi Shayla Supa Hair Fall Control ini pula didatangkan dalam packaging warna oren juga 120ml.. Ia dihasilkan daripada gabungan 11 minyak pati yang kaya dengan nutrien yang dapat menguatkan rambut yang rapuh menjadikan rambut lebih lembut, kuat dan semulajadi halus.. Paling penting, wangiannya tahan sehingga 72 jam.Cara Penggunaan Yang BetulCuci rambut dengan Safi Shayla Supa Smooth Fragrant Shampoo dan bilas sehingga bersih.Sapukan Supa Leave On Cream..Biarkan kering dan tidak perlu dibilas.Safi Shayla SUPA Berkolaborasi Dengan Tudung RuffleSafi Shayla SUPA X Tudung Ruffle.. Dengan SUPA Haircare Kit, kali ini Safi Shayla SUPA berkolaborasi pula dengan Tudung Ruffle.. Rasanya jenama @TudungRuffle ini tidak asing lagi di kalangan hijabista dan penggemar tudung bawal macam aku.. hehe.. Rekaannya yang menarik dan cantik membuatkan jenama ini dikenali dan tudung bawal keluarannya juga senang dibentuk dalam banyak materia..Untuk kolaborasi ini, Tudung Ruffle menghasilkan rekaan khas yang sangat cantik bagi aku dengan tona warna yang lembut.. Coraknya juga simple tidak sarat nampak lebih eksklusif.Sertai 'Whatsapp & Menang Vespa Contest' Dan Menangi SUPA Pink VespaSesambil try rangkaian baru dari Safi Shayla ni, bolehlah join contest anjuran mereka iaitu 'Whatsapp & Menang Vespa Contest'.. Hadiah yang ditawarkan menarik tau.. Antaranya :-Hadiah utama : Sebuah SUPA Pink Vespa bernilai RM17,000.00Hadiah Wang Tunai Mingguan sehingga RM1,000 kepada pengguna yang bertuah yang menyertai contest ini.. Contest ini diadakan bagi seluruh negara bermula 1 - 31 Julai ini.. Korang hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM15 sahaja untuk sebarang produk Safi Shayla SUPA dah boleh join contest ini.. Mudah je kan..So, jom pakat shopping rangkaian Safi Shayla ini.. Manalah tahu ada rezeki menang hadiah utama.. Bak kata orang-orang lama, 'tuah ayam nampak di kaki, tuan manusia siapalah yang tahu'.. Hehe.. Untuk info lanjut, boleh layari :-👉 Website : https://safi.com.my/👉 Instagram : https://www.instagram.com/safimalaysia/👉 Facebook : https://www.facebook.com/SAFI.MY👉 Shopee : Safi Malaysia Official Store
https://www.leaazleeya.com/2018/01/black-sparkling-box-from-althea-korea.html
Black Sparkling Box From Althea Korea
Black Sparkling Box From Althea Korea  |  Wanita dan makeup memang tak dapat dipisahkan.. Sekarang ni tengah meletop-letop produk k-beauty.. Sana sini dok bercerita tentang k-beauty... Aku yang tak berapa suka makeup ni pun terjebak sama.. Yelah, bile tengok artis korea yang cun melecun tu sape la yang tak nak jadi cantik camtu kan.. Haha.. Boleh ke orang Malaysia jadi cantik macam artis korea? Alah tak jadi macam artis korea pun tak pe, janji dapat pakai produk makeup dari Korea.. Betul tak? Hehe.. Dekat mana nak shopping produk k-beauty yang best dan murah? Haruslah di Althea sebab produknya memang berkualiti, servis dipercayai dan penghantaran yang cepat.. Lagipun produk k-beauty ni sesuai untuk semua jenis kulit, natural dan bebas chemical..  Black Sparkling Box From Althea Korea  Taddaaaaaaa... Dah selamat sampai pun Holiday Limited Black Sparkling Box daripada Althea Korea ni.. Excited bukan main aku terima kotak istimewa dari Althea.. Christmas box limited edition.. Cantik sangat kotaknya.. Itu baru kotak tau.. Belum lagi produk yang ada dalam kotak tu.... Kalau korang nak tahu, Althea kini sudah berada di 9 buah negara seperti Korea, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, Filipina, US dan Rest Of World.. Memang worldwide kan Althea ni.. Rasanya bagi peminat k-beauty mesti dah familiar dengan Althea kan.. Althea sememangnya terkenal dengan barangan kosmetik dari korea yang didatangkan sekali dengan kotak yang menarik dan limited edition pada waktu-waktu yang tertentu.. Althea juga sentiasa up-to-date tentang musim perayaan di Malaysia. Setiap kali musim perasaan, althea akan memastikan pelanggan mereka mendapat promo atau diskaun hebat supaya dapat shopping sakan dengan lebih jimat.. Bestkan? Eceli, ini firstime aku shopping di Althea dan pengalaman bershopping di Althea tak mengecewakan.. Semuanya berjalan lancar dan terbaikkkk.. Ok, jom tengok apa ada dalam Holiday Edition Box ni.. Black Sparkling Box.. Dah nama lagi Black Sparkling Box kan, haruslah item di dalamnya semuanya berunsurkan warna hitam... 'Nothing says classy and chic like Black'.. Hah gitu... Ini adalah Holiday Edition box sempena musim perayaan Christmas.. Sekarang ni pun masih berlangsung promo dan diskaun hebat di Althea tau.. Rugi tak grab..  Althea Black Sparkling Box ni ada 4 item kesemuanya.. Box ni harganya RM120.00 kalau loose harganya lebih kurang RM400++.. Murah gile kot.. Apa yang menariknya dengan koleksi black sparkling ni? Jom kita sama-sama tengok.. What's Inside Holiday Limited Black Sparkling Box? SON & PARK All that Smoky Kit APRIL SKIN Magic Snow Cushion 2.0 (2016 New) #23 MISSHA The Style 4D Mascara RIRE Rire Gel Eyeliner #01 Kill Black ALL THAT SMOKY KIT Son & Park A smokey eyeshadow pallate for elegantly gorgeous eyes.. Create a sultry, smoky look by using brown or gray eye shadow. These rich shades come in both matte and shimmer finishes to create multiple looks for any accasion.  Aku suka gabungan warna yang ada dalam pallet eyeshadow ni.. Semuanya warna feberat aku.. Ada yang jenis matte dan juga shimmer.. Semuanya warna yang gorgeous... Bolehlah try make up smokey pulak lepas ni.. Tak pernah lagi try makeup smokey look... Tak pandai tak pe kita boleh belajar kan... Janji dah ada smokey eyeshadow pallate dari Son & Park ni dulu.. hehe.. MAGIC SNOW CUSHION 2.0 #23 April Skin April Skins Magic Snow Cushion is a must-have in your beauty pouch! With a luxurious black case, this cushion contains more than 45% moisture serum that instantly gives you a moisturized, flawless finish. Keep your skin looking and feeling great this party season! I luv it! Aku dah jatuh cinta dengan Magic Snow Cushion 2.0 dari April Skin ni.. Best sangat tau pakai.. Muka jadi lembut dan lembap.. Paling best muka nampak flawless sangat lepas pakai Magic Snow Cushion ni.. Code yang aku guna ni adalah #23... Memang sesuai dengan aku warnanya..  Kalau korang nak tahu, April Skin Magic Snow Cushion ni pernah memenangi Moneytoday Hit Awards 2016 kerana jualan produk ini telah menakluki pasaran dengan teknologi dan idea inovatifnya.. Wajib ada dalam koleksi make up korang juga ni.. THE STYLE 4D MASCARA Missha Finish your smokey eyes with fluttery lashes! Define, volumize and lengthen your lashes for a gorgeous finish to your sexy, edge look. Aku memang tengah mencari mascara yang betul-betul boleh melentikkan bulu mata dan tidak comot.. Dan sekarang aku dah jumpa mascara yang menepati citarasa aku.. The Style 4D Mascara dari Missha ni best sangat tau.. Bila pakai, ofkos bulu mata lentik dan kelihatan lebat.. Paling seronok tak comot dan bergumpal-gumpal.. Itu paling best..  RIRE GEL EYELINER #01 KILL BLACK Rire Smudged eye, wterproof and point makeup.. No bad-girl look is complete without eyeliner. Define those eyes on both the upper and lower waterline. This pencil gel eyeliner is easy to apply and blend for bright, clear eyes. Rire Gel Eyeliner ni banyak warna sebenarnya.. Yang aku ni warna Kill Black #01.. Pure hitam punya ni.. Kalau pakai memang nampak jelas sangat dan cantik.. Senang digunakan dan senang juga dibentuk.. Aku memang suka pakai eyeliner.. Rasa tak boleh hidup tanpa eyeliner sebabnya bila aku pakai eyeliner, secara automatik lebam bawah mata aku kurang sikit kelihatan.. Kalau tak, mesti orang ingat aku ni panda.. Haha..!! Choose your colour - Rire Gel Eyeliner Overall, aku memang suka sangat dengan koleksi makeup dalam Black Sparkling Box ni dan aku recommend sangat kat korang Althea Black Sparkling Box ni terutama yang suka dengan smokey look kerana set dalam kotak ni, memang di khaskan untuk korang makeup smokey look.. Satu lagi ofkoslah harganya sangat murah berbanding tempat lain dan itemnya sangat superb best sebab dari brand-brand yang terkenal di Korea...  Kalau korang shopping sekarang dan dapatkan Special Christmas Box untuk year end promo, korang akan dapat sekeping card secara random untuk korang nikmati diskaun hebat.. Kira atas nasib la kan dapat yang mana... Kalau dapat WIN50, korang boleh shopping sakan dengan potongan harga 50%.. Best tu weh..!! Jadi, tunggu apa lagi tu.. Jom la pakat terjah laman web Althea ni untuk dapatkan Special Christmas Box.. Korang boleh pilih pelbagai produk di sana lengkap dengan skincare hinggalah ke barang makeup.. Semua ada di Althea..  Untuk maklumat lanjut, sila layari :- Website http://my.althea.kr/ Facebook http://www.facebook.com/altheamalaysia  Instagram http://www.instagram.com/altheakorea  Blog http://blog.althea.kr/  Youtube http://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV 
https://www.leaazleeya.com/2014/02/santapan-hujung-minggu.html
Santapan Hujung Minggu..
Assalamualaikum.. Lahai rindu benar dekat blog aku ni.. Hujung minggu tak boleh nak jenguk blog sebab internet broadband aku telah dipotong atas sebab-sebab ketiadaan line yang menyebabkan aku hangin dengan celcom.. hehehe.. Bayar bulan-bulan tapi tak boleh nak guna.. Then terus amek keputusan muktamat untuk tamatkan perkhidmatan.. hehehe.. Terbaikk... Hujung minggu baru-baru ni korang buat ape ye? Mesti banyak aktiviti-aktiviti yang menarik korang akan buat kan time-time hujung minggu... Cam aku lak, hujung minggu memang tak de keje lain mesti dok umah, kemas umah, masak-masak, basuh kain baju, lepak-lepak baca buku, tengok cerita pastu membuta.. hikhik.. Cuma hari ahad je aku ronda-ronda tengok rumah baru aku yang dalam pembinaan lagik.. InsyaALLAH bulan 8 ni aku dapat la duduk rumah sendiri..  Hujung minggu kebiasaannya aku memang memasak..Biasa la, hujung minggu aje ada masa yang panjang untuk memasak dengan selesa... Biasanya pas subuh aku buat nasi goreng ajo untuk santapan pagi.. Tengahari baru masak yang berat-berat.. Kadang-kadang kalau malas nak masak pagi, pergi beli kat luar je.. Sabtu baru ni, tengahari tu rajin pulak nak buat kari ikan.. Sebabnya ritu dok borak-borak dengan kawan aku sorang ni sal kari.. So dia pown kasi la resepi kari ikan.. Nak gak try cara dia masak kan.. So kuatkan semangat pagi tu pergi pasar beli semua keperluan.. Semangat kari la kire hari tu.. Hahaha.. Sampai rumah terus rendam ikan.. Ikan dah beli kat pasar malam hari rabu haritu... Tunggu nak dimasak aje.. hehehe.. Dalam pukul 11 pagi terus ke dapur... Kerja-kerja memasak dimulakan.. Wahh kerja-kerja memasak tu.. hahaha.. Dah cam masterchaf lak gayenyekan...  So menu haritu adalah Kari Ikan Vza namanya... Kari Ikan Vza Itu la ropanya kari ikan aku... Alhamdulillah menjadik dengan resepi yang diberi.. Takan kari ikan je kowt.??? haaaa.. Sebagai ganti sayur, aku buat salad telur.. Kire sayur gak la kan sebab lam tu ada macam-macam termasuk la kobis.. Salad telur ni adalah febret aku.. Simple tapi sodap & berkhasiat.. Sesuai untuk diet tau...  Salad Telur Minggu depan nak masak ape pulak tataw la.. Kene fikir dulu.. Hahhaa.. Okeh la.. Nak buat keje pulak.. Banyak keje sedang menanti.. Kebetulan, kerani yang seorang lagi tu sedang bercuti isterinya bersalin.. So, aku la yang akan menggalas tugas-tugas beliau yang agak banyak tu.. Hahahhaa... Seminggu aje pun kan..  Ok. Babai uols.. Sebelum tu kene Solat Dhuha dulu.. Jom sama-sama..  Smile.. :)
https://www.leaazleeya.com/2017/06/mek-view-international-two-way-cake.html
Mek View International | Two Way Cake With Full Coverage Dan Soothing Ivy Serum
Mek View International | Two Way Cake With Full Coverage Dan Soothing Ivy Serum  | Assalamualaikum wbt... Hi korang! Macam mana persiapan raya korang? Dah settle semuanya ke... Raya dah dekat ni.. Bagi diri aku sendiri, alhamdulillah semua dah settle termasuklah alat-alat make up.. Haha.. Over mak kan... !! Tak padan dengan mak buyong tu... Dah alang-alang bercerita pasal make up ni, hari ini aku nak share dengan korang tentang kehebatan compact powder yang aku tengah pakai sekarang... Meletop uolls!! Mek View International Two Way Cake With Full Coverage dan Soothing Ivy Serum... Pernah dengar tak jenama ni? Kalau ada yang belum pernah tahu dan kenal, meh sini aku nak perkenalkan kat korang.. Jangan  malas-malas baca sampai habis ye..!! Hiks.. Mek View International | Two Way Cake With Full Coverage Dan Soothing Ivy Serum Rasanya dah lama aku tak pakai compact powder yang jenis two way cake ni... Nak tahu sebab apa? Aku tak suka!! Sebabnya kebanyakan two way cake yang pernah aku guna akan membuatkan muka aku bercapuk bila aku start berpeluh.. Kulit muka aku ni jenis kombinasi.. Akan berminyak di zon 'T'... Agak susah nak cari two way cake yang berjaya bertahan sepanjang hari dan tidak bercapuk.. Huhu.. Tapi tidak dengan Mek View International ni.. Two way cake nya best tau... Boleh bertahan lebih dari 8 jam.. Pastu muka nampak flawless aje.. Memang terbaik..  Semalam aku dah cuba uji kehebatan Mek View Two Way Cake With Full Coverage ni.. Aku pakai dari pagi sampai ke petang semasa aku ke pejabat.. Hari semalam sepanjang hari aku kehulu kehilir tengah panas untuk persiapan program berbuka puasa di tempat aku dan ternyata muka aku tak bercapuk.. Menten aje... Aku sangat berpuas hati dengan compact powder Mek View International ni.. Rasa sayang pulak nak pakai selalu.. Takut habis.. Haha..!! Satu lagi yang bestnya pasal bedak ni, tak melekat kat tudung hokeh macam sesetengah bedak tu... Aku kalau bedak yang melekat kat tudung memang paling tak suka.. Tapi Mek View ni memang best, tak melekat kat tudung.. Terbaikk!!! Orite, jom kite tengok apa lagi keistimewaannya Mek View Two Way Cake With Full Coverage ni.. Keistimewaan Mek View Two Way Cake With Full Coverage Mesra wudhuk dan solat Tidak mudah luntur atau bercapuk walaupun ketika waktu panas dan bertahan lebih dari 8 jam tanpa touch up berulang kali. Teksturnya lebih halus dan 7 kali lebih ringan. Bila sapu dekat muka, seolah-olah tak pakai bedak.. Memang  best.. UV Protection SPF 50 Mempunyai kelulusan KKM - NOT 160905156K dan selamat digunakan Sesuai untuk kulit sensitif Kod Warna yang lebih jelas Ok, bedak ni didatangkan dengan 2 pilihan warna ye.. Light Beige dan Natural Beige... Aku menggunakan kod warna no. 2 Natural Beige.. Mungkin gambar yang aku ambil agak berbeza warnanya.. Biasa la, disebabkan pencahayaan.. Gambar kat atas ni lebih jelas warnanya.. Mengikut warna yang sebenar... Dari segi pemakaian bedak ni, korang jangan bimbang kalau bab span sebabnya Two Way Cake ni didatangkan sekali dengan span.. Spannya pun lembut.. Sapuan lebih senang dan rata.. Paling aku tertarik dengan Mek View Two Way Cake With Full Coverage ni adalah pakagingnya.. Tampak exclusive bertemakan gold and black... Rasa sangat yakin dan teruja untuk menggunakannya.. Ok, tadi aku cerita tentang keistimewaannya kan.. Sekarang korang kena tahu tentang manfaat yang ada padanya pula.. Manfaat Mek View Two Way Cake With Full Coverage Melindungi kulit dari sinar UV Tidak melekit Anti hitam bawah mata Melembapkan kulit Merawat kulit yang rosak dan mengecilkan liang pori 5 kali kesan memutih (booth up whitening) Menghilangkan jerawat, parut jerawat, jeragat, kulit kusam dan bintik hitam Menghilangkan kedutan pada wajah Banyakkan manfaatnya pada kulit kita... Untuk tampak lebih sempurna, bolehlah guna sekali dengan Mek View Soothing Ivy Serum.. Muka akan nampak lebih segar dan berseri-seri... Mek View Soothing Ivy Serum Orite, ini produk kedua dari Mek View International yang aku gunakan sebelum aku mengenakan Mek View Two Way Cake With Full Coverage... Kalau sebelum ni aku pakai pelembab sebelum make up, sekarang aku bertukar kepada Soothing Ivy Serum ni kerana kesannya lebih ohsemm!! Nak tahu apa kelebihannya? Jom semak satu persatu kat bawah ni.. Kelebihan Mek View Soothing Ivy Serum Memberikan kesan kelembapan  Menyejukkan muka Menyegarkan kulit muka Membantu foundation tahan lebih lama Mengecutkan pori muka Mengurangkan rasa kulit tidak selesa.. Sesuai digunakan pada kulit normal dan sensitif Serum ni best tau.. Serapan pada kulit cepat dan tidak melekit.. Kalau bab memilih serum ataupun pelembap, aku memang menitik beratkan teksturnya.. Kalau melekit memang aku tak pakai.. Tak selesa pada kulit... Kalau korang nak tahu, serum ni mengandungi PITERA... Apa itu Pitera?  PITERA is full of vitamins, amino acids, minerals and organic acids that work together to allow the skin's natural surface rejuvenation process to function at its prime. Pitera juga boleh mengurangkan kedutan dan mencerahkan bintik-bintik hitam yang ada pada kulit muka kita... Hebatkan serum ni.. Setaraf produk antarabangsa... Sebenarnya ramai dah yang mencuba dan menggunakan produk Mek View International ni mestipun ia masih baru dipasaran.. Ramai yang berpuashati dengan hasilnya dan paling menarik, dah ada yang setia dengannya tau.. Termasuklah aku.. Hiks.. Jom kite tengok apa kata pengguna tentang produk Mek View International ini.. Testimoni Pengguna Mek View International Ok, kalau korang rasa ingin mencuba dan mendapatkan produk Mek View International ni bolehlah berbuat segera.. Raya dah dekat ni tau.. Time raya la nak melaram pun kan.. Hehe.. Aku yakin korang akan berpuashati dengan hasilnya nanti... Oh ya, korang boleh dapatkan produk Mek View ini dengan harga seperti dibawah :- HARGA MEK VIEW TWO WAY CAKE WITH FULL COVERAGE RM 79.00 (SM) RM 85.00 (SS) MEK VIEW SOOTHING IVY SERUM RM 35.00 (SM) RM 40.00 (SS) HARGA SET COMBO Two Way Cake With Full Coverage + Soothing Ivy Serum RM 100.00 (SM) RM 105.00 (SS) Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh layari :- Facebook Mek View  |  Mek View HQ Malaysia Instagram Mek View International HQ Atau hubungi/Whatsapp :- 017 - 351 1510
https://www.leaazleeya.com/2019/09/resepi-ayam-masak-lemak-cili-api-sedap.html
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap.. Wajib Cuba!
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap.. Wajib Cuba!  |  Berkurun dah kot tak masak resepi ayam masak lemak cili api ni.. Entah bila last aku masak masakan ni.. Cuti baru ni teringin pulak nak makan dan terus aje arahkan encik suami beli bahan-bahan yang tak ada dalam freezer.. Nasib baik member on jerk dengan selera aku ni.. Haha!! Biasa dia request lauk kari.. Isk tak jemu agaknya.. Huh!! Kali ni tukar la sikit selera kan.. Kita makan menu yang pedas meletop pulak.. Pedas keh?? Hehe.. Ini jerk la gambo yang ada!! Ahakz.. Adeh, terlupa nak snap gambar lauk yang lebih proper.. Nasib jugak la ada gambar ni.. Kalau tak, kena pinjam gambar orang lain.. Opsss!! Haha.. Ok, macam biasa bila dah lama tak masak satu-satu jenis lauk tu, mesti nak kene google resepinya.. So, blog yang aku tuju terlebih dahulu sudah semestinya blog kak azie kitchen.. Aku serasi dengan resepi di blognya.. Setakat ini semuanya menjadi dan sedap.. Alhamdulillah.. Tq Kak Azie.. Muaxxxx ciked! Kali ni aku cuba resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sedap dan Wajib Cuba! Jom check resepinya.. Resepi derhaka ni.. Haha.. Kalau ikut betul rasanya lagi sedap kot.. Aku ni tau nak senang jerk kejenye.. Kehkeh!! Ayam Masak Lemak Cili Api Bahan-Bahan 1/2 ekor ayam - dipotong beberapa bahagian 1 kotak santan jenama Adabi 2 keping asam keping 1 helai daun kunyit - hiris halus 1 batang serai - diketuk Garam secukup rasa Bahan Kisar 8 biji cili api hijau 5 biji cili api merah 1 inci kunyit hidup 2 ulas bawang merah 1 batang serai Cara-Cara Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga agak masak Masukkan ayam, kacau rata hingga sebati.. Masukkan santan cari dan masak sehingga mendidih... Masukkan asam keping. (aku isi 2 keping asam keping sebabnya asam keping aku tu kurang masam.. hehe) Bila ayam dah empuk, bolehlah masukkan daun kunyit yang dihiris halussss.. Kemudian tambahkan santan pekat. Selepas masukkan santan pekat, masak dalam 6-8 minit sahaja.. Tutup api dan terus di kacau.. Kemudian buka api perlahan sahaja supaya kuah mendidih kecil agar tiada buih-buih cinta dalam kuih.. hehe..  Last sekali, sesuaikan rasa masam, masin, manisnya... Kalau rasa tak masin, tambah la garam ye.. Bila dah nampak kuah pekat dan terbit minyak, bolehlah ditutup api dan sedia untuk disantap.. Hiks.. Alhamdulillah menjadik aku punya masakan kali ni.. Lemak cukup, masin cukup, pedas cukup.. Perfect.. Pape pun kene terima kasih pada Kak Azie ni.. Banyak bantu aku dalam masakan.. Hiks.. Bila masak pedas, mesti anak tak boleh makan.. Jadi, aku gorenglah ayam kunyit kacang panjang dengan harapan dorang makan.. Tapi hampeh, tak jugak mahu makan.. Susah betul la dorang ni nak makan nasik.. Kalau biskut tu laju jerk.. Memang budak-budak cenggitu ek.. Susah hati aku.. Huh.. Ini untuk anak.. Hehe.. Nama jerk untuk anak tapi mak bapaknya jugak perabis.. Huhu.. Oklah, next episod aku share resepi lain pulak ye yang aku dah cuba.. Insyaallah.. :) Pape pun korang try la dulu ye Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap ni.. Wajib Cuba tau! Selamat mencuba..
https://www.leaazleeya.com/2013/11/andai-dapat-ku-undur-masa.html
Andai Dapat Ku Undur Masa...~
Assalamualaikum.. Hai geng... huh.. lama sungguh tak mempublish publish kat sini.. rindu bukan kepalang... tapi kebizian yang melanda so tak dapat la aku nak berpot pet pot pet kat sini.. ini pown aku curi-curi masa sebab dah rindu sangat nk membebel... hak hak.. Cuba korang tengok tajuk aku.. best tak? hueiii andai dapatlah kan masa diundur kembali, mesti ramai antara kita ni nak perbaiki diri sendirikan kan... haa.. yelah bila dah buat kesalahan pastu leh lak undur masa.. pastu perbaiki balik.. wahh mesti ramai yang nak kan... hikhik.. cam aku gak.. kalau la masa dapat diundur balik... macam-macam aku nk perbaiki... geng-geng aku semua ape yang anda nak perbaiki.. meh la kite kongsi-kongsi cite.. hikhik..  Cam aku sendiri.. kalau dapat undur masa aku nak kembali semula masa aku masih sekolah... hakhak.. nak belajar betul-betul.. jadik orang yang berguna.. dan menjadi seorang muslimah yang patuh kepada ajaran Islam... selain tu kan.. aku nak jadi anak yang berguna.. cam klise aje kan alasan aku.. hahaha.. mesti semua orang pown nak buat cam ni kan kan.. Lagi lagi lagi.. aku nak menghargai orang... jaga hati orang... tak nak sia-sia kan orang yang menyayangi diri aku dan aku juga menyayangi dia.. wah ayat.. bikin sedey neh.. hahaha... betul beb.. aku nak buat semua tu..  aku tak nak pentingkan diri sendiri.. nak menghargai orang yang menghargai aku.. uwaaaaa.. nak nangis kuat-kuat boleh tak... buat geng-geng aku sekalian... hargailah orang yang menghargai kita.. yang menyayangi kite sepenuh hati.. nanti korang akan menyesal andai tak menghargai orang seperti itu.. uwaaaaaaaaa.. nangis agik.... sob sob sob....~!! Emo lak aku kan petang ni... mungkin aku tersyahdu mendengar dorang kat opiz aku ni berkaraoke lam bilik mesyuarat tu.. lagu rock tapi bunyi cam lagu sedih.. hahaha... dorang dok berlatih untuk Pertandingan IDOL nanti...  eh terlencong kelain lak cite aku ni.. hikhik.. Itu la yang aku nak buat andai masa dapat diundur balik... banyak lagi sebenarnya.. tapi tak larat aku nak senaraikan lam ni.. bio la aku sendiri yang simpan.. sebabnya, masa memang tak mungkin dapat diundur balik dah... hehehe... yang dapatnya kite jadikan semua yang lepas tu sebagai pengajaran dan pengalaman serta perbaiki kelemahan itu di masa akan datang.. insyaALLAH... So, korang semua ape yang korang nak buat andai dapat undur masa? haaa jom kongsi.. hehehe... K la.. nak balik dah ni.. jam sudah menunjukkan pukul 5.. bai bai korang... bila-bila jumpe agik naaa... tata titi tutu.... eh... sebelum tu.. jom layan lagu ni... lagu lama tapi tetap best... Andai Dapat Ku Undur Masa - AXL's Bubey.....~!!
https://www.leaazleeya.com/2016/03/wanita-besi.html
Wanita Besi
Assalamualaikum wbt.. Pagi tadi ngah bersenamrobik dapat lak wasap dari member aku si Yatie.. Katanya tayar kete dia pancit... Tak de orang nak tolong tukar kan.. Abang sado pown tak lalu nak soh tukarkan..  Kesian lak kat dia... Dah kene pasang bodyguard dah dia tu... Baru ada yang membantu kalau pape hal kan.. haha...!! Lepas dia merenung tajam kearah tayar keretanya, terus dia buat keputusan untuk menukarnya sendiri... Sebab tak de yang sudi membantunya..(hoh ayat dah cam novel aje..) Time dia update kat aku pasal ni terus aku beri respon terkejut beruk... Tak sangka dia boleh tuko sendirik tayar tersebut...Wahhh sadonyeee beliau!!! Selepas dari kejadian yang beberapa minit baru saja berlalu itu, aku dah beri satu gelaran yang paling hebat kat dia... WANITA BESI... Haha.. Nape wanita besi?? Sebab dia ni kecik aje orang nya.. Kalau tengok pada orangnya, mesti tak sangka boleh tukar tayar kete yang beso pada dia tu.. Haha.. (lu jgn marah wa ekk der..) Tabik spring la weh.. Kalau aku belum tentu boleh buat tu... Kental sungguh jiwa.. (hahax15K) - eh.. eh.. kenapa 15K?? hehe biarlah rahsia... Seb baik cukup peralatan untuk tukar tayar.. kalau tak aku rasa kawan aku ni dah bungkus kete dia ikat tepi la jawabnya... Tu pentingnya kita update peralatan-peralatan yang penting ni dalam kete kita.. Supaya kalau pape jadik semua dah tersedia.. Tak de la kalut kan... Boleh settle kan sendiri problem cam kawan aku a.k.a wanita besi ni... oppssss... Siap kasi bukti agik dia yang tukar... huh.. Rasa terharu lak dengan member aku ni.. ehh.. ada kaitan ke?? Nanti kalau kete aku pancit sekurang-kurangnya aku dah tahu nak hubungi sape kan.. Haha.. Terbaik la lu Der...!!! Wahh dah berwajah baru.. sportrim paling rare abad ini.. Black colour... Tayar paling kurus... Hahaha... Caya la der.... Pinjam seminggu... Haha....!!! #hayatiesaari